Negeri Sembilan · 26 September 2018

14th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 290 turns · 33,324 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.04 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmannirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Negeri ke-14 sambung semula.

Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat EXCO Tuan Haji Mohammad Taufek bin Abd. Ghani mohon keizinan tak hadir kerana menjadi saksi di mahkamah di Rembau hari ini.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari kedua telah, kedua bermula hari ini. Dan, boleh dirujuk, dipersilakan ADUN Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tuan Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama. Terima kasih.

Tuan Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Syarat-syarat Dasar Perumahan Negeri. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Ketiga Yang Amat Berhormat Rantau dasar, “Dasar Perumahan Negeri Sembilan”.

Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah menetapkan syarat penyediaan 50% rumah mampu milik yang terdiri daripada 20% rupah, rumah mampu milik Type A berharga tidak melebihi 80,000.00, 15% Rumah Mampu Milik Type B berharga tidak melebihi 250,000.00 dan 15% Rumah Mampu Milik Type C yang berharga tidak melebihi 400,000.00.

Kerajaan Negeri komited di dalam pelaksanaan dasar ini dan akan meneruskan pelaksanaannya. Pelana, pelaksanaan dasar ini juga adalah diwajibkan dalam setiap pembangunan perumahan baru yang akan dibangunkan di Negeri Sembilan. Selaras dengan manifesto Kerajaan Negeri, dasar perumahan ini akan bersifat fleksibel melalui penyesuaian kepada Dasar Perumahan Negara yang sedang dikaji semula oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Tuan Yang Dipertua, pada kebelakangan ini ramai orang juga mengadu bahawa rumah, rumah-rumah, projek-projek rumah ke, perumahan di Negeri Sembilan amat mahal sekali. Semua, semua adalah membangunkan 2 tingkat atau semi-D atau banglo. Jadi, harganya terlampau tinggi. Untuk orang yang kurang, kurang pendapatan, susah nak membeli rumah baru di Negeri Sembilan. Jadi soalan saya, apakah perancangan Kerajaan Negeri Sembilan atau akan mengarahkan pemaju projek perumahan supaya mendirikan lebih ramai lagi rumah, rumah tingkat, rumah setingkat sedia, rumah teres setingkat. Adakah apa perancangan baru. Terima kasih.

Tuan Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri telah menyenaraikan 10 kawasan untuk dibuat rumah PPR dan telah dihantar kepada apa,

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk dikaji dan disediakan perumahan tersebut. Dan semalam telah dijawab oleh ADUN, ADUN Bahau mengenai tempat-tempat tersebut, dan juga akan jawab dalam lisan, senarai tempat-tempat tersebut.

Di samping Dasar Perumahan Negeri juga telah menetapkan ya, 80,000.00, 250,000.00 ke bawah dan 400,000.00 ke bawah. Jadi, saya rasa dengan adanya PP, rumah PPR dan Dasar Perumahan Negeri yang telah ditetapkan ini, saya tidak nampak bahawa, rakyat akan lebih mudah mendapat perumahan. Dan di samping itu juga, kita telah melihat beberapa tapak untuk Kerajaan Negeri untuk bekerjasama dengan syarkat swasta untuk mengadakan rumah mampu milik kepada rakyat-rakyat di Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Kita masuk kepada soalan 2, ADUN YB Gemencheh.

Terima kasih Yang Dipertua, soalan saya yang kedua.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Yang Berhormat Yang Dipertua, sektor pertanian adalah merupakan sektor penting di dalam menjana makanan untuk umah. Terdapat beberapa program yang ditawarkan kerajaan bagi menarik golongan muda menceburi bidang pertanian. Di antaranya Program Agropreneur Muda. Latihan dan bimbingan percuma dalam aspek teknikal, kewangan, pembungkusan dan pemasaran oleh pihak jabatan dan agensi di bawah Kementerian.

Pembiayaan Mudah daripada AgroBank dan TEKUN Nasional sehingga 300,000.00 ringgit tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada AgroBank dan TEKUN. Geran dalam bentuk in-kind contribution daripada Kementerian sebanyak 30% daripada kos projek akan diberikan kepada pemohon yang layak dalam bentuk peralatan dan input pertanian. Ini jugak akan memastikan pendapatan minimum 5,000.00 sebulan menerusi pakej pertanian yang ditawarkan. Tumpuan kepada projek pertanian bernilai tinggi dan penggunaan teknologi moden juga ditawarkan.

Pakej Usahawan Tanaman iaitu fertigasi, cendawan, tanaman semula buah-buahan. Pakej Usahawan Tanaman Nanas, Produk Industri Asas Tani Berasaskan Nanas. Pakej Usahawan industri, Industri Asas Tani; merangkumi aktiviti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran

produk industri hiliran dan huluan. Insentif Peningkatan dan Pengeluaran Hasil Tanaman iaitu sayuran, buah-buahan, tanaman ladang dan tanaman industri.

Melalui peruntukan negeri mahu pun peruntukan persekutuan yang diselaraskan oleh Jabatan Pertanian memberikan fokus pada meningkatkan produktiviti ladang pertanian melalui pengamalan teknologi secara pakej, penyediaan infrastruktur ladang seperti perparitan, sistem pengairan dan jalan ladang. Petani-petani juga akan dibimbing dalam amalan pengurusan tanaman yang baik termasuk penanaman, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit, pengairan dan pengendalian lepas tuai. Golongan belia boleh memohon inisiatif ini melalui pejabat Jabatan Pertanian berdekatan di kawasan masing-masing.

Dari tahun 2015 sehingga Julai 2018 seramai 61 pemohon usahawan muda Negeri Sembilan yang berumur 40 tahun ke bawah telah menapat, mendapat insentif di bawah program Agropreneur Muda anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Status kejayaan Program Agropreneur Muda Negeri Sembilan ini adalah seperti berikut: Kategori Pendapatan Yang Diperolehi, di bawah 2,000.00 seramai 12 orang, antara 2,000.00 hingga 5,000.00 – 25 orang, melebihi 5,000.00 – 16 orang. Kategori Bidang Usaha: Tanaman seramai 54 pengusaha, Industri Asas Tani – 5, maaf saya 4, Madu – 1, Cendawan – 2.

Bajet 2019 yang akan dibentangkan dalam sidang DUN yang akan datang, turut juga mem, memberi fo, mengambil kira pandangan usahawantani muda ini. Saya yakin, akan ada berita baik yang akan diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan nanti. Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, banyak yang baik yang telah disediakan oleh kerajaan sebelum ini. Dan masalah yang utama yang dihadapi oleh agropreneur muda ataupun lain-lain usahawan tani ini adalah dari segi pemasaran. So, apakah perancangan, bantuan dan lain-lain untuk membantu petani ini supaya tidak menghadapi masalah mengenai pemasaran ini? Terima kasih.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Yang Berhormat Yang Dipertua, di dalam kita pe, menangani masalah pemasaran, kita telah berbincang dengan pihak FAMA supaya petani-petani yang ingin mengusahakan tanaman-

tanaman mengambil kira untuk, supaya kontrak ladang, Ladang Kontrak bersama FAMA untuk kita mengatasi masalah ini. Tetapi ianya hendaklah dibuat di dalam perancangan awal, tidak mahu apabila sudah ada masalah baru kita berjumpa dengan pihak-pihak tertentu. Ianya mesti di, dibuat dalam perancangan awal, holistik perancangan itu supaya apabila ada produk, ke mana kita nak dipasarkan. Sekian.

Sedikit penjelasan. Seperti mana yang berlaku di TKPM Gemas, industri nangka madu. Kita dah melantik syarikat anchor untuk membantu petani-petani ini untuk memasarkan produk mereka ni. Namun demikian, anchor company ini gagal untuk membantu petani-petani untuk menjual ataupun memasarkan produk mereka. So, yang ni kena tengok baliklah ya, kesesuaian ya. Dan saya mengharapkan untuk pemas, pasaran bagi petani-petani ini harus dijaga dengan baik, kerana, kerana apa, bila pe, pasaran ada masalah petani-petani ini akan kerugian. So, saya harap pihak EXCO dapat mengatasi masalah ini.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Yang Berhormat Yang Dipertua, memang terdapat sedikit, tidak mengikut apa yang dirancang di TKPM Gemas, yang mana anchor company yang sepatutnya menjadi, menjadi pembimbing tidak menjadi pembimbing. Dan kita akan melihat dan menilai semula program ini dan tindakan akan diambil selanjutnya. Inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya kita pergi kepada ADUN Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Tuan Yang Dipertua, soalan yang dikemukakan adalah mengenai projek Malaysia Vision Valley. Kerajaan Negeri pada dasarnya akan meneruskan program yang boleh memberi manafaat kepada negeri dan rakyat khusus, khususnya. Projek pembangunan Malaysia Vision Valley atau dikenali sebagai MVV, yang telah dirancang akan diteruskan dengan mengambil kira impak positif pembangunan ini kepada Negeri Sembilan. Namun demikian, kita akan beri nafas baru, dan hala tuju MVV telah disusun semula dengan mengambil kira dasar dan keutamaan kerajaan semasa. Pelan Pembangunan Komprehensif atau Comprehensive Development Plan (CDP) MVV yang disediakan telah diselarikan dengan prin, teras prinsip pembangunan yang inklusif dan menyeluruh. CDP ini juga mengambil kira prinsip bersih, muafakat dan sejahtera dengan visi menjadikan kawasan MVV sebagai sebuah metropolis bertaraf dunia yang kompetitif, inklusif dan bersih.

Pada masa ini, Rancangan Tempatan (RT) MVV sedang dalam proses penyediaan akhir dengan dokumen CDP MVV dijadikan sebagai asas rujukan utama. RT MVV akan memperincikan konteks zoning dan guna tanah kedua-dua Daerah Seremban dan Port Dickson. Dan RT MVV akan dipamerkan untuk publisiti bagi mendapatkan pandangan daripada orang awam dan dibentangkan kepada Pihak Berkuasa untuk kelulusan sebelum diwartakan.

Kerajaan Negeri pada dasarnya juga telah menyusun semula keutamaan projek yang akan dilaksanakan dalam kawasan MVV. Sebagai rakyat kita tahu bahawa MVV ini dinyatakan, peringkat awalnya 2015 hingga 2045, selama 30 tahun ya, walaupun pada 9 Mei hingga 2018, tidak ada lagi sebarang pelaksanaan projek secara fizikal dalam perancangan MVV. Jadi oleh sebab itu, dalam untuk memberi nafas baru kepada MVV ini, kita harus melihat apakah industri ataupun urus niaga strategik yang perlu kita majukan dan untuk kita bangunkan dalam kawasan ini.

Untuk itu kita memerlukan pemangkin ataupun yang dikatakan sebagai pemangkin ekonomi, dengan izin Tuan Yang Dipertua, sebagai economic catalyst ya, untuk kita merangsang dan merancakkan ekonomi di kawasan MVV ini. Untuk itu kalau di kaasan bahagian selatan di Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan Melaka, kita juga sedang melihat perancangan-perancangan dan jugak yang berkaitan tentang bagaimana untuk kita nak memajukan.

Sebagai contoh, untuk yang berkaitan tentang industri ataupun hab maritim ya, di mana kalau kita lihat sekarang ini, di kawasan di Kuala Linggi, iaitu bahagian Melaka, ini telah pun telah ke depan, telah ada pembangunan. Manakala bahagian Negeri Sembilan, iaitu di bahawa Tanjung Agas, kita masih lagi agak kebelakang berbanding pada Kuala Linggi. Kita mungkin melihat perancangan bagaimana untuk merangsang ekonomi kawasan ini dengan membangunkan maritim hub ataupun hab maritim ya, di kawasan ini ya, di mana kemungkinan industri yang berkaitan tentang perkapalan boleh dipertimbangkan. Dan yang paling penting ialah bagaimana untuk kita mengambil ataupun mengusahakan tentang perkhidmatan kapal ke kapal, dengan izin Tuan Yang Dipertua, S to S atau ship to ship services.

Tuan Yang Dipertua, ini di antara rangka kerja yang kita sedang rancang dalam memberi nafas baru ya, di dalam kawasan MVV. Kerajaan Negeri sedang melaksanakan kajian kemungkinan dan penyediaan pelan induk bagi pelaksanaan projek yang berteraskan aero angkasa kawasan khususnya yang berkaitan di utara, antara Negeri Sembilan dan Selangor ya. Aktiviti yang dipertimbangkan adalah seperti maintenance, repair and overhaul (MRO) dan aero-manufacturing terutamanya dalam penyediaan akhir pesawat atau dikatakan sebagai final assembly line.

Tuan Yang Dipertua, sukacita saya memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa syarikat penerbangan, pembuat kapal terbang terbesar di dunia, aerobus, Airbus secara dasarnya telah menyatakan kesediaan dan persetujuannya untuk melabur dalam hab industri penerbangan di kawasan MVV di Negeri Sembilan. Tuan Yang Dipertua ya, malahan Airbus telah menyatakan untuk melaksanakan kajian feasibility dalam masa tempoh yang terdekat. Dan inshaa Allah, dalam minggu, pada 4 haribulan Oktober ini kita akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan program yang kita rangka, yang berkaitan tentang FAL dan juga MRO dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan.

Kita maklum, kalau program ini dapat kita jalankan, kalau kita tahu FAL maknanya final assembly line iaitu di mana untuk membuat kapal terbang. Untuk Airbus di dunia ini hanya ada 4 setakat ini kawasan di mana pusat untuk membina kapal terbang. Yang pertama, kita tahu di Toulouse di Perancis, yang kedua Hamburg di di Jerman, yang ketiga di Tianjin, China, dan yang keempat di Mobile di Alabama di Amerika Syarikat. Dan inshaa Allah, kalau usaha kita ini berjaya, seperti yang kita rancang, kawasan Negeri Sembilan akan menjadi pusat pemasangan kapal terbang yang kelima terbesar di dunia untuk Airbus.

Tuan Yang Dipertua, kerajaan, inilah di antara perancangan-perancangan yang kita lakukan ya, inshaa Allah, yang akan merangsang kerana kita tahu bahawa kalau untuk kita membangunkan sesuatu kawasan kita memerlukan anchor company, kita memerlukan syarikat tunjang. Dan untuk membawa Airbus sebagai anchor company, dengan izin, akan inshaa Allah akan membawa lebih banyak industri-industri sokongan untuk datang ke Negeri Sembilan. Inshaa Allah, dalam ini kita telah pun menjalankan banyak usaha-usaha teknikal untuk bersama untuk memastikan projek ini dapat dijalankan.

Tuan Yang Dipertua ya, kalau kita melihat sekarang ini, Pelan Konsep Induk atau Master Concept Plan (MCP) pembangunan keseluruhan ini

dalam peringkat akhir penyediaan oleh pemaju utama MVV, iaitu MVV Holdings Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah entiti di bawah Sime Darby Property Berhad. MCP ini akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan selanjutnya sebelum ia, ianya dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua, perancangan yang terancang di segitiga Nilai, Seremban dan Port Dickson iaitu MVV adalah dika, dilaksan, dilaksanakan secara smart partnership dengan pihak swasta. MVV Holdings akan bertindak sebagai pemaju utama dan syarikat lain juga boleh terlibat sama untuk melengkapinya. Kerajaan terus memainkan peranan sebagai pemudahcara atau fasilitator kepada pelaksanaan projek-projek dalam MVV.

Pada masa ini, untuk menjawab persoalan tentang kos yang terbabit kepada Kerajaan Negeri, tiada sebarang kos kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pembangunan MVV. Walau bagaimanapun, kos yang terlibat adalah tertumpu kepada pelaksanaan projek-projek infrastruktur awam seperti jalan raya, landasan kereta api, bekalan air, dan lain-lain yang mana bergantung kepada peruntukan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Kesemua pelaksanaan projek infrastruktur ini juga adalah tertakluk kepada fasa pembangunan MVV. CDP MVV dan RT MVV yang telah disediakan merupakan pelan induk perancangan yang akan dirujuk bagi memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina keperluan infrastruktur bagi membangunkan kawasan MVV secara khususnya dan kemudahan kepada penduduk Negeri Sembilan secara am, amnya. Sekian, Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Soalan tambahan. Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

So, saya ucapkan tahniahlah kepada Kerajaan Negeri telah berusaha membangunkan semula Malaysia Vision Valley ini. So, soalan tambahan saya adalah, adakah kerajaan meng-set-kan syarat-syarat tertentu terhadap pelabur, pelaburan yang mana tidak

boleh melabur di kawasan tersebut, ataupun terbuka kepada semua pelaburan di kawasan terse, Malaysian Vison Valley tersebut?

Per, Tuan Yang Dipertua, dalam perancangan kita, kita ingin memastikan bahawa industri yang berkait adalah industri yang ber, berteknologi tinggi yang menekankan kepada pekerja yang dianggap sebagai skill and knowledge workers, dengan izin. Ini adalah penumpuan kita untuk memastikan mana-mana industri yang terbabit di dalam menekankan kepada ramai pekerja ataupun labor intensive, dengan izin, tidak berjalan di kawasan ini. Sekian, Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya kita pergi ke soalan Pertang. Yang Berhormat Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tuan Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, danjuga terima kasih kepada Yang Berhormat Pertang, yang bertanya mengenai status pembinaan jambatan baru di Kampung Bemban, Jerang.

Untuk makluman Yang Berhormat Pertang, sebenarnya Pentadbiran Daerah sedang dalam usaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana memandangkan kos pembinaan yang dianggar itu, dia agak tinggi. Jadi iaitu adalah status yang terkini, terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Untuk pengetahuan semua apa, jambatan di Kampung Bemban ni adalah satu jambatan yang merintangi Sungai Teriang. Apabila waktu banjir, sebenarnya jambatan ni dia tenggelam oleh banjirlah, dan menyebabkan lebih kurang lebih 50 keluarga akan terputus hubungan. Jadi kita berharap kerajaan sekarang ni supaya percepatkan pembinaan jambatan kerana apabila setiap kali banjir berlaku di kawasan Sungai Teriang itu, menyebabkan banyaklah ya, keluarga-keluarga di Kampung Bemban tu terputus hubungan daripada untuk kita, dia nak keluar aktiviti harian. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Itu memang menjadi keutamaan kerajaan untuk membela nasib rakyat termasuk penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Pertang iaitu Kampung Bemban. Jangan bimbang, dalam perkara ini kerajaan sedang dalam tindakan, dan dalam, saya rasa dalam kepentingan rakyat, kita adalah bersama-sama dalam isu ini. Kalau ada apa-apa isu yang perlu saya bantu, Yang Berhormat boleh terus jumpa saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya, kita pergi ke Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tuan Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Lobak yang bertanyakan tentang garis kemiskinan yang sedia ada. Yang Berhormat, Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu PGK sedia ada telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2014. Iaitu 930.00 bagi Semenanjung Malaysia, 990.00 bagi Sabah, bagi Sarawak dan 1,170.00 bagi Sabah dan Labuan.

Berikut adalah statistik penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah disalurkan bantuan bagi DUN Lobak, sehingga Julai 2018, adalah seperti berikut: Bantuan Am – 71 kes – 12.6 juta, Bantuan Orang Tua sebanyak 144 kes – 5.4 juta, eh 50,400.00 sorry, Bantuan Kanak-Kanak – 43 kes – 10,650.00 ringgit, Elaun Pekerja Cacat – 66 kes – 26,400.00, Bantuan Pesakit Kronik/Terlantar – 4 kes – 1,400.00, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja – 50 kes – 12,500.00. Untuk satu jumlah besar 378 kes dan jumlah wang sebanyak 113,950.00 ringgit, terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Kerana pemohon dari DUN Lobak ni ramai ditolak walaupun mereka ni nampak ni keluarga miskin. Mungkin itu, hitam, kadang kala dia kira sekeluarga, mungkin lebih dari 90 lebih, tapi yang tu beban tu,

kehidupan yang tinggi saya haraplah kalau Kerajaan Negeri boleh mengkaji semula walaupun tengok ahli keluarga yang penuh, dibantu oleh kerajaan, saya harap, harap pertimbang bukan hanya ikut garis kemiskinan atau keseluruhan dia, keluarga, mungkin keluarga dia lebih orang, ahli keluarga atau dia tinggal tempat yang lain, desa ke bandar. So, soalan saya adalah kerajaan akan memberi bantuan untuk itu bukan untuk garis kemiskinan saja, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Lobak, izin saya menerangkan latar belakang bantuan-bantuan yang diberikan oleh Jabatan ke, Kebajikan Masyarakat. Dari 8 jenis bantuan yang saya terangkan tadi, hanya satu iaitu Bantuan Am yang di, di, wang yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, yang lain itu wang dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat. Dan Kerajaan Pusat memang ada garis panduannya iaitu mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan yang, yang baru dipinda pada 2014. Sebelum ni, pada 2007, hanya Ringgit Malaysia 760.00 ringgit, dan sekarang selepas 7 tahun iaitu 2004, 2014 sudah dinaikkan jadi 930.00. Saya memang setuju bahawa 930.00 ringgit itu memang tidak munasabah dan tidak melambangkan keadaan semasa di mana satu keluarga yang mungkin mempunyai ramai onak, anak-anak tidak akan mendapat menampung kehidupan mereka dengan sempurna.

Oleh yang demikian, saya akan mendesak Kerajaan Pusat supaya menaikkan lagi PGK ke, sekurang-kurangnya 1,200.00. Dan, dalam Kerajaan Negeri kami juga sudah buat satu, dalam manifesto kami, kami sudah mem, secara prinsip meluluskan supaya satu wang ihsan sebanyak 200.00 ringgit diberi kepada ibu tunggal dan akan dimasukkan dalam bajet kami yang kemudian. Dan juga kami juga akan mengambil langkah-langkah yang positif untuk memberi top up kepada bantuan-bantuan yang lain, yang diberi oleh Kerajaan Pusat. Jikalau diperlu, terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Dipertua, penjelasan.

Yang Dipertua Dewan

Penjelasan ke apa?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Penjelasan tentang itu Bantuan Am yang untuk tadi, dalam, Kerajaan Negeri. Saya pun difahamkan ada sebahagian, sebahagian dapat Bantuan Am dia nampak ni, di atas garis kemiskinan. So, saya harap ni kerajaan buat siasa, buat siasatan. Siasatan bahawa

yang sebahagian itu, yang atas kemiskinan, terus kasi tolak, kasi batalkan. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Lobak. Saya sudah mengedarkan kepada sena, Yang Berhormat – Yang Berhormat yang mem, meminta senarai, seluruh senarai penerima bantuan dalam kawasan mereka. Dan saya sudah di, saya sudah mengedar kepada semua ADUN-ADUN yang berkenaan. Jikalau ada, saya minta pemo, pertolongan mereka supaya jikalau ada sesiapa yang tidak layak supaya dipanjangkan kepada pihak kami supaya kami boleh buat tindakan yang se, sewajarnya, terima kasih.

Soalan tambahan, boleh, soalan tambahan?

Yang Dipertua Dewan

Berkaitan dengan tadi ya.

Boleh?

Yang Dipertua Dewan

Boleh.

Terima kasih. Tadi Yang Berhormat ada beritahu untuk meningkatkan daripada 930.00 kepada 1,200.00. Bermakna lebih ramailah akan menerima bantuan JKM ini ya, sedangkan dasar kerajaan baru yang ada, adalah untuk mengurangkan bantuan-bantuan sebegini kan. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa gaji minimum pun hanyalah 1,050.00 ringgit sekarang. Maknanya 1,200.00 ini adakah angka ini telah dikaji ataupun hanya untuk Negeri Sembilan saja?

YB ADUN Bukit kepayang: Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya hanya memberi saranan ya, saya hanya memberi saranan mengikut keadaan semasa. So, jikalau sebuah keluarga yang berpendapatan 1,200.00 memang susah untuk menampung kehidupan mereka. Tapi ini bukan set in concrete-lah, ini satu saranan sahaja, okay.

Yang Dipertua Dewan

Cuma saya mintak kalau ada soalan-soalan tambahan, mintak dekat saya dulu ya. Jangan terus cakap ya.

Mintak maaf, mintak maaf.

Yang Dipertua Dewan

Okay, seterusnya saya pergi kepada Jeram Padang. Yang Berhormat Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1.

Terima kasih Dato’ Yang Di, Tuan Yang Dipertua. Jawatankuasa Bukan Islam ini ditubuhkan, dianggo, melibatkan daripada agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan juga Taoism iaitu melibatkan masalah-masalah tempat ibadat, tanah-tanah perkuburan dan juga program-program kemasyarakatan.

Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menyediakan maklumat, perspektif dan juga nasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan juga Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan berkaitan dasar dan juga hala, hala tuju yang berkaitan dengan portfolio.

Jawatankuasa ini juga akan membincangkan perkara berbangkit berkaitan dengan sumber manusia, perladangan dan hal ehwal bukan Islam dan membuat pengesyoran ataupun cadangan yang sewajarnya untuk dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Antara fungsi lain jawatankuasa ini juga adalah memastikan dasar negeri dilaksanakan sepenuhnya. Merancang, menyelaras dan juga melaksanakan dasar negeri mengikut portfolio yang telah ditetapkan. Menyelaras aktiviti/ program bersama dengan jabatan-jabatan yang berkaitan ataupun agensi berkaitan ataupun yang mempunyai kepentingan ataupun yang melibatkan hal ehwal bukan Islam ini.

Dan seterusnya menyediakan laporan status perlaksanaan aktiviti atau program kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ataupun Majlis Tindakan Negeri. Memantau dan juga melaporkan prestasi semasa berkaitan, semasa, prestasi semasa berkaitan dengan hal ehwal bukan Islam iaitu seperti mana yang tadi saya katakan, berkaitan dengan tempat ibadat, tanah-tanah perkuburan, dan juga program-progra kemasyarakatan. Membincangkan dan mencari penyelesaian

terhadap isu-isu ataupun cabaran yang wujud berkaitan hal ehwal bukan Islam. Dan memang ada beberapa isu dan juga cabaran yang kita sedang mengikutinya.

Dan seterusnya merangka perancangan/hala tuju yang holistik, dan juga memantapkan perlak, pelaksanaan ini, initiatif dalam meningkatkan prestasi hal ehwal bukan Islam ini. Dan seterusnya membentangkan usul dan cadangan inisiatif/projek/aktiviti berkaitan dengan isu hal ehwal bukan Islam di Negeri Sembilan ini. Dan seterusnya membentangkan usul, seterusnya memastikan jalinan hubungan harmoni dan kerjasama di kalangan ahli jawatankuasa, perusahaan dan juga badan-badan bukan kerja, bukan kerajaan dan juga di bidang ataupun di dalam jawatankuasa hal ehwal bukan Islam ini.

Kita memang mempunyai banyak perancangan dan jugak kita telah pun melaksanakan beberapa program di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam bersama dengan jabatan-jabatan, agensi kerajaan seperti Jabatan Perpaduan Negara untuk kita menganjurkan program forum supaya jalinan hubungan antara agama, antara agama termasuk agama Islam dan juga antara agama bukan Islam diwujudkan satu hubungan yang harmoni, supaya kita boleh bertindak sebagai satu penyelesaian jika mewujud, tika wujud sebarang ketegangan antara agama di peringkat Negeri Sembilan ini.

Dan bagi soalan kedua, iaitu berkaitan dengan berapakah permohonan yang telah diterima. Dan oleh kerana jawap, soalan itu tidak menyatakan suatu jangka masa yang dinyatakan, maka kita mengambil untuk tahun 2008, 2018 permohonan yang diterima mengikut kawasan di luar dan di dalam kawalan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tahun semasa (2018) adalah seperti berikut: iaitu di Majlis Perbandaran Seremban, permohonan, jenis permohonan adalah Akademi/Pusat Latihan Belia Seminari teknolo, Theologi Malaysia iaitu 1 permohonan. Di bawah Majlis Perbandaran Nilai, jenis permohonannya adalah Rumah Ibadat Agama Buddha – 1. Di bawah Majlis Perbandaran Port Dickson – Rumah Ibadat/Kuil – 1. Dan di Malis Daerah Kuala Pilah – Rumah Ibadat/Kuil, Rumah Ibadat/Kuil Hindu dan juga 1. Dan melibatkan 2018 sehingga ke hari ini, yang menerima permohonan adalah sebanyak 4.

Dan ini tidak termasuk permohonan-permohonan yang telah pun dikemukakan pada tahun sebelum ini, iaitu sebelum tahun 2018. Dan juga ada banyak lagi permohonan yang belum lagi dikemukakan secara rasmi, tetapi telah pun dibawak kepada pandangan saya untuk kita

mengambil ataupun menjalankan permohonan secara rasmi selepas ini. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya kita …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Oh, mintak tambahan. Nilai, boleh?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan saya, terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri kerana menubuhkan Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam. Sesuatu, satu jawatankuasa baru. Saya berharap jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang begitu baik. Dalam jawapan tadi memang kosa kata dan perbendaharaan kata adalah begitu banyak, luas, jelas, memang saya gembira.

Secara simple-nya saya ingin nak maklumkan, memanglah penggal lepas ini saya seorang saja dengan, jasa baik dengan, kerjasama Yang Berhormat Rantau telah menyelesaikan isu tanah di 13 kuil, 3 tokong Cina, satu di Lukut, satu di Mahsan, satu lagi di, di Seremban. Dan satu …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan, soalan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. di Port Dickson.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya, saya kena jelaskan sedikit. Ni, ni jawatankuasa baru ni. Dan masalah kuil di sini biasanya adalah yang terletak di rizab jalan, rizab KTM, rizab JPS. Dan ada kuil-kuil itu yang ada pendaftaran ROS, ada yang telah terbatal dan kuil itu mengalami masalah pengurusan harian, dan juga pengurusan aset. Dan ada kuil semasa pembinaannya, pelan itu sukar untuk mendapatkan kelulusan daripada Majlis Tempatan sebab strukturnya. Jadi beberapa masalah

yang kami terpaksa turun naik Majlis Perbandaran untuk dapatkan, Majlis Daerah untuk dapatkan kelulusan.

Jadi saya ingin bertanya, apakah tindakan Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam ini dalam menyelesaikan masalah tapak, masalah pembinaan kuil dekat tanah-tanah lapang, atapun mendapatkan kelulusan untuk Raja Gopuram. Raja Gopuram itu adalah menara kuil yang biasa dibina di hadapan, itu adalah salah satu daripada peraturan utama.

Dan kami juga telah dibawa masalah kremotorium yang kini sekarang sudah berjaya dibina dekat Port Dickson satu, satu lagi dekat Bahau. Saya ingin tanya, ada tak langkah diambil oleh jawatankuasa ini untuk memastikan setiap daerah itu mempunyai sekurang-kurangnya satu kremotorium. Itu terlalu penting. Dan saya berharaplah jawatankuasa ni juga mengambil tindakan untuk mewujudkan satu tapak di setiap satu daerah untuk membuat …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Yang Berhormat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. sembahyang harian hari yang ke-16. Sekian, terima kasih.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Yang Berhormat mintak penjelasan, kremotorium Port Dickson dah siap.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Kremotorium Port Dickson dah sampai ke 95%, hanya pada ketika sebelum PRU ke-14 itu, hanya jalan masuk saja yang masih ada masalah, yang lain strukturnya sudah, sudah siap. Jadi sekarang saya berharap Yang Berhormat Sri Tanjung itu siapkanlah. Kan biasa bila ada orang meninggal di sana biasa …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Mintak penjelasan, tadi Yang Berhormat beritahu sudah hampir siap, belum siap lagi …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini, Timbalan Speaker pun boleh tanya soalan ke ni?

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. janganlah dalam Dewan yang mulia ini, kita jangan putar belit …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tak apa, tak masalah.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. jangan putar belit. Benda tu belum siap lagi, jangan putar belit.

Yang Dipertua Dewan

Sebab itu saya tanya tadi, kalau soalan tambahan, soalan tambahanlah, jangan mengulas. Ulas kang tak habis kita ni, ya, okay.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tak ada masalah.

Okay terima kasih Jeram Padang. Memang kita mempunyai perancangan untuk kita memastikan semua tempat-tempat ibadat yang ada masalah khususnya semasa sesuatu pembangunan dilakukan ataupun di tanah rizab jalan, rizab keretapi, memang antara salah satu janji dalam tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah kita akan pastikan semua pen, pemindahan tempat-tempat ibadat, kita tahu ini adalah satu isu yang sensitif, kita akan memastikan apabila sesuatu keputusan diambail untuk memindahkan tempat-tempat ibadat ini, kuil ke, tokong ataupun gereja, kita akan pastikan ada perbincangan sebelum kita mengambil sebarang keputusan untuk memastikan tidak wujud sebarang kes yang tidak sepatutnya berlaku.

Oleh itu, kita akan pastikan dan khususnya di mana tempat-tempat ibadat yang ada di dalam kawasan estet, dalam kawasan ladang, apabila berlaku sesuatu pembangunan, kita akan pastikan pemaju-pemaju tersebut menyediakan satu tempat yang sesuai untuk jangka masa yang panjang. Kita tidak mahu sesuatu tempat yang diberikan itu akan wujudkan satu lagi masalah kepada kita. Sebab pada hari ini memang ada satu dua di kawasan di Negeri Sembilan, apabila sesuatu itu diberikan sebelum ini, di, sangat berdekatan dengan rumah, memang hari ni telah wujud masalah. Memang kita melihat aspek tersebut sebelum kita meluluskan sesuatu pemindahan tempat-tempat ibadat ini. Dan seperti mana yang dinyatakan, memang kita ada hala tuju kita, kita ada dasar negeri kita, kita akan memastikan semua permohonan itu mengikut dasar ataupun, yang, perancangan kita.

Dan bagi kremotorium ini, memang satu cadangan yang sangat bagus untuk memastikan semua daerah mempunyai satu kremotorium kerana hari ini tempat, tanah perkuburan itu mungkin tidak cukup, ada banyak tempat yang tidak mencukupi tanah perkuburan tersebut. Dan kita akan pastikan kita, bagi kita sedikit masa kita boleh berbincang dengan agensi ataupun pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk kita pastikan kremotorium ini boleh ditubuhkan ataupun dibina di semua daerah untuk kegunaan masyarakat khususnya masyarakat bukan Islam di Negeri Sembilan ini.

Berkaitan dengan di kremotorium PD, kita akan pastikan, kita akan pastikan rancangan yang dimulakan sebelum ini kita akan habiskan supaya tempat itu memberikan, okay, Pakatan Harapan akan memastikan projek tersebut disiapkan dengan segera supaya ia boleh memberikan kebaikan dan juga, kebaikan kepada semua masyarakat di Port Dickson tersebut. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Kita pergi kepada soalan berikutnya, daripada Seremban Jaya, maaf, daripada Rahang.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan ketiga.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengisian sebanyak 139 daripada keseluruhan 150 unit Rumah Mampu Milik di Taman Abok Jaya. Pengisian ini adalah yang terdiri daripada setinggan yang terjejas akibat pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Seremban serta pemohon-pemohon yang lain yang juga, yang layak.

Pengisian rumah, perumahan ini telah dibuat pada tahun 2012 dengan keutamaan kepada setinggan asal di kawasan tersebut dan pada tahun 2015 dengan pengisian di kalangan orang awam. Jadi, buat masa kini, sebanyak 69 pemohon berada di dalam senarai menunggu dan pengisian bagi baki unit yang masih kosong akan dilaksanakan dengan penelitian mendalam serta semakan teliti oleh agensi-agensi yang berkaitan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau.

Soalan tambahan. Bolehkah kerajaan buat keputusan untuk ada satu taklimat dengan pemohon-pemohon di dalam senarai menunggu sebab mereka memang perlu adakan jawapan dari kerajaan tentang rumah-rumah kosong di kawasan tersebut? Ada juga masih ada penduduk-penduduk dari Kampung Abok yang belum dapat apa-apa keputusan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Cadangan Yang Berhormat supaya mengadakan pertemuan dengan penduduk di kampung, penduduk yang ingin, yang sedang dalam waiting list itu, itu saya boleh pertimbangkan. Cuma kalau Yang Berhormat Rahang ada information mengenai penduduk-penduduk setinggan yang tidak mendapat rumah di situ, saya mohon Yang Berhormat Rahang supaya memberikan maklumat tersebut kepada kita kerana untuk Kerajaan Pakatan Rakyat, eh Pakatan Harapan, kita nak memastikan setiap rakyat kita yang sepatutnya dibela, kita patut membela mereka.

Dan kalau adanya penduduk yang ingin mendapatkan rumah mampu milik, sebenarnya kerajaan kita, kita ada menawarkan banyak rumah mampu milik Type A, di mana kos dia cuma 80,000.00 sahaja. Jadi kalau Yang Berhormat ataupun rakan-rakan di Dewan yang mulia ini, mempunyai senarai-senarai atau mempunyai pengundi-pengundi yang berpa, berpendapatan rendah yang ingin, yang memohon, bolehlah melayarai website Unit Perumahan Kerajaan Negeri supaya mendapatkan informasi tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Chembong.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya ada 2 soalan sebenarnya ni, pilihan. Tapi saya pilih soalan yang paling mudahlah Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Chembong, sebenarnya saya pun bole jawab yang susah punya, tak apa, terima kasih. Oleh kerana terlalu senang soalan ni, so jawapan saya pun simple ajalah. Untuk makluman sehingga 30 haribulan Jun 2018, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah

menyalurkan bantuan kepada penerima bantuan bagi Daerah Rembau sebanyak 2,987 kes. Terima kasih.

Soalan tambahan, mesti. Tuan Dipertua, kerajaan beri bantuan ini kepada golongan-golongan yang layaklah, terutamanya bantuan secara langsung ini, bantuan yang bersasar kepada yang layaklah. Adalah tujuan utamanya untuk meringankan beban rakyat. Contoh bantuan secara langsung dan bersasar adalah daripada JKM, Baitulmal, kita dulu ada Bantuan Khas Awal Persekolahan untuk anak-anak murid kita, Bantuan Rakyat 1Malaysia, boleh sebut lagi kan, 1Malaysia.

Dan saya sangat tidak selesa dan tidak setuju dengan pandangan-pandangan, kenyataan-kenyataan baru-baru ini daripada segelintir pemimpin yang menyatakan bantuan-bantuan ini harus dipertimbangkan semula sebab ianya memanjakan dan membuatkan rakyat jadi malas. Soalan tambahan mudah saya, Tuan Dipertua, apa pandangan dan pendirian Kerajaan Negeri tentang menyatakan bantuan ini membuatkan rakyat, masyarakat kita malas dan jadi manja. Terima kasih Dipertua.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Chembong. Berkenaan dengan dasar kerajaan saya memang tidak ada bidang kuasalah untuk memberi apa-apa pendapat. Dan, tapi saya boleh memberi pendapat dari sudut Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dan seperti yang saya kata tadi, 930.00 ringgit itu memang tidak munasabah, so, oleh yang demikian so, kami ada niat untuk menaikkan lagi. Tapi jikalau seperti BR1M dan wang yang di, sebagai dadaklah ya, ini tidak digalakkan. Terima kasih. Dedak.

Saya, saya, saya memang tahu tak ada soalan tambahan Yang Dipertua, memang tak ada soalan tambahan. Tapi, tak apalah, kan, macam mana Yang Berhormat kan, saya tanya soalan naik tiang, dia jawabnya soalan naik bendul, tapi tak apalah, nanti saya jumpalah dia. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kat luar ye. Kita pergi soalan seterusnya, Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Ya, soalan Yang Berhormat Seremban Jaya adalah mengenai kemalangan di persimpangan Jalan SJ 3/1A Taman Seremban Jaya.

Tuan Yang Dipertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kemalangan yang berlaku di persimpangan itu boleh dilihat kepada 3 faktor iaitu sikap pemandu, keadaan struktur jalan persimpangan tersebut dan juga dari sudut penguatkuasaan undang-undang. Antara mekanisme yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengurangkan kemalangan di persimpangan adalah dengan mengkaji kelemahan keadaan struktur jalan persimpangan dan jalan tersebut diselenggara dengan baik serta juga melihat dari sudut pencahayaan dan, pada waktu malam dan waktu hujan.

Selain itu, pemasangan CCTV bagi mengenal pasti kenderaan yang melanggar lampu isyarat dengan mengambil tindakan yang sewajarnya dan melibatkan jabatan-jabatan lain seperti JPJ dan juga Polis serta pemasangan bonggol dan papan tanda yang lebih banyak. Di persimpangan SJ 3/1 Taman Seremban Jaya telah dinaik taraf pada tahun 2016 dengan penambahan penanda, penandaan jalan yang secukupnya di persimpangan tersebut.

Antara kaedah ataupun perancangan lain yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dengan pemasangan papan tanda keselamatan, membuat garisan jalan yang jelas dan beberapa speed breaker seperti paku jalan atau sebagainya. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Yang Berhormat, ini masalah saya sudah banyak kali sudah bangkit dalam Dewan. Satu bulan kurang-kurang 10 kemalangan. Ada maut, ada mati. Banyak kes kemalangan, tapi papan tanda, tak tahu macam manalah, saya belum nampak. Saya belum nampak ini 3/1A, saya mintak tolong EXCO turun sama-sama, kita boleh lihat. Benda sudah lama, ini masalah. Tapi, saya pun tahu sebelum Ahli Parlimen Rasah, saudara Teo Kok Seong, mereka pun sudah tahu, saya, pasal pengundi-pengundi di Seramban Jaya selalu ada bangkit ini masalah. Saya pun sudah tulis surat kepada sebelum kerajaan dahulu, tapi sekarang kerajaan baru sudah 121 harilah, tak apa, kita akan cepat dan segera kita buat. Saya mintak tolong kepada EXCO turun di Jalan 3/1A, lihat, tanya sana ada 6 restoran yang besar

daripada luar straight dia orang masuk sana hari minggu, banyak orang masuk ke kedai-kedai dia orang makan. Tapi ini masalah very very serius. Saya mintak tolong EXCO PBT. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya, yang selama ini memang memperjuangkan nasib rakyat. Sebab itu Yang Berhormat Seremban Jaya tiga tiga penggal pun menang Yang Dipertua. Tahniahlah kepada Yang Berhormat Seremban Jaya yang benar-benar membawa suara rakyat, di mana walaupun apa yang dikatakan oleh Seremban Jaya tadi, dah banyak kali telah pun membawa isu ini, tetapi tiada jalan penyelesaian. Tak apa itu dulu, kini Pakatan Harapan, kita akan mengambil tindakan penambahbaikan melalui operasi bersama MPS, Polis dan juga JKR.

Dan permintaan Yang Berhormat Seremban tadi, dia mintak saya supaya saya turun bersama-sama untuk meninjau. Tak ada masalah, kerajaan kita, kita terbuka. Kalau ada apa-apa aduan ataupun ada apa-apa permintaan daripada rakyat, kita tidak akan lari daripada tanggungjawab itu, kita akan turun, kita akan meneliti apa yang berlaku dan kita akan cari penyelesaian untuk selesaikan masalah itu. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih EXCO.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau, dia kata tak lari ya. Seterusnya kita pergi kepada soalan daripada Kota.

Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Saya kemukakan, sebenarnya saya ada, nak kemukakan soalan yang saya berminat ni Tuan Yang Dipertua, tapi soalan saya ni dah hilang. Saya kemukakan 3 soalan.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Satu ditolak, satu tertinggal dalam kertas dewan ni, tapi satu terhilang daripada, dalam kertas ni. Jadi saya tak tahu.

Yang Dipertua Dewan

Tertinggal.

Saya mintak di pihak urusetialah, maklum kepada saya, soalan kedua saya, soalan pertama saya Jalan Besar Tampin – Seremban, jawapan yang dibagi itu hal Persekutuan, saya terima. Yang kedua soalan pencahayaan luar bandar, haa itu tak tahu mana perginya. Yang ketiga ialah usahawan nanas. Jadi nak tak nak terpaksalah saya kemukakan soalan usahawan nanas-lah, tapi bukan nombor 1 ni, nombor 3, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Kota, kita akan ambil ni lah, perhatian ya. Dipersilakan.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Yang Berhormaat Yang Dipertua, sehingga kini, jumlah pengusaha nanas yang berdaftar dan menerima bantuan insentif tanaman nanas di bawah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Rembau, Negeri Sembilan adalah 48 orang, dengan keluasan 46.2 hektar. Dalam tahun 2017, seramai 13 orang pengusaha dengan keluasan 14 hektar iaitu 70% daripada keluasan nanas di Negeri Sembilan.

Jenis utama yang ditanam di Rembau ialah MD2, Crystal Honey dan Yankee. Bayaran pajakan tanah adalah berbeza mengikut kawasan-kawasan. Bagi kawasan Daerah Rembau yang dikenal pasti bayaran pajakan minima yang direkodkan 200.00 ringgit satu hektar setahun dan maksimum 400.00 ringgit sehektar setahun. Manakala di bawah Jabatan Pertanian, terdapat 6 pengusaha yang berdaftar di Daerah Rembau yang kadar bayaran pajakan antara 250.00 hingga 400.00 seekar setahun bergantung kepada perbincangan di antara pengusaha-pengusaha dan tanah, tuan-tuan tanah. Sekian.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Klawang yang telah menjawab soalan ini. Saya cuma nak ambil kesempatan ni, nak ajak kawan-kawan, ahli-ahli Yang Berhormat lain datang ke Kota, makan nanas, lebih sedap daripada Titi-lah. Promosilah kan, promosi. Cuma Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya di Kota ni kawasan pertanian kan, dulu kita menggalakkan tanaman padi sebab kita tak cukup, terpaksa import beras daripada luar.

Jadi saya nak tahulah status kenapa nanas ni diberikan perhatian sekarang, sebab dulu nanas ni tak ada pun, tak ada. Sebelum 2017 ni, saya ingat ataupun 2016, nanas ni tak terkenal pun di kawasan kita, sebab dikatakan tanahnya tak, tak bersesuaian. Tetapi nampaknya

kebelakangan ni, dengan MD2 ni, klon MD2 ni nampaknya begitu mendatangkan hasil yang cukup baik kepada, digalakkan kalau boleh kepada pihak kerajaan, saya nak tahu apakah kita nak galakkan ini disebabkan oleh kriteria tertentu supaya pihak pengusaha dapat memajukan lagi kawasan. Sebab saya difahamkan di Negeri Sembilan, kawasan inilah yang paling, tanah yang paling sesuai untuk tanam nanas ni.

Jadi soalan saya, apakah, kenapakah, apakah sebab-sebab tiba-tiba, nanas dulu tak boleh tanam, tiba-tiba sekarang boleh tanam. Apakah sebab Yang Berhormat ADUN Kota dulu, nak tahu jelah kan, jadi saya berharap kerana apa nanas pulak hari ini menjadi tempat kawasan Kota, dan bagaimanakah kawasan untuk tanam padi ni. Apakah masih diberi tumpuan ataupun tidak? Terima kasih.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Yang Berhormat Yang Dipertua, penanaman nanas dia memerlukan kawasan yang, tidak memerlukan kawasan berair seperti menanam padi, oleh itu ianya adalah lebih mudah untuk ditanam. Dan bukan hanya di Rembau, sebenarnya di, kita terdapat di Negeri Sembilan jugak di mana kita mengadakan usahama dengan CCR Jelebu dan di Kem Sarijudin [Sirajuddin]. Keluasannya sehingga mencapai 67 ekar ya. Dan di, di tempat-tempat yang lain, pengusaha-pengusaha individu memang diberi bantuan dan insentif untuk mengeluar nanas. Dan ianya boleh menghasilkan pendapatan yang agak lumayan dan ia jugak mempunyai nilai eksport, nilai eksport.

Malah di Negeri Sembilan kita, kita punya SSL ya, kita punya self, terlupa pulak saya dia punya tu, saraan, self sufficient level, sudah mencapai 100%. Maknanya sekiranya ada pengusaha yang berminat yang lain, kita boleh membuat pengeksportan ni, yang akan datang, ke negeri lain ataupun ke luar negara. Dan ianya memang salah satu objektif Lembaga Nanas ni. Sekian.

Saya nak tanya, kedudukan, perbandingan antara nanas dengan padi tadi. Sebab kawasan ni dulu ada jugak kawasan yang mengeluarkan padi dalam Negeri Sembilan.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Penelitian tu nanti saya, kita akan, akan, akan, buat satu penelitian sebab kebanyakan kawasan padi yang tidak boleh diusahakan itu, oleh kerana masalah pengairan, kebanyakannya. Jadi kalau pengairan itu tidak dapat diatasi, maknanya penanaman padi itu

adalah agak mustahil di, dibuat penanaman padi. Cuma sekarang kita, penanaman padi misalnya di Kuala Pilah di kawasan antara Ulu Bendul dengan Terachi masih diusahakan. Di Jelebu, kalau boleh dikatakan Jelapang Padi Negeri Sembilan adalah di Sungai Buluh, yang mana pengeluarannya hampir mencecah 6,000 tan se, setahun, saya difahamkan. Tetapi masih jauh rendah lagi berbanding dengan Jelapang Padi-lah 10,000 tan.

Jadi, memang kita menghadapi masalah apabila pengairan tidak, tidak boleh me, menepati kehendak ataupun keperluan padi. Dan pada masa yang sama kita menghadapi masalah di Tanjung Ipoh ya, kita tidak dapat menyediakan air oleh kerana kita kena rizabkan untuk minuman. Jadi, sekarang ni di Tanjung Ipoh kita terpaksa tangguh saya rasa kalau tak silap saya sudah 2 bulan. Jadi inilah kekangan-kekangan yang perlu kita hadapi untuk kita mengeluarkan padi. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Saya nak pergi soalan daripada pembangkang, ADUN Linggi, YB Linggi.

Terima kasih Tuan Dipertua, saya mohon untuk dapatkan sedikit pencerahan dulu, point of order peraturan, kerana kita semua sedia maklum yang sebelum ini …..

Yang Dipertua Dewan

Kuat sikit.

Kita semua sedia maklum yang sebelum ini kita, kita tak ada Timbalan Speaker. Tapi penggal ini kita telah adakan sedikit penambahbaikan, kita telah mewujudkan jawatan Timbalan Speaker di Dewan ini, kita dah ramai-ramai ucap tahniah semalam. Sedikit pengamatan, semalam saya tengok Sri Tanjung dia tidak, tidak ambil bahagian di dalam Dewan, dia mungkin bising-bising tepi-tepilah. Tapi hari ini saya nampak dia ada aktif, dia bangun, dan sedikit berbahas dengan, dengan Jeram Padang tadi. Jadi soalan saya sebagai Timbalan Speaker semasa Sri Tanjung …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Tuan, tuan mintak laluan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. saya tidak bahas tadi. Mintak penjelasan saja.

Okay, betul.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Tarik balik perkataan saya bahas.

Okay, saya tarik, saya terima, mencelah.

Yang Dipertua Dewan

Linggi, pasal kita ada banyak soalan ni, kang tak sempat masa kang.

Tapi, tapi ini, ini, ini penting.

Yang Dipertua Dewan

Bagi soalan dulu.

Tak ini…..

Yang Dipertua Dewan

Nanti perbahasan usul ni.

Saya takut nanti, karang dia masuk campur, atau dia bangun nanti, takut …..

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa, saya ada.

Yang Dipertua Dewan

Saya ada sini, tuan jangan lupa.

Soalan saya tentang, sama ada dia boleh …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, pengerusi, pengerusi ada sini.

….. sama ada dia sebagai Timbalan Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Dipertua ada, kalau saya rasa apa, saya ni, tapi saya tak mengganggu saya ingat tadi.

Yang Dipertua Dewan

Silakan, soalan.

Soalan saya nanti …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan, soalan. Tumpu kepada soalan.

Semasa dia tidak mempengerusikan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, saya tak, sebab masa tengah run ni …..

Yelah, semasa dia tidak mempengerusikan …..

Yang Dipertua Dewan

….. semalam tuan-tuan complaint, kata saya …..

….. mesyuarat …..

Yang Dipertua Dewan

Bagi saya seorang bercakap. Saya nak bercakap dulu. Tuan duduk kejap, kejap lagi saya bagi tuan. Semalam tuan-tuan jugak, Yang Berhormat jugak complaint soalan banyak kepada, dapat daripada kerajaan. Memang sebab kita ada 5 orang, tuan-tuan ada 20 orang. Kita ada EXCO. Jadi, pasal itu 2 kali kita panggil daripada pihak kerajaan. Hari ini, saya nak berlaku adil, sebagai Dipertua, saya tak nak ada mana-mana, memihak mana-mana untuk tujuan sama-sama kebaikan. Sebab itu Linggi, dia nombor 12 ni, seaptutnya pergi Mambau, sebab Mambau, kalau Mambau saya bagi kali kedua, dah 2 kali ni. Jadi saya tak mahu yang semalam, sebab tuan-tuan dah tegur semalam kan, kenapa kerajaan sampai 2 kali. Sebab kita punya ADUN 5 orang saja, tuan-tuan 16, sebab kita dah ada EXCO. Jadi saya bagi kepada Linggi, tolong terus kepada soalan ya.

Saya, saya akurlah dengan Tuan Speaker. Soalan saya adalah soalan yang soalan pertama.

Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada soalan daripada Linggi mengenai jumlah murid mengikut pecahan kaum ya. Jumlah murid di Negeri Sembilan, untuk data APDM iaitu Aplikasi Pengkalan Data Murid setakat sehingga 3 September 2018, sekolah rendah adalah seramai 102,489 orang, manakala sekolah menengah adalah seramai 85,955 orang. Di mana keseluruhannya adalah berjumlah 188,444 orang.

Bilangan murid mengikut pecahan kaum di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, menurut data APDM 3 Sepermber 2018 adalah yang pertama di sekolah kebangsaan, pelajar Melayu Bumiputera adalah seramai 68,993 orang iaitu 92.3%, manakala pelajar Cina adalah seramai 356 orang iaitu 0.48%, pelajar India adalah seramai 3,825 orang iaitu 5.12%, manakala pelajar lain-lain seramai 1,575 orang iaitu 2.11%, berjumlah keseluruhannya 74,749 orang.

Manakala pelajar yagn terbanit dalam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, seramai 19,020 orang. 2,196 orang adalah pelajar Melayu Bumiputera iaitu seramai 11.55%, manakala pelajar Cina seramai 15,520 iaitu 81.6% manakala pelajar India adalah seramai 1,063 orang iaitu 5.59% dan lain-lain seramai 241 iaitu 1.27%.

Untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, keseluruhan pelajar pada setakat 3 September menurut data APDM adalah seramai 8,720 orang. Daripada itu, Melayu Bumiputera adalah seramai 45 orang iaitu 0.52%, pelajar Cina seramai 29 orang iaitu 0.33% manakala India 8,617 orang iaitu 98.82%, dan lain-lain seramai 29 orang iaitu 3.33%.

Secara keseluruhannya, kalau menurut untuk di peringkat sekolah rendah, daripada 102,489 pelajar, 7, pelajar Melayu Bumiputera adalah seramai 71,234 orang iaitu 69.5%, pelajar Cina adalah seramai 15,905 orang – 15.52%, pelajar India 13,505 orang – 13.18%, manakala yang lain-lain seramai 1,845 orang iaitu 1.8%.

Untuk sekolah peringkat menengah, kalau melihat perpecahan kaum di sekolah menengah, menurut data APDM, 3 September 2018, daripada

keseluruhan 85,955 orang pelajar, pelajar Melayu Bumiputera adalah seramai 59,365 orang iaitu 69.06%, manakala pelajar Cina seramai 12,774 orang iaitu 14.86%, pelajar India seramai 12,210 orang iaitu 14.21%, manakala yang lain-lain seramai 1,611 iaitu 1.87%. Sekian, Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan? Benarkan, YB, tanya tambahan? Soalan.

Terima kasih. Berdasarkan statistik perangkaan, khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan, kita lihat dia punya polarization ataupun jurang yang tinggi, maksud dia, dia punya, dia punya apa tu, ratio dia tu adalah tidak sekata dengan kependudukan kita, khususnya di Negeri Sembilan. Dan kita juga difahamkan kementerian sedang mengkaji 26 sekolah SJKC. Soalannya, Tuan Speaker, apakah pendirian Kerajaan Negeri sendiri ya, tentang penambahan ataupun pengekalan sekolah-sekolah jenis kebangsaan ini dan adakah 26 sekolah yang sedang dikaji itu termasuk sekolah-sekolah di dalam Negeri Sembilan?

Tuan Yang Dipertua, untuk sekolah jenis kebangsaan, seperti kita semua maklum, jumlahnya adalah kekal sebagaimana yang sedia ada. Dan jika ada sebarang perubahan adalah perubahan tempat, daripada satu tempat ke tempat yang lain. Itu setakat ini untuk di Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih kepada Yang Berhormat …..

Saya tanya pasal sebelum itu tentang pendirian kita jugak.

Yang Dipertua Dewan

Pendirian?

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Pendiriannya kekal seperti yang sedia adalah. Dan maknanya kalau ada perubahan yakni perubahan tempat daripada sekolah tu mana nak berubah. Jumlah yang sedia ada kekal seperti sedia ada.

Penambahanlah?

Tiada perubahan setakat ini.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan, Yang Berhormat Linggi. Kita ada lebih kurang 15 minit je lagi untuk saya tangguhkan, pukul 11:30 kerana kita ada nak, lepas ni kita pergi usul selepas kita tangguhkan ni. Untuk itu saya beri peluanglah kepada Seri Menanti ya, untuk membuat pertanyaan.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, sayang Tuan Yang Dipertua kepada Seri Menanti ni kan. Ado kono mengono agak eh.

Yang Dipertua Dewan

Semalam dapat sekali, kita bagi 2 kali hari ni. Hari ni 2 kali dapat cakap ni.

Tuan Yang Dipertua, saya bangun untuk soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih. Soalan pertama.

Terima kasih. Assalamualaikum WBT. Tuan Yang Dipertua dan jugak ADUN Seri Menanti, sahabat saya, dan semua ahli jawatan, Ahli Dewan Undangan Negeri. Pertama sekali nilah soalan yang pertama kepada sayalah. Dan saya rasa, saya berharap, saya rasa kehidupan masyarakat hidup luar bandar ini jangan dipencilkan atau dipinggirkan. Apabila saya masuk dilantik menjadi EXCO Pembangunan Luar Bandar, EXCO ni tidak bermesyuarat selama hampir 6 tahun. Jadi, saya sangat terkesan bahawa kita dalam usaha memajukan bandar dan jugak luar bandar ini, kita tertinggal.

Dan apabila saya lihat daripada peruntukan bajet yang siling RMK Ke-11, 2016 ke 2020, sehingga 2018, hanya 8.0 juta dibelanjakan daripada 79.0 juta. Jadi, saya dah mengambil tindakan segera supaya semua ketua-ketua jabatan dan jugak pihak yang terlibat supaya dapat menyegerakan, menyegerakan bajet-bajet dan jugak yang patut kita lakukan. Sejak sekian lama, sejak 6 tahun yang dulu. Jadi, saya mintak maaflah, Rantau pun tak ada sini, pada hari ini ya. Sebab kita perlu utamakan orang-orang kita, ataupun orang-orang penduduk di luar bandar. Jadi, saya rasakan bahawa tumpuan perancangan dan hala tuju pembangunan luar bandar kini masih memfokuskan pembangunan fizikal. Sepatutnya dah selesai seperti jalan raya, jalan kampung, lampu-lampu. Tapi masih belum ada lagi, banyak kawasan masih tertinggal. Kalau Kota tadi, mungkin dia lebih terang berbandingkan di Labu ya.

Jadi saya berharap supaya lepas ini penumpuan perlu berikan bagi pembangunan luar bandar lebih sedikit, dan untuk tahun 2019, saya mencadangkan supaya bajet-bajet untuk pembangunan luar bandar ini ditingkatkan. Kalau sebelum ini, maknanya kita dapat lebih kurang beberapa juta saja, kita ada baki 45.0 juta lagi untuk kita laksanakan sehingga tamat pada 2020. Jadi saya berharap ini ambil ingatan untuk semua DUN.

Dan saya menyeru kepada semua DUN baik pembangkang ataupun pihak kerajaan supaya segera turun ke bawah, mintak pandangan daripada penduduk tempatan apa kehendak dia. Kemukakan, hantar kepada Pejabat Daerah melalui ketua-ketua kampung, dan insaha allah kita akan pertimbangkan untuk kita tingkatkan projek-projek pembangunan luar bandar untuk luar bandar. Jangan kita salahkan kalau kita sendiri tak buat kerja, kalau kita sendiri tidak turun padang. Kita boleh bercakap dalam Dewan, tapi kita tidak membawa hasrat dan kehendak rakyat untuk dilaksanakan dengan cepat dan jugak sepatutnya.

Jadi selaras dengan ini, Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019 – 2040 yang sedang diteliti akan dipastikan melonjakkan pembangunan luar bandar untuk bergerak dalam rentak yang seiring dengan arus pembangunan di kawasan bandar. Saya sebagai EXCO bercadang untuk memastikan semua kemudahan yang dapat di bandar akan dapat dikecapi oleh penduduk luar bandar. Sebab negeri kita kecil, jika dibandingkan dengan negeri yang lain. Perancangan ini digubal adalah untuk memastikan faedah pembangunan yang di, yang dilaksanakan akan turut dinikmati oleh masyarakat luar bandar seterusnya menyumbang kepada perkembangan positif dari segi ekonomi dan jugak sosial.

Dalam memacu pembangunan luar bandar di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri kini sedang meneliti dan menambah baik perancangan pembangunan melalui pewujudan Pelan Pembangunan Luar Bandar yang seperti saya cakapkan tadi. Ada banyak projek-projek yang terlibat dengan pembangunan luar bandar ya, yang pertama sekali apabila melibatkan pembangunan, mungkin mengam, apa, pengambilan balik tanah. Ini mintak ADUN dan jugak wakil rakyat yang terlibat untuk berkesam, bekerjasama dengan rakyat di peringkat kampung dan sebagainya untuk bersama membantu kerajaan.

Yang kedua, projek memajukan kampung. Ini tak banyaklah, mana-mana satu kampung tu mintak, kita bagilah. Apa kampung tak mintak kita tak bagi. Ini polisi kerajaan dulu. Dan kita akan kata, kita buka kepada semua ADUN pembangkang dan jugak ADUN daripada apa, pemerintah. Kemudian pembinaan penurapan jalan luar bandar. Ini ada projek 3.0 juta, kita dah belanjakan sikit saja, tinggal lagi, kalau boleh lepas ni, mintaklah selesaikan supaya jalan-jalan dalam ban, dalam, di luar bandar ini kita ditingkatkan. Kalau perlu dibesarkan, kita besarkan. Tak kan selepas 61 tahun, sampai sekarang jalan kita di kampung, bila kita masuk kereta kita kena berhenti, biar satu kereta ni jalan. Sepatutnya dah dibesarkan.

Kemudian, pembinaan, pengubahsuaian dewan dan balai raya semua. Ini semua perlu dibuat. Balai raya dah lama, ada yang tak boleh dipakai. Jadi, perlu dimintak ataupun dikemukakan cepat kepada kerajaan supaya jangan menyalah-nyalahkan sampai kita sendiri balai raya di kampung kita, di dalam kawasan kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kemudian, program pencahayaan jalan negeri. Ini jugak saya mintak kerajasama daripada pihak Jabatan Kerja Raya, memastikan supaya jalan-jalan negeri yang masuk melalui, daripada negeri sebelah supaya dapat kita terangkan. Sebab kita nak jadi negara maju tak lama lagi, itu

sebabnya nak jadikan Nilai dengan Seremban, Bandaraya, saya cakap jadikan bandar raya kelas ketiga, kelas keempat, sebab jalan kita gelap. Terutama daripada Mantin nak pergi Seremban, gelap. Daripada Labu dan pergi ke Seremban, gelap. Inikah yang dinamakan bandar raya yang nak kita mewujudkan secepat mungkin. Jadi pandangan saya, kita penuhkan dulu keperluan-keperluan sebagai bandar raya, dan inshaa Allah lepas itu kita akan jadikan bandar raya kita bandar raya yang setaraf dengan bandar raya di seluruh negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Dipertua, saya ingin mengemukakan soalan tambahan. Saya amat teruja sebenarnya dengan penjelasan daripada ADUN Labu sebentar tadi berkaitan dengan penglibatan ADUN-ADUN pembangkang dalam penggunaan tanah ini. Saya ingin tanya, soalan saya, adakah pihak kerajaan berhasrat untuk memasukkan kita Ahli-Ahli Dewan Undangan di pihak pembangkang dalam Jawatankuasa Tanah Daerah, ataupun Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Dan kami tidak ada dalam jawatankuasa tersebut. Jikalau kita ingin melihat penglibatan aktif wakil rakyat pembangkang ini, saya rasa, boleh saya syorkan kepada Kerajaan Negeri terutamanya kepada ADUN Labu supaya menerima kami, supaya kami dimasukkan dalam Jawatankuasa Tanah Daerah ataupun Jawtankuasa Pembangunan Daerah. Dan ini mungkin boleh secara langsung atapun tidak langsung membantu secara lebih aktif sepertimana matlamat ADUN Labu tadi. Terima kasih.

Terima kasih YB Senaling ya, kawan saya. Kalau dulu, kerajaan dulu tak benarkan. Jadi, kita belum tukar polisi tu lagi. Tapi walau macam mana pun, kita mintak semua DUN yang terlibat di negeri ataupun di kawasan, pergi, bagilah pandangan, cadangan dan bekerjasama. Untuk berada dalam jawatankuasa …..

Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya mohon mencelah. Kalau bagi pandangan, ada forum dia untuk kita bagi pandangan.

Tak, tak. Yang saya cakap tadi kita kekal yang lama, yang mana ADUN pembangkang kita tidak masukkan lagi dalam jawatankuasa, okay.

Soalan saya, adakah cadangan di peringkat Kerajaan Negeri untuk masukkan kami dalam jawatankuasa …..

Itu belum kita putuskan lagi.

Terima kasih.

Inshaa Allah, saya katakan tadi, kita kekalkan dulu sedia yang ada, sebab dulu bila masa kami jadi pembangkang, kami tak benarkan masuk dalam apa-apa jawatankuasa, sehinggakan kampung kami terbiar ya.

Mungkin dengan Malaysia baru inilah, seperti mana yang dinyatakan ADUN tadi.

Itu sebab aya cakap tadi, kita belum buat keputusan lagi. Mungkin …..

Mungkin satu perkara yang kami tidak buat dulu, mungkin ingin dibuat pembaharuan kerajaan baru ini dan kami menyokong.

Tak, ini saya cakap tadi, sebab dalam tahun 2016 sehingga 2018, ada 2 tahun telah berjalan. Tapi projek pembangunan luar bandar tak berjalan dengan yang sepatutnya. Itu yang saya perjelas tadi.

Yang kedua, berhubung dengan penglibatan semua party, kita kata kita open, jadi terutama dalam jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, kita tak macam dulu. Makna kita lantik 2 orang, makna sekarang kita bukak kepada penduduk kampung untuk siapa yang boleh masuk dalam jawatankuasa. Tapi pengerusi dan setiausaha memang daripada parti pemerintah. Jawatankuasanya kita bukakkan. Tak ada masalah.

Dan balai raya dan jugak semua kemudahan kampung kita benar digunakan oleh semua pihak. Semua pihak boleh guna. Bukan sebelum ini tak boleh guna ya. Kita boleh benarkan semua pihak pembangkang

ataupun pemerintah, dengan mungkin sedikit bayaran ya, sebab ada bila saya arahkan ketua-ketua kampung masuk, ada bil api melambung tinggi. Tak boleh bayar. Air tak ada, dipotong dan sebagainya, kemudahan-kemudahan itu. Itu sebab itu kita nak bekerjasama. Bekerjasama ini boleh datang daripada semua pihak. Saya harap benda ini bukan hanya nak cari salah, cari sesiapa, kita mulakan sekarang kerja, dan inshaa Allah, saya rasa kita boleh bangunkan negeri kita secepat mungkin, dan kemudahan luar bandar akan jugak dapat kita berikan sebagaimana kemudahan di banar. Terima kasih Pengerusi.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hor, Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari kedua telah pun tamat. Lagi seminit lagi 11:30 ya.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Belum lagi Tuan Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tak sempat. Sebab kita nak usul, usul ni. Usul, tuan-tuan nak bercakap semua kan? Saya nak bagi peluang semua bercakap usul. Kalau ada apa-apa, cakap dalam usul. Jadi, saya akan tamatkan sebentar lagi. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab untuk hari ini, kita akan berikan jawapan bertulis ya.

USUL (Sambungan)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Usul.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda Usul menjunjung kasih. Dipersilakan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Dipersilakan.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya, Juasseh.

Terima kasih. Saya ucap terima kasih kpada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk ambil bahagian ya, di dalam perbahasan menyokong ya, titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku sewaktu majlis perasmian Persidangan Kedua Penggal Pertama pada hari Isnin yang lalu. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua, tahniah kepada YAB Menteri Besar dan kepada semualah, tahniah kepada semua rakan-rakan yang masih berada dalam Dewan Undangan Negeri ini bagi sesi kali inilah ya.

Sebenarnya Tuan Yang Dipertua, saya dah lama tak bercakap sebenarnya dalam Dewan ni. Sebenarnya saya ni paling lama dalam Dewan ni. Saya tahun yang ke-20 saya berada dalam Dewan Undangan Negeri. I think I’m the only one-lah, the only survivor-lah, minta maaf Dipertua ya. 20 tahun di sini. Pernah duduk belakang, dopan, belakang balik. Tapi kali ni depan jugaklah. Dah lama tak bercakap Tuan Dipertua. Apa pun saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita semualah ya, yang ada dalam Dewan ini diberikan kepercayaan oleh rakyat, untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri ya. Dan mudah-mudahan kita semua dapat memberikan terbaiklah untuk rakyat kita di Negeri Sembilan ni.

Sebenarnya apa yang saya nak cakap ni dah diperkatakan oleh rakan-rakan Yang Berhormat daripada barisan pembangkang ni, dah pun dirumuskan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau pada petang semalam ya. Expectation kita, harapan kita pada kerajaan yang baru ini, untuk terus memacu pembangunan Negeri Sembilan. Kadang kala sering kali kita dengar ya, dalam ucapan-ucapan dalam Dewan ini, membuat perbandingan antara Negeri Selangor dengan Negeri Sembilan. Tapi elok kita ingatkan bahawa Negeri Selangor tu dah jauh maju. Dan Negeri Sembilan sebenarnya sedang memacu kemajuan, Tuan Yang Dipertua. Tapi dengan takdir Allah, kerajaan berpindah, dan kita berharap seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau semalam, kita pun berharap Kerajaan Pakatan yang menerajui negeri pada hari ini akan dapat ya, memacu pembangunan. Lepas tu baru boleh kita bincang ample to ample dengan Selangor ni. Kalau tidak, tak boleh, kalau kita ikut Selangor macam ni, kita macam ni, tak boleh sebenarnya tak patut. Sebab mereka dah memang negeri maju. Kita masih dalam proses menuju kemajuan. Itu sebabnya kita kena at par dulu dengan Selangor then only kita bercakap tentang perbandingan ya.

Apa pun Tuan Yang Dipertua, mengenai perkara 5 ya, titah ucapan tuanku menyebut prinsip check and balance. Untuk ini saya ingin melihat pada satu aspek iaitu pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah. Baru-baru ni saya dah terbaca dan melihat bahawa pelantikan ini telah pun

selesai, yang mana saya lihat semua Ahli Majlis Daerah yang dilantik ini terdiri daripada lantikan-lantikan politik. Pada hemat saya Tuan Yang Dipertua, bukanlah ini sebab kita merujuk kepada kerajaan yang dulu, tapi pada hemat saya, untuk mempastikan prinsip check and balance ini wujud dalam jentera pentadbiran kerajaan, sewajarnya ketua-ketua jabatan juga dilantik sebagai Ahli-Ahli Majlis Daerah.

Jadi, bukan sebab kebiasaan Yang Dipertua, memang dulu sebab biasa, bukan saya nak sebut dulu dengan sekarang ya, tetapi, untuk memastikan bahawa kelancaran perjalanan Majlis Daerah ini, wajar bagi pandangan saya, ketua-ketua jabatan khususnya ketua-ketua jabatan yang daripada jabatan teknikal ya, atau apa saja wajar mereka juga dilantik seagai Ahli-Ahli Majlis Daerah. Kerana kalau tidak, tidak ada check and balance. Saya fikir Tuan Yang Dipertua seorang saja dalam Ahli Majlis itu yang merupakan penjawat awam, tidak ada ketua-ketua jabatan lain, yang menduduki jawatan ini, dan yang nak kita selesaikan ini ialah masalah rakyat.

Maknanya, dasar dibuat oleh jawatankuasa ataupun Ahli Majlis, tetapi pelaksanaannya ini dilan, dilakukan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan. Saya rasa agak tidak kemas rasa saya, pada hemat saya, perjalanan dan jugak pelaksanaan apa-apa juga keputusan, penambahbaikan di peringkat Majlis, tanpa ketua-ketua jabatan ni duduk sebagai Ahli Majlis, dan memberikan pandangan sebagai Ahli Majlis. Ini pandangan saya Tuan Yang Dipertua ya. Jadi oleh itu saya, saya fikir eloklah kerajaan hari ini, kalau kita mahu bercakap check and balance, sepertimana saranan tuanku ni, supaya kita memikirkan ketua-ketua jabatan yang berkaitan khususnya jabatan teknikal untuk dilantik sebagai Ahli Majlis peringkat Majlis Daerah mahupun di peringkat Ahli Majlis Perbandaran. Itu pandangan saya.

Yang keduanya, sebab saya fikir soalan saya pada hari ini tak sampai tadi, saya bertanya tentang pelantikan Ahli Majlis, kriteria-kriteria dia jugak. Kriteria pelantikan Ahli Majlis ni. Saya tak mempersoalkan, tapi mungkin kadang kala saya tengok, Ahli Majlis yang dilantik ni, kita kena tengok latar belakang jugak. Latar belakang, profesion, sebab ini menggambarkan lantikan kerajaan ya, Ahli Majlis ni pelantikan Kerajaan Negeri. Saya tak tahu, majoriti mungkin baik, tapi mungkin ada terlepas jugak seorang dua yang rasa saya latar belakangnya tak, tak berapa wajar untuk duduk sebagai Ahli Majlis-lah. Jadi, tak baik untuk saya sebut siapa dan siapalah ya. Bukan soal politik ni deh, tapi latar belakangnya itu. Jadi ini pun perlukan pemerhatian daripada kerajaan.

Yang kedua, soal kesejahteraan rakyat, Tuan Yang Dipertua. Saya sebenarnya didatangilah oleh ramai bekas-bekas pimpinan kampung ya, yang meminta saya memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Negeri iaitu tentang soal elaun bekas-bekas ketua kampung ni. Seperti mana kita sedia maklum, selepas pilihan raya pada bulan Mei yang lalu, arahan daripada daerah ya, Pejabat Daerah kepada ketua-ketua kampung ni supaya meneruskan tugasan mereka sehingga akhir bulan Jun. Itu arahannya. Sebab dah dipanggil semua ketua-ketua kampung, sebab masa, seperti mana kita tahu Tuan Yang Dipertua, sewaktu selepas pilihan raya tu, ada sedikit kekeliruanlah sebab semua orang masa tu nak kejar kunci balai raya, sebab pada hemat rakyat hari ini, siapa pegang kunci tu dialah yang berkuasa dalam kampung tu. Itu pada pandangan umumlah kan. Jadi berebut. Jadi, Pejabat Daerah yang sedia ketua kampung itu pun tak nak buat apa-apa dah, sign borang tak nak, apa tak nak, jadi Pejabat Daerah, panggil ya, ketua-ketua kampung ni, katakan teruskan tugasan ini sehingga akhir bulan Jun.

Tapi apa yang berlaku, elaun dia orang ni. Elaun bekas-bekas ketua-ketua kampung ni hanya dibayar sehingga bulan Mei. Setakat pagi tadi ada ketua kampung telefon saya, dia kata, dah 4 bulan To’, tapi bulan 6 tak dapek laie. Jadi, wajar saya sampaikanlah di sinilah ya, kepada Dewan yang mulia ini, YAB pun ada di sini, EXCO luar bandar pun ada sini, Ismail ya, supaya elaun bulan Jun bekas-bekas ketua kampung ni dapat disegerakanlah. Sebab kita sedia maklum bahawa sebahagian daripada bekas ketua kampung ni bukan semua pencen, setengah tu pencen askarlah ya, setengah tu betul-betul orang kampung.

Sekarang ni Tuan Dipertua, kita maklum ketua kampung ni ada yang motong gotah pun ado, ya. Gotah sekarang harga 1.40 sen je sekilo, dia kata dapat 10 kilo dapek gotah pun tak dapek boli ikan kombong sekilo. Ikan kombong sekilo 18.00 ringgit. Betul YB ya? Jadi dapek seekar motong, baru dapek boleh sekilo ikan kombong Tuan Dipertua. Kos kehidupan yang tinggi, harga barang tak turun hari ini ya, walaupun janji macam-macam.

Jadi saya haraplah ya, elaun ketua kampung ni dapat kita selesaikan. Saya rasa, Kerajaan Negeri ataupun wakil daripada Kementerian Luar Bandar, kita mempunyai wang yang cukup rasa sayalah, berapa elaun, 900.00? 900.00 ya, 900.00. Dulu, yang dulu ni, ni cerita yang dulu, yang bekas ketua kampung kita. Jadi, saya harap ini juga dapat kita selesaikan. Saya rasa Kerajaan Negeri boleh selesaikan benda ni ya, tak banyak pun, berapa ratus saja ketua kampung di Negeri Sembilan ni, kali 900.00, itulah jumlahnya.

Yang ketiga saya nak beritahu hari ini, saya nak terima kasihlah ya, kepada kerajaan kerana, tadi EXCO luar bandar pun dah sebut, tentang penggunaan bangunan kerajaan. Saya sebenarnya ni adalah soalan bertulis saya, dah dijawab pun, tadi YB Labu pun dah jawab jugak ya. Terima kasih kerana membenarkan, soalan saya sama ada wakil-wakil rakyat dibenarkan menggunakan bangunan-bangunan kerajaan bagi program-program melibatkan rakyat dan persatuan-persatuan. Jawabnya, boleh. Terima kasih ya, yang bertulis dengan sedikit mungkin syaratlah ya. Jadi, untuk ini saya berharap Kerajaan Negeri akan memanjangkan maklumat inilah kerana kita tahu hari ini balai raya dan dewan-dewan kita ni, mungkin dah diserahkan kuncinya kepada pentadbir-pentadbir yang sedia ada pada hari ini ya. Jadi, besok kita tak naklah pulak, kita dah lulus oleh Pejabat Daerah, tapi nak ambil kunci pun susah. Haa ini kena ada penyelarasan sebenarnya ya. Kita cakap di sini, secara bertulis, lulus, mungkin kenakan sedikit bayaran dan sebagainya, tapi esok bila nak pakai tu, jadi ini saya harap dipanjangkan, Kerajaan Negeri dah setuju, pastikan ini sampai maklumat ini kepada siapakah yang mentadbir balai raya ataupun bangunan-bangunan ini.

Akhir sekali, Tuan Yang Dipertua, saya nak buat sikit pengaduanlah ya, tentang kawasan DUN saya ni, DUN Juasseh ni. Sebenarnya saya baru ni, baru 120 hari jugak di DUN baru ni, DUN Juasseh ni ya. Tempat saya dah kena ambil dengan Senaling, dirampeh kek Senaling. Jadi, Juasseh ni, baru-baru ni berlaku kebakaran. YB ya, kebakaran habis langsung rumahnya, sehelai sepingganglah tinggal ya. Seorang peniaga pasar malam ya. Saya dah memohon kepada Pejabat Daerah, untuk dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri ataupun kepada KKLW. Dulu KKLW ada peruntukan ni YB ya, untuk membantu ni. Dan dulu jugak Kerajaan Negeri mempunyai tabung permasalahan penyelesaian masalah rakyat. Yang mana kes-kes seumpamanya ini, macam kes kebakaran, musibah macam ni, yang besar-besar ni dapat kita gunakan daripada tabung inilah. Jadi, hari ini saya memohonlah daripada Kerajaan Negeri. Kejadian ini berlaku di Kampung Jemapoh, hangus habis ni ya. Jadi saya harap bantuan rumah, sebab mangsa ni memang tak ada kemampuan, dia berniaga pasar malam je, memang tak ada kemampuan. Kalau kita biar dia mengumpul duitnya, saya ingat lobeih 4 – 5 tahun pun tak mampu nak bina semula rumah ni. Jadi kalau ini jadi ihsan ya, jadi sebagai salah satu daripada keprihatinan kita, di bawah kesejahteraan rakyat ini, saya harap dapat diluluskan pembinaan rumah, rumah, selalu rumah biasa je, macam rumah PPRT-lah yang selesa untuk keluarga ini.

Tapi satu perkara yang berkaitan dengan peristiwa ini, tuan, Tuan Yang Dipertua ialah, ketiadaan pili bomba di kawasan-kawasan kampung.

Saya tak tahu, bomba di bawah portfolio mana sekarang ni. Bawah ni, YB Teo ya. Boleh tanyalah kepada Bomba Pilah atau Bomba Bahau, apabila berlaku kejadian ini, saya pun ada situ, bila berlaku musibah, saya terus, salah seorang pertama sampai, mereka tercari-cari pili bomba ni. Jadi dia melihat bahawa di kawasan kampung ni, tidak ada diberikan perhatian tentang pili bomba ni, Tuan Yang Dipertua. Dan kampung ni, kali kedua berlaku kebakaran ni. Pertama tahun lepas, tahun ni berlaku lagi, bomba tercari-cari di mana pili bomba yang ada.

Jadi kepada YB Teo masuk ni, bomba pun bawah dia kan. Jadi kita mintak ya, pili bomba ni pada Jabatan Bomba tidak hanya menumpu pada kawasan bandarlah, sebab nak terbakar kawasan bandar pun terbakar, kawasan kampung pun terbakar kan, dia tak kira mana nak terbakar kan. Jadi, tolong buat satu orang kata, survey di kawasan-kawasan kampung kita ni, sama ada, ada pili bomba atau tidak, kerana apabila berlaku kebakaran, pili bomba ni susah sebenarnya, amat sukar ya, untuk mencari sumber air. Dan dalam mencari-cari itupun dah 60%, by the time jumpa, bukan jumpa pili, hantar ke sungai, habislah 100% terbakar.

Jadi ini rasa saya mungkin kita terlepas pandang, pihak Bomba pihak terlepas pandang, mungkin tumpuan kepada kawasan-kawasan perumahan sebab seperti mana kita maklum bila nak lulus CF dan sebagainya, kita perlukan bomba, itu, semua kelulusan kan. Tapi bila rumah kampung, tak ada kelulusan diperlukan. Itu sebabnya kita terlepas pandang. Jadi saya berharap, YB akan memastikanlah ya, kawasan luar pun, memastikan ada keperluan ini dapat kita buat pili-pili bomba untk kesejahteraan rakyat.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya fikir saya tak nak berucap panjanglah, hari ini. Saya pun dah lama bona tak bercakap kan. Dah tak pandai lagi bercakap dah, walaupun lama dalam Dewan ini. Tapi apa pun saya ucapkan terima kasih, tahniah kepada Tuan Yang Dipertua. Dan saya berharap ya, dapat melihat Negeri Sembilan ini akan dipacu pembangunannya sehingga kita at par-lah negeri yang selalu disebut dalam Dewan, Yang Berhormat Menteri kita, YB Chennah suka sebut ni, Selangor/Negeri Sembilan. Jadi kita sebenarnya kita belum sampai tahap kita nak buat perbandingan macam tu, kerana kita belum sampai menjadi negeri maju seperti Negeri Selangor-lah. Jadi kita berharap kerajaan baru ini, Kerajaan Pakatan Harapan akan terus memacu pembangunan Negeri Sembilan, dan sampai satu masa besok kita pun menjadi negeri maju seperti kata YB Labu tadi, berapa Mail? 2020 besok? Untuk negeri, untuk menjadi negeri maju jugak. Jadi terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya dengan ini menyokong. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Saya beri peluang kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat yang lain yang nak.

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Neeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Tuan Yang Dipertua, pasca PRU 14 ini rakyat Malaysia menyaksikan satu perubahan kerajaan yang tidak dijangka oleh semua pihak. Walaupun perubahan ini memberi satu impak yang besar kepada kerajaan yang lalu, tetapi pada sudut yang lain, ia dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, prestasi negeri pada ketika ini adalah pada tahap yang baik. Kemakmuran negeri yang kita kecapi pada hari ini dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, hasil pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar. Pembangunan yang seimbang ini telah dapat dizahirkan dengan lonjakan kadar KDNK iaitu 40.7 bilion pada tahun 2017. Kerajaan Negeri pada ketika itu juga telah berjaya mencatatkan lebihan dalam prestasi kewangan pada tahun 2017, berjumlah RM26.31 juta. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dengan perancangan sistematik dan tersusun, kita semua rakyat khususnya dapat sama-sama nikmati kehidupan yang lebih baik.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada kepesatan ekonomi negeri, seharusnya diingatkan juga kepentingan memartabat dan menjaga kesucian agama Islam adalah satu perkara yang perlu sentiasa diberi perhatian. Kebajikan warisan negeri ini juga perlu dititikberatkan melalui agensi-agensi yang telah dipertanggungjawabkan. Oleh itu, jumlah kutipan zakat yang telah meningkat sebanyak 20% iaitu sebanyak RM120 juta berbanding pada tahun 2016, hendaklah menjadi satu tanda aras dan mengharapkan Kerajaan Negeri terus membantu meningkatkan kebajikan Islam di dalam negara, dalam negeri ini.

Tuan Yang Dipertua, di kawasan Bagan Pinang, pada hari ini, pelbagai aktiviti pembangunan sedang dijalankan. Di antaranya, saya ingin memaklumkan permohonan daripada penduduk kawasan saya di Bagan Pinang, iaitu untuk mendapatkan sebuah klinik kesihatan yang dulunya di, adalah klinik desa telah pun saya dimaklumkan akan

beroperasi pada bulan 10. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat, khususnya Jabatan Kesihatan yang telah pun berjaya melaksanakan tanggungjawab dia dan ini adalah satu, yang dikatakan kesejahteraan rakyat diutamakan. Dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana bermakna dalam ni telah dapat direalisasikan.

Dan satu lagi saya mohon, pada pihak Jabatan Kesihatan juga, ada permintaan yang telah pun lama kita minta iaitu penduduk di kawasan Teluk Kemang yang mana kita ada satu klinik desa yang perlu dinaikkan taraf, yang mana Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa di kawasan Teluk Kemang pesat membangun dengan pembangunan perumahan-perumahan telah pun begitu banyak di kawasan situ, dan keperluan untuk menaikkan taraf klinik desa di Teluk Kemang itu perlu dipercepatkan. Dan saya harap pihak-pihak agensi kerajaan yang berkaitan dapat membantu menyegerakan permohonan, permohonan-permohonan ini.

Akhir kata, kerajaan, akhir kata Kerajaan Negeri hari ini telah mewarisi negeri yang mempunyai aset dan ekonomi yang sangat baik seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau. Justeru itu, saya berharap agar prestasi yang baik ini dapat dimantapkan lagi dan diteruskan supaya segala kebikan dan limpahan kenikmatan negeri ini dapat terus disalurkan kepada rakyat jelata. Dengan itu, saya Tuan Yang Dipertua, menyokong usul titah ucapan menjunjung kasih. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Saya nak buka lagi kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat lain untuk usul. Ya, Yang Berhormat Johol. Silakan.

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamulaikum WBT. Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, dan salam sejahtera. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada Tuan Yang Dipertua kerana telah dilantik menjadi Yang Dipertua walaupun berada dalam gelanggang yang sama, tapi Tuan Yang Dipertua nampaknya rezeki menjadi Yang Dipertua, kan. Tak jadi orang Johol, sebab dia orang Lenggeng, tak jadi orang Johol, kan.

Pertamanya saya ingin menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus semasa dalam perasmian sidang Dewan yang lepas. Inilah kali pertama saya berada dalam Dewan ni kan, seperti mana yang dikatakan oleh

rakan-rakan yang lain, ADUN Juasseh dan lain, sebabnya selepas kita menang pilihan raya itu hari, kita ni berucap dah, dah kurang, kan dah lama tak berucap kan, walaupun sebelum itu aktif di kawasan, tetapi disebabkan hasrat itu, di sebaliknya iaitu instead of menjadi kerajaan, kita telah menjadi pembangkang di Negeri Sembilan ini.

Tuan Yang Dipertua, saya ingin memetik apa yang dititahkan oleh perenggan yang ketiga, ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa perasmian lepas, yang mana baginda bertitah supaya semua ahli-ahli Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat yang dipilih supaya dapat bergerak secara aktif di kawasan masing-masing kerana bagi, pada hemah yang saya rasa, titah tuanku itu ialah mahu melihat apa yang dipilih oleh rakyat itu, wakil rakyat – wakil rakyat yang dipilih, wakil rakyat itu dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif.

Dan saya jugak tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh YB Chennah semalam iaitu konsep Malaysia baru ini, yang mana beliau memaklumkan bahawa ada unsur-unsur yang keterbukaan kerajaan Pakatan Harapan ini khususnya kepada kami di, ahli-ahli Yang Berhormat untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti yang telah kita rancang dan jugak tugas hakiki kita sebagai ahli Yang Berhormat di kawasan kita.

Jadi bercakap soal terlibat secara aktif ini, Tuan Yang Dipertua, memang kita tidak nafikan dalam tempoh 100 hari yang pertama ini kan, 100 hari pertama, 100 hari yang pertama jugak kami di pihak Barisan Nasional nak, kata orang tu, nak menyesuaikan diri kami sebagai ahli Yang Berhormat di peringkat pembangkang. Dan jugak kita jugak melihat bagaimana situasi, keadaan, ragam, perangai pihak Pakatan Harapan serta dengan ahli-ahli mereka menjalankan apa yang mereka telah dapat dalam masa 100 hari itu, dalam menyusun program-program dan jugak apa jugak perancangan di kawasan.

Jadi agak, kalau kami di Kuala Pilah ini, kita ada, biasanya kita ni 5-0 kan, tapi kali ni kita dah, keadaan itu di sebaliknya. Apa yang saya lihat di kawasan sayalah, di Johol kan, akhir-akhir ini saya melihat banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan kami. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri pada setakat ini secara rasminya telah Penyelaras-Penyelaras DUN untuk kata orang tu, sebagai menyelaras di kawasan kami. Contohnya di Johol, ada jugak Penyelaras DUN-nya. Dan jugak di kawasan-kawasan yang lain. Tetapi apa yang saya lihat dalam mereka menyelaras kawasan ini kan, kami pun tidak, tak nampak sebenarnya apa yang sebenarnya mereka, pada takat ini mereka selaraskan. Kerana sebagai wakil rakyat yang telah dipilih dan

diberi mandat oleh apa ni, pengundi-pengundi bahawa kami adalah, kata dari segi local standi-nya, kami ialah wakil rakyat di kawasan itu.

Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah dipilih, diberi mandat ini supaya, seperti mana yang dikata oleh tuanku tadi, kami ini diberi peluang kan, diberi peluang untuk meneruskan aktiviti-aktiviti kerana saya lihat akhir-akhir ini sudah ada mula bibit-bibit yang mana kadang-kadang nak bercakap di masjid pun kami telah diberikan peringatan supaya kita tidak boleh bercakap di masjid. Sedia maklum kita pun tidak boleh lagi masuk ke sekolah-sekolah di kawasan-kawasan kami kerana seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kita sekarang ni, seperti mana kata oleh YB Rantau semalam, kita zaman kita nak berpolitik itu bukan selama-lamanya kita nak berpolitik. Sekarang ni kita ialah dalam konsep kita nak berkhidmat untuk rakyat itu sendiri. Jadi saya amat berharap kan, kepada sidang Dewan, pada Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini seperti mana yang 2 orang lama di Dewan ini, YB Chennah, YB Rantau kan, dan lain-lain ahli Yang Berhormat, maklumkan bahawa keterbukaan itu untuk kita wakil-wakil rakyat menjalankan tugas.

Jadi saya amat berharap di Dewan ini, bahawa kami dapat diberikan kesempatan-kesempatan untuk berjumpa dengan masyarakat kerana masyarakat kita di kampung, salah satu aktivitinya ialah di sekolah, di masjid dan jugak di kawasan-kawasan awam. Saya amat terima kasih seperti mana yang dikatakan oleh YB Labu, sahabat saya YB Labu ni ya, mengatakan bahawa beliau membenarkan balai raya – balai raya boleh digunakan untuk apa-apa tujuan oleh wakil rakyat – wakil rakyat mahupun daripada pihak kerajaan dan jugak pihak pembangkang.

Jadi saya amat berharap kepada mana-mana agensi kerana saya, yang terbaru bila saya nak mengadakan satu program untuk meraikan pelajar-pelajar di masjid ya, untuk meraikan, untuk memberi solat hajat, yasin, saya telah dibisikkan bahawa wakil rakyat tidak boleh lagi, kata orang tu, bercakap kerana kita sedia maklum, Tuan Yang Dipertua, kita pun tahu adat-adat tatasusila. Kalau di sekolah kita akan bercakap soal pendidikan. Kalau masjid kita akan bercakap atas soal-soal keagamaan dan jugak nasihat-nasihat. Jadi kita tidak, percayalah kita di pakatan, kita di peringkat Barisan Nasional ni ya, kita ni dah biasa jadi kerajaan, nak mendapekkan DNA sebagai pembangkang itu pun bukan senang kan, nak merasa macam mana nak jadi pembangkang ini kan. Jadi hasrat kami ialah kami nak berkhidmat kan, percayalah kami di, rakan-rakan yag berada di peringkat, di Barisan Nasional ni kita nak menjadi pembangkang yang berwibawa. Selalu melaungkan, kita menjadi pembangkang yang berwibawa. Jadi saya amat berharap kan, tidak ada apa-apa prasangka dari pihak sebelah sana ya, apa jugak

kegiatakan-kegiatan itu, kita sebagai wakil rakyat kawasan dapat bersama-sama, lebih-lebih lagi di sekolah dan jugak di masjid, dan jugak apa-apa rumah ibadat yang kita rasakan perlu kan.

Jadi tuan, Tuan Yang Dipertua, saya nak bercakap pada konteks di Johol ini kan. Johol ini memang kawasan yang sekarang ini banyak menjadi tumpuan, tumpuan daripada saya selalu tengok kan, di Johol, kehadiran ramai pemimpin-pemimpin tertinggi negeri, EXCO dan sebagainya datang kerana di Johol ini agak unik sekarang ini kita mempunyai satu pemerintahan dari sisi yang begitu prihatin dengan masyarakat. Dari apa yang saya lihat kan, ramai ahli-ahli Yang Berhormat, termasuk pemimpin-pemimpin kerajaan datang untuk berhubung.

Jadi saya, sebagai ahli Yang Berhormat baru di kawasan Johol ini, saya, saya apa yang saya lihat di Johol ini, dari segi nak membangunkan kawasan Johol ini ialah kurangnya kepadatan penduduk di kawasan Johol ini. Di Johol ini sebenarnya memerlukan satu kawasan untuk pertambahan penduduk kan. Saya tertarik tadi daripada EXCO perumahan dan sebagainya yang kata tadi, daripada Bukit Kepayang mengatakan bahawa dasar Kerajaan Negeri untuk menambahkan perumahan-perumahan awam di kawasan Negeri Sembilan. Dan saya amat berharap Johol dapat dimasukkan dalam pembinaan rumah-rumah baru, kawasan perumahan baru.

Dan apa yang menjadi kekangan di Johol ini ialah, ialah banyak tanah-tanah adat berada di kawasan yang prime area, di jalan-jalan utama kan. Jadi nak membangunkan tanah adat ini, saya difahamkan melalui proses yang bukan mudah ya, proses yang agak rumit jugak ya. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri sekarang ini supaya dapat mempermudahkan lagi, mempermudahkan lagi proses membangunkan tanah adat ini dengan kaedah yang lebih positif, yang lebih aktif supaya banyak tanah adat ini dapat dibangunkan.

Saya mengambil contoh seperti di, sedia maklum, di Pekan Air Mawang contohnya kan, satu kawasan kalau di Johol itu, pusat ekonominya adalah di, di Air Mawang itu sendiri. Tetapi selepas kebakaran pada tahun 2012, tak silap saya, maaf, 2014, jadi, nak membangunkan Pekan Air Mawang itu bukan suatu yang mudah. Banyak agensi-agensi yang telah datang, Pejabat Daerah kan, tetapi ada kekangan-kekangan yang disebabkan oleh tanah adat itu sendiri. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri ya, supaya perkara ini dapat kita permudahkan.

Satu lagi saya jugak nak berharap kepada Kerajaan Negeri sekarang ini, seperti, saya ada soalan lisan semalam, tetapi mungkin tak sempat

berkaitan dengan pencahayaan di kawasan Johol ini kan. Kawasan Johol ini kalau nak masuk daripada Tampin tu dia agak unik sikit, dia masuk sempadannya tu melalui kawasan yang agak berbukit dekat Tampin, kawasan itu agak gelap tuan-tuan, tetapi, kita sedia maklum jalan itu ialah adalah di bawah Jalan Persekutuan kan, tidak termasuk dalam Jalan Negeri, jadi saya amat berharap kan, kepada Kerajaan Negeri, panjangnya lebih kurang 2.5 kilometer. Saya dah berhubung jugak dengan pejabat yang berkaitan, Pejabat Daerah mengatakan jalan itu adalah Jalan Persekutuan, agak sukar kerana apa yang diluluskan dalam projek pencahayaan ini adalah jalan-jalan negeri. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri mohon panjangkan cadangan ini kerana amat penting kawasan ini jalannya agak kata orang tu gelap sebelah malam, dan kita takut ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di kawasan ini. Jadi mungkin boleh dipanjangkan kepada pihak Persekutuan.

Tuan Yang Dipertua, berkaitan dengan kawasan saya jugaklah di Johol ini. Memang kemudahan asasnya itu, maknanya saya kata tadi amat kekurangan daripada kawasan-kawasan yang lain. Mungkin dari segi geografinya Johol ini nak ke Tampin pun boleh, nak ke Kuala Pilah pun boleh kan. Jadi dia berada di tengah-tengah kan. Jadi banyaklah perkara-perkara yang saya dah tengok kan, seperti kemudahan-kemudahan, ATM machine pun tidak ada di Johol ini kan, orang di Johol ni nak keluar duit 100.00 ringgit, kena pergi Tampin, habis 20.00 ringgit dah. Bawak balik 80.00 ringgit je kan. Kalau nak pergi Kuala Pilah, nak keluar 50.00 ringgit pun dah habih.

Jadi, sebenarnya saya telah berhubung dengan agensi yang terlibat, saya telah menulis surat kepada ni, kesatuan bank Malaysia kan. Jadi sekarang ini apa yang saya dimaklumkan bahawa pihak MEPS sendiri akan, untuk makluman Dewan, pihak MEPS sendiri akan menguruskan pemasangan ATM di mana-mana di kawasan luar bandar ya. Kalau ada petrol station yang besar di Johol tu mungkin senang. Tetapi dia melibatkan pembinaan struktur, struktur bangunan untuk diletakkan mesin ini. Jadi seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Labu tadi, banyak lagi peruntukan-peruntukan luar banar yang ada kan, jadi saya amat berharap peruntukan ini dapat diberi kepada pembinaan struktur yang mana boleh meletakkan kemudahan-kemudahan asas di kawasan Johol ini.

Satu lagi berkaitan dengan kemudahan jugak iaitu pusat bomba sukarelawan. Saya rasa, saya kira seperti mana kata tadi, Johol ini di tengah-tengah kan, banyak kekurangannya sebab geografinya dia di tengah-tengah kan. Orang nak buek pun serba salah, tak buek pun serba salah kan, sebab kemudahan tu boleh dapat di Tampin,

kemudahan tu boleh dapat di Kuala Pilah. Tapi jaraknya tu sebenarnya jarak yang bukan, kalau rumah tu terbakar, jaraknya sampai bomba tu, dah, rumah pun dah habislah kiranya kan. Jadi amat berharap cadangan-cadangan membina kemudahan-kemudahan awam ya, kemudahan asas seperti pembinaan pusat bomba sukarelawan dan sebagainya dapat diberikan perhatian di kawasan Johol ini.

Jadi Tuan Yang Dipertua, saya rasa itu sajalah yang saya nak sampaikan dalam ucapan menjunjung kasih titah ucapan tuanku tadi ya, semalam. Jadi, saya sekali lagilah kan, amat tertarik apa yang dikatakan oleh EXCO, Yang Berhormat Labu berkaitan dengan kajian iaitu peruntukan-peruntukan yang boleh digunakan di kawasan-kawasan luar bandar. Dia kata dah lama tak bermesyuarat kan, jadi kalau tak bermesyuarat, duit ada tak apa kan. Jadi saya amat berharap YB Labu ya, teruskan, kita akan menyokong penuh ya, apa jugak yang beliau telah hasratkan tadi, beliau nak menghabihkan katanya kan, peruntukan-peruntukan tu. Jadi jangan dilupakanlah kawasan di Johol supaya rakyat di Johol ini dapat menikmati pembangunan yang sepatutnya mereka dapat rasai. Jadi, itu sajalah Tuan Yang, Yang Berhormat Yang Dipertua, saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Neeri Sembilan. Sekian, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Kota.

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamulaikum WBT dan selamat, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana beri kebenaran kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahas usul menjunjung kasih titah ucapan tuanku semasa Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang lepas.

Dato’, Tuan Yang Dipertua, saya tentunya ingin mengambil kesempatan ini nak mengucapkan dulu tahniah kepada Yang Dipertua sebab kerusi Yang Dipertua duduk tu dulu kerusi saya duduklah. Dan tahniah jugak Yang Dipertua telah diberi seorang pembantu, timbalan, Timbalan Speaker. Kali ni ada Timbalan Speaker, dulu tak ada. Saya boleh bayangkanlah ya, ataupun tuan-tuan bayangkan saya rasa ya, kalau 3 – 4 jam tu, semasa bersidang, kawan-kawan tu sekejap keluar, sekejap masuk, kejap keluar, kejap masuk, faham-fahamlah ya. Tetapi hari ini Yang Dipertua dapat Timbalan, alhamdulillah. Dan saya jugak ambil kesempatan ucap tahniah atas pelantikan kedua Yang Dipertua dan jugak Timbalan Speaker kita. Dan saya juga nak ambil kesempatan

untuk menyatakan dalam hansard ini tahniah jugaklah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat yang telah dilantik sebagai Menteri Besar mengetuai Kerajaan Pakatan Harapan yang baru lepas ya, kita, pilihan raya yang lepas.

Jadi, Tuan Yang Dipertua, kita, saya dah baca dah teks ucapan dan mendengar titah ucapan yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari persamian yang lepas, hari Isnin. Dan dapat saya simpulkan bahawa titah ucapan tuanku ni kepada 3 seksyenlah. Seksyen yang pertama ialah teguran daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku terutamanya perkara yang berlaku dalam negara yang membimbangkan tuanku jika ianya merebak sampai ke negeri. Daripada teks ini saya teliti balik, lebih kepada perkara luarlah, perkara yang melibatkan kita di, di Negeri Sembilan. Dan itu perkara yang baik untuk kita.

Yang kedua, tuanku jugak menyatakan kesyukuran dan rasa gembira tuanku bahawa kerajaan yang ada kerajaan tuanku telah pun menjalankan banyak perkara yang positif. Saya tak tahu kalau kita tengok ya, daripada perenggan 10 tu sampai habis tu, tuanku asyik-asyik memuji-muji menyatakan kejayaan kerajaan baginda yang dibentangkan dalam Dewan. Yang menarik saya ni ialah, dulu teks ucapan tuanku ini pun sama jugak, iaitu memuji kerajaan dan sebagainya. Tapi masa tu dituduh bahawa tuanku ni disogok dengan apa, dengan titah ucapan untuk memuji sahaja. Tetapi kali ini di bawah Pakatan Harapan saya tengok, teks ucapannya tidak berbeza, iaitu masih memuji. Yang baik tetap yang baik, yang tak baik of course, dengan izin Yang Dipertua, baginda akan menegurnya. Jadi, kita lihat apa yang tuanku sebut ni, daripada mula sampailah ke akhir tu, adalah puji-pujian. Baik dari segi ekonomi, pembangunan negeri, baik dari segi kesejahteraan rakyatnya dan yang paling pentingnya Dato’, Tuan Yang Dipertua, ialah hasrat dan harapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Jadi, yang ketiganya ialah hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku ni dia nak mintak kita di dalam Dewan ni adalah beberapa perkara, tak payahlah saya bacakan lagi, iaitu kita sentiasa mencurahkan bakti kita untuk membangunkan negeri, mensejahterakan rakyat. Dan tema-tema yang tuanku gunakan itu, kadang-kadang membuatkan saya merasa bahawa sama ada teks ni BN buat ke, ataupun teks ni Kerajaan Pakatan yang buat. Sebab dia punya apa, dia punya kejayaan tu adalah kejayaan dulu.

Jadi, saya yakin Tuan Yang Dipertua, bahawa tuanku menyebut ini sebagai benchmark, sebagai aras, penanda aras supaya kerajaan yang baru sekurang-kurangnya sampai ke paras tersebut, atau mungkin kita

harapkan lebih lagi. Sebab sebagai rakyat Negeri Sembilan, saya bersama dengan rakan-rakan pihak pembangkang ni, tentunya kita nak Negeri Sembilan ni terus maju, dan mencapai status Negeri Maju seberapa cepat yang mungkin. Dan masa tulah kita akan merasakan kegembiraan kita. Tak kisah ya, walaupun hari ini Pakatan Harapan yang telah mengambil tampuk kerajaan, tetapi saya jugak percaya tuanku jugak menunggu perubahan-perubahan yang baik ya.

Saya nak ucap terima kasihlah kepada pihak kerajaan, tadi ada menyebut ya, bahawa beberapa dasar lama seperti MVV dan jugak Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat tadi mengatakan Dasar Perumahan Negeri ini akan diteruskan dan ditambah baik. Ni, memberi gambaran bahawa kepada saya bahawa yang penting tu ialah rakyat mendapat faedah, yang penting tu ialah kerajaan bertambah maju.

Jadi, harapan saya Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, supaya apa yang dititah oleh tuanku ni, saya nak ambil satu quote saja statement ataupun teks yang berada dalam tangan saya ni, untuk saya berkongsi bersama. Izinkan saya Yang Dipertua, kejayaan-kejayaan yang beta, iaitu Duli Yang Maha Mulia sendiri, menyatakan ataupun melafazkan, yang beta lafazkan sebentar tadi adalah hasil komitmen yang konsisten dan fokus yang berterusan daripada semua pihak. Komitmen dan fokus ini perlu terus dihayati agar kesinambungan kejayaan dapat dikekalkan. Dan itulah harapan kami jugak agar Negeri Sembilan terus maju dan akan menjadi sebuah negeri yang menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Sebenarnya, Tuan Yang Dipertua, kita ada banyak contoh ya, yang boleh kita gunakan. Tuan-tuan, Jaringan Keselamatan Sosial tu begitu baik sehinggakan pihak kementerian sendiri ambil contoh tersebut, jadikan dasar di peringkat negeri tu dulu. Dan saya yakin, Dasar Jaringan Keselamatan Sosial ni, its non political punya apa, punya motif ya. Lebih kepada nak melihat, jangan ada orang yang tertinggal. Jadi saya berharap kepada pihak kerajaan hari ini, kalau boleh Jaringan Keselamatan Sosial ni diteruskan dan kalau dapat diperkasakan lagi supaya tidak ada orang yang tertinggal. Saya jugak percaya kadang-kadang bila dah sampai satu tahap, mereka dah, dah berjaya tentulah mereka ditarik balik dia punya keistimewaan ataupun sumbangan contohnya sumbangan JKM ini. Tetapi saya berharap jugak, dalam penarikan ini jangan adalah perkara-perkara yang negatif yang disebabkan oleh unsur-unsur lain, tapi unsur-unsur kriteria itu yang kita harapkan.

Tuan Yang Dipertua, apa yang nak saya jugak sambung di sini, nak saya bahas ialah kejayaan yang telah pun dinyatakan oleh tuanku dalam

titah ucapan baginda, memberi gambaran bahawa negeri beliau, negeri baginda akan boleh maju lagi pada masa yang akan datang dengan kerjasama antara pihak kerajaan dan jugak agensi kerajaan beserta dengan sedikit ataupun banyak teguran daripada kami ya, saya semalam teringat apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau, kita akan jadi seorang pembangkang yang berwibawa. Maknanya, yang betul okaylah, kita tak nak jadi macam pembangkang dululah ya, jadi pembangkang dulu tu semuanya salah. Tapi tak, kita yang betul is betul, good, yang salah kita nyatakan tolong betulkan ya. Kita akan tegur secara berhemah dan sinilah tempatnya yang akan kita gunakan untuk kita mengatakan hasrat dan jugak pandangan kita.

Dato’, Tuan Yang Dipertua Dewan, saya jugak nak ambil kesempatan di sini nak ucap terima kasih kepada Yang Dipertua. Semalam saya ada tegur sikitlah pasal giliran, sebab hasrat Yang Dipertua tu, kalau boleh setiap ahli Dewan tu dapat peluanglah untuk menyoalkan dalam kerajaan baru ini. Jadi, terima kasih, hari ini Yang Dipertua telah pun melaksanakan modus yang baru, iaitu semua ya, makna tidaklah maknanya pihak kerajaan diulangi, biarlah semua ahli Dewan. Jadi disebut ahli Dewan, Yang Dipertua, semua ni ahli Dewan. Saya, sewaktu menjadi tempat Yang Dipertua dulu, saya anggap semua ahli Dewan tu ahli Dewan. Jadi, apa pun keistimewaan yang kita mintak pada kerajaan masa itu ya, dan, dan waktu saya juangkan, saya juangkan untuk ahli Dewan keseluruhan ya, jadi sehingga selesai tak payah kita katakan ahli Dewan daripada kerajaan ataupun, boleh selang seli mula-mula tu, lepas tu sampai habis, kalau ada masa kita boleh sambung balik.

Saya jugak nak ambil pandangan daripada Yang Berhormat Chennah yang menyatakan bahawa masa bagi Dewan ya, soalan Dewan ni, sama ada boleh atau tidak dipanjangkan saya serah kepada jawatankuasa nanti untuk putuskan, kalau dapat kita satu pusingan bagi semua ahli Dewan, tu jauh lebih baiklah pada kami.

Tuan Yang Dipertua, lama jugak saya tak dapat bercakap sebagai Yang Berhormat ADUN Kota ni, ya. Tapi banyak jugaklah yang, yang apa saya mintak hari ini. Jadi, saya mintak apa pihak kerajaan ambil perhatianlah ya. Saya akan baca satu persatu sampai saya, banyak, banyak, tapi tak adalah susah perkara ini adalah permohonan rakyat yang, bila dilaksanakan yang dapat kebaikan tu ialah kebaikan untuk rakyat. Jadi tak ada masalah bagi kita.

Yang paling pentingnya, pertama saya lihat jalan antara Seremban ke Tampin, ia adalah Jalan P1, Persekutuan 1. Saya ada buat soalan, soalan tu telah dikeluarkan kerana dia menyentuh Kerajaan Pusat, saya faham.

Dulu pun waktu saya sebelum jadi Speaker, saya tanya soalan tu, pun ditolak jugak sebab dinyatakan itu keputusan Kerajaan Persekutuan. Tapi sebagai Kerajaan Negeri, saya berharap Kerajaan Negeri kena ada permohonan untuk supaya Jalan Persekutuan P1 ni, daripada Seremban, sekarang ni daripada Sungai Gadut sampai ke Gemas tu dapat kita upgrade-kan. Tujuannya banyak, Tuan Yang Dipertua, bahawa jalan ni, hari ini tak macam dulu. Orang banyak dia ngelak apa ni masuk tol.

Saya hari tu ingat tol dah free dah, tapi rupanya tol tak jugak free, rupa-rupa tuan, drebar lori ni dia lagi cerdik Tuan Yang Dipertua, dia tengok tak free dia tetap jugak keluar dari Pedas tu, kadang-kadang dia keluar kat Senawang, dia ikut jalan P1 ini, lalu dan menyebabkan jalan yang ini, boleh dikatakan jalan yang heavy load, di mana lori besar, tangki, tangki besar ada yang ni, membahayakan pada penduduk ya. Jadi, saya harap Kerajaan Negeri, walaupun ini punya keputusan Kerajaan Persekutuan, tapi Kerajaan Negeri kalau boleh mohonlah ya.

Dah sampai masanya cerita pasal jalan P1 ini, daripada Seremban sampai ke Gemas tu di-upgrade, naik taraf daripada 2 lorong yang ada ni, kepada 4 lorong ya. Kalau kita tengok statistik kemalangan saya ingat pihak polis, PDRM boleh membantu kita untuk melihat sejauh mana keperluan P1 ini. Janganlah apa, sebab banyak kenderaan yang berat, yang besar elak tol, dia lalu jalan ni ya. Jadi, kalau tol free tu saya ingat selamatlah Dato’ Dipertua ya, tapi saya mintak, jadi saya harap kalau boleh kita teruskanlah untuk kita mohon jalan tersebut.

Perse, yang kedua, di tepi-tepi jalan besar ni, Tuan Yang Dipertua, banyak orang berniaga. Dia macam jalan Kuala Pilah – Seremban. Banyak orang berniagalah, tapi jalan Kuala Pilah – Seremban tu, mintak maaflah ADUN apa, Juasseh kan, taklah penting naa, dia bukan P1. Jalan Tampin serem, di Seremban – Tampin ni P1. P1 maknanya persekutuan 1 daripada Perlis sampai ke Johor Bahru, nilah jalan dia, P1 ni. Tapi kalau kiri kanan tu banyak orang berniaga, merbahayakan, merbahayakan.

Terutama saya nak sentuh kawasan sayalah, iaitu di Kampung Sungai Layang, Padang Lebar ni. Orang meniaga, Dato’ Yang Dipertua, saya pun, saya seronok tengoklah ya, mereka berniaga. Tapi apa salahnya kita, kita rancang, saya dah mintak hari tu semasa di peringkat daerah, kalau boleh kita buat pengambilan tu, untuk buat mereka tempat berniaga yang baik. Orang takdelah lalu jalan tu, tiba-tiba, eh ada mata kucing. Mata kucing ni Yang Dipertua, bukan sayalah, saya minat betul buah mata kucing ni, jadi kalau tengah memandu tu nampak mata kucing, saya pasti break, haa jadi bahayanya orang belakang ya, akan,

akan sondol kereta. Jadi ini berlaku banyak kali. Kita pulak ada menteri, Menteri Pengangkutan daripada mana, daripada Negeri Sembilan-lah, dia tak lalu Kota, tapi dia Negeri Sembilan. Boleh kita panjangkan, kita runding elok-elok, dan ini untuk kebaikan masyarakat.

Jadi saya harap tempat orang berniaga ini diambil kira supaya sebelum jalan nak buat ni, Tuan Dipertua, saya ingat 20 tahun tu, mintak tak dapat-dapat lagi. Lebih kot ya. Tapi sementara tu, tolonglah fikirkan supaya kita dapat buat tempat yang baiklah ya. Dulu kita dah mintak, tak berjaya. Saya harap di bawah Kerajaan Pakatan Harapan ni dapat memikirkan supaya dapat buat tempat mereka berniaga secara yang lebih baik daripada, kepada mereka berniaga, dan mereka yang nak berhenti beli barang di situ.

Yang ketiga, Tuan Yang Dipertua, dengan P1 ni jugak, kita dapati banyak jambatan yang sempit. Taklah banyak, sekarang ni dah kuranglah, sebab saya selalu, tiap kali tiap tahun saya akan mintak supaya jambatan sempit ini dilebarkan, jambatan sempit ini dilebarkan. Jambatan sempit ini, Tuan Yang Dipertua, kalau kita tak lebarkan kita, jawapan yang selalu kita terima ialah kita tunggu supaya jalan ini besok dilebarkan. Bila jalan tu lebar besok, makna kita akan dapatlah jambatan lebar. Kalau itu kita tunggu, Tuan Yang Dipertua, saya ingat lambat lagi, lambat lagi.

Jadi satu contoh jambatan yang saya nak bawak ialah ialah di jambatan Sungai Kendong tu, menyeberangi Sungai Kendong itu iaitu di Pekan Kota sendiri. Jambatan itu sempit, kalau lori besar dengan lori besar, saya ingat, close-lah, very close ya, dengan dengan izin Yang Dipertua, hampir. Kalau lori besar dengan kereta, kereta pun memang break-lah, takut, sebab dia punyai side table tu agak kecil. Jadi saya harap kepada pihak kerajaan kalau bolhe mintak pada Persekutuan ke, Selia Selenggara ke, tak kisah, supaya jambatan-jambatan P1 ni kita lebar-lebarkan sementara kita tunggu keputusan bila nak buat, tubuh ataupun upgrade jalan daripada 2 lorong ke 4 lorong akan datang.

Yang keempat Dato’, Tuan Yang Dipertua, saya jugak nak ambik kesempatan ni nak ucap terima kasihlah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ya. Saya, saya ingat waktu saya mula jadi wakil rakyat dulu, 200 orang je yang terima JKM ni ataupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ni, sekarang ni ada sampai 1,000 lebih Kota. Jadi satu kejayaan besar. Cuma saya khuatir, haa ini kekhuatiran saya, kalau boleh kita tambah lagi ya, sebab terdapat beberapa tuan rumah dalam JKM ni, dia, satu rumah tu 2 orang. Dua-dua kita tolong, dua-dua kita tolong, sebab kita tolong sebab, satu contoh, satu keluarga India, saya pergi tengok, dia terlantar, kita bagi dia JKM. Tapi rumah yang

sama, ada orang terlantar, dia tak dapat JKM. Jadi saya mintak hari tu kepada Pegawai JKM peingkat daerah, dan alhamdulillah, keluarga ini kita akhirnya dapat satu rumah satu orang.

Jadi dalam pela, penyelarasan yang dibuat oleh Pakatan Harapan, kita kena zoom in. Ada kes saya setuju satu rumah tak bolehlah 2 orang terima, tapi ada satu dua kes satu rumah perlu, perlu, kalau dua-dua dah terlantar, Tuan Yang Dipertua, kalau kita tak bantu, siapa nak bantu lagi. Kita kena bantu. Dan tak kira, saya bercakap tadi ni keluarga India ya, di kampung, di Taman Seri Gadong. Dan saya tengok agak menyedihkan kita bahawa dua-dua terlantar, dah kebetulan dua-dua terlantar, walaupun seorang yang dapat, tapi, kita perjuangkan.

Dan saya dengar-dengar pulak, dengar mungkin pulak nak kena potong sebab dia, dia apa, satu rumah tak boleh 2 orang. Jadi saya harap kepada pihak kerajaan, walaupun 2 orang, tapi kalau kes tertentu, kita zoom in, sebelum kita potong tu, kalau mereka layak. Layak tu bermakna luar daripada skop biasa. Walaupun satu rumah 2 orang tak apalah. Saya ingat, tak ada orang marah, tak ada. Orang marah ni bila orang dapat JKM ni pakai kereta dia datang, marah orang kan. Sebab dia pandai mengaka tau, mengaka ya. Jadi saya harap apa ni, Yang Berhormat daripada Bukit Kepayang ya, mengaka. Mengaka ni cakap orang Melayu-lah ya. Membohong lah, ya, pandai bohong dia dapat ya. Jadi, kalau dia apa, dia jujur dia tak dapat. Itu yang kadang-kadang pakai kereta pun ada, kita tahu, kita tahu, kita nampak, tapi ada masa kita ambil tindakan dan mereka kita berhentikan, kalau keadaan tu jelas. Jadi JKM ni kita teruskanlah supaya kita dapat ni.

Bila cakap JKM, saya jugak nak sebut Baitulmal. Ada orang yang dapat, JKM dia dapat, Baitulmal pun dia dapat. Haa ini jadi isu kepada masyarakat. Jadi saya harap pada pihak JKM, kalau boleh bekerjasama dengan Baitulmal, kalau orang tu kadang-kadang serupa jugak tadi, dia dapat JKM tapi tak cukup 300.00, Baitulmal tambah 200.00. Sebenarnya tambah 200.00 pun tak cukup. Jadi saya harap sangatlah sebab dia dapat Baitulmal tu, JKM akan potong, ataupun Baitulmal potong kerana dia dapat JKM. Jadi ini harapan saya kepada pihak kerajaan yang saya boleh sampaikan apa yang mereka mintak daripada kawasan saya sendiri.

Yang kelima, Tuan Yang Dipertua ya, boleh lah, banyak ni Tuan Yang Dipertua. Dulu saya tak dapat bercakap Tuan Yang Dipertua, dulu tak dapat cakap. Boleh ya? Terdapat, ni tadi, Timbalan Speaker jangan malu tau, saya bekas Speaker, malulah dengar cakap macam tu.

Tuan Yang Dipertua, saya jugak nak menyatakan tadi, tadi Yang Berhormat ADUN Juasseh ada menyatakan tentang rumah terbakar. Jadi, saya pun di kawasan saya baru-baru ni, minggu lepas tak silap saya ada rumah rakyat terbakar. Satu rumah, nasib baik satu rumah, tak menjangkit tapi bantuan orang ramai dan jugak pihak bomba akhirnya kawasan tu dapat di apa, di-confine, dengan izin ya. Hanya sebuah rumah saja yang terlibat. Jadi mintaklah pihak kerajaan cepat sikitlah sebab dalam rumah ni ada satu orang tua. Orang tua ni nasib baik dia tak meninggallah, sebab orang kampung tu, orang rumah rakyat tu dengar, dia tahu ada orang duduk dalam tu, waktu kebakaran mereka pecahkan pintu, dan dapat bawak dia keluar, itupun hantar hospital ya.

Jadi saya harap, saya ingat tak banyak kosnya, cuma kena repair electrical, letrik tak boleh pakai, dan mungkin kayu untuk atap itu terpaksa kita tanggunglah untuk kes-kes seperti ini. Seperti jugak Yang Berhormat ADUN Juasseh, saya ingat saya tak panjangkan hari ini, saya harap rumah terbakar di Sungai Layang ini dapat kita bantu mereka. Dan saya tengok jugak, Pakatan Harapan punya ketua kampung pun ada datang, perempuan, sempatlah saya nak cakap dia. Dia macam takut nak bercakap dengan saya pulak kan. Jadi, saya pun kata, tak apalah, masih lagi belum biasa. Sebenarnya menolong orang ni tak kisahlah, kalau wakil rakyat mana datang pun, penyelaras DUN ke, ataupun ketua kampung ke, kalau saya ada, beritahu dia orang, saya tak makan orang deh Yang Dipertua. Saya tak makan orang. Saya sebenarnya nak lihat, kai tak ada peruntukan, yang ada kerajaan, tentunya saya nak ajar, dan saya nak ajar dia hari tu, kau buat macam nia, buat macam nia, macam nia. Tapi dah dia, yelah, orang baru kan, jadi, tak berapa apa, kena apalah masyarakat ni tak usah kira partilah, sebab kita nak tolong orang. Dulu pun sama jugak, masa Pakatan Harapan yang ada hari ini sebagai pembangkang, Kerajaan Barisan Nasional pun bagi peluang kepada kerajaan ataupun Pakatan Harapan mengeluarkan, menyatakan apa pun hasrat, Dato’ Dipertua.

Yang keenam, haa ini belum akhir, 6 baru, baru 6. Haa ini penting Tuan Yang Dipertua. Saya, saya 5 tahun tak bercakap yang Dipertua, terima kasihlah bagi sikit masa. Yang keenam ni, saya ingat menyentuh bukan DUN Kota, tapi jugak menyentuh Kerajaan Negeri iaitu saya harap di, di Kota ni sektor pelancongan ni dapat ditingkatkan. Tuan Yang Dipertua, dalam Negeri Sembilan, Tuan Yang Dipertua cari tempat yang ada kelip-kelip, kelip-kelip ni api-api-lah, firefly YB. Sebelum Ravi tanya saya, biar saya jawab dulu. Dalam Negeri Sembilan, Tuan Yang Dipertua, jadi, saya dengar hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk meningkatkan sektor pelancongan.

Jadi saya nak bagi cadangan, hari itu Yang Amat Berhormat ada sentuh ayat, perkataan, kelip-kelip. Jadi saya mintak ni, mintak kelip-kelip ni kita perkasakan. Ramai, ramai orang ramai, Tuan Yang Dipertua, pergi Port Dickson, dia tak nak tidur semalam lagi sebab tak ada aktiviti. Tidur di hotel, satu malam, 2 malam, balik. Malam ketiga tak ada apa-apa lagi. Apa salahnya kita rancang supaya mereka ni dibawak daripada PD tu pergi ke, melihat kelip-kelip. Industri pelancongan keli-kelip ni akan naik, orang di Sungai Timun jugak boleh meningkat, kita buatlah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Jadi saya harap pelancongan untuk ni, kita maghin dah rancang benda ni, tapi saya harap Pakatan Harapan boleh baik lagi, baiki lagi supaya orang ramai datang ke PD, boleh pergi ke Sungai Timun melihat kelip-kelip sebelah malam.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Boleh saya tanya tak?

Mintak kebenaran Yang Dipertua.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Ya, Tuan Yang Dipertua, saya celah sikit. Sebab …..

Tapi saya nak kena jawab dulu, Tuan Yang Dipertua …..

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Boleh saya celah?

Kena tanya saya dulu …..

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Ya.

….. boleh tak.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Yang kecip-kecip ini baru hijrah ke sini atau dah lama?

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Jadi kenapa ni tidak dibuat awal. Sekarang saja kita nak mengemukakan, jadi apa yang BN dulu tak boleh buat, sekarang nak mintak PH buatkan. Jadi saya …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dulu tak buat kerjalah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

….. nak mintak penjelasan kenapa tindakan tidak diambil sebelum ini? Terima kasih.

Saya sepatutnya tak perlu beri penjelasan Yang Berhormat Yang Dipertua, sebab saya blok pembangkang. Sebab dia tanya ni dulu, dulu memang kita buat. Kita sudah buat. Dan kita dah meningkatkan kelip-kelip supaya menjadi sektor pelancongan yang efektif daripada PD ini, haa ini yang kita tengah tunggu ya. Kita tunggu. Saya harap Pakatan Harapan, upgrade lagi ya, supaya mereka yang pergi ke PD ada peluang ya, peluang untuk pergi menzia, melawat kelip-kelip sebelah malam. Jadi sekurang-kurangnya ada satu malam aktiviti daripada PD datang ke Sungai Timun. Itu memang kita mintak pun dulu ya, bukan sekarang kita mintak. Dulu tak dapat nak buat, sekarang kita harap boleh buatlah. Dan selagi tak buat, saya akan mintaklah. Selagi tak, tak, tak buat, kita akan mintak walaupun kerajaan tukar ya, bertukar kerajaan, tetap kita akan mintak sebab itu hasrat daripada penduduk di sana.

Ya, banyak tu Tuan Yang Dipertua. Di Kota ni ada Gunung Datuk, saya dah sebut dulu dah. Gunung Datuk, Replika Raja Melewar, ada pengkalan nelayan, ada kelip-kelip Sungai Timun, ada udang galah dan sebagainya. Jadi tak payahlah sebut satu persatu tapi saya harap diteruskan. Kita dah buat sekerat jalan, diharapkan ianya dapat di, di apa, di tingkatkan lagi.

Dan, hari itu, mungkin ADUN Chuah dia tak dengar saya cakap tadi, saya lebih 5 tahun tak dapat cakap. ADUN Chuah you, you faham ya, 5 tahun, tak dapat cakap. Jadi saya dapat cakap hari ni. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Dipertua, bagi saya sikitlah peluang. Dan, akhir sekalilah ni, ni yang, yang remeh-remehlah ya. Saya mintak banjir kilat kawasan saya tu dapat diselaraskan ya. Kita dah buat macam-macam buat, saya yakin pihak kerajaan buat longkang besar, rupa banjir lagi besar datang ya. Buat ni, macam-macam, tapi tetap jugak berlaku. Jadi kita harap dapat ditangani ya, oleh pihak kerajaan yang baru bagi, bagi kawasan yang banjir kilat tak banyak di Kota ni, satu di Kota, satu lagi di Seri Kendong dan jugak Kendong Baru.

Akhir sekali, haa ni akhir sekalilah, Yang Berhormat Yang Dipertua, yang akhirlah. Jadi, tadi sebenarnya saya tak nak sebut ni, tapi ADUN Johol ada sebutlah pasal ATM ni. ATM ni sensitiflah bagi saya Tuan Yang Dipertua, mesin, apa nama ATM ni, automatic teller machine, cakap orang putih kan. Masa nak pilihan raya hari tu, Tuan Yang Dipertua, dia kata, wakil rakyat ni mesin ATM pun tak dapek diadokan dekat Kota ni. Lepas tu dijajalah, saya katakan, hampeh botolah, kan. Mesin ATM bukan kerja kerajaan, saya pun tanya, baru-baru saya tanya soalan, soalan bertulis, saya nak soalan bertulis supaya saya dapat jawapan bertulis. Mesin ATM ni saya yang suarakan, saya nak mesin ATM, akhirnya saya bawak peringkat daerah, daerah dah buat kerja semua, dan nyatanya, mengatakan mintak kebenaran Petronas kalau setuju. Akhirnya, macam-macamlah cerita akhirnya, ditolak, haa akhirnya. Ditolak, tak boleh sebab tak ada ni. Tapi masa pilihan raya, Tuan Yang Dipertua, kadang-kadang kan, poliklah, polik. Dia ingat, tak dapat bukan salah kita, tapi dia kata tak dapat sebab salah saya. Jadi, itu yang sebut tadi tu sensitif bagi sayalah.

Jadi saya nak nyatakan, walaupun saya dah dapat jawapan, saya jugak mintak Kerajaan Negeri, mintak, ini permintaan sayalah. Walaupun kita bukan bidang kita pun, ini bahagian kewangan, tapi kalau boleh, Yang Amat Berhormat apa ni, ADUN Sikamat ya, Menteri Besar dapat hantar surat. Saya difahamkan pihak bank setuju. Haa ini daripada bank. Semua bank tu setuju, cuma tempatnya kerana Petronas yang ada dekat pekan tu, dia tak cukup besar. Sebenarnya Petronas tu boleh dibesarkan. Jadi saya harap Kerajaan Negeri tolong hantar surat kepada Petronas untuk upgrade Petronas di Pekan Kota tu saya ingat untuk cukup buat satu mesin ATM pada masa akan datang.

Lepas tu, siapa tu, penyelaras ni nak ambil nama, ambillah. Saya punya hasrat biarlah rakyat tu dapat ya, sebab tu sensitif betullah bila sebut ATM ni sebab saya masa tu, pilihan raya kan, dia kata, mesin ATM pun tak dapat sediakan. Memang, bukan salah kita, bukan salah kerajaan pun tapi disebabkan institusi dan jugak instrument yang tak cukup pada masa itu.

Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya ingat cukuplah masa tu. Nak saya sampaikan. Nak saya bahas bersama-sama dan permintaan. Akhirnya saya juga ambil kesempatan ucap terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana bagi sikit masa kepada saya. Dan dengan itu saya me, menyokong untuk usul menjunjung kasih titah ucapan tuanku pada persidangan yang baru, Isnin yang lepas. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota. Sebab dia merayu tadi 5 tahun tak dapat bercakap, kita bagi peluang betul-betul. Saya ingat dia lebih kurang 45 minit ya, ucapan beliau tadi. Jadi seterusnya saya pohon seorang saja lagi sebelum saya tangguhkan. Ya? Sudah lapar semua? Yelah, seorang lagi.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya cadang nak berucap lepas, lepas rehat nanti.

Yang Dipertua Dewan

Ada lagi seorang. Sebelum pukul 1:00 lah, pukul 1:00 boleh tamatkan ya.

Terima kasih. Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera kepada semua ahli Dewan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana memberikan keizinan untuk saya bersama-sam dengan rakan-rakan dalam sidang Dewan ini untuk membahaskan usul titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku yang telah dititahkan semasa istiadat perasmian Dewan Undangan pada hari Isnin tempoh hari. Saya ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan tahniah, seperti mana rakan-rakan saya ucap sebelum ini, di atas lantikan-lantikan, pertamanya lantikan Tuan Speaker sebagai Tuan Yang Dipertua, lantikan-lantikan rakan saya daripada Sri Tanjung sebagai Timbalan Speaker dan khusus ya, yang saya rasa lantikan sahabat saya daripada Sikamat selaku Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Saya juga mengalu-alukan kedatangan kita punya Ex-Officio, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat SFINO, Pegawai Kewangan yang baru, dan saya yakin dan percaya bahawa kehadiran mereka adalah merupakan pelengkap bagi memastikan segala perjalanan Dewan Undangan Negeri ini dapat diteruskan.

Saya juga, Tuan Yang Dipertua, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ketua jabatan. Tidak kiralah semasa ketua-ketua di yang berkhidmat semasa di bawah pemerintahan ataupun pentadbiran Barisan Nasional, yang sedang berkhidmat, yang telah dipindah ataupun telah berpindah, ataupun yang masih berada dalam list untuk dipindahkan.

Saya ambil kesempatan ini kerana masa yang begitu terhad ini untuk merujuk, Tuan Yang Dipertua, kepada statement ataupun kata-kata hujah daripada ADUN Chennah semalam, yang menyatakan, yang menyentuh tentang rule of law. Dan saya amat tertarik apabila beliau

menyatakan rakyat yang naik dan turunkan YB, Yang Berhormat. Memang betul, dari segi prinsip demokrasinya, rakyatlah akan menurun dan menaikkan Yang Berhormat ini. Tetapi di dalam Islam, saya rasa lebih jauh lagi. Saya diingatkan oleh ADUN Paroi, hari ini dia tidak ada, semasa dalam penggal pertama, pada ketika itu beliau memakai pakaian Parti PAS sebagai ADUN Paroi, beliau telah mengingatkan saya, mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri bahagian kerajaan tentang kuasa sebenarnya. Dan beliau telah membaca suatu ingatan, ayat 26 Surah Al-Imran. Bismillahhirrahmannirrahim “kulillahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka mimman tasya wa tu’izzu man tasya wa tudzillu man tasya, biyadikal khayru innaka ‘ala kulli syay-in qadir” sadakallahhulazim. Ingatan ini tuan-tuan dan puan-puan adalah jelas sebenarnya.

Dalam Islam, sebenarnya yang memberi, mempunyai pemerintahan ini ialah Allah SWT kerana Allah SWT boleh mengkehendaki memberi pemerintah, kerajaan kepada siapa yang beliau kehendaki, dan beliau mempunyai kuasa untuk mencabut pemerintahan sesiapa yang beliau kehendaki. Allah SWT mempunyai kuasa bagi memuliakan sesiapa yang beliau kehendaki, dan begitu juga Allah SWT mempunyai kuasa bagi menghina sesiapa yang beliau kehendaki. Ini satu ingatan daripada sahabat saya, YB Paroi, pada ketika itu yang saya masih ingat sehingga sekarang. Dan saya seperti mana yang ADUN Lenggeng katakan sebelum ni, semalam, tentang “addinunasihah”. Agama itu menasihat, saya mengingatkan perkara-perkara yang sama, dan membaca ayat-ayat yang sama ini kepada beliau dan rakan-rakan yang berada dalam kerajaan agar faham akan hakikat bahawa sebenarnya Allah SWT-lah yang menaikkan ataupun menurunkan kita sebagai pemimpin.

Oleh itu, saya ucap tahniah kepada kerajaan pimpinan Harapan yang baru, kerana di atas sumber yang saya nyatakan tadi, dah tentulah saya yakin bahawa Allah SWT menjadikan perkara ini, perubahan kedudukan, posisi yang ada dalam Dewan Undangan Negeri ini bersebab dan hikmah di sebalik itu. Dan saya yakin dan percaya hikmat yang paling besar ialah untuk dijadikan cerminan kepada rakyat, kepada bangsa, bangsa mungkin, kepada wakil-wakil rakyat di pihak pembangkang, cerminan. Jikalau inilah pilihan yang kita ambil, inilah akibat-akibat yang kita akan perolehi. Dan kita lihat dalam PRU, PRU yang terkini ini, PRU 14, saya lihat rakyat begitu teruja dengan segala janji dan harapan yang diberikan ini. Dan ini satu perkara yang saya rasa saya akan ulas sedikit lagi. Dalam ucapan saya.

Tuan Yang Dipertua, daripada titah Ke Bawah Duli Tuanku, kita lihat perenggan pertama dalam ucapan ataupun titah tuanku ini, Ke Bawah Duli Tuanku mengingatkan kita tentang rule of law, kedaulatan undang-undang, check and balance. Dan saya amat menyokong kenyatan Ke Bawah Duli Tuanku ini iaitu kedaulatan undang-undang seperti mana yang telah ditegaskan juga oleh ADUN Chennah semalam, amat penting. Rule of law ini adalah satu perkara prinsip yang amat luas, kedaulatan undang-undang ini, dengan izin Tuan Yang Dipertua. Ianya banyak. Di antaranya, dengan izin, nobody is above the law. Tidak ada orang yang di atas undang-undang, termasuk Menteri Besar sendiri. Saya sayang Menteri Besar, dia turun kawasan saya tapi dia tidak pakai helmet. Jadi saya sayang, rule of law, undang-undang terpakai kepada beliau. Jadi kalau ada ADUN Chennah ni, saya mintak ADUN Chennah mengarahkan JPJ memanggil beliau. Tetapi, berguraulah ADUN Sikamat ya, tetapi, oleh kerana saya tegur ini oleh kerana “addinunasihah” dan beliau adalah sahabat saya. Dia bawak motor kawasan saya, jatuh tergolek, meninggal, ada pilihan raya kecil lagi. Akhir, akhirnya kos kerajaan bertambah, SPR bertambah lagi dan menggunakan wang rakyat juga, Tuan Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua, nobody is above the law. Nobody is above the law maksudnya tidak ada mereka yang terselamat daripada undang-undang.

[Percakapan beberapa ahli Dewan tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara mereka tidak diaktifkan]

Dalam prinsip kedaulatan undang-undang juga, menyatakan bahawa anda tidak bersalah …..

Yang Dipertua Dewan

Sabar, sabar.

….. sehingga dibuktikan sebaliknya. You are innocent until proven otherwise. Anda tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Jadi rasa adalah terlalu awal untuk saya memberikan comment perkara-perkara yang melibatkan tindakan-tindakan yang dibawa oleh pihak pendakwaan sekarang ini terhadap kepimpinan Barisan Nasional kerana ianya akan bersifat subjudis dan sebagainya. Dan tidak adil kepada perbicaraan yang telah pun dimulakan dengan pendakwaan di mahkamah. Itu adalah di antara prinsip undang-undang jugak. Prinsip kedaulatan undang-undang. Rule of law seperti yang telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku dan disokong dengan begitu kuat oleh ADUN Chennah semalam.

Tuan Yang Dipertua, saya juga tertarik dengan ADUN Lenggeng, ingatan beliau, ialah dia pun seorang ustaz, tentang fitnah, tentang tawakal, tentang takwa. Betul, saya akui. Fitnah tuan-tuan dan puan-puan satu perkara yang di dalam Islam amat berkait rapat dengan perkara-perkara yang kita cakap kemunafikan. Dalam surah 217, Al Baqarah, Allah SWT ingatkan kita tuan-tuan dan puan-puan, “wal fitnatu akbaru minal qatl”. Dan sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada membunuh. Saya amat bersetuju dengan pandangan ADUN Lenggeng. Sebagai seorang Islam itulah kefahaman yang ada dalam diri saya. Kalau saya bunuh hari ini, saya tikam Tuan Dipertua, tentunya sorang yang mati. Haa ini mungkin bila dah Tuan Yang Dipertua mati, mungkin dapatlah Sri Tanjung sebagai Timbalan Speaker menggantikan Tuan Yang Dipertua.

Tetapi apa yang ingin saya jelaskan di sini Tuan Yang Dipertua, ialah tentang kesan fitnah ini. Saya rasa tuan-tuan dan puan-puan banyak fitnah telah dilakukan, telah fitnah-fitnah tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana ingatan Saidina Ali kepada orang Islam, kebatilan yang tersusun akan mengatasi kebenaran yang tidak tersusun. Dan ramai yang percaya tuan-tuan dan puan-puan. Terutamanya dalam pilihan raya yang baru-baru ini ya, banyak dah saya isi minyak itu hari, takde jugak dapat 1.50, tak dapek. Begitu juga dengan janji yang lain.

Tetapi saya ingin tekankan di sini, melalui kempen Kepimpinan Melalui Teladan, yang sebenarnya diunjurkan oleh Perdana Menteri Ke-4 yang merupakan Perdana Menteri sekarang ini. Adalah amat bahaya Tuan Yang Dipertua, kalau kita menyatakan sesuatu janji itu bukan suatu yang berada dalam kitab suci. Janji itu bukan satu kitab suci. Jan, bahaya kerana ia menyalahi hukum agama. Saya bercakap tentang hukum di sini. Kalau inilah nilai yang ingin kita terapkan, kita instill, dengan izin, kepada anak-anak didik kita, pelajar-pelajar kita, bila kita telah buat janji, kita boleh mungkiri, kita boleh buat pinjaman, kita boleh tak bayar pinjaman. Ia satu nilai yang saya rasa, EXCO pendidikan kena tengok supaya nilai-nilai yang sebegini tidak diguna pakai oleh anak-anak pelajar kita.

Saya bercakap tentang hukum. Mungkin, mintak maaf mungkin bab hukum ini tidak bersamaan dengan ADUN-ADUN yang tidak seagama dengan saya. Tetapi saya sebagai pemimpin Islam, wajib bercakap perkara ini, kerana siapa lagi nak bercakap tentang perkara ini tuan-tuan dan puan-puan, Tuan Yang Dipertua, kalau bukan pemimpin Islam sendiri.

Tuan Yang Dipertua, saya dalam titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku. Seperti mana yang telah dijelaskan, yang telah di-conclude, dengan izin,

oleh ADUN Rantau, Yang Berhormat Rantau sebentar, semalam, jelas bahawa selain daripada menegur ataupun menasihatkan tentang pendakwaan di peringkat mukadimah Ke Bawah Duli Tuanku, selebihnya adalah lebih kepada memberikan pengiktirafan kepada kerajaan terdahulu tentang prestasi-prestasi yang telah diberikan oleh kepimpinan dahulu.

Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya ingin melihat semula dalam konteks bagi mempertahankan tanda aras ini, yang telah dinyatakan oleh Ke Bawah Duli Tuanku, pencapaian-pencapaian pada tahun 2017 ini, pungutan-pungutan, KNDK, sumbangan KDNK negeri kita, 3.7% kepada KNDK negara kita. Saya ingin melihat kepada sumber rujukan Jabatan Perangkaan Malaysia supaya kita lebih objektif, kerajaan yang baru ini tentang KNDK Negeri Sembilan mengikut jenis aktiviti ekonomi. Jelas daripada sini, Tuan Yang Dipertua, sumber Jabatan Perangkaan ini, pembuatan, manufacturing …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Pembuatan dan manufacturing merupakan, dan perkhidmatan merupakan di antara penyumbang utama. Dan kita lihat juga pembinaan ataupun construction dengan izin, di antara penyumbang utama juga. Dan kita lihat perkhidmatan sebagai contohnya, pada tahun 2017 telah menyumbang 44.3% kepada GDP negeri ini. Jadi, dalam konteks ini, saya dimaklumkan, selepas perubahan kerajaan ini, banyak keputusan ataupun kelulusan-kelulusan yang melibatkan Kerajaan Negeri begitu lewat. Ini tidak baik, Tuan Yang Dipertua, terutamanya kepada sumbangan kepada ekonomi negeri kita yang saya rasakan tadi, yang saya bacakan tadi bersumberkan kepada pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.

Banyak saya dengar, aduan daripada pemaju yang ada sampai kepada saya juga tentang kelulusan SPC, State Planning Committee, Jawatankuasa Perancangan Negeri yang lewat. Kelulusan-kelulusan yang melibatkan keputusan EXCO Kerajaan Negeri yang lewat. Kalau keputusan yang lewat Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sekalian, keputusan yang lewat mem, akan mengakibatkan ruang-ruang untuk adanya perkara-perkara yang tidak dingini seperti rasuah dan sebagainya. Keputusan yang lewat akan menyebabkan pungutan revenue kepada pembangunan-pembangunan yang bakal dan telah diluluskan ini akan lewat. Dan ini sudah tentulah revenue ataupun cukai ini, hasil-hasil ini akan secara langsungnya mengakibatkan

kantung negeri kita akan berkurangan. Jadi inilah kekhuatiran kita, Tuan Yang Dipertua.

Tuan Yang Dipertua, saya ingin sentuh sedikit tentang pelantikan. Saya ucap tahniah walaupun sedikit lewat, pelantikan Majlis Permuafakatan, ataupun dulu ketua kampunglah, masa pemerintahan BN saya rasa perkara yang sama dan juga ahli-ahli Majlis di setiap Majlis Daerah Kuala Pilah. Saya merupakan bekas ahli Majlis mengucapkan tahniah di atas pelantikan-pelantikan ini terutamanya di Majlis Daerah Kuala Pilah. Saya, mungkin ini satu pendekatan baru Kerajaan Negeri-lah, ada dilantik seorang ceti, haa ini mungkin pelantikan di luar kotak ke, pendekatan di luar kotak hitam, kasut hitam ke, saya tak tahu. Pelantikan seorang ceti. Ini saya rasa satu perkara yang bagus, kerana mungkin ceti ini boleh memberikan idea yang baiklah bagi pungutan cukai pintu di Majlis Daerah Kuala Pilah.

Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini, dan saya bersama dengan ADUN Juasseh dalam perkara ini, supaya kita melihat semula pelantikan-pelantikan ini dan dipantau mereka ini. Kerana kebanyakan mereka adalah kita kenali pun, sahabat-sahabat. Saya tidak tahu sama ada Kerajaan Negeri ada buat tapisan, tapisan jenayah, tapisan polis, tapisan syariah dan segala tapisan bagi memastikan mereka ini mereka yang benar-benar credible. Ada saya lihat penarik kereta pun ada jadi Ahli Majlis, yang telah dilantik pun, tetapi saya harap Kerajaan Negeri pantau mereka ini kerana kita tidak mahu perbidalan kita meletakkan musang menjaga ayam, Tuan Yang Dipertua. Perbidalan kita amat mudah, kita nak letakkan orang yang betul-betul pakar, ada kelebihan mereka dalam bidang mereka sebagai Ahli Majlis, sebagai ketua kampung, itu perkara biasa.

Dalam Islam kalau kita meletakkan orang tidak mahu dalam bidang itu, tunggulah kehancuran. Dalam Islam. Perbidalan, perbidalan Negeri Sembilan banyak pun perbidalan kita ya. Kalau orang, orang buta ataupun orang buta, tugas eh menghombuih. Orang yang pekak dan tuli, apa tugasnya, meletakkan bedil, meriam. Ini menunjukkan keadilan Negeri Sembilan, dalam Islam ialah meletakkan orang yang sesuai dengan kesesuaian jawatan tersebut. Tetapi kalau kita meletakkan orang-orang, Ahli Majlis yang kredibiliti mereka dipertikaikan. Bukan oleh saya, oleh orang PH sendiri yang sebenarnya yang datang jumpa saya. Tanya saya pulak, Dato’ ni maghin dari Simpang Renggam. Saya tak tahu orang Simpang Renggam ke mana deh. Orang ni maghin ni maghin buang daerah. Oghang ni maghin penagih dadah. Saya tidak tahu kerana saya tidak ingin fitnah orang. Tapi jikalau benar, saya harap mungkin Kerajaan Negeri boleh buat

ujian air kencing dan sebagainya ke, yang random, supaya memastikan mereka ini yang merupakan mata dan telinga Kerajaan Negeri.

Seperti mana yang saya nyatakan ini, tak kan kita nak biarkan musang jaga ayam. Tak kan kita nak biarkan pencuri jaga pencuri. Ini akan reflex, ini akan mencerminkan pentadbiran ini. Dan oleh kerana itu, dalam Dewan yang mulia ini, saya memberikan nasihat yang saya rasa boleh kita kongsi bersama untuk kebaikan bersama. Dan saya yakin, bahawa persidangan di dalam ini ialah untuk mencari kebenaran yang hak. Inilah satu perkara yang saya harap kerajaan sekarang, dengan dada terbuka menerima pandangan saya ini, kerana pandangan-pandangan ini merupakan pandangan rakyat yang sentry. Kepada rakyat pandangan-pandangan ini.

Tuan Dipertua, yelah masa tidak, nampaknya tidak mengizinkan. Saya ambil sedikit masa je lagi. Tuan Dipertua, saya selain daripada itu, ingin memberi satu cadangan supaya kita lihat tembusan jalur lebar di negeri ini. Saya harap mungkin ADUN Sikamat berminat. Tembusan jalur lebar di negeri ini, kadar tembusan jalur lebar ini saya rasa masih rendah lagi. Dan bila kita balik ke Kuala Pilah, contohnya menggunakan Jalan Bukit Putus yang baru, bila sampai di atas point tertinggi di Bukit Putus, akan berlaku drop call ya, panggilan tak boleh dan sebagainya. Dan oleh kerana itu, saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua, ada aduan tentang daripada para kontraktor di Kuala Pilah ya, yang telah buat kerja mereka di bawah PIAS dan PIAM ya. Dan kerja-kerja ini telah pun disempurnakan sebelum pilihan raya. Jadi mereka sudah tentunya sekarang ini, dekat 4 bulan, mereka masih belum lagi mendapat payment mereka. Inilah satu pembayaran, Tuan Dipertua, kepada, payment kepada jobs and works done. Dah 4 bulan lebih, Tuan Dipertua saya rasa, mungkin walaupun saya faham, saya faham PIAS dan PIAM ini Yang Berhormat ADUN Sikamat, mungkin bukan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri tapi memandangkan Kerajaan Negeri ini mempunyai satu saf yang sama dengan Kerajaan Persekutuan, mungkin boleh dibantu mereka ini kerana mereka juga mempunyai anak, anak, isteri, suami yang, yang, yang ingin ditanggung. Dan saya rasa apa yang saya cadangkan ini, amat bertepatan dengan slogan, slogan yang telah Kerajaan Negeri war-warkan iaitu bersih, muafakat dan sejahtera. Jadi ini satu perkara yang saya harap boleh diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri.

Yang terakhir, Tuan Yang Dipertua, saya mohon jugalah ya, saya amat bersetuju dengan pandangan pro aktif daripada ADUN Labu ya, ADUN Labu pro aktif nampaknya tadi, untuk melibatkan kami, wakil rakyat di

pihak sini, di sebelah kerusi pembangkang, di dalam perkara-perkara melibatkan tanah di dalam daerah kita. Saya, penting tuan-tuan dan puan-puan, kerana saya lihatkan kerajaan yang ada sekarang ini haruslah dapat suatu, suatu menunjukkan indikasi untuk mereka benar-benar ingin mengurangkan kos hidup rakyat sekarang ini.

Harga komoditi sebagai contohnya, ADUN Labu ya, semangat tadi ADUN Labu, saya amat suka cara semangat, harga komoditi sebelum PRU, getah sebagai contohnya 2.50, selepas PRU 1.90. Dan sekarang seperti mana yang dikatakan oleh ADUN Juasseh sebentar tadi, hari ini

1.40. Ini luar bandar. Kita bercakap tentang memperkasakan luar bandar. Yelah mungkin kerajaan dulu tidak buat perkara ini, mungkin kerajaan baru ini merupakan satu kerajaan yang berikan harapan baru, yang saya rasa boleh mengubah persepsi ataupun fakta ataupun figure, angka yang saya sebutkan tadi.

Jangan cerita kelapa sawit. Sebelum, sebelum PRU 14, harga kelapa sawit …..

Yang Dipertua Dewan

Tuan …..

….. 550.00 ringgit satu tan.

Yang Dipertua Dewan

Tuan, Yang Berhormat Senaling, saya ingat planning-lah.

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Kita, ni bukan akhir ni, kang akhir lain, dah 2 – 3 kali akhir nanti. Boleh ……

Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tolong pendekkan lagi.

….. saya orang yang akur kepada peraturan ya. Terutamanya rule of law-lah. Jadi sebelum itu, tentang saya nak sebut

sikit tentang kelapa sawit, sebelum pilihan raya, satu tan 550.00 sekarang satu tan 370.00 ringgit. Ini suatu perkara yang menekan petani-petani kita.

Dan sebelum, ini merupakan yang terakhirlah Tuan Yang Dipertua. Saya ingin mencadangkan Tuan Yang Dipertua, seperti mana yang telah cuba disampaikan oleh rakan daripada Linggi sebentar tadi, tentang peruntukan, peruntukan-peruntukan di dalam aturan dan peraturan mesyuarat ini yang melibatkan Timbalan Speaker. Saya mungkin, saya mencadangkan kepada Tuan Yang Dipertua, dan kepada Unit Dewan supaya melihat semula aturan dan peraturan Perintah-Perintah Tetap ADUN Negeri Sembilan ini, di Dewan Undangan Negeri Sembilan ini supaya kita membuat penambahbaikan di mana yang sesuai, dengan bantuan penasihat Undang-Undang Negeri kita, tentang perkara-perkara yang melibatkan fungsi ya, fungsi sama dengan Speaker tapi dalam masa yang sama kita letakkan di dalam ini, kita dokumentasikan tugas-tugas yang boleh dan tidak boleh kepada Timbalan Speaker kita, sahabat saya daripada Sri Tanjung. Dengan itu, Tuan Yang Dipertua saya daripada Senaling, penduduk Senaling dengan ini menyokong titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Senaling. Saya kira ada 2 perkaralah yang saya nak, sebelum saya tangguhkan. Yang pertamanya berkaitan dengan Yang Berhormat ADUN Kota tadi, berkaitan dengan soalan dia kata pencahayaan, soalan kedua hari kedua iaitu Pencahayaan Luar Bandar ADUN Kota telah digabungkan dengan soalan kedua ADUN Pertang, hari pertama. Jadi mintak maaf semalam digabungkan ya. Walau bagaimanapun, soalan ADUN Pertang tidak sempat dibawa dalam giliran sesi soalan lisan semalam, oleh demikian soalan tersebut akan dijawab secara bertulis bersekali dengan soalan kedua hari pertama ADUN Pertang semalam. Jadi, untuk makluman untuk ADUN Kota ya.

Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sempat membahaskan usul ucapan titah sidang sebentar tadi. Dan saya, dengan ini saya ingin menangguhkan persidangan kita, dan kita akan bertemu petang ini dalam pukul 2:30, 2:30 ya, 2:30 petang. Ada 1 jam setengah, boleh ya. Boleh kita tangguh. Jadi saya ucapkan terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:07 petang]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:35 petang]

[YB ADUN Paroi hadir di Galeri Persidangan pada jam 4:30 petang].

[Persidangan sesi petang dipengerusikan oleh YB Timbalan Yang Dipertua]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan, eh bukan, okay, okay, fisrt time kan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan disambung semula. Saya persilakan ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan. Sila, dipersilakan.

[YB ADUN Temiang dan YB ADUN Jeram Padang bangun serentak]

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Yang, Timbalan Yang, Dato’, Timbalan Yang Dipertua, saya berdiri dulu.

Yang Dipertua Dewan

Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker Dewan kerana memberi peluang epada saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan Persidangan Kedua Penggal, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 ini.

Timbalan Tuan Speaker, dalam titah ucapan tuanku baginda ada menyentuh bahawa rakyat Malaysia telah didedahkan dengan berita-berita yang berlaku dalam negara ini mengenai salah guna kuasa dan penyelewengan yang ekstrem, yang membolehkan memusnahkan negara. Saya berasa pesanan ini cukup penting. Selepas pilihan raya ke-14 apabila Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, selepas siasatan dibuat, semua akaun, ke atas semua-

semua akaun kerajaan, baru kita semua sedar bahawa hutang negara telah mencecah Ringgit Malaysia 1.0 trilion. Kerajaan juga telah memfailkan kes-kes salah guna kuasa terhadap pemimpin yang terlibat ke mahkamah. Jadi saya harap Kerajaan Negeri perlu berwaspada dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi membuktikan bahawa Pakatan Harapan adalah lebih bagus daripada Kerajaan yang terdahulu.

Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil kesempatan ini bagi bertanyakan dengan masalah warga-warga pelarian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi orang pelarian yang ada di Negeri Sembilan khususnya di Seremban. Baru-baru ini pihak Imigresen telah mengadakan operasi di Pasar Besar Seremban dan sekumpulan warga pelarian tersebut telah ditangkap. Ma, malahan, malahan majikan pun juga dipanggil untuk siasatan beberapa hari yang akan datang.

So, persoalan saya adalah pelarian ini telah dibawa masuk ke negeri ini tanpa diberi apa-apa peluang pekerjaan. So, sudah tentu mereka akan menghadapi masalah kehidupan keluarga kerana mereka telah pun berkeluarga di sini, mempunyai anak-anak di sini. So, sekiranya mereka tidak diberi peluang pekerjaan siapa yang perlu menanggung kos kehidupan mereka? Dan mungkin juga mereka akan menyebabkan masalah sosial di Seremban. Mereka ini bukan tak mahu kerja, tetapi tidak diberi peluang pekerjaan sahaja. Bagi saya mereka ini rajin dan bekerja dengan berdikari.

So saya ingin nak tahu, apakah pendirian Kerajaan Tempatan terhadap golongan ini kerana mereka bekerja untuk kerja-kerja yang orang tempatan yang tidak mahu kerja. Apakah syarat-syarat daripada kerajaan dalam negeri sekiranya mereka mohon, ingin mohon bekerja? Kalaulah nasib anjing liar, nasib anjing liar pun boleh dipertahankan, apatah lagi nasib orang, nasib manusia yang semestinya merupakan tanggungjawab kerajaan untuk membela warga-warga pelarian ini.

Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan, isu kedua yang saya nak sampaikan adalah berkenaan dengan tanah Kampung Bukit Jong, Temiang. Di mana tanah tersebut telah diberikan oleh kerajaan terdahulu kepada sebuah syarikat yang bernama Syarikat Menang sendirian, Menang Tiara Sendirian Berhad tanpa pengetahuan penduduk-penduduk asal kawasan tersebut. Kes ini serupa dengan kes Kampung Ulu Temiang, di mana tanah yang dimiliki oleh kerajaan dan sepatutnya kerajaan memberi hak milik permohonan tanah, hak milik tanah-tanah tersebut kepada penduduk-penduduk asal terlebih dahulu sebelum dibahagikan untuk permohonan orang awam. Tetapi kerajaan dahulu langsung tidak mengambil berat tentang kepentingan

penduduk-penduduk asal. Hanya mementingkan kroni-kroni masing-masing saja. Maka penduduk-penduduk asal di Kampung Ulu Temiang telah pun dihalau keluar oleh pemilik tanah yang sedia ada. So saya berharap keraja, keadaan ini, kejadian ini tidak berulang lagi untuk penduduk-penduduk asal di tanah Kampung Bukit Jong, Temiang. Di mana saya berharap Kerajaan Negeri Pakatan Harapan perlu mengambil alih semula hak milik tanah Kampung Bukit Jong dan memberi hak milik tanah tersebut kepada penduduk-penduduk asal di situ. Ini kita sebagai kerajaan baru di negeri ini kita berharap boleh membantu penduduk-penduduk asal di Kampung Bukit Jong iaitu mengambil alih semula hak milik tanah tersebut daripada Syarikat Menang Tiara Sendirian Berhad.

Perkara ketiga adalah berkenaan dengan, ini cadangan saya, iaitu mengenai pemasangan papan, panda tanah Bahasa Cina dan Bahasa Tamil di kawasan Cina dan India di Seremban. Langkah ini bagi saya adalah untuk menarik lebih banyak pelancong-pelancong dari negara China dan India ke negeri ini. Ini adalah sangat penting seperti kita maklum setiap tahun ramai pelancong-pelancong dari negara China dan India datang ke negeri kita untuk melancong. Apabila mereka melihat adanya perkataan-perkataan ini, mereka akan lebih mesra, lebih mesra dan ini juga akan membuktikan bahawa negara ini adalah terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum. Kita perlu membuktikan bahawa negeri ini adalah betul-betul mencerminkan perpaduan, muafakat dan sejahteraan di negeri ini. Maka saya berharap pihak kerajaan mengambil, memaklum balas kepada saya tentang perkara ini.

Tuan Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah, saya juga ingin memohon dalam belanjawan yang akan datang, satu Kepala khas boleh diperuntukkan untuk sekolah-sekolah, semua jenis sekolah aliran sekolah rendah dan sekolah menengah di negeri ini. Dan termasuk juga 4 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan 2 buah Sekolah Menengah Tinggi yang ada di Negeri Sembilan. Saya berharap, masalah ini adalah penting kerana sekolah-sekolah ini hanya bergantung kepada sumbangan Kerajaan Persekutuan dan orang ramai yang mana tidak mampu untuk, untuk men, men, untuk meng, untuk mengatasi masalah kewangan sekolah-sekolah ter, tersebut. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri boleh membantu sekolah-sekolah ini supaya lebih banyak aktiviti-aktiviti dijalankan oleh sekolah-sekolah ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan, saya juga terima satu permohonan daripada Persatuan Polo Air Negeri Sembilan terhadap pengecualian bayaran penggunaan Pusat Akuatik Negeri di Paroi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini,

persatuan ini dia mempunyai sekumpulan remaja yang mewakili Negeri Sembilan ke pertandingan polo air di antarabangsa. Mereka juga meng, pernah dan telah mencapai satu, satu keputusan yang baik di mana memenangi pingat di merata tempat. Maka, dan semua bayaran adalah secara sukarela daripada ibu bapa. Kalau MPS mengenakan bayaran terhadap persatuan ini yang menjalankan latihan harian, saya takut ini akan membebankan ibu bapa, ini akan membebankan ibu bapa.

Seperti yang saya tahu kadar yang ditetapkan oleh MPS ialah untuk 3 jam, selama, sebanyak RM, Ringgit Malaysia 297.00 ringgit sehari. Bagi saya ini adalah membebankan ibu bapa dan persatuan tersebut kerana mereka tidak menerima apa-apa sumbangan daripada Kerajaan Negeri. Dan mereka, hasrat mereka adalah untuk membangunkan ini, sukan polo air di Negeri Sembilan supaya lebih banyak atlet dapat di, dibanyak, diperbanyakkan. Jadi saya berharap, pihak MPS boleh menimbang dan mengecualikan bayaran, kadar bayaran tersebut.

Timbalan Tuan Yang di, Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah, saya juga berharap Kerajaan Pakatan Harapan selalu peka dengan masalah-masalah peniaga-peniaga. Selepas kita memenangi, menjadi kerajaan selepas 509 [Mei, 9], kita, saya menerima banyak aduan daripada peniaga-peniaga di mana kerajaan terdahulu telah mengenakan banyak syarat-syarat yang ketat terutamanya kera, terhadap kera, peniaga-peniaga yang ingin membuat pembaharuan lesen. Di mana mereka kena tunggu 3 bulan untuk mendapat pembaharuan lesen. Ini saya, ini saya berasa adalah sedikit keterlaluan di mana kena mendapat sokongan daripada jabatan-jabatan yang terlibat, malahan majikan-majikan juga terima phone call daripada Pegawai Jabatan ini untuk meminta berjumpa. Saya tak tahu, berjumpa untuk buat apa. Kalau sekadar untuk pergi meninjau keadaan infrastruktur ataupun premis bangunan, terus pergi saja. Tak perlu call itu majikan pun. So, majikan pun berasa takut kenapa nak jumpa. Kerana mereka menjalankan kerja dengan baik.

So, saya berasa, berasa perlu adanya penukaran daripada syarat-syarat ini di mana kalau untuk permohonan baru, permohonan lesen baru saya setuju di mana semua agensi yang terlibat kena mem, menyiasat dan men, membuat ini, kawalan yang dekat, yang ketat terhadap ini peniaga-peniaga. Kalau sekadar hanya untuk pembaharuan lesen, saya berasa kena meringkas, meringkaskan ini semua prosedur supaya peniaga-peniaga mesra dengan kita. Kerajaan dahulu melaksanakan cara-cara yang tidak mesra, itulah mereka bantah BN, mereka sokong kita. Kita pula yang mengenakan prosedur yang sama. So saya berasa ini sesuatu yang tidak, tidak betul. Saya berharap prosedur, prosedur-

prosedur yang sebegini boleh diringkaskan dan dikecualikan supaya memberi kesenangan kepada peniaga-peniaga agar mereka boleh mencari rezeki kehidup, kehidupan sahaja.

Tuan yang, Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan, saya juga menerima permohonan daripada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa di Pedas, di mana sekolah ini memerlukan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu najis kelawar yang telah menyebabkan struktur bangunan sekolah tersebut rosak. Surat permohonan daripada Lembaga Pengelola Sekolah tersebut telah pun dihantar kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri pada 27 Ogos yang lalu. Tetapi belum mendapat apa-apa maklum balas daripada Jabatan Pendidikan Negeri, maka saya berharap langkah-langkah daripada Jabatan Pendidikan Negeri boleh membantu sekolah ini.

Tuan yang, Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin tahu, apakah pendirinan, pendirinan, pendirian Kerajaan Negeri bagi penggunaan bahan-bahan plastik dan bahan-bahan yang tidak mesra pada alam sekitar seperti polisterin di negeri ini. Kerajaan dahulu telah melancarkan kempen pengurangan penggunaan bahan plastik sehari seminggu. Tetapi nampaknya hasil tidak begitu baik. Orang ramai masih menggunakan plastik dalam kehidupan harian. Peniaga-peniaga juga masih menggunakan polisterin untuk perniagaan. Maka keadaan ini telah menyebabkan alam sekitar tercemar. Tambahan pula, penggunaan polisterin juga menyebabkan longkang-longkang tersumbat dan menyebabkan banjir kilat di negeri ini. Oleh yang demikian, saya berasa pihak Kerajaan Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula bagaimana mengurangkan penggunaan, penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini.

Yang seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan ini membawa satu isu iaitu cukai taksiran tanah bagi bangunan UMNO yang terletak di Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban. Di mana seperti yang kita sedia maklung, maklum, bangunan ini amat besar dan bertingkat-tingkat. Tetapi cukai taksiran tanah hanya adalah Ringgit Malaysia 508.00 sahaja. Bagi bangunan MCA Negeri Sembilan, yang juga bertingkat-tingkat, tetapi cukai taksiran tanah juga hanya 205.00 sahaja. Untuk bangunan Parti Gerakan Rakyat Negeri Sembilan pula, juga bertingkat-tingkat dan terletak di Bandar Seremban, tetapi cukai taksiran tanah hanya adalah 100.00 ringgit sahaja. Persoalan saya adalah kenapa mereka ini dikenakan cukai yang begitu rendah sekali? Ini macam tanah TOL. Cukai taksiran kampung pun lebih tinggi daripada mereka ini. Adakah pihak PTG membuat siasatan ataupun mereka salah guna kuasa pada masa terdahulu sehingga pihak Pegawai

PTG tak berani ambil tindakan, tindakan terhadap mereka ini. So, saya harap Kerajaan Pakatan Harapan menyiasat perkara ini supaya jangan senang-senang mereka ini menikmati keistimewaan tetapi rakyat disusahkan. Saya berharap satu siasatan dan pembetulan semula cukai dilaksanakan dan kerajaan perlu mengambil tindakan mahkamah sekiranya berlaku penyelewengan kuasa terhadap perkara ini.

Yang lain adalah berkenaan dengan pemasangan UniFi jenis fiber di Bandar Seremban. Saya juga ingin tahu apakah status sekarang projek ini. Sekarang internet merupakan satu keperluan bagi rakyat menjalankan aktiviti harian ataupun berhubung dengan antarabangsa. Maka pemasangan UniFi di Bandar Seremban adalah sangat penting. Di kawasan Temiang, saya juga menerima permohonan daripada sekolah-sekolah dan penduduk-penduduk bilakah ini UniFi akan dipasang di kawasan Temiang kerana mereka telah menunggu lama kerana kadar internet sekarang tidak mampu, kelajuannya tidak mampu menampung kegunaan penduduk-penduduk di taman, di kawasan DUN Temiang.

Yang seterusnya adalah berkenaan dengan tanah-tanah dan bangunan-bangunan yang terbiar. Kita sebagai wakil rakyat sejak dulu saya sering menerima daripada orang ramai berkenaan dengan tanah-tanah dan bangunan-bagunan, bangunan-bangunan terbiar di mana masalah ini telah menimbulkan kacau gangguan kepada jiran-jiran di sebelah. Pokok-pokok yang tinggi, rumput yang panjang dan menyebabkan haiwan-haiwan hidupan liar, menyebabkan, menjejaskan kehidupan jiran-jiran. Maka saya berasa kerajaan, Kerajaan Tempatan perlu menggubal satu undang-undang kecil yang baru terhadap pemilik-pemilik tanah dan bangunan-bangunan yang terbiar ini yang enggan memberi kerjasama kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk meselesai, untuk menyelesaikan masalah ini.

Pada masa sekarang pihak MPS ataupun Pihak Berkuasa Tempatan hanya memberi notis sehingga 3 kali dan disaman di mahkamah. Tetapi ini mengambil tempoh yang panjang, mengambil tempoh yang lama. Jiran-jiran, dia tak boleh tunggu, apa-apa yang terjadi, ular masuk ke, mereka yang terkena. So kalau pemilik-pemilik tanah ataupun bangunan terbiar ini tidak memberi kerjasama, saya berharap, saya berasa satu tin, satu tindakan yang ketat dan yang tegas boleh diambil ke, kepada mereka ini supaya tidak menjejaskan jiran-jiran di sekeliling.

Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin men, membantah satu dua hujah yang dilontarkan oleh kawan-kawan di sebelah. Di mana semalam ada seorang ADUN telah berkata, kalah satu kali tak apa kerana mereka telah memenangi 13 kali pada pilihan raya yang lepas.

Bagi saya ini memang satu kenyataan. Tetapi saya nak menekaskan, menegaskan di sini, di Dewan yang mulia ini, kemenganan, kemenangan 13 kali yang tersebut bukanlah kekuatan parti tersebut. Kemenangan tersebut adalah disebabkan persempadan SPR yang tidak adil, SPR yang bersempadan yang tidak betul dan yang tidak mencerminkan 1 man 1 vote, dengan izin Timbalan Tuan Speaker. Apa yang ada sekarang adalah gerrymandering di mana jumlah pengundi kawasan DUN masing-masing adalah tidak seimbang. Ada kawasan DUN, ada DUN kawasan yang jumlah pengundinya banyak, ada kawasan yang terlalu sikit. Sebab, sebagai contohnya kawasan DUN Temiang, yang mana jumlah pengundinya lebih kurang 12,000 saja. Tetapi di DUN Lobak, telah mencecah 18,000. Di DUN, DUN Sikamat, lebih kurang 18,000 juga. Saya tengah, saya di tengah-tengah, sepatutnya tidak kena satu jumlah pengundi yang seimbang, baru mencerminkan ini 1 man 1 vote.

Di kawasan Temiang juga, terdapat beberapa kawasan seperti Taman Nee Yan, Taman Desa Temiang, Kampung Ulu Temiang dan Taman Bukit Mutiara yang mana kawasan-kawasan ini adalah di kawasan Temiang, tetapi telah diletakkan di DUN Lobak. Nama ada Temiang, tetapi diletak di DUN Lobak. Begitu juga ini kampung, Kampung Baru Paroi, tapi di DUN Lenggeng. Ini sesuatu yang tidak betul, tapi mereka merasakan kekuatan mereka.

Jadi saya berharap Kerajaan Negeri perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang khas untuk memberi cadangan dan mem, supaya boleh membetulkan semula sistem ini supaya ianya betul-betul mencerminkan satu pilihan raya yang bersih dan satu sistem pilihan demokrasi yang betul-betul supaya kita boleh bersama-sama membersihkan semula, membangunkan semula sistem pilihan raya di negeri ini. Walaupun ini adalah di peringkat Federal tapi saya berasa sebagai Kerajaan Negeri, kita juga boleh memberi cadangan supaya dia tidak lari daripada motif asalnya iaitu satu pilihan raya yang bersih dan betul di negeri ini.

Tuan, Timbalan Tuan yang, yang, yang Yang Dipertua Dewan juga, saya juga ingin menanyakan, saya juga ingin berhujah berkenaan dengan beberapa pandangan daripada beberapa pandangan daripada sebelah, di mana setelah mendengar hujah-hujah di, daripada kawan-kawan sebelah, saya berasa mereka yang duduk di sebelah sana ada yang sudah sedar, tetapi ada yang masih belum sedar lagi, ada yang masih ingat mereka masih kerajaan lagi. Dulu semasa saya menjadi ADUN pembangkang, apabila kita sama-sama meminta kerajaan terdahulu untuk bekerjasama menyelesaikan masalah-masalah rakyat, tetapi masa itu mereka enggan memberi kerjasama, dan menjemput kita

masuk parti tersebut, nasib baik kita tak masuk. So sekarang apabila bertukar kerusi, apabila bertukar kerusi, kawan-kawan di sebelah berebut-rebut untuk memohon kerjasama daripada kerajaan Pakatan Harapan. Di sini saya bagi jaminan kepada kawan-kawan, kita Pakatan Harapan akan menjaga, dan jangan takut, pihak kami akan menjalankan tugas kita untuk kebaikan rakyat. Kita tak seburuk, tak, tak, tak serupa macam dulu. Apabila kita mintak kerjasama, langsung di, tidak diberi peluang.

Saya juga ingin membe, mengingatkan kawan-kawan di sebelah, pada masa sekarang tak ada lagi, tak ada lagi Kerajaan Barisan Nasional, mana ada, mana ada lagi Kerajaan Barisan Nasional. Yang ada hanya Kerajaan Pakatan Harapan sahaja. Kerajaan Barisan Nasional telah menjadi sejarah di arena politik negara ini. Selepas pilihan raya ke-14, kita nampak banyak rakan-rakan daripada komponen parti tersebut telah keluar dan mungkin apa yang ada sekarang pun juga akan terbubar, mungkin. Oleh yang demikian, kalaulah mereka masih enggan menerima kesilapan-kesilapan, kesilapan-kesilapan tersebut, kita Pakatan Harapan akan terus berkembang dan memimpin negara dan negeri ini.

Dalam pemerintahan kerajaan dahulu, yang terdahulu memang ada banyak sumbangan tetapi kerosakan yang dibina adalah lebih banyak daripada sumbangan tersebut. Contohnya, perpaduan negara kita masih adalah pada tahap yang rendah, hutang negara semakin hari semakin meningkat, sistem pentadbiran negara dan sistem undang-undang semakin terhakis, kehidupan rakyat semakin susah. Kalaulah betul-betul banyak berjasa di negeri ini, pergi lawanlah Port Dickson, apa nak takut. Biarlah pengundi-pengundi Port Dickson menilai sama ada kita yang lebih bagus atau sebelah sana yang lebih bagus. Oleh yang demikian, saya yakin di bawah Pakatan Harapan terutamanya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan barisan EXCO serta ADUN-ADUN Pakatan Harapan, kehidupan rakyat akan sentiasa terbela dan dijaga dengan baik. Itu sahaja Timbalan Tuan Speaker, saya menyokong usul ini. Thank you.

Yang Dipertua Dewan

Persilakan Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Eh, mintak maaf Mary, saya beri laluan kepada Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Selamat sejahtera kepada Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat, dan para Pegawai Kerajaan yang berada di atas sana. Terima kasih kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah ucapan baginda tuanku.

Pada tempoh hari dalam titah ucapan baginda, saya anggapkan saya tak perlu sentuh satu persatu, kesejahteraan rakyat adalah satu-satunya perkataan yang boleh digunakan sebagai pemakluman dan pemahaman yang menyeluruh daripada pendidikan sampai ke kesihatan, daripada pengurusan sampai ke pentadbiran dan lain-lain lagi. Jadi biarlah saya terus ke point.

Yang pertama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik dalam jangka masa Barisan Nasional memerintah negeri ini. Dan saya secara peribadi ingin memohon maaf jika dalam menjalankan tugas saya sebagai ahli EXCO selama 5 tahun yang lepas itu, jika saya terkasar bahasa. Dan pada masa yang sama saya juga ingin merungkap, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai, penjawat awam daripada penjaga dekat pos keselamatan di luar pagar sana, sampai tukang sapu, pelayan pejabat, pegawai-pegawai pentadbiran sampailah ke pengarah, tanpamu siapalah kami sebenarnya di sini, okay. Sebab segala yang kita nikmati sekarang, segala pembangunan yang dibawa selama 61 tahun, daripada hospital, klinik, dewan, jalan, sekolah, kindergarden, apa saja kita boleh sebutkan, semuanya adalah dasarnya daripada kerajaan yang memerintah, yang mengamalkannya adalah pegawai kerajaan. Tanpa kerjasama daripada pihak sana, dewan yang murni ni pun tak mungkin muncul atau wujud. Terima kasih.

Yang kedua ini tentang Kerajaan Pakatan Harapan, saya ucapkan tahniah. Gunakanlah peluang ini untuk memerintah dan memberikan kesejahteraan yang baik kepada rakyat. Pada masa yang sama, saya juga rakamkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Bukan Islam telah ditubuhkan. Jadi gunalah kesempatan itu, dulu saya seorang dengan Yang Berhormat Rantau dengan rakan-rakan ahli EXCO telah menyelesaikan pelbagai isu tempat-tempat beribadat. Walau bagaimanapun, daripada pengalaman saya, saya ingin nak maklumkan bahawa gunakanlah peluang jawatankuasa ini untuk mencetak sebuah buku yang mengandungi penerangan yang jelas tentang struktur tempat-tempat beribadat yang bukan Islam. Kerana

apabila saya pergi ke sesuatu pejabat untuk melihat atau menyelesaikan isu, pegawai kurang faham, cetek pengetahuan, ini bukan saya nak maksudkan mereka perlu kita keluarkan satu buku untuk mengajar agama, tetapi hanya untuk memberikan pemahaman tentang struktur tempat-tempat beribadat yang bukan Islam. Saya anggapkan ini akan memberi penjelasan yang jelas semasa permohonan dibuat. Seterusnya juga, saya juga mohon agar Kuil Sri Vel Murugan di Taman Indah yang, Yang Berhormat Repah pernah timbulkan dalam Dewan ini, diselesaikan tapaknya kerana permohonan ini pernah dibawa kepada kami.

Seterusnya, Tuan Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan tahniah jugalah, kali pertama duduk di kerusi, jalankanlah tugas yang baik, secara adil.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Jeram Padang.

Ahli Dewan

Boleh cakap panjang sikit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Itu sebabnya saya sebut itu. Tuan Yang Dipertua, isu tanah Gatco ini. Biasanya saya dikatakan bahawa saya tak pernah suarakan, tak pernah memainkan peranan dalam penyelesaian tersebut. Sebenarnya kenalah faham bahawa saya di pihak kerajaan, saya adalah salah satu, satu-satunya orang India yang menjadi wakil kerajaan yang sudah pun duduk dalam MMK. Jadi saya tak boleh suarakan tentang nasib di sini, tapi saya boleh selesaikan di sana. Jadi, apa yang telah dibuat keputusan adalah 4 ekar tanah untuk peneroka asal dan 2 ekar tanah untuk yang membeli tanah tersebut daripada peneroka asal. Dan tanah sebanyak 1,206 ekar telah diperolehi daripada Lotus untuk menyelesaikan isu yang telah berlarutan selama lebih kurang 40 tahun.

Tuan Yang Dipertua, semalam Yang Amat Berhormat Sikamat telah menyatakan bahawa keputusan 4 dengan 2 ekar itu akan dikekalkan. Dan telah ditambah pula daripada Yang Berhormat Repah bahawa satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk 140 orang, yang telah pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan isu mereka, yang mereka ini hendakkan 8 ekar atau 10 ekar, dianggap hak mereka. Dan kemudian hari ni pula, dalam surat khabar keluar satu lagi versi, versi yang ketiga pula, iaitu Yang Amat Berhormat Sikamat telah menyatakan atau mengumumkan bahawa 140 orang itu akan dapat 8 ekar tanah. Hari ini dalam surat khabar Makkal Osai. Jadi, semua telefon pada saya.

Tuan Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya ingin membuat pembetulan. Saya mintak Makkal Osai membuat pembetulan terhadap laporan tersebut kerana semalam saya, terang saya mengatakan bahawa 4 dan 2. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Ini dapat menyelesaikan isu. Memang saya pun faham, saya pun duduk di sini, saya tahu perkara itu tak muncul, tetapi hari ini satu Negeri Sembilan telah, saya anggapkan dari pagi sampai sekarang lebih kurang 20 panggilan, saya tak jawab kerana saya tahu apa sepatutnya soalan tersebut. Tuan Yang Dipertua, bagi kami tak ada masalah, kalau pihak pakatan keraja, Pakatan Harapan ini dapat menyelesaikan isu dengan 8 ekar atau 10 ekar, kami tak ada masalah. Kami mengalu-alukan kerana nasib sesiapa sahaja yang boleh menyelesaikan kami mengalu-alukan.

Tuan Yang Dipertua, saya berharaplah, saya tidak mahu melihat 170 orang itu mendapat tanah yang keluasan yang berlainan daripada 140 orang yang telah pergi ke mahkamah. Hak pergi ke mahkamah adalah hak individu. Sesiapa pun boleh pergi, sesiapa pun boleh mencabar keputusan, sampai ke mahkamah tertinggi ataupun federal, tetapi semua kena akur apa saja keputusan yang dibuat di situ. Jadi, saya berharap apa saja pengagihan yang dibuat, tanah di kawasan Gatco, pastikanlah ia sama rata, adil sama. Dan kami tidak mahu apa-apa isu baru timbul. Nanti bukan nama yang rosak itu adalah Barisan Nasional, yang Pakatan Harapan yang juga akan terjejas di sini. Jadi saya berharap silalah ambil perhatian yang serius kerana penyelesaian itu tak dapat kami laksanakan sebab pihak-pihak pembangkang itu, pada ketika itu telah juga bersama dengan pihak peneroka.

Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini sentuh tentang MPKK ataupun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Di kampung saya ini, di DUN Jeram Padang saya ini, ada sebuah kampung. Kampung Taman Jaya namanya. Bila pemilihan itu dibuat, saya fahamlah, kadang-kadang pihak kerajaan ingin memberikan jawatan itu kepada parti-parti politik berdasarkan kepada persetujuan bersama tetapi saya agak kecewa sebab Kampung Taman Jaya ini pengurus, terletaknya di DUN Jeram Padang, pengerusi pula adalah di DUN Serting, setiausaha pula di DUN Bahau. Dan sepatutnyalah bagi MPKK ini, saya anggapkan, kalau boleh berilah kepada yang tinggal di kampung tersebut. Biarlah kenal anggota-anggota kampung tersebut.

Di Kampung Taman Jaya ini ada 170 buah rumah, lebih kurang 500 lebih penduduk, tak kanlah kerajaan tak boleh cari seorang pengerusi dan seorang setiausaha dari kampung tersebut. Bukan saya mintak

jawatan itu perlu diberikan kepada penyokong kami, beri, tak ada masalah. Tetapi pastikanlah sekurang-kurang pengerusi dan setiausaha yang dipilih itu kenal orang yang tinggal di kampung tersebut kerana nama itupun adalah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. Mengapa komuniti Kampung Taman Jaya ini perlu dipengerusikan oleh seorang daripada DUN Serting. Mengapa perlu disetiausahakan daripada DUN Bahau. Jadi silalah ambil perhatian jika ada, buatlah perubahan jika sampai masanya.

Pelaburan dalam pendidikan adalah salah satu daripada topik yang telah disentuh oleh tuanku semalam. Di sini saya nak maklumkan bahawa sebagai bekas guru, pelaburan dalam pendidikan adalah segala-galanya. Guru tetap guru dari hari pertama dia pegang jawatan sampailah dia menghembus atau meninggal. Tuan Yang Dipertua, saya ingin nak menya, menyatakan bahawa beberapa perkara tentang pendidikan.

Yang pertama tentang, Batang Benar, SJK(T) Batang Benar. SJK(T) Batang Benar ini ada 2 ekar tanah sekarang, sudah pun dibina, sudah pun dibukak, sudah pun beroperasi. Sebelahnya ada 2 setengah ekar, yang 2 setengah ekar ini, 2 sekolah memohon. Satu SJK(T) Batang Benar, satu lagi adalah SJK(T) Regent, SJK(C), sekolah Cina Regent. Saya dah teliti kawasan tersebut semasa saya menjadi wakil, wakil rakyat, apa ini Ahli EXCO, memang tak ada tanah lagi di tempat tersebut. Kalaulah kita berikan tanah itu kepada SJK(C) Ladang Regent, maka sekolah Tamil kalau pada satu hari nanti, nak membuat pembangunan, tak ada tanah. Jadi, kami secara dasar, dalam MMK telah membuat keputusan bahawa tanah 2 setengah ekar itu, diberikan kepada sekolah yang sedia ada. Sekolah Tamil di situ adalah berasal di situ. Memang di situ berpuluh tahun. Jadi, tanah 2 setengah ekar itu diberikan kepada sekolah Tamil Batang Benar. Yang untuk SJK(C) Ladang Regent itu biarlah kita cari. Itu nasihat dulu. Memang Setiausaha pun ada di sini, MMK, mungkin Pengarah PTG pun ada di sini, mereka tahu apa yang kami bincangkan, apa yang kami putuskan. Jadi, saya mintaklah. Sebenarnya selepas PRU kami nak selesaikan isu sebegini, tetapi oleh kerana keputusan yang telah berubah, jadi saya berharap ia diambil perhatian.

Seterusnya Sendayan. Pihak Barisan Nasional telah membuat satu sekolah di Bandar Baru Sendayan, yang baru dilawati oleh Yang Berhormat Sri Tanjung, yang Speaker di hadapan saya ni, yang baru-baru ini, bersama dengan Yang Berhormat Nilai, Yang Berhormat Rahang, Yang Berhormat Seremban Jaya, sekolah itu adalah canggih. Kalau saya gunakan perkataan sekolah Tamil yang cer, tercanggih di Malaysia, maka itulah jawapannya. Tetapi dalam coverage satu muka

surat itu, seorang yang perlu dinamakan untuk menghargai tak disebut iaitu Yang Berhormat ADUN Rantau. Kalau tak ada ADUN Rantau, sekolah itu tak ada di situ.

Memang arkiteknya Datuk Loga, memang cantik dia punya, ideanya, canggih kemudahannya, modennya, dengan auditorium, dewan, bilik-biliknya adalah luar biasa saya anggapkan, sukar untuk dibandingkan dengan sekolah biasa. Tetapi pada masa-masa yang akan datang, saya mintak sekolah itu kalau nak sebut, kalau nak menghargai, nama pertama yang perlu disebut adalah Yang Berhormat ADUN Rantau. Dan sekolah itu dibina tanpa sesen pun diguna wang rakyat. 100% adalah secara swasta. Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya agak kecewa kerana dalam Bahasa Tamil, pepatah “Ennandri kondrarkum uivundam uivillai, seinnandri kondra magarku”. Maksudnya, senang saja, apa saja kesilapan dan kesalahan kita lakukan boleh dimaafkan. Kalau kita lupa jasa dan penghargaan dan pertolongan orang, ia tak akan dimaafkan pada bila-bila masa.

Jadi, sebutlah penghargaan kepada Yang Berhormat ADUN Rantau. Saya cabar, saya cabar Pakatan Harapan untuk membuat satu lagi sekolah di Bahau, tanah sudah sedia ada, 5 ekar sudah ada, sudah dirizabkan. Jangan guna wang daerah, wang kerajaan. Bincang dengan IOI, buat lebih baik daripada sekolah Sendayan. Sini Bandar Baru Sendayan, sana Bandar Baru IOI. Bukanlah cabaranlah, saya mintak, pandanganlah. Boleh, tak ada masalah. Dulu sekolah dekat, Sekolah Padang Jawa tu dekat Selangor kan, itu Pakatan Rakyat yang buat, bukan Pakatan Harapan. Dulu PAS bersama, sekarang dalam Pakatan Harapan ni, PAS tak ada. Tapi tambah pula 2 lagi parti baru kan, Amanah dengan PPBM. Buatlah. Saya sampai meninggal dunia ni, saya akan sebut terima kasih kepada Pakatan Harapan kerana membina sekolah di IOI, lebih canggih daripada Bandar Sendayan.

Tuan Yang Dipertua, kemudahan infrastruktur adalah satu lagi perkara. Haa ini satu lagi, saya nak sebut jugalah, Repah. Memanglah Yang Berhormat Repah ni biasa timbulkan tentang pembinaan sekolah SJK(T) Repah, daripada Ladang Repah ke kawasan Tampin. Memanglah, itu satu cara yang telah saya mulakan. Saya telah kenal pasti sebidang tanah, tetapi oleh kerana masalah teknikal, tanah itu tidak dapat diluluskan. Jadi saya mintaklah, YB Repah ni, dari kawasan sana, saya anggapkan pengundi pun adalah pengundi beliau, carilah satu tapak yang sesuai. Kalau boleh, itu adalah masalah teknikal saja, sebab, tanah itu ada di situ, 5 ekar lebih, tak digunakan. Sudah lama tak digunakan. Kita boleh mohon balik, kalau kita dapat kebenaran daripada kementerian, tanah itu bolehlah kita gunakan untuk pembinaan atau pemindahan sekolah tersebut.

Tuan Yang Dipertua, kemudahan infrastruktur adalah satu lagi perkara yang ingin saya sentuhkan. Di kawasan saya, kampung Asli perlu di, ada banyak, salah satu daripada kampung ini adalah Kampung Klebang. Kampung Klebang ini walaupun tak begitu ramai, saya berharap ahli EXCO luar bandar itu boleh memberikan tumpuan, kemudahan telekomunikasi tak ada, dan pam air di situ memang ada, tetapi rosak. Dah rosak, kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk membaiki, saya tak pasti apa sebabnya. Jadi saya berharap perkara ini perlu diberi pertimbangan sebab air ini adalah sesuatu yang paling penting.

Jalan pun, satu lagi perkara. Saya dalam masa 5 tahun ini, saya telah pun mengusahakan sebahagian besar daripada jalan perhubungan ke Kampung Klebang itu sudah pun disiap, tetapi ada baki lagi jikalau tak salah adalah 1.3 kilometer. Jadi saya berharaplah, untuk tahun depan itu, selesaikanlah itu. Dan ke Panchor pun kami masih lagi ketinggalan 1.1 kilometer. Saya telah usahakan, jika tak salah 900 meter, jadi bakinya saya mintaklah JAKOA dengan kerjasama KKLW untuk carilah peruntukan untuk selesaikan masalah tu kerana mereka dah lama di situ.

Kampung Jeram Padang, bekalan elektrik sedang diusahakan. Masalah air, bekalan air daripada SAINS juga telah diusahakan, tetapi belum sampai satu penyelesaian. Saya berharap ia juga diberi pertimbangan. Kampung Sungai Raya, perlu diturap semulalah jalannya, banyak lubang. Permohonan telah saya buat, tetapi belum dijayakan. Dan Palong 1, Palong 2, saya terima jawapan daripada jawapan bertulis bahawa ia akan diusahakan pada tahun depan, harap-harap. Kerana Palong 2 ni, jalan-jalan di perkampungan ataupun kawasan peng, pertempatan itu sudah banyak rosak. Jadi, saya berharaplah, janganlah kita tolak, ia adalah hal ehwal, apa ni, FELDA, tidak perlu, Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk menyelesaikan keperluan tersebut.

Seperkara lagi, Kampung Panchor dengan Kampung Batu Peti, kampung Asli, ini satu di sebelah Sungai Muar, satu lagi ke sebelah sini. Jadi untuk mereka cross ini, sungai itulah halangnya. Kalau tak ada sungai itu, dia terpaksa pergi ke Rompin dan pusing balik lebih kurang 40 minit untuk ke kampung tersebut, kalau tidak satu minit saja. Jadi, saya dah mohon peruntukan untuk pembinaan satu jambatan, sebelum PRU 14 ini, saya dimaklumkan bahawa lebih kurang 290,000.00 ringgit telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara, tetapi ia ter, terpaksa ditangguhkan sebab itu hanya untuk membina jambatan, tetapi tak ada jalan yang, connectivity tak ada. Jadi, saya berharap kerajaan sekarang itu, melihat semula di mana duit itu, dan dapatkanlah jambatan itu dibina untuk kemudahan penduduk Kampung Batu Peti untuk pergi ke

Panchor. Kadang-kadang Batu Peti, dia tinggal di sana, kebunnya di Panchor. Yang tinggal dekat Panchor pulak, kebunnya dekat Batu Peti. Haa itu adalah satu halangan yang besar yang dialami oleh mereka, selesaikan, jasa baik yang saya mohon daripada Kerajaan Negeri.

Kampung Pasir Seremban adalah satu lagi perkara yang saya nak timbulkan di sini. Di situ, semasa tanah diberikan untuk penduduk, ada lebih kurang 11 keluarga telah tertinggal. Mereka telah diarahkan untuk keluar sementara mereka pasang paip, plumbing, tetapi ketika itu tak ada handphone, tak ada apa-apa, mereka tak dapat dihubungi balik. Jadi sampai sekarang, mereka ni tak diberikan tapak. Saya tahun lepas telah membuat kajian, telah selidik, telah jumpa dan saya telah usahakan untuk permohonan tersebut. Permohonan rasmi telah pun dibuat ke Pejabat Tanah Seremban untuk kesemua 11 orang. Dia hanya tinggal untuk diluluskan di peringkat daerah, dan dibawa ke MMK, dan terus diluluskan. Saya, bagi pihak penduduk tersebut ingin nak nyatakan bahawa ini adalah genuine case, genuine, yang perlu dibantu. Memang kami nak bantu tetapi PRU dah menjadi penghalang kepada kami, saya anggapkan biarlah pihak kerajaan itu menyelesaikan isu tersebut.

Tuan Yang Dipertua, satu lagi perkara yang menjadi buah mulut penduduk India di satu Malaysia ini sebelum PRU. Diberikan gambaran bahawa seolah-olah ada 300,000 orang, orang India yang tak ada dokumen pengenalan. Tak ada kad pengenalan, tak ada surat lahir, tak ada kewarganegaraan, macam-macam, video dikeluarkan. Saya anggarkan secara purata semua pemimpin Pakatan Harapan telah menjadikan isu 300,000 orang itu sebagai salah satu daripada modal untuk dapatkan undi daripada penduduk India di seluruh Malaysia. Baru-baru ini semasa menjawab soalan daripada Yang Berhormat Senator T.Mohan, Timbalan Menteri Pakatan Harapan KDN, Kementerian Dalam Negeri, telah menyatakan bahawa hanya 300 lebih sahaja 3,000 lebih sahaja yang tak ada dokumen, bukan 300,000. Jadi bagi saya, saya tak tahu sama ada ia benar atau tidak, saya berharap …..

Mintak laluan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Biar saya teruskan.

Boleh mintak laluan, saya nak mintak penjelasan. Isu berkenaan kewarganegaraan ini adalah isu persekutuan ataupun isu berkaitan negeri? Saya mintak penjelasan daripada Yang Berhormat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih. Isu Persekutuan. Memang semua orang tahu. Ini saya anggapkan hak saya untuk mengetengahkan.

Kalau isu persekutuan, Yang Berhormat boleh bertanya dalam Parlimen. Dekat sini hanya isu berkenaan dengan negeri saja boleh dibangkitkan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Jadi mengapa tadi bila saya sebut tentang FELDA, tidak dihalang? FELDA isu persekutuan, sekolah isu persekutuan, mengapa SJK(T) Repah …..

Isu tanah adalah berkaitan dengan negeri. Pembinaan sekolah adalah berkaitan dengan per, Persekutuan. Kena faham. Yang Berhormat ini adalah EXCO Kerajaan sebelum ini …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya faham.

Kena faham. Perbezaan di antara …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya lebih faham tentang perkara itu, terima kasih. Jadi, saya berharap kalau betullah ada 300,000 orang, bawalah, bantu mereka, berikanlah mereka, daftarkan mereka, berikan dia kad pengenalan atau dokumen yang dimaksudkan. Jangan nak katakan ada 300,000 orang, tak tahulah mereka ni tinggal ni, di tengah hutan ke, di tepi pantai ke. Jadi perkara ini perlu diperbetulkan. Saya pasti 100% dalam negara ini, yang ada 2.2 milion Indians, tak mungkin ada 300 orang yang tak berdokumen.

Tuan Yang Dipertua, anjing liar. Ini saya perlu sebut. Saya ingin mengambil ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Chennah yang telah menyentuh perkara ini semalam. Dan saya telah, pernah pergi melihat beberapa tempat yang mereka ini menjaga anjing liar ni. Sebagai contoh Fur Kits Association [Furrykids], mereka jaga lebih kurang 200 lebih anjing. Saya anggapkan anjing pun adalah hak untuk tinggal. Cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Chennah semalam adalah satu cadangan yang baik. Pada masa yang sama, saya mintaklah keprihatian, sebelum ini benda ni tak dibawa pada perhatian saya, tak pernah bawa kepada kerajaan semasa saya

menjadi ahli EXCO. Saya mintaklah, kalau boleh, di Seremban atau di Nilai, peruntukkanlah, carilah satu tapak yang sesuai …...

Mohon mencelah, saya ingat jangan ada pembohongan ataupun pemalsuan fakta tentang anjing liar. Benda ini telah dibincangkan antara Majlis Perbandaran Seremban dan jugak Jabatan PERHILITAN. Jadi kalau kita nak bercakap, jangan menggunakan fakta yang salah. Benda ni telah dibincangkan dan tindakan telah diambil. Itu sebabnya, kes ini telah berlaku semasa saya bekerja di Majlis Perbandaran lagi, apabila persatuan tu datang membuat comment dan jugak membuat apa, bantahan di Pejabat Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Seremban. Jadi jangan menggunakan, untuk kita sedap untuk di dalam Dewan yang mulia ini, untuk menggunakan fakta yang salah. Tindakan telah diminta supaya Jabatan PERHILITAN dan jugak pihak PBT untuk menyelesaikan masalah ini.

Dan dalam masa yang sama jugak, saya suka mengingatkan bahawa anjing ini adalah satu haiwan yang sangat sensitif jugak kepada orang Islam. Jadi kena ambil ingatan jugak supaya benda ini jangan kita permudahkan untuk satu pihak dan kita menyusahkan pihak yang lain. Jadi saya mohon supaya isu anjing liar ini dapat diselesaikan secara baik dan secara beradab. Sebab sepatutnya PBT ada hak untuk menyaman ataupun untuk menghapuskan mana-mana anjing yang dibela melebihi daripada 2 ekor. Ada dia punya akta, ada dia punya apa. Sekarang ni masalahnya, bila kita dah bela anjing, itu kita biakkan, lepas tu kita biarkan. Kita hantar ke luar. Dan ini menjadi masalah kepada orang sekitar.

Jadi saya berharap benda ini dapat diperbincangkan, dan ambil tindakan termasuk juga orang bukan Islam, ambil kira pandangan orang Islam sebab ini melibatkan dari segi kebersihan dan jugak dari segi amal ibadah kita. Terima kasih Yang Dipertua.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Mungkin Yang Berhormat itu belum tunggu saya punya kenyataan tadi. Saya bukan nak salahkan sesiapa, saya hanya nak mintak pegawai kerajaan itu carilah tempat yang sesuai, untuk diberikan kepada, untuk rizabkan untuk Fur Kit Association [Furrykids] ke apa sesiapa yang boleh menjaga anjing itu. Kita berikan, kita pindahkan saja. Kalau Majlis Perbandaran Nilai ke, Seremban ke, kalau menangkap anjing liar itu, hantar ke sana. Sekarang ini mereka punya masalah ni, mereka kata tak ada tanah. Itu yang saya mintak. Yang

Berhormat Labu, saya berharap akan faham apa yang saya maksudkan tu.

Yang, itu saja daripada saya. Dan saya juga ingin menarik perhatian bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sebelum PRU ni, pernah juga keluarkan satu manifesto khas yang mengandungi 25 item untuk masyarakat India. Jadi saya berharap ahli-ahli yang berada dalam kerajaan ini, sama ada dalam Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan, untuk sentiasa melihat yang mana boleh di, didahulukan, dan yang mana dikemudian. Berharap yang 25 item itu dapat dilengkapkan ataupun dapat ditunaikan. Janji itu saya anggapkan adalah salah satu daripada perkara yang penting dalam hidup manusia ini. Jadi, janganlah janji yang diberikan itu kekal atau tinggal sebagai harapan saja kerana rakyat akan kecewa dengan harapan-harapan yang diberikan itu. Jadi saya berharap kerajaan yang duduk di sebelah sana itu, dapat berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala janji yang diberikan sebelum PRU yang ke-14 kerana undi sebenarnya adalah reflexi manifesto kita ni. Itu saja daripada saya, selamat bertugas Tuan Yang Dipertua, kerusinya panas tetapi di Negeri Sembilan dia adalah sejuk. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. ADUN Rahang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya sokong titah ucapan baginda.

Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua Dewan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan penggal pertama Dewan Undangan yang ke-14.

Timbalan Yang Dipertua, sekarang adalah pemerintahan kerajaan baru di Negeri Sembilan. Pilihan raya 14 adalah kemenangan rakyat. Dengan ini, pemerintah harus menghargai sokongan rakyat dan melaksanakan segala harapan yang mereka telah diberikan janji. Sebagai kerajaan yang berprihatin terhadap rakyat, tindakan yang segera diambil bukan sahaja dapat menjamin keselesaan rakyat, masa ialah, masa ia juga akan menjaga imej kerajaan yang baru ini. Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan disebutkan tentang kemajuan negeri adalah seimbang dan saksama. Usaha yang berterusan harus dilaksanakan untuk

meningatkan [meningkatkan] infrastructure, kemudahan, pembangu, pembangunan dan tanah terbiar.

Timbalan Yang Dipertua, di DUN Rahang terdapat tanah lapang di beberapa tempat yang dibiarkan seperti di Bukit Rasah. Terdapat ular, monyet dan juga babi hutan yang berkeliaran di sekitar kawasan ini. Ini menakutkan dan merisaukan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Pihak Berkuasa yang berkaitan mesti mengambil tindakan tegas seperti di muka surat 52 dan 55 Akta Kerajaan Tempatan iaitu mana-mana pemilik di mana-mana bahagiannya berada dalam keadaan kotor dan tidak baik atau terlalu banyak pokok-pokok tinggi, semak samun atau kebusukan adalah bersalah. Dan Pihak Berkuasa yang berkaitan mesti mengambil tindakan segera untuk menghilangkan gangguan yang amat bahaya kepada penduduk-penduduk di Bukit Rasah dan juga di kawasan Rahang.

Timbalan Yang Dipertua, mulai dari hari, 1 haribulan September 2018, prosedur baru bagi permohonan bantuan kebajikan iaitu untuk menge, mengemukakan borang permohonan bersama salinan akaun Bank Simpanan Nasional. Perbankan du, tunai ke dalam akaun bank adalah baik dan selamat untuk kedua-dua pihak iaitu penerima bantuan dan pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Timbalan Yang Dipertua, permohonan bantuan JKM untuk orang kurang upaya di mana mereka terpaksa menghantar laporan perubatan yang disahkan oleh doktor dari hospital atau klinik kesihatan kerajaan perlu dipertimbangkan. Ini kerana pusat khidmat saya telah terima banyak aduan mengenai bayaran Ringgit Malaysia 100.00 untuk laporan telah dikenakan dan wang ini tidak boleh dikembalikan. Permohon, pemohon dinasihatkan untuk mendapatkan laporan pada hari pemeriksaan mereka di mana mereka tidak perlu membayar.

Sekiranya OKU ingin mendapatkan laporan perubatan pada bukan hari pemeriksaan, mereka perlu bayar. Dan kami juga menerima aduan bahawa orang yang ingin mendapatkan laporan perubatan pada hari pemeriksaan, mereka juga perlu membayar Ringgit Malaysia 100.00. Jikalau permohonan ditolak, wang 100.00 ringgit tidak akan dikembalikan. Bermakna, ini amat penting untuk kepur, keperluan harian mereka. Pihak Berkuasa yang berkaitan perlu melihat dengan serius perkara ini dan membuat sesuatu untuk mengurangkan masalah ini. Dengan 100.00 ringgit, mereka boleh menggunakannya untuk makan atau untuk keperluan penting yang lain. Harus ada sistem atau proses.

Tuan, Timbalan Yang Dipertua, Convent Seremban adalah sekolah perempuan Bahasa Inggeris yang pertama di Seremban. Dan ditubuhkan pada 3 haribulan Oktober 1904. Selama 90 tahun, dari tahun 1904 hingga 1994, kita mempunyai ramai wanita muda yang menerima pendidikan dan pembinaan watak utama dari penguasaan hebat ini. Kebanyakan, jika tidak semua wanita dari keluarga Diraja Negeri Sembilan adalah bekas pelajar Sekolah Convent Seremban. Sejak tahun 1995, tempat bersejarah ini yang memegang identiti untuk diiktiraf dengan status pelancongan juga harus mempunyai nama yang akan mengenai, mengenal pasti sejarah tempat ini.

Convent Past Pupils' Association dan saya, merayu kepada Kerajaan Negeri Sembilan supaya tempat ini dipanggil Dataran Convent atau Dataran Convent Seremban. Dan dipertimbangkan dengan status pelancongan. Saya akan mengambil cabaran untuk menyokong dan membantu dengan maklumat mengenai sejarah Convent Seremban.

Timbalan Yang Dipertua, satu lagi, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masih ada di sekolah rendah dan tidak pernah melakukan peperiksaan awal pendidikan mereka. Mereka juga belum mendapat kad pengenalan mereka di mana dia disahkan menjadi seorang warganegara Malaysia. Kanak-kanak zaman ini suka bermain dengan teleofon bimbit, permainan komputer dan masih berlari-lari, melompat dan bermain-main dengan kawan-kawan mereka. Ini adalah anak-anak yang sangat naif dan tidak bersalah atau tidak berdosa.

Saya dengan sang, saya dengan sangat berhormat kepada semua bangsa dan agama di tanah yang saya sayangi, sayangi, Malaysia. Saya harap, dan merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri Sembilan untuk mengikut langkah yang diambil oleh Negeri Selangor di mana perkahwinan anak perempuan kita dinaikkan pada umur 18 tahun. Joko, Johor juga meneliti isu ini. Pendidikan mesti dibuat wajib sekurang-kurangnya sehingga sekolah menengah. Permohonan perkahwinan pasangan bawah umur, bawah umur dari tahun 2015 hingga September 2018 di Negeri Sembilan adalah jumlah 43 perkahwinan diluluskan. Sepanjang tahun 2017 ada 10 perkahwinan diluluskan. Tahun 2018, dari Januari hingga September, hanya 9 bulan pun juga ada 10 perkahwinan yang diluluskan.

Jangan mengambil masa hadapan kanak-kanak perempuan kita dan juga maruah mereka. Mereka ini boleh menjadi mangsa jangkitan dan masalah kesihatan. Pada usia 11 tahun, dia masih kanak-kanak dan apabila dia mencapai umur 18 tahun, dia mungkin mempunyai 2, 3 atau 4 orang anak. Dan juga, mungkin adalah seorang ibu tunggal. Manakala rakan-rakannya yang berusa, berusia bersamanya iaitu 18

tahun, akan habiskan persekolahan menengah untuk, akan habiskan persekolahan menengah un, atau, sorry, untuk bekerja atau pendidikan lanjut.

Pihak Berkuasa yang berkaitan harus melihat dengan serius perkara ini dan meningkatkan perkahwinan itu pada usa, us, usia 18 tahun. Jika kemiskan, kemiskinan adalah penyabab, penyebab ini, kerajaan berkenaan mesti membantu keluarganya dan tidak boleh membenarkan anak-anak kecil untuk menjadi barang dan dijual kepada orang lain. Ber …..

[Percakapan oleh YB ADUN Labu tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diakftifkan]

Yang Dipertua Dewan

Boleh.

Berhubung dengan perkara ini, di bawah umur ini, kena ada penjelasan sama ada you nak sebutkan pada mana-mana ataupun secara umum. Kalau kepada orang Islam, kita ada peraturan yang melibatkan agama yang diputuskan oleh pihak yang berkuasa agama. Tapi kalau nak timbulkan ini untuk mungkin bukan orang Islam, saya ingat boleh ditimbulkan di sini. Tapi kalau melibatkan Agama Islam, saya ingat benda ini tidak boleh di, dibuat pukul rata, ya. Saya perlu menjelaskan bahawa dalam Islam ada umur yang baligh yang mana dia boleh membuat keputusan sendiri. Tidak sama dengan keputusan umur 18 atau 21.

Jadi kena, kena jelaskan perkara ini supaya jangan nanti kita mengelirukan masyarakat secara pukul rata ataupun secara umum. Saya nasihatkan mana-mana pihak pun, yang nak mem, meng, mengemukakan apa-apa cadangan kena buat cadangan yang jelas dan kepada pihak-pihak yang tertentu. Terima kasih Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya, ADUN Labu. Teruskanlah ADUN Rahang.

Timbalan Yang Dipertua, okay, ahli-ahli dari Seremban International Golf Club sangat marah dan kecewa kerana mereka telah dimaklumkan pada bulan lepas bahawa bermula dari

1 haribulan September tahun 2018, SIGC tidak akan dibenarkan menjual minuman keras. Ahli-ahli sangat marah dan kecewa kerana ia adalah dinyatakan dalam perlembagaan SIGC, dengan izin, under Article 4.1.1 to buy acquire, supply, sell and deal in all consumer goods including golf and other sports equipment, liquors, provision, food, refreshment etc as required and/or used by members of the club. Segala pembelian atau …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Rahang, dengan izin.

I said dengan izin in the beginning maa. Ya, dua kali ya, dengan izin. Segala pembelian atau permintaan barangan termasuk pa, peralatan golf dan sukan yang lain, minuman keras, barang runcit, makanan ataupun makanan ringan dan sebagainya adalah diminta atau digunakan oleh ahli-ahli kelab saja. Perlembagaan juga, SIGC, di Seremban International Golf Club ini sewajarnya berdaftar dan telah diluluskan oleh pesusuh [Pesuruhjaya] Sukan Malaysia pada 20 haribulan Mac 2012. Dan juga, artikel, dengan izin, 15.1.1, A president who shall be the person for the time being holding the office of the Menteri Besar Negeri Sembilan. Oleh itu, saya berharap Menteri Besar akan memandang serius berkenaan dengan masalah ini dan mengenai isu tersebut. Perkara sebe, sebi, sebegini, perkara sebegini tidak seharusnya diberikan keutamaan kerana ia mungkin akan menjejaskan kelab yang lain.

Timbalan Yang Dipertua, okay, di sini saya nak ucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seremban dan JKR untuk lawatan di DUN Rahang. Saya berharap semua yang kita telah dibincangkan akan disese, sele, selesaikan dengan cepat.

Satu lagi, Timbalan Tuan Yang Dipertua, okay, seterusnya saya juga ingin bertanya, berkenaan dengan perjanjian sewa oleh pem, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan di Bangunan UMNO. Mengikut jawapan bertulis oleh Kerajaan Negeri kepada ADUN Temiang, perjanjian tersebut telah tamat pada 7 haribulan Mei 2018. Maka persoalanan, persoalan saya adalah, berapakah kadar sewa masa sekarang? Adakah masih kekal pada Ringgit Malaysia 45,240.73 sen? Berapa, berapa lamakah tempoh penyewa tersebut te, berapa penyewa tersebut kerajaan dahulu sudah membayar, be, sudah membayar, kerajaan dahulu sudah membayar berjuta-juta kepada UMNO selama 12 tahun ini. Maka saya berasa Kerajaan Negeri perlu mencari satu, satu lokasi yang lebih suai, lebih suai sementara menunggu pembinaan bangunan baru perpustakaan Negeri Sembilan. Terima kasih, saya

menyokong titah ucapan yang mulia, Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rahang, saya teruskan Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Ya, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Eh, ni saya mintak ni, daripada pembangkang ada siapa-siapa yang nak ambil berbahas?

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan. Tahniah juga ucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua atas lantikan Timbalan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan pada sesi kali ini. Ribuan terima kasih kepada semua, khususnya kepada yang, Timbalan Yang Dipertua kerana bagi saya peluang untuk mengambil bahagian di dalam membolehkan saya membahaskan usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku di dalam istiadat pembukaan persi, Persidangan Kali Kedua Penggal Pertama, Kali yang ke-14 pada kali ini.

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kurnia di mana kalau kita tengok di dalam titah Duli Yang man, Maha Mulia Tuanku tentang pencapaian-pencapaian yang telah baginda titahkan. Duli Yang Maha Mulia Tuanku ada menitahkan tentang pembangunan dan juga kesejahteraan kepada rakyat. Justeru itu, satu hala tuju yang jelas perlu dibentang dan diumumkan kepada semua sama ada dasar-dasar yang ada, ataupun dasar-dasar yang terdahulu ingin diteruskan, ataupun berlakunya penambahbaikan ataupun berlakunya pembaharuan di dalam Kerajaan Pakatan Harapan menerajui pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan pada kali ini.

Justeru itu, harapan, besar harapan rakyat kepa, pada hari ini untuk melihat iaitu seperti yang diperkatakan oleh ADUN Chennah semalam, iaitu pada kali ini setelah berlangsungnya 121 hari ini, tentang, pelaksanaan tentang kata-kata yang telah dibuat di mana rakyat menunggu adakah kata-kata yang dilemparkan itu dilaksanakan ataupun sebaliknya.

Syabas dan tak, tahniah diucapkan kepada kerajaan terdahulu melalui pencapaian yang telah dinyatakan iaitu KDNK kita saja, daripada tahun

2012 hingga ke tahun 2017 menunjukkan purata kadar KDNK kita sebanyak 3.7% setahun. Dan juga syabas dan tahniah jugak kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan kerana dalam 2, tahun 2017 kita telah berjaya mengumpul sebanyak 120.0 juta. Di mana inilah, semasa penggal lepas, saya banyak mintak tolong kepada Baitulmal ni untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Terima kasih pihak Baitulmal Jempol khususnya yang telah menunjukkan komitmen di dalam membantu rakyat di dalam kawasan DUN Sungai Lui.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kepada semua kakitangan kerajaan, kesemua ini, pencapaian ini tidak mungkin akan boleh berlaku tanpa kecekapan daripada mereka di dalam melaksanakan tugasan sehingga mencapai kepada kejayaan yang telah ditunjukkan. Alhamdulillah, pada masa hari ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada YDP ataupun Tuan Pegawai Daerah Jempol terdahulu yang telah banyak membantu saya khususnya di DUN Sungai Lui untuk melaksanakan tugas-tugas untuk membantu rakyat untuk, dalam apa juga permasalahan yang telah dihadapi.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, DUN Sungai Lui terdiri daripada kawasan felda di mana 8 Tanah Rancangan FELDA di kawasan saya, ada 2 kawasan FELCRA, kampung tradisi, satu lagi kampung yang diperca, diperkatakan dalam Malaysia ini satu iaitu Gatco ataupun Serampang Indah, dan ada 2 perkampungan asli, Orang Asli di tempat saya. Akhir-akhir ini, di kawasan DUN Sungai Lui ada kawasan kampung, kawasan felda ataupun perkampungan tersusun yang telah menjalankan aktiviti harian mereka, kebanyakannya melalui ladang-ladang, melalui aktiviti pertanian.

Dan pada hari ini, masyarakat ataupun rakyat di DUN Sungai Lui ni berada dalam kegelisahan disebabkan oleh jatuhnya harga komoditi pada waktu ini. Di tambah lagi keadaan melawas buah kelapa sawit, melaweh bak kata orang Negeri Sembilan ya, melaweh, saya difahamkan Dato’ SS pun orang Jempol jugak kan. Melaweh sekarang ni, dan untuk getah pulak, dengan keadaan musim hujan sekarang. Justeru itu, satu pendekatan bagaimanakah harus kita lakukan untuk kita menangani kemerosotan hasil yang berlaku pada waktu ini. Kalau dulu, kita ada bantuan, bantuan pada musim tengkujuh ataupun pada waktu sekarang ni, di kawasan felda khususnya, kalau musim-musim harga kurang ni dikecualian, dikecualikan untuk pemotongan hasil bayaran kembali dan sebagainya. Yang itu dilakukan sejak sekian lama. Dan pada hari ini ada orang datang kepada saya, dia bawak playslip gaji dia orang, penyata pendapatan dia orang, percaya ataupun tidak kita

pada hari ini, dah 3 bulan hasil pendapatan mereka “0”. “0”. Ini perlu kita lakukan untuk menangani masalah pendapatan yang berlaku di kerana, di kalangan rakyat pada hari ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih jugak kepada kerajaan terda, terdahulu yang telah meluluskan pembangunan di kawasan saya iaitu menurap semula jalan-jalan raya di kawasan-kawasan felda khususnya. Dan terima kasih jugak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang yang meneruskan projek pembinaan ataupun penurapan menaik taraf jalan raya di kawasan saya pada waktu ini. Lui sela, Lui Selatan, Lui Muda, Lui Timur, Pasoh 2, Pasoh 3 telah diturap. Dan terima kasih ya, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membenarkan projek ini diteruskan dan alhamdulillah, di kawasan Lui, semua sudah siap. Tinggal lagi di kawasan Pasoh 2 dan 3 tengah buat sekarang.

Dan di kawasan DUN Lui jugak, adanya, kita dah, telah menyerahkan suratan hak milik kepada ataupun menyelesaikan masalah Kampung Melur dan Kampung Keratapi. Geran-geran pemilikan telah kita bagi kepada penerima-penerima. Dan tadi EXCO luar bandar menyatakan ada bajet-bajet lagi, banyak bajet yang ada di bawah KPLB. Dan lepas ni nanti, saya min, nak buat permohonanlah supaya kita menyediakan infra kepada tanah-tanah yang telah kita luluskan sebelum PRU yang lepas.

Timbalan Yang Dipertua, saya di sini jugak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah bersetuju dan juga menerima pakai tentang idea penyelesaian tanah Gatco di mana dari segi asasnya tawaran kepada mereka yang bersetuju untuk menerima tawaran kita, 2-4 dan 2 ekar ini telah kita bagi tawarannya dulu. Dan di sini, kebanyakan penduduk-penduduk di Serampang Indah, ataupun di Gatco ini, pada hari ini, ada yang melakukan kerja-kerja kampung dan sebagainya. Dan kalau kita lihat ladang, ladang yang mereka miliki pada hari ini, ataupun sebelum ini tidak mengeluarkan hasil.

Dan jika, saya mintaklah atas jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar, untuk kita mempercepatkan kepada kita membuat proses untuk menyelesaikan tanah Gatco ini dan kita buat penyelesaian, mempercepatkan penyelesaian kepada tanam semula. Tanam, hasil ni, pokok, kalau hari itu kita dah putuskan getah, yang telah dibuat oleh RISDA, kita teruskan. Dulu dah mula, tetapi terganggu dari segi proses penanaman semulanya disebabkan ada, adanya bantahan dan sebagainya. Dan saya harap pada kali ini, proses kepada penanaman semula tanaman getah di kawasan tanah Gatco ni akan dapat kita

teruskan untuk kita memastikan kepada pembelaan kepada rakyat, kepada masyarakat akan terus terbela. Ini penting, kerana apa, kita seperti yang diperkatakan oleh Dato’ Samad hari itu, kadang-kadang mereka nak harap, betullah mereka ada anak, dan harapkan me, me apa, me, menolong dan sebagainya, mereka jugak ada komitmen yang perlu mereka tanggung, di dalam di samping mereka terpaksa membantu kelaurga dan sebagainya. Alhamdulillah, di kawasan Gatco ni jugak adalah penerima bantuan JKM tertinggilah, teramailah di kawasan saya. Terima kasih ya.

Tuan-tuan, Dato’, Timbalan Yang Dipertua, mintak maaf ya, yelah dah lama tak berucap ni masalah ya. Terima kasih jugak ya, ateh idea di mana Sekolah Menengah Felda Pasoh 2 telah kita pilih menjadi Sekolah Magnet dan kalau boleh keseluruhan kawasan felda di kawasan DUN Lui ni dan kebanyakan di ka, sekolah-sekolah di kawasan felda ni sekarang ni adalah sekolah-sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid. Berbeza zaman saya belajar dulu, satu sekolah tu mungkin daripada 1,200 – 1,500 pelajar pada satu ketika pasal, pada zaman 80an dulu, sekarang ni nak cari 200 orang pelajar pun susah. Itu sebab saya mintak supaya Sekolah Menengah Pasoh 2 ni akan terus diperkasakan dan terus kita perbesarkan melalui Sekolah Magnet ini.

Timbalan Dato’ Yang Dipertua, sejurus selepas PRU yang ke-14 yang lepas, di kawasan saya, di kawasan, ni, di dalam soalan bertulis saya, ada mengemukakan tentang permasalahan lot-lot tidak cukup di kawasan Felcra Air Hitam ya, ada 70 orang peneroka di Peringkat 1 yang masih lagi mereka ni belum menerima lot dusun mereka sebanyak 2 ekar. Terdahulu, saya telah dengan ja, Pejabat Tanah dan juga DO, kita dah, telah mengenal pasti sebidang tanah iaitu di Kaman 12. Sejurus selepas berlaku pilihan raya tersebut, dan beraku, berlaku peralihan kerajaan, maka kawasan ini telah didapati diceroboh seluas 120 ekar lebih kurang. Dan saya ucapkan ribuan terima kasih juga kepada Pejabat Tanah Jempol atas timba, tindakan mereka yang cepat di mana mereka dapat mengenal pasti dan juga memberhentikan proses penerokaan tanah ini. Dan jika tanah ini, hari itu gagal kita sekat tentang pembukaannya maka kita gagal untuk menyelesaikan lot tidak cukup di kawasan Felcra Air Hitam ni di mana, ni dah lama ya, peneroka asal tu dah tak ada lagi dah, dah 68 tahun ya.

Dan saya harap, saya harap benda ni akan dapat kita selesaikan dan tanah-tanah ini akan dapat kita terus selesaikan pada kali ini. Dan baki kepada tanah di Kaman 12 ni, kita pertimbangkan jugak untuk kita bagi kepada mereka-mereka yang telah mengusahakan, sebenarnya tanah ni diusahakan jugak, walaupun kosong diusahakan jugak, kita bagi priority kepada mereka ni untuk mereka, dibagilah hak milik atau dan

sebagainya kerana apa, kerana kita ambil daripada, mereka telah mengusahakan pada waktu ini. Itu sebab, saya sebenarnya kurang setuju ke atas tanah-tanah yang, tanah-tanah kerajaan yang kita teroka dan kita bagi sewaan dan sebagainya, saya kurang setuju, akhirnya besok mereka mengatakan mereka tetap mempertahankan per, bahawa itu adalah hak dia. Dan akhirnya nanti kita susah untuk buat keputusan untuk proses-proses pembangunan pada masa akan datang.

Dan Dato’ Yang Dipertua, saya harap, saya ucapkan syabas tahniah kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana telah dipilih dan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar. Seingat saya selepas PRU dulu, yang, Yang Amat Berhormat turun kawasan Jempol, dan kita telah berjumpalah di Balai Polis Air Hitam. Dan untuk itu, saya mohon menyokong, sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Sungai Lui.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebentar ya, saya ingin nak tanya. Ni oleh kerana jawatan ni adalah jawatan baru, Timbalan Speaker. Saya nak tanya daripada Penasihat Undang-Undang, bagaimanakah kita perlu address-kan. Adakah “Tuan Yang Dipertua” ataupun “Tuan Timbalan Yang Dipertua”. Kerana macam-macam ada, Timbalan, Penasihat Undang-Undang-lah yang perlu menjelaskan. Kerana semua kelam kabut, maaflah yang, Yang Berhormat Lobak.

Yang Dipertua Dewan

Untuk saya itu bukanlah masalah besar. Ada yang panggil, ada yang panggil …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Itu, itu masalah besar.

Yang Dipertua Dewan

….. ada yang panggil naib, so, itu tak ada masalah. Saya, izinkan ni, ADUN Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kerana beri peluang untuk Lobak ambil bahagian dalam berbahas usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha, DYMM Tuanku. Terima kasih atas dapat kerjasama dari semua jabatan dan agensi-agensi yang di atas tu. Mungkin antara lebih 120 hari yang lalu tu, kami

sama-sama ada kekurangan masing-masing, tapi, tapi kami harap, harap ni semua agensi dan jabatan-jabatan boleh bekerjasama, berusaha sama-sama mempertingkatkan haa, masa kerap demi rakyat. Mungkin kami ada kekurangan atau tak buat yang rakyat mau, kami haraplah kerjasama untuk mempertingkatkan.

Tuan Yang Dipertua, Lobak sebenarnya adalah dari murid UEC. Saya ni murid UEC. Semalam DUN Linggi, dia dalam masa yang sama, lebih kurang pukul 4:00 macam ni, dia memainkan, politik, mempolitikkan UEC. Sebenarnya UEC dia dapat membantu dan memajukan kerajaan sejak merdeka hingga sekarang. Sekolah yang swasta tu, dia pun lebih, lebih dari 100 tahun tau, satu Sekolah Tinggi Chung Hwa, sekolah PD pun lebih kurang 100 tahun di Malaysia ni. Saya menyokong bahawa Sikamat, MB, menyokong Kerajaan Negeri mengiktirafkan UEC. Tapi saya nak tanya, DUN Linggi tu, apa kerugian, untuk demi kesatupaduan, apa kerugian anda. Ada kerugian untuk negeri atau negara. Kerana UEC, dia sudah beri, beri bantuan banyak sejak berapa tahun hingga sekarang. Tak ada musnahkan negara, tak ada …..

Tuan Speaker, mohon supaya dia, beri laluan untuk saya jawab boleh?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay.

Terima kasih, sebab, Timbalan Yang Dipertua, mengapa UEC ini tidak boleh diiktiraf kerana dia mewujudkan satu ruang di mana satu kelompok masyarakat boleh hidup di Malaysia tanpa langsung mempelajari Bahasa Malaysia, Bahasa Kebangsaan. Dan boleh mendapat pekerjaan apabila UEC ini diiktiraf. Ini masalah dia. Dia membenarkan ruang tersebut, jadi daripada kecil sampai ke besar, dia tak perlu baca, berbahasa dalam Bahasa Kebangsaan dan UEC yang tak, dalam dia punya sijil tu tiada Bahasa Kebangsaan diiktiraf, dia akan pada saya menyebabkan perpaduan, salah daripada instrumen perpaduan di Malaysia ni akan terjejas. Itu alasan saya.

Sebenarnya saya mintak daripada Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Sikamat untuk menyatakan pendirian Kerajaan Negeri Sembilan, kerana pada hari Selasa yang lepas, beliau menyatakan seolah-olah, ikut faham saya, jadi mintak pencerahan, seolah-olah kita tiada pendirian di Negeri Sembilan tentang UEC. Itu sahaja ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Yang Dipertua, saya ini nak sedarkan bahawa Linggi tu dia kurang faham. Ya memang kurang faham UEC. Sekolah tu swasta, ada pelajaan Bahasa Malaysia sejak dia diadakan. Murid pun ada orang Melayu, saya beritahu terus terang, orang Melayu pun ada. Kasi saya habis lagi …..

Mohon, mohon izin.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Berikan saya habis …..

Tapi, silibus itu …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Berikan saya habis dulu.

….. bukan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia, bukan ditetapkan oleh Kementerian.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Linggi, jangan ganggulah. Lobak teruskan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, saya pun nak sini jelaskan bahawa UEC ini, dia tak ada gangguan kesatupaduan antara bilang kaum. Tadi, tadi yang cakap tu, Bahasa Melayu ada. Dia, exam, periksaan pun ada, dia pun ikut kurikulum negara, pelajar negara. Jikalau Linggi dengan jasa rakyat, jasa satu pemimpin, saya ajak sama-sama pergi lawat sekolah itu, dan berdialog dengan pemimpin sekolah swasta tu, kami duduk sama-sama satu meja bulat, berbincang. Boleh ke? Saya ajak sama sekali. Saya prepair tu dan Linggi sama pemimpin lain pun boleh, duduk bersama berbincang sama, sama-sama. Jangan politikkan. Jikalau mereka ada kekurangan, tolong tunjuk ajarlah. Ini cara Malaysia. Malaysia yang berbilang kaum kami berharap, jangan menepikan mana-mana pihak yang tentang pendidikan. Jikalau dia kurang, tolong tunjuk ajar. Jikalau dia sebenar dia tolong sokonglah, itu sajalah. Jikalau Linggi sedia nak jumpa, nak dialog, saya boleh prepair-kan. Bila-bila masa, jikalau Linggi sempat nak dialog dengan pemimpin sekolah tu…..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lobak, terus bahas.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, terima kasih. Ini pun bahas. Tuan Dipertua, terima kasih. Saya masuk kawasan saya sendiri. Yang interchange di Ulu Temiang, masa tu sebelum pilihan raya, dia berkisah untuk pembukaan, tapi lepas tu saya masuk sebagai DUN Lobak, aduan banyak sangat. Aduan ni, dia beritahu ni, tempat itu bahaya kerana dia melanggar bertujuan keselamatan jalan raya, mengancam keselamatan penduduk yang berdekatkan. Dan dia tidak mencu, mempunyai tanda-tanda lalu lintas yang jelas, tidak menpenuhi klasifikasi keselamatan lalu lintas. Kerana itu pun telah lulus. Ini memang, memang tidak masuk akallah. Tapi masa itu, pilihan raya, kami boleh faham. Tapi saya di sini, saya mendesakkan kerajaan baru menambah baik untuk mengelakkan kemalangan.

Tuan Dipertua, jalan Tun Dr. Ismail, infrastruktur tempatan tidak mencukupi dan saya berharap mendapat perhatian khususnya masalah banjir kilat di beberapa kawasan dan masalah persumbahan sistem perparitan tidak dikendalikan dengan betul. Selepas laluan Lebuhraya LEKAS, jalan tersebut menjadi semakin sibuk dan tidak dinaik taraf selama lebih kurang 20 tahun yang lalu. Saya harap, jabatan-jabatan yang bertanggungjawab akan beri perhatian terutama Istana Munarah [Munawarah] yang berdekatkan kawasan tersebut. Saya tak tahu jabatan atau, tak tahu ke tau, atau tak tahu ke, buat tak tahu ke, tak faham ke, Istana munanah [Munawarah] memang di kawasan tu.

So, saya berharap, supa, sudah sampai masanya untuk membaiki jalan-jalan lama termasuk 3 buah sekolah berhampiran istana. Masalahnya tidak boleh diabaikan, sekiranya adalah kejadian yang tidak mensenangkan, dia akan terlambat untuk membuatnya. Tapi saya dengar tadi, Sungai Lui tu cakap sampai Sungai Lui tu jalan felda pun diambil hatian. So saya harap kerajaan baru tolonglah, yang naik bukit tu, saya pun tak berani, sampai sana saya tak berani turun kerana nampak bukit jalan tu teruk sangat. Lagi pun yang junction tu kurang selamat, 2 tempat banjir. Sekolah tinggi tu, depan tu banjir. Depan lagi pun banjir. Tapi istana tengah-tengah. So, saya harap ni jikalau boleh dengan tindakan segera jangan kasi kurang-kuranglah, berturap saja. Terima kasih.

Tuan Dipertua, longkang monsun berdekatan sama jugak. Dia disekat untuk masa yang lama. Aduan penduduk tidak ditangani dan pokok-pokok dan rum, rumput-rumput. Dan berbagai jabatan telah mentolak tanggungjawab masing-masing. Ini tidak sepatutnya berlaku dalam structure kerajaan yang baru. Sudah 120 hari. Saya itu, hari itu,

jawapan dari tulis tu, MPS sudah buat separuh, so JKR buat depan sikit, JPS tak tahu bila nak buat kerja. So saya harap, harap yang ber, jabatan yang berkaitan tu, mintaklah kerjasama dengan saya, jikalau tak nak pun, kurang-kurang pun tengok DYMM, tak akan ni, kawasan yang dekat DYMM tu dibiar saja. So jikalau ada salah saya, saya mintak maaflah. Kami untuk utamakan rakyat tapi kurang-kurang tempat itu istana.

So selepas Lebuhraya LEKAS dibukak, kerajaan baru merancang untuk pembangunan, pembangunan utama, saya pun harap ini kira satu sebahagian utama, utara Negeri Sembilan, saya harap untuk berjayakan kemajuan sampai berhingga Mantin ke, Semonyih ke, Broga sampai Kelompo. Ini utama. Iaitu memaklumkan pelaburan untuk pelabur di zon utara ni. Dengan itu meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan dan Kerajaan Negeri. Peluang bekerja yang lebih banyak akan memberi munafaat kepada penduduk sekitar. Biarkan generasi tinggal di tempat kerja dan elakkan meninggalkan rumah mereka untuk hidup di bandar.

Tuan Dipertua, saya sini pun nak sentuh tu masalah rumah pangsa PPR yang paling serius di kawasan DUN Lobak saya. Dan dia telah melanggar prinsip pembangunan rumah rakyat pada masa tu, masa dulu, tapi masa ini rumah pangsa perlu disusun semula sepenuhnya supaya kumpulan pendapatan rendah dapat menikmatikan persekitaran hidup yang lebih baik daripada mengabaikan mereka arah umur pembangunan bandar. Adalah disyorkan untuk mengubah suai sistem pengurusan untuk menggalakkan pengurusan yang berkaitan untuk mengendali dan melaksanakan tugas dengan lebih berkesan terutamanya …..

[Galeri persidangan riuh dengan ketawa berikutan intonasi perbahasan YB ADUN Lobak]

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Boleh ke?

Yang Dipertua Dewan

Ini fasih betul, fasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya sedang belajar lagi, saya sedang belajar lagi. Ini dari UEC. Memang dulu saya ini bahasa kurang sikit, tapi kena belajar. Untuk mengutip dan berurusan undang-undang, undang-undang yang tidak sesuai perlu dibelajari dan diminta untuk memenuhi keperluan. Tapi, akta kumpulan strata 2013 akta 757 ni, saya mintaklah jikalau,

walaupun ni kuasa Pusat, saya pun mencadangkan Kerajaan Negeri membuat cadangan supaya dipindahkan kerana di kawasan rumah pangsa bukan sahaja, dia ini bukan sahaja rumah pangsa kerajaan menghadapi kesulitan, namun flat swasta juga menjadi masalah. Sebab utama adalah kekurangan pengurusan professional, penduduk tidak secara aktif membayar yuran pengurusan. Tidak menghasilkan wang untuk penyelenggaraan dan sanitasi akta alam sekitar, akhirnya masalah semakin buruk.

Lobak mencadangkan ahli-ahli MC rumah pangsa diberi elaun, elaun, elaun seumpama dengan MPKK. Kerana rumah pangsa ni, nampaknya dia ada 200 unit, satu blok, 2 blok campur sekali, unit ramai, banyak tu, dia sama seperti satu kampung. So MC ni, mereka tak ada elaun langsung. So mungkin ini satu masalah dia. Mereka tak jalankan tugas. So saya cadang sini, Kerajaan Negeri ini mengkaji, tengok macam mana, sekurang-kurang tu MC yang sebagai pengerusi atau setiausaha memberi elaun yang sama MPKK.

Tuan Yang Dipertua, Malaysia telah merdeka selama lebih dari 60 tahun. Dan juga masa untuk melaksanakan pembaharuan pendidikan selain mena, menanam pelajar yang cemerlang, kita harus memberi perhatian kepada masalah pelajaran yang mundur seiring dengan prinsip pendidikan tanpa kelas. Kerajaan baru harus membantu pelajar yang bertindas dan kurang bernasib baik. Dan secara aktif menolong mereka supaya mereka menjadi pakar dan mengubahkan kehidupan mereka dan ahli keluarga mereka. Pada masa yang sama, mereka dapat mengurangkan masalah sosial tempatan dan mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik dan masa depan bersama kit, jika pelajaran diabaikan sebab itu mereka akan menghadapi masalah dalam kehidupan dan menjadikan masalah sosial. Iaitu pun menjadi masyarakat menghadapi kesulitan yang sama.

So dengan izinnya saya mencadangkan biro pendidikan akan memberi perhatian kepada masyarakat penting dan pelajar sekolah menengah di kalangan pelajar sekolah terutamanya ibu bapa kekurangan pendapatan rendah tidak mempunyai cara untuk mendisiplin anak-anak mereka agar dapat hidup. Akibatnya anak-anak dari golongan pendapatan rendah serius dan tidak dapat bersekolah. Kami sedia usaha bersama JPN supaya dapat memberi bantuan kepada keluarga yang berdapat rendah itu.

Sebagai contoh, dalam kolej-kolej kejuruteraan, kemahiran, ramai penghuni masih tidak mempunyai perundingan yang berkomprehensif, banyak pelajar tidak jelas mengenai visi dan cara dari pelajar teknikal. Saya harap, harap ni, pendidikan akan menguatkan usaha untuk me-

recruit, me-recruit pelajar dan menarik lebih ramai pelajar untuk mengambil bahagian dalam pekerjaan teknikal terutamanya penyertaan pelajaran Cina dan kaum India, yang akan meningkatkan daya saing negara kita di rantau ini.

Tuan Yang Pertua, pelambakan kereta di kawasan Lobak, nampak sama jugak, serius. Yang berbawakan kepada pelambakan kereta di kawasan kediaman, lambakan di pangsapuri. Tidak masuk akal cara tu. dan jangka panjang dia akan tidak dirawat menyebabkan nyamuk dan tidak sedap dipenglihati oleh kota. Perintah tempatan harus mengambilkan inisiatif untuk melakukan periksaan termasuk sepina dikeluarkan kepada pemilik kereta yang tidak bertanggungjawab. Dan Pihak Berkuasa yang berkaitan harus mengeluarkan kenderaan pengabaian itu.

Tuan Dipertua, di bawah prinsip kecekapan, kami mengesyorkan agar semua unit, semua jabatan, penyiasatan penuh mengkaji kecekapan perkhidmatan semasa khususnya jadual proses perkhidmatan untuk penerima aduan mesti diperbaiki untuk mempastikan kecekapan perkhidmatan ditingkatkan. Dan diintergrasi dengan orang awam dibuat untuk mengekalkan proses perkhidmatan secara telus untuk mefahami, untuk mengelakkan insiden yang tidak ditangani sebab aduan itu, jika berkenaan bersama media terus semasa perlu digunakan.

Dan integrasi dengan pengaduan adalah yang paling penting. Contohnya TNB, TM dan SAINS yang amat dipelajari. Ini cara yang paling baik sekali. Saya pun membaca balik yang jawapan bertulis ini, satu kes tanah runtuh di tempat Taman Templer yang lot 124 dan rumah nombor 1624, 1625, 1626. Ni di Taman Kwong Tun. Jawapan sini jawab, bersuara macam ni, lawatan tapak terhadap rumah pengadu di Taman Templer Height telah dijalan bersama pihak perunding John Lim Architect, juruteraan AZ Engineering Consultant dan pemaju Shiny Outlook Sdn. Bhd. Surat arahan kepada pemaju untuk membaiki pulih kerosakan telah dihantar sebayak 4 kali manakala surat kepada perunding dan juruteraan telah dihantar sebanyak 2 kali. Ini makluman saja, tak guna.

Walaupun bagaimanapun tiada sebarang maklum balas dari perunding, juruteraan dan pemaju. Lawatan terkini mendapati tiada kerja dijalankan di tapak dan pemaju gagal dihubungi. Pemaju gagal dihubungi. Betul ke? Hilang ke? Pemohon ini telah dilulus pada 10 Jun 2016, Jun 2016. Tapi ini masuk 120 hari pun kerajaan barulah. Notis memulakan kerja bangunan (Borang B) telah dihantar bertarikh 14 Oktober 2013.

So saya pohon keraja, kerajaan baru dipimpin bawah Sikamat tu, jangan terbiar kes macam ni. Ini nyawa tau, manusia, tadi sudah cakap, anjing kucing pun dijaga. So manusia macam mana? Saya pun harap encik-encik di atas ni, agensi-agensi di atas ni, tolonglah turun padang, tengok sendiri, pergi rumah tengok tu, surat khabar pun kurang, saya malu tau kerana saya keluar surat khabar, tindakan tak ada. Buat apa ni, sudah buat aduan tu, e-Aduan, e-Aduan tu ada, tapi kecekapan, kejap, ini utama, tak urus. Tapi, tak urus ni sejak mana saya tak tahulah. Tapi kerajaan baru, kami harap, kami sama-sama usahakan. Kami akan, diusahakan kerana ini sejak 2 – 3 lepas. Apa buat ni, tak tahulah tu.

Okay, terima kasih. Tuan Yang Dipertua, kami menyokong cadangan DYMM, kerajaan baru mesti berorientasi rakyat sempena, sepenuhnya penggalakan interaksi dengan rakyat. Dan berusaha untuk memperbaiki pembangunan rantau dan negeri untuk …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. memastikan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lobak. Sila pendekkan ucapan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, last lagi, okay. Untuk membantu orang pendapatan rendah membaiki kemiskinan mereka adalah tugas yang paling menggesa. Ini adalah dengan maklumat MPS, untuk menaik taraf ke bandar raya. Majlis Negeri perundangan adalah suci, jawatan kepada siasat bertu, ini dah lah. So last sekali, saya, kerana sesi dulu saya ada ADUN Bahau di kawasan Bahau, saya mempunyai tanggungjawab untuk membuat susulan dan berunding dengan kerajaan baru, adalah menaik, menarik untuk mengkaji semula tanah simpanan sekolah seluas 16 ekar di Bandar Baru IOI Bahau.

Ulang lagi. Kerana selain tanah diagihkan kepada sekolah SK, dan SRJK(T) Tamil yang tadi Jeram Padang suarakan, dan balance-nya saya harap sekurang-kurangnya 5 ekar sama ada disediakan untuk sekolah Cina sebagai membina sekolah kerana dulu saya pun sudah, pernah bersuara sini, kawasan ni pemberian 80% orang Cina, tanah seluasnya 16 ekar. Jikalau seimbangnya, sekolah SK ada, sekolah Tamil ada, mengapa sekolah Cina tak di, dapat satu inci pun tak ada. So saya harap Dewan yang dimulia ini, perhatian dan kerajaan baru yang ber, yang,

yang, yang pimpin bawah Sikamat tu, tolonglah prihatian berho, permohon ini. So sekian sahaja, DUN Lobak menyokong usul ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Untuk maklumat Yang Berhormat – Yang Berhormat, saya beri laluan lagi seorang sahaja. Sebab masa tidak izinkan, daripada pembangkang, seorang sahaja, ataupun bagilah laluan kepada Seremban Jaya. Banyak kali dah mintak dah.

Seremban jaya nak berucap dulu ke ataupun saya dulu? Boleh? Beri Seremban Jaya? Haa kita dengarlah Seremban Jaya. Dah lama tak dengar suara.

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya, Seremban Jaya. Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Gemencheh. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini.

Timbalan Yang Dipertua, berdasarkan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam PRU 14 yang telah berlangsung, rakyat telah memberi kepercayaan dan mandat kepada Pakatan Harapan menerajui kerajaan. Baginda menyeru agar jentera pentadbiran kerajaan baru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti, tanpa ada agenda kepentingan peribadi dan bebas daripada sebarang salah laku dan rasuah.

Timbalan Yang Dipertua, baginda juga menyeru semua ahli Dewan, penjawat awam dan seluruh rakyat melaksanakan tanggungjawab memainkan peranan bagi memastikan pembangunan negeri yang dirancang dapat dirasai dan menghasilkan impak terbaik oleh setiap lapisan masyarakat. Teras kepada pembangunan Negeri Sembilan adalah mengutamakan kesejahteraan rakyat dan inilah pegangan yang menjadi asas setiap agenda perancangan, dasar dan pelaksanaan kerajaan bagi pelbagai aspek.

Timbalan Yang Dipertua, walaupun kerajaan baru telah dibentuk di bawah Pakatan Harapan selepas 61 tahun meme, pemerintahan rakyat masih membangkitkan isu-isu semasa yang sama seperti kerosakan longkang, jalan, semak samun, lampu, masalah pokok dan lain-lain isu. Semua isu ini harus diambil tindakan susulan dengan segera agar masalah ini tidak terus menjadi se, sebutan pada masa akan datang dan rakyat mula memikirkan pembangunan negeri yang dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat bagi meningkatkan sosial ekonomi diri dan negeri.

Timbalan Yang Dipertua, saya juga bersetuju dan berpendapatan sama dengan cadangan menteri, Yang Berhormat Anthony Loke yang telah disokong oleh YB ustaz Suhaimi, DUN Lenggeng, bahawa ketua pihak pembangkang juga harus dilayan dan diberi taraf sama seperti pemimpin kerajaan dengan memberi kemudahan seperti kereta, pejabat, memberi peluang untuk membincang dan membawa apa sahaja isu dalam Persidangan Dewan.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, Pakatan Harapan yang sudah mem, memerintah 121 hari telah menawarkan beberapa tawaran dalam 100 hari dan manifesto dalam jangka masa 5 tahun yang akan dilaksanakan satu persatu. Janji-janji ini akan di, dikotakan dan rakyat pasti akan menikmati semua tawaran dan manifesto ini. Ini kerana pemimpin dan pihak Kerajaan Pakatan Harapan perlu berhadapan dengan rakyat pada pilihan raya akan datang. Pemimpin kerajaan baru juga yakin akan meningkatkan dana Kerajaan Negeri untuk kegunaan rakyat dan pembangunan negeri sebagaimana dana terkumpul Ringgit Malaysia 700.0 juta oleh pihak kerajaan terdahulu. Kita percaya pihak Kerajaan Pusat, Negeri, jabatan dan agensi-agensi lain dapat meningkatkan sistem kewangan untuk tujuan sama.

Seterusnya saya ingin membawa beberapa isu untuk tatapan semua ahli-ahli Dewan di persidangan ini. Tuan Timbalan Yang Dipertua, sistem permit mengambil, menjual pasir sungai, tanah dan hasil kuari diketatkan. Walaupun permit akan diberikan oleh Pejabat Daerah kepada semua pengusaha yang mengambil pasir dari sungai, tanah atau hasil kuari untuk dijual semula tetapi sistem cukai doket yang dikenakan ke atas lori pengusaha yang menjana pendapatan kepada pihak Kerajaan Negeri haruslah diketatkan dan perlu menjalani saringan dan diber, peri, perkasa dengan sistematik. Tuan Timbalan Yang Dipertua, operasi demi operasi perlu dilakukan bagi memastikan tidak ada salah guna dan tidak ada mana-mana pihak pengusaha yang terlepas dari dikenakan doket.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak. Pihak Kerajaan Negeri masa kini perlu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi mengatasi masalah peng, pengurangan sosial, kongsi gelap, jenayah dan sekaligus meng, mengurangkan masalah bantuan kebajikan. Ini kerana rakyat atau pihak awam dapat berdikari dengan sendiri dan menggunakan peluang kerja yang banyak bagi membaiki taraf hidup dan tidak melakukan perkara-perkara yang salah dari segi undang-undang yang mendatangkan masalah kepada lapisan masyarakat dan diri sendiri.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, dengan adanya peluang pekerjaan yang banyak, masyarakat dapat me, memenuhi keperluan dan menjalani kehidupan dengan lebih sempurna dan tidak ada lagi masalah sudah jemu dilakukan. Masyarakat harus mengubah sikap dan menggunakan peluang mengubah corak hidup yang lebih baik.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, isu padang dan tempat awam. Isu padang awam, padang kosong dan tempat-tempat awam yang terdapat terutama di taman perumahan kerap menimbulkan banyak masalah kepada pelbagai lapisan masyarakat. Sikap segelintir, gelintir terutama remaja-remaja yang menjadikan tempat-tempat awam ini untuk perse, berseronok, melakukan kerja sumbang, minum air yang memabukkan dan dilarang, memecahkan botol, memecahkan botol dan bis, bising dan sebanyaknya di tempat awam merupakan masalah sosial yang harus di, dibendung dan dicegah.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, pihak awam dan pihak peng, penguatkuasa PDRM perlu memainkan peranan, peranan pen, penting dalam pem, membanteras kegiatan tidak sihat seperti ini dari berterusan kerana ini akan merosakkan diri dan akhlak. Pihak polis perlu membuat rondaan berterusan dan mengawal isu seperti ini dari terus berlaku di tempat awam bagi keseluruhan dan jaminan keselamatan kerana laporan polis yang biasa dibuat awam seperti tidak bermakna lagi. Para remaja perlu dipem, pimpin, didedahkan dengan ceramah, nasihat berbentuk teguran dan digalakkan melakukan aktiviti yang berfaedah agar masa depan lebih terjamin.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, pertanian dan penternak. Pihak Kerajaan Negeri harus mengadakan berbagai program bagi meng, menggalakkan aktiviti pertanian dan penternakan yang boleh menjana pendapatan diri sendiri dan sosial ekonomi negeri. Pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi tertentu boleh memberi peluang kepada mana-mana pihak yang berpe, bermintak [berminat] untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar atau tanah-tanah rizab untuk

dibangunkan terutama untuk tujuan pertanian dan penternakan sebagai sumber hasil.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, jabatan-jabatan dan pelbagai agensi boleh menjadi tunjang belakang penggalak dan membantu para pengusaha pertanian dan penternak dari segi bantuan modal, peralatan terkini, terkeni, terkini, mengadakan kursus dan menambah baik aktiviti yang memberi pu, pulangan yang lumayan kepada diri sendiri dan pihak Kerajaan Negeri dalam menaik taraf hidup dan sosial ekonomi.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, pihak awam perlu mendapat pen, pendedahan sebelum sebuah pembaharuan dan pembangunan dilaksanakan. Pihak Kerajaan Negeri, agensi, jabatan dan Majlis Perbandaran perlu memberi taklimat atau pendedahan yang mudah diterima oleh pihak awam sebelum melaksanakan sesebuah perkara untuk meningkatkan hasil pihak Kerajaan Negeri yang melibatkan rakyat. Tuan Timbalan Yang Dipertua, pendedahan ini perlu agar masyarakat dapat memahami motif sebenar perlaksanaan sesebuah perkara yang bertujuan menaik taraf dan menjana pendapatan kepada mana-mana pihak yang bertujuan rakyat dapat menikmati kemudahan dengan menaik taraf hidup dengan pembangunan yang dilaksanakan.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, tadi soalan jalan Seremban to Tampin, saya pun dalam Dewan ada bangkit ini masalah. Pasal memang jalan Seremban to Tampin, memang satu jalan yang penting, akan datang, pasal waktu pilihan raya Pakatan Harapan ada janji Menteri Kewangan, saudara Lim Guan Eng banyak ceramah, ada umum bila kita sudah dapat Kerajaan Pusat, kita sudah perintah Putrajaya, kita mesti hapuskan tol north and south. Itu memang benar. Memang satu hari boleh jadi. Kerana baru kita 121 hari, Dato’ Yang Dipertua, saya sokong ADUN, bekas Yang Dipertua Dewan yang mulia, ADUN Kota, saya sokong jalan Tampin to Seremban.

Terima kasih YB.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay. Okay. Tadi ADUN Jeram Padang, ada cabar, dia cabar, dia panggil cabar kita, dia cakap sekolah sendirian Tamil, satu sen peringkat negeri tak beri. Tapi 527 sekolah Tamil, number satu sekolah yang cantik di Negeri Sembilan, kita mahu tahniah. Tapi bekas Kerajaan Negeri, satu sen pun tak beri. Satu sen tak beri. Tapi sekolah cantik. Tapi mereka kasi ajar, you, saya cabar you orang pergi tanya Bahau, majikan IOI, tanya you orang buat satu

sekolah. Okay, kita boleh tanya. IOI boleh beri. Tapi IOI beri satu sekolah Tamil, 99 dia tanya sama kita. Macam-macam laluan dia tanya. Kita apa macam mahu tolong. Sebab itu tak boleh. Kita tak boleh tanya, ini kerajaan bersih. Dulu kita tak boleh cakap, sekarang boleh cakap sikit. Dulu kita cakap bersih, mahu tarik balik, tapi sekarang boleh, sikit-sikit boleh cakap bersih. Tapi saya pun mintak …..

YB ahli Dewan: Cakap banyak pun bolehlah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya pun mintak sebelah sana kita pun semua rakan-rakan kita, kita pun saudara-saudara, saudari, kita sama-sama kita bangunkan negeri, Negeri Sembilan. Saya, saya menso, menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia negeri Sembilan. terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Dan juga terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat kerana ambil bahagian dalam bahasan dan juga kita akan sambung esok. Dan juga saya ada satu teguran di sini, saya mohonlah kepada jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan, tolong esok hadir dan penuhkan Dewan yang mulia ini kerana esok jawapan akan diberi oleh pihak kerajaan, saya mohon sekali lagi penuhkan Dewan ini.

Dan juga, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan persidang kita, sesi perbahasan usul ini akan disambung pada hari Khamis, 27 September 2018 bersamaan 17 Muharam 1440 Hijrah mulai jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan jam 4.49 petang]