Negeri Sembilan · 27 September 2018
14th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 636 turns · 44,124 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.02 pagi]
Membaca Doa
Susunan mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Dimaklumkan bahawa Yang Berhormat ADUN Linggi mohon izin untuk tidak hadir, untuk hadir lewat bagi mengurus dan menziarahi pengkebumian bapa saudaranya yang telah meninggal dunia sekitar jam 5:00 pagi. Al-Fatihah. Saya juga menerima makluman bahawa Yang Berhormat ADUN Serting mohon izin untuk tidak hadir atas sebab kurang sihat.
Saya juga ingin mengingatkan pada semua ahli-ahli Yang Berhormat agar sentiasa mematuhi Peraturan dan Perintah Tetap, Dewan Undangan Negeri khususnya Peraturan XXI iaitu Peraturan-Peraturan Berbahas. Saya mengucapkan terima kasih, Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung, timbalan, Timbalan Yang Dipertua Dewan yang telah mempengerusikan mesyuarat kita petang semalam dengan jayanya. Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-14 disambung semula.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Mambau.
Tuan Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Mambau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan amalan Program 3R telah bermula pada 1 haribulan Jun 2016 serentak di 7 buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis.
Tuan Yang Dipertua, pelaksanaan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal ini telah berjaya mengumpul sebanyak 1,724 tan sisa kitar semula di mana ia menunjukkan pengurangan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dilupuskan ke tapak iaitu sebanyak 237,230 tan merangkumi 13.21%. Sebelum pengasingan, pengasingan sisa pepejal ini dikuatkuasakan, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan adalah sebanyak 1,795,548 tan berbanding dengan 1,558,317 tan selepas dikuatkuasakan.
Dari segi penjimatan kos, pengurangan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan akan dapat dijimatkan sebanyak Ringgit Malaysia 7,116,900.00 berdasarkan anggaran kadar pengurusan tapak pelupusan semasa iaitu 30.00 ringgit per tan.
Bagi Negeri Sembilan, bilangan terimaan sisa pepejal di tapak pelupusan juga didapati telah ber, berkurang daripada lebih kurang 1,000 tan sehari kepada 670 tan sehari. Ini menunjukkan bahawa masyarakat telah memahami pengasingan sisa pepejal di punca. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Program Pengasingan Sisa Pepejal di, Di Punca ni telah dilaksanakan pada 2 tahun yang lepas. Dah melalui 2 masanya. Jadi, saya masih menerima aduan bahawa ramai orang yang tidak mela, tidak tahu macam mana nak melayan atau, atau bertindak untuk membuang sampah berasingan. Kerana kesemua sampah dia, mereka masih tidak diasingkan. Dan, soalan saya, apakah perancangan pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua dan juga Yang Berhormat Mambau. Sebenarnya untuk pengasingan sisa pepejal, sisa pepejal ini, pengasingan sisa ataupun pengasingan sampah ini, sebenarnya program ini saya telah sebut tadi, kita telah pun mula pada 1 haribulan Jun 2016. Dari segi pengutikan, pengutipan sampah, sebenarnya kita mengutip sekali seminggu untuk sisa yang boleh dikitar semula.
Dan bagi pihak Kerajaan Negeri, kita amat menggalakkan orang ramai supaya mereka mengamalkan amalan ini. Kalau kita lihat di Jepun, di Jerman ataupun di Taiwan, ini memang merupakan amalan kehidupan mereka di mana mereka memang akan mengasingkan sisa sebelum mereka membuangkan ataupun dikutip oleh kontraktor-kontraktor pengutipan sampah ini.
Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya minggu yang lepas, di Negeri Sembilan, kita telah pun melancarkan Program Kita Recycle, dengan kerjasama dengan SWM, dengan, kerjasama dengan SWM ini di mana kita telah pun, pada peringkat awalnya kita telah pun berada di 5 tempat. Kita sediakan tempat untuk kutipan barangan recycle, iaitu Taman Arowana Indah, Seremban, Taman Impiana Residence Nilai, Taman Sri Pulai Seremban, Park Residence Spring Hills Port Dickson dan juga Taman Bukit Chedang Fasa 2.
Untuk Program Kita Recycle ini, kita menggunakan cara menggalakkan orang ramai supaya mereka mengamalkan amalan mengasingkan sisa dan juga recycle. Di mana selepas mereka membuang barangan recycle ini, mereka akan dapat point. Jadi, apa yang mereka perlu buat mereka cuma perlu download Apps ya, di dalam telefon bimbit mereka, di smartphone mereka dan selepas itu, mereka scan-kan barcode yang disediakan. Dan untuk pihak SWM, mereka akan membagi hadiah kepada mereka yang mendapat kutipan point itu. Jadi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua rakan-rakan di Dewan ini, termasuk pegawai-pegawai di dalam Dewan yang mulia
ini, kita sama-sama menggalakkan pem, rakyat kita supaya kitar semula. Dan pada masa yang sama, mereka juga akan mendapat hadiah ataupun reward daripada southern waste, southern, SWM. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Dipertua, mohon penjelasan. Adakah Kerajaan Pakatan Harapan akan meneruskan gesaan ataupun tekanan untuk, mereka mendesak dulu supaya pusat pelupusan sampah Kualiti Alam ataupun tempat pelupusan sisa pepejal industri di Kualiti Alam itu hendak ditutup kerana itu merupakan salah satu manifesto yang telah pun diwar-warkan semasa kempen pilihan raya ke-14. Jadi, berkenaan dengan sisa pepejal ini, saya nak tahu sama ada hasrat pihak Pakatan Harapan yang telah pun menjadi kerajaan, untuk terus mendesak dan memastikan supaya pusat Kualiti Alam di Sendayan tersebut ditutup ataupun bagaimana. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rantau. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau dan juga rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini, bagi saya sendiri dan rakan-rakan di sebelah Pakatan Harapan, memang betul, itu memang manifesto kita, dan itu memang merupakan sesuatu yang kita perjuangkan selama ini. Dan saya sendiri se, saya sendiri dan juga rakan-rakan di sebelah sini, termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya ingat lagi, semasa kita menjadi pembangkang kita melancarkan kempen tanda tangan dan kita berjaya mengutip lebih kurang dalam 20,000 tanda tangan supaya kita mendesak pihak Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat untuk memindahkan kilang tersebut, ni, Kualiti Alam ke sesuatu tempat yang lebih sesuai.
Dan saya selaku ahli Parlimen pada masa itu, telah pun beberapa kali saya bangkitkan isu ini di peringkat Parlimen. Dan sekarang pula, saya diberi ni apa, mandat untuk menjadi EXCO, menjaga apa, portfolio ini, dan saya sendiri dan juga rakan-rakan yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pada apa, mesyuarat EXCO yang pertama, kalau tak silap, saya ingin nak umumknan di sini, kita telah pun membuat keputusan untuk membuat surat dan menyeru kepada pihak Kerajaan Pusat supaya pindahkan ni apa, kilang Kualiti Alam ke satu tempat yang lebih sesuai. Kerana bagi Pakatan Harapan dia memang tidak adil kepada ni apa, penduduk-penduduk yang tinggal di Sendayan. Mereka sudah pun sengsara sebanyak 20 tahun dan saya
rasa yang dalam perkara ini, sebenarnya kita perlu bersama-sama untuk kita terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat.
Dan, bagi ke, Kerajaan Pakatan Harapan, kesah, kesejahteraan rakyat itu harus kita utamakan. Jadi, tak ada masalah saya rasa, kita akan terus menjalankan, melaksaakan susaha ini supaya sampai sehari kita dapat apa, mengeluarkan kilang ini ke sesuatu tempat yang lebih sesuai. Bukan kita kata kilang ini, dia tak perlu diwujudkan, cuma kalau masa dulu kilang ini wujud, tempat itu, dia masih tak, tak banyak orang, tetapi situ pembangunan semakin pesat. Jadi sudah tiba masa kita buat satu ketetapan di mana kita perlu menunjukkan pendirian kita supaya mintak kilang tersebut dipindah keluar daripada Negeri Sembilan. terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rantau.
Jawapan tambahan. Saya ucap syabas dan tahniahlah kepada Kerajaan Negeri Sembilan dulu yang sanggup menjadi apa, untuk mengatasi masalah sisa toksid ini ke Negeri Sembilan. Dan kesan itu, maknanya kita hadapi sekarang ini. Dan inshaa Allah, kami Pakatan Harapan akan pastikan perkara industri yang merosakkan ini tidak dibawak ke Negeri Sembilan-lah, terutama di kawasan saya di Labu, memang ada masalah tu. Apabila berlaku kebocoran ataupun apabila berlaku perkara-perkara yang akibat daripada kejadian alam.
Jadi, saya ingat kita akan ambil ini sebagai iktibar, mana industri-industri yang akan merosakkan atau memberi kesan buruk kepada masyarakat, kita mintak jangan bawak ke negeri kita, kita bawak ke negeri orang lainlah ya. Ini yang kita pastikan. Ini kesilapan Kerajaan Barisan Nasional yang dulu, dan kita, kita tidak akan ulang. Terima kasih yang, Yang Dipertua.
Terima kepada Yang Berhormat Bahau, Yang Berhormat Rantau dan Yang Berhormat Labu. Kita pergi kepada …..
Yang Dipertua, dia bukan kesilapan sebenarnya. Bahawa keperluan untuk kita mengadakan kemudahan untuk kita melupuskan sisa pepejal industri itu penting kerana negara kita merupakan negara yang telah pun beralih ekonominya daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada ekonomi yang berasaskan kepada industri. Mahu tidak mahu, industri, perindustrian ini mempunyai sisa-sisa pepejal yang perlu dilupuskan secara
bersistematik. Secara baik. Kita tak boleh buang di mana-mana saja. Maka pusat tersebut telah pun dicadangkan.
Dan seperti mana disebut oleh ADUN Bahau tadi, pada ketika itu, tempat pelupusan sisa pepejal industri ini iaitu Kualiti Alam itu berada jauh daripada kawasan pendudukan. Kerana ia berada di dalam kawasan felda, yang jauh, felda Sendayan, tetapi sekarang pembangunan telah pun wujud. Jadi tidak bermakna bahawa kita tak boleh buat, kita boleh buat, tapi sistem teknologi yang ada dah banyak untuk kita melepaskan ataupun melupuskan sisa pepejal industri ini. Mahu tak mahu, kita mesti ada sisa tersebut, bukan kita tak boleh ataupun kita tak mahu kerana pelupusan sisa pepejal industri pepejal ini amat penting diurus dengan baik, dengan sistem yang baik. Maka ia tidak akan mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang.
Jadi, ADUN Labu tadi kata, itu tak benarlah kerana kalau kita tak ada facilities ini, Dato’ Dipertua, kita tidak akan menjadi sebuah negara industri. Banyak negara dalam dunia mempunyai insinerator-insinerator yang mana ia adalah merupakan, dia mesra alam. Tapi kita di sini, bila dengar pasal insinerator, kita dah takut kerana kita ingat insinerator ini merupakan tempat pembuangan sampah sahaja. Banyak tempat pembuangan sisa pepejal, memproses sisa pepejal industri tersebut diurus dengan baik.
Dan bertambah, teknologi tinggi, dengan berteknologi tinggi yang nak kita buat di negara kita ini nanti, maka kemudahan seperti ini semakin perlu kerana ia merupakan cara untuk kita melupuskan sisa pepejal industri. Bahkan kalau kita menggunakan teknologi nuclear pun, kalau kita ada teknologi nuklear kita pun mempunyai masalah, Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua, iaitu macam mana pulak kita nak melupuskan sisa pepejal nuclear waste.
Jadi ini janganlah katakan bahawa masalah Kerajaan Barisan Nasional dulu. Caranya ialah seperti disebut oleh ADUN Bahau tadi, kita cari tempat lain supaya kita buat. Dan kalau boleh nanti, bila dah dibuat tempat itu, maka kita wartakan tempat tersebut supaya jauh daripada tempat orang, kerana dia bukan salah Kualiti Alam tu, Kualiti Alam tu dulu dibina memang jauh daripada tempat perumahan. Tapi bila dah selesai kemelut tanah Sendayan, telah kita selesaikan, maka pembangunan berlaku. Pembangunan yang datang ke Kualiti Alam. Bukan Kualiti Alam itu diletakkan di tepi kawasan pembangunan.
Jadi, Labu janganlah silap faham pulak ya. Kerana itu dibuat pada ketikanya sesuai. Tapi apa yang disebut oleh Bahau tadi, memang
benar kita kena cari tempat yang sesuai supaya kita dapat menjadikan negara kita ini negara yang maju, negara yang berasaskan kepada industri yang berteknologi tinggi tetapi kita tidak boleh lari daripada terpaksa menyelesaikan isu sisa pepejal industri ini Dato’ Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Lain ya, dipersilakan Yang Berhormat Gemas.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang nombor 3.
Nombor 3, ya.
Tuan Yang Dipertua …..
Ya.
….. pembangunan bandar-bandar sempadan. Kerajaan sedang merangka hala tuju Negeri Sembilan untuk tempoh 2019 hingga 2040 yang mengandungi pelaksanaan dasar baru serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpandukan keperluan ekonomi semasa. Perancangan pembangunan untuk bandar sempadan ini akan juga terkandung dalam rancangan pembangunan tersebut.
Sebagai contoh, untuk pembangunan sempadan Daerah Jempol, perancangan pembangunan adalah untuk menjadikan kawasan ini sebagai food valley atau hab lembah makanan, dan menjadi pembekal sumber makanan utama kepada Negeri Sembilan dan Lembah Kelang. Fokus utama menjadikan sektor pertanian sebagai teraju utama ekonomi Daerah Jempol akan diterjemahkan beberapa cadangan projek berimpak tinggi seperti Negeri Sembilan Food Valley, cadangan projek pusat agropolitan Bandar Seri Jempol, Feldajaya, cadangan Taman Agropenyelidikan MARDI dan lain-lain selain memfokus sektor pertanian koridor Bandar Seri Jempol, Bandar Bahau juga dikenal seba, dikenal pasti sebagai koridor utama bagi Daerah Jempol untuk pembangunan komersial dan perumahan. Koridor ini akan memperkukuhkan hirerki kedua-dua bandar tersebut sebagai pusat separa wilayah dan sebagai pusat agropolis yang disasarkan.
Dalam Kerangka Pembangunan Daerah Jempol, ia merangkumi 5 teras utama iaitu perancangan special ataupun alam sekitar mampan, spetium. Yang kedua, ekonomi budaya ber, berdaya maju. Yang ketiga peningkatan daya huni dan komuniti inklusif. Yang keempat, sistem pengangkutan dan infrastruktur terancang. Dan yang kelima, government, governance seperti mana yang digariskan dalam Deraf Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2030 menerusi perancangan khusus akan memperkukuhkan Daerah Jempol sebagai pusat pertumbuhan agropolis dan warisan kebudayaan yang mampan berdaya maju dan inklusif untuk direalisasikan.
Manakala untuk kawasan Gemas pula, ia akan dibangunkan sebagai pusat katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan seperti selari dengan pembangunan bandar kondusif dan mampan. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, 7 objektif pembangunan telah digariskan iaitu membangunkan Gemas sebagai agropolis. Yang kedua memperkukuhkan Gemas sebagai hab pengangkutan yang cekap dan mampan. Yang ketiga, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur berkesan di Gemas. Yang keempat, menaik taraf sistem lalu lintas dan perhubungan awam di Gemas. Yang kelima, merangka program peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk Gemas. Yang keenam, membe, mereka bentuk imej spatial dan penjenamaan semula Bandar Gemas. Serta yang, yang ketujuh, merangka pembangunan hartanah yang mampu milik di Gemas. Sekian.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Ya, Yang Dipertua. Jadi terima kasih di atas penjelasan Yang Amat Berhormat tadi. Jadi kita lihatkan bahawa bandar sempadan terutamanya di Tampin dan di Gemas, memang amat-amat diperlukan sekalilah. Kerana kita memandangkan Gemas sebagai tenggara Negeri Sembilan dan Selatan Johor, manakala Tampin sempadan dengan Melaka, iaitu Pulau Sebang, telah nampak, negeri-negeri sempadan ni telah mula membangunan. Dan jika kita lihat, kalau kita lambat untuk menggerakkan nanti, ianya akan mencacatkan pembangunan ekonomi kita. Jadi, adakah langkah-langkah seterusnya,
langkah-langkah awal yang perlu diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk kita mewacanakan dan mencernakan dua bandar ini, Tampin dan Gemas, terlebih awal, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri sedia ada pada hari ini telah melakukan beberapa perkara yang utama. Pertamanya kita telah merancang untuk menjadikan Gemas sebagai kawasan pengeluar pertanian ataupun makanan yang utama di, di, di, nega, di negeri ini. Di samping itu juga telah kita telah beberapa perjumpaan untuk menarik pelabur-pelabur utama khususnya dalam sektor pertanian dan makanan.
Dan di samping itu juga, kita juga telah berbincang untuk mena, meni, apa, menambah bilangan kawasan untuk menambah bilangan pelabur datang ke, ke kawasan Gemas ataupun Tampin untuk membuat kilang-kilang baru di kawasan tersebut. Ini bagi merancakkan lagi kawasan tersebut sebagai kawasan pembangunan yang utama pada masa akan datang. Inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Kita terus ke soalan yang lain, daripada Rahang.
Tuan Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan kedua.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, YB ADUN Rahang mengenai kesesakan di simpang bangunan KWSP dan SMK KGV. Kita sedia maklum bahawa kesesakan lalu lintas di simpang bangunan KWSP dan SMK KGV adalah disebabkan kenderaan ibu bapa dan penjaga di SMK KGV yang selalu menunggu anak mereka di tepi jalan untuk mengambil anak pada waktu puncak khususnya waktu tengah hari dan petang.
Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban akan membentangkan masalah ini dalam mesyuarat, telah membentangkan masalah ini dalam Mesyuarat Infrastuktur Dan Keselamatan Lalulintas Peringkat Daerah Seremban dengan menjalan, mencadangkan supaya flexible pole diletakkan di simpang Jalan Dato’ A.S. Dawood sehingga lampu isyarat Jalan Za’aba / Jalan Rasah selari atas garisan berkembar pemisah jalan.
Bahagian Siasatan Dan penguasan, Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban akan membuat pemantauan kesesakan lalu lintas serta menempatkan anggota Point Duty di lokasi simpang Jalan Dato’ A.S Dawood dan Jalan Za’aba pada waktu puncak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat …..
Soalan tambahan …..
Ya.
….. Tuan Yang Dipertua. Soalan tambahan.
Boleh, dibenarkan.
Tuan Yang Dipertua, apakah perancangan berkenaan dengan ni, kesesakan jalan di Bandar Seremban? Apakah perancangan satu lokasi yang juga sentiasa sesak dengan kenderaan iaitu di Jalan Yam Tuan, berhampiran dengan gereja Katolik atau syarikat hayat Great Eastern Life? Jadi, masalah ini telah be, telah ba, telah bangkitkan berpuluh-puluh tahun tapi sampai sekarang masih ada kenderaan yang tidak mengikut undang-undang dan meletak kereta di dua belah. Dan apakah perancangan ni kerajaan, kerajaan baru akan menyelesaikan masalah, masalah ni? Terima kasih.
Kita sedia maklum bahawa Bandar Seremban merupakan tempat, masalah yang utama adalah kita kekurangan parking kereta. Jadi, mengenai 2 tempat tersebut, kita akan kaji dan kita akan maklumkan untuk kita atasi masalah tersebut pada masa akan datang. Inshaa Allah.
Terima kasih Yang Berhormat. Kita masuk ke soalan seterusnya, daripada Lobak.
Terima kasih Tuan Dipertua. Saya kemukakan soalan saya nombor 2 [nombor 1].
Peruntukan untuk sekolah swasta, sehingga kini, sehingga setakat ini, kita tiada peruntukan tetap yang kita disediakan untuk, yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak swasta. Walau bagaimanapun, bantuan akan diberikan melalui Pejabat Menteri Besar berdasarkan permohonan yang diterima tanpa mengambil kira permohonan tersebut dari sekolah swasta ataupun bukan swasta. Kita sentiasa memberikan perhatian terhadap apa, permohonan-permohonan dari pihak sekolah. Jadi, saya rasa tak ada masalah, tahun depan kita tengok keadaan, kalau perlu kita letak dalam bajet. Terima kasih.
Tuan Dipertua, soalan tambahan. Tapi nak mintak ni sekolah agama pun boleh diperhatian, sekolah agama dan 4 lagi sekolah Convent School, Sekolah Convent. Ini satu di Kuala Pilah, satu di Bahau, dan 2 di Seremban iaitu Chan Hwa 1 dan Chan Hwa 2. Terima kasih.
Untuk, itu kita boleh, kita boleh, boleh buat permohonan dan kita akan kaji dan kita akan beri mengikut kemampuan Kerajaan Negeri. Tapi inshaa Allah tahun hadapan kita lihat bagaimana yang sesuai untuk kita bagi bantu semua sekolah agama, semua sekolah persendirian yang pihak swasta untuk kita bantu mereka.
Daripada Senaling.
Tuan Yang Dipertua saya ingin mengemukakan, memilih soalan yang pertama.
Tuan Yang Dipertua, pada tahun 2017 Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri Sembilan adalah, telah berkembang sebanyak 4.9% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia 5.9%. Peningkatan KDNK ini disokong oleh sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 4.9% dan sektor pembuatan 3.1%. Peningkatan dalam sektor perkhidmatan disumbang terutamanya oleh sektor perdagangan borong dan runcit serta telekomunikasi. Manakala untuk sektor pembuatan pula peningkatan dipengaruhi terutamanya dari
subsektor produk petrol, petroleum bertapis. Selain itu, peningkatan sektor pertanian dan pembinaan masing mana, masing-masing sebanyak 8.0% turut mempengaruhi prestasi KDNK seluruh Negeri Sembilan.
Berikut adalah perancangan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri untuk 3 sektor utama yang menyumbang 94.2% kepada KDNK Negeri Sembilan.
Pertama, sektor perkhidmatan. Aktiviti pelancongan adalah antara aktiviti utama dalam sektor perkhidmatan terutamanya dari segi kedatangan pelancong, selain daripada peruncitan, pembankan, logistik dan sebagainya. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan Negeri untuk membangunkan industri pelancongan sebagai teras pembangunan ekonomi Negeri Sembilan sekaligus menjadi memacu utama dalam kemajuan sosioekonomi. Selari dengan hasrat tersebut, langkah proaktif akan diambil bagi memantapkan perancangan dan pelan tindakan sektor pelancoran, pelancongan di Negeri Sembilan. Pelan ini akan dijadikan sebagai asas penyediaan dan pelaksanaan strategi serta tindakan ke arah menjadikan sektor ini sebagai salah satu penyumbang ekonomi yang mampan, berdaya maju, berdaya saing, berkualiti dan mampu berkembang secara berterusan.
Fokus utama perancangan adalah menumpu kepada kekuatan dan kelebihan tarikan pelancongan sedia ada di samping mengunsurkan tarikan baru berpotensi yang berimpak tinggi. Pengurusan yang terancang dan menyeluruh akan dijadikan bagi memastikan pembangunan pelancongan dijadikan secara, dijalankan secara lestari. Pendekatan strategi pemasaran dan promosi akan digarap mampu mengenal pasti segmentasi pasaran sebenar serta mewujudkan identiti pelancongan secara lebih berkesan.
Selain daripada pantai Port Dickson yang menjadi tarikan utama pelancong ke Negeri Sembilan, terdapat juga kepelbagaian aset pelancong di Negeri Sembilan seperti pelancongan semulajadi (eko pelancongan) yang menarik dan keunikan budaya adat perpatih yang berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan. Usaha akan terus dipergiatkan bagi memaksimumkan potensi dan kelebihan produk-produk eko pelancongan. Pembangunan projek eko pelancongan ini dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada komuniti setempat seperti perusahaan perniagaan chalet, dan produk makanan tradisional, projek pertanian, perubatan berasaskan herba atau sebagai pemandu pelancong dan pegawai hutan, pengawal hutan.
Antara produk eko pelancongan sedia ada di Negeri Sembilan yang dijangka mampu menarik minat pelancong adalah seperti Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, Hutan Edu-Eco Sungai Menyala dan, di Daerah Port Dickson, Gunung Angsi di Daerah Kuala Pilah, Gunung Datuk Rembau dan tarikan Taman Eko Rimba yang unik serta mempunyai kehijauan alam yang masih terpelihara.
Negeri Sembilan sememangnya dikenali dengan adat Perpatih, satu sistem unik berhubung undang-undang adat dan kekeluargaan hinggakan penduduk asal negeri ini memiliki identiti sendiri. Keunikan adat perpatih ini boleh menjadi salah satu tarikan kepada industri pelancongan menerusi penyertaan seni dan budaya tersebut. Oleh itu, bagi memaksimumkan potensi produk pelancongan budaya dan warisan, pendekatan inisiatif dalam penganjuran pelbagai aktiviti kesenian dan adat melalui kerjasama masyarakat setempat akan terus dipergiatkan. Pendekatan ini bukan sahaja mempopularkan pengamal Adat Perpatih Negeri Sembilan, malahan memperkenalkan keunikan Adat Perpatih kepada orang ramai khususnya generasi muda bagi memastikan keunikan Adat Perpatih terus diamalkan dan diwarisi kekal berzaman.
Pihak industry player juga akan disarankan untuk bersama-sama terlibat secara aktif dalam usaha memaju dan memperkenalkan produk-produk pelancongan di Negeri Sembilan. Usaha-usaha bagi memperkasakan industri pelancongan juga mengambil kira keperluan semua pihak dalam menyediakan prasarana yang mencukupi, lengkap, selesa dan selamat serta penawaran perkhidmatan yang berkualiti. Pelaksanaan pendekatan ini dengan momentum galakan dan pe, pemajuan yang berteras, berterusan ia akan mencapai visi Menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong di peringkat nasional dan antarabangsa serta menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negeri.
Bagi Sektor Pembuatan. Di bawah sektor pembuatan, pembangunan dalam kawasan MVV 2.0 akan menumpukan kepada kluster ekonomi baharu yang berteraskan teknologi bersih sekaligus menjamin kelestarian dan kesejahteraan hidup penduduk, alam sekitar. Untuk itu bagi menarik pelaburan baru khususnya pelaburan asing, Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan menjalinkan hubungan baik dengan pihak kedutaan luar negara di Malaysia, usahasama dengan MIDA, MITI dan MATRADE dan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang lain. Saya tidak, secara tidak langsung mampu memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada anak-anak Negeri Sembilan.
Di samping memastikan jaringan jalan raya yang efisyen dan holistik bagi kelancaran operasi logistik, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian kepada kemudahan infrastruktur di setiap kawasan perindustrian dinaik taraf dan diselia dengan baik agar selaras dengan keperluan operasi syarikat yang berteknologi tinggi.
Kerajaan juga telah bersetuju untuk menubuhkan satu Perbadanan Invest NS yang memainkan peranan penting dalam memupuk dan memperkukuhkan kerajaan, kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta secara telus dan berintegriti dalam merancang, merangsang ekonomi Negeri.
Bagi sektor pertanian. Sektor pertanian merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada kepada KDNK negeri. Sektor ini kekal penting dalam meningkatkan jaminan sekuriti makanan serta mencorak aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar. Selain daripada getah, kelapa sawit yang menyumbang hampir 70% kepada KDNK sektor pertanian, aktiviti ternakan terutamanya ternakan ayam, itik turut menyumbang sebanyak 14.1% diikuti oleh buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 12.7%.
Strategi dan inisiatif terus dipertingkatkan bagi menambah hasil pengeluaran yang secara tidak langsung akan membantu membangunkan tanah-tanah terbiar di samping meningkatkan pendapatan pengusaha ter, terutamanya penduduk di luar bandar. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mena, menitikberatkan aspek penghasilan bahan makanan yang berkualiti dan mempunyai impak tinggi yang mana ianya merupakan antara elemen penting dalam menjamin peningkatan pendapatan kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Bagi mencapai hasrat itu, melalui pelan perancangan Struktur Negeri, Daerah Rembau, Tampin, Kuala Pilah dan Jempol akan dibangunkan sebagai Wilayah Agropolis sementara Jelebu pula sebagai Zon Biodiversiti. Tanah-tanah tersebut, tanah-tanah terbiar dan insentif yang menarik akan turut dibangunkan agar lebih ramai anak muda dapat menyertai sektor pertanian. Sekian.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya teruskan kepada soalan Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk makluman yang, Yang Berhormat Seremban Jaya, pihak Majlis boleh mengambil langkah bagi memberhentikan ataupun memusnahkan dan menghapuskan segala kacau ganggu daripada premis awam atau persendirian dalam kawasan Majlis dan boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu serta boleh mendapatkan ganti rugi bagi menghapuskan kacau ganggu tersebut yang dinyatakan di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976. Sehingga kini, PBT mengambil tindakan bagi mengatasi masalah kacau ganggu berdasarkan klausa yang dinyatakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan, Parit Dan Bangunan tahun 1974. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Berapa lama proses mengenal pasti pemilik oleh PBT diambil bagi menyelesaikan masalah kacau ganggu kepada pihak awam?
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Saya rasa ni apa, rumah terbiar ataupun kacau ganggu yang disebabkan oleh rumah terbiar ini, ia memang merupakan masalah yang dihadapi oleh kita semua. Sebenarnya untuk PBT, kita memang mengambil masa untuk memberi notis. Dan selepas notis diberi, kita juga perlu mengambil, kita perlu kenal pasti siapakah ni apa, owner kepada premis tersebut. Itu memang mengambil masa. Cuma bagi pihak Kerajaan Negeri, kalau, saya berharap untuk ahli-ahli Yang Berhormat, ahli Dewan yang menghadapi masalah yang sebegini, saya harap info tersebut boleh dihantar kepada semua PBT termasuk CC satu copy kepada saya supaya kita sama-sama untuk selesaikan masalah ini. Kerana, kerana ia, ya, Yang Berhormat? PBT CC kepada saya, dan saya cukup yakin PBT, pegawai-pegawai kita memang mempunyai kemampuan untuk selesaikan masalah ini.
Ini masalah bersama dan saya rasa perlu kita selesaikan bersama juga. Kerana, ni apa, kacau ganggu daripada rumah terbiar ini, dia memang agak, agak sukar kerana kalau kita nak masuk pulak, kita pun tak tahu seiapa owner kepada premis tersebut. Kalau tindakan sudah diambil mungkin owner kepada premis tersebut, dia akan melakukan sesuatu kepada pihak PBT yang telah pun membersihkan ataupun mengambil tindakan terhadap kawasan yang tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau.
Dato’ Dipertua, boleh saya mintak penjelasan jugak daripada ADUN Bahau berkenaan dengan usaha yang telah dilakukan selama ini oleh pihak PBT, tetapi mendapat tentangan daripada pihak-pihak yang, yang memihak kepada tuan rumah. Seperti mengadakan, menjadikan rumah, premis masing-masing sebagai tempat keagamaan, memelihara binatang peliharaan yang begitu banyak di rumah masing-masing. Bila PBT-PBT mengambil tindakan, tetapi ia mendapat sokongan, dululah, daripada pihak Pakatan Harapan ya.
Jadi, saya harap supaya apa yang disebut oleh ADUN Bahau tadi, supaya pihak PBT menjalankan tugas dan saya harap supaya ianya dapat dijalankan dengan secara tidak ada siapa-siapa yang membelanyalah ya. Kerana banyak rumah-rumah persendirian yang dibina tempat beribadat ya, menjadikan tempat itu kadang-kadang memelihara binatang peliharaan yang begitu banyak, seperti contohnya di Rasah Jaya dulu kan, berbagai-bagai lagi.
Jadi kita harap supaya peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kerajaan, peranan yang dimainkan oleh penjawat awam dapat disokong dan kami pihak di sini, daripada pihak pembangkang akan menyokong apa saja usaha yang dilakukan untuk kita pastikan supaya kacau ganggu di tempat kediaman ini dapat diurus dan dapat ditangani dengan baik. Dan kita mahu pastikan supaya kesejahteraan dan keharmonian kawasan tempat tinggal ini akan terus terbela dan akan menjadi tempat kediaman yang harmoni.
Terima kasih …..
Tuan.
….. terima kasih Yang Berhormat Rantau yang begitu prihatin dengan isu kacau ganggu. Dan sebenarnya soalan asal Yang Berhormat Seremban Jaya, dia menyatakan apa ni, rumah, rumah terbiar, kacau ganggu yang disebabkan oleh rumah terbiar. Bagaimanapun, saya akan cuba menjawab Yang Berhormat Rantau.
Jadi untuk apa yang di, telah pun di, ditimbul, soalan yang telah, soalan tambahan atau pandangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Rantau itu, bagi pihak Kerajaan Negeri kita akan memantau dari masa ke semasa dan kalau benar berlakunya kacau ganggu yang agak, agak serius, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kerana pada masa yang sama, kita juga perlu memastikan apa ni,
perpaduan di kalangan rakyat, di kalangan rakyat di kawasan tertentu itu terjamin. Saya rasa yang paling penting consensus ataupun muafakat di peringkat apa ni, masyarakat kita perlu ada. Itu, saya, saya rasa paling penting. Dan persafahaman itu dia akan menjamin kesejahteraan semua. Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, cadangan. DUN Lobak ni mencadangkan kerana kawasan DUN Lobak pun banyak ada rumah terbiar. Saya bercadangkan kerajaan baru ni mengkaji supaya yang kosong itu menaik cukai pintu atau menaik cukai tanah. Kerana dia biar, dia orang kaya. Orang miskin dia akan dapat duduk. Dia ni sampai rumah akan terbiarkan. Saya cadangkan mengkaji dan menaik cukai pintu, cukai tanah. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada, bukan soalan tambahan, cadangan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Jadi saya juga ingin mengambil kesempatan ini, dalam Dewan yang mulia ini, menyeru kepada orang ramai ya, kalau anda mempunyai premis yang telah pun terbengkalai, terbiar, silalah bersihkan premis tersebut. Jangan ganggu jiran anda, sayangi jiran anda. Dan kalau ini apa, pengu, ni apa, owner premis ni dia masih lagi enggan mendengar nasihat daipada pihak kerajaan, pihak Kerajaan Negeri kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang telah pun men, menyebabkan isu kebersihan ataupun pencemaran terhadap jiran mereka. Terima kasih.
Yang Berhormat Bahau. Saya terus pergi ke soalan Yang Berhormat Linggi. Oh ya, mintak maaf, terus kepada Seri Menanti ya [YB ADUN Linggi tiada dalam Galeri Persidangan].
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Seri Menanti ni dapek melompek je, Tuan Yang Dipertua kan.
Ya?
Dapek melompek je kan.
Dapek?
Seri Menanti. Dia melompeklah, terus ke Seri Menanti.
Cakap kuek sikit, tak dengar. Dapek apo?
Melompek je, terus Seri Menanti, copek sikit Seri Menanti dapek. Terima kasih Tuan Dipertua. Memang saya boto Tuan Yang Dipertua kek Seri Menanti ni ya. Kalau datang Seri Menanti tu, boleh saya carikan …..
Yelah, istana, kena utamakanlah.
Tuan Yang Dipertua, soalan nombor 2 Tuan Yang Dipertua. Dan di samping itu Tuan Yang Dipertua, saya nak betulkan sikitlah ayat soalan itu, dia bukan perkhidmatan UniFi Broadband, jadi tukar kepada liputan internet ataupun streaming. 2.1 tu. Terima kasih Tuan Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, penggunaan internet dan UniFi ya. Perkhidmatan jalur lebar tetap disediakan oleh mana-mana pihak Pemberi Perkhidmatan mengambil prinsip kelajuan terbaik atau best effort. Penyediaan perkhidmatan jalur lebar kepada para pelanggan adalah bergantung kepada ujian kelajuan yang dilaksanakan semasa proses pemasangan di premis pelanggan oleh pihak Telekom Malaysia Berhad (TM).
Terdapat beberapa sebab kenapa berlakunya tahap kelajuan berbeza daripada apa yang ditawarkan dalam perkhidmatan. Di antara sebab yang menyebabkan kualiti perkhidmatan yang diterima kurang daripada apa yang ditawarkan adalah kerana kedudukan jarak kabel dari ibusawat terdekat ke premis pelanggan. Di samping itu, penggunaan peranti ataupun peralatan yang digunakan dan juga pendawaian dalaman yang tidak mengikut spesifikasi turut menyumbang kepada penurunan kualiti perkhidmatan.
Sehubungan dengan itu, para pelanggan TM adalah disarankan untuk membuat laporan sekiranya terdapat sebarang gangguan perkhidmatan bagi mendapat bantuan daripada pihak teknikal TM serta untuk memastikan pengalaman penggunaan yang terbaik.
Pihak MCMC sentiasa mempastikan pihak Telcos memperbaiki liputan komunikasi selular dan pada masa yang sama perlu mematuhi Standard Mandatori Quality of Service yang telah ditetapkan. Laporan Drive-Test juga dibuat MCMC ter, yang berkala dan laporan akan dihantar kepada Telcos melalui Mesyuarat Kawalselia Industri untuk penambahbaikan liputan.
Pihak MCMC boleh mengenakan kompaun atau saman kepada pihak Telcos di atas kegagalan mematuhi Standard Mandatori yang telah ditetapkan sebagai salah satu usaha penguatkuasaan dan langkah-langkah memperbaiki liputan selular. Pada tahun 2015, MCMC telah menyemak semua Standard Mandatori untuk Perkhidmatan Selular Awam dan Perkhidmatan Capaian Jalur Lebar. Tujuan penyampaian, penyemakan semula Standard Mandatori tersebut adalah untuk memastikan hak para pengguna terpelihara dan kekal relevan dengan perkembangan teknologi pesat.
Pendekatan yang diambil untuk pematuhan ke atas Standard Mandatori. Tindakan penguatkuasaan bagi ketidakpatuhan kepada Standard Mandatori – Bagi sebarang ketidakpatuhan kepada Standard Mandatori, MCMC akan membuka Kertas Siasatan ataupun IP ke atas pemberi perkhidmatan yang terlibat. Bagi tahun 2015, MCMC telah mengenakan kompaun sebanyak 30,000.00 ke atas Pemberi Perkhidmatan yang tidak mematuhi Standard Mandatori.
Tindakan pentadbiran. Pendekatan lain turut diambil oleh MCMC ialah dengan mengeluarkan notis ketidakpatuhan ke atas kesalahan yang melanggar peruntukan di bawah Standard Mandatori Seksyen 105(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bagi tahun 2015, MCMC telah mengeluarkan 6 notis ketidakpatuhan kepada Pembekal Perkhidmatan didapati tidak mematuhi, tidak mema, tidak, pembekalan yang didapati tidak mematuhi Standard yang dikeluarkan.
Soalan ini juga, bagi menjawab soalan YB ADUN Bagan Pinang yang berja, bertajuk Perkhidmatan WiFi Di Perkampungan. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program khusus untuk perkhidmatan WiFi di kawasan perkampungan bermula daripada tahun, Jun 2018. Program tersebut dikenali sebagai NSWiFi Desa Cemerlang di mana perkhidmatan WiFi tersebut diberikan secara terus kepada kampung-kampung yang terpilih yang telah memenangi pertandingan Anugerah Desa Cemerlang pada tahun-tahun sebelum. Perkhidmatan WiFi tersebut disediakan sama ada di balai raya kampung berkenaan ataupun sekitar kawasan masjid, surau kampung tersebut. Program ini berlangsung selama 3 tahun bermula tahun 2017 hingga tahun 2020.
Terdapat 12 buah kampung yang terlibat di dalam Program NSWiFi Desa Cemerlang antaranya Kampung Gunung Pasir, Kampung Kundur Hulu, Rembau, Kampung Gedang, Kuala Pilah, Kampung Pelegong, Seremban, Kampung Gebok, Seremban, Kampung Bukit Laka, Kampung Sungai Dua Besar, Kuala Pilah, Kampung Jeram Panjang, Jempol, Kampung Telok Pelanduk, Kuala Pilah, Kampung Sungai Jerneh, Tampin, Kampung Malan, Kuala Pilah, Kampung Sega Hulu, Seremban. Sekian.
Terima kasih …..
Tuan Yang Dipertua, tambahan.
Soalan tambahan.
Ya. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya setuju dengan apa yang disampaikan, apa yang dijawab tadi. Cuma apabila sebut tindakan kepada Telco ni, Tuan Yang Dipertua ya, kalau, saya tak tahulah tempat lain, tapi lalu saja, masuk saja di apa tu, di kawasan saya atau ke arah ke Kuala Pilah kita tengok liputan tu tak sampai. Kalau tulis tu 4G tu kan, kadang-kadang kita nak access internet pun dapat kan. Jadi, soalan dia, berapa kalikah Telco mengambil tindakan, berapa kalikah suruhanjaya, SKMM ni mengambil tindakan kepada telco-telco ni? Yang saya rasa mereka langsung tak peduli ya, tentang coverage ataupun liputan yang, yang, yang kurang kualiti ni ya, di tempat-tempat terutama luar bandar. Kita nakkan ya, di, kemudahan di luar bandar tadi sama dengan di bandar. Tetapi apa berlaku sebaliknya. Sebab tu, persoalan saya, berapa kalikah SKMM, SKMM mengambil tindakan kepada telco-telco ni? Terima kasih.
Terima kasih apa, soalan tambahan daripada YB ADUN Seri Menanti. Isu liputan internet mudah alih yang dibangkitkan oleh YB, memang berlaku di seluruh negeri, hampir seluruh Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh kualiti liputan yang tidak memuaskan. Ini adalah berpunca dari kegagalan Syarikat Rangkaian Minang (Negeri Sembilan) Sendirian Berhad yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri terdahulu sebagai Agensi Hentian Setempat (OSC) Telekomunikasi di Negeri Sembilan yang telah ditandatangi pada 2005. Jadi, mereka tak dapat siapkan apa, banyak infra kepada kawasan-
kawasan khususnya di luar bandar. Jadi ini telah menyebabkan kawasan ini tidak mendapat liputan yang memuaskan.
Soalan tambahan, soalan tambahan.
Tuan Pengerusi, pencelahan, pencelahan. Maksud saya tadi bukan dia tak ada liputan. Liputan ada. Kan saya sebut tadi 4G kan, ada. Tetapi tak mencapai tahap. Makna tak, kualiti dia sudah tak dapat menikmati kualiti sepenuhnya seperti kita di Seremban. Kalau Seremban 4G, kita menerima kualiti sepenuhnya, tapi di Terachi ke, atau Tanjung Ipoh, ataupun Seri Menanti, kita tak dapat kualiti sepenuhnya. Itu maksud saya, soalan saya tadi. Jadi sebab tu saya nak tanya, berapa kalikah, adakah SKMM ambil tindakan kepada perkara-perkara ini, kepada telco-telco yang tak bertanggungjawab ini. Itu soalan saya, terima kasih Tuan Pengerusi, Tuan, Tuan Speaker.
Tuan Yang Dipertua, saya soalan, mencelah. Sikit saja saya menambah yang apa yang dikatakan oleh YB Seri menanti tadi. Tambah sikit je. Sebenarnya saya dimaklumkan, Tuan Dipertua, bahawa kapasiti telco, maksudnya pemancar-pemancar yang ada di luar bandar ini, makna kata oleh rakan saya ADUN Seri Menanti tadi. Memang liputan line tu banyak, penuh, 4 bar kan, 4G, tetapi saya dimaklumkan oleh syarikat-syarikat telco ni bahawa kapasiti di luar bandar ini terlalu sedikit. Contoh macam 3Gig ke, 4Gig, terlalu sedikit. Jadi bila sa, berlakunya penggunaan yang banyak seperti musim perayaan dan sebagainya, 4G tu ada, tapi loading je lah kan, asyik-asyik loading saja.
Jadi, saya mencadangkan bahawa seperti mana dikata oleh rakan saya tadi, kita menyeru kepada pihak SKMM di samping melihat liputan, tetapi jugak melihat kapasiti tu ditambah ke satu kadar yang lebih sesuai dalam keadaan kawasan-kawasan ketika berlakunya musim perayaan dan jugak peraya, apa ni, acara-acara di kawasan. Lebih lagi di kawasan saya di Johol jugak sama, kalau di kawasan Balai Undang itu ada function, maka orang di kawasan saya itu akan dapat 4G tapi tidak boleh, nak access gambar pun tak boleh.
Okay, terima kasih kepada ADUN Johol. Sebenarnya masalah yang berlaku kepada telco adalah masalah infra, bukannya masalah 4G, kerana mereka kekurangan infra, mereka kekurangan apa, infra yang sepatutnya diadakan di kawasan-kawasan
luar bandar. Jadi, oleh kerana kekurangan ini, mereka, liputan itu terlalu jauh. Jadi itu yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat liputan yang baik. Jadi, kita cuba atasi pada masa akan datang. Dan inshaa Allah kita juga akan berhubung dengan pihak MCMC untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku pada masa akan datang. Terima kasih.
Jawapan tambahan pengerusi, ini, Yang Dipertua. Kalau boleh, mana-mana syarikat yang besar yang nak control pembangunan di Negeri Sembilan perlu dikawal. Dan kalau mereka tidak perform, kita kena ambil tindakan. Kalau dibiarkan, kita mengadakan perjanjian dengan satu syarikat yang nak conquer satu Negeri Sembilan. Dan dia tidak mampu. Untuk itu saya mencadangkan mana-mana kontrak yang melibatkan apa ni, kebajikan kepada rakyat perlu difikirkan. Dan kalau tidak perform, kita kena batalkan. Beri peluang ni dalam perniagaan. Dan perniagaan, mana syarikat memberi perform kita naikkan, yang mana tidak perform kita hentikan. Jadi, ini yang saya rasa ada kaitannya dengan rangkaian ataupun perjanjian dengan syarikat berkaitan ini, tapi tidak mampu untuk buat kerja yang sepatutnya mereka lakukan ya. Itu yang pertama.
Yang kedua kebetulan Timbalan Menteri kita ada di Negeri Sembilan. Jadi kita kena hubung, buat perhubungan dengan baik. Dan di Pilah dah ada 4 ya, berbanding dengan daerah lain, tapi masih jugak tak dapat. Jadi maknanya kalau boleh nanti, tempat-tempat lain jugak rasanya kalau 1, dah tentu tak dapat, tak dapat cover yang baik sebab 4 di Kuala Pilah pun tak dapat, tempat lain lagilah tak baik. Jadi saya mencadangkan, sebagai Kerajaan Pakatan Harapan yang baru, kita ambil, kita kaji balik perjajian-perjanjian yang menyebabkan gangguan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labu, Yang Amat Berhormat. Saya terus kepada soalan daripada Temiang.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan nombor 2.
Tuan Yang Dipertua, soalan YB ADUN Temiang mengenai pengurusan Cypark Resources Berhad. Kerajaan Negeri telah mengu, membuat kutipan tahunan daripada pengusaha Cypark Resources Berhad pada tahun 2011 hingga 2017 berjumlah
2,081,430.00 ringgit. Tempoh pajakan tanah bagi lot 7134 adalah 21 tahun iaitu sehingga tahun 2032 seluas 68 ekar. Tempoh pajakan tanah bagi lot 4342, lot 4343, lot 4352 dan Plot B adalah 23 tahun iaitu sehingga tahun 2038 dan mempunyai keluasan 14.5 ekar.
Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Soalan tambahan saya adalah, ada, adakah Kerajaan Negeri mencadang untuk membuka lebih banyak lagi kepada pengusaha-pengusaha yang lain yang juga menjalankan aktiviti yang sama supaya syarikat ini tidak memonopoli perniagaan ini di Negeri Sembilan?
Kerajaan sedia, untuk soalan tambahan ADUN Temiang, Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, kita Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan sangat mesra kepada pelabur dan kita sentiasa membuka pintu untuk diadakan perbincangan. Cuma yang pa, yang paling penting adalah kesesuaian tapak untuk dijadikan tapak pembinaan syarikat tersebut pada masa akan datang. Itu saja.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Kita pergi ke soalan seterusnya, daripada Bagan Pinang.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Ya.
Saya kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Silakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan perkhidmatan bas Port Dickson – Air Kuning.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, soalan YB ADUN Bagan Pinang mengenai perkhidmatan bas Port Dickson – Air Kuning. Perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam di sesuatu laluan akan dilaksanakan berdasarkan keperluan dan kesesuaian.
Kita sedia maklum bahawa kawasan ini merupakan satu kawasan laluan yang melibatkan juga pelancongan. Dan pelan, kita telah dimaklumkan bahawa untuk kawasan ini, telah terhenti laluan tersebut. Tetapi jika ada permohonan dan, dia dihentikan disebabkan kekurangan sambutan daripada penduduk setempat. Dan, tapi jika ada permohonan dan permintaan yang tinggi kita akan kaji semula permintaan tersebut.
Mintak saya penjelasan, kerana Yang Berhormat Sikamat, kita, setahu kita, saya bahawa perkhidmatan bas yang diadakan ini adalah merupakan perkhidmatan yang disubsidikan oleh kerajaan. Jadi kita mesti bertegas. Pihak kerajaan mesti bertegas supaya pihak syarikat kenderaan ataupun bas ini tidak sewenang-wenangnya memberhentikan perkhidmatan yang telah pun mereka setuju dulu untuk diberikan kepada penduduk setempat, kerana ianya dibantu oleh kerajaan. Dan memang kita tahu ada tempat-tempat, lorong-lorong ataupun jalan-jalan yang telah pun dipersetujui itu memang tidak akan mendatang keuntungan. Soal mereka untung ataupun rugi itu telah pun kita kaji bersama, dan telah pun dipersetujui.
Makanya adalah kewajipan pihak kerajaan memastikan supaya laluan bas yang sedia ada ini tidak diberhentikan sewenang-wenangnya ya. Mereka tidak boleh memilih laluan yang mereka dapat untung saja. Kerana soal untung rugi di sini telah pun diambil kira, dan itu sebabnya adanya elemen subsidi yang diberi oleh pihak kerajaan kepada syarikat bas ini. Jadi saya mintak supaya pihak kerajaan supaya bertegas dan tidak, kita memberikan apa jua kemudahan ataupun keselesaan kepada pihak syarikat sewenang-wenang untuk mereka tidak lagi mengadakan laluan di laluan-laluan yang telah pun dipersetujui sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Kita sedia maklum bahawa perkhidmatan ini telah diberhentikan sejak 2, tahun 2009 ya, oleh pihak CityLiner. Jarak laluan adalah 58 kilometer, bilangan trip 6 kali, anggaran kos 3.44 sen / kilometer. Dan anggaran kos tahunan adalah 436,948.00. Dan kita sedia maklum bahawa menteri yang merupakan ADUN Chennah telah ber, telah menyatakan bahawa ada laluan yang memerlukan perhatian beliau, kita akan maklum dan inshaa Allah kita akan sampaikan perhatian ini kepada Yang Berhormat Menteri ataupun ADUN Chennah. Terima kasih.
Boleh saya tambah sedikit permintaan saya di kawasan saya. Di DUN Jeram padang ini, kawasan felda, semua perkhidmatan bas awam itu telah diberhentikan selepas PRU 14 itu, sebelum itu ada, selepas itu tiba-tiba diberhentikan. Dari kawasan Palong melalui Rompin ke Bahau sudah diberhentikan, daripada Serting Hilir, Ladang Geddes sampai melalui Bandar Baru Serting, Mahsan dan Bahau telah diberhentikan. 4, 4 laluan telah diberhentikan. Dan ramai yang maklumkan bahawa mereka memang kecewa kerana kita tak boleh harapkan kenderaan persendirian itu digunakan pada setiap hari. Ada kadang-kadang anak-anak mereka ini bekerja di luar, ibu bapa atau datuk nenek nak datang ke Bahau itu pun tak boleh. Adik, apa ni, para remaja nak datang pada hujung minggu ke Bahau pun tak boleh.
Jadi, saya berharap satu tindakan yang, yang tegas seperti mana yang Berhormat Rantau kata tadi, berilah laluan. Ini adalah kesejahteraan rakyat. Mereka ni miskin, kita tak boleh harapkan mereka setiap orang di dalam satu keluarga tu mempunyai kereta. Jadi kawasan felda ini memang memerlukan perkhidmatan awam ini. Saya berharap kerajaan sekarang ini janganlah putuskan ataupun berhentikan laluan itu kerana laluan itu, walaupun tak menguntungkan, di mana perginya CSR. Dia memang ada tanggungjawabnya, kalau boleh kerajaan itu seperti mana Yang Berhormat Rantau kata hari itu, memang mengambil alih kerajaan ini dengan wang tunai. Gunakanlah wang tunai tersebut sebagai subsidi, berikan kesejahteraan kepada rakyat di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Inshaa Allah, 4 laluan tersebut akan kita kaji semula dan saya sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri.
Terima Yang Amat Berhormat. Kita terus ke soalan Pertang.
Yang Berhormat Tuan Dipertua, soalan nombor 3.
Soalan nombor 2 ya?
3.
3.
Tuan Yang Dipertua, soalan ke, ketiga Yang Berhormat ADUN Pertang, Kerajaan Negeri telah melantik seramai 16 Pegawai Penyelaras secara kontrak untuk 2 tahun bermula daripada 6 Julai 2018 sehingga 31 Disember 2020 dengan bayaran elaun berjumlah 3,000.00 ringgit sebulan.
Fungsi dan peranan Pegawai Penyelaras adalah seperti berikut: bertanggungjawab untuk mendukung hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan kepada masyarakat di kawasan DUN. Bertanggungjawab menjadi penghubung di antara masyarakat di kawasan DUN dengan kerajaan dan badan-badan bukan NGO. Menerima aduan-aduan daripada masyarakat di kawasan DUN dan melaporkan kepada agensi kerajaan dalam hal-hal seperti bencana alam, isu dan permasalahan masyarakat di kawasan DUN yang tidak dapat diselesaikan. Menyalurkan sebarang permasalaan ataupun keperluan masyarakat di kawasan DUN kepada agensi kerajaan. Bertanggungjawab ke atas peruntukan-peruntukan yang disediakan kepada Pegawai Penyelaras. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi pusat khidmat itu sendiri.
Soalan tambahan Yang Dipertua. Di DUN Pertang, segelintir masyarakat ada mewar-warkanlah bahawa penyelaras DUN ni ada dibekalkan dengan sejumlah peruntukan untuk penyelaras DUN ni. Kalau ada, apakah penyelaras DUN ni boleh me, me, me, meluluskan peruntukan-peruntukan untuk di DUN, di, di DUN di mana penyelaras DUN ni menjadi penyelaras?
Di setiap DUN ada peruntukan masing-masing, daripada dulu pun ada. Cuma sekali ni, kita menyatakan pada penyelaras DUN boleh mencadangkan, untuk mencadangkan peruntukan dan akan dibawa Pejabat Menteri Besar, dan kita akan, akan melihat sama ada peruntukan yang ingin di, ataupun kerja-kerja tersebut sesuai ataupun tidak. Terima kasih.
Tambahan Tuan Yang Dipertua, adakah, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk, adakah jumlah-jumlah tertentu diperuntukkan untuk penyelaras DUN ni? Terima kasih.
Dia, kita telah memberikan peruntukan, kalau tahun hadapan kita menyediakan lebih kurang 400,000.00 kepada penyelaras DUN untuk mereka membuat kerja-kerja kecil dan yang ini yang kita akan sediakan. Buat tahun ni, tahun ni, untuk tahun depan 400,000.00. Itu saja.
Terima kepada Yang Amat Berhormat. Kita terus pergi ke …..
Tuan Yang Dipertua.
….. soalan seterusnya.
Tuan Yang Dipertua, saya nak celah sedikit. Di DUN saya ni ada 2 rumah terbakar hangus, minggu lepas. Saya dimaklumkan oleh mangsa kebakaran itu, mereka ada hubungi penyelaras yang ditetapkan itu. Tetapi sampai saya balik dari India, selepas 9 hari, tak ada pun lawatan ke sana. Saya dah buat permohonan, kerana dalam peruntukan P56 DUN Jeram Padang itu masih saya tinggalkan baki lebih kurang 100,000.00 lebih. Jadi apa salahnya duit-duit itu disalurkan, macam mangsa kebakaran yang dah hilang segala-galanya. Tak ada sela, yang dapat diselamatkan. Jadi saya berharaplah pihak kerajaan in, dalam masa kecemasan ini, tanpa masa yang terbazir ini, bantulah mereka dengan bantuan kecemasan. Sekian terima kasih.
Memang kita telah melihat beberapa rumah untuk kita perbaiki dan contohnya di Kampung Sawah kita telah baiki rumah. Dan beberapa rumah lagi sedang kita lihat kos-kos pembinaan tersebut. Dan inshaa Allah, di kawasan Jeram Padang kita akan perbaiki, tak ada masalah.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Masa kita mencemburui kita nampaknya. Kita akan tamat 11:30 ya. Jadi saya pergi, mungkin kita dapat 2 soalan kot. Kita akan pergi seterusnya kepada Chembong ya.
Ya, Tuan Dipertua, sebab masa mencemburui ni, saya berhati baik hari ni Tuan Dipertua. Saya tarik semua soalan lisan saya, saya mohon dijawab secara bertulislah Yang Dipertua ya. Lagipun saya nampak soalan saya hari ini tak ada yang senang. Terima kasih banyak.
Okay, terima kasih Chembong kerana baik hati pagi ni. Dia memudahkan Yang Dipertua menamatkan 11:30 ya. Saya nak beri peluang kepada Sungai Lui.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Ya, Veera, silakan.
Terima kasih YB ADUN Sungai Lui. Tuan Yang Dipertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan mengawal selia barangan kawalan sepanjang tahun melalui undang-undang iaitu barang-barang di bawah kawalan adalah gula pasir putih bertapis, gas petroleum cecair, minyak petron, RON 95, minyak diesel, tepung gandum dan minyak masak.
Walau bagaimanapun, tanggungjawab bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa berada di pasaran bukanlah di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semata-mata tetapi terdapat juga agensi lain seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan juga agensi dibawah kawal seliaannya, dan yang keduanya, Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi, yang ketiga adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang bertanggung jawab atas edaran barangan keperluan. Tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna adalah lebih tertumpu kepada memastikan tidak berlaku pencatutan kepada harga barangan keperluan di pasaran tempatan.
Untuk makluman Tuan Yang Dipertua, tindakan kawalan harga maksimum melalui pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada musim-musim perayaan utama adalah sebagai kaedah untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan di musim perayaan. Semasa skim ini dijalankan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga sama ada di peringkat ladang, borong dan
runcit. Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan oleh kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga kawal, terkawal bagi membezakan barangan dengan barangan lain.
Kerajaan juga menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah dan sentiasa menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di premis perniagaan seperti pasar awam, kompleks membeli-belah dan pasar raya. Ini adalah satu tindakan yang berterusan dalam usaha melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika terutamanya semasa musim perayaan.
Selain itu, Pegawai Pemantau Harga di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah juga menjalankan pemantauan harga barangan secara berterusan untuk memastikan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga memperkenalkan program Friends Of KPDNHEP dan Skuad Pengguna untuk membantu kementerian dengan memantau dan memberi maklum balas atau aduan sepanjang pelaksanaan skim ini.
Sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan pada tahun 2018, sebanyak 2,067 kes, premises perniagaan telah diperiksa di seluruh negeri, Negeri Sembilan. Dan sebanyak 22 kes berjaya dihasilkan melalui pemeriksaan tersebut di mana 19 kes adalah gagal menggunakan tanda harga merah jambu dan 3 kes menjual dengan melebihi harga maksimum. Dari jumlah kes yang dihasilkan, 9,850.00 ringgit kompaun telah diterima dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah 936.90 sen. Sekian.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Daripada pengamatan Yang Berhormat Repah, adakah barang-barang keperluan sama ada perayaan ataupun yang lain-lain selepas GST dihapuskan, SST di, dibuat, adakah barangan ni turun ataupun tidak?
Terima kasih ADUN Gemencheh. Bagi soalan tersebut, daripada apa yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kementerian pendi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, kementerian mendapati bahawa pada musim-musim tertentu terdapat promosi harga barangan yang menyebabkan bahawa
harga semasa GST dikenakan memang harga tersebut adalah harga mengikut yang tinggi, tetapi selepas GST dihapuskan harga barangan masih di tahap yang sama disebabkan oleh tiada promosi pada masa tersebut. Itu sebabnya tiada perubahan pada masa tersebut.
Dan walau bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa harga barangan terkawal, dan bukannya semua barangan di bawah kawalan. Ini ada beberapa barangan yang di bawah kawalan tersebut adalah, pertamanya adalah gula, tepung gandum, minyak masak, baja kimia, minyak tanah, petrol speed motor dari semua gred, bahan api diesel, bar bulat keluli lembut, simen, gas petroleum cecair, roti dan ayam. Manakala barangan ber, kawalan bersubsidi adalah gula putih bertapis kasar, tepung gandum pelbagai guna 1kg, minyak masak 1 peket 1kg, petroleum RON 95 dan bahan api diesel di stesen minyak sahaja, dan gas petroleum cecair (LPG) domestik. Ini adalah barang-barang di bawah kawalan. Jadi, apa-apa kenaikan harga yang melibatkan barang-barang ke, kawalan ini akan diambil tindakan dengan tegas. Itu saja.
Dato’ Dipertua, saya cadangkan supaya Kerajaan Pakatan Harapan baru ini, buat dasar baru supaya masalah pencatutan ataupun menyorok barang pada musim-musim perayaan ataupun masalah kekurangan bekalan, ataupun isu menaikkan harga sewenang-wenangnya ini tidak akan berlaku lagi. Sebenarnya kita perlu hapuskan sistem yang mana ada kuasa monopoli yang dibagi kepada syarikat-syarikat tertentu. Perlu jugak kita pastikan supaya larangan untuk mengimport barang terutamanya barangan makanan ini dibukak kerana kalau kita perhatikan, nak mengimport bawang kena pun ada AP. Nak mengimport bahan makanan pun kena ada AP. Haa itu sebabnya kadang-kadang orang yang memegang AP ini menggunakannya secara tidak langsung untuk mengawal harga barang dan terdapatnya kekurangan barangan jika ianya tidak dilakukan secara telus oleh orang yang memegang AP ini.
Jadi, saya cadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri mencadangkan kepada menteri di peringkat Persekutuan, Kerajaan Pakatan Harapan supaya dibatalkan semua isu-isu seperti memberi AP-AP kepada pihak-pihak tertentu agar biarlah market ini menjadi sebagai suatu pasaran terbukak ya. Tak kisahlah, Dato’ Dipertua kan, kalau terdapatnya kekurangan, orang akan import ayam ke negara. Kalau tak cukup bawang, orang akan import bawang daripada luar negara. Di negara yang tidak ada apa yang dipanggil sebagai sistem AP ini, kita tak pernah kedengaran bahawa adanya sistem pencatutan ataupun adanya
sindiket-sindiket yang mengurangkan, menyorok bekalan. Kerana mereka tahu jika mereka tidak mengeluarkan bekalan, orang akan membeli barangan daripada luar negara. Orang akan membawak barang daripada negara.
Jadi ini mesti kita lakukan dalam keadaan apa yang dipanggil sebagai Malaysia Baru ni, ya. Supaya rakyat akan dapat memilih dan rakyat akan dapat, bahkan mereka akan dapat membawa barangan yang berkualiti lebih tinggi lagi jika nak dibandingkan dengan masa yang lalu dan sekarang ini, ia bergantung kepada orang yang mengimport. Kalau dia mengimport barangan yang berkualiti rendah, maka rakyat Malaysia akan makan barang berkualiti rendah sajalah. Jadi, apa salahnya dalam kita kata kita Malaysia Baru sekarang ini, maka longgarkan, bukak supaya ianya dapat diberikan kepada rakyat Malaysia barangan yang berkualiti tinggi. Dan tidak akan ada wujudnya lagi masalah-masalah kekurangan bekalan ataupun masalah bila nak perayaan saja, maka wujudlah ataupun terjadilah kekurangan bekalan dan harganya bertambah tinggi.
Dan maka, kementerian tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengadakan barangan-barangan yang di bawah kawalan. Kerana oang bebas untuk bawak masuk dan orang bebas untuk membeli barangan apa saja yang mereka nak bawak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, saya nak mendapatkan penjelasan. 30 saat saja, 30 saat saja daripada Yang Berhormat Repah ni.
Apa, tak dengar.
Saya nak mintak penjelasan sedikit daripada YB Repah, 30 saat saja.
Oh, ya.
Okay. Haa ini yang daripada jawapan tadi, daripada Yang Berhormat Repah tadi, semua jawapan yang dibacakan tadi, ataupun disampaikan itu adalah daripada kementerian. Kementerian akan mengambil tindakan, kementerian akan membuat pemantauan dan lain-lain. Saya ingin tanya, jawapan ini perlu diberi
Parlimen ke ataupun di Dewan Undangan Negeri, kerana, saya nak tanya sama ada dia hal Federal ataupun hal State. Semalam bila saya tanya tentang IC, beliau kata itu hal Federal. Hari ini pula semua jawapannya adalah hal Federal di sini. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Jeram Padang ya, saya rasa Yang Berhormat ni sebelum ni memegang jawatan EXCO, dan saya pasti bahawa Yang Berhormat tahu apakah tugas sebagai EXCO di bahagian Kementerian Perdagangan Hal Ehwal dalam, Pengguna ini. Sebab kita sebagai jawatankuasa apa-apa polisi yang digubal oleh kementerian akan dikuatkuasakan di peringkat negeri. Dan saya sebagai pengerusi bertindak bagi portfolio ini, saya akan mengikut arahan daripada kementerian untuk membuat apa-apa penguatkuasaan terhadap polisi yang digubal oleh, di peringkat Persekutuan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jadi, Yang Berhormat rasa perlu bertanggungjawab semasa mengungkitkan perkara-perkara seperti ini sebelum saya menjawab.
Tuan Yang Dipertua, dalam Dewan yang sama, Yang Berhormat Repah pernah kata, Guru Besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Regent perlu ditukarkanlah, bumbung sekolah tak betul…..
Boleh duduk, duduk.
….. federal juga.
Okay, saya ingat cukuplah pasal soalan tu tak ada kaitan, yang last ni. Yang tadi ada kaitan, yang ni tak ada kaitan. Okay, okay. Saya nak pergi pada soalan yang seterusnya, saya pergilah kepada Jeram Padang. Soalan seterusnya, Jeram Padang.
Soalan, eh mana pergi kertas. Sibuk dengan YB Repah tu kan. Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya ingin mengemukakan soalan satu.
Nombor 1, ya, silakan YB Arul, Nilai.
Okay terima kasih Tuan Yang Dipertua, berkaitan dengan rumah PPR untuk pekerja ladang. PPR adalah merupakan projek perumahan yang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri akan meneruskan kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menyediakan lebih banyak perumahan sama ada bagi pekerja ladang atau masyarakat berpendapatan rendah. Terbaru, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu di Ladang Kirby, iaitu sebelum pilihan raya telah melakukan satu pelancaran. Dan selepas itu, kita dalam mesyuarat, majlis, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri kita pun telah pun menghantar satu surat kepada KPKT supaya projek Ladang Kirby ini diteruskan kerana ia memberikan manfaat kepada pekerja-pekerja di ladang tersebut ataupun bekas pekerja, dan juga masyarakat setempat. Oleh itu, yang terbaru Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah bersetuju meneruskan projek PPR Ladang Kirby, Labu sebanyak 200 unit rumah melalui proses tender terbuka. Keutamaan pengisian adalah bagi pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang di Ladang Kirby tersebut.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti, seperti mana yang dikatakan semalam oleh YB Bahau, telah mengenal pasti 11 tapak tanah yang bersesuaian untuk dibangunkan perumahan PPR dan tapak-tapak tersebut telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan bagi penelitian lanjut. Keutamaan pengisian akan diteliti mengikut lokasi yang diluluskan serta be, kependudukan berhampiran setiap kawasan bagi projek PPR tersebut.
Bagi jawapan, bagi, berkaitan dengan pekerja ataupun bekas pekerja ladang, terdapat 2 projek iaitu di, sedang dibina di Tanah Merah, PPR Tanah Merah 100 unit dikhaskan untuk pekerja Ladang Tanah Merah dan juga di, yang keduanya di peringkat tender iaitu di PPR Ladang Kirby. Dan memang kita akan mengkaji dan juga meneliti kesesuaian untuk memperuntukkan kuota bagi pekerja ladang bagi PPR yang akan dibina di Negeri Sembilan, atau di mana-mana rumah mampu milik Type A swasta yang berharga 80,000.00 berdasarkan lokasi projek tersebut. Jika ada mana-mana perladangan ataupun pekerja-pekerja ladang yang berhampiran dengan projek tersebut, kita akan memberikan keutamaan kepada pekerja-pekerja ladang tersebut juga mendapatkan rumah PPR tersebut. Terima kasih.
Ada tambahan?
Soalan tambahan. Tuan Yang Dipertua, terima kasihlah. Projek-projek yang sedia dibina tu seperti di Ladang Tanah Merah dan rancangan dekat Ladang Kirby adalah, dan ditambah pula dengan Ladang Seliau, ketiga-tiga projek ini telah dibawa semasa Kerajaan Barisan Nasional. Yang tadi dinyatakan, penerangan pun adalah berkenaan 3 tempat ini saja. Saya, soalan saya adalah, projek-projek yang baru.
Jadi saya mintak Kerajaan Pakatan Harapan, bukan Malaysia Baru-lah, saya tak tahu mengapa Malaysia Baru diumumkan. Sabah di situ jugak, Sarawak di situ juga, Negeri Sembilan di sini. Jadi, kerajaan barulah yang saya anggapkan paling tepat. Saya mintak pihak kerajaan ini membuat satu kajian yang teliti untuk menyediakan, itu cadangan, sebelum soalan saya, di kawasan-kawasan di mana begitu banyak ladang. Mereka ini dah lama tinggal di situ, tiba-tiba apabila mereka ni, tidak bekerja ataupun retired, mereka terpaksa keluar daripada ladang. Jadi, mereka berhadapan dengan masalah besar untuk mencari satu tempat penginapan.
Jadi, cadangan sajalah, bukan soalan, cadangan saya, carilah tempat-tempat dekat Jempol, Tampin, boleh ditambah di kawasan pinggir-pinggir Seremban untuk membina rumah khas untuk pekerja ladang atau bekas pekerja ladang. Haa ini, saya memang gembira mendengar istilah ada kuota disediakan, saya tak pasti berapa, tetapi saya anggarkan masih tak mencukupi. Saya berharap kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mencarikan tapak dan berurusan dengan kementerian, buatlah rumah PPR itu di kawasan-kawasan macam, di DUN saya ni, memang saya dah mengambil insiatif tetapi belum berjaya. Macam di Rompin ini saya perlukan rumah PPR. Banyak ladang di situ, boleh buat pengambilan tanah. Memang itu adalah satu permintaan di DUN Jeram Padang saya. Sekian, terima kasih.
Okay, terima kasih atas cadangan.
Soalan yang, yang.
Okay, terima kasih atas cadangan. So memang kita akan mengkaji, kita akan mengkaji ladang-ladang yang mempunya, yang masih mempunyai pekerja-pekerja ladang yang masih tinggal di dalam perla, ladang ataupun bekas-bekas pekerja-pekerja ladang, yang kita akan mengkaji iaitu kalau memang tidak mempunyai se, sebarang rumah, ataupun memang mereka memenuhi syarat-syarat tersebut,
mungkin kita boleh mengkaji untuk memastikan pekerja-pekerja ladang yang bekerja berpuluh tahun itu pun, yang belum memiliki rumah boleh memiliki rumah.
So, kita cadang, kita ada beberapa projek sem, 11 projek yang perlu mendapat kelulusan daripada Persekutuan. Dan kita akan mengkaji semua tersebut. Jika estet-estet terletak bersebelahan dengan projek-projek tersebut, kita juga akan memberikan kepentingan ataupun keutamaan kepada pekerja-pekerja ladang yang terletak bersebelahan dengan projek-projek yang mungkin boleh mendapat kelulusan daripada Persekutuan untuk diberikan rumah kepada pekerja-pekerja ladang tersebut. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Nilai, Yang Berhormat Jeram Padang. Saya kira cukup masa kita untuk soalan lisan. Sekarang 11:33. Ahli-ahli Yang Berhormat masa bagi pertanyaan lisan hari ketiga telah pun tamat, semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
USUL (Sambungan)Motion
Perkara keempat, usul.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya telah berbincang, menerima maklum daripada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menarik balik usul penubuhan jawatan kuasa – jawatan kuasa di bawah …..[Setiausaha Dewan membantu]. Peraturan, oh ya, tertinggal, mintak maaf. Kita sambung pada usul ya, saya dah terlupa dah haa, dah banyak, macam-macam kan. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat kerana sudi apa, untuk, untuk meneruskan, dan inshaa Allah kita kepada usul yang semalam tak sempat. Petang semalam saya tak ada. Yang tak sempat, petang semalam boleh sambung hari ini. Saya buka kepada Yang Berhormat untuk membahas usul titah ni. Oh, Yang Berhormat Chuah, silakan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih kepada, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda
merasmikan pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 ini.
Tuan Yang Dipertua, saya bersyukur bahawa Pakatan Harapan telah mendapat mandate rakyat untuk pentadbiran negeri, Negeri Sembilan dan jugak Putrajaya. Sebelum PRU 14, tiada seorang pun termasuk pakar politik yang berani meramal kemenangan Pakatan Harapan ataupun Pakatan Harapan dapat menguasai Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan mahupun Parlimen sebab semua tahu bahawa BN sudah menguasai semua jentera kerajaan dengan ketat dan telah pun menukarkan sempadan pengundi mengikut kekuatan BN ataupun dengan izin, gerrymandering masing-masing.
2 faktor yang menyebabkan perubahan ini adalah berikut. Isu ekonomi. Kos sara hidup yang meningkat, kesan ini menjadi lebih buruk dengan adanya GST yang telah dilaksanakan pada tahun 2015. Dan dihapuskan oleh Kerajaan Malaysia Baru ini pada tahun ini. Yang kedua …..
Dato’ Dipertua, izin mencelah. Boleh ke ADUN Chuah memberikan fakta yang tepat mengatakan bahawa dengan adanya GST, dia menjejaskan ekonomi dan jugak mengurangkan pelaburan negara. Kerana setahu saya, sejak daripada tahun 2015, ‘16, ‘17, pelaburan kita meningkat setiap tahun sehingga, setiap tahun memecahkan rekod pelaburan baru datang. Saya tak yakin bahawa apa yang YB daripada Chuah mengatakan dengan adanya GST dia menjejaskan ekonomi kerana daripada fakta Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, jelas menunjukkan ekonomi kita bertambah membesar. Bahawa kita dah pula hampir mencecah kita punya KDNK negara kita pada tahun 2017, hampir mencecah 6% ya. Dan, pertambahan pelaburan datang ke negara kita begitu banyak sekali, sehingga setiap tahun dia memecahkan rekod.
Jadi Chuah cakap apa, ya? Apa bukti yang Chuah katakan bahawa dengan adanya GST itu mengatakan bahawa ekonomi kita terjejas, ya? Jangan pakai cakap saja ya. Jangan pakai cakap ataupun orang tulis cakap kita ya. Dan, YB Chuah cuma membaca sahaja. Kalau tak tahu fakta jangan cakap ya, kalau tak tahu fakta jangan cakap. Kita sebagai yang Berhormat, kita ada kehormatan kita. Jangan bercakap kalau kita tak tahu.
Terima kasih Rantau. Yang, yang pertama, yang disebut tadi, melan, memanglah pendapat saya. Yang kedua …..
Pendapat Yang Berhormat Chuah itu tak betul, saya mintak Yang Berhormat Chuah dalam Dewan yang mulia ini, tarik balik, kerana itu salah fakta.
Okay, yang kedua.
Yang Berhormat.
Ya.
Mintak tarik.
Saya pegang terus kepada pendirian saya dan saya akan teruskan yang kedua.
Yang Berhormat Chuah, maknanya Yang Berhormat Chuah tidak mempunyai kehormatan sebagai seorang Yang Berhormat kerana bercakap perkara yang tidak betul dalam Dewan yang mulia ini, kalau Yang Berhormat tidak menarik balik.
Teruskan Yang Berhormat.
Isu kleptocracy yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini perkataan baru yang saya pelajari yang bermaksud kepentingan peribadi pemimpin diutamakan dan kebajikan rakyat diketepikan. Tsunami rakyat dan gempa bumi terbesar ini berlaku apabila rakyat keturunan Melayu, India, Kadazan, Iban dan kaum-kaum lain dengan bijaknya menggunakan kuasa mereka untuk menentukan masa depan anak cucu mereka. Peraliran dari pemerintah BN ke Pakatan Harapan dalam keadaan aman dan damai menunjukkan kematangan rakyat Malaysia. Syabas rakyat Malaysia, andalah cahaya dan lambang kuasa rakyat di negara demokratik, hasrat mereka. Sekarang boleh saya sebut, impian menjadi kenyataan.
Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus serta semua ahli EXCO yang, serta
semua ahli EXCO yang telah diberikan tanggungjawab memerintah negeri, Negeri Sembilan. Ini adalah amanah yang diberikan oleh rakyat. Jangan kita mengabaikan kepentingan me, rakyat.
Tuan Yang Dipertua, sebagai ADUN Kawasan Chuah, saya terima banyak aduan seperti keadaan jalan yang tidak memuaskan, tiang lampu yang kekurangan, parit yang sumbat dan gangguan bekalan air. Sememangnya DUN Chuah sudah 3 penggal menolak BN dan terbiar begitu saja oleh kerajaan dulu. Aduan rakyat atau ADUN jarang dilayani.
Selama 3 hari berturut-turut ramai pembangkang di Dewan yang mulia ini memuji prestasi kerajaan lama. Saya terkesan dengan hujah YB-YB pembangkang, atau mungkin saya salah faham. Hari ini saya ini berkongsi dengan Dewan yang mulia ini, prestasi Negeri Sembilan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang diperolehi oleh, yang diperolehi dari Pejabat Perangkaan Negeri Sembilan. Pada tahun 2016, KDNK peringkat kebangsaan Malaysia mencapai 4.2, Negeri Sembilan 3.5, Melaka 4.5 dan Pahang 2.0. Pada tahun 207, sorry, pada tahun 2017, KDNK peringkat kebangsaan naik ke paras 5.9, Negeri Sembilan 4.9, Melaka 8.1 dan Pahang 7.8. Walaupun kadar KDNK Negeri Sembilan menunjukkan kenaikan sebanyak 1.5, tetapi kalau dibanding dengan peringkat kebangsaan 5.9, kita masih ketinggalan. Apalagi kalau kita berbanding dengan …..
Tuan Dipertua, macam mana you nak bandingkan Negeri Sembilan dengan kebangsaan. Tak masuk akal langsung. Kenapa bandingkan negeri lain yang lebih tinggi, mengatakan Negeri Sembilan ke bawah. Apa punya matematik Yang Berhormat daripada Chuah di buat ya. You tau tak kenapa Melaka dapat sampai 7.0%, kerana dia buat penambakan laut yang begitu besar, membawak pelaburan daripada Negara China yang pembangkang marah, yang pembangkang kata melelong negara kepada negeri China. Kita di Negeri Sembilan berhati-hati, kita tidak membuat sebarangan. Tetapi, itu sebabnya kita buat dasar 30 tahun pembangunan 2015 – 2045, dan kita akan strukturkan pembangunan kita supaya kita boleh mengawal dan mengurus pembangunan ekonomi kita.
Tetapi jika ADUN daripada Chuah mengatakan bahawa Negeri Sembilan prestasinya rendah daripada peringkat kebangsaan, memanglah, memang peringkat kebangsaan dia mengambil kira kumpulan semua, dan kita Negeri Sembilan sebagai satu negeri yang kecik. Apa kira-kira yang Yang Berhormat Chuah ni buat ni ya. Saya pun tak fahamlah.
Ini mengikut KDNK yang diperolehi dan kita ini, memang ada sebab yang tertentu, tapi ini, inilah angka-angka yang memang dalam, dari KDNK. Ya, saya, saya yakin sebab ini, ini adalah satu benchmark yang kita nak Kerajaan Pakatan Harapan untuk sekurang-kurangnya mencapai. Saya yakin kerajaan baru ini akan dapat mencapai kadar KDNK yang lebih bagus dengan usahasama dan penglibatan pihak berkepentingan atau stakeholder.
Okay, Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin merujuk kepada hujah YB Rantau pada hari Selasa yang lalu, yang mengatakan Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1963. Saya fikir ini adalah tidak tepat ya. Terjemah Sabah dan Sarawak, dari Bahasa Inggeris, yang katakan Sabah dan Sarawak joined Malaysia to form the Federation of Malaysia ya, minta izin, Sabah dan Sarawak joined Malaya to form the Federation of Malaysia tidak bermasuk, tidak bermaksud memasuki tetapi bergabung bersama untuk menubuhkan Negara Malaysia. Saya juga mohon agar Dewan Bahasa Dan Pustaka memainkan peranan yang lebih, yang lebih penting untuk menghaluskan Bahasa Malaysia sebab bahasa itu jiwa bangsa.
Tuan Yang Dipertua, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar mengenai perkembangan seimbang, berintegrati, berintegriti memetik perkara 18, kemajuan sesebuah negeri bukan hanya berdasarkan kepada kepesatan pembangunan di kawasan bandar sahaja, sebaliknya setiap aspek berkaitan dengan pembangunan dan kemajuan seharusnya merangkumi kawasan-kawasan di luar bandar serta pendalaman supaya kemajuan negeri adalah seimbang dan saksama. Sehubung itu, peruntukan yang mencukupi dan usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan untuk meningkatkan infrastruktur pembangunan tanah, pembangunan tanah terbiar dan sektor pertanian di kawasan luar bandar.
Tuan Yang Dipertua, ucapan titah tuanku jelas dan mahu peruntukan yang mencukupi untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di luar bandar. Dan mengikut fahaman saya, merangkumi projek jambatan Bukit Pelandok ke Sungai Pelek, dan juga penyelenggaraan jeti. Jambatan tersebut penting kerana perjalanan dengan kereta dapat dikurangkan lebih kurang 30 minit. Ramai pen, penduduk ulang alik dengan bot atau feri ya, mohon hasrat mereka dibawa ke Putrajaya.
Penyelenggaraan ataupun dengan izin, maintenance jeti harus dipertingkatkan, pencahayaan, lighting, dengan izin, lighting di sekitar jeti mesti mempunyai lampu tiang yang mencukupi, jalan masuk atau, jalan masuk keluar jeti harus ada dalam keadaan baik serta kemudahan air dan stor atau tempat untuk simpanan barangan nelayan. Saya
mohon agar kerajaan baru yang prihatin dapat menyelesaikan masalah nelayan yang tidak dapat perhatian penuh sebelum ini.
Tuan Yang Dipertua, saya banyak terima kasih kepada YB Jeram Padang kerana membawakan tentang 100 unit kos rendah Tanah Merah, Port Dickson yang di bawah kawasan DUN Chuah. Dan saya juga bersyukur bahawa YB Nilai telah pun mengambil keputusan ataupun mengambil tindakan untuk mempercepatkan penyelesaian masalah ini. Pekerja-pekerja ladang Tanah Merah memang sudah lama menunggu rumah tersebut. Mereka telah pun dijanji lebih dari 5 tahun dan hingga hari ini, rumah sudah, struktur semua sudah ada, kalau tidak salah saya pembinaan sudah mencapai 80% atau lebih, tetapi belum lagi diserahkan kepada pekerja ladang Tanah Merah. Saya mohon perkara ini di, projek ini dipercepatkan dan pekerja ladang Tanah Merah dapat mene, menikmati, menikmati, menim, dapat meni, menikmati rumah sendiri ya, okay. Kawasan Site A, Tanah Merah dan juga kebanyakan tempat di DUN Chuah juga memerlukan lagi banyak perumahan kos rendah atau sederhana. Mohon diambil perhatian juga.
Memetik perkara 21 titah ucapan tuanku, satu lagi aspek yang, yang berbunyi demikian, satu lagi aspek yang tidak kurang pentingnya adalah tumpuan kepada usaha-usaha meningkatkan mutu dan produktiviti pertanian merangkumi sektor tanaman, makanan, perikanan dan penternakan. Usaha-usaha ini dapat menambahkan pengeluarsan hasil pertanian yang sekaligus mendorong kepada jaminan bekalan dan kestabilan harga. Usaha-usaha meningkatkan mutu dan produktiviti pertanian haruslah melalui perbincangan dan bermesyuarat dengan pihak berkepentingan ataupun dengan izin, stakeholder dan pejabat berkenaan.
Terdapat juga tanah terbiar dan juga PFA, Pig Farming Area yang merangkumi sejumlah 713 hektar ataupun dibagikan 374 lot. Perkara ini sudah berusia lebih 20 tahun. Dan masih belum ada penyelesaian. Mohon agar kerajaan baru ini menubuhkan jawatan khas, jawatan kuasa khas untuk menyelesaikan masalah pemilik supaya ada kesudahan isu ini. Dengan izin, we need to move forward. Di persekitaran kawasan Chuah, ramai pemuda keluar ke bandar untuk mencari kerja. Peluang kerja di kawasan sememangnya berkurangan dan tertinggal orang tua dan anak-anak kecil. Penyelesaan, penyelesaian isu PFA ini mungkin boleh mengubahkan aliran orang ke bandar.
Tuan Yang Dipertua, memetik perkara 22, titah ucapan tuanku yang berbunyi demikian ya, perkara 22, melalui inisiatif-inisiatif yang dirancang dan akan dilaksanakan ini, baginda yakin masyarakat luar
bandar akan hidup dengan lebih selesa dan dapat mengurangkan mobiliti penduduk ke bandar-bandar. Saya mohon pengangkutan awam harus digalakkan supaya rakyat dapat pergi balik tempat bekerja dengan mudah.
Penyelenggaraan ataupun dengan izin, maintenance bangunan balai raya ataupun balai raya dan gelanggang bola keranjang atau futsal wajib dipertingkatkan supaya rakyat dapat menggunakan dan tidak saja menjadi pandangan sakit mata.
Kekurangan peluang kerja dan penambahan pekerja asing di DUN Chuah telah pun menimbul masalah kesejahteraan setempat. Kes jenayah meningkat dan saya menerima banyak aduan dari penduduk, saya mohon kerjasama PDRM, Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan kalau boleh secepat mungkin. Dengan ini, saya menyokong usul menjunjung kasih, menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja pada hari Isnin yang lalu. Sekian saja, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Saya persilakan seterusnya. [YB ADUN Mambau dan YB ADUN Gemencheh bangun serentak]. Siapa dulu bangun? Kira, kita cross-lah ya, bagi cross, bagi, bagi Gemencheh. Lepas ni karang Mambau ya. Gemencheh teruskan.
Terima kasih.
Lepas ni Mambau ya. Jangan ada yang lain bangkit, bagi Mambau lepas ni.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan. Bismillahhirrahmannirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Saya dengan ini ingin mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja. Dengan ini, saya mengambil kesempatan, ketetapan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di istiadat pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Dan terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Dipertua, tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan,
tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dan semua ahli-ahli Dewan yang telah dipilih oleh rakyat. Dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang terdahulu di bawah kepimpinan yang ber, Yang Berhormat Rantau dan semua agensi-agensi kerajaan yang bagi saya telah dapat melakukan kerja dengan baik, pencapaian yang amat baik yang telah dibuktikan dalam Titah Ucapan Diraja kan.
Dan antara pencapaian-pencapaian yang, yang amat baik dari segi belanjawan negeri yang sentiasa meningkat, dari KDNK, walaupun ada yang menafikannya, dan lebihan dalam prestasi kewangan, rizab yang bertambah daripada segi kutipan zakat, dan 9 daripada 13 jabatan yang telah dinilai dari aspek kewangan telah mencapai tahap prestasi yang cemerlang dengan memperolehi penarafan 5 Bintang oleh Audit Negara.
Ini sebenarnya inilah antara bukti bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Barisan Nasional sentiasa menekankan kepentingan untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Pelbagai lagilah pencapaian-pencapaian yang mungkin kita tak dapat nak bentangkan dalam Dewan ini. Selain daripada mungkin dari segi pendidikan ya. Daripada masa ke semasa, taraf pendidikan di Negeri Sembilan ni sentiasa meningkat dengan idea dan perancangan yang baik oleh Yang Berhormat Rantau sebelum ini.
Dan saya berharap, dasar-dasar Kerajaan Negeri yang terdahulu, yang baik kita teruskan bagi memastikan kesejahteraan rakyat dijaga dengan baik ya. Dan bagi saya, bagi kawasan DUN Gemencheh, beberapa perancangan yang terdahulu yang saya harapkan dapat diteruskan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat dijaga dengan baik. Antaranyalah, antaranya program perluasan Kampung. Ada 2 yang telah diluluskan di Gemencheh iaitu di Kampung Tenai sebanyak 100 ekar dan di Kampung Punggur ada 10 ekar. Dan jugak perancangan akan datang di Kampung Sungai Jernih. Saya harapkan program-program perluasan kampung ni dapat diteruskan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat itu dijaga dengan baik dan jugak permintaan-permintaan masyarakat untuk mendapatkan tanah dan jugak rumah di kawasan Gemencheh.
Selain daripada tu, projek-projek seperti projek perumahan awam di Kampung Air Kuning, saya harapkan ini dah lama ya, kita perjuangkan, so kita harap dia dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Begitu jugak untuk menjamin para belia dan masyarakat orang muda untuk hidup selesa di Gemencheh, di kam, di luar bandar, kita harapkan
projek-projek untuk menaikkan taraf padang Kompleks Gemencheh dapat di, dilakukan dengan segera. Dan, saya harapkan jugak untuk meneruskan projek-projek penggantian paip-paip lama. Rakyat se, kebelakangan ini banyak paip-paip telah diganti dan masih lagi ada jugak yang belum dapat diselesaikan ya. Dan orang Gemencheh pun bertanya ya, sentiasa bertanya bila nak dapat subsidi air percuma ni, seperti yang telah dilaung-laungkan sebelum pilihan raya yang lepas. Saya rasa pihak SAINS telah melakukan kajian dan bersiap sedia untuk membagi subsidi air percuma ini ya.
Penjelasan. Kita tak pernah melaung-laungkan, kita tak pernah melaung-laungkan slogan ini. Air percuma, tarik balik.
Saya tak akan tarik balik. Ini adalah manifesto yang telah dijanjikan sebelum pilihan raya …..
Dari mana? Tolong tunjukkan dari mana.
Saya tidak akan tarik balik.
Tunjukkan dari mana …..
Manifesto mana.
Duduk, duduk.
Tunjukkan dari mana Yang Berhormat.
Yang Berhormat.
Duduk, duduk.
….. tunjukkan dari mana Yang Berhormat.
Yang Berhormat kalau ada …..
Ini floor saya.
Yang Berhormat Temiang, Repah, duduk dulu. Kalau nak mencelah …..
Minta, kalau rasa tak ada tak apa …..
Nanti jap, nak mencelah mintak kebenaran YDP, daripada Yang Dipertua.
Hormat …..
Mencelah?
….. kita punya Yang Berhormat Yang Dipertuan, Yang Dipertua Dewan.
Nak mencelah, kelulusan mintak, mintak, mintak, laluan dulu.
Okay saya teruskan Yang Dipertua Dewan …..
Mintak mencelah Tuan Speaker boleh?
Nak mencelah, mintak, mencelah ya.
Saya mintak dia tunjukkan bukti mana, tunjukkan …..
Nanti kejap Yang Berhormat Gemencheh …..
….. kita tak pernah laungkan slogan ini.
….. Temiang mintak bercakap kejap, bagi dia cakap dulu.
Kalau tak ada, tarik balik.
Saya tidak akan menarik balik perkara ini bahawa ia terkandung dalam manifesto kerajaan hari ini. Dan, saya teruskan ucapan saya …..
Laluan, mintak laluan. Saya nak dapatkan penjelasan ya, tadi Yang Berhormat Gemencheh kata Pakatan Harapan melaung-laungkan berkenaan subsidi air di, boleh Gemencheh buktikan dari mana dapat.
Okay, saya harapkan, okay, Yang Berhormat sila duduk …..
Kalau tak ada, saya …..
Duduklah, saya nak jawab, duduk.
Kita cakap dekat Dewan ini berdasarkan kepada fakta, fakta yang betul …..
Betul, betul.
….. kalau fakta tu betul, tarik balik.
Saya tidak akan …..
Yang Berhormat Gemencheh, ADUN Repah mintak fakta tu, ada, ada ni.
Saya membaca manifesto yang terkandung dalam kit manifesto Pakatan Harapan untuk …...
Kalau ada, buktikan. Kalau tidak tarik balik. Jangan cakap begitu saja.
Tak apa, kalau nak nanti saya, saya bagilah kat Yang Berhormat ADUN …..
Tak boleh, kalau tidak, tarik balik.
Saya tidak akan tarik balik sebab itu ada terkandung dalam …..
Kalau tak tarik balik, kamu berbohong di Dewan yang mulia ini.
Okay saya teruskan ucap, ucapan saya. Dan …..
Tarik balik dulu.
….. rakyat mengharapkan perkara-perkara …..
Gemencheh.
Saya tak tarik balik sebab dah ada dalam kit, terkandung dalam manifesto …..
Dalam Dewan ni kena bercakap …..
….. Pakatan Harapan.
….. berdasarkan kepada fakta. Kalau tak ada fakta, tarik balik.
Saya tak akan tarik balik.
Saya tak benarkan perkara ini berlarutan. Kalau tidak benar, just tarik balik.
Saya tak akan tarik balik. Yang Dipertua, boleh saya teruskan?
Tuan Speaker…..
Saya…..
….. dia kena buktikan …..
Saya pun …..
kenyataan dia dulu …..
Saya.
….. sebelum dia teruskan.
Kejap. Pasal manifesto tu, kalau boleh tadi tunjukkan manifesto tu. Bolehlah dijadikan sebagai bukti …..
Nanti saya tunjukkan. Ada dalam handphone saya.
Sekarang kena buktikan.
Okay. Dan saya mengharapkan …..
Ini bermakna kamu berbohong di Dewan yang mulia ini.
Hormatlah pada Speaker, Speaker suruh teruskan, teruskanlah. Bagilah terus, bagi peluanglah.
Rakyat mengharapkan perkara-perkara baru yang perlu dibuat untuk membantu dan mensejahterakan rakyat. Saya yakin dan percaya apa saja permintaan ataupun saya ulas tadi, akan dapat sokongan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat ya, kerana Yang Amat Berhormat Sikamat pun selalu datang ke Tampin, dan masyarakat orang Tampin berterima kasihlah kepada yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat kerana bertanding di cabang Tampin. Dan kita mengalu-alukanlah dan kita berharap, kita mendoakan agar Yang Amat Berhormat menang di Tampin. Mungkin orang Seremban tak terima, tapi kita di Tampin sentiasa mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat.
Dan, saya amat bersetuju sekalilah dengan kenyataan yang, Yang Berhormat Kepayang ya, semalam, untuk mendesak ataupun membagi pandangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan PGK daripada 930.00 kepada 1,200.00. Ini bermakna Yang Berhormat Kepayang amat prihatin dengan nasib rakyat kan, yang sentiasa dilaung-laung oleh Pakatan Rakyat. Dan saya rasa, kita tak perlu menunggulah ya, keputusan ataupun kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan, untuk mendapatkan kelulusan daripada cadangan Yang Berhormat. Kita mulakan di peringkat Negeri Sembilan ini kan.
Di peringkat Negeri Sembilan ni kita ada Bantuan Am ya, Bantuan Am yang ada 3 kategori, 140.00 ringgit, 200.00 dan jugak ada 270.00 ya. Kita, yang pertama kita naikkan PGK daripada 930.00 tadi kepada 1,200.00. Dan yang kedua, kita naikkan ya, daripada 140.00 ringgit, kerana 140.00 ringgit memang tak bermakna haa, saya rasa Yang
Berhormat Kepayang pun bersetuju apalah 140.00 ringgit bantuan bulanan ini. Kita naikkan menjadi 500.00 ataupun sebagainya. Daripada 200.00 menjadi 700.00. Daripada 270.00 menjadi 800.00 kan. Ini, ini satu keperluanlah bagi masyarakat di kawasan Negeri Sembilan ini dengan harga barangan yang masih lagi kekal tinggi. Dengan adanya bantuan-bantuan sebegini, kita dapat meringankan beban dan kesempitan hidup masyarakat luar bandar yang hanya bergantung kepada ko, harga komoditi. Dan harga komoditi sekarang agak murah, di kawasan saya sendiri ya, kebanyakan adalah penoreh getah dan jugak kelapa sawit, mereka terbeban dengan masalah-masalah harga komoditi yang menurun ini.
Dan satu lagi, semalam Yang Berhormat Kepayang beritau kami bahawa BR1M itu dedak, bukanlah dedak Yang Berhormat panggil, dedah, dada.
Beberapa YB Ahli Dewan: Dedak.
Dadak, haa dadak. Bukan dedak sebenarnya, bukan dedak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan pun bersetuju untuk meneruskan BR1M selepas pilihan raya yang ke-14. Sebelum, semasa, sebelum pilihan raya yang lepas, yang ber, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan bersetuju untuk meneruskan BR1M ini. Kenapa lak Yang Berhormat katakan BR1M ini dedak? Ini tak selari dengan apa yang diperjuangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan jugak Menteri Kewangan. Kita mengharapkan, BR1M ini bukan dedak. BR1M ini semua orang yang pe, yang, yang, yang layak dapat, tak kira apa parti mereka. Mereka dapat BR1M ini. So saya harapkan, dan masyarakat orang kampung pun mengharapkan bantuan-bantuan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dan saya jugak ingin menyampaikan beberapa masalah masyarakat yang ada dalam DUN Gemencheh ya. Dan dari segi, seperti mana saya beritahu tahu tadi kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah dari golongan petani, penoreh getah dan pengusaha sawit ya. Harga komoditi yang jatuh ini, bagaimanakah Kerajaan Negeri ataupun kaedah Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan petani di luar bandar ini? Dan saya harapkan Kerajaan Harapan Rakyat ini dapat memberi harapan yang tinggi kepada masyarakat di kawasan luar bandar.
Dan yang keduanya dari segi harga barangan. Memang benarlah dengan dengan dihapuskan GST dan dikenakan balik SST, ada yang barang yang turun, dan ada barang yang naik. Semasa GST terdahulu pun ada barang yang turun. Saya mengharapkan agensi yang berkaitan dapat tengok balik, ya, dapat kawal harga-harga barangan ini. Sebab bagi saya, masyarakat masih mengeluh dengan harga barangan yang dijual di kedai-kedai.
Seterusnya masalah yang ketiga adalah pelantikan jawatankuasa MPKKK. Dan saya ada dapat aduan bahawa bagaimana seorang pengerusi MPKK yang tidak duduk di kampung tersebut. Duduk berjauhan. Bagaimanakah penduduk kampung nak mengadu masalah. Macam mana masalah-masalah nak dapat diselesaikan. So saya harapkan dapat dikaji semula bagaimana perkara ini boleh berlaku ya.
Seterusnya dari segi perpaduan ya. Bagi saya, perpaduan dan keharmonian kaum ini adalah teras kejayaan negara dan negeri kita selama ini. Sekarang ini banyak isu-isu sensitif yang sentiasa diucapkan setiap hari dan, dan dibincangkan. Dan yang paling malang sekali di-viral-kan. Kita kena ambil tindakan agar rakyat tidak gelisah. Ini tidak baik bagi negara dan negeri kita. Dan kita sentiasa menghormati rukun negara. Jangan sentuh, kita kena jaga kesetiaan kepada raja, kedaulatan undang-undang dan juga benda-benda yang sebegini tidak boleh dipersoalkan secara terbuka. Dan hari ini perkara ini di, di, di, terlalu terbuka dipersoalkan.
Dan seterusnya dari segi perlembagaan negara dan negeri, dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan mesti dijaga, dipelihara, dilindungi dan dipertahankan. Ini tanggunjgawab kita bersama, tanggungjawab pemerintah yang ada pada hari ini. Jangan diusik perkara-perkara ini yang boleh menimbulkan keresahan rakyat.
Dan, saya berbalik kepada kenyataan ataupun cadangan Yang Berhormat Chennah ha, 2 hari lepas, me, beliau menyebut bahawa sejarah telah membuktikan bahawa pada pilihan raya yang ke-12, Kerajaan Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 semasa era Tun Pak Lah. Dan saya yakin, peristiwa ini akan berulang kembali pada pilihan raya yang ke-15, jika Pakatan Harapan tidak dapat menunaikan janji atau hanya janji palsu, malahan menyalahkan rakyat, rakyat yang tidak amanah, rakyat yang tidak malu dan lain-lain. Dan saya yakin, inshaa Allah Barisan Nasional akan kembali menerajui Kerajaan Negeri Sembilan pada pilihan raya yang ke-15 nanti. Dengan ini, Gemencheh mohon menyokong. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.
Yang Berhormat Gemencheh, saya baru tengok manifesto. Bukak di internet sekarang ni. Saya memang nampak, memang tak ada janji untuk apa, untuk air tu. Saya mintak Yang Berhormat Gemencheh tarik baliklah sebab di, di, di, di, di apa tu, dicatat hansard. Tu di Negeri Selangor, saya baru lepas semak dalam internet ni. Memang tak ada manifesto …..
Saya baca manifesto, betullah bukan Kerajaan Negeri Sembilan, ini mani, manifesto Kerajaan Persekutuan ya. Dan saya mungkin, saya merasakan bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri akan mengikut manifesto yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua.
Jadi kena tarik baliklah.
Mohon mencelah, mahu tarik balik ke tak mahu tarik balik, tak mahu tarik balik?
Tak, tak, tolong mintak tarik baliklah. Tarik balik yang Negeri Sembilan tadi. Tarik baliklah, pasal disebut …..
Inilah fitnahlah yang di, di, di, apa, mengganggu perpaduan ni.
Saya beritahu tadi, saya tak cakap pun itu manifesto Kerajaan Negeri Sembilan. Saya cakap manifesto Pakatan Harapan. Kena, kena, kena dengar betul-betul, dan …..
Sekarang kita bersidang di Negeri Sembilan, bukan di Persekutuan. Tak faham ke.
Yang Berhormat, ni apa, tak apa. Terima kasih Yang Berhormat apa ni, Gemencheh.
Mintak laluan Yang Dipertua. Tadi dah tarik balik ke belum lagi?
Dia pun tak fahamlah. Yang Berhormat faham ke tak faham apa yang dah diterang, Yang Berhormat Dato’ Speaker pun boleh terima, kenapa Yang Berhormat tak boleh terima?
Tapi setiap negeri masing-masing ada syarikat air masing-masing. Kenapa perlu melibatkan Kerajaan Persekutuan?
Saya dah cakap tadi …..
Gemencheh, kata tak ada kena mengena dengan Negeri Sembilan, dan itu mungkin …..
Saya hanya, saya, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, saya hanya cakap itu manifesto Pakatan Harapan.
Mungkin di Selangor lah.
Mungkin, bukan di Negeri Selangor, di negeri lain. Itu Pakatan Harapan Federal, okay.
Mencelah Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang Dipertua. Saya ingat yang pertama sekali saya kena ucapkan tahniahlah kepada Rantau yang pertama kali menjadi ketua pembangkanglah. Dan jugak kepada semua UMNO Barisan Nasional yang sekarang ini menjadi pembangkang, sebab dia nak belajar jadi pembangkang. Sebagaimana saya dulu, bila jadi pembangkang, bila kita nak hujah benda sesuatu dicakap, dicakapkan fitnah. Dan sekarang ni terbukti satu-satu akan keluar. Mungkin sekarang ni dah mula dengan beberapa tindakan mahkamah. Dan mungkin jugak di Negeri Sembilan mungkin ada. Jadi itu sebabnya jangan tuduh fitnah. Cakap betul-betul, kita terima.
Macam saya nak hantar memorandum tentang banjir kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, masa tu Rantau, tak diterima. Dijemur kita sampai 2 jam di luar sana. Ini saya katakan benda-benda yang patutnya kita jangan ulang balik. Dan belajarlah menjadi pembangkang yang baik, yang bertoleransi dan jugak, jangan ulang benda itu. Kami pastikan kerajaan baru ni tidak akan buat seperti itu. Dan kalau boleh
jangan ada pembohongan dalam Dewan. Kalau pembohongan dalam Dewan, kita akan kenakan tindakan. Walaupun siapa kita, jadi kita kena diingat dan jugak mana-mana pihak yang ada kepentingan, dalam, dalam mana-mana kontrak ataupun pendapatan, perolehan kena maklumkan supaya tindakan boleh diambil. Ini yang berlaku.
Kita tak, tak nafikan kemajuan, pembangunan dibuat oleh Negeri Sembilan. Tapi, dalam masa yang sama jugak, ada banyak kelemahan-kelemahan, benda-benda yang perlu kita, akan siasat dan jugak akan pastikan penyelewengan tersebut akan di, diambil tindakan. Jangan kita aku, oh kita sudah banyak benda. Dalam masa yang sama jugak, kita jugak buat perkara-perkara yang tidak betul.
Ini yang saya kena nyatakan tentang tanah Melayu, tanah Rizab Melayu, berapa banyak, kita nak tengok balik. Ini beberapa projek besar kerajaan jugak kita sedang tengok. Jadi, jangan ingat kita akui bahawa kita dah buat banyak benda, kita tak akui kita ada kesilapan. Dan saya yakin dan percaya, kita nak pastikan bahawa tindakan dan, ataupun kesilapan itu tadi, tidak akan berulang.
Saya cakap tadi, kalaulah adalah projek-projek besar yang membawa kepada pembangunan Negeri Sembilan, janganlah ambil projek-projek yang boleh bawa kesan negatif pada Negeri Sembilan pada masa akan datang. Kita ingat, bahawa Selangor, Negeri Sembilan dan jugak Melaka bersebelahan. Itu sebabnya saya cakapkan perkembangan kita begitu cepat. Kalau kita lambat, kita akan tertinggal.
Oleh itu saya berharaplah, jadi jangan claim saja yang baik, dalam masa yang sama juga tengok ada kelemahan-kelemahan. Itu sebabnya Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sembilan dikalahkan. Walaupun kata GST bukan punca yang sebenarnya, tapi banyak rakyat tak setuju, dan GST, sebab dia menekan semua orang, semua pihak. Ini kita kena faham …..
Saya mencelah Yang Berhormat. Ini bukan syarahanlah, tinggal lagi, menangnya paritan, Pakatan Harapan itu bukan disebabkan oleh apa, tapi banyak janji-janji yang kita nak lihat supaya dibuktikan ya. Kerana banyak orang terpesona. Banyak orang terpesona …..
Terima kasih Rantau. Janji kita baru 120 hari, tuan-tuan telah memerintah selama 61 tahun.
Saya tak kata janji 100 hari. Kita katakan janji tu penuhilah. Saya tak sebut 100 hari …..
Ya inshaa Allah kita akan penuhi.
Saya tak sebut 100 hari pun. Saya tak sebut apa …..
Tapi jangan pulak kata …..
Yang Berhormat. YB ADUN Labu:….. kita baru nak 3 bulan, mintak kita penuhi semua janji.
Yang Berhormat kita tahu, kita tahu Yang Berhormat siapa, kan …..
Okay.
….. you don’t have to be hero here. Kita kenal Yang Berhormat siapa. Masa Yang Berhormat kerja dulu pun track record Yang Berhormat pun tak baik sangat.
Eh jangan cakap begitu sebab saya jugak dimaklumkan apabila saya keluar …..
Mencelah, ini tuduhan yang salah.
….. haa ini tuduhan yang…..
Yang Berhormat Labu, Rantau, bertenang sekejap.
Saya maklum ini sebab ada bila saya keluar dulu, makna saya katakan, oh sayalah pegawai kerajaan yang apa, diucapkan di dalam mana, oleh Rantau. Tapi tidak dapat saya bertemu dengan beliau untuk menghujah. Di mana bukti dia, dan apa buktinya? Saya dapat 4 kali cemerlang. Saya tidak pernah, saya sebagai pegawai yang baik. Tetapi dihujahkan di belakang dengan orang …..
Yang Berhormat pernah ke dengar saya kata Yang Berhormat tak betul, dalam semasa ucapan saya.
Saya dengar ada pengarah …..
Di mana?
….. maknanya tidak ada orang lain, sayalah orang itu, masa itu. Saya tahu.
Di mana saya ada bercakap mengatakan Yang Berhormat …..
Ada, kita akan buktikan. Kalau itu bendanya …..
Cuba tunjukkan rekod.
….. sebab benda tu diwujud, dimasukkan, saya sebagai pengarah yang mula-mula bekerja dengan baik, lepas tu bila saya keluar, saya sudah pencen. Saya boleh menyuarakan pendapat saya …..
Saya tak pernah menyatakan sesiapa Yang Berhormat. Dan tak, saya tak pernah ambil tindakan. Kalau kita nak ambil tindakan, banyak yang kita ambil tindakan, Yang Berhormat.
Saya ingat, kita dah lari, apa ni, kita lari topik ni …..
Okay, saya ingat benda ni kena ambil jangan begitulah.
Jangan bagi ceramah kat sini.
Saya tak bagi ceramah, saya hanya beri nyatakan ucapan saya.
YB Rantau, YB Labu.
Ya.
Duduk dulu. Rantau. Kita nak teruskan.
Tuan Dipertua.
Ya.
Saya mintak jasa baik saya tadi dibayar sekarang. Saya nak mencelah sikit saja.
Berapa perkataan? Berapa saat?
Kiralah kang Dato’ Dipertua. Saya mohon jasa baik Yang Dipertua, untuk sedikit menegur rakan saya, sahabat saya, Temiang kan. Mintak kebenaran bercakap, tapi jangan tunjuk-tunjuklah Yang Dipertua. Tunjuk kang saya pun ajak dia keluar kang, susah Yang Dipertua. Terima kasih Tuan Dipertua.
Apa pun saya nak mintak semua Yang Berhormat, semua dah, saya rasa Yang Berhormat semua terpilih kan, dalam Negeri Sembilan, orang yang terpilih ni kita jagalah sama …..
Haa.
Eh, duduk, saya tak benarkan lagi you berdiri. Dengar saya cakap dulu, saya belum bagi peluang. Jadi, saya mintaklah Yang Berhormat yang ada ni, patuhi peraturan. Lepas tu, kedua, kalau nak bercakap tujukanlah kepada saya dulu. Jangan teus bangkit. Terus bangkit tu jadi yang bergaduh tu kan. Tuju kepada saya dulu.
Yang ketiga, kalau ada pembetulan, mintak pihak yang berkaitan, apa nama ni, tarik balik, tarik balik dalam keadaan yang berhemah lah. Jangan, jangan gaduh-gaduhlah. Sebab saya tengok tadi, sebab tu saya bila tadi saya dengar macam Negeri Sembilan, saya baca, saya bukak manifesto Negeri Sembilan. Jadi saya nak berlaku adillah. Haa jadi, saya ingat Gemencheh dah setuju tarik balik, tak ada kena mengena dengan Negeri Sembilan kan. Haa okay. Jadi kita jangan panjangkan lagi. Dan saya nak pergi kepada Mambau. Mambau dah tak sabar dah.
Sebelum tu …..
Apa lagi.
Tuan Yang Berhormat, peraturan mesyuarat. Peraturan mesyuarat, peraturan 21 …..
Haa, saya tau, saya tau.
….. Peraturan 21 (1) …..
Ya, ya betul.
….. (m)(i). Seseorang ahli itu tidak boleh mendatangkan sangkaan-sangkaan yang tiada baik terhadap ahli-ahli yang lain. Seperti tadi, Rantau menyebut berkenaan Labu. Berkenaan rekod-rekod beliau yang tidak baik. Jadi kita mohon supaya tarik balik perkataan tersebut.
Saya dengar tadi, Yang Berhormat Labu sebut benda tu. Tapi Rantau kata tak buat sebarang, ni apa, dia nafikan.
Jadi, tak ada apalah. Dia dah nafikan, tak ada dia pernah, saya tak, saya tak, apa yang saya tak, faham ni, Rantau tak sebut apa-apa. Dia kata dia tak pernah mengatakan, dia dah nafikanlah. Cuma dia mintak bukti daripada Labu, itu saja.
Yang Berhormat. Rantau ada menyebut …..
Saya ingat, saya ingat benda tu tak, kita tutup sini.
….. Rantau ada sebut …..
Kita tutup sini. Saya tak mahu panjangkan. Please. Saya ingat kita punya agenda besar ni. Pukul 1:00 nak tamatkan, lepas tu kita nak luluskan lagi, kita punya petang ni haa. Saya nak tamatkan pukul 1:00, sebab saya selesa pukul 1:00, sebab saya nak sembahyang, saya nak mandi, balik dulu sembahyang, lepas tu kang saya datang balik. Haa, pukul 2:30, pukul 2:30 kita sambung balik. Saya tak mahu, saya tak mahu, berhenti kang kita apa ni, okay, jadi saya nak nak habiskan pukul 1:00. Saya nak mintak yang lain ni hormati kawan-kawan kita. Boleh tak? Saya tak nak gunakan kuasa, kuasa Dipertua, sebab kita sama-sama ni, sama-sama nak apa, sama-sama nak bersidang, sama-sama nak selesaikan yang baik. Dan ada agenda-agenda penting dan ada, ada ni, petang ni kita nak selesaikan, kalau boleh saya tak nak sampai malamlah, kalau boleh tak nak sampai malam. Jadi kalau macam ni cara dia, jadi sampai malam kita kang ni. Okay. Saya, ada pulak kata merajuk kan, okay saya terus kepada Mambau. Yang bersemangat ni.
Tuan Yang Dipertua, tunggu lamalah ni. Tuan Yang Dipertua saya, saya cadangkanlah Gemencheh bertandinglah di Parlimen pada penggal-penggal yang akan datanglah. Sebab ini subjek di Parlimen …..
Saya memang bersedia untuk bertanding di peringkat Parlimen.
Terima kasih. Bolehkah saya mula? Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, kerana memberi peluang kepada saya bagi menyampaikan ucapan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapa baginda merasmikan pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14.
Tuan Yang Dipertua, di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Sikamat yang dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Tuan yang di, Yang Dipertua sebagai Speaker Negeri selepas pilihan raya yang ke-14. Dan saya pula nasib baiklah masih ada di kerusi kawasan Mambau. Dah 10 tahun dah saya di dalam Dewan yang mulia ini. Dan kali pertama kami Pakatan Harapan dipilih oleh rakyat untuk membentuk Kerajaan Negeri selepas 60 tahun.
Tuan Yang Dipertua, apa yang di saya nyatakan saya dah 10 tahun di dalam Dewan yang mulia ini. Dan, dari rambut hitam sampai rambut putih. Jadi, saya pun tengok banyak muka baru, muka yang lama. Jadi, apa yang saya ingat pesankan saya harap, saya berharap rakan-rakan di sebelah sana boleh berkongsi idea atau berkongsi cadangan sama-sama dengan kerajaan baru negeri. Kalau adi, ada idea yang baik, cadangan yang baik boleh berkongsi. Kalau Kerajaan Negeri ada dasar yang baik, sama-sama memuji. Kalau dasar negeri yang kurang baik, tolonglah bagi nasihat, sama-sama bagi nasihat, di sebelah, rakan di sebelah sana. Kalau dasar negeri kerajaan baru yang tidak baik, pun sama-sama bagi teguranlah. Tak apa, kita, kita, kita boleh terima semua ni.
Jadi, semalam, pada 2 hari yang lepas, rakan-rakan di sebelah Barisan Nasional menyatakan mereka telah menang 13 kali, dan kalah hanya kalau satu kali saja. Bagi saya bukan siapa yang menang, siapa yang kalah. Kita harus menghormati keputusan yang diberikan oleh rakyat, pada landskap politik kali ini. Atas maksud itu, saya nak pesankan kepada Barisan Nasional supaya memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk menjalankan tugas untuk menguruskan Kerajaan Negeri Sembilan. Dan kadang-kadang ada dasar yang boleh dipercepatkan, kadang-kadang ada dasar yang perlukan masa.
Macam saya, 2 hari yang lepas, apa yang saya mohon pada Menteri Besar, bahawa isu hak, isu hak, hak tanah apa ni, kekal tanah, hak milik kekal tanah, itulah perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin. Jadi, saya pesan kepada Menteri Besar pada hari tu, tapi ada yang lain, ada yang lain, kalau boleh sebelah, sebelah sana, rakan-rakan Barisan Nasional bagilah sikit masa, bagilah peluang bagi, bagi kerajaan baru sebab bukan, tak kan, berkahwin hari ini esok dah beranak. Jadi silalah bagi peluang.
Tuan Dipertua, saya memang setuju daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan, dinyatakan oleh Chennah dan Rantau berkaitan dengan aduan tempatan yang tidak sesuai, aduan tempatan yang tidak sesuai dibangkitkan dalam sidang pada masa yang akan datang. Memang seperti longkang, pokok, tiang lampu, jalan rosak dan ini semua adalah tanggungjawab pentadbiran. Dan sidang Dewan ialah untuk membincangkan dasar-dasar baru. Dasar-dasar yang akan mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Demikian juga saya yakin percaya kepada pentadbiran negeri yang di, yang di, pentadbiran negeri yang penuh pengalaman mampu menyelesaikan masalah rakyat dengan cekap dan amanah.
Di samping juga pihak Kerajaan Negeri perlu juga sentiasa memantau kepada jabatan-jabatan yang terbabit termasuk peruntukan kepada penye, peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan kepada jabatan-jabatan yang terbabit supaya mereka boleh jalankan tugas mereka dengan, dengan cekap atau dengan senang. Dan begitu juga, di, peruntukan Kerajaan Negeri kepada Penyelaras-Penyelaras DUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri di kawasan pembangkang. Jadi, ini sangat penting. Jadi inilah, inilah sangat penting, saya harap pihak kerajaan boleh, boleh menjalankan tugas dengan baik.
Tuan yang di, Tuan Yang Dipertua, dan di sini ada beberapan, beberapa aduan tempatan Mambau, Mambau-lah. Jadi, ada 2 – 3 pun dah disebutkan, dibangkitkan oleh ADUN yang lain seperti anjing liar, pasir sungai, pun sudah dibangkitkan. Jadi saya tak akan bangkitkan di sini. Jadi satu ialah pelaburan. Saya difahamkan ada satu syarikat pelbagai syarikat dari negeri China, Foshan yang berminat untuk melabur di Negeri Sembilan pada bulan Julai di mana Menteri Besar yang menyatakan ada 50 bilion, ada 50 bilion dalam, untuk melaburkan di Negeri Sembilan. Jadi saya nak tahu macam mana status proses perkembangan terkini terhadap pelaburan yang ter, yang ter, yang tersebut. Itu, saya ingat di, dilaburkan di Nilai pada bulan Julai.
Kedua, berkaitan dengan pengangkutan. Tuan Yang Dipertua, memang bas, perkhidmatan di dalam negeri tidak begitu memuaskan kerana selalu kita sebagai Wakil Rakyat terima aduan daripada penduduk setempat, menyatakan tidak mencukupi bus station, bas tidak menjalan dengan mela, mengikut laluan dan bas pun, pun tak enggan masuk ke dalam taman perumahan yang pedalaman, hanya berhenti di tepi jalan utama saja. Jadi inilah satu kesusahan ke, atau satu kesulitan kepada penduduk Seremban untuk menggunakan bas perkhidmatan awam ini. Jadi, saya ada satu cadangan sini, kalau boleh, kalau boleh kerajaan baru Negeri Sembilan, saya cadangkan menukarkan bas yang besar ini tukar kepada bas mini. Apa yang saya maksudkan, bas mini ini senang
di, sedang dikawal dan dia amat berjimat kos perbelanjaan. Dan boleh beli ramai lagi bas mini masuk ke ini, taman perumahan untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk-penduduk setempat, setempat.
Seterusnya be, mengenai dengan gerai-gerai di tepi jalan. Pada 2 minggu yang lepas saya telah menerima segolongan peniaga-peniaga dari serem, Taman Seremban 3, Taman Seremban 3, pemilik-pemilik kedai telah ber, berjumpa saya di pejabat menyatakan ramai sekarang makin hari makin banyak gerai-gerai di tepi jalan yang telah, yang telah mencari, men, menjalankan perniagaan. Jadi inilah yang satu, satu kesusahan untuk pemilik-pemilik gerai, tak, satu kesusahan untuk pemilik-pemilik kedai yang mereka ba, membayar sewa yang mahal dan tidak dapat perniagaan. Dan semua, kebanyakan pelanggan mereka bernia, me, membeli belah di gerai-gerai kecil. Jadi saya harap pihak PBT akan, akan turun padang, silalah turunkan padang dan menyiasat siapakah gerai-gerai yang tidak mematuhi syarat-syarat sila, sila memberikan amaran kepada mereka.
Kemudian juga, simpang jalan Thivy Jaya selalu ber, berkema, berlaku kemalangan. Dan sebelum ini pada 2 tahun yang lepas, semasa EXCO perumahan Negeri Sembilan, dia jadi Parlimen Rasah masa itu, saya sama dia pun ada memantau kawasan di simpang jalan Thivy jawa, Thivy Jaya, yang menghala ke Taman Rasah Jaya, dan sini selaku berlaku kemalangan. Walaupun, walaupun tanda-tanda keselamatan sudah mencukupi, tapi oleh kerana pemandu yang tidak ikut undang-undang atau peraturan, jadi selalu berlaku kemalangan di sana. Jadi, saya berharap pihak PBT akan membuat sesuatu, akan membuat sesuatu untuk mengurangkan kemalangan di situ jugak. Ada satu lagi …..
Satu point.
Satu lagi ini sangat penting. Ini isu hangat ini. Tuan Yang Dipertua, tengoklah surat ini. Tengok. Ini boleh kira surat cinta. Surat cinta, eh, diamlah. Jangan kacau. Tuan per, Tuan Yang Dipertua, ini ialah satu, bagi saya adalah surat cinta dan mengandungi hadiah kepada penduduk-penduduk setempat. Sebab pada 3, 2 – 3 hari ni memang ramai orang telah mengadu bahawa ini, pihak Majlis Perbandaran Seremban akan menaikkan cukai taksiran sebab mereka tak faham, dia ka, yang pengadu menyatakan kepada saya mengapa kerajaan baru tak sampai 4 bulan, sudah, sudah naik cukai taksiran. Jadi, saya pun tak tahu apa yang berlaku, jadi saya pun tanya, mohon
saya punya Ahli Majlis pergi, pergi tanya ni, apa ni, MPS apa yang berlaku. Sebenarnya ini bukanlah cukai taksiran, nak naikkan cukai taksiran. Maksudnya ia hanyalah satu kemas kini cukai taksiran penilai, penilaian semula. Jadi, saya tengok ada, yang mereka menyatakan akan menaikkan kadar, berkuat, berkuatkuasa pada 1 haribulan Januari 2019. Dan kadarnya pun sangat tinggi, sampai 50.00 ringgit hingga sampai 500.00 ringgit pun ada. Itu terpulang, terpulang kepada ubah suai rumah yang, yang rumah tersebutlah.
Jadi, di sini saya ingin nak memberitahu atau menyerulah kepada pihak Kerajaan Negeri, supaya jangan pinggirkan ADUN-ADUN Kerajaan Negeri yang di belakang di sini, kalau ada apa-apa pe, apa-apa pelaksanaan, pelaksa, pelaksanaan yang baru, perlu beritahu kami dulu atau bagi satu taklimat supaya orang tanyakan sama kami, kita, kita tahu apa yang berlaku. Ya, tahu macam mana nak jawab. Sekarang penduduk di setempat menyatakan kerajaan baru lagi teruk dari kerajaan dulu. Jadi, ini bukan apa, ini saya, kita perlukan memberi penjelasan yang lebih, lebih lanjut lagi. Kita menyatakan ini ialah satu kemaskini penilaian semula. Jadi mereka pun tak terima, tidak terima alasan ini.
Jadi, saya berharaplah, saya cadang, saya cadang kepada pihak Kerajaan Negeri supaya kaji semula pada, pada kadar peng, apa ni, penilaian semula ini, dan tangguh, tangguhkan, tangguhkan satu tahun, tangguhkan satu tahun supaya memberi ruang masa pada pihak Kerajaan Negeri mengkaji semula bagi satu kadar yang, yang adil, yang wajar kepada pen, kepada penduduk-penduduk setempat. Untuk makluman, untuk makluman Tuan Yang Dipertua, yang surat notis ini pada masa ini hanya diterima di kawasan DUN Mambau saja, di kawasan Taman Rasah Jaya, Taman Layang-Layang, Taman Yoon Chan, di sekitar taman DUN Mambau, dan mungkin, kemungkinan besar akan diluaskan, akan diluaskan kepada taman-taman atau DUN-DUN yang lain.
Jadi saya mencadangkanlah, mencadangkan supaya Kerajaan Negeri boleh tangguhkan satu tahun supaya notis ini ditangguhkan untuk meng, untuk mengurangkan, mengurangkan kos beban penduduk Seremban yang sokong penuh kepada Pakatan Harapan pada PRU Yang Ke-14. Jadi, saya sokong titah ucapan tuanku. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau. Ada berapa orang lagi yang tak berucap? Seorang ya, 2. Dah kan. Seorang saja, ya.
Bismillahhirrahmannirrahim …..
Gemas.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas berkaitan dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada, yang terakhir saya rasalah kan, penutup menjunjung kasih titah ucapan tuanku.
Tuan Yang Dipertua, pertamanya saya melafazkan syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini kita sampai ke penghujung perbahasan titah ucapan dan kita merasakan bahawa di sinilah merupakan satu medium yang terbaik untuk kita sama-sama mencari titik permulaan, titik untuk kita bergerak lebih ke hadapan, memacu pembangunan kesejahteraan Negeri Sembilan kita. Jadi saya juga mengucapkan syabas dan tahniahlah dan terima kasih yang tidak terhingga di atas pelantikan ADUN Sikamat, Yang Amat Berhormat di atas pelantikan sebagai Menteri Besar, pelantikan barisan, jawatankuasa ataupun EXCO-EXCO yang berkaitan serta kita semua.
Jadi, walaupun, kita semua ni baru sebenarnya, apabila berubah tempat, maka kita pun baru. Jadi, walaupun baru, ada kawan-kawan kita yang lama, kawan-kawan kita yang dah berpengalaman, kawan-kawan kita yang baru pertama kali. Dan kita samalah-samalah. Di sinilah yang kita katakan bahawa dalam kita mensejahterakan rakyat, kita melihat apakah dasar-dasar ucapan yang telah disampaikan oleh Duli Tuanku. Duli tuanku menyatakan bahawa daripada fasa ke fasanya, amat ditegaskan, yang menyatakan bahawa ada perkara-perkara yang perlu kita buat sesuatu dan pada masa yang sama bagaimana kita nak mengimplimentasikan iaitu hari ini lebih baik pada hari semalam. Hari esok lebih baik daripada hari ini.
Jadi kita melihatkan bahawa kalau kadar KDNK kita pada tahun lepas 4.9%, maka kali ini kita nak lihatkan anjakan kita. Adakah kita boleh melangkaui dari segi peratusan KDNK kita. Kalau ini yang kita boleh katakan bahawa kita kebersamaan. Bersamaan inilah yang kita katakan punca untuk kita melihat di mana kita nak bermulanya. Permulaan inilah yang kita harapkan, gabungan antara 2 pihak. Maknanya kita ambil yang baik, apabila telah ambil yang baik, kita adunkan sama-sama barulah dikatakan Negeri Sembilan ada cara, Negeri Sembilan ada imej, dan Negeri Sembilan adalah mempunyai
wakil-wakil rakyat yang berkualiti, yang berpragmatik dan berintegriti. Yang itulah kita nak.
Sebab itulah yang kitakan, dulu dah ada dah, cantik dah. ADUN Rantau dah buat macam-macam dah, bersama dengan EXCO-EXCO-nya. Kali ini kita menyerahkan tugas kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, sebagai ketua kita. Jadi sama-samalah menghormati pemimpin, menghormati apa yang dikatakan. Tetapi kita melihat, kita bukannya orang kata dalam satu pasukan, dalam pasukan bas, kita bukannya di depan dan di belakang, kita duduk seiringan, sebelah menyebelah, tegur menegur antara satu sama lain. Sebab apa saya katakan bahawa di sini perlu kita lihat ya, satu rasa kebertanggungjawaban kita. Rasa kebertanggungjawab inilah yang kita kena tanggung sama-sama. Bagi wakil-wakil rakyat yang beragama Islam, kita diingatkan, kalau diikutkan daripada Abu Ja’alah maakil bin jasar Radiallahu anh berkata, saya telah melihat Rasulullah SAW bersabda, tiada seorang yang diamanahkan oleh Allah mempimpin rakyat, kemudian ketika ia mati dia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya syurga, riwayat Al Bukhari Muslim.
Jadi di sinilah yang saya berkata kita bekerja bersama. Tidak meletakkan kepentingan peribadi, pada masa yang sama kita melihat bagaimanakah ini, institusi menjadi satu benchmark kita untuk lebih baik dari semalam. Ini yang kita nak. Tidak boleh menuding jari siapa yang salah, siapa yang betul. Lihat sama-sama. Tuanku telah bertitah dengan, dengan penuh bermakna, penuh halus sekali, yang kita perlu hayati bersama. Sebab itulah yang kita katakan, oh ada kalangan daripada UMNO, daripada Barisan Nasional nak melompat parti, itu lantak dialah. Nak melompat, melompatlah. Katak nak melompat, melompatlah. Nak kencing, kencinglah, biarkan. Tetapi kita bersama sebagai satu pasukan kita. Nak nengok Negeri Sembilan ni maju. Kita nak lihat lebih mantap kita punya apa, ekonomi kita, pembangunannya kita, dan nak lihat ekonomi mampan Negeri Sembilan yang sedia ada ini mampu melonjakkan ke arah yang lebih baik. Itu yang kita nak.
Jadi kita lihat sama-sama, kalau yang dikatakan tadi, daripada hari pertama kita perbahasan hari tu, kita melihat YB Chennah menggariskan banyak pandangan-pandangan yang kita boleh terima. Dan yang baik kita terima, alhamdulillah, disokong oleh YB Lenggeng dengan satu, panjang lebar memberi tazkirah kepada kita, menyokong usul tersebut. Tetapi kita kena lihat jangan menuding pada sebelah pihak saja, sebab kita bersama. Bagi kaum-kaum yang agama lain, wallahulalam, saya tak tahu dalam agama mereka adakah yang macam kami nyatakan di sini. Tapi kita bertanggungjawab,
kebertanggungjawab inilah yang kita kena tunjukkan, kita menterjemahkan agar apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan.
Jadi Tuan Yang Dipertua, saya menyentuh tentang pembangunan-pembangunan. Jadi di kawasan Gemas ni memanglah dikatakan tenggara Negeri Sembilan, selatan Johor, hujung. YB Nicole dah pernah sampai dah di kawasan saya, dia kata 2 jam perjalanan, betul, jauh, jalan berliku macam-macam. Tetapi walaupun jauh beribu batu, beribu batu, maknanya batu yang banyak-banyaklah, tak terhitungnya kita ini. Tetapi yang kita lihatkan bagaimana mensejahterakan rakyat. Kita nak lihat di kawasan saya, sempadan Negeri Sembilan, eh, sempadan Johor. Tenggara Negeri Sembilan, apa yang kita nak lihat. Dan setakat ni di dalam kerajaan dahulu, bukan saya mengambil yang baik, yang nak ceritakan tentang kehebatan, tidak, tapi saya nak berkongsi bersama, sebab saya nak melepaskan baton, menyerahkan baton ini kepada kerajaan yang baru. Kerajaan yang boleh bersama dengan kita nak lihat, sejauh mana kejayaan kita pada akhirnya nanti. Outcome-nya nanti sebelum PRU ataupun pada pilihan raya 15, rakyat menilai kita. Rakyat akan melihat kita apakah sejahtera yang telah kita buat. Tetapi sekarang yang kita nak lihat sekarang ialah kita bekerja, kawasan masing-masing kita bekerja bersama.
Tetapi di kawasan Gemas yang nak saya ceritakan ialah kawasan banjir. Alhamdulillah, yang dulu kita buat alhamdulillah syukran, terima kasih banyak-banyak kepada pihak kerajaan. Tetapi ada tempat-tempat lagi yang masih lagi perlu, yang masih lagi banjir. Yang saya khuatiri sangat adalah daripada Gemas nak sampai ke Segamat. Sempadan-sempadan, border. Dekat Taman Rekreasi Gemas, pada tahun ’85 dulu banjir, saya main air di situ. Dekat kuil, kalau perasanlah, siapa lalu dekat kuil tu, Kampung Benggali, haa itu tempat saya main air dulu. Seronok main air, seronok-seronok. Tetapi apabila pihak kerajaan dahulu telah membetulkan saliran perparitan, banjir dah lama tak ada. Tetapi dalam tempoh 4 tahun, 5 tahun yang terkemudian ini kita lihat banjir datang semula. Saya tak tahu kenapa dia datang semula.
Tetapi pihak kerajaan yang terdahulu mengkajikan bahawa terdapat permasalahan di kawasan laluan air ke dalam kawasan Keretapi Tanah Melayu Berhad. Dah kocik dah. Perumahan dah banyak, pembangunan dah mula membangun. Itulah puncanya. Di kawasan rekreasi, di Kampung Benggali, di kawasan kuil, rumah kam, Kampung Seri Gemas, adalah kawasan yang telah dan mudah terima banjir. Jadi di sinilah yang saya nak lihat bahawa kita lihat bagaimana kita boleh berkolaborasi dengan agensi-agensi berkaitan, dengan pihak KTMB untuk membesarkan laluan air di kawasannya untuk air terus pergi keluar ke Sungai Muar dan sebagainya. Itu kita mintak kerana apa saya
nak lihat bahawa di situ ada perumahan-perumahan, kadang-kadang bila hujan sedikit banjir kilat sampai ke beting dan sebagainya. Haa itu yang saya risau. Sebab itulah saya mintak kerjasama dan memastikan bahawa Penyelaras DUN Gemas peka, tahu tentang permasalahan-permasalahan di kawasan Gemas untuk kita sama-sama atasi untuk kawasan banjir tersebut. Itu yang pertama saya nak lihat.
Yang kedua, Tuan Yang Dipertua, yang nak saya sentuh ialah kawasan pasir. Di kawasan Gemas ni dia adalah daripada muara Sungai Muar. Bila muara Sungai Muar tersebut kita lihat, memang selama ini kita mempertahankan untuk tidak memberi, meluluskan pasir-pasir di kawasan tersebut kerana di situ ada loji rawatan yang terakhir sekali, dah hujung-hujung dah, daripada Terachi sampailah ke kawasan Gemas, loji rawatan air kita. Jadi saya mengharapkan bahawa pada zaman dahulu, orang kampung menghantar surat kepada Jabatan Parit Dan Saliran untuk mengelakkan kawasan tersebut diambil pasir-pasirnya untuk menyelamatkan kawasan pertanian, kawasan sawah padi, kawasan untuk diminum dan sebagainya, sebab apabila kita lihat kawasan tersebut kalau diterokai, airnya ya Allah, bukanlah macam teh saja, mungkin teh kaw punya orang kata, kaw punya. Jadi apabila menggunakan tawas ataupun klorin yang lebih untuk menawarkan atau untuk menjernih air maka akan mendatangkan masalah kesihatan kepada masyarakat di Gemas.
Jadi saya mintak sama-sama. Saya di sini menceritakan sebab saya nak masayarakat di Gemas, adalah masyaratkat yang sentiada orang kata, dijaga kebajikannya, akan diambil perhatian oleh pihak kerajaan untuk bersama. Hujung kawasan. Hujung, nun jauh di sana, tenggara. Kalau pakai teropong saya rasa tak perasan agaknya. Tapi saya ucapkan terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Sikamat rajin datang ke kawasan saya. Saya mengalu-alukan kedatangan beliau sebab dia adalah ketua pentabir di kawasan Negeri Sembilan ini.
Jadi saya mengharapkan bahawa dengan kehadiran beliau dapat melihat sejauh mana, apakah keperluan-keperluan di kawasan Gemas ini untuk kita bangunkan. Kita lihat di Tampin macam mana dan sebagainya. Kerana saya nak lihat satu, yang dulu kita dah rancang tentang perumahan, dan saya tak pasti Yang Amat Berhormat Sikamat ada menyatakan ataupun tidak, nak buat kawasan Perumahan Generasi Baru Felda di kawasan Gugusan Jelai.
Dan satu lagi, pembangunan tanah Fajar di Pekan Pasir Besar. Saya tak pasti, sebab dimaklumkan kepada saya dan inshaa Allah, kalau ini menjadi kenyataan, impian saya alhamdulillah. Saya nak mengurangkan kadar mereka yang tidak ada rumah. Sebab rumah
mampu milik yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat pada hari, saya tak pasti hari apa, yang lepas, menyatakan bahawa rumah 80,000.00 ada ke bawah, 125,000.00 ke bawah, 400,000.00 ke bawah ada. Alhamdulillah, Gemas menanti. Kalau untuk pengetahuan semua tentang perumahan, kita perlukan hampir 6,000 biji rumah di kawasan Gemas.
Di zaman pentadbiran dahulu, kita melihatkan bahawa ada yang nak duduk di bawah jambatan. Itulah yang kita bincangkan di peringkat EXCO dulu macam mana kita nak menyelamatkan keadaan. Sebab itulah yang kali ini, saya serahkan juga kepada Yang Amat Berhormat memikirkan 6,000 dengan anggota tentera lagi yang duduk di luar, di kawasan yang luar daripada Gemas, daripada duduk di Alor Gajah ada, di Segamat ada, di Tampin ada. Jadi inshaa Allah, kita sama bagaimana nak mensejahterakan rakyat di kawasan Gemas dari segi perumahan-perumahan. Sebab di kawasan Gemas, bukan orang kaya-kaya. Di Gemas ni orangnya daripada petani, daripada penternak, daripada penoreh getah, daripada peneroka dan mereka yang berpendapatan sederhana sahaja.
Jadi inilah yang saya tengah memikirkan dan saya mengharapkan pihak kerajaan dapat menyambungkanlah kesinambungan kita ini, untuk menjadikan hati masyarakat, hati rakyat, kita jaga sama-sama. Kalau siang dia bekerja, malam dia tidur lena dan boleh mimpi indah-indah, khabi kushi khabi gham, dia boleh mimpi macam-macam, seronok dan sebagainya.
Sebab inilah yang tertanggung di kepala saya. Semasa saya di peringkat awal menjadi wakil rakyat, diamanahkan jawatan portfolio saya membaca lebih kurang 3 bulan, duduk di dalam bilik saya, study, nak tahu tentang sejauh manakah peranan saya yang diamanahkan oleh pihak kerajaan untuk saya laksanakan. Dan saya pun belum sempat nak jumpa siapa yang sebagai nak saya serahkan baton tersebut, kepada EXCO yang berkaitan dengan saya, untuk teruskan yang kita nak buat.
Yang saya nyatakan batu megalith untuk yang, makluman Yang Dipertua, saya mewakili kerajaan di Komanwel, duduk sama-sama, pergi sama-sama, berbincang Komanwel. Lepas tu tengok stonehenge, batu tergantung tu, saya kata, bila di sana saya tengok apa ke barang, kita ada batu di Negeri Sembilan. Balik, bincang dengan Dato’ SS, bincang dengan Menteri Besar, bincang dengan rakan-rakan, yes kita nak jadikan batu megalith adalah satu orang kata batu, himpunan batu yang World Book of Record, atau dengan izin, untuk apa, kita ada himpunan batu-batu megalith. Bukan batu-batu nisan, bukan batu-batu
kubur dan sebagainya, nak lihat. Kerana itu, himpunan batu-batu inilah yang kita kumpulkan semua sekali, tempat yang cantik, strategik, dapat menarik pelancong-pelancong datang ke Negeri Sembilan. Nampak cantik tak? Batu apa, batu megalith kita ke peringkat world, antarabangsa, dengan izin Tuan Yang Dipertua. Itu yang saya nak bawak, nak saya bincangkan dengan, kerana saya rasa terbeban dan terpanggil untuk saya berkongsi menyerahkan baton kapada mereka yang hak. Jadi saya nak hakkan saya tak tahu, berikanlah hak itu kepada orang yang punya hak.
Tapi tak apa saya di Dewan yang mulia ini, saya bercerita. Sebab itulah saya sebelum habis penggal dulu, saya dah jumpa dengan portfolio-portfolio saya. Pertama saya kata, saya ucapkan syabas dan tahniah bukan portfolio saya saja, semua agensi-agensi kerajaan, kerana apa, kerana mereka ada pelan perancangan dia sendiri. Pelan perancangan jangka panjang, pelan perancangan jangka pendek. Sebab itulah yang saya katakan anugerah 5 Bintang, penarafan 5 Bintang yang mereka dapat memang boto-botolah dia bekerja sebenarnya. Terima kasih kepada semua kepada jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan yang sentiasa memberi kerjasama untuk memajukan sama ada di peringkat kawasan, sama ada peringkat Parlimen ataupun di peringkat negeri dan sebagainya.
Nak kita bersama-sama, kita berkongsi bersama, tak salah kita berkongsi, saya bukan nak menunjuk-nunjuk, sebab menunjuk-nunjuk ni rugi. Setengah orang buat kerja nak menunjuk, kadang-kadang ambil telefon, oh yaa yaa, okay okay okay. Orang hantar gambar melalui WhatsApp, tet tet tet tet, hantar. Panggil wartawan, okay wartawan ini ini ini. Lepas tu marah. Saya dah banyak kali dah keluar dalam, panggil wartawan, wartawan panggil akhbar, akhbar dah buat semua tindakan, tak ada apa-apa pun. Nampak tak. Kerana berkepentingan. Tapi kita muhasabah sama-sama.
Sebab kita di sini walaupun kita berbeza parti, berbeza pandangan, tetapi kita adalah satu matlamat. Dari segi agama kita agama Islam berapa ramai pemimpin-pemimpin Melayu, pemimpin-pemimpin Islam, fikir sama-sama. Jangan nak menuding jari, satu jari kita tuding, 9 jari, 5 jari, 4 jari, balik kepada kita. Jangan main-main. Sebab itulah saya kata saya tak pandai menegur kepada kaum-kaum lain. Sebab kawan-kawan lain tak pernah menceritakan tentang agama dia, tengok macam mana. Tapi agama kita, agama Islam, takut. Haa, sebab itu yang saya katakan bahawa pernah seorang berjumpa Rasulullah, ya Rasulullah kenapa tak jadikan aku sebagai seorang pemimpin. Kata nabi, engkau tak layak, engkau tak layak. Kerana menjadi seorang pemimpin, katanya adalah, minta maaf, sebab saya ni kadang-kadang
bila baca, rujuk juga, sebab kena lihat, sebab inilah antara-antaranya yang saya jadikan sebagai benchmark saya untuk saya bekerja siang dan malam. Saya tak mahu, depan nanti nampak cantik, belakang, depan khalayak cakap macam ni macam ni, belakang kong kali kong, air mendidih menggelegak, kejap saja boleh berubah dan sebagainya.
Nampak tak, tanggungjawab mana? Kita bukan Saidina Omar, jauh sekali Nabi Rasulullah SAW, tidak. Takut dicemeti kita, kalau Saidina Omar dicemeti badan belakangnya, bila meninggalnya Saidini Omar al Khatab, lihat badannya macam mana, berbalam-balam, menangis para sahabat melihat kenapa ni apa, tanya pada isterinya Saidina Omar mengapa jadi macam ni. Sebab setiap malam dia keluar rumah ke rumah, mencari apa permasalahan rakyat dan sebagainya. Tetapi apa yang dilihatnya, bila rakyat ada masalah, kita tak selesaikan, dicemeti badannya sendiri. Tuan-tuan malu tuan-tuan. Kita boleh buat tak sekarang ni? Boleh tak kita buat semua sekarang ni? Fikir sama-sama. Jangan kita kata, oh aku wakil rakyat, oh aku EXCO, aku ni, aku ni, tidak. Kita di bumi tuhan ni, kita adalah sama. Tak ada siapa yang lebih. Mati sama jugak. Betul tidak? Ada yang tanam, ada yang bakar, sorry bukan saya nak mem, memperlekehkan, tidak, tapi ini tanggungjawab, amanah yang kita nak tanggung, nak jaga sama-sama. Sebab itu sama-sama.
Macam, sorry-lah, saya bukan, mintak izin, bagikan contoh Temiang. Banyak dia punyacara-cara dia. Tetapi apa yang nak saya tegur semalam adalah satu, ten, tegur tentang SPR. Tak payah, Suruhanjaya Pilihan Raya tak payah nak tegur, itu adalah majlis tertinggi dia, biarlah dia bekerja. Cara dia bekerja …..
Tuan Yang Dipertua, boleh saya mencelah?
Kenapa?
Saya bukan menegur, saya memberi cadangan.
Bukan memberi cadangan. Maksudnya semalam mempertikaikan SPR yang dulu. Mempertikaikan. Kita tak perlu mempertikaikan. Habis pilihan raya, habih habih lah, kojo jo lah. Tu yang saya nak. Ubah, Malaysia Baru, cara baru, style baru, gaya baru. Tu yang kita nak. Barulah …..
Yang Berhormat Gemas.
….. cantik …..
Boleh tamat pukul 1:00 tak? Kejap lagi.
Okay Yang Dipertua. Barulah cantik, barulah molek, Negeri Sembilan kita sayang, Negeri Sembilan kita cinta, rakyat akan terjaga dan sejahtera kita akhirnya. Jadi Tuan Yang Dipertua, itu sahaja dan saya juga mendoakanlah Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat akan menang pertandingan sebagai bahagian cabang Tampin. Welcome ke Tampin, welcome ke Gemas. Sekian, saya dengan ini menyokong usul titah ucapan tuanku. Sekian, assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Saya ingat semua dah, sudah, sudah mengambil bahagian untuk bahas usul ya, usul titah terima kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Jadi, petang ni kita ada membuat agenda lain, jadi saya rasa perba, perbahasan kita belum digulung ya. Petang ni penggulungan oleh yang, EXCO-EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar petang ni, lepas tu kita akan pergi kepada rang undang-undang, inshaa Allah. Jadi saya tangguhkan sidang kita tengah hari ini dan kita akan sambung pukul 2:30. 2:30 ya, 2:30 petang. Silakan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:07 petang]
[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:45 petang]
[YB ADUN Chennah dan YB ADUN Rantau tidak hadir pada sesi petang]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Kita sambung semula persidangan kita. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja. Sekarang tibalah masanya kita mendengar perbahasan oleh ahli-ahli yang telah mengambil bahagian, saya kira semua dah ambil bahagian ya. Ada
tertinggal? Tak ada? Kalau tak ada, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan EXCO dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita beri EXCO dululah, untuk menggulung pada petang ini. Dipersilakan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, walaupun tidak banyak perbahasan yang berkaitan dengan pertanian, walau bagaimanapun saya akan …..
Boleh, boleh kuat sikit tak? Tak dengar.
Walaupun tidak banyak perbahasan dalam berkaitan pertanian, saya respond kepada 4 Yang Berhormat yang telah mengajukan, yang mem, membangkitkan beberapa perkara.
ADUN, YB Chuah ya, telah membangkitkan perancangan masa depan untuk kawasan Pig Farming Area (PFA). Seperti yang maklum kawasan DUN Chuah ini telah termasuk di dalam perancangan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV). Oleh yang demikian, pemaju lebih, lebih berteraskan kepada perancangan pembangunan MVV yang merangka pembangunan Daerah Seremban, Port Dickson, kepada kluster utama iaitu central business district, education technical valley, dengan izin Yang Dipertaua, tourism dan wellness, new livible township, nature city. Oleh yang demikian pemilik tanah di tapak PFA disyorkan menjalankan aktiviti yang selaras dengan pembangunan semasa. Tindakan penyesuaian semula pembangunan kawasan ini juga akan direncanakan bersekali dengan pembangunan MVV. PFA pada awalnya, telah diapakan, di semasa minimum awal ini, dan perancangan itu, boleh dikatakan obsolete, dengan izin.
Yang Berhormat Gemencheh membangkitkan tindakan untuk kerajaan membantu penduduk Gemencheh yang kebanyakannya terdiri daripada golongan petani, pengusaha getah dan kelapa sawit kerana pemba, pendapatan mereka telah berkurangan akibat kejatuhan harga komoditi. Sektor pertanian tidak dapat lari dari kejatuhan harga. Bagi menangani masalah kekurangan pendapatan petani yang terlibat dengan tanaman makanan, pihak kerajaan melalui agensi di bawah Kementerian Pertaian telah mencadangkan beberapa langkah. Petani digalakkan menceburi industri asas tani seperti bidang pemprosesan makanan, membantu memasarkan melalui ladang kontrak bagi jenis tanaman-tanaman tertentu. Insentif input pertanian seperti baja dan racun bagi mengurangkan kos pengeluaran petani, menyediakan
latihan secara percuma melalui jabatan dan agensi kerajaan kepada petani.
Yang Berhormat Seremban Jaya, soalan berkaitan dengan inisiatif, insentif bantuan kerajaan meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi sektor pertanian. Dalam usaha kerajaan mening, meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan penternakan, terdapat insentif dan bantuan yang sedia ada oleh pihak kerajaan seperti berikut. Bidang penternakan. Bantuan pinjaman baka dan induk ternakan, bantuan ternakan, industri asas tani, bantuan peralatan untuk projek ternakan, bantuan pembi, pembiakan kandang, pembaikan kandang, bantuan homeflot, homeplot biji benih dan rumput ternakan, bantuan ternakan ayam kampung dan kursus penternakan. Di bidang pertanian. Insentif peningkatan hasil tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, insentif pembangunan industri hiliran dan asas tani, insentif latihan petani.
Yang ketiga, kemudahan kredit dan pemasaran. Bantuan atau insentif serta input pertanian yang disediakan oleh kerajaan diberi kepada pengusaha yang menepati kriteria umum serta teknikal yang ditetapkan untuk memastikan program yang memberi impak dari segi keberhasilan usahatani, usaha ternak dan seterusnya meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penguasa tersebut.
Bagi pengusaha-pengusaha yang mempunyai daya maju yang tinggi, mereka berpeluang untuk mengusahakan tanah-tanah yang dirizabkan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) atau padang ragut bagi bidang usaha yang berskala komersial. Walau bagaimanapun ketersediaan tanah-tanah ini adalah terhad. Selain itu, mana-mana tanah hak milik persendirian yang terbiar, yang, dan berpotensi untuk diusahakan, layak untuk mendapat insentif dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan. Di dalam carian kita, ada tanah-tanah persendirian, sehingga 170 hektar yang terbiar yang mungkin boleh di, dimajukan untuk secara komersial.
Yang Berhormat Sungai Lui, membangkitkan apakah pendekatan menangani kemerosotan hasil komuditi kelapa sawit apabila musim melawas dan getah semasa hujan, musim hujan. Ini dengan, dengan izin Tuan Dipertua, tak dapek kito nak nolong banyak ni doh. Walau bagaimana, sebab ianya di luar skop Jabatan Pertanian dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum situasi yang dihadapi oleh pekebun kelapa sawit dan getah dan akan mengemukaan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
Yang Dipertua, pertanian adalah perniagaan. Saya akan melopori jenama pertanian sebagai myAgro Niaga supaya bila disebut pertanian, orang bercakap pasal business bukan lagi yang second, second class punya pekerjaan di mana kita menitikberatkan jugak untung rugi. Bukan hanya tanam dan mengutip hasil di akhirnya.
Tuan Yang Dipertua, sebelum saya berundur, izinkan saya mengucapkan tahniah, haa tak ada dah, kepada YB Rembau yang menerajui kerajaan sebelum ini, dengan prestasi …..
Beberapa Ahli Dewan: Rantau, Rantau.
Rantau, maaf saya. Yang menerajui kerajaan sebelum ini ke tahap yang boleh dikatakan membanggakan. Terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang membantu kerajaan terdahulu dan kita berharap bantuan ataupun kerjasama itu diberikan kepada government of the day, sepenuhnya, malah lebih lagi. Sayangnya Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, ini kejayaan-kejayaan hanya kejayaan fizikal ataupun jasmani sahaja ya. Kita, di dalam titah baginda ada menyebut teras kepada pembangunan Negeri Sembilan adalah mengutamakan kesejahteraan rakyat. Kesejasteraan ini, kesejahteraan ini bermaksud kedua-duanya, holistik rohani dan jasmani.
Saya ingin menarik perhatian Dewan, ahli Dewan yang mulia ini bahawa pembangunan fizikal sahaja memang tidak akan mencukupi. Ia mesti ber, ber, beriringan dan selari dengan pembangunan rohani untuk kita melahirkan insan yang bertakwa seperti yang disebut di awal persidangan kita oleh Yang Berhormat Linggi, eh Yang Berhormat Lenggeng, maaf saya, untuk kita melahirkan insan yang bertakwa. Untuk yang, untuk yang bukan Islam, sudah tentulah kita memerlukan insan yang, ataupun orang yang berintegre, berintegra, berintegriti dan berakauntabiliti yang tinggi, yang boleh kita, apabila rakyat sudah di peringkat yang tinggi integriti dan akauntabiliti, kita boleh menghapuskan amalan rasuah, kleptokrasi, salah guna kuasa dan sebagainya.
Islam dari semua peringkat ianya menjadikan sesuatu itu ibadat “wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun”. Oleh itu, kita harus, orang Islam kita harus menjaga sempadannya iaitu halal haram. Tetapi kita dapati kadang-kadang perkara-perkara yang tak sepatutnya berlaku, berlaku. Kadang-kadang ada yang confuse, rule of law dengan prosedur.
Maka kecelaruan ini kadang-kadang kita menafikan hak seseorang. Ini menjadikan masalah.
Untuk kita mendapat KPI dalam kerohanian ini, kita boleh mengambil beberapa KPI yang mudah, di dalam Islam, solat itu tiang agama. Jadi di mana KPI-nya, ialah di mana kita bersolat, itu menjadi KPI-nya. Oleh itu, kita men, boleh tanya diri kita sendiri sekiranya kita tidak mengambil peluang yang diberikan oleh Allah untuk kita mendapat ganjaran yang lebih semasa kita solat, maknanya KPI kita pun tidaklah tinggi di sisi Allah SWT.
Jadi sekian Tuan Yang Dipertua, terima kasih kerana memberikan ruang dan peluang ini. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Dipersilakan EXCO yang lain.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Ada 4 isu yang dibangkitkan. Yang per, yang pertama berkaitan dengan ADUN Temiang iaitu bagaimana hendak menyelesaikan isu pemberian peluang pekerjaan kepada pelarian di Negeri Sembilan. Dan sehingga kini, tiada sebarang polisi ataupun dasar yang membenarkan pelarian untuk bekerja di negara ini. Perkara ini tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Dan seperti mana yang dimaklumkan oleh ADUN, YB Temiang, memang mereka tidak ada sebarang pekerjaan semasa mereka hantar ke sini sebagai pelarian. Sudah tentu mereka pun perlukan, perlu melakukan perbelanjaan dan juga ada kos kehidupan mereka. Dan sudah tentu kita akan meman, memanjangkan masalah-masalah ini, yang dihadapi oleh pelarian ini kepada Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan semula. Tapi sehingga hari ini, tiada polisi atau dasar yang membenarkan pelarian untuk bekerja di negera, negara ini.
Yang kedua, berkaitan dengan, dibangkitkan oleh ADUN Seremban Jaya berkaitan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak bagi mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Kerajaan negeri sem, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan menggalakkan pelaburan dari dalam dan luar negara. Di samping mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat, kerajaan juga melalui Jobs Malaysia Center iaitu di bawah Jabatan Tenaga Kerja, menyediakan mekanism penjodohan yang efektif
bagi membantu pencari kerja mendapat pekerjaan yang telah disediakan. Selain jobs matching secara online, dalam portal Jobs Malaysia, karnival pekerjaan Jobs Fair dan temuduga terbuka juga diadakan bagi membantu pencari kerja untuk mendapatkan pekerjaan.
Untuk maklumat, di Negeri Sembilan, sehingga hari ini, bermula dari tahun 2018, tujuh karnival iaitu Jobs Malaysia and Negeri Sembilan Open Day pada bulan Januari, Jobs Fair @ UTC pada bulan Mac, Jobs Malaysia Negeri Sembilan Open Day 2.0 pada 17 Mac, Hari Kerjaya ILP 20018 pada bulan April, Graduate Employability and Marketability (GEMS) Programme di UiTM, pada bulan April, pelancaran hab kerjaya di Cosmopoint pada bulan Julai dan Mini Karnival OKU pada 18 Ogos 2018 telah diadakan.
Dan dari bulan Januari sehingga bulan Ogos 2018, peluang kekosongan jawatan mengikut kategori pekerjaan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 32,140 iaitu pada bulan Januari hingga 31 Ogos 2018. Daripada re, daripada angka tersebut, sebanyak 9,858 pekerjaan ataupun 9,858 orang pencari kerja telah ditempatkan dalam pekerjaan melalui Jobs Malaysia Center iaitu hampir 10,000 orang telah pun mendapat pekerjaan melalui Jobs Malaysia Centre iaitu melalui Jobs Matching ataupun melalui Jobs Fair ataupun temuduga biasa. Dan selain itu, untuk makluman juga, satu Jobs Fair yang melibatkan 33 majikan yang menawarkan lebih daripada 2,000 kekosongan jawatan akan diadakan pada 6 dan 7 Oktober 2018 di UTC Ampangan. Ini untuk makluman.
Dan berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN, YB Jeram Padang berkaitan cadangan supaya diterbitkan panduan atau penerangan yang jelas berhubung structure rumah ibadat bukan Islam dan YB Jeram Padang juga telah pun menyatakan, menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan. Ya, memang betul, ini juga adalah salah satu tawaran Pakatan Harapan Kerajaan Negeri Sembilan, Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah kita, apa ni, tunaikan. So ini salah satu janji yang kita telah kita tunaikan.
Dan Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam juga menyambut baik perkara ini iaitu perkara untuk menerbitkan panduan ataupun penerangan yang jelas berhubung structure pembinaan rumah ibadat bukan Islam dan kita akan mengkaji serta menilai kesesuaian penerbitan panduan berhu, berhubung structure, structure pembinaan rumah ibadat bukan Islam bagi rujukan pehtak pentadbiran dan orang ramai secara umum untuk kita memastikan setiap pembinaan rumah-rumah ibadat ini mengikut
kelulusan ataupun mengikut satu piawaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Dan isu ten, seterusnya berkaitan daripada ADUN Sungai Lui iaitu apakah pendekatan untuk menengah, menangani kemerosotan, kemerosotan hasil kelapa sawit apabila musim melawas dan getah semasa musim hujan. Kerajaan Negeri mengambil maklum situasi yang dihadapi oleh pekebun kelapa sawit dan getah dan akan mengemukakan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan melalui agensi berkaitan untuk tindakan yang sewajarnya.
Dan isu seterusnya juga adalah daripada YB Jeram Padang, berkaitan gesa, gesaan untuk menyelesaikan isu tapak Kuil Seri Murugan di Taman Indah Tampin. Setakat ke hari ini, tiada sebarang, belum ada sebarang tindakan perizab, perizaban yang diambil oleh Kerajaan Negeri. Dan tiada permohonan untuk tujuan perizaban yang dibuat oleh pihak Persatuan Penganut Seri Veil Murugan Taman Indah Baru Tampin Negeri Sembilan kepada pihak Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pihak kuil pernah mengemukakan 4 permohonan secara berasingan kepada Pejabat Tanah Tampin untuk mendapatkan hak milik ke atas tapak kuil tersebut, yang terletak di atas sebahagian simpanan jalan di dalam kawasan perumahan Taman Indah tersebut.
Fail-fail permohonan yang terlibat adalah seperti iaitu pada 25 haribulan 10, 2005, permohonan pemberi, pemberikan tanah milik. Permohonan ini tidak diproses dan dibatalkan kerana permohonan tidak menjelaskan yuran permohonan atau yuran proses, iaitu pada tahun 2005. Selepas itu pada tahun 2010, permohonan ini ditolak pada 17 haribulan Januari 2012 kerana permohonan tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Negeri (ROS). Pada 27 haribulan 7, 2011, permohonan ini telah ditolak oleh MMK pada 29 haribulan 8, 2018, melalui Kertas Mesyuarat 2543/2018. Dan satu lagi permohonan pada bulan, pada 2012 jugak, pada tahun 2012, iaitu permohonan juga telah ditolak sebelum ini. So berkaitan dengan kes ini, kita akan melihat semula dari pagi, dari semua aspek untuk kita memastikan permohonan itu ji, boleh diluluskan jika memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan, Pihak Berkuasa Negeri.
Dan isu seterusnya, yang akhir sekali, adalah berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB Chuah berkaitan, mohon kerajaan mempercepatkan penyerahan PPR Ladang Tanah Merah kepada pekerja Ladang Tanah Merah. Pada masa ini, projek PPR Ladang Tanah Merah berada pada peringkat 65%. Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk memastikan, pemilian, pemilihan peserta dapat dilaksanakan sebelum
projek tersebut menerima CCC. Ini kerana, apabila projek tersebut telah menerima CCC, sudah tentu apabila kita telah pun bersedia dengan pesertanya yang telah dipilih, so mereka boleh mendapat rumah tersebut dengan, dalam kadar yang segera. So itu saja, sekian terima kasih.
Dato’, Dato’, Tuan yang, Yang Dipertua Dewan, boleh saya meminta penjelasan sikit. Tentang yang Temiang tadi.
Saya rasa dah menggulung dah.
Tuan, saya mintak penjelasan, saya tunggu dia habis dulu, saya baru nak tanya saja. Saya memang ada nak mintak penjelasan sikit. Boleh EXCO?
Satu soalan saja.
So maksudnya majikan-majikan tidak boleh mengkaji ini warga-warga pelarian. So, masalah saya adalah, boleh ke Kerajaan Negeri berbincang dengan ni, Jabatan Imigresen, kerana majikan-majikan di pasar besar, mereka hanya cari makan saja, hanya cari rezeki. Sekiranya mereka dikompaun dengan berat, mereka akan menghadapi masalah kewangan.
Terima kasih YB Temiang. Memang, betul, itu yang kita tadi saya katakan, sehingga hari ini memang tidak, tiada polisi atau dasar yang membenarkan pelarian untuk bekerja di negara ini. Dan kita juga faham apa masalah yang dihadapi oleh pelarian-pelarian tersebut, tanpa sebarang gaji ataupun pendapatan untuk mereka. Memang itu salah satu isu yang kita akan bawak isu ini kepada KDN ataupun Imigresen supaya, dan juga Jabatan Tenaga Kerja, supaya masalah-masalah ini perlu dititikberatkan untuk membenarkan ataupun untuk membenarkan mereka mendapat satu pendapatan untuk memastikan mereka hidup walaupun mereka di sini sebagai pelarian. Terima kasih.
Okay, saya tengok masa kita ni mencemburui kita ni. Lepas ni tak ada sesiapa mencelah ya. Ni dah kita masuk, dah masuk penggulungan ya. Okay, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Perpaduan adalah hak milik, hak milik semua. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima kasih kepada semua pihak dan agensi yang sentiasa mengutamakan serta berpaksikan perpaduan dalam pencapaian matlamat, objektif serta dalam pelaksanaan tugasan masing-masing. Berkat kematangan rakyat, ujian dan cabaran besar perpaduan negara serasa pilihan raya dan pasca pilihan raya serta transisi perubahan pemerintahan negara yangtelah dihadapi dengan baik. Perkara ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia telah mempunyai nilai penerimaan, toleransi dan nilai murni yang tinggi demi memastikan keamanan dan keharmonian negara dapa terus dikecapi. Kini kita sangat mengharap supaya nilai-nilai perpaduan, kesepaduan sosial dan nila-nilai sebegini akan terus ditingkatkan demi memastikan kesejahteraan sejagat.
Semalam ada isu yang begitu hangat yang digempar gempurkan, yang boleh juga menjejaskan keharmonian negara. Misalnya isu Sijil Peperiksaan Bersama atau izin kata, UEC, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Linggi. Pengiktirafan UEC dengan izinnya, sememangnya tawaran manifesto Pakatan Harapan dan kami akan memastikannya. Memastikannya ia menjadi kenyataan dalam masa secepat mungkin. Walaupun UEC yang selama ini ditentut, dituntut oleh masyarakat Cina di tanah air kita, ini tidak dihirau atau dipeduli oleh kerajaan sebelum ini. Namun kini saya percaya Kerajaan Pakatan Harapan akan menguruskannya dengan lebih agresif.
Pada pendapat saya, pengiktirafan UEC tidak akan menjejaskan perpaduan rakyat Malaysia seperti yang dikatakan dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang berbunyi, Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan di Malaysia iaitu Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk diper, digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekali pun dengan menggunakan dana awam.
So tidak akan timbul isu perpaduan dan keharmonian antara rakyat yang hidup aman dan sejahtera selama ini. Saya juga amat yakin bahawa Kerajaan Negeri sudah pastinya akan memastikan perkara ini tidak akan menjejaskan perpaduan. Selaras dengan tu, pada ketika ini Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan kajian holistik
berkaitan pengiktirafan UEC. Dan pihak kerajaan telah menjanjikan bahawa apa saja keputusan yang diambil Kerajaan Negeri ini tidak akan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Tuan Yang Dipertua, kita harus bersyukur dengan keamanan dan keharmonian antara kaum yang wujud di negara ini, kita ini. Perpaduan hadiah yang tidak ternilai, perlu dipelihara dan dihargai dalam negara kita yang unik, yang berbilang kaum dan agama ini. Perpaduan telah lama wujud antara rakyat berbagai etnik dan agama yang saling hormat menghormati, menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing. Perpaduan kaum yang utuh akan menjadikan negeri kita aman dan tenteram dan keda, keadaan ini akan membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunan dan melonjakkan kesejah, kesejahteraan rakyat.
Kesaksamaan, keadilan, kebebasan, kesedaran diri adalah tunjang kepada perpaduan rakyat. Kepercayaan antara satu sama lain tidak mengira kaum di mana kita perlu menolak segala bentuk ekstrimis yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama perlu diberi penekanan. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan patriotik, adalah kewajipan kita mempertahankan keamanan dan keharmonian dengan mengawal diri daripada melakukan perbuatan provokasi dan keganasan yang akan melibatkan konflik dan kekacauan.
Saya sangat bersetuju dengan cadangan YB Yang Berhormat Gemencheh supaya isu-isu sensitif yang di-viral-kan dan dipersoalkan secara terbuka perlulah diambil tindakan supaya rakyat tidak gelisah. Dalam hal ini, saya percaya jentera organisasi komuniti sedia ada yang telah wujud di Negeri Sembilan ini boleh turut bersama mengambil peranan memastikan keselamatan dan kesejahteraan lokaliti komuniti masing-masing melalui kerjasama semua agensi kerajaan yang ada. Misalnya peranan pemimpin rukun tena, tetang tetangga, persatuan penduduk, MPKK, SRS dan lain-lain entiti kemasyarakatan yang lain.
Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru semua pemimpin yang ada di Dewan yang mulia ini untuk terus mengutamakan matlamat pencapaian kesejahteraan dan perpaduan rakyat dalam setiap tingkah, tindakan yang diambil. Walaupun ada perbezaan idiologi politik, kita sebagai Yang Berhormat haruslah mengawal supaya men, tidak menjadi tegang dan menjejaskan keharmonian yang telah kian lama kita kecapi. Sayangi Malaysiaku. Terima kasih.
Seterusnya?
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil alamin wassalatu wassalamu 'ala asrofil ambiya mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Walaupun tidak banyak yang bertanya tentang pembangunan belia dan sukan, tapi ada beberapa soalan terutama daripada ADUN Gemencheh bertanyakan persoalan tentang pembinaan kompleks sukan di Gemencheh. Sebenarnya untuk makluman Dewan yang mulia, projek ini adalah di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU Negeri Sembilan yang mana projek ini timbul hasil daripada lawatan Timbalan Perdana Menteri yang lalu ya, yang, Dr Zahid Hamidi, Datuk Zahid Hamidi di Gemencheh sebelum PRU 14 yang lalu. Dan saya menyemak dengan ICU, mereka baru di peringkat awal untuk pelaksanaan projek ini.
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia jugak, di bawah Kementerian Belia dan Sukan sebenarnya ada satu projek kompleks sukan yang dicadangkan di kawasan Parlimen Tampin, yang dicadangkan untuk dibina di DUN Gemas ya, Yang Berhormat Gemas, walau bagaimanapun status terkini ya, projek-projek yang besar ini masih lagi di bawah kategori projek yang ditangguhkan oleh Kerajaan Pusat.
Berkaitan dengan soalan daripada ADUN Gemas tentang bagaimana untuk menjadikan tapak-tapak batu megalith yang banyak terdapat di Negeri Sembilan, sebagai suatu tarikan pelancongan atau produk pelancongan di Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, kebanyakan tanah yang memiliki tapak-tapak batuan megalith ini adalah tanah-tanah yang dimiliki oleh individu atau persendirian. Jadi perlu ada perbincangan lanjut dengan tuan punya tanah untuk kita berbincang bagaimana untuk memajukan tapak-tapak batuan megalith ini. Dan biasanya orang tak nak tengok batu saja, ya, orang yang betul-betul minat saja yang mungkin nak tengok batu-batuan ini tetapi kalau pelancong biasa, mereka mungkin jugak nak melihat tarikan-tarian yang lain. Contohnya mestilah ada landskap yang cantik, seperti mana di Jepun ada taman bonsai dan kata, dihiasi dengan cantik supaya ianya jugak boleh menjadi tarikan yang baru untuk kawasan-kawasan seperti itu. Jadi kita tidak mahu projek-projek yang kita laksanakan nanti menjadi projek yang gagal.
Seperti mana yang kita sedia maklum ada satu projek di Ulu Bendul, projek Taman Ular. Yang saya kira satu projek yang gagal dan hambar dan gagal menarik pelancong-pelancong walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan terdahulu. Saya kira ular anaconda pun banyak yang dah mati ya. Jadi ini merupakan satu kerugian kepada kerajaan. Jadi sebab itu untuk produk-produk pelancongan yang akan datang, dan pembangunan dan sebagainya mestilah perlu dikaji dengan
baik bagi memastikan kewangan yang menjadi milik rakyat itu dibelanjakan dengan sewajarnya.
Belia adalah suatu entiti yang penting. Jika ingin melihat masa depan negara kita, maka lihatlah generasi muda yang ada pada hari ini. Jika generasi muda yang ada pada hari ini adalah generasi muda yang hebat, maka pastilah negara kita juga akan menjadi negara yang hebat pada masa yang akan datang. Sebab itu dalam hala tuju pembangunan belia Negeri Sembilan tertumpu kepada 4 perkara pokok. Yang pertama ialah belia berkepimpinan, pemimpin masa depan adalah belia. Yang kedua, belia berkeusahawanan. Jadi belia mestilah mempunyai daya diri untuk berdiri di atas kaki sendiri, boleh bekerja, berusaha sendiri tanpa bergantung kepada kerajaan. Jadi kita ingin melahirkan belia keusahawanan.
Yang ketiga, belia berkemahiran. Jadi belia perlu ada pelbagai kemahiran. Hari ini belia yang ada kemahiran, bermain dalam e-sport yang menjadi tren pada hari ini, sudah ada belia yang menjadi jutawan hasil daripada penglibatan dalam e-sport. Dan yang keempat ialah belia kesukarelawanan. Belia yang sedia membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
Sebab itu dalam Rangka Pembangunan Belia Negeri Sembilan untuk jangka masa pendek, 5 tahun, sederhana 10 tahun dan jangka masa panjang 20 tahun, Kerajaan Negeri bersedia untuk mendengar pandangan, idea dari belia akar umbi, pemimpin-pemimpin belia dan mahasiswa mahasiswi untuk kita berbincang dan mendengar pendapat mereka. Maka itu, pada 28 Oktober 2018 ini, satu program Town Hall Session bersama yang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan diadaan bagi kita mendengar sendiri pandangan dan idea daripada belia-belia sebelum kita merangka Pelan Pembangunan Belia Negeri Sembilan.
Dan seterusnya idea-idea itu akan diangkat dan diperkemaskan lagi, digabungjalinkan lagi dengan idea-idea daripada pakar-pakar pembangunan belia dan warga akademik daripada universiti yang akan dilakukan melalui program khas konvensyen belia Negeri Sembilan, yang akan dianjurkan pada November yang akan datang. Jadi, itulah harapan kita.
Dan di peringkat untuk membangunkan usahawan, kita telah mengadakan Seminar Pembangunan Usahawan Food Truck, yang kita boleh panggil kenderaan sajilah, istilah Melayu-nya kenderaan saji ya. Kalau dulu istilah Inggeris-nya food truck, yang kita adakan pada 15 September yang lalu. Asalnya, sasarannya 60 orang, tapi alhamdulillah
yang hadir lebih daripada 200 orang peserta. Saya yakin di bawah Kerajaan Negeri Sembilan, pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat, Kerajaan Negeri akan menggalakkan penggunaan kenderaan saji ni, food truck ini sebagai pendekatan untuk menggalakkan peniaga-peniaga kecil kita, peniaga-peniaga tepi jalan ni. Janganlah sampai bila-bila nak bukak meja, nak bukak payung sahaja. Kita mahu peningkatan sesuai dengan kita nak mengisytiharkan Seremban sebagai bandar raya, kita yakin Kerajaan Negeri juga akan mensasarkan mungkin dalam tempoh 5 tahun, 10 tahun, tidak ada lagi dah peniaga-peniaga yang membukak payung, membukak meja, dan kebanyakannya mungkin sekitar 60%, 70% sudah mula menggunakan kenderaan saji atau food truck ini.
Jadi itulah beberapa ikatan yang berkaitan dengan pembangunan belia. Saya ucap terima kasih atas kesempatan ini. Saya pernah menyampaikan sepotong ayat kira-kira 10 tahun yang lalu, ketika saya pertama sekali menjadi Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Allah SWT berfirman, “kulillahumma malikal mulki tu’til mulka man tasya wa tanzi’ul mulka mimman tasya wa tu’izzu man tasya wa tudzillu man tasya, biyadikal khayru innaka ‘ala kulli syay-in qadir”. Katakanlah sesungguhnya Allah SWT-lah yang memiliki kerajaan, Allah SWT akan memberi kerajaan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah akan mencabut kerajaan, menjatuhkan kerajaan mana-mana yang Allah SWT kehendaki. Allah akan memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah akan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki. Pada sisi Allah-lah segala kebaikan, dan sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Ketika itu saya berucap dalam keadaan kami sebagai pembangkang. Hari ini Allah SWT membuktikan kenyataan ayat tersebut.
Tetapi pada petang yang mulia ini, dalam keadaan saya dan kami semua sebagai kerajaan, saya ingin mengingatkan kerajaan yang ada hari ini jugak bahawa kita tidak akan kekal selama-lamanya, kita jugak akan jatuh jika dikehendaki oleh Allah SWT. Maka bersedialah kita untuk berusaha sebaik mungkin menjadi kerajaan yang baik di atas muka bumi Allah SWT ini. Sekian, terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Repah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Saya bangkit untuk menjawab beberapa persoalan yang dibang, dibangkitkan semasa perbahasan tadi.
Yang pertamanya adalah berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bagan Pinang iaitu mohon klinik kesihatan di Teluk Kemang dinaik taraf, klinik desa di Teluk Kemang. Untuk ma, untuk makluman Dewan yang mulia ini, buat masa ini perkhidmatan di Klinik Desa Teluk Kemang telah dinaik taraf kepada perkhidmatan sebagai Klinik Kesihatan dengan penempatan Pegawai Perubatan. Dan projek baru bagi membina satu Klinik Kesihatan Jenis ketiga, Jenis 3, di tapak yang dicadangkan Kementerian telah diusulkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Dan pihak jabatan juga akan terus menyenaraikan projek ini sebagai keutamaan bagi Rancangan Malaysia yang akan datang, ataupun dalam kajian semula dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ini. Dan kos pembinaan adalah dianggarkan 35.0 juta.
Yang Berhormat Dato’, yang, Yang Dipertua. Isu keduanya adalah dibangkitkan oleh ADUN Rahang. Ni adalah berkenaan bayaran yang dikenakan oleh klinik kesihatan bagi pemeriksaan kesihatan, laporan perubatan pengesahan OKU yang dirujuk oleh Jabatan Kebajikan Malaysia. Bagi tujuan ini, saya nak tegaskan di sini bahawa bayaran pemeriksaan perubatan oleh klinik kesihatan yang dikenakan adalah mengikut Perintah Fi Perubatan 1982 iaitu sebanyak 100.00 ringgit. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan telah berbincang dengan Jabatan Kebajikan Malaysia, untuk memutuskan, memberi pengecualian bagi caj pemeriksaan untuk OKU dan pegawai dilantik di bawah peruntukan 16(7) Perintah Fi Perubatan 1982, di mana setakat ini jumlah OKU yang telah mendapat pengecualian bayaran mengikut daerah adalah seperti berikut. Yang pertamanya Daerah Seremban sebanyak 16 orang telah diberi pengecualian, Tampin – 11 orang diberi pengecualian, Jempol – 97 orang, Rembau – tiada, Kuala Pilah – 19 orang, Port Dickson sebanyak 12 orang, Jelebu – 3 orang. Jadi jumlah keseluruhan adalah seramai 158 orang yang mendapat pengecualian bayaran sejak Mac 2018.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya adalah isu berkenaan, yang dibangkitkan oleh ADUN Rantau iaitu dasar bagi mencegah sorok bekalan. Untuk tujuan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961 melalui Seksyen 15 iaitu menyorok barang kawalan dengan tujuan menahan daripada dijual di pasaran untuk menangani sebarang cubaan menyorok bekalan barangan kawalan. Buat masa ni, tiada kes sorokan barang kawalan dicatat di Negeri Sembilan setakat ni.
Dan ADUN Rantau juga mencadangkan untuk menghapuskan monopoli larangan import barangan seperti bawang. Untuk menjawab persoalan ini, saya menegaskan bahawa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (myCC) merupakan satu agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, yang berfungsi utamanya adalah untuk melindungai proses persaingan dalam pasaran komersial. Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di peringkat Negeri Sembilan sentiasa meneliti sebarang aduan atau keadaan yang men, mengesyaki terdapat persaingan yang tidak sihat untuk disiasat oleh pihak myCC melalui Unit Anti Pencatutan, Seksyen Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan.
Dan seterusnya adalah isu yang dibangkitkan oleh ADUN Gemencheh iaitu berkenaan, adakah penghapusan GST dan pengenalan semula SST menurun, menurunkan harga barangan. Untuk tujuan itu, saya ingin menjawab bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi pasaran bebas dan terbuka. Justeru itu dalam konteks sistem ekonomi pasaran bebas dan terbuka ini kuasa pasaran atau market forces, dengan izin Dato’, merupakan aspek yang penting dalam penentuan turun naik harga barangan dan caj perkhidmatan di pasaran selain daripada pengaruh dalaman dan luaran akibat daripada lain-lain faktor. Terdapat pelbagai factor, faktor yang menyumbangkan kepada perubahan harga dan caj perkhidmatan di pasaran.
Yang pertamanya adalah berkenaan dengan permintaan dan penawaran. Kedua adalah kegiatan manipulasi harga oleh orang tengah. Yang ketiga adalah peningkatan kos logistik atau, dan juga pengangkutan. Dan keempat adalah nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding matawang utama dunia. Yang kelima, adalah kete, ketidaktentuan harga minyak mentah dunia dan kemelut global, ekonomic global. Dan keenam adalah sikap peniaga yagn tamak dan memetingkan keuntungan yang dikawal melalui Akta Kawalan Harga Barang dan Pencacutan 2011. Dan akhir sekali adalah kegiatan kartel dan monopoli yang dikawal melalui fungsi Suruhanjaya perkhidma, Persaingan Malaysia.
Walau bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan ada mendapat per, mendapatkan perbandingan harga di pasaran, harga di 11 pasar raya pelbagai kategori. Daripada 11 pasar raya tersebut, 5 pasar raya menunjukkan terdapat penurunan harga bagi barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ayam. Dan data perbandingan 11 pasar raya ini didapati pada bulan 11 September 2018 sahaja. Dan aktiviti dan analisa yang dijalankan secara berterusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan akan diteruskan setiap hari. Dan kami juga daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meminta pengguna untuk menggunakan aplikasi price catcher untuk membuat perbandingan harga barangan keperluan mengikut kawasan masing-masing. Pengguna juga be, dinasihat agar menggunakan aplikasi easy Adu dan talian WhatsApp di 019-2794319 untuk sebarang aduan mengenai perihal harga barangan ter, yang ada kenaikan. Jadi itu yang saya nak sampaikan. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB Repah. Bukit Kepayang.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul menjunjung kasih titah Diraja. Sebelum itu, saya ada satu permintaan supaya saya di, tidak diganggu, saya habis bahas, penggulungan dulu. Kerana budak baru haa, okay.
Tidak terkira betapa terharunya saya berdiri di sini sebagai ADUN Bukit Kepayang bersama-sama dengan YB-YB sekalian untuk menyampaikan ucapan penggulungan pada julung-julung kalinyalah. Ini adalah julung-julung kali saya bertanding sebagai calon Pakatan Harpan dan juga julung-julung dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Pakatan Harapa. Memang amat bersejarah bagi diri saya. Dan ia amat ber, bersejarah bagi Pakatan Harapan juga kerana ini adalah juga julung-julung kali Pakatan Harapan dinobatkan sebagai kerajaan bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi juga di peringkat Pusat.
Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Pertama kali saya dengar kalimat ini, terutamanya daripada YB Chennah. Seperti kata-kata azimat. So saya pun kena me apa, menyelami kalimat ini dan saya ter, mendapati bahawa perjuangan memang adalah pelaksanaan kata-kata. Di mana perjuangan Pakatan Harapan adalah untuk perubahan demokrasi dan keadilan seupaya negara kita menjadi sebuah negara yang adil, saksama, demokratik dan bersatu padu.
Sebelum mengecapi kejayaan ini, Pakatan Harapan terpaksa melalui perjalanan yang panjang dan berliku-liku, dipenuhi dengan halangan dan cabaran. Cabaran ini mengharuskan kita untuk menjadi gigih dan konsisten dalam usaha kita. Oleh yang demikian, saya mengambil kesempatan ini untuk memberi penghormatan kepada semua pejuang-pejuang Pakatan Harapan yang berjuang sebelah, selama ini. Kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan yang berjuang sejak 3, 2, 1 penggal yang lalu, kepada semua penyokong Pakatan
Harapan yang memberi amanah kepada Pakatan Harapan untuk menerajui dan memerintah Negeri Sembilan. Belum sampai mukadimah. Sekarang mukadimah haa. Mungkin kerana kadang kala saya tersasullah. Dadak, dedak jadi dadak, dedak, dadak. Begitu, tersasul. So terdapat, mendapati bahawa YB Kota ingin mengajar saya makna, maksud perkataan mengaka-lah. Terima kasihlah, terima kasih. Tak apa, jangan ganggu, tunggu saya, jangan ganggu. Tapi, tapi …..
Yang Berhormat.
Jangan ganggu, jangan ganggu.
Bukan saya yang cakap tu.
Nanti, tunggu saya habis dulu. Jangan kacau.
Dia sebut nama saya tadi.
Okay, okay, okay. Duduk, duduk.
Yang Berhormat Gemencheh yang sebut. Bukan saya Yang Berhormat.
Mengaka, mengaka.
Betulkan, betulkan, bukannya Yang Berhormat Kota, Yang Berhormat Gemencheh.
Okay, okay, duduk dulu, duduk. Biar sabar, biar sabar. Mengaka yang …..
Jangan mengaka Yang Berhormat.
YB Kota yang cakaplah. Dalam hansard. Okay, tak apa, tak apa, saya dengan berbesar hati saya menerima segala tunjuk ajar yang diberi kepada saya walaupun saya mendapat A2 dalam subjek BM SPM. Perkataan-perkataan yang menyakiti hati kadang kala saya memberi nasihatlah supaya tidak menggunakan orang yang berada dalam Dewan seperti tikam Speaker, and naik motorsikal tanpa topi keledar meninggal dunia. Kepa, kepada saya, itu sudah melanggari Peraturan 21(1)(m)(iii) iaitu perkataan-perkataan yang menyakiti hati. Saya menyeru dan memberi nasihat supaya pada masa hadapan menggunakan seorang anonymous. Jangan guna seorang yang duduk dalam Dewan ini.
Dan tentang isu perkahwinan bawah umur, walaupun ini adalah satu topik yang agak sensitif, tetapi bagi seorang wanita, saya ingin memberi pandanganlah sebagai seorang wanita, bahawa budak perempuan yang berumur kurang daripada 16 tahun memang ti, tidak sesuai untuk berkahwin kerana dengan izin, student are not brides. So saya harap supaya Kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi, mengikut langkah Kerajaan Selangor supaya menaikkan had perkahwinan umur kepada 18.
Dan report card saya, saya mengangkat sumpah di Istana Seri Menanti pada 23 haribulan Mei, dan selepas itu, saya pun bergegas pergi menyelamat seorang gelandangan di kompleks Jalan Lee Sam dengan baju kebaya yang, saya yang cantik. Report card, ya, saya sedang baca report card saya. Dan pada 31 haribulan Mei pulak, saya sudah buat, untuk Kerajaan Pakatan Harapan sudah buat satu pengumuman bahawa semua bantuan JKM akan disalurkan ke bank. Dan pada 27 haribulan Jun, pihak Kerajaan Pakatan Harapan sudah melancarkan food bank.
Food bank terdiri daripada 3 fasa. Yang fasa pertama adalah di mana kami menyelamatkan gelandangan. Fasa kedua adalah food aid di mani, di mana kami berikan sumbangan barangan dapur kepada orang-orang yang memerlukan. Dan juga fasa ketiga adalah food kitchen di mana kami akan memberi makanan yang mas, sudah masak kepada orang-orang yang perlukan makanan tersebut. Ini adalah untuk mencapai moto seperti Air Asia “everyone can fly”, dengan izin, kami, kerata, Kerajaan Pakatan Harapan inginkan supaya moto, slogannya adalah “everyone can eat”. Okay.
Pada 17 haribulan Julai, food bank, 14 haribulan Julai food bank telah dilancarkan di Labu, 17 haribulan food bank dilancarkan di Temiang, dan 5 haribulan Ogos adalah satu detik bersejarah di mana pihak JKM, portfolio saya sudah mengadakan satu persidangan meja bulat dengan semua, dengan izin, stakeholder-stakeholder pemegang kepentingan dalam hal ehwal wanita untuk brainstorming, satu sesi brainstorming di mana salah satu point yang diutarakan adalah supaya mengadakan satu per, program radio khas untuk portfolio EXCO Wanita, Keluarga Dan Kebajikan. Dan ini sudah direalisasikan selepas satu perjumpaan dengan pihak RTM pada 9 haribulan Ogos. Dan kami sudah lancarkan program tersebut, nama program tersebut adalah Gemilang Di Hati setiap hari Jumaat. Ini adalah bukan saja untuk makcik-makcik bawang, semua orang supaya dapat pengetahuan tentang portfolio wanita, kebajikan dan, dan keluarga. 10 haribulan September, En Xin Soup Kitchen sudah dilancarkan di Mantin.
Dan pada hari ini, 28 haribulan, 27 haribulan September, terdapat 71 fasal tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan hanya 6 fasal yang berkenaan dengan portfolio saya. Yang pertamanya ialah elaun tahunan kepada ibu tunggal yang berpendapatan kurang daripada 2,000.00 ringgit. Kami akan memberi wang sebanyak 200.00 ringgit. Ini adalah secara prinsip sudah diluluskan oleh pihak MMK dan akan diedarkan tahun depan. Yang keduanya cuti khas 7 hari kematian ahli keluarga terdekat. Ini kami sedang buat penyelarasan dengan pihak JPA. Nombor 3, pusat kemajuan wanita di setiap DUN. Haa ini sudah diluluskan dan roll, rollover date akan dibuat dalam masa terdekat. Kemudahan micro credit. Haa ini sudah saya, kami park di dalam portfolio usahawan, di bawah YB Tuan Dr. Rafie.
Pusat asuhan kanak-kanak. Haa sekarang kami sudah berjaya men, mengadakan satu taska di Wisma Negeri. Dan untuk Wisma Persekutuan kami sedang mengendalikan, supaya mengadakan satu taska menggunakan salah satu banglo lama di Taman Tasik. Dan untuk hospital-hospital, kami juga sudah membuat beberapa perjumpaan dengan stakeholder-stakeholder yang berkenaan. Dan juga untuk PPR flat di seluruh Negeri Sembilan, kami akan mengadakan taska di sana.
Untuk portal ibu tunggal dan anak-anak yatim yang menyeluruh, ini juga dalam proses supaya dilancarkan dalam tahun depan. Tambang bas kepada budak-budak sekolah sebanyak 50.00 ringgit sebulan, ini juga sudah, sudah diluluskan oleh pihak MMK secara prinsip. Dan akan diedarkan pada tahun depan. Dan mamogram, mamogram ini akan di, sudah diluluskan 221 baucer memogram kepada wanita-wanita yang di bawah kategori B40. So itu adalah secara panjang lebarnya report card saya.
Sebenarnya saya tidak tahu mengapa semua orang kata hanya, sudah 120 hari kami memerintah, Pakatan Harapan merintah Negeri Sembilan. Sebenarnya saya buat matematik sikit, hari ini adalah 142 hari Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Negeri Sembilan. Dan sebagai EXCO, ini adalah hari yang 128 hari sebagai EXCO.
Okay untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan, untuk ADUN Seri Menanti, isu mengenai bantuan JKM di Seri Menanti semakin berkurangan akibat penabatan, penamatan. Mengikut rekod JKM, sehingga Oktober 2018, seramai 504 kes penerima bantuan di, ada di DUN Seri Menanti. Untuk makluman sehingga Januari – Oktober, Januari sehingga Oktober 2018 seramai 116 kes penerima bantuan telah dluluskan, manakala 28 kes telah ditamatkan. Antara faktor penambatan, penamatan adalah, adalah seperti berikut: berpindah ke luar negara, meninggal dunia, pendapatan melebihi PGK 930.00, pertukaran skim bantuan. Walau bagaimanapun, pihak JKM masih meneruskan membantu dan mempertimbangkan dari masa ke semasa. Okay ya, YB Seri Menanti? Kalau ada apa-apa boleh panjangkan kepada saya. Nanti, nanti, lepas ini.
Okay, Seri Menanti juga ada bertanyakan, lepas ni, you buat nota dulu. Okay, ADUN Seri Menanti juga mena, menanya bahawa pemilihan dan penilaian JKM perlu mengambil kira keperluan ibu bapa yang tidak diuruskan oleh anak-anak. Memang betul, saya setuju. Pihak JKM melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah menjalankan siasatan dan penilaian permohonan bantuan kewangan masih tertakluk kepada syarat dan kelayakan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan JKM seperti pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK 930.00, dan purata miskin isi rumah per kapita semasa 230.00. Walau bagaimanapun, pertimbangan boleh dibuat ke atas klien dengan mengambil kira kos rawatan klien, keperluan klien dan komitmen anak-anak dan keluarga terhadap klien. Jumlah penerima DUN Seri Menanti sehingga Oktober 2018 adalah berjumlah 504 kes.
Untuk jawab ADUN Rahang, YB ADUN Rahang tentang pembayaran 100.00 ringgit sudah dijawab oleh YB ko, Repah. ADUN Kota menanya ten, tentang penerima bantuan JKM menerima lebih daripada 1 bantuan. Memang ini bukan satu polisi yang setpoint in stone, Jabatan JKM melalui Pejabat Kebajikan Daerah Rembau amat prihatin dalam membuat pertimbangan kepada kumpulan sasaran jabatan. Sehingga ke hari ini, JKM tidak mengeluarkan sebarang arahan atau dasar berkaitan penabatan, penamatan bantuan kepada peneria bantuan JKM yang menerima bantuan kepada agensi-agensi seperti Baitulmal atau
agensi yang lain. Walau bagaimanapun, favoruite word, proses kajian semula dilaksanakan kepada penerima bantuan pada setiap tahun bagi memastikan bantuan yang diterima boleh, dapat memenuhi sebahgian keperluan isi rumah atau sebaliknya. Kajian semula ini juga dapat melihat perubahan-perubahan sosio ekonomi isi rumah daripada miskin kepada kaya, susah kepada senang dan juga dapat melihat keperluan-keperluan lain kesan daripada perubahan ekonomi semasa dan faktor kesihatan isi rumah.
Dan ini untuk ADUN Gemencheh tentang, haa ini, sebelum YB Gemencheh memberi nak, apa tu, nasihat ini atau cadangan ini, pihak kami sudah buat kertas kerja yang akan dibentangkan dalam MMK minggu depan iaitu untuk menambahkan lagi kadar baru untuk Bantuan Am iaitu dari 140.00 ringgit dan 200.00 ke, dinaikkan ke 300.00 ringgti, dari 270.00 ringgit dinaikan ke 500.00. Walau bagaimanapun, kelayakan penerima bantuan ini akan diselaraskan dengan syarat dan kriteria yang baru. Sorry? Eh, tak boleh jawab, tak, nanti.
Okay, Kerajaan Pakatan Harapan akan menyelesaikan semua isu-isu dengan sedaya upaya dan mengamalkan pendekatan bersih, muafakat dan sejahtera dalam kesemua dasar kita. Saya yang menjalan amanah. Sekian, terima kasih.
Penjelasan ya.
Yang Dipertua, sekejap ya. Dato’ Dipertua, tadi dia sebut Seri Menanti. Saya nak sebut fakta tu, data tu 635 orang sebelum ni. Jadi tadi sebut tadi 504 orang …..
Ini penggulungan tak payah celahlah.
….. jadi makna dia turun …..
Ramai lagi tuan. Nanti tanya kat luar nanti, kat luar.
Jumpa luar, bahaya Tuan Speaker. Jangan biasakan buek macam tu Tuan Speaker. Dia tanya dalam, dalam ni, saya tanyalah balik. Tadi jawab tadi, saya tanyalah balik tentang fakta tu.
Jumpa dekat pejabat, pejabat.
Sebelum ni 635, jadi ini 504, jadi maknanya menurun bukan meningkat.
Saya tidak kata meningkat. Saya kata ada banyak faktor yang menyebabkan penamatan tersebut. Jikalau YB Seri Menanti ada apa-apa kes yang layak, boleh panjangkan kepada saya. Terima kasih.
Dia kata kat luar tak boleh, datang pejabat ya.
Tambahan.
Okay, Seri Menanti.
Penjelasan ya, dari, ya kebajikan tadi ya. Okay …..
[percakapan oleh YB Yang Dipertua Dewan tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
…..boleh, short one.
Kang semua mintak kang, tak selesai ni. Nanti jumpa dia dekat luar. Jumpa, jumpa ni YB Kepayang kat luar …..
Tak nak, dekat Dewan yang mulia ini.
Ha?
Dalam sini. Small, short one, ya. Jabatan Kesihatan telah selesaikan isu bayaran Ringgit Malaysia 100.00 ringgit …..
YB, YB Rahang. Nanti pergi pejabat Bukit Kepayang. Banyak nanti kang …..
Ya, ya, I ada connection ya, tadi dia kata …..
Tak apa, tak apa, ada connection nanti …..
….. Jabatan Kesihatan …..
….. pergi bilik, pejabat Bukit Kepayang. Saya dah tak benarkan dah.
Tak benar?
Semua saya, saya tak bagi. Saya nak bagi penggulungan ni, ramai lagi, MB tak, tak gulung lagi. Nanti …..
Ini satu minit saja. Ini tentang OKU dan JKM. Dia punya bayaran …..
Tak apa, tak apa, nanti, nanti …..
….. peruntukan.
….. peruntukan nanti dia boleh tambah tadi dah. Nanti kalau tak puas hati pergi pejabat Bukit Kepayang. Okay.
Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, semua rakan-rakan ADUN dan jugak semua pegawai, pegawai-pegawai kerajaan dan jugak hadirin dan hadirat sekalian. Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat, baik yang baru menjadi Yang Dipertua, baik yang baru memerintah negeri dan juga yang ketiganya yang menjadi pembangkang, ketua pembangkang dan jugak pembangkang. Tapi, tapi pembangkang yang berwibawa, yang bekerjasama untuk perkara kebaikan.
Kita menghayati, bertugas untuk menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan di samping mematuhi Peraturan Dewan. Ini sangat penting. Sebagai pemimpin kita diperhati dan dinilai oleh rakyat dan tidak lupa, jangan lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan memerhatikan niat dan bidang tugas kita.
Saya kira boleh kata 13, 14 ADUN bercakap pasal pembangunan luar bandar dan pemasalahan. Dan seperti yang saya cakapkan dahulu, sepatutnya untuk menjadi negara maju dalam sikit masa lagi, kita dah selesaikan, dah selesaikan banyak masalah-masalah infrastruktur dan sebagainya. Tapi walau macam mana pun, keadaan itu yang saya cakap tadi, kadang-kadang kita nampak dah baik. Tapi sebenarnya ada banyak lagi benda yang tak baik lagi, belum, yang belum dapat kita laksanakan lagi.
Jadi mari sama-sama kita bersamalah, saya mungkin tak boleh detail-kan satu-satu. Saya menjawab secara umum, lepas ni kita mintak kerjasama kepada semua Ahli Dewan Undngan Negeri, pihak pembangkang dan jugak kerajaan, sama-sama kita bekerja. Kita jumpa di tempat masing-masing. Dan insahaa Allah kita lihat, turun ke bawah melihat masalah rakyat. Kita tak boleh duduk di dalam dewan atau pejabat, kita kena tengok ke bawah.
Pengalaman saya selepas 4 bulan ini, saya dah masuk lebih kurang kebanyakan kawasan sampai sungai, Sungai Lui pun, termasuk Gemas, dan seluruh, sebelah Negeri Sembilan, saya rasa dah pergi Rembau, Kota dan sebagainyalah. Termasuk kawasan saya. Dan kita lihat memang permasalahan rakyat ini masih belum dapat diselesaikan. Ini kita perlu ingat bahawa tugas kita sangat berat. Dan amanah kita perlu kita jalankan. Kita mesti melaksanakan sebaik mungkin dan sebanyak masa yang kita ada. Mahu tidak mahu sebagai ADUN kita akan menerima teguran, ujian dan jugak kejian. Inilah realiti kehidupan sebagai ADUN.
Dan saya nak ucapkan jugak semua, terima kasih kepada semua pegawai-pegawai kerajaan, sebab saya dulu pernah kerja sebagai pegawai kerajaan, saya tahu tekanan, dan saya tahu pressure yang dapat dikenakan oleh sama ada ahli politik ataupun pemerintah, ataupun siapa saja, rakyat biasa, pembangkang dan sebagainya. Jadi teruskanlah usaha, kerja kita kerana kita akan dinilai dengan keikhlasan dan kesungguhan kita untuk bekerja. Marilah bersama-sama bersama dengan kerajaan baru Pakatan Harapan, kita bantu, jangan ada sabotaj ataupun pelengahan program yang sepatutnya diteruskan, dan dilajukan. Sebab sekarang ini banyak benda yang kita tertinggal jika dibandingkan dengan Selangor dan jugak Melaka. Kita di tengah-tengah, termasuk jugak Wilayah Persekutuan.
Mahu tidak mahu, suka tidak suka, kita harus menilai diri kita dengan negeri-negeri sebelah kita. Tak boleh kita bandingkan dengan Kelantan ataupun di negeri-negeri yang lain. Untuk itu, saya harap supaya kita dapat terus bekerjasama selepas ini dan saya bukak pintu pejabat saya, dan jugak mana-mana yang kita ada kesempatan, kita bertemu dan kita bincang bersama, dan kita rangka bersama, dan kita kerja bersama untuk membangunkan Negeri Sembilan yang tercinta.
Merujuk kepada Seri Menanti, jalan kampung perlu diselenggara. Saya ingat ni semua kampung pun rasa saya sama. Kita perlu selenggarakan. Dan untuk itu kita rujuk kepada JKR kalau boleh kita gunakan peruntukan MARRIS untuk kita gunakan untuk, untuk selenggarakan jalan ya.
Lepas tu, Seri Menanti jugak merasakan masalah perselisihan, pertelingkahan di antara orang Kampung Langkap dengan Orang Asli ini. Saya rasa ini mungkin kita boleh elakkan, dengan adanya nanti kerjasama daripada pengerusi ataupun ketua MPKK untuk bersama-sama dengan DUN dan jugak mungkin …..
Dato’ Speaker, ini bukan masalah masyarakat, masalah tanah, ya …..
Yelah.
….. yang saya sebut tu, masalah tanah.
Yelah.
Saya ingat tak selesai kek ketua kampung doh.
Tak apa, mana …..
Saya ingat ni PTG kena, kena ambil perhatian.
Tak apa, maksud saya tu kita sama-samalah daripada peringkat awal, sebab saya pun jaga Tok Batin – Tok Batin ni semua, di Jabatan Orang Asli. Kita samakan ya. Tapi tak apa, saya ingat itu boleh kita teruskan.
Lepas tu, berkenaan pelantikan pengerusi, setiausaha jawatankuasa yang berkaliber dan baik. Ahli Linggi ya. Saya rasa ini memang kita, tujuan kitalah. Untuk maju, kita perlukan ketua di peringkat akar umbi yang baik, yang ada integriti, yang ada semangat untuk bekerjasama. Sebab dalam pelantikan jawatan kuasa MPKK kita jugak menggalakkan penglibatan daripada parti pembangkang. Tidak macam dulu ya, kita hanya khususkan kepada pihak pemerintah masa itu. Tapi kali ini kita libatkan jugak daripada parti pembangkang ya. Jadi boleh jadi jawatan kuasa. Tapi untuk jadi ketua, untuk jadi setiausaha untuk tahun ini ataupun untuk penggal ini, berikan kepada kami yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerintah. Jadi berikan kepada kami dulu.
Untuk Senaling, elaun ketua kampung yang masih belum diterima ataupun, itu nanti kita selesaikan. Sebab ini ada masalah sikit dari segi teknikal pembayaran duit daripada Kementerian Luar Bandar kepada kita. Jadi walau macam mana pun saya ingat benda ni mungkin dalam proses untuk diselesaikan.
Berhubung dengan pili bomba yang strategik di kawasan-kawasan kampung, ini jugak saya rasa, akan, di, di, sebagaimana saya cakapkan dulu, apa saja kemudahan yagn didapati oleh orang bandar kalau boleh kita bawak ke luar bandar termasuklah jugak kemudahan pili bandar, pilih bomba dan apa-apa kemudahan, ATM, atau apa saja yang berkaitan dengan infrastruktur bagi perhubungan, jadi kita akan bawak ke kampung-kampung jugak. Jadi kalau di kampung kita boleh bercakap telefon tak ada gangguan, di bandar pun sama. Ini tujuan saya, kalau boleh kita dapatkan capai dalam masa 5 tahun pemerintahan ini. Dan saya ingat boleh ini, saya ingat mungkin UMNO tak boleh menang lagilah kan. Itu tujuan kami, kami akan pastikan kemajuan ini akan dibawak ke kampung ya.
Kemudian, Bagan Pinang jugak memohonkan pembangunan seimbang. Jadi memang betullah, pembangunan ini seimbang ini perlu dibuat. Jangan ada anak tiri sana, anak tiri sini, tak ada. Kita sama-sama. kampung ke, bandar ke, sama ada dia rapat dengan Menteri Besar ke, tak rapat dengan Menteri Besar ke, kita kena buat projek yang sama untuk kepentingan rakyat ya. Sebab saya bandingkan kalau di Rembau tu lampu jalannya di, di, di jalan kampungnya penuh, dah terang. Di tempat-tempat yang lain, saya ingat di Mantin gelap lagi, walaupun jalan besar. Jadi ini kalau boleh kita jangan lakukan lagi anak tiri pada mana-mana DUN ataupun kawasan.
Johol jugak segera bekerja. Saya sangat sokong. Kurangkan politik dan teruskan kerja-kerja. Sebab rakyat menunggu dan memastikan kita membantu mereka ya. Jadi, kalau ada pertelingkahan, permusuhan, sebagai kerajaan baru, kita hulurkan tali persaudaraan, tali persahabatan dan tali kerjasama ya. Saya dah bercakap kepada mana-mana perjumpaan dengan orang-orang kampung, bahawa lupakan persengketaan sebagaimana Rasulullah SAW telah memaafkan penduduk-penduduk Quraisy apabila baginda menawan kota Mekah. Jadi sama-sama kita hulurkan tali persahabatan, persaudaraan untuk kita majukan kampung, negeri dan negara kita.
Program Pencahayaan Jalan, mana-manalah, ini saya rasa bukan saja semua, perlu dibuatlah. Jadi makna saya dah mintak JKR jugak melalui Pejabat-Pejabat Daerah, tambahlah. Kalau tak ada duit, kita tambah, kalau kita buat satu jalan kampung kita tambah satu setiap tahun, kena 10 tahun dah ada penuh, jalan kita dah terang. Jadi kita pastikan supaya pembahagian ini jugak saya dah bagikan sama rata. Untuk tahun akan datang, saya bagikan sama rata, jadi kita rata semua daerah, semua kampung akan dapat. Walaupun tak banyak, walaupun tak sepenuh, tak semuanya dapat, tapi kita akan bagi secara adil.
Kemudian dari segi jambatan sempit, yang katakan Kota tu, ada bukan saja jambatan sempit, jambatan runtuh pun kita akan betulkan, kita akan baiki, inshaa Allah, itu, untuk itu kita mintak semua ADUN dan jugak penyelaras DUN supaya bertemu dengan, masuk ke kampung-kampung, mintak pandangan ahli jawatan kuasa, majlis pengurusan kampung, komuniti kampung untuk kemukakan hasrat dan kehendak penduduk di kampung masing-masing. Jangan nanti kita salahkan kerajaan, tapi kita tak buat kerja, menghantar permohonan secara formal, secara bertulis. Ada kadang-kadang bercakap je, dah cakap 4 tahun cakap, semua orang kata okay, tengok-tengok KO, sebab tak dibuat secara formal. Dihantar kepada pejabat, kepada orang yang sepatutnya bertanggungjawab.
Kontraktor yang telah buat kerja tapi tak dapat bayar lagi ni. Ni saya rasa ada masalah teknikal sikitlah. Ada kaitan dengan kategori projek kampung, yang dibuat semasa pilihan raya. Sebab kami pun terperanjat, bila kami masuk jadi EXCO, macam peruntukan Labu hanya tinggal 19,000.00. Jadi kami pun tak boleh buat apalah. Jadi walau macam mana pun saya rasa kalau dah komited, dah janji dengan dia buat kontrak dengan bayaran, silalah teruskan, dan kami kalau ada masalah kembali kepada pada kami balik, inshaa Allah kami akan selesaikan ya.
Jeram Padang, saya ingat ini banyak masalah tentang pelantikan ahli MPKK tadi saya ingat akan kita bincangkanlah. Sebab ini kampung ini saya dimaklumkan dulu adalah kampung Barisan Nasional, MIC ramai situ, jadi itu sebabnya ada tadi pengerusinya daripada Serting, SU-nya daripada Bahau. Seperti saya cakap tadilah, kalau boleh ketua ni biar kita dulu, lepas nanti jawatankuasa kita masuk orang apa, mintak bekerjasama lepas inilah ya.
Kemudian kemudahan infrastruktur, jambatan dan sebagainya ni saya akan detail-kan, dan inshaa Allah kita dalam pertimbang untuk menjalankan apa yang telah diluluskan oleh kerajaan ya. Dan kalau ada lagi yang tak datang, yang tak dapat, walaupun telah diluluskan, jumpa, inshaa Allah kita akan bekerjasama dan kita akan pastikan dia akan diambil berat ya. Pada masa akan datang, kalau projek tak ada pada tahun ini, kita akan buat tahun depan atau tahun berikutnya.
Yang saya mintak tu jambatan di antara Panchor dengan, itu majlis …..
Ya, ya, ya, saya tahu. Sebab peruntukan tak cukup jadi kita akan cuba di tahun depan ya. Kita tahu. Kemudian Gemencheh, Program Perluasan Kampung ya. Perluasan kampung ni bukan saja, kalau boleh kita ada kampung yang kecil, ada kampung terlampau besar. Jadi kita akan adjust balik. Tapi untuk tahun ini, kita tak ada masa lagi untuk nak buat perubahan tu, tapi walau macam mana pun kita akan cuba tengok. Sebab ada kampung kecil, bayaran elaunnya sama, ada kampung tu terlampau besar. Jadi kita ada kategori nanti, kita akan cuba. Dan kalau ada keluasan, ada tanah kerajaan lagi, kita pertimbangkan untuk perluasan kampung. Kalau tak ada, kita mungkin joint together …..
YB Labu.
Ha?
Ada banyak lagi? Ada berapa lagi?
Bagilah saya peluang sikit yang, Yang Dipertua, tak sampai 10 minit, 5 minit saya cakap. Ini masalah rakyat ni, bukan masalah saya ya. Tak ada, tak adalah, sikit lagi.
Dan perumahan rakyat mampu milik ini sebenarnya memang patutnya terutama di kawasan bandar dan jugak luar bandar. Bandar jugak perlu jugak kawasan yang perlukan penduduk yang miskin bandar ya, jangan lupa. Ada ramai penduduk miskin bandar di mana kita perlukan membuat perumahan untuk mereka-mereka di bawah 4, B40 ya.
Dan yang lain-lain tadi, yang saya cakapkan, apa saja yang kita nak buat, pastikanlah dalam masa 5 tahun, 4 tahun ini, kita akan pastikan bahawa kemajuan, dan inshaa Allah kalau boleh kita setanding dan setara dengan negeri di sebelah selatan kita, Melaka dan inshaa Allah di Selangor. Sebab kita bersebelahan, dan inshaa Allah banyak projek-projek besar dirancang, tinggal lagi kita cuba pastikan semua perancangan ini dilakukan secara entegriti yang tinggi. Jangan ada pengambilan untung oleh mana-mana yang ada, apa berkepentingan. Dan inshaa Allah, inshaa Allah seperti dinasihatkan, kita utamakan kepentingan rakyat, kepentingan semua kaum dan jugak kepentingan semua agama. Wallahualam, assalamualaikum WBT dan syabas serta tahniah semua sekali.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Labu. Cuma saya risau pasal ada lagi 3 ni, yang paling kita tunggu ialah penggulungan daripada Yang Berhormat Sikamat ni daripada semua perbahasan tu nanti. Saya persilakan Ampangan ya.
Tuan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua kerana mengizinkan saya menggulung usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Tuan Yang Dipertua, meneliti titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, jelas termaktub dalam perenggan 8 dan 9, menegaskan isu pembangunan menjadi tumpuan paling utama baginda. Baginda menekankan dalam 2 perenggan ini, 4 perkara ya.
Yang pertama, kerajaan perlu melaksanakan pembangunan yang dapat dinikmati oleh rakyat. Kedua, teras pembangunan adalah mengutamakan kesejahteraan rakyat. Yang ketiga, komitmen semua ahli Dewan untuk berkhidmat dengan penuh amanah, ikhlas dan bersungguh-sungguh dengan mengutamakan kepentingan rakyat dalam memberi pendapat dan idea. Dan yang keempat, selain ahli Dewan, kesemua penjawat awam dan seluruh rakyat juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pembangunan negeri dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.
Tuan Yang Dipertua, dalam menegaskan amanah yang perlu dipikul oleh semua ahli Dewan, baik daripada kerajaan mahupun pembangkang, untuk membangunkan rakyat dan negeri, Duli Yang Maha Mulia Tuanku sekali lagi mengulangi semula penekanan pera, peranan kesemua ahli-ahli Dewan di, di perenggan yang akhir di dalam iaitu perenggan yang ke-27 dan 28 ya, di mana dalam ucapan itu tuanku menyatakan 2 perkara. Setiap ahli Dewan perlu beramanah tinggi, bermaruah tinggi dan berpendirian tinggi. Serta yang kedua, setiap ahli Dewan berupaya memimpin dan membimbing rakyat agar sama-sama bersedia bergerak membina sebuah negeri dan negara yang bersatu, sejahtera dan makmur.
Isu pembangunan ini yang, yang, Yang Dipertua, merupakan isu pokok yang dititahkan oleh baginda kepada kita. Untuk kita secara bersama-sama sama ada ahli Dewan pemerintah, mahupun daripada ahli Dewan pembangkang, dan seluruh penjawat awam untuk kita menjadikan pembangunan sebagai agenda utama kita secara bersama. Malangnya, malangnya Tuan Yang Dipertua, saya merasa simpati, kepada ramai rakan-rakan daripada pembangkang, telah mendengar perbahasan mereka selama 3 hari berturut-turut yang membuat kesimpulan yang salah apabila mereka cuba mengembang gemburkan yang kononnya titah ucapan tuanku ini bersekitarkan kepada kerajaan, kejayaan mereka mentadbir urus negara secara cemerlang.
Duli Yang Maha Mulia tuan, Tuanku telah merakamkan beberapa pencapaian dalam pentadbiran yang dahulu, adalah satu perkara biasa kerana sememangnya tugasan sesebuah kerajaan adalah untuk melaksanakan tugasan untuk meningkatkan prestasi ekonomi sesebuah negeri atau sesebuah negara. Tetapi persoalannya sama ada ianya sesuatu pencapaian yang benar-benar cemerlang, ianya adalah sesuatu perkara yang boleh kita persoalkan.
Tuan Yang Dipertua, pengesahan titah ucapan tuanku yang menolak pentadbiran Barisan Nasional termaktub jelas dalam ayat terakhir dalam perenggan ke-4 yang menyatakan, beta iaitu tuanku, bersyukur
Pilihan Raya Umum Ke-14 ini telah mencatat sejarah hasil demokrasi yang diamalkan negara. Hanya apabila rakyat telah bersuara, hanya apabila rakyat telah bersuara melalui pilihan raya ini, tindakan yang sepatutnya dibuat awal-awal lagi ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan, saya ulang, Tuan Yang Dipertua, tindakan yang sepatutnya dibuat awal-awal lagi ke atas salah guna kuasa dan penyelewengan ter, tersebut, dapat dimulakan.
Tuan Yang Dipertua, kebenaran kegagalan tadbir urus kerajaan terdahulu lebih terserlah apabila hampir kesemua pembahas-pembahas dari rakan-rakan pembangkang mengesahkannya dengan merintih, dengan pelbagai masalah. Di antara, tiba-tiba selepas 9 Mei, pili-pili bomba seolah-olah dah tak ada kat kampung. Jambatan tah macam mana jadi sempit ya. Banyak jalan tak ada pulak lampu jalan. ATM untuk kemudahan orang awam tiba-tiba dah hilang tah ke mana. Masalah talian mudah alih untuk telefon, hubung jalur lebar tiba-tiba telah menjadi masalah.
Tuan Yang Dipertua, dalam hanya tempoh 138 hari ya, hari ini Bukit Kepayang mengatakan 142 hari, rakan-rakan pembangkang di Dewan yang mulia ini terlupa bahawa yang memerintah negeri ini yang dahulu adalah Kerajaan Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan. Dalam berhujah perkara yang kedua, Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan pembangkang membawak ayat Al Quran, surah Al Baqarah, ayat 217 “wal fitnatu akbaru minal qatl” iaitu dengan berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. Ayat ini memang benar dan sememangnya benar. Tetapi malangnya saya bersimpati kepada rakan pembangkang yang mengesahkan status diri mereka yang berbuat fitnah. Sebagai contoh, menyatakan kita menjanjikan untuk harga minyak 1.50, mana ada. Tak ada ya. Dan kemudian kita memberikan air percuma, tak ada. Sepatut itu kita benar-benar menghayati ayat ini. Ayat ini dikeluarkan dahulu oleh pihak pembangkang, tetapi malangnya merekalah ya, menunjuk dan membuktikan bahawa membuat fitnah dan jelas ternyata dalam persidangan kita pada kali ini.
Tuan Yang Dipertua, ya, ahli Dewan ya, yang paling lama ya, senior saya, dengan izin ya, zaman persekolahan ya, menyatakan kita tidak boleh membandingkan dengan Negeri Selangor ya. Berban, mengenai tentang kemajuan. Tetapi kita perlu sebenarnya untuk membuat perbandingan untuk kita lebih bermotivasi, untuk membangunkan pembangunan di negeri ini. Negeri Sembilan sudah lama ketinggalan, jauh dalam ekonomi berbanding dengan Selangor walaupun kita amat berhampiran, dan lim, nampaknya limpahan ekonomi tidak begitu berlaku. Mungkin rakan yang lama tahu. Sebagai contoh ya, peringkat
awal untuk membuat KLIA, sebenarnya di Negeri Sembilan tapi kita lewat bertindak, akhirnya pergi ke Selangor ya.
Walaupun kita menyedari mungkin sukar untuk kita menyamai Selangor, menyamai dengan Selangor, tetapi sepatutnya kita tidaklah begitu jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian mereka. Kalau kita lihat sekarang ini, Selangor, pertumbuhan ekonomi 2017 – 7.1% berbanding dengan Negeri Sembilan hanya 4.9% ya. Untuk 2016 Selangor mencapai pencapaian pertumbuhan ekonomi 5.7% berbanding dengan Negeri Sembilan 3.5%. Begitu juga tahun 2015, Selangor mencapai pertumbuhan ekonomi 5.7% dan kita hanya 4.4%.
Dari segi peratus sumbangan kepada KDNK kepada Kerajaan Pusat ya, Selangor menyumbang 23% pada 2017, pada tahun 2016 – 22.7% dan 2015 – 22.5%. Malangnya Negeri Sembilan hanya kekal sama ya, 2017, 2016, 2015 – 3.5%. Malahan jika kita lihat, menilai kemajuan di muara Sungai Linggi, yang merupakan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka, kita merasa rendah diri kerana tidak ada pembangunan di sebelah Negeri Sembilan, di bahagian Tanjung Agas. Berbanding dengan pembanguna yang rancak membangun di sebelah Melaka iaitu di Kuala Linggi.
Tuan Yang Dipertua, titah ucapan tuanku adalah selaras harapan besar rakyat yang ingin membuat perubahan dengan menolak Barisan Nasional pada 9 Mei 2018 yang lepas untuk memastikan kesejahteraan rakyat menjadi tumpuan kepada mereka yang diamanahkan untuk memimpin Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.
Tuan Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, rakyat sebenarnya terbeban dengan kos sara hidup yang sangat tinggi dan inilah yang sebenarnya menjadi punca rakyat menolak Kerajaan Barisan Nasional pada PRU Yang ke-14. Walaupun negara sudah merdeka hampir 61 tahun pada 9 Mei 2018, tetapi rakyat merasakan bahawa mereka seolah-olah masih lagi terjajah kerana kesukaran mereka dalam menghadapi kehidupan seharian. Keadaan 1957 ya, dalam era awal selepas kemerdekaan berbeza dengan era abad 21 ya. Dalam era dunia moden yang dikenali sebagai era globalisasi, iaitu dunia tanpa sempadan, negara boleh terjajah walaupun tanpa jajahan fizikal, sebagaimana semasa era penjajahan selama 130 tahun di bawah Portugis yang diikuti oleh Belanda – 183 tahun, kemudian British – 117 tahun, kemudian Jepun – 4 tahun, dan kemudian diikuti oleh British sekali lagi 12 tahun iaitu daripada tahun 1511 sehinggalah 1957. Jajahan dalam dunia canggih kini mungkin dalam, mungkin bukan dalam bentuk jajahan fizikal, tetapi negara boleh terjajah dengan jajahan bentuk baru, jajahan
ekonomi, politik atau budaya dengan izin Yang Dipertua, dengan apa yang diistilahkan sebagai neocolonialism, neocolonialism ya.
Tuan Yang Dipertua, berdasarkan tema tawaran pakatan Harapan Negeri Sembilan, menjulang harapan, memartabatkan rakyat, saya menyeru kesemua rakan-rakan ahli Dewan, baik dari pemerintah mahupun dari pembangkang untuk kita sama-sama menyahut cabaran Duli Yang Mulia Tuanku untuk kita sama-sama membangunkan negeri kita yang tercinta ini. Usahlah kita, ada di antara rakan pembangkang yang, yang untuk memperlekehkan ya, dengan membawa hadis yang kononnya ya, ya hadis itu benar jika urusan diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya “qola iza ussidal amru ila ghairi ahlihi fantazir sa'ah”. Itu hadisnya ya. Maka, maknanya seolah nak memperlekehkan ya.
Berilah kepercayaan kepada kami, kepada barisan Pakatan Harapan untuk kita, hanya baru sekitar 4 bulan ya, inshaa Allah ya, kita menunjukkan perubahan yang jauh berbeza ya, dengan tugas menyerlah harapan rakyat, 2 tugasan utama yang kita selaku pemimpin yang diamanahkan rakyat di Negeri Sembilan ini iaitu berusaha untuk mengurangkan kos sara hidup dan mengimarahkan dan membesarkan ekonomi ya. Saya menekankan sekali lagi, istilah yang kita gunakan ialah secara bersama, iaitu semua ahli Dewan dari pemerintah, ahli Dewan dari pembangkang dan kesemua penjawat awam di negeri ini perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk kita menggembeleng tenaga membangunkan dan memajukan negeri ini sebagaimana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Tuan Yang Dipertua, selaku pemerintah, pemerintah, kerajaan baru Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah membuktikan ini, dalam Dewan yang mulia ini, bagaimana kami memberi ruang sepenuhnya kepada rakan-rakan dari pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini ya. Kita benarkan untuk berucap, kita benarkan untuk berhujah, kita benarkan, yang tidak berlaku dalam Dewan sebelum ini. Kalau kita lihat ya, dalam penyata rasmi semua ucapan sebelum ini dimonopoli semuanya oleh parti pemerintah pada ketika itu. Ini tidak berlaku sekarang. Maknanya kita benar-benar mengizinkan satu kebebasan ya …..
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya nak mencelah sikit sebab sebelum ni saya yang Speaker-nya.
Ya silakan.
Mengatakan bahawa hanya kerajaan waktu itu sahaja yang mengambil bahagian dalam penggulungan, perbahasan, itu tidak benar. Sebenarnya pada masa dulu, kta bagi peluang kepada ahli-ahli pembangkang masa itu untuk berucap. Cuma waktu tu saja yang kita control sebab saya masa itu kita terikat dengan jangka waktu yang ada, yang di, dituntut oleh pihak kerajaan untuk mengadakan persidangan.
Jadi tak bolehlah Yang Berhormat yang baru pertama kali hadir dalam sidang, dalam Dewan yang mulia ini menyatakan bahawa dulu hanya kerajaan sahaja yang berucap. Itu tidak benar ya. Bahkan semua ahli Dewan berucap. Saya ingat ada di antara beberapa ahli Dewan daripada pihak kerajaan hari ini, sebenarnya mereka berhujah dan dalam Dewan ini, Yang Berhormat Dato’, Tuan Yang Dipertua, belum pernah lagilah kita ni nak bergaduh. Yang bergaduh dulu antara BN-BN ada. Tapi dengan pembangkang dengan Barisan Nasional tak ada. Tak ada. Bukan, secara asaslah, secara asas ya. Jadi, saya mintak Yang Berhormat berhati-hatilah bila membuat pertuduhan seperti itu. Terima kasih.
Bukan pertuduhan, cuma …..
Yang Berhormat teruskan ucapan.
Bukan pertuduhan …..
Cuma …..
….. maknanya Penyata Rasmi jelas ya …..
Ampangan.
….. kita mintak ya …..
Ampangan.
….. kita rakam …..
Ampangan.
Ya.
Cuba …..
Saya teruskan, saya …..
Ampangan. Saya nak menjelaskan sedikit. Cuma mungkin persidangan dulu 2 hari. Kita ni 4 hari. Sebab kita memang sengaja buat panjang, sebab saya, saya berpendapat nak bagi peluan semua orang bercakap. Mungkin dulu 2 hari kesuntukan masa. Tak apa, kita …..
Ini bermakna kita membukti keterbukaan kita.
Inshaa Allah.
Dengan yang dulu kita pendek …..
Teruskan, teruskan.
….. ini kita panjangkan pada 4 hari ya.
Teruskan, teruskan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua ya. Keikhlasan kita selaku pemerintah bukan hanya terbatas dalam Dewan ini ya, tetapi juga di luar Dewan. Ini kerana matlamat kita adalah untuk kita bersama-sama mengambil tanggungjawab menunaikan harapan besar rakyat untuk kita menjadikan Negeri Sembilan sebagai negara yang maju, membangun dan rakyatnya hidup dengan penuh keharmonian ya. Untuk itu, untuk mencapai kemajuan, persaingan kita bukan sebenarnya sesama kita, tetapi untuk bagaimana untuk kita bersaing di peringkat antarabangsa. Inilah matlamat kita untuk bersama.
Tuan Yang Dipertua, untuk kita mengimarahkan atau membesarkan ekonomi perkara yang pertama kita lakukan ialah tuan, yang pertama dengan izin, diagnostic ya, untuk mengenal pasti situasi kelemahan dan kekuatan yang sedia ada ya. Setelah proses itu, dengan izin, diagnostic, kita perlu merangka pelan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dari sekarang ya, sehinggalah ya, mungkin sehingga 2050 untuk memastikan pembangunan ekonomi secara terancang dan menyeluruh merangkumi semua aspek pembangunan di seluruh negeri, di kawasan Negeri Sembilan ya.
Dan akhirnya Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan atau dengan Tuan Yang Dipertua, NS Economic Blue Print, NS Economy Blue Print perlu mendapat pandangan daripada semua pihak, pakar-pakar ekonomi, eksekutif, pemimpin-pemimpin politik khususnya semua ahli Dewan baik daripada pemerintah mahupun daripada pembangkang dalam Dewan yang mulia ini, raja iaitu Duli Yang Maha Mulia Tuanku, serta, beserta Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, pengusaha-pengusaha ekonomi ya, sama ada pengusaha kecil, sederhana atau besar, badan-badan bukan kerajaan dan rakyat untuk memastikan kita mempunyai satu pelan pembangunan yang benar-benar komprehensif.
Kesimpulannya, perancangan ekonomi di bawah pentadbiran baru adalah di atas pacuan rakyat atau istilahnya people driven ya. Pembangunan ekonomi people driven akan memberi tumpuan kepada seluruh kawasan di Negeri Sembilan merangkumi semua aspek pembangunan secara teratur dan terancang. Perancangan ini perlu dilakukan secara dengan langkah pro aktif untuk kita secara agresif melaksanakan perancangan ini.
Dalam melaksanakan perancangan ini, kita memerlukan urus niga strategik yang berkaitan darat, laut dan udara yang boleh menjadi pemangkin ekonomi atau istilahnya Tuan Yang Dipertua dengan izinnya, economic catalyst ya. Saya telah menjelaskan semalam bagaimana keperluan kita untuk hab maritim. Dan begitu juga dengan hab industri penerbangan. Dalam masa yang sama, kita juga ingin memastikan di samping hab maritim dan hab industri penerbangan kita akan memastikan Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan merangkumi juga aktiviti ekonomi ber, berkaitan perkhidmatan,
pertanian, pembuatan, pelancongan yang bukan hanya keindahan alam tetapi juga meliputi hospital tourism, dengan izin, dan education tourism, dengan izin Tuan Yang Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, ya, untuk beberapa isu yang berkaitan, yang dibangkitan, yang dibangkitkan dalam perbahasan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi maklum balas ya, tentang beberapa perkara yang telah diutarakan.
Yang pertama, daripada ADUN Palong ya, yang merujuk tentang masalah, isu sumbangan kepada pelajar harus ditingkatkan. Untuk makluman Dewan yang mulia, kerajaan telah meluluskan untuk dinaikkan kadar bantuan pendidikan IPTA/IPTS yang lebih tinggi daripada yang sebelum ini. Untuk peringkat asasi Sijil Matrikulasi kadar lama hanyalah sebanyak 350.00 ringgit. Untuk kadar baru, kita beri sebanyak 500.00 ringgit ya. Untuk diploma, kadar lama adalah 500.00 ringgit, kadar baru adalah 750.00 ringgit. Untuk ijazah sarjana dan PhD, kadar lama hanya 500.00 ringgit, kadar baru adalah 1,000.00 ringgit. Pelaksanaan kadar baru ini menepati tawaran Kerajaan Pakatan Haraan Negeri Sembilan semasa Pilihan Raya Umum Yang Ke-14.
Berkait tentang isu yang dibangkitkan tentang fokus pelaburan dan hala tuju industri ya. Suka kita memaklumkan bahawa fokus pelaburan dan hala tuju industri Negeri Sembilan adalah dalam sektor perkilangan, yang pembuatan berteknologi tinggi yang selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0 yang bakal menawarkan peluang pekerjaan terutamanya dalam kategori ilmu ataupun knowledge skill workers, dengan izin Yang Dipertua. Jenis industri yang disasarkan adalah aero space atau penerbangan ya, seperti MRO atau FAL, maritime ya, automotif bioteknologi, peralatan perubatan, dengan izin Tuan Yang Dipertua, medical devise serta peralatan elektrik dan elektronik.
Sektor perkhidmatan adalah seperti pertumbuhan hab perubatan, dengan izin, medical hub ya, hab pendidikan ataupun education hub, logistik yang berintegrasi, berintegrasi, perhotelan, dan juga industri berasaskan penghasilan sumber tenaga dan teknologi hijau. Sektor halal hub bagi memperkasakan pengusaha-pengusaha kecil, industri kecil dan sederhana akan juga, akan diberi tumpuan untuk memberi sumbangan kepada ekonomi masyarakat setempat ya.
Merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti mengenai peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah ya, yang berkaitan tentang aktiviti luar, dan jugak bagaimana pencapaian
pelajar di luar bandar, ya. Seperti dimaklumkan sebelum ini bahawa memang kita berterusan ya, menyalurkan bantuan, apa yang perlu kepada mana-mana program aktiviti-aktiviti luar ya, dan jugak untuk pinjaman di luar bandar seperti dinyatakan sudah baik ya, tidaklah begitu teruk, tetapi masih kita berusaha untuk memastikan bahawa peningkatan pencapaian pelajar di luar bandar dan jugak di bandar.
Merujuk tentang persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Linggi ya, tentang yang ber, isu yang berkaitan tentang perpaduan dalam sistem pendidikan ya, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan falsafah pendidikan, falsafah pendidikan kebangsaan yang menjadi pelengkap kepada dasar pendidikan kebangsaan. Dasar ini penting dalam memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional melalui sistem persekolahan yang sama bagi semua. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama, kurikulum yang sama, sukatan pelajaran yang seragam, peperiksaan yang seragam serta pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum berkaitan isu UEC yang panas ya, unified, yang ber, dipanggil apa, Unified Examination Certificate ya. Ini masalah yang lama ya, dah berpuluh tahun ya.
Sebenarnya dalam dua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menawarkan ya, untuk menerima ya. Tapi dalam untuk menerima itu ya, kita mintak maknanya bersabar kerana Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membuat kajian secara holistik apakah cara penyelesaian terbaik dalam isu ini. Kita tahu banyak isu yang sensitif ya, dalam perkara yang berkaitan. Kalau dalam konteks Negeri Sembilan, hanya ada 2 sekolah yang terbabit sebagai, yang dianggap sebagai sekolah UEC iaitu Sekolah Menengah Chung Hwa, Port Dickson dan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban ya. Sekolah Menengah Chung Hwa, Port Dickson mempunyai pelajar seramai 802 orang dan kesemua pelajar ini adalah pelajar Cina ya. Manakala di Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban seramai 2,774 orang, hanya 1 orang pelajar Melayu, 2,756 orang adalah pelajar Cina, dan 11 orang pelajar ci, pelajar India ya. Sebab itu, harap bersabar ya, inshaa Allah kita akan cuba menyelesaikan masalah ini secara yang terbaik ya, kita tahu banyak isu yang sensitif ya, tetapi kita yakin bahawa isu yang telah lama ini ya, akan boleh diselesaikan dengan secara baik ya.
Sikit lagi, sikit lagi. Merujuk tentang yang dibangkitkan oleh ADUN Rantau ya, tentang bagaimana untuk membaik sistem pendidikan. 2 penekanan utama ialah meningkatkan kualiti sekolah ya, yang meliputi infra dan juga guru. Dan jugak bagaimana untuk kemenjadian murid. Haa ini kita tekankan ya, secara umum bagaimana, inshaa Allah dan kita berkeyakinan kita akan teruskan ya, oleh sebab Tuan Yang
Dipertua seolah-olah nak menunjukkan untuk perlu diakhiri. Maka saya peringkaskan ya, jawapan ini untuk, untuk itu ya.
Mengenai tentang isu yang dibangkitkan oleh ADUN Jeram Padang ya, tentang tanah untuk pembinaan sekolah di Bandar IOI, Bahau ya. Tanah yang diperuntukkan untuk pembinaan sekolah di Bandar IOI, Bahau ialah seluas 16 ekar ya. 5 ekar telah dirizabkan untuk pembangunan sekolah Tamil melalui warta, seluas, sebanyak 20,234 meter persegi ya. Baki 11 ekar akan dipohon hak milik oleh Pesuruh Jaya Tanah Persekutuan untuk dibina Sekolah Wawasan ya.
Untuk, merujuk tentang, soalan juga daripada Jeram Padang yang berkaitan tentang me, tanah seluas 2 setengah ekar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batang Benar dan bukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent. Sebelum ini Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent telah diluluskan untuk pindah lokasi ke kawasan tersebut ya. Tetapi tiada peruntukan untuk bina bangunan, maka Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent tidak memohon tanah tersebut ya. Pada masa ini, SJK(C) Ladang Regent termasuk dalam senarai untuk dipindahkan ke lokasi baru iatiu di Bandar Elmina Selangor. Status tanah 2 setengah ekar ialah milik Kerajaan Negeri yang diserah oleh pemaju Sime Darby.
Tuan Yang Dipertua ya, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa perkara tentang kepimpinan bagaimana kerajaan baru Pakatan Harapan sekarang ini ya, kita ada mengamalkan sistem secara collective leadership ya. Maknanya berbeza dengan centric leadership ya. Kalau kita lihat sebelum ini ya, kebanyakan ya, maknanya secara berpusat, sebab itu oleh kerana keseluruhan segala perkara, segala isu dibincangkan secara bersama ya, di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ya. Sebab itu tidak ada masalah sebenarnya untuk, sebagai contoh isu ekonomi dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dan kemudian yang walaupun sebenarnya di bawah tanggungjawab EXCO ekonomi, tapi kemudian jugak tidak ada masalah untuk Ampangan untuk menjawab. Ini untuk saya menyatakan bahawa kebersamaan, ke, bahawa kepimpinan yang baru melaksanakan secara pemimpin yang bersama ya, secara kolektif ya. Dan jugak itu, inilah kaedah yang terbaik untuk kita, dan saya berkeyakinan mungkin, mungkin agak berbeza yang lama mungkin dah lama, 14 tahun, mungkin dah 20 tahun dalam Dewan, tetapi satu pembaharuan untuk memastikan bahawa segala keputuan yang kita buat adalh secara bersama iaitu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bahawa kepimpinan Kerajaan Negeri sekarang adalah kerajaan yang mengamalkan secara kepimpinan secara bersama iaitu collective leadership ya.
Sebab itu tuan, Tuan Yang Dipertua, itulah sekitarnya yang berkaitan tentang soalan-soalan yang telah, yang telah dibangkitkan ya, dalam perbahasan sebelum ini. Sebelum menutup, saya mendoakan agar hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku ki, untuk kita bersama-sama bekerja sebagai satu pasukan untuk membangun dan memajukan negara dapat benar-benar berfungsi demi kepentingan rakyat dan Negeri Sembilan. Akhir bicara saya merakam, merakamkan penghargaan kepada semua penjawat awam yang menjadi teras untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang berat ini. Saya amat berkeyakinan penjawat awam mendokong usaha kita untuk memajukan negara.
Pengalaman singkat yang hanya berusia baru 4 bulan bersama kerajaan baru ini, saya melihat bagaimana penjawat awam bertungkus lumus untuk menjayakan tugasan yang diamanahkan. Banyak peristiwa yang berlaku, saya boleh perincikan 2 perkara. Yang pertama, dalam usaha kita untuk membuat deraf ekonomi ya, saya melihat bagaimana pegawai, penjawat awam bersedia untuk bekerja sehingga tengah malam, bukan satu malam, banyak malam ya. Mereka mengorbankan masa ya, tenaga untuk bersama. Sebab itu saya amat-amat menghargai.
Begitu juga saya melihat bagaimana dalam usaha untuk kita meluluskan pelaburan yang bernilai 1.0 bilion ringgit, dalam tempoh tidak sampai 1 bulan kita mengambil alih kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan telah memberikan kerjasama yang sangat baik yang di mana dalam keadaan biasa untuk meluluskan proses kelulusan itu makan masa lebih dari 3 bulan, tetapi dalam kaedah ini tidak sampai 1 minggu ya, pegawai-pegawai, penjawat-penjawat awam telah berjaya membantu untuk kita memastikan bahawa kita memudahkan apabila kita telah jelas bahawa kesemuanya berada dalam keadaan yang baik. Tuan Yang Dipertua, setakat itu yang ingin saya sampaikan, terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan.
Terima kasih …..
Sebab Bahau tak sabar.
….. Terima kasih Tuan …..
Teruskan, teruskan.
….. Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membahas, menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan portfolio kesejahteraan bandar, PBT, kam, kam, dan juga ni apa, kampung baru.
Jadi untuk menjawab soalan daripa, ni apa, perbahasan daripada Yang Berhormat Chennah dan juga Jeram Padang, mengenai pengurusan anjing berkeliaran. Jadi dalam isu ini, kerajaan mengambil kira kesejahteraan penduduk dan mengambil, dan mengimbangi hasrat dan perjuangan aktivis dan pencinta haiwan, maka operasi berkaitan anjing liar akan dilaksanakan secara lebih mesra, serta dengan mengambil kira proses konsultasi bersama pihak berkenaan. Operasi ini juga akan turut melibatkan kerjasama antara agensi-agensi berkenaan ya, seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Tempatan serta NGOyang berkenaan bagi memastikan hasrat dan objektif yang terbaik untuk semua pihak dapat dicapai.
Okay untuk menjawab Yang Berhormat dari lengeng, permintaan rumah awam harga rendah di, lengeng, lengeng, ADUN lengeng, Lenggeng, Lenggeng, Lenggeng. Maaf. Jadi, Yang Berhormat Lenggeng ya, ada menyebut, tapi selama ini memang saya sebut lengeng. Lenggeng, Lenggeng. Yang Berhormat, Yang Berhormat Lenggeng dia ada dalam perbahasan beliau ada menyebut adanya permintaan …..
YB.
….. rumah.
Longgeng.
Okay. Adanya permintaan rumah awam harga rendah ya, di kawasan tersebut. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat ling, linggeng, Lenggeng ya, Longgeng, Kerajaan Negeri memang serius untuk memperbanyakkan rumah-rumah kos rendah melalui kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan. Jadi Kerajaan Negeri telah berjumpa dan juga berbincang dengan Menteri KPKT dan mencadangkan sebanyak 11 tapak tanah untuk dibangunkan PPR kos rendah awam untuk rakyat berpendapatan rendah.
ADUN Seri Menanti, ada? Ada. Okay ADUN Seri Menanti menyentuh mengenai pemantauan kualiti dan prestasi dan kontraktor-kontraktor oleh PBT dan CIDB bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumah ataupun bangunan. Jadi dalam perkara ini, kita akan memantau dari masa ke semasa. Jadi kalau ada apa-apa feedback daripada Yang Berhormat Seri Menanti, boleh terus merujuk kepada saya ataupun rakan-rakan saya. Kita sama-sama dalam perkara ini. Kita boleh bincang dekat luar lah itu.
Yang, okay untuk menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat ling, Yang Berhormat Linggi ya? Kalau Yang Berhormat Linggi tak ada, saya jawab dia secara bertulis.
Yang Berhormat Juasseh, Yang Berhormat Juasseh ada memberi komen mengenai pelantikan Ahli Majlis yang terdiri daripada ahli politik tanpa, daripada ahli politik. Dan tidak melibatkan ketua-ketua jabatan. Jadi dalam perkara ini, saya rasa saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi sedikit penjelasan kepada Yang Berhormat dan juga ahli-ahli Dewan. Di mana pendekatan yang cuba Kerajaan Pakatan Harapan cuba adakan adalah kita cuba mendemokrasikan PBT ini. Sebab kalau untuk, sebelum ini, untuk PBT dia kesemuanya adalah daripada wakil politik. Tapi untuk kali ini sekurang-kurangnya ada 4 wakil daripada NGO yang menjadi Ahli Majlis. Jadi di mesyuarat tersebut, dia bukan saja dari politik tetapi juga ada wakil daripada NGO termasuk di apa ni, Majlis Perbandaran Seremban, kita juga ada seorang aktivis OKU yang menjadi Ahli Majlis.
Dan yang kedua, pembaharuan yang kita buat, salah satu pembaharuan yang kita telah pun buat kita akan membukakan mesyuarat majlis PBT bulanan ataupun full board meeting kepada orang awam. Kita bukak kepada orang awam supaya dia jadi lebih transparence. Supaya orang awam dia tahu apa yang sedang berlaku, apakah dasar-dasar baru yang akan dilaksanakan oleh pihak PBT.
Okay, ADUN jua, Yang Berhormat Juasseh juga ada menyentuh kriteria lantikan Ahli Majlis yang dibuat. Untuk maklumat Yang Berhormat, sebenarnya untuk lantikan ini kita, semua Ahli Majlis yang dilantik telah pun mela, melepasi tapisan keselamatan dan juga insolvensi.
Yang Berhormat ADUN Johol, ada? ADUN Johol ada. Yang Berhormat ADUN Johol dalam perbahasan beliau, beliau ada menyentuh mengenai apa, pili bomba, kampung, oh, pili, okay. Yang pili bomba, okay, saya telah pun, saya akan mengarahkan bomba untuk membuat penelitian. Jikalau perlu kita akan pasang pili bomba di kawasan-kawasan yang diperlukan.
Banyak ni. Okay ADUN Yang Berhormat Johol, ada juga menyentuh isu mengenai adakah kawasan Johol dimasukkan dalam kawasan pembinaan rumah awam baru. Jadi jawapannya, ada. Ada. Tapak-tapak tanah yang bersesuaian di kawasan Johol akan diteliti bersama dengan Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah untuk tujuan perakuan kepada Kerajaan Persekutuan ya, KPKT, bagi pembinaan rumah awam PPR.
Untuk menjawab perbahasan daripada ADUN, Yang Berhormat Senaling, Yang Berhormat Senaling ada, ada menyentuh permohonan Kebenaran Merancang, ada kelewatan dari keputusan permohonan Kebenaran Merancang yang dirujuk kepada Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC). Jadi sebenarnya pernohonan, permohonan yang dirujuk kepada SPC hanya dalam kategori yang tertentu. Kelewatan keputusan permohonan kerap kali disebabkan kega, kegagalan pemohon permohonan ataupun pemaju memenuhi keperluan teknikal yang ditetapkan.
Untuk menjawab …..
YB Bahau, saya tengok tebal lagi tu. Banyak tu.
Cepat, saya akan cuba mempercepatkan proses. Ya, Yang Berhormat Temiang. Yang Berhormat Temiang ada mengutam, mengutarakan permintaan papan tan, papan, papan tanda yang menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Jadi dalam perkara ini kita akan mempertimbangkan jika ada keperluan.
Juga Yang Berhormat Temiang, ya cadangan mempermudahkan pembaharuan lesen perniagaan di PBT. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Temiang, permohon, permohonan bagi mempaharu, member, memperbaharui lesen mulai 2018 bagi lesen berisiko atau tidak berisiko boleh terus diperbaharui tanpa perlu lagi mendapatkan ulasan-ulasan daripada jabatan berkaitan jika lesen bagi 2017 telah diluluskan.
Okay rumah dan premis kosong mendatangkan kacau ganggu. Ini saya telah pun jawab ketika sesi soal jawab pagi tadi. Jadi, jadi saya akan skip untuk soalan ini.
Bagi 5 minit lagi boleh?
Boleh, boleh, boleh, boleh.
Cuba ringkaskan kalau boleh.
Okay, pendirian kerajaan terhadap ini, semua isi kandunganlah daripada Yang Berhormat Temiang, pendirian kerajaan terhadap penggunaan plastik dan juga polisterin. Jadi pada masa ini memang tiada ke, ketetapan khusus bagi penggunaan bahan plastik dan polis, polisterin terutamanya untuk membungkus, pembungkusan makanan. Jadi walau bagaimanapun, terdahulu beberapa kempen program pendidikan dan kesedaran terhadap proses peralihan terhadap penggunaan bahan-bahan biodegradasi telah dilaksanakan bersama pihak berkenaan iaitu SIRIM dan juga KETTHA. Secara dasarnya proses peralihan terhadap penggunaan bahan-bahan biodegradasi adalah merupakan salah satu inisiatif yang amat baik.
Okay, untuk apa, permintaan Yang Berhormat ADUN Rahang, mengenai cadangan di Dataran Seremban. Jadi, pihak kerajaan memang ada cadangan di masa hadapan untuk meletakkan papan tanda penceritaan beserta gambar lama dan menyatakan bahawa tapak tersebut adalah bekas tapak Sekolah Convent sebagai tarikan pelancongan.
Penjelasan. Tapi akan tukar nama tak?
Buat, buat masa ini kerajaan tiada cadangan tersebut. Okay aduan …..
Boleh bincangkan?
….. juga daripada Yang Berhormat rawa, Rahang, aduan ular, monyet, babi hutan di Bukit Rasah dan Rahang. Ni telah pun diambil tindakan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan.
Okay YB?
Okay, ada lagi, ada.
Boleh, boleh ringkaskan tak? Bagi Yang Amat Berhormat ni …..
Saya cuba. Untuk menjawab ADUN, Yang Berhormat ADUN Lobak, dia mencadangkan kerajaan mengemukakan pindaan Akta Strata kepada Kerajaan Persekutuan dan juga ahli perbadanan pengurusan diberikan elaun seumpama MPKK. Jadi buat masa kini, pihak Kerajaan Negeri tak ada cadangan untuk memberi elaun yang seumpama dengan jawatan kuasa MPKK.
Yang Berhormat Lobak juga menyen, memberi cadangan supaya kajian kecekapan perkhidmatan untuk terima aduan untuk kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Ya, dalam perkara ini kita akan cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kita di setiap peringkat.
Okay, ini jawab Yang Berhormat ADUN Kota. Yang Berhormat ADUN Kota ada membangkitkan mengenai bantuan kepada mangsa kebakaran di rumah rakyat di kawasan Kota. Jadi mangsa kebakaran yang tinggal bersama seorang isteri, seorang anak dan 2 orang cucu dan ibunya, kejadian telah berlaku pada 20 haribulan September 2018, dan pihak JKM Rembau telah memberi bantuan supaya, segera sebanyak 200.00 dan juga permohonan untuk baik pulih rumah akan diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri selepas mene, menerima laporan lengkap daripada pihak polis.
Okay ini juga daripada Yang Berhormat Kota mengenai isu peniaga, ramai peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan. Jadi kawasan berkenaan telah pun menjadi tumpuan pembeli khususnya pengguna jalan raya terutama pada hujung minggu. Sehubungan itu satu pelan sedang dirancang, rencanakan secara teliti keperluan pembangunan baru yang bersesuaian bersama Pihak Berkuasa Tempatan, JKR, serta agensi berkaitan untuk memastikan dan ke, dan kemudahan berniaga sentiasa menjadi keu, keutamaan tetapi masih mementingkan aspek keselamatan dan pengguna jalan raya. Perancangan baru ini berkait, berkait rapat dengan pelan perancangan jalan raya, pengambilan tanah untuk pembinaan kawasan baru dan kemudahan logistik peniaga memandangkan kebanyakan peniaga adalah rakyat tempatan yang tinggal berhampiran.
Okay untuk Yang Berhormat ADUN Chuah. Memang ada 2 tapak ya, tanah telah pun dikenal pasti di kawasan Chuah untuk membina rumah PPR.
Okay untuk Yang Berhormat Gemas, mengharap kerajaan memperbanyakkan rumah di kawasan Gemas kerana kawasan ini memerlukan lebih 6,000 unit rumah. Untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, pendekatan bagi memperbanyakkan rumah mampu milik adalah melalui kaedah mewajibkan pembinaan rumah mampu milik di bawah Dasar Perumahan Negeri dan juga melalui pembinaan oleh agensi-agensi kerajaan. Beberapa tanah yang di, tanah di Gemas juga telah dicadangkan kepada KPKT untuk pembangunan PPR.
YB.
Last.
Banyak lagi tu YB. Letih saya dengar YB.
Last, last, last. Okay yang akhir sekali, haa ini yang, terakhir sekali daripada Yang Berhormat Mambau mengenai isu penerimaan notis kenaikan cukai taksiran di kawasan DUN Mambau yang meresahkan rakyat. Jadi untuk lo, makluman Yang Berhormat Mambau, sebenarnya tiada kenaikan kadar cukai taksiran am oleh semua PBT Negeri Sembilan selari dengan hasrat dan manifesto Kerajaan Negeri yang menyatakan tiada sebarang kenaikan cukai taksiran dan cukai tanah bagi ta, ba, bagi tempoh 5 tahun. Apa yang berlaku ialah notis yang dikeluarkan untuk penilaian semula kadar tahunan bagi harta ataupun premis berikutan telah melakukan proses ubah suai terhadap premis ataupun bangunan yang telah mengakibatkan perdam, pertambahan keluasan. Manakala peratusan kadar cukai sedia ada yang dikenakan adalah sama walaupun telah berlaku pertambahan keluasan.
Jadi, Yang Berhormat Mambau, saya harap dalam perkara ini Yang Berhormat Mambau boleh bantu untuk memberi penjelasan kepada pengundi-pengundi. Dan jikalau memerlukan bantuan, saya juga boleh sudi membantu. Dan sebenarnya walaupun mereka telah pun terima notis kenyataan pindaan senarai nilaian, sebenarnya mereka juga dibenarkan, kalau mereka tidak buat puas hati, mereka dibenarkan untuk mengemukakan bantahan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban. Jadi sekian penggulungan saya. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Yang Berhormat Bahau ni betul-betul teliti orangnya. Dan saya rasa dia cermat dan teliti. Semua dia jawab. Tapi yelah, masa tak mengizinkan, mana tak sempat jawab tu Yang Berhormat Bahau tulislah, apa-apa paper dekat sikit kepada kawan-kawan ni supaya dia dapat maklumat dia. Tahniah ya kerana bersedia untuk menjawab semua soalan berkaitan dengan EXCO beliau. Jadi saya pergi kepada penggulungan ya, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ada banyak ni, Menteri Besar semua ni.
Terima kasih Yang Dipertua Dewan. Saya terus menjawab soalan Yang Amat Berhormat Rantau berhubung dengan akaun rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah 726.0 juta ketika beliau meninggalkan ataupun ketika kita mengambil alih pentadbiran. Walau bagaimanapun, perlu saya tegaskan di sini jumlah rizab 726.0 juta adalah pada 31 Disember 2017, bukanlah menunjukkan gambaran sebenar lebihan tunai Kerajaan Negeri kerana takrifan rizab adalah terdiri daripada 2 akaun iaitu Akaun Hasil Yang Disatukan sebanyak 343.0 juta dan Akaun Amanah Disatukan – 383.0 juta.
Kerajaan Negeri perlu mengambil kira wang amanah, wang Akaun Amanah Disatukan berjumlah 383.0 juta yang mempunyai komitmen tertentu kepada rakyat antaranya deposit daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pengurusan pengambilan balik tanah berjumlah 215.0 juta. Justeru itu tunai sebenar yang boleh digunakan Kerajaan Negeri adalah berjumlah 343.0 juta sahaja.
Bagi soalan kedua, soalan ADUN Rantau juga, dan ADUN Jeram Padang mengenai isu Gatco. Kerajaan Negeri sedang menyediakan task force, dengan izin, bagi menggerakkan proses pemberian geran tanah kepada 170 peserta yang telah bersetuju. Jadi kita tubuhkan task force untuk kita segerakan pemberian tanah, geran tanah tersebut.
Bagi soalan ADUN Seri Menanti, pentad, apa, berkenaan apakah status tanah Langkap ya. Ini sebenarnya rizab, kawasan ini adalah Rizab Tanah Melayu seluas 14,047 ekar, warta Kerajaan Negeri 4001/1922 dan, sebanyak 1,325 ekar telah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli di dalam war, warta tersebut.
Bagi soalan ADUN Jeram Padang mengenai SJK(C) Ladang Regent 2.5 ekar melibatkan permohonan SJK(C) Ladang Regent dan SJK(T) Batang Benar. Pemohon daripada Lembaga Pengelola SJK(C) Ladang Regent Gemencheh dan Lembaga Pengelola SJK(T) Batang Benar untuk memiliki Tanah Kerajaan seluas 2.49 ekar di Bandar Nilai Utama untuk
pembinaan bandar pendidikan sekolah merupakan permohonan bertindih dan pemohon telah ditolak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 31 Mei 2017. Justeru itu tanah tersebut masih berstatus Tanah Kerajaan, sehingga kini masih belum ada pemohon atau rayuan dimajukan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Jadi kalau nak apa, segera buat permohonan ataupun rayuan.
Bagi soalan Yang Berhormat Seremban Jaya, permit sistem cukai doket. Ini kita akan perbaharui sistem doket kita, kita akan gunakan, akan mengkaji dan melaksanakan sistem e-doket yang dijangka boleh mengawal pergerakan kenderaan membawa bahan-bahan batuan ya.
Bagi soalan DUN jua, YB Juasseh, memohon agar bantuan pembinaan rumah. Tadi, kita telah maklumkan bahawa untuk DUN Juasseh, kita akan minta Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah agar, kena membuat permohonan untuk buat rumah baru mangsa di bawah peruntukan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak 56,000.00 ataupun peruntukan di bawah Pejabat Menteri Besar sebanyak 33,000.00. Kita akan.
Bagi soalan ADUN Johol, adakah tanah adat boleh diper, dibangunkan. Tanah adat adalah merupakan satu tanah amanah yang tertakluk di bawah Enakmen Pemegang Adat ya, dan Enakmen Tanah Lingkungan. Ia dipunyai oleh suku tertentu dan terdapat 12 suku di Negeri Sembilan yang mengawal tanah adat tersebut ya. Jadi, tanah tersebut, tiada suatu pun tanah adat atapun kepentingan dalamnya boleh dipindah milik, dicagar, diserahkan atau diuruskan dengan cara lain kecuali mengikut adat. Jadi kalau kita nak buat pembangunan kita kena buat perubahan kepada tanah adat ini.
ADUN Kota, pentadbiran tanah Rembau. YB Kota membangkitkan soal bantuan kepada mangsa kebakaran, tadi YB, YB Teo telah menjawab soalan tersebut.
ADUN Temiang memohon penjelasan berkaitan Kampung Bukit Jong ya. Bukit Jong ni, tanah tersebut seluas 24 hektar diluluskan pemberian milik kepada Syarikat Menang Tiara Sendirian Berhad oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 24 Oktober 2001. Pemberi, premium yang telah dijelaskan adalah sebanyak 24,583.00. Hak milik masih belum didaftarkan kerana terdapat isu tanah rizab kuari dan isu Tanah Rizab Melayu dalam kawasan tersebut ya. Jadi Syarikat Menang tidak boleh didaftarkan sebagai pemilik kerana syarikat ini bukan bertaraf syarikat Melayu. Syarikat Menang Tiara perlu memohon untuk dimasukkan ke dalam Jadual Ketiga, Seksyen 7 Enakmen Tanah Rizab Melayu (ERM) Bab 142.
Bagi soalan ADUN Sungai Lui, FELCRA. Kita sedia maklum peringkat, Peringkat 2 sudah selesai. Hanya 37 peserta tidak mempunyai lot tanah dusun, itu akan kita selesaikan.
Bagi soalan YB ADUN Chennah, EXCO, berhubung dengan bagaimana peruntukan MARRIS boleh disalurkan. Ia, kepada, disalurkan kepada YB ADUN-ADUN. Penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS pada dasarnya dilaksanakan mengikut kerosakan jalan di bawah agensi yang berkenaan mengikut kategori jalan dan dibuat mengikut DUN mahupun Parlimen. Jadi kita juga sedia maklum semua ADUN boleh mohon untuk menyelenggara jalan di kawasan DUN masing-masing melalui jabatan kerajaan yang berkenaan mengikut kategori jalan berikut. Kalau ia melibatkan Jalan Negeri, melalui Jabatan Kerja Raya Daerah, kalau Jalan Bandaran melalui Pihak Berkuasa Tempatan, kalau Jalan Kampung melalui Pejabat Daerah dan Jalan Pertanian melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran.
Bagi soalan YB ADUN Rantau, bagaimana pelaksanan perancangan infra di Negeri Sembilan. Perancangan pembangunan infra Negeri Sembilan akan dilaksanakan mengikut pelan yang telah dipersetujui. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada masa ini akan membuat penambah baik terhadap pelaksanaan perancangan infra bagi 2016 – 2040 bagi menyokong pembangunan, memberi kemudahan infra kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan.
Bagi soalan ADUN Seri Menanti, kesesakan jalan Seremban – Kuala Pilah. Inshaa Allah, projek jalan Seremban – Kuala Pilah telah dimulakan sejak tahun 2007, secara peringkat, berperingkat mengikut berfasa. Dan projek jalan Seremban – Kuala Pilah dari Kampung Sawah Liat ke Kampung Gedang sedang dilaksanakan dan projek telah mencapai 90%. Dan inshaa Allah pada bulan Disember akan selesai projek ini dan kos sebanyak 16.85 juta.
Bagi soalan ADUN Johol, mengenai program pencahayaan kawasan sempadan di antara Daerah Kuala Pilah dan Tampin, dan Jalan Persekutuan sepanjang 2.5 kilometer yang masih gelap. Kerajaan Negeri sememangnya menyedari masalah pencahayaan yang di kawasan sempadan Daerah Kuala Pilah dan Tampin. Dasar Kerajaan Negeri pada masa ini memang memberi tumpuan kepada meningkatkan kemudahan infrastruktur Negeri Sembilan Timur. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri sedang meneliti kos terlibat dan untuk pemasangan jalan utama di kawasan sempadan daerah tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan.
Bagi soalan ADUN Kota, jalan Seremban ke Gemas, dinaik taraf 2 lorong ke 4 lorong, dan jambatan Sungai Kendong yang sempit, di Laluan 1 Seremban – Tampin. Kita, projek ini telah dirancang untuk dilaksanakan berperingkat kerana melibatkan laluan yang panjang, sepanjang 93 kilometer. Inshaa Allah projek ini akan diangkat ke Kementerian Kerja Raya sebagai salah satu projek keutamaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.
Bagi soalan ADUN Kota juga, isu tentang Masjid Kariah Kampung Bongek yang terletak bersebelahan jalan raya besar di Kampung Bongek. Keadaan ini amat berbahaya lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. JKR Negeri telah memohon kepada Bahagian Audit Keselamatan Jalan Raya JKR untuk menilai tahap keselamatan kawasan tersebut. Ba, walau bagaimanapun bagi penyelesaian jangka pendek, JKR telah memasang transverse bar bagi, dari arah Tampin ke Seremban baru-baru ini ya. Jadi kita telah untuk jangka pendek, jangka panjang kita mintak JKR teruskan.
ADUN Kota juga mengenai masalah banjir Pekan Kota, Rembau. Pekan Kota merupakan hotspot ya, kita ada 11 hotspot ya di kawasan hotspot dikenal pasti dan inshaa Allah ya, kita memastikan kelancaran air Sungai Kendong, JPS melaksanakan kerja-kerja penyemkan, penyelenggaraan berkala di bawah Program RTB Sungai Kendong pada tahun ini. JPS telah melaksanakan penyelenggaraan sungai sepanjang 2 kilometer serta membaiki tebing-tebing yang runtuh ya, kita dah buat.
Bagi soalan seterusnya, ADUN Jeram Padang, jalan rosak ke kawasan perkampungan Felda Palong 2. Pada masa ini JKR telah banyak menjalankan kerja senggaraan di kawasan felda ya, kita tidak, walaupun kawasan daripada sebelah, belah Gugusan Felda tu semua BN menang, tapi, saya masih teruskan pembangunan di kawasan tersebut kerana itu adalah untuk kepentingan rakyat. Bagi jalan-jalan Felda Palong 2, peruntukan akan dipohon ke Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan. Jadi saya rasa banyak jalan baru yang kita telah luluskan di kawasan-kawasan felda.
Bagi Jalan Tun Dr Ismail, perlu dinaik taraf, sering berlaku kesesakan, ADUN Lobak. Kerajaan Negeri telah merancang menaik taraf jalan Seremban ke Beranang, Laluan 1 Tun Dr Ismail dari 2 lorong kepada 4 lorong. Cadangan projek dimasukkan dalam senarai infra MVV 2.0, ya, jadi kita telah mohon untuk naik taraf.
Untuk Temiang, soalan tiada perkhidmatan UniFi di kawasan Jalan Temiang. Untuk kawasan perumahan Temiang, TM sudah memulakan perancangan dan kajian untuk menaik taraf perkhidmatan pre UniFi
sedia ada kepada UniFi dengan permulaan, di 5 kawasan iaitu Taman Desa Temiang, Taman King Wong, Taman Temiang Jaya, Taman Kong Heong dan Taman Zamrud ya.
Bagi soalan ADUN Senaling, sekalilah, tadi jalan. ADUN Senaling isu yang dibangkitkan penebusan jalar, kadar jalur lebar yang kurang terutamanya di kawasan Bukit Putus. Isu liputan jalur lebar internet memang berlaku di kebanyakan tempat di Negeri Sembilan berpunca daripada kegagalan Syarikat Rangkaian Minang (Negeri Sembilan) Sendirian Berhad yang berperanan sebagai Agensi Hentian Setempat (OSA) Telekomunikasi Negeri Sembilan dalam melaksanakan peranannya. Kerajaan Negeri pada masa ini sedang menilai semula prestasi Rangkaian Minang sebagai OSA di Negeri Sembilan kerana terdapat kelemahan ketara yang telah dikenal pasti seperti berikut. Tidak menjalankan peranan sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri bagi pembangunan telekomunikasi dan teknologi maklumat yang pro aktif dan berkesan, serta gagal membina struktur yang dikehendaki oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti berikut. Maxis perlukan 8, yang telah dibina hanya 2. DiGi memerlukan 37, yang dibina hanya 17. UMobile – 30 yang diperlukan, hanya bina 2. Jumlah 75 – 21 dibuat dan belum dibuat – 54. Jadi, kita sedia maklum dengan keadaan ini memang RMS telah, RMNS telah gagal menyelenggara infrastuktur telekomunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi kepada pengguna pada masa ini.
ADUN Kota soalan mengenai ATM. Pen, penambahan atau pewujudan perkhidmatan mesin ATM adalah mengikut kesesuaian, keperluan dan perancangan pihak institusi kewangan. Walau bagaimanapun, bagi merealisasikan pewujudan perkhidmatan di kawasan yang memerlukan terutama luar bandar, Kerajaan Negeri akan mendapatkan kerjasama pihak institusi kewangan dan mengemukakan cadangan lokasi yang strategik dan dijangka memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
ADUN Chuah, jambatan Bukit Pelandok – Pekan Sungai Pelek. Telah diluluskan pada dasarnya. Cuma ditangguhkan sedikit untuk kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa akan datang. Untuk ADUN Senaling, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, kontraktor telah, telah, PIAS tadi telah dijawab.
Bagi soalan ADUN Gemas, isu banjir Taman Rekreasi Gemas, Kampung Benggali, dan Kampung Seri Gemas, masalah banjir berlaku di kawasan berkenaan adalah disebabkan oleh masalah sistem saliran yang tidak mampu menampung kadar hujan yang tinggi, sistem saliran ini
melibatkan anak Sungai Gemas, pembentungan laluan KTMB serta pembentungan JKR yang perlu dinaik taraf. JPS, JPS merancang untuk menaik taraf anak Sungai Gemas kepada saluran konkrit, manakala perbincangan akan diadakan bersama KTMB dan JKR agar pihak berkenaan dapat melaksanakan kerja menaik taraf sistem saliran di bawah agensi berkenaan.
ADUN Chuah, keadaan infrastruktur kawasan DUN Chuah tidak memuaskan ya, jadi kita sedia maklum bahawa sebanyak 3.5 juta tender untuk menaik taraf jalan sekitar DUN Chuah, di antara Tanah Merah dan Chuah ya, kita, 3.5 juta telah disediakan untuk DUN Chuah.
Bagi soalan ADUN Seri Menanti, jadikan Bandar Seri Menanti sebagai bandar ra, Bandar Diraja. Memang ini adalah usaha yang cukup baik. Dan kita akan memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan baik.
Bagi pembangunan pelancongan kelip-kelip Sungai Timun, kita sedia maklum beberapa NGO seperti PNB dan beberapa lagi syarikat telah mengadakan program CSR mereka untuk menaik taraf habitat kelip-kelip di Sungai Timun dengan menanam pokok berembang ya. Jadi saya rasa, usaha yang baik ini kita teruskan dan kita akan promote, kita akan apa, promosikan kawasan ini sebagai kawasan kelip-kelip untuk dikunjungi oleh pelancong.
Cadangan bagi memperkasakan sektor pelancongan Pengkalan Nelayan Sungai Timun. Ni sekalilah dengan apa, kita sedia maklum kawasan tersebut memang merupakan kawasan tarikan, bukan saja untuk kelip-kelip tetapi siapa yang berminat untuk memancing udang ya, udang galah. Dan situ juga, siapa nak tengok buaya boleh tengok. Buaya sungai, bukan buaya darat.
ADUN Rahang, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, cadangan supaya Kerajaan Negeri mengambil langkah seperti Kerajaan Selangor menaik had umur perkahwinan 18 tahun. Kita sedia maklum bahawa bagi ke, enakmen ya, bagi Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003 menyatakan bahawa lelaki bawah umur 18 tahun dan perempuan bawah umur 16 tahun hendaklah mendapat kebenaran daripada Hakim Syarie, Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003. Jadi kita tak ada masalah. Untuk kaum lain kita mungkin boleh tetapkan 18 tahun. Tetapi kita akan pastikan bahawa kita bincang dengan Jabatan Agama Islam dan saya rasa seksyen ini masih, masih releven kerana kita maklum bahawa seksyen ini, di bawah umur 18 tahun, kerana, kena mendapat kebenaran Hakim Mahkamah Syarie.
ADUN Lenggeng, menjadikan masjid sebagai pusat memperkasa pusat kepimpinan masyarakat. Alhamdulillah, melalui Jabatan Agama, Hal Ehwal Agama Islam dan Majlis Agama Islam, kita telah, terus akan memperkasakan institusi masjid dan kita baru, kita juga telah mem, membuat pendemokrasian ke atas masjid supaya masjid dapat dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar mampu memimpin masyarakat di kawasan tersebut, memberi penekanan kepada ciri kepimpinan dan sahsiah murni ya, pertama kali kita buat pendemokrasian sebab kita maklum, sebelum ini ada pengerusi masjid yang 30 tahun, 20 tahun sebagai pengerusi masjid. Dan kita kali hanya kekalkan 2 penggal saja, dan kalau mereka, penggal pertama 2 tahun, lepas ni ada, ada pemilihan lagi. Cukup 4 tahun mereka kena tukar pengerusi yang baru. Kita tak, tak ingin melihat terlalu lama pengerusi-pengerusi berada dalam, sebagai pengerusi masjid.
Bagi soalan ADUN Johol, pihak masjid tidak membenarkan ADUN pembangkang melaksanakan program kemasyarakatan, keagamaan seperti solat hajat menghadapi peperiksaan yang lain-lain. Saya 10 tahun jadi pembangkang, inilah keadaan yang saya terima ya. Datang masjid pun orang tak tegur pun saya ya. Tapi tak ada apa masalah. Tapi Kerajaan Negeri tidak menghalang pelaksanaan program kemasyarakatan, keagamaan di masjid seluruh Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sebarang program yang hendak dilaksanakan perlu secara teratur, mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama, dan dirundingkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan masjid. Ini penting, memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat Islam terus terpelihara.
Bagi soalan ADUN Seremban Jaya, isu yang dibangkitkan, apakah langkah diambil oleh pihak berkuasa membendung masalah sosial golongan remaja yang melakukan aktiviti vandalisma, membuang sampah di padang dan tempat awam, di kawasan perumahan. Kita sedia maklum bahagian kepolisan komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan berdasarkan kolaborasi dan menjalinkan kerjasama agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha pencegahan jenayah khususnya untuk mendidik masyarakat bersama berganding bahu membanteras perlakuan jenayah.
Jadi saya juga minta kepada ADUN Seremban Jaya supaya dapat ber, apa, jumpa, jumpa dengan anak-anak muda supaya memastikan budaya ini dapat dielakkan kerana kita maklum bahawa terdapat beberapa peruntukan di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan, Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang mana kita tahu hukumannya adalah melaku, jika seseorang melakukan tindakan dengan niat untuk dengan
pengetahuan tindakan akan menyebabkan perubahan, penyorotan dan nilai kerosakan harta atau kemusnahan terhadap mana-mana harta orang awam, orang itu dikira telah melakukan kesalahan khianat ya. Jadi, denda dia tinggi, jadi mintak ADUN Seremban Jaya untuk berjumpa dengan masyarakat.
Batu megalith tadi telah dijawab oleh YB Paroi. Pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan mendapatkan 100,00.00 untuk kajian pemetaan tapak-tapak megalith di Kuala Pilah bagi tahun 2019 ya. Kita, hasil kajian akan dilaksanakan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjadikan Kuala Pilah sebagai lembah megalith Terachi bertaraf dunia dan menarik kedatangan pelancong, inshaa Allah ya, kita akan lakukan perkara tersebut.
Bagi menjawab soalan ADUN Seri Menanti juga, pelan pembangunan luar bandar kawsan Seri Menanti. Kita akan pastikan Seri Menanti terus dapat dibangunkan bagi tempoh 2019 – 2040. Kita akan merencana corak mengadaptasi perubahan sosio ekonomi ke arah pembangunan saksama, bersepadu merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Jadi, kita harap kita tidak akan meninggalkan kawasan Seri Menanti untuk dibangunkan.
Bagi ADUN Chembong, soalan dibangkitkan adalah perancangan menutup pusat RTC ya, ia memudahkan rakyat berurusan dengan agensi kerajaan. Okay, Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui mesyuarat penyelarasan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan EXCO-EXCO telah diadakan pada 30 Julai 2018, memutuskan supaya RTC tidak diteruskan dan direna, dan dirasionalisasikan RTC Negeri Sembilan adalah antara 3 RTC yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk membolehkan ditadbir sejajar dengan perancangan dan kehendak Kerajaan Negeri. Okay, RTC Rembau perlu dijenamakan semula, kita akan jenamakan semula berikutan langkah rasionalisasi oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
4 agensi kerajaan bersetuju ya, kita mintak mereka bersetuju untuk kekal beroperasi iaitu Jabatan Pendaftaran Negara, Pusat Zakat Negeri, Baitulmal Negeri Sembilan dan Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Tapi, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan masih beroperasi seperti biasa sehinggalah ketetapan untuk berhenti ataupun meneruskan operasi dibuat oleh Ibu Pejabat. Cadangan Jabatan Imigresen untuk berhenti berosi, beroperasi di situ adalah kerana kekurangan mendapat sambutan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Pejabat Tanah Daerah dan Majlis Daerah akan beroperasi di pejabat masing-masing kerana terlalu dekat dengan RTC.
Soalan ADUN Kota, mengenai tugas Penyelaras DUN, mereka bertanggungjawab untuk mendukung hasrat, dasar-dasar, saya rasa pagi tadi saya dah jawab.
Soalan ADUN Seremban Jaya, Kerajaan Negeri perlu memberi taklimat kepada pihak awam sebelum pembangunan dilaksanakan. Inshaa Allah, kita dalam semua penyediaan rancangan kemajuan berasaskan Akta 172 kita akan maklumkan. Dan inshaa Allah, soalan ADUN Mambau, ya, dan soalan Seremban Jaya. Tapi inshaa Allah kita selepas ini kita akan maklumkan segala apa yang kita rancang.
ADUN Mambau, isu pelaburan dari Foshan. Inshaa Allah, ikut perancangan mereka akan memeterai MoU, perjanjian persefahaman pada bulan November. Mereka mintak bulan Oktober, tapi kita ada PRK, rasanya kita ke bulan November, awal November, dengan 4 syarikat di, di Foshan ya. Dia mintak kita datang sana buat MoU.
ADUN Rantau mengenai isu pertukaran pegawai ya, jadi macam-macam orang kata saya. Saya ni jahat, macam-macam orang kata saya zalim. Pertukaran pegawai adalah perkara biasa dalam perkhidmatan awam. Pertukaran ini atas kepentingan perhidmatan dan apa jua pertukaran adalah, ada juga mengenai yang kenaikan pangkat. Jadi saya tak ada, tak ada dendam, tak ada apa. Cuma apabila ada pegawai yang tidak boleh bersama dengan Kerajaan Pakatan Negeri, jadi saya mohon tukarlah. Itu saja. Sekian.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja telah pun dicadang, disokong, dan dibahas, dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul, sila angkat tangan [semua ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju? Berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara ya.
Usul Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan (Kertas Dewan Bil. 1/2018)Motion
Perkara kelima, Usul Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menerima makluman daripada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan perbincangan kami, di mana untuk menarik balik Usul Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa di bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri. Sebagaimana dalam Kertas Bilangan 1/2018 yang telah diedarkan sebelum ini. Selaras dengan Perintah 6, Peraturan XXVIII, maka usul ini tidak akan dibahas dan ditarik balik dan seterusnya dicatat dalam butiran mesyuarat. Agenda ini akan dibawak ke persidangan akan datang. Kita ke agenda seterusnya.
Rang Undang-UndangBill
Perkara keenam, Rang Undang-Undang. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Ampangan.
[Bacaan kali Pertama]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan negeri, NS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan NS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
[Bacaan Kali Kedua]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, izinkan saya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli Dewan mengenai cadangan mewujudkan rang undang-undang Perbadanan NS 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Dipertua di atas kebenaran untuk dibentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan NS 2018 kepada sidang Dewan yang mulia pada kali ini.
Keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang Teramat Mulia Undang yang Empat bersama Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin dalam memastikan pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan dapat dilaksanakan secara terancang terserlah dengan keterlibatan secara langsung dalam meneliti dan memperhalusi bersama Rang Undang-Undang Perbadanan NS 2018 ini. Atas keprihatin, keprihatinan ini, pentadbiran Kerajaan Negeri menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta penghargaan kepada Yang Teramat Mulia Undang yang Empat dan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin.
Saya juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta Jawatankuasa Khas yang telah ditubuhkan untuk menyediakan draf Rang Undang-Undang Perbadanan NS 2018. Sesungguhnya, Rang Undang-Undang perta, Perbadanan NS 2018 ini merupakan manifestasi Kerajaan Baru di bawah Pakatan Harapan untuk memacu kemajuan Negeri Sembilan demi kesejahteraan rakyat selari dengan moto Bersih, Muafakat dan Sejahtera.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, secara umumnya cadangan penubuhan Perbadanan NS ini merupakan satu anjakan terbesar dalam pengurusan dan pentadbiran ekonomi dan pelaburan yang pernah dicadangkan untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan. Cadangan ini juga akan membolehkan Perbadanan NS berperanan lebih besar dan fokus untuk memastikan perancangan ekonomi secara menyeluruh dan memastikan pelaburan ke Negeri Sembilan yang boleh memberi manafaat kepada kesejahteraan rakyat. Perbadanan NS akan bertindak sebagai agensi business-oriented dalam melaksanakan peranannya. Cadangan penubuhan Perbadanan NS ini juga adalah diharapkan akan membawa satu lonjakan dan perubahan yang besar kepada perkembangan ekonomi dan pelaburan di Negeri Sembilan.
Setelah kami, Kerajaan Pakatan Harapan diberi amanah untuk meneraju Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, membuktikan reformasi rak, fikiran rakyat mahukan perubahan untuk memastikan hasil dan sumber yang ada diuruskan dengan baik. Kami tidak lagi menoleh kebelakang, sebaliknya menoleh memandang ke hadapan untuk mem, membina, membentuk Malaysia baru yang lebih berintegriti dan profesional.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Sembilan untuk terus memperkasakan sumber ekonomi negeri, sistem pengurusan dan pentadbiran negeri. Selain itu, memastikan syarikat-syarikat pelaburan yang diwujudkan mampu menyumbang kepada pendapatan negeri dan bukannya membebankan kerajaan.
Untuk itu, Tuan Yang Dipertua, Perbadanan NS diwujudkan bagi memastikan kerangka ekonomi secara menyeluruh disediakan dan dilaksanakan yang meliputi seluruh Negeri Sembilan dalam kesemua sektor. Selain itu, semua perkara berkaitan cadangan pelaburan di Negeri Sembilan dapat dilaksanakan secara terancang dan holistik. Perbadanan NS akan memastikan pembangunan yang seimbang dan lestari di Negeri Sembilan tanpa meminggirkan semua pihak. Perbadanan NS juga berperanan untuk menasihati Kerajaan Negeri ber, berkaitan dengan kerangka ekonomi dan pelaburan di Negeri Sembilan.
Bagi memastikan pelaburan dilaksanakan dengan lebih telus dan cekap, Perbadanan NS akan dibenarkan untuk mewujudkan syarikat bagi memastikan setiap pelaburan dilakukan memberi manafaat kepada Kerajaan Negeri. Selain itu, Perbadanan NS juga akan berfungsi sebagai agensi utama yang menangani isu brownfield di Negeri Sembilan. Untuk itu, Perbadanan NS akan mengenal pasti kaedah bersesuaian bagi rehabilitasi semula dan memulih projek-projek terbengkalai. Pada masa ini, isu ini tidak ditangani secara fokus dan ianya berterusan sehingga sekarang dan menjadi beban kepada kerajaan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, secara umumnya Rang Undang-Undang ini mempunyai 39 fasal dan terbahagi kepada 6 bahagian iaitu yang pertama Bahagian I – Permulaan. Yang kedua Bahagian II – Perbadanan, yang ketiga Bahagian III – Pentadbiran, yang keempat Bahagian IV – Kewangan, yang kelima Bahagian V – Kuasa Lain Perbadanan dan yang keenam Bahagian VI – Peruntukan Am.
Perbadanan NS akan dipengerusikan oleh seorang Pengerusi daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam perindustrian dan pelaburan dengan keahlian profesional dan bidang
bersesuaian. Ini untuk memastikan pengurusan yang berintegriti dan telus. Ia juga mempunyai 1 jadual yang memperincikan tentang Tatacara Mesyuarat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, dengan penggubalan undang-undang, dengan penggubalan Rang Undang-Undang ini, pelaksanaan pelaburan di Negeri Sembilan akan menjadi lebih fokus, cekap, teratur dan telus. Adalah diharapkan dengan penggubalan Rang Undang-Undang ini juga dapat melonjakkan lagi pembangunan dan perkembangan ekonomi Negeri Sembilan dengan lebih tinggi di peringkat nasional. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang Enakmen Perbadanan NS telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua dan mendapat sokongan. Oleh itu, saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Saya persilakan pihak kerajaan, persilakan untuk, saya, oleh itu seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jika ada perbahasan, silakan saya bagi 10 minit seorang.
Assalamualaikum. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.
Mana.
Saya …..
Senaling. Oh, okay tadi Senaling bangkit, lepas tu Juasseh bangkit …..
Mintak maaf.
Tak apa, tak apa Juasseh.
Saya dulu.
Silakan Yang Berhormat Juasseh.
Terima kasih Tuan Dipertua, saya hanya nak mengambillah bahagian untuk membahaskan sikit tentang usul menubuhkan Perbadanan Negeri Sembilan ni. Mungkin boleh beri penjelasan selanjutnyalah.
Tuan Dipertua, saya nampaklah ya, ini satu cadangan daripada kerajaan ya, dibawak oleh pengerusi pelaburan kita. Tapi saya nak bertanyalah kepada Yang Amat Berhormat, kita di Negeri Sembilan ni sebenarnya kita dah ada perbadanan. Kalau nak saya tengok skop, fungsi dan kuasa perbadanan yang dinyatakan ni sama jugak, tak banyak beza dengan perbadanan yang sedia ada di Negeri Sembilan ni iaitu PKNNS, yang jugak terlibat dalam soal pembangunan, pelaburan dan ekonomi Negeri Sembilan. Jadi kalau tubuh lagi satu perbadanan ini, tidakkah ini merupakan pertindihan perbadanan kita sedia ada.
Saya melihat Negeri Sembilan ini, Tuan Yang Dipertua, PKNNS kita ni masih orang kata under utilize-lah. Kita jangan tengok ya, macam Johor, memang betul ada J-Corp dan sebagainya, tapi kita tengok PKNNS Johor, dia dah orang kata, dah sarat, dia jauh, digunakan sepenuhnya. Jadi dibuka satu lagi. Jadi dipanggil J-Corp. Tapi di Negeri Sembilan ni saya tengok PKNNS, perbadanan kita ni, dia dah siap lengkap struktur dan sebagainya, pejabatnya pun dah ada, kakitangannya pun dah ada, belum kita gunakan sepenuhnya lagi. Tujuan asal tubuh PKNNS pun macam ni jugaklah, perbadanan jugak ya. Untuk kemajuan ekonomi, membawa pelaburan, malahan diluaskan lagi buat perumahan, malahan kalau saya nak, seingat sayalah Tuan Dipertua, kita dulu pernahlah, tahun 90an, PKNNS ni hebat juga dari segi, saya teringat bila kita cerita tentang harga rumah mahal dan sebagainya ni, siapa yang lama mesti ingatlah, sebab saya masuk Dewan ni 1999. Cerita harga rumah mahal, tapi dulu kita pernah jual rumah murah, Tuan Yang Dipertua. Hari ini bukti banyak, YB, YAB Sikamat tahu, rumah Desa Permai di Sikamat, di Pilah banyak, di Johol banyak, seluruh Negeri Sembilan banyak. Di Bahau pun ada. Siapa yang benefit daripada program ini sebenarnya. Jawab sendirilah ya. Jadi, itu kali yang terakhir saya nampak perbadanan ni benar-benar kita gunakan.
Jadi sekarang kita dah ada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan. Hanya kita tak, yang dipengerusikan oleh YAB MB, YB Sikamat ya, yang perlu saya nampak cerita apa pun pelaburan
hujungnya ialah kita nak buat banyak pelaburan, kita nak menambah rizab negeri, dengan pelaburan ni kita dapat mensejahterakan rakyat dan sebagainya. Tapi tak perlu kita tubuhkan satu perbadanan baru. Kita dah sedia ada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan, saya beritahu tadi, under utilize. Dia akan bertindih, macam kita tinggalkan lama nak bukak yang baru. Besok berubah satu lagi, bukak baru tinggal yang lama. Jadi, saya rasa ini bukan satu amalan yang, yang tak perlulah kita ikut sebenarnya ya.
Saya kata tadi, macam setengah negeri yang memang macam Negeri Johor tu, dia PKNS dia very-very acitive tak terlarat nak buat dia punya pelaburan dan sebagainya, jadi kena tubuh satu entiti lain. Tapi kita di Negeri Sembilan, Dato’, Tuan Yang Dipertua, PKNNS kita sebenarnya kita masih boleh, kalau YAB MB kita selaku pengerusi dia boleh, restructure fungsinya sama, baca fungsi dan kuasa perbadanan ni sama jugak. Luas skop, skop yang begitu luas. Jadi sekarang ni kita nak tubuh yang baru, dengan kita melibatkan satu pertindihan, dan di masa sama kita jugak melibatkan kos, kita orang kata, create a new cost centre. Yelah, badan baru, kakitangan baru, pejabat baru, macam-macam benefit yang ada dalam ni. Maknanya semua kos. Walaupun saya tengok sini Tuan Yang Dipertua, sebutkan mungkin ada sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan sebagainya.
Tapi saya rasa dalam keadaan kita nak memikirkan kesejahteraan rakyat ni, dalam keadaan, ada juga pemimpin katakan negeri kita nak muflis ni, negara nak muflis ni, why, why must we create a new cost centre. Apa sedia ada ni kita boleh restructure kebijaksanaan YAB MB dan jugak rakan-rakan EXCO, skopnya semua dah ada, nak buat pelaburan 1.0 bilion, 2.0 bilion pun boleh. YB Ampangan tersebut dah ada 1.0 bilion, salurkan melalui PKNNS dan sebagainya. Tak perlu create a new cost centre, pejabat baru, macam-macam. Bila kita tubuhkan entiti baru ni Yang Dipertua, macam-macam kos yang baru yang terlibat. Jadi saya rasa ini perlu kita lihatlah ya. Saya, kalau tak ada perbadangan macam PKNNS Negeri Sembilan ni, rasa saya, saya amat setujulah. Tapi bila kita dah ada ni, rasa saya, perkukuhkan institusi ini.
Besok dengan pelaburan baru, nak melapor pulak kepada Kerajaan Negeri. Sedangkan PKNNS tu YAB MB dah jadi pengerusi dia. Dia first hand dia tahu dulu. Nak melapor pulak kepada dia. Sedangkan saya kata tadi main thing is, kita punya Perbadanan Kemajuan Negeri kita boleh, bangunannya siap, staff-nya ramai dah ada sedia ada, why must we create a new cost centre untuk, semata-mata nak tubuhkan, nak
tubuhkan satu perbadanan yang baru. Jadi, Tuan Dipertua, saya minta maaf, jadi saya tidak bersetuju. Terima kasih.
Dipersilakan kalau ada yang lain.
Terima kasih Yang …..
Haa Senaling, silakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, memberi ruang saya untuk bersama dengan rakan saya tadi daripada Juasseh bagi membahaskan rang undang-undang yang telah dicadangkan oleh Ampangan sebentar tadi. Saya secara prinsipnya setuju dengan apa pandangan yang telah diberikan oleh Juasseh sebentar tadi tentang apa nya perlu kita ada suatu yang rasa telah bertindan. Kita telah mewujudkan PKNNS ni sejak 1969 lagi. Dan kita lihat dengan cadangan pewujudan Perbadanan Negeri Sembilan ini, saya lihat sudah tentulah ianya akan melibatkan penambahan kos, emolumen dan sebagainya dan juga penambahan perjawatan. Ingin saya nyatakan setakat saya berucap pada hari ini, depan Tuan Yang Dipertua, PKNS, PKNNS ini telah ada sebanyak 106 perjawatan. Dan telah diisi sebanyak 58 jawatan. Dan CEO-nya, saya rasa ada kat belakang ini, seorang CEO yang berjawatan JUSA yang saya rasa kita seperti mana yang Juasseh nyatakan tadi under utilize. PKNNS ini di dalam pada masa sama saya rasa kita tidak memudah cara. Kerajaan baik sudah tentulah kerajaan yang memudah cara, berurusan perniagaan, pelaburan dan sebagainya.
Saya lihat tadi, tentang pertindanan pewujudan akan 2 pengerusi di sini. Dan saya merujuk perhatian naib, Tuan Yang Dipertua, tentang jawatan pengerusi, Fasal 6, rang undang-undang ini, pengerusi pada masa itu memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bertanggungjawab dengan portfolio berkaitan dengan pelaburan dan perindustrian. Saya ingin jelaskan, mungkin kerajaan pada hari ini ada portfolio ini, bagaimana pula akan adanya pertukaran kerajaan dan sebagainya selepas ini, yang tidak ada portfolio ini. Sedangkan perkara ini, enakmen ini telah dibawa, dan telah di-qualified-kan dalam warta ataupun rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini. Ini satu perkara yang saya rasa, saya harap kerajaan dapat lihat.
Dan saya ingin merujuk kepada Fasal 6(c) – 3 anggota atas nama jawatannya hendaklah terdiri daripada orang yang sedang memegang jawatan berikut. Saya setuju. Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri. Tetapi saya rasa adalah lebih molek dan lebih bijak, lebih mantap jikalau jawatan Pengarah UPEN, kerana perkara yang kita bincangkan ini adalah perkara yang melibatkan ekonomi, perniagaan, pelaburan yang bakal dan telah dibawa masuk. Seperti mana yang Ampangan cakap tadi, dah nak bawa masuk 1.0 bilion. Saya tak tahulah dah masuk tak masuk 1.0 bilion ni atau tidak lagi. Tetapi ini, perkara-perkara ini melibatkan suatu parameter yang berada di bawah UPEN.
Dan kita tidak perlu, Yang Berhormat Speaker, tidak perlu saya rasa seperti mana yang kita tengok di sini, sudah ada suatu fasal dalam, dalam enakmen ataupun rang undang-undang ini di mana perbadanan ini akan melapor semula kepada Kerajaan Negeri Sembilan di mana dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif iaitu Yang Amat Berhormat sahabat saya daripada Sikamat. Mintak maaf kalau sedikit pandangan kasarnya, mungkin akan terlihat, mungkin secara sangsi saya beranggapan terdapat 2 nakhoda dalam keadaan ini, yang menerajui pelaburan ekonomi negeri kita. Saya bukanlah nak melago-lagokan ni, tidak. Tetapi kita sebagai, sebagai, saya sangat sukalah dengan ADUN Lenggeng punya nasihat tu, “addinunasihah”. Kita nasihat. Sama jugak dengan sahabat saya daripada Labu, kita nasihat.
Saya bacakan nasihat itu bukan untuk kita, tidak, kita sama-sama seperti mana ayat saya bacakan tadi, yang telah diulang oleh Ampangan, satu lagi ayat “wa'asa antakrahu syaiau wahuwa khoirullakum, wa'asa antuhibbu syaiu syarullakum”. Ini ayat 216, daripada Surah Al Baqarah, ya ustaz kan, Lenggeng. Yang mengatakan mungkin, mungkin kamu benci pada satu perkara atau tak suka dengan nasihat saya, tetapi itulah yang baik bagi kamu, kata Allah SWT. Mungkin kamu suka sesuatu perkara, mungkin itu tidak baik bagi kamu.
Dan oleh kerana itu, di atas asas ini, saya ingin menyatakan, memberikan pandangan bahawa penubuhan Perbadanan NS ini satu perkara yang saya rasa kita harus teliti dengan begitu rapat, oleh Kerajaan Negeri. Sudah tentulah dalam keadaan sekarang ini, di atas slogan yang dibawa oleh ADUN Sikamat bersih, muafakat, sejahtera. Sudah tentulah bersih ini bukan saja setakat slogan. Bersih bukan setakat slogan, Yang Dipertua. It must be seen, ia mesti dilihat, bersih ini atas tindak tanduk kita. Dan oleh kerana kita bincangkan di Dewan yang mulia ini. Bukan niat kiat untuk mempersenda dan sebagainya,
tetapi kita memberi pandangan. Dan saya yakin, sidang kerajaan yang baik memerlukan pembangkang yang baik. Dan oleh kerana itulah kita bagi pandangan ini.
Berapa perlu kalau kita lihat di sini, PKNNS sudah ada jurutera, yang gred mereka dah besar dah, 48 gred mereka. Begitu juga dengan mereka sudah ada akauntan, 58, dan mereka akan tambah lagi, difahamkan ni pengisian jawatan akan dibuat pada Oktober ini. Jadi, mereka under utilize. Ramai saya jumpa kakitangan PKNNS, mereka menunggu-nunggu nak bekojolah. Bersemangat nak bekojo, tapi mungkin kojo tak sampai kek mereka, dan mungkin ini harus dilihat secara objektif dan bukan mungkin dari pandangan politik.
Kalau kita bercakap tentang kita nak menjimatkan prudent government, nak menjimatkan kantung ataupun dasar fizikal negeri kita, kita harus melihat daripada pandangan kewangan kita. ADUN Sikamat telah nyatakan kepada kita tadi. Kita rupanya tak banyak bona lagi dalam kantung kita. Tapi and yet, dengan izin, kita masih lagi mencadangkan satu perkara yang saya rasa akan memerlukan peruntukan kewangan cukup besar di negeri kita ini.
Jadi, di atas itu, Dato’ Speaker, saya rasa, dah panggil Dato’ pulak dah, tu maknanya, saya jarang cakap orang terlanjur panggil Dato’ ni …..
Alhamdulillah.
….. saya rasa inshaa Allah …..
Masin mulut tuan ……
….. berdoa kepada Allah SWT dan saya harap Yang Speaker bagilah tambah saya sedikit masa ye tak.
Bagi masa, tambah 2 minit lagi.
Ya, tambah lagi ya, tambah 2 minit. Haa beginilah sebenarnya kita bersidang, bermesyuarah …..
Ya.
…. ya, berbincang bagi mencari kebenaran. Bukanlah kita nak mencari ke apa mungkin betullah, saya bukan apalah, nak sentuh, saya nak menjawab sedikit dengan perkara melibatkan sekarang ini, isu pili bomba kenapa dikeluarkan, dinaikkan, kenapa dulu tidak diselesaikan. Dato’ Speaker, haa Dato’ lagi, ni, Tuan Speaker, perkara melibatkan pembangunan ini adalah perkara yang berterusan. Benda yang kita buek hari ini besok pagi rosak. Minggu lopeh Dato’ Speaker cat pagar, minggu dopan dah, mungkin dah pudar pagar tersebut, iaitu pembangun atau mungkin dah roboh. Mungkin pembangun, saya bercakap ini kerana pembangunan adalah merupakan satu proses yang berterusan. Dan sementelahan pula sekarang ini kerajaan telah dipindahkan ataupun mungkin dipinjamkan oleh kerajaan sekarang ini kerajaan PH dan ia merupakan amanah dan tanggungjawab mereka. Jadi inilah tugas pembangkang.
Jadi, saya harap, Tuan Speaker, kita melihat betul-betul, saya rasa dalam konteks nak meluluskan rang undang-undang ini, kalau saya angkat 2 tangan pun, angkek naik kaki pun tak lulus, akan tetap lulus jugak, pasal apa, di atas figure, kerana kita kekurangan untuk ataupun abstain tentang apabila berlaku pengundian nanti. Tetapi saya haraplah, sebagai kerajaan, sahabat saya ADUN Sikamat lapang dada, saya suka cara dia, lapang dada dengan pandangan-pandangan kami ini supaya melihat rang undang-undang ini dengan lebih objektif.
Saya pada mula tadi ingin membangkitkan isu pelantikan-pelantikan di bawah fasal-fasal ini, di mana pelantikan-pelantikan tersebut, perjawatan dalam perbadanan ini dilantik oleh Raja. Tetapi alhamdulillah, saya puas hati dengan penerangan, briefing ataupun ringkasan awal yang telah diberikan oleh ADUN Ampngan tadi, bahawa Ke Bawah Duli Tuanku telah perkenan, Yang Teramat Mulia Empat, Undang-Undang yang lain termasuk Tengku Besar Seri Menanti telah perkenan kerana amat bahaya jikalau tidak dapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku ini kerana kalau kita lihat, banyak lantikan ini daripada Fasal 6(d), tidak lebih daripada, pelantikan-pelantikan bagi anggota perbadanan yang dinyatakan di bawah perenggan 6(1)(b) dan (d) ini hendaklah dilantik oleh Raja.
Alhamdulillah lah, saya, keraguan saya tadi telah dijawablah oleh ADUN Ampangan bahawa tuanku telah perkenan untuk proses ataupun perbadanan Negeri Sembilan ini, tentang idea-idea ini. Tetapi saya risau jikalau ia tidak perkenan, tidak mendapat perkenan tuanku, ianya bakal menunjukkan suatu tanggapan nanti, oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kita sayang tuanku kita. Oleh kerana itu, kita harus pelihara institusi Raja kita ini, takut nanti ada pulak orang yang tidak bertanggungjawab mengatakan adakah Raja kita ini ingin masuk jugak sama-sama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Sedangkan tuanku semasa titah perasmian sidang Dewan itu hari, telah mengatakan bahawa beliau memegang upholding, beliau, menjaga kedaulatan undang-undang. Kedaulatan undang-undang, Yang Berhormat Speaker, merangkumi ya, kefahaman kita tentang pembahagian kuasa. Jadi, alhamdulillah, saya lega dengan penjelasan ataupun ringkasan permulaan mukadimah yang telah diberikan oleh ADUN Ampangan sebentar tadi, bahawa Ke Bawah Duli tengku, Tuanku, telah dimaklum, ambil maklum tentang perkara ini dan begitu juga dengan Undang-Undang yang ada di negeri kita.
Tuan Yang Dipertua, saya harap ya, saya harap, saya khuatir juga, takut, kerana apabila lantikan-lantikan ini, lantikan dilantik oleh Raja. Dan apabila ahli-ahli perbadanan ini ingin letak jawatan, notis hendaklah diserahkan kepada Raja. Jika berlaku perkara-perkara yang tidak baik di atas lantikan ini. Banyak berlaku dah ya, ahli-ahli perbadanan, ahli-ahli, macam-macam. Ni bab amanah ni susah kita cakap. Masa dia nak berkuasa dia amanah, dah pegang kuasa tak tahu lagi. Abraham Lincon ingatkan kita tuan-tuan dan puan-puan, Abraham Lincon, arwah Abraham Lincon ni, mendiang Abraham Lincon ya, if you want to test the man, give him power. Jikalau hendak menguji seseorang, beri dia berkuasa, nak tengok macam mana …..
Itu Saidina Omar punya tu.
Saidina Omar.
Saidina Omar kata.
Itu dalam Islamnya. Saidina Omar.
Saidina Omar kata, nak tahu baik tak baik orang tu, bagi dia kuasa.
Betul. Saya setuju, dengan pandangan ustaz Yang Dipertua. Jadi benda-benda perkara macam ni, saya harap, kerana kita
tidak lau, kerana kita tidak tahu lagi, kita tidaklah tahu lagi, Tuan Yang Dipertua, hendaklah kita ukur dulu sebelum kita koghek. Perbidalan dia. Haruslah kita bincangkan perkara ini, jangan besok kito dah koghek baru kita ukur. Kalau berlaku nanti, mungkin pecah amanah atau sebagai, masyaAllah, kita, doakanlah tidaklah terhadap ahli-ahli perbadanan ini, ianya akan mencerminkan pelantikan Ke Bawah Duli Tuanku. Dan ini tidak baik. Kalau kita sayang dan kasihkan institusi ini, kita harus jaga institusi ini.
Tapi saya sekali lagi, sababat saya dari Ampangan dah kata tadi, Tuanku dah maklum dan memberi restu, dan ini satu perkara yang saya harap, kita boleh terima pakai dan kita pegang. Dan seperti mana sahabat saya, daripada Juasseh tadi, saya haraplah Kerajaan Negeri melihat betul-betul. Kita tidak mahu ya, tuan-tuan dan puan-puan, apa, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita tidak mahu berlakunya anggapan, ada 2 nakhoda dalam Negeri Sembilan ini. Ya, betul mereka boleh compliment di antara mereka, tetapi seperti mana yang saya nyatakan tadi, kenapa perlu adanya jikalau kita rombongan-rombongan, contohnya trade mission, rombongan perniagaan-perniagaan Negeri Sembilan ke luar negara, dibawak oleh ADUN Ampangan ya, yang mempunyai kelayakan yang hebat ni ya, tetapi dah diputuskan di sana, nak bawak balik Negeri Sembilan, nak dipersembahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, dah 2 kali kojo. Kan kah tidakkah cantik dan molek, jikalau jawatan pengerusi ini dipegang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Haa, saya tak ada kepentingan, saya pembangkang. Betul tak apa, nampak angguk nampak setuju dengan saya.
Senaling, saya dah bagi masa banyak dah.
Okay, terima kasih, terima kasih dan saya doakan jawatan ataupun kurniaan pingat Dipertua, Tuan Yang Dipertua akan disampaikan pada tahun ini, dan saya …..
Saya sokong Dato’ Yang Dipertua.
Saya lihat Tuan Yang Dipertua, saya lihat banyak sungguh rakan-rakan …..
Kalau MB tak sokong tak boleh deh. MB jugak kena bagi namo tu.
Kerana ramai rakan saya……
Bisikkan kepada Tuanku nanti Yang Dipertua.
….. Tuan Yang Dipertua, kerana ramai rakan saya yang telah tersasul di dalam addressing di dalam, mintak maaf, dengan izin, dalam addressing jawatan Tuan Yng Dipertua. Dan saya rasa itu merupakan satu doa daripada kami. Terima kasih Tuan Dipertua.
Terima kasih, saya bagi seorang lagi. Lepas tu kang, boleh jawab ya, lepas tu jawablah oleh ni apa.
Tuan Speaker, ini terbuka untuk semua ke ataupun wakil-wakil masing-masing.
Saya bagi dua-dualah, tapi ringkas. Bagi dulu, bagi ni, lepas tu you. Saya bagi dua ya. Lepas ni saya tutup, saya mintak ni ya …..
Baik, terima kasih.
Lepas ni, Temiang, lepas Linggi, Temiang ya. Ada, lepas tu kita ni, mintak Yang Berhormat Ampangan untuk ni, untuk beri penjelasan. Linggi dulu, ya.
Baik, terima kasih Tuan Yang Dipertua. Pertamanya saya ingin mintak sedikit penjelasan semasa dijawab oleh kerajaan nanti untuk rekod dalam Dewan ini, pertamanya bilakah rang undang-undang ini diwartakan. Dan saya difahamkan bahawa ianya telah diwartakan pada 13 haribulan 9 dan mengikut surat yang kita terima, telah diedarkan kepada ahli-ahli Dewan pada 19 betul kan, 19 September. Dan jika benar ini, saya percaya Peraturan Dewan ini telah dipenuhi ya, kerana warta perlu dilakukan 14 hari sebelum
dikemukakan dalam Dewan, dan diedarkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat, ahli Dewan, 9 hari sebelum. Cuma kalau dilihat, tarikh tersebut, dia memang cukup-cukup je lah ya, kok sembahyang maghrib tu dalam pukul 7:00 lah lebih kurang kan, kita sembahyang asar pukul 7:00 lah kan, cukup-cukup saja, sikit lagi nak miss.
Dan saya rasa, saya mintak supaya pada masa akan datang, kerajaan kalau boleh janganlah ikut cukup-cukup masa ini kerana ada rasional mengapa peraturan ini di, di, diwujudkan. Supaya rakyat umum tahu kita ada satu undang-undang yang nak kita bincangkan dalam Dewan. Bila rakyat umum tahu apa sahaja yang nak rakyat sampaikan kepada ahli-ahli Dewan-nya untuk dibincangkan dalam Dewan, dia boleh bagitahu kita kan. Supaya lebih bermakna kita punya rang undang-undang ini.
Dalam kes RUU Perbadanan NS ini, saya mintak maaf, saya sendiri secara peribadi tak sempat nak tanya orang kampung saya. Tak, sebelum tu memang tak ada apa-apa pun maklumat di surat khabar, dalam ucapan ke, tak ada, jadi saya tak tahu. Dan bila kita hantar surat dapatkan warta ni, saya sendiri secara peribadi tak dapat pada 19 haribulan, dapat lambat sikit kan. Nak semak ni pun tak sempat, nak kaji lebih pun tak sempat. Jadi, ini saya rasa akan menjejaskan kemampuan kita untuk memainkan peranan sebagai ahli Dewan dengan, yang paling baiklah ya. Itu pertama.
Dan kalau, kalau kita tak tarik balik kita punya usul jawatan kuasa tadi, mahu 9:00 malam kita berbahas di sini kan, pasal tergesa-gesa sangat. Jadi, itu pertamalah. Dan bila tergesa-gesa ni kita pun tertanya-tanya, mengapa perlu nak buat cepat sangat ni. Ini satu saya rasa persepsi yang kalau boleh kita elakkan pada masa akan datang.
Berkenaan dengan rang undang-undang ini sendiri seperti mana yang telah disampaikan oleh Juasseh dan Senaling, dia punya perkara yang kita nak bangkitkan ada 2. Tuan Yang Dipertua, pertamanya tentang pembaziran. Dan keduanya tentang pertindihan, pertindihan ini juga berkait dengan pembaziran dan mungkin akan terdapat kekeliruan tentang bidang kuasa siapa yang mengatasi ni. Kalau kita sebut pasal PKNNS dengan perbadanan ini, siapa yang lebih senior contohnya, siapa yang mengatasi. Siapa punya bidang kuasa dalam satu hal tersebut. Jadi secara macam, disengajakan pulak, ada 2 pihak yang boleh mengaku dia punya. Sekali lagi, ni tak baik untuk pentadbiran kerajaan.
Selain daripada PKNNS saya rasa tak tahulah aktif ke tidak, kita ada Negeri Sembilan Investment Centre satu lagi. Sekali lagi, peranan ni, kita
ada agensi ditambah lagi, kita dari segi pembaziran dan pertindihan kuasa ni saya rasa adalah tidak, tidak, tidak wajar untuk kita teruskan. Dan akhir sekali, seperti mana jugak disebut oleh rakan saya daripada Senaling tadi, kami ni kalau kita angkat tangan 2 kaki pun, tak lepas ni, pasal dari segi angkanya memang menyebelahi kerajaan.
Tadi rakan saya, menghujahkan atau mengulas tentang keanggotaan perbadanan ini, yang mana kita libatkan Duli Yang Maha Mulia, tapi okaylah seperti yang dinyatakan, saya tak tahu, kan, bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku dah setuju. Yang saya nak bangkitkan ni lain pulak …..
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya suka mencadangkan supaya perbahasan tidak mengulangi hujah yang sama. Bila kita mengulangi hujah-hujah yang sama, kita membazir masa. Melainkan ada hujah baru, saya kira baru dibenarkan untuk perbahasan. Kalau mengulang hujah yang lama, kita membazir masa.
Yang Berhormat Linggi …..
Tak, saya punya …..
Boleh teruskan ya.
….. berkenaan dengan keanggotaan ini bukan satu yang diulang kerana rakan saya tadi cakap pasal dilantik oleh Raja. Saya nak sebut ni, melihat kepada rang undang-undang ini adalah jelas rang undang-undang ini dibuat bukan di bawah perlembagaan, Artikel 76 Perlembagaan ya, dia bukan untuk keseragaman daripada Federal. Dia memang khusus Enakmen Negeri ya. Punca kuasa kita daripada Perlembagaan Negeri dan Raja kita Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Yang saya nak bangkitkan di sini adalah, keanggotaan perbadanan, ianya yang, yang (f). 6(1)(f), 3 orang wakil daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan yang dinamakan oleh menteri. Jadi saya agak, rasa agak sedikit pelik kerana menteri ni menteri Pusat. Dia, dia tak ada sumpah setia dia kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kita kan. Saya rasa agak, agak pelik sedikit kan. Macam mana pulak ada kuasa lain di luar pada negeri ini, yang diberikan kuasa untuk melantik keanggotaan perbadanan ini kan. Kalau dari segi adabnya, kalau yang
lain-lain tu Raja yang lantik, mengapa yang ini, Raja kita tak ada, paling tidaknya kalau nak, di, di apa, diselaraskan dengan perkenan Raja …..
Yang Berhormat Senaling, muka surat berapa tu?
Linggi.
Ha?
Linggi. Senaling dah berucap.
12, 12. Seksyen …..
12.
Seksyen 6.
12.
6, perenggan 1(f). Jadi saya rasa agak, agak pelik sedikit. Ini negeri, Enakmen Negeri saya rasa tak wajar punca kuasa itu diberi kepada persekutuan …..
Okay, selain, apa ni Linggi saya dah faham dah apa yang dimaksudkan tadi.
Jadi itu saja …..
Saya nak bagi peluang kawan lain pulak ya.
Itu saja ….
Terima kasih.
Oleh sebab itu, saya tak dapatlah …..
Cuma tadi teguran berkaitan notis tadi.
Ya saya.
Betul kita bagi taklah sampai, kalau ikut dalam jadual ni, dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap ni, disebut ni 7 hari ya, bukan 14 hari ya, 7 hari.
Bukankah 14 hari.
Perkara, ini Peraturan Rang Undang-Undang, muka surat 40 ni, nombor 3, dikecualikan atas perkara yang mustahak disegerakan oleh Yang Dipertua dengan bertulis maka salinan segala rang undang-undang yang bercap ini hendaklah dihantar oleh Setiausaha kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari terlebih dahulu sebelum bacaan kali yang pertama. Haa jadi maknanya sebelum bacaan kali pertama, hari ni bacaan pertama, 7 hari saya rasa cukup tapi sebaiknya kalau kita buat lebih awallah. Saya terima, terima apa pandangan, yang ni sebenar boleh terima.
Betul.
Cuma lain kali kita buat lebih awal, inshaa Allah.
Saya tak kata tak terima. Yang 14 hari itu, Yang Dipertua, adalah Peraturan 24(1), pewartaan perlu 14 hari. Terima kasih.
Okay, jadi, haa, saya tadi, Temiang ya. Haa, silakan Temiang.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan rang undang-undang Perbadanan Negeri Sembilan 2018. So seperti kawan-kawan di sebelah telah menanyakan banyak persoalan di mana selepas meneliti semua fungsi-fungsi dalam perbadanan ini, saya juga mendapati bahawa fungsi-fungsinya adalah lebih kurang sama dengan keadaan EXCO yang kita ada sekarang. Di mana saya berharap, saya berpendap, berpendapatan bahawa, berpendapat bahawa ahli EXCO, ahli-ahli EXCO yang sekarang pun berwibawa untuk menjalankan tugas-tugas yang tersenarai di dalam perbadanan tersebut. Kita juga mempunyai investment, Negeri Sembilan Investment Centre yang juga satu agensi pelaburan.
Di samping itu, saya juga nak menanyakan, nak memberi peringatan di bawah, di Dewan yang mulia ini berkenaan dengan, pada kerajaan dulu telah menubuhkan satu Menteri Besar Incorporated iaitu MBI di mana saya berasa fungsinya juga lebih kurang sama. Tetapi penubuhan MBI oleh kerajaan terdahulu tiada sebarang laporan ataupun pembentangan oleh kerajaan terdahulu di Dewan yang mulia ini. Saya telah menja, menjadi wakil rakyat 10 tahun yang lalu, tiada apa-apa maklumat kita dapati.
Tetapi nampak, tetapi perbadanan yang kita cadangkan ini nampaknya ada satu usaha yang baik, di mana perbadanan negeri akan diaudit, laporannya akan diaudit dan dibentang di Dewan yang mulia ini. Saya berasa ini satu tindakan yang bagus dan membuktikan kita Kerajaan Pakatan Harapan transpe, transperansi supaya kita ahli-ahli Dewan, di Dewan yang mulia ini boleh ambil tahu apa-apa yang, tentang segala pengurusan Perbadanan Negeri Sembilan ini.
Berkenaan dengan keanggotan perbadanan dalam usul ini, saya lihat ada 8, 8 yang tidak kurang 8, tidak melebihi 8, tidak melebihi 8 orang. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri memasukkan kita ahli-ahli backbenchers ke dalam perbadanan ini supaya kita boleh sama-sama memberi cadangan, supaya Kerajaan Negeri boleh terus berkembang, supaya ahli, supaya Negeri Sembilan boleh hidup dalam keadaan hidup dan, dalam keadaan hidup yang, yang selesa. Saya berharap ahli-ahli backbenchers tidak dipenggir, tidak dipinggirkan.
Saya juga ingin tahu, selepas Perbadanan Negeri Sembilan 2018 dibu, ditubuhkan, apakah status terhadap ini MBI ataupun Negeri Sembilan Investment Centre. Adakah kedua-dua badan ini akan dibubarkan kerana pelabur-pelabur akan keliru, yang mana agensi mereka perlu
dirujuk kerana dia punya fungsi lebih kurang sama. So saya berharap janganlah pelabur-pelabur keliru pada masa yang akan datang. Itu saja.
Okay saya bagi seorang lagi saja, sebelum saya buat ni, Yang Berhormat Ampangan. Tak ada? Kalau tak ada, Yang Berhormat Ampangan jawablah.
Sebentar, saya nak …..
Haa, jangan lama tuan ya.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ sekali lagi …..
Ya.
Saya ingat, saya cadangkan …..
You panggil Dato’ jugak.
….. Yang Amat Berhormat Sikamat-lah …..
Terima kasihlah.
….. Sikamat. Kerana kita dah biasa dengan Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua ni kan. Berilah ruangan kami untuk …..
Ini, MB dia dengar tu, MB.
Tuan Yang Dipertua, saya bukan nak cerita panjang ni. Saya nak sebut tentang keanggotaan itu, yang menteri itu. Satu saja, tadi dah disebutkan oleh, tetapi saya nak, kalaulah kita anggapkan hari ini kita letakkan salah satu daripada jawatan tu dipegang oleh menteri dari Kerajaan Persekutuan kerana kedua-dua kerajaan adalah Pakatan Harapan. Apa akan jadi, jika salah satu daripada kerajaan bertukar tangan. Jadi saya anggapkan dia akan menimbulkan masalah dalam pentadbiran atau pengurusan dalam perbadanan yang kita tubuhkan ini. Jadi saya berharap perkara itu diberikan perhatian yang serius.
Dan seperkara lagi, kalau bolehlah, saya punya cadangan ini, PKNNS itu memang sudah menjadi lumrah hidup dalam masyarakat dan Kerajaan Negeri Sembilan ini. Biarlah kalau boleh, salah satu daripada Unit Pembangunan Ekonomi saja yang diwujudkan dan kita gunakan kakitangan dan staff yang sedia ada. Itu saja daripada saya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Jeram Padang. Dia landing bagus nampak eh tu. Saya mempersilakanlah pembentang tadi, Yang Berhormat Ampangan untuk beri penjelasan selanjutnya sebelum kita pergi kepada ni, pengundian ya. Saya persilakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Untuk memulai tentang isu yang dibangkitkan, yang pertama sekali dalam Negeri Sembilan kita ada 5 perbadanan. Kita ada sekarang ini, yang pertama, MBI. MBI ini diperbadankan pada 1951. Yang kedua, kita ada PKNNS ya, yang diperbadankan pada 1969. Yang ketiga, ialah Yayasan Negeri Sembilan yang diperbadankan pada 1979. Dan kita ada lagi perbadanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan perpustakaan ya.
Untuk menjawab soalan daripada Temiang ya, NSIC bukanlah satu perbadanan. Ianya hanyalah satu, yang ditubuhkan secara pentadbiran sahaja dan fungsi NSIC ini akan diserap dalam Perbadanan NS ya. Baik, sebelum kita bersetuju untuk mewujudkan Perbadanan NS, kita telah memerhati kesemua ini, kita dah kaji dah. Dan apakah perbezaan besar ya, di antara PKNNS dan jugak Perbadanan NS ya. Banyak ya perbezaan dia ya, kalau kita lihat secara terperinci ya, apakah perbezaan yang paling besar ya.
Yang pertama, di dalam Perbadanan NS ia berfungsi untuk merangka dan merancang, untuk membuat as, negeri, economic blue print, dengan izin Tuan Yang Dipertua, ini taka da dalam PKNNS. Ini tak ada ya. Sebab ilu, sebab itu ianya sangat berbeza kerana perbadanan secara dasarnya bersikap lebih pro aktif ya, dia lebih bersikap lebih pro aktif, manakala PKNNS lebih, maknanya pasif ya. Jadi ini berbeza di mana dalam perbadanan kita rancang dan kita usaha untuk laksanakan,
dengan izin Tuan Yang Dipertua, planning and execution. Haa ini yang kita nak buat. Jadi banyak perbezaan sebenarnya di antara Perbadanan NS dan PKNNS. Sebab itu keseluruhan termasuk pegawai kerajaan yang terbabit, kita telah berbincang secara terperinci mengapa perlunya tujuan utama kita adalah untuk meningkatkan dan melonjakkan ekonomi dan bukanlah perbadanan ini akan akhirnya membebankan kerajaan. Tetapi perbadanan inilah yang kita sasarkan untuk memulangkan semula ataupun memberi pulangan yang besar kepada kerajaan. Haa inilah perbezaannya yang kalau, kalau kita nak lihat ya, dari segi perbezaannya ya. Dan dia juga, perbadanan ini membayangkan good governance ya, dianya terpaksa dibawak kepada MMK dan juga kepada sidang DUN, transparence ya. Saya mintak Senaling tak payah nak gaduh-gaduhkan saya dengan Menteri Besar. Kami satu pasukan.
Saya tak, Tuan Dipertua …..
Kami one team.
…… saya mohon mencelah.
Jadi sebab itu tak perlulah sebut …..
Saya, Tuan Yang Dipertua …..
Mintak maaf, saya tak bagi mencelah.
….. saya mohon mencelah.
Sudah, sudah, cukup, cukup.
Saya menyatakan tadi bukanlah niat saya …..
Sudah, saya rasa tak izinkan.
….. nak melaga-lagakan.
….. masa sekarang ini ialah …..
….. tadi, saya, dalam ucapan saya …..
….. maknanya tak usahlah nak sebut …..
….. sendiri tadi …..
….. tak usah nak sebut …..
….. saya menyatakan …..
….. bahawa seolah-olah …..
….. saya bukan nak melaga-lagakan.
….. bahawa ada pergaduhan …..
Saya bercakap tentang fakta …..
….. seolah-olah ada pertempuran di antara …..
….. tentang hujah di antara rang undang-undang.
….. harapan adalah …..
….. yang betul. Saya tidak pernah mengatakan Pakatan Harapan berpecah belah.
Jadi tak perlu, tak perlu nak sebut ya, nak usik maknanya seolah-olah …..
Saya cadangkan Ampangan jangan buat satu anggapan …..
Yang Berhormat Ampangan.
….. jangan buat tuduhan. Oleh kerana tuduhan itu, saya dengar, kena tarik.
Yang Berhormat Senaling, tolong duduk, tolong duduk, tak apa, tak apa. Habiskan.
Saya teruskan ya. Jadi ini maknanya berbeda ya, maknanya, maknanya kita, kita tranperance ya, maknanya tentang apa yang nak, nak, nak kita laksanakan ya.
Kemudian tentang Senaling jugak mencadangkan bahawa tentang Pengarah UPEN ya, tak ada masalah. Maknanya itu tertakluk, kita ada, maknanya dalam, maknanya kita selain daripada yang ada tu, kita ada 8 orang yang kita boleh tengok sesiapa yang sesuai. Mungkin kita boleh masukkan. Kalau kita merasakan pada masa itu, bersesuaian. Kalau kita lihat dalam perjawatan itu, kita ada dalam perkara 6(1)(d) ya, tidak lebih daripada 8 orang yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan berkaitan pelaburan danekonomi, kita boleh lantik. Tidak ada masalah ya, maknanya untuk kita lantik. Jadi maknanya itu bergantung kepada keadaan ya, maknanya pada ketika itu, jadi maknanya jelas ya, tentang bahawa kita lebih tranparence, dan kita juga boleh melihat kepada keadaan. Kalau kita lihat ini yang berbezanya. Dan Raja seperti yang kita telah maklum terbabit dan memang diteliti betul ya, oleh Raja.
Menyebut tentang Linggi tentang peraturan Dewan memang kita patuhi warta 14 hari, edaran RUU dalam 7 hari ya, maknanya kita telah diwartakan pada 13 September 2018 ya.
Mengapa, maknanya kita perlu maknanya 3 orang daripada wakil Persekutuan ya, kerana isu yang berkaitan trade ya, dengan izin Tuan Yang Dipertua, finance and investment adalah perkara yang melibatan persekutuan ya. Yang ini maknanya, melibatkan kepada menteri di peringkat Persekutuan. Oleh sebab itu kita terpaksa, ini peraturan ya, maknanya dari segi perundangan kerana kita jugak, maknanya terbabit ya, kalau misalnya untuk menerima bantuan daripada dana daripada Kerajaan Pusat, oleh sebab itu ini adalah, memanglah kita memang, kalau boleh kita tak mahu, tapi kita terpaksa kerana sememangnya isu yang berkaitan tentang trade ya, memerlukan kepada kelulusan daripada, daripada kemen, Persekutuan, ini tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan ya.
Baik, saya fikir saya dah jawab hampir kesemua persoalan itu. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Saya kira dah bagi peluanglah kepada Yang Berhormat untuk beri pandangan. Daripada Juasseh tadi, daripada Linggi ya, dan daripada Mambau, rasa tak ada yang lain. Dah dengar ya, semua, semua ni. Yang Amat Berhormat nampaknya tak nak apa, tak nak beri apa-apa ucapan sebab kita, sebab Ampangan pun dah beri penjelasan.
So Ravi cukup suka undi ya, Sri Tanjung cukup suka undi. Jadi, saya ingat untuk demo, demokratik ya, sebab dua pandangan ya. Pandangan setuju dan pandangan tak setuju. Saya pun sebagai Speaker saya ambik, ambik undian tuan-tuanlah untuk ni, nak, muka surat 29 ya? Boleh tengok muka surat 29, ada undian ya.
Okay, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan [semua 18 orang ahli Dewan kerajaan yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju? [semua 14 orang ahli Dewan pembangkang yang hadir tidak bersetuju]. Yang, mula-mula angkat tangan, yang bersetuju ya. Saya tengok berapa yang bersetuju. Yang setuju, apa ni, Setiausaha boleh kira tak, yang setuju. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18. 18 ya. Yang tidak bersetuju? 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14. Jadi 18-14 ya. Jadi, kita terimalah disahkan bersetuju ya. Okay.
Jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara jawatan kuasa dan rang rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal [pembetulan oleh Setiausaha Dewan]. Rang Undang-Undang ini dibacakan sekarang bagi kali yang kedua.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan NS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara jawatan kuasa dan rang, dan rang undang-undang ini di, ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju de, Dewan bersidang jawatan kuasa dan rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan [semua 18 orang ahli Dewan kerajaan yang hadir bersetuju]. Samalah. Samalah. Jadi kita bersetujulah ya. Dewan bersidang secara jawatan kuasa. Saya dah jadi pengerusi lepas ni, tukar jawatan ya. Silakan Setiausaha.
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara jawatan kuasa]
Fasal 1 dan 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 dan Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 3 hingga Fasal 17.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 hingga Fasal 17 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 18 hingga Fasal 22.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 18 hingga Fasal 22 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 23 hingga Fasal 30.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 23 hingga Fasal 30 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 31 hingga Fasal 33.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 31 hingga Fasal 33 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 34 hingga Fasal 39.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 34 hingga Fasal 39 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, undang-undang Perbadanan NS 2018 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata setuju. Tidak bersetuju? Lebih suara bersetuju ya. Dewan bersidang semula. Naikkan cokmar.
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
Terima kasih bentara.
Yang Berhormat Tuan yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa rang undang-undang Perbadanan NS 2018 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bali, bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan [semua 18 orang ahli Dewan kerajaan yang hadir bersetuju]. Sama macam tadi ya. Yang tidak bersetuju? [semua 14 orang ahli Dewan pembangkang yang hadir tidak bersetuju]. Ya samalah jumlah dia. Yang berkecuali tak ada ya, tak ada. Rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Enakmen Perbadanan NS 2018. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara ketujuh, Penangguhan Mesyuarat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan kerana telah mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima 2 permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk buat, membuat Ucapan Penangguhan di persidangan kali ini. Setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat ucapan penangguhan selama 10 minit. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng. 10 minit ya.
Assalamualaikum WBT. Tuan Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang telah berjaya mengendalikan sidang DUN kali ini walaupun baru pertama kali masuk sidang DUN macam saya jugaklah ya. Dan juga saya merakamkan ya, terima kasih kepada EXCO-EXCO yang telah berjaya menjawab segala soalan dengan baik. Juga kepada YB-YB yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dengan suasana harmoni walaupun ada sekali-sekali juga berlaku kepanasan dalam perbahasan. Bagi saya panas dalam berbahas ni tidak, tidak ada masalahlah. Cuma jangan sampai terbakar orang kata, menang jadi abu, kalah jadi arang ya. Juga saya mengucapkan terima kasih kepada jabatan- jabatan yang setia mendengar perbahasan sehingga ke akhir, diharapkan kita semua dapat meningkatkan kerjasama bagi membangunkan masyarakat dan negeri.
Tuan Yang Dipertua, setiap insan mahukan ketinggian dalam taraf kehidupan, mengejar jawatan tertinggi, mengejar harta yang terbanyak, pengikut yang teramai dan macam-macam lagi. Ianya tidak salah selagi mana kita bertakwa untuk mendapatkan dia. Tetapi tidak dinafikan ada yang mahu mendapatkan perkara-perkara ini dengan cara tidak
bertakwa. Seperti membodek, mengampu, menyalah guna kuasa, membohong dan seumpamanya. Keruntuhan sesuatu tamadun bermula apabila insan-insan yang terlibat dalam kepimpinan mengejar impian mereka dengan cara yang tidak bertakwa. Oleh itu, saya mengharapkan agar semua mereka yang telah diberikan amanah kepimpinan ini agar sentiasa bertakwa, dan sentiasalah saling berpesan dengan ketakwaan.
Saya tetap percaya bahawa selagi mana kita bertakwa ketika mentadbir amanah rakyat ini, kita akan sentiasa dibantu oleh Allah SWT. Dia juga pasti akan melimpahkan keberkatanNya ke adas, atas penduduk negeri. Firman Allah SWT “Walau anna ahlalqura amanu wattaqau lafatahna 'alaihim barakatin minassama'i Wal ardi, Walakin kadzdzabu fa akhadznahum bima kanu yaksibun”. Yang bermaksud, dan kalau sesungguhnya kalau penduduk kampung-kampung itu beriman dan bertakwa kepada Allah, nescaya kami akan bukakan ke atas segala macam keberkatan daripada langit dan bumi. Akan tetapi mereka mendustakan. Mereka tidak mahu bertakwa lalu kami hukum mereka disebabkan apa yang telah mereka lakukan.
Tuan Yang Dipertua, saya melihat Negeri Sembilan ini memiliki banyak khazanah kekayaan. Malangnya ia tidak dimanfaatkan dengan baik. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat memfokuskan kepada pembangunan modal insan. Manusia ini, apabila hatinya sihat, pastilah ia akan dapat bekerja dengan baik. Pembangunan tidak berlaku dengan baik dan seimbang jika kita gagal bangunkan hati insan. Jika hatinya sakit, yang berpunca daripada penyakit nifak, iaitu apabila bercakap bohong, apabila berjanji mungkir, apabila diberi amanah khianat, apabila bergaduh melampau, suka pulak buat kerja riak, menunjuk-nunjuk dan sebagai dia, pastilah gerak kerjanya tidak dapat pertolongan Allah SWT. Dan apa jua yang mahu dihasilkan pasti akan bercerai berai dan serba tidak menjadi.
Usaha memperbaiki, memperbaikkan hati ini mesti dijadikan amalan berterusan dengan menyuburkan amalan saling berpesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang. Saya juga mengharapkan agar rakan pembangkang kita dapat menjalankan kerjanya dengan berkesan, menasihat dan menegur pihak kerajaan dengan berkesan. Menegur dan membetulkan kesalahan itu adalah satu amalan mulia. Satu perkara yang harus kita ketahui kerjasama antara rakan-rakan kerajaan dengan kerjasama dengan pembangkang sudah tentu tidak sama. Oleh itu jalankan tugasan masing-masing secara berhemah dan jugak berhikmah.
Allah SWT berfirman “a ta'awanu 'alalbirri wattaqwa wa la ta'awanu'alalitsm wal'udwan wa attaqullaha innallaha syadidul'iqab”. Dan hendaklah kamu sesama kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan perkara-perkara ketakwaan. Dan jangan sekali-kali kamu tolong menolong hingga bersubahat di dalam perkara yang ada dosa dan perkara permusuhan dan bertakwalah kamu kepada Allah, semoga Allah, sesungguhnya Allah itu maha pedih hukumannya.
Saya juga mengharapkan agar rakan-rakan kerajaan suburkan amalan bermesyuarat, mendengar pelbagai pandangan …..
2 minit ya.
….. agar kita dapat menghasilkan satu tindakan yang baik. Amalan bermesyuarat ini akan banyak memudahkan kita menyelesaikan segala kerja dan masalah kerana setiap orang akan merasa dihargai jika diminta pandangan darinya. Mereka juga pasti akan membantu kita jika kita berlapang dada memberikan sedikit ruangan kepada mereka menyumbang idea dan boleh jadi mereka sudi menyumbang tenaga kepada kita. Saya rasa setakat itu saja apa yang saya da, yang saya nak ucapkan. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Lepas ni ADUN Temiang. Cuma saya nak beritahu 10 minit ya. Sebab kita pun tak sembahyang Asar ni, duduk dalam ni. 10 minit ya.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, memandangkan masa pun dah lewat. Saya tarik balik Ucapan Penangguhan.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang, sebab semua tak sembahyang lagi. Kita nak sembahyang. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, berbahas hari ini, yang ambil bahagian, yang ada sedikit ada apa ni, biasalah, bila kita duduk dalam Dewan ini ada pandangan berbeza. Kita, kita, kita ambil demokrasi yang, yang, yang sebanyak kita pilihlah sebagai keputusan. Jadi saya mohon maaf kepada semua.
[YB ADUN Chembong berdiri]
Haa kenapa? Haa? Chembong nak cakap?
Boleh Dato’ Dipertua?
Ada 1 lagi? Bolehlah, tapi jangan panjang tuan ya, sembahyang Asar. 5 minit je saya bagi sebelum tangguh.
Tak boleh Dato’ Dipertua.
Boleh, boleh.
10.
Ha? [Setiausaha Dewan membuat pembetulan]. Tak bernotis, tak boleh, tak bagi. Halaa dia orang ni tak bagi pulak haa. Dia kata, tak saya bagi kuasa saya 3 minit saja. 3 minit. 2 minit, 2 minit boleh.
Sebab saya ada hantar notis Tuan Yang Dipertua.
Ada? Oh ada notis. Tak apa.
Saya ada hantar notis.
Tak dapat kata Setiausaha. Tak apa, tak apalah, di persidangan akan datang kita boleh panjangkan …..
Kalau tak ada, saya tak nak duduk. Saya ada hantar notis, sebab kalau tak hantar notis dia …..
Setiausaha kata tak ada. Setiausaha kata tak ada notis. Saya ikut notis ni, yang Setiausaha bagilah. Saya mintak maaflah, saya ikut notis. Cuma saya risau ni, kalau tuan berucap kang, terpanjang, saya, kita semua dah tak, tak, ni, ya. Mintak maaf ya.
[sebahagian percakapan oleh YB ADUN Chembong tidak dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan] ….. sekiranya ada.
Kita siasatlah.
Untuk penggal depan, next sitting saya ucap 2 kali Dato’ Dipertua.
Boleh, boleh. Yang next meeting saya akan bagi …..
Bukan apa Yang Dipertua …..
….. next sidang saya akan bagi.
….. bukan apa sebab kalau daripada siapa yang bercakap akhir ni, dia menggulung ni, kalau dulu dalam kerajaan dia besar pangkat dia. Tapi dalam pembangkang, sikit saja ya. Pertamanya Tuan Yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih, tahniah Dipertua dengan gaya yang sendiri, hebat. Keduanya Tuan Dipertua, sidang DUN ini adalah ….. [Teguran oleh Setiausaha Dewan – alat pembesar suara tidak diaktifkan]
Boleh ke tak boleh? Tapi cakap 3 minit.
Tak apalah bagi dia 3 minit.
Terima kasih tuan, tak apa.
Terima kasih YB Chembong kerana apa, tapi tak apa, kita akan berjumpa lagi sidang akan datang. Besok kita bagi masa lebih sikit pada Chembong, inshaa Allah. Jadi, ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditanggguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 6.22 petang]