Negeri Sembilan · 17 December 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 452 turns · 22,370 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.04 pagi]
Membaca Doa
Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang akan berlangsung selama 3 hari mulai hari ini, 17 Disember 2018 hingga 19 Disember 2018, inshaa Allah.
Agenda utama pada persidangan kali ini adalah berkenaan Belanjawan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tuan Haji amiru, Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang merupakan belanjawan pertama Kerajaan Pakatan Harapan.
Sidang pada kali ini, yang merupakan sesi pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan diikuti secara langsung di media sosial iaitu di akaun, di akaun Facebook Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Ucapan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kali ini juga akan disiarkan secara langsung melalui radio NEGERI.fm di frekuensi 19.6 [92.6] MHz bagi kawasan Seremban. Ini adalah antara usaha-usaha awal penambahbaikan dalam pengurusan dan pentadbiran Dewan Undangan Negeri Sembilan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa semoga ianya berjalan lancar dan menjadi permulaan kepada penambahbaikan yang lain selepas ini.
Sidang Dewan yang dihormati sekalian, kita juga merakamkan jutaan terima kasih kepada jemputan-jemputan yang turut sama hadir bersama pada sidang kali ini. Pihak urus setia akan menyediakan sedia upaya memberi peluang kepada semua untuk turut sama hadir. Namun demikian, kita tidak mampu untuk memenuhi semua ruang kerana kapasiti bangunan ini amat terhad.
Sepertimana yang saya ingatkan setiap kali kepada ahli-ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan sepanjang persidangan ini. Saya berharap persidangan kali ini akan berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga etika, nama baik ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan di dalam Dewan yang mulia ini.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.
Peringatan Mesyuarat
Perkara ketiga, Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 24 hingga 27 September 2018.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 24 hingga 27 September 2018 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu, ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang lagi menyokong supaya disahkan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mohon izin mencadang supaya peringatan mesyuarat tersebut disahkan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. [semua 35 ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan]. Yang tidak bersetuju? Okay majoritinya bersetuju ya. Peringatan Mesyuarat ini disahkan.
[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan.]
[Peringatan Mesyuarat Kali Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 24 hingga 27 September 2018 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut.]
Membentangkan Kertas Dewan
Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:
Pertama Kertas Dewan Bil. 1/2018 (Pindaan) – Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.
Kedua, Kertas Dewan Bil. 3/2018 – Anggaran Hasil Tahun 2019.
Yang ketiga, Kertas Dewan Bil. 4/2018 – Anggaran belan, Perbelanjaan Mengurus Tahun 2019.
Yang keempat, Kertas Dewan Bil. 5/2018 – Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2019.
Yang kelima, Kertas Dewan Bil. 6/2018 – Elaun, Kemudahan dan Keistimewaan Yang Dipertua Dewan.
Yang keenam, Kertas Dewan Bil. 7/2018 – Elaun, Kemudahan dan Keistimewaan Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Yang ketujuh, Kertas Dewan Bil. 8/2018 – Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kertas bilangan 1 (Pindaan) dan bilangan 3 hingga 8 tahun 2018 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara kelima, Membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:
Pertama, Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Sembilan Tahun 2016.
Yang kedua, Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengurusan Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2016 Siri 2.
Yang ketiga, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2017.
Yang keempat, Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Sembilan Tahun 2017.
Yang kelima, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 mengenai Pengurusan Aktiviti/Kewangan Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Siri 1 dan Siri 2.
Yang keenam, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ketujuh, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang kelapan, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang kesembilan, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Penya, yang kesepuluh, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Perbandaran Seremban bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ke-11, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Perbandaran Nilai bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ke-12, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Perbandaran Port Dickson bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ke-13, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Daerah Kuala Pilah bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang Ke-14, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis per, Daerah Jempol bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ke-15, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Daerah Jelebu bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Yang ke-16, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Daerah Tampin bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Dan yang ke-17, Penyata Kewangan dan Laporan Ketua Audit Negara; Majlis Daerah Rembau bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
Ahli-ahli yang, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions
Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama).
Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, bagi pertanyaan-pertanyaan lisan telah pun, bagi pertanyaan lisan kita akan bagi masa satu jam setengah mula daripada sekarang ya. Bermakna, 11:50 ya. Jadi soalan kita gilirkan ya. Kita akan gilirkan soalan-soalan ni. Kita pergi kepada soalan, giliran nombor 1 daripada Mambau.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, Mambau meng, mengke, kemukakan soalan nombor 2.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan Mambau. Apakah perancangan atau langkah jangka panjang untuk memastikan supaya perkhidmatan pengangkutan awam darat khasnya perkhidmatan bas awam dan teksi (kereta sewa) dapat berkekalan di Negeri Sembilan?
Kerajaan Negeri amat komited untuk menambah baik dan melebar luas perkhidmatan pengangkutan awam sedia ada seperti perkhidmatan myBAS selaras, selari dengan matlamat untuk mempertingkatkan perhubungan (connectivity), pergerakan dan kemudahsampaian dalam penyediaan perkhidmatan menghubungkan seluruh kawasan di Negeri Sembilan. Untuk mencapai hasrat ini, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi berkaitan di peringkat Persekutuan sentiasa melaksanakan perancangan yang telah digariskan ke arah penyediaan pengangkutan awam yang memenuhi keperluan semua rakyat di Negeri Sembilan ini.
Soalan tambahan Tuan Dipertua.
Tambahan.
Berkenaan dengan perkhidmatan bas. Ramai orang yang mengadukan atau penduduk-penduduk di, khususnya di taman perumahan menyatakan sudah lama. Dan aduan pun sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak yang terbabit, dan menyatakan bus service, perkhidmatan bas tak ada masuk ke pedalaman taman perumahan. Jadi, ini amat sukar kepada penduduk-penduduk di taman perumahan atau pelajar-pelajar yang ingin menaiki bas ke sekolah atau pergi ke bandar.
Dan ramai yang meng, mengadu, buat aduan terhadap bilakah, bilakah ini, bilakah ini akan, akan menguji balik, uji balik terhadap ini bus service, perkhidmatan bas ke pedalaman rumah, kawasan rumah, taman perumahan. Terima kasih Dato’, Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih soalan daripada, soalan tambahan daripada Mambau. Alhamdulillah, inshaa Allah kita telah me, memberikan perhatian yang serius dalam bajet kita inshaa Allah yang akan dibentangkan pada pagi ini. Inshaa Allah kita akan mengambil kira semua keperluan-keperluan masyarakat khususnya penyediaan bas untuk kepentingan rakyat dan inshaa Allah, kita akan umumkan pada bajet pada pagi ini, inshaa Allah.
Soalan nombor 2, Yang Berhormat Rantau.
[Percakapan oleh YB ADUN Rantau tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup dan mewujudkan peluang peningkatan pendapatan masyarakat luar bandar, beberapa langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan termasuklah memberi bantuan kepada pekebun-pekebun kecil.
Pertama, Insentif Pengeluaran Getah. Insentif ini yang telah mula dibayar September 2015, ini untuk memastikan penoreh menerima
harga purata bulanan cuplump, dengan, dengan izin, sebanyak 2.20 sen kilogram.
Kerajaan telah meneliti kadar pemberian IPG ini dan didapati kadar Ringgit Malaysia 2.20 sen ini sekilogram dengan kandungan getah kering 50% membolehkan pekebun kecil dengan produktiviti cuplump, dengan izin, 3,000 kilogram sehektar setahun dan purata milikan tanah 2 hektar, menikmati pendapatan bulanan sebanyak Ringgit Malaysia 1,100.00.
Atas perhatian Kerajaan Persekutuan kepada para pekebun kecil getah, paras harga pening, pengaktifan IPG bagi getah cuplumps, dengan izin, telah ditingkatkan dari 2.20 sen sekilogram kepada 2.50 sen sekilogram mulai Januari tahun hadapan. Sehingga Jun 2018, jumlah tuntutan yang telah diterima adalah 731,805 dan pembayaran sebanyak Ringgit Malaysia 85 juta telah diagihkan kepada pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara.
Kedua, Bayaran Balik Ses 4 sen sekilo, sekilogram. Telah pun dibayar apabila purata harga bulanan SMR 20 FOB di bawah paras Ringgit Malaysia 5.50 sen sekilogram. Pemulangan ses tanam semula dan ses penye, dan ses Penyelidikan. Dan ianya dibayar bersama dengan tuntutan IPG.
Ketiga, Bantuan Modal Kepada Koperasi Getah. Bayaran modal sebanyak 140,000.00 kepada setiap koperasi yang layak. RM110,000.00 untuk pembelian kenderaan dan 30,000.00 sebagai pusingan modal, modal pusingan. Dan menggalakkan koperasi membeli getah daripada pekebun kecil dan menjualnya terus kepada pengilang. Ini akan mengurangkan lapisan jual-beli getah di antara pekebun kecil dan pengilang dan boleh, dan membolehkan pekebun kecil mendapat harga ladang yang lebih tinggi berbanding dengan cara yang biasa. Koperasi yang layak boleh memohon modal tambahan sebanyak RM140,000.00. Peruntukan yang telah disediakan adalah sebanyak 6.4 juta.
Sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Utama menerusi la, Lembaga Getah Malaysia kini me, menggalakkan para pekebun kecil getah untuk beralih daripada menghasilkan cuplumps kepada lateks. Dana beru, berjumlah RM2 ribu, 12 juta telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk penyediaan kemudahan pusat pengumpulan lateks di beberapa lokasi strategik di seluruh negara. Dengan penghasilan lateks pekebun kecil getah boleh menikmati peningkatan pendapatan sehingga 30% sebulan.
Begitu jugak menggalakkan pekebun kecil getah mengamalkan Good Agriculture Practise. Menerusi langkah ini pekebun kecil akan dapat menikmati harga jualan getah yang lebih baik bersesuaian dengan kualiti getah yang dihasilkan. Menerusi agensi kerajaan khususnya Lembaga Getah Malaysia, Kerajaan Negeri menggalakkan pekebun kecil untuk menghasilkan getah yang berkualiti menerusi ……
Saya mintak mencelah, mintak mencelah. Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Speaker tahu tak berapa peraih mengambil satu kilo cuplump yang diambil oleh agen-agen pembeli di kawasan-kawasan sekitar Negeri Sembilan sekarang? Walaupun dikatakan tadi bahawa harga cuplump 2.00 ringgit lebih, adanya imbangan harga dibuat oleh kerajaan, dan lateks lebih tinggi lagi, tetapi dalam keadaan musim hujan tengkujuh ini, Tuan Dipertua, memang kita tak boleh untuk kita mengharapkan supaya penoreh getah beralih daripada tradisinya untuk menjadikan cuplump kepada lateks kerana kita, lateks musim hujan dia, dia punya dry, DRI itu lebih cair, kandungan air dia lebih ya. Jadi dia punya metrolax tu dia kuranglah. Dia punya kepekatan getah tu ya, dry rubber content, DRC …..
Tuan Yang Dipertua, saya tidak ada memberi ruang untuk mencelah.
….. DRC dia itu Dato’ Dipertua, akan lebih kurang lagi ya disebab kandungan air tinggi. Itu sebabnya bila menteri bercakap supaya orang, penoreh getah ataupun pekebun kecil jangan malas, mesti menoreh getah hari-hari. Hari hujan mana nak menoreh getah? Hari hujan nak menoreh getah? Itu satu perkara yang amat apa orang kata, mengecewakan sekalilah kalau keluar daripada seorang menteri. Menteri ini agaknya tak pernah pogang pisau gotah agaknya ya. Dia tak tahu musim tengkujuh kita tak boleh keluar menoreh, bukannya orang kampung malas. Tetapi harga imbangan yang dikatakan membeli cuplumps 2.25 sen satu kilo dan adanya imbangan yang dibuat untuk kita mengimbangi harga lateks dengan DRC melebihi 12, Dato’ Dipertua, itu memang tak mungkin kita capai.
Itu sebabnya sekarang ni, Dato’ Dipertua, kehidupan kita punya pekebun-pekebun kecil, pekebun kecil tuan punya kebun, penorehnya lain. Dibagi dua, Dato’ Dipertua, dapatlah 300.00 lebih ringgit satu bulan, nak makan apa? Jadi, saya nak tanya, apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri, di samping yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, untuk kita mencari cara dan jalan untuk kita menampung dan kita
dapat memberikan sedikit bantuan kepada pekebun-pekebun kecil. Itu getah.
Kelapa sawit lagi teruk. Walaupun PORIM mengatakan, ataupun Lembaga Kelapa Sawit mengatakan bahawa harga CPO dibeli 1,800.00 tetapi yang dibeli oleh orang-orang yang membeli, oleh kilang-kilang, Dato’ Dipertua, kalau yang buah yang baik dengan OER (Oil Extraction Rate) dia yang boleh dapat 19 – 19.5, dia beli cuma satu tandan ataupun satu tan tandan bersih tak sampai pun 200.00 lebih. Jadi macam mana dia nak hidup? Sekarang ni bukan saja harga CPO rendah, 1,700.00 walaupun di pasaran komoditi mengatakan 1,850.00, tetapi sebenarnya harga yang dibeli oleh refinery ataupun kilang-kilang penapis 1,700.00 – 1,720.00. Itu pun dia boleh ambil satu lot – satu lot satu minggu.
Kerana apa? Kerana disiarkan baru-baru ini Dato’ Dipertua, dalam 18 tahun, kita punya rizab ataupun kita punya rizab CPO kita, yang paling tinggi dalam 18 tahun, kerana apa? Kerana tidak ada orang yang nak membeli kita punya apa CPO kita. Oleh sebab itu, orang yang hantar buah ke kilang, Dato’ Yang Dipertua, kilang tak nak beli, sebab kilang tak boleh nak proses kerana kilang pulak bila dah proses minyak, refinery tak nak beli kerana semua tangki-tangki refinery tak dapat lagi diisi kerana semua dah penuh, kerana kita punya jualan CPO adalah paling rendah dalam 10 tahun kerana orang dah tak nak beli lagi CPO daripada Malaysia.
Jadi saya nak tanya, apakah langkah kita. Ni langkah kita ni ya, saya bukan kata langkah Kerajaan PH ke tidak, langkah kita. Apa cara untuk kita, untuk kita dapat membantu petani, pekebun kecil, penoreh yang mana kadang-kadang dia bukan tuan punya ladang, dia mengambil upah. Berapa sen dia dapat Dato’ Dipertua. Jadi ini perlu kita tangani betul-betul dan perlu kita pastikan supaya kesengsaraan rakyat sekarang terutamanya rakyat luar bandar yang hidup tak dapat poi noreh, hari-hari hujan. Satu minggu dua hari dapat pergi menoreh, dengan harga yang begitu rendah, kelapa sawit dengan harga yang begitu rendah. Bila musim hujan, betul dia punya buah banyak, tapi dia punya OER pulak rendah, 17% saja, jadi ini merupakan satu perkara yang amat malang dan kita mesti cari jalan bersama untuk kita bantu petani-petani inshaa Allah.
Soalan Yang Berhormat Rantau apakah langkah-langkah dengan situasi yang ada untuk membantu golongan penoreh getah dan apa, dan kelapa sawit, ya.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, insentif yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri akan dibentangkan nanti di dalam belanjawan yang akan di, dinyatakan oleh, dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Okay, terima kasih. Kita pergi kepada soalan, giliran nombor 3 ya, nombor 3, Lobak.
YB Tuan Dipertua, saya mengemukakan soalan kedua.
Soalan kedua. YB.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan Lobak. Pengukuran prestasi perpaduan di Malaysia dinilai melalui 2 kaedah iaitu Indeks Perhubungan Masyarakat (IPM) dan Indeks kete, Ketegangan Masyarakat (IKM). Indeks Perhubungan Masyarakat digunakan bagi mengukur peningkatan perhubungan masyarakat dan, dalam kalangan peserta Program Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional dari dimensi individu dan masyarakat. Sehingga Mac 2018, penilaian bagi individu mencapai skor 1.43 daripada 4.0 manakala dimensi masyarakat mencapai skor 1.47 daripada 4.0. Ini telah mencapai tahap yang ditetapkan iaitu kurang daripada 2.2 daripada 4.0.
Bagi Indeks Ketegangan Masyarakat pula, ia merupakan satu indikator untuk mengawasi dan mengetahui tahap iklim perpaduan dan kesan jangka panjangnya kepada hubungan etnik, kestabilan dan kemakmuran negara di kalangan masyarakat Malaysia pelbagai kaum. Sehingga Mac 2018, bacaan IKM ialah sebanyak 2.7 kes daripada sejuta penduduk.
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti perpaduan dalam memastikan perpaduan kaum di dalam negara terus kekal. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dan di, dan dirancang untuk masa akan datang merangkumi elemen-elemen seperti pengesanan isu, pencelahan, pemulihan dan penggalakan perpaduan. Peke, pengesanan isu dapat dilaksanakan melalui peranan yang dimainkan oleh Rukun Tetangga melalui cabang-cabangnya seperti Skim Rondaan Sukarela, Jiran Wanita, Jiran Muda dan lain-lain yang menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan
dengan menyampaikan permasalahan dan konflik yang dihadapi oleh masyarakat di peringkat akar umbi.
Apabila sesuatu isu dikesan pihak kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Perpaduan akan melaksanakan program-program pencelahan seperti mengadakan sesi dialog, mediasi komuniti dan sebagainya bertujuan untuk menenangkan keadaan dan memberikan ruang dan peluang kepada pihak yang berkonflik untuk menyelesaikan ma, permasalahan yang dihadapi.
Program-program pemulihan turut diadakan bagi memastikan kaedah, keadaan emosi masya, masyarakat kembali stabil dan meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat dan komuniti. Antara program yang telah, yang dilaksanakan adalah seperti forum, majlis ramah mesra bersama pemimpin dan sebagainya.
Bagi memastikan keharmornian kemas, masyarakat berbilang kaum di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan ini terus terpelihara, maka program-program penggalakan perpaduan sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa. Antara program yang dilaksanakan adalah aktiviti gotong-royong, sambutan Minggu Perpaduan, sambutan hari perayaan pelbagai kaum dan sebagainya.
Di peringkat komuniti, jabatan terus menggalakkan Kawasan Rukun Tetangga untuk melaksanakan aktiviti perpaduan yang berbentuk kemasyarakatan, patriotik, kes, khidmat sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ini dibantu dengan penyaluran geran sebanyak 6,000.00 ringgit kepada setiap KRT yang aktif.
Selain itu, di peringkat jabatan sama ada daerah atau negeri, jabatan telah mempelbagaikan aktiviti-aktiviti perpaduan baik dalam bentuk kemasyarakatan, patriotik, sosial dan sebagainya. Sebagai contoh dalam kategori patriotik, jabatan telah melaksanakan program Kempen Kibar Jalur Gemilang di semua peringkat, baik di peringkat negeri, daerah, KRT mahupun di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Program ini penting dalam memastikan masyarakat terus menyemai semangat patriotik dan cinta, cintakan akan negara tanpa mengira perbezaan kaum.
Jabatan juga menitikberatkan perpaduan melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan seperti Program Sayangi Komuniti, gotong-royong dan sebagainya yang menekankan kebersamaan dalam menjaga kesejah, kesejahteraan dan keharmonian komuniti setempat.
Program-program berbentuk perayaan antara kaum, seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya yang melibatkan pelbagai kaum juga sering diadakan baik di peringkat tabika, komuniti, peringkat daerah dan negeri. Ini penting dalam memastikan masyarakat di Malaysia sa, saling meraikan dan menghormati penghar, perayaan masing-masing asalkan ianya tidak bercanggah dengan mana-mana ajaran yang ditekan, ditetapkan.
Bagi statistik kes pergaduhan antara kaum bagi tempoh kajian tahun 2014 sehingga Oktober 2018, di se, Daerah Seremban adalah sebanyak 221 kes, Daerah Kuala Pilah 12 kes, Daerah Tampin 12 kes, Daerah Port Dickson 111 kes, Daerah Jempol 82 kes, Daerah Jelebu 23 kes, Daerah Rembau 20 kes dan Daerah Nilai sebanyak 59 kes. Dan jumlah keseluruhannya adalah 540 kes. Terima kasih.
Tuan Dipertua, terima kasih, syabas, pencapaian. Soalan tambahan. Selain yang merancang atau langkah-langkah yang sedia ada, adalah langkah-langkah yang terbaru untuk merapatkan perhubungan negara kaum dengan di lain-lain Kerajaan Negeri ini? Terima kasih.
Kita selalu mem, menitikberatkan perpaduan antara kaum di negeri, di seluruh Malaysia, mahu, khususnya di Negeri Sembilan. Dan pelbagai langkah-langkah strategik, pelan strategik dari jabatan telah di, diadakan seperti membudayakan perpaduan, pengukuhan integrasi nasional memperkasakan khidmat komuniti, memupuk semangat patriotism, dan meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti. Terima kasih.
Tuan Dipertua, tadi, sebenarnya Skim Rondaan Sukarela ni satu skim yang amat baik sebenarnya ya, bukan saja dari perpaduan tapi jugak dapat, terbukti dapat mengurangkan kadar jenayah kecil. Jadi apa, saya, soalan saya ialah, apakah insentif-insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Rondaan Sukarela ni. Sebab di bawah skim ni rakyat biasa berjaga malam ya, mengawal kawasan setempat. Tentu kita nak bagi insentif kepada mereka-mereka yang bersifat kesukarelawanan ini. Jadi pertanyaan saya, apakah insentif yang boleh diberikan kepada mereka-mereka yang terlibat dengan Skim Rondaan Sukarela? Terima kasih.
Okay, Lukut.
Terima kasih. Mengenai SRS ini, skim rondaan SRS ini, saya telah pun berbincang dengan jabatan dan inshaa Allah kalau tahun depan, kita akan, baru belajar ni [merujuk kepada sebutan inshaa Allah yang dilafazkan], tahun depan kita akan mengadakan satu mesyuarat bersama jabatan untuk tengok macam mana kita menolong dalam, bantuan dalam SRS ini. Dan kita memang memandang berat tentang SRS ini sebab memang khidmat mereka memang percuma, memang sukarela dan kita pun terima kasih atas sokongan mereka dalam menjaga keselamatan sekitar komuniti.
[YB ADUN Juasseh dan YB ADUN Chembong bangun serentak]
Dato’ …..
Ya, ya, haa ni sampai dua berdiri.
Skim SRS. Apa Kerajaan Persekutuan bagi kepada mereka yang terlibat dengan skim SRS ini? Yang ada dalam jabatanlah, saya nak tanya.
Setahu saya yang Kerajaan Persekutuan yang sekarang bagi adalah kelengkapan yang, yang sebelum ini sudah dibekalkan, tapi saya telah berbin, akan datang bulan, bulan Januari saya akan bertemu dengan menteri, dalam negeri, Waytha Moorthy, saya akan membincang dengan beliau supaya peruntukan apa, peruntukan untuk membantu dalam AR, SRS.
Saya nak tanya, mencelah sikit, Dato’ Seri. Sama ada skim insurans untuk SRS itu masih ada disambung dan akan disambung ke tidak untuk tahun depan, bagi orang-orang yang meronda kerana mereka jugak ni terdedah dengan berbagai-bagai masalah dan kadang-kadang ada jugak anasir yang tak, tak, tak, yang tak baik, yang mereka terpaksa hadapi. Ada lagi ke tidak, dan akan disambung ke tidak?
Skim insurans dia kata. Ada masih lagi, ataupun disambung untuk tugas SRS?
Saya akan dapatkan jawapan selepas, sebab saya, nanti saya akan, jawapan bertulis okay.
Dato’ …..
Terima kasih.
Dato’ Dipertua. Saya rasa tak payah tanya dia Dato’ Dipertua …..
Okay tuan, benda ni dah ….
Dato’ Dipertua, saya cadangkan tak payah tanya lagilah.
….. kaghang …..
….. kesian saya dia, dia tak dapat jawab tu. Kesian saya tak dapat jawab. Tak payah tanyalah. Simpati saya Dato’ Dipertua.
Banyak lagi soalan ni.
Tanya soalan lainlah.
Soalan lisan.
Tak isu, isu perkauman Dato’ Dipertua. Kita …..
Oh isu perkauman, yang baru ni lah …..
Saya minta maaf …..
….. yang tadi tu ada kaitanlah.
….. saya mintak maaf, mungkin saya tersilap dengar dan sebagainya bahawa jumlah 540 kes tadi tu, saya mintak penjelasan kembalilah ke dalam Dewan yang mulia ini, isu apa sebenarnya. Apakah itu pergaduhan perkauman sebanyak 540 dalam Negeri Sembilan ataupun isu-isu lain. Saya, sorry, mintak maaf, kerana saya tak begitu dapat apa, mendapat penjelasan. Apakah 540 ini kes apa, apakah pergaduhan kaum ataupun isu-isu biasa? Terima kasih.
Itu, apa, dalam, yang berbentuk dalam macam mana, pergaduhan antara kaum.
Yang Berhormat tadi ada menjawab mengikut daerah berapa jumlah, dan jumlah keseluruhan dalam bagi Negeri Sembilan adalah 540, itu kes apa? Kes, apakah kes pergaduan kaum dalam Negeri Sembilan ataupun kes-kes lain? Saya nak tahu.
Saya akan jawab dalam bentuk tulis dan untuk menjawab soalan dalam, yang ada insurans untuk SRS, jawapannya ada, okay.
Okay, ahli Yang Berhormat Lukut akan jawab secara bertulis pecahan 540 kes itu ya. Okay kita pergi ke soalan seterusnya, soalan nombor 4, Kota.
Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Okay.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih di atas soalan yang pertama. Kawasan rayau masyarakat Orang Asli. Buat masa ini kerajaan telah mewartakan kampung-kampung Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan bagi fasa pertama (penempatan sahaja) termasuk Kampung Orang Asli Dusun Kendong dan Dusun Paya. Pada dasarnya masyarakat Orang Asli boleh bergerak bebas di dalam kawasan hutan selagi tidak melanggar peraturan pihak berkuasa. Kawasan rayau
mahupun kawasan yang bersesuaian akan dijadikan kawasan pertanian dalam fasa kedua.
Seramai 13 penduduk Kampung Orang Asli Dusun Kendong yang terlibat dalam Projek Talian Penghantaran 500KV daripada, dari PMU Alor Gajah ke PMU Bahau Selatan (Projek Tuah) iaitu 9 orang penduduk dan dari Kampung Orang Asli Dusun Kendong dan 4 orang penduduk dari Kampung Orang Asli Dusun Paya. Seramai 13 Orang Asli yang terlibat telah menerima bayaran saguhati berjumlah 184,471.00 ringgit pada 20 September yang lalu. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan tambahan. Dato’ Dipertua, saya, kita sedar bahawa sebanyak 184,000.00 telah dibagi kepada 13 Orang Asli yang terlibat dalam kawasan rayau yang diambil untuk TNB yang, yang akan lalu di atas kawasan mereka. Dan terdapat jugak beberapa di antara mereka ada yang dapat sikit sebenarnya. Bunyinya banyak, Tuan Yang Dipertua ya, 184,000.00, tapi ada yang dapat 30,000.00. Ada yang dapat ratusan sahaja.
Jadi soalan saya, bagi yang dapat banyak ni, antara mereka tu, dia tak ada lagi kawasan rayau, dia mengadu bahawa besok duit hanya hidup atas 30,000.00. Apakah pihak kerajaan ataupun pihak TNB dapat membantu, membimbing mereka, duit yang mereka dapat ini boleh dilaburkan dan sebagainya supaya mereka mendapat pulangan yang untuk jangka masa yang panjang?
Yang kedua, tentunya kita nak tahu yang minima. Berapakah yang minima yang dibayar. Kalau setakat, saya difahamkan, dan tidak dijawab lagi, sama ada berapa yang paling minimanya. Kalau setakat 100.00 – 200.00, saya ingat eloklah mintak TNB bagilah sekurang-kurangnya minima, paling tidak 1,000.00 ke. Sekurang-kurangnya masyarakat Orang Asli dapatlah pulangan. Bagi mereka yang mendapat minima ni kerana kawasan yang terlibat tu sedikit saja. Bagi yang dapat banyak ni, kawasan mereka tu habis, dia tak ada kawasan lagi. Sebagai Orang Asli dia be, memerlukan kawasan ini untuk mereka hidup untuk jangka masa yang panjang. Jadi, saya harap pihak kerajaan ataupun TNB dapat membimbing bagi mereka yang dapat banyak, dan memberi saguhati tambahan bagi mereka yang dapat sikit. Terima kasih.
Boleh saya tambah sikit untuk nanti YB tanya, Dato’ Dipertua. Apakah ada hasrat Kerajaan Negeri untuk mengganti kawasan rayau yang telah pun diambil di atas ROW, Right Of Way of
TNB, dulu tak ada Right Of Way-lah, dia kena ambil alih, dulu dia, dia, Lembaga Letrik Negara, di bawah Akta ataupun suruhanjaya kuasa, tenaga. Saya nak tanya, kerana seperti kata Yang Berhormat Kota tadi, bahawa tanah mereka tu dah tak ada lagi kawasan rayau. Dan kehidupan Orang Asli adalah bergantung banyak kepada kawasan rayau. Mereka ini dia punyai budaya dia, cara hidup dia, begitu. Tetapi apabila kawasan rayau ini telah diambil Tuan Yang Dipertua, apakah ada hasrat ataupun rancangan pihak Kerajaan Negeri untuk memberi kawasan yang lain untuk kita memberikan kemudahan. Ini sajalah kehidupan mereka itu, dia tak keluar ke, ke mana-mana Tuan Dipertua, saya, saya cadangkan ataupun kami, kita cadangkan ini hari dalam Dewan yang mulia ini, supaya tanah yang diambil tersebut walaupun telah pun dibayar ganti rugi, tak banyak, ada yang dapat ratusan saja, tetapi kita, apa kiranya jika Kerajaan Negeri bersetuju ataupun mahu melihat supaya kehidupan mereka ini tidak terus terganggu dan tidak apa orang kata, tidak terkandas begitu saja, kita lebarkan ataupun kita ganti dengan kawasan lain. Dan kita mesti ingat bahawa Orang Asli ini adalah kaum bumiputera yang mereka ini terbela dalam perlembagaan ya, dan kita mesti pastikan supaya kehidupan mereka ini tidak terganggu dan kita banyak lagi tanah-tanah hutan sekitar kawasan tersebut supaya kita bagi, kita luaskan semula ataupun kita bagi semula kawasan rayau kepada mereka ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada dua ADUN yang bertanya. Saya sangat berterima kasihlah, sepatutnya masalah orang, Orang Asli ni dah selesai, selepas 61 tahun ditadbir oleh Barisan Nasional. Tapi walau macam mana pun sebagai kerajaan baru, kita memang prihatin bukan Orang Asli saja, semua orang penduduk sama ada bangsa apa saja, kita akan perjuangkan nasib dan jugak kebajikan mereka. Dan saya faham masalah ini telah berlanjutan dan saya telah pergi pun, sebagai contohnya Kampung Orang Asli Jeram Padang, di sebelah kampung dia tu, ada tanah tapi telah diambil oleh orang. Sepatutnya diberi keutamaan kepada mereka.
Jadi, saya berharap soalan yang untuk ini saya rasa tak perlu dijawablah, kita memang prihatin dan kita telah mewartakan, inshaa Allah akan mewartakan. Dan kalau perlu lagi kita akan tambah sebagaimana mereka jugak, ada di kalangan …..
Dato’ Dipertua, mewartakan tanah Orang Asli ni kita jangan nak claim sebab itu dulu dah dibuat sebelum ini …..
Tak, tak, nanti dulu, saya tak, bagi …..
….. kita dah buat ya.
Bagi saya jawab dulu, ya.
Dan kita telah pun memajukan, salah satu daripada asas kepada Dasar Jaringan Keselamatan Sosial kita adalah …..
Tuan Speaker, saya kata, saya kata, tolong …..
….. untuk kita membantu …..
….. beri saya apa dulu.
Ya. Jawab soalan senang saja, ya ataupun tidak. Setuju ataupun tidak. Jangan kita putar-putar …..
Tak, mana saya …..
….. kita jangan putar-putar cakap kita …..
Biar saya, jawapan dulu.
….. sebab merizabkan tanah kampung asal Orang Asli ni telah pun kita buat. Dan kita dah masuk ke fasa kedua …..
Tidak semua, tidak semua, ada lagi belum, di, dirizab, diwartakan.
Itu kerana kita nak buat ukur halus ya …..
Ya, belum lagi.
….. tetapi dasarnya dah ada ya.
Okay, Yang Berhormat Rantau, bagi …..
Saya jawab tadi sebab saya meneruskan usul yang dibuat oleh kerajaan yang lama yang sepatutnya dah selesai pun benda-benda ni dibuat. Tapi walau macam mana pun, sebagai kerajaan baru, kita prihatin dan memang kita nak mengutamakan. Saya dah pergi kebanyakan kampung Orang Asli ini, memang duduk, kedudukan mereka agak …..
[Percakapan oleh YB ADUN Rantau tidak dapat didengar berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
….. macam mana pulak you cakap saya putar-putar, Rantau. Saya, jawapan, bagi penjelasan.
Dulu dia pun putar-putar.
Sepatutnya beri peluang saya menjawab dulu, jangan masuk campur ya. Saya tak mahu oleh kerana kita ADUN baru, kita macam di, di, di apa, soalan-soalan ini boleh kita jawab, tak ada masalah. Kita akan jawab, tapi jangan, jangan nak …..
There is, tak ada langsung soalan saya tadi merupakan insinuation mengatakan bahawa kerajaan, saya cakap tadi, kita sama-sama.
Betul.
Kita mesti bela.
Betul.
So. Saya punya cadangan …..
Saya, duduk, duduk berdua.
….. ada ke tidak hasrat …..
Duduk, duduk.
….. supaya Kerajaan Negeri Sembilan …..
Rantau.
Sebab itu, sebab itu, beri peluang saya habiskan dulu …..
Rantau duduk, Rantau duduk.
….. jangan nanti kita nak menjawab …..
Kejap, kejap.
….. belum habis …..
Labu, Labu, nanti kejap. Rantau duduk dulu. Labu nanti sekejap. Tenang sekejap. Okay. Saya nak beri, beri pencerahan. Soalan tadi apakah, apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa kawasan rayau dapat, ada keputusan yang lain.
Kita rasa perlu ditambah.
Haa okay.
Itu perlu ditambah. Itu sebab saya cakap, patutnya benda dah dibuat dulu lagi dah. Patutnya kita, kita tengok. Dengan 90 orang dengan ada 30 ekar tak boleh. Dia kena, blok begitu. Itu sebabnya saya kata jangan tuju kita soalan-soalan begitu. Kita akan jawab soalan-soalan begitu kita akan jawab secara lain pulak, boleh, tak ada masalah. Itu sebab pandangan saya, saya menjawab tadi, bagi pihak Pakatan Harapan, kerajaan baru, kita memang prihatin masalah semua kaum. Bukan hanya Orang Asli, orang Melayu orang kampung dan juga orang India dan jugak orang-orang Cina dan jugak semua kaum lain. Terima kasih.
Okay, kita pergi kepada …..
Yang Dipertua …..
Haa, saya ingat tak payah panjang kot.
….. soalan saya tak dijawab lagi Tuan Dipertua, soalan saya …..
Tak ada dah, dah dijawab dah.
Tak dijawab Yang Dipertua.
Apa tak dijawab?
Saya tanya tadi …..
Yang tak dijawab tadi apa dia?
Saya tanya, bahawa ada yang dapat banyak duit 30,000.00 ni.
Oh, ada sikit.
….. apa, apa cadangan, bimbingan, saya nak mintak kalau boleh pihak kerajaan ataupun pihak TNB bimbing …..
Okay, okay, saya dah faham dah, okay. Ada dapat banyak, ada dapat sikit. Yang sikit apa kita nak buat?
Ini jugak sama macam pembahagian tanah, bergantung kepada keluasan mereka. Jadi pandangan, ini telah diputuskan, kita terima. Kita, apa yang diberi itu. Dan kalau tak cukup nanti, kita timbangkan melalui jabatan kebajikan Orang Asli. Saya nak jawab satu-satu detail memang itu bukan kita, tujuan kita jawab dalam Dewan ini …...
Okay, okay.
….. kita boleh bagi kemudian dalam bentuk bertulis.
Okay, terima kasih. Saya ingat jelas ya. Kita pergi kepada soalan lain ya. Soalan nombor 5, Chuah.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor 3.
Tuan Yang Dipertua, jalan ini mempunyai selekoh yang berbahaya berhampiran dengan simpang masuk Pekan Bukit Pelandok. Jadi, pada masa ini jalan tersebut telah terdapat perabot jalan yang memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi keperluan keluar/masuk di kawasan sekolah dan keperluan pelajar melintas di Sekolah Menengah Site C. Pada masa yang sama juga, lintasan pejalan kaki push button ada disediakan.
JKR telah merancang untuk menambah baik dan, atau menggantikan perabot-perabot jalan yang usang melalui permohonan kepada Kerajaan Persekutuan bagi perun, peruntukan tahun 2019.
Bagi perancangan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri telah merancang untuk menaik taraf Jalan Lukut ke Sepang dari 2 lorong kepada 4 lorong. Projek ini telah dimasukkan dalam senarai Rancangan Malaysia Ke-11 (RP-4) di bawah Kementerian Kerja Raya. Terima kasih Yang Dipertua.
Soalan berikutnya, soalan nombor, soalan 6, Jeram Padang.
[Percakapan oleh YB ADUN Jeram Padang tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
Silakan Yang Amat Berhormat.
Jumlah kaum India dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional ialah seramai 8 orang di Jabatan Negeri dan bagi Kumpulan Pelaksana ialah seramai 148 orang iaitu pecahan sejumlah 108 orang di Jabatan Negeri manakala seramai 140 orang di Pihak Berkuasa Tempatan dan menjadikan kaum India dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan seramai 256 orang. Jumlah ini berkurangan seramai 5 orang berbanding 261 orang seperti maklumat sebelum ini (sehingga 30 Julai 2018) kerana dalam tempoh tersebut, terdapat 4 orang pegawai yang berpencen dan seorang meninggal dunia.
Buat masa ini, tiada dasar intervensi diamalkan bagi pengambilan pegawai awam berdasarkan kaum. Semua permohonan bagi pengisian perjawatan adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang merupakan Pihak Berkuasa Melantik dan pentadbiran ini tidak mempunyai kuasa untuk menentukan atau memilih calon-calon untuk mengisi jawatan tersebut. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Soalan tambahan.
Tambahan?
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan tersebut adalah berdasarkan kepada janji PRU 14 yang telah diberikan oleh Pakatan Harapan. Sekarang ini Pakatan Harapan dah memimpin di peringkat Pusat dan negeri. Jadi, saya ingin nak tahu, sama ada Kerajaan Negeri akan memberikan cadangan untuk menetapkan 10% kuota bagi setiap pengambilan pekerja penjawat awam di peringkat Negeri Sembilan. Walaupun ia adalah urusan pentadbiran Pusat, apabila penjawat awam itu diambil bagi peringkat negeri, saya berharap kita akur pada janji yang telah diberikan dan seterusnya memberikan cadangan dan saranan agar 10% ini dapat ditetapkan sebagai kuota. Jadi saya ingin tahu sama ada Kerajaan Negeri akan menetapkan kuota 10% bagi masyarakat India dalam pengambilan yang bakal dilakukan. Sekian, terima kasih.
Okay, terima kasih.
Dato’ Yang dipertu, Tuan Yang Dipertua, seperti yang saya katakan bahawa bidang ini adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia, yang merupakan Pihak Berkuasa Melantik dan pentadbiran ini tidak mempunyai kuasa. Tapi namun begitu, bahawa, kita yakin bahawa kerajaan yang ada pada hari ini akan memasatikan bahawa dasar akan diperbaiki daripada masa ke semasa. Dan saya yakin bahawa 10% itu tidak ada masalah. Dan saya, banyak jabatan-jabatan juga telah mula mengambil, menambah bilangan war, apa, masyarakat India dalam pentadbiran kerajaan. Dan ini bergantung kepada kekosongan dan juga pengambilan yang akan diambil pada masa akan datang. Terima kasih.
Kita pergi kepada soalan giliran nombor sa, nombor 7, Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, tuan, Tuan Yang Dipertua, mintak maaf, soalan ketiga, terima kasih. [Pertanyaan sebenar yang diajukan adalah pertanyaan nombor 1]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar komited memberi penumpuan terhadap aktiviti penternakan yang berdaya maju menerusi bantuan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sebagai
salah satu insentif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan penternak/pengusaha bidang penternakan, Jabatan menawarkan beberapa bentuk bantuan yang dapat membantu penternak/pengusaha bidang penternakan men, menjana pendapatan. Bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk pinjaman dan juga pemberian terus.
Di antaranya adalah bantuan pinjaman baka dan induk ternakan. Bantuan ini adalah seperti lembu pedaging, lembu tenusu, kambing dan, dan bebiri kepada penternak yang sedia ada bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan pengeluaran ternakan.
Bantuan peralatan industri asas ternakan. Pinjaman peralatan IAT merupakan satu program bagi menggalakkan usahawan dan para penternak untuk meneroka pasaran baru dengan menceburi bidang industri hiliran berasaskan ternakan bagi menambah pendapatan.
Yang ketiga, bantuan peralatan / mesin projek ternakan. Bantuan ini membolehkan para penternak membuat pinjaman peralatan berkaitan projek ternakan seperti mesin perinci, perincih rumput, mesin pemerah susu dan sebagai yang akan dapat membantu memudahkan dan mempercepatkan pengurusan ternakan serta mendapat mengembangkan aktiviti ternakan yang diusahakan.
Yang ke, yang keempat, bantuan peralatan pembaikan kandang. Bantuan ini men, membolehkan para penternak membesarkan ladang, kandang ternakan masing-masing melalui pembelian bantuan, pemberian bantuan berbentuk peralatan binaan seperti pasir, simen dan sebagainya. Bantuan ini terhad kepada bahan-bahan binaan sahaja dan ianya juga tidak melebihi RM10,000.00 dan tertakluk kepada penilaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Yang kelima, bantuan, bantuan homeplot/bijih ya, biji benih rumput ternakan. Bantuan ini merupakan, membolehkan para penternak yang mempunyai kawasan tambahan untuk menanam rumput makanan ternakan sebagai tambahan dan mengurangkan kos makanan ternakan bagi projek masing-masing. Bantuan ini memberi, diberikan dalam bentuk biji benih ternakan, baja rumput, pembajakan kawasan dan ianya terhad kepada keluasan 2 hektar setiap penternak.
Bantuan ternakan ayam kampung. Bantuan ini membolehkan para penternak untuk meningkatkan populasi ternakan ayam kampung dan meningkatkan pendapatan.
Jabatan jugak memberikan kursus penternakan kepada kepada golongan muda yang kurang berkemampuan untuk menyertai kursus
yang disediakan agar setiap bidang yang diceburi dapat dipraktikkan dengan baik dan dapat menimba ilmu serta pengalaman menternak.
Walau bagaimanapun, permohonan-permohonan ini ditetap, kriterianya ditetapkan seperti Warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, sedang menjalankan aktiviti penternakan yang berkaitan dan pemohon perlu mempunyai asas dan berkemampuan menyediakan makanan ternakan dan lain-lain kriteria yang, teknikal yang di, yang boleh dipertimbangkan oleh Jabatan.
Yang Berhormat Klawang.
Ada tambahan?
Soalan tambahan ya. Tadi EXCO pertanian penternak, jawapan yang baguslah, banyak terima kasih. Tapi saya mahu soalan, soalan tambahan. Bolehkah mana-mana jabatan meluluskan permohonan tanah rizab untuk tujuan pen, penternakan? Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Speaker, dasar kerajaan sekarang, kita tidak meluluskan tanah untuk individu, tetapi sekarang dasar kerajaan adalah tanah itu akan dirizabkan di bawah, di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri dan pajakan atau sewaan oleh pem, pemaju ataupun pengusaha. Dan proses itu sedang kita jalankan.
Kita pergi, kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Juasseh.
Yang Berhormat Tuan Dipertua, saya kemukakan soalan 1.
1.
Terima kasih Tuan yang Dipertua, dan juga terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Juasseh. Untuk maklumat Yang Berhormat Juasseh dan jugak Dewan yang mulia ini, Jabatan Kebajikan
Masyarakat tidak mengambil masa yang lama berikutan aduan diselaraskan di peringkat Pejabat Daerah Tanah, eh, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah bersama-sama MPKK yang terlibat dengan insiden banjir yang disebut oleh Yang Berhormat Juasseh.
Selain daripada bantuan JKM, bagi insiden bencana yang melibatkan kerosakan kediaman, Tabung Akaun Amanah Permasalahan Rakyat akan diguna bagi membantu mangsa-mangsa bencana yang memerlukan pembaikan infsatruktur yang rosak akibat bencana. Selain daripada itu, bagi kes-kes bencana yang melibatkan kerosakan struktur fizikal tempat kediaman, kerana, kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat dan boleh pertimbangkan bantuan tertentu mengikut kesesuaian. Terima kasihTuan Yang Dipertua.
Mengenai Tabung Permasalahan Rakyat ni. Dalam sidang Dewan yang lalu saya telah kemukakan satu permasalahan iaitu masalah kebakaran rumah tempat saya. Dan saya dah hantar surat pun kepada Pejabat Daerah. Jawapan Pejabat Daerah ialah menunggu kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Sekarang ni dah, sidang kita bulan September, dah 3 bulan dah YB. Jadi ini rumah kebakaran saya dah nyatakan secara panjang lebar betapa kita perlu bantu ahli masyarakat ini, tapi setakat ini tak ada lagi. Jadi saya nak tanya bila agaknya dapat pembinaan rumah baru di bawah Tabung Permasalahan Rakyat bagi mangsa kebakaran ini?
Saya nak sikit je lagi, Dato’ Dipertua. Saya harap supaya masalah rakyat seperti bencana, ribut, banjir dan kebakaran ni Tuan Dipertua, kita kena bantu. Dan satu perkara yang saya nak mintak supaya Yang Amat Berhormat Sikamat, kerana semasa dalam kempen pilihan raya tempoh hari terdapat kejadian ribut di kawasan DUN Lenggeng, yang mana selalunya, kebiasaannya Yang Berhormat, bila ribut di Ampangan, di Sikamat, di Senawang, mana-mana, kita terus mintak supaya ianya di, di, dibaiki segera ya. Sehinggakan kadang-kadang kita mintak tukang-tukang kayu di kampung itu 5 – 6 team buat, kerana dia banyak, macam di Sikamat dulu, dekat 50 lebih buah kan, Yang Berhormat di kawasan, Yang Amat Berhormat punya kawasan. Kita tak kira siapa-siapa kerana bila orang ditimpa masalah, kita tolong. Itu telah pun dibaiki di atas kelulusan saya, ketika itu.
Jadi saya mintak supaya Yang Amat Berhormat, tanggungjawab tersebut yang telah pun dipikul oleh Yang Berhormat sekarang kita, kita luluskan kerana tukang-tukang kayu tersebut telah pun mengambil
barang-barang daripada kedai-kedai hardware di kawasan Lenggeng tersebut dan mereka datang jumpa saya. Saya katakan saya dah luluskan tetapi sekarang ni, terpulanglah kepada Kerajaan Negeri, di bawah Yang Amat Berhormat Sikamat untuk membuat bayaran. Saya harap supaya ianya di, we honor our promises, itu saja. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, untuk jawapan kepada dari segi untuk di kuala, di Pilah tu kita dah luluskan di Juasseh. Di apa tu, bukan Lenggeng Dato’ Seri apa, Dato’ Seri Utama …..
Yang Berhormat …..
….. itu rasa di Mantin.
Soalan di Mantin. Mantin ke Lenggeng depan …..
….. Mantin. Ya ya, saya dah selesaikan ya. Dan kita dah payment, kita dah bayar dah, okay, terima kasih.
Di kampung DUN Jeram Padang saya pun ada kebakaran di Kampung Lubuk Temenggelam, rumah terbakar hangus dah. Tetapi saya ingin tahu sama ada, ada tak rancangan untuk membina rumah untuk keluarga yang tinggal seorang saja orang tua yang tinggal dengan cucu saja.
Ada buat permohonan tak?
Itu saya …..
permohonan.
Saya dah buat permohonan tetapi saya nak dapat jawapan daripada, jawapan daripada Pejabat Yang Berhormat Sikamat. Dan satu lagi juga bantuan tunai tidak disalurkan kepada 2
rumah yang terbakar di Ladang Jeram Padang, juga kawasan saya. Saya dah kemukakan soalan ini pada sidang lepas.
Okay, Yang Berhormat silakan.
Terima kasih kepada Jeram Padang. Dato’ Yang di, Tuan Yang Dipertua, sebenarnya kita menunggu laporan teknikal je. Jadi kalau ada laporan tu tak ada masalah ya. Sebab kalau di ladang ki, itu tanggungjawab pengurusan ladang ni, untuk makluman.
Yang saya mintak ladang itu tak perlu kita bina rumah tapi di kampung Asli kita bantu dengan pembinaan rumah tu …..
Ya.
….. pertim, beri pertimbangkan untuk tujuan pembinaan tetapi yang ladang itu bolehlah kita beri saluran sedikit …..
Ya boleh, tak ada masalah. Yang tu tak ada masalah, yang tu kita bantu, sentiasa kita bantu. Terima kasih.
Masuk ke soalan 9, dipersilakan Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan kedua.
Tuan Yang Dipertua, merujuk soalan 2, Rahang. Saya ingin memaklumkan terdapat 4 buah sekolah di bawah kawasan DUN Rahang yang terdiri daripada sebuah Sekolah Kebangsaan dan 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Yang pertama adalah Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah yang mana pada tahun 2018, sekolah ini mempunyai 13 kelas dengan jumlah
pelajar seramai 391 orang. Bagi tahun 2019, jumlah kelas adalah sebanyak 13 buah kelas dengan jumlah pelajar seramai 392 orang.
Yang kedua adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ma Hwa Kampung Baru yang mempunyai sebanyak 14 buah kelas yang menempatkan seramai 356 orang pelajar pada tahun 2018. Manakala pada tahun 2019, seramai 321 orang akan ditempatkan dalam 13 buah kelas.
Yang ketiga, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Baru Rahang yang mempunyai 15 buah kelas yang menempatkan seramai 356 orang pelajar. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2019, jumlah pelajar berkurang kepada 330 orang yang bakal ditempatkan dalam 15 buah kelas.
Yang terakhir adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kelpin yang mempunyai seramai, sebanyak 24 buah kelas untuk menempatkan 634 orang pelajar. Bagi tahun 2019, jumlah pelajar meningkat kepada 671 orang yang bakal ditempatkan dalam 24 buah kelas.
Untuk tahun 2018, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menerima permohonan penggantian kerusi dan meja yang rosak serta permohonan baru dan permohonan ini di, dimajukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kelulusan. Peruntukan yang telah diluluskan adalah sebanyak 182,954.00 ringgit.
Agihan peruntukan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) adalah seperti berikut PPD Seremban sebanyak 46,775.90 sen, PPD Port Dickson sebanyak 24,990.50 sen, PPD Kuala Pilah sebanyak 5,518.00 ringgit, PPD Tampin sebanyak 30,313.30 sen, PPD Jempol dan Jelebu sebanyak 64,538.20 sen, dan PPD Rembau sebanyak 10,818.00 ringgit. Iaitu keseluruhan berjumlah 182,954.00 ringgit.
Bagi tahun 2019, JPNS akan memperakukan permohonan yang diterima ke kepada, ke Kementerian Pendidikan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkenaan. Sekian, Tuan Yang Dipertua.
Soalan, terima kasih, soalan tambahan. Sila nyatakan sekolah-sekolah yang memerlukan meja dan kerusi di DUN Rahang mengikut kategori dan jenis sekolah.
Tuan Yang Dipertua, seperti yang telah dijelaskan di dalam kita, sebentar tadi, untuk keseluruhannya adalah
seperti jumlah yang telah dinyatakan, untuk secara terperinci saya akan nyatakan secara bertulis untuk DUN Rahang.
Seterusnya soalan nombor 10, dipersilakan Yang Berhormat Serting.
Tuan Yang Dipertua, soalan pertama.
Terima kasih kepada ADUN Serting yang menanyakan berkenaan penyakit yang kanser. Berikut adalah senarai 5 penyakit kanser utama di Negeri Sembilan beserta bilangan dari 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015:
Pertamanya adalah jenis kanser payudara bilangan kes adalah 1,000. Dan Usus Kolorektal, kanser kolorektal sebanyak 776 kes. Dan kanser paru-paru adalah sebanyak 432. Dan seterusnya kanser darah iaitu leukemia sebanyak 217 kes. Dan kanser pangkal rahim berjumlah 195.
Di antara 5 kanser yang paling kerap dikesan di Negeri Sembilan, beberapa jenis boleh dikesan di peringkat awal melalui saringan, iaitu kanser payudara, kanser usus dan kanser pangkal rahim. Perkhidmatan saringan bagi ketiga-tiga kanser ini boleh didapati di semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan.
Jumlah kematian bagi 5 kanser utama di Negeri Sembilan mengikut jantina dan peringkat umur dari 1 Januari 2011 hingga 31 Disember 2015 adalah seperti berikut: umur kematian di antara 15 hingga 44 bagi lelaki, untuk payu, kanser payudara adalah tidak ada, untuk kesemua peringkat umur. Dan untuk perempuan pula, umur kematian 15 hingga ke 44 tahun adalah berjumlah 40 kes. Dan seterusnya, umur kematian perempuan di antara umur 45 hingga 54 adalah 58 kes. Umur kematian bagi perempuan di antara umur 55 hingga 64 adalah 58 kes. Dan umur kematian bagi perempuan di antara umur 65 hingga 74 adalah 32 kes. Ini adalah untuk kanser payudara.
Dan seterusnya untuk kanser usus. Umur kematian bagi kaum lelaki yang berumur di antara 15 hingga 44 adalah sebanyak 18. Dan 45 hingga 54 adalah kes, sebanyak 30 kes bagi kaum lelaki. Dan seterusnya umur kematian bagi kaum lelaki di antara umur 55 hingga 64 adalah 66 kes. Dan seterusnya, umur kematian bagi kaum lelaki bagi umur di antara 65 hingga 74 adalah 60 kes. Dan bagi perempuan pula, bagi kanser usus, umur kematian di antara 15 hingga 44 adalah
13 kes. Umur kematian di antara 45 hingga 54 adalah 24 kes. Dan umur kematian 55 hingga 64 adalah 47 kes. Dan akhir sekali adalah umur di antara 60 hingga 74 adalah 44 kes.
Dan untuk kanser paru-paru, umur kematian bagi kaum lelaki yang berumur di antara 15 hingga 44 adalah 18 kes. Dan umur kematian di antara 45 hingga 54 adalah 43 kes. 55 hingga 64 – 81 kes. Dan umur kematian 65 hingga 74 adalah 69 kes. Dan untuk kaum perempuan, kanser paru-paru adalah umur kematian di antara 15 hingga 44 adalah 9 kes. Dan umur kematian bagi kaum perempuan di antara umur 45 hingga 54 adalah 17 kes. Dan umur kematian bagi kaum perempuan 55 hingga 64 adalah 25 kes. Dan akhir sekali, umur kematian perempuan bagi kanser paru-paru di antara umur 65 hingga 74 adalah 27 kes.
Dan bagi kes kanser darah iaitu leukemia, umur kematian bagi kaum lelaki di antara 15 hingga 44 adalah 15 kes. Dan umur di antara 45 hingga 54 adalah 4 kes. Umur 55 hingga 64 adalah 15 kes. Dan umur 60 hingga 74 adalah 16 kes. Dan bagi kaum perempuan pula, untuk kanser darah ataupun leukemia, umur kematian di antara 15 hingga 44 adalah 11 kes. Di antara umur 45 hingga 54 adalah 2 kes. Umur di antara 55 hingga 64 adalah 10 kes. Dan umur di antara 65 hingga 74 adalah 10 kes.
Dan akhir sekali adalah untuk kanser pangkal rahim. Bagi kaum lelaki tiada apa-apa rekod. Untuk perempuan pula, lelaki memang tak adalah. Untuk kanser pangkal rahim bagi perempuan di antara umur 15 hingga 44 adalah 17 kes. 45 hingga 54 adalah 18 kes. 55 hingga 64 adalah sebanyak 22 kes. Dan akhir sekali umur di antara 65 hingga 74 adalah 19 kes.
Jadi kematian kanser adalah tertinggi di kalangan penduduk lelaki yang berumur 45 hingga 74 tahun. Dan kanser paru-paru mempunyai bilangan kematian yang tinggi bagi semua golongan umur bagi jantina lelaki khususnya yang berada dalam golongan di antara umur 55 hingga 64 tahun. Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih atas penjelasan yang cukup lengkap tadi. Cuma dari segi kes kanser ini, memang boleh dibuat saringan. Tapi kebanyakan daripada masyarakat kita bila dah sampai ke tahap 4 ataupun tahap 3 baru dapat dikesan. Jadi apakah inisiatif usaha yang dibuat untuk memastikan ya, masyarakat kita dapat membuat saringan kesihatan khusus mengenai penyakit kanser ini? Terima kasih.
Seperti yang saya katakan tadi, saringan untuk penyakit kanser ini boleh dibuat di klinik kesihatan. Perkhidmatan memang disediakan di klinik-klinik kesihatan. Dan kebanyakan kes kanser ini adalah berkaitan dengan cara hidup seseorang individu. Dan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada ADUN Rahang kerana beliau juga membuat kempen-kempen kesedaran ke, di kebanyakan kawasan di Negeri Sembilan berkenaan untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat umum bagaimana cara untuk membuat saringan penyakit kanser ini. Dan pihak kerajaan juga telah menganjurkan beberapa kempen-kempen seperti ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat. Dan rakyat boleh membuat saringan berkenaan penyakit ini di klinik-klinik kesihatan. Memang per, perkhidmatan ini telah disediakan. Sekian terima kasih.
Boleh saya tambah sikit Yang Dipertua?
Tambah lagi?
Ya, sikit. Ya. Ya. Apa patient-patient kanser yang perlu, memang dia perlu sokongan dari kerajaan. Dia, dia perlu sokongan kaunseling, sokongan kewangan ya, dia punya, dengan izin, family matters ya, ada, ada berbagai NGOs yang,yang ada support group tetapi kerajaan kena ada satu support group di mana maklumat dari klinik-klinik, hospital-hospital boleh sampai ke support group ni, dengan izin, mereka boleh counsel, dengan izin, newly diagnosed cancer cases dan chemotherapy patients, they need counseling badly. So can the government, please seriously consider this. Thank you.
Terima kasih kepada ADUN Rahang. Pihak kerajaan akan mengkaji dan akan mempertimbangkan pandangan ADUN Rahang. Terima kasih.
Kita pergi ke soalan berikutnya, Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Tuan Speaker Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.
Tuan Yang Pertua, merujuk soalan pertama Temiang, sukacita untuk saya memaklumkan Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan perkhidmatan yang telus dan efisyen dalam menggalakkan pelaburan ke negeri ini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan bagi menggalakkan kemasukan pelaburan ke Negeri Sembilan adalah:
Yang pertama, khidmat Project Management Consultant (PMC) dan Project Coordinator kepada projek-projek baru dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan hartanah oleh Negeri Sembilan Investment Centre (NSIC).
Yang kedua, khidmat One Stop Centre (OSC) di setiap PBT di Negeri Sembilan dengan kekerapan 2 kali sebulan bagi memastikan kecekapan dan kelancaran kelulusan Kebenaran Merancang dilaksanakan.
Yang ketiga, Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan pemberian kadar khas bagi nilaian cukai tanah/ cukai taksiran/ bayaran premium bagi sebarang projek khas yang berimpak tinggi. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada keputusan Pihak Berkuasa Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima kasih yang, Tuan Yang Dipertua.
Okay, kita pergi ke soalan berikutnya .….
Tuan Speaker Dewan, soalan tambahan.
Ada soalan tambahan?
Boleh?
Berkaitan dengan tadi?
Ha?
Berkaitan dengan tadi?
Berkaitanlah. Memang berkait. So, persoalan saya adalah, pelaburan memang sangat penting untuk pembangunan sesebuah negeri. So, maka saya nak tanya jumlah pelabuhan, pelaburan yang ada, sejak pilihan raya Mei yang lepas dan nama-nama pelabur tersebut dan jumlah pelaburan setiap pelaburan tersebut, kalau ada. Angka tersebut.
Pertua, ya, kita telah menerima banyak ya, pelaburan yang jugak berpotensi untuk di Negeri Sembilan daripada Julai hingga November 2018. Sebagai contoh, pelaburan daripada Amerika ya, yang berkaitan tentang power integrated modul, untuk PIM, yang berhasrat untuk melabur 1 bilion ringgit ya. Sukacita saya memaklumkan walaupun pada peringkat awalnya Kerajaan Negeri China menawarkan kepada Amerika tanah percuma dan bangunan percuma di Negeri China, tapi syarikat berkenaan masih, akhirnya bersetuju untuk melabur di Negeri Sembilan dengan jumlah 1 bilion ringgit. Malahan baru-baru ini mereka juga telah datang berjumpa dengan pihak Kerajaan Negeri untuk menambah pelaburan lagi sebanyak 250 juta ringgit, bernilai 1.25 bilion ringgit.
Kita juga banyak lagi pelaburan-pelaburan yang, daripada asing, daripada Jepun, Indonesia dan, yang untuk datang ke Negeri Sembilan dan inshaa Allah kesemua dalam, sedang proses penilaian, yang inshaa Allah, akan kita maklumkan apabila selesai keseluruhannya. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Kita pergi seterusnya kepada soalan 12, Johol.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya kemu, mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Di bawah Program Perluasan Kampung ini, Kerajaan Negeri sememangnya akan mengutamakan keperluan generasi kedua di kawasan berkenaan. Kelayakan dan kriteria pemilihan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
Yang pertama, pemohon ataupun generasi kedua hendaklah ber, bermastautin ataupun tinggal di kampung yang sama tetapi masih belum memiliki rumah. Yang kedua, pemohon berasal dari kampung yang sama dan telah kembali ke kampung dengan tujuan bekerja dan menetap.
Yang ketiga, pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan melebihi 10 tahun sekiranya tidak dilahirkan di Negeri Sembilan. Yang keempat, telah berkeluarga. Yang kelima, pendapatan isi rumah semasa permohonan hendaklah di bawah 3,500.00 sebulan.
Yang keenam, penduduk dari kampung berhampiran boleh dipertimbangkan. Yang ketujuh, keutamaan kepada pemohon yang miskin, senarai e-kasih serta berada dalam senarai penerima bantuan di bawah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial.
Dan yang kelapan, setiap permohonan hendaklah mendapat pengesahan ataupun sokongan daripada Pengerusi MPKK berkenaan serta kepimpinan tempatan/ADUN yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Yang Dipertua, soalan tambahan. Saya nak tanya, daripada yang dimaklumkan tadi, berkaitan dengan pemilihan tu, untuk generasi kedua ni, berapa percent agaknya yang, polisi yang membolehkan generasi kedua mendapat pemilikan daripada Program Perluasan Kampung ni? Percentage dia.
Ini tak ada lagi percentage yang, yang sebenarnya. Tinggal lagi kita akan, seperti yang kita ikutkan tadi, syarat-syarat yang ditentukan itu akan menentukan bergantung kepada bilang yang adalah di kampung masing-masing. Kita tak dapat senarai yang sepenuhnya di setiap kampung. Ini tertakluk kepada permohonan dan jugak penilaian dan juga sokongan daripada MPKK yang terlibat. Terima kasih.
Satu lagi yang, Tuan Yang Dipertua, saya nak tanya, adakah pemilihan nanti diwujudkan satu jawatan kuasa pemilih yang mengenal pasti betul-betul yang boleh memohon dan jugak boleh diberikan keutamaan dalam pelaksanaan projek.
Saya ingat tak timbul masalah tersebut sebab dalam ahli jawatan kuasa MPKK kita cuba melibatkan seramai mungkin dan se, se, sebanyak mungkin penglibatan daripada semua pihak yang terlibat. Baik daripada parti-parti Pakatan dan jugak daripada individu-individu daripada parti-parti yang berlainan sebab kita menggalakkan supaya penglibatan bersama, penglibatan untuk memastikan keadilan dan jugak kesamarataan dapat diberikan kepada semua penduduk kampung. Sebab mereka berhadapan hari-hari. Jadi kalau kita berlaku macam dulu ada seorang tak dapat, yang lain kata, patut dapat, dia tak dapat, itu akan timbul masalah. Jadi kita harap benda ini dapat diselesaikan.
Untuk itu, saya menyeru kepada semua penduduk kampung yang melibatkan dengan AKR, ahli jawatankuasa MPKK, kalau boleh libatkan semua sama ada yang berkaitan dengan parti ataupun yang melibatkan mereka-mereka yang ada kepentingan ataupun yang ternama dalam kampung tersebut ya. Terima kasih.
Okay, kita pergi kepada soalan berikutnya, soalan 13, Yang Berhormat Seremban Jaya.
Tuan yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya.
Untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, pembangunan Rumah Mampu Milik adalah termaktub di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan di mana pembangunan projek dilaksanakan oleh pemaju swasta mengikut peraturan dan kadar harga yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Manakala pembangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah di bawah kendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu merupakan agensi Kerajaan pus, Persekutuan. Lokasi yang disenaraikan oleh ADUN sere, Seremban Jaya iaitu di Ladang Siliau, Rantau dan Tanah Merah adalah merupakan projek PPR di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain 3 projek tersebut, satu projek sedang di peringkat tender iaitu di Ladang Kirby, Labu sebanyak 200 unit rumah.
Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan 11 lokasi tanah di bawah Kerajaan Negeri untuk dicadangkan bagi pembangunan PPR.
Cadangan tapak tanah ini adalah tertakluk kepada penelitian dan kajian mendalam oleh pihak KPKT. Sekiranya diberi pertimbangan oleh KPKT, dianggarkan sebanyak 2,780 unit rumah boleh dibangunkan di atas 11 tapak tanah tersebut. Ya, tanah-tanah yang disebut tadi adalah seperti berikut:
Yang pertama, Program Perumahan Rakyat Air Bong sebanyak 500 unit. Program Perumahan Rakyat Kampung Dato' Johan sebanyak 100 unit. Program Perumahan Rakyat Felcra Air Hitam sebanyak 50 unit. Program Perumahan Rakyat Kampung Sawah Chuah sebanyak 100 unit. Program Perumahan Rakyat Kampung Pachitan sebanyak 700 unit. Program Perumahan Rakyat Linggi – 100 unit. Program Perumahan Rakyat Jelin sebanyak 80 unit. Program Perumahan Rakyat Punggur, Ayer Kuning sebanyak 100 unit. Program Perumahan Rakyat Tenai sebanyak 500 unit. Program Perumahan Rakyat Gemas sebanyak 300 unit. Dan juga Program Perumahan Rakyat Pantai sebanyak 250 unit. Ya, jumlah keseluruhannya adalah 2,780 unit.
Dan ini telah pun, merupakan salah satu janji Pakatan Harapan di mana di manifesto kita, kita menegaskan di Negeri Sembilan kita memang memfokuskan supaya setiap keluarga memiliki satu rumah. Jadi, saya terima kasih lagi kepada soalan Yang Berhormat Seremban Jaya yang selalu begitu prihatin kepada masalah ataupun permintaan rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau.
Okay, di kawasan Gemas, ada pemaju yang masih lagi belum melaksanakan tentang projek perumahan. Jadi, saya berharap kalau belum siap perumahan tu, ataupun belum didirikan, maknanya tak sampai tempoh ataupun peruntukan pembangunan di kawasan Gemas tu. Jadi, saya berharaplah di kawasan Gemas, projek perumahan rakyat tu dapat dianalisa dan diperincikanlah kerana masih lagi yang belum dibina lagi. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gemas. Ya, tahniah kepada Yang Berhormat Gemas, juga amat prihatinlah kepada apa, permintaan rumah kos, kos rendah ataupun rumah mampu milik oleh rakyat kita.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Gemas dan juga semua ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya bagi pihak Kerajaan Negeri, kita memang
mengalu-alukan ya, pemaju kita untuk membina rumah mampu milik. Saya ambil contoh di kawasan Gemas, baru-baru ini ada seorang pemaju, beliau ingin mendirikan seba, kalau tak silaplah, lebih kurang dalam 150 unit rumah mampu milik di mana kos dia cuma, kos jualan kepada rakyat cuma 80,000.00 ringgit saja. Jadi, dalam perkara ni, kita, Kerajaan Negeri, kita berikan komitmen yang sepenuhnya dan juga beri kemu, kemudahan sepenuhnya kepada pemaju-pemaju yang ingin membangunkan rumah mampu milik ini.
Dan untuk apa, isu kos mam, rumah mampu milik ataupun isu perumahan di kawasan Gemas, saya ingin bercadang kepada Yang Berhormat Gemas kalau ada apa-apa yang berkenaan dengan perumahan, saya boleh terus berjumpa dengan saya. Sama-sama kita bincang, kita bincang kerana ini merupakan isu yang kita perlu selesai bersama dan kita perlu tangani bersama-sama. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mintak mohon mencelah sikit supaya pembahagihan rumah-rumah agihan rumah-rumah PPR ini seperti di Tanah Merah, di Ladang Siliau dan jugak di kawasan Saga tersebut, mestilah kita buat seperti apa yang telah kita janjikan ya. Yang di Tanah Merah itu dulu, yang 100 buah rumah yang telah pun siap, mesti kita bagi kepada penduduk di situ iaitu penduduk pekerja ladang yang telah pun dulu bekerja bersusah payah untuk bekerja di ladang, tetapi mereka telah pun tidak diperlukan lagi ataupun pencen dan tak bekerja. Itu adalah hasrat kita untuk kita pastikan supaya yang di Tanah Merah itu khusus untuk pekerja-pekerja di situ.
Yang di Siliau telah pun kita bagikan. Walaupun pada awalnya tidak banyak, 150 buah, 100, 100 apa, 150 biji buah rumah saja, pada asalnya rumah khusus untuk pekerja Ladang Bradwall, Siliau dan jugak di Atherton. Dah bagi mula pada 80, tetapi kuota, kita tak kira sangat kuota kerana apa yang kita buat Tuan Dipertua, ialah kita menghargai jasa pekerja-pekerja ladang yang telah pun terpaksa keluar daripada ladang kerana pekerja ni, Tuan Dipertua, mereka dah duduk 3 generasi, dah lama. Bagi mereka, ladang itulah kehidupan mereka. Tiba-tiba, bila pihak ladang secara komersial ini menukar daripada ladang kepada ladang kelapa sawit, mereka tidak memerlukan pekerja-pekerja lagi. Jadi mereka ini, been displaced, Dato’ Dipertua. Itu sebabnya dibuat, itu sebabnya kita bagi lebih daripada 80, 100 lebih kita bagi kepada kaum India yang bekerja di situ, yang kita dapati mereka telah pun banyak berjasa. Kemudian kita bagilah kepada mengikut PPRT.
Dan yang di kampung, di Ladang Saga ataupun di simpang Kampung Siliau tersebut, saya mintak supaya pembahagiannya dibuat dengan secara telus jugak. Seperti yang disebut tadi supaya kriteria yang disebut supaya kita mengikut orang-orang yang masuk dalam eKasih dan yang lain-lain. Supaya dalam soal isu perumahan ini, dia universal, Dato’ Dipertua, supaya kita bahagi dengan, kepada mereka yang benar-benar layak dan benar-benar memerlukan rumah, ya Dato’ Dipertua. Dan tempat-tempat lain pun begitu jugak, terima kasih.
Yang Berhormat Rantau …..
Seperkara lagi, yang sama …..
Sama jugak?
Tentang rumah juga. Kerajaan …..
Gemencheh, banyak lagi. Selepas ni Gemencheh ya. Ada ya. Saya bagi Jeram Padang.
Kerajaan Barisan Nasional dulu telah mengumumkan Dasar Perumahan dengan harga Type A itu 80,000.00 ringgit. Dan di DUN Rantau ini ada diluluskan di sebelah SJK(T), saya ingat Seremban tu Iringan Bayu, Taman Iringan Bayu, yang sepatutnya dibina rumah mampu milik 80,000.00 ke bawah lebih kurang 800 biji. Lebih kurang sebulan lepas, saya telah pergi ke tempat tersebut, yang dimajukan oleh Syarikat Iringan Bayu, OSK jika tak salah tu, mereka kata projek itu tak akan berjalan. Dia kata, dah tangguh dah. Jadi saya ingin tahu, kalau projek-projek kalau nak …..
Projek ni 800 unit?
Ha. Yang 850 unit itu memang Unit Perumahan SUK telah pun cop di situ adalah rumah mampu milik 80,000.00 ke bawah. Tetapi apabila saya sendiri pergi ke apa ni, pejabat jualan itu, dia kata tak ada lagi dah. Dia kata selepas PRU dulu, sudah tak lagi. Jadi saya hairan. Jadi saya ingin tahu, sama ada projek
80,000.00 Type A itu akan diteruskan atau tidak, dasar perumahan yang telah diperkenalkan tempoh hari. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau dan juga Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk menjawab soalan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Rantau, ya, Kerajaan Negeri, kita akan menjalankan pengagihan secara adil dan juga secara transparent. Tak ada masalah. Pakatan Harapan kita transparent.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Jeram Padang, ni apa, projek Iringan Bayu ya, projek Iringan Bayu. Jadi, terima kasih atas makluman Yang Berhormat Jeram Padang. Bagi saya, saya akan menyiasat. Kalau benar dia hentikan untuk men, menunaikan apa, 800 unit rumah mampu milik yang berharga 80,000.00 ringgit, saya rasa kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Dan saya akan pastikan dan Kerajaan Negeri akan pastikan setiap pemaju kita, dia akan mengikut syarat yang telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Kerana selepas kita mengambil alih kerajaan, Kerajaan Negeri, apa yang selalu ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu segala pembangunan mestilah mengutamakan kepada rakyat kita khususnya kepada rakyat kita yang berpendapatan rendah. Sekian, jawapan daripada saya. Terima kasih.
Yang Berhormat Speaker boleh saya dapat sedikit penjelasan. Sedikit penjelasan sebab melibatkan kawasan tadi. Saya difahamkan untuk rumah mampu milik di kampung Tenai sebanyak 500 unit dan jugak di Kampung Punggur. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah lokasi ini seperti di Kampung Tenai, 500 unit ni nak dibuat rumah mampu milik ataupun diberi tanah sebanyak 6,000 kaki persegi untuk setiap lot? Sebab sebelum ini kerajaan telah meluluskan untuk dua kawasan ini, iaitu Kampuntg Tenai dan jugak Kampung Punggur di bawah Skim Perluasan Kampung, untuk diberi lot-lot untuk dibina rumah. Tadi, Yang Berhormat ya, EXCO perumahan beritahu dia akan buat rumah mampu milik di kedua-dua kawasan.
Dan satu lagi, sebelum ni jugak rancangan rumah mampu milik di kam, di Ayer Kuning, di Kampung Ayer Kuning telah pun diluluskan. Saya ingin dapat penjelasan bilakah projek ini dapat diteruskan. Terima kasih.
Soalan saya, tadi rumah mampu milik, saya pun mahu terima kasih banyak orang ada bahas, ada ADUN-ADUN ada bahas, cadangan terima kasihlah. Tapi saya mahu terima kasih kepada EXCO tempatan, jawapan yang luas yang bagus. Lagi satu, rumah mampu milik di Siliau, masih sebelah sana, kawan saya, kawan baik, ADUN kawasan Rantau itu 8 orang lagi ada masalah. Belum dapat rumah. Haa itu saya mahu memberitahu Dewan yang mulia ini, terima kasih, thank you very much.
Okay terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gemencheh dan juga kawan baik Yang Berhormat Rantau iaitu Yang Berhormat Seremban Jaya. Jadi untuk menjawab …..
Sejak bila dia jadi kawan baik saya?
Untuk menjawab …..
Sendiri ngaku haa. Dulu tak ada jadi kawan baik. Tak apalah, kita kawan baiklah, okay.
Okay untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Gemencheh, sebenarnya untuk program perumahan rakyat yang saya sebut tadi ia merupakan konsep sewa dan beli, rent to own, sewa beli. Jadi, dia bukan apa, terus menjual kepada apa, penduduk kita, atau terus jual dalam harga 80,000.00. Sebenarnya harga asal rumah yang kita cadangkan itu harga seunit ia lebih kurang dalam 200,000.00 ringgit. Dan untuk peringkat Kerajaan Pusat, mereka akan subsidies 160,000.00 ringgit dan untuk apa, penduduk kita, ataupun rakyat kita yang layak membeli rumah tersebut, mereka cuma perlu membayar kos 40,000.00 ringgit saja. Dan mereka boleh bayar secara sewa dan selepas itu memiliki rumah tersebut. Itu untuk menjawab Yang Berhormat Gemencheh.
Dan untuk menjawab soalan daripada, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya …..
Yang Berhormat, saya tak tanya pasal kos dia sebenarnya, saya tanya di Kampung Tenai dan Kampung Punggur. Dulu kita luluskan dalam Dasar Perluasan Kampung untuk kedua-dua
tempat ni. Dan kita cadangkan bagi lot sebanyak 6,000 kaki persegi setiap lot. Sekarang ni Yang Berhormat beritahu bahawa kita akan bina rumah mampu milik, mungkin secara sewa beli. Dan saya nak kepastian, bukan soalan, nak penjelasan, kedua-dua projek Kampung Tenai dan jugak kampung Punggur.
Dan jugak satu lagi adalah untuk pembinaan rumah mampu milik di Ayer Kuning yang telah lama, yang telah lama kita mintak tetapi masih lagi belum dibuat.
Okay terima kasih. Cuma untuk apa, perkara 8, Program Perumahan Rakyat Punggur, Ayer Kuning ini, untuk permohonan kita kali ini adalah sebanyak 100 unit. Saya tak pasti itu merupakan tapak yang sama dipohon sebelum ini, tetapi tak ada masalah Yang Berhormat Gemencheh. Lepas ni ketika kita makan lunch ataupun minum nanti, kita boleh bincang dalam perkara ini. Terima kasih.
Untuk Yang Berhormat …..
Dato’ Dipertua.
….. Seremban Jaya …..
Dato’ Dipertua, saya nak mintak kepastian saja ya. Supaya jangan ada silap faham.
Ya.
Supaya Dasar Perluasan Kampung dulu, tanah-tanah yang disebut tadi, yang nak dibina dengan rumah-rumah PPR itu adalah merupakan kawasan-kawasan tanah yang telah dikenal pasti sebagai untuk Dasar Perluasan Kampung luar bandar ya. Di luar bandar, termasuk semua sekali. Itu bukan khususkan untuk membina, pembinaan rumah rumah PPR. Ia adalah untuk kita memberi tanah perluasan kampung kepada generasi kedua yang duduk di kampung, yang menghasilkan usaha kampung dan menjaga mak ayah. Jadi mereka dah berkeluarga Tuan Dipertua, mereka duduk di kampung
dan tak tinggallah kampung, mak ayah pun terjaga. Jadi mereka boleh bina rumah mengikut skim PPRT ke apa ke yang patut.
Bukannya tanah-tanah yang disebutkan tadi, Yang Amat Berhormat ya, untuk kita bina rumah PPR. Saya harap supaya Dasar Perluasan Kampung ini kita buat Dasar Perluasan Kampung. Kalau kerajaan nak buat PPR, cari tempat lain ya. Kerana ini adalah asas kita. Kalau kita nanti nak jual beli sana, nak buat rumah, rasa tak sesuai dalam kampung. Yang sesuainya adalah kita buat rumah Dasar Perluasan Kampung itu dengan 6,000 kaki, bak kata ADUN Gemencheh tadi 6,000 kaki satu lot, yang dah siap dengan kawasan, kawasan apa ni, tanah lapang dan macam-macam. Saya mintak Kerajaan Negeri supaya dapat membezakan tanah-tanah yang telah pun dikenal pasti dalam Dasar Perluasan Kampung dan jugak kawasan baru, jika boleh tanah-tanah kerajaan yang lain tu, kita buat jugak untuk kita buat rumah-rumah PPR.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Gemencheh dan juga Yang Berhormat Rantau atas perkara yang telah pun diutarakan. Dan pihak kerajaan, kita akan meneliti apa yang diutarakan dan jikalau boleh kita akan jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat Rantau dan juga Yang Berhormat Gemencheh. Dan untuk menjawab …..
Yang Berhormat, rasa tak payah bertulislah, kita datang Gemencheh, kita tengok kawasan di situ. Kita makan di Gemencheh.
Boleh, boleh, boleh. Untuk menjawab Yang Berhormat Seremban Jaya, kita akan terus mengusahakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik supaya rakyat kita yang berpendapatan rendah itu dapat memilik, memiliki rumah yang diidami oleh mereka. Terima kasih.
Terima kasih EXCO tempatan, thank you very much.
Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat masa yang saya tetapkan telah tiba. 11:50 ya. Jadi, saya tamatkanlah pertanyaan soalan lisan. Saya mengucapkan terima kasih
kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat yang mengambil bahagian, yang membuat pertanyaan, yang menjawab sekali. Dan semua soalan lisan hari pertama yang tidak sempat dijawab, banyak lagi tak sempat jawab tu, pasal kita bahas panjang tadi kan, akan diberikan jawapan secara bertulis. Untuk itu, kita tamatkan soalan lisan ya.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions
Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan-jawapan bertulis bagi pertanyaan-pertanyaan yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan-jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.
USUL MENGIKUT PERATURAN XVI PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Ya, terima kasih. Panggil saya Dato’ tadi.
Inshaa Allah tak lama lagi tu. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya mengambil kesempatan ini sebenarnya untuk merujuk kepada Peraturan XVI ya …..
peraturan 16.
….. Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri untuk saya mencadangkan membawa
satu usul tergempar dalam Dewan ini. Saya harap Yang Dipertua izinkan. Ini …..
Saya rasa …..
Ini, ini hak Ahli Dewan ni Yang Dipertua, untuk memohon ini adalah hak saya untuk …..
Kurang jelas, baca sikit.
Okay, baca?
Perenggan berapa tu?
Tajuk, usul yang saya nak bawa ini ialah usul bantahan terhadap ICERD. Ha itu saya nak bawak dalam Dewan ini untuk sebenarnya untuk kita tahu, untuk kita bahaskan pendirian Kerajaan Negeri, Dato’ Yang Dipertua.
Cuma ni Yang Berhormat …..
Kita ni memberi satu perkara yang rakyat bertanya sebenarnya …..
Yang Berhormat Juasseh.
….. kepada kita ya.
Saya mintak duduk dulu. Kasi saya, saya rasa usul tak tergempar lagi dah. Oleh sebab apa, sebab ianya dah dijawab oleh Perdana Menteri. Dan Perdana Menteri dah sebut. Kita ni ada Kontrak Sosial, Perlembagaan Malaysia, jadi tak ada sebab nak kita nak bawak usul ni. Jadi Perdana Menteri dah sebut, dah jawab. Dan kita pun, rasanya orang yang beri info pun dah sebut apa kehendak dia. Dan Kerajaan Persekutuan, federal dah, dah ni lah, dah ambil tindakan. Jadi saya rasa tak, kita bentang nanti kang, terjejas masa kita sebab kita ada agenda …..
Dato’ Dipertua, saya faham …..
….. ada agenda, minta maaf, ada agenda lebih penting yang saya kira untuk ke, untuk kepentingan orang ramailah. Khususnya belanjawan kita. Kita dah lambat ni, kita bersidang pun dah hujung-hujung tahun. Jadi saya harap, tolong beri laluan, nak ikut agenda kita. Saya tak benarkan.
Dato’ Dipertua.
Okay, tak ada.
Dato’ Dipertua, saya rasakan isu meratifikasi ICERD yang dicadangkan oleh pihak menteri-menteri yang mana telah menjadi sebagai isu yang amat besar dalam negara, saya rasakan adalah lebih penting jika kita nak bandingkan pembentangan belanjawan. Belanjawan kita boleh bentangkan selepas kita membahaskan pendirian Kerajaan Negeri. Apakah pendirian Kerajaan Negeri hari ini berkenaan dengan usaha, cadangan yang dibuat untuk Malaysia meratifikasi ICERD dan jugak saya harap berhenti di situ kerana ada lagi lima konvensyen yang perlu, yang telah dicadangkan yang salah satunya lebih merbahaya ialah ICCRP iaitu membenarkan orang-orang bukan Islam kahwin dengan orang Islam tak payah memeluk agama Islam. Apakah Dato’ ataupun Tuan Yang Dipertua fikir itu tidak perlu ataupun tidak penting. Jadi …..
Saya …..
Jadi kita harap supaya Dewan yang bersidang, Dewan yang, Negeri Sembilan yang mulia ini bersidang hari ini, kita mengambil keputusan sama ada Kerajaan Negeri mengambil keputusan secara dalam sidang Dewan, sama ada bersetuju ataupun tidak. Dan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyatakan secara bertulis sahaja dan tidak dibenarkan dibahaskan di
dalam Parlimen. Mengapa telah bersetuju, tetapi tidak nak dibincangkan dalam Parlimen? Apakah ada isu-isu, adakah udang di sebalik batu? Kalau dah bersetuju, mengapa tak dibincangkan dan ditulis dalam hansard Parlimen.
Dan hari ini kita nak supaya isu menolak meratifikasi ICERD, ICCRP dan ada 2 – 3 lagi, Dato’ Dipertua, adalah perlu kita lakukan di sidang Dewan ini. Kerana akibatnya jika ICERD dan jugak ICCRP ini diratifikasi dia akan mendatangkan banyak musibah kerana kita mesti tahu bahawa tidak adanya dasar yang mengatakan bahawa kita mendiskriminasi siapa-siapa. Kita, negara kita merdeka Dato’, Tuan Yang Dipertua, kita tidak pernah memaksa sesiapa. Kita tidak mengamalkan dasar asimilasi, kita tidak memaksa sesiapa supaya mereka, seperti tuduhan mengatakan mesti tukar agama dan tidak boleh guna bahasa ibunda, tidak ada sekolah. Kita mengamalkan dasar integrasi. Kita …..
Okay Yang Berhormat Rantau.
….. jadi saya rasa ada baiknya jika …..
Tak, Yang Berhormat Rantau, saya rasa …..
….. sidang Dewan yang bersidang hari ini, kita tetapkan pendirian Kerajaan Negeri Sembilan.
Okay Yang Berhormat, Yang Berhormat Rantau.
….. kerana saya janji-janji ni saya kadang-kadang saya dah …..
Dah, dah, dah.
….. tak percaya lagi dah.
Tak apa. Saya rasa perkara tu dah, dah …..
Janji nak buat macam-macam, tapi tak pernah buat pun.
….. perkara tu dah, dah beres, dan saya tak nak panjangkan perkara ni. Saya mohon apa yang concern, concern oleh Yang Berhormat Rantau tu kita, saya pun faham. Dan saya tahu apa kesannya. Tapi cuma …..
Saya, kita tak mahu berhenti, cuma …..
….. cuma sekarang ni …..
….. Yang Dipertua faham saja. Kita nak merekodkan.
Dah, dah, dah. Parlimen dah bincang. Hari ini …..
Sidang yang, Dewan yang bersidang hari ini merekodkan.
Tak, Kerajaan Persekutuan dah buat keputusan. Pasal ini melibatkan Perlembagaan Malaysia. Dan kita ada Kontrak Sosial …..
Tuan Yang Dipertua.
Tak semudah, semudah itu …..
Tuan Dipertua …..
….. kita dalam …..
….. kalau kita, walaupun kita ada perlembagaan, ada Kontrak Sosial, ada kita punya, tetapi ingat ya, kita punya sistem perundangan di dunia, dalam negara, jika akta telah dibuat, dia akan supersede apa yang ada di negeri. Jika kita merupakan negara yang menandatangani apa-apa konvensyen di dunia, kita menandatangani tak buat walaupun dianya bertentangan dengan perlembagaan, kita akan didiskriminasi dan kita, negara kita boleh diambil tindakan.
Tak hari ini, Yang Berhormat Rantau.
….. seperti memulaukan, membuat embargo kepada negara kita.
Yang Berhormat Rantau.
Boleh kita katakan, ya kita tidak meratifikasi …..
Yang Berhormat Rantau.
….. kita tak buat, tapi kita sign …..
Dengan izin Tuan Speaker.
Dah, dah, dah.
….. perjanjian Dato’ Dipertua, kita akan menghadapi masalah …..
Perkara 16.
Saya, saya gunakan kuasa saya …..
Kuasa Speaker…..
…. Bahawa saya tidak membenarkan usul ini .…..
….. untuk menahan cadangan.
…..pertama, usul ini tidak diterima oleh Kerajaan Persekutuan. Saya sebut 2 kali tadi tu. Dan ia adalah Perlembagaan Malaysia, Kontrak Sosial …..
Itu maknanya aku janji kata tak, surat keluar katakan bahawa tidak …..
Tak ada.
….. meratifikasi tu …..
Tak ada siapa sign.
….. surat biasa sajalah.
Bukti kata, setakat ini tak ada bukti mengatakan kita …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. mana-mana …..
Tuan Yang Dipertua, boleh rekodkan tak dalam Dewan ni?
….. kita menandatangani mana-mana …..
Tuan Yang Dipertua, boleh tak …..
Duduk, duduk.
….. Saya kata dah tolak. Saya, duduk.
Boleh kita rekodkan bahawa Tuan Yang Dipertua hari ini menolak cadangan supaya kita melupakan usul tidak meratifikasi, supaya mencadangkan …..
Bukan kita …..
No …..
…. bahawa usul tidak, tidak perlu disegerakan dan usul jugak tidak ada yang perlu disegerakan kerana pe, perkara ini telah dibincang di Parlimen dan Perdana Menteri Malaysia dah buat kenyataan jelas secara bertulis dan secara ni apa, mengatakan bahawa Kerajaan Malaysia …..
Secara bertulis ni …..
….. tidak bersetuju meratifikasikan …..
Tuan Yang Dipertua, saya mohon, point of order, Tuan Dipertua.
….. tak percaya sangat dah pasal …..
Percaya tak percaya saya …..
Tuan Yang Dipertua, saya mohon …..
Dah, dah.
Kita di Malaysia ni Tuan Yang Dipertua …..
Siapa nak, nak jalankan tugas saya. Ada …..
….. kita ada Persekutuan. Di Negeri Sembilan kita ada kerajaan kita sendiri ….
….. kecuali kalau ada bukti tuan-tuan tunjuk, tandatangan hari ni, Kerajaan Malaysia dah tandatangani, dah tandatangani bahawa bersetuju dengan ICERD, kalau selagi tak ada tuan-tuan boleh tunjukkan tandatangan …..
Kita bukan kerana ….. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan]
..... Kerajaan Malaysia …..
….. kita bersidang ni …..
Tuan Dipertua.
….. untuk menolak keputusan kerajaan supaya tidak menandatangani …..
….. keputusan Parlimen tak ada kena mengena dengan Dewan ini Dipertua. Kita nak tengok Dewan Negeri …..
Tak, kita dah setuju dah.
….. ni Dewan Negeri.
Tak payah.
Tuan Dipertua ini Dewan Negeri.
Pendirian Kerajaan Negeri.
Sudah tolaklah, duduk.
Tuan Yang Dipertua, kita nak pendirian Kerajaan Negeri.
….. tuan Dipertua, untuk makluman, berkenaan dengan …..
Duduk, ahli-ahli Berhormat pembangkang, bagi Tuan speaker.
….. tanah dan agama adalah kuasa negeri sepenuhnya.
Yang Berhormat Pembangkang, sila duduk.
Saya menolak, duduk, okay.
Kita nak tahu pendirian Kerajaan Negeri Tuan Yang Dipertua.
Pendirian Kerajaan Negeri …..
Tuan Dipertua. [YB Yang Dipertua Dewan mematikan semua pembesar suara ahli-ahli Yang Berhormat]
Tuan Dipertua, kata Tuan Dipertua kata tadi membuktikan bahawasanya …..
Kata dua Kerajaan Negeri …..
Duduk, duduk. Saya faham, apa Yang Berhormat Rantau sebut tu jelas, kita faham, apa pendirian Kerajaan Negeri …..
Kalau faham …..
Dah dah dah, ADUN Rantau.
….. Tuan Dipertua apa pasal tak nak kita …..
Sebab kita Kerajaan Pakatan Harapan ….
….. saya cuma nak buat katakan pendirian Kerajaan Negeri …..
Tuan Yang Dipertua, kita nak tahu pendirian Kerajaan Negeri sahaja Yang Dipertua.
….. apa pendirian kita, kita bahaskan.
….. kita tak payah bincang, kita dah putuskan peringkat nasional.
Ini Dewan kita, mengapa kita tak bincang.
Kita Kerajaan Negeri. Itu Kerajaan Persekutuan.
Tuan Speaker.
Adakah Kerajaan Negeri begitu takut untuk menyatakan pendirian …..
Tuan Speaker.
….. berkenaan tentang ICERD, Yang Dipertua.
Tuan Speaker, saya sokong pendirian Speaker.
Kita bincang …..
Saya bagi warning ni.
Warning.
Tolong duduk.
Haa warning, warning sama dia orang.
Tuan Yang Dipertua boleh menahan …..
Tolong duduk Chembong, semua …..
….. cadangan itu jika pada fikirannya perkara yang dicadangkan hendak dirundingkan itu bukannya perkara yang tertentu, mustahak diuruskan dengan segera atau penting di sisi orang ramai …..
Tuan Dipertua.
….. itu keputusan muktamad Tuan Yang Dipertua.
Dah dah, saya suruh duduk bertenang semua, berdiri kang …..
Tuan Yang Dipertua, ini hal penting.
Dah dah dah, saya kata duduk.
Speaker, Speaker, Speaker punya pendirian bagus. Tolak …..
….. Tuan Dipertua pembentangan …..
….. tolak, okay terima kasih Speaker.
….. pembentangan bajet tu boleh ditangguhkan sebentar Tuan Dipertua.
Tuan Dipertua.
Ini dah tak ada masa dah. Duduk.
Tuan Yang Dipertua, saya nak cakap sikit. [Percakapan oleh YB ADUN Rantau tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
Saya, saya tak nak dengar dah. Saya nak pergi terus ke agenda saya.
Tak nak dengar, saya pun nak keluar Tuan Dipertua.
Pembentangan bajet tu boleh di, ditangguhkan sebentar.
Saya mintak Yang Berhormat, Yang Berhormat Sikamat ya. [semua ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang mula berdiri untuk meninggalkan Galeri Persidangan]
Okay terima kasih, terima kasih.
Tuan Dipertua.
Keluar, keluar.
Terima kasih. Terima kasih.
Selamat jalan, selamat jalan.
Ini adalah …..
Ini, ini mereka sudah plan, mereka ini sudah plan.
Berani buat pencerahan.
Boleh, boleh, silakan.
Sila duduk, sila duduk, sila duduk semua. Okay, yang lain-lain duduk.
Boleh keluar makanan sudah sedia.
Berehatlah, boleh rehat. [semua ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang meninggalkan Galeri Persidangan pada jam 12.03 tengah hari]
Ini you all tak dengar belanjawan? Haa, macam nak cerita kat kampung.
Saya tanya pendirian Kerajaan Negeri, Tuan Dipertua.
Dia orang sengajalah memalukan Dewan Negeri Sembilan.
Tadi banyak cakap, sekarang keluar.
Buat wayang sajalah.
…..pendirian Kerajaan Negeri.
Jadi pembangkang yang baiklah sikit, ada etika.
Sila duduk, jangan lari.
….. keluar dalam keadaan siap sedia boleh makan.
Petang balik, petang.
Saya mahu terima kasih, saya, Tuan Speaker, Tuan Speaker, saya mahu terima kasih kepada Tuan Speaker sebab hari ini sudah tegah masalah ICERD. Terima kasih, terima kasih.
Okay.
Perkara …..
Kami sokong penuh kepada Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan seterusnya dilaksanakan tanpa kehadiran 16 orang ahli Yang Berhormat daripada pihak pembangkang]
UsulMotion
Perkara ketujuh, Usul. Usul Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Di Bawah Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan [Kertas Dewan Bil. 1/2018 (Pindaan)]. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
7.1 Jawatankuasa Terpilih.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVII, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan:
Pertama, Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung. Yang kedua, Yang Berhormat YB ADUN Lenggeng. Yang ketiga, Yang Berhormat ADUN Chuah. Yang keempat, Yang Berhormat ADUN Rahang. Yang kelima, Yang Berhormat ADUN Johol. Dan yang keenam, Yang Berhormat ADUN Palong.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahas. Saya persilakan pihak kerajaan jika, dibahas, ada bahas? Ada? Tak ada. Astaghfirullah hal azim.
Tak ada yang nak bahas ya. Okay, okay, tak apa. Kita, ahli Yang Berhormat bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Usul ini diluluskan. Silakan usul seterusnya.
[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan yang hadir bersetuju]
Usul — Jawatankuasa KhasMotion
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIII, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
Pertama, Yang Berhormat ADUN Ampangan. Yang kedua, yang Berhormat ADUN Repah. Yang ketiga, Yang Berhormat ADUN Lenggeng. Yang keempat, Yang Berhormat ADUN Chuah. Yang kelima, Yang Berhormat ADUN Rahang. Keenam, Yang Berhormat ADUN Mambau. Yang ketujuh, Yang Berhormat ADUN ADUN Serting. Yang kelapan, Yang Berhormat ADUN Chembong. Dan kesembilan, Yang Berhormat ADUN Senaling. Dan yang kesepuluh, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahas. Tak ada? Tak ada perbahasan ya. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali, tak ada. Usul ini diluluskan. Silakan usul seterusnya.
[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan yang hadir bersetuju]
Usul — Jawatankuasa Kira-Kira KerajaanMotion
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIA, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
Pertama, Yang Berhormat ADUN Mambau. Yang kedua, Yang Berhormat ADUN Temiang. Yang ketiga, Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya. Yang keempat, ADUN Lobak. Yang kelima, yang, Yang Berhormat ADUN Rantau. Yang keenam, Yang Berhormat ADUN Kota. Dan yang ketujuh, Yang Berhormat ADUN Juasseh.
Yang Berhormat Tuan YDP saya bangun menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. Ada bahas? Tak ada. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju, sila angkat tangan. Tak ada. Yang berkecuali. Pun tak ada. Usul ini diluluskan. Silakan usul seterusnya.
[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan yang hadir bersetuju]
Usul — Jawatankuasa Hak Dan KebebasanMotion
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIB, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
Pertama, Yang Berhormat ADUN Bahau. Yang kedua, Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung. Yang ketiga, ADUN Labu. Yang keempat, Yang Berhormat ADUN Mambau. Yang kelima, Yang Berhormat ADUN Gemas. Dan yang keenam, Yang Berhormat ADUN Palong.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. Tak ada? Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Tak ada Tak ada. Yang berkecuali? Tak ada. Usul ini diluluskan. Silakan usul seterusnya.
[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan yang hadir bersetuju]
7.5 Jawatankuasa Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap dengan, yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIC, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan:
Pertama, Yang Berhormat ADUN Bukit Kepayang. Yang kedua, Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung. Yang ketiga, ADUN Chennah. Yang keempat, Yang Berhormat ADUN Lobak. Yang kelima, Yang
Berhormat ADUN Seri Menanti; dan yang keenam, Yang Berhormat ADUN Linggi.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun untuk menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. Ada? Tak ada. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Tak ada ya. Usul ini diluluskan.
[Keputusan undian: semua 20 orang ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan yang hadir bersetuju]
Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019Motion
Perkara kelapan, usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan pembentangan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa mengikut Ceraian 3 Seksyen 4, di dalam Akta Kumpulan Wang Disatukan Pembangunan 1966, Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dicadangkan sebanyak Ringgit Malaysia 116,900,000.00 dengan maksud dan butiran projek dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 sebagaimana yang telah dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 5 Tahun 2018, adalah diluluskan dan diperolehi untuk tujuan yang diten, yang ditentukan sahaja”.
Yang Berhormat ADUN Bahau.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, memandangkan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2009 [2019] ada kaitan dengan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018, seperti yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 4 Tahun 2018, maka saya dengan ini mencadangkan supaya usul ini dibincang dan dibahaskan bersekali dengan Rang Undang-Undang tersebut.
Yang Berhormat Tuan yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN si, Sikamat telah mencadangkan agar Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 dibahaskan bersekali dengan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018, dan telah mendapat sokongan.
Ahli Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan tersebut kata “setuju”. Tak setuju? Tak ada. Berkecuali? Tak ada. Cadangan ini diluluskan. Kita terus ke agenda berikutnya.
[semua 16 orang ahli Yang Berhormat dari Pembangkang tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Rang Undang-UndangBill
[Bacaan kali pertama]
Perkara kesembilan, rang undang-undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pembentang Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Perbekalan (2019) 2018 untuk membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan bagi pengurusan tahun 2019 dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi perkhidmatan bagi tahun itu.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya rang-rang un, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua. Sebelum saya mulakan ucapan saya, saya amat bersedih dengan apa yang berlaku di dalam Dewan pada tengah hari ini. Dan inilah sikap kita dan apa yang penting untuk rakyat hari ini, ditinggalkan oleh semua ahli BN yang menunjukkan bahawa mereka tidak peka kepada apa yang ingin kita sampaikan, ingin kita bantu rakyat ketika kerajaan memerlukan kita hari ini. Jadi, saya amat bersedih atas apa yang berlaku di dalam Dewan hari ini. Inilah menunjukkan sikap mereka kepada kita semua.
Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-Undang bertajuk “Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2019 dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu” dibacakan bagi kali kedua.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Segala puji bagi Allah, Tuhan punya alam. Dia-lah pemilik ke atas negeri ini dan penyedia segala
sumber yang maha kaya, maha pengasih lagi maha penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Allah mengurniakan kepada kita Negeri Sembilan yang indah, unik dan kaya dengan pelbagai hasil masul. Kita semua adalah petugas yang diamanahkan-Nya untuk menjaga, membangun dan memajukan negeri ini.
Allah berpesan dalam al-Quran, ayat 61 surah Hud, antaranya bermaksud “Dialah yang membuat kamu hidup di dunia ini dan menyuruh kamu memakmurkan negeri ini, kemudian istihgfarlah kamu kepadaNya dan bertaubatlah kamu kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang dan Penuh Kecintaan”.
Sehubungan itu, bagi menzahirkan rasa syukur dan menghargai kurniaan Allah, kita bertekad untuk terus menguruskan sumber kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Negeri Sembilan ini dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Barisan kepimpinan kerajaan baru yang telah dipilih oleh rakyat ini, tidak akan sekali-kali mengkhianati amanah yang diberikan dan akan terus “Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan” berteraskan kepada prinsip Maqasid Syariah yang meliputi hubungan secara vertikal (hablumminallah) dan hubungan secara horizontal (hablumminannas).
Selain daripada mempertingkatkan ma’ruf, yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil daripada pelbagai sumber, langkah-langkah pencegahan daripada perkara munkar, iaitu aktiviti menghalang daripada melakukan ketirisan, pembaziran, pemborosan, pengabaian dan salah guna ke atas sumber hasil juga diberi perhatian.
Untuk memastikan hasil negeri dipertingkatkan secara maksima dan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memakmurkan negeri dengan lebih berkesan, kita berpegang kepada nilai Bersih, Muafakat dan Sejahtera.
Bersih dalam konteks pentadbiran kewangan dan ekonomi negeri ini ialah merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan dan pembangunan ekonomi negeri dengan rasa penuh tanggungjawab kepada Allah, amanah dan berintegriti. Bebas daripada apa juga unsur penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah.
Muafakat ialah menjadikan prinsip syura menjadi unsur penting dalam proses perancangan dan pembangunan ekonomi negeri. Sesuai dengan perbidalan kata orang-orang tua, “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat”, maka setiap perkara yang ingin diputuskan, akan dirunding terlebih dahulu dengan semua pihak yang
berkepentingan selaku stakeholders supaya ianya bersifat inklusif dan menyeluruh.
Manakala, Sejahtera ialah memastikan setiap perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program pembangunan ekonomi negeri, akhirnya akan menatijahkan kepada kesejahteraan seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Senario Ekonomi Negara. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebelum saya memfokuskan kepada perancangan dan pencapaian ekonomi Negeri Sembilan, izinkan saya berkongsi tentang kedudukan ekonomi negara secara keseluruhannya untuk dijadikan pedoman dan panduan kita untuk mentadbir kewangan negeri ini. Melalui majlis, melalui Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang telah saya hadiri pada 7 Jun 2018 dan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pelbagai langkah telah sedang diambil untuk menangani situasi fiskal ekonomi negara pada masa ini. Antaranya ialah cadangan untuk menyemak dan mengkaji semula agihan pemberian dan bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
Dalam hal ini, Kerajaan Negeri perlu kreatif dan gigih untuk meningkatkan hasil seperti mengutip tunggakan hasil, memperkenalkan hasil baru serta mengamalkan perbelanjaan berhemat. Kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan perlulah diminimakan melalui pengurusan belanjawan negeri yang lebih lestari dan berdaya tahan.
Bagi mengukuhkan Ekonomi Negara, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018 – 2020 telah memberi keutamaan dan penekanan baru ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada bagi mencapai pertumbuhan sosio ekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ini termasuklah memperkemaskan semula sistem penyampaian dan tadbir urus negara supaya lebih berkesan. Dalam tempoh 2 tahun pertama Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2017, Keluaran Dalam Negara Kasar Negara berkembang 5.1% setahun dalam suasana inflasi pada kadar 2.9%.
Bagi tempoh 2018-2020, ekonomi negara akan terus disokong oleh permintaan dalam dan luar negara, terutamanya permintaan kukuh dalam kalangan negara rantau Asia. Permin, permintaan swasta dijangka kekal menerajui pertumbuhan ekonomi, dengan pelaburan swasta dijangka berkembang 5.7% setahun. Dengan penambahbaikan tadbir urus khususnya langkah pembasmian ketirisan dan peningkatan
hasil, Kerajaan Persekutuan yakin kedudukan fiskal dapat dipulihkan pada akhir tahun 2020.
Seperti mana yang dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan Negara 2019 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, cabaran Kerajaan Persekutuan pada masa ini adalah untuk menguruskan beban hutang negara yang mencecah 1.0 trillion ringgit. Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan telah menganjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2 ra, pada tahun 2018 berkembang pada 4.8% berbanding dengan 5% hingga 5.5% sebelum ini. Beliau turut menyatakan bahawa eksport negara terus berkembang sebanyak 6.9% bagi tempoh Januari hingga Jun 2018 dan menyumbang kepada lebihan akaun semasa berjumlah 18.9 bilion ataupun 2.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Kadar inflasi kekal rendah pada 1.2% bagi tempoh Januari sehingga September 2018, dan seterusnya membolehkan dasar monetari kekal akomodatif dan konda, kondusif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Senario dan persekitaran ekonomi nasional pada ketika ini, sedikit sebanyak akan turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan terutamanya yang melibatkan projek-projek pembangunan infrastruktur di bawah bilangan, di bawah Rolling Plan 4 Tahun 2019.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). (Data Hingga 2017, Jabatan Perangkaan). Keluaran Dalam Negera Kasar Negeri Sembilan telah merekodkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun 2017 berbanding tahun 2016. Pertumbuhan KDNK yang dicatatkan pada 2017 adalah 4.9% dengan nilai pada harga malar sebanyak 40.717 billion berbanding 3.5% pada tahun 2016. Daripada nilai KDNK berjumlah 40.717 billion yang telah dicatatkan, Sektor Perkhidmatan telah menyumbang sebanyak 44.3%, Sektor Pembuatan 39.7% manakala Sektor Pertanian berjumlah 7.9%. Ketiga-tiga sektor ini menyumbang 93.8% ataupun 38.192 billion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negeri Sembilan.
Walaupun KDNK tahun 2017 menunjukkan peningkatan 4.9%, namun momentum pertumbuhan ini adalah lebih rendah berbanding kadar pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5.9% dan 12 negeri lain iaitu Sabah (8.2%), Melaka (8.1%), Pahang (7.8%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (7.4%), Selangor (7.1%), Johor (6.2%), Wilayah Persekutuan Labuan (6.1%), Terengganu (5.9%), Perak (5.5%), Pulau Pinang (5.3%), Kedah dan Kelantan (5.0%).
Bagi terus memacu pertumbuhan ekonomi negeri supaya lebih berkembang dan dinamik, Kerajaan Negeri komited untuk meneroka potensi baru yang lebih berdaya tahan yang berasaskan teknologi
tinggi, modal intensif dan sektor pembuatan berskala besar. Alhamdulillah, dalam tempoh 6 bulan pertama pemerintahan kerajaan baru, Negeri Sembilan telah menerima banyak kunjungan daripada pelabur dalam, mahupun luar negara melalui pelbagai siri padanan perniagaan, perbincangan dua hala (bilateral), lawatan perniagaan dan promosi pelaburan yang telah dan sedang dilakukan secara agresif. Hasil daripada usaha gigih tersebut, inshaa Allah, nilai pelaburan yang bakal dibawa masuk ke negeri ini, sama ada dari dalam dan luar negara, adalah melebihi 2.0 bilion ringgit yang melibatkan pelbagai sektor industri seperti teknologi solar, medical hub, logistik, plastic injection moulding, teknikal, elektronik dan hub industri penerbangan. Beberapa perjanjian persefahaman telah pun ditandatangani dan sekiranya berjaya direalisasikan, inshaa Allah ianya akan membuka peluang kepada 3,000 pekerja baru kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya dan negara amnya.
Statistik Kemiskinan. Berdasarkan statistik dari Jabatan Perangkaan pada tahun 2016, peratus kemiskinan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 0.2% berbanding 0.4% di peringkat nasional, dengan kadar kemiskinan yang ter, yang tertinggi adalah di Daerah Seremban iaitu 1,106 Ketua Isi Rumah, diikuti oleh Daerah Kuala Pilah 374 Ketua Isi Rumah dan Tampin sebanyak 242 Ketua Isi Rumah. Manakala 30 November 2018, bilangan peserta eKasih Negeri Sembilan adalah seramai 20,025 orang di mana Seremban mencatatkan bilangan tertinggi 7,383 Ketua Isi Rumah, diikuti Kuala Pilah 2,393 Ketua isi Rumah dan Port Dickson 2,416 Ketua Isi Rumah. Bagi menangani isu kemiskinan bandar dan luar bandar tersebut, pelbagai program dan projek telah dirancang yang merentasi sempadan agama, kaum dan geografi, yang akan dibentangkan sebentar nanti.
Kadar Inflasi (Merujuk Kepada Ucapan Belanjawan 2019). Secara keseluruhan, kadar inflasi negara yang diukur oleh perubahan peratusan tahunan dalam Indeks Harga Pengguna kekal rendah pada 1.2% bagi tempoh hingga September 2018. Manakala kadar inflasi Negeri Sembilan pada tahun 2017 meningkat sebanyak 4.2% berbanding 1.9% pada tahun 2016.
Berdasarkan kepada Laporan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan, Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada Julai 2018, kenaikan ini berpunca dari kenaikan inflasi kumpulan utama.
Pertama ialah pengangkutan – kenaikan pada kagar, kadar 14.6% didorong oleh kenaikan harga purata petrol RON95 kepada 2.16 sen berbanding 1.76 sen seliter pada tahun 2016.
Makanan dan minuman bukan alkohol – kenaikan pada kadar 3.6%. Restoran dan hotel – kenaikan pada kadar 3.4%. Kesihatan – pada kadar 3.2%. Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain – pada kadar 2.6%. Dan hiasan, perkakasan, penyelenggaraan isi rumah, perhiasan, perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan – kenaikan pada kadar 2.0%.
Pelaksanaan Malaysia Vision Valley 2.0. Negeri Sembilan amat bertuah kerana kedudukannya yang sangat strategik berhampiran dengan pusat bandar raya Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan sebagainya, menjadikan Negeri Sembilan adalah pilihan terbaik kepada pelabur dalam dan luar negara. Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengiktiraf Seremban, Port Dickson sebagai antara 17 zon yang telah dikenal pasti sebagai Zon Promosi Pembangunan di Malaysia. Sebagai gerbang pembangunan strategik negara, Kerajaan Negeri Sembilan telah melakukan berapa, beberapa pengubahsuaian dan penyesuaian ke atas MVV yang kini dikenali sebagai MVV 2.0. Pelan Komprehensif Pembangunan (CDP) MVV 2.0 yang dilancarkan pada 13 Disember baru-baru ini, telah memfokuskan kepada 4 pemacu ekonomi berikut: Pertama, Industri Berteknologi Tinggi. Kedua, Industri Perkhidmatan dan Pelancongan. Yang ketiga, Sektor Pendidikan dan Penyelidikan Berasaskan Kemahiran. Dan yang keempat, Hab Logistik, Penerbangan, Maritim dan Perkhidmatan Khusus.
Untuk makluman Yang Dipertua dan ahli-ahli yang dihormati sekalian, CDP MVV 2.0 ini telah pun dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad; Perdana Menteri Malaysia pada 3 Oktober 2018 yang lalu. Pada dasarnya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyambut baik serta menyokong pelaksanaan MVV 2.0 dan telah bersedia untuk mempengerusikan mesyuarat bagi menarik pelabur-pelabur ke kawasan ini.
Pengukuhan infrastruktur industri dan jaringan perhubungan yang cekap akan terus diberi keutamaan melalui sokongan dalam, daripada Kerajaan Pusat, di bawah rancangan, di bawah RP4 Tahun 2019 dan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK-12) nanti. Selaras dengan agenda Greater KL, Daerah Seremban dan Port Dickson bukan sahaja menjadi gerbang utama pembangunan negeri, tetapi akan terus menjadi destinasi kediaman pilihan yang terbaik kepada warga Lembah Klang kerana harga hartanah yang lebih kompetetif dan lokasi yang strategik.
Strategi Belanjawan 2019. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, menyedari cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam persekitaran ekonomi nasional yang sedikit tercalar akibat dari kebobrokan pemerintahan kerajaan terdahulu, maka saya ingin menggariskan 4 Strategi dalam Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 ini. Bertemakan “Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan”. 4 strategi ini seterusnya akan disusuli dengan 10 Pelan Tindakan yang diterajui oleh beberapa jawatan, jabatan Kerajaan Negeri yang telah pun dikenal pasti.
Strategi 1: Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, semasa pembentangan Belanjawan Negara 2019 yang lalu, kelemahan utama pengurusan makroekonomi Malaysia adalah disebabkan oleh tadbir urus kewangan awam yang amat parah. Kecenderungan segelintir penjawat awam yang memilih untuk akur kepada tekanan dan tidak memberikan nasihat yang betul telah memburukkan keadaan. Maka itu, reformasi institusi secara total perlu dilakukan bagi meningkatkan kecebat, kecekapan tadbir urus. Untuk itu, 3 Pelan Tindakan telah dikenal pasti untuk dilaksanakan segera sepanjang tahun 2019.
Pelan Tindakan 1: Menambah Baik Prosedur Kerja. Kerajaan Negeri amat menitik beratkan kepada kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam membuat keputusan dan memproses sesuatu kelulusan. Budaya kerja business as usual dan complacent tidak lagi boleh diamalkan. Setiap jabatan agensi perlu meneliti dan menambah baik prosedur kerja sedia ada supaya suatu keputusan itu dapat dibuat dalam tempoh yang singkat tanpa perlu melalui proses birokrasi ataupun red tape yang panjang. Semua Ketua Jabatan perlu kreatif dan berani mencabar status quo supaya dia lebih dinamik. Setiap Standard Operating Procedure (SOP) yang lapuk perlu digantikan dengan SOP yang baharu.
Sebagai contoh, bilangan jawatankuasa yang terlalu banyak serta borang-borang yang terlalu rumit perlu dikurangkan. Syarat dan SOP perlu diseragam antara jabatan mahupun daerah terutamanya di kalangan Pihak Berkuasa Tempatan. Melalui reformasi tadbir urus ini, saya yakin, hasil negeri dapat ditingkatkan dengan lebih cekap lagi.
Memper, yang kedua, Mempertingkatkan Kutipan Tunggakan Hasil. Penguatkuasaan, pemantauan dan pendidikan berterusan adalah antara faktor yang boleh menyumbang kepada peningkatan kutipan tunggakkan hasil. Sebagai rekod bagi tahun 2015, jumlah Akaun Belum Terima negeri adalah sebanyak 93.35 juta, bagi 2016 – 118.6 juta dan pada tahun 2017 terus meningkat kepada 141.95 juta. Sehubungan itu,
bagi mengelakkan akaun yang terus tertunggak setiap tahun, jabatan dan Agensi Pemungut Hasil perlu memainkan peranan yang lebih efektif dalam menguatkuasakan peraturan, sekaligus menduduk, mendidik masyarakat berkenaan tentang tanggungjawab sebagai pengguna perkhidmatan dan pembayar cukai.
Tindakan ketiga, Kecekapan Proses Pengurusan Tanah. Bagi mempercepatkan lagi pertumbuhan pembangunan baharu untuk pelbagai tujuan guna tanah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) perlulah mengkaji dan menambah baik mana-mana proses ataupun prosedur urusniaga tanah yang telah lapuk. Ini termasuk permohonan pindah milik, tukar syarat tanah, pecah sempadan, pemberimilikan dan sebagainya. Penggunaan teknologi digital dan aplikasi moden seperti Quick Response (QR) kod dalam pengeluaran hak milik atau pelan elektronik adalah antara penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan.
Bagi mempercepatkan proses pewartaan, kerajaan juga sedang dalam tindakan membangunkan sistem eWarta. Tujuan utama penambahbaikan ini untuk memastikan setiap permohonan kelulusan dapat diberikan dalam tempoh yang singkat sekaligus membantu meningkatkan hasil negeri. Sekiranya perlu, perwakilan kuas, perwakilan kuasa kepada Pentadbir Tanah boleh diperluaskan bagi maksud itu. Satu task force khas yang terdiri daripada Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah akan ditubuhkan termasuklah mengadakan strategic engagement, dengan izin, dengan semua pihak yang berkepentingan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pejabat Tanah dan Galian serta semua Pentadbir Tanah kerana telah diiktiraf sebagai Amalan Terbaik Pengumpulan Tanah Rizab Melayu di Malaysia semasa mesyuarat Majlis Tanah Negara yang diadakan pada 3 Disember 2018 baru-baru ini.
Strategi 2: Meneroka Sumber Hasil Baru. Melangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri tidak lagi berupaya bergantung kepada sumber hasil konvensional seperti kutipan cukai tanah semata-mata. Peningkatan dalam belanja mengurus di samping keperluan untuk merancakkan pembangunan negeri mewajarkan Kerajaan Negeri meneroka sumber hasil mahsul yang baru untuk manfaat keseluruh masyarakat. Untuk itu, Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk memperkenalkan Lesen Struktur Atas Badan Air dan Cukai Petak Strata bagi sumber Hasil Bukan Cukai yang baru selewat-lewatnya pada tahun 2020.
Untuk tindakan pertama, Lesen Struktur Atas Badan Air. Pada ketika ini, Badan Kawal Selia Air (BKSA) sedang giat untuk menguatkuasakan
Lesen Struktur Atas Badan Air melalui Kaedah Caj Air dan Fi Lesen (Negeri Sembilan). Pelaksanaan lesen ini dijangka akan berkuatkuasa mulai tahun 2019 dan diunjurkan akan memberikan pulangan hasil kepada Kerajaan Negeri sebanyak 370,000.00 setahun.
Tindakan kedua, Pelaksanaan Cukai Petak Strata. Cukai Petak Strata merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam Akta Hakmilik Strata 1985. Sebelum ini, kaedah diguna pakai bagi pengeluaran dokumen hakmilik strata adalah melalui kaedah manual walaupun beberapa negeri telah mengguna pakai kaedah pengeluaran dokumen hakmilik melalui Sistem Geran Strata. Di Negeri Sembilan, jumlah skim strata yang direkodkan adalah sebanyak 462 dengan melibatkan sebanyak 33,418 petak. Melalui pelaksanaan cukai strata pada tahun 2020, Kerajaan Negeri mengunjurkan peningkatan hasil sebanyak 1.0 juta. Sebagai permulaan, satu sistem eStrata akan dibangunkan pada tahun hadapan bagi membolehkan kemasukan data dilengkapkan sebelum kutipan cukai mulai tahun 2020.
Memajukan Tanah Rizab Kerajaan Negeri Melalui Program Usahasama. Berdasarkan rekod Pejabat Tanah dan Galian (PTG), pada ketika ini terdapat 41,906 hektar tanah yang digazetkan atas nama Yang Berhormat SUK Negeri Sembilan untuk tujuan kawasan lapang, taman awam, pembangunan akan datang dan lain-lain tetapi terbiar kosong, malah terdapat juga tanah rizab yang diceroboh oleh pihak luar tanpa diambil tindakan. Adalah satu kerugian sekiranya tanah-tanah produktif ini dibiar kosong tanpa apa-apa aktiviti guna tanah. Sehubungan dengan itu, Yang Berhormat SUK Negeri Sembilan telah diarahkan untuk mengkaji potensi tanah-tanah rizab ini yang boleh dimajukan secara usahasama dengan secara sewaan atau pajakan yang boleh mendatangkan hasil.
Strategi ketiga, Mengurangkan Kehilangan Hasil Negeri. Bagi membolehkan Kerajaan Negeri mengutip hasil secara optimum, beberapa pelan tindakan telah dikenal pasti untuk mengurangkan kehilangan hasil negeri.
Di antaranya, tindakan pertama adalah Kawalan Pemberian Premium Secara Nominal. Sebelum ini, kecenderungan Kerajaan Negeri untuk memberikan premium secara nominal telah menyebabkan jumlah kutipan hasil tidak dapat dimaksimumkan. Pemajuan dan pembangunan yang besar menikmati kadar premium yang nominal sedangkan nilai pulangan kepada masyarakat berada pada kadar yang rendah. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan mengawal pemberian premium secara nominal. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan lebih berhati-hati dalam mempertimbangkan rayuan
pe, pengurangan kadar premium. Berdasarkan rekod pejabat PTG dari tahun 2016 dan 2017, kerajaan terdahulu telah meluluskan pengurangan premium berjumlah 255.72 juta melibatkan 198 permohonan yang diluluskan. Jumlah ini merupakan 65% daripada keseluruhan premium tanah yang sepatutnya dikutip iaitu 390.32 juta.
Tindakan kedua, Kutipan Caj Air Mentah. Kuti, kutipan caj air mentah terbahagi kepada penggunaan domestik dan komersial. Secara puratanya, kadar kutipan caj air mentah domestik pada tahun 2016 adalah sebanyak 18.0 juta dan 13.7 juta pada tahun 2017. Manakala kutipan tahun 2016 dan, dan 14.5 juta tahun 2017. Secara umumnya, sasaran kutipan caj domestik dan komersial adalah masih rendah berdasarkan jangkauan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak SAINS. Untuk itu, pihak SAINS telah diarah untuk mempertingkatkan lagi keupayaan kutipan caj air mentah ini melalui pelbagai pendekatan secara berhemah tetapi tegas. Kerajaan tidak mengamalkan tindakan hapuskira seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu dengan menghapuskira tunggakan caj air mentah sebanyak 29.0 juta pada tahun 2013. Walau bagaimanapun mulai bulan Ogos 2018, alhamdulillah pihak SAINS telah berjaya membuat bayaran secara tetap sekurang-kurangnya 3.0 juta sebulan sepertimana Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan.
Tindakan ketiga, Penguatkuasaan dan Pemutihan. Penguatkuasaan yang tegas dan berhemah akan menjamin peningkatan hasil negeri. Kerajaan mendapati banyak berlakunya pelanggaran syarat nyata tanah di bawah Kanun Tanah Negara, Akta, undang-undang kecil dan enakmen oleh pelbagai pihak sejak sekian lama tetapi tidak diambil tindakan tegas oleh agensi kerajaan. Tanah-tanah yang berstatus pertanian telah digunakan untuk aktiviti komersial seperti industri dan perniagaan tanpa menukar syarat tanah dengan kadar bayaran cukai yang rendah. Pada masa yang sama, tanah-tanah kerajaan telah diceroboh sama ada bagi aktiviti pertanian, mengorek pasir mahupun pemasangan billboard secara haram. Berdasarkan pemantauan yang telah dijalankan, didapati sebanyak 351 billboard sepanjang lebuhraya PLUS, LEKAS dan Lebuhraya Seremban – Port Dickson yang telah didirikan tanpa kelulusan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 91 telah dibina secara haram atas tanah kerajaan. Pihak kerajaan mendapat, pihak-pihak berkenaan mendapat pulangan hasil yang lumayan melalui aktiviti tersebut tanpa menyumbang kembali kepada kerajaan dan masyarakat. Perkara ini perlu diberikan titik noktah melalui tindakan penguatkuasaan bersepadu dan tindakan pemutihan.
Selain daripada itu, kerajaan juga telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah untuk menuntut bayaran
premium dan tunggakan cukai dari mana-mana agensi Kerajaan Negeri ataupun GLC termasuklah dari Menteri Besar diperbadanan, Diperbadankan (MBI) yang selau, yang dahulunya tidak dituntut.
Strategi Keempat: Meningkatkan Keuntungan Pelaburan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, alhamdulillah, berkat dari tadbir urus yang baik dan berhemah, jumlah simpanan jangka pendek dan panjang negeri menunjukkan peningkatan yang ketara. Sehingga 30 November 2018, jumlah simpanan wang tunai dan pelaburan Negeri Sembilan adalah sebanyak 766.42 juta berbanding 725.96 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 40.46 juta.
Tindakan pertama ialah Pelaburan Sukuk dan Simpanan Tetap. Bagi memanfaatkan lebihan tunai yang ada, kerajaan komited untuk menguruskan dengan baik lebihan tunai negeri melalui pelaburan jangka pendek dan panjang yang terjamin, berisiko rendah dan memberikan pulangan yang menguntungkan. Kajian pasaran yang menyeluruh sentiasa dilakukan oleh Unit Analisa Pelaburan dan Pemantauan, Pejabat Kewangan Negeri dan Bendahari Negeri dengan tanda aras pelaburan pada kadar 4% ke atas, setahun. Tanda aras pelaburan ini juga akan dikuatkuasakan di peringkat Badan-Badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan mulai 1 Januari 2019.
Anggaran Hasil. Yang Dipertua, yang, berdasarkan kepada strategi belanjawan yang telah dibentangkan, insha Allah, Kerajaan Negeri menganggarkan akan berlaku peningkatan hasil sebanyak 18 juta ataupun 4.37%, menjadi 430.0 juta pada tahun 2019 berbanding 412.0 juta bagi tahun 2018. Secara keseluruhannya, Hasil Bukan Cukai seperti premium, permit, pendaftaran lesen, keuntungan pelaburan, royalti sumber asli dan sebagainya kekal sebagai penyumbang utama hasil negeri iaitu sebanyak 225.1 juta ataupun 52%. Manakala Hasil Cukai bagi tahun 2019, yang terdiri daripada Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung, dijangka menyumbang sebanyak 148.41 juta ataupun 35% daripada keseluruhan hasil.
Berbanding Belanjawan 2018, Hasil Cukai dijangka mengalami penurunan sebanyak 4.06% ber, berikutan daripada program pemutihan data dan maklumat serta tiadanya peningkatan kadar cukai bagi tempoh 5 tahun seperti yang dijanjikan oleh kerajaan semasa pilihan raya ke, Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu. Akhir sekali, kerajaan dijangka akan memperolehi sebanyak 56.49 juta ataupun 13% hasil dari Terimaan Bukan Hasil seperti bayaran balik pinjaman, pemberian dan caruman Kerajaan Persekutuan. Ini menjadikan keseluruhan hasil negeri pada tahun 2019 adalah sebanyak 430.0 juta.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, suka saya membawa kembali perhatian sidang Dewan kepada usul Belanjawan Kerajaan Negeri bagi tahun 2019. Bagi tahun 2019, Belanjawan Kerajaan Negeri adalah Belanjawan Berimbang yang berjumlah 430.0 juta iaitu pertambahan 18.0 juta ataupun 4.37% berbanding 412.0 juta pada tahun 2018 meliputi Belanjawan Mengurus dan juga Belanjawan Pembangunan.
Anggaran Belanjawan Mengurus. Manfaat pelbagai usaha untuk Memperkayakan Hasil ini, maka sewajarnyalah kekayaan ini dimakmurkan untuk dinikmati bersama oleh semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan daerah. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al, Surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat kepadamu), dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu amat pedih”. Maka itu, belanjawan tahun 2019 telah dirancang dengan penuh teliti bagi menjamin kemakmuran yang lebih menyeluruh kepada seluruh rakyat. Kerajaan akan memastikan setiap perbelanjaan mampu memberi pulangan atau nilai tambah dan seterusnya meningkatkan produktiviti negeri. Untuk itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 430.0 juta bagi Anggaran Belanjawan Mengurus Tahun 2019 yang diperincikan seperti berikut:
Emolumen sebanyak 169.25 juta ataupun 39.36%, Perkhidmatan dan Bekalan 90.19 juta atau 20.97%, Perolehan Aset 3.38 juta ataupun 0.79%; Pemberian dan Kenaan Tetap 160.13 juta ataupun 37.24% dan Perbelanjaan Lain 7.05 juta ataupun 1.64%. Dan Perolehan Aset. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil kepada, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan perolehan kenderaan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah dan lain-lain agensi melibatkan peruntukan berjumlah 1.68 juta. Peruntukan ini bertujuan bagi menggantikan kenderaan yang telah berusa, berusia melebihi 10 tahun dan pada masa sama meningkatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memberi pulangan hasil yang maksimum kepada kerajaan. Adalah diharapkan, melalui perolehan kenderaan baru ini akan meningkatkan lagi moral dan semangat pegawai-pegawai kerajaan untuk lebih gigih dalam melaksanakan aktiviti penguatkuasaan bagi mengelakkan berlakunya ketirisan sekaligus menaikkan hasil negeri.
Selepas hampir 10 tahun memohon dan merayu, Kerajaan Pakatan Harapan yang prihatin dan sentiasa berji, bersedia menjadi pendengar yang baik, bersetuju meluluskan peruntukan 0.29 juta bagi perolehan alat ukur dengan spesifikasi terkini kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah. Perolehan aset-aset baru ini secara psi, psikologinya dapat mengoptimumkan kecekapan guna tenaga sekaligus mengurangkan
ketirisan hasil negeri. Ia juga adalah sebagai salah satu bentuk ganjaran dan pengiktirafan kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah yang telah bertindak sebagai jabatan Pemungut Hasil yang terbaik selama ini.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebagai umat Islam yang ditanam dengan sifat menunaikan janji, Kerajaan Negeri ingin mengumumkan berapa, beberapa bentuk bantuan yang baru dan ditambah baik untuk tahun 2019 sebagaimana yang dinyatakan dalam Manifesto Tawaran Pakatan Harapan. Kerajaan amat sedar dan sentiasa insaf, bahawa pemilihan kerajaan baru oleh rakyat Negeri Sembilan adalah satu amanah yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab berpaksikan kepada prinsip Bersih, Muafakat dan Sejahtera.
Maka bantuan yang akan diberikan adalah bersifat inklusif dan meliputi segenap lapisan masyarakat yang memerlukan pembelaan dan dokongan dari kerajaan. Bak kata perbidalan orang Negeri Sembilan:
Rundingan jangan selisih, Muafakat jangan bercanggah, Tuah pada sekata, Berani pada seia, Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.
Kebajikan. Kerajaan amat prihatin dan simpati kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh ibu-ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak secara bersendirian. Maka itu, kerajaan memutuskan untuk memberikan bantuan khas kepada ibu tunggal secara one-off pada kadar 200.00 ringgit seorang dengan jumlah peruntukan 0.9 juta. Manfaat, manfaat ini akan dinikmati oleh seramai 4,500 orang ibu tunggal yang telah berdaftar dengan eKASIH.
Bagi pelajar sekolah dalam kalangan keluarga miskin di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula, seramai 1,500 orang murid akan diberi bantuan yuran bas sekolah bernilai 50.00 ringgit sebulan dengan jumlah peruntukan 0.9 juta.
Tidak dilupakan golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) yang sentiasa mekar di hati Kerajaan. Pada ketika ini, jumlah OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seramai 2,490 orang yang menerima bantuan am bulanan sebanyak 140.00 ringgit sebulan. Dengan ini saya umumkan, bantuan bulanan am golongan OKU akan dinaikkan sebanyak 60.00 ringgit kepada 200.00 ringgit sebulan yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah 1.79 juta.
Selain daripada itu, kerajaan juga bersetuju menyediakan perkhidmatan bas percuma dengan jumlah peruntukan sebanyak 0.3 juta. Sebagai percubaan, perkhidmatan ini akan dimulakan bagi bandar Seremban.
Pendidikan. Pembangunan modal insan adalah pelaburan masa hadapan yang penting bagi menyediakan barisan pelapis pemimpin yang akan mencorak dan membawa perubahan kepada wajah Negeri Sembilan, tanpa mengambil kira perbezaan agama dan bangsa. Sebagai tanda sokongan kerajaan, sejumlah 3.0 juta akan membantu sekolah-sekolah tahfiz swasta, Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta sekolah-sekolah swasta yang lain yang akan diagihkan berdasarkan keperluan. Adalah diharapkan, bantuan ini akan dapat dimanfaat bagi mewujudkan persekitaran dan Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih kondusif.
Selain daripada itu, kerajaan juga mengiktiraf golongan pendidik yang sentiasa berkorban dalam mendidik sahsiah anak bangsa supaya menjadi insan berguna. Untuk itu, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan lebih kurang 1,500 orang guru KAFA yang mengajar sepenuh masa daripada 900.00 sebulan kepada 950.00 ringgit sebulan dengan peruntukan sebanyak 1.15 juta.
Kerohanian dan Agama. Sebagai tiang yang menyokong dan mencorakkan kehidupan seharian, aspek kerohanian dan agama sama sekali tidak boleh diketepikan. Serentak itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun Bilal, Siak dan Pembantu Am wanita seramai 900 orang daripada antara 150.00 ringgit dan 300.00 ringgit sebulan pada kadar sekarang kepada antara 400.00 ringgit hingga 500.00 ringgit sebulan dengan jumlah peruntukan 2.84 juta.
Mendukung aspirasi Perlembagaan Persekutuan berkenaan kebebasan mengamalkan agama masing-masing, bagi manfaat bukan Islam pula, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam dengan menyediakan peruntukan awal sebanyak 1.5 juta bagi membolehkan mereka melaksanakan program dan aktiviti agama masing-masing.
Sidang Dewan yang mulia, dengan rasa syukur atas limpah kurnia, maka suka saya memaklumkan bahawa Negeri Sembilan telah terpilih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Kebangsaan yang di, dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2019. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada kerajaan, oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri ini. Sehubungan itu, atas semangat bersama dan menyokong program ini, kerajaan akan menyalurkan peruntukan
berjumlah 1.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bagi maksud perancangan dan pelaksanaan majlis tersebut.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Pelaburan. Sidang Dewan perbahasan yang telah diadakan pada 24 hingga 27 September 2018 yang lalu telah menubuhkan Perbadanan Negeri Sembilan, melalui Enakmen Perbadanan NS 2018; sebagai sebuah badan pelaburan negeri yang memberi tumpuan kepada perancangan dan pembangunan industri berteknologi tinggi. Bagi membolehkan perbadanan ini memulakan fungsinya secara berkesan pada tahun pertama pengoperasian, Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan secara one-off 1.8 juta bagi tahun 2019. Pelbagai perancangan strategik dan promosi pelaburan sedang giat dan, untuk dijayakan secara bersama dengan lain-lain agensi negeri seperti UPEN, PKNNS dan NSIC.
Belia. Golongan belia adalah permata terpenting negara yang perlu digilap dan dibangunkan sebagai peneraju masa hadapan. Bakat dan usaha mereka perlu digembeling secara terancang terutamanya dalam pembangunan ekonomi. Mengambil contoh Saidina Ali bin Abu Talib, yang merupakan belia terbilang di zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin. Beliau dikenali sebagai individu dan pemimpin yang adil, bidak, bijaksana dan berwawasan, pintar dan berani menegakkan kebenaran serta sentiasa berusaha mencari ilmu.
Kerajaan Negeri amat menggalakkan golongan belia untuk menceburi bidang perniagaan dalam pelbagai sektor seperti perkhidmatan, perbekalan dan pertanian sebagai sumber pendapatan mereka. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW “Sembilan daripada sepuluh pintu rezeki itu ada dalam perniagaan” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Untuk itu, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 3.0 juta sebagai peruntukan awal Tabung Pembangunan Usahawan sebagai pinjaman mudah ataupun soft loan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan. Bantuan ini adalah sebagai tanda sokongan berterusan daripada Kerajaan Negeri kepada usahawan kecil dan sederhana yang berhasrat untuk memulakan perniagaan.
Wanita. Tangan yang menghayun buai, mampu menggoncang dunia. Bidalan ditujukan khas kepada golongan wanita ini adalah satu bentuk penghormatan dan pengiktirafan kepada wanita di atas segala jasa dan pengorbanan. Bagi terus memperkasakan wanita Negeri Sembilan, satu inisiatif baru yang dikenali sebagai Power House ataupun Wanita Gemilang bagi melatih dan melahirkan lebih ramai golongan wanita yang berkemahiran telah pun dilancarkan pada tahun ini. Sebagai
percubaan, 3 daerah perintis telah dipilih iaitu Kuala Pilah, Seremban dan Tampin sebelum ianya diperluaskan ke daerah-daerah lain. Sejumlah 1.6 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti, kursus kemahiran dan kepimpinan.
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) adalah sebuah jawatankuasa yang diwujudkan bagi mengambil alih fungsi dan peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pewujudan MPKK telah berkuatkuasa mulai 12 September 2018 susulan keputusan Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tarikh yang sama dan sah untuk tempoh selama satu penggal atau 2 tahun, sehingga 31 Disember 2019.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, Negeri Sembilan memiliki 433 jawatankuasa MPKK terdiri daripada 393 MPKK Kampung Tradisi dan 40 MPKK Kampung Baru. Pada masa ini, Pengerusi dan Setiausaha daripada kedua-dua MPKK ini menerima elaun masing-masing sebanyak 500.00 dan 300.00 ringgit. Manakala setiap MPKK juga diperuntukkan Elaun Kehadiran Mesyuarat (AJK sahaja) RM50.00 ringgit dan Elaun Pengurusan Mesyuarat 100.00 sekali mesyuarat.
Kerajaan Negeri menghargai dan memahami beban tugas yang dipikul oleh AJK MPKK kerana mereka adalah jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan pentadbiran negeri. Sehubungan dengan itu, bagi membantu pihak AJK MPKK memainkan peranan yang lebih berkesan dan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan, Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan bayaran elaun Pengerusi MPKK Kampung Tradisi dan Kampung Baru sebanyak 400.00 ringgit sebulan menjadi 900.00 ringgit sebulan bermula 1 Januari 2019. Implikasi kewangan yang terlibat berikutan pertambahan elaun ini adalah sebanyak 2.1 juta setahun.
Institusi Adat. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sebagaimana perbidalan adat, “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah”. Sebagai sebuah negeri beradat yang mengamalkan Adat Perpatih, Negeri Sembilan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat luar kerana keunikan dan keindahan sistem pentadbiran demokrasi yang diamalkan oleh masyarakatnya. Setiap lapisan masyarakat telah ditentukan hierarki pim, pemimpin yang perlu dihormati untuk dijadikan tempat rujukan bak kata bidalan “Alam Beraja, Luak Berpenghulu, Lembaga Berlingkungan, Buapak Beranak Buah dan Anak Buah Bersuku”.
Sebagai tanda berterima kasih dan menghormati kepimpinan institusi Adat Perpatih, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan bayaran
Elaun Kehadiran Perbicaraan Pusaka Adat daripada 20.00 ringgit kepada 50.00 ringgit sekali mesyuarat. Untuk makluman Tuan Puan Yang Dipertua, kadar elaun kehadiran mesyuarat ini tidak pernah dinaikkan sejak 1994 lagi. Selain itu, elaun Dato’-Dato’ Adat pada masa ini yang berkadaran di antara 200.00 ringgit sehingga 1,005.00 ringgit juga akan dinaikkan sebanyak 20% mulai 1 Januari 2019 dengan peruntukan berjumlah 700,000.00. Selain daripada itu, sebanyak 500,000.00 juga telah diperuntukkan untuk membiayai pelbagai aktiviti adat yang disalurkan melalui Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Ini menjadikan keseluruhan peruntukan untuk Institusi Adat adalah sebanyak 1.23 juta.
Maklumat lanjut dan perincian peruntukan mengurus tahun 2019 bagi semua jabatan boleh dirujuk di dalam Kertas Dewan Bilangan 4 Tahun 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Anggaran Belanjawan Pembangunan. Menjadi agenda Kerajaan Negeri memastikan negeri ini terus berdaya saing di bawah Pentadbiran baharu melalui Pelan Pembangunan yang terancang dan menyeluruh. Bagi meneruskan lagi agenda pembangunan tersebut, kerajaan mencadangkan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahun 2019 sebanyak 116.9 juta iaitu kenaikan sebanyak 1.14 juta ataupun 1% berbanding 2018. Jumlah ini adalah peruntukan pembangunan terbesar yang pernah dicatatkan untuk tempoh lebih 5 tahun yang lalu.
Pecahan dan perincian bagi peruntukan pembangunan tahun 2019 mengikut sektor adalah seperti berikut: Pembangunan Sosial 41.59 juta ataupun 35.58%, Kemudahan Infrastruktur 23.01 juta ataupun 19.68%, Pentadbiran 17.01 juta ringgit ataupun 14.55%, Pertanian 15.95 juta ataupun 13.64 peratus, kerau, Kerohanian 10.94 juta ringgit ataupun 9.36% dan Pelancongan 8.40 juta ringgit ataupun 7.19%.
Pembangunan Sosial. “Dari rakyat untuk rakyat”. Ungkapan ini merupakan asas yang menjadi tanggungjawab kepada kerajaan bagi memastikan hasil ekonomi yang diperolehi kerajaan dikembalikan untuk kesejahteraan rakyat selari dengan aspirasi Memakmurkan Kekayaan. Sehubungan itu, sektor sosial yang merupakan kumpulan sasar terbesar dalam negeri ini akan meri, me, menerima peruntukan ter, terbesar bagi projek pembangunan tahun 2019 yang akan memberi tumpuan kepada Program Pencahayaan Negeri sebanyak 3.4 juta. Program pencahayaan ini akan dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti kemalangan dan ancaman jenayah. Bagi terus memastikan kualiti hidup dan kesihatan persekitaran terpelihara, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak 2.5 juta bagi maksud
Penyelenggaraan Sistem Kumbahan rakyat [Rumah] Awam Harga Rendah. Kerajaan juga akan melaksanakan pelbagai projek pembinaan/pengubahsuaian dewan dan balai raya bagi kegunaan orang ramai dengan peruntukan sebanyak 1.74 juta.
Kemudahan Infrastruktur. Bagi memastikan rakyat menikmati jaringan perhubungan jalan raya yang berkualiti dan melengkapkan jajaran penyuraian trafik seluruh negara, Kerajaan Negeri memperuntukkan 1.5 juta untuk pembinaan jalan-jalan baru khususnya di kawasan luar bandar. Jabatan Kerja Raya juga akan dipertanggungjawabkan untuk membaiki mana-mana persimpangan dan selekoh yang merbahaya dengan peruntukan 2.4 juta demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin dan mengurangkan risiko kemalangan.
Selain daripada pembinaan jalan baru, kerajaan juga akan menggantikan sebanyak 2 buah jambatan negeri dengan peruntukan 3.0 juta yang bakal memberi manfaat kepada 17,283 orang penduduk. Menyedari kemampuan ke, kewangan Kerajaan Negeri yang terhad, kerajaan akan terus menjalinkan kerjasama erat dengan agensi Persekutuan bagi membantu menyediakan kemudahan infrastruktur baru dan menaik taraf jaringan jalan raya sedia ada melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Sebagaimana Dewan yang mulia, yang mulia ini sedia maklum, pada 22 November 2018 yang lalu, satu kejadian ban pecah telah berlaku di muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Linggi yang mengakibatkan gangguan air di beberapa kawasan sekitar Port Dickson. Sebanyak 1.0 juta peruntukan luar jangka telah dibelanjakan bagi mengatasi masalah tersebut. Bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang, Kerajaan Negeri memperuntukkan 3.25 juta bagi program Pengurusan Banjir untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan-kawasan rendah pula.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Pentadbiran. Selari dengan strategi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan keceba, kecekapan tadbir urus, kerajaan dari semasa ke semasa komited untuk menambah baik usaha-usaha yang boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan urus pentadbiran negeri ini. Dalam hal ehwal pemantauan dan pengurusan tanah, Pejabat Tanah dan Galian akan diperuntukkan 1.0 juta bagi maksud pembangunan sistem eSTRATA. Pembangunan sistem ini melibatkan 462 skim dengan jumlah petak 33,418 unit. Menjelang tahun 2020, kerajaan dijangka akan mendapat tambahan hasil berjumlah 1.0 juta menerusi cukai petak yang akan dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan cukai tanah.
Selain itu, sektor pentadbiran tahun ini juga akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada projek menaik taraf Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang berjumlah 2.5 juta. Menjelang suku kedua tahun 2019, perpustakaan awam Negeri Sembilan dijangka akan memulakan operasinya dalam suasana yang lebih kondusif di lokasi baharu yang terletak di Seremban 2.
Pertanian. Berdasarkan dasar, Data Sosio-ekonomi Negeri Sembilan Tahun 2017, sektor pertanian merupakan antara penyumbang utama pertumbuhan KDNK Negeri Sembilan iaitu 9.8%. Bagi memperkukuhkan lagi momentum ini, kerajaan telah memfokuskan kawasan Negeri Sembilan Timur iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol sebagai lembah pertanian negeri. Pelbagai program pembangunan pertanian seperti tanaman nanas dan buah-buahan akan dimajukan khususnya di kawasan tanah-tanah terbiar yang dianggarkan seluas 162 hektar daripada keseluruhan 9,706 hektar tanah terbiar. Untuk tujuan tersebut, 15.95 juta atau 3.64% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan telah disediakan. Dari, daripada jumlah tersebut, 1.7 juta adalah untuk pembangunan tanah-tanah terbiar, manakala 1.5 juta untuk menaik taraf Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan 3.22 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan Pengeluaran Ternakan dapat ditingkatkan melalui perolehan dan pembiakan baka, pembangunan dan penyelenggaraan ladang ternakan.
Kerohanian. Matlamat Kerajaan Negeri untuk membangunkan negeri ini secara seimbang bukan hanya bermaksud pembangunan fizikal, tetapi juga melalui pembangunan sahsiah diri dan masyarakat, kerohanian serta keagamaan. Berdasarkan kepada fizikal bangunan yang semakin uzur dan perjalanan yang melebihi 70 kilometer sehala, Kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan 4.0 juta bagi membina Bangunan Mahkamah Syariah Daerah Jempol yang baru bagi membolehkan kes-kes perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah dijalankan di Jempol. Ini akan memberikan kemudahan bukan sahaja kepada penduduk Jempol, malah penduduk di Daerah Jelebu, Gemas akan turut mendapat manfaat sekali gus mengurangkan kos pengangkutan kepada orang ramai. Selain daripada Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah akan turut dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif demi keselesaan orang ramai ketika berurusan.
Sebagai menghargai keindahan rekabentuk fasad Masjid Negeri yang menjadi salah satu ikon yang menarik di Negeri Sembilan, kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan 1.55 juta untuk kerja menaik taraf.
Pelancongan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, orang dulu-dulu berpesan, “Kalau hidup hendak selamat, peliharalah laut beserta selat. Peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki dan rahmat, di situ terkandung tamsil ibarat, di situ terkandung aneka rahmat. Orang dulu-dulu, tahu menjaga hutan dan tanah, tahu menjaga bukit dan lembah, berladang tidak merosak tanah, berkebun tidak merosak rimba”.
Kekayaan khazanah alam anugerah Allah kepada Negeri Sembilan ini, telah menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu sektor tumpuan yang berpotensi tinggi untuk menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar. Pada tahun 2017, Sektor Perkhidmatan yang terdiri daripada industri pelancongan telah menyumbang sebanyak 4.9% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar. Jumlah kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara adalah seramai 5.3 juta orang dan 1.5 juta orang, masing-masing pada tahun 2017. Keunikan adat resam, keindahan pantai dan kedamaian hutan tropika yang menghijau menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi terbaik pelancong yang inginkan belaian alam semulajadi. Disokong dengan jaringan perhubungan jalan raya yang sangat baik dan strategik kerana berhampiran dengan KLIA dan Kuala Lumpur.
Kerajaan Negeri telah mensasarkan nisbah tumpuan pelancongan pantai, eko-pelancongan serta adat dan warisan, masing-masing sebanyak 60%, 30% dan 10%. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 8.4 juta bagi memajukan industri pelancongan melalui pelbagai projek peningkatan kemudahan infrastruktur dan pengindahan. Bagi mewujudkan persekitaran yang lebih menarik, sebanyak 730,000.00 telah diperuntukkan untuk menaiktaraf kemudahan Dataran Sri Kemang, pencahayaan bandar dan landskap di sepanjang pantai Port Dickson. Selain daripada itu, produk pelancongan eko-rimba akan terus diperhebatkan melalui projek-projek naik taraf, penyelidikan dan promosi. Untuk tujuan itu, sebanyak 2.39 juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan hutan-hutan lipur. Manakala 0.98 juta akan diuntukkan bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur dan denai di Taman Negeri Kenaboi.
Butiran lanjut perincian berkenaan peruntukan pembangunan tahun 2019 adalah seperti yang dinyatakan dalam Kertas Dewan Bilangan 5 Tahun 2018.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sesungguhnya apa yang kita rancang dan muasyarah ini adalah pusaka yang akan kita wariskan kepada anak cucu yang akan kita tinggalkan kemudian hari. Kepada merekalah kita sandarkan harapan untuk meneruskan legasi mulia
yang kita bina bersama di bumi berdaulat ini. Buat anak-anak muda di luar sana, hayatilah teromba kata orang tua-tua ini:
Panjatlah batang setinggi-tingginya, Agar bertemu pucuk dan selaranya, Galilah akar dalam-dalam, Agar bertemu akar tunjang dan isinya.
Rumah gadang beri berpintu, Supaya terang jalan ke halaman, Jika digumpal selebar kuku, Kalau dikembang selebar alam.
Melangkah di hujung padang, Bersilat di pangkal keris, Kata selalu berumpama, Runding selalu berkiasan.
Yang Berhormat Yang Dipertua,
Kelebihan nabi dengan mukjizat, Kelebihan manusia dengan muafakat, Bulat air kerana gopong, Bulat manusia kerana muafakat.
Kerajaan amat sedar, setiap perancangan dan dasar yang kita luluskan di dalam Dewan yang mulia ini, tidak akan memberikan apa-apa faedah sekiranya tidak dilaksanakan dengan berkesan dan penuh integriti oleh jentera pelaksana selaku barisan hadapan kerajaan. Perkhidmatan awam merupakan institusi penting yang menyokong dan mendukung setiap dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. Maka adalah tulang, mereka adalah tulang belakang dan benteng terakhir sesebuah kerajaan. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam atas kerjasama dan penerimaan baik perubahan kerajaan yang berlaku. Saya amat yakin dengan profesionalisme penjawat awam yang berpegang kepada prinsip loyal to the government of the day, dengan izin.
Sebagai menghargai segala khidmat bakti dan pengorbanan itu, saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan gaji dan minimum 2,000.00 ringgit kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Bantuan khas ini akan dibayar 2 peringkat, separuh gaji minimum, atau separuh gaji atau 1,000.00 pada minggu pertama bulan Januari 2019 dan baki separuh
gaji pada, atau 1,000.00 lagi akan dibayar seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019. Diharapkan bantuan ini akan memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi dan cemerlang pada masa datang.
Yang Berhormat Tuan Yang pertua, Tuan Yang Dipertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, jabatan pen, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kepada semua pihak yang telah bersama-sama memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan, keamanan dan membangunkan negeri ini. Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan ini dipanjangkan kepada semua warga pendidik yang telah memastikan kesejahteraan minda dan emosi anak-anak Negeri Sembilan diperkasakan demi masa depan yang lebih bersih. Sesungguhnya sumbangan dan pengorbanan anda semua sangat tinggi nilainya untuk bersama-sama memakmurkan kekayaan negeri ini.
Akhir kata, izin saya memetik firman Allah SWT surah al-Imran: ayat 54 “Dan mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang. Kepada Mu ya Allah hambaMu ini sandarkan harapan, kepadaMu-lah tempat kami bermohon dan kepadaMu jualah tempat kami berserah dan bertawakal. Kabulkanlah segala hajat dan doa kami. Semoga dengan kelak Kau anugerahkan kami dengan sebuah negeri yang aman makmur dan mendapat keampunan mu ya Allah, baldatun toyyibatun warobbun ghofur”.
Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi. Yang, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, izinkan saya menyampaikan sedikit ucapan dan inshaa Allah saya cuba selesaikan sebelum 1:30 tengah hari ini. Sedikit pantun kepada ADUN-ADUN Barisan Nasional,
Menjerat burung bersama Pak Zainal, Burung merpati burung kenari, Kepada ADUN Barisan Nasional, Saya ingatkan lain kali sila duduk, jangan lari.
Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat di atas pembentangan Belanjawan 2019 yang telah memilih tema “Memperkayakan Hasil,
Memakmurkan Kekayaan”. Masalah-masalah ekonomi dan belanjawan sebenarnya berkisar kepada 2 perkara asas iaitulah, satu kebijaksanaan di dalam mencari harta atau dalam erti kata yang lain, adalah kebijaksanaan dalam meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Dan yang kedua, ialah kebijaksanaan di dalam membelanjakan harta pada tempat-tempatnya dan atau dalam bahasa belanjawan kita adalah kebijaksaan dalam menguruskan kewangan negeri dan memperuntukkan, memperuntukkannya kepada pengurusan dan pembangunan secara hemah dan secara yang terbaik.
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Furqan ayat, ayat 67 “Wallazina iza anfaqu lam yusrifu walam yaqturu wakana baina zalika qawama”. “Dan orang-orang yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan, dan tidak pula kikir yakni kedekut, dan adalah perbelanjaan itu di tengah-tengah antara yang demikian”. Saya kira ayat inilah yang, Yang Amat Berhormat jadikan asas nak bagikan bonus satu bulan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, 4 strategi yang telah dibentangkan untuk meningkatkan hasil. Saya kira adalah suatu strategi yang sangat tepat, meningkatkan kecekapan tadbir urus, meneroka sumber hasil baru, me, mengurangkan kehilangan hasil negeri ya, dan meningkatkan keuntungan pelaburan. Saya yakin dengan keempat-empat strategi yang telah disusun dengan pelan tindakan yang telah digariskan, inshaa Allah sama-sama kita berdoa mudah-mudahan hasil Kerajaan Negeri akan dapat dipertingkatkan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, izinkan saya membentangkan rekod belanjawan Kerajaan Negeri daripada 2009, 2010 sehinggalah 2015, yang asalnya dibentangkan sebagai Belanjawan Berimbang, tetapi akhirnya kerajaan memohon bajet tambahan pada pertengahan tahun sekali gus menjadikan belanjawan tersebut tidak lagi berimbang kerana Kerajaan Negeri Sembilan berbelanja lebih dari hasil pendapatan Kerajaan Negeri.
Untuk tahun 2009, RM2.9 juta dipohon sebagai bajet tambahan. 2010 meningkat kepada 9.9 juta dipohon sebagai bajet tambahan. 2011 meningkat lagi kepada 10.4 juta. 2012 meningkat kepada 11.3 juta. 2014 – 3.9 juta dan 2015 – 2.4 juta. Maka dengan sebab itu, saya berharap kerajaan baru di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat akan cuba memastikan perbelanjaan mengurus dan pembangunan akan dijalankan sesuai dengan hasil pendapatan Kerajaan Negeri. Bermula daripada tahun 2018, alhamdulillah kita telah berjaya, tidak memohon bajet tambahan dan saya yakin pada
tahun 2019 juga, Belanjawan Berimbang ini akan benar-benar menjadi berimbang melainkan jika keadaan yang mendesak, yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah sebaliknya.
Tuan, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, di antara usaha Kerajaan Negeri Sembilan, usaha yang baru adalah menubuhkan satu portfolio baru iaitulah hal ehwal bukan Islam yang kiri, yang kini diberikan tanggungjawab di bawah ADUN Nilai. Saya yakin pendekatan baru ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan masyarakat bukan Islam turut diambil perhatian dan kebajikan mereka dan pembinaan rumah-rumah ibadat bagi rakyat bukan Islam akan dikawal dan akan dipastikan mengikut SOP supaya ianya tidak mengundang kejadian yang tidak diingini seperti yang berlaku di Seafield baru-baru ini.
Alhamdulillah, kerajaan telah memperuntukkan, memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta ringgit, untuk hal ehwal bukan Islam. Ini sesuai dengan firman Allah SWT “laa ikraha fiddiin”, tidak ada paksaan untuk mana-mana orang untuk memeluk Agama Islam. Saya telah bertanya sendiri kepada Sheikh Yusuf Al-Qaradawi apabila kita menjadi kerajaan, bagaimanakah sikap kita terhadap rakyat yang bukan Islam. Maka ayat inilah yang dibacakan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan bahawa usaha kerajaan menjaga orang-orang yang bukan Islam adalah sesuai dengan firman Allah iaitulah “laa ikraha fiddiin”.
Saya berharap isu ini tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat turut memperuntukkan sejumlah besar untuk pembangunan umat Islam di Negeri Sembilan. Seperti mana yang disebut tadi kenaikan elaun Bilal, Siak dan Pembantu Am wanita dengan peruntukan 2.8 juta ya, bantuan untuk sekolah-sekolah tahfiz yang dikongsi bersama dengan SJKT dan SJKC yang berjumlah 3.0 juta ringgit, kenaikan elaun guru KAFA 1.1 juta ringgit dan menjadi tuan rumah majlis tilawah 1.5 juta ringgit yang jumlah besarnya melebihi 9.0 juta ringgit berbanding dengan hal ehwal bukan Islam tadi, 1.5 juta ringgit.
Yang Berhormat Tuan yang Dipertua, kerajaan sentiasa mengambil berat persoalan menjaga kebajikan rakyat. Walaupun kita tahu sebanyak mana yang kita belanjakan, kita tidak akan mampu untuk mempersatukan atau memuaskan hati-hati manusia. Allah SWT telah mengajar kita di dalam surah Al-Anfar ayat 63 “wa allafa baina qulubihim lau anfaqta maa fil ardi jamee'a maa allafta baina qulubihim wa laakinnallaaha allafa bainahum innaahu azizun hakim”. Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati-hati manusia. Tetapi Allah
SWT-lah yang telah mempersatukan hati mereka, sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
Alhamdulillah, kita telah memperuntukkan sejumlah yang besar untuk membantu rakyat, bantuan ibu tunggal 900,000.00, bantuan bas sekolah untuk pelajar miskin 900,000.00, kenaikan orang kelainan upaya 1.79 juta dan juga tabung pembangunan usahawan 3.0 juta. Kita ingin supaya rakyat di Negeri Sembilan ini jugak yang miskin, yang mungkin tergolong di dalam golongan asnaf akhirnya akan dapat berusaha sendiri ya, membebaskan diri mereka daripada garis kemiskinan seperti mana bidalan orang mengatakan kita bukan hanya sekadar nak beri ikan, kerana ikan hanya akan dapat dimakan sehari dua, tapi kita ingin mengajar rakyat, memberi pancing agar mereka boleh berusaha menangkap ikan setiap hari. Inshaa Allah saya yakin dengan usaha dan komitmen Kerajaan Negeri, kita akan dapat berjaya membebaskan lebih ramai rakyat daripada garis kemiskinan.
Program Wanita Gemilang yang telah diusahakan dengan bajet 1.6 juta ringgit yang mana kita ingin melahirkan wanita berkemahiran dalam berbagai bidang. Antaranya bidang pendidikan, bidang kebajikan, bidang hak-hak asasi manusia, kesihatan dan alam sekitar. Maka dengan sebab itu, inshaa Allah, saya yakin dengan usaha yang diberikan, kerajaan akan dapat memberikan yang sebaiknya kepada kaum wanita yang jumlahnya ramai di Negeri Sembilan ini.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, akhirnya saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat di atas pembentangan bajet yang saya kira merupakan bajet yang terbaik yang telah dibincangkan yang berjumlah 430.0 juta yang kita yakin dengan kesungguhan dan komitmen daripada pegawai-pegawai kerajaan dan dalam melaksanakan hasrat kerajaan, sama-samalah kita menjadi pendokong yang kuat kepada kerajaan yang baik ini. Inshaa Allah mudah-mudahan segala kebaikan yang dibuat oleh kerajaan pahalanya jugak akan diperolehi oleh mereka yang berusaha bersama-sama memberikan komitmen dan kerjasama bagi menjayakan hasrat dan cita-cita kerajaan.
Akhirnya sekali lagi saya dengan ini menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Sekian, terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepada Yang Berhormat Paroi. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua. Kita juga telah bersetuju untuk membahaskan Usul Anggaran Pembangunan, Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2019 bersekali dengan rang undang-undang ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan persidangan Dewan. Sesi perbincangan, sesi perbahasan rang undang-undang dan usul ini akan dibuka pada hari Selasa, besok, 18 Disember 2018 bersamaan dengan 10 Rabiulakhir 1440 Hijrah. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.30 petang]