Negeri Sembilan · 18 December 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 695 turns · 60,400 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi]
Membaca Doa
Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ‘ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan puan hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri ke-14 disambung semula.
Orang Melayu kaya dengan budi bahasa, kaya dengan pantun, sajak untuk sama-sama kita hayati. Jadi, pagi ini saya ambil kesempatan untuk sama-sama, saya nak berpantun dengan tuan-tuanlah.
Cantik sungguh Gunung Ledang, Bila dilihat di tengah hari, Hari ini kita bersidang, Harap-harap Yang Berhormat jangan lari.
Yang Berhormat, Dato’ Dipertua, kami tak …..
Nanti jawab.
Kami tak lari. Dato’ Dipertua tak nak dengar cakap kami, buat apa kami nak dengar cakap Yang Dipertua, kan.
Tak mau, tak mau, dah, dah duduk.
Kita tak lari.
Inshaa Allah, bagus.
Jangan risau, jangan risau, kita kembali.
Duduk, duduk.
Don’t you ever worry, kita tak lari.
Okay, okay.
Takut nanti Dato’ Yang Dipertua yang lari.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau, duduk, ya. Terima kasih semua kerana, kerana datang dan hadir hari ini, dan sama-sama kita bincanglah, inshaa Allah. Jadi, kan, nak jawab yang kata, kata, Rantau tadilah, kata pepatah orang negeri ya, kata pepatah orang negeri, biar susah asal punya harga diri, Yang Berhormat sekalian bersama kita bina negeri, supaya rakyat puas hati dan terbela diri. Silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi pertanyaan lisan kita ialah 1 jam setengah ya. Jadi saya hari ini saya mintak maaf, semalam memang banyak saya bagi orang mencelah mencelah, tapi kali ni nak jaga masa. Sayang soalan banyak tak boleh nak selesaikan semalam. Jadi hari ini …..
[Setiausaha Dewan membetulkan rujukan senarai penggiliran soalan yang dirujuk oleh YB Yang Dipertua Dewan]
Yang biru, yang biru.
Yang biru ke, yang ni? Hari ini, saya mintaklah kalau ada soalan tambahan, satu je, kalau 2 – 3 kang kesian orang yang kena tanya. Dan kita berikan soalan tambahan satu je, kepada yang soalan lisanlah. Boleh ya? Jadi, kita mulakan dengan soalan daripada Lobak, ya.
Yang Berhormat, Lobak mengemukakan soalan ketiga.
Soalan nombor 11 ya. Soalan nombor 11.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lobak. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, pihak PBT telah mengeluarkan notis mengarahkan pemaju mengambil langkah-langkah keselamatan dan pencegahan di kawasan projek tersebut.
Antaranya adalah memasang dan mem, memperbaiki semula papan dendeng (hoarding) yang rosak di sekeliling tapak projek, mencegah pembiakan nyamuk aedes memandangkan musim hujan se, musim
hujan sejak kebelakangan ini dan memastikan tapak pe, binaan tidak dicerobohi atau digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemaju tidak membersihkan kawasan tersebut, pihak PBT boleh melaksanakan kerja-kerja pembersihan tersebut dan caj pembersihan akan dikenakan kepada pemaju.
Pemilik bertanggungjawab untuk menjalankan penyeng, penyelenggaraan atas hak milik, harta milik mereka. Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah mengeluarkan notis pembersihan bertempoh 14 hari di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976 (Akta 171) dan sekiranya pemilik gagal mematuhi arahan notis kerja pembersihan tersebut, tindakan susulan melalui mahkamah boleh diambil. Terima kasih.
Soalan tambahan, terima kasih Bahau.
Tambahan satu saja tau.
Ya, okay.
Jangan buat 2 – 3, padal kesian orang nak jawab pasal, jelas ya.
Terima kasih, Bahau kerana kebersihan bangunan pekedai itu amat utama, diutamakan, dan sangat pentinglah. Tapi di kawasan Lobak, nampak ni ada berapa tempat ni bangunan terbiar dan rumah terbiar jugak. So, saya harap ni, PBT angkat tindakan yang seperti yang Bahau cakap tu, dengan tegas sekali kerana rakyat yang sekitar tu, keselamatan ke, kebersihan amat dipentingkan. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, sebenarnya bangunan terbengkalai di Jalan Veloo ini dia merupakan satu projek terbengkalai di mana melibatkan kalau tak silap saya 11 kedai. Dan sebenarnya selepas kita mengambil alih kerajaan sejak bulan Mei, saya sendiri telah pun bertemu dengan pembeli-pembeli kedai tersebut, saya sedia maklum keadaan kedai tersebut
terbengkalai dan menyebabkan isu pembersihan. Dan saya rasa yang paling penting adalah bagaimana kita ya, pihak kerajaan untuk membantu pekedai, pembeli-pembeli tersebut yang dianiayai oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab ini untuk kita hidup semula projek tersebut. Saya rasa dari segi jangka masa panjang, kita perlu hidupkan kedai, hidupkan projek tersebut. Dan untuk pendekatan jangka masa pendek, seperti apa yang saya katakan tadi, notis telah pun dikeluarkan dan kalau mereka masih tidak mengambil tindakan untuk membersihkan kawasan tersebut, kita akan mengambil tindakan susulan.
Dan untuk menjawab soalan Yang Berhormat mengenai apa ni, bangunan ataupun rumah yang terbiar ataupun terbengkalai, saya rasa pihak PBT khususnya Majlis Perbandaran Seremban, kita akan memberi kerjasama yang sepenuhnya jikalau Yang Berhormat Lobak dapat menujukan aduan tersebut kepada kita. Dan sama-sama kita selesaikan masalah. Memang ni, rumah terbiar ni bukan sahaja masalah di Lobak, saya rasa di semua kawasan ada. Cuma dia terpulang kepada kita macam kita selesaikan perkara ini bersama-sama. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Kita pergi kepada soalan nombor 2, Senaling.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Hari ini kita bersidang, sidang tetap 3 hari …..
Oh pantun.
….. apa jua yang akan mendatang …..
Terima kasih.
….. YB Senaling tidak akan lari.
Terima kasih.
Senaling kemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.
Soalan nombor 2 ya?
Soalan 3.
2 ya? Atau ni kan?
Ya nombor 3.
Nombor 1 atau nombor 2?
Nombor 3.
Kadar pengangguran di Negeri Sembilan? Silakan Yang Berhormat Arul.
Terima kasih. Statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran diperolehi daripada Survei Tenaga Buruh (STB) dan merujuk kepada penduduk yang berumur 15 – 64 tahun semasa minggu rujukan.
STB merupakan kajian sampel kebarangkalian yang dilaksanakan melalui pendekatan isi rumah untuk mendapatkan maklumat anggaran tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran peringkat penduduk. Kajian ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu International Labour Organisation (ILO) yang diguna pakai oleh kebanyakan negara.
Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur kepada jumlah penduduk dalam tenaga buruh. Berdasarkan Survey Tenaga Buruh yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di Negeri Sembilan adalah 2.8% bagi tahun 2017.
Pengangguran di Negeri Sembilan masih dalam keadaan terkawal, di mana banyak peluang pekerjaan disediakan. Sebagai contoh dari
Januari hingga Oktober 2018 sebanyak 40,409 kekosongan telah dilaporkan kepada JobsMalaysia Negeri Sembilan.
Diantara punca-punca pengangguran di Negeri Sembilan ialah mismatch antara kelulusan dan keperluan industri. Yang kedua, kebolehpasaran graduan yang rendah disebabkan oleh kekurangan softskill iaitu komunikasi, kepimpinan dan juga kemahiran dalam komputer. Yang ketiga, sikap memilih pekerjaan kerana gajinya, gaji, lokasi dan juga jawatan mereka.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam mengatasi masalah ini ialah:
Mengadakan kerjasama di antara pusat pengajian tinggi/pusat latihan dalam kemahiran dengan industri melalui MoU bagi memastikan graduan/lepasan pusat-pusat ini memenuhi keperluan industri.
Yang kedua, latihan industri kepada under, undergraduate, undergraduate bagi memberi pendedahan dalam, pendedahan alam pekerjaan sebenar.
Yang ketiga, bimbingan dan kaunseling kerjaya oleh JobsMalaysia kepada pencari kerja.
Dan keempat, employability program meli, meliputi penyediaan resume, tips-tips menghadiri temuduga dan haluan kerjaya. Thank, terima kasih.
Dato’ Dipertua, soalan tambahan.
Tambahan?
Satu je.
Satu je.
Apakah langkah-langkah kerajaan bagi mengatasi lambakan pekerja-pekerja asing terutama di sektor-sektor tertentu seperti perkilangan, frontdesk dan sebagainya untuk
mengatasi pengangguran ini untuk menyerap guna tenaga pekerja tempatan?
Sudah tentu dalam sektor pembinaan ataupun sektor perkilangan, memang kita mempunyai kenapa kekosongan pekerjaan yang antara yang sangat tinggi iaitu pembuatan, iaitu sehingga, sehingga 30 Jan. – November 2018, kekosongan di sektor pembuatan ini adalah 23,001 orang iaitu antara yang paling tinggi iaitu hampir 50%. Dan memang kita melalui JobsMalaysia dan juga peranan daripada J, Jabatan Tenaga Kerja melalui JobsMalaysia juga, kita mengadakan banyak program, banyak temuduga iaitu temuduga secara berterusan. Di mana di Jobs, pejabat JobsMalaysia di UTC hampir setiap bulan ada program yang dilakukan untuk pekerja-pekerja tempatan ataupun pencari-pencari kerja tempatan untuk kita memilih ataupun match-kan keperluan dan juga dengan kekosongan jawatan yang ada. Dan sudah tentu, dalam jangka masa panjang, ia sekaligus akan apa ni, menurunkan penggunaan pekerja-pekerja asing di dalam sektor perkilangan ataupun dalam sektor pembuatan. Terima kasih.
Terima kasih. Kita pergi semula soalan nombor 1, Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
Terima kasih Seremban Jaya. Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat, jawab.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih Seremban Jaya, soalan pertama, penjawat awam. Berba, berdasarkan Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda bertarikh 25 November 1993, di bawah Perlembagaan Persekutuan, penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Bagi penjawat awam yang dilantik di bawah perkhidmatan negeri di Negeri Sembilan, peruntukan peraturan adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006. Peraturan ini terpakai kepada seo, seseorang pegawai di sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pelanggaran mana-mana
peruntukan peraturan ini akan mengakibatkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib.
Di dalam peraturan 47, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Negeri Sembilan) 2006 menyatakan, jika seseorang pegawai didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib, mana-mana satu ataupun apa-apa gabungan 2 atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada keseriusan dan kesalahan boleh dikenakan ke atas pegawai itu: pertama amaran, kedua – denda, ketiga – lucut hak emolumen, keempat – tangguh pergerakan gaji, kelima – turun gaji, ke, keenam – turun pangkat dan terakhir – buang kerja.
Manakala soalan kedua pula, rayuan boleh dipertimbangkan. Perkara berhubungan rayuan tatatertib adalah diperuntukkan di bawah peraturan 13, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sembilan 1996 yang menyatakan mana-mana pegawai yang terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib yang ditubuhkan boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam.
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang mana akan mempertimbangkan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri bergantung kepada kesalahan yang disabitkan dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib adalah muktamad. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan.
Satu saja tau.
Soalan tambahan satu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan tadi jawapan yang luas, bagus, terima kasih. Dan saya mahu tau, tanya soalan tambahan, berapakah jumlah penjawat awam yang telah diambil tindakan tatatertib dan dipecat setekat ini? Terima kasih.
Terima kasih untuk soalan tambahan. Buat, untuk makluman, Seremban Jaya, Tuan Yang Dipertua, tidak ada lagi tindakan tatatertib pemecatan sehingga setakat hari ini.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi ke soalan nombor 4, Linggi. [Terdapat kekeliruan kerana YB Yang Dipertua Dewan merujuk kepada penggiliran Pertanyaan Lisan Hari Ketiga]
Saya?
Ya.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.
Nombor yang mana satu ni, Yang Berhormat Linggi?
Soalan pertama.
Soalan pertama?
Ya.
Ya. Yang Berhormat Tuan Ismail. Soalan pertama. AJK MPKK. MPKK. [Setiausaha Dewan tampil untuk membetulkan senarai yang dirujuk oleh YB Yang Dipertua Dewan]
Yang biru.
Eh, bukan ni, oh maaf, maaf, silap.
Palong.
Oh, maaf, maaf. Ni, warna dah, kan, blind color, dah tertukar warna. Padanlah.
Tuan Dipertua, elaun dah tambah, tapi color pun tak tahu, macam mana.
Palong, Palong.
Macam ni saya nak, supaya usul supaya elaun tu ditarik balik.
Aduh, okay, okay, mintak maaf. Dia, 2 apa, blind color kejap tadi. Maaf saya. Palong, Palong.
Terima kasih Dipertua, jauh lari tu. Daripada Linggi, daripada Palong lari ke Linggi.
Linggi ya.
Tuan Dipertua, soalan nombor 1.
Nombor 1, Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada Palong, soalan pertama. Program Perangi Dadah Habis-Habisan 3.0. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada AADK Negeri Sembilan yang sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa Program Perangi Dadah Habis-Habis sentiasa dilaksanakan. Pro, pelaksanaan Program Perangi Dadah Habis-Habisan di Felda Palong 4, 5 & 6 bermula pada tahun 2016 dengan peruntukan sebanyak 14,500.00 ringgit. Pada tahun 2017 program ini telah diteruskan dengan peruntukan sebanyak 40,000.00 dan pada tahun 2018 pula peruntukan telah dibelanjakan sebanyak 43,000.00. Jumlah peruntukan dalam tempoh 3 tahun ini sebanyak 93,500.00 ringgit. Pelaksanaan program telah dijalankan berasaskan program pencegahan, rawatan dan penguatkuasaan.
Dan alhamdulillah, program ini telah dapat dilaksanakan dengan baik. Program Perangi Dadah Habis-Habisan (PDH) yang menyasarkan kawasan berisiko penagih di Felda Palong 4,5 dan 6 masih dijalankan oleh AADK dan kejayaan program ini merujuk kepada statistik 2016 seramai 64 orang, hingga Oktober 2018 seramai 41 orang, telah menunjukkan penurunan sebanyak 38%.
Terima kasih. Sebagai soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Apakah kaedah-kaedah, barang kali banyak kaedah, tapi apakah kaedah yang paling popular yang digunakan bagi mengatasi dan memerangi masalah dadah ini, dan kenapa kaedah itu dipilih dan sejauh mana keberkesanannya? Terima kasih.
Palong.
Kita ada beberapa program yang iaitu omnipresence, home visit dan Program psiko, psiko, Psikososial OKP, SMART, SHIELD (2 kali), Pintar, Family On Alert dan SMART. Jadi program-program ini dipilih untuk memastikan bahawa warga dan masyarakat maklum dan masyarakat juga diminta untuk membantu khususnya MPKK untuk memastikan menangani permasalahan ini secara bersama di mana MPKK menyalurkan maklumat-maklumat terkini kepada pihak AADK untuk memastikan bahawa program-program ini dapat dilaksanakan terus, tepat dan menuju kepada sasaran yang ingin kita pastikan bahawa akan ada pengurangan ataupun pencegahan kepada penagihan dadah ini di kawasan tersebut.
Dan alhamdulillah, kita lihat bahawa di Kuala Pilah, hari ini, Daerah Kuala Pilah telah berjaya dalam menangani, mengatasi ataupun mengeluarkan bilangan penagih-pengaih dadah dan mereka telah berjaya dan saya ucapkan tahniah kepada Kuala Pilah yang telah me, berjaya memastikan pengurangan. Dan hari ini mereka bebas daripada pengaruh dadah di Negeri Sembilan ini. Tahniah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat …..
Tuan Dipertua.
Soalan?
Di Kuala Pilah ramai Pengerusi MPKK terlibat dengan dadah Yang Amat Berhormat. Mintak maaf cakap.
Tapi maksud dia berkurangan daripada jumlah yang asal tu.
Haa okay.
Ini di atas kerjasama daripada MPKK-MPKK lama.
YB, YB, haa, buang, buang, buang.
Okay, Yang Berhormat Juasseh. Kita pergi ke soalan berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan ke satu.
Terima kasih Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rahang atas soalan nombor 1. Untuk menjawab soalan tu, setakat, setakat ini kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat masih lagi mengekalkan dan menyediakan bantuan kewangan kepada Kumpulan Sasar Jabatan berpandukan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk me, untuk golongan sasar ini meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Walau bagaimanapun, penamatan yang dilaksanakan oleh jabatan atas, disebabkan pelbagai faktor. Antara faktor penamatan bantuan ditamatkan adalah seperti berikut: berpindah. Nombor 2, meninggal dunia, nombor 3 – pendapatan melebihi PGK iaitu 930.00 ringgit sebulan. Keempat – tidak dapat dihubungi. Nombor 5 – tidak layak, for example, dengan izin, anak telah mencapai usia 18 tahun ke atas. Yang keenam – Tukar Skim Bantuan.
Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Januari 2018 sehingga Oktober 2018, jumlah perpo, permohonan kes bantuan yang gagal dan tidak layak adalah sebanyak 3,532 kes. Manakala jumlah penerima bantuan yang telah dimaklumkan berkenaan kaji semula, dengan izin, review, adalah sebanyak 22,430 kes. Justeru itu, jabatan telah membuat siasatan dan melaksanakan temuduga kepada permohonan bantuan adalah sebanyak 15,823 kes. Untuk makluman semua, YB Rahang, sekarang, setakat ini ada 26,168 penerima bantuan di bawah JKM sekarang.
Buat masa ini, cara yang diambil oleh pihak JKM untuk memaklumkan kepada penerima bantuan berkenaan proses kajian semula adalah pemakluman secara bersurat. Namun begitu, bagi mempercepatkan proses kajian semula, JKM telah menggunakan kaedah-kaedah lain supaya proses pemakluman dapat disampaikan dengan cepat dan tepat kepada penerima bantuan. Antara kaedah-kaedah adalah seperti berikut: Pemakluman secara lisan kepada klien, melalui penilaian MPKK, pemakluman melalui panggilan telefon dan membuat lawatan ke rumah. Sekian, terima kasih.
Yang, yang ini, bukan soalan tambahan. Saya ini nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan kerana telah melancarkan bantuan tambahan pada perbelanjaan semalam untuk penerima-penerima bantuan JKM.
Terima kasih kepada YB Rahang. Ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk me, membantu golongan-golongan tersasar kita dan ini adalah langkah pertama. Dan ada lagi banyak berita baik untuk golongan sasar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Seterusnya kita giliran Pertang.
Terima kasih Tuan Dipertua.
Tahniah Kerajaan Negeri, Manifesto jangan dilupai, Keluar kami bukan lari, Suara rakyat tidak didengari.
Tuan Dipertua, soalan nombor 1.
Banyak soalan hari ni haa. Terima kasih kepada YB Pertang. Baru-baru ini, pada 3 haribulan November 2018, beberapa kawasan di DUN Pertang iaitu di Kampung Gelang, Kampung Melayu Pertang, Pekan Pertang dilanda banjir kilat. Banyak kerosakan harta benda dan infrastructure, stuktur. Apakah langkah-langkah, itu soalan, sorry.
Jawapan seperti yang terkandung dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 20, Jabatan kebajikan Masyarakat merupakan anggota dalam Jawatankuasa Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana. Jabatan Kebajikan Masyarakat bertanggungjawab terhadap kerja-kerja penyaluran bantuan dan pemulihan mangsa-mangsa sebelum, semasa dan selepas bencana.
Antara langkah-langkah adalah seperti berikut: Peringkat Semasa Berlaku Bencana, iaitu dengan izin, Response Stage: Melawat ke tempat kejadian dan kawasan operasi adalah tempat di Kawasan Zon Hijau. Mendaftar mangsa-mangsa yang terlibat dan mengedarkan Refreshment Kit kepada mangsa. Meni, menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan depo-depo hadapan. Mengedar bantuan makanan, pakaian, selimut, tikar dan lain-lain keperluan. Menggerakkan pasukan petugas dan sukarelawan ban, membantu dalam urusan men, pendaftaran, memasak dan sebagainya. Merancang aktiviti untuk mangsa-mangsa di pusat-pusat pemindahan seperti sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan melukis, ceramah agama, ceramah motivasi dan sebagainya jika tempoh, tempoh pemin, pemindahan agak panjang. Memberi nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada mangsa-mangsa yang mengalami tekanan ‘post-trauma’.
Peringkat Selepas Berlaku Bencana, dengan izin, Recovery/Restoration Stage: Mengedarkan Kit Bencana kepada mangsa (Bantuan Makanan). Membuat cadangan rancangan pemulihan, sama ada rancangan jangka panjang atau jangka pendek. Menimbang serta meluluskan bantuan pemulihan. Itu saja, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Dipertua. Yang Dipertua, semasa, sebenarnya apa yang saya nak utarakan adalah bantuan yang
paling penting adalah bantuan selepas banjir sebenarnya. Kalau dikira-kira di kawasan yang bencana, yang terlibat dengan bencana tu termasuk rumah saya sendiri pun terkena banjir masa tu. Terima kasih Yang Berhormat Ampangan kerana sempat, sempat menjenguk. Begitu juga terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri sampai ke rumah saya, terima kasih sampai ke rumah saya ya.
Apa yang pentingnya adalah bantuan selepas banjir kerana kebanyakan yang kena banjir kilat ni adalah di kalangan orang kampung ya. Banyak kerosakan-kerosakan dalam harta benda itu sendiri ya. Dari segi, sampai sekarang ada di antaranya yang masih tidur atas ka, atas kertas apa, tikar kerana tanpa bantuan ya, kita perlukan bantuan-bantuan selepas banjir ni. Ramai orang susah, ada di antaranya, depan rumah saya ni, jaga, ya, 2 – 3 kali rumah dia kena banjir ya. Masih tidur atas tikar, anak ramai. Kita nak perlu bantuan-bantuan seperti ini. Kita tahniah kepada agensi-agensi yang hadir pada hari tu, iaitu JKM, polis, RELA ya, JPAM ya, sama-sama membantu.
Tapi yang pentingnya selepas banjir. Kira nak bantuan-bantuan selepas banjir untuk membantu keluarga-keluarga yang terlibat ni. Banyak peralatan-peralatan, barang-barang rumah, di antaranya, memang sekarang, sampai sekarang tak ada peti ais di rumah lagi dah, ya, dah terendam semua. Itu yang kita maksudkan. Bantuan-bantuan segera kerana dah hampir 2 bulan, ya, keluarga ni tak terbela dari segi peralatan-peralatan rumahnya ya. Di antaranya, ramai di antara, di antaranya ialah keluarga-keluarga susah ya. Di rumah saya tu tak payahlah, rumah saya memang kena pun, tapi inshaa Allah-lah ya, rumah saya tak apa, yang penting rumah tu apa, rumah anak, orang-orang kampung ya. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih Pertang atas, soalan ke, ulasan? Tak apa, saya, saya kena jawab. Pandangan, pandangan.
Soalan.
Bantuan selepas.
Okay, okay. Izinkan saya untuk memberi sedikit pencerahan haa, ya.
Bantuan selepas banjir.
Okay, okay, terima kasih. Izinkan saya bagi sedikit pencerahan. Semasa, semasa banjir berlaku kita ada bantuan segera bencana alam di mana kita akan memberi wang ihsan. Selepas banjir, kami memang memberi bantuan di mana pengurusan di mana kita akan menilai kerosakan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir. Dan kita ada satu bantuan pemulihan bencana di mana kita akan buat penilaian yang memberi bantuan yang, yang sepatutnyalah.
Dan peringkat pasca tu memang kita ada, peringkat pasca banjir di mana pihak ja, Pejabat Daerah adalah bertanggunjawab untuk membuat pembersihan dan khidmat komuniti bersama-sama dengan sukarelawan. Dan selepas kita periksa dan kita buat intervensi crisis dan sokongan psychological jugak.
Dan selepas semua ini, kita akan buat satu mesyuarat post mortem satu bulan selepas pusat pemindahan berakhir ditutup. Dan laporan post mortem hendaklah dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan dan kita akan membuat tindakan susulan yang sewajarnya.
[YB ADUN Chembong dan YB ADUN Pertang bangun serentak]
Sikit lagi Tuan Dipertua.
Tuan Dipertua.
Sikit, sikit lagi Yang Dipertua.
Tuan Dipertua, saya nak mencelah.
Kejap, kejap bang, kejap bang.
SOP-nya ada Tuan Dipertua, dengan izin.
Tapi, kejap, kejap. Saya nak tanya berapa jumlah wang ihsan kepada keluarga mangsa ni. Setahu saya, saya tak dapat pulak maklumat ada wang ihsan diberi kepada mangsa-mangsa banjir ini. Saya tak dapat maklumatlah, walaupun sekeliling tu adalah rumah saya, termasuk rumah, sekeliling tu adalah kawasan saya sendiri sebenarnya ya. Saya tak dapat pasti. Kalau ada tolong maklum berapa jumlah wang ihsan telah beri kepada mangsa-mangsa banjir. Terima kasih.
Kita, saya akan memberi jawapan bertulis. Saya tak ada maklumat itu sekarang.
Saya, gini, tadi saya cakap, buat awal tadi, kita benarkan satu soalan tambahan untuk kita berlaku adil kepada yang menjawab ya …..
Saya buat kenyataan sikit saja, bukan nak tanya pun.
Tak, tak, saya cakap dekat Pertang. Nanti jap, Chembong kejap ….
Tapi kadang-kadang Yang Dipertua, ada perkara-perkara penting yang perlukan penjelasan yang lebih lanjut ya.
Okay, terima kasih. Duit, amaun tu dia akan, akan bagi pada, secara bertulis ya.
Tuan Yang Dipertua, kalau boleh saya, saya tolong sahabat saya menjawab sikitlah. Berhubung dengan tindakan yang dibuat, terutama sekali melibatkan longkang dan sebagainya. Jadi kita kena buat tindakan oleh PBT ataupun kawasan, Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat. Sebagai contoh, di kawasan saya. Baru saya satu hari, 2 hari menang pilihan raya, saya dah menghadapi masalah banjir di Gadong jaya.
Dan saya telah mintak semua mangsa seramai 12 orang membuat laporan polis dan lepas itu tindakan segera kita buat untuk rujuk
kepada pemaju yang terlibat. Pemaju yang terlibat telah mengorek longkang untuk mengalirkan air ke longkang besar. Dan seterusnya kita telah hantar surat supaya pemaju yang terlibat be, bertanggungjawab dan mereka telah membalas, untuk makluman, pada 20 haribulan ni mereka akan kita bantu sebanyak 1,000.00 seorang kepada 12 orang yang terlibat, sebab itu adalah kesalahan pihak pemaju.
Dan untuk itu, saya menyarankan, untuk tindakan yang selanjut nanti, semua pemaju-pemaju yang membuat pembangunan di kawasan sekitar, perlu membuat parit yang terus sambung ke sungai, bukan ianya sampai sebelah dia punya projek itu je. Ini yang berlaku. Dan jugak kolam-kolam takungan ini ada, mesti disalurkan ke kolam takungan.
Okay.
Ini nak tambahanlah.
Yang Dipertua, kawasan saya ni kawasan kampung tradisi, bukan kawasan perumahan, kampung tradisi ya. Terima kasih.
Okay. Saya bagi kepada sahabat saya Chembong tadi, dia nak cakap apa tadi.
Saya nampak EXCO Kebajikan jawab panjang lebar, SOPnya benar ada, Tuan yang Dipertua, apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan lepas banjir dan sebagainya. Tapi, tapi tak berlaku. Di kawasan saya 2 – 3 hari lepas berlaku, tak ada sebarang tindakan pun diambil. Tak ada apa Tuan Dipertua. jadi itu, saya nak menyatakan di dalam Dewan ini, kerana tidak ada apa tindakan. Terima kasih Yang Dipertua.
Okay, nak jawab?
Ya, tolong panjangkan ke, maklumat kepada saya kerana saya tidak ada maklumat.
Saya sedang memanjangkan Tuan Dipertua.
Secara terperinci.
Itu kerja, itu tugas, tanggungjawab EXCO dan agensi yang berkenaanlah.
Apa yang, tuan-tuan berkenaan banjir ni berlaku secara kilat. Kilat ni, cepatlah …..
Tindakan pun kena kilatlah Tuan Dipertua.
….. kilat, jadi, kejap, kejap, saya nak cakap. Secara kilat, jadi benda ni secepat kilat tu la, seper, se, sekilat tu dilaporkan kepada pihak …..
Saya setuju Yang Dipertua, memang patut elaun Yang Dipertua dinaikkan.
Ya, terima kasih.
Saya sokong, Dato’ Dipertua.
Okay, okay, terima kasih. Kita pergi pada soalan berikutnya ya, tadi Pertang, saya mintak Rahang ya. Yang Berhormat Rahang. [Percakapan oleh YB ADUN Rahang tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
Soalan 2 ya.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Rahang. Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, tindakan kompaun telah pun dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat yang disebut tadi. Ops Bersepadu bersama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga dijalankan secara berjadual setiap bulan bagi mengatasi masalah ini secara menyeluruh. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Sila nyatakan terperinci beberapakah kompaun dan atau saman dikeluarkan terhadap pemilik lori setakat hari ini mengikut jenis kesalahan.
Okay, terima kasih atas soalan tambahan. Untuk Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat Rahang, sebenarnya apa ni, masalah treler ataupun lori besar yang berhenti di kawasan perumahan ni memang juga masalah bersama kita semua. Dan untuk apa, jumlah kompaun yang telah pun dikeluarkan, di sini saya tiada maklumat, saya mohon untuk jawab secara ber, bertulis.
Dan di sini saya juga ingin berkongsi sedikit di mana Parlimen baru-baru ini telah pun meluluskan satu undang yang, pindaan telah pun dibuat terhadap ni apa, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan, di mana peraturan memudahkan melupuskan kenderaan yang terbiar telah pun diluluskan di Dewan Rakyat. Saya rasa selain daripada apa, lori ataupun treler yang mempunyai pemiliknya, dan kenderaan-kenderaan yang terbiar ini juga merupakan salah satu masalah. Jadi memandangkan Parlimen telah pun meluluskan pindaan tersebut, saya cukup yakin sekali, pada tahun depan, pihak Berkuasa Tempatan ataupun PBT kita akan dapat melaksanakan tindakan untuk kita melupuskan kenderaan-kenderaan yang terbiar. Sama juga dengan kenderaan ataupun lori yang berhenti di taman perumahan secara haram ataupun tidak mengikut undang-undang. Kita akan mengambil tindakan terhadap mereka. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau. Kita pergi ke soalan seterusnya, daripada Yang Berhormat Bagan Pinang.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Tuan Yang Dipertua, Taman Ular, Taman Eko-Rimba Ulu Bendul merupakan satu taman yang kita telah keluarkan berjuta ringgit untuk membuat taman ular tersebut. Taman Ular menjadi, Taman Eko-Rimba ini sehingga terdapat sebanyak 36 ekor ular yang terdiri daripada 12 spesis.
Bilangan pengunjung ke Taman Ular pada tahun 2017 seramai 26,000 orang manakala bagi, sehingga Jun 2018 seramai 7,995 orang. Dan, dan terdapat 6, terdapat 12 spesis ular iaitu Yellow Anaconda – 3 ekor, Ball Python – 1 ekor, Ular Sawa Karpet – 1 ekor, Ular Sawa Darah – 2 ekor, Ular Sawa – 9 ekor, Ular Sawa Colombia – 1 ekor, Ular Sawa Brazil – 1 ekor, Ular Sawa Batik – 5 ekor, Ular Tiong atau Bakau – 3 ekor, Ular Tikus Malaysia – 2 ekor, Ular Laju Ekor Merah – 5 ekor dan Ular Tikus Biasa – 3 ekor. Jumlah 36 ekor.
Di samping itu, taman tersebut juga memiliki beberapa unggas yang terdiri daripada 5 ekor ayam hutan, 3 ekor kuang perak, 1 ekor merak putih India dan 3 ekor merak biru India sebagai tambahan untuk menarik kunjungan pengunjung.
Pengurusan taman ular ini sentiasa diperkemas dan kemudahan sedia ada dinaik taraf dari masa ke semasa bagi memastikan keselesaan pengunjung dan juga kebajikan ular di situ. Pada tahun 2018 sahaja, Kerajaan Negeri telah membelanjakan 148,380.00 ringgit untuk kerja-kerja menaik taraf sangkar ular bagi memperbaiki sistem pencahayaan dan suhu yang bersesuaian mengikut keperluan ular yang dipamerkan berdasarkan kepada syor Jabatan Perlindungan liar, Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selaras dengan keperluan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Pengurangan kedatangan pengunjung pada tahun 2018 disebabkan oleh penutupan sementara Taman Ular bermula pada bulan Julai hingga Disember 2018 untuk kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan sangkar serta kemudahan sedia ada di taman tersebut. Usaha untuk meningkatkan promosi dan strategi pemasaran taman ular ini telah dilaksanakan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung termasuk penganjuran pelbagai program bersama pihak sekolah dan Institut Pengajian Tinggi di samping program CSR melibatkan pihak syarikat swasta dan orang awam. Terima kasih Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, soalan, soalan tambahan Dato’ Dipertua sebab dia di Seri Menanti kan. Jadi, penggal lepas, saya, kita dengar, bahawa, Paroi bagi tahu bahawa projek ini gagal, projek hambar dan sebagai dia. Tapi, diberitahu oleh Yang Amat Berhormat ya, maklumat tadi, seramai 26,000 orang tahun 2017, datang. Ini satu, bagai saya menunjukkan satu yang memberangsangkan ya. Dan ini menunjukkan bahawa Paroi tak dapat maklumat yang tepatlah ketika dia maklumkan dalam Dewan yang dulu ya. Dan, cuma saya nak tanya, iaitu, 26,000 orang ni, adalah satu angka yang berjaya menarik pelancong ataupun satu kegagalan kepada kita, kepada Kerajaan negeri terhadap projek Taman Ular ni? Terima kasih.
Terima kasih soalan Seri Menanti bahawa kita sedia maklum bahawa kos untuk kita membina pusat ini terlalu tinggi, jutaan ringgit ya, hampir 10 juta, kalau tak silap pada ketika, ketika dulu, bahawa ini merupakan satu kos yang tinggi untuk kita, tetapi bilangan pengunjung seramai 26,000 itu saya rasa masih rendah dan perlu dipertingkatkan lagi untuk kita jayakan, pastikan bahawa dia tidak menjadi satu projek yang gagal pada masa akan datang.
Jadi, usaha itu, kerana itu kita pun pada tahun membelanjakan 140 lebih ribu untuk memastikan bahawa program ini ataupun usaha ini terus berjaya dan tidak me, merugikan hasil pembayar-pembayar cukai dan yang telah untuk, dan memastikan bahawa kawasan tersebut dapat menarik lebih ramai pelancong pada masa akan datang.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya, saya mempersilakan ….. [terhenti lama kerana YB Yang Dipertua mencari senarai penggiliran soalan]
Setiausaha, tolong Yang Dipertua.
Saya persilakan. Temiang.
[Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua Dewan]
Terima kasih Tuan Yang di, Yang Dipertua. Yang sepatutnya giliran saya adalah giliran ketiga, jadi saya kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Temiang atas soalan mengenai ca, cadangan jalan sehala bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di Bandar Seremban.
Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, Kerajaan Negeri Sembilan telah menjalankan Kajian Trafik Bandar Seremban pada tahun 2015 dan Kajian Sosial Impak Cadangan Trafik Bandar Seremban pula pada tahun 2016. Hasil kajian telah dibentangkan di pelbagai peringkat jawatankuasa di peringkat Majlis Perbandaran Seremban dan peringkat negeri pada tahun 2015 sehingga tahun 2017. Walau bagaimanapun cadangan perubahan aliran trafik kepada aliran sehala telah ditangguhkan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau.
Soalan tambahan …..
Tambahan?
….. Tuan Speaker. So, nak tanya ditangguhkan, maksudnya akan dijalankan semula ataupun tidak pada masa akan datang?
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Jadi, status terkini adalah ditangguhkan. Dan saya rasa yang paling penting kita perlu membuat kajian yang teliti supaya memastikan ni apa, keadaan lalu lintas kita sentiasa berada di keadaan yang lancar. Itu memang adalah hasrat bagi pihak Kerajaan negeri untuk cuba sedaya upaya untuk kita mengeruh, mengurangkan kesesakan jalan di Bandar Seremban. Terima kasih.
Kita pergi kepada soalan seterusnya daripada Chembong.
Tuan Dipertua, saya sekali lagi kemukakan soalan yang paling senang, soalan nombor 1, Dato’ Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Chembong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua dan juga terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chembong yang bertanya mengenai lesen penjaja kecil. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Chembong, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kualiti hidup serta pembangunan sosio ekonomi rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Sebo, sehubungan itu, bagi membantu golongan tersebut khususnya dalam kalangan penjaja, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya menge, pengecualian bayaran lesen penjaja di seluruh PBT Negeri Sembilan dilanjutkan bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2019. Terima kasih.
Yang Berhormat Bahau …..
Tuan Dipertua.
Ada soalan tambahan?
Haa, ado, ado. Tuan Dipertua, saya nak ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri sebab meneruskan dasar kerajaan sebelum ini bagi pengecualian kepada penjaja lesen kecil ni, ya, terima kasih. Yang elok tu teruskanlah. Kalau dasar-dasar yang sebelum ni yang baik, teruskan. Kalau rasanya kurang baik, tambah nilai. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Cumanya Tuan Yang Dipertua …..
Soalan?
Satu, jangan risau Tuan Dipertua. Di kawasan saya khususnya ataupun di mana-mana jugaklah, sebarang pembangunan yang kita lakukan, adalah bukan sekadar untuk kita
memberikan kemudahan kepada masyarakat, rakyat. Contohnya di Rembau, pembinaan hospital dan sebagainya, UiTM yang kita buat sebelum ini, bukan sekadar untuk memberikan kemudahan. Ia juga bertujuan untuk limpahan ekonomi dan sebagainya.
Soalan saya, pembinaan Hospital Rembau, sekarang sedang berjalan. Disebabkan hospital tu dibuat, ramai penjaja-penjaja kecil yang diberikan notis oleh Majlis Daerah Rembau untuk berhenti berniaga Tuan Dipertua. Sebelum ini mereka berniaga macam biasa, baik, okay, tak ada masalah pun. Jadi pembangunan yang kita bawa adalah untuk memberikan limpahan nikmat ekonomi kepada masyarakat. Soalan saya, mengapa pihak PBT begitu tidak berhati perut memberikan notis berhenti berniaga, Tuan Yang Dipertua, terima kasih.
Terima kasih di atas makluman Yang Berhormat Chembong. Saya akan meneliti apa yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Chembong. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri, kita memang mengambil berat terhadap kebajikan penjaja khusus bagi penduduk-penduduk kita yang berpendapatan rendah. Jadi dalam perkara ini, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Chembong. Saya akan kaji dan jugak akan siasat, kalau, jikalau perlu kita akan hulurkan bantuan yang sepatutnya kepada mereka yang terjejas. Terima kasih.
Mintak, benda ni, lepas ni apa, Yang Berhormat EXCO Kerajaan Tempatan, panggil je, this is very serious, dengan izin, Tuan Dipertua, ramai sangat peniaga-peniaga kecil yang telah diberikan notis ataupun sama Tuan Dipertua, yang mana tidak pernah berlaku sebelum ini ya. Terima kasih Yang Dipertua.
Okay kita, seterusnya kepada soalan nombor 13, Mambau.
Tuan Dipertua, terima kasih, saya kemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua dan juga terima kasih soalan daripada yang Berhormat Mambau. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Mambau, Rumah Pangsa Taman Desa Rasah ini telah siap dibina pada bulan Ogos tahun 1982 dan siap
diduduki pada 13 Ogos tahun 1984. Rumah pangsa ini mempunyai satu blok bangunan 4 tingkat dengan bilangan unit / petak sebanyak 193 unit.
Walau bagaimanapun, anggaran jumlah petak yang diduduki adalah 25 unit yang kebanyakannya berada di tingkat bawah. Terdapat banyak kerosakan seperti keretakan pada struktur bangunan dan ditumbuhi pokok, sistem pembentungan yang rosak, kerosakan pada tangga dan handrailing, pendawaian, longkang pecah serta kerosakan bumbung ataupun kerangka. Kerosokan, kerosakan ini adalah bukan tanggungjawab Unit COB dan juga Majlis Perbandaran Seremban. Ianya dikawal selia oleh badan pengurusan yang terdiri daripada semua pemilik petak.
Sehubungan itu, permohonan bagi pembaikan Rumah Pangsa Taman Desa Rasah telah dikemukakan semasa kunjung hormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan yang, Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada bulan Jun yang lalu.
Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan rasmi bagi mendapatkan peruntukan dari Tabung Penyelenggaraan Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan penilaian, kos bagi pembaikan rumah pangsa tersebut adalah dianggarkan berjumlah sebanyak 6.0 juta ringgit. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dimaklumkan kepada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Dipertua. Terima kasih Bahau. Tuan Yang Dipertua, saya nak tahu mengapakah Menteri Besar dan Menteri-Menteri ada berkunjung ke tempat pangsa tersebut, dan tak beritahu wakil rakyat di sana. Saya langsung tak tahu. Tuan Dipertua, berkaitan dengan isu ini memang sudah berpuluh-puluh tahun. Dan ramai orang menyatakan sana ialah, sana tempat sana ialah rumah hantu. Rumah hantu. Jadi, pada pendapat saya pun demikian jugalah. Sudah lama terbengkalai dan tidak dapat apa-apa tindakan diambil. Pada pendapat saya, kalau nak buat free, filem hantu nak tayanglah, itu tempat yang sesuai sekalilah.
Jadi soalan saya Tuan Dipertua, kalau, jikalau masalah lagi kelak, tidak boleh diselesaikan, macam mana pihak keraja, pihak Kerajaan Negeri akan ambil tindakan. Adakah pihak kerajaan akan mengambil isu ini atau masuk ke Mesyuarat MMK untuk tindakan selanjutnya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Mambau. Ya, Yang Berhormat Mambau memang selama ini berani bersuara untuk pengundi beliau sebab ini kali ketiga beliau masuk ke Dewan ini, penggal ketiga. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Mambau …..
Patut sudah EXCO ni.
Untuk untuk maklumat Yang Berhormat Mambau, ya Yang Berhormat Mambau memang veteran …..
Dah, dah, cukup, cukup, cukup.
….. senior saya.
Jangan panaskan.
Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, sebenarnya lawat, apa, kunjungan hormat itu, lawatan rasmi …..
Tuan pandang kepada Speaker.
Lawatan rasmi itu dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri bersama saya, kunjungan kehormat, kita pergi ke pejabat apa ni, Menteri KPKT, bukan kita turun ke kawasan tersebut. Bagaimanapun, lawatan kami terhadap ni apa, menteri, menteri ni, Kerajaan Tempatan telah pun membuahkan satu hasil di mana ini telah pun menunjukkan bahawa sebenarnya Kerajaan Negeri kita amat prihatin terhadap apa yang sedang berlaku di kawasan Yang Berhormat Mambau. Sebab itu, kita telah pun tujukan permohonan kepada kementerian supaya kementerian dapat meluluskan pemohon, permohonan tersebut supaya kita boleh bantu penduduk yang tinggal di situ, dan pada masa yang sama kita juga cuba untuk menghidup kembalikan kawasan tersebut. Itu memang hasrat kerajaan untuuk kita memulihkan, kalau boleh, semua projek-projek terbengkalai itu kita nak hidupkan. Kita tak nak ada bangunan ataupun tak nak ada
kediaman yang mencacatkan pemandangan di negeri kita. Itu hasrat kita.
Dan saya juga berharap Yang Berhormat Mambau dan juga Yang Berhormat – Yang Berhormat yang berada dalam Dewan yang mulia boleh bersama-sama, beri kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri, kalau ada apa-apa masalah saja, tujulah kepada kita dan kita, pintu kita selalu, sering terbuka. Dan kita akan cuba membantu, dan yang penting itu, kepentingan rakyat itu kita sama-sama utamakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Kita pergi ke soalan berikutnya, soalan daripada Temiang.
Ya, terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Nampaknya hari ni banyak soalan. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, Kerajaan Negeri berpandangan penyediaan penginapan berpusat kepada pekerja asing merupakan satu kaedah yang efektif dan memastikan pekerja asing di negeri ini disediakan penginapan yang baik dan, di samping itu memudahkan kawalan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di Negeri Sembilan sudah pun terdapat majikan-majikan yang menyediakan penginapan berpusat kepada pekerja asing seperti Samsung, Kibing, Nexperia. Dan di samping itu, terdapat satu pengusaha swasta menyediakan penginapan berpusat pekerja asing di Mantin yang menempatkan 400 orang dengan pelbagai kemudahan seperti dewan makan, rekreasi dan sukan serta dilengkapi dengan sistem kawalan keluar masuk.
Kementerian Sumber Manusia juga telah menyediakan garis panduan berhubung dengan penyediaan penginapan berpusat. Kerajaan Negeri amat menggalakkan mana-mana pihak yang ingin menyediakan pusat penginapan setempat bagi memudahkan kawalan bagi tujuan mengelakkan masalah sosial. Terima kasih.
Yang Berhormat Bahau. Kita pergi soalan berikutnya, Gemencheh.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Soalan saya yang kedua.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, terima kasih Gemencheh. Sebenarnya soalan ini telah saya jawab semalam semasa saya menjawab Rantau dan dicelah oleh Rantau tanpa izin. Jadi saya rasa, tidak perlu saya jawab pada hari ini.
Sememangnya semalam ada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rantau pasal, pasal ni, soalan ni, berkaitan dengan mana, jadi saya perti kepada soalan berikutnya ya …..
Yang Berhormat.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan.
Haa okay.
Sebab dah jawab kan, soalan tambahan, kena dua tu kot. Ramai yang mengadu bahawa bayaran IPG lambat dapat ya, tertunggak beberapa bulan. So, saya inginkan, dapatkan penjelasan, berapa lama boleh dapat tuntutan bayaran IPG ini dan berapa lamakah yang dah tertunggak sekarang ni?
Terima kasih Gemencheh. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya tidak ada statistiknya sekarang ini, dan saya akan jawab secara bertulis.
Okay, sebabkan soalan apa ni, saya terpaksa jump ya, untuk beri mempeluang kepada semua orang. Saya persilakan Yang Berhormat Rantau, soalan nombor, giliran 14.
Yang Berhormat Dato’ Speaker …..
Ya.
….. saya mengemukakan soalan nombor 3.
Nombor 3. Terima kasih Yang Berhormat Rantau.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih soalan yang ber, Yang Berhormat Rantau. Pihak Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menjual tanah milik kerajaan bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Wagau, walau bagaimanapun, kaedah pajakan tanah rizab kerajaan mengikut Seksyen 63 Kanun Tanah Negara boleh dilaksanakan untuk tempoh 3 tahun sehingga 21 tahun di mana kadar pajakan yang akan dikenakan kepada pihak pemajak adalah mengikut penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Kanun Tanah Negara 1965 membenarkan tanah strategik tertentu dijual secara bidaan menurut seksyen 8, Seksyen 80(2) KTN 1965. Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada tapak tanah yang dilupuskan secara bidaan. Terima kasih.
Saya, Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan ini kerana kita tidak mahu tanah-tanah dijadikan ataupun tanah milik agensi kerajaan dijadikan sebagai sumber untuk kita menjana pendapatan kerana itu akan merugikan kita. Sebaliknya Kerajaan Negeri sepatutnya mengamalkan dasar untuk kita me, mengambil semula tanah-tanah supaya ianya diletakkan di bawah, sama ada di bawah rizab Setiausaha Kerajaan ataupun di bawah agensi-agensi yang lain.
Kita tidak mahu Kerajaan Negeri Sembilan mengamalkan dasar sepertimana yang diamalkan oleh negeri-negeri yang lain, ya, menggunakan tanah ataupun aset kerajaan sebagai salah satu punca untuk menambah revenue ataupun pendapatan kerajaan. Jadi, kita memang telah pun buat, Dato’ Dipertua, rizab tanah untuk kita sewakan ataupun untuk dipajak, gunakan kepada pengusaha-pengusaha.
Soalan saya, tambahan saya ialah, apakah tanah-tanah yang dirizabkan ini nanti di, boleh dibukak untuk disiarkan kepada orang ramai supaya ramai orang yang mahu untuk mengusahakan, usaha mereka tetapi
mereka tidak mempunyai untuk mereka usahakan umpamanya industri pertanian, ternakan dan yang lain-lain. Kerana seingat saya, Dato’ Dipertua, ialah banyak tanah-tanah kerajaan yang telah kita rizabkan tanah lapang, tanah untuk pembangunan masa de, depan dan yang lain-lain, untuk, yang strategik tempatnya Dato’ Dipertua ya, supaya ianya nanti kita rizabkan di bawah SUK. Kerana dulu tu, Dato’ Yang Dipertua, bila tanahnya Tanah Kerajaan, status Tanah Kerajaan, banyak orang yang mintak. Itu sebabnya tanah yang strategik tempat dia, yang boleh kita bangunkan untuk masa depan, kita letakkan di bawah rizab Setiausaha Kerajaan ataupun agensi-agensi kerajaan.
Saya nak tanya sama ada, apakah Kerajaan PH hendak mengadakan suatu sistem di mana kita menyiarkan daftar tanah-tanah ini, data tanah untuk dibangunkan masa depan, yang telah pun kita rizabkan dulu, Dato’ Dipertua, supaya orang ramai lebih mudah untuk mendapat maklumat, untuk mereka datang ke Negeri Sembilan, melabur dalam bidang pertanian, bidang-bidang apa jua khususnya, kerana Negeri Sembilan ini kedudukannya amat strategik dan dekat dengan pusat ibu negara. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Tuan Yang, terima kasih Rantau. Alhamdulillah, syukur, semenjak kita mengambil alih Kerajaan Negeri pada tempoh ini, kita telah membuat banyak perubahan khususnya mengenai isu tanah, di mana kita telah mengarahkan pihak pentadbir tanah galian, Pejabat Tanah Galian untuk membuat pemutihan ke atas tanah-tanah yang telah diteroka secara haram untuk kita serahkan tanah tersebut atau dirizabkan tanah tersebut kepada Pejabat SUK, Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kita nilai semula. Dan di samping itu juga, kita telah memastikan juga pihak, tanah-tanah yang diceroboh untuk dibuat billboard. Yang seperti kita maklumkan semalam, bagaimana untuk kita dapatkan lagi hasil kepada Kerajaan Negeri pada tahun hadapan. Inilah usaha-usaha yang kita lakukan, bahawa kita nak mastikan pemutihan ini dan serahkan kepada SUK dan kemudian kita minta JPPH untuk membuat kajian untuk memberi penilaian yang sesuai untuk kadar sewa dan kita nak pastikan sewa yang disewa oleh penyewa adalah berpatutan dan menguntungkan rakyat di Negeri Sembilan ini.
Dan kita juga akan membuat data kepada semua tanah-tanah milik SUK yang boleh dipajakkan untuk kegunaan ataupun pembangunan supaya dia tidak kosong begitu saja dan dapat dijadikan sebagai pendapatan kepada Kerajaan Negeri pada masa akan datang.
Itu, dalam ucapan bajet, kita telah sentuh perkara tersebut dengan, dengan teliti dan kita juga, setakat hari ini belum me, me,
menganugerahkan mana-mana tanah kepada individu ataupun syarikat dan ini adalah dasar kita. Dan kita ingin lihat bahawa kerajaan menjaga aset-aset kita ataupun harta-harta ini dengan baik untuk pembangunan dan kepentingan rakyat seluruhnya. Sekian, terima kasih.
Tuan Dipertua, mintak apa, penjelasan sikit daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha yang telah pun dilakukan dulu, iaitu untuk kita memutihkan tanah-tanah terokaan secara tidak rasmi ataupun secara haram, kita tak nak panggillah dia teroka haram, tak sedap kan. Teroka tidak secara rasmi. Banyak orang yang telah pun mengusahakan tanah kerajaan, Tuan Dipertua, dengan atas usaha menghasilusahakan ekonomi terutamanya dalam bidang pertanian.
Dulu telah kita buat iaitu kita telah buat suatu sistem ataupun cara, dasar yang mana mereka ini kita putihkan dan kita bagi dia pajakan. Dan kita kenakan dengan kadar, nilai yang dinilai oleh jurunilai ataupun Jabatan Penilaian Harta kerajaan, Dato’ Dipertua, dan mereka membayar secara tahunan. Ini akan mendatangkan win-win situation kepada kedua pihak. Yang, orang yang telah pun mengusahakan tanah ini akan dapat terus menghasilusahakan tanah dia, kerajaan mendapat hasil. Dan jika mereka nak besarkan jugak mereka usaha ini, ataupun perniagaan, ataupun usahawan mereka, mereka telah pun ada satu jaminan. Dan mereka boleh pergi ke pihak bank untuk menunjukkan bahawa mereka ni mengusahakan perusahaan mereka di atas tanah yang telah pun disahkan oleh kerajaan.
Jadi kerajaan meneruskan dasar ini, dan kerajaan akan mendapat banyak apa Dato’ Dipertua, banyak hasil. Kita, kita buatkan klasifikasi pertanian, perusahaan ataupun apa juga, Dato’ Dipertua, ini akan menambah lagi hasil yang dapat oleh Kerajaan Negeri. Kita dah buat tu dulu. Saya nak tanya sama ada diteruskan ataupun tidak. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Rantau, semalam kita telah detail-kan tetapi hari ini ada soalan yang sama. Dan sebenarnya memang banyak lagi tanah yang telah diteroka secara, bagi secara haramlah kerana tidak mendapat izin dari pihak berkuasa. Dan kita telah, khususnya di kawasan Gemas, Tampin, memang banyak awasan-kawasan yang diteroka dan luas. Dan ini telah saya mintak kepada pejabat tanah, Pejabat Daerah dan Tanah untuk pastikan, untuk membuat pemutihan yang segera kerana ini merupakan hasil negeri dan saya rasa bukan setakat, bukan setakat kita
memutihkan, kita juga perlu mendenda mereka kerana kita tidak ingin melihat kawasan-kawasan Kerajaan Negeri terus diteroka secara haram. Dan ini penting kerana kadang-kadang ia melibatkan kawasan hutan yang harus kita jaga dan pastikan bahawa kita tidak kehilangan sumber hasil pada masa akan datang. Ini yang kita maklumkan. Dan kita teruskan usaha tersebut dan kita tambah baikkan apa yang berlaku pada masa lalu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat, kita pergi kepada soalan, ini mungkin soalan yang terakhirlah, daripada Serting.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 3.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih, Serting. Kelas abad ke-21. 89 buah sekolah di Negeri Sembilan mempunyai kemudahan asas untuk pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran abad ke-21 secara maya seperti bilik khas / makmal komputer / pusat akses dengan capaian internet yang baik. Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mempunyai kemudahan yang lebih lengkap seperti smart board, smart TV, ipad dan lain-lain yang, yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (bagi Sekolah Berasrama Penuh) atau ditaja oleh PIBG atau penderma luar. Terima kasih.
Tuan yang Dipertua, alhamdulillah ya, di Negeri Sembilan ini sebahagian besar hampir 100% sekolah kita sudah mencapai Sekolah Bistari iaitu capaian internet. Jadi, persoalan saya di sini, ada sekolah-sekolah khususnya di sekolah luar bandar dan juga sekolah kurang murid, pihak sekolah mempunyai dana yang amat terhad, amat terbatas, ianya bergantung kepada inisiatif pimpinan sekolah dan juga PIBG untuk melaksanakan, mewujudkan kelas abad yang ke-21. Sekolah-sekolah bandar, sekolah asrama penuh seperti yang dinyatakan Yang Berhormat EXCO memang jelas. Jadi di sini, supaya proses kita dapat membina kelas abad ke-21 ini dapat kita jalankan hingga ke sekolah luar bandar, secara berperingkat-peringkat.
Setakat ini adakah ya, peruntukan khas daripada Kerajaan Negeri untuk membantu sekolah luar bandar dan juga sekolah kurang murid ini yang mana dana mereka amat terbatas supaya mereka dapat
mewujudkan kelas abad ke-21, khususnya kepada sekolah yang kurang murid dan juga sekolah luar bandar. Terima kasih Yang Dipertua.
Serting. Permasalahan asas sebenarnya dalam pelaksanaan PAK 21 iaitu kelas abad ke-21 adalah masalah infrastruktur yang berkaitan jalur lebar. Selagi perkara ini tidak dapat diselesaikan, memang sukar untuk kita menjadikan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar untuk dinaikkan taraf sebagai sekolah kelas abad ke-21. Ini asas, perkara yang paling asas.
Walau bagaimanapun, kita akan cuba, sentiasa berusaha untuk memastikan dengan secara, maknanya sedikit-sedikit untuk memastikan kita boleh menaikkan taraf, untuk menjadikan kesemua sekolah. Untuk maklumkan, kita ada 475 buah sekolah di, jumlah di seluruh Negeri Sembilan. Jumlah yang agak banyak ya. Dan sememangnya di sekolah taraf, kelas abad ke-21 ataupun kelas PAK 21 ini, memang banyak tertumpu di Seremban ya. Kalau kita lihat, 28 sekolah ini ialah di Seremban, Kuala Pilah hanya 16, di Port Dickson ada 22, di Jempol dan Jelebu ada 12, Tampin ada hanya 6, Rembau hanya ada 5. Inshaa Allah, maknanya kita akan mengusahakan secara yang terbaik untuk mempertingkatkan dari masa ke semasa. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Saya kira ada lebih kurang 13 minit. Saya bagi ruang soalan terakhirlah ya, Mambau.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, soalan nombor
2. Terima kasih.
Terima kasih. Jumlah keseluruhan pekerja asing di Negeri Sembilan sehingga Oktober 2018 adalah seramai 57,912 orang iaitu hanya 3% daripada jumlah pekerja asing di negara kita iaitu hampir 2.0 juta iaitu hanya 3% di Negeri Sembilan. Dan melibatkan 49,973 orang lelaki dan juga 7,939 orang perempuan.
Yang keduanya, berkaitan dengan langkah-langkah pihak Kerajaan Negeri untuk memantau dan memastikan masalah isu, isu kacau ganggu warga asing tidak wujud di Negeri Sembilan adalah seperti:
Yang pertama, polis, pihak Polis Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai operasi pencegahan jenayah melalui Ops Cantas dan juga Ops Noda.
Dan kedua, mempertingkatkan operasi ke atas pusat-pusat hiburan yang mana dipercayai pekerjanya terdiri dari warga asing yang telah tamat tempoh dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Yang ketiga, semua Ketua Polis Daerah Negeri Sembilan mengadakan sekatan jalan raya di daerah masing-masing sekerap yang mungkin dalam usaha membuat pencegahan jenayah, jenayah serta memantau perga, pergerakan PATI iaitu pendatang, pendatang asing tanpa izin di dalam kontinjen kawasan mereka.
Yang keempat, Ketua Polis Daerah Negeri Sembilan juga mengadakan operasi bersepadu bersama agensi kerajaan seperti Imigresen dan JPN di bawah pentadbiran daerah-daerah masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih. Ada kesempatan lagi. Saya persilakan Lobak.
Tuan Dipertua, soalan saya yang nombor 1.
Terima kasih. Berkaitan dengan soalan nombor 1 iaitu maklumat terperinci mengenai rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di setiap daerah Negeri Sembilan. Kita, sehingga 30 November 2018, terdapat sejumlah 194 rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar di Negeri Sembilan. Ini adalah yang didaftarkan.
Dan untuk yang kedua, adakah peruntukan tahunan, dan pada masa ini, untuk tahun ini memang tiada sebarang peruntukan khusus diberikan. Walau bagaimanapun, mungkin bermula tahun depan, kita akan mempertimbangkan permohonan daripada jawatankuasa untuk kita memberikan bantuan sentiasa diteliti mengikut keperluan dan juga kesesuaian permohonan tersebut. Terima kasih.
Tuan Dipertua.
Ya.
Soalan tambahan. Yang di, maklumat yang tau, ada banyak lagi itu, ibadat belum didaftar atau dia berdaftar ROS. So, apa tindakan pihak kerajaan yang akan mengadakan terhadap itu ibadat belum daftar atau tidak ada mendaftar di ROS.
Okay, terima kasih. Dalam minggu lepas, saya telah pun meminta pihak ROS ataupun pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk memberikan semua maklumat berkaitan dengan persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dengan agama bukan Islam. Dan selepas kita mendapat, dan pada minggu lepas juga, kita telah, jawatankuasa saya telah mendapat daripada semua Pejabat Daerah di seluruh Negeri Sembilan berkaitan dengan tempat-tempat ibadat yang, yang telah wujud, yang telah wujud. Dan mengikut beberapa maklumat seperti tanah itu telah pun dirizabkan atau tidak, ataupun tanah itu milik, pemiliknya siapa, mengikut beberapa dan juga keluasan dan juga nombor hak milik. Supaya dalam masa singkat ini kita akan match-kan ataupun kita akan mengikut maklumat daripada ROS, dan juga maklumat daripada Pejabat Daerah, kita akan match-kan dan juga bagi pendaftar yang belum melakukan daftaran. Jawatankuasa-jawatankuasa yang belum melakukan daftaran kita akan meminta mereka untuk didaftarkan supaya semua premis-premis ataupun tempat ibadat bukan Islam ini didaftarkan secara sah supaya setiap pergerakan mereka, setiap aktiviti mereka dilakukan secara sah mengikut undang-undang. Terima kasih.
Kepada Yang Berhormat Nilai. Masih ada masa lagi, kita persilakan Yang Berhormat Gemas.
Tuan Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Soalan nombor 2 ye, Gemas?
Nombor 1.
Nombor 1?
Ya.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Gemas. Langkah mengatasi masalah air. Kawasan Gemas mendapat bekalan air daripada Loji Air Gemas Baru dengan kapasiti 8 juta sehari. Loji Air Gemas mendapat sumber air mentah daripada Sungai Muar. Oleh kerana kedudukannya yang terletak di hujung sempadan Negeri Sembilan/Johor, sumber air akan mudah terjejas apabila berlaku musim kemarau yang panjang sepertimana yang dialami, pernah dialami pada tahun 2016.
Antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah seperti ini adalah melepaskan, pertama, melepaskan air empangan Ulu Muar ketika musim kemarau.
Dan yang keduanya, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan pembinaan bunded storage berhampiran Loji Air Gemas dengan kapasiti sebanyak 0.457 MCM ataupun, bagi menampung bekalan air mentah dalam tempoh 10 hari. Pembinaan bunded storage masih lagi dalam pem, peringkat rekabentuk. Terima kasih.
Ada soalan tambahan?
Ada sikit soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Saya mengucapkan terima kasih kerana pihak kerajaan memandang berat terhadap masalah gangguan air di kawasan Gemas. Cuma apa yang saya harapkan juga, tentang penukaran paip-paip air yang telah lama, yang telah rosak dan mudah pecah. Sebab di kawasan Gemas, paip-paip air telah melebihi daripada 20 tahun terutamanya di kawasan kampung dan di kawasan felda. Jadi saya mengharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat mengambil ataupun mencari peruntukan ataupun dana untuk mengganti paip-paip air yang telah lama dan rosak ini. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Gemas. Kita sedia maklum bahawa masalah paip lama ni telah berlaku di seluruh ne, Negeri Sembilan ini, bukan saja melibatkan Daerah Gemas, tetapi juga kita nampak kritikal adalah di Daerah Kuala Pilah, yang setiap kali berlaku tekanan, sedikit tekanan tinggi sedikit akan menyebabkan paip-paip di Kuala Pilah yang berlaku pada musim perayaan hari raya. Di Gemas, alhamdulillah, masih terkawal. Namun begitu kita sedia maklum, dan kita akan menukar paip-paip ini mengikut keperluan. Dan kita juga terpaksa me, menambah peruntukan untuk mena, memastikan paip-paip ini dapat diganti. Dan
kita sedang memohon kepada pihak Persekutuan untuk menambah peruntukan bagi menukar paip-paip lama kita yang ada di Negeri Sembilan ini. Terima kasih Yang Dipertua.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk pertanyaan saya rasa kira sudah tamat. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan pihak keraja, dan pihak Kerajaan yang telah menjawab segala pertanyaan. Semua soalan-soalan lisan untuk hari kedua ini yang tidak sempat dijawab, akan diberikan jawapan secara bertulis.
Perkara keempat, Rang Undang-Undang.
USUL DI BAWAH PERATURAN XVI
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Izinkan saya bangun untuk menggunakan Perkara XVI peraturan dan jugak arahan tetap Dewan …..
Ya.
….. untuk kita, Dewan ini, Dewan yang bersidang, Dewan Undangan Negeri Sembilan Kali Ketiga Penggal Ke-14 ini, untuk kita sama-sama merakamkan rasa dukacita dan jugak takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Adib bin Muhammad Kassim, yang mana kita telah pun dapat tahu, telah pun meninggal dunia …..
Hari ni ya?
Dato’ Dipertua, tak tahu ke?
Baru dengar pagi tadi.
Buek apo? Mimpi ke?
Lotih dibuek semalam.
Lotih? Kami dah tak ada lagi semalam, apo pulak lotih pulak? Saya nak, supaya …..
Hari ni, pagi ni ye?
….. Dewan Undangan Negeri Sembilan, yang bersidang …..
Semalam?
….. pada hari ini untuk kita berhenti sebentar …..
Oh ya.
….. untuk merakamkan ucapan takziah dan dukacita kita kepada keluarga allahyarham, seorang penjawat awam iaitu anggota Bomba Dan Penyelamat, yang begitu dedikasi menjalankan tugas untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Tetapi malangnya beliau telah terkorban semasa menjalankan tugas. Jadi, ini satu perkara yang amat malang dalam sejarah negara kita. Dan ini merupakan satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak, agar kita berhati-hati di dalam apa jua perkara dan apa jua percakapan dan tutur kata yang nak kita buat. Terutamanya kepada pemimpin-pemimpin yang dihormati dan diberikan mandat untuk memimpin negara. Kerana apa jua cakap dan perkataan, tutur kata kita Tuan Dipertua, dia akan menjadi sebagai panduan dan dia akan menaikkan semangat orang.
Itu sebabnya selalu, semasa di sebelah sana, mengatakan bahawa negara kita ini sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama,
bahasa dan budaya, amat merbahaya dan kita perlu berhati-hati kerana fabrik masyarakat kita yang begitu rupa Tuan Yang Dipertua, akan menyebabkan ianya akan menjadi sebagai penyebab untuk berlakunya perasaan tidak puas hati, jika ada unsur-unsur dan jugak perkara-perkara yang dipertuturkatakan di, dan menaikkan sentimen-sentimen dan akhirnya nanti terjadi perkara-perkara yang tidak diingini.
Kita rakyat Malaysia tak mahu melihat perkara ini berlaku. Kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tidak mahu melihat perkara seperti yang berlaku di kuil Mariamman di Seafield tersebut, Dato’ Dipertua. Ini satu perkara yang amat malang. Tetapi ianya tidak ditangani dengan baik. Tidak ditangani dengan cara yang terbaik mungkin. Itu sebabnya di Negeri Sembilan dulu kita dah selesaikan dan kita menyelesaikan banyak masalah tentang isu-isu ini. Bahkan kita telah pun merizabkan semua tanah-tanah kerajaan yang dibina sebagai tempat kuil, tokong, apa jua rumah-rumah beribadat, surau ataupun gereja. Kita dah buat dah siap-siap. Kalau ini ditangani betul-betul tempoh hari Tuan Dipertua, ianya tak akan menjadi.
Jadi saya mintak supaya, dengan menggunakan Perkara XVI, Peraturan Dan Perintah Tetap Dewan hari ini, kita bertafakur sebentar. Dan kepada umat Islam, kita bersama-sama membacakan surahtul Al-Fatihah untuk kita pastikan supaya Allahyarham Muhammad Adib bin Kassim ini diberkati dan dicucuri rahmat rohnya. Kerana dedikasi yang begitu rupa, menjalankan tugas begitu rupa, walaupun kalau dalam keadaan biasa Tuan Dipertua, memang orang takut akan pergi situ. Tetapi dedikasi seorang penjawat awam, dedikasi seorang anggota penyelamat, Penyelamat dan Bomba Malaysia yang memang telah pun ditanam sikap untuk pergi menyelamatkan dan jugak untuk mengatasi masalah terutamanya kebakaran. Untuk memadamkan kebakaran, tetapi akhirnya dedikasi tersebut dibalas dengan nyawa. Dibalas dengan nyawa, Dato’ Dipertua ya. Jadi inilah perkara yang perlu kita hindarkan. Inilah perkara yang patut kita takuti di negara kita yang berbilang kaum, berbilang agama, bahasa dan budaya ini. Berhati-hatilah ya.
Dengan itu, saya mintak supaya yang beragama Islam, kita memfatihahkan, memfadiyahkan Al-Fatihah dan yang bukan beragama Islam kita bertafakur sebentar ya, ya. Al-Fatihah …..
Tuan Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua.
[semua ahli Yang Berhormat membacakan surah Al-Fatihah, manakala yang bukan beragama Islam bertafakur sebentar]
Terima kasih Dato’ Dipertua.
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat.
Tuan Yang Dipertua, saya menyokong apa, ucapan daripada Rantau tadi berhubung dengan pemergian saudara Muhammad Adib yang telah pergi untuk selama-lamanya, yang telah menggadaikan nyawa untuk memberikan keselamatan kepada semua masyarakat. Dan kita maklum bahawa ini adalah pengorbanan yang sangat besar, dan kita bersama-sama sentiasa mendoakan beliau dan Kerajaan Negeri rasa terharu dengan pemergian tersebut. Dan kita rasakan bahawa pemergian ini adalah kehilangan kepada pejuang negara. Dan kita rasa sedih dan kita yakin bahawa ini merupakan satu pengorbanan yang tidak dapat diganti. Dan saya mengharapkan kepada seluruh penjawat-penjawat awam agar terus dapat berusaha seperti saudara Muhammad Adib, sentiasa memastikan bahawa keutamaan dan perjuangan kepada negara itu adalah merupakan satu perkara yang paling penting. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya kira usul ini diterima sebulat suara, boleh? Boleh. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau. Ini satu penghormatanlah kepada anggota bomba.
Bomba ni dulu asal terbakar, lopeh tu semua panggil bomba. Tangkap ular pun panggil bomba ya. Jadi terpaksa tukar, Bomba dan Penyelamat ya. Haa, hebat bomba ni. Dia bukan sekadar bakar apa, kebakaran. Banjir baru-baru ni pun dia terlibat kan, ada mati 6 orang apa. Jadi, anak saya kata, nak jadi bomba yah. Bagus, tapi kau kena ingat, haa …..
[Percakapan oleh YB ADUN Rantau tidak dapat dirakan berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
4 ya, haa takpo. 4. Okay. Jadi, bagus dia kata. Tapi, kena belajar berbagai cara untuk menyelamat ketika kebakaran, ketika banjir. Dia semua terlibat ya. Nak tangkap ular tu bukan sonang ya. Saya tengok bomba tangkap ular slumber ya. Jadi,
bomba ini memang hebatlah, semuo kojo dia buat. Jadi saya ucap tahniah kepada pasukan bomba. Dan kebetulan saya pun ada pangkat dalam bomba ya. Saya rasa banggalah.
Tuan Dipertua, patutnya Tuan Dipertua menambah bahawa kita mengutuk, bukan nak berborak-borak kosong. Kita kutuk perbuatan yang menyebabkan kehilangan jiwa penjawat awam yang nak …..
Ya betul.
….. menyelamatkan keadaan, itu saja.
Saya nak beri penghormatanlah tentang bomba sebab semua kojo dia buek kan. Jadi kita tadi dah setuju. Saya tak nak panjangkan. Dan kita nak pergi kepada seterusnya. Silakan Setiausaha.
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018Bill
Perkara keempat, Rang Undang-Undang.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, semalam, Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018 telah dicadangkan untuk dibacakan bagi kali kedua. Kita juga telah bersetuju mem, untuk membahaskan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 bersekali dengan rang undang-undang ini. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan kedua-dua perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jika ada perbahasan, dipersilakan.
[YB ADUN Rantau bangun]
Haa kejap, kejap, cuma mungkin kita akan beri lebih masa kepada Yang Berhormat Rantau. Tapi yang selebihnya
saya bagi 20 minit. Saya dah kira dah, malam ni, kalau 20 minit pun, boleh habis dekat sampai pukul 10:00 tau. Jadi Yang Berhormat Rantau saya bagikan penghormatanlah sebagai Ketua Pembangkang untuk cakap lebih sikit pun tak apa. Tapi jangan terlobih bona yo. Haa, okay, silakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberikan keizinan dan peluang untuk saya, untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun 2019.
Pertamanya saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah berjaya membentangkan belanjawan dan jugak, belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2019, dengan baik semalam. Walaupun, malangnya kami tak dapat mendengar secara terus dalam Dewan, kerana kami tidak dibenarkan bercakap, maka kami tak nak dengar cakap. Kerana perkara yang kami bawak semalam itu adalah satu perkara yang mustahak jugak untuk kita bahaskan dalam Dewan ini.
Walau bagaimanapun, Rang Undang-Undang telah pun dibacakan untuk pertama kali semalam. Dan kita melihat perbekalan dan jugak belanjawan ini, dan jugak pendapatan Kerajaan Negeri bertambah daripada tahun 2018 ini. Tahniah saya ucapkan. Dan saya harap supaya dengan pertambahan pendapatan ini, ia akan dapat memberikan banyak lagi kelonggaran dan jugak da, memberikan banyak lagi ruang untuk Kerajaan Negeri untuk memberikan kemudahan-kemudahan asas, mempertingkatkan dan jugak memperbetulkan kemudahan-kemudahan asas. Dan seterusnya terus membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang telah pun kita buat lama dah, dan diteruskan nampaknya, adalah satu perkara, dasar yang amat baik. Kita nak supaya rakyat Negeri Sembilan, Tuan Yang Dipertua, merasa selesa, merasa selesa ataupun merasa selamat duduk dalam Negeri Sembilan, sebuah negeri yang mempunyai satu dasar yang ada dasar di mana jika ada apa-apa berlaku kepada masyarakat ataupun rakyat, kita mempunyai dasar untuk kita membantu. Jadi, ini satu perkara yang amat penting supaya the feel good factor, dengan izin, rakyat Negeri Sembilan hidup, menjalankan kehidupan seharian mereka, mereka duduk dan mereka sama-sama cari. Bukannya semuanya orang nak bergantung kepada kerajaan tetapi dasar yang dibuat ini adalah merupakan satu dasar yang akan memberikan satu jaminan kepada rakyat Negeri Sembilan bahawa kerajaan akan sentiasa membantu dan
akan sentiasa membela mereka yang memerlukan dan mereka yang perlu pembelaan.
Jadi, dengan adanya pendapatan yang melebihi daripada tahun lepas, 430.0 juta ya, Yang Amat Berhormat ya. Dan kita ucap tahniah kerana ini merupakan satu pertambahan dalam pendapatan. Dan saya yakin, dengan agenda-agenda pembangunan yang dirancang, agenda-agenda untuk memperkasakan sistem pentadbiran, dan seterusnya untuk menghalang ketirisan-ketirisan yang banyak tiris, memang kita akui banyak tiris, dia akan dapat menambah dan jugak mengurangkan perbelanjaan kita. Salah satu daripada cara untuk kita menambah kita punya pendapatan ialah dengan memperkasakan sistem iaitu cara kita menjalankan pekerjaan kita.
Tuan Yang Pertua, saya nak, satu sajalah ataupun beberapa perkara yang perlu saya sebut di sini ialah keadaan di Negeri Sembilan ini, nampaknya dia tidak terlepas daripada pengaruh daripada luar Negeri Sembilan. Keadaan ekonomi negara kita, Dato’ Dipertua, tidak begitu baik dan ianya jugak disebabkan oleh beberapa faktor yang banyak ya. Bukan disebabkan oleh satu faktor. Pertumbuhan ekonomi rasanya Dato’ Dipertua, untuk tahun 2018 ini, tidak akan dapat mencapai seperti apa yang telah pun dijangkakan. Dijangkakan bahawa pertumbuhan ekonomi akan dapat tumbuh 5.5%, tetapi telah disemak semula oleh banyak pihak, agensi-agensi penarafan jugak menyemak semula, bahawa ekonomi Malaysia paling baik pun dapat tumbuh ialah di bawah 5% ialah 4.7 – 4.5.
Ini merupakan penguncupan yang banyak daripada 5.9% pertumbuhan ekonomi negara, KNDK kita pada tahun 2017 kepada 4.71%. 1%. 1% itu besar Dato’ Dipertua, 1% penguncupan ekonomi merupakan satu perkara yang besar kerana KDNK kita besar, Dato’ Dipertua. Jadi ini merupakan suatu ancaman kepada kita di Negeri Sembilan. Satu ancaman kepada negara kita. Banyak masalah, Dato’ Yang Dipertua, akan timbul jika ekonomi menguncup. Itu sebabnya, semua negara berusaha untuk kita pastikan ekonomi kita tidak menguncup ataupun conveyor belt ekonomi itu tidak perlahan. Jika ia menguncup ataupun perlahan, untuk kita lajukan semula ataupun nak kita tambah semula nanti, ia bukan satu perkara yang mudah.
Adalah amat menyedihkan kerana disebabkan oleh kita sendiri yang menyebabkan salah satu daripadanya penguncupan ekonomi ini, Dato’ Dipertua. Kerana walaupun ekonomi kita baik, semasa pilihan raya ataupun sebelum pilihan raya, tetapi disebabkan oleh kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh mereka, pemimpin-pemimpin yang baru membuat kenyataan-kenyataan, menyebabkan banyak orang melihat
ekonomi negara kita dan jugak keadaan politik di negara kita ini tidak stabil. Jadi ini menyusahkan kita ya.
Sebagai contoh, mengatakan kita punya hutang negara 1.0 trilion. Itu merupakan satu perkara yang subjektif, Dato’ Yang Dipertua ya. Kita, sebenarnya hutang dalam Majlis Kewangan Negara, setahu saya dan setiap kali di, di, dikeluarkan oleh Bank Negara, hutang negara kita tak melebihi 700.0 bilion, yang lebihnya Dato’ Dipertua adalah merupakan contingency liability ya, iaitu hutang yang dibuat oleh pihak korporat. Bond-bond yang di-issue, sukuk yang di-issue oleh pihak korporat yang ada pulak asset baking, dengan izin Dato’ Dipertua ya. Macam PNB mengeluarkan dia punya bond, Kazanah mengeluarkan bond-nya. Ini semua adalah di, dibantu ataupun, dengan adanya jaminan aset yang dibuat. Itu bukannya merupakan direct liability kerajaan, Dato’ Yang Dipertua. Tapi merupakan sebagai salah satu tanggungan. Dalam tanggungan kerajaan jugak, kerana akhirnya nanti akan menyebabkan, tetapi adalah tidak benar mengatakan kita punya hutang adalah merupakan 1.0 trilion.
Jadi ini salah satu sebab mengapa orang merasa gementar. Pelabur-pelabur merasa gementar tiba-tiba sahaja hutang kita menjadi begitu banyak, kerana apa Tuan Dipertua, kita punya setiap kali, setiap 6 bulan ataupun setiap tahun, akaun kita dipaparkan oleh Bank Negara, Dato’ Dipertua. Kita merupakan negara yang bernaung bersama-sama dengan 100 lebih negara-negara di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu. Akaun kita disemak oleh Bank Dunia, akaun kita disemak oleh IMF, akaun kita disemak oleh banyak penarafan antarabangsa seperti Moody’s, FEESH dan jugak Standard & Poor's. Macam-macam orang boleh Dato’ Dipertua. Tetapi mereka sendiri pun hairan mengapa kita kuat begitu. Jadi inilah salah satu sebab mengapa keadaan ekonomi sekarang kita teruk.
Tambahan pulak, dengan kita punya harga barang-barang, kita punya barang-barang pertanian kita, terutamanya sawit dan getah. Seperti yang saya sebut semalam Dato’ Yang Dipertua, Dato’-lah okay, tak lama lagi dapat Dato’ inshaa Allah ya, ya Dato’ Dipertua, iaitu harga sawit, Dato’ Dipertua, terendah. Sekarang ni banyak sawit mentah ataupun crude oil kita ataupun CPO kita Dato’ Dipertua, terendah dalam masa 12 tahun. 1,720.00 ringgit. Itu harga yang dipaparkan. Harga yang dibeli oleh kilang, Dato’ Dipertua, is, ataupun refinery lebih rendah pada itu. Dan mereka sekarang menekan orang. Kalau nak jual, beli, dia beli, dan jugak yang masalahnya jugak ialah bukan mereka tak nak beli, walaupun harga beli orang nak jual jugak, tapi tak boleh beli. Refinery tak boleh beli kerana tangki mereka semua penuh.
Dalam masa kali pertama dalam 18 tahun Dato’ Dipertua, refi, kita punya stok penimbang kita, minyak sawit mentah ataupun MSM kita tertinggi dalam masa 18 tahun. Kerana apa? Kerana kita tak boleh jual minyak sawit kita kerana pembeli tradisi kita yang banyak iaitu negara China dah beralih pasaran daripada Malaysia ke Indonesia. Kerana apa? Kita tahu macam-macam sebab Dato’ Dipertua ya, kerana disebabkan oleh hubungan kita yang sekarang ni dah tak sebaik dulu. Hubungan kita dengan negara China tak seakrab dulu. Kalau dulu apa sahaja yang kita keluarkan, akan dibeli.
Mana mungkin Dato’ Yang Dipertua, daripada 2,800.00 sekarang ni sampai 1,700.00, Dato’ Yang Dipertua. Ini merupakan satu harga yang amat susah dan dia dah tak lagi merupakan suatu yang boleh menguntungkan kerana setelah ditolak kos, Dato’ Dipertua, semuanya tak boleh nak kutip. Kalau minyak sawit, tandan mentah, Dato’ Dipertua, di kebun – di kebun, ataupun di ladang kelapa sawit, orang beli rendah daripada 270.00, 260.00. Semalam ada yang orang beli 255.00 ringgit satu tan, minyak ataupun buah sawit mentah. Siapa yang nak mengambil buah. Duit baja, duit upah dia macam-macam lagi. Tak pulang modal. Ini merupakan masalah kepada banyak pekebun-pekebun kecil, masalah kepada industri-industri utama kita, Dato’ Dipertua, iaitu bahan mentah kita. Dan ini menyebabkan negara kita jugak menghadapi masalah.
Nasiblah harga minyak 82.00 dolar satu tong. Kalau tidak, Dato’ Dipertua, kita akan menghadapi masalah, double jeopardy, current account kita akan menjadi defisit Dato’ Dipertua. Kita mempunyai bajet defisit tak apa, tetapi jangan sampai kita nanti ada current account defisit. Kalau kita punya defisit bajet, itu tak ada apa masalah. Kita menggunakan bajet itu defisit kerana untuk development expenditure ataupun akaun pembangunan. Tetapi nampaknya sekarang, akaun penyelenggaraan pentadbiran pun ataupun OE kita, operating expenditure kita terpaksa dalam keadaan defisit jugak. Ini satu perkara yang amat malang.
Jadi saya harap supaya kita sama-sama memikirkan cara mana untuk kita membangunkan negara kita semula. Berhentilah kita me, yang seperti saya kata dalam sidang Dewan yang dulu, the blame game ini kita kena berhenti. Berhenti. Start rolling up your sleeve. Kita dah menjadi kerajaan, tuan-tuan dah jadi kerajaan, urus kerajaan, urus negara dengan baik kerana yang pentingnya sekali ialah rakyat. Rakyat yang akan menerima akibat dia. Rakyat di bawah sana menerima akibat dia. Dahlah segala janji-janji tak dibuat, rakyat begitu berkobar-kobar. Tetapi akhirnya tak ada apa-apa pun ya, tetapi apa yang ada
dulu pun sekarang ni dah tak dapat dirasai lagi, tak dapat dinikmati lagi ya. Dengan keadaan ekonomi yang teruk dan macam-macam lagi.
Jadi itu sebabnya, saya nampak dalam bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, ada penambahan-penambahan dan jugak untuk memberikan bantuan kepada, itu bagus. Buat. Kita sokong. Kita menyokong langkah-langkah ini, Dato’ Dipertua. pergi kepada ibu tunggal. Tapi saya yakin ia akan menjadi masalah kepada Yang Amat Berhormat nanti. Kita bagi, sebab ramai orang jugak kata dia jugak ibu tunggal jugak. Dalam satu kampung bagi 3 orang, ada 20 orang, nak cakap macam mana kan. Nanti orang lagi marah. Menjadi masalah lagi, Dato’ Dipertua, macam mana nak kita terangkan. Itu sebabnya kita perlu berhati-hati dalam perkara bantuan ini ya. Bantuan perlu dibuat dengan secara accountable.
eKasih, mintak maaf cakap, data eKasih ini memang tak boleh dipakai ya. Kerana dia bukan satu daftar yang menyeluruh, ya. Banyak orang yang akan masalah. Yang Amat Berhormat akan menghadapi masalah bila bagi nanti. 1,540 orang sahaja ibu tunggal. Saya yakin di Negeri Sembilan ini, di Pilah, di Mukim Senaling pun lebih banyak pada tu, ya, ya, lebih banyak pada tu. Jadi macam mana nak jawab nanti. Apa kita nak jawab?
Jando.
Kang saya buek pantun kang, kok tak donga kan. Dato’ Dipertua. Jadi perlu berhati-hati.
Cara yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat baik, untuk kita memperkasakan kita punya pendapatan. Memperkayakan. Supaya kita dapat pertambahan baru. Tetapi yang pentingnya ialah, dia, ekonomi ni senang saja, Dato’ Dipertua. Macam mana nak dapat pendapatan. Kena fikirlah. Jangan fikir macam mana nak cukai orang saja ya. Banyak cara lagi. Dulu saya jual air laut, sekarang ni air laut pun nak tambah lagi nampaknya ya. Nak jual sebab, Jimah Power nombor 2, yang 2,000 megawatt tu dah nak siap kan, ataupun dah siap dah. Kita jual air laut. Dan lepas tu, dulu kita jual 1 sen satu cubic meter, saya rasa dalam 5 tahun, kita boleh kaji ya. Jual 2 sen. Boleh dapat 30 – 40 juta, senang-senang jual air laut. Jual air laut saja Dato’ Dipertua. Tak bukan nak jual 1 tan pun, tak payah, 30 – 40 juta senang-senang dapat ya. Teruskan ya.
Tetapi yang penting sekali ialah, we have created the wealth, okay, fair enough, dengan izin, but how we distribute the wealth equitably, macam mana kita nak me, me, apa, membahagi-bahagikan secara saksama. Itu penting ya. Itu penting. Jadi, buat elok-elok. Bahagikan elok-elok supaya ekonomi ini dapat dirasai, dinikmati oleh orang ramai. Haa itu sebabnya kita dulu buat Dasar Pencahayaan, alhamdulillah, disambung. Tapi Dato’ Dipertua, Dasar Pencahayaan tu sekarang ni memerlukan belanja besar sikit sebab sekarang ni kita dah masuk fasa ketiga dah, Yang Amat Berhormat ya. Dulu kita mencahayakan tiang-tiang yang tak berlampu. Tapi itu semua dah kita lampukan. Sekarang ni kita kena pulak masuk ke fasa jalan yang belum, yang tak ada tiang. Haa itu memerlukan belanja yang besar. Saya harap supaya itu diberikan peruntukan lebih sikit untuk kita pastikan supaya keceriaan di Negeri Sembilan ini dapat kita teruskan. Jangan golap saja, jangan balik Longgeng golap saja kan. Mesti ada lampu. Tapi sekarang dah tak ada. Bukit Longgeng tu pun dah berlampu kan. Tak ada masalah. Pukul 10:00, pukul 12:00 kita boleh lalu, tak takut. Dulu kita masuk pukul 8:00 takut ya. Tak nak lalu lagi bukit tu, sebab terlampau gelap gelita. Jalan Bukit Putus pun toghang, sekarang dah okaylah. Jalan Bukit Tangga pun terang dah berlampu, semua ada.
Dio kalau golap tu, daun pisang pun nampak orang.
Takut. Takutlah kan. Tak tahu apa-apa kan. Jadi, itu, itu, Tuan Yang Dipertua penakut. Nampak daun pisang pun nampak macam hantu. Saya nampak Yang Dipertua macam apa, tak tahulah kan. Dato’ …..
Tak ada, saya kerap balik malam tu.
Dato’ Dipertua, saya harap supaya hentikanlah apa sahaja, apa yang ada dalam kita punya mental block ni. Jangan ada mental block Dato’ Dipertua, yang saya selalu cakap ialah kita mesti bekerja kuat. Sekarang ni Pakatan Harapan dah jadi kerajaan, urus kerajaan dengan baik. Urus negeri. Urus negara dengan baik. Jangan kita menembak kaki sendiri. Jangan kata negara kita nak bankrap. Siapa yang nak datang berniaga, siapa yang akan datang untuk melabur di negara yang nak bankrap. Jangan cakap macam tu kan. Itu orang kata, 3 – 4 ekor pun rimau dalam poghut, kambing jugak kita luahkan. Jangan kita kata …..
Yang Berhormat Rantau, Yang Berhormat Rantau izinkan saya mencelah sikit. Yang Berhormat Rantau menyatakan tadi bahawa ekonomi negara yang semakin parah dan jugak keadaan negara yang makin tidak membawa kepada kebaikan. Setujukah kalau saya katakan bahawa apa yang berlaku dalam negara kita khususnya skandal 1MDB, adalah di antara punca kepada masalah ekonomi negara kita dan jugak hutang yang semakin meningkat?
Saya kata ekonomi kita tak kata parah, tapi ekonomi kita kita menguncup. Saya tak sebut parah tadi Yang Berhormat. Ada ke saya sebut parah? Cuba tengok hansard. Ada saya kata parah? Kita belum masuk sampai parah lagi. Tapi ekonomi kita menguncup.
Yang Berhormat sebut nak bankrap tadi dan sebagainya.
Saya tak cakap nak bankrap.
Yelah.
Orang lain kata bankrap.
Tapi tulah saya kata, adakah Yang Berhormat setuju bahawa skandal 1MBD jugak menyumbang kepada apa yang berlaku.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Paroi, saya tak kata bankrap. Yang kata bankrap tu orang lain kata bankrap. Saya kata, jangan kata ekonomi kita nak bankrap. Itu yang saya katakan. Jangan kata ekonomi kita nak bankrap. Jangan kata negara kita nak bankrap. Itu yang saya katakan tadi, ghimau ada dalam perut, kambing jugak kita sebut. Walaupun buruk macam mana, orang rumah kita tak ghoti masak pun, sodap jugak. Kan. Kita cakap sodap, tak kan kita nak burukkan hal rumah tangga kita kepada orang. Tetapi apa yang kita buat ialah kita berusaha, memperbaiki.
Macam jugak saya mula-mula nak ambil Kerajaan Negeri Sembilan 2004, masalah banyak. Tapi saya tak cakap apa, kita buat. Supaya kita pastikan negara dan negeri kita diurus dengan baik. Alhamdulillah,
saya tengok tadi, setakat 30 berapa haribulan, November, kita punya duit cash, tunai kita 700 lebih juta. Alhamdulillah. Gunakan duit tersebut kerana kita telah buat, bukan kitalah, kerana kami dulu telah pun buat satu dasar bahawa kita, Kerajaan Negeri tak perlu menambah lagi rizab banyak-banyak. Setakat 500.0 juta cukup. Lebih pada 500.0 juta, Dato’ Dipertua, masukkan, carumkan semula terus ke dalam Akaun Pembangunan. Supaya pulangan balik kepada orang.
Dan kita, negeri kita kocik, tak bosa, penjawat awam dia tak ramai. Dalam mesyuarat kewangan negara, setahu saya, selama 7 tahun berturut-turut, sebelum tu saya tak perasan, setiap kali mesyuarat kewangan negara, disebut Negeri Sembilan-lah yang mempunyai perbelanjaan yang terkecil sekali kan. Sampai orang tanya, apa rahsia kita. Rahsia kita tak ada apa-apa. Kita meningkatkan produktiviti kan. Itu sahaja kita buat. Dan kita tak menambah kakitangan awam secara sewenang-wenangnya ya.
Jadi, lebih baik kita bagikan Elaun Memangku kepada orang, daripada kita mengambil kakitangan baru. Ambil kakitangan baru, sekurang-kurangnya sekarang dah dekat dah 2,000.00 lebih – 3,000.00. Tapi kalau bagi dia memangku, bayar 500.00, bayar 700.00, dia pun boleh buat kerja tersebut kan. Jadi jimat, banyak kita jimat. Itu salah satu cara supaya kita buat multitasking, supaya penjawat awam meningkatkan produktiviti dia, dan dalam masa yang sama mereka mendapat pendapatan yang lebih untuk mereka bawak balik.
Yang pentingnya Dato’ Dipertua ialah, kita mesti pastikan supaya negara yang bertuah ini, negara yang baik ini, diurus dengan baik ya. Diurus dengan baik. Yang sudah, sudah ya. Yang sudah, sudah. Biduk lalu, kiambang bertaup. Kita sudah, buat. Saya akan, saya kata dulu saya beri kerjasama. Saya tidak akan membangkang secara sewenang-wenangnya. Jangan risaulah. Saya tak akan cakap yang bukan-bukannya jika ideanya baik untuk kita. Itu sebabnya saya katakan tadi, bajet yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Sikamat baik, kan. Dia punya pembahagian tu baik saya tengok. Tapi kena berhati-hati bila kita nak membagikan kekayaan ini kerana pembahagian kekayaan ini kadang-kadang akan menjadi isu. Susah kita nak terangkan nanti, ya. Buat. Supaya ia diurus dengan baik.
Tadi kita dengar, pasal bantuan terutamanya dalam bencana. Semasa bencana, kita tak boleh kata tunggu orang kita nak panggil tender, Dato’ Dipertua. Orang kena ribut rumah dia, 50 – 60 biji, kita kena repair rumah dia segera, buat. Itu sebabnya kita setuju 10.0 juta P50 itu gunakan untuk itu ya. Itu sebabnya kita buat dulu. Kerana kalau ikut prosedur kewangan dan Arahan Perbendaharaan, susah. Memang kita
tahu susah. Penjawat awam susah nak bekerja kerana terlampau banyak arahan-arahan dan peraturan-peraturan yang menyebabkan bukan mereka tak nak kerja, ataupun mereka malas kerja, tapi mereka, kaki mereka terikat untuk mereka buat. Ada pulak yang, yang baik, yang nak buat kerja, tapi kadang-kadang Jabatan Audit menegur dan macam-macam lagi, kena pulak, macam-macamlah ya. Tapi hasrat mereka nak bantu, hasrat mereka nak bekerja dengan baik, jadi ini kadang-kadang pun menyusahkan. Jadi P50, P56 tersebut, yang dibagikan itu adalah satu perkara yang amat baik untuk digunakan dengan cara yang tersusun dan rapi. Dan bagikan elok-elok supaya kita ada dia punya rekod dan cara kita buat kerja.
Itu ya, orang banjir misalnya kata tadi kan. Selepas banjir, kita kena bantu, bagi 1,000.00 ke, bagi 2,000.00 ke, kita, kita bagi. Itu gunanya saya buat dulu, terutamanya dalam bidang pelajaran, Tuan Yang Dipertua. Pelajaran, macam-macam. Sekolah tak cukup pendapatan kalau nak dibayangkan apa yang telah dibentangkan dalam bajet oleh bajet negara, memang banyak yang dipotong.
Dalam bajet Kementerian Luar Bandar pun 50% dipotong, Dato’ Dipertua. Jadi ini, ini, di sinilah nanti letaknya cabaran kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan supaya kehidupan, keselesaan orang luar bandar khususnya terus mendapat apa, perhatian. Saya nampak ada nak buat bas free. Tak payah buat kat Seremban. Orang Seremban ni mampu Dato’ Dipertua. Orang Seremban ni mampu. Yang susahnya kawasan luar bandar tu, tak ada pengangkutan awam. Itu sebabnya budak-budak terpaksa naik motor, pergi sekolah, accident, macam-macam. Itu sebab dulu kita dah buat dah, Dasar Pembangunan Luar Bandar, yang telah pun kita susun atur, kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar tengok balik, ada kita buat tu, untuk kita adakan, ada 38 jalan, 38 perjalanan lebih. Dan saya mintak lagi, termasuk Longgeng. Diadakan sistem perkhidmatan bas. Dan itu adalah sistem, tidak ada orang nak buat pun kerana dia tidak menguntungkan.
Tetapi, dalam mana-mana negara di dunia, Dato’ Dipertua, sistem pengangkutan awam inilah yang bukan satu yang, sistem yang boleh membuat keuntungan. Itu semuanya ditanggung oleh kerajaan. London transport pun service pun rugi Dato’ Dipertua, walaupun begitu ramai, tapi dia subsidies. Itu sebabnya kita dah letak peruntukan dulu. Kita buat dengan syarikat, anak syarikat MARA, MARA, MARA Transport untuk kita bawak bas-bas supaya mereka, orang luar bandar boleh menikmati. Dan kita subsidies, kita bagikan dan kita letakkan perbelanjaan setiap tahun.
Di Seremban ni tak payahlah, Seremban ni orang semua ada kereta Dato’ Dipertua. Cuma orang Seremban ni kadang-kadang, orang pokan ni kadang-kadang dia, dia pandai bercakap. Orang kampung tak reti nak bercakap, tapi mereka susah. Mereka susah Dato’ Dipertua. tambahan pulak dengan harga komoditi kita yang turun mendadak ini Dato’ Dipertua, orang kampung susah. Janganlah suruh orang kampung poi motong musim tengkujuh. Itu satu, satu kenyataan yang tak cerdik benar. Bukan dia malas pergi menoreh getah, tapi tak boleh noreh getah. Saya dah terangkan semalam. Kalau menoreh pun, walaupun dapat lebih getah, selalu dapat 1 baldi, dapat 2 baldi kerana air lebih. Dia punya DRC, dry rubber content, kalau Yang Dipertua nak belajar, datang rumah saya ni ya. Dry rubber content dia tu rendah ya.
Dia, orang tua-tua kampung kata metrolax eh turun.
Metrolax dialah, ci dia tu kurang. Pakai ci kan. Ingat lagi tak dulu, dia punya metrolex tu kan, dia metrolax tu kalau dry rubber content dia tu tinggi, dia timbul. Tapi kalau air banyak, dia tenggolam ya. Itulah caro eh, kan. Dulu masa kita kocik-kocik pun kito tuang gak air, ingatkan banyak gotah dapek lobih, rupanya rugi.
Kelapa sawit pun begitu. Musim hujan betul buah dia cantik, tetapi dia punya kandungan air banyak. Dia punya OER, oil extraction rate dia kurang. Kalau selalu dapat 19%, musim hujan ni Dato’ Yang Dipertua, 16 pun susah ya. Jadi ini, ini mengurangkan harga mereka. Mereka susah, Dato’ Yang Dipertua. Ini sebab yang saya katakan tadi, kita kena tumpukan banyak perhatian. Orang felda tak payah cakaplah. Orang felda dah 2 bulan tak terima elaun. Susah Dato’ Dipertua ya. Felcra 5 – 6 bulan saya dengar tak dapat elaun, elaun sara hidup. Susah. Jadi, kita lihat macam mana.
Itu sebabnya dulu felda, felda memang di bawah Kerajaan Persekutuan disebab dia ada dia punya akta. Tetapi disebabkan oleh jalan-jalan ke felda, jalan felda ni teruk Dato’ Dipertua, kita telah bersetuju menggunakan Kerajaan Negeri punya duit, untuk kita turap semula dan baiki jalan ni kerana saya rasa bahawa felda ni kita tak boleh asingkan, dia adalah sebahagian daripada kita. Mereka ini bertungkus lumus bekerja, mengerjakan tanah, menghasilkan hasil, meningkatkan ekonomi negara. Mana boleh kita kata, oh kita tak boleh buat apa-apa kerana ini bawah kerajaan ni, Kerajaan Persekutuan. Itu yang kita buat. Banyak dah jalan-jalan felda, kalau tanyakan rakan-rakan di kawasan felda, semua jalan dah kita buat dah kan. Semua dah kita turap.
Ini yang kita buat Dato’ Dipertua, kerana saya katakan itu sebabnya kita buat dulu rancangan pembangunan 30 tahun 2015 – 2045, Dato’ Dipertua kita dapat jangkakan revenue daripada kita punya Malaysia Vision Valley. Malaysia Vision Valley nampaknya diteruskan, alhamdulillah. Tukar nama je. MVV 2.0, tak tahu apo bondolah kan. Asalkan MVV tu ada tak apalah. Yang Amat Berhormat teruskan. Itu sumber kewangan kita. Itu sumber pendapatan kita nanti. Kita akan dapat banyak pendapatan daripada situ ya. Banyak orang yang datang nak, yang nak melabur di sini kerana ke, kedudukannya amat baik, strategik, daripada Nilai sampai ke Port Dickson. Dan kita buat elok-elok.
[percakapan oleh YB Yang Dipertua Dewan tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar beliau tidak diaktifkan].
Janganlah sampuk, potong-potong cakap saya, kang saya suruh Yang Dipertua keluar kang. Balik balik. Itu tompek, itu tempat dia, Dato’ Dipertua ya, tempat untuk kita menjana pendapatan. Saya menyokong Kerajaan Negeri, teruskan Malaysia Vision Valley tersebut kerana di situlah yang akan adanya jaminan untuk kita mendapat pendapatan.
Jangan ingat macam mana nak dapat pendapatan, jangan ingat macam mana nak menambah revenue kita dengan cara mencukai orang ataupun mendenda orang ataupun apa. Kita cari cara, nombor 1 ialah cara ialah membangunkan negeri, membangunkan negara. Daripada situ, macam-macam pendapatan kita boleh dapat. Cukai one off premium kita akan dapat up front, cukai untuk mereka menukar syarat, macam-macam. Lepas tu besok cukai petak-petak. Lepas tu besok daripada cukai tanah pertanian, besar, beribu ekar, dah jadi cukai komersial. Petak-petak yang kecik. Ini jaminan jangka panjang kepada Kerajaan Negeri, Dato’ Dipertua, teruskan.
Itu sebabnya saya katakan syabas, tahniahlah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat. Teruskan mana yang baik. Mana yang perlu diubah suai, ubah suai. Mana tukar nama, tukar nama, daripada AES jadi AWAS, daripada SPAD jadi APAD, lantak kaulah ya. Tak kesah bonalah, kita bukan nak nama. Yang pentingnya rakyat, yang pentingnya negara, yang pentingnya negeri, Dato’ Yang Dipertua. Kerana kita bertanding dalam pilihan raya, dah menang, kita mesti tunaikan janji. Kita mesti pastikan rakyat menjadi keutamaan kita.
Dan rakyat pulak janganlah kita pilih-pilih pulak kan. Oh kau orang ni, kau orang ni. Saya dulu tak pernah doh, kontraktor-kontraktor dia kerja, banyak yang tak menyokong kerajaan dulu, tapi tak pernah pulak saya sekat Dato’ Dipertua ya. Tak ada. Saya tak pernah kata, buat supaya biarlah orang cari makan biasa. Petani-petani dapat cari makan. Pekedai-pekedai cari makan. Kontaktor dapat cari makan. Kita jangan, kita jangan orang kata perlahankan ekonomi kita. Kalau kita perlahankan ekonomi kita, kita nak lajukan semula, kita nak pertingkatkan semula, nak tumbuh semula ekonomi bukan satu perkara yang senang. Ia memerlukan satu perkara yang amat sukar Dato’ Dipertua ya.
Jadi, buatlah, ya. Bajet ni teruskan. Tapi pembahagian itu perlu berhati-hati ya. Pembahagian ni, kalau kita tak berhati-hati nanti, terutamanya kepada tuan, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, perlu susun betul-betul ya. Kerana jika tak berhati-hati nanti, maka banyak suara-suara yang tak puas hati di bawah sana ya. Ini banyak orang ni, dengar-dengar khabar dah banyak ni, oh yang tu naik elaun, yang ni den tak dapek, yang tu dapek ni tak dapek. I tell you. Itu yang susahnya sebab dia bukan berapa jumlah dapat, Tuan Yang Dipertua, dia, dia janji dia dapek.
Itu sebabnya dulu ada sistem nak bagi beras percuma kepada ibu-ibu tunggal di bawah sistem eKasih. Negeri Sembilan tak participate, ataupun tak mengambil bahagian kerana kalau kita buat kita tahu bahawa ia akan mendatangkan masalah. Ini jugak saya mintak supaya pembahagian itu. Itu sebabnya saya sebut tadi how do we distribute the wealth equitably, ya, itu penting. Segenap lapisan masyarakat mesti menikmati, segenap lapisan masyarakat mesti merasai supaya mereka merasa keberadaan mereka dalam Negeri Sembilan yang aman makmur ini. Itu yang penting ya. Tak dapat banyak, sikit tak apa. Directly indirectly tak apa. Tapi dia nampak. Haa macam kita buat Dasar Pencahayaan, orang tengok, oh bagus. Kita maintain, kita buat, urus jalan dengan baik.
Janganlah rumput tinggi pada orang lagi. Saya tengok kek Seghomban ni kadang-kadang saya sedihlah saya tengok ya, kek luar bandar, tak payah lagi dah Dato’ Dipertua, rumput tinggi bona kan. Ataupun sekarang ni ada memang sistem nak bela rumput panjang-panjang, nak sabit bagi kek lombu tak tahu, inilah nampak tak terurus, macam rambut, rambut panjang. Urus elok-elok. Sayang. Negeri Sembilan ni berhampiran dengan ibu kota. Orang datang ramai. Nak bawak pelancong-pelancong datang, dalam bajet saya nampak ada peruntukan untuk kita menarik pelancong. Baik pelancong eco tourism ataupun pelancong pantai di PD. Buat elok-elok, kita akan sokong.
Kita bukan membangkang macam dulu-dulu, membangkang just for the sake of pembangkang, tak. Kita akan menjadi check and balance, kita akan buat imbangan. Yang baik, baik. Saya tak akan, saya sama kawan-kawan di pihak pembangkang Dato’ Dipertua, tidak akan membangkang kerana kita nak membangkang saja. Yang baik teruskan. Tapi saya, kita akan masuk macam mana supaya ianya diurus dengan baik.
Bajet 430.0 juta, alhamduillah, tahniah, tapi urus baik-baik supaya pembahagiaan kekayaan ini, mesti dilihat dan dapat dirasai secara saksama oleh semua orang ya. Supaya ianya tidak dikatakan nanti, limau tak masam sebolah Dato’ Dipertua ya. Ada, itu perbidalan orang tua-tua. Limau jangan masam sebolah kan, kalau manih, manih semua kan. Kalau masam, masam semua. Kalau dapek semua sikit, semua dapek kan. Itu bak katalah. Kalau tak ghoti…..
Tapi saya ingat pepatah Yang Berhormat Rantau sebut, biar jadi garam jangan jadi langau.
Ni kita nak jadi garamlah ni. Ni semua dalam Dewan ni semua garam ni. Kita berbincang, berbahas di sini untuk kebaikan rakyat, kan. Bukan kebaikan saya, bukan kebaikan sesiapa.
Haa bagus, tahniah.
Ya, kita bincang, di sini tempat kita berbahas. Itu sebabnya saya kecewa sikit semalam. Kita berbahas. Menang kalah tak kesahlah. Bola monang kalah, Malaysia kalah ya main bola kan. Negeri Sembilan memang tentu kalahlah kan, nak buek macam mano.
Tapi, di sini tempat berbahas, Tuan Yang Dipertua. Di sini kita berbincang, di sini kita mengupas isu, di sini tempat kita secara matang untuk kita bongkarkan dan menganalisa dan mengupas serta mentelaah apa saja isu rakyat supaya yang akan mendapat manafaatnya ialah rakyat. Rakyat dapat manfaat. Jangan takut. Saya dengan kawan-kawan saya, saya akan tegah kawan-kawan, saya akan cuba urus supaya kita menjadi sebagai pembangkang yang menjadi sebagai check and balance ya. Bukan apa, jangan risau. Tak ada apa-apa benda.
Jadi, dalam keadaan ekonomi negara. Ekonomi negara kita pulak is, disebabkan oleh ekonomi dunia yang tak menentu. Perang perdagangan antara Amerika dengan China sekarang ni kita jangan tutup mata. Kita di Negeri Sembilan jangan tak fikir kerana ia jugak akan mengakibatkan tempiasnya kena kepada kita. Amerika take fortet, China pun take fortet. Amerika mengenakan sekatan perdagangan, menaikkan tarif. China pun buat begitu. Itu China tak buat lagi. Kalau negara China buat, saya katakan, perdagangan dunia, seluruh dunia punya perdagangan, the world trade, Dato’ Dipertua, akan, akan menjadi kucar kacir. Itu negara China tak lagi devalue Yuen dia. Kalau dia devalue Yuen dia, merudum ekonomi dunia, Dato’ Dipertua. Ini yang perlu kita lihat dan kita, perebutan kuasa politik untuk menguasai perairan Laut China Selatan, itu penting semua, macam-macam kita kena, boleh fikir.
Dan di Negeri Sembilan ini, kita tak terkecuali. Tapi apa yang perlu kita buat ialah kita mesti buat satu keadaan kehidupan yang kondusif. Kehidupan yang, yang, sejahtera. Kehidupan yang aman damai. Kehidupan yang, yang orang merasa terbela. Bila kerajaan ada dasar, dasar yang untuk membela rakyat, orang rasa hidup selesa. This is the feel good factor. Feel good factor-nya ialah Dasar Jaringan Keselamatan Sosial, tumpukan kepada pelajaran, bencana kita tolong, macam-macam. Kita bukan berada di Dewan ini, Dato’ Yang Dipertua, untuk membincang bagaimana nak me, mengkayakan orang. Kita bukan duduk di Dewan ini untuk berbincang untuk macam mana nak jadikan Mr. A tu kaya atau tidak. Kita berbincang di sini untuk mensejahterakan negeri, mensejahterakan rakyat. Ada dasarnya. Dasar, Dasar Jaringan Keselamatan itu adalah the social safety net yang orang tahu bahawa kerajaan ada dasar ini.
Lepas tu, teruskan Dasar Pelajaran. Kita nak lihat supaya anak-anak Negeri Sembilan cerdik. Kita nak lihat supaya anak-anak Negeri Sembilan menjadi bijak pandai. Walaupun kecik dari segi saiznya, tapi kita boleh menjadi kilang mengeluarkan ramai bijak pandai. Boleh menjadi pemimpin negara satu hari nanti, pemimpin jabatan, pemimpin kementerian dan macam-macam lagi. Menjadi hakim-hakim. Dulu ramai hakim, duta, anak-anak Negeri Sembilan, kita bangga, ya. Ini yang perlu kita keluarkan.
Dan caranya ialah menekankan kepada pelajaran. Pelajaran, belajarlah, dia nak belajar apa, belajar. Asalkan dia nak belajar. Dia nak belajar sekolah Tamil, dia nak belajar sekolah Cina, dia nak belajar sekolah Arab, sekolah apa, belajarlah, kan. Jangan kita sekat pelajaran kerana ilmu ini berada di mana-mana sahaja kan. Jadi tak semestinya dia belajar kat China, oh they are, they are not in our, tak boleh macam tu.
Kita, kita bukakkan minda kita. Kita dah berada tahun 2018, tak lama lagi 2019, berapa hari lagi. Apakah kita nak tersangkut kaki dengan dasar lama, itu tak boleh lagi dah ya. Jadi, Dato’ Dipertua, buat dasar yang boleh menggembirakan, to make people happy, people feel safe in Negeri Sembilan, dengan izin, people feel comfortable, the feel good factor is there, the government is always there. The PH government or BN government that immaterial, but people feel safe, people feel happy, and people feel comfortable being rakyat Negeri Sembilan. Itu yang perlu kita buat. Dan dengan macam mana, how do we, how do we distribute, again I want to mention, I want to repeat here, how do we distribute the wealth equitably, Pegawai Kewangan ya, susun elok-elok kategori-kategori masyarakat supaya jangan orang nampak nanti dia tak dapat, susah you nanti, ya.
Kami dah lama, banyak pengalaman. You pun banyak pengalamanlah, pegawai kerajaan kan, tetapi kawan-kawan yang lain, betul-betul buat supaya tidak ada nanti perasaan tidak puas hati. Saya suka orang tak puas kat kerajaan ni, ya, saya suka. Orang akan marah dengan kerajaan, dia suka dengan saya. Tapi saya tidak mencari cara macam tu kerana saya tak mahu melihat rakyat tertekan. Saya tak mahu lihat.
Itu sebab tadi, Yang Berhormat Chembong kata, keluarkan saman, macam-macam, robohkan gerai orang. Dulu kita buat, kita buatkan khas dia, kalau ada tanah-tanah rizab jalan yang besar, mintak JKR tambakkan, mintak PBT tambakkan, buat. Macam kita buat macam dekat Taman Tuanku Jaafar. Sekarang telah dibina, dah siap pun dekat uptown Senawang, buatkan. Bukan dengan menghalau orang, Dato’ Dipertua, bukan dengan menghalau orang. Dia boleh jadi berhenti kerja, dia boleh jadi kilang dia tutup. Dia kena VSS. Dapat duit sikit, ada modal nak berniaga, apa salah. Tiba-tiba kita angkut pulak dia punya gerai, tiba-tiba kita angkut pulak, saman dia beratus ringgit. Itu bukan cara menyelesaikan masalah. Itu cara untuk kita menggunakan kuasa. Jangan gunakan kuasa walaupun kita ada kuasa. Tetapi kita cari cara, cari jalan macam mana kita selesaikan masalah.
Ramai orang sekarang buang kerja Tuan Dipertua, ramai, kilang-kilang banyak tutup, kilang-kilang banyak mengurangkan tenaga kerja. So, apa mereka nak buat. Mereka ada sikit modal, yang dia tahu, isteri dia ke, boleh buat kuih, boleh buat nasi lemak, dia nak berniaga. Tetapi yang pentingnya kita ajar, kita latih mereka supaya jaga kebersihan supaya tidak mencemarkan keadaan. Itu penting. Bukan dengan cara bawak lori, runtuhkan, bagi notis 7 hari kalau tidak nak runtuhkan. Menangih-nangih datang pejabat saya, saya kata macam mana nak buat, saya dah tak ada lagi kuasa kak. Saya kata, yang boleh saya cakap, saya hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya
mempertimbangkan segala keadaan ini. Bukan itu cara untuk kita, itu akan menyebabkan orang resah gelisah, itu akan menyebabkan orang rasa tak tenteram. Yang pentingnya ialah cari cara, jalan macam mana nak menyelesaikan masalah. Tidak ada masalah yang tak boleh kita selesaikan. Tidak ada masalah tak boleh selesai, kita boleh jika kita ada kemahuan, Dato’ Yang Dipertua. Jadi kita buat elok-elok. Tak ada masalah.
Kerajaan sekarang tak ada isu ya, buat. Duit ada, belanjakan duit, jangan kita simpan rizab banyak-banyak, we are not in the business of to show people that we have a lots of money in our bank. That why kita buat dulu, kita cap-kan 500.0 juta saja. Over and above, itu sebab setiap tahun, kalau tengok dalam, dalam kita punya daftar Dato’ Dipertua, setiap tahun lebihan Kerajaan Negeri Sembilan banyak. Macam tahun 2017, saya masih ingat lagi, kita ada lebihan hampir 97.0 juta. Tetapi kita cuma masukkan sikit, dalam 20.0 juta, yang lain semua kita subscribe, yang lain kita carumkan semula dalam Akaun Pembangunan. Kita bagi balik kepada orang. Buat apa kita nak simpan dalam bank, untuk apa. Nak tunjuk kat orang kita bagus, itu bukan cara kita, ya.
Kita carumkan semula supaya duit caruman tu ada untuk kita meletakkan caruman dalam development expenditure account kita ya. Kita punya out spend, OE kita tak banyak. 500.0 juta Dato’ Dipertua, boleh cover berapa tahun OE kita. Sebab penjawat awam kita tak besar. Tanggungan kita tak besar. Lagipun hutang kita dah tak besar lagi. Kalau Yang Amat Berhormat dah buat, ataupun Pegawai Kewangan Negeri dah buat, kita buat novation lagi 500.0 juta kepada federal, kita tinggal lagi 200.0 lebih juta saja. Sebab akaun pembangunan ataupun projek Triang dah, dah, dah selesai, dah, akaun dah tutup. Hantar balik 500.0 juta ya. Ini LA, YB LA yang baru kan, tengok balik kan. Kita hantar. Itu memang di perjanjian, separuh dah kita hantar dulu, this is the final account. Hantar 500.0 lebih juta. Hutang Negeri Sembilan tinggal lagi 200.0 lebih juta. Mana nak cari. Kita ada duit banyak, 700.0 lebih juta, hutang 200.0 lebih juta. Its good for you, but do it properly. Urus dengan baik.
Dato’ Dipertua, itulah ya, tahniahlah kepada Yang Berhoramt Sikamat, yang telah pun dapat membentangkan bajet yang baik ya, lebihan yang baik ya, buat bajet berimbang. Kita, masa, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu Dato’ Dipertua, kita jangan ambil jangka masa panjang, when you in crisis, the whole country, the whole in crisis. Jangan ambil jangka panjang, ambil jangka pendek kerana dalam masa krisis tidak ada jaminan-jaminan yang boleh kita lihat sebagai yang boleh menjamin kita. Kita ambil jangka pendek, buat bajet yang berimbang, itu baik. Dan urus perbelanjaan dengan cermat kerana kita tak tahu,
tahun depan kita tak tahu. Awal tahun depan kita tak tahu, pertengahan tahun depan kita tak tahu. Jadi kita mesti urus supaya persiapan, persediaan kita untuk kita, ribut ke, tsunami ke, kita tak tahu. Orang tua-tua kata siapkan payung sebelum hujan.
Jadi, itu sajalah. Terima kasih banyak-banyak, tahniah saya ucapkan kepada pasukan yang diketuai Yang Berhormat Sikamat. Uruslah negeri baik, dan jangan risau. Saya keluar, sebab kami keluar semalam tu, yelah biasalah, pembangkang, biasalah kan ya. Kan biasa. You don’t allow us to talk, so we walk out kan. Why don’t you allow us yesterday? Kan sedap, kita membahaskan, barulah kita dapat pendirian Kerajaan Negeri. Lepas tu nak monang ko kalah, tak kesahlah, tapi Dato’ Dipertua tak bagi, tak benarkan kita bercakap. Lain kali jangan tak bagi kita bercakap. Ini tompek bercakap. Nak bercakap di sinilah. Bukan nak bercakap kek gerai-gerai. Saya tak pernah cakap kat gerai deh. Saya cakap kat sini ya. Kalau kek sini pun tak boleh cakap, apa guna kita bersidang, kita pakai video conferencing-lah. Dato’ Dipertua buat video conferencing, saya daripada Kuala Lumpur ataupun kek sini, kita dengar ramai-ramai, okay okay, semua okay. Itu bukan. Itu bukan politik matang, okay. Terima kasih, assalamualaikum.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Sebonar eh kito dah bagi cakap dah, dah bagi berhimpun pun, haa dekat Kuala Lumpur. Jadi tak apalah, biar, berlaku biar berlalu, kita teruskan apa agenda kita hari ini. Dan tahniah kepada Yang Berhormat kerana berucap hari ini lebih kurang, tadi 11:30, lebih kurang 50 minitlah. Tahniah. Jadi, saya pergi kepada backbencher kalau ada yang ni …..
Makan dululah.
Makan?
Makan. Apa-apa hal, makan dulu.
Satu? Mintak satu ya. Biar satu daripada, seorang. 20 minit ya. Silakan. Ampangan? Apa? Rehatlah.
Kalau backbenchers tak nak, saya, saya teruskan.
Linggi nak berucap?
Kalau backbenchers tak naklah.
Okaylah, jadi, tak apa, jadi dah dekat 12:30, dan ramai yang, ramai yang mungkin …..
Selalunya Dato’ Dipertua, selepas, selepas pihak di sini berucap, ataupun bercakap, di sana membalas …..
Yelah.
….. macam tu. Tapi di sana tak bercakap, kita rehatlah.
Okay, okay, Yang Berhormat Linggi nanti kaghang ye. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau kerana telah membentangkan, mengupas apa nama dia, dengan baik belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan dan akan disambung jam 2:30 petang. Sesi Dewan di sebelah petang akan dikendalikan oleh Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri; saudara Ravi. Tak, bagi peluang.
Eh, Tuan Yang Dipertua tak sakit, tak boleh tinggalkan sini tau, melainkan you sakit.
Tak, kita ada Timbalan, bagi dia peluang, pendedahan. Terima kasih. Jadi, sekian, assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.23 tengah hari]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.34 petang]
[YB ADUN Rantau tidak hadir pada sesi petang]
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 disambung untuk dibahaskan. Saya mintak Linggi.
Terima kasih kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan bersekali dengan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019, yang telah dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, semalam. Pertamanya izinkan saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah membentangkan belanjawan buat pertama pada dirinya bagi pihak kerajaan. Dan saya nak mulakan dengan sedikit pantunlah, Timbalan Dipertua.
Sayang anak tangan-tangankan, Sayang isteri tinggal-tinggalkan, Sayangkan Dewan ini kita ingat-ingatkan, Tetapi sayangkan negeri kita saling maaf memaafkan.
Inshaa Allah.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, lanskap ekonomi negara hari ini dan unjuran masa yang terdekat kita lihat mencabar. Selain daripada angka-angka atau statistik yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau pagi tadi, kita lihat antara lain juga nilai Ringgit berbanding Dolar Amerika makin melemah. Kalau dulu bulan Mei, di sekitar 3.9 – 3.92, hari ini di sekitar 4.17 – 4.18. Dan kita lihat pasaran saham juga di sekitar Mei dulu sekitar 1,800 mata, hari ini sekitar 1,600 mata lebih.
Dan, dari sudut pandang rakyat juga, saya kira kerajaan hari ini harus, wajar menerima hakikat terdapat di kalangan rakyat, sentimen yang negatif kepada kerajaan apabila banyak janji-janji yang dibuat dahulu sehingga hari ini masih belum dapat kita kotai. Janji-janji seperti menurunkan harga minyak, memberikan tol percuma dan PTPTN, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada sentimen ini.
Dan di Negeri Sembilan juga kita dihimpit dengan, khususnya sekarang ini musim banjir ya. Boleh kata banyak tempat, di Linggi tidak terkecuali, yang mana rakyat kita terpaksa menghadapi bahana banjir ini. Dan baru-baru ini, akibat daripada empangan Loji Rawatan Linggi
yang pecah, ramai daripada rakyat kita yang keputusan bekalan air. Jadi, kesemua faktor-faktor ini, Tuan Timbalan Yang Dipertua, menyumbang kepada, saya mengkhuatiri suhu ataupun temperature, dengan izin, rakyat kita ini agak tinggi.
Dan kita bertambah khuatir lagi, sekiranya ada isu-isu yang mempunyai risiko menjadi isu perkauman tidak ditangani atau diuruskan dengan cermat. Semalam EXCO dalam menjawab soalan lisan, saya baca soalan lisan tu berkenaan dengan statistik berkenaan jenayah melibatkan perkauman. Dimaklumkan ada 540 kes. Jadi, saya agak betul-betul risau, kerana kalau betullah sebegitu banyak kes yang melibatkan isu perkauman, maka kita harus betul-betul cermat dalam menangan, menangani isu ini. Kita tidak boleh dengan mudah sahaja tanpa memikirkan implikasinya, merujuk kepada kesalahan satu-satu agama atau satu kaum, sebagai melibatkan, menyebabkan ada pergaduhan. Apatah lagi menyalahkan pihak berkuasa. Dan ini akan hanya memburukkan lagi kerajaan, keadaan.
Jadi, tragedi yang telah semua maklum, dan kita dalam Dewan pun telah merakamkan takziah, haruslah kita jadikan iktibar supaya perkara ini tidak berulang lagi. Apa yang saya nak sampaikan adalah, kita khuatir ada keresahan di kalangan rakyat kita di Malaysia dan juga di Negeri Sembilan. Dan kita kena pastikan yang keresahan ini, kita tangani dan kita tenangkan. Kerana Tuan Timbalan Yang Dipertua, kalau pun kita punya belanjawan semewah 1.0 bilion sekalipun, tetapi kalau pra syarat keamanan, hubungan baik, keharmonian sesama rakyat ini tidak kita jaga, belanjawan yang mewah itu tidak akan dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apatah lagi sebagai sebuah negeri yang majmuk seperti Negeri Sembilan ini, rakyatnya berbilang kaum, berbilang agama, kepercayaan, sudah tentunyalah perpaduan itu wajar menjadi agenda utama kita.
Dan apa-apa saja perkara sensitif, yang menimbulkan atau boleh menimbulkan kegusaran atau keresahan di kalangan rakyat harus kita redakan segera. Jika tidak, kita khuatir suhu yang panas itu akan bertukar menjadi bara, bara itu akan bertukar menjadi api dan api itu bertukar menjadi api yang merebak di luar kawalan. Kalau ini yang berlaku, yang akan mendapat bahananya adalah semua orang dalam negeri dan negara ini.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya lihat dalam bajet yang dibentangkan semalam, ada satu nilai iaitu nilai muafakat yang dinyatakan dalam belanjawan ini. Saya memang setuju dan saya menyeru supaya nilai muafakat ini diterjemahkan secara konsisten iaitu setiap perkara, sepertimana yang dikatakan, ingin diputuskan itu
perlu dirundingkan dahulu. Maka itu sebenarnya saya, dan saya rasa ramai lagi rakyat Malaysia agak terkejut dan tersentak apabila anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri sendiri pada peringkat awalnya memaklumkan, malah memaklumkan di Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Malaysia akan meratifikasikan 6 konvensyen termasuk ICERD, tanpa langsung merujuk, tanpa langsung berunding dengan stake holders, termasuk negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya mohon untuk kita semua menghargai bahawa Malaysia ini adalah suatu persekutuan, yakni satu gabungan negeri-negeri yang berdaulat. Dan tiap-tiap negeri ini adalah entiti yang berasingan atau berbeza, yang setiapnya mempunyai bidang kuasa yang tersendiri. Setiap negeri dalam Malaysia ini mempunyai perlembagaannya sendiri. Bagi Negeri Sembilan, raja kita adalah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Dewan yang kita berada ini adalah Dewan yang undangan yang tertinggi untuk negeri. Dewan ini tempat untuk kita berbincang tentang masalah ataupun isu-isu dalam negeri ini. Tempat ini adalah tempat kita menggubal undang-undang, dan ianya terpakai untuk negeri ini sahaja.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, ahli-ahli dalam Dewan ini juga adalah mereka yang mengangkat sumpah ikrar setia kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan, Yang di-Pertuan Besar. Jadi, sebenarnya Parlimen itu tak ada kena mengena dengan kita. Ahli-Ahli Parlimen tak boleh bersuara dalam Dewan ini kerana Dewan ini Dewan kita, Dewan ini Dewan Negeri Sembilan. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan adalah sangat jelas dan nyata bahawa perkara berkaitan dengan tanah dan agama adalah sepenuhnya bawah bidang kuasa negeri. Malah dalam Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bagi, kalau kita nak pinda kita punya perlembagaan, ada perkara-perkara dalam perlembagaan itu hanya boleh dipinda dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu termasuk Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar.
Oleh yang demikian, saya merasakan bahawa isu ICERD ini perlu diperhalusi betul-betul kerana ianya sangat menggusarkan. Kita telah menyaksikan bahawa bagaimana perhimpunan berkenaan isu ini yang baru-baru dibuat, menyaksikan perhimpunan yang paling ramai dalam sejarah negara ini, paling ramai. Di mana rakyat, termasuk ribuan rakyat Negeri Sembilan ini mempamerkan keresahan mereka tentang isu ini. Dan kita tidak mahu isu ini berulang lagi. Sebenarnya keputusan Perdana Menteri yang hanya dalam bentuk press release kalau tak silap saya, untuk tidak meratifikasikan ICERD itu adalah tidak memadai kerana ianya, pertamanya ianya bukan keputusan yang telah diusulkan dalam Parlimen. Oleh itu dia, dia boleh U-turn bila-bila masa
saja, dengan izin. Kedua, keputusan itu, kalau ikut bacaan saya, hemat saya, juga tidak jelas, adakah kita memutuskan secara muktamad atau kita tangguhkan sahaja. Kita tangguh ke nak ICERD, ataupun kita dah muktamad kita tidak akan ratifikasi. Yang ketiga, yang lebih penting lagi Tuan Timbalan Yang Dipertua adalah keputusan itu bukan keputusan Kerajaan Negeri Sembilan yang berdaulat ini. Dewan ini masih belum lagi menyatakan pendirian negeri kita. Untuk makluman, ICERD ini boleh menjejaskan …..
Mohon mencelah. Ini keputusan telah dibuat di peringkat persekutuan, tak perlu kita buat perse, keputusan di sini. Tak faham ke ini keputusan kita semua?
Tak apa, tak apa. Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya rasa rakan saya yang tak jelas. Kita ada 2 entiti yang berbeza. Bidang kuasa kita lain, kita ada perlembagaan sendiri, raja kita sendiri. Ini yang saya nak sampaikan.
ICERD ini ya, boleh menjejaskan tanah rizab Melayu, boleh menjejaskan tanah rizab Orang Asli, tanah adat, kuota bumiputera, yang semua ini adalah dalam bidang kuasa negeri. Ianya juga mungkin berkaitan dengan agama Islam tetapi berlanggaran dengan nilai muafakat tadi, kita tidak pernah berbincang, tidak pernah membahaskan isu ini, dan sehingga hari ini kerajaan kita ini, yang kita bawak suara rakyat semua Negeri Sembilan ini, belum pun lagi menyatakan pendirian kita. Ini mendatangkan, ataupun meneruskan keresahan. Ini yang kami risau. Itu sahaja.
Kita nak kita bincang betul-betul, dengan baik, inilah Dewan dia. Bukan dekat Facebook, bukan dekat Whatsapp, dekat Dewan ni. Kita Yang Berhormat yang membawa hormat ini, kita bincang elok-elok dan kita keputusan, pendirian kita untuk apa, untuk meredakan rakyat. Kerana macam saya cakap tadi, keadaan hari ini, suhu dia tinggi. Kita bertanggungjawab untuk meredakan rakyat, Tuan Timbalan Yang Dipertua.
Itu ICERD. Lagi 5 lagi konvensyen. Apa status konvensyen yang 5 ini? Walhal kita nyatakan di Bangsa-Bangsa Bersatu, menteri dah kata kita akan ratifikasikan. Jadi saya, itu sahaja sebenarnya, itu sahaja sebab utama, rasional mengapa kita perlu menyatakan pendirian kita supaya semua rakyat kita tenang dan menghadapi cabaran yang akan datang ini dengan penuh harmoni dan sejahtera.
Saya hari ini, saya lebih nak cakap pasal perpaduanlah ya. Sebelum, pada sidang yang lepas ya, EXCO dalam, dalam jawapan lisan tak silap saya, ada menyatakan, jadi kalau kita nak melentur buluh ini, biarlah dari rebungnya, betul kan. Jadi, rebung dia. Tapi melihatkan kepada suatu statistik, kita di Negeri Sembilan ini, pelajar-pelajar kita ada di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan. Dari segi peratusannya, pelajar Melayu ada 70% lebih kurang, pelajar Cina ada lebih kurang 15%, India ada 13%. Tetapi di Sekolah Kebangsaan, 92% adalah Melayu, 0.48 tak sampai setengah peratus anak, pelajar Cina kita di Sekolah Kebangsaan, dan lebih kurang 5% adalah pelajar India di Sekolah Kebangsaan. Sebaliknya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 81% adalah pelajar Cina, hanya 11% Melayu bumiputera, 15% pelajar India. SJKT, sekolah Tamil, 98.82% pelajar India, tak sampai 0.33% saja pelajar Cina dan lebih kurang 0.5% Melayu bumiputera.
Dan bila kita masuk sekolah menengah khusus UEC ini, boleh kata 100% pelajar Cina. Adalah lebih kurang 12 orang, tak silap saya yang bukan daripada pelajar Cina. Dan, semalam jugak EXCO dalam menjawab soalan lisan tentang perpaduan, saya tak, tak nampak ya, ada usaha-usaha khusus untuk memastikan di peringkat buluh, di peringkat rebung ini, di peringkat awal ini, ada kaedah-kaedah yang khusus untuk memastikan pergaulan ini lebih baik. Jikalau kita spend masa kita yang banyak di sekolah, pagi sampai ke petang, tiap-tiap hari, 5 hari seminggu, hanya sesama kaum, saya khuatir perpaduan kita ini tak dapat kita pupuk dengan sebaik mungkin. Kalau dah besar sangat dah susah tuan-tuan dan puan-puan. Jadi, itu satu.
Tak apalah tuan, kita sekarang kerajaan baru …..
Mintak jelasan. Kerana tadi Rantau tu, dia sokong, so Linggi berpandangan lainlah …..
Ada, ada banyak benda yang kerajaan dulu buat saya tak sokong …..
Yelah, tapi yang perpaduan tu …..
….. ini Linggi bercakap, saya mintak …..
Yang perpaduan tu, yang utamanya seimbang. Apa yang seimbang tu, dia akan perpaduan semua rakyat, bukan sekolah punya hal. Kita sudah berulang-ulang bercakap, Lenggeng ni selalu bertimbulkan masalah ini. Sejarah kita seribu tahun, tak akan ni, masalah ni tak jadi.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya punya niat satu…..
Tuan Timbalan Yang Dipertua: Saya mintak Lobak, dia ada masa 4 minit saja, biar dia bercakap.
4 minit saja? Adus.
Tuan Timbalan Yang Dipertua: Kita bagi semua ahli-ahli Yang Berhormat hanya 20 minit saja.
Saya, saya akan tekankan pergaulan ini penting. Saya tak ada anything against anybody, any kaum, tak ada. Per, pergaulan ini penting. Itu yang saya nak sampaikan. Jadi, 4 minit saja ya, saya ringkaskan.
Sukan adalah salah satu daripada platform yang paling baik, jadi sementelaah kita berbincang tentang belanjawan ini, saya minta supaya pertamanya, kalau boleh kita usahakan, pihak usahakan, bincanglah dengan Kerajaan Pusat sekali untuk diadakan kompleks sukan yang komprehensif di Port Dickson kerana saya, ini adalah satu tempat kita boleh tambah baik pergaulan. Dan saya rasa di Port Dickson pun tak ada kompleks sukan yang lengkap lagi. Saya cadangkan di, di Sunggala tu ke, di Hartamas ataupun di Kampung Sawah, kawasan tu kawasan ada, ada kawasan penduduknya ramai, ramai belia, dekat dengan highway. Saya mintak dipertimbangkan. Boleh buat swimming pool, Menteri pun suruh kita belajar berenang. Kat linggi tak ada swimming pool, tapi kalau ada inshaa Allah, kat Port Dickson ni kita boleh berenang kat sana.
Seterusnya, kita juga ingin memastikan dalam, dalam menangani masalah ekonomi yang seperti mana hari ini, untuk kita mencambahkan aktiviti ekonomi. Nelayan, Persatuan Nelayan Teluk Kemang di Kampung Teluk, sebelum ini kita ada dapatkan peruntukan,
dah berjalan pun, untuk buat panggar kupang, untuk naik taraf kita punya medan ikan bakar dan buat dewan. Semua dah siap. Tetapi ada satu lagi perancangan di kalangan nelayan, untuk kita buat homestay.
Dan sepatutnya kalau tak silap saya, penggal lepas ada peruntukan, tetapi ada masalah tanah ya, dia memerlukan pemilikan atau pajakan, atau apa saja supaya membolehkan peruntukan ini disalurkan kepada persatuan nelayan untuk membolehkan kita buat chalet. Ini untuk menampung, me, me, menambah pendapatan nelayan. Jadi saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk mensegerakan bagi membolehkan projek ini dapat diteruskan.
Seterusnya Kampung Orang Asli Bukit Kepong, di Mukim Pasir Panjang. Dah ada permohonan lama, ada longkang kita, untuk kita buat to serve lebih kurang 4 orang di kawasan tersebut. Saya juga difahamkan yang homestay ini dah siap, mintak disegerakan operasinya bagi membantu menambahkan pendapatan masyarakat di sana.
Seterusnya perkhidmatan bas. Dulu perkhidmatan bas daripada Port Dickson sampai ke Tanjung Agas. Hari ini perkhidmatan ini telah dihentikan, dia mendatangkan masalah kepada penduduk kampung, pelajar sekolah dan juga pelajar universiti. Saya mintak diadakan semula dan disambung hinggalah ke Pengkalan Kempas. Kerana ada Sekolah Ladang Sengkang, itu langsung tak ada perkhidmatan awam, bas awam ke sana.
Banjir di Linggi, Tuan Timbalan Yang Dipertua, macam saya sebut tadi sekarang ni makin kerap. Ini adalah masalah dunia sebenarnya. Global warming nampaknya tak ada kurangnya. Jadi makin, makin lama makin hari, ais-ais di Kutub Utara, Kutub Selatan itu mencair, dan paras air laut kita makin naik. Kita ni Semenanjung, Negeri Sembilan ni PD dekat, saya pun Linggi tu dekat dengan, dengan laut, jadi tiap-tiap laut, tiap-tiap tahun air laut ni akan naik. Dan banjir ni saya rasa akan makan, makin, akan bertambah lagi masalahnya pada masa-masa akan datang.
Khusus untuk di Linggi, saya mohon supaya cadangan yang kita buat dulu, iaitu membuatkan satu pintu air satu hala daripada Sungai Solok masuk Sungai Linggi tu disegerakan. Kerana banjir di Linggi ini adalah sebab air Sungai Linggi itu, apabila laut airnya pasang, Seremban hujan, dia akan naik ke darat. Dia bukan darat tu yang buatkan banjir. Limpahan air Sungai Linggi tu tendang balik ke atas menyebabkan banjir. Jadi kalau ada pintu air satu hala daripada Sungai Solok masuk Sungai Linggi. Air Sungai Linggi tak boleh masuk Sungai Solok, saya yakin masalah ini dapat kita atasi.
Ketiganya …..
Yang Berhormat Linggi …..
Akhir.
….. masa tinggal 3 minit.
Akhir sekali, akhir sekali. Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua, akhirnya sekali adalah apa sahaja banyak, apa sahaja goodies ataupun bantuan-bantuan yang telah direncanakan di dalam belanjawan ini, kita kena terima hakikat keberkesanannya banyak juga bergantung kepada pelaksanaan di peringkat akar umbi. Di situ saya rasa, saya dah bangkitkan jugak di penggal lepas, saya minta kita perkasakan betul-betul MPKK ini. Janganlah ada MPKK ini yang pilih bulu ataupun, pasal ada kes-kes yang mana nak isi, mintak borang JKM, dimintanya isi borang parti lain dan sebagainya. Ini menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat dan dia boleh menjejaskan keharmonian. Saya, saya tak nak, saya mintak, saya mintak tengok tolong, tengok tolong, tolong tengok betul-betul, kerana sekali lagi dia berbalik kepada keresahan rasa suhu ni kita kena turunkan sikit. Jikalau suhu ni tinggi kat semua tempat, mudah sangat mencetus, akan dapat masalah kita jugak.
Jadi, Tuan Timbalan Yang Dipertua, itu saja ya, yang ingin saya sampaikan, dan Linggi mengambil kesempatan ini sekali lagi menyampaikan takziah kepada arwah Muhammad Adib ini. Dan kita benar-benar berharap agar kes ini, keadilan itu dapat dibuat dengan segera. Itu sahaja, sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Temiang.
Ya, terima kasih Tuan Timbalan Speaker Dewan, Dipertua Dewan, kerana telah memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan persidangan belanjawan pada kali ini.
Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, belanjawan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat, Kerajaan Pakatan Harapan, bagi saya adalah satu belanjawan yang sangat-sangat bagus dan telah menjaga keseluruhan golongan rakyat di negeri sem, Negeri Sembilan. Berbanding dengan belanjawan-belanjawan terdahulu saya masih ingat dengan jelas sekali, setiap kali persika, persidangan pada tahun-tahun lepas, saya telah mencadangkan kepada kerajaan terdahulu supaya menjalankan banyak program-program yang menjaga rakyat di golongan bawah tetapi malangnya mereka tidak menerima cadangan saya dan hakikatnya mereka telah ditolak oleh rakyat pada PRU yang lepas.
So oleh yang demikian, sampailah kita menjadi kerajaan di negeri ini, kita harus berusaha dan bekerja untuk rakyat di bawah dan tahniah, dan saya berasa syukur dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana memang ini satu belanjawan yang telah menjaga semua golongan di, golongan di bawah terutamanya mereka yang golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Saya ingin mengambil kesempatan ini ucapkan tahniah kepada Pejabat Kewangan Negeri dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO dan, serta semua telah berusaha menjayakan pembentangan belanjawan pada kali ini. So inilah sangat penting, sangat penting bagi rakyat, rakyat Negeri Sembilan kerana ini adalah hakikat peralihan kuasa di Negeri Sembilan dan di negeri kita, di negara kita.
Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, perkara yang seterusnya saya nak, nak meminta penjelasan adalah berkenaan dengan isu PEKERTI Negeri Sembilan di mana saya ingin mengambil kesempatan ini, satu kali lagi kepada kawan-kawan di sebelah, bangunlah dari tidur, kamu adalah pembangkang pada hari ini. Ini PEKERTI adalah harta benda Kerajaan Negeri Sembilan, bukan harta benda Barisan Nasional. Sepatutnya ada benda dan premis, semua harta benda kera, kena dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Ini baru betul. Saya berharap, mereka perlulah sedar bahala, bahawa kuasa Negeri Sembilan telah bertukar tangan.
Tuan Dipertua, mohon penjelasan, boleh? Yang PEKERTI adalah ianya milik kerajaan atau ianya persatuan?
Ia adalah persatuan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.
Yelah, persatuan ke milik kerajaan? Saya cuma nak mendapatkan penjelasan.
Persatuan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan-lah.
Bawah Kerajaan?
Chembong, Chembong.
Persatuan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.
….. masa memang tidak cukup …..
Itulah saya minta penjelasan …..
Menjaga isteri rakyat, wakil rakyat …..
….. kalau persetujuan Temiang, okay.
Tak boleh jawablah? Terima kasih.
Saya berasa, terimalah hakikat bahawa kamu adalah pembangkang di Negeri Sembilan. Kenalah berbuat betul dan profesional di perkara ini. Dan saya juga mengambil satu insiden yang berlaku semalam di mana kita nampak wakil-wakil Barisan Nasional, telah keluar, mereka balik awallah, kata mereka, mereka balik awal. Tapi bagi saya, kita tahu sebelah sana, yang dulu pun ada bekas Menteri Besar, bes, haa ni, bekas Speaker Dewan, ada barisan bekas EXCO juga dan semua adalah veteran politik di Negeri Sembilan. Tak perlulah berlakon di Dewan yang mulia ini. Janganlah buat macam budak-budak. Ini amat mengecewakan saya. Kita, boleh sama-sama …..
Yang Berhormat Dato’, Timbalan Dipertua, perkara ini …..
Temiang ada bagi laluan untuk penjelasan, mencelah?
Okay.
Terima kasih. Yang Berhormat, Timbalan Yang Dipertua, betullah kami di sebelah sini ada yang veteran, sana pun ada jugak yang veteran. Tapi isu ini telah pun dikatakan tadi oleh Ketua Pembangkang, Yang Berhormat ADUN Rantau, jelas bahawa keluaran kami itu adalah dasar kerana tidak dibenarkan berucap, tidak mengambil, tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam usul, itu sahaja. Tapi, kami hari ini datang balik, kami datang sebab kami menghormati Dewan ini …..
Ya, kita sambut hari ini dia datang balik. Tapi …..
….. jadi tak payahlah nak apa …..
….. janganlah keluar.
….. mengungkit, jangan nak mengungkit.
Ini sikit cabaran pun tak boleh terima ke?
Temiang kecewa kerana semalam bajet, so daripada pihak …..
Tak apa.
….. Barisan Nasional tiada. Itu yang dia kecewa.
Tak apa Yang Berhormat Timbalan Pengerusi, kita, Timbalan Yang Dipertua, kita hari ini hadir, jadi kita teruskan pergi pada apa saja yang nak dipanjangkan. Dan kita akan bersama-sama memastikan bahawa belanjawan ni kita bahas-bahasa baik-baik dan kita akan bincang dan mintak apa yang perlu. Dan tadi Ketua Pembangkang pun kata ucap tahniah …..
Tuan Timbalan Speaker saya nak teruskan perbahasan sayalah.
Dia ucap tahniah. You dah bagi saya peluang, biarlah saya bercakap kan.
Saya sudah bagi lama. Ini, Timbalan …..
Jadi biarlah …..
Tadi sudah bagi celah …..
You dah bagi, biar saya habis cakap.
Sudah bagi masa lama, nanti masa tak cukup.
Jangan ambil masa panjang.
Nanti Timbalan akan bagi you, apa orang kata compensation.
Mintak dia stop-lah.
Jadi saya beritahu, telah pun disebut …..
Kota pendekkan, Kota, pendekkan.
Okay. Telah pun disebut, telah pun kita sama-sama persetujui, sama-sama ketawa, tapi janganlah ungkit lagi. Ada faham tak, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua? Terima kasih.
Ya, saya berharap peristiwa yang sama tidak berulang pada masa akan datanglah.
So saya masih ingat semasa saya di pembangkang, kita di sini pun banyak terima, terima banyak cabaran, setiap sidang, persidangan Dewan pada pemerintah yang terdahulu, telah mengatakan banyak istilah yang juga menyakitkan hati kita. Sistem perjalanan sidang yang memihak Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu juga menyekat kita untuk menyuarakan rakyat kita. Menyuarakan suara rakyat. Aduan-aduan kita juga telah diatasi dengan lewat dan banyak, banyak lagi perkara lain. Tetapi perkara-perkara ini, perkara-perkara tersebut tidaklah menghancurkan semangat kita terus berjuang untuk rakyat. Dan akhirnya kita berjaya men, memenangi pilihan raya yang lepas.
So, pesanan saya adalah, kalau ini si, kalau ini sikit punya cabaran ataupun rintangan, rintangan, pun tak dapat terima, macam mana kamu nak jalankan ini, agenda politik yang akan, yang, yang, yang akan datang? Barisan Nasional …..
YB, kita tunggu pilihan raya.
Kita Pakatan Harapan baru 4 bulan saja.
YB, kita tunggu next election. Okay YB, tunggu next election, takyah ulas ya.
Haa, tunggu election, tak apa.
Okay, okay.
Okay, okay. Kita terima. So saya harap kita kena patuh kepada Speaker Dewan dan Timbalan Tuan Speaker Dewan dan mematuhilah arahan dia.
Tuan Yang Dipertua, dia belum menjawab soalan saya sebentar tadi.
Tak, ini bukan soalan. Nanti …..
Adakah itu apa, PEKERTI di bawah kerajaan atau …..
Tak payah jawablah.
….. nanti giliran akan datang …..
Tuan Yang Dipertua, terima kasih banyak.
Saya sudah jawab. Sudah ganggu saya. Sampai mana?
Itu gangguan kecil pun dia tak boleh tahan Tuan Dipertua.
You jangan ganggulah, haiya. Tuan Speaker Dewan, saya masih ingat ada pihak yang dari sebelah sana, dari sebelah sana yang dulunya enggan bekerjasama dengan Perdana Menteri Pakatan Harapan sehingga beliau keluar parti dan bergabung dengan Parti PKR, DAP dan Amanah yang dinamakan satu pasukan, Pakatan Harapan. Dan akhirnya, Pakatan Harapan telah berjaya memerintah di negara dan negeri ini. Maka sekarang, orang-orang inilah, mula rasa takut, bergilir-gilir mereka keluar parti, bergilir-gilir mereka bertemu dengan Perdana Menteri Pakatan Harapan. Dan ada yang bertemu secara terbuka, ada yang bertemu secara secret. Dan telah dibongkarkan bahawa orang tersebut ingin keluar daripada parti
UMNO. Jadi perbuatan andalah sendiri yang telah menjatuhkan imej anda sendiri.
Saya berharap tak ada katak politik yang akan muncul di Negeri Sembilan. Ini adalah amat dibenci oleh rakyat di bawah. Jangan di Dewan yang mulia ini berkata kita nak, mereka nak menjadi pembangkang yang berwibawa, yang bertanggungjawab, tetapi buat tidak serupa bikin. Oleh yang demikian, saya nak tahu, apakah pendirian Kerajaan Negeri Sembilan terhadap katak politik sekiranya wujud di Negeri Sembilan?
Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, perkara yang seterusnya adalah berkenaan dengan masalah infrastruktur di Taman Indah, Taman Temiang Jaya dan Taman Rashibah Indah. Di mana ketiga-tiga taman ini adalah taman yang 80an. Banyak kemudahan asas seperti struktur longkang, jalan dan paip air, paip air telah lama dan tidak dinaik taraf sejak beberapa tahun ini. Satu longkang di Taman Indah dan Taman Rashibah Indah adalah dalam keadaan yang kecik dan tidak tampung, dan tidak boleh menampung air yang terlalu banyak. Air longkang selalu bertakung dan menyebabkan bau busuk dan mengganggu penduduk-penduduk setempat.
Paip air yang lama selalu bocor dan menyebabkan gangguan kehidapan, gangguan kehidupan kepada penduduk-penduduk di sana. Maka saya berharap pihak majlis, Majlis Perbandaran Seremban dan Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan satu peruntukan supaya paip-paip lama ini boleh ditukar untuk kebaikan penduduk-penduduk di sana.
Tuan Yang Dipertua Dewan, berkenaan dengan persidangan kali ini juga, seharusnya persidangan, tempoh hari persidangan perlu ke, sekurang-kurangnya 4 hari dan bukannya 3 hari kerana pada hari semalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, hari ini kita semua ahli-ahli Berhormat telah mengambil satu hari untuk per, perbahasan dan esok penggulungan. So saya rasa perkara ini, seperti yang saya cakap terdahulu, memang setiap persidangan terdahulu saya telah mintak kerajaan terdahulu tambah hari. Tapi, tetapi kita sekarang menjadi kerajaan baru, saya harap pada tahun depan tambahlah satu hari supaya kita tak perlu berbahas sampai lewat malam. Kerajaan, ahli-ahli kerajaan ataupun pegawai-pegawai kerajaan pun tak perlu tunggu sampai lewat malam, barulah, baru boleh balik rumah. So saya, saya jadi, saya, saya berharap ada penambahan hari pada persidangan yang tahun, tahun depan.
Berkenaan dengan jemputan-jemputan rasmi juga. Saya berharap apa-apa aktiviti ataupun majlis-majlis yang berperingkat kebangsaan, negeri ataupun daerah perlulah menjemput kita ahli-ahli backbencher selain daripada EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, terutamanya aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di kawasan DUN di antara backbencher Kerajaan Pakatan Harapan. Ini adalah penting di mana kita selalu ditanya-tanya oleh penduduk-penduduk, YB ada, ada satu aktiviti rasmi kamu kenapa tak hadir. Kita macam mana nak jawab ini kerana kita adalah kerajaan sekarang. Kalau dulu, tak kisah, tak apa. Tetapi rakyat akan tanya kita, kenapa kita akan tak hadir. So saya berharap pihak protokol, pihak SUK perlu mengambil perhatian perkara ini dan memaklumkan kepada apa-apa aktiviti ataupun projek-projek jabatan masing-masing yang akan dijalankan di DUN masing-masing supaya kita boleh sama-sama menyelesaikan masalah rakyat dan kita boleh sama-sama membangunkan Negeri Sembilan ini.
So sebagai wakil rakyat di kawasan bandar, saya menyahut baik dengan cadangan Kerajaan Negeri di mana mewujudkan bas percuma di Bandar Seremban. Tadi ada yang tidak besetuju dengan perkara ini dan dia kata orang-orang di Negeri Sembilan, di Bandar Seremban, semuanya kaya. Saya rasa, saya rasa perlu diperbetulkan. Bukannya semua kaya raya. Ada, setiap kawasan pun ada yang miskin, ada yang kaya. So, cuma saya meminta penjelasan daripada Kerajaan Negeri bahawa bas cuma, bas percuma ini adakah ia terbuka untuk, untuk semua golongan ataupun untuk warga Malaysia saja, ataupun dia terbuka untuk warga asing ke, pendatang tanpa izin ke, kerana setiap hujung minggu, saya rasa, saya nampak ada banyak warga asing telah berkeliaran di Bandar Seremban, sama ada mereka layak ataupun tidak kerana ini adalah hak penduduk-penduduk kita Negeri Sembilan.
So yang terakhirnya saya juga ingin mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota kerajaan, pengarah, kakitangan-kakitangan kerajaan kerana telah, kerana telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Marilah kita sama-sama bangunkan kerajaan yang kita cintai ini. Dan dengan ini saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Saya bagi ruang untuk 20 minit, tapi you ambil masa hanya 12 minit. Dan juga sambung, Seremban Jaya. Okay, untuk makluman Yang Berhormat – Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat juga jabatan, kita hari ini mesti kena habiskan bahas. Bahasan kita mesti habiskan sampai lewat malam. Dan besok hanya gulungan daripada Kerajaan Negeri. So, saya bagi ruang kepada 2 daripada pembangkang,
1 daripada kerajaan sekarang. Kerana daripada pembangkang ramai, so kita bagi peluang, kita sampai habis …..
Ya, apa rasionalnya Tuan Yang Dipertua untuk me-limit-kan perbahasan ini?
Itu yang saya limit-kan 20 minit. Janganlah nanti besok, comment pulak kata kita tak cukup masa …..
Besoklah Yang Dipertua, bawak besok.
….. memang tak cukup sebab besok kita akan bagi gulungan kepada Kerajaan Negeri.
Tak, maksud dia kenapa tak boleh dibawa besok?
Saya cuba buat, tapi sekarang kita continue. Yang Berhormat Seremban Jaya.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama ini.
Tuan Speaker, pembentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Harun telah mengemukakan Ringgit Malaysia 430.0 juta belanjawan berimbang di bawah belanja mengurus yang diberikan kepada 17 kategori-kategori. Manakala belanja pembangunan dibagikan kepada sektor sosial, pentadbiran, pertanian, infrastruktur, pelancongan dan kerohanian yang akan mendapat manfaat dan peningkatan bagi tahun 2019. Peningkatan belanjawan terus meningkat dari tahun ke tahun di mana Ringgit Malaysia 384.0 juta telah diumumkan pada tahun 2016. Ringgit Malaysia 405.0 juta pada tahun 2017. Ringgit Malaysia 412.0 juta pada tahun 2018. Dan Pakatan Harapan, Ringgit Malaysia 430.0 juta bagi tahun 2019.
Hebat Senawang.
Peningkatan kadar peruntukan belanjawan yang diumumkan bagi tahun 2019 adalah relevan dalam mengurus tadbir dengan lebih baik dan sempurna bagi menggalakkan membangunkan, bangunan sosio ekonomi di Negeri Sembilan. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Unit Kewangan dan jawatankuasa yang telah membagaikan, memba, mempelbagaikan peruntukan secara bijak meskipun Pakatan Harapan baru saja 7 bulan 9 hari. 7 bulan 9 hari mengambil alih kuasa dari kerajaan ini.
You mahu mintak kita tepuk ka?
7 bulan 9 hari. Tunggu. Chembong, Chembong bagus. Chembong okay, boleh, boleh, boleh. Komitmen dan kerjasama semua pihak dalam mengurus tadbir dengan bersih, muafakat dan sejahtera pasti akan menjadi terlanda, terla, sorry, teladan dan sebutan rakyat kerana berjaya membelanjakan peruntukan dan menggunakan jutaan wang ringgit rakyat dengan baik.
Peruntukan yang diagihkan kepada setiap sektor dan pihak awam perlu digunakan dan diuruskan dengan bijak agar membaziran tidak di berlaku dan benar-benar memenuhi kehendak semua pihak dan menjaga kebajikan rakyat.
Peruntukan bagi kerja-kerja menaik taraf atau menurap jalan bukan semata-mata untuk menghabiskan peruntukan bagi menurap semula jalan yang berada di dalam keadaan baik tetapi menurap jalan yang betul-betul rosak dan seharusnya dinaik taraf terutama di lorong-lorong jalan taman perumahan lama dan sebaliknya.
Saya juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan kerajaan baru kerana selepas 61 tahun pemerintahan portfolio peruntukan kepada hal ehwal bukan Islam diperkenalkan dan peruntukan ini akan diurus tadbir oleh saudara ADUN Nilai; Arul Kumar.
Timbalan Speaker, Jabatan Kesihatan mempunyai bidang kuasa menyisat, menyiasat dan menyediakan laporan berhubungan sebuah premis makanan dan sekaligus mempunyai kuasa menutup premis jika melanggar undang-undang yang ditetapkan. Adakah pihak Jabatan Kesihatan membuat garis panduan bagi memastikan premis-premis mak, makna [makanan] mengikut syarat yang ditetapkan ada, dan
adakah bahan-bahan berasa suntikan yang dilakukan ke atas barangan mentah ayam, daging, ikan dan, dan sebagainya bagi memastikan bahan mentah tahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk bagi tempoh yang panjang diambil kira?
Timbalan Speaker, adakah pihak Jabatan Kesihatan dapat mengenal pasti mengusaha, pengusaha yang hanya mencari keuntungan tanpa menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan kerana pengunjung tegar premis makanan luar ter, terdedah dengan berbagai risik, risiko sampingan dan menjejaskan kesihatan seperti mengalami keracunan makanan, cirit birit dan mengalami kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
Timbalan Tuan Speaker, apakah perancangan dan kuat kuasa dalam peningkatkan mutu dan menghasilkan makanan di sebuah premis makanan dan bantuan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan dalam memastikan kualiti makanan yang disediakan tidak menjadi racun dan menjejaskan kesihatan awam.
Timbalan Speaker, air yang dibekalan oleh jabatan SAINS seperti tidak menepati syarat kerana pengguna bertanggapan bahawa bekalan air bersih yang disalurkan mengandungi klorin yang tinggi. Jika kandungan klorin tinggi, ia boleh mengandungan penyakit dan menjejaskan kesihatan serta memunyai risiko yang tinggi ke atas kerosakan buah pinggang. Apakah perancangan pihak jabatan dan bagaimanakah SAINS menilai semula kandungan klorin yang ada di dalam bekalan air bersih agar mutu air bersih terjamin?
Timbalan Tuan Speaker, rombakan ahli jawatan kuasa MPKK selepas kerajaan baru terbentuk di bawah Pakatan Harapan memberi tamparan kepada ahli MPKK lama sebagai mana yang berlaku di Simpang Dangi, Kuala Pilah. Bekas pengerusi MPKK lama menimbulkan masalah kepada jawatan kuasa baru sehingga isu dibawa kepada Tuan Haji Ismail bin Ahmad; EXCO luar bandar. Per, perbalahan antara ahli jawatan kuasa baru dan lama terus berlaku sehingga isu ini terpaksa dibawa untuk berbincang dan tersemuka. Timbalan Tuan Speaker, satu perjumpaan bersama EXCO berkaitan, pihak polis dan Pejabat Daerah telah diatur bagi menyelesaikan masalah dalaman isu-isu berbangkit dan isu-isu semasa dalam pengurus, pengurusan komuniti ini. Namun agak men, mengecewakan kerana tidak seorang wakil pun yang hadir dari Pejabat Daerah itu bersama-sama mendengar keluhan penduduk yang seharusnya diselesaikan sejak awal lagi. Timbalan Speaker, ahli jawatan kuasa baru MPKK perlu meneruskan khidmat dalam menjaga komuniti di bawah pengurusan mereka dan sokongan semua pihak adalah diperlukan.
Timbalan Speaker, banyak aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti bersama berjalan kaki, bersukan dan sebagainya dilakukan bagi menjaga kesihatan oleh pelabagai golongan, lapisan masyarakat tanpa mengira, mengira peringkat umur yang bermula sejak awal pagi, jam 5:00 agar nampak sihat dan ceria. Tuan Speaker, namun begitu, perasaan, perasaran [prasarana] dan infrastruktur di kawasan ini kurang sempurna di mana keadaan sekeliling gelap tidak ada cahaya lampu yang cukup dan banyak kerosakan yang berlaku di tapak-tapak permainan yang perlu dibaiki.
Timbalan Tuan Speaker, oleh yang demikian, menaik taraf dan memantauan berkala perlu dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memastikan padang-padang permainan dalam taman perumahan dan tempat awam berada dalam keadaan baik agar aktiviti rihat, riadah yang dijalankan berjalanan lancar. Sokongan dan kerjasama semua pihak perlu bagi memastikan semula tapak dan padang permainan dijaga dengan bik.
Tuan Speaker, jika pihak Majlis tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan tempat khas letak kenderaan, tadi ADUN Rahang pun ada bangkit ini masalah, ada different sikit. Saya mahu tanya kepada EXCO tempatan, kita mahu saman satu lori di kawasan di taman. Memang kita mahu ingat, Majlis Perbandaran Seremban atau Majlis Perbandaran Nilai, adakah satu tapak kasi tepikan, kasi kosongkan, mereka boleh parking sana. Tapi ini pemandu dia, mereka keluar daripada rumah 3 – 4 hari mereka balik melalui jalan highway, Tol Senawang keluar atau Tol Seremban pergi, jumpa dia punya anak atau cucu, pergi mandi atau makan sikit, baru mereka keluar. Tara sampai satu jam, MPS saman. JPJ saman. Tak ada sampai satu jam, mereka saman. Patut kita mahu kasi satu tempat tepi, kita punya kerja mahu buat cantik, majlis tempatan, saya mahu mintak mohon kepada EXCO tempatan, ini mesti satu rancangan mahu buat. Sebab selalu kita dapat complaint, lori memang, lori itu isi, barang itu memang harga yang tinggi, dia tepi jalan, jalan besar dia parking itu lori sudah kena hilang atau jadi apa-apa masalah, itu driver sama kelendan mahu tanggungjawab. Polis segera dan cepat mahu tangkap. Tapi itu pencuri tak tahulah, dia satu minggu, masuk lokap, dah 14 hari keluar, kerja pun hilang. Sebab itu saya mintak Kerajaan Negeri, EXCO tempatan, mahu bincang ini hal dulu. Satu tempat yang sesuai, saya mintak kepada EXCO.
Lagi satu, hari ini, saya pun mahu terima ka, saya tak tahu macam manalah, saya pun mahu takziahlah, memang tak boleh terima. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga saudara Adib yang telah meninggal dunia semalam. Saudara,
saudara Adib telah mengalami kecederaan teruk dalam satu rus, rusuhan di kuil Seafield, 3 minggu lepas. Apa yang berlaku terhadap saudara Adib adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Perkara ini juga tidak sepatutnya berlaku terhadap anggota pasukan Bomba dan Penyelamat yang hadir ke kawasan tersebut untuk memadam api dan menjaga keselamatan penduduk.
Saya juga merayu kepada semua pihak supaya jangan jadikan isu ini sebagai isu perkaum. Tetapi pada masa yang sama juga, saya harap sesiapa saja yang terlibat dalam pembunuhan saudara Adib ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan perlu dijatuhi hukuman sewajarnya. Tidak maaf kepada orang yang me, me, membunuhi saudara Adib. Ini memang saya pun sedih, kita, saya pun semalam bila sudah dengar malam pukul 9:45, saya pun ada pray, saya pun ada sembahyang kepada saudara Adib.
Yang Berhormat Seremban Jaya, ada tinggal satu minit lagi.
Saya suruh, dulu, ADUN Kota masih Speaker, ADUN Kota pun cakap satu minit, dia ada bagi 3,4,5 minit.
Terima kasih.
Tapi, tadi ADUN kawasan Rantau, saya masa tu, bila ADUN kawasan Rantau masih ucap, saya pun takziah, saya pun sudah standby, semalam saya sudah standby ini, kita pun standby. Tapi, lagi kita punya, kita punya saudaralah, saya cakap saudara, selalu kita cakap saudara-saudara, tadi saudara Linggi yang beritahu, Pakatan Harapan tak pernah janji turun harga. Kita stabil kita ada bagitahu. Kita punya tawaran, atau manifestolah, kita ada beritahu tawaran, bukan turun. Kita, kita punya manifesto, kita punya tawaran kita ada beritahu kita stabil.
Lagi satu 540 kes perga, pergaduhan dalam, ini bukan 7 bulan 9 hari, ni 5 tahun punya kes. Ini 5 tahun. Dulu saya punya kawan-kawan, saudara masih perintah. Kita baru 001%, ni tadi saudara Linggi, YB Linggi ada beritau. Inilah, hari ini, ni lagi satu tadi saudara Linggi ada beritahu borang JKM. Ini kita sebagai ADUN haa, ini borang JKM satu jenis jugak, itu Borang 18, itu fotostat pun boleh pakai. Itu fotostat pun tak boleh simpan kalu macam mana sebagai satu ADUN jadi, tak boleh.
Itu mahu fikir. Ini fotostat boleh simpan. Ini kadang-kadang kita pun mahu fikir, dalam Dewan mahu ucap. Tapi saya tak tahu bahasa baku, tak tahu cakap bahasa baku, tapi bolehlah you orang faham apa yang saya cakap. Tapi kita punya saudara Chembong, orang bagus, okay.
Lagi, lagi satu kali cakap, biar semua orang dengar. Siapa bagus?
Saya pun kurang, saya pun kurang jelas. Seremban Jaya, Chembong ka sombong?
Chembong, Chembong. Chembong tak sombong. Chembong tak sombong.
Haa, betul-betul saudaralah.
Okay, thank you. Okay, itulah perbahas saya. Saya ucapan ribuan terima kasih, Ringgit Malaysia 430.0 juta, saya mahu terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Negeri Sembilan dan bahagian kewangan, saya mahu usul ini saya ucapkan terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Terima kasih Seremban Jaya, ambil masa 22 minit. Dan sekarang beri 2 ruang kepada pembangkang, kalau boleh terus 3 pun tak apa, okay, thank you. Teruskan Palong.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker yang mengizinkan saya untuk turut serta bagi membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019.
Pertama-tamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah membentangkan bajet pada hari semalam dengan, dengan baik. Namun demikian, Timbalan Dipertua, saya ingin melahirkan satu keadaan di mana ada segelintir rakyat Malaysia yang merasakan mereka ini adalah rakyat kelas kedua dalam negara kita yang bertuah ini. Dan saya melihat mereka yang merasakan mereka sebagai rakyat kelas kedua ini adalah ekonominya
baik, taraf pendidikan mereka baik, pendapatan mereka jauh lebih baik …..
Tuan Speaker.
….. dan pemilikan …..
Tuan Timbalan Speaker, mintak mencelah, sila nyatakan siapa …..
Speaker.
Kalau Palong …..
Sila nyatakan siapa.
Tolong jangan ganggu saya.
Mintak penjelasan.
Temiang.
Tolong jangan ganggu saya …..
Temiang.
….. saya baru nak cakap.
Kalau Palong beri laluan, you boleh …..
Saya mintak dia penjelasan, siapa itu.
Ini yang saya nak cakap, dengarlah dulu.
Temiang duduk, Temiang duduk.
Saya baru nak cakap.
Palong sambung.
Boleh, terima kasih Tuan Yang Dipertua. Ada segelintir rakyat yang merasakan, saya ulang lagi sekali, ada segelintir rakyat yang merasakan mereka sebagai rakyat kelas kedua dalam negara ini, sedangkan ekonomi mereka baik, taraf pendidikan mereka baik, pendapatan mereka baik, pemilikan harta mereka jugak jauh lebih baik daripada segelintir masyarakat yang lain dalam negara ini. Timbalan Yang Dipertua, nampaknya nasib peneroka tidak penting kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Nampaknya kamilah warga felda yang sebenarnya dilayan seperti second class …..
Saya minta mencelah Timbalan Speaker Dewan.
Palong, boleh mencelah?
Saya kata sabarlah dulu Temiang …..
Boleh jawab soalan saya?
….. saya ni pembangkang baru nak cakap.
Saya tak sabar.
Boleh duduk tak?
Sila, jawablah soalan saya.
Saya, saya nak jawablah ni. You duduklah dulu. Sebenarnya kami warga felda-lah yang sebenarnya yang dilayan ibarat second class citizen. Kenapa saya kata begitu ataupun demikian, Timbalan Yang Dipertua. Yang pertama, tidak ada satu perkataan pun yang saya terjumpa di dalam teks belanjawan yang dibentangkan yang sebut tentang felda, tidak ada satu patah perkataan pun yang saya jumpa yang disebut tentang kelapa sawit dan tidak ada satu perkataan pun yang menyebut tentang getah dalam teks yang disebut. Dan apatah lagi sebut tentang pembelaan kita dalam, sebagai warga felda. Semalam ada pertanyaan lisan yang dikemukakan oleh ADUN Rantau dan dijawab oleh salah seorang EXCO di sebelah sana, yang mengatakan bahawa akan disentuh dalam teks belanjawan yang akan dibentangkan, tapi tak ada jugak. Itu yang pertama.
Tuan Speaker. Saya mencelah. Saya sebut semalam …..
Speaker, kalau ada mencelah, saya mintak tambah masa. …..
….. sekiranya ada, akan dibentangkan.
Mintak tambah masa.
Sekiranya ada. Kalau tak ada maknanya kita akan, yang akan datang, inshaa Allah.
Haa okay, jadi maksudnya tak ada. Betullah cakap saya tadi, ya, baik. Perkara yang kedua, Timbalan Speaker, kejatuhan harga getah dan sawit langsung tak diendahkan oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Kenapa saya berkata demikian? Sebabnya, ini contoh yang paling mudah je. Saya pernah …..
Mencelah.
Saya pencah …..
Itu kerajaan pusat punya hal lah.
Lailaa haillallah, kau ni bogeklah.
YB Temiang, kita keluar pergi minum teh lah, mari.
Dia ni kacaulah Speaker.
Saya memang nak keluar, tapi tak mahu sama you.
Jangan ganggu, jangan ganggu, Palong teruskan.
Terima kasih.
Palong teruskan.
Timbalan Speaker, dalam surat yang, dalam soalan bertulis yang saya kemukakan pada bulan September yang lepas ya, jadi, Dewan menolak pertanyaan, pertanyaan lisan saya berkenaan harga komoditi, pada bulan 9 yang lepas. Kemudian saya tanya lagi pada bulan 11 yang lalu. Lagi sekali saya nak kan penjelasan. Bukan nak mintak selesaikan, nak kan penjelasan supaya boleh saya sampaikan penjelasan ni kepada rakyat di bawah. Kalau tidak, rakyat akan mempunyai pelbagai persepsi dan andaian kepada apa yang berlaku pada hari ini. Lagi sekali ditolak soalan tersebut. Maka saya mengatakan bahawa harga komoditi ini tidak diendahkan langsung oleh kerajaan pada hari ini sampaikan jawapan pun tak
mampu nak diberikan. Bukan mintak program untuk menyelesaikan. Itu perkara yang kedua.
Perkara yang ketiga, Timbalan Dipertua, saya kena laju sikit takut masa tak cukup. Perkara yang ketiga, tidak ada usaha yang konstruktif yang kita lihat daripada kerajaan hari ini untuk membela nasib, nasib kami di warga felda dari segi untuk menaikkan kembali harga komoditi yang jatuh. Malahan, ada menteri felda yang melabelkan sebagai wa, melabelkan warga felda ni sebagai malas, hari ini kita malas, warga felda malas. Tuan yang, Timbalan yang Dipertua, kalau peneroka ni malas, hari ini Kerajaan PH tak mampu untuk bercakap soal mengurus aset FELDA yang berbilion ringgit.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, yang mungkin tak tahu tentang FELDA ni, apa yang ada pada hari ini adalah atas kejayaan warga felda yang telah masuk ke rancangan tu berpuluh-puluh tahun yang dulu, saya masih ingat, 40 tahun dulu, bila mula-mula saya masuk ke dalam felda tu, Timbalan Yang Dipertua, jalan tak ada cantik macam sekarang. Macam sekarang ni sekejap je boleh sampai ke Palong. Dulu tanah merah tu. Tanah merah. Musim panas pun jadi merah, waktu hujan pun jadi merah. Sampai rumah, nak cuci, bukan ada air paip. Kami terpaksa pergi ke belakang rumah tu untuk kanda air bawak ke rumah. Kanda air. Mungkin ada orang muda yang sini mungkin tak ada rasa menganda air ini. Kita kanda air bawak sampai ke rumah. Sampai ke rumah bukan air tu boleh minum terus. Air tu macam air teh, kuning, terpaksa tapis.
Pada ketika itu tak ada tapis macam sekarang ni, tapis Coway, apa benda tu, Cuckoo? Tak ada pun Cuckoo tu deh Timbalan yang Dipertua. Yang ada tapis yang dibuek sendiri daripada pakai tin minyak, disusun batu, disusun pasir, kita tuang air tu ditapis untuk dimasak dan diminum. Tak ada kemudahan air paip pun tak ada. Nak cerita nak tengok …..
Aaa.
Haa apa dia? Haa ini orang baik, boleh. Ya.
Estet pun serupa jugak.
Sama, sama, kita sama ya, kita sama. Rupa pun lebih kurang sama, haa. Timbalan Yang Dipertua, boleh saya sambung?
Palong.
Boleh saya mencelah?
Ya Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Tuan Timbalan Yang Dipertua, sebenarnya saya merasa amat sedih mendengar apa yang berlaku. Memang kita tahu peranan yang dimainkan oleh FELDA. Tetapi inilah peninggalan yang kita tidak sanggup warisi ya, kalau boleh, yang telah berlaku tetapi kita sepatutnya bukan bercerita pada hari ini, sepatutnya 5 tahun yang lalu. Kita telah tegur pemimpin-pemimpin kita yang telah cukup rakus melakukan kerja-kerja yang tidak mengikut amanah yang telah diamanahkan. Sebahagian kita ada yang bersama. Itu yang kita cukup sedih. Inilah yang berlaku hari ini, apabila berlaku keadaan begini, kita perlu mengambil masa. Dan inshaa Allah perkara ini akan kita selesaikan dengan baik. Tapi memang, saya rasa, perkara ini saya rasa setuju atau tidak setuju, Palong, bahawa inilah apabila pemimpin yang telah diberi amanah dulu, tidak mampu menegur pimpinan mereka. Ini menyebabkan apa yang berlaku pada hari ini. Setuju atau tidak?
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Sebelum saya menjawab soalan dariapda yang Amat Berhormat Sikamat, saya nak habiskan teks saya ni dulu, baru dapat saya nak kupas jawapan kepada Timbalan, kepada Yang Amat Berhormat Sikamat.
Saya berhenti di mana tadi? Air? Ladang? Sama, air bersih tak ada. Air bersih tak ada.
Bukan, bukan. Kanda, kanda.
Apa tu?
Pikul air dengan kanda.
Oh kanda air, ya, kita kanda air ya. Kemudian nak, nak petik letrik, letrik tak ada. Tak ada suiz lampu pun tak ada. Kita dulu pakai …..
Minyak.
Ya, betul. Minyak tanah iaitu kita pakai lampu ayam. Lampu ayam. Dan ada lagi satu pelita yang kecik tu, yang kaca, belah bawah dia kaca, yang belakang ada gambar amoi cantik. Ingat lagi tak? Inilah sejarah yang berlaku dulu. Namun demikian, peneroka pada ketika itu tabah. Mereka tabah, mereka berusaha dan sampailah hari ini, felda ini merupakan satu transformasi bangsa yang berjaya dalam dunia sebenarnya.
Tuan yang, Timbalan Yang Dipertua, harga sawit jatuh dan merudum bukan sebab warga felda malas. Bukan sebab kita malas. Tetapi adalah kerana kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengurus pasaran komoditi kita. Tuan Timbalan Yang Dipertua, semua orang tahu, ketika BN memerintah pada, sehingga bulan Mei yang lepas, harga sawit kita adalah 500.00 lebih satu tan. Semua orang tahu. Dan kita semua tahu, satu dunia ingin berurus niaga dengan negara China. Semua nak ber, bernia, nak berunding dengan negara China, kerana apa? Kerana mereka mempunyai kuasa membeli yang sangat besar. Oleh kerana kerajaan hari ini gagal mengekalkan negara China sebagai pembeli komoditi kita, yang telah lari beli daripada negara Indonesia, maka komoditi kita tidak ada harga pasaran yang mencukupi.
Mohon mencelah, mohon mencelah.
….. tidak ada harga pasaran yang mencukupi. Nilai pasaran tak cukup. Bila tak cukup pasaran, maka harga kita jatuh merudum. Ini tengah sedap ni, kejap, kejap lagi saya beri. Kejap lagi, kejap lagi, kejap lagi ya.
Dah lah jatuh, sekarang ni kilang-kilang pulak tak nak lagi terima kelapa sawit ini. Jadi mana kita nak hantar Timbalan yang Dipertua, ya. Dah lah kelapa sawit jatuh, sekarang ni jatuh ke paras 300.00 ringgit lebih kurang. Apa akan berlaku sekiranya harga ni jatuh sampai ke
tahap lebih rendah daripada kos, harga kos pengeluaran? Apa akan berlaku Timbalan yang Dipertua? Nak hantar ke mana? Siapa nak ambil? Dan apa peneroka felda nak makan? Harga getah pun sama. Jatuh merudum, bukan jugak sebab kita ni malas motong. Ada menteri kata, peneroka malas motong getah, orang kampung malas motong getah. Bukan begitu, hasil mereka …..
Saya mohon celah.
….. terjejas adalah kerana, hasil mereka terjejas adalah kerana musim hujan. Musim hujan, dia musim tengkujuh. Dan beria-ia ada menteri kata motong waktu hujan, ada insentif. Saya belum pernah dengar lagi, sebelum ini kita beria-ia suruh peneroka ataupun warga masyarakat luar bandar ni …..
Saudara Palong.
….. potong getah waktu hujan.
Saudara Palong.
….. tak ada.
Saudara Palong, Chuah sudah …..
Tadi pagi tadi dah bagi, cukuplah …..
Tak ada, Chuah sudah banyak lama …..
Kang saya, saya lupa nanti kejap, kejap.
Chuah sudah banyak lama.
Kejap.
Okay, okay, tolong tengok, sebelah sini tolong tengok.
Yelah, sabarlah. Saya nanti kang dipotong tengah-tengah nanti hilang idea nanti. Haa ya, kejap ya, baik. Dan saya nak tekankan juga Timbalan Dipertua, bahawa bantuan musim tengkujuh untuk penoreh getah yang sudah diluluskan dalam bajet 2018 ini jugak sampai sekarang tidak dibayar kepada mereka. Okay, silakan.
Okay, bagus.
Okay ini untuk YB Palong, nampak dia, dia katakan harga minyak sawit dan getah ini, haa, maksud dia, katakan keluaran Malaysia ini tidak boleh dijual dengan harga pasaran. Yang saya tahu, harga pasaran untuk minyak sawit dan getah mengikut harga international. Dan dia ini mengikut pembeli dengan penjual. Ini tidak bermaksud yang Indonesia jualkan minyak sawit ni lebih mahal dari Malaysia. Harga dia sama, cuma mungkin produktiviti dia bagus. Jadi jangan apa ni, cakap yang tidak betul. Sebab ini harga pasaran. Mana-mana saja yang you beli, harga sama. Haa ini saja.
Timbalan Yang Dipertua, okay, terima kasih. Timbalan Yang Dipertua, kalau dulu, pembangkang dulu, dia akan cakap ini salah BN. Dulu. Pasal BN, barang naik, kan. Kalau harga komoditi jatuh je, salah BN, salah Najib, ya ni dulu ya, bukan sekarang. Sekarang, saya dah bagitahu tadi, di Malaysia adalah kerana kita kekurangan pasaran kita. Saya tak salahkan kerajaan, kerajaan punya punca secara langsung, tapi kegagalan kita untuk mengekalkan pasaran inilah sebenarnya kita menghadapi masalah. Saya dah sebut tadi dah. Okay, terima kasih tuan ya. Baik.
Baik. Dan perkara yang seterusnya Timbalan Dipertua, setiap bulan, peneroka yang belum ada hasil ladang, mereka akan dibayar wang pendahuluan, wang pendahuluan yang akan dibayar, yang akan dibayar kembali setelah ladang mereka ni ada hasil ya. Dan wang pendahuluan ini kita panggil sebagai Bantuan Sara Hidup ya. Setiap ya, dan perkara ini telah pun termaktub dalam perjanjian di antara FELDA dan peneroka apabila mereka menyertai fasa tanam semula ya. Ketika
tanam semula, ladang tak ada hasil, mereka akan diberikan bantuan, pendahuluan hasil ya, sementera kebun mereka ataupun ladang mereka mengeluarkan hasil. Dan akan ditolak kembali. Dan ini telah menjadi satu fenomena, satu kebiasaan, puluhan tahun daripada dulu lagi. Daripada dulu lagi, sudah menjadi kebiasaan.
Dan hari ini, buat pertama kalinya dalam sejarah negara ini, di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, warga felda yang menanam semula tidak menerima bantuan sara hidup, hari ini sudah 2 bulan tuan-tuan dan puan-puan. Cuba bayangkan, mereka tak ada pendapatan lain. Yang ada tulah pendapatan 1,000.00 tu, wang pendahuluan hasil tu. Bukan kita mintak sedekah. Itu pinjaman. Pinjaman yang dicagarkan kepada hasil yang akan dikeluarkan oleh ladang pada masa akan datang. Dan ini amalan biasa. Buat pertama kali dalam sejarah, hampir 2 bulan mereka tak dapat bantuan.
Sidang Dewan yang saya hormati sekalian, cuba kita bayangkan kalau kita tak dapat gaji 2 bulan. Yang Berhormat Seremban Jaya, cuba fikirkan apa nak buat. Yang Berhormat Timbalan, saya nak, saya nak sebut ya, ketika kita bersidang ini, Timbalan Yang Dipertua, tahukah kita, berapa ramai rumah mereka di, di felda yang api air kena potong? Tak percaya, minggu depan, mari ikut saya pergi tengok, saya boleh tunjukkan satu persatu. Bukan sebab mereka malas, sebab mereka tidak mendapat Bantuan Sara Hidup sudah 2 bulan lebih. Tak dapat Bantuan Sara Hidup. Mereka nak makan apa? Mereka pun rakyat kita, masyarakat kita, warga negara kita. Sebab tu saya katakan awal-awal tadi, kami yang merasakan bahawa kami ibarat, ibarat second class citizen. Yang ada tanah, yang ada ladang, yang selama ini FELDA begitu maju berjaya, mentransformasi daripada pertanian kepada perindustrian, dulu pertanian, kamilah yang usahakan, warga felda. Tapi hari ini apabila kita memerlukan bantuan, tak sampai-sampai sampai sekarang. Dan kerajaan langsung tak ambil endah kepada ratusan ribu peneroka seluruh negara.
Timbalan Yang Dipertua yang saya kasihi sekalian, Timbalan Yang Dipertua tau tak, berapa ramai yang hari ini tak cukup duit nak beli keperluan dapur kerana tak dapat Bantuan Sara Hidup. Tuan Dipertua tahu tak berapa ramai yang kenderaan harian mereka, yang mereka gunakan untuk pergi cari duit yang rosak tak ada duit nak repair. Berapa banyak kereta dah kena tarik sebab tak dapat bantuan sara hidup, Timbalan Yang Dipertua. Bukan banyak pun Timbalan Yang Dipertua, 1,000.00 ke 1,500.00 ja. Yang akan ditolak balik setelah keluar hasil.
Kalau kerajaan tak nak bayar, boleh. Berilah notis awal-awal. Setelah mengambil kerajaan, mengambil alih kerajaan hari tu, bagi notis kepada pihak peneroka-peneroka bahawasanya Bantuan Sara Hidup tidak akan diberikan mulai satu tahun daripada sekarang. Maka mereka ada grace period, dengan izin, untuk mereka mencari peluang-peluang pendapatan lain. Ini tak ada. Tiba-tiba hilang dan tidak disentuh pun langsung dalam bajet yang disebut, wahai Timbalan Yang Dipertua …..
Mintak penjelasan tu, mintak penjelasan.
Perkara seterusnya ….
Mintak penjelasan. Yang BR1M tu, dia, bila kasi, yang dulu tu, BR1M, bulan bila kasi tu?
Okay, terima kasih.
You nak jelaskan kerana …..
Okay terima kasih.
….. cakap ni bantuan …..
Okay, okay, saya faham.
….. sara hidup tak sampai. So nak tanya tu …..
Masa nak habis ni.
BR1M, bulan, kasi tu.
Terima kasih. Itu BR1M lain. Ini Bantuan Sara Hidup dalam warga felda. Ini cerita felda, tuan. Tuan ada anak, ada itu kampung felda dalam kawasan? Tak ada kan? Tak ada janganlah kacau. Ini saya nak cerita masalah kami ni warga felda ni ya. Kemudian Timbalan Yang Dipertua, apakah kita sahabat-sabahat dalam Dewan yang mulia ini tahu berapa ramai yang pada ketika ini tak cukup duit untuk pergi rawatan sakit mereka. Daripada Palong nak poi Gomeh nak cuci buah pinggang tu, nak isi duit minyak duit pun tak ada. Ini soal nyawa mereka.
Itu saya katakan, we are treated like second class citizen. Itu sebab saya katakan tadi. Dan apakah kita tahu berapa ramai yang sekarang ni sedang gundah gulana, kerana apa? Kerana nak bukak sekolah tak lama lagi. Nak bukak sekolah, belum cukup duit untuk menyediakan persediaan peralatan sekolah mereka. Dan ketika ini pulak, menteri pulak suruh beli kasut hitam. Cubalah kita fikirkan nasib mereka, wahai Timbalan Yang Dipertua yang saya kasihi. Ini nasib kita. Cubalah kita fikirkan.
Kemudian apakah kita tahu …..
Palong.
….. berapa ramai.
Cuba, cuba pendekkan, ada 2 minit.
Baik, baik, saya akur.
Saya tambahkan satu minit lagi, jadi ada 2 minit.
Saya akur, saya akur. Adakah kita tahu bahawa berapa ramai yang take home pay, yang dia ada hasil. Bagi mereka yang tak ada hasil pulak, harga turunkan, bila take home pay, hasil tolak hutang semuanya, zero. Ada. Jadi, apakah kita nak katakan bahawa kita, bajet kita hehat, kita, keadaan negara hari ini cukup hebat di bawah kerajaan hari ini, tapi pada rakyat hari ini, pada masa yang
sama, rakyat jauh menderita di luar sana, wahai sidang ahli Dewan yang saya hormati sekalian.
Sebagai penutup, Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk menggulung perbahasan saya. Tuan Yang Dipertua, janganlah katakan ini jugak salah kerajaan yang lama. Ini adalah kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan yang gagal mengurus harga komoditi dengan bijaksana dan kerana tidak memikirkan nasib untung rugi kami masyarakat felda. Kalau kesah, takkanlah tak ada sepatah perkataan pun tentang felda yang tidak disebut dalam bajet yang dibentangkan. Kalau kesah, takkanlah sepatah perkataan pun tentang kelapa sawit yang disebut dalam bajet yang dibentangkan. Kalau kesah, takkanlah tak ada sepatah perkataan pun tentang getah yang disebut dalam bajet yang dibentangkan.
Maka di atas hujah-hujah yang saya berikan tadi, itulah kami second class citizen merayu kepada kerajaan yang ada pada hari ini, silalah tengok kesukaran dan kesusahan kami yang ada pada hari ini. Bukan sebab kita malas, bukan sebab kerajaan dulu tinggalkan, bermasalah kepada mereka, tapi adalah kerana harga yang begitu jatuh merudum ya, kerana harga yang jatuh merudum, ya, yang perlukan pembelaan.
Tuan Dipertua, sebagai penutup. Ramai anak-anak felda ni sebenarnya yang bekerja di Seremban, di Melaka, di Nilai, di Kuala Lumpur, sebab maklumlah di kawasan felda peluang pekerjaan tidak begitu banyak untuk generasi kedua, generasi ketiga felda. Dan mereka ini, gaji taklah besar sangat, kerja kilang dan sebagainya kan. Gaji tak besar. Ada anak 3 – 4 orang. Jadi apa mereka buat, nak hantar anak ni ke pusat asuhan di kawasan bandar mahal, Yang Berhormat Seremban Jaya, mahal. Satu orang 3 – 400.00. Kena 3 orang, sudah dekat satu 1,000.00 lebih. Jadi mereka buat, mereka hantar anak mereka ni balik ke kampung supaya atuk dan wan mereka jaga. Dan segelintir mereka ini, Timbalan Yang Dipertua …..
Masa tamat.
Ya. Saya mohon izin.
Dah, itu saya sudah tambah lagi.
Saya mohon izin sikit saja lagi, sikit saja lagi. Sikit saja, sikit saja.
Palong.
Satu minit.
Palong, Palong, Palong.
Satu minit saja.
Baik.
Palong, Palong. 30 saat, 30 saat.
Tengok, dia pulak kacau.
30 saat, ini …..
Ini dia sudah kacau, macam mana.
Palong, Palong, 30 saat.
Macam mana Speaker, dia sudah kacau.
Palong, tadi Palong yang beritahu …..
Dia memberi peringatan.
….. kalau menteri panggil beli kasut hitam. Itu bolehlah, boleh terima. Tapi bekas Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri beritahu, beritahu beli sayur kangkung makan. Ini satu masalah besar masa itu. Ini punca felda punya daripada mana? Ini baru, tadi pun saya sudah beritahu YB Palong, baru 7 bulan 9 hari.
Sekarang ni kangkung pun mahal dah.
Saya, Timbalan Speaker mintak saya sambung ya. Sebab dia dah kacau time tadi …..
2 minit, 2 minitlah sebab Palong kesian.
Haa dia sudah mintak tolong.
Palong kesian. 2 minit.
Ini semua saudara, saudar, okay, okay.
Sekarang pun Palong dah tambah 5 minit sudah.
Sikit je, tutup je, mintak tolong, mintak tolong. Baik. Saya terpaksa potonglah ni, baik. Sebahagian merekanya, anak-anak muda ni, sebahagian mereka adalah mengundi Pakatan Harapan. Haa ini point penting Tuan Yang Dipertua. Mereka adalah penyokong Kerajaan Pakatan Harapan. Mereka mintak saya sampaikan dalam Dewan ini. Mereka sebahagiannya adalah penyokong yang menyokong Kerajaan Pakatan Harapan. Sebab apa mereka menyokong? Sebabnya mereka ingat pada ketika itu, segala bantuan yang diterima ketika Kerajaan BN memerintah, mereka akan dapat. Dan ditambah pula dengan tawaran-tawaran menarik yang telah pun diberitahu oleh Kerajaan Pakatan Harapan, maka mereka pun pangkah. Dia ingat dulu, bila Kerajaan Pakatan Harapan ni menang, dia boleh, setiap minggu dia boleh balik daripada Kuala Lumpur boleh balik Palong tengok anak dia, sebab harga minyak akan turun. Dia kata, alamak tak jadi. Lepas tu dia ingat harga tol akan dihapuskan. Kemudian tak jadi jugak. Dan dia ingat lepas tu, PTPTN tak payah bayar, pun tak jadi jugak, Timbalan.
Jadi dia orang kecewa, dia mintak saya sampaikan pantun kepada Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. Saya mintak izin sampaikan pantun sahaja. Ya, ini mereka beritahu pantun, daripada anak-anak yang ya, menyokong Pakatan Harapan dulu.
Kami sangka panas sehingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari, Kami sangka PH jaga kebajikan, Rupanya gemar menuding jari.
Warga felda banyak berjasa, Kepada bangsa dan juga negara, Jangan lupa bila dah berkuasa, Jangan biar peneroka sengsara.
Bila berjanji semuanya mudah, Bila nak tepati mula tak kesah, Rakyat meminta bukan sedekah, Tunaikan hak mereka yang susah.
Inilah 3 rangkap pantun yang mereka sampaikan. Jadi menjadi tanggungjawab kita, kerajaan untuk menjaga kebajikan, kesejahteraan rakyat. Dan tunjuk perasaan yang tercetus 17 November lalu, ekoran bantahan ke atas kenaikan kos sara hidup dan dasar yang diperkenalkan oleh Presiden Emmanuel Macron di Paris, perlu dijadikan iktibar supaya negara ini terus kekal aman, dan kita mesti pastikan segala manifesto yang telah kita janji kepada rakyat mesti kita tunaikan. Saya mohon pembelaan kepada kerajaan pada hari ini untuk khususnya warga felda di negeri dan negara ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
YB Palong, jangan menakut-nakutkan kita.
Terima kasih Yang Berhormat Palong. Saya mintak daripada pembangkang. Serting.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, sekejap. Saya ingin mencadangkan kepada perbahasan supaya jelas kepada pemisahan kuasa. Isu yang panjang lebar yang dihurai oleh Palong tadi kebanyakannya isu di bawah Kerajaan Persekutuan ya, berkaitan dengan felda, bagaimana nak baik pulih felda, apa semua, harga komoditi, semua di, semua itu isu di bawah Kerajaan persekutuan.
Tidak, tidak ada kuasa yang di bawah Kerajaan Negeri. Dan sebab itu Kerajaan Negeri hanya bertindak …..
Saya bersetuju …..
….. di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.
….. Paroi. Tapi besok …..
Kita perlu, perlu jelas supaya tidak .….
….. Kerajaan Negeri akan membuat jawapan …..
….. membazirkan masa Dewan ini.
….. so masa itu boleh buat jawapan. Serting.
Bismilahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, selamat petang dan juga salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk melibatkan diri dalam membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2019 serta dengan anggaran pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2019.
Tadi sahabat saya ADUN Palong, juga dari Jempol, dia ada 13 skim felda. Saya di Serting ada 11 skim felda, haa tu jadi, kita ni adalah wakil rakyat ya, yang mewakili kawasan Tanah Rancangan Felda. Sebelum itu, Tuan Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan ya, untuk merakamkan setinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat ya, dan kepimpinnya atas pembentangan bajet semalam ya, sebagaimana yang telah pun diterangkan. Dan harapan kami semua bajet dan juga anggaran pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2019 ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan amat bertuah ya, setelah mengambil alih pimpinan kerajaan ini daripada Kerajaan Barisan Nasional dulu, dapat mewarisi sebuah kerajaan yang telah pun mantap di bawah kepimpinan Yang Berhormat ADUN Rantau, baik dari segi kewangannya, surplus, dan juga program-program kemasyarakatan, dan juga pembangunan Negeri Sembilan secara holistik, yang mana kita bangga. Jadi harapan saya juga, standard Negeri Sembilan ni mesti kita jaga. Jangan jatuh, ya. Haa tengok tu, belum lagi Yang Berhormat ya. Kita tengok. Dan juga, saya donga dah dapat, betul ke ni, Tuan Yang Dipertua, kita luluskan dulu kereta baru. Jadi, EXCO sekarang ni dah dapat kereta baru ke? Senyap saja. Langsung tak dengar cerita. Kita tengok, oh ini kereta baru. Okay, itulah senario di Negeri Sembilan, kita harap ianya akan dapat dilaksanakan.
Walaupun begitu seperti yang disebut oleh rakyat pada hari ini, janji-janji ya, semasa pilihan raya, manifesto ini menjadi perbualan rakyat pada hari ini. Kita tidak boleh ya, menipu rakyat banyak kali. Mungkin sekali boleh, ini harus kita jadikan iktibar dan saya harap Kerajaan Pakatan Harapan yang diberi peluang oleh kerajaan memerintah hari ini, baik di peringkat Persekutuan, mahupun di peringkat negeri ya, akan dapat melaksanakan janji-janji ini.
Di, di sini juga saya ingin menyentuh beberapa perkara terutamanya di dalam bidang pendidikan. Tahniah, syabas saya ucapkan kepada anak-anak pelajar kita yang cemerlang dalam keputusan UPSR dan juga PT3. Begitu juga yang masih belum mencipta kecemerlangan. Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah, pimpinan Pengetua Sekolah, PIBG dan keseluruh ya, anggota warga pendidik di Negeri Sembilan ini atas apa yang saya maklumkan, saya dimaklumkan bahawa pada hari ini, kita nanti hanya akan ada satu saja keputusan mutlak iaitu semasa peperiksaan SPM, baru kita akan dapat nilai keseluruhan ya, prestasi pencapaian di Negeri Sembilan ni, di tahap mana. Seperti pada tahun 2016 kita berada di tempat kedua, SPM. Begitu juga pada tahun 2017, SPM kita pun berada di tangga yang kedua di peringkat kebangsaan.
Cuma apa yang saya dimaklumkan, momentum pencapaian anak-anak pelajar kita hasil keputusan UPSR dan juga PT3 ini, menyamai keputusan tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi inilah ya, asas yang kukuh, kita bina melalui Kerajaan Barisan Nasional dulu, telah meletakkan asas pencapaian dari segi pendidikan Negeri Sembilan ke tahap yang amat membanggakan.
Cuma ingin saya persoalkan di sini ialah dari segi bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang baru dan telah pun diluluskan dalam
Rancangan Malaysia Yang Ke-11. Cuma harapan saya, Kerajaan Negeri, walaupun ini urusan Kerajaan Pesekutuan, semasa saya menjadi EXCO pendidikan dahulu, memang kita selalu berurusan, EXCO-EXCO biasanya ada mesyaurat khas dengan menteri-menteri, di sinilah ya, kita menyuarakan priority, keutamaan ya, di negeri kita. Contohnya, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang ada sekarang ni, kita menyewa dan sudah berapa kali trip ya, terbakar pun ada.
Jadi, saya dulu telah menyuarakan kepada, perkara ini kepada Kementerian Pendidikan dan mereka telah bersetuju dan saya berharap hari ini, EXCO pendidikan dan juga Kerajaan Negeri Sembilan sendiri dapat memainkan peranan supaya dapat disegerakan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM50.0 juta ya, untuk membangunkan jabatan, bangunan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang baru.
Bila sahabat saya daripada Palong tadi menyebut kasut, agak-agaknyalah, kasut hitam, kasut putih yang mahal? Seremban Jaya banyak pengalaman ni. Kasut hitam? Kasut hitam harga dia lebih tinggi ya, 44.00 ringgit, lepas tu yang putih 33.00, tengoklah ada jenis Pallas, jenis-jenis kasut. Haa ini kita nampak begitu, tapi sebenarnya harga dia berbeza, yang hitam ni lebih mahal. Apa juga jenis kasut, yang hitam tu mahal. Pergilah tengok ya, sebab besok, besok kita di Jempol, kita nak bagi ya, anak-anak ni kita nak bagi ya, bagi mereka yang memerlukan kita di Jempol kita nak bagi kasut percuma ya, kepada anak-anak yang memerlukan.
Tuan Yang Dipertua, seterusnya dari segi masalah peneroka tadi, telah pun diperjelaskan dengan panjang lebar oleh sahabat saya Yang Berhormat ADUN Palong. Memang itulah situasinya, keadaannya, dan maklumat yang terbaru, wang sara hidup RM1,200.00 ni, lebih-lebih lagi di kawasan saya, 11 skim felda di Serting ini adalah telah ditukar penanaman dia daripada tanaman sawit kepada, daripada getah kepada sawit. Sekarang ni semua dalam peringkat penanaman semula, dan 100% masyarakat di felda di 11 skim ni bergantung sepenuhnya kepada wang sara hidup berjumlah RM1,200.00 iaitu wang pinjaman, ditolak nanti bila hasil sudah ada. Dan harapan kami semua ya, saya selaku wakil rakyat felda, walaupun ianya melibatkan Kerajaan Persekutuan, FELDA sendiri, sudah semestinya bila keluh resah, keluh kesah ya, masyarakat felda berada di Negeri Sembilan, maka sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan mengambil iktibar, ada mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat dengan Menteri, Yang Amat Berhormat mesyuarat di Kuala Lumpur dengan Perdana Menteri, silalah bawa bersama betapa seriusnya keadaan ini. Kalau kita tuding menuding,
mengatakan kerajaan yang dulu salah, kerajaan ni, kita mesti menyelesaikan.
Saya masih ingat lagi ramai rakan-rakan, sahabat-sahabat saya yang senior di sini dulu, dulu kita kata, rakyat menderita, rakyat susah, harga barang naik. Hari ini betul-betul terjadi. Apa boleh buat, dulu keadaan itu tidaklah sebegitu teruk, tapi hari ini, seolah-olah apa seruan rakan-rakan daripada Kerajaan yang hari ini, dulu pembangkang, telah terjadi pada hari ini. Ini berlaku, ini realiti dan inilah ya, masalah yang kita hadapi bersama.
Kemudian, seterusnya ialah dari segi Klinik 1Malaysia. Kalau sebagaimana yang kita sedia maklum, banyak di negeri-negeri lain telah ditutup. Tapi di Negeri Sembilan ni, kita ada 17 Klinik 1Malaysia, dan saya dimaklumkan tidak ada yang akan ditutup kerana ramai di kalangan masyarakat negera kita menggunakan perkhidmatan Klinik 1Malaysia ini. Jadi yang ditutup tu mungkin ada masalah lain. Jadi sekirnya di Negeri Sembilan ini, dalam usaha kita nak memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat kita, tolonglah pertahankan di Negeri Sembilan ni jaga, sebab Klinik 1Malaysia ni banyak membantu masyarakat ya, di luar bandar. Dan ia akan dapat merapatkan lagi ya, hubungan kita sesama masyarakat berbilang kaum dalam negara ini kerana lokasinya memang dipilih di tempat yang ada berbagai kaum. Itu salah satu pra syarat perletakan di mana kita nak letakkan Klinik 1Malaysia ni dulu, iaitu di kawasan yang ada berbagai kaum untuk memantapkan lagi perpaduan dan juga integrasi nasional di negara kita ini.
Jadi, kita amat bertuah, walaupun Negeri Sembilan ni kecil, ada 7 daerah ya, semua ada hospital kerajaan. Kita ada 2 hospital pakar, Seremban – Hospital Tuanku Jaafar dan Hospital Tunku Ampuan Najihah di Kuala Pilah ya. Kalau Negeri Sembilan ni dibandingkan dengan Negeri Pahang, hanya sebesar Daerah Temerloh, satu Daerah Temerloh dan sedikit Daerah Bera sahaja. Dia satu hospital pun tak ada. Haa kita, perkhidmatan kesihatan kita amat baik dan ditambah dengan Klinik 1Malaysia ini. Jadi kira ada usaha-usaha nak menutup, kita pertahankan. Ini baik untuk rakyat ya, perkhidmatan kita memang baik lagi, bayaran hanya 1.00 ringgit sahaja dan percuma baki kakitangan kerajaan dan juga mereka yang telah bersara.
Seterusnya saya ingin masuk terus kepada pembangunan di kawasan Serting. Sebelum itu, saya harap KOSPEN (Komuniti Sihat Perkasa Negara) dan juga program COMBI ya, program COMBI ini sangat baik, harap-harap dapat diteruskan ya, semulalah ya, ia dapat membantu. Seterusnya kawasan Serting, pembangunan di kawasan Serting dan
juga Jempol. Saya berharap kerangka perancangan yang dibuat sebelum ini, sebelum itu membina lebuh raya Seremban – Serting ataupun Bandar Seri Jempol akan dapat menjadi kenyataaan. Ianya akan dibuat oleh pihak swasta. Cuma harapan saya, sebab ini baik ya, untuk mengatasi kesesakan hujung minggu di laluan Kuala Pilah – Seremban. Dan dibagi penambahan alternatif pilihan nanti kepada rakyat, walaupun mungkin melibatkan perbelanjaan yang besar, saya harap lebuh raya ini ya, akan dapat kita realisasikanlah ya, suatu hari nanti. Dan hari ini, saya berharap pihak Kerajaan PH Negeri Sembilan akan dapat menyambung ya, menyokong usaha yang berterusan ini supaya dapat membuka laluan ya, Negeri Sembilan ke kawasan Timur.
Dulu berlaku peristiwa banjir, 2015, dan juga tanah runtuh di highway Karak, terputus hubungan antara negeri Pantai Timur dan juga pantai barat, tidak ada laluan, hanya laluan ini sahajalah yang ada ya. Ini merupakan laluan utama ya, menghubungkan pantai Timur sekiranya berlaku seperti banjir 2015 di Kuantan dan juga tanah runtuh di Lebuhraya Karak, hanya inilah laluan utama yang ada. Jadi dengan adanya lebuh raya baru ini nanti akan dapat membuka ya, Daerah Jempol dalam segi pembangunan dan juga ekonomi bagi daerah tersebut.
Kemudian pembangunan Feldajaya, haa ini pun bawah FELDA. Cuma sukacita saya memaklumkan kepada Kerajaan Negeri supaya tanah, kawasan Feldajaya yang berkeluasan 1,000 ekar ini telah pun dimajukan 200 ekar, seperti yang ada sekarang. Dan sebelum ini sudah ada sebuah syarikat ya, sebuah syarikat, FELDA sendiri telah lantik untuk memajukan 200 ekar pembangunan baru di Feldajaya yang lokasinya di Bandar Seri Jempol ini, dapat diteruskan dengan pembangunan bercampur ya, ada projek rumah dan juga kedai perniagaan dan sebagainya.
Begitu juga, perkara yang ketiga, RTC Jempol, yang sayang dimaklumkan sekarang kepada PKD ya, Pusat Komuniti Daerah, yang mana dulu telah diluluskan. Kemudian komitmen yang dibagi oleh Kerajaan Negeri ia bergantung kepada keupayaan kewangan Kerajaan Negeri. Jadi oleh kerana ianya merupakan satu usaha yang terbaik, untuk memberi perkhidmatan hen, hentian setempat kepada masyarakat kita, saya yakin, ya, Kerajaan PH dapat ya, melaksanakan RTC ataupun PKD di Daerah Jempol ini yang jumlah penduduknya boleh tahan juga, 150,000 ya. Itu sebab Majlis Daerah Jempol pun sudah naik taraf sekarang ni menjadi Majlis Perbandaran Jempol.
Dan seterusnya ialah dari segi banjir kilat. Haa ini satulah saya mintak, Kerajaan Negeri, dulu telah berbagai usaha dibuat oleh pihak JPS, JKR,
iaitu banjir kilat yang berlaku di Kampung Serting Ulu, iaitu di laluan FT009, Batu 34 Kampung Serting Ulu, yang mana pelbagai usaha telah kita buatlah, pihak JKR, JPS, sebab kawasan air daripada jeram tu sampai ke sungai tu dia tiba tak terus, dia terus membelok ke sebelah kanan. Bila berlaku hujan lebat, luar biasa, kawasan itu akan tenggelam sama sekali. Jadi sebelum pilihan raya, kita juga telah mohon kepada pihak kerajaan supaya membuat pengambilan tanah ya, untuk kita luruskan kawasan sungai ni. Tak boleh kita corner-corner-kan sungai ini. Walaupun JPS, JKR telah buat, tapi akhirnya baru-baru ni pun masih lagi timbul banjir kilat dan melibatkan tenggelamnya Tadika KEMAS dan juga klinik kesihatan desa di kawasan itu turut tenggelamlah, dan juga beberapa rumah. Jadi, anggaran pengambilan tanah itu lebih kurang 500 meter sahajalah. Haa itulah beberapa pembangunan daripada kawasan DUN Serting.
Dan akhir sekali, dari segi situasi di negara kita pada hari ini. Alhamdulillah ya, selama 61 tahun ya, kita berjaya, Malaysia ni daripada sebuah negara pertanian akhirnya kita maju, kita cemerlang di bawah Kerajaan Barisan Nasional. Yelah, macam-macam program yang kita buat memajukan dalam bidang pendidikan, perindustrian sebagainya. Tetapi asas utama, asas yang paling penting yang memboleh membawa kepada kita, negara kita aman, negara kita berjaya, negara kita cemerlang, rakyat kita hebat, sudah sampai ke angkasa lepas, dengan sistem pengangkutan kita yang ada pada hari ini ialah satu sahaja, iaitu perpaduan rakyat berbilang kaum. Ini yang nak perlu kita jaga. Ini paling penting lebih-lebih lagi kita di Malaysia ni mempunyai rakyat majmuk ya, berlainan agama, bahasa tapi di bawah konsep kita yang ada selama ini, di bawah perlembagaan, sistem Kontrak Sosial yang kita ada, kita berjaya. Kita berjaya membangunkan negara kita, rakyat kita hebat, kita hidup sebagai satu keluarga.
Tetapi sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan, meresahkan. Jadi sudah tentu kita rakyat mempunyai rasa cinta kasih sayang, kita ada Rukun Negara sebagai panduan hidup rakyat negara kita. Kita ada isu-isu sensitif, itu sebab Kerajaan telah melakarkan Rukun Negara sebagai panduan hidup rakyat berbagai kaum di negara kita. Dan juga isu-isu sensitif supaya seperti yang kita rasa sedih pada hari ini, akibat daripada emosi yang berlebihan, seorang anggota Bomba akhirnya menemui keadaan, apa jadi kalau anggota bomba ni keluarga kita sendiri. Sebelum kita melihat orang lain, kita bawak benda tu kepada diri kita, apa macam kalau kena pada keluarga kita. Haa, jadi saya berharap bukan sahaja Kerajaan Pusat ya, dan juga Kerajaan Negeri, cepat tangani sekiranya ada isu-isu yang sensitif. Matlamat utama Kerajaan, walaupun mengambil Kerajaan ni proses biasa dalam demokrasi berpolitik ya, Kerajaan bertukar ganti, tetapi matlamat
utama sebuah Kerajaan itu ialah menjaga keselamatan negara, menjaga keselamatan rakyat ya, isu-isu yang ada jangan diperbesarkan, jangan disentuh isu-isu yang melibatkan kaum-kaum yang ada. Kita hormat menghormati. Tidak bermakna bila sebuah Kerajaan baru yang diberi mandat …..
Yang Berhormat Serting, tinggal satu minit.
Okay. Pun memang sudah nak landing. Memang sudah masuk, masuk zonlah, kalau di Airport Sepang sudah masuk PD ni, ya. Kita dah dibagi mandat, kita jaga. Kita bimbanglah dengan situasai yang ada sekarang, hormatilah Perlembagaan Negara kita, hormatilah Kontrak Sosial yang ada. Kita tak boleh sekaligus, kita boleh membuat reformasi, kita boleh membuat pembaharuan-pembaharuan tetapi kita tidak boleh menukar dasar tu sekaligus, serentak, yang mana boleh menimbulkan perkara-perkara yang sensitif kepada pihak-pihak lain.
Saya yakin dan percaya sekiranya semua di kalangan kita, pemimpin-pemimpin utama di negara kita mempunyai rasa kebertanggungjawaban, rasa sayang, rasa setia ya, kepada bangsa kita di Malaysia ini, saya yakin ya, kita negara kita akan terus mencapai kejayaan yang lebih gemilang, lebih cemerlang lagi di masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Serting. Daripada pembangkang lagi, boleh sambung. Gemencheh? Tak nak? Gemencheh tak nak ucap? Tak nak ucap, saya potong nama. Rahang? Okay, Rahang.
Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada Rahang mengambil bahagian perbahasan pada persidangan belanjawan kali ini. Timbalan Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa perkhidmatan bas shuttle di Hospital Tuanku Jaafar adalah bertujuan untuk membawa orang awam atau pesakit-pesakit kewasan hospital. Tambahan juga, pesakit daripada Klinik Kesihatan Jalan Rasah. Saya telah menerima beberapa aduan dari orang awam bahawa mereka terpaksa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menjalani pemeriksaan atau ujian darah. Ini adalah kerana pemeriksaan atau ujian tersebut tidak didapati di dalam Klinik
Kesihatan dan ada juga kebanyakan in, kebanyakan di mana peralatan pemeriksaan sudah rosak.
Masalah yang timbul adalah mereka yang menerima rawatan di Klinik Kesihatan ataupun dari Hospital Tuanku Jaafar terdiri daripada golongan yang per, yang berpendapatan rendah dan ada juga warga tua yang kini sedang menerima bantuan kebajikan. Disebabkan bas shuttle yang kekurangan, mereka terpaksa untuk mengambil perkhidmatan teksi dan ini menjadi satu beban kepada mereka.
Timbalan Yang Dipertua, sebagai warganegara, kita hanya perlu membayar 2.00 Ringgit Malaysia sebagai yuran pendaftaran perubatan dan secara percuma kepada warga emas. Tetapi mereka dipaksa untuk membayar 5.00 Ringgit Malaysia untuk bayar teksi semata-mata untuk membuat ujian darah di mana ujian tersebut juga adalah secara percuma. Aduan bas shuttle bukan sahaja datang dari orang awam, tetapi, tetapi juga kakitangan perubatan daripada Klinik Kesihatan. Pihak hospital seharusnya mengambil perhatian yang serius dan juga tindakan yang segera untuk mengatasi masalah ini.
Timbalan Yang Dipertua, pembentangan bajet 2019 pada hari semalam amat menggalakkan dan juga penuh berharapan dan berjiwa rakyat. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru pihak hospital atau jabatan yang berkaitan supaya mengambil berat mengenai aduan kesesakan dan ketidakkeselesaan di ruang menunggu bahagian kecemasan di mana lokasi ini tidak mempunyai kerusi yang mncukupi dan selalu dalam keadaan yang panas. Ini mendatangkan rasa tidak selesa kepada pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.
Saya juga ingin meminta satu bilik nursing room, dengan izin, supaya memudahkan ibu dapat menyusukan bayi mereka di tempat yang berkeadaan selesa.
Timbalan Yang Dipertua, begitu juga dengan peruntukan kepada sekolah, haruslah dipandang serius untuk tahun 2019. Pihak sekolah seharusnya menerima peruntukan berdasarkan kemasukan atau jumlah pelajar di setiap sekolah. Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Bukit Mewah yang terletak di kawasan Rahang telah bertambah di sesi pagi dan sesi petang di mana Tingkatan 1 ada 3 kelas pada sesi pagi dan 8 kelas untuk sesi petang. Tingkatan 2 ada 3 kelas pada sesi pagi dan 9 kelas pada sesi petang. Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 masing-masing mempunyai 11 kelas. Dan akhir sekali, 13 kelas untuk Tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah 59 kelas dan jumlah, dan jumlah besar sebanyak 2,202 pelajar di mana setiap kelas mempunyai hampir 40
pelajar. Sekolah ini sedang meminta peruntukan untuk melakukan kerja-kerja penye, penyelenggaraan atau membaik pulih kerosakan bumbung dan juga saluran longkang. Mereka juga sedang berhasrat untuk menambah kerusi dan meja untuk pelajaran, pelajar tetapi tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi. Kelas dan tandas juga yang tidak mencukupi juga me, merupakan satu masalah besar kepada mereka kerana pelajar-pelajar yang melampau banyak.
Timbalan Yang Dipertua, sekolah ini mendapatkan keputusan cemerlang dari segi akademi mahupun kokurikulum. Mereka juga sering mengambil bahagian dalam pertandaingan antarabangsa. Para pelajar seharusnya mendapat satu tempat yang selesa di mana mereka menghabiskan masa separuh hari di sekolah. Pihak yang berkenaan mestilah memandang berat kerana pelajar adalah masa depan negara.
Timbalan Yang Dipertua, isu yang saya sebutkan pada hari ini adalah Kampung Baru Rasah di mana ada lori dan treler panjang sering lalu di kawasan kampung. Ini juga mendatangkan ancaman dan bahaya kepada para penduduk khasnya pada waktu pagi di mana terdapat pasar pagi di sebelah jalan dan orang ramai yang mengunjung ke gerai-gerai. Tindakan yang tegas haruslah diambil ke atas pihak pemilik atau pihak penguas, pung, pengusa, pengusaha ini supaya kenderaan berat tidak harus menggunakan jalan di kawasan kampung.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Sikamat; Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Kerajaan Negeri kerana ber, berprihatin dengan kehendak rakyat dengan membekalkan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar-pelajar dari golongan yang berpendapatan rendah.
Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pihak kerajaan, Kerajaan Negeri Sembilan supaya memandang berat kepada golongan warga emas dan juga ibu tunggal di mana mereka juga amat memerlukan perkhidmatan bas awam secara percuma. Saya mencadangkan supaya mereka diberikan satu pas untuk menaiki bas secara percuma khususnya kepada mereka yang merupakan penerima bantuan daripada JKM dan juga warga emas yang terpaksa mengambil teksi ke hospital.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Baru ambil masa 10 minit saja. Kurang sihat? Okay, saya beri laluan kepada Yang Berhormat Bagan Pinang.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya tidak mengambil masa yang lama jugak. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, terima kasih sekali lagi kepada Timbalan Yang Dipertua kerana mengizinkan saya membahas usul perbelanjaan, belanjawan bagi tahun 2019 dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah membentangkannya semalam.
Yang pertama, saya mempunyai beberapa isu setempat yang amat memerlukan perhatian segera dan diharapkan ianya dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri iaitu di kawasan cerun di kawasan saya, di DUN Bagan Pinang iaitu di Taman Desa Rusa Port Dickson yang telah runtuh dan aduan telah dibuat kepada pihak MPPD. Daripada maklum balas pihak MPPD, cerun tersebut telah runtuh adalah kerana terdapat aliran air di kawasan itu. Dan ianya paling membahaya ketika musim seperti sekarang. Jawapan bertulis, yang saya terima bahawa pihak MPPD telah memohon peruntukan daripada pihak KPKT tetapi ianya tidak diluluskan dan dipohon semula pada tahun 2019. Itu yang saya dapat makluman ya, yang bertulis. Kajian ini, kejadian ini telah berlaku hampir setahun. Dan ini adalah satu perkara yang penting yang ini boleh melibatkan nyawa jika ianya berlaku dan saya harap pihak Kerajaan Negeri dapat menyegerakan untuk pembinaan cerun ini dilaksanakan secepat mungkin.
Perkara yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPS atau tindakan efektifnya di mana di Kampung Si Rusa kebelakangan ini, kita telah pun nampak tidak ada berlaku banjir oleh kerana tindakan segera daripada JPS, yang mana berlakunya banjir adalah disebabkan sungai mengecil ya, dan air pasang surut. Dan tindakan ini amat memberikan penduduk di kawasan Kampung Si Rusa, Bagan Pinang dan jugak di kawasan Kampung Sawah, Teluk Kemang telah pun dapat menikmati bahawa waktu hujan mereka tidak perlu risau. Dan apa yang penting di sini ialah pihak JPS terus melaksanakan tanggungjawab untuk mencegah. Maknanya pihak JPS kena proaktif mempastikan penyelenggaraan sungai terus dijalankan, bukan tunggu waktu masa hujan.
Dato’ Yang Dipertua, perkara yang ketiga, saya ingin memohon ya, Kerajaan Negeri melalui pihak MPPD supaya dapat melihat dan membaik pulih kerosakan di kawasan Pantai Cahaya Negeri yang mana kawasan tersebut adalah tempat tumpuan pelancong yang datang ke Port Dickson. Untuk makluman ya, Yang Dipertua, terdapat beberapa kerosakan iaitu ada apa ni, kerosakan untuk kita pergi ke Pulau Cahaya tu, kita terpaksa menyusur jambatan, dan jambatan tu perlu ada baik pulih ya. Dan jugak terdapat jugak pencahayaan ya, lampu yang
sepatutnya ada tetapi mungkin berlaku kerosakan oleh kata, oleh kerana keadaan, kedudukan lokasi di pantai dan jugak kemungkinan oleh kerana vandalisme, kita harap pihak MPPD sentiasa membuat peman, pemantauan melalui pegawai-pegawai penguatkuasaan mereka.
Dan yang akhir sekali ya, saya nak ringkaskan sebab saya tahu tadi Yang Dipertua sebut, kita sam, boleh sampai menjangkau tengah malam, dan saya tahu rakan-rakan saya ada lagi yang ya, mengambil bahagian. Dan saya ingat saya nak meringkaskan. Dan yang, yang akhir ni, saya nak sebut hutan lipur ya, yang menjadi salah satu daripada tarikan pelancong yang berkunjung Negeri Sembilan. Kawasan ini perlu juga dibangunkan kemudahan awamnya yang efektif kerana risiko keselamatan dan kebersihan di kawasan pelancongan seperti ini adalah tinggi. Misalnya, kita sedia maklum mengenai risiko kepada air ketika musim hujan dan infrastruktur sistem amaran awal kepala air ini perlu diselenggara dengan baik agar risiko kemalangan sungai, kemalangan sungai hutan lipur ni dapat dibendung. Kemudahan tong sampah dan kadar kutipan di kawasan ini juga perlu ya, dipantau dan dijalankan secara efektif agar tiada risiko kencing tikus yang mana ini adalah satu perkara yang amat menakutkan ya, pengunjung di dalam kawasan hutan lipur dan jugak di kawasan jeram. So, saya harap ya, pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan supaya Port Dickson sentiasa dikunjungi oleh pelancong dan pengunjung kerana kita tahu Negeri Sembilan adalah sebuah kawasan tumpuan kepada mereka-mereka di Lembah Kelang.
Dan itu saja saya nak sampaikan Timbalan Yang Dipertua, seperti yang disebutkan tadi, kita kalau boleh kita nak cepat, jangan sampai lewat sebab kita tidak mahu dia akan terus sampai ke waktu malam seperti mana sahabat saya tadi YB daripada Chembong, kita sebenarnya kalau boleh jangan sampai melewati masa. So, itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Bagan Pinang. Apa pasal, waktu malam takut ke? Saya beri laluan kepada pembangkang, kerana pembangkang masih belum bahas lebih kurang 11 orang. Hanya sebelah Kerajaan Negeri tinggal 3 orang. So, saya mintak Kerajaan Negeri bagi laluan kepada pembangkang. So, Johol teruskan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, coming soon ya. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk sama-sama pada petang ini untuk
membahaskan Enakmen Perbekalan Tahun 2019 dalam anggaran belanjawan yang telah dike, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semalam. Walaupun kami tiada di dalam Dewan, tapi untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, keprihatinan kami membaca dan mentelaah, melihat jumlah-jumlah yang menyatakan dalam anggaran belanjawan ini sedikit sebanyak pada hari ini kita rasanya berkemampuan untuk sama-sama membahaskan Enakmen Perbekalan tahun 2019 ini.
Untuk makluman Tuan Yang di, Timbalan Yang Dipertua kan, saya tertarik jugak apa yang telah disampaikan oleh, celahan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi yang mengatakan bahawa ini sedikit sebanyak adalah peninggalan, peninggalan daripada kerajaan yang lama dulu, kan. Jadi, kalau kita bercakap soal peninggalan, kalau orang, orang kampung kata waghihlah kan, warisan ataupun duit, orang kata tu, duit peninggalan, duit apa, apa dipanggil, duit yang ditinggalkan oleh, oleh orang lama, mak bapak kita ke dan sebagainya. Sebenarnya dengan peninggalan inilah Kerajaan Negeri Sembilan pada hari ini dapat membentangkan satu bajet iaitu sebanyak 430.0 juta iaitu satu bajet berimbang yang dipanggil, bagi memastikan kita di Negeri Sembilan ini akan terus dapat menjalankan pembangunan dan jugak apa jugak kegiatan-kegiatan ekonomi untuk membantu rakyat di Negeri Sembilan khususnya.
Jadi, saya rasa tidak adil kalau kita dikatakan satu kerajaan yang lama dulu, kerajaan yang rakus, kerajaan, kalau orang rakus kita tak tinggalkan apa-apa kan, kita akan habihkan, just buatlah kan. Jadi sebagai, sebagaimana dikatakan oleh Seremban Jaya tadi, kerajaan yang baru 7 bulan 9 hari kan, mentadbir negeri ini, tetapi boleh mengeluarkan bajet sebanyak 430.0 juta. Saya percaya kalau kita nak mulakan perniagaan dengan masa 7 bulan, kalau orang nak berniaga kelapa, nak beli raga kelapa pun tak mampu, nak beli mesin kelapa pun tak boleh lagi. Tetapi pada hari ini kita, apa yang kita lihat ialah kerajaan yang ada sekarang ini mewarisi satu peniggalan, peninggalan kewangan yang cukup baik, yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang lepas.
Jadi, Timbalan Yang Dipertua, Dato’, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya, hari ini saya nak menambah sedikit apa yang dikatakan oleh sahabat saya daripada YB Serting tadi berkaitan dengan pendidikan, yang telah beliau telah huraikan dengan panjang lebar. Kita sedia maklum bahawa Negeri Sembilan ini, dari segi keputusan, seperti mana yang dimaklumkan oleh YB Serting tadi, kita pada tahun 2017, kita menduduki tempat yang kedua peperiksaan SPM iaitu dengan gred purata kita 4.71 di belakang Wilayah Persekutuan
Putrajaya iaitu 3.74. Dan kita diikuti rapat oleh Pahang 4.77. Jadi, kita sedia maklum kalau kita nak bandingkan dengan peperiksaan lain kerana sekarang ini telah dibuatkan konsep pentaksiran, maka tidak ada perbandingan lagi di antara negeri-negeri, dan hanya peperiksaan SPM akan dijadikan satu benchmark untuk menentukan bahawa kualiti pendidikan, apa jugak yang berkaitan dengan pendidikan di negeri itu, berada di tahap yang mana.
Jadi, saya melihat kepada bajet yang telah dikemukakan. Jadi saya lihat ada sedikit sahaja mungkin bagi saya tidak ada bajet yang khusus sebenarnya untuk pendidikan yang boleh meningkatkan mutu pendidikan itu sendiri. Jadi apa yang saya lihat ialah bajet iaitu bas sekolah, ada peruntukan bas sekolah sebanyak 0.9 juta, dan jugak bajet untuk belanjawan untuk tahfiz, SJKT dan jugak SJKC sebanyak 3.0 juta. Jadi saya mencadangkan di sini bahawa dalam keadaan ekonomi kita yang tidaklah begitu bagi saya, boleh kita katakan tidak menentu dalam keadaan sekarang ini kan, saya melihat di Negeri Sembilan ini kita ada satu institusi iaitu Yayasan Negeri Sembilan kan, yang mana agak sinonim dengan pelajar-pelajar di Negeri Sembilan ini. Di Yayasan Negeri Sembilan inilah saya lihat banyak pelajar-pelajar IPTA, IPTS akan memohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran dan sebagainya.
Saya suka mencadangkan di sini, Timbalan Yang Dipertua, sebab kita melihat senario sekarang ini, kita melihat di peringkat nasional, isu PTPTN amat kuat diperkatakan oleh pelajar-pelajar. Malah ramai pelajar-pelajar yang mengatakan mereka menyesal mengundi Pakatan Harapan kerana janji PTPTN itu sendiri tidak boleh ditepati kan. Dulu, bayarannya pun agak flip flop. Kata bawah 2,000.00 bayar 10% dan sebagainya. Gaji sampai 4,000.00 baru nak apa ni, baru mula bayar pinjaman. Tetapi sehingga kini saya lihat, tidak ada satu jawapan dan jugak berita baik sebenarnya untuk pelajar-pelajar ni untuk meneruskan pelajaran dengan pembiayaan PTPTN ini.
Jadi, dengan ini saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, supaya kita memperkasakan Yayasan Negeri Sembilan ini. Apa yang saya lihat dalam Laporan Ketua Audit Negara berkaitan dengan Yayasan Negeri Sembilan ini kan, sebenarnya kalau kita nak lihat dari segi amaunnya kan, dari segi jumlah pelajarnya kita di Negeri Sembilan ini, dengan kualiti pelajarnya saya rasa rizab modal yang ada seperti lebih kurang 30.0 juta kan, dengan Kumpulan Wang Yayasan dan sebagainya, saya rasa ini perlu kita ambil berat, ambil perhatian supaya anak-anak negeri kita dapat meneruskan dan dapat memba, memohon bila mereka keluar daripada sekolah, mendapat keputusan cemerlang. Tetapi mereka tidak ada sumber untuk mendapatkan mana-mana
pembiayaan. Jadi, saya amat berharap kan, kepada EXCO pendidikan, lihat-lihatlah perkara ini kan, kerana sebelum ini Yang Berhormat Rantau memang cukup prihatin dengan masalah dan jugak, apa jugak keperluan pelajar-pelajar, sehinggakan beliau sanggup pergi ke universiti-universiti, berjumpa dengan anak-anak pelajar-pelajar anak Negeri Sembilan tetapi apa yang saya lihat sekarang ini, selama 7 bulan, ada keputusan UPSR dan sebagainya, saya lihat tidak ada langsung kan, tidak ada satu, kata orang tu, good news-lah kepada, dengan izin, kepada mereka bahawa Kerajaan Negeri itu menghargai sebagai anak negeri, menghargai apa jugak yang mereka telah capai daripada segi keputusannya.
Jadi, Timbalan Yang Dipertua, saya jugak mencadangkan di sini ya, peruntukan yang telah diberikan kepada tahfiz ya, tahfiz ya, SJKC, SJKT sebanyak 3.0 juta kan, jadi saya mencadangkan kepada EXCO pendidikan jugak kan, bahawa pecahan ini harus diberikan secara telus. Dan jugak saya mencadangkan bahawa tahfiz-tahfiz yang ada di Negeri Sembilan ini dipertingkatkan dengan, dengan pembelajaran akademiknya kan. Saya, di kawasan saya ada tahfiz, saya pernah berjumpa dengan mereka, saya rasa mungkin disebabkan kekurangan dari segi kemudahan infrastrukturnya, dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kan, kerana telah memperuntukkan sebanyak 3.0 juta kepada tahfiz, SJKT, SJKC. Saya tidak tahulah pecahannya bagaimana. Saya amat berharap perkara ini diberikan perhatian supaya mereka yang lepasan tahfiz di Negeri Sembilan akan dapat jugak menikmati pembelajaran akademik dan jugak mencapai keputuan cemerlang dalam peperiksaan.
Jadi, Timbalan Yang Dipertua, saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan kawasan saya iaitu di Johol kan. Jadi, sudah beberapa kali, ini kali kedua kita, kali ketiga kita bersidang dan saya telah mengemukakan soalan-soalan, secara lisan, secara bertulis kan, tapi sebenarnya saya kurang berpuas hati dari segi jawapan yang telah diberikan kan. Jadi bila bercakap pasal luar bandar kan, sahabat saya Yang Berhormat Labu dulu, pernah berkata bahawa kita ada lebihan peruntukan, kita ada duit lagi kan, tetapi apabila saya, saya sahaja membuat soalan itu secara lisan, kerana saya bila soalan secara, sorry, maaf, secara bertulis, kerana dengan bertulis itu saya mendapat jawapan yang bertulis. Apa yang saya lihat jawapan yang telah dikemukakan dalam jawapan bertulis seperti, saya memohon iaitu kemudahan awam iaitu tempat rehat, surau, tempat menunggu bas kan, di tapak-tapak malam dan pasar sehari di kawasan saya di Johol. Untuk makluman ya, kita lihat tapak itu, jawapannya ialah kita tidak ada mencukup, bukan milik MDKP dan jugak kelulusan tanah yang tidak mencukupi. Saya rasa ini bukan jawapan yang tepat kan. Dan saya
melihat bila bajet yang dibentangkan yang berkaitan dengan infrastruktur pada tahun ini ialah sebanyak 23.01 juta iaitu 19.68%. Tetapi kita bandingkan pada tahun lepas iaitu 25.1 juta iaitu bersamaan dengan 21.68% di mana ada sedikit kekurangan dari segi infrastruktur.
Jadi saya amat berharap ya, jawapan-jawapan yang dijawab ini sebenarnya ini seolah-olah macam jawapan yang tidak ada langsung kajian kan. Tidak ada langsung, kalau kita nak buat projek itu pun, kita ada site visit-nya kan, dengan izin, jadi kita melihat suasana kan. Saya amat berharap EXCO yang terlibat kan, jabatan-jabatan terlibat datang, datang melihat sendiri, bukan hanya datang untuk mengutip bayaran perkhidmatan yang dikemuka, yang diberi untuk pasar-pasar malam, tetapi kita lihat perkhidmatan yang kita boleh bagi kepada orang awam. Kalau contohnya di Pekan Air Mawang sebenarnya, saya lihat bila ramai yang datang tetapi nak cari satu tandas pun tidak ada. Jadi benda-benda ini ialah keperluan asas kan. Jadi saya amat berharap dalam bajet yang telah dibentangkan ini dapat dimasukkan kemudahan-kemudahan awam yang telah saya, yang telah dipohon jugak yang dirancang terlebih dahulu di kawasan-kawasan sebegini.
Jadi dalam soalan saya jugak, tuan yang, Timbalan Yang Dipertua, ini jugak berkaitan dengan kemudahan infrastruktur kerana saya mengaitkan kemudahan yang saya pohon ini dengan peruntukan yang telah dinyatakan dalam bajet tahun 2019 ini ya. Memang keperluan dewan-dewan terbuka sebenarnya dalam keadaan sekarang ini amat memerlukan sekali kerana kita lihat banyak aktiviti-aktiviti masyarakat kan, kalau dulu kita boleh menggunakan balai raya kan, court balai raya pun kita boleh pakai, kita zaman-zaman kita kecik dulu boleh lagi pakai court balai raya tu buat program, tetapi dengan kapasiti penduduk yang memang ramai sekarang ini ya, dan banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan, saya mencadangkan di dalam bajet infrastruktur ini dimasukkan tambahan pembinaan-pembinaan dewan terbuka, kerana banyak aktiviti-aktiviti komuniti, tidak kiralah kan, sama ada pihak kami, pihak kerajaan kan, boleh menggunakan kemudahan ini khusus untuk masyarakat di kawasan yang berkaitan.
Jadi saya jugak Tuan Yang di, Timbalan Yang Dipertua, saya berkaitan dengan peruntukan pelancongan, iaitu untuk pembangunan, penyelenggaraan kawasan pelancongan iaitu peruntukan sebanyak 8.399 juta telah dikhaskan untuk pelancongan. Satu perkara yang saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia kita pada petang ni ialah berkaitan ada satu tempat pelancongan yang dianggap tempat pelancongan yang popular jugak di kawasan saya di Johol iaitu Gua Batu Maloi. Gua Batu Maloi ini akhir-akhir ini saya melihat banyak didatangi oleh bukan sahaja agensi-agensi tetapi banyak institusi-
institusi pengajian yang datang untuk melihat suasana semula jadi, melalui gua dan sebagainya. Dan saya amat berharap dalam peruntukan pembangunan penyelenggaraan kawasan pelancongan ini dapat kawasan ini diberikan perhatian kerana yang saya lihat masalahnya di kawasan ini ialah kawasan ini sekarang ini ditadbir oleh Jabatan Perhutanan. Jadi bila Jabatan Perhutanan, segala aktiviti kita hanya memo, kita perlu memohon daripada Jabatan Perhutanan. Tetapi dari segi pelancongannya, imejnya, masyarakat beranggapan bahawa kawasan ini adalah kawasan pelancongan.
Jadi, saya melihat ada 2 jabatan yang terlibat, dan saya tak, tak pasti jabatan mana seharusnya yang boleh meningkatkan apa dipanggil, kemudahan dan jugak apa-apa yang perlu kawasan ini. Sebab saya lihat dalam bajet belanjawan 2019 untuk jabatan hutan hanya lebih kurang 585,000.00 sahaja untuk pembangunan yang melibatkan jabatan hutan kan. Kalau, saya tak pasti kan. Jadi, tak termasuk emolumen lain kan, yang melibatkan perkhidmatan dan sebagainya.
Jadi, saya amat berharap ya, benda ini dapat kita, pihak yang berkaitan kan, pihak Kerajaan Pakatan Harapan memberikan perhatian khusus kepada perkara ini. Dan jugak saya mencadangkan jugak, kerana dengan kegiatan ekonomi yang tidak banyak di kawasan saya, kawasan ini sebenarnya jugak kata orang tu, dia boleh menjadikan satu kegiatan ekonomi kepada penduduk setempat.
Tapi bila kawasan ni dah popular sebenarnya, untuk makluman Timbalan Yang Dipertua, yang menjadi guide kan, pemandu arah di kawasan ini sebenarnya, saya mendapat aduan bahawa pihak jabatan hutan memberi guide apa ni, pemandu arah itu secara siapa pun boleh menjadi pemandu arah kan. Hanya berdaftar dengan pihak pelancongan. Tetapi ini menimbulkan sedikit orang kata tu, keresahan, bukan keresahanlah, menimbulkan, menutup sedikit peluang kepada anak-anak kampung sebenarnya yang mahir di kawasan itu. Dan saya amat berharap kepada jabatan hutan, Jabatan Perhutanan dan jugak Jabatan Pelancongan supaya kawasan-kawasan sebegini, berilah keutamaan kepada anak-anak jati di kawasan itu untuk sama-sama menjalankan, menjadi guide dan jugak membantu apa jugak peluang-peluang yang ada di kawasan ini.
Jadi Timbalan Yang Dipertua kan, saya tidaklah nak mengambil masa yang panjang kan. Jadi berkaitan dengan masalah banjir, masalah pencahayaan kan, dan sebagainya. Jadi saya tertarik dengan jawab yang dike, yang dijawab oleh EXCO yang berkaitan, berkaitan dengan seperti mana yang ditanyakan oleh sahabat saya, soalan berkaitan apakah bantuan sebelum, selepas banjir dan sebagainya. Jawapan itu
hanya lebih tertumpu kepada bantuan kewangan dan sebagainya. Saya tidak ada mendengar pun jawatan, jawapan dari pihak kerajaan, apakah tindakan selanjutnya seperti kalau pembaikan, pembesaran longkang, pembesaran pembetung dan sebagainya. Dan saya amat berharap pihak-pihak yang berkaitan, berkenaan mengenal pasti kawasan yang terdedah dengan masalah banjir ini supaya kajian-kajian dan jugak tindakan segera, dah tau dah kawasan itu punca dia ialah pembentung, jadi …..
Johol.
….. ad hoc ya.
Johol, 1 minit lagi.
Okay, ni pun mahu landing jugak lah ya. Dapat diberikan perhatian yang serius kan. Jadi saya jugak berharap projek pencahayaan ya, yang telah dicadangkan oleh dalam ba, belanjawan ini supaya kawasan yang saya pohon dulu, dapat dipertimbangkan dan kerana ini, adalah kesinambungan sebenarnya, kesinambungan nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan terdahulu. Dan saya amat berharap kerajaan kini dapat meneruskan apa jugak perancangan-perancangan yang telah dipohon di kawasan-kawasan ini.
Jadi itu sajalah Tuan Yang Dipertua, jadi saya, sikit saja, nak tanya satu ya. Berkaitan dengan UTC ini kan, UTC ini kan, saya dimaklumkan dan terbaca bahawa masa itu telah dipendekkan. Adakah kerajaan, UTC di Negeri Sembilan ini akan kata orang itu, mengikut apa yang telah dimaklumkan kerana kalau kita nak mensejahterakan rakyat kita seharusnya memberikan peluang masa yang lebih untuk rakyat menikmati kemudahan UTC yang disediakan ni. Itu saja Timbalan Yang Dipertua, saya sudahi dengan, itu saja yang nak saya sampaikan pada petang ni. terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya silakan Gemencheh. Tak nak? Kita kasi habiskan pembangkang dulu. Pembangkang lagi banyak, lagi 10. Pertang? Tak nak? Okaylah, Jeram Padang.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberikan izin untuk saya berucap atas usul belanjawan tahun 2019 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam. Saya ucapkan terima kasihlah kerana ini adalah belanjawan pertama dan tawaran-tawaran yang diberikan itu adalah agak menarik tetapi seperti mana Yang Berhormat ADUN Rantau maklumkan tadi, pengumuman itu memang mudah tetapi pengagihan itu pastikanlah ia tidak menjejaskan ataupun tidak memberikan masalah kepada rakyat. Kerana apabila tawaran diberikan itu, semua hendak, tak ada seorang pun yang akan kata mereka tak nak, jadi semua nak, kan. Jadi, kita, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan akan dapat melakukan pengagihan itu dengan sebaik mungkin.
Seterusnya saya ada banyak perkara. Jadi saya akan pergi terus ke point, ke point. Yang pertama, di kawasan felda ini ada masalah. Masalah pembayaran bil bagi lampu-lampu yang dipasang sepanjang jalan. Baru-baru ini usaha saya sebelum PRU itu telah berjaya sehingga melaksanakan pemasangan lampu di Rokan Barat, felda. Dan mereka ini tanya pada saya, siapa yang akan bayar bil. Jadi, saya saya berharap Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu ini, kalau bukan Kerajaan Negeri, maka saya mintaklah ahli EXCO yang berkenaan supaya bincang dengan pihak Kerajaan Persekutuan agar ia tidak dibebankan pada para peneroka.
Yang kedua, tempat ibadat. Di DUN saya ini, YB Bahau ada di sini, di kas, di Taman Kasih Putra, Lorong 12, ada sembahyang, tokong Cina, yang dikendalikan di rumah. Jadi, tempoh hari saya telah dijemput oleh penduduk di situ semasa sembahyang itu, dan mereka tak begitu senang dengan keadaan tersebut. Dan mereka tidak mahu tempat ibadat itu, rumah itu dijadikan sebagai tempat ibadat kerana masalah gangguan kereta diletakkan di hadapan rumah. Tempat-tempat di hadapan rumah yang dijadikan sebagai tempat ibadat itu, ada seorang yang sarat mengandung. Jadi kalau apa-apa yang berlaku, mereka tanya kepada saya bagaimana dia boleh bawak isterinya ke hospital. Jadi, saya mintaklah, pihak Kerajaan Tempatan, YB Bahau, agar pergi melihat sendiri tempat tersebut. Dan nasihatkan mereka supaya memindahkan tempat ibadat daripada kawasan rumah tu ke kawasan kedai, di depan tu ada banyak kedai yang kosong, boleh mereka pindah kalau terpaksa mereka nak teruskan sembahyang tersebut.
Dan yang ketiga ini, saya juga sentiasa berhadapan dengan masalah bila ada kerja-kerja di atas jalan raya. Kami tak tahu siapa yang bertanggungjawab, sama ada SAINS ataupun JKR, ataupun JPS, ataupun Majlis. Jadi, kalau adalah kerja-kerja di atas jalan raya, sama ada nak
pasang culvert, nak pasang paip ke, ataupun nak tarik kabel ke, biarlah sebelum kerja tu dilakukan pihak-pihak yang bertanggungjawab itu duduk bersama dan membuat keputusan bersama. Kerana baru-baru ni Rompin, di Rompin, Pekan Rompin itu ada masalah. Bila dah korek, tidak ditutup dan kawasan yang dikorek itu mendap lagi lebih kurang 6 – 7 inci, maka ia telah memberikan masalah kepada pengguna jalan raya tersebut. Okay, jadi saya mintaklah kerjasama daripada semua pihak yang melaksanakan kerja di atas jalan raya tu, buatlah kerja itu selepas perbincangan bersama. Jadi, biarlah, kita janganlah nanti katakan itu kontrak SAINS-lah, itu kontrak JKR-lah, ini kontrak Majlis-lah. Jadi, dapatlah kita selesaikan kalau kerja tu dapat dibuat selepas keputusan bersama dilakukan.
Tentang pengangkutan bas awam. Ini saya dah timbulkan masalah ini dalam per, apa ni, persidangan lepas dan sehingga sekarang ini, walaupun saya dah hantar surat pada 29 haribulan September 2018 kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, dan juga kepada Menteri Pengangkutan, tetapi sehingga ke hari ini saya tak terima response. Dan penduduk di situ macam di felda Pasir Besar, Palong 1, Palong 2, memang hendakkan pengangkutan ini, awam itu, yang sudah diberhentikan itu, dimulakan semula. Saya dengan terus berbincang pada persidangan lepas bersama dengan apa ni, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, beliau maklumkan bahawa beliau akan ambil tindakan tetapi sehingga sekarang ini tak ada response.
Saya mintaklah Kerajaan Negeri kalau kami tulis surat, sekurang-kurangnya balaslah bahawa surat itu telah diterima dan sedang dipertimbangkan. Dan ini dah …..
Dulu kami pun langsung tak terima surat pun.
….. daripada 5 sampai ke bulan 10, 11, 12, memang kami tak terima apa-apa response.
Dan seterusnya bantuan kecemasan ini, bantuan kecemasan ini adalah sesuatu yang terlalu penting. Kalau berlaku kebakaran ataupun banjir, berilah bantuan itu dengan secepat mungkin. Jangan kita tunggu secara apa ni, protokol, nak kan itu dan ini, kerana mereka kadang-kadang kalau kebakaran berlaku sampai mereka tak ada apa-apa untuk hari yang berikut. Saya dah timbulkan perkara ini dalam persidangan lepas, surat berkenaan ini, telah dihantar pada 27.8.2018, tetapi ketiga-tiga keluarga dalam DUN saya ni, sehingga ke saat ni tak terima apa-apa bantuan tunai. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan, ada tetapi
daripada Kerajaan Negeri sebagai bantuan tunai yang pernah, biasanya kami berikan itu tak ada langsung.
Walaupun semalam, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata bahawa sedang menunggu beberapa dokumen itu, sebenarnya apabila saya hantar surat itu, memang dokumennya lengkap kerana saya ada pengalaman. Lengkap dengan laporan polis, lengkap dengan IC, lengkap dengan akaun, semua ada. Jadi saya tak pasti mengapa bantuan itu tidak diturunkan kepada 3 keluarga yang mengalami ataupun yang menjadi mangsa kebakaran.
Seterusnya bantuan sara hidup. Seperti mana yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Palong, saya ingin tambah lagi. Kawasan felda, mereka tak terima sara hidup selama 2 bulan. Felcra pula macam di Rompin, di kawasan DUN saya ini, ada felcra, mereka tak terima lebih kurang lebih 5 bulan dah. Saya dah hantar surat kepada pihak FELDA, meminta mereka segerakan bantuan sara hidup. Saya, surat saya bertarikh 22 haribulan 11, 2018, tetapi sehingga ke hari ini saya tak terima apa-apa response daripada pihak FELCRA. Jadi bantuan sara hidup ini adalah penting, sudah dibiasakan. Janganlah kita tahan-tahan, ataupun janganlah kita tangguh-tangguhkan. Carilah apa masa, kalau boleh berikan mereka advance dulu lebih kurang 2 minggu sebelumnya, berikan sedikit. Kemudian 2 minggu yang kemudian itu bolehlah berikan sedikit. Ataupun sekurang-kurangnya berilah separuh. Jangan sampai tiada langsung. Itu yang saya mintak.
Kemudian jambatan yang saya pohon, jambatan di Kampung Asli Batu Peti. Ini adalah jambatan yang merentasi di antara Kampung Asli Batu Peti dengan Kampung Asli Panchor yang pernah saya sebut dalam persidangan ini, bahawa memang kelulusan itu sudah da, diperolehi, tetapi masalahnya peruntukan pada ketika itu tak cukup untuk membina jalan yang menghubungkan jambatan. Jambatan itu, jambatan bukanlah nak besar-besar nak bawa lori atau kereta, jambatan untuk laluan motosikal sahaja yang boleh menghubungkan kedua-dua kampung ini. Jadi, ia telah ditangguh atas sebab tak ada jalan hubungan. Dalam jawapan yang bertulis yang saya terima, baru-baru ini, dalam persidangan ini, dinyatakan bahawa peruntukan menaik taraf jambatan di Kampung Orang Asli Batu Peti ke Kampung Orang Asli Panchor telah diluluskan pada tahun 2017, memang betul. Walau bagaimanapun, projek ini tidak dapat diteruskan kerana peruntukan tidak mencukupi. Jadi, saya mohon agar peruntukan untuk membina jalan itu, saya anggapkan tak begitu banyak, kerana jalan yang kampung itu terlalu dekat dengan sungai tersebut. Jadi, hubungan itu, jaraknya terlalu pendek. Saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan
bincanglah dengan KKLW ke, ataupun JAKOA ke, untuk membina jalan, jambatan tersebut.
Dan satu lagi perkara, ini juga saya nak nyatakan bahawa jambatan itu bukan untuk, permohonan itu bukan untuk dinaik taraf sebab sana tak jambatan. Soalan saya dah jelas bahawa itu bukanlah untuk menaik taraf. Jambatan yang sedia ada itu adalah yang dibuat oleh penduduk di situ. Tak selamat. Semasa dia boleh crossing, mungkin dia akan terjatuh, lemas nanti. Jadi itulah sebabnya peruntukan itu diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara, bukan oleh Jabatan Perdana Menteri ataupun yang lain kerana keselamatan itu memang penting. Jadi saya berharap kerajaan dapat memberikan tumpuan pada perkara tersebut.
Seterusnya adalah pancaran tele, ataupun liputan telekomunikasi di kampung Asli. Jawapan yang saya terima pula menyatakan bahawa mereka dah bina menara telekomunikasi di Kampung Orang Asli Panchor. Dan dia akan adjust-kan dia punya frekuensi supaya pancaran itu ataupun liputan itu dapat diperolehi di Kampung Sungai Klebang yang terletak sebelahnya. Jadi Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya nak nyatakan bahawa Kampung Panchor dengan Kampung Klebang itu jauhnya lebih kurang 4 kilometer. Frekuensi kalau adjust pun saya anggapkan tak sampai, tak sampai. Jadi, saya berharap agar permohonan saya tempoh hari itu dipertimbangkan semula untuk pembinaan menara ataupun sekurang-kurangnya alat mudah edar, mudah alih, sorry, mudah alih se, untuk membolehkan penduduk kampung Orang Asli di Kampung Klebang dapat menerima liputan tersebut.
Seterusnya jawapan bertulis bagi jalan-jalan felda ini juga saya kurang puas hati kerana dalam jawapan yang saya terima, buat masa ini, dikatakan bahawa, buat masa ini tiada sebarang kemudahan infrastruktur baru di DUN Jeram Padang selain daripada disebutkan di dalam para 9.1, 9.1 pula menyatakan bahawa kemudahan-kemudahan di seluruh Negeri Sembilan akan dipertimbangkan mengikut keperluan. Jadi, tetapi dalam persidangan lepas pula, dinyatakan bahawa penurapan jalan di felda 1 dan felda 2 ini, Palong, Palong, Palong 1 dan Palong 2 ini, akan dimasukkan dalam projek tahun 2019. Jadi, tiba-tiba sekarang kata bahawa tiada kemudahan itu akan disediakan. Jadi, saya ingin, saya ingin dapatkan satu kepastian. Satu kenyataan yang muktamad tentang penjelasan ini, saya perlukan kerana saya dah maklumkan bahawa, kepada penduduk di Palong 1 dengan Palong 2, bahawa pada tahun 2019 projek menaik taraf jalan itu akan dibuat. Itu berdasarkan kepada jawapan yang saya terima dalam persidangan lepas. Jadi tiba-tiba hari ini dia ber, bertukar, jadi saya agak kecewa
dengan keadaan tersebut. Jadi, kemungkinan besar ada kesilapan, jadi saya harap kesilapan itu dapat dibetulkan.
Seterusnya jalan yang mendap di laluan ke Felcra Rompin itu telah mendap, telah lama, tetapi bila saya terima jawapan daripada, bertulis, dikatakan bahawa jalan ke Kampung Felcra Rompin B yang mendap tersebut telah dibaiki, dan kerja-kerja pembaikan telah siap pada 30 Oktober 2018 yang lalu. Semalam setelah saya baca, saya terus ke felcra, memang jalan itu belum disentuh lagi. Jadi bagaimana saya terima jawapan ini, saya tak pasti. Mungkin ada kesilapan, saya tak pasti, saya tidak mahu salahkan sesiapa. Saya berharap perkara ini dibetulkan. Semalam saya pergi terus, kerana saya sendiri terperanjat membaca jawapan ini kerana saya tahu apa yang berlaku di situ. Jadi, saya pasti 100% bahawa jawapan yang diberikan itu adalah salah kerana semalam, selepas persidangan ditangguh, saya pergi sana, petang semalam. Jadi saya berharap jawab, apa ni, pihak yang memberikan jawapan ini, pihak saudara kita daripada pihak kerajaan itu dapatlah meneliti perkara ini. Jadi saya berharap esok, semasa penggulungan saya dapat jawapan yang tepat. Baik.
Seterusnya, satu lagi perkara. Ini soalan, ada 2 soalan yang saya tanya. Satu berkenaan dengan pendaftaran dokumen-dokumen pengenalan. Dan saya ingin tanya, berapa orang yang daftar, berapa orang yang baru mula kali pertama daftar, dan bilangan yang datang untuk mendaftar. Program itu telah dilaksanakan oleh ahli EXCO kita, dan pelaksanaan itu dilakukan dalam bangunan SUK sendiri, di Dewan Serbaguna, dan dianjurkan oleh Yang Berhormat Nilai. Terima kasihlah kerana mengambil tin, tindakan tersebut. Dan juga kepada YB Bahau juga telah melaksanakan program tersebut di Bahau. Jadi, saya nak tanya, tetapi soalan itu ditolak.
Kemudian satu lagi, soalan yang ditolak adalah berkenaan dengan soalan, peruntukan yang diterima oleh kesemua 61 sekolah Tamil di Negeri Sembilan, dan apakah projek-projek menaik taraf yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut. Dua-dua soalan itu ditolak. Saya tahu, kemungkinan besar soalan itu ditolak atas dasar ia adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan. Tetapi jangan lupa, EXCO pelajaran Negeri Sembilan telah memberikan 2 jawapan, satu tentang pendaftaran Tahun 1 di sekolah-sekolah Negeri Sembilan, di Rahang, kalau tak salah, dalam DUN. Satu lagi adalah tentang kemudahan yang disediakan, kemudahan abad ke-21 di sekolah-sekolahnya. Jadi kalau itu ditolak, sepatutnya soalan ini pun kita tolak, tak perlu kita jawab.
Jadi saya berharap pada masa akan datang, dalam federated state ini, kita tak boleh 100% asingkan perkara-perkara yang berkenaan dengan persekutuan dan perkara-perkara yang berkenaan dengan state. Kalau begitu, kita perlu tolak beberapa portfolio seperti pelajaran kita tolak, kena tolak. Sumber manusia kita kena tolak. KPDNKK kita kena tolak. Banyak. Jadi apa salahnya dibiarkan, diberikan jawapan kemudian kalau isu ini perlu diketengahkan kepada pihak persekutuan, kita tengahkan melalui kerajaan. Jadi tak ada masalah. Kita tak perlu lari daripada kenyataan tersebut. Kerana bagi diri saya, pengenalan kalau dikatakan 300,000 orang yang tiada pengenalan, dokumen pengenalan itu adalah penting bagi diri saya. Jadi, sebagai wakil rakyat, saya berharaplah pada masa akan datang, kita jangan tolak. Pengarah pelajaran ada di sini, pengarah sumber manusia ada di sini. Jadi kita cuba jawab soalan yang ahli EXCO itu menjadi atau memegang portfolio tersebut.
Jadi, apa yang saya tanya ini adalah, apakah kerja-kerja menaik taraf yang telah dilaksanakan di kesemua 61 sekolah Tamil di Negeri Sembilan. Kalau kita dapat dokumen itu, keterangan tersebut, ADUN-ADUN pihak kerajaan itu sendiri boleh menggunakan bukti tersebut dalam ucapan-ucapan mereka. Jadi, itu adalah, saya berharap, saya tanya soalan berdasarkan kepada program pendaftaran dokumen itu dija, dilakukan oleh ahli EXCO kita, dan dilaksanakan dalam bangunan SUK. Jadi tak salah kalau saya tanya soalan. Saya anggapkan penolakan soalan sedemikian itu tak begitu baik. Kalau begitu, biarlah Ahli Parlimen saja yang membuat program tersebut tak perlu ADUN yang terlibat. Okay.
Seterusnya saya juga ingin …..
Jeram Padang.
….. menarik perhatian.
Jeram Padang, boleh celah sikit.
Tak boleh, sebentar.
Tak boleh?
Biar saya habiskan.
Sebab tu, tolak tolak pun mahu kasi tahu, dulu pun ada tolak.
Seterusnya …..
Bukan baru tu kita tolak. You punya soalan 3, 2 baru tolak. Tapi dulu saya sekolah Tamil saya tanya, semua tolak. Haa, ingat haa, thank you.
Baik, tak apalah, tak jawab tak apa. Sekarang ini ada, kita ada media sosial, kita boleh naik, menaik, memuat naik. Okay, cuma …..
Memang Whatsapp you pandai apa.
Seterusnya, okay, ini adalah daripada Facebook YB Repah. Dulu Pakatan kata, Kerajaan Barisan Nasional sentiasa melibatkan diri dalam pentadbiran dan pengurusan agensi-agensi kerajaan. Pada 13 haribulan 12, saya telah terbaca daripada Facebook YB Repah …..
Yang Berhormat Jeram Padang, tinggal lagi satu minit.
Okay. Dia menyampaikan comment kepada Viramanirajas, mengatakan bahawa don’t worry amma, we just reshuffle the Headmasters in Negeri Sembilan, next the errand teachers will have the same fate. Kemudian bagi comment diri saya pulak, YB Repah menyatakan bahawa piously was appointed via political method, althought that person has no proper qualitification, I’m going to do reshuffle on this issue. Perkataan “I’m going to do reshuffle on this issue”. Jadi, saya agak keliru sama ada unit kenaikan pangkat dan tatatertib itu berfungsi di JPNS ataupun merentasi dan berfungsi di tingkat 1, SUK. Saya tak pasti. Saya berharaplah, Dewan ini, MMK dan seterusnya pihak yang dilantik sebagai wakil rakyat ni, kita buat dasar, kita jangan
campur tangan dalam hal pelaksanaan kerja. Itu kita ada pengurusan agensinya, biarlah mereka ini membuat. Nampaknya “I’m going to do the reshuffle” bermaksud JPNS macam seolah-olah tak ada kuasa. Jadi, saya berharaplah perkara sebegini tidak akan berulang pada masa akan datang.
Dan kemudian saya ingin nak nyatakan satu perkara lagi kepada Yang Berhormat Labu, yang pernah melawat ke Kampung Jeram Padang. Terima kasih kerana datang ke kampung saya, kampung, di DUN saya. Dan di situ, memanglah bekalan elektrik dah selesai. Sebelum PRU yang ke-14 sudah dilaksanakan, sedang berjalan. Kemungkinan besar pada hujung tahun ini mereka akan dapat bekalan. Tetapi saya mintaklah Kampung Jeram Padang juga perlukan bekalan air bersih. Jadi saya berharap Yang Berhormat Labu, kami dah buat keputus, apa ni, dah saya tulis surat beberapa kali, saya dah jumpa pihak berkenaan, saya dah bincang dengan JAKOA. Saya dah bawak dalam Mesyuarat Tindakan Negeri. Saya dah bawak perkara ni dalam Mesyuarat Tindakan Daerah. Kebenaran daripada pihak IOI telah diperolehi. Jadi kerja-kerja base, asasnya telah dilaksanakan. Saya berharap keluarga-keluarga, penduduk Asli di Kampung Jeram Padang itu dapat menikmati kedua-dua kemudahan. Elektrik dah settle. Memang kami dah selesaikan. Yang perlukan adalah bekalan air. Jadi saya berharap Yang Berhormat Labu dapat mempertimbangkan tentang perkara ini .
Dan akhir sekali, saya telah menunggu 1 – 2 pengumuman, daripada janji Pakatan Harapan sebelum PRU 14 kepada masyarakat India. Antaranya adalah untuk menubuhkan Hindu Endowments Board di peringkat Negeri Sembilan tetapi tak disebut. Dan saya anggapkan kemungkinan besar ada 1 – 2 pengumuman tentang pemberian tanah kepada masyarakat India ala FELDA dan FELCRA, tetapi tidak disebut.
Dan saya berharap, saya juga telah mempunyai harapan bahawa dasar intervensi akan diamalkan untuk pengambilan 10%, tak berjalan. Jadi saya berharaplah pada masa-masa akan datang, perkara ini diberi pertumpuan kerana jam, jam, apa ni, janji itu diberikan oleh Kerajaan Pakatan.
Dan akhir sekali, pada persidangan lepas, Yang Berhormat Repah juga telah nyatakan bahawa satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk peneroka-peneroka Gatco dan keputusannya akan disampaikan dalam mesyuarat ataupun persidangan pada kali ini. Jadi saya berharap itu memang ada dalam rekod, hansard, saya berharap sama ada keputusan itu dah buat atau tidak, saya tak pasti, apa sahaja pun, tolonglah sampaikan. Dan saya minta, apa saja keputusan nanti, agihan tanah di Kampung Gatco biarlah adil kepada semua individu yang ada di situ.
Jangan ada kumpulan yang telah pergi ke mahkamah, dan jangan ada satu lagi kumpulan yang telah menerima tawaran kerajaan terdahulu.
Yang Berhormat Jeram Padang, masa dah cukup.
Jadi saya berharap, agihan itu dibuatkan, tawaran itu dibuatkan secara adil dan saksama supaya setiap individu yang tinggal di situ dapat menikmati keputusan yang terbaik yang dibuat oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Ada daripada pembangkang lagi? Sungai Lui?
Bismillahhirrahmanirrahim. Dato’, Timbalan Yang Dipertua Dewan, alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua kerana bagi peluang kepada saya, DUN Sungai Lui di dalam mengambil bahagian untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan ataupun belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat pada semalam. Tahniah diucapkan terlebih dahulu, belanjawan yang telah dibentangkan untuk, demi untuk mensejah, meneruskan kesejahteraan kepada rakyat iaitu yang berjumlah sebanyak 430.0 juta.
Timbalan Yang Dipertua, DUN Sungai Lui ni dari segi demografinya, kita terdiri daripada kawasan-kawasan felda, kawasan felcra, ada 2 perkampungan Orang Asli, dan ada jugak perkampungan baru ya. Dan hari ini kedudukan masyarakatnya berada dalam keluh kesah seperti yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan yang mewakili, wakil rakyat felda khususnya ataupun wakil rakyat kawasan kampung khususnya. Hari ini rata-rata bangun pagi, duduk di kedai-kedai kopi dan sebagainya, orang mem, men, menceritakan tentang bagaimana keadaan hari ini untuk mereka meneruskan kehidupan mereka ya. Bayangkanlah seperti yang telah disampaikan oleh rakan-rakan saya tadi, ada yang 2 bulan tak dapat bayaran sara hidup. Ada yang 5 bulan tak dapat bayaran sara hidup. Bagaimanakah mereka untuk mereka meneruskan kehidupan mereka ditambah lagi dengan keadaan hari ini, dalam keadaan nak bukak sekolah.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, mudah-mudahan Dato’-lah kan. Hari ini kalau ditengok tentang masyarakat kampung atau felda ya, berada
dalam keadaan kegelisahan dan sebagainya disebabkan faktor, faktor ke, penurunan harga, faktor-faktor pengeluaran, pengeluaran hasil yang rendah. Memanglah, ada teori yang mengatakan bahawa hari ini bila keadaan musim tengkujuh, kalau bagi kelapa sawit hasilnya meningkat dan sebagainya. Tetapi perlu kita ingat bahawa bila keadaan musim hujan ni, kos bagi pengeluaran hasil tu semakin meningkat dan akhirnya menjejaskan pendapatan mereka ya.
Oleh itu satu mekanismalah, kalau dulu pun saya buat benda yang sama, satu mekanisma yang boleh kita buat di kawasan felda ataupun, ataupun kampung di mana apakah yang boleh kita bantu mereka ini. Contohnya kita boleh, dari segi bantuan-bantuan tanaman contohnya. Contohnya kampung A, kita buat tananam kelapa sebagai tanaman sampingan dan sebagainya untuk menambah pendapatan peneroka ataupun orang-orang kampung ni untuk mereka menambah lagi pendapatan. Dan akhirnya mereka adalah pendapatan yang lain, sumbernya, untuk mereka meneruskan ataupun menghadapi kedaaan-keadaan seperti ini, bila berlakunya keadaan hasil yang kurang memuaskan ni.
Juga boleh kita buat tentang, kalau di kawasan felda ni, kita mempunyai banyak kawasan-kawasan ragut yang percuma sebenarnya. Walaupun ada jugak masalah ya, bila kawasan ragut percuma, kawasan, kehilangan ternakan dan sebagainya ni kita boleh atasi, kita boleh atasi kes kehilangan dan sebagainya kita jugak boleh menggalakkan proses pawah dan sebagainya untuk masyarakat kita di kawasan felda khususnya.
Dato’ Yang Dipertua, satu lagi, tadi saya dengar rakan saya daripada Jeram Padang ya, ni jugak saya dah timbulkan dulu iaitu keresahan masyarakat di kawasan DUN Sungai Lui iaitu satu skim, Gatco. Hari ini ya, pada persidangan hari ini, saya tadi dapat whatsapp jugak ya, untuk mereka kalau ada pengumuman-pengumuman untuk peneroka-peneroka Gatco ni, yang kita tahu bahawa penyelesaiannya seperti yang telah dipersetujui itu, agar dapat kita laksanakan secepat mungkin. Hari ini pendapatan di situ, itulah dia. Kita di kawasan DUN Sungai Lui ni kita tak ada kilang dan sebagainya. Kebanyakan daripada masyarakat di situ bergantung kepada pertanian untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Kalau masyarakat di Gatco tu, kalau ladang pun dah tak ada, pokok dah tebang, sara hidup pun tak ada, mana lagi sumbernya untuk mereka meneruskan proses kehidupan mereka. Ditambah lagi dengan keadaan usia, kebanyakan peneroka-peneroka di sana adalah peneroka-peneroka yang telah berumur. Dan ditambah lagi dengan keadaan mereka menjaga cucu-cucu di rumah, kerana anak mereka ya, yang menghantar cucu dan sebagainya. Satu
fenomena lagi, iaitu bertambahnya jumlah-jumlah ibu-ibu tunggal di kawasan felda dan sebagainya itu, tapi alhamdulillah-lah, ada bantuan untuk ibu tunggal sebagainya, saya ucapkan terima kasih.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya jugak ya, di kawasan felda khususnya hari ini, kalau kita tengok disebabkan oleh faktor-faktor pengurusan dan sebagainya, berlakunya satu lagi permasalahan iaitu tentang permasalahan koperasi-koperasi di kawasan kampung, kawasan felda dan sebagainya. Banyak koperasi-koperasi yang gagal untuk sehinggakan mereka untuk meneruskan, mengadakan mesyuarat agung dan sebagainya, mereka gagal untuk membuat, waima mesyuarat agung untuk masyarakat di sesuatu tempat. Oleh itu saya berharap ya, saya berharap melalui SKM dan sebagainya, kita boleh bantu, saya mintak dibantu koperasi-koperasi di tanah-tanah rancangan FELDA ataupun FELCRA ni supaya apa, dengan ini jugak boleh jugak menjalan, menambah proses ataupun kegiatan proses ekonomi dan sebagainya melalui koperasi-koperasi di kawasan felda khususnya. Banyak, kita tahu bahawa banyak koperasi-koperasi yang gagal waima untuk mengadakan mesyuarat agung koperasi pada hari ini. Saya harap benda ini akan boleh kita selesaikan. Dan masyarakat ataupun rakyat perlu tahu bahawa kemajuan tentang koperasi mereka sebagainya, kalau tak ada mesyuarat agung dijalankan, tidak, tiada pemantauan dibuat, maka koperasi-koperasi ini akan menjadi masalah juga ya, kepada masyarakat setempat.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua ya, satu lagi, hari ini disebabkan oleh faktor pendapatan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka, hari ini berlaku satu fenomena, hari ini saya di, di Whatsapp ataupun dimesej oleh penduduk-penduduk Sungai Sampoo, kawasan Orang Asli Sungai Sampoo bahawa berlakunya pemotongan-pemotongan air di kampung-kampung mereka. Oleh ini kita perlu jugak lihat bagaimana untuk kita memberi ataupun bantuan kepada mereka, contohnya melalui JKM dan sebagainya, yang boleh kita salurkan bantuan kepada mereka untuk mereka menghadapi ataupun menikmati kemudahan asas waima air, bekalan air ataupun letrik untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Bayangkan di abad, ataupun di zaman sekarang ini masih ada lagi masyarakat kita yang terpaksa hidup dalam kegelapan. Ada lagi masyarakat kita yang terpaksa ikat perut untuk mereka meneruskan kehidupan mereka ya. Saya harap, kita harap benda-benda ni kita boleh atasi bersama demi untuk kita meneruskan kesejahteraan kepada rakyat kita di kawasan kita masing-masing.
Seterusnya, harga-harga kawalan barangan melalui penguatkuasaan di kedai-kedai ataupun peruncit-peruncit kita ni perlu jugak kita laksanakan sebab apa, kadang-kadang harga yang berbeza ataupun
tidak seragam di mana harga apa, barang di kedai A dan kedai B kadang-kadang tak sama. Haa ni jugak boleh kita laksanakan untuk kita mengekang khususnya tentang kenaikan harga barang, kos sara hidup semakin hari semakin meningkat ya, kerana apa, hari itu kadang-kadang, ini bermain di media-media sosial dan sebagainya ya. Rakyat, harapan rakyat untuk melihat tentang kehidupan yang lebih baik selepas 9 haribulan, pada hari ini keadaan tu semakin, bukannya bertambah baik ya, semakin mereka, kehidupan mereka tersepit disebabkan oleh faktor-faktor yang telah dijelaskan oleh rakan-rakan sebelum ini tadi.
Dan saya tidak mengambil masa yang panjanglah. Saya terus kepada, kepada point kita, iaitu saya tak nampak lagi iaitu peruntukan, ada peruntukan untuk si, persimpangan dan juga selekoh yang merbahaya. Dan saya harap ya, di kawasan DUN Sungai Lui jugak, di Air Hitam tu ada satu simpang 3, simpang 3 dan balak, galak kali permohonan dah laksanakan, dah dibuat supaya traffic light diadakan di, di persimpangan tersebut.
Dan di kawasan, baru-baru ini jugak saya terbaca di dalam Metro ya, bahawa ada pembangunan, pembangunan di kawasan Air Hitam yang akan dilaksanakan pada 2015. Dan saya nak jugak pada akhir persidangan ini dijelaskan pembangunan, kalau dulu ada, memang ada wujud tentang pembangunan Bandar Air Hitam ni, tetapi, baru-baru ni ada keluar dalam Metro bahawa pembangunan Air Hitam akan dilaksanakan. Dan kalau boleh saya nak dapatkan penjelasan bagaimanakah pelaksanaannya, betul ke pelaksanaan Bandar Baru Air Hitam ni akan dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Dan saya ucapkan terima kasih jugak kepada Encik Teo, ADUN mana, ADUN Bahau, yang mengatakan melalui EXCO, bahawa Air Hitam jugak mendapat 50 buah dalam projek perluasan kampung ya. Dan ini telah lama kita perjuangkan. Dan akhir kata, saya harap apa yang kita laksanakan ya, apa yang kita harapkan, di samping dari segi kemajuan di, bidang ekonomi, pendapatan dan sebagainya, faktor yang lebih penting adalah faktor masyarakat, hubungan integrasi antara kaum supaya apabila masyarakat sejahtera, mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain, maka pelbagai, kesemua yang kita laksanakan akan boleh kita laksanakan dengan baik dan berkesan. Untuk itu, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Saya mintak lagi daripada pembangkang. Pertang?
Assalamualaikum WBT, selamat petang. Terima kasih Tuan Yang Di, Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, yang memberikan saya peluang untuk sama-sama membahaskan bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat semalam.
Tuan Yang Dipertua, pertama saya mengucapkan terima kasih kepada Palong yang telah membawa isu felda sebentar tadi kerana di kawasan Pertang juga ya, ada 2 rancangan FELDA yang perlukan pembelaan. Jadi sekali lagi, terima kasih kepada YB Palong. Tadi YB Palong ada nyatakan bahawa dalam bajet yang telah dibentangkan semalam tidak ada langsung ya, dibincangkan tentang felda oleh Yang Amat Berhormat Sikamat.
Tuan Yang Dipertua, ada satu lagi perkara yang tak sebut tentang bajet yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semalam iaitu janji manifesto yang telah gagal dilaksanakan. Dan jika kita tengok dalam bajet langsung tidak ada usaha untuk memenuhi janji-janji manifesto seperti tol, PTPTN, hutang FELDA, malah peneroka-peneroka FELDA telah dihukum dengan kejatuhan harga komoditi yang menyebabkan para peneroka dan penduduk kampung hidup dalam keadaan tertekan. Lebih-lebih lagi sekarang ini tak lama lagi sekolah akan dibuka ya. Kita tengok, kita tahu macam mana kesusahan para peneroka dan penduduk-penduduk kampung ya, akan menghadapi sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lagi lagi, dengan kejatuhan komoditi.
Tuan-tuan yang duduk Seremban mungkin tak perasan, mungkin tak terasa ya, kerana rata-rata di, di, di Seremban tak ada yang jadi peneroka, tak ada yang menoreh getah, tak ada yang tanam sawit. Tapi di kalangan peneroka dan di kampung-kampung yang bergantung dengan kelapa sawit dan kelapa, dan getah, keadaan dengan harga komoditi yang begitu ja, jatuh sekarang ini menyebabkan para peneroka dan penduduk kampung agak tertekan.
Tuan Yang Dipertua, izinkan saya membawa beberapa isu yang berkaitan tentang bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semalam. Dari segi pendidikan ya, semalam, Yang Amat Berhormat Sikamat ada menyatakan bahawa 3.0 juta bajet untuk sekolah tahfiz swasta, SJKC dan SJKT. Dalam bajet tersebut, langsung tidak disebut peruntukan untuk Sekolah Kebangsaaan. Apakah Sekolah Kebangsaan ini dianaktirikan ya? Kalau kita tengok juga dalam bajet Kerajaan Persekutuan ya, ada juga diberikan bajet untuk SJKT dan SJKC, tetapi dalam Kerajaan Negeri, semalam, hanya bajet untuk SJKC dan SJKT dan sekolah tahfiz swasta sebanyak 3.0 juta ringgit. Malanglah
Sekolah Kebangsaan, tak ada langsung bajet daripada Kerajan Negeri untuk Sekolah Kebangsaan kerana untuk pengetahuan Tuan Yang Dipertua, saya sebelum menjadi ahli Yang Berhormat, saya adalah seorang Guru Besar di sekolah ya, tahu keadaan kesusahan Sekolah Kebangsaan ni ya. Kalau tak ada bajet atau peruntukan-peruntukan selain daripada kerajaan, agak sukar untuk kita mentadbir setiap sekolah. Pertama contohnya PIBG ya, sekolah-sekolah itu sendiri, kalau ikut bajet yang telah diberikan, agak terhad. Jadi sukar untuk kita melaksanakan berbagai-bagai aktiviti. Jadi saya pelik kenapa Sekolah Kebangsaan dianaktirikan tanpa sebarang bajet, tetapi sekolah SJKT dan SJKC dan sekolah tahfiz diberi bajet sebanyak 3.0 juta ringgit.
Tuan Yang, Timbalan Yang Dipertua, perkara yang kedua tentang elaun guru-guru KAFA. Untuk pengetahuan Tuan Yang Dipertua, guru-guru KAFA ini, tugas dia tidak jauh seperti guru-guru sekolah per, aliran perdana ya. Dari segi tanggungjawab, dari segi kaedah mengajar, tak jauh. Tetapi apa yang kita lihat, guru-guru KAFA ini diberi bajet sebanyak, apa telah dinaikkan elaun daripada 900.00 kepada 950.00. Apalah salahnya ya, jika guru-guru KAFA ini di, di, di, diberikan apa, kenaikan seperti gaji minimum yang telah diberikan, yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 1,100.00 ringgit ya.
Tuan Yang Dipertua, isu yang seterusnya ya, dalam sidang Dewan yang lepas ya, saya mendapat, saya ada mengajukan soalan tentang sekolah SJKT Ladang Pertang ya. Saya, kerana tak sempat dijawab, saya diberikan jawapan secara bertulis ya, menyatakan bahawa sekolah SJKC Ladang Pertang telah siap 100% dibina ya, telah siap 100% dibina. Tapi realitinya, SJKT Ladang Pertang ni, saya, pengiraan saya lebih kurang 70 atau 80% sahaja yang telah siap, dan tak boleh digunakan lagi. Kalau 100% boleh, apa, dah siap, mungkin sesi akan datang boleh digunakan. Tapi sebenarnya sekolah ni belum siap sepenuhnya ya, saya punya pengiraan saya lebih kurang 70 ke 80% saja siap. Saya mohon ya, kalau mo, saya tak tahulah data ni dapat daripada mana. Dan kalau boleh selepas ini EXCO pendidikan boleh datang, lawat bersama saya ya, dia pun tahu dah kawasan saya mana, pernah tahu dah sampai kawasan saya. Sama-sama kita melihat, sama-sama kita pergi. Saya pun ada ya, saya sebut, semasa lawatan saya ada ni. Siap gambar-gambar dia pun, ada di saya ni ya, di mana, di mana siapnya 100%, saya pelik, ya. Macam mana boleh kata siap 100% ya, SJKT Ladang Pertang.
SJKT Ladang Pertang ni asalnya di Ladang Pertang ya, telah dipindahkan, telah dibuat pemindahan baru di Simpang Pertang ya, kerana di SJKT Ladang Pertang tu, walaupun duduknya di Ladang
Pertang, tapi pelajar dari ladang Pertang tu hanya 2 orang saja, lain tu semua daripada luar. Jadi pembinaan sekolah ni pun saya tak tahulah, nanti saya, kalau yang apa Yang Berhormat EXCO pendidikan boleh datang sama-sama, kita tengok sama-sama ya, saya bukan cerita omong kosong. Saya pun ada gambar, atau sama-sama kita lihat ya, di mana dikatakan SJKT Ladang Pertang ni dah siap 100%. Kalau siap 100% ini, sesi akan datang ni, boleh jugak sebenarnya ya, boleh digunakan terus.
Seterusnya saya ingat, saya nak bercerita tentang MPKK ya. MPKK yang telah dilantik oleh kerajaan sekarang ni. Saya mohon kerajaan sekarang cuba nilai ya, MPKK beberapa buah kampung ya, terutama di kawasan Jelebu ya, beberapa MPKK di kawasan Jelebu khususnya, pertama ada yang tak dilantik lagi ya. Yang kedua ada di antara MPKK ni dia tak duduk di kawasan ya. Saya bagi contoh ya, bukan omong-omong kosong ya, saya bagi contoh, di Kampung Lakai, Pengerusi MPKK duduk di Nilai ya. Di Batu Serambai, Pengerusi MPKK duduk di Kuala Lumpur. Macam mana nak servis di kampung? Ada masalah di kampung, macam mana penduduk kampung nak jumpa ya, nak berjumpa dengan pengerusi MPKK untuk menyelesaikan beberapa masalah.
Dan saya mohon juga kerajaan sekarang tentang, bagilah kursus kepada pengerusi-pengerusi MPKK ni ya. Saya rasa masih terpinga-pinga macam mana nak buat kerja. Saya bagi contoh ya, baru-baru ni ya, banjir di kampung saya ya, pengerusi MPKK ni ternganga-nganga apa benda yang nak dibuat ya, siapa nak dihubungi ya. Dan saya terpaksa, depan pengerusi MPKK saya terpaksa telefon apa, ni, apa ni, kebajikan masyarakat dan beberapa agensi untuk sama-sama membantu. Jadi saya mohon kepada kerajaan sekarang, bagilah kursus atau penerangan kepada pengerusi-pengerusi MPKK ni ya. Mungkin YB Klawang pun boleh, boleh response benda ni, dia tahu ya, beberapa pengerusi MPKK di, di Jelebu ni tinggal di luar ya. Tolong ambil perhatian tentang perkara ini ya.
Saya nak tegur jugak apa ni, YB Klawang ni ya. Beberapa aduan dalam Facebook tolong jawablah, tolong jawab ya. Daripada, aduan tu bukan daripada kami, daripada jawatankuasa MPKK sendiri, dalam Facebook. Baru-baru ni kes rumput tinggi, sampai sekarang saya tengok, daripada Klawang tak jawab pun ya, tolong jawab ya, berapa, dengan rumput tingginya ya, di Facebook tolong jawab ya, okay.
Tuan Dipertua, di Pertang ramai peniaga-peniaga di tepi jalan ya. Dasar kerajaan dulu, kita membenarkan peniaga-peniaga atau orang kampung untuk menambah pendapatan ya, dengan berniaga, ramai peniaga-peniaga di tepi jalan. Tapi oleh kerana kita tengok keadaan
semasa itu ya, peniaga-peniaga ramai kita telah menyediakan beberapa buah gerai terutama di Simpang Pertang. Di Simpang Pertang ada beberapa gerai telah kita buat. Tapi sampai sekarang, gerai dah siap ya, gerai siap, tetapi pengagihan kepada peniaga-peniaga tu tidak dapat dibuat lagi. Saya tak tahulah kenapa ya. Beberapa buah gerai telah dibuat ya. Tolong ambil tindakan seterusnya.
Tuan Dipertua, Kerajaan Barisan Nasional terdahulu telah meluluskan bajet untuk pembinaan Masjid Jamik di Kuala Klawang ya. Masjid Jamik, sebuah Masjid Jamik di Kuala Klawang, Masjid Jamik ni dah lama, kalau ada program-program, jika ada, contohnya hari Jumaat ya, Masjid Jamik ni tidak dapat menampung jumlah apa, jemaah yang begitu ramai. Jadi kerajaan terdahulu telah meluluskan pembinaan sebuah Masjid Jamik di Kuala Klawang. Tapi saya tak tahu kenapa, pembinaan, saya dapat tahu pembinaan Masjid Jamik terpaksa ini terpaksa ditangguhkan. Saya tak tahulah apa sebab. Saya mohon pembinaan Masjid Jamik ini ya, diteruskan pembinaannya kerana begitu perlu oleh penduduk-penduduk terutama kawasan Kuala Klawang untuk meneruskan pembinaan Masjid Jamik ini.
Begitu juga ada 2 projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu, di kawasan Simpang Pertang, semasa kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu. Iaitu yang pertama tentang dewan besar di Simpang Pertang ya, telah, begitu telah dibatalkan. Begitu juga tentang kompleks sukan di Simpang Pertang, telah dibatalkan oleh, saya pun tak tahu kenapa dibatalkan projek yang telah diluluskan oleh kerajaan terdahulu.
Seterusnya yang, Tuan Dipertua ya, dalam keadaan sekarang ni, kita, kerajaan terdahulu telah banyak memberi apa, telah meluluskan penerima-penerima JKM ya, terutama di kawasan saya, di kawasan Pertang. Saya pun pohon jawapan daripada kerajaan sekarang ya, bebe, kenapa, beberapa orang, ramai jugak, tetapi jumlah dia saya tak tahu berapa, telah dibatalkan penerima-penerima JKM tersebut ya. Saya pun tak tahu kenapa. Saya berharap ya, penerima-penerima JKM yang telah kita luluskan memang memerlukan ya, bantuan daripada JKM ini, tetapi beberapa orang telah di, dibatalkan penerima-penerima tersebut, mohon kerajaan tolong tengok balik ya, beberapa, berkaitan dengan penerima-penerima JKM.
Begitu jugak saya mohon jugak ya, kepada Yang Berhormat Bahau ya, yang macam kita dah cerita dulu, dalam persidangan dulu, tentang jambatan Jerang. Baru-baru ni banjir lagi, tapi dari dulu apa, Yang Berhormat Bahau kata nak buat apa, pembinaan tu dengan segera. Tapi sekarang saya pun tak tahu bagaimana status ya, jambatan itu
masih seperti itu ya. Saya mohon kepada Yang Berhormat Bahau dapat sama-sama tengok balik keadaan jambatan tu.
Begitu juga, mohon kepada kerajaan sekarang sama-sama ya, tengok tentang perumahan generasi kedua di Felcra Lakai yang telah dibuat pecah tanah iaitu 97 unit buah rumah untuk generasi kedua di Felcra Lakai. Kita telah buat pecah tanah telah dirasmikan, dan bajet pun kalau saya kira telah lulus ya, tapi pembinaan Felcra Lakai perumahan generasi kedua itu pun telah terhenti begitu saja. Dan mohon sama-sama daripada kerajaan yang ada sekarang sama-sama membantu ya, melihat balik ya, kerana kita tengok di Felcra Lakai tu penduduk generasi kedua cukup ramai. Memerlukan rumah ya, untuk, untuk didiami ya. Takkanlah satu rumah ada dalam satu dua keluarga ya, kerana ramai di antara anak-anak di Felcra Lakai tu duduk di rumah keluarga ya, kerana itu pasal kita mencadangkan, tapak dah ada ya, tapak tu dah dibuat pecah tanah dah ya, di Felcra Lakai.
Itu saja Tuan Timbalan Yang Dipertua, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Daripada pembangkang ada lagi siapa-siapa nak ambil bahagian? Silakan Yang Berhormat Gemas.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya pada petang ini untuk membahaskan belanjawan Negeri Sembilan yang bertemakan Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan berteraskan Maqasib syariah.
Alhamdulillah, kalau diikutkan dari segi pembentangan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat telah menunjukkan bahawa ada langkah-langkah untuk menjadikan Negeri Sembilan negeri yang lebih dinamik, negeri yang lebih memacu kecemerlangan pada masa yang akan datang, hasil daripada kerajaan yang telah ditinggalkan iaitu Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Jadi kita melihatkan bahawa kesinambungan pembangunan yang ada pada masa ini, akan dibawa pada masa yang akan datang, walaupun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu akibat berlakunya pergeleseran krisis ekonomi antara blok-blok Barat dengan Timur, menjadikan satu suasana ekonomi yang tak begitu cantik untuk kita
melangkah pada tahun 2019. Tetapi saya nampak, cara pendekatan yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dengan menggunakan kaedah ataupun bajet belanjawan berimbang ini membuktikan Kerajaan Negeri ada sumber, ada dana, ada peruntukan yang boleh memastikan legasi kesejahteraan rakyat untuk, pada masa akan datang akan dapat diteruskan.
Kita berharapkan, saya pinjam motto BN dulu “bukti, bukan sekadar janji”. Jadi apa yang kita katakan, kita kotakan. Biarlah berperang di luar, bergaduh di negeri orang, negeri kita aman damai. Sebab tulah Maqasid Syariah yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat ini adalah satu entiti yang terbaik untuk kita melaksanakan agenda-agenda pembangunan, agenda-agenda rakyat, modal insan, kebajikan dan sebagainya.
Jadi dilihatkan dalam bajet ini, kita nampak bahawa satu pendekatan yang digunakan dan dimaklumkan, selaku EXCO yang lepas iaitu kebudayaan dan adat istiadat, saya melihatkan pada kali ini memasukkan peruntukan lebih kurang 1.23 juta kepada institusi adat. Alhamdulillah, walaupun ianya untuk menaikkan kadar ya, menaikkan kadar elaun kepada Dato’ Pesaka Adat ataupun pemegang-pemegang adat, alhamdulillah, walaupun zaman kita dulu telah mewacanakan, merancangkan tapi dilaksanakan pada tahun ini. Alhamdulillah, kita bukan nak melihat ataupun nak menunjukkan kita dah buat dan sebagainya, tetapi kebersamaan, kesinambungan daripada apa yang kita rancang dahulu, dapat direalisasikan pada masa sekarang walaupun ianya melakukan beberapa peruntukan yang besar untuk pembangunan pada masa yang akan datang. Jadi itulah yang kita katakan pengorbanan, kerajaan melihat bagaimana pentingnya institusi-institusi yang ada adat ini dapat dimartabatkan dan diperkasakan.
Dan 500,000.00 adalah untuk aktiviti-aktiviti Muzium. Syabas dan tahniah, dan pada masa yang sama juga di bawah portfolio saya, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang mendapat lebih daripada 2.5 juta, yang akan dibangunkan, yang akan dimajukan, di mana lokasinya adalah di Seremban 2. Ini adalah merupakan satu pendekatan untuk kita melihatkan lembah ilmu kita, Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu, nak melihat anak-anak negeri ini, kaya dengan ilmunya. Kita memartabatkan, membuktikan, memperkasakan terus perpustakaan awam yang ada di Negeri Sembilan ini. Sekarang banyak bahan-bahan dah ada, buat penambahbaikan. Pindah di tempat yang lebih baik, dan kita mengaharapkan ia akan dimanfaatkan oleh masyarakat yang berada di Negeri Sembilan ini.
Cuma yang saya tak dapat lihat dalam bajet ini, tentang kebudayaan. Kebudayaan tak ada bajet. Sedangkan saya merasakan bahawa kebudayaan adalah satu entiti untuk merapatkan hubungan antara kaum, kesenian, seni mempunyai satu nilai estetika yang tinggi, estetika yang boleh memupuk perpaduan. Dan kebersamaan inilah membuktikan bahawa kita adalah satu kaum ataupun satu bangsa Malaysia yang sentiasa menghormati dan sentiasa mengamalkan dan mengikuti adat dan resam antara satu kaum dengan kaum yang lain. Jadi saya mengharapkan bahawa peruntukan ataupun bajet dalam kebudayaan ini dapat diteruskan. Waima, sebelum ini telah banyak dalam bidang kebudayaan ini, kita mencipta nama, kita mencipta di peringkat antarabangsa, malah kita juga menjadi johan peringkat kebangsaan dalam teater, dan tak pernah pulak sebelum ni kita tak pernah menang, akhirnya kita menang.
Jadi itulah kita mengharapkan bawah portfolio, EXCO, Tuan Muhammad Nazaruddin, dapat memikirkan apakah bajet-bajet yang boleh dibawak bersama di dalam apa, per, bajet tambahan ke, bajet yang akan dimasukkan juga untuk kebudayaan. Sebab kita seronok, happy happy dalam keadaan kita, melakukan, melaksanakan, menjalankan kerja kita, bila kita lihat satu seni dan budaya ini dipamerkan kepada kita, dan pada khalayak semua kita rasa release, seronok, tak ada fikir apa-apa dan sebagainya. Inilah yang kita katakan bahawa kebudayaan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan bahawa kita akan dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan sejahtera.
Saya juga ucapkan terima kasih keapda Yang Amat Berhormat Sikamat membentangkan satu bajet ataupun satu bantuan khas kepada kakitangan awam, sebulan gaji ataupun 2,000.00 ringgit, ataupun, dan, dan dibayar sebanyak 2 kali. Tak kisahlah 2 kali ke, ataupun satu kali ke, lagi baik, Timbalan Speaker, sebab apa saya menyatakan bahawa dalam keadaan sekarang, mereka adalah insan-insan yang memang memerlukan …..
Bayar satu kali, bayar satu kali cepat habis.
Saya sokong pendapat Timbalan. Bayar satu kali cepat habis, kerajaan bagi lagi satu kali lagi. 2 kali dapat. Seronok. Saya berkatakan demikian sebab apa, ni dah dekat-dekat sangat ni, awal Januari akan dibayar, tak tahu mungkin 2 Januari ke, 3 Januari, tapi saya mengharapkan lagi copek lagi bagus. Mereka nak pergi ke
kedai, nak beli, bayar yuran anak-anak, beli buku, beli baju dan sebagainya. Jadi, sekurang-kurangnya mereka juga dapat memberi ibu bapa yang ada di felda, di kampung sedikit untuk menampung kos sara hidup yang semakin mendesak dan menekan, lebih-lebih lagi dengan harga-harga komoditi yang tidak mengizinkan.
Jadi itulah yang saya katakan bahawa kerajaan memang prihatin, kerajaan memang sentiasa memikirkan permasalahan rakyat. Tetapi dalam masa yang sama kita lihatlah cara bagaimana kita ingin memajukan dan kita nak memastikan bahawa kelangsungan pembangunan negeri dan negara ini akan sampai ke peringkat akar umbi. Dan saya yang pernah saya katakan, saya di tenggara, duduk di tenggara Negeri Sembilan ini akan sentiasa mendapat, bersama rakyatnya akan sentiasa mendapat impak daripada pembangunan dan limpahan ekonomi.
Jadi Tuan Yang Dipertua, saya juga nak ucapkan terima kasihlah, rupa-rupanya dapat juga, dan terutamanya kepada agensi kerajaan iaitu Plan Malaysia Negeri Sembilan yang telah membentangkan draf kawasan Gemas iaitu pembangunan Gemas yang telah kita rancangkan dengan satu kos tinggi untuk kita bangunkan dan kita majukan Gemas. Gemas nun jauh di sana. Kalau Timbalan Speaker datang, saya rasa sesat rasanya, traffic light tak kira banyaknya, tak tahu lagi nak dikira-kiranya, hujung sana. Tetapi yang saya lihat bila datangnya wakil Kerajaan Negeri Sembilan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan datang merasmikan draf pembangunan tempoh hari, cantik. Saya kata, impian akan menjadi kenyataan. Jadi saya mengharapkan apabila dah nampak draf pembangunan kawasan itu, maka cari-carilah bajet, cari-carilah peruntukan yang boleh dibawa di Gemas.
Dan saya respect-lah, beberapa EXCO yang saya jumpa, dia kata, Gomeh jangan ghisau, peruntukan akan datang, peruntukan akan ado, tak potong, tak tolak, ditambah lagi ada. Amin ya rabbal alamin, syukur. Sebab saya nak melihatkan bahawa bandar sempadan. Walaupun tempoh hari Yang Amat Berhormat Sikamat hanya menceritakan Bandar Agropolis ataupun sebagainya yang berkaitan dengan pertanian, tapi saya menceritakan impak yang lagi besar, bandar sempadan. Bila cerita bandar sempadan, termasuklah draf pembangunan kawasan. Mungkin satu hari nanti tidak mustahil Gemas akan menjadi satu daerah penuh. Dan kita memintakkan kalau boleh perancangan yang tepat, Gemas akan menjadi Majlis Daerah Gemas. Tidak mustahil kerana apa, kerana banyak yang kita nak memastikan bahawa pembangunan yang akan didatangkan di kawasan Gemas, yang telah difikirkan dan dirancangkan oleh Kerajaan Negeri dahulu dan
sekarang, dapat diteruskan. Dan rakyat di kawasan Gemas akan menikmati laba ataupun hasil limpahan pembangunan negeri.
Sebab pernah saya katakan bahawa bandar sempadan. Sempadan Johor dah mula membangun, jangan tunggu lama-lama. Nanti habis negeri kita. Datang ke Negeri Sembilan, datang ke Tampin, datang ke Gomeh, tidur dan makan di Segamat. Nampak tak cantik, duit lari ke negeri orang. Jadi, saya yakin dan percaya dengan satu perancangan yang strategik oleh Kerajaan Negeri ini akan menjadikan Gemas satu bandar baru yang akan bangun, yang akan lebih mampan untuk maju pada masa yang akan datang.
Tuan Yang Dipertua, saya juga ucapkanlah terima kasih kepada pihak kerajaan yang mana bondage storage iaitu kawasan takungan air yang dicadangkan sebelum ini oleh kerajaan dahulu, akan terus dibina di Loji Rawatan Air Gemas, yang kalau tak silap sayalah, menelan belanja hampir 20.0 juta. Jadi yang saya nampak sekarang, walaupun ianya di, akan di, apa, diundi semula ke, ataupun akan buat sesuatu proses dan sebagainya ke, saya tak kesah. Tetapi yang saya nak lihatkan bahawa Gemas perlukan satu kawasan tadahan air untuk rakyat Gemas, bukan Gemas sahaja, tapi meliputi kawasan sebahagian besar di kawasan Gemencheh, dan sebahagian besar di Palong, sampai Palong 20 berapa saya tak pasti. Tapi inilah, dan termasuk kem yang terbesar di Asia, Kem Syed Sirajuddin Gemas. Jadi inilah yang kita katakan bahawa bondage storage ini perlu disegerakan melihatkan keperluan semasa kerana kita nak lihat kawasan, apabila berlakunya musim kemarau, kami di kawasan Gemas risau mana nak cari air. Mana nak gunakan sumber-sumber untuk kita nak pastikan keadaan air tidak akan menjadi masalah di kawasan Gemas. Jadi itulah yang saya bertanya kepada Yang Berhormat ni, Sikamat, apakah langkah-langkah dan cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah bekalan pada masa yang akan datang. Itulah yang saya mintak.
Tetapi yang saya mengharapkan jugalah kalau boleh, saya mintak di Dewan yang mulia ini, dan saya ma, mintak sama-sama untuk tidak mengizinkan para individu ataupun pemohon-pemohon pasir, janganlah nak ambil pasir. Difahamkan lebih daripada 50 pemohon-pemohon pasir nak mintak pasir di kawasan Gemas. Saya mengharapkan jangan, kalau boleh jangan diluluskan. Kerana apa? Kerana kawasan tersebut adalah kawasan minuman bagi penduduk di kawasan Gemas, kawasan Palong dan kawasan Gemencheh. Jadi saya merasakan bahawa kalau kita meluluskan permohonan tersebut, maka menjadi masalahlah. Air teh, memang dah pekat, dicampurkan dia punya pekat lagi, macam tulah air yang akan datang di kawasan Gemas. Sebab kita melihatkan bahawa kadar, saya tak pasti, walaupun
mengikut nilaian penggunaan klorin ataupun tawas untuk membersihkan air itu dalam keadaan terkawal, tapi apabila, impaknya bila kita mandi terasa likat pada badannya. Sebab itulah saya mengatakan bahawa kita luluskan permohonan-permohonan pengeluaran pasir di kawasan Gemas memandangkan itulah sumber terakhir bagi rakyat kawasan Gemas, masyarakat kawasan Gemas untuk mendapatkan bekalan air yang bersih, yang orang kata digunakan untuk minuman dan keperluan semasa dan keperluan seharian.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuhlah tentang apa yang dikatakan pada sidang Dewan yang lepas, sidang Dewan yang ke-14 menyatakan bahawa di kawasan Gemas, saya dah nyatakan kawasan banjir, kawasan banjir melibatkan kawasan rekreasi Gemas. Dan difahamkan Yang Amat Berhormat Sikamat menyatakan bahawa akan adakan siha, siasatan dan perbincangan bersama dengan pihak KTMB dan JKR untuk memastikan bagaimana laluan air di dalam kawasan kereta api itu dapat dibincang bersama untuk melebarkan laluan air di kawasan kereta api ini untuk mengelakkan keadaan banjir di kawasan rekreasi Gemas ini. Jadi, saya nak tahulah sejauh mana perkembangan perbincangan tentang, untuk mengelakkan masalah banjir di kawasan Gemas ini.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang rumah generasi baru Felda. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan FELDA ni dimarah, kena marah, wakil rakyat di kawasan pun, saya kata, kalau nak marah jangan marah saya, marah kerajaan sekarang. Saya ni apalah ado, nak dipanggil orang pun, kadang-kadang nak tengok perati-perati juga, nak panggil saya takut takut. Kenapa mereka takut dengan saya? Saya tak pernah makan orang. Saya bukan mencari kesalahan pemimpin yang ada. Saya nak melihat kebersamaan untuk memastikan pembangunan kawasan, tapi takut nak ajak saya, takut nak panggil saya. Tapi tak apa, macam kata Pertang tadi, saya tetap jalan, saya tetap ambil gambar, saya tetap sampaikan kepada agensi-agensi kerajaan. Kerana apa? Saya tak mahu lihat apa yang permasalahan yang berlaku ini akan, tidak akan dapat diselesaikan.
Macam masalah perumahan generasi Felda di Pasir Besar, alhamdulillah dah dapat diagihkan, dapat dibuat penyerahan kunci dan sebagainya. Dan saya ingin mengharapkan bahawa ada satu pendekatan yang digunakan oleh Unit Perumahan, oleh EXCO Perumahan yang bentangkan kepada saya, saya amat bangga dan bersyukur kerana pendekatan-pendekatan yang digunakan ini dapat membanyakkan rumah-rumah di kawasan Gemas. Yang mana kita lihat sekarang ini, pembangunan di kawasan Gemas antara rumah kedai
dengan rumah kediaman jauh, nis, kalau ikut nisbahnya tidak nampak, nisbahnya tidak cantik. Dan apabila dengan adanya perumahan-perumahan tersebut ini, maka dapat di-balance-kan semula antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan modal insan dan kebajikan dengan menyediakan rumah-rumah di kawasan Gemas. Itulah yang saya nak lihatkan. Dan saya yakin dan percaya, EXCO Perumahan dapat membantu pemaju-pemaju di kawasan Gemas untuk membangunkan kawasan Gemas dengan lebih terancang, teratur dan lebih mampan lagi.
Jadi, Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh jugalah tentang bantuan. Tentang bantuan ni kadang-kadang saya tak pastilah, atau orang bawah, peringkat bawahan yang main game ke ataupun nak merosakkan nama baik Kerajaan, saya tak tahu. Tapi yang saya nak bercerita, kongsi di sini, nak mohon dia tengok orang. Saya pun tak pasti tengok orang. Kadang-kadang dia nengok, haa ni orang mana ni. Orang UMNO, orang Bersatu, orang Pakatan Harapan, PKR dan siapa-siapa, PAN dan sebagainya. Sebab tadi kesihan ada orang datang dan mintak mohon, datang pejabat saya, saya kata saya tidak ada peruntukan. Ini nak sekolah ni. FELDA-lah, mintak, dia kata peruntukan tak ado.
Saya tak tahulah, selalunya selepas pilihan raya, kerajaan dulu, lepas je pilihan raya, peruntukan dah ada. Tapi kerajaan baru ni, saya tak tahulah, tak kan tak ado.
YB Ahli Yang Berhormat (Kerajaan): Sudah habislah.
Tak, walaupun pakai habis tu kerana kita memang bagi kepada rakyat. Tapi macam mana cara kerajaan dengan maqasib syariah ni tadi, tak dapat mencari dana untuk menampung sehingga pada bulan 12, nak tunggu bajet pada 2019. Itu saya yang fikirkan kenapa jadi macam ni. Dan yang saya lihat pulak bantuan ni pilih-pilih, orang saya berapa kali dah kena tolak dah. Dia cerita, punya dahsyat, runtuhlah bangunan Menara Berkembar KLCC itu, dia cerita dengan orang. Ni saya ceritalah. Orang cerita kat saya, saya ceritakan sidang Dewan yang mulia. Kalau dia tipu saya, saya, tipu sidang Dewan yang mulialah, sebabnya ini cakap orang. Dia kata, ada satu sekolah mohon 150,00.00, kita nak bagi 150,000.00, tapi dia tak nak. Kita, dia nak 30,000.00, kita bagi 30,000.00, logik ke macam tu, seorang pemimpin bawah, kerajaan, cerita macam tu. Ada ke bodohlah, saya kata, saya mintak maaf saya guna perkataan ni, orang nak bagi 150,000.00 tak nak ambil 30,000.00, logik ke tidak. Tentu tak lojik. Tetapi dia punya
mintaknya macam-macam. Bila dah dihantar ke peringkat Pejabat Menteri Besar, ditolak, apa perasaan? Alasannya apa? Alasannya, jawatankuasa PIBG di sekolah tersebut terdiri daripada orang-orang UMNO. Macam mana? Macam mana? Jadi kalau kita nak main politik, kitalah orang politik. Jangan mempolitikkan rakyat. Jangan mempolitikkan sekolah. Jangan mempolitikkan institusi-institusi yang ada. Itu saya mengharaplah.
Yang Berhormat Gemas, tinggal satu minit.
Tak apa, satu minit, sama dengan satu jam saya cakap. Jadi saya nak meluahkan di sini, janganlah ada ni, kemudian nak di jadi apa, haa ini saya cerita lagi ni, dah jadi, dah ambil borang belum? Datang pejabat, dah ambil borang ke belum? Subhanallah. Kita ni, pemimpin yang diamanahkan, apabila pihak PH menjadi kerajaan, jadilah kerajaan elok-elok. Jangan nak mengugut. Berapa ramai orang yang mendapat JKM, yang boleh dikatakan tak tahu apa-apa, wah nak kena tukar. Mintak Baitulmal, nak kena tukar. Ini ke cara yang baik? Kita fikirlah, kita sebagai manusia. Yang datang ni semua bukan orang kaya-kaya, walaupun miskin bandar pun ada, miskin kampung lagi teruk dengan hujan dan sebagainya. Nak mintak sumbangan, bukan banyak mana. Pun nak beli susu. Kasut 44.00 ringgit, susu lagi mahal untuk anak-anak. Lampin, bukan boleh cuci, lampin pakai buang, untuk orang, kanak-kanak, untuk orang tua pun sama juga.
Cuba kita fikirlah, kat mana kesedaran kita, kat mana rasa kebertanggungjawapan kita, kita buang politik buat sementara waktu, ini untuk rakyat, untuk membangunkan negeri, untuk mensejahterakan rakyat. Jangan kita nak menyalahkan orang. Walaupun 2 – 3 rakan-rakan kita dalam ni macam-macam cakap, saya tak kesah, tapi kita utamakan rakyat. Kerana rakyatlah kita duduk di sini, di kerusi ni, kerana rakyat, bukan kerana kita suka-suka tau. Amanah. Bagi kita yang Islam, terus terang cakap, kita akan ditanyakan lagi, apakah tugas kita, apakah tanggungjawab kita, seperti saya katakan, semalam kita buat ratifikasi ICERD adalah untuk kita. Bukan saya nak mempolitikkan tidak, tapi untuk kita, Islam. Jangan main-main, bab agama jangan main-main. Haa jadi saya mengharapkan kita fikir sama-sama untuk masa depan rakyat.
Jadi janganlah, kalau boleh janganlah orang datang pejabat kita, tanya ni parti apa. Saya cakap dengan mereka, cakaplah parti Tupperware, dan kalau berani cakap, cakaplah parti UMNO yang mintak, saya akan
telefon Menteri Besar, saya cakap. Apa saya takutkan. Kita diamanahkan oleh rakyat, kita membela rakyat, tak kira Cina, Melayu, Inda. Ada tak zaman dulu, zaman Kerajaan Barisan Nasional, dia kata, oh ini orang PKR, tak boleh. Kalau kata buat macam tu, zalimnya kita buat dulu, ramai yang dah kena berhenti kerja dah. Cikgu 90% menyokong pada kerajaan sekarang, tapi apa jadi, yang saya cakap tadi, bangsat ke mereka, hina ke mereka. Fikir sama-sama. Jadi, jangan buat yang tak boleh kita buat, kerana nak menang politik, rakyat kita dagangkan. Tak mahu, ubah.
Dan saya juga ucapkan terima kasihlah kepada Repah. Saya hormat, YB Veerapan, walaupun dalam keadaan sibuk sebagai EXCO, dia buat program. Saya belum nampak EXCO-EXCO lain buat program. Tak tahulah, saya tak pergi tempat lain. Yang baru ni, haa Jom Gunting Rambut, kan YB kan. Hebat. Gunting rambut, back to school. Meringankan beban buku, beg sekolah, bagus. Haa lepas ni dia nak datang, YB datang ke Gomeh, cari 2 – 3 kedai, jom kita duduk mengeteh sama-sama, gunting rambut, kita gunting rambut mereka, pun tak ada masalah. Sebab apa, dasar rasa kebertanggungjawapan pemimpin bersama rakyat, alhamdulillah.
Lepas tu nak buat, Jobs, kerjaya, nak buat kerjaya. Dia buat untuk kerjaya pada 20 haribulan bersama dengan Ahli Parlimen, Dato’ Hasan Baharom. Saya respect. Saya tanya, macam mana YB, ada ke apa-apa ni, datang je temuduga terbuka, siapa dapat dia dapatlah. Nampak. Bukan saya nak jack ni, betul tak YB kan? Kita berbual tadi kan? Nampak tak, di situ saya mengatakan bahawa ini yang kita nak, kita bukan nak mencari kesalahan, tapi kita sharing, kita bersama melihatkan apa yang kurang, ditokok ditambah jadi lebih baik. Hari ini menjadi lebih baik daripada hari semalam.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Gemas, masa tambahan pun sudah habis.
Okaylah YB …..
Kalau …..
Timbalan Speaker, masa dah habis …..
Kalau nak tambah boleh tambah, tapi 10 tu tambah 11.
Okaylah, jadi saya rasa teruskanlah YB Veerapan, YB Repah dengan cara yang murni ini untuk kesejahteraan rakyat. Inilah satu contoh pemimpin yang boleh kita dijadikan sebagai ikutanlah. Dan saya jugalah, saya juga pun nak ucapkan …..
Terima kasih Gemas.
Ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Sikamat, dulu saya cakap mendoakan dia menang, cabang, betul tak? Tapi dah menang. Tahniah. Walaupun apa yang berlaku, kita tak tahulah. Sekarang pun kita dengar pun, macam-macam, tak tahu. Tapi kita mendoakan kesejahteraan dia. Dia pun baru lepas, jantung, jadi kita pun tak nak beri tekanan pada dia. Kita doakan dia boleh urus tadbir dengan baik. Tapi, kita sama-sama sebagai satu pasukan kerajaan dapat memastikan pembangunan negeri akan terus terbela dan terjamin. Itulah Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya rasa itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Ada nak tambah? Senaling? Gemencheh? Gemencheh, silakan, Gemencheh. Ini saya panggil dia bangla. Bangsa bangla-lah.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang Dipertua. Bismillah hirrahma nirrahim, saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan jugak Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan 2019. Saya terlebih dahulu mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dan Kerajaan Negeri kerana berjaya membentangkan belanjawan yang amat baik. Dan jika diteliti bahawa belanjawan Kerajaan Negeri sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Kalau kita tengok mulai 2016 – 340.0 juta. 2017 – 405.0 juta. 2018 – 412.0 juta. Dan jugak bagi 2019 – 430.0 juta, peningkatan sebanyak 4.37%. Dan ini sebenarnya meneruskan kecemerlangan kerajaan yang terdahulu dalam menjaga kewangan negeri, Negeri Sembilan.
Dan beberapa perkara yang ingin saya sentuh mengenai bajet ini. Yang pertama, tahniah jugaklah kalau penggal, persidangan yang lepas ada
kita bangkitkan mengenai bantuan kebajikan. Alhamdulillah, Bantuan Am, yang telah dinaikkan daripada 140.00 kepada 200.00 ringgit untuk 2,460 penerima. Tapi, namun demikian, bagaimana pulak kepada penerima-penerima yang lain seperti ibu tunggal, fakir miskin dan jugak warga emas dan lain-lain kategori. Dan saya nak tanya jugaklah, mungkin EXCO dah buat kajian bagi meningkatkan Paras Garis Kemiskinan (PGK) untuk dinaikkan daripada 930.00 ke mungkin 1,200.00 dan sebagainya kan. Dan ini penting kerana dalam keadaan semasa ini, kos sara hidup telah meningkat ya.
Dan yang keduanya, pertanian merupakan satu sumber makanan yang penting. Alhamdulillah, kerajaan meneruskan peruntukan yang banyak untuk per, pertanian ini dan untuk perbelanjaan pembangunan tahun ini sebanyak 9.8 juta ya dalam bidang pertanian ini. Dan kita, saya menerimalah beberapa aduan daripada pekebun-pekebun kecil sayur, buah-buahan dan tanaman ladang mengenai, berkaitan dengan pasaran produk mereka kan. Tadi saya sempat berbincang dengan EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, keluhan mereka bahawa mereka gagal untuk memasarkan hasil-hasil mereka ya. Saya ambil contoh seperti di Ladang TKPM Gemas ya, yang mengeluarkan nangka madu. Saya belum sempat nak bawak nangka madu penggal ni, inshaa Allah akan datang, saya bawak, besok tak sempat nak petik, dah malam. Hari malam tak boleh nak petik, bahaya. Dan untuk memasarkan hasil ladang mereka. Saya mengharapkan agensi-agensi Kerajaan membantu pekebun-pekebun kecil ini untuk memasarkan produk mereka. Dan ini penting kerana jika gagal memasarkan produk mereka, mereka tak ada pendapatan ya.
Dan bagi pembangunan tanah terbiar ya, sebanyak 1.7 juta disediakan untuk projek-projek sayuran, buah-buahan dan lain-lain sebanyak 162 hektar tanah terbiar yang, yang akan diusahakan. Dan, di samping itu, saya berharap, saya berharap dapat memperluaskan lagi skim TKPM ini, skim tanam, Taman Kekal Pengeluaran Makanan ini dapat di, diperluaskan untuk meningkatkan hasil makanan keluaran negeri, Negeri Sembilan.
Dan seterusnya mengenai aduan ataupun keluhan masyarakat, rakyat sekarang ini ya. Dan apabila GST dihapuskan, dibuat SST, rakyat menyambut baik penghapusan GST. Rakyat berharap agar apabila GST ditukar kepada SST, harapan rakyat akan dapat menikmati kos sara hidup yang murah. Namun harapan hanya tinggal harapan. Barang-barang keperluan banyak yang naik, ya. Banyak yang naik. Malahan lebih tinggi semasa GST ya. Dan contoh, haa EXCO KPDNKK dah tanya contoh, contoh mudah, telur. Hari ini orang bising pasal telur, orang perempuan, wanita, orang rumah saya sendiri mengeluh mengenai
telur. Bukan telur saya, telur ayam. Keluh resah masyarakat terutama wanita yang membuat makanan, kek dan sebagainya bahawa telur lebih mahal. Sepatutnya, yang digembar gemburkan bila GST tak ada, harga keperluan barang akan lebih murah. Namun, perkara ini tak berlaku kan. Dan saya berharap jugaklah Kerajaan Negeri dapat membantu membendung kenaikan harga-harga terutamanya harga barang keperluan. Bukan pasal kereta, bukan pasal apa, barang keperluan harian kan, untuk sama-sama menjaga kenaikan ini. Dan harap pihak-pihak yang berwajib dapat sentiasa melakukan semakan dan jugak penguatkuasaan bagi memastikan peniaga tidak, tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Dan saya juga ingin membawa masalah bagi kawasan DUN saya sendirilah ya. Selain daripada isu FELDA, yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Palong dengan baik tadi. Beberapa masalah yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri bagi kawasan di Gemencheh ya, isu rumah awam. Tadi yang amat, Yang Berhormat Bahau ada mengatakan, semalam, semalam, Yang Berhormat Bahau menyatakan untuk membangunkan rumah awam di beberapa lokasi, Namun daripada senarai yang diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Bahau semalam tak dinyatakan ya, untuk rugi, rumah awam di Air Kuning. Ini isu yang lama. Pejabat Perumahan Negeri sedia maklum mengenai isu ini. Dan saya berharap perkara ini dapat diberi keutamaan kan, perkara ini dapat diberi keutamaan.
Saya juga berharap Kerajaan Negeri dan jugak EXCO Belia dan Sukan dapat memperjuangkan ya, menaik taraf padang kompleks Gemencheh untuk mem, memberi kemudahan belia-belia dan jugak masyarakat bagi kawasan Gemencheh. Kawasan Gemencheh ni dahlah luar bandar, kita mengharapkan satu padang kompleks yang baik ya, yang boleh digunakan pada waktu malam dan sebagainya. Saya mengharapkan perkara ini dapat diresasi, direalisasikan kan.
Dan satu lagi ialah mengenai Sekolah Magnet. Antara sekolah yang telah dipilih untuk program ini dalam perancangan terdahulu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan. Warga sekolah mengharapkan program ini diteruskan kerana sekolah ini jugak berpotensi dalam bidang kriket yang, yang telah mencapai, pencapaian yang amat memberangsangkan. Bolehlah jugak kriket ini dijadikan salah satu agenda dalam Sekolah Magnet ini.
Dan akhir-akhir ini jalan utama di kawasan Gemencheh, saya rasa bukan Gemencheh saja, semua kawasan ADUN-ADUN di Negeri Sembilan ini, iaitu dari segi penyelenggaraan jalan persekutuan. Alhamdulillah, jalan negeri dalam keadaan yang baik. Namun
demikian, jalan-jalan persekutuan tidak diselenggara dengan baik. Saya mendapat maklum bahawa untuk bulan November dan jugak Disember, tiada lagi kerja-kerja penyelenggaraan bagi jalan-jalan federal ni. Saya berharapkan mungkin ada tempat-tempat yang, yang perlu ya, dipotong rumput, ataupun di, dinaik taraf ataupun ditampal jalan-jalan yang berlubang bagi jalan-jalan persekutuan ni kerajaan, Kerajaan Negeri ambil perhatianlah kepada perkara ini.
Dan saya tak ada nak ucap panjang, saya mengharapkan sebelum pukul 7:00 kita boleh balik kan. Dan akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana berjaya membentangkan bajet yang kali pertama, yang baik, dan, yang baik dan meneruskan kecemerlangan Yang Berhormat Rantau sebelum ini. Dan tahniah jugaklah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, kerana menang dalam pemilihan cabang, Pengerusi Cabang Tampin. So orang Tampin amat bersyukurlah kerana Menteri Besar ya, menang bertanding di Tampin. Sudah tentulah bila gajah datang ke kawasan kita, sudah tentulah semak semua jadi bersih kan. Dan, dan Tampin mengharapkan Yang Amat Berhormat dapat membangunkan pembangunan di Tampin dengan lebih pesat lagi.
Dan jugak saya dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Sikamat pun telah dipilih sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan. Dan inshaa Allah, kan, semoga Yang Amat Berhormat diberi kesihatan yang baik dan, dan dapat dipermudahkan segala urusan untuk membangunkan Negeri Sembilan bersama-sama dengan kita. Itu saja yang saya nak sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Dan kalau pergi ke Dhaka nanti jangan lupa ajak saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Senaling nak sambung. Sudah? Juasseh?
Tak ada orang nak cakap, saya cakaplah.
Juasseh.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan. Bismillahhirrahmanirrahim, assalamulaikum WBT. Saya juga mengucap terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan sidang belanjawan kita pada kali ini, walaupun saya sebenarnya tak
banyak nak cakaplah. Apa pun saya ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri, kepada Yang Amat Berhormat di atas pembentangan belanjawan ini. Ada peningkatan lebih kurang 18.0 juta rasanya. Ini satu perkara yang wajarlah ya. Kalau kita tengok daripada bajet-bajet yang lalu pun, memang setiap tahun meningkat. Jadi saya katakan wajar kerana kalau menurun daripada tahun lepas makna tak wajar. Jadi, naik tu wajar. Itu penting sekali. Tahun depan mesti naik lagi. Kalau tidak, macam tak betullah kita punya belanjawan ni kan. Macam tak majulah negeri ni.
Apa pun tuan-tuan dan puan-puan, ahli-ahli Berhormat sekalian, ada satu dua perkara saja saya nak sebut. Yang pertamanya tentang institusi adat. Ini saya sokong penuhlah ya, kerana Kerajaan Negeri prihatin ya kepada memperkukuhkan lagi institusi adat kita dengan memberikan belanjawan, kenaikan elaun mesyuarat, kemudian tu, Dato’-Dato’ Adat pun, Dato’-Dato’ Adat ni pangkat dia besar tuan-tuan. Sebonar eh susah, pangkat bosarlah, Dato’ Maharaja, Dato’ itu, macam-macam Dato’, tapi tak adalah, memang kita kena bantu mereka ni ya. Jadi saya ucap tahniah.
Yang keduanya, tentang pelancongan. Saya tengok pun ada peruntukan. Jadi saya berharap kawasan saya juga tak akan dilupakanlah. Saya maklum Yang Amat Berhormat dah sampai kawasan saya, walaupun saya donga-donga berita angin je kan, dah sampai ke Jeram Tengkek ni, Yang Amat Berhormat ya. Takdo ngumpat doh, donga-donga jolah, tak jomput kito tak apo. Tapi, yang pentingnya saya harap dapat berikan peruntukan sikit ke Jeram Tengkek ni sebab kalau ditengok Jeram Tengkek ni, ramai sebenarnya pengunjungnya ya. Hari ini masyarakat tertekan tuan-tuan, ya dengan kos kenaikan sara hidup dan sebagainya. Jadi hari minggu mereka perlu keluar. Itu fenomena masyarakat hari ini. Bukan sebab mereka suka-suka, tapi sebab tekanan kehidupan itu menyebabkan mereka perlu ya, mencari tempat untuk beriadah. Jadi kita upgrade-lah tempat-tempat seperti Jeram Tengkek di kawasan saya tu bagus sebenarnya. Ramai anak-anak muda dan warga yang datang pada hari minggu.
Yang seterusnya saya nak sebutkan ialah tentang, haa ini perkara yang saya nak sentuh, apa Yang Amat Berhormat sebut, bahawa kita dalam proses untuk memutihkan ya, kawasan-kawasan industri, kawasan-kawasan perniagaan kerana ini akan dapat memberikan pulangan kepada kerajaan. Ini amat baik. Tapi satu perkara Yang Amat Berhormat, yang saya nak sebut, yelah keadaan kita hari inilah, fenomena yang berlaku, tragedi-tragedi yang berlaku di akhir-akhir ini, sepertimana yang disebut oleh ramai rakan-rakan kita tadi, amat
membimbangkan ya. Ia mempunyai sentimen yang kuat dari segi agama, kaum, yang perlu kita bendung.
Jadi sehubungan dengan itu, mengenai pemutihan ini, ini saya nak beritahu dalam Dewan inilah ya, saya berharap Kerajaan Negeri melihat kepada soal pemutihan rumah-rumah ibadat juga. Saya ucap terima kasihlah kerana dalam Dewan ini kita dah lantik seorang ahli EXCO yang menjaga ya, hal ehwal agama bukan Islam. Tapi pemutihan rumah-rumah ibadat kena perlu, walaupun susah kita nak buat mungkin, kita perlu kita buat. Kalau tak buat sekarang, kesannya panjang. Saya nak beritahu di kawasan sayalah, ini tolong ambil ingatan ya, sebab saya tak suka cakap di luar, saya suka cakap di sini detail, Lot 2205, Rizab JKR, Bukit Gelugor. Mintak tolong tengokkan kerana ini bukannya tempat ibadat, ini rizab JKR. Jadi bila ada orang mula letak, seolah-olah rumah ibadat ni, menimbulkan keresahan kepada masyarakat. Mereka hantar gambar kepada saya, telefon saya. Saya kata, tak apa. Jadi saya telefon Jurutera Daerah tadi, lot yang berkenaan ni, 2205, sebab di situ ada rumah ibadat untuk masyarakat. Ramai yang pergi situ. Saya pun pernah pergi situ. Tapi tak perlu ada dalam, dalam jarak yang, dekat saja ya. Ada pulak satu nak di, pernah dibuat, kita dah halang, tapi akhir-akhir ni difahamkan dah mula balik. Jadi kita kena faham sensitiviti masyarakat pada hari ini.
Kalau kita nak majukan negeri kita ni, negara kita ni, pokoknya kita mesti ada perpaduan di kalangan rakyat. Kalau, ini kunci dia, kalau tak ada perpaduan, negara kita, sekarang ni panas je tuan-tuan puan-puan, macam-macam keadaan yang berlaku hari ini meresahkan kita sebenarnya. Boleh berlaku lebih teruk daripada apa yang kita ada pada hari inilah ya. Kita tahulah, kalau saya ulas dalam ni pun tak baik kan. Kita semua ada sini berbilang bangsa, berbilang agama, apa yang berlaku akhir-akhir ini amat meresahkan kita kerana kita tak nak, ya, kalau cerita tentang kemajuan, nak buat itu, nak buat ini, tapi negara kita, kita rasa tak selamat, orang tak selamat nak beribadat dan sebagainya, ini satu, permulaan kepada satu kehancuran kepada sebuah negara yang masyarakatnya majmuk seperti negara kita ni.
Jadi kita nak pemutihan rumah ibadat kena dibuat. Walaupun kita rasa berat, kita dah ada EXCO, kita ada perundingan, runding elok-elok supaya sensitiviti masyarakat ini dijaga. Very important. Memang susah kita cakap kan, tapi hari ini dalam, kalau tak ambil, buat apa-apa akan ada orang ambil kesempatan. Dan ini menimbulkan sensitiviti. Dan akhirnya besok, satu yang ledakan yang tak sanggup kita lalui seperti mana yang kita lalui akhir-akhir ini. Jadi Yang Amat Berhormat, EXCO yang jaga rumah ibadat apa ni, agama yang bukan Islam pun, tolong ambil maklum sikit tentang apa yang saya nyatakan dalam
Dewan pada hari ini, supaya kita boleh ambil langkah, langkah perbincangan yang sepatutnya kita adakan untuk kita memutihkan rumah-rumah ibadat yang tidak sepatutnya berada di tanah kerajaan, yang tak sepatutnya ada di tanah TOL, yang tak sepatutnya berada di rizab-rizab JKR.
Sensitif, tapi eloklah kita bercakap kerana inilah tempat yang paling sesuai untuk saya meluahkan apa yang ada dalam fikiran saya bagaimana kita, negara kita ini nak maju ke depan, tapi di masa yang sama kita dapat menjaga keharmonian dan hubungan kaum. Kita tak ada pilihan tuan-tuan, kita di Malaysia tak ada pilihan pun ya, Melayu, India, Cina, Benggali, semua adalah rakyat Malaysia. Yang penting pada kita ialah untuk menjaga ini, supaya apa pun yang nak kita rancang, dia berbalik kepada soal sama ada negara kita ni aman atau tidak. Kalau berlaku sesuatu yang, yang amat kita mintak jauh-jauhkanlah.
Jadi itu saja Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya nak sampaikan kepada, saya ni sebab tak ada wakil PEKERTI di sini, saya nak jawablah sikitlah yang Temiang sebut tadi, mana Temiang tadi, hilang pulak dia. PEKERTI ini setahu sayalah, dia di bawah Pendaftaran Pertubuhan ya. Dan tak ada isu pun tentang PEKERTI ni, sebab dia di bawah Akta Pertubuhan. Dan kalau Akta Pertubuhan benarkan, dia berjalan seperti biasalah, tak ada isu tentang PEKERTI.
Jadi itu saja yang, Yang Amat Berhormat, Timbalan Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih. Saya menyokong usul ini.
Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Saya bagi laluan satu lagi. Selepas tu kita akan pergi minum. Chuah? Haa okay, okay, kita beri Yang Berhormat Chembong. Ikut masa.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua kerana berikan jugak saya peluang turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan. Saya seperti jugak rakan-rakan yang lain, ambil kesempatan nak ucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat semalam, di mana Kerajaan Negeri dijangkakan akan menjana pendapatan sebanyak 430.0 juta ringgit. Yakni bertambah daripada tahun lepas, lebih kurang sebanyak 18.0 juta.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, ada beberapa elemen dalam pembentangan yang telah dibuat, harus saya rasakan untuk saya berikan pujian jugak, di mana ada ciri-ciri yang memberikan manafaat secara langsung kepada rakyat sepertimana yang telah disebut, bantuan kepada asnaf, anak-anak asnaf yang sekolah. Ada jugak disebut tentang beri bantuan kepada ibu tunggal. Dan jugak ada disebut tentang usaha untuk membantu menunaikan haji dan sebagainya.
Walaupun, Tuan Timbalan Yang Dipertua, secara ikhlasnya jugak saya nyatakan di sini, saya tidak begitu nampak usaha yang benar-benar jelas ataupun satu pelan induk hala tuju yang ampuh untuk terus merancakkan hala tuju, merancakkan ekonomi negeri kita.
Tuan Dipertua, selalunyalah, a new coach comes, dia datang dengan new set of players. Kalau Tan Cheng Hoe ambil alih Harimau Malaya, dia datang dengan strategic tactical game yang barulah mengikut kehendak dan citarasa dia. Sama jugak dengan pentadbiran kerajaan yang baru. Kalau dulu Kerajaan BN dengan motto dia Memakmurkan Negeri, Mensejahteraan Rakyat. Bila Kerajaan PH datang, ambil alih, data dengan motto yang baru iaitu Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Tak kesahlah, new set up of players dengan apa kepimpinan yang baru, tapi matlamatnya sama, jelas, sama dengan matlamat yang kita sebelum ni iaitu tak lain tak bukan, untuk kita memberikan khidmat yang terbaik demi mensejahterakan rakyat, Tuan Timbalan Yang Dipertua.
Cumanya kadang-kadang saya nampak ada jugak yang tak berapa kena tentang motto baru ini, bersih dan sebagainya, muafakat, sejahtera. Di mana-mana boleh kita lihat, banyak gambar Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat di, di billboard-billboard banyak, tahniah, dengan motto Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Ramai yang bertanya saya jugak, gambar siapa ni YB, dia cakap. Saya cakap, inilah dia pemimpin ataupun Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru, individu yang kedua handsome Negeri Sembilan ni, saya cakap.
Nombor 1?
Haa itu yang sudah terang jangan disuluh. Tapi ada macam yang tak kena, Tuan Timbalan Yang Dipertua. Bersih ni, memang kita mengharapkan bersih dari segi segala segi, tapi kadang-kadang Tuan Dipertua, saya nak sebut jugaklah ya, bawah billboard tu kadang saya nampak waktu-waktu kebelakangan ni, rumputnya, bawah billboard tu. Gambar kat atas Yang Amat Berhormat kita punya Menteri
Besar, bawahnya rumput kemain panjang bawah billboard tu. Tuan Dipertua, adakah ini, saya rasakan bukannya satu program, program buku hijau, saya rasa antara ADUN Bahau dan jugak apa, Klawang ya, sebab kat Rembau saya tengok, Tuan Yang Dipertua, daerah-daerah lain saya tak begitu pastilah. Divider jalan, bahu-bahu jalan pun dah, dah menghijau ya, saya rasa ini jugak, itulah, adakah ianya benar menepati citarasa ataupun di atas motto kita. Tapi muafakat ni saya nampak, nampak okay, baik. Muafakat ini.
Macam semalam, apabila kita mengusulkan untuk buat bantahan ataupun berbincang tentang isu bantahan terhadap ICERD di Dewan ini, bila Yang Dipertua rasa, cakap macam tak setuju, yang lain-lain nampak semua ADUN kerajaan tak setuju, ya tak setuju. Itu muafakatlah nama dia, walaupun muafakat itu tidak kami setujui ya. Bila nampak macam, body language, ADUN-ADUN daripada parti-parti DAP dan sebagainya nampak tak setuju, yang lain-lain, ADUN-ADUN lain pun tak setuju jugak, itulah muafakat. Dan lebih saya nampak muafakat ni jelas adalah apabila beberapa tempoh, beberapa minggu yang lalu saya nampak gambar Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita duduk 5 – 6 orang satu sofa, duduk. Nampak muafakat, tu bagus ya, di situ, itu muafakat bagus, di situ ada ADUN, EXCO-EXCO yang lain dalam, duduk dalam satu sofa. Muafakat bagus, 5 – 6 orang, Dato’ Dipertua, Tuan Yang Dipertua.
Jadi yang lain-lain saya sebut, saya cakap betullah ya. Jadi yang lain-lain, tentang Sejahtera, saya jugak merasakan perlu me, menyatakan tahniah dan terima kasih di atas niat dan jugak terus untuk mensejahterakan rakyat. Cuma, Tuan Yang Dipertua, saya nak sebut jugaklah tentang kita sama-sama untuk terus mensejahterakan rakyat ini, elemen yang agak penting adalah pemilihan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi, di peringkat daerah, di peringkat kampung dan sebagainya.
Saya suka jugak nak ambil kesempatan nak bawa perhatian Dewan yang mulia ini tentang keadaan di kawasan saya ya. Ada jugak pemimpin-pemimpin masyarakat yang telah dilantik, Pengerusi MPKK dan sebagainya, ada yang baik, bagus, bekerjasama. Tapi ada jugak yang perlu jugak saya rasakan untuk Kerajaan Negeri melihat semula ya, tentang latar belakang mereka, keupayaan mereka. Ada yang didapati terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Haa ini kena, kena lihat semula. Ada satu kampung di kawasan saya jugak yang hingga kini masih lagi belum dilantik Pengerusi MPKK-nya. Macam, rasa ada yang tak kena. Takkan tak ada seorang pun pemimpin yang boleh kita lantik untuk terus memberikan khidmat kepada masyarakat.
Jadi, Timbalan Yang Dipertua, tentang bajet ni jugak, saya jugak nak menyebut satu perkara tentang, sekiranya boleh diberikan perhatian yang serius. Iaitu kalau dululah, dalam Kerajaan BN dulu, kalau baik, perlu diteruskan sekarang, tentang apa yang kita boleh sebut tentang adanya satu tabung untuk kita terus memberikan bantuan secara cepat iaitu Tabung Permasalahan Rakyat. Di Rembau, Tuan Timbalan Yang Dipertua, ada satu masalah di mana empangan Sungai Rembau, empangan Sungai Rembau telah beberapa bulan tidak boleh digunakan lagi kerana tidak dapat menampung, menahan air untuk, untuk dijadikan empangan lagi. Tebing sungainya telah runtuh. Dari segi empangan ini, dia memberikan satu perkara yang sangat penting, sosio ekonomi dia, dan berbagai lagi digunakan untuk memberikan, mengalirkan air kepada kolam, kolam ikan yang berada berhampiran, tentang pertanian-pertanian.
Jadi, Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya rasakan kalau ada Tabung Permasalahan Rakyat ini, tak payah tunggu saya rasa, sampai 6 bulan masih lagi tiada tindakan. Jadi, saya harapkan tentang belanjawan ini untuk kita lihat betapa perlunya kita meneruskan Tabung Permasalahan Rakyat ini.
Sama jugaklah, banyak complaint-complaint, aduan yang kita dapat dengari, walaupun saya rasa, tak berapa seronok nak bawak dalam, dalam Dewan ini, hal-hal pentadbiran ini. Masih ada lagi terjadi, terjadi lagi orang kampung mengadu rumah di tiup angin, tapi tak mendapat pembelaan daripada pemimpin masyarakat. Pengerusi MPKK datang tak tak berbuat apa-apa.
Jadi, Yang Amat Berhormat ADUN Temiang, saya ucapkan tahniah, tetapi saya nak cadangkan ni, di mana-mana kawasan Barisan Nasional menang, Kerajaan Negeri telah melantik wakil kerajaan iaitu sebagai Penyelaras DUN. Diberikan elaun, diberikan peruntukan dan sebagainya, tapi bagi saya, kalaulah penyelaras ini tak melakukan tugasan mereka dengan baik, dia menggambarkan, reflect kita punya, Kerajaan Negeri punya nama baik ya, nama baik. Adakah semudah-mudah masalah, rumah, atap rumah di tiup angin pun tak diselesaikan. Padahal peruntukannya dikawal selia oleh Penyelaras ni, Penyelaras DUN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri ni. Jadi, Yang Amat Berhormat, ADUN Sikamat saya rasa perlu dilihat ini, perlu dilihat ini ya. Jadi perkara-perkara seumpama ini, walaupun sedikit, tapi memberikan impak yang besar.
Tuan Dipertua, Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya rasa banyak perkara yang telah disebut oleh rakan-rakan yang lain. Cumanya saya
nak menyampaikan sedikitlah keluhan daripada rakan-rakan media, sebab dimaklumkan ada beberapa pegawai-pegawai, ataupun pengamal-pengamal media, juru foto dan jugak press ni, ada di antara mereka yang tak dibenarkan masuk oleh urus setia ke dalam Dewan ini ya. Bak kata ADUN Rantau tadi, limau masam sebelah. Jadi saya rasa ini tak patut berlaku oleh urus setia ya. Tak dibenarkan masuk kerana sekadar mereka dilihat mesra kepada pihak pembangkang ya. Saya rasa ini bukan cara Pakatan Harapan seperti yang dilaung-laungkanlah, Tuan Timbalan Yang Dipertua.
Jadi sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan jugak, bukan sekadar di atas pembentangan bajet, tapi kami dimaklumkan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat juga telah dilantik sebagai Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Negeri Sembilan, jadi, Perhubungan, Negeri Sembilan-lah maksud dia. Jadi, tahniah. Cumanya, kalau nak tunjukkan benar-benar muafakat, saya rasa semua rakan-rakan daripada pihak ADUN kerajaan ni berikanlah ucapan tahniah ya. Macam, kalau tak ucapkan tahniah tu macam ada yang rasa nak jadi Menteri Besar pulak kan ya.
Jadi, Tuan Timbalan Yang Dipertua, terima kasih banyak semoga kita, betul saya cakap, ramai dalam Dewan ni yang nak jadi Menteri Besar, termasuklah saya sendiri, tapi, tapi saya tak layak sebab parti saya kalah kan. Jadi, Tuan Yang Dipertua, Tuan Timbalan yang Dipertua, terima kasih banyak, semoga dengan iltizam, semangat untuk terus kita memberikan khidmat bakti rakyat ni, negeri kita akan terus maju, aman dan makmur. Terima kasih, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamulaikum WBT, Tuan Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Dan juga ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguh dan akan disambung pada jam 8:00. Kita sini ada 2, sana ada
3. Sekejap, minum minum, semua kesian, penjawat awam dan agensi-agensi kerajaan belum minum lagi.
Tuan Speaker, tangguh kepada esok hari.
Sambunglah, sambung.
YB ADUN ….. : Besok, besok, baru 5 orang.
Yang Berhormat Yang Dipertua, tadi saya …..
Tuan Speaker, kita ada masa besok.
Saya dah, dah maklum tadi, memang hari ini bahas kita akan habiskan kerana besok kita ada banyak …..
Yang Berhormat Speaker saya rasa …..
….. perkara kita kena selesai.
….. ADUN Sikamat.
Saya mohon bekerjasama …..
….. boleh, advise.
Dewan ditangguh sambung pukul 8:00.
Yang Berhormat Speaker.
Jadi, sudah muktamad. Dewan ditangguhkan.
Tuan Speaker, duduklah dulu. Kita usul bantah Tuan Speaker bangunlah. [Persidangan ditangguhkan pada jam 6:51 petang] [Persidangan disambung semula pada jam 8:00 malam] [YB ADUN Rantau tidak hadir pada sesi malam]
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2019 disambung untuk bahas. Untuk maklumat, Dewan mengambil makluman, maklum bahawa YB Chennah tidak dapat hari ini, tidak dapat hadir hari ini, 18 Disember 2018 kerana cuti sakit.
Saya mintak sambung bahas. Terima kasih saudara Senaling. Senaling.
Bismillahhirrahmanirrahim …..
Teruskan.
….. assalamualaikum WBT dan selamat malam. Yang Berhormat Timbalan Speaker, pertama saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi ruang untuk sama-sama membahaskan pembentangan belanjawan Negeri Sembilan bagi tahun 2019 yang telah dicadangkan usulnya oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semalam.
Saya juga mengambil kesempatan ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker untuk menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas kesihatan yang baik Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kita. Dan sebagai sahabat, saya secara peribadi telah mendoakan kesihatan beliau. Dan saya yakin dalam islam, sahabat yang paling baik adalah sahabat yang mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuan beliau.
Alhamdulillah ya, kita telah dapat bersama-sama dalam sidang Dewan pada hari ini, yang bermula semalam, untuk membahaskan suatu perkara ataupun bajet yang merupakan suatu yang amat penting kepada perjalanan pembangunan negeri, Negeri Sembilan ini.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, apabila kita bercakap tentang bajet ataupun jangkaan perbelanjaan kewangan negeri kita, terutamanya di peringkat negeri ini, kita tidak dapat lari sebenarnya, untuk mengaitkan bajet ini yang saya lihat cukup banyak sumbangan
daripada percukaian, dengan bantuan Kerajaan Persekutuan. Dan kita ambil, mengambil maklum sekarang ini, keadaan ekonomi yang tidak berapa baik. Banyak faktor yang menyumbang dan ada di antara faktor ini telah dilontarkan oleh ADUN Paroi petang tadi, yang menyebut tentang 1MDB.
Tapi memandangkan 1MDB ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, telah menjadi suatu kes di dalam mahkamah, adalah subjudis dan prejudis bagi saya untuk menyebut ataupun menghuraikan perkara-perkara yang melibatkan 1MDB ini. Pihak yang tertuduh telah didakwa di mahkamah. Dan saya harap proses undang-undang akan berterusan dan pihak tertuduh akan mendapat pembelaan sepertimana prinsip kedaulatan undang-undang kita di negara kita ini iaitu seseorang itu adalah innocent until proven otherwise, dengan izin Yang Berhormat, seseorang tersebut adalah tidak bersalah selagi ianya dibuktikan sebaliknya.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita lihat ekonomi di negeri kita ini, sepertimana yang saya nyatakan dalam mukadimah ucapan saya, ianya amat berkait rapat dengan peruntukan-peruntukan Persekutuan. Tetapi, pada pandangan saya, Yang Berhormat Timbalan Speaker, di antara punca kecelaruan status ataupun keadaan ekonomi negara kita sekarang ini, yang mengaitkan jugak keadaan ekonomi negeri, ialah apabila Kerajaan Persekutuan mengambil kepusutan, keputusan untuk menghapuskan GST. GST merupakan satu pillars ekonomi kita, Kerajaan Persekutuan malahan Kerajaan Negeri kita lihat dalam bentangan, pembentangan belanjawan ini kita lihat bagaimana banyaknya peratusan sumbangan cukai ini kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.
Arthur Andersen, selepas keputusan PRU 15, Yang Berhormat Timbatan Speaker, Arthur Andersen sendiri telah menyatakan dengan izin, bahawa GST was the best mode of transaction, mode of, mode of taxation in tracking and tracing invoices and bills compared to SST, dengan izin, yang Yang berhormat. GST kata Andersen adalah merupakan sistem percukaian yang terbaik setakat ini bagi track, bagi mengenal pasti invois-invois ataupun bil-bil syarikat-syarikat yang berada di bawah akta syarikat di negara kita.
Dan alhamdulillah kita lihat hampir lebih 450,000 syarikat yang telah dikenakan ataupun GST terpakai kepada mereka. Dan ini merupakan satu sumbangan ekonomi yang cukup besar. Dan oleh kerana itulah Yang Berhormat Timbalan Speaker, kerajaan terdahulu, di bawah kepimpinan terdahulu, Perdana Menteri terdahulu, telah memberikan suatu jaminan terutamanya yang melibatkan segala perbelanjaan.
Malahan jaminan untuk menaikkan increment kakitangan awam, bonus dan sebagainya, bantuan-bantuan yang melibatkan semua sektor dalam negara ini. Oleh kerana apa? Oleh kerana kita yakin bahawa pungutan GST tersebut suatu pungutan calculated yang kita telah boleh foresee, yang kita telah boleh pralihat akan mendapat keuntungan ini setiap bulan dan ianya amat memadai bagi kita menampung perbelanjaan negeri mahupun negara kita.
Jadi tuan-tuan, apabila, Timbalan Speaker, apabila kerajaan memutuskan untuk kita kembali semula kepada SST, kita sebenarnya moving backward. Tidak banyak sebenarnya, tidak banyak sebenarnya negara, saya rasa lebih kurang 19 buah negara sahaja. Kita kembali kepada GST bukannya kita nak mengikut negara seperti Jepun, Australia dan sebagainya, kita kembali kepada SST untuk kita mengikut, lebih kurang jikalau tidak salah saya 19 buah negara sahaja yang sekarang mengamalkan percukaian SST ini. Antara negara tersebut, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Nauru. Saya rasa Timbalan Speaker pun tak tahu negara ni kat mana. Kepulauan Solomon, yang sekarang ini mengguna pakai sistem SST. Dan ada lagi, negara Palau nama dia, Somalia, Butan. Jadi bagi saya, Timbalan Speaker, apabila kita memilih sistem percukaian ini, dan Yang Berhormat Menteri Kewangan sendiri telah menyatakan di dalam Parlimen, bahawa sistem percukaian GST adalah lebih transparent berbanding SST, and yet, dengan izin, masih lagi kerajaan sekarang, PH, ingin terus mengaplikasi SST untuk negara kita.
Jadi ini saya rasa merupakan di antara sumbangan yang saya rasa cukup besar kepada kedudukan ataupun keadaan ekonomi kita sekarang ini. Saya masih ingat lagi Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin, Pengerusi, chairman, Pengerusi Council of Eminent Persons, Penasihat Kewangan Negara kita, dalam suatu discourse, dalam suatu perbincangan di mana beliau memanggil media, reporters, wartawan dan sebagainya sebelum PRU 15. Dan beliau, dalam discourse tersebut telah menyatakan, pada ketika itu beliau kritik keadaan ekonomi negara kita, yang satu soalan kepada reporter, media, if you’re telling, dengan izin Timbalan Speaker, if you are telling me the country, the economy is good, why must the Ringgit go down. Ini soalan dilontarkan oleh Tun Daim kepada semua audience yang ada dalam bilik tersebut. Jikalau anda menyatakan ekonomi negara kita, pada ketika itu, sebelum PRU 15, adalah baik, Tun Daim bertanya, why must the Ringgit go down. Macam-macam orang jawab, reporter sini, A B C menjawab, semuanya tidak betul. Akhirnya Tun Daim menjawab, Yang Berhormat Timalan Speaker, the economy go down because, dengan izin, the people have no confidence in the government. The investors have no confidence in the
government. Pelabur, rakyat di luar tidak yakin kepada kerajaan pada ketika itu, kerajaan PRU, sebelum PRU 15.
Kalaulah boleh saya menggunakan balik kata-kata Yang Berbahagia Tun Daim ini sekarang, dalam keadaan ekonomi kita, nilai matawang kita, bursa saham kita yang telah keluar setakat ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, 11.1 bilion dana asing keluar daripada BSKL, setakat ini. Dalam minggu lepas, MIDF Research melaporkan, minggu lalu saja, keluar dana asing ini sebanyak 314.3 juta ringgit, 3 kali ganda daripada minggu sebelumnya. Kalau saya meminjam jawapan Tun Daim, saya memberi, akan memberikan jawapan yang sama bahawa investors have no confidence, pelabur sudah tidak ada keyakinan kepada negara kita. Dan itulah yang saya rasa kerajaan pada hari ini, harus menerima ini. Dan tidak wujud, tidak perlunya wujud sindrom penafian di kalangan kerajaan ataupun pentadbir-pentadbir Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri sekarang ini.
Kita akui, dan kita akuilah keadaan ekonomi sekarang ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, amat sebenarnya mengganggu sara hidup rakyat sekarang ini. Kita lihat, kita tidak boleh berada dalam sindrom penafian. Kita tanya, pengalaman saya sendiri, nak nyatakan dengan Timbalan Speaker, jikalau sebelum PRU 15, saya beli telur, cerita telur lagi. Ramai tadi, ADUN Tampin, ADUN Gemas pun cerita telur, saya pun cerita telur. Telur ayam, saya beli sendiri di kedai borong, 1 tray 8.50 sen. Sekarang, saya baru beli minggu lepas, Yang Berhormat Timbalan Speaker, harganya 1 tray harganya 12.50 sen, di kedai borong. Gred C pulak tu.
Jadi ini adalah merupakan suatu realiti ekonomi yang real, yang sedang dialami oleh rakyat. Dan oleh kerana itu, kerajaan sekarang ini, di atas dasar kita muafakat. Slogan kita, slogan Kerajaan Negeri; Bersih, Muafakat, Sejahtera. Bermuafakat ini kita harus terima keadaan ini dan kita ambil apa jua langkah yang kita rasakan proaktif bagi memastikan stake holders ini, rakyat ini, mereka yang di felda, di kampung-kampung, yang telah dipotong peruntukan mereka melalui KKLW. Peruntukan Perskutuan. Hampir lebih 50%. Mereka inilah sepatutnya mendapat pembelaan daripada kerajaan kita, dan dalam konteks sidang Dewan pada hari ini, dalam Kerajaan Negeri hari ini.
Dan oleh kerana itu, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sikamat, kerana telah membentangkan suatu belanjawan yang saya rasa, saya harus ucap terima kasih kepada beliau, dan juga saya harus ucap, merekodkan ucapan terima kasih kepada pimpinan kerajaan terdahulu kerana telah meninggalkan baki, rizab simpanan wang yang saya rasa bagi membolehkan sidang Dewan, bagi membolehkan ADUN
Sikamat membentangkan belanjawan seperti mana yang telah diusulkan semalam, iaitu semuanya berjumlah sebanyak 430.0 juta Ringgit Malaysia.
Keluhan-keluhan rakan-rakan di sini, pembangkang, kita akan menjadi pembangkang yang baik, adalah merupakan keluhan-keluahan yang genuine, yang asli, mewakili sektor mereka. ADUN Palong sebagai contohnya menyatakan tadi perkara yang sedang berlaku di felda. Dan di kawasan sendiri, Felda Kepis, saya ada satu rancangan FELDA. Yang saya sendiri amat sedih melihat keadaan mereka ini. Dan Kerajaan Negeri harus, wajar, wajib melakukan sesuatu dengan peruntukan yang besar ini.
Saya harap, keadaan ekonomi sekarang ini, mungkin kita berbincang di dalam sidang Dewan yang mulia, di dalam keadaan kita mempunyai kedudukan kewangan yang saya rasa, mampulah kita ini. Yang berada ketua-ketua jabatan yang berada di belakang sana, mampu. Tetapi di kawasan pedalaman, di kawasan luar, saya rasa mereka terhimpit dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Dan oleh kerana itu, kita harus mengambil langkah-langkah bagi memastikan ada ruang bagi mereka ini bernafas di kawasan ataupun di kampung-kampung mereka.
Dan saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri, supaya dilonggarkan serba sedikit mana-mana yang boleh, terutamanya kepada peniaga-peniaga di kampung untuk berniaga. Janganlah diusir mereka, kerana ini merupakan periuk nasi mereka. Mungkin dalam keadaan biasa, kita boleh impose apa juga perkara-perkara melibatkan, mungkin pelanggaran peraturan Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan sebagainya, tapi dalam keadaan begini sekarang, ekonomi ini, negara kita, kita wajar sebenarnya merasai denyut dan nadi rakyat kita yang denyutan nadi mereka dah macam perlahan sangat ni.
Jadi ini, Timbalan Speaker, saya harap kerajaan dapat melihat perkara ini dengan lebih objektif. Dan saya harap daripada mungkin ada peruntukan-peruntukan yang telah diusulkan oleh ADUN Sikamat, tolonglah berikan keutamaan kepada rakyat-rakyat ini. Mungkin kita boleh jawab tadi, FELDA bukan isu negeri, FELDA adalah isu Persekutuan. Saya rasa kerajaan baik, bukan itu jawapannya. Kerajaan baik saya rasa akan menjaga maslahah, kita bercakap tentang Maqasib Syariah, maslahah umum itu merupakan satu keutamaan dalam Maqasib Syariah. FELDA, ramai rakyat felda, banyak rancangan FELDA di negeri kita dan wajar mereka ini dibela, bukan untuk mereka, mengayakan mereka, tetapi sekadar mereka ini, membolehkan mereka melangsungkan kehidupan, me, menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka yang bakal memasuki alam persekolahan tidak lama
lagi. Dan mungkin kita rasa perkara ini kecik tetapi bagi mereka, ini adalah merupakan sesuatu perkara-perkara yang amat besar. Dan saya yakin mereka akan menghargai jika Kerajaan Negeri kita di bawah kepimpinan ADUN Sikamat, dapat melihat, dapat membantu mereka ini secara khusus dan bukannya secara tersasar.
Saya lihat tadi banyak peruntukan, ada dinyatakan di antara, ini peruntukan kepada ibu tunggal. Negeri Sembilan saya rasa, mencatat bilangan ibu tunggal yang ramai. Saya rasa, ada orang Whatsapp kat saya tadi, bukan setakat ibu tunggal Dato’, yang patut dibela juga, bapa tunggal juga patut dijaga, dia cakap. Ada jugak datuk, bapa-bapa tunggal yang mengadu emosi terganggu dan sebagainya. Jadi perkara-perkara begini, saya harap kita lihat dengan lebih holistik kerana bantuan-bantuan seumpama ini sepertimana yang dinyatakan oleh ADUN Rantau, mungkin niatnya baik tetapi jikalau ianya tersasar, seperti mana yang saya nyatakan tadi, saya rasa bilangan ibu tunggal yang dinyatakan dalam pembentangan ataupun usul oleh ADUN Sikamat ni lebih besar daripada ini. Yang saya harap, MPKK digerakkan untuk mendapat maklumat berapakah yang sebenar tentang bilangan ibu tunggal ataupun bapa tunggal di, di Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita, sebelum saya menyambung ucapan ini, saya ingin memberikan sedikit ucapan terima kasih. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana semasa sidang yang sebelum ini, saya telah melontarkan isu berkaitan dengan MPKK. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menjalankan tapisan kepada ahli MPKK ni dan juga ahli-ahli Majlis ini. Dan jelas daripada tapisan ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, cukup ramai yang tidak lepas tapisan. Tapisan jenayah, tapisan bankruptcy, tapisan syariah dan sebagainya. Dan ada, di Kuala Pilah, ada yang ada jenayah lebih daripada 50 jenayah pun, telah menjadi MPKK. Dan alhamdulillah telah dijaring oleh tapisan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri. Dan saya berharap, jaringan ini, tapisan ini akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan cerminan slogan Bersih, cerminan slogan Muafakat dan Sejahtera, seperti mana yang dislogankan oleh ADUN Sikamat, akan menjadi suatu kenyataan.
Sebagaimana yang ADUN Chembong cakap sebentar tadi, saya amat setuju dengan beliau. 3 – 4 minggu sebelum ini, saya lalu di Ampangan. Saya mohon maaf kepada ADUN Ampangan, bukanlah nak masuk kawasan Ampangan, memandangkan saya duduk sekitar itu, saya tengok keadaan lalang begitu tinggi. Saya tidak tahu sama ada lalang ini, ini ingin dijadikan sebagai produk pelancongan dan sebagainya. Tetapi yang saya rasa amat tinggi dan ianya tidak mencerminkan
slogan Bersih seperti mana yang dinyatakan, yang dibawa oleh kepimpinan negeri kita.
Kalau Bersih dalam konteks pem, pembentangan belanjawan, saya faham. Kita haruslah mempunyai suatu pentadbiran kewangan yang telus, yang bebas rasuah dan sebagainya. Tapi dalam konteks fizikalnya, ianya merupakan satu perkara yang amat penting. Kalau keadaan fizikal pekan kita, bandar kita, di negeri kita ini, di dalam da, dalam kawasan Seremban ni, saya bukan bercakap di kawasan pedalaman, tidak dijaga, ianya sudah tentulah akan memberikan cerminan negatif kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kita.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam keadaan ekonomi yang sebegini, saya ucap terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan. Apabila dikeluarkan kenyataan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, ingin menutup jumlah Klinik Kesihatan 1Malaysia ini, lebih kurang 242 bilangan dia di Malaysia, ingin menutup sebilangan klinik kesihatan ini, saya terus berkomunikasi dengan Pengarah Kesihatan, mintak confirmation, dengan izin, beliau, sama ada perkara ini benar. Benar, dia cakap, memang benar, tetapi setakat ini ianya tidak melibatkan Kerajaan Negeri Sembilan.
Dalam keadaan ekonomi beginilah, saya rasa Klinik 1Malaysia ni. Tak kesah nak panggil apa, Klinik 1Malaysia ke, Klinik 1 Harapan ke, Klinik 1 Bersatu ke, tidak ada apa. Maafii musykilah, ini, apa?
YB ADUN (Kerajaan): Klinik Komuniti.
Klinik Komuniti dan sebagainya, tak kesah apa gambaran slogan, tajuk ini diberikan klinik kepada ini. Tetapi yang paling pentingnya dalam keadaan ekonomi beginilah, perlu wujudnya agensi-agensi yang boleh absorb, agensi-agensi yang boleh mengurangkan, meringankan bebanan orang-orang kampung, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman ini.
Jadi, Timbalan Speaker, saya juga ingin memberi pandangan sedikit tentang dress code, tatacara berpakaian di pejabat-pejabat kerajaan. Saya rasa perkara ini amat penting, kerana ini juga merupakan satu cerminan kebersihan terutamanya kepada orang Islam. Ini pengalaman saya sendiri. Ya bila masuk di pejabat kerajaan, tak perlu saya sebut di kawasan mana, ada yang kadang-kadang berpakaian seluar pendek, selipar, perempuan pakai seluar pendek tuan-tuan, saya iman saya bukanlah kuat saya. Kalau iman saya macam ADUN Labu,
lain, macam ADUN Klawang, iman dia tinggi, ya. Nasib baik tak jumpo waktu malam. Jadi perkara-perkara begini saya rasa, Timbalan Speaker, kerajaan harus melihat ini. Nampak kecik, tetapi aturan pakaian ini sebenarnya menggambarkan kita jugak.
Yang Berhormat Senaling, satu minit lagi.
Bagilah saya ruang.
Pendek sikit.
Pendek sikit ya.
Gulung, gulung.
Terima kasih Timbalan Speaker, jadi saya harap kerajaan dapat melihat perkara ini dengan lebih objektif. Seterusnya saya ingin juga merayu kepada sekretariat sidang Dewan ini agar keputusan-keputusan kerajaan, yang diputuskan oleh EXCO, yang diputuskan oleh Menteri Besar kita, disampaikan kepada ketua-ketua jabatan di peringkat daerah. Kerana saya lihatkan ada cabutan-cabutan yang sepatutnya dibuat, mesej-mesej yang telah diputuskan dalam sidang Dewan ini tidak sampai di bawah, di peringkat daerahnya, dan ini berlaku celaru, kecelaruan apabila MPKK kadang kala mereka sendiri tidak faham tentang arahan dan peraturan ini.
Saya juga ingin menyatakan di sini satu perkara yang saya rasa patut di-adrress ataupun diambil maklum oleh Kerajaan Negeri. Baru-baru ini saya nak bukak akaun pusat khidmat saya. Akaun pusat khidmat. Bila nak bukak, pihak bank menyatakan, Dato’ Akaun Pusat Khidmat ADUN Senaling ni dah bukak. Saya tanya dia, YB mana pulak yang dah bukak di DUN Senaling, saya rasa saya wakil rakyat di Senaling. Saya bukak tengok, tengok Pusat Khidmat DUN Senaling dah dibukak. Jadi saya rasa, perkara begini harus dielakkan, saya takut nanti masuk duit banyak masuk dalam, dalam saya punya, saya pulak kena amla. Dan ianya telah berlaku pun Yang Berhormat Timbalan Speaker, kepada ADUN Johol. Tiba-tiba sudah ada pulak 30 – 40,000.00 dalam akaun beliau. Sedangkan ianya bukan, bukan merupakan, ianya merupakan
akaun Penyelaras DUN Johol. Tapi nampak mudah, tetapi ini telah berlaku kepada DUN Johol dan telah berlaku kepada saya. Saya duit belum masuk lagilah. Saya harap kalau masuk nanti, silap-silap saya tak pulangkan doh. Jadi perkara-perkara begini nampak kecil, tapi ianya menggambarkan pentadbiran kita. Saya cakap siapa pulak ni, saya menang pilihan raya itu hari, kalau dia nak menang jadi YB, tunggulah 5 tahun lagi. Jadi, bank manager pun pening. Saya pun tak tahu. Saya harap diambil tindakan perkara ini kerana ianya menyukarkan ADUN-ADUN BN untuk bukak akaun.
Jadi, Timbalan Speaker, saya tidak ingin berucap panjang, setakat ingin melontarkan sepertimana yang telah saya nyatakan. Saya akur dengan pandangan ataupun nasihat Timbalan Speaker untuk berucap dalam masa 20 minit sahaja, memandangkan keadaan pun telah malam. Tapi saya harap pandangan-pandangan saya tadi, akan didengar oleh kita punya pimpinan-pimpinan kita, pimpinan ADUN Sikamat agar kita seperti mana ingatan dalam surah Al-Baqarah, Allah taala tidak menutup mata hati kita, tidak menutup pandangan kita. Kita tidak boleh jadi pemimpin yang ada mata tapi tidak memandang, ada telinga tapi tuli, khatamallaahu ‘alaa quluubihim wa ‘alaa sam ‘ihim, wa ‘alaa ‘absaarihim, dalam surah Al-Baqarah. Saya faham Timbalan Speaker tak tahu, Allah telah mengunci mata hati kita, janganlah Allah pendengaran kita pun dikunci, penglihatan mereka telah tertutup.
Dan saya harap pemimpin yang ada kat sini, dan saya amat percaya dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat daripada ADUN Sikamat, mereka dipilih menatang amanah ini, daripada perspektif ayat yang saya baca ini, dan tidak akan menutup pandangan mata hati mahu juga mata, telinganya kepada apa permasalahan yang berlaku sekarang di negara kita, terutamanya melibatkan keadaan ekonomi negara kita.
Terima kasih Timbalan Speaker, saya mohon mencadang usul yang telah dibentangkan oleh ADUN Sikamat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Senaling. Ada yang lagi nak bahas? Seri Menanti? Seri Menanti mahu muncul?
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Dipertua. Assalamualaikum WBT. Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, rakan-rakan Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Pertamanya saya nak ucapkan ter, berbanyak terima, berbanyak tahniah dan terima kasih, tahniah kepada, terutamanya kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana telah membentangkan bajet yang begitu punya baik ya, meningkat daripada tahun lepas kepada 430.0 juta. Tahniah dan syabas. Ada desas desus mengatakan tak naik ya, ataupun lebih kurang macam dulu saja. Tapi nampak dia ya, peningkatan ini menunjukkan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat ya, ADUN Sikamat mampu ya, untuk mengetuai ataupun menerajui Negeri Sembilan nilah. Tahniah dan syabas.
Dan, Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih jugak ya, dalam bajet kita semalam, iaitu bantuan one off ya, kepada ibu tunggal. Sebab kawasan saya di Seri Menanti ini, ramai ibu tunggal. Ada ibu tunggal tu, ya, Dato’ Yang Dipertua ya, ada ibu tunggal tu dia apa ni, perlu dibantu, sebab apa, sebab anak-anak dia ramai yang belajar. Anak-anak dia ramai yang dah belajar, saya dah rujuklah ya, kepada EXCO apa ni, EXCO kebajikan, daripada EXCO Bukit Kepayang penggal lepas, ataupun persidangan yang lepas, saya bagitau ya, tentang ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Dan saya bagitau jugak ya, kepada Pengarah JKM ya, tentang apa yang berlaku di kawasan, saya bagitau JKM tentang apa yang berlaku di kawasan saya. Nampak dia, Pengarah JKM, bila pembangkang tanya, dia angguk saja ya, mengangguk saja, beria-ia macam nak nolong, tapi sampai sekarang pun ya, tak timbul ya, tak muncul-muncul.
Dato’ Yang Dipertua, saya merujuk kepada satu kes iaitu ibu tunggal ni yang mempunyai pendapatan lebih daripada garis yang ditetapkan. Dan yang, yang saya fikir, ia perlu budi bicara, sama ada EXCO ataupun Pengarah, sebab apa, sebab anak dia ni 4 orang lela, 4 orang, 4-4 orang belajar. Seorang di, 2 orang di universiti, dan 2 orang di, di apa ni, sekolah berasrama penuh dan luar daripada Negeri Sembilan, satu di Kelantan, seorang di Terengganu, seorang di Ipoh, seorang di Johor. Bayangkanlah seorang ibu tunggal yang pendapatan dia …..
[Tidak dapat dirakam berikutan alat pembesar suara tidak diaktifkan]
Tahu, saya mengenali saya punya rakyat saya, sebab tu saya tak tergugat di kawasan saya. Dan ini perlu dibantu ya. Saya hantar surat untuk bantuan sebab EXCO kebajikan ya, Bukit Kepayang, dia berjanji dengan saya ya, untuk buka pintu ya, ataupun berjumpa beliau. Saya hantar surat, dan saya harapkan perkara ini ya, dapat perhatian dan pertimbangan ya, sepenuhnya. Sebab saya
fikirkan memang kalau kita sendiri berpendapatan yang sebegitu pun, kita pun hampir kata tak mampu untuk menyara 4 orang anak kita yang berada di sekolah dan jugak dia berada di, apa ni, institut, institusi pengajian tinggi.
Dan terima kasih jugak sebab Kerajaan Negeri telah meningkatkan kita punya elaun Bilal, Siak dan jugak pembantu wanita kita, Siak wanita kita, Bilal wanita ya. Dan kita harapkan ia dapat mengimarahkan lagi ya, kita punya masjid kita.
Dan saya mencadangkan ya, kepada Kerajaan Negeri dalam pembangunan ataupun dalam kenaikan taraf jalan ya, luar, luar bandar ini, agar dapat melebarkan lagi jalan-jalan yang sedia ada. Jalan-jalan yang sedia ini 9 kaki ataupun 11 kaki ya, lebar dia. Tak muek untuk kereta berselisih ya. Di kawasan kampung ni, kalau kita masuk kampung berselisih je, sebuah kereta ya, kena beronti, bayangkanlah ya, kalau jalan tu di tepi sawah ya, di dalam sawah jalan tu ya. Mana mereka nak berhenti. Jadi, dalam kerancakan kita membangunkan luar bandar ni, jalan-jalan kampung ni kita beri perhatian.
Saya melihat hanya ya, beberapa, 1.5 juta saja untuk meningkatkan jalan kampung ni, yang kita peruntukkan. Jadi, kalau boleh ya, untuk tahun-tahun yang akan datang ni kita tambah lagi, supaya ya, jalan kampung ini dapat kita beri perhatian sepenuhnya untuk me, mengeluarkan hasil-hasil, ataupun hasil komoditi kampung. Kalau kita tengok pulak sekarang ni, memang tak sejajar sebab apa, hasil komoditi yang, yang dah disebut-sebut tu, harga yang tidak, tidak apa, tidak, yang harga telah jatuh. Dan tidak dapat membantu ya, kita punya orang kampung sama ada harga getah ataupun harga kelapa sawit. Dan saya harapkan jugak dalam kejatuhan komoditi ini, kita Kerajaan Negeri ya, terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapek bantu terus ya, kepada mereka-mereka ini ya, mereka-mereka kampung ni. Sebab kita tengok kadang-kadang tu ya, ibu-ibu tunggal untuk menyara anak-anak dia, ataupun keluarga-keluarga miskin yang untuk, untuk me, membesarkan anak-anak mereka ini ya, mereka bergantung kepada pendapatan menoreh getah ya, dan jugak ya, sawit. Kalau di Seri Menanti tu, sawit agak kurang sikitlah. Tapi getah ni adalah ya, punca pendapatan mereka.
Jadi dengan harga getah yang turun, harga getah yang teruk sekarang ni, ia perlu perhatian kerajaan ya, terutamanya Kerajaan Negeri terus ya, diberi bantuan kepada mereka ini. Dan saya harap jugak ya, JKM akan ambil perhatian, akan tambah lagi, bantuan-bantuan, bukan, bukan untuk memotong ya, bantuan-bantuan ini, yang saya lihat pegawai-pegawai datang ya, ke kampung-kampung lihat, buat check
balik ya, kebanyakan yang di-interview ataupun yang ditemu duga semula ya, yang mereka-mereka ini dipotong ya. Jadi mintaklah EXCO apa ni, kebajikan, sila ambil perhatian tentang hal ini. Biarlah ramai, kita ada duit lagi, kita ada lebihan, tahun ini kita punya tunai ya, bertambah lagi pada tahun, tahun lepas. Jadi ini menunjukkan kita ada duit lagi, cukup lagi ya, untuk membantu orang miskin terutamanya di kampung-kampung ini.
Pengangkutan awam. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, pengangkutan awam ini, terutamanya di kawasan Seri Menanti yang tiada pengangkutan awan, awam dari dulu lagi. Saya harapkan ia akan menjadi perhatian ya, kepada, akan, Kerajaan Negeri akan ambil perhatian ya, kepada ketiadaan ya, pengangkutan awam di kawasan-kawasan pedalaman. Kalau di tempat saya ya, di kawasan Gunung Pasir, Seri Menanti, walaupun Seri Menanti tu dinamakan bandar, Bandar Diraja, tapi tak ada pengangkutan awam terutamanya bas dan jugak ke Kampung Talang yang tak ada bas, yang menyusahkan terutamanya kepada pelajar-pelajar, Dato’ Yang Dipertua ya, pelajar-pelajar kita nak pergi sekolah, susah pagi-pagi ya. Pernah satu ketika dulu, galak kalilah, bukan satu kali berlaku kemalangan, galak kali berlaku kemalangan sebab anak-anak kita dibenarkan oleh ibu bapa mereka untuk bawak kenderaan motosikal ya, pergi ke sekolah. Dan tanpa helmet dan apa ni, dan naik 2 – 3 orang ya, ateh motosikal. Dan akhirnya berlaku kemalangan, pernah ya, satu ketika dulu mati sampai 3 orang ya, satu motosikal dan kerana apa, kerana mereka tak ada kenderaan awam untuk pergi sekolah. Jadi kalaulah ada kenderaan awam, tentunya kita dapat selamatkan ya, nyawa mereka yang cukup berharga ya, dan ini tersangat ya, mendukacitakan.
Dan saya harap ya, dalam kita melihat tadi, ada peruntukan-peruntukan ya, yang kita peruntukkan untuk pengangkutan awam, saya berharap kepada Yang Amat Berhormat ya, ADUN Sikamat supaya memberikan perhatian jugak, di kawasan DUN Seri Menanti ini.
Dan saya juga menyambunglah ya, ataupun menyuarakan jugak ya, tentang ketidakpuashatian rakyat ya, orang-orang kampung terutamanya ya, kepada jalan raya – jalan raya sama ada jalan-jalan Federal ataupun, ataupun jalan-jalan State di kawasan saya tu yang rumput dia, yang diperkatakan kawan-kawan saya tadi, yang cukup tinggi. Dan lebih, lebih tinggi daripada semak yang di belakang dia. Jadi, saya harapkan supaya jalan-jalan ini diberikan perhatian ya, dibersihkan supaya rumput-rumput ini ya, akan dijaga, diselenggara dengan baik. Dan ini jugak ya, akan membantu kita terutamanya di Seri Menanti tu, industri pelancongan ya, yang menjadi, ia tarikan kepada pelancong-pelancong luar dan pelancong dalam negeri. Dan kalau kita
lihat, dia lihat somak je, jadi macam mana dia nak ngatakan ya kawasan kita ni, negeri kita ni sebuah ya, negeri yang cantik.
Satu lagi rintihan, walaupun ramai Dato’-Dato’ Adat bagitahu saya, terima kasih kepada Kerajaan Negeri ya, sebab menik, menaikkan apa ni, elaun mereka tetapi ya, di kawasan Luak Ulu Muar itu, Yang Berhormat Dato’ Speaker, di kawasan Luak Ulu Muar apa ni, dia perlukan sebuah balai adat. Balai adat ataupun balai adat untuk Luak Tanah Mengandung ya, Luak Tanah Mengandung yang tak ada, tak ada dia punya balai dia ya. Luak Tanah Mengandung ini ya, dia punya Dato’ Penghulu dia adalah apa ni, Dato’ Muar ya, Dato’ Muar. Dan sekarang ni dia tak ada balai adat dia. Dato’ Muar ni sebenarnya peranan dia penting dalam, dalam struktur di Istana ya, dalam, di Istana dia cukup penting ya, Dato’ Muar ni. dan dia tak ada balai adat.
Jadi saya harapkan di dalam Dewan yang mulia ini, merayu kepada Yang Berhormat ya, ADUN Sikamat supaya jugak memberikan perhatian ya, kepada pembinaan kita punya balai adat ni ya. Kita ada tanah lagi ya, di kawasan Terachi tu ya, yang kosong, yang boleh kita bangunkan untuk pembinaan balai adat. Dan inilah ya yang dipohon ataupun yang diminta oleh apa tu, oleh Dato’-Dato’ Adat atau Dato’-Dato’ Lembaga.
Dato’ Yang Dipertua, di samping, di samping apa tadi, balai-balai adat tadi, di samping balai-balai, balai adat tadi Dato’ Yang Dipertua, ada lagi ya, beberapa perkara terutamanya apa ni, perhatian kita ya, perhatian kita kepada perkampungan Orang Asli ya. Beberapa ni saya ada melawat ya, melawat kawasan perkampungan Orang Asli yang mana apa tu, yang perlu diberikan perhatian. Dan, dan ada jugak ya, apa ni, mereka-mereka ini yang masih ya, tinggal di tempat-tempat yang kemudahan infrastruktur dia ya, yang masih lagi kita perlu beri perhatian. Jadi, apa ni, saya harapkan ya, kita punya EXCO luar bandar ya, ADUN Labu ya, yang begitu nampak dia prihatin ya, terhadap Orang Asli, bolehlah turun sama-sama saya lopeh ni ya. Janganlah tak bagitahu pulak ADUN kawasan, bagilah ADUN, bagilah tahu ADUN kawasan. Sekurang-kurangnya boleh jugak saya belanja makan tengah hari kek kawasan saya tu ya.
Dan satu lagi iaitu Dato’ Yang Dipertua, lembah makanan. Di kawasan saya ni ya, antara jalan Kuala Pilah – Seremban, kawasan Terachi, bagi saya adalah lembah ya, makanan terutamanya produk salai. Dan saya mintak kepada Kerajaan Negeri terutamanya kepada EXCO pelancongan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat ya, Menteri Besar ya, dapat memberi perhatian ya, kepada produk-produk salai ya, di kawasan apa ni, saya tu. Dan kerana saya melihat, produk-produk ini
digemari oleh pengunjung-pengunjung luar, bukan, bukan pasaran dalaman ya, tetapi adalah daripada pengunjung-pengunjung daripada luar, orang daripada Kuala Lumpur, orang daripada Ipoh, orang daripada Melaka ya, datang untuk beli itik salai dan sebagainya.
Dan di situ jugak terdapat jugak kedai-kedai makanan yang, makanan tradisional Negeri Sembilan yang masih lagi kekal ya, ciri-ciri tradisonal dia. Jadi ramai orang luar jugak yang, yang datang untuk menjamu selera, makan makanan Negeri Sembilan yang terdapat dalam apa ni, laluan di Terachi tadi. Jadi saya harapkan ia juga menjadi sa, jadi tarikan pelancongan yang boleh kita majukan. Dan kepada Kerajaan Negeri, terutama Yang Amat Berhormat ya, Menteri Besar, dapat memberikan perhatian kepada cadangan dan permohonan saya ini ya, untuk memajukan kawasan Terachi itu sebagai lembah ya, makanan di dalam Negeri Sembilan ini.
Jadi, Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itulah ya, saya nak sampaikan. Saya tak perlu untuk 20 minit ya, untuk berucap. Cuma saya perlukan beberapa minit saja ya, untuk menyampaikan ucapan saya. Dan untuk yang akhir ni, pertama saya nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada Timbalan Dato’ Yang Dipertua ya, yang mana semalam telah pun dinaikkan, ataupun telah di-confirm-kan elaun beliau. Jadi, kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pastikan kereto ado, tadi dia merungut, dia kata tak ada kereto ya. Dan, lopeh ni pastikan, besok pastikan, hari ni patut dah kereto dah ado. Pihak urus setia pastikan ya, dan, rakan saya ni.
Dan jugak tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat kerana berjaya ya, membentangkan bajet kita yang begitu baik. Dan jugak, saya tak sebut jugak tadi tentang pelaburan. Walaupun dalam sakit-sakit, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, pelaburan sampai 2.0 bilion. Tahniah jugak ya, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dia orang yang cukup bekerja, nampak cukup komited dengan kerja yang mere, yang saya fikir Menteri Besar ni untuk penggal ni perlu diteruskan. Terima kasih. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Ada lagi? Kalau tidak, saya panggil daripada, Yang Berhormat Chuah. Lepas Chuah, Kota. Boleh ya?
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan di, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, dan barisan EXCO-nya yang menyediakan belanjawan yang prihatin. Hari ini, saya dengar banyak, banyak perkara yang melibati FELDA. Dan memang nadi keperitan haa, pen, peneroka FELDA dirasai.
Dan yang kita nak tahu, kenapa dianya berlaku. Yang Berhormat Palong ni menyalahkan kerajaan baru dan sebutkan, ini disebabkan oleh harga minyak sawit rendah dan menyusut, dan menyusahkan peneroka. Timbalan Yang Dipertua, harga minyak sawit bertolak kepada permintaan dalam senarai bursa minyak sawit, dan harganya dalam Ringgit Malaysia ataupun di Dolar Amerika. Ini adalah di luar kawalan kerajaan. Dan harga minyak sawit ini tidak dapat ditetapkan oleh sesiapa pun kerana ini adalah mengenai, mintak izin, demand versus supply. Jadi ini, hujah yang disebutkan oleh YB Palong ni, adalah kenyataan yang mengelirukan dan tidak benar. Negara China akan beli dari sesiapa saja yang jual dengan harga yang lebih murah dan bukan mengenai apa yang disebutkan, tidak membeli dari Malaysia.
Saya juga nak bangkitkan yang pengurusan FGA atau Felda Global Venture terutama pengerusinya adalah, ataupun telah memecah amanah dengan melabur di luar bidang kepakaran FELDA seperti dalam business hotel. Pendekar Acheh pulak nak melabur di Indonesia, akibatnya peneroka menderita. Ini adalah seperti yang kita sebutkan, harapkan pagar, pagar makan padi.
Kerajaan baru di bawah Menteri Besar melalui EXCO, YB Ampangan pun sedang menyediakan master plan untuk pembangunan setiap daerah di Negeri Sembilan. Mudah-mudahan tidak lama lagi Yang Berhormat Ampangan akan mengumumkan master plan yang diusahakan beliau. Ini akan me, nambahkan peluang kerja untuk semua rakyat di semua daerah. Di samping itu, kerajaan baru juga ada tabung usahawan untuk belia dan wanita, tambang bas, bantuan tambang bas, bantuan JKM, ibu tunggal dan lain-lain.
Seperti apa yang dicadangkan oleh YB Senaling, harga telur agak menggalakkan dan harga telur adalah harga yang tinggi sekarang, sudah pasti penternakan ayam atau kambing di ladang FELDA akan memberikan keuntungan yang bagus. Ini, kalau mengambil penternakan ayam, yang menghasilkan telur, ini akan membantu peneroka FELDA untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Timbalan Yang Dipertua, YB Serting jugak bandingkan kawasan Negeri Sembilan dengan Temerloh, katanya kawasan Negeri Sembilan kecil.
Tetapi di, beliau jugak menunjukkan kehebatan pencapaian kerajaan lama. Yang saya dapat tahu, hasil pendapatan atau perbelanjaan, perbelanjawan pun belum pasti boleh menang kawasan seperti Sepang di Selangor. Maka itu, kita harus berusaha dan kerja lebih kuat. Jangan syok sendiri saja. Kerajaan baru cuma 7 bulan memerintah, siapa lebih hebat belum tahu lagi. Kalau MVV 2.0 ni, lebih hebat dari MVV, sudah tentu kerajaan baru akan mendahului prestasi kerajaan lama. Timbalan Yang Dipertua, untuk pengetahuan YB Serting jugak, kerajaan baru ini tiada Klinik 1Malaysia lagi, kini cuma ada Klinik Komuniti.
Dan menyentuh pembentangan belanjawan Negeri Sembilan tahun 2019, oleh MB, tahniah kepada semua kakitangan kerajaan baru kerana akan dapat bantuan kewangan khas satu bulan gaji atau minima 2,000.00 yang akan dibayar dalam 2 ansuran. Ansuran yang pertama, akan meringankan beban perbelanjawan, perbelanjaan anak masuk sekolah. Dan ansuran yang kedua, yang akan dibayar menjelang Aidilfitri, ini juga akan meringankan beban mereka. Peruntukan sebanyak 10,5 [10.5] juta diperuntukkan untuk tujuan ini menunjukkan betapanya sayang Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan kepada penjawat awam.
Selain dari itu, Pengerusi MPKK Negeri Sembilan akan tambahan sebanyak 400.00 ringgit sebulan, menjadikan elaun bulanan sebanyak 900.00 ringgit sebulan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mengambil berat tentang MPKK. Dan saya mewakili mereka untuk merakamkan ribuan terima kasih.
Selain dari itu, hal ehwal bukan Islam akan dapat Ringgit Malaysia 1,5 [1.5] juta. Dan kalau tidak salah saya ini adalah kali pertama yang mereka dapat. Dan syabas kerana ini pun menunjukkan bahawa kerajaan baru ini sayang kepada semua kaum dan tidak mengirakan agama ataupun bangsa.
Untuk peruntukan pencahayaan sebanyak 2.0 juta, mohon agar di jalan utama, pekan dan jeti mendapat pencahayaan yang mencukupi. Saya sebagai seorang ADUN yang baru, terperanjat bila melihat keadaan di jeti terutama di DUN Chuah yang memang dalam keadaan tidak baik. Dan saya mohon agar kerajaan baru ini, akan memastikan bahawa pencahayaan yang mencukupi diadakan di semua tempat yang disebut tadi.
Untuk kerajaan yang baru ni, saya juga nak sentuh beberapa perkara seperti banjir. Saya mohon agar sungai-sungai dan parit-parit wajib dan harus dibersihkan mengikut jadual, dan tidak sesuka hati.
Penyelenggaraan atau maintenance jalan, rumput diusahakan mengikut jadual jugak. Keselamatan jalan dan ciri-ciri kelas, keselamatan ini pun penting. Penghalang jalan di depan semua sekolah, masjid dan tempat orang ramai harus dibinakan. Umpamanya, jalan Lukut ke Sepang, yang akan dijadikan jalan 4 lane, mohon sebuah jambatan didirikan depan Sekolah Menengah Tanah Merah dan juga di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil supaya murid-murid sekolah dapat melintas jalan dengan selamat.
Bekalan air jugak, paip sering bocor dan banyak aduan diterima di DUN Chuah, dan banyak lagi tempat di Teluk Kemang. SAINS telah mengambil kadar tindak balas yang baik dan segera. Terima kasih atas usaha SAINS dan tindakan harus diambil oleh kerajaan untuk menukarkan paip secepat mungkin.
Jabatan Kebajikan Malaysia. Kadar tindak balas agak bagus. Mangsa banjir kilat di DUN Chuah merakamkan terima kasih kerana dapat tindak balas yang cepat dan mereka menghargai apa ni, pemberian barang-barang bantuan. Di samping itu, pegawai JKM juga datang membantu di Pusat Khidmat DUN. Terima kasih terutama untuk EXCO, YB Kepayang.
Jalur lebar agak penting sekarang dan saya mohon agar Telekom akan dapat mengadakan UniFi di seluruh DUN Chuah. Yang terakhir, rumah mampu beli. Saya ingat men, mengingatkan lagi, 100 unit di depan Ladang Tanah Merah yang dikhaskan untuk pekerja Ladang Tanah Merah yang diusahakan 5 tahun yang lalu, tetapi pem, pembinaan tersebut berhenti akhir tahun 2017. Saya mohon agar EXCO yang berkenalan dapat mempercepatkan persiapan 100 unit rumah mampu beli ini. Sekian saja, terima kasih dan saya sokong usul.
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Saya persilakan Yang Berhormat Kota.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat; Menteri Besar Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan, tuan-tuan puan-puan Ketua-Ketua Jabatan yang dihormati sekalian.
Pertama, saya ambil kesempatan ini nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan usul Rang Undang-Undang
Perbekalan tahun 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat pada hari semalam.
Rata-rata daripada rakan-rakan, saya lihat kita memuji ya, atas kejayaan Kerajaan Negeri membentang satu bajet yang seimbang, 430.0 juta. Meningkat daripada tahun yang lepas. Dan ini merupakan peningkatan yang ketiga tahun berturut-turut. Ini memberi gambaran bahawa kita ke arah yang baik, iaitu satu, walaupun berimbang, tapi jumlah peruntukan yang disediakan juga meningkat. Dan ini tentunya saya ingin mengambil kesempatan ni, nak ucap tahniah dulu jugak kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana berjaya membentangkan bajet sebegini rupa. Dan saya taknaklah sentuh yang dah disentuh oleh rakan-rakan semua. Kita ada yang sokong, bahkan ADUN Rantau pun memberikan sokongan. Ada jugak yang sokong tapi ada yang rasa macam marah sikit lah, yang tak puas hati, ada, kawan-kawan jugak. Tapi semuanya adalah untuk kebaikan kita, kebaikan rakyat. Dan yang paling penting ialah kita sama-sama berbincang di sini untuk memastikan bajet ini dapat kita nikmati.
Saya taknak cerita pasal retoriklah, kerajaan dulu, kerajaan sekarang. Tapi yang saya nampak ialah kesinambungan untuk kebaikan. Yang baik kita teruskan, yang tak baiknya kita mesti jadikan sempadan. Yang paling penting kerajaan, sesebuah kerajaan memberikan penekanan untuk membantu rakyat apa sekalipun.
Dan saya hanya banyak akan menyentuh kawasan saya sendiri. Pertama, sebagai kawasan Dewan Undangan Negeri Kota ni, boleh dikatakan majoritinya masyarakat orang Melayu 85%, selebih tu terdiri daripada orang India dan jugak orang Cina, di mana kehidupan di sini amat harmoni. Daripada 85% orang Melayu tadi, dan jugak 15% bukan Melayu, terdapat beberapa kumpulan. Antaranya, yang paling ramai ialah warga emas dan jugak orang ibu-ibu tunggal, bapak tunggal yang memang selama ini mereka ni tidak menunjukkan kesusahan tapi mereka sebenar susah.
Saya nak ucap terima kasih jugak kepada ADUN Bukit Kepayang kerana banyak ya, seterus memberikan bantuan JKM kepada ibu-ibu tunggal ini. Dan dengan bajet yang baru ni, saya tak sabar-sabar lagi nak balik, nak beritahu kawasan saya supaya mereka mengambil peluang bantuan one off yang dijanjikan supaya mereka merasakan bahawa mereka dihargai, dibelai, dan jugak diberikan bantuan. Ini tentunya memerlukan satu logistik yang baik. Dan sebagai ADUN kawasan, saya akan bantu dengan cara memanjangkan apa yang di, kita cadangkan di sini supaya ramai ibu tunggal ni dapat kita ban, dapat kita bantu one off, sebagaimana dinyatakan tadi.
Cuma satu harapan saya, di samping itu, diharapkan bantuan-bantuan yang kita panjangkan kepada masyarakat luar bandar, seperti kawasan saya ni, kalau boleh tidak terhenti di sana. Kalaulah katakan ada lagi yang saya perlu mintak bantuan, saya berharap Yang Amat Berhormat Sikamat dapat jugak membantu walau apa jenis sekalipun.
Di Kota ni tak banyak permasalahan. Rata-rata kawasan adalah kawasan pertanian. Saya, bila tengok bajet yang dibentangkan itu, banyak peratusan daripada bajet itu jugak ada menyentuh tentang pertanian. Jadi, di sini saya berharap jabatan ataupun agensi yang menyentuh, menggunakan kesempatan ini supaya majukan kawasan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kota ini, terutama dalam sektor pertanian sama ada jagung-nya, padi-nya, ataupun yang paling pentingnya sektor yang baru iaitu nanas-nya supaya dapat dijadikan sektor yang mendatangkan kebaikan dan jugak pendapatan bagi masyarakat di kawasan saya.
Yang kedunya, tentunya saya nak menyentuh jugak tentang pelancongan. Saya dah baca ucapan, teks ucapan Yang Amat Berhormat MB, saya dapati pelancongan, walaupun tak menyebut kawasan saya, tapi saya yakin di peringkat agensi nanti, mintak dimasukkan jugak beberapa kawasan, kawasan saya sendiri, yang menyentuh tentang pelancongan. Terutamanya pelancongan di Gunung Datuk, pelancongan di Replika Raja Melewar, pelancongan melihat, ni pernah saya sentuh di Dewan yang mulia ini, iaitu kelip-kelip, supaya kita boleh menarik lebih ramai pelancong. Dan ini akan mendatangkan hasil kepada masyarakat.
Apa yang saya sentuh di sini ialah dengan adanya sektor pelancongan ini, saya yakin masyarakat tempatan akan menikmati lebihan dagangan ekonomi yang kita dapat dari sektor pelancongan ini. Ini termasuk jugak dengan apa jenis pelancongan yang ada seperti mandi air panas. Walaupun kita ada mandi air panas di, di Pedas, tapi masuknya kena bayar ya, kena bayar. Tapi di, kami ada, di Kota ni ada satu kawasan mandi air panas, yang saya ingat boleh dimajukan. Saya tahu bahawa tuan tanah tu tak bagi buat benda yang permanent ataupun kekal, tetapi kalau di-upgrade kawasan tersebut supaya ramai lagi ya, boleh katakan tiap malam sampai pukul 1:00, pukul 2:00 pagi masih ramai yang akan berada di kolam air panas Chengkau ini ya. Kolam air panas Chengkau sebagai tempat riadah secara percuma. Dan saya harap kalau keadaan itu yang baik, bolehlah orang datang berniaga jugak di kawasan tersebut.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, yang ketiganya tentunya saya menyentuh perkara yang berkaitan dengan perkara yang dah lama ya, berlaku di kawasan saya iaitu kawasan yang bersempadanan dengan Melaka. Saya ada 2 kawasan yang bersempadan dengan Melaka, satu di Kendong dan satu lagi di Lubok China. Dan saya lihat di Lubok China ni, kita dulu ada satu dataran yang kita panggil Dataran Dato’ Shahbandar di Lubok China itu. Walaupun semasa zaman Barisan Nasional hari itu pun tak bergerak, saya tak, tak, tak malulah mengaku, tak bergerak. Kita bagi kepada beberapa orang untuk majukan, tapi masih tak bergerak. Tapi saya mintaklah kepada kerajaan baru ni, kalau boleh Dataran Dato’ Shahbandar ni dipertingkatkan. Dia di bawah Majlis Daerah Rembau. Pastikan mereka dapat memajukan.
Saya kadang-kadang, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, ajak kawan-kawan, jom makan malam nia. Dia bukan ajak saya ke Dataran Shahbandar ke, atau ke Kendong ke, dia ajak saya ke Melaka. Baru-baru ni saya jumpa kepimpinan di peringkat Dewan Undangan Negeri saya, akhirnya buat makan dekat ni, pengkalan di Sungai Baru. Orang Sungai Baru yang untung. Tapi saya yang belanja. Jadi saya katakan kenapa kita mesti makan di luar, kerana di tempat kita tak ada ya. Jadi saya harapkan, saya nak ambil peluang ya, sebab ini bajet pertama, kalau boleh Dataran Shahbandar tu kita jadikan kawasan yang boleh mendatangkan tempat riadah untuk sekurang-kurangnya menikmati makanan.
Dia ada beberapa isu Timbalan Yang Dipertua. Pertama, kadang-kadang kawasan tu nak parking susah. Jadi orang nak datang pun susah. Bila susah orang datang, akhirnya orang berniaga pun tutup. Yang kedua, mungkin masakannya mungkin tak sodaplah ya. Kalau makan sedap, saya ingat susah parking pun orang datang ya. Jadi kita pastikan kita dapat mencari pengusaha. Tak kesahlah, dulu masa, sebelum pilihan raya, kita bahkan, bagitahu kepada masyarakat, siapa yang ada idea boleh bangunkan Dataran Shahbandar ini, ambil sekurang-kurangnya kita bagi setahun percuma, tak payah bayar apa, tak payah bayar apa tu, apa, dia punya sewa. Tapi tetap jugak tak berjaya. Jadi saya rasa sedihlah sebab kawasan tu walaupun isu masalah sempadan dengan Negeri, sempadan dengan tanah dengan Melaka, tak apa. Tapi yang penting saya harap kawasan tu boleh mendatangkan, menjanakan ekonomi kepada masyarakat saya.
Yang keempat ya, yang boleh saya kongsi sama hari ini ialah, masalah ialah banjir ya. Di Kota ni tak banyak lagi kawasan yang ada masalah banjir. Tetapi banjir yang berlaku di Lubok China tu, biasa. Dia berbeza, Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat, orang yang biasa menghadapi banjir ni, dia tak pernah ada masalah. Dia tahu apa nak
buat, dia keluarkan barang dia, dia letak tilam di luar dan sebagainya. Tapi yang selalu masalah ni timbul ialah apabila banjir tu berlaku di luar kawasan yang biasa berlaku banjir. Contohnya pernah berlaku banjir di Kampung Batu. Dan baru-baru ni banjir di Legong Ulu ya.
Saya bersama dengan Pengerusi ya, MPKK, bukan pengerusi Ketua Kampung, MPKK sendiri, berhubung, saya berhubung dengan beliau, tanya apa khabar keadaan banjir di situ, dan dia katakan banjir kali ni agak luas ya. Mungkin disebabkan banjir kilat yang berlaku dan saya mintak peruntukan yang kita bagi ya, kepada JPS ni, sekurang-kurangnya beri perhatian kepada kawasan ni. Saya ingat kawasan ni kalau kita tak tangani, hari demi hari, tahun demi harun, tahun, keadaan anak-anak air di sana akan jadi sebun dan mudah banjir, akhirnya masuk ke rumah orang. Jadi, saya harap jasa baik daripada JPS ya, di bawah, di bawah ini, untuk memastikan banjir kilat ya, saya tak kata banjir besar ya, saya kata banjir kilat yang berlaku di Legong Ulu ni dapat kita minima. Saya ucap terima kasih jugak kepada JPS ya, dulu dia dah buat longkang, longkang tu kecik dah dibesarkan. Tapi masih berlaku, maknanya kita tak boleh berhenti, kita kena usaha sehingga isu ni kita dapat bantu masyarakat di sana.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya jugak nak berkongsilah bersama dengan Dewan yang mulia ini, iaitu beberapa perkaralah. Tadi masalah, ni saya nak berkongsi. Iaitu isu yang hari ini kita sedihlah ya, dengan peristiwa yang berlaku terhadap Muhammad Adib bin Kassim ni. Satu peristiwa yang membimbangkan kita sebenarnya ya. Saya nak bagitau kepada ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan puan-puan dalam Dewan yang mulia ini, kawasan saya, saya ada satu pekan kecil yang dipanggil Pekan Kota. Di sana yang berniaga 99% adalah masyarakat orang Cina. Sekeliling tu, kampung tu, semua orang Melayu. Semua orang Melayu. Tetapi keharmonian yang wujud di, di kalangan masyarakat yang saya tinggal ini, ya, saya tinggal dari kecik, saya ada seorang Cina yang bela saya ya. Lepas tu kadang-kadang bahasa Cina faham sikitlah ya, hari ni saya ecah rahsialah. Tapi, saya tak pernah cakap ya, but I know ya, saya faham. Adik saya, 3 orang sekolah Cina, Sekolah Pei Teck di Kota tu, adik bersekolah di sana. Saya je tak ada peluang belajar sekolah Cina di apa, di Sekolah Pei Teck. Saya jugak ada seorang India, kawan. Dia berniaga sebelah rumah saya, di atas tanah mak saya.
Dan keharmonian yang wujud ini, sepatutnya dijadikan sebagai rujukan. Tak ada masalah. Kita, ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, kita tak ada masalah. Tapi as a leaders, dengan izin Yang Berhomat Timbalan Yang Dipertua, kita kena tunjukkan kita boleh berselisih faham tentang cara mentadbir, tapi kita
tidak boleh langsung menggadaikan perpaduan. Kita tak boleh. Saya banyak kali, waktu program, yelah kalau dulu KRT lah kan, sekarang masih lagi KRT kan? Kawasan Rukun Tetangga. Saya dapati, selalu saya nyatakan bahawa di Kota ni kita belum pernah ada berlaku sekali pun rusuhan kaum, gaduh ada. Gaduh saya tak nafikan, ada, gaduh antara orang Melayu dengan orang India, bergaduh antara orang Melayu dengan orang Cina, Cina dengan India. Bergaduh ada, tapi bukan isu perkauman, isu dia, masalah mereka, tak tahulah, ada pinjam duit. India dengan India pun ada. Masa kuil di Legong Jaya tu, jawatankuasa datang jumpa saya, pagi, petang kang, tengah hari kang, satu jawatankuasa baru sampai. Haa jawatankuasa tadi tak guna, dia yang berguna. Bila dapat tahu saya dah datang dia, apa, datang balik jumpa saya petang pulak, kata yang tengah hari tak guna, kami yang lebih guna. Bila check rupanya, isu dia bukan perkauman ya, bukan pergaduhan bias, besar, kerana pergaduhan nak ambil kunci kuil, kunci kuil, ada, kuil ni kita ada apa, kita ada sebab ni apa, ni, peti besi. Haa itu yang dia rebutkan. Jadi itu saya sebutkan itu masalah yang boleh kita tangani dan kita tangani sama-sama.
Dan apa yang berlaku ni, saya harap, bukan saya saja, tapi saya harap semualah, ahli-ahli Yang Berhormat. Kita terangkan bahawa kita boleh berbeza fahaman politik, tapi bukan bermakna kita menggadaikan pergaduhan kita. Saya harap KRT ni, dapat kita pertingkatkanlah. Semalam, semalam tak salah saya, saya tanya 850 ni apa? Apakah pergaduhan kaum atau pergaduhan biasa? Haa, 500…..
540.
540. Kalau pergaduhan kaum, membimbangkan kita. Tapi kalau pergaduhan biasa, dikategorikan pergaduhan biasa, walaupun antara kaum, tapi bukan kerana rusuhan kaum. Cukuplah yang berlaku ni, saya harap sebagai sempadan. Saya rasa bangga, Timbalan Yang Dipertua, saya hidup dalam keluarga, saya kecik dijaga oleh orang Cina, saya besar bersama dengan orang India, 3 adik beradik bersekolah di sekolah Cina. I can understand, cakap tak boleh, alright. Tapi kita rasa proud, kita rasa proud.
Kalau begitu boleh cakap bahasa India dengan Cina-lah?
India, sorry.
Cina saja?
India tak ada. Cina saja. Mintak maaflah Timbalan Yang Dipertua ya. Keadaan kan.
Saya harap yang ini kita jadi sempadan. Saya harap tanggungjawab ni bukan kami sahaja, pihak pembangkang, saya ingat pihak kerajaan lagi perlu ya, untuk menegakkan.
KRT ini perlu dibanyakkan, perlu dibanyakkan. Saya di Kota tu ada satu KRT baru. Hari itu Yang Berhormat Veerapan ke, yang datang, ataupun, saya tak tahu ya Yang Berhormat yang mana datang ke Legong. Nilai? Dia datang. Orang India jadi pengerusi dia, saya yang melantik orang India ni. Saya katakan kawasan ni orang India, saya nak you tubuh KRT, dan you jadi pengerusi. Kerana apa? Kerana itu yang kita nak. Dan orang Melayu duduk sebagai Timbalan. Jadi, kita tak pernah ada masalah. Jadi saya harap, cukuplah tahun 1969 tu, sempadan kita. Tapi yang berlaku ni kita jadikan sempadan untuk masa yang akan datang.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, haa tu, kongsi bersama dengan Yang Berhormat. Saya jugak ada sedikit, satu permohonanlah. Kadang-kadang tak cakap di Dewan yang mulia ni, tak mohon, orang di kawasan saya marah dengan saya nanti, ya. Tapi saya tak nak mintak banyak. Saya ada satu permohonanlah, saya dah mintak semenjak dari dulu tak dapatlah. Saya dah jadi wakil rakyat 3 penggal, this is my fourth penggal, tak dapat-dapat. Tak dapat-dapat haa.
Memang tidak boleh dapat, kerana masa tu Yang Berhormat jadi Speaker, so tidak pernah soal.
Baru sekarang dapat bercakap. Dan, saya berharaplah, ini, saya bukan untuk diri saya, Yang Berhormat ya, saya mintak ni, satu dewan iaitu dewan orang ramai di Kota ni. Saya nak naik, orang kata apa, malulah, nak berhadapan dengan orang. Bilo lagi YB Dato’ nak dapek dewan ni?
Betul-betul malu sebelah sini.
Sebab itu saya mintak …..
Tukar, tukar belah sini.
Bukan begitu, tak tukar pun saya boleh mintak ya. Boleh mintak. Yang Berhormat dah macam dulu pulak kan. Saya mintak ni bukan hasrat saya, hasrat masyarakat yang hari ini masyarakat biasa banyak menggunakan dewan. Kawasan kita ada, tapi memerlukan kerjasama PTG-nya, Pejabat Daerah-nya, kawasan apa ni, ada satu rumah penghulu, tak pakai lagi ya. Ada satu balai raya lama, pun tak pakai lagi ya. Ada satu tapak badminton, buatlah dewan, ada badminton court, ya tak apa ya, saya ingat I really appreciate this-lah, dengan izin, Yang Dipertua. Saya cakap bahasa Inggeris tu, saya mintak izin Yang Berhormat ya haa, supaya jangan Yang Berhormat jangan tegur saya.
Yang Amat Berhormat dengar.
Jadi, haa ini permohonan sayalah. Rasanya rugi kalau saya tak sentuh perkara ini kalau dalam Dewan yang mulia ini. Haa itu permohonan kawasan. Saya ada jugak satu permohonan, tadi sempat saya bagitahu Yang Berhormat Ampangan, saya katakan, saya nak bawak satu apa, perkara yang menyentuh satu kawasan bersama dengan beliau.
Mintak mencelah sikit.
Sila, silakan Yang Amat Berhormat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, berhubung dengan ADUN Kota, Balai Bomba Gred D telah diluluskan. Dan inshaa Allah kita tengah uruskan untuk urusan tanah, inshaa Allah.
Itulah Yang Berhormat Kota, mintak mesti dapat.
You mesti faham apa maksudnya. Haa ini saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tadi sempat bagitahu Yang Berhormat Ampangan. Saya duduk
ni di Rasah Kemayan, saya beritahu kepada Yang Berhormat, saya kata, Rasah Kemayan ni dulu tertinggallah, YB. Sebab apa tertinggal. Dulu tak ramai orang, banyak rumah tinggal. Tapi hari ini dah ramai orang. Jadi lampu tu dulu dia pasang bagi rumah yang ada. Tapi sekarang, rumah yang orang baru masuk, dan contohnya saya baru masuk rumah tu tak ada lampu. Saya mintaklah program pencahayaan ni jangan tinggalkan Rasah Kemayan Seksyen 16. Tapi YB Rafie, dia duduk Seksyen 4 eh? YB Rafie, dia pun cakap 4,5 pun sama.
Bukan apa Yang Berhormat apa, Timbalan Yang Dipertua, sinilah saya nak mintak. Saya tak ada kuasa lain, jadi saya mintak ya, mintak supaya ni YB apa, YB Bahau dapat beri perhatian tentang lampu ni. Lampu ni sepatut dipasang oleh apa dipanggil, developer dulu, tapi mereka tak pasang ya, tapi bukan bermakna tak boleh kita pasang untuk lampu-lampu. Walaupun selang seli, tapi dapat dibantu kawasan saya.
Yang Berhormat Timbalan, saya ingat itu saja. Cuma ada satulah yang saya nak berkongsi bersama. Yang ini kalau saya tak sebut, rasa saya tak sedap hati. Iaitu tentang kita, Dewan nilah, kita, dulu saya Speaker yang, Yang Berhormat, sebab itu saya tahu. Saya tahu time management …..
Tapi Speaker tak pernah gelak pun.
Haa?
Everytime serious. Ini tengok, okay.
Saya dulu serius Yang Berhormat ya, saya serius. Saya memang orang yang serius ya. Tapi Yang Berhormat, seingat saya semasa saya dulu, kita tak pernah bila membentangkan bajet, kita membenarkan satu hari je berbahas. Walaupun saya sampai malam, saya appreciate-lah, ucap terima kasih kepada Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua, kerana bagi masa yang panjang kepada kami untuk berbahas, tetapi saya ingat besok kita sebenarnya tak banyak isu, sepatutnya dibagi ruang. Saya, bukanlah nak membela ketua jabatan ataupun wakil rakyat yang ada, tetapi saya harap, saya bab ni, saya amat setuju dengan pandangan ADUN Temiang-lah. Masa beliau dulu sebagai sebelum kerajaan, dia mintak tu, boleh dipanjangkan, dan
disokong oleh ADUN Chennah masa tu. Kalau boleh jangan 2 hari, lagi 3 hari, betul.
Thank you.
Betul. Walaupun berbeza pendapat tapi yang betul, betul ya. Saya ingat, we have to put a stop there, kita kena berhenti, kita kena bagi peluang, walaupun panjang, tapi bagilah 2 hari ya. Paling tidak 2 hari. Saya yakin, Yang Berhormat, bahawa ahli-ahli Dewan akan cuba habiskan. Kita bukan saja kesian, Yang Berhormat saya tengok alhamdulillah, muka cerah Yang Berhormat ya …..
Dia dah dapat elaun YB.
Elaun pun dah dapat.
Haa.
Elaun dah dapat. Yang Dipertua pun elaun dah dapat. Saya dulu Yang Berhormat, duduk situ sorang-sorang, pagi sampai ma, petang haa.
Tak minum air pun.
Satu minggu sudah train, train, kalau tak train saya ingat, Dewan ni terpaksa apa, berhenti berkali-kali. Saya diingat oleh Speaker dulu, dia kata, Dato’ you make sure, haa ni ayat dia ni, kalau keluar jangan lupa Cokmar bawak keluar. Kalau Cokmar tu tak keluar, you saja keluar, Dewan masih bersidang, anything can happen, dia kata. Apa-apa boleh berlaku. Jadi, tak apalah. Hari ini kita, saya ingat kita ramai hadir, saya pun dah lupa, tadi nak bagitahu, tadi kita walaupun ada yang terpaksa balik, baliklah, saya kata. Tapi I will come back. Few of us, Dato’ Samad saya panggil, Dato’ datang balik besok tak ada bahas lagi dah. Tapi saya harap, its not teguran, its pandangan. Nak kongsi bersama sebagai bekas dengan present supaya kalau boleh kita bolehlah panjang. Bila time management kalau tak dapat 20 minit, kita bagi 15 minit ke, saya ingat kita boleh selesaikan.
Jadi, akhir kata, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya tahu, saya tahu bahawa …..
Lagi ada ke Yang Berhormat?
Tak ada, tak ada point lagi.
Sekarang dah 33 minit.
Ye ke? Oh mintak maaf Yang Berhormat. Saya cadang tadi nak cakap 5 minit ja. Tapi dah, makan masa sikit, saya mintak maaf. Saya ucap terima kasih, perjalanan Dewan baik. Anything yang berlaku dalam Dewan ni, demi untuk kebaikan rakyat. Dan jugak yang paling penting saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Sikamat kerana berjaya ya membentangkan, saya tak nak pergilah satu-satu detail tu, sebab apa, besok sampai masa, saya akan mintak Yang Amat Berhormat mintak bantu, kurang-kurangnya kita tahu bahawa peruntukan tu ada. Cuma mintak seperti mana kawan-kawan lain, jangan tinggalkan kawasan Kota, Dewan Undangan Negeri Kota, kerana inilah yang akan menunjukkan kemajuan negeri kita.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT. Saya dengan itu menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya nak apa ni, daripada Mambau. Okay, Yang Berhormat Mambau silakan.
Terima kasih, tuan, Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah membentangkan belanjawan 2019 di bawah Kerajaan Negeri baru, Pakatan Harapan sebanyak Ringgit Malaysia RM430.0 juta.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya pun ingin nak mencelah sikitlah, saya memang bersetuju
dengan ADUN Kota, ADUN Temiang tadi, yang menyatakan kalau bolehlah, kalau boleh, kita memanjangkan masa persidangan Dewan pada masa yang akan datang. Memang kasihanlah kepada semua penjawat awam, ketua, pegawai dan pihak media dan ADUN-ADUN semua sekali. 12 jam sudah duduk di sini. 2 penggal saya sudah jadi wakil rakyat …..
Yang Berhormat Mambau, dulu tidak beri ruang, bising. Bagi 10 minit pun bising …..
Itulah saya cakap, sudah bagi …..
….. sudah bagi 20 minit, bagi semua orang ucap. So, ini pun bersidang ini pun …..
Tak, ini …..
….. bukan setiap hari, satu tahun 3 kali sahaja.
Tak, ini tambah hari. Itu …..
….. korbanlah masa untuk rakyat.
Maksud saya tambah hari. Itu satu tanda yang baik untuk semua orang dapat berbincang, berunding di sidang Dewan ini. Jadi, agar, tadi masa 12 jam duduk di sini. Bukan senang. Jadi, cadangan sayalah macam ni, kalau boleh memanjangkan sampaikan 4 atau sampai 5 hari. Dari pukul 10:00 pagi hingga 4:30 petang. Setuju?
Setuju.
Setuju, angkat tangan.
Itu untuk kebaikan semua orang. Macam hari ini, malam sudah pukul 9:00 dah, saya sudah 2 penggal, 10 tahun di Dewan sidang, sidang Dewan, kali pertama saya berucap, bahas dalam pukul 9:30 malam.
Kalau rasa kita ambil masa banyak, lebih, dah cukup, duduk.
Kita akan ringkaskan. Saya akan ringkaskan. Okay, saya akan ringkaskan. Okay, pertama saya ingin, tidak berse, berapa bersetujuan, bersetuju dengan apa yang ADUN Rantau yang pagi tadi, yang menyatakan bahawa tindakan ambil terhadap ni, apa ni, gerai penjaja haram. Jadi masalah ni telah berpuluh-puluh tahun. Jadi, kita kena ubah sikitlah. Jadi, kita kena cari satu penye, penyelesaian, penyelesaian untuk men, melaksanakan satu masyarakat yang baik. Macam gerai penjaja haram, sudah lama ber, bertimbul.
Pada 2 minggu yang lepas, jadi, pihak PBT memang ada menjalankan tugas mereka, kami mestilah menghormat, menghormatkan apa ni, me, kita mesti hormat penjawat awam yang menjalankan tugas. Mereka sudah datang hadir ke kawasan Mambau dan memberi notis kepada penjaja-penjaja haram sebanyak 10 gerai. Pada masa itu, hampir 2 orang, 20 orang datang ke pejabat saya. Dia kata, siapa yang, sudah, kita sudah 10 tahun sini, 20 tahun sini, siapa yang buat aduan. Saya terus cakap, saya yang buat aduan. Tak boleh lari. Mana boleh lari. Ini memang kita sentiasa ada membangkitkan di sidang Dewan ini. Bukan kita tak bersimpati ke apa, kita memang bersimpati kepada sesi, siapa pun. Kita perlu, saya pun memberitahu mereka, kami akan, kerajaan baru akan mengaturkan satu masa untuk mereka semua sekali berjumpa, berjumpa dengan berun, me, mengadakan rundingan, mencari satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka.
Jadi, memang kita, bukan kata halau, kita ada mengambil tindakan, kita menyatakan sebelum kita mengambil tindakan, kita akan mencari satu tempat yang sesuai untuk mereka yang terus berniaga. Kita tidak boleh halau mereka terus macam ni. Jadi, saya berharaplah, saya berharap kerjasama pihak PBT, YDP, boleh bekerjasama dengan ADUN kawasan semua sekali, boleh, sama-samalah cari satu jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah ni. Ubah, kita mesti mahu ubah. Pakatan Harapan sudah jadi, ubah, jadi jangan katakan kita tidak berada, tidak ada buat apa-apa perubahan. Ini, ini, bagilah sikit masa untuk kita.
Pada kali persidangan Dewan kali ni, perubahan yang pertama sekali saya tengok, sebelum ini tak pernah berlaku, iaitu ada 2 kaca tv di depan. Sebelum ini, tak ada. Dan pada hari semalam, kita adalah siaran langsung FB, FBLive, dan satu, 2 kaca tv di depan supaya dapat, saya dapat memberi penerangan, penerangan yang lebih jelas semasa membentangkan bajet 2019. Ini satu langkah yang barulah, satu langkah yang transparent, untuk kita semua tahu, untuk orang awam tahu mereka tengok FBLive, mereka tahu apa yang berlaku di dalam sidang Dewan ini.
Jadi, saya berharap, bukan sahaja pada hari, pada hari semalam, bajet, hari bajet saja. Pada masa akan datang, saya berharap pada sepanjang, kalau 4 hari bersidang, kita 4 hari sidang buat siaran langsung FBLive kepada semua orang tahu, apa yang berlaku di dalam sidang Dewan.
Jadi, perkara yang seterusnya saya ingin men, menyentuhkan tentang Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Jadi saya mengucapkan tahniahlah kepada Menteri Besar dan kerajaan ba, Kerajaan Negeri baru kerana menambah, menambah ni, 400.00 ringgit kepada setiap Pengerusi MPKK, sampai ke, menjadi 900.00 ringgit sebulan.
Jadi, ada, di samping itu, saya juga ingin merayu kepada pihak kerajaan baru supaya memberi si, sedikit, serba sedikit penjelasan. Pada bulan yang lepas, saya sudah terima aduan daripada MPKK Negeri Sembilan, kebanyakan mereka menyatakan allowance, allowance bulanan mereka telah tertangguh begitu lama. Dari bulan September, bulan Oktober sampai bulan November. Jadi 3 bulan tertangguh. Jadi saya, pada hari ini, tadi saya ta, pun sudah confirm-lah, mereka sudah dapat pada minggu lepas saja, mereka sudah dapat 3 bulan allowance. Jadi, saya ingin nak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri baru, pihak kerajaan, pihak kerajaan baru, apa yang terjadi kepada kejadian macam ni boleh berlaku. Memang, memang ada kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Jadi saya mintak satu penjelasanlah, penjelasan saja.
Jadi kedua ialah, cadangan membagi pen, peruntukan 10,000.00 kepada setiap MPKK pada beberapa bulan yang lepas. Adakah ini akan dilaksanakan? Saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan juga.
Seterusnya, saya ingin men, menyentuh terhadap, pada sidang yang lepas, saya telah meronda satu isu iaitu cukai taksiran, penilaian semula. Jadi saya memang sampai hari ini, ramai orang, ramai penduduk pun sudah terima, terima hakikatlah. Mereka telah menerima notis untuk pembayaran baru untuk ini, penilaian semula.
Jadi, saya ingin men, mengingatkan kepada Kerajaan Negeri kerana di luar, masih lagi ramai penduduk tidak berpuas hati dengan penilaian semula ini. Boleh di nampak, di sesi dialog, sesi dialog di antara pen, ni apa ni, pemilik rumah atau, atau pen, penduduk bersama dengan penjawat awam iaitu Jabatan Penilaian Hartanah di pejabat MPS, sungguh han, sungguh hangat sekali. Memang, saya di sinilah mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis, kesemua Ahli Majlis dan ketua-ketua Jabatan Penilaian Hartanah yang sung, yang dapat memberi penjelasan kepada penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati itu. Jadi, saya mohonlah, kalau, saya mohon semua wakil rakyat di dalam sidang Dewan ini, boleh memberi penjelasan kalau ada pertanyaan dari penduduk-penduduk tempatan mengenai ini, cukai taksiran – penilaian semula.
Jadi, pada hari semalam jugak, saya ada terima aduan lagi satu ini, berkenaan dengan penilaian semula. Jadi Ahli Majlis telah mengaturkan ini, pegawai Jabatan Penilaian Hartanah pergi ke rumah turun padang, kepada rumah dan jumpa itu, pemilik rumah dan memberi penjelasan kepada penduduk tempatan. Tapi ini, sungguh bukan senangnya nak, ini, nak jalankan tugas ini, kerana nak bertemu dengan seorang yang hati panas. Jadi saya berharaplah, saya berharap jangan ada apa-apa pertengkaran, pegawai, jangan ada pergaduhan, pertengkaran dengan apa ni, ini, penduduk setempat kerana ini akan menjatuhkan imej negeri kita. Kita, tenangkan sendiri dan cakap baik-baik dengan mereka. Terima tak terima, terpulangkan kepala, kepada mereka. Jangan ada pergaduhan.
Semalam ada, yang saya dapat satu maklumat, saya ada satu, ada satu pertengkaran di antara pegawai dengan, pegawai dengan ni, penduduk setempat tapi saya tidak akan berpanjangkanlah apa yang berlaku di sana. Saya berharap semua pegawai akan bertenang dan memberi penjelasan. Dan syabaslah kepada mereka yang menjalankan tugas yang baik untuk menyelesaikan masalah ini.
Perkara yang seterusnya iaitu bas percuma. Jadi, saya memang sokong pihak Kerajaan Negeri akan, akan membuat, melaksanakan ini satu perkhidmatan bas percuma di Bandar Seremban. Bukan katakan seperti yang di sebelah sana, orang di bandar semua orang kaya, tak perlu bandar percuma. Ini tak betul sebab bas percuma adalah untuk mungkin ada penubuh, penduduk-penduduk di bandar, bandar, luar kawasan yang datang ke Seremban. Jadi bas percuma ni akan menghantarkan mereka ke, kepada tempat apa ni, pejabat kerajaan, atau hospital atau UTC untuk menyenangkan mereka. Jadi saya amat menyokongkan program inilah, perkhidmatan ini. Dan hanya saja, saya berharap apa-apa yang dilaksanakan, perkhidmatan bas ini kena ikut
jadual yang ditentukan atau menguruskan dengan baik dan kita akan buat percubaan. Kalau, kalau boleh kita akan tambah lagi satu free bus, bas percuma yang satu, kalau boleh kita akan bertambah kedua, ketiga, keempat.
Jadi di samping itu juga, kita tidak melupakan, seperti semalam yang saya bangkitkan iaitu bas, perhidmatan bas di luar kawasan Seremban. Macam kita sentiasa dapat, menerima banyak aduan bahawa bas tidak masuk ke kawasan pedalaman taman perumahan. Jadi ini amat menyusahkan atau menyukarkan penduduk-penduduk setempat atau pelajar-pelajar atau orang warga emas tua, mereka yang ingin ke bandar. Jadi kerana mereka itu, bas hanya dia jalan di tepi jalan utama saja. Tak ada masuk ke dalam macam dulu. Macam dulu ada bas, perkhidmatan bas ada masuk ke dalam kawasan pedalaman yang mempunyai bus stand. Tapi sekarang bus stand pun tak boleh pakai lagilah. Boleh nampak saja, tak boleh guna.
Jadi, seterusnya, lagi satu saya ingin, menim, apa ni, membangkitkan satu isu, soalan apa ni, soalan bertulis kerana saya tidak berap, saya ingat tidak bersetuju dengan tidak, dengan apa ni, jawapan yang tidak begitu sempurna. Iaitu satu aduan tembok batu penahan, retaining wall, mintak izin, yang terlalu tinggi di taman perumahan Taman Guru, Taman Guru, Lorong Melati 1/8 Taman Guru, Rasah. Jadi saya berharap pihak yang terbabit boleh turun padang untuk memantau ke kawasan tersebut kerana pada masa saya memantau di sana juga, saya tengok pada waktu hari hujan lebat, ada, ada keadaan hakisan tanah di situ. Jadi, penahan, tembok penahan, batu penahan setinggi 20 kaki, kita, penduduk di sana meri, amat merisaukan dia akan tumbang dan menjadi satu tragedi di sana.
Jadi akhirnya saya pun sokonglah apa yang ADUN Temiang, pada petang tadi, yang menyatakan kalau ada apa-apa aktiviti kerajaan, bolehlah bersama atau jemput wakil rakyat tempatan untuk bersama menuju atau mema, meninjau ke aduan yang tersebut, atau ada Menteri ada sampai ke kawasan tersebut, atau turun padang, hasus, haruslah menjemput wakil rakyat yang terbabit, wakil rakyat kawasan yang tertentu untuk bersama-sama meninjau ke masalah itu. Kerana kita memang ADUN kawasan tempatan yang mereka sentiasa berada di kawasan DUN mereka, memang mereka tahu apa yang berlaku di sana. Dan untuk menjawab kepada pengundi-pengundi di sana, di, di DUN kawasan jugak, mereka akan tanya, mengapa, mengapakan ada apa-apa aktiviti, ini wakil rakyat tempatan tak ada, tak ada di sana. Tapi dari, dari wakil Kerajaan Negeri atau EXCO atau Menteri Besar atau Menteri-Menteri ada pergi, tapi, ada hadir, tapi ADUN kawasan tak ada hadir …..
Yang Berhormat Mambau, satu minit lagi.
Tambah lagi satu minitlah.
Okay, jadi itu sa, itu sajalah. Itu sajalah perbahasan saya, saya menyokong usul ini. Terima kasih Tuan Timbalan Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Saya persilakan Yang Berhormat Lobak.
Semalam malam, terima kasih Tuan Timbalan Dipertua. Terlebih dahulu ucap terima kasihlah kerana Sikamat sudah membentangkan bajet 2019 yang seimbang tu, yang terbaik sejak 5 tahun ini. Berbanding dengan bajet-bajet yang dulu, kami dapat menampak satu bajet yang dibentang oleh Pakatan Harapan dia nampak seimbang. Dan pasukan Pakatan Harapan cukup berani, berani menimbulkan satu bajet yang berimbang dan adil sekali sejak 5 tahun ni. Mengapa cakap macam ni? Kerana saya difahamkan usul bajet ini disokong semua termasuk DUN Rantau, DUN haa, menyokong bajet yang terbaik tadi, sejak 5 tahun ni.
Tapi kami tak tahulah, memang nampak ni Rantau dia faham, apa bajet yang cukup baik. Tapi nampak sejak 5 tahun dulu, Barisan Nasional memang nampak tak berani mengemukakan bajet yang seimbang dan mengutamakan rakyat khasnya golongan B14 yang ke bawah.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, sini saya ada pun nak suarakan selepas mendengar tu, yang sebelah, 16 ADUN tu, berbahas, kami, walaupun hanya 7 bulan saja, kami nampak ni sebelah sana sudah menjadi bakat pembangkang. Nampaknya pandai, pandai mencari, bukan macam ni, cari masalah. Tapi tak apa, ini satu cara yang baik. Kami berharap teruskan, teruskan menjadi pembangkang. Kami pun berharap rakyat kita memberi sokongan sebelah sana turut menjadikan pembangkang.
Tuan Yang Dipertua, yang baik, yang betul, iaitu di betul. Yang baik kena dipuji. Tapi bagi zaman dulu, yang kurang tu, kami Pakatan Harapan akan dibetulkan. Inilah sikap pemimpin Pakatan Harapan sekarang. Sebagai contoh tu, di DUN Lobak ni, masalah rumah pangsa PPRT. Cukup buktinya menggambarkan kerajaan zaman dulu tidak
menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya kerana PPRT yang menghadapi ke, masalah khasnya kebersihan dan masalah-masalah itu tempatan tu, tak dapat diselesaikan dengan sempurnanya. Walaupun Rantau ada cakap ni, bajet dia wang ada lebih, tapi kami hairan mengapa yang wang lebih tu tak boleh lokasikan ke tempat-tempat yang penuh khasnya orang-orang yang pendapatan rendah seperti rumah PPRT tu. Saya hairan. Dia simpan wang apa tu? Simpan wang untuk apa? Dia cakap ni nak pandai-pandai simpan wang. Tapi menghairan, mengapa Barisan Nasional dia simpan wang untuk siapa?
So, kami sini berkemukakan bahawa dengan pemimpin Pakatan Harapan, kami di bajet yang 2019 ni, peruntukan bagi hal ehwal bukan Islam sebanyak 1.5 juta tu, adalah keputusan perintah baru yang terang-terangan juga merupakan langkah Kerajaan yang tidak pernah terdahulu. Yang merupakan keikhlasan kerajaan baru untuk berawat berbagai ini secara adil dan menunjukkan pemimpin Pakatan Harapan untuk benar-benar menjadi pemimpin konkrit rakyat kebangsaan. Tetapi terhadap untuk pertama kali ini, geran dapat dilaksanakan dengan efektif untuk memberi mufaat kepada institusi bukan Islam untuk kepentingan lebih banyak orang beriman.
Tuan Timbalan Dipertua, di sini kami pun nak dapat jelasan dari kerajaan, yang tanah perkuburan di Jalan Lee Sam, kami nak tahu, adalah tanah tersebut sudah gazette di kerajaan tidak? Saya harap ni, maklumat boleh dapat dari Kerajaan. Tuan Timbalan Yang Dipertua, dalam belanjawan pertama Kerajaan baru telah juga bahawa peruntukan untuk sekolah tahfiz, dan sekolah rendah Cina, dan sekolah rendah Tamil, dan sekolah swasta adalah pelaburan yang menggalakkan ini. Adalah satu lagi bukti keadilan kerajaan baru dengan menjaga keperluan semua kaum sambil melaksanakan dasar yang adil secara efektif akan bersatukan berbagai kumpulan dan menghapuskan kecemburuan perkauman, kecurigaan dan ketidak seimbangnya phytology. Langkah ini akan membantu negara menggerak ke arah, arah yang lebih bersatu.
Seperti DUN Kota pun cakap ni, dia adik-beradik ni belajar di sekolah Cina. Tapi yang awal dengar Lenggeng tu, DUN Linggi, dia cakap ni, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah kebangsaan ni mempecah belah ke, persatuan antarabang, antara kaum semua ni. Saya lagi hormat dengan Kota tu. Dia cakap ni, adalah, adik-beradik ni gaduh ke? Ni sudah buktikan sekarang sekolah yang sedia ada tu, bukan alasan yang memecah salah antara kaum. Yang utama sekali ialah yang seimbang tu, yang adilan tu, dia akan akan merapatkan kesatu padu semua rakyat. Bukan saja nak cakap Linggi, di kawasan komuniti Cina sama, pun ada pandangan lain. Komuniti Tamil jugak sama jugak.
Orang Melayu, parti pun macam-macam, gaduh ke, pilihan, pilihan, kaum pilihan raya, sama jugak menghadapi masalah. So, yang khususnya bersatu padu bukanlah sekolah. So kami harap ni, walaupun DUN Linggi tak ada sini, saya harap dia jangan ulang lagi mensuarakan kerana sekolah SRKC, sekolah SK atau sekolah Tamil adalah asalnya memecah kesatu padu semua rakyat.
Tuan Dipertua, secara khususnya sekolah menengah swasta telah membekal banyak pakar untuk negara ini selama bertahun-tahun. Dan kerajaan baru harus memberi usaha terutama lawatan guru-guru sekolah menengah swasta yang agak sederhana. Dan saya harap kerajaan baru ni dapat memperuntukkan lebih banyak dana kepada sekolah swasta supaya guru-guru tu dapat, seperti pegawai Kerajaan Negeri menikmatikan bonus, bonus dia sebulan. Lebih sikit dana untuk sekolah sana, berilah guru-guru yang di swasta tu, dapat bonus yang sama, satu bulan, satu bulan. Ini juga dapat menunjukkan tumpuan kerajaan baru terhadap pendidikan terutama usaha guru yang tidak mementingkan diri sendiri. Tidak banyak guru di sekolah swasta. Saya harap, kerajaan baru juga akan memberi ganjaran kepada guru-guru yang bersumbang kepada pendidikan dalam pembangunan pendidikan.
Sekali lagi, terima kasih kepada pelaksanaan perkhidmat bas percuma di bandar, pekan ni. Seperti yang DUN Mambau cakap ni, tapi saya nak bangkit saja, kami harap yang bas percuma ni mesti mengkaji dengan baik sekali. Laluannya mesti betul. Jangan lawan yang tak betul. Tengok sekarang myBAS tu, walaupun dia jalan, tak ada penumpang. Masalah tu apa? Laluannya mesti dikaji dengan betul sekali. Ikut keperluan melalu, memberikan laluan yang sepatutnya. Jangan siar-siar saja. Bas percuma diberikan tak ada, tapi tak ada pemantau dia. Bila tak ada pemantau dia, projek ini akan terjejas. So saya harap ni, unit yang berkuasa tu buat kajian yang sepenuhnya, mempastikan program bas percuma ni berjaya dan utamakan, demikan kemam, keperluan rakyat.
Tuan Dipertua, pertubuhannya dana pembangunan belia dan wanita akan lebih pembangunan dan membangunkan ekonomi negara secara penuh dan berkesan. Orang muda dan wanita memainkan peranan penting dalam mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi negeri. Keputusan ini disokong oleh semua rakyat dan berharap semua kumpulan kaum akan menjadi pemuda atau wanita secara aktif bertindak balas terhadap langkah-langkah yang revelen [relevan] dan mengambil bahagian dalam bantuan yang disediakan oleh Kerajaan baru untuk membantu Kerajaan Negeri mencapai matlamat besar pembangunan negara kita ini.
Tuan Dipertua, saya sentuh sikit beberapa perkara di DUN Lobak saya. Kawasan DUN Lobak tu, memang, dia telah diabaikan selama bertahun-tahun di zaman kerajaan lama. Berharap dapat perhatian kerajaan baru ni terutama masalah rumah-rumah pangsa yang tadi saya sudah suarakan, pendapat mereka adalah semua pendapatan rendah. Kecekapan pengurusan rumah pangsa perlu diperbaiki dan diharap mereka akan ditempatkan di landasan yang betul dalam masa yang singkat supaya dapat melindungi kebajikan penduduk-penduduk di rumah pangsa. Lepas saya ada satu, buat satu survey, kami mendapat sekitar ni lebih kurang 70% daripada pengurusan rumah pangsa ni, tidak beroperasi dengan secara baiknya ataupun secara bercekap. Mengakibatkan kegagalan penyelenggaraan rumah pangsa dan sanitasi alam sekitar dalam keadaan yang teruk sekali.
Sebagai wakil rakyat, saya tak boleh duduk diam saja. Saya harap Kerajaan Tempatan khasnya Perumahan ambil berat, haa yelah tentu, kerana rumah pangsa di DUN Lobak ni, banyak sekali. Saya tak tahulah, saya pun nak, tegas juga nak cakap ni, kerajaan dulu jugak, ini yang tak be, yang kurang tu, saya pun nak suarakan. Memang, yang duduk rumah pangsa ke, termasuk aparment ke, rumah pangsa swasta ke, semua masalah. Walaupun COB masuk tolong ke, memang, separuhnya adalah penghuni-penghuni atau penduduk sendiri mentaliti dia, mereka yang tak betul, kena dibetulkan. Tapi usaha dari kerajaan pun mesti digandakan. Kami harap bantuan dari kerajaan atau buat satu unit khas mengkaji macam mana akan membantu penduduk-penduduk di rumah pangsa.
Tak akan ni rumah pangsa di runtuh, kalau tak dapat cari, takkan rumah pangsa ni dah diruntuh. Jikalau tak dapat jaya, runtuhkanlah. Tapi, ataupun di akta, akta bawah 575 tu, jikalau ada kekurangan, tolonglah pindah, pindakan, pindakan supaya mengikut masa yang sesuai tu, dengan akta-akta update, dengan izinnya, akan memanfaat kepada semua-semua penduduk rumah pangsa.
Tuan Timbalan Dipertua, peruntukan wang kewangan perlu memberikan tumpuan kepada membantu kemudahan berpendapatan rendah dan merancang pelan komprehensif untuk memperbaiki tadbir hidup mereka. Sebaliknya, mereka akan menjana lebih banyak masalah sosial dan secara tidak langsung mempengaruhi pembangunan keseluruhan kawasan tersebut. Inilah akan mengambil kos lagi tinggi untuk kerajaan sekarang ni, umpamanya tapak, itu, permainan kanak-akan dirosakkan ke, ataupun dia yang kurang pendidikan tu, menjadikan masalah lebih teruk.
So di samping tu, kami berharap agar Kerajaan Tempatan dapat menaik taraf padang besar Lobak yang ada di, di kawasan itu, untuk menjadikan dataran utama pelbagai guna. Pada masa yang sama meningkatkan nilai penggunaan dan membolehkan penduduk kawasan menikmati lebih banyak ruang untuk aktiviti dan mengaktifkan aktiviti ekonomi di DUN Lobak ini.
Tuan Yang Dipertua, terletak di sebahagian utara Bandar Seremban, yang DUN Lobak ni, dia ada di utara Bandar Seremban ni, juga merupakan sebahagian bandar lama. So masalah tu memang banyak sikit, terhadap tu banyak masalah infrastruktur selain daripada menaik taraf juga, penuh, perlu memberi perhatian kepada penyelenggaraan dengan pembangunan jalan raya antara Kuala Lumpur. Dia ni, sampai Mantin, Broga, Semonyih dan Kuala Lumpur. So dan tiba masalah untuk menerokai pembangunan kawasan setempat yang telah disambungkan ke kawasan selatan Selangor.
Tuan Timbalan Dipertua, kecepakan, kecekapan perkhidmatan kerajaan setempat telah bertambah, bertambah baik bawah pemimpin, perintah Pakatan Harapan, tetapi, tetapi masih terdapat ruang untuk bertambah baikkan. Diharapkan agar berbagai jabatan dan agensi penguatkuasa undang-undang akan mengadakan perbincangan dengan berkesan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkesan kepada rakyat seperti jadual proses tu, dan tindakan balas positif terhadap aduan orang ramai, dia akan, adalah untuk menangani isu-isu kehidupan rakyat dengan lebih telus sekali.
Tuan Dipertua, perangkaan kemiskinan di Lobak ni pun amat serius. Tapi selepas kami buat survey tu, kami dapati mungkin perangkaan kemiskinan ni mungkin tidak tepat sekali kerana kebanyakan orang miskin tidak mensedari saluran pendaftaran atau belum berjaya didaftarkan. Kami berharap, unit-unit yang berkaitan harus memperbaharui rekod mereka dari masa ke masa untuk membaiki masalah sosial, kemiskinan dan memberi manfaat kepada golongan kawasan, di semua kawasan khasnya di DUN Lobak yang telah diabaikan selama bertahun-tahun sejak Kerajaan Barisan Nasional.
Kami berharap, mendapat perhatian kerajaan baru, terutamanya yang pendapatan rendah. Kami ini, kami difaham kawasan ni, pekan Seremban, Lobak adalah kawasan penduduk yang paling ramai orang miskin termasuk orang Melayu, orang India dan orang Cina. So kami harap, kerana Seremban sudah nak jadi bandar raya, tak akan ni Lobak masih ketinggalan, tertinggal sampai masalah kemiskinan masih tak dapat diselesaikan. So sekianlah, saya, yang saya sampaikan. Saya mensokong usul ini dan terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Teruskan perbahasan. Saudara Lenggeng? Ni yang last.
‘Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua ya, rakan-rakan semua pada malam ni. Belanjawan yang kita telah dengar semalam ni ya, yang dibina di atas dasar Memperkayakan Hasil dan Memakmurkan Kekayaan itu berteraskan Maqasib Syariah, yang sentiasa menekankan tentang hak-hak semua manusia. Dan juga satu belanjawan yang sentiasa menekankan hubungan sesama manusia dan hubungan, hubungan dengan Allah SWT. Yang mana saya kira dia adalah satu belanjawan yang sangat baik, yang mana dia juga adalah satu belanjawan yang melegakan mereka yang tersepit ya, dalam memenuhi keperluan hidup mereka.
Saya menyokong belanjawan ini di atas asas ianya adalah satu bajet ihsan nama dia. Perkara ini biasa kita dengar terutamanya bagi orang yang, orang Islam ya, yang mana Allah SWT selalu menyatakan, yang kita dengar setiap kali penutup khutbah, innallaha ya’muru bil adli wal ihsan. Sesungguhnya Allah menyuruh kita semua berlaku adil dan berlaku ihsan. Yang mana ihsan ini makna mudahnya ialah berbuat baik. Satu, kita berbuat baik dengan Allah SWT, itu sudah pasti. Dan yang dituntut juga seterusnya ialah kita berbuat baik sesama manusia. Dan ada dinyatakan di dalam Al-Quran, 9 golongan oleh Allah SWT yang wajib kita ihsani. Apatah lagi ya, pemimpin ya, yang berada di bawah mereka ini satu golongan yang lebih besar dan kesemuanya wajib diihsani.
Maka bajet ini, saya melihat ialah satu bajet yang banyak melegakan dan, yang banyak membantu ya, masyarakat marhaen ini untuk mereka membina hidup yang baik dan selesa. Telah menjadi ketetapan Allah SWT bahawa Dia menjadikan manusia ni berbagai-bagai nasib dia. Yang ini kita tak boleh nak ubah. Ada yang senang, ada yang susah. Ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sederhana ya. Dan banyak lagilah, kalau kita teliti tentang kepelbagaian ketentuan ini. Dan ada juga yang digilirkan ya. Dan ada sebahagian manusia juga diuji dengan kesusahan ini dan dia berterusan. Dan kita tidak ada cara untuk mengubah dia, melainkan kita terpaksa membantunya sentiasa.
Contohnya ada segolongan, kita nak ajar dia mancing ikan, tapi dia memang tak boleh mancing sebenar dia. Jadi, bagi jelah ikan tu ya. Tapi ada sekumpulan, dia malas mancing, tapi kita kena keraskan jiwa kita, didik mereka supaya mereka kena jugak memancing. Tidak boleh malas-malas mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata walaupun kita memang sebenarnya membantu semua.
Tuan Yang Dipertua, kita biasa, sekarang, kebelakangan kita sering diperkenalkan dengan istilah B40, M40 dan T20 ini. Dan saya lihat elok kita sesama ya, mula memahami, menghayati dan memperincikan lagi ya, kepelbagaian sifat yang mereka, yang dikategorikan dengan B40 ni, M40 dan T20 ini, bukan dari sudut luaran dia sahaja, tetapi hendaklah kita menghayati juga sifat dalaman mereka khususnya perkara-perkara yang berkait rapat dengan pertembungan baik dan jahat. Di mana-mana ya, baik dan jahat ni sentiasa bertembung ya. Perkara yang dikatakan rezeki yang halal, rezeki yang haram sentiasa bertembung dalam kehidupan kita ya.
Golongan bawahan apabila dizalimi, mereka akan membuat kerja-kerja yang tak sepatutnya dibuat. Di sana juga ada golongan M40 dan kalau mereka ni tidak dikawal ya, mereka akan terus-terusan ya, menekan yang bawah. Dan yang lagi bahaya lagi tu, ialah golongan T20 ni, golongan yang paling atas sekali ni ya, yang mana kuasa memang berpunca daripada mereka. Jadi kalau mereka ni juga tidak dikawal, tidak diperingatkan dari masa ke semasa, maka memang banyaklah ya, kesusahan yang akan menimpa di kalangan orang bawah.
Hidup ini adalah satu ujian ya, kita ni semua akan diuji dan sedang diuji ya, bila-bila masaa Allah jemput kita, dan dalam ujian kita mesti lulus. Apa makna lulus dengan tuhan kita ya, maknanya bila kita dijemput, biarlah tuhan sejahterakan kita, terima kita dengan redha. Tetapi berapa ramai yang memahami tentang perkara ini. Saya suka nak menarik tentang apa yang dikatakan oleh YB Senaling tadi, yang mana menyatakan tentang masalah. Allah mengecop hati ya, khotamallah hu’ala qulubihim wa’ala sam ihim wa’ala absorihim. Kerana tidak mendengar rintihan rakyat ya. Ini masalah dia ialah masalah ujian siapa yang sebenarnya tidak mendengar rintihan rakyat. UMNO Barisan Nasional kena jelas, mereka ditolak kerana mereka tidak mendengar rintihan rakyat sebenar dia ya. Jadi, siapa sebenarnya yang kena cop hati dia. Tapi saya tidak suka menggunakan ayat seperti ini.
Dan seperti mana saya katakan tadi, dia adalah ujian ya, jadi hendaklah kita faham bahawa kita sentiasa diuji oleh Allah SWT. Jangan disebabkan dengan ujian ini kita gagal. Dalam satu golongan mereka yang diistirajkan oleh Allah SWT, mereka juga adalah orang yang dicop
hatinya oleh Allah SWT. Bukan kerana mereka susah hendak memahami keperitan orang bawah, tetapi mereka suka pusing-pusing ya, mereka suka pusing-pusing ataupun dikatakan cakap tak serupa bikin dalam masalah ni ya. Dan kalau kita hayati dalam Al-Quran, banyak kali Allah menekankan tentang masalah golongan, mereka cakap tapi cakapnya tak serupa dengan apa yang mereka buat ya. Jadi, kita kena sedar bahawa ujian ini sentiasa berlaku ke atas kita.
Dan saya mengingatkan diri saya dan juga sahabat-sahabat yang lain ya, agar kita semua bertakwa dengan belanjawan yang ada. Kita juga telah diperdengarkan tentang ketirisan ya, dan itu belum lagi dibaca dengan pelbagai laporan audit yang ada tu, pelbagai ketirisan. Semua orang boleh mengelak, semua orang boleh mengeluarkan alasan tetapi akhirnya di hadapan tuhan ni siap, macam mana kita nak jawab ya. Apabila kita tidak amanah menguruskan harta-harta rakyat ini ya. Jadi banyak hak orang diambil ya, banyak salah guna kuasa yang berlaku ya. Dan jadilah kita ni seperti orang yang berjaya ya, yang banyak memudahkan hidup orang lain, orang yang menunaikan tugasannya dengan hati yang bertakwa.
Timbalan Tuan Yang Dipertua, gabungan kehidupan golongan M40 dan B40 ni, saya harap dapat dimakmurkan ya. Miskin bandar ini lebih ramai daripada miskin kampung sebenar dia. Kalau kita betul-betul buat kajianlah ya. Jadi kita kena sedar bahawa golongan B40 inilah yang menyempurnakan hidup kita ya. Isteri ini lemah, tetapi kalau tak ada isteri, lelaki tu tak ada hebat dia deh, ya. Jadi, ada sebahagian manusia yang apabila diberi kuasa, dia sombong ya. Dan bagi saya, hidup yang sepertimana slogan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, iaitu Bersih, Muafakat dan Sejahtera ini, elok kita hayati sungguh-sungguh dalam kehidupan kita. Yang mana golongan M40 ini ya, wajiblah dia apabila Allah telah mensejahterakan hidup mereka, wajiblah mereka pula mensejahterakan kehidupan sabahat-sahabat mereka, saudara-saudara mereka ya. Tidak kiralah bangsa dan agama mereka, kerana mereka semua ni adalah manusia, macam kita jugak ya.
Dan kelembutan hati, hati yang lembut, dia berkait rapat dengan apabila kita diberi sedikit pemberian, kita boleh berkongsi dengan orang lain. Tidak salah untuk berbelanja, tetapi pemborosan, ketirisan dan sebagainya itu tadi, dia berpunca daripada masalah apa yang kita dapat, kita tidak pernah rasa cukup dengan apa yang kita dapat, lalu kita nak menambah lagi, menambah lagi, nak menambah lagi kekayaan. Akhirnya golongan M40, golongan B40 ini akan diabaikan. Dan apabila mereka diabaikan ya, banyak masalah-masalah sosial dalam masyarakat akan berlaku. Dan akhirnya kerajaan terpaksa
mengeluarkan belanja yang sangat banyak jugak balik, yang patut, sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan tapi telah terpaksa digunakan untuk merawat banyak penyakit-penyakit sosial yang berpunca daripada hati itu tidak sejahtera.
Timbalan Tuan Yang Dipertua, bajet yang kita dengar ya, yang menyentuh tentang pertanian. Saya nak sentuh tentang perkara ni. Yang mana saya melihat Negeri Sembilan ini, dia banyak pertanian ya. Malangnya pertanian kita ni banyaknya kepada perusahaan komoditi, getah dan kelapa sawit. Dalam keadaan getah ni, satu beban kepada pengusaha getah, dan juga menjadi beban kepada kerajaan yang terpaksa diberikan subsidi disebabkan harga getah yang rendah ya.
Saya suka nak mengutarakan apa salahnya ya, zaman dah berubah ya, elok rasanya kita menukar ya, perusahaan getah ni kepada perusahaan-perusahaan lain ya. Daripada berterusan kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi setiap bulan untuk membela pekebun kecil getah ni ya. Tetapi benda ni memang kena difikirkan dengan baiklah, dengan, dengan terperinci. Tetapi saya tidak lagi melihat lagi bahawa Malaysia boleh menjadi pesaing yang baiklah dalam industri getah. Jika kelapa sawit tu saya tak tahu lagi ya.
Jadi elok kalau kita tukarkan ya, tanah-tanah getah yang ada di Negeri Sembilan ini, kepada perusahaan-perusahaan lain yang bagi saya dia lebih lumayan jugak ya. Negara kita ada masalah mengimport makanan dalam skala besar sebenar dia. Jadi apa salahnya kan, daripada kita mengimport dari luar, dan kita mula menanamnya di sini ya. Jadi daripada bajet yang ada tu, saya harapkan kita dapat manfaatkanlah, membantu mereka-mereka yang, yang susah ya. Begitu jugak tanah-tanah terbiar dapat kita usahakan di luar, kita mula menanamnya di sini ya. Jadi daripada bajet yang ada tu, saya harapkan kita dapat manfaatkanlah, membantu mereka-mereka yang, yang susah. Begitu jugak tanah-tanah terbiar dapat kita usahakan ya.
Dan di sini penting bagi saya kerajaan ya, menggerakkanlah ya, menggerakkan anak syarikat dia masuk di dalam industri hiliran dan pemasaran ya. Produk pertanian ni boleh dikeluarkan, begitu banyak. Dan kalau diuruskan dengan baik memang dia boleh mengeluarkan hasil yang banyak. Tetapi masalah kita bersama ialah masalah memproses makanan tersebut dan juga memasarkan dia. Jadi, elok sekiranya kerajaan mengambil insiatif ya, terjun ya, melalui anak-anak syarikat dia ya, di dalam bahagian pertanian ini dan mula aktif memproses produk-produk makanan supaya dia lebih mudah digunakan oleh pengguna ya.
Saya juga nak memper, nak mencadangkan ya, kepada Dewan yang mulia ini, supaya kerajaan menggerakkan satu inisiatif melalui MPKK dan beberapa agensi kerajaan yang lain khususnya dalam bahagian pertanian agar memulakan pertanian selain daripada getah tadi ni, seperti nanas ke ya, penternakannya ke, perikanannya ke, dan yang lain-lain ya, buah-buahan dia ke ya, supaya ada satu anak syarikat kerajaan ataupun satu, satu syarikat sendiri yang menjadi payung kepada pengusaha-pengusaha kecil ini ya.
Saya sendiri ada mengusahakan, menggalakkan ya, rakan-rakan di, di Lenggeng sana, supaya mula membela arnab daging yang mana harganya lebih baik daripada ayam daging. Dan perma, permintaannya pun agak tinggi. Dan dengan perusahaan ini, saya melihat anak-anak muda dan siapa juga pengusaha ya, apabila mengusahakan benda tu, mereka tidak perlu kawasan yang lebih, yang besar dan mereka juga dapat ya, dapat pendapatan 3,000.00 sebulan ya, dalam keadaan tak adalah besar sangat, dan dia tidaklah jugak susah seperti membela ayam ya. Jadi perusahaan seperti ini, yang bermutu tinggi, yang, yang bagi saya berharga tinggi ni ya, elok dimulakan. Dan kita jadikanlah ya, kita kena, kitalah sendiri yang mengusahan sekumpulan pengusaha besar-besaran ini, agar menjadi payunglah kepada pengusaha-pengusaha kecil agar mereka dapat ya, satu pendapatan yang baik ya, lebih kurang 2,000.00 – 3,000.00 sebulan ya.
Seterusnya Timbalan Yang, Tuan Yang Dipertua, masalah rumah ya. Masalah rumah. Yang kita lihat sekarang ni masyarakat sangat memerlukan rumah mampu milik yang saya anggarkan lebih kurang dalam 100,000.00 ke bawahlah ya. Yang diperlukan ini bukan sedikit tetapi banyak ya. Mungkin tidak disebut di dalam belanjawan kita kali ini, tetapi suka untuk saya mencadangkan ya, agar kerajaan dengan tanah-tanah yang sedia ada tu, dapat diusahakan dengan kerjasama beberapa orang pemaju ya, supaya mereka mengusahakan tanah, apa ni, rumah, rumah mampu milik bawah 100,000.00 ya. Dengan kerjasama, tanah tu tanah kerajaanlah ya, kerana keperluan rumah ni dia bukan, dia bukan satu keperluan yang, yang patut kita ambil ringan ya. Dia satu perkara yang bagi saya sangat kritikal sekarang ya. Mana-mana anak muda sangat memerlukan rumah ya. Dan di tempat saya ni ada beberapa orang, dia tak ada rumah pulak sekarang ni. Itupun satu masalah besar jugak ni. Dan saya diminta untuk selesaikan perkara ini dengan pihak MPS kerana dia tidur bergelandangan pulak sekarang ya. Puncanya ialah masalah rumah ni tadi ni ya.
Jadi dengan tanah-tanah sedikit yang ada pada kerajaan ni, diharapkan dapat diadakan satu usaha ya, mempercepatkan lagilah ya, mempercepatkan lagi pembinaan rumah-rumah mampu milik ini
kepada rakyat Negeri Sembilan. Dan kita juga sebenarnya memang memerlukan rumah yang banyak dan kita juga menawarkan sebenarnya Negeri Sembilan sebagai tempat kediaman bagi mereka yang bekerja di Lembah Klang ya. Jadi dalam hal ini juga, dan apabila MVV ni nak di, nak digerakkan, memang kita perlukan ya, golongan B40 ini untuk menjayakan agenda tersebut. Tapi apabila rumah mereka tak ada, atau mereka, rumah ini disewa dan sebagainya tadi tu tidak, tidak, tidak berketentuan. Maka prestasi pembangunan ni pun dah, akan turut terjejas jugaklah ya.
Seterusnya, ada diceritakan sedikit tentang masalah banjir. Dan kebetulan Lenggeng ini mengalami banjir kilat yang agak dahsyat berlaku kebelakangan ni. Dan saya memang ada berjumpa dengan ada, ada bercakap dengan Pengarah JPS tentang masalah ini. Dan saya melihat bahawa masalah perparitan ini perlu dilihat dengan bersungguh-sungguh ya, banjir kilat ini banyak memusnahkan dan menyusahkan kehidupan rakyat ya. Walaupun dia sekejap ya, walaupun dia sekejap tetapi dia cukup memeritkan ya. Dah beberapa kali dia berlaku dan apa yang berlaku, yang terbaru ni jambatan pun jadi rosak disebabkan, disebabkan banjir besar ni tadi ya.
Jadi diharapkan ya, jangan dilupakan jugaklah tentang, di Lenggeng ni sendiri ada, tak silap saya ada 4 jambatan yang runtuh, yang tidak dapat dibinakan oleh kerajaan yang lepas. Lama dah runtuh ni, bukan baru ya. Jadi dapat disegerakan kalau boleh ya, kerana yelah antara keluhan rakyat di sana tu ialah masalah prasarana awam yang tidak baik di sana.
Timbalan Tuan Yang Dipertua, masyarakat Melayu-lah khususnya, ya mintak maaf kepada sahabat-sahabat saya ya, yang lain …..
Yang Berhormat Lenggeng, satu minit lagi.
Ya. Melayu ni dah berpecah kuat ya. Kalau sekarang, kalau ada parti tu, ada 3, ada 4 parti sekarang ya. Dan masing-masing ada ketuanya dan ada pengikut dia. Dan saya suka nak mengutarakan pada kerajaan baru ni, tentang melihat, memandangkan ada bajet pembangunan kerohanian di situ. Ya, saya nak mensentuh masalah masjid ya. Yang mana masjid ini sepatutnya boleh digunakan untuk menyatukan masyarakat ya, masyarakat Islam dan masyarakat Melayu ya, khususnyalah ya.
Saya ni, masih lagi mengajar ya, dan ramai anak murid saya ni, orang UMNO, tapi alhamdulillah mereka tidak menolak ya, saya dan terus mintak saya mengajar lagi kerana dia tahu bahawa pendidikan Al-Quran orang dewasa ini benar-benar menyatukan ya, semua orang Islam ya. Apa guna kita beragama Islam ya, apa guna masjid kita cantik, apa guna peruntukan-peruntukan agama ya, kalau kata kutipan zakatnya sampai ratus juta tetapi masyarakat Islam ni berpecah. Dan dia sangat menyedihkan ya.
Dan saya harap ya, Bahagian Agama nanti, terutamanya di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dapat melihat tentang pembangunan masjid ini ya, supaya dia benar-benar boleh menyatukan ya, orang Islam dan orang Melayu ini khusus dia. Dan bagi saya, kesatuan ini tidak, tidak, tidak akan menjadikan bangsa lain tercabar. Malah Islam yang bersifat rahmat sekalian alam ini, dia mendamaikan, dia menyatukan, dia membangunkan ya, dan semua orang perlukan pembangunan. Apabila kita berpecah, kita tidak akan dapat membangun ya. Jadi masjid inilah ya, yang, yang bagi saya perlu diberi fokus yang besar. Dan alhamdulillah ada tambahan elaun untuk Bilal dan, dan Imam, Bilal dan Siak-nya, tetapi program-program kemasyarakatan pembangunan-pembangunan kemasyarakatan patut juga dimakmurkan di masjid ini.
Dan begitu juga di mungkin di rumah-rumah ibadat yang lain kerana apa jugak berkaitan dengan agama ni dia menyejukkan hati orang sebenar dia. Dan orang mudah untuk bersatu di atas perkara-perkara yang baik ya. Jadi harap dapat dimanfaatkan sungguh-sungguh perkara ni, supaya, kita tidak mahu lihatlah ya, masalah parti ni bagi saya, satu, satu keadaan kita perlukan parti untuk, untuk memegang kerajaan. Tetapi bagi saya tidak sepatutnya parti ini menjadikan orang Melayu ni jadi lemah pulak ya. Tetapi itulah realiti apabila orang atasan membuat kerjanya dan ada yang bawah yang terkeliru dengan ya, silat lidah …..
Yang Berhormat Lenggeng, boleh gulung.
Ya, tunggu sekejap lagi. Saya nak tutup dah ya. Ada sekumpulan ya, yang pandai bersilat lidah di sini, yang akhirnya dia memecahbelahkan ya, kesatuan orang Melayu. Dan saya sangat sedih tentang perkara ini ya.
Dan saya suka juga nak menyarankan kepada sahabat-sahabat ya, jangan jadikan ya, DAP ke, ya, sebagai, sebagai kambing hitam ya.
Jangan jadikan DAP sebagai kambing hitam, ya di atas perpecahan orang Melayu ya. Bukan masalah, bukan masalah DAP bagi saya, tetapi kita bersama sebenarnya yang ada masalah di dalam ini, yang menjadikan kita tak boleh nak duduk bersama ya. Ada banyak kata-kata yang mungkin pedas untuk didengar, tetapi saya harap kita sama-sama fikirkan untuk kemajuan Negeri Sembilan ini khususnya ya. Kalau nak bagi cadangan, bagilah cadangan yang membina ya. Kalau nak menegur, teguran itu memang diperlukan. Dan jadikanlah teguran itu satu perkara yang menjadi budaya kita bersama. Watawa saubil haq, watawa saubis sobr. Dan juga jangan tentang watawa saubil marhamah, saling berpesan dengan kasih sayang agar dengan perkara ini kita nak melihat Negeri Sembilan ini ya, tidak ketinggalan ya, dalam arus pembangunan khususnya di bahagian luar bandar ya.
Dan saya melihat Lenggeng ini, adalah DUN yang paling ke belakang dalam Parlimen Seremban ya. Dari sudut pembangunan dialah ya. Dan dalam perancangan MVV ini, mintak maaf saya cakap ya, rupa-rupanya Lenggeng ni jadi pembekal oksigen saja kepada, kepada Parlimen Seremban dan Rasah tadi ya. Dan diharapkan kita dapat, saya mengharapkan kerajaan dapat memikiran sesuatu untuk pembangunan di Lenggeng ini supaya dia pun tidak tertinggal dalam arus pembangunan MVV 2.0 yang akan, akan dilaksanakan pada hari-hari mendatang.
Sekadar itu saja dulu, ini mungkin kali pertama saya berucap, membahaskan belanjawan ini, ya. Dan rupanya ada banyak perkara lagi saya tertinggal ya, ketika membuat perbahasan ini. Mungkin kurang bersedia di sana. Walau bagaimanapun, terima kasih ya, dan syabas kepada pimpinan-pimpinan Kerajaan Negeri yang telah berusaha mempersembahkan satu belanjawan yang baik. Dan saya mengharapkan semua ya, memberi sokongan kepada belanjawan ini dan agar ianya benar-benar turun kepada masyarakat. Dan diharapkan dalam rekod akan datanglah, dalam rekod audit negara tu ya, tidak, tidak adalah apa yang dikatakan ketirisan dan penyelewengan kuasa itu nanti. Sekadar itu sahaja, aqulu qauli haza wa astaghfirullah al-azim li walakum, wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Sebentar lagi saya akan menangguhkan persidangan Dewan. Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul akan disambung pada hari Rabu, 19 Disember 2018.
Sebelum Dewan ditangguhkan, saya juga ambil sempatan terima kasih kepada yang, ahli-ahli Yang Berhormat dan juga jabatan, jabatan awam
dan agensi-agensi kerajaan kerana hari ini kita buat pecah rekod. Saya rasa dalam saya 11 tahun di Dewan yang mulia ini, inilah pertama kali kita mengadakan Dewan yang mulia sampai 10:30. Jadi pertama kali. Bukannya, daripada Mambau tadi minta kalau boleh panjangkan hari, kami akan cuba iaitu khasnya masa belanjaan. Kita akan timbangkan.
Saya juga ambil kesempatan ni ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan kerana umumkan satu bajet yang manafaat kepada rakyat Negeri Sembilan, semua lapisan masyarakat berbilang kaum di Negeri Sembilan. Dan juga kepada masyarakat kaum Kristian, saya juga ucap menyambut Hari Natal dan selamat tahun baru 2019.
Kenapa saya hari ini terpaksa kata, kemungkinan besar saya bukan Speaker, so saya ambil kesempatan ini. Dan terima kasih semua orang kerana bertenang. Dan juga agensi-agensi Kerajaan, penjawat awam saya ribuan terima kasih kerana, walaupun lambat, dan pagi kena rush lagi, tetapi terpaksa. Ini bukan kita sengaja, tapi terpaksa kerana besok kita ada banyak lagi tugasan. So saya mintak maaflah sudah ambil masa panjang. Dan juga jangan lupa, kita pecah rekod, okay.
Dan Dewan akan disambung semula pada hari Rabu, 19 Disember 2018 bersamaan 11 Rabiulakhir 1440 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 10.32 malam]