Negeri Sembilan · 19 December 2018
14th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 610 turns · 38,608 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.05 pagi]
Membaca Doa
Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri].
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-14 disambung semula.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan rang-rang, Rang Undang-Undang Enakmen perbekalan (2019) 2018 …..
[Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua Dewan untuk merujuk skrip yang betul]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita sambung hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan. Yang Amat berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat masa bagi pertanyaan-pertanyaan lisan, telah, masa pertanyaan lisan akan diberi masa 1 jam 30 …..
[Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua Dewan untuk merujuk skrip yang betul]
1 jam setengah. Oleh itu, hari ini bermula 10:10 minit, kita akan tamat 11:40 ya. Jadi seperti mana yang saya maklum semalam, pertanyaan lisan hanya dibenarkan satu sahaja soalan tambahan bagi memberikan keadilan kepada yang menjawab ya. Nanti kang 5 soalan, tak larat dia jawab.
Jadi untuk itu kita pergi kepada soalan lisan untuk hari ini, 19.12.2018, giliran Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan 1.
Tuan yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Seremban Jaya berhubung dengan masalah banjir di Batu 4, Jalan Tampin. Kita sedia maklum bahawa sekarang musim tengkujuh yang mana banjir kilat berlaku. Dan kita, bagi pihak MPS telah, telah menaik taraf bahagian hulu longkang monsun. Walau bagaimanapun, pihak MPN, MPS, MPN, MPS perlu menaik taraf bahagian hilir long, MPN pula kena menaikkan taraf bahagian hilir longkang monsun untuk memastikan air dapat mengalir dengan lancar. Bagi tempoh jangka masa panjang pula, kerja-kerja pembersihan perlu dilaksanakan untuk melancarkan pengaliran air.
Isu banjir merupakan perkara yang perlu ditangani bersama oleh pelbagai jabatan yang berkenaan berikutan terdapat hubungan saling kait bidang tugas antara jabatan berkenaan.
Justeru, penyelenggaraan secara berterusan oleh pihak-pihak yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing amatlah perlu bagi menangani masalah banjir ini daripada terus berlaku. Terima kasih Yang Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan haa. Masalah ini bukan masalah yang baru. Masalah ini lebih kurang 7 tahun. Dalam 7 tahun, Dewan yang mulia ini, saya pun kali-kali sudah bangkit masalah ini tapi sampai sekarang, masalah ini belum selesaikan. Semalam pun, ada banjir. Banjir tu, memang teruk sebab itu light industry kira sudah rendah, sungai sudah tinggi. Bila waktu hujan, ini light industry punya air tak boleh dapat laluan sungai besar, Sungai Simen. Oleh itu, saya mintak tolong Dewan yang mulia ni, EXCO, EXCO tempatan, atau Dato’ Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, kira, JPS sudah melawat, mereka sudah beritahu ini masalah bukan masalah JPS. Ini masalah, hubung Majlis Perbandaran Seremban, baru dia orang boleh settle, ini bukan masalah kita. Sebab itu saya mintak, Dato’ Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan EXCO tempatan, sama-samalah boleh besok atau lusa, kita turun, kita lihat itu tempat, tempat macam mana. Itulah hari ini, saya punya soalan tambahan.
Soalan, nanti, soalan tambahan, adakah pihak JPS, MPS dan PBT berkaitan akan bekerjasama meskipun bukan di bawah pengurusan jabatan dalam mengatasi isu banjir air? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya, inshaa Allah, YB, YB yang berkait, EXCO berkaitan akan turun dan saya memberikan jaminan bahawa perkara ini akan kita selesaikan.
Terima kasih.
Terima kasih, sekarang tiba giliran Sungai Lui.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker. Terima kasih kepada ADUN Sungai Lui kerana bertanyakan soalan berkenaan koperasi ya.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberi kemudahan bantuan kewangan kepada koperasi-koperasi yang berdaftar untuk
melaksanakan dan memantapkan perniagaan atau perusahaan yang diceburi oleh koperasi dalam bentuk berikut:
Pertamanya adalah Geran Pembangunan Perniagaan meliputi 6 jenis bantuan iaitu: Bantuan Perniagaan Koperasi, Bantuan Pembangunan Fizikal, Bantuan Pengukuhan dan Pemantapan Perniagaan, Bantuan Pemasaran atau Perkhidmatan, Bantuan Pembangunan Industri Huluan dan Hiliran, bantuan yang diluluskan oleh kerajaan.
Agihan mengikut Bidang Keberhasilan Ekonomi Koperasi dan Entry Point Project Dasar Koperasi Negara untuk tahun 2011 sehingga 2020 yang terbahagi kepada 6 sektor berikut: pertamanya adalah Sektor Perkhidmatan Kewangan. Kedua, Sektor Pemborongan dan Peruncitan. Ketiga, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Keempat, Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani. Kelima, Sektor Perladangan. Dan yang terakhir adalah Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan.
Yang keduanya adalah Tabung Modal Pusingan bagi membiayai 8 jenis pembiayaan. Yang pertama, adalah Modal Pusingan. Kedua, Pembangunan Hartanah. Ketiga, Pemilikan Harta. Keempat, Pengangkutan (Pembelian Kenderaan). Kelima adalah Asas Tani. Keenam, Pertanian. Ketujuh adalah Perindustrian. Dan kelapan adalah Mesin/Jentera.
Bagi tahun 2019, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah diluluskan peruntukan sebanyak 50.0 juta daripada Kementerian Kewangan Malaysia sebagai tambahan dana pembiayaan modal, Tabung Modal Pusingan.
Peranan meningkatkan pemahaman tentang falsafah, konsep dan prinsip berkoperasi melalui aktiviti pendidikan, pembelajaran dan penerangan bagi meningkatkan pengetahuan anggota pengarah serta pengurusan koperasi digalas oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Pada tahun 2018, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melaksanakan 30 Program Pembudayaan Koperasi yang melibatkan gerakan koperasi di Negeri Sembilan dalam pelbagai sektor. Pada tahun 2019, Suruhanjaya Koperasi Malaysia mensasarkan sebanyak 40 Program Pembudayaan Koperasi untuk dilaksanakan.
Selain daripada itu, Maktab Koperasi Malaysia yang merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 1956 atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan
kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Itu jawapan daripada saya, sekian terima kasih.
Soalan tambahan, kita melihat sejak, di kawasan sayalah, di DUN, Dewan Undangan Negeri Sungai Lui, sejak kebelakangan ni, bila keadaan harga komoditi jatuh sebagainya, kita lihat bahawa banyak koperasi-koperasi menghadapi masalah. Dan saya nak tanya di sini, apa, adakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Koperasi untuk membantu koperasi-koperasi felda khususnya yang menghadapi masalah dari segi kewangan ataupun gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Terima kasih. Kalau kita lihat koperasi di Malaysia ini, di Negeri Sembilan ini mempunyai banyak masalah dari segi ahli-ahli mereka enggan ber, bekerjasama dan ada juga koperasi-koperasi yang tidak menjalankan mesyuarat tahunan mereka. Dan bukan itu sahaja, penyata akaun tahunan juga tidak di, di, di-submit kepada pihak Koperasi. Jadi ini adalah masalah yang dihadapi oleh setengah-setengah koperasi di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun SKM terus akan memberikan khidmat nasihat, rundingan untuk memastikan bahawa koperasi-koperasi ini menjalankan perniagaan mereka dengan, ataupun perjalanan koperasi itu dengan baik.
Dan untuk koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, kita meningkatkan pengetahuan dan kesedaran koperasi berkenaan peluang perniagaan baru yang boleh diteroka oleh koperasi bagi meningkatkan ekonomi koperasi.
Yang kedu, keduanya adalah membantu meningkatkan keupayaan koperasi melalui kursus praktikal dan bengkel pemantapan. Ketiga, memberi kerjasama dan sokongan kepada koperasi agar bergerak berasaskan landasan yang, yang tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang kecil. Kaedah ini bagi meningkatkan pemahaman tentang falsalah, konsep dan prinsip, ini adalah melalui siri kursus jangka pendek yang telah dirancang pada awal tahun mengikut keperluan gerakan koperasi di Negeri Sembilan.
Maktab Koperasi Malaysia telah merancang takwim aktiviti/kursus secara tahunan iaitu yang pertamanya adalah Kursus Wajib Anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman bagi membolehkan Anggota Lembaga Koperasi dan JAD memahami konsep koperasi serta mengawal, mengenal pasti peranan dan tanggungjawab
mereka untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.
Kursus yang ditawarkan, pertamanya adalah Kursus Wajib 1 iaitu Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi. Yang keduanya adalah Kursus Kewangan Koperasi. Ketiga adalah Pengurusan Strategik. Yang ketiga adalah Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi
Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat untuk membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa dalam bidang: pertamanya adalah dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi. Kedua, Perakaunan dan Kewangan Koperasi. Yang ketiga adalah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Yang keempat adalah Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan). Yang kelima adalah Perancangan Strategik.
Dan pada tahun 2018, MKM Zon Selatan telah melaksanakan sebanyak 35 kursus yang melibatkan gerakan koperasi di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dalam pelbagai sektor. Dan pada tahun 2019, MKM mensasarkan sebanyak 35 kursus bagi pening, peningkatan modal insan dan pengurusan koperasi. Sekian, terima kasih.
Kita pergi kepada giliran Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau ingin kemukakan soalan yang kedua.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat, soalan daripada Yang Berhormat Mambau. Untuk makluman, soalan, untuk makluman Yang Berhormat Mambau, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seremban mengambil maklum akan kewujudan gerai, warung penjaja di tepi jalan utama di persekitaran Kawasan Perindustrian Ringan Taman Rasah dan Pusat Komersial UiTM. Memang tidak boleh dinafikan bahawa, di situ penduduk di sekitar serta pengguna jalan raya situ memang selalu mengunjung dan membeli belah di gerai-gerai tersebut.
Jadi dalam hal ini, Kerajaan Negeri juga mengambil maklum akan aktiviti ekonomi penjaja bagi menjaga pendapatan serta kelangsungan hidup. Bagi mengimbangi perkara tersebut, pihak MPS telah mengadakan rundingan dengan penjaja-penjaja terlibat supaya
mematuhi prosedur yang ditetapkan terutamanya melibatkan aspek pengurusan dan kebersihan gerai serta keselamatan di kawasan tersebut.
Di samping itu, MPS juga telah mengeluarkan notis peringatan mesra terhadap perkara tersebut, serta mengenal pasti penjaja-penjaja yang terlibat dalam, dan dicadangkan untuk berpindah ke kawasan tapak gerai yang disediakan oleh PBT yang lebih sesuai dan strategik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau.
Tuan Dipertua, soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Ya. Dato’ Yang Dipertua, bagi saya, law is law, mintak izin. Law is law, mintak izin, undang ialah undang-undang, undang-undang ialah undang. Jadi, syarat, syarat yang telah ditentukan mestilah dipatuhi. Jadi, soalan tambahan saya ialah, adakah keyakinan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu penjaja yang berniaga di tepi jalan utama yang, yang kian lama dah berpuluh-puluh di sekarang?
Terima kasih …..
Terima kasih.
….. Tuan Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, Kerajaan Pakatan Harapan merupakan satu kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyat. Saya rasa dalam isu apa, ataupun konteks penjaja gerai haram ataupun tidak sah ini, sebenarnya ini juga merupakan masalah kita semua. Masalah kita semua dan sesuatu yang kita perlu tangani bersama-sama.
Saya ambil contoh, sebab baru-baru ini memang dari pihak PBT kita memang terima. Ada banyak aduan daripada orang ramai, aduan
daripada pekedai-pekedai mengenai bahawa, ni apa, ada, terlalu banyak gerai yang tidak berlesen telah pun berniaga di tepi jalan ataupun di kawasan-kawasan, ataupun di tepi jalan yang berisiko tinggi. Jadi ini telah pun menimbulkan satu kebimbangan kepada pihak kerajaan kerana bagi pihak kerajaan, kita tidak akan menghalang mana-mana yang sendiri mengusahakan perniagaan mereka untuk menda, mendapatkan pendapatan. Cuma dari segi penguatkuasaan, kadang kala sebagai kerajaan yang bertimbang rasa, yang mementingkan ni apa, keperluan rakyat, sebelum kita melakukan sesuatu tindakan penguatkuasaan itu, kita perlu mengambil kira ya, perasaan ataupun keadaan terkini penjaja-penjaja kita.
Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana telah pun banyak mengutarakan masalah-masalah kos sara hidup, masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk ataupun rakyat kita yang berpendapatan rendah. Sama juga, ada timbul isu di mana penjaja-penjaja kita diambil tindakan dan sebagainya. Bagi saya, penjaja dia memang perlu mengikut undang-undang yang sedia ada, mengikut syarat yang ditetapkan oleh PBT. Tetapi pada masa yang sama kita perlu memastikan bahawa setiap tindakan itu, kita ada solution kepada mereka. Bukan sahaja beri notis kepada mereka secara mesra, tetapi kita akan berunding dengan mereka dan akan pastikan kita dapatkan satu tapak yang sesuai untuk memastikan kita tidak menjejaskan kehidupan harian mereka. Yang paling penting, nasi periuk mereka tidak boleh dijejas. Itu kita akan cuba usahakan.
Dan saya harap dalam perkara ini, bukan saja tanggungjawab kerajaan, rakan-rakan di sebelah sana, kita boleh sama-sama usahakan, pastikan penjaja-penjaja kecil ini, nasib mereka, kita membela, sama-sama kita belakan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau yang telah menjelaskan kedudukan penjaja. Kita pergi kepada giliran Linggi.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya mohon untuk mengemukakan soalan yang ketiga.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan ADUN Linggi. Apakah dasar, strategi serta usaha Kerajaan Negeri?
Dan alhamdulillah untuk meningkatkan kemajuan peniaga-peniaga kecil dan sederhana bumiputera di negeri ini, alhamdulillah pada
pembentangan belanjawan baru ini, kita telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 3.0 juta pinjaman micro credit kepada pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga kecil untuk, untuk mereka menjalankan perniagaan mereka.
Di samping itu, di bawah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia atau SME Corp. Malaysia, terdapat 3 program khusus untuk usahawan bumiputera yang sedang dilaksanakan di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Sembilan: Program Peningkatan Keupayaan PKS Bumiputera. Program Peningkatan Keupayaan PKS Bumiputera atau singkatannya BEEP, adalah satu program khusus yang bertujuan untuk mewujudkan dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk pengukuhan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan akses kepada pembiayaan. Skop bantuan kewangan dalam bentuk geran bersamaan (50% daripada kos projek) yang diberikan di bawah program.
Iaitu yang pertama, pembelian mesin dan peralatan. Yang kedua, pembungkusan, penjenamaan dan pelabelan. Yang ketiga, pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti. Yang keempat, penyelidikan dan pembangunan. Yang kelima, inovasi. Yang keenam, pengiklanan dan promosi. Ketujuh, pembelian aplikasi ICT dan software. Yang kelapan, pengubahsuaian premis. Dan yang kesembilan bantuan sewa.
Di Negeri Sembilan, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN), Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), MARA Negeri Sembilan, SIRIM Negeri Sembilan, FAMA Negeri Sembilan, MIDA Negeri Sembilan dan SME Bank Negeri Sembilan.
Manakala, satu lagi program ialah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE). Seterusnya Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi muda menceburi bidang perniagaan. Program ini boleh dilaksana, telah dilaksanakan sejak tahun 2014. Ini bagi memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia, merubah paradigma belia daripada pekerja menjadi pemilik atau pengusaha perniagaan, serta membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.
Dan Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB). Akhir sekali, Program Galakan Eksport Bumiputera, yang mana program ini dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis
Amanah Rakyat, MATRADE dan Exim Bank. Program ini bertujuan untuk meningkatkan bilangan peserta pembangu, peserta, membangunkan keupayaan pra-eksport PKS Bumiputera yang berpotensi tinggi dan berpotensi untuk pasaran eksport dan mewujudkan rantaian bekalan domestik di kalangan PKS Bumiputera. Syarikat diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau Sijil amanah, Amalan Profesional dari badan-badan yang diiktiraf.
Memenuhi definisi PKS. Mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti pemilikan Bumiputera, telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun, beroperasi di premis perniagaan yang sah, syarikat-syarikat mendapat penarafan SCORE 3-bintang dan ke atas, produk / perkhidmatan buatan Malaysia.
Kriteria kelayakan untuk program BEEP ialah: berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 / Pendaftaran Perniagaan 1956, memenuhi definisi PKS, mempunyai 100% ekuiti Bumiputera, mempunyai lesen premis perniagaan yang sah, SCORE (minimum 1 bintang) atau MCORE minimum 2 bintang, sekurang-kurangnya telah berope, beroperasi 6 bulan.
Jadi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) pula terbahagi kepada 3 fasa; Fasa 1 merupakan modul latihan fizikal selama 7 hari melalui pendekatan konsep boot camp yang dijalankan untuk mempertingkatkan ketahanan jati diri para peserta. Fasa 2 pula adalah program selama 14 hari yang memper, mengetengahkan modul bengkel perniagaan secara intensif di mana para peserta akan didedahkan dengan konsep pengurusan kewangan, pemasaran, penyediaan kertas kerja dan banyak lagi.
Seterusnya, Fasa 3 merangkumi Pelaksanaan Perniagaan, di mana para peserta akan dipantau dan dibimbing melalui sistem buddy atau kaunselor perniagaan dan juga, Panel Penasihat Pakar PKS di bawah kelolaan SME Corp. Malaysia bagi tempoh 1 tahun. Hanya peserta yang telah berjaya menjalani Fasa 1 dan 2, mendaftarkan perniagaan mereka bersama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menerima geran sejumlah 15,000.00 untuk memu, membantu memulakan perniagaan mereka.
Syarat kelayakan bagi Program TUBE ialah peserta mestilah berumur 18 – 30 tahun dan telah menjalankan perniagaan atau perniagaan telah dijalankan mestilah sekurang-kurangnya daripada 1 tahun.
Program Galakan Eksport Bumiputera pula. Skop bantuan kewangan bentuk geran di bawah Program GEB ini meliputi nilai maksimum
500,000.00 ataupun 50% daripada jumlah kos projek maksimum 1.0 juta. Komponen Pembiayaan di bawah geran meliputi penubuhan pejabat operasi di luar negara, aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran di luar negara, pembangunan jenama, kajian pasaran/kemungkinan /risikan pasaran dan pasar, pakar industri/agen pasaran, e commerce market entry, latihan/kursus/seminar/ persidangan berkaitan eksport, peningkatan pembungkusan, persijilan & pematuhan piawaian antarabangsa, penambahan produk bagi tujuan eksport.
Manakala di bawah bantuan kewangan pinjaman mudah pula, pinjaman maksimum 5.0 juta pada 2% kadar keuntungan dengan tempoh pembiayaan 1 – 10 tahun dan tempoh bertenang sehingga 24 bulan. Komponen Pembiayaan meliputi pembelian mesin dan peralatan, modal kerja, installation dan ICT adoption, pengubahsuaian kilang, pembiayaan promosi berskala besar contohnya billboard.
Jadi, kita juga bantu pada tahun hadapan dengan 3.0 juta se, sistem micro credit, jadi saya rasa ini akan merangsangkan lagi, merangsangkan lagi jumlah peniaga-peniaga yang dapat memenuhi dan ke, kehendak mereka dalam memenuhi pasaran dalam negara dan luar negara. Inshaa Allah, terima kasih.
Mohon soalan tambahan.
Tambahan?
Pertamanya terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat atas jawapan tersebut. Dan khusus, syabas dan terima kasih juga kerana mewujudkan Tabung Pembangunan Usahawan dengan peruntukan sebanyak 3.0 juta.
Untuk tabung ini, adakah kita telah memperincikan sama ada ianya akan dimanfaatkan untuk bidang atau sektor sasaran yang tertentu? Dan jika ada, apakah syarat-syarat kelayakan dan apakah cara untuk mereka yang berminat untuk memohon soft loan tersebut? Terima kasih.
Yang Dipertua Dewan, terima kasih soalan tambahan daripada Linggi. Kita sedia maklum bahawa ini adalah pertama kali kita mengadakan ataupun memberikan pinjaman micro credit, jadi perkara ini akan diperhalusi oleh PKNNS. Dan kita akan
maklumkan kepada seluruh apa, seluruh rakyat Negeri Sembilan ini bagaimana untuk mereka mendapatkan pinjaman ini. Dan kita akan maklumkan juga syarat-syarat yang akan kita letakkan dalam, untuk memperolehi pinjaman tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekarang tiba giliran Lobak.
Terima kasih Tuan Dipertua, saya mengemukakan soalan 1.
Terima kasih Yang Dipertua, dan kepada YB Lobak atas soalan, untuk menjawab YB Lobak, jumlah penduduk kurang kemam, kurang berkemampuan adalah berdasarkan laporan eKasih sehingga 31 Oktober 2018, jumlah penduduk miskin tegar dan miskin yang berdaftar di dalam eKasih mengikut pecahan daerah di Negeri Sembilan adalah beri, seperti berikut:
Jelebu miskin tegar – tak ada, miskin – 608, untuk jumlah 608. Untuk Daerah Jempol mskin tegar – 7 orang, miskin 973, untuk jumlah 980. Untuk Daerah Kuala Pilah, miskin tegar – 20 orang, miskin – 1,410, untuk jumlah 1,430.
Untuk Daerah Port Dickson tiada miskin tegar, miskin – 501, untuk jumlah 501. Daerah Rembau, miskin tegar – 21, miskin – 670, untuk jumlah 691. Untuk Daerah Seremban, miskin tegar – 15, miskin – 5,501, dan untuk jumlah 5,516. Untuk Daerah Tampin, tiada miskin tegar, untuk miskin – 871, untuk jumlah 871. Untuk seluruh Negeri Sembilan, ada 63 orang miskin tegar, dan 10,534 orang miskin, untuk jumlah besar 10,597. Ini berdasarkan setakat 31 haribulan Oktober 2018.
Jumlah bantuan yang diberi berdasarkan laporan Bantuan eKasih sehingga 31 Oktober 2018 (laporan kumulatif), bilangan penerima bantuan adalah sebanyak 7,212 orang dengan jumlah 26,862 bantuan dalam pelbagai jenis. Seorang penerima bantuan kemungkinan menerima lebih dari satu jenis bantuan dan menerima bantuan tersebut setiap tahun berdasarkan kelayakan mereka.
Berdasarkan laporan eKasih sehingga 31 haribulan Oktober 2018, mereka yang dikategori sebagai kumpulan terkeluar dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tahun 2014, adalah atas sebab peningkatan
pendapatan adalah sebanyak 12,551 Ketua Isi Rumah. Antara faktor penyumbang ke arah peningkatan pendapatan adalah kerana mereka dapat kerja baru.
Untuk bantuan kewangan khidmat oleh JKM, saya boleh jawab untuk pihak JKM, diadakan kepada kumpulan sasar untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, skim bantuan JKM adalah alat dalam proses men, menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian iaitu kaedah dalam kaedah kerja sosial. Bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Misal kata, program 2YEP oleh JKM di mana ada, dia memberi satu bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan kepada penerima bantuan supaya mereka boleh keluar daripada senarai penerima bantuan. Itulah salah satu programnya. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tuan Speaker, tapi yang di jawapan itu, saya ada tanya tu, mereka yang berapa berjaya melepaskan dari bala kemiskinan. Nampak tak ada jawab. Lagipun kami nak tambah, di samping memberi bantuan, adalah rancangan-rancangan untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin. Erti cakap ni, atau cari kerja untuk mereka. Lagi setempat lagi, mereka melepaskan dari kemiskinan. Apa rancangan-rancangan?
Saya sudah menyebut, mungkin YB Lobak tidak dengar secara jelasnya. Saya sudah sebut ada 12,551 orang yang terkeluar daripada senarai sudah, keluar daripada senarai penerima bantuan. So, tak apa. Memang ada banyak langkah Kerajaan Negeri Sembilan ni bukan sekadar memberi wang seperti memberi ikan. Tapi kita ada mengambil banyak langkah-langkah positif untuk memastikan bahawa mereka diberi pancing dan diajar memancing ikan. Bukan sekadarnya diberi ikan.
Ada banyak program, salah program adalah seperti yang saya katakan tadi Program 2YEP, satu program yang memberi dana untuk memulakan perniagaan kepada pen, penerima bantuan supaya mereka boleh terkeluar daripada senarai penerima bantuan. Sekian, terima kasih.
Sekarang kita tiba giliran Senaling.
Saya kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Senaling. Tumpuan pembangunan pertanian bagi kerajaan pada masa kini adalah di kawasan Negeri Sembilan Timur yang melibatkan Daerah Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, pembangunan sektor pertanian di daerah lain juga akan diberi perhatian. Kerajaan Negeri juga ada menyediakan peruntukan pembangunan projek pertanian selain peruntukan dari sumber Persekutuan.
Di antara langkah-langkah bagi membantu daerah-daerah di Negeri Sembilan agar menjadi daerah agropolis yang berjaya adalah menambah bilangan projek baru berkonsepkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan. Fokus TKPM baru adalah di atas tanah milik kerajaan atau agensi yang mana projek ini memang menyasarkan pengeluaran makanan berskala komersial.
Menambah bilangan projek baru dari pembangunan tanah terbiar. Fokus projek baru, baru pertanian ini adalah di atas tanah milik individu yang mana pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian sentiasa menjalankan kempen pembangunan tanah terbiar yang dibuat di peringkat daerah. Jabatan Pertanian akan bertindak sebagai agen penemusuaan di antara tuan-tuan tanah dengan usahawan yang berminat untuk membuat projek pertanian.
Meningkatkan produktiviti pengeluaran. Bagi kawasan pertanian yang sedia ada dan berskala kecil, penggunaan teknologi pertanian yang moden seperti anak pokok yang berkualiti, bahan input pertanian yang berkualiti, alat jentera pertanian yang moden serta khidmat nasihat teknikal yang berterusan akan menyumbang juga kepada peningkatan hasil tanaman dan pendapatan petani. Selain daripada itu, Amalan Pertanian Baik (APB) dan pakej tanam, tanaman yang disyorkan juga mampu meningkatkan produktiviti tanaman.
Menggalakkan penglibatan petani kepada industri asas tani. Petani yang terlibat dengan projek pertanian juga digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang industri asas tani iaitu pemprosesan makanan. Industri pemprosesan makanan memang telah diketahui dapat memberikan nilai tambah kepada penduduk, kepada produk bahan mentah dan produk pertanian.
Menyediakan insentif projek tanaman makanan. Pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian ada menyediakan insentif projek tanaman
makanan seperti infrastruktur ladang, input pertanian seperti baja dan racun agar dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran petani di samping memberi galakan kepada petani untuk terus mengusahakan projek pertanian. Sekian, terima kasih.
Saya kemukakan soalan tambahan. Yang Berhormat ada menyatakan tadi, kawasan-kawasan ataupun daerah yang dizon sebagai zon agropolis ini, Jelebu, Kuala Pilah dan juga Jempol, akan diberikan pengkhususan kepada pengeluaran hasil pertanian.
Soalan saya ialah, memandangkan isu ini ataupun perkara ini tidak di-address, disebut dalam bajet, saya ingin bertanya, sama ada, ada atau tidak perancangan di pihak Kerajaan Negeri bagi membina pusat pengumpulan hasil pertanian di daerah-daerah agropolis ini? Terima kasih.
Terima kasih ADUN Senaling. Setakat ini kita ada merancang untuk membuat satu pusat pengumpulan di kawasan Seremban yang mana kita akan mengumpulkan semua produk-produk ataupun hasil pertanian di Negeri Sembilan sebelum kita hantar ke luar negeri. Sebab saya difahamkan sekarang banyak hasil kita dihantar terus ke Lembah Kelang tanpa ada pusat pengumpulan ya. Dan kemudian apabila kita ada permintaan di, di, di, di Negeri Sembilan dia patah balik. Jadi ini adalah meningkatkan kos.
Saya akan mengusahakan ya, satu pusat pengumpulan di setiap daerah. Dan pertamanya, sudah tentulah di Seremban sebab skala penggunanya. Dan kita akan kembangkan nanti apabila ianya berdaya maju. Inshaa Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Kita terus kepada soalan berikutnya, YB Temiang.
Ya, terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, memandangkan soalan ketiga ini telah pun terjawab semasa perbahasan, semasa belanjawan oleh Kerajaan Negeri, saya terus tukar kepada soalan pertama saya, sorry, soalan kedua. Minta maaf, soalan pertama.
Tuan Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan ADUN Temiang bahawa, berhubung dengan soalan, sila nyatakan dengan teliti cara-cara Kerajaan Negeri memajukan sektor pelancongan di Temiang.
Kita sedia maklum bahawa sektor pelan, pelan, pelancongan adalah merupakam satu sektor yang akan kita pastikan menjadi satu sektor yang utama pada tahun hadapan. Kerana ia telah memberikan pulangan terus kepada masyarakat. Dan ini akan meningkatkan pendapatan isi rumah keluarga yang terlibat dengan sektor pelancongan ini.
Jadi, Kerajaan Negeri sentiasa ingin memajukan aktiviti pelancongan tempatan yang merangkumi keseluruhan kawasan berdasarkan kesesuaian dan sejauh mana potensi sesuatu kawasan tersebut dapat menarik bilangan kedatangan pelancongan serta berupaya menghasilkan impak pelancongan yang berkesan. Di samping itu, produk-produk sedia ada di kawasan Temiang seperti Ban Joo Lee (Balai Polis Lama), Masjid Jamek Seremban, Bangunan Penasihat Undang-Undang, Tokong Lit Sent Gong, Tokong Tam Gong, Persatuan Sei Yap Negeri Sembilan dan Persatuan Fui Chew Negeri Sembilan akan disenaraikan sebagai salah satu produk tarikan pelancong dalam pelaksanaan Seremban Heritage Trail.
Jadi, di samping itu juga kita tahu bahawa jalan baru daripada Ulu Temiang ke Pantai yang akan siap tidak lama lagi, akan juga menjadi satu kawasan pelancongan yang baru kerana kawasan yang berbukit yang cukup indah di kawasan tersebut, yang akan pastinya menarik golongan-golongan yang mencintai eko pelancongan. Terima kasih.
Tambahan?
Ya, soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. So, persoalan tambahan saya adalah, berapakah jumlah pelaburan pelancongan yang akan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri di kawasan Temiang?
Yang Berhormat ADUN Temiang, satu soalan yang, selepas ni kita akan melihat jumlah tersebut. Dan kita akan kaji dahulu, dan kita akan pastikan bahawa kita tidak akan tinggalkan DUN Temiang untuk tujuan pelancongan untuk menarik lebih ramai bilangan pelancong khususnya pelancong luar yang datang ke kawasan
Temiang. Dan kita dimaklumkan bahawa terdapat ramai pelancong-pelancong dari negeri China yang datang ke kawasan ini untuk melawat tokong-tokong dan juga persatuan-persatuan yang ada di kawasan tersebut. Jadi kita tidak akan, kita akan pastikan ada sejumlah peruntukan akan diletakkan di DUN Temiang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya kita, giliran Juasseh.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya me, soalan, soalan pertamalah.
Terima kasih ya, Juasseh. Tuan Yang Dipertua, berdasarkan pembentangan belanjawan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, cadangan peruntukan tersebut adalah untuk tahun 2019. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri belum dimaklumkan jumlah peruntukan yang akan diturunkan serta senarai sekolah yang akan menerima peruntukan tersebut. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Soalan tambahan Tuan Dipertua. Walaupun peruntukan yang sebenarnya belum diturunkan, tetapi telah pun diumumkan ya, jumlah-jumlah yang berkaitan. Contoh 250.0 juta untuk sekolah kebangsaan, 50.0 juta untuk SJKT, 50.0 juta untuk SJKC dan sebagainya.
Soalan saya ialah, mengikut belanjawan yang dibentangkan dalam Dewan ini, kenapa tidak ada secara proportionate ya, peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk sekolah-sekolah kebangsaan? Terima kasih.
Terima kasih Juasseh. Soalan ini sebenarnya juga dalam soalan yang berikutnya, walau macam mana saya boleh menjawab tentang perkara itu. Peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, 3.0 juta ringgit merangkumi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan jugak sekolah tahfiz dan sekolah agama swasta ya, sebenarnya tidaklah banyak berbanding dengan peruntukan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sekolah, keseluruhannya di Negeri Sembilan ya.
Untuk makluman Dewan, peruntukan mengurus yang telah diperuntukkan oleh Jabatan Pendidikan, kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, kalau kita melihat dari segi rekod 2018, menurut Peruntukan Mengurus B23 adalah sebanyak 1.3 bilion ringgit. Dan, kalau 2017 sebanyak 1.2 bilion ringgit. Dan untuk 2016 adalah sebanyak 1.1 bilion ringgit.
Jadi kalau kita melihatnya sebenarnya, jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Negeri Sembilan ada 82 sekolah. Manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ada 61 sekolah. Bermakna ada 143 buah sekolah ya. Kalau kita bahagi pun, maknanya, dan kita ada sekolah agama, tambahan lagi, kalau kita bahagi pun, daripada 3.0 juta ringgit tu, jumlahnya agak, sebenarnya jumlahnya agak kecil. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan dan Juasseh. Kita pergi kepada soalan berikutnya, dipersilakan YB Rahang.
Terima kasih Yang Dipertua. Rahang mengemukakan soalan ke sa, ke satu.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Dan juga terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk makluman Yang berhormat Rahang, kesesakan lalu lintas yang berlaku di Bukit Chedang sebelum ini adalah berpunca daripada pertambahan bilangan kenderaan yang melalui jalan ini dan keadaan roundabout serta kelebaran jalan yang agak kecil. Pihak Majlis telah menaik taraf jalan berkenaan dan memberikan sedikit impak kepada kesesakan berkenaan. Buat masa ini, pihak kerajaan masih belum mempunyai perancangan terhadap kesesakan yang berlaku kerana ia hanya berlaku pada waktu puncak dan bukan setiap masa. Terima kasih.
Soalan tambahan. Ya, pada waktu puncak tu memang ada pel, trafik polis, tetapi masalahnya, masa, pada waktu malam dan juga hari hujung minggu yang penduduk-penduduk ini, dia orang sangat bimbang dan sangat marah sebab bukan sahaja waktu puncak. Its, dengan izin, its very bad at night, and also the weekends. Something must be done and look at seriously.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Ni apa, cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rahang, kita akan mengambil maklum. Dan kita akan terus menjalankan kerja-kerja penelitian sebab bagi pihak Kerajaan Negeri, saya rasa kalau kawasan tersebut, dia terlalu sesak, tentu kita akan melakukan sesuatu. Jadi, jangan bimbang Yang berhormat Rahang, balik bagitahu kepada pengundi-pengundi kita akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan perkara ini. Terima kasih.
Okay, okay, seterusnya Seri Menanti. Dah, menanti lama tadi kan? Silakan.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT, saya mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih Seri Menanti. Yang Dipertua dan jugak semua DUN, dan jugak pegawai-pegawai yang ada, pihak Kerajaan Negeri Sembilan sedia maklum jalan-jalan alternatif di Kuala Pilah khususnya bagi laluan Seremban ke Kuala Pilah dan banyak papan-papan tanda tunjuk arah telah disediakan bagi membantu pengguna jalan raya melalui jalan alternatif tersebut. Bagi laluan yang melibatkan Jalan Negeri, pihak JKR telah membuat langkah yang proaktif dengan membuat pelebaran jalan dan memastikan laluan tersebut diselenggara dengan baik. Walaupun mungkin sebulan dua ni agak kurang baik sikit, sebab peruntukan. Walau bagaimanapun pelebaran jalan tersebut dibuat secara berperingkat kerana melibatkan laluan yang panjang dan beberapa batang jalan.
Jumlah peruntukan untuk naik taraf dan lebarkan jalan-jalan kampung bergantung kepada keluasan dan panjang jalan berkaitan mengikut jajaran yang telah diwartakan sebagai rizab jalan oleh Pegawai Daerah. Pejabat Daerah Kuala Pilah akan mengenal pasti jalan-jalan sekiranya mendapat permohonan untuk menaik taraf dan melebarkan jalan-jalan dan menyediakan Bill of Quantity, dengan, dengan izin, untuk dimohon kepada Kerajaan Negeri dan jugak menggunakan peruntukan MARRIS.
Sebagai tambahan, di Kuala Pilah, ada lebih kurang 24 projek telah dibuat melibatkan penyelenggaraan jalan ber, bernilai lebih kurang 2,140,939.50 sen. Jadi boleh, ADUN yang bertanya untuk dapat kepastianlah, sama ada jalan yang disebut telah dibuat ataupun tidak.
Walau macam mana pun, saya suka mengingatkan bukan hanya setakat Seri Menanti, sebenarnya seluruh Negeri Sembilan sepatutnya mengambil inisiatif ini untuk DUN ataupun Ahli Dewan Undangan untuk merujuk kepada peringkat Pejabat Daerah untuk mengetahui projek-projek yang berkaitan dengan jalan. Dan juga memastikan semua kampung-kampung itu telah diwartakan jalan dia supaya dapat, apa ni, dapat peruntukan. Sebab peruntukan MARRIS ni banyak, jadi kalau ADUN pembangkang pun tak nak ambil inisiatif, saya rasa kita rugilah. Jadi saya menyaran supaya kita memberi keutamaan untuk memastikan supaya infrastruktur jalan ini dapat diutamakan.
Sebab salah satu untuk menjadi negara maju, yang kita sekarang tertinggal dibandingkan dengan Melaka dan Selangor, sebab banyak jalan-jalan belum dinaik taraf kepada 2 lane. Terutama masuk ke Bandar Seremban. Jadi kita tak perlu menyalahkan mana-mana, jadi semua DUN dan jugak Penyelaras DUN dan jugak EXCO akan bersama untuk membangunkan apa saja infrastuktur jalan termasuk jalan-jalan kampung supaya memastikan masyarakat kita dapat menikmati kemudahan tersebut. Jadi itu, itu yang dapat saya nyatakan.
Bukan soalan tambahan. Soalan nak pencerahan Dato’ Speaker. Dia cerita tadi melebarkan jalan ya. Jalan Terachi, Kuala Pilah ke Seremban tu sentiasa jammed dalam semasa perayaan ataupun hujung minggu. Jadi, ada jalan alternatif yang ditunjuk arah oleh pihak JKR untuk memudahkan apa ni, kereta-kereta yang nak ambil jalan alternatif. Malangnya jalan alternatif tersebut adalah jalan kampung yang lebarnya 9 kaki. Apakah ini tadi, ada disebut, ataupun akan dibina dalam perancangan tadi, untuk 2019? Itu saya mintak pencerahan.
Sekarang baru ada soalan tambahan, itu pencerahan. Tak itu pencerahan, sebab dah disebut.
Untuk, untuk tahun 2009, sebenarnya ada jalan yang dibuat untuk daripada ya? 2019. Ada jalan sepatutnya nak dibuat daripada Seri Menanti, daripada Ulu Bendul ke Serting. Tapi dalam masa sama jugak, kita menaik taraf jalan-jalan kampung sebab jalan Kuala Pilah ni seingat saya dah dekat 8 tahun tak boleh siap-siap lagi, di, menaik taraf jalan tersebut. Dan oleh itu, kerajaan, Pejabat Daerah mungin menyediakan beberapa alternatif jalan-jalan kampung. Dan jalan-jalan kampung ni setelah dinyatakan, apabila menaik taraf tersebut, kalau boleh buat tunjuk arah. Yang ni sedang dibuat. Tinggal lagi ini bergantung kepada, saya boleh bacakan salah satulah. Kalau
kita nak tengok di sini, kalau merujuk kepada kawasan Terachi, penyelenggaraan jalan di Kampung Pauh di JKKK Terachi, 110,000.00 pada 15 haribulan 2, 2018. Dan jugak, contoh lagi, penyelenggaraan jalan Kampung Tanjung Bangkung, di Ulu Bendul …..
Sekejap, sekejap, sekejap, YB Labu.
Ya.
Itu tak termasuk dalam jajaran alternatif yang saya sebut tadi. Jajaran alternatif itu yang mana daripada parit tu, parit dalam tu kan.
Ya.
Parit seberang lalu ke Talang, Talang berhenti seberang, dia tak sampai yang disebutkan Kampung Pauh, Terachi tadi ataupun Tanjung Bangkung, Ulu Bendul. Itu tak ada. Jalan tu tak sampai ke situ.
Tak, saya boleh bacakan lagi, banyak, banyak lagi, ada 24 …..
Jawab pada soalan sey, jangan jawab semua tu …..
Yelah.
Soalan saya tadi …..
Saya nak bacakan …..
….. bagi penjelasan.
Saya nak bacakan …..
Ni meraban buek apo, terus soalan saya tadi, jawab pada soalan saya tadi.
Yelah.
Alternatif tu, nak lebar ke tak? Kalau lebarkan, bilo nak buek? Itu aja.
Saya belum, belum baca habis lagi ni. Sabar dulu. Penyelenggaraan Jalan Kampung Bandar Dalam dan Jalan Kampung Dusun PPK di Talang Tengah, ada kaitan dengan, ni semua, ni semua ada di Kuala Pilah.
Yang Berhormat, saya nak, saya nak bercakap jap, Yang Berhormat Labu elok buat lawatan rasa saya. Sebab dia sebenarnya, apa yang Dato’ Samad beritahu ni, laluan utama ni satu hal-lah.
Ya.
Tapi bila jammed kita yang tahu ni, local, ada local knowledge ni, kita ikut jalan alternatif di pinggiran bukit tu. Jalan tu tak luas, tapi memang perlu untuk menyelesaikan masalah jalan utama ni, bila jammed. Jalan itulah yang tak di, yang dimaksudkan untuk keluasan tu, Dato’, YB. Jadi kalau boleh YB lawatlah sekali.
Jalan kampung tu saya dah masuk kat Parit tu, tinggal lagi, memanglah ada dia punya penunjuk arah, tapi tak sampai lagi ke, ke, ke apa, tapi boleh gunakan.
YB.
Ya.
Macam nia, YB datang, lawat dengan sey, tongah hari tu saya datang belanjo kek kodai ah heng tu.
Inshaa Allah, inshaa Allah.
Haa ya, datang.
Inshaa Allah.
Kita, kita pergi ke …..
Tuan Yang Dipertua, sebentar, berkenaan dengan jalan yang sama juga. Saya biasa gunakan jalan itu. Tapi apa yang dikatakan oleh YB Seri Menanti tu, memang jalan tu tak lebar. Dan kadang-kadang penternakan itu tidur di atas jalan raya, bahaya kalau digunakan waktu malam. Jadi saya cadangkan, 2 perkara, satu papan tanda yang dipasang itu, sebagai jalan alternatif adalah dalam warna merah, tak begitu jelas. Kalau local tahu. Tetapi yang datang dari luar tu, mereka sukar untuk membaca tanda tersebut. Jadi saya mintak warna itu ditukar supaya lebih jelas daripada jauh, yang boleh difahami oleh orang luar. Yang pertama.
Yang kedua itu saya mintak jalan itu, dilebarkanlah. Terpaksa dilebarkan. Kita lalu dalam kampung, kampung tradisional itu, terlalu bahaya. Terima kasih.
Okay. Tak apa kita ambil perhatian, apa yang disebut tadi.
Yang Berhormat Timbalan.
Kota pun nak nyampuk sikit.
Saya bukan nak nyampuk, saya apa ni, saya menyahut cabaran daripada Yang Berhormat Labu, dia kata tadi, pihak pembangkang ambillah peluang, dia kata tadi tak nak ambil peluang.
Jadi saya nak ambil peluang, jalan kampung ni, sebenarnya banyak masalah, tapi di Kota tu, saya nak bangkitkan, walaupun kawe dah bawak sebelum ini, iaitu jalan dekat pada Kampung Relung ke Kampung Nerasau. Saya mintak di-upgrade. Saya ingat YB Labu nanti boleh datang pergi tengok, daripada Kampung Relung ke Kampung Nerasau. Jadi saya mintak kalau boleh, ada peruntukan untuk melebarkan untuk membesarkan jalan tersebut. Terima kasih.
Saya dah cakapkan tadi, sepatutnya kerja-kerja jalan ni dah dibuat lama dah. Tinggal lagi oleh kerana sekarang ni banyak baru lagi, jadi pada pandangan sayalah, pembangkang dulu jadi pemerintah, sekarang kena jadi, bekerja jugak sama sama kita. Saya hanya meneruskan apa projek yang telah diluluskan sebelum ini. Dan kalau ada benda-benda yang kata saya bagi peluang tadi, tuan-tuan, walaupun sebagai pembangkang, kena bekerjasama dengan kita menyampaikan hasrat penduduk kampung yang diwakili oleh tuan-tuan.
Yang Berhormat, saya hanya menyampaikan hasrat …..
Tak ada masalah untuk melebarkan jalan. Itu memang tujuan kita. Sebab kita, selama ini, selepas 61 tahun, jalan-jalan kampung ni sama dia punya luas dia. Dan saya ber, ber, ber apa, berikhtiar memastikan kerajaan baru akan dapat melebarkan jalan. Mana-mana jalan kampung sekarang ini, kalau 2 kereta dari arah yang berbeza, kena berhenti salah satu.
Itu sebab saya cakapkan tadi, semua, yang ADUN, baik yang memerintah ataupun menjadi pembangkang, buat kerja sekarang ni, turun ke padang. Dan inshaa Allah kita akan buat, bantu. Keutamaan kita akan bagi ya.
Itu …..
Saya tak tahu pun kawasan tuan-tuan semuanya, saya …..
Rancangan itu akan masuk …..
Ya, ya, ya …..
…… rancangan 12.
Yang Berhormat, itu permohonan sayalah. Saya mintak dalam Dewan, sebab dalam Dewan ni tempat sesuai untuk mintak. Terima kasih.
Tak apa, ada …..
Tuan Yang Dipertua, ada satu soalan …..
Banyak kali ni.
Satu saja, cerahan saja. Macam biasanya, dikatakan …..
Sudahlah.
….. nak mintak ke? Duduk diam-diam saja.
….. lorong-lorong jalan kampung itu adalah sebagai lorong jalan kaki saja. Kemudian dimajukan sebagai lorong laluan untuk motosikal dengan basikal …..
Sudahlah Yang Berhormat.
….. kemudian Yang Dipertua …..
Yang Berhormat Jeram Padang sudahlah …..
….. kemudian di, dibuat jalan tar. Ini adalah 61 tahun, 61 tahun …..
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan satu saja.
Okay, okay.
Haa ini betul soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, yang ni soalan tambahan. Tadi pencerahan.
Seri Menanti dia pandai betul ni.
Jadi Dato’ Dipertua faham kan?
Tadi soalan tambahan, ni pencerahan?
Pandai you haa. Banyak taktik haa.
Okay, saya bagi sekali soalan tambahan.
Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Itu sebab saya sayang Dato’ Yang Dipertua ni. Saya tak jumpo Dato’ Dipertua macam ni, dah 3 penggal dah. Dato’ Yang Dipertua, saya nak mohon jugak ya, soalan tambahan ya, soalan dia, jalan dah kita lebarkan tu, itu selesaikan masalah. Satu lagi jalan iaitu kita terikat dengan peraturan, jalan kadang-kadang tu, rumah orang tu sebuah jo dalam tu, lebih 500 meter, ada yang 2 kilometer, ada 1 yang kilometer lebih, ada yang 3 kilometer, ada yang 5 kilometer jauh dia. Tapi syarat yang dinyatakan, di Pejabat Daerah, kalau sebuah rumah tu bukan jadi priority, keutamaan. Jadi kadang sedih, orang tu, dia tak ada jalan. Dan apa ni, nak bawak hasil, dia punya pertanian pun tak dapek nak bawak keluar. Jadi Dato’ Yang Dipertua, boleh tak kita ubah …..
Terima kasih …..
….. peraturan ni.
….. panggil saya Dato’.
Ya?
Dah panggil Dato’ dah.
Ya Dato’ Dipertua, tak lamo lagi, confirm, Dato’ Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat pun sonyum yo dio mandang tu ya. Jadi Yang Dipertua, alah lupo lak soalan tadi.
Boleh tak, boleh tak, di, dilonggarkan tadi supaya rumah ni, melebihi jarak, sesuatu jarak dibenarkan untuk kita buek jalan sampai ke rumah dia tu? Terima kasih.
Menjawab soalan itu, saya suka menyatakan bahawa kita kena belanja berhemah, dan memberi kesan yang positif seramai mungkin kepada penduduk. Kalau ada banyak kampung lain lagi yang belum dapat peruntukan, kalau nak satu orang ni kita bagi keutamaan kepada di mana jalan tersebut boleh digunakan oleh seramai mungkin. Untuk itu kebijaksanaan dan jugak kebijak, ni apa, perancangan perlu dibuat. Jadi maknanya kita tengok macam mana ini kampung ini dibesarkan.
Jangan jadi kampung, di Kampung Agam. Ada 200 lot, telah buat 2 rumah, lepas tu jalan tak ada, kemudahan api tak ada, ini yang saya nak kena selesaikan dalam masa satu tahun. Pasal ini telah berjalan lebih kurang dalam tahun 2006, sampai sekarang tak selesai. Saya dah masuk, rujuk kepada soalan tadi tu, mana-mana, bukan di Seri Menanti saja, semua kampung di Negeri Sembilan yang ada masalah, jalan dia tak boleh dilalui, kita beri keutamaan kepada mana-mana jalan, yang mana boleh mendatangkan manafaat yang ramai kepada penduduk. Priority kita bagi begitu.
Tetapi sepatutnya, untuk menjadi negara maju, sama ada satu orang ke, sama ada di Ulu Lakai, apa ni, ni apa, penduduk kampung Orang Asli
pun kita, kita akan beri keutamaan. Tapi priority kita bagi dulu kepada mana jalan yang penting. Sebab kita peruntukan terhad ya. Ini yang saya cuba, siapa, dan dalam masa yang sama jugak ada banyak ni, apa, kita memintak last minute. Kalau boleh kita mintak, terutama MARRIS, MARRIS ada banyak peruntukan, kena kemukakan cepat. Jangan tunggu last minute ataupun masa sekarang kita nak dapat, kita nak buat, memang tak sesuai.
Jadi saya menyeru kepada semua, sama ada pembangkang ataupun pegawai kerajaan, supaya pastikan kita berikan kemudahan jalan kampung ini semaksima yang mungkin supaya semua rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Labu. Saya tak nak panjangkan ya. Dan saya dah beri peluang soalan tambahan. Jadi saya pergi kepada giliran Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Seremban Jaya. Tuan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pelaburan baru di sektor perindustrian. Berdasarkan data projek yang telah diluluskan di Negeri Sembilan oleh MIDA, dari tempoh Januari hingga Jun 2018, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 20 buah projek dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.6 bilion ringgit. Daripada jumlah tersebut, 1.1 bilion adalah sumbangan pelaburan asing manakala selebihnya 0.5 bilion adalah daripada pelaburan tempatan.
Menerusi 20 projek yang diluluskan itu, ianya bakal membuka 1,661 peluang pekerjaan di Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang meneliti permohonan daripada pelabur, beberapa pelabur baru tempatan dan luar negara yang berminat untuk menjalankan perusahaan di Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Dipertua.
Ada soalan tambahan?
Sorry, sorry, Tuan Yang Dipertua, soalan tambalan, tambahan. Apakah jenis-jenis pelaburan-pelaburan perindustrian yang telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri?
Tuan Yang Dipertua, ada banyak jenis kalau nak dinyatakan satu persatu ya. Di antaranya ialah power intergrated modul semiconductor, ada jugak yang acrylic shield plastic product ya, ada jugak yang untuk pelbagai produk yang saya fikir kalau dibacakan agak panjang. Mungkin boleh dinyatakan secara bertulis kepada Seremban Jaya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampangan. Saya nak pantun sikitlah.
Di Dewan mulia ini kita terus bersidang, Suara rakyat dibawa dengan tenang, Semoga Yang Berhormat terus menyumbang, Negeri Sembilan maju, rakyat terbilang.
Dengan ini saya persilakan Chembong. Chombong. Jawab, jawab pantun ke?
Kapal dagang dari seberang, Sarat muatan kayu jati, saya kemukakan soalan nombor 1.
Tuan Yang Dipertua, bagi menjawab soalan nombor 1 Yang Berhormat ADUN Chembong, berhubung dengan jumlah kenderaan yang menggunakan jalan Seremban – Rembau, meningkat ya, dan sesak pada hujung minggu. Pihak Kerajaan memang menyedari kesesakan yang berlaku di laluan Seremban – Rembau ini dan telah merancang untuk menaik taraf laluan tersebut dari 2 lorong kepada 4 lorong. Permohonan peruntukan bagi menaik taraf laluan tersebut telah disenaraikan di dalam projek Keutamaan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Kementerian Kerja Raya yang kita kemukakan baru-baru ini.
Terima kasih. Chembong, tambahan?
Tuan Dipertua …..
Ya.
….. Rembau, Daerah Rembau ini selain daripada jalan Seremban – Rembau ataupun yang dikenali sebagai FT001, kalau daripada utara nak ke Rembau dan ke selatan, ia jugak, Rembau ini dhubungi oleh Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS). Kalau dari Seremban ambil Tol Senawang masuk Tol Pedas/Linggi dan keluar. So ada 2 jalan. Kalau sesak di jalan FT001 ni, kita boleh ikut jalan yang bertol, Tol Pedas/Linggi, Tuan Dipertua.
Soalan dia?
Agak eh bilo tol ni nak hapuskan ni, Tuan Yang Dipertua? Terima kasih banyak. Tuan Dipertua, tak pasal-pasal Yang Amat Berhormat kena jawab. Saya tak nak tanya tadi.
Kita serahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menimbang tol tersebut. Terima kasih.
Okay, terima kasih kepada Chembong, kepada Yang Amat Berhormat yang telah memberi jawapan. Saya nak pergi kepada soalan, kepada giliran Lobak.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 2.
Tuan Yang Dipertua, soalan YB ADUN Lobak berhubung dengan SAINS. Adakah pembinaan tangki air di kawasan Taman Zamrud dibina mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa? Kenapa sering kali ada gangguan bekalan air di Taman Zamrud dan kadar tekanan airnya terlalu rendah?
Bagi menjawab soalan tersebut, tangki air sedia ada di Taman Zamrud bersifat sementara sebelum tangki air yang kekal akan dibina. Tangki air sementara di bawah penyelenggaraan pihak pemaju. Pihak SAINS akan mensyaratkan kepada pemaju Taman Zamrud (Tiara Dhaya Maju Infrastruktur (ASIA) Sdn. Bhd.) bagi melaksanakan pembinaan tangki
air pada pembangunan fasa akan datang sebelum bekalan air disambung.
Berkenaan dengan masalah gangguan air di Taman Zamrud adalah disebabkan tangki sementara dan sistem pam yang tidak diselenggara oleh pihak pemaju. Bagi mengatasi masalah ini, pihak SAINS telah mengambil alih penyelenggaraan tangki sementara dan sistem pam tersebut dan akan dicajkan kepada pemaju sementara pembinaan tangki air kekal akan disiapkan.
Terima kasih. Memang cekap sekalilah kerana masalah ni sudah 10 tahun. So saya masuk ni, DUN Lobak ni, saya sampaikan, bila tanya di Dewan ni, penduduk sana pun ucap terima kasihlah kerana dia, interchange tu, dia pakai tu buat sementara. So masalah tu sudah selesaikan. Saya pun baru terima maklumat satu minggu lepas saja. So soalan tambahan saya, selain tu, tangki-tangki yang sedia ada, menghadapi masalah yang sama. Contohnya di Taman Makmur, ada bumbung tu sudah rosak, tapi dia dengan sementara saja ditutup dengan kanvas saja. So saya nak tau, bila akan selesaikan yang tu, tangki di Taman Makmur? Terima kasih.
Terima kasih ADUN Lobak. Bagi soalan tambahan pula, kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa tangki yang sekarang tidak berfungsi ataupun berbahaya untuk digunakan. Dan kita, kita telah meminta siasatan dan kita sedang meminta, apa, bajet daripada PAAB untuk menyediakan tangki-tangki air yang baru untuk digunakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti tersebut. Dan kita memastikan bahawa tangki-tangki air yang digunakan adalah selamat untuk masyarakat yang sedia ada.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ni sebagai maklumatlah, persidangan kita ni telah menarik ramai yang minat untuk lihat apa ni, yang, saya ucap terima kasih, semalam ramai berpantun dia kata, dan saya sempat menengok jap, ramai pakar pantun jugak kat sini ya. Jadi, dan nampak cerialah, bila kita ni ada budi bahasa nak, nak sanggah satu benda kan. Yang keduanya saya nak maklumkan ada, menarik minatlah sehingga MP Kuala Kangsar ada sama dengan kita hari ni, di galeri di atas. Dan lain-lain daripada ni, dan saya tengok ketua-ketua jabatan pun ramai yang hadir, ramai yang tak keluar mana-mana, terima kasih. Mudah-mudahan kerja kita kali ni akan bertambah baiklah, kerjasama pihak ni apa, Kerajaan Negeri dengan semua, MP nak cakap apa tu? Balik kampung, dia kata.
Kampung dia, dia orang Negeri Sembilan ya. Okay. Saya bukan nak panjangkan, kita terus kepada kawan saya daripada Serting ya, Serting.
Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor, nombor 2.
Soalan nombor 2?
Ya.
Terima kasih yang di, Tuan Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada YB ADUN Serting. Soalan pakej pelancongan. Apakah pakej-pakej pelancongan yang terdapat di negeri ini? Jika ada, berapa ramai pelancong yang datang melawat Negeri Sembilan pada tahun 2018 melalui pakej-pakej tersebut?
Alhamdulillah, Kerajaan Negeri mendapat sokongan dan dokongan daripada ramai player pelancongan yang sentiasa mempelbagaikan pakej pelancongan Negeri Sembilan bagi meningkatkan kehadiran pelancong di, dari dalam dan luar negara khusus untuk datang di Negeri Sembilan. Di antara pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pengusaha produk pelancongan kepada pelancong di Negeri Sembilan adalah Pakej Homestay, Pakej Colours of Negeri Sembilan. Yakni pakej homestay kita sedia maklum aktiviti masyarakat setempat macam-macam program yang diadakan di Pakej homestay tersebut. Yang keduanya, Pakej Colours of Negeri Sembilan adalah berhubung dengan kesenian dan kebudayaan yakni persembahan kebudayaan dan kesenian di Negeri Sembilan. Pakej Murex Watersport, riadah, yakni permainan sukan air seperti snorkelling, memancing, jet ski.
Dan kita juga banyak lagi pakej-pakej yang kita sedia maklum yang memberikan kehadiran pelancong yang ramai, dan ada mereka, di kalangan mereka yang tidak berdaftar. Dan hari ini kita akan pastikan bahawa pelancong-pelancong yang datang ke Negeri Sembilan ini akan kita daftarkan mereka. Dan kita nak lihat perkembangan yang baik ini, kita mampu untuk menarik lebih ramai lagi pelancong pada tahun 2019. Kerana itu pelancongan menjadi keutamaan pada tahun hadapan. Inshaa Allah.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan Tuan Yang Dipertua. Jadi kita memang banyak pakej-pakej pelancongan. Jadi, di Daerah Jempol ni juga, banyak produk-produk pelancongan. Jadi apakah cadangan ya, pihak kerajaan untuk memantapkan lagi ya, pakej pelancongan khususnya bagi Daerah Jempol? Terima kasih.
Kita sedia maklum bahawa Jempol pernah menjadi satu tempat yang menerima kunjungan ramai pelancong khususnya homestay. Dan kita juga sedia maklum bahawa banyak tempat-tempat menarik yang mampu menarik, khususnya eko pelancongan di kawasan Jempol ini. Dan kita akan bersama dengan Jabatan Perhutanan dan semua jabatan, di Majlis Daerah, dan Pejabat Daerah untuk kita melihat po, pro, produk-produk pelancongan yang baru yang akan kita ketengahkan dan kita akan senaraikan dalam tempat-tempat yang harus dilawati oleh pelancong-pelancong yang hadir ke Negeri Sembilan pada tahun hadapan. Inshaa Allah.
Okay, terima kasih. Kita pergi kepada soalan berikutnya, daripada Seremban Jaya.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, hari ini saya sudah dapat 3-3 soalan sudah naik. Terima kasih.
Tahniah, tahniah.
Tahniah. Tuan Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan ketiga, terima kasih
Nombor 3 haa?
Tuan Yang Dipertua, terima kasih ADUN Seremban Jaya, liputan Wi-Fi dan internet. Apakah punca sebenar liputan Wi-Fi dan internet di taman perumahan menjadi terlalu perlahan dan sukar mendapat liputan bagi jangka masa yang panjang? Adakah sebarang perancangan menambah baik sistem telekomunikasi dilakukan bagi melancarkan lagi liputan penerimaan saluran WiFi ini?
Untuk makluman, perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang disediakan oleh mana-mana Pemberi Perkhidmatan adalah mengambil prinsip kelajuan terbaik dan best effort. Penyediaan perkhidmatan jalur lebar kepada para pelanggan adalah bergantung kepada ujian kelajuan yang dilaksanakan semasa proses pemasangan dan premis pelanggan oleh pihak Pemberi Perkhidmatan.
Terdapat beberapa sebab kenapa berlakunya tahap kelajuan berbeza daripada apa yang ditawarkan dalam perkhidmatan. Di antara faktor yang menyebabkan kualiti perkhidmatan yang diterima kurang daripada apa yang ditawarkan adalah kedudukan jarak kabel dari ibusawat tersebut ke premis pelanggan. Yang kedua, penggunaan peranti atau peralatan yang digunakan juga pendawaian dalaman yang tidak mengikut spesifikasi.
Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah disarankan untuk membuat laporan sekiranya terdapat sebarang gangguan perkhidmatan bagi mendapatkan bantuan daripada pihak Pemberi Perkhidmatan serta memastikan pengalaman penggunaan yang terbaik.
Untuk makluman juga, menyediakan perkhidmatan Wi-Fi di kawasan-kawasan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui inisiatif Wi-Fi Komuniti adalah di kawasan-kawasan yang terpilih sahaja terutama di kawasan luar bandar dan kawasan tumpuan awam. Perkhidmatan hab Wi-Fi ini adalah inisiatif bersifat sementara yang bertujuan untuk membantu rakyat mendapatkan akses kepada internet secara kolektif sementara pembangunan infrastruktur komunikasi yang membolehkan internet diakses secara menyeluruh dibina. Perkhidmatan WK yang disediakan, Wi-Fi, penduduk setempat sehingga tamat tempoh kontrak dan tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyediakan liputan jalur lebar talian tetap dan mudah alih yang memberi perkhidmatan komunikasi yang lebih stabil, berkualiti dan bersifat jangka panjang.
Pihak kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti liputan telekomunikasi. Walau bagaimanapun adalah dimaklumkan bahawa proses menaik taraf telekomunikasi adalah proses yang berterusan dari masa ke semasa.
Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap dan memperluaskan liputan jalur lebar ke taman-taman perumahan, pihak kerajaan dan, pihak kerajaan telah dan sedang giat melaksanakan projek Jalur Lebar Pinggir Bandar dan projek Jalur Lebar Luar Bandar
menyediakan kemudahan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20 megabytes [20Mbps] di kawasan pinggir dan luar bandar.
Selain itu, perkhidmatan jalur lebar mudah alih bagi giat diperlaksanakan di kawasan-kawasan baharu dengan pembinaan lebih banyak menara atau struktur telekomunikasi di bawah inisiatif kerajaan atau pihak industri sendiri.
Di bawah inisiatif pelupusan [Peluasan] Liputan Jalur Lebar Mudah Alih, di samping membina menara komuni, komunikasi baharu, pihak kerajaan dengan kerjasama pihak Pemberi Perkhidmatan juga sedang dalam proses memperluaskan liputan 3G/4G di kawasan-kawasan yang mempunyai liputan 2G/3G. Bagi perkhidmatan 4G, pelbagai faktor perlu diambil kira termasuk bentuk muka bumi dan suatu kawasan bagi memastikan penduduk di kawasan tersebut memperolehi perkhidmatan 4G.
Dan kita juga inshaa Allah, tahun hadapan akan melangkah memastikan bahawa la, liputan Wi-Fi dan internet ini akan bertambah baik dan kita akan pastikan bahawa 2019 adalah merupakan tahun perubahan untuk kawasan-kawasan yang kita ri, menghadapi masalah-masalah ini pada masa akan datang. Terima kasih.
Soalan. Terima kasih Yang Amat berhormat Menteri Besar. Soalan, ni bukan soalan tambahan, ada sikit point mahu cakap. Mahu terima kasih kepada luas jawapan, memang saya pun ada faham, pasal kita baru 7 bulan 10 hari, hari ini. 7 bulan 10 hari. Tak apa. Masa tak cukup, saya pun, saya punya kawan baik sebelah sana, Gemencheh, kawan baik, dan color pun lebih kurang serupa. Saya mahu kasi peluang sama dia.
Saya lagi putih daripada you-lah.
Saya kasi peluang sama you, masa tak cukup, lagi berapa, soalan, soalan 16-lah, Gemencheh, kawan baik saya. Okay, terima kasih.
Wah, sekarang you dulu saya ya, Speaker tak sebut lagi, you sudah bagi sama dia ya. Dia sudah bayar you ka? Okay, Gemencheh. Nanti, jap, duduk dulu, duduk, duduk dulu. Ni, saya
ingat nak tamatkan soalan ni ya. Ni soalan terakhir ya, soalan terakhir, soalan terakhir. Jadi dipersilakan Yang Berhormat Gemencheh, silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Yang Berhormat, silakan.
Yang Berhormat Yang Dipertua, Terima kasih kepada ADUN Gemencheh. Di antara usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan Jaminan Pengeluaran Makanan Negeri, Food Security, dengan izin, di Negeri Sembilan adalah Menambah bilangan projek baru berkonsepkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Iaitu fokus kepada, TKPM baru adalah di atas tanah milik kerajaan atau agensi yang mana projek ini memang menyasarkan pengeluaran makanan berskala komersial.
Menambah bilangan projek baru dari pembangunan tanah terbiar. Fokus projek baru ini, pertanian ini adalah di atas tanah milik individu yang mana pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian sentiasa menjalankan kempen pembangunan tanah terbiar yang dibuat di peringkat daerah. Jabatan Pertanian akan bertindak sebagai agen penemusuaan di antara tuan-tuan tanah dengan usaha, usahawan yang berminat untuk membuat projek pertanian.
Meningkatkan produktiviti pengeluaran. Bagi kawasan pertanian yang sedia ada, berskala kecil, penggunaan teknologi pertanian yang moden seperti anak pokok yang berkualiti, bahan input pertanian yang berkualiti, alat jentera pertanian yang moden serta khidmat nasihat teknikal yang ber, berterusan akan menyumbang juga kepada peningkatan hasil tanaman dan pendapatan petani. Selain itu, Amalan Pertanian yang Baik iaitu APB dan pakej tanaman yang disyorkan juga mampu meningkatkan produktiviti tanaman.
Menggalakkan penglibatan petani kepada in, industri asas tani. Petani yang terlibat dengan projek pertanian juga digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang industri asas tani iaitu memproses makanan. Industri pemprosesan makanan memang telah diketahui dapat memberikan nilai tambah kepada produk bahan mentah produk pertanian.
Menyediakan insentif projek ta, tanaman makanan. Pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian akan menyediakan insentif projek tanaman makanan seperti infrastruktur ladang dan input pertanian seperti baja dan racun agar dapat membantu mengurangkan kos pengeluaran petani di samping memberi galakan kepada petani terus mengusahakan projek pertanian.
Di Negeri Sembilan kita ada lebih, ada 5 Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang berkeluasan 200, lebih kurang 280 hektar dengan pengeluaran 6,362 tan metrik. Kita juga ada Ladang Rakyat di Negeri Sembilan sera, sebanyak 3 Ladang Rakyat. Dan dengan bilangan peserta 21 orang, dengan keluasan lebih kurang 92 hektar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Oh, ada soalan tambahan? Haa, okay.
Terima kasih kanda YB Klawang. Soalan tambahan saya, semalam saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Lenggeng ya. Getah bukan lagi komoditi yang berdaya saing dan jugak sumber kekayaan. Dan untuk garis panduan pekebun-pekebun ataupun pengusaha-pengusaha ataupun petani yang nak mengubah daripada getah ke industri baru. Dan saya ingin mendapatkan pandangan apakah jenis tanaman yang mempunyai pasaran yang luas, dan mampu memberi pulangan yang baik kepada petani-petani ataupun pekebun-pekebun kita. Pekebun-pekebun di luar bandar. Sebab ia perlu bagi saya, kita berharap jangan, jangan sampai masa, apabila kita menanam sesuatu tanaman, akhirnya pasaran tak dapat di, di, di, di, dibawa ya, pasaran gagal, gagal untuk memasarkan produk mereka. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Gemencheh. Di Negeri Sembilan, kita memang membangunkan sektor tanaman makanan yang ada ber, tumpuan. Tanaman-tanaman yang, yang berpotensi untuk di, ditanam dan mendatangkan hasil yang agak lumayan seperti nangka. Kita ada nangka madu. Durian, sudah tentunya Musang King yang disebut-sebut sekarang, dan durian black molds sampai 90.00 ringgit sekilo. Yang, tembikai jugak, menjadi tanaman tumpuan, pisang, belimbing, durian belanda jugak sudah menjadi komo, me, apa, bukan komoditi, dia buahan yang menjadi tarikan sekarang, serta manggis.
Tanaman sayur-sayuran, sayur-sayuran buah juga boleh diusahakan dan bergantung kepada kesesuaian tanah, jagung manis, dan ubi kayu, ubi kayu jugak cukup mahal sekarang ya. Kalau makan di hotel, 15.00 ringgit se, se, se, se, sepiring ya. Jadi banyak tanaman-tanaman yang berpotensi untuk kita usahakan. Tetapi saya ingin menasihatkan pengusaha-pengusaha ya, rakyat kita supaya apabila membuat satu-satu projek itu, ianya haruslah ada perancangan holistik ya, huluannya macam mana, kemudahan proses pelaksanaan projek, kemudian bila dah hasil, kat mana kita nak pasarkan. Beberapa kes yang saya temui, kadang-kadang bila dah ada produk tu, dia tak tahu kat mana nak pasarkan. Jadi apabila sudah, dengan izin Yang Dipertua, at the wee hours, baru jumpa FAMA kata orang tu kan, kelam kabut jugaklah FAMA nak, nak mencari tompek eh tu. Jadi sekiranya tidak ada tempat untuk dipasarkan, haruslah kita membuat perancangan awal, kalau ada pasaran sendiri, sudah bagus, sekiranya kita tidak dapat memasarkan sendiri, mungkin kita boleh berbincang dengan PPK ya, yang banyak membantu petani-petani dan jugak FAMA untuk membuat pemasaran.
Dan saya difahamkan sekarang, di, di gemen, di Gemas ya, terdapatnya market yang slow ya, untuk nangka madu. Jadi saya jugak terkejut jugak sebab, saya ni tinggal di, sebelum ni tinggal di, di, di, di Subang Jaya. Nangko kek situ cukup maha. Malah, nak balik ke, ke Jelebu sekarang ni, tiap-tiap hari tu lalu dekat air terjun di Bukit Tanggo tu, banyak eh lebih kurang 5.00 ringgit. Dan ada satu ketika, tak ada, tak ada bahan, tak ada, tak ada nangko. Jadi, mungkin kita kena buat network ya, network pemasaran antara tu, supaya perkara-perkara sebegini dapat kita kurangkan ya, kurangkan di mana produk kita tidak dapat hasilkan. Terima kasih.
Sikit, sedikit, bukan soalanlah. Pencerahan. Yang Berhormat, nanti besok saya hantar satu tan, Yang Berhormat tolong pasarkan nangka madu ya.
Dan saya kesian dengan YB Palong semalam, beria-ia bawak masalah felda Palong, kawasan Palong. Palong, sabarlah. YB, Yang Berhormat Palong tinggal di Palong 3. Okay kito ambik contohlah ya, kito tobanglah semuo, pokok gotah ko, sawit ko, kek Palong 3 tu, apa tanaman yang sesuai untuk mendatangkan hasil pada masa akan datang. Ini saya nak, response dengan YB Lenggeng tadi, sebab getah bukan lagi komoditi yang menjadi sumber kekayaan. So kita tukar, apa, apa pokok yang kita nak tanam? Kalau ketum boleh tanam, orang dah tanam dah, tapi tak boleh.
Yang Berhormat Yang Dipertua, sebarang tanaman yang untuk kita usahakan secara skala besar dan tu, kesesuaian tanah dan pemasaran produk harus kita buat kajian dulu ya. Untuk itu sekiranya memang ada proposal-nya nanti kita akan teliti dan tengok macam mana untuk jawab sekarang ni, tidak, tidak, tidak adillah. Terima kasih.
Okay, Yang Berhormat Klawang dia, dia masih nak, nak rahsiakan lagi. Tapi dia dah, dia dah buat sebenar ni. Tanah-tanah terbiar nanti, tuan-tuan tanah terbiar, kita yang sawah-sawah terbiar ni sesuai untuk tanam kenaf. Kata hari hujan kan. Kenaf kalau hujan lebat, lagi cepat bosar. 4 bulan yo.
Kenaf ….[sebahagian percakapan oleh YB ADUN Gemencheh tidak dapat dirakam berikutkan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan] …. di Bukit Rokan Utara, tapi akhirnya, pasaran menjadi masalah.
Bukan pasaran, tak ada masalah pasaran sekarang ni. Di Johor semalam mintak saya, kata kat saya mana boleh supply lagi tak, dan dia nak buat sini, Johor dia buat sekarang ni kenaf.
Okay tak apa, saya mintak peneroka di Felda Bukit Rokan Utara jumpa Dato’ Speaker.
Haa okay. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Dan saya kira hari ni yang paling terbaiklah persidangan kita. Saya dapat 16 soalan kita jawab hari ni. Jadi kalau semua ni ikut peraturan, ikut apa, bercakap fakta-fakta, cepat, dan ni soalan yang paling kita selesaikan. Namun demikian kita perlu teruskan lagi, agenda semalam ni, berkaitan apa ni, perbahasan …..
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, saya nak nyatakan sesuatulah. Yang nak sampaikan soalan bertulis itu, yang tak sempat jawab, yang biasanya soalan tambahan itu, saya mintak pihak pihak DUN itu memastikan jawapan itu sampai kepada kami. Sebagai contohlah, pada persidangan lepas, Yang Berhormat Bahau mengatakan bahawa lokasi-lokasi di mana PPR, rumah PPR itu akan dibina itu akan disampaikan secara bertulis. Tetapi tak sampai.
Mungkin terlepas pandang, bukan saya nak salahkan. Tetapi ambillah iktibar untuk senaraikan, di mana perlu dihantarkan jawapan-jawapan bertulis tu, yang tak sempat jawab soalan tambahan itu, saya mintaklah ambillah masa lebih kurang 3 minggu, 4 minggu, agar soalan tu sampai kepada kami.
Okay, terima kasih …..
Terima kasih.
Teguran diterima. Kita pergi kepada perbahasan ya. Semalam perbahasan rang undang-undang. Saya difahamkan oleh …..
perbahasan selesai.
Perbahasan selesai ya. Cuma ada seorang yang tak sempat, saya ingat, YB Chennah. YB Chennah tak sihat ya. Hari ni pun YB Chennah pun tak sempat nak hadir sebab ada Mesyuarat Kabinet. Jadi kita …..
[Setiausaha Dewan tampil untuk memberikan penerangan kepada YB Yang Dipertua Dewan]
Jadi, haa, okay, jadi jadi kita, dah jawab 16 soalan. Bagi pertanyaan lisan ni kita dah tamat masa. Terima kasih kepada semua. Soalan lisan, haa ni janji tadi kan. Hari ni yang, soalan hari ketiga tidak sempat dijawab, jadi teguran Jeram Padang, akan diberikan jawapan secara bertulis. Inshaa Allah. Okay.
Haa itu yang soalan yang, yang tak sempat jawab. Yang saya maksudkan tu adalah soalan tambahan yang pihak EXCO mintak akan sampaikan secara bertulis, soalan yang tersebut.
Okay.
RANG UNDANG-UNDANG (Sambungan)Bill
Perkara keempat, Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat sekalian, kita semua dah berbahas semalam, perbahasan berkaitan dengan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018. Telah dibahaskan oleh semua Yang Berhormat kecuali Chennah. Dan Chennah pun tak boleh hadir hari ini. Jadi alhamdulillah, semua dapat ambil bahagian. Dan tahniah dan terima kasih kepasa sahabat saya Seri Tanjung. Semalam telah menjalankan tugas yang baik sehingga 10:30 ya. Haa ini boleh dicatat sebagai sejarahlah. Maklumat yang saya terima, tak pernah lagi kita sampai 10:30, ada dulu sekali dia kata pukul 9:00 malam kan. Jadi semalam Seri Tanjung, hah? Rekod you sudah pecah.
Okay, jadi sekarang tiba, tibalah masanya Yang Berhormat, saya beri peluang kepada pihak kerajaanlah untuk menggulung ya, dengan segala hormatnya dipersilakan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua. Setakat 3 hari persidangan pada kali ini, memang sangat kurang sekali perbahasan dan persoalan dari ahli-ahli Dewan yang mulia berkaitan dengan portfolio pembangunan belia dan sukan. Mungkin ada 2 sebab. Satu, ahli-ahli Yang Berhormat mungkin kurang berminat dengan aspek pembangunan belia dan sukan. Atau yang kedua, masuk bakul angkat sendiri, mungkin portfolio belia dan sukan ni dah cukup baik agak eh. Itulah antara duolah.
Tapi walau bagaimanapun saya ingin tegaskan bahawa belia dan sukan adalah antara 2 elemen penting dalam negara kita, dalam negeri kita belia dan sukan ini elemen penting. Kerana apa? Kerana belia ini masa depan negara. Orang bijak pandai kata, kalau nak tengok 10 tahun lagi, bagaimana keadaan Malaysia ini, kita tengoklah belia yang ada hari ini ya. Kalau baik belia itu, maka baiklah masa depan Negeri Sembilan ini.
Dan sukan pulak, ia berperanan sebagai medium perpaduan negara dan rakyat. Kita tengok hari itu, walaupun dalam suasana tegang, isu kuil di Seafield, rakyat Malaysia beribu-ribu, hampir 90,000 orang berhimpun di Stadium Bukit Jalil tanpa mengira kaum, bangsa dan agama, memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaysia dalam pertandingan akhir Piala AFF ya. Jadi, ini membuktikan bahawa sukan adalah medium baik dalam menjalin perpaduan di kalangan rakyat.
Dato’, Yang Berhormat Yang Dipertua, saya sangat berharap bahawa kita sama-sama mengambil berat tentang perihal pembangunan belia dan sukan ini kerana saya perlukan maklumat dan pandangan bagaimana untuk kita sama-sama membangunkan belia dan sukan di Negeri Sembilan ini. Baru-baru ini kita telah menganjurkan Konvensyen Belia Harapan Negeri Sembilan yang telah diadakan pada 26 haribulan November, yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti. Dan di sana kita telah berjaya membuat beberapa resolusi yang saya kira sangat baik kerana kali ini kita ber, melihat pendekatan kita ialah kita mahu sebarang rancangan yang kita buat berkaitan dengan belia, kita nak feedback ataupun makluman balas daripada belia sendiri. Kita tak nak syok sendiri, buat sendiri, tapi tanpa berbincang dengan kelompok yang terlibat.
Di antara 7 resolusi Harapan Belia Negeri Sembilan ialah, yang pertama, memperkasakan ekonomi belia melalui pertanian terancang untuk tanah-tanah terbiar. Yang kedua, mengurangkan pengangguran belia dan meningkatan kemudahan sukan di kampung dan daerah. Yang ketiga, mewujudkan ruang perkongsian pintar dengan institusi pendidikan di Negeri Sembilan bersama syarikat-syarikat berstatus korporat. Yang keempat, memperbanyakkan kursus dan dorongan untuk meningkatkan pengetahuan aktiviti sains dan teknologi.
Yang keempat, yang kelima, menilai semua program pengkaderasi pewaris belia. Dan yang keenam, memaksimumkan penggunaan kemudahan sukan di, di Jabatan Belia Dan Sukan seperti Kompleks Rakan Muda sebagai Pusat Sehenti Belia. Dan yang terakhir, Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Berhormat ADUN Sikamat telah bersetuju untuk menubuhkan suatu pusat pembangunan belia di Negeri Sembilan untuk memantau, menyelaras dan menjadi penghubung antara belia dan pertubuhan belia sedia ada. Dan mengumpulkan data-data yang diperlukan bagi, mengenai belia kepada Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan.
ADUN Linggi ada menyatakan berkaitan dengan kompleks sukan di kawasan Linggi, di Kampung Sawah, Sunggala. Terima kasih kepada ADUN Linggi. Pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan projek ini, Daerah Port Dickson memang memerlukan sebuah kompleks sukan yang lengkap dengan kemudahan dewan serbaguna, sekurang-kurangnya ada 3 gelanggang badminton, 3 gelanggang sepak takraw, dan satu gelanggang bola jaring, padang bola sepak rumput tiruan, Pejabat Urusan Belia Dan Sukan Daerah, gelanggang futsal berbumbung, gelanggang tenis, gim, gimnasium, kuarters kakitangan,
taman permainan kanak-kanak dan rumah sampah. Kos pembinaan dianggarkan ber, berjumlah 20.0 juta ringgit. Cadangan tapak ini, asalnya di Kampung Sawah, Sunggala seluas 28 ekar.
Namun projek ini belum lagi dimohon secara rasmi. Maka saya suka mencadangkan pihak Kerajaan Negeri nanti, inshaa Allah akan memohon secara bertulis kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia berkenaan perkara tersebut, untuk dimasukkan dalam Rolling Plan 4, RMK-12 yang akan datang. Permohonan untuk membina sebuah kompleks sukan yang baru perlulah disertakan dengan cadangan lokasi dan keperluan penduduk tempatan agar projek dimanafaat sepenuhnya.
Sebagai makluman, di Daerah Port Dickson sebenarnya telah ada sebuah kompleks sukan di Teluk Kemang yang dibina oleh Kementerian Belia Dan Sukan dan telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Kompleks sukan ini mempunyai sebuah padang bola sepak, dewan serbaguna, gelanggang futsal terbuka dan beberapa lagi kemudahan sukan lain. Tetapi malangnya, kompleks ini gagal di, diselenggara dengan baik. Akhirnya dia terbiar dan pihak Menteri dan saya sendiri telah melawat, dan inshaa Allah perkara ini akan kita bangkitkan untuk dibaik, dibaik pulih dan dinaik tarafkan, inshaa Allah.
Berkaitan dengan soalan daripada ADUN Pertang berkaitan dengan Kompleks Sukan Pertang. Projek ini asalnya telah diluluskan kepada Kementerian Belia Dan Sukan dengan peruntukan sebanyak 8.0 juta Ringgit Malaysia. Tetapi walau bagaimanapun, projek ini telah dibatalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, inshaa Allah, saya yakin kalau ada keperluan, di kawasan Pertang, dan inshaa Allah kita cuba mohon untuk projek-projek yang akan datang.
Tuan, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, tadi kita, ada dibangkitkan berkaitan dengan beberapa soalan-soalan yang telah diberikan jawapan yang kurang tepat, seperti mana yang dimaklumkan oleh ADUN Pertang dan juga Yang Berhormat Jeram Padang, beberapa soalan. Sebagai contoh, ADUN Pertang bertanya mengenai Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pertang yang jawapan mengatakan telah 100% siap ya, tetapi mengikut maklumat daripada Pertang sendiri bahawa status sebenarnya adalah sekitar 80%. Jadi saya melihat, perkara ini sebagai suatu perkara yang serius supaya sama-sama kita ambil perhatian supaya dalam kita memberikan jawapan, saya tak pasti sama ada berlaku salah taipan ataupun apa yang berlaku.
Tetapi saya suka mengingatkan saya sendiri dan sidang Dewan yang mulia ini, Allah SWT menyatakan, ya ayyuhallazina amanu ittaqullah
waqulu qaulan sadida. Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataaan yang tepat dan benar ya. Jadi saya sangat berharap kejujuran, yang berkata benar ini adalah sesuatu yang penting sama ada dalam rumah tangga, dalam organisasi tempat kerja kita, mahupun dalam uruskan negara dan negeri. Sebab itu, semasa ADUN Rantau membangkitkan atau membahaskan belanjawan, menyebutkan ekonomi negara, saya bertanya adakah 1MDB, skandal 1MDB jugak menjadi sebab kepada apa yang berlaku dalam negara kita. Tetapi beliau tak jawab.
Sebab itu kerajaan yang ada hari ini, kita berterus terang tetang keadaan ekonomi …..
Yang Berhormat, saya rasa bukan soal tak menjawab. Kes ini kes mahkamah. Kita kena tahu perundangan …..
Saya tak bagi ruang.
….. dan dia tak ada privilege semua Yang Berhormat. Terima kasih.
Tapi bagi saya, kita kena berterus terang …..
Itu bagi Yang Berhormat. Tapi peraturan dia, perkara yang dibawak ke mahkamah, subjudis untuk kita bincang dalam Dewan ini.
Saya tak sebut secara detail. Tapi saya sebut, adakah isu itu ….
Tuan Yang Dipertua.
….. menjejaskan ekonomi negara.
Tuan Yang Dipertua. Saya ingat semalam, ADUN Paroi mencadangkan dalam Dewan ini, kita membahagikan tentang isu
nasional dan isu negeri. Dia yang cakap semalam Dato’ Yang Dipertua. Ini bongkak jo hati pasal 1MDB ni pasal apo ni?
Saya, saya jelaskan ……
Tak apa, kita bagi peluang dia.
.…. kerana itu kejujuran itu penting ya. Sebab itu bagi saya, kita kena jujur dalam menyatakan apa jua berkaitan dengan keadaan negara dan negeri kita. Kita kena terima hakikat bahawa apa yang berlaku itu, kita kena belajar daripada kesilapan, mengakui kesilapan itulah yang akan menjadikan rakyat kembali menyokong kita. Kalau kita masih berdolak dalih, maka rakyat akan terus menghukum kita.
Kemungkinan peringkat awal akan berlaku keributan dalam pasaran saham dan sebagainya, tapi yakinlah, Allah telah sebut tadi, bahawa Allah akan bantu orang-orang jujur ini. Dan kita yakin dengan apa yang berlaku ini, kita akan mengundang keyakinan pelabur dan akhirnya akan meningkatkan pelaburan dalam negara dan negeri kita. Alhamdulillah, tadi telah dibentangkan oleh EXCO ataupun ADUN Ampangan, bagaimana Negeri Sembilan telah berjaya menarik pelaburan Ringgit Malaysia 1.6 bilion ringgit.
Tuan Yang Dipertua, sebab itu saya sebut tadi bahawa kita kena ingat, dan saya mengingatkan diri saya sendiri dan warga Dewan, bahawa apa yang kita lakukan, sama ada kita sebagai Menteri Besar, EXCO, ahli Yang Berhormat atau pegawai-pegawai kerajaan, bahawa apa yang telah kita lakukan atau sedang kita lakukan, atau yang akan kita lakukan, semuanya tidak habis di atas di dunia ini. Tak selesai kat dunia ini sahaja. Ianya akan dihitung dan dihisab di hadapan Allah SWT, satu persatu secara detail dan kritik.
Maka dengan sebab itulah saya mengingatkan diri saya, sewajarnya sentiasa berhati-hati, bersikap jujur, sentiasa patuh kepada peraturan walaupun di dalam keadaan apa sekalipun. Saya ingatkan diri saya supaya kita tidak menyesal di hadapan Allah SWT. Allah menyatakan walau taraa idzil mujrimuna nakisu ru-usihim 'inda robbihim robbanaa abshorna wa sami'na farji'na na'mal solihan inna muqinun [Surah Al Sajdah ayat 12]. Alangkah ngerinya ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Allah, lalu mereka kata, ya tuhan kami, kami telah melihat dan kami telah mendengar dan kami
telah, telah yakin tentang apa yang berlaku, dan kembalikanlah kami ke muka dunia kerana kami ingin melakukan kebaikan, kami ingin buat kerja dengan baik, kami ingin menjadi orang yang judur, jujur, ingin melakukan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.
Sebab itu, saya berharap bahawa keadaan-keadaan yang boleh menimbulkan keraguan kepada kerajaan, menyebabkan kerajaan dipandang dengan keadaan yang tidak baik, seolah-olah tadi, jawapan-jawapan tadi menggambarkan bahawa kita tidak teliti dalam menyediakan jawapan kepada soalan-soalan yagn dikemukakan. Sebab itu saya harap perkara ini diberi perhatian. Mudah-mudahan ianya tak berlaku di masa yang akan datang. Mudah-mudahan ini menjadi pengajaran untuk kita semua.
Akhirnya saya ingin menjelaskan bahawa pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan, bahawa kita dalam membuat keputusan, kita memberikan kebebasan kepada pegawai-pegawai kerajaan dalam memberikan keputusan ataupun membuat keputusan dalam apa jua perkara yang di bawah tanggungjawab mereka. Sebab itu, saya yakin mereka boleh menilai sendiri apa perbezaan antara kerajaan terdahulu dengan kerajaan kini ya. Kita sangat mengambil berat dan saya yakin, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat jugak sedia menerima kalau ada rungutan daripada pegawai-pegawai kerajaan yang diganggu oleh orang-orang politik dalam membuat keputusan. Sebab inilah pendekatan kerajaan baru supaya kita memberikan ruang seluas-luasnya kepada pegawai-pegawai kerajaan supaya membuat keputusan khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kontrak dan sebagainya. Inilah pendekatan yang cuba kita lakukan, inshaa Allah.
Dan saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan memberikan sokongan. Dan inshaa Allah sama-samalah kita bangunkan Negeri Sembilan ini dengan penuh amanah, dengan penuh tanggungjawab ke hadrat Allah SWT. Sekian, terima kasih Yang Dipertua Dewan.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi.
Dato’ …..
Silakan.
….. Yang Dipertua, boleh saya mencelah sikit, mengenai EXCO belia dan sukan? Sebab saya orang muda. Saya minat dalam belia dan sukan.
Tapi soalan tadi dah. Dah habis dah.
Tak ada, tadi ada yang tertinggal. Tertinggal, tertinggal.
Gulung, gulung, gulung.
Tertinggal?
Tertinggal.
Wanita nak gulung.
….. Pertang dan jugak Linggi. Sebenarnya saya ada membangkitkan jugak mengenai belia dan sukan ni. Jadi saya, saya rasa abang saya akan benarkan kot. Paroi?
YB, dia mungkin dah jawab tadi soalan tu.
Tak jawab lagi. Semalam saya ada bawak 2 perkaralah. Yang pertama mengenai kompleks, kompleks sukan di Gemencheh, satu. Yang kedua, yang berkaitan, mungkin berkaitan dengan pendidikan di Sekolah Bukit Rokan, yang dikaitkan dengan jugak kecemerlangan kriket di SMK Bukit Rokan. Bukan saya tak minat dalam belia dan sukan ni, ada. Sebab saya …..
Tu soalan semalam tak naik ke?
Perbahasan saya ada semalam, tapi …..
Ada?
….. tak dijelaskan. Tak apa, kalau tak jawab pun tak apa, mungkin soalan bertulis.
Terima kasih Gemencheh. Terima kasih, terima kasih atas, atas apa, atas soalan. Satu yang berkaitan dengan kompleks sukan, ada yang kata di Gemas sebenarnya, asalnya nak buat di Gemas.
Gemas tu memang kompleks sukan, baru. Di Gemencheh ni, menaik taraf kompleks sukan yang sedia ada.
Tu yang Gemas tu, memang ikut maklumat jugak, dibatalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Cuma yang di, di Gemencheh tu inshaa Allah, kita cuba lihat dari segi bajet dan sebagainya, kalau boleh kita pertingkatkan kemudahan-kemudahan sukan ni di seluruh Negeri Sembilan.
Berkaitan dengan Sekolah Magnet, ataupun sekolah-sekolah sukan yang banyak ada di Negeri Sembilan yang menumpukan kepada beberapa keperluan sukan khusus, seperti di Gemencheh, Bukit Rokan ya?
Bukit Rokan.
Bukit Rokan ya …..
Sebab …..
….. ia berkaitan dengan …..
Semakin hari saya tengok kecemerlangan kriket ada di Gemencheh. Banyak player Negeri Sembilan sendiri pun datangnya dari Gemencheh. Mungkin …..
Ya, saya setuju dengan Gemencheh.
….. MSN boleh sahkan.
Ya betul. Gemencheh, Tampin secara, secara umumnya jugak melahirkan hoki, pemain hoki yang berbakat, jugak banyak lahir daripada Tampin dan Gemencheh, begitu jugak kriket. Inshaa Allah, saya yakin bahawa inilah pendekatan Kerajaan Negeri bahawa kita akan fokuskan sukan itu mengikut daerah supaya lebih mudah kita mencungkil bakat-bakat baru. Jadi, kalau di Tampin itu, mungkin kita fokus kepada hoki dan kriket. Mungkin di, di Seremban kita akan tumpu kepada olahraga dan memanah dan sebagainya.
Jadi inshaa Allah ini antara pendekatan yang dibuat oleh Majlis Sukan Negeri untuk membangunkan sukan di Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi …..
Jap jap, saya bukan nak ni …..
Kita dah masuk sesi penggulungan. Semalam kita dah bagi banyak masa dah. Saya ingat habis 10:30. Pagi ni pun saya bagi ruang untuk bertanya ya. Jadi, sesi penggulungan ni masa pun terhad …..
Tak, tak ni Tuan Dipertua, saya nak mencelah sedikit. Tadi ulasan daripada Yang Berhormat EXCO belia sukan, menyatakan kompleks sukan di Gemas tu. Tapi jawapan bertulis, masih dalam peringkat kajian lagi. Dan Yang Amat Berhormat Sikamat menyatakan ianya di Gemas, dan akan, difahamkan mungkin kekal dibina di Gemas kompleks sukan tersebut. Tapi apabila EXCO belia menyatakan, terdapat percanggahan di sini. Jadi mintak penjelasanlah. Terima kasih.
Oh, tadi, YB Paroi, Gemas tu kata tidak diluluskan eh?
Ikut maklumat dari segi apa, belanjawan 2019 di peringkat Persekutuan, projek itu di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Jadi, ikut maklumat, jadi saya akan semak semula, kalau ada percanggahan itu saya akan maklum kepada ADUN Gemas.
Okay, saya cukup sekadar tu. Tak ada pertanyaan, penggulungan tak ada pertanyaan. Saya persilakan Bukit Kepayang.
Yang Dipertua Dewan yang mulia, bersempena dengan belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan, sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek kali, beberapa aspek belanjawan yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di dalam sektor wanita, keluarga dan kebajikan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat dan sejahtera. Sesuai dengan asprirasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Kerajakan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menerusi belanjawan 2019 telah menyediakan peruntukan yang pelbagai sama ada untuk wanita, budak sekolah, mahupun OKU menerusi usaha memperkayakan hasil secara inklusif dan merentasi sempadan kaum, bangsa, agama dan geografi. Izinkan saya memberi serangkap pantun ya.
Anak kucing di atas batu, Seekor serindit digonggong helang, Masyarakat majmuk boleh bersatu, Kebajikan diperoleh tidak terbilang.
Antara yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah, yang pertamanya Bantuan Khas kepada ibu tunggal secara one-off pada kadar 200.00 ringgit seorang dengan jumlah peruntukan 900,000.00. Untuk program, haa ini kita kena, kena guna akronim-lah untuk senang kita ingat. C4U, atau care for you, kita care for ibu tunggal. Ini selaras dengan Fasal 1 di bawah tajuk Wanita Dan kesejeh, kesejah …..
Kesejahteraan.
Kesejahteraan Keluarga, tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Tersasul, sorry. Manfaat ini akan dinikmati oleh seramai 4,500 orang ibu tunggal yang telah berdaftar dengan eKasih. Ada YB Rantau mengatakan eKasih itu tidak lengkap. Tapi memang ini adalah usaha pihak Kerajaan Pakatan Negeri Sembilan di mana kita memurnikan senarai eKasih ini setiap malam melalui data, data migration di antara JKM dan eKasih. Dan di samping itu kita juga me, mengadakan, kerana kita bukan bersifat bancian. Kita bersifat apa, mengikut permohonan atau aduan. So kita akan membuat apa tu, apa tu, saringan yang berkenaan. Untuk memurnikan lagi senarai ini, eKasih ini.
Senarai, untuk, tentang senarai ibu tunggal ini, turut disaringi oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan ICU dan juga Pejabat-Pejabat Daerah. Tentang bapa tunggal ini, jikalau ada keperluan, saya rasa pihak Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan menimbangkanlah untuk memberi bantuan kepada merekalah. Seri Menanti ya, bapa tunggal? Okay.
Seri Menanti bukan bapa tunggal, dia ada 2 lagi.
Aiyo, tak, nanti saya akan jawablah. Seri Menanti, ibu tunggal yang Seri Menanti kata itu sudah berpindah daripada Kuala Pilah.
Tinggal 2.
Okay, yang 2.
Bagi pelajar sekolah dalam kalangan keluarga miskin di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula, seramai 1,500 orang murid akan diberi bantuan yuran bas sekolah bernilai 50.00 ringgit sebulan dengan jumlah peruntukan Ringgit Malaysia 900,000.00 untuk program, akronim ini ya, ingat, N9BAS atau bas untuk bantu anak sekolah. N9 Bantu Anak Sekolah atau N9BAS, okay. Ini selaras dengan Fasal 4 di bawah tajuk Pendidikan Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan. manfaat ini akan dinikmati oleh seramai 1,500 anak sekolah yang diambil dari senarai Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin atau KWAPM, yang diberi oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
Yang ketiganya, tidak dilupakan orang golongan kelainan upaya, bukan kurang upaya ya, OKU yang sentiasa mekar di hati kerajaan. Pada ketika ini, jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seramai 2,490 orang yang menerima Bantuan Am sebulan sebanyak 140.00 ringgit sebulan. Bajet 2019 Negeri Sembilan memperuntukkan jumlah sebanyak 1.79 juta untuk program, akronim yang ketiga ya, B4U, Bantu For You, kerana ini adalah Bantuan Am, kita sudah, 140.00 ringgit itu dinaikkan 60.00 ringgit, jadi 200.00 sebulan, okay.
Keempat, suka saya menyatakan di sini bahawa wanita merupakan ciptaan tuhan yang sangat istimewa. Setiap lelaki yang hebat yang lahir di dunia ini, lahir dari perut seorang wanita ya, nasib baik ada orang yang sokong. Setiap lelaki yang berjaya dalam dunia ini, di sisinya bukan belakang haa, di sisinya ada seorang wanita kuat yang menyokong lelaki tersebut. Menyedari hakikat bahawa wanita adalah penentu masa depan negara, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada wanita di atas segala jasa dan peng, pengorbanan dengan memperuntukkan sebanyak 1.6 juta untuk program, akronim yang keempat ya, PHGEM, iaitu Powerhouse Wanita Gemilang. PH tu Powerhouse-lah, GEM tu shortform untuk Gemilang. So gem, gem haa, berlianlah. Bahasa Inggeris gem, berlian, wanita bagai berlian. Akronim yang sangat senang, senang diingatilah. PHGEM adalah inisiatif untuk memperkasakan wanita Negeri Sembilan dengan memberi latihan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berkemahiran. PHGEM juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti, kursus kemahiran dan kepim, kepimpinan.
Okay untuk menjawab isu yang timbul semasa perbahasan. ADUN Pertang yang begitu prihatin terhadap nasib warga-warga Pertang, mengenai dengan bantuan pemulihan bagi mangsa-mangsa banjir. Mengikut Peraturan Tetap Operasi (PTO) Banjir, Bencana Banjir JKM, Peringkat Pasca Banjir, JKM bersama Pejabat Daerah bertanggungjawab untuk mendaftar, mengemas kini, menyemak dan memuktamadkan segala nama mangsa bencana banjir bagi tujuan pemulihan. Senarai nama tersebut dikategorikan 2 keadaan, sama ada yang berpindah ke pusat pemindahan atau tidak berpindah. Setelah nama-nama disemak dan disahkan oleh Pegawai Daerah, nama-nama tersebut akan dipanjangkan ke Agensi Pengurusan Bencana Negeri atau NADMA melalui agensi Pertahanan Awam Malaysia atau APM [disebut dengan bunyi APAM], untuk dipertimbangkan bantuan ehsan. No sudah tukar nama, sudah tukar nama. JPAM dulu, sekarang sudah APM [disebut dengan bunyi APAM]. Bukan apam Johol haa.
Walau bagaimanapun, melalui, melalui Kerajaan Negeri, mangsa-mangsa yang terlibat akan dibekalkan kit makanan permulaan bagi meringankan masalah yang dihadapi mangsa banjir ini. Kit ini diberikan selepas mangsa-mangsa ke rumah dari pusat-pusat perindahan.
Berkaitan banjir di Pertang, pihak APAM [disebut dengan bunyi APAM], telah bekerjasama dengan JKM memohon wang ehsan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Pemohon, permohonan te, telah dikemukakan untuk keluluasan NADMA. Jika diluluskan, 41 Ketua Isi Rumah akan menerima 500.00 ringgit setiap KIR.
Dari segi pembaikan dan penambahbaikan longkang dan prasarana, ini akan dijawab oleh pihak yang berkenaan seperti PBT, Pejabat Daerah ataupun JPS nanti. Kerana ini bukan bidang kuasa portfolio saya.
Okay, ADUN Pertang juga bertanyakan berapa ramaikah jumlah penerima bantuan yang telah ditamatkan atau diberhentikan mengikut skim bantuan dan sebab-sebab ditamatkan bagi Daerah Jelebu. Setakat ini, kerajaan melalui JKM masih lagi mengekalkan dan menyediakan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar berpanduan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM.
Mengikut statistik daripada Januari 2018 sehingga November 2018, bagi Daerah Jelebu, bantuan yang ditamatkan, Bantuan Am se, sebanyak, seramai 80 orang, Bantuan Kanak-Kanak seramai 41, Bantuan Terlantar seramai 16, Bantuan Orang Tua seramai 33, Bantuan PPT seramai 23, Elaun Pekerja Cacat seramai 6 olang, orang, untuk jumlah seramai 199 orang di DUN Pertang. Walau bagaimanapun, pena, penamatan yang dilaksanakan oleh jabatan setelah siasatan dilakukan dan disantuni. Antara faktor bantuan ditamatkan adalah seperti berikut: meninggal dunia, pendapatan melebihi PGK, tidak dapat dihubungi, tidak layak kerana anak telah mencapai 18 tahun ke atas. Kerajaan Negeri melaui JKM akan mempertimbangkan bantuan yang sewajarnya dalam keadaan semasa setelah siasatan dilakukan sekiranya layak mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Untuk menjawab ADUN Chembong yang begitu menarik dan sinis, bahawa banjir yang berlaku di kawasan Chembong. Melalui semakan dan rekod JKM sepanjang tahun 2018 sehingga kini, yang dimaklumkan oleh Urusetia Bencana Daerah, banjir yang berlaku hanya berlaku di Kampung Nerambai dan Kampung Sungai Timun pada 22 haribulan November 2018. Pemakluman dan tindakan telah diambil. Walau bagaimanapun, pihak JKM sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga dalam menghadapi bencana yang berlaku di Negeri Sembilan bersama-
sama dengan APM [disebut dengan bunyi APAM] dan Pegawai Daerah serta agensi kerajaan yang lain.
Laporan dari APM [disebut dengan bunyi APAM] pada 15 November 2018, terdapat beberapa kawasan di Kampung Batu 1, Pedas Tengah, Kampung Batu 1, Pedas Tengah. Air sungai melimpah ke atas jalan raya dan kawasan hadapan sekolah Rendah Kebangsaan Pedas. Keduanya Kampung Paya Lebar, tiada melibatkan rumah berpenghuni, hanya satu keluarga terkandas untuk keluar ke jalan utama Pedas – Kundur. Didapati tiada pusat pemindahan dibuka dan kesemua mangsa tidak berpindah memandangkan air surut pada hari yang sama. Saya setujulah apa Tuan Speaker kata semalam, bahawa ini merupakan banjir kilat saja.
Ada satu nota untuk meng, menegur saya, kata bukan “apam”, tapi APM, tapi senanglah, apam kan? Okay.
Untuk menjawab ADUN Gemencheh yang begitu ceria, berapakah PGK yang mem, permohonan bantuan kewangan JKM. Dalam membuat penilaian permohonan bantuan kewangan, pelbagai aspek akan dinilai termasuk pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK. PGK sedia ada adalah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) tahun 2018 iaitu 930.00 ringgit bagi Semenanjung Malaysia, 909.00 ringgit bagi Sarawak, 1,170.00 ringgit bagi Sabah dan Labuan.
Dan un, ini last-lah. ADUN Gemencheh ada bertanyakan Kerajaan Negeri telah menaikkan Bantuan Am melalui bajet negeri tahun 2019. Justeru itu, bagaimana dengan kadar kenaikan bagi skim bantuan yang lain. Okay, maklum balasnya, adalah, setakat ini, Kerajaan melalui JKM masih lagi mengekalkan dan menyediakan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar berpandu, berpandukan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan bantuan kebajikan ini adalah selaras dengan senarai concurrent list antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ada, 6 jenis bantuan yang diberikan oleh Negeri Sembilan. Tapi hanya 1 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri iaitu Bantuan Am. Yang lain tu, adalah diberi oleh Kerajaan Persekutuan. So itu, UPEN akan mem, membuat keputusan, EPU akan membuat keputusan tersebut adakah mereka akan adopt PGK yang baru yang dikeluarkan oleh Perangkaan nanti. So untuk, kita hanya boleh mene, membuat keputusan untuk bantuan Am sahaja. Okay.
Okay, saya akhiri dengan pantunlah haa.
Beli gula satu tempayan, Gula bercampur air madu, Kehendak rakyat perlu dilayan, Mudah masyarakat bersatu padu.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih Bukit Kepayang. Dewan mengambil maklum ya, ketidakhadiran YB Rantau kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan dia kata. Seterusnya, silakan …..
Dato’ Dipertua, boleh dapat sikit penjelasan?
Ada penjelasan lagi?
Ada penjelasan sikit saja lagi. Tertinggal mungkin. Bukan mengenai APM. Saya ada bertanya, dalam …..
Tanya tak boleh.
Bukan tanya, penjelasan dalam bajet ni kita ada naikkan, kenaikan Bantuan Am daripada 140.00 kepada 200.00 ringgit, untuk penerima OKU. Bagaimana pula dengan penerima-penerima lagi seperti ibu tunggal, warga emas dan lain-lain?
Ini hanya untuk Bantuan Am. So Bantuan Am, bukan sekadar untuk OKU, tapi senarai yang kita akan beri untuk tahun depan adalah untuk OKU saja.
Yang lain?
Yang lain kita akan tengok untuk tahun depan. Terima kasih.
Okay terima kasih. Silakan. Okay, Choo, YB Choo.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Kita semua ambil maklum bahawa cabaran yang besar kepada kerajaan pada ketika ini dalam konteks perpaduan dan keharmonian masyarakat adalah sentiment perkauman dan agama. Ianya berlaku rentekan, rentetan isu bantahan ICERD dan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman pada 26 dan 27 November yang lalu, yang menyebabkan keresahan dan kebimbangan masyarakat di negara ini.
Kerajaan Negeri Sembilan sememangnya sentiasa prihatin dan mengambil langkah-langkah tertentu bagi membendung sentimen perkauman dan keagamaan. Langkah yang diambil bukan hanya dari segi penguatkuasaan undang-undang oleh PDRM, pengesah, pengesanan dan pemantauan isu daripada agensi keselamatan sosial yang lain, hebahan dan penjelasan media, namun turut melibatkan peranan institusi pendidikan, peranan pemimpin masyarakat dan peranan akar umbi sendiri dalam menangani.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak PDRM Negeri Sembilan, Perpaduan dan entiti keselamatan sosial lain yang sama-sama melaksanakan tindakan pantas dan mengesan, dan mengurus isu demi memastikan bantahan ICERD yang diadakan di Negeri Sembilan yang lalu, adalah pada tahap terkawal dan aman.
Bagi tempoh jangka panjang, pada pandangan saya, usaha-usaha mendidik individu dan masyarakat tentang pentingnya perpaduan perlu dipertingkatkan. Usaha-usaha ini dilakukan melalui memperkasakan makanisma perpaduan sedia ada seperti institusi pendidikan dan sekolah, MPKK, Rukun Tetangga, persatuan penduduk, JPM dan badan-badan bukan kerajaan yang lain. Setiap entiti organisasi komuniti ini hendaklah meningkatkan peranan sebagai penenang, pendamai bagi menepis usaha-usaha yang memecahbelahkan perpaduan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Memandangkan keperluan kerjasama dan muafakat dalam setiap entiti akar umbi dalam pengurusan perpaduan, Jawatankuasa Bertindak Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, dalam mesyuarat bertarikh 19 November 2018, telah menetapkan supaya penyelarasan diurus setia, diurusetiakan akar, Unit Akar Umbi Kerajaan Negeri Sembilan diadakan supaya setiap entiti organisasi komuniti tersebut dapat diselaraskan kefungsiannya, peranan dan tindakan bersama yang
perlu dilaksanakan demi kesejahteraan, keselamatan dan perpaduan di kawasan komuniti masing-masing.
Peranan semua agensi dan entiti kemasyarakatan ini adalah sangat penting menjadi medium menjelaskan situasi sebenar keadaan keresahan masyarakat. Selain itu, peranan entiti kemasyarakatan ini adalah sangat penting untuk menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum tidak kira di tempat kerja, tempat belajar, tempat kediaman dan dalam pelbagai aktiviti sosial melalui program-program konkrit dalam kawasan-kawasan komuniti, perkampung-kampung dan perumahan.
Saya di kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Jabatan Perpaduan khususnya di Daerah Seremban, disusuli daerah-daerah lain yang telah memulakan kerjasama strategik ini bagi mencapai pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. Anjakan ke-9 iaitu penglibatan ibu bapa dan komuniti. Misalnya program yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Seremban 2 dan Sekolah Menengah Seremban 3 iaitu penglibatan antara pihak sekolah, PIBG dan Rukun Tetangga semasa sesi taklimat pendaftaran dan perjumpaan ibu bapa di sekolah-sekolah
Rukun Tetangga dan Mediator Komuniti dalam hal ini berperanan menjadi orang tengah antara ibu bapa dan sekolah di dalam isu disiplin dan menangani aduan sosial daripada ibu bapa penjaga. Dalam konteks ini, Rukun Tetangga juga menjadi agen menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan mesej-mesej perpaduan yang di, dilihat selari kefungsiannya merujuk Akta Rukun Tetangga 2012, Seksyen 8(d) iaitu untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya, menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat.
Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Kota, yang mana semalam Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Kota ada memaklumkan, peri pentingnya penubuhan Rukun Tetangga baru di kawasan-kawasan tertentu khususnya di kawasan berisi, berisiko tinggi. Walaupun jawatankuasa Rukun Tetangga yang melaksanakan tugas secara, secara sukerela, namun mengikut data keaktifan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional sehingga Disember 2018, sebanyak 75% RT, Rukun Tetangga adalah dalam kategori aktif dengan mengambil kira KPI minima 12 kali pelaksanakan program dan aktiviti 6 kali, dan aktiviti, dan 6 kali mesyuarat RT dan pengurusan kewangan yang baik sepanjang tahun pengoperasian.
Sebagai makluman, peningkatan bilangan Rukun Tetangga sememangnya berlaku. Dan pada tahun ini saja, sebanyak 6 buah Kawasan Rukun Tetangga baru telah ditubuhkan iaitu yang pertama, Taman Desa Kolej di Seremban, yang kedua Bandar Warisan Puteri di Seremban, yang ketiga Taman Ekar Matahari di Seremban, yang keempat Bandar Utama Tampin di Tampin, yang kelima Taman Irama di Jelebu dan keenam Taman Sri Kota, gandong, Gadong di Rembau. Dan 2 lagi yang masih dalam proses dan mungkin, kemunginan akan dilulus pada awal tahun, bulan, awal tahun depan iaitu di D’Belsa Taman Bandar Senawang dan D’Latania di Taman Bandar Senawang. Yang kedua RT ini mungkin akan diluluskan untuk tahun depan.
Tapi yang semalam, Yang Berhormat Kota ada mengatakan bahawa pelantikan, pelantikan pengerusi ataupun jawatankuasa Rukun Tetangga adalah cadangan Yang Berhormat, tapi mengikut pada Akta Rukun Tetangga 2018, merujuk pada Akta Rukun Tetangga Seksyen 7(1), ia adalah dibawah kuasa Pengarah Perpaduan. Bukan YB ya. Jangan nak, nak, nak, mengelirukan okay. Dia adalah di bawah kuasa Pengarah Perpaduan …..
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
….. dalam tempoh 30 hari …..
Mohon mencelah.
….. dari urusan penetapan …..
Sekejap.
….. penetapan Rukun Tetangga oleh ketua …..
Cadangan. Cadangan Yang Berhormat.
Okay.
Boleh betulkan ayat tu? Cadangan.
Cadangan.
Memanglah kita tahu siapa yang melantik Yang Berhormat. Tapi, cadangan.
Okay, suka saya maklumkan bahawa Rukun Tetangga adalah sebuah NGO kerajaan yang mempunyai fokus terhadap pengukuhan semangat kejiranan, keselamatan sosial, kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat. Penubuhannya menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat dalam pengurusan perpaduan dan keselamatan sosial di peringkat akar umbi di mana, ianya bebas daripada mana-mana pengaruh politik dan kepentingan pihak tertentu.
Strategi-strategi lain yang dilaksanakan adalah melalui peningkatan peranan media terutamanya melalui kaedah hebahan dan siaran sama ada oleh Jabatan Penyiaran, mahupun Jabatan Penerangan Malaysia. Fungsi dan peranan media elektronik dan media cetak perlu ditingkatkan dalam situasi ini dan seharusnya mampu memberikan per, kes, kefahaman yang berkenaan kepada orang ramai dengan menyiarkan penjelasan, maklumat dan artikel secara positif dan memberi impak positif terhadap perpaduan di kaca tv atau radio serta medium sosial yang lain.
Saya ingin menjawab 2 soalan yang, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rantau dengan Juasseh, iaitu tentang perlindungan insurans yang, dan insentif-insentif yang masih diterima oleh SRS iaitu peronda-peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) okay. Perlindungan insurans kemalangan diri berkelompok kepada peronda-peronda SRS diterima daripada Syarikat Pasific Insurance dan manfaat perlindungannya bermu, bermula pada 1 Januari 2018 dan akan berakhir pada 31 Disember 2019. Antara perlindungan dan manfaat yang diperolehi adalah sebanyak 40,000.00 bagi kematian akibat kemalangan semasa bertugas, dan 20,000.00 akibat kematian disebabkan kemalangan di luar tugasan, khairat kematian sebanyak 1,500.00 serta beberapa manfaat perlindungan yang lain.
Antara insentif dan tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan keselamatan komunti dan kativiti pencegahan jenayah dapat dilaksanakan adalah dengan melaksanakan kerjasama strategik di peringkat akar umbi, misalnya kelulusan pihak Pejabat Daerah dan
Majlis Perbandaran bagi penggunaan premis sebagai dewan orang ramai, seperti dewan orang ramai dan balai raya sebagai pusat rondaan di kawasan yang tidak mempunyai pusat ataupun kabin rondaan.
Selain tu, permohonan peruntukan bagi pembekalan, penggantian peralatan dan perkakasan skim rondaan sukarela ini juga sedang dikemukakan kepada agensi keselamatan yang bersesuaian seperti KDN, bagi mendapatkan dana peruntukan. Komitmen yang tinggi juga perlu sentiasa diberikan oleh Yang Berhormat ADUN dan pemimpin-pemimpin tempatan di kawasan masing-masing khususnya turut sama terlibat dalam aktiviti keselamatan dan rondaan SRS.
Tindakan ini juga merupakan salah satu cara meningkatkan, meningkatan motivasi kesukarelawan dan peronda SRS di samping membuktikan bahawa pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa dekat dan bersama dalam, dengan masyarakat dalam meningkatkan keharmonian dan keselamatan negara.
Adalah diharap supaya usaha berterusan semua pihak dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian negeri akan terus dilaksanakan supaya tembok perselisihan kaum dapat dipecahkan. Dalam konteks ini saya, saya juga menggesa semua pemimpin politik dan pemimpin masyarakat supaya memainkan peranan yang positif serta mengelakkan kecenderungan untuk mempolitikkan atau mengeksplo, mengeksploitasikan isu-isu berkaitan agama, kaum, demi keamanan negeri kita ini. Bersatu kita maju, sayangi Malaysiaku. Terima kasih.
Terima kasih. Silakan penggulungan yang lain. Okay, silakan.
Assalamulaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua DUN, EXCO, DUN kerajaan dan jugak pembangkang, dan jugak semua pegawai kerajaan yang bertungkus lumus menyediakan dan menyiapkan bajet untuk 2019. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat.
Yang kedua, kata orang, kita belajar daripada kesilapan yang lalu, dan jangan kita ulang sebab kita menjadi orang yang tidak pandai apabila jatuh atau melakukan kesilapan yang sama sebanyak 2 kali. Itu sebabnya ada baiknya kadang-kadang kita kaji balik dan kita tengok balik kesilapan dan kelemahan kerajaan yang dulu. Tapi kadang-
kadang orang tak mahu diungkitkan sebab mungkin ada rasa pahit, ada rasa pedih, sebagaimana luka. Luka, walau macam mana pun dah sembuh, masih ada dia punya parut. Parut inilah yang meninggalkan kesan sentimental kepada mereka-mereka yang terlibat. Jadi saya berharap kepada ahli pembangkang yang baru, sebagai sahabat saya jugak, sebagaimana jugak mereka melayani kita pada masa-masa yang lalu sebagai pembangkang, tapi dalam membangunkan negeri dan negara kita, kita perlu bekerjasama. Kita perlu menghilangkan ataupun meninggalkan kepentingan diri tetapi mengutamakan kepentingan rakyat dan kepentingan negeri. Ini yang saya mintak supaya sama ada ADUN pembangkang ataupun DUN yang menang, supaya kita dapat bekerjasama. Apalah salahnya datang bertemu, berjumpa di pejabat dan sebagainya untuk kita sama-sama merangka pelan dan perancangan untuk kemajukan, kemajuan semua rakyat di kampung-kampung. Sebab kita mengenali kampung kita. Kita diangkat oleh orang kampung ataupun orang di bawah DUN kita.
Kebetulan dalam tempoh 7 bulan ini saya dapat, apa, menerajui dan pergi masuk ke kampung-kampung seluruh Negeri Sembilan. Itu sebabnya ditanya dulu pasal kereta baru. Kereta baru ni kalau ikutkan EXCO, macam EXCO luar bandar ni kena masuk keluar masuk kampung, sekejap je dah puluh ribu. Sebab itu kalau setakat 5 tahun punya kereta ni tukar. Maintenance dia tinggi. Jadi jangan concern sangat dari segi kereta. Itu sebabnya tahun ini, kita beri jugak pegawai kerajaan kita, bukan hanya EXCO, bukan hanya, hanya orang-orang besar saja dapat kereta, kita bagi kepada pegawai kerajaan yang nak bekerja. Haa ini yang kita buat. Syabas dan tahniah kepada kerajaan yang baru memikirkan tentang kebajikan pekerja. Itu yang pertama.
Yang kedua, banyak bercakap, saya bercakap pada diri saya dan jugak semua kawan-kawan saya, jangan bercakap bohong banyak kali. Menipu rakyat jangan banyak kali. Ini dikatakan oleh Serting semalam. Tipu orang ni sesekali …..
Saya nak response ni. Ini kenyataan.
Tak, tak, saya, saya tak …..
Kenyataan kerajaan dalam manifesto pilihan raya dulu. Janji-janji.
Okay, okay.
Saya hanya, saya hanya mengulas, saya hanya cakap you cakap menipu rakyat jangan banyak kali, itu saya cakap …..
Yang Berhormat gulung saja, kalau membuat pertuduhan-pertuduhan karang, saya, ramai yang bangun kang.
Tak bukan saya tuduh, saya hanya me, meng-quote balik apa yang you cakap, menipu rakyat jangan banyak kali, saya, saya cakap macam ni balik …..
ADUN Serting sila duduk.
….. saya quote balik, sama-sama jugak seperti semalam, saudara saya daripada Palong, felda sebagai kelas kedua …..
ADUN Serting …..
Kita nak habiskan ni, Chembong, Chembong …..
….. kita dengar …..
Dengar dulu, bagi peluang dulu, sabar, Yang Berhormat jadi pembangkang ni kena sabar …..
….. ni antara calon-calon Menteri Besar ni.
Yang Berhormat …..
….. kita dengar dia cakap.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, eh, mintak maaf, Yang Dipertua Dewan, air menitiklah Yang Berhormat Yang Dipertua, air menitik daripada atas ni haa. Tak tahu apahal ni.
[YB ADUN Kota membuat aduan mengenai air yang menitik dari saluran penyaman udara dari atas siling di atas tempat duduk beliau]
Itu, itu yang saya cuba, jangan, jangan nak, jangan nanti, dulu kita biarkan DUN Rantau bercakap 50 minit tanpa kita ganggu. Bagi, dengar baik-baik. Kita bagi dengar baik-baik dulu, saya tak tuduh siapa-siapa. Yang saya cakapkan, dalam Quran sendiri pun dibukak cerita sejarah yang buruk dan yang baik untuk kita ambil manafaat. Haa itu yang saya nak sebutkan. Sama jugak pepatah mengatakan siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri. Ini peribahasa orang lama-lama. Kita ambil iktibar. Sebagai ADUN, sebagai pemimpin kerajaan, kita kena ambil ingat.
Yang kedua, dari segi peruntukan. Peruntukan ini pada semua rakyat. Siapa yang mintak, oleh kerana dia terhad, siapa yang mintak dulu, yang ada buat projek, ada buat permohonan dulu, dia akan dapat. Tapi kalau tak mintak, tak mengusulkan, tak buat kertas kerja, tak hantar kepada pihak yang terlibat secara formal, cara cakap saja tak boleh. Kita kena buat secara, buat secara formal. Hantar kepada pegawai yang terlibat. Macam contohnya, berlaku banjir ke, berlaku ni apa, ni bencana alam, ribut taufan sebagainya, jangan ingat, oh kita dah pembangkang, tak boleh, masih lagi tangungjawab tuan sebagai DUN di situ untuk menyelesaikan. Dan kita sebagai kerajaan jugak akan buat. Kalau kita bersama-sama, selesaikan masalah ini, dia akan dapat diselesaikan dengan segera. Ini yang maksud saya ya.
Jadi siapa pun kita, kita dah cakap dah, Kerajaan PH tidak membalas dendam. Kita nak kan kerjasama. Termasuk jugak MPPP, MPKK. Jadi, MPKK ni jangan berlaku di Dangi. Saya pergi, Dangi, apabila Pengerusi MPKK tu orang muda, anak muda, amoi, digertak dan di, di, disabotaj oleh pemimpin sebelum itu. Haa jangan berlaku begitu, seperti itu. Kita mintak kerjasama.
Sama jugak dengan pegawai-pegawai kerajaan, kita kena tengok, jangan nanti ada jawapan yang diberi kata jawapan yang salah, yang tak betul. Jadi, mesti ingat, kita mesti bertanggungjawab, kita mesti membuat kerja sebaik mungkin, setepat mungkin. Jangan nanti kita menjawab kalau kita tak tahu pun kita nak jawab. Haa itu yang berlaku. Ini yang banyak berlakunya.
Saya cakap, saya dah masuk Kuala Pilah, saya dah masuk semua ni, saya, tapi saya tak boleh ingat, itu bukan kawasan saya. Tapi saya masuk ke Uu Lakai, ada kalangan orang kata tak pernah masuk pun orang EXCO-EXCO dulu. Jadi kita dah masuk. Kita, orang yang pergi turun ke bawah, bukan bercakap di depan, bukan hanya duduk di depan sahaja, bercakap, kita orang yang akan turun ke bawah. Dan sebab itulah kita mengambil cabaran daripada Rantau dulu, belanjalah baik-baik. Memang kita tahu, sebab banyak perbelanjaan sebelum ini dulu, tidak dibuat secara sebaik mungkin. Kita ambil iktibar. Kita tahu, jangan ada banyak ketirisan, banyak benda-benda yang sepatutnya duit. Contohnya, untuk pembangunan luar bandar, banyak sekali duit, banyak sekali projek, tetapi projek-projek ini dibuat kata orang, melepaskan batuk di tangga.
Banyak benda-benda, saya pergi, contoh yang saya pergi, di jele, di, di, di, di, di Jempol ya. Projek 500,000.00. Ni contoh yang terbaik yang saya nak cuba di, diingatkan oleh pegawai-pegawai kerajaan jugak, dia punya LED dia 10.00 ringgit. Kalau 10.00 ringgit ni, 3 tahun pun, dia boleh bayar 10,000.00 saja atau, 10,000.00 lah, daripada 500,000.00 projek. Ini yang berlaku sekarang ini, kerajaan-kerajaan dulu, jangan salahkan kita. Saya hanya menyuarakan masalah rakyat.
15,000 unit rumah lebih sepatutnya disiapkan oleh kerajaan sebelum ini, untuk orang-orang di bawah 40, projek-projek ini sekarang berdiri tak siap. 80%, tak boleh masuk, tak boleh pakai. Ini yang saya nak selesaikan. Ini yang saya nak cuba bantu daripada tuan-tuan, untuk selesai segera yang mungkin. Cuba bayangkan duit billion of dolars, dengan izin, tapi tak dapat digunakan.
Tuan Dipertua, menariklah. Berapa ribu? 15,000 buah rumah tak siap?
Ya, you tengok PR1MA punya projek.
Mohon penjelasan sikit, di mana, di mana projek tu?
PR1MA, PR1MA punya projek. Detail-nya saya akan bagi, jangan takut. Sebab sebagai ahli, ADUN yang, yang bertanggungjawab kita sebut …..
Cuba cakap sekarang. Sikit saja, mana 15,000 tu?
PR1MA, projek PR1MA semua ada sekarang ni tak siap lagi. Tak boleh diguna lagi. Di seluruh, termasuk di Rembau pun ada. Di mana, di apa, di, di, di, di, di apa ni, di, di sebelah KTM itu pun tak siap lagi. Projek PR1MA ni adalah projek yang diberi oleh kerajaan yang dulu …..
Di kawasan saya bukan PR1MA. Tak ada Tuan Dipertua. Saya, saya mohon penjelasan. 15,000. Di Rembau tak ada.
Ada, nanti saya, saya, sebut itu …..
Itu projek perumahan rakyat, bukannya PR1MA, Dipertua.
Tak, ini maksud saya tadi, projek itu billion of dolars, melibatkan kepentingan tanah-tanah kerajaan. Dijalankan oleh syarikat …..
Bagus, bagu, cara cakap pun bagus.
Ya. Sebab saya, saya buat kerja tuan-tuan, saya bukan bercakap. Saya buat kerja. Saya akan tunjukkan, buktikan ya. Dan juga benda-benda lain, berkenaan jalan raya, jalan kampung semua ini, saya dah cakap, wakil rakyat tu masuk ke kampung tengokkan di mana yang tak kurang, yang mana yang patut kita tambah baik, lampu-lampu jalan, kita akan ambil semua, saya mintak JKR, ambil segera tindakan yang mana lampu yang gelap, di mana banyak masalah, terutama di kampung Orang Asli gelap. Kita kena layan dia sama macam kita punya warganegara, bukan oleh Orang Asli, kita tak layan, kata, ni katakan felda sebagai kelas kedua. Sebab yang pertama sekali, saya dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang mula-mula program kita pergi ke sebelah Serting, Jempol. Di mana kawasan ini majoriti dimenangi oleh UMNO Barisan Nasional. Kita pergi. Kita tak, kita tak apa, menganaktirikan, kita pergi. Dan jugak Orang Asli ni, kita pergi. Sebab itu kalau kita cakap, kita tengok, dia.
Dan saya boleh ajak, Yang Berhormat kata nak pergi dengan saya, boleh. Saya dah pergi kawasan, Yang Amat Berhormat, apa ni, Seri Menanti, dah 5 – 6 kali. Saya nak, saya dah pergi, saya dah pergi 5 – 6 kali, termasuk tangkap gajah di kawasan apa, Kuala Serdang, 3 ekor gajah.
Tangkap gajah tu, sey dah cokau dulu, baru Yang Berhormat datang. Dah siap tambek. Botul tak?
Tak, tak, tak salah.
Botul tak?
Salah, salah, PERHILITAN ada, Pengarah PERHILITAN ada, haa. You tak tangkap lagi. Saya masuk, masa tu dapat tangkap dan kita pindahkan. Ini jangan cakap dari segi cakap temberang dengan saya, tak ada. Kita, kita pergi. Kita buat ya.
Handa YB Labu boleh tangkap gajah haa.
Dan Orang Ali, Orang Asli ni, selama ini saya cakap tadi, selama ni banyak kemudahan patut dia dapat, tak dapat. Jadi tolonglah, mana-mana ada kampung, malam, semalam banyak kata pasal Orang Asli. Orang Asli ni sama kita anggap sebagai saudara-saudara kita, satu warganegara yang kita cuba ambil kebajikan mereka. Tidak rugi kalau kita memberi kebajikan kepada semua orang, even pada, pada binatang pun kita kena jaga. Sebab itu pada kera, monyet, dan sebagainya tu kena diberi peluang untuk mereka hidup. Haa ini yang berlaku. Sebab bila di, alam sekitar dirosakkan, maka akan dapat balik balasannya kepada manusia. Ada, ada ayat Al Quran mengatakan kerosakan ni sebab oleh tangan manusia. Jadi kita kena ingat. Dan jadi …..
Dato’ Yang Dipertua. Sekejap, sekejap, saya nak penjelasan tentang monyet ni. Kalau apa ni Labu, ghoma naa kek monyet ni, Dato’ Dipertua, datang ke kawasan saya, banyak monyet.
Tak, tak, saya, saya …..
…. Kogho-kogho liar ni banyak.
Tolong, tolong duduk dulu.
Haa datang.
Saya banyak nak cakap lagi ni. Bagi saya, baru 10 minit saya nak cakap.
Kata tadi nak bolo, bolo, bolo kogho, bolo monyet, sayang, sayang kek monyet, haa datang, datang Seri Menanti. Bukan sahaja saya nak belanja makan, tapi belanja tengok monyet-monyet.
Saya, saya …..
Jangan kacau, jangan kacau.
Saya tak perlu belanja siapa-siapa. Sebab tu saya hanya nak bekerja, saya nak bekerja. Dan saya cakapkan, kita ambil ingatan, baik binatang, baik orang, baik orang kaya, baik orang miskin, kita kena jaga kebajikan, itu saja ya. Ini maksud saya sebagaimana dalam hadis nabi menyatakan seorang wanita yang melakukan kejahatan, tapi dia memberi anjing makan, anjing minum, dia dapat ganjaran pahala. Kita pun sama. Ambil iktibar saja, saya tak tuduh siapa-siapa ya.
Dan dalam penggulungan ini, saya berharap siapa pun kita, kita hanya sementara. Kalau dulu BN dah diberi 61 tahun, dan kita baru 7 bulan 10 hari, ya, betul ya? 10 hari. Jangan katakan kita belum apa, kita tak melaksanakan janji-janji kita. Kadang-kadang janji ini benarnya jangan dijanji di, di, di, di bibir sahaja, di mulut sahaja. Kita kena yakini, bahawa kita berusaha untuk melaksanakan janji dan jugak kita punya komitmen ataupun manifesto.
Dan ini bergantung balik kepada akibat daripada tindakan sebelum ini. Itu sebabnya kita nak beri peruntukan, tapi Tun Mahathir, yang berpengalaman penuh, tengok terperanjat dengan keadaan kewangan negara yang begitu teruk. Walaupun sebelum ini digambarkan ekonomi kita okay, baik, felda baik semua. Sampai sekarang ini, orang felda apa nak jadi. Saya nak masuk dulu felda pun tak boleh, bila kita cuba nak berkempen. Sekarang ni, kita bukak semua felda. Dia boleh dengar, dia boleh bandingkan, dia boleh tengok siapa yang bercakap, siapa yang bohong, dan siapa yang cuba menolong mereka. Ini kenyataan. Kita tidak boleh menafikan. Ini kenyataan. Dan hari ini, ada satu, yang katakan kita …..
Tuan Dipertua, saya nak mencelah sikit. Semalam kita tahu bajet Negeri Sembilan ini, YB Labu, di Negeri Sembilan ni ada lebihan. Diakui oleh YB Lobak, mengakui kenapa tak digunakan. Tetapi kenapa YB Labu mengatakan peringkat nasional pulak.
Nantilah, ni yang saya nak cakap ni. Saya tunjukkan hari ini, pagi ni dah ada dah. 31 inisiatif strategik FELDA. Ada 3 fasa. Ni Kerajaan Persekutuan.
Tuan Dipertua, dalam Dewan ni tak boleh merujuk kepada, kepada surat khabar …..
Tak apa, tak saya nak tunjukkan saja.
….. ikut peraturan kita.
Ada inisiatif dibuat. Sabarlah dulu. Ada masa yang segera, 6 bulan 1 tahun, ada yang memakan masa. Haa ini kena fikirkan. Masalahnya …..
Tapi Tuan Dipertua, betul ambil masa, tapi …..
Sabarlah dulu.
….. tapi janganlah janji cakap, ini hari kita menang, besok harga minyak turun. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan]
“Besok” tak ada cakaplah. Chembong, “besok” tak ada cakap. Ini satu penipuan besar.
Dia bohong oii.
“Besok” kita tak ada cakap. Okay.
Ini tuduhanlah.
Okay, okay, Tuan Dipertua.
Tarik balik, tarik balik. [YB Yang Dipertua Dewan mematikan semua pembesar suara Yang Berhormat]
Chembong, Chembong tarik balik, tarik balik.
Saya nak ingatkan …..
Pertuduhan ni.
Semua duduk, semua duduk.
Tarik dulu.
Semua duduk, duduk.
Tarik balik dulu.
Bagilah dia berlakon sikit.
Repah.
Dia berlakonlah.
Chembong, chembong duduk. Chembong duduk.
Chembong jangan sombong.
Semua duduk, duduk, semua duduk. Dengar saya ni, Repah, dah dah dah, okay, duduk, dah duduk dulu, kecuali Labu. Lain duduk. Saya cakap sikit. Jap jap jap, saya cakap sikit. Saya nak ingatkan Yang Berhormat sekalian, ini sesi penggulungan, jangan ada, penggulungan, satu. Yang keduanya, masa, masa penggulungan ni terpulanglah pada orang yang nak bercakap. Masa kita bagi 20 minit, tapi saya ingat dia orang pun tak sampai 20 minit bercakap.
Cuma saya nak bagi tuan-tuan, jap jap jap, semasa penggulungan ni, memanglah kita kadang pahit jugak, saya, semalam, bekas Menteri Besar semalam, saya pun ditegur eh. Kata duk, tapi saya tak ambil kisah jugak. Kalau kira-kira semalam, dia tak, saya fikir LA ada situ, nanti Yang Berhormat duduk luar, haa kan. Dia suruh saya keluar pulak. Jadi saya sebut, tuan-tuan hari ini, ini masa penggulungan, kalau sikit-sikit tu bolehlah. Tapi ni mengacau ramai sangat ni, sikit-sikit tu saya boleh terimalah, sebagai warna warni. Saya harap Yang Berhormat jangan ganggu banyak sangat. Jangan ganggu banyak sangat. Dah, dah, Seri Menanti, Seri Menanti.
Dah lapar, lapar.
Haa, faham tu, lapar. Jadi, saya sebenarnya kalau boleh tadi saya bercadang kek rumah, dah posan dengan oghang ghumah dah, balik ni kang kita makan tengah hari sama ya kan. Dah posan dah. Tapi, hari ini, nampak tak boleh makan kita sama-sama, sebab hari ini kita terpaksa sambung sampai potang ni. Haa jadi saya, malam tak ada, okay silakan Yang Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, tolonglah sabar sikit. 61 tahun berkuasa memang, memang bukan, bukan mudah untuk nak menerima kekalahan. Saya faham. Sebab itu semalam saya beri peluang kepada DUN Rantau bercakap 50 minit. Kita pun sama jugak, nak bantai, tapi kita sabar, kita sabar, kita sabar, kita sabar …..
Dato’ Speaker, ini kuasa Dato’ Speaker dia dah ambil Dato’ Speaker, cakap dia pulak bagi peluang, yang bagi peluang Dato’ Speaker.
Ni Kerajaan Negeri tengah gulung ni.
Betul, betul.
Betulkan statement tu balik.
Seri Menanti.
Tak ada, bukan mak …..
Seri Menanti, jap, jap, jap, jap.
Kita satu pasukan.
Seri Menanti, saya cakap …..
Yang Labu ni menggelogak jo ni apo pasal ni …..
Dah Pertang.
….. dari tadi menggolagak jo, apa pasal. Ado makan penyongek ko tadi ni?
Pertang, Pertang.
Tengah jawab ni, tengah gulung.
Tapi semalam saya, memang saya bagi masa panjang. Kejap lagi, kejap lagi, memang saya bagi panjang kepada yang, Yang Berhormat Rantau sebab ketua pembangkang. Tapi, dalam masa yang sama, kita pun toba telingo mendonga tu. Tapi, terima kasih jugak kepada kerajaan, saya rasa tak ada seorang pun yang ganggu yang, yang, bekas Yang Amat Berhormat, bekas Menteri Besar kita bercakap, pasal menghormati dia sebagai orang berpengalaman.
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Dah dah dah.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, esey dengar Yang Berhormat Sikamat cakap panjang, biar deh, saya yang menyokong. Saya orang yang menyokong, Dato’ apa yang, yang, Yang Berhormat Dato’ Dipertua.
Okay, petang ni kita dengan Yang Amat Berhormat berucap. Okay okay.
Tuan Speaker, sikit je, sikit je.
Okay, okay.
Tuan Speaker, Tuan Speaker.
Yelah, okay Yang Berhormat.
Tuan Speaker.
Panjang-panjangkan ni apa hal?
Ada Yang Berhormat Labu ada 5 minit lagi habiskan.
Tuan Yang Dipertua, sebonar eh 10 minit ambil masa saya tu. 10 minit. Jadi walau macam mana pun, saya cakap, saya cakap balik, saya boleh gulung semua ni, cakap, tapi saya nak beri secara black and white, siapa saja yang bertanya dengan saya, saya akan follow up dengan bertulis, Tuan Dipertua.
Terima kasih.
Supaya dapat, supaya tuan-tuan dapat jelas dan betul. Tanya direct dengan EXCO yang terlibat, bukan cakap dalam, jadi champion cakap begini, tak bukan begitu kerja saya, bukan itu kerja saya. Kalau betul tuan-tuan ada perancangan yang betulnya, bawak kemukakan, kita akan bantu setakat mana kita boleh bantu. Dan kita boleh bekerjasama ya. Itu yang saya nak kemukakan. Dan inshaa Allah saya rasa pegawai-pegawai yang ada, kerajaan akan bersedia untuk membuat, memberi jawapan bersama dengan saya untuk saya semak semula supaya jawapan itu tidak berulang balik 2 kali, nanti kata ada silap dan salah dan sebagainya.
Ini saya nak beri ingatan kepada semua yang, yang membuat kerja termasuk pegawai dan jugak DUN. Sebarang tuduhan jugak kena buat dengan betul. You tak boleh lempar, baling batu sembunyi tangan, tak boleh. Dalam kerajaan sekarang ni tak tahu siapa kita, dan di mana, apa kita buat ya. Itu sebabnya kalau boleh lepas ini, saya, saya akan bagi kalau ikutkan masa saya ada lagi, ada 5 minit lagi, sebab diganggu 10 minit ya. Jadi saya berharap mana-mana ADUN yang bertanya tadi, saya dah jawab banyak, mungkin tak cukup dengan 20 minit, saya akan bagi secara bertulis. Dan tuan-tuan boleh tanya dan berjumpa dengan saya …..
Okay Yang Berhormat.
….. dan inshaa Allah saya harap urus setia pastikan semua, semua ADUN-ADUN pembangkang dan jugak kerajaan dapat maklumat yang seper, yang, yang jelas, yang betul dan yang sebenarnya. Tidak ada penipuan, tidak ada pembohongan dan tidak ada penutupan apa-apa maklumat yang sepatutnya yang dikehendaki, diketahui oleh …..
Okay, kita …..
….. oleh kita semua. Itulah harapan saya. Kalau boleh, kita sama-sama kita ber, bertanggungjawab dan bersama-sama kita bekerjasama untuk membangunkan kampung, daerah, negeri dan negara kita ya …..
Okay, terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih.
Yang Berhormat, cukup Yang Berhormat. Okay Yang Berhormat sekalian, saya, saya, saya bercadang nak sampai pukul 1:00, tapi tinggal 10 minit ya.
5 minit, 5 minit.
Haa kalau Nilai boleh bagi 10 minit, tak apa.
5 minit. Okay terima kasih Dato’, Tuan Yang Dipertua. Ada 3 isu. Yang pertama, berkaitan dengan Yang Berhormat Jeram Padang dan juga Yang Berhormat daripada Senaling, berkaitan dengan pembinaan tokong di kawasan perumahan dan kurang berkesesuaian. Pembinaan tokong di kawasan perumahan didapati kurang sesuai dan tidak dibenarkan mengikut syarat-syarat PBT. Pembinaan tokong di dalam rumah, pembinaan tokong di dalam ru, di dalam rumah bagi
kegunaan sendiri boleh dipertimbangkan, dengan syarat tidak mengganggu jiran-jiran yang berdekatan. Walau bagaimanapun, pembinaan tokong di dalam ataupun di luar kawasan rumah yang men, dan mengundang kehadiran penghuni lain ataupun penduduk lain adalah dilarang. Sebarang tokong yang dibina tanpa kebenaran di tempat awam sekitar taman-taman perumahan akan diberikan notis oleh PBT agar dipindahkan.
Bagi pembangunan kawasan baru yang akan disediakan kemudahan tokong atau rumah ibadat bukan Islam perlulah merujuk garis panduan perancangan yang ditetapkan dengan mengambil kira kompos, komposisi kaum di setiap perumahan kawasan baru.
Bagi tempat-tempat ibadat yang wujud di satu-satu kawasan berpuluh tahun, terutamanya di kawasan-kawasan tanah rizab ataupun tanah kerajaan, kita akan melihat ataupun meneliti daripada semua aspek sebelum kita memberikan kelulusan supaya ia tidak membawa sebarang isu selepas itu kepada mana-mana pihak.
Dan kita juga sedang dalam mengambil tindakan terhadap beberapa tempat ibadat yang mempunyai ataupun yang mewujudkan beberapa masalah kepada penduduk setempat supaya ia, kita dapat diselesaikan secara perundingan dan tanpa ada sebarang isu-isu perkauman ataupun isu-isu sensitif ditimbulkan oleh mana-mana pihak.
Dan saya juga menasihatkan kepada semua pihak supaya jangan membina apa saja tempat ibadat di kawasan awam atau dalam skala kecil ataupun dalam skala besar. Jika ada mana-mana pihak yang masih berbuat demikian, sudah tentu, dengan membina structure ataupun struktur rumah ibadat, kita akan mintak kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk sentiasa mengawasi kawasan-kawasan tersebut supaya kita mengambil tindakan sebelum mereka menyiapkan tempat-tempat ibadat tersebut.
Yang kedua berkaitan daripada, Yang Berhormat daripada Jeram Padang iaitu berkaitan dengan pendaftaran ataupun program pendaftaran yang dilakukan oleh saya, dan juga oleh Yang Berhormat daripada Bahau pada seminggu, pada bulan lepas, iaitu di, yang dibuat di Dewan Serbaguna di Wisma Negeri. Kita telah mendapat lebih kurang dalam 300 orang, dan di Bahau hampir 100 orang. Hampir majoriti yang hadir dalam program tersebut adalah mereka-mereka yang tidak, tidak membuat satu pendaftaran yang lengkap dan mereka tidak mempunyai nombor fail pendaftaran yang lengkap.
Dan pada 2 bulan lepas, kita, saya pernah berjumpa dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Azis bin Jamman, dan kita juga memberitahu supaya sesiapa yang tidak ada dokumen yang lengkap, yang tidak diberikan nombor fail, dimintak untuk dipertimbangkan untuk memberikan nombor fail sementara ataupun untuk rekod dalam dalaman supaya boleh diikuti oleh JPN. Dan kita tahu, JPN ataupun Timbalan Menteri Dalam Negeri; Datuk Azis bin Jamman, telah memberikan satu jawapan di Parlimen iaitu dalam, lebih kurang 3,873 orang sahaja dalam masyarakat India yang tidak mendapat kewarganegaraan. Tapi memang betul, itu adalah berdasarkan kepada dokumen yang lengkap dan ada wujud sijil, apa, nombor pendaftaran.
Tetapi di luar, macam hari itu, kita buat lebih kurang dalam 300, di Bahau lebih kurang dalam 100, memang kebanyakannya tidak mempunyai nombor pendaftaran lengkap kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap. Dan kita akan mengikuti semua permohonan tersebut supaya kita dapat menyelesaikan isu ini.
Dan isu terakhir adalah penubuhan Hindu, daripada Yang Berhormat daripada Jeram Padang jugak, penubuhan Hindu Endowments Board ataupun Lembaga Wakaf Hindu di Negeri Sembilan. Dan ini adalah mengikut, juga salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan, dan kita tahu ini melibatkan beberapa aspek undang-undang. Dan sekarang di peringkat Pusat, ada satu jawatan kuasa sedang, telah dibentuk dan diketuai oleh seorang Menteri untuk melihat dari segi undang-undang. Dan kita akan mengikut apa saja arahan ataupun daripada Pusat untuk kita mem, mem, menubuhkan Lembaga Wakaf Hindu di Negeri Sembilan supaya kita boleh menguruskan semua kuil, semua tempat ibadat Hindu secara teratur dan memastikan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa oleh mana-mana pihak. Sekian, terima kasih.
YB ADUN (Pembangkang) : Macam tulah gulung.
Terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah menggulung. Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar. Dan terima kasih kepada seluruh pemerhati yang datang pada pagi ini. Saya dengan ini, menangguhkan ya, menangguhkan sesi penggulungan bagi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Angggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019, ditangguhkan dan akan disambung pada 2:30 petang ya. Terima kasih.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.57 tengah hari]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.34 petang]
[YB ADUN Pilah tidak hadir persidangan sesi petang]
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum dan selam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi penggulungan bagi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2019) 2018 dan Usul Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2019 disambung semula. Silakan, oh. [YB ADUN Bahau dan YB ADUN Repah bangun serentak].
Terima kasih tuan yang di, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terlebih saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh perkara-perkara yang mengenai portfolio Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru ketika perbahasan. Dan saya akan cuba sedaya ucapan untuk jawab satu persatu isu yang telah pun diutarakan.
Yang Berhormat ADUN Temiang. Yang Berhormat ADUN Temiang ada, dalam perbahasannya ada mengutarakan cadangan jalan sehala di Bandar Seremban. Jawapan, jawapan itu adalah, cadangan perubahan jalan sehala di Seremban, Bandar Seremban akan dilaksanakan apabila isipadu trafik di kawasan bandar mencapai tahap LOS (Level of Service) B – F. Pada masa ini aliran trafik masih berada di dalam tahap yang memuaskan kecuali pada waktu puncak ataupun peak hours sahaja.
Untuk makluman Yang Berhormat Temiang jugak, Yang Berhormat Temiang ada membangkitkan isu yang mengenai pembaikan infrastruktur di taman-taman lama seperti Taman Indah, Taman Rashibah, dan Taman Rashibah Indah. Permohonan untuk menye, menyelenggara longkang, paip lama dan saliran pecah di taman-taman lama telah pun dikemukakan kepada KPKT untuk pertimbangan selanjutnya. Manakala peruntukan untuk menaik taraf landskap akan dipohon daripada Jabatan Landskap Negara Malaysia. Kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan mengikut fasa dan senarai keutamaan tertakluk kepada keupayaan kewangan Majlis.
Yang Berhormat Temiang juga membangkitkan, okay yang seterusnya, Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat
Seremban Jaya, isu mengenai padang dan juga taman permainan yang perlu diselenggara dan juga dijaga dengan baik. Ni, sesuatu yang telah pun diutarakan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, alatan permainan sedia ada di taman permainan mengikut kawasan masih berada di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan. Namun terdapat juga kerosakan kecil yang berlaku seperti tali buaian dan tempat duduk jongkang jongkit. Susulan itu pihak Majlis telah menubuhkan pasukan Renjer Taman bagi membuat pemantauan di seluruh kawasan taman permainan di sekitar kawasan pentadbiran Majlis. Pasukan Renjer Taman ini akan membuat rondaan dan mengambil tindakan segera jika terdapat sebarang aduan kerosakan yang berlaku di taman permainan tersebut.
Selain itu, penyelenggaraan taman-taman permainan juga melibatkan kos yang agak tinggi. Justeru itu, program yang melibatkan komuniti setempat perlu diwujudkan dengan menjadikan taman permainan tersebut sebagai kawasan angkat dan dijaga bersama oleh komuniti yang berkenaan. Dalam hubungan itu, MPS melalui Jabatan Komuniti Dan Perhubungan Awam, ada memperuntukkan sebanyak 50,000.00 ringgit setahun bagi tujuan baik pulih ataupun naik taraf padang awam.
Ya, selain itu, Yang Berhormat Seremban Jaya dan juga Yang Berhormat Rahang ada, ya, mengutarakan isu mengenai tempat parking khas kenderaan berat di taman-taman perumahan. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat, pihak Majlis tiada perancangan mewujudkan tempat letak kenderaan khas bagi kenderaan-kenderaan berat di kawasan taman perumahan kerana ia boleh menimbulkan implikasi negatif kepada penduduk. Selain itu, ia juga bertentangan dengan Perintah Kenderaan Berjalan Lambat, Sekatan Penggunaan Jalan dan Undang-Undang Kecil Taman yang dikuatkuasa oleh pihak Majlis. Walau bagaimanapun, pihak Majlis ada menyediakan tempat meletak kenderaan berat di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.
Tindakan kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan berat. Ops Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan juga dijalankan secara berjadual setiap bulan bagi mengatasi masalah ini. Kompaun kenderaan berat pada tahun 2017 yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 75 kompaun. Manakala tahun 2018 adalah sebanyak 37 kompaun, termasuk tindakan kompaun di Kampung Baru Rasah, kompaun yang telah dikenakan adalah sebanyak 500.00 ringgit. Aduan daripada orang awam diambil tindakan oleh JPJ dan juga Majlis dari semasa ke semasa mengela, melalui pengeluaran notis kepada mereka yang meletakkan kenderaan berat di lokasi yang tidak dibenarkan.
Ni ADUN Bagan Pinang, ada? Okay, Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang, ada mengutarakan isu mengenai apa, cerun di Taman Desa Rusa yang telah runtuh, betul? Jadi untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini dalam pemantauan dan makluman daripada, dan, makluman PB, dan dalam makluman pihak MPPD. Pada masa ini MPPD telah pun mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkenaan termasuk Kerajaan Negeri terutama dari sudut aspek teknikal dan peruntukan kewangan. Kerja-kerja tersebut dijangka dilaksanakan secepat mungkin setelah isu-isu teknikal dan kewangan dimuktamadkan. Sebarang perkembangan lanjut akan turut dimaklumkan kepada Yang Berhormat kawasan melalui MPPD.
Untuk menjawab isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Johol. Yang Berhormat ADUN Johol membangkitkan isu kemudahan awam di Pekan Air Mawang dan kawasan sekitarnya. Dan juga mengenai apa, kemudahan infrastruktur seperti balai raya dan dewan terbuka disediakan, betul? Jadi untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini kemudahan awam yang sedia ada di pekan-pekan di DUN Johol adalah seperti tandas awam yang terletak di Pasar Awam Johol serta Medan Selera Johol. Pihak Majlis tidak mempunyai, buat masa inilah, tidak me, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyediakan kemudahan awam seperti tandas awam pada masa ini, di atas dasar kerana penyediaan kemudahan-kemudahan tersebut memerlukan peruntukan yang besar dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Walau bagaimanapun, sekiranya kemudahan awam ini ingin disediakan, pihak Majlis perlu membuat kajian keperluan penyediaan kemudahan tersebut bagi memastikan rakat di kawasan tersebut benar-benar memerlukan kemudahan tersebut untuk mengelakkan infrastruktur tersebut menjadi gajah putih.
Untuk menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Jeram Padang, mengenai isu, isu ini telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Nilai tadi, mengenai apa, isu rumah ibadat di Taman Tasik Putra. Jadi saya apalah, saya …..
Taman Kasih Putra.
Taman Kasih Putra, yang telah pun dijawab. Okay ni juga daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Menimbulkan isu tiada kemudahan baru di Palong 1, Palong 2, ya, betul? Akan dimasukkan dalam peruntukan projek bagi tahun 2019. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, secara dasarnya pembangunan di Palong 1 dan Palong 2 adalah di bawah bidang kuasa pihak FELDA yang tertakluk di bawah
Akta Group Settlement Area. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat, keperluan kemudahan di kawasan tersebut akan diteliti secara muafakat bersama melalui FELDA dan Kerajaan Persekutuan.
Mencelah.
Sila.
Yang, apa yang saya timbulkan itu adalah pada sesi persidangan lepas itu, saya terima jawapan mengatakan bahawa penurapan itu akan dimasukkan dalam projek tahun 2019. Tetapi bila saya terima jawapan bertulis kali ini, dikatakan tiada langsung. Jadi ada perbezaan kandungannya …..
Tak apa.
….. di persidangan lepas. Jadi saya berharap di, dilihat semula.
Terima kasih atas maklumat Yang Berhormat. Tak apa saya akan meneliti dan saya akan bagi jawapan secara bertulis. Kalau, kalau tak sempat sampai, Yang Berhormat tolong ingatkan saya. Kita tinggal di Bahau saja, terima kasih.
Okay, ADUN, untuk ni apa, untuk menjawab perbahasan ADUN, Yang Berhormat ADUN Pertang, perumahan generasi kedua di Felcra Lakai telah diluluskan untuk pembinaan, namun telah berhenti begitu sahaja. Betul tak? Itu sesuatu yang telah pun diutarakan. Jadi maklum balas daripada pihak kerajaan adalah, pada masa ini FELCRA memerlukan peruntukan tambahan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi membiayai kos infrastruktur perumahan generasi kedua Felcra Lakai. Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa FELCRA sedang menyediakan kertas permohonan untuk tujuan tersebut.
Ni juga, apa, isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Pertang, mengenai kiosk Simpang Pertang yang telah siap tetapi tidak diisi. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, proses temuduga bagi pemilihan penyewa gerai telah diadakan pada 19 November 2018.
Walau bagaimanapun, didapati hanya seorang pemohon sahaja yang hadir dan telah pun ditawarkan gerai tersebut. Pihak Majlis akan membuat susulan dengan peniaga sedia ada tetapi sekiranya mereka tidak lagi berminat, permohonan tersebut akan dibuka kepada umum.
Yang Berhormat ADUN Pertang, banyak isu yang beliau bawa. Ada satu lagi, ni apa, Yang Berhormat Pertang juga menimbulkan isu, membangkitkan isu projek di kawasan Simpang Pertang iaitu pembinaan Dewan Orang Ramai Simpang Pertang yang telah dibatalkan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, projek tersebut telah pun diumumkan kelulusan semasa pemerintahan kerajaan dahulu dengan anggaran peruntukan sebanyak 2.5 juta ringgit. Walau bagaimanapun, berikutan dengan peralihan kerajaan memerintah selepas PRU Ke-14, projek tersebut telah dirasionalsasikan semula. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan cuba memohon semula peruntukan bagi projek tersebut untuk kepentingan orang ramai.
Ya seterusnya, mengenai isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gemas. Gemas ada? Ada? Okay Yang Berhormat Gemas ada menimbulkan isu mengenai peruntukan pembangunan di Gemas bagi tujuan naik taraf ban, bandar. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, Gemas akan dibangunkan sebagai pusat katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta selari dengan pembangunan bandar yang kondusif dan mampan.
Di dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, 7 objektif pembangunan telah digariskan iaitu menggunakan, membangunkan Gemas sebagai Bandar Agroplis, mengukuhkan Gemas sebagai hab pengangkutan yang cekap dan mampan, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang berkesan di Gemas, menaik taraf sistem lalu lintas dan perhubungan awam di Gemas, merangka program peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk Gemas, mereka bentuk imej sparta dan penjenamaan semua Bandar Gemas dan merangka pembangunan hartanah yang mampu milik di Gemas. Progam Publisiti Rancangan Kawasan Khas bagi kawasan Gemas kelak telah dilancarkan sehingga 27 Disember tahun 2018. Peruntukan pembangunan di Gemas akan diselaraskan mengikut keperluan pembangunan yang telah dirancang.
Yang Berhormat Gemas juga menyentuh dan juga memohon kepada pihak kerajaan supaya membantu membawa pemaju perumahan ke Gemas bagi membangunkan perumahan di kawasan tersebut. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Gemas, Kerajaan Negeri mengambil perhatian mengenai saranan Yang Berhormat Gemas. Penelitian akan dilaksanakan bersama pemaju-pemaju perumahan yang berminat untuk membangukan perumahan mengikut dasar Perumahan Negeri
Sembilan di kawasan Gemas. Sehingga hari kini, terdapat 6 pemaju perumahan yang aktif dalam membangunkan rumah mampu milik di Gemas.
Seterusnya, Yang Berhormat, untuk menjawab perbahasan Yang Berhormat ADUN Gemencheh. ADUN ge, Yang Berhormat ADUN Gemencheh ada mengutarakan isu yang mengenai pembangunan rumah awam di beberapa lokasi di Air Kuning. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, KPKT ada mengadakan lawatan tapak dan penilaian lokasi bagi pembangunan PPR di Negeri Sembilan pada awal tahun 2018. Salah satu tapak adalah berada di Air Kuning, Gemencheh. Ia merupakan tanah milik KPKT dan pembangunan yang dicadangkan adalah pembangunan perumahan PPR. Kerajaan Negeri telah mengguna, telah mengemukakan semula cadangan tapak tanah tersebut dan peng, pembangunannya tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan KPKT Putrajaya.
Seterus itu, Yang Berhormat Gemencheh juga ada mengemukakan permintaan menaik taraf padang ataupun Kompleks Sukan Gemencheh untuk belia-belia yang boleh digunakan …..
YB.
….. pada waktu malam.
….. Bahau, panjang lagi tak?
Sikit lagilah, dalam 10 minit boleh habis. Untuk maklumat Yang Berhormat Gemencheh, kerajaan prihatin terhadap permohonan yang dibuat oleh Yang Berhormat. Perkara ini telah sedia ada dalam senarai keutamaan oleh Majlis Daerah Tampin. Dan untuk itu, sukacita dimaklumkan, permohonan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf padang Kompleks Sukan Gemencheh telah dikemukakan kepada Kementerian Belia Dan Sukan pada bulan Ogos 2018 dan sedang menunggu maklum balas serta akan disusuli sewajarnya.
Untuk menjawab perbahasan Yang Berhormat Senaling, yang menyentuh perkara keadaan lalang yang tinggi di kawasan Seremban, yang tidak mencerminkan konsep Bersih. Untuk makluman Yang Berhormat, pemotongan rumput di Jalan Persekutuan dilaksanakan
oleh kontraktor iaitu Selia Selenggara ya, di bawah kawalan Jabatan Kerja Raya. Namun demikian, bagi bulan November dan Disember tahun ini, perkhidmatan mereka telah pun ditamatkan. Hal ini telah menyebabkan rumput di kawasan tersebut, tidak, tidak dibersih, tidak dibersih atau dipotong. Namun demikian, bermula Disember tahun 2018, MPS, SWCorp dan JKR akan bekerjasama un, telah bekerjasama untuk memotong rumput di kawasan tersebut buat sementara waktu kontraktor baru dilantik oleh Kerajaan Persekutuan bermula Januari tahun 2019.
Yang Berhormat ADUN Kota, ada mengemukakan cadangan supaya Dewan Orang Ramai Pekan, di pekan Kota dapat dibina. Jadi dalam konteks ini, Majlis Daerah Rembau telah meneliti kesesuaian kawasan yang dicadangkan. Dan cadangan pembinaan Dewan ini juga telah diletakkan antara keutamaan permohonan projek pembangunan Majlis Daerah Rembau kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, juga kepada Kerajaan Negeri. Masyarakat di sekitar Pekan Kota boleh buat, buat masa kini, masyarakat di sekitar Pekan Kota boleh menggunakan dewan orang ramai Gadong yang berhampiran. Jadi, Yang Berhormat Kota, kita akan cuba bina satu dewan orang ramai di kawasan Kota. Jangan bimbang.
Dan selain daripada itu, Yang Berhormat Kota juga mengemukakan permohonan ataupun cadangan di mana pembaikan ataupun pembangunan semula Dataran Dato’ Shahbandar, Lubok China perlu diutamakan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan semula Dataran Dato’ Shahbandar memerlukan kos yang tinggi melibatkan kerja pembaikan struktur bumbung dan lantai se, selain tebing sungai. Majlis Daerah Rembau dalam perancangan untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai taman landskap dengan menyediakan ruang riadah, perniagaan dan parkir yang lebih selesa. Majlis Daerah Rembau juga sedang meneliti satu cadangan penawaran untuk menguruskan dataran berkenaan daripada sebuah koperasi.
Dan semalam Yang Berhormat Kota juga ada meminta supaya memohon pemasangan lampu jalan di Taman Rasah Kemayan Fasa 6. Jadi untuk maklum, makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalu M, melalui MPS akan mempertimbangkan permohonan tersebut iaitu permohonan lampu di Taman Rasah Kemayan Fasa 6 …..
Yang Berhormat.
….. untuk dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan sebelum ini tiada permohonan atau keperluan mengambil kira bilangan lot-lot dan ruang rumah yang didiami adalah amat sedikit.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, tinggal sedikit saja. Tak banyak lagi.
Extra 5 minitlah.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Mambau, Yang Berhormat Mambau telah pun mengutarakan beberapa isulah yang mengenai penjaja-penjaja di tepi jalan. Dan saya rasa saya telah pun jawab semasa sesi soal jawab. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Mambau boleh bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri untuk kita memberi penerangan kepada penjaja-penjaja yang terlibat.
Yang Berhormat Mambau juga menyentuh mengenai isu penilaian semula Cukai Taksiran Am oleh MPS. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, tiada kenaikan kadar Cukai Taksiran Am oleh semua PBT Negeri Sembilan iaitu selari dengan hasrat dan manifesto Kerajaan Negeri yang menyatakan tiada sebarang kenaikan Cukai Taksiran Am dan Cukai Tanah bagi tempoh 5 tahun. Apa yang berlaku ialah notis yang dikeluarkan untuk penilaian semula kadar tahunan bagi harta ataupun premis berikutan telah melakukan proses ubah suai terhadap premis ataupun bangunan yang telah mengakibatkan penambahan keluasan. Manakala peratusan kadar cukai yang sedia ada dikenakan adalah sama walaupun telah berlaku pertambahan keluasan. Tindakan penyelarasan oleh PBT ini adalah selari dengan peraturan semasa yang berkuatkuasa.
Justeru, justeru dalam hal ini, PBT amat mengalu-alukan ahli Majlis serta ahli-ahli Yang Berhormat kawasan dan pemimpin setempat untuk membantu memberi penjelasan kepada penduduk ataupun masyarakat setempat yang terlibat supaya penduduk mendapat gambaran yang lebih jelas berkaitan dengan situasi tersebut.
Untuk menjawab perbahasan Yang Berhormat Lobak, mengenai isu rumah pangsa PPRT. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, bagi rumah-rumah pangsa yang berstatus sewa seperti Rumah Pangsa Tun Dr. Ismail, Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri menguruskan operasi penyelenggaraan dan kebersihan sepenuhnya. Namun rumah pangsa kos rendah swasta termasuk PPRT di kawasan Lobak adalah tertakluk
kepada Akta Pengurusan Strata 2013 sepenuhnya. Kebersihan dan penyelenggaraan kawasan gunasama adalah diurus oleh perbadanan pengurusan yang dilantik oleh penghuni melalui bayaran bulanan oleh penghuni. Pada masa ini, Pesuruhjaya Bangunan yang dilantik bawah akta tersebut akan bertindak dalam mentadbir dan melaksanakan Akta Strata 2013. Dan Kerajaan Negeri mengambil perhatian akan cadangan Yang Berhormat Lobak, caranan, cadangan tersebut akan diketengahkan dan dimaklumkan kepada KPKT.
Yang Berhormat, saya dah bagi extra 10 minit, dan tolong ringkaskan.
Okay untuk menjawab perbahasan Yang Berhormat ADUN Chuah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chuah, rumah sebanyak 100 unit merupakan Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Pembinaannya telah dimulakan pada 16 April 2015, dan ia ber, terhenti tindakan, penamatan ke atas kontraktor serta ada, ada, oleh KPKT kerana gagal menyiapkan projek tersebut mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kerajaan Negeri dimaklumkan, proses pemilihan semula kontraktor penyelamat secara tender terbuka sedang dilaksanakan. Penyelarasan akan dibuat bersama KPKT untuk memastikan projek ini disiap dengan segera.
Yang last, yang akhir sekali, untuk menjawab perbahasan ADUN Lenggeng. Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Lenggeng, Kerajaan Negeri mengambil perhatian atas cadangan Yang Berhormat Lenggeng. Kerajaan Negeri mempunyai tanah dan telah mencadangkan pembangunan PPR di atas tanah tersebut. PPR yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan ataupun KPKT adalah berharga 35,000.00 ringgit sahaja dan sekiranya diluluskan, ia akan dapat membantu kelompok B40 dalam memikir, memiliki rumah.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga bersedia menerima cadangan daripada pemaju swasta untuk membangun rumah mampu milik di atas tanah-tanah kerajaan.
Jadi yang paling akhir sekali untuk menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Chembong. Yang Berhormat Chembong ada menyentuh isu mengenai pen, penjaja kecil yang telah diberi notis penamatan lesen di kawasan Hospital Rembau oleh Majlis Daerah Rembau. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Chembong ya, Majlis Daerah Rembau menamatkan lesen penjaja berdekatan tapak sedia ada
iaitu jalan, di jalan masuk Hospital Rembau kerana kawasan berkenaan terlibat dalam projek pembesaran Jalan Rantau – Ulu Kanchong. Bagi memastikan keselamatan, keselamatan penjaja dan juga pembeli, Majlis Daerah Rembau telah mengenal pasti tapak baru yang bersesuaian khusus kepada peniaga yang terlibat bermula Januari tahun 2019. Jarak tapak lama dengan baru ini, jarak dia lebih kurang dalam 100 meter sahaja.
Jadi untuk soalan, ataupun isu yang telah pun ditimbulkan, yang saya tak sempat jawab itu, saya akan hantar secara bertulis kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Terima, ya? Ya?
Tuan Dipertua, sikit saja. Saya nak ucapkan terima kasih banyak bagi pihak peniaga-peniaga tu Dato’ Dipertua. Tapi cadangan sikit boleh? Majlis Daerah ni, demi kesejahteraan orang ramai, janganlah sewenang-wenangnya terus keluarkan notis untuk pemutihan. Kon, consult-lah dulu, comfort-kan dia orang, makcik, tempat ni kurang sesuai, ini, kan, ini terus-terus dapat surat notis, Tuan Dipertua ya, terima kasih, anyway terima kasih banyak ADUN apa ni, Bahau ya, terima kasih banyak.
Ya terima kasih Yang Berhormat Chembong, terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, terima kasih.
Setengah jam, pasal jawab soalan.
Jawapan panjang sangat. Terima kasih, terima kasih Yang berhormat Tuan Speaker. Dan saya ucapkan terima kasih juga kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan. Dan beberapa isu telah dibangkitkan semasa perbahasan melibatkan EXCO Kesihatan, Koperasi Dan KPDNHEP.
Untuk isu yang dibangkitkan oleh ADUN Rahang, iaitu isu berkenaan perkhidmatan bas shuttle yang tidak mencukupi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saya nak maklumkan dekat sini, jumlah bas shuttle yang disediakan oleh Hospital Tuanku Jaafar, Seremban adalah seperti berikut: kita ada sebuah bas shuttle dengan kapasiti tempat duduk 25 orang dan satu van shuttle dengan kapasiti 12 orang tempat duduk.
Dan kesemuanya adalah 2 biji untuk perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar daripada tempat letak kereta. Jadi jumlah perjalanan yang diadakan adalah sebanyak 22 kali sehari bagi satu kenderaan shuttle. Perjalanan perkhidmatan shuttle ini, setiap setengah jam bermula daripada pukul 7:00 pagi sehingga 6:30 petang.
Dan selain dari itu, kita juga ada perkhidmatan myBAS Seremban yang telah memasuki kawasan hospital bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan hospital. Untuk myBAS ini, kekerapan bas adalah setiap 20 minit dan tambang maksimum yang dikenakan adalah 1.60 sen.
Dan ADUN Rahang juga ada membangkitkan berkenaan isu pemeriksaan darah hanya dilaksanakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, semua pemeriksaan darah yang diperlukan bagi pesakit di klinik kesihatan akan diambil di klinik kesihatan dan sampel darah tersebut akan dihantar oleh anggota klinik kesihatan sendiri ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang merupakan pusat makmal negeri. Terdapat juga beberapa ujian darah spesifik yang perlu dihantar ke makmal Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk diproses. Dan diperiksa darah asas dilakukan, pemeriksaan darah asas dilakukan di makmal kesihatan, klinik kesihatan.
Seterusnya ADUN Rahang juga ada membangkitkan isu berkenaan aduan kesesakan dan ketidakselesaan ruang kecemasan seperti bilangan kerusi yang tidak mencukupi, keadaan yang panas dan bilik penyusuan yang tidak disediakan. Untuk ini, saya ingin menjawab bahawa tempat duduk di Jabatan Kecemasan adalah mencukupi namun didapati terdapat kesesakan yang berlaku pada waktu puncak terutamanya pada waktu malam. Hal ini disebabkan oleh pesakit ditemani oleh ahli keluarga mereka. Jadi permohonan untuk kerusi tambahan di Jabatan Kecemasan telah dipanjangkan ke Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat juga bilik penyusuan yang telah disediakan oleh pihak hospital di Jabatan Kecemasan tersebut.
Dan seterusnya ADUN Palong ada membangkitan isu berkenaan hemodialisis bagi penduduk luar bandar di Gemas, Palong. Kita memang prihatin terhadap pesakit-pesakit hemodialisis dan kita, dalam manifesto Pakatan Harapan juga kita ada sebut bahawa untuk hemodialisis ini kita akan janjikan perkhidmatan yang terbaik di Negeri Sembilan ini. Dan salah satu cadangan oleh Jabatan Kesihatan adalah membuat satu pusat hemodialisis di Gemas dan cadangan ini telah pun dicadangkan kepada pihak Ibu Pejabat Kementerian dengan kos 1.2 juta. Dan pihak KKM akan mempertimbangkan cadangan ini termasuk
untuk kawasan Palong. Kelulusan cadangan ini akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak Jabatan juga telah mohon supaya projek ini diberi keutamaan.
Dan seterusnya ADUN Seremban Jaya, membangkitkan isu berkenaan terdapat isu pengusaha makanan menyuntik ayam atau bahan makanan bagi mengawet bahan makanan untuk tahan lama. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, jabatan sedar kontaminasi makanan berlaku dari masa ke semasa. Bagi tahun 2018 sebanyak 56 sampel ayam diambil bagi parameter antibiotik, chloramphenicol, ampicillin, tetracycline dan multi reschedule dalam daging. Sebanyak 1,315 sampel untuk pelbagai parameter yang lain juga diambil selain daging ayam untuk memastikan bahawa makanan selamat bagi pengguna. Tiada sebarang pelanggaran didapati dari sampel yang diambil sehingga November 2018.
Tuan Speaker, untuk ADUN Seremban Jaya juga, beliau membangkitkan 2 persoalan dekat sini. Iaitu ada, adakah ada garis panduan bagi premis makanan untuk patuhi Akta Makanan dan perancangan bagi mengelak keracunan makanan. Untuk itu, saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, setiap permohonan menjalankan premis makanan diwajibkan hadir kursus pengendalian makanan di mana diajar diajar kepada pengusaha makanan cara-cara penyediaan makanan yang selamat dan mereka juga didedahkan keperluan mematuhi Akta Makanan.
Selain dari itu, premis yang diarah tutup mengikut Akta Makanan kebanyakannya adalah premis adalah kotor dan tidak hygenic. Jabatan juga akan meneruskan sesi ceramah dan kursus dari masa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran pengusaha dan juga kepada orang awam yang berkaitan dengan keselamatan makanan.
Selain dari tu, ADUN Serting juga membangkitkan berkenaan isu Klinik 1Malaysia, diminta tidak ditutup dari jumlah yang sedia ada dan juga berkenaan KOSPEN dan COMBI, dicadangkan diteruskan. Untuk itu, saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Klinik 1Malaysia ini telah dijenama semula sebagai Klinik Komuniti yang lebih tepat dan sesuai dan dinara, dinaik taraf mengikut fasa dengan perkhidmatan Pegawai peru, Perubatan. Dan pencapaian atau prestasi klinik ini dikaji dari masa ke semasa supaya tidak berlaku pembaziran sumber. Dan untuk KOSPEN dan COMBI, ia masih diteruskan di Negeri Sembilan.
Dan ADUN Sungai Lui membangkitkan isu berkenaan koperasi-koperasi di felda perlu dibimbing untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan. Dato’, Tuan Speaker, saya ingin memaklumkan kepada Dewan
yang mulia ini, bahawa Suruhanjaya Koperasi Malaysia sentiasa membimbing koperasi-koperasi dalam menjalankan mesyuarat tahunan melalui pegawai-pegawai suruhan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ada di wilayah-wilayah yang ada di Negeri Sembilan ini.
Dan seterusnya ADUN Sungai Lui juga membangkitkan isu berkenaan harga barangan yang tidak seragam dan mempunyai harga yang berbeza di antara premis. Jawapannya, harga berbeza di antara premis adalah berdasarkan kepada harga kos barangan, penyewaan, lokasi perniagaan, kos operasi dan pelbagai faktor yang lain. Faktor-faktor yang mempengaruhi harga jualan di premis sekaligus menyebabkan harga tidak seragam dan antara faktor-faktor tersebut adalah harga barangan ditentukan oleh pasaran melalui proses ta, penawaran dan permintaan, ianya tidak dikawal oleh kerajaan.
Yang keduanya adalah barangan yang dikawal harganya adalah barang-barang keperluan seperti minyak masak, tepung, gas memasak, petroleum dan diesel. Dan barang-barang keperluan musim perayaan pula dikawal pada musim perayaan bagi tempoh masa tertentu sahaja. Terdekat, kawalan akan dibuat sempena Skim Kawalan Musim Perayaan Krismas bermula daripada 23 Disember sehingga 27 Disember.
Dan seterusnya KPDNHEP juga membuat pemantuan dan pemeriksaan setiap hari di seluruh daerah di Negeri Sembilan ini. Dan KPDNHEP ini mempunyai 3 pejabat di Negeri Sembilan iaitu pertama di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah. Da, Tuan Speaker untuk …..
Repah. Banyak lagi?
Sikit lagi. Selain dari itu, KPDNHEP juga me, memaklumkan kepada rakyat bahawa peniaga wajib letak tanda harga pada barangan yang dijual. Dan dengan adanya tanda harga ini, pengguna lebih mudah membuat pilihan bagi mendapatkan harga yang munasabah. Yang ketiganya adalah, kewajipan letak tanda, tanda harga ini dikawal di bawah Perintah Kawalan Harga iaitu penan, penandaan harga oleh pen, penjual runcit 1993.
Dan akhir sekali adalah ADUN Gemencheh, beliau menaik, menge, membangkitkan isu berkenaan harga telur ini. Jadi saya ingin maklumkan bahawa penguatkuasaan secara pemeriksaan telah dibuat bermula 7 Disember sehingga kini. 2 buah ladang penelur dan 11 pemborong utama telah diperiksa sepanjang tempoh tersebut. Pihak
peniaga memaklumkan kenaikan harga kerana kekurangan bekalan kerana disyaki selesema burung.
Yang keempatnyua adalah, walau bagaimanapun, bagi mengurangkan impak pengurangan bekalan ini, KPDNHEP akan melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas dan juga harga telur ayam akan dikawal bagi memastikan ia tidak akan terus meningkat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Repah. Saya persilakan Yang Berhormat Klawang.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ahli-ahli Dewan dan pegawai-pegawai kerajaan yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT sebab sidang Dewan kita ini berjalan dengan harmoni, panas sikit kadang kala tu biasa. Dan walaupun ada yang lari pada hari pertama itulah.
Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat yang telah membentangkan bajet yang berimbang, with the walking tall, dengan izin. Dan pertanian jugak mendapat bahagian yang, pembangunan, bahagian yang agak tinggi, lebih kurang hampir 16.0 juta. Maka marilah kita berdoa dan berusaha supaya bajet ini, bajet 2019 ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negeri khasnya dan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, inshaa Allah.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya ingin mengingatkan diri saya dan ahli-ahli Dewan, hadirin semua, kehadiran kita di dunia ini adalah untuk beribadah. ‘Auzubillah minashaitan nirajeem, wama khalaqtul jinna wal ins illa liya’budun. Tidak aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah. Sudah pastilah untuk beribadah itu kita kena jaga sempadan-sempadannya, halal haramnya. Dan inshaa Allah, kita diberkati Allah SWT.
Yang Dipertua, terlalu banyak masa digunakan diperbahaskan oleh pembangkang di atas perkara-perkara yang kawalannya adalah di bawah Kerajaan Persekutuan seperti harga komoditi ge, getah dan sawit, yang mana Kerajaan Negeri hanya mempunyai hanya sedikit usaha yang boleh dilakukan. Bukan tidak prihatin ya. Kerajaan Negeri tidak mampu secara langsung ya,untuk memberikan goodies ya, dengan izin, seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
Sebagai contoh, kalau kita nak membagi goodies ini, bantuan musim banjir atau musim tengkujuh dan bersama untuk mem, mem, harga komoditi yang begitu rendah. Kalau kita ambil semua pekebun kecil dan peneroka di Negeri Sembilan ini, kok kita nak bagi 500.00 ringgit seorang pun, ataupun sekeluarga pun, kita akan membelanja 21.0 juta, habislah peruntukan saya untuk pembangunan pertanian.
Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pasaran komoditi seperti sawit, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Industri Utama untuk menggalakkan menggunakan biodiesel. Saya difahamkan kegunaan biodiesel B10 yang sekarang ini telah mula digunakan dan peningkatannya nanti hingga B20 iaitu 20% daripada diesel yang dicampurkan minyak sawit untuk kegunaan, kenderaan agensi Kerajaan Negeri bermula dengan kenderaan-kenderaan diesel PBT. Perancangan dan pemuafakatan telah dimulakan dengan menteri yang berkaitan iaitu Teresa Kok telah turun ke, membuat lawatan ke sini dan kita telah, akan membuat ya, usaha-usaha seterusnya.
Untuk membantu pekebun-pekebun pada musim tengkujuh, dia sebenarnya musim tengkujuh ni bukan tak boleh menoreh, cumanya tidak boleh menoreh masa hujan tu ja. Kalau ada hujan petang, pagi besok tu inshaa Allah kita masih boleh toreh, tetapi kita perlu ya, memasang awning dia dulu, dengan izin Yang Dipertua, dan inovatif ini sebenarnya telah lama di, dijalankan di Thailand. Di Negeri, di Malaysia ini saya tak pasti sama ada ada dipraktiskan. Tetapi apabila awning ini dipasang, walaupun selepas hujan, kita masih lagi boleh menoreh, inshaa Allah. Kerajaan Negeri bersama dengan agensi persekutuan yang terlibat akan melihat inisiatif ini di mana kita boleh mulakan, yang, yang praktikal.
Yang Dipertua, saya nak response terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pertang semalam. Isu berkaitan dengan spesifik ya, beliau menyatakan ada Pengerusi MPKK yang tinggal di luar kawasan iaitu Batu Serambai. Saya rasa mungkin YB Pertang tidak mendapat maklumat terkini ya, memang saudara Nazri Sidek ini dulunya tinggal di Kuala Lumpur, tetapi sekarang dia sudah berhijrah dan menetap di Batu Serambai. Malah kalau saya datang solat Subuh di masjid beliau, beliau ada di Batu Serambai. Dia macam sey jugaklah. Saya dulu tinggal di Subang jaya selama, bermula, sejak tahun 93, dan sudah berpindah ke, menyewa rumah di, di Jelebu sekarang ini setelah pilihan raya yang baru ini ya.
Isu berkaitan dengan Masjid Daerah Jelebu ya. Saya memang sudah dimaklumkan bahawa tapak yang ada seluas lebih kurang 8 ekar ya, berhampiran dengan Pejabat Agama itu, untuk dijadikan tapak, tapak
majlis, majlis, Masjid Daerah Jelebu. Tetapi saya merasakan tapak itu tidak berapa sesuai untuk dijadikan tapak masjid daerah ya, ianya lebih sesuai untuk tapak masjid qariah. Dan saya akan mengusahakan satu tapak yang lebih sesuai di kawasan Pekan Klawang sendiri. Dan inshaa Allah jika usaha-usaha ini berjaya, kita akan ada masjid daerah di, berhampiran dengan Kuala Klawang.
Saya nak response kepada soalan-soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan. ADUN Linggi ada membangkitkan cadangan mem, membangunkan chalet, medan ikan bakar, balai nelayan dan pasar nelayan Kampung Teluk Pasir Panjang. Kerajaan meneliti berhubung dengan cadangan pembangunan chalet, medan ikan bakar bagi nelayan, balai nelayan dan pasar, pasar nelayan di Kampung Teluk Pasir Panjang …..
Tuan Speaker, mohon. Sebenarnya, Tuan Yang Dipertua, naik taraf medan ikan bakar tu dah buat. Dah siap. Panggau kupang pun lebih kurang 50% siap. Dewan pun dah siap. Yang dimohon ini, chalet sahaja. Chalet ini patutnya peruntukan penggal lepas dapat, tetapi peruntukan kerajaan ni dia, dia ditarik balik, dan ada isu tanah di situ. Dan yang saya mintak itu hari supaya kalau boleh disegerakan permohonan tanah ni, tak kisahlah berimilik ke, pajakan ke atau sewa ke, supaya projek chalet untuk menambah pendapatan nelayan ini dapat disegerakan. Yang 3 tu dah siap.
Dah siap. Terima kasih di atas pencerahan. Ni nanti kita, saya akan tengok permohonan tanah berkaitan dan akan memberi pertimbangan bersama dengan keraja, kerajaan, masa mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengikut dasar yang kita ada sekarang.
ADUN Seri Menanti, kawasan Terachi sebagai lembang, Lembah Makanan Industri Asas Tani terutamanya produk salai kerana berpotensi untuk dibangunkan. Melalui program pembangunan industri asas tani, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah pun membimbing sebanyak 10 usahawan AIT kawasan Terachi sehingga 2018. 6 daripada usahawan tersebut telah merupakan, adalah merupakan pengusaha daging salai.
DUN Chuah, membangkitkan menternak ayam telur di kawasan felda sebagai sumber ekonomi bagi menangani isu kejatuhan harga sawit dan getah. Kerajaan melalui Jabatan Perdana, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, jika perlu, akan meneliti kesesuaian menternak ayam telur di kawasan felda. Namun demikian, adalah tidak cost effective untuk
menternak ayam telur di dalam skala yang kecil ataupun secara backyard farming. Namun begitu, Jabatan Veterinar ada bantuan berbentuk one off ya, bagi industri ayam pedaging bagi penternak-penternak kecil iaitu backyard farming. Bantuan diberikan dalam bentuk ayam, itik, makanan, peralatan dan ubatan yang bersesuaian.
ADUN Gemencheh membangkitkan IPG lambat, tertangguh beberapa bulan dan beberapa lama ya? Mengikut SOP ya, IPG ini dibayar dalam masa 14 hari selepas permohonan yang tiada masalah. Jika ada isu yang, yang timbul, makanya ianya perlu disiasat dari case by case, dengan izin.
ADUN Chuah ada membangkitkan berkaitan dengan pencahayaan premis di premises, di premis jeti Chuah. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tiada peruntukan bagi penyediaan kemudahan lampu-lampu di jeti nelayan. LKIM bertanggungjawab untuk membina jeti, manakala kemudahan lampu di jeti atau premises, premis adalah inisiatif nelayan sendiri seperti kutipan sumbangan dan dalam kalangan mereka yang berpengkalan di jeti berkenaan.
ADUN Palong dan, sama dengan Sungai Lui, membangkitkan, tiada program atau bantuan peneroka akibat kejatuhan harga dan komoditi kelapa sawit dan getah. Ini seperti yang telah saya, saya bentangkan sebentar tadi.
ADUN Palong jugak ada membangkitkan isu bilangan peneroka FELDA di Negeri Sembilan yang terlibat dengan program tanaman semula sawit dan getah dari tahun 2010 hingga 2018. Bilangan peneroka yang terlibat dengan program tanam semula sawit dan getah dan mendapat bantuan pinjaman sara hidup dari FELDA dari tahun 2010 hingga ’18 berjumlah 2,477 orang peneroka.
Palong dan juga bersama dengan Serting, membangkitkan bantuan sara hidup yang lewat 2 bulan dan masih belum diperolehi. Pihak FELDA masih belum mendapat dana yang mencukupi sekarang ini. FELDA masih berusaha untuk mengumpulkan dana yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab mereka kepada peneroka.
ADUN Jeram Padang, isu bayaran sara hidup FELCRA yang tertunggak selama 5 bulan. Bayaran bulanan sara hidup kepada peserta FELCRA ada beberapa kategori. Kategori pertama, agihan kasar bulanan yang dibayar berdasarkan lebihan keuntungan kasar setiap projek selepas akaun ditutup setiap bulan, setiap bulan. Bayaran telah dibuat sehingga bulan Oktober 2018. Bayaran November 2018 dalam tindakan FELCRA Berhad. Kategori dua, agihan bulanan berdasarkan
lebihan penyata pendapatan dan perbelanjaan tahun 2017. Sehingga kini bayaran telah dibuat sehingga November 2018. Kategori ketiga, sara hidup bulanan berdasarkan sumber tanaman semula RISDA dan kos projek, projek yang di, yang terlibat adalah Rompin B iaitu tanam semula. Bayaran telah dibuat sebanyak 30 kali sehingga Julai 2018, bayaran tidak dapat diteruskan pada, mulai Ogos 2018 kerana bayaran sara hidup berdasarkan kos projek merupakan pinjaman yang didahulukan oleh FELCRA dan perlu dibayar balik oleh peserta.
ADUN Gemencheh jugak ada membangkitkan berkaitan meningkatkan pembangunan tanah terbiar, perluasan kawasan TKPM …..
Yang Rompin B itu, mereka akan dapat bantuan sara hidup ke ataupun akan dibayar Rompin B yang tanam semula.
Tanam semula. Bayaran telah dibuat sebanyak 39 kali sehingga Julai 2018.
Selepas itu mereka akan dapat ke ataupun tak dapat?
Selepas itu mereka tidak dapat sebab ia merupakan pinjaman dan perlu dibayar balik oleh peserta. Maknanya tidak dapat.
Jadi ini bermaksud mereka tak akan dapat lagi.
Tak dapat lagilah …..
Habis.
….. berdasarkan maklumat yang saya diberi.
Saya masih lagi kurang pasti. Kalau boleh nanti saya akan hubungi dengan Yang Berhormat …..
Okay nanti apa, saya akan lihat dari sudut bagaimana di perjanjiannya ya.
Kerana saya hanya nak tahu sama ada bayaran itu dah habis ke ataupun ditangguh ke, ataupun akan disambung. Kerana nanti saya pergi bagitau, masalah pulak nanti.
Mengikut maklumat ini dia sudah habis sehingga Julai.
ADUN Gemencheh, meningkatkan pembangunan tanah terbiar, perluasan kawasan TKPM, isu berkaitan permas, pemasaran hasil buah-buahan dan sayuran. Pembangunan tanah terbiar bagi tujuan pertanian sentiasa menjadi agenda utama kerajaan hasil pertanian dapat ditingkatkan. Mengikut rekod di Jabatan Pertanian, dari tahun 2016 hingga ’18, sebanyaak 3,104,000.00 telah diperuntukkan bagi membangunkan kawasan tanah terbiar dengan keluasan 290 hektar melibatkan 118 peserta ataupun pengusaha.
Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan di Negeri Sembilan. Untuk membangunkan kawasan baru TKPM, pihak kerajaan perlu menyediakan tanah milik kerajaan dan perlu mewartakan tanah tersebut sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan sebelum pembangunan pertanian dapat dilaksanakan sama ada menggunakan peruntukan Persekutuan ataupun peruntukan Negeri. Pada masa kini, pihak kerajaan sedang mengenal pasti tanah-tanah milik kerajaan yang berpotensi untuk dibangunkan dengan Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang baru.
Pihak Kementerian Pertanian telah melaksanakan Program Ladang Kontrak yang mana jawatankuasanya terdiri daripada jabatan dan agensi-agensi iaitu Jabatan Pertanian, LPP, MARDI, Agro Bank, TEKUN dan FAMA selaku urus setia, dan FAMA selaku urus setia untuk pemasaran kepada usaha, usahawan yang Ladang Kontrak.
Di bawah Program Ladang Kontrak, usahawa Ladang Kontrak telah pun diberi jaminan pasaran oleh FAMA di mana peserta yang bersetuju untuk memasarkan kepada FAMA akan diberi satu kontrak jaminan pasaran oleh FAMA. Pihak FAMA akan memberikan jaminan pasaran
hingga, hingga harga lantai sekiranya harga komoditi tersebut lebih rendah daripada kos pengeluaran. Untuk itu, semua petani buah-buahan, dan sayur-sayuran digalakkan untuk menyertai program Ladang Kontrak ini bagi membantu memasarkan produk mereka.
ADUN Seri Menanti ada membangkitkan kawasan Terachi sebagai lembah industri asas tani, sudah dijawab, saya sudah jawab tadi. ADUN Chuah, menternak ayam telur. Okay setakat itu.
Gajah, gajah.
Gajah, itu saya tak, tak terlibat.
DUN Kota, ada membangkitkan pertanian di kawasan Kota. Pada masa ini, kawasan Kota adalah di antara tanaman tumpuan ladang jagung, untuk jagung, padi dan nanas. Pihak kerajaan melalui Jabatan Pertanian sentiasa memberi galakan kepada semua pemilik tanah terbiar di kawasan DUN Kota, malah di seluruh Negeri Sembilan untuk tampil ke hadapan agar tanah mereka dapat diusahakan melalui kempen tanah terbiar yang biasa dijalankan semasa program hari ladang peringkat daerah. Hanya dengan kaedah ini sahaja, kawasan-kawasan penanaman dapat diperluaskan dan seterusnya hasil pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan.
ADUN Lenggeng ada menimbulkan isu memulakan industri arnab daging bagi, arnab daging bagi menggantikan industri ayam pedaging kerana industri arnab lebih murah dan mudah dibela. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa menggalakkan mana-mana pengusaha yang berminat dalam industri penternakan arnab, arnab dan bantuan bersesuaian boleh dipertimbangkan bagi pengusaha tersebut, yang layak.
ADUN Lenggeng jugak ada membangkitkan cadangan agar tananam getah digantikan dengan perusahaan atau tanaman lain yang lebih lumayan bagi mengurangkan import makanan dan penglibatan petani di dalam industri hiliran. Dalam isu ini, pihak kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pemilik tanah untuk menukarkan tanaman getah kepada perusahaan yang lain, melainkan pemilik itu sendiri berusaha untuk men, menukar. Pihak kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana pemilik tanah …..
Yang Berhormat Klawang, banyak lagi tak?
Last.
Last?
Pihak kerajaan sentiasa menggalakkan mana-mana pemilik tanah secara sama ada pemilik tanah terbiar ataupun pemilik yang mempunyai status tanam getah untuk menukar kepada perusahaan yang baru. Dari segi khidmat nasihat dan inisiatif input pertanian untuk tanaman makanan boleh dipohon melalui Jabatan Pertanian. Selain itu, Jabatan Pertanian juga ada menyediakan insentif industri hiliran yang berasaskan tanaman makanan kepada pengusaha yang ingin menceburi bidang industri dan asas tani.
Yang, Yang Berhormat Yang Dipertua, saya rasa saya sudah menjawab semua isu-isu yang dibangkitkan. Inshaa Allah, dia biasa orang ada berpantun, saya nak, nak jugak berpantun satulah, tapi, tapi tak, tak …..
Tak cukup masa.
Dia kojap jo.
Panjang sikit pun tak apa.
Pantun boleh pulak.
Ke jelobak, ke Jelebu, ke jelobak ke Jelebu, tuai padi tigo tangkai, kok kono komat Jelobu, lughoh gigi tingga misai. Sekian, kita berjumpa lagi di mana-mana kalau tidak di dunia ini, di syurga, inshaa Allah, jadi saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Saya …..
Yang Berhormat.
Sekejap. Seremban Jaya tadi dia minat sangat pasal gajah tu. Mau tangkap gajah ke?
Seri Menanti – gajah, Labu – monyet, Lenggeng – arnab.
Okay, silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon izin, dan diminta untuk menggantikan ADUN Pilah bagi menjawab berkaitan portfolio Jawatankuasa atas Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.
Patah galah bertongkatkan kaki, Patah kaki bertongkatkan lutut, Patah lutut bertongkatkan tangan, Patah tangan bertongkatkan siku, Patah siku bertongkatkan dagu, Patah dagu bertongkatkan gigi.
Namun, Yang Berhormat Yang Dipertua, perjuangan memartabatkan institusi adat yang bersendikan syarak, mati Kerajaan Negeri pertahankan. 2 soalan sahaja berkaitan dengan portfolio Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat ini. Daripada Gemas dan ADUN Seri Menanti.
ADUN Gemas bertanya persoalan rancangan berdasarkan bajet di bawah Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu. Keseluruhan peruntukan untuk institusi adat adalah RM1.23 juta. 700,000.00 adalah untuk kenaikan bayaran elaun kehadiran perbicaraan pusako adat dari 20.00 ringgit naik 50.00 yang tidak pernah naik sejak 1994. Elaun Dato’ Adat jugak naik 20% antara 200.00 ringgit hingga 1,005.00 ringgit, bermula 1 Januari 2019.
Berdasarkan perkara ini, beberapa pelan perancangan strategik jangka panjang untuk Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan adat istiadat, Adat Istiadat Melayu. Yang pertama ialah penyelidikan tentang seni budaya Negeri Sembilan. Yang kedua, seni pementasan teater berskala besar. Alhamdulillah tahun 2018, kita buat teater Bingkas
Timur, yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Kehadiran orang kata, pecah panggunglah, orang Negeri Sembilan dah mula minat dengan seni teater. Yang ketiga, perancangan kita ialah Festival Seni Tari Negeri.
Yang keempat, Festival Seni Teater ya, Negeri. Yang kelima, memperkasakan MKN (Majlis Kerapatan Negeri) dan badan-badan gabungan melalui geran peruntukan tahunan bagi pelaksanaan aktiviti. Yang seterusnya menghidupkan dan memperbanyakkan NGO seni budaya. Yang ke, yang ketujuh, melaksanakan Festival Cerita Rakyat. Yang seterusnya, memperkasakan Colours of Negeri Sembilan. Yang seterusnya kita akan ada Anugerah Seni Budaya Negeri Sembilan kepada penggiat seni Negeri Sembilan. Seterusnya menjadikan Bandar Seremban sebagai Bandar Seni Budaya bagi menarik pelancong ke Negeri Sembilan.
Seterusnya kita akan buat seminar antarabangsa mengenai Adat Perpatih ya, maknanya dah sampai peringkat international. Menaik tarafkan ruang pementasan khususnya keperluan teknikal dan beberapa aktiviti lain yang telah disusun menggunakan peruntukan sebanyak 1.23 juta tadi.
ADUN Seri Menanti bertanya berkaitan pembinaan Balai Adat Luak Tanah Mengandung dan keperluannya. Dalam Adat Perpatih, persempadanan adat dikenali dengan Luak-Luak dan Wilayah. Ada 14 Luak dalam adat ini iaitu 4 Luak berundang, 1 Wilayah Adat Tampin, Luak Tanah Mengandung iaitu 5 Luak, iaitu Ulu Muar, Ineh, Terachi, Gunung Pasir dan Jempol, 3 Pesaka Adat di bawah Luak Johol – Ayer Kuning, Gemencheh, Pasir Besar dan 1 Wilayah Adat Lingkungan.
Untuk Luak Berundang dan Wilayah Tampin, telah sedia ada balai adatnya ya. Sehubungan itu, bagi Luak Tanah Mengandung dan Ulu Muar yang paling kanan, belum lagi mempunyai balai adatnya. Kerajaan Negeri akan memikirkan pembangunan Balai Adat Ulu Muar terlebih dahulu yang akan berfungsi sebagai tempat kerapatan menerima tetamu, juga akan ada perpustakaan mini, laman aktiviti dan sebagainya. Ini akan menaikkan imej adat khususnya Ulu Muar dan Negeri Sembilan umumnya. Terima kasih ya, Yang Berhormat.
Saya ingin mencelah sedikit. Untuk pemahaman saya. Jadi daripada bajet 1.23 juta tu, merangkumi semua sekali yang telah dinyatakan tadi ataupun tidak? Ataupun 1.23 juta tadi termasuk dengan …..
Merangkumi kesemua tadi, termasuk kenaikan bayaran elaun dan elaun Dato’ Adat.
Tapi saya berpandangan, dan saya ucap terima kasihlah banyak program-program yang akan dibuat berkaitan dengan institusi adat dan berkaitan dengan portfolio Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Tapi berdasarkan dari segi peruntukan tersebut, saya rasa tak cukup 1.23 juta. Saya lihat di sini, kalau dikatakan Muzium hanya melibatkan 500,000.00 ringgit, jadi kebudayaan macam mana? Itu yang pertama saya nak tanya. Yang kedua pulak, kraftangan macam mana? Dan yang ketiga, perpustakaan macam mana?
Jadi apabila kita melihat cara luas, secara menyeluruh, maka kita akan melihat bajet untuk …..
Tuan.
….. apa ni …..
Tuan. Patut semalam tanya tu.
Tak tak, saya dah tanya semalam.
Hari ni penggulungan dah.
Saya dah tanya, Yang Berhormat Speaker, tetapi apabila saya bercakap, mintak maaflah, mungkin pada masa tu, YB Paroi mungkin sembahyang ke, jadi saya tak tahu. Mungkin dia tak dapat, dan kemudian saya mention kepada Yang Berhormat Tuan Mohamad Nazaruddin, tapi hari ini dijawab oleh YB Paroi, alhamdulillah-lah. Tetapi saya nak menyatakan di sini bahawa 1.23 juta untuk institusi adat ni, tak cukup. Portfolio untuk Yang Berhormat Tuan Mohamad Nazaruddin ni tak cukup. Jadi saya minta bajet untuk kebudayaan berapa, bajet untuk perpustakaan dan bajet untuk kraftangan. Haa itu saja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk perpustakaan negeri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk kita menaik taraf perpustakaan yang sedia ada, kita nak pindahkan ke lokasi yang lebih strategik. Itu yang akan diletak di bawah perpustakaan.
Dan saya yakin di bawah lain, termasuk seni budaya dan berkaitan kraftangan, yang jugak dia ada kaitan dengan portfolio Pelancongan, saya yakin Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat akan memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan pelancongan untuk dimasukkan bersekali dengan Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu, yang boleh kita gabungkan bagi menarik pelancong ke Negeri Sembilan satu-satunya negeri Adat Perpatih di bumi Malaysia ni. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Silakan Ampangan.
Tuan Yang Dipertua …..
Ampangan, 20 minit ya.
Tuan Yang Pertua, setelah mendengar perbahasan sehari suntuk semalam, ahli-ahli Dewan baik sama ada dari, mewakili kerajaan mahupun daripada pembangkang bersetuju belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat adalah benjawan, belanjawan yang amat baik walaupun Kerajaan Pakatan Harapan hanya baru mentadbir 7 bulan.
Untuk rekod, Tuan Yang Dipertua, belanjawan yang dibentangkan ini adalah belanjawan berimbang yang terbesar dalam sejarah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Tuan Yang Dipertua, kita berkeyakinan, jika Kerajaan Pakatan Harapan telah memerintah lebih lama, jauh lebih lama, belanjawan Negeri Sembilan akan jauh lebih baik dan lebih besar berbanding dengan nilai Ringgit Malaysia 430.0 juta sekarang ini. Yang sekarang ini kita hanyalah setakat lebih kurang sama dengan Majlis Bandaraya di Selangor. Untuk makluman, belanjawan Majlis Bandaraya Shah Alam 2019 bernilai 458.0 juta, belanjawan Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2019 berjumlah 436.3 juta.
Namun demikian, agak malang, masih ada suara-suara sinis pembangkang yang cuba seolah-olah memperkecilkan kemampuan Pentadbiran Pakatan Harapan. Dan cuba menonjolkan kononnya Pakatan Harapan hanya menukar nama dan meniru pentadbiran lama. Sebaiknya, kesemua ADUN-ADUN baik sama ada pemerintah dan, ataupun pembangkang, untuk kita sama-sama bekerja untuk memajukan negeri tanpa prasangka negatif terhadap pemerintah sekarang ini.
Tuan Yang Dipertua, keyakinan kita, Pentadbiran Pakatan Harapan akan menjadi jauh lebih baik kerana perbezaan yang cukup ketara di bawah Pentadbiran Pakatan Harapan di atas 2 perkara. Asas yang pertama ialah keazaman untuk mentadbir kerajaan secara telus dengan izin, transparency, bebas rasuah dan bebas salah guna kuasa. Kita tidak mahu salah laku seperti 1MDB yang berulang kembali, yang menyebabkan rakyat menanggung derita yang sangat terkesan sekarang dan akan berterusan sehingga tempoh jangka masa yang sangat lama. Kita sedar walaupun didesak 2 kali pada persidangan hari pertama oleh Paroi, namun Rantau tidak mahu membuat sebarang kenyataan mengenai 1MDB kerana tiada siapa yang boleh menafikan permasalah 1MDB ini memberi kesan rentetan negatif yang besar terhadap ekonomi negara.
Tuan Yang Dipertua, lebih malang, FELDA yang majoritinya penerokanya adalah orang Melayu juga dinodai dengan salah laku pengurusan yang menyebabkan akhirnya ianya bermasalah dan sukar membantu peneroka ketika kejatuhan harga bahan komoditi sawit dan getah ketika ini.
Perkara yang kedua, yang menjadi asas kepada pimpinan Pakatan Harapan ialah keutamaan kita untuk kesejahteraan rakyat. Saya ingin memaklumkan kepada Senaling, pemansuhan GST, walaupun dilihat mundur ke belakang dan mengurangkan pendapatan negara tetapi ianya adalah kerana kerajaan tidak mahu mengambil keuntungan di atas kesusahan rakyat. Kerajaan Pakatan Harapan menyedari keadaan rakyat yang sangat, sangat susah ketika ini. Justeru itu, kita mengambil langkah untuk menghapuskan GST.
Begitu juga untuk sahabat saya daripada Chembong yang menyatakan tidak nampak hala tuju yang jelas untuk ekonomi. Saya ingin menegaskan, hala tuju ekonomi kerajaan sekarang, di bawah Pentadbiran Pakatan Harapan adalah jelas iaitu untuk kesejahteraan rakyat. Untuk memastikan pembangunan ekonomi secara terancang, kerajaan merancang menerusi pelan pembangunan langkah serta merta dengan izin, immediate measure. Pelan pembangunan langkah
masa pendek, short term measure, pelan, dengan izin, pelan pembangunan langkah sederhana, medium term messure, dengan izin. Pelan pembangunan langkah jangka masa panjang, long term messure, dengan izin.
Perbelanjaan yang dicairkan untuk membantu rakyat yang diumumkan dalam belanjawan 2019 adalah di antara langkah-langkah segera untuk merangsang ekonomi. Kita melihat walaupun di bawah Kerajaan Pusat telah ada pelbagai agensi untuk membantu usahawan seperti SMECorp, MARA, TEKUN, Amanah Ikthiar, tetapi Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri proaktif untuk turut serta dengan memperkenalkan Tabung Pembangunan Usahawan yang diperuntukkan 3.0 juta ringgit.
Bantuan-bantuan yang diberi, seperti bantuan OKU – 1.79 juta ringgit, bantuan ibu tunggal – 0.9 juta ringgit, imbuhan Bilal, Sial dan Pembantu Am Wanita – 2.8 juta ringgit, Elaun Guru KAFA – 1.15 juta ringgit dan pelbagai lagi adalah di samping membantu mereka berpendapatan rendah, ialah untuk ianya dibelanjakan dan perbelanjaan ini akan mengembangkan ekonomi sebagaimana yang disarankan di bawah teori ekonomi Keynes. Jadi peningkatan perbelanjaan, peningkatan perbelanjaan akan meningkatkan rantaian pengembangan ekonomi.
Keynesian economics, dengan izin, yang diperkenalkan oleh ahli ekonomi British; John Maynard Keynes, semasa era Great Depression, dengan izin, pada 1930 berpandangan peningkatan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai seperti pemansuhan sistem percukaian GST akan menggalakkan permintaan dan merangsang ekonomi untuk kita keluar daripada kemelut permasalahan ekonomi.
Tuan Yang Dipertua, ma, manakala untuk langkah pembangunan sederhana dan jangka masa panjang, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Perbadanan NS, NS Corporation, dengan izin, untuk memastikan perancak, perancangan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dirancang secara teratur dan terancang. Sebagaimana yang termaktub, fungsi dan kuasa Perbadanan yang telah diluluskan di dalam Dewan ini pada persi, persidangan yang lepas, perkara 4(1) Rang Undang-Undang Perbadanan Negeri Sembilan menyatakan; perbadanan hendaklah mempunyai segala fungsi dan kuasa untuk menggalak, merangsang, memudah, mengurus, menyelaras pelaburan dan sektor ekonomi di Negeri Sembilan dan semua perkara yang me, berhubung dengannya.
Jadi, kalau kita melihat di sini, ya, makna kita telah jelas dari segi bagaimana dan inilah di antara 3 peranan utama Perbadanan iaitu yang pertama ialah untuk merancang, menyelia, mengurus, menyelaras
rangka tindakan ekonomi dan pelan pelaburan. Lebih unik lagi, Perbadanan ini bukan hanya merancang tetapi juga bertindak untuk mengatur, berge, menggerak, memproses dan melaksana tindakan ekonomi dan pelan pelaburan. Dengan erti kata lain, Tuan Yang Dipertua, plan and execute, dengan izin, rancang dan laksana.
Justeru itu, apakah perbezaan di antara MVV dan MVV 2.0 ya. Ini telah dinyatakan sebelum ini oleh Rantau ya. Dalam perancangan asal MVV hanya tertumpu kepada pembangunan hartanah, bandar baru, kawasan perumahan, kawasan perindustrian. Tetapi di bawah MVV 2.0, kita tidak hanya terhenti setakat pembangunan hartanah, tetapi apakah projek pembangunan yang perlu kita bawa untuk merangsang ekonomi yang boleh menjadi katalis dalam pembangunan hartanah tersebut. Justeru itu kita menumpukan kepada 3 tumpuan utama.
Yang pertama ialah hab industri penerbangan. Kita berusaha untuk mendapatkan anchor company sama seperti sebuah pusat membeli belah yang besar mesti ada maintenance, ya, pemain utama yang menjadi, menjadi anchor dalam syarikat ataupun pusat membeli belah tersebut. Dalam hal ini, alhamdulillah, Airbus, syarikat pembuat kapal terbang terbesar telah menyatakan komitmen untuk melabur. Kita mengharapkan kajian kemungkinan, feasibility study yang sedang dijalankan oleh Airbus sekarang ini akan menjadi positif untuk memastikan Airbus benar-benar melaksanakan pelaburan ini.
Selain Airbus, Perbadanan Negeri Sembilan sedang merancang untuk menarik satu lagi pelaburan besar untuk merangsang ekonomi dalam kawasan MVV ini. Dan saya hanya boleh memaklumkan secara rasmi setelah proses perundingan selesai dan positif, inshaa Allah. Ianya berkait tentang usaha perbincangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan pihak yang berkenaan baru-baru ini. Inilah perbezaannya. Tidak sama MVV dengan MVV 2.0, di bawah Pentadbiran baru Pakatan Harapan.
Tuan Yang di, Speaker, kita juga merangka untuk menjadikan kawasan ini ya, di kawasan MVV 2.0 ini sebagai hab logistik untuk Asia Tenggara. Yang kita tahu, bahawa dunia perniagaan di masa akan datang, bergantung bagaimana keadaan untuk menghantar barang-barang. Logistik adalah di antara perniagaan untuk di masa yang akan datang. Dan kita berusaha untuk membawa hab logistik ke dalam kawasan MVV dalam perancangan kita. Maknanya kita bergerak aktif untuk memastikan bahawa ekonomi berjalan kerana asas dan dasarnya ialah ekonomi itu kita cipta. Maknanya we create the economy, dengan izin, Yang Dipertua. Kita juga menjangka untuk membuat hab maritim dalam kawasan MVV 2.0 yang inshaa Allah, akan kita maklumkan
setelah ianya siap perancangan sepenuhnya selain daripada untuk menjadikan kawasan di dalam hab ataupun kawasan MVV 2.0 untuk sebagai destinasi pelancongan. Ini di antara perancangan ya, untuk saya maklumkan kepada sahabat saya Chembong, bahawa kita punya hala tuju yang jelas bagaimana untuk kita membawa ekonomi dalam negara. Dan ini telah kita lakukan menerusi Perbadanan Negeri Sembilan.
Selain daripada untuk kita merancang dan kita juga melaksanakan di antara tugas dan di atas tanggungjawab yang telah diamanahkan, fungsi dan peranan kuasa Perbadanan ialah untuk mengkaji, menilai dan menambah pelaburan sedia ada. Dan dengan itu sedang aktif kita jalankan. Dan alhamdulillah, dengan usaha kita itu telah banyak di antara kilang-kilang yang sedia ada, syarikat-syarikat yang sedia ada untuk menambah pembesarannya. Ada syarikat di Senawang yang sedang, inshaa Allah, yang akan memastikan pelaburan bernilai 1.2 bilion ringgit. Dan ada syarikat di Taman Tuanku Jaafar yang kemungkinan akan menambah untuk 400.0 juta ringgit. Dan ada syarikat di Senawang jugak untuk menambah 200.0 juta ringgit. Ini proses-proses pembesaran. Maknanya kita juga merangka bagaimana untuk membesarkan syarikat-syarikat ataupun perusahaan-perusahaan yang sedia ada.
Di samping itu Tuan Yang Dipertua, di antara peranan untuk NSCorp, ialah untuk mengkaji, menilai, menambah baik, membaik pulih dan rehabilitasi projek pembangunan terbengkalai dan yang berpotensi. Selama ini kita melihat untuk sekian lamanya banyak projek-projek yang terbengkalai, yang menyakitkan mata kita, yang menjadi eye sore ya, khususnya di kawasan Port Dickson dan juga di Seremban. Kita akan berusaha untuk memastikan projek-projek yang terbengkalai ini, untuk kita melihat bagaimana ianya boleh dimajukan dan tidak seperti sekarang ini, selam, telah berlama, sekian lama, bertahun-tahun menjadi, menyakitkan mata untuk kita melihat. Tuan Yang Dipertua, inilah sebenarnya Kerajaan Pakatan harapu, Kerajaan Pakatan Harapan yang baru sentiasa positif untuk memastikan perancangan ekonomi yang baik untuk nega, untuk negeri ini dan untuk masyarakat di Negeri Sembilan.
Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli dalam Dewan ini. Yang pertama, merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Serting berkaitan tentang pembinaan baru kompleks Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Suka, sukacita, saya memaklumkan, projek ini telah diluluskan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Rolling Plan 1 (RP 1) dengan jumlah
peruntukan sebanyak 50.0 juta ringgit. Pelaksanaannya akan diteruskan dalam Rolling Plan 4 (RP 4) dalam tahun 2019 oleh Jabatan Kerja Raya.
Merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Serting, tentang UPSR dan PT3, dan juga tentang kasut hitam ya. Untuk UPSR dan PT3 2018, Gred Purata Negeri bagi peperiksaan UPSR 2018 adalah sama seperti tahun 2017 iaitu 2.76. Walau bagaimanapun, GPN adalah setara, namun terdapat peningkatan dalam peratus minimum kompetensi sebanyak 0.13%. Negeri Sembilan juga telah berjaya mengurangkan peratus murid yang memperolehi semua E daripada 192 orang iaitu 1.16% kepada tahun, pada tahun 2017 kepada hanya 144 ataupun 8.9% pada tahun 2018.
Semenjak 2016 fokus kemenjadian murid pada tahun, akhir Tahun 6 dan Tingkatan 3 ialah kepada pencapaian secara holistik yang ditafsir melalui 4 komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Dalam Bilik Darjah, Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran jas, Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum dan pemeriksaan berpusat. Ini adalah selaras dengan falsafah Dasar Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta aspirasi murid adalah pelan pembangunan, di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013 – 2015).
Berkaitan tentang kasut hitam, KPM pada 30 November 2018 telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2018 yang menyatakan pemakaian kasut hitam dan stokin berwarna hitam terhadap semua murid ditetap, ditetapkan pada tahun 2021. Pemakaian ini akan dilaksanakan secara beransur-ansur, bermula pada tahun 2019 dan diperluas pada tahun 2020. Dalam tempoh transisi ini, murid-murid masih dibenarkan memakai kasut dan stokin berwarna putih.
Merujuk kepada persaoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Johol, yang berkaitan tentang Sekolah Tahfiz yang diterapkan pembelajaran ekodamik, akademik. Secara dasarnya kurikulum tahfiz swasta sekarang hanya melaksanakan pembelajaran hafazan Al-Quran semata-mata. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah sekolah tahfiz rendah dan menengah telah melaksanakan pembelajaran kurikulum akademik seperti Sekolah Menengah As-Sa'idiyyah Seremban, Sekolah Yamin Jelebu, Sekolah Yayasan As Sofa Rembau dan Seremban, Sekolah Tahfiz Najihah Nilai, Sekolah Insani Nilai. Untuk sekolah pula ialah Sekolah Rendah Darul Ulum Jempol, Sekolah Rendah Islam Darul Ulum
Rembau, Al-Irshad Labu, Yayasan As Sofa Seremban, Sahabat Insani Negeri Sembilan.
Dan untuk itu, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Johol, keraja, keraja, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan satu task force di bawah Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan, untuk melihat, untuk kita menubuhkan sebuah tempat. Dan kita telah berbincang bersama dengan Universiti Sains Islam Malaysia untuk mengadakan peluang kepada anak-anak lepasan daripada tahfiz ini untuk belajar secara akademik. Ini yang sama seperti yang dilakukan di Selangor, yang dikendalikan oleh Universiti Selangor, ya. Dan kita dapati anak-anak, anak-anak ini, walaupun mereka hanya belajar setakat 1 tahun atau 2 tahun untuk peperiksaan SPM, tapi mereka mempunyai, mencapai pencapaian yang cukup cemerlang kerana anak-anak lulusan tahfiz ini adalah anak-anak yang bijak pandai, anak-anak yang brilliant, dengan izin Tuan Yang Dipertua.
Inshaa Allah ya, task force yang telah pun ditubuhkan di bawah jawatankuasa bertindak ini akan berusaha untuk memastikan kita boleh menubuhkan satu tempat dan kemungkinannya di Universiti Islam Malaysia yuntuk menjalankan satu program akademik khas untuk anak-anak lepasan tahfiz yang berhasrat untuk menyambung di peringkat akademik.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Johol, juga, tentang apakah langkah-langkah yang dibuat untuk memperkasakan Yayasan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar-pelajar anak-anak Negeri Sembilan mendapatkan pembiayaan pelajaran buat masa ini. Sukacita saya memaklumkan Yayasan Negeri Sembilan tiada masalah untuk membiayai permohonan pinjaman pelajaran kepada anak-anak Negeri Sembilan dengan syarat, yang pertama, mereka ini adalah penuntut di Institusi Awam Tempatan sahaja. Yang kedua, pelajar telah memohon kepada PTPTN dan permohonan mereka telah ditolak secara bertulis.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Pertang, tentang permasalahan yang berbangkit tentang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pertang ya. Isu ini cukup berat kerana isu ini lama ya, sepatut dah di-settle, dah diselesaikan awal-awal dulu, oleh EXCO yang berkaitan tentang pendidikan ya. ADUN Serting, mungkin lebih arif daripada saya. Kerana ini telah diluluskan pada tahun 2012 di bawah Design & Built dengan nilai 8 setengah juta ringgit ya. Dan mula dibina tahun 18 haribulan 6,2014 dan sepatutnya siap pada 18 Julai 2016 ya. Kami ambil alih hanya pada 9 Mei 2018. 10 Mei 2018.
Projek ini sebenarnya ya, projek yang di bawah Pentadbiran Kementerian Pendidikan secara terus dengan PMC ya, iaitu Project Management Consultant, kaedah Perundingan Pengurusan Projek ya. Dan, dan memang benar ada kesilapan ya, dalam jawapan yang terdahulu yang menyatakan 100% kerana itu hanya dari segi strukturnya. Tapi berdasarkan keadaan yang sebenar, projek ini keseluruhan hanya siap sekitar 75%. Dan walaupun bangunan, strukturnya telah siap, tapi banyak terdapat yang berkaitan tentang pendawaian yang belum sempurna, kipas tak ada, lampu tak ada, kerja-kerja luaran masih juga belum sempurna, pembinaan longkang tak ada, jalan masuk tak ada, pagar tak ada, dan lain-lain, banyak lagi, masalah infra memang bermasalah ya. Ini masalah yang dahulu.
Walau bagaimanapun, saya ingin memaklumkan bahawa walaupun projek ini telah berhenti sejak bulan Jun 2018, pegawai dari Bahagian Pembangunan KPM telah pun hadir di tapak pada 15 November 2018 yang lepas, untuk melihat dan membincangkan bagaimana untuk kita memulihkan semua projek Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Pertang ini. Walaupun begitu, masalah yang berkaitan dengan konsultan yang diberi amanah ya, perlulah juga mengemukakan semula Pelan Kebenaran Merancang yang tak ada. Tak tahu macam mana dulu ni boleh buat sekolah ya, dia punya pelan merancang pun tak ada ya. Yang, dan ini untuk memastikan bahawa kita mengikut kepada bagaimana prosedur-prosedur untuk kita membina bangunan ya. Untuk makluman, projek ini sekali lagi, di bahawa Kementerian pendidikan. Walau bagaimanapun, inshaa Allah, kerajaan, Kerajaan Negeri akan cuba berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah ini yang telah berterusan sekian lama ya.
Tuan Yang Dipertua ya, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Jeram Padang, dah keluar. Mengenai tentang kerja-kerja naik taraf yang dibuat di 61 buah sekolah Tamil dan peruntukan yang disalurkan ya. 61 buah sekolah Tamil di Negeri Sembilan telah menerima sebanyak 11.42 juta ringgit sejak 3 tahun lepas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan kecil bangunan, ubah suai, dan naik taraf bangunan, anai-anai dan penyelenggaraan pendawaian elektrik. Sepertimana yang dibentangkan dalam belanjawan 2019, 3.0 juta telah juga diperuntukkan bagi membantu sekolah-sekolah tahfiz swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang akan diagihkan berdasarkan kepada keperluan.
Menjawab persoalan yang berkaitan tentang adanya isu-isu pengaruh luar dalam uruasan pertukaran Guru Besar Seklah Jenis Kebangsaan Tamil. Urusan perguruan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
melibatkan Panel Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan tiada pertimbangan penggunaan pengaruh luar, seperti mana yang tercatat dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004, Panduan Pertukaran Pegawai Awam.
Tuan Yang Dipertua ya, merujuk kepada ADUN Linggi yang membangkitkan isu melentur buluh biarlah dari rebungnya, pergaulan murid di sekolah antara kaum. Untuk ini, Tuan Yang Dipertua, pelaksanaan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), program pemudahcara interaksi murid antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio budaya bertujuan supaya murid daripada pelbagai latar belakang sosio ekonomi, agama dan etnik belajar untuk menerima, menghormati dan mengurus kepelbagaian dari aspek agama, bangsa, budaya dan serta bahasa diteruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Peranan guru sebagai agen sosiolisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah masih diteruskan dari semasa ke semasa.
Kelestarian sukan dan bidang aktiviti ko-kurikulum masih diteruskan dan diperkasakan oleh Kementerian Pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia sebagai salah satu kaedah bagi memupuk perpaduan kaum tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
Tuan Yang Dipertua, merujuk kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Rahang tentang isu keselesaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah ya, memang ramai pelajar. Ramai orang nak masuk sekolah ini. Ini tidak dapat dinafikan. Isu murid ramai pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah adalah disebabkan oleh permintaan yang begitu tinggi ke sekolah ini. Oleh kerana jiran kepada sekolah ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3 masih boleh diisi, maka selepas pada ini tindakan akan dilaksana secara beransur-ansur di mana hanya murid yang tinggal berhampiran dan berada di sekolah rendah saluran sahaja yang akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah ya. Sekarang ini ramai ibu bapak dia tengok sekolah itu dia rasa baik, dia mintak nak masuk sekolah itu. Ini yang jadi masalah ya. Kadang-kadang datang ke pejabat saya jugak, nak suruh sokong, saya pun serba salah nak sokong ke tak sokong. Tak sokong, dia tak undi kita. Jadi, itu yang menjadi masalah sebenarnya ya.
Boleh saya mintak penjelasan?
Ya, ya.
YB ADUN Ampangan. Sekolah Menengah apa tadi, Bukit Mewah?
Bukit Mewah.
Dia hebat ni sejak bila ni, lepas bulan Mei ke? Soalan saya.
Saya tak sebut hebat tak hebat, tapi ramai orang nak masuk sekolahlah. Okay, terima kasih Chembong.
Bila …..
Tak apalah Chembong, duduk …..
Sejak bila?
Okay, tak apa, masa, masa tak ada ya. Ini …..
Terima kasih banyak Dr.
….. pasal apa ni tak tahu Chembong, borak lepas minum teh lepas ni.
Soalan simple macam tu pun Tuan Yang Dipertua. Tu yang malas saya bagi soalan susah tu.
Tak apa, bagi soalan susah pun tak ada masalah. Tapi, ya, okay tak apa. Saya nak teruskan Tuan Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua ni, masa dia dengan saya 20 minit je dia bagi. Tak cukup ya. Baik. Merujuk kepada ADUN Gemencheh, yang menyoalkan tentang perluasan Sekolah Magnet. Untuk dimaklumkan, Sekolah Magnet merupakan sebuah program hasil daripada kolaboratif Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi membantu murid-murid cemerlang yang tidak mendapat tempat di sekolah berasrama penuh tanpa mengubah status asal sekolah berkenaan. Dalam hal ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasoh 2 telah djadikan rintis dan ketika ini menunggu pihak JKR untuk menyerahkan dewan makan ya. Oleh kerana melibatkan peruntukan yang besar bagi kerja ubah suai asrama dan dewan makan, kita perlu melihat keberkesanan program ini sebelum diangkat semula untuk diperluaskan kepada sekolah lain, inshaa Allah. Namun persediaan seperti latihan kepada guru telah dilak, dilaksanakan di sekolah lain yang dicadangkan.
Tuan Yang Dipertua ya, ada beberapa isu yang ini, yang ditanya oleh ADUN Palong ya, dia separuh tu ada bawah saya, separuh tu bukan jugak, iaitu bilangan peneroka tananam semula dan jumlah anak peneroka bagi sesi persekolahan tahun 2019. Tak apalah saya jawablah, ya. Bilangan peneroka yang terlibat dalam program tanam semula dan memperolehi Bantuan Pinjaman Sara Hidup adalah 828 orang. bilangan anak peneroka yang terlibat dengan sesi persekolahan, ini yang supaya, yang sepatutnya saya sepatut jawab, tahun 2019 ialah 14,989 orang iaitu 5,264 orang murid sekolah menengah dan 9,725 murid di sekolah rendah. Ini, kalau jawapan terperinci inshaa Allah kita boleh menyediakan menerusi FELDA ya.
Baik, Tuan Yang Dipertua, sebab saya tak mahu Tuan Yang Dipertua menegur saya untuk berhenti, setakat itulah yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.
Saya dah bagi lebih sebenarnya tu.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Tuan Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua.
Ya, ya.
Sikit saja saya nak mencelah. Tadi saya tak nak kacau Ampangan tadi, pasal yang Yayasan Negeri Sembilan tadi. Maksud saya semalam ialah memperkasakan Yayasan Negeri Sembilan tu, sebab apa yang dimaklumkan oleh YB Ampangan tadi ialah Yayasan Negeri
Sembilan ni, sedia ada sekarang adalah selepas gagal mendapat PTPTN kan. Jadi apa yang cadangan memperkasakan itu kita nak jadikan Yayasan Negeri Sembilan ni satu yayasan yang scholarship dia bertaraf, dengan izin, bertaraf premier, macam yayasan yang lebih besarlah kan. Tak perlu saya sebutkan di sini, itu cadangan saya sebenarnya ya.
Terima kasih atas cadangan ni. Kita akan ambil Yayasan Negeri Sembilan ni dengan macam-macam masalah. Inshaa Allah kita sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu untuk mempertingkatkan Yayasan Negeri Sembilan dan jugak yang lain seperti PKNNS ya, supaya inshaa Allah akan boleh membantu. Yayasan Negeri Sembilan ini kita tubuhkan untuk pendidikan ya. Sekarang ni ada macam-macam masalah ya, yang menjadi, tapi walau macam mana pun, kita sedang berusaha untuk menilai semula bagaimana untuk memastikan Yayasan Negeri Sembilan mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memastikan bahawa kita boleh membantu ya, anak-anak di Negeri Sembilan. Dan memang dalam perhatian kita inshaa Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan dan Johol. Saya ingat sampai masanya kita nak bagi ruang kepada Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Cuma sahabat saya daripada Chennah baru datang ni, semalam dia sakit, hari ni mesyuarat ya, Mesyuarat Kabinet, jadi hari ni, 2 – 3 hari ni saya tak dapat dengar dia punya ucapan. Rindu pulak rasa. Tapi sampai penghujung Yang Berhormat, tak apa ya. Nak cakap sikit tak? Haa nak cakap kita bagi ruang sikitlah. Tak mahu?
Saya tak boleh gulung sini.
Tak boleh gulung ya? Tak apa. Yang Amat Berhormat Menteri Besar silakan. Tapi saya tak bagi, terpulang Yang Amat Berhormat ya, berapa minit nak bercakap ya, tuan-tuan kena dengar pulak ya. Kalau 50 minit, sejam, sejamlah.
Terima kasih.
Semalam 10:30 kan. Boleh cakap sampai 10:30?
Boleh, boleh.
Boleh, haa okay.
Saya balik dululah. Tuan Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya apa, menjawab soalan-soalan daripada teman-teman daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan, telah memberikan pandangan yang memberikan idea yang baik untuk kita membangunkan negeri yang kita cintai ini secara bersama. Dan itulah harapan kita semua untuk memastikan rakyat yang menghadapi masalah yang bersama dengan kita ini, kita bela untuk kesejahteraan secara bersama. Jadi, beberapa perkara telah kita lihat dan kita ambil ingatan dan juga akan diambil tindakan perkara-perkara tersebut. Dan semoga ia akan menjadikan apa yang dicadangkan, diberi perhatian itu mendapat perhatian daripada pihak kerajaan, inshaa Allah.
Tuan Yang Dipertua, berhubungan dengan soal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau mengenai isu bencana, cara kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri kerana kesukaran menggunakan peruntukan kerajaan bagi mengatasi. Isu bencana ini sebenarnya tak timbul di mana saja, apa, apa-apa yang berlaku, Kerajaan Negeri akan terus me, meluluskan ataupun Kerajaan Negeri akan terus me, me, mem, apa, memastikan bahawa masalah rakyat itu dapat diselesaikan dengan segera. Dan kita juga tidak pernah memikirkan apa juga parti yang mereka pilih ataupun apa juga, apa, ikutan mereka, kita tidak pernah tanya. Dan alhamdulillah, hari ini kita terus membantu dan membantu kepada rakyat yang memerlukan pada hari ini.
ADUN Rantau juga bertanyakan soalan, soalan create wealth and distribution wealth, equally, equally, equitably ya, kita tahu kita telah umumkan dalam bajet kita, bantuan kepada keseluruhannya. Saya rasa 430.0 juta itu kita harus ingat bahawa kita melihat kepada keseluruhan. Dan alhamdulillah, 430.0 juta itu dapat kita bantu hampir semua ya, institusi masyarakat, tidak kira mengira tempat, daerah, kaum dan golongan. Dan inilah yang kita telah bantu dan kita telah sampaikan kepada rakyat di Negeri Sembilan ini.
YB ADUN Rantau juga mengenai peruntukan pencayaan, pencahayaan yang diagihkan untuk fasa-fasa akan datang. Tuan Yang Dipertua, peruntukan Kerajaan Negeri bagi tujuan pencahayaan bagi tahun 2019 adalah berjumlah 3.4 juta, yang mana Jabatan Kerja Raya – 2.0 juta, Pihak Berkuasa Tempatan – 1.15 juta dan Pejabat Daerah sebanyak
250,000.00. Keutamaan pemasangan lampu adalah kawasan yang berisiko dari segi keselamatan jalan raya dan juga jenayah.
Di samping itu, peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pencahayaan disalurkan terus kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan akan diagihkan kepada Kerajaan Negeri mengikut keperluan. Bagi tahun 2019. KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) telah memperuntukkan sejumlah 14.8 juta bagi program pencahayaan di Semenanjung dan 241.9 juta bagi Sarawak, dan 430.1 bagi Sabah. Manakala pemasangan baru lampu jalan kampung adalah 7.0 juta. Jadi kita kena mohon. Dan inshaa Allah kita berdoa kita dapat lebih pada tahun hadapan.
Dibangkitkan oleh ADUN Rantau juga, mengenai Malaysian Vision Valley. Tadi telah diterangkan oleh Yang Berhormat Ampangan secara terperinci. Jadi tak perlu saya sambung.
Yang Berhormat Rantau juga bertanya Keluaran Dalam Negeri Kasar Negeri Sembilan yang berkemungkinan akan menguncup pada tahun 2019. Keluaran Dalam Negeri Kasar, Negeri Sembilan, telah berkembang sederhana dalam kadar purata pertumbuhan 4.9% iaitu 40.717 juta pada 2017. Manakala pendapatan perkapita pula merekodkan peningkatan 41.615 pada 2017. Secara amnya, struktur ekonomi Negeri Sembilan pada tahun 2017, diterajui oleh perkhidmatan, diikuti oleh pembuatan dan sumbangan sebanyak 39%, pertanian pembinaan masing-masing 9.8%, dan 36%, manakala 0.3% disebabkan oleh sektor perlombongan dan pengkuarian.
Mengenai pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan pada tahun 2019, adalah dijangka momentum pertumbuhan ekonomi negeri kekal positif meskipun berdepan peningkatan konflik perdagangan Amerika – China dan tidak ketentuan dasar yang mungkin menyebabkan pertumbuhan global yang lebih perlahan.
Mengenai isu Gatco, ya, bila penyelesaian. Ini ADUN Sungai Lui. Untuk makluman, pada 5 Oktober 2015, 2018, PKNNS telah membuat mesyuarat penyelarasan bersama Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG), Pejabat Tanah Jempol dan Jabatan Ukur Pemetaan Negeri Sembilan (JUPEM). Mesyuarat tersebut membincangkan cara dan proses untuk mempermudahkan tindakan bagi serah balik dan berimilik semula Seksyen 197 dan 76 Kanun Tanah Negara, dengan pelanjutan tempoh pajakan 99 tahun kepada 170 orang peserta untuk 4 ekar,dan 2 ekar untuk keluasan dianggarkan 594 ekar.
Beberapa tindakan perlu dilaksanakan mengikut proses biasa bagi serahbalik dan berimilik semula Seksyen 197 dan, dan 76 Kanun Tanah Negara. Dan dengan perlanjutan tempoh pajakan 99 tahun, PKNS, PKNNS perlu melantik perunding swasta iaitu Jururancang Bandar dan Juru Ukar Tanah Berlesen. Namun begitu, kos bayaran perunding swasta dan perancang bandar dan juru ukur tanah dianggarkan 450,000.00. Disebabkan kos perunding swasta yang tinggi, terdapat cadangan untuk menggunakan khidmat perunding dan dilakukan secara internal antara jabatan, di mana PKNNS dan Jabatan Tanah Jempol perlu menyediakan pelan ukur sebelum dihantar ke JUPEM. Manakala JUPEM akan menyediakan pelan tata, tatau, tatau, tataatur yang telah dibuat pecah sempadan dari 8 ekar kepada 4 ekar dan 2 ekar.
Seterusnya selepas pelan tataatur tanah 4 ekar dan 2 ekar siap dilakukan oleh JUPEM, Pejabat Tanah Jempol akan membuat pra rundingan dengan Majlis Daerah Jempol dan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa bagi mendapatkan ulasan teknikal sebelum dibentangkan ke Mesyuarat OSC Khas Majlis Daerah Jempol. Berdasarkan perancangan JUPEM dan Pejabat Tanah Galian, Pejabat Tanah Dan Daerah Jempol, penyerahan hak milik 170 orang peserta berkenaan dijangka pada Oktober 2019.
Yang Amat Berhormat, saya ingin tahu yang, yang, yang selain daripada 170 orang …..
Kita, kita rundingkan lagi. Kita akan rundingkan lagi kepada yang baki, yang masih lagi.
Bagi ADUN Gemas, persoalan isu yang dibangkitkan, nyatakan permit pasir yang masih beroperasi di Gemas yang telah menyebabkan pencemaran sungai. Pada tahun 2018, terdapat hanya 1 pengusaha pasir yang telah me, diluluskan di Londah dengan royalti 13,500.00 saja setahun. Walau bagaimanapun, pengusaha tersebut telah meninggal dunia dan permit telah dibatalkan. Mana-mana permit pasir akan dibatalkan jika pengusaha pasir melanggar syarat-syarat jabatan teknikal yang berkaitan.
Bagi ADUN Lobak, soalan status tanah perkuburan Jalan Lee Sam. Tanah telah di, dirizabkan melalui Warta No. 422 bertarikh 4 November 1965 di bawah penyelenggaraan Trustee of the Wah Chai Association Seremban untuk Maksud Awam dan Tapak Perkuburan Cina seluas lebih kurang 9 hektar di Lot 4276 Bandar Seremban.
Bagi soalan berkenaan kemudahan awam. ADUN Rantau, isu yang dibangkitkan, bas percuma fokus kepada kawasan luar bandar, perancangan hala tuju bandar bagi perkhidmatan luar bandar perlu diteruskan. Perkhidmatan bas percuma akan dilaksanakan secara berperingkat merangkmi penyediaan perkhidmatan tersebut di kawasan luar bandar berdasarkan keperluan dan kesesuaian. Perancangan penyediaan perkhidmatan bas luar bandar sebagaimana telah dirancang dahulu akan diteruskan.
Mengenai soalan ADUN ran, yang dibangkitkan oleh ADUN Rantau mengenai peruntukan pencahayaan. Tadi saya dah jawab.
ADUN Rantau, Gemencheh, Senaling, Seri Menanti dan Chuah, rumput panjang di sepanjang jalan utama. Semasa musim hujan, rumput lebih cepat tumbuhlah. Kerja pemotongan rumput Jalan Negeri tetap dijalankan mengikut jadual sebulan sekali. Bagi Jalan Persekutuan pemotongan, skop kerja bagi pemotongan rumput dibuat bagi bulan, tidak dibuat bagi bulan November dan Disember atas arahan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan penjimatan untuk membiayai sebahagian bayaran penyelenggaraan jalan yang telah dilaksanakan bagi 2018 di samping kos pe, kerja-kerja tersebut juga akan dikaji nilai dia. Walau bagaimanapun, kerja pemotongan rumput telah dilaksanakan oleh PIhak Berkuasa Tempatan, pihak Jabatan Kerja Raya dan secara CSR oleh konsesi. Pihak konsesi Jalan Persekutuan akan melaksanakan kerja pemotongan rumput secara rutin mulai awal Januari 2019. Inshaa Allah, awal Januari dan, mereka akan mula memotong rumput-rumput yang panjang tersebut.
ADUN Gemas, soalan isu yang dibangkitkan, pada persidangan yang lepas pernah dibangkitkan mengenai masalah banjir di kawasan rekreasi bahawa agensi yang berkaitan akan membuat siasatan dan perbincangan bersama pihak KTM, apakah status permasalahan tersebut. Untuk makluman, pihak Jabatan Pengairan Saliran (JPS) telah berbincang dan membuat siasatan dengan pihak Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhubung banjir yang berlaku di kawasan rekreasi. Hasilnya didapati banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh sampah atau halangan di pembentungan dan keperluan untuk melancarkan aliran anak sungai, Sungai Gemas. Sehubungan itu, atas persetujuan KTM dan pihak JPS, telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pembentungan dan penyaluran anak air Sungai Gemas. Kerja-kerja penyaluran ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara berkala setiap tahun.
Bagi soalan ADUN Gemas juga, keperluan kawasan takungan air untuk Loji Gemas bagi kegunaan penduduk setempat dan perancangan masa hadapan bagi mengatasi masalah bekalan air. Projek meningkatkan sumber air mentah di loji air, air, LRA Gemas telah diluluskan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air melalui peruntukan ke-11, Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan 2. Objektif projek ini adalah memastikan kecukupan sumber air mentah bagi LRA Gemas dan memastikan paras air sungai mencukupi bagi pengambilan air di muka sauk LRA Gemas. Proses rekabentuk telah selesai dan tender telah dibuka pada Mei 2018. Namun pelantikan kontraktor pelaksana telah ditangguh selepas peralihan Kerajaan Persekutuan. Menurut Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tanah dan Sumber Asli, projek ini akan ditender semula secara terbuka memandangkan tempoh sah laku tender terdahulu telah tamat dan dijangka tender semula pada suku pertama 2019.
Bagi ADUN Serting, soalan bilakah Lebuh Raya Seremban – Serting akan dilaksanakan. Kerajaan Negeri memang menyokong cadangan Lebuh Raya Seremban – Serting dan ianya selari dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan kawasan negeri di ti, kawasan timur melalui, meliputi Daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah. Pada masa ini, cadangan projek tersebut masih di peringkat Persekutuan.
ADUN Serting, soalan isu yang dibangkitkan banjir kilat di FT009 Kampung Serting Ulu, dicadangkan agar Kerajaan Negeri membuat pengambilan balik tanah untuk naik taraf sistem saliran. JPS akan mengadakan siasatan bersama dengan JKR bagi memastikan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu banjir di sini termasuk keperluan untuk menaik taraf pembentungan sedia ada yang dikenal pasti sebagai antara penyumbang kepada masalah banjir di sini.
Bagi soalan, bagi perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Johol, infrastruktur tambahan balai raya bagi untuk kemudahan masyarakat setempat. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan masyarakat setempat memperoleh faedah setiap kemudahan infrastruktur yang disediakan. Dan kita sedia maklum dalam bajet kita telah letakkan sejumlah kewangan untuk kita memastikan bahawa balai raya dan kemudahan masyarakat setempat disediakan.
Isu Johol, mohon Kerajaan Negeri pasti punca banjir dan melaksanakan program-program yang sewajarnya, seperti pembesaran sungai. Kita, untuk makluman, Jabatan pairan, Pengairan Dan Saliran menyana, menyenaraikan 113 hotspot untuk seluruh Negeri Sembilan yang merangkumi punca-punca banjir dan kaedah jangka pendek dan jangka
panjang. Sepanjang tahun 2018, sebanyak 5.1 juta telah dibelanjakan peruntukan Negeri dan Persekutuan untuk menangani masalah banjir di 39 hotspot. Untuk tahun 2019, program ini diteruskan. Pelaksanaannya merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan sungai serta menaik taraf sistem saliran.
ADUN Chuah, permohonan jejantas di hadapan sekolah di laluan Lukut – Sepang, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Menengah Site C. Kedua-dua jejantas akan diambil kira mengikut keperluan semasa. Proses reka bentuk kerja menaik taraf jalan Lukut – Sepang di bawah pembangunan infrastruktur MVV. Walau bagaimanapun, pada masa ini, lintasan searas berlampu isyarat telah sedia ada di hadapan Sekolah Menengah Site C dan telah sedia ada di hadapan Sekolah Tamil. Projek ini telah diluluskan terdahulu dan telah ditangguhkan untuk pelaksanaan kajian keperluan.
ADUN Chuah, isu yang dibangkitkan mengenai keperluan jalur lebar UniFi diperluaskan ke kawasan DUN Chuah oleh pihak Telekom Malaysia (TM). Sehingga kini 80% daripada DUN Chuah telah tersedia dengan perkhidmatan pre-UniFi dan UniFi dengan kelajuan sehingga 10 Megabyte. Sebanyak 2,750 pot ataupun kediaman telah tersedia dengan jalur lebar tetap dengan jumlah pelanggan hampir 1,000 pengguna. Sebagai inisiatif, pihak TM telah mencadangkan naik taraf perkhidmatan jalur lebar tetap di bawah projek dana pemberi perkhidmatan sejagat (USP) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia di kawasan DUN Chuah yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 bergantung kepada kelulusan daripada SKMM.
YB Linggi, perkhidmatan bas Port Dickson – Tanjung Agas sehingga Pengkalan Kempas diwujudkan semua, semula. Laluan operasi ini adalah laluan komersial yang dilaksanakan oleh operator tanpa sebarang subsidi atau bantuan kewangan kerajaan. Penamatan perkhidmatan oleh pihak operator bagi pihak, beberapa laluan termasuk perkhidmatan bas laluan Port Dickson – Pengkalan Kempas adalah atas faktor kekurangan bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan menyebabkan hasil kutipan tambang yang diperolehi tidak membolehkan pihak operator menampung kos operasi.
Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan menyusun semula perancangan menyediakan perkhidmatan bas sebagaimana yang telah diperincikan dalam perancangan hala tuju luar bandar terdahulu, meliputi perkhidmatan-perkhidmatan laluan yang telah diberhentikan tersebut. Di samping itu, penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam akan sentiasa dilaksanakan
berdasarkan keperluan dan kesesuaian serta mengambil kira aduan dan keperluan perkhidmatan kawasan-kawasan lain.
ADUN Linggi berhubung dengan isu masalah banjir Linggi, didapati meningkat dengan perubahan cuaca, dicadangkan agar pembinaan pintu air di Sungai Solok, kampung, ke Sungai Linggi dipercepatkan. Beberapa tindakan jangka pendek untuk mengurangkan banjir kawasan sekitar Sungai Solok ialah kerja, pertama menyalurkan dan menstabilkan Sungai Solok siap pada 2018. Yang kedua, kerja pemulihan kolam takungan banjir berhampiran Sungai Solok siap Julai 2018. Untuk tindakan jangka panjang, JPS akan membuat permohonan pintu kawalan pasang surut dan pembinaan ban dengan anggaran kos 3.5 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dalam Rolling Plan yang akan datang, inshaa Allah.
ADUN Seremban Jaya, masalah banjir Batu 4½ Jalan Tampin, bukan masalah baru, manakala kedudukan kawasan Light Industry Senawang agak rendah berbanding kawasan sungai yang agak tinggi. Pihak MPS telah menaik taraf longkang monsun di kawasan Light Industry Senawang kepada U-shape sehingga masuk ke kawasan MPN. Walau bagaimanapun, punca utama adalah masalah back flow daripada air Sungai Gadut ke kawasan industri tersebut. Oleh itu kerja pembersihan perlu dibuat secara berskala. MPS sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk men, menyelesaikan masalah tersebut.
ADUN Seremban Jaya, baki, ba, klorin di dalam air terawat yang berlebihan. Tidak timbul baki klorin yang berlebihan kerana baki klorin di dalam air terawat dia adalah 5.0 PPM, tidak pernah melebihi tahap yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ya, jangan risau YB, boleh minum.
ADUN Seremban Jaya juga, tiada tanah lapang untuk pemandu lori berhenti. Tadi telah dijawab oleh EXCO Bahau, Bahau.
ADUN Jeram Padang, keperluan pembinaan menara telekomunikasi di Kampung Sungai Klebang. Atas cadangan YB Jeram Padang untuk membina mobile telecommunication, telecommunication tower di Kampung Sungai Klebang akan di, diteliti dan dipertimbangkan.
Untuk S, ADUN Jeram Padang, permohonan menurap jalan kawasan Felda Palong 1, Palong 2, kenapa jawapan berbeza sebelum, dengan soalan sebelum ini, persidangan lepas. Maklum telah mohon, jawapan terkini, tiada program bagi tahun 2019. Permohonan peruntukan dipohon bagi menurap jalan Felda Palong 1, Palong 2 telah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan memandangkan jalan Felda di bawah
pengurusan Persekutuan. Walau bagaimanapun, kerja menurap jalan yang dilaksanakan pada tahun 2018 adalah merupakan program Kerajaan Negeri yang dilas, dilaksanakan secara one off.
ADUN Jeram Padang, membang, pembangunan bil, pem, bil elektrik lampu jalan yang baru dipasang di jalan Bukit Rokan Barat, isu, yang kedua isu pemendapan jalan dan pembaikan utiliti di Rompin yang dikatakan tidak diselaraskan. Pembayaran bil elektrik lampu jalan yang baru dipasang di, oleh JKR di jalan, di bawah Program Pencahayaan Negeri berhampiran Bukit Rokan Barat akan ditanggung oleh pihak kerajaan melalui JKR. Semua kerja pembaikan yang dilaksanakan oleh pihak utiliti daerah akan dibincangkan di bawah jawatankuasa utiliti di peringkat JKR daerah. Selain daripada itu, jika terdapat sebarang kerosakan selepas kerja-kerja tersebut, ianya boleh dibaiki menggunakan Tabung Amanah Dana Pusingan untuk membaiki jalan di Negeri Sembilan.
Isu jalan mendap jalan Kampung Baru Rompin, ADUN Jeram Padang. Jalan tersebut telah diturap pada tahun 2017, bagaimanapun jalan tersebut telah rosak sebahagiannya disebabkan kegagalan asas jalan yang tidak dapat menampung lori-lori yang membawa kayu getah. Kerja-kerja pembaikan jalan tersebut akan dilaksanakan pada tahun 2019.
ADUN Bagan Pinang, terima kasih kepada JPS kerana melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang dapat mengurangkan masalah banjir Kampung Si Rusa Bagan Pinang, mohon JPS proaktif untuk menyelenggara sungai dan tidak menunggu musim hujan. Program penyelenggaraan sungai akan diteruskan melalui Program RTB Si Rusa, peruntukan Negeri, dan Program Pengurusan Sungai di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.
ADUN Temiang, adakah bas percuma disediakan di Bandar Seremban terbuka kepada semua golongan termasuk warganegara asing. Kita sedia maklum perkhidmatan bas percuma akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri, ini masih dalam peringkat kajian dan penelitian merangkumi kaedah pelaksanaan kos yang terlibat serta modus operandi perkhidmatan berkenaan. Pihak Kerajaan Negeri akan mengenal pasti kaedah terbaik bagi memastikan penyediaan perkhidmatan bas percuma dinikmati sewajarnya hanya oleh warganegara sahaja.
ADUN Lobak, cadangan naik taraf jalan KL – Mantin – Seremban dan Mantin – Broga – Semenyih. Kerajaan sememangnya mempunyai perancangan menaik taraf jalan Seremban – Mantin – Beranang, Laluan
1 dari 2 lorong kepada 4 lorong. Pembangunan pesat di Mantin dan Pajam, telah menambah jumlah trafik melalui jalan tersebut, ianya ditambah pula dengan pembukaan Lebuhraya LEKAS 2009/2010 yang mempunyai persimpangan terus ke Mantin dan Pajam ya. Jadi, pada, manakala jalan Mantin – Lenggeng, Broga (N34), jalan ini sebahagiannya telah dinaik taraf dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang lalu. Dan baki jajaran belum dinaik taraf, dan akan dibuat secara berperingkat-peringkat, peruntukan pembangunan Jalan Negeri P55 dan penyelenggaraan jalan akan menggunakan dana MARRIS.
Soalan ADUN Kota, JPS melaksanakan kerja-kerja menangani masalah banjir, namun begitu kawasan tersebut kawasan-kawasan baru yang dilanda banjir mohon JPS memberi perhatian. Masalah banjir berlaku di kawasan baru iaitu di Kampung Sungai Legong Ulu, adalah berpunca daripada pembentungan ja, pembentung jalan yang tidak cukup saiz dan masalah sistem saliran di kawasan tersebut tidak dapat dialirkan ke sungai dengan sempurna. JPS bercadang menjalankan kerja penyaluran sistem saliran kawasan tersebut memerlukan kerjasama dan izin lalu dari pemilik tanah di kawasan berkenaan untuk tahun 2019.
ADUN Lenggeng, soalan isu yang dibangkitkan jambatan runtuh di Lenggeng akibat banjir lumpur. 4 runtuh akan dibina baru, iaitu jambatan Sementung, lawatan dibuat, telah dibuat oleh JKR. Pada, aduan, pada 22 haribulan 9, 2018 dijangka siap 2019. Jambatan Kampung Rawa, 3 runtuh, 1 telah dibaiki oleh JKR. Jambatan Sungai Lui senget, aduan baru. Jambatan Machang Ulu, 2 dibaiki 1 berlubang. Pembinaan jambatan melibatkan tanah milik perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran pihak pemilik tanah. Jambatan runtuh yang bersambung dengan jalan kampung akan dipohon peruntukan MARRIS oleh pihak Pejabat Daerah Seremban. Pelan jambatan dan pelaksanaan serta kiraan kos jambatan dibuat oleh JKR setelah peruntukan diluluskan ya.
ADUN Lenggeng, masalah banjir sering berlaku di kawasan Lenggeng, di mana terdapat juga keadaan di mana jambatan yang runtuh tidak dibina semula. Tadi, kita dah jawab.
Bagi mengurangkan impak banjir di kawasan Lenggeng, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan penyaluran sungai serta kerja-kerja pembaikan dan penstabilan tebing. Untuk maksud itu, sebanyak 544,000.00 telah dibelanjakan pada tahun 2018. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penyaluran sungai ini akan dibuat secara berkala dan akan diteruskan pada tahun 2019.
Okay, ba, ADUN Linggi, cadangan membangunkan kawasan chalet, chalet, medan ikan bakar, balai nelayan dan pasar nelayan di kampung pasir teluk, di kampung pasir, Kampung Teluk, Pasir Panjang. Terdapat tanah kosong kerajaan seluas 5 ekar yang pada masa ini telah diusahakan medan ikan bakar, balai nelayan, pasar dan jeti. Persatuan Nelayan Kampung Teluk memohon Lesen Pendudukan Sementara di kawasan tersebut pada tahun 2016 tetapi telah ditolak oleh MMKN pada 26 Oktober 2016 melalui KM No.2186/2016. Permohonan ini bagi tujuan menyelenggara kemudahan telah sedia ada bagi tapak berkenaan. Status terkini tanah tersebut dalam proses pewartaan rizab balai nelayan dan medan ikan bakar.
Isu pembangunan oleh ADUN Bagan Pinang, ADUN Juasseh, ADUN Kota, dan pengurusan kemudahan hutan lipur untuk keselesaan pengunjung termasuk isu kebersihan bagi mengelak berlakunya kencing tikus. Peruntukan untuk Hutan Lipur Jeram Tengkek, pengurusan penyelenggaraan infrastruktur hutan lipur memang sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri bagi memastikan keselesaan pengunjung. Dalam perhubungan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan belanja pembangunan di bawah sektor pelancongan khusus untuk hutan lipur sebanyak 2.39 juta untuk tahun 2019. Melalui peruntukan ini, kerajaan akan membangun dan menguruskan semua hutan-hutan lipur di negeri ini termasuk Hutan Lipur Jeram Tengkek dan Gunung Datuk sebagai produk eko pelancongan negeri. Peruntukan tersebut adalah bagi menaik taraf kemudahan penyelidikan dan juga promosi.
Bagi memperhebatkan lagi produk pelancongan eko rimba, Jabatan Perhutanan juga melainkan, memainkan, menjalinkan kerjasama dalam, dengan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memastikan dan pemantuan kebersihan kawasan dan kualiti air sungai bagi mencegah dan mengesan awal kehadiran bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kencing tikus.
ADUN Bagan Pinang, isu pembangunan dan pengurusan kemudahan hutan lipur. Tadi dah jawab. ADUN Bagan Pinang, pengurusan kawasan hutan lipur bagi mengelak berlaku bencana kepala air terutama di musim hujan. Jadi, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat isu keselamatan pengunjung di hutan lipur. Kerana itu kita telah menyediakan satu peruntukan untuk memastikan keselamatan dan kebersihan di kawasan tersebut.
ADUN Bagan Pinang, kerosakan di Pantai Cahaya Negeri, pertama jambatan dan kedua pencahayaan. Kerja-kerja pembaikan jambatan di Pantai Cahaya Negeri telah dilaksanakan pada bulan Oktober yang lalu. Kerja-kerja baik pulih akan dilaksanakan mengikut aduan kerosakan
yang diterima. Belanjawan Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 730,000.00 untuk projek landskap dan pencahayaan Bandar Port Dickson. MPPD akan menggunakan peruntukan tersebut bagi pencahayaan di Pantai Cahaya Negeri.
ADUN Johol, pengurusan Hutan Lipur Gua Batu Maloi, termasuk penggunaan juru pandu yang berdaftar dengan Jabatan Perhutanan. Pengurusan hutan Gua Batu Maloi adalah di bawah Jabatan Perhutanan memandangkan ia berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal, pengurusan hutan lipur ini juga boleh turut melibatkan kerjasama komuniti setempat terutama dari segi penglibatan juru pandu Jabatan, masyarakat, kemasukan pengunjung ke Gua Batu Malai, mestilah menggunakan juru pandu atas faktor keselamatan pengunjung. Jabatan Perhutanan akan mengu, mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung melalui majlis perundingan kampung (MPKK), mengadakan kerjasama yang lebih erat bagi membangunkan Hutan Lipur Gua Batu Malai, Batu Maloi di bawah Program Community-Based Ecotourism. Maloi, malai. Maaf, Gua Batu Maloi.
ADUN Johol, terdapat keperluan untuk menambah peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Untuk maklum, untuk makluman, bagi Gua Batu Maloi, supaya ia kekal terpelihara sebagai salah satu produk pelancongan. Dan terdapat perutukan telah disalurkan, peruntukan P62 Pelancongan dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan untuk Gua Batu Maloi bagi maksud berikut: bagi tahun 2015, 2014 – 250,000.00, 2015 – 721,00.00, bagi 2016 – 762,000.00, 2018 – 100,000.00, dan inshaa Allah, bulan hadapan kita akan letakkan sebuah, satu peruntukan.
Bagi ADUN Juasseh, peruntukan untuk Hutan Lipur Jeram Tengkek. Kerajaan Negeri terus membangun dan menguruskan Hutan Lipur Jeram Tengkek sebagai produk hutan eko pelancongan negeri. Pada tahun ini sahaja, kerajaan telah membelanjakan 70,000.00 bagi kerja-kerja membaiki, menyelenggara kemudahan sedia ada. Peruntukan akan diterus melalui bajet pembangunan 2019 di bawah sektor pelancongan yang telah diperuntukkan 2.39 juta untuk memperhebatkan lagi produk pelancongan eko rimba.
Bagi soalan ADUN Kota, kolam air panas Chengkau dimajukan. Kerajaan Negeri akan mengenal pasti dan memajukan aktiviti pelancongan tempatan merangkumi keseluruhan kawasan berdasaran, berdasarkan kesesuaian dan sejauh mana potensi sesuatu kawasan tersebut dapat menarik bilangan kedatangan pelancong serta berupaya menghasilkan impak pelancong yang berkesan. Dalam hal ini, kolam
air panas Chengkau juga akan dinilai kesesuaian untuk dimajukan berdasarkan kri, kriteria.
Sikit je lagi, belum 2 jam. ADUN Temiang, dalam ni, dia, dia bercakap. Mohon ulasan persidangan dibuat 4 hari, inshaa Allah, kita akan lanjutkan persidangan kita pada bajet akan datang kepada 4 hari, sekurang-kurangnya, inshaa Allah.
ADUN Temiang, cadangan agar backbencher dijemput, aktiviti sama yang ada di peringkat Persekutuan, negeri dan daerah. Ini akan kita maklum, dan saya akan minta supaya seluruh backbencher dijemput pada program-program peringkat kebangsaan, peringkat negeri dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Pusat hentian, ADUN Serting, Pusat Hentian Setempat Daerah Jempol, telah diluluskan sebelum ini, namun bergantung kepada keupayaan Kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaannya, mohon projek ini diteruskan kerana akan memberi manfaat setempat. Okay, untuk ini, Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Pusat Hentian Setempat Daerah Jempol di sebuah premis di bawah kawalan Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol. Lokasi ini telah dipilih, ia terletak di kawasan yang strategik serta hampir dengan pusat pentadbiran utama daerah. Penubuhan Pusat Hentian Setempat di Daerah Jempol adalah susulan daripada tindakan rasionalisasi program RTC di Negeri Sembilan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jabatan yang telah dikenal pasti untuk beropersi di Pusat Hentian Setempat Daerah Jempol adalah Jabatan per, per, Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. Selain itu Pejabat RELA Daerah Jempol juga dirancang untuk turut beroperasi di Pusat Hentian Setempat ini, inshaa Allah.
ADUN Jeram Padang, dasar intervensi yang meningkatkan 10% kakitangan India dalam perkhidmatan awam negeri. Antara usaha Kerajaan Negeri mempromosikan penglibatan masyarakat India dalam perkhidmatan awam adalah hebahan iklan jawatan ke surat khabar berbahasa Tamil, road show universiti ke, dan kolej dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar India mengenai kesedaran pendaftaran permohonan di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan penerangan hebahan kepada persatuan belia India di Negeri Sembilan melalui edaran poster dan flyers.
Yang terakhir, belum, ada 2 lagi. ADUN Chembong, media tidak dibenarkan masuk dalam, untuk membuat liputan. Setakat 2 hari persidangan, tiada warga media dihalang untuk masuk membuat liputan persidangan seperti yang diperkatakan. Semua pengamal media hadir juga didapati mempunyai kad perakuan media yang sah
dari Jabatan Penerangan Malaysia. Pengamal media bebas membuat liputan berita termasuk menemubual pihak pembangkang yang meninggalkan Dewan persidangan sebelum pembentangan 2019.
Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat, apa, jurufoto.
Oh jurufoto.
Saya sebut itu hari jurufoto.
Okay, kita …..
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
….. lepas ni kita daftarkan jurufoto.
Ya.
Dia itu hari tak bawak pas. Ya, adalah dorang tanya.
Okay, tak bawak pas memang tak boleh masuk. Malahan dalam dewan pilihan raya pun tak boleh masuk. Terima kasih.
Haa okay, okay.
Itu masih kes mahmakah, itu kes mahkamah.
Kalau dia tak bawak pas Yang Dipertua, jangan bagi masuk.
Chembong.
Kes mahkamah. ADUN Senaling, tatacara berpakaian orang awam di premis Kerajaan Negeri Sembilan. Semua jabatan agensi kerajaan di Negeri Sembilan, telah melaksanakan atau meletakkan notis papan tanda kod etika berpakaian orang awam ketika berurusan di premis kerajaan. Walau bagaimanapun, kadang kala terdapat di antara yang datang berurusan tidak memenuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan. Kepada mereka ini, teguran dan peringatan diberi supaya pada masa akan datang, mereka mematuhi kod etika berpakaian yang ditetapkan.
Soalan akhir daripada ADUN Seri Menanti, kemudahan kenderaan rasmi kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, ya. Kemudahan dan keistimewaan Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri telah diselaraskan oleh Kerajaan Negeri akan disediakan dalam tempoh masa yang terdekat. Esok kita bagi, esok kita bagi.
Terima kasih Seri Menanti, sokong. Juga terima kasih Yang Amat Berhormat.
Saya, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan perhatian …..
Yang Amat Berhormat, mintak maaf. Saya rasa ada satu yang saya bawa tak, belum disebut kot.
Okay.
Tentang empangan Sungai Rembau yang dah berbulan tak dilihat, Empangan Sungai Rembau.
Empangan Sungai Rembau, nanti saya jawab, dalam jawapan bertulis.
Tak apa kita kat luar pun boleh. Tapi tolong ambil …..
Boleh.
….. ambil perhatianlah.
Boleh, boleh, boleh.
Eh, macam ada sesuatu tu, kena datang ramai tu.
Saya menyokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang. Sebab saya tengok, Tuan Yang Dipertua, ramai yang bercakap macam gaya-gaya Menteri Besar-lah. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Banyak semalam soalan berhubung dengan isu kesempitan hidup peneroka FELDA. Hampir semua rakan-rakan kita menceritakan kesempatan hidup peneroka FELDA. Kerajaan Negeri Sembilan amat prihatin dan simpati dengan nasib peneroka yang masih belum menerima Elaun Sara Hidup dan pendahuluan hasil daripada pihak FELDA. Ini disebabkan aliran tunai yang kritikal yang sedang dihadapi oleh pihak FELDA akibat daripada kelemahan tadbir urus pengurusan terdahulu.
Ringan sama dijinjing, Berat sama dipikul, Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicicah.
Sebagai tanda simpati dan merasai keperitan yang sedang dilalui oleh peneroka FELDA Negeri Sembilan, saya rasa terpanggil dan Kerajaan Negeri rasa terpanggil untuk turut membantu meringankan beban mereka. Alhamdulillah disokong oleh, oleh peningkatan hasil negeri yang telah pun melebihi anggaran belanjawan 2018 iaitu 412.0 juta ringgit, maka saya bagi kera, pihak Kerajaan Negeri dengan ini mengumumkan untuk memberi bantuan khas persekolahan kepada anak-anak peneroka sahaja yang bersekolah secara, yang bersekolah di,
secara one off, dengan kadar 100.00 ringgit untuk setiap murid. Bantuan ini melibatkan implikasi kewangan hampir 2.0 juta ringgit bagi membantu seramai 15,000 orang murid seperti yang dikatakan oleh EXCO pendidikan tadi, yang memban, untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Bantuan kewangan ini akan disalurkan seberapa segera yang mungkin kepada semua sekolah. Dan ibu bapa boleh mendapatkan bantuan kewangan tersebut melalui guru-guru besar sekolah masing-masing. Terima kasih semua.
Jadi, saya mengu, di samping itu juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman, semua rakyat Negeri Sembilan yang mendoakan kesihatan saya, mendoakan saya mentadbir negeri ini dalam keadaan aman. Dan kerjasama dan muafakat semua pihak, saya menyeru semua untuk sama-sama membangunkan negeri yang kita sayangan, sayangi ini walaupun kita mempunyai fahaman politik yang berbeza. Ucapan terima kasih juga kepada semua rakan-rakan saya di kalangan pihak kerajaan dan juga pembangkang, tak lupa kepada pegawai-pegawai kerajaan. Dan saya juga mengucapkan tahniah kepada persidangan pada hari ini.
Yang Berhormat, saya mohon dipertimbangkan daripada anak-anak daripada FELCRA, juga mereka tak dapat bantuan sara hidup. Tak begitu ramai di Negeri Sembilan.
Untuk anak-anak FELCRA saya telah berhubung dan mereka mungkin akan mendapat bantuan untuk balik ke sekolah ni oleh pihak FELCRA. Kalau tak ada, nanti kita akan bincangkan semula.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya kira itu satu pembentangan yang, telah menjawab segala persoalanlah, inshaa Allah. Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang, Rang Undang-Undang dan usul ini telah dibahas serta telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan [semua 19 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju, tak ada. Yang berkecuali? [semua 15 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]. Rasa lebih ramai yang bersetuju ya. Jadi …..
Dulu-dulu you …..
Sekarang baru you tau ka?
Chembong …..
Sekarang baru you tau?
Chembong …..
Dah, dah, dah.
….. you orang beritahu kita tak ada pendirian. Tapi sekarang macam mana you orang? Terima kasih ha.
Kami mengambil pendirian berkecuali. Pendirian itu. Itu maksudnya pendirian, berkecuali.
Okay, okay, terima kasih. Cuma Yang Berhormat Chembong ni dia banyak janji manismu ni. Tadi dia kata saya sokong Yang Berhormat, dia kata, Yang Amat Berhormat. Tiba dia berkecuali pulak.
Saya …..
Dato’ Yang Dipertua …..
Kojaplah.
Jangan berebut …..
Saya sokong yang …..
Jangan gaduh, jangan gaduh sana.
Saya, saya bercakap dengan Yang Dipertua ni.
Haa dengan Yang Dipertua.
Saya sokong Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, sokong. Dia sokong, saya sokong dia. Tapi saya setia dengan kawan-kawan saya ni.
Sokong.
Betul tak?
Okay.
Jangan, jangan ganggu gugat kesetiaan saya.
Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Saya nak tanya Dato’ Yang Dipertua, dalam barisan kami ni semua, siapa yang dalam Dewan yang mulia memberi sokongan kepada Menteri Besar, bukankah kami kat sini?
Tak apa, itu janji tu. Saya Chembong ni janji nak belanja saya minum, minum petang. Sampai sekarang tak belanja minum petang lagi.
Tuan Yang Dipertua ni memang hebatlah, memang hebat, betul-betul, ramai …..
Tuan Dipertua, kena luluskan bajet dulu.
Okay, Chennah, Chennah, Chennah baru datang ni, dia tak dapat cakap, kesian tu. Saya nak dengar dia tapi tak sempat hari ni sebab dia Mesyuarat Kabinet ya, mintak maaflah. Okay, terima kasih Chennah. Rang Undang-Undang telah dibacakan bagi kali kedua, dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2019 diluluskan.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan ber, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan se, sefasal demi sefasal, sila angkat tangan [semua 19 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? [semua 14 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]. Sekarang ada banyak negara berkecuali ni. Dewan, Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[YB ADUN Chembong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang, Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”, yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Lebih suara bersetuju ya, okay, Dewan bersidang semula.
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2019) 2018 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui dengan ataupun tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan [semua 19 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali [semua 15 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Enakmen Perbekalan (2019) 2018. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri
Perkara kelima, Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara yang, yang kelapan ialah pemilihan Ahli Dewan Negara. Mengikut Fasal 1(2) dalam Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan; setiap kali berlakunya kekosongan antara Ahi-Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Negeri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberi notis kepada Raja atau Yang di-Pertua bagi Negeri itu bahawa seorang Ahli Dewan Negara adalah dikehendaki dipilih, dan Raja atau Yang Di Pertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan Undangan Negeri itu memilih secara, memilih seorang Ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh.
Satu perkara yang bertajuk Pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dimasukkan di dalam mesyuarat, susunan mesyuarat ini. Dewan ada menerima 1 pencalonan. Oleh itu, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk membuat cadangan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas
A.Achyuthan Nair dipilih oleh Dewan ini untuk memegang jawatan Ahli Dewan undangan, Dewan Negara selama 3 tahun mulai dari tarikh yang akan ditetapkan oleh Dewan Negara. Terima kasih.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.
Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah pun mencadangkan supaya Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas A.Achyuthan Nair dipilih menjadi Ahli Dewan Negara dan cadangan itu telah pun mendapat sokongan daripada Yang Berhormat ADUN Bahau. Cadangan ini dikemukakan, cadangan ini saya kemukakan untuk dibahaskan jika ada.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada sidang Dewan kerana tidak dapat hadir dalam persidangan Dewan semalam kerana saya mengambil cuti sakit, kurang sihat dan batuk tak habis-habis. Jadi saya memohon maaf. Pagi tadi saya ada Mesyuarat Kabinet, jadi tak dapat hadir pada persidangan pagi.
Namun begitu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Dipertua kerana telah pun memulakan proses pembaharuan dan reformasi dalam Dewan Undangan Negeri. Dalam perisdangan kali ini saya lihat ada perubahan dari segi sistem penggiliran soalan, di mana soalan-soalan lisan ditanya oleh ahli-ahli Dewan secara selang seli. Ini memberikan keadilan kepada semua pihak dalam Dewan yang mulia ini. Selain itu, masa berbahas juga diberikan secara secukup-cukupnya kepada ahli Dewan sehingga saya difahamkan semalam sidang Dewan disambung sehingga pukul 10:30 malam. Ini saya rasa adalah rekod dalam Dewan yang mulia ini sejak tahun 2004, saya menjadi Ahli Dewan Negeri ini, tak pernah kita bersidang sampai 10:30 malam, walaupun di Parlimen itu perkara biasa, tetapi ini menunjukkan bahawa keterbukaan Yang Berhormat Tuan Dipertua, untuk memberikan ruang dan peluang kepada setiap ahli Dewan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat belanjawan. Saya, jadi saya ucapkan syabas kepada Tuan Yang Dipertua kerana keterbukaan in.
Dan saya juga lihat bahawa semasa pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tempoh hari, juga ada siaran secara langsung melalui FBLive. Ini pun satu pembaharuan dalam
Dewan yang mulia ini kerana ini memberikan peluang kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan mendengar sendiri secara langsung pembentangan belanjawan negeri ini. Tetapi saya juga ingin memin, memohon kepada pihak Dewan supaya bukan sahaja terhadkan kepada pembentangan belanjawan, malah siaran langsung secara FBLive ini sepatutnya dibuat ke, secara keseluruhannya untuk persidangan. Jadi apa-apa gelagat ahli-ahli Dewan biarlah ditonton oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan, oleh pengundi-pengundi kita. Apa yang mereka cakap dalam Dewan yang mulia ini, segala apa yang dituturkan, apa yang disampaikan dalam Dewan yang mulia, saya rasa pengundi-pengundi dekat luar berhak mengetahui apakah wakil rakyat mereka wakilkan ataupun wakili mereka dan suara mereka didengar dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi saya berterima kasih kepada Dato’, Tuan Dipertua, dan saya akan terus berkongsi pengalaman dan memberikan sumbangan terhadap pembaharuan Dewan ini melalui Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat yang saya juga merupakan ahli yang telah dilantik oleh Dewan yang mulia ini. Jadi saya akan mengambil ruang, dan mengambil bahagian memberikan sumbangan.
Berbalik kepada perbahasan usul ini, untuk memilih seorang Ahli Dewan Negara mewakili Negeri Sembilan, memang kita tahu bahawa peranan Ahli Dewan Negara ini ialah mempertahankan hak negeri di Dewan Negara. Kita tahu bahawa di Parlimen kita ada 2 cabang, ada 2 Dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat adalah dipilih oleh rakyat secara telus. Dewan Negara, keahlian Dewan Negara adalah dipilih melalui Yang Dipertua Agong ataupun Federal Appointment¸ dan yang keduanya 26 Ahli Dewan Negara itu dipilih daripada 13 buah negeri dalam persekutuan Malaysia.
Jadi, Ahli Dewan Negara yang dipilih melalui Dewan Undangan Negeri, tugas dan peranannya ialah untuk mempertahankan hak dan kepentingan negeri masing-masing di peringkat Persekutuan. Dan sudah tentunya, Ahli Dewan Negara ini perlu memastikan segala kepentingan dan segala hak untuk negeri, yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mestilah sentiasa dipantau dan dipertahankan, dan memperjuangkan supaya negeri mendapat layanan yang baik, mendapat layanan yang saksama daripada peringkat Kerajaan Persekutuan.
Jadi, peranan Ahli Dewan Negara ini, besar dan sudah tentunya Ahli Dewan Negara juga berperanan untuk menggubal undang-undang, memeriksa dan juga membahaskan rang undang-undang yang telah pun diluluskan oleh Dewan Rakyat. Mereka memeriksa, mereka
berbahas dan sudah tentunya memainkan satu check and balance kepada Dewan Rakyat.
Jadi, memandangkan peranan Ahli Dewan Negara ini cukup besar, sudah tentunya calon yang dipilih untuk menjadi Ahli Dewan Negara, perlulah mempunyai latar belakang dan pengetahuan berkenaan dengan Perlembagaan dengan sistem perundangan negara. Dan calon yang telah dicadangkan ini, bagi saya adalah cukup tepat dan memenuhi keperluan sebagai seorang Ahli Dewan Negara, iaitu calon yang telah dicadangkan, Yang Berbahagian Dato’ Kesavadas A.Achyutan Nair, yang akan dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara, mewakili DUN Negeri Sembilan, mewakili Negeri Sembilan adalah seorang peguam.
Walaupun beliau bukan dilahirkan di Negeri Sembilan, tetapi beliau membesar dan bersekolah di Negeri Sembilan sejak tahun 1967 lagi. Sejak di bangku sekolah Tahun 2, sudah belajar di Sekolah Kebangsaan Anglo Chinese Seremban (ACS), Negeri Sembilan. Dan seterusnya mendapat pendidikan Menengah di SMK Anglo Chinese Seremban jugak. Dan seterusnya melanjutkan pengajian undang-undang dan mendapat Sarjana Muda, Universiti London External pada tahun 1988.
Beliau juga telah menjadi seorang peguambela dan peguamcara sejak tahun 1990. Ada pengalaman sebanyak, selama 28 tahun sebagai seorang peguam. Dan saya difahamkan bahawa pengkhususan beliau adalah berkhidmat sebagai peguam dan mengendalikan perbicaraan kes-kes yang berkait dengan kecuaian kemalangan. Kepakaran dan pengkhususan beliau adalah dalam tuntutan insurans, kes berkait dengan kecuaian perubatan terhadap hospital awam, hospital swasta dan klinik-klinik, kes berkait dengan liabiliti awam terhadap Kerajaan-Kerajaan Tempatan, kontraktor awam dan swasta dan individu-individu.
Namun begitu, selepas menjadi Ahli Dewan Negara, sudah tentunya beliau tak bolehlah mewakili pihak orang ramai untuk menyaman pihak kerajaan pulak sebab beliau sekarang sudah menjadi Ahli Dewan Negara yang akan mewakili kera, kerajaan. Jadi tak bolehlah mengambil kes untuk menyaman pihak kerajaan pulak.
Jadi, saya menyokong pencalonan beliau. Dan pencalonan beliau telah pun mendapat sokongan daripada pimpinan DAP Negeri Sembilan dan pimpinan DAP Pusat dan mendapat jugak endorsement daripada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan parti komponen Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah memberikan sokongan kepada pencalonan ini. Dan mungkin saya menjemput Yang Berbahagia Dato’ bangun
untuk memperkenalkan diri, beliau sebagai calon kita, ke Dewan Negara. Dan saya harap pencalonan ini akan dapat disokong oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Saya kira, usul ini telah pun dibahas ya, diberi penjelasan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan [18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju]. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali [YB ADUN Rahang dan semua 13 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali].
[YB ADUN YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong dan YB ADUN Sungai Lui tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Nampaknya, berkecuali makin banyak ya. Tak apa, kita, cadangan ini diluluskan dan Dewan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Kesavadas A. Achyuthan Nair.
Bersama kita hari ini jugak, ialah MP Rasah ya, saudara Cha Kee Chin. Terima kasih YB datang. Hati dia masih di Negeri Sembilan ya, walaupun pergi Parlimen, dia ingat jugak datang sini. Terima kasih banyak.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara Keenam, Penangguhan Mesyuarat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana telah mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat
dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima beberapa permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini. Setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat Ucapan Penangguhan selama 10 minit saja. Janji saya yang terdahulu, Yang Berhormat ADUN Chembong, dia kata dia hantar, tapi mungkin terlewat ke, tak sampai ke pejabat saya. Tapi kali ni saya beri dia lebih masa 5 minit. 15 minit untuk Chembong ya. Pasal hari itu dia tak dapat cakap, okay. Lepas tu Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, Yang Amat, Yang Berhormat ADUN Lobak. Jadi, ada 3 orang Yang Berhormat yang akan apa, akan membuat Ucapan Penangguhan. Sekarang saya persilakan, silakan.
Tarik balik.
Terima kasih Tuan yang Dipertua.
Saya tarik balik jugak.
Lobak mahu cakap jugak?
Tarik balik, tarik balik.
ADUN Lobak. Lobak ada?
Tarik balik.
Kenapa?
Tarik balik.
Tarik balik? Tak mahu, tak mau cakap? Lain, ada pengganti, tak ada. Okay, Chembong, saya bagi 15 minit ni, hari tu tuntut kan.
Tuan Yang Dipertua, dengan penuh rasa rendah diri dan sukacita saya tarik diri. Tapi saya mintak sahabat saya ADUN Seri Menanti cakapkanlah untuk saya. Terima kasih Tuan Dipertua.
Seri Menanti, silakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ‘ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Assalamulaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, yang, rakan-rakan Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya tak ambil masa yang banyak, cuma tadi bila sokongan tadi, kepada apa ni, kepada Yang Amat Berhormat dan jugak kepada bajet tadi memanglah kami berkecuali, kalau tak mana sama je kan. Biarlah ada, yang, yang lain sikit. Tapi sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tu memang kami yang pasti menyokong. Lain tu, ada tadi tengok? Dia menyokong? Tak ada kan? Jadi, kami je yang menyokong.
Yang amat, Dato’ Seri, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua …..
Terima kasih.
….. pertama saya nak sentuh tentang …..
Terima kasih, terima kasih dah banyak kali cakap Dato’ tu, terima kasih.
Saya ni mulut dia selalunya masin.
Ya.
Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua. Saya wakil Seri Menanti tu Dato’ Dipertua.
Okay, Diraja.
Saya kalau boleh setiap minggu dengan, dengan tuanku. Sekurang-kurangnya daripada MB, saya pun boleh bisikkan jugak kan. Tapi, untuk tanam Dato’ Yang Dipertua tu, dalam hati saya ni first-lah. Dato’, Dato’ Yang Dipertua, ini ikhlas ni saya cakap ni Dato’ Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak menyentuh tentang kebajikan ni, sebab di kawasan saya ni, kawasan DUN Seri Menanti ni, adalah rata-rata orang kampung, orang kampung yang mana dia punya punca pendapatan dia adalah daripada hasil pertanian. Mereka memotong gotah, mereka apa ni, bersawah, mereka jugak bercucuk tanam. Dan mereka ni tak terlepas daripada apa ni, bahang kenaikan harga barang, rejim kenaikan harga barang ni, mereka tak terlepas. Jadi mereka rasa susah. Mereka yang terasa sangat ya, akibat kenaikan harga barang ni.
Jadi sebab itu, saya selalu ya, me, menekankan, menyarankan kepada kebajikan, Jabatan Kebajikan, terutama kepada EXCO. Jadi, EXCO saya tak kacau sebab penggal, sidang dulu dia dah warning saya, jangan kacau dia cakap. Kali ni saya tak kacau kan? Pasal yang buat cerita APAM tu, apa ni, Dato’ Yang Dipertua, kita sebut A-P-M, dia tetap jugak APAM. Saya tanya siapa punya apam?
Suka ke makan tu?
Dia kata, lepas tu, I4U, no, apa, U4me? Ada satu tadi yang disebut tadi kan, saya pun dah silap. Jadi nak ringkaskan. Jadi terima kasihlah pasal dia ada apa, inisiatif untuk meningkatkan. Tapi walau bagaimanapun, yang terasa daripada dasar-dasar yang kita buat ni adalah orang-orang di kawasan saya, kawasan-kawasan orang-orang kampung. Yang Berhormat tahu, lalu kat Seri menanti tu ya, macam mana sekitar dia adalah perkampungan. Dan kita harapkan Jabatan Kebajikan mengambil perhatian ya, di kawasan-kawasan kampung ini. Jadi, sebab saya tu dalam soalan saya, selalu menekankan ya, soal, soal, apa ni, kebajikan orang kampung ni.
Yang kedua tadi, yang apa, Yang Berhormat Dato’, yang kedua tadi iaitu pasal MVV. MVV 2.0. Saya ingatkan MVV 2.0 ni MB yang, yang, yang apakan, yang menyampaikan. Sebab MB ni, dalam keadaan sekarang ni, dialah idola saya, Yang Berhormat Dato’, kan. MVV ni, betul tak, Timbalan, betul ke?
Saya berkecuali.
Saya menyokong tadi, saya menyokong MB. Timbalan Yang Dipertua saya dah sokong dah, patut you sokong saya. Kereta sudah dapat. Bos dia dah bagitahu dah, kalau tak, tarik balik. Itu joke saja. Saya tak bertindak macam Dato’ Yang Dipertua, kita jangan berlagak kuasa kita paras mana, had kita, kita punya, kita punya hak kita. Dahlah kita berlagak macam Yang Dipertua pulak, kan, ataupun kita berlagak macam Menteri Besar, cakap semua. Patut dia, pembahagian kereta ya, kepada pegawai kerajaan, biarlah MB cakap, betul tak? Dia ketua pentadbir, dialah cakap, EXCO diamlah. Bagilah kredit kepada MB, kan. Ini tak ada sorang nak nyokong, ni kitalah harapkan dari pembangkang ni menyokong. Tak ada dalam Dewan lain dah, yang berlaku macam ni. Dewan Negeri Sembilan je.
Yang keduanya, Dato’ Yang Dipertua, iaitu tentang promosi pelancongan. Promosi pelancongan dalam kawasan saya nilah, kawasan Seri Menanti, saya nak sebut sikit ya. Chennah jangan marah ya. Chennah baru datang, jadi dengarlah lebih sikit, ya. Petang ni pun tak ada program lagi kan? Pelancongan di kawasan saya, pelancongan kawasan saya ni ada Ulu Bendul, ada Seri Menanti yang boleh diberi perhatian. Ada kawasan-kawasan lain lagi yang menarik, yang menarik, yang boleh diberi perhatian termasuklah di Langkap, di kawasan luar bandar di Langkap tu yang boleh ya, diberi perhatian untuk ditingkatkan pelancongan di sana.
Dan apa ni, tapi nampak dia, ya, kita punya peningkatan pelancongan ni seperti macam kita ada sebut ular, adalah apa, adalah peningkatan pembangunan di situ. Tapi kita perlu pembangunan yang, yang lebih besar, ya, untuk menarik pelancongan yang saya dah bagitahu dah dalam persidangan yang dulu, pelancong-pelancong domestik ni tak jauh ya, mereka datang, kalau mereka datang dari Kuala Lumpur pun tak sampai 1 jam nak sampai ke Ulu Bendul, nak sampai ke Seri Menanti. Makna di Seri Menanti, selain dia melawat muzium tadi boleh main golf di Seri Menanti. Selain dia boleh bermain golf, dia boleh tinggal, tinggal menginap ya di Seri Menanti Resort. Dan ini sebenarnya memberikan apa ni, implikasi eko, ekonomi ya, kepada orang-orang kampung, kepada pengusaha-pengusaha yang ada di Seri Menanti ni tadi. Jadi ini yang perlu dipertingkatkan ya.
Bukan sekadar kita memberi bantuan kepada 10 produk perniagaan yang ada di, di Lembah Terachi tadi, tetapi ya, kita jugak meningkatkan lagi ya, membuat follow up, dengan izin, follow up ya kepada pemasaran produk-produk, produk-produk salai tadi, yang ada tadi. Kalau jualan
sebulan boleh 5 tan, kita fikirkan macam mana jualan sebulan boleh meningkat sampai 20 – 30 tan, dan bagi meningkatkan hasil pertanian. Dan mereka-mereka ini adalah, adalah yang duduk di kampung, adalah yang bekojo sebagai penoreh getah dan jugak petani-petani. Jadi dengan cara ini kita dapat meningkatkan ya, cara ini kita dapat meningkatkan beliau dalam rejim ya, kenaikan harga barang sekarang ni ya, Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya dah janji ya, tak mahu, tak nak panjang lebar. Iaitu yang kedua dia, yang ketiga, tentang coverage ya, jalur lebar dia. Jalur lebar tadi yang, Yang Amat Berhormat Sikamat bagitahu ya, telah dipertingkatkan, tapi walau bagaimanapun, banyak lagi ya, kawasan-kawasan jalur lebar ni, kawasan-kawasan di, di tempat kita ni yang begitu toghuk ya, dia punya coverage dia ya. Kalau baru-baru ni saya buat konvoi daripada Selatan Thailand sampailah ya, ke utara Thailand, saya lihat coverage daripada, dalam perjalanan tu semua tip-top, tak macam di tompek kito. Di tompek kito ni, Dato’ Yang Dipertua, kito ni bak kato oghang kampung, kono aka an. Kono aka an kek Telco, ya, kito iyo kan sajo. Dalam Dewan kita menjuarokan dio ya, tapi sebonar eh dio mengaka an kito. Jadi kito ni kono ambil perhatian tentang apa ni, tentang coverage di tompek kawasan kito ni.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itulah, banyak sebonar eh saya dah tulih ni Dato’ Yang Dipertua. Tontang fungsi, fungsi NSCorp tadi, dah, walaupun ya, Yang Berhormat Ampangan dah bagitahu fungsi NSCorp, tapi, kita bagilah muko kepada Yang Amat Berhormat Sikamat; Menteri Besar ya, untuk, untuk apa, untuk kredit kepada dio, kan. Tentang MVV ni. MVV 2 ko, 3 ko, 5 ko, 10 ko, bagi kredit kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dulu pun masa MVV pun, kita bagi kepada bekas Menteri Besar kito yo, untuk kredit tentang MVV ni. MVV ini tak ada pun Kerajaan Negeri daripada bajet Kerajaan Negeri, semua swasta kan. Jadi apa salah. Pelaburan pun, sebab tu saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebab pelaburan walaupun dia sakit, pelaburan datang. Kita kojo team work, saya, kami di sini mesti menyokong ya, apa yang dibuat demi untuk kebaikan rakyat.
Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, itu saja, terima kasih daripada, saya mewakili rakan-rakan mengucapkan terima kasih ya, kepada, terutama kepada Dato’ Dipertua ya. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat ya, Menteri Besar, dan kepada rakan-rakan yang lain. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Menanti. Saya selalu pergi Seri Menanti tu, makan dekat kodai topi, dekat apa tu, haa, cuma, okay, terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah membuat ucapan penangguhan. Sekarang saya persilakan pihak Kerajaan, jika ingin apa, ada penangguhan, tak ada ya, tak ada? Ya, saya persilakan.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Soalan Penangguhan oleh Seri Menanti. Terima kasih. Saya rasa JKM akan sentiasa memberi perhatian khususnya daripada EXCO yang seorang ni. Jadi untuk, untuk perhatian orang Seri Menanti, saya rasa beliau akan bersama memastikan bahawa semua rakyat kita yang menghadapi masalah akan ya, sentiasa diberi apa, diberi perhatian dan akan dibela nasib mereka.
Mengenai MVV 2.0, kita sedia maklum bahawa saya sendiri telah me, melancarkan 2 minggu lepas. Dan alhamdulillah, kita sekarang dalam usaha untuk pelaksanaan. Manakala pelancongan, kita sedia maklum bahawa pelancongan di Kuala Pilah, khususnya di kawasan Seri Menanti sentiasa mendapat perhatian. Batu, yang baru nama dia batu apa? Rock wave, akan menjadi satu kawasan tarikan pelancongan yang baru. Dan kita juga mengenai apa, promosi, kita akan letak billboard-billboard kita, kawasan-kawasan pelancongan kita ini, di kawasan highway, sepanjang highway kita akan tambah, apa, billboard kita. Dan kita akan pastikan rakyat Singapura ke, rakyat tempatan, dan rakyat luar negara yang lain, dapat melihat apa yang mereka boleh singgah ke Negeri Sembilan. Ini perancangan kita untuk tahun 2019.
Mengenai coverage, ini Rangkaian Minang, masih masalah yang besar. Dan inshaa Allah, 2019 merupakan, Januari 2019 merupakan satu titik permulaan. Dan inshaa Allah, masalah yang berkenaan dengan coverage ini akan selesai. Dan kita juga maklum, tuan tanah yang tidak dibayar beberapa tahun, kita akan pastikan mereka akan mendapat bayaran. Dan kita nak Rangkaian Minang pastikan bahawa coverage lebih baik daripada negeri-negeri lain. Ini harapan kita 2019, permulaan yang terbaik, inshaa Allah, kepada rangkaian telekomunikasi Negeri Sembilan, inshaa Allah. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menggulung pada petang ni, buat Ucapan Penangguhan. Pertamanya saya nak rakamkan ucapan terima kasih kepada semua Yang Berhormat, para pemerhati kerana
Dewan kita dapat bersidang hari ini dengan baik, 3 hari. Ada sikit-sikit biasalah tu. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat kerana dapat mengikut peraturan ya, dan kita dapat, inshaa Allah, dalam 5 minit lagi kita akan apa, kita akan tangguh sidang. Dan terima kasih jugak yang menjayakan program ini untuk siaran langsung ya, daripada Dewan ini. Dan inshaa Allah kita bersama-sama membangunkan negeri kita.
Saya nak tamatkan jugak dengan pantunlah. Tapi tak perlu jawab ya, itu jawab yang akan datanglah.
Tamat sudah kita bersidang, Di Dewan mulia segalanya diluahkan, Saya di sini mohon kemaafan, Semoga kita berjumpa di persidangan tahun hadapan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 5.25 petang]