Negeri Sembilan · 23 April 2019

14th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 519 turns · 30,542 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.04 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan. YB ADUN Paroi menggantikan tempat beliau]

[YB ADUN Paroi telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Tuan Haji, Dato’ Seri Tuan Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya dihormati sekalian.

Sepertimana biasa, saya ingin mengingatkan ahli-ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan sepanjang persidangan ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, pada kali ini, sesi perbahasan usul, usul Titah Diraja boleh diikuti secara langsung melalui media sosial iaitu daripada akaun Facebook dan Kerajaan Negeri. Dan hari ini, kita mengharapkan supaya semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi masa yang kita tetapkan. Sekian, terima kasih.

USUL KHAS

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangkit untuk mencadangkan satu usul supaya Dewan yang mulia ini, mengutuk sekeras-kerasnya …..

Yang Dipertua Dewan

Ini usul tergempar ya?

Ya. Dato’ Yang Dipertua, hari ini dunia dihebohkan atau digemparkan dengan 2 peristiwa besar yang berlaku. Yang terbaru adalah peristiwa pengeboman yang berlaku di Sri Lanka, yang dikhabarkan telah mengorbankan lebih 200 orang. Dan pada bulan Mac yang lalu, berlaku peristiwa yang sama, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Chrischurch, New Zealand yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia; allahyarham Mohd. Haziq Mohd. Tarmizi.

Allah SWT berfirman, wamaa arsalnaka illa rahmatan lil'alamin. Tidak Aku utuskan kau wahai Muhammad untuk menjadi rahmat seluruh alam ini. Islam dan juga agama-agama lain saya yakin, mereka mengajak kepada perdamaian, dan bersama-sama untuk membina dunia yang lebih aman. Maka, saya ingin mencadangkan Dewan yang mulia ini, supaya kita pertamanya mengutuk sekeras-kerasanya peristiwa yang berlaku di kedua-dua negara itu, di New Zealand dan di Sri Lanka yang jelas menunjukkan bahawa golongan-golongan ini tidak sewajarnya diberikan ruang untuk berleluasa di muka bumi Allah SWT ini. Dan saya yakin, semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik akan bersama-sama untuk menyokong usul ini bagi mengutuk serangan yang berlaku di Sri Lanka dan juga di New Zealand.

Dan saya juga mencadangkan supaya Dewan yang mulia ini, bacakan Al-Fatihah untuk allahyarham Haziq Mohd. Tarmizi dan juga umat Islam yang lain, yang terbunuh di New Zealand dan bertafakur dan mungkin jugak ada umat Islam yang terbunuh di Sri Lanka, dan bertafakur untuk rakyat yang bukan Islam yang terbunuh di dua-dua negara ini.

Dan berkebetulan jugak, saya mengambil kesempatan ini untuk menambah bahawa pada hari ini, 23 April 2019, adalah satu kempen besar-besaran di seluruh negara di mana pada pukul 11:00 nanti, selama 10 minit, seluruh rakyat di seluruh negara akan berhenti untuk sama-sama membaca buku bagi memberi sokongan kepada kempen

membaca buku yang telah dilancarkan oleh, yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir. Dan seluruh negara akan berhenti sebentar untuk bersama memberi sokongan pada jam 11:00 pagi nanti.

Jadi itulah, usul saya. Saya mohon mencadangkan pada Dewan yang mulia ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua, saya sokong usul tersebut.

Haa, sebab ini usul tergempar, di bawah perkara berapa ni Dato’ Dipertua? Di bawah perkara berapa yang membolehkan Yang Berhormat Paroi membawak usul tergempar ni?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Peraturan berapa dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap ini, yang usul ini dibawa?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, tapi tadi ADUN Paroi yang bangkit di dalam Dewan itu, nyawa. Tapi kita tak payah tengok peraturanlah, peraturan, kita tengok nyawa. Kita hormat, kita, nyawa dan keluarga beliau. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, saya ingat kita ada silap sikit ya. Sepatutnya bila usul tergempar, mintak kebenaran Yang Dipertua dulu. Kita tak boleh terus bangun, dan semua orang diam. Yang Dipertua saya tak dengar pun memberi kebenaran untuk membentangkan usul tergempar. Kecuali dibenarkan, kita terima, tak ada masalah, walaupun tak sebut perkara apa. Tetapi yang pentingnya mesti mendapat kebenaran Yang Dipertua ataupun Yang Dipertua pulangkan kepada sidang Dewan untuk kita mengundi, menerima atau tidak. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih ADUN Kota. Thank you very much.

Dato’ Dipertua, saya rasa Dewan ni, maafkanlah saja tu, kan. Sama-sama tak tahu tu. Tapi Dato’ Yang Dipertua, masa pihak pembangkang membawa usul ICERD itu hari, ditolak pulak. Saya rasa isu itu ICERD lebih, lebih, orang cakap lebih terdesak, lebih penting daripada ni Dato’ Dipertua, untuk pertimbangan Dato’ Dipertua-lah.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat sekalian, haa, usul ni usul pentinglah saya ingat sebab melibatkan nyawa manusia ya. Sebab sekarang ni keganasan berlaku di mana-mana. Kita sebagai ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam sidang ini mesti menunjukkan simpati kitalah kepada mereka yang terkorban ya. Sebab itu saya tadi pun, bila dia sebut saya tak halang sebab dia melibatkan nyawa manusia, pertama.

Yang kedua, memang ada peruntukanlah ya, dalam muka surat 12 ya. perkara 4 ya, 3 dan 4 tadi, tentang perkara-perkara yang nak dibangkitkan dalam mesyuarat, atau usul tergempar ni ya. Jadi, saya tadi tak halang sebab saya tengok usul tu melibatkan nyawa. Jadi sebab itu saya benarkan untuk dibawak ni. Cuma saya sekarang ni, perkara ini ada dalam muka surat 12, tuan-tuan baca bukak muka surat 12, tentang Peraturan Dan Perintah Tetap, perkara 3 dan 4. Jadi, saya mintak mohonlah kepada yang hadir ni, mintak seorang sokong. Dan kita nak kan cepat ni ya.

Dato’ Dipertua, saya pun boleh sokong, tapi sebelum saya sokong, Dato’ Dipertua, lain kali kalau kami bawa usul pun tolonglah Dato’ Dipertua, ada pertimbangan jugak kan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh, boleh, boleh.

Yang Dipertua Dewan

Okay, sebenarnya macam ni …..

Saya …..

Yang Dipertua Dewan

…..tunggu …..

….. isu ICERD dulu, Dato’ Yang Dipertua …..

….. isu ICERD dulu melibatkan …..

Yang Dipertua Dewan

Chembong.

….. Paroi pun tak sokong dulu, kan.

Yang Dipertua Dewan

Chembong, usul ICERD dulu saya dah beri penerangan.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat saya tak nak ulang dah.

Betul.

Yang Dipertua Dewan

Kang jadi tegang kita.

Saya tak nak tegang.

Yang Dipertua Dewan

Saya, saya dah …..

….. cuma Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. beri, penolakan saya tu …..

….. ada pertimbangan sikit Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Penolakan saya tu …..

Paroi tak sokong dulu, Labu tak sokong…..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah. Linggi duduk dulu…..

….. tak sokong.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk, jangan, jangan.

Ampangan tak sokong. Dato’ Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Jadi usul pasal ICERD tu, saya nak sebut, Parlimen dah, dah, apa ni, pihak Perdana Menteri dah buat, dah buat ni, kenyataan, secara jelas, akhbar dan pada, dan dah di parlimen dah buat kenyataan, saya dah sebut. Benda dah sebut. Kalau ada bukti mereka nak teruskan, tuan-tuan tunjuk pada saya. Tapi tuan-tuan tak tunjuk bukti, mana benda nak teruskan. Linggi duduk, sabar. Saya belum benarkan siapa berdiri lagi. Saya harap, saya tak mahu bincang panjang. Ini soal kemanusiaan, soal nyawa. Soal nyawa dan kemanusiaan ni tak ada, tak ada apa, tak ada, apa, tak boleh kita apa, jadikan sebagai satu yang …..

Saya bangun menyokong usul tersebut, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, haa okay.

Tepuklah tangan.

Yang Dipertua Dewan

Chembong. Okay terima kasih …..

Tapi Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. Chembong ni, Chembong ni nakal sikit tau.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya dah sokong, mintak maaf, minta, saya tadi dah bangun dan sokong. Okay, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, kita, cukuplah, tak ada, Chembong sokong, Bukit Kepayang sokong. Saya rasa Chembong dah faham apa saya maksudkan. Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Terima kasih Bukit Kepayang telah menyokong usul ini. Jadi, sama-sama kita baca Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Bagi yang bukan Islam, tafakurlah ya. Jadi, Al-Fatihah.

[Usul diluluskan tanpa undian dan perbahasan].

[Persidangan dihentikan untuk bacaan Al-Fatihah dan bagi yang bukan Islam bertafakur sebentar]

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, membentangkan Kertas Dewan, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:

Pertama, Kertas Dewan Bil. 1/2019 – Ketetapan Dewan Undangan Negeri Berkenaan Jawatankuasa Terpilih Untuk Melaksanakan Tugas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan Di Pentadbiran Negeri Sembilan.

Dua, Kertas Dewan Bil. 2/2019 – Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT).

Kertas Dewan Bil. 3/2019 – Penubuhan Jawatankuasa pihak, Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT).

Ke, keempat, Kertas Dewan Bil. 4/2019 – Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS).

Dan yang kelima, Kertas Dewan Bil. 5/2019 – Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2019 telah dibentangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dimaklumkan tiada Laporan dan Penyata Kewangan yang dibentangkan pada persidangan kali ini.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari per, hari pertama, hari kedua ini, dan senarai ….. [Setiausaha Dewan tampil memberi penerangan kepada YB Yang Dipertua Dewan]. Saya dah susun ni, saya ingat ada, dan cuma saya nak ingatkan ahli-ahli Berhormat supaya tidak bercelaru. Hari tu ada soalan, soalan tambahan banyak. Bila tambahan ni kadang-kadang perlu persiapan jugak. Hari ni saya nak mohonlah kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang membuat soalan lisan, lepas tu soalan tambahan mana yang, satu je, pada yang bertanya saja ya. Pada yang bertanya nak buat tambahan soalan lisan, soalan lisan kita bagi. Kalau bagi kepada semua orang …..

Mana punya peraturan ni Dato’ Dipertua refer tu?

Yang Dipertua Dewan

Haa, tak ini peraturan saya, peraturan kitalah guna.

Tak ada, dalam Dewan jangan ikut peraturan sendiri. Kita mesti ikut peraturan Dewan …..

Yang Dipertua Dewan

Peraturan Dewan-lah ni. Soalan-soalan lisan sebenarnya sepatut dah dihantar. Saya kalau tak bagi cakap pun boleh. Saya bagi hanya bagi …..

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. Rantau, nanti saya jawab.

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan lisan kita dah bagi masa. Kita bagi masa pada …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti, nanti, saya jawab. Soalan lisan kita dah bagi masa kepada semua, semua ahli Yang Berhormat. Kita bagi notis. Kalau mana ada yang you all tak hantar tu, kita boleh tolak macam tu saja. Itu peraturan. Dan soalan tambahan ni sebenarnya itu mengikut budi bicara daripada Speaker. Speaker dia nak kawal …..

Dato’ Dipertua. Itu betul, saya setuju. Tapi Dato’ Dipertua mengatakan orang lain tak boleh bertanya soalan tambahan, itu tak betul …..

Yang Dipertua Dewan

Pun …..

Boleh. Jawabnya boleh. Jangan kata tak boleh.

Yang Dipertua Dewan

Boleh, tapi budi bicara, budi bicara Yang Dipertua.

Haa, boleh cakap macam tu. Jangan kata tak boleh. Sebab Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Ada hujung dia, budi bicara.

Dato’ Dipertua, perlu seorang yang …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sudahlah Rantau. Dulu pun tak benarkan kita berucap pun.

….. mengikut peraturan.

Yang Dipertua Dewan

Peraturan yang saya sebut ni. Saya ingatkan sebalum sebelum …..

Jangan cakap kata tak boleh. Dia boleh, tapi Dato’ Dipertua punya …..

Yang Dipertua Dewan

Yelah, boleh tak boleh, bergantung kepada budi bicaralah.

Yang Dipertua Dewan

Kalau saya budi bicara saya kata tak boleh, tak bolehlah. Yang Berhormat Rantau duduk. Saya tak mahu, kang saya bahas panjang. Duduk. Ini, ini saya my flow, duduk jap. Okay.

Waa, banyak garang dah dapat Dato’ ni.

Yang Dipertua Dewan

Aah memanglah. Tak, saya nak kawal masa. Yang tuan-tuan complaint hari tu sampai malam, teh kan. Saya nak kawal masa. Pasal soalan tambahan ni, on the spot ni macam-macam boleh. Kadang sampai saya tak larat. Hari tu saya kesian Yang Berhormat saya. Pasal fakta-fakta tu perlu fakta yang betul, fakta yang tepat, yang perlu rujukan. Bila soalan tambahan sampai 2 – 3 soalan tambahan, yang tak ada masuk dalam senarai, nanti dia ju, buat jawapan yang, jawapan yang tak jelas, tak tepat, dicatat dalam hansard. Saya nak jaga …..

Kalau dia tak ada, mintak notis sajalah. Kalau tak ada, mintak notis …..

Yang Dipertua Dewan

Mana beri notis, Soalan lisan. Kalau dia berminat nak soalan lisan …..

Dato’ Dipertua, kalau takut jawab tak betul …..

Yang Dipertua Dewan

Rantau, Rantau.

Kalau takut jawab tak betul …..

Yang Dipertua Dewan

Rantau duduk.

….. mintak notis.

Yang Dipertua Dewan

Rantau duduk.

….. jangan jawab benda tak jawab …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk.

….. tak boleh.

Yang Dipertua Dewan

Ini saya bagi penerangan. Jangan kacau saya bagi penerangan. Duduk Rantau. Okay. Jadi, tak, apa, Labu pun saya tak bagi cakap sebab saya tak nak, kang panjang. Nanti Labu karang, nanti saya bagi cakap ya. Haa, okay, tengok. Jadi, kena nilah, kena hormatlah saya kat sini haa, kan. Okay. Okay. Kita teruskan kepada soalan lisan.

Jadi saya dah ingatkan tadi, kepada yang telah hantar soalan lisan, saya dah terima soalan lisan ni, dan kita tak halang pun you all nak apa. Dan saya bagi soalan lisan ni pun, saya tak bagi semua, saya bagi semua bercakap. Dan maknanya ikut, ikut giliran. Tak adalah, saya tentukan bagi pihak kerajaan dulu, lopeh tu pembangkang, tak ada. Saya bagi pun, saya dah ikut ni, ikut dia punya apa, supaya semua dapat masa yang tepat. Kalau ada tambahan, daripada tambahan soalan lisan tadi. Boleh?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Boleh tak Yang Berhormat?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Jeram you nak cakap apa ni?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…..yang soalan dua tu, bukan, bukan, saya, soalan …..

Yang Dipertua Dewan

Ada usul tergempar ke?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan yang kedua tu, ada dijawab secara bersama. Jadi kalau dijawab secara bersama, maka kami pun adalah hak …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Jeram Padang, ikut keputusan Yang Dipertua Dewanlah, jangan kacau.

Yang Dipertua Dewan

Saya belum masuk soalan kedua lagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Nanti kalau hanya yang bertanya saja boleh jawab, maka saya hilang hak untuk bertanya kalau …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ada.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. ia adalah soalan itu ditanya, dijawab bersama …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ada hilang hak.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sebab semua saya dah bagi surat, notis 2 minggu haa. Tak ada, tak ada, tak ada yang hilang hak. Kalau hilang hak tu, tuan-tuan boleh, boleh complaint kat saya. Saya tak pernah hilang hak. Dekat dalam ni saya bagi tuan-tuan bercakap sepenuhnya, saya tak halang. Kadang-kadang kawan saya Yang Berhormat, Yang Berhormat Kerajaan tanya saya, eh awak, awak bagi lama sangat kepada Ketua Pembangkang bercakap. Memang saya bagi, sebab itu flow dia. Haa, sepengetahuan saya, dah 3 kali saya menghadiri ini, saya tak pernah ganggu pun, tak pernah benarkan, suruh dia, Yang Berhormat Ketua Pembangkang duduk, selagi dia tamatkan ucapan dia. Sebab itu saya bagi tahu apa yang sebut ni, saya nak bagi betul-betul kelapangan, demokrasi. Kadang-kadang, sakit jugak telinga, tapi tak apalah, kita, giliran dia kan. Tapi giliran orang lain cakap kan, sama-sama nanti terima pulak. Betul? Okay.

Jadi, saya beritahu awal ni, sebab kita bersidang kali ni lama, saya tak nak tuan-tuan tak puas hati. Ya tuan-tuan bayangkan 22 sampai 30 haribulan, haa, makna tuan-tuan ada banyak masa untuk haa, haa, nak benarkan tuan-tuan untuk kritik benda-benda yang tak betul supaya di kalangan Kerajaan boleh buat laksanakan kerja yang betul supaya di kadang, daripada pembangkang pulak memberi kritik-kritikan yang bernas, inshaa Allah.

Dato’ Dipertua, dah lah tu, ambik masa lama dah tu.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa ni, saya dah, saya dah sebut tadi, my flow, haa okay. Okay, terima kasih, Yang Berhormat Rantau ya, terima kasih Yang Berhormat Rantau. Kita pergi kepada soalan. Saya mohon kepada nombor 1, Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Saya kemukakan soalan kedua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, kelajuan perkhidmatan internet semasa adalah berdasarkan keperluan kontrak yang sedang berkuatkuasa dan tiada sebarang kerja-kerja penambahbaikan dilakukan terhadap perkhidmatan tersebut kerana setiap penambahbaikan akan melibatkan pertambahan kos. Syarikat yang berjaya mendapatkan kontrak adalah Syarikat Telekom Malaysia Berhad dengan nilai kontrak sebanyak 2.512 juta ringgit.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan saya adalah, saya nak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri, bilakah akan memasang …..

Yang Dipertua Dewan

Boleh kuat sikit tak? Saya tak dengar.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tak dengar? Saya nak tanya kepada pihak Kerajaan Negeri bilakah akan memasang perkhidmatan UniFi di Negeri Sembilan terutamanya di Daerah Seremban yang melibatkan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai di mana kedua-dua majlis akan digabung menjadi Majlis Bandaraya Seremban tak lama lagi. Begitu juga di Daerah Port Dickson di mana yang melibatkan banyak pelancong. Setiap hari kita terima banyak aduan di mana tiada perkhidmatan ini mereka tidak dapat akses kepada internet dan menya, menyaman, maklumat yang terkini.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ yang Dipertua berhubung dengan UniFi, Kerajaan Negeri telah bersama dengan pihak Telekom Malaysia Negeri Sembilan telah meminta supaya beberapa kawasan telah di, untuk dinaiktarafkan. Dan inshaa Allah, detail saya akan berikan kepada Yang Berhoramt Temiang mengenai kawasan-kawasan yang akan dinaiktarafkan kerana memandangkan bahawa kawasan-kawasan ini

penting seperti yang disebutkan oleh YB Temiang tadi bahawa kita perlu menaiktarafkan kawasan-kawasan di Bandar Seremban, Nilai dan Port Dickson kerana keperluan untuk pembangunan industri dan juga pelancongan di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi kepada nombor 2, Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang kedua.

Yang Dipertua Dewan

Bekalan air ya? Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Pertanyaan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Senaling yang bertajuk “SAINS – Bekalan Air”. Kapasiti air di setiap empangan di Negeri Sembilan adalah seperti berikut: Empangan Sungai Terip 45,409 juta liter, Empangan Kelinchi – 58,010 juta liter, Empangan Talang – 40,290 juta liter, Empangan Pedas – 897 juta liter, Empangan Gemencheh – 29,800 juta liter, Empangan Ulu Sepri – 3,399 juta liter, Empangan Teriang – 62,500 juta liter.

Paras air dan kapasiti semasa 28 haribulan Mac adalah seperti berikut: semua melepasi paras terkini. Dan alhamdulillah, paras terkini Empangan Sungai Terip – 102.10 meter, Kelinchi – 206.78, Talang – 153.83 meter, Pedas – 135 meter, Gemencheh – 105.94 meter, Ulu Sepri – 135, ter, dan terlang [Teriang] – 201.

Dan pihak Kerajaan Negeri melalui SAINS akan sentiasa memantau paras empangan dan penggunaannya. Sekiranya kemarau berpanjangan dan menjejaskan kapasiti empangan, maka langkah kontigensi segera yang dilakukan ialah catuan terpaksa dilakukan dan, bagi memanjangkan tempoh kapasiti empangan sebelum mencecah kapasiti minimum. Dan setakat ini, alhamdulillah, empangan kita mencukupi. Dan inshaa Allah kita mampu untuk bertahan.

Dan di, dan soalan kedua, dari pemantauan paras empangan di seluruh Negeri Sembilan, paras empangan menunjukkan keadaan empangan masih dalam keadaan selesa dan terdapat 2 empangan iaitu Empangan Ulu Sepri dan Empangan Pedas dalam keadaan melimpah, manakala

empangan yang lain berada dalam, berada di atas paras kritikal. Pada masa ini tempoh bertahan bagi setiap empangan adalah, Empangan Sungai Terip – 139 hari, Empangan kerin, kerin, Kelinchi – 289 hari, Empangan Talang – 226 hari, Empangan Pedas – 120 hari, emangan, Empangan Gemencheh – 1,272 hari, Empangan Ulu Sepri – 461 hari dan Empangan Teriang – 377 hari. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Speaker. Mengikut jangkaan awal, Empangan Gemencheh akan da, akan dapat menikmati limpahan sebenarnya pada tahun lepas. Walau bagaimanapun, difahamkan pump station di Kuala Jelai dihentikan pada tahun lepas. Saya tak pasti, mungkin kerana langkah-langkah penjimatan. Dan adakah ia dihentikan sepenuhnya ataupun masih berjalan? Sebab apa, kita perlukan limpahan ini untuk meningkatkan ekologi sistem sungai di Sungai Gemencheh. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Untuk jawapan soalan tambahan tersebut, empangan sungai ge, Empangan Gemencheh, kita akan teruskan. Dan inshaa Allah kerja-kerja sedang dilaksanakan, inshaa Allah.

Maksud saya, soalan saya tadi, mengenai pam dia tu. Pam di Kuala Jelai dihentikan pada tahun lepas. So kita sepatutnya dah ada limpahan. Tapi bila, apabila dihentikan, paras itu tidak naik dan kemungkinan akan, walaupun dia boleh bertahan sampai 1,000 lebih hari, tetapi kita perlukan limpahan ini untuk meningkatkan ekologi sistem untuk Sungai Gemencheh.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Projek PAAP diteruskan, sebab kita sedang buat dia punya apa, bentuk, membetulkan sungai tersebut untuk kita sedut air ke Empangan Gemencheh. Itu yang kita buat.

Yang Amat Berhormat Sikamat, pam tu dah ada …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, ya, kita akan teruskan. Cuma kita pengambilan air tu …..

Cuma ia dihentikan. Adakah dihentikan disebabkan langkah-langkah penjimatan ataupun yang lain-lainlah ya. Sepatutnya dia sentiasa …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sebab kita pun ada, empangan kita ada lebihan. Jadi kalau ada lebihan kita tutup buat sementara. Dan di samping itu juga, kita tengah nak betulkan sungai ikut keperluan …..

Maknanya pam yang dibina tu tak beroperasi lagi lah?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dia beroperasi apabila diperlukan. Okay.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Gemencheh ya. Kita teruskan kepada soalan nombor 3, Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan kedua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Silakan Yang Berhormat.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jawapan untuk soalan ini juga untuk Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada YB ADUN Mambau yang bertajuk “Mawar Medical Centre”, dan juga Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada YB ADUN Jeram Padang yang bertajuk “Hospital Mawar” dan Pertanyaan Bertulis daripada YB ADUN Kota yang bertajuk “Hospital Mawar”.

Dato’ Yang Dipertua, hospital, isu Hospital Mawar ini telah menjadi satu isu hangat di Negeri Sembilan di mana pelbagai pihak membuat pelbagai tuduhan dan sebagainya. Saya nak jelaskan dekat sini bahawa Hospital Mawar ini dimulakan oleh mendiang Dato’ Yow Chai Thiam yang mana hospital ini terletak di atas tanah Kerajaan Persekutuan. Di mana, pengurusan Mawar telah mendapatkan pajakan tanah tersebut untuk tempoh masa 30 tahun daripada Kerajaan Persekutuan, yang mana tempoh masa ini masih, masih berterusan sehingga 2, tahun 2026. Dan kini tinggal lebih kurang, kurang daripada 7 tahun.

Dan untuk operasi Mawar Medical Centre dan Pusat Hemodialisis Mawar, telah dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 iaitu Akta 586. Terdapat 2 lesen iaitu satu adalah di bawah Mawar Medical Centre dan satu lagi adalah di bawah pusat hemodialisis. Dan bagi menjalankan hospital pakar ini ataupun pusat hemodialisis, sudah tentu doktor-doktor pakar dan juga nefrologi diperlukan. Dan apa yang berlaku dalam kes Mawar ini adalah, pada 1 haribulan November, kesemua doktor-doktor pakar di Hospital Mawar ini telah meletak jawatan dengan memberi notis 24 jam. Dan mengakibatkan Kementerian Kesihatan mengarahkan Mawar Medical Centre untuk berhenti beroperasi pada 5 haribulan November 2018. Dan seterusnya, pada akhir bulan Disember, pakar nefrologi juga telah meletak jawatan. Ini menyebabkan bahawa lesen untuk pusat hemodialisis juga menjadi persoalan dan dibatalkan lesen untuk Mawar Medical Centre dan juga pusat Hemodialisis telah dibatalkan pada 14 Disember 2018.

Dato’ Yang Dipertua, Mawar Medical Centre telah disita pada 14 Februari 2019 kerana melanggar peruntukan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Di mana pakar-pakar yang berkaitan untuk menjalankan operasi hospital dan hemodialisis telah meletak jawatan pada bulan November 2018 disebabkan masalah dalaman Mawar Medical Centre. Pihak Mawar Medical Centre telah diberi notis untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan perlesenan sebelum penguatkuasaan diambil oleh Kementerian Kesihatan.

Walau bagaimanapun, mereka gagal untuk memenuhi keperluan akta tersebut. Disebabkan itu, pada 14 Februari 2019, pihak Kementerian telah mengambil tindakan untuk membuat penguatkuasaan. Dan selepas aktiviti penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan, Mawar Medical Centre telah didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan klinik kesiha, Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Dan tarikh sebutan telah pada 20 Mac 2019. Di mana pada tarikh tersebut, Pengurusan Mawar telah mengaku salah ke atas pertuduhan yang dikenakan di atas mereka. Dan mereka telah mengaku dan membayar jumlah denda sebanyak RM100,000.00. Gagal, sekiranya gagal kena buat, dipenjarakan selama 3 bulan. Dan pihak Mawar Medical Centre telah membayar denda tersebut.

Dan selain dari itu, bagi memastikan kesinambungan rawatan hemodialiasis kepada 274 orang pesakit Mawar Medical Centre ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengambil beberapa langkah untuk menempatkan pesakit-pesakit di fasiliti Kerajaan di

Negeri Sembilan dan juga swasta. Pada 15 Februari 2019, pesakit-pesakit Mawar Medical Centre ini telah disaring dan diberi tempat, penempatan bagi mendapatkan rawatan hemodialisis di seluruh Negeri Sembilan. Bagi perkhidmatan hemodialisis di Hospital Kerajaan pula, perkhidmatan ini dilakukan pada syif keempat bermula 9:30 malam hingga 1:30 pagi. Perkhidmatan pengangkutan disediakan bagi kemudahan, untuk memudahkan pesakit-pesakit mendapatkan rawatan sehingga kini.

Dan sehingga 17 Mac 2019, seramai 163 orang pesakit telah berjaya ditempatkan di pelbagai hospital/pusat hemodialisis swasta di dalam Negeri Sembilan dan 4 pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis di pusat hemodialisis swasta adalah di luar Negeri Sembilan. Manakala 104 orang pesakit sedang mendapatkan rawatan di 6 buah Hospital Kerajaan di Negeri Sembilan sementara menunggu penempatan fasiliti swasta bagi pesakit yang mempunyai tajaan.

Dan selain dari itu, Dato’ Yang Dipertua, kalau kita lihat implikasi kewangan disebabkan oleh penutup, penutupan Mawar Medical Centre ini adalah, pada fasa awal penutupan Mawar Medical Centre ini, pada 14 Februari 2019 yang lalu, sebanyak 138 pesakit telah mendapatkan rawatan hemodialisis di Hospital-Hospital Kerajaan Negeri Sembilan, pihak hospital telah menggunakan peruntukan yang, peruntukan sedia ada bagi menampung keperluan ubat dan bukan ubat pesakit-pesakit pada fasa awal penutupan.

Dan jumlah peruntukan bagi seorang pesakit hemodialisis sebulan adalah anggaran sebanyak 2,000.00 sebulan. Bagi menampung keperluan peruntukan tambahan ini, pihak Kementerian Kewangan telah meluluksan peruntukan sebanyak 643,000.00 melalui Tabung Bantuan Perubatan bagi pembelian ubat dan bukan ubat bagi pesakit-pesakit tersebut serta bayaran insentif kepada kakitangan daripada National Kidney Foundation yang dipinjamkan bagi menampung keperluan tambahan kakitangan, bagi memberikan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit. Itu saja.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jawapan jelas ….. [YB Yang Dipertua bercakap secara off mic] Soalan, soalan tambahan haa, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih EXCO Negeri Sembilan, ADUN Kawasan Repah, jelas jawapan yang bagus, tapi saya mahu soalan tambahanlah. Pesakit-pesakit dialisis dan orang ramai tanya apakah status Mawar Medical Centre Rasah, Seremban pada masa ini? Bilakah operasi bilakah, bilakah operasi medical centre tu? Terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Seremban Jaya. Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya selepas Mawar Medical Centre mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], mereka mempunyai tempoh masa 14 hari untuk membuat rayuan. Dan disebabkan mereka tidak membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi, maka pihak Kesihatan, Kementerian Kesihatan telah membuka balik seal yang dibuat di hospital tersebut dan hospital tersebut telah dibuka. Tetapi untuk membuat operasi hospital di sana, mereka memerlukan lesen daripada Kementerian Kesihatan. Dan saya dimaklumkan bahawa kemen, mereka telah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan. Tetapi walau bagaimanapun, ini adalah tertakluk kepada pematuhan Akta, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Kesihatan Swasta 1998. Sekiranya mereka mematuhi akta tersebut, pertim, permohonan mereka boleh dipertimbangkan.

Walau bagaimanapun saya nak tekan satu lagi itu, bahawa tanah tersebut adalah tanah Kerajaan Persekutuan. Maka Kerajaan Negeri tidak ada apa-apa hak untuk membuat apa-apa tindakan untuk, untuk mengambil alih hospital ini. Dan ini adalah bergantung kepada Kementerian Kesihatan, apakah arahan yang akan diberikan oleh Kementerian Kesihatan untuk tindakan Kerajaan Negeri ini. Itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Dipertua, boleh, boleh mencelah, sikit, sikit ja. Pasal ni kepentingan awam. Hospital Mawar tu, Dato’ Dipertua kan, sepatutnya diurus dengan segera kerana ia menyebabkan banyak kesulitan dan kesusahan kepada pesakit-pesakit buah pinggang. Sepatutnya Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan segera mengambil tindakan untuk memulihkan semula, sekurang-kurangnya pusat rawatan hemodialisis tersebut kerana dia merawat lebih kurang 800. Daripada 800 orang tu Dato’ Dipertua, Hospital Tuanku Jaafar tak boleh menampung. Sehinggakan ada orang terpaksa tunggu sampai pukul 2:00 pagi untuk mendapatkan rawatan hemodialisis. Sekarang ni dah ada 3 orang meninggal. Dan ada mereka terpaksa dibawak dengan ambulans pergi ke, sampai ke Kuala Pilah dengarnya.

Jadi saya harap Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berunding segera, sebab tanah tu tanah Kerajaan, walaupun Persekutuan dan Negeri, tu tak kesahlah. Cuma hidupkan segera ataupun pulihkan semula, revived semula pusat rawatan hemodialisis itu untuk

kembalikan semula kemudahan kepada orang ramai. Hospital yang lain tu tak kesahlah, cuma pusat hemodialisis itu segerakan. Memang sudah, memang sukar orang, Dato’ Dipertua. Kita kena pastikan supaya ini sebagai Kerajaan yang prihatin kepada hal ehwal masyarakat dan rakyat perlu disegerakan, berunding elok-elok. Pasal tanah tu saya rasa tak ada masalah. Cumanya mintak supaya pusat hemodialisis negara ke, menghantar kakitangan untuk menguruskan pusat tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Rantau.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Saya dah benarkan tu pasal apa, isu ni …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan bersama ni, soalan yang dijawab bersama.

Yang Dipertua Dewan

Nanti, nanti.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa ni saya mencelah sikit saja.

Yang Dipertua Dewan

Saya rasa cukup.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tambah sikit.

Yang Dipertua Dewan

Tambah tambah tak payah. Saya rasa …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa tambah sikit.

Yang Dipertua Dewan

….. apa yang disebut dengan Yang Berhormat Rantau tadi …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya tambah dengan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak Yang Berhormat Rantau tadi jelas. Dah dah, dah dah, duduk duduk, duduk duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini soalan saya lagi.

Duduk.

Yang Dipertua Dewan

Belum lagi Seremban Jaya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini dijawab bersama. Jadi saya nak gunakan sedikit peluang saja.

Yang Dipertua Dewan

Oh soalan bersama.

Jeram Padang, duduk duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan Jeram Padang ni.

Yang Dipertua Dewan

Haa bersama, okay okay.

Jeram Padang, duduk.

Yang Dipertua Dewan

Soalan bersama okay, okay. Ada dia, ada dia …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Kejap kejap. Bagi saya cakap. Duduk dulu. Duduk duduk, duduk dulu. Tenang. Okay. Saya bagi Dato’ Seri Mohamad Hasan, YB Rantau bercakap tadi, sebab soal, ada benda-benda melibatkan soal tentang nyawa. Tadi saya janji tak bagi kan. Saya kata budi bicara, itu saya beri budi bicara. Terima kasih yang dibangkitkan tadi. Jadi, sebab you kata sebab ni soalan bersama, saya bagilah you untuk ni, dia soalan bersama ya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Hospital Kerajaan ataupun Kementerian Kesihatan yang telah sanggup menerima pesakit yang telah terbiar di Mawar itu untuk diserapkan ke hospital-hospital lain untuk hemodialisis ini. Saya ingin nak tambah di sini, kerana kemudahan CAT yang kena mengena dengan heart attack ini hanya ada di 2 hospital swasta sahaja. Satu di KPJ, satu lagi dekat Mawar. Jadi sepertimana yang dikatakan tadi oleh YB Repah dengan YB Rantau ini, saya jugalah, rayu agar dia dibukak semula dengan secepat mungkin.

Dan ada satu lagi masalah di sini, oleh kerana Hospital Mawar ni sudah ditutup, ada yang dah meninggal dunia, doktor tu tak boleh keluarkan report ataupun laporan kesihatan ataupun laporan selepas seseorang pesakit itu meninggal dunia kerana rekod pesakit semua disimpan kat sana. Jadi, saya ingin tanya, apakah rancangan Kementerian Kesihatan untuk memudahkan doktor ini mengambil rekod itu untuk mengeluarkan rekod, memberikan laporan ini. Itu yang penting tu. Mereka tak dapat claim apa-apa termasuk insurans.

Dan satu lagi perkara ini ialah begitu ramai yang kehilangan pekerjaan dekat Mawar tu. Di situ ada 2 jenis pekerja, satu pekerja berkemahiran di mana mereka tak boleh kerja di tempat seperti biasa. Yang macam yang bekerja dekat, dekat lab dan, jadi saya juga ingin tahu apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan lebih kurang 500 orang pekerja yang telah kehilangan kerja itu, status mereka pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Saya mohon Repah.

Terima kasih kepada ADUN Rantau yang bertanyakan berkenaan Hospital Mawar tadi. Saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk mengambil apa-apa tindakan untuk membuka Mawar Medical Centre ini, tetapi pengurusan Mawar perlu mematuhi peruntukan undang-undang bagi mereka mendapatkan lesen tersebut. Dan sekiranya mereka membuat permohonan itu mengikut perundangan, sudah tentu lesen itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Dan saya juga ingin menyatakan bahawa sejak penutupan Mawar Medical Centre ini pada 14 Februari 2019, sebanyak 3 kes kematian pesakit Mawar Medical Centre ini telah dilaporkan dan kesemua pesakit yang meninggal dunia ini adalah pesakit end stage renal failure di mana mereka menghadapi kegagalan buah pinggang yang sangat serius dan juga mempunyai penyakit kronik lain seperti sakit jantung, kencing manis dan, atau darah tinggi. Di MMC sendiri, iaitu Mawar Medical Centre sindri, sendiri, pada tahun 2018, terdapat lebih kurang 40 pesakit hemodialisis yang meninggal dunia dalam rawatan hemodialisis mereka. Dan perlu diketahui bahawa pesakit hemodialisis adalah end stage renal failure di mana buah pinggang mereka telah tidak lagi berfungsi dan mereka mem, juga mempunyai penyakit kronik seperti yang saya katakan tadi iaitu sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Ini menyebabkan risiko kadar kematian adalah lebih tinggi daripada pesakit biasa.

Dan selain dari itu, mengikut ADUN Jeram Padang, menanyakan bahawa rekod berkenaan pesakit yang tertinggal di Hospital Mawar itu. Dan kita ambil maklum perkara ini, dan kita, saya juga telah arahkan Pengarah Kesihatan untuk membantu mendapatkan rekod-rekod rayuan bagi pesakit-pesakit yang telah ada rekod di Mawar Medical Centre tersebut. Dan ini adalah dalam tindakan. Dan kita akan bantu pesakit-pesakit yang memerlukan dokumen ataupun laporan perubatan daripada Mawar Medical Centre ini.

Dan selain dari itu, berkenaan dengan pekerja. Pekerja ini adalah di bawah pengurusan Mawar Medical Centre. Oleh itu pengurusan Mawar Medical Centre perlu mengambil tindakan bagaimana mereka ingin membayar pampasan ataupun, apa cara pun untuk menyelesaikan isu pekerja mereka. Dan untuk Kerajaan Negeri, kita tidak ada bidang kuasa untuk bercampur tangan dalam hal kakitangan pekerja di Mawar Medical Centre tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Veerapan. Saya nak pergi kepada soalan seterusnya, daripada Yang Berhormat ADUN Senaling.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya kemukakan soalan kedua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan kedua ya.

Assalamualaikum WBT, terima kasih Senaling yang bertanyakan soalan. Pertama sekali selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar, agar ianya seiring dengan kemajuan bandar, pembangunan pekan-pekan kecil ini akan terus dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Luar Bandar 2019 – 2040. Walau macam manapun kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan lamalah, kita, mana yang baik, kita akan ikut dan kita akan tambah baik.

Pembangunan pekan-pekan kecil akan dibuat mengikut perancangan yang tersusun dan ditetapkan bagi memastikan matlamat menjadikan pekan-pekan kecil tersebut sebagai pemangkin percambahan ekonomi dapat dicapai dan masyarakat luar bandar tidak tertinggal dalam menikmati hasil kemakmuran negeri. Untuk makluman semua, ahli-ahli Dewan, pembangunan dan hasil daripada itu jugak melihatkan di mana perbandingan kelulusan sekolah di luar bandar dan kawasan bandar hampir sama. Ini kesan daripada pembangunan yang kita berikan kepada pembangunan luar bandar.

Seiring dengan matlamat tersebut, antara gerak kerja awal yang sedang dilaksanakan di peringkat daerah dan jabatan adalah menyiapkan profil kawasan di setiap ka, daerah bagi mengenal pasti teras kekuatan dan potensi yang boleh dioptimumkan sama ada membabitkan pertanian, pelancongan, perusahaan hiliran dan sebagainya. Ianya akan menjadi asas dalam merangka pelan tindakan terhadap pembangunan pekan-pekan kecil yang telah dikenal pasti di bawah Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019 – 2040. Untuk makluman jugak, pembangunan ini bergantung kepada apa-apa isu ataupun apa-apa kemudahan yang ada di situ, inshaa Allah lebih kemudahan yang ada di situ, kemungkinan lebih cepat pembangunan luar bandar tersebut dapat dilaksanakan.

Selain itu, dalam tempoh pelaksanaan fasa pertama tersebut juga, usaha-usaha ke arah penyediaan ek, akses yang mencukupi kepada

perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perhubungan teli, telekomunikasi dan infrastruktur serta kemudahan pengangkutan akan menjadi tumpuan berterusan. Pelaksanaan gerak kerja ini bagi meningkatkan keupayaan fungsi dan kekuatan pekan-pekan kecil dalam daerah tersebut agar ianya mampu menjadi integrasi pusat komersial berdaya saing antara bandar dan luar bandar serta meran, merangsang pertumbuhan aktiviti ekonomi yang memberi impak maksimum kepada ekonomi masyarakat setempat.

Untuk makluman semua, Kerajaan baru Pakatan Harapan baru menaik taraf Majlis Daerah Jempol menjadi sebagai Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Jempol-lah. Ini proses bagaimana kita, pekan-pekan yang kecil akan sampai tahap yang dinaikkan kepada perbandaran akan kita naik, tingkatkan. Mungkin kemudahan-kemudahan tersebut akan dapat ditambahkan pada masa akan datang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Oh, ada tambahan?

Tambahan Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Yang Behormat Dato’ Speaker, bencana merupakan satu perkara yang selalunya berlaku di luar jangkaan, dengan izin, beyond expectation. Jadi, baru-baru ini berlaku ribut, sebagai contohnya, di Kuala Pilah. Jadi soalan saya, memandangkan peruntukan kepada luar-luar bandar, Kementerian Luar Bandar ini pun telah dipotong sebanyak 50%, jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah dan bakal diambil bagi memastikan bencana-bencana seperti rumah terbakar, banjir yang merosakkan kemudahan infrastruktur awam di daerah kita di luar bandar ini dapat diatasi dengan cepat. Kerana ada laporan yang saya terima adalah sebagai contoh rumah terbakar dan sebagainya, begitu lambat sekali tindakan diambil. Dan lebih daripada 5 bulan, masih rumah tersebut masih belum dibaiki. Jadi soalan saya, apakah tindakan yang telah dan bakal Kerajaan Negeri ambil bagi memastikan isu ini di-address, dengan izin, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Saya boleh jawab bergantung kepada inisiatif dan usaha dibuat oleh setiap ADUN ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri, baik pembangkang ataupun yang kerajaan …..

Ini ADUN-lah bawak isu ni ni …..

Yelah, nanti saya ceritakan.

….. daripada Senaling.

Sebab itu saya cakap, jangan nanti jadi pembangkang melepaskan semua pada Kerajaan, tak boleh. Kita kena ambil inisiatif ini. Dan saya mahukan semua perkara yang melibatkan emergency, kecemasan, kita ada tabung di peringkat negeri …..

Yang Berhormat ADUN Labu …..

….. tak ada masalah.

….. isu dia di sini …..

….. ialah bagaimana bagi kita mempercepatkan. Sebagai contohnya kebakaran, bencana alam, akibat daripada bencana alam. Ini satu perkara tersebut mesti diatasi dengan segera. Ada mungkin, mungkin bencana kerosakan yang lain, yang kita boleh atasi dengan mengambil masa, sedikit masa, kita boleh terima. Tetapi apabila kita dah bawak isu ini, ke pengetahuan pihak berwajib, mangsa lebih daripada 5 bulan pun, masih ada lagi rumah yang belum dibaiki ataupun dipulihkan semula.

Soalan saya, apakah tindakan Kerajaan Negeri? Mungkin dulu kita ada bantuan tabung bencana dan sebagainya, di bawah permasalahan Rakyat. Jadi, apakah tindakan Kerajaan Negeri sekarang? Mungkin untuk tidak mengikuti amalan biasa. Jikalau amalan biasa, nak repair

sesuatu perkara tersebut melibatkan mungkin aturan dan peraturan kewangan. Tapi dalam keadaan luar biasa ini, keadaan bencana ini, apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi membantu mereka? Terima kasih.

Saya kena menjawab mengikut aduan, seperti saya cakap tadi. Di kawasan saya, bencana macam, ni apa, angin, kita boleh selesai dalam 2 hari. Ada yang rumah di, di, terbakar di kawasan saya, 2 minggu. Itu sebab saya cakapkan tadi, kalau ada ADUN pembangkang ataupun yang kerajaan, tidak mengambil tindakan, saya tak tahulah, macam mana silapnya. Sebab kita ada peraturan, kita ada, rujuk kepada Pejabat Daerah untuk dapat tindakan segera. Dan Pejabat Daerah akan turun untuk membuat penilaian dan jugak akan menghantar dia punya, dia punya, dia punya apa, dia punya anggaran dia, dan inshaa Allah, tadi, apa, maknanya perolehan secara darurat boleh dilaksanakan serta merta. Memang pun. Jadi, saya tak tahulah. Sebab tu di kawasan saya, inshaa Allah 2 minggu.

Dan kita bergantung jugak kepada kepada peruntukan yang datang. Kalau, kalau kita dah ada peruntukan, inshaa Allah kita buat. Tapi kadang-kadang, kontraktor yang ni yang lambat. Mungkin dia lambat. Ada kontraktor dia nak kena sub dulu cari orang lain. Macam kita tak tahulah. Jadi sebelum ini, pandangan saya ini kita buat secepat yang mungkin. Jadi kalau ada ADUN-ADUN mana di kalangan pembangkang yang baru jadi pembangkang ni, kalau ada masalah, jumpa direct dengan sayalah. Sampai sini, tak ada sorang pun nak hubung direct dengan saya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Ini kes sahih ni, tengok, tengok laporan, minit kita punya persidangan, 2 kali dah persidangan, masuk yang ketiga, kes rumah terbakar di kawasan saya, tak ada apa pun sampai sekarang. Its almost a year ni YB. Its almost a year. You wanna prove? Bukak minit sekarang. Bukak minit tu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. saya ingin menjawab soalan tersebut. Sebenarnya murah, rumah tersebut, mula-mula NGO yang nak buat. Apabila Pejabat Daerah maklumkan, bahawa rumah tersebut NGO nak buat, tetapi tak buat sampai hari ini. Lepas tu kita ambil alih. Dan inshaa Allah kita akan buat rumah tersebut. 33,000.00 peruntukan telah disediakan. Mana-mana rumah yang terbakar, kita akan sediakan duit 33,000.00, inshaa Allah kita akan buat, terima kasih.

Yelah, betullah tu Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat. Saya nak cakap tentang Labu tadi, kata serta merta tu, 6 bulan dah, serta merta apo dokek setahun. Itu soal lain. Tapi soal tanggungjawab Kerajaan, kita dah bawak dalam Dewan ini. Soal siapa lagi nak buat tu, mana, mana saya tahu.

Saya pun tak dapat maklumat sebenar begini semua, sebab dia melalui beberapa badan yang terlibat …..

Oh, tak bolehlah.

Yang Berhormat Speaker Yang Berhormat Labu biarlah Menteri Besar jawab.

Yang Berhormat pegawai Kerajaan …..

Saya boleh cakap bergantung kepada individu. Kalau you, …..

….. kalau tak dapat maklumat pun …..

….. kalau rasanya Yang Berhormat Senaling …..

Yang Dipertua Dewan

Okay okay okay.

….. ada rumah, dibiarkan selama setahun …..

Yang Berhormat Dato’ Speaker, ini floor saya.

Yang Berhormat, cuba bukak balik, bukak balik.

Yang Dipertua Dewan

Juasseh, Senaling duduk dulu, Labu pun duduk.

Dato’ Yang Dipertua, ini floor saya.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah. Senaling duduk, Labu duduk.

Jawapan tu mengelirukan.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, Juasseh, dah dah dah.

Itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak cakap sikit. Kang saya bagi balik.

….. macam magic.

Yang Dipertua Dewan

Kang saya bagi balik, kang kang, saya bagi balik. Dah duduk, duduk. Saya nak tenangkan keadaan dulu. Duduk dulu. Jadi yang, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi, berkaitan ada peruntukan 33,000.00 Yang Berhormat. Jadi sekarang ni semua dah maklum 33,000.00. Lopeh ni, tuan-tuan kalau rumah terbakar terus, call-lah MB, takpo, saya saksi ni. Pasal rumah ni saya saksi ni, MB kata ada peruntukan 33,000.00. Kalau misalnya, tapi tengok dululah, kalau rumah tu. Haa, lepas tu baru kita bagi. Ambik masa sikitlah. Tapi yang …..

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, itu betul tu, betul tu. MB jawab, bukan dio yang jawab. Dah tak ghoti jawab, biarlah MB jawab.

Tak ada. Saya jawab bagi pihak Kementerian Luar Bandar.

Biarlah MB jawab.

Yang Dipertua Dewan

Seri Menanti, Senaling, jap jap, yang Senaling tadi …..

Ini floor saya.

Yang Dipertua Dewan

Tapi Yang Berhormat Labu tu dia jawab betul, sebab luar bandar, yang disebut Senaling tadi luar bandar, dia EXCO luar bandar, memang dia ambil berat tentang bandar. Orang kampung ni …..

Saya rasa tak betul, kurang tepat.

Yang Dipertua Dewan

Orang kampung ni tengok orang kampung, teringat Yang Berhormat Labu ya. Tapi kalau perlu urgent, saya ingat Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan ambil tindakan. Dia setuju tadi dah, kalau urgent. Ini, masalah kemanusiaan ni, kebakaran, kematian nyawa ni, saya, saya bagi tuan-tuan cakap, ramai yang cakap ni, kalau ikut saya tadi, seorang soalan tambahan. Tapi melibatkan nyawa, masa depan orang ni, saya bagi tuan-tuan ramai cakap. Tapi saya rasa kita tak payah panjangkan, yang sebab, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah jawab. Lepas ni Senaling, kalau tak siap yo, call Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya saksi, okay. Silakan duduk.

[YB ADUN Rantau bercakap secara off mic] Haa? Tak, sebab Speaker bergaduh kuat. Dia kalau tak bergaduh, tak cakap Speaker ni. Dio, dio orang tongah, mesti, mesti, dah, Rantau ni nakal ni. Diam Rantau. Okay. Seterusnya Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Mintak maaf, mintak maaf.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. sekarang pukul 11:00 haa.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Mintak maaf.

Yang Dipertua Dewan

Lobak sudah ya?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tadak, pukul 11:00. Kita tadi business sama Sri Lanka. Sekarang pukul 11:00.

Yang Dipertua Dewan

Pukul 11:00 ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haa okay. Mahu baca baca.

Yang Dipertua Dewan

Okay duduk. Okay okay. Saya pun, tadi usul tadi, pasal kebetulan peringkat kebangsaan, okay, jadi, peringkat kebangsaan tadi, dah buat keputusan, hari ni hari bacalah. Program sambungan “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” sehari peringkat Negeri sembilan. Sebab orang Melayu ni, orang Malaysia ni kurang membaco kan, jadi …..

Dato’ Dipertua, tarik balik yang perkataan “Melayu” tu.

Yang Dipertua Dewan

Orang Malaysia. Okay. Tak apa, yang boto tu saya boto kan, jangan risau. Ini Speaker dia, dia, dia terbuka, haa jangan risau. Jadi saya bagi tahu dia punya sebab apa ni, program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” sehari, peringkat Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2019. Jadi ada beberapa perkara, dia punya tujuan ya. Pertama, program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit” dilaksanakan sempena Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia selari dengan tekad membaca kebangsaan merupakan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan perpustakaan awam seMalaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri sembilan dengan mendapat sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Sembilan, sokongan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Sembilan dan slogan “Negeri Sembilan Membaca, Waghih Membaco, Malaysia Membaco”.

Kedua, program baca, program baca selama 10 minit ini adalah sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia yang disambut pada 23 April setiap tahun. Setiap tahun 23 April, tarikh 23 April, sambut semua dunia sambut. Pada tepat 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi, 23 April 2019, semua individu, pejabat dan komuniti adalah dipohon untuk berhenti sebentar bagi apa juga pekerjaan atau aktiviti untuk membaca apa jua bahan bacaan selama 10 minit. Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca dimulai langkah awal dengan membaca 10 minit sehari. Walaupun kita membaca 10 minit sehari, diharap usaha ini akan menjadi langkah awal bagi memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya Negeri Sembilan. Baca kejap 10 minit, apa tuan-tuan nak baca bacalah, buku ada.

[YB ADUN Kota bercakap secara off mic] Baca whatsapp? Whatsapp pun sekarang ado, ada maklumat Dato’ Seri. Boleh. Asalkan membaca.

[YB ADUN Seri Menanti bercakap secara off mic] Haa? Alhamdulillah. Bagus Seri Menanti ni. Seri Menanti ni, tu bagus. Semua baca. Okay, alhamdulillah. Haa, tak, kalau tak cukup, sampai malam kita hari ni.

[Persidangan ditangguhkan sebentar dan semua hadirin membaca untuk 10 minit bagi menyatakan sokongan kepada program “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit”]

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita teruskan agenda kita ya. Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan ketiga.

Dato’ Yang Dipertua, Pembangunan MVV 2.0 telah diiktiraf sebagai Pembangunan Wilayah Tengah dan diselaraskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Seksyen Pembangunan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Berdasarkan Kajian Separuh Penggal

RMKe-11, perancangan pembangunan MVV 2.0 telah diletakkan di bawah pembangunan wilayah tengah yang meliputi Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sehubungan itu, interaksi umum kepada negeri bersebelahan serta bersempadanan Negeri Sembilan adalah dilaksanakan untuk kepentingan semua pihak dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Agensi Kerajaan, khususnya berkaitan pelaburan di Negeri Sembilan juga menjalinkan kerjasama berterusan sama ada secara rasmi atau sebaliknya dengan agensi Negeri Melaka dan Selangor untuk berkongsi pengalaman dan memaklumkan mengenai peluang pelaburan serta mewujudkan kerjasama bersesuaian.

Beberapa projek yang telah diluluskan memerlukan perancangan menyeluruh antara negeri, Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Sebagai contoh, pada masa ini Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek MVV 2.0 bagi pembinaan jalan baru Nilai – Labu – Enstek sebanyak, sepanjang 16.3 kilometer yang melibatkan jajaran di Negeri Sembilan sahaja. Walau bagaimanapun, Kerajaan ne, Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi pertimbangan bagi cadangan projek ini dilaksanakan mengikut perancangan asal sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA). Oleh itu, diharap fasa kedua projek jalan ini dapat dilaksanakan bagi penyambungan jajaran dari Enstek ke KLIA, Sepang, Selangor.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memberi kerjasama sepenuhya bagi perancangan pembinaan lebuh raya baru yang dikenali sebagai West Coast Expressway (WCE) yang bermula daripada Selangor melalui Negeri Sembilan khususnya jajaran cadangan melalui pesisir pantai Port Dickson sehingga ke Melaka. Cadangan jajaran ini, di Port Dickson telah dikenal pasti dan projek ini masih dalam pertimbangan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua: Terima kasih, Yang Berhormat Ampangan. Apa, tambahan, ada soalan tambahan?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Soalan tambahan. Syabas dengan kenyataan tu. Soalan tambahan saya, saya nak tanya tu, projek ini adakah memajukan Orang Asli dan di kawasan saya ada, ada kampung Orang Asli. Saya nak tanya tu, adalah melibat ni Orang Asli ke atau tanah-tanah Orang Asli?

Dato’ Yang Dipertua, kita telah pun menga, mengadakan pelbagai perbincangan dengan masyarakat Orang Asli. Sebagai contoh di Kampung Tekir yang membabitkan di kawasan MVV dan dalam perbincangan, didapati kebanyakan Orang Asli menerima perancangan yang nak dibuat di kawasan mereka kerana tidak ada sebarang pengalihan kawasan mereka ataupun mengambil kawasan yang telah diperuntukkan kepada Orang Asli. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Kita pergi ke soalan berikutnya, Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang kedua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan kedua. Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, soalan pengangkutan awam oleh Yang Berhormat ADUN Linggi. Mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam bas henti-henti luar bandar merupakan salah satu pelan tindakan yang telah digariskan di bawah Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan.

Matlamat Kerajaan Negeri Sembilan adalah untuk mempertingkatkan perhubungan, pergerakan dan kemudahsampaian dengan penyediaan perkhidmatan yang akan menghubungkan keseluruhan kawasan luar bandar di Negeri Sembilan serta menyediakan perkhidmatan pengangkutan luar bandar yang berkualiti dengan tahap ketepatan jadual dan kekerapan yang reliable.

Gerak kerja di pihak Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama agensi berkaitan di peringkat Persekutuan akan dilaksanakan bagi meneruskan perancangan yang telah digariskan ke arah penyediaan pengangkutan awam yang memenuhi keperluan rakyat Negeri Sembilan. Tindakan ini adalah pelengkap kepada jaringan perkhidmatan pengangkutan Negeri Sembilan selepas MyBAS dilaksanakan.

Kerajaan Negeri Sembilan telah pun melancarkan Perkhidmatan Bas Percuma bagi Bandar Seremban bagi tahun 2019 dan perkhidmatan

bas yang dijenamakan “Khidmat Rakyat NS” merupakan projek rintis dan akan diperluaskan pada masa hadapan mengikut keperluan.

Bagi pelajar sekolah dalam kalangan keluarga miskin di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) pula, seramai 1,500 murid akan diberikan bantuan yuran bas sekolah bernilai 50.00 ringgit sebulan dengan jum, dengan jumlah peruntukan sebanyak 0.9 juta ringgit. Antara kemudahan yang disediakan di kawasan luar bandar adalah perkhidmatan pengangkutan awam ialah perkhidmatan MyBAS. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Ya. Khusus untuk kawasan Linggi, dulu perkhidmatan bas ni memang ada, khususnya antara Pengkalan Kempas hingga ke Port Dickson tapi setakat hari ini dihentikan. Sepertimana yang sedia maklum ini, yang paling masalah sekali Dato’ Speaker, adalah budak sekolah nak pergi sekolah pagi-pagi. Dan ia menyumbang kepada ponteng sekolah ini. Jadi, khusus daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat tadi adakah 50.00 ringgit ini, 0.9 juta ini termasuk kawasan khususnya kawasan Pasir Panjang, kawasan Orang Asli Bukit Kepong, Kampung Pelebar Baru kerana mereka ini spesifik memang menerima masalah yang sangat besar sekarang ini.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan bantuan bas ataupun bantuan anak sekolah, kita beri ke semua DUN ya, kita beri semua dan semua sekolah yang menghantar nama kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga telah memohon kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) supaya menukar laluan F500 di Bandar Seremban yang sedia ada, iaitu kepada laluan Politeknik Port Dickson – Pasir Panjang dan Linggi, ya. Itu kita am, kita dah bagi bas percuma di Bandar Seremban. Jadi kita, bagi laluan tersebut ke kawasan Linggi, dari, ke, dan Port Dickson. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita terus kepada Rahang.

Terima kasih, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Dipersilakan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, Setiap tahun, pihak Kementerian akan menurunkan peruntukan secara berkala kepada hospital-hospital untuk tujuan penambahbaikan fasiliti dan juga baik pulih peralatan tertakluk kepada permohonan yang dibuat oleh setiap hospital.

Dan peruntukan yang diterima oleh Hospital Tuanku Ja’afar Seremban adalah seperti berikut: pertamanya adalah perbelanjaan untuk Peruntukan Belanja Mengurus pada tahun 2018 sebanyak 405,028,136.00 ringgit telah diperuntukkan dan bagi tahun 2019 sehingga 28 Februari 2019 sebanyak 298,733,600.00 ringgit telah diperuntukkan. Dan daripada Kerajaan Negeri tidak ada apa-apa peruntukan untuk tahun 2018 dan 2019. Dan untuk Peruntukan Belanja Pembangunan, pada tahun 2018 sebanyak 5,896,983.00 ringgit telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan, dan untuk tahun 2019 sehingga 28 Februari, sebanyak 105,000.00 ringgit telah diperuntukkan. Manakala daripada Kerajaan Negeri, tidak ada apa-apa peruntukan bagi tahun 2018 dan 2019.

Jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada setiap hospital dan klinik kesihatan di Daerah Seremban pada tahun 2018 adalah seperti berikut: pertamanya untuk Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Peruntukan Belanja Mengurus adalah 405 juta, lebih kurang dan untuk Perbelanjaan Pembangunan adalah 5 juta. Dan untuk 13 buah buah Klinik Kesihatan di Daerah Seremban sebanyak 121,317,768.00 ringgit telah diperuntukkan untuk tujuan Belanja Mengurus dan untuk peruntukan Belanja Pembangunan adalah sebanyak 3,200,691.00 ringgit telah diperuntukkan.

Kalau kita lihat dari segi projek, kerja-kerja penyelenggaraan memagar tanah, iaitu nama projek Kerja Pemasangan Pagar BRC Galvasi Sekitar Kuarters Kelas J. Skop kerja adalah melibatkan kerja-kerja pengukuran sempadan dan pembinaan beam pemasangan pagar sekitar kuarters yang dianggarkan kos sebanyak 250,000.00 ringgit. Dan untuk projek kerja me, pemasangan pagar hijau, sekitar Unit Angkut sehingga kawasan kuil melibatkan skop kerja-kerja pembinaan beam dan pemasangan pagar melibatkan kos 20,000.00 ringgit.

Dan projek kerja-kerja menaik taraf, ubah suai dan juga pembaikan iaitu melibatkan projek kerja-kerja tukar pintu tempered glass kepada pintu, dari jenis pintu kalis kebakaran di semua wad Blok A, B dan C. Melibatkan skop kerja, kerja-kerja penggantian pintu cermin kepada pintu jenis fire rated bagi memenuhi arahan pihak Bomba yang melibatkan kos 440,000.00 ringgit. Dan kerja-kerja menaik taraf stor alat tulis lama kepada Stor Patologi, melibatkan skop kerja, kerja meroboh stor alat tulis lama kepada pembinaan bangunan Stor Patologi yang melibatkan kos 490,000.00.

Dan untuk projek ubah suai Stor Patologi kepada ruang klinikal Jabatan Kecemasan. Melibatkan skop kerja: pengubahsuaian bilik-bilik dan ruang prosedur sistem pengudaraan dan pendawaian yang melibatkan kos 498,900.00 ringgit.

Dan seterusnya untk projek menaik taraf dan pembaikan sistem siaraya iaitu PA System melibatkan skop kerja: pendawaian sistem siar raya dan penukaran set pembesar suara yang melibatkan kos sebanyak 500,000.00 ringgit. Manakala untuk projek kerja menaik tang, menaik taraf tangki simpanan air di Wad Zamrud dan Mutiara di Jabatan Psikiatri melibatkan skop kerja: membekal dan memasang tangki jenis HPDE, kapasiti 40,000 liter, membina ruang pam dengan binaan batu bata, kerja perpaipan, perpaipan saluran air masuk dan keluar, kerja pendawaian elektrik dan memasang booster pump 12 horse power yang melibatkan kos sebanyak 102,000.00.

Dan untuk projek membekal dan memasang perangkap kilat di bumbung Klinik Pakar, melibatkan skop kerja: membuka, membekal dan memasang perangkap kilap, kilat di bumbung Klinik Pakar melibatkan kos 60,000.00 ringgit. Dan untuk projek kerja-kerja penyelenggaraan semula perpaipan pili bomba dan Jabatan Kecemasan, melibatkan skop kerja: kerja memasang paip jenis MS, membekal dan memasang set pili bomba lengkap, membekalkan dan memasang gate valve dan ready mix sum yang melibatkan kos 80,248.00 ringgit, 85,245.20 sen.

Dan untuk kerja projek menaik taraf stor bahan kimi, Jabatan Patologi. Skop kerja melibat kerja sivil, elektrikal dan mekanikal yang melibatkan kos 25,000.00 ringgit. Dan projek me, kerja menyelenggara bilik Unit Pendidikan Kesihatan Pesakit untuk dijadikan sebagai Unit IT, skop kerja adalah melibatkan kerja sivil dan elektrikal yang menelan kos sebanyak 19,682.00 ringgit. Dan projek untuk kerja-kerja membekal dan memasang pemadam api mudah alih jenis serbuk kering dan karbon dioksida yang telah tamat tempoh. Skop kerja adalah melibatkan kerja mengganti pemadam api mudah alih yang telah tamat

tempoh sebanyak 192 unit yang melibatkan kos sebanyak 51,120.00 ringgit.

Dan untuk projek menaik taraf ambulans bay. Skop kerja adalah kerja-kerja pemasangan bumbung jenis polycarbonate yang melibatkan kos sebanyak 50,000.00 ringgit. Dan projek menaik taraf ruang airway fisioterapi melibatkan skop kerja membina ruang lantai berjubin dan berbumbung metal, metal deck yang melibatkan kos sebanyak 50,000.00 ringgit. Dan projek kerja-kerja sistem pencegahan kebakaran di Bangunan Asrama Jururawat Blok Bakawali melibatkan kerja-kerja, skop kerja yang membekalkan dan memasang panel pencegahan kebakaran yang baru 2 loop, kerja penjajaran kabel untuk pengesanan asap di dalam konduit yang melibatkan kos sebanyak 199,216.40 sen.

Dan untuk projek kerja ubah suai stor pula, untuk dijadikan sebagai Bilik Dikompos di Jabatan Forensik melibatkan skop kerja, kerja membina meja konkrit, sistem pengudaraan dan membekal 2 unit peti mayat yang melibatkan kos sebanyak 150,000.00 ringgit. Dan untuk projek membekal dan memasang perangkap kilat di Blok Utama, skop kerja adalah melibatkan membuka, membekal dan memasang perangkap kilat di bumbung Blok A, B dan C Blok Utama yang melibatkan kos sebanyak 199,000.00.

Dan untuk kerja-kerja penyelenggaraan kuarters. Pertamanya adalah projek kerja menaik taraf 4 unit kuarters, teres Kelas J yang melibatkan skop kerja: menaik taraf tandas, pendawaian semula, pembaikan semula bumbung, lantai termasuk kerja mengecat dan lain-lain kerja berkaitan yang melibatkan kos sebanyak 180,000.00 ringgit.

Dan akhir sekali adalah kerja menaik taraf taman permainan di kawasan kuarters yang melibatkan skop kerja: kerja pemasangan peralatan permainan kanak-kanak bersepadu, dan juga kabin, karpet getah yang melibatkan kos sebanyak 26,000.00. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Lagi tambahan?

Apakah cadana, cadangan pihak Kerajaan Negeri Sembilan tentang naik taraf Klinik Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban yang ada dalam keadaan panas dan sempit, yang betul dalam keadaan teruk?

Terima kasih, seperti yang kita tahu memang Jabatan Kesihatan, Bilik Kecemasan ni memang satu tempat yang agak congested dan pihak Kementerian Kesihatan akan mengambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kita dapat selesaikan isu berkenaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Repah. Mana Chembong, seterusnya Chembong ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya pilih soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Masjid.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan berkenaan masjid. Sehingga Mac 2019, terdapat 294 buah masjid di seluruh Negeri Sembilan. Bilangan akan bertambah setelah 6 buah masjid yang dalam pembinaan akan siap iaitu Masjid Bandar Enstek, Masjid Kariah Senaling, Masjid Kuala Pilah, Masjid Taman Desa Port Dickson, Masjid Kariah Triang Jelebu, Masjid Bandar Seri Sendayan dan Masjid Nusari Bayu. Masjid Bandar Seri Sendayan dah siap.

Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan 7 buah masjid iaitu Masjid Nilai Impian, Masjid Bukit Kepayang, Masjid Seremban 3, Masjid Forest Height dan Masjid Taman Politeknik Port Dickson. Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan baru menggantikan masjid sedia ada iaitu Masjid Jamek Pekan Gemas dan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin.

Bagi memastikan perjalanan masjid baik, maka kerajaan telah melantik seramai 1,476 orang pegawai masjid yang terdiri daripada Imam seramai 612 orang, Bilal seramai 287 orang, Siak 288 orang dan Pembantu Am Wanita seramai 289 orang. Kerajaan juga telah menaikkan elaun bagi Bilal, Siak dari 150.00 ringgit – 300.00 ringgit kepada 400.00 ringgit – 500.00 ringgit bermula tahun 2019. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Soalan tambahan?

Boleh Dato’ Speaker? Semasa, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Semasa Yang Berhormat ADUN Rantau menerajui Kerajaan dulu, memang banyak masjid telah dibina ataupun masjid-masjid lama diganti baru. Soalannya, Dato’ Yang Dipertua, ada tak perancangan-perancangan yang telah dibuat sebelum ni diteruskan ataupun ada tak masjid-masjid yang telah dirancang dulu ataupun telah diluluskan, tak dapat dibina ataupun ditarik balik dan sebagainya? Terima kasih Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tidak ada pembatalan ataupun kita, apa, membatalkan cadangan tersebut cuma kita kaji semula ya, untuk menambahbaikkan. Contohnya Masjid Bukit Kepayang dan Masjid Nilai Impian, peruntukan ditambah untuk memastikan bahawa apabila siap dibina, masjid tersebut keperluannya mencukupi dan tidak perlu ditambah kemudian hari, inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi soalan seterusnya …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, boleh saya celah sikit tak? Tentang masjid juga, saya nak tanya …..

Yang Dipertua Dewan

Oh you pun nak cakap masjid jugak?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa. Saya ingin tanya tentang status masjid yang telah ditangguhkan pembinaannya dari DUN saya ni …..

Yang Dipertua Dewan

Di mana tu?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bandar IOI, saya ingin nak tanya sedikit saja tentang statusnya. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Jeram Padang. Mengenai masjid IOI, inshaa Allah ya, kita telah melu, mengutus kepada Menteri

Ekonomi untuk memastikan bahawa masjid tersebut diteruskan dan kita juga telah bersetuju tapak di IOI tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Jeram Padang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sikit, sikit Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya mohon sikit. Saya nak juga nak, menarik perhatian YAB Sikamat, tentang Masjid Jamek Kuala Klawang. Kalau ikut daripada persidangan lepas, saya ada bertanya, daripada Klawang kata masjid tu diteruskan. Tapi nak mencari tempat baru. Tapi daripada apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, tak ada disebut langsung tentang Masjid Jamek walaupun ada soalan saya, saya mintak apa, Yang Amat Berhormat Sikamat, mintak penjelasan tentang Majlis Jamek Jelebu, Kuala Klawang.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Inshaa Allah masjid tersebut akan diteruskan, tidak ada masalah dan kita telah meneliti tapak tersebut dan dalam kajian kita, inshaa Allah, kita akan teruskan berapa segera yang kalau boleh, inshaa Allah. Jangan risau.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Saya ingat, kita pergi terus kepada soalan seterusnya Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Mambau. Untuk maklumat Yang Berhormat Mambau, pihak Majlis Perbandaran Seremban telah mengadakan mesyuarat pada 14 Februari 2019 dan jabatan-jabatan teknikal telah dijemput hadir untuk mengenal pasti masalah dan kos yang terlibat. Perkara ini juga telah

dirujuk kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan pada 12 Februari 2019 berkaitan status bayaran cukai tanah.

Pihak pentadbiran MPS mengesyorkan supaya Unit / Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengadakan perbincangan bersama pemaju projek untuk menyelesaikan masalah pemaju projek dan masalah dengan pembeli-pembeli kerana pengeluaran Lesen Pemaju Perumahan (Akta Pemaju Perumahan 1962) dan per, Permit Jualan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, tempoh soalan …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Nanti nanti. Soalan tambahan jugak?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, isu projek rumah terhenti Rasah Heights ini telah tertangguh dan dibiar begitu sahaja selama 20 tahun dan projek ini telah siap 80%. Oleh kerana masalah kali ini ialah kebanyakan pembeli-pembeli rumah masih membayar ansuran kepada pihak bank sejak 20 tahun yang lepas sehingga hari ini dan tidak dapat pindah masuk ke rumah mereka. Jadi, bolehkah atau pihak Kerajaan Negeri menentukan satu jangka masa, berapa lama agaknya akan membaik pulih projek ini? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Jadi untuk makluman Yang Berhormat dan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya hasrat bagi pihak Kerajaan Negeri adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah ni, rumah terbengkalai ataupun pusat perniagaan terbengkalai yang berada di dalam Negeri Sembilan. Saya ambil contoh ya, sebelum ini untuk Bandar Satelite, Senawang kita telah pun berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan adanya kerjasama daripada pemaju, pembeli dan juga Pihak Berkuasa Tempatan.

Dan saya cukup yakin sekali, kalau apa, pembeli-pembeli di Rasah Heights ini dapat duduk bersama dengan pihak Kerajaan, pihak PBT dan juga pemaju, saya rasa perkara ini kita boleh selesaikan. Sebab bagi saya, saya lihat memang ramai mangsa, boleh katakan mangsalah, pembeli rumah-rumah terbengkalai ini, mereka memang masih perlu membayar ansuran. Tetapi adalah jadi hasrat kepada pihak Kerajaan Negeri untuk kita selesaikan masalah ini. Tak apa Yang Berhormat, memandangkan perkara ini telah pun melanjut sepanjang 20 tahun, saya rasa kita akan cuba saya, sedaya upaya untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Soalan lisan ni sepatut tamat 11:30, tadi kita dah berhenti baca 10 minit kan. Jadi, saya hanya untukkan satu soalan saja. Yang terakhir, soalah lisan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya soalan lisan Dewan kita ni, keputusan kita 1 jam setengah, kita mula soalan tadi 11:25, 10:25 Dato’ Dipertua sebab ada pembentangan kertas dan sebagainya. Haa, 10:25 baru start di situ soalan Dewan ni. Bukannya pukul 10:00 Dato’ Yang Dipertua, sebab pukul 10:00 sampai 10:20 tadi pembentangan Kertas Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa saya tambah ni.

Sampai pukul 12:00 kurang-kurangnya.

Yang Dipertua Dewan

Saya akan bagi 2 soalan, 2 soalan untuk, untuk diteruskan, iaitu Serting.

Tuan Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Serting. Peruntukan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah. Jawapan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama Yang Berhormat ADUN Sungai Lui yang bertajuk “Bantuan Dan Peruntukan Sekolah-Sekolah”, Pertanyaan Lisan Hari Kedua Yang Berhormat ADUN Chembong yang bertajuk “Bantuan Kepada Sekolah-Sekolah”, Pertanyaan Bertulis

daripada Yang Berhormat ADUN Kota yang bertajuk “Bantuan Ke Sekolah”.

Sebenarnya, tiada peruntukan khas yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada semua sekolah termasuk sekolah persendirian di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada permohonan daripada pihak sekolah dan jenis bantuan bagi meringankan beban pelajar memberikan manfaat kepada mereka iaitu 1,168 sekarang telah menerima nilai lebih kurang 642,400.00 ringgit bagi bantuan Negeri Sembilan Bas. 9,271 orang pelajar untuk nilaian 927,100.00 ringgit bagi Bantuan Khas Felda. 3,471 orang pelajar dengan nilaian 694,200.00 ringgit bagi bantuan MAINS-ZAKAT. Keempat, bantuan kepada sekolah swasta sebanyak 650,000.00.

Jumlah sumbangan Kerajaan Negeri kepada sekolah-sekolah negeri ini di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sehingga 19 Mac 2019 untuk keseluruhan Pejabat Pendidikan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 2.263 juta.

Pecahan mengikut Pejabat Pendidikan Daerah adalah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban – 436,700.00, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson sebanyak 100,300.00 ringgit, Pejabat Pendidikan Kuala Pilah – 256,900.00 ringgit, Pejabat Pendidikan Jempol – 970,600.00 ringgit, Pejabat Pendidikan Tampin – 402,700.00, Pejabat Pendidikan Rembau – 96,500.00 ringgit. Bagi bantuan bagi sekolah-sekolah di dalam DUN Lui sebanyak 151,400.00 ringgit telah diberikan.

Boleh soalan tambahan?

Yang Dipertua Dewan

Ni Serting bagi laluan?

Lagipun soalan saya bertindih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Bertindih?

Menjawab soalan saya jugak. Dato’ Dipertua, dalam banyak-banyak sekolah yang dibantu oleh Kerajaan Negeri ini, sekolah mano agak eh yang paling banyak dapat bantuan, jumlah yang paling banyaklah?

Yang Dipertua Dewan

You tanya Perdana Menteri ke? Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bantuan yang paling banyak diberikan adalah bergantung kepada permohonan dan juga bilangan murid dia, ya. Kita melihat kepada bilangan murid dan kita ada bagi Sekolah Chung Hwa 200,000.00, Chung Hwa High School – 250,000.00, Sekolah Agama Maahad Ahmadi 205,000.00, Sekolah Seri Seremban – 200,000.00 dan banyak lagilah kita bagi, kita, ada yang 50,000.00. Jadi sekolah Chung Hwa nampak 250,000.00 disebabkan muridnya seramai 1,800 orang ya.

Kat saya mudah saja Dato’ Yang Dipertua, banyak mano dan sekolah mano, itu saja. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya ingat dah terjawab ya. Seterusnya saya mintak Chuah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan number 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, MPPD telah mengenal pasti tapak pasar di kawasan tersebut sejak tahun 2017 bagi menggantikan pasar sedia ada. Namun, pasar tersebut merupakan tapak milik individu yang memerlukan proses pengambilalihan tanah dan melibatkan kos sebanyak 700,000.00 iaitu berdasarkan penilaian harga tanah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, mengambil kira peruntukan sedia ada, MPPD tidak dapat meneruskan proses pengambilalihan tanah tersebut kerana ia akan menyebabkan MPPD menghadapi beban kewangan yang tinggi pada tahun 2018. Dalam hubungan itu, MPPD telah mengenal pasti tanah Milik Kerajaan di sekitar kawasan Pekan Bukit Pelanduk. Walau bagaimanapun, MPPD mendapati tidak ada lagi tanah kerajaan yang sesuai di kawasan sekitar pekan Bukit Pelanduk bagi tujuan pembangunan pasar awam tersebut.

Justeru, MPPD masih berusaha mencari dan mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk pembinaan sebuah pasar awam di sekitar Bukit

Pelanduk. Sekiranya MPPD memperolehi tanah kerajaan yang sesuai, permohonan peruntukan kepada pihak KPKT akan dikemukakan untuk membiayai pembangunan pasar awam bagi kemudahan penduduk di Bukit Pelanduk. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Soalan tambahan?

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Setiap pekan harus dibangunkan secara teratur dan tersusun. Pasar awam merupakan satu keperluan yang penting sama ada untuk penjual ataupun pembeli. Jadi, Chuah mohon agar tindakan yang sewajarnya diambil supaya pasar ini boleh dibina dengan kadar segera sebab kalau tiada kemudahan seperti pasar, memang ini adalah satu perkara yang, yang memang memalukan sebab setiap pekan wajib ada kemudahan seperti pasar. Jadi, saya mohon agar Kerajaan Negeri mengambil tindakan segera untuk memperolehi tanah untuk pembinaan pasar awam ini supaya peniaga yang ada di, di tempat DUN Chuah boleh ada peluang berniaga. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Chuah. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Chuah, Kerajaan Negeri sedia maklum apakah masalah yang dihadapi oleh Yang Berhormat Chuah khususnya kepada orang ramai yang tinggal di Bukit Pelanduk. Jadi memandangkan pengambilan tanah tersebut, dia memerlukan dana yang agak besar, jadi saya bercadang kepada Yang Berhormat Chuah, Yang Berhormat Chuah ya, dapat apa, dapat mengenal pasti ya, tanah swata yang sesuai ataupun pihak Kerajaan Negeri kita juga pada masa yang sama, kita akan bagi kerjasama untuk mengenal pasti tanah Kerajaan yang sedia ada. Jikalau tanah tersebut wujud, kita akan membuat apa yang saya jawab tadi, kita akan cuba sedaya membuat dan memastikan bahawa di Bukit Pelanduk ini akan mempunyai satu ban, pasar awam.

Dan pada masa yang sama, saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Chuah, sebenarnya selain daripada pasar awam ini, kalau di Bukit Pelanduk mempunyai tempat yang sesuai, saya rasa di, pada masa kita mencari tanah, kita juga boleh mencari alternatif di mana mungkin kita boleh wujudkan kawasan-kawasan untuk pasar tani ataupun pasar pagi, supaya rakyat kita yang tinggal di situ, mereka boleh berniaga dengan apa, hasil-hasil tanaman mereka. Jadi, saya berharap perkara ini kita dapat bekerjasama dan sama-sama kita

pastikan kesejahteraan rakyat di Bukit Pelanduk itu terjamin. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau. Seterusnya kita beri laluan kepada Juasseh.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, penjawat awam di Negeri Sembilan. Jumlah penjawat awam di Negeri Sembilan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan ialah seramai 5,301 orang iaitu 3,509 orang di Jabatan Negeri dan 1,566 orang di Pihak Berkuasa Tempatan dan 226 orang di Badan-Badan Berkanun Negeri. Manakala pecahan mengikut kaum adalah seramai 5,029 orang Melayu, 249 orang kaum India, 10 orang kaum Cina dan 13 orang lain-lain kaum.

Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengurangkan pengambilan kakitangan awam kerana masih mengguna pakai dasar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) iaitu peratus pengisian tidak melebihi 89% daripada jumlah perjawatan tersebut. Dan kami juga terus membuat pengambilan, inshaa Allah.

Dato’ Yang Dipertua, jadi maknanya Kerajaan Negeri tidak akan mengikutlah ya, saranan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk down size, mengurangkan pengambilan kakitangan awam di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kerajaan Negeri masih mematuhi apa yang diminta oleh Kerajaan Persekutuan terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, iaitu tidak melebihi 89% daripada jumlah perjawatan. Jadi, jawatan yang kurang tu sekarang kita tengah isi. Dan kita mintak rakyat Negeri Sembilan untuk memohon, sebab sekarang di SPA ada iklan untuk pengambilan baru. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih. Kita pergi seterusnya, Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan ketiga, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan soalan Yang Berhormat ADUN Temiang, menara telekomunikasi yang tidak mempunyai lesen. Berdasarkan maklumat dan rekod di Pihak Berkuasa berkenaan, didapati sebanyak 276 bilangan menara telekomunikasi yang tidak mempunyai lesen.

Kerajaan Negeri memandang serius terhadap pembinaan menara telekomunikasi secara tidak sah. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan kewujudan menara telekomunikasi adalah perlu bagi memenuhi keperluan teknologi perhubungan internet serta aplikasi dan trans, transaksi atas talian selari dengan keadaan semasa. Dalam hubungan ini semua PBT sedang giat melaksanakan proses pemutihan dan diberikan peluang untuk memohon lesen secara sah bagi memastikan pembinaan menara telekomunikasi dilaksanakan berdasarkan prosedur dan peraturan semasa yang berkuatkuasa.

Mana-mana telekomunikasi yang dikenal pasti tidak mempunyai permit yang sah akan dikenakan denda di antara 250.00 ringgit hingga 79,800.00 ringgit (bagi satu permohonan) berdasarkan Undang-Undang Kecil di bawah PBT yang berkenaan. Untuk makluman, kadar bayaran lesen yang dikenakan adalah sebanyak 2,000.00 ringgit.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan saya adalah, kita sedia maklum bahawa setiap pemasangan menara telekomunikasi ini memerlukan lesen. Tetapi seperti yang dimaklumkan oleh Yang Amat Behormat tadi, terdapat 276 menara telekomunikasi yang tidak berlesen. Jadi saya nak tanya, kenapakah perkara ini wujud dan berlaku, adakah ini berlaku kecuaian daripada Kerajaan terdahulu ataupun pihak PBT, Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil berat tentang perkara ini? Ini saja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Temiang. Kita sedia maklum bahawa memang ada berlaku kelemahan yang perlu kita perbaiki, dan inshaa Allah perkara ini telah dalam rekod kita. Dan inshaa Allah perkara ini akan kita ambil perhatian dan kita akan

melaksanakan banyak perkara-perkara untuk memperbaiki keadaan-keadaan yang berlaku kelemahan-kelemahan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, kita pergi soalan seterusnya, Yang Berhormat Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sungai Lui. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Sungai Lui, Kerajaan Negeri telah mengemukakan cadangan 11 lokasi tanah bagi pembangunan PPR di Negeri Sembilan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cadangan tapak ini adalah tertakluk kepada penelitian dan kajian mendalam oleh pihak KPKT. Salah satu tapak yang dicadangkan adalah di kawasan seluas 4 ekar di Felcra Air Hitam.

Berdasarkan keluasan tanah tersebut, hanya sebanyak 50 unit rumah yang boleh dicadangkan untuk pembangunan PPR. Sehingga kini, pihak KPKT masih melaksanakan kajian teknikal serta lawatan ke tapak tanah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri.

Sekiranya pembangunan perumahan PPR dibuat di atas tanah-tanah tersebut, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada KPKT supaya perumahan PPR tersebut mengguna pakai kaedah pemilik secara sewa beli (Rent-To-Own). Syarat-syarat umum permohonan PPR yang ditetapkan oleh KPKT adalah seperti berikut warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, pendapatan isi rumah di bawah 3,000.00 dan pemohon belum memiliki rumah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan tambahan. Kalau kita lihat, di Ayer Hitam tu masih ada lagi tanah-tanah milik Kerajaan yang sesuai untuk kita bina perumahan dan kalau boleh, kita buat pertam, penambahan kepada unit-unit PPR di Ayer Hitam. Dan ada jugak perancangan Kerajaan untuk mewujudkan satu bandar Ayer Hitam dulu. Kalau boleh disegerakan, apa ni, dikaji semula dan kalau boleh perumahan tu merupakan satu keperluan kepada masyarakat sekarang. Dan kalau boleh ditambahlah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sungai Lui. Itu cadangan yang cukup baik sekali. Sebenarnya tapak tersebut dia cuma mampu menampung sebanyak 50 unit. Tetapi memandangkan Yang Berhormat Sungai Lui telah pun menyuarakan apa, hasrat beliau sebagai, selaku ADUN kawasan tersebut. Dan pada masa yang sama, jikalau di kawasan Sungai Lui ataupun Ayer Hitam mempunyai tanah Kerajaan yang lebih sesuai, saya akan apalah, saya arahkan Unit Perumahan untuk membuat peninjauan supaya kita pastikan tanah yang kita dapat itu boleh membina lebih ran, ram, banyak rumah mampu milik ataupun rumah PPR.

Sebenarnya bagi pihak Kerajaan Negeri, kita amat menegaskan di mana setiap keluarga sekurang-kurangnya mempunyai seunit rumah. Itu adalah hasrat kita. Dan memandangkan ni apa, projek PPR ini, sebenarnya dia memberi ni apa, memberi kebaikan kepada rakyat, kerana bagi pihak Kerajaan Negeri kita cuma perlu me, mengeluarkan tanah kita, kita menyumbangkan tanah, dan pembinaan tersebut adalah dibuat oleh pihak Kementerian. Jadi, memandangkan cawes, cara sewa beli ini, harga rumah tersebut cuma dibayar, cuma di, apa, pembeli cumah perlu bayar 40,000.00 dan 160,000.00 itu akan dibiayai ataupun di-subsidize oleh pihak Kerajaan Pusat. Jadi, memandangkan adanya pe, permintaan daripada Yang Berhormat Sungai Lui, dan jikalau itu memang mempunyai tanah yang sesuai, kita akan lah, apalah memberi pertimbangan supaya kita sama-sama membina lebih banyak rumah mampu milik ataupun rumah PPR supaya memastikan rakyat kita yang di bawah apa, B40 ataupun mereka yang pendapatan rendah itu, dapat memiliki rumah mereka. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Kita teruskan kepada Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan kawasan perindustrian, terdapat 52 kawasan industri di seluruh Negeri Sembilan merangkumi jenis industri berat, sederhana dan ringan yang kebanyakannya terletak di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan Negeri sentiasa memberi tumpuan untuk menaik taraf kawasan perindustrian di seluruh Negeri Sembilan bagi menarik lebih ramai pelabur. Pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 2.69 juta ringgit dan tahun 2019, sebanyak 3.38 juta ringgit yang disediakan untuk menaik taraf kemudahan-

kemudahan seperti sistem saliran, percahayaan dan penurapan jalan di kawasan perindustrian. Manakala Kerajaan Persekutuan menerusi Malaysia Investment Development Authority (MIDA) telah memperuntukkan 500,000.00 ringgit untuk menaik taraf sistem saliran di kawasan perindustrian Arab-Malaysian, Nilai.

Selain daripada kawasan perindustrian sedia ada, Kerajaan Negeri juga telah merangka kawasan industri baru seluas 2,838 ekar di kawasan Nilai melalui perancangan pembangunan Malaysia Vision Valley bersama-sama dengan pihak swasta. Sukacita saya mengumumkan bahawa dalam majlis, dalam Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN), yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia; Tun Dr Mahathir Mohamad, pada minggu lepas iaitu pada 18 April 2019 telah meluluskan pembangunan di kawasan seluas 2,838 ekar ini.

Daripada 2,838 ini, kawasan perindustiran yang diperuntukkan adalah sebanyak 1,379 ekar bersamaan dengan 48.6% di mana kawasan industri adalah sebanyak 657.28 ekar ataupun 23.16%, manakala industri berteknologi tinggi, kawasan yang diperuntukkan adalah sebanyak 721.8 ekar ataupun 25.44%. Daripada kawasan ini, kawasan perumahan yang diperuntukkan adalah sebanyak 455.52 ekar ataupun 16.05%. Kawasan perniagaan yang diperuntukkan adalah sebanyak 350.9 ekar ataupun 12.37%. kawasan lapang dan rekreasi yang diperuntukkan adalah sebanyak 328.63 ekar ataupun 11.58%. Manakala kawasan infrastruktur dan utiliti yang diperuntukkan adalah sebanyak 323.44 ekar ataupun 11.4%. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Kami nak, tahniahlah, kerana adat tu satu ni, projek baru, tapi kami difahamkan di industri yang sedia ada, 52 tu, adalah pusat industri ada sikit kekurangan kerana kami tak tahu, dapat tahu, operasi ni kurang puaskan. So, saya nak tanya, apa program Kerajaan yang sedia ada berancang mintak supaya macam mana membantu pusat-pusat yang kurang operasi itu. Kerana banyak kilang-kilang kosong, atau terbiar di pusat industri yagn sedia ada ni, di 50 kawasan. Dulu kami difaham di Kuala Pilah pun ada, Temple pun ada, so kami nak tanya, apa program Kerajaan untuk membantu supaya kilang-kilang terbiar tu dapat beroperasi dengan sempurnanya? Terima kasih.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan kawasan industri yang sedia ada beroperasi. Cuma di

antara kawasan-kawasan yang berkenaan, ada di antara kilang-kilang ataupun yang telah dipunya milik oleh pengusaha yang terdahulu yang, yang, yang meninggalkan kawasan dan terbiar oleh kerana kepunyaan hak milik mereka. Kita akan melihat bagaimana kaedah yang terbaik untuk kita memastikan bahawa kawasan-kawasan ini dapat kita bangunkan supaya keseluruhan kawasan industri ini dapat dibangunkan dengan secara sepenuhnya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Lobak dan Ampangan. Seterusnya kita pergi kepada soalan daripada Kota.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota. Taman rekreasi Gunung Datuk. Permit penggunaan oleh Koperasi Gunung Datuk Rembau Berhad telah dibatalkan berkuatkuasa 31 Disember 2018. Tindakan pembatalan permit adalah setelah pertimbangan dan mengambil kira kegagalan koperasi dalam mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Bagi soalan kedua, bantuan sama ada dari Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan telah diberikan sejak tahun 2013. Penempatan kakitangan Jabatan Perhutanan untuk membantu dalam menjaga kebersihan kawasan serta menjaga dan mengurus pengunjung yang mendaki Gunung Datuk. Memantau dan mengurus pokok-pokok yang menjaga, bagi menjaga kemudahan sekitar dan keselamatan pengunjung dari ditimpa pokok yang bahaya. Menaik taraf kemudahan di Gunung Datuk seperti dewan terbuka, chalet dan tandas. Mempelbagaikan program di Gunung Datuk sekaligus membantu koperasi dari segi kutipan bayaran sewa serta meningkatkan hasil pendapatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih untuk jawapan. Dato’ Yang Dipertua, saya agak terperanjat jugak bahawa Koperasi Gunung Datuk ni tidak disambung permit untuk pengurusan mengawal urus di peringkat koper, ataupun di peringkat kawasan Gunung Datuk tersebut kerana yang memberinya dulu jugak

adalah kita, sebagai Kerajaan. Saya masih ingat dalam Dewan ni kita yang apa, memutuskan bahawa biarlah satu koperasi ditubuhkan supaya dapat membantu mengurus kawasan tersebut supaya faedahnya dapat diterima oleh masyarakat tersebut. Oleh kerana sudah batal ni, adakah, saya nak bertanya, pihak Kerajaan ingin menyambung semula koperasi ini, jika mereka memenuhi syarat dan memintak rayuan.

Yang kedua, kalau Dato’ Yang Dipertua, kalau boleh dihalang supaya jangan ada pihak swasta pulak yang ambil alih sebab urusan, urusan Gunung Datuk ini kita nak mintak biarlah masyarakat tempatan yang mengurus selia kawasan tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota, berhubung dengan soalan tambahan. Sebenarnya kita memberhentikan sementara ya, koperasi tersebut menjalankan aktivitinya disebabkan kita lihat semasa mereka menja, menjalankan aktiviti di Gunung Datuk, kita lihat bahawa kebersihannya, kemudahannya, tidak dijaga dengan baik. Selepas tu apabila Jabatan Hutan mengambil semua Gunung Datuk ini, kita telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta iaitu Kibing Group Berhad untuk menjadi ayah angkat untuk selama 6 bulan, inshaa Allah, selepas adanya kerja-kerja pe, penambah, penambahbaikan dan juga kerja-kerja men, men, mencantikkan ataupun menceriakan kawasan tersebut diambil. Dan saya telah berbincang juga dengan pihak koperasi supaya melihat ya, bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan pelancongan yang dapat menarik minat ramai pengunjung khususnya daripada luar, bukan sahaja Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Jadi ini memberikan satu pendapatan yang baik kepada penduduk di kawasan tersebut kerana kunjungan pelancong ini, dan peminat-peminat gunung ini. Jadi kalau ia terus dibiarkan, dia akan mencacatkan dan pastinya pelancong tidak akan hadir di kawasan tersebut.

Kerana itu, saya telah meminta dan berbincang dengan Pengarah untuk mengambil alih selama 6 bulan ini, untuk kita naik taraf di samping itu juga, kita minta pihak swasta ini untuk memberi kerjasama membangunkan kawasan tersebut. Dan selepas ia pulih sepenuhnya, dan menerima kunjungan semula pengunjung-pengunjung dan pelancong-pelancong, saya rasa kita akan serahkan dengan syarat-syarat yang lebih ketat untuk memastikan kawasan pelancongan ini terus mendapat menarik minat pengunjung pada masa akan datang.

Boleh saya tambah sikit Dato’ Dipertua? Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana pembatalan ini adalah sementara dan untuk dipermudah ubahsuaikan pengurusan tersebut. Dan saya jugak gembira dengar dari dalam Dewan mulia ini, kalau sudah 6 bulan besok kita jugak bagi peluang balik kepada koperasi untuk merayu supaya mereka dapat diberi peluang bersama dengan pihak swasta di bawah Jabatan Perhutanan tersebut, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya kira, saya dah penuhilah masa yang kita peruntukkan untuk soalan lisan. Jadi kita dah pukul 12:00 ya. Dah bagi masa panjang dah, sebab 11:30, saya bagi pukul 12:00-lah. Jadi saya nak pergi kepada, agenda seterusnya ya.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14”.

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, usul pertama.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14”.

Dato’ Dipertua, 2 minggu lagi, pada 9 haribulan Mei, rakyat Malaysia akan menyambut ulang tahun pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Pada 9 Mei tahun lepas, dalam PRU Yang Ke-14, rakyat Malaysia telah pun mencipta satu sejarah untuk memilih sebuah pentadbiran baru. Dan bagi saya, keputusan yang dibuat oleh rakyat Malaysia pada PRU Yang Ke-14 yang paling signifikan dan mempunyai kesan positif jangka panjang kepada negara kita ialah PRU Ke-14 telah membuka satu lembaran baru dalam politik negara, dan mewujudkan sistem 2 parti dalam sistem politik negara kita. Maksudnya bahawa, sistem 2 parti ini, menjadikan bahawa dalam landskap politik negara, tidak akan ada lagi mana-mana parti yang akan dominan selama-lamanya, tidak mana, tidak ada lagi mana-mana Kerajaan yang boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka akan menjadi Kerajaan selama-lamanya.

Tetapi ia telah pun membukak satu budaya politik baru di mana sentiasa akan ada check and balance kepada Kerajaan yang memerintah dan pembangkang juga akan sentiasa memantau dan rakyat akan sentiasa mengingatkan sesiapa sahaja parti yang memerintah supaya terus dan mesti mengekalkan sebagai sebuah Kerajaan yang berintegriti, yang dapat memenuhi hasrat dan aspirasi daripada rakyat. Kalau tuntutan dan permintaan ini, tidak dapat ditunai oleh parti yang memerintah, maka nasib yang akan menimpa parti yang memerintah sudah tentunya akan diturunkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Jadi saya mengatakan bahawa, dalam konteks politik negara pada hari ini, sistem demokrasi kita semakin subur. Dan kita melihat bahawa adanya sistem 2 parti, ada Kerajaan baru, ada pembangkang yang kuat, yang mempunyai bilangan yang ramai, bukan sahaja di Dewan Rakyat, dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan juga mempunyai bilangan yang ramai, daripada pembangkang. Dan menyebabkan bahawa kita akan sentiasa kompetitif dan demokrasi akan sentiasa subur.

Dan sebagai orang lama sebagai pembangkang, dulu, saya menghormati dan saya juga amat menghargai peranan yang dimainkan oleh pembangkang khususnya Ketua Pembangkang. Justeru itu saya mengucapkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau kerana

telah diberikan mandat semula oleh rakyat di kawasan DUN Rantau untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau dan memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Dipertua, bagi Kerajaan Pakatan Harapan, saya kira bahawa keputusan PRT Rantau mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Ia membawa hikmat yang baik kepada Kerajaan kita, kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana kita memilih semula seorang ADUN sebagai Ketua Pembangkang yang cukup berpengalaman kerana Yang Berhormat Rantau pernah menjadi Menteri Besar selama 3 penggal. Sudah tentuhnya pengalaman beliau sebagai Menteri Besar akan dapat memberikan banyak pandangan, pengalaman dan juga teguran-teguran kepada pentadbiran sekarang supaya kita membuat dengan lebih baik. Kerana seorang Ketua Pembangkang yang constructive, yang berpengalaman, sangat penting.

Saya juga percaya bahawa dulu saya semasa menjadi Ketua Pembangkang, saya telah menjalankan tanggungjawab saya dengan baik. Itu sebabnya Rantau boleh menjadi Menteri Besar 3 penggal. Saya, sebab saya bagi teguran yang baik, me, memantau Kerajaan, Kerajaan membuat kerja-kerjanya dengan baik, dengan efektif, maka diberikan sokongan. Dan kita mesti mengambil pendekatan ini, dan mempunyai minda yang positif ini, bahawa apa yang ditegur, apa yang diberikan saranan mesti kita ambil kira, mesti kita bagi perhatian serius.

Jadi, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya harap dan saya nasihatkan supaya teguran yang diberikan oleh Ketua Pembangkang, oleh ahli-ahli Dewan yang lain, oleh backbenchers, oleh saya, oleh ahli-ahli Pembangkang, mestilah diberikan perhatian yang serius. Dan mana-mana cadangan yang constructive itu mesti diambil tindakan. Mudah-mudahan kalau pandangan-pandangan itu diambil kira, dan tindakan-tindakan yang diambil dengan baik, mudah-mudahan Yang Amat Berhormat Sikamat duduk sebagai Menteri Besar sekurang-kurangnya 3 penggal jugak. Boleh menandingi Rantau nanti, rekod ya.

Jadi itu yang saya harap. Semangat yang perlu dibawa dalam pentadbiran pada hari ini. Bahawa kita, jangan ada paradigma lama, jangan ada pemikiran lama, bahawa kita meminggirkan ataupun kita tak nak dengar, kalau dulu memang suara kita selalu tidak begitu diberikan perhatian. Pada hari ini, kita mesti mengamalkan satu sistem terbaik, pentadbiran yang terbuka, kita mesti mengamalkan satu sistem politik yang matang yang melihat bahawa semangat demokrasi itu mesti ada pandangan yang berbeza. Pandangan yang berbeza itu akan memberikan kekuatan kepada kita kerana dengan adanya pandangan

yang berbeza itu, kita melihat setiap isu itu, setiap dasar itu daripada pelbagai perspektif. Tetapi sudah tentunya, sebagai sebuah Kerajaan yang teri, yang telah diberikan mandat memerintah pada hari ini, kita mesti membuat keputusan kita sendiri. Selepas mengambil kira pelbagai pandangan, kita mesti defensive, kita mesti berani membuat sesuatu keputusan dengan tegas, dengan berani dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Itu merupakan hasrat yang ingin dilihat oleh rakyat pada hari ini.

Dato’ Dipertua, untuk pembangunan di Negeri Sembilan. Saya cukup yakin bahawa suasana pada hari ini, di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru dan Kerajaan Negeri yang baru, limpahan dan juga pemangkin kepada pembangunan Negeri Sembilan akan bertambah rancak. Baru-baru ini satu keputusan besar yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan akan memberikan satu bantuan dan pemangkin yang cukup besar kepada Negeri Sembian iaitu apabila Kerajaan Persekutuan telah pun membuat keputusan untuk berunding semula dengan pihak syarikat daripada Negara China dalam projek ECRL ataupun East Coast Rail Link. Apabila kita mengambil keputusan untuk berunding semula, yang mengambil masa yang sedikit panjang, hampir 11 bulan, untuk berunding semula pelbagai terma dan syarat dan bagaimana kita nak memaksimakan manfaat daripada projek ini. Kerana kita tahu bahawa keputusan ini bukan dibuat oleh pentadbiran sekarang, keputusan projek ini dibuat oleh pentadbiran yang lalu, memang kita tak puas hati, kita ada banyak reservation, ada banyak teguran terhadap cara keputusan ini, itu dibuat pada masa lampau.

Tetapi Kerajaan pada hari ini tidak ada pilihan yang banyak kerana kalau kita memilih untuk membatalkan projek ECRL ini, maka apa yang kita akan dapat ialah kita perlu memberikan pampasan, membayar pampasan berbilion-bilion ringgit kepada syarikat China itu, kerana mereka telah pun memulakan projeknya, memulakan kerja-kerjanya hampir 15%, kalau tak silap saya. Dan berbilion-bilion ringgit perlu dibayar pampasan tanpa apa-apa pulangan kepada negara kita. Dan itu, dalam proses itu kalau dibatalkan, mungkin dia akan menjejaskan hubungan 2 hala dengan Negara China.

Tetapi bijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah memastikan supaya perlu ada rundingan semula dengan pihak Negara China, bagaimana kita memaksimakan projek ini, mengurangkan kos supaya tanggungan pada masa hadapan tidaklah begitu tinggi. Hasilnya selepas rundingan semula itu, kos untuk projek ini telah pun diturunkan dengan begitu mendadak, daripada 66 bilion, kita berjimat ataupun menabung 21.5 bilion Ringgit Malaysia. Kos yang ditanggung pada hari ini lebih kurang 44 bilion. Dan dengan pengurangan kos ini,

maka jajaran perlu diubah kerana antara faktor yang menyebabkan kos itu begitu tinggi ialah jajaran itu memasuki Bentong, daripada Bentong masuk ke Gombak melalui Banjaran Titiwangsa. Kena membukak terowong sebanyak 18 kilometer. Dan dalam proses itu, kalau mengikut keputusan terdahulu, bukan sahaja kos yang tinggi, tetapi akan merosakkan alam sekitar di kawasan Gombak itu kerana ada quartz ridge yang begitu besar, yang merupakan heritage kepada negara kita. Sekarang ini kita selamatkan alam sekitar itu, selamatkan quartz ridge itu dan, khazanah negara itu dapat diselamatkan. Sudah tentu ada orang di kawasan Bentong dan Gombak kurang gembiralah, kononnya kerana projek itu tidak melalui kawasan itu. Tetapi saya harap rakyat di kawasan itu juga melihat bahawa akan ada kebaikan-kebaikan, ada program-program pembangunan yang lain yang akan membantu rakyat di kawasan di sana.

Tetapi dengan perubahan jajaran ini, dia memberikan manfaat yang begitu besar kepada Negeri Sembilan kerana apabila jajaran itu diubah, kita lihat balik geografi, ada orang semasa kempen PRK Rantau, saya cakap pasal kita akan masuk Negeri Sembilan, bukan Yang Berhormat Rantau-lah, ada rakan-rakan Yang Berhormat Rantau daripada MCA, dia kata oh daripada Bossku itu, dia kata adakah jajaran itu sampai ke Gombak, nak v-turn, bukan u-turn nak masuk Rantau, baru naik balik Klang. Takkanlah kita bodoh sebegitu. Ada pakar-pakar engineering yang akan melihat geografi negara kita.

Dan kita perlulah melihat kadang-kadang geografi negara kita, bagaimana ia boleh dielakkan Banjaran Titiwangsa itu, iaitu dengan Mentakab, jajaran itu dibawa ke Selatan, masuk ke Negeri Sembilan kerana Negeri Pahang bersempadan dengan Negeri Sembilan. Kalau di simpang durian itu, dia bersebelahan dengan Daerah Bentong, saya punya kawasan DUN Chennah, Simpang Durian, masuk 5 kilometer sudah masuk Daerah Bentong, itu kawasan Parlimen Bentong. Walaupun di sebelah Negeri Sembilan, kawasan Parlimen Jelebu, tetapi sempadan itu ialah kawasan Parlimen Bentong, di mana DUN itu DUN Pelangai. Kawasan DUN mantan Menteri Besar Negeri Pahang. Jadi dari Mentakab itu masuk ke Negeri Sembilan, dan akan masuk ke Daerah Jelebu. Dan ini memberikan impak yang begitu besar kepada kawasan Daerah Jelebu.

Dan sudah tentunya apabila masuk ke Negeri Sembilan, tak kan hanya landasan keretapi saja, mestilah kita letak satu stesen di Negeri Sembilan, sekurang-kurangnya satu iaitu sudah tentunya antara lokasi yang sedang dipertimbangkan ialah di kawasan sekitar Kuala Klawang dan juga berdekatan dengan Titi supaya dua-dua kawasan DUN mendapat manfaat, bukan sahaja Kuala Klawang, tetapi juga DUN

Chennah. Dan Parlimen Daerah Jelebu secara keseluruhannya akan mendapat manfaat kerana apabila diletakkan stesen di sana, maka stesen keretapi itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Daerah Jelebu, yang selama ini memang tidak banyak projek-projek pembangunan ataupun faktor-faktor yang menyebabkan pelabur masuk ke Daerah Jelebu.

Tetapi dengan adanya ECRL ini masuk ke Daerah Jelebu, ia akan menjadi pemangkin dan akan menjadi faktor yang begitu menarik kepada pelabur. Sudah ramai yang sudah nak lihat tengok beli tanah dekat Jelebu ni. Jadi pemilik-pemilik tanah Jelebu sekarang ini boleh, boleh begitu gembira, malam tidur pun boleh, boleh ketawa sebab ramai yang akan melihat kepada tanah-tanah di Jelebu ni, nak beli. Dan saya difahamkan ada pihak-pihak swasta yang sudah ada land bank di data, di Jelebu ini, di Daerah Jelebu ini. Jadi apabila kita ada pemangkin seperti ECRL ini, ia merupakan gain ginger kepada Daerah Jelebu.

Dan justeru itu, kita mesti melihat dan merancang bagaimana kita dapat memaksimakan manfaat daripada ECRL ini untuk pembangunan di Daerah Jelebu. Banyak manfaat yang boleh di, di, di, kita maksimakan. Dan banyak sektor yang bakal akan dapat tempias kerana selama ini Daerah Jelebu bukannya penarik ataupun faktor yang akan membuatkan orang nak mendirikan kawasan perindustrian di sana. Yang Berhormat Rantau, sebagai mantan Menteri Besar sudah tentu faham perkara ini. Dulu memang tak, tak ada ramai nak tarik pelabur pergi Jelebu, nak bukak kilang, tak ramai yang nak pergi, sebab kawasannya yang berbukit bakau, nak, nak pakai jalan raya, nak pakai apa ni, lori-lori treler besar memang payah nak daki gunung dan sebagainya.

Tetapi dengan adanya landasan keretapi, dan ECRL ini fokusnya bukan saja kepada penumpang, fokusnya ialah kepada keretapi yang untuk membawa kargo, cargo train supaya kerana ada 2 pelabuhan yang akan disambungkan melalui jajaran ECRL ini iaitu di sebelah Pantai Timur ialah Pelabuhan Kuantan dan di sebelah Pantai Barat ialah di Pelabuhan Port Klang. Jadi dengan adanya penyambungan kedua pelabuhan utama ini, maka apa-apa kawasan di sekitar jajaran sepanjang ECRL ini, amatlah sesuai untuk dijadikan kawasan perindustrian. Kerana daripada stesen-stesen itu, kargo ataupun barangan yang dihasilkan oleh kilang-kilang di kawasan perindustrian itu boleh diangkut ke Port Klang ataupun ke Kuantan Port.

Jadi ini merupakan satu lonjakan, satu faktor yang akan membawa kepada pembangunan di Daerah Jelebu. Dan saya syorkan dan cadangkan supaya perancangan rapi daripada pihak Unit Perancang

Ekonomi untuk melihat bagaimana kita membangunkan kawasan perindustiran di Daerah Jelebu. Khususnya perindustrian yang berasaskan kepada agro base kerana kita ada banyak hasil pertanian di Daerah Jelebu, ada getah, ada kelapa sawit, macam-macam, ada hasil pertanian yang lain. Dan bagaimana kita dapat menarik dibuat, dibina kawasan perindustrian di sana, dan kilang-kilang yang berasaskan barangan agro base dapat didirikan di kawasan di sekitar Jelebu dan diangkut melalui kereta api ke pelabuhan-pelabuhan untuk dieksport dan sebagainya.

Jadi ini bukan saja dapat membantu industri, perindustrian tetapi juga dapat membantu sektor pertanian di Daerah Jelebu kerana apabila ada kilang di sana, sudah tentunya permintaan terhadap hasil pertanian itu akan meningkat. Jadi ini merupakan satu pemangkin yang cukup besar, kepada, kepada pelbagai sektor dan kepada pengusaha-pengusaha di seluruh Daerah Jelebu.

Bukan itu sahaja, untuk perindustiran dan pertanian, sektor pelancongan juga akan mendapat tempias kerana daripada jajaran itu, maka orang yang boleh daripada Lembah Kelang mereka boleh mengambil keretapi itu, perkhidmatan keretapi tu, umpamanya dari Putrajaya, daripada Stesen Putrajaya naik ke kawasan Jelebu, kalau dari Putrajaya ke Jelebu mungkin dalam setengah jam saja. Itu yang jarak dia, kerana dia, electrified train, perjalanannya 160 kilometer sejam, sudah tentunya jaraknya tidak begitu jauh, dalam setengah jam dari Putrajaya sampai ke Jelebu. Ini akan dapat membantu dari segi eco-tourism, sektor pelancongan di Daerah Jelebu, yang memang kita cuba nak hidupkan, kita cuba nak, nak pergiatkan sektor eco-tourism ini. Sebab di Daerah Jelebu, memang persekitarannya yang alam semula jadinya cukup baik, yang masih terpelihara, yang belum lagi diterokai dan sebagainya, menjadikan Jelebu ini merupakan satu heaven kepada eco-tourism di negara kita. Dan ini saya yakin, sudah tentunya akan memberikan banyak-banyak manfaat kepada pembangunan di Daerah Jelebu.

Tetapi bagi pihak Kerajaan, kita mesti bersiap sedia kerana projek ini dihidupkan, pembangunan ataupun apa ni, construction-nya akan bermula seawal bulan depan. Dia hidupkan semula, jalankan semula, kontraktor jalankan semula. Mana-mana jajaran, mana-mana landasan sudah mula itu akan diteruskan, bermula bulan Mei lagi. Tetapi untuk jajaran baru ini, dia mengambil masa sedikit untuk Laporan EIA, untuk pastikan jajarannya, pastikan stesennya dan sebagainya. Mungkin pembinaannya mungkin akan mengambil masa setahun sele, selepas ini.

Tetapi perancangan pembangunan di kawasan sekitarnya mesti bermula sekarang. Dari peringkat Kerajaan Persekutuan, sudah ada agensi-agensi yang sudah dikenal pasti bagaimana kita memaksimakan pembangunan TOD di sepanjang jajaran itu. Saya memohon supaya Kerajaan Negeri memberikan perhatian yang serius kepada perkara ini supaya manfaat ini dapat dimaksimakan untuk pembangunan di Negeri Sembilan, khususnya di Daerah Jelebu.

Dan saya harap dalam perkara ini, pihak pentadbiran Kerajaan Negeri mesti melihat serius kepada faktor pentadbiran di kawasan Daerah Jelebu. Sebab saya tak nak nanti tengok Pegawai Daerah di Jelebu ini seolah-olah kerusinya sebagai transit saja. Selalu saya dengar Pegawai Daerah Jelebu ditukar-tukar. Saya ADUN Chennah 5 tahun, 6 tahun, dah berapa kali dah tukar dah Pegawai Daerah. Saya mintak supaya Kerajaan Negeri identified seorang Pentadbir yang cekap, pentadbir yang berpengalaman, letak di Jelebu supaya betul-betul fokus kepada pentadbiran di Jelebu dan meningkatkan pembangunan di Daerah Jelebu ini. Kerana Daerah Jelebu adalah antara yang luar bandar di Negeri Sembilan. Kita mesti fokus bagaimana nak merancang. Dan saya harap dalam perkara ini pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Unit Perancang Ekonomi, boleh melihat bagaimana untuk membantu membangunkan kawasan Daerah Jelebu dari segi pentadbirannya.

Selain daerah, Daerah Jelebu, saya tahu bahawa fokus daripada pentadbiran dulu ialah nak membangunkan MVV iaitu 3 daerah utama di Negeri Sembilan. Seremban, Pilah, nila, Nilai dan Port Dickson. Dan memang jajaran itu, daripada Jelebu, dia menghala ke Port Kelang melalui Putrajaya. Dan antara kawasan yang bakal dilalui ialah kawasan sekitar Nilai. Dan saya juga akan berusaha untuk memperjuangkan supaya kalau boleh, satu stesen berdekatan dengan Nilai dapat dibina kerana ini akan memberikan bantuan dan juga menjadi suntikan, dan sebagai sokongan kepada pembangunan MVV 2.0 di sekitar kawasan Nilai dan Seremban.

Jadi itu berkenaan dengan ECRL yang, Dato’ Yang Dipertua. Saya harap ini merupakan satu projek yang besar, yang bakal dilaksanakan. Dan di peringkat Negeri Sembilan, kita mesti memberikan perhatian secara dekat, secara serius kepada hala tuju pembangunan projek ini. Dan saya sebagai Menteri daripada Negeri Sembilan yang menjaga portfolio pengangkutan sudah tentunya saya akan bersama-sama memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri supaya pembangunan ini memberikan tempias dan manfaat keapda Negeri Sembilan. Selain, sudah tentunya negeri-negeri di Pantai Timur akan mendapat banyak manfaat juga daripada pembangunan projek ini.

Dato’ Dipertua, pada persekitaran pada hari ini, rakyat memberikan fokus yang paling penting ialah kepada ekonomi negara kita. Memang kita tahu bahawa ada suara-suara yang masih tidak berpuas hati kepada suasana ekonomi di negara kita. Kos sara hidup antara isu yang sering diperkatakan, kos sara hidup antara isu yang panas dalam setiap kempen pilihan raya kecil. Kita tahu dan kita faham, Kerajaan sedar. Dan memang kita banyak memberikan penumpuan, fokus kepada pembangunan ekonomi.

Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hampir setiap minggu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri set, sering mengingatkan Menteri-Menteri Kabinet supaya kita mesti mengamalkan dasar mesra perniagaan, ataupun business friendly. Kerana pihak swas, sektor swasta, kalau diberikan satu persekitaran business friendly, mereka akan membantu untuk memajukan negara. Dan perkembangan ekonomi itu akan berjalan kalau swasta memainkan peranannya melabur, mewujudkan peluang pekerjaan dan kalau mereka mendapat untung, mereka membayar cukai kepada Kerajaan. Maka ini akan merupakan satu putaran yang akan membantu perkembangan ekonomi negara kita.

Seawal tahun 80an, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memperkenalkan konsep Malaysia Incorporated. Malaysia Incorporated ini merupakan dasar apa ni, pensyarikatan Malaysia. Iaitu satu konsep di mana perlu ada kerjasama yang erat di antara Kerajaan dengan pihak swasta. Kerana dengan adanya dasar ini, dasar Malaysia Incorporated ini, maka ia telah membantu pembangunan Malaysia dengan begitu rancak sekali, pada era 80an dan 90an. Kerana yang pertamanya ia akan membantu pelaburan dalam pelbagai sektor, pelbagai projek-projek infrastruktur di mana kalau bergantung kepada Kerajaan, Kerajaan ada kekangan dari segi peruntukan pembangunan. Swasta kalau diberikan bantuan, diberikan apa ni, kelulusan, mereka akan melabur dana swasta untuk membangunkan projek-projek infrastruktur dan sudah tentunya mereka akan melabur. Pada masa yang sama ia juga akan dapat mengurangkan kos Kerajaan, bukan sahaja dari kos CAPEX, juga kos pengoperasian apabila swasta memainkan peranan penting ini.

Dan pada masa yang sama ia mewujudkan peluang pekerjaan. Dan analogi yang sering diguna pakai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa Malaysia ini seolah-olah satu syarikat. Mana-mana anak-anak syarikat, syarikat-syarikat swasta yang berdaya saing, yang mendapat keuntungan, syarikat induk itu akan mendapat keuntungan kerana Kerajaan akan mendapat hasilnya melalui cukai. 26% daripada keuntungan syarikat korporat itu akan diserahkan

kepada Kerajaan melalui corporate tax. Jadi ini merupakan satu konsep yang mesti kita fahami, yang mesti kita amalkan supaya kita memudahcarakan pihak swasta untuk melabur dan membangunkan ekonomi bersama-sama dengan Kerajaan. Kerajaan ada objektifnya, Kerajaan ada dasarnya, Kerajaan ada matlamat dan wawasannya, tetapi kita tak boleh melaksanakan segala wawasan itu dengan kita sendiri. Kita memerlukan pelaburan daripada pihak swasta. Itu sebabnya mesti ada pemudah cara di, daripada pihak Kerajaan untuk kita membangunkan.

Dalam konteks Negeri Sembilan, peruntukan pembangunan kita hanya dalam lingkungan 100 juta lebih. Dengan kekangan belanjawan yang begitu sedikit, sukar untuk kita membangunkan negeri kita, dari segi infrastruktur, dari segi kemudahannya kalau tidak ada penglibatan daripada pihak swasta. Sorry to say, kalau 100 juta tu, untuk ECRL, bayangkan, dari segi konteksnya, kalau 100 juta, peruntukan pembangunan Negeri Sembilan, cukup hanya untuk 2 kilometer, Dato’ Dipertua. Satu kilometer untuk ECRL makan belanja 68 juta. Kalau peruntukan pembangunan kita, negeri kita, cukup hanya untuk 2 kilometer. Tak tahu daripada Kuala Klawang nak sampai ke Titi pun tak cukup. Kuala Klawang sampai ke Titi – 8 kilometer.

Jadi, memang dari segi konteks tu, saya bukan nak memperlekehkan. Memang struktur fizikal kita begitu. Kerajaan Negeri mempunyai hasil yang cukup limited, yang cukup terhad. Memang telah, dulu dalam Dewan yang mulia ini, saya pernah katakan, kita perlu melihat bagaimana ada fiscal decentralization, bagaimana Kerajaan Negeri mempunyai hasil yang lebih banyak daripada pembangunan negeri kita. Tetapi apa pun dengan, dengan limited budget ini, bukannya kita tak boleh membangunkan negeri kita. Kita mesti mengamalkan satu dasar, bagaimana untuk merancakkan ekonomi kita melalui penggalakan pihak swasta.

Itu sebabnya sukacita saya nak cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Sembilan menggubal satu dasar Negeri Sembilan Incorporated. Dasar NS Incorporated ini bukannya kita nak tubuhkan syarikat, kita bukan nak tubuhkan satu Syarikat NS Incorporated, dan jangan nanti ada ADUN-ADUN nak, berlumba-lumba nak menjadi Ahli Lembaga Pengarah. Bukan saya nak mintak tubuhkan satu syarikat baru. Kita sudah ada MBI, Negeri Sembilan Incorporated ini merupakan satu konsep di mana kita melihat Kerajaan itu, Kerajaan Negeri itu sebagai satu syarikat besar, bagaimana untuk membantu pembangunan dalam negara, negeri kita melalui penglibatan swasta.

Dan dasar dan konsep ini mesti difahami oleh semua. Dan semua, seluruh negeri seolah-olah satu syarikat besar. Menteri Besar seolah-olah seorang CEO. Dan perlu ada mesyuarat-mesyuarat berkala dengan pihak penggiat-penggiat industri. Panggillah mereka dalam meja, sidang meja bulat. Dengar apa pandangan mereka, dengar apa masalah yang mereka ada, apakah bottle neck, apakah halangan, macam-macam peraturan yang mungkin sudah obsolete, yang sudah tak relevan lagi. Kita permudahkan peraturan-peraturan ini.

Saya, pengalaman saya dalam setahun dalam Kerajaan sekarang ini, saya tahu bahawa banyak peraturan-peraturan kita, terlalu banyak kerenah birokrasi dalam peraturan-peraturan yang kita telah tetapkan. Bukan saya kata itu salah, tetapi sudah sampai masanya kita permudahkan. Kita lihat balik kalau ada peraturan yang tak perlu, tak relevan, permudahkan. Bukannya kita nak menyusahkan proses itu. Kita nak memudahkan proses itu supaya perlu ada intergrasi, perlu ada seamless lulus, kelulusan, supaya ini dapat mempercepatkan proses untuk pelaburan daripada pihak swasta.

Di peringkat Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Kewangan ada satu unit untuk membantu ataupun memproses mana-mana cadangan daripada pihak swasta iaitu melalui UKAS, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS). Dan mungkin di Negeri Sembilan, perlu juga ada satu unit sebegitu terus di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar memantau, supaya apa-apa cadangan daripada swasta, terus sampai kepada perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan diuruskan dan diberikan arahan kepada penjawat awam, mesti dilaksanakan dengan segera. Kerana itu yang paling penting, sekarang ini kita tak nak lihat ada bottle neck, cadangan itu tak sampai kepada peringkat teratas, dan pelbagai halangan di peringkat bawah yang menyebabkan mungkin pelabur itu lari ke tempat lain.

Jadi saya harap perlu ada, ada satu apa ni, hala tuju , satu pendekatan di mana Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh memantau sendiri, tubuhkan satu unit khas su, serupa dengan UKAS, mungkin di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ada sekretariat daripada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi, dan bersama-sama untuk mempercepatkan segala proses pelaburan daripada pihak swasta dan kita ini akan menjadi sebuah negeri yang business dan investors friendly, dan saya yakin kalau dengan adanya usaha seperti ini, dia akan menarik banyak pelaburan ke dalam Negeri Sembilan. Dan sudah tentunya, Menteri di pihak Kerajaan Persekutuan, saya juga akan sama-sama menyokong usaha ini, ke arah pembangunan Negeri Sembilan.

Jadi saya berharap, Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh memberikan perhatian yang serius kepada cadangan ini, saya rasa sudah sampai masanya kita perlu ada satu pendekatan yang lebih telus, yang lebih cepat. Kita tahu bahawa ada pelbagai bottle neck, kadang-kadang di peringkat pelaksana, di penjawat-penjawat awam. Bukan salah mereka, mereka ikut cara kerana ada dasar, ada peraturan, mengikut regulations. Tetapi perlu ada, ada intervention daripada pihak pimpinan tertinggi supaya melihat kalau ada bottle neck, ada regulations yang tak relevan itu, kita permudahkan. Kita boleh ubah, kita boleh pinda regulation-regulation itu supaya akhirnya, apa yang kita nak lihat ialah supaya segala proses itu dapat dipermudahkan dan merancakkan pembangunan ekonomi Negeri Sembilan.

Dengan adanya pembangunan ekonomi, dengan adanya kerancakan pembangunan, sudah tentunya ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Hara, hari ini kita banyak fokus kepada harga barangan saja. Tetapi apa yang penting bukan sahaja Kerajaan perlu mengawal kos barangan ataupun harga barangan, tetapi apa yang lebih penting ialah peningkatan pendapatan boleh guna oleh rakyat kita. Dan itulah kalau kita nak meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, meningkatkan kualiti hidup rakyat, kita mesti menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi, yang bergaji tinggi. Dan ini sudah tentunya tak boleh dilaksanakan oleh Kerajaan sendiri kerana Kerajaan ada kekangan. Kalau penjawat-penjawat awam nak gaji yang lebih tinggi, kita ada kekangan. Dan kita perlukan pelaburan dari pihak swasta, merancakkan ekonomi. Kalau Kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat ada hasil yang lebih tinggi, bolehlah kita bagi bonus kepada penjawat awam. Dan pada masa yang sama, dengan adanya kerancakan daripada pihak swasta, dan peluang pekerjaan yang banyak akan dijana untuk orang kita, orang, oleh rakyat kita di dalam peringkat swasta.

Jadi, itu yang saya nak sampaikan pada hari ini, mesej yang paling penting yang saya nak sampaikan kepada pihak Kerajaan Negeri, supaya kita mesti melihat bagaimana bersama-sama dengan pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan, terutamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang memang beliau begitu aktif sekali, begitu hands on sekali, beliau berjumpa dengan pelabur-pelabur dari seluruh dunia. Pelabur-pelabur dari seluruh dunia sekarang ini beratur nak berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, membawa cadangan-cadangan. Dan Perdana Menteri sendiri berjumpa dengan mereka, mendengar cadangan mereka. Dan apabila cadangan dirasakan dapat dilaksanakan, dan memberikan manfaat kepada negara, maka arahan akan diberikan untuk memudahcarakan cadangan-cadangan ini. Jadi saya harap pendekatan

yang sama, boleh digunakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di Negeri Sembilan.

Dato’ Dipertua, saya juga nak mengambil sedikit kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Dipertua, kerana saya lihat dalam agenda dalam Dewan yang, kali ini, ada beberapa jawatankuasa akan ditubuhkan. Sudah tentunya jawatankuasa-jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran negeri kita dan memastikan integriti sentiasa terbela, sentiasa dijaga dalam pentadbiran negeri kita. Dan memang itu satu hala tuju yang cukup baik dan saya memberikan sokongan penuh kepada pendekatan penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa ini, termasuklah keahliannya. Bukannya saja dari backbenchers, daripada kerajaan, tetapi juga daripada pembangkang bersama-sama memantau pentadbiran dalam Kerajaan Negeri dan memberikan maklum balas, memberikan input supaya ada pandangan-pandangan ini dapat digunakan. Dan tidak ada sesiapa yang melaksa, melakukan sesuatu itu tanpa integriti. Dan itu adalah satu, satu apa ni, satu pendekatan yang cukup baik.

Dan saya juga tahu bahawa yang, yang, Yang Berhormat Dato’ Dipertua telah pun memulakan sistem ataupun pendekatan pemodenan Dewan Undangan Negeri. Kita sudah ada penggiliran soalan, lebih ramai Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pembangkang yang dapat bertanya. Tadi Yang Berhormat Senaling mintak ditambah setengah jam 25 minit, dipersetujui oleh Yang Berhormat Dato’, Dato’ Dipertua. Kalau dulu saya mintak, tak dapat. Sekarang Yang Berhormat Senaling tahu bagaimana saya rasa dulu.

Tapi itulah, yang saya harap, kita bukannya nak berdendam, kita bukannya nak, nak, nak apa ni, nak, nak, nak melakukan sesuatu untuk mencari pasal dengan pihak pembangkang. Sama-sama kita memanfaatkan negeri kita. Kita harap perjalanan sistem Dewan Undangan Negeri yang mulia ini terus berkembang pesat, terus maju ke depan. Ada siaran langsung lagi sekarang, melalui Facebook Live, mana titah ucapan Baginda semalam, juga disiarkan melalui Facebook Live pihak SUK Negeri Sembilan. Ini sesuatu pemodenan yang baik, yang ke arah lebih terbuka, lebih telus kepada rakyat.

Cuma saya nak memberikan sedikit pandangan kepada Yang Berhormat Dato’ Dipertua, ini sekadar nak berkongsi pengalaman. Saya bukan nak mengajar Dato’ Dipertua bagaimana menjalankan perjalanan di, di Dewan yang mulia ini. Cuma Dato’ Dipertua, saya nasihatkan supaya kurangkan mencelah. Sebab Dato’ Yang Dipertua, tadi saya lihat ada pencelahan-pencelahan yang tidak patut

dilaksanakan, ataupun dilakukan oleh Speaker. Sebab dulu pernah kita tegur di Dewan yang, Dewan Rakyat, “Speaker don’t be a speaking speaker”. Speaker ini mempengerusikan mesyuarat, Speaker ini bukan penceramah. Jadi saya harap Dato’ Dipertua, jangan ambil hati, jangan terlalu banyak mencelah sebab kita mesti ada pengasingan kuasa. Soal isu pentadbiran Kerajaan, Speaker tak boleh masuk campur walaupun perkara kecil. Nak bagi berapa kepada rumah terbakar itu, itu urusan pentadbiran eksekutif. Dan sebagai Speaker tidak boleh mencampuri urusan itu. Pada masa yang sama, urusan pentadbiran Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar juga tak boleh campur, nak bagi live, FB, nak Facebook Live ke, nak bagi masa lebih ke, nak tubuh jawatankuasa, itu hak dan kuasa bagi masa lebih ke, nak tubuh jawatankuasa, itu hak dan kuasa Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Dan saya harap pengasingan kuasa ini mesti dihormati.

Pada masa yang sama, kuasa eksekutif kita mesti jaga, itu kuasa mereka. Yang nak kritik, yang nak tegur, yang nak bagi pandangan, itu kerja saya sebagai backbencher dan ahli-ahli Dewan yang lain. saya boleh tegur, saya boleh kritik, Menteri Besar pun kita, kadang-kadang boleh kritik, tetapi percayalah, bahawa walaupun kita bagi teguran, bagi kritikan, tetap kita menyokong Yang Amat Berhormat Sikamat sebagai Menteri Besar. Dan kita nak harap supaya pentadbiran Yang Amat Berhormat Sikamat akan membuahkan hasil yang baik kepada negeri kita, memberikan manfaat kepada pembagnunan di Negeri Sembilan. Dan akhirnya ia akan memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan supaya dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya.

Jadi saya, dengan itu saya nak mengakhiri ucapan saya, saya memohon maaf kepada Yang Berhormat Dato’ Dipertua, kerana saya perlu mohon, memohon cuti bermula esok.

Yang Dipertua Dewan

Cuti?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Memohon cuti daripada sidang Dewan Undangan Negeri bermula esok sehingga ke habis. Saya tak tahu bila habis, mungkin ada 6 hari, saya tak dapat hadir dalam baki persidangan kali ini, sebab esok ada Mesyuarat Jemaah Menteri pada pagi hari Rabu dan selepas itu saya akan mengikut rombongan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membuat lawatan rasmi ke negara China. Bukan saya nak ponteng Dewan, tetapi saya ada urusan yang lain, ada urusan rasmi untuk membangunkan negara kita dan juga negeri kita. Walaupun secara fizikalnya saya tidak berada dalam sidang Dewan,

tetapi di mana jua saya ada, kepentingan Negeri Sembilan tetap akan saya perjuangkan.

Dan saya harap dngan kata-kata itu, saya mengakhiri ucapan saya, dan kita akan terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk mentadbir negeri kita dan membawa Negeri Sembilan ke arah yang lebih bersih dan sejahtera, untuk rakyat Negeri Sembilan. Dengan itu saya mohon mencadangkan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Chennah. Sokongan pada usul? Usul ucap terima kasih YB Chennah, titah baginda semalam tak sebut.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Saya mohon mencadangkan.

Yang Dipertua Dewan

Cadangkan.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Saya mohon mencadangkan usul. Usul telah saya baca pada permulaan tadi. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dipersilakan sokongan, pencadang untuk usul.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya Suhaimi bin Kassim daripada Lenggeng menyokong usul tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Menyokong usul.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Berucap? ‘Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.

Tuan Yang Dipertua ya, saya Suhaimi bin Kassim daripada Lenggeng, menyokong titah ucapan daripada baginda Yamtuan dan juga daripada Chennah, ya. Dan sebenarnya apa yang kita sedang lalui sekarang ini

ya, sangat bertepatan dengan seruan yang di, dititahkan oleh Yamtuan pada semalam.

Tuan Yang Dipertua, Allah SWT berfirman, ‘Azubillahhiminashaitannirrajim [melafazkan ayat Al-Quran, Surah Yunus ayat 19]. Yang bermaksud, asalnya manusia ini bersatu, daripada bapak yang satu, kemudian dia berkembang biak lalu berpecah belah, lalu dia berkhilaf. Kalaulah tidak kerana ketetapan daripada tuhan, bahawa dia akan menghukum manusia ini selepas kematian mereka, nescaya ketika mereka derhaka kepada perintah Allah SWT, nescaya Allah akan hukum dia, cash ya, ketika dia melakukan kesalahan tersebut. Telah menjadi satu ketetapan sebenarnya daripada tuhan kita bahawa Allah, manusia ini akan berpecah belah. Adik beradik berpecah belah ya. Kalau duduk dalam satu kampung berpecah belah. Duduk dalam masjid, masjid pun pecah belah jugak ya. Kerana apa? Kerana pelbagai fahaman yang mereka faham, yang mereka pegang ya. Dan akhirnya mereka meninggalkan apa yang dikatakan perintah Allah SWT. Mereka utamakan kehendak hawa nafsu ya, lalu mereka hasut sebahagian yang lain ya, mereka gunakan kepetahan berkata ya, untuk menghasut mereka yang lain, supaya ya, tanpa disedari mereka memecah belahkan kesatuan manusia itu.

Maka ketetapan ini telah Allah SWT jawab jugak, di dalam satu ayat yang lain [melafazkan ayat Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 213]. Yang bermaksud, asalnya manusia itu bersatu, kemudian setelah beberapa ketika mereka berpecah lalu Allah SWT utuskan para Nabi yang sangat ramai, yang kerjanya memberikan khabar gembira kepada manusia jika mereka taatkan tuhan mereka, mereka akan diganjari di dunia dan di akhirat. Dan juga memberi peringatan sekiranya mereka, sekiranya mereka terus menderhaka, mereka akan dihukum di dunia dan juga di akhirat. Di antara hukuman di dunia yang jarang diperhatikan oleh ramai orang ialah istidraj daripada Allah SWT ya. Mereka berjaya membuat apa yang mereka nak buat ya, dan itu diizinkan oleh Allah SWT, tetapi keadaan dia tidak menjadi semakin baik. Dan keadaan masyarakat juga semakin kuat berpecah belah.

Lalu Allah SWT turunkan kepada mer, kepada para Nabi ini bersama dengannya al-kitab, dengan kebenaran supaya mereka menghukum, mereka menggunakan apa yang diturunkan daripada al-kitab itu untuk menyelesaikan khilaf sesama manusia. Dan tidaklah berkhilaf manusia itu lalu berpecah belah melainkan orang-orang ni pernah mendapat peringatan daripada al-kitab tetapi mereka tinggalkan peringatan al-kitab itu kerana baqyan, kerana hasad yang ada di dalam hati mereka sesama mereka. Lalu Allah SWT memberi hidayah kepada orang yang

beriman ya, setelah mereka berkhilaf, lalu mereka bersatu dengan keizinan Allah. Dan Allah SWT jualah yang akan memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki melalui apa yang dinamakan silatulmustaqim ya. 60 tahun ni ada jalan dia, dia bukan seperti jalan raya yang seperti kita dok faham sekarang ya. Apa yang difaham perlu dipelajari tentang siratulmustaqim itu sendiri.

Perpaduan dan keharmonian hanya akan berlaku apabila manusia itu bersatu di atas kehendak Allah SWT. Apabila kehendak individu ini mahu dipaksakan, untuk membina kesejahteraan, pastilah kesejahteraan itu untuk individu sahaja. Seperti mana yang pernah berlaku kepada pemimpin diktator dunia, dan kita dapat melihat lagi saki baki kesan mereka, akibat mereka memaksakan kehendak peribadi ke atas rakyat jelata ya. Tengok sendiri istana hambra, di Andalusia ya, istananya megah, tetapi dia adalah lambang kepada seorang raja yang satu masa dulu telah mengabaikan tanggungjawabnya mentadbir hal ehwal rakyat, memberi kesejahteraan kepada mereka. Apabila kehendak sesuatu kumpulan pula, dipaksakan untuk kesejahteraan sekumpulan yang kecil, pastilah kesejahteraan itu untuk kumpulan dia sahaja. Dan orang lain pasti akan dizalimi hak mereka untuk mendapatkan kesejahteraan untuk sekelompok kecil.

Pemimpin yang sebenar sentiasa melihat bahawa kesejahteraan itu mesti diagihkan kepada semua. Pemimpin yang sebenar sentiasa memahami perpaduan dan keharmonian yang sebenar hanya berlaku apabila mereka berlaku adil, dan berlaku ehsan. Kita sentiasa mendengar penutup dalam khutbah Jumaat, innallaha ya'muru bil adli wal-ihsan. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat baik sesama manusia. Apabila kita tidak berlaku adil, pasti akan ada yang dizalimi, kezaliman ini akan menyusahkan ramai, kezaliman ini juga akan menenggelamkan masa depan hidup. Kegelapan ini akan menjadikan orang sesat dalam hidup. Lalu bagaimana mungkin mereka boleh melalui siratulmustaqim itu dengan baik apabila adanya pemimpin yang tidak mahu bersikap adil.

Begitu jugalah, adil ini pun tidak boleh dipukul, di, di, dihukum secara sama rata. Ada orang kemampuannya lebih, ada orang rezekinya diberikan oleh Allah SWT lebih, maka dia dihukum berdasarkan kemampuan dan rezeki yang diberikan kepada dia. Kita tidak boleh nak menghukum M40 sama dengan nasib dia sama seperti B40. Jadi keadilan ini mesti ditentukan berdasarkan keadaan masing-masing.

Begitu juga berihsan, amalan ihsan ini iaitu berbuat baik sesama manusia, adalah satu perkara yang wajib sebenarnya kepada mereka

yang diberi lebih oleh Allah SWT. Dan dia juga adalah satu fitrah manusia untuk berbuat baik. Hanya mereka yang telah rosak kerana hidup diselubungi oleh hawa nafsu. Lalu dia memandang baik perbuatan dia, memaksa dan sebagai tadi tu, sebagai satu benda yang baik, lalu hilanglah nilai ihsan dia, tertutup hati dia untuk melihat kesusahan orang lain, menimbang banyak perkara untuk kesejahteraan yang lain. Berlaku adil perlu dilihat kepada nasib setiap orang.

Perpaduan dan keharmonian tidak akan berlaku jika pemimpin ada sifat mementingkan diri sendiri ya. Saya melihat ya, ADUN-ADUN yang ada ni, cukup dah keadaan dia, dengan apa elaun yang mereka dapat. Jadi saya harapkan, termasuk juga kepada diri saya, jangan fikir-fikir lagi nak menambah-nambah kekayaan yang bagi saya sudah cukuplah tu, akhirnya kita semua ni, terpaksa berjumpa juga dengan, dengan tuhan kita. Dan apa yang kita nak jawab jika kita sibuk mengumpul kekayaan ya, ada orang kaya kan, percayalah, dia tidak akan pernah kenyang dengan kekayaan dia. Kalau mereka masih lagi dihinggapi oleh penyakit melayan hawa nafsu.

Malah yang lebih parah daripada itu lagi ialah perpecahan, hidup serba kekurangan dan tidak berketentuan. Dan inilah yang menjadi keprihatinan Kerajaan baru Pakatan Harapan ya, mereka akan fokus kepada ksejahteraan golongan B40. Kesejahteraan B40 bermakna kesejahteraan kita bersama. Tuan-tuan dan puan-puan semua, saya memberikan satu perumpamaan yang mudah ya, isteri kita ni mungkin lemah ya, tetapi yang lemah itulah yang menyempurnakan seorang lelaki. Jadi janganlah kita, bila dah duduk, dimudahkan oleh Allah SWT masuk dalam golongan M40, ataupun golongan T20, kita abaikan golongan B40 ini ya. Saya akan teruskan lagi ya, ada beberapa lagi perkara yang saya lihat ya, pengabaian yang teruk tentang golongan B40 ini oleh Kerajaan lama.

Allah SWT ada berfirman [melafazkan ayat Al-Quran, surah Al-Qasas ayat 4]. Sesuruh, sesungguhnya Firaun itu telah berlaku sombong di atas bumi, dan dia menjadikan rakyatnya hidup berpecah belah, sengaja dipecah-pecahkan masyarakat ini, tidak disatukan dia supaya mudah mereka memerintah. Ini yang dikatakan pecah dan perintah ni tadi ni. Mereka melemahkan sekumpulan dan mereka menyembelih anak-anak mereka dan membiarkan wanita mereka hidup. Sesungguhnya Firaun itu benar-benar termasuk dalam golongan yang merosakkan, bukan merosakkan dunia sahaja, tetapi merosakkan kehidupan manusia.

Tuan Yang Dipertua, kepimpinan ini ada banyak peringkat dia ya. Setiap peringkat perlu sedar, mereka memikul amanah

mensejahterakan hidup yang lain. Dia sendiri berkeinginan naik pangkat kerana mahukan kesejahteraan. Oleh itu, apabila dia telah sejahtera, maka jangan dia berbohong apabila dia berkata-kata, apatah lagi berbohong, berkata-kata apabila nak naik pangkat. Tidak kiralah kepimpinan itu kepimpinan di pejabat, kepimpinan di kampung, kepimpinan di masjid dan di mana jua. Kerana berbohong itu sendiri tidak akan menjadikan masyarakat bersatu, hidup harmoni dan sejahtera. Jangan kita berkhianat pula dengan amanah yang telah diberi. Jangan kita mungkir janji apabila kita berjanji. Jangan kita melampau apabila kita berselisih pendapat kerana kesemuanya tidak akan menjadikan kita bersatu, berharmoni, yang menjadi tunggak kepada kesejahteraan.

Dan saya mengharapkan kepada barisan pembangkang ya, perkara-perkara yang remeh ni tak perlulah kita nak besar-besarkan. Yang akhirnya banyak menghabiskan masa kita bersama ya. Perkara yang remeh tak perlu nak dibincang-bincangkan dekat sini. Masalah peraturan mesyuarat seperti mana yang kita lihat pada pagi tadi ya. Kita bawak satu budaya baru, kalau kita nak berbincang, biarlah berbincang seperti orang yang cerdik sebenarnya. Mintak maaf, dengan izin ya. Kita, kita semua menyaksikan, kali pertama saya masuk ke dalam Dewan Parlimen satu masa dulu ialah ketika saya Tingkatan

6. Saya sangat terkejut dengan budaya yang ada pada masa itu. Bergaduhnya, bertekaknya macam budak-budak ya. Jadi, berbincanglah dengan secara yang lebih rasional, yang lebih berfakta, yang membangunkan kita bersama. Tidak salah berkhilaf, tetapi janganlah berkhilaf itu sampai peringkat kita sentiasa mencari salah ya, orang yang kita tidak setuju. Kalaupun dalam perkara yang remeh sebenarnya. Tidak akan berlaku keharmonian dan kesejahteraan kalau kita masih meneruskan ya, cara hidup yang demikian.

Daripada Abdullah bin Amru radiallahu anhuma, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda, ada 4 tanda, kalau ada 4-4 tanda ini pada setiap, pada, pada seseorang mereka ini dikira sebagai munafik tegar ya, apabila dia ada salah satu daripadanya, 2 daripadanya, mereka, mereka dikira orang yang ada penyakit nifaq. Iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila dia bercakap dia membohong, apabila dia berjanji dia mungkir dan apabila dia bergaduh, berkhilaf dia melampau sehingga memecah belahkan yang lain.

Suka untuk saya ingatkan kepada diri saya, rakan-rakan saya, dan juga kepada barisan pembangkang ya, jangan sampai kerana kita tidak sependapat, kita susahkan urusan rakyat. Jangan kita nak bangkang semata-mata nak menang. Jika tak menang, nanti ada cerita keluar Dewan pulak, kerana bantah. Juga jangan kita kelirukan rakyat dengan

memainkan sentimen semangat perkauman dan agama yang sempit. Kerana mara, masyarakat itu sendiri akan menjadi mangsa disebabkan kepentingan sekumpulan di kalangan kita. Jangan kita cuba putar belitkan fakta. Nasihatkan kepada cyber trooper agar jangan berjalan di atas muka bumi dengan berkobar dan memecah belah perpaduan …..

Dato’ Dipertua, izinkan saya mencelah Dato’ Yang Dipertua. Saya rasa Dato’ Yang Dipertua kan, yang memecah belahkan ini bukannya kita, dan kita bercakap berkenaan dengan perkara-perkara yang sepatutnya ditunaikan. Kalau katakan bahawa apa yang disebut sebagai salah satu daripada ciri-ciri yang syi, munafik ialah orang yang tak tunai janji. Kita, tanya tunai janji je, tak tunai janji kita tanyalah. Itu saja kita tanya. Tak ada lah pulak nak pecah belahkan …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya, saya nasihatkan kepada semua, bukan kepada pembangkang saja …..

….. tak ada pulak kita memecah belahkan sesiapa. Tak ada niat kita nak pecah belahkan sesiapa.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya nasihatkan kepada semua tadi ni ya, okay. Suka juga untuk saya ingatkan diri saya, rakan-rakan dan juga penjawat awam, kita diberi amanah memerintah. Didiklah diri itu menjadi seorang yang kaya jiwa. Tidak terliur dengan perhiasan dunia yang sementara ini, lalu kita lupakan tanggungjawab kita untuk sejahterakan semua yang telah menjadi tanggungjawab kita. Duit Kerajaan ini adalah duit rakyat yang diamanahkan kepada kita. Jangan berbelanja secara boros, berlebih-lebih tetapi jangan pula kedekut hingga terlalu berkira untuk mensejahterakan rakyat.

Allah SWT berfirman [melafazkan ayat Al-Quran, surah Al Furqaan ayat 67]. Yang dikatakan ibadurrahman itu sifatnya apabila dia berbelanja, dia tidak berlebih, dan tidak pula kedekut. Dan keadaan mereka ini sentiasa berada di pertengahan. Itulah dia siratulmustaqim. Saya ada melihat pemborosan berlaku. Saya juga melihat berlaku masalah membelanjakan duit rakyat secara tidak berhemah. Kami di peringkat ADUN ya, melihat beberapa masalah ini ya. Dan ada masanya juga kami tidak mungkin dapat melihat semua perbelanjaan yang dibelanjakan oleh penjawat awam. Tetapi saya suka nak menasihatkan diri saya juga kerana ada peruntukan daripada diri saya, ke atas diri saya, dan juga kepada barisan ADUN dan EXCO ya, agar kita bertakwa kepada Allah

SWT supaya kita dapat mensejahterakan rakyat daripada kita ya, mengambil kesempatan di atas peruntukan-peruntukan yang telah diperuntukkan kepada kita. Berbelanjalah dengan hemah. Itulah tadi yang dikatakan tadi sebagai adil dan ihsan.

Tuan Yang Dipertua, masyarakat yang sejahtera, masyarakat yang tinggi sifat berdikarinya. Oleh itu suka untuk cadangkan agar warga-warga pencen, inilah tugasan kita bersama, digalakkan berkhidmat membangunkan masyarakat yang berdikari. Mungkin mereka pencen daripada jawatan-jawatan awam, tetapi apa yang dikatakan iman itu, dia tidak ada pencen. Malah dalam satu keadaan, masyarakat maju menjadikan warga pencen ini terus berkhidmat ya, menyumbang bakti kepada masyarakat mereka. Pengalaman mereka sangat berharga dan sangat diperlukan oleh masyarakat setempat ya, supaya masyarakat setempat itu dapat membina hidup yang sejahtera dan tinggi berdikari dia. Masjid mesti dibangunkan dan diba, diperkasakan sebagai pusat pembangunan pemimpin masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan semua, pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran belum tentu menjamin kesejahteraan. Apa yang penting ialah pendidikan ya, ada beza di antara pelajaran dan pendidikan ya. Pelajaran ni kita ajar, lepas tu kita lepas tangan. Ada sebahagian berjaya, tapi belum tentu yang berjaya ini memiliki akhlak, akhlak untuk mensejahterakan yang lain. Dan di sinilah pentingnya bagi saya ya, mereka-mereka yang berumur ni ya, berkorban ya, menjaga kepentingan yang bawah dan menasihati yang bawah. Bukan sekadar mengajar pencapaian yang tinggi dalam pelajaran, tetapi yang lebih penting lagi ialah pendidikan supaya masyarakat yang kita nak lahirkan di Negeri Sembilan ini masyarakat yang berakhlak tinggi, yang menjaga kebajikan semua orang, bukan sekadar tempolok mereka sendiri.

Di antara kejayaan yang terbaru ini, tahniah kepada Masjid Kariah Panchor Jaya yang telah mendapat Anugerah Masjid Paling Aktif, dan baru dalam 3 – 4 hari ini, dia baru memulakan pula program food bank yang mana food bank ini diambil orang-orang luar yang, yang susah dari kawasan mereka ni, boleh ambil makanan tu, secara percuma. Dan alhamdulillah, ya, sambutan daripada masyarakat yang mahu menyumbang ini semakin, semakin berkembang. Dan itulah yang kita harap-harapkan ya, supaya masjid ini menjadi pusat masyarakat, pusat menjaga kebajikan orang susah. Bukan sekadar menunjukkan rekod dia punya akaun, dia paling banyak ya. Akaun yang banyak digunakan untuk menghias masjid semata-mata. Tetapi orang susah dilepaskan kepada Baitulmal dan seumpama dia.

Tuan Yang diperta, Tuan Yang Dipertua, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan memang tidak dapat dielakkan melainkan pembangunan yang sejahtera itu tidak dapat berjalan dengan baik melainkan kita kena jaga juga kepentingan ekonomi golongan B40. Sekumpulannya memang ditakdirkan akan bekerja makan gaji. Dan saya harapkan lepas ni kita jaga keperluan mereka kerana ada sekumpulan yang mengambil kesempatan, tidak membayar gaji dan seumpamanya kepada ya, golongan mereka. Dan jadikanlah supaya kita ada satu penanda aras yang jelas ya, supaya ada gaji minimum yang ditetapkan apabila golongan B40 ini bekerja ya. Saya masih lagi melihat ya, ada lagi yang bekerja gajinya sekadar 600.00 sahaja sebulan. Memang satu perkara yang tidak cukup sebenarnya ya. Dan ada satu kumpulan lagi mereka mampu untuk berniaga kecil. Diharapkan pihak Kerajaan membangunkan gerai-gerai kecil di setiap tempat ya, kita telah melihat sebenarnya Kerajaan lama kurang menitikberatkan perkara ini ya. Walaupun ada yang berkata peniaga-peniaga kecil boleh berniaga tanpa lesen dan seumpamanya, tetapi kita mahu ke melihat kesejahteraan ini, gerai-gerai yang dibangunkan itu tidak tersusun, gerai-gerai yang dibangunkan itu tidak menepati ciri-ciri masyarakat yang sejahtera sebenar dia. Yang saya minta supaya Kerajaan yang baru ini, bangunkan gerai-gerai kecil ini supaya peniaga-peniaga kecil dapat, dapat berniaga dengan baik ya.

Kebelakangan ini pulak ada pulak di tempat saya ni, yang merepot-repot peniaga kecil ni. Katanya mengganggu dan sebagai dia. Sedangkan sebelum bertukar Kerajaan, peniaga tu dah bertahun berniaga di situ ya, kenapa sekarang baru nak repot-repot dan sebagai dia tadi tu. Dan saya melihat perkara ni mesti nak diselesaikan jugak, ya. Pembangunan gerai-gerai kecil ni perlu disegerakan, bukan sekadar rumah mampu milik golongan B40 sahaja. Kalau kita biarkan mereka ini, ya, maka kita akan terus lihat ya, gerai-gerai dibangunkan dalam keadaan yang tidak tersusun, menghodohkan pandangan, susah nak jaga kebersihan ya, dan sebagai dia.

Kemudian pembangunan ekonomi di Negeri Sembian ini juga saya lihat ya, boleh kita fokuskan kepada pertanian dan pelancongan. Dan di sini juga golongan B40 boleh mengambil peranan dia. Ada industri bahagian huluan, bahagian tengahan dan bahagian hiliran ya, dan kita telah mendapati sekarang ni kita ada keperluan yang mendesak untuk membangunkan makanan negara ya. Dan Negeri Sembilan ada banyak tanah ya, jangan difokuskan sahaja kelapa sawit dan atau yang dikatakan pertanian komoditi ya. Pertanian-pertanian yang melibatkan makanan negara patut juga diambil, diambil fokus untuk dibangunkan ya.

Di situ juga ada cerita tentang pelancongan, homestay. Ya tuan-tuan dan puan-puan semua saya sangat terkejut bahawa ADUN, DUN Lenggeng ini sebuah tempat yang kaya sebenar dia, tetapi dia gagal dibangunkan dengan baik ya. Dan inshaa Allah pada hari-hari mendatang ya, saya mengharapkan kerjasama daripada ya, Kerajaan supaya membantu DUN Lenggeng ini supaya dapat dibangunkan ekonomi tu nanti.

Saya juga ada dengar tentang rancangan penyambungan jalan daripada Ulu Beranang ke, ke Klawang melalui Gagu, ya. Dan diharapkan dengan jalan yang baru ini, kita dapat jadikan dia sebagai pemangkin ya, mempercepatkan pembangunan ekonomi melalui pertanian dan pelancongan ya.

Allah SWT berfirman [melafazkan ayat Al Quran, surah Al-A’raaf ayat 96]. Dan kalaulah penduduk-penduduk di kampung itu beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan membukakan kepada mereka pelbagai lagi pintu rezeki daripada langit dan bumi. Lalu mereka akan hidup bersejahtera dan bersatu. Tetapi mereka mendustakan Allah SWT dan ada sebahagian daripada mereka Allah SWT hukum mereka dengan kemusnahan.

Allah SWT juga ada berfirman [melafazkan ayat Al Quran, surah Saba’ ayat 15]. Demi sesungguhnya negara Saba’ itu ya, kemakmurannya itu adalah menjadi tanda, adalah antara tanda-tanda Allah SWT yang mana Dia-lah yang memakmurkan ya, negara Saba’ itu. Kita dapat dilihat daripada 2 buah kebunnya diper, di kanan dan di kiri. Maka makanlah daripada rezeki tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya. Baldatun taiyibatun, moga-moga dengan rezeki Allah SWT dan bersyukur itu, Allah SWT akan menambahkan nikmatnya menjadikan sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Dan begitu jugalah, sekiranya penduduk setempat itu rajin berlaku adil, bersungguh melakukan keadilan dan berihsan, Allah SWT Maha Mengampun, dan meng, menyucikan, memadamkan dosa-dosa kita ini di dunia lagi, sebelum kita bertemu dengan Dia.

Sekian itu saja ucapan daripada saya, Tuan Yang Dipertua, maka dengan ini saya mencadang untuk di, usul ini, menyokong, menyokong usul ini. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggeng yang telah menyokong usul ya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong, sekarang dikemukakan untuk dibahas. 1:00? Mintak ni, berhenti ya, tak apalah kita sambung

lepas ini, dah pukul 1:00 ya. Saya sedap pulak dengar tuan-tuan cakap ni. Okay. Kita tangguh dulu kita punya ni, sidang, akan sambung pada 2:30 ya, 2:30 terima kasih.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:08 petang]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:35 petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pagi tadi kita dah, usul telah dicadang dan disokong, maka sebelah petang ni saya nak mulakan untuk dikemukakan kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk dibahaskan. Dengan hormatnya dipersilakan, Ketua Pembangkang, ADUN Rantau, dipersilakan.

Terima kasih yang ber, Yang Berbahagia Dato’ Speaker, pertama kali, pertamanya saya nak ucap tahniah di atas kurniaan Darjah Kebesaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari keputeraan baginda baru-baru ini, di atas kurnia Dato’ Speaker¸ memang, Dato’ Speaker, you deserved it-lah ya sebagai seorang Speaker.

Yang keduanya, saya bangun hari ini untuk membahaskan titah ucapan, menjunjung kasih titah perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di atas izin, di atas perkenan baginda tuanku untuk berangkat mencemar duli merasmikan sidang Dewan penggal kedua sesi ke-14 ini. Di atas perkenan tersebut, ahli-ahli Dewan semua menjunjung kasih, setinggi kasih kepada, ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dan titah tuanku yang begitu menyeluruh di atas hasrat dan jugak prihatinan tuanku terhadap Negeri Sembilan dan rakyat amat kita junjung kasih sekali.

Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, kita dapat bersidang untuk penggal kedua, sesi ke-14 ini. Dan di sini kita akan membincangkan banyak perkara-perkara yang akan menjadi sebagai suatu keputusan yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat Negeri Sembilan. Ucap tahniahlah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang tak berapa hari akan mencapai usia satu tahun ya, mentadbir negara dan jugak Negeri Sembilan. Dan kita berharap supaya Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan baru dapat mentadbir dengan baik dan seharusnya mesti pastikan segala apa yang telah pun dijanjikan tersebut ditunaikan secara beransur-ansur, walaupun kita tahu bahawa janji-janji tersebut tidak mungkin dapat ditunaikan kerana keadaan yang tidak mengizinkan ya. Dan kerana janji-janji tersebut memang kalau nak dibuat, dia akan membebankan dan akan meletakkan negara dan negeri dalam keadaan yang amat kritikal sekali terutamanya dari segi kewangan.

Bercakap pasal kewangan, Dato’ Yang Dipertua, ia berkaitan perkara kedua yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Nombor 1 berkenaan dengan perpaduan. Perpaduan memang seharusnya menjadi sebagai agenda utama kita. Walau apa jua pandangan, idiologi dan pegangan kita, perpaduan rakyat negara Malaysia yang merdeka, dah 60 lebih tahun ini, perlu menjadi sebagai keutamaan setiap kita, khususnya kita yang diberikan mandat dan kepercayaan sebagai pemimpin yang mewakili rakyat, yang menjadi wakil kepada rakyat Negeri Sembilan dan negara di Parlimen, agar apa jua isu-isu yang boleh meretakkan dan merenggangkan hubungan antara kaum, terutamanya rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang bahasa, budaya dan agama ini, dapat terus kita pupuk dan dapat terus kita semai, perpaduan yang telah lama dibina ini akan terus dapat kita suburkan lagi.

Jangan sekali-kali ada di antara kita yang cuba untuk merenggangkan dan meretakkan hubungan kaum ini. Kerana di atas perpaduan inilah negara kita telah dapat dibina, negara kita telah dapat dibangunkan dan negara kita dapat dimajukan. Walaupun banyak orang menidakkan pembangunan dan kemajuan yang telah kita capai, tetapi inilah hakikatnya bahawa negara yang mundur, negara yang dijajah beratus tahun lamanya, sejak daripada 1511 sehinggalah kita dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kita dapat bangunkan dengan begitu baik sekali dan mengharmonikan kehidupan pelbagai kaum yang hidup di sini, berintegrasi dengan baik.

Dasar negara kita, oleh kita punya bapak-bapak kemerdekaan dulu, bukannya mewajibkan asimilasi, tetapi kita menggunakan dasar integrasi. Integrasi antara kaum yang berbeza latar belakang, budaya, agama dan bahasanya dan dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Ini satu yang boleh dikatakan sebagai sesuatu yang amat ditakjupi oleh banyak negara kerana tak banyak negara yang boleh hidup bersama rakyatnya daripada seperti apa kemajmukan yang kita ada hari ini di Malaysia. Walaupun ada negara yang satu kaum, satu bahasa, satu agama, mereka bersengketa kerana disebabkan oleh fahaman-fahaman yang berbeza, menjadikan negara tersebut menjadi negara yang mundur ke belakang, regressive Dato’ Yang Dipertua ya.

Tapi alhamdulillah Malaysia walaupun banyak orang yang mengatakan bahawa itu tak cukup, ini tak cukup, tetapi pengakhir ceritanya membina negara ini dengan baik, dapat kita mendidik anak bangsa ke tahap yang dapat kita banggakan. Jika dulu apabila kita mula mencapai kemerdekaan, kadar buta huruf di negara ini amat tinggi ya, sehingga mencapai 80 lebih peratus. Tetapi hari ini rata-rata semua orang dah dapat pelajaran, dan pelajaran mereka peringkat menengah dan yang tinggi. Ini merupakan sesuatu yang amat dikagumi oleh banyak negara. Banyak negara yang sama umur, sama bayanya merdeka dengan kita, di negara-negara lain, tetapi mereka tak dapat capai apa yang kita capai dan nikmati hari ini. Maka bernasib baik sangatlah kita sebagai rakyat yang lahir di negara yang bertuah ini. Maka itu adalah kewajipan setiap kita untuk menjaga hubungan keakraban antara rakyat yang berbilang kaum, berlatar belakangkan berbeza, ini perlu sentiasa kita berikan keutamaan.

Selaras dengan hasrat dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam sebagai tajuk utama beliau, menyentuh bahawa perpaduan dan integrasi kaum ini perlu diperkasakan lagi supaya setiap orang menjaga dan jika, kita memupuk supaya keakraban kita ini terus dapat disatukan. Ini suatu perkara yang amat kita sanjung tinggi atas hasrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, dan inilah sepatutnya kedua-dua pihak, baik pihak Kerajaan mahupun pihak kami, akan sentiasa menitikberatkan bahawa isu perkauman adalah merupakan isu yang amat sensitif dan tidak perlu digunakan untuk kepentingan mana-mana pihak jua. Terutamanya pihak-pihak yang berkepentingan yang mahu menggunakan isu perkauman …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Dipertua.

….. agama dan yang lain-lain.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Mintak laluan.

Jadi, saya tak benarkan ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan, kami harap ini, perpaduan diutamakan betul, tapi …..

Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. jangan Dewan sini …..

Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. tapi di luar cakap ni pendatang asing.

Yang Dipertua Dewan

Tak benarkan, nanti.

Dato’ Yang Dipertua, kita mesti sama-sama pastikan supaya ini dilakukan dengan sebaik yang mungkin untuk kita pastikan negara kita menjangkau 5 tahun, 50 tahun ke hadapan lagi. Soal siapa yang mentadbir, soal siapa yang menguruskan negara ataupun negeri, itu soal kedua. Seperti mana yang disebut tadi, bahawa kita akan mengarah kepada satu arah keadaan politik 2 parti. Sistem 2 parti ini Dato’ Yang Dipertua, di mana-mana negara yang maju, negara yang membangun, pemaju, kemajuan politik dia yang politik yang matang, Dato’ Dipertua, dia mengamalkan sistem 2 parti.

Dan dalam sistem 2 parti tidak akan parti yang boleh mentadbir lebih 2 ataupun 3 penggal kerana rakyat mempunyai pilihan. Rakyat mempunyai pilihan membeza dan membandingkan ya. Dan kalau dia dah tak suka, dia akan bagi kepada parti yang lagi satu. Dan saya harap supaya rakyat boleh membezakan sekarang sama ada baik ataupun tidaknya Kerajaan, dan pada pilihan raya yang akan datang boleh membuat keputusan yang lebih matang, supaya dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kehidupan yang ada sekarang ini.

Dato’ Dipertua, walau apa pun kita cakap, pokok pangkalnya negara kita mesti mempunyai ekonomi yang kukuh. Walau apa pun kita kata. Walaupun negara kita banyak mempunyai sumber, sumber asli yang baik, tetapi kalau ekonomi kita tidak diurus dengan baik, maka kita tidak akan ke mana. Banyak negara-negara Dato’ Yang Dipertua, mempunyai sumber galian dan dan bahan-bahan mentah yang banyak, tetapi jika tidak diurus dengan baik ekonominya, maka mereka tidak akan ke mana. Ini banyak kita lihat di negara-negara di benua-benua lain, tak perlu saya sebut. Mereka kaya, sumber asli banyak, sumber bumi banyak, tapi negara mereka miskin dan rakyatnya menderita. Tapi negara kita alhamdulillah, walaupun tak kaya, walaupun sumber

bumi kita tidak banyak, tetapi diurus dengan baik. Dan kita mencapai tahap ekonomi yang baik.

Kalau kita lihat kita punya pembangunan ekonomi kita, peratusan GDP kita setiap tahun, dapat kita membesarkan cake ekonomi dengan baik. Cumanya pada tahun ini, cake ekonomi kita menguncup. Kalau dilihat pada penghujung tahun 2017, kita punya peratusan pertumbuhan ekonomi amat baik sekali, 5.9%. Kedua terbaik selepas negara besar, tanah besar China, yang terbaik dalam Asia, Dato’ Yang Dipertua. Tetapi tak tahu macam mana, terutamanya selepas Kerajaan baru mengambil alih, ekonomi kita menguncup begitu teruk sekali ya. Sudah 2 kali tahun ini saja. Pada awal tahun, penarafan, badan penarafan antarabangsa, Moody's misalnya, daripada 4.7% mereka ramalkan ekonomi berkembang, tetapi pada bulan April yang baru ini, mereka telah meramalkan bahawa peratusan, pertumbuhan ekonomi kita tidak akan dapat tumbuh sebanyak itu. Mereka telah meramalkan, menurunkan pertumbuhan ekonomi kita kepada, daripada 4.7 kepada 4.3.

Ini satu perkara yang amat merisaukan. Ini satu perkara yang perlu kita beri perhatian, Dato’ Yang Dipertua, kerana ekonomilah yang akan menentukan masa depan negara. Kita mesti urus ekonomi dengan baik. Makanya saya mintaklah supaya bapak-bapak Menteri kita, yang telah pun diberikan kepercayaan, supaya berhentilah cakap-cakap yang boleh memakan dirinya sendiri ya. Mengatakan bahawa negara kita hampir bankrap, mengatakan negara kita akan muflis. Saya tak nampak macam mana boleh nak dikatakan negara yang ekonominya yang tumbuh 5.9%, hampir 6%, merupakan negeri yang akan bankrap. Saya tak nampak negara yang pertumbuhan eksportnya 7 bulan dibandingkan dengan dia punya import, retain import-nya 7 bulan, boleh dikatakan sebagai negara yang akan bankrap. Dan saya tak nampak, Dato’ Yang Dipertua, bahawa apa yang dikatakan sebagai kita punya hutang sampai 1 trilion.

Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, negara kita dalam transisi, transisi daripada cash accounting iaitu accounting tunai kepada accrual accounting, Dato’ Yang Dipertua. Itu sebabnya, tapi kita belum, belum beralih sepenuhnya. Dalam kita punya cash accounting, Dato’ Dipertua, kita menggunakan sistem yang diiktiraf oleh badan dunia. Yang digunakan, yang telah pun diarahkan oleh Bank Dunia dan IMF. Kita tak pernah mengatakan bahawa, tak pernah tercatit pun adanya hutang 1 trilion. Tetapi apabila kita nak menggunakan sistem accrual accounting, maka di situ hutang-hutang tanggungan, apa dipanggil sebagai kita punya liabiliti-liabiliti yang lain, tanggungan yang lain itu

dimasukkan sebagai accrual. Maka itu sebabnya dikatakan hutang kita 1 trilion.

Tetapi hutang negara cuma 686 bilion, Dato’ Yang Dipertua, 686 bilion. Yang lain-lain itu adalah merupakan kita punya hutang-hutang yang ditanggung oleh syarikat-syarikat korporat. Bon yang dikeluarkan oleh Malayan Banking, bon yang dikeluarkan oleh Khazanah, bon yang dikeluarkan oleh badan-badan korporat. Tetapi ianya berasas dan bersandarkan kepada aset masing-masing. Jadi ini tidak merupakan satu tanggungan direct kepada kita. Itu yang sebenarnya Dato’ Yang Dipertua. Tetapi mereka ni tak reti baca, mereka mengatakan bahawa hutang kita 1 trilion. Heboh, pergi seluruh negara mengatakan hutang Malaysia 1 trilion.

Sebenarnya hutang kita 686 bilion, dan tidak pun mele, melebihi had yang kita sendiri self-imposed 55% daripada kadar KDNK kita, kadar KDNK kita. Hutang pada bulan Mei, bulan Mei 2018, Dato’ Dipertua, adalah kadar KDNK kita tak sampai pun 53%, dah turun kepada 52% lebih. Jadi, tuan-tuan, Dato’ Dipertua, itu satu pemahaman yang salah, dan pemahaman yang salah ini telah pun diwar-warkan untuk menunjukkan betapa buruknya Kerajaan terdahulu, Dato’ Yang Dipertua. Ini satu perkara yang memakan diri sendiri kerana bila orang tahu dan bila orang nampak ini perkara, bahawa Malaysia nak bankrap siapa yang akan me, datang melabur ke negara yang nak bankrap? Pelabur mana yang tak pandai sangat yang nak datang melabur ke negara yang hampir bankrap, yang nak muflis? Dia kata akan ada, akan ada orang nak melabur di negara nak muflis. Tetapi ini satu perkara yang amat salah kerana negara kita tidak pernah pun di ambang kemuflisan, pada ketika itu. Kerana negara kita, ekonominya berkembang begitu baik sekali. Kita punya aliran tunai amat baik sekali dan pendapatan negara pun amat baik sekali.

Tetapi apa yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Dato’ Yang Dipertua, adalah memakan diri sendiri. Mereka membuat masalah sendiri sehingga apa yang kita hadapi hari ini, Dato’ Dipertua, kita menghadapi satu, satu situasi di mana kita menghadapi masalah acute shortage of cash flow, ataupun kekurangan aliran tunai. Dalam organisasi Dato’ Yang Dipertua, balance sheet kita boleh jadi baik tetapi kalau cash flow kita tidak ada, kita akan jatuh bankrap. Ini yang sedang berlaku, dengan menidakkan ataupun dengan menghapuskan GST, men-zerorise ataupun mensifarkan GST, negara tidak dapat pendapatan. 3 bulan tak ada pendapatan. SST tidak dibayar secara bulanan. SST dibayar pada penghujung tahun. Hampir 7 bulan Dato’ Dipertua, ataupun 6 bulan, negara tidak mendapat, ada pendapatan.

Itu sebabnya dilaporkan pada second quarter 2018, Dato’ Dipertua, negara kita, kita mengalami untuk pertama kalinya, negara kita mengalami defisit cash flow kita, defisit current account defisit. Tak pernah berlaku. 10.8 bilion, Dato’ Yang Dipertua. Ini merupakan satu perkara yang amat serius. Itu sebabnya Kerajaan sekarang terpaksa menjual harta-harta, menjual harta Khazanah, menjual harta itu, menjual harta ini kerana nak realize the cash. Ini satu cara yang amat tidak baik dilakukan oleh pihak Kerajaan kerana akhirnya nanti kita akan menjadi susah.

Memang kita katakan dulu bahawa GST tidak akan menaikkan harga barangan, kerana mereka menuduh bahawa GST-lah menaikkan harga barang. Tapi bila GST disifarkan, harga barang tak turun pun. Harga barang tak pernah turun Dato’ Yang Dipertua, tidak ada pun dalam mana negara harga barang akan turun. Harga barang akan terus naik kerana cost of living akan terus meningkat. Upah meningkat. Maka harga barang akan meningkat. Tetapi bukanlah seperti yang digembar gemburkan dahulu bahawa, semasa Kerajaan Barisan Nasional, GST-lah merupakan faktor yang menaikkan harga barang. Sebenarnya tidak. Dan bila ditukarkan GST kepada zero, kepada sifar, harga barang tak turun.

Tetapi bila dimasukkan SST, harga barang terus naik. Dan Kerajaan kehilangan pendapatan yang begitu banyak sekali, Dato’ Yang Dipertua, daripada 40 lebih bilion kepada 20 bilion saja. 22 bilion shortage dan tidak ada pendapatan selama hampir 6 bulan Dato’ Dipertua. Ini merupakan suatu masalah yang amat besar kepada Kerajaan kita, kepada Treasury, Dato’ Yang Dipertua, dan inilah yang sedang kita hadapi sekarang dan terpaksa menjual aset-aset, terpaksa menjual harta kita dan terpaksa berbuat apa saja.

Dan untuk pengetahuan, hutang negara kita bertambah daripada 686 bilion, Dato’ Yang Dipertua, sekarang dah jadi 777 bilion dalam masa yang singkat. Itu tidak termasuk duit tunai Khazanah ataupun duit tunai daripada Petronas yang diambil hampir 30 bilion. Persoalannya sekarang di mana letakkan cash tersebut? Apa dibuat dengan cash tersebut kerana bantuan kepada rakyat dipotong. Bantuan kepada orang-orang miskin tak ada. Dulu ada bantuan untuk pesawah, dulu ada bantuan untuk penoreh getah, dulu ada bantuan untuk nelayan, dulu ada bantuan itu dan ini, habis dipotong.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ada Dato’, ada ada ada. Jangan kita, jangan kita, jangan kita nafikan.

Tak apa, nanti boleh jawab ya. Tak apa boleh jawab ya. Apa jadinya ya? Dipotong ya, begitu banyak sekali. Dan dalam masa kebelakangan ini, didapati banyak bantuan-bantuan yang diberikan dulu, bantuan kebajikan masyarakat misalnya, banyak dipotong, Dato’ Dipertua. Ini merupakan orang-orang yang susah. Ini merupakan orang-orang yang perlu kita bantu. Walau macam mana pun kita susah, dalam keadaan macam mana pun negara ataupun negeri, bantuan kepada orang susah ini mesti kita pastikan kita sambung, kalau Kerajaan Persekutuan tak dapat meneruskan bantuan ini, saya cadangkan kepada Yang Amat Berhormat pastikan orang yang pernah dapat bantuan kebajikan masyarakat ini kita bantu melalui Kerajaan Negeri. Supaya mereka ini yang memang menunggu-nunggu, mereka ini yang hidup atas bantuan ini, dapat terus, meneruskan penghidupannya Dato’ Dipertua. Ini penting Dato’ Dipertua ya.

Saya, Dato’ Dipertua, berharap supaya keadaan kita dapat kita, kita urus dengan baik. Kita berdoalah supaya dalam masa terdekat ini, janganlah penarafan bon kita dikeluarkan daripada indeks World Bond Index, Dato’ Dipertua, ataupun World Government Bond Index, oleh FTSE Russel. Kalau dikeluarkan kita punya penarafan bon oleh World Government Bond Index yang beribu pejabat di London, Dato’ Dipertua, yang mana kita punya Malaysian Government Securities dipegang oleh pelabur-pelabur asing sebanyak lebih kurang 38.7%, kita akan menghadapi masalah besar lagi, kerana mereka akan menjual bon kita. Walaupun mereka rugi, mereka akan jual kerana apabila sahaja bon kita, Malaysian Government Securities kita tidak lagi ditarafkan ataupun tidak lagi masuk dalam indeks penarafan mereka, kita punya bon akan menjadi sebagai, secara automatik menjadi junk bond ataupun bon yang tidak ditarafkan. Maka, orang akan secara beramai-ramai menjual bon-bon kita dan kita terpaksa membeli semula surat-surat hutang ini ataupun bon ini daripada open market Dato’ Dipertua, dan bayangkan betapa banyaknya kita punya bon terpaksa kita beli semula. Dan ini akan membebankan lagi aliran tunai kerana sekarang ini kita telah pun mengalami masalah kekurangan aliran dalam negara kita.

Dato’ Yang Dipertua, Consumer Satisfaction Index yang dikeluarkan oleh MIER (Malaysia Institute Economic Research) telah pun menurun daripada second quarter 2018 sebanyak 132.9 mata menurun kepada 85.6%, 85.6 mata. Ini jelas menunjukkan hampir 75 mata turun Dato’ Yang Dipertua. Ini jelas menunjukkan bahawa orang tidak lagi membeli, orang tidak ada lagi kuasa beli, dan rakyat tidak ada lagi kuasa untuk membeli barangan. Customer Satisfaction Index ini, Dato’ Dipertua, adalah merupakan suatu perkara yang memang diukur sebagai satu kayu pengukur untuk kita mengira perkembangan ekonomi domestik Dato’ Dipertua.

Dan perlu kita ingat, bahawa negara kita banyak bergantung kepada domestic economy kerana pada tahun lepas sahaja KDNK kita, Dato’ Dipertua ya, pada 2018, domestic economy telah pun menjadi sebagai peneraju kepada perkembangan ekonomi kita iaitu sebanyak 55.5%. Jika ini terjadi Dato’ Dipertua, kita akan ada dipanggil sebagai double jeopardy. Orang tak melabur ke negara kita kerana hilangnya kepercayaan. Kita punya capital market kita teruk. Bond market kita teruk. Bond market nak tahu teruk tak teruk, Dato’ Dipertua ialah, kita tengok long term bond dengan short term bond. Kalau long term bond, dia punya yield lebih kurang daripada short term bond, maknanya orang dah tak ada kepercayaan kepada kita kerana mereka tidak mahu memegang surat hutang kita dalam jangka panjang. Ini satu petanda Dato’ Dipertua. Sekarang ini sedang terjadi. Ini merbahaya.

Bila orang tak ada kepercayaan, pelabur tak ada kepercayaan kepada negara kita, kita terpaksa bergantung kepada ekonomi dalaman. Tetapi ekonomi dalaman pulak tidak berkembang kerana dasar yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan memberhentikan dan jugak mereka meletakkan KIV segala projek-projek yang telah pun diluluskan dan sedang dibina. Ini Dato’ Yang Dipertua, akan menjadikan negara kita tersepit di tengah-tengah, tidak ada pelaburan baru, tidak ada orang yang nak melabur ke negara kita, dalam masa yang sama kita memberhentikan projek-projek dalaman, dalam negara kita. Maka hilang banyak pekerjaan. Pekerjaan, pekerja-pekerja, pekerja akan hilang pekerjaan, kita punya putaran ekonomi akan bertambah perlahan, maka kurangnya duit, Dato’ Yang Dipertua, ini akan menyebabkan masalah besar ke dalam negara kita. Jadi, ini yang sedang berlaku Dato’ Dipertua.

Itu sebabnya saya yakin bahawa apa yang diumumkan 2 – 3 hari lepas ini, menyedari kesilapan. Agaknyalah. Setelah menyedari kesilapan, maka Kerajaan telah pun mencadangkan semula projek-projek ini yang dulu telah dikatakan telah dibatalkan, yang dulu dikatakan menyusahkan negara, disambung semula. Termasuklah ECRL. ECRL yang disebut oleh ADUN Chennah tadi, mengatakan satu kebaikan. Apa pulak sekrang kebaikan? Itu hari kata ECRL ini pembaziran. Apa pulak kata sekarang ni ECRL satu conduit kepada pembangunan? Dulu kata pembaziran, dulu kata nak jual negara ini kepada negara China. Hari ini dah lain cerita pulak. Bahkan dulu 100% dipunyai oleh Malaysia, hari ini dah dibagi 50% kepada CCC, saham-saham dia, ya. Walaupun ada penjimatan, tetapi penjimatan itu secara kosmetik saja, Dato’ Dipertua. Dan tak pernah disebut kos ataupun kos keseluruhan projek tersebut 66 bilion. Dia cuma 55 bilion.

Tetapi apabila diubah jajaran, tidak lagi menggunakan terowong, di situ sahaja boleh menjimatkan 11 bilion, Dato’ Yang Dipertua. Kita tukar alignment dia, tak lagi menggunakan terowong, di situ sahaja penjimatan sebanyak 11 bilion. Memanglah jadi 44 bilion, tetapi dikurangkan pulak jumlah stesen. Maknanya kos patut lagi kurang, Dato’ Yang Dipertua. Dan dipendekkan dia punya, dia punya jajaran, 40 kilometer. Maknanya patutnya projek ini, lebih murah lagi daripada 44 bilion. Itu satu.

Nombor 2, bagi pulak tanah-tanah dekat dengan stesen-stesen yang nak berhenti, dulu kepada ACDC-ACDA negeri-negeri, tetapi hari ini dibagi kepada CCC, kepada China Construction Company, railway company. Jadi Dato’ Dipertua, saya harap supaya ini dilihat dengan teliti supaya jangan nanti ada orang main silap mata. Silap mata yang merugikan kita. Dulu ECRL ini kepunyaan 100% Kerajaan Malaysia ya. Tetapi sekarang dah dipunyai bersama 50% ya, Dato’ Dipertua. Penjimatan tersebut cuma mengurangkan kos terowong, memendekkan dia punya perjalanan, 40 kilometer dan mengurangkan jumlah stesen. Jadi jangan kita terpesona dengan kata, oh kita dapat jimat 11 bilion, tetapi sebenarnya kita tertipu dan kita terperangkap diri kita sendiri, Dato’ Dipertua.

Begitu jugak dengan projek-projek yang lain. Dulu kata, oh ini merupakan projek nak bail out, projek ini nak dibagikan kepada Negara China ya, di projek Bandar Malaysia, kan. Bandar Malaysia, Sungai Besi. Hari ini pulak baru sedar, selepas satu tahun, mengatakan, oh gross development value dia 140 bilion, dan 50 lebih peratus rupanya syarikat ni syarikat kepunyaan Treasury. Kepunyaan Kerajaan Malaysia. Tak kanlah selepas 1 tahun baru nak sedar, Dato’ Dipertua kan. Apa, apa silap mata yang sedang berlaku ni? Ini semua perlu kita lihat, Dato’ Yang Dipertua, sebab gross development value for Bandar Malaysia 140 bilion, TRX 40 bilion. 180 bilion. Ini penjanaan ekonomi kepada negara yang amat besar, Dato’ Yang Dipertua.

140 bilion ini kalau dia punya economic, dia punya apanya, spin off dia Dato’ Dipertua, boleh sampai 1 trilion ya, kerana construction 1.00 ringgit kita berbelanja, dia sampai 8 kali dia punya putaran tersebut. 8 kali dia punya putaran Dato’ Dipertua, maknanya 800 lebih bilion dia punya putaran tu nanti. Ini dia yang dikatakan sebagai domestic economy yang perlu kita pump prime semasa kita menghadapi krisis, semasa negara menghadapi krisis tidak ada orang nak melabur, tidak ada pelabur baru datang ke negeri kita, the Government should pump prime the economy. Itu patut kita buat. Tapi kita dulu salah langkah kerana terlampau cemburu dan terlampau sakit hati dengan Kerajaan terdahulu, berhentikan semua. Wah, ini Dato’ Dipertua, kita double

jeopardy. Kita kena 2 kalilah, orang tak melabur, dalaman pun tak bergerak. Rakyat yang susah, Dato’ Dipertua. Ini yang sedang berlaku sekarang.

Itu tak termasuk lagi harga komoditi asas. Saya lupa nak tanya tadi. Dato’ Dipertua sebelum datang ni, dah minum dah lum satu sudu kelapa sawit?

Sokong sokong sokong, kempen kempen.

Ha? Kita, kita kena kempen minum susu kelapa sawit, satu tu, satu sudu satu orang Dato’ Dipertua. Untuk kita pastikan harganya tidak jatuh terus.

Yang Dipertua Dewan

Tak, saya tak minum kelapa sawit. Saya minum kelapa.

Haa okay. Dato’ Yang Pertua, kalau bercakap kita sebagai pemimpin, bercakaplah elok-elok. Janganlah kata nak kita pastikan harga kelapa sawit tak jatuh, setiap orang mesti minum kelapa sawit satu sudu satu hari. Patutnya kita Dato’ Yang Dipertua, kita panggillah semua negara-negara yang mengeluarkan minyak kelapa sawit. Tak banyak, Malaysia dan Indonesia saja. Negara-negara Afrika sikit, dan Latin Amerika sikit sangat. 75 – 80% CPO dunia dikeluarkan oleh Malaysia dan Indonesia. Dan Indonesia now nombor 1. Tak kanlah kita tak, tak cerdik bona kan.

Kita buat macam OPEC negara pengeluar minyak kan. Kita buat club. Kita buat 5 – 6, Malaysia dan Indonesia. Kita tak perlu bersaing di antara satu sama lain. Indonesia me, menghapuskan kadar ses 50 dolar satu tan CPO. Bermakna minyaknya lebih murah dari kita. Orang berduyun-duyun beli daripada mereka ya, kerana apa, kerana mereka mampu untuk buat begitu kerana kos buruh dia amat rendah. Kita takkan tak boleh angkat telefon ataupun berjumpa dengan our counterpart di Indonesia, why don’t we do a club, dan kita buatkan harga penimbal kita supaya dua-dua pihak untung ya.

Tuan-tuan, Dato’ Dipertua, harga minyak soya jatuh seluruh dunia. Dan minyak soya ni Dato’ Dipertua, selalu kita pack-kan minyak sawit dengan soya. Apa yang dipanggil sebagai coefficient of correlation. Coefficient of correlations soya dengan sawit ni selalunya nanti 91%.

Coefficient of correlation. Saya tak tahu cakap Melayu dia apa. Korilasi apa? Dia punya percentage. Kalau minyak sawit jatuh, minyak soya jatuh, sawit akan jatuh. Dia jatuh 10, kita jatuh 15. Dia punya percentage wise 91%.

Minyak sawit sekarang makin lama makin, minyak soya makin lama makin turun. Minyak sawit dunia makin lama makin turun. Goods harvest daripada China, Dato’ Yang Dipertua, goods harvest in US. Kita akan menghadapi, lagi 5 – 6 bulan lagi kita akan bertambah teruk minyak sawit kita. Maka sudah sampai masanya Kerajaan, Menteri yang berkenaan, duduk bersama dengan dia punya counterpart daripada Indonesia dan negara-negara lain supaya berpakat, supaya jangan kita tertekan oleh pembeli. Kita pengeluar. Kita kena detain, dengan izin Dato’ Dipertua, berapa harga yang patut kita jual. Inikan pulak, sekarang ni, nak bersaing di antara satu sama lain. Ini salah. Salah sama sekali Dato’ Dipertua. Itu sebabnya keadaan amat huru hara sekarang.

Nak cakap pasaran saham, BSKL, lagi teruk. Pasaran saham, pasaran saham jatuh menjunam, daripada diniagakan di paras 1,868 mata pada bulan Mei 2018, sekarang 1,607 mata. Berapa banyak jatuhnya Dato’ Dipertua, punya banyak, segala saham-saham di negara kita ni jatuh 40 – 50%, saham-saham yang dipegang oleh GLC-GLC, saham-saham yang dipegang oleh Amanah Saham, PNB, oleh Tabung Haji, oleh Khazanah. Itu sebab Khazanah rugi, itu sebabnya Tabung Haji menguncup, menguncup aset dia, bukan salah siapa. Tak salah siapa Dato’ Dipertua. Salahnya ialah kerana Tabung Haji, dia punya exposure kepada investment dia terlampau banyak, kepada ekuiti punya investment, kepada investment saham-saham yang diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Apabila saham ni jatuh, maka Tabung Haji akan menguncup nilai aset dia. Itu sebenarnya yang berlaku. Bukan ada salah laku apa-apa. Dato’ Dipertua, ini yang sedang berlaku Dato’ Yang Dipertua.

1,868 Mei 2018, sekarang 1,607 mata. Nak salah siapa? Salah diri kita sendirilah kerana apa, kita tidak memberikan sedikit keyakinan pun kepada pemain-pemain dalam Bursa Saham Kuala Lumpur. Bond market kita teruk, capital market kita teruk, equity market pun teruk. Equity market kita ialah pasaran saham. Bond market, capital market kita, itu pasaran bon. Dua-dua kita hanyut. Besok kalau kita meminjam lagi, kalau Kerajaan nak meminjam, Dato’ Dipertua, terpaksa meminjam dengan kos yang amat tinggi. Ini dah banyak dah ni. Daripada 686 bilion hutang, direct hutang, kepada 777 bilion. Apa nak jadi?

Kita ada 4 sumber sebenarnya, ya. Satu, cukai. Negara ataupun negeri, nombor 1 pendapatan, cukai. Nombor 2 hasil bumi. Nombor 3 pembangunan pelaburan. Dan nombor 4 ialah daripada cukai. Saya rasa 2 daripada 4 sumber ini telah pun menjadi masalah. Nombor 1, pelaburan tak ada, pembangunan dihentikan. Nombor 2, harga minyak sawit kita, harga bahan mentah kita, harga minyak CPO ataupun minyak crude, crude oil kita di bawah daripada apa yang telah pun dibajetkan, 72 dolar satu tong.

Tinggal lagi 2 pilihan, 1 pilihan Dato’ Dipertua ialah, menaikkan cukai. Dan nombor 3 yang, yang, ataupun yang keduanya ialah untuk kita menaikkan hutang. Nampaknya Kerajaan Malaysia sekarang ni menaikkan hutang, dan cukai sedikit-sedikit tanpa disedari menaikkan cukai. Cukai digital akan dikenakan. Cukai pelepasan akan dikenakan. Cukai bahan-bahan minuman bergula, akan dikenakan. Macam-macam cukai nak dikenakan Dato’ Dipertua. Cukai pelepasan ini tak pernah kita buat dalam negara kita, sejak kita merdeka. Cukai orang nak pergi ke luar negara. Kalau negara Asian 20.00 ringgit, negara luar negara Asian 40.00 ringgit. Ini satu cukai yang secara tidak langsung menaikkan kos untuk orang pergi ataupun orang nak hantar anak belajar macam-macam.

Dan tak lama lagi akan dicukai apa yang dipanggil sebagai windfall tax yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan semasa dia melancarkan minggu invest pada Mac 2019 baru-baru ini. Ini, windfall tax ini yang nak dikenakan kepada apa, perbankan, industri perbankan akan menjatuhkan saham. Saham-saham bank sedang jatuh Dato’ Dipertua, kerana hasrat yang telah pun dikatakan oleh Menteri Kewangan, nak mengenakan windfall tax kepada banking system, menjatuhkan lagi harga saham. Dan saham-saham banking system industry represent 1 – 3% daripada total industry volume Dato’ Dipertua. Jatuh.

Dah lah kata itu hari, mengatakan bahawa akan dibukak bahawa broadband ini akan dibukak kepada banyak pemain-pemain industri, 55% saham TM jatuh. Yang pegang saham TM banyak siapa? Tabung Haji, PNB dan yang lain-lain. Itu sebabnya. Kita tembak kaki kita sendiri Dato’ Dipertua. Kita menembak kaki kita sendiri. Tak buat pun, tapi cakap saja. Bila cakap, sebagai seorang Menteri, sebagai seorang ketua, bila kita bercakap orang akan ambil dia sebagai satu dasar. Tak buat pun. Belum bukak pun lagi, broadband kepada banyak players. Masih lagi dibuat oleh TM, tapi TM punya harga 55% jatuh. Itu sebabnya Tabung Haji mengalami masalah yang besar, bukan kerana salah laku, bukan kerana apa, tetapi disebabkan oleh penguncupan aset Tabung Haji adalah disebabkan oleh penurunan value ataupun nilai pasaran Saham Kuala Lumpur kerana Tabung Haji mempunyai orang

kata, dasar melabur lebih pada 60% kepada saham-saham yang diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Dato’, ini yang sedang berlaku. Kita perlu betulkan bersama. Ini bukan kita nak mengatakan sesiapa, kerana negara ni negara kita. Negeri ini negeri kita bersama. Kita kena bekerjasama. Itu sebab saya kurang setujulah, kalau nak cakap mulai pada sekarang sebagai pembangkang ataupun ketua Pembangkang, we are your partner. Ya, we are your partner. We are equity holder. Kita jugak pemegang saham dalam negara dan jugak negeri ini. Dan kita akan bersama, kita akan bantu supaya negeri dan negara ini kita urus dengan baik. Kita tidak akan mencari salah apa-apa. Tapi kita nak pastikan supaya dasar-dasar ini dibuat. Pengakhir ceritanya nanti rakyat akan mendapat manafaat. Cukup-cukuplah kita tembak kaki kita sendiri. Cukup-cukuplah kita memburukkan diri sendiri kerana eh, ni dah satu tahun dah tau, jangan cakap, eh tu orang lama, orang lama. Oh tak tahu hutang begitu banyak, tak tahu macam ni macam tu.

Saya selalu ibarat Dato’ Dipertua ya, mintak maaflah kalau ada yang terasa, Dato’ Dipertua, kita dulu nak kahwin mo jando, Dato’ Dipertua, eh tergolak pulak …..

Yang Dipertua Dewan

Anak daro ramai.

….. nak kahwin mo jando, takkan tak selisik, tak siasat latar belakang dia. Bila dah kahwin tengok-tengok ada anaknya 6 orang, dah tak nak pulak, eh ini bukan anak aku. Kau kahwin mo omak dia, anak kau kono jagolah kan. Ini tak pulak, oh nak kahwin mo omak jo, anak kau jago. If you buy a company, you must also take asset, the asset and liability. Kita tak boleh kata, you beli aset saja, liabiliti tak nak ambik.

You dah menang pilihan raya, uruslah negara ni, urus dengan baik. Jangan kata, asyik kata, oh kerajaan terdahulu kerajaan terdahulu. Sampai bila? Sampai bila? Lagi berapa hari lagi dah satu tahun dah memerintah, kan? Tapi tak ada apa-apa pun. Saya tak nampak ada hala tuju satu pun yang dibuat. Apa hala tuju ekonomi kita, ya? Apa hala tuju ekonomi kita? Apa hala tuju Dasar Luar Negara kita? Dasar luar kita apa tujunya? Asyik nak bergaduh dengan orang. Nak bergaduh dengan Negara China, sikit tarik handbrake, tak nak beli kita punya minyak kelapa sawit, minyak kelapa sawit jatuh menjunam, boom. Itu baru sikit. Jangan bergaduh dengan India cukup. India negara yang terbesar beli minyak kelapa sawit.

Dato’ Dipertua, kita punya negara, setahu saya, seingat saya Dato’ Yang Dipertua, Dasar Luar Negara kita adalah berasaskan kepada perdagangan kerana negara kita negara yang berasaskan kepada berdagang, jual beli barang, orang beli barang kita. Kalau kita asyik nak bergaduh dengan orang, dengan Singapura pun kita nak bergaduh, dengan Negara China nak bergaduh, dengan semua nak bergaduh, kita nak jadi negara apa ni? Nak jadi macam Myanmar, nak suruh orang lelaki pakai kain siang-siang? Jangan macam tu Dato’ Dipertua. Apa kita nak buat, kita mesti fikir. Dasar Luar Negara tak ada, dasar itu, tak ada yang betul-betul boleh menyenangkan hati kita ya.

Yang dijanji tak buat, tapi yang tak janji dibuat. Pergi tandatangan Rome Statute, pergi tandatangan ICERD. Apa benda, buat apa?. Apa untungnya kalau kita tandatangan? Apa untungnya? Cuba tanya saya. Dah berpuluh tahun statute tu, negara besar pun tak nak tandatangan. Kita pulak terhegeh-hegeh, nak tunjuk apa? Nak tunjuk kita bagus? Tak ada untung pun. Rugi pun tak ada. ICERD tahun 1969, tak pernah pun kita tandatangan, banyak negara tak ada tandatangan. Kita tahu rugi pun, untung pun tak ada. Jadi mengapa kita buat? If it is not broken, why fix it, dengan izin, kan? Bua tapa? Inilah yang saya katakan bila nak buat sesuatu, mesti kita pastikan dia mendatangkan kebaikan kepada kita, iaitu rakyat Malaysia. Rakyat kita kena dulukan, supaya kita fikir elok-elok. Jangan buat, jangan buat kenyataan yang boleh mengguris hati orang. Mengguris hati puak itu, mengguris hati puak itu, mengguris orang ini. Apa pasal? Nak bergaduh pulak dengan Raja-Raja Melayu. Apa pasal? Apa, apa nak jadi, kan? Kita ni nak buat apa?

Kita sebagai Kerajaan, kita sebagai bapak. Bapak tak boleh kata ini bukan anak aku, itu bukan anak aku. Ada 11 orang adik beradik, semua 11 orang, kita mesti buat sama-sama, Dato’ Dipertua. Itu sebabnya saya bertanding di Rantau tempoh hari, orang kata buat apa pilih Tok Mat Hasan, dia bukannya Kerajaan, dia tak boleh buat apa-apa. Dia bukan macam tu Dato’ Yang Dipertua. Sebab sebagai Kerajaan, kita tak boleh kata, oh pembangkang tak boleh majukan. Kalau macam tu dulu, kita tak akan buat satu sen pun projek di Seremban, kerana Seremban selama-lamanya di tangan pembangkang. Kita tak pernah. Seremban kita buat elok-elok walaupun kita tahu tempat tersebut bukan kerajaan punya. Kita buat elok-elok. Kita improve-kan prasarananya. Pasarnya lama, kita bangunkan, tak jadi nak alihkan, kita bangunkan elok-elok. Macam-macam kita buat. So macam tu kita, mudah-mudahan nanti, yang pengakhir ceritanya rakyat akan mendapat kemudahan dan jugak mendapat keselesaan pada pengakhiran ceritanya. Yang penting rakyat. Seperti tuanku titah, yang pentingnya rakyat. Yang pentingnya nanti, macam mana nak kita bermuafakat dalam Dewan ini, supaya kita bersatu dan kita bersama-sama.

Dah lama Dato’ Dipertua, 45 minit. Cukuplah kan? Kang lama-lama sangat, tapi saya harap ya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, we are your partner okay. We are willing to help, tak ada, kita bukannya nak membangkang sampai berdiri atas meja, tak ada. Itu bukan budaya yang akan saya bawak Dato’ Dipertua. Saya kata we are your partners. Untuk Negeri Sembilan yang membangun dan progresif, itu yang nak kita buat. Kerana kita sama-sama sayangkan Negeri Sembilan. Kita sama-sama nak melihat Negeri Sembilan maju dan membangun. Itu sebabnya kita buat dasar pembangunan.

Tadi YB Chennah katakan, bahawa ECRL akan bawak pembangunan ke Negeri Sembilan. Itu kita dah buat, rancangan 30 tahun dasar pembangunan dan pemodenan Negeri Sembilan. Buat sajalah. Tadi saya dengar akan disambung, masukkan Melaka dan Selangor dalam Malaysia Vision Valley, buat elok-elok. Apa yang baik, kita setuju. Apa yang tak baik, kita tegur. Tegur bukan kata nak bermusuh Dato’ Yang Dipertua, tegur kerana kita pastikan supaya ianya dibuat dengan terbaik yang mungkin. Kerana apa yang perlu di sini ialah pengakhir ceritanya ialah, bottom line is adalah untuk rakyat ya. Itu yang kita nak.

Dato’ Dipertua, terima kasih banyak-banyak, bagi saya peluang lama bercakap di atas ti, menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Tahniah saya ucapkan, tahniah jugaklah kepada semua ya. Dan saya harap kita akan berbincang dengan baik. Tadi, pagi tadi tu bukannya kata apa, DUN Lenggeng ya, kalau ikut peraturan, peraturanlah. Sebab Dewan ni ikut peraturan, tak boleh bawak usul macam tu, Dato’ Dipertua. Itu sebab kita tegur, bukan nak bergaduh pun ya, jangan risau ya. Terima kasih, assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Saya pun dah kira minit, berapa minit berapa minit ni, pasal hari ni nak, saya ingat hari ni boleh habis 6:30 kot. Jadi saya mintak, kalau tak setuju 6:30, saya mintak, nanti, saya mintak ni apa, ni, yang lainnya bercakap lebih kurang 15 minitlah. Boleh, ya? Boleh ya? 20 minit? Minima 15 minit, maksimum 20. 20 saya suruh berhentilah. Okay? Saya persilakan Temiang. Temiang ke?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Seremban Jaya.

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya? Oh Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 ini. Dato’ Yang Dipertua, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang diper, di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyatakan bahawa Negeri Sembilan terus membangunkan dan menjadi harapan agar seluruh rakyat hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan melalui pelaksanaan dan pengurusan dasar yang cekap dan berkesan.

Baginda menyeru kejadian [kerajaan] di bawah pimpinan Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun menyemai semangat kebersamaan ke kalangan masyarakat agar matlamat untuk menjadikan Negeri Sembilan sebuah negeri yang sejahtera dapat dicapai. Prestasi ekonomi dan kewangan negeri yang kini menunjukkan peningkatkan dan memberangsangkan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah pelaburan kepada Ringgit Malaysia 2.86 bilion pada tahun 2018 dan meningkatkan pengurusan kewangan Ringgit Malaysia 421 juta pada tahun 2018 di mana sasaran bajet adalah Ringgit Malaysia 412 juta saja. Baginda berharap pencapaian ini terus meningkat berdasarkan belanjawan Ringgit Malaysia 430 juta pada 2019 itu.

Dato’ Yang Dipertua, baginda juga menyeru agar Kerajaan kini yang menerap, menerapkan, menerapkan amalan bersih, muafakat, sejahtera, benar-benar perhatian bukan saja dalam pembangunan ekonomi negeri tetapi juga kehidupan setiap lapisan masyarakat. Ini terbukti dengan memberian insentif, intensif, insentif yang telah diberikan kepada rakyat. Antaranya Bantuan Ibu Tunggal secara one off sebanyak Ringgit Malaysia 200.00, tambang bas sekolah Ringgit Malaysia 50.00, Bantuan OKU Ringgit Malaysia 200.00, bas percuma bantuan pendidikan IPTA/IPTS mengikut kategori-kategori Ringgit Malaysia 500.00 untuk sijil Ringgit Malaysia 750.00, diploma, diploma Ringgit Malaysia 1,000.00 dan Ijazah dan ke atas bantuan sara hidup Ringgit 100.00 bagi anak kelahiran Negeri Sembilan. Dan kenaikan elaun MPKK, guru KAFA, Bilal, Siak dan lain-lain lagi.

Dato’ Yang Dipertua, baginda juga telah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan berjumlah Ringgit Malaysia 3 juta bagi membantu sekolah-sekolah tafi, tahfiz swasta, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Cina dan sekolah-sekolah swasta yang lain bagi membantu meningkatkan persekitaran pengajaran dan membelanja, pembelajaran yang lebih kondusif. Begitu juga dengan peruntukan kepada belia untuk menceburi bidang ke, keusahawan,

peruntukan kepada golongan wanita bagi melahirkan ramai wanita berkemari, berkemahiran dengan satu insentif, insentetif, insentif baru yang dikenali sebagai power, Power House – wanita kegemilangan. Kesemua peruntukan dan insentif-insentif adalah bertujuan meningkatkan keja, kesejahteraan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, ini masalah kawasan saya, DUN Seremban Jaya. Fasa 8 terutama lorang, lorong Jalan SJ8/1 kini menjadi lokasi pembuangan sampah pukal yang sekaligus mence, men, mencemarak, mencemarkan pebandangan, pemandangan dan dalam persekitaran. Sikap masyarakat yang tidak perhatian dan tidak bertanggungjawab dan beberapa lorong jalan yang ditutup menjadi punca long, long, longgokan dan pembangunan sampah haram berterusan.

Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian, wajar rasanya jika lorong-lorong jalan tersebut dibuka dan dibersihkan sepenuhnya. Manakala premis atau kedai kosong pula perlu dibuka kepada pihak awam yang ingin berniaga, berniaga supaya tidak lokasi premis ini tidak terbiar. Kerja-kerja menaik taraf di Fasa 8 harus dilakukan bagi tujuan membendung isu pembuangan sampah haram dan mencapai objektif, ob, objektif Seremban sebagai bandar raya.

Dato’ Yang Dipertua, justeru itu kerjasama semua pihak PBT dan Majlis Perbandaran Nilai amat perlu dalam menaik taraf kawasan Fasa 8 Taman Seremban Jaya ini. Masyarakat pula perlu mengubah minda dan bersikap terbuka menjaga kebersihan persekitaran dan harus lebih bertanggungjawab.

Dato’ Yang Dipertua, sistem longkang dan perparitan yang cetak [cetek] yang berada di 2 lorong yang perumahan serang [sering] mengundang lambahan, lambahan [limpahan] air dan menyebabkan banjir. Longkang yang kecil tidak dapat menampung aliran air deras. Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian, pihak PBT harus menaik taraf sistem perparitan dan longkang sedia ada di kampung, seluruh Kampung Baru Rahang agar isu limpahan air, air bertakung, atau banjir tidak berpanjang dan tidak terus berlaku.

Dato’ Yang Dipertua, pada masa ini ramai penduduk awam tidak mahu membuat sebarang laporan polis berhubung jenayah setempat seperti kecurian, ragut dan kehilangan barang kepada pihak Polis kerana mereka rasa tidak ada sebarang tindakan susulan yang diterima pengadu. Dato’ Yang Dipertua, saya bawa satu contoh taman di mana saya sendiri telah dimaklumkan beberapa kejadian jenayah ragut dan kecurian dalam masa terdekat sebanyak 5 kali di Taman Seremban Garden, sehingga mangsa rasa malas untuk membuat aduan kepada

pihak Polis dengan alasan tindakan tidak ada kerana tangkapan yang dibuat tidak dimaklumkan dan harta benda atau barang yang dicuri yang telah dijumpai pihak Polis tidak diserahkan kepada pemilik atau pengadu, pengadunya. Ini menyebabkan pengadu hilang rasa percaya kepada pihak Polis untuk membuat sebarang aduan dan laporan polis dengan alasan tidak mendapat tindakan wajar. Dato’ Yang Dipertua, justeru itu, saya rasa wajar, berharap agar pihak Polis lebih peka dan memahami kehendak pengadu dan masyarakat awam bagi mencapai objektif Polis dan masyarakat berpias, ber, berpisah tiada.

Dato’ Yang Dipertua, tanah-tanah rizab yang terbiar hanya menjadi semak samun dan menjadi pe, perlu, belukar, belukar dan tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak jika tidak dimajukan. Dato’ Yang Dipertua, tanah-tanah rizab yang diusahakan boleh meningkatkan dan menja, menjana mendapatkan diri dan sosio ekonomi serta memberi pulangan kepada pihak Kerajaan Negeri jika kita sama-sama membantu pihak awam memajukan tanah-tanah tersebut daripada terbiar. Tanah-tanah rizab yang diserahkan kepada pihak awam bukanlah bersifat kekal tetapi adalah penggunaan sementara yang diberi, bersyarat dan akan dituntut semula jika pihak Kerajaan Negeri mempunyai strategi untuk memajukan tanah-tanah rizab tersebut pada masa akan datang.

Dato’ Yang Dipertua, oleh itu, semua pihak PBT dan Majlis Perbandaran harus memberi peluang kepada pihak awam bagi memajukan tanah-tanah rizab yang kosong dan terbiar untuk tujuan pertanian dan penternakan. Dato’ Yang Dipertua, pada masa ini, rakyat dan pen, penjawat awam menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan baru yang ditadbir urus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan alasan Pakatan Harapan tidak melaksanakan janji-janji telah diberikan ketika PRU 14 sehingga menunjukkan protes dalam PRK kecil yang berlaku di Cameron Highland, Semenyih dan juga Rantau.

Da, Dato’ Yang Dipertua, Pakatan Harapan memuji, mempunyai strategi sendiri menambah baik pengurusan dasar yang cekap dan per, pentadbiran yang telus di samping meng, mengukuhkan ekonomi dan kewangan negara dan negeri agar rakyat dapat mening, menikmati segala insentif dan bantuan yang dirancang. Walaupun kita masih belum melaksanakan janji manifesto PH sepenuhnya, tetapi Kerajaan Pakatan Harapan, Harapan masih memberi insentif-insentif yang berbaik kepada penjawat awam, perbandingan pekerja industri dan ladang. Banyak insentif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang dirangka dan ditambah baik dengan harapan segala insentif yang le, diberi dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan rakyat

tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama. Dato’ Yang Dipertua, antaranya ialah Bantuan Sara Hidup yang di, dahulunya di, dikenali BR1M masih diteruskan, eKasih, iSuri, bantuan-bantuan di bawah B40, rebat elektrik, bonus penjawat awam dan lain-lain lagi. Dato’ Yang Dipertua, rakyat harus bersabar dan membuka minda serta memandangan jauh ke hadapan kerana perancangan yang sempurna pasti akan mem, membuatkan hasil. Rakyat akan menikmati segala insentif dan kemudahan secara adil dan saksama dalam tempoh terdekat.

Dato’ Yang Dipertua, pencapaian cemerlangan dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah mengalahkan Negeri Sembilan di tempat kedua terbaik selama 3 tahun berturut-turut. Per, pencapaian calon di luar bandar juga semakin mempertanggung, memberangsangkan dengan peningkatan gred purat, purata, purata segala yang di, ketara dan setandingan dengan calon sekolah bandar. Dato’ Yang Dipertua, jabatan pentad, pendi, pendidikan sekolah-sekolah harus bekerja keras dan mem, memban, membantap, memantapkan strategi membelanja, pelajaran bagi mencapaian lebih cemerlangan dan menduduki tempat, tempat per, pertama di Negeri Sembilan pada tahun hadapan.

Dato’ Yang Dipertua, saya mahu ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Negeri Sembilan dan Setiausaha Negeri Sembilan, Undang-Undang Negeri Sembilan, Kewangan dan EXCO-EXCO dan backbencher dan parti, parti pembangkang sebelah, saya pun, kita sama-sama kita kasi majukan negeri, Negeri Sembilan. Kita semua tanggungjawab pasal rakyat sudah pilih sebagai kita ADUN. Saya selalu ada beritahu kepada pengundi saya, pengundi itu saya punya bos. Saya pengundi punya kuli. Macam itulah saya punya ingatan. Saya beritahu kepada ADUN-ADUN kita di seluruhan kita mahu kasi naik dan macam-macam dima, di dalam Negeri Sembilan, kita ada tengok, dulu ruling sekarang kita, dulu mereka ruling kita pembangkang, tetapi dalam 2008 hingga 2019, kali pertama saya tengok 16 lisan kita boleh dapat di dalam Dewan ini. Sebelum itu, lebih kurang 5 atau 6. Tapi itu saya ucapan ribuan terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, itulah ucapan saya, DUN Seremban Jaya sokong titah ucapan. Terima kasih, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Silakan daripada Kota. Tak ada, tak siap? Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Hasbunallah wanikmal wakil, walaa haula wala quwwata illa billahil aliyil 'azim.

Pertamanya terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi laluan kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih kepada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam. Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam titah ucapannya saya lihat mendahulukan topik perpaduan dan keharmonian dalam titah baginda. Dan kita lihat kalau kita teliti titah baginda itu, di sepanjang titah tuanku, berulang kali antara lain tuanku mengingatkan kita dengan ungkapan ataupun kata kunci perpaduan, kebersamaan dan muafakat. Dan di penghujung titah tuanku sendiri, di perenggan, khususnya perenggan kedua terakhir, sebelum rafak doa tuanku mengingatkan kita semua ahli-ahli Dewan khususnya untuk menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembangaan Persekutuan, undang-undong, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan tetap Dewan yang mulia ini.

Jadi sehubungan dengan itu, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon untuk mengkhususkan perbahasan saya ini kepada saranan tuanku untuk kita menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan umumnya undang-undang kita sendiri ya. Jadi sebelum kita cakap dengan lebih jauh, elok jugak kita perbetulkan, kita dalam Dewan ini berkenaan dengan undang-undang yang kita sendiri gubal.

Sebagai mukadimahnya, Dato’ Yang Dipertua, suka saya ingatkan bahawa Negeri Sembilan ini adalah satu negeri yang berdaulat, sistem demokrasi, mempunyai Raja dan berperlembagaan. Begitu jugak Malaysia, negara demokrasi mempunyai Raja dan berpelembagaan. Dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, ketua negeri ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri, dan ikut Perlembagaan Negara, ketua negara adalah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Dan kita adalah mereka menggubal undang-undang di bawah, di bawah ketua-ketua ini. Dan Dewan ini adalah tempat kita membincangkan segala isu yang melibatkan negeri atau negara.

Cuma untuk kali keduanya, kita melihat bahawa ada perkara yang sangat penting, sangat mustahak, sangat wajar, telah diputuskan oleh Kerajaan tanpa melalui Dewan yang mulia ini. Tahun lepas ICERD cuba diratifikasikan tanpa melalui Dewan ini. Tahun ini sekali lagi, kita amat kecewa apabila Statut Rom cuba diratifikasikan dan ditarik balik tanpa

melalui Dewan ini, tanpa dibentangkan, tanpa diusulkan, tanpa dibahaskan. Walhal kedua-dua ini melibatkan ketua negara dan ketua negeri kita. Baginda tuanku layak dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong kalau dipilih oleh Majlis Raja-Raja. Dan ini sekaligus menjejaskan kedaulatan negeri dan negara kita. Tetapi malangnya untuk kali kedua, perkara ini, untuk memutuskan ratifikasi atau tidak, tidak diusul, dibentang dan dibahaskan dalam Dewan ini. Itu satu.

Yang kedunya, kita boleh, yang membuat kita sedih ya, Dato’ Yang Dipertua, tadi ramai rakan-rakan kata kita wakil kepada rakyat, kita kuli rakyat. Tapi apa yang berlaku, keputusan yang sangat besar ini dibuat membelakangkan rakyat, tanpa mendapat apa-apa pandangan, ataupun apa-apa respond daripada rakyat, terus saja diputuskan. Jadi saya mintak, saya harap cukuplah 2 kali kita membelakangkan rakyat. Kalau ada konvensyen antarabangsa yang nak kita tandatangani atau ratifikasi, mohon di, di, dibahas, diusul dan dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.

Perkara yang kedua, Dato’ Yang Dipertua, sebelum tu tahniah kerana mendapat Darjah Kebesaran membawa gelaran Dato’, kena puji dulu, pasal lepas ni nak bantai ni. Pagi tadi, 2 kali saya cuba bangun untuk menjelaskan point of order, sesuatu yang sewajarnya perlu diberi ruang untuk ahli Dewan menyuarakan. Tapi oleh yang demikian saya tak dibenarkan. Jadi saya ambil peluang inilah untuk menyuarakan.

Pertamanya semasa usul tergempar, saya rasa tak ada seorang pun dalam Dewan ini yang akan mempertikaikan kewajaran kita menyokong usul tersebut ya. Tetapi kita ada peraturan. Kalau kita dalam Dewan yang mulia ni, tidak ikut peraturan kita sendiri, mana kita ada kredibiliti nak tegur orang lain. Betul tak? Betul ya? Yang kita nak tegur tu keganasan di Sri Lanka dan Christchurch ni, dasarnya mereka itu tak ikut peraturan, hinggakan ramai yang mengorbankan nyawa. Jadi kalau kita nak tegur, pastikan kita ikut peraturan ya. Usul itu, sebelum dibentangkan mesti diundi dahulu, baru boleh dibentangkan. Kemudian perlu dibahaskan, kemudian diundi sekali untuk sokongan. Jadi kita rasa, ada kecacatan yang agak ketara dan saya sedih apabila ada ahli Dewan mengatakan peraturan remeh. Eh tidak, mana boleh kita sendiri mengatakan peraturan kita ni remeh. Dan kita harap orang lain nak ikut kita punya teguran dan sebagainya.

Sama jugak, mintak maaf, Dato’ Yang Dipertua, peraturan tentang menghalang soalan tambahan daripada ahli Dewan yang tidak bertanyakan soalan asal. Kalau kita lihat peraturan Dato’ Dipertua, peraturan membenarkan. Membenarkan. Kita lihat peraturan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah apa, Yang Berhormat Linggi, tadi saya dah tanya tu, usul tergempar tu. Sokong, semua sokong.

Ya, tapi kita tetap kena ikut peraturan.

Yang Dipertua Dewan

Sebab itulah saya tanya bantahan, tak ada.

Yang Dipertua Dewan

Jangan kata tak ikut peraturan, kita ikut peraturan.

Namun 2 kali Dato’ Yang Dipertua tak benarkan saya bercakap.

Yang Dipertua Dewan

Kalau you bangun tu nak bercakap benda lain.

Yang Dipertua Dewan

Saya …..

Haa ini masalah dia.

Yang Dipertua Dewan

….. pasal kita, saya tak, saya dah, saya dah bagi keputusan sama ada masa tu ada sokongan, semua sokong, tak ada masalah. Lepas tu yang tak ada, dah tanya. Cuma berkaitan dengan apa tadi tu, usul tu, di, dibentang oleh saudara Taufek tadi tu, saya dah dengar dan semua setuju, kita teruskanlah, tak ada, tak ada apa-apa yang ni. Wallahu’alam.

Saya mintak kita semua ahli Dewan tengok balik kita punya peraturan. Betul kita buat tadi ya. Kita boleh panjang benda ni, tapi kita jangan buang masa. Kalau nak tengok peraturan muka surat 12, boleh. “Walaupun ada sebarang syarat lain di bawah peraturan tetapi dan perintah am, tetapi Dewan dengan undian yang tertentu” ….. [YB Yang Dipertua Dewan bercakap secara off mic]. Just, hanya kerana tiada bantahan, tak bermakna kita kena, saya nak bangun bantah, Dato’ Yang Dipertua tak bagi tadi.

Yang Dipertua Dewan

Tak, angkat tangan ada bantahan. Tak ada angkat. Saya ada bantahan, tak ada …..

Itu semasa undian kali kedua, tentang usul itu …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tak mahu panjangkan lagi.

….. setuju ke tidak.

Yang Dipertua Dewan

Linggi, you teruskan bercakap. Masa makin singkat ni. Saya suruh duduk kang.

Sekali lagi.

Yang Dipertua Dewan

Cakap berbelit-belit ni saya tak mahu. Saya suruh duduk kang. Teruskan ucapan.

Sama jugak Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan samakan saya dengan apa, saya, saya nak menjaga ni, silakan.

Peraturan tentang bertanyakan soalan …..

Yang Dipertua Dewan

Cakap pasal lain, saya tak mahu dengar dah.

Ya, ini lain, pasal soalan. Dato’ Yang Dipertua melarang soalan seterusnya daripada ahli yang tidak bertanyakan soalan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, kita …..

….. itu tak ada dalam peraturan.

Yang Dipertua Dewan

Itu saya dah maklumkan awal-awal. Dengar dulu. Kalau siapa yang berminat, apa masalahnya, berilah soalan-soalan lisan seberapa banyak yang mungkin. Saya tengok ada yang tak bagi soalan lisan. Kita dah bagi notis. Lepas tu kalau kita biarkan soalan tambahan tu, semua orang tanya, siapa nak kawal tempat ni sebab biasanya soalan tambahan ni, kita benarkan 1. Yang selebihnya kalau ada kebenaran pada pihak, itu budi bicara. Saya ingat Dato’ Rantau pun sebut bersama tadi. Budi bicara. Jangan pertikaikan budi bicara ni, Speaker. Wallahu’alam.

Mana yang boleh saya bagi laluan. Ada tadi tak ada soalan tambahan. Saya rasa penting dan Dato’ Rantau pun sebut benda pasal apa, kemanusiaan. Saya benarkan. Ada pun yang disebut lain tadi, macam Dato’-Dato’ lain sebut, Zaiful sebut tadi, saya bergantung kepada isu. Tapi kalau soalan tambahan, macam dulu, kita benarkan, tuan-tuan saya cakap kita balik 6:30 tuan-tuan tak nak balik dah. Jadi, pukul 6:30 kita habis dah, saya jadual, saya buat jadual ni. Bukan saya tak buat jadual ucapan ni, saya buat jadual. Siap ada masa supaya kita jangan tersasar jauh.

Sebab itu kita, saya, tadi, saya ada sebut dah, sabar dulu, saya tak buat 2 hari bersidang. Saya beritahu dekat semua, semua, saya punya, you bersiap sedia kita akan berikan peluang seluasnya kepada ADUN-ADUN untuk berbahas. Sebab itu buat 22 sampai 30 haribulan ni. Saya tak, tak, saya nak bagi peluang kepada tuan-tuan untuk bercakap semua. Saya tak pernah nak halang nak berucap. Kalau point tu bagus, kita ambil. Saya setuju dengan YB, YB Rantau, apa, YB Rantau kata, kita bersama sekarang ni. Ini negeri kita, kita nak majukan sama. Tapi kalau you nak ulang-ulang balik pasal peraturan tadi tu, saya, saya tak bagilah you bercakap lagi. Jadi teruskan apa you nak cakap, terus je Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya punya hujah tadi, kita mesti ikut peraturan. Itu sahaja.

Yang Dipertua Dewan

Tak saya, saya tak dengar, tak nak dengar ucap, hujah pasal benda tu dah, dah berlalu ni. Dah, ni nak petang ni, dan …..

Ya saya faham.

Yang Dipertua Dewan

….. ni ada orang lain nak bercakap, ramai lagi ni.

Saya mengharapkan agar besok pagi, janganlah dihalang soalan tambahan …..

Yang Dipertua Dewan

Besok pagi, besok pagilah …..

….. jangan halang soalan tambahan. Ada rasional kerana jawapan daripada Kerajaan, daripada soalan saya, mungkin jawapan itu ada kena mengena dengan orang di Gemencheh. Jadi dia nak tanya …..

Yang Dipertua Dewan

Saya dah cakap sebelum tu …..

….. ada rasionalnya.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tak ada. Yang ada kaitan tadi saya tengok, saya tengok tadi ada kaitan saya bagi peluang.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan kalau ada kaitan dengan soalan lain, saya bagi peluang. Tak ada kita tak bagi peluang.

Itu saya, saya, saya terima, akui. Cuma di peringkat awal tu lagi …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan kata saya tak berlak adil.

….. larangan awal tu saya tak setuju.

Yang Dipertua Dewan

Saya dah berlaku adil sungguh ni. Haa saya tak ada pernah halang you all nak cakap apa. Dan saya mintak sekarang ni, teruskan ucapan.

Yang Dipertua Dewan

Jangan ganggu masa yang you ada. Okay?

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ini masa saya.

Yang Dipertua Dewan

[bercakap secara off mic] ….. dah ulang-ulang 2 – 3 kali.

Saya harap …..

Yang Dipertua Dewan

Kepala orang pun pening kepala. Sebab kita ada banyak masa, 6:30 saya nak selesaikan ni. Bukan nak jaga, nak jaga Linggi sorang, nak jaga semua ADUN.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. supaya semua ADUN lain pun boleh berucap.

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa Dato’ Yang Dipertua lagi banyak bercakap pada saya sekarang ni.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay. Terima kasih. Kita bagi yang lain.

Tak ada, saya nak cakap lagi.

Yang Dipertua Dewan

Haa, you duduk tadi.

Pasal Dato’ Yang Dipertua bercakap. Saya duduklah.

Yang Dipertua Dewan

Haa silakan.

Ketiganya, Dato’ Dipertua, sekali lagi, seperti mana dalam sidang Dewan yang lepas. Saya tak tahulah kali ni macam mana. Tetapi rang undang-undang untuk keluarga Islam dan jenayah syariah ini, ramai yang dapat semalam. Ada yang dapat hujung minggu lepas. Saya sebut, pada Dewan yang lepas, ada rasional mengapa rang undang-undang ini kena bagi awal supaya kami, Wakil Rakyat, ada masa nak tengok, tengok apa yang dipinda, tengok undang-undang asal, lepas tu bawak balik bincang dengan rakyat-rakyat kita yang kita katakan tuan ni tadi supaya bahan perbahasan kita dalam Dewan ini kelak, bermakna dan ada rasionalnya.

Jadi, saya mohonlah sekali lagi supaya ketergesaan yang tak perlu ni kita elakkan supaya dapat berfungsi dengan lebih baik lagi, untuk kita membantu memastikan Negeri Sembilan ini lebih sejahtera.

[Setiausaha Dewan memberikan penerangan kepada YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Ya, haa, Yang Berhormat Linggi.

Yang Dipertua Dewan

Sebab rang undang-undang ini kita dah bagitahu 17 haribulan ya, Setiausaha kata, bukan semalam tau. Cuma

kita mintak rang undang-undang ni datang ambil sendiri, ni memang peraturan sejak dulu.

Yang Dipertua Dewan

Rang undang-undang ini kita dah bagi notis 17 haribulan. Dan …..

Ya, notis betul.

Yang Dipertua Dewan

….. dan mintak semua ADUN-ADUN datang ambil ke pejabatlah. Itu peraturan. Jadi sekarang ni, kalau you dapat semalam tu, tu, itu saya ingat mungkin semalam cik, Yang Berhormat Linggi pergi datang ambil ke apa?

Saya dapat hari Jumaat, saya datang ambil sendiri.

Yang Dipertua Dewan

Haa tu sebab semua ambil sendiri. Jangan kata semalam. Hari Jumaat, ini, hari ini hari Isnin. Dah bukan, bukan semalamlah.

Teguran saya …..

Yang Dipertua Dewan

Bukan .….

….. umum sahaja. Saya mintak …..

Yang Dipertua Dewan

….. saya nak …..

….. supaya kita kurangkanlah menggunakan …..

Yang Dipertua Dewan

….. you cakap betul-betul, fakta. Semalam dengan hari Jumaat, hari ini dah hari, hari ini dah Selasa.

Yang Dipertua Dewan

Maknanya Sabtu-Ahad-Isnin-Selasa. Kalau kira hari bekerja, ada 3 hari dah. Tolong jangan, jangan, janganlah, jangan cakap benda-benda yang, cakap benda yang penting sekarang ni, titah ucapan baginda tu saya nak dengar ni. Teruskan.

Asasnya Dato’ Yang Dipertua, kita kena ikut undang-undang kita sebaik mungkin …..

Yang Dipertua Dewan

[bercakap secara off mic] …..

Itulah asas …..

Yang Dipertua Dewan

….. lepas tu saya tanya sekarang ni …..

…. ulasan.

Yang Dipertua Dewan

….. bila saya tanya you sekarang ni you kata hari Jumaat. Itu berbohong tau.

Memang saya ambil hari Jumaat.

Yang Dipertua Dewan

Jangan, kata Jumaat dapat, tadi.

Saya ambil hari Jumaat, betul.

Yang Dipertua Dewan

Hari ni hari Selasa. Bukan semalam. Semalam hari Isnin.

Ramai rakan-rakan saya yang dapat pagi ni, pagi semalam.

Yang Dipertua Dewan

Tak, kita bagi notis 17 haribulan.

Iya. Tapi rang undang-undang …..

Yang Dipertua Dewan

….. masalahnya you tak datang ambil …..

….. biru ni Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. jangan salahkan, itu memang peraturan dia.

….. yang biru ni.

Yang Dipertua Dewan

Dalam peraturan …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia pusing-pusing sekarang.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak mahulah, saya, kalau cakap, cakap benda lainlah. Sekarang saya tengok you dah berbohong tau. Memalukan Yang Berhormat yang lain tau?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Suruh dia tarik balik.

Saya tak bohong langsung.

Yang Dipertua Dewan

Tarik balik. You kata semalam.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tadi cakap semalam.

Yang Dipertua Dewan

Semalam hari Isnin.

Berapa ramai yang dapat biru ni semalam.

Yang Dipertua Dewan

Jangan kata berapa ramai, yang you kata you dapat semalam …..

Saya kata …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia kata semalam.

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

You kata semalam.

Yang Dipertua Dewan

You kata dapat semalam …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tadi jelas sekali.

Yang Dipertua Dewan

….. berkata bohong …..

Ya saya dapat semalam …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Itu you punya hal.

….. pembantu saya ambil hari Jumaat. Saya dapat semalam.

Yang Dipertua Dewan

[bercakap secara off mic]

Okay. Kalau ada kekeliruan, saya mintak maaf …..

Yang Dipertua Dewan

Sebab itu saya mintak you bercakap …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Cadang dia tarik balik.

Kalau ada kekeliruan, saya mintak maaf.

Yang Dipertua Dewan

Mintak maaf kepada semua.

Saya minta maaf kepada semua, tak ada masalah.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Pembantu saya ambil hari Jumaat, saya dapat semalam. Itu hakikatnya. Itu hakikatnya. Jadi, saya terus terang, saya …..

Yang Dipertua Dewan

[Sebahagian percakapan secara off mic] …. you kata dapat hari apa, sebab, cakap betul-betul. Dah masa dah habis, saya bagi pada yang lain.

2, 2 minit, 2 perkara lagi. Tak ada kena mengena dengan undang-undang. Ini hal kawasan. Hal kawasan saya. Terima kasih banyak-banyak.

Pertamanya, berkenaan dengan bantuan sara hidup nelayan. Saya difahamkan di kawasan saya, termasuk jugak kawasan PD yang ada nelayan, lebih kurang ada 100 orang nelayan yang dulu dapat bantuan sara hidup, sekarang ni ditarik balik. Alasan, pelbagai. Cuma saya mohon kepada Kerajaan, ada, saya tak, tidak mempertikaikan kewajaran, tetapi ada kalanya, ada kes-kes yang nelayan ini tidak ke laut, kerana memang dah, dah berumur, dah uzur. Saya mintak untuk golongan ini, pastikan ada Jaringan Keselamatan Sosial untuk kita kenal pasti kalau mereka ni layak menerima bantuan, Bantuan Am bawah JKM, Baitulmal dan sebagainya supaya mereka ini tidak terus terhimpit. Dulu mereka dapat bantuan nelayan, tapi sekarang mungkin tak mampu. Tapi mungkin mereka ni layak di bawah JKM, Baitulmal sebagainya, mintak disaring.

Keduanya saya banyak dapat pertanyaan tentang status PFA di, di Bukit Pelanduk dan Chuah, bertanyakan, saya mohon dipanjangkan di dalam Dewan apakah status projek ini.

Dan akhir sekali, berkenaan dengan status pembinaan rumah-rumah mesra rakyat bawah SPNB. Yang banyaknya dah lulus, tetapi pembinaannya maleh, masih belum lagi di, dim dilaksanakan. Jadi mohon supaya disegerakan supaya ini dapat membantu meringankan beban rakyat.

Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua, atas hujah-hujah yang saya buat tadi, saya mohon menyokong usul menjunjung kasih ini. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya? Saya sebenarnya dah tulis senarai yang nak berucap ni, supaya, saya selang selikan. Tapi nampak dah tuan-tuan dah tak ikut yang, yang saya mintak ni, berdirilah siapa nak cakap dulu. Atau kita ikut ni?

Dato’ Yang Dipertua, adakah senarai tu diberitahu kepada kami semua?

Yang Dipertua Dewan

Ya, senarai tu, saya tak pasti, Setiausaha dah bagi semua ya?

Sebab saya tak dapat. Sebab saya, kita jangkakan besok baru kita nak berbahas.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, kalau you nak bercakap, saya benarkan. Silakan.

Saya belum ready lagi.

Yang Dipertua Dewan

Belum ready. Siapa yang ready? Saya terbuka ni. saya pun terbuka, saya, ni senarai Setiausaha yang edarkan. Siapa yang nak berucap, berucaplah. Rantau dah bagi tadi. Haa, tak ada? Tolong. Tak bersedia? Kalau tak bersedia, saya nak tamatkan pukul 4:00 ni, besok sambung

Kalau tak nak boleh gulung.

Yang Dipertua Dewan

Haa? Semua tak sanggup haa. Jadi, memandangkan yang tak bersedia untuk bahas hari ni, besok, okay jadi saya tangguhkan untuk petang ni. Dan kita sambung besok. Okay, terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.25 petang.