Negeri Sembilan · 24 April 2019
14th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 701 turns · 44,011 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi]
Silakan duduk.
Membaca Doa
Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillah, alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hari ni masuk hari yang ketiga kita bersidang. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini. Dan saya juga berharap kepada Yang Amat, Yang Berhormat sekalian, supaya sentiasa mematuhi peraturan dan bercakap mengikut masa yang kita tetapkan supaya hari ini kita dapat teruskan agenda kita dengan selesa dan kita tamat dalam masa yang kita tentukan.
Yang kedua, semalam kita selesai pukul 4:30, jadi ada ramai Yang Berhormat – Yang Berhormat yang mungkin tak sempat semalam bercakap, dan selepas ini saya akan bagitau macam mana kita nak aturlah supaya kita dapat tentukan kita akan capai matlamat kita untuk selesaikan agenda kita hari ini. Jadi untuk itu saya mohon semua Yang Berhormat sentiasa menjaga masa untuk berucap. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, ada senarai pertanyaan lisan yang saya kira dah diedarkan, soalan lisan telah diedarkan. Kita pergi kepada soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Lenggeng.
Assalamualaikum, saya daripada Lenggeng menanyakan soalan yang pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan Yang Berhormat ADUN Lenggeng mengenai isu status halal dan kebersihan ayam segar di beberapa pasar raya di Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, rakyat khususnya masyarakat mus, Islam sentiasa sedar tentang pentingnya makanan yang halal dan kebersihan yang harus ditingkatkan bagi menjamin keberkatan makanan yang kita pilih. Dasar pensijilan haja, halal adalah bersifat terbuka dan sukarela. Manakala pengusaha pasar raya bebas untuk mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelih sama ada yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia ataupun yang tidak mempunyai sijil halal.
Terdapat 2 kaedah penjualan ayam di pasar raya – pasar raya besar iaitu penjualan tanpa pembungkusan dan penjualan ayam dengan pembungkusan. Ayam yang dalam pembungkusan boleh dikenal pasti si, status halal melalui logo halal yang tertera dan boleh disemak kesahihannya di dalam direktori www.halal.gov.my. Bagi yang tiada, maka status halal ayam tersebut adalah di luar pengetahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Oleh kerana itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sering menasihatkan pengguna supaya membeli ayam yang dibungkus oleh pembeli yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Penguatkuasaan dan pemantauan dijalankan hanya sekiranya terdapat aduan dari orang ramai berkaitan keraguan dan penyalahgunaan tanda halal. Sekiranya didapati berlaku penipuan ataupun penyalahgunaan tanda halal, maka KPDNHEP akan menyiasat perkara tersebut dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga 1 juta ringgit. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat. Seterusnya kita pergi kepada soalan nombor 2, daripada YB Bagan Pinang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Pertama, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua Dewan. Terima kasih soalan Yang Amat Berhormat ADUN Bagan Pinang berhubung dengan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.
Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti bilangan produk baru yang berpotensi diangkat ke taraf antarabangsa. Bilangan produk pelancongan telah bertambah kepada 96 buah produk sehingga Mac 2019 berbanding 85 produk pelancongan pada tahun 2018. Produk pelancongan baru yang diketengahkan dilihat berpotensi apabila ramai pelancong tempatan dan asing yang mengunjungi produk-produk pelancongan Negeri Sembilan.
Antara produk pelancongan yang baru yang terdapat di Negeri Sembilan adalah di Seremban Nabila Agro Farm (Pelancongan Agro), X Park Sendayan (Sukan & Rekreasi), Rabbit Fun Land (Sukan & Rekreasi), Historical Trail (Warisan & Budaya), ATV Kg. JKIN (Sukan & Rekreasi). Bagi Port Dickson pula, Dickson Dragon (Sukan & Rekreasi), Windmill PD Farm ( Sukan & Rekreasi), Wild West Cow bau, Boy Theme Park, PD Waterfront (Sukan & Rekreasi). Bagi Jelebu, Glamping @ Kong Koi (Penginapan – Eko Pelancongan). Tampin, extra, Extreme Park.
Dan kita lihat banyak lagi produk-produk yang, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan sentiasa memprosikan, memprosi, mempromosikan produk-produk pelancongan yang
berpotensi untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi dan dikenali di serata tempat. Setiap tahun pemantauan dibuat bagi memastikan tahap mutu dan kualiti setiap produk pelancongan adalah sesuai dan selamat dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Terima kasih.
Tambahan?
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini Port Dickson telah dikunjungi dengan sebuah kapal Genting Dream Cruise. Dan kunjungan kapal berkonsep cruise adalah ka, buat kali kedua yang mana ia satu semenjak tahun 2006. Kunjungan kapal ini adalah sebuah inisiatif baik daripada Pengarah Jabatan Laut Wilayah Tengah bagi tujuan meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Laut Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Kapal ini membawa, kebanyakannya pelancong luar negara, dan jumlah, jumlah pelancong yang datang melalui kapal ni, adalah lebih kurang 4,000 orang dalam setiap pelayaran.
Soalan saya, apakah usaha Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkenaan untuk mempromosikan produk pelancongan negeri secara efektif dan efisyen kepada pelancong-pelancong cruise ini? Dan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan pelancong-pelancong cruise yang singgah mendarat ke Port Dickson agar dapat berkunjung ke kawasan produk pelancongan di Negeri Sembilan seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa cruise telah singgah ke Negeri Sembilan dan inshaa Allah dan akan berterusan dan kita dapat lebih kurang 4,000 setiap minggu pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan tersebut. Dan semalam, beberapa hari lepas, saya juga telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan untuk menaik taraf jeti yang berada di kawasan tersebut. Dan beliau akan turun bersama dengan Pengarah Jabatan Marin untuk melihat jeti tersebut untuk menaik taraf jeti tersebut, inshaa Allah.
Dan apa yang penting bagi kita, memang kita peringkat permulaan tu, hari tu kita tidak bersedia dengan pakej pelancongan kita disebabkan pemakluman itu agak lewat. Dan hari, dan kita telah, hari ini telah
meminta semua agensi-agensi pelancongan kita untuk memastikan penyediaan pakej untuk diberikan kepada mereka. Dan kita nak pastikan bahawa apabila mereka turun, mereka akan singgah ke Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson, di Kuala Pilah, di kawasan-kawasan sekitar yang mempunyai tempat-tempat yang menarik di, di Nilai, untuk mereka shopping, di Seremban ini. Dan kita juga akan letakkan pakej yang sesuai untuk mereka dan kita akan tawarkan pakej-pakej ini kepada mereka. Dan inshaa Allah pakej-pakej ini apabila siap akan kita maklumkan kepada mereka.
Dan pada hari pertama mereka turun tersebut, juga kita dimaklumkan bahawa ada 1,000 yang tidak mengikuti pakej dan mereka tinggal, duduk dan berpusing di kawasan Port Dickson dan Seremban. Dan kita nak pakej-pakej itu disiapkan segera, dan kita akan tawarkan kepada pihak cruise untuk memastikan apabila mereka singgah, mereka tahu mana tempat pelancongan yang telah kita kenal pasti dan mana yang mereka suka, kerana kita punya 3 kawasan iaitu kita ada kawasan pantai, kita ada kawasan eko pelancongan dan kita juga ada eko budaya, budaya kita. Jadi tempat-tempat ini boleh dilawati khususnya muzium pun boleh mereka lawati. Dan ini akan kita pertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan pelancongan di Negeri Sembilan ini dapat ditingkatkan daripada masa ke semasa, inshaa Allah, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita masuk ke soalan nombor 3, Seremban Jaya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk makluman Yagn Berhormat Seremban Jaya, sistem Whatsapp adalah satu bentuk aplikasi yang popular dalam kalangan masyarakat dunia dewasa ini. Namun cadangan untuk menerapkan sistem Whatsapp sebagai satu platform pengurusan aduan memerlukan kajian, perancangan teliti serta peruntukan kewangan sebelum membolehkan idea tersebut dilaksanakan.
Justeru itu, sekiranya Kerajaan berhasrat untuk mengguna pakai aplikasi Whatsapp sebagai salah satu saluran aduan baru, maka aplikasi Whatsapp dan sistem yang sedia ada, yang sedia diguna pakai perlu
melalui proses integrasi sistem yang memerlukan peruntukan kewangan. Langkah ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan maklumat aduan yang disalurkan kepada jabatan dapat direkod, dipantau dan dapat memberi maklum balas dengan lebih berkesan.
Selain itu, isu keselamatan / kerahsiaan maklumat aduan adalah, dan orang awam yang mengemukakan aduan memerlukan sistem aplikasi Whatsapp turut diberi perhatian bagi mengelakkan masalah data aduan digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam hubungan itu, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan aplikasi i-Tegur, mana ianya berfungsi dengan mudah dan sistematik berbanding dengan sistem Whatsapp. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Bolehkah Portal ePublic menyalurkan aduan terus kepada jabatan-jabatan berkaitan? Terima kasih.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, untuk aplikasi ePublic, sebenarnya ia merupakan aplikasi di mana orang ramai boleh menujukan aduan secara terus kepda Majlis Perbandaran Seremban dan jugak Majlis Perbandaran Nilai. Kebiasaannya kalau aduan yang diterima oleh apa, PBT, katakan MPN ataupun MPS, aduan tersebut dia tidak berkenaan dengan mereka, katakan dia tuju kepada JKR, ataupun tuju kepada JPS, kebiasaan praktis yang kita lakukan adalah kita akan salurkan aduan tersebut kepada Jabatan yang tertentu.
Dan sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya dan jugak Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia, sebenarnya aplikasi iTegur ini, dia boleh digunakan di seluruh Malaysia, dan boleh digunakan di PBT di mana-mana sahaja. Sebab kita sedia maklum, untuk kedudukan kewangan di setiap PBT itu dia berbeza ya. Saya ambil contoh, buat masa ini, kita cuma ada menggunakan aplikasi di peringkat Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai. Dan untuk PBT yang lain, kita belum bermula menggunakan aplikasi lagi. Jadi, saya cukup yakin sekali, dengan wujudnya iTegur ini dia dapat membantu Kerajaan supaya dapat lebih cepat mengenal pasti apakah aduan yang telah pun ditujukan oleh rakyat kepada PBT. Dan kita boleh selesaikan masalah yang ditujukan itu mengikut, mengikut kedudukan kewangan kita. Dan perkara-perkara yang kecil sepa,
seperti yang katakan jalan berlubang, ataupun, sedikit apa, runtuh di kawasan di apa, sistem perparitan itu, kita dapat selesai dengan lebih cepat.
Jadi, saya amat berharap yang, ahli-ahli Yang Berhormat boleh sama-sama kita menyebarkan berita ataupun penggunaan iTegur ini kepada orang ramai supaya kita dapat menerima, menerima lebih banyak feed back daripada masyarakat supaya kita boleh sama-sama selesaikan masalah mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Palong.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.
Assalamualaikum Dato’ Yang Dipertua, saya telah mendapat izin bagi menggantikan YB Labu yang terpaksa …..
Kejap kejap, soalan nombor 2, ya. Nombor 2, nombor 2, Yang Berhormat Paroi, YB Veerapan. Silakan duduk.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Palong yang bertanyakan berkenaan Klinik Kesihatan Palong 4,5 dan 6.
Dato’ Yang Dipertua, kerja pembaikan kemudahan awam di Klinik Kesihatan Palong 4,5 dan 6 iaitu pembaikan siling telah dilaksanakan pada 28 Februari 2019. Dan kerja-kerja penyela, penyelenggaraan yang melibatkan naik taraf kemudahan fasiliti Klinik Kesihatan Palong 4,5 dan 6 termasuk kemudahan awam, kemudahan OKU yang telah dipohon di bawah peruntukan penyelenggaraan jabatan.
Dan, bertanya, ADUN juga bertanya berkenaan kekangan yang dihadapi. Saya ingin maklumkan bahawa tiada kekangan dalam pelaksananan ini dan semua kerja-kerja pembaikan ini dilak, dijalankan secara berperingkat bagi memastikan perkhidmatan kesihatan tetap dapat diberikan kepada pesakit dengan baik.
Dan berkenaan dengan status penambahan kipas serta penghawa dingin. Kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan 2 buah penghawa
dini, dingin di dalam bilik rawatan dan kecemasan bagi Klinik Kesihatan Palong 4,5 dan 6 ini telah dimulakan, dan dijalankan pada 20 Mac dan telah selesai pada 27 haribulan Mac 2019. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Tadi disebut tadi tentang telah pun membaiki siling yang runtuh. Bagaimana dengan kerja-kerja lain seperti kerusi menunggu untuk pesakit yang sampai sekarang tidak dibuat langsung? Terima kasih.
Terima kasih di atas soalan tambahan. Seperti yang saya maklumkan tadi, kita dalam proses untuk menaik taraf fasiliti-fasiliti yang berada di Klinik Kesihatan di Palong 4, 5 dan 6. Dan kita akan membaiki, permohonan yang dibuat oleh penduduk di sana. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Repah. Seterusnya, saya persilakan Rahang.
Terima kasih Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Rahang, masalah pecah masuk ke dalam rumah. Kita sedia maklum bahawa jumlah kes pecah masuk ke dalam rumah yang telah dilaporkan sejak Jun 2018 hingga Februari 2019 di kawasan DUN Rahang adalah sebanyak 39 kes.
Manakala tindakan yang akan diambil dan telah diambil adalah pertama, meningkatkan rondaan kereta peronda (MPV) dan unit bermotosikal (URB). Mengenal pasti Local Bad Character dan RBC (Restricted Bad Character) di kawasan yang kerap berlaku jenayah. Yang ketiga, membuat pemeriksaan kerap terhadap OKP (Orang Kena Pengawasan) dadah. Anggota sektor mengadakan perjumpaan yang kerap dengan penduduk untuk mendapatkan maklumat melalui program Meet And Greet, Talk To Us, High Profile Policing, Walk About and, dan Hari Bersama Pelanggan. Seterusnya mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk / keluar kawasan sasaran. Dan yang terakhir, memberi penerangan melalui siaran radio.
Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak anggota Polis yang telah bertungkus lumus memastikan indeks jenayah di Negeri Sembilan bagi tahun 2018 telah menurun sebanyak 7%. Dan ini merupakan satu kejayaan. Dan kita harap, bagi tahun 2019 ini, indeks jenayah di seluruh Negeri Sembilan dapat dikurangkan lagi dan kita berharap juga usaha-usaha ini dapat sokongan daripada seluruh masyarakat di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Masih ada beberapa kes-kes pecah rumah ke dalam rumah dan samun di Kampung Pasir dan Kampung Baru Rasah dan juga, beberapa taman-taman di dalam kawasan Rahang. Sila nyatakan beberapa orang ditangkap dan dibawa ke mahkamah.
Dato’ Yang Dipertua, mengenai soalan ini saya mohon untuk dijawab secara lisan, bertulis.
Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Terima kasih kepada Amat Berhormat Dato’ Seri. Kita pergi ke giliran 6, nombor 6, Gemas.
Bismillahirrahmanirrahim, Tuan Yang Dipertua saya mengemukakan soalan nombor 1.
YB Paroi.
Terima kasih kepada ADUN Gemas berkaitan dengan peruntukan bagi program memperkasakan budaya dan adat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, Pembentangan Bajet 2019 tiada peruntukan disalurkan khusus di bawah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat-Istiadat Melayu. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 ringgit kepada Lembaga Muzium Negeri Sembilan sebagai penyelaras bagi memperkasakan Adat Perpatih.
Namun bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang khusus tentang kebudayaan di peringkat negeri adalah berdasarkan kepada program
based, dengan izin, bagi tahun semasa mengikut keperluan program. Untuk maklumat, dana tersebut akan diagihkan kepada Yang Mulia Luak-Luak bagi menjalankan aktiviti dan program Adat Perpatih dengan berdasarkan 4 Teras Dana dan mengikut kaedah dan proses yang telah dibentangkan di dalam bengkel Memperkasakan Adat Perpatih pada 28 Februari 2019 di Galeri Seri Menanti, Kuala Pilah.
4 Teras Dana Memperkasakan Adat Perpatih yang pertama adalah berkaitan dengan Kepimpinan. Yang kedua, berdasarkan Program Keilmuan. Yang ketiga mewujudkan Kelab Adat Perpatih. Dan juga Olek Adat. Dan yang keempat, ialah papan-papan tanda sempadan Luak-Luak.
Pecahan dana tersebut dibahagikan kepada 15 Luak iaitu Luak Sungei Ujong, Luak Rembau, Luak Johol, Luak Jelebu, Wilayah Adat Tampin, Luak Ulu Muar, ulak, Luak Terachi, Luak Jempol, Luak Gunung Pasir, Luak Ineh, Pesaka Kecil Gemencheh, Pesaka Kecil Air Kuning, Pesaka Kecil Pasir Besar dan Luak Lingkungan, dan Linggi.
Jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan mengikut Luak-Luak adalah seperti berikut, yang pertama Luak Ulu Muar. Alhamdulillah pada 5 dan 6 Februari 2019 telah diadakan Istiadat Pelantikan Ibu Soko dan Istiadat Pengesahan Pesaka Adat Suku Batu Belang yang telah menggunakan peruntukan 7,040.00 ringgit. 25 haribulan, 2019 adalah Program Olek Ulu Muar: Masakan Air Tangan Ibu Soko Dan makan, makanan, Makan Beselo yang telah mem, membelanjakan 4,050.00 ringgit. Pada tarikh 6 haribulan Mac 2019 ialah Program Bicara Adat: Kerapatan Adat Kampung Bukit yang membelanjakan 9,200.00 ringgit. Pada 25 dan 26 Mac, 24 dan 25 Mac pula adalah Program Olek Ulu Muar Prokim 2.0 bersama Sekolah Menengah Kebangsaan KGV, Seremban telah membelanjakan 24,700.00. Itu adalah 4 program yang telah diadakan di bawah Luak Ulu Muar.
Bagi Luak Terachi. Pada tarikh 12 Mac 2019 adalah mas, Masakan Tradisional Negeri Sembilan Luak Terachi, telah menggunakan peruntukan 2,000.00 ringgit. Dan jugak tarikh 30 Mac 2019, Perlantikan Ibu Soko Suku Selamak Pahang Perut Hilir Luak Terachi juga telah menggunakan peruntukan 2,000.00 ringgit. Itu saja jawapannya, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya cuma nak mendapatkan penjelasan. Kenapa EXCO yang berkaitan tidak menjawab soalan tersebut? Terima kasih.
Dato’ Dipertua, sebenarnya kurang manis untuk EXCO lain jawab apabila dalam kehadiran EXCO yang berkenaan, kecuali dia tak ada dalam Dewan ni, ataupun YAB MB sendiri yang jawab.
Dulu, jawapan semua MB yang jawab. Masa tu tak, EXCO tak jawab. Sekarang, apa ….
Jawab, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya nak bawak perkara ni dalam Dewan untuk kita dapat keterangan lebih jelas di, di, di Dewan ini ya. Kalau kita tengok, viral sekarang, kita di, di Facebook, di media massa, di maya, kita tak tahu apakah status yang di-viral-kan dalam Facebook dan sebagainya tentang Pilah ni, adakah betul-betul benar. Jadi kita mahu penjelasan hari ini ya. Kita nak dapatkan penjelasan sebenarnya. Kena pulak hari ini, soalan yang sepatutnya dijawab oleh Pilah, dijawab oleh EXCO lain. Jadi kita mahu satu status yang sebenarnya tentang Pilah ni. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa ya, kita rasa perkara tersebut tidak harus dipanjangkan. Kita sedia maklum bahawa jawapan tadi daripada YB Paroi untuk, dia membantu jawapan daripada YB Pilah. Jadi saya rasa tak ada masalah, siapa pun boleh jawab. Dan memang selalunya dulu Menteri Besar jawab. Tetapi tak sewa, tak ada peraturan mengatakan bahawa Menteri Besar boleh jawab. Jadi, saya rasa, isu tersebut tidak harus dipanjangkan. Dan saya rasa perkara tersebut boleh siapa-siapa nak jawab ya. Ada yang semalam pun, sepatutnya saya jawab ada orang lain jawab. Itu pun tak ada masalah. Jadi saya harap taklah menjadi isu besar, peraturan mengatakan siapa-siapa pun boleh jawab. Terima kasih. Selagi dia EXCO.
Memang benar. Siapa-siapa pun boleh jawab. Tapi dalam soalan lisan ni …..
Dah dah dah.
….. tak kita …..
Gemencheh, Gemencheh, jap jap.
Dato’ Speaker …..
Jap jap jap.
….. kita semua nak dapatkan …..
Dah dah dah, kejap kejap kejap.
….. kepastian.
Kejap kejap kejap kejap. Saya nak mintak kepastian, soalan tadi pada Gemas kan. Gemas dapat, menepati jawapan tak?
Kalau diikutkan, alhamdulillah-lah. Panjang lebar yang dibacakan oleh ADUN Paroi tadi, memang menepatilah. Tetapi pada kebiasaannya biarlah jauhari yang mengenal manikam. Bila bidang yang tertentu tu biarlah orang yang layak untuk bercakap. Tapi bagi, di Dewan yang mulia kita boleh menerima pandangan tersebut. Dan inshaa Allah-lah, mungkin akan datang, ada satu sinar bagi EXCO kebudayaan itu untuk menjawab soalan-soalan. Sebab sepanjang kita kemukakan, ada beberapa perkara yang masih lagi yang kita tak tahu sebenarnya. Sebab itulah saya selalu bertanya dalam sidang Dewan beberapa perkara berkaitan dengan adat. Jadi yang seterusnya saya ingin nak menambahlah, untuk soalan tambahan. Jadi dalam memperkasakan adat dan budaya ini …..
Soalan tambahan? Dato’ Speaker …..
Jap jap.
….. tadi sudah soalan tambahan. Ini …..
Tak, saya bercakap sekarang. Jadi dalam memperkasakan adat dan budaya ini, apa yang telah dinyatakan, apa yang dinyatakan oleh wakil kepada EXCO kebudayaan dan adat istiadat tadi, kita sebenarnya dah ke arah fasa-fasa yang seterusnya. Jadi kalau katakan, apa yang dinyatakan tadi, memang betul, menjurus kepada kita punya Luak, Tanah Mengandung dan sebagainya. Dibagi, diagihkan peruntukan dan sebagainya. Tetapi yang kita nak lihat sekarang ni, kita adalah satu negeri yang beradat, negeri yang negeri lain tak ada adat. Jadi kita beradat. Maknanya kita kena letakkan satu peruntukan di peringkat akar umbi sekali. Kita nak lihat sejauh mana pulak peruntukan ini diturunkan ke sekolah-sekolah ataupun belia-belia ataupun NGO-NGO untuk kita memartabatkan dan memperkasakan adat ini. Sebab kalau kita tak bangunkan daripada bawah, maknonya adat ini akan mati begitu sahaja. Dan hanya pengamal-pengamal adat saja yang tahu. Jadi itu yang saya nak katakan bahawa bagilah sedikit peruntukan untuk golongan-golongan belia, golongan-golongan remaja, bagaimana mereka boleh menelurusi adat-adat ini.
Dan saya rasa kombinasi antara Muzium dan adat, dan JKKN ini berfungsi dan berperanan untuk terus memperkasakan. Kalau diikutkan sebelum ini, JKKN dan Muzium berperanan menggunakan dana secara berasingan. Peruntukan daripada Muzium satu peruntukan, daripada JKKN diberi satu peruntukan, dan masing-masing membuat dan membuat “Hirok Pikok” di Negeri Sembilan dan akhirnya mereka tahu Negeri Sembilan adalah negeri beradat dan Adat perpatih ini dikenali seluruh bukan saja negeri, negara malah seantero dunia. Sebab tu lah …..
Yang Berhormat soalan.
Cakap aja. Saya mintak peruntukan tadi, bagi golongan belia. Sebab itu Timbalan Speaker tak dengar, nak bercakap selalu. Sebab itu saya kata tadi, pergi ke Kelantan, orang kata “komat Jelebu”, pergi ke Kedah, “apo kono eh jang”. Maknanya mereka telah menghayati bahasa-bahasa Adat Perpatih. Jadi saya mintaklah dana peruntukan itu diturunkan kepada NGO-NGO, belia-belia dan sekolah-sekolah untuk kita hidupkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Ini tak ada …..
Dato’ Yang Dipertua.
Duduk duduk, duduk, dah dah.
Dato’ Speaker, saya nak tambah sikit je.
Dah dah dah.
Sikit penjelasan je. Bagilah laluan Dato’ Speaker, bagi sikit penjelasan je. Tak, saya amat kasihankan …..
Duduklah Gemencheh, bukan ruang kamu.
Duduk duduk.
….. kita bukan nak menganiaya sesiapa. Bagi sikit Dato’ Speaker. Bagi sikit ruang kepada saya untuk dapatkan penjelasan Dato’ Speaker.
Speaker.
Dato’ Yang Dipertua.
Chembong duduk. Chembong duduk. Duduk, karang giliran tibo kang cakap.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas …..
Gemencheh tak apo, bagi Chembong nanti cakap.
Dah dah. Okay Chembong, nanti kita pergi minum. Duduk. Duduk, okay.
Jangan ada unsur-unsur rasuah ni Dato’ Dipertua.
Bagi, bagi …..
Dengar, sikit je, pandangan ni, ni penting.
Pandangan apa kaitan pada …..
Dato’ Yang Dipertua …..
Pandangan tentang Lenggeng Dato’ Speaker.
Dah dah habih dah, biar jawab dulu, biar, yang, Yang Amat Berhormat dah berdiri lama tu, bagi dia peluang, dia dah, dah bersemangat nak jawab tu.
Yang Amat Berhormat.
Haa okay.
Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Gemas, dan saya mengucapkan terima kasih atas pandangan. Dan saya rasa pandangan tersebut telah kita laksanakan di Negeri Sembilan. Dan kita sedia maklum bahawa di Negeri Sembilan ini, kita, Kerajaan Pakatan Harapan-lah Kerajaan yang telah, yang telah menaikkan elaun adat ya, sebanyak 20% untuk tahun ini, yang melibatkan 700,000.00 ya. Di samping itu juga kita telah menaikkan kehadiran perbicaraan pesaka adat, dinaikkan daripada 20.00 ringgit ke 50.00 ringgit bagi setiap mesyuarat. Dan peruntukan 500,000.00 ini tak pernah diadakan sebelum ini. Kita letak daripada, kepada KKN untuk me, memastikan aktiviti-aktiviti adat disalurkan melalui Lembaga Muzium Negeri. Jadi, ini merupakan satu pembaharuan yang kita buat untuk memperkasakan adat. Kita tidak hanya berkata, tetapi kita melaksanakan kata-kata tersebut. Ini adalah untuk memperkasakan adat itu sendiri.
Dan alhamdulillah, pihak sekolah juga, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, hari ini akan memastikan bahawa anak-anak kita dilatih dengan adat ya. Kerana itu, KGV kita maklumkan tadi, telah menjadi penganjur pertama untuk, membuat membuat program adat tersebut. Dan membelanjakan 26,000.00, 26,000.00 tadi ya?
25,000.00.
25,000.00. Jadi ini merupakan inisiatif-inisiatif baru yang kita pastikan bahawa adat di Negeri Sembilan dapat kita laksanakan dengan baik.
Dan bukan di situ sahaja, promosi tersebut, kita juga telah, kita telah pergi ke Muzium Negara pada 20 dan 21 April ini, dah lepas, dah lepas ya, 20 dan 21 April, kita telah mengenali budaya orang Negori ya, kita telah adakan program mengenali budaya orang Negori, di mana di sini kita lihat bahawa promosi itu bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi di luar Negeri Sembilan, khususnya di Muzium Negara. Jadi ini merupakan satu inisiatif-inisiatif yang kita lakukan di pering, di pi, di peringkat sekolah.
Dan inshaa Allah belia, kalau ada belia-belia yang ingin menganjurkan program-program tersebut, saya rasa tidak ada masalah untuk mereka memohon peruntukan melalui mu, Lembaga Muzium Negeri untuk kita salurkan peruntukan yang telah kita sediakan itu. Dan tidak jadi, tak menjadi masalah pada perkara tersebut.
Dan saya rasa, untuk budaya dan adat ini, saya ra, yakin dengan Yang Berhormat Pilah selalu pun turun padang, untuk melihat, memastikan bahawa program ini berjalan dengan baik dan saya rasa bahawa inilah matlamat kita untuk memperkasakan institusi-institusi adat di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat kerana telah memberi jawapan. Silakan seterusnya YB Pertang.
Speaker, macam mana janji kita?
Belum lagi, belum …..
Janji minum, minum minum.
Ada ni, ada, nanti kang, saya bagi, ya. Duduk dulu, duduk dulu. Duduk dulu, duduk dulu. Nak ajak minum ke? Chembong, nak minum dulu ke? Haa, okay, teruskan daripada Mambau ya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau ingin nak kemukakan, kemukakan soalan pertama iaitu permohonan menempatkan SJK Ladang Perhentian Tinggi di Taman Thivy Jaya. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Mambau, pihak sekolah telah membuat permohonan untuk memindahkan sekolah dari Ladang Perhentian Tinggi ke Mukim Rasah Seremban pada tahun 2014 dengan menggunakan sumber kewangan yang akan diuruskan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perhentian Tinggi.
Ketua Pendaftar Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan kelulusan perpindahan sekolah ke lokasi baharu di Taman Thivy Jaya, Mukim Rasah di atas tanah seluas 0.6313 hektar atau bersamaan 1.56 ekar pada 14 April 2014. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Mengikut kepada jawapan Kerajaan Negeri iaitu permohonan telah diluluskan di Taman Thivy Jaya, Bukit Rasah atas, atas tanah seluas 0.6313 hektar. Dato’ Yang Dipertua, saya difahamkan, tanah tersebut adalah kawasan lapang dan padang. Adakah taman, adakah tanah kawasan lapang tersebut telah diluluskan untuk pembinaan bangunan sekolah di situ? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Mambau. Kelulusan yang diberi ialah pada 2014 ya. Kita juga tidak mengetahui mengapa Lembaga Pengelola Sekolah tidak mengambil tindakan untuk memindahkan sekolah pada ketika itu. Untuk ketika ini, jika ada sebarang perubahan ataupun permohonan baru, LPS sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perhentian Tinggi boleh berhubung dengan Kerajaan untuk membincangkan tentang perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan.
Dato’ …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, ingin saya berikan penjelasan sikit tentang sekolah ini, saya ada maklumat sikit …..
Haa itu dulu, Dato’ Yang Dipertua, dulu BN itu …..
Dato’ Dipertua …..
….. masa itu, itu MIC tipu ini masalah sekolah ini. Jangan lagi , kita sudah faham ini. Lagi satu Dato’ Yang Dipertua, ini memang kita ban, saya bantah ADUN Seremban Jaya bantah masalah Ladang Perhentian Tinggi, Sekolah Tamil, memang tak boleh pindah. Tempat itu tidak sesuai by akan datang 2020 memang itu tempat mewah. Sebab itu, Thivy Jaya, kita Pakatan Harapan memang bantah, tak boleh pindah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua.
Saya, itu pandangan dia …..
Saya nak tambah sikit, tambah sikit.
Nanti kejap, kejap. Mambau kejap, Jeram Padang.
Tak pasal ni…..
….. saya nak sampaikan maklumat yang sedia ada …..
Jawapan kepada mambau, soalan kepada Mambau.
….. setuju atau tidak itu terpulang.
Tak, tak. Mambau punya apa tadi, floor, Mambau you berikan tak Jeram Padang untuk, soalan?
Saya tak bagilah. Saya nak tambah soalan sikit saja, sikit saja.
Haa bagi laluan dia kata, bagi laluan.
Bagi ke?
Tak bagi, tak bagi.
Tak bagi, okay.
Dato’ Yang Dipertua, apa saya nak nyatakan sebab di kawasan Taman Thivy Jaya ni, pen, penduduk, kebanyakan penduduk adalah kaum India, dan mereka datang ke pejabat saya tanya status sekolah, perhe, perpindahan sekolah Perhentian Tinggi ni. saya nak tanya soalan di Dewan yang mulia ini. Jadi saya nak jawapan yang tetap, yang te, yang tetap untuk memaklum balik kepada penduduk-penduduk kaum India di sana. Dan satu lagi kalau, adakah, apakah kawasan-kawasan lapang yang lain, kalau tidak ini, ini tidak diluluskan untuk men, membangunkan sekolah Tamil di sana. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk tempat lain di kawasan Thivy atau Taman Rasah Jaya untuk membangunkan sebuah sekolah Tamil? Sebab, kebanyakan pelajar murid-murid Tamil, mereka ingin nak bersekolah di Tamil, perlulah pergi ke tempat yang lebih jauh daripada Taman Thivy Jaya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, masalah ini masalah lama, 2014. Sekarang ni 2019. Jadi, memang sebenarnya banyak perkara berlaku seperti ini. Permasalahan yang berkaitan tentang yang lama, yang sepatutnya dah selesaikan dulu, zaman pentadbiran Kerajaan yang dahulu. Ini yang masalah yang kita hadapi sekarang. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sekarang serius ya, dalam isu pendidikan dan sebarang perkara yang berkaitan, kita akan mengusahakan ya, kalau pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) untuk melihat apakah kaedah yang terbaik untuk kita menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampangan yang dah bagi jawapan.
Tuan Yang Dipertua, soalan …..
Soalan ke apa?
Tara bukan, bukan soalan.
Mahu ulas?
Tadi saya mahu, mahu tambah sikit, ini masalah sekolah. Masalah itu bukit, Sekolah Bukit Keledek, dekat Ayer Kuning memang murid sudah kurang. Kali ini Darjah 1 pun tara orang daftar. Saya cadangan di Dewan yang mulia ini, Sekolah Bukit Keledek boleh pindah di Taman Thivy Jaya. Itu cadangan saya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Pihak LPS boleh membuatkan cadangan kepada kita. Terima kasih.
Seterusnya kita pergi kepada Pertang ya.
Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Pertang bertanyakan status pembinaan Masjid Jamek Jelebu. Alhamdulillah, Masjid Jamek Jelebu, Menteri Ekonomi telah mengarahkan satu lawatan tapak yang di, telah dilakukan, dan oleh pihak ICU, dan akan buat semakan sebelum tapak itu diluluskan. Dan inshaa Allah, perkara tersebut akan dipanjangkan kepada Menteri Ekonomi untuk kelulusan.
Soalan tambahan Yang Dipertua, saya mohonlah ya, pasal masalah Masjid Jamek Jelebu ni telah lama sebenarnya, peruntukan ni telah diluluskan semenjak Kerajaan terdahulu. Tapi kerana ada beberapa perkara, nak alihkan tempat, jadi sebenarnya tempat yang sedia ada tu, yang telah kita cadangkan peringkat awal, iaitu bersebelahan dengan Pejabat Agama Islam yang baru Daerah Jelebu tu, saya rasa sesuai kerana dia, masjid tu boleh digunakan oleh taman-taman berhampiran. Jadi saya mohon supaya masalah masjid tu dapat disegerakan, ya terima kasih Pengerusi.
Terima kasih soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa apa yang penting dalam mendirikan masjid adalah pengisian dan program imarahnya. Dan mungkin itulah yang dilihat sebelum ini dan kita harap bahawa satu tapak oleh, dapat dibincangkan dan diselesaikan oleh masyarakat di sana bagi memastikan bahawa masjid yang kita bina ini betul-betul dapat kita gunakan untuk program-program imarahkan jemaah-jemaah di sana. Di samping kita ingin melihat juga bahawa sinar itu terus subur di sana. Dan saya harap bahawa ia akan, saya akan pastikan bahawa ia akan dapat digerakkan dengan cepat, inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Seterusnya Lobak.
Terima kasih Tuan Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, menjawab soalan tentang masalah sosial pelajar sekolah. Peratus murid ponteng menunjukkan peningkatan dari 0.24% pada 2014, 0.22% (2015), 0.54% (2016), 2.52% (2017) dan 4.74% (2018). Secara puratanya peratus ponteng di Negeri Sembilan dalam tempoh 5 tahun dari 2014 sehingga 2018 adalah 1.65%.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa peningkatan ketara peratus ponteng khususnya dari tahun 2016 ke 2017 hingga ke tahun 2018 bukanlah disebabkan oleh masalah serius dari aspek murid ponteng, tetapi disebabkan oleh penguatkuasaan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan terhadap semua murid sekolah agar merekod semula disiplin, semua rekod disiplin murid serta rekod Amalan Baik setiap murid. Rekod-rekod ini amat diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD bagi tujuan pentadbiran hal ehwal murid.
Selaraskan dengan tagline Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan iaitu “Jom Poie Nolong Sekolah (JPNS)” dan melahirkan “Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC)”, beberapa tindakan telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengurangkan masalah yang berkaitan dengan disiplin dan sahsiah murid khususnya masalah ponteng. Seperti yang pertama, Program Jom ke Sekolah. Program Jom ke Sekolah telah dilancarkan oleh KPM pada 2017 dan diteruskan dengan Pelancaran Jom ke Sekolah 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sendayan. Pelancaran tersebut berlaku serentak di semua sekolah di Negeri Sembilan dengan fokus diberikan kepada kehadiran murid dan papan kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah yang memberikan informasi bagi membantu pengurusan sahsiah dan disiplin murid.
Kita juga mengadakan Operasi ponteng. Kerjasama bersama dengan agensi seperti PDRM, RELA, Majlis Daerah/PBT dan AADK di lokasi yang dikenal pasti pada setiap daerah. 6 kali operasi ponteng telah dilaksanakan setiap tahun pada peringkat Pejabat Pendidikan Daerah.
Kita juga mengadakan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Aplikasi ini dikemaskini dengan menambah baik sistem di mana pemantauan terhadap murid ponteng sekolah lebih tersusun. Murid yang tidak hadir ke sekolah akan direkodkan dan surat-surat peringatan dan surat tindakan akan dijana terus oleh sistem. Ini memberikan kemudahan kepada pihak sekolah untuk memantau isu ponteng.
Kita juga melaksanakan Pelaksanaan Amalan murid, Amalan Baik SSDM. Guru akan merekodkan segala perbuatan, perlakuan, nilai dan amalan baik yang ditunjukkan atau dilakukan oleh murid-murid sepanjang berada di sekolah atau sewaktu menjalankan aktiviti persekolahan. Bertujuan untuk memupuk sikap murid agar sentiasa melakukan amalan baik. Menilai amalan baik ini adalah pendekatan baharu berbanding penilaian sikap sebelum ini yang hanya melihat kepada perlakuan-perlakuan negatif/salahlaku murid.
Kita juga melakukan Mesyuarat Permuafakatan antara JPNS dan PDRM. Mesyuarat ini dilaksanakan 2 kali setahun di peringkat negeri di antara JPNS dan PDRM. Akan diperkasakan pada peringkat daerah dengan pertemuan 4 kali setahun. Mesyuarat bertujuan membantu JPNS menangani isu murid terutama keselamatan dan disiplin murid di Negeri Sembilan.
Antara program yang dilakukan ialah Program Pembangunan Sahsiah Diri Murid (PPSDM). Fokus kepada murid berisiko dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah. Program berbentuk summer camp kepada murid yang berisiko.
Antara program lain ialah Amalan Guru Penyayang (AGP). Pelaksanaan dasar AGP oleh KPM bertujuan meningkatkan kepedulian guru dan warga sekolah terhadap murid. Pening, meningkatkan penghargaan terhadap murid dengan mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dan memberi penghargaan seperti sambutan hari jadi murid, guru dan kakitangan sekolah.
Selain daripada itu, kita juga mengadakan Program Ziarah Cakna 2019. Ziarah Cakna adalah antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JPN, PPD, pihak sekolah, PIBG serta pelbagai agensi dan komuniti yang berganding bahu dalam memastikan segala permasalahan khususnya berkaitan ponteng sekolah ini dapat dikurangkan. Lawatan ke rumah pelajar yang bermasalah dilakukan sebagai usaha mendekati dan membantu perma, permasalahan yang dihadapi oleh pelajar.
Selain daripada itu jugak, kita juga mengadakan Sesi Bimbingan dan Kaunseling. Semua sekolah telah ditempatkan sekurang-kurangnya seorang Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Guru Bimbingan lantikan sekolah di mana mereka bertanggungjawab membantu pihak sekolah untuk memantau dan menjalankan program yang sesuai dengan kelompok murid yang bermasalah ponteng tersebut.
Selain daripada itu jugak, Kerajaan negeri telah memberikan Bantuan Anak ke Sekolah (N9 BAS) ya. Kerajaan Negeri telah memulakan pendekatan baharu dengan melaksanakan Bantuan N9 BAS, bantuan khusus kepada murid sekolah rendah dari data e-Kasih 2019. Murid terbabit akan diberi bantuan 50.00 ringgit sebulan bagi membantu menampung kos pengangkutan murid ke sekolah. Semoga usaha ini inshaa Allah, akan mengurangkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Ampangan. Jelas sekali. Sini ada sikit soalan tambahan. Baru, baru saja, 2 – 3 hari, terima satu laporan polis bahawa dinyatakan aktiviti Ah Long, pinjam wang haram sudah mencelah masuk ke sekolah, pekan Seremban sini. Ini, budak ni, pun sudah buat report di Balai Polis. So kami harap, disiplin walaupun diutamakan, tapi Ah Long tu lagi aktif. Kami difahamkan ini Ah Long bukan kali pertama, dia ini Ah Long sudah masuk ke sekolah. Budak sekolah pinjam wang. Dia pinjam wang hanya 8,000.00, tapi ibu bapa, ibu bapa dia sudah bayar 16,000.00 lebih.
So saya harap, Jabatan PPD ke, atau Jabatan Pendidikan ambil berat isu yang baru ini supaya jangan ulang lagi. Dan jikalau tak salah saya, ini sudah semakin serius, bukan satu sekolah saja, ramai, banyak sekolah ni, telah diserang masuk ni aktiviti Ah Long. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, kita, jika berlaku sebarang permasalahan serius seperti ini, mana-mana pihak yang dapat maklumat, harus segera melaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ataupun pejabat Pendidikan Kerajaan Negeri, supaya kita mengambil tindakan dengan kadar yang segera. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya kita pergi ke soalan 10 ya, nombor 10, Jeram Padang.
Terima kasih Dato’ Yang Pertua, saya ketengahkan soalan nombor 1.
Nombor 1? Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua, sibuk nampaknya ni. Soalan nombor 1 ya. Berkaitan tentang permohonan tanah sekolah di Batang Benar. Sekolah Jenis Kebangsan Tamil Batang Benar yang terletak di kawasan ini hanya dalam 2 ekar, dan kekurangan tanah untuk bangunan tambahan pada masa yang akan datang. Buat masa ini, padang yang ada pun hanya separuh daripada padang yang benar ya.
Jadi, tanah ini asalnya adalah tanah milik yang telah diserahkan oleh pemaju bagi tujuan Kompleks Sekolah Bersepadu dengan keluasan 12.876 ekar. Kerajaan Negeri pada 13 Mei 2017 telah menolak permohonan bertindih daripada Lembaga Pengurus Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ladang Regent, Gemencheh dan Lembaga Pengelola Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Batang Benar untuk memiliki tanah Kerajaan Secara Hakmilik Tetap seluas lebih kurang 10,106 meter persegi ataupun 2.49 ekar di Bandar Nilai Utama, Daerah Seremban untuk Kegunaan Bangunan Pendidikan (Sekolah). Sekian untuk makluman Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih, seterusnya saya …..
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.
Tambahan? Ingat tak ada tadi.
Walaupun Yang Berhormat duduk di sebelah saya pun tak apalah, saya tanya jugalah asalkan dia dapat, dapat direkodkan. Sebenarnya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Batang Benar tu memang dah dibawak, kerana ada 2 permohonan bertindih. Tetapi dalam Mesyuarat EXCO pada ketika tu, memang dibuat keputusan untuk diberikan tanah tu kepada SJKT Batang Benar secara lisan dan memang SU Dewan yang berada di hadapan saya, adalah SU pada ketika itu dalam Mesyuarat EXCO, MMK.
Jadi saya berharap, saya mintaklah, jasa baik pihak Kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertimbangkan permohonan telah dibuat untuk mendapatkan untuk tanah yang di hadapan sekolah yang tersebut untuk SJKT Batang Benar itu. Sebab seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ampangan tadi, memang 2 ekar tanah itu tak sesuai untuk masa hadapan kerana kawasan itu maju dengan begitu pesat, dan kalaulah terlepas tanah itu untuk sekolah tersebut, tak ada lagi tanah di
sekelilingnya. Kecuali dia lompat lari ke satu lagi tempat di luar daripada sempadan yang sedia ada.
Jadi, saya ini, harapan saya, daripada Kerajaan Pakatan Harapan, saya ini harapan, saya berharap, Pakatan Harapan ini akan memenuhkan harapan saya, Manickam Letchuman ini untuk mempertimbangkan tanah 2.4 hektar tu untuk Sekolah JKT Batang Benar yang sebelah tu. Memang cadangan kami nak beri pada ketika itu, tetapi tindihan itu menyebabkan kami tolak dua-dua kerana kami tidak mahu satu diberi, satu lagi tidak diberi. Jadi kami telah mintak pihak sekolah Cina itu untuk carikan satu lagi, kalau tak salah daripada SJKT, SJKC Regent, Ladang Regent tu. Oleh kerana dia pindah dari tempat yang luar tu ke sana, bolehlah kita carikan tempat yang lebih sesuai tu. Sekolah ni sudah sedia ada, bukan sekarang ni, berpuluh tahun semasa Ladang Batang Benar. Jadi, saya berharap keutamaan diberikan kepada SJKT Batang Benar seperti mana, mereka dah buat permohonan, saya tahu, lembaga LPS dah buat permohonan, saya berharap ia dapat dipertimbangkan untuk kelulusan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dipertua, sebenarnya Jabatan Pendidikan Negeri telah merancang untuk membina sebuah Sekolah Kebangsaan di tapak seluas 4.2 hektar ataupun 10.37 ekar. Notis 5A telah pun dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Seremban kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk keluasan 4.2 hektar ini, di atas lot baru bagi kegunaan Sekolah Kebangsaan. Berdasarkan perancangan awal Sime Darby, tanah seluas 2½ ekar adalah untuk tapak baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Regent.
Pada tahun 2014, YB Menteri Pendidikan telah meluluskan permohonan pindah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Regent ke tapak di atas. Bagaimanapun, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Regent telah diluluskan berpindah ke tapak baru, di Bandar Elmina Selangor, tanah milik Sime Darby. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Jadi, tapak itu masih ada, kosong, masih kosong ya? Kalau, kalau Cina tak gunakan, jadi saya berharap Kerajaan dapat luluskan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Saya berharap YB Nilai tu boleh pastikan dia diputuskan di situlah, terima kasih.
Tuan Dipertua, IOI, Bandar Bahau ada tempat kosong tanah jugak. Masyarakat Cina sudah mintak terus kepada MB. Kami harap ditimbang jugak, IOI, Bahau. Terima kasih.
Semua pihak LPS boleh berhubung dengan kita untuk kita melihat semua permohonan berkenaan.
YB Jeram Padang, Yang Berhormat dah maklum ya, okay. Kita terus kepada soalan daripada Chuah.
Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan yang pertama [percakapan secara off mic].
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Chuah ya, di atas soalan berkenaan, terdapat, sebenanya di kawasan sekitar Pekan Bukit Pelanduk banyak peluang pekerjaan terutama sekali di sektor perkilangan di kawasan-kawasan industri berhampiran Pekan Chuah seperti kawasan perindustrian di Nilai, Bandar Enstek dan Sendayan. Manakala sektor perhotelan di Port Dickson juga menawarkan peluang pekerjaan. JobsMalaysia melalui program-program boleh membantu penduduk Pekan Chuah terutama sekali golongan muda bagi mendapatkan pekerjaan-pekerjaan tersebut. Dan dalam masa yang sama inshaa Allah, Kerajaan Negeri sememang berhasrat untuk memajukan kawasan di sekitar Pekan Chuah, inshaa Allah, di kawasan Bukit Pelanduk, terima kasih Dato’ Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan tambahan. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan untuk menambah lagi kegiatan ekonomi umpamanya dengan menarik institusi kewangan seperti Bank BSN atau Agro Bank? Ini akan memberikan yang pertama, peluang pekerjaan untuk orang tempatan dan juga memudahkan perniagaan dan pinjaman di, di samping memberi keyakinan kepada penduduk tempatan. Jadi, Chuah mohon apakah tindakan yang diambil untuk menarik institusi kewangan ke Pekan Bukit Pelanduk? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman YB Chuah, kawasan Bukit Pelanduk adalah di antara kawasan di bawah Malaysia Vision Valley 2.0. terdapat banyak perancangan yang kita sedang atur untuk memastikan pembangunan di kawasan ini. Dan kita berkeyakinan dengan wujudnya aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan ini, bank akan secara sendirinya akan membuka perniagaan di kawasan yang berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chuah, Yang Berhormat Ampangan. Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lama saya menunggu Dato’ Yang Dipertua.
Tapi hari ni, nasib baik tau, selalu lepas 11, 12, tapi …..
Haa semalam nombor 20, tak sampai. Hari ini nombor 12, tapi dalam list ni tak ada pulak nombor. Tapi tak apalah, bila Dato’ Dipertua bagi peluang tu, saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, pelancongan di Seri Menanti. Kita sedia maklum bagi sektor pelancongan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengambil pendekatan inklusif bagi mempromosikan semua produk pelancongan Negeri Sembilan termasuk Ulu Bendul dan Bandar Diraja Seri Menanti. Antara kaedah promosi yang telah dilaksanakan adalah FAM TRIP iaitu membawa kumpulan pelancong ke dua-dua lokasi tersebut. Sebagai contoh jumlah kedatangan pelawat ke Ulu Bendul seramai 302,415 orang direkodkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bagi tahun 2018.
Kerajaan Negeri Sembilan telah mengenal pasti inap desa di kawasan Seri Menanti iaitu Kampung Stay Laman Ejo. Antara usaha-usaha Kerajaan Negeri Sembilan adalah penyebaran maklumat tentang Laman Ejo di media sosial, media cetak dan juga pem, pameran anjuran MATTA di Kuala Lumpur. Serta kita telah juga membaiki Muzium Seri Menanti, yang telah selesai fasa pertama. Dan program yang akan datang, ialah program adat iaitu Penghulu mengadap, akan kita war-warkan. Dan kita akan pastikan ia akan menjadi salah satu tarikan pelancong untuk program tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Berkaitan dengan inap desa ni Dato’ Yang Dipertua, di Seri Menanti ni
banyak rumah-rumah yang bukan rumah tinggal tapi rumah yang ada penghuni dia. Penghuni dia di kalangan orang-orang yang tualah. Yang ada di situ. Jadi cadangan saya, untuk memajukan ataupun menjadikan rumah-rumah ini sebagai inap desa, ia juga dapat membantu apa ni, owner rumah itu untuk dari segi membangunkan ekonomi mereka.
Soalan saya, apakah ya, Kerajaan Negeri dapat membantu mereka-mereka ini untuk, apa ni, mempromosikan dan jugak membangunkan industri inap desa bukan saja di Laman Ejo tadi, tapi banyak lagi ya, di kawasan Seri Menanti. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Behormat ADUN Seri Menanti. Ini merupakan satu perkara yang kita sentiasa ambil maklum dan pelancongan merupakan satu sektor yang kita ingin tingkatkan dari masa ke semasa. Dan kita melalui Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran, Majlis Daerah Kuala Pilah juga sentiasa memastikan bahawa program-program pelancongan ini dapat di, apa, diselaraskan bersama dengan pihak Pelancongan Negeri, dan mana kita akan mempromosikan apa, rumah inap desa. Dan kita harap bahawa bukan sahaja di daerah Seri Menanti, tetapi seluruh Negeri Sembilan.
Dan di samping itu juga kita ingin memperkasakan semula homestay-homestay yang ada di seluruh negeri, Negeri Sembilan ini. Jadi kita harap bahawa ini akan meningkatkan lagi pendapatan kepada penduduk setempat. Dan mengenai cadangan tersebut, inshaa Allah kita akan pastikan bahawa dia dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Kita pergi kepada soalan berikutnya, Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan pertama.
Permohonan tanah perkuburan oleh Persatuan Wah Chai Temiang ditolak oleh Kerajaan Negeri kerana kawasan yang dipohon merupakan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dan tidak boleh dilupuskan di bawah Akta Kanun Tanah Negara 1965.
Dan yang kedua, di Negeri Sembilan terdapat 4 tanah, ataupun tanah perkuburan persendirian ataupun komersial yang mengusahakan jenis
perniagaan tanah perkuburan Cina dengan jumlah keluasan tanah sebanyak 96.761 hektar. Di daerah, di Nilai, nama tanah perkuburan adalah Taman Peringatan Xiao En (Nilai Memorial Park), dengan keluasan 30.4 hektar, diuruskan oleh Xiao En Bereavement Care. Di Port Dickson, Tanah Perkuburan Cina Fairy Park, dengan keluasan 60.29 diuruskan Fairy Park Group. Di ba, di Jempol ada 2, Bahau Memorial Park berkeluasan 4.452 dan diuruskan oleh Bahau Memorial Park Sdn. Bhd. Dan yang keem, kedua, di Daerah Jempol adalah di Lot 1485 Persatuan Hakka, yang ini diuruskan oleh Persatuan Hakka berkeluasan 1.619 hektar dan dalam, sedang dalam proses permohonan tukar syarat tanah tersebut. Itu saja, thank you, terima kasih.
Terima kasih jawapan daripada EXCO. Soalan tambahan saya adalah, tanah perkuburan setiap kaum merupakan aset yang paling penting untuk sesuatu kaum tersebut, ini adalah membukti, bukti bahawa semua kaum di Malaysia telah lama menetap di Malaysia dan bersama-sama membangunkan negara ini. Oleh yang demikian, tanah perkuburan setiap kaum perlu dijaga dengan baik dan diselenggara dengan baiklah.
Soalan tambahan saya adalah sejauh manakah pihak Kerajaan Negeri mengawal permohonan lesen-lesen tanah perkuburan persendirian, terutamanya tanah perkuburan Cina yang swasta, di mana saya nampak kos mereka terima adalah sangat tinggi, saya takut waris tak dapat mampu untuk membayar kos-kos terlibat. Maka saya berharap Kerajaan Negeri mengadakan satu, mengadakan satu langkah yang berjaga-jaga supaya tidak terlalu men, membenarkan ini lesen-lesen tanah perkuburan Cina terutamanya kaum Cina di, dikeluarkan supaya kaum-kaum Cina terjaga.
Okay untuk yang ini, kita ada banyak tapak-tapak perkuburan untuk setiap masyarakat di mana tanah itu telah pun dirizabkan sebagai tapak perkuburan. Dan kita sedang dalam proses untuk kita mendaftarkan ataupun menubuhkan satu pertubuhan ataupun jawatankuasa, salah, jawatankuasa, sorry, untuk setiap jawatankuasa untuk setiap tapak perkuburan itu supaya tanah-tanah rizab kerajaan yang dimilik, dirizabkan sebagai tapak perkuburan itu mempunyai satu pertubuhan ataupun jawatankuasa yang sah untuk diuruskan dengan baik tanpa sebarang pengambilan ataupun mendapat, mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk tanah rizab Kerajaan. Hanya boleh dikutip untuk proses ataupun untuk tujuan pengurusan sahaja. Dan pada masa ini pun, ada beberapa tapak
perkuburan yang diuruskan oleh JKKK, JKKK terdahulu, dan kita sedang dalam proses untuk mengalihkan kepada MPKK baru ataupun kepada, menubuhkan satu jawatankuasa yang baru.
Berkaitan dengan tapak, apa ni, yang jenis perniagaan ataupun tapak perkuburan komersial, sehingga sekarang, kita tiada apa lagi, tiada apa-apa permohonan yang baru untuk tapak perkuburan komersial, bersifat komersial. Dan sudah tentu kita akan mengambil berat pandangan daripada YB Temiang berkaitan dengan penubuhan ataupun pembukaan tapak-tapak per, komer, perkuburan yang bersifat komersial. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang, Yang Berhormat Nilai. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Senaling.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker, saya kemukakan soalan yang kedua.
Soalan yang kedua ya?
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih YB Senaling. Merujuk tentang Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), bilangan perjawatan yang sedia ada di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan adalah seperti berikut, yang pertama, Pengurusan Tertinggi (JUSA C) – 1 orang, Pengurusan & Profesional (Gred 41 – 54) – 9 orang, Kumpulan Pelaksana 1 (Gred 29 – 36) – 19 orang, Kumpulan Pelaksana 1 (Gred 19 – 26) – 23 orang, Kumpulan Pelaksana 2 (Gred 11 – 14) – 8 orang, bermakna jumlah 60 orang.
Fungsi utama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan adalah sebagai penggerak pembangunan ekonomi Negeri Sembilan melalui pembangunan hartanah, khasnya pelaksanaan projek perumahan dan juga penyediaan premis-premis perniagaan serta tanah industri/pertanian untuk tujuan sewaan.
Selain daripada itu, bagi menyokong agenda strategik pembangunan usahawan Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan kekal sebagai penyelaras pelaksanaan program pembangunan usahawan oleh Jabatan/Agensi Kerajaan di Negeri Sembilan termasuklah menyediakan one stop center kepada usahawan
untuk mendapatkan maklumat dan bantuan keusahawanan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Tak ada ya soalan tambahan? Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Saya teruskan kepada Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan tiga, masalah rumah terbiar.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, buat masa ini kalau mengikut rekod yang dikemukakan oleh pihak MPS, pada masa ini, tiada rumah terbiar di kawasan DUN Lobak dan tiada aduan daripada penduduk mengenai perumahan terbiar di DUN Lobak yang diterima oleh Majlis sejak 3 tahun yang lalu.
Walau bagaimanapun, walau bagaimanapun dalam menangani isu masalah rumah terbiar, Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memantau dan mengambil tindakan dengan mengemukakan notis agar pemilik menjalankan penyelenggaraan kebersihan secara berkala dalam kawasan premis masing-masing.
Sekiranya premis, pemilik gagal melaksanakan penyelenggaraan kebersihan tersebut, pihak Majlis akan menjalankan aktiviti pembersihan secara dalaman dengan kos yang akan dituntut kepada pemilik harta. Tindakan mahkamah juga boleh diambil bagi mana-mana kes yang berulang dan tidak menjelaskan bayaran kos pembersihan.
Jumlah rumah kosong terbiar di dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai adalah seperti berikut ya, di MPS yang dikenal pasti sebanyak 260 unit, di MPN yang dikenal pasti adalah 796 unit.
Antara tindakan pihak MPS adalah seperti menghantar notis agar menyeng, menyelenggara kebersihan secara berkala dan sekiranya gagal, pihak Majlis akan menjalankan aktiviti pembersihan secara dalaman dengan kos akan dituntut kepada pemilik harta. Tindakan mahkamah juga boleh diambil bagi mana-mana kes yang berulang dan tidak menjelaskan bayaran kos pembersihan. Terima kasih
Dato’ Dipertua, saya nak mintak maaf di Dewan mulia ni, kerana terima jawapan cakap, di DUN Lobak, satu unit rumah terbiar pun tak ada. Saya harap, harap, jawapan, sekarang Kerajaan baru, kami berharap jawapan yang profesional. Smart sikit. Jikalau tak salah saya, saksi saya, YDP Seremban, kami pernah masuk MPS, rumah pangsa MPS, tingkat atas 5, semua hancur, semua kosong, menjadi satu sarang burung merpati. Virus lagi. Rumah hantu. Tapi jawapan yang tak cukup profesional tu, tak kira kami rakan, tak betullah Kerajaan baru macam ni. Kami berapa kecewa dan kesian mengapa jabatan akan beritahu jawapan macam ni. Lagi pun kami masuk setiap taman, sekurang-kurang 7 atau 6 rumah. Jikalau tak percaya, saya jemput Bahau, sama-sama kami turun padang, melihat mata sendiri. Dan utama sekali, ini pun kali, bukan kali pertama bertimbul di sini, tapi menjawab macam ni, tak ada rumah terbiar. Terperanjat saya. Ini Kerajaan baru ke? Saya tak mahu, Kerajaan baru macam ni.
Tak mahu, tukar sebelah. Tak mahu, tukar sebelah.
Bukan, macam ni, bukan, sorry sorry, bukan, kami harap kerana peluang sini nak jadi partner, so kami nak maju kena sekali dengan rakyat sekali. So kami harap, harap ni PBT ke, MPS ke, kami sama-sama turun, kami diberitahu ramai orang lagi miskin tak ada rumah tinggal. Mengapa orang, dia dapat beli rumah, biar saja. Ini golongan yang berpendapatan tinggi. So kami berharap, berharap ni MPS ke, Kerajaan ni, menjalankan undang-undang dengan tegas sekali. Bersih dengan dia , caj dia, mungkin ada untung lebih. Dia jikalau biasa caj 200.00, kami cadangkan caj 400.00. MPS dapat untung …..
Saudara, mintak maaf saudara. Sudahlah sudahlah, semua kita punya orang, thank you.
Tak kira, tak kira. Tak kira, tak kira. Walau kita punya orang Bahau …..
Tak apalah.
….. Bahau pun tahu, kami ini untuk, hati untuk rakyat. Untuk rakyat saja, bukan untuk saya atau untuk Bahau, atau untuk
siapa. Kami hanya untuk rakyat saya. Di Dewan ni kami buat apa, buat sini buat wayang ka, dapat gaji buta ka? Kami untuk buat rakyat, untuk rakyat saja. Jikalau ada salah, jikalau saya, jikalau saya ada kasar sikit. Saya minta maaf. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Speaker, …..
Dato’ Speaker, boleh saya tambah sikit?
Yang Berhormat Speaker.
YB EXCO, boleh saya tambah sikit?
Nanti kejap, nanti kejap.
Boleh saya tambah sikit?
Bagi Bahau jawab dulu.
Bagi saya jawab dulu, lepas tu Yang Berhormat Temiang baru jawab.
Bagi Bahau jawab dulu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan juga terima kasih teguran daripada Yang Berhormat Lobak. Saya pun rasa apalah, rasa mintak maaf sebab kemungkinan besar Lobak dia tak dengar jawapan saya tadi. Tadi, jawapan saya, tiada aduan diterima daripada penduduk. Saya bukan kata Lobak tak ada rumah terbiar, faham tak? Kalau tak faham, saya boleh apa, boleh bantu, okay. Jadi untuk maklumat Dato’ Yang Dipertua …..
Saya personal ada buat aduan terus ePublic ke, macam-macam saya terus.
Tak apa, tak apa, tak apa …..
Bukan tak apa, ini tak ada satu bukti, masalah tu janji akan selesaikan.
Sabar sabar sabar.
Untuk menjawab …..
Nanti dalam bahaslah, bahas.
….. tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan, kita akan buat segala yang terbaik untuk selesaikan masalah rakyat. Bukanlah kita nak tunjuk dalam surat khabar, nak tunjukkan kehebatan kita. Kalau pada masa dulu, kita jadi pembangkang, kita tegur Kerajaan. Kalau Kerajaan tak buat, kita akan follow up. Sama juga, saya penggal ketiga, satu penggal ADUN, satu penggal jadi Ahli Parlimen, penggal ini saya jadi EXCO. Kita jadi EXCO, kita jadi Kerajaan, bukan sebab kita dulu bantai, bantai apa, bantai apa, bantai Kerajaan, ataupun serang Kerajaan. Kerana rakyat pilih kita kerana rakyat menaruh harapan …..
Itu bukan serang Dato’ Speaker, teguran.
Dan bagi saya, Yang Berhormat Seri Menanti, bagi saya yang penting itu saya selalu tegaskan di Dewan yang mulia ini, tak kira di dalam ataupun di luar, tanggungjawab kita adalah selesaikan masalah rakyat. Kalau ada aduan daripada rakyat, saya tak pernah, tak pernah tolak mana-mana aduan yang ditujukan kepada saya termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana. Saya tanya Yang Berhormat Senaling, Yang Berhormat Senaling ada masalah, dia mesej kepada saya, saya reply kepada beliau. Saya selesaikan masalah beliau. Saya rasa ini adalah cara baru Kerajaan Baru yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Sikamat.
Jadi saya amat berharap, saya amat berharap, ni rumah terbiar, dia memanglah menyusahkan kebajikan orang. Bukan saja Yang Berhormat Lobak. Saya sendiri pun menghadapi masalah yang sama. Saya rasa memandangkan kita bukan saja dalam Kerajaan, tetapi sebelah pihak sana, bukan saja pembangkang tetapi sebagai partner kita haruslah sama-sama selesaikan masalah ini. Katakan ada aduan, terus tuju kepada pihak tertentu ataupun siapa-siapa yang tidak melayan Yang Berhormat Lobak, bagitaulah kepada saya. Kita akan sama-sama selesaikan perkara ini. Saya rasa ini paling penting, bukanlah kita nak tunjuk dalam surat khabar, kita nak buat heboh di dalam Dewan.
Saya faham, sebab saya dulu pun pembangkang. Yang Berhormat, kita perlu tukar persepsi kita. Kalau dulu pelem, pelem, pembangkang kita serang, hari ini kita perlu ada minta pembangkang di mana kita perlu lakukan apa yang …..
Dato’ Yang Dipertua, Lobak bukan serang.
Saya bukan serang.
Lobak tak serang …..
Saya kecewa saja kerana cakap ni …..
Tak perlu kecewa.
Betul, kecewa, Dato’ Yang Dipertua.
Tak perlu kecewa. Tak perlu kecewa. Ini masalah rakyat, kita tidak akan larikan diri. Dan kita akan selesaikan sama-sama. Terima kasih.
Okay, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua. Chembong Dato’ Dipertua …..
Chembong nak tanya apa?
Bukan nak sokong, pandangan Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Pandangan, jangan panjang.
Pandangan tentang aduan yang dikemukakan oleh Lobak, Dato’ Dipertua.
Kejap kejap, sebelum tu, duduk kejap …..
Saya dulu.
….. cuma saya tengok tadi, yang Bahau sebut tadi. Kalau aduan, dia akan ambil tindakan. Kalau aduan dia tak ambil tindakan, tuan-tuan boleh bangkitkan baliklah. Itu saja. Ya.
Tapi Dato’ Yang Dipertua, pandangan saya, Bahau dia punya jawapan tadi memang panjang lebar, Dato’ Dipertua, tapi tidak lagi menepati cara bagaimana tindakan yang dia akan selesaikan Dato’ Yang Dipertua.
Dah dah, tadi dah maklum dah.
Tak tak tak, kami akan, kami akan, kami akan, Dato’ Yang Dipertua, gitu memanjang, kan …..
Dah, saya nampak apa jawapan tadi. Pertama dia kata …..
Yang Dipertua Dewan.
Kejap kejap kejap. Temiang, mahu cakap sikit ya? Cakap sikit.
Persoalan saya adalah masalah ini memang lama telah memeningkan kita. Maka saya nak tanya kepada EXCO, sama ada Kementerian KPKT di peringkat Parlimen ada membuat pindaan undang-undang di mana pemilik-pemilik rumah-rumah terbiar ini ataupun tanah-tanah terbiar ini dikenakan hukuman yang kerap, yang lebih ketat atau dikompaun dengan denda yang lebih tinggi supaya mereka mengambil maklum tentang masalah ini. Kerana setahu saya denda ataupun kos-kos pembersihan yang dikenakan oleh pihak perbadanan tempatan adalah terlalu rendah. Mereka tidak peduli.
Okay terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ni apa, soalan tambahan ataupun komen daripada Yang Berhormat Temiang. Haa inilah cara yang baik untuk menujukan soalan tambahan.
Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Temiang. Itu benar. Sebenarnya, ni apa, masalah rumah terbiar ataupun pusat perniagaan terbiar ini, ini merupakan masalah kebangsaan di seluruh negara. Bukan sahaja berlaku di Negeri Sembilan.
Cuma minggu yang lepas, cuma minggu yang lepas, kebetulan Yang Berhormat Menteri KPKT, beliau turun ke Negeri Sembilan, pada masa itu, Yang Berhormat Menteri telah pun juga memaklumkan kepada saya, dan juga kepada semua YDP-YDP bahawa pihak Kerajaan Pusat memang sedang apa, mencadang untuk ada, wujudkan undang-undang yang baru di mana kita cuba wujudkan undang baru supaya kita dapat mengawal bangunan yang terbiar ini. Sebab bangunan terbiar kebiasaannya dia mempunyai pemilik dia. Tetapi amat malang sekali, pemilik-pemilik ini mereka agak degi, degil, kita keluarkan notis, mereka tak layan notis. Kalau kita nak robohkan bangunan tersebut pulak, ada pihak yang pula akan menyerang kita. Jadi, ini merupakan kekangan yang sedang dihadapi oleh pihak Kerajaan. Dan bagi saya, ini adalah masalah yang bersama, dan kita sepatutnya selesaikannya bersama-sama. Terima kasih.
…. kepada Yang Berhormat Bahau. Seterusnya dipersilakan Sungai Lui.
Tuan Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang kedua.
Soalan kedua.
Terima kasih kepada Sungai Lui yang bertanyakan soalan berkenaan koperasi. Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan rekod di Negeri Sembilan, sehingga Disember 2018, sebanyak 291 buah koperasi dikategorikan sebagai dorman dan tidak aktif. Suruhanjaya Koperasi telah mengenal pasti punca majoriti koperasi yang ditubuhkan menjadi tidak aktif adalah akibat daripada kelemahan pentadbiran pengurusan dan juga perniagaan serta terdapat segelintir koperasi yang tersasar daripada matlamat asal dalam penubuhannya.
Jadi terdapat di kalangan koperasi-koperasi yang tidak aktif ini mempunyai aset bangunan seperti bangunan perniagaan dan stesen mini pam. Sehingga kini, Suruhanjaya Koperasi telah mengenal pasti 2 buah koperasi di Felda DUN Sungai Lui dan sebuah koperasi FELDA di DUN Serting yang menghadapi masalah dalam pengurusan stesen minyak. Sebuah stesen minyak di DUN Sungai Lui yang bermasalah telah diarahkan oleh Suruhanjaya Koperasi agar diambil alih oleh sebuah koperasi yang berkemampuan. 2 buah koperasi yang sedang berusaha memulihkan perniagaan stesen minyak mereka dengan khidmat nasihat daripada vendor ataupun Suruhanjaya sendiri.
Dan langkah utama untuk mengatasi permasalahan, adalah menjadi kewajaran kepada Suruhanjaya Koperasi membantu koperasi dari segi bantuan kewangan dan pinjaman serta menawarkan khidmat nasihat.
Pertamanya adalah menawarkan Skim Bantuan Pembangunan dan kemudahan Skim Pinjaman Tabung Modal Pusingan untuk membantu meningkatkan modal koperasi dalam menyelesaikan isu kekurangan modal di kalangan koperasi supaya mereka lebih berdaya saing dan mampu menceburi bidang ekonomi yang lebih kompetitif dan berskala besar.
Yang keduanya adalah menawarkan sesi khidmat nasihat, program konsultasi, memberi taklimat serta menganjurkan kursus kepimpinan dan teknikal secara berterusan kepada Anggota Lembaga Koperasi dan
juga pihak pengurusan bagi membolehkan pemu, pemupukan nilai-nilai berkoperasi dalam perniagaan dapat diterapkan agar pendapatan koperasi dapat dipat, ditingkatkan.
Yang ketiganya adalah mewajibkan Kursus Asas dan Kursus Wajib kepada Anggota Lembaga Koperasi dan juga anggota koperasi bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus koperasi dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia dan juga ANGKASA, di mana segala bentuk proses pendidikan dan peningkatan kemahiran budaya keusahawanan dipertingkatkan dari masa ke semasa kepada anggota lembaga dan pihak pengurusan koperasi untuk menentukan kesinambungan kejayaan dalam perniagaan koperasi. Selain dari itu, Suruhanjaya juga telah memperkenalkan Garis Panduan dan juga Peraturan Koperasi tahun 2010 supaya tadbir urus koperasi bertambah baik dari masa ke semasa.
Dan akhir sekali, adalah untuk menambah baik aktiviti pernia, perniagaan sedia ada melalui rundingan dengan pihak konsultan/pakar melalui konsep padaniaga. Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi pemudahcara kepada koperasi bagi mendapat peluang perniagaan dan menjalinkan kerjasama dengan usahawan dan sektor swasta di samping mengadakan pembangunan produk koperasi melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi membolehkan produk koperasi ini menjadi lebih berkualiti dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi pendapatan koperasi itu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Repah. Masa soalan lisan saya kira dah tamat. Iaitu sekarang dah 11:33. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertanyaan soalan lisan hari kedua, hari ini yang tidak sempat dijawab ya, akan diberikan jawapan secara bertulis.
UsulMotion
Perkara keempat, Usul.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja. Semalam, ramai yang tak ada kesempatan nak apa, tak bersedia untuk bentangkan usul, ucap titah, terima kasih kepada titah baginda.
Hari ini, saya nak mintak laluanlah, bantuan pada yang hadir, Yang Berhormat yang tak berucap semalam, yang tak bersedia, sebab kita belum ada penggulungan lagi kan. Penggulungan, hari ni ada penggulungan lagi. Takut masa jauh, lebih jauh lagi. Saya tetap nak bagi semua, semua berucap. Tapi, cuma saya nak kurangkan masalah. Makna dia apa, 20 minit, saya bagi 10 minit je.
Dato’ Yang Dipertua, semalam sudah beri 45 minit, 40 minit, 20 minit. Ini hari kurang 10 minit tara pasal, memang tara patut, kasi 20 minit.
Eh you mahu sampai malam ke ini hari?
Semalam sudah, kita ikut standard …..
Semalam you sudah, sudah, sudah tak mahu.
Semalam bila kita cakap 20 minit, 45 minit, 40 minit, 45 minit. Tapi hari ini, tambah 20 minit. Lagi 10 minit.
Dato’ Yang Dipertua, kalau dia nak berucap 1 jam, dia punya hallah, 10 minit dia punya hallah. Jangan, jangan hadkan dia punya masa.
Okay, saya, kalau you cakap macam tu Temiang, malam ni kita balik malam, saya sedia tunggu, saya sedia tunggu. You jangan …..
Biar deh berduo jo Dato’ Speaker.
Haa?
Biar deh …..[sebahagian percakapan secara off mic].
Haa. Kita, kita semalam bagi peluang, masing-masing kata tak bersedia. Mana boleh tak bersedia. Tuan-tuan Yang Berhormat …..
Dato’ Yang Dipertua.
Duduk duduk dulu. Saya tak habis cakap. Tuan-tuan Yang Berhormat, Yang Berhormat ini dia mesti intelligent. Without teks pun you boleh cakap 1 jam, 2 jam, 3 jam. Tapi semalam saya pelik, semua Yang Berhormat tak bersedia nak berucap.
Dato’ Dipertua, sikit saja, sikit saja. Saya …..
Jangan panjang.
Saya bersedia semalam Dato’ Dipertua, saya tak mengaku saya tak bersedia.
Tapi semalam semua diam.
Semalam tengok bila Dato’ Yang Dipertua hilang sedikit, dah agak, agak, agak marah semalam, jadi …..
Jangan salahkan Speaker, ini tuduhan. Chembong, ini tuduhan, tarik balik.
Jadi, tak, betul. Ya, semalam. Jadi kita membiarkan dia suasana tenang.
Ini tuduhan.
Semalam, dia manusia ni ada masa, Rasulullah pun macam tu, ada masa …..
Saya tak marah pun bila Yang Dipertua marah.
Duduk. Rasulullah pun baca khutbah, adakala juga merah mata dia. Nak menunjukkan apa, ketegasan. Dia ada masa. Saya ada boleh ketawa dengan tuan-tuan, tapi ada masa serius, saya serius. Haa, tapi bab kerja saya tak main-main. Okay. Jadi, saya ambil jalan pertengahan. Tuan-tuan nak balik malam ke, tuan-tuan nak 10 minit. Nak balik malam? Saya tunggu. Saya, jangan tuan-tuan balik. Jangan ada yang balik. Balik saya ambil tindakan haa.
Dato’ Speaker, saya dah cakap tadi, siapa nak tunggu malam tu, tunggulah sampai malam, kan?
Eh jangan macam tu, pasal kita, ni kita kena bersama …...
Dato’ Dipertua, kita mulakanlah Dato’ Dipertua.
Ha?
Saya, habis masa sampai malam pulak, saya tak naklah.
Haa okay, Juasseh …..
Oleh kerana saya tak nak sampai malam, jadi biar saya bercakap sekaranglah. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk membahaskan titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku sempena dengan istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-14 yang diadakan pada 2 hari yang lalu. Sebelum dari itu, saya ingin mengucapkan tahniah ya, kepada Dato’ Yang Dipertua, di atas anugerah. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar jugak, Dato’ SS jugak ya. Semua gelaran-gelaran dalam Dewan kita ni. Tahniah di atas penganugerahan pingat ya.
Dato’ Yang Dipertua, pada pagi ini saya nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana rumah terbakar yang saya sebut sejak 2 penggal yang lalu, telah pun dimulakan pada hari ini, pembinaannya pada hari ini. Semalam Yang Amat Berhormat menjawab pencelahan saya, dengan menyatakan bahawa RM33,000.00 telah pun diluluskan. Alhamdulillah ya, saya harap pembinaan ni akan mengambil masa yang agak cepat supaya sempena bulan Ramadan dan hari raya ini dapatlah keluarga ini rumah yang baru dan selesa.
Apa pun, sukacita saya mengingatkan di sini, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa tempoh yang diambil ni terlalu panjang. Sebagai ingatanlah ya. Sebab saya mula menyebutkan soal rumah terbakar di kawasan saya ni sejak bulan, sesi persidangan kita bulan Julai yang lalu. Dah hampir setahunlah ya, hampir setahun. Jawapan diterima positif. Tapi pembinaannya tak ada. Orang kata, asyik azan je kan, sembahyang eh tak ado, camtulah. Lebih kurang camtulah cakap orang Negeri Sembilan. Azan, azan, sembahyang takdo. YB Labu kan. Jawap ok, ok, tapi, barulah hari ni saya telefon pagi tadi, baru nak dibina. Itupun alhamdulillah, sebab YAB dah luluskan, menyatakan semalam secara jelas.
Ini sebagai ingatan kepada kita, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana seperti kata rakan-rakan tadi, kita di sini untuk memberikan khidmat kepada rakyat kita. Apatah lagi dalam soal-soal yang melibatkan kesejahteraan rakyat, seperti rumah terbakar, banjir, ribut, dan sebagainya ni. Kita semua di sini untuk menjaga rakyat kita. Jadi seboleh mungkin, di masa yang akan datang, Kerajaan Negeri dapat meluluskan lebih awallah ya, tindakan lebih awal pembinaan rumah, seperti rumah terbakar ni. Mungkin di peringkat Kerajaan Negeri, mungkin Kerajaan Negeri boleh melantik Setiausaha Kerajaan contohnya ya, sebagai pengerusi kepada Jawatankuasa Permasalah Rakyat ni. Sebab kita tahu, yang YAB MB mungkin sibuk ya, dalam soal-soal membangunkan negeri, mesyuarat dan sebagainya. Kalau dalam Kerajaan yang lalu Dato’ Yang Dipertua, SS je, pengerusi ni, permasalahan rakyat ni. jadi, lebih cepat ya, lebih mudah untuk kita mendapat kelulusan dan jugak pembinaannya sekali.
Di masa sama Dato’ Dipertua, ada satu isu lagi yang saya pernah bangkitkan dalam bulan Julai yang lalu. Yang juga mendapat jawapan yang agak positif kalau kita tengok daripada minit ya. Persidangan kita yang lalu. Di mana saya menimbulkan isu elaun bekas-bekas ketua kampung di zaman Barisan Nasional. Siapa yang ingat, Dato’ Yang Dipertua mungkin dia ingat ketika itu, setelah Kerajaan baru mengambil alih pada bulan Mei, keadaan ketika itu stuck. Siapa nak
jaga kampung. Orang baru nak ambil alih, orang lama dah buat tak tahu. Budak-budak perlukan tandatangan, cop dan sebagainya. Maka Pegawai Daerah-lah, to be specific Tuan Dipertua, Pegawai Daerah panggil ketua-ketua kampung ni kata lanjutkan sebulan. Betul tak YB Labu? Haa YB Labu ada, YB Labu mesti setuju dengan saya, sebab dia yang jawab maghin. Lanjutkan sebulan sampai bulan 6. Tapi elaun yang diterima oleh mereka ialah setakat bulan Mei. Jadi sekarang ni, setelah dijawab secara positif akan dibayar dan sebagainya, sekarang ni masih belum dibayar Dato’ Dipertua. Elaun sebulan je. Saya tengok dalam titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku ni pun, keadaan kewangan negeri pun mantap nampaknya ya. Jadi, Dato’-Dato’ Ketua Kampung, bekas-bekas ni bertanya dengan saya, bila agaknya. Sebab dia tahu, bila saya bawak usul ni ke dewan ni dulu pada bulan 7 dulu, tahun lepas, mereka tahu. Jadi belakang tanya saya balik. Bila nak dapat per, apa ni, bayaran sebulan ni, YB. Jadi saya tak dapat jawablah Dato’ Dipertua.
Jadi hari ini saya mengemukakan sekali lagilah. Saya ni sebenarnya Dato’ Dipertua, suka bawak perkara dalam Dewan. Pada tanggapan saya bawak dalam Dewan, dia lebih cepat sebab kita berhadapan, kita berhadapan dengan YB-YB daripada Kerajaan ya. Jadi, apa yang dijawab tu, itulah yang saya pegang. Bila tak ada ni, saya akan tanya balik. Sebenarnya tak berapa baik, nak, tak manis sangatlah nak tanya kali ketiga ni, atau kali kedua, tapi terpaksa jugak saya tanyalah ya. Jadi saya harap pihak Kerajaan, sebab faktor kewangan pun agak mantap, saya harap dapatlah ya, selesaikan ni. Tak perlulah sesi akan datang saya tanya tentang elaun bekas-bekas ketua kampung yang sepatutnya apabila disuruh melanjutkan tempoh perkhidmatan, sepatutnya sebulan lagi Dato’ Dipertua, untuk bulan Jun sebenarnya. Itu yang kedua.
Yang ketiga, Dato’ Dipertua, soal pili bomba ni pernah jugak saya timbulkan. Setengah-setengah kampung ni tak ada pili bomba Dato’ Yang Dipertua. Itu sebabnya bila berlaku kebakaran sudah kita nak selesai, Bomba nak selesaikan. Kita faham bahawa keadaan di luar bandar, tak sama dalam bandar. Dalam bandar, projek-projek perumahan perlukan CF, Dato’ Dipertua. Bila perlukan CF, dia melibatkan jabatan-jabatan teknikal, Bomba akan datang, semua akan datang. Jadi situ akan, tak ada masalah dari segi pili bomba.
Tapi untuk rumah-rumah kampung, masih banyak lagi sebenarnya kawasan-kawasan kampung, setengah ada, setengah tak ada, pili bomba. Cuba Dato’ Yang Dipertua bayangkan kalau berlaku kebakaran, ini berlaku di kawasan saya ni, yang, yang sebut rumah terbakar tadi sebab Bomba sampai agak awal, tapi pili bomba tak ada. Kelam kabut.
By the time nak cari pili bomba pun, rumah pun hanguih. Jadi, ini satu kejadian yang boleh berlaku lagi sebenarnya dalam kawasan kita ni.
Jadi untuk itu saya harap, sebab tak ada jawapan apa-apa lagi, tak ada respond daripada Kerajaan setakat ini, siapa pegang portfolio bomba saya tak tahu ya. Saya harap masalah pili bomba di kawasan luar bandar ni, di kawasan kampung ni akan diberikan perhatianlah. Kurang-kurangnya mulakanlah 1 – 2, saya rasa ini boleh kalau kita panjangkan ke jabatan-jabatan yang berkaitan.
Saya pun, jugak berharap Dato’ Yang Dipertua, apa yang kita perkatakan dalam Dewan ni, selepas ni rakan-rakan EXCO kena tengoklah balik ya. Tak bolehlah besok datang minit tengok balik. Apa yang disebut di sini, yang diberikan pengakuan untuk meninjau, melihat dan sebagainya perlulah dile, dilihat sebab, kena ada sesi balik lepas Dewan ni, sesi untuk membincangkan balik jawapan-jawapan ni, sejauh mana kita dah ambil tindakan. Tapi kalau tak ada tindakan, maknanya kita tunggu penggal akan datang. Dapat laporan atau minit persidangan akan datang, barulah tengok masa tu, tak sempat nak buat apa dah. Haa jadi saya harap ini akan dapat dilakukan oleh rakan-rakan di pihak Kerajaan-lah, ya. Ini satu pandangan sayalah, untuk kebaikan kita semua.
Seterusnya Dato’ Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah ya, kepada Negeri Sembilan khususnya Jabatan Pendidikan kerana pada tahun ini pun, pada tahun lepas pun, masih mengekalkan pencapaian SPM kita di tangga kedua dalam negara kita ya, untuk kali ketiga berturut-turut. Sebenarnya Negeri Sembilan ni, sewaktu di bawah Kerajaan yang lalu, memang kita telah menyatakan hasrat untuk melihat ya, pencapaian Negeri Sembilan dalam kelompok kelima teratas. Kita tak nak main bawah-bawah. Kita tak nak bawah Melaka, kita tak nak bawah Johor, kita nak dalam kelompok kelima teratas dalam pencapaian peperiksaan, khususnya SPM. Tapi bukanlah SPM sahaja sebenarnya Dato’ Dipertua. Kita dulu pun baik dalam UPSR pun. Haa, tapi UPSR sekarang ni dah tak di-highlight dah. Dulu UPSR pun kita kelompok kelima terbaik. Sekarang ni, SPM dah masih dapat kita kekalkan.
Jadi saya nak berikan sekalung tahniah dan penghargaaan ya, kepada semua guru-guru dalam Negeri Sembilan ni, semua warga pendidik di dalam Negeri Sembilan ni di atas kejayaan mengekalkan kejayaan dan prsetasi Negeri Sembilan dalam peperiksaan SPM. Mungkin PT3, UPSR pun mungkin tinggi jugak. Tapi kita tak dimaklumkan. Sekarang ni saya sebenarnya putus hubungan langsunglah, tak tahu apa perkembangan, sama ada kita terbaik dalam UPSR ke tidak, saya tak
tahu sekarang ni. Sebab Yang Berhormat Dato’ Dipertua, sekarang ni YB-YB tak dibenarkan masuk sekolah lagi dah. YB-YB putus hubungan. Kurang-kurang saya nak tahu jugak sebenarnya sejauh mana pencapaian kita.
Dan dinyatakan dalam titah tuanku jugak, bahawa keseimbangan ya, pencapaian anak-anak luar bandar dan jugak anak-anak di bandar. Ini satu yang baik ya, satu yang baik. Oleh sebab itulah, Dato’ Yang Dipertua, saya berharap ya, dari segi peruntukan-peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan ni. Semalam Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat menyatakan peruntukan diberi kepada sekolah tengok jumlah ramai sekolah tu. Bagi saya Dato’ Yang Dipertua, itu kaedah, satu kaedahlah. Tapi kaedah yang lebih tepat rasa saya, kita lihat dari segi kemampuan persaingan sekolah tu, dari segi pencapaian dia.
Kalau saya nak beritahu Dato’ Dipertua, banyak sekolah-sekolah luar bandar, sekolah-sekolah rondah ni yang bagus-bagus. Dulu sewaktu saya di Dewan Undangan Negeri Senaling, 3 sekolah, haa sekarang dah pindah Juasseh-lah, dulu masa saya Senaling, 3 sekolah di kawasan saya dapat top 3, top 10 dalam Negeri Sembilan ya. Sekarang saya pergi Juasseh pun, Sekolah Kebangsaan Pelangai, sekolah terbaik pun dalam UPSR, 3 tahun yang lalu. Walaupun sekolah-sekolah ini merupakan sekolah-sekolah luar bandar. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah-sekolah kurang murid, Dato’ Dipertua, SKM.
Jadi kalau penilaian Yang Amat Berhormat nak beri peruntukan ni tengok berapa ramai saja budak dalam sekolah tu, rasa saya, kena penambahbaikan YAB ya. Sekolah-sekolah yang berdaya saing ni, walaupun dia kurang ramai, tapi dia memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian kita secara keseluruhannya. Misal kata sekolah di bandar ya, peratusannya saja mungkinlah, tapi berbanding dengan sekolah luar bandar, peratusannya mungkin lebih tinggi Dato’ Dipertua, walaupun budak dia kurang. Jadi, saya rasa bukan kaedah yang tepat untuk kita menyalurkan bantuan mengikut berapa ramai sekolah tu haa. Kita sekolah-sekolah bandar, macam tu susahlah sekolah luar bandar. Semua sekolah kurang murid, tapi mereka juga melahirkan pelajar-pelajar yang sama-sama menaikkan nama Negeri Sembilan dari segi pencapaian peperiksaan. Jadi untuk itu saya harap Yang Amat Berhormat pertimbangkan semulalah ya, sebab semalam saya dengar YAB kata bantuan mesti ikut jumlah budak. Rasa saya ada penambahbaikan yang perlu kita buat, Dato’ Yang Dipertua.
Sekali lagi Dato’ Dipertua, itu dari segi pendidikan. Menyentuh tentang pendidikan ni, saya nak sentuh satulah, sebab saya ada soalan Dewan hari ini, tapi tak sempat dijawab. Untuk ADUN Ampangan ya. Saya ada
bertanya tentang Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh di kawasan sayalah. Ada dalam soalan Dewan hari ni, tapi tak sempat dijawab kan, tak sampai, nombornya nombor berapa tah, nombor 28 ke. Jauh bona dihantar kek orang ni Dato’ Dipertua.
Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh, YB Ampangan ya. Dulu pada tahun 2018, 2017 saya pernah memohon ya, peruntukan untuk pembinaan sebuah bangunan baru di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh ni. Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh ni Dato’ Dipertua, merupakan sekolah, “pusat” namo eh. Pusat ni makno eh banyak kampung bertumpu situ. (P)-lah, Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh ni. Murid-murid memang ramai, banyak projek-projek perumahan sekarang di Juasseh. Dan bangunan yang sedia ada ni tak dapat menampung pelajar-pelajar yang sedia ada ni.
Oleh itu pada tahun 2017 saya dah mohon kepada Kementerian Pendidikan. Dan pada 2018, sebelum pilihan raya, saya dimaklumkan oleh Kementerian bahawa sejumlah peruntukan telah pun diluluskan untuk bina baru, satu bangunan tambahan di sekolah ini bagi menyelesaikan masalah murid-murid yang tak, tak dapat belajar dengan sempurnalah ya, di sekolah-sekolah ni disebabkan oleh kurangnya bangunan. Oleh itu, setelah pilihan raya ni, saya tak tahu apakah statusnya. Sepatutnya sebelum pilihan raya tu sejumlah, sejumlah akan diturunkan untuk kerja tanah dan sebagainya. Tapi sampai sekarang ni, dah tak ada, tak ada bunyi lagi, Dato’ Dipertua, ya, dah sonyap. Sedangkan di kawasan Juasseh ni, banyak projek-projek rumah, perumahan baru, saya, saya rasa Kerajaan Negeri maklum ni. Saya rasa tak kurang pada 1,000 kenaikan kawasan-kawasan baru di kawasan saya di Juasseh ni. Tepi jalan dan sebagainya.
Jadi saya tak, saya tak tahu macam mana sekolah akan menghadapi masalah situasi ni apabila, apabila projek ni siap. Banyak lagi Dato’ Dipertua. sekarang ni pun tak termampu dah. Budak-budak memang tak belajar secara kondusif. Hari ini orang cakap tentang belajar secara kondusif. Budak-budak luar bandar, budak-budak bandar dapat bangunan baru, itu dan sebagainya. Tapi sekolah-sekolah yang penting seperti Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh ni, masih belum dapat peruntukan.
Jadi saya nak tanyalah dalam Dewan ni, sejauh mana ya, kelulusan yang pernah dimaklumkan dulu, sejauh mana ia telah pun diambil tindakan, apakah permulaannya untuk di, dibina dan sebagainya. Jadi saya harap pihak Kerajaan dapat menjawablah, khususnya Jabatan Pelajaran ataupun Yang Berhormat ADUN Ampangan-lah yang lebih tepat ya, untuk menjawab soalan ini.
Dato’ Dipertua, satu je lagi perkara saya nak sebut, iaitu soal tahfiz. Soal Sekolah Tahfiz, terima kasih kerana ada peruntukan untuk Sekolah Tahfiz. Peruntukan tu satu bab, Dato’ Dipertua. Dulu kita pakai peruntukan Sekolah Tahfiz ni daripada Tabung Baitulmal, bukan daripada Akaun Yang Disatukan ya. Jadi kita bebas untuk bantu Sekolah-Sekolah Agama dan sebagainya. Tapi soal tahfiz ni Dato’ Dipertua, ialah soal keselamatan. Haa ni saya risau sikit. Duit ni boleh cari, Kerajaan Negeri, Baitulmal boleh bagi saya rasa, tak perlu pakai Akaun Yang Disatukan pun. Tak usah samakan Sekolah Tahfiz ni dengan Sekolah Bantuan, dengan SJKT, SJKC. Tak usah samakan. Haa tak perlu kita masukkan dalam ni, kita samakan, tak perlu.
Kita perlu ada akaun berasingan daripada Tabung Baitulmal. Tapi soal hari ini ialah soal keselamatan, Dato’ Dipertua. Telah banyak diperkatakan, telah banyak yang berlaku dalam negara kita, sekolah-sekolah ini kadang kala berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ada yang terbakar dan sebagainya. Kita dah mulakan dulu survey ni, jadi sekarang ni, saya berharap Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan dan jugak melihatlah, lawatlah Sekolah-Sekolah Tahfiz ni supaya kita dapat memastikan Sekolah Tahfiz ni selamat.
Sebab Sekolah Tahfiz ni selalu dalam kawasan-kawasan kampung, tanah-tanah pertanian, dia tak perlu buek di bandar-bandar ni buek CF, sekolah bandar bandarlah. Yang masalahnya luar bandar. Tanah pertanian mana pulak pakai CF Dato’ Dipertua, rumah kampung kita pun tak pakai CF. Dia tak ada CF, Bomba tak datang kan. Jadi orang tak tahu tahap keselamatan, suai atau tidak kawasan ni. Ataupun bangunan tu sesuai atau tidak, dapurnya di mana soalnya, dapurnya sama dengan asrama ke, ni bahaya Dato’ Dipertua. Jadi kalau boleh kita tengok perkara, supaya untuk keselamatan anak-anak kita Dato’ Dipertua, sebab majoriti anak-anak pelajar tahfiz ni, anak-anak orang susah jugak Dato’ Dipertua. Walaupun di bandar-bandar saya tak nafikan, orang kaya pun hantar anak Sekolah Tahfiz, sebab tak sompek ngajar anak-anak dia agamo, hantar tahfiz. Tapi di kampung ni, kebanyakan anak-anak susah. Jadi kita bantu ni, saya amat sukacita. Dan, tapi keselamatan ni pun kita nak tengok Dato’ Dipertua ya. Jadi itu yang terakhir.
Ada satu lagi, last-lah Dato’ Dipertua. Ini, saya mintak maaf, Dato’ Dipertua jangan marah pulak ya. Kalau marah nanti, tangguhkanlah persidangan ni, makan tengah hari kito. Saya nak sentuh semalam. Semalam, saya kena jawab ni, sebab saya yang memulakan, saya memulakan. Pagi semalam usul daripada YB Paroi tu, tak ada siapa pun tak setuju usul tu. Usul tu, usul baik sebab kita dalam Barisan Nasional
pu, 22 haribulan pun dah keluar pun usul ni, dah viral pun menyokong ni.
Tetapi saya rasa tersinggung sikit dengan apa yang disebut oleh YB ADUN Lenggeng. Tak ado sini ko? Tak datang lagi? Sewaktu beliau menyokong perbahasan semalam yang menyatakan bahawa dalam Dewan ini, tak payahlah timbulkan isu remeh-remeh tentang peraturan Dewan dan sebagainya. Haa saya tersinggung. Sebab apa Dato’ Dipertua, ini dalam titah ucapan tuanku, Dato’ Dipertua. Cuba tengok para terakhir ni, saya baca, kang saya lak rajo kan, akhir titah, Beta mengingatkan, haa ini, saya tak sebutlah ya, Ahli Dewan yang mulia ini dapat sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Baca lagi belakang ni, Peraturan-Peraturan Tetap Dewan juga hendaklah sentiasa dipatuhi semasa berhujah dan sepanjang persidangan berlangsung.
Jadi YB Longgeng ini tak membaca sebenarnya. Tu sebab dia dalam ucapan menyokong titah ucapan, kato taknaklah isu remeh-remeh, soal, ini lagi isu lagi besar, remeh-remeh takyah sebutlah Peraturan Dewan. Tak betul. Tak betul YB Longgeng. Kalau ado pun saya nak cakap depan dia ni. Dia kena baca. Ini titah Ke Bawah Duli Tuanku yang kita sama-sama perbahaskan. Itu sebab saya menegur je Dato’ Dipertua, bukan menghalang, menegur saja supaya kita perlu perbetulkan, supaya dalam minit besok, betul tindakan kita tu. Kita apa yang kita bercakap hari ini, ada putuskan hari ni dalam minit besok ni, hansard kita ada besok. Dalam majlis, dalam buku penyata besok ada.
Jadi jelaslah cara kita bawak tu, mengikut Peraturan-Peraturan Dewan. Kerana saya bukan memandai-mandai Dato’ Dipertua. Bukan nak tegur Dato’ Dipertua ni, sebab dia sebut tu tak betul. Kata ini remeh saja. Dia bagi tazkirah semalam, saya faham. Tapi bila, bila menyebut tak usahlah sebut isu remah tentang peraturan Dewan ni kita ada lain ada, eh biar betul. Biar betul. Kita jangan main-main, kita hari ini membahaskan titah ucapan tuanku, baca dari muka pangkal nia, sampai ke hujung nia, sebahagian daripada titah tu.
Itu saja, Dato’ Dipertua, saya tak, tak marah Dato’ Dipertua pun ya. Saya tegur semalam tu tak boleh sangkal-sangkal, pandangan saya tu macam remehlah saya cakap tu. Saya tak nak memanjangkan semalam tu Dato’ Dipertua, sebab kalau manjangkan, banyak ambil masa Dewan. Dato’ Yang Dipertua pun, tak happy nanti kan, memanjangkan perkara. Tapi yang tak betul, kita kena tegur. Dato’ Yang Dipertua, marah ke tidak ni? Tak, hari ni tak.
Saya tak marah. Sebab tu, sebab tu saya jalankan sidang ni mengikut peraturan. Cuma semalam saya tegur YB Linggi pasal notis dah keluar 17 haribulan.
Oh soal lainlah, soal …..
Yang itu yang RUU tu yang saya marah. Sebab kita dah, 17 haribulan. Dan secara praktis dan amalan dia, undang-undang ni ada praktis dan amalan tu, jadi kita kena peraturan. Jadi kita dah panggil semua Yang Berhormat supaya datang ambil, ambil RUU. Jadi yang tu saya marah. Bukan sebab peraturan. Peraturan saya tak marah.
Okay.
Patut kita kena ikut peraturan. Lepas tu kalau tuan-tuan nampak tak ikut peraturan, tuan-tuan boleh tegur saya.
Okay.
Cuma fakta dia betul. Sebab kita dah beritahu awal, dan kita tak poskan, pasal kita tak poskan pasal kata Rang Undang-Undang ni suatu yang sulit, yang perlu kita jaga, dan kita mintak Ahli Yang Berhormat datang. Itu amalam secara dulu tu, amalan ni satu peraturanlah, satu rang undang-undanglah.
Faham Dato’ Dipertua.
Jadi disebut hari Isnin dapat tu, saya rasa tak betullah. Sebab itu saya mintak Setiausaha Dewan pastikan pada saya, betul ke you hantar 17 haribulan ni, yang notis ni, notis dia kata hantar. Haa jadi kalau ada yang datang ambil hari ni, sendirilah, sebab, tapi dah ambil hari Jumaat kata hari Isnin. Jadi saya memang tak bolehlah tu.
Okay Dato’ Diperrtua, saya faham.
Okay, terima kasih.
Isu lain ya?
Isu lain.
Isu lain. Sebab isu yang disebut tadi itulah. Saya harap YB Lenggeng, masuk, masuk. Kena hati-hati lain kalilah ya. Maknanya tak boleh, jangan diremehkan …..
Ulang lagi ,bagi deh faham [bercakap secara off mic].
YB ADUN Lenggeng ni dia faham ya. Kita matlamat kita betul ya, matlamat kita nak bawak usul tu betul, tapi dia pun tahu, ustaz, matlamat tak menghalalkan cara uztaz kan? Jadi cara, peraturan kita kena ikut. Haa itu saja pandangan saya. Jadi itu saja Dato’ Dipertua. Saya ucapkan terima kasihlah kerana beri peluang untuk saya bercakap ni, dan saya ucapkan, ucapkan Selamat Hari Raya-lah kek Dato’ Dipertua ya.
Poso dulu.
Eh bukan Dato’ Dipertua ko bagi sumbangan Hari Raya di Sendayan baru-baru ni? Bukan ha? YB Paroi, terima kasih, saya keliru. Saya juga menyokong titah ucapan tuanku. Sekian, assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam. Lain macam ya kalau otai bercakap kan. Otai bercakap ni berbisa lagilah. Okay, silakan …..
Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Ya? Temiang. Okay, terima kasih. Temiang silakan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ada menyentuh banyak aspek dari segi pengurusan pentadbiran negeri, pertumbuhan ekonomi negeri, belia, kemasyarakatan dan sebagainya. Program-program yang baik terhadap golongan ibu tunggal, OKU, sekolah-sekolah, wanita, murid-murid yang miskin juga diberi perhatian yang serius agar golongan ini diberi, tidak dipinggirkan oleh masyarakat dan Kerajaan. Ini menunjukkan bahawa baginda mengambil maklum tentang usaha-usaha Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan dalam membantu golongan ini yang me, supaya boleh meringankan kos sara hidup mereka.
Ini juga mencerminkan bahawa pengurusan kewangan Kerajaan Pakatan Harapan adalah bertambah baik berbanding dengan terdahulu. Program-program ini sudah tentu dapat meringankan kos sara hidup golongan ini. Maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh memperbanyakkan lagi program-program seperti ni pada masa akan datang untuk semua lapisan rakyat di negeri ini supaya nasib rakyat terus terbela di bawah Kerajaan Pakatan Harapan.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, semalam kita dengar panjang lebarnya ulasan-ulasan daripada YB Rantau, Ketua Pembangkang di negeri ini. Beliau telah mengeluarkan banyak ulasan di mana berkemungkinan berlakunya beberapa perkara yang serius di negara ini sehingga nasib rakyat mungkin tidak dapat dibela. Saya berasa seluruh rakyat di negeri ini, juga risau kerana kita semua sayangi, amat sayangi negara kita dan negeri kita. Kita adalah anak Malaysia, kita bukan orang luar dan pendatang asing di negara ini.
Maka saya amat yakin sekali, di bawah pucuk pimpinan Pakatan Harapan, di bawah Perdana Menteri, Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya memulihkan keadaan ekonomi dan nasib rakyat di negara dan negeri ini akan terus akan terbela di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Ini adalah kerana Kerajaan terdahulu dipimpin oleh seorang kleptokrat yang telah mencuri wang rakyat. Isu-isu seperti 1MDB, isu penyelewangan, penyelawangan, penyelewengan wang Tabung Haji, isu FELDA, tak ada seorang pun pihak sana berani berdiri dengan kita …..
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya mohon mencelah. Sebenarnya kes melibatkan 1MDB ini sedang dalam pendakwaan. Prejudis untuk dia menyebut.
Ini saya secara umum saja, saya tak detail, okay. Saya, kawan-kawan di sebelah sana tidak berani bersama dengan kita untuk menentang kleptokrat tersebut. Tetapi apabila kalah pada PRU yang lepas, barulah mereka kata, kita boleh jadi sahabat di Dewan yang mulia ini, boleh, kita boleh duduk sama-sama untuk membangunkan negeri ini. Saya nak ingatkan saudara-saudari, pembangkang itulah pembangkang, jalankan tugas anda sebagai pembangkang. Kita Kerajaan kita Kerajaan-lah. Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara yang seterusnya adalah …..
Kerajaan pembangkang.
….. perkara seterusnya adalah berkenaan dengan sistem letak …..
…. ataupun Kerajaan dalam Pembangkang. Saya, saya nak nak sebut Tuan Yang Dipertua …..
Saya tidak memohonkan kamu mencelah. Duduk duduk duduk.
Tak, benda yang …..
Tuan Yang Dipertua …..
Saya tak membenarkan siapa mencelah.
….. kata Pembangkang tetap pembangkang.
….. pembangkang ni kerajaan ke pembangkang …..
Dato’ Dipertua …..
….. saya nak tanya sekarang Kerajaan ke Kerajaan Pembangkang ni? Cara cakap macam cara pembangkang.
….. kita tak mahu Kerajaan berkelakuan seperti pembangkang.
Ini floor saya.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kata kita nak ikut peraturan, tetapi …..
Saya mintak bertenang.
….. tapi ni tak ikut peraturan.
Saya mintak bertenang. Sekejap. Siapa nak bercakap, nanti, Pertang …..
Mintalah izin dulu.
Nanti, Pertang, Serting. Semalam saya bagi Ketua Pembangkang cakap sampai 45 minit. Saya, sepatah perkataan pun saya tak ada. Saya pandang jam je. Walaupun .....
Tuan Yang Dipertua …..
Dah, walaupun ada yang ca, cakap tu bisa kat kita, kita ambillah perhatian. Sebab semalam antaranya, pasal ECRL sebut, saya, saya tahu data semua. Saya, biarkan saja. Sebab saya nak bagi, sekarang ni masing-masing berucap, bagi dia laluan. Jadi tuan-tuan bercakap pulak apa tuan-tuan nak bercakap. Jadi silakan Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan sistem letak kereta di Bandar Seremban. Saya nak tahu berapakah sistem pembayaran, tempat letak kereta yang ada di Bandar Seremban. Saya terima banyak aduan daripada orang ramai, pelancong-pelancong dari luar, bahawa mereka keliru tentang sistem pembayaran letak kereta di Bandar Seremban. Kaedah pembayaran yang digunakan di Bandar Senawang adalah berbeza dengan Bandar Seremban dan lain-lain tempat. Mereka telah dikenakan kompaun terutamanya pelancong-pelancong dari luar kerana mereka gagal membezakan mana satu sistem yang perlu dipatuhi. Maka saya ingat, maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan yang teliti berkenaan dengan sistem ini supaya orang ramai dan plancong, pelancong-pelancong faham tentang apakah sistem yang mereka pakai.
Satu lagi perkara berkenaan dengan sistem pembiayaan, pembayaran tempat letak kereta adalah sistem zon parking yang menggunakan F ataupun sistem kupon yang baru dilancarkan pada tahun ini. Bagi saya terdapat satu kelemahan di mana dalam sistem ini ada 3 kawasan zon di bawah sistem ini iaitu Zon 1, Zon 2 dan Zon 3. Persoalan orang ramai adalah apabila mereka meletakkan parking di Zon 1, contoh 1 jam dan mereka telah menghabiskan urusan mereka dalam masa 20 minit, dan mereka beredar ke kawasan zon yang kedua. Tetapi mereka kena membuat bayaran di zon yang kedua. Ini adalah tidak adil kerana mereka masih mempunyai baki tempoh lebihan di mana mereka perlu menghabiskan satu jam tersebut. Maka seharusnya, seharusnya mereka tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana Zon 1, dan Zon 2 dan Zon 3, kesemuanya adalah di bawah penyeliaan zon parking. Oleh yang demikian, saya berharap pihak MPS boleh memperbaiki kelemahan ini.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah cadangan untuk mewujudkan satu zon perdagangan bebas di negeri ini. Saya berasa cadangan ini amat sesuai sekali dan tepat pada masa sekarang. Di mana seperti semua yang diambil maklum, Kerajaan Pusat telah menggubah jajaran ECRL yang baru dan akan memasuki Daerah Jelebu. Sudah tentu ini akan membawa kebaikan kepada rakyat di negeri ini. Tambahan pula projek MVV 2.0 yang merupakan hala tuju Kerajaan Negeri, maka seandainya kedua-dua projek ini boleh digabung dan dicantumkan dengan satu zon perdagangan bebas, saya berasanya akan membawa impak yang lebih besar terhadap ekonomi negeri ini. Banyak sektor dapat dibangunkan melalui kaedah ini. Dengannya pelaksanaan kaedah ini, orang-orang muda terutamanya belia tidaklah bekerja ataupun berhijrah ke Negeri Selangor ataupun KL, mereka boleh bekerja di Negeri Sembilan dan mele, menetap di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan kutipan tol LEKAS Highway yang menghubungkan Kajang, Seremban, Ampangan dan Senawang di mana saya sering mendapat rungutan daripada orang ramai di mana kadar tol, kadar kutipan tol dari kawasan Ampangan ke tol Setul adalah sangat mahal iaitu sebanyak 2.30 sen dengan jarak lebih kurang 5 kilometer sahaja. Mereka berharap Kerajaan Negeri boleh membincangkan dengan syarikat yang mengendalikan LEKAS Highway agar kadar kol, kadar tol tersebut dapat dikurangkan.
[Salah seorang] YB ADUN Pembangkang: Sudah turunlah.
Jangan kacaulah lu. Saya baru lalu. Saya berasa ini adalah sangat penting kerana pembangunan pesat di Kajang dan di Semenyih, setiap hujung ramai orang akan datang ke Negeri Sembilan terutamanya Bandar Seremban melalui LEKAS Highway untuk jalan-jalan sambil menikmati makanan yang sedap terutamanya di Temiang. Oleh yang demikian saya berharap, kekurangan kadar tol ini dapat dilaksanakan dan dipercepatkan dalam masa yang terdekat.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara yang seterusnya adalah berkenaan dengan projek MARRIS di mana pada persidangan yang lepas, YB ADUN Chennah ada menyaran kepada Kerajaan Negeri supaya satu taklimat diadakan kepada semua ahli, semua ADUN Kerajaan Negeri agar kita faham tentang sistem pengurusan MARRIS seperti cara-cara permohonan, jumlah peruntukan, peruntukan tahunan. Tetapi sehingga hari ini, tiada apa-apa taklimat diberikan kepada kita, saya tak tahu apa telah berlaku.
Saya, dan setelah saya meneliti laporan-laporan MARRIS, di bawah MPS, pada tahun 2018, saya mendapati terdapat 12 projek MARRIS telah dijalankan di bawah jagaan MPS. Terdapat 4 projek telah diluluskan sebelum PRU yang lepas, 8 projek diluluskan selepas kita mengambil alih Kerajaan pada PRU yang ke-14. Daripada 8 projek tersebut, 7 projek adalah kerja-kerja menurap jalan dan telah dijalankan pada tahun ini, iaitu 2019. Semasa saya mene, meneliti kawasan-kawasan pelaksanaan, pelaksanaan 7 projek tersebut, saya cukup terkejut kerana kesemua projek tersebut adalah di kawasan DUN Bukit Kepayang iaitu kawasan EXCO.
Persoalan saya adalah, mengapakah kesemua projek ini dikalankan, dijalankan di satu DUN sahaja? DUN-DUN lain pun menghadapi masalah yang sama. Jalan-jalan tidak diturap. Saya telah membawa
pembantu saya dengan membawa Penolong Jurutera MPS turun ke padang meninjau jalan-jalan yang perlu diturap semula.
MPS ke?
Ha? MPS. Betul MPS. Tetapi satu pun tidak dijalankan. Apabila saya meneliti projek-projek di, MARRIS di tahun 2019, satu pun tak ada, kawan-kawan, kawan kawasan-kawasan lainlah, ada. Tapi, DUN Temiang tak ada. Saya tak tahu apa telah berlaku. Maka saya berharap, ahli jawatankuasa perlu memberi satu taklimat dan mengagihkan peruntukan ini sama rata untuk semua ADUN, bukannya menjaga ahli, di kawasan EXCO ataupun kawasan MB sahaja. Ini tidak adil. Dan saya kecewa …..
Tak adil. Bukit Kepayang tak adil. Bukit Kepayang tak adil.
Saya cukup tigak, tidak berpuas hati dengan kaedah peruntukan ini.
Datanglah jumpa Dato’ Speaker, datanglah jumpa dia. Pejabat dia sentiasa terbuka …..
You tak payah jawablah. You bukan EXCO.
….. datang berjumpa dia berunding.
Tak perlu Yang Berhormat kacau. Duduk.
Bukan kacau. Saya beritahu apa yang dia kata dulu. Pejabat dia sentiasa terbuka, datang berunding.
Saya tahu pejabat dia, tak perlu kamu ajar …..
….. bukak minit balik, tengok …..
….. saya tahu …..
Ni tak baca.
Tak perlu kamu ajar. Maka saya berharap Dewan yang mulia ini, kita mengambil satu langkah di mana taklimat diberikan kepada kita dan peruntukan diagihkan sama rasa untuk semua ADUN. Kita ada DUN Penyelaras, walaupun kita kalah kita ada DUN Penyelaras kawasan masing-masing, sepatutnya peruntukan ini diagihkan sama rata supaya kita ambil maklum dan semua masalah rakyat diselesaikan dengan segera dan adil.
Selain daripada pembahagian peruntukan MARRIS yang tidak adil, satu lagi Jabatan MPS, iaitu Jabatan Lanskap juga menjalankan tugasnya secara tidak adil. Mengikut laporan kerja-kerja pemangkasan dan penebatan, penebangan pokok di Seremban, saya mendapati kebanyakan kerja-kerja pemangkasan ini adalah di, terletak di kawasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat EXCO juga. Kawasan-kawasan seperti Temiang, Lobak, Rahang, Mambau, kurang …..
Tak ada? [bercakap secara off mic]
Tak ada [bercakap secara off mic]
Pada tahun lepas saya meninjau itu data, tak sampai 6 kali datang ke Temiang untuk memangkas ini pokok-pokok yang berbahaya dan tinggi. Saya berharap ini Kerajaan Negeri, Kerajaan Pakatan Harapan kita kena adil …..
Kawasan saya sampai tumbang kereta. Sekarang pun sama lagi. Kereta tumbang, satu kaki kena orang, mati tau.
Okay, ada tambah lagi Lobak? Tambah lagi?
you duduk, bagi dia tambah [bercakap secara off mic].
Memang serius, kerana ni Bukit Mutiara, pokok ni sudah buat aduan, tapi kerana mungkin masa tu kakitangan tak cukup, kurang nasiblah, malam, pokok ni tumbang. Kena kereta, bonet saja.
Kerajaan tak buat kerjalah?
Pertang, nanti nanti. Saya …..
Kerajaan Tempatan kena jawab tu.
..... sidang kita ni …..
Saya tak benarkan kamu …..
Kerajaan buat kerja, tapi itu, cara itu, kena smart sikit. Tapi kritikal kena buek dulu, Kerajaan baru memang dia buat kerja, kami mengaku kerja banyak yang tertunggak dari Barisan Nasional dulu. Jangan tak buat kerja, 61 tahun, pokok tak akan dia tumbuh hari ni saja. pokok yang bahaya tu, BN tak buat kerja. So kami masuk ni buat kerja, kena masa. Tapi kena masa tu …..
Masa BN pokok tu kecik lagi.
…. Bahaya …..
Masa BN pokok tu kecik lagi. Sekarang besar, you-lah kena tebang.
Bukan. Dia pokok ini sudah tua, bukan kecik tu, bahaya tu.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, ini floor saya …..
Duduk duduk, sekarang ni floor Temiang. Temiang, kejap kejap. Saya nak bagi ingatanlah, siapa nak cakap mintaklah kat Speaker dulu. Ini masing-masing bercakap terus cakap aja ni. Tak tak, tak aju kepada Speaker dulu. Yang, yang kedua, saya nak beritahu, persidangan kita ni secara terus menerus tau, apa yang tuan-tuan buat hari ni, akan disiar, semua tengok secara langsung jadi, walaupun tak setuju, tapi ada adablah bagitau kat Speaker.
Yang keduanya, wal, saya puji, sekarang kita terbuka, kalau dulu mungkin di kalangan Yang Berhormat Kerajaan dia tak akan cakap kepada Menteri Besar dia, kepada EXCO. Kita terbuka, ADUN kita boleh cakap apa yang dia rasa dia luahkan di DUN ni. Dan pihak EXCO dan pihak Ketua-ketua Jabatan ambil note-lah apa yang disebut ni. Bukan sekadar gelak-gelak ni, ambil note. Macam apa semua sebut, soal pelaksanaan ni. Kadang, pelaksanaan ni adalah kakitangan kerajaan haa, macam MPS tadi. Kena ambil note-lah, bahagian ni, bahagian landskap, bahagian apa, ambil, ambil note. Tolong ambil note. Apa yang sebut dalam DUN ni serius ni, maknanya, jangan nanti MB call, dia tahu MB. Yang lain dah call awal, tak boleh. Kita nak kena adil. MB call pun buat, yang ADUN biasa call pun kena buat. Jangan ikut status tau.
Saya ingatkan pegawai-pegawai kerajaan yang ada atas ni. Kalau ADUN telefon, maknanya benda tu pentinglah haa, jangan ikut …..
Dato’ Dipertua, saya cadangkan, kerusi macam ni, duduk, sudah undur. Tak ada belakang tu, tempat pun kecik, saya cadangkan tukar, lagi baik ni, jabatan ketua, dia bersemangat untuk kerja. Terima kasih.
Haa okay, tak apa. Saya ingatkan bukan semua, saya ingatkan EXCO, saya jugak MB jugak, mana-mana yang apa, sama-sama kita atasi ni, ni pentadbiran ya. Haa teguran daripada pihak Kerajaan kepada, backbenchers pun kita dengar, teguran daripada you all pun kita dengar. Macam semalam sebut pasal kebakaran, hari ni alhamdulillah saya tengok Juasseh dia otai berbisa, hari ni dah baik dah, rumah, baiki rumah terbakar. Makna ni tempat dia, ini forum dia kita sebut ya. Sekian, saya, teruskan Temiang, ada lagi? Habis?
Ada.
Ada.
Terima kasih …..
[YB ADUN Rahang berdiri]
Nanti nanti. Mahu sambung? Laluan? Tak apa, masa ni singkat tau, lagi, 2 – 1 minit, 2 minit tau.
Okay. Apa yang, yang Temiang kata tadi, saya nak bagi cadangan okay. Landskap. Landskap dia mesti ada satu SOP. Di bawah MPS ada 7 DUN, okay, dia punya landskap, dia punya kerja to apa ni, dengan izin, to fell the tree or trim the tree, mesti ada schedule. 7 DUN, satu minggu satu DUN atau satu bulan 2 kali masuk satu DUN. If DUN Rahang, minggu ini saya punya turn, siapa-siapa kalau dia nak, ada pokok kritikal dekat kawasan dia, dia kena runding dengan saya, tengok pokok saya kritikal tak. Kalau po, pokok saya tak kritikal, mungkin I boleh bagi dia chance. Tapi kalau saya punya kritikal, dia punya tak kritikal, its not fair to me, dengan izin.
Okay.
This is what has been happening.
Okay, terima kasih.
We must have the schedule and bagi schedule itu pada semua ADUN kawasan MPS. 7 ADUN.
Okay, terima kasih. Apa yang saya sebut ni, supaya supaya, saya mintak EXCO-lah, EXCO Kerajaan hari ini, dan kakitangan pelaksana, MPS ke, MPN ke, tolong, maknanya ambil sama ratalah. Siapa report dulu kena ni, jangan ambil, oh ni Menteri Besar punya report, Menteri Besar kita dulukan. Haa itu nam, itu membodek nama dia. Kita tak mahu macam tu. Kita nak siapa saja laporkan, ada kesusahan, daripada ADUN makna serius haa. Jadi kita, kita nak
budaya kita berkhidmat sekarang ni, yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan. Itu je. Jadi, Labu nak cakap apa? Mencelah?
Dia jaga landskap dulu Dato’ Yang Dipertua.
Yang ni memang tak ada masalah dululah. Yang pertama sekali sebagai pemerintah, EXCO atau sebagainya, kadang-kadang kita mengarahkan. Dan ada pihak, dulu pihak pembangkang tak dibenarkan ambil tindakan, itu biasa. Saya dah cakap dulu dah, sebab itu bila kita dah menang ni keutamaan diberi kawasan pembangkang dulu. Sebab itu. Dan saya tahu pokok ni dah terbiar lama, dah lebih dekat 30 tahun masa saya mula-mula tanam, tahun ’82. Jadi saya tahu. Sebab itu saya cakap benda ni serius, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab kena buat kerja, turun ke bawah, turun ke bawah, sama juga dengan ADUN-ADUN. Jangan nanti salah menyalah mana-mana ya. Dan juga sebagai ketua, sebab itu kita tak perlukan satu orang jaga 2 – 3 tempat, tak boleh. Sebab MPS dan MPN ini satu tempat yang sangat serius, perlu kita ambil tindakan. Jadi, kadang-kadang Ketua-ketua Jabatan ni dia rasa tak ada siapa nak jaga, dia relax-lah. Ini yang biasa. Dan saya mintak supaya keadilan diberi …..
Dato’ Speaker.
….. keadilan dibagi.
Mencelah sikit.
Nanti kejap, saya mencelah dulu.
Nanti Gemas, kejap lagi saya bagi, kejap lagi. Bagi kejap, dia tak habis tu.
Sebab dulu pernah saya diarah oleh seorang EXCO, saya jawab. Saya sebagai pekerja, saya cakap you tak qualified arah ni sebab pokok ni masih sihat, masih baik. Tak perlu buat. Sebab tu kita sebagai pegawai kena ada integriti, kena ada keberanian, kena ada turun ke bawah, tengok apa masalah-masalah di, di, patut
dilaksanakan. Sebab ini saya katakan kepada semua, begitu jugak kepada ADUN. ADUN kalau dah bertahun tak ambil tindakan, datanglah berjumpa. Apa masalahnya? Jangan tunggu, jangan tunggu ke dalam Dewan ni. Kita sidang 3 – 4 bulan. Saya boleh terima, datang. Kita akan selesaikan. Dan jangan ada ketidakadilan berterusan. Sebab itu bila ambil kontrak, pastikan tengok siapa dia kontraktor. Jangan kontraktor yang lama. Kita tengok balik. Saya kaji balik, dan tengok macam mana tindakan SOP kerja. Kita ada kerja tu semua, saya dah sediakan, hanya tak diambil tindakan. Sebagai ketua, jangan duduk saja. Kena turun ke bawah bersama tengok anak-anak apa, anak-anak kita di bawah. Jadi inshaa Allah, saya cakap kepada semua orang, baik kepada pembangkang ataupun kepada Kerajaan. Terima kasih.
Okay.
Dato’ Speaker, sikit je, sikit je.
Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Saya mencelah sikit, sikit je.
Kejap kejap.
….. tanya kebenaran dulu.
Kejap kejap, saya bagi tuan lepas ni. Saya akan bagi tuan.
YB YB, kena tanya saya …..
Temiang dulu, Temiang kejap dulu, jadi …..
Belum, belum lagi haa.
Tenangkan keadaan dulu. Jadi gini, saya dah ambil rakam semua apa sebut tadi, dan kita ada hansard yang dicatat, lepas ni mana-mana ada masalah pokok tak ditebang apa semua tadi, jadi, EXCO luar bandar tadi jawab, lapor kat dia jugak supaya dia tau pasal dulu dia ada pengalaman. MPS, MPN dia tahu berapa umur pokok semua dia tahu kan. Jadi terima kasih atas pencerahan tadi. Silakan Gemas. Jangan panjang ya.
Okay, Dato’ Yang Dipertua, saya amat bersetuju apa yang dicadangkan oleh ADUN Labu tadi, tapi masalah sekarang, kita nak kan kesahihan, betul atau tidak agensi Kerajaan, pengarah, pegawai Pejabat Daerah ataupun yang sebagainya yang berkaitan, kakitangan Kerajaan, boleh ke bersama dengan pembangkang?
Mestilah boleh.
Sebab yang kami difahamkan, kami hantar Whatsapp tak berjawab, kami nak buat appointment kadang-kadang tak berbalas, jadi kami kena pergi ke jabatan-jabatan takut dikata kami bersubahat bersama dengan agensi-agensi Kerajaan, dengan pengarah-pengarah. Jadi ini yang kami katakan bahawa ketelusan macam mana yang kita bagi pihak pembangkang ini boleh bersama dengan Kerajaan? Temiang kata tadi, Temiang kata tadi, haa dulu tak boleh, sekarang nak bersama dan sebagainya, tetapi titah ucapan tuanku mengatakan kita bersama, kebersamaan. Jadi, inilah yang kita katakan bahawa terdapat satu jurang yang perlu kita atasi untuk lihat cara bagaimana kita bekerja, hasilnya kepada rakyat. Dan saya bersetuju kepada …..
Dato’ Yang Dipertua Dewan.
….. tindakan …..
Saya rasa cukuplah, ini floor saya.
….. EXCO Labu untuk kita sama-sama …..
Saya tidak membenarkan …..
….. pastikan …..
….. dia mencelah lagi. Ini floor saya, cukup.
Okay Gemas.
Tak, saya …..
Duduk Yang Berhormat, duduk, ini floor saya.
Kejap kejap. Eh, apa, Temiang sekejap.
Ini floor saya.
Saya bagi tambahan masa pada you. Pasal tak habis lagi. Habiskan. ….
Temiang jangan lawan Speaker …..
….. dia tak habis.
….. kena keluar kang.
Saya pernah dikeluarkan, apa mau takut.
Saya lihat banyak daripada kakitangan kerajaan, daripada pengarah-pengarah, pegawai-pegawai rasa takut berhadapan dengan kita orang …..
Okay, saya faham tu.
….. jadi mintak saya sama-samalah …..
Dah dah dah, begini, saya faham …..
….. telus dan beri keputusan cara mana mereka boleh bersama dengan kita untuk bangunkan kawasan masing-masing. Okay terima kasih Tuan Speaker.
Okay saya faham. Apa yang Gemas sebut ni, kalau aduan, terima aduan daripada pegawai-pegawai Kerajaan, dia kata ada masalah. Tak apa tadi EXCO kata, Labu kata, kalau benda tu serius, laporlah, kata EXCO Labu. Kalau dia tak, tak ambil tindakan, boleh besok kita bangkitkan dalam ni. Dalam masa yang sama, Pegawai-Pegawai Kerajaan, saya nak ingatkan Pegawai Kerajaan supaya apa-apa yang laporan yang dibuat oleh ADUN, yang ada kepentingan orang ramai, haa, jangan ikut statuslah. Haa maknanya ADUN dan EXCO, ADUN dah lapor di seminggu tak apabila EXCO lapor hari ni dah buat dah. Jadi, itu status. Sebab kita ni dah sebut tadi kan, yang keutamaan kita ialah rakyat, inshaa Allah. Boleh ya? Haa okay, teruskan, ni, daripada lain, apa, Temiang. Temiang 2 minit. Saya tambah 2 minit lagi.
Hah?
2 minit lagi.
Baru mau start, masuk tajuk Dato’ Yang Dipertua Dewan. Sekali, sekali lagi saya ucapkan terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana menerima pandangan-pandangan kita dan saya yakin pejabat-pejabat Kerajaan akan menguruskan kawasan pembangkang dengan baik, lebih baik daripada Kerajaan, ADUN.
Ada satu lagi perkara yang saya nak bentangkan adalah bukan sahaja kerja-kerja tidak dimaklumkan, tetapi projek-rpojek yang dilaksanakan di kawasan pun juga tidak dimaklumkan kepada ADUN kawasan. Saya ambil contoh, satu projek iaitu membina, memasang pelintas pejalan kaki di hadapan Sekolah Chan Hwa, Jalan Temiang. Ini saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana meluluskan projek ni. Tetapi projek ini tidak dimaklum, dimaklumkan oleh MPS
kepada saya. Saya hanya dimaklumkan oleh orang ramai. Bagi saya ini sangat malu kerana saya sebagai ADUN dalam Kerajaan tidak dimaklumkan dalam perkara ini.
Bukan sahaja ini, projek-projek di bawah Pejabat Daerah juga dimak, tidak dimaklumkan kepada saya. Apabila saya bertanya dengan seorang Penolong Pegawai Daerah, saya terima jawapannya, jawapannya berbunyi seperti berikut, SOP-nya memang tidak mewajibkan pihak Pejabat Daerah memberi se, memberi apa-apa maklumat ataupun memaklumkan kepada ADUN dengan projek-projek seluruh kawasan. Saya nak tanya apa SOP ni? Ini SOP Barisan Nasional ke? Ini Kerajaan Pakatan Harapan, kena ikut SOP Kerajaan Pakatan Harapan-lah.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan belia. Seperti yang kita maklum, belia adalah sangat penting dalam pembangungan, pembangunan sebuah negara. Maka belia harus diberi perhatian yang secukupnya agar pembangunan negeri dan negara boleh terus berkembang. Aktiviti-aktiviti belia perlu diperbanyakkan lagi, saya nampak ada usaha daripada Kerajaan Negeri di mana mengusahakan aktiviti eSport di negeri ini. Satu petan, petan, pertandingan peringkat negeri telah diadakan pada awal bulan April ini, sambutan daripada golongan belia pun sangat menggalakkan. Ini adalah satu usaha yang baik. Maka saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri, jumlah peruntukan daripada Kementerian Belia Dan Sukan kepada Kerajaan Negeri bagi mengembangkan aktiviti-aktiviti eSport di Negeri Sembilan? Apakah rancangan daripada Kerajaan Negeri bagi, bagi memajukan lagi aktiviti-aktiviti eSport di negeri ini, kerana aktiviti ini telah, adalah salah satu acara di sukan pada masa datang, akan datang. Hadiahnya juga sangat mewah.
Satu lagi perkara adalah berkenaan dengan belia iaitu di mana saya telah menghadiri satu mesyuarat perunding bagi ma, Majlis Belia Daerah Seremban yang telah dijalankan dan dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Seremban. Saya berasa amat dukacita apabila saya dimaklumkan bahawa Majlis Belia Daerah Seremban hanyalah merupakan gabungan 9 buah NGO belia sahaja. Sedangkan di Negeri Sembilan di Seremban, kita mempunyai, mempunyai banyak persatuan-persatuan belia. Kenapa mereka tidak ditawarkan masuk ke, ke dalam persatu, Majlis Belia ini? Dan apabila saya menyemak laman rasmi, FB Majlis Belia Daerah Seremban, saya mendapati gambar profil cover yang sedang diguna pakai adalah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin lama. Ini adalah tidak betul. Tak segan, tak sedar ke ni Majlis Belia, sekarang sudah tukar Kerajaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Yang seterusnya …..
Sebabnya orang, bagi saya mencelah sikit apa, apa Temiang.
Okay.
Bagi saya mencelah sikit. Pertamanya saya nak bercerita tentang apa yang dikatakan oleh Temiang tadi, SOP Barisan Nasional atau SOP PH. Dalam SOP ni, dia tak kira siapa memerintah. SOP ni adalah satu prosedur yang standard, yang digunakan oleh Jabatan-Jabatan. Itu pasal orang Kerajaan ni sayang orang Barisan Nasional. Pasal you sendiri tak faham apa itu SOP. SOP adalah satu garis panduan tak kira siapa memerintah …..
Okay, cukup cukup, saya faham apa Yang Berhormat cakap.
Saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan kerajaan yang masih sayang dengan Barisan Nasional ni. Tu pasal disimpan lagi gambar-gambar …..
Cukup cukup …..
….. Barisan Nasional.
Kalau masih sayang Barisan Nasional, pergilah Pahang bekerja, Pahang di bawah Barisan Nasional.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan laporan-laporan penyata kewangan MBI. Saya telah …..
[bercakap secara off mic]
….. ini saja, last. Saya telah menjadi ADUN selama 10 tahun, yang lalu, Kerajaan terdahulu langsung tidak membentangkan apa-apa penyata kewangan tentang MBI dan anak-anak syarikatnya. Saya rasa perkara ini perlu diperbetulkan oleh
Kerajaan Pakatan Harapan. Pada masa dahulu, setiap kali saya bertanya dalam sidang Dewan yang mulia ini berkenaan dengan MBI, tiada jawapan langsung diberikan. Maka orang ramai tidak tahu sama ada MBI ini untung ataupun rugi. Saya berasa gembira apabila pertanyaan bertulis saya diterima oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan ada jawapannya berkenaan dengan MBI. Ini membuktikan Kerajaan Pakatan Harapan lebih telus, bersih dan terbuka.
Persoalan saya, permintaan saya adalah saya berharap Kerajaan Negeri boleh membentangkan penyata-penyata kewangan MBI dan anak-anak syarikat dalam Dewan, Dewan yang mulia ini pada sidang yang akan datang, supaya kita semua faham dan ambil maklum tentang kemajuan, perkembangan sama ada syarikat tu rugi ataupun untung. Kerana ini adalah identiti yang sangat penting bagi Negeri Sembilan. Kita perlu disemak dan dijaga dengan baik. Maka dengan ini, saya menyokong usul Titah Ucapan DiRaja. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat sekalian, kita ada masa terhad. Jadi nasihatkan supaya ucapan bercakap bentuk faktalah. Yang kedua, sesiapa yang nak bercakap, tolong mintak Speaker dulu. Kalau semua bercakap, bergaduh dia. Mintak Speaker dulu dan Speaker akan tanya pada orang berkaitan, dia bagi laluan atau tidak. Kalau yang berkaitan kata tak bagi laluan, beri dia cop terus, tuan-tuan jangan ganggu. Giliran tuan-tuan, tuan-tuan cakaplah apa nak cakap karang, saya kalau benda tu tak betul, baru saya tegur. Haa jadi, Juasseh, dia pandai, otai berbisa, dia bangkit hari ni orang dah, dah baiki rumah dah.
Speaker, Speaker memuji Juasseh je ni, ada apa-apa ke?
Tak ado. Tak, pasal cara dia masuk tu, memang cantik, cara masuk tu haa. Bukan, bukan, bukan nak tuduh yang lain. okay.
Setuju, saya setuju Dato’ Speaker, tak macam Temiang kan. Jadi, saya contoh yang baik.
Tak boleh cakap orang lain. Okay, jadi, Temiang …..
Jangan tuduh saya.
Jangan kacau orang muda, orang muda ni kang dia marah lain macam. Jadi kita pergi kepada yang lain ya. Yang, tolong ambil masalah, masa, masa yang betul-betul, jangan ganggu masa kawan-kawan ya. Silakan. Ada lagi? ADUN. Kalau tak ada, saya nak pergi ke, kepada EXCO, untuk ni, gulung terus [YB ADUN Mambau dan YB ADUN Jeram Padang bangun serentak]. Haa, gulunglah. Saya bagi 1 – 2, ada, haa Jeram Padang …..
Dato’ Yang Dipertua …..
Lepas tu Mambau. Jeram Padang bangkit dulu, Mambau. Lepas tu kita gulung. Mambau duduk dulu.
Saya. Terima kasih saya ucapkan atas pemberian, peluang untuk saya berbahas atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dalam titah ucapan tuanku telah menyentuh beberapa perkara. Boleh dikatakan secara menyeluruh setiap satu telah disentuh dan salah satu daripadanya saya, yang saya ingin nak bawa ke sini adalah Raja ini sentiasa perlu dihormati, tak kira kaumlah. Di Malaysia ini ada satu gambaran bahawa hanya orang Melayu sahaja yang taat tetapi sebenarnya orang Cina, orang India, masyarakat dari Sabah dan Sarawak, semuanya menjunjung dan menghormati Raja pada setiap masa. Itulah sebabnya kita namakan Kerajaan di sini sebagai Kerajaan. Kita tak kata pemerintahan seperti Indonesia. Indonesia kita namakan sebagai pemerintah atau pemerintahan. Di Malaysia kita katakan Kerajaan. “Ke” itu anggaplah sebagai Kerajaan, pihak yang telah, sedang memerintah. Dan “an”, imbuhan akhiran itu sebagai pembangkang sebagai pelengkap kepada Raja yang menjadi akar bagi sesuatu negeri ataupun negara.
Bagi diri saya, memanglah kita biasanya ada perbezaan pandangan tetapi apabila raja menjadi akar, kita sepatutnya berunding di sebelah, di, bila ada masa, kita berbincang dan mendapat pandangan daripada tuanku, dan seterusnya menyelesaikannya di sebalik tirai, bukan di media sosial, bukan di media massa. Jadi saya sentiasa taat, sentiasa sanjung, sentiasa menghargai jasa dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh tuanku. Dan saya berharap perkara ini diteliti dan diamalkan oleh semua pihak kerana tanpa Raja, tak adalah negeri yang dinamakan
sebagai Negeri Sembilan, tak adalah negara yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu, di peringkat Pusat dan tiadalah negara yang dinamakan sebagai negara Malaysia, selepas tahun 1963. Jadi, saya sentiasa menghormati dan saya berharap setiap pihak yang berada di negara ini ataupun di negeri ini, taat kepada Raja, itulah sebabnya singgah sana di tempat yang atas dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin membawa tentang pendidikan. Kerajaan lepas, Barisan Nasional telah melepaskan 2,200 tempat untuk matrikulasi bagi masyarakat India untuk memastikan 7% pengambilan di universiti-universiti tempatan. Tetapi baru-baru ini apabila diumumkan keputusan, ia telah dikurangkan. Tak tahulah berapa, kerana saya tak pasti tentang angkanya. Jadi saya berharap Kerajaan sekarang ini sentiasa memberikan perhatian kepada pelajar-pelajar cemerlang, tak kira kaum, tak kira bangsa, tak kira negeri, berilah mereka peluang. 2,200 tempat yang diperuntukkan oleh Kerajaan lepas bagi kolej-kolej matrikulasi adalah over and above, tanpa mengambil hak sesiapa. Jadi saya berharap Kerajaan Pusat, kalau boleh saya mintaklah Kerajaan Negeri juga memberikan sokongan terhadap perkara tersebut kerana pengambilan ataupun pendaftaran uni, pelajar-pelajar di menara gading tempatan, bagi masyarakat India adalah lebih kurang 3%. Ia telah dicadang untuk dinaikkan kepada 7%. Itulah sebabnya untuk memastikan 7% itu dapat dipenuhkan, maka langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional lepas. Saya berharap Kerajaan sekarang terus memberikan keutamaan pada perkara tersebut.
Seterusnya daripada soalan bertulis, jawapan yang saya terima adalah, 3 program telah dilaksanakan untuk mengenal pasti dan untuk mendaftar pihak masyarakat India yang tiada dokumen pengenalan. Daripada jawapan yang saya dapat, daripada 3 program, hanya 38 yang la, apa ni, daftar lewat, 2 daftar lewat untuk kad pengenalan dan 7 untuk warganegara. Jadi jumlah yang ditunjukkan di sini adalah daripada 3 program, 47 sahaja. Tetapi sebelum PRU ke-14 ini, diwar-warkan ada 300,000 masyarakat India tanpa dokumen pengenalan. Ditayangkan dalam video, daripada orang, daripada Sumber Manusia sekarang ni, Menteri, ditayangkan dalam 2 minit 30 saat videonya. Dikatakan di Malaysia ni ada 300,000 orang yang tanpa kad pengenalan, di kalangan masyarakat India. Saya dah kata, ini adalah satu perkara yang tak benar. Saya dah terangkan, tetapi tak ada orang nak dengar kerana begitu lantang kenyataan disampaikan pada ketika tu. Jadi sekarang terbukti, bukan 45,000 orang hanya 47 orang. Jadi, saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan ini dapat membetulkan.
Semalam saya dengar istilah munafik, tetapi pembohongan seperti ini adalah salah satu daripada ciri yang disenaraikan dalam istilah munafik. Siapa yang bohong? Dah janji tidak ditunai, pembohongan berlandaskan beberapa, dah tingkat satu demi satu. Antaranya saya nak senaraikan di sini, ECRL. Dulu dikatakan Barisan Nasional menjual, menjual negara kepada China. Hari ini, pemimpin-pemimpin dari Kerajaan bertungkus lumus untuk terbang ke Negara China untuk selesaikan masalah.
….. dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau …..
Dan, Tun Razak exchange …..
….. saya ingat tak payah ulanglah …..
….. Tun Razak exchange …..
….. nanti ada orang akan jawab ya. Sebab Rantau dah sebut dalam, tak apa nanti, beliau akan jawab …..
Kamera AES.
Cari benda yang baik, yang tak dibincangkan lagi.
Kamera AES dulu dikatakan bahawa …..
Masalah ADUN Jeram, masalah Jeram Padang tolong cakaplah.
Dulu …..
Saya ingat masa dah, dah habis dah. Pasal …..
Saya hanya …..
Sekarang ni saya, saya jaga masa dah. Saya ingat yang you sebut ni you akan sebut benda orang lain dah sebut.
Dato’ Dipertua, saya baru mula.
Saya nak you, tadi, you sekarang sebut benda yang Yang Berhormat Rantau dah sebut. Nanti ada orang akan jawab. Jadi, saya ingat …..
Ini kamera AES. Ini tak disebut sebut ni.
Duduk duduk duduk. Dah, duduk. Sekarang ni saya nak pergi yang lain, sebab saya dah bagi EXCO menggulung ni. Sebab, sebab tu saya mintak semalam …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. ada, haa?
Tak sampai 5 minit ni.
Dato’ Yang Dipertua …..
Tak, lebih.
Dato’ …..
….. saya rasa elok beri rakan-rakan Yang Berhormat ni mengutarakan hujah masing-masing …..
Tuan-tuan tengok berapa lagi agenda tak siap ni. Sebab tu semalam saya mintak berucap, tuan-tuan kata tak bersedia. Saya semalam dah siap …..
Tak perlu kita ulang cerita semalam ni.
Tuan Yang Dipertua, saya baru 7 minit.
Saya ingat beri dia peluang.
Haa, saya, saya nampak bila saya bangun ni.
7 minit, jangan, saya ada masa …..
Tak ada, saya baru mula. Saya …..
YB Jeram Padang, hormatilah Tuan …..
….. hormati …..
….. ini tidak menghormati Tuan …..
Temiang, Temiang duduklah.
Yang Berhormat duduk.
Temiang duduk. Jeram Padang …..
Tuan Yang Dipertua, saya nak mencelah sikit. Tuan Yang Dipertua …..
Saya, dah pesan dah, berhujah fakta yang orang lain belum sebut, saya sebut tadi. Kalau ulang lagi saya tak naklah.
Okay, saya tukar kepada yang lain.
Kalau ulang, you ulang ulang ulang, panjang. Sekarang duduk.
Tuan Yang Dipertua.
Duduk cukup.
Tuan Yang Dipertua.
Saya nak bagi orang lain. You pun tak bercakap lagi, ni pun berapa ramai tak bercakap lagi.
Sikit je Tuan Yang Dipertua.
Kang bagi tuan-tuan bercakap 5 minit, 10 minit …..
Sikit saja Tuan Yang Dipertua, saya bagi apa …..
Saya baru dapat 7 minit.
Mintak apa, daripada apa, ucapan daripada Chennah dulu, ingatkan. Jadi bagi peluang kami Wakil Rakyat untuk bercerita, berhujah.
Gini, gini. Gini gini. Saya dah bagitau …..
Kena bagi dia berucap.
Dah dah dah. Saya dah beritahu, saya ucapan Ketua Pembangkang saya memang bagi, saya bagi masa. Itu kita peraturan kita, kita punya amalan kita …..
Dato’ Yang Dipertua.
Jap jap jap. Ketua Pembangkang saya bagi apa, dan Chennah pun saya bagi masa. Dan tuan-tuan yang lain pun saya bagi masa 20 minit. Tapi bila Jeram Padang, saya tadi saya tengok you punya point okay. Tapi you masuk point yang orang lain sebut, saya sebut jangan sebut point orang lain dah sebut.
Saya dah berhenti dah, saya tak …..
Dah cukuplah, saya dah kata cukup, cukup. Saya nak bagi orang lain.
Dato’, saya …..
Okay cukup cukup. Saya suruh duduk, duduk. Saya dah pesan pada awal. Okay persilakan yang lain. Chembong tak cakap lagi, Seri Menanti kawan saya tak cakap lagi. Chembong ni lagi, lagi banyak ni idea nak cakap ni. Silakan Chembong.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Ada yang nak bercakap? Bagi Chembong dululah, bagi dia. Nanti EXCO jawab.
Dipersilakan.
Haa nampak, dia gentleman. Chembong dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya rasa saya kena menenangkan keadaan sikit Dato’ Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua sebab beri saya peluang untuk turut serta membahaskan usul ucapan menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa merasmikan sidang Dewan kita pada Isnin lepas.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak mulakan ucapan saya ataupun bahas saya dengan nak ucapkan tahniah, walaupun orang lain dah ucap tahniah Dato’ Dipertua, ya. Tahniah di atas Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran kepada Dato’ Speaker. Tapi bagi saya, di atas pemerhatian saya Dato’ Speaker makin lama makin baik mengendalikan Dewan kita, Dato’ Dipertua ya. Sebab Dato’ Dipertua ni memainkan peranan penting dalam Dewan ni, sebab senyum dia menceriakan orang lain kan. Dan, betul, betul Dato’ Dipertua. Marahnya pun mendatangkan manafaat kepada yang lain, Dato’ Dipertua ya. Sebab semalam dengan marahnya Dato’ Dipertua, dapat kita balik awal, Dato’ Yang Dipertua. Jadi, khusus untuk Dato’ Yang Dipertua, sebab saya rasa belum ada pantun dalam Dewan ni, saya kemukakan pantun khusus untuk Dato’ Yang Dipertua dan jugak kepada ahli Dewan yang lain.
Dato’ Yang Dipertua,
Balai polis dah ada, balai bomba pun sudah ada, Anak kucing dipanggil anak bulu-bulu, Kalau Yang Dipertua nak selalu kelihatan muda, Janganlah marah-marah selalu.
Dato’ Dipertua, saya juga nak ambil kesempatan untuk rakamkan …..
Jawab Yang Dipertua. [bercakap secara off mic]
Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Rantau di atas kemenangan bergaya beliau dalam PRK Rantau yang baru. Kemenangan beliau ni, yang baru ni, bukan kemenangan biashe biashe ya. Dia kemenangan kalau diistilahkan dalam perlawanan bola sepaknya, dia bukan kemenangan dengan jaringan 1 – 0, kalau 1,000 majoriti bersamaan dengan gol 1, dia
bukannya jaringan 1 – 0, bukan 2 – 0, bukan 3 – 0, ya Seremban Jaya betul, 4½ kosong, Dato’ Yang Dipertua.
Jadi sesungguhnya kewibawaan, kebolehan Yang Amat Berhormat ADUN Rantau tak boleh kita nafikan, tak boleh kita sangkal Dato’ Dipertua. Ini terbukti semalam Dato’ Yang Dipertua, apabila beliau berbahas, sekali lagi saya mintak izin Dato’ Yang Dipertua, sebut pasal ECRL ni, tapi dalam aspek yang lain, dalam aspek yang lain. Kalau bukan dengan penjelasan Yang Berhormat ADUN Rantau semalam, saya pun agak keliru dengan perbahasan yang dikemukakan oleh ADUN Chennah. Baru kita tahu kenapa kos pembinaan ECRL dulu dapat dikurangkan, Dato’ Dipertua, kan. Jadi apa-apa pun saya ucap ….. [salah seorang YB ADUN Kerajaan bercakap secara off mic] ….. Bangun, nak cakap bangun.
Dato’ Dipertua, apa-apa pun kita ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Persekutuan yang secara langsung atau tidak langsungnya terpaksa mengakui bahawasanya projek yang kita ideakan terlebih dahulu, ECRL ini adalah sangat penting bagi pembangunan sosio ekonomi negara kita, Dato’ Dipertua kan. Jadi Dato’ Yang Dipertua, cumanya saya nak cadangkanlah kepada ADUN Chennah, bawak kepada Pusat kan, kalau boleh tukarlah nama projek ni kepada ECRL 2, haa camtu. Sebab nanti sama pulak dengan BN yang lalu, Dato’ Dipertua kan. Macam MVV, kita ada MVV 2.0 kan. Kita tukar ECRL 2, tak nampak sangatlah kita macam BN dulu, Dato’ Dipertua ….. [YB Yang Dipertua Dewan bercakap secara off mic] Tajuk tu Dato’ Yang Dipertua.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, cumanya saya nak tekankan di sini adalah betapa tingginya keperluan, keberadaan Yang Amat Berhormat ADUN Rantau dalam Dewan ini Dato’ Dipertua, sebagai bekas Menteri Besar yang dulu, yang kaya dengan pengalaman dan pengetahuan beliau. Diakui oleh ADUN Chennah semalam. Cumanya kadang-kadang ADUN Chennah ni saya rasa ragu sikitlah sebahagian dari kenyataannya itu kan. Dia mengakui kepentingan ADUN Rantau berada dalam Dewan tapi pada masa yang sama, 2 – 3 minggu lepas, sama-sama beriya cuba mengalahkan ADUN Rantau ni Dato’ Dipertua kan ….. [YB Yang Dipertua Dewan bercakap secara off mic]. Ya, Dato’ Dipertua.
Jadi Dato’ Dipertua, berbalik kepada Titah Duli Yang Maha Mulia tuanku semasa perasmian yang dulu, tentang betapa kita juga harus berasa sukacita dengan banyak, beberapa aspek pencapaian cemerlang bagi pihak Kerajaan Negeri. Pelaburan bertambah sikit daripada tahun sebelum ini, kutipan ataupun hasil Kerajaan Negeri jugak bertambah sedikit, kedudukan ataupun pencapaian peperiksaan SPM jugak kekal di tempat ketiga, kedua, 3 tahun berturut-turut. Dan justeru itu, di atas
kecemerlangan pencapaian ini, saya jugak dengan rakan-rakan yang lain nak ucapkan, rakamkan berbanyak-banyak terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ketua-ketua Jabatan yang terlibat, penjawat-penjawat awam kerana di atas daya usaha dan jugak komitmen yang berterusan di atas semangat, semangat yang telah diterapkan sebelum ini, Dato’ Dipertua, iaitu semangat sentiasa dahagakan kejayaan.
Chembong.
Ya.
Kita sebulan dah bonus, inshaa Allah, sebulan, setengah bulan dah bayar, nak raya bayar setengah bulan lagi kepada kakitangan-kakitangan awam.
Kalau …..
Kalau tahun ni bagus lagi, MB kata dia bagi lebih banyak lagi, okay, terima kasih.
Kalau Pakatan Harapan sentiasa ingin lebih, menunjukkan lebih hebat pada Kerajaan dulu, saya cadangkan 3 bulan Dato’ Yang Dipertua ya. Dato’ Dipertua ya. Betul. Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, dia macam orang perempuan kena pinang Dato’ Dipertua, senyap tu tanda setuju, Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, begitu juga dengan Jabatan-Jabatan yang lain, setinggi-tinggi ucapan tahniah jugak terima kasih, semuanya okay Dato’ Dipertua. Jabatan yang, banyak ni kalau saya nak sebut, Perpaduan dia, Kebajikan dia, KEMAS, JPS, Pendaftaran kan, banyak membantu kita sebagai ADUN Wakil Rakyat jugak.
Cumanya Dato’ Yang Dipertua, di kesempatan ini saya nak mintak sedikitlah jasa baik daripada JKR ya, sebab saya whatsapp tak baleh-baleh Dato’ Dipertua, tak tahulah Dato’ Dipertua kan. Saya mintak sebab, haa? …[YB Yang Dipertua Dewan bercakap secara off mic]. Dato’ Dipertua, bagi EXCO jawablah Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, sebab di jalan Seremban – Tampin, yang dikenali sebagai Jalan Federal FT001, ada satu jajaran tu, ya, Pegawai Kewangan Negeri kalau balik Rembau
boleh perasan ni malam-malam ya, ada satu jajaran, satu strecht tu, jarak tu panjang sangat, tak berlampu Dato’ yang Dipertua ya. Saya pun segan jugak nak bawak perkara-perkara kecil ni dalam Dewan, tetapi walaupun kecil namun penting. Saya whatsapp tak balas Dato’ Dipertua ya. Jadi saya mohon untuk JKR melihat perkara ini, Dato’ Yang Dipertua.
Jadi, Dato’ Yang Dipertua, selain daripada itu saya jugak nak memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini, tentang ada satu program, program ataupun kemasyarakatan, Program Rimbunan Kasih namanya Dato’ Dipertua. Iaitu satu projek di mana kita menempatkan peserta-peserta di dalam se, rumah yang disediakan oleh pihak Kerajaan sebelum ini di Daerah Rembau ya. Program Rimbunan Kasih di mana kita berikan tempat tinggal dan jugak kita sediakan pekerjaan bagi mereka untuk menaikkan taraf ekonomi, sosio ekonomi dan jugak menambah nilai taraf kehidupan mereka Dato’ Yang Dipertua.
Tapi masalahnya, saya nak maklumkan dalam Dewan yang mulia ini, pada 28 haribulan 2 lalu, Dato’ Dipertua ya, kesemua peserta ini telah mendapat notis pemberhentian kerja Dato’ Dipertua. Semua dah ya, beronti kerja. Tapi tak apalah Dato’ Dipertua, nanti EXCO jabatan yang terlibat ataupun, tengoklah Dato’ Dipertua ya, semua peserta di Rimbunan Kasih ini telah mendapat notis diberhentikan kerja, kesian Dato’ Dipertua. Sayalah ataupun mungkin ada antara kita, kalau gaji lambek 2 hari pun, payah Dato’ Dipertua. Ini kojo, punca pendapatan tak ada.
Dan untuk makluman Dewan Yang Dipertua, Dewan, Yang Dipetua, kebanyakan ataupun hampir lebih daripada separuh peserta-peserta ini adalah daripada golongan yang susah. Saya ucapkan terima kasih kepada JKM kerana daripada, setengah daripada peserta yang ada dalam ini, setengah daripada mereka menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebagai satu makluman betapa mereka ini adalah dalam golongan yang susah. Jadi, kalau diberhentikan kerja, ini adalah satu mala petaka besar bagi keluarga tersebut, Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon, saya mintak Kerajaan Negeri mengambil langkah yang begitu proaktif untuk membantu mereka-mereka ni, Dato’ Yang Dipertua ya. Dato’ Dipertua, ini hal kepentingan nasib keluarga ni Dato’ Dipertua, ya.
Selain daripada itu, saya dimaklumkan, saya dimaklumkan mereka sedang diberi bayaran pampasan oleh pihak insurans hasil daripada caruman SOCSO mereka sebelum ini. Tapi ianya hanya setakat 3 bulan, ya, 3 bulan. Dan saya jugak dimaklumkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, peserta-peserta ini
diberikan untuk tempoh 3 bulan, apa yang dikatakan sumbangan barangan asas keperluan dapur, untuk 3 bulan. Mereka diberikan surat pemakluman ini awal bulan lepas, awal bulan ni. Tapi sekarang ini, sampai sekarang, bantuan ini yang dikatakan boleh diberikan pada 20 haribulan masih belum diterima, Dato’ Dipertua. Hamper yang berharga hanya 200.00 ringgit tetapi masih belum dilaksanakan, Dato’ Dipertua, ya. Jadi saya rasa kalaulah ada 50 lebih peserta, 50 x 200.00 ringgit, tak ada banyak ribunya Dato’ Dipertua. Sehingga hari ini, peserta tersebut masih lagi belum mendapat barangan tersebut Dato’ Dipertua, 200.00 ringgit. Jadi, agak sedih Dato’ Dipertua ya, kalau banyak kita punya kadar simpanan kita dan sebagainya, kewangan negeri yang kukuh, Dato’ Dipertua ya.
Selain daripada itu, saya jugak sarankan, mintak tolong Jabatan-Jabatan lain masuklah, tengok. Contohnya, Jabatan Pendidikan ya, bukan dari segi sekadar aspek pendidikannya itu, pergi tengok, mungkin anak-anak mereka boleh diberikan pelbagai jenis bantuan di sekolah-sekolah. Mungkin, contohnya Rancangan Makanan Tambahan dan sebagainya, Dato’ Dipertua ya. Jadi Dato’ Dipertua, itu pasal Rimbunan Kasih. Tapi pasal Rimbunan Kasih ini, saya nampak jugaklah sedikit ataupun langkah tindakan daripada Kerajaan Negeri, hasilnya belum ada Dato’ Dipertua, hasilnya. Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat ada turun setelah makluman ini diterima, mungkin oleh pihak Kerajaan Negeri ya.
Cumanya dalam lawatan ketika Yang Amat Berhormat turun ke Rimbunan Kasih itu hari, Dato’ Dipertua, saya nak sebut sikitlah, mungkin istilah saya kurang tepat, tapi saya mohon izin Dato’ Dipertua, rasa kesal ke, rasa sedih ke, rasa macam-macam Dato’ Dipertua. Sepatutnya ketika Yang Amat Berhormat turun ke kawasan-kawasan ya, Pentabiran Daerah kena ambillah tindakan yang sepatut, sewajarnya, kan. Wow, Mentori Bosa nak turun ni, kita kena siapkan kawasan kita, kang ditengok kek Mentori Bosa. Betul tak kan? Tetapi apabila Yang Amat Berhormat turun kawasan saya, Dato’ Yang Dipertua, apa yang saya dapati adalah, Majlis Daerah apo yang dibuatnya adalah pertamanya menurunkan saya punya billboard Dato’ Yang Dipertua kan. Habih billboard saya, poster-poster sepanduk saya yang diturunkan. Apa yang ditakutkan sangat dengan gambar saya ni Dato’ Dipertua kan, ya. Jadi kurang cantiklah kan. Lepas tu pulak, Dato’ Yang Dipertua, di kawasan tersebut ada gelanggang futsal 1Malaysia, jadi iklan gelanggang futsal 1Malaysia tu ditutup, perkataan “1Malaysia” tu ditutup, Dato’ Dipertua. Jadi, saya rasa dalam arena politik masa kini, politik-politik yang, orang kampung cakap yang, yang, yang robuih tak ompok ni tak payahlah dibuat Dato’ Dipertua kan. Yang
pentingnya adalah tujukan kita punya tindakan untuk rakyat, Dato’ Dipertua kan.
Bercakap tentang banner-banner ni Dato’ Dipertua kan, sepanduk-sepanduk ni, saya jugak nak mintak sedikit pertimbanganlah daripada Majlis-Majlis Perbandaran ataupun PBT-PBT. Baru-baru ini Dato’ Dipertua, saya sebagai pemimpin masyarakat, saya kena tunjukkan jugak contoh yang baik kan. Saya buatlah majlis apa dinamakan majlis solat hajat dan doa selamat, Dato’ Yang Dipertua, saya buat kat pejabat saya tu, depan pejabat saya. Jadi, nak mengajak orang ramai, untuk hadir sama-sama, saya gantunglah saya punya jemputan tu dengan menggunakan banner, pun diturunkan oleh Majlis Daerah, Dato’ Dipertua kan. Jadi, saya rasa kalaulah menyeru kepada kebaikan pun diturunkan banner saya, besok apa yang saya boleh buat Dato’ Yang Dipertua kan. Saya bukan buat perkara-perkara yang, yang, yang batil. Bukannya mengajak kepada perkara-pekara yang mungkar, Dato’ Dipertua ya. Jadi Dato’ Dipertua, mohonlah sedikit ya, sedikit pertimbangan daripada pihak-pihak PBT, Dato’ Yang Dipertua.
Yang lain-lain, kalau ada kesempatan Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak mintak sedikit penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang prosedur, SOP ataupun peraturan mengenai aspek menggunakan kemudahan-kemudahan awam di bawah seliaan ataupun kuatkuasa, penguasaan Kerajaan Negeri ataupun badan-badan di bawah, Dato’ Dipertua ya. Sebab baru-baru ini Dato’ Dipertua, ini saya nyatakan secara ikhlas. Kami ataupun pihak parti politik UMNO sedang menjalankan mesyuarat cawangan-cawangan. Jadi saya sebagai salah seorang pemimpin cawangan, saya ada menulis surat kepada pihak Pejabat Daerah untuk mohon kebenaran menggunakan balai raya. Jadi, adat, adat memohon, Dato’ Yang Dipertua, kalau boleh dibenarkan, berterima kasih kita. Kalau tidak, kita kena redha dengan jawapan tersebut.
Tapi Dato’ Yang Dipertua, saya dimaklumkan, walaupun permohonan kami, permohonan saya secara bertulis kepada Pejabat Daerah Rembau, jawapannya adalah secara lisan yang mengatakan kami tidak dibenarkan, parti politik tidak dibenarkan menggunakan balai raya untuk bermesyuarat. Cumanya Dato’ Dipertua, saya mohon untuk parkara ini di-standardize-kan, diseragamkan. Kalau boleh, semua boleh. Kalau tak boleh, biar semua tak boleh. Saya nak nyatakan dalam Dewan ini, ada satu kampung di bawah pengelolaan MPKK dinamakan Solok Jelawai, Dato’ Yang Dipertua. Ketua kampungnya benarkan pulak, UMNO Cawangan Solok Jelawai bermesyuarat menggunakan balai raya. Kampung sebelah tak boleh. Jadi, mana satu yang betul ni? Mana satu yang, yang sahnya ni? Mana satu yang salah? Yang tak bagi
salah ke, ataupun yang bagi salah. Kalau yang tak bagi salah, kenakan tindakan kepada yang tak bagi ni Dato’ Yang Dipertua. Atau sebaliknya, kalau yang bagi tu salah, pengerusi MPKK Solok Jelawai, dia salah, ambil tindakan kepada Pengerusi MPKK yang bagi tu, Dato’ Yang Dipertua. Saya cuma mohon untuk keseragaman.
Begitu jugak dengan Jabatan-Jabatan lain. Contoh di Taman Pedas Indah, Dato’ Yang Dipertua, dalam kawasan saya, Mesyuarat UMNO Cawangan Taman Pedas Indah menggunakan balai komuniti di taman tersebut, boleh pulak Dato’ Yang Dipertua. Yang dibenarkan dalam maklumat saya, oleh pihak Pengerusi KRT dia. Jadi saya mohon penjelasan Dato’ Dipertua. Kalau boleh katakan boleh, kalau tak boleh, katakan tak boleh, Dato’ Dipertua. Kalau iya katakan iya, kalau tidak katakan tidak, kalau padi katakan padi, Dato’ Yang Dipertua, tidak hamba tertampi-tampi, Dato’ Dipertua ya.
Jadi, yang lain, mungkin yang terakhir, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon sedikit untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri ataupun penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang peruntukan P56, Dato’ Dipertua ya. Semua wakil-wakil rakyat pembangkang ini diberikan peruntukan sebanyak 100.00 ringgit, Dato’ Dipertua, 100,000.00 ringgit kan. Terima kasih banyaklah, daripada tak ada, biarlah ada. Cumanya mekanisme kaedah penggunaan penyaluran dia, Dato’ Dipertua. kami seakan-akan, saya rasa seakan-akan diikat tangan kami ini, dengan bantuan, peruntukan 100,000.00 ringgit itu, dia punya kaedahnya, punya penyalurannya, dia punya apa tu, dipanggil syarat-syaratnya agak ketat Dato’ Dipertua.
Tak boleh nak bagi bantu, contoh Dato’ Dipertua, contohnya, minggu lepas ada seorang ibu tunggal miskin Dato’ Dipertua, ya, mengadu pada saya, dia punya bil elektriknya dah kena potong, Dato’ Dipertua. Dah 2 bulan bergelap. Saya nak gunakan peruntukan itu secara kewangan terusnya, tak boleh. Yang boleh menurut taklimat oleh Pejabat Daerah kepada pihak kami, yang boleh hanyalah untuk perkhidmatan dan bekalan saja. Kalau ada orang mintak hamper boleh, ambil 3 quotation, 3 sebut harga boleh. Kalau nak sewa khemah, mintak 3 sebut harga daripada pembekal khemah boleh. Tapi bantuan secara terusnya tak boleh Dato’ Dipertua. Ada orang yang mengadu kepada kami, dia mohon sedikit bantuan kewangan sebab nak buat rawatan dialisis, tak ada tambang, Dato’ Dipertua. Kalau dulu boleh, sekarang tak boleh. Jadi jangan ikat tangan kami ini untuk membantu orang ramai …..
Sebelum ini Kerajaan tidak pernah bagi peruntukan pun. Sekarang ada bagi peruntukan cakap terima kasih
okaylah. Cara itu kena ikutlah cara. Okay, permohonan mesti kena melaui Pejabat Daerah, Pejabat Daerah-lah. Apa masalah? Kalau nak bagi bil elektrik itu, bayarlah duit sendiri poket. Sebelum ini pun kita keluar duit poket sendiri. Apa salahnya? Kalau betul-betul nak bantu bantulah dari segi dengan diri sendiri. Banyak gaji kan tu ada, keluar sedikit tidak ada masalah.
Ada lagi?
Sudah, terima kasih.
Okay, terima kasih. Adakah cara ucapan saya mengatakan saya tidak berterima kasih, Dato’ Yang Dipertua? Saya sekadar memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk sedikit melonggarkan kaedahnya Dato’ Dipertua. Yenna, ada paham ke tak ada paham?
Jap jap, Chembong.
Ya.
Jap jap. Duduk kejap, duduk kejap. Saya pun faham gak P56 ni. P56 ni biasanya yang disebut ni tulah, perbekalan ataupun quotation untuk repair ke mana-manalah. Mungkin yang disebut oleh Chembong tadi tu, macam mana nak longgarkan P56 ni, boleh bantu direct. Saya ingat nanti EXCO tengok macam manalah, Kewangan. Yang ada bil-lah. Yang tak ada bil, nanti ni tengok prosedur tu macam mana.
Itu cadangan bagus jugak tu, sebab kadang bukan, bukan Chembong saja yang kena, saya pun banyak orang datang jumpa sey. Saya ingat saya bagi orang, beribu jugak. Pasal P56 tu tak, P56 tak apa tu, kalau datang pejabat orang kampung kata letrik kena potong, bagi duit saya. Bukan saya bohong ni, sungguh saya cakap ni.
Betul betul Dato’ Dipertua. Saya akui tu. Malahan saya akui semua di antara kita banyak menggunakan duit kita
sendiri. Sri Tanjung, tolong, jangan divert-kan hal ini kepada perkara yang lain, betul?
P56 tu, termasuk lain-lain lah, jangan, P56 ni memang agak sukar sikit. Bukan you sukar, semua orang sukar.
Dato’ Dipertua, ini sebab, saya, masa bagi masa Dato’ Dipertua, ni penting Dato’ Dipertua.
Okay silakan.
100,000.00 bagi ADUN pembangkang, kami berterima kasih sebab duit tu kita nak salurkan kepada mereka yang memerlukan.
Okay.
Saya mohon untuk dilonggarkan sedikit sebab dulu boleh. Dato’ Dipertua, sebab, 400,000.00 yang lain, 400,000.00 lain diperuntukkan, disalurkan kepada Penyelaras DUN. Kami pun tak kesah, kami tahu kami pembangkang, tiada lagi kuasa di tangan kami Dato’ Dipertua, betul. Tapi 400,000.00 di tangan, yang diuruskan, diseliakan oleh Penyelaras DUN, Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua tau tak Penyelaras DUN ini dilantik oleh siapa?
Tuan Chembong …..
Haa?
Saya ni satu Negeri Sembilan jumpa saya …..
Dato’ Dipertua.
….. tapi setakat yang boleh bantu, saya bantulah, satu Negeri Sembilan.
Betul betul betul. Dato’ Dipertua, yang saya nak sampaikan 400,000.00 yang diuruskan oleh Penyelaras DUN ini boleh pulak untuk bantuan secara terus. Yang 100,000.00 ni tak boleh …..
Mintak, tolong izinkan saya celah sikit. Chembong, Chembong …..
[percakapan secara off mic]
Dato’ Dipertua, benda, janganlah, jangan nak nafikan, saya nak, saya nak …..
Chembong.
…..[percakapan secara off mic] …. nanti jawab. Lain tajuk.
Chembong. Yang Berhormat Speaker.
Dah dah dah.
Annē, duduk.
Apa ni, mintak laluan.
Annē, duduk.
Sedikit, sedikit tambahan saja. Sedikit.
YB Annē, duduk. Dato’ Dipertua, saya tak benarkan Dato’ Dipertua …..
….. sebab kata tadi kenapa Penyelaras DUN direct …..
….. banyak lagi ni Dato’ Dipertua.
….. keluarkan P56 itu tidak betul.
Dato’ Dipertua, dia melanggar tu …..
….. kontraktor …..
….. saya tak bagi laluan.
….. cara yang sama.
Ni apa Timbalan tak tahu peraturan ni, duduklah, dia tak bagi.
Okay, Ravi, okay duduk Yang Berhormat. Apa ni, Chembong saya ingat tolong ringkaskan, ramai nak berucap lagi, ni. Saya pun takut ni, you all balik tengah malam kang ni. Tidur dengan saya sini kang, kan. Jadi, ringkaskan ada lagi tak yang pentingnya, ringkas cepat ya.
Tak pa Dato’ Yang Dipertua.
Kejap, yang tadi, tu dah faham dah. Yang lain lagi. Tak bukan, dia keliru Dato’ Dipertua, sebab ni terkeliru. Maksud saya, kalau ada sekolah-sekolah mohon bantuan sumbangan kewangan, duit 100,000.00 tu saya tidak dibenarkan Dato’ Dipertua, tak benar. Tapi 400,000.00 di bawah kelolaan Penyelaras DUN tu boleh. Penyelaras DUN ni adalah, untuk makluman Yang Dipertua, sebelum saya akhiri, saya sambung masa Ucapan Penangguhan saya Dato’ Yang Dipertua.
Okay.
Untuk makluman Yang Dipertua, Penyelaras DUN ini adalah dilantik di kalangan mereka-mereka kalah tu Dato’ Dipertua, terima kasih. Saya menyokong usul titah ucapan Diraja, Dato’ Dipertua.
Tak apalah. Dia orang pun jawab nanti kata dulu kami monang pun tak dapek teh. Langsung tak dapek oklah ….. [percakapan secara off mic]….. jadi itulah, jangan cakap panjang, saya kang tahan sampai malam kang. Siapa balik saya gantung dia.
Sambung besok.
Ringkaskan cakap sikit. Okay kita tangguh untuk makan dulu, lepas tu solat Zohor, kit masuk 2:30 ya. Jadi sama-sama kita tangguh dan terima kasih pada yang ambil bahagian. Petang ni yang ambil bahagian bersiap sedialah, tolong jangan ulang modal, modal kawan-kawan ya. Yang kawan punya jangan ulang balik sebab dah ambil take note. Cakap benda yang lainlah, sebab kita dapat banyak maklumat dan banyak benda yang kita dapat boleh selesaikan. Saya tangguh, terima kasih, assalamualaikum.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.07 petang]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.36 petang]
[Persidangan sesi petang dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Jeram Padang, tidak hadir pada sesi petang]
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda bahasan usul menjunjung kasih titah ucapan. Saya mintak Dewan disambung. Siapa nak ambil bahagian, tolong berdiri? Dipersilakan Yang Berhormat Kota.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingat tadi Dato’ Speaker, tapi tak apalah. Kita kesianlah ya, rehat sekejap. Terima kasih kepada Timbalan Speaker kerana memberi jugak peluang untuk membahas usul ucap, menjunjung kasih titah ucapan …..
Yang Berhormat Kota …..
….. Duli Yang Maha Mulia.
….. dan juga ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, saya mintak kalau boleh kita boleh minimalize masa, minimum 15 minit, kalau maksimum 20.
Terima kasih.
Kita ada banyak agenda lagi. Okay, terima kasih.
Yang Berhormat, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam perasmian persidangan kita pada kali ini.
Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya saya tadi nak ucap tahniah dulu kepada Dato’ Speaker kita kerana mendapat kurnia daripada tuanku yang telah dikurniakan Dato’-ship. Mudah-mudah dengan pengurniaan ini satu pengiktirafan ya, pada kerusi Speaker tersebut, walaupun Yang Berbahagia Dato’ tu baru ya, dalam Dewan Undangan Negeri kita. Dan terima, dan tahniah jugak, saya nak ambil kesempatan ni nak ucap kepada Yang Amat Berhormat ADUN, ADUN Sikamat kerana dikurniakan jugak Anugerah beserta dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, yang lain-lain semua.
Tuan Yang Di, Dato’ Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Speaker, saya ada beberapa perkara yang nak saya sentuh terutamanya dalam titah ucapan tuanku, yang saya tak nak mengulangi apa kawan-kawan dah sebut. Tetapi boleh saya katakan di sini bahawa banyak perkara yang disentuh oleh tuanku yang amat menyeluruh terutamanya yang menyentuh apa yang disebut perpaduan dan keharmonian. Ini perkara yang amat penting, dan saya ucap tahniah kepada Dewan Undangan Negeri kerana kita semua mengambil peluang di dalam Dewan Undangan Negeri ini untuk memperkasakan perpaduan di antara kaum dalam negara kita. Tak kesah siapa yang memerintah, tetapi agenda perpaduan adalah agenda nombor 1 memandangkan negara kita ni sebuah negara yang majmuk, berbagai bangsa dan agama dan budaya, tetapi kita dapat hidup dalam suasana yang cukup aman.
Saya pernah berborak dengan Yang Berhormat Temiang ya, pada tahun lepas ya, mengatakan bahawa peralihan kuasa begitu aman, tanpa banyak gangguan dan jugak perkara yang tidak diingini berlaku. Ini semua kerana kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan kita sedia maklum bahawa apabila, selepas pilihan raya, siapa yang menang kita bagi kuasa. Dan bila dah menang tu, kita jalankan tugas. Saya harap agenda perpada, perpaduan ini dapat diteruskan dan diperkasakan pada masa yang akan datang.
Dalam perkataan ini jugak saya mintak jugak keapda sidang Dewan dan Kerajaan Negeri kalau boleh jugak membantu terutamanya di KRT-KRT yang ada di kawasan taman-taman, kerana mereka ini adalah di peringkat paling bawah untuk menyuburkan perpaduan kaum di antara masyarakat di kawasan masing-masing. Saya difahamkan peruntukan ni, walaupun di bawah Kerajaan Persekutuan, telah diturunkan daripada 6,000.00 turun kepada 1,000.00 lebih, 1,600.00 kalau tak silap saya, tapi saya harap Kerajaan Negeri memberi peruntukan khas kepada semua KRT supaya mereka dapat menjalankan agenda untuk menyatu padukan dan untuk memupuk perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat kita.
Tuan Yang Dipertua, saya jugak ingin menyentuh apa yang dititahkan oleh tuanku ialah berkenaan dengan pendidikan. Walau, walaupun ADUN Juasseh ada menyebut panjang lebar tadi tentang pendidikan, kejayaan kita, dan terima kasih jugak kita kepada warga guru, tetapi saya jugak nak ambil tambah lagi iaitu kita jugak berterima kasih kepada ibu bapak terutamanya dalam jawatan kuasa PIBG, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru. Hari ini kami di sebelah sini memang tak dibenarkan masuk kawasan sekolah atas urusan apa sekali pun, tetapi jika ada urusan yang berkaitan dengan masyarakat, saya ingat itu tidak
ada masalah, kita bawak perkara tu kepada pengetahuan pihak sekolah ataupun pihak Jabatan Pendidikan.
Yang saya mintak kepada Dewan yang mulia ini ialah supaya diagendakan supaya PIBG ini mendapat peruntukan-peruntukan yang bersesuaian untuk mencapai kejayaan yang kita dah capai. Kita mendapat keputusan SPM, tempat kedua, 3 tahun berturut-turut. Kejayaan ini bukan hanya dalam jangka masa yang begitu singkat tapi dicapai hanya dengan melalui kerja-kerja keras semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan yang mendapat hasilnya adalah anak-anak kita. Jadi saya berharap keapda pihak Dewan, supaya menyediakan peruntukan tertentu memandangkan hari ini saya difahamkan ramai, banyak jugak ya PIBG-PIBG yang tidak mendapatkan bantuan-bantuan yang mereka harapkan seperti masa-masa dahulu. Jadi saya harap benda yang baik ni kalau boleh Kerajaan Negeri teruskan kerana kita nak pencapaian pendidikan kita ni top 5 dan alhamdulillah, nombor 2 tu salah satu antara yang teringgi yang pernah kita capai. Dan saya harap untuk mencapai nombor 1, kita memerlukan kerjasama bukan saja daripada guru tetapi daripada ibu bapa dan jugak murid itu sendiri.
Tadi saya amat menyokonglah pandangan Yang Berhormat ADUN Juasseh kalau boleh peruntukan tu, kita yakin bahawa peruntukan ni disalurkan melalui jumlah murid. Tetapi, kalau boleh ya, kalau boleh ada sekolah yang kurang murid tu tentunya peruntukan tu tak banyak, jadi dapat diagihkan peruntukan tertentu bagi SKM ataupun Sekolah Kurang Murid ini peruntukan-peruntukan khas yang, supaya mereka dapat ya, meneruskan agenda untuk memperkasakan pendidikan kita.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya jugak ingin menyentuh tentang kesejahteraan rakyat yang disentuh oleh tuanku. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kerajaan, walaupun ramai lagi masih mendapat bantuan tapi saya jugak berharap bantuan ni dapat diteruskan terutamanya dalam penyelarasan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jugak bantuan Baitulmal ini saya jugak difahamkan ada yang terpaksa dibatalkan. Jadi mungkin ada atas sebab-sebab tertentu, saya bagi pihak masyarakat ingin, kalau boleh Tuan Dipertua, disambung semula, berikan perhatian bagi kes-kes tertentu. Ada di antara mereka ni sebenarnya ada anak ya, anak yang bekerja di luar, boleh katakan berkereta, mewah sikit, tapi mereka sebenarnya tak menolong pun ibu bapak mereka di kawasan kampung tersebut ya.
Saya masih ingat di Dewan yang mulia ini, kita dulu harapkan supaya bantuan ini disalurkan mengikut kriteria yang mudah, iaitu jika mereka
susah, kita kena bantu mereka supaya mereka mendapat bantuan yang sewajarnya. Kalau perlu berhenti tu, mestilah mempunyai alasan yang cukup kukuh, bukan sebab tertentu, contohnya anak yang telah pun bekerja, kita berhentikan sebab belum tentu anak ni dapat membantu ibu bapak mereka. Kadang-kadang mereka ni susah Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana sehinggakan terpaksa meminta-minta kepada jiran dan jugak orang ramai untuk menyara kehidupan mereka.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya nak bawak beberapa isu tentang kawasan pulak. Pertama, baru-baru ni pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, kita, sayalah, saya selaku Wakil Rakyat kawasan Kota ni diperanjatkan dengan 2 kes kebakaranlah. Satu di Astana Raja, satu lagi di Lubuk Cina. Sebe, sebelum tu saya nak ucap terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kes kebakaran di Sungai Layang dulu telah pun mendapat peruntukan sebanyak 20,000.00 bantuan. Walaupun lambat, tapi akhirnya kita bantuan dapatlah kita repair atap, siling dan jugak wiring.
Tapi bagi kes ini, di Astana Raja ni, Tuan Yang Dipertua, ianya melibatkan seorang bekas cikgu dan rumahnya terbakar, boleh katakan 100%. Jadi saya harap, semalam Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat ada menyatakan kita ada peruntukan kecemasan untuk kes-kes rumah terbakar, saya mintak bagi pihak tuan rumah, dalam Dewan yang mulia ini, kes di Astana Raja dan jugak di kawasan Lubuk Cina ni kita percepatkan ya, bantuannya kerana melibatkan masyarakat kita. Kesian kerana ibu ataupun bekas cikgu ini sekarang terpaksa duduk di luar bersama dengan keluarga, keluarganya sendiri di luar, di, di Rembau. Tetapi kita kenalah bantu supaya dapat baiki rumah, saya ingat dia sebagai bekas cikgu, kalau boleh dapat rumah yang simple pun dalam 33,000.00 tu sudah memadai.
Yang kedua, Tuan Yang di, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua ialah berkenaan dengan rumah terbakar di Lubuk Cina ni. Ni satu kes yang cukup menarik. Kes ni, Yang Dipertua, ialah yang menyewa tu orang India, rumah orang Melayu. Orang India ni dia bila dah terbakar rumah ni dengan semua alat yang dia gunakan untuk menyara hidupnya telah pun terbakar bersama, iaitu selendang untuk potong rumput dan racun semuanya terbakar. Jadi saya harap ya, ni bagi pihak Kerajaan Negeri supaya membantu keluarga ini kerana keluarga ini kalau kita tak bantu, dia akan melalui, akibatkan dia tidak dapat menyara hidupnya, dia akan bertambah susah. Dan untuk membantu dia, dia perlukan seperti yang saya katakan tadi, sekurang-kurangnya motor untuk memotong rumput ataupun untuk mesin untuk meracun. Jadi dua ini perlu, diperlukan secepat mungkin kerana warga yang rumah terbakar ini, dia
boleh berdikari tetapi perlukan bantuan kerana alat yang dipakainya dah pun terbakar.
Yang kedua, keluarga ni mempunyai seorang anak yang bersama dengan beliau yang Tingkatan 4. Bolehlah saya sebut namanya, namanya kalau tak silap Vanita. Dia ni, sekolah Tingkatan 4, tetapi semua buku, pakaian, semua telah terbakar. Jadi saya mintak kepada JKM-lah, kalau boleh bantuan buku dan jugak bantuan pakaian ini disegerakan supaya anak ni boleh menyambung pendidikannya pada masa akan datang.
Tuan, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, dua-dua kes ini berlaku serentak ya, dalam masa yang cukup rapat ya. Satu pukul 11:12 malam tu, satu pukul 4:00 pagi. Satu tu, saya nak ambil kesempatan ni nak ucap tahniah kepada Jabatan Bomba, Yang Berhormat Tuan Dipertua, dia datang, malam pun dia datang, pukul 12:00, secepat mungkin, tapi rumah dah habis terbakar. Belum sempat dia balik, satu rumah lagi terbakar iaitu di apa, di Astana Raja, pukul 4:00 pagi. Datang jugak Bomba, Tuan Yang Dipertua. Satu tu daripada Ghombau dan satu lagi tu dengar ceritanyalah, daripada Rantau. Rupa-rupanya Rantau ni, Yang Berhormat Tuan Dipertua, ada, ya, Bomba ya. Datang sampai ketempat saya, membantu. Mula-mula yang dekat, lepas tu yang jauh pun datang membantu. Jadi Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, dengan bantuan Bomba kita ucapkan banyak-banyak terima kasih, walaupun kehadiran Bomba ni tidak dapat membantu banyak kerana rumah telah pun habis terbakar, jadi saya harap bantuan-bantuan yang kita Kerajaan boleh bantu ialah baiki rumah dan bantu prasarana-prasarana yang ada, dan kalau boleh jugak bagi jugak bantuan kepada warga yang boleh bekerja supaya mereka boleh berdikari. Dan kepada warga yang nak bersekolah supaya mereka dapat menyambung sekolahnya.
Yang ketiga, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya nak menyentuh tentang isu tanah yang berlaku ataupun masih lagi belum selesai di Kampung Legong Jaya. Kes ni telah pun berlanjutan selama 50 tahun. Walaupun Yang Berhormat, dah 50 tahun, bukan makna tak selesai, kita dah selesaikan 4 parcel. Ada satu lagi parcel yang belum selesai. Jadi saya mintak kepada Kerajaan Negeri yang menjaga tanah supaya dapat membantu warga ini supaya tanahnya tu dapat diselesaikan geran dan jugak lot-lotnya. Satu lagi. Yang lain kami dah buat. Kita dah buat semenjak daripada tahun 2000 lagi, kita dah selesaikan satu-satu-satu-satu. Tapi oleh kerana dah bertukar Kerajaan ni, saya bawakkanlah kerana mereka jugak mintak supaya lot-lot tanah ini dapat diselesaikan. Ada satu parcel lagi yang saya ingat kita boleh bantu.
Kes ni, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, sudah 50 tahun, saya nak ucap terima kasih terutamanya kepada Kerajaan Barisan dulu ya, makna bayaran yang dibayar kepada Kerajaan tu tidak diambil ya, tidak diambil, diguna pakai bayaran itu sebagai premium kepada geran tanah tersebut. Jadi saya harap apa pun bayaran yang telah dibuat, saya tak tahu, tetapi kalau telah dibuat anggap telah dibayar kepada Kerajaan Negeri dan bermula daripada sanalah kita selesaikan masalah ini.
Yang kedua, yang, yang keempat tuan, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, ialah perlu ada, saya di kawasan Kota ni Yang Berhormat, adalah kawasan pertanian, tak banyak aktiviti lain yang kita boleh harapkan. Tetapi pertanian ni satu aktiviti yang menyeluruh, hampir seluruh kawasan Kota itu adalah kawasan pertanian. Kita ada kawasan yang tanam nanas dan sebagainya. Tetapi baru-baru ini saya telah pergi ke Kampung Semerbok, haa ini saya mintak penjelasan daripada pihak Pertanian, kenapa di Semerbok ni tanaman padi ni telah pun tidak ada lagi ya. Jadi apakah masalah mereka kerana bagi saya kalau tanaman ni tidak ada maknanya kita telah gagal ya, untuk membantu terutamanya satu pengusaha tanaman padi ni. Yang kedua, pendapatan bagi masyarakat yang memajakkan tanah ni nampaknya akan kehilangan oleh sebab pengusahanya telah pun lari. Jadi saya harap pihak Pertanian dapat memberi jawapan kepada sidang Dewan yang mulia ini, supaya kawasan Semerbok ni dimajukan kembali kepada asas pertanian yang baik, terutamanya tanaman padi.
Tuan Dipertua, seterusnya saya ingin jugak membawa perkara tentang apa yang saya mintak dalam Dewan ni belum dapat lagi. Iaitu dewan orang ramai ataupun serbaguna di Pekan Kota ni. Saya dah jadi Wakil Rakyat, Yang Berhormat, dah 4, masuk 4 penggal. Bukan kita tak mintak dulu, kita mintak, tapi tak dapat lagi. Jadi saya tak malulah ya, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, mintak lagi ya, sampai dapat ya. Jadi kalau Yang Berhormat Yang Dipertua, saya berharap pihak Kerajaan mendengarlah ya. Sebenarnya saya dimaklumkan dulu, priority ataupun keutamaan akan dibagi kepada pekan Kota ni untuk mendapat sebuah dewan orang ramai, tapi saya mintak kalau boleh dia menjadi kenyataan pada kali inilah, supaya dewan ni dapat diguna pakai oleh masyarakat kita terutamanya di kawasan pekan tu. Pekan tu tak ada dewan ya. Kita ada balai raya, tapi balai raya tu agak kecil. Kita nak dewan yang serbaguna, yang besar, kalau boleh sesuai untuk kegunaan majlis-majlis kahwin dan sebagainya. Ini, Yang Berhormat Tuan Dipertua, permohonanlah, permohonan ya.
Jadi, Yang Berhormat, akhir sekali, saya jugak nak ambil kesempatan ni nak buat sedikit teguranlah. Saya sebenarnya nak tegur apa yang berlaku dalam Dewan-lah. Sebagai, saya sebagai bekas ataupun
mantan Speaker ni, kadang-kadang terikat jugak dengan aturan ya. Kita tahu aturan tu, kita dah buat satu kesilapan sikit pada hari pertama, semalam. Tak apalah, saya harap kesilapan tu jangan diulangi sebab perkara peraturan ini, dalam Dewan amat serius ya. Jadi saya harap kita bolehlah bantu. Saya tegur ya, sebenarnya hari tu saya tegur secara lembut, secara elok, tapi keadaan tidak mengizinkan dan berlakulah di mana satu usul tidak kita bahas. Tapi alhamdulillah, kami pihak sini memang menyokong usul tersebut ya, supaya dapat diterima di dalam Dewan. Jadi saya nyatakan dalam Dewan ni, walaupun kita tak ikut peraturan tu secara penuh, tetapi kami bagi pihak, pihak pem, haa ni, pembangkang belah sini, kita memang menyokong usul tersebut. Saya faham usul tu tidak dimintak kebenaran oleh pihak yang membentangkan usul.
Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya nak tegur jugaklah. Kadang-kadang Yang Berhormat duduk di sana tu, hari ini, sekarang ni Timbalan Speaker, kadang-kadang Dato’ Speaker sendiri duduk sana, bagi pihak yang menegur Speaker ni, bagi kami di pihak sini bolehlah tegur dalam Dewan. Tapi dari pihak sana tu, pihak Kerajaan, tegurlah masa Pre Council. Saya rasa terperanjat jugak mendengar Yang Berhormat Chennah menegur Speaker depan-depan …..
Yang Berhormat, masa dah tamat.
….. tak baik.
Tolong pendekkan.
Ya, terima kasih Yang Berhormat.
Sebab tadi saya janji 15 minit, tapi sekarang dah bagi 20 minit.
Okay, terima kasih. Cuma saya mintak teguran kepada pembang, pada pihak Kerajaan, terutamanya Speaker, mesti dibuat dalam suasana tertutup. Kalau tidak memalukan Speaker. Sebab tu Speaker dia marah je hari semalam ya, ya. Sebab kerana apa, kerana
teguran yang secara membabi, secara bertalu-talu ya. Jadi itu saja, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya dengan itu menyokong usul menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota. Tadi saya nampak beliau berucap sampai air dari kepala pun turun. Terima kasih. Ada yang nak bahas? Silakan Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Timbalan Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyokong belia-belia negeri untuk mencen, menceburi bidang keusahawan selain diberikan peluang untuk meneroka dan membang, dan membangunkan tanah-tanah terbiar dengan penempunan [penumpuan] kepada bidang pertanian. Selain daripada pertanian, ada juga ruang dan peluang yang boleh diterokai oleh belia khasnya di Negeri Sembilan melalui keusahawanan, sukan dan lain-lain. Kita mengharapkan Kerajaan Negeri, khasnya mela, melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan dapat menyalurkan semua ruang dan peluang ini kepada belia-belia ini. Kita ingin melihat belia di Negeri Sembilan produktif dan berjasa untuk diri sendiri dan negeri. Golongan belia yang tercicir dan tertinggal oleh Kerajaan Negeri seharusnya dibantu dengan mengadakan program-program ilmu semua bidang untuk memotivasikan mereka atau memberi kefahaman dalam bidang yang ingin mereka di, mereka ceburi.
Timbalan Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa pertubuhan belia di Negeri Sembilan mempunyai hampir 900 pertubuhan mengikut rekod yang diberikan oleh Pejabat Pendaftaran, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan, Belia Dan Sukan Malaysia. Ini menunjukkan belia di Negeri Sembilan mempunyai kekuatan dan kefahaman mengenai tentang pentadbiran dan mengurus. Kekuatan ini harus di, ditambah nilai oleh pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan untuk membantu mereka dalam memberi impak perbak, pembangunan belia di Negeri Sembilan khasnya. Contoh, menambah peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan belia di Negeri Sembilan khususnya Pejabat Majlis Belia
Negeri yang terletak di Taman Bukit Chedang. Sekiranya Pertubuhan Belia-Belia ini tidak dibantu, ini akan menyebabkan segala mak, maklumat atau info Kerajaan Negeri untuk membangun, membangunkan belia-belia akan tergendala.
Timbalan Yang Dipertua, kita masih dalam lingkungan cerita Jabatan Belia Dan Sukan. Kita mahu belia di Negeri Sembilan mengharumkan nama negeri melalui sukan. Pembangunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri harus membantu persetuan, persatuan-persatuan sukan di Negeri Sembilan dengan menaik taraf pentadbiran dan juga pembangunan persatuan-persatuan tersebut. Banyak keluhan daripada persatuan-persatuan sukan mengenai peruntukan dan juga bantuan-bantuan yang tidak diterima daripada Majlis Sukan Negeri dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri. Seharusnya Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Jabatan Belia Dan Sukan dan Majlis Sukan Negeri mengambil berat tentang permasalahan ini. Sesungguhnya nilai seseorang atlet dan persatuan sukan harus dipandang tinggi, tinggi oleh Kerajaan Negeri kerana mereka melahirkan ramai atlet-atlet di Negeri Sembilan dan untuk negara khasnya.
Timbalan Yang Dipertua, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang, Yang di-Pertuan Besar Seremban, eh, yang di, sorry, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, okay, yang menyebut, menyabut, menyebut prestasi ekonomi dan kewangan negeri bahawa pada tahun 2018, sejumlah RM Ringgit Malaysia, izinkan, 2.86 bilion, dan kita bertima, berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana sedang meneroka potensi baru resilience economy yang berasaskan penunggang, penggunaan teknologi terkini, modal insan berkemahiran tinggi dan sektor pembuatan berskala, berskala besar. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri memerlukan tenaga kerja muda di kalangan belia di Negeri Sembilan. Seharusnya Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai ran, rancangan yang sesuai kepada belia di Negeri Sembilan untuk mencapai potensi baru yang disebutkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Timbalan Yang Dipertua, sekali lagi, saya ingin membangkitkan isu tanah persendirian yang terbiar di kawasan DUN Rahang khasnya di Bukit Rasah. Saya pernah membangkitkan isu mengenai, mengenai masalah tanah persendirian yang telah terbiar dan menyebabkan kacau gangguan serta hidupan liar yang membiak di dalam kawasan tersebut. Bukit Rasah kini merupakan seperti mini zoo di mana tikus, ular, biawak, monyet serta, serta anjing dan kucing liar, berjenis-jenis burung dan juga babi hutan didapati dan boleh dijumpa di mana-mana jalan di situ. Hanya panda saja yang belum masuk. Hidupan liar ini
sering merayu [merayau] di kawasan taman ini dan juga beberapa kali telah menceroboh ke dalam kawasan rumah mereka.
Penduduk-penduduk di Bukit Rasah telah banyak kali melaporkan aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga agensi-agensi yang berkaitan. Saya ingin menegaskan bahawa Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan khasnya Majlis Perbandaran Seremban haruslah mengambil perhatian yang serius dan juga mengambil tindakan segera terhadap pemilik-pemilik tanah persendirian yang tidak menguruskan tanah mereka sehingga mendatangkan kacau ganggu atau nuisance kepada penduduk-penduduk di taman perumahan tersebut. Mengikut Akta Kerajaan Tempatan, Local Government Act telah dengan jelasnya menyatakan bahawa dengan izin, “nuisance” means any act, omission or thing occasioning or likely to occasion injury, annoyance, offence, harm, danger or damage to the sign of sight, smell or hearing or which is or is likely to be injurious or dangerous to health or property or which affects the safety or the rights of the inhabitants at large. When the person causing the nuisance cannot be found the local authority may itself abate the same and may recover the expenses thereof from the owner. Semua ada dalam buku, Local Government Act …..
Yang Berhormat. Yang Berhormat Rahang, kalau gunakan Bahasa Inggeris, mintak dengan izin …..
Saya ada sebut izinkan.
….. okay, terima kasih.
….. ada sebut, sebelum I start, ada. Okay. Oleh itu, saya amat berharap Majlis Perbandaran Seremban akan mengambil tindakan serta merta untuk menyele, menyelas, menyelesaikan masalah tanah persendirian yang terbiar ini yang kini telah menjadi kawasan semak samun dan kawasan pembiakan hidupan liar.
Satu lagi, mengikut Akta Kerajaan Tempatan, dengan izin, when a notice has been served on a person and such person makes default in complying with any of the requirements of the notice within the time specified, he shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to a term of imprisonment not exceeding six months. Dengan ini, saya nak kata, yang Local Government
Act ini tahun 1976. Apa yang dibangkit tadi, that, act ini kena, izinkan, be revise in Parliament and also in the The Local Government. 1976 itu, 1,000.00 ringgit berapa banyak? Sekarang 2019, what is 1,000.00 dollars to stop them from not cleaning their place.
Timbalan Yang Dipertua, satu lagi isu yang saya ingin membangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah pemak, pemaksaan [pemangkasan] pokok yang besar dan juga menebang, menebangan pokok yang telah layu. Masalah aduan pokok besar di kawasan DUN Rahang juga sering diterima. Adanya pokok di tepi jalan dan di dalam kawasan perumahan yang tersangkut dengan wayar TNB, dan adanya yang telah mati atau layu dan mungkin akan tumbang pada bila-bila masa. Sekiranya pihak Landskap, Landskap MPS mempunyai jadual waktu yang ditetapkan untuk kerja-kerja pem, pemang, pemangkasan atau penebangan, sila berikan kepada setiap ADUN di Dewan yang mulia ini supaya kita jelas atau bilakah kera, kerja-kerja pemangkasan atau penebangan pokok di kawasan DUN masing-masing.
Tadi yang disebut, yang saya sebut mengikut akta okay, di mana notice has, dengan izin, to be served yang 1,000.00 ringgit tu, okay. Jadikan satu win-win situation supaya penduduk-penduduk boleh tinggal dalam kawasannya, okay, dengan selamat and selesa. And, dan, M, Majlis Perbandaran Seremban juga dapatkan pendapatan, tak payah sebut lagi tak ada peruntukan, kurang peruntukan, peruntukan tak cukup. Ini memang satu win-win situation kalau kita boleh ikut Local Government Act.
Akhir sekali, saya mi, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Sikamat; Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan kehendak rakyat dengan membekalkan perkhidmatan bas percuma di Bandar Seremban. Walau bagimanapun, perkhidmatan bas ini harus diperluaskan dan diberi perhatian supaya kualiti perkhidmatan ini dapat memudahkan pengguna dalam perkhidmatannya. Ada juga permintaan daripada rakyat yang perlu kita pertimbangkan iaitu perkhidmatan bas percuma ini dapatlah kiranya Kerajaan Negeri Sembilan perluaskan di luar kawasan Seremban.
Timbalan Yang Dipertua, sebelum saya menghabiskan perbahasan titah baginda tuanku, ingin juga saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau atas kemenangan yang begitu baik dalam Pilihan Raya Kecil DUN Rantau baru-baru ini. Kami berbangga adanya tuan di dalam sidang DUN kali ini untuk menjadi Ketua Pembangkang semula. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Saya silakan Yang Berhormat Serting.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Assalamualaikum WBT dan juga salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker, terlebih dahulu saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempena pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-14.
Pergi ke kedai membeli geragau, Geragau dibeli kedai Pak Zainal, Tahniah dan syabas ADUN Rantau, Memberi kemenangan hatrik Barisan Nasional.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, sebagaimana yang telah pun disentuh oleh rakan-rakan kita dari kedua pihak tadi, antara intipati, antara perkara utama yang diberi penekanan oleh Ke Bawah Duli Tuanku semasa beliau, baginda bertitah, ialah pertama dari segi perpaduan dan keharmonian. Dan inilah dalam sebuah negara sejak Undang-Undang ya, Tubuh negara kita baik negeri, diwujudkan dulu, selama ini daripada sebuah negara pertanian ya, kita sama-sama membangunkan negara kita ini hinggalah ke tahap yang ada pada hari ini. Selain daripada proses yang berterusan, pemangkin utama ya, selain daripada kestabilan politik, dan juga keadaan ekonomi yang mantap di negara kita, perkara asas pokok dalam negara Malaysia yang berbilang kaum ini ialah perpaduan rakyat berbilang kaum. Inilah perkara yang sangat penting, jelas kepada kita di sini bahawa insiden-insiden, perkara-perkara yang berlaku pada hari ini kita lihat ya, begitu ketara sekali soal-soal isu perkauman, isu agama, malahan bagi orang Islam, nabi kita pun dihina ya. Jadi, wujud suasana yang tidak tenteram ataupun yang gelisah ya, di kalangan rakyat berbilang kaum di negara kita.
Sudah semestinyalah ya, kita sebagai pemimpin, sebagai Wakil Rakyat yang diamanahkan sudah pasti perkara asas dalam sebuah negara majmuk di Malaysia ni, kita mesti memahami ya, sistem pentadbiran di negara kita ini iaitu demokrasi berparlimen dan juga Raja berperlembagaan. Jadi, siapa su, saja yang memerintah mesti mematuhi sebelum melaksanakan reformasi, perubahan-perubahan di negara kita ini, teras pokoknya ialah kita memahami ya, sistem pentadbiran di
negara kita berteraskan kepada demokrasi berparlimen dan juga Raja berperlembagaan.
Jadi hari ini, jelas banyak insiden-insiden yang saya sebutkan tadi, tular di Facebook dan macam-macam lagi ya, dan juga masalah Raja pun dipersoalkan hari ini. Rakyat sudah berani ya, jadi sudah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam untuk mengekang unsur-unsur yang boleh merbahaya ya, kepada kita semua yang telah 61 tahun hidup dengan aman, damai, harmoni. Ini teras dia, ya. Nak buat perubahan, pembaharuan di bawah Malaysia baru, di bawah Kerajaan PH ni buatlah. Tapi teras dia yang tadi, sebagaimana yang tercatat dalam Perlembagaan, hak-hak kaum, agama, raja, bahasa ni kita sama-sama menghormati. Itu yang ditekankan dalam konsep kebersamaan, hormat menghormati, toleransi dan bersefahaman.
Kita mesti jaga nilai-nilai, norma-norma yang telah pun lama ya, kita laksanakan di negara kita. Apatah lagi dengan retifikasi ICERD. Membawa kepada bantahan ya, daripada kumpulan masyarakat kita, hampir jutaan orang keluar di Kuala Lumpur kerana apa, kerana Undang-Undang Tubuh, hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan tadi sudah diusik, sudah disentuh. Begitu juga dengan Statute Rome ya, yang dibuat. Jadi hari ini rakyat melihat ya, berharap kepada pihak Kerajaan yang ada pada hari ini, tapi saya ucap tahniah ya, kepada pihak keselamatan ya, kerana mereka yang cuba mengaib, memainkan sentimen perkauman ini dengan menghina mana-mana pihak ya, agama, raja dan sebagainya, apa yang saya dimaklumkan sudah ya, ditahan oleh pihak yang berkuasa. Ini api yang kecil ni harus kita padamkan segera. Jangan biar dia terbakar. Hari ini kita boleh bersidang dengan baik pada hari ini, mungkin besok kita tidak boleh berjumpa lagi. Inilah merbahayanya ya, sentimen perkauman jika dimain-mainkan.
Jadi kita sama-sama sebagai ya, Ahli Dewan memahami apa yang ditekankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku. Ini menunjukkan kegusaran baginda melihat kepada insiden-insiden, perkara-perkara yang berlaku mutakhir ini yang mana sebelum ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional, benda ini tidak banyak berlaku, tapi sejak akhir-akhir ini. Jadi saya harap pihak Kerajaan Pakatan Harapan baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan, harus fokus kepada usaha untuk menjaga perpaduan sebab di sekolah-sekolah melalui program kokurikulum dan juga RIMUP, ko-akademik, program integrasi nasional ini memang kita tekankan termasuk juga dulu dengan Sekolah Wawasan supaya untuk merapatkan lagi hubungan, persefahaman di kalangan anak-anak muda kita, generasi muda kita supaya mereka faham inilah negara mereka, inilah acuan Malaysia, ini konsep, inilah
nilai-nilai yang harus dilaksanakan ya, cara hidup di negara kita yang berbilang kaum ini.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, berhubung dengan pendidikan ini juga saya ingin meng, merakamkan syabas tahniah ya, kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan semua yang terlibatlah, warga pendidik, pelajar-pelajar yang cemerlang, ibu bapa ya, di atas kejayaan yang amat cemerlang, sudah daripada 2006 kita mensasarkan berada dalam 5 kelompok terbaik dan kita terus menerus, terus menerus cemerlang dari, sampai 13 tahun ya, 12 tahun 2018. Kita terus berjaya ya, 2016, 2017, 2018, menduduki tempat kedua ya, di peringkat kebangsaan. Dan kita capai, dan membanggakan ialah sekolah-sekolah gred purata ya, yang kita capai sekolah bandar 4.67, begitu juga sekolah-sekolah luar bandar 4.67.
Kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak ya. Bukan, jadi apa harapan saya yang saya nak tekankan di sini, bukan mudah untuk kita mengurus kejayaan ini. Kita memerlukan pelaburan. Sebelum ini di bawah pimpinan Yang Berhormat ADUN Rantau selaku Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ni, memang sejumlah, jumlah besar peruntukan kita bagi kepada sekolah-sekolah ini untuk mereka menggerakkan berbagai program, program-program kecemerlangan dan ia, tidak be, begitu mudah ya. Saya berharap agenda ini akan dapat diteruskan oleh pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk membantu sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan ni supaya agenda ya, untuk menjadikan Negeri Sembilan Lembah Ilmu ni akan dapat ya, kita teruskan.
Berhubung dengan program, berhubung dengan pendidikan juga, ingin saya menanyakan di sini, bangunan jabatan, bangunan baru JPNS pada 2015/2016 telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ya, peruntukan berjumlah 50 juta untuk membina bangunan baru Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang telah uzur dan telah pun beberapa kali terbakar. Ada berlaku kebakaran kecil. Jadi justeru itu saya harap ianya akan dapat terus dilaksanakan dengan peruntukan 50 juta ya, daripada Kerajaan Persekutuan.
Dari segi kesejahteraan rakyat, ini memang menjadi asas utama pimpinan mana-mana Kerajaan. Kita nak rakyat kita hidup aman, harmoni, sejahtera. Dan dalam suasana yang pada hari ini banyak ya, rakyat kita hari ini hidup tertekan. Masyarakat felda, di kawasan saya ada 11 skim felda, 2 – 3 bulan tidak dapat wang sara ya, wang sara hidup. Kemudian ada lagi satu yang lebih menyedihkan kita iaitu Felcra Rompin. Jadi saya berharap kalau boleh ya, Kerajaan Negeri Sembilan bagi, terutama sekali bagi Felcra Rompin ni, saya bagi pihak
sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Manickam, ADUN Jeram Padang. Ini di kawasan dia. Saya harap tadi dia sebut. Oleh kerana dia tak ada, sayalah ya, wakil dia ni, dapat bantu sedikit ya, masyarakat di Felcra Rompin ni sudah 10 bulan tidak ada wang sara hidup. Macam-macam kes, yang cerai berai pun ada ya, di sana sekarang ini kerana masalah kesempitan hidup.
Jadi inilah senario dia, kita nampak gambar sekarang ni cantik, lawa saja, tapi bila kita pergi ke dalam, berbagai-bagai masalah ya, wujud di kalangan masyarakat kita. Dengan keadaan harga komoditi yang jatuh ya, pada hari ini. Semalam Yang Berhormat ADUN Rantau pun telah pun menyentuh tentang situasi ekonomi negara kita yang merudum pada hari ini. Pelaburan-pelaburan tidak ada. Dan ini akan memeritkan lagilah ya, rakyat di negara kita yang mana hari ini pemimpin-pemimpin sendiri yang mengatakan negara kita bankrap ya. Kita ada Tabung Harapan, mintak duit daripada rakyat ya, dan ini memberi gambaran kepada pelabur-pelabur bahawa berlaku situasi yang betul-betul teruk dalam negara kita. Bila setiap kali, bukan saya yang cakap, tuan-tuan tengok televisyen ya, ucapan-ucapan Menteri yang penting, Menteri utama ya, mengatakan negara kita bankrap, kita berhutang dan pulak kesalahan itu diletakkan kepada Kerajaan yang dulu. Ini diulang-ulang …..
Yang Berhormat Serting.
Ya?
Saya ingat kita tak perlu ulang-ulang.
Okay okay, tak apa itu …..
Sebab saya difahamkan …..
….. dah disebut semalam.
….. ADUN Rantau sudah beritahu …..
Okay Tuan Yang Dipertua.
….. Serting ulang sekali lagi. Saya ingat tak payah sebutlah.
Okay okay okay, saya masuk ke yang lainlah. Jadi, dari segi undang-undang negara kita, kita berharap harus kita sama-sama menghormati undang-undang ya, negara kita, perlakuan kita ya. Khususnya sebagai Ahli Dewan, kita digambarkan hari ini ada ADUN-ADUN yang biadap, lepas itu, kita di, digambarkan dengan masyarakat yang berani melawan pihak berkuasa, pada hari ini kita lihat di Pulau Pinang rakyat dilayan begitu teruk sekali, dihalau dia keluar daripada flat sampai duduk ya, tidur di bangunan, luar bangunan. Haa jadi, ini merupakan insiden-insiden yang tidak sihat ya, di negara kita. Dan baru-baru ini di Rantau terperanjat, siapa jadi Polis, siapa yang sebenarnya Polis? Sebab ada orang pulak, masyarakat daripada penyokong parti ya, menahan Polis. Sepatutnya Polis yang menjalankan tanggungjawab menahan kita. Sebaliknya, terbalik. Haa jadi ini semualah kecelaruan yang berlaku pada hari ini dalam negeri kita.
Jadi inilah yang sama-sama harus kita beri perhatian ya, supaya keharmonian, kesejahteraan rakyat sebagaimana titah Ke Bawah Duli Tuanku tadi, dapat kita realisasikan ya, demi kebaikan kita bersama. Siapa yang memerintah, tak timbul ya, hari ini kawan sana, kami sini. Besok kami sana, berpusing, itu tak ada, itu proses dalam dunia politik biasa ya, di mana-mana saja. Tapi teras kepada Undang-Undang Tubuh, Perlembagaan itu, harus dihormati.
Dan sekarang ini, saya sentuh kepada beberapa perkara di kawasan saya iaitu sebagaimana kita sedia maklum, saya mohon ya, kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat, dapat memberi, mengadakan peruntukan untuk membaiki rumah yang uzur ya. Rumah ini dia orang yang dapat bantuan JKM, orang yang susah ni, dia, rumah dia tu bila lama-lama zinknya tu telah rosak dan harus dibaik pulih. Kadang-kadang dengan bantuan, Bantuan Am 300.00, Bantuan Orang Tua 140.00, lepas tu bantuan 200.00 ya, tidak mampu untuk mereka untuk mengganti zink dan sebagainya. Dan ini memerlukan suntikan dana daripada Kerajaan Negeri.
Kemudian, program pencahayaan, saya pun dah mohon kepada Pejabat Daerah ya, supaya di persimpangan utama Bandar Seri Jempol, persimpangan Serting Tengah dan juga persimpangan Serting Hilir
Kompleks dapat bagi lampu limpah yang terang untuk ya, menceriakan tempat itu dan juga untuk mengelakkan kemalangan.
Tuan, Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua, berhubung dengan penggunaan dewan orang ramai dan juga balai raya ya. Sekarang ini di kawasan saya di Serting, dia orang ni sukar untuk berjumpa dengan Pengerusi MPKK ni. Ke mana mereka ni, ya. Nak gunakan dewan, susah nak jumpo, nak gunakan balai raya pun susah sebab di beberapa tempat, Pengerusi MPKK ni duduk Seremban, duduk tempat lain. Dia tak duduk dalam kampung itu.
Saya bagi satu contoh ni di dalam kawasan saya di Kampung Jawa. Balai raya sudah semak samun, tak langsung ditunggu, Pengerusi MPKK ada, tapi duduk di tempat luar. Jadi masyarakat nak menggunakan ya, untuk komuniti berhimpun, nak gunakan balai raya, balai raya pun dah penuh dengan lalang. Haa jadi kalau misalnya, tak nak digunakan serahkanlah kepada pihak yang berkenaan, supaya senang kita urus. Banyak balai-balai raya sekarang sudah habis, dah tidak digunakan. Apakah tidak ada mesyuarat, apakah tidak ada program, dibuat oleh Pengerusi MPKK, sebagaimana kami dulu JKKK ya, siap, kemas, teratur ya, balai raya cantik, semua cantik, air-cond lagi, sekarang dengan air-cond pun habis, dengan letrik pun habis, siap pulak dengan lalang-lalang sudah memenuhi ya, balai-balai raya. Apa dia? Tuan Timbalan Yang Dipertua, itulah ya, dari segi penggunaan dewan orang ramai ini ya.
Saya juga nak bertanya, saya mintak kepastian daripada pihak Kerajaan Negeri, apakah betul ya, kami selaku Wakil Rakyat di peringkat pihak pembangkang ini, Barisan Nasional, tidak dibenarkan ya, pergi ke sekolah-sekolah menghadiri Mesyuarat PIGB dan juga kami tidak dibenarkan untuk menggunakan dewan? Sebagaimana disebut tadi, ada separuh tempat dibenarkan oleh Pengerusi MPKK, ada separuh tempat Pengerusi MPKK tidak memberitahu …..
Yang Berhormat Serting tinggal 1 minit sahaja.
Boleh, memang saya dah last ya. Memang saya adjust saya punya masa tu Tuan Yang Dipertua. Kemudian saya juga ingin bertanyakan tentang Dataran Batu Kikir ya. Sebelum pilihan raya yang ke-14 dulu telah diluluskan melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri, 1 juta untuk membina Dataran Batu Kikir dan ianya telah ditarik balik. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri ya, supaya dapat
meneruskan pembinaan Dataran Batu Kikir ini ya, untuk masyarakat di sanalah.
Dan sebagai sebuah negara demokrasi, kita hormatilah ya, khususnya dalam suasana pilihan raya, nak mengundi ni hak rakyat. Dia nak sokong siapa, dia punya hal ya. Jadi ada aduan kepada saya, ada pegawai-pegawai Kerajaan telah diugut nak ditukarkan, nak di itu ini. Sekarang ni saya tembak secara umum dulu, siapa yang kena tukarkan nanti, saya akan ba, kalau ianya diambil tindakan, saya akan sebut dalam Dewan yang mulia ni, di persidangan yang akan datang. Jadi jangan ya, kita profesionallah ya, dalam negara demokrasi ini ya, kita jangan ugut orang. Terpulang kepada dia, dia ada pemikiran dia, ada hak dia, menghar, tuan-tuan di peringkat Pakatan Harapan memperjuangkan demokrasi, keadilan kepada semua orang. Mesti adillah. Biarlah dia nak pilih siapa dia pilihlah ya. Biarlah dia urus, jangan, begitu jugak saya dengar bila nak peruntukan, dibagi borang mesti masuk parti sana, jangan buat command-lah ya. Dulu kita, saya dulu semua jenis, datang ke pejabat saya …..
Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat Serting …..
….. saya layan semuanya. Saya tak tanya …..
….. masa dah tamat.
….. dia sokong apa, ayah you sokong mana, mak you sokong siapa, tak ada, no.
Yang Berhormat Serting. Masa dah tamat.
Alright, saya akan menamatkan …..
Profesional sikit.
Itulah senario dia. Jadi, sekali lagi ya, alhamdulillah ya, kita dapat menjalankan persidangan kita ya, mudah-mudahan melalui titah ucapan ini kita akan memantapkan perpaduan kita. Jagalah ya, Undang-Undang Tubuh dan juga Perlembagaan Negara Malaysia yang berbilang kaum ni demi keharmonian kita bersama ya, masyarakat kita bersama di negara yang tercinta ini. Saya memohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Serting. Silakan Yang Berhormat Gemencheh.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan Speaker membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau kerana berjaya memenangi PRK Rantau baru-baru ini. Pada pandangan peribadi saya, 3 PRK yang tidak sepatutnya berlaku iaitu di Cameron Highland, di Semenyih dan jugak di Port Dickson. Dan paling tidak wajar adalah di Port Dickson, yang hanya diadakan untuk memenuhi agenda pihak-pihak yang tertentu, dan sudah semestinya ia merugikan wang rakyat dan merugikan masa semua orang. Dan dalam pilihan raya di Rantau, nampak jelas bahawa kalau dulu penolakan rakyat kepada Barisan Nasional tetapi hari ini rakyat sudah mula menolak pakatan ha, Pakatan Harapan kerana harapan dan impian rakyat yang selama ini cukup tinggi gagal direalisasikan.
Dan saya yakin, selepas ini, tiada lagi PRK seperti Jasin pada masa akan datang, tidak akan diadakan kerana rakyat dah berubah hati. Dan sebenarnya banyak hikmah …..
Untuk makluman ADUN Gemencheh, kita lagi ada satu PRK di Sandakan.
Oh, Sandakan, Barisan Nasional tidak terlibat. Dan sebenarnya banyak hikmah di sebalik kekalahan Barisan Nasional pada PRU yang lepas, kerana hari ini rakyat boleh menilai, boleh membezakan antara intan dan permata.
Saya meneruskan ucapan saya mengenai isu-isu yang berlaku di kawasan saya, di Daerah Tampin. Baru-baru ini Hutan Simpan Kekal Gunung Tampin untuk diadakan, diadakan transmission line antara Alor Gajah dan, Alor Gajah ke Bahau. Saya faham, ini adalah kepentingan masyarakat bersama. Dan cuma yang saya menghairankan, berlakunya demontrasi, laporan Polis oleh MPKK sendiri, MPKK dan kepimpinan Pakatan Harapan di Tampin membantah cadangan transmission line yang melalui Hutan Simpan Kekal Gunung Tampin ini. Dan seperti Yang Amat Berhormat Sikamat beritahu dalam sidang akhbar bahawa sebenarnya jajaran itu sebenarnya telah diubah, bagi mengelakkan lebih banyak alam sekitar terjejas akibat daripada projek itu. Bagi saya itu tak adalah masalah yang besar.
Tapi bagi Hutan Simpan Kekal Tebong, saya mendapat maklumat daripada masyarakat di kawasan Gemencheh bahawa ada lesen yang telah diluluskan untuk penebangan balak di kawasan Hutan Simpan, Simpanan Kekal Tebong. Dan lesen yang dikeluarkan bertarikh 1 haribulan 4, 2019 hingga 31 Mac 2020 ya. Dan pelesen dan kontraktor dibari, diberi konsesi iaitu Lambang Lestari Sendirian Berhad. Yang ni cukup menghairankan kerana kepimpinan MPKK, kepimpinan Pakatan harapan di kawasan Tampin dan di Gemencheh, senyap. Kalau untuk transmission line, dia bising. Tapi ini, projek khusus untuk mengeluarkan balak, tak ada pembangunan-pembangunan yang lain, yang menghairankan, semua duduk diam, semua duduk diam. Saya harap, perkara ini dapat dijelaskan dan diberitahu agar masyarakat kawasan tidak ber, bertanya-tanya ya, apakah pembalakan yang berlaku di kawasan ini untuk tujuan apa. Dan bagi saya, sebahagian catchment area dia, kawasan ini, air akan mengalir ke anak-anak sungai melalui Kampung Asahan, kawasan perumahan di kawasan Pekan Gemencheh dan seterusnya ke Sungai Gemencheh, dulu berlakunya banjir. Dan saya takut, bila kawasan tadahan ini diganggu, akibatnya nanti banjir akan berlaku di kawasan Gemencheh ya.
Dan kita harap dapatlah bagi penjelasan ya, sebab sepatutnya seperti mana Hutan Simpan Kekal Gunung Tampin diberi penjelasan yang, yang, yang berulang kali kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan di Tampin, tetapi dalam kes ini, benda ni senyap sahaja ya. Saya harapkan jugak ada dibuat, dibuat pemeritahuan ya, kepada kepimpinan di sana. Walaupun tak beritahu YB kawasan pun tak ada masalah. Saya akan dapat jugak dia punya info-info tersebut ya.
Dan yang keduanya, mengenai tadi ADUN Serting ada sebut pasal MPKK. Di kawasan saya jugak ada yang belum dilantik jugak Pengerusi Kampung. Dah hampir setahun, Ketua Kampung pun masih belum dilantik. Pengerusi MPKK masih belum dilantik. Kalau dulu hanya ahli-
ahli Pakatan Harapan sahaja dibenarkan duduk dalam jawatan kuasa MPKK ya. Tetapi apabila dah tak ada orang, dia terbuka ya, kepada semua masyarakat untuk duduk dalam MPKK kecuali ketua, Pengerusi dan jugak Setiausaha. Yang lain tak kesah. Tapi hari ini pun masih belum dilantik jawatan kuasanya dan tidak wujud lagi jawatan kuasa MPKK di kampung-kampung. Dan ini akan menyusahkan penduduk kampug. Macam tadi Serting beritahu, Pengerusinya duduk di kawasan lain. Adakah ini dibenarkan dalam Kerajaan Pakatan Harapan? Nama pun Ketua Kampung atau Pengerusi MPKK, dah, dah semestinyalah duduk dalam kawasan kampung. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin bagi memastikan kesejahteraan masyarakat itu dijaga dengan baik.
Dan pagi tadi, saya ada respond mengenai jawapan yang tidak dijawab oleh EXCO yang berkaitan. Saya bukanlah nak mempertikaikan siapa saja yang boleh jawab, waima EXCO yang tak berkaitan boleh jawab, tak ada masalah bagi saya. Dan cuma bagi saya, portfolio EXCO Kebudayaan, Adat Istiadat Negeri Sembilan ni dilihat memang penting, dari 14 buah negeri, hanya Negeri Sembilan yang mengamalkan sistem Adat Perpatih yang begitu unik dan perlu diberi keutamaan, perlu diberi keutamaan. Bukanlah untuk menidakkan EXCO yang sedia ada, tapi ini soal tanggungjawab, kalau EXCO sedia ada tak mampu laksanakan tanggungjawab penting ini, ada baiknya kita mungkin merehatkan beliau dan mengganti kepada rakan-rakan yang lain. Apa kurangnya Seremban Jaya ya, untuk jaga adat istiadat kan. Dan kita, marilah kita sama-sama fikir, perlu fikirkan untuk kebaikan kita bersama. Dan demi kepentingan Kerajaan Negeri Sembilan dalam menjaga kebudayaan dan adat istiadat ini, kita perlukan EXCO yang mampu menggalas tanggungjawab portfolio dengan baik.
Dan saya bukan nak mengaibkan siapa, kita perlu, kita perlu mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Saya kesian dengan abang Pilah saya, saya pun tak tahu apa masalahnya. Dan itu di EXCO, bagi menjaga kawasan, tadi Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Rantau, Yang Amat Berhormat Sikamat beritahu bahawa beliau ada menjalankan tugas dan tanggungjawab turun ke padang, untuk berjumpa dengan masyarakat. Saya pun tak pasti sebab heboh diperkatakan, beliau gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Dan mengenai belia. Tadi YB Temiang ada menyebut pasal belia. Sebenarnya isu berkaitan belia ni, yang dibangkitkan oleh YB Temiang tadi. Rahang? Temiang? Pagi tadi, Temiang-lah. Berkaitan dengan persatuan belia dan kepimpinan, sebenarnya belia ni, tidak bolehlah dipolitikkan. Belia ni satu NGO bukan mewakili mana-mana parti politik ya. Dia perlu bebas, tidak ber, berlatarbelakangkan politik. Dan
kita memang, kalau, kita memang perlu berkhidmat baik, belia ini perlu berkhidmat sama ada dari Kerajaan lama ataupun Kerajaan yang baru. Dan kalau dia nak letakkan gambar profil dalam FB tu, kepimpinan yang lama, apa salahnya. Mungkin jiwanya bersama dengan yang lama ya. Tak perlulah kita nak mempertikaikannya ya. Dan sebenarnya, mereka ini perlukan perhatian, jika tidak diberi perhatian maka sebab itulah dia tidak akan bersama dengan kerajaan yang baru.
Dan saya tak adalah nak ucap panjang pada hari ini, terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, kerana memberi laluan kepada saya. Dan saya mohon maaf kepada, terutamanya kepada YB Pilah, bukan niat saya untuk menidakkan ya, tetapi ia khusus menjaga kepentingan masyarakat di Negeri Sembilan. Saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Ada yang lain yang nak ambil bahagian? Silakan Yang Berhormat Pertang.
Bismillahirrahmanirahim. alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pertamanya ingin saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, yang penuh dengan ingatan dan panduan kepada kita semua untuk sama-sama memajukan Negeri Sembilan. Menjunjung kasih tuanku.
Keduanya ingin saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua, walaupun tak ada hari ini ya, dan juga Yang Amat Berhormat Sikamat di atas penganugerahan gelaran Dato’ dan Dato’ Seri sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Yang di-Pertuan Besar baru-baru ini. Giliran Timbalan Speaker inshaa Allah ya, tahun depan inshaa Allah, pasal doa kita daripada sini selalunya makbul ya. Yang selalu menyatakan yang, apa, Yang Dipertua dapat Dato’, ni kita dulu ya, makbul.
Terima kasih, terima kasih.
Jadi inshaa Allah ya, dapat. Tahun depanlah ya, kita cadangkan Timbalan Yang Dipertua pulak dapat Dato’. Dan yang paling penting ingin saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Rantau yang dapat mempertahankan DUN Rantau dan majoriti yang cukup besar. Sesungguhnya orang-orang teraniaya dimakbulkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya juga doa-doa penduduk Rantau, doa-doa rakyat Negeri Sembilan, doa-doa rakyat Malaysia, Malaysia yang juga teraniaya dengan janji manismu seperti nyanyian Aishah kepada seluruh rakyat Rantau, Negeri Sembilan dan Malaysia.
Da, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengingat, menarik perhatian ya, Yang Berhormat Labu di atas statement dia ya, secara peribadinya kepada saya ya, di Istana Seri Menanti sempena Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu pada 4 April 2019, saya ingat lagi ya, apa yang YB Labu nyatakan ya, di istana tempoh hari. Sememangnya PRK Rantau adalah kemenangan kami sebagai anak jantan. Ingat ya, Labu, ingat kepada saya ya. Kemenangan anak jantan. Tak apa, okay, kita tunggu jawab. Tidak ada janji palsu daripada kami untuk menang. Hari ini menang, esok tol dihapuskan, tak ada. Tak ada janji seperti itu untuk kita menang di Rantau. Hari ini kita menang, dalam tempoh 24 jam minyak turun 1.50 sen, pun tak ada. Tak ada janji-janji itu untuk kami menang ya. Hari ini menang, dalam tempoh 24 jam, minyak turun 1.50 sen, tak ada ya. Tidak janji tersebut untuk kami menang. Hari ini menang, hutang PTPTN dihapuskan, pun kita tak, tiada janjikan dalam PRU Rantau ya.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, ingin saya menarik perhatian Dewan, tazkirah telah disampaikan oleh Lenggeng semalam ya. Apakah janji-janji PH untuk memenangi PRU 14, seperti yang saya nyatakan tadi, tergolong dalam tazkirah Lenggeng semalam. Iaitu bila bercakap – bohong, berjanji – mungkir, tergolong di kalangan orang-orang munafik ya. Semalam Lenggeng bercakap macam tu, ya. Okay. Janji lepas PRU bila menang, tapi sekarang telah hampir satu tahun, tapi mana janji-janji daripada Pakatan Harapan seperti janji manifesto tempoh hari.
Timbalan Yang Dipertua, berbaik, berbalik dengan kemenangan hatrik kami, bermula di Cameron Highland, diikuti dengan kemenangan besar di Semenyih, seterusnya dengan kemenangan cemerlang di Rantau. Apa yang kami bawa bukan janji, apa yang kami bawa hanya bukti bukan sekadar janji. Jasa dan bakti jadi bukti, jasa dan bakti jadi saksi, bukan mulut di, bukan mulut manis di bibir saja, tapi hati lain bicara. Sesungguhnya tiada jugak agenda peribadi yang dibawa oleh Rantau untuk memenangi PRK Rantau. Tiada juga cerita anak Malaysia atau anak bulu-bulu dibawa. Malah tiada juga berjanji untuk membina balai
bomba yang kedua atau membina hospital yang kedua ya. Ini di, di, di, seperti yang kita bawak di Rantau.
Tuan, Naib Yang Dipertua, apa yang saya nyatakan sejujurnya penduduk di Cameron telah membuka mata, telinga dan hati. Penduduk Semenyih telah membuka mata dan telinga dan hati. Penduduk Rantau juga telah membuka mata, telinga dan hati. Rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan juga telah membuka mata, telinga dan hati. Terima kasih anak-anak muda, terima kasih anak-anak di perantauan, terima kasih penduduk Rantau, terima kasih rakyat Negeri Sembilan, terima kasih rakyat Malaysia dan terima kasih juga kepada penjawat-penjawat awam. Inshaa Allah, seluruh rakyat Negeri Sembilan dan seluruh rakyat Malaysia, PRU 15 segala gunda gulana akan terungkai, kemakmuran kita akan kembali ya. PH kempunan di Rantau kerana tidak membawa pas, BN menang kerana membawa PAS. Terima kasih Parti Islam Semalaysia.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya ingin membawa beberapa isu. Seterusnya saya ingin ketengahkan beberapa isu dalam Dewan ini. Isu yang pertama iaitu sebagaimana saya dalam soalan saya, semalam yang tidak dapat dijawab oleh kekangan masa, iaitu langkah untuk, atau bantuan Kerajaan Negeri berkaitan bantuan bayaran tambahan persekolahan, yang tidak dapat dijawab semasa pertanyaan lisan semalam kerana kekangan masa. Saya difahamkan untuk bantuan peruntukan BBTP telah dikurangkan sebanyak RM21.00 ringgit bagi setiap murid. Bagi Sekolah Kebangsaan, keadaan ini amat menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti luar sekolah seperti sukan daerah, sukan negeri, perkhemahan dan sebagainya.
Jika laksana, jika ia dilaksanakan, ibu bapa terpaksa membayar ya, sehingga 50.00 ringgit untuk setiap aktiviti-aktiviti. Bagi kita dalam Dewan ini, 50.00 ringgit mungkin tidak banyak masalah. Tapi bagi orang-orang kampung ya, dengan keadaan komoditi yang merudum sekarang ni, 50.00 ringgit agak sukar untuk beliau membayarnya ya. Bagi SJKC dan SJKT, tidak menjadi masalah sebab dalam bajet yang telah dibentangkan dulu, 3 juta telah diperuntukkan ke SJKC dan SJKT ya. Tetapi malangnya, menjadi kemusykilan kepada saya, kenapa dalam bajet dulu, Sekolah Kebangsaan langsung tidak diperuntukkan ya. Sekolah Kebangsaan tiada lagi, langsung tidak disebut peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan ya. Jadi bila dalam keadaan begini ya, Sekolah-Sekolah Kebangsaan menjadi masalah ya, untuk meneruskan aktiviti-aktiviti. Banyak rungutan-rungutan daripada Guru Besar, Pengetua, apabila bajet untuk persekolahan, untuk bantuan perkapita ini telah dikurangkan ke sekolah-sekolah.
Isu yang kedua iaitu tentang kejatuhan harga komoditi ya. Selalu kita cerita tentang di felda ya. Tapi saya nak bawak hari ini tentang di kampung pulak ya. Felda mungkin ada badan yang menjaga, tapi di kampung ya. Dengan kejatuhan rata-rata orang kampung kepada sawit, bergantung kepada harga getah. Kalau dulu harga getah sebelum Mei 2018, ya, harga getah mencapai hampir 4.00 ringgit sekilogram, dan harga sawit masa tu hampir 500.00 ringgit setan. Tapi dalam keadaan sekarang, harga getah hanya sekitar 2.20 sen dan harga sawit sekitar lebih kurang 300.00 satu tan. Menjadi masalah kepada orang-orang kampung ya. Dalam rata-rata orang kampung sekarang pendapatan lebih kurang 800.00 ke 900.00 ya. Tak, kadang tak sampai pun 1,000.00 pendapatan orang-orang kampung. Bagaimana orang-orang kampung ni nak menyara kehidupan? Dengan anak tu 5 – 6 orang ya, orang-orang kampung ni anak ramai, apa, Timbalan Yang Dipertua, orang kampung ni anak-anak dia ramai, pasal dia kampung tak buat apa dah, anak tu pasal ramai ya. Dengan bayar-bayar bilnya, bayar Astro-nya, bayar-bayar, berapa ringgit tinggal. Anak sekolah, bayaran anak-anak sekolah, jadi berapa ringgit yang tinggal ya. Bagaimana orang-orang kampung nak menampung kehidupan ya, kehidupan seharian dengan keadaan komoditi yang sekarang. Jadi saya mohon daripada Kerajaan sekarang, tolong bantu orang kampung untuk meningkatkan ekonomi mereka di kampung.
Timbalan Dipertua, perkara yang, isu yang ketiga yang ingin saya bawakan iaitu tentang BR1M. Kalau dulu BR1M-lah ya. Jika dulu pihak sebelah sana menyatakan pemberian BR1M adalah rasuah ya, dan dadak seperti dikatakan oleh Bukit Kepayang dulu, ingat tak dadak. Bukan dadak, dedak, Bukit Kepayang dulu cakap dadak, dadak. Dululah, dululah ya. Dedak. Dia katakan dedak. Rupanya untuk tidak dianggap rasuah dan dedak ni, hanya perlu tukar nama saua, ya, daripada BR1M kepada BSH [disebut basah], haa dah tak rasuah dah ya.
Haa kalau dulu dibagai BR1M, rasuah. BR1M, dedak. Tapi bila tukar je daripada BR1M ke BSH [disebut basah] tak rasuah, dah tak dedak ya. Itu yang jadi, jadi, apa yang ingin saya nyatakan hari ini ialah, ya …..
Jadi halal.
Haa jadi halal. Tak jadi dedak, tak jadi rasuah ya. Haa itu yang, tapi yang ingin saya nayatakan di sini ialah, bagaimana apa, kerenah birokrasi untuk pemberian BSH [disebut basah] ni ya. Anak dia, perlu dibawak ialah pemohon perlu membawak surat nikah ya, untuk memohon BSH [disebut basah] ni, ya. Tuan-tuan cuba
bayangkan orang-orang kampung umur 60 – 70, ada ke simpan surat nikah lagi ni? Tuan-tuan cuba fikir ya. Orang asal atau Orang Asli yang berumur 50 – 60 tahun, ada ke dia bawak surat nikah, mana nak cari. Tapi kita pergi kepada jabatan apa, tak apa tuan, tuan nanti jawab, kita belum berdialog lagi ya. Pasal saya mendapat complaint daripada orang-orang kampung ni, banyak perkara-perkara yang perlu dibawak, perlu disenaraikan, semasa kita memohon ya, BSH [disebut basah] ni ya.
Jadi saya mohon, sebagaimana yang dinyatakan Chennah semalam, perlukan dipermudahkan, yang mana, yang boleh mudah, kita mudahkan untuk kita memudahkan orang-orang kampung ni ya. Kalau di Jelebu nak pergi nak mohon, dia kena pergi Bahau atau Kuala Pilah, Jelebu tak ada ya, Bahau atau Kuala Pilaa, ya. LHDN yang ada di Bahau atau Kuala Pilah. Tak perlu bawak surat nikah dan macam-macam perkara yang dia nak di bawak ya. Jadi, itu, mudahkan, jadi kita mudahkan benda yang boleh kita mudahkan untuk kita membantu orang-orang kampung.
Dato’ Yang diper, Timbalan Yang Dipertua, seterusnya yang ingin saya mengemukakan beberapa perkara atau yang dibawa di kawasan saya. Pertamanya tentang, inshaa Allah ya, apabila ECRL akan lalu di Jelebu, inshaa Allah kita berdoa supaya ECRL ni tak dibatalkan untuk lalu di Jelebu. Kita berharap sangat ECRL ni akan lalu di Jelebu. Jadi, kita maka inshaa Allah, Jelebu akan menerima limpahan pembangunan, inshaa Allah. Apa yang nak saya ingin ketengahkan ialah sebelum limpahan pembangunan ni sampai di Jelebu, kita di Jelebu kita berharap bersedia ya, dengan kemudahan-kemudahan yang perlu untuk limpahan-limpahan pembangunan itu. Perkara yang pertama saya dah sebut tu tentang Masjid Jamek dah selesai ya, dah selesai, cerita petang, pagi tadi. Saya harap Masjid Jamek Kuala Klawang ni, jangan ditangguh-tangguh dah ya. Kita pergi ke tempat asalnya yang sepertimana yang kita persetujui peringkat awal dulu.
Seterusnya kita juga adalah dalam, sebelum Mei 2018 ya, Kerajaan terda, terdahulu telah meluluskan peruntukan sebuah dewan besar di Simpang Pertang ya. Kalau tak silap saya berharga lebih kurang 7 juta, kalau tak silap saya semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu ya. Tetapi apabila kita dapat benda tu, peruntukan dah selesai tapi sekarang ni, apabila pertukaran Kerajaan selepas Mei 2108 dah, dewan tu telah di, di, di, di, ditangguhkan ya. Tangguhkan atau tidak lagi dibuat pun tak tahulah, saya berharap teruskan ya. Peruntukan kita dah dapat masa tu ya, teruskan pembinaan dewan.
Begitu jugak dengan pembinaan kompleks sukan yang telah diluluskan oleh Menteri, Menteri, Menteri Belia Dan Sukan ya, ketika itu ya, iaitu kompleks sukan juga berada di Simpang Pertang. Kita satu tempat, kita lokasi pun kita dah tahu, dan kita dah mohon ya, satu lokasi sebanyak 10 ekar daripada Kementerian Dalam Negeri ya, dulu bekas, bekas, apa nama tu, dipanggil apa, kuarters ya, kuarters Polis, apa situ, polis apa masa tu, UTK, di situ, 10 ekar. Kita dah dapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri. Tapi, bila apa tu, projek itu juga telah di, dibatalkan. Jadi mohon supaya dua projek ini diteruskan ya, mohon …..
Yang Berhormat Pertang. Tinggal 1 minit lagi.
Sikit lagi, sikit lagi, jangan risau ya. Ada 2 perkara, sikit saja saya sebut. Perkara yang keti, seterusnya ialah iaitu tentang perumahan kos rendah ya. Di Kampung Geylang kita ada kawasan tepi jalan ada 33 ekar di Kampung Geylang di, di Jelebu. 33 ekar tanah kosong, di tepi jalan betul-betul ya. Kerajaan dulu, kita telah membuat permohonan untuk membuat perumahan kos rendah di Kampung Geylang tu ya, perumahan kos rendah, jadi kita kalau kita buat kita luluskan perkara itu, kita dapat lebih kurang 120 lot untuk kita membina perumahan kos rendah. Jadi kita mohon juga kepada Kerajaan sekarang untuk kita melihat kembali ya, permohonan daripada dulu ya, daripada Kerajaan dulu untuk kita membina satu perumahan kos rendah yang berada di Kampung Geylang. Tanah sebanyak 33 ekar, kita dah kenal pasti, dan kita telah buat permohonan terdahulu.
Dan yang akhirnya juga membawa isu tentang MPKK ya, yang terakhir ni MPKK yang di kawasan saya ya. Saya tengok MPKK ni sampai sekarang tak selesai. Masalah banyak sangat tak selesai tuan-tuan ya, banyak apa, MPKK bergaduh sesama sendiri ya. Macam mana nak membangunkan kampung ya, kalau kita tengok fasiliti-fasiliti yang ada di kampung contohnya balai raya, dewan. Kalau kita lepaskan lembu di dewan tu, kita lepaskan seminggu guarantee lembu gemuk, gemuk lembu ya, sebab dewan tu semak, balai raya semak.
Yang Berhormat Pertang.
Ha?
Masa dah tamat.
Sikit lagi, sikit lagi. kemudian saya, yang terakhirnya, dalam MPKK ni, sikit sangat ya.
Sebab itu kalau bagi kesempatan, cakap isu-isu tempatan, jangan bawak pergi sampai Rantau.
Okay, tak apasikit lagi. Satu lagi …..
Jadi masa, gunakan masa itu dengan secara baik.
Okay okay, tak apa, sikit lagi. Tentang MPKK tadi, saya mintak yang ni, DUN Klawang ya, Klawang dan Yang Berhormat Menteri Besar juga tolong tengoklah isu di di Petaseh ni ya. Saya dapat satu petition daripada penduduk Petaseh dan ditandatangani lebih kurang 120 orang. Pejabat Menteri Besar terima 4 Februari, Pejabat Daerah terima 7 haribulan 3. Daripada Pejabat YB da, Tuan Haji Bakri Sawir pada 4 Februari dan daripada saya dapat, saya dapat pada 7 Mac ya. Petition daripada penduduk Petaseh. Tolong tengokkan ni ya. Saya ingat Petaseh ni, MPKK tak selesai-selesai ya. Dan daripada petition daripada hampir 180, daripada 180 tandatangan daripada penduduk Petaseh tak selesa-selesai ya. Ni ada depan saya ni ya. Kalau kita tengok, saya tengok pun, dalam petition yang …..
Yang Berhormat Pertang, masa dah tamat. Saya sudah tambah 2 minit lagi, pun sudah tamat. Mintak maaf, tolong duduk.
Tak boleh lagi? Jadi saya memohon …..
Tolong duduk.
….. mohon tengok pasal kes MPKK Petaseh. Mohon maaf daripada Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Dipertua, tapi petang ni Timbalan Yang Dipertua nampak memang cukup manis hari ni. Terima kasih, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Silakan ahli-ahli yang lain. Ahli Yang Berhormat lain. Tak ada? Jika tiada, saya panggil gulunglah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Okay silakan Yang Berhormat Sungai Lui.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Timbalan, tersasul, Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kerana membenarkan saya untuk mengambil bahagian di dalam membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam perasmian Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri pada 22 haribulan hari tu, iaitu hari Isnin.
Sungai Lui akan memperkatakan beberapa perkara khusus yang berkaitan dengan permasalahan rakyat yang perlu diambil tindakan oleh pihak Kerajaan, Kerajaan selaras dengan harapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu menekankan tentang kesejahteraan rakyat. Kita semua tahu, bahawa rakyat khususnya di kawasan Sungai Lui, berada dalam keadaan keresahan tentang situasi masa kini. Mereka resah dengan perkembangan-perkembangan baik dari segi politiknya, baik dari segi ekonominya, di mana kalau kita tengok hari ini, rata-rata dapat kita dengar daripada rakyat sekarang tentang, berkaitan tentang kos sara hidup dan punca pendapatan. Di mana di kawasan Sungai Lui ini kebanyakannya adalah di kawasan felda dan juga kampung. Mereka bergantung hidup kepada hasil-hasil iaitu komoditi iaitu getah dan jugak kelapa sawit. Dan dengan keadaan situasi ekonomi sekarang, mereka dalam keadaan keresahan di mana bak kata rakan saya daripada Pertang tadi, mereka mempunyai keluarga dan anak yang ramai. Dan di kawasan felda pulak, golongan-golongan yang pergi ke ladang ni terdiri daripada anak-anak peneroka yang telah berkeluarga dan menumpang di rumah ataupun menyewa, menyewa di kawasan-kawasan di kawasan felda tersebut. Inilah juga, dia punca pendapatan
mereka di mana mereka mengambil upah di dalam mengerjakan ataupun mengusahakan hasil ataupun ladang-ladang milik peneroka ataupun orang kampung di situ.
Oleh itu, tak lama lagi kita nak menyambut puasa, bulan Ramadan dan menyambut hari raya. Kalau dengan keadaan sekarang, kita perlu ada satu mekanisma iaitu bagaimana, pertama sekali bagaimana untuk kita membentung, membendung tentang kenaikan harga barang ni yang hari ini menjadi, menjadi beban kepada mereka-mereka berpenta, berpendapatan rendah, yang, ataupun yang terjejas disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi sekarang. Yang kedua, untuk kita mempastikan jugak bahawa bahan-bahan ataupun keperluan untuk musim perayaan ini perlu mencukupilah untuk sempena, untuk bulan Ramadan dan juga untuk hari raya ini.
Dato’ Yang Dipertua, kami, di kawasan felda khususnya kalau kita tengok, kalau kita duduk di kedai-kedai kopi hari ini ya, apa yang mereka harapkan tentang harga komoditi yang baik dan, di mana dengan harga komoditi yang baik ni akan dapat menghasilkan hasil yang lumayan untuk mereka ataupun untuk mereka meneruskan kehidupan mereka di kawasan felda ataupun kampung-kampung ni. Cakap-cakap ataupun statement-statement kadang-kadang, yang boleh mengguris perasaan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, yang kita sedia maklum yang telah diucapkan oleh beberapa orang rakan tadi, seperti tebang sawit ganti buluh ya, minum minyak sawit dan sebagainya. Ini sebenarnya mengguris hati kami ataupun warga peneroka sebenarnya. Di mana inilah dia punca pendapatan kami warga peneroka sejak sekian lama, di dalam membesarkan anak-anak ataupun menyara keluarga yang ada di, di kampung. Apa yang rakyat ingin lihat adalah satu dasar ataupun gerak kerja yang jelas dan juga mempunyai matlamat yang jelas di mana satu usaha dijalankan untuk memberi impak ataupun kesannya untuk membantu dan juga membela terhadap kehidupan masyarakat khususnya di kawasan felda khususnya. Okay.
Dato’ Yang Dipertua, yang keduanya tentang kawasan iaitu kita melihat tentang kemudahan pengangkutan. Saya, saya difahamkan, saya dengar tentang adanya subsidi ataupun bantuan bas sekolah ya. Dan ini perlu jugak memikirkan kawasan-kawasan di kawasan felda khususnya di kawasan sekolah ada, di kawasan Pasoh 3 saya bawak ni ya, di mana dilihat tidak ada kemudahan ataupun perkhidmatan bas sekolah yang telah lama dihentikan disebabkan oleh faktor kos apa, kos yang tinggi. Oleh sebab itu, bila tak ada kemudahan bas sekolah ni, pelajar-pelajar khususnya di, di kawasan untuk apa, sekolah menengah, mereka menggunakan motosikal untuk pergi ke sekolah. Dan ini boleh
menyebabkan bahayalah kepada pelajar-pelajar ni dan mengundang risiko yang tinggi kepada pelajar.
Dan alhamdulillah, sikit, apa ni, sedikit jalan penyelesaian telah dilakukan iaitu di mana atas ilham dan usaha yang telah dicetuskan oleh Kerajaan dulu, di mana hari ini terdiri, terdirinya ataupun wujudnya Sekolah Magnet di Pasoh 2 dan bolehlah sebahagian ataupun sebahagian kecil di kalangan anak-anak duduk di Sekolah Magnet ni. Tetapi di peringkat awal ni hanya 32 orang pelajar yang duduk di asrama tersebut, dan yang lain masih lagi berulang menggunakan kenderaan motosikal dan sebagainya. Dan saya harap kita jugak bantu untuk bagaimana untuk kita atasi masalah ini untuk menyediakan kemudahan pengangkutan pelajar-pelajar ni untuk pergi ke sekolah.
Timbalan Yang Dipertua, tadi semasa soalan apa ni, tentang koperasi tadi, berkenaan tentang baru-baru ni, satu kertas putih FELDA telah dibentangkan untuk mengatasi ataupun menambah baik tentang kehidupan peneroka. Dan apa yang saya tengok di situ, itu sebab saya tanya tentang soalan koperasi, koperasi perlu diperkasakan, koperasi felda perlu diperkasakan supaya koperasi-koperasi ini bersedia untuk menyahut apa yang pihak Kerajaan ingin laksanakan. Di mana proses, saya dengarlah, proses pajakan ladang dan kerja-kerja ladang akan di, dibagi kepada koperasi untuk memperkasakan koperasi. Tetapi tadi, jawapan daripada EXCO, ataupun dari segi realitinya kegagalan koperasi kebanyakannya dan, dan berlaku koperasi yang gagal ataupun bermasalah ni, adalah dikenal pasti tadi, disebabkan oleh kesilapan urus tadbir. Apabila kesilapan urus tadbir ni tidak kita atasi, maka akhirnya nanti hasrat kita untuk memperkasakan koperasi ini nanti akan terjejaslah, dan akhirnya menjejaskan rancangan pihak Kerajaan untuk memberi kesan yang baik terhadap pendapatan peneroka dan sebagainya.
Timbalan Yang Dipertua, satu lagi tentang, saya nak mintak jugaklah, tentang program pencahayaan, laluan antara Pasoh, laluan Pasoh ke Simpang Pertang tu, kalau boleh di apalah, dijalankan kerana apa, kalau musim-musim harga komoditi jatuh ni di kawasan felda khususnya, bila harga komoditi jatuh ni banyak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini. Berlakunya pecah rumah dan sebagainya, kalau saya tengok berlaku pecah rumah satu malam 3 rumah, 4 rumah sekali dipecahkan dan sebagainya disebabkan oleh faktor-faktor tentang kesempitan hidup yang dialami dan sebagainya ya. Dan kalau boleh program pencahayaan ni, sebab di luar tu, saya kawasan felda kan, dia agak gelap.
Timbalan Yang Dipertua, satu lagi saya nak menarik perhatian tentang Program Perumahan Generasi Kedua FELDA ataupun (PPGF) yang apa, yang terbengkalai di Pasoh 3, di dalam apa, kertas putih jugak dimasukkan tentang untuk menyambung semula pembinaan rumah-rumah yang terbengkalai, dah 70% siap. Dan saya harap di, di kawasan ini, di Felda Pasoh 2 dan 3 diambil perhatian untuk menyiapkan ataupun memasukkan program untuk menyiapkan Perumahan Generasi Kedua FELDA ataupun Generasi Baru FELDA ni, diambil perhatian kerana apa, ini sebenarnya untuk kita sediakan penempatan kepada anak-anak peneroka khususnya yang telah berkahwin, tinggal dan, dan juga berkeluarga, tinggal bersama dengan keluarga tinggal menyewa di rumah-rumah kosong dan sebagainya. Dan untuk kita memberi keselesaan kepada mereka untuk mereka meneruskan kehidupan berkeluarga.
Timbalan Yang Dipertua, saya ingat, itu saja daripada saya, saya tidak berhasrat untuk bercakap panjang. Dan saya mohon untuk menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Silakan Yang Berhormat Johol.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala saidinamuhammadin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim, rabbi yassir wala tu'assir ya karim.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertu Dewan. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kebenaran Yang Berhormat Dato’ Timbalan, untuk membenarkan sama, saya bersama-sama untuk membahaskan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk Penggal Kedua tahun 2019 ini. Yang pertamanya saya ingin mengucapkan, merakamkan ucapan tahniah, pertama kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang telah mendapat kurniaan Dato’ Seri, dan jugak kepada Tuan Speaker ya, atas anugerah Dato’. Dan yang pertamanya, yang pentingnya ialah tahniah, tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, ADUN, yang telah memenangi ADUN, kerusi Rantau pada pilihan raya yang baru berlangsung yang lepas.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, di sini saya ingin merujuk kepada apa yang telah disampaikan dan dititahkan oleh Duli Yang Teramat Mulia
Tuanku berkaitan prestasi Kerajaan Negeri Sembilan. Apabila kita melihat titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku ini, alhamdulillah kita rasa sama-sama bersyukur segala apa yang telah dititahkan oleh Duli Yamg Maha Mulia Tuanku telah melihatkan, menampakkan satu peningkatan yang begitu ketara kalau dilihat dari segi pembangunan ekonomi, pembangunan kesejahteraan rakyat, pencapaian dan jugak banyak perkara-perkara yang telah dibangkit, dan telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Jadi, Tuan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, sebenarnya dalam kita bercakap pada hari ini, saya mengambil semangat kebersamaan iaitu spirit of togetherness seperti mana yang dititahkan oleh tuanku, pada hari ini kita nak berbincang, kita nak bercakap soal untuk memakmurkan, yang penting ialah negeri kita yang tercinta khususnya dalam Dewan yang mulia ini. Apabila kita bercakap dalam Dewan yang mulia ini, seharusnyalah perkara-perkara yang dicakap itu perkara-perkara yang ada isinya, ada intipatinya dan jugak ada keputusannya. Apa yang saya lihat, ini adalah kali ketiga kita bersidang selepas pilihan raya lepas kan, banyak perkara-perkara yang kita cakapkan di dalam Dewan ini, kita telah ketengahkan di dalam Dewan ini, tetapi sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat ADUN Juasseh pagi tadi, perkara ini tidak dirujuk nampaknya kerana ada perkara-perkara yang masih lagi dengan izin, outstanding-nya tu masih lagi ada dan tidak dapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri Sembilan.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya, pada kesempatan ini saya pun tidaklah nak membangkitkan isu-isu nasional sepertimana yang rakan-rakan saya dah bangkitkan, sebabnya saya nak bercakap pasal ECRL. ECRL dia tak lalu kat Johol kan, maka yang lalu terbaru ni ialah transmission line TNB yang lalu kat Johol. Itulah nampak ada satu pembangunan yang begitu ketara dan saya mengucapkan terima kasih jugak kepada pihak TNB kerana ada sebahagian daripada masyarakat di Johol telah mendapat nikmat limpahan, ganti rugi daripada projek TNB ini kan.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya jugak nak mengucapkan berbanyak terima kasih khususnya kepada kakitangan-kakitangan Kerajaan khususnya yang ada di Kuala Pilah, yang kalau selama ini telah banyak membantu, membantu apa jugak permasalahan-permasalahan penduduk dan jugak aduan yang telah saya hantar, saya hantar kepada pejabat-pejabat di Kuala Pilah dan jugak pejabat-pejabat di Seremban. Jadi saya, kerjasama yang telah ditunjukkan oleh kakitangan Kerajaan, walaupun kami bukanlah berada di dalam Wakil Rakyat Kerajaan, Wakil Rakyat pembangkang, tetapi alhamdulillah nampaknya benda ini
dapat perhatian jugak. Walaupun kadang-kadang tu ada yang terlewat dan sebagainya, tetapi ada respond.
Tetapi kadang-kadang yang menimbulkan kami masalah di Kuala Pilah ni, Yang Berhormat Timbalan Speaker, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan kami tadi, kami tidak mendapat peluang kan, untuk sama-sama kan, dalam apa jugak program, masuk ke sekolah dan sebagainya, maka kita tidak dapat kata orang tu, nak memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada penduduk-penduduk di kawasan ya. Ada halangan-halangan yang mana kita tidak boleh masuk ke sekolah, tidak boleh masuk ke masjid. Dan saya telah utarakan dalam soalan lisan saya, berkaitan dengan perkara ini, tetapi saya tengok dah 2 hari Dato’ Timbalan Speaker, soalan saya nombor 20/25, jadi tak disebut kan. Jadi saya amat berharap kepada urus setia Dewan, kalau boleh ya, benda ni dibagikan perhatian, ada hari yang soalan Dewan kita di belakang, dan ada hari dibawak ke depan kan. Ini asyik-asyik Seremban Jaya, Seremban Jaya je yang bercakap kan. Jadi kita nak mengutarakan soalan, walaupun ada soalan bertulis, jawapan, tetapi kita nak jugak jawapan dari segi lisannya kan.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kawasan jugak pada hari ini kan. Tetapi sebelum itu saya nak mengingatkanlah, di samping pihak Kerajaan Negeri melaporkan dalam keadaan yang begitu terbaik sekali nampaknya angka-angka yang telah dikeluarkan dalam titah ucapan ini kan, dengan peningkatan demi peningkatan, hasil Kerajaan Negeri kan, tetapi apa yang dapat dibuat oleh Kerajaan Negeri ini, lain tak, apa ni, kita jugak sebenarnya, yelah hasil daripada Kerajaan yang terdahulu. Tetapi dalam keadaan sekarang, kalau kita sedia maklum kan, indeks KLSE telah menurun ke 1,620 kan. USD telah naik kepada, dari 1.00 dolar kepada 4.12 sen kan. Bloomberg mengatakan bahawa Bursa dalam keadaan yang terburuk kan. Moody’s jugak melaporkan bahawa unjuran KDNK kita daripada 4.7 turun kepada 4.4. Dan jugak, Nikkei melaporkan bahawa tekanan Ringgit ini menyebabkan banyak aliran dana asing keluar. Jadi saya suka nak mengingatkan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kan, supaya mengambil kira kejatuhan dan jugak apa prestasi-prestasi yang melibatkan pihak global, supaya ianya tidak, kata tu ada effect kepada Kerajaan Negeri.
Dato’ Timbalan Dipertua, sepertimana yang saya maklumkan tadi, berkaitan dengan kawasan ya, saya jugak nak maklumkan banyak jawapan-jawapan yang telah diberikan tidak menepati apa yang kami soalkan kan. Ada soalan-soalan yang telah saya bangkitkan sebenarnya, ini adalah kali kedua di dalam soalan lisan saya, tetapi jawapan yang, soalan yang sama, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, lain
daripada jawapan soalan yang penggal ni, persidangan yang dulu, dibandingkan dengan per, persidangan yang berlangsung sekarang ini. Jadi amat berharap, biarlah jawapan ini consistent kan. Kalau dulu kita mengatakan, macam saya pernah meminta 2 dewan terbuka iaitu di dalam gugusan Inas dan Kepis, dalam jawapan yang dulu pihak Kerajaan Negeri memaklumkan akan membuat kajian, dan jugak akan melihat kepada peruntukan. Tetapi pada kali ni, jawapannya pulak tiada permohonan. Jadi ini saya rasa ada very contradict punya jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri kan.
Berkaitan dengan kemudahan awam jugak kan. Saya pun dalam soalan yang lepas ada membangkitkan isu memohon kemudahan-kemudahan awam di tapak pasar malam, pasar, pasar harian di kawasan Johol. Ada 3 tapak pasar yang begitu popular sekali oleh penduduk kan. Memang saya lihat kalau di bulan Ramadan ini pun, tapak ini akan digunakan sebagai tapak pasar Ramadan. Jadi, saya mintak kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri supaya terus mempertimbangkan permohonan untuk meli, mendapatkan kemudahan awam seperti tandas awam, tempat rehat, tempat solat kawasan ini. Tak perlu buat besar-besar kan, buat sekadar yang boleh diguna pakai oleh mungkin kalau tandas itu, buat 2 pintu untuk lelaki, 2 pintu untuk perempu, wanita, saya rasa itu pun sudah cukup memadai.
Dan jugak saya pada hari ini, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, ingin jugak nak highlight-kan sekali lagi pasal keadaan pen, sistem pencahayaan, projek pencahayaan di kawasan Johol yang mana satu ketika dulu saya pernah memohon sempadan daripada kawasan Repah kan, DUN Repah ke Johol melalui satu kawasan yang berbukit dan kawasan itu agak gelap. Sehingga kini gelap, banyak bezanya. Kalau kita berada di kawasan Tampin, terang, tapi masuk saja ke kawasan Kuala Pilah kawasan tu agak gelap. Jadi saya sekali lagi memohon kepada Kerajaan Negeri kan, supaya mempertimbangkan secara serius sepertimana saya katakan tadi. Kadang-kadang kita bercakap saja dalam Dewan ini tetapi tindakan itu tidak sampai ke tahap yang kita harapkan.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, bercakap kepada soal kawasan saya Johol ini kan, saya tidak menafikan kawasan Johol ini adalah satu kawasan kampung tradisi, di luar bandar. Dan apa yang saya lihat selama hampir setahun menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Johol ialah, yang ketaranya ialah tiada pertambahan kawasan yang melibatkan aktiviti kepada penambahan penduduk di kawasan Johol ini. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa supaya membuatkan kalau boleh satu master plan, master plan untuk kawasan Johol. Yang dulu pun telah dibuat, tetapi mungkin keadaan Kerajaan berbeza kan, mungkin
ada dibuat apa, revise ke kan, dikaji semula supaya ada limpahan-limpahan ekonomi yang selalu dikatakan oleh Kerajaan hari ini kan, mereka telah berjaya memacu ke satu tahap yang lebih baik daripada Kerajaan Barisan Nasional dulu. Kami nak tengok jugak kan, ada tidak yang kami dapat. Kalau tak dapat, bagilah, lepas ni kami pulak yang menguruskan Kerajaan Negeri ini kan.
Dan seterusnya berkaitan dengan Rumah Mesra Rakyat. Ini pun banyak aduan-aduan daripada kawasan saya kan, tiada tindakan. Kami dah hantar kepada pihak SPNB, kepada pejabat-pejabat yang berkaitan, tiada tindakan. Dan berkaitan dengan JKM jugak ya, saya maklumkan penerima-penerima JKM pun semakin berkurangan.
Dan satu perkara yang mungkin ada rakan-rakan saya pun dah bercakap berkaitan dengan MPKK ni dan jugak Penyelaras DUN kan. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak menarik perhatian Ahli Dewan yang mulia ini, berkaitan dengan Penyelaras DUN di kawasan saya ini ya. Apa yang saya lihat ada janji-janji, janji, seperti kawan saya kata tadi, daripada apa ni, Pertang, janji manismu kan. Ini pun janji manismu di kawasan saya di Johol kan. Apa yang saya lihat, ialah, saya dengar daripada program-program yang telah dianjurkan, Penyelaras-Penyelaras DUN ini kan, dan jugak ada sebahagian ahli yang dilantik kan, datang ke kawasan-kawasan seperti di masjid menjanjikan bulan dan bintang kan. Menjanjikan satu peruntukan yang saya rasa kalau di zaman Barisan Nasional dulu pun, kalau setakat EXCO pun tak berani nak cakap, masa tu nak memberikan satu peruntukan on the spot-lah kan. Tapi apa yang saya lihat, Penyelaras DUN, contohnya di Johol ada masjid telah dijanjikan 20,000.00, ada surau telah dijanjikan 20,000.00 kan, dengan tanpa melihat kertas kerja, sekadar nak memaklumkan, pihak masjid memaklumkan bahawa mereka perlukan pengubahsuaian, terus mengumumkan bantuan. Ini apa yang saya lihat sekarang ini ialah janji itu tinggal janji kan, oleh pihak yang menjanjikan peruntukan. Saya amat berharap kepada mereka-mereka yang menunaikan janji ni kan, apabila dituntut oleh pihak yang berkaitan, pihak masjid kan, pihak surau, sekarang ni daripada si A mengatakan yang si B memegang duit peruntukan, yang B mengatakan C. Jadi benda tu tiada kesudahan, maka saya rasa peruntukan tu memang tak, tak dapat diterimalah kan. Dan …..
Yang Berhormat Johol, masa dah tamat …..
1 minit, sikit lagi, 1 minit ya. Dan saya jugak nak menyentuh pasal penggunaan dewan yang, dan sebagainya, masjid kan, kerana sepertimana yang dikatakan oleh Chembong tadi, kita dah terima peruntukan P56 ya. P56 ni ialah peruntukan Kerajaan Negeri. Saya rasa kena ada satu dasar daripada Kerajaan Negeri, bila menggunakan peruntukan ini boleh tak kami menggunakan macam platform masjid, balai raya dan sebagainya supaya kita dapat mengadakan program-program khusus untuk orang ramai kan.
Jadi Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya rasa itu yang saya nak sampaikan. Dan saya menyokong ya, Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya silakan Yang Berhormat Senaling.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih Timbalan Speaker di atas kesudian untuk membenarkan saya bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam Dewan yang mulia ini, bagi membahaskan titah ucapan ke balah, Ke Bawah Duli Tuanku semasa Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama tempoh hari. Dalam masa yang terhad ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah untuk diletakkan dalam rekod dan hansard Dewan Undangan ini, ucapan tahniah kepada, di atas kurniaan pingat kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar daripada ADUN Sikamat dan juga Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, pada 9 Mei 2018, negara kita telah mencatat suatu sejarah iaitu penukaran ataupun transisi perubahan Kerajaan daripada Kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Dan kita, transisi ataupun pertukaran Kerajaan tersebut kita raikan dalam semangat demokrasi yang cukup hebat di negara kita ini dan ia berjalan dengan begitu lancar dan sempurna sekali. Itulah kehebatan demokrasi di negara kita ini. Pada 9 Mei, bermula pada 9 Mei 2019 juga, Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin nyatakan juga maka bermulalah susutnya modal pasaran di Bursa Saham Kuala Lumpur. Dan setakat ini, bermula pada 9 Mei 2018 suka, kesusutan tersebut berjumlah sebanyak 157 bilion. Dan ini merupakan suatu laporan, fakta statistik yang telah dinyatakan oleh MIDF Research. Bagi bulan ini saja, belum sempat lagi 30, belum cukup bulan lagi, Yang
Berhormat Timbalan Speaker, ya, hari ini 24, 24 haribulan, hari ini. Kesusutan, susutnya nilai BSKL ialah sebanyak 1.14 bilion, dan proses penyusutan ini berterusan semasa saya berucap ini.
Jadi jelas, dalam konteks sepertimana yang kita, rakan-rakan saya dalam Dewan yang mulia ini bahaskan, ini merupakan petanda yang saya rasa tidak cukup, tidak baik kepada rakyat dan negara kita. Dan jelas sepertimana yang telah dihujahkan oleh Rantau semalam, bahawa kedudukan ekonomi negara kita tidaklah begitu baik. Tapi alhamdulillah, melihat kepada Titah Ucapan Ke Bawah Duli Tuanku, Kerajaan Negeri Sembilan nampaknya ada penambahan dari segi angka, terutamanya dari segi pelaburan yang telah dan bakal masuk ke Negeri Sembilan.
Tetapi dalam konteks modal ekonomi ataupun ekonomi rakyat, seharusnya kita harus berikan penekanan, bukan setakat kita melihat kepada angka yang besar ini, tetapi lebih penting daripada itu, Yang Berhormat Timbalan Speaker, ialah agar ekonomi rakyat, agar kesejahteraan ataupun kepentingan rakyat melalui peningkatan ekonomi ini dirasai oleh rakyat itu sendiri. Ini amat penting sebenarnya. Kita boleh mencatatkan angka yang begitu hebat, tetapi hakikatnya seperti mana yang telah disuarakan oleh rakan-rakan di pihak pembangkang sebentar tadi, banyak sungguh, banyak banyak sekali rungutan di kalangan orang kampung, di kalangan orang luar bandar. Perkara-perkara yang melibatkan kepentingan-kepentingan orang di luar bandar ini, kepentingan rakyat yang berkait rapat dengan kos sara hidup.
Saya telah nyatakan dalam sidang Dewan sebelum ini, harga telur ayam gred C sajalah, dalam tempoh 4 bulan sebelum ini telah meningkat lebih daripada 40%. Ianya satu perkara yang saya rasa harus dikawal oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Dan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Senaling ini, saya melihat Timbalan Speaker, penukaran Kerajaan ini sudah tentulah ada hikmahnya. Telah saya nyatakan pun sebelum ini. Bagi seorang Islam, sudah tentulah Allah ta’ala mempunyai asbab untuk menjatuhkan Kerajaan ataupun menukar Kerajaan ini. Dan sebagai orang Islam, saya wajib gigit gigi geraham di bawah ayat 216 surah Al-Baqarah, bahawa, yang bermaksud, mungkin satu perkara tersebut tidak kamu sukai, tapi itulah yang paling bagi kamu. Kami sebagai pembangkang mungkin tidak suka berlakunya pertukaran Kerajaan ini tetapi sepertimana yang telah dinyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 216 tadi, ianya merupakan satu hikmah sebenarnya kepada Kerajaan Barisan Nasional agar kita melihat cahaya di hujung terowong. Dan kita lihat sekarang ini, dengan adanya usaha bagi perpaduan umah ini, kita sudah lihat,
Yang Berhormat Timbalan Speaker, daripada keputusan-keputusan pilihan raya Cameron Highland, di Semenyih yang dikatakan sebagai kayu pengukur, benchmark kepada sokongan rakyat, dan yang terbaru ini di Rantau pada 13 haribulan itu hari, jelas bahawa rakyat telah mula kembali menyokong Barisan Nasional.
Dan ini kita lihat kepada saluran-saluran yang melibatkan belia. Kalau selama ini dalam PRU 14 jelas belia tidak bersama Barisan Nasional, dan kami akui perkara tersebut. Dan daripada 3 Pilihan Raya Kecil ini kita sudah lihat kembalinya belia menyokong Barisan Nasional. Dan itulah saya rasakan tadi, hikmah daripada apa yang berlaku, dan sepertimana saya bacakan surah Al-Baqarah sebentar tadi, definasinya, jelas bahawa ini merupakan satu perkara yang kita akan terus perjuangkan, Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker, saya ingin menyatakan perkara yang melibatkan sistem penyampaian di negeri kita. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana semalam telah meluluskan peruntukan sebanyak 33,000.00 bagi membaik pulih ataupun membina baru kebakaran yang berlaku di DUN Juasseh. Memandangkan semalam ADUN Juasseh mintak, hari ni dah mula kerja. Walaupun dah hampir setahun. Dan oleh yang, oleh yang demikian, saya juga memohon bantuan yang sama, dan saya harap besok boleh mula jugak kerja ni, dalam MPKK Temoris, iaitu kebara, kebakaran yang berlaku 2 – 3 minggu dahulu, yang melibatkan satu keluarga terpaksa berpindah dan tinggal di sebuah rumah yang, untuk sementara. Jadi saya harap, Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini dan memastikan peruntukan yang ada ini, sebanyak 33,000.00 ini tidak perlulah saya tunggu untuk sidang Dewan yang ketiga selepas ini untuk saya dapatkan bantuan ini kepada rakyat saya dalam DUN Senaling.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam keadaan ekonomi sekarang, kita sebagai Kerajaan Negeri, kita mesti letakkan keutamaan kita, kita mesti tentukan keutamaan kita, we must put our priority rights, dengan izin. Jelas daripada apa yang telah disampaikan oleh bibit-bibit percakapan daripada ADUN Chennah tempoh hari, semalam dalam menjelaskan, memberikan pencerahan tentang ECRL yang bakal sampai ke Jelebu. Dan saya harap dalam konteks ini, Kerajaan Negeri seharusnya bersedia daripada sekarang. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh ADUN Chennah semalam ya, harus bersedia untuk, untuk menampung apa juga infrastruktur dan spillover effect, dengan izin, yang bakal diperolehi oleh orang Jelebu secara khususnya dan rakyat Negeri Sembilan secara amnya. Kita harus bersedia sekarang.
Dan oleh kerana itu kepimpinan haruslah mempunyai mentaliti sepertimana yang telah dinyatakan oleh ADUN Chennah semalam, sepertimana yang telah digambarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. ADUN Chennah semalam saya lihat memuji dasar-dasar yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, di awal-awal 1980an, pada ketika itu Yang Amat Berhormat menjadi Perdana Menteri yang ke-4. Beliau memuji dasar persyarikatan, Malaysia Inc. dan beliau cadangkan supaya bawa Negeri Sembilan pulak. Dasar penswastaan. Dan banyak lagi dasar yang telah dibawak oleh Yang Amat Berhormat Tun pada ketika itu.
Tetapi ingin saya nyatakanlah, pada tahun itu, awal 1980an, kamilah yang sebenarnya yang memperjuangkan, kamilah sebenarnya yang menyokong sebenarnya Yang Amat Berhormat Tun pada ketika itu, bagi melancarkan dan menggerakkan dasar-dasar tersebut. Dasar penswastaan, kita lihat sekarang, cukup hebat. Tetapi kita harus ingat, dalam kehebatan itu, dasar-dasar tersebut yang sekarang ini dipuji oleh ADUN Chennah semalam, kalau dulunya saya tengok azab kena belasah, dasar-dasar ini. Tetapi kita lihat dasar-dasar ini sekarang ini kita lihat, ada juga dasar-dasar yang perlu dikaji semula. Sebagai contohnya, dasar penswastaan, pemberian konses, konsesi tol ini.
Oleh kerana itulah, Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita lihat suatu janji yang amat jelas, yang ada dalam manifesto PH iaitu untuk memberikan tol free selepas menang, gagal untuk dicapai ataupun dipenuhi oleh Pakatan Harapan. Oleh kerana ini, ini merupakan satu dasar sebenarnya yang telah dibuat di zaman Tun. Dan ini merupakan satu fakta yang kita harus akui. Dan kita sekarang ini tengah menanggung akibatnya. Dan saya yakin, dan saya harap keadaan ini akan lebih baik kerana ianya tuan-tuan dan puan-puan, Timbalan Speaker sekalian, ianya mendatangkan kesan kepada rakyat secara, secara umumnya.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya sebenarnya tadi, semalam, saya ucap terima kasih sebenarnya kepada kekanda saya daripada Lenggeng, saya ucap terima kasih Yang Berhormat daripada Lenggeng, yang telah memberikan tazkirah yang cukup hebatlah bagi saya. Terutamanya perkara-perkara yang melibatkan keperluan kepada kita semua dalam ADUN, dalam Dewan yang mulia ini untuk kita bersifat, mempunyai sifat-sifat, tiadanya sifat-sifat munafik. Jelas, dalam surah As-Saff sendiri ayat 2 dan 3, Allah ta’ala ingatkan kita, Yang Berhormat Timbalan Speaker, walaupun Timbalan Speaker tak tahu, saya tahu, saya berterangkan kepada Dewan yang mulia ini ya. Agar, surah, ayat 2 dan 3 surah As-Saff ini jelaskan kita janganlah, wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu berkata apa yang kamu tidak buat. Ayat 3,
ayat 3 menjelaskan selanjutnya, maka besarlah kemungkaran Allah SWT, kamu buat benda yang, kamu tidak buat apa benda yang kamu katakan, jelas sebenarnya. Kalau sepertimana yang ADUN Lenggeng cakap semalam, saya amat bersetuju dengan beliau, ciri-ciri munafik, bila bercakap kita bohong, bila kita berjanji kita mungkir. Saya bersetuju, saya amat bersetuju sebagai orang Islam sendiri.
Tetapi ingin saya tanya di Dewan yang mulia ini, agaknya Kerajaan mana yang menepati ciri-ciri ini? Kerajaan mana yang menepati ciri-ciri munafik sepertimana yang dinyatakan oleh ADUN lang, ADUN Lenggeng ini? Allah SWT menjelaskan, mengingatkan akan kepentingan kemunafikan ini dengan meletakkan satu surah Al-Munafiqun dalam Al-Quran itu sendiri. Dan ini merupakan perkara, satu ciri yang wajib ada di kalangan pemimpin itu sendiri. Mudah kita berkata-kata sebenarnya, tetapi kita, kita harus ingat bahawa action speaks louder than voice, dengan izin, bertindak lebih baik, adalah lebih berkesan daripada kita berkata-kata.
Dan kita lihat, sekarang ini, banyak perkara yang telah tidak ditunaikan dan perkara-perkara tersebut telah mengakibatkan kesan langsung dan tidak langsung kepada rakyat kita. Tuan-tuan tengok sekarang ini keadaan-keadaan yang melibatkan sara hidup ini. Di atas kegagalan kita sebenarnya, itu hari saya lihatlah dalam penyata persidangan baru ini, dalam muka surat 400, saya tidak ada floor untuk menjawab kerana ADUN Ampangan pada ketika itu telah menyatakan bahawa saya silap, bahawa GST merupakan punca kepada kegusaran, kepayahan, kesukaran rakyat. Saya melihat semula penyata tersebut. Saya ingin jelaskan bahawa GST merupakan salah satu faktor, GST merupakan sistem percukaian yang terbaik setakat ini. Yang katakan ia terbaik, Yang Berhormat Timbalan Speaker, ialah firma audit antarabangsa. Yang mengatakan GST ini merupakan the best mode taxation, dengan izin, adalah orang Kastam. Dulu yang memanggil saya sebagai Wakil Rakyat dan, dan memberikan pencerahan kepada saya oh GST ini merupakan satu sistem percukaian lebih baik daripada SST …..
Yang Berhormat Senaling, Yang Berhormat Senaling tinggal 1 minit lagi.
Terima kasih di atas ingatan tersebut. Yang Berhormat Timbalan Speaker, GST telah dilaksanakan lebih daripada 170 buah negara di dunia ini. Dan kita telah kembali, we are moving backward, kita kembali kepada penggunaan SST. Sedangkan SST hanya diguna pakai oleh bukan negara-negara yang hebat ini. Antara negara-
negara yang mengguna pakai SST sekarang ini Palau. Timbalan Speaker pun tak tahu mana letaknya negara Palau ini. Nauru, Kepulauan Solomon. Oleh kerana itulah kita lihat sekarang, sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, GST, bukanlah kita rasa ia perlu dimansuhkan, mungkin saya ada dengar ini, mungkin pandangan untuk U-Turn untuk kembali semula kepada penggunaan GST ini. Tapi mungkin bukan pada kadar 6%. Mungkin ia boleh di-reduce, dikurangkan kepada kadar yang lebih selesa dan ianya tidak memberikan kemudaratan kepada rakyat kita. FMM baru-baru ini, Federation of Malaysian Manufacturers, telah membuat satu kajian, berkaitan dengan penggunaan SST ini. SST telah mengakibatkan peningkatan untuk doing business, the cost of doing business di Malaysia, dengan izin Timbalan Speaker, meningkat sebanyak 10%. Ini yang merisaukan kita. Dan ini menjejaskan ekonomi makro dan ekonomi rakyat itu sendiri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya akan terus kepada sedikit untuk menyentuh tentang belia. Indeks belia negara kita, Indeks Belia Malaysia yang terkini, jelas menunjukkan di Negeri Sembilan, di Negeri Sembilan, indeks belia berkaitan tahap kualiti dan kesejahteraan hidup belia di Negeri Sembilan berada pada tahap 69.85% sahaja. Ia merupakan satu tahap yang sederhana. Dan oleh kerana itulah, Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita harus melihat, Kerajaan Negeri harus melihat belia ini sebagai suatu prospek. Dan saya melihat daripada titah Ke Bawah Duli Tuanku peruntukan yang diberi adalah sebanyak 3 juta sahaja. Dan saya rasa ini memang tidak mencukupi bagi memperkasa belia di negara, di negeri kita. sepertimana yang telah dinyatakan oleh ADUN Rahang, sebentar tadi. ADUN Rahang, lebih …..
Yang Berhormat Senaling masa dah tamat.
….. daripada 900 pertubuhan belia …..
Yang Berhormat Senaling masa dah tamat.
….. yang telah didaftarkan di bawah KBS dan didaftarkan di Negeri Sembilan, Yang Berhormat ADUN Paroi …..
Bila YB diberi masa untuk bahas …..
….. dan oleh kerana itu saya harap …..
….. pusing sana pusing sini.
1 minit lagi. Saya harap Timbalan Speaker diberikan peruntukan yang sewajarnya …..
Dah, saya memang sudah bagi extra 2 minit …..
….. Kerajaan Negeri bagi memastikan belia kita …..
Saya mohon ditamatkan ucapan.
….. diperkasakan dalam keadaan belia sekarang ni tidak diberhentikan daripada tugas, diberhentikan daripada tugas, diberhentikan dari kerja, dalam keadaan mereka terpaksa membayar PTPTN. Dan saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat, fokus kepada pembelaan kepada belia ini dengan lebih dekat, dan saya harap keadaan ini akan memberikan suatu pembelaan yang sewajarnya kepada belia di Negeri Sembilan. Senaling menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Mintak Yang Berhormat lain. Silakan Yang Berhormat Bagan Pinang.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya tidak mengambil masa yang lama kerana Timbalan telah pun memberi ruang kepada rakan saya tadi.
Mintak maaf, haa itu tuduhan …..
Okay.
….. saya dah beri masa dan masa tambahan …..
Okay.
….. lepas tu lagi tambah …..
Okay, terima kasih.
….. itulah fokus kepada apa yang kita nak bahas.
Alright.
Jangan pusing sana, pusing sini. Buang masa, jangan. Dan ulang lagi, ulang lagi, ulang lagi, ulang. Saya tidak mahu.
Okay Timbalan Yang Dipertua.
Terima kasih.
Yang Berhormat saya ringkaskan saya punya perbahasan saya. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya mengambil bahagian untuk menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di atas titah ucapan baginda yang merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Dato’ Yang Dipertua, selari dengan titah tuanku yang menyebut berkenaan tanggungjawab ahli-ahli Dewan yang diberi amanah untuk sentiasa menjaga kepentingan dan mengutamakan pembangunan masyarakat dan negeri. Suka saya untuk membawa perhatian Dewan pada isu-isu pembangunan dan infrastruktur di kawasan saya di DUN Bagan Pinang. Pertama, adalah berkenaan isu kemudahan asas di pantai tumpuan pelancong iaitu seperti tandas awam bagi kawasan pantai Batu 5 yang mana masih tiada tindakan untuk diwujudkan walaupun telah dicadangkan sebelum ini. Untuk pengetahuan Timbalan Yang Dipertua, kawasan yang dikunjung pelancong dari dalam dan luar negara ini adalah kawasan yang begitu menarik, kawasan pantai yang lebar dan panjang dan keadaan yang begitu menarik kepada pengunjung. Yang mana di situ terdapat aktiviti sukan pantai giat ya, dikunjungi oleh pelancong.
Sehubungan dengan itu, kemudahan asas yang minimum amatlah diperlukan bagi keselesaan pengunjung yang berkunjung di kawasan di situ. Saya, so saya harap pihak Kerajaan Tempatan khususnya Majlis pen, Majlis Perbandaran Port Dickson dapat melihat perkara ini dan disegerakan mewujudkan kemudahan asas tersebut. Selain daripada itu, saya juga dapati jalan masuk ke dalam kawasan pantai itu perlu dinaikkan taraf kerana pada masa ni tiada jalan yang elok dan selamat untuk tujuan laluan kenderaan di kawasan pantai tersebut. Saya, saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan dapat mengambil berat tentang isu kemudahan awam dan infrastruktur ini bagi keselesaan pelancong yang berkunjung di Pantai Port Dickson. Tidak lupa juga saya mohon mencadangkan agar dapat didirikan kiosk-kiosk jualan di kawasan pantai tersebut agar ianya dapat menjana peluang perniagaan kepada rakyat setempat seterusnya meningkatkan ekonomi rakyat tempatan.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua yang saya ingin memang, membangkitkan di dalam Dewan yang mulia adalah berkenaan kemudahan asas bagi aspek kesihatan rakyat iaitu permohonan bagi menaikkan taraf Klinik Desa Teluk Kemang kepada Klinik Kesihatan. Untuk mak, makluman Timbalan Yang Dipertua, permohonan untuk menaikkan taraf klinik desa ini telahpun dibuat pada sidang Dewan yang lepas. Dan ianya juga telah dijawab oleh EXCO Kesihatan. Klinik desa yang sedia ada telah pun dinaik taraf dengan menempat, dengan, hanya dengan penempatan pegawai perubatan di klinik desa tersebut. Sebenarnya keperluannya lebih daripada itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan status terkini bagi permohonan yang sebenarnya iaitu mohon untuk membina Klinik Kesihatan Type 3, di kawasan Telok Kemang. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memastikan usaha merealisasikan naik taraf Klinik Kesihatan Jenis 3 ini dapat disegerakan secepat mungkin kerana ia, kerana ianya adalah elemen penting dalam kemudahan asas rakyat.
Timbalan Yang Dipertua, seperti yang kita sedia maklum, kemudahan asas seperti jalan yang baik dan efisyen adalah amat penting bagi kepentingan rakyat. Ini kerana jalan raya yang ada, ini adalah kerana jalan raya adalah satu faktor penting dalam pembangunan sesuatu kawasan dan sosiekonomi sebuah masyarakat.
Bagi perkara ketiga, iaitu berkaitan yang saya ingin bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini ia, iany adalah permohonan jalan yang ber, menghubungkan kawasan Kampung Baru Si Rusa terus ke PD Utama sebagai jalan alternatif selain daripada jalan pantai. Untuk makluman Timbalan yang Dipertua, saya telah mengemukakan permohonan ini di dalam soalan lisan bagi sidang Dewan ini, tetapi malangnya soalan tersebut telah ditolak. Ini kerana permintaan yang, jalan ini adalah daripada penduduk di kawasan DUN Bagan Pinang, saya memohon Kerajaan Negeri agar dapat memberi penjelasan ke atas status permohonan ini.
Jalan alternatif ini amat penting bagi penduduk di DUN Bagan Pinang kerana pada ketika ini jalan utama yang menghubungkan 2 kawasan ini hanyalah melalui kawasan pantai. Saya juga ingin membawa perhatian Dewan, pada ketika ini jalan yang meng, menghubungkan Kampung Baru ke jalan utama pantai adalah melalui kawasan Bandar Tentera Darat. Dan apabila terdapat acara ketenteraan, jalan tersebut akan ditutup. Oleh sebab itu, penduduk tempatan dan pengunjung pantai terpaksa melalui jalan-jalan kampung untuk ke kawasan pantai Batu 4 ataupun pantai yang lain, yang mana ianya menyebabkan kesesakan di jalan kampung dan seterusnya meningkatkan risiko kemalangan. Saya amat berharap perkara ini dapat dipandang serius oleh pihak Kerajaan Negeri dan usaha-usaha untuk mewujudkan jalan alternatif ini dapat disegerakan memandang permintaan ini telah pun sebenarnya dilulus di bawah pentadbiran Kerajaan yang sebelum ini.
Akhir kata, berlandaskan saranan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar yang menyeru Kerajaan Negeri hari ini untuk mempastikan pembangunan dan kesejahteran rakyat dititik berat, maka saya berharap Kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat memberikan perhatian, perhatian tentang perkara dan isu setempat yang telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan agar setiap rakyat dapat hidup dalam keadaan aman selesa dan makmur. Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul titah ucapan menjunjung kasih. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Ikut masa belum lagi 8 minit. 7 minit 4 saat. Kalau
boleh lagi pendekkan lagi bagus, sebab kita ada lain-lain agenda. Terima kasih. Dan jugak persilakan Yang Berhormat Gemas.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana bagi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahas usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Terlebih dahulu saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah setinggi-tinggi tahniah kepada Wakil Rakyat ADUN Rantau di atas kejayaan yang amat cemerlang dalam PRK pada, yang baru-baru ini. Dan saya mengharapkan ada sinar, ada kesinambungan antara Kerajaan dengan pasukan pembangkang untuk sama-sama memacu kecemerlangan ekonomi, memacu kecemerlangan sosial dan memacu kecemerlangan negeri kita ke tahap yang lebih baik. Saya juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta Speaker Dewan, Speaker Dewan Undangan Negeri yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan pada baru-baru ini.
Timbalan Yang Dipertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara dan saya merasakan perlu saya ucapkan terima kasih awal, awal jugalah kerana Kerajaan Negeri telah berjaya memacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan ekonomi pada tahun 2018 dengan lebih mampan. Dan justeru itu, daripada hasil kemakmuran negeri, hasil kekayaan negeri, kita dapat melihat banyak yang dapat disalurkan peruntukan-peruntukan, dana-dana kepada masyarakat-masyarakat marhein, masyarakat-masyarakat yang amat-amat memerlukannya. Jadi, inilah yang kita katakan kemakmuran. Dan kita mengharapkan pada bajet belanjawan 2019 nanti, pada hujung tahun ini nanti, kita akan lihat lagi, lebih banyak lagi peruntukan-peruntukan, dana-dana yang akan disalurkan kepada masyarakat-masyarakat khususnya di Negeri Sembilan untuk dikecapi hasil nikmat kemakmuran negeri yang ada pada masa ini.
Jadi saya juga ingin mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri di mana selaku, saya selaku EXCO kebudayaan, akhirnya berjaya jugalah, impian menjadi kenyataan di mana Kerajaan telah memperuntukkan 1.23 juta bagi kenaikan-kenaikan elaun Dato’-Dato’ Lembaga Adat. Alhamdulillah, walaupun ianya memakan masa, tetapi ianya berhasil. Kita merancang pada zaman Kerajaan Barisan Nasional dan dilaksanakan pada masa sekarang. Itulah yang kita katakan kesinambungan yang baik tu, benda yang elok tu kita teruskan. Kita, tak perlu kita nak buat pengkajian, tak perlu kita nak buat ubah nama dan sebagainya, tak perlu, kerana yang dah baik, masyarakat menilai,
masyarakat luar melihat apa yang kita buat, masyarakat luar, rakyat nak lihat apakah yang mereka dapat hasil daripada Kerajaan yang menawarkan macam-macam perkhidmatan mereka.
Justeru itu apa yang kita katakan, bahawa kita kerja bersama. Yang betul, betullah. Yang salah, tetap salah. Sebab itulah saya sama-sama dengan rakan-rakan ADUN yang lain amat menyokong juga apa yang dikatakan oleh ADUN Lenggeng, YB Suhaimi, yang menyatakan bahawa, tazkirah yang diberikan kepada kita itu, bukan untuk kita individu sahaja, tetapi kita punya Kerajaan juga amat perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah disampaikan. Kita tak mahu, baling batu sembunyi tangan. Kita tak mahu apa yang kita cakap ini tak menjadi kenyataan. Kita tak mahu nanti, kita bercakap bergegar-gegar di sini, masyarakat memalitkan kita dengan kata-kata nista dan dusta. Itu kita tak mahu. Jadi sinilah yang kita katakan bahawa kalau benda itu hak, maka ianya hak. Kalau benda itu batil, maka ianya, ianya akan jadi batil. Jadi sama-samalah, kita fikir sama-sama. Jangan kita cakap sesuatu perkara itu ada sesuatu yang tersirat ataupun mahupun tersurat untuk dilemparkan kepada siapa. Tetapi bagi masyarakat, akan menilai. Bagi Kerajaan dulu kita tahu, manusia ni tak semuanya perfect, tidak semuanya hebat, ada kekurangan, ada kekangan dan ada kelemahan. Jadi kekangan dan kelemahan ini kita, sama-sama kita perbaiki.
Haa sekarang, yang telah saya katakan dahulu, Kerajaan Pakatan Harapan, buatlah yang terbaik. Sudah hampir, dulu Seremban Jaya kata baru 7 bulan, sekarang 7 bulan 4 hari. Sekarang sudah jadi hampir satu tahun. Hampir menjadi satu tahun, bulan 5 nanti. Tetapi apa yang kita lihat, satu persatu telah dipertunjukkan. Dahulu, Allah ta’ala memang sifatnya ar-rahman ar-rahim, dulu masyarakat ataupun kita sama-sama berdoa Allah ta’ala makbulkan, ar-rahman ar-rahim-Nya. Maka Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menjadi Kerajaan. Tetapi satu persatu aib-aib itu akan ditonjolkan sekiranya gagal untuk melaksanakan impian dan harapan masyarakat yang ada di Negeri Sembilan ini. Kita lihat satu-satu, kita pembangkang dia tak akan cerita apa-apa, tapi kita nak berkongsi bersama. Jangan kata dulu, ah 7 bulan 3 hari, 4 hari. Sekarang dah hampir 11, 12 bulan. Nak nunggu 61 tahun? Nak tunggu 61 tahun nak ubah semua? Tidak, jangan. Amanah inilah kita kena bangunkan, kita kena jayakan, nak lihat hasil apa yang kita rancang untuk negeri kita ini akan jadi masyarakat Negeri Sembilan ini terjamin, terbela dan makmur selamanya.
Itulah yang kita mengharapkan bahawa konsep jangan menipu rakyat ni, simpanlah dalam hati masing-masing. Saya setuju dengan rakan-rakan ADUN di pihak Kerajaan Pakatan Harapan apa yang dinyatakan
benar, dan saya di kawasan Gemas, kenapa saya tak banyak complaint, sebab saya sedang menanti apakah impak-impak yang akan datang. Kalau di Jelobu nak datang ECRL tapi di Gomeh bercerita tentang bandar sempadan. Pada sidang Dewan yang kedua, yang pertama atau kedua, saya telah nyatakan. Di Jelebu akan datangnya ECRL, tapi di Gomeh double track, jadi apalah salahnya kita menggunakan pendekatan Kerajaan Negeri ini bangunkan bandar sempadan. Majukan kawasan bandar sempadan. Lihat akah, lihat apakah pembangunan yang akan dibawa untuk kita bangunkan bandar sempadan. Gomeh. Kita menanti. Kita telah menyediakan beberapa perasa, pasa, prasarana.
Kita nak tahu juga dalam sidang Dewan, Universiti Malaya, bila nak dimulakan semula. Kita nak lihat, sebab itu adalah satu impak untuk menambahkan pendapatan ekonomi Negeri Sembilan. Kita lihat di Johor, makin rancak pertumbuhan ekonominya, di Segamat, kemudian di Taman Yayasan, hampir ke batu 6, sekarang ni di Gemas Baru, dan hampir di Negeri Sembilan, bandar sempadan. Tak kan kita nak tengok saja pembangunan di negeri orang. Yang telah saya katakan bahawa dulu makan, menginap di negeri orang, makan di negeri orang, datang ke Negeri Sembilan, nothing, tak datang satu sen pun datang, impak ekonomi, keuntungan kepada masyarakat yang berada di sekitar-sekitarnya, terutamanya ekonomi Negeri Sembilan.
Jadi cuba kita rancangkan, tengok cara bagaimana kita nak membangunkan bandar sempadan. Ambik peluang, ambik ruang, kerana Negeri Sembilan ni dah kukuh, ampuh, pentadbirannya mantap. Jadi untuk bersengketa, untuk berselisih faham tak ado lagi dah. Kojolah, buatlah kerja-kerja yang terbaik untuk melihat pembangunan-pembangunan sama ada daripada daksina kepada paksinanya, utara selatannya, timur dan baratnya. Kita nak lihat, barulah kita mampu melihat Negeri Sembilan maju kalau tak 2020 mungkin 2050, itu. Impian kita nak jadikan kenyataan.
Jadi, Tuan Timbalan Yang Dipertua, selain daripada itu, nak juga saya sentuhkan tentang beberapa perkara lagi. Pada sidang Dewan yang dulu, saya bertanya tentang status pembinaan kompleks sukan di kawasan Gemas. Jadi, ada 2 permasalahan, bertindih jawapan antara ADUN Sikamat dengan EXCO Belia Dan Sukan. Jadi saya menantilah jawapannya kerana saya melihatkan untuk kawasan di Gemas ini, selain dari agropolisnya, kita nak bangunkan sukannya. Jadi rugi kiranya kalau pihak Kerajaan tidak melobi ataupun tidak memikirkan apakah keperluan-keperluan yang ada di satu tempat itu. Kita yakin dan percaya, sebab apa, selaku Ketua Cabang PKR, merangkap Menteri Besar, kalau datang ke Gomeh tu, bawak-bawaklah buah tangan,
maknanya ada berita gembira yang boleh disampaikan, yang boleh dibangunkan dan boleh dimajukan.
Jadi ini yang kita tengok, kita nak melihat apakah pembangunan, apakah yang kita nak laksanakan. Saya bersama dengan rakan-rakan yang lain, kalau perlu kita berkongsi kongsi sama-sama. Sebab itulah kadang-kadang kami di pihak pembangkang, selalu nak merujuk Jabatan-Jabatan Kerajaan, Agensi-Agensi Kerajaan untuk menyelesaikan beberapa perkara dan bermasalah, beberapa perkara dan masalah. Tapi apa yang masalah sekarang berlaku ada pulak blocked-blocked yang menyatakan tak boleh itu, tak boleh ini, dan sebagainya.
Jadi, saya haraplah, kalau nak lihat Negeri Sembilan maju, suasana yang ada sekarang ini kita ubah. Tak perlulah kita meletakkan takut kerana kita kalah dalam PRU yang akan datang, kita meletakkan macam-macam syarat kepada Agensi-Agensi Kerajaan. Nak mel, apa, memastikan bahawa rakan-rakan pembangkang, ADUN-ADUN Pembangkang tak dapat berhubung untuk melihat bagaimana pembangunan kawasan masing-masing. Itu saya rasa cara pemikiran yang lama. Jadi yang kita nak lihat, ubah, Malaysia Baru, cara baru, pemikiran baru untuk rakyat yang lebih maju dan lebih agresif untuk melihat apakah yang boleh kita dapati.
Sebab saya yakin dan percaya, walaupun ekonomi negara kita semakin menguncup, tapi Negeri Sembilan akan mengembang. Banyak pelaburan-pelaburan yang akan datang saya rasa, dan mungkin dah datang. Jadi kita nak lihat inilah yang akan kita gunakan sebaik mungkin, hasil limpahan kemakmuran negeri kita untuk negeri kita. Mintak peruntukan daripada Pusat, bawak ke Negeri Sembilan, walaupun kawasan-kawasan yang dinyatakan telah banyak nak dibuat, tapi jadikan satu-satu. Saya mintak ni. Macam kawasan Gemas juga, saya katakan, rumah, rumah apa, rumah kos rendah ataupun rumah PPRT. Saya mintak betul-betul kerana di kawasan Gemas ni masyarakatnya masyarakat luar bandar. Masyarakat yang memerlukan rumah, rumah bawah daripada 80,000.00 ataupun 90,000.00. Saya mintak sama-sama, cubalah bawak. Daripada dah setahun ni, bawak satu pun cukuplah. Bukan daripada pemaju swasta, daripada Kerajaan sendiri. Status tanah di Gemas ni banyak, banyak betul tanah-tanah di Gemas, ni. Dan masyarakat memang memerlukan rumah untuk tempat tinggal dan sebagainya.
Itulah yang kita nak lihat kalau perumahan-perumahan ini dapat diwujudkan di kawasan Gemas, ataupun di kawasan Negeri Sembilan ini, rumah-rumah rakyat, rumah-rumah mampu milik, rumah-rumah
PPRT, maka tiada sebarang permasalahan perumahan pada masa yang akan datang. Kalau kita rancang pada kali ini, dan sekarang nak dilaksanakan, diimplimentasikan, mungkin tahun 2020 atau tahun 2023, rumah dapat diselesaikan. Pembangunan bandar mampan dapat dibangunkan. Apa, institusi pendidikan dapat diwujudkan. Itu yang saya katakan dah sampai masanya untuk kita melihat hasil, walaupun baru 10 bulan ataupun baru satu tahun, tapi kalau dirancang dengan rapi, disusun dengan elok, maka ia akan jadi kenyataan yang cantik. Haa itu yang saya katakan.
Saya nak lihat juga satu lagi, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat kerana memberi kelulusan untuk buat jajaran daripada Gemas ke Bukit Jalor. Alhamdulillah, syabas dan tahniah dan jangan pulak ada tangan-tangan pulak yang nak mengalihkannya. Saya mintak Kerajaan Negeri kalau boleh tahankan. Kalau ada orang berkampung, kampung kita pertahankan. Ada dapat peruntukan, peruntukan Negeri Sembilan, kita pertahanankan. Barulah nampak ekonomi tu berkembang. Gemas – Bukit Jalor, wow cantik. Perjalanan Gemas ke Bukit Jalor tu, ada beberapa tanah-tanah kosong kerajaan, boleh bangunkan bandar ekonomi daripada kawasan Selatan, cantik tak, mesti cantik. Rancang elok-elok. Saya nak cakap lebih-lebih tak boleh, ada perancang ekonomi, ada UPEN-nya, ada UKAS-nya, buatlah. Asalkan jangan ada kepentingan peribadi dan ada kepentingan sendiri. Itu saya mintak sama-sama.
Jadi Timbalan Yang Dipertua …..
Gemas, Gemas. ADUN Gemas boleh celah sikit, boleh? Terima kasih haa. Dato’ Yang Dipertua, tadi ADUN Gemas sekarang 7 bulan, tapi hari ini 11 bulan 15 hari. 11 bulan 15 hari. Kita Pakatan Harapan kita ada janji manifesto, tadi banyak pembangkang ada cakaplah, terima kasih. Tapi kita …..
Terima kasih.
….. belum, 1 minit. Kita tak cakap punya, matrikulasi 25,000 tapi Pakatan Harapan hari ini tambah 20,000 lagi. Itu Pakatan Harapan, tara janji kita tunai. Terima kasih.
Tahniahlah Seremban tu kurang satu nombor tu, 115, cari lagi satu nombor. Jadi yang …..
Yang Berhormat Gemas, tambah 1 minit lagi.
Haa, 1.5 lah.
Sebab 1 minit dicuri oleh Seremban Jaya.
Okay saya tambah lagi. Saya tak ada masalah. Matrikulasi tambah banyak mana pun tak ada masalah. Kita nak lihat outcome-nya nanti, berapa banyak mahasiswa mahasiswi yang dapat, peluang pekerjaan pulak. Dalam keadaan ekonomi yang tidak kukuh dan ma, dan apa, mantap. Itu kita kena fikirkan. Adakah pinjaman PTPTN diteruskan. Kemudian kalau pinjaman tu diteruskan, diluluskan, berapa pulak yang dapat. Dapat 3,000? 300? 2,000? 200? Itu kita kena fikirkan. Jangan kita bangga melahirkan, membanyakkan masuk pada Institut Pengajian Tinggi tapi pinjaman, mereka semua miskin, bukan mereka semua kaya, haa itu saya cakap. Saya dah jawab ya subang, Seremban Jaya. Bagus, terima kasih banyak, respect.
Jadi Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin mintak jugalah untuk diambil perhatian, Masjid Londah. Masjid Londah ni, bangunan dia ada satu structure dia ada tiang besi, masa saya jadi cikgu dulu, masa saya ni, tiangnya dah macam menggerutu. Tapi bila kita mintak peruntukan, kita tambah, dah cantik dah. Dan tiang tu dah masuk dalam batu. Tapi saya takut berapa lama pulak ti, struktur, struktur tiang tersebut akan rosak dan akan merobohkan struktur Masjid Londah tersebut. Saya mintak pengkajian semula dan dapat laporkan kepada sayalah ya. Itu yang pertama.
Yang kedua, saya mintak ja, lampu jalan, pencahayaan negeri. Kita banyak duit.
Yang Berhormat Gemas, masa dah tamat.
Tak apa, ini untuk akhir.
Kalau you tarik masa lagi, nanti kita balik pukul 10:00, bagaimana?
Tak apa, sa, 0.5 minit saja. Saya mintak lampu jalan daripada Londah ke Palong 1 dan Pekan Pasir Besar ke Palong 1. Itu saya mintak. Saya mintak, itu yang saya mintak ya, saya mohon.
Dan akhir sekali saya mohon iaitu MPKK-lah di kawasan Gemas juga. Kalau yang tak dilantik tu boleh dipilih yang lain, pilih je lah. Saya tak ada masalah. Terima kasih. Gomeh menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Silakan Yang Berhormat lain. Kalau tiada …..
Terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih dan silakan Yang Berhormat Lobak.
Ya, terima kasih Timbalan Dipertua kerana beri peluang Lobak ambil bahagian dalam berbahas isu menjunjung kasih titah ucapan Diraja. Tuan Dipertua, yang kami selalu dengar Rantau ke, Kota ke dan Serting sudah ulang-ulang tu, mengutamakan perpaduan dan harmoni. So saya mintaklah, yang ni sokong, saya 100% sokong perpaduan antara bilang kaum. Tapi saya mengharap, harap yang sebelah sana konsisten, konsisten. Jangan bergaulkan politik. Kerana kami dapat sikit video di luar, tapi ni cakap lain. So kami harap, Berhormat Dewan yang mulia ini, yang berjanji sini, yang betul tu, jangan lain di tempat lain. So kami harap ni buat konsisten supaya perpaduan antara kaum tu memang bersatu padu.
Timbalan Dipertua, kami pun sini nak tahu sikit kerana dapat maklumat mungkin ni makna sudah lamalah, tapi saya tak faham, tentang Water Konsortium, saya pun mintak tu satu kes mahkamah, berkaitan dengan itu Water Konsortium. Mungkin Kerajaan tahu, saya harap ni, kes Kerajaan ni …..
Saya mintak Lobak abaikan itu kerana kalau kata itu mahkamah, kita tidak di, diizinkan dalam …..
Yelah, tapi difahamkan ada kes, tapi tak faham apa kes tu.
Tak tak pergi lain tajuk.
Okay, terima kasih. Dato’ Dewan Dipertua, kami pun faham untuk meningkatkan kehidupan rakyat adalah pekerjaan jangka panjang. Boleh cakap ni, hampir akhirlah, kita boleh mendengar cadangan rasional, rasionalisasi yang dikemukakan oleh semua pihak, orang ramai ataupun sesiapa pun. Supaya ini dapat membaikikan utamanya kehidupan rakyat kerana di bilang kaum Malaysia ni susahlah kami nak bersatu padu dan lepas tu kehidupan pun mesti utamakan. Kami berharap Kerajaan Negeri ini dapat utamakan supaya memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat dan tetap sekali.
Pembinaan sosial berkaitan rapat dengan kebahagiaan dan kesejahteraan rakyat berdasarkan perkembangan ekonomi, ekonomi paling utamalah. Kalau tanpa ekonomi yang stabil, macam-macam akan menjadi. Macam-macam akan terjadi. So kita harus memberi perhatian lebih kepada pembinaan sosial, memberi tumpuan kepada mempastikan dan meningkatkan kehidupan rakyat, menggalakkan pembaharuan sistem sosial, perbagai perkhidmatan awam, meningkatkan perutusan sosial dan membuktikan keadilan sosial. Jikalau tanpa keadilan tu, di rumah satu mak, adik beradik pun akan bergaduh, tak akan cakap satu Malaysia ni yang berbilang kaum. Keadilan amat diutamakan. Kalau tidak, macam ni saya ulang lagi, di rumah satu rumah, adik beradik pun akan bergaduh. So kami berharap, berharap ni, semasa keadilan sosial, dan usaha untuk menjadikan semua orang belajar dan mengajar dan mempunyai pendapatan yang patutnya, dan mempromosikan masyarakat yang harmoni. Yang ni, dihujah, tadi Duli Yang Maha Mulia tadi, so kami kena sokong.
So selain tu, Timbalan Dipertua, pendidikan adalah landasan remaja kebangsaan dan kemajuan sosial. Kita mesti meneruskan dalam pembangunan utama pendidikan, melaksanakan dasar pendidikan parti, secara komprehensif, mematuhi pendidikan untuk berkhidmat pemodenan sosial, berkhidmat kepada rakyat, menganggap orang sebagai tukang asas pendidikan dan memupuk pembinaan sosial yang sepenuhnya dibangun dalam pembangunan modal intelektual dan ekstrem.
Timbalan Tuan Dipertua, pengganti promosi pekerja berkualiti tinggi, pekerjaan adalah sah kehidupan dalam masyarkat. Keadaan penting untuk menjaga dan membaiki kehidupan rakyat dan menjadi landasan strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosial dengan fokus untuk meningkatkan kehidupan rakyat, lakukan segala kemungkin untuk meningkatkan pendapatan penduduk.
Timbalan Dipertua, kami difahamkan pagi ni dapat maklumat, bahawa Kerajaan Negeri ini akan memajukan perindustrian di Nilai, yang di negeri ini kami berjumlah 52 perindustrian berat, sederhana dan ringan. Kami berharap semasa memajukan industri pembangunan perindutri, yang tenaga semua, TVET, TVET yang di Negeri Sembilan ini, kami pun difaham amat dipenting oleh semua lapisan, tapi kami difaham yang TVET-TVET ni murid-murid, yang murid itu hanya diisi dengan 60% saja. Erti cakap ni, di TVET-TVET di Negeri Sembilan masih ada 40% kekosongan untuk diisi murid-murid dari berbilang kaum di negeri ini. So kami berharap, berharap promosi, promosi untuk TVET ini, kami harap semua perhatian termasuk pembangkang sini, anak-anak dari kampung, Palong ke, ataupun Gemas ke, lain-lain tu, kami bergerak tu, Seri Menanti ini orang kaya tempatlah. Kami berharap orang Cina ke, orang India, sama-sama haa, ambil bahagian dalam tu pendidikan TVET. Jikalau tanpa pendidikan TVET, macam mana nak majukan perindustrian berat, sederhana dan ringan tu, tak akan maju.
Cakap dengan teori senang. Tapi praktikal nak rancangkan, ini amat, amat susah. So kami harap Kerajaan Negeri ini mengutamakan, jangan bazirkan yang kosong tu, 40% yang untuk murid-murid, mungkin kami boleh cakap, saya menyuarakan dan mencadangkan di Dewan yang mulia ini atau berilah, berikan agensi-agensi terus masuk ke sekolah. Kami ada sekolah SK, menengah ka, lain-lain sekolah tu, yang menengah tu, terus masuk, dan mendapati mereka, pastikan mereka yang tidak suka belajar, atau tadi pagi yang cakap ni, yang ponteng sekolah tu, belajar sikit kema, sikit kemahiran. Bila dapat belajar sikit kemahiran, sekurang-kurang tu dapat membantu pembangunan industri dan lagipun menstabilkan sosial.
Dan baru-baru ini saya , Timbalan Dipertua, baru ni saya pun ada melawat ni ke Penjara Seremban ni. Penjara Seremban ni dia boleh isi lebih kurang 900 orang. Tapi yang minggu lalu, dia sudah penuh hingga 1,000 orang. Saya didapat makluman tu, jikalau ikut kiraan, belanja kosnya seorang 42.00 ringgit, termasuk gaji pegawai ke, makan dan minum, apa sekali, seorang kosnya 40.00 ringgit sehari, sehari. Jikalau ikut kira, kiraan macam ni, satu bulan, jikalau kira 1,000 orang,
dan kami kira ikut setahunan, kiraan saya lebih kurang 14.2 juta untuk belanjaan dalam penjara saja.
So kami berharap, utamanya Jabatan Pendidikan, utamakan pendidikan, kami ber, nak cakap jumlah jenayah mungkin susah, kami berharap orang Cina ke, orang Melayu dari kampung ke, India gangster ke, mesti dikurangkan, mesti dikurangkan. Kami berikan pelajaran, pendidikan atau pelajaran yang lebih baik yang lebih boleh membantu mereka cari makan, cari kerja, tak akan mereka pergi cari jenayah. Tapi dengan kiraan ni, seorang 40.00 ringgit sehari, Kerajaan lagi bayar lebih tinggi untuk menghidupan satu orang jenayah.
Kami berharap, Kerajaan ni betul-betul mengkaji semula, apa dasarnya kena mengkaji betul-betul, tak akan bilangan jenayah menaik tinggi, yang di lokap ni naik tinggi, belanjaan lagi tinggi. So kami harap ni, pihak-pihak berkenaan tu ambil serius sekali, kami buat satu target supaya berkurangkan haa, yang di lokap, orang yang di lokap ni kami kurangkan dan jimatkan wang tu untuk membantu orang-orang miskin, orang miskin.
Timbalan Dipertua, lepas ni saya mahu sentuh sikit perkara kawasan saya. Ini sudah ulang-ulang, berulang-ulang berapa kali, masalah lembu bergaduh, anjing liar, sudah lama sangat. Kawasan saya bulan lepas hanya di Taman Makmur satu budak kecik, 8 tahun, satu orang tua 73 tahun, digigit oleh anjing. So kami harap, harap Kerajaan ni nak buat siasatan ke, tolong cepatkan. Jangan tunggu lagi kerana saya, di kawasan saya satu orang Thai, orang Thailand dia buat masak ni, dia boleh jaga 250 ekor anjing, mungkin kawasan dia tak cukup kesihatan atau tak cukup kawasan. Kami mintak Kerajaan kasi bantuan dia, bukan halau dia. Bantuan dia macam mana menaik taraf yang kebersihan atau syarat-syarat kena ikut tu, kita bantu dia. Dia satu orang boleh handle 250 ekor anjing. Tapi kami Kerajaan macam mana nak buat satu setle sudah berapa bulan, tak boleh ditunaikan. Tapi masalah masih ada. Saya cakap ikhlas sekali. Setiap minggu pusat khidmat saya sekurang-kurang satu kes aduan anjing liar. Dan lembu lagi, pagi saya pun terima gambar di Desa Temiang, sorry-lah cakap ini kerana penternak lembu itu orang UMNO, saya tak tahu dia apa masalah tau, sudah jumpa dia, panggil dia jaga baik-baik lembu, bukan apa tau, takut berlakukan accident. Jikalau motosikal langgar, lembu tak mati, orang mati.
Berhormat, Yang Berhormat Lobak, tinggal masa 1 minit lagi.
Tak apa, ini utama jugak. So kami harap bukan, tak tahu dia, tak dengar, tak terima nasihat, kami berharap pihak yang berkenaan tegas sekali, jalankan tindakan yang jikalau dia nak cabar kekuatan Kerajaan baru ni, kami saman dialah atau tangkap lembu tu.
So Tuan Timbalan Dipertua, last sekali kami nak timbul 2 perkara lagi, yang tu Temple Flat tu. Kami ucapn terima kasih kerana MB bila dia dilantik sebagai MB, I think lawatan yang pertamalah, dia lawatan ke Temple Flat bersama sekali Menteri Pengangkutan sudah sama-sama berjanji nak buat lif baru. So lepas kajian, kami haraplah, nak tahu apa status yang terbaru. Kami harap janji tu kena ditunaikan. Jangan tu, yang penduduk sana memang ini setiap minggu jikalau tak salah you boleh check ini kontraktor, sekali sebulan, seminggu berapa kali rosak kerana ramai tu orang tua, orang budak. So jikalau, dia pun jumpa saya, sebagai Wakil Rakyat you cuba tinggal, tinggal di tingkat 10, berjalan kaki. Bila masa malam tu jikalau lif rosak, macam mana …..
Yang Berhormat Lobak.
Last sekali.
Masa dah tamat.
Last sekali. Itu kawasan yang dulu saya Bahau tu, saya terima surat dari komuniti Bahau, dia NGO ni dia memilih satu orang tu wakil supaya nak bin, nak mohon tanah di IOI. IOI sana ada 16 ekar kawasan Wawasan, tanah rizab untuk sekolah, jikalau cakap Wawasan ni untuk sekolah Tamil, Melayu dengan sekolah Cina. Tapi saya difahamkan selain dari Tamil dapat 5 ekar, yang 11 tinggal itu, saya nak tahu apa status yang terbaru. Tapi yang wakil dari komuniti Bahau tu sudah menghantar surat untuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ampangan dan pun ada kasi DUN Bahau, EXCO Bahau, kami harap, harap betul-betul ditimbangkan. Jangan seperti Barisan Nasional, Kerajaan dulu, buat saya tak ada semangat langsung haa. Jikalau dia, jikalau itu satu hal pun tak boleh buek …..
Yang Berhormat Lobak, sila berhenti.
Terima kasih. Itu saja. Saya sokong, Lobak ni sokong isu,usul ini. Terima kasih.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya silakan Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada 22 haribulan April 2019.
Salam sejahtera dan selamat petang. Timbalan Yang Dipertua, titah ucapan baginda menyentuhkan perpaduan dan keharmonian di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional amat penting sebab hanya dengan semangat sejiwa sehati, negara dan negeri tercinta kita dapat maju ke depan kecemerlangan. Semua pihak sama ada parti yang memerintah atau parti pembangkang, wajib sentiasa memperingatkan nasihat tuanku dan tidak mempermainkan isu-isu perkauman dan agama demi kepentingan peribadi.
Timbalan Yang Dipertua, Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Menteri Besar; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun sentiasa berusaha menyatukan anak-anak Negeri Sembilan dengan pelbagai aktiviti. Baru-baru ini pada bulan Februari, Negeri Sembilan telah diberi kehormatan sebagai tuan rumah untuk Majlis Tahun Baru Cina 2019 Peringkat Nasional yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dengan, ini menunjukkan keyakinan Putrajaya terhadap Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di samping memperkenalkan keindahan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan domestik. Syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Timbalan Yang Dipertua, sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Sungai Ujong Walk yang diusahakan oleh ADUN Kepayang adalah satu insentif PPP (Private Public Partnership) yang membolehkan persatuan Tiong Hua dari semua suku untuk mempamerkan keistimewaan budaya mereka masing-masing. Ini mengeratkan perpaduan orang Cina dari sukunya, dari suku yang berlainan. Nenek moyang keturunan Cina ni, berasal dari Wilayah yang berlainan dan bukan terhad kepada satu Wilayah. Dan mereka mengamalkan loghat ataupun bahasa serta budaya berlainan. Tidak saja kaum Cina dapat manfaat, tetapi juga
kaum lain. Ini membantu menyatukan semua kaum. Syabas saya ucapkan kepada YB Nicole Tan. Dengan mengetahui kebudayaan, salah faham antara kaum akan mengurangkan dan perpaduan meningkat. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, kita semua satu keluarga, satu bangsa, bangsa Malaysia. Inilah lambang perpaduan dan keharmonian yang disebut tuanku.
Timbalan Yang Dipertua, sukan juga membi, membimbing dan menguatkan semangat kebersamaan negara kita yang berbilang kaum. Kerajaan baru ini berusaha membina lagi banyak gelanggang bola keranjang, futsal, badminton dan juga padang bola sepak. Sukan menyatukan kaum dan memupuk kesaudaraan. Semangat persaingan menjadikan kita ini lebih kompetitif, selain dari amalan kesihatan yang baik. Penglibatan sukan akan membantu belia-belia menjauhi daripada kegiatan yang tidak sihat dan jadi penarik belia ke sekolah. Dengan kesedar, dengan kesedaran ini Kerajaan wajib dengan secepat mungkin menyediakan fasiliti sukan di pusat bandar raya mahupun di luar bandar. Seperti di kawasan saya, di Pekan Bukit Pelanduk, Kampung Sawah, Kampung India, mohon kelengkapan gelanggang dan padang diusahakan dari peringkat awal sewaktu perancangan, kalau boleh semua pekan wajib ada plan perancangan ataupun master plan untuk setiap pekan supaya pembangunan tersusun atau teratur dan bukan semata-matanya mengikut sesuka hati.
MVV 2,0 atau 2.0 yang diusahakan Kerajaan Pakatan Harapan juga wajib menyediakan kemudahan sukan dalam perancangan. Tapak mesti dikenal pasti dan reserved sekarang jugak sebelum harga tapak tersebut jadi terlampau mahal. Sementara ini, tapak tersa, tersebut boleh digunakan oleh pemilik sehingga Kerajaan siap sedia untuk membeli pada waktu yang ditetapkan. Selain dari tapak sukan, MVV 2.0 wajib menyediakan tapak perumahan mampu milik dan kawasan dikenal pasti dengan harga tanah yang ditetapkan sebelum infrastruktur dibinakan. Sebab persiapan infrastruktur itu akan meningkatkan harga tanah tersebut. Jadi kalau kita sekarang sudah kenal pasti, sudah tenti, sudah tentu rumah mampu milik itu jadi rumah mampu milik dan bukan rumah mampu tengok, ya.
Timbalan Yang Dipertua, se, selain dari itu, sekolah juga menjadi tempat perpaduan yang penting terutama di Sekolah Menengah dan jugak pusat pengajian tinggi. Tumpuan sekolah adalah pendidikan dan bukan perkara yang tiada berkaitan dengan membina seorang warga yang bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada negara. Warga berbilang kaum dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil akan melanjutkan pelajaran mereka di SMK. Oleh demikian, amat pentinglah
kemudahan di SMK dipertingkatkan supaya guru-guru dan murid-murid belajar dalam keadaan selesa.
Penyelenggaraan seperti penghawa dingin dan kipas di sekolah dalam keadaan baik, keadaan padang, pagar dan semua kemudahan wajib dipelihara dengan baik. Ini akan memberi kenangan manis kepada semua di samping mengadakan tempat yang selesa untuk pelajar dan juga guru-guru. Murid-murid yang berbilang kaum juga patut diperingatkan bahawa kemudahan tersedia adalah tanggungjawab mereka masing-masing. Amalan ini akan mengurangkan kes ponteng dan kegiatan kurang sihat. Jadi, saya mohon usahasama antara pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kerajaan Negeri untuk memastikan segala kemudahan sedia ada dalam keadaan baik. Berusahama antara sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil harus digalakkan mere, mereka harus ada perhimpunan bersama.
Prestasi pendidikan di Negeri Sembilan sungguh menggalakkan. Saya mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan yang telah mencapai kedudukan kedua di peringkat nasional. Syabas kepada semua guru-guru dan murid-murid Negeri Sembilan.
Timbalan Yang Dipertua, bank, pejabat pos, pasar awam, balai bomba dan balai raya amat penting untuk pembangunan sebuah pekan. Pelangkapan atau kemudahan ini wajib disiapkan dengan kadar segera demi kepentingan pembangunan, keselamatan dan kesejahteraan pekan. Perancangan luar bandar wajib jugak memastikan kegunaan tanah di zon masing-masing. Kalau boleh, semua kawasan di bandar atau di pekan tu harus dizonkan.
Syarikat yang mencemarkan alam sekitar wajib ditutup segera dengan tindi, dengan tindakan keras supaya kejadian Sungai Kim Kim tidak diulangi di mana-mana jua. Di Kampung Baru Site C, Tanah Merah, terdapat sebuah syarikat yang menyimpankan beribu-ribu tong, tong yang, yang mengandungi lebih kurang 200 liter setiap tong, yang mengandungi slouch yang akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar masih ada di tapak. Ini membahayakan kesihatan mahupun nyawa penduduk berhampiran. Saya menyeru kepada Pejabat Daerah, MPPD dan JAS untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.
Di Pekan Bukit Pelanduk pula, ada sebuah factory ataupun kilang yang menyimpankan plastic waste untuk recycling. Dan saya mendapat tahu yang mereka masih mendapat bekalan plastik dan dipercayai kilang itu jugak cuba memproseskan plastik itu. Proses recycling ini akan mengakibatkan kecemaran udara, kecemaran alam sekitar. Dan saya
juga menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan sekeras-kerasnya untuk memberhentikan kegiatan mencemarkan alam sekitar ini.
Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin merujukkan kepada hujah ADUN Rantau pada hari Selasa yang lalu mengenai hutang negara. Rantau menegaskan bahawa Menteri Kewangan harus tidak mengambil kira accrual. Penyerahan Kementerian Kewangan dari Kerajaan BN kepada Kerajaan PH atau Pakatan Harapan wajib termasuk accrual. Dan saya telah google apa itu accrual. Dengan izin, accrual ini adalah satu caj for, a charge for work that has been done but not yet invoiced, for which provision is made at the end of a financial period. Bermaksud, ini adalah bayaran untuk kerja yang telah dilaksanakan tetapi belum lagi menerima bayaran. Jadi sewaktu penyerahan Kementerian Kewangan dari Kerajaan dulu ke Kerajaan baru, harus memasuki accrual sebab accrual ini penting. Ini seperti jugak, kalau kita ni dapat P&L atau profit and loss account, itu kena masuk accrual jugak sebab accrual itu memang satu hutang yang wajib dibayar, dan bukan wajib, dan bukan sesuatu yang direkakan. Ini memang …..
Yang Berhormat Chuah, masa dah tamat.
1 minit haa, okay. ADUN Rantau juga menyentuhkan ECRL. Kalau kita beli baju, kita mengikut ukuran dan tidak membeli baju yang lebih besar atau lebih kecil haa. Negara kita mengikut Menteri Kewangan tidak mampu 65.5 bilion ringgit untuk ECRL. Bayaran bunga saja untuk projek tersebut melebihi 500 juta. Mengikut laporan terbitan The Star bertarikh 29 haribulan Januari 2019, Pakatan Harapan juga menyemak, juga mahu menamat …..
YB Dato’ Speaker.
Ya.
Kita tak boleh rujuk kepada surat khabar ya. Peraturan, itu peraturan, peraturan Dato’ Speaker.
Tak boleh ya. Okay, tapi mengikut …..
Dato’ Speaker, Timbalan Speaker …..
Mintak yang, Yang Berhormat Chuah, masa dah tamat.
Haa okay.
Biar saya habis punya.
Tak ada, cukup. Kalau berdegil sangat, kita balik pukul 10:00.
Okay okay.
Saya mintak tolong duduk.
Okay, kalau begitu, dengan ini Chuah menyokong usul menjunjung kasih ucapan Diraja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Saya silakan Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Timbalan Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Dipertua Dewan kerana memberi pluang, peluang kepada saya mengambil bahagian dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Timbalan Yang Dipertua, pertama saya yang, apa yang saya nak bangkitkan, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kali ini Dewan telah menambahkan harian persidangan Dewan. Inilah yang pada penggal lepas yang Mambau yang bangkitkan soalan ni, dan dapat kelulusan permohonan, kelulusan dari Dewan. Saya, jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana ini akan memberi lebih ruang lagi kepada
setiap ADUN dan jugak membagi pandangan-pandangan mereka untuk kebaikan rakyat jelita [jelata].
Timbalan Yang Dipertua, saya ingat ini sayalah pembahas yang terakhir. Saya cuba pendekkan sajalah. Jadi bagi projek keretapi ECRL, Barisan Nasional di sebelah sana, jangan salah faham mengapa masa dulu kita PH tidak sokong dan bantah projek ECRL ini. Dan sampai hari ini Kerajaan PH meneruskan projek ini pulak …..
Dato’ Timbalan Speaker, boleh saya bercakap sikit.
Saya tidak dibenarkan.
Tadi Dato’ Manickam bawak isu yang sama, tidak dibenarkan bercakap sebab telah pun diulas oleh Rantau sebelum tu. Jadi saya jugak beri pandangan yang sama supaya Mambau tidak lagi bawak isu ECRL.
Tak tak tak. Saya tak bagi, saya tak bagi laluan. Izinkan saya mencelah sikit sahaja. Iaitu sebelum ini kami membantah, PH membantah kerana kos perbelanjaan pembinaan landasan kereta api ni terlampau tinggi. Dan sekarang ini Kerajaan PH telah dapat berunding dengan Negara China dan dapat menurunkan kos perbelanjaan. Jadi Kerajaan PH sambung balik, teruskan projek ECRL ini. Kalau tidak berunding, negara kita kena bayar pampasan kepada Negara China di mana perjanjian telah ditandatangi oleh Bossku pada zaman dulu.
Timbalan Yang Dipertua, atas perkara keretapi ECRL, di samping itu juga saya ingin membangkitkan satu perkhidmatan kereta api pula menghubungkan Port Dickson dengan Seremban. Untuk pengetahuan bahawa landasan kereta api Port Dickson ke Seremban ini dibina pada tahun 1891, lebih kurang tua sudah 128 tahun. Jaraknya ialah 30km dari Port Dickson ke Seremban dan melalui beberapa kawasan di Jalan Rasah, Mambau, Siliau dan Port Dickson. Dan perkhidmatan untuk pengangkutan barangan telah berhenti urusan pada tahun 2008 iaitu 11 tahun yang lepas.
Timbalan Yang Dipertua, isu untuk membaik pulih landasan kereta api yang sedia ada ini pernah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, pada 2 tahun yang lepas, dan Yang Berhormat Rantau pun ada sokong
dan setuju untuk mengkaji semula untuk membaik pulih lan, landasan kereta api lama yang sedia ada, dihidup kembali dengan keutamaan kepada usaha untuk menarik pelancong dan juga dapat memastikan projek terbabit ini seiring pembangunan Lembah Wawasan Malaysia, MVV, supaya yang akan membentuk satu bandar raya yang moden.
Jadi, sebelum ini, bekas Menteri Besar; ADUN Rantau memang ada bergurau dengan saya, pada masa 2 tahun lepas, apa yang dia nyatakan, kalau Mambau, pada penggal ni masih duduk di dalam Dewan ini, dia akan buat stesen di Mambau. Jadi, saya berharap projek ini akan diteruskan dan saya berharap ADUN Sikamat; Menteri Besar boleh meletakkan satu stesen yang canggih di Mambau.
Jadi, perkara yang kedua, merupakan satu isu yang hangat, yang pagi sudah ada dibincang dan dibahaskan ada, oleh beberapa ADUN iaitu rumah terbiar dan tapak kosong tidak dijaga dengan baik. Dan saya dari jawapan soalan apa ni EXCO Bahau yang menyatakan ada jumlah 796 unit rumah sudah hantar notis kepada mereka untuk tidak menjalankan pembersihan, maka akan tuntutan harta. Jadi ini, maksud saya adalah satu keperluan untuk saya bercadang kepada pihak PBT supaya buat pindaan terhadap pemilik-pemilik yang enggan membersihkan premis-premis mereka.
Saya bercadang men, menaikkan atau meningkatkan cukai taksiran MPS atau MPN atau cukai tanah kepada pelimik, pemilik-pemilik premis yang degil kerana kelakuan mereka telah menimbulkan pelbagai masalah kekotoran di persekitaran tempatnya. Kerana mereka ada wang, beribu, beratus-ratus ribu untuk beli rumah, beratus-ratus ribu untuk membeli tanah, tetapi tak mampu menjaga tanah atau rumah mereka sendiri. Jadi ini tidak adil kepada orang lain di, yang di tinggal di sebelahnya. Atau cadangan kedua ialah mencajkan kos pembersihan daripda MPS, MPS ke dalam bil cukai taksiran mereka. Tuan mencajkan ke dalam bil cukai taksiran tuan pemilik premises, premis dan untuk tapak tanah kosong, kos perbelanjaan bil masuk ke cukai tanah tahunan.
Tuan yang, Timbalan Yang Dipertua, perkara seterusnya saya ingin, saya ingin mohon kepada Kerajaan Negeril-lah iaitu apakah perkembangan status terkini projek pembinaan rumah orang tua atau rumah Seri Kenangan Seremban, yang ber, yang akan dibinakan di Jalan Han Hui Foong, Seremban. Dan juga pada EXCO Kebajikan iaitu apakah langkah-langkah atau strategi Kementerian, Kementerian menghadapi negara tua menjelang tahun 2030. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat jawab pada gulung semasa gulung.
Jadi, Timbalan Yang Dipertua, saya di sini memang ada banyak aduan tempatan penduduk dan soal sosial. Tapi saya memilih, saya akan terus merujuk kepada pegawai-pegawai jabatan yang terbabitlah kerana pada saya pentas Dewan yang mulia ini lebih sesuai untuk ADUN-ADUN untuk mencadangkan pindaan-pindaan dasar yang baru demi kesejahteraan rakyat.
Ya, akhir sekali Timbalan Yang Speaker, Yang Dipertua, saya ingin memohon kepada pihak di sebelah sana, tak perlulah ketuk-ketuk atau sentiasa buat teguran yang tidak munasabah kepada Kerajaan PH Negeri Sembilan. Segala cadangan atau pandangan yang munasabah dan proaktif, kita di sebelah sini akan terima dan diper, dipertimbangkan. Tolonglah bagi masa dan peluang kepada Kerajaan PH Negeri Sembilan kerana Barisan Nasional dah jadi Kerajaan 60 tahun tapi, tapi mengapa tak boleh bagi peluang kepada Kerajaan PH Negeri Sembilan yang hanya satu tahun saja.
Saya bagi satu contoh, kalau kita tanam sepohon pokok durian, pun kena tunggu hasilnya sepanjang 5 tahun, barulah ada durian. Dan, dan Kerajaan PH Negeri Sembilan memang tak akan tunggu 5 tahun untuk durian jatuh. Ini durian Musang King tau. Ni durian Musang King. Kerajaan PH Negeri Sembilan akan berusaha sedaya upaya dalam 5 tahun ini untuk menjalankan tugas demi kebaikan dan keperluan rakyat. Dan semasa 5 tahun, sampai hari kelak, rakyat akan tentukan durian musing king, Musang King ini sedap atau tak sedap. Kita kena tunggu 5 tahun. Kalau tanam keledek, kita 3 bulan bolehlah. Jadi apa yang saya cuba nyatakan, berikan peluang atau masa kepada PH Negeri Sembilan untuk menjalankan tugas. Jadi, selepas 5 tahun terpulanglah kepada rakyat jelita [jelata] untuk memilih pimpinan Kerajaan mereka. Saya amat yakin sekali bahawa pucuk pimpinan PH Negeri Sembilan di bawah ADUN Sikamat, akan berjaya memulihkan keadaan ekonomi dan nasib anak-anik, anak Negeri Sembian akan terus terbela.
Jadi akhirnya saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih Tuan Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita telah pun mendengar perbahasan oleh Ahli-ali Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Seterusnya saya mohon pihak Kerajaan untuk menjawab, esok iaitu 25 haribulan April, 2019. Cadangan menangguhkan mesyuarat Dewan atau penangguhan perbahasan adalah bawah perintah, Peraturan Perintah 5(b).
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya akan menangguhkan persidangan kita, persidangan ini akan disambung pada hari Khamis, 25 April 2019 bersamaan 19 syaaran, Syaaban, 1440 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 6:00 petang]