Negeri Sembilan · 25 April 2019
14th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 827 turns · 46,822 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi.]
Membaca Doa
Susunan mesyuarat, Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Saya dimaklumkan dalam Dewan ini, ditangguhkan dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja semalam. Pada hari ini pihak Kerajaan akan menjawab dalam sesi penggulungan perbahasan. Satu agenda juga ada pada hari semalam, iaitu 24 April 2019 iaitu perkara 5 hingga perkara 8, berkenaan Usul Jawatankuasa Terpilih (NESCAT), Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT), Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) dan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan berkanuan, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat (JP-ABAS) akan dibincang pada hari ini, 25 April 2019 sejurus selepas selesai sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja, iaitu untuk penggulungan, sidang seterusnya akan disambung dengan agenda yang ditetapkan pada hari ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, kita, saya
harapkan Yang Berhormat yang budiman, dapat kita jaga masa hari ini dengan sebaiknya dan kita bercakap dengan penuh adab dan penuh toleransi, inshaa Allah, kita, kita akan teruskan persidangan ni dengan sebaik yang mungkin. Dan kita akan tamatkan mengikut jadual yang kita tetapkan, inshaa Allah.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).
Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Temiang. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, semua projek High Speed Rail (HSR) telah ditangguhkan seperti mana pengumuman oleh Kerajaan Persekutuan. Jumlah kos keseluruhan bagi projek HSR tidak dapat dinyatakan kerana terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Terima kasih.
Tak ada soalan tambahan. Kita pergi kepada soalan yang kedua, Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Kerajaan Negeri Sembilan melalui belanjawan 2019 yang lalu telah menubuhkan Tabung Usahawan Negeri Sembilan dengan dana permulaan sebanyak RM3 juta untuk
membantu dan meningkatkan pembangunan usahawan di negeri ini. Maka, permohonan-permohonan bolehlah dikemukakan untuk kita menyalurkan dana ini.
Kerajaan melalui agensi MARA, seperti MARA menyediakan kursus/latihan keusahawan di dalam peningkatan standard kualiti makanan seperti Persijilan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) kepada pengusaha premis makanan melalui kerjasama Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan persijilan Halal melalui kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan (Pengurusan Halal) kepada usahawan-usahawan yang memohon dan memerlukan persijilan halal. Sekian Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Klawang.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Pertamanya dalam soalan saya tu, iaitu tanyakan tentang geran bukan pinjaman, geran. Mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memberikan geran kepada apa ni, kepada peniaga-peniaga gerai nilah, pengusaha-pengusaha gerai ni, di tepi jalan ni, untuk food valley ni ya.
Dan yang kedua dia, bimbingan ataupun didikan tadi, yang, apa yang, yang sebelum ni saya ingat tak ada lagi agensi yang, yang memberi bimbingan. Jadi kalau ada bagi bimbingan tu, saya ingat boleh terus ya, untuk kita tackle mereka ini, kita beri bimbingan tentang kualiti produk ya, tentang penjagaan keselamatan makanan, dan sebagai dia. Jadi, bimbingan ini walaupun pihak MARA telah ada, tapi dia tak menjurus kepada saya kata tadi, kepada pengusaha-pengusaha di food valley ini.
Dan satu saoalan lagi, iaitu berapa ramai dah, kalau pun nak katakan tadi dah jawab, ada mereka bimbingan, berapa ramai yang dah menerima bimbingan daripada agensi-agensi Kerajaan ini? Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tabung usahawan ni sebenarnya yang, yang, yang di, akan diberikan ini
merupakan geran ya. CAP yang kita letakkan adalah untuk seorang usahawan sebanyak 3,000.00 ringgit. Statik untuk yang dah mendapat kursus ni, saya mohon untuk dijawab melalui bertulis. Tetapi inisiatif untuk mengumpulkan ya, pengusaha-pengusaha di kawasan ini iaitu seramai, yang setakat ini seramai 180 orang peniaga di bawah MDKP, kita akan mengumpulkan mereka dan memberi penerangan ya, selanjutnya dengan kerjasama pihak-pihak tertentu yang, yang ber, boleh bersama ya, memberikan kursus-kursus yang diperlukan.
Dato’ Dipertua, sikit lagi, saya tak jelas tadi. Iaitu sama ada geran, tadi, jawapan yang pertama tadi pinjaman. Lepas tu bila tanya geran atau pinjaman, tadi Yang Berhormat Klawang jawab geran. Mana satu ni yang, yang betul dia. Kalau betul geran, saya mintak dia orang terus buat permohonan kepada Kerajaan Negeri.
Mungkin saya tersilap sebut di awal tadi, dia geran sebenarnya.
Saya teruskan soalan …..
Dato’ Speaker.
Ya.
Saya bertanya sikitlah pasal soalan lisan ni. Semalam dalam sesi membahaskan usul saya ada highlight-kan berkaitan dengan turutan soalan lisan ni kan. Contohnya saya di Johol, hari pertama nombor 24, hari kedua nombor 20, hari ni nombor 28 ya. Kerana ada soalan-soalan lisan ni memerlukan soalan tambahan. Jadi saya harap biarlah turutan ni, hari-hari lambek yo kan, tak, tak, pun kacau jugak kan. Langsung tak boleh bercakap sebenarnya kan.
Sekarang ni, permintaanlah ni?
Haa, permintaan.
Okay saya bagi. Silakan, teruskan, teruskan, jangan duduk.
Tuan Dipertua, Johol soalan, soalan 28, soalan 1 ya.
Okay, terima kasih Johol.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada YB Johol. Setakat ini, tiada peruntukan Kerajaan Negeri untuk memasang lampu jalan di Jalan Persekutuan. Di bawah Program Dasar Pencahayaan Negeri, peruntukan yang diluluskan adalah bagi pelaksanaan lampu jalan di Jalan Kampung di bawah Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Daerah dan lampu jalan di Jalan Negeri di bawah Pentadbiran JKR. Ini menggunakn duit MARRIS. Itu yang dapat saya sampaikanlah. Tapi walau macam mana pun, kalau ada permintaan-permintaan baru, mungkin kita akan bawak pada tahun yang akan datanglah.
Soalan tambahan. Dato’ Tuan, Dato’ Tuan Yang Dipertua, saya sedia maklum jawapan daripada Lobak tadi mengatakan tiada peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Dan ada dia punya alternatifnya ialah daripada, sorry Labu, maaf. Soalan dari, ni, ada alternatifnya iaitu penggunaan peruntukan MARRIS kan. Benda ni terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri. Jadi saya amat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan secara serius because benda ni dah berlarutan lama kan, permohonan ini dah lama ya, dan sebab keperluannya tu bagi saya amat mendesak sekali. Kerana kemalangan-kemalangan ya, di kawasan itu disebelah malam dan gelap ya. Jadi saya dan, ada orang-orang kampung yang bekerja di Tampin kan, di Seremban balik melalui jalan tu pada tengah-tengah malam naik motor kan. Jadi saya harap benda diambil perhatian yang lebih serius.
Saya boleh nyatakan bahawa semua ADUN hendaklah proaktif, proaktif ni menyatakan kawasan masing-masing, berapa batang lampu yang nak, apa semua, saya nyatakan ni supaya jangan nanti salah mana-mana pihak ya. Sebagai ADUN, tuan-tuan kena prihatin di kawasan mana dalam kawasan tuan-tuan yang gelap, satu. Priority-nya kena tau ya. Yang kedua, kita ada saluran boleh kita mintak, melalui pejabat JKR ataupun Pejabat Daerah.
Dan kalau perlu nanti, saya akan cuba dapat direct daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk dapat menggunakan mana-mana vot yang tidak dibelanjakan lagi untuk ini, daripada negeri-negeri lain. Itu, itu cara saya bekerja. Untuk itu, saya perlukan senarai tu dengan serta merta daripada tuan-tuan semua. Jangan nanti dah lama, dah lama, senarainya tak ada, tempatnya tak ada, tak, tak spesifik ya. Tolong turun, tengok dan nyatakan bilangan secara spesifik, baru kita boleh buat apa ni, pemantauan dan inshaa Allah kita ambil tindakan. Itu yang boleh saya, saya nyatakanlah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa istilah aktif proaktif ni kan, saya, saya dah proaktif dah daripada yang pertama dulu, saya dah mohon, dah maklumkan dalam Dewan yang mulia ini. Berkaitan dengan masalah ini kan. Jadi, tidak timbul masalah kita ADUN kawasan tidak aktif dalam memperjuangkan untuk mendapatkan lampu jalan ini kan. Tapi ini ialah budi bicara dan jugak cara, kaedah mana Kerajaan Negeri nak melaksanakan. Kalau tak boleh daripada peruntukan luar bandar ya, boleh gunakan peruntukan MARRIS sepertimana dinyatakan tadi. Jadi siapa yang aktif, siapa yang tidak aktif dalam hal ini. Haa itu kita kena ambil kiralah ya.
Saya nak jawab itu sebab apa, tuan-tuan hanya menggunakan Dewan ini untuk bercakap. Saya tak ada masalah. Tapi lebih aktifnya, baiknya berjumpa dengan terus kepada Pegawai Daerah ataupun Jurutera Daerah yang tahu sebenarnya. Dan dia boleh diselitkan nanti kalau ada, saya bermesyuarat sekarang ni setiap bulan. Tetiap bulan, dan setiap kita tahu mana projek yang kita nak jalankan. Jadi tak timbul masalah macam tahun dulu, sebelum saya masuk dulu, saya dapat minit mesyuarat selepas 6 tahun, tak pernah bermesyuarat. Tu tolong jangan salahkan kita. Sebab tu Johol tak ada lampu ya. Ini, saya, saya nyatakan tu supaya tuan-tuan kita kerjasama. Kerjasama cepat. Saya akan bantu. Ya. Jangan itu sebab kata kalau nak tunggu dalam Dewan saja, kita tak boleh, tak cukup. Kena jumpa kena pergi, tempat, dan saya bersanggupan untuk pergi tempat, tengok tempat yang tuan-tuan cakap itu. Kalau betul katanya, berbahaya dan gelap ya. Itu saja.
Tuan Yang Dipertua, soal pembangunan ni …..
Jap jap jap.
Soal pembangunan ni.
Soalan tambahan ke apa?
Soalan tambahan. Soal pembangunan saya nak jelaskan apa yang sebutkan oleh Labu tadi. Soal pembangunan ini adakalanya ialah permintaan, ada kalanya ialah keperluan. Sebagai Kerajaan, ketika ini, kalau memandangkan itu adalah keperluan, maka perlu ada tindakan. Kalau nak tunggu, walaupun benda tu keperluan, tetapi nak menunggu wakil rakyat yang membuat, tetapi kita dah highlight-kan, kita dah, dah ketengahkan isu ini, dah lama dalam Dewan ni kan, yang saya penggal ini, saya dah, dah, dah utarakan masalah ini. Saya rasa tak ada isu saya kena berjumpa semula, jadi ini sebenarnya tanggungjawab jugak. Istilahnya tanggungjawab Kerajaan Negeri jugak untuk melihat dan juga melaksanakan apa yang saya pohon ini.
Ssaya mengalu-alukan sebab saya cakap tadi …..
Ada sahabat nak mencelah, Lenggeng, boleh?
Saya ingat saya menjawab dululah, saya jawab dulu. Saya tak salahkan, yang pertama sekali tuan-tuan kena faham tadi kita tak ada peruntukan tahun ini. Dan kita cuba dapatkan peruntukan daripada MARRIS ya. Faham ya, dengar dulu cakap saya, faham itu.
Kedua, saya akan cuba selitkan, setiap bulan kita ada mesyuarat. Kita mintak CADO iaitu Ketua ADO untuk nyatakan projek-projek mana yang perlu dibuat segera. Kita boleh buat panggilan sebut harga. Tak ada masalah. Tapi, kalau rasa lambat sangat, you jumpalah dengan CADO apa salahnya, you sebagai ADUN. Jumpa dengan dia. Segerakan. Dan bawak ke dalam mesyuarat. Kita akan terima. Saya tak ada katakan kita nak anak tirikan kepada pembangkang tak ada ya. Saya yang terkini.
Oleh kerana kita peruntukan tak ada, kita gunakan peruntukan MARRIS ya. Itu yang saya cakapkan. Dan peruntukan MARRIS ni di bawah JKR dan melalui Pejabat Daerah kita akan mintak. Jadi kalau nak segera, berjumpa dengan Pejabat Daerah, dia ni, apa tu, dia punya Jurutera Daerah dan juga Pegawai Daerah, CADO untuk kita nyatakan. Dan dia
akan bawak dalam mesyuarat saya. Dan saya akan pastikan, kita akan ambil tindakan mana yang penting, yang perlu ya.
Jangan, jangan salahkan mana-mana pihak. Itu yang saya cakapkan tadi. Kalau tuan proaktif lagi, saya lagi proaktif. Haa itu yang saya punya, boleh jawab pada hari ini. Terima kasih.
[YB ADUN Lenggeng berdiri]
Nak apa? Nak soalan ke apa?
Saya, saya didengar tadi, saya dengar tadi, dengar ceritanya Mesyuarat Jawatankuasa Luar Bandar ni dah 6 tahun tak bermesyuarat. Zaman Kerajaan Barisan Nasional. Boleh terangkan sikit benda tu.
Saya rasa Lenggeng, ini bukan isu, 6 tahun. Kita isunya memohon lampu jalan. Kalau nak bercerita benda yang dah sudah, saya rasa tidak adil di Dewan ni kan. Kalau saya dah mintak setahun pun tak boleh buat, janganlah cerita benda-benda yang lain kan.
Johol, Johol, dah dah jawab soalan tadi. Kita pergi yang lain. Panjang kang. Okay. Kita terus kepada, Johol saya dah tunaikan ya, soalan nombor 2 tadi kan. Okay. Terus kita pergi kepada Mambau ya.
Terima kasih Dato’ yang Dipertua, Mambau menge, mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.
Terima kasih kepada Dato’ Yang di, Yang Dipertua, Yang bi, Berhormat Mambau. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Mambau, Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan Bantuan Kanak-Kanak kepada ibu tunggal yang masih mempunyai anak-anak bersekolah, kadar bagi seorang anak bersekolah ialah 100.00 ringgit dan kadar maksimum ialah 450.00 ringgit. Selain daripada itu, Bantuan Am juga disalurkan kepada ibu tunggal dengan kadar yang ditetapkan 140.00 ringgit, 200.00 ringgit dan 270.00 ringgit
sebulan mengikut kriteria yang ditetapkan dalam Garis Panduan kemiskinan bagi melang, meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Bantuan 2 Years Exit Programme (2YEP) boleh dipertimbangkan kepada ibu tunggal yang mempunyai minat dan kelayakan dalam perniagaan bagi memperkasakan ekonomi serta menjana pendapatan keluarga. Selain itu, terdapat juga bantuan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan dalam membantu ibu tunggal melalui Jabatan Pembangunan Wanita seperti Pusat Kemajuan Wanita Power House Wanita Gemilang (PH GEM) yang telah diwujudkan beserta peruntukan di setiap DUN untuk wanita termasuk ibu tunggal menjalankan pelbagai aktiviti dan program termasuklah pemerkasaan ekonomi. Dia meliputi 5 Kluster iaitu Pendidikan, Kesihatan, Ekonomi, Alam Sekitar dan Perundangan & Hak Asasi, diharapkan dapat meningkatkan sosio ekonomi wanita setempat termasuklah ibu tunggal.
C4U atau Bantuan Ibu Tunggal adalah juga inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban kewangan ibu tunggal yang berdaftar dalam sistem eKasih. Pembayaran untuk fasa pertama akan dilaksanakan sebelum perayaan Hari Raya tahun ini. Fasa berikutnya akan menyusul dalam tahun ini juga bagi memastikan tiada keciciran dari kalangan ibu tunggal yang layak.
Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan juga menyediakan Bantuan Tambang Bas bulanan sebanyak 50.00 ringgit kepada 1,500 murid dari keluarga berpendapatan rendah melibatkan peruntukan sebanyak 900,000.00 ringgit, atau program N9BAS, Bantu Anak Sekolah. Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan pada 4 haribulan Mac 2019 di Sekolah Kebangsaan Kuala Klawang, Jelebu. Terima kasih.
Soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya, Mambau ya.
Boleh boleh boleh. Saya bagi laluan Dato’ Yang Speaker.
Terima kasih ADUN Mambau kerana memberi laluan kepada saya menanyakan soalan tambahan. Maka tadi EXCO pun menjawab dengan bagus dan teliti, macam dalam penggulungan. Saya mengucapkan terima kasihlah. So saya juga ucapkan terima kasih
kepada Kerajaan Negeri telah mengadakan satu bantuan kepada ibu tunggal yang berdaftar bawah eKasih secara one off iaitu ringgit 200.00 seorang untuk mereka-mereka yang berdaftar di eKasih. Tetapi persoalan saya adalah saya masih menerima banyak pertanyaan-pertanyaan dan aduan daripada ibu tunggal yang berdaftar dan di bawah eKasih iaitu di bawah ICU di mana permohonan mereka telah lama memohon, tetapi belum diluluskan. Saya difahamkan pihak ICU meng, mengalami kekangan dari segi kakitangan untuk turun padang menyiasat. So maka saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri bagaimana untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah ini supaya ibu-ibu tunggal yang betul-betul susah dapat menerima bantuan ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada ADUN, Yang Berhormat Temiang. Memang ICU mengalami kekangan dari segi kakitangan. Tapi kita juga ada satu lagi saluran di mana ibu-ibu tunggal tersebut boleh disaringkan iaitu melalui Focus Group Pejabat Daerah. So saya ingin menyarankan kepada MPKK-MPKK yang, yang ada senarai ibu tunggal yang layak supaya mas, memasukkan nama-nama mereka ke dalam Focus Group Pejabat Daerah yang masing-masing. Terima kasih.
Laporan tambahan, sikit saja, boleh?
Tadi sudah bagi laluan. Sikit saja.
Ya.
Jangan bagi dia panjang-panjang tau.
Sikit saja. Boleh? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya ingin nak tambah sikit, apa yang saya difahamkan pihak, pihak JKM di bawah Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai atau mengandungi skim bapa tunggal. Jadi saya ingat, ingin tanya apakah perkembangan status terkini tentang bantuan bapa tunggal ni. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau. Sebenarnya tidak ada bantuan untuk bapa tunggal. Tapi …..
Tak adillah macam ni, tak adil.
….. walau bagaimanapun, kita akan pertimbangkan jika ada keperluan. Setakat ini tak ada apa-apa, kita tidak menerima apa-apa permohonan. So, jikalau ada memang kita akan sedia untuk membantu. Satu lagi, sekarang kita ada satu program di LPPKN, namanya PapaCare itu, itu, sebagai permulaanlah. Okay, terima kasih.
Dato’ Dipertua, ramai yang suka tengok Bukit Kepayang ni menjawab tau. Sikit saya tanya boleh, sikit saja. Sikit Dato’ Dipertua. Kalau Mambau boleh …..
Soalan ke apa ni?
Soalan Dato’ Dipertua, ni tentang JKM jugak Dato’ Dipertua.
Haa jangan panjang-panjang.
Sikit saja. Dato’ Dipertua, selain daripada apa tu, permohonan yang belum disiasat dan sebagainya, saya jugak mendapat makluman, banyak ni Dato’ Dipertua, tentang bantuan-bantuan JKM yang ibu-ibu tunggal, bapa-bapa tunggal yang dulu dapat, sekarang ni dipotong Dato’ Dipertua. Boleh tak Kerajaan Negeri ataupun EXCO JKM ni, Bukit Kepayang, maklumkan dalam Dewan ni, berapa ramai yang setakat hari ini telah dipotong bantuannya, Dato’ Dipertua.
Okay.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Serting. Ini saya akan jawab semasa penggulungan. Okay.
Terima kasih. Kita terus pergi kepada soalan 4, Juasseh.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Okay.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada ADUN Juasseh mengenai kutipan zakat. Alhamdulillah jumlah keseluruhan kutipan zakat pada tahun 2018 adalah sebanyak 131,116,487.35 iaitu merangkumi kutipan Zakat Harta iaitu 126.5 juta dan Zakat Fitrah sebanyak 4.5 juta.
Kutipan Zakat Harta mengikut daerah, agen kutipan dan Skim Potongan Gaji Berjadual pada tahun 2018 adalah Agen Kutipan – 9.76 juta, potongan gaji – 46.3 juta, Kompleks MAINS – 4.7 juta, Seremban – 31.1 juta, Port Dickson – 3.7 juta, Kuala Pilah – 2.5 juta, Tampin – 2.4 juta, Rembau – 1.8 juta, Gemas – 1 juta, Jelebu – 1 juta, Jempol – 2.4 juta, Nilai – 7.4 juta, Seremban 2 – 5.5 juta, Senawang – 6.4 juta. Keseluruhannya 126.5 juta.
Manakala kutipan Zakat Fitrah dan, dan, bagi tahun 2018, Seremban (Ibu Pejabat) – 443,000.00 seramai 68,000 orang, Port Dickson – 479,000.00 – 73,000 orang, Nilai – 550,000.00 – 84,000 orang, Jempol – 547,000.00 – 84,000 orang, Kuala Pilah – 357,000.00 – 55,000 orang, Jelebu – 203,000.00 – 31,000 orang, Gemas – 278,000.00 – 42,000 orang, Tampin – 225,000.00 – 34,000 orang, Rembau – 307,833.00 – 47,000 orang, Seremban 2 – 267,000.00 – 41,000 orang, Senawang 469,000.00 – 72,000 orang dan Kompleks MAINS – 446,134.00 – 68,000. Berjumlah 4.5 juta seramai 704,286 pembayar cukai, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri, seterusnya kita pergi soalan Seremban Jaya [Percakapan secara off mic].
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan 2.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, jumlah peruntukan yang diagihkan kepada sesebuah KRT oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional adalah bergantung kepada keaktifan KRT tersebut. Syarat-syarat dan kriteria keaktifan antaranya
adalah sesebuah KRT perlu melaksanakan sekurang-kurangnya 12 aktiviti sepanjang setahun.
Bagi tahun 2018, peruntukan diagihkan kepada KRT adalah seperti berikut: yang aktif 6,000.00 setahun, yang sederhana aktif 4,000.00 setahun, yang kurang aktif 2,000.00 setahun dan yang tidak aktif tiada peruntukan. Bagi tahun 2019, peruntukan diagihkan kepada, mengikut fasa, bagi fasa yang pertama peruntukan diagihkan adalah seperti berikut: yang aktif 1,800.00 ringgit, yang sederhana aktif 1,400.00 ringgit, yang kurang aktif 1,000.00 ringgit dan tiada peruntukan untuk tidak aktif.
Peranan dan tugas utama sesebuah KRT yang ditubuhkan dan dilantik adalah seperti berikut: mengikut Akta Rukun Tetangga 2012, Seksyen 8, antara fungsi utama rukun tetangga adalah, pertama untuk menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah keharmornian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. Yang kedua, untuk menerima maklumat mengenai, untuk memerhati dan menyiasat, semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada Pengarah.
Dan yang ketiga, untuk mengambil apa-apa langkah yang diperlu atau wajar untuk membolehkan pemastautian melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana. Yang keempat, untuk menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perlihan, perselisihan di kalangan anggota masyarakat. Dan yang terakhir untuk menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
KRT memainkan peranan penting dan signifikan dalam memastikan kesejahteraan komuniti dan memelihara perpaduan di peringkat akar umbi dengan mengadakan program-program penggalakan perpaduan dan keselamatan komuniti supaya masyarakat berasa selamat, sejahtera dan harmoni sesama mereka. Dan aktiviti yang biasa diadakan oleh KRT adalah seperti Sukaneka Perpaduan, Sambutan Perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Sambutan Hari Kebangsaan, Karnival Perpaduan, Sambutan Minggu Perpaduan dan Program Sayangi Komuniti.
Program-program seperti di atas, kebiasaannya akan dibantu oleh cawangan-cawangan dalam KRT seperti Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran
Usia Emas dan Skim Rondaan Sukarela. KRT digalakkan untuk menubuhkan Skim Rondaan Sukarela di kawasan mereka bagi membantu pasukan Polis Diraja Malaysia untuk mencegah permasalahan sosial dan kejadian jenayah seperti kes dadah, pecah rumah, samun, rompakan, sumbang mahram, mabuk, rempit dan selain-lainnya. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Apakah ciri-ciri dan kelayakan bagi melantik seorang Pengerusi KRT dan tempoh jawatan yang disandang? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Ciri-ciri untuk memilih seorang Pengerusi ataupun KRT tertakluk kepada kita ter, mesti, terbuka kepada masyarakat. Dia kena bersifat tidak memihak mana-mana parti. Tugas utama seseorang Pengerusi KRT adalah menjaga kesejahteraan, menjaga semangat kejiranan, melakukan program-program yang berunsur perpaduan di kawasan mereka dan tidak mem, memihak ke, ke, kepada sesebuah parti ataupun dia mesti bersikap terbuka dan bekerjasama dengan MPKK, bekerjasana, sama dengan persatuan penduduk setempat atau kawasan tersebut. Dan bagi tempoh untuk sesebuah KRT adalah sepanjang 2 tahun dan tahun ni, akan menjalankan penyusunan semula. Itu saja, terima kasih.
Kita pergi, pergi ke soalan Yang Berhormat Chembong.
Dato’ Dipertua …..
Ya.
….. saya kemukakan soalan nombor 1.
Nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat ADUN Cebong, Chembong berhubung dengan
Program Rimbunan Kaseh. Program Rimbunan Kaseh Rembau merupakan inisiatif Kerajaan terdahulu yang telah dilaksanakan pada 4 Oktober 2016 dengan matlamat menyediakan golongan berpendapatan rendah rumah yang selesa, dengan dilengkapi kemudahan asas serta disokong dengan pelbagai aktiviti pertanian bernilai tinggi dan berteknologi moden. Program Rimbunan Kaseh dilaksanakan selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Negara dengan peruntukan disalurkan melalui Unit Pelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Bagi Program Rimbunan Kaseh Rembau sebanyak 23 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu, dan bagi maksud pembangunan projek ini, manakala pula Kerajaan Negeri terdahulu telah memperuntukkan 12 juta bagi kerja-kerja pra pembangunan. Menariknya pembangunan projek ini dilaksanakan secara Rundingan Terus oleh Kerajaan terdahulu yang diberikan kepada Iris Corporation.
Kerajaan Negeri terdahulu juga telah dijanjikan pembangunan 100 unit rumah serta pembangunan dan pengoperasian lading pertanian yang merangkumi penanaman buah golden melon serta ikan jade perch oleh syarikat tersebut. Setiap peserta terpilih akan ditawarkan seunit secara sewa-beli dan peluang pekerjaan dalam ladang pertanian tersebut. Selepas 2 tahun beroperasi, janji-janji yang diberikan gagal ditunaikan syarikat yang dilantik oleh Kerajaan terdahulu. 56 daripada, 56 orang peserta telah terjejas ekoran kegagalan Kerajaan terdahulu mengkaji, menilai dan, dengan teliti pembangunan projek ini sebelum diluluskan.
Antara rumusan kegagalan projek ini ialah model perniagaan tidak sustainable dan tidak viable sepanjang pelaksanaan pro, projek ini, 100% kerugian telah dicatatkan. Hasil ladang sepenuhnya bergantung kepada rock melon sahaja. Prestasi hasil pertanian rock melon tidak optimum hanya 62% atau 17 unit rumah hijau digunakan berbanding 28 unit rumah yang disediakan. Teknologi dan komponen tidak viable di mana kos operasi pertanian adalah tinggi manakala hasil pertanian adalah rendah. Jumlah peserta yang te, yang diperlukan melebihi 127% daripada standard industri. Penternakan ikan jade perch tidak dilaksanakan.
Sehingga kini, pihak Iris Corporation belum memenuhi obligasi untuk membayar 1.5 juta sebagai sumbangan kepada Tabung Amanah Rimbunan Kaseh. Pihak Iris Corporation telah memaklumkan secara bertulis untuk menarik diri daripada melaksanakan Program Rimbunan Kaseh pada 28 Februari 2019. Kerajaan Negeri secara dasarnya tidak bersetuju dengan penamatan secara ex parte dan penamatan secara sebelah pihak oleh syarikat tersebut. Ini disebabkan
syarikat tersebut masih mempunyai obligasi ke atas projek ini sehingga tahun 2021. Oleh itu, obligasi-obligasi yang wajib ditunaikan akan dituntut sama ada secara perundingan mahupun tindakan perundangan. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri tidak akan mengambil langkah, tidak dapat mengambil langkah-langkah penyelesaian yang sepenuhnya pada masa ini sebagai, selagi pihak Iris Corporation belum selesai melunaskan segala obligasi yang tertunggak seperti yang tersebut.
Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, saya telah bertemu dengan semua peserta Rimbunan Kaseh pada 13 Februari 2019 bersama dengan jabatan-jabatan berkenaan. Tindakan proaktif telah diambil untuk membantu peserta tersebut melalui agensi-agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. Sesi temuduga telah diadakan khas untuk peserta Rimbunan Kaseh untuk pengambilan pekerja mengikut kesesuaian dan mengadakan kurus bimbingan serta latihan kemahiran. Setakat ini seramai 20 orang peserta telah mendapat pekerjaan baru. Selain itu, Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa kertas cadangan yang dikemukakan oleh beberapa pihak yang berminat untuk membantu peserta program khususnya dalam sektor pertanian dan keusahawanan.
Bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan peserta, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyantuni kesemua peserta dan setakat ini seramai 28 yang telah diluluskan bantuan bulanan di bawah skim bantuan yang bersesuaian. Pihak MAINS juga telah menyediakan baucar barangan asas bernilai 200.00 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan mulai April hingga Jun 2019. Perbincangan dengan peserta Rimbunan Kaseh telah diadakan, inshaa Allah barangan keperluan harian akan diagihkan selewat-lewatnya 27 April 2019. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, tambahlah sikit Dato’ Dipertua ya. Selain daripada, selain daripada tindakan-tindakan yang telah dirancang, oleh Kerajaan Negeri untuk membela peserta ni Dato’ Dipertua, boleh tak saya cadangkan satu Dato’ Dipertua ya. Ini tentang sewa rumah, sewa rumah peserta sebab dia orang ni kena bayar sewa rumah. Sebab dia konsep dia adalah sewa-beli Dato’ Dipertua. kalau boleh saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menangguhkan sementara untuk peserta ni untuk membayar sewa, selama, sekurang-kurangnya setahun Dato’ Dipertua, untuk bagi masa, kelapangan untuk, Dato’ Dipertua, saya cadangkan.
Terima kasih atas cadangan tersebut. Tapi cadangan tersebut telah kita laksanakan buat masa ni, 3 bulan kita wave-kan daripada membayar cu, apa, apa, se, apa, sewa tersebut, sewa-beli tersebut. Dan inshaa Allah kita akan kaji daripada masa ke semasa.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya persilakan Yang Berhormat Rahang.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya mewakili ADUN Rahang untuk membawa soalan ni, iaitu nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat, syarikat yang memberi perkhidmatan tempat letak kereta di kawasan Seremban adalah seperti berikut: jadi MPS adalah Syarikat Oval Success Sdn. Bhd. dan juga Syarikat Datmel Technology Sdn. Bhd. Dan untuk kedua-dua syarikat ini mereka menggunakan aplikasi, untuk Syarikat Datmel mereka menggunakan meter wang syiling Smart Parking Meter dan juga Touch & Go.
Dan bagi Syariakt Oval Success Sdn. Bhd. lokasi beroperasi mereka adalah di Bandar Seremban. Manakala lokasi untuk Syarikat Datmel Technology Sdn. Bhd. adalah berada di Senawang, Kemayan Square dan juga di Lobak. Sistem lain yang digunapakai selain daripada kupon dan sistem aplikasi oleh syarikat di kawasan berkaitan adalah Meter Wang Syiling, Smart Parking Meter dan juga Touch & Go’. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya ….
Soalan tambahan Dato’ Speaker.
Oh tambahan.
Ya. Terima kasih jawapan daripada EXCO. Masalah ni saya juga telah berbahas semasa sesi menjunjung usul,
menjunjung kasih titah ucapan Diraja semalam. Di mana sistem pembayaran terkini memang mengelirukan orang ramai …..
Boleh kuatkan sikit tak, saya tak dengar.
Tak dengar? Okay. Memang masalah ini saya telah membawa semasa sesi penggulung, menjunjung kasih titah ucapan Diraja semalam. Dan memang, telah mengelirukan orang ramai dan pelancong-pelancong dari luar. Persoalan saya adalah, di mana pada masa sekarang setiap pemilik kereta dia meletakkan kereta mungkin ada yang dari pagi sampai malam. Maka saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri terutamanya MPS, ada ke cadangan untuk menghadkan masa setiap pemilik kereta untuk meletakkan kereta mereka di setiap tempat letak kereta di mana lebih, contohnya 2 jam, di mana membolehkan orang yang lain untuk menca, untuk meletak tempat letak kereta di mana saya berasa ramai orang ber, ber, berpusing-pusing berkali-kali di Bandar Seremban untuk mencari ni, tempat letak kereta di mana satu, salah satu faktor utama adalah orang ramai yang telah meletakkan kereta mereka sehari dari pagi sehingga malam dan menyebabkan orang lain tidak dapat mencari tempat letak kereta di Bandar Seremban.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat Temiang dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ya, sebenarnya salah satu kekangan, kekangan yang dihadapi oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban adalah sebenarnya apa, tempat letak kereta kita di Bandar Seremban ni, kita memang mengaku iaitu tempat letak kereta itu memang agak, agak terhad. Sebab itulah Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif melancarkan perkhidmatan bas servis percuma untuk mereka yang ingin datang ke Seremban, yang ingin berurusan dengan Jabatan Kerajaan ataupun di tempat-tempat awam, di mana menjadi hot spot ataupun tumpuan orang ramai.
Bagi menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta ini, kebiasaannya apa yang kita telah lakukan ya, yang saya kata tadi, ada bas percuma. Yang kedua, kita apalah, menggunakan teknologi yang terbaru di mana kita gunakan aplikasi supaya, aplikasi parking ini sebab memantau di manakah kedudukan kereta tersebut ataupun di manakah ada kekosongan parking tersebut. Walau bagaimanapun, saya rasa cara yang lebih efektif untuk kita selesaikan masalah kekurangan parking ini adalah kita perlu sama-sama menggalakkan
orang ramai supaya menambahkan penggunaan ni apa, pengangkutan awam supaya kita dapat mengurangkan kesesakan. Dan pada masa yang sama, ini, masalah kekurangan letak kerta ini juga boleh diselesai pada, diselesaikan ataupun dikurangkan pada masa yang sama. Sekian.
Soalan berikutnya, saya persilakan Yang Berhormat Serting.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang kedua.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Serting, kerana bertanya berkenaan dengan Hospital Jempol iaitu berkenaan jenis perkhidmatan pakar dan juga sama ada ditambah pada masa akan datang.
Okay, pertamanya terdapat 10 jenis perkhidmatan kepakaran yang dilaksanakan secara konsep kluster dan pakar lawat, lawatan di Hospital Jempol. Ini meliputi perkhidmatan pesakit dalam, luar dan kecemasan (bagi disiplin kecemasan), perubatan am, mata, ortopedik, pembedahan am, kanak-kanak, sakit puan, psikiatrik, kulit dan buah pinggang. Perkhidmatan pakar ini diperolehi daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah yang mengetuai Hospital Kluster, dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Secara ringkasnya, jenis perkhidmatan kepakaran dan jumlah kekerapan lawatan pakar ke Hospital Jempol adalah seperti berikut: untuk kepakaran kecemasan, kekerapan lawatan doktor pakar adalah 5 kali seminggu iaitu daripada hari Isnin sehingga hari Khamis. Untuk Perubatan Am (Internal Medicine), kekerapan doktor pakar melawat adalah 4 kali seminggu bermaksud 16 kali dalam sebulan iaitu hari-hari yang di, lawatan ini adalah hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Dan untuk kepakaran mata, lawatan pakar adalah 3 kali seminggu bermaksud 12 kali dalam sebulan, dan ia adalah pada ta, hari Isnin, Selasa dan Khamis. Untuk kepakaran tulang (Ortopedik), lawatan pakar adalah 1 kali seminggu bermaksud 4 kali dalam sebulan iaitu setiap hari Rabu. Dan untuk pembedahan, kepakaran Bedah Am iaitu General Surgery, lawatan pakar adalah 2 kali dalam satu bulan, iaitu setiap hari Selasa. Dan kepakaran Kanak-Kanak (Pediatrik), lawatan
doktor pakat, pakar adalah 2 kali sebulan iaitu pada hari Khamis. Dan kepakaran Sakit Puan (O&G) kekerapan lawatan doktor adalah sekali dalam sebulan iaitu pada hari Khamis. Dan Psikiatrik, sakit jiwa, doktor yang lawat adalah dalam satu kali sebulan iaitu pada hari Khamis. Dan untuk kepakaran kulit (Dermatologi), lawatan pakar adalah sekali dalam 2 bulan iaitu pada hari Rabu. Dan untuk buah pinggang (Nephrologi), lawatan doktor adalah sekali dalam 3 bulan iaitu pada hari Rabu.
Jadi, perkhidmatan kepakaran secara kluster yang dirancang untuk ditambah dalam masa terdekat adalah perkhidmatan Pakar Bedah Am yang akan melakukan kes-kes pembedahan dengan menggunakan kaedah bius setempat (local anesthesia) di Dewan Bedah Hospital Jempol. Perkhidmatan ini dijangka akan bermula pada bulan April 2019. Dan di samping itu juga, pihak Hospital Jempol telah merancang untuk menambah jenis-jenis kepakaran yang lain pada masa akan datang selaras dengan tujuan perluasan kepakaran di bawah konsep Hospital Kluster iaitu perkhidmatan Klinik Pakar Dada (Chest Clinic), pa, Klinik Pakar Penyakit-Berjangkit (Infectious Disease Clinic) dan juga Klinik Pakar Sendi (Rheumatology Clinic). Terima kasih.
Soalan tambahan. Selain dari perkhidmatan lawatan pakar berkala, dari HTAN Kuala Pilah dan juga HTJ Seremban, di bawah sistem kluster, ingin juga saya tahu sehingga ke hari ini, berapa orang ya, doktor pakar yang ditempatkan sepenuh masa di Hospital Jempol dan juga apakah jenis pembedahan yang sedang dilaksanakan di Hospital Jempol pada masa sekarang? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Untuk jumlah pakar yang ditempatkan, mengikut, seperti yang saya katakan tadi, pakar adalah membuat lawatan ke hospital tersebut dan bukannya berada setiap masa dekat klinik, dekat hospital tersebut, Hospital Jempol. Terima kasih.
Saya cuba tanya tu, sebenarnya di Hospital Jempol sekarang sudah ada doktor pakar perubatan sepenuh masa dan juga doktor pakar kecemasan sepenuh masa. Jadi saya harap Yang Berhormat EXCO tengok betul-betullah ya. Hari ini sudah ada doktor pakar perubatan sepenuh masa dan juga pakar kecemasan sepenuh masa di Hospital Jempol. Terima kasih.
Ya, seperti yang saya maklumkan tadi, doktor pakar untuk kecemasan adalah dari hari Isnin sehingga hari Khamis, berada di Hospital Jempol tersebut.
Teruskan ya, soalan seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Tuan Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 3.
YB. Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan mengenai tanah rizab oleh Yang Berhormat ADUN Lobak. Tanah rizab Kerajaan yang terdapat di taman-taman perumahan adalah dirizabkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk tujuan pertama, kawasan lapang, kawasan rekreasi dan padang permainan kanak-kanak. Terdapat 4 mukim yang terdapat dalam DUN Lobak iaitu Mukim Setul, Mukim Seremban, Pekan Ulu Temiang dan Bandar Seremban. Kerajaan Negeri mendapati terdapat lebih kurang 164 lot tanah rizab Kerajaan di 4 mukim di DUN Lobak. Tiada pencerobohan tanah yang dilaporkan. Bagaimanapun, jika tanah Kerajaan ini didapati diceroboh maka tindakan penguatkuasaan boleh dibuat di bawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara 1965. Jika disabitkan kesalahan, penceroboh boleh didenda tidak melebihi 500,000.00 ringgit atau dipenjara tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Bagi soalan kedua, tanah-tanah ini telah diserahkan kepada, oleh pemaju dan telah dirizabkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan atau pegawai pengawal tanah rizab yang berkaitan. Tanah rizab ini akan dibangunkan mengikut tujuan ianya dirizabkan seperti kawasan lapang, kawasan rekreasi dan padang permainan kanak-kanak untuk kegunaan penduduk dan rakyat setempat. Terima kasih.
Terima kasih YAB. Soalan tambahan. Kami difahamkan yang kawasan-kawasan rizab dan lapang tu, selain ada masalah semak samun atau hutan liar, so kami nak tanya tu, jikalau ni PBT ke atau Majlis Daerah ke, tolong bersih. Ini satu ni, cadangan. Lagi
tu satu tu kami dimaklumkan, adalah tanah-tanah rizab ni dimohon oleh peribadi. Kami mendapat maklumat tu, yang kawasan lapang tu dimohon untuk kepunyaan peribadi. Ini sudah langgar undang-undang. Kami ada maklumat, kami akan sampaikan ke MB itu. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan dan terima kasih untuk menyampaikan maklumat tersebut. Sebenarnya kawasan lapang ini tidak boleh dipohon oleh sesiapa pun. Kerana itu Kerajaan Negeri hari ini telah meminta semua Pejabat Daerah, Pejabat Tanah untuk menyerahkan semua tanah-tanah rizab ini untuk diletakkan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri ataupun pegawai-pegawai Tanah Rizab yang berkaitan. Di samping itu juga, tidak ada perancangan untuk membangunkan tanah tersebut kerana kawasan itu adalah untuk kawasan lapang, kawasan rekreasi dan padang permainan. Jika ada mereka yang melakukan perkara tersebut, dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya kita pergi ke soalan yang berikutnya, Yang Berhormat Palong.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Palong. Untuk makluman, Felda Palong 9, 10 dan 11 bermula menoreh secara rasmi pada bulan Januari tahun ini iaitu 2019 dan ada peneroka yang telah mula menoreh sebelum itu iaitu pada bulan Oktober 2018. Pada tahun pertama menoreh FELDA menyasarkan 1,000 kg/hektar/tahun. Sehingga kini purata peneroka mendapat hanya 800 – 1,000 kilogram sekerap sebulan bagi seluas 4.0 hektar.
Dipercayai antara punca hasil rendah adalah disebabkan sejenis penyakit luruh daun hevea yang disebabkan oleh kulat Pestalotiopsis sp, maaf ber, berbelit lidah menyebutnya. Walau bagaimanapun, pihak FELDA tidak mempastikan kesan sebenar penyakit ini kerana hasil getah dalam 3 bulan ini ia belum stabil lagi. Di tambah pula bulan Februari dan Mac 2019 ini memang berlaku luruhan daun seperti biasanya dan ia sukar dipastikan sama ada dianya oleh disebabkan penyakit berkenaan.
Walau bagaimanapun, pakar-pakar daripada Lembaga Getah Malaysia telah pun me, membuat tinjauan dan memberikan teknik-teknik kawalan dan kursus telah pun di, diberikan pada 23 – 24 April yang lalu, di Palong 9. Setakat ini, penyakit ini terkawal tetapi ianya boleh berulang. Oleh itu, pihak-pihak tertentu terutamanya FELDA telah dinasihatkan supaya memantau keadaan ini, dan tanda-tanda itu jelas pada daunnya, sama ada ianya gugur oleh kerana musim gugur ataupun oleh kerana penyakit yang berkenaan. Sekian.
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Chuah.
Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan 1 [soalan yang dimaksudkan adalah soalan no. 2].
Terima kasih YB Chuah. Pentadbiran Daerah Port Dickson telah membuat lawatan dan siasatan ke atas lokasi tersebut. Hasil daripada lawatan tersebut, Pentadbiran Daerah Port Dickson telah membuat anggaran kos dan spesifikasi kerja bagi membaik pulih kemudahan sedia ada. Berikut adalah senarai balai raya yang terlibat dalam lawatan tapak itu. Ini yang saya sebutkan tadi, kalau mana-mana ADUN yang melibatkan dalam kawasan mereka, memerlukan tindakan segera, kena buat, kena bawak, panggil Pegawai Daerah datang tengok ya. Ini yang saya ucapkan syabas dan tahniah, tahniah kepada …..
Yang Berhormat, siapa nak mencelah, mintak dekat Yang Dipertua. Jangan terus bercakap, nanti kang …..
Saya mintak Dato’ Dipertua, boleh?
Nanti habih jawapan dulu.
Nanti saya jawab dulu.
Jawab dulu.
Karang boleh jawab. Saya nyatakan ni, katakan aktif tak aktif, ni contoh YB Chuah ya. Dan tindakan diambil segera oleh Pejabat Daerah untuk menyiasat, lepas tu menganggarkan apa projek yang dibuat. Kalau tuan tunggu aje, tak ada. Haa ini yang saya maksudkan tadi, okay.
Berikut adalah senarai balai raya yang terlibat dalam lawatan tapak iaitu Balai Raya Kampung Baru Site A. Pentadbiran ini mendapati bahawa balai raya sedia ada tidak sesuai digunakan. Pentadbiran ini mencadangkan supaya balai raya sedia ada dirobohkan dan dibina semula dengan reka bentuk yang lebih moden dan sesuai. Anggaran kos dan spesifikasi kerja telah disediakan dan akan mengemukakan permohonan peruntukan kepada pihak yang berkenaan. Haa ini maknanya, semua ini akan dibawak untuk dipertimbangkan, atau dipohon peruntukan tahun depan. Kalau tak, tahun ni tak adalah ya.
Yang kedua, Balai Raya Kampung Baru Site C. Pentadbiran ni telah mengenal pasti bahawa kerja-kerja yang terlibat adalah melibatkan skop membaik pulih. Anggaran kos dan spe, spesifikasi kerja telah disediakan. Skop kerja yang terlibat adalah mengecat semula balai raya, penyelenggaraan bilik air dan tandas, membaik pulih siling dan menukar papan tanda MPKK. Permohonan peruntukan akan dimukakan kepada pihak yang berkenaan.
Yang ketiga, Balai Nelayan Sungai Rambai (Kg. Nelayan Chuah). Pentadbiran Daerah Port Dickson telah mengenal pasti skop kerja yang terlibat iaitu membaik pulih bumbung dan menye, menyeleng, menyelenggara tandas. Anggaran kos dan spesifikasi kerja telah disediakan dan akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
Balai Raya Kampung India Bukit Pelanduk. Pentadbiran Daerah Port Dickson telah mengenal pasti skop kerja yang terlibat iaitu membaik pulih dewan, mengganti pintu, membaik pulih tandas dan menyelenggara bumbung. Anggaran kos ini akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
Di bawah ini ada maklumat tambahan, ada 7 skop kerja ataupun sebut harga yang akan dilaksanakan apabila ada peruntukan-peruntukan yang akan didapati daripada mana-mana ja, Kementerian ataupun Jabatan. Jadi untuk itu, saya nyatakan, oleh kerana CHuah ni dulu ada berapa, 2 term ke, 3 term ke di bawah Pentadbiran pembangkang, jadi dia, sebab itu banyak kemudahan tersebut tidak dibaik pulih ataupun dibangunkan. Jadi pada saya, tahun ini, kita ambil semangat baru, kalau ada daripada pembangkang pun kita akan layan. Jangan jadi berlaku, macam ni dah terlampau teruk kita kena robohkan pulak ya.
Sebab tak diberi peruntukan untuk penyelenggaraan oleh Kerajaan yang lampau. Itu untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labu. Seterusnya kita pergi soalan berikutnya, Yang Berhormat Gemas.
Soalan tambahan [percakapan secara off mic].
Tak apalah, Gemas-lah, karanglah.
YA ADUN Chuah: Saya beri laluan kepada Mambau [percakapan secara off mic].
Mambau?
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan ialah, kita difahamkan ada sebahagian ban, balai raya di seluruh Negeri Sembilan sudah jadi tadika kepada pelajar-pelajar tadika. Jadi saya nak tanya, adakah ini satu kelulusan atau ketetapan pihak Kerajaan, Kerajaan Negeri untuk meluluskan tadika untuk di, di, di dalam balai raya? Terima kasih.
Yang sebenarnya balai raya bukan untuk tadika. Tetapi memandangkan keperluan yang mendesak Kerajaan yang lampau telah membenarkan sebahagiannya untuk men, apa, menjalankan aktiviti tabika terutamanya Tabika KEMAS di kawasan yang tidak digunakan sepenuhnyalah. Tapi walau macam mana pun, saya telah memhon kepada Pengarah FELDA, eh, Pengarah ni apa, KEMAS supaya memohon mana-mana tanah Kerajaan yang ada, untuk dibina ni tadika-tadika supaya kita serahkan balik kepada penduduk tempatan untuk menggunakan balai raya tersebut. Itu yang kita tengah buat, polisi yang sekarang yang tengah buatlah.
Walau macam mana pun, kita kena ambil perhatian, kita perlu banyak makan masa sikitlah, sebab ada sebahagian balai raya di dalam Kerajaan yang lampau telah dibuat di kawasan individu. Haa ini satu masalah lagi yang sedang kita selesaikan. Ada balai-balai raya ataupun
ni, apa ni, dibuat di tanah individu terutama di, di apa, di Jelebu rasanya saya ada satu kes yang rasa mintak diselesaikan cepat. Kalau dibuat atas tanah individu, maknanya kita kena sama ada kita tentukan kita bukak ataupun pindahkan ataupun kita bayar ganti balik dia punya apa, dia punya harga tanah tersebut okay ya, untuk selesaikan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Labu. Seterusnya kita pergi ke soalan 12, Yang Berhormat Gemas.
Dato’ Yang Dipertua, Gemas mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Gemas. Untuk makluman Yang Berhormat Gemas, Kerajaan sedang merangka Pelan Pembangunan Negeri Sembilan bagi tempoh 2019 hingga 2040 yang akan mengandungi pelaksanaan dasar baru serta dasar sedia ada yang ditambah baik berpandukan keperluan ekonomi semasa. Tumpuan rancangan pembangunan Bandar Gemas adalah untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi, fizikal dan sosial Bandar Gemas sebagai pusat katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta selari dengan pembangunan bandar yang kondusif dan mampan.
Rancangan Kawasan Khas (RKK) yang melibatkan Bandar Gemas sebagai kawasan kajian adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dengan beberapa prospek utama yang telah dikenal pasti. Selari dengan tujuan rancangan pembangunan ini, 7 objektif pembangunan telah digariskan iaitu pertama, membangunkan Gemas sebagai Bandar Agropolis. Kedua, mengukuhkan Gemas sebagai hub pengangkutan yang cekap dan mampan. Ketiga, menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang berkesan di Gemas. Keempat, menaik taraf sistem lalu lintas dan perhubungan awam di Gemas. Kelima, merangka program peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk Gemas. Keenam, merekabentuk imej spatial dan penjenamaan semula Bandar Gemas. Serta ketujuh, merangka pembangunan hartanah yang mampu milik di Gemas.
Dato’ Dipertua, proses penyediaan RKK ini dilaksanakan peringkat demi peringkat sebelum diwartakan. Pelaksanaan RKK Gemas telah melalui 3 peringkat utama iaitu penyediaan laporan pendekatan kajian, laporan draf awal dan laporan draf akhir. Proses penyediaan RKK
Gemas ini juga telah melibatkan beberapa perbincangan bersama pihak-pihak yang berkepentingan termasuklah Kem Syed Sirajuddin, Perbadanan Aset Keretapi dan Universiti Malaya. Selain itu, perbincangan berkumpulan bersama pihak profesional dan Badan Bukan Kerajaan serta Jabatan Teknikal turut telah pun diadakan. Sehingga kini, PLANMalaysia@Negeri Sembilan bersama-sama dengan PLANMalaysia@Pejabat Projek Zon Selatan dan Majlis Daerah Tampin (MDT) sebagai pasukan kajian sedang menyediakan Laporan Publisiti dan Representasi Draf RKK Gemas.
Laporan ini disediakan bertujuan membantu Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran yang dipengerusi oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, mendengar setiap bantahan dan representasi yang telah diterima dalam tempoh publisiti. Sepanjang tempoh publisiti berlangsung, beberapa bantahan dan representasi telah pun diterima dari agensi-agensi, orang persendirian dan jugak pihak swasta berkaitan dengan cadangan pembangunan di dalam RKK Gemas. Bantahan dan representasi yang diterima akan dibincangkan di Jawatankuasa Siasatan Tempatan Dan Pendengaran seterusnya membuat perakuan dan syor mengenai bantahan. Bantahan dan representasi ini perlu diambil kira dalam memuktamadkan draf RKK sebelum diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa peran, Perancang Negeri untuk kelulusan. Setelah peringkat ini selesai ia akan diwartakan untuk panduan membangunkan, pembangunan di Daerah Gemas kelak.
Terima kasih kepada EXCO yang menjawab tadi. Dan saya banggalah di atas penjelasan tadi, dan kita mengharapkan Gemas sebagai bandar sempadan akan dapat diterjemahkan pada masa-masa yang akan datang. Tapi yang saya nak ni, fikirkan, sebagai soalan tambahan, kedudukan Pekan Gemas sekarang ini, adakah masihkah sebagai untuk di, di-planning balik, ataupun diubah ke ni, Gemas bandar baru, haa itu yang kita tanya. Sebab apabila bercerita Gemas yang sedia ada sekarang ini, kita dapati masalah yang biasalah di Pekan Gemas kesesakan dalam pekan tu, jajaran jalan raya, jajaran nak ke Segamat menghadapi masalah. Pekannya dulu memang sesuai dengan jaja, dengan jalan raya yang sedia ada, tetapi sekarang dah tak boleh lagi memandangkan kenderaan-kenderaan tentera yang panjang, dan yang lebar sedikit menyebabkan jalan-jalan yang sedia ada di kawasan Gemas tu tidak sesuai lagi. Apatah lagi kalau nak masuk ke bahagian kawasan pekan tersebut, haa itu yang menjadi masalah, itulah, sama ada, ada penambahbaikan jajaran dan sebagainya.
Dan yang kedua pulak, kita nak lihat bahagian, masalah banjir dan kawasan taman rekreasi. Saya pun terima kasihlah kepada Pegawai JPS
yang berkongsi pandangan dengan saya tempoh hari, dan saya menceritakan, dia punya scenario bagaimana kita nak elakkan banjir di kawasan rekreasi yang melibatkan pihak KTMB. Itu yang saya nak tanya, yang nak saya nyatakan.
Dan yang ketiga pulak, bagaimana pulak pekan-pekan kecil yang di Pasir Besar-nya, di Ayer Kuning-nya. Adakah itu juga akan dibangunkan bersama. Sebab kalau diikutkan dari segi keputusan Kerajaan Pusat, telah meluluskan peruntukan Gemas ke Bukit Jalur. Haa itu juga adalah antara bahagian-bahagian yang menjadi sebagai pemain-pemain ekonomi pada masa akan datang. Jadi, saya mintalah pencerahan daripada pihak Kerajaan yang saya nyatakan tadi. Sekian, terima kasih.
Terima kasih pandangan dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gemas. Saya memang amat suka dengar cara Yang Berhormat Gemas mengemukakan pandangan beliau ya, di setiap persidangan DUN.
Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, salah satu perkara yang saya ingin kongsi pada pagi ini mengenai Gemas. Sebenarnya di Gemas, kedudukan dia agak strategik ya, Gemas mempunyai satu stesen kereta api di mana dia menjadi pertengahan atau perhubungan di antara landasan kereta api Pantai Timur dan juga Pantai Barat. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, ni apa, perkhidmatan kereta apa ni, elektronik ataupun ETS dari Johor Bahru sempai ke Gemas, dijangka akan disiap pada 31 Oktober 2021. Jadi, dengan wujudkan perkhidmatan electronic train tersebut, saya cukup yakin sekali, sebab buat masa ini ETS ataupun kereta api elektronik ini dia cuma bermula dari Gemas sampai ke Padang Besar. Dan dengan wujudnya ada landasan baru dari Gemas sehingga ke Johor Baru, saya cukup yakin dia akan memangkin ekonomi di kawasan Gemas. Sebab pada masa dahulu, ni apa, perkhidmatan kereta api, bagi kita, kita lihat perkhidmatan dia agak lambat sikitlah, dia punya kelajuan. Dan wujudnya ETS yang kelajuannya di mana lebih kurang, dapat mencecah apa, 140 km sejam. Saya cukup yakin dia melalui kawasan Gemas, dia boleh bantu untuk memangkin kawasan Gemas.
Dan untuk pembangunan di apa, pekan-pekan yang di keliling kawasan Gemas tu seperti apa, Air Kuning, Pasir Besar. Sebenarnya Pasir besar dekat dengan Rompin. Rompin itu hometown saya. Itu kampung saya, Bahau. Dan juga berdekatan dengan Bahau. Jadi Kerajaan, memanglah hasrat bagi Kerajaan Negeri untuk kita membangunkan negeri, Negeri Sembilan Timur. Sebab itu di dalam manifesto kita, kita ada katakan di
dalam manifesto kita, kita akan memberi fokus kepada pembang, pembangunan di Negeri Sembilan Timur. Dan pada masa yang sama, tak kira di bandar ataupun di desa, kita akan pastikan pembangunan itu adalah selaras. Jadi, saya harap dalam perkara pembangunan di Gemas ataupun di Tampin ini, kita boleh bersama-sama untuk kita lontarkan lebih banyak idea demi kesejahteraan rakyat. Terima kasih.
Seterusanya, saya mempersilakan Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Temiang yang bertanyakan pemasangan UniFi di Temiang.
Masalah UniFi ini, di Sikamat pun menghadapi masalah yang serupa iaitu masih tidak banyak lagi yang mendapat liputan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi memperluaskan lagi rangkaian perkhidmatan UniFi di kawasan Bandar Seremban khususnya di kawasan DUN Temiang, pihak TM telah merancang sebanyak 5 kawasan baru bagi tahun 2019 dan sebahagian daripada cadangan tersebut akan dibawa kepada pihak suruhanjawa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk kelulusan di bawah inisiatif Jalur luar, Lebar Luar Bandar. Antara kawasan DUN ialah di DUN Temiang yang termasuk dalam cadangan penambahan itu adalah Taman Desa Temiang, Taman Kim Wong, Taman Temiang Jaya, Taman Kong Heong dan Taman Zamrud.
Walau bagaimanapun untuk pengetahuan Yang Berhormat, pihak TM masih menjalankan kajian dan kerja-kerja penaik, penaikan taraf secara berperingkat bagi memastikan capaian kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dapat diperluaskan di kawasan sekitar Bandar Seremban khususnya di DUN Temiang. Terima kasih.
Ada soalan tambahan? [percakapan secara off mic].
Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana usahanya membantu Temiang dalam pemasangan UniFi dan saya mewakili penduduklah ucapan terima kasih banyak-banyak. Bolehkah saya tahu tarikh yang tetap tentang pemasangan UniFi ini, yang kalau ada.
Untuk makluman, kita cuba untuk tahun 2019 ya. Tahun 2019, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri [percakapan secara off mic] ….. seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Senaling.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senaling kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senaling, bertanyakan soalan berkenaan kesihatan.
Dato’ Yang Dipertua, beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk menampung pertambahan pesakit di Hospital Kerajaan yang meliputi, pertamanya adalah pertambahan kakitangan. Buat masa ini bilangan pengisian bagi pakar perubatan dan pegawai perubatan di hospital-hospital di Negeri Sembilan mengikut perjawatan adalah dipenuhi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perjawatan bagi bidang kepakaran dan subkepakaran yang tidak mencukupi. Langkah penambahbaikan yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dengan melaksanakan inisiatif Hospital Kluster (perkhidmatan luar bandar).
Bagi tempoh di antara tahun 2010 sehingga 2019, bilangan perjawatan pegawai dan kakitangan di seluruh fasiliti kesihatan di Negeri Sembilan telah mengalami penambahbaikan seperti berikut: pertamanya, Pengurusan & Profesional, bagi tahun 2010 seramai 2,197 orang, untuk tahun 2019 – 2,344 iaitu perbezaan ataupun penambahan sebanyak 147 orang. Bagi Paramedik atau Aksiliari, bagi tahun 2010 seramai 881, untuk tahun 2019 seramai 1,189 orang, dan menunjukkan penambahan sebanyak 308. Dan bagi Pelaksana, jumlah perjawatan bagi tahun 2010 adalah 2,830 dan untuk tahun 2019 sebanyak 3,120
orang, yang menunjukkan penambahan sebanyak 290 orang. Jadi, keseluruhannya terdapat penambahan 745 orang.
Selain itu, Kementerian juga merancang untuk memperkembangkan lagi perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital terutamanya hospital berpakar. Dan yang ketiganya adalah penambahan peralatan perubatan, Pihak Kementerian juga membuat pertambahan dan penggantian peralatan perubatan dan bukan perubatan dari masa ke semasa seperti pertambahan mesin hemodialisis, mewujudkan perkhidmatan CT Scan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, penggantian katil hospital dan lain-lain.
Keempatnya, adalah untuk menaik taraf fasiliti hospital dari masa ke semasa seperti menaik taraf fasiliti ICU dan CCU di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, penambahan blok baru di Hospital Tuanku Ampuan Najihah dan Hospital Port Dickson. Yang kelima adalah Kerajaan juga telah memperkenalkan inisiatif PEKA pada tahun ini di mana golongan B40 yang berumur 50 tahun ke atas boleh memperolehi manfaat dalam bentuk seperti berikut,: yang pertamanya adalah Saringan Kesihatan, Bantuan Alat Perubatan, ketiga adalah Insentif me, Melengkapkan Rawatan Kanser dan keempat adalah Insentif Tambang Pengangkutan. Terima kasih.
Terima kasih [percakapan secara off mic]….seterusnya …..
Saya kemukakan soalan tambahan.
Tambahan?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam lawatan-lawatan saya di Hospital Kuala Pilah, dan saya rasa fenomena yang sama di hospital kerajaan yang lain, berlakunya peningkatan yang amat ketara kehadiran pesakit-pesakit yang ingin mendapat rawatan di hospital-hospital kerajaan ini berbanding dengan klinik dan juga hospital swasta yang lain. Mungkin ini berpunca daripada, mungkin di antara puncanya ialah di atas kenaikan kos sara hidup sekarang ini. Soalan saya, ada atau tidak perancangan di pihak Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan atau Jabatan Kesihatan, bagi memendekkan, dengan ramainya pesakit ini, memendekkan masa menunggu pesakit bagi mendapat rawatan dan juga masa menunggu pesakit bagi
dimasukkan ke dalam wad. Kerana saya lihat daripada pengamatan saya sendiri, laluan-laluan di dalam wad sendiri pun kadang kalanya diletakkan katil-katil untuk pesakit ini dan saya rasa ini adalah merupakan perkara yang harus diambil kira, diberikan keutamaan bagi memberikan keselesaan kepada pesakit-pesakit ini. Jadi soalan saya, ada atau tidak perancangan Kerajaan Negeri seperti mana yang dinyatakan oleh jawapan daripada EXCO Kesihatan tadi, saya ucapkan terima kasih, untuk membesarkan, menambah baik Hospital Tuanku Ampuan Najihah. Jadi saya harap ianya dapat dibina dan disegerakan pembinaannya, blok baru ini.
Soalan saya, atau tidak perancangan Kerajaan Negeri bagi membina sebuah hospital pakar yang kedua di Negeri Sembilan? Terima kasih.
Terima kasih Senaling atas soalan tambahan tersebut. Ya memang kita tahu bahawa masa menunggu adalah satu masa yang, yang menjadi isu di Hospital Kerajaan memandangkan ramai pesakit-pesakit datang ke Hospital Kerajaan. Perkara ini memang diambil maklum dan pihak Kerajaan, Kementerian Kesihatan mengambil tindakan berkenaan perkara tersebut. Dan untuk hospital kedua di Negeri Sembilan, memang dalam cadangan pun kita telah cadangkan kepada Kementerian Kesihatan untuk mewujudkan satu hospital kedua di Negeri Sembilan. Sekiranya hospital tu dapat dibina, maka kesesakan di Hospital Kerajaan dapat dikurangkan.
Dan saya juga telah buat lawatan ke satu tapak tanah di Bandar Enstek di mana tapak tersebut adalah kepunyaan Kementerian Kesihatan di mana satu hospital kedua boleh diwujudkan di sana. Dan saya telah membawa perkara ini ke perhatian Menteri Kesihatan supaya kita dapat membina satu hospital kedua supaya kesesakan mahupun kesesakan di hospital dari segi tempat parking juga kita dapat selesaikan sekiranya ada hospital kedua ini. Jadi, ini adalah dalam cadangan dan kita telah cadangkan kepada Kementerian Kesihatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Repah. Seterusnya saya mempersilakan soalan daripada Seremban, Yang Berhormat Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bagi rumah ibadat Hindu yang terdapat di Negeri Sembilan pada masa ini adalah sebanyak 110 unit. Pecahan rumah ibadat Hindu mengikut daerah yang di, adalah seperti jadual berikut: di Daerah Seremban sebanyak 60, di Port Dickson sebanyak 14, di Jempol – 19, Tampin – 7, Kuala Pilah – 2, Rembau – 6, Jelebu – 2.
Berkaitan dengan ROS ataupun pendaftaran pertubuhan, bidang kuasa ROS hanya mendaftarkan Persatuan Penganut Agama selain Agama Islam dan juga Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat selain Agama Islam di bawah kategori keagamaan. Kedua-dua pertubuhan ini adalah tertakluk serta dikawal selia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Di bawah kategori keagamaan di dalam pendaftaran pertubuhan, terdapat 2 kategori iaitu persatuan penganut dan juga jawatankuasa pengurusan rumah ibadat. Dan ROS akan memberikan kelulusan untuk didaftarkan sebagai Jawatankuasa Pengurusan Rumah Ibadat jika tanah itu adalah tanah milik ataupun tanah yang dirizabkan untuk kategori ataupun untuk tujuan rumah ibadat.
Oleh yang demikian, rumah ibadat didaftarkan di bawah ROS. Dan juga ROS tiada kuasa untuk mereka memaksa ataupun meminta untuk setiap tempat ibadat didaftarkan di bawah ROS. Rumah-rumah ibadat yang dibangunkan secara sah sepatutnya mematuhi peraturan dan undang-undang semasa berkuatkuasa yang ditetapkan oleh agensi yang berkenaan seperti PBT ataupun Pejabat Daerah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Adakah sebarang garisan panduan yang ditetapkan kepada pemilik rumah ibadat Hindu yang mempunyai di rumah atau di tempat awam? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Seremban Jaya. Memang kita tidak membenarkan mana-mana tempat ibadat dibina di rumah ataupun di tempat-tempat awam seperti di kawasan perumahan. Tetapi kita tahu telah wujud beberapa ataupun banyak tempat-tempat ibadat dibina di kawasan perumahan ataupun di dalam rumah sendiri. dan sebelum ini pun, dalam persidangan lepas, kita telah pun menjawab bahawa setiap rumah ibadat ataupun tempat ibadat yang di, dibina dalam kawasan peru, dalam kawasan rumah untuk kegunaan sendiri kita tidak akan mengambil tindakan. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai tempat untuk digunakan oleh orang awam ataupn untuk dihadiri oleh orang ramai. Dan kita juga telah memintak kepada semua PBT dan juga Pejabat Daerah untuk mengambil tindakan terus dengan memberikan
notis ataupun terus merobohkan mana-mana tempat ibadat yang baru, yang sedang dibina, ataupun baru menaikkan strukturnya, di mana-mana tempat awam. Tetapi kita juga faham sebelum ini telah pun terdapat, telah pun wujud beberapa tempat ibadat yang dibina di tempat-tempat awam. Oleh kerana itu, kita sedang mengambil tindakan jika terdapat aduan, kita akan menangani kes-kes dengan, kes-kes seperti ini dengan lebih baik supaya ia tidak akan menimbulkan mana-mana, apa-apa masalah kepada mana-mana pihak, selepas kita mengambil tindakan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Nilai. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa bagi Pertanyaan Lisan Hari Ketiga telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Usul Titah Ucapan DirajaMotion
Perkara keempat, Usul.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam agenda perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja. Kita telah pun mendengar perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian semalam. Seterusnya saya persilakan pihak Kerajaan untuk menjawab. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk, oh EXCO …..
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
…. saya persilakan EXCO.
Saya tak EXCO Dato’ Dipertua, saya hanya memohon budi bicara Dato’ Dipertua-lah sebab di pihak pembangkang ada seorang tu dia solat, sewaktu tu. Kita beranggapan sesi tu akan berlanjutan sampai ke 6:30 camtulah. Jadi …..
Ada maklum tak dekat ni.
Ada maklum pada, Setiausaha Dewan-lah.
Tak tak, masa masa persidangan ada maklum tak? Masa sebelum penangguhan semalam ada dimaklum tak pada ni, Timbalan Speaker?
Dato’ Samad di surau semalam, saya pun ada situ.
Tak masa dalam Dewan tu ada maklum ke saya pergi sembahyang. Tak ada?
Tak ada Dato’ Dipertua.
Tak apalah, pergi sembahyang tu, kita pertimbangkanlah.
Kita terperangkap dengan keadaan itu jelah.
Tapi jangan cakap banyak ya, 10 minit je.
Terima kasih Dato’ Dipertua.
Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera. Sayang saya dokek Speaker ni, Dato’ Speaker. Sayang, Speaker. Kalau orang sayang tu, kira, kira silatulrahim tu bertambah erat lah tu. Saya mengambil ketetapan menjunjung kasih atas tidah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada Isnin lepas. Dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu usaha, usaha untuk memperkasakan perpaduan dan keharmonian di negeri kita, Negeri Sembilan adalah satu inisiatif yang cukup kita sanjung dan saya di, di DUN Seri Menanti sendiri ya, telah pun melaksanakan ataupun menterjemahkan apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku untuk melihat perpaduan dan keharmonian terutamanya di kalangan masyarakat di sana. Dan kerana kita tahu ya, perpaduan dan keharmonian ini adalah pemangkin ya , kepada kemajuan dan ke, ke, ke, pembangunan negara.
Dato’ Yang Dipertua, jadi usaha-usaha ini haruslah kita teruskan, tak kiralah Kerajaan lama dan Kerajaan baru, haruslah diteruskan untuk melihat ya, negara kita menjadi sebuah negara yang maju, yang mempunyai ekonomi yang baik dan sebagainya. jadi, sebab itulah kita mengharapkan Kerajaan baru sekarang ini, untuk lebih berusaha ya, lebih berusaha untuk memastikan bukan sahaja negeri tetapi malahan negara kita menjadi sebuah ya, negara yang disegani ya, bukan negara yang ki, dipandang sinis oleh negara lain tetapi negara yang disegani oleh negara-negara yang besar.
Saya tertarik dengan titah ucapan tuanku dengan pembangunan yang berterusan terutamanya dalam pelaburan. Tuanku bertitah mengatakan bahawa pelaburan ya, di Negeri Sembilan 2017 ya, yang mana 2017 angka pelaburan adalah 1.41 bilion dan seterusnya meningkat pada 2018. Saya nak ucapkan tahniahlah kepada EXCO yang berkenaan ya, kerana telah ya, berusaha untuk menambahkan lagi kita pelaburan ya, di Negeri Sembilan. Jadi ini saya nampak satu usaha yang cukup hebat ya, yang dbuat oleh Kerajaan Negeri terutamanya EXCO yang telah diamanahkan. Dan, tapi sayang ya, apabila apa ni, YB, YB Chennah ya, dalam ucapan beliau menyebut ya, untuk menubuhkan NS Corp dan saya rasa dia lupa bahawa NS Corp ni telah kita tubuhkan ya, di dalam Dewan yang mulia ini, oleh Yang Berhormat apa ni, ADUN Ampangan ya, ketika itu. Dan, dan mungkinlah ya, tadi peranan NS Corp tadi telah menyebabkan jugak pelaburan kita meningkat. Jadi tahniah ya, kepada, kepada EXCO, kepada apa ni, YB Ampangan.
Dato’ Yang Dipertua, tuan-tuan dan, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, saya ingin menarik perhatian jugak ya, tentang pembangunan dan kemajuan di kawasan saya terutamanya kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan kepada pelancong-pelancong yang datang di kawasan saya ni. Sesungguhnya di kawasn Seri Menanti ni adalah kawasan yang menjadi perhatian bukan sahaja pelancong, malahan kita dan masyarakat dalam negeri dan jugak di luar negeri terutamanya ya, di kawasan Seri Menanti, Bandar Diraja Seri Menanti dan jugak kawasan pelancongan di Ulu Bendul.
Kita, dan saya berharapkan supaya ditingkatkan lagi ya, kemudahan-kemudahan ataupun fasilities-fasilities ya, terutama kepada
pengunjung-pengunjung sama ada di Ulu Bendul ataupun di Seri Menanti ataupun kepada pengunjung-pengunjung yang nak naik Gunung Angsi. Saya tengok ramai, hari tu disebut ya, begitu ramai pengunjung-pengunung yang mengunjungi kawasan Hutan Rekreasi Ulu Bendul ni, dan jugak mendaki Gunung Angsi. Yang saya lihat kekurangan di Gunung Angsi itu adalah kemudahan untuk bekalan-bekalan, tempat-tempat apa ni, bekalan air dan jugak kemudahan-kemudahan liputan ya, yang saya rasa perlu ditingkatkan lagi ya,untuk menarik ramai lagi kepada peminat-peminat yang menggemari mendaki gunung ini, yang juga sebagai pelancong ya, di, di yang, berkunjung di kawasan di, di Ulu Bendul inilah.
Dato’ Yang Dipertua, ini saya lihat perlu kita beri perhatian, begitu jugak tadi dengan Seri Menanti. Seri Menanti ni dah ada kemudahan-kemudahan seperti padang golf dia, seperti kita tengok istana, ada istana lama, ada lagi kemudahan-kemudahan lain yang perlu diberi perhatian, yang boleh tingkatkan ya, dan saya dah sebuat dalam soalan saya, ditingkatkan lagi homestay ataupun inap desa ini untuk memberikan kemudahan kepada pengunjung-pengunjung ya, yang ber, ber, menginap ya di, di kawasan-jawasan ni. ada masanya, ketikanya ya, kawasan tempat-tempat penginapan yang ada tidak mencukupi untuk menampung terutamanya dalam masa Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan ini menyebabkan homestay-homestay ini dicari oleh pengunjung. Sebab tu saya minta Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian kepada homestay ini untuk meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan di homestay ini. Jadi kita tengok, kalau almaklumlah orang-orang kampung ya, rumah-rumah kampung, ada kekurangan. Jadi serba kekurangan nilah yang kita nak bantu supaya ia menjadi punca pendapatan, dengan bantuan kita nanti, ia menjadi punca pendapatan kepada apa ni, orang-orang kampung. Jadi sebab itulah saya mengemukakan saoalan ataupun meminta supaya homestay ini dibangunkan terutamanya di kawasan DUN Seri Menanti ini.
Saya juga tertarik dengan, dengan apa ni, dengan, dengan isu keselesaan, keselesaan di hospital. Baru-baru ni, hari tu, saya di Hospital Kuala Pilah ya, Hospital Kuala Pilah, dan apabila tempat menunggu tu saya tengok macam duduk dalam oven, duduk dalam tu. Sebab apa dia punya air cond dia di, di, di, di-stop-kan ya, diberhentikan sebab ada kerja-kerja pengubah suai. Jadi saya beritahu ya, kepada pihak hospital, janganlah buat macam ni, buatlah waktu malam. Waktu puncak ni, pengunjung-pengunjung yang ramai datang ni ya, sediakanlah kemudahan ni semula supaya orang datang selesa. Pengunjung ini adalah pelanggan kita, kita kena hormat pelanggan kita. Jangan kita biarkan pelanggan kita. Dan saya berharapkan jugak ya, EXCO berkenaan ya, dapat memberi perhatian ya, kepada keselesaan
pengunjung ini ya, janganlah kita ambil mudah ya, tentang pengunjung-pengunjung kita ni, bahawa sesungguhnya mereka juga rakyat yang menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ya, di negara kita.
Dato’ Yang Dipertua, menyebut jugak tentang kebakaran bukan sahaja di kawasan Juasseh, bukan sahaja di, di Senaling ya, tetapi juga kebakaran baru-baru ini, 2 – 3 minggu lepas ia berlaku di kawasan saya. Dan sa, apa yang saya perhatikan adalah ya, mereka-merka individu-individu dan juga JKM ya, datang menyumbang tetapi tidaklah memadai ya, seperti yang apa ni, yang mereka harapkan kerana kebakaran ini meranapkan terus, memusnahkan ya, keseluruhan harta benda ya, apa ni owner rumah ni. Jadi saya berharapkan Kerajaan Negeri, pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana telah memperuntukkan 33,000.00 tadi ya, untuk, untuk rumah yang menimpa, yang ditimpa bencana tadi. Tetapi saya mintak jugak ya, untuk disegerakan, kita tak nak mintak, kita tak nak mintak, kita tak nak berlaku seperti di, di Juasseh ya, dah setahun. Saya ingat lagi ya, YB Juasseh mengulangi apa ni, soalan-soalan tersebut supaya disegerakan. Kita tak nak begitu lagi, kita mintak ya, Kerajaan Negeri untuk segera ya, me, apa ni, meringankan beban apa ni, yang mangsa-mangsa ini Begitu jugak tadi yang berlaku di tempat saya tadi ya, ramai yang, yang apa, yang prihatin, yang datang dan sebagainya. Tetapi kita mintakkan Kerajaan Negeri ya, supaya ada dana untuk me, yang cepat untuk melaksanakan ya, untuk meringankan beban mereka ini.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, selain daripada itu kawasan-kawasan ya, di, di kampung-kampung ini yang suarakan dalam ya, dalam persidangan yang dulu iaitu jalan-jalan, jalan-jalan kampung, jalan-jalan kampung yang masih lagi saya tengok ya, tidak di, di-upgrade-kan ya, tidak di-upgrade-kan yang mana ia menjadi jalan utama semasa berlakunya apa ni, jammed ya, kesesakan lalu lintas ya, jalan Kuala Pilah – Seremban ni. Dan ini telah disebut dalam persidangan yang lalu dan ini jugak harapan saya, dan saya berharapkan kepada EXCO ya, luar bandar ya, yang begitu prihatin tadi ya, memintak apa ni, kita turun, memang hari-hari saya turun. Dan saya memintak disegerakan ya, saya berharap ya, kepada EXCO luar bandar dah bawak pun perkara ini. Jadi, nanti saya nak tanya jugak nanti, jadi saya mintak dia jawab nanti ya. Dah bawak belum perkara ini …..
Ini luar dari tajuk, luar dari tajuk, bukan titah ucapan.
Ini di Seri Menanti, duduk ya, saya tak bagi laluan. Ikut peraturan, mintak, mohon kepada Speaker dulu. Boleh ke tak boleh. Haa, ikut peraturan, ikut, ikut peraturan. Betul Dato’ Speaker?
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, masa dah cukup.
Saya sokong.
Dato’, Dato’ Yang Dipertua.
Gangguan, saya bagi 2 minit lagi.
Haa, 3 minit Dato’ Dipertua. Ni saya sayang Dato’ Speaker ni. Saya tatang. Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, ni ganggu-ganggu ni satu hal ni. Dato’ Yang Dipertua, saya harapkan ya, dalam penggulungan nanti EXCO Luar Bandar akan memberi jawapan yang tepat ya, untuk apa ni, untuk jalan-jalan yang nak dibesarkan ni. Jadi kita tak nak lagi rakyat masih rasa kesusahan lagi ya, rasa sukar untuk melalui Jalan Kuala Pilah – Seremban tu ya. Biar ada jalan alternatif yang mereka boleh ikut ya, dan jalan tu lebar, apabila kita berselisih ya, boleh berselisih dengan selesa dan rakyat tidak marah lagi kepada Kerajaan. Kalau tak nanti, bila rakyat tanyo, bila orang Seri Menanti tanyo, haa ni sobab dek EXCO apalah ni, EXCO Luar Bandar lah nih, janji-janji, tak menunaikan janji. Haa, itu akan saya sebut nanti ya, Dato’ Speaker. Ingat tu Dato’ apa ni, EXCO Luar Bandar ya. Kalau tak nanti datang jumpa saya, saya tunjukkan tempat-tempat yang perlu dilebarkan.
Dato’ Yang Dipertua, bagi pendek, kan? Okaylah Dato’ Dipertua, saya rasa itulah. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Nanti datang ke Seri Menanti lagi, bagitau Dato’ Dipertua. Tapi jangan bawak bala tentera yang ramai Dato’ Yang Dipertua, datang sebuah dua kereta dahlah. Dan, dan Seri Menanti mohon menyokong.
Yang Berhormat Seri Menanti. Jadi, tak ada lagi kan? Selesai semua dah. Ada tak semalam yang tak bercakap lagi? semua, semua dah bercakap? Haa, 10 minit ya. Lepas ni gulung tau.
Semalam, kenapa? Ada maklum tak kepada Dewan, pasal keluar semalam? Ada?
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi laluan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin fokuskan perbahasan ini kepada senario kesukaran rakyat yang dihadapi terutama di kawasan saya. Dato’ Yang Dipertua, sama ada kita sedar ataupun tidak, hari ini ramai yang hilang pekerjaan, ramai anak-anak di tempat saya, di kawasan saya yang sebelum ini bekerja di luar, balik ke kampung sebab hilang peluang pekerjaan di bandar. Dan ramai pula yang duduk di kawasan Rancangan pulak, yang hari ini pendapatan mereka jauh lebih kurang daripada sebelum ini. Contoh, saya nak beritahu kepada Dewan yang mulia ini, dahulu warga felda ini dijamin oleh Kerajaan Barisan Nasional pendapatan mereka paling kurang 1,500.00 ringgit satu bulan bagi mereka yang mengeluarkan hasil sawit. Dan 1,300.00 ringgit bagi mereka yang mengeluarkan hasil getah. Apakah maksud jaminan 1,500.00 tersebut, Dato’ Yang Dipertua. Izinkan saya untuk berikan sedikit penjelasan supaya kita faham keadaan yang sebenar. Sebenarnya, sawit ni ada musim-musim buahnya lawas dan ada kadang-kadang harganya jatuh merundum. Bila buah lawas dan harga jatuh merundum, maka jualan hasil tu tak boleh capai angka 1,500.00 satu bulan. Maka dalam keadaan itu Kerajaan melalui FELDA akan memberi pendahuluan hasil, akan bagi pinjam dulu, beri pakai dulu supaya kesejahteraan mereka terus terbela sepanjang masa. Dan ianya akan menjadi sebahagian daripada hutan mereka, yang akan dibayar kembali dalam tempoh sepanjang hasil atau pokok mereka mengeluarkan hasil, 15 tahun, 20 tahun dan sebagainya.
Dato’ Yang Dipertua, hari ini, warga felda pendapatan mereka rata-rata bawah 800.00 ringgit, bawah 700.00 ringgit dan tidak memeranjatkan ada yang hanya dapat 200.00 ringgit satu bulan. Cubalah kita bayangkan bagaimana mereka ingin menguruskan keluarga dengan anak yang ramai, dengan anak yang masih bersekolah, dengan ada yang berpenyakit dengan pendapatan 2 – 300.00 ringgit sebulan. Kerana dah lah buah lawas, harga pula jatuh merudum sangat teruk sekarang Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, keadaan yang sama berlaku pada rakan-rakan saya di Felcra Rompin. Tak jauh daripada Palong. Di mana mereka, pokok mereka telah ditebang, dah 10 bulan tak dapat bayaran untuk Bantuan Sara Hidup. Cubalah Dato’ Yang Dipertua bayangkan. Dan yang sedihnya, pagi tadi saya tanya pada mereka, saya telefon mereka dan saya tanya, ada tak pihak Kerajaan kita datang untuk melawat atau mendengar khabar, katanya sampai sekarang tidak ada seorang pun wakil Kerajaan Negeri yang datang tanyakan khabar mereka. Saya yakin dan percaya, kewibawaan Dato’, Yang Amat Berhormat Dato’ Sikamat, Dato’ Seri Sikamat, kerana saya pernah membawa masalah yang sama pada bulan 12 yang lepas, apabila saya mengatakan bahawa anak-anak di felda, ibu bapanya sangat gundah gulana kerana tidak cukup duit untuk, untuk menye, menghadapi persekolahan, maka Dato’ Seri dengan tuntas menyelesaikan masalah anak-anak felda seluruh Negeri Sembilan, yang telah menelan belanja 15 juta ringgit, kalau tak silap saya. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri.
Dan saya yakin dan percaya dengan semangat yang sama, sekiranya Yang Berhormat Sikamat boleh mela, melawat dan melihat keadaan saudara-saudara kita di Felcra Rompin tu yang tak ramai keluarga dia, lebih kurang 100 keluarga, saya kira, saya yakin sesuatu boleh dibuat menjelang bulan puasa atau menjelang hari raya tidak berapa lama lagi.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan di sini, dalam masa yang singkat ini, untuk memberikan sedikit penjelasan tentang hutang FELDA. Dulu kita dengar bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah menyeleweng duit FELDA sebanyak 8 bilion ringgit. Saya dengar ucapan daripada Menteri FELDA baru-baru ini, ketika membentangkan usul FELDA, kertas putih FELDA, dalam ucapannya, dalam perkara 19, dengan jelas menyebut bahawa baki hutang peneroka telah mencecah angka 7.7 bilion. Hutang peneroka kan, telah mencecah 7.7 bilion. Yang merangkumi pertama, kos penanaman semula, yang kedua pinjaman sara hidup, yang ketiga pendahuluan hasil. Jadi maknanya penyelewengan itu tidak benar. Yang benarnya adalah bahawa ianya sebahagian besarnya adalah hutang kepada warga felda.
Tetapi apakah maksud hutang 7.7 bilion tersebut? Maksudnya ialah yang pertama, kos tanam semula, di seluruh negara Dato’ Yang Dipertua, apabila pokok-pokok mereka ditebang, ianya diuruskan oleh FELDA. Dan FELDA yang mengeluarkan kos untuk tanam semula. Dan ia akan menjadi sebahagian daripada hutang peneroka yang akan dibayar selama 15 ke 20 tahun. Jadi selagi ada pokok, selagi ada sawit yang mengeluarkan hasil, selagi itu hutang itu akan ada di situ sampailah pokok itu ditebang. Itu yang pertama. Yang kedua
pinjaman sara hidup. Saya katakan tadi, apabila pokok ditebang mereka tidak ada hasil, maka mereka akan diberikan pendahuluan hasil seperti yang ada di dalam, seperti yang ada dalam kontrak mereka, haa dengan FELDA. Jadi akan dibayar 1,000.00 ringgit dan 1,300.00 ringgit sampailah pokok mereka mengeluarkan hasil. Dan yang ketiganya adalah pendahuluan hasil yang saya sebut sebentar tadi.
Jadi jelaslah bahawa hutang-hutang ini adalah hutang-hutang jangka panjang. Tetapi persoalannnya, kenapakah dia meningkat begitu ketara, kenapakah hutang tu meningkat begitu ketara. Dia ada beberapa sebab. Yang pertamanya adalah kejatuhan harga yang sangat teruk. Harga komoditi pada tahun lepas jatuh sangat teruk. Bukan saja harga tandan segar, tetapi juga harga minyak sawit mentah yang telah jatuh daripada harga pasaran. Maka kilang-kilang FELDA mengalami kerugian. Kemudian peneroka pula, harga sawit mereka jatuh merundum menyebabkan mereka tidak mampu, hasil tak cukup untuk membayar hutang mereka. Jadi hutang semakin bertambah. Dan perkara yang ketiganya adalah Kerajaan Pakatan Harapan sebelum menjadi Kerajaan berjanji untuk menghapuskan hutang peneroka. Dia ada sebahagiannya tidak menghantar sawit ataupun hasil ke FELDA, mereka hantar ke luar kerana kalau hantar ke FELDA, dah lah harganya rendah, duit lambat bayar, dan yang keduanya hasil pulak, hasil mereka pulak akan dipotong hutang. Maka dapatlah 2 – 300.00 ringgit satu bulan. Maka sebab itu mereka hantar hasil tu ke luar untuk meneruskan hidup mereka, Dato’ yang Dipertua.
Maka inilah keadaan sebenarnya yang berlaku. Skiranya Kerajaan pada hari ini dapat memfokuskan untuk menaikkan harga komoditi ini, dan beri sedikit kelonggaran kepada warga felda untuk kita menangguhkan, menangguhkan pemotongan hutang-hutang mereka buat masa, jangka masa dalam, sehingga harga menjadi stabil, maka ini akan memberi sedikit kelegaan dan pendapatan yang baik kepada warga felda kita, yang akhirnya akan memberikan keharmonian kepada rakyat dan masyarakat di felda ataupun di luar bandar. Maka itulah harapan saya, dan itu sahaja Dato’ Yang Dipertua …..
Dato’ Speaker, boleh celah sikit? Boleh celah sikit.
Dah dah, nak habis dah. Kejap lagi.
Tak da.
Dia nak habiskan cakap tu, dia nak habis cepat.
Celah celah sikit.
Apa bendalah kau ni bang …..
Boleh? Boleh? Saya, kita satu kawan.
Abang punya pasal, boleh.
Okay, terima kasih. Saya mahu mintak Palong haa, baru, baru PH perintah 11 bulan 16 hari. Tapi sebelum siapa perintah? Rugi FELDA siapa yang buat? Siapa yang buat.
Okay, terima kasih, baik.
Haa terima kasih, tolong.
Saya tunggu je Seremban Jaya ni menyampuk Dato’ Dipertua. Beri saya masa sedikit, saya nak jawab.
Tak boleh, masa tak panjang.
Sedikit 2 minit je.
Seminit. Dah dekat pukul 12:00 dah.
Dia dah curi seminit.
Pukul 1:00 kang nak makan. Seminit.
Okay baik. Yang pertama, dia kata bahawa dia perintah 11 bulan. Yang berjanji dulu, nak menyelesaikan semua manifesto 100 hari bukan kita, tuan di sebelah sana, Yang Berhormat di sebelah sana. Bila memerintah, kata 100 hari …..
Celah celah.
Eh, dah lah. Lepas itu …..
Celah sikit.
….. lepas tu, Dato’, Dato’ Dipertua, bila kita tanya, saya nak jawab. Eh kenalah jawab Dato’. Lepas bila saya tanya, dia kata orang beranak 9 bulan, bayi pun beranak 9 bulan. Lepas 9 bulan kita tanya pulak, dia kata pokok durian, buah 7 tahun. Haa haa, durian musang king, hasil 7 tahun. Jadi yang berjanji ini ialah di sebelah sana. Kami bertanya saja. Satu. Yang kedua hutang …..
Ada kedua?
Yang ni penutup.
Penutup.
Hutang ni sebenarnya akan ada. Mana syarikat-syarikat yang tak ada hutang. Dan FELDA ini, asas penubuhannya …..
Ini bukan hutang.
….. adalah not profit oriented …..
Saudara Palong.
….. not profit oriented …..
Dah dah dah.
Ini bukan hutang. Ini curi.
Dah dah.
Ini bukan hutang. Ini dulu siapa …..
Saya tak benarkan.
….. perintah, memang curi.
Hey awak tuduh …..
Haa ini bukan saya cakap. Ini dalam mahkamah …..
….. Seremban Jaya tak boleh tuduh …..
….. sudah ada mahkamah …..
….. you bukan hakim …..
….. ini mahkamah, sudah ada kes mahkamah.
Itu biar mahkamah putuskan …..
….. ini bekas Menteri Besar …..
….. mahkamah yang putuskan siapa yang curi …..
…. bekas Menteri Besar.
….. Seremban Jaya bukan hakim …..
Bekas Menteri Besar …..
….. Seremban Jaya bukan hakim …..
Bekas Menteri Besar curi …..
Tak boleh tuduh.
….. dia punya pasal FELDA rosak …..
Dah dah.
….. tak boleh tuduh.
….. semua hancur …..
Saya tak sambung dah.
Seremban Jaya curi …..
Dah dah, duduk duduk.
11 bulan baru 16 hari, kita apa yang janji …..
Ini bukan menggulung.
….. kita mesti tunai …..
Dah dah.
….. dalam 5 tahun. Ini saya …..
Tak bolehlah …..
….. beritahu Dewan yang mulia, terima kasih.
….. tak boleh buat.
Dah dah, Palong duduk. Seremban Jaya duduk. Saya ingat dah lebih …..
Dato’ Dipertua.
Dah pukul 12:00 dah.
Sikit je Dato’ Dipertua.
Gulung Dato’, gulung, seminit.
Tak ada gulung dah.
Seminit.
Dato’ Dipertua.
Cukup cukup cukup cukup.
Yang salah dia, dia kacau saya …..
Bukan saya salah, bukan saya salah.
Haa cakap lagi.
Dalam mahkamah. Bukan saya …..
Kes mahkamah, biar mahkamah putuskan. You bukan hakim …..
Ini bekas, bekas Menteri Besar.
You bukan hakim.
Bukan saya, bukan saya hakim …..
…. Saya pun bukan sokong siapa-siapa, tapi prinsip law …..
….. bukan saya hakim, tapi memang ini kes sudah ada …..
….. mana rule of law …..
Memang sudah ada kes mahkamah.
Dia yang menyampuk …..
Bukan.
Ini floor saya …..
Bukan.
Ini bukan your floor.
Adik, jangan marah …..
Abang …..
Jangan marah. Adik jangan marah.
….. ini floor saya.
Jangan tunjuk.
Floor tamat, floor tamat, floor. Now my floor, duduk.
Dia duduk dulu. Terima kasih Dato’.
Haa okay.
Dato’ Yang Dipertua, selalunya …..
Dah dah dah.
….. curi punya orang …..
Chembong, dah dah, jangan sambung.
….. cakap orang curi Dato’ Dipertua.
Jangan, jangan sambung lagi. Karang bila time nak makan, tuan-tuan cepat nak makan. Saya boleh tahan, kang pukul 1:00 tuan kata anak makan. Saya nak dengar pasal, Yang Berhormat Palong, apa Yang Berhormat Palong sebut tadi, kita punya EXCO kita dengar, MMK ada dengar, Menteri Besar apa luahan tadi, nanti dengar jawapan nantilah ya. Dan ada Ucapan Penangguhan nanti, ambil peluang dekat Ucapan Penangguhan-lah kan, ada Ucapan Penangguhan kan. Kita akan bagi peluang …..
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Okay. Seterusnya saya persilakan, saya tak nak panjang dah, menggulung ya, jadi saya mintak bukan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, kita pergi EXCO-lah, jawatankuasa apa ni, untuk menjawab ataupun menggulung, EXCO-EXCO-lah, MMK dari pihak Kerajaan untuk menggulung perbahasan usul kita ni. Dipersilakan, siapa nak dulu?
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Terlebih, terutama sekali terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasihlah kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat dalam ucapan perbahasan titah yang mendahulukan perpaduan sebagai content yang terutama semasa perbahasan. Terima kasih. Dan saya harap usaha ni dapat dikekalkan. Bersama kita kukuh, bercerai kita roboh, okay.
Dato’ Dipertua, seperti kita semua sedia maklum mana-mana negara majmumk termasuk Malaysia atas sebab perbezaan etnik, agama, budaya dan bahasa mempunyai beza, bentuk sosio budayanya tersendiri, ada yang merujuk negara-negara lain sebagai modal dalam konteks perpaduan. Namun hakikatnya, ramai negara yang cuba mencontohi nera, negaraku yang tersayang, dalam membentuk perpaduan mengikut acuannya yang tersendiri sesuai dengan latar belakang sejarah dan sosio ekonomi dan budaya masyarakatnya. Perkara inilah yang menjadi cabaran bagi kita dan bagi negara khususnya dalam konteks perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Antara cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks ini adalah apabila rakyat cenderung bergaul dalam kom, kelompok sendiri dan kurang bergaul dengan kelompok-kelompok lain secara rapat. Ini menjadi
punca pola, polarisasi antara kaum atau kelompok masyarakat. Fenomena polarisasi ini meningkat apabila pemimpin-pemimpin dan entiti masyarakat tertentu mempolitikkan isu dari sudut yang sempit atau ekstrem mencetuskan perselisihan, sentimen perkauman atau agama yang menggugat ketenteraman masyarakat.
Dato’ Yang Dipertua, proses globalisasi serta kemajuan teknologi telekomunikasi atau dengan izin, ICT, pembangunan ekonomi, perubahan sosial yang sangat pesat, transisi perubahan kepimpinan politik negara serta persaingan yang amat sengit dalam hampir setiap aspek kehidupan melumpuhkan hakikat yang sedang dialami oleh masyarakat pada ketika ini. Berlaku penyebaran secara, secara meluas dan cepat berbagai maklumat, berita, cerita, idea dan pandangan yang berasas mahupun yang kurang berasas. Pendedahan perasaan secara terbuka dan perkongsian sentimen mentah yang dahulunya adalah terbatas di kalangan segelintir orang juga sudah berada di hujung jari.
Perkara-perkara ini boleh mendatangkan tekanan sosial dan jiwa dalam kalangan masyarakat. Tekanan jiwa dan sosial yang telah mendorong mereka mencari ilham, panduan, bantuan mahupun perlindungan daripada agama atau budaya, asalnya melalui apa sahaja sumber maklumat yang diperolehi. Saya bimbang perkembangan ini dapat meningkatkan identiti, budaya dan agama tetapi dalam masa yang sama jugak mampu meningkatkan tembok perbezaan dan jurang antara kaum. Semua ini membawa kesan kepada ketidakseimbangan antara golongan etnik dan juga perbezaan disparity sosio ekonomi dalam setiap etnik. Perkara inilah juga yang boleh mencetuskan perasaan tidak selamat dan kurang yakin rakyat terhadap masa depan negara.
Dato’ Yang Dipertua, isu terbaru yang sangat dikesali adalah unsur-unsur dan tindakan memutarbelitkan fakta dan isu kandungan dalam pemb, Perlembagaan Persekutuan untuk kepentingan sesetengah pihak. Ia boleh menimbulkan kesan negatif yang menyebabkan ketegangan kaum dan secara tidak langsung menjejaskan usaha-usaha Kerajaan dalam melahirkan masyarakat progresif. Selain tu, baru-baru ni kita lihat viral status berkaitan penghinaan terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Beraja di Malaysia. Akibat ghairah dengan arus perubahan maka ramai yang kian terlupa mengenai kedaulatan negara kita yang asasnya adalah berteraskan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Malaysia merupakan negara yang tunjangnya adalah Institusi Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen yang sekian lama memacu pembangunan dan kedaulatan negara ini. Tindakan yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan oleh
pihak berkuasa atas sebarang ancaman yang boleh menjejaskan kedaulatan negara kita.
Dato’ Yang Dipertua, rakyat mahukan kesejahteraan dan pembangunan bukan kehancuran yang merugikan. Sekiranya terdapat mana-mana individu yang meniup api perkauman yang boleh mengancam ketenteraman, yang menjejaska keamanan dan boleh menimbulkan kekacauan, maka pihak Kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang bagi menangani. Pemimpin-pemimpin politik dan kepimpinan negara secara amnya pada pandangan saya hendaklah melaksanakan transformasi berpolitik tanpa mengira jenis parti, semua pemimpin politik hendaklah bersikap profesional dalam berpol, berpolik, berpolitik supaya legasi kepimpinan negara ini terus dihargai dan dihormati perjuangannya. Khusus dalam menangani cabaran-cabaran alaf baru yang sememangnya memerlukan pemimpin yang bukan sahaja matang, profesional, malah arif dalam menyelesaikan apa sahaja isu masyarakat dan negara. Dalam konteks Malaysia, pucuk pimpinan negara pada amnya memang sangat sedar dan peka akan cabaran-cabaran untuk terus memupuk persefahaman, mengekalkan keharmonian, menguruskan perbagai jurang antara kaum serta meredakan sebarang sentimen dan sengketa yang timbul. Penggubalan polisi strategi dalam semua bidang sentiasa berpandukan kepada perlembagaan Persekutuan dan rukun tetangga sebagai asas kenegaraan yang mengambil kira dan merangkumi hak-hak asasi semua rakyat terus diberikan perhatian utama dan dijaga keseimbangannya.
Tuan Yang Dipertua, adalah jelas bahawa perkara yang paling utama jadi asas perpaduan adalah interaksi dan proses pergaulan masyarakatnya. Pelaksanaannya adalah melalui pemupukan hubungan baik serta memelihara keharmonian antara kaum dan agama bagi tujuan mengekalkan dan mengukuhkan kedamaian di Malaysia. Pergaulan dan komunikasi pula hendaklah berlaku secara efektif melalui perbincangan dan penyertaan dalam aktiviti bersama dan yang bermaknna. Ianya memerlukan semangat keterangkuman atau dengan izin, inclusiveness, sikap positif dan terbuka serta kesabaran dan pendekatan membina berteras nila-nilai murni. Sehubungan itu, program kejiranan dan kemasyarakatan hendaklah terus dilaksanakan sebagai medium penggalakan perpaduan. Selain program penggalakan yang lain yang sememangnya dilaksanakan di institusi pendidikan dan di tempat kerja melalui organisasi masing-masing. Pelaksanaannya hendaklah ditingkatkan intensitinya dan densitinya.
Dato’ Yang Dipertua, saya dengan yakin dan percaya Negeri Sembilan akan terus bangun, terus maju di bawah pimpinan Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun di mana setiap lapisan masyarakat daripada pelbagai kaum agama, dan budaya boleh dapat menikmati kemakmuran dan hidup dalam keadaan sejahtera. Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan keharmonian dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat terus berkekalan melalui pelaksanaan dan pengurusan dasar cekap dan berkesan. Seperti yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Tuanku, Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan pendidikan awal mena, mengenai tangungjawab sosial dan moral kepada anak-anak kita supaya mereka akan lebih berdisiplin dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian. Kerajaan Negeri akan sentiasa pastikan semangat berkebersamaan sentiasa dipupuk dan ditanam di kalangan anak-anak kita yang berbagai kaum supaya generasi yang akan datang terus menikmati keharmonian dan kesejahteraan. Kerajaan Negeri percaya, dengan menyemaikan biji benih semangat kebersamaan ni masyarakat akan jadi lebih matang dan mampu menyantuni semua lapisan masyarakat walaupun berlainan bangsa dan pegangan agama. Dalaman semangat kebersamaan ini akan memastikan masyarakat menjadi saling hormat menghormati dan saling faham mefahami. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lukut kerana masa yang begitu baik dan apa. Saya persilakan Bukit Kepayang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebagai mukadimah saya, Dewan yang mulia ini, bersempena dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Dato’ Yang Dipertua atas penganugerahan Darjah Kebesaran dan tak lupa kepada Yang Berhormat Rantau, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau tidak suka menggunakan perkataan mantan, dia kata mundar mandir tanpa jawatan. Tapi beliau memang bukan mundar mandir tanpa jawatan, sekarang sebagai pemangku UMNO. Atas kemenangan beliau yang begitu besar ya, 4.5 di PRU, PRU Rantau, dengan, walau bagaimanapun, sebelum ini, jangan lupa kita sudah menang kat sri, kat mana tu, Sri Setia, Sg. Gandis, Balakong, Port Dickson, sekarang skornya sebenarnya 4:3. So bak bukan, perkataan English haa, you have won the battle but not the war. Anda sudah menang pertempuran tapi bukan peperanganlah, so peperangan yang lagi satu selepas ini adalah PRU Ke-15. …..[percakapan oleh YB Yang Dipertua Dewan secara off mic] …..
Sandakan, Sandakan, ada satu lagi battle-lah, pertempuran so kita, kita sama-sama kita kerjasama untuk jikalau bak kata ADUN, Yang Berhormat Chennah dia kata kalau ada pembangkang yang kuat memang Kerajaan akan tambah kuat. So sama-sama kita berganding bahu menjayakan Negeri Sembilan ini.
Ingin saya sentuh sedikit tentang perpaduan dan kebersamaan kerana YB Chuah ada kata bahawa N9 Sungai Ujong Walk itu adalah mempertengahkan suku-suku Cina saja. Itu, itu memang, dalam kawasan saya ada N9 Sungai Ujong Walk, ada Benteng Walk, ada Little India, masing-masing mempamerkan budaya masing-masing. Tapi dia melibatkan berbilang kaum dalam, misal kata dalam N9 Sungai Ujong Walk, pene, AJK pengelola tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Dan program yang akan datang adalah Wanita Noghori– Wanita Tradisi. Saya di me, mengambil kesempatan di sini menjemput semua ADUN untuk hadir pada Sabtu ini. Sudah rasmilah tapi datang.
So ini men, inilah keunikan di mana tadi Yang Berhormat Lukut kata kita semua menghormati Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja Negara, semuanya. Tetapi jangan lupa mukadimah Rukun Negara mengatakan bahawa setiap bangsa adalah diberi ke, kebebasan untuk menganut agana, agama sendiri dan menutur bahasa sendiri. Walau bagaimanapun, saya adalah satu contoh di mana walaupun saya seorang Cina, saya ada satu nama Melayu, Nur Farhana, cahaya keceriaan. Dan saya boleh nyanyi lagu Tamil. Itulah keunikan masyarakat majmuk di Malaysia yang kita patut pupuk adik-adik di sekolah dan tidak menyemai apa tu, kebencian tentang ke, apa tu, race, race base politic ke dalam sekolah-sekolah. So, itulah sedikit tentang perpaduan dan kebersamaan dalam titah ucapan yang, Yang di-Pertuan Besar.
So, tentang warga emas, izinkan saya memberikan satu, dedikasikan satu pantun tentang warga emas:
Bulan purnama ke Pekan Chuah, Di tengah hari membeli ragi, Dirimu umpama niur bertuah, Padat sari harum mewangi.
So ini adalah dipangkat, dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Mambau tentang status terkini Rumah Seri Kenangan Seremban. Di Negeri Sembilan, Rumah Seri Kenangan Seremban atau RSK di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat buat masa ini masih lagi dalam proses menaik taraf. Jabatan Kerja Raya Daerah Seremban memaklumkan bahawa kemajuan projek RSK sehingga 15 April 2019 adalah sebanyak
77% iaitu kemajuan projek sebenar. Mengikut maklumat kontrak, Rumah Seri Kenangan tersebut dijangka siap pda 26 Jun 2019.
Tentang apakah langkah-langkah Kerajaan menghadapi status menua menjelang 2030. Izin, mengikut unjuran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia akan capai negara menua pada tahun 2030. Apa maknanya status negara menua, iaitu di mana 15% daripada penduduk terdiri daripada warga emas iaitu daripada usia 60 tahun ke atas. So ini adalah fungsi JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk, yang pertamanya, memberi perlindungan, pemulihan, pencegahan dan pembangunan dan pengintegrasian kepada kumpulan sasar ini iaitu dalam perkataan pendek, menyelamatkan kumpulan sasar. Keduanya, mem, mengubah sikap dan meningkatkan keupayaan untuk berdikari kumpulan sasar ini, singkatannya membangunkan kumpulan sasar ini. Yang ketiganya, masya, memupuk satu masyarakat yang berbudaya penyayang. Haa ini perkataan baru haa, mempergiatsayangkan masyarakat, mempernyayangkan masyarakat, okay.
Keempatnya, , meningkatkan sejahteraan, kesejahteraan masyarakat iaitu memberi perkhidmatan kebajikan sosial yang berprofesional dan juga perkongsian tanggungjawab yang strategik iaitu perkongsian bijak iaitu smart partnership seperti PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas di mana Kak Wan baru-baru ini sudah mengumumkan bahawa 17 juta sudah diperuntukkan daripada tahun 2018 sehingga 2023 untuk membina se, satu PAWE di setiap Parlimen.
Dan langkah yang seterusnya adalah mendayaupayakan warga emas ini. Sebagai persediaan awal, mereka akan diberi kesejarak, kesejahteraan dalam 5 dimensi iaitu kesihatan, sosial, ekonomi, kerohanian dan juga persekitaran. Mengarusperdanakan isu warga emas dalam pembangunan negara dalam RMKe-11, belanjawan 2019 mereka sudah memasukkan unsur ini. Dan juga men, mengurangkan caruman mandatori KWSP untuk menggalakkan penglibatan golongan warga emas dan ada cadangan untuk mengadakan rang undang-undang warga emas supaya melibatkan ahli keluarga warga emas untuk men, menjalankan tanggungjawab mereka terhadap warga emas tersebut. Dan ketiganya mewujudkan age friendly city iaitu memperkasakan peranan Kerajaan Tempatan dalam usaha meningkat kesejahteraan warga emas ini.
Dan mengenai bantuan kebajikan JKM. Ingin saya menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Linggi, Kerajaan Negeri melalui JKM akan menyantuni dan bantu mereka yang terlibat serta mempertimbangkan permohonan bantuan sekiranya memenuhi syarat dan kriteria kelayakan dan bantuan kewangan. Dan untuk menjawab soalan Rantau
dan Johol, berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, bantuan JKM ditamatkan atas faktor-faktor seperti berikut, meninggal dunia, melebihi Paras Garis Kemiskinan yang ditetapkan, berpindah ke negeri lain, mampu berdikari dengan sokongan keluarga iaitu anak-anak menyumbang dan membantu menyara keluarga. Sebagai sebuah Kerajaan yang menerapkan amalan bersih, muafakat dan sejahtera, keprihatinan yang diberikan bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi negeri, tetapi juga kepada kehidupan setiap lapisan masyarakat. Justeru itu …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. Kerajaan Negeri.
Saya nak, ni, mintak pandangan sikit daripada EXCO, sikit je, sikit je.
Ya ya ya, boleh.
Saya dapat maklumat, terdapat beberapa kes di bawah JKM yang ahli keluarganya yang telah meninggal dunia, telah mati. Yang sebelum ini, mereka yang telah meninggal ataupun mereka yang mendapat bantuan JKM, masuk dalam akaun. Kemudian apabila penama tersebut telah meninggal dunia dan bantuan masih lagi berterusan. Masalah sekarang, apabila dah makan masa begitu lama, tapi bantuan tu masih berterusan, dan apabila telah dibuat semakan semula, maka ada yang terpaksa bayar semula, melibatan ratusan dan ribuan ringgit. Jadi, cara bagaimana ataupun langkah yang boleh diambil oleh jabatan berkenaan, untuk membantu. Sebab dia datang, dia kata tak, duit dalam akaun, ambil sajalah. Pakai saja. Tapi bila nak kena bayar, dah sampai beribu ringgit, dalam tempoh terdekat, maka faham-faham jelah, mereka pun ada masalah dan kekangan. Jadi, boleh dapat penjelasan untuk mengatasi masalah sedemikian. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Gemas. Itu memang menjadi tanggungjawab mereka untuk memaklumkan JKM tentang apa-apa kematian, penukaran status mereka. Tetapi mengikut case by case basis¸ saya boleh katakan di sini, jikalau mereka betul-betul mengalami kesempitan hidup, mereka akan
dipertimbangkan. Okay, boleh saya sambung, okay. Tadi saya kata, justeru itu Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui JKM akan terus menyantuni dan menawarkan perkhidmatan dari semasa ke semasa agar tiada yang tercicir dalam perkhidmatan bantuan kebajikan demi kesejahteraan masyarakat.
Dan untuk menjawab ADUN Kota, Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Sembilan boleh mempertimbangkan permohonan bantuan kewangan kepada kes-kes berkenaan setelah siasatan dan verifikasi dijalankan. Dan untuk menjawab Chembong, berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, JKM telah menyantuni kesemua peserta yang telah terlibat dalam Program Rimbunan Kaseh pada bulan Februari lalu. Melalui program ini, JKM telah menawarkan perkhidmatan jabatan kepada semua peserta yang terlibat. Daripada 58 orang peserta ini, seramai 28 peserta telah diluluskan bantuan bulanan di bawah skim bantuan yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, dalam menerapkan amalan bersih, muafakat dan sejahtera, Kerajaan Negeri melalui JKM akan terus menyantuni dan menjalankan siasatan dan menawarkan perkhidmatan dari masa ke semasa kepada, kepada baki peserta agar tiada yang tercicir dalam perkhidmatan bantuan demi kesejahteraan masyarakat.
Satu lagi daripada Kota, tentang kebakaran ya. Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rembau telah menyantuni 2 kebakaran pada 19 haribulan April 2019 jam 11:00 malam. Kampung terlibat adalah Kampung Simen satu keluarga, dan Kampung Seri Melang, Melenggang satu keluarga. Tindakan bantuan awal yang diberikan adalah bantuan segera bencana alam sebanyak 200.00 ringgit setiap keluarga. Turut diberikan barang-barang keperluan setiap keluarga. Turut diberikan barang-barang keperluan hygiene kit, toto, kain, tikar, bantal, selimat telah diberikan. Untuk makluman, seorang anak mangsa bencana dari Kampung Simen adalah menerima bantuan JKM – Skim Bantuan Kanak-Kanak sebanyak 100.00 ringgit. Pihak JKM sedang memproses permohonan bantuan pemulihan bencana untuk 2 keluarga yang terlibat.
So okay, berkenaan dengan Pertang ada sebut tentang BR1M dan, dan, bukan BASAH-lah, BSH haa. Okay, ke, perbezaan di antara BR1M dan BSH adalah, masa dulu BR1M semua orang dapat tanpa ada saringan yang betul. Sekarang BSH, kita akan memberi mengikut keperluan. Itulah perbezaan yang paling ketara. Dan beliau juga mengatakan ingin mengikut saranan Chennah untuk permudahkan, sebenarnya Chennah kata permudahkan proses untuk pelaburan asing dan tidak ada kena mengena dengan, tentang BSH. Okay.
Yang Berhormat …..
Ya ya boleh.
….. Kepayang. Tadi sebut, saya nak dapat penjelasan, bila sebut BR1M dulu semua orang boleh dapat. Tapi sebenarnya dia pun ada syarat-syaratnya. Tangga gaji yang, yang ditetapkan. So apa pandangan Yang Berhormat?
Sekarang kita mengikut tangga gaji yang berlainan, dia dapat wang yang berdasarkan tangga gaji yang berlainan. Dulu tangga gaji yang berlainan pun dapat satu amaun yang sama. Itulah perbezaan dia.
Apa berlainan tu Yang Berhormat?
Ya. Dia, jikalau dia tangga gaji yang lebih rendah, dia dapat kurang, lebih. Tangga gaji yang lebih tinggi, dia dapat kurang.
Itu yang kita lakukan masa BR1M tersebut …..
No.
Bila gaji di bawah 3,000.00 ada sekian amaun, 4,500.00 sekian amaun, orang bujang sekian amaun. Orang bujang 3,000.00 ke bawah layak untuk mendapat. Itu ada syarat-syarat dia, bukan terbuka kepada semua.
No, kita mengikut, itu perbezaan, kita mengikut keperluan. Okay. Tentang, tadi saya, pertimbangan utama JKM adalah, ada soalan daripada ADUN Rahang? Teruskan, okay. Pertimbangan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat …..
Sporting ni Bukit Kepayang ni, teruskan, teruskan.
Ya?
Teruskan.
Okay, pertimbangan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah memberi bantuan kepada masyarakat yang betul-betul perlukan bantuan. Bantuan untuk, adalah untuk meringankan beban dan bukannya satu gaji, okay. So pihak Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin Harun yang berteraskan bersih, muafakat, sejahtera ini, melalui Jabatan Kebajikan Masyarkat akan terus menyantuni rakyat dan akan lihat secara keseluruhannya. Dan tidak akan meminggirkan sesiapa pun, tiada siapa yang akan tercicir daripada dipertimbangkan untuk menerima bantuan demi kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun, haa ini key word-lah, walau bagaimanapun, pertimbangan perlulah mengikut prosedur dan garis panduan permohonan iaitu Panduan Garis Kemiskinan iaitu 960.00 ringgit. Jikalau anda sudah melepasi 960.00 ringgit, memang anda tidak layak. So saya bagi satu contoh, di mana beliau sudah menerima selama ini bantuan daripada JKM, apabila saya sendiri pergi menyantuni rumah beliau, seorang penjual goreng, pisang goreng, saya mendapat beliau sudah memiliki 2 biji kereta dan sebuah rumah yang habis bayar. So dalam kes ini, memang tidak layak walaupun sudah menerima selama 60, beberapa tahun yang lalu. So jikalau ada apa-apa pun masalah mengenai bantuan JKM, tolong panjangkan kepada saya secara whatsapp atau apa, saya memang sudi, ya.
Saya, terima kasihlah kepada Yang Berhormat atas penerangan tadi. Saya ambil contoh keluhan Palong tadilah. Peneroka dulu minimum dia akan dapat saraan hidup dia 1,500.00. Hari ni mungkin dah jadi 300.00, 500.00. Bila kes ini berlaku, boleh ke JKM membantu untuk sementara waktu?
Kalau saya boleh jawab bagi pihak felda nilah. Felda ni, ya, saya jaga felda, saya jaga felcra …..
Masa gulung nanti boleh jawab [percakapan secara off mic].
..... kalau nak jawab terus, saya terus yang tu lah.
Gulunglah [percakapan secara off mic].
..... kita bagi balik 1,500.00, bagi balik, tak ada bunga pun yang pinjaman tu tak ada bunga pun. Kita dah ambil duit daripada pem, pembayar cukai, 6.23 bilion untuk nak, ni untuk atasi masalah felda ni, yang dibuat oleh tuan-tuan …..
Betul Yang Berhormat, tapi sekarang ni …..
Haa itu sebab tu jangan, jangan …..
….. Yang Berhormat cuba semak balik …..
….. banyak tanya dulu, kita …..
….. pendapatan bulanan dia sekarang.
….. apa. Ya.
Tengok balik payslilp dia, berapa pendapatan dia sebulan sekarang. Ada yang 300.00, dan ada yang tinggal 40.00 ringgit …..
Kertas putih baru dikeluarkan.
….. saya tanya kepada EXCO …..
Saya tidak diberi laluan okay. Saya akan jawab …..
Bagi Bukit Kepayang.
….. sebenarnya soalan ini ditujukan kepada saya …..
Okay.
….. adakah JKM akan sudi memberi bantuan. So saya akan beritahu, kita akan pertimbangkan mengikut case by case basis. Jikalau mereka layak, dan tidak melepasi PGK …..
Gemencheh duduk.
….. memang mereka dapat. Sebelum ini mereka …..
Jangan ganggu.
….. sebelum ini mereka tidak dapat …..
Jangan ganggu, pasal masih banyak lagi EXCO tak jawab ni.
Sebelum ini mereka tidak dapat kerana mereka sudah dapat 1,500.00 tu memang tak layak. Jikalau 1,000.00 bantuan ini dipotong, dan mereka betul-betul layak, mereka, mereka, kita akan pertimbangkan.
Terima kasih Yang Berhormat [percakapan secara off mic]
Ya, cahaya keceriaan, jangan main-main. Okay, tengok, okay, okay ingin saya juga memberitahu tentang inisiatif Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam PH-GEM (Powerhouse – Wanita Gemilang), yang program pemerkasaan wanita ini memang penting kerana wanita merupakan 50% daripada populis, populasi di Negeri Sembilan dan juga merupakan 50.5% daripada jumlah pengundi di Negeri Sembilan. Tapi ini tidak dilambangkan di Dewan yang mulia ini. Dan juga tidak dilambangkan di Parlimen. Oleh yang demikian, inilah inisiatif haa, Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperkasakan wanita melalui inisiatif Powerhouse – Wanita Gemilang yang dalam 5 sektor iaitu pendidikan, alam sekitar, kesihatan, hak asasi dan sosio ekonomi.
Okay, tentang isu dasar keterbukaan. Saya setuju dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Chennah bahawa Kerajaan baru mengamalkan keterbukaan. Pada tempat, pendapat saya, dasar keterbukaan ini mesti diseimbangkan dengan, dari pihak Kerajaan ya, menguatkan lagi kelemahan dalam sistem penyampaian yang ramai rakyat tentang apa, tunai-tunai yang kita sudah berjaya tu, lunas, yang janjikan yang dapat kita tunaikan. Seperti dalam manifesto Negeri Sembilan ada 6 janji dalam bahagian wanita dan kesejahteraan keluarga, sudah kita berjaya tunaikan 4. 4 daripada 6. Tapi pihak pembangkang asyik kata tak tunai janji, tak tunai janji. So itulah, itulah kelemahan sistem penyampaian yang kita mesti memperkuatkan lagilah.
Dan pihak, dari, dalam, di sini, ke, dasar keterbukaan ini mesti juga diseimbangkan dengan rakyat yang di, yang sedang, yang sudah ada kuasa tau, kuasa untuk yang baru diperolehi ni tidak boleh disalahgunakan. Dia, bak kata Spiderman ya, dia kata what, with great power comes great responsibility. So, kekuatan dan kekuasaan ini datang dengan tanggungjawab besar. So saya harap, maaf, semua rakyat jelata boleh menggunakan kekuatan dan kekuasaan ini dengan tanggungjawablah, lebih bertanggungjawab.
Akhir kata, saya ingin, akhir kata saya ingin mengucapkan penghargaan kepada ADUN-ADUN yang duduk sini, yang berbahas pada sidang yang, dalam sidang yang mulia, kepada semua warga-warga Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus-lumus, mereka memang bekerja keras 24/7, 24 jam 7 hari memang mereka menyantuni setiap kes yang diberi kepada mereka. Saya selalu Whatsapp kepada mereka and then saya dapat report, laporan yang begitu terperinci dalam masa kurang daripada beberapa jam, saya dapat laporan. Saya ingin memberi penghargaan kepada warga-warga JKM saya. Dan juga warga-warga LPPKN dan juga JPW yang bekerja keras menjayakan portfolio saya.
Dan kepada semua penjawat-penjawat awam yang secara langsung dan tidak langsung membantu saya menjalankan tugas saya sebagai EXCO. Chembong ada buat, menggubah pantun. Saya dulu zaman sekolah ada gubah pantun. So saya, saya nak cubalah, julung kali saya nak cuba boleh?
Benarkan Dato’ Yang Dipertua.
Okay. Cerita dongeng cerita auta, Kerajaan tukar jadi pembangkang, Jikalau boleh jangan melatah, Sama-sama lakar dan laksana masa depan yang terang benderang. Akhir kata, ampun dan maaf seandaikan terkasar bahasa, tersilap bicara, tertutur tak tentu, hal, hala, dan tersasul tak sengaja. Sekian terima kasih.
Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua. Ni, saya terima kasih jawapan panjang lebar, cumanya dia belum menjawab soalan saya pagi tadi Dato’ Dipertua.
Nanti penggulungan nanti dia jawab.
Belum, tadi, tadi, betul dia belum jawab lagi.
Minta maaf, betul. Saya baru discover, jawapan itu dalam hari lisan kelima, ada. Jawapan ada. Okay.
Okay, semak balik. Saya persilakan …..
Terima kasih.
Paroi.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, assalamualaikum WBT, salam bersih, muafakat dan sejahtera. Saya suka memulakan penggulungan ini dengan membaca Surah An-Nur ayat 55 ….. [melafazkan ayat Al Quran dari surah An-Nur ayat 55] sehingga akhir ayat. Yang maksudnya Rasulullah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mereka yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Allah sunguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Allah telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa. Dan sungguh Allah akan meneguhkan bagi mereaka agama yang telah diredai-Nya bagi mereka. Dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan kepada keadaan yang aman sentosa. Mereka tetap menyembah Allah dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Allah.
Saya juga suka memulakan ucapan saya dengan pantun Negeri Sembilan,
Mungkin dapek di hati tak dapek nan di mato, Mungkin dapek nan di mato tak dapek nan di hati.
YB Nicole faham ke? Maksudnya ialah …..
Itu bukan pantun Dato’ Dipertua, itu bukan pantun.
Pepatah pepitih ya. Maksudnya tuan-tuan, Dato’ Yang Dipertua, kita tidak mungkin nak puaskan hati semua orang. Mungkin kita dapat isteri yang cantik, tapi setelah kahwin kita dapati mungkin ada yang kurang sempurna, masak eh tak sodap ko ya, layanannya kurang baik ke. Dan begitu jugak kalau dia masak sodap, tapi mungkin wajahnya kurang cantik dan sebagainya. Itulah maksudnya supaya kita nak memahami dalam dunia hari ini, kita nak memenuhi harapan semua orang ataupun memuaskan hati semua orang bukanlah sesuatu yang mudah.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Rantau atas kemenangan pilihan raya lalu tapi agak kecewa kerana beliau telah 2 hari tidak hadir. Kita dengan tekun mendengar ucapan beliau selama lebih 45 minit, tapi di saat Kerajaan ingin menjawab,
beliau tidak hadir. Dan di masa mengabadikan gambar bersama Duli Yang Maha Mulia Tuanku jugak, Rantau tidak hadir.
Dato’ Yang Dipertua, ramai di kalangan Ahli Dewan dalam ucapan perbahasan memfokuskan pada isu-isu persekutuan. Tentang keadaan ekonomi negara kita, dan tindakan-tindakan Kerajaan Persekutuan yang dilihat seolah-olah merugikan negara kita. Untuk pengetahun semua, kedudukan Malaysia di kalangan negara-negara Asian bagi tahun 2018, jika dinilai dari segi pendapatan perkapita, berdasarkan kajian Financial.com, Malaysia berada di tempat ketiga selepas Singapura dan Brunei. Kita lebih baik daripada Thailand dan Indonesia. Pakar Ekonomi Negara juga, menyifatkan pertumbuhan KDNK negara pada tahun 2018 pada kadar 4.7% adalah sihat. Ketua pakar ekonomi yang lain, Bank Malaysia Berhad menyatakan bahawa pertumbuhan pada 4.7% adalah masih dikira sihat bagi negara membangun berbanding perkembangan kita pada 4.2% pada 2016 dan 4.7% pada 2013. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Berhad juga, Dr Mohd Afzanizam berkata, pandangan yang sama tentang pertumbuhan ekonomi Malaysia lebih tinggi pada suku keempat 2018, berbanding dengan suku kedua dan ketiga 2018. Maknanya berlaku peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi.
Dan merujuk kepada titah ucapan tuanku yang menyatakan bahawa pelaburan telah meningkat daripada 1.41 ringgit Malaysia bilion, 1.41 bilion pada tahun 2017 kepada 2.86 bilion pada tahun 2018. Peningkatan hampir 100%. Kita yakin pihak pelabur akan melabur di negara kita ataupun di negeri kita atas sebab-sebab yang penting ataupun mereka ada alasan mereka hendak melabur. Saya yakin antaranya ialah mereka yakin dengan Kerajaan yang ada, yang mengamalkan konsep bersih, muafakat dan sejahtera, yang mana Kerajaan yang telus yang tidak terlibat dengan rasuah dan juga tidak meminta perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan antara pelabur dan jugak kita yakin dengan, keyakinan inilah mereka berani ataupun mereka sanggup untuk membuat pelaburan di Negeri Sembilan ini. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Ampangan dan yang Amat Berhormat Sikamat di atas kejayaan meningkatkan pelaburan ini. Dan saya difahamkan, untuk 2019 juga, kita telah mencatat pelaburan yang lebih tinggi berbanding dengan 2108.
Dato’ Yang Dipertua, kita juga mendengar bagaimana isu berkaitan dengan teguran untuk Kerajaan yang baru ini, tentang usaha-usaha yang mungkin kononnya dituduh untuk membuat tekanan atau penukaran kepada pegawai-pegawai Kerajaan. Saya ingin menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kerajaan, mereka tertakluk kepada Perkara 4(1) Peraturan-Peraturan Dan Pegawai Awam berkaitan dengan
kelakuan dan tatatertib 1993. Bahawa seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, kepada negara dan Kerajaan. Bagi kita, pegangan politik adalah hak setiap individu. Tapi sebagai pegawai Kerajaan, mereka jugak boleh menentukan pendirian politik mereka, tetapi adalah sangat tidak wajar apabila mereka mendedahkan secara terbuka sokongan mereka dalam media sosial yang akhirnya menyebabkan rakyat akan merasa ragu dengan perkhidmatan yang diberikan. Kerana rakyat yang meminta perkhidmatan terdiri daripada pelbagai golongan. Tetapi kalau dah dikenal pasti pegangan politik secara terbuka ini, kita bimbang rakyat akan merasa tidak selesa dan akhirnya boleh menjejaskan mutu perkhidmatan pegawai-pegawai Kerajaan.
Dan saya nak ingatkan Kerajaan yang terdahulu, mereka bukan sahaja menukar bahawa mereka pernah memecat. Zaman, tahun 2011, berlalu keadaan di mana imam-imam dipecat. Imam-imam yang berkhidmat untuk membaca tahlil, meraikan kenduri kendara rakyat, membaca talkin, tiba-tiba dipecat tanpa alasan yang kukuh, sebagaimana yang berlaku di Masjid Jamek Klana Petra Ampangan, di Masjid Jamek Rembau dan seumpamanya. Kita Kerajaan baru, kita telah mengambil alih 11 bulan, apa yang kita laksanakan, kita tidak memecat seorang pun jawatankuasa masjid, tetapi kita mendemokrasikan pemilihan masjid, ahli jawatankuasa masjid. Kita serahkan kepada ahli qariah untuk memilih siapakah yang layak di kalangan mereka. Inilah pendirian Kerajaan baru Pakatan Harapan, kita ingin supaya rakyat berasa selesa dalam beramal ibadat dan tidak mempolitikkan masjid untuk kepentingan diri sendiri.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini jugak untuk menjawab soalan-soalan yang telah diberikan. Terima kasih kepada YB Temiang, Rahang, Gemencheh, Pertang, Senaling, Gemas, Seri Menanti yang telah memberikan respond ataupun memberikan pertanyaan berkaitan dengan belia dan sukan. Yang pertama, ADUN Temiang membangkitkan berkaitan dengan sukan elektronik atau eSport di Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan sidang Dewan yang mulia, kita telah berusaha bersama dengan anak-anak muda untuk menubuhkan Persatuan Sukan Elektronik Darul Khusus, kita jugak membuka satu puast latihan di bawah seliaan Persatuan Sukan, Sukan Elektronik ini, telah diwujudkan di kawasan Sikamat. Dan jugak kita telah mengadakan pertandingan peringkat Negeri Sembilan dengan peruntukan 18,600.00 daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Dan daripada Pejabat Menteri Besar sebanyak 10,000.00 bagi anak-anak belia ini melaksanakan program eSport yang menjadi minat mereka. Kita jugak telah mengada, mengadakan kajian bersama dengan
Persatuan Elektronik ini, dan Universiti Sains Malaysia membuat kajian berkaitan dengan sukan elektronik ini.
Kita sedia maklum bahawa sukan elektronik ini telah menjadi kegilaan anak-anak muda. Dalam masa yang sama kita bimbang tentang bagaimana ianya boleh memberikan kesan yang negatif, sebagaimana yang berlaku di Christchurch, di New Zealand, ada jugak isu yang berkaitan dengan salah satu sukan yang diminati iaitu PUBG. Sebab itu kita mengadakan pertemuan dengan Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri dan jugak Sahibus Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan untuk memintak pandangan mereka tentang bagaimanakah untuk kita memastikan sukan elektronik ini dapat kita jaga, dapat kita pastikan, diberikan panduan yang khusus supaya anak-anak muda ini tidak terjebak apa disebut sebagai ketagihan, addiction, dengan izin, ya, di mana akhirnya mereka tidak boleh membezakan di antara tanggungjawab mereka sebagai pelajar, tanggungjawab mereka sebagai anak, tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan sebagai anggota masyarakat, dengan kegemaran mereka dalam sukan-sukan elektronik ini. Jadi kita cuba menjalankan kajian dengan Universiti Sains Islam Malaysia, bersama dengan Dr. Izatul, kita telah buat kajian untuk memastikan mereka ini tidak termasuk di dalam golongan ketagihan atau addiction yang sangat membahaya.
Kita jugak telah membuat pencarian bakat-bakat baru dan pemilihan atlet yang akan mewakili negara ke Sukan SEA di Filipina. Maknanya sukan eSport ini telah sampai ke peringkat antarabangsa. Telah diiktiraf sebagai sukan. Sebab itu kita jugak tengah berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya penubuhan pusat-pusat sukan elektronik ini dapat dibezakan dengan cyber café yang biasa sebab pusat eSport ini dia lebih kepada untuk sukan. Cyber café ini lebih kepada hiburan. Jadi saya akan mengajukan kepada PBT supaya melihat benda ni lebih teliti.
Dan jugak untuk pengetahuan Dewan yang mulia, sukan eSport ini juga telah menjadi career di mana anak-anak muda yang telah bekerja dengan syarikat-syarikat eSport ini mendapat gaji yang lumayan. Bahkan mereka yang bertanding di peringkat antarabangsa ramai yang telah jadi jutawan kerana hadiahnya memang sangat lumayan. Jadi kita nak bimbing mereka, kalau nak main, kalau nak terlibat dengan eSport mestilah terlibat dengan serius sehingga menjadi professional player, dengan izin, dan bukan sekadar seronok-seronok. Jadi kita akan membimbing mereka, inshaa Allah.
Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada ADUN Temiang jugak berkaitan dengan persatuan-persatuan belia di Daerah Seremban. Gabungan
persatuan-persatuan belia di Daerah Seremban yang membentuk Majlis Belia Daerah Seremban adalah tertakluk kepada Perlembagaan Majlis Belia Daerah Seremban. Sekiranya terdapat NGO belia di Daerah Seremban berminat untuk bergabung dengan Majlis Belia Daerah Seremban, mereka boleh menghantar surat permohonan untuk bergabung dengan Majlis Belia Daerah Seremban. Sebab itu sekarang ni hanya 9 sahaja. Jadi dia perlu mendaftar sebagai, dengan ROY dan mereka boleh seterusnya memohon untk bergabung dengan Majlis Belia Daerah Seremban dan seterusnya Majlis Belia Negeri Sembilan.
Berkaitan dengan ADUN Rahang, tentang bagaimana peranan Jabatan Belia Dan Sukan dalam penglibatan belia di bidang pertanian, keusahawanan dan sukan. Kementerian Belia Dan Sukan melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan sentiasa mengadakan secara berterusan memberi peluang kepada para belia dan beliawanis dalam membimbing mereka dalam bidang usahawan. Kita banyak mengadakan kursus-kursus kemahiran berkaitan dengan masakan, dengan usahawan melalui media mas, melalui orang kata e-usahawan bidang-bidang pertanian, banyak dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Ekonomi, Kementerian Belia Dan Sukan dan kemudahan Pembangunan Belia.
Berkaitan dengan Tabung Keusahawanan, kita telah mendapat persetujuan Kerajaan Negeri bahawa 33% daripada jumlah 3 juta itu, kalau secara ni, sejuta daripada jumlah itu, kita akan kita khususkan kepada usahawan-usahawan belia. Dan kena maklum jugak, Yang Berhormat kena maklum bahawa di sana kita ada banyak agensi lain, kita ada SME Corp, kita ada MARA, kita ada FAMA dan agensi-agensi Kerajaan lain yang menawarkan bantuan kewangan dan pinjaman kepada usahawan-usahawan belia ini. Jadi inshaa Allah kita telah bersetuju menubuhkan Pusat Pembangunan Belia Harapan sebagai Pusat Sehenti yang akan mengumpulkan segala malumat ini, dan para belia boleh berhubung dengan Pusat Pembangunan Belia Harapan ini untuk mendapatkan maklumat. Belia adalah harapan negara, kita ada 512,400 golongan belia di Negeri Sembilan ya. Hampir setengah juta. Dan mereka ini menjadi harapan kepada negara kita.
Dalam membangunkan sukan ya, kita ada Majlis Sukan Negeri. Saya telah memohon kepada Kerajaan untuk diberikan peruntukan kepada Majlis Sukan Negeri ini dan alhamdulillah Yang Amat Berhormat atas persetujuan telah meluluskan peruntukan RM2 juta ringgit untuk pembangunan sukan yang akan diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan. Sebagai galakan juga kita ada insenti kepada mereka-mereka yang telah memenangi kejohanan sukan di peringkat SUKMA ya, pingat emas akan mendapat 4,000.00 ringgit, pingat perak 2,000.00
ringgit dan pingat gangsa 1,000.00 ringgit. Dan baru-baru ini dalam SUKMA yang berlangsung di Perak, kita telah memenangi 13 pingat emas, 18 perak dan 42 gangsa. Dan sebanyak, peruntukan sebanyak 206,000.00 telah diperuntukkan untuk insentif atlit SUKMA Negeri Sembilan bagi pencapaian tahun 2018.
Kita tidak melupakan jugak insentif untuk Para SUKMA. Kelebihan Negeri Sembilan, kita tidak bezakan antara mereka yang sempurna iaitu SUKMA dan jugak Para SUKMA, orang kelainan upaya. Insentif yang kita berikan sama nilainya kepada atlit-atlit ini. Dan alhamdulillah mereka telah berjaya memperolehi 43 pingat, kita berada di kedudukan 12. 11 pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa. Dengan insentif yang berjumlah 117,200.00 ringgit.
Berkaitan dengan ADUN, ADUN Gemas dan jugak ADUN Pertang yang menyatakan tentang projek-projek yang telah dirancang lebih awal iaitu tentang Kompleks Sukan di, di Gemas dan jugak Kompleks Sukan di Pertang. Untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembinaan Mini Stadium Gemas di Daerah Tampin dengan peruntukan berjumlah lebih 8 juta ringgit. Untuk kedudukannya akan berada, untuk maklumat awalnya saya difahamkan sekitar Pejabat Daerah Kecil Gemas.
Dato’ Dipertua, mencelah sikit. Saya ucapkan terima kasihlah kepada EXCO sukan kerana impian untuk adakan Kompleks Sukan di Gemas dapat diteruskan kesinambungannya.
Terima kasih Gemas. So dia akan melibatkan trek larian sintetik, taman permainan kanak-kanak padang bola, bangunan astaka, tandas, surau dan pejabat pentadbiran. Inshaa Allah, projek, kerja-kerja akan dilaksanakan pada 2019 dengan bajet 500,000.00 ringgit dan kerja-kerja seterusnya akan dilaksanakan pada 2020, inshaa Allah.
Berkaitan dengan pembinaan mini Kompleks Sukan Simpang Pertang, Daerah Jelebu, saya mohon maaf, status projek ini masih dalam KIV di peringkat Kementerian Belia Dan Sukan. Tapi inshaa Allah, dalam ingatan saya dan saya akan perjuangkan untuk sukan ini, ada kemudahannya di seluruh Negeri Sembilan. Dengan cara ini, saya yakin anak-anak kita akan menjadi insan yang sihat untuk menjadi mereka yang boleh memberi manafaat kepada bangsa, agama dan negara.
Di samping itu kita ada 2 projek iaitu Kompleks Sukan Rembau di Chembong, yang mendukacitakan kita, projek ini telah lewat sebanyak 290 hari ya. Jadualnya sepatutnya 88% siap, tetapi hanya 32% sahaja siap. Dan tiada denda kelewatan, Liquidated Ascertained Damage (LAD) yang mereka perlu bayar sebanyak 40,800.00 ringgit setiap hari x 290 hari, sebanyak 1.3 juta. Sebab-sebab kelewatan ini, kelewatan mendapatkan Kebenaran Merancang, yang hanya diluluskan pada 2 Mei 2018. Dan jugak di antara kelewatananya ialah berpunca dari permohonan untuk mengubah level tanah oleh pemimpin tempatan pada ketika itu, yang menyebabkan pihak perunding terpaksa menilai semula kos-kos dan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Dan kekurangan pekerja di tapak peringkat awalan menyebabkan banyak kerja-kerja tertangguh. Jadi ini yang kita nak tegur Kerajaan terdahulu supaya memberikan kontrak-kontrak ini supaya mereka yang benar-benar layak bukan beri kepada kroni dan mereka yang ada kepentingan.
Begitu jugak dengan projek pembinaan Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Pasir Panjang, Port Dickson, jugak mengalami kelewatan. Projek Kompleks Sukan Daerah Rembau ini, berjumlah, kos keseluruhan 26.6 juta ringgit dan akademi pembangunan belia ini jugak lewat sebanyak 266 hari, kos atau nilai projek ini 35.1 juta. Kalau LAD-nya dikenakan, dia kena bayar 1.6 juta. Alasan kelewatan ini jugak sama, ya, kelemahan pihak kontraktor menyiapkan retaining wall di tapak projek, perubahan skop bahan yang mana bahan seperti di dalam dokumen kontrak pembinaan tiada dalam pasaran. Ini pun pening jugak. Dia, dia nak buat, tapi bila check benda tu tak ada dalam pasaran. Bahan mentah yang dibekalkan oleh pihak pengilang simen tidak mengikut standard atau kriteria yang ditetapkan. Ini jugak menyebabkan belia boleh terjejas dengan usaha kita untuk membangunkan belia dan jugak untuk kemudahan sukan belia di Rembau.
Dato’ Yang Dipertua, ada juga pertanyaan berkaitan dengan, ada tak yang saya tak sentuh? Akhirnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menegaskan bahawa berkaitan dengan peruntukan kewangan untuk Persatuan-Persatuan Belia, dibangkitkan oleh ADUN Rahang, dan mungkin ADUN, ADUN dari Senaling. Berkaitan bantuan kewangan ini memang menjadi dasar Kerajaan dahulu memberikan peruntukan dana Pentadbiran kepada Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Belia Daerah-Daerah. Jadi, alhamdulillah Yang Amat Berhormat Menteri Besar jugak telah meluluskan untuk peringkat awal ini sebanyak 21,000.00 untuk memberikan peruntukan Pentadbiran kepada persatuan-persatuan belia ini. Tapi mereka tertakluk kepada prosedur-prosedur kewangan dan jugak terakluk kepada program base di mana
kalau mereka ada program, mereka boleh memohon dan kita berharap dengan cara ini persatuan-persatuan belia dapat bergerak dengan lebih baik.
Akhirnya, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memaklumkan bahawa, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Jabatan-Jabatan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang setahun ini. Jabatan Belia dan Sukan di bawah kepimpinan Yang Berbahagia Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, kita telah mengadakan Majlis Rundingan Belia Negeri Sembilan yang merupakan program yang menghimpunkan belia untuk kita mendengar pandangan mereka, banyak usul-usul yang telah dibentangkan dan dengan cara kita dapat memastikan pembangunan belia ini berjalan dengan baik. Kita jugak telah mengadakan Konvensyen Belia Harapan Negeri Sembilan pada 26 November, menghimpunkan 439 orang pimpinan belia untuk kita dengar pandangan mereka tentang dasar belia Negeri Sembilan, menyusun strategi dan tindakan yang selari dengan hasrat pimpinan belia dan memupuk perpaduan dan semangat berpersatuan di kalangan belia.
Kita jugak telah meneruskan program-program yang baik di bawah Jabatan Belia dan Sukan. Kita ada 5 Teras yang kita usahakan iaitu Kluster Usahawan Belia Niaga, Kluster Pendidikan Dan Kerjaya Belia, Kluster Pameran Agensi, Kluster Sukan Dan Kecergasan, Kluster Seni dan Hiburan. Sempena sambutan Hari Belia Negara ini jugak, kita ada banyak Anugerah-Anugerah yang kita telah peruntukkan. Di bawah waran Kementerian Belia Dan Sukan, kita ada hanya 2 iaitu Kategori Belia Individu Negeri dan Kategori Pertubuhan Belia. Kerajaan Negeri telah menambah lagi iaitulah kita bagi lagi Kategori Individu Belia ini sehingga tempat ketiga bagi lelaki dan perempuan, dulu hanya 2, johan dan naib johan. Kategori belia pulak, pertubuhan belia, kita ada 3 dan keempat. Dan kita ada Tokoh Jasa Belia Negeri, mereka yang telah berjasa membangunkan belia dan kita ada jugak Tokoh Belia Harapan Negeri Sembilan.
Jadi saya ucap terima kasih kepda Jabatan Belia Dan Sukan. Kita jugak bekerjasama dengan AADK ya, Agensi Antidadah Kebangsaan di bawah kepimpinan Puan Nazira binti Sadiron. Untuk pengetahun semua, kita sangat dukacita daripada 24,972 orang penagih dadah, untuk makluman Wakil Rakyat semua, Yang Berhormat, 82% adalah di kalangan Melayu Islam. Dan saya yakin sebahagian besarnya berada di kawasan-kawasan felda, yang diwakili oleh wakil rakyat – wakil rakyat di pihak sana. Saya yakin kita kena usahakan untuk kita menyelesaikan masalah dadah ini bukan satu kerja yang mudah, tapi saya yakin kalau Yang Berhormat boleh membantu kita, melihat sehingga ke akar umbi,
berbincang dengan anak muda ini, saya yakin, kita boleh bersama-sama menjayakan hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjadikan sekurang-kurangnya ada satu kawasan felda ya, menjelang 2020 ini, ada satu kawasan felda yang benar-benar bebas dadah. Dan kita telah memilih Felda Sungai Kelamah sebagai sasaran kita, dan kita akan menumpukan semua aktiviti dan apa jua program untuk menjayakan cita-cita kita.
Di antara perkara-perkara baru yang cuba diusahakan ialah nyanyian lagu Dadah Durjana, yang kita laksanakan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Setiap hari Rabu, pelajar-pelajar diwajibkan menyanyikan lagu Dadah Durjana, boleh bukak Youtube, search Dadah Durjana, tuan-tuan dengar sendiri lagu itu, memang lagu itu sangat baik dan memberikan semangat untuk anak-anak kita ni benci pada dadah sebagaimana mereka dididik, anak-anak Melayu ini dididik benci pada binatang yang najis muqalazah, khinzir dan anjing. Begitu jugak kita kena lahirkan semangat yang sama, kebencian yang sama terhadap dadah, terhadap rasuah dan seumpamanya. Ini usaha yang perlu kita buat.
Program bersama sukarelawan anti dadah di kalangan jawatankuasa masjid, ada 5 buah masjid, kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Kita mintak jugak kerjasama. Kita jugak bekerjasama dengan lebih 240 orang kaunselor sekolah menengah, terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang bekerjasama untuk melahirkan great teacher organization kerana guru-guru kaunselor ini perlu dikenal, diberikan ilmu bagaimana untuk mengenal anak-anak pelajar ini yang telah ada bibit-bibit awal terlibat dengan dadah. Terima kasih.
Di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, alhamdulillah di bawah Yang Berbahagia Dato’ Pkharuddin, Karnival Pendidikan dan TVET, TVET Peringkat Negeri Sembilan yang kita anjurkan pada 13 dan 14 April, kehadiran lebih 20,000 orang pengunjung mendapatkan perkhidmatan dari peringkat penerangan, penerimaan, penawaran dan penajaan. 4P yang kita perkenalkan supaya mereka hadir tu terus dapat tawaran dan terus dapat tajaan, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Maknanya mereka tak perlu lagi fikir panjang, mereka diberikan penerangan sebab TVET ini perlu diberikan perhatian sebab di Institusi TVET Negeri Sembilan hanya dapat 60% daripada mereka yang boleh mendaftar tu hanya 60% saja, kapasiti yang mereka dapat, daripada jumlah 100% mereka hanya dapat 60% saja anak-anak Negeri Sembilan. Terima kasih kepada JPNS, MARA, Agensi TVET Negeri Sembilan, ILP Pedas, IKTBN dan NSDC dan kolej-kolej komuniti.
Kita jugak mengadakan kempen Aspirasi Sekolah Bebas Dadah dengan guru-guru kaunselor. Di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, di bawah Yang Berbahagia Al Fadhil Ustaz Mohd Zaidi Ramli kita mengadakan tadi Program Sukarelawan Anti Dadah, dan Program Negeri Sembilan Beriktiqaf bulan Ramadan ini menjelang tiba, kita akan adakan, libatkan belia. Sebelum ini kita melibatkan anak-anak sekolah, kali ni ada 5 buah masjid yang akan melibatkan belia. Dan begitu jugak teks khutbah yang berkaitan dengan perangi dadah habis-habisan. Dan saya jugak mengucapkan terima kasih kepada semua Agensi Kerajaan seperti persatuan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, FAMA, Jabatan Penyiaran, DJ-DJ NegeriFM yang telah bekerjasama dengan EXCO Belia dan Sukan.
Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama dan saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang menjelang tiba, mudah-mudahan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik dalam hidup kita. Dan kita ingin menjelaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan, kita berusaha untuk menyelesaikan apa jua isu yang berlaku dalam negara kita. Isu FELDA, isu Tabung Haji ya, apa yang kita bentangkan bukan kita bentang di kedai kopi, Laporan Audit Negara 2017 dibentangkan di Parlimen, yang mendedahkan kaedah penetapan dasar susut nilai aset kekurangan Tabung Haji sebagai tidak konsisten, dan diubah sebanyak 2 kali. Jadi benda-benda ini melibatkan kerugian pada Tabung Haji, pembelian ti, pembelian dalam pelaburan-pelaburan yang melibatkan susut nilai 227 juta ringgit, laporan dalam 3 anak syarikat dan 3 syarikat bersekutu yang menyebabkan pelaburan yang merugikan. Sebab itu Kerajaan mengambil tindakan membuat laporan polis kepada bekas-bekas Pengerusi, yang terlibat dan bekas CEO. Maknanya kita tuduh, bukan tuduh kosong, kita tuduh dengan bukti dan kita ingin bawa mereka ke muka pengadilan. Jadi inilah usaha kita, di samping itu kita jugak nak maklumkan bahawa apa yang kita warisi, samalah kita mewarisi rumah pusako …..
Tuan.
….. yang dah berumur 61 tahun. Yang banyak lantai dia berlubang, kayu dia dah reput ya.
Saya nak mohon mencelah sikit okay, sikit je okay?
Dah dah dah [percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic].
Kita dah lewat, saya nak tutupkan …..
Tak saya nak membetulkan, saya nak bertanya sedikit statistik yang awal ditunjukkan awal tadi. Saya tak nak mencelah awal tadi Dato’ Dipertua. ya, saya mencelah sikit, saya nak, saya nak mintak kepastian sedikit …. [percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic] …... bukan, saya tak penggulungan ….. [percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic] ….. tak dia bercakap, dia bercakap pasal data ekonomi. Saya nak bertanya.
You debat kang dia ada fakta lain pulak. [percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]
….. tak saya nak bertanya, saya nak bertanya je Dato’ Dipertua. Saya nak bertanya sikit je, okay.
Nanti penangguhan ada, penangguhan nanti bagi kawan-kawan cakap bagi pihak you [percakapan secara off mic].
Saya nak bertanya, sebab tadi Paroi mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Rantau …..
Saya dah cakap banyak kali ni, duduk [percakapan secara off mic].
Tak, saya nak bertanya Tuan Pengerusi.
Kalau bertanya, saya nak nak nak habis dah, dah dah …..
Saya tak izinkan, saya tak izin. Saya tak izin. Okay, kita mewarisi rumah pusaka yang telah berumur 60 tahun lebih, banyak yang bocor, banyak yang reput, anai-anai, kepuk yang menyimpan padi pun banyak tikus dan semua ini menyebabkan mudah untuk kita menguruskan perkara ini. Berikan kami masa, time is the best solution, masa akan menentukan segala-galanya, inshaa Allah dalam tempoh 5 tahun, kita akan buktikan bahawa segala yang kita usahakan akan membuahkan hasil inshaa Allah. Kita yakin dengan izin Allah, dan kita yakin dengan ini rakyat akan dapat menilai dan akhirnya membuat keputusan yang baik dalam menentukan masa depan negara kita. Sekian, terima kasih kepada semua bertanya. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa telah menunjukkan 1:10, 1:10 ya, 1:10 minit, jadi kita berhenti rehat untuk apa, untuk makan, sembahyang. Jadi kita masuk, kalau boleh saya nak masuk awal sikit boleh tak? Tak mahu 2:30, haa? Sempat ya, 2:30 sharp mesti sampai. Saya tak mahu ada datang 2:40. 2:30 semua kena ada, sebab penggulungan ini akan mengambil masa yang panjanglah ya. Jadi, jadi ahli-ahli Yang Berhormat kita tangguh dulu untuk ni, untuk rehat. Sekian, terima kasih, Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT, assalamualaikum.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 1.10 petang]
[YB ADUN Pilah tidak hadir pada sesi petang]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sepertimana yang saya janjikan 2:30 kita akan mulakan untuk penggulungan. Dan saya terpaksa menguatkuasakan masa sebab kita nak pastikan semua perjalanan dapat mengikut masa yang ditetapkan. Dan ia tak mengganggu situasi kita bersidang di Dewan ini. Jadi, saya harap lepas ni semua ikut, ikut, ikut masa yang ditetapkan. Jadi ahli-
ahli Yang Berhormat sekalian, kita ada ramai lagi yang belum ambil bahagian untuk penggulungan. Setakat ni baru 3 EXCO daripada MMK, daripada Kerajaan baru menjawab, ada lagi 7 lagi ya. Dan saya harap yang membuat penggulungan mengikut masa yang ditetapkan. Dan yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain pulak jangan banyak sangat mencelah kecuali penting, ada soalan-soalan penting. Jadi sebab itu, kita tak boleh membuang masa begitu saja. Saya teruskan kepada Yang Berhormat Klawang ya. Silakan.
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Ahli-ahli Dewan dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi tinggi terima kasih dan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di atas titah ucapan baginda semasa istiadat pembukaan pada hari Isnin yang lalu, yang begitu prihatin terhadap semua aspek pembangunan di Negeri Sembian ini. Holistic orang, orang sekarang panggil, dengan izin.
Pada kesempatan ini Yang Berhormat Dato’, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rembau, walaupun sudah 2 hari tak masuk bersidang, eh Rantau, sorry, Rantau, maafkan saya. Dan tahniah jugak di atas hujah-hujah yang beliau kemukakan ya. Ada, adakalanya beliau seolah-olah seorang akauntan, ada masanya seorang pakar bursa, dan, tapi malangnya ya, hampir kesemua isu yang beliau bangkitkan, yang diketengahkan adalah isu-isu Kerajaan Persekutuan yang mana Kerajaan Negeri amatlah sedikit pengaruhnya. Jadi mungkin ya, mungkin Yang Berhormat Rantau elok menjadi Ahli Parlimen pembangkang di masa akan datang. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyeru di, di, di dalam Dewan yang mulia ini supaya kita memfokuskan ya, memfokuskan isu-isu ataupun perkara-perkara yang untuk pembangunan negeri kito yo lah, dengan izin, saya orang Negeri Sembilan. Mungkin sedikit-sedikit kita sentuh nasional.
Chembong ada menyebut tentang banner dia diturunkan ya, semasa Yang Amat Berhormat Menteri Bosar turun ke Chembong. Saya rasa itulah sebahagian daripada apa nama ni, kakitangan Kerajaan yang telah dididik oleh UMNO sebelum ni, BN dan UMNO, Kerajaan BN. Sebab saya sendiri mengalaminya ya, tahun 2017 ya, saya mohon permit nak memasang banner Maal Hijrah pun tak diboghi. Masa tu sey bukanlah ADUN ya, saya hanya Ketua Pakatan Harapan Jolobu. Haa itulah yang kita telah hadapi sebelum ini, dan inshaa Allah kita boleh perbaiki, inshaa Allah.
Projek Rimbunan Kaseh ya, saya jugak agak terkejut ianya dikeluarkan sekarang sedangkan projek ini adalah projek yang saya difahamkan yang apa nama ni, tiada perjanjian yang betul-betul legal saya difahamkan ya. Dan projek ini pun sudah diserahkan kepada Airis dan tidak ada penyelarasan, dan ianya gagal. Saya jugak bersama-sama Yang Amat Berhormat hari tu untuk kita tengok, dengan tong-tong yang dibeli untuk penternakan-penternakan tertentu yang ianya tidak praktikal. Dan ini sebenarnya kegagalan projek Kerajaan lama. Tetapi walau bagaimanapun, kita terpaksa ya, menanganinya untuk membantu rakyat di sana.
Isu Sijil Halal yang di-viral-kan sejak semalam saya kira, yang kita kata, kita terbuka, tetapi terbuka itu tidak bermaksud apa nama ni, yang halal, yang halal, apa, yang, yang tidak halal diletakkan laga, logo halal. Bukan itu maksudnya. Maksudnya siapa-siapa yang berniaga itu, pastikan meletakkan sekiranya yang halal, logo halal, yang tak da, tak halal tidak bolehlah diletak logo halal. Sebab apa yang di-viral-kan di dalam media sosial 2 hari ini agak mengelirukan ya. Dan ianya adalah dasar yang telah, dasar lama oleh Kerajaan BN sebenarnya ya.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menjawab soalan-soalan yang berkaitan yang dibangkitkan oleh ADUN Lenggeng iaitu pembangunan tanah dan tanaman makanan perlu ditingkatkan berbanding tanaman komoditi terutamanya kepada golongan B40. Sudah tentulah ya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa menyasarkan mana-mana individu, syarikat ataupun agensi Kerajaan yang ingin mem bangunkan tanah mereka, akan nasihatkan untuk dibangunkan dengan projek-projek tanaman makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan tanaman ladang. Kerajaan Negeri ada menyediakan insentif bantuan kepada pemohon yang layak berupa infrastruktur ladang seperti sistem pengairan, perparitan dan juga insentif input pertanian seperti baja dan racun. Permohonan boleh dibuat di pejabat, Pejabat Pertanian yang berdekatan. Dan kita jugak telah meletakkan ya, bajet-bajet yang tertentu seperti tanah terbiar yang kita bajetkan 1.7 juta.
Menyentuh jalan, naik taraf Ulu Beranang ke Klawang melalui, melalui Gagu, sudah tentulah ianya ada limpahan pembangunan di situ dan mendekatkan Jelebu dengan, dengan Klang Valley, dengan izin, dan petani-petani dengan mudah, dengan senang untuk membawa hasil tanaman ke pasaran.
ADUN Seremban Jaya, membangkitkan tanah terbiar yang perlu dimajukan oleh sektor pertanian seperti yang disebutkan tadi. Kita telah memperuntukkan 1.7 juta untuk membangunkan tanah-tanah
terbiar. Dan terdapat insentif-insentif yang memang sudah sedia ada yang boleh di, dipohon oleh, oleh rakyat.
ADUN Kota, membangkitkan tanaman padi di Semerbok. Sebenarnya pengusaha itu tidak akfif lagi bukannya kita tidak menyalurkan bantuan kepada, kepada, kepada pihak berkenaan. Dan dia telahpun menarik diri. Dan Jabatan Pertanian sekarang sedang dalam proses untuk mendapatkan pengusaha yang baru dan pemilik tanah pada 10 April lalu, telah bersetuju untuk menggantikan pengusaha yang baru.
Linggi ada menyebut tentang bantuan sara hidup nelayan. Ini akan saya jawab dalam, dalam sesi jawapan lisan pada hari yang keempat. PFA jugak di, di, dibangkitkan oleh Linggi dan ini sudah saya jawab pada sidang yang lalu ya. Kerajaan tidak akan meneruskan PFA ini dan pembangunan kawasan itu, inshaa Allah akan diselaraskan dengan MVV 2.0 ya.
YB Pertang ada membangkitkan isu komoditi, harga komoditi turun getah dan sawit. Seperti yang kita tahu harga komoditi ini sekarang, kebanyakannya ataupun pada dasarnya kita tidak dapat mengawal dengan, mengawal dengan berkesan ya, ia mengikut pasaran. Walau bagaimanapun Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk membantu, untuk membantu petani-petani ataupun peladang. Seperti di felda kita, seperti yang disebutkan pagi tadi, di, di apa, minimanya 1,500.00 dan harga getah, sekiranya ianya turun daripada 2.50 ianya akan di, di, di-subsidize ya. Itu sudah, memang sudah di dalam pelaksanaan.
Pertang ada menyebut jugak tentang Masjid Jamek ya, Jelebu, Masjid Daerah Jelebu. Memang pada awalnya apabila saya mendapat maklumat masjid itu akan dibuat di arah ke Titi, ianya ialah terkeluar daripada pekan Klawang ya, Pekan Kuala Klawang. Oleh itu, saya berusaha untuk mendapatkan mungkin dan tanah yang boleh diperolehi ya, di, di kawasan Klawang. Tetapi dengan adanya, dengan adanya ERL, jajaran ERL melalui kawasan berkenaan, kawasan yang di, di, dicadangkan awal itu menjadi kawasan yang sesuai semula, dan seperti yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam, kita akan meneruskan apa ni, pembinaan Masjid Daerah Jelebu itu di tempat yang telah dicadangkan awalnya.
Pertang, YB Pertang jugak ada me, membangkitkan isu MPKK Kampung Petaseh ya. Ini seperti biasalah ya, setelah 61 tahun berkuasa, kemudian hilang, tidak, tidak berkuasa lagi, macam-macam perkara yang ditimbulkan. Dan sudah, ada jugak ya, apa nama ni, pihak MPKK yang baru, kesilapan ya, dalam mengendalikan beberapa perkara, jadi
saya telah membuat 2 perjumpaan ya, bersama masyarakat setempat untuk mencari jalan penyelesaian. Dan saya telah menyarankan untuk persaudaraan, silatulrahim itu di, di, dijalinkan dan kerjasama, walaupun berlainan pandangan politik, berlainan pandangan dalam isu-isu semasa, tetapi kita boleh bersama. Dan inshaa Allah saya akan memperkukuhkan lagi keadaan di sana, inshaa Allah.
ADUN Chennah ada membangkitkan jugak jaringan laluan ERL di Jelebu yang memangkin perkembangan sektor pertanian di Jelebu. Sudah tentulah ini rakyat Jelebu amat bersyukur dengan adanya jajaran ERL ini masuk ke, ke, ke kawasan Jelebu, terutamanya ianya akan membangunkan bandar Klawang sendiri, Kuala Klawang sendiri, dan sudah tentulah kita akan membuat perancangan-perancangan yang, yang, yang, yang bersepadu. Dan saya jugak ingin menyebut di sini, kita akan memohon untuk diri, mendirikan IPT ataupun IPTA/IPTS di, di Jelebu. Sudah tentulah hospital yang ada sekarang amat, amat daif. Hospital yang moden kita perlukan di sana. Kita jugak akan merancang large scale integrated farming di mana kita akan hanya membawa keluar daripada Jelebu finished product ya, ataupun ready to eat, dengan izin. Dan ini jugak pemangkin kepada kawasan perindustrian yang dulu di, yang telah dirancang tetapi tidak mencapai tahap perancangan. Seperti kawasan perindustrian di Simpang Pertang, spill over itu sudah tentulah akan sampai ke sana, inshaa Allah. Dan mungkin kita boleh mencari ataupun mewujudkan kawasan industri yang baru di, di Jelebu berhampiran dengan stesen yang akan dicadangkan.
Agro pelancongan jugak ya, akan kita naik, akan kita bangunkan, yang mana sekarang ini stesen yang dicadangkan itu ianya tidak jauh daripada Taman Negeri Kenaboi. Dan eco tourism akan menjadi salah satu fokus kita. Walau bagaimanapun, Dato’ Yang Dipertua, pembangunan-pembangunan ini, pembangunan-pembangunan fizikal ini kita bangunkan, kita harus jugaklah membuat pembangunan ummah. Di mana kita perlu mempastikan apa juga yang kita rancang, apa juga yang kita laksanakan menjurus kepada melahirkan rakyat kita yang berintegriti tinggi, bersih dan berwawasan.
Saya ingin menyentuh jugak tazkirah yang disampaikan oleh YB Lenggeng, yang disebut oleh tazkirah oleh pihak, pihak pembangkang. Tapi sebenarnya ia adalah merupakan, dalam agama ini kita nasihat menasihatkan, addinu nasihah. Tetapi tak perlulah kita copek nak teraso, bak kato orang tu, ya. Sebenarnya beberapa kali saya mendengar YB Lenggeng menyebut dia mengingatkan diri dia, mengingatkan dirinya sendiri dan ahli mesyuarat di sini, maknanya terbu, dia, umum di situ ya. Kita tak perlu terasa sangat apa yang disampaikan. Mengambilkan ilmu itu untuk kita terus berusaha
membersihkan diri kita sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Dato’ Yang Dipertua, setakat itu yang saya nak sampaikan ya. Saya rasa saya dah sentuh semua yang di, di, dikemukakan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua yang memberikan saya ruang untuk menggulung pada petang ini, terima kasih jugak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memberikan input. Terima kasih kepada Ketua-ketua Jabatan dan semua yang hadir di Dewan yang mulia ini. Inshaa Allah kita berjumpa lagi, kalau tidak di dunia ini, pastikan kita berjumpa di syurga, inshaa Allah. Sekian.
Terima kasih YB Klawang. Silakan, YB Bahau ya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan khususnya kepada Ahli-ahli yang Berhormat yang telah pun mengutarakan pandangan, cadangan mereka yang melibatkan isu-isu yang berkenaan dengan kesejahteraan bandar, perumahan, kerajaan tempatan dan juga Kampung Baru.
Dato’ Yang Dipertua, ni untuk makluman Yang Berhormat Lobak, Mambau dan juga Rahang, sebab semalam Yang Berhormat Lobak, Mambau dan Rahang telah pun mengutarakan masalah di kawasan mereka iaitu mempunyai banyak aduan rumah terbiar di kawasan mereka. Jadi di sini saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa untuk Majlis Perbandaran Seremban ya, sebenarnya kita telah pun mengeluarkan sebanyak 302 notis kepada premis perniagaan yang terbiar dan jugak 391 notis kepada rumah-rumah yang terbiar di bawah seliaan Majlis Perbandaran Seremban. Dan pada masa yang sama, 7 premis perniagaan kita telah pun mengambil tindakan undang-undang dan bawak kes ke mahkamah. Manakala untuk rumah yang terbiar itu, ada 40 kes kita telah pun bawak ke mahkamah.
Jadi untuk di peringkat MPN pulak, Majlis Perbandaran Nilai pulak, kita telahpun membawa sebanyak 98 kes telah pun dibawa ke mahkamah. Jadi ini untuk maklumat kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan dengan isu rumah ataupun premis perniagaan yang terbiar. Dan pada masa yang sama, saya juga ingin menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat, jikalau kawasan Yang Berhormat mempunyai masalah rumah terbiar yang menyebabkan kacauganggu ini, sila maklumkan
kepada PBT-PBT masing-masing. Dan kalau boleh juga maklumkan kepada saya seperti apa yang saya katakan pada semalam, sebenarnya ni apa, isu rumah terbiar ini dia isu bersama. Dan kita perlu selesaikan perkara ini bersama-sama.
Dan yang kedua, untuk menjawab, ni apa, Yang Berhormat Mambau, beliau ada mencadangkan supaya kita kenakan cukai yang lebih tinggi terhadap rumah-rumah terbiar yang menyebabkan kacauganggu. Jadi, untuk cadangan tersebut, sebenarnya pihak Majlis kita tidak dapat menaikkan terhadap rumah-rumah yang menyebabkan kacauganggu kerana dalam manifesto kita, kita janji kita tak akan naikkan cukai. Tapi tak apa, kita akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
Yang seterusnya untuk menjawab ADUN Chuah. ADUN Chuah semasa perbahasan beliau, beliau ada apa, menyentuh master plan perlu disediakan bagi setiap pekan dan MVV 2.0 juga mewa, juga wajib memastikan kawasan kemudahan sukan dan kawasan pembinaan rumah mampu milik disediakan. ADUN Chuah, jadi untuk makluman Yang Berhormat Chuah, sebenarnya untuk setiap perancangan ataupun setiap projek pemajuan kita ada meletakkan syarat terhadap pemaju di mana bagi mereka yang ingin mengusahakan perumahan, kita ada tetapkan syarat untuk mereka supaya mereka sediakan rumah mampu milik. Sama jugak dengan infra-infra ataupun kemudahan-kemudahan yang wajib ada, itu kita tidak akan bertolak ansur. Jadi, tak ada masalah kalau kita laksanakan projek MVV 2.0 di kawasan Chuah dan kita akan pastikan kemudahan-kemuahan yang sepatutnya ada tetap akan ada di situ.
Seterusnya saya ingin menjawab Yang Berhormat Lenggeng. Yang Berhormat Lenggeng ada memberi cadangan supaya membangunkan gerai-gerai kecil di setiap tempat di mana pem, pembinaannya perlu tersusun dan disegerakan. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Lenggeng, buat masa ini, Majlis Perbandaran Nilai hanya menyediakan petak-petak gerai untuk peniaga-peniaga kecil seperti di Taman Pinggiran Bayu Mantin, Bandar Seremban Selatan, Taman Pinggiran Senawang dan lain-lain lokasi yang bersesuaian. Walau bagaimanapun, hanya petak perniagaan di Taman Pinggiran Senawang sahaja yang penuh, yang, yang penuh, yang penuh pengisiannya. Pada masa ini tiada sebarang perancangan untuk membina gerai baru atau petak kecil di Lenggeng berikutan ketiadaan tanah yang sesuai.
Jadi untuk menjawab ADUN …..
Mintak penjelasan ya.
Ya, sila.
Tadi dibagitau tentang rumah terbiar. Tapi belum sebut atau belum cakap apa-apa pun tentang tanah terbiar.
Yang Berhormat Rahang, untuk tanah terbiar nanti ada jawapan khas untuk Yang Berhormat Rahang.
Jadi untuk menjawab apa yang telah pun dibahaskan oleh Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya mengenai isu sampah haram di kawasan Seremban Jaya, Yang Berhormat Seremban Jaya, jadi kalau ada apa-apa aduan mengenai sampah haram, boleh terus tujukan kepada SWCorp ataupun kepada PBT. Dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk selesaikan masalah sampah haram.
Yang Berhormat Seremban Jaya juga ada membangkitkan isu kerja menaik taraf pasar oleh Majlis Perbandaran Nilai. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Seremban Jaya, buat masa ini kita akan apalah mengkaji keperluan untuk menaik taraf pasar di Seremban Jaya.
Dan seterusnya juga isu yang telah pun dibangkitan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya, iaitu Yang Berhormat Seremban Jaya ada mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem perparitan seperti longkang yang kecil di Kampung Baru Rahang supaya isu banjir dapat ditangani. Jadi untuk maklumat Dewan yang mulia ini, sebenarnya untuk Ketua-Ketua Kampung Baru ataupun Setiausaha-Setiausaha Kampung Baru, mereka akan menghadiri satu kursus pada hari Sabtu dan Ahad ini. Dan kursus tersebut mereka akan didedahkan cara-cara bagaimana mereka dapat memohon peruntukan dari, ni apa, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Sebab saya dimaklumkan oleh ni apa, Yang Berhormat Menteri KPKT, sebenarnya untuk setiap Kampung Baru itu, mereka entitled ataupun mereka layak untuk menerima sekurang-kurangnya 100,000.00 ringgit peruntukan setiap tahun untuk menaik taraf ataupun membaiki kemudahan-kemudahan yang sudah rosak ataupun yang sudah uzur. Jadi, saya rasa dengan adanya kursus tersebut, lepas tu katakan Ketua Kampung ataupun SU-SU kita telah pun berlatih, terlatih, saya rasa lepas tu kita akan dapat sama-sama selesaikan masalah yang dihadapi, bukan saja di Kampung Baru Rahang, tetapi di Kampung-Kampung Baru yang lain.
Untuk menjawab soalan ni apa, perbahasan ADUN Linggi. ADUN Linggi ada mohon kepada Kerajaan supaya memberikan status terkini rumah mesra rakyat yang telah diluluskan tetapi belum dibina. ADUN Linggi ada tak? Okay kalau ADUN Linggi tak ada, saya balas beliau secara bertulis. [YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan].
Untuk ADUN Juasseh, pili bomba di kawasan kampung dan juga pedalaman. Jadi bagi mengatasi masalah ketiadaan pili bomba di kampung-kampung, Jabatan Bomba telah pun menempatkan 7 unit water tanker yang berkapasiti 10,000 hingga 20,000 liter ke beberapa buah Balai Bomba Dan Penyelamat untuk digerakkan ke kawasan-kawasan kampung sekiranya berlaku kebakaran yang memerlukan pemadaman yang menggunakan air yang banyak. Selain itu, Jabatan Bomba juga menetapkan setiap kebakaran struktur, 2 unit fire rescue tank, tanker akan dihantar ke tempat kejadian yang masing-masing membawa air tidak kurang daripada 1,800 liter air.
Seterusnya untuk menjawab perbahasan ataupun isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Temiang. Yang Berhormat Temiang ada menyuarakan ya, pandangan beliau terhadap sistem tempat letak kereta yang terdapat di kawasan Seremban. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 kontraktor yang telah dilantik untuk menguruskan sistem tempat letak kereta di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban iaitu Syarikat Datmel Technology Sdn. Bhd. dan juga Syarikat Oval Success Sdn. Bhd. yang telah dilantik pada 1 haribulan Januari 2019. Ya saya, sebenarnya pihak Kerajaan sedia maklum di Bandar Seremban saja kita ada 2 sistem ni apa, kutipan parking dari 2 syarikat. Jadi pihak Majlis sebenarnya telah pun mengadakan sesi perbincangan bersama-sama dengan 2 kontraktor yang terlibat pada 1 haribulan Mac 2019, supaya menggunapakai satu sistem yang sama di keseluruhan zon-zon yang terlibat di seluruhan kawasan pentadbiran Majlis. Walau bagaimanapun, perkara ini masih di dalam peringkat perundingan dan pentadbiran Majlis sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini supaya memberi keselesaan kepada orang awam.
Seterusnya mengenai isu projek pelintas jalan kaki di Sekolah Menengah Chan Hwa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temiang. Jadi untuk projek ini, permohonan daripada Yang Berhormat Temiang telah dibentangkan laporan projek di dalam Majlis Mesyuarat Penuh yang telah bersidang pada 27 Mac 2019, dan Yang Berhormat ADUN Temiang telah hadir sebagai pemerhati. Kos untuk projek ini adalah sebanyak 68,000.00 ringgit.
Ni juga isu yang di, yang diutarakan oleh Yang Berhormat Temiang, jadi saya jawab sekalilah dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengutarakan masalah-masalah pokok uzur ataupun pokok-pokok yang berisiko tinggi iaitu kerja-kerja pemotongan dan mencatas, mencantas pokok ada dilakukan ya, di kawasan DUN Temiang. Bukan saja di kawasan DUN Temiang, tetapi di kawasan-kawasan yang kita menerima aduan ya. Statistik kerja-kerja penyelenggaraan pokok bagi semua DUN bagi tahun 2019 adalah seperti berikut: Sikamat – 29, Paroi – 21, Ampangan – 6, Rahang – 8, Temiang – 4, Lobak – 7, Bukit Kepayang – 32, Mambau – 12, Senawang – 4. Sebenarnya untuk apa, projek-projek ataupun kerja-kerja mencantas pokok ini dia tidak mengambil kira DUN siapa ya, asalkan atau, asalkan kalau ya, pokok-pokok di kawasan yang tertentu berisiko tinggi, pihak PBT akan mengambil tindakan segera. Jadi bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang menghadapi masalah yang sebegini, saya apalah, alu-alukan ataupun cadangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya terus berusan, berurusan dengan PBT masing-masing.
Jadi untuk menjawab ni apa, isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rahang, di mana apa, Bukit Rasah telah dijadikan sebagai mini zoo kerana pemilik tanah membuat kacauganggu, ya. Yang Berhormat Rahang saya harap ini adalah isu tanah terbiar yang disebut. Jadi Majlis Perbandaran Seremban akan mengeluarkan notis kacauganggu ke atas pemilik tersebut dan mintak pemilik untuk membersihkan kawasan mereka.
Selain itu, haa ini pokok, okay selepas tu, saya pergi kepada apa yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat Serting ada bertanya apakah status terkini Dataran Batu Kikir. Jadi untuk projek Dataran Batu Kikir, sebenarnya kelulusan peruntukan secara rasmi tidak diterima oleh Majlis Daerah Jempol ketika itu. Sebung, sehubungan itu Majlis Perbandaran Jempol perlu buat permohonan semula. Terima kasih.
Seterusnya Yang Berhormat Pertang. Ni apa, isu dewan orang ramai di Simpang Pertang. Yang Berhormat Pertang ada tak? Ada. Okay. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat, ICU daripada Jabatan Perdana Menteri telah menjawab secara rasmi, projek dan peruntukan membina dewan ini telah dibatalkan pada Disember 2018. Jadi jikalau mempunyai keperluan, saya rasa mungkin apa, Yang Berhormat boleh terus maklum kepada kita dan kita boleh pertimbangkan supaya kita untuk mohon semula. Jikalau mempunyai keperluan.
Haa ni ADUN Pertang jugak mohon Kerajaan membina rumah harga rendah di atas tanah seluas 30 ekar di Kampung Geylang, Jelebu. Jadi
untuk maklumat Yang Berhormat Pertang, tanah yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pertang adalah termasuk dalam tanah-tanah yang telah pun kita kemukakan kepada KPKT bagi pembinaan projek perumahan rakyat. Jadi pada masa ini KPKT sedang melaksanakan penilaian teknikal ke atas tanah-tanah yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri. Jadi kawasan Pertang dapat sebidang tanah untuk buat rumah PPR. Jadi tahniahlah kepada Yang Berhormat sebab pihak Kerajaan Negeri kita tidak pilih bulu, walaupun kawasan pembangkang, kita tetap bangunkan rumah mampu milik di kawasan situ.
Terima kasih, terima kasih.
Untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Lui. Yang Berhormat Sungai Lui ada apa, ada tanya mengenai status perumahan generasi baru felda. Jadi jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak 250 juta telah pun diluluskan untuk pelaksanaan projek PGBF ataupun Perumahan Generasi Baru Felda yang berstatus siap 70% di seluruh negara. Jadi untuk kemajuan projek PGBF di Negeri Sembilan adalah seperti berikut ya, di Pasoh 1 kemajuannya 100%, Pasir Besar – 100%, Bukit Jalor – 78%, Bukit Rokan Utara – 76%, Palong 8 – 85%, Pasoh 2,3 – 61%, Palong 16 – 55%, Palong 12 – 46%.
Okay lepas tu ADUN Johol. ADUN Johol telah pun bertanya mengenai pelan pembangunan untuk Pekan Johol yang perlu disediakan sebagai panduan kepada pembangunan. Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Johol, dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045, Pekan Johol dirancang menjadi pusat perkhidmatan kecil untuk kemudahan penduduk tempatan bagi mendapatkan perkhidmatan asas. Dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah juga, Pekan Johol dikenal pasti sebagai salah satu pusat perkhidmatan untuk penduduk tempatan. Pelan pembangunan terperinci Pekan Johol masih belum disediakan kerana belum ada keperluan mendesak untuk tujuan ini.
Selain itu Yang Berhormat Johol telah pun menyentuh, adanya keperluan untuk pihak Majlis Daerah Kuala Pilah untuk mengenal pasti kemudahan awam seperti tandas awam dan juga pondok bas di Pekan Johol. Saya, saya secara bukan, bukan secara peribadi, secara peribadi ataupun daripada prospektif ni apa, Kerajaan Negeri , kita akan apalah, kita akan usahakan dan memastikan bahawa ni apa, pasar tani ya, di tepi pasar tani kita, kita akan sediakan kemudahan-kemudahan yang di apa, dipohon oleh Yang Berhormat kerana ini merupakan salah satu kemudahan bukan sahaja untuk mana-mana satu parti, tetapi untuk
kepentingan rakyat kita yang tinggal di kawasan Johol. Jadi jangan bimbang, kita akan selesaikan.
Terima kasih.
Jadi untuk menjawab Yang Berhormat Gemas, pembangunan rumah terutamanya rumah-rumah awam yang dibina oleh pihak Kerajaan. Jadi untuk menjawab Yang Berhormat ADUN Gemas, bagi Daerah Tampin, sebanyak 3 tapak tanah telah dikenal pasti bagi pembangunan perumahan khususnya projek perumahan rakyat. Kerajaan Negeri telah mengemukakan tanah-tanah tersebut kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Lawatan lapangan telah dilaksanakan pada bulan Mac 2019, dan pada masa ini KPKT sedang melaksanakan penilaian teknikal, Yang Berhormat Gemas, okay.
Dan untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan, kita telah pun mengemukakan sebanyak 11 permohonan iaitu 11 tapak di mana ia akan menjana sebanyak 2,700 peruma, rumah mampu milik ataupun perumahan rumah PPR di seluruh Negeri Sembilan. Jadi apa yang saya telah pun bentangkan tadi, sebenarnya kawasan-kawasan ini walaupun di kawasan, kira kawasan pembangkang, tetapi kita tetap membuat rumah mampu milik di, di situ kerana kita nak pastikan rakyat kita dapat hidup sejahtera.
Dan seterusnya mengenai apa, isu yang telah pun dibangkitkan oleh ADUN Gemas mengenai kesesakan lalu lintas di Bandar Gemas. Sebenarnya dalam RKK Bandar Gemas, salah satu inisiatif untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas adalah pembinaan Gemas by-pass supaya tidak semua kenderaan perlu melalui pusat Bandar Gemas. Cadangan untuk mengatasi masalah banjir juga terdapat dalam RKK Bandar Gemas. Pembangunan pekan kecil iaitu Pasir Besar dan juga Pekan Air Kuning telah dinyatakan dalam Rancangan Tempatan Daerah Tampin.
Dato’ Dipertua, boleh mohon mencelah sikit?
Sila.
Terima kasih kerana menerangkan keadaan trafik ataupun kesesakan lalu lintas di Bandar Gemas. Tapi Dato’ Dipertua,
kita kena berhati-hati kerana apabila kita buat by-pass – by-pass ini dia akan nanti menyebabkan pekan kecil seperti Gemas itu akan kehilangan daya saing ekonominya ya, kerana orang akan lalu di situ dan tidak akan lagi tempuh ataupun melalui Pekan Gemas. Jadi, kita takut nanti kerana nak menyelesaikan kesesakan lalu lintas yang tidak, bukannya hari-hari, dan dia bukanlah dasyat sangat, tapi dia akan menyebabkan peniaga-peniaga dan orang mencari rezeki daripada sumber ekonomi, peniaga-peniaga kecil akan kehilangan sumber, sumber pendapatan.
Jadi saya mintak supaya pihak UPEN ataupun Unit Ekonomi Perancang Negeri supaya melihatnya dengan baik. Dulu pernah diutarakan, tapi kita masalah itulah yang kita risaukan kerana dia akan menyebabkan kehilangan punca pendapatan dan sumber ekonomi penduduk setempat terutamanya peniaga-peniaga di situ. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau atas pandangan tersebut. Dan kita juga akan mengambi kira pandangan Yang Berhormat Rantau, kerana yang paling penting setiap projek yang dibuat itu, ia perlu memastikan dia akan tidak, apalah, menjejaskan ekonomi di kawasan tertentu khususnya di kawasan Gemas.
Jadi untuk menjawab perbahasan ataupun isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lobak. Ya, Yang Berhormat Lobak dalam perbahasan beliau ada meminta supaya ni apa, projek, okay, projek menaik taraf ataupun tukar lif di rumah pangsa Templer. Jadi untuk maklumat Dato’ Yang Dipertua dan jugak Ahli-ahli Yang Berhormat, rumah pangsa Tun Dr. Ismail ataupun kebiasaan kita panggil rumah pangsa Templer, mempunyai 4 unit lif yang telah digunakan sejak 9, tahun 1980. Pada masa ini, kerosakan lif dibaiki melalui fabrikasi khas peralatan yang rosak ekoran kesukaran mendapatkan alat ganti. Bagi jangka masa panjang, Kerajaan Negeri telah pun mendapatkan jalan penyelesaian melalui bantuan daripada Cawangan Mekanikal dan Jabatan Kerja Raya. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, sebenarnya pihak Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif di mana kita telah pun, sebenarnya untuk projek menaik taraf atau tukar lif tersebut, kita letakkan ia sebagai salah satu projek utama yang kita nak laksanakan di kawasan Seremban, kerana kita sedia maklum ada banyak warga emas yang tinggal di situ. Dan kita juga bersimpati terhadap mereka yang terpaksa berjalan, berjalan menggunakan tangga ketika lif itu selalu rosak. Tapi pada masa ini, kita telah pun melantik kontraktor baru untuk membuat maintenance lif tersebut. Kalau ada apa-apa keroso, kerosakan ni apa, kontraktor
tersebut dia akan datang, dia akan hadir ke flat Templer pada masa yang paling dekat. Itu yang pertama.
Yang kedua, sebenarnya kita telah pun menganggarkan kos pembinaan ataupun kos naik, naik taraf lif tersebut. Dia lebih kurang dalam 3.5 juta. Dan pada masa ini, kita masih menanti peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan. Dan saya nak, di sini saya nak rekodkan di mana untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, sebenarnya ini juga masalah bersama kita, dan saya cukup yakin sekali ya, sebenarnya untuk lif ini, kita akan buat dalam penggal ini. Jadi jangan bimbang, kalau ada …..
Terima kasih.
Ya. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus tuju kepada saya. Dan saya rasa ahli, barisan Ahli-ahli EXCO di sini, kita memang sedia untuk menjawab ataupun sedia membantu ahli-ahli Yang Berhormat kerana kita yang ada di dalam Dewan ini, tanggungjawab kita adalah untuk selesaikan masalah rakyat.
Dan saya rasa yang paling akhir sekali mengenai isu anjing terbiar. Isu anjing terbiar dia memang merupakan satu masalah di merata tempat. Untuk PBT di Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai, sebenarnya kita telah pun adakan kerjasama dengan pihak NGO di mana usaha menangkap anjing terbiar ini akan dibuat oleh pihak PBT dengan lantikan kontraktor. Dan selepas tangkapan dibuat, anjing-anjing terbiar ini dia akan diserahkan kepada pihak NGO yang mampu untuk menyimpan anjing-anjing terbiar ini. Dan buat masa ini, ya, sejak tahun, sejak awal tahun ini, sebanyak, tangkapan, sebanyak 44 ekor anjing terbiar telah pun ditangkap. Dan pada ini kita sedang usaha bersama dengan pihak NGO supaya kita adakan satu tempat simpanan anjing terbiar sementara, yang akan diurus oleh pihak NGO. Jadi saya berharap dengan siapnya tempat simpan, simpanan apa, semenatara anjing terbiar ter, tersebut, kita dapat sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah ini di, di kawasan Nilai dan juga di kawasan Seremban.
Dan itu saja, penggulungan saya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas dan juga terima kasih kepada semua rakan-rakan penjawat awam yang telah pun memberikan sokongan yang cukup penuh kepada kita untuk sama-sama kita terus dasar-dasar yang utamakan rakyat. Terima kasih.
[YA ADUN Lobak, YB ADUN Bagan Pinang dan YB ADUN Linggi bangun serentak]
Dato’ Dipertua.
Satu lagi, lembu.
Kejap.
Lembu belum jawab.
Duduk dulu. Ada 1, 2, 3. Saya tanya, yang, yang bangkit tadi nak tanya soalan ke apa?
Saya dengar tadi dia nak bagitahu jawapan untuk rumah mesra rakyat.
Yang Berhormat Linggi, nanti saya terus bagi …..
Saya rasa penerangan tu jelas tu, detail.
Cuma untuk isu lembu dia sama, okay, isu lembu untuk 2019, kita telah pun menerima 4 kali aduan, di mana kita telah pun menjalankan 8 operasi. Jadi bagi pihak MPS, kita akan apalah, mengadakan sitaan dengan kerjasama pihak Veterinar, dengan menggunakan cara tembak pelali. Dan kedua, notis kompaun sekiranya pemilik lembau atau, atau lokasi kandang dikenal pasti. Selain itu, MPS juga menjadi Ahli dalam Jawatankuasa task force lembu liar yang diketuai oleh Pejabat Daerah. Di dalam task force tersebut telah mengambil beberapa kaedah seperti pihak Veterinar membuat proses penandaan setiap lembu di kawasan PBT bagi memudahkan PBT untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Namun proses ini ditumpukan di kawasan kritikal seperti di Mantin, di kawasan MPS, lokasi tumpuan adalah seperti berikut: iaitu di Temiang, Galla dan juga Rasah Jaya.
Okay Bagan Pinang, ada apa?
Belum dijawab, Bagan Pinang.
Isu apa?
Kemudahan asas.
Saya tak dengar, tak dengar, apa ni …..
Yang untuk apa, kemudahan asas …..
Di pantai.
….. nanti Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan jawab. Terima kasih.
Okay, Rahang ada apa pulak?
Terima kasih tadi yang disebutkan, notis akan dikeluarkan pada tuan tanah. Tetapi sini kita nak buat rayuan seperti apa yang di, dibangkit oleh Temiang, apa-apa saja yang naik taraf atau baik pulih dalam kawasan, hantar notis atau beritahu dengan ADUN kawasan masing-masing. So kita boleh tanggungjawab menjawab rakyat kalau ada apa-apa pertanyaan tentang naik pulih atau naik taraf atau baik pulih dalam kawasan kita.
Okay.
Okay, terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Rahang, itu satu cadangan yang cukup baik dan kita, lepas ni kita akan selaraskan dengan apalah, beberapa mesyuarat yang lebih kerap supaya kita boleh apa, selesaikan masalah yang dihadapi oleh ADUN-ADUN kawasan. Terima kasih.
Okay, saya ingat pergi kepada seterusnya, Repah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya, izinkan saya untuk menjawab bagi pihak Kerajaan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh ADUN daripada pihak Kerajaan dan juga daripada pembangkang. Saya nak ucapkan terima kasihlah kepada semua barisan ADUN-ADUN dari pihak Kerajaan dan juga pembangkang yang telah berbahas dan membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan portfolio alam sekitar, kesihatan dan kepenggunaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menjawab persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan.
Yang pertamanya adalah persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Chuah iaitu berkenaan isu premis recycle plastik yang beroperasi di Bukit Pelanduk boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar dan meminta pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas Kerajaan kerana pencemaran alam sekitar. Saya nak mengambil ini untuk menjawab bahawa daripada hasil siasatan pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan menunjukkan bahawa premis tidak beroperasi seperti yang diadukan oleh ADUN Chuah tadi, premis tu memang tidak beroperasi. Tetapi sebaliknya mereka hanya menyimpan peralatan dan barang mentah. Dan lawatan bersama Majlis Perbandaran Port Dickson telah juga dilakukan ke atas premis tersebut dan saya difa, pihak JAS juga di, telah memaklumkan bahawa syarikat tersebut telah pun diarah ditutup dan tiada sebarang aktiviti pencemaran berlaku di tempat berkenaan.
Dan saya juga selain dari itu mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa kilang kitar semula plastik ni kebanyakannya ada di Negeri Sembilan selepas ada penguatkuasaan di Negeri Selangor yang merupakan jiran kepada Negeri Sembilan ini, semasa penguatkuasaan berlaku di Negeri Sembilan, kebanyakan pengusaha-pengusaha ni lari ke Negeri Sembilan untuk mengusahakan kilang plastik, kitar semula. Dan kita daripada Jabatan Alam Sekitar memang membuat pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih agresif supaya kita nak pastikan bahawa kilang-kilang plastik yang ada di Negeri Sembilan ini mematuhi peraturan-peraturan undang-undang. Dan sekiranya tidak ada pematuhan ini, tindakan tegas kita akan ambil dan setakat ini di Negeri Sembilan kita telah menutup sebanyak 11 kilang plastik yang beroperasi tanpa lesen. Dan kalau mengikut perangkaan, terdapat 32 kilang kitar semula plastik di Negeri Sembilan. Daripada 32 ini, sebanyak 5 kilang plastik beroperasi tanpa lesen daripada PBT. Dan tindakan juga telah diambil oleh pihak JAS.
Dan kalau kita lihat daripada kilang-kilang mengimport plastik daripada luar negara, di Negeri Sembilan kita ada 5 syarikat yang mempunyai AP untuk mengimport plastik daripada luar negara. Walau bagaimanapun daripada 2 ini, 5 ini, hanya 2 sahaja yang aktif, yang mempunyai AP untuk meng, mengimport plastik ini. Dan sekiranya plastik yang diimport ini, kita akan pastikan bahawa plastik tersebut adalah plastik bersih, tidak tercemar dan bukannya barang, apa ni, yang dikategorikan dalam schedule waste. Jadi ini adalah peraturan di bawah peraturan undang-undang alam sekitar. Jadi kita akan sentiasa memantau keadaan di Negeri Sembilan supaya kita akan pastikan bahawa tidak wujudnya kilang-kilang plastik haram di Negeri Sembilan ini.
Dan seterusnya ADUN Chuah juga membangkitkan berkenaan dengan tong-tong slouch minyak di Site C, yang memberi kesan kepada alam sekitar. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengambil maklum terhadap aduan tersebut dan dalam tindakan Jabatan Alam Sekitar. Dan premis tersebut telah mendapat perintah mahkamah untuk melupuskan tong-tong slouch minyak tersebut ke tempat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Dan Jabatan Alam Sekitar ini sentiasa memantau keadaan premis tersebut dan memastikan bahawa tidak ada pelupusan minyak ini ke tempat lain selain daripada tempat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Dan juga beberapa tangkapan juga telah dibuat berkaitan dengan premis ini dan kes ini masih lagi dalam siasatan. Dan kertas siasatan juga telah siap dan sekarang berada di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Jadi ini adalah status berkenaan dengan aduan yang dibuat oleh ADUN Chuah. Jadi kita akan pastikan bahawa kes ni akan dibawa ke mahkamah, dan kita akan pastikan syarikat yang membuat pelanggaran ini dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Seterusnya berkenaan dengan ADUN Sungai Lui yang membangkitkan isu berkenaan dengan membendung kenaikan harga barang akibat kejatuhan harga komoditi …..
Boleh cakap kuat sikit tak ni, petang ni slow-slow kang ada yang tidur ni.
Tak dengar?
Kuat sikit.
Okay, tak dengar?
Sudah makan kan.
Okay, pihak Kerajaan Tempatan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan melalui Pegawai Pemantau Harga sentiasa memantau harga, perubahan harga di pasaran di samping membuat penguatkuasaan yang sentiasa, di bahagian penguatkuasaan pula kita sentiasa memantau harga barangan di Negeri Sembilan ni. Jadi jika ada apa-apa kenaikan harga, pihak penguatkuasa daripada Jabatan KPDNHEP ni akan membuat pemeriksaan dan memastikan bahawa sekiranya ada apa-apa kenaikan untuk barang-barang kawalan ini, tindakan akan diambil. Dan kita ada akta iaitu Akta Kawalan Harga dan juga Anti Pencatutan Tahun 2011. Jadi, ini adalah tindakan yang kita akan ambil untuk kawalan harga barangan ni.
Dan selain dari itu, ADUN Sungai juga, Lui juga membangkitkan berkenaan perkara memastikan bahan keperluan musim perayaan perlu untuk menghadapi Ramadan dan juga hari raya. Sukacita kita maklumkan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Perdaga ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa memastikan bahan keperluan mencukupi di pasaran termasuk sepanjang musim perayaan melalui pelaksanaan skim harga maksimum musim perayaan. Bagi memastikan bahan keperluan sentiasa mencukupi di pasaran dan tidak dijual melebihi harga maksimum yang diwartakan.
Sebagai tambahan, skim harga musim, maksimum musim perayaan ini juga di, akan dibuat, akan dikuatkuasakan sepanjang selama 10 bulan, sebulan bagi memastikan bahawa para pengguna dan juga rakyat di Negeri Sembilan ini dapat memperolehi barang-barang keperluan di sepanjang musim perayaan ini. Jadi di samping itu Akta Kawalan Bekalan 1961, yang juga bertujuan untuk memastikan barangan terkawal ini sentiasa stabil dan mudah didapati di pasaran. Jadi, ini adalah perkara yang kita telah lakukan dan akan lakukan di bawah KPDNKK sempena bulan Ramadan dan juga hari raya akan datang.
Selain dari itu, ADUN Senaling, membangkitkan perkara berkenaan harga telur ayam naik sehingga 40%. Jawapan daripada kami adalah, harga telur ayam gred A, B dan C mengalami kenaikan 8% sehingga
12% sahaja. Dan bukannya 40%. Dan faktor-faktor kenaikan harga ini bukanlah disebabkan oleh SST ataupun dan sebagainya, tetapi didapati pada bulan November 2018, ada tersebar penyakit selsema burung. Yang, dan yang kedunya adalah kenaikan harga oleh pihak pembekal dan perkara ini juga telah dimaklumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di mana beliau mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kenaikan harga telur ayam dan juga ayam. Dan sebanyak 4 tindakan kes diperolehi berkaitan kenaikan harga telur ayam ini. Jadi, ini adalah jawapan untuk ADUN Senaling, berkenaan harga telur ayam tu.
Dan selain dari itu, ADUN Senaling juga membangkitkan isu berkenaan perkhidmatan kepakaran yang diberikan secara berkala dan juga doktor tem, apa, ni, doktor pakar ditempatkan di Hospital Jempol. Pagi tadi saya dah jawab. Tetapi saya akan jawab semula untuk menerangkan keadaan tersebut. Iaitu memang tidak ada doktor pakar ditempatkan secara sepenuh masa di Hospital Jempol …..
Yang Berhormat Speaker, saya tidak ada bertanyakan soalan tersebut, tentang perkhidmatan pakar tadi bukan dari Senaling. Soalan berkaitan Senaling tadi, berkaitan doktor pakar tadi bukan daripada saya. Bukan daripada Senaling.
Serting, Serting, Serting. Jadi, saya nak jelaskan bahawa memang tidak ada doktor pakar ditempatkan secara sepenuh masa di Hospital Jempol. Walau bagaimanapun …..
YB banyak lagi ke? [percakapan secara off mic]
Ada, banyak lagi. Okay walau bagaimanapun, perkhidmatan kepakaran diberikan secara berkala melalui konsep kluster. Pakar Perubatan dan pakar kecemasan dari Hospital Tunku Ampuan Najihah telah men, telah dapat datang 5 kali seminggu dan juga memberi perkhidmatan dari pukul 8:00 hingga 5:00 petang. Dan sejumlah 10 kes pembedahan am secara bius setempat telah dijalankan semenjak permulaan perkhidmatan ini pada awal bulan April.
Dan seterusnya berkenaan dengan ADUN Bagan Pinang. Mohon klinik kesihatan yang sedia ada dinaik taraf ke Klinik Kesihatan Jenis 3 dan permohonan perlu disegerakan. Untuk makluman Dewan Yang mulia
ini, Klinik Kesihatan Bagan Pinang sedia ada ini adalah atas inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan menaik taraf Klinik Desa. Dan klinik ini ber, mula beroperasi pada bulan Oktober 2017. Dan bagi memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk di kawasan Bagan Pinang dan Teluk Kemang, sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 telah dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan kini dalam proses kelulusan daripada pihak Kementerian.
Dan seterusnya berkenaan dengan ADUN Gemencheh yang membangkitkan isu, berkenaan Hutan Simpanan Kekal di Tampin. Saya nak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa laporan EIA telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 4 April 2018. Kerja-kerja pembalakan bagi memberi laluan kepada pembinaan talian penghantaran elektrik TNB yang melalui Hutan Simpanan Tampin sejauh 7 kilometer telah mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan. Pelaksanaan jajaran ini perlu mengikut syarat-syarat kelulusan dalam EIA, Environmental Management Plan serta syarat-syarat agensi lain seperti Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pengairan Dan Saliran.
Sebagai langkah awal kawalan, pihak TNB telah menyediakan best management practice mengikut garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan. Dokumen EMP dan LDP 2 and 2 di bawah keperluan JAS. Jadi, projek ini perlu menghantar laporan pengawasan alam sekitar kepada Jabatan Alam Sekitar Di Negeri Sembilan secara berkala. Projek juga dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan secara berkala di bawah program penguatkuasaan Pasca EIA di mana tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya projek gagal memenuhi syarat-syarat kelulusan EIA.
Dan yang akhir sekali adalah isu yang dibangkitkan ADUN Seri Menanti iaitu mohon pihak Jabatan dan Kerajaan Negeri memberi keselesaan kepada pengunjung atau pesakit di hospital, contohnya di Hospital HTAN iaitu Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah. Dan saya ingin jelaskan dekat sini bahawa Hospital Kuala Pilah menggunakan penghawa dinin, penghawa dingin berpusat, centralize air-cond. Kerja menaik taraf diperlukan bagi memastikan keselesaan kepada pesakit dan juga pekerja di hospital berterusan. Jadi kerja menaik taraf chiller air-cond dimulakan pada bulan Oktober 2018 dan akan dijangka siap pada Disember 2019. Gangguan dijangka akan berlaku dari masa ke semasa dan tindakan meminimakan kesan gangguan ini akan dipantau. Kerja-kerja ini terpaksa dibuat pada sebelah siang hari juga kerana perkara teknikal yang terlibat. Kos untuk menaik taraf adalah berjumlah 5.5 juta. Ini adalah perkara yang berlaku di Hospital Tunku Ampuan Najihah, jadi saya harap penjelasan itu dapat menerangkan keadaan sebenar …..
Dato’ Speaker, boleh saya mencelah?
….. di Hospital Tuanku …..
Tak tak yang tadi, hospital tadi. Boleh? Sikit saja.
Boleh boleh.
Haa sikit saja nak mintak dia pencerahan sedikit. Di Hospital Kuala Pilah tu, apa yang saya alamilah, saya alami iaitu masa, masa penyelenggaraan tu, makna tempat tu tak ada air cond, masa tu orang terlampau ramai, terlampau ramai. Orang, Dato’ Speaker, bayangkanlah orang, orang mendapat pergi buat follow up memang ramai penuh. Dan ketika itu memang air cond dah tak ada lagi dah. Dan berkurung semua, ibaratkan dalam Dewan ni, berkurung semua, tak ada air cond, yang ada kipas satu. Yang saya nampak kipas satu. Itu pun berpusu-pusu orang kek kipas tu. Jadi makna dia, sepatut dia pihak pengurusan hospital mengambi alternatif, mencari alternatif untuk memberi keselesaan kepada mereka, pengunjung-pengunjung yang datang tadi, yang menunggu jadi nampaknya dibiarkan begitu saja. Saya menegur, supaya dibuat perubahan pada ketika itu.
Dan, tapi bila diberitahu oleh EXCO tadi be, mengambil masa yang begitu panjang, sehingga Disember 2019 ini, saya ingat satu perkara yang, yang perlu diambil perhatian berat. Kita tak perlu membiarkan pesakit-pesakit kita, orang yang mengunjungi hospital dalam keadaan yang dalam oven, macam dalam oven, Dato’ Pengerusi. Jadi, jadi kalaulah boleh buat hari malam, buat hari malamlah, jangan buat hari siang. Hari siang tu, bukaklah air cond, ataupun kalau nak buat hari siang, cari alternatif lain, sediakanlah penghawa dingin yang lain ataupun kipas-kipas yang secukupnya ya, kepada mereka-mereka ini. Kita pun kesian, saya mengalami sendiri perkara itu. Terima kasih.
Terima kasih atas pandangan dan pendapat ADUN Seri Menanti, dan kita akan ambil tindakan berkenaan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan sentiasa memantau keadaan berkenaan penghawa dingin ini dan kita akan pastikan bahawa keselesaan kepada pengunjung ini ataupun pesakit di hospital tersebut dapat dipertingkatkan.
Dan selain dari tu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam, khususnya daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, Jabatan kepenggunaan kerana sentiasa bekerjasama dengan saya dalam setiap perkara yang kita buat dari segi penguatkuasaannya, dari segi segala aktiviti yang dilangsungkan itu mendapat kerjasama yang baik. Jadi kita memang mengucapkan terima kasih kepada semua Jabatan yang terlibat.
Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Kesihatan kerana semasa krisis Hospital Mawar ini, Jabatan ini begitu gigih untuk mengambil tindakan proaktif untuk mengambil pesakit-pesakit daripada Mawar Hospital ini dan diberi layanan secara profesional. Dan saya harap pihak-pihak dekat luar sana itu, yang membuat tuduhan atau tohmahan itu kena perlu faham bahawa Jabatan ini mengambil berat tentang pesakit-pesakit dan juga kebajikan mereka. Dan kita akan usahakan supaya lebih banyak pusat hemodialisis dapat diwujudkan di Negeri Sembilan ini supaya pesakti-pesakit ni dapat rawatan yang baik dan taraf perkhidmatan yang baik di Negeri Semilan ini. Itu saja.
Terima kasih Yang Berhormat Repah. Saya persilakan yang lain. Dipersilakan Yang Berhormat Nilai.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, isu yang pertama adalah berkaitan dengan status semasa pekerja Mawar Medical Centre. So, bilangan pekerja Mawar Medical Centre semasa ini adalah seramai 479 orang, gaji pekerja setakat Februari 2009 telah dibayar, kecuali gaji pegawai perubatan ataupun doktor. Sejak isu ini bermula, lebih kurang 61 orang pekerja telah pun meletakkan jawatan. Bagi bulan Mac 2019, jumlah gaji yang perlu dibayar kepada pekerja adalah sebanyak 1.1 juta. Setakat ini gaji Mac 2009 berjumlah 490 ribu, 419 ribu bagi 172 orang pekerja telah dibayar, dan 307 orang pekerja masih belum mendapat gaji bulan Mac 2019, yang berjumlah 690,000.00.
Setakat ini, tiada pekerja yang diberhentikan kerja dan Mawar Medical Centre telah mula memanggil pekerja untuk balik bekerja secara berperingkat-peringkat. Jika sekiranya berlaku pemberhentian, Kerajaan Negeri melalui Jobs Malaysia dan sistem insurans pekerjaan akan membantu mereka yang terlibat untuk mendapatkan pekerjaan baru yang bersesuaian dengan mengatur temuduga dan juga penempatan. Kerajaan Negeri sentiasa akan mengambil berat terhadap isu-isu pemberhentian kerja, yang melibatkan pemberhentian
kerja dan mengadakan ataupun mendapatkan pekerjaan yang sesuai ataupun membuat jobs matching dengan pekerjaan-pekerjaan sedia ada di Jobs Malaysia apabila berlaku isu pemberhentian kerja.
Bagi isu yang kedua, telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi iaitu untuk Program Rimbunan Kaseh. Daripada 43 orang yang didaftarkan dengan Jobs Malaysia, 20 orang pekerja tersebut telah pun mendapat pekerjaan dan usaha secara berterusan dilakukan untuk membantu mereka yang lain yang belum mendapat pekerjaan baru untuk mereka pun mendapat pekerjaan akibat kegagalan projek Rimbunan Kaseh.
Yang ketiga adalah Pendidikan Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET). Sepertimana yang dibangkitkan oleh yang Berhormat Lobak, memang salah satu aspek yang sangat penting bagi pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang terbaik dalam akademik. Sudah tentu dengan ada teknik, pendidikan teknikal, teknikal ataupun latihan ini, sudah tentu kita boleh mengelakkan anak-anak muda kita terjebak dalam masalah sosial ataupun ga, kegagalan untuk mendapat pekerjaan. Kementerian Sumber Manusia, melalui Kementerian Sumber Manusia sedang mengambil beberapa tindakan untuk memartabatkan institusi TVET supaya lebih ramai pelajar dapat mengikuti kursus TVET iaitu mendapat kemahiran dan suatu, dalam sesuatu bidang serta memastikan mereka boleh mendapat pekerjaan yang baik selepas mereka menghabiskan pelajarannya.
Di Negeri Sembilan kita ada Kolej TVET ataupun institut TVET sebanyak 15 iaitu ILP Pedas, Giat MARA, Kolej Komuniti Tampin, Kolej Komuniti Kuala Pilah, Kolej Vokasional Juasseh, Kolej Komuniti Jempol, Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Vokasional Kuala Klawang, Politeknik Port Dickson, Kolej Vokasional Port Dickson, Kumpulan Akademik Yayasan Negeri Sembilan, Politeknik Nilai, ILP Pedas, Kolej Komuniti Rembau dan juga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Dan juga untuk swasta kita ada 10. Dan kita akan menggalakkan lebih ramai pelajar-pelajar yang tidak mendapat pendidikan ataupun keputusan yang terbaik dalam akademik boleh mengikuti kursus di, dia apa, di institut TVET ini.
Dan untuk isu pendaftaran kewarganegaraan. Yang Berhormat Jeram Padang semalam telah menyatakan kita dalam Pakatan Harapan berbohong dalam isu kewarganegaraan. YB Jeram Padang perlu faham bahawa statistik yang diterima tersebut, dalam jawapan bertulis itu adalah sebanyak 47 permohonan. Dan 47 permohonan itu adalah permohonan yang lengkap. Semasa kita buat permohonan beberapa kali, banyak permohonan tidak cukupi dokumen. Apabila tidak cukupi
dokumen, Jabatan Pendaftaran Negara tidak mengambil apa ni, pendaftaran tersebut dan sudah tentu ia tidak termasuk, dimasukkan dalam 47 permohonan ini. Dan sudah tentu di luar akibat kegagalan untuk membawa dokumen-dokumen yang penting, yang diperlukan sudah tentu di luar itu ada beribu-ribu pemohon yang tidak lengkap ataupun belum diluluskan permohonan itu. Kita pun telah pun membangkitkan isu ini dan sudah tentu Kementerian Dalam Negeri sedang melihat hal ini supaya masalah ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.
Yang terakhir sekali, dalam perbahasan tadi ada beberapa Yang Berhormat membangkitkan isu ekonomi yang tidak menentu menyebabkan akan wujud ketiadaan peluang pekerjaan ataupun pemberhentian kerja. Bagi saya, ini adalah salah, salah satu taktik kotor ataupun palsu yang dibawa oleh pembangkang kerana kita ada statistik. Statistik menunjukkan di Negeri Sembilan pemberhentian kerja pada 2016 adalah 1,275 orang, 2017 – 1,327 orang dan pada tahun lepas, 2018 pemberhentian kerja hanya adalah melibatkan 421 orang sahaja iaitu 3 kali ganda telah pun turun berbanding dengan 1,327 orang pada 2017. Dan setakat Mac 2019, hanya 123 orang sahaja yang diberhentikan kerja.
Dan untuk peluang pekerjaan pula yang didaftarkan melalui Jobs Malaysia, 2018 adalah 46,262 orang kekosongan telah pun berlaku. Dan setakat Mac 2019, telah pun ada kekosongan sebanyak 12,920 orang. Bagi penempatan pula, 2018 – 12,702 kekosongan telah pun diisi dan untuk setakat bulan Mac ini, tahun ini – 1,500 kekosongan telah pun diisi. Dan memang betul, salah satu tawaran ataupun tawaran Pemuda Harapan dalam PRU 14 adalah untuk menawarkan sejuta, 1 juta peluang pekerjaan. Dan sudah tentu ia dapat menambahkan hasil apabila, bagi 7 bulan terakhir tahun 2018 di seluruh Malaysia telah wujud 130,000 kekosongan. Dan bagi Negeri Sembilan telah wujud lebih kurang 40,000 kekosongan telah pun diwujud. Dan secara kasarnya 200,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan dalam setahun dan sudah tentu dalam 5 tahun, kita dapat, harap kita dapat mencapai 1 juta peluang pekerjaan apabila ekonomi kembali dalam keadaan stabil dan baik.
Dan ada pembangkang menyatakan masa, mana 1 juta peluang pekerjaan ini belum diisi. Bagi saya, ingin saya jawab bahawa 1 juta peluang, tawaran pekerjaan ini adalah untuk 1 penggal. Bukan untuk 1 tahun. Dan saya harap pembangkang-pembangkang ini dapat faham bahawa setiap tawaran kita ini adalah untuk 1 penggal ataupun 5 tahun, dan bukan hanya untuk 1 tahun. Dan kita harap tawaran-tawaran seperti ini, manifesto kita ini dapat dicapai dalam masa 5
tahun ataupun 4 tahun yang akan datang ini. Dan saya juga mengambil kesempatan, memang melibatkan portfolio saya iaitu Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO, Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja, dan juga JPP (Jabatan Perhubungan Perusahaan), memang kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan, jika apabila berlaku pemberhentian kerja ataupun apabila kita tahu ada kematian, melibatkan pencarum-pencarum PERKESO, kita, SOCSO terutamanya mengambil tindakan proaktif supaya kita yang mencari pergi kepada orang yang diinsurans, diinsuranskan itu untuk kita membantu. Dan sekali lagi saya mengucapkan kepada semua kakitangan ataupun pegawai-pegawai yang terlibat itu supaya kita dapat bekerjasama untuk membantu sebaik mungkin kepada rakyat di Negeri Sembilan ini. So sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan ini. Terima kasih.
Terima kasih YB Nilai kerana dapat memberi jawapan yang padu ya. Saya kira ada 2 lagi di pihak Kerajaan, MMK yang tak berucap. Labu ya?
Assalamualaikum WBT, terima kasih Yang Dipertua, Tuan Yang di, Dato’ Yang Dipertua, dan jugak terima kasih kepada semua ADUN yang hadir pada petang ini. Dan memang saya menunggu Rantau hadir pada petang inilah. Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada penerimaan pingat dan jugak kemenangan di dalam PRK baru ini.
Walau bagaimanapun, kita sebagai sebuah Kerajaan yang ada integriti, kita mintak apa perkara yang kita timbulkan semasa pilihan raya tersebut, kita akan siasat, kita siasat semula supaya pastikan bahawa apa claim yang dibuat itu akan dibenarkan. Sebagaimana Rantau pernah mempersoalkan dari segi integriti saya, jadi saya jugak boleh mempersoalkan integriti beliau apabila beliau mengatakan bahawa tak ada memiliki rumah. Dan oleh kerana zaman teknologi ni sangat cepat, esoknya dah keluar ada rumah besar. Tapi walau macam mana pun, kita tak tuduh, kita hanya nak pastikan supaya rumah ini betul, bukan dia punya ataupun kalau ada rumah-rumah lain, kita mintak, kita siasat. Itu sebabnya saya menyeru kepada semua ADUN-ADUN di dalam Dewan ini, kalau berani, kita buat pengisytiharan harta kita tengok di mana kita berada. Sebab cakap tak membuktikan apa yang, yang berlaku. Untuk itu saya mintak supaya ya, dan jugak mungkin tak lama lagi akan dibawak dalam persidangan apa ni, Parlimen, bahawa semua ADUN dan Ahli Parlimen kena mengisytiharkan harta termasuk jugak pegawai-pegawai Kerajaan yang berada di peringkat tertinggi dan
jugak di peringkat yang bawah. Sebab kita nak melihatkan bahawa cakap tidak semestinya betul. Tetapi setelah disiasat, ini yang saya cakap …..
Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua.
Jangan celah dulu.
Mohon …..
Saya mintak jangan celah dulu.
Saya kalau boleh …..
Saya mintak jangan celah dulu Dato’ Dipertua.
….. Yang Berhormat daripada Labu kalau boleh buktikan bahawa rumah yang dimaksudkan itu rumah saya, sila buat bukti kerana tuduhan dalam Dewan ini serius. Dan kalau boleh buktikan, kalau tidak nanti kita akan mintak dia supaya buktikan dan, kalau tidak nanti saya akan ambil tindakan mahkamah.
Tak apa, saya cakap tadi sebab selepas 1 hari dah keluar dalam, bukan saya cakap sama ada dipunyai oleh apa, sebab perlu dibuktikan dulu …..
Tengok hansard balik, sebab insinuation itu merupakan bahawa mengatakan saya ada rumah besar. Itu yang YB maksudkan tadi.
Yelah tak apa, sebab, sebab Rantau mengatakan dia tak ada sebuah rumah pun. Jadi kita pun terperanjat jugak …..
Memang saya tak ada rumah pun. Bukan rumah tu rumah saya.
Tak apalah, tak ada tak apa …..
Tapi Yang Berhormat …..
….. tak apa kita akan siasat.
Tapi Yang Berhormat kata tadi seolah-olah saya berbohong mengatakan bahawa saya tak ada rumah.
Saya tak pernah cakap berbohong pun. Saya cakap, saya kata ada atau tidak rumah…..
Saya tak cakap, saya kata seolah-olah saya berbohong ya. Saya tak ada rumah di Seremban.
Saya tak cakap berbohong, hanya kata cakap kita akan siasat sama jugak dengan aduan yang telah dibuat berkenaan 10 juta. Itu kita akan siasat balik sebab semasa ini kita yang memerintah, masa dulu dia yang memerintah …..
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya rasa tak payahlah jadi Polis dalam ni. Takyah lah jadi, kita bukannya orang penguatkuasa …..
Tak saya mintak …..
….. gulung jelah sesi ni.
Tak, saya boleh mintak tolong bagi saya peluang dulu, kalau semasa ini bila dia bercakap 45 minit, siapa pun tak boleh ganggu, mintak, beri saya sikit masa. Sabar sikit jadi pembangkang ini. Sabar dulu. Sabar dulu.
Yang Berhormat, Yang Berhormat buat tuduhan. Sebarang apa jua tuduhan di dalam Dewan ini, Yang Berhormat kena buktikan. Kalau tak ada bukti nanti, Yang Berhormat boleh dibawak tindakan mahkamah. Itu saja saya punya nasihat ya.
Tak apa. Saya akan, akan, akan bertanggungjawab di atas cakap saya, dan saya cakap tadi kita hanya nak siasat. Bukan saya nak tuduh. Kita nak siasat. Kita nak siasat, itu saja, okay. Okay saya jawab, saya jawab teruslah …..
Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Kalau boleh jangan ganggu saya dululah …..
Siasat tu kalau ada tuduhan. Kalau tak ada tuduhan, nak siasat apo? Dia ni pun satu hal.
Tak kalau boleh mintak bagilah saya bercakap dulu, bila saya bercakap semua nak, nak, nak, apa …..
Kalau sekadar menggulung itu tak apa. Tapi di luar pulak tajuknya.
….. bukan you punya floor. Ini floor EXCO, jangan ganggulah Jeram Padang.
Elok jawab terus soalan-soalan yang dikemukakan. Jangan tuduh-tuduh.
Tak bukan masalah jawab …..
Jangan cari masalah, terus jawab je, kita pun nak donga ni.
Sabarlah sikit, sabar …..
Haa jawab jawab.
Sabarlah dulu, baru 11 bulan …..
Yang Berhormat nak bercakap mintak kat saya dulu …..
….. jadi pembangkang, sabar sikit …..
Dah dah.
Sabar dulu, sabar dulu.
Point of order.
Nak bercakap mintak kat saya.
Point of order, point of order, tidak boleh mendatangkan sangkaan-sangkaan tidak baik kepada ahli-ahli yang lain. Ini peraturan mesyuarat, peraturan tetap.
Dah dah, gini, saya dengar apa dia sebut tadi tu, saya nak, dia tak ada buat sangkaan. Cuma dia kata, bagi pihak dia, dia kata dia akan cuba cari buktilah. Tak apa, tak apa, saya ingat tak ada tuduhan mengatakan …..
Saya mencelah. Kerana ada unsur tuduhan tadi tu, terhadap saya. Mengatakan…..
Tak apalah.
….. dia kata saya tak ada rumah, lepas tu besok pagi keluar saya ada rumah besar. Itu tuduhan dia. Itu sebabnya…..
Okay.
….. dalam point of order, tuduhan mesti dibuktikan Dato’ Dipertua. Kalau tidak kena tarik balik.
Okay, Labu teruskan ucapan.
Okay okay.
Tarik balik, tarik balik.
Teruskan ucapan.
Okay, YB Serting …..
Tarik tuduhan tu dulu.
Dato’ Dipertua.
Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua …..
Mana ada tuduhan.
Saya cadangkan dia tarik balik.
Ini …..
Dah dah dah.
….. berkaitan dengan …..
Jap jap jap.
….. integriti Dato’ Dipertua.
….. kena rujuk.
Duduk dulu. Yang Berhormat Labu, adakah anda menyatakan bahawa, mengatakan itu rumah Dato’ Mohamad Hasan?
Saya cakap, dijawab dalam bentuk mesej oleh orang lain, bukan saya jawab. Kita nak siasatlah betul ke tidak …..
Okay, teruskan ucapan.
….. itu saja.
Itu bersangka buruk.
Sebab itu dengarlah cakap saya, dengar dulu saya cakap …..
Dah teruskan ucapan.
…. baik-baik.
Dato’ Dipertua, saya mohon ditarik balik Dato’ Dipertua. Dia bersangkutan jugak dengan kredibiliti Dato’ Dipertua.
Tak saya, Dato’, Dato’ apa, Yang Berhormat Rantau sebut, kalau betul benda tu tuduhan dia, dia cakap kat luarlah lepas nih, cakap kat luar boleh, boleh apa, pasal dalam ni tak boleh nak apa …..
Boleh boleh.
….. tuan-tuan tak ada nak, nak ni, ambil tindakan …..
Dato’ Dipertua.
….. kalau betul apa yang dituduh tu …..
Dato’ Yang Dipertua the point of order …..
….. dia kena bercakap kat luar. Jadi …..
….. dia kena prove-kan dia punya bukti.
Tak, betul betul.
Kita mintak supaya Yang Berhormat daripada Labu kemukakan bukti mengatakan bahawa saya ada rumah yang dimaksudkan tersebut.
Tak, saya hanya bercakap, jadi dengar cakap saya baik-baik, sebab tu jangan, jangan menyampuk dulu. Dengar baik-baik dulu, ulasan belum dapat dibuat lagi, dah masuk. Cuba …..
Dah dah.
Cuba …..
Dah dah dah, saya ingat, saya ingat teruskan point ni.
Okay. Yang pertama sekali saya nak jawab Rompin B …..
Tarik balik dulu, tarik balik dulu.
Apa perlu saya tarik. Saya cakap hanya bila dia declare tak ada rumah, ada orang lain tulis macam tu. Tak semestinya mesti betul. Kita nak siasat …..
Kita bercakap dalam Dewan.
….. itu saja, itu saja.
Dato’ Dipertua, saya mintak keputusan daripada Dato’ Yang Dipertua.
Beginilah, saya, saya apa, saya ingat Labu ucap, Labu beri fakta. Tapi cuma sekarang ni mungkin fakta tu didengar macam menuduh. So sekarang, tak apa Labu, mintak maaf, pergi ke tajuk yang lain.
Tarik balik.
Kalau ada tuduhan, tarik baliklah.
Tarik baliklah, selesai.
Saya, saya tak, tak tarik lagi, saya pun tak menuduh mana-mana, saya cakap hanya …..
Dia dia beri penjelasan tu.
…. bahawa …..
Dah dah dah. Dah dah, saya ingat duduk.
Cakap suruh tarik balik, tarik je lah balik, apa lak masalahnya. Kalau ada buat tuduhan, tarik balik Speaker pun …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. mintak tarik balik.
Sekarang begini ….
Ini jelas kepada kita …..
Serting.
….. merupakan tuduhan.
Serting, duduk.
Kita nak tarik balik.
Dia sebenarnya senang je …..
Labu ni semenjak dulu ni …..
….. siapa yang makan lada, dia berasa pedas.
….. ghoma buek tuduh-tuduhan.
Siapa yang rasa, main, main, makan nangka dia kena getah …..
Dah dah dah.
….. sebab tu pada saya jangan, jangan …..
Ini bukan isu nangka.
….. tuduh, buat apa-apa lagi.
Saya tak rasa pedas Yang Berhormat…..
Tak apa, saya tak cakap apa …..
….. sebab saya tidak memiliki rumah yang dimaksudkan.
Okay.
Saya tak terasa pedas …..
Saya mintak keputusan Yang Berhormat Dato’ Dipertua tentang peraturan …..
….. apa Yang Berhormat buat tadi adalah merupakan satu tuduhan. Yang Berhormat kena, the point of order Dewan, Yang Berhormat kena buktikan. Kalau tak ada buktikan, Yang Berhormat kena tarik balik. Itu je. Ya.
Okay, saya …..
Dato’ Yang Dipertua, saya harap Dato’ Dipertua lakukan …..
Saya hanya mintak siasatan.
Dah dah. Linggi duduk. Rantau duduk. Saya mendengar apa disebut tadi. Dia kata, tapi dia kata ada pihak lain mengatakan rumah, tapi dia kata, ada rumah tu mereka, dia nak siasat bukan lagi kata tuduh rumah tu rumah Yang Berhormat Rantau. Cuma kekeliruan berlaku ni, tak apalah, mintak maaf untuk bukan tujuan untuk tarik balik ni, tujuan ni, cakap tajuk lain.
Okay.
Saya mintak satu je …..
Dato’ Dipertua, apa yang diperjelaskan oleh …..
Saya ingat interpretation ni macam-macam …..
….. budak sekolah rendah pun faham tu apa yang dimaksudkan tu.
Bukan.
Saya mintak jangan mencelah dululah.
Dato’ Yang Dipertua……
Bagi dia peluang, bagi dia peluang, banyak lagi …..
….. saya mintak …..
….. selalu buat pertuduhan-pertuduhan.
…. keputusan Yang Dipertua tentang …..
Linggi, Serting, jangan ganggu ….
…… seseorang ahli tak boleh mendatangkan …..
….. sebab saya dah suruh cakap benda lain dah.
….. sangkaan-sangkaan yang tidak baik.
Tak, sekarang saya mintak bercakap benda lainlah. Kalau tuan-tuan cabar dia suruh cakap di luar, itu lain cerita. Sekarang silakan.
ADUN, ADUN Juasseh …..
Bukan masalah cabar di luar Dato’ Dipertua, ini masalah peraturan Dewan.
Saya dengar tadi …..
Peraturan Dewan. Yang Dipertua kena jalankan tugas sebagai Speaker.
Saya dah mintak tukar tajuk lain. Saya tak nak panjangkan ni. Kalau panjang ni kang, panjang kita. Macam-macam lagi kita.
[percakapan secara off mic].
Temiang duduk diamlah.
Gemas pun duduk, semua duduk. Semua duduk. Bagi 5 minit, rehat kejap. Teruskan.
Okay saya jawab ADUN …..
Dato’ Dipertua, point of order, cuma memerlukan, memohon kita untuk dia membuktikan di dalam Dewan atas sangkaan buruk dia tadi, Tuan Dipertua.
Macam nilah. Sekarang ni kata you tak bersangka buruk, tapi kalau itu anggapan dia orang, tarik baliklah. Kalau anggapan dia silap.
Kalau, kalau yang, yang, yang, yang, Rantau merasa dia saya tuduh, sebenarnya saya tidak tuduh, saya hanya kata saya nak menyiasat sahaja apa yang dikeluar dalam surat khabar dan apa yang dikeluarkan dalam Whatsapp tersebut. Sebab itu yang saya cakapkan okay. Tapi walau macam mana pun kalau dia rasakan itu sebagai satu tuduhan, pada saya tak ada masalah, saya boleh tarik balik.
Haa okay.
Tapi walau macam mana pun kita akan cuba siasat jugaklah apa-apa berkaitan. Itu tak ada masalah. Kita Kerajaan sekarang, kita akan buat siasatan.
Okay teruskan. Jangan panjangkan tu. Teruskan teruskan. Banyak lagi ni, saya tak dengar Yang Amat Berhormat lagi ni, Yang Amat Berhormat banyak nak cakap ni.
Elaun Ketua Kampung, Jun 2018 tidak dibayar. Merujuk kepada surat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar, yang bertarikh 24 Mei 2018 juga memaklumkan bahawa ia, bahawa hanya urusan pembayaran elaun JKKP bagi bulan Mei 2018 sahaja diluluskan dan dilaksanakan. Manakala semua urusan pelantikan bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan adalah ditangguhkan sementara sehingga mendapat dasar dan hala tuju berkaitan yang barulah, MPKK yang baru, daripada Yang Amat Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selepas pertukaran Kerajaan pada 9 Mei 2018, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk menamatkan perkhidmatan JKKK pada 30 Jun 2018 selari dengan keputusan MMK yang bersidang pada 24 Januari 2018 agar proses peralihan Pentadbiran dapat dijalankan dengan lancar. Walau bagaimanapun, berkenaan tunggakan bayaran elaun bagi JKKK yang tidak menerima elaun bagi tahun 2017 hingga 2018 telah diselesaikan. Kerajaan tidak menyatakan hasrat untuk membayar elaun Jun 2018 sebab semua pelantikan MPP dimulakan pada bulan 9, ya.
Yang kedua, merujuk kepada DUN Gemencheh.
Dato’ Yang Dipertua, saya tak berapa jelaslah. Kalau boleh terangkan balik, saya tak kisah pelantikan baru tu, tapi lanjutan 1, bulan tu, apa pendirian Kerajaan sebenarnya? Apa jawapan Kerajaan?
Haa ni, soalan yang …..
Kerajaan tidak berhasrat, menyatakan hasrat untuk membayar.
Membayar?
Elaun Jun 2018 selari dengan arahan Kementerian. Kementerian, okay. Tak dibayar. Tak dibayar.
Habis lanjutan tu kenapa? Kalau lanjutan masa perkhidmatan untuk sebulan tu?
Itu arahan dari Kementerian. Peruntukan daripada Kementerian, jadi saya pun tak boleh jawab. Ini yang, yang dapat jawapan, okay.
Okay, tak apalah.
Dia kerja sukarelah-lah tu To’, pada ni, pada sebulan tu. Okay. ADUN Gemencheh, masih ada MPKK yang belum dilantik ada Pengerusi MPKK tinggal di luar kawasan. Untuk makluman hanya 10% saja daripada 2,800 tapi hanya 10% tak sampai pun 80 orang. Tinggal lagi oleh kerana benda ni, kalau ikut prestasi pun taklah teruk sangat. Jadi pandangan saya benda ni biasa terutama pada Kerajaan baru. Kita nak, nak apa, nak melantik orang baru yang belum ada pengalaman. Jadi kita biasa ada masalah sikit. Kalau dulu UMNO Barisan Nasional kebanyakan di kampung-kampung orang, orang Melayu, di kampung-kampung orang Cina ialah orang Cina. Kita ada 3 – 4 parti ni kita kena selesaikan secara baik, berhemah supaya masing-masing parti ada dia punya peranan dia mengikut kebolehan ataupun kemampuan ataupun kekuatan mereka di kampung-kampung. Jadi sebenarnya kita dah lantik 433 Pengerusi dan Setiausaha MPKK di Negeri Sembilan berkuatkuasa 15 September sehingga 31 Disember 2019. Bagi kawasan DUN Gemencheh, terdapat 2 MPKK yang tidak dilantik kerana gagal saringan tapisan keselamatan. Walau bagaimanapun, Pentabiran ini dalam tindakan untuk melantik anggota MPKK yang baru.
Merujuk kepada anggota MPKK yang berada di kawasan, di luar kawasan ni samalah jugaklah. ADUN pun duduk di luar kawasan jugak. Tapi oleh kerana mereka yang 2 orang ini, kedua-dua Pengerusi MPKK ini sentiasa berada di dalam kawasan kampung dan memberi perkhidmatan sepenuhnya masyarakat kampung, jadi tak ada masalah rasa saya. Sama jugak kalau DUN duduk di luar, tak ada masalah, yang pentingnya mereka boleh memberi servis perkhidmatan kepada apa juga masalah yang dihadapi okay.
Yang ketiga, ADUN Pertang, perselisihan faham antara MPKK sehingga mengabaikan tanggungjawab dan membiarkan kawasan dewan dan balai raya jadi semak samun. Saya suka maklumkan seperti yang saya cakap sebelum ini, 33 balai raya dan 17 dewan yang telah diserahkan kepada MPKK telah dijaga dengan baik melalui program-program gotong royong yang dilaksanakan oleh Pengerusi MPKK secara berkala bersama penduduk setempat. Di Jelebu, setiap minggu sentiasa ada aktiviti gotong royong di peringkat MPKK dan program berjalan secara harmoni di kalangan komuniti serta kerjasama dengan Jabatan dan
Agensi Kerajaan yang lain, seperti RELA, Angkatan Pertahanan Awam, JKR, Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran-lah.
Kawasan yang luas dan juga penyelarasan dengan jadual agensi bagi penggunaan jentera dan sebagainya menyebabkan tidak semua kawasan yang terbabit dapat diselesaikan serentak. Gotong royong telah dilaksanakan dengan MPKK DUN Pertang, untuk makluman ya, satu, Kampung Jerang 18 haribulan 1, Kampung Felcra Belia Lakai belum dilaksanakan lagi, Kampung Lakai 31 haribulan 12, 2018. Kampung Felda Pasoh 4 – 23 haribulan 1/’19. Kampung Felda Pasoh 1 belum dilaksanakan. Kampung Geylang telah dilaksanakan tapi tarikh tak ada sini, kita pun tak ingat, mungkin ada, ada nanti yang, yang tau, kita akan beritahu kemudianlah. Kampung Baru Simpang Pertang belum dilaksanakan. Kampung Melayu Tambahtin – 27 haribulan 1 dan 10 haribulan 3. Kampung Baru Pertang tiada maklumat. Haa ini Pertang ni rasanya tak tahulah, mungkin ADUN ada, ada maklumat, saya tak tahu. Tapi saya tak dapat, tak dapat maklumat lagi. Kampung Pelangai – 30 haribulan 3. Kampung Petaseh – 3 haribulan 3 dan 4 haribulan 4. Walau bagaimanapun terdapat balai masyarakat iaitu sebanyak 17 balai masyarakat yang belum diserahkan kunci kepada MPKK. Ini yang saya mention-kan dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, bahawa Pejabat Daerah kena menyelesaikan kes seperti ini. Jangan berulang lagi. Sepatutnya bila tamat ni, pemerintahan baru, apabila pelantikan dibuat oleh, oleh parti, hendaklah automatik diserahkan balik kepada pihak yang menguruskan iaitu Pejabat Tanah Dan Daerah Jelebu.
Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu telah menemui mereka yang telah, yang terlibat dan sebagai langkah mengharmonikan keadaan, mereka diminta untuk serahkan kunci balai masyarakat dalam masa terdekat selepas pemutihan bangunan dilaksanakan. Saya ingat dah selesai ke belum, saya tak tahu lagi. Ini kena rujuk kepada Pejabat Daerah. Dan saya telah mention-kan dalam 2 ataupun bulan yang lepas, kalau boleh semua Pejabat Daerah yang masih belum diserahkan lagi dia apa tu, hendaklah diselesaikan secepat mungkin ya. Ini sebab-sebabnya di mana mungkin balai raya tu tidak ditadbirkan secara betul ataupun sempurna, okay.
ADUN Seri Menanti, pelaksanaan projek penyelenggaraan jalan alternatif Kuala Pilah. Ini ADUN Seri Menanti ni kalau dululah mintak, saya rasa dapek ni, tapi tak mintak lagi, kita cubolah. Kita mintak nanti kita akan selesaikan ni ya. Tak, nanti, saya tak, tak bagi celah, tunggu. Hasil siasatan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah mendapati terdapat jalan alternatif melalui jaringan jalan kampung di, di kawasan
Terachi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan utama Kuala Pilah – Seremban.
Allahuakhar.
Jaringan jalan kampung ini melibatkan 7 buah kampung iaitu Kampung Padang Lebar, Kampung Gemetis Seberang, Kampung Mampas Besar, Kampung Mampas Kecil, Kampung Ibol, Kampung Kuala Parit dan Kampung Kuala Talang. Namun begitu masalah utama yang dihadapi pengguna jalan ini adalah keadaan jalan yang terlalu sempit. Ini bukan di jalan Kuala Pilah aje, di semua negeri kita ya. Semua negeri kita jalan kampung jalan sempit …..
Dato’, Dato’ Speaker ……
Bila maknanya bila, bila ada 2 kereta, satu kereta kena berhenti ……
Ceritonyo dio tadi lebarkan jalan. Tulah, fokus kepada tulah, melebarkan jalan. Janganlah cerito lain lagi. Melebarkan jalan, macam mano nak melebarkan jalan.
Nantilah dulu.
Jawapan penyelesaian dia, melebarkan jalan …..
Kita …..
Dato’ Speaker jelas apa saya cakap, dia tak jelas.
Saya tak benarkan you mencelah. Tunggu dulu. Oleh itu, pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah mengambil inisiatif proaktif bagi menyediakan jaringan jalan alternatif ini yang lebih selesa
dengan pelaksanaan projek penyelenggaraan jalan alternatif Kuala Pilah – Seremban. Projek ini dibagikan kepada 2 fasa. Iaitu fasa pertama, penyelenggaraan jalan di Kuala Parit dan Mampas Kecil dengan jarak sepanjang 3.2 kilometer dan lebar jalan adalah 4 kilometer. Dan penyelenggaraan jalan di Kuala Talang dan Kampung Gemetis Seberang dengan jarak sepanjang 2.2 kilometer dan lebar jalan adalah 4 meter. Peruntukan bagi kedua projek ini telah diluluskan oleh pihak JKR Negeri Sembilan dan sebut harga telah ditutup pada 24 April, semalam ya. Itu yang pertama, fasa kedua penyelenggaraan jalan di Kampung Ibol, Kampung Mampas Besar dan Kampung Padang Besar, Padang Lebar Terachi dengan jarak sepanjang 4 kilometer dan jalan, jalan selebar 4 meter. Status ini permohonan peruntukan telah dihantar ke pihak JKR Negeri Sembilan pada 19 April 2019 melalui sistem Road Map.
Jadi, itu sebab saya cakap tadi, mana-mana ADUN ataupun Ahli Dewan Undangan ataupun Penyelaras DUN yang proaktif boleh menghantar, mengambil gambar, hantar permohonan tersebut secepat mungkin ke Pejabat Daerah ataupun kepada Jurutera Daerah ataupun mana-mana Jabatan yang melibatkan pembangunan kampung supaya dapat kita ambil tindakan. Kalau tak, bercakap saja, kita tak akan apa, macam tadilah, ada banyak permohonan-permohonan yang tidak lengkap. Jadi kita kena utamakan permohonan yang lengkap dulu ya. Itu. Dan saya memang nampak bahawa sebenarnya memang jalan Kuala Pilah ni, kalau pergi hujung minggu atau cuti memang, memang dah teruklah, memang jammed. Sama jugak jalan Rembau. Rembau, Tampin pun sama jugak, Rembau – Seremban.
Jadi sebenarnya saya bersetuju bahawa, dan mengikut Dasar Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar, bahawa kita akan pastikan bahawa menaik taraf dan meningkatan kualiti hidup yang memenuhi keperluan sosio ekonomi, fizikal, rohani dan sahsiah masyarakat luar bandar. Dan apa saja kemudahan yang kita dapat di bandar, inshaa Allah apabila kita menjadi negara maju sikit masa lagi, bahawa semua kemudahan itu jugak akan dapat di, di, di apa, dinikmati oleh penduduk luar bandar. Termasuklah sistem apa-apa yang kita, pili bombanya, paip airnya, elektriknya dan apa-apa lain kemudahan, internet dan sebagainya supaya kita pastikan, sebab itu saya katakan saya tak bandingkan Negeri Sembilan dengan Kelantan atau Terengganu, saya bandingkan Negeri Sembilan, kita duduk di tengah yang di antara Selangor dan Melaka. So kita je belum lagi jadi negara maju. Jadi jangan kita kena buat.
Sebab itu saya cakap dulu, 6 tahun tak ada satu pun, mesyuarat pun dibuat untuk membincangkan tentang pembangunan luar bandar. Bila
saya masuk, yang pertama, mana minit terakhir. Ditunjukkan pada saya minit terakhir ialah pada 2012. Ini bukan cakap bohong. Ini cakap yang benar. Jadi kalau serius, kalau serius untuk membangunkan negeri, kita ambil tindakan. Ini yang saya buat sekarang ini mesyuarat EXCO saya buat setiap bulan …..
Dato’ Dipertua, sikit saja saya mohon mencelah.
….. setiap bulan. Nanti dulu, nanti dulu, saya belum habis lagi.
Kalau ADUN Labu berjiwa besar, izinkan saya mencelah.
Nanti sekejap, saya, saya belum habis nak cakap. Tengah cakap ni. Okay. Itu sebabnya saya mengambil …..
Jiwa kecik, Dato’ Yang Dipertua.
….. inisiatif dan proaktif bahawa kita adakan setiap bulan mesyuarat dan kita ada 2 kali, satu membincangkan projek-projek, sebab itukan saya cakap dengan tuan-tuan semua, kalau tuan-tuan ada betul aktif, ada dia punya apa, kita bincang dalam setiap bulan. Tak ada masalah. Pejabat Daerah semua ada, JKR Daerah ada, JPS pun ada, semua Jabatan terlibat ada. Jadi kalau itu maknanya tuan-tuan tak, tak gunakan, maknanya tu terpulang pada tuan-tuanlah. Baik pembangkang ataupun yang pemerintah. Saya bercakap pada semua ya. Termasuk jugak, jangan jadikan MPKK kita sebagai musuh ataupun sebagai rakan yang kita tak boleh bekerjasama. Kalau boleh kita bekerjasama dan saya dah beri kelonggaran kepada mana-mana MPKK yang tak cukup ke atau tak ado orang, boleh ambik mana-mana parti lain untuk menjadi ahli jawatan kuasa, sebab kita nak elakkan perbalahan ataupun perkelahian berterusan. Sudah sampai masanya untuk kita bekerjasama. Sama jugak macam tuan-tuan cakap, tuan-tuan cakap nak jadi bekerjasama, jadi pembangkang yang baik, kita bagi ruang, tak ada masalah. Dan kita dah berjanji bahawa apa saja yang dibuat sebelum, sebelum ini pada kita, kita tak akan ulang, tak akan ulang. Jadi kalau kata saya baca baliklah, oleh kerana saya dan YB, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kena jemur 2 jam, kita tak akan buat
lagi. Kita akan terima apa memorandum you kita akan terima. Bukannya kita biarkan, kita jemur. Kita jemur, tanpa datang satu orang pun ya. Saya nak ulang balik benda ini supaya jadi ingatan dan jangan ulang 2 kali untuk kesalahan yang sama ya.
Jadi itulah harapan saya, siapa pun kita tak ada nak balas dendam, kita cakap, bahawa kita telus, kita ada integriti, jadi siapa-siapa boleh kemukakan cadangan, pandangan. Dan inshaa Allah mana yang baik kita akan teruskan, mana yang kurang baik, kita baiki dan mana yang tidak baik kita buang dan ganti yang baru. Inilah azam dan tekad Pakatan Harapan. Dan pada semua rakan-rakan saya dalam jabatan-jabatan Kerajaan, daripada peringkat Daerah, pada Jabatan-Jabatan Kementerian, saya sangat besar hati kerana mereka sanggup untuk membantu saya untuk memajukan Negeri Sembilan ini dalam tempoh yang sangat cepat lagi. Inshaa Allah MVV kita memang kita akan berjalan, inshaa Allah kita akan bangunkan di apa, di kawasan ini secepat mungkin. Dan kita tak perlu tunggu masa lagi. Sebab masa telah berjalan, meninggalkan kita yang sepatutnya kita telah menjadi negara maju yang sepatutnya, itu yang patut kita tumpukan.
Dan untuk itu, saya mohon maaf kalau ada cakapan saya, mengganggu perasaan tuan-tuan ya, sebab sudah gaharu cendana pula, sudah tahu kadang bertanya pulak kan. Jadi kadang-kadang ada jugak sebab itu, sebagaimana kita memukul anak, sindir menantu. Kadang-kadang ada baik jugak kita cakap-cakap itu sebenarnya pulang kepada diri kita balik. Saya cakap ini, pulang pada diri saya balik. Kalau sebagai seorang EXCO, kalau saya tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya, saya akan dikalahkan oleh orang sebelum, akan datang. Dan kalau saya boleh buat kerja dan semua EXCO ni buat kerja, jangan harap tuan-tuan akan menjadi pemerintah pada masa akan datang. Ini cabaran kita. Itulah harapan saya, kalau boleh kita akan jadikan ini sebagai tauladan, dan saya mengingatkan kepada semua, kalau ada berlaku ketirisan, kalau berlaku rasuah, kalau ada berlaku penyalahgunaan kuasa, hendaklah kita banteras. Tanggungjawab ini terletak pada semua pihak.
Jangan jadi macam ni, semua, Bossku tu semua betul. Dan sekarang ni dah banyak tuduhan-tuduhan. Sebab tu saya cakap jangan nanti, besok kita ada buat banyak tuduhan-tuduhan lain yang akan dibuatkan, yang, dan akan disiasat. Kita tak mahu sebab saya dah berhubung dengan FELDA, Kerajaan kena terpaksa membelanjakan 2.23 juta untuk menyelamatkan semua penduduk felda …..
2.23 bilion [percakapan secara off mic]
2.23 bilion, bukan sikit, bilion. Sebab apa, kesilapan, kesalahan yang telah dilakukan oleh pemerintah sebelum ini. Kalau tuan-tuan nasihat dulu, tuan-tuan kon, ni apa, kontra dia apa dulu, mungkin tak jadi begini. Ini yang kita tengok ya. Bagaimana Tabung Haji. Kalau Yang Berhormat cakap tak percaya, Tabung Haji. Tapi kita sangat malu, nak nyalahkan orang Cina, nyalahkan orang, orang, orang India, tak boleh. Semua itu diletak di bawah orang Melayu.
Jadi itulah sebabnya saya serulah lepas ini siapa kita, pembangkang ataupun Kerajaan, sama-sama kita kerja, kita bangunkan …..
Dato’ Yang Dipertua.
.…. kawasan kita. Kita bangunkan, kita bangunkan Daerah kita, negeri kita, dan inshaa Allah negara kita. Siapa pun kita, kita membuat satu mission yang, yang besar iaitu untuk memajukan dan membangunkan negeri dan negara yang tercinta ini. Wallahu’alam. Assalamualaikum WBT.
Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua, saya mohon …..
Waalaikumsalam WBT.
Dato’ Dipertua.
Dato’ Dipertua, saya nak betulkan sedikit, apa, ada di antaranya yang tidak betul, Dato’ Yang Dipertua. Sedikit. Iaitu kenyataan, kenyataan …..
Itu penangguhan, penangguhan nanti betulkan.
Kenyataan daripada ADUN Labu sebentar tadi seolah-olah berbunyi 6 tahun sebelum ini, Kerajaan sebelum ini tak ada buat apa tentang pembangunan luar bandar. Selain daripada Dasar-Dasar Kerajaan yang baik, Dasar Pelajaran, Dasar Jaringan
Keselamatan Sosial termasuk jugak kita dah buat Dasar Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Dipertua ya.
Okay cukup cukup.
Itu tak betul.
Haa ni saya, Chembong, yang disebut …..
Tak betul mengatakan kami dulu tak buat apa-apa tentang pembangunan luar bandar.
Saya cakap, tak ada serius, kalau, kalau serius kita akan bincangkan every month ataupun every two months. Sebab tak seriuslah, sebab tu saya cakap tadi. Jangan salahkan saya. Ini yang rekod yang saya dapat ya.
Okay, apa dimaksud ni, minit mesyuaratlah kot kan. Okay, saya teruskan kepada Ampangan. Lepas tu kita pergi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Ampangan bersedia dah?
Terima kasih.
ADUN Labu, kita pergi minum sebentar jom.
Jangan minum kang bergaduh pulak. Bergaduh saya tak jadi deh, pasal dekat luar tuan-tuan punya hal.
Dia ajak bertumbuk tu.
Kat luar bergaduh saya tak ada tanggungjawab saya doh. Okay.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana mengizinkan saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14, Negeri Sembilan Darul Khusus pada hari Isnin 22 April 2019 yang lepas. Secara intipatinya menyatakan bahawa Kerajaan baru Pakatan Harapan telah berjaya cemerlang mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan. Walaupun kita hanya baru berusia tidak sampai 1 tahun. Inilah intipati ya, yang menyatakan bahawa kita berjaya mentadbir dengan cemerlang. Ini, dirakamkan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Apabila kita mengambil alih Kerajaan pada 9 Mei 2018, keadaan negara berada dalam keadaan yang parah. Rakyat marah kerana harga barang yang mahal. Untuk menyelesaikan masalah ekonomi dalam negara, ianya bukanlah satu perkara yang mudah. Kita terpaksa melakukan pelbagai kaedah, kaedah jangka masa serta merta apa yang perlu kita lakukan sekarang, jangka masa pendek, jangka masa sederhana, jangka masa panjang. Kerajaan Negeri telah mengambil langkah serta merta untuk membantu meringankan beban rakyat. Di antaranya yang telah dimaklumkan, yang diumumkan oleh baginda tuanku ialah bantuan ibu tunggal secara one off 200.00 ringgit, bantuan belanja bas dan pelbagai lagi bantuan yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat meringankan kos sara hidup yang meningkat pada ketika ini. Kerajaan telah memberi bantuan, sebagai contoh untuk anak-anak felda yang kita tahu menghadapi masalah cukup besar. Dengan memberi bantuan sebanyak 100.00 ringgit ya, melibatkan perbelanjaan yang agak besar. Ini bantuan yang diberi. Kita juga telah ya, mengadakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat. Namun demikian, kita mengetahui banyak lagi kaedah dan banyak lagi cara yang perlu kita lakukan dan perlu kita laksanakan untuk memastikan masalah rakyat yang, rentetan daripada kenaikan kos sara hidup ni dapat kita selesaikan.
Dato’ Yang Dipertua, selain daripada itu, baginda tuanku juga telah mengiktiraf tentang pencapaian Kerajaan baru yang telah berjaya meningkatkan pelaburan sebanyak 103%. Daripada 1.41 bilion pada 2017 kepada 2.86 bilion pada 2018. Inshaa Allah dengan kerjasama semua inshaa Allah, pada tahun 2019 kita akan mensasarkan jumlah pelaburan yang lebih besar daripada 2.86 bilion ini, inshaa Allah. Dato’ Yang diper, yang, yang Dipertua, selain daripada itu ya, baginda tuanku juga telah menjelaskan bahawa Kerajaan baru mempunyai perancangan yang menyeluruh untuk meningkatkan ekonomi dalam
negara. Bukan hanya setakat peningkatan ekonomi di kawasan Nilai, Seremban, Port Dickson, di kawasan MVV 2.0 tetapi juga merangkumi kesemua kawasan termasuk juga kawasan di luar bandar.
Saya sebenarnya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau, tapi sekarang tak ada, tadi ada, kejap ada kejap tak ada. Selaku, memenangi Pilihan Raya Kecil N27 Rantau baru-baru ini. Dan jugak mungkin tidak lewat untuk saya mengucapkan tahniah kerana menjadi Pemangku Presiden UMNO. Sebab itu dalam ucapan beliau, beliau banyak mengulas tentang isu-isu nasional ya. Jadi, mungkin sesuai dengan jawatannya sebagai Pemangku Presiden UMNO. Cuma, saya ingin mengulas tentang kenyataannya yang menyatakan tentang ekonomi negara menguncup ya, daripada 5.9% ya, ketika Barisan Nasional memerintah dan jatuh kepada 4.3% setelah Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan. Untuk itu, kita harus melihat sebenarnya data yang sebenar yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara ya, Jabatan Statistik Malaysia yang boleh kita lihat, yang dipaparkan dalam laman, laman mereka ya.
Kalau kita melihat sebenarnya, berdasarkan kepada data ini, arah aliran ataupun trend dengan izin Dato’ Yang Dipertua, perkembangan ekonomi negara di bawah Pentadbiran BN telah menguncup secara drastik daripada 6.2% pada suku ketiga 2017 kepada 5.9% pada suku keempat 2017 dan terus menurun kepada 5.4% pada suku yang pertama 2018. Ketika PRU, PRU yang ke-14 iaitu dalam suku yang kedua 2018, ekonomi negara terus jatuh kepada 4.5% yang menyebabkan rakyat mengambil keputusan untuk menolak Pentadbiran Barisan Nasional yang akhirnya tercipta sejarah baru, kelahiran Kerajaan Pakatan Harapan.
Secara logiknya, kita menjangka kejatuhan pada suku ketiga 2018 akibat rentetan daripada kegagalan Pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional sebelum itu, namun kejatuhan pada suku yang ketiga 2018 adalah minima iaitu hanya setakat 1% yang menjadikan perkembangan ekonomi hanya kepada 4.4% di suku yang ketiga 2018 berbanding 4.5% pada suku yang kedua 2018. Menurut, majoriti rakyat sebenarnya di seluruh negara bersyukur Kerajaan Pakatan Harapan berjaya menggantikan Kerajaan Barisan Nasional kerana hadiah terbesar kepada negara adalah Dasar Pakatan Harapan untuk memastikan tiada rasuah, tiada ketirisan dalam mengurus tadbir negara. Dan tiada salah guna kuasa. Dalam tempoh yang singkat, ekonomi negara kembali meningkat, rancak dengan peningkatan perkembangan ekonomi kepada 4.7% pada suku yang keempat 2018. Ini adalah merupakan fakta yang boleh kita lihat dalam pejabat, laman Jabatan Statistik Negara ya. Andai kata Barisan Nasional memenangi
PRU Yang Ke-14, kita tak tahu sebenarnya berapakah peratus perkembangan ekonomi pada suku yang keempat 2018. Tidak mustahil mungkin jatuh daripada, kurang daripada 4% ya. Inilah sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, hakikat sebenar analisa perkembangan ekonomi negara, tetapi digambarkan seolah-olah secara negatif dalam usaha Barisan Nasional untuk memburukkan Kerajaan Pakatan Harapan.
Dato’ Yang Dipertua, adalah tidak dinafikan sentimen di Bursa Saham Kuala Lumpur men, merosot. Tetapi ini adalah situasi sementera kerana kebanyakan saham-saham di Kuala Lumpur Stock Exchange, dengan izin, adalah syarikat-syarikat GLC. Usaha Kerajaan untuk membersihkan segala salah laku dan pecah amanah serta memberi suntikan dana kepada GLC yang bermasalah secara tidak langsung tidak menyenangkan ya, badan-badan penarafan antarabangsa ya, seperti Moody’s yang menurunkan taraf kestabilan ekonomi negara. Sebarang bentuk untuk membantu ya, ataupun dengan istilah bail out dengan izin Dato’ Yang Dipertua, oleh Kerajaan terhadap mana-mana syarikat akan dilihat negatif oleh syarikat-syarikat penarafan antarabangsa seperti Moody’s ya.
Dato’ Yang Dipertua, namun demikian Kerajaan sebenarnya terpaksa membantu syarikat-syarikat ini kerana permasalahan yang terlampau besar yang telah berlaku. Contohnya dalam keadaan FELDA yang Kerajaan terpaksa menyuntik jumlah yang sangat besar yang melibatkan kewangan 6.23 bilion. Walaupun kita tahu bahawa dengan penyuntikan itu akan menyebabkan taraf rating kita akan menurun, tetapi kita terpaksa melakukannya demi untuk membela rakyat yang susah pada sekarang ini. Dato’ Yang Dipertua ya, dengan jumlah 6.23 bilion, Kerajaan telah menghapuskan faedah hutang peneroka sebanyak 2 bilion. Menyiapkan projek terbengkalai 250 juta untuk rumah generasi baru. 1 bilion adalah untuk program hasil baru. 480 juta adalah pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Dan 2.5 bilion adalah untuk penstrukturan semula pinjaman. Ini adalah usaha-usaha Kerajaan yang serius untuk membantu masyarakat felda.
Dato’ Yang Dipertua, ini adalah hakikat yang sebenarnya ya. Bagaimana untuk kita membantu seramai 112,635 peneroka di felda di seluruh negara ya. Kedudukan FELDA yang sangat tenat akibat kerakusan Pentadbiran yang terdahulu ya, perlu diambil tindakan segara walaupun kita tahu impak dan kesannya …..
Dato’, Dato’ Yang Dipertua.
Ini bidang saya, ini …..
Pasal FELDA, sikit saja.
FELDA tak ada. Selepas saya cakap you bercakap. Tak ada masa …..
Saya terdengar tadi. Hapus hutang. Tak ada ya?
Jadi sekarang ini, ya. Makna itu sekarang ini ya, ini tindakan yang diambil oleh Kerajaan secara serius untuk membantu rakyat ya. Tetapi kalau kita lihat sebenarnya, kedudukan ekonomi negara masih kukuh malahan Moody’s ya, Naib Presidennya sendiri, Puan Anushka Shah menyatakan ekonomi negara masih kukuh. Haa ini yang paling penting, yang sepatutnya untuk kita melihat ya, bagaimana untuk kita bergerak ke hadapan ya. Ini yang seharusnya kita lihat bagaimana kesungguhan Kerajaan sekarang untuk membantu rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat pusat.
Dato’ Yang Dipertua, kalau kita melihat juga masalah pembangunan ekonomi ya, YB Chennah telah mengupas dengan baik mengapa projek prasarana seperti ECRL perlu diberi nafas yang baru ya. Pembatalan secara mutlak akan menyebabkan negara dikenakan penalti yang besar akibat kesilapan Kerajaan yang terdahulu ya. Untuk memastikan rakyat dan negara tidak terbeban dengan hutang yang terlampau tinggi, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa berunding semula untuk mengurangkan kos prasarana ECRL ya. Ianya adalah satu kejayaan yang amat besar apabila kita berjaya mengurangkan sebanyak 21.5 bilion ringgit ya, yang daripada 65.5 bilion harga asal kepada 44 bilion. Tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi mengekalkan hubungan untuk ECRL ini daripada Selat Melaka iaitu Pelabuhan Kelang sehinggalah ke Pengkalan Kubur di Kelantan, di Laut China Selatan ya.
Jumlah 21.5 bilion ringgit ini amat besar dan jika kita membandingkan belanjawan Kerajaan Negeri yang sekarang sekitar 400 juta ringgit setahun, dengan nilai 21.5 bilion ringgit ini, ianya bersamaan dengan 54 tahun belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan. Keputusan Kerajaan menjajarkan semula projek laluan rel Timur ECRL dengan mengelakkan laluan rabung kuartzit Kelang Gate di Gombak, Selangor iaitu sebuah rabung kuartzit tulen yang terpanjang di dunia adalah langkah bijaksana untuk memelihara kebudayaan, warisan serta alam sekitar.
Selaku rakyat Negeri Sembilan, sepatutnya kesemua ADUN, kesemua Yang Berhormat Dewan yang mulia ini menyokong jajaran baru ECRL ini kerana daripada hanya laluan di 4 negeri, sekarang dah tambah lagi 1 laluan iaitu di Negeri Sembilan, negeri yang kelima. Sepatutnya kita menyokong penuh kerana ia akan memberi impak yang positif kepada ekonomi di Negeri Sembilan ya.
Dato’ Yang Pertua ya, inilah saya sangat berharap dengan azam, dengan kenyataan yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat daripada pembangkang untuk bersama dengan kita. Tetapi dalam kes ini, mari kita bersama-sama untuk memajukan negeri ini. Untuk memastikan rakyat di Negeri Sembilan mencapai taraf hidup yang lebih baik di masa yang akan datang. Sebab itu janganlah setakat kita pembangkang, tapi tidak melihat apa yang kita bantah. Kerana ini adalah suatu kebaikan kepada Negeri Sembilan. Ia akan memberi kesan yang besar, impak yang positif dengan adanya laluan ECRL melalui, merintasi jajaran di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua ya, saya juga ingin mengulas ya, dalam untuk kita bercakap dalam Dewan ini untuk memastikan ya, supaya ia benar-benar maklumat yang betul ya. Kalau kita lihat ya, dalam Dewan ini disebut yang kononnya Kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengurangkan kos ECRL kerana pemberian tanah persekitaran stesen ECRL kepada China, China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) ya. Berita ini sebenarnya berpunca daripada sebuah portal berita di luar negara ya. Benar tak benar, tak tahu pun, ya. Jadi dalam Dewan yang mulia ini, kita jangan ya, maknanya mengambil maklumat yang kita tak tahu kesahihannya benar tak benar, kita tahu sebagai orang Islam ….[melafazkan ayat Al Quran dari surah Al-Hujaraat ayat 6] …. Surah Al Hujuraat ayat yang keenam. Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak menimbulkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu menyesal apa yang kamu telah lakukan.
Dato’ Yang Pertua, ini di antara perkara-perkara yang disentuh ya, yang perlu kita ulas untuk memastikan bahawa kita benar faham keadaan yang sebenar berlaku dalam negara ya. Saya tidak mahu mengambil masa panjang. Saya ingin mengulas untuk soalan-soalan yang ditanya oleh rakan-rakan di dalam, Yang Berhormat – Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertama berkaitan tentang ADUN Chuah ya, tentang pembangunan MVV 2.0, tentang perumahan mampu milik ya. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan pembangunan MVV 2.0 adalah memberi tumpuan kepada 4 kluster strategi utama
iaitu industri berteknologi tinggi, pelancongan, pendidikan dan special service khususnya yang berkaitan tentang aero angkasa dan jugak logistik serta penghantaran barang-barang. Pembangunan MVV 2.0 dibang, dibangunkan berasaskan kepada comprehensive development plan (CDP) dan pembangunan ini dikawal melalui Rancangan Tempatan MVV 2045, pembangunan kemudahan sukan adalah digalakkan dalam kawasan pembangunan MVV dengan penglibatan pihak swasta. Pembangunan perumahan juga adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah dikuatkuasakan. Fasa pertama pembangunan MVV 2.0 parcel A memberi tumpuan pembangunan kawasan industri. Walau bagaimanapun kawasan seluas 404 ekar telah disediakan bagi maksud pembangunan perumahan ya.
Menyentuh tentang soalan berkaitan dengan YB Chennah ya, tentang bagaimanakah kaedah pendekatan Kerajaan Negeri, adakah bersamaan dengan Kerajaan Persekutuan dalam, dengan melakukan lawatan untuk mendapatkan pelaburan dari luar negara. Kerajaan Negeri sentiasa seiring dengan pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan bekerjasama baik dengan MITI dan juga MIDA. Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada keupayaan peruntukan yang kita ada. Dalam masa yang sama, kita juga melakukan deliga, berbagai-bagai deligasi termasuk jugak baru-baru ini ke LIMA di Langkawi untuk menarik pelabur-pelabur. Dan alhamdulillah, dalam perbincangan itu kita, mungkin akan menghasilkan beberapa perkara yang baik yang inshaa Allah, yang akan mungkin memberi kesan kepada pembangunan ekonomi dalam Negeri Sembilan ini ya.
Kita juga mengadakan kunjungan hormat ke mana pusat-pusat ataupun di kedutaan-kedutaan antarabangsa di Kuala Lumpur dalam usaha kita untuk meningkatkan pelaburan di negeri ini dengan mengadakan business talk dengan dewan-dewan perniagaan antarabangsa yang telah dikenal pasti ya. Inilah di antara beberapa kaedah yang kita lakukan untuk memastikan pelaburan terus berkembang.
Tentang cadangan ADUN Chennah untuk mewujudkan Negeri Sembilan Incorporated, Kerajaan Negeri akan mengkaji keperluan dan kesesuaian penubuhan Negeri Sembilan Incorporated memandangkan sekarang ini di bawah Kerajaan Negeri kita telah pun ada MBI ataupun Menteri Besar Incorporated dan juga NS Corp ya.
Berkaitan tentang beberapa soalan yang berkaitan tentang pendidikan, saya juga ingin menjawab soalan yang diaju, di, yang ditanyakan oleh ADUN Jeram Padang berkaitan tentang peruntukan kuota 2,200 tempat matrikulasi untuk pelajar India ya. Untuk makluman Yang Berhormat, sebelah saya, dah tak ada, berdasarkan kenyataan media Menteri
Pendidikan berhubung isu ini pada 24 April ya, 2019, Jemaah Kabinet memutuskan kuota 90% untuk pelajar bumiputera dan 10% untuk pelajar bukan bumiputera dikekalkan selaras dengan visi asal Program Matrikulasi KPM bagi menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Namun Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menambah bilangan kemasukan pelajar ke program matrikulasi KPM kepda 40,000. Ini bermakna akan ada sekitar 10% daripada 40,000 ya, untuk, untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera ya. Baru jawab YB.
Lagi satu saya nak tanya pengambilan tu terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Yang, yang penambahan kuota itu, bila diamalkan, sama ada untuk sesi 2019 ataupun 2020.
Soalan ni soalan persekutuan ya. Nanti kena rujuk dengan Dr Maszlee sebab saya tak boleh nak jawab immediate, tapi dia baru bermesyuarat Kabinet semalam ya.
Kemudian daripada Yang Berhormat Juasseh, sebenarnya saya dah terangkan sebelum, tapi saya jawab jugak di sini, mengenai tentang isu status kelulusan bangunan gantian di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh, Kuala Pilah. Cadangan pembinaan gantian di Sekolah Kebangsaan Pusat Juasseh Kuala Pilah telah pun diluluskan dalam RK, RMK-11 Rolling Plan 3 tahun 2018. Pihak KPM telah pun menyerahkan projek ini kepada pihak JKR untuk pelaksanaan. Pihak Jabatan Pendidikan dimaklumkan bahawa pihak JKR dalam proses penyediakan reka bentuk dan dokumen berkaitan telah, adalah dalam proses perolehan ya. Memang kita maklum dan saya pun dah dah lawat sekolah tu, memang sekolah lama, sekolah kayu ya. Tapi kalau boleh sekolah kayu tu, itu mungkin bahan sejarah. Jadi untuk, untuk itu kemungkinan tender akan diiklankan pada 1 Ogos 2019 ya.
Persoalan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya berkaitan tentang JPNS, PPD dan sekolah-sekolah bekerja keras untuk berada di kedudukan pertama dalam peperiksaan SPM Peringkat Kebangsaan ya. Untuk ini, untuk makluman Yang Berhormat keputusan peperiksaan SPM 2018 mencatatkan sejarah manis tersendiri pada warga pendidikan di Negeri Sembilan kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pendidikan Negeri Sembilan tidak ada jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar yang menggambarkan di mana-mana saja murid berada, guru-guru Negeri Sembilan tetap memberikan perkhidmatan terbaik. Haa ini kali pertama. Dan belajar dekat kampung ke, belajar dekat bandar ke, sama ya. Maknanya kualitinya
sama, kerana pencapaian menerusi peperiksaan SPM itu sama, tidak ada perbezaan. Kalau dulu ada perbezaan sedikit ya, maknanya bandar mungkin pencapaiannya lebih baik ya.
Pencapaian calon pada tahun 2018 amat cemerlang di mana ketiga-tiga pengukur utama dalam prestasi SPM iaitu Gred Purata Negeri, Peratus Calon Mempunyai Semua A serta Peratus Calon Memperolehi Layak Sijil meningkat berbanding SPM 2017. Dan kekal mendapat kedudukan kedua terbaik selepas Putrajaya. Dalam tempoh 3 tahun berturut-turut dari aspek Gred Purata Negeri di Peringkat Kebangsaan dengan peningkatan 0.04 berbanding SPM 2017. Semua warga pendidikan Negeri Sembilan telah menjalankan amanah serta berusaha dengan menyentuh semua aspek yang dapat meningkatkan Gred Purata Negeri melalui analisa-analisa peperiksaan sejak mereka di Tingkatan 1 di samping dengan suntikan hala tuju melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC) serta bekerjasama padu dengan semua pihak dengan pendekatan Jom Poi Nolong Sekolah khususnya daripada peranan daripada Kerajaan Negeri sendiri ya. Usaha-usaha ini diteruskan dan ditambah baik inshaa Allah agar keputusan yang lebih baik di masa akan datang ya. Kita berusaha untuk mengekalkan kedudukan yang ada tetapi berusaha juga untuk die tahap yang lebih di mana 3 pengukur utama dalam SPM sentiasa meningkat tari tahun ke tahun dan ingin berada di kedudukan yang pertama, inshaa Allah di masa akan datang di Peringkat Kebangsaan. Ini usaha yang kita lakukan inshaa Allah ya.
Dato’ yang, Yang Dipertua, menjawab persoalan daripada ADUN Lenggeng walaupun murid akademi cemerlang, akhlak murid perlu dilihat agar dapat melahirkan murid yang berakhlak dan dapat menjaga kepentingan bersama. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan komited bagi merealisasi hasrat falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual di mana akhirnya mempunyai akhlak yang baik dan mulia. Mulai tahun 2017 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah membawa satu gagasan dan hala tuju yang jelas iaitu semua pendidik perlu melahirkan anak yang baik lagi cerdik (ABC). 10 program utama dalam pembentukan akhlak telah pun dan sedang dilaksanakan berdasarkan rekod amalan baik murid-murid di Negeri Sembilan mulai Januari hingga Mac 2019 sebanyak 214,666 rekod amalan baik telah dilaporkan. Usaha-usaha masih dilakukan dari masa ke semasa.
Merujuk tentang persoalan daripada Yang Berhormat Pertang yang, tentang isu BBTP (Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan) yang telah dihapuskan mulai tahun ini. Untuk makluman Yang Berhormat untuk tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak
menyalurkan BBTP ke akaun sekolah selaras dengan kelulusan belanjawan 2019. Kadar BBTP yang diberikan sebelum ini adalah 24.60 sen per, untuk setiap pelajar bagi Sekolah Rendah, manakala 33.60 sen untuk setiap pelajar bagi sekolah menengah. Namun begitu, panduan telah diberi kepada pihak sekolah untuk menggunakan peruntukan Bantuan PCG, Bantuan Ko Kurikulum dan Bantuan Sukan Sekolah bagi perbelanjaan di bawah kategori BBTP tersebut ya.
Tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serting, adakah ya, yang bertanya, Yang Berhormat bukan Kerajaan tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah untuk menghadiri Mesyuarat Agung PIBG. Untuk ini, untuk makluman Yang Berhormat, bagi sebarang program dan aktiviti yang dirancang untuk diadakan sekolah-sekolah, pihak yang berkaitan hendaklah mengemukakan cadangan ataupun permohonan tersebut kepada Kementerian Pendidikan telebih dahulu untuk pertimbangan pihak Kementerian. Perkara ini adalah selaras Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2008 Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh Pihak Luar.
Juga daripada soalan Yang Berhormat Serting mengenai tentang bangunan baru Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang bernilai 50 juta ringgit, yang telah diluluskan. Untuk ini, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyerahkan pembinaan ini kepada pihak JKR untuk dilaksanakan. Setakat ini JKR masih lagi belum mengatur mesyuarat semakan BRIM. Inshaa Allah kita akan cuba me, memantau keadaan ini juga.
Yang, yang, Dato’, Dato’ yang Dipertua, saya sebelum mengakhiri perbahasan ini, saya ingin merakamkan ya, ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada pegawai-pegawai Kerajaan yang telah membantu, yang pertama untuk memastikan ekonomi yang telah terbukti tahun lepas jauh lebih baik daripada tahun sebelumnya. Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada warga pendidik ya, yang telah bertungkus lumus untuk memastikan pencapaian kita dalam, di peringkat, berbanding daripada mana-mana negeri lain di Peringkat Kebangsaan dalam keadaan yang, di antara yang terbaik. Setakat itu yang ingin saya sampaikan. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Ampangan. Sekarang sampailah masanya untuk Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat selaku Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri. Terima kasih di atas ruang yang diberikan dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua EXCO yang banyak membantu menjawab bagi pihak Kerajaan, saya yakin dengan kepimpinan secara kolektif setiap EXCO akan dapat berperanan dengan lebih efektif tanpa rasa bimbang ya. Jadi, saya rasa bersyukur dan alhamdulillah tadi soal, saya terus menjawablah. Dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau mengenai prestasi ekonomi kewangan ya, mengenai KDNK kita lihat tadi telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ampangan mengenai bagaimana kejayaan kita dalam 2018.
Dan kita sedia maklum bahawa Malaysia pada 2018 berada tempat kedua selepas China, kita lihat bahawa bagaimana Malaysia berada 4.7%, Singapura hanya 3.3%, Amerika 2.9%, Kesatuan Eropah 1.9%, United Kingdom 1.4%, Korea 2.7% dan Taiwan pada 2.6%. Pada suku keempat yakni suku terakhir, Malaysia telah berjaya pada 4.7% manakala Singapura menurun pada 2.2%, USA ketika itu 2.9%, Kesatuan Eropah 1.5% ketika itu, United Kingdom 1.3%, Republik Cina 6.4, Republic of Korea 3.1 dan Taiwan 1.8%. Ini menunjukkan bahawa keyakinan ya, walaupun kita tahu ekonomi dunia ini adalah disebabkan masalah di antara Amerika dengan China yang berperang dari segi ekonomi dan mengakibatkan seluruh dunia menurun. Dan alhamdulillah kita masih mampu bertahan dan kita lihat prestasi kita lebih baik daripada rakan-rakan serantau kita. Ini menunjukkan bahawa da, Tun Dr Mahathir berjaya membangunkan negara kita dan alhamdulllah inilah keyakinan bukan saja rakyat di negeri kita tetapi keyakinan pelabur-pelabur luar, dan itulah yang menyebabkan pelaburan kita pada tahun lepas meningkat menjadi 2.8 bilion.
Yang Diper, Dewan Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua. Hutang 1 trilion, memang kita sedia maklum bahawa hutang negara hanya sekitar 741 bilion ataupun 51.8% itu hutang yang kita sedia maklum bahawa tanggungan liabeli, liabiliti yang lain seperti jaminan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan, hutang 1MDB dan liabiliti lain menjadikan kedudukan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan dianggarkan berjumlah 1.1 trilion ataupun sekitar 76% daripada KDNK pada tahun, akhir 2018. Jaminan yang perlu ditanggung oleh Kerajaan adalah meliputi jaminan yang diberikan kepada syarikat berkaitan Kerajaan untuk melaksanakan projek infrastuktur pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran masa (MRT) dan lebuh raya Pan Borneo.
Selain menanggung hutang Syarikat 1MDB, Kerajaan juga mempunyai liabiliti lain meliputi bayaran pajakan kewangan bagi projek-projek yang dilaksanakan secara Public Private Partnership (PPP), inisiatif
pembiayaan swasta (PFI) dan pembiayaan pembinaan BLT Sdn. Bhd. Bayaran bagi projek PPP adalah berdasarkan perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Kerajaan dan syarikat konsesi.
Kita, kita juga maklum tentang masalah penurunan sentimen kepada indeks kita dan kita sedia maklum bahawa ini merupakan seluruh dunia mengalami penurunan indeks dan bukan saja Malaysia, dan seluruh dunia juga menara, mengalami masalah penurunan indeks. Begitu juga dengan indeks harga komoditi, kita sedia maklum harga komoditi dunia telah turun, semua turun ya, termasuk dengan soya. Jadi apabila kita lihat begitu, bahawa memang sentimen ataupun market memang keadaan menunjukkan bahawa aliran menurun kepada semua komoditi yang ada. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, itu soalan daripada Rantau berhubung dengan prestasi ekonomi dan kewangan.
Saya ingin menjawab juga mengenai bantuan-bantuan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Negeri Sembilan mulai belanjawan 2019 telah menyediakan berbagai inisiatif, insentif dan bantuan bagi meringankan beban masyarakat di Negeri Sembilan. Selain daripada itu, terdapat juga bantuan lain yang telah disediakan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Antara bantuan-bantuan adalah seperti berikut: bayaran pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil FELDA telah dipulangkan semula kepada 1,500.00 ringgit. Bantuan musim tengkujuh untuk RISDA – 600.00 ringgit dibayar 2 kali iaitu Disember 2018 dan Januari 2019. Bantuan sara hidup pendapatan 2,000.00 ke bawah – 1,000.00 ringgit, pendapatan 2,000.00 ke 3,000.00 – 750.00 ringgit, pendapatan 3,001.00 ringgit ke 4,500.00 ringgit anak 18 tahun terhad 4 kecuali OKU tiada umur – 120.00 ringgit. One off kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen kurang 1,000.00 sebanyak 500.00 ringgit.
Kerajaan Persekutuan juga memperkenalkan program sukarela insentif suri (iSuri) berjumlah 40.00 ringgit sebulan. Projek rebate elektrik yang, kepada keluarga miskin tegar dan miskin berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih, Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan ataupun rebate sebanyak 40.00 ringgit sebulan. Bantuan nelayan, bantuan kepada komuniti nelayan dalam bentuk input peralatan secara berkelompok di 4 pengkalan nelayan di Negeri Sembilan. Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan 69,000.00 bagi tahun 2019, lebih tinggi daripada tahun 2018 sebanyak 48,000.00. e-Petrol dan e-Diesel untuk bantuan nelayan 1.65 per liter. Elaun sara hidup nelayan – 200.00 ringgit. Projek khas perumahan nelayan, bina baru 56,000.00 ringgit, baik pulih 10,000.00 ringgit hingga 13,000.00 ringgit.
MySalam, perlindungan B40 Kerajaan Persekutuan. Skim perlindungan kesihatan nasional bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.8 juta individu B40 yang juga penerima bantuan sara hidup 2019, berumur 18 tahun sehingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Tunai 8,000.00 sekiranya didiagnosis salah satu daripada 36 sakit, 36 penyakit kritikal. Bantuan awal persekolahan, persekolahan untuk ibu bapa berpendapatan 3,000.00 ke bawah, Kerajaan Persekutuan menyalurkan 100.00 ringgit bagi setiap pelajar. Skim Peduli Kesihatan Peka B40, bantuan kepada golongan 50 tahun ke atas yang merupakan penerima bantuan sara hidup dan pasangan Kerajaan Persekutuan, saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser, insentif tambang pengangkutan dan yang terakhir rumah mampu milik, rumah mampu milik.
Rakyat Malaysia yang berpendapatan bulanan isi rumah 2,300.00 dan ke bawah, Bank Negara Malaysia menyediakan pinjaman dengan kadar pembiayaan 3.5% setahun untuk kediaman berharga 150,000.00 dan ke bawah. Inilah antara insentif-insentif yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan yang dikatakan tidak ada inisiatif, insentif baru oleh Kerajaan sedia ada.
Mengenai soalan ADUN Chennah berhubung dengan UKAS di Negeri Sembilan. Kita sedia maklum bahawa Unit Kerjasama Awam Swasta telah diwujudkan dalam struktur perjawatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sejak 15 April 2013. Terima kasih atas cadangan tersebut dan inshaa Allah, kita akan perkasakan dan kita memastikan bahawa UKAS akan dapat berperanan lebih baik dengan adanya ECRL yang datang ke Negeri Sembilan ini. Kita akan pastikan bahawa, kita akan pastikan bahawa kita punya perancangan yang baik untuk ECRL di Negeri Sembilan.
ADUN Chennah juga membangkitkan isu keperluan menempatkan Pegawai Daerah. Ini adalah isu pentadbiran. Dan inshaa Allah kita akan letakkan Pegawai Daerah ataupun kita akan pastikan bahawa Pejabat Daerah di, di, di Jelebu dapat diuruskan dengan baik.
Mengenai soal projek ECRL, saya telah mendapat maklumat daripada Menteri, bahawa projek itu adalah 100% milik Malaysia dan usaha sama hanyalah untuk operasi iaitu 50-50. Kalau rugi, 50% ditanggung oleh syarikat, setiap, setiap share tersebut dan kalau untung kita Kerajaan Malaysia akan mendapat 80% dan Kerajaan China hanya mendapat 20%. Dulu kita bantah sebab tak ada ketelusan dan kos yang terlalu tinggi. Yang Berhormat Rantau maklum kos 55 bilion adalah untuk kos asal single track. Dan lepas tu PM ketika itu ubah kontrak
untuk double track dan panjangkan jajaran, 66 bilion itu belum campur faedah lagi ya, jadi itulah yang berlaku pada ECRL sebenarnya.
Dan mengenai Tabung Haji, masalah yang melanda Tabung Haji, Dato’ Yang Dipertua, bukan perkara baru, sebaliknya ia sudah lama berakar umbi sehinggakan mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat kepada bekas Pengerusi Tabung Haji; Datuk Seri Abdul Aziz Rahim bertarikh 23 Disember 2015 yang memberikan amaran bahawa Tabung Haji mengalami masalah kekurangan aset. Bagaimanapun, Kerajaan BN ketika itu tidak memperdulikan amaran tersebut dan terus membenarkan Tabung Haji membayar hibah ya, hibah ni hadiah, yang tinggi walaupun keuntungannya tidak mencukupi dan bakal berdepan dengan risiko kestabilan kewangan.
Pihak pembangkang 2016 beberapa kali membangkitkan isu kerugian Tabung Haji namun ia dinafikan oleh pihak pengurusan lama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Timbalannya Datuk Dr. Asraf Wajidi Dasuki yang menyatakan Tabung Haji ketika itu adalah di dalam keadaan yang baik. Bukan itu sahaja, Menteri dan Timbalannya tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan, walaupun menyelamatkan Tabung Haji ketika itu, dan hanya membiarkan segala keputusan serta tindakan dibuat oleh pihak pengurusan Tabung Haji yang mana Ahli Lembaga Pengarahnya, kebanyakannya terdiri daripada ahli-ahli UMNO. Ekoran itu akhirnya membawa masalah yang teruk kepada Tabung Haji.
Kerugian yang berlaku menyebabkan aset Tabung Haji tidak mencukupi untuk menampung liabiliti. Kerugian yang ditanggung, yang dialami oleh Tabung Haji adalah berjumlah 10.2 bilion. Ini kerana nilai pelaburan aset hartanah dan syarikat yang dibeli Tabung Haji dengan kos 11.9 bilion hanya bernilai 9.7 bilion sahaja setakat 31 Disember 2018. Sehubungan dengan itu, penyelewengan demi penyelewengan dilakukan, antaranya manipulasi serta memalsukan kedudukan akaun sebenar Tabung Haji dan membayar hibah sebelum ini dengan kadar yang tinggi. Akaun Tabung Haji dipalsukan dengan kelulusan Datuk Seri Jamil Khir pada 2017 apabila …..
Dato’.
….. beliau membenarkan …..
Dato’ Dipertua, …..
….. supaya Tabung Haji memanipulasi …..
Saya nak mencelah sikit Tuan Dipertua.
….. sistem saham yang …..
Bukankah kita tak boleh menyebut …..
..... harus jatuh sebanyak 3 kali.
….. nama orang yang tak beada dalam Dewan Dato’ Dipertua.
YB Yang Dipertua Dewan:[percakapan secara off mic]
Tak, kita tak boleh menyebut nama orang yang tiada dalam Dewan, Dato’ Dipertua.
Mengikut standard kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham dibeli jatuh 20%. Tetapi yang Tabung Haji lakukan dengan kebenaran daripada Menteri ketika itu ialah menetapkan nilai saham harus ja, teruk, harus jatuh kepada 70% dan kemudian diubah kepada 85%. Dan selepas itu 90%. Pemalsuan ini bukan saja mendapat kebenaran tetapi lembaga Pengarah Tabung Haji juga meluluskannya.
Tabung Haji pada zaman tersebut dengan tenang, terang dan nyata memalsukan akaun Tabung Haji untuk menyembunyikan kerugian yang dialami oleh mereka dengan keuntungan yang palsu dan tidak wujud itu. Tabung Haji kemudiannya memberi hibah dengan kadar 6.25% pada Februari 2018 dengan melibatkan pembayaran sebanyak 2.7 bilion hasil daripada manipulasi dan pemalsuan akaun. Perkara ini dengan jelas bertentangan dengan akta Tabung Haji apabila Kerajaan
ketika itu membuat pengumuman hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi.
Selepas kemenangan Pakatan Harapan, Tabung Haji kini dikendalikan oleh golongan profesional dan bukan lagi terdiri daripada ahli politik seperti sebelum ini bagi memulihkan institusi berkenaan. Hasil daripada pengurusan baru yang juga mendapati penyelewengan yang lain yang telah dilakukan pengurusan lama turut melibatkan program Yayasan Tabung Haji 2017. Di mana dana berjumlah 22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik. Ini bertentangan dengan memorandum dan artikel Yayasan Tabung Haji.
Tuan Yang Dipertua, selain itu pengurusan lama juga menyembunyikan maklumat penting yang melibatkan penjualan saham Tabung Haji pada 2012 iaitu sebanyak 95% kepada PTTH Indoor Plantation. Malah pihak pengurusan sebelum ini juga membuat pelaburan yang menyebabkan kerugian kepada Tabung Haji, antara saham FGV yang mengalami kerugian sehingga 1.1 bilioin. Cubaan Tabung Haji menyelamatkan Ramonia Holding sehingga kerugian 670 juga, 670 juta serta membeli 30% pemilikan saham Putra Perdana yang melibatkan kerugian 144 juta.
Komited untuk memastikan institusi umat Islam terus terbela, Kerajaan Pakatan Harapan kemudian membuat pelan pemulihan Tabung Haji melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urus Harta Jemaah Sdn. Bhd. membeli aset Tabung Haji yang hanya bernilai 9.7 bilion dengan harga 19.9 bilion. Bagi memulihkan Tabung Haji, Kerajaan, Kerajaan akan memberikan suntikan dana bersih sejumlah 17.8 bilion ke dalam Tabung Haji. Malah Tabung Haji akan dibiayai oleh Kerajaan dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2020 sehingga 2030. Ini bermakna Kerajaan akan membuat peruntukan sebanyak 500 juta pada tahun 2020 dan seterusnya sebanyak 1.373 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.
Bagi memastikan tiada lagi manipulasi dan penipuan akaun berlaku, Kerajaan juga meletakkan Tabung Haji di bawah seliaan piawaian Bank Negara dan yang berperanan sebagai penguatkuasa peraturan ke atas Tabung Haji bagi memastikan segala piawaian dipatuhi dan supaya Tabung Haji berfungsi secara profesional tanpu, tanpa campur tangan politik. Penguatkuasaaan Bank Negara Malaysia juga diperlukan supaya tidak ada kesalahan yang sama berulang lagi di masa hadapan. Bank Negara Malaysia adalah badan berkanun yang berwibawa dan bebas daripada campur tangan Kerajaan.
Dato’ Yang Dipertua, dengan segala Pelan Pemulihan Tabung Haji yang dibuat ketika ini oleh pengurusan yang baru, bersama sokongan penuh Kerajaan Pakatan Harapan, ia kini telah menunjukkan kesan yang positif. Akaun Tabung Haji sudah diimbang, aset yang kurang potensi diserah kepada UJSB dan diganti dengan sukuk yang bernilai tinggi. Ekoran proses ini juga Tabung Haji mampu memberi hibah dengan jumlah 903 juta iaitu 1.25%. Setakat 31 Disember 2018, Tabung Haji merekodkan aset keseluruhan berjumlah 76.5 bilion sekaligus mencatat lebihan sebanyak 1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Ini menunjukkan kedudukan kewangan kembali pulih dan jika dibandingkan dengan Tabung Haji sebelum ini, defisit sebanyak 4.1 billion berdasarkan laporan kewangan yang diaudit pada 2017.
Dengan kejayaan proses pemulihan Tabung Haji dalam tempoh yang singkat ini, iaitu salaam 6 bulan, Kerajaan Pakatan Harapan dan Tabung Haji memberi jaminan sekiranya penstrukturan ini berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh terutamanya dari rakyat, bayaran hibah untuk tahun 2019 akan lebih baik dan institusi ini akan semakin maju daripada yang sebelumnya, inshaa Allah.
Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan soalan Chennah mengenai eco tourism di Jelebu, peruntukan pembangunan eco tourism di Jelebu tertumpu di Taman Negeri sama ada dari peruntukan Wang Amanah Jabatan Hutan, dan peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan. Pada waktu ini, di bawah peruntukan Kerajaan Negeri, sebanyak 750,00.00 diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur di Taman Negeri Kenaboi, dan 230,000.00 bagi menaik taraf denai di Jeram Merungut dan Taman Negeri Kenaboi, selain 200,000.00 dari dana KWPH. Satu Pelan Pembangunan Taman Negeri Kenaboi melalui Jabatan Perhutanan Negeri telah dirangka yang merangkumi beberapa perkara seperti berikut: pertama, bertujuan untuk membuat satu pelan yang sistematik dari segi pembangunan sumber, pemban, pembangunan kemudahan dan fasiliti dalam masa 10 tahun. Keduanya, pelan ini juga melakukan kajian tentang kehendak dan trend pengunjung. Dan yang ketiga, di dalam pelan ini akan ada reka bentuk serta lakaran teknik kemudahan, dan pelan ini juga mengambil kira pembangunan yang suah dirancang agar pembangunan adalah, agar sistematik.
Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan ADUN, perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti. Kemudahan dan infrastruktur di kawasan pelancongan Ulu Bendul dan Seri Menanti. Pada tahun 2019, pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak 228,000.00 di bawah vot P62 bagi penyelenggaraan dan pembangunan kemudahan pusat rekreasi Ulu Bendul. Di bawah peruntukan tersebut,
pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah mula melaksanakan penambahbaikan kemudahan-kemudahan itu di Ulu Bendul Cave, papan-papan tanda laluan pejalan kaki, jabat, jambatan serta surau di kawasan tersebut. Manakala bagi tahun 2020, pihak Majlis Daerah Kuala Pilah akan mengemukakan permohonan peruntukan sebanyak 300,000.00 kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan mengecat kawasan kolam renang, penyelenggaraan tandas, memperbanyakkan wakaf serta menambah baik landskap di kawasan tersebut supaya keselesaan para pelancong dapat dipertingkatkan.
Bagi meningkatkan tarikan pelancong Seri Menanti, pihak JKR Kuala Pilah dan Lembaga Muzium Negeri telah membelanjakan sebanyak 4.7 juta bagi projek pemulihan dan naik taraf Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti pada tahun 2016 dan telah siap pada 2018 bagi kerja-kerja pembaikan dan pemuliharaan 4 seri, 4 tiang seri, kerja mekanikal dan elektrik, pemuliharaan lantai dan bumbung serta kerja-kerja pembersihan dan mengikis cat, pihak, pihak Majlis Daerah Kuala Pilah pula telah menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan dan naik taraf landskap serta pencahayaan Bandar Diraja Seri Menanti dan permohonan peruntukan akan dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi tahun 2020.
Bagi soalan ADUN Seri Menanti berhubung dengan homestay Seri Menanti, bagi pembangunan program homestay, Kerajaan Negeri sentiasa bersama-sama Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya untuk menyelaraskan rumah-rumah yang dilihat berpotensi untuk disenaraikan di bawah program homestay. Bagi rumah-rumah yang tidak menepati kriteria program homestay tersebut Kerajaan Negeri akan menyelaras di bawah program rumah tamu bersama-sama pihak berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah.
Bagi soalan ADUN Lobak, berhubung dengan isu terdapat anjing liar, telah dijawab. ADUN Lobak juga mengenai apakah status pembinaan sekolah Tamil di Bandar IOI Bahau. Kerajaan Negeri pada 10 Ogos 2016 telah meluluskan perizaban tanah seluas 20,234 meter persegi ataupun 5 ekar untuk kegunaan tapak sekolah tersebut. Tanah tersebut telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Sembilan 153/29 Mac 2018 di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Urusan pembinaan sekolah bantuan adalah di bawah inisiatif Lembaga Pengelola Sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru. Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Pendidikan belum lagi menerima maklumat rasmi berkaitan cadangan perpindahan Sekolah Jenis kebana, Kebangsaan Tamil di kawasan tersebut.
Bagi soalan Lobak, isu yang Bandar IOI, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, tanah yang dikhaskan untuk tapak sekolah di Bandar IOI adalah seluas 15 ekar. Pejabat Daerah Tanah Jempol tidak ada menerima sebarang permohonan tapak Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Bandar IOI. Sehingga 4 April 2019 Pejabat Daerah Tanah Jempol hanya menerima permohonan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil daripada Lembaga Sekolah Tamil Ladang Bahau. Dan bagi pihak sekolah agama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ya. Jadi kalau apa, kena mohon ya, mintak dia mohon.
Bagi soalan ADUN Kota, soalan yang dibangkitkan masalah tanah yang tidak dapat diselesaikan, berlanjutan 50 tahun di Kampung Legong Jaya. Sepertimana 4 pemohon telah dapat, dapat diselesaikan manakala 1 lagi permohonan belum dapat diselesaikan. Mohon tindakan. Perkara ini akan dibuat semakan lanjut. Bagaimanapun kita tidak dapat sebarang permohonan baru dari Kampung Legong Jaya tersebut ya.
ADUN Juasseh, rumah terbakar mengambil masa panjang dalam, dan penambahbaikan dan pembinaan. Kejadian kebakaran rumah Cik Norlita, di Jemapoh, Kuala Pilah berlaku 14 September 2018. Pejabat Daerah Kuala Pilah telah mengemukakan permohonan peruntukan Akaun Amanah Permasalahan Rakyat bagi membina rumah baru Cik Norlita yang musnah akibat kebakaran kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 2 Oktober. Sumber Waran peruntukan bagi membina sebuah rumah PPRT melalui Akaun Amanah Permasalahan Rakyat telah diterima oleh Pejabat Daerah. Proses pertimbangan peruntukan Akaun Amanah telah dibawa ke pengurusan Unit Kewangan, Pejabat SUK dan semasa membuat pertimbangan, aspek yang diambil kira sebelum peruntukan diluluskan dan, Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Akaun Amanah bagi menambah baik proses kelulusan dan saluran peruntukan darurat ya. Kita menerima teguran tersebut, inshaa Allah kita akan perbaiki. Cuma peringkat awalnya kita ada mak, dimaklumkan bahawa sebuah NGO nak buat, tetapi selepas tu NGO menarik diri dan barulah kita memproses perkara tersebut.
Yang Berhormat ADUN Sungai Lui mengenai Koperasi Felda perlu diperkasakan bagi melaksanakan perancangan yang lebih, yang telah diaturkan. Antara intipati dalam pembentangan kertas putih FELDA adalah berkaitan dengan pengurusan dan pengukuhan koperasi felda, koperasi peneroka di setiap Rancangan FELDA termasuk Koperasi Permodalan FELDA Bhd. dan akan diperkasakan bagi meningkatkan penglibatan peneroka dan generasi baru dalam pengurusan pelaburan dan perniagaan yang diusahakan oelh FELDA. Peneroka akan diberi
peluang pemilikan saham dalam koperasi supaya dapat memainkan peranan yang lebih signifikan. Manakala penglibatan koperasi peneroka akan dipertingkatkan dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti pengurusan ladang serta pembangunan sosio ekonomi peneroka. Melalui sistem ini FELDA akan dapat melahirkan lebih ramai peladang profesional yang dapat menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan peneroka.
Soalan ADUN Senaling, berhubung dengan kejadian kebakaran Kampung Temeris. Pejabat Tanah telah menerima laporan pihak Polis, telah menerima laporan Polis berkenaan kejadian rumah Kampung Temeris pada 11 April 2019. Oleh itu pihak Pejabat Daerah Tanah telah memohon bagi pihak pembinaan baru rumah PPRT ke pihak Parlimen Kuala Pilah di bawah Program Mesra Rakyat dengan anggaran kos 50,000.00. Permohonan ini telah dihantar ke Parlimen Kuala Pilah pada 15 April 2019 ya.
Bagi ADUN Mambau, soalan dia East Cost Rail (ECRL), telah saya maklumkan. Dan telah di, dijawab.
ADUN Temiang, supaya Penyata Kewangan MBI dan anak syarikat dibentangkan. Menteri Besar, Menteri Besar Negeri Sembilan (Perbadanan) dan anak syarikat menyediakan laporan penyata kewangan yang telah diaudit oleh juruaudit bertauliah setiap tahun tanpa gagal. Tindakan ini bertujuan bagi memastikan per, perme, perbendaharaan, Pemerbadanan sentiasa mengamalkan urus tadbir kewangan yang telus selaras dengan tatacara pengurusan yang ditetapkan oleh Kerajaan. Amalan Kerajaan dahulu yang tidak telus menyebabkan beberapa persoalan audit gagal diberikan penjelasan sewajarnya akibat ketiadaan rekod yang teratur. Namun bermula 29 Jun 2018, pengurusan dan operasi perbadanan telah diletakkan di bawah pemantauan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri supaya pengurusan dan operasi perbadanan lebih teratur dan dikemas kini daripada masa ke semasa.
ADUN Kota, isu permohanan membina dewan orang ramai. Kita minta supaya melihat tempat yang sesuai kerana setakat ini tiada tempat yang boleh mendirikan dewan dan kita akan mencari dewan, tapak yang sesuai inshaa Allah.
ADUN Temiang, taklimat kepada pemohon-pemohon projek di bawah peruntukan MARRIS dan, dan tempat daripada ADUN. Soalan berkaitan kaedah agihan kepada permohonan dan peruntukan MARRIS ini sering dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri setiap persidangan. Oleh yang demikian adalah baiknya saya memberi sedikit pencerahan
berkaitan peruntukan MARRIS ini agar semua ahli Yang Berhormat mendapat maklumat yang betul dan tepat. MARRIS adalah singkatan kepada Malaysia Road Record Information System, sistem pendaftaran jalan ini telah dibuat bagi Jalan Negeri, Jalan perbenda, Perbandaran, Jalan Majlis, Jalan Kampung dan Jalan Pertanian. Sistem MARRIS ini berada di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Dasar pemberian peruntukan penyelenggaraan Jalan Negeri adalah mengikut keperluan dan kelulusan berdasarkan garis panduan tatacara pengurusan pemberian penyelenggaraan jalan MARRIS.
Permohonan kerja-kerja selenggaraan jalan tersebut perlu dibuat oleh semua agensi mengikut kategori jalan iaitu bagi Jalan Negeri iaitu di bawah JKR, Jalan Kampung di bawah Pejabat Daerah Dan Tanah, Jalan Majlis dan Jalan Perbandaran di bawah Pihak Berkuasa Tempatan, manakala bagi Jalan Pertanian ianya boleh dibuat di bawah Jabatan Pengairan Dan Saliran. Maksudnya Yang Berhormat boleh salurkan permohonan ataupun aduan kepada agensi-agensi terbabit mengikut kategori jalan. Kerja yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan MARRIS adalah kerja-kerja penyelenggaraan jalan sahaja yang perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan. Pembaikan jalan juga dibuat berdasarkan keperluan di tapak dan jenis kerosakan yang dialami untuk pembaikan.
Semua permohonan akan diangkat ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa MARRIS yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri untuk dipertimbangkan dan dinilai tahap kerosakannya berdasarkan 4 quadron analysis untuk kelulusan. Mesyuarat ini mempertimbangkan setiap permohonan pembaikan jalan yang diangkat dan kelulusan akan dikemukakan kepada permohonan seandainya permohonan itu layak. Kaedah quadron analysis digunakan oleh ahli-ahli, dan urusetia Mesyuarat Jawatankuasa MARRIS untuk menilai sejauh mana kepentingan projek mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah jumlah kemalangan, tahap kerosakan jalan, kekerapan bencana, rekod penyelenggaraan, jumlah kenderaan dan jumlah aduan. Bagi DUN Temiang pula, kebanyakan jalan ter, yang terlibat merupakan Jalan Majlis di bawah Majlis Perbandaran Seremban. Oleh yang demikian, pemohon projek adalah dari pihak Majlis.
ADUN Rahang, perkhidmatan bas percuma perlu diluaskan di luar Seremban. Menjadi hasrat bahawa perkhidmatan bas percuma di Daerah Seremban merupakan satu projek rintis yang mula diperkenalkan pada 2019. Keberkesanan projek ini perlu dikaji setiap masa agar cadangan untuk meluaskan perkhidmatan bas percuma ini dapat dilakukan. Cadangan untuk memperluaskan perkhidmatan bas
percuma di luar Seremban juga perlu dikaji mengikut kesesuaian lokasi serta kedudukan semasa ekonomi Kerajaan Negeri.
Lampu jalan, kawasan laluan Seremban – Tampin, ADUN Chembong. Jalan, laluan Seremban – Tampin majoritinya telah disediakan lampu jalan bagi kawasan lampu jalan rosak, kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan peruntukan baru saja diterima. Bagi laluan di Hentian Tinggi, sempadan Seremban/Rembau, ianya di bawah senggaraan TNB dan ia akan dibaiki dengan segera.
ADUN Juasseh berkenaan pili bomba kawasan kampung. Tadi dah dijawab.
ADUN Gemas permohonan lampu jalan di Jalan Londah – Palong 1, dan Londah ke Pasir Besar. Permohonan lampu jalan di laluan tersebut akan dibuat oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja akan dilaksanakan mengikut kelulusan peruntukan. Pada masa ini pemasangan lampu jalan di kawasan persimpangan telah dilakukan ya.
ADUN Serting, balai raya Kampung Jawa Serting Tengah tidak dijaga. Peruntukan penyelenggaraan telah diluluskan pada tahun ini. Dan kerja pembaikan telah dimulakan pada 22 April 2019. Dan akan siap dalam tempoh 12 minggu.
Permohonan jalan alternatif PD Utama ke Sri Rusa, Port Dickson. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan ya, ADUN Bagan Pinang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan sememangnya telah mempunyai perancangan bagi membina jalan alternatif bagi jalan pantai Port Dickson. Projek tersebut dipohon dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RP 4), Program Jalan Luar Bandar di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Ia akan dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan.
ADUN Bagan Pinang berhubung dengan jalan alternatif ke pantai Batu 4 apabila program hari tentera dapat dilaksanakan. Cadangan bagi pembinaan jalan-jalan baru akan disediakan oleh pihak perunding semasa rancangan jalan-jalan baru di bawah MVV dan juga semasa cadangan perancangan RKK, Rancangan Khas Kawasan Port Dickson.
ADUN Sungai Lui, lampu jalan masuk ke Pasoh 2 dan 3. Jalan masuk ke Pasoh 2 dan 3 merupakan Jalan Persekutuan. Permohonan pas, pemasangan telah dibuat Ibu Pejabat Kerja Raya Malaysia. Walau bagaimanapun, ia masih belum diluluskan dan ia akan dilaksanakan apabila peruntukan diluluskan.
ADUN Bagan Pinang, isu ketiadaan tandas Pantai Batu 5, jalan masuk dinaik taraf, kiosk dan jualan kawasan tersebut, kiosk dan jualan di kawasan tersebut. Peruntukan tandas diluluskan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sebanyak 500,000.00 yang baru lalu. Jalan masuk ke Pantai Batu 5 mendapat peruntukan MARRIS sebanyak 40,000.00 untuk diturap. Tarikh iklan pada 17 April. Lawatan tapak 24 April, semalam. Dan turap pada 2 Mei, inshaa Allah. Perancangan menyeluruh kawasan tersebut ialah menyediakan kemudahan tandas, surau, gerai, parkir kenderaan, pencahayaan ya.
Untuk ADUN Mambau, perkhidmatan kereta api Seremban – Port Dickson. Inshaa Alalh, pelan perancangan pembangunan komprehensif MVV 2.0 telah mengambil kira rancangan untuk menghidupkan semula landasan kereta api dari Seremban ke Port Dickson dengan menggunakan jajaran sedia ada. Cadangan ini telah dibincangkan dengan KTMB, dan pihak KTMB akan menyediakan kertas cadangan lengkap untuk diangkat kepada Kementerian Pengangkutan Jalan.
ADUN Temiang, MARRIS, projek MARRIS 2018 tidak dilaksana di kawasan DUN Temiang. Untuk makluman sebanyak 15 projek MARRIS telah dilaksanakan dari tahun 2015 sehingga 2018 iaitu 7 projek pada 2015, dan 1 projek pada 2016, 7 projek telah dilaksanakan pada 2018. Manakala bagi tahun 2019, 2 permohonan telah diangkat tetapi belum diluluskan pada tahun 2019 ya. Pada 2018, sebanyak 883,000.00 telah diluluskan. Manakala bagi tahun 2019, inshaa Allah sebanyak 373 dan pada 2017, 2016 sebanyak 566,000.00.
ADUN Serting, memohon lampu limpah di Serting Hilir Kompleks/Simpang Bandar Seri Jempol dan simpang Serting Tengah. Lokasi simpang yang dimaksudkan merupakan jalan-jalan Persekutuan iaitu simpang Serting Hilir Kompleks FT011/FT1270, simpang Bandar Seri Jempol FT1268/FT010 dan yang ketiga simpang Serting Tengah FT1268/FT009. Permohonan lampu di lokasi akan dikemukakan kepada Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya untuk diluluskan, inshaa Allah.
Bagi ADUN Gemas, soalan permohonan lampu jalan untuk laluan jalan Londah – Palong 1, rasa tadi dah dijawab. ADUN Johol, pemasangan lampu jalan Persekutuan di Repah ke Johol dan laluan utama. Permohonan pemasangan lampu jalan Persekutuan di kawasan Johol telah dipohon ke Ibu Pejabat JKR untuk kelulusan. Walau bagaimanapun, kawasan persimpangan jalan tersebut telah disediakan lampu jalan ya.
Soalan YB Seremban Jaya, berhubung dengan penduduk awam tidak memnbuat laporan Polis berhubungan jenayah yang berlaku di
kawasan perumahan mereka kerana berasa tiada susuk, susulan dan tindakan susulan. Tidak benar ya. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang sentiasa memastikan kadar jenayah terus turun dan mereka menjalankan amanah dengan lebih baik. Kita harap bahawa kes jenayah akan sen, akan di-settle, disiasat setiap laporan yang diterima dari pengadu yang melibatkan kes jenayah. Siasatan akan dijalankan di mana Pegawai Penyiasat akan hadir ke tempat kejadian untuk mengumpul setiap bukti yang ada di lokasi kejadian yang ditinggalkan. Seterusnya Pegawai Penyiasat akan merakam ucapan pengadu dan juga Pegawai Penyiasat kes wajib memberitahu pengadu berkenaan dengan perkembangan kes yang disiasat tersebut ya. Sehinggalah kes selesai dituduh di mahkamah dengan memberi surat pemberitahuan perkembangan kes kepada pengadu ya. Sekiranya tak ada laporan Polis, memang tak ada, pihak Polis tidak akan membuat siasatan. Jadi kita harap, rakya jika ada berlaku masalah, diharap dapat memberi, membuat aduan terus kepada Polis.
Jawatankuasa Bertindak Keselamatan, tajuk daripada YB Rahang, nyatakan statik peratusan kes pecah masuk rumah di Rasah dan Rahang yang telah ditangkap serta dituduh di mahkamah. Bagi tahun 2018, di Rahang sahaja terdapat 48 kes, 46 kes, tangkapan sebanyak 18, yang dituduh 6. Bagi tahun 2019 sehingga Mac, 12 kes telah diberitahu, satu tangkapan dan satu tuduhan. Bagi Rasah, 16 kes tangkapan sebanyak 1 dan tuduhan 1. Pada 2019 sebanyak 4 kes berlaku, kes pecah rumah, satu kes tangkapan dan belum ada lagi tuduhan. Jumlah kes pecah rumah masuk yang dilaporkan di Rahang pada tahun 2018 adalah sebanyak 46 kes di mana kita sedia maklum, seperti mana yang telah saya laporkan. Secara keseluruhan terdapat 78 kes yang direkodkan, 21 tangkapan telah dibuat dan 8 tuduhan telah dijalankan bagi tahun 2018. Sehingga Mac, di kawasan Rahang dan Rasah, telah saya nyatakan tadi.
Yang Berhormat ADUN Gemas, bangkitkan soalan keadaan Masjid Kariah Kampung Londah yang uzur. Amat memerlukan pembaikan, mohon perhatian Kerajaan terhadap perkara ini. Pada masa ini tiada permohonan bantuan pembaikan dari Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Londah. Pihak Masjid boleh membuat permohonan kepada Pejabat Daerah, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk mendapatkan ulasan dan kemudiannya akan diangkat ke Ibu Pejabat Hal Ehwal Agama Islam untuk dipertimbangkan kelulusannya.
Bagi soalan ADUN Juasseh, bantuan dan lawatan ke pusat-pusat tahfiz perlu diadakan untuk memastikan keselamatan terjamin. Untuk madrasah dan maahad tahfiz, pihak JAKIM telah menyediakan
peruntukan untuk disalurkan kepada madrasah dan maahad tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan bantuan khusus ke madrasah dan maahad tahfiz. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan juga sentiasa membuat pemantauan dari masa ke semasa bagi memastikan keselamatan. Tahun 2018, Kerajaan telah menyalurkan peruntukan melalui Giat MARA untuk kerja-kerja baik pulih dan pemasangan pendawaian elektrik di madrasah dan maahad tahfiz. Untuk keselamatan penghuni madrasah, kelulusan keselamatan dari pihak Bomba merupakan pra syarat bagi sebuah premis didaftarkan sebagai madrasah atau maahad tahfiz.
Soalan daripada ADUN Lenggeng berhubung dengan masjid menjadi pusat masyarakat kepada, masyarakat yang susah. Kerajaan Negeri berusaha menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan umat menjelang 2024. Pusat yang dihasratkan ini merangkumi pusat aspek pendidikan dan kebajikan. Bagi merealisasikan hasrat ini, aktiviti pembangunan pendidikan di 294 buah masjid di negeri ini masih berjalan, malah dipergiatkan lagi dengan usaha-usaha pendidikan secara tidak langsung. Kelas pengajian takmir sedia ada akan dikekalkan dan akan tambah baik melalui pelantikan guru-guru yang berusia muda yang lebih berkualiti dalam penyampaian. Masjid juga menjalankan aktiviti latihan ilmiah secara one off atau menghantar anak kariah menyertai program yang bersesuaian.
Manakala bagi inisiatif dari aspek kebajikan, terdapat masjid-masjid menjadi pusat pengedaran barang keperluan asnaf. Lebih daripada itu, masjid di negeri ini telah memulakan inisiatif untuk mewujudkan program Gerobok Rezeki, konsep yang mengumpulkan barang-barang keperluan asas daripada orang perseorangan ataupun agensi, boleh diakses oleh mana-mana anak kariah yang mengalami kesempitan hidup. Di samping itu juga masjid yang berkemampuan sentiasa bersedia untuk membantu anak kariah yang susah dai masa ke semasa. Di samping itu, terdapat beberapa program yang dilaksanakan oleh pihak masjid seperti koperasi masjid, Sekolah Agama Rakyat, Maahad tahfiz, tadika, tadika, tusyen, klinik wakaf, dapur asnaf, butik wakaf dan khairat kematian. Okay.
Lain, berhubung dengan, sikit je lagi, pendidikan, bantuan sekolah-sekolah. Pada tahun 2017, P50 yang dibelanjakan untuk membantu sekolah adalah 1.939 juta, P56 – 227,000.00 dan DK (Dana Khas) ya, 154,000.00. Berjumlah 2.370 juta ya. Bagi bantuan pendidikan sekolah pada 2018 sebanyak, P50 yang dibelanjakan untuk sekolah sahaja 1.191 juta, P56 – 4.46 ratus ribu, DK – 212,000.00 sorry, DK – 2.12 juta. Menjadi 3.650 juta. Jadi, daripada 2017 kita telah naikkan bantuan
menjadi 1.3 juta ya, untuk membantu sekolah-sekolah yang memohon kepada Pejabat Menteri Besar. Dan inshaa Allah, kita akan teruskan usaha ini bagi memastikan kelangsungan membantu sekolah-sekolah yang memerlukan inshaa Allah ya, jadi kita harap ya, kita tambah ya. Begitu juga dengan bantuan-bantuan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke universiti kita bagi untuk ijazah – 1,000.00, Diploma – 750.00, sijil – 500.00 ringgit, yang mana kita, tahun lepas kita telah membelanjakan lebih daripada 3 juta ringgit, sebelum tu 2 juta saja. Jadi inilah yang kita lakukan dan inshaa Allah, kita akan teruskan bagi memperkasakan anak Negeri Sembilan dalam bidang pendidikan dan kita nak lihat bahawa kecemerlangan ini akan membantu Negeri Sembilan pada masa akan datang.
Dan saya ucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada ADUN-ADUN yang bertanya, kepada semua yang telah terlibat menjayakan ucapan usul menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih kepada EXCO-EXCO yang membantu menjawab soalan-soalan dan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Dan, itu saja Dato’ Dipertua, terima kasih.
Yang Amat Berhormat …..
Terima kasih kepada …..
….. Sikamat. Saya …..
….. Yang …..
….. nak dapatkan penjelasan sikit mengenai Gemencheh. Gemencheh, isu Gemencheh belum dijawab.
Dah habis dah jawab dah. Pasal apa tu?
Ada 2 isu. Yang pertama mengenai pembalakan di Hutan Simpan Kekal Gunung Tampin kat Tebong. Yang kedua, apa dia? Ada keluar paper? Ni soalan. Yang kedua, yang kedua mengenai status EXCO Kebudayaan, Adat Istiadat.
Terima kasih, saya, saya jawab soalan tersebut. Mengenai dengan hutan tersebut adalah merupakan hutan di bawah Yayasan yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu di mana kita menebang adalah tebangan terpilih. Hanya pokok-pokok yang diameter dia tertentu saja ditebang. Dan penebangan ini adalah penebangan terpilih dan kita yakin bahawa dia tidak akan menjejaskan masalah eko di, ekosistem di tempat tersebut, inshaa Allah. Dan ini adalah untuk tujuan Yayasan Negeri Sembilan yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu. Kita teruskan saja.
Yang mengenai soalan EXCO ya, kita sedia maklum bahawa, semua maklum bahawa dia menghadapi masalah kesihatan dan kita berilah masa sedikit. Kenapa kita perlu, saya rasa dulu pun ada EXCO kita yang sakit, saya tak pernah, Menteri Besar kita dulu pun masalah, saya pun sendiri ada masalah kesihatan ketika itu. Kita beri masa kepada mereka supaya sembuh. Inilah tanggungjawab kita. Kenapa kita nak pertikaikan. Kita tahu ya, dia ada masalah, kita cubalah berdoa untuk kebaikan dia bukan kita …..
Saya sokong Yang Amat Berhormat.
….. kita ya …..
Saya sokong.
Cuma janganlah kita suruh dia, saya rasa kadang-kadang saya sedih sebab kita tak tahu kita, bila kita pulak ya, Menteri Besar dulu pun, mantan dulu pun ada masalah, saya pun ucap, SMS dia saya cakap, ucap cepat sembuh. Hari itu pun saya kena, saya pun rasa bagaimana apabila kita sakit, EXCO yang lain pun dulu pun ada. Jadi kita sentiasa berdoalah, kita sebagai satu keluarga, saya rasa perlu untuk kita sentiasa berdoa …..
Saya …..
Dalam per, pandangan itu, biar kita berbeza, itu adat, tetapi dalam untuk kesihatan …..
Sikit saja.
….. untuk keluarga kita …..
Sikit saja.
….. untuk masyarakat kita, saya rasa …..
Sikit saja, sikit saja.
….. kita dapat …..
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Amat Berhormat. Kita pun sentiasa mendoakan semua rakan kita …..
Dah dah cukuplah duduk, duduk.
….. diberikan kesihatan yang baik.
Duduk.
Cuma cuma cuma, tugas beliau sebagai EXCO adat istiadat dan kebudayaan ini amat penting ya. Kena ada, bagi saya perlulah, perlu diambilkan sesuatu.
Ya, tugas beliau sekarang, alhamdulillah, beliau mulai pulih dan alhamdulillah saya sentiasa memberi sokongan kepada beliau untuk cepat pulih. Dan saya kadang-kadang saya wakilkan kepada EXCO-EXCO lain untuk mereka membantu dan saya sendiri pun cuba membantu beliau dan tak ada masalah. Jadi, ini yang harus kita ada sebenarnya ya. Kita, yang, kita jangan kita paksa, kita, kita menyatakan yang bukan-bukan. Kerana bagi saya, tidak moleklah ya, untuk kita berpandangan ataupun memberi tekanan. Kerana baru beberapa bulan ya, beliau tak sihat. Dan kalau beliau sihat selepas ni, mungkin beliau akan lebih baik daripada kita …..
Bukan beberapa bulan Yang Amat Berhormat. Sidang yang lepas, tak hadir pun.
Yang lepas memang dia tengah sakit. Ni dia dah mula sembuh …..
Dulu dia hadir …..
Dulu dia hadir, hari ni dia tak hadir.
Gemencheh. YB Gemencheh …..
Itulah saya cakap kesihatan ini …..
Saya ingat, saya ingat saya tak nak panjangkan, perkara yang lain …..
….. perkara yang sensitif ya …..
….. kita tengok macam mana.
Kesihatan ni perkara sensitif. Kita tak kena, kita memang kita boleh cakap macam-macam. Apabila kita kena, baru kita tahu.
Saya pun sakit, saya pun sakit dulu, tapi dah sihat.
Ya, saya doakan cepat sembuh.
Saya faham yang tu. Kita bersama mendoakan.
Ya, jadi kita faham. Yang tu kita ada, ada EXCO-EXCO lain yang boleh membantu inshaa Allah. Terima kasih.
Okay terima kasih.
Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua, sikit saja. Saya rasa ADUN Lenggeng dia sihat. ADUN Lenggeng sihat.
Saya setuju Dato’ Dipertua, saya setuju.
Yang Berhormat jangan api-api.
You cuba pasang api-api oo.
Jangan api-api. YB ADUN …..: Dato’ Yang Dipertua.
Apo kono mengono Longgeng dengan Pilah tu?
Ada apa?
Dah dah dah, duduklah duduklah. Saya tak mahu dengar dah.
Ada satu soalan tadi tak dapat penjelasan.
Duduk duduk duduk.
….. ada penjelasan.
Dah dah dah, penjelasan banyak sangat ni.
….. pasal Felcra Rompin. Masyarakat di Felcra Rompin.
Berhubung dengan Felcra Rompin, inshaa Allah selepas kes FELDA diselesai, inshaa Allah dalam 2 minggu ke sebulan ini, akan ada pengumuman penting daripada Menteri Ekonomi, inshaa Allah. Saya dimaklumkan lalu …..
Okay. Terima kasih Yang Amat Berhormat, saya tak nak panjangkan …..
Dato’ Yang Dipertua, yang apa ni, bantuan awal persekolahan untuk Felcra tu ada tak dibayar untuk tahun 2019 ini? Felda dah terima, yang ini, saya dengar bantuan dah bayar.
Bantuan persekolahan itu kita dah bagi dah. Rasanya ada yang double pun, sebab saya nak kena semak balik.
Okay.
Okay. Terima kasih.
Kerana yang felda kita dah dapat.
Felcra tu kita hantar, yang kita hantar, kita hantar sendiri ke FELCRA. Yang keduanya mereka menuntut di sekolah ya. Jadi, mungkin ada pertindihan di situ.
Saya ingat …..
Dato’ Dipertua, satu lagi. Yang Amat Berhormat, peruntukan …..
….. yang kesihatan, tentang ADUN Pilah …..
Gemas apa lagi?
….. kita pun sama-samalah doakan, doa agar dia …..
….. satu satu, semua satu …..
Okay Yang Amat Berhormat, saya nak bertanya, tentang peruntukan kebudayaan. Ada khusus untuk kebudayaan saja. Sebab saya kata, saya melihatkan Negeri Sembilan ini sebagai sebuah, sebagai sebuah negeri yang beradat, jadi untuk memperkasakan adat ni, kesinambungan antara Muzium dan Kebudayaan perlu di-highlight-kan dan kita kalau boleh biarlah peruntukan satu tu untuk Muzium, satu untuk Kebudayaan. Jadi kalau boleh, dua-dua naik ni, alhamdulillah nampak negeri kita sebagai negeri beradat.
Terima kasih. Alhamdulillah, kita buat masa ni kita peruntukan untuk adat dan, itu kita letak di bawah Muzium. Dan kalau pihak Muzium mungkin ada permohonan daripada Kebudayaan, mungkin tak ada masalah. Dan kita inshaa Allah, kalau rezeki kita lebih tahun hadapan, kita akan buat kedua-duanya sekali. Inshaa Allah.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian …..
Dato’ Speaker, saya ada cadangan satu lagi.
Cukup cukuplah.
Ada satu je, sebab hari tu …..
Kang lopeh ni ado satu lagi, saya tak mahulah, satu satu semua ……
Saya, ni saya dah kemukakan untuk kesejahteraan rakyat.
Apa benda, cepat.
Untuk itu, semalam saya mengemukakan mohon peruntukan khas ya, bagi pembaikan rumah-rumah uzur ni ya, khususnya kepada masyarakat kita yang berpendapatan rendah terutama bagi mereka yang menerima bantuan JKM ini mereka ada rumah, tetapi kadang-kadang rumah dia tu terlalu uzur ya, zinknya, dindingnya. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat menyediakan satu peruntukan khas untuk membaik pulih rumah-rumah uzur ni. Terima kasih.
Untuk peruntukan ini memang ada ya, jadi saya mohon ya, dikemukakan kalau ada rumah-rumah yang uzur, ya, yang memang memerlukan pem, apa, pembaikan ya, pemulihan, kita memang ada peruntukan tersebut di bawah baik pulih rumah luar bandar. Dan kita juga ada P56 yang rasa, saya rasa pun bolehlah dibelanjakan untuk tujuan tersebut ya, P56 tu guno untuk tulah ya, terima kasih.
Terima kasih, sebab dalam soalan bertulis saya, saya dijawab tidak ada peruntukan. Itu yang saya kemukakan semula, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri; ADUN Sikamat merangkap Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul menjunjung kasih Titah ucapan Diraja telah pun selesai. Dan kita dah ada ca, ada, telah dicadang ya dan disokong. Kemudiannya telah dibahas dan telah pun mendapat jawapan pada pihak Kerajaan. Ahli-ahli Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang berkecuali? Haa bagus. Hari ni saya dapat undi semua ya, haa baguslah, bolehlah saya belanja minum lepas ni. Nanti tuan tunggu ya. Usul ini diluluskan ya.
[Keputusan undian: semua ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Usul KeduaMotion
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mengarahkan Jawatankuasa Terpilih untuk melaksanakan tugas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan”.
Perkara kelima, Usul Kedua. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul bahawa Dewan ini mengambil ketetapan mengarahkan Jawatankuasa Terpilih untuk melaksanakan tugas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah, sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. Tak ada yang bahas? Kalau tak ada, setuju semualah ya.
Pembetulan, saya kena baca dulu. Cepat. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izin saya memberi penerangan kepada ahli-ahli yang mengenai cadangan mendapatkan ketetapan Dewan yang mulia ini, mengarahkan Jawatankuasa Terpilih untuk melaksanakan tugas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara asasnya tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Terpilih mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan
Kerajaan Negeri Sembilan ini secara ringkasnya dinamakan NS-CAT. Antara lainnya adalah bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan dalam tadbir urus Kerajaan Negeri. Ketetapan ini juga adalah selaras dengan teras utama Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan iaitu mengamalkan sebuah Kerajaan yang bertunjangkan prinsip pentadbiran berintegriti dalam memastikan pihak-pihak bertanggungjawab sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan berintegriti tinggi dalam pengurusan dan pentadbiran khususnya berkaitan kewangan secara berhemah dan tiada ketirisan dan mengelakkan pembaziran serta penyalahgunaan kuasa.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar fungsi dan tugas yang diamanahkan kepada jawatankuasa ini juga menjadi satu mekanisma check and balance oleh Dewan yang mulia ini yang mewakili suara rakyat dengan peranan yang seharusnya dijalankan oleh anggota eksekutif melalui pengurus-pengurus dan pentadbir-pentadbir di bawah ja, di semua jabatan dan agensi Kerajaan. Memandangkan peranan dan tugasan ini adalah pertama kali dicadangkan, untuk dijalankan oleh Jawatankuasa Terpilih sedia ada, yang telah dilantik keahliannya melalui Dewan yang mulia dalam persidangan 17 Disember tahun 2018 yang lalu. Sudah pasti perkara-perkara asas yang perlu diambil kira termasuk fungsi, skop, kaedah pelaksanaan dan sebagainya yang perlu diambil kira oleh jawatankuasa ini.
Sehubung dengan itu, Dewan yang mulia ini juga dipohon untuk mempertimbangkan ketetapan bahawa jawatankuasa ini diberi peranan yang luas termasuk menentukan kaedah dan prosiding siasatan secara terbuka supaya rakyat dapat mengikuti proses siasatan awam ini dengan lebih telus dan saksama. Walau bagaimanapun, Dewan yang mulia ini dipohon untuk menyerahkan kepada jawatankuasa ini untuk menentukan kaedah pelaksanaan proses siasatan awam ini dengan mengambil kira pandangan-pandangan dan membuat sesi penanda aras agar semua pihak berkaitan dapat memberi input, dengan izin, dalam melicinkan bagi perjalanan proses tersebut.
Secara dasarnya, jawatankuasa ini masih tertakluk kepada tatacara sebagaimana yang diperintah dan ditetapkan dalam Peraturan XXVII Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan. Dewan yang mulia ini juga dipohon untuk melantik Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Terpilih bagi keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan ini, bagi mengetuai ahli jawatankuasa sedia ada dipilih iaitu pertama, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan; ADUN Sri Tanjung, Yang Berhormat
ADUN Lenggeng, yang ketiga Yang Berhormat ADUN Chuah, yang keempat ADUN Rahang, yang kelima ADUN Johol dan yang keenam ADUN Palong. Sekian Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Terima kasih. Ada, saya tak bagi banyaklah, ada nak sokong, ada nak bahas, saya bagi 2 ye satu daripada ni, Kerajaan, siapa nak bahas.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kebenaran untuk saya membahas sedikit dalam usul untuk menetapkan satu Jawatankuasa Terpilih dalam menjalankan tugas memantau perjalanan ketelusan di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Saya cuma berharap, Dato’ Yang Dipertua, jawatankuasa yang kita pilih ini jangan sehinggakan menganggap bahawa kita tidak lagi mempercayai kakitangan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik, yang menjalankan dasar-dasar Kerajaan sendiri supaya dapat melaksanakan apa pun aspek pembangunan yang direncanakan oleh pihak Kerajaan.
Yang kedua Dato’ Yang Dipertua, saya harap jawatankuasa ini jugak tidak melangkaui batas-batas yang sedia ada, terutamanya apabila membuat siasatan kerana pihak Kerajaan ataupun penjawat ni dia ada mengangkat akuan sumpah kerahsiaan. Jadi kita di peringkat Dewan tidaklah melaporkan apa-apa pun siasatan kita ni kepada umum, kecuali dibentangkan ke dalam Dewan ini balik semula. Dan jawatankuasa terpilih, Dato’ Yang Dipertua, ada jugak clause yang menyatakan bahawa di kalangan jawatankuasa ni terdiri daripada pihak Kerajaan dan jugak daripada pihak pembangkang. Jadi walaupun 6 Jawatankuasa Terpilih yang kita pilih dulu, pada bulan 12, terdiri 4 terdiri daripada Kerajaan 2 daripada pihak pembangkang. Tetapi mengikut tatacara, tatatertib aturcara Dewan kita itu ialah kalau yang tak bersetuju tu, boleh jugak menyatakan ketidak setujuannya dalam bentuk tulisan dan tulisan itu diserahkan kepada jawatankuasa dan disertakan bersama semasa pembentangan dalam Dewan kita ini. Jadi dengan adanya perkara-perkara seperti ini, saya ingat jawatankuasa terpilih ini dapat menjalankan tanggungjawabnya yang baik, sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak Kerajaan. Itu harapan kami
bahawa jawatankuasa ini dapat menjalankan tanggungjawabnya yang baik dan dilaporkan kepada Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasakan bahawa kita telah menyatakan bahawa bagaimana perkara ini akan dilaksanakan adalah diserahkan kepada jawatankuasa. Jawatankuasa bincangkan kaedah yang terbaik untuk pelaksanaannya. Dan kita berharap juga dapat melihat bagaimana dia dapat berfungsi dengan lebih, lebih baik. Dan seperti yang dimaklumkan tadi oleh Yang Berhormat Kota, kita rasa bahawa pandangan-pandangan tersebut akan kita ambil kira dalam perkara tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun dicadang dan disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Berkecuali? Nampaknya bilangan yang setuju lebih ramai daripada berkecuali ya, kita, usul ini diluluskan.
[Keputusan undian: semua ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju, manakala semua ahli Yang Berhormat pembangkang berkecuali]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau, YB Seri Menanti, YB ADUN Linggi dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Usul KetigaMotion
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilhan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT)”.
Perkara keenam, Usul Ketiga. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah (JP-PADAT). Izinkan saya memberi penerangan kepada Ahli-ahli Dewan yang mengenai cadangan men, mendapatkan ketetapan Dewan ini
berhubung dengan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah atau dikenali sebagai JP-PADAT.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara asasnya jawatankuasa ini berperanan untuk memeriksa, memantau serta mengawal selia pengurusan dan pentadbiran di semua Pejabat Daerah Tanah seluruh Negeri Sembilan termasuklah apa-apa kira, apa-apa kira-kira atau segala urusan pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah yang dibentangkan dalam Dewan, apa-apa perkara berkaitan Pejabat Daerah Dan Tanah dalam Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan selepas diperiksa oleh Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan. Yang ketiga, apa-apa perkara berkaitan dengan Pejabat Daerah Dan Tanah yang difikirkan oleh jawatankuasa ini patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diarahkan atau diserahkan oleh Dewan yang mulia ini kepada jawatankuasa ini.
Secara dasarnya, jawatankuasa ini dilantik di bawah Peraturan XXVII, Jawatankuasa Terpilih dan tertakluk kepada tatacara sebagaimana yang diperintah dan ditetapkan di bawah Peraturan XXVII Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan yang mulia ini. Dewan yang mulia ini juga seterusnya dipohon untuk melantik Ahli Yang Berhormat berikut untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Tanah seperti berikut: Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua; ADUN Sri Tanjung, Yang Berhormat ADUN Lenggeng, Yang Berhormat ADUN Lobak, Yang Berhormat ADUN Temiang, Yang Berhormat ADUN Rahang, Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang dan Yang Berhormat ADUN Gemencheh. Sekian Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah, sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahas. Seperti tadi, saya mintak seorang daripada apa, Yang Berhormat, satu lagi, dan jawapan daripada pihak Kerajaan. Kota.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi …..
Popular hari ni, 2 kali.
….. saya bangun untuk berbahas dalam usul yang dibentangkan ini. Sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya meminta bahawa jawatankuasa yang dicadang dan dilantik nanti supaya berhati-hati, kita mengadakan jawatankuasa ini sebenarnya bukan kita nak menidakkan jawatankuasa, perkhidmatan awam, perkhidmatan awam kita, tetapi kita cuma nak buat check and balance, dan dapatlah dilaporkan di peringkat Dewan yang mulia ini. Tadi jugak saya dah nyatakan bahawa kerahsiaan ini amat penting, sebab ni, penjawat, penjawat awam kita ada angkat sumpah, jadi kita ni, jawatankuasa ni kita tak tahu, saya belum tahu lagi, tapi saya mintak kalau boleh jawatankuasa ini juga, kalau diarahkan bertugas nanti ataupun menjalankan tugas nanti, jugak mempunyai proses yang sama supaya kerahsiaan itu tidak dapat dilaporkan kepada luar terutamanya zaman sekarang ni zaman sosial media mengatasi yang lainlah. Baru kita bercakap dalam Dewan ni pun, orang luar dengar. Jadi, saya harap dalam apa pun siasatan, biarlah telus supaya kerahsiaan itu dijaga, integriti penjawat awam kita tu kita sama-sama tangani. Dan bila dilaporkan, kita laporkan secara jelas dan terang, telus di dalam Dewan ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota. Dan kita pun telus, ni secara langsung ya, boleh dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia. Silakan Yang Berhormat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya merakamkan ribuan terima kasih atas pandangan bahawa inilah yang penting bagi kita untuk, sebenarnya penubuhan jawatankuasa ini bukan untuk mencari salah ataupun untuk mencari kelemahan. Tapi sebenarnya untuk memperbaiki dan men, sentiasa memastikan bahawa harapan rakyat itu dapat di, kita buat dengan baik. Kerana itulah jawatankuasa ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa, seperti yang dikatakan tadi, check and balance dapat dijalankan. Di samping itu juga kita mengharapkan bahawa pembaharuan-pembaharuan di pejabat kita dengan adanya reformasi-reformasi yang baru ini, dalam pentadbiran supaya dapat dilaksanakan dengan baik tanpa ada kelam, perkara-perkara yang tidak diingini. Dan saya berharap bahawa dengan penubuhan jawatankuasa ini, siasatan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat DUN Kota, memang seharusnya dilakukan secara yang sulit dan maksud dia tidak boleh, kerahsian itu harus yang paling utama dan tidak boleh disebarkan begitu sahaja. Dan siapa yang duduk
dalam jawatankuasa ini harus mempunyai integriti yang tinggi bagi memastikan tidak ada kebocoran kerahsiaan. Jadi saya harap perkara tersebut juga akan menjadi intipati dalam penyediaan rangka, rangka bagaimana kita nak melaksanakan usul ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Usul ini telah pun dicadang dan disokong serta dibahas, telah pun mendapat jawapan dari pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Berkecuali? Okay. Usul ini diluluskan dengan bilangan setuju ramai ya.
[Keputusan undian: semua Ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju, manakala semua Ahli Yang Berhormat pembangkang berkecuali]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Labu, YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Linggi dan YB ADUN Gemenceh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Usul KeempatMotion
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT)”.
Perkara ketujuh, Usul Keempat. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, saya bangun mengemukakan usul bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuh, menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT). Izinkan saya untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Dewan mengenai cadangan mendapatkan ketetapan Dewan yang mulia berhubung dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan atau dikenali sebagai JP-PBT.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara asasnya jawatankuasa ini berperanan untuk memeriksa, memantau serta mengawal selia pengurusan dan pentadbiran semua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Sembilan termasuklah apa-apa kira-kira dan segala urusan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan yang dibentangkan di dalam Dewan. Apa-apa perkara berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam laporan-laporan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang
dibentangkan dalam Dewan menurut Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutuan, selepas diperiksa oleh Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan. Yang ketiga, apa-apa perkara berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang difikirkan oleh jawatankuasa ini patut diperiksa atau apa-apa perkara yang diarahkan, dan diserahkan oleh Dewan yang mulia ini kepada jawatankuasa ini
Secara dasarnya jawatankuasa ini dilantik di bawah Peraturan XXVII Jawatankuasa Terpilih, dan tertakluk kepada Tatacara bagaimana yang diperintah dan ditetapkan dalam Peraturan XXVII Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan ini. Dewan yang mulia ini juga seharus, seterusnya dipohon untuk melantik Ahli-ahli Yang Berhormat berikut untuk menjadi Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan seperti berikut: Yang Berhormat Dato yang Dipertua Dewan, kedua Yang Berhormat Dewan, ADUN Seremban Jaya, yang ketiga ADUN Chuah, yang keempat ADUN Rahang, yang kelima ADUN Temiang, yang keenam ADUN Jeram padang dan yang ketujuh ADUN Kota. Sekian, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan sokong, sekarang dikemukakan untuk dibahas. Saya mintak seorang je.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya bangun untuk bahas secara ringkas. Saya ucap terima kasih, saya dengar tadi ada ADUN Kota pun dimasukkan. I’ll make sure, dengan izin, Tuan Yang Dipertua, buat kerja baik-baik …..
Inshaa Allah.
….. tapi saya jugak nak nyatakan di sini, kita tak ada grudge ataupun rasa tak puas hati dengan pegawai kita. Saya ingat kita berjaya ya, negara kita berjaya, negeri kita berjaya ni kerana penjawat awam yang menjalankan tanggungjawab dengan baik. Tapi jawatan kuasa ni ditubuh jugak adalah kerana untuk hanya memberikan pandangan untuk memperbaik apa saja kelemahan yang ada, tanpa menjejaskan prestasi penjawat awam tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kita tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh penjawat awam di Negeri Sembilan. Dan kita lihat bahawa kejayaan-kejayaan yang dikecapi adalah sumbangan daripada penjawat yang telah mencurahkan bakti kepada Kerajaan Negeri pada hari ini. Dan kita, penubuhan ini bukan untuk yang saya katakan awal tadi, bukan kita nak mencari salah, bukan kita nak mencari siapa yang harus bertanggungjawab, tetapi untuk memperbaiki peranan kita yang sebenarnya ya. Dan kita harap bahawa jawatankuasa ini dapat menyemak apa-apa laporan yang diberikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Usul ini telah pun dicadang dan disokong, serta dibahas, telah pun dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang berkecuali? Usul ini diluluskan dengan majoriti.
[Keputusan undian: semua ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju, manakala semua ahli Yang Berhormat pembangkang berkecuali]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Labu, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Usul KelimaMotion
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS)”.
Perkara kelapan, Usul Kelima. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat (JP-ABAS). Izinkan saya untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli dengan, Ahli Dewan mengenai mendapatkan ketetapan Dewan yang mulia ini berhubung dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat atau dikenali sebagai JP-ABAS.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara asasnya jawatan kuasa ini berperanan untuk memeriksa, memantau serta mengawal selia pengurusan dan pentadbiran semua Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri termasuklah apa-apa kira-kira dan segala urusan pentadbiran Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan yang dibentangkan di dalam Dewan. Apa-apa perkara berkaitan dengan Agensi, Badan Berkanun, Anak Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut Perkara 107(2) Perlembagaan Persekutan, selepas diperiksa oleh Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan. Yang ketiga, apa-apa perkara berkaitan dengan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan yang difikirka oleh jawatan kuasa ini patut diperiksa, atau apa-apa perkara yang diarahkan dan diserahkan oleh Dewan yang mulia ini kepada jawatankuasa ini.
Secara dasarnya, jawatankuasa ini dilantik di bawah Peraturan XXVII (Jawatankuasa Terpilih) dan tertakluk kepada tatacara sebagaimana yang diperintah dan ditetapkan dalam Peraturan XXVII Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan yang mulia. Dewan yang mulia ini juga seterusnya dipohon untuk melantik ahli jawatan, ahli-ahli Yang Berhormat berikut dengan menjadi ahli Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan seperti berikut: pertama Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat ADUN Lenggeng, Yang Berhormat ADUN Lobak, Yang Berhormat ADUN Mambau, Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya, Yang Berhormat ADUN Linggi dan Yang Berhormat ADUN Gemas. Sekian, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Saya mohon, sokong.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut..
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang, dan disokong sekarang dikemukakan untuk dibahas. Saya beri seorang je. Mana …..
Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Macam tadi yolah Dato’ Dipertua.
Sama, kami tak ada masalah cuma sekali lagi saya harap cuma ada clause mengatakan laporan, laporan itu mungkin, kalau berbeza pendapat daripada jawatankuasa, setiap orang boleh membenarkan secara bertulis dan dilaporkan dalam Dewan …..
Okay.
….. saya ucap terima kasih kerana benarkan kami sekurang-kurangnya ambil sedikit pandangan dalam pembentukan usul, pembentukan dalam Jawatankuasa Terpilih ini. Terima kasih.
Silakan.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengu, mengu, mengucapkan ribuan terima kasih atas pandangan tersebut. Dan kita akan mengambil kira pandangan tersebut. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini telah pun dicadang dan disokong, dibahas, telah pun dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Usul ini diterima dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju, manakala semua ahli Yang Berhormat pembangkang berkecuali]
[YB ADUN Pilah, YB ADUN Labu, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Rang Undang-UndangBill
9.1 Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
[Bacaan kali pertama]
Perkara kesembilan, Rang Undang-Undang. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 dibacakan bagi kali pertama. Sebelum saya mencadangkan bacaan kali kedua, Rang Undang-Undang ini, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai Rang Undang-Undang ini dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Oh, sokong dulu.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibacakan bali, bagi kali yang kedua, Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2019 ini dibentangkan bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertauan Besar Negeri Sembilan, Yang Teramat Mulia Dato’-Dato’ Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin, yang kemudiannya telah dipersetujui dengan keputusan sebulat suara oleh sekalian ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada mesyuarat bil. 239 untuk memperkenalkan Rang Undang-Undang ini bagi memperkasa dan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan Undang-Undang Islam seterusnya bagi meningkatkan syiar Islam Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pembentangan Rang Undang-Undang bertujuan untuk meminda Enakmen Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, Enakmen No. 11 Tahun 2003, seperti berikut, pertama Fasal 1 Rang Undang-Undang mengandungi tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasaan enakmen yang dicadangkan. Yang kedua, Fasal 2 enakmen dicadangkan bertujuan meminda seksyen 2 Enakmen No.11/2003 untuk memasukkan tarif baru waris lelaki mengikut tertib
asabah dan faraid berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan dalam Fasal 7 oleh Rang Undang-Undang ini dan juga pindaan Jadual kepada Enakmen No.11/2003.
Yang ketiga, Fasal 3 Rang Undang-Undang bertujuan meminda Seksyen 18 Enakmen No.11/2003 memberi Hakim Mahkamah Syariah kuasa menguruskan permohonan mana-mana mualaf untuk berkahwin di bawah Enakmen 11/2003, jika dia tidak berpuas hati bahawa sijil, bahawa perkahwinan sivil mualaf itu telah pun dibubarkan oleh Mahkamah Sivil di bawah Subseksyen 51(1) Akta Perbaharui Undang-Undang Perkahwinan Dan Perceraian 1976 (Akta 154).
Yang keempat, Fasal 4 Rang Undang-Undang bertujuan untuk memotong Subseksyen 46(2) Enakmen No.11/2003 untuk menjadikan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 selaras dengan cadangan pindaan kepada Akta 164 yang memberi Mahkamah Sivil kuasa mendengar petisyen untuk membubarkan perkahwinan satu pihak kepada suatu perkahwinan sivil yang telah memeluk Islam, memeluk agama Islam.
Yang kelima, Fasal 5 Rang Undang-Undang bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 47A ke dalam Enakmen No.11/2003. Seksyen yang dicadangkan itu menghendaki akuan berkanun disertakan semasa permohonan bagi perceraian selain perceraian melalui talak. Dengan cadangan pindaan ini, seorang suami atau isteri yang berhasrat untuk bercerai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk perceraian kepada mahkamah beserta dengan suatu akaun berkanun yang mengandungi butir-butir yang tertentu untuk pertimbangan mahkamah.
Yang keenam, Fasal 6 Rang Undang-Undang bertujuan untuk meminda Seksyen 58 Enakmen No.11/2003 berkaitan muta’ah ataupun saguhati kepada isteri yang diceraikan tanpa apa-apa sebab yang patut. Pindaan yang dicadangkan ini menghendaki mahkamah untuk mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memerintah suami membayar sejumlah wang adil dan patut mengikuti hukum syarak.
Fasal 7 Rang Undang-Undang bertujuan meminda Seksyen 73(2) Enakmen No.11/2003 bagi memperjelas bahawa waris lelaki yang berkemampuan mengikut tertib asabah dalam faraid yang disebut dalam Jadual yang dicadangkan bertanggungjawab menanggung nafkah anak selepas berlaku apa-apa perceraian.
Yang kelapan, Fasal 8 Rang Undang-Undang bertujuan untuk meminda Seksyen 135 No.11/2003 untuk memperuntukkan punca kuasa untuk
membuat kaedah berkaitan prosedur permohonan perkahwinan di bawah umur Mahkamah Syariah bagi memastikan yang melibatkan pasangan bawah umur yang ditetapkan di bawah Enakmen No.11/2003 dikawal selia dengan jelas. Yang kesembilan, Fasal 9 Rang Undang-Undang bertujuan untuk meminda Jadual Enakmen No.11/2003.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, demikianlah penerangan ringkas mengenai Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 dan telah, dan saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menca, menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua dan mendapat sokongan. Oleh itu seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Silakan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebaiknyalah apabila kita membuat pindaan, sebaiknya ya, kita patut lampirkan enakmen ibu ni baru kita boleh jelas keseluruhannya enakmen ni sebenarnya. Saya rasa Dato’ Dipertua tak jelas baca ni kan? Kecuali ada enakmen asal ni kan. Tapi tak apalah, kita tak dibekalkan enakmen asal ni, jadi kita terus pergi kepada pindaan dia, jadi kita agak keliru ya kalau tak tahu dia punya, apa sebenarnya tercatit dalam enakmen asal kecuali perkara-perkara yang dipinda.
Apa pun saya berpandangan bahawa, saya yakin bahawa pindaan ini, ini adalah untuk memperkasakan lagi enakmen, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam sebab memang banyak ya, kes-kes yang, yang berlaku, yang ada ruang-ruang di mana pihak-pihak yang, suami atau isteri yang teraniaya disebabkan oleh ruang-ruang ataupun kita panggil loopholes dari segi perundangan. Oleh itu saya yakin sebenarnya ya, mengenai kita perlu penambahbaikan kepada enakmen asal walaupun enakmen asal ni tak dibekalkan hari ini. LA, memang tak provide ya? Memang tak provide enakmen asal? Haa jadi itulah sikit kekurangan Dato’ Dipertua. Tapi saya yakin, penambahbaikan ini perlu khususnya ia meng, melibatkan kepentingan-kepentingan pihak isteri ya, selepas berlaku perceraian. Saya rasa diperkukuhkan lagi di bawah ni,
pindaan-pindaan yang dibuat ni. Jadi saya rasa ini satu pindaan yang wajar untuk kita pertimbangkan. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Saya persilakan pihak Kerajaan untuk menjawab.
Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya apa, apa Rang Undang-Undang, apa Rang Undang-Undang yang asal memang tidak menjadi kewajipan untuk dibekalkan. Tapi inshaa Allah pada masa akan datang kita akan perbaiki, kita akan beri salinan yang asal. Jadi saya rasa seperti kata Yang Berhormat Juasseh menyatakan bahawa ini adalah untuk mening, memperbaiki. Dan kita harap bahawa usaha ini adalah untuk memperkasakan ya, untuk memperkasakan lagi Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 ini merupakan satu, satu pindaan yang untuk memberikan hak kepada rakyat dia supaya dia adil. Dan inilah yang kita harapkan bahawa Rang Undang-Undang ini dapat diterima dan dapat diluluskan pada petang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-Undang ini telah dibahas dan telah dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Berkecuali? Terima kasih semua bersetuju, Rang Undang-Undang dibacakan sekarang bagi kali kedua.
[YB ADUN Paroi, YB ADUN Labu, YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang mengambil keputusan berkecuali]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan ini bersidang secara jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Berkecuali? Ada ya. Dewan bersidang secara jawatankuasa. Dah.
[YB ADUN Paroi, YB ADUN Labu, YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang mengambil keputusan berkecuali]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 5.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 5 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 6.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 7.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang ini.
Fasal 8.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 8 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 9.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 9 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 10.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 10 adalah sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 dimaklumkan kepada Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju kata “setuju”. Tidak? Berkecuali. Terima kasih Jeram Padang. Lebih bersetuju ya, suara bersetuju, Dewan bersidang semula. YB. Oh tak naik lagi.
[YB ADUN Paroi, YB ADUN Labu, YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang mengambil keputusan berkecuali]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 telah ditimbangkan secara, sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang berkecuali? Seorang. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[YB ADUN Paroi, YB ADUN Labu, YB ADUN Pilah, YB ADUN Rantau dan YB ADUN Linggi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Jeram Padang mengambil keputusan berkecuali]
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan persidangan kita. Persidangan ini akan disambung pada hari Isnin, 29 April 2019, bersamaan 23 Syaaban, 1440 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 6.16 petang]