Negeri Sembilan · 29 April 2019
14th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 525 turns · 27,631 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi.]
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi tulillah hi rabba, wabil islamihdina, Nabi Muhammadin rasula. Allahumma 'afini fi badani. Allaahuma 'afini fi sam'i. Allahumma 'afini fi bashari.
Yang saya kasihi, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, yang saya kasihi Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang saya kasihi Yang Berhormat – Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, hadirin dan hadirat, muslimin dan muslimat yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pagi ni, kita diberi kesihatan yang baik dan dapat bersama menyambung semula sidang kita yang kita, kita tangguhkan pada hari Jumaat yang lepas. Dan hari ini merupakan hari yang kelima kita bersidang dan saya mengharapkan semua Ahli-ahli yang Berhormat dapat mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat dan memohon kepada Ahli Yang Berhormat supaya mematuhi masa supaya kita dapat menyelesaikan agenda kita pada hari ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan melaksanakan lagi mesyuarat kita sehingga besok. Tapi saya menjangkakan kalau hari ni kita boleh, boleh apa, boleh habiskan agenda hari ini, mungkin saya nak
mintak Yang Berhormat kalau boleh kerjasama kita selesaikan hari ini. Kalau agenda hari ini selesai setengah hari, saya rasa macam boleh selesai setengah hari, saya nak selesaikan agenda besoknya dibawak ke hari ini. Ini pun saya nak dapat persetujuan Yang Berhormat semualah, ini pun saya mintak Yang Berhormat, persetujuan Yang Berhormat semua. Walau bagaimanapun, saya teruskan dulu, tengok perbahasan macam mana. Kalau agenda kita dapat selesaikan setengah hari ni, yang besoknya kita bawak hari ni, ke sebelah petang, ya. Jadi saya tak nak memanjangkan ucapan saya. Ya, saya teruskan dengan agenda seterusnya.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions
Perkara Ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ni persidangan kita, persidangan kita, dan saya terus pergi kepada soalan berikutnya ya, iaitu soalan pertama daripada Rahang.
Saya me, mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua dan kepada Yang Berhormat Rahang atas soalan tersebut. Kriteria untuk mengenal pasti seseorang individu atau sebuah keluarga di dalam golongan miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK. Sejajar dengan Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (PPPIR) Tahun 2016, Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah mengeluarkan PGK Tahun 2016 untuk dijadikan rujukan aras pengukuran status kemiskinan. Sehubungan dengan itu, mulai 2 Januari 2019, sistem eKasih telah mengguna pakai PGK Tahun 2016 menggantikan PGK Tahun 2014 dengan, dalam penentuan status kemiskinan terkini.
PGK 2016 bagi status Isi Rumah Miskin Tegar peringkat Malaysia adalah sebanyak Ringgit Malaysia 604.00 dan ke bawah (sebulan).
Manakala PGK Tahun 2016 bagi status Isi Rumah Miskin Tegar peringkat Negeri Sembilan adalah sebanyak Ringgit Malaysia 551.00 dan ke bawah (sebulan).
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan seperti Bantuan Am, Bantuan Orang Tua, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas. Statistik penerima bantuan JKM sehingga Disember 2018 adalah seramai 26,407 orang.
Antara bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan bagi mereka yang berdaftar dengan eKasih adalah seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Azam Bandar Jana Pendapatan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Projek Rezeki Tani di bawah Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan 2 Years Exit Programme di bawah JKM serta lain-lain bantuan yang berbentuk ekonomi. Semua bantuan-bantuan ini adalah tertakluk kepada peruntukan Kerajaan dari masa ke semasa. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Tambahan.
Apakah response pemohon yang sekarang perlu membuka akaun di Bank Simpanan Nasional? Dan juga adakah masalah keluarga keluarkan wang bantuan ini dari akaun bank selepas penerima meninggal dunia tanpa memberitahu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Dan juga lagi, pembaharuan tahunan, adakah penerima yang tidak hadir? Jikalau tidak hadir, apakah langkah-langkah dan tindakan pihak Jabatan Kerajaan Masyarakat mengambil?
Terima kasih atas soalan tambahan. Berkenaan dengan polisi BSN, saya, pihak kita tidak boleh jawab untuk pihak mereka. Tetapi jikalau ada kes-kes yang spesifik yang men, ada apa-apa masalah, tolong panjangkan kepada pihak JKM untuk kita santuni pihak bank tersebut.
Akaun bank yang tidak, penerima yang meninggal dunia, tapi tidak maklumkan pihak JKM. Mereka sebenarnya tertakluk kepada peraturan penerima bantuan iaitu mereka mesti memaklumkan pihak JKM jikalau penerima tersebut sudah meninggal dunia. Tetapi kita mengikut case by case basis, di mana jikalau ada keperluan, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Untuk pembaharuan tahunan, semak, kajian semula adalah dibuat setiap tahun iaitu 3 bulan sebelum bantuan tersebut laps, expire, dengan izin. Misal kata, penerima bantuan tu mula menerima bantuan pada bulan Januari, beliau terpaksa memberitahu dan mengisi borang untuk semak semula 3 bulan sebelum Januari yang akan datang. Jikalau beliau tidak berbuat demikan, then pihak JKM akan mengambil langkah-langkah yang positif iaitu menyantuni beliau melalui telefon, surat dan juga jikalau ada keperluan akan pergi menyantuni penerima bantuan tersebut. Akan tetapi jikalau penerima bantuan tersebut tidak dapat dikesan lagi, maka bantuan tersebut akan ditamatkan. Tapi ada langkah-langkah dan SOP tertentu yang diguna pakai oleh pihak JKM sebelum peneri, bantuan tersebut ditamatkan. Terima kasih.
Nak sambung sikit ya. Kalau, kalau permohonan tadi, yang, soalan tambahan lagi, ya. Kalau yang layak terima bantuan kebajikan, tapi tidak dapat membuka bank account. Ini kita tak boleh, tidak boleh cakap, ini BSN. Ini kalau dia layak, pihak KG, K, JKM kena ambil tindakan …..
Okay.
….. sebab mereka perlu wang bantuan ini. So, tindakan mesti diambilkan oleh JKM dengan Bank Simpanan Nasional.
Okay, itu daripada …..
Yang Berhormat …..
….. jawapan tadi ya?
Saya ada jawapannya, saya, saya salah faham tentang ja, soalan tadi. Sekarang saya sudah fahamlah. Jikalau dalam kes tersebut, penerima bantuan tersebut tidak dapat membuka akaun dengan BSN, maka kita ada saluran untuk memberi secara tunai. Memang kita lakukan untuk individu-individu yang tidak dapat bukak bank, mereka beri secara cash. Kita memberi bantuan tersebut secara tunai. Okay, terima kasih.
Terima kasih kepada Bukit Kepayang. Saya nak pergi kepada soalan berikutnya, Jeram Padang.
Dato’ Yang Pertua, saya mohon soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Jeram Padang berkenaan pega, pekerja kontrak SUK. Kerajaan Persekutuan melalui pembentangan belanjawan tahun 2016 telah memutuskan bahawa pegawai lantikan secara kontrak perkhidmatan iaitu Contract of Service, dengan izin, yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun boleh dilantik secara tetap berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016. Pegawai kontrak perkhidmatan Contract of Service, dengan izin, yang dimaksudkan adalah pegawai warganegara Malaysia yang dilantik sebelum atau pada 23 Oktober 2015 tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Susulan dari itu, melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 24 Januari 2018 telah bersetuju untuk menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung pelaksanaan pelantikan secara tetap kepada pegawai lantikan kontrak, Contract of Service, dengan izin, tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi pegawai Contract Of Service, dengan izin, yang dilantik selepas 23 Oktober 2015 dan pegawai lantikan Contract For Service, dengan izin, yang telah mencapai 15 tahun perkhidmatannya, pegawai boleh memohon pengisian jawatan tetap melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia dan tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan.
Jumlah kakitangan lantikan kontrak sedia ada di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan agensi negeri adalah seramai 272 orang pegawai. Berdasarkan jumlah tersebut, 250 orang pegawai terdiri daripada kaum Melayu, 3 kaum Cina, 13 kaum India dan lain-lain, 6 lain-lain kaum. Sebanyak 14 orang pegawai telah berkhidmat
melebihi 15 tahun dan 258 orang pegawai lagi berkhidmat kurang dari 15 tahun. Itu saja, terima kasih.
Soalan tambahan?
Dato’ Pertua, saya mohon izin agar nak cadangkan sedikit kerana sepatutnya hari tu, saya sebut perkara ini. Terima kasih Yang, Yang Amat Berhormat Sikamat atas jawapan ini. Saya, baru-baru ini ada iklan kekosongan untuk N19. Jika tak salah ada 80 kekosongan di peringkat Perkhidmatan Negeri dan lebih kurang 130 di peringkat Persekutuan. Jadi, ini adalah cadangan, dan saya mohon jasa baik daripada Kerajaan Negeri agar memberikan peluang yang lebih kepada yang sudah berkhidmat, yang sudah ada pengalaman yang sudah pun berkhidmat, yang saya dapat tahu daripada jawapan Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, ada 4 orang melebihi 15 tahun.
Gunakan peluang ini dan kita, saya cadangkan agar Kerajaan Negeri ini bolehlah menghantar Dato’ SS ke Putrajaya sebagai Duta Kerajaan Negeri dengan sokongan surat, bawak sokongan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat untuk memberikan peluang agar mereka yang agak lama dah khidmat dengan Kerajaan Negeri ini diserapkan ke dalam jawatan tetap. Saya bimbang kerana baru-baru ini sudah ada pekeliling yang menyatakan bahawa lebih kurang 5% daripada penjawat awam ini akan dikurangkan. Jadi, saya bimbang nanti masa-masa akan datang tak ada kekosongan atau diiklankan sebegini. Lagipun mereka ini adalah ahli keluarga kita, yang sudah lama khidmat, sudah ada pengalaman, daripada kita ambil daripada luar, kita serapkan mereka dulu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Dan pada masa yang sama, yang terlebihnya, yang jika ada baki ini, saya cadangkan supaya diberikan kepada anak Negeri Sembilan dulu. Kerana ini adalah jawatan dalam perkhidmatan negeri ini. Dan yang satu lagi, juga, ini adalah permintaan dan saya anggapkan, saya juga ingin nak nyatakan bahawa ini adalah rayuan daripada diri saya untuk diberi peluang kepada penjawat awam yang sudah lama berkhidmat di peringkat ni.
Yang berikutnya adalah saya didapat, didapati tahu bahawa saya tak begitu jelas tentang of service dengan apa ni, for service. For service ini biasanya diambil untuk tujuan khidmat bagi pihak ahli politik, khasnya bagi ahli EXCO ataupun yang lain-lain lagi. Dan saya dapati tahun ini, baru saya tahu, tu saya mohon maaf ni, kerana selama saya ada sebagai ahli EXCO pun saya tak sedar, dan saya tidak dimaklumkan, dan saya mohon agar imbuhan-imbuhan tetap yang sepatutnya diterima juga dipertimbangkan untuk diberikan kepada for service jugalah sebab kita
bayar gaji berdasarkan kepada scale ataupun gred yang telah ditetapkan. Bukan kita wujudkan scale baru bagi for service. Jadi mereka pun perlu elaun perumahan, Elaun Sara Hidup, elaun perumahan, elaun khidmat awam. Jadi, saya mohon elaun-elaun juga dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada YB Jeram Padang, bukan satu soalan, tu banyak soalan tu. Okay, kita, kita memang sedia maklum bahawa keutamaan yang kita beri kepada pekerja-pekerja yang dalam kontrak yang kita sedia maklum seramai 272 orang. Mereka kena memohon semula kepada SPA, cuma ikut prosedur. Dan kita memang sedia maklum bahawa permohonan mereka akan kita pertimbangkan, keutamaan kepada mereka. Dan di samping itu juga kita buka untuk rakyat Negeri Sembilan untuk memohon jawatan tersebut, kerana itu kita iklankan, dan kita harap bahawa ini akan membantu menim, mempertingkatkan lagi perkhidmatan ya, awam di Negeri Sembilan ini. Dan kita harap bahawa dengan adanya penambahan bilangan pekerja ini akan, bilangan kakitangan awam ini akan meningkatkan ke, kebolehan mereka untuk melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab yang ditetapkan.
Bagi soalan tambahan ya, juga mengenai ya, mengenai, itu, mengenai Contract for Service. Kita akan teliti dan kita akan semak semula. Terima kasih.
Saya, kita pergi ke soalan berikutnya. Saya persilakan YB Lobak.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak. Berkenaan tentang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Di peringkat sekolah, terdapat 6 buah Kolej Vokasional yang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang berada di Negeri Sembilan seperti berikut: pertama, di Seremban, sebuah sekolah dengan 642 murid, Jempol dan Jelebu sebuah sekolah kolej, Kolej Vokasional dengan 583 murid, di Port Dickson satu sekolah, Kolej Vokasional dengan 1,003 murid, di Kuala Pilah satu Kolej Vokasional dengan 614 pelajar dan di Rembau 2 buah Kolej Vokasional
dengan 849 pelajar. Keseluruhannya berjumlah 3,691 pelajar dengan 6 Kolej Vokasional.
Terdapat juga sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Harian yang menawarkan program kemahiran di bawah Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). 40 buah, 14 buah sekolah yang berjaya mendapat kelulusan Pusat Bertauliah Cawangan daripada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mula membuat pengambilan murid Tingkatan 4/2019 dengan pecahan berikut: di Seremban 7 buah sekolah dengan 109 orang pelajar, Jempol dan Jelebu 4 buah sekolah dengan 59 orang pelajar, Rembau 2 buah sekolah dengan 27 orang pelajar, Tampin sebuah sekolah dengan 22 orang pelajar. Dengan jumlah keseluruhannya 14 sekolah dengan 217 orang pelajar.
Di peringkat lepasan sekolah di bawah seliaan MARA, berikut adalah analisa Institut Pendidikan MARA di Negeri Sembilan sehingga 20 Mac 2019: yang pertama ialah GIATMARA Jempol dengan 78 orang pelajar, GIATMARA Teluk Kemang dengan 68 pelajar, GIATMARA Seremban seramai 49 pelajar, GIATMARA Kuala Pilah dengan dengan 68 orang pelajar, GIATMARA Pasir Besar dengan 68 orang pelajar, GIATMARA Jelebu dengan 63 orang pelajar, GIATMARA Rasah dengan 65 orang pelajar dan GIATMARA Rembau dengan 44 orang pelajar. Kita juga terdapat Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau dengan 614 orang pelajar. Dengan jumlah keseluruah pelajar sebanyak 1,117 orang pelajar.
Selain itu, berdasarkan semakan melalui laman web JPK, pada 28 April 2019, terdapat 70 Pusat Bertauliah di Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak JPK di mana pecahannya ialah, untuk di Seremban ada 4 awam dan 46 swasta, iaitu sebanyak 50 buah. Di Nilai ada 2 awam dan 5 swasta, sebanyak 7 buah. Di Port Dickson 2 awam dan 4 swasta sebanyak 6 buah. Di Jelebu 1 awam dan 1 swasta sebanyak 2 buah. Di Jempol 1 awam dengan, maknanya jumlah semuanya 1. Di Kuala Pilah hanya ada 1 awam. Di Rembau ada 1 awam. Dan Tampin ada 2 swasta. Berjumlah kesemua, keseluruhannya berjumlah 70.
Berdasarkan maklumat Malaysian Occupational of Skills Qualification (MOSQ) sehingga 31 Januari 2019, berikut dinyatakan jumlah pensijilan SKM sepanjang tahun 2018 amnya melalui Pusat Bertauliah stesen, seliaan, JPK di Negeri Sembilan iaitu seramai, untuk Tahap 1 seramai 105 orang, Tahap 2 – 1,045 orang, Tahap 3 – 1,007 orang, Tahap 4 – 133 orang dan Tahap 5 – 5 orang. Berjumlah keseluruhannya 2,295 orang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, soalan tambahan.
Tambahan?
Terima kasih, nampak ni Kerajaan bukan sahaja pusat, dan amnya Negeri Sembilan pun amat utamakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional issue. Nampaknya banyak sekolah tu. Soalan saya macam ni, nak tanya tu, yang sekolah-sekolah ni adalah kekosongan ke? Kami difahamkan yang murid yang didaftar tu tak 100%. So, kami nak tau berapa percent pendaftaran yang diterima setiap, lebih kuranglah, berapa kosong tu?
Lagipun nak tanya, maklumat yang saya dapat tu, yang bukan orang Melayu masa dululah, masa ni tak sampai orang Cina, jikalau tak salah saya, tak sampai 1% dan orang India itu, murid India pun tak sampai 5%. So nak tanya tu apa langkah akan dilaksanakan oleh Kerajaan supaya yang memenuhkan, yang kekosongan. Kerana nampak ni masih ada kekosongan. So kami harap, harap Kerajaan mengisikan penuh, jangan bazir yang kekosongan tu kerana wang bajet sudah disediakan. Tapi jikalau TVET kami nak mencecah tu, perindustrian 4.0, kami mohon lagi kena ramai lagi pelajar dari golongan khasnya orang Melayu dan tambahan tu orang Cina dan India. Sama-sama usaha memajukan Malaysia ni, menjalani perindustrian 4.0. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memang benar ada di antara sekolah ataupun Kolej Vokasional yang masih lagi kekurangan pelajar. Kerajaan mengambil usaha untuk mempertingkatkan jumlah pelajar dengan pelbagai usaha. Di antaranya, pada hari Jumaat yang lepas kita telah mengadakan Program “Moh Kona TVET” yang kita, diadakan di setiap Sekolah Menengah Dato’ Sedia Raja, Rembau dan kita memanggil semua kaunselor-kaunselor daripada sekolah-sekolah di Negeri Sembilan untuk menerangkan bagaimana TVET adalah di antara pelajaran yang penting selain daripada pelajaran akademik kerana banyak lagi pemikiran di kalangan pelajar-pelajar dan juga ibu bapa dan masyarakat yang menanggap TVET adalah pengajian kelas kedua. Sebenarnya dalam banyak kes dan aspek TVET, kelulusan daripada TVET juga mendapat gaji yang tinggi berbanding daripada mereka yang dianggap sebagai white collar, dengan izin, ataupun kolar putih.
Inshaa Allah dengan usaha yang berterusan oleh kesemua pihak, pihak Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat
Pendidikan Daerah, dan juga pihak sekolah, kita akan boleh menerangkan kepada pelajar-pelajar dan jugak kepada masyarakat bahawa TVET adalah salah satu peluang untuk pelajar-pelajar ceburi selain daripada akademik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, benarkan saya soalan tambahan untuk beri laluan kat Lobak satu, boleh? Ada penting untuk Kolej Vokasional. Lobak boleh Lobak ya? Sama jugak. Tak, ni penting untuk pelajar-pelajar vokasional.
Dato’, saya izinkan yang ni utamakan pendidikan Malaysia ini, tapi cadangan baiklah, jangan kacau saya. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih Lobak memberi laluan kepada saya. Setelah 4 tahun pengajian di peringkat diploma pelajar-pelajar Kolej Vokasional ini, apakah peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke Peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti awam? Dan yang keduanya, apakah syarat-syarat kelayakan yang perlu ada di kalangan pelajar-pelajar vokasional ini untuk mengikuti program ijazah ini dan jugak peluang-peluang pekerjaan daripada pelajar-pelajar Kolej Vokasional ini? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, kesemua pelajar lepasan Diploma TVET mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Setiap Institusi Pengajian Tinggi am, awam ataupun swasta mempunyai syarat-syarat yang tersendiri yang boleh kita lihat menerusi kolej, IPT-IPT yang berkenaan. Secara dasarnya, pada masa sekarang ini, TVET telah pun diiktiraf bukan hanya setakat pekerja-pekerja mahir begitu sahaja, tetapi mereka juga sebenarnya berpeluang untuk meningkatkan pendidikan mereka ke peringkat lebih atas di peringkat ijazah dan malahan ke peringkat yang lebih tinggi daripada Ijazah Sarjana Muda. Dato’ Dipertua, terima kasih.
Kita pergi ke soalan berikutnya, Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Jawapan yang diberi jugak akan menjawab Pertanyaan Lisan Hari Keempat daripada Yang Berhormat ADUN Palong yang bertajuk “Kekurangan Guru Di Kawasan Palong” dan Pertanyaan Lisan Hari Kelima daripada Yang Berhormat ADUN Pertang yang bertajuk “Langkah Mengatasi Masalah Kekurangan Guru Opsyen PPD Jempol dan Jelebu”.
Dato’ Yang Dipertua, isu sekolah kurang murid adalah di luar kawalan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan khususnya dalam usaha ingin mengekalkan generasi kedua atau ketiga berada di kawasan yang sama atau tidak berhijrah ke lokasi lain atas sebab mencari rezeki.
Bagi isu kekurangan guru, langkah-langkah diambil seperti berikut. Yang pertama, mengawal pertukaran guru keluar dari kawasan, yang kedua, membuat pengisian bagi penempatan guru baharu. Dan yang ketiga, membuat redeployment guru di antara sekolah bagi memastikan taburan guru sekata terutama bagi subjek teras dari semasa ke semasa. Tambahan tindakan mulai tahun 2019 iaitu mengecilkan bilangan pembukaan kelas sedia ada dan setiap kelas tidak melebihi 40 orang pelajar. Kekurangan yang masih ada akan dilihat semula melu, melalui pertukaran keluar dan masuk yang akan dilaksanakan pada 1 Jun 2019 nanti.
Selain daripada itu, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah boleh mengecilkan pembukaan bilangan kelas bagi mengatasi isu kekurangan guru ini jika tiada penempatan guru baharu atau melalui pertukaran pindah masuk.
Menu, merujuk kedudukan guru bagi 13 Mac 2019 di PPD Jempol dan Jelebu mempunyai pengisian guru di Sekolah Harian iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan Sekolah Menengah Kebangsaan, seramai 2,728 orang guru manakala jumlah keperluan perjawatan guru yang diperlukan di PPD Jempol dan Jelebu adalah sebanyak 2,770 orang guru. Oleh itu, masih wujud kekurangan guru seramai 42 orang di mana kebanyakan guru yang kurang adalah di peringkat sekolah rendah.
Jadi kalau kita lihat secara terperinci, misalnya di Sekolah Kebangsaan Felda Palong 1, telah penuh 100%. Sekolah Kebangsaan Felda Palong 2 – 12 masih kurang seorang guru. Sekolah Kebangsaan Felda Palong 2 – kurang seorang guru. Sekolah Kebangsaan Felda Palong 3 – kurang 1 guru. Sekolah kebangsaan Felda Palong 4 telah pun diisi kesemuanya. Sekolah Kebangsaan Felda Palong 5 – kekurangan 2 guru. Sekolah
Kebangsaan Felda Palong 7 – kekurangan 2 guru. Sekolah Kebangsaan Felda Palong 9 – kekurangan 1 guru. Sekolah Kebangsaan Palong 14 – kekurangan 1 guru. Sekolah Kebangsaan Palong 8 – kekurangan 2 guru. Sekolah kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 7 telah pun penuh, mencukupi gurunya. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Beraja – kekurangan 2 guru. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perpatih telah pun berlebih 2 orang guru.
Dari aspek pendidikan, kalau kita lihat dari segi guru-guru yang, yang ada, tidak ada perbezaan program-program pendidikan untuk keluarga miskin berbanding keluarga-keluarga yang lain. Semua program yang dijalankan adalah sama untuk semua tanpa mengira jenis sekolah, kaum, agama, mahupun latar belakang keluarga.
Namun demikian bagi membantu murid-murid dari keluarga miskin untuk mendapat pendidikan yang lebih baik dan sempurna, Kerajaan telah melaksanakan program-program berbentuk bantuan seperti berikut. Yang pertama, bantuan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di mana murid-murid dari keluarga miskin akan diberikan bantuan minum pagi sebagai persediaan fisiologi murid sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Bantuan-bantuan berbentuk one off turut diberikan kepada ibu bapa/penjaga seperti berikut, yang pertama, Bantuan Awal Persekolah (BAP) 100.00 ringgit diberikan kepada ibu bapa/penjaga dalam kategori B40 dan Bantuan KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin: 100.00 ringgit untuk murid Sekolah Rendah dan 150.00 ringgit untuk murid Sekolah Menengah diberi kepada ibu bapa/penjaga yang berdaftar dengan eKasih dan miskin tegar.
Bantuan daripada Kerajaan Negeri, kita juga membantu dari segi bas, N9 BAS (Bantuan Anak ke Sekolah) turut diberikan kepada murid-murid dari eKasih yang menerima bantuan wang tunai sebagai kemudahan tambang untuk menanggung kos pengangkutan ke sekolah iaitu sebanyak 50.00 ringgit sebulan, Bantuan Murid Felda 100.00 ringgit diberikan juga kepada ibu bapa/penjaga dalam kalangan peneroka Felda/pekerja kampung. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya kita pergi kepada soalan Chuah, Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Yang Dipertua. Chuah mengemukakan soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, Chuah, soalan berhubung paip air untuk keluarga di Jalan Muhibbah Site C, Tanah Merah. Cadangan telah kita, pemasangan paip di Jalan Muhibbah Site C Tanah Merah telah kita pohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Negeri Sembilan bagi tahun 2019. Anggaran kos bagi pemasangan paip ini adalah sebanyak 880,000.00 ringgit. Dan inshaa Allah kita akan pastikan bahawa benda ni dapat kita laksanakan. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan haa. Chuah ingin nak tahu jadual haa, agak-agak bila jalan itu akan, sorry, bila paip itu akan di, disambungkan dan juga kemudahan yang lain, sepanjang Jalan Muhibbah? Terima kasih.
Kita akan dapatkan maklumat daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar apabila dima, dimaklumkan jika peruntukan ini diluluskan. Dan kita masih menunggu peruntukan tersebut. Dan kalau ada maklumat, akan kita, saya sampaikan kepada Yang Berhormat ADUN Chuah, inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya teruskan soalan daripada Yang Berhormat Linggi.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berikut adalah jumlah nelayan yang telah disiasat bagi pemutihan E–Diesel / E–Petrol, Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) bagi Januari 2019 sehingga Februari 2019. Port Dickson, jumlah yang telah disiasat seramai 56 orang, diluluskan semula – 26 orang dan dibatalkan – 30. Di Teluk Kemang, jumlah yang disiasat – 39, diluluskan semula – 23 dan dibatalkan – 16. Keseluruhan yang dibatalkan berjumlah 46 orang. Di Port Dickson, 29 yang dibatalkan itu adalah kerana tidak ke laut dan seorang telah meninggal.
Di Teluk Kemang, 8 yang tidak ke laut, 5 tidak mengambil subsidi minyak dan 3 telah meninggal.
Berikut adalah Keputusan Mesyuarat Semakan Kategori Ahli Persatuan Nelayan Kawasan, Kawasan di Negeri Sembilan bagi tahun 2018. Port Dickson, yang diturunkan kategori seramai 18 orang, yang dilucutkan – 5 orang, meninggal dunia – 8. Teluk Kemang, turun kategori – 8, dilucutkan – 96, meninggal dunia – 2. Jadi jumlah semuanya adalah 137.
Justifikasi bagi setiap pengguguran, pemotongan dan pertukaran yang dibuat adalah seperti berikut. Kriteria Pemutihan Penerimaan Elaun Sara Hidup Nelayan – semakan dilakukan ke atas Sistem E-Diesel dengan E-Petrol. Nelayan yang tidak membuat pembelian minyak bersubsidi selama 3 bulan berturut-turut akan disiasat, jumlah liter pengambilan yang mencurigakan iaitu lebih dari kuota yang dibenarkan juga akan disiasat.
Semakan dilakukan ke atas Sistem E-Pengisytiharan yakni pendaftaran ikan, Pendaratan Ikan, nelayan yang tidak membuat pengisytiharan Pendaratan Ikan atau kurang daripada 3 kali di dalam sebulan. Pemantauan dilakukan ke setiap pengkalan nelayan (Secara Rambang) – pemantauan ke atas simpanan nelayan di pengkalan berdasarkan kondisi fizikal sampan, peralatan menangkap ikan dan enjin. Pengaduan nelayan di setiap pengkalan setempat – melakukan siasatan aduan ke atas nama nelayan yang diberikan sama ada tidak ke laut, mempunyai pekerjaan tetap dan tidak bermastautin ataupun telah berpindah.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemutihan Subsidi E-Diesel/ E-Petrol dan Elaun Sara Hidup Nelayan Peringkat LKIM Negeri. LKIM Negeri telah diarahkan oleh LKIM Pusat untuk mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemutihan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memantau sebarang penyelewengan dan ketirisan yang berlaku. Mesyuarat Jawatankuasa Pemutihan Minyak Bersubsidi Bil.1/2018 telah diadakan pada 14 Mei 2018. Mesyuarat Jawatankuasa Pemutihan Minyak Bersubsidi Dan Elaun Sara Hidup Nelayan Bil. 2/2018 telah diadakan pada 11 Oktober 2018. Dan dalam tahun 2019, mesyuarat juga telah diadakan pada 8 Januari dan 16 Mac.
Mesyuarat Jawatankuasa Semakan Kategori Ahli Persatuan Nelayan. Untuk semakan di Port Dickson telah diadakan pada 10 haribulan Oktober 2018 dan juga pada 19 Disember 2018. Sekian.
Mohon soalan tambahan Dato’ Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Klawang. Daripada mereka yang dibatalkan, 46 orang tadi iaitu 26 orang, 29 orang daripada PD yang tidak ke laut, begitu juga 8 orang daripada Teluk Kemang tidak ke laut. Pertamanya berapa ramai di kalangan 29 dan 8 orang ni tidak ke laut atas faktor keuzuran ataupun faktor umur, yang tidak menyebabkan mereka ni berdaya lagi?
Dan adakah apa-apa tindakan susulan khususnya kerana secara umumnya Dato’ Yang Dipertua, nelayan ini pendapatan mereka tak sampai 1,000.00 pun, kebanyakannya 5 – 600.00, tanggungan ramai. Jadi ada tak usaha untuk menjaring mereka ini, untuk memastikan mereka yang tidak mampu ke laut atas sebab umur atau tidak berdaya lagi ini terus di, disambut oleh Baitumal atau JKM, untuk mereka menerima bantuan yang lain-lain bagi memastikan kesempitan hidup mereka tidak terlalu teruk? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Seperti yang sebelum ini pun kita telah maklumkan, memang, mana-mana yang, nelayan yang didapati tidak lagi mampu untuk turun ke laut, dan kita akan me, memberikan maklumat kepada jabatan-jabatan yang berkenaan, terutamanya JKM dan Baitulmal yang mana akan memberikan bantuan-bantuan one off. Dan perkara ini adalah berterusan dan inshaa Allah akan dipantau dengan, dengan, dengan rapi, inshaa Allah.
Terima kasih Klawang. Saya teruskan kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan ketiga.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Untuk maklumat Yang Berhormat Seremban Jaya, penguatkuasaan pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca telah bermula pada 1 Jun 2016 serentak di 7 buah negeri yang men, menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis.
Bagi Negeri Sembilan, bilangan terima, bilangan terimaan sisa pepejal di tapak pelupusan juga didapati telah berkurang, berkurang daripada lebih kurang 1,000 tan sehari kepada 670 tan sehari. Ini menunjukkan masyarakat telah memahami pengasingan sisa pepejal di punca. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Sila nyatakan taman-taman perumahan yang telah melaksanakan pengasingan sisa pepejal. Thank you, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Untuk maklumat Yang Berhormat Seremban, sebenarnya ni apa, program pengasingan sisa-sisa ni telah pun kita lakukan sejak 1 haribulan Jun 2017. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kita telah pun bekerjasama dengan SWCorp dan jugak SWM Environment untuk membuat pelbagai program untuk kita mempromosikan budaya kita recycle.
Baik, saya ambil contoh, bagi SWCorp, SWCorp telah pun memperkenalkan inisiatif sisa, sifar, ni apa, sifar sisa di mana kita telah pun menggalakkan orang ramai yang tinggal di rumah pangsa supaya sama-sama menjalankan kitar semula khususnya mereka mengasingkan sampah iaitu mengasingkan sampah plastik, sampah ni apa, kertas, kotak dan lain-lain. Dan pada masa yang sama, kita juga mendidik mereka macam mana mereka menggunakan sisa makanan, macam mana kita, kita boleh menjadikan sisa makanan itu, menjadikan sisa makanan itu sebagai baja. Dan saya lihat program, program tersebut agak berjaya, di mana ia bukan sahaja boleh menggalakkan orang ramai boleh mengasingkan sisa, pada masa yang sama, bagi mereka yang menyertai pengasingan sisa ini, mereka akan mendapat, mendapat satu cop di mana kalau dapat kumpul sebanyak 20 cop, mereka akan diberi ganjaran seperti barangan kehidupan seharian. Sebagai contoh, minyak masak, beras dan sebagainya. Itu yang pertama, Inisiatif Sifar Sisa (ZECOMM).
Yang kedua adalah Program Kitar Recycle. Program Kitar Recycle, ia menggunakan sistem aplikasi ya, dengan mobile. Di mana setiap rumah akan diberi ni apa, barcode. Katakan rumah yang telah diberi barcode tersebut, mereka boleh lekatkan barcode di atas ni apa, plastik ya, sampah yang, yang digunakan untuk men, meni, menyimpan bahan buangan sisa pepejal, sisa yang di, diasingkan. Jadi, ini adalah satu cara kita menggalakkan orang ramai mengasingkan sisa.
Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua ahli-ahli Dewan di mana kita perlu memimpin secara, sebab, secara teladan di mana kita perlu menggalakkan rakyat kita supaya mengamalkan budaya asingkan sisa supaya kita dapat mengurangkan sampah kita yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Dan untuk maklumat Yang Berhormat Seremban Jaya, sebenarnya bagi pengutipan sisa sampah ini, bagi setiap minggu, SWM Environment, mereka memang menjalankan pengutipan 2 kali untuk sampah domestik dan ada sekali pengungtipan, pengutipan itu adalah khas untuk mengutip sampah-sampah yang boleh dikitar semula. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, boleh saya mintak mohon pandangan daripada Bahau. Dato’ Dipertua, saya ingin pendirian daripada ADUN Bahau berkenaan dengan pendirian beliau yang dulu semasa beliau menjadi sebagai Ahli Parlimen Rasah, mere, dia adalah merupakan satu suara yang amat lantang, menetang dan mahu menutup pusat sisa pepejal di Sendayan. Saya nak tanya sekarang, dalam Dewan ini, apa pendirian ADUN Bahau yang, orang yang samalah, dulu Parlimen Rasah sekarang ADUN Bahau, berkenaan dengan pusat sisa pepejal di Sendayan tersebut? Terima kasih.
Terima kasih pandangan dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rantau. Ya, sebenarnya soalan asal yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Seremban mengenai apa, ni, sisa buangan domestik yang, soalan yang ditujukan oleh yang, Yang Berhormat Rantau merupakan sisa berjadual. Tak apa, memandangkan ada soalan daripada Yang Berhormat Rantau.
Saya juga ingin menegaskan bahawa sebenarnya bagi pihak Kerajaan Negeri, pendirian kita, kita memang ya, telah pun mencadangkan supaya kilang tersebut di pan, dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai. Dan se, sejak tahun lepas kita telah pun mengemukakan surat secara bertulis kepada pihak Kementerian supaya mengkaji, memindahkan kilang tersebut ke tempat yang lebih jauh, tempat yang sesuai. Kerana kita sedia faham kewujudan kilang tersebut di kawasan Sendayan, dia se, sedikit sebanyak telah pun menyebabkan kebimbangan orang ramai di situ.
Dan sebenarnya pihak Kerajaan Negeri, kita masih terus berunding dengan pihak Kualiti Alam atau ring, namanya jadi Cenviro sekarang. Masih berunding dengan mereka. Dan pada masa yang sama, kita telah
pun mem, mensyaratkan kilang tersebut supaya mereka memastikan sisa-sisa yang diterima oleh pihak kilang tersebut tidak akan menyebabkan apa-apa pencemaran. Kita meletakkan syarat yang cukup ketat sekali terhadap kilang tersebut.
Dan saya rasa dalam perkara ini, kita dalam Dewan ini, kita memang bersama-sama kerana isu apa, alam sekitar ini, kita perlu sama-sama kita pertahankan kepentingan rakyat kita di Negeri Sembilan. Dan saya rasa memandangkan kilang tersebut sebenarnya telah pun diluluskan oleh Kerajaan yang terdahulu, bagi Kerajaan baru, kita akan cuba sedaya upaya kita untuk memastikan kilang tersebut dapat dipindahkan. Kalau tidak dapat dipindah pun, kita akan pastikan syarat yang dikenakan itu adalah lebih ketat dan kita akan pastikan tak ada sebarang pencemaran dan kita akan wajibkan kilang tersebut untuk menambah baik apa ni, sistem mereka yang sedia ada supaya memastikan tiada pencemaran. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya nak pergi ke soalan 8, Yang Berhormat Kota.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Dipertua Dewan, terima kasih kepada ADUN Kota di atas soalan yang dikemukakan.
Sebenarnya terdapat 4 buah jambatan di Kampung Orang Asli Pabai. Jambatan utama menghubungkan jalan masuk ke perkampungan Orang Asli Pabai telah menepati spesifikasi dengan kelebaran 4.27 meter seperti jalan kampung sedia ada dan boleh dilalui oleh kereta bomba dan ambulans. Yang, kereta bomba yang kecik lah, yang besar mungkin tak muatlah. Jambatan utama tersebut telah diperbaiki pada tahun 2017 dengan membina batu sangkar ataupun gabion, dengan izin. Railing jambatan akan diselenggara agar dapat menjaga keselamatan pengguna dan mampu memberi laluan kepada ambulans dan bomba.
3 buah jambatan yang lain yang menghubungkan jalan kampung ke kawasan perumahan agak kecil dan hanya boleh dilalui oleh motorsikal sahaja. Pejabat Daerah menganggarkan kos membina baru jambatan dengan kelebaran yang sesuai dan boleh dilalui oleh kenderaan adalah berjumlah 80,000.00 ringgit setiap satu. Itu bermakna lebih kurang
dalam 240,000.00 lah untuk 3, dan dicadang untuk dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2020 melalui peruntukan yang bersesuaian apabila penduduk bertambahlah, ataupun apabila ramai nak, di kalangan Orang Asli tu dah berkahwin, mungkin akan diapakan, dan dibuat lagilah, sesuai dengan itu. Tapi sebenarnya jalan utama tu bolehlah dulu, sesuai dengan mana-mana kampung di, di Negeri Sembilan-lah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan tambahan. Memandangkan jambatan ni telah diselenggara, dan difahamkan bahawa jambatan tu, dapatlah dilalui dengarnya daripada, oleh bomba dan jugak ambulans. Cuma yang saya nak mintak tambahan, yang soalan ialah, jalan daripada jalan raya ke jambatan tu masih lagi kita menggunakan tanah orang dan tidak berturap. Jadi saya harap kepada Kerajaan Negeri, apakah cadangan Kerajaan Negeri untuk supaya jalan tu dapat diturap pada masa akan datang.
Sepatutnya sebagai Kerajaan, kita mesti memastikan jalan-jalan umum ini boleh diletak di kawasan yang kita, Kerajaan boleh, boleh kawallah. Di atas tanah individu ini, itu sebab saya cakapkan, mana-mana kemudahan awam nanti, kita pastikan mesti dibuat ataupun diambil dia punya tanah baliklah supaya tidak berlaku nanti, kalau individu itu nak menutup jalan tu, kita tak boleh buat apa. Itu tanah, tanah milik mereka. Itu sebabnya, pada masa akan datang, kita pastikan kalau boleh kita pengambilan tanah kita kena buatlah, di mana-mana jugak kampung yang lain, seluruh Negeri Sembilan. Terima kasih.
Yang Berhormat Labu.
Dato’ Dipertua, bila agaknya tu? Saya nak tanya tu, bila keadaan, bila?
Bila apa tu?
Bila kita boleh laksanakan pengambilan tersebut?
Oh bila laksanakan pengambilan.
Kami sebagai Kerajaan baru, mening, ditinggalkan dengan masalah beginilah, walau macam mana pun kita ambil masa sikitlah untuk menilai mana-mana keperluan. Jadi, kalau kita nak jawab sekarang ini, pada saya ini dah dijawab dulu lagilah, sepatutnya jalan-jalan yang masuk ke kampung untuk keperluan orang ramai, mesti dibuat, telah diambil dia punya, diambil apa, di, diambil oleh Kerajaan.
Jadi saya akan pastikan, itu bergantung kepada kemampuan dan jugak kewangan. Kita akan tengok di mana kampung-kampung yang ramai orang dululah. Kalau setakat seorang tu kita biar dulu, kita mintak kalau dia, boleh di apa kan, kita biarkan dulu. Sampai dia kata kat, individu tersebut kata dia nak, dia nak pampasan, kita kena buatlah. Ini termasuk, untuk makluman tuan-tuan, saya menjaga kebajikan ni, luar bandar, di Lenggeng, sekian lama, tanah itu bukan tanah kerajaan, tanah individu, dan kami dimaklumkan kami kena selesaikan. Ini melibatkan peruntukan yang agak besar. Jadi sebab pada saya, saya boleh utamakan jalan di Lenggeng itu untuk diselesaikan dulu daripada jalan di kampung yang ada lebih kurang dalam 9 – 100 orang penduduk. Kita tengok priority.
Haa itu sebab pada masa akan datang, kita tidak akan ulang lagi kesilapan-kesilapan yang lalu, di mana untuk kemudahan awam ini mesti diambil alih oleh Kerajaan atau pun tanah tu tanah milik Kerajaan. Jangan lagi tanah milik individu. Itu alasan yang boleh saya jawab sekaranglah. Tapi kita akan buat kajian, beberapa banyak jumlah, kita akan bentang nanti dalam Dewan ya. Berapa banyak dia punya peruntukan. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya mintak sikit saja tentang yang sama ni. Sama saja. 20 saat saja …..
Sama tak payah tanyalah.
Bukan tambahan. Berkenaan dengan kampung Asli ini, kerana kampung Asli ni terletak di pedalaman. Kadang-kadang kita terpaksa melalui ladang, apa ni, kawasan ladang ataupun tanah persendirian. Dulu kerajaan BN itu telah mengambil kira tentang kebenaran atau izin yang diberikan oleh pemilik tanah. Sebagai contoh Kampung Asli Sungai Klebang tu, bila kami nak menurap jalan itu, kami mintak izin daripada syarikat tersebut. Jadi, saya berharap Kerajaan sekarang ini bolehlah menggunakan cara
tersebut kerana ini untuk kebajikan Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Sekian, terima kasih.
Sebenarnya itu tak menyelesaikan masalah apabila pembangunan berlaku nanti, itu akan melibatkan ada masalah. Sebab itu pandangan saya, kita akan buat, tengok balik, buat kajian yang terperinci supaya semua jalan-jalan masuk ke kampung-kampung atau mana-mana, kita kena buat, pastikan. Dan saya telah mula arahkan, cakap kepada semua ni, Pegawai-Pegawai Daerah, oleh kerana kita akan menjadi negara maju, jadi banyak kawasan-kawasan perumahan akan dibina dalam Majlis Daerah, pastikan supaya jalan-jalan masuk dan jugak rizab-rizab tersebut disediakan terlebih dahulu. Supaya jangan timbul masalah di belakang hari. Terima kasih.
Terima kasih. Saya nak pergi ke soalan berikutnya, daripada Mambau.
Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama [No. 2].
Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Mambau berhubung dengan pelancongan rumah ibadat Tokong San Kau Tong yang berada di Taman Blossom, Bukit Blossom. Jabatan Warisan Negara masih belum mewartakan Tokong San Kau Tong di Taman Bukit Blossom di bawah Akta 645. Namun demikian, adalah amat digalakkan mana-mana individu atau pemilik sesuatu tapak (bangunan, monumen/makam, arkeologi dan semulajadi) yang mempunyai signifikan nilai dan potensi warisan yang tinggi untuk menghantar pencalonan kepada pihak Jabatan Warisan Negara. Pencalonan tersebut ada, akan dinilai oleh Jawatankuasa Pakar yang dilantik bagi tujuan pewartaan di bawah Akta tersebut. Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu pengurusan tokong menghantar permohonan kepada Jabatan Warisan bagi maksud pewartaan tersebut.
Melalui Akta 645, status pewartaan terhadap sesuatu butiran warisan diklas, diklaf, diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu Warisan (penetapan dibuat oleh Pesuruhjaya Warisan) dan yang kedua Warisan Kebangsaan (pentapan dibuat oleh Menteri). Ia berdasarkan 9 kriteria yang ditetapkan dalam seksyen 67(2), Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu pertama, kepentingan sejarah, hubungan dengan atau perhubungan dengan sejarah Malaysia. Kedua, ciri-ciri rekabentuk
ataupun estetik. Pertama, pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal. Yang kedua, hubungan sosial atau kebudayaan. Yang ketiga, potensi untuk pendidik, untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia. Yang keempat, kepentingan dalam mempamerkan kekayaan kepelbagaian ataupun integrasi bentuk yang luar biasa. Yang kelima, jarangnya, jarang tidaknya atau keunikan warisan semula jadi, warisan budaya ketara atau tidak ketara atau warisan kebudayaan di bawah air. Yang keenam, gambaran bentuk sesuatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis tapak ataupun objek. Dan yang ketujuh, apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting.
Pewartaan sesuatu butiran warisan mempunyai implikasi kelebihan seperti berikut. Pertama, melindungi, memelihara dan memulihara kepentingan satu-satu bangunan daripada pembangunan yang tidak terkawal. Kedua, mengekalkan identiti satu-satu bangsa yang kaya dengan sejarah dan kebudayaan. Yang ketiga, memberikan nilai tambah terhadap butiran yang diwartakan yang seterusnya menjadi produk pelancongan berteraskan warisan memacu ekonomi masyarakat setempat dan negara. Yang keempat, membuka peluang mendapatkan khidmat nasihat pakar berkaitan pemeliharaan satu-satu warisan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Ya. Dato’ Yang Dipertua, satu, berkaitan dengan pelancongan Sungai Ujong Walk. Saya ingin tanya, apakah perancangan terkini untuk menaik taraf atau promosi bagi meningkatkan nama Sungai Ujong Walk yang berada di situ? Dan satu lagi, tanglung-tanglung yang berwarna merah yang ter, yang tergantung pada masa hari raya, pada masa Tahun Baru Cina, di sekeliling kawasan Sungai Ujong Walk telah bertukar warna ke, telah bertukar ke warna putih. Dan ia tidak begitu ‘ong’ bagi masyarakat Cina. Soalan saya, adakah pihak yang terbabit menyedari pada perkara ini? Terima kasih.
Saya diberi kebenaran untuk menjawab kerana ini, N9 Sungai Ujong Walk-nya, sebenarnya terletak ke, di kawasan DUN Bukit Kepayang. Dan saya terlibat dengan AJK pengelola yang menjayakan karnival semasa Tahun Baru Cina. Dan memang sekarang ada satu, sebuah jawatankuasa yang baru yang akan mengelolakan program di N9 Sungai Ujong Walk di mana setiap hari, kecuali hari Isnin, ada penjaja-penjaja di sana. Dan hari Isnin, kami ada, AJK tersebut bercadang untuk mengadakan satu pasar malam, setiap Isnin. Setiap Sabtu, ada program yang mempamerkan budaya-budaya bukan saja dari budaya Cina, jugak, Sabtu yang lalu, kita ada satu program yang amat menarik iaitu Wanita Noghori dan Wanita Tradisi di ma, mana kita mempersembahkan Minangkabau, budaya Minangkabau serta memberi latihan bagaimana membuat anyaman ketupat dan buat ren, memasak rendang. Itulah satu wadah untuk kita mengeratkan hubungan silaturrahim di antara kaum, di mana kita akan, AJK tersebut akan mengadakan lebih banyak lagi program yang akan mengharmonikan masyarakat yang majmuk ini.
Tentang tanglung itu, AJK akan menukarkan tanglung-tanglung tersebut dalam, bukan, minggu depan ya. Saya sudah memberi arahan supaya tanglung-tanglung tersebut ditukarkan minggu depan. Terima kasih atas soalan tersebut.
Jawapan tambahan. Bukan saja Sungai Ujong Walk yang akan kita pertingkatkan. Benteng Walk juga, telah kita berikan peruntukan untuk ditambah baik dan kita juga melihat bahawa hari ini, pengunjung di Benteng Walk telah mulai ramai. Dan alhamdulillah, kita akan meneruskan khususnya pada bulan Ramadhan ini, inshaa Allah kita akan menaik taraf beberapa perkara di Benteng Walk, di Benteng Walk untuk peniaga-peniaga Melayu khususnya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Saya nak pergi kepada soalan Yang Berhormat ADUN Sungai Lui.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sungai Lui yang mengenai
permohonan lampu limpah di simpang empat Ayer Hitam. Untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Lui, buat masa kini, pihak JKR tiada sebarang perancangan untuk memasang lampu limpah versi terkini di kawasan tersebut memandangkan laluan tersebut merupakan Jalan Persekutuan. Pada masa ini, keutamaan permohonan pemasangan lampu jalan di Jalan Persekutuan adalah di laluan yang tiada lampu jalan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Kita pergi kepada soalan berikutnya, daripada Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Temiang mengenai lot kedai dan tanah kosong. Jumlah lot-lot kedai dan tanah kosong agensi Kerajaan Negeri Sembilan (Pihak Berkuasa Tempatan) Negeri Sembilan adalah sebanyak, tanah sebanyak 96, bangunan sebanyak 144. Bagi Majlis Daerah Kuala Pilah terdapat 31 tanah kosong, bangunan – tiada. Majlis Daerah Jempol sebanyak 17 tanah kosong, bangunan – tiada. Majlis Daerah Tampin – 33 tanah dan bangunan ada 111 bangunan. Majlis Perbandaran Port Dickson ada 4 tanah, bangunan – tiada. Majlis Daerah Jelebu ada 20 bangunan. Majlis Daerah Rembau ada 1 tanah dan 1 bangunan. Majlis Perbandaran Seremban ada 8 tanah dan 8 bangunan. Manakala Majlis Perbandaran Nilai ada 2 tanah kosong dan bangunan ada 4. Itu sebanyak 240 semua jumlah. Dato’ Yang Dipertua.
Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan.
Tambahan.
Ya. Terima kasih penjelasan yang amat jelas daripada yang ber, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Persoalan tambahan saya adalah, adakah tanah-tanah dan ataupun lot-lot kedai ini diselenggara dengan bersih dan tidak menimbulkan gangguan untuk
orang ramai di mana pada minggu lepas, kita banyak membentang, membincangkan tentang tanah-tanah terbiar untuk persendirian. Jadi saya berharap kerajaan perlu berwaspada pada perkara ini.
Yang kedua adalah, adakah garis panduan diberikan oleh Kerajaan kepada pihak PBT untuk menyewa lot-lot kedai ataupun tanah-tanah ini kepada orang ramai?
Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Temiang. Kita sedia maklum bahawa perkara itu dah dibincangkan pada minggu lepas. Dan kita berharap tanah-tanah terbiar yang berlaku bukannya tanah kosong Kerajaan Negeri dan mereka terpaksa menge, memastikan bahawa tanah-tanah kosong tersebut sentiasa dibersihkan. Manakala bangunan ini, kita sedia maklum sepatutnya pihak Majlis Daerah seharusnya memastikan bahawa bangunan ini haruslah diisi, disewakan untuk memastikan ia merupakan punca pendapatan bagi Majlis Daerah kawasan tersebut.
Jadi perkara ini, dan jika masih kosong, mereka perlu membuat maintenance setiap bulan dan memastikan bahawa tidak berlaku kacauganggu ataupun menyebabkan kawasan itu, pemandangannya merosakkan kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Soalan berikutnya, kita pergi ke soalan Serting.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan kedua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Serting yang bertanyakan berkenaan rawatan hemodialisis di Daerah Jempol dan DUN Serting. Dato’ Yang Dipertua, jumlah pesakit yang menerima rawatan hemodialiasis di Daerah Jempol dan DUN Serting adalah seramai 195 orang pesakit.
Dan buat masa ini mesin hemodialiasis di Daerah Jempol ini adalah mencukupi. Di mana, di samping itu terdapat juga fasiliti hemodialisis swasta selain daripada Hospital Jempol. Iaitu terdapat 3 buah fasiliti hemodialisis swasta yang memberikan perkhidmatan hemodialiasis. Pertamanya adalah DKasih di mana jumlah mesin hemodialisis mereka adalah sebanyak 12 biji dan jumlah pesakit di pusat hemodialisis swasta ini adalah seramai 66 orang. Dan mereka menggunakan 3 syif,
dan mempunyai slot kosong sebanyak 6. Dan polamar [Palomar] mempunyai 5 mesin hemodialisis dan mereka mempunyai 20 pesakit hemodialisis di sana, dan mereka menggunakan 2 syif dan tiada slot kosong. Dan untuk pusat hemodialisis swasta, Mawar Bahau, terdapat 18 mesin dan mereka mempunyai 62 orang pesakit yang menerima rawatan di sana, dan mereka menggunakan 3 syif. Dan selain itu ada 46 slot kosong bagi pusat hemodialisis swasta Mawar Bahau ini.
Dan di Hospital Jempol pula, kita mempunyai 10 buah mesin dan seramai 47 pesakit yang menerima rawatan hemodialisis. Dan mempunyai 3 syif untuk rawatan di Hospital Jempol. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Adakah perancangan untuk menambah mesin hemodialisis di Hospital Jempol khasnya, dan juga untuk diperluaskan ke klinik-klinik kesihatan terpilih ya, di Daerah Jempol? Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Serting bertanyakan soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, buat masa kini tidak ada keperluan sebab memandangkan tidak ada waiting list dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jempol. Walau bagaimanapun, jika ada keperluan dan jika ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini, pihak Kerajaan akan menambahkan mesin untuk mema, menampung keperluan semasa di sana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Repah. Seterusnya saya pergi kepada soalan nombor 13, Yang Berhormat Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua. Ada sikit bantahan.
Bantahan apa?
Saya melihat, ini bukan masalah kawan-kawan saya ni, tapi masalah penyusunan soalan. Dalam kertas ni lah. Yang mana saya lihat, Seremban Jaya, Lobak dah, dah bangun sebelum ini,
tetapi ada lagi sahabat-sahabat kita yang lain tak dapat bagikan soalan. Saya bimbang nanti, sampai, sampai ke hujung nanti ada soalan yang tak dapat dijawab, dan bagi peluang kepada semua ADUN-lah ya. Jadi, itulah kot yang saya nak nyatakan.
Cadangan?
Ya? Contohnya, Seremban Jaya, Lobak ya, dia dah bangun sebelum ini. Tapi bukan masalah sahabat saya tu, tapi masalah penyusunan soalan itu sendiri balik. Daripada pihak urusetia kot.
Okaylah, siapa nak, nak soal dah. Lenggeng nak buat soalan ke?
Saya pun nak soal jugak, tapi …..
Haa silakan.
…. kejap lagi.
Okay Lenggeng, teruskan.
Saya ingin menanyakan tentang soalan nombor sa, yang pertama tentang Gunung Berembun.
Ni soalan, ni nombor 17 tu, memajukan dan menaikkan taraf Gunung Berembun?
Ya.
Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Lenggeng, berhubung dengan memajukan dan menaik taraf Gunung Berembun di Pantai, Seremban sebagai lokasi pelancongan dan rekreasi. Gunung Berembun terletak di dalam Hutan Simpan Berembun merupakan antara destinasi eco-pelancongan popular di Negeri Sembilan khususnya kepada pencinta aktiviti riadah mendaki gunung dan bukit, di samping Gunung Angsi, Gunung Datuk, Gunung Besar Hantu. Pada tahun 2018 saja seramai 8,566 pengunjung direkodkan mengunjungi Gunung Berembun berbanding 6,444 pada tahun 2017. Manakala bagi tahun 2019 ini sehingga bulan Mac telah direkodkan sebanyak 2,632 pengunjung yang bukan sahaja datang untuk mendaki gunung tetapi ada yang hanya mengunjungi jeram di kaki gunung tersebut yang dikenali sebagai Lata Berembun untuk berkelah dan mandi manda.
Menyedari akan pentingnya Gunung Berembun untuk sektor pelancongan negeri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan telah menyediakan perancangan bagi memaju dan menaik taraf trek pendakian Gunung Berembun, bermula 2016 termasuk pembinaan sebuah bangunan Kaunter Pendaftaran yang bertujuan untuk merekod dan mengawal kemasukan pengunjung. Pada tahun ini sahaja, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 100,000.00 bagi kerja-kerja menaik taraf pemuka denai (trail head) dengan sistem bekalan air bersih ke bangunan kaunter. Jabatan Perhutanan juga menjalankan kerja-kerja penilaian denai bagi mengenal pasti dan menentu jenis infrastrukrtur yang, denai yang sesuai dibina atau dipasang di sepanjang denai yang mana, kerja-kerja menaik taraf denai akan bermula sepenuhnya hingga tahun 2020.
Di samping itu, Jabatan Perhutanan juga telah menjalankan ekspedisi saintifik kepelbagaian biologi hutan di sekitar laluan dari Gunung Telapak Buruk hingga ke Gunung Berembun termasuk di lokasi bangkai kapal terbang yang terhempas semasa perang dunia kedua. 2 siri ekspedisi telah diadakan iaitu pada bulan Januari dan Mac 2019 yang bertujuan untuk mengumpul dan mendokumenkan maklumat kepelbagaian biologi hutan (flora dan fauna) bagi membantu Jabatan dalam membuat perancangan, pengurusan dan pemeliharaan sumber biologi hutan negeri. Ekspedisi ini melibatkan para penyelidik yang mempunyai pelbagai bidang kepakaran dari institusi pengajian tinggi dan penyelidik negara seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Taman Botani Perdana serta pegawai-pegawai dari Jabatan Perhutanan sendiri. Banyak penemuan menarik daripada 2 siri ekspedisi tersebut termasuk penemuan beberapa spesis baru dan juga rekod baru (flora dan fauna) yang boleh digunakan untuk memaju dan menaik taraf di samping dapat memberikan nilai tambah kepada pembangunan Gunung Berembun tersebut. Sekian Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat, saya pergi ke soalan Gemencheh …..
Soalan tambahan.
….. soalan nombor 14.
Soalan tambahan. Soalan tambahan.
Oh ada tambahan?
Ya.
Asal lambat naa bangkit?
Pembangunan Gunung Berembun ni tidak akan lengkap kalau Mukim Pantai itu sendiri tidak dibangunkan. Dan saya memahami ya, apa yang saya fahamkan ya, perkampungan Pantai ni adalah satu perkampungan lama ya. Perkampungan yang sangat lama dan boleh dibangunkan sebagai salah satu juga, sebagai daya tarikan pelancongan. Jadi, sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri untuk membangunkan perkampungan Pantai itu sendiri dengan warisan sejarahnya, sebagai daya tarikan, salah satu daripada daya tarikan pelancongan di Negeri Sembilan?
Di kawasan, untuk makluman yang, yang, Dato’ Yang Dipertua, di Pantai merupakan satu kawasan adat yang merupakan satu yang paling hampir dengan Seremban. Dan kita lihat bahawa kawasan tersebut boleh dimajukan untuk pelancongan adat. Di samping itu juga, di situ terdapat satu, Nabila Farm yang mana kita maklum bahawa di situ ada tempat yang menarik untuk dikunjungi khususnya untuk mereka mengadakan kem-kem.
Di samping itu juga, kita harus melihat bahawa suasana di Pantai itu, khususnya kawasan bukitnya amat indah, dan ini merupakan satu tarikan dan saya mengharapkan bahawa pihak, pihak Pejabat DUN sendiri boleh memikirkan untuk membuat homestay di kawasan
tersebut bagi me, memastikan bahawa kawasan tersebut juga boleh menjadi tarikan pelancong pada masa akan datang, inshaa Allah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya 13 haa. Soalan. Pasal soalan ini memang bagus …..
Seremban Jaya.
….. 36 DUN, ini peruntukan boleh pakai. Tak ada, tadi Speaker sudah salah panggil.
Bagi dia bercakap dulu, penting.
Penting? Abang punya pasallah.
Okay teruskan.
Tuan Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, pihak Majlis sentiasa memantau setiap taman-taman dan padang awam yang terdapat di kawasan operasi. Sekiranya terdapat kerosakan, pihak Majlis akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan melalui panggilan sebutharga.
Pihak Majlis juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu unit khas iaitu Unit Renjer Taman yang mana ia berfungsi memantau dan menyelenggara se, serta mengambil tindakan segera ke atas aduan dan permasalahan di semua kawasan taman-taman dan padang awam. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, padang awam seperti padang permainan kanak-
kanak, bolehkah pasang tiang lampu? Pasal sekarang banyak orang sakit. Sakit kencing manis, sakit heart, sakit kidney, atau satu orang belum sakit. Dia orang pagi mahu tai chi, pasal itu tempat gelap, di padang kanak-kanak memang gelap. Bukan saya punya kawasan DUN Seremban Jaya, seluruh 36 DUN, ini masalah sudah ada. Sebab itu, saya mintak PBT angkat tindakan segera, itulah rakyat boleh nampak Malaysia Baru, PH baru, itulah pandangan saya. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat Seremban Jaya dan jugak Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebenarnya pemasangan lampu di taman-taman ataupun padang awam ini memang apalah, ia merupakan salah sesuatu yang pihak Kerajaan ingin lakukan. Bagi apa, aduan ataupun pandangan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya, kalau boleh mintak apalah, tujukan permohonan kepada PBT yang berkenaan. Jikalau selepas kita membuat site visit dan mengena, dan mengenal pasti adanya keperluan memasang ni apa, lampu di taman-taman ataupun di padang awam yang tertentu, saya, kita tentu akan lakukanlah demi apa, kesihatan dan juga keselamatan rakyat. Terima kasih.
Yang Berhormat Bahau. Saya persilakan Yang Berhormat Gemencheh.
Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.
Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama daripada Yang Amat Berhormat ADUN Gemencheh, “Perkhidmatan Awam”. Bagi menjawab soalan ini, bagi tahun 2019, Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat pengambilan baru seramai 342 pengisian bagi pelbagai gred dan skim berdasarkan kelulusan pengisian oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tertakluk dengan proses dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia.
Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sedia ada dan sehingga bulan Mac 2019, tiada kakitangan yang ditamatkan perkhidmatannya ya. Makluman, kita juga maklum bahawa kita kekurangan 5 jawatan dalam Pengurusan dan
Profesional. Manakala 337 bagi jawatan Kumpulan Sokongan yang mana 80 orang untuk Pembantu Tadbir N19 telah kita, kita iklankan jawatan tersebut untuk diisi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan dapat kelulusan daripada SPA. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Antara dasar yang sering dilaungkan oleh Kerajaan baru adalah dasar keterbukaan pada semua rakyat dalam negeri dan negara ini. Dan apakah pandangan dan dasar Kerajaan mengenai, kepada kakitangan awam yang tegar ya, kritik Kerajaan yang sedia ada? Apakah tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan baru? Terima kasih.
Mereka tertakluk kepada peraturan dan prosedur. Dan kita harap bahawa penjawat-penjawat awam tahu bahawa mereka adalah penjawat awam dan mereka harus faham bagaimana untuk memberikan kritikan, teguran kepada Kerajaan sedia ada mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dan mereka harus patuh kepada perkhidmatan awam sedia ada. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi ke soalan berikutnya, saya nak bagi kepada Juasseh.
Lobak.
Lobak? Haa okay.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Terlupa saya tu, Lobak mengemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak. Merujuk soalan tentang peruntukan penyelang, penyelenggaraan sekolah, sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah yang berstatus Sekolah Kerajaan dari Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2015 hingga 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyalurkan sejumlah peruntukan penyelenggaraan kepada Sekolah Kerajaan di Negeri Sembilan dari Kerajaan Persekutuan seperti berikut: tahun 2015 –
24,157,400.00 ringgit, tahun 2016 – 6,832,466.00 ringgit, tahun 2017 – 13,576,183.70 ringgit, tahun 2018 – 12,901,971.00 ringgit. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Nampaknya kami Negeri, dapat ni peruntukan yang amat tinggi. Tapi saya dapat maklumat tu, termasuk sekolah SK, sekolah SJKC atau SKC Tamil, masih ada sekolah mereka mohon tu, menukar, penyelenggaraan ada sikit ni, contoh, dia sudah apply lebih kurang 10 tahun. Pun satu sen pun tak dapat. Sebagai contoh ni, semalam kami mengadakan hari sukan sekolah SRJKC Paroi, Kampung Paroi. Dia ni sekolah ini bumbung dia sudah bocor lebih kurang tu, tak lama. Tapi mereka ada mohon, ada mohon tu, tapi sampai hari ini pun, tak dapat peruntukan. So kami harap yang sekolah SK atau SRJKC atau SRKC Tamil, kami harap seimbang dia, peruntukan tu kena disalurkan dengan keadaan yang kritikal. So kami tak akan, satu sekolah dia bermohon lebih 10 tahun, satu sen pun tak dapat. So saya mohon apa langkah atau Kerajaan kita ni, akan bersiasat ke macam mana. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Dato’ Yang Dipertua, kesemua jumlah yang diberi adalah untuk kesemua sekolah termasuk juga SJKC, SJKT. Namun demikian jika ada di antara sekolah-sekolah yang mempunyai masalah yang besar, mereka masih, sepatutnya terus berusaha untuk menyalurkan permohonan kepada PPD ataupun JPNS. Dan jika masih lagi bermasalah, boleh dikemukakan kepada pejabat saya untuk melihat bagaimana untuk kita membantu mengatasi masalah demikian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya mencelah sikit, menyambung. Di kawasan Gemas, Sekolah Jenis Kebangsaan Kampung Baru Gemas, di mana banyak kali permohonan yang telah kita panjangkan, tapak bangunan, struktur bangunannya diserang anai-anai. Jadi kita berharaplah pihak apa, EXCO Pendidikan dapat mengambil tindakan untuk memastikan bangunan, bangunan tersebut dapat dipakai. Kerana kita lihat apabila struktur bangunan bumbung tersebut telah dimakan anai-anai, maka wayar-wayar elektrik pun ataupun apa, electricity pun akan terbabit sama juga. Jadi, saya mintaklah kalau boleh diberi perhatian jugalah kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Kampung Baru Gemas. Terima kasih.
Tuan Dipertua, satu soalan lagi. Satu contoh ni, Sua Betong ni di Daerah PD. Dia ni wiring, dia sudah apply lebih kurang 10 tahun, tapi wiring tu, short circuit pun pernah berlaku, dengan izin dia. So, kami mohon di, ditimbangkanlah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak, Yang Berhormat Gemas. Segala masalah yang benar-benar kritikal seperti saya katakan tadi, boleh diperincikan dan dihantar semula kepada JPNS dan di-cc-kan kepada pejabat saya. Inshaa Allah kita akan berusaha untuk membantu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan Hari Keempat telah pun, hari kelim, hari yang kelima telah pun tamat ya.
Dato’ Yang Pertua, ini tentang urusetia dan Penyata Rasmi, tentang satu perkara, saya ingin nak nyatakan di sini. Agak penting ini …..
Apa benda tu?
….. sebelum kita tamatkan jadual ini. Ini jawapan-jawapan bertulis yang telah dijanjikan dan telah rekodkan dalam Penyata Rasmi itu, tetapi tidak disampaikan kepada kami. Antaranya, pada sudah sidang September tu, muka surat 29, dalam Penyata Rasmi tentang tapak-tapak PPR yang telah dijanjikan oleh Bahau. Dan pada Penyata Rasmi pada bulan Disember pada muka surat yang ke-17, dan muka surat yang ke-18, muka surat yang ke-25, muka surat yang ke-44, muka surat 337, muka surat 362, muka surat 378, adalah kandungan yang telah dijanjikan jawapan bertulis, ataupun keterangan bertulis, tetapi sehingga sekarang ini, keterangan itu ataupun jawapan itu tidak disampaikan pada kami. Jadi saya berharaplah urusetia ataupun pihak Kerajaan mengambil perhatian tentang perkara ini agar apa yang telah dijanjikan. Saya faham tentang keadaan, kadang-kadang kita tak dapat nak jawab pada ketika soalan tambahan itu di, diketengahkan. Tetapi wa, kalau dah janji tu, saya berharap ia diberikan jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Jeram Padang ya, kejap ya. Saya nak panggil Setiausaha Dewan jap.
[Perbincangan di antara YB Yang Dipertua Dewan dan Setiausaha Dewan]
Terima kasih Jeram Padang. Kita akan hantar untuk jawapan yang bertulis ni secepat mungkinlah kepada yang bertanya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan Hari Keempat telah, hari kelima telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis. Jadi, kita masuk, silakan.
Rang Undang-UndangBill
4.1 Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.
[Bacaan kali pertama]
Perkara keempat, Rang Undang-Undang kedua, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda, meminda Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, dibacakan sekali, sekali, bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan)(Pindaan) 2019 ini dibentangkan bagi menjunjung Titah Perintah Duli Yang Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Yang Teramat Mulia Dato’-Dato Undang Yang Empat dan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin yang kemudiannya telah dipersetujui dengan keputusan sebulat suara oleh sekalian Ahli Majlis Mesyuarat Agama Islam Negeri Sembilan pada Mesyuarat Bilangan 239 untuk memperkenalkan peruntukan Rang Undang-Undang ini bagi memperkasa dan memperkukuhkan lagi penguatkuasaan undang-undang Islam, seterusnya bagi meningkatkan syiar Islam di Negeri Sembilan.
Yang Berhoramt Yang Dipertua, pembentangan Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 [Enakmen No. 4 tahun 1992] seperti berikut:
Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan tentang permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan.
Fasal kedua bertujuan untuk meminda takrif “qazaf” dalam subseksyen 2(1) Enakmen No. 4 tahun 1992.
Fasal 3 bertuan, bertujuan untuk meminda seksyen 47 Enakmen No.4 Tahun 1992 dengan menaikkan penalti sedia ada bagi kesalahan pemujaan kepada, daripada denda tidak melebihi 1,000.00 ringgit atau penjara tidak melebihi 1 tahun kepada denda tidak melebihi 5,000.00 ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun. Fasal ini turut memotong perkataan “dan mahkamah boleh memerintahkan supaya alat-alat yang digunakan atau bangunan atau binaan yang digunakan bagi pemujaan itu dimusnahkan” supaya urusan pemusnahan barang kes tidak terikat ke, dengan arahan mahkamah. Seksyen 205 Enakmen Tatacara dengan, Tatacara Jenayah Syariah akan digunapakai bagi membuat pelupusan barang kes.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 47A ke dalam seksyen No.4 tahun 1992 berhubung dengan kesalahan perbomohan yang bercanggah dengan Hukum Syarak.
Fasal 5 bertujuan untuk meminda seksyen 50 Enakmen No.4 tahun 1992 bagi memperluas kesalahan mempermain, mengajuk dan
mengejek, mengejek-ejek penjalanan mana-mana mazhab muktabar dan lain-lain.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 51 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan menggantikannya dengan seksyen yang baharu supaya selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 52 Enakmen No.4 tahun 1992 bagi memperluas kesalahan perbuatan atau ajaran salah dengan memasukkan elemen mengajar atau menyebarkan atau menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan agama Islam. Fasal ini turut memotong perkataan “dan segala dokumen dan peralatan yang berkaitan dengan sabitan itu hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah” supaya urusan pemusnahan barang kes tidak terikat dengan arahan mahkamah. Seksyen 205 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah akan digunapakai bagi, bagi maksud pelupusan barang kes.
Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 53 Enakmen 4, No.4 tahun 1992 dengan seksyen yang baharu dengan menaikkan penalti sedia ada dan dimasukkan peruntukan mengenai kesalahan berulang mengajar agama Islam tanpa tauliah.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda seksyen 54 Enakmen No.4 tahun 1992 supaya selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003”.
Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 55 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan menaikkan penalti sedia ada bagi kesalahan mendirikan masjid atau surau tanpa kebenaran daripada, daripada hukuman denda tidak melebihi 1,000.00 ringgit kepada denda tidak melebihi 3,000.00 ringgit.
Bagi, Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 56 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan memotong ile, elemen dengan niat dengan jalan demikian itu hendak mencela Agama Islam atau untuk apa-apa niat atau tujuan sekalipun. Fasal ini turut menaikkan penalti sedia ada daripada hukuman denda tidak melebihi 3,000.00 ringgit atau penjara selama tidak, dalam tempoh tidak melebihi 2 tahun kepada denda tidak melebihi 5,000.00 ringgit dan penjara tidak, penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 59 Enakmen No.4 tahun 1992 supaya selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Fatwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.
Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 60 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan memasukkan hukuman sebat bagi kesalahan persetubuhan haram.
Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 66 Enakmen No.4 tahun 1992. Dengan cadangan pindaan ini, akan menjadi suatu kesalahan apabila seorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam jika ia melakukan sedemikian bagi maksud apa-apa perbuatan tidak bermoral. Fasal ini juga menaikkan penalti sedia ada bagi kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan da, daripada denda tidak melebihi 1,000.00 ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan kepada denda tidak melebihi 3,000.00 ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Fasal 15 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 66A ke dalam Enakmen No.4 tahun 1992 berhubung dengan kesalahan mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki atau berlagak seperti lelaki di tempat awam bagi maksud apa-apa perbuatan tidak bermolal, bermoral.
Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 67 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan menaikkan penalti sedia ada bagi kesalahan perbuatan tidak sopan daripada denda tidak melebihi 500.00 ringgit atau penjara selama tidak, dalam, selama tempoh tidak melebihi 6 bulan kepada denda tidak melebihi 1,000.00 ringgit atau penjara selama tidak melebihi 2 tahun.
Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 75 dengan memasukkan subseksyen baharu (2A) ke dalam Enakmen No.4 tahun 1992 yang memperuntukkan hukuman gantian untuk membolehkan Mahkamah memerintahkan supaya mana-mana perempuan yang didapati bersalah atas suatu kesalahan hamil lu, hamil luar nikah untuk dimasukkan ke suatu pusat pemulihan selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Fasal 18 bertujuan untuk meminda subseksyen 79A (1) Enakmen No.4 tahun 1992 dengan menaikkan penalti sedia ada dan memasukkan peruntukan mengenai kesalahan berulang berjudi.
Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 108 Enakmen No.4 tahun 1992 dengan menaikkan penalti sedia ada bagi kesalahan menggalang,
penjawat, menghalang, menggalang penjawat awam menjalankan tugas-tugas jawatannya daripada denda tidak melebihi 500.00 ringgit atau penjara tidak lebih, tidak melebihi 3 bulan kepada denda tidak melebihi 3,000.00 ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, demikianlah penerangan ringkas mengenai Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 dan saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibaca sekali, dibaca bagi kali kedua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua dan mendapat sokongan. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jika ada perbahasan, dipersilakan, 15 minit ya. Saya persilakan pihak Kerajaan untuk, perbahasan. Perbahasan dulu, lepas tu akan jawab.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, secara dasarnya Linggi menyokong dan bersetuju kepada apa-apa saja usaha untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi undang-undang syariah negeri ini selaras dengan peruntukan undang-undang yang mengatakan agama Islam agama rasmi negeri dan persekutuan.
Berkenaan dengan pindaan yang dicadangkan pada hari ini, perkara yang saya bangkitkan ini lebih kepada untuk menambah baik peruntukan-peruntukan yang dicadangkan supaya memastikan hasrat dan niat kita itu tercapai berdasarkan pindaan yang kita buat. Dan sebenarnya, untuk memudahkan pemahaman, hujah-hujah yang bakal saya bentangkan ini, dia lebih mudah kalau kita ada akta ibu, untuk kita buat perbandingan. Dan saya muat naik daripada website MAINS sendiri, akta ibu ini pernah dipinda tahun 2004, dan hujah saya ini akan mengambil kira pindaan yang telah dibuat pada 2004.
Pertamanya Dato’ Yang Dipertua, untuk Fasal 2. Fasal 2 ni, secara dasarnya kita meminda istilah “qazaf”. Sebelum ini, qazaf ini hanya membawa erti tuduhan persetubuhan haram terhadap seseorang. Kali ini, qazaf ini kita pinda untuk menyatakan bahawa termasuklah tuduhan zina dan liwat. Pertamanya, Dato’ Yang Dipertua, perkataan
“zina” melihatkan kepada akta ibu, perkataan “zina” ini tak pernah digunakan dalam akta ini. Dan kalau niat kita adalah untuk memasukkan liwat dalam tuduhan qazaf itu, saya kira lebih baik kita kekalkan istilah “persetubuhan haram”, daripada kita gantikan dengan liwat, daripada kita gantikan dengan “zina” kerana “zina” kita tak digunakan dalam akta. Yang digunakan adalah istilah “persetubuhan haram”.
Jadi, dan kalau kita lihat, akta ibu juga, perkataan “qazaf” ini tidak dirujukkan dalam peruntukan subtantive, dia hanya disentuh dalam nota birai. Nota birai ini bukan substantive law, dengan izin. Peruntukan Seksyen 60 itu, perkataaan “qazaf” tidak digunakan dalam seksyen tersebut. Jadi, apabila perkataan “qazaf” ini tidak digunakan dalam Seksyen 60 itu sendiri, pindaan kita ini tidak akan dapat mencapai maksud yang kita, kita inginkan.
Jadi, untuk tujuan itu, saya mencadangkan, untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan, pertamanya supaya pindaan terhadap istilah “qazaf” ini kita pinda, gantikan dengan perkataan “zina” tu dengan perkataan “persetubuhan haram” supaya dia selaras dengan akta ibu. Dan keduanya, perkataan “liwat” harus juga dimasukkan dalam peruntukan subtantive Seksyen 60 tersebut kerana setakat pindaan ini, kita tak menyentuh langsung Seksyen 60 yang mana nota birai “qazaf” ini di, dirujuk. Itu berkenaan dengan “qazaf”.
Dan saya juga nak, nak bangkitkan soal sama ada, adakah “qazaf” ini kita nak sebar luaskan juga untuk Seksyen 63 dan 65 akta ibu iaitu “persetubuhan di luar tabii semulajadi”. Saya rasa wajar, bagi memastikan yang “qazaf” merangkumi perbuatan yang saya rasa lebih keji daripada zina dan liwat ini, ataupun persetubuhan dan liwat.
Keduanya, Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan Fasal 13. Fasal 13 ini secara dasarnya adalah untuk me, mewujudkan hukuman yang lebih berat, menjadikannya kepada 5,000.00, denda 5,000.00 ringgit, 3 tahun penjara dan sebatan sebanyak 6 kali. Sekali lagi, hukuman yang lebih berat ini kita cadangkan untuk persetubuhan haram. Pada masa yang sama, akta ibu juga ada 2 lagi seksyen iaitu seksyen liwat dan seksyen luar tabii. Dan mengapa tidak kita ambil kesempatan ini untuk kita tambah jugak peruntukan untuk menambah hukuman yang lebih berat. Paling tidaknya, selaras dengan persetubuhan haram. Kerana secara umumnya, saya yakin kita semua setuju bahawa liwat, malah luar tabii ini dia melibatkan persetubuhan dengan binatang kan. Sudah, sudah tentunya kalau tak sama berat, lebih berat lagi hukuman yang perlu kita, kita wujudkan untuk kesalahan itu.
Dan yang seterusnya Dato’ Yang Dipertua, mohon untuk pertimbangan, Seksyen 56, yang kita pinda, dengan menggugurkan perkataan “niat hendak mencela agama Islam”. Jadi, akta asal, akta ibu yang asal, ini menjadi satu kesalahan kalau kita meroboh, membinasakan, membinasakan masjid atau rumah ibadat ini dengan niat untuk mencela. Sekarang ini kita gugurkan, jadi maksud dia dalam apa hal sekalipun, kita tak boleh nak merosakkan atau membinasakan masjid. Jadi dia, dari segi undang-undangnya, kesalahan ini nampak terlalu absolute, dengan izin, atau mutlak. Kalau tengok undang-undang ni betul-betul, baca betul-betul, jadinya besok kalau kita nak renovate, masjid, dengan izin, pun tak boleh. Kalau kita nak robohkan masjid untuk bina masjid baru pun tak boleh.
Jadi, saya cadangkan supaya kita lihat balik, kita tambah, mungkin dengan “kecuali dengan kebenaran Pihak Berkuasa Agama Negeri” dan sebagainya, kita tak boleh. Kerana bila kita gugurkan syarat mencela tu tadi, dia dah jadi absolute sangat, maksud dia langsung tak boleh nak buat apa-apa pada masjid kalau kita nak tambah baik dan sebagainya juga tak boleh.
Jadi, itu sahaja. 3 perkara yang saya nak, nak, nak timbulkan. Sekali lagi, secara dasarnya saya bersetuju, cuma secara detail-nya saya rasa, pindaan-pindaan ini perlu di, di, diperbaiki khususnya dari segi gubalannya bagi memastikan niat dan hasrat kita untuk memperkasakan ini tercapai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Jawapan kemudian ya. Ada lagi nak bahas?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bangun bagi membahaskan cadangan ataupun pindaan ataupun tambahan kepada Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan). Dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan secara prinsipnya, bahawa saya bersetuju dengan cadangan pindaan ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat tadi, tidak lain dan tidak bukan bagi memperkasakan pelaksanaan hukum syariah di negeri kita.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pindaan yang bakal ataupun yang telah dicadangkan, adalah merupakan satu pindaan yang amat penting sebenarnya. Kita sebagai pembuat undang-undang di peringkat negeri ini, keputusan di dalam kita merangka undang-undang akan ditafsir oleh mahkamah dan pengamal-pengamal perundangan.
Kita lihat daripada pindaan ini, dan saya secara spesifiknya, secara khususnya ingin merujuk kepada pindaan yang dicadangkan iaitu Seksyen 66, berkaitan dengan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) ini. Iaitu seksyen ini menyatakan, saya bacakan semula, untuk renungan Dewan, pindaan yang cuba dimasukkan ialah Seksyen 66A, “mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki atau berlagak seperti lelaki di mana-mana tempat awam bagi maksud apa-apa perbuatan tidak mem, bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang sepatutnya”, seperti mana dinyatakan dalam pindaan ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, jelas apabila kita bercakap tentang undang-undang Islam, asas yang digunakan bagi kita mencungkil ataupun melihat kepada hukum ataupun fatwa ini, tidak lain dan tidak bukan ialah atas 4 asas utama. Pertama sekali Al-Quran, yang keduanya Sunnah, yang ketiganya ijma dan qiyas para ulama. Dan kita lihat banyak dalil sebenarnya. Banyak dalil yang telah kita boleh baca dan kita boleh lihat pun daripada website Jabatan Agama Islam kita sendiri berkaitan dengan larangan. Bukan setakat perempuan, berkelakuan atau memakai pakaian lelaki tetapi versi versa, maksudnya dalam konteks pindaan ingin dicadangkan ini ialah kalau lelaki pulak berlagak atau berkelakuan seperti perempuan, seperti wanita. Hadis jelas, dalam hadis Bukhari 5885, versi Fathul Bari, dengan jelas daripada Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru gaya perempuan dan perempuan yang meniru gaya lelaki.
Saya ingin bacakan balik, dan saya ingin membawa pula perhatian Dewan yang mulia, kepada peruntukan seksyen ini, 66A ini yang ingin dimasukkan ini, “mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki atau berlagak seperti lelaki di mana-mana tempat awam bagi maksud perbuatan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan”. Daripada jenis hadis yang saya bacakan tadi, jelas sebenarnya Dato’ Speaker, bahawa di dalam Islam tafsiran hadis yang saya baca tadi, jelas bahawa di dalam Islam, kelakuan ataupun tindakan seorang lelaki memakai pakaian perempuan, itu sahaja merupakan satu kesalahan tidak bermoral. Dan begitu juga versi versa, kalau lelaki memakai pakaian perempuan, itu sendiri, itu alone, dengan izin, merupakan suatu tindakan yang tidak bermoral.
Jadi pindaan, cadangan pindaan ini, saya setujulah secara prinsipnya. Tetapi saya ingin menyatakan dari segi pelaksanaannya. Kerana undang-undang yang bakal diluluskan dalam Dewan yang mulia ini merupakan undang-undang yang akan diterima pakai oleh pengamal undang-undang, akan ditafsir oleh mahkamah, kadi, Mahkamah Syariah
kita, hakim-hakim kita, begitu juga dengan pengamal undang-undang kita, pihak pendakwaan penguatkuasaan Jabatan Agama Islam, peguam bela syarie. Dan oleh kerana itu, saya rasa, undang-undang yang bakal kita luluskan ini, pindaan ini seharusnya merupakan satu undang-undang yang boleh tidak mewujudkan ambiguity, dengan izin, kesamaran. Dan seperti mana jugak undang-undang hudud, elakkan hudud daripada kesamaran. Begitu juga dengan undang-undang takzir. Undang-undang yang kita bincang dan bahaskan ini merupakan undang-undang takzir, undang-undang yang dibuat oleh pemerintah. Pembuat undang-undang yang kita dalam Dewan ini.
Dan saya lihat, daripada cadangan pindaan ini, seorang lelaki berlagak, seorang perempuan atau lelaki berlagik, berlagak seperti seorang perempuan dan melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Dari segi pendakwaannya, saya lihat tuan-tuan dan puan-puan, Dato’ Yang Dipertua, saya lihat ini agak menyukarkan jugak tugas pihak pendakwa sebenarnya. Dan kita lihat banyak, kes yang kadang kala tidak dapat kita sabitkan dengan adanya lakonan ataupun kesamaran ini.
Maknanya pihak pendakwaan, dalam konteks Seksyen 66A ini terpaksa membuktikan 2 perkara. Pertama sekali, lelaki atau perempuan tersebut memakai pakaian yang tidak segender dengannya. Yang keduanya, dia mesti melakukan perbuatan tidak bermoral. Tapi seperti mana hadis yang saya baca tadi, jelas dalam Islam, berlandaskan kepada hadis ini, daripada hadis sahih Bukhari ini, bahawa sebenarnya apabila seorang lelaki memakai pakaian perempuan, itu saja merupakan satu tindakan yang tidak bermoral. Dan tidak perlu pihak pendakwaan syariah untuk membuktikan bahawa beliau melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
Dan perbuatan tidak bermoral sebenarnya amat luas. Dalam konteks sekarang ini, di Dewan yang mulia ini, kalau saya peluk YB Yang Berhormat Dato’ Speaker sekarang, ia merupakan satu mungkin pelukan Arab. Tetapi kalau saya peluk Yang Berhormat Speaker daripada belakang, mungkin hati-hati. Seorang lelaki memeluk daripada belakang, hati-hati. Dan oleh kerana itu sudah wajar ada ilustrasi sebenarnya dalam enakmen kita ini. Sudah ada misalan, seperti mana Kanun Keseksaan, ada misalan. Apakah yang terjumlah kepada kesalahan mencuri sebagai contohnya, ada misalan yang boleh digunakan guidance, dengan izin, panduan oleh pengamal undang-undang, hakim-hakim Mahkamah Syariah kita supaya kita boleh melihat niat kita. Bagi kita memperkasakan Enakmen Syariah ini, satu perkara yang boleh mencerminkan keadaan sebenar orang Islam di negara ini.
Ini saya rasa tuan-tuan, Dato’ Yang Pertua, banyak sebenarnya, kalau kita lihat hadis riwayat Abu Daud 4098, muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4, saya rujuk ni. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dan pedang tersisip di pinggangnya. Abdullah mendengar Rasulullah SAW bersabda Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan”. Ini merupakan satu celaan yang amat besar oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Dan oleh kerana itu, semangat ini, mungkin boleh dilihat oleh pihak kerajaan yang, yang menggubal ini, supaya kita masukkan semangat ini, ataupun misalan-misalan, di manakah satu perkara yang boleh terjumlah kepada tindakan yang tidak bermoral.
Saya lihat Seksyen 66A ini dengan jelas mengatakan bahawa tindakan bermoral, tidak bermoral tersebut diadakan di tempat awam. Bagi sayalah, sebagai orang Islam, kalau kesalahan ini salah yang dilaknat oleh Allah SWT, dilaknat oleh Rasulullah kita, tidak kiralah ianya dilakukan di tempat awam ke ataupun sebaliknya, ataupun di tempat-tempat yang private, dengan izin. Jadi itu saya rasa merupakan semangat yang boleh saya cungkil daripada hadis-hadis yang saya buat semakan ini.
Dan saya harap, ada ilustrasi, ada misalan, seperti mana ada dalam beberapa peruntukan dalam seksyen ataupun Enakmen Syariah ini, sebelum ini adalah peruntukan ini yang diberi misalan. Supaya ini, misalan ini boleh memberikan panduan kepada Hakim Mahkamah Syariah, memberi panduan kepada pengamal, Peguam-Peguam Syarie dan jugak pihak penguasa pendakwaan agama di Negeri Sembilan ini, supaya mereka lebih tepat, lebih spesifik dalam merangka pertuduhan dan dalam pada masa yang sama, kita boleh, Dato’ Yang Dipertua, memperkasakan hukum hukuman syariah sepertimana niat pembuat undang-undang, niat kami yang ada dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Secara prinsip, dasarnya, saya menyokong.
Dan saya memberi cadangan agar penambahbaikan ini agar ia selari sebenarnya, bukanlah …..
Terima kasih.
….. saya nak menolak tetapi supaya ia diperkasakan, ada lengkapkan peruntukan-peruntukan ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Ada yang nak bercakap lagi? Ya Yang Berhormat, bercakap.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih saya ucapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk membahas Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992, mungkin Manickman Letchuman ini aneh sikitlah untuk melihat ini. Tetapi saya hanya nak sentuh perkara-perkara untuk membaik, menambah baik dan mengelak kekeliruan sahaja. Saya tidak mahu masuk campur tangan dalam kandungan seksyen ataupun subseksyen ataupun misalannya dan seterusnya fasalan-fasalan yang diketengahkan pada hari ini, dalam Enakmen ini.
Yang saya telah melalui dan telah cuba baca dan cuba memahami enakmen tersebut, tetapi satu perkara yang saya anggapkan tidak terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah ini berbanding dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) yang tempoh hari diluluskan dalam Dewan mulia ini. Di situ ada dengan jelas menyatakan tentang pemakaiannya. Pada seksyen yang keempat, “terkecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal di dalam Negeri Sembilan dan bagi semua orang Islam yang bermastautin di dalam Negeri Sembilan tetapi tinggal di luar negeri itu”. Jadi, di sini tidak, dengan jelasnya menyatakan bahawa enakmen ataupun rang undang-undang ini, enakmen ini hanya sasarkan kepada orang-orang Islam sahaja.
Tetapi dalam Enakmen Jenayah Syariah yang dibentangkan dan untuk menambah baik itu, tidak ada seksyen ini dalam undang, enakmen ibu tu. Sebagai contoh dalam, saya anggapkan ada beberapa perkara yang mungkin juga melibatkan orang-orang Islam dan bukan Islam, sebagai contoh Seksyen 34 menyubahati sesuatu perkara, Seksyen 35 bersubahat, Seksyen 60 persetubuhan haram, Seksyen 61 percubaan persetubuhan haram, Seksyen 63 liwat, Seksyen 66 lelaki berlagak seperti perempuan, Seksyen 73 menjual dan membeli arak, dan Seksyen 79A judi.
Jadi dalam, ini yang saya faham, kemungkinan besar dalam, ada keadaan yang mana orang Islam dan orang bukan Islam juga terlibat
dalam hal ini, saya hanya nak tahu daripada Dewan yang mulia ini, sama ada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 dan fasal-fasal yang dibentangkan pada hari ini, mungkinkah ia akan memberi kesan kepada yang bukan Islam ataupun sekadar untuk orang Islam. Dan saya ingin mengetengahkan pendapat dan pandangan saya agar pemakaian ini dengan jelas-jelasnya dinyatakan dalam undang-undang agar ia tidak akan menimbulkan apa-apa kekeliruan saya. Itu saja daripada saya, terima kasih Yang Dipertua.
Terima kasih Jeram Padang. Ada lagi? Kalau tak ada, saya nak mintak kepada pihak Kerajaan untuk mengulas dan menjawab.
Dato’ Yang Dipertua, saya melihat bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 ini adalah penting bagi kita untuk dibuat perubahan dan kita sedia maklum bahawa undang-undang ini merupakan untuk meningkatkan denda di samping penerangan mengenai kesalahan-kesalahan tersebut. Jadi, bagi pihak Kerajaan, saya rasa perkara ini bertepatan pada waktunya untuk kita, rang undang-undang ini diterima, diterima, pindaan 2019 bagi memastikan bahawa rang undang-undang syariah kita dapat diperkasakan. Itu saja, Dato’ Yang Dipertua.
Bismillahirrahamanirrahim. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian …..
Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Yang pemakaian yang saya nyatakan tadi tak ada …..
Jawapan? Silakan. Ni ada permintaan.
Dato’ Yang Dipertua, kena, kesalahan jenayah tidak melibatkan bukan Islam. Syariah tidak melibatkan bukan Islam,
Jenayah Syariah tidak melibatkan orang bukan Islam. Ini hanya untuk orang Islam saja, terima kasih.
Ya, okay.
Boleh tak fasal yang pemakaian seperti yang Family Law itu dimasukkan dalam syariah, Rang Undang-Undang Syariah ini seperti mana dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam itu, dengan jelas-jelasnya telah dinyatakan. Sekian.
Itu akan diambil kira, Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, rang-rang undang, rang undang-undang ini telah dibahas dan telah dijawab oleh pihak Kerajaan, Ya apa Dato’ Rantau, nak, nak, ya…..
Dato’ Dipertua, saya nak mencelah sikit.
Ya, boleh.
Kena ambil perhatian apa yang disebut tu tadi, Dato’ Dipertua, sebab itu mesti dipinda ya. Kerana kalau kita terima nanti dia akan dibuat buat tanpa dipinda. Saya mintak supaya pihak Kerajaan jawab, sama ada pandangan daripada pihak-pihak yang memberikan pandangan tadi diterima ataupun tidak. Kerana kalau tak diterima nanti, ataupun tak dipinda dia akan lulus seperti apa yang dibentangkan ya. Jadi apakah pihak Kerajaan hari ini, menerima pandangan-pandangan termasuk daripada Jeram Padang, daripada Linggi dan jugak daripada Senaling tadi, ya. Supaya ia jelas, kan, kita nanti, kita membuat undang-undang, suatu rang undang-undang pindaan kepada undang-undang induk, dan jugak dipinda jugak dalam Dewan ini di atas apa yang telah dibentangkan. Itu perlu kita tentukan sekarang supaya sebelum nanti, kalau tidak nanti kita terima, betul kita setuju, kerana kita nak memperkasakan undang-undang syariah di Negeri Sembilan.
Tetapi undang-undang tersebut yang dibentang seperti dibincangkan sebentar tadi dia terlampau, ada ambiguity dia, ya. Bila kita,undang-undang ada ambiguity Dato’ Yang Dipertua, dengan izin, dia satu undang-undang yang tidak lengkap dan boleh diinterpretasi oleh banyak pihak untuk memberikan kemudahan dan penjelasan yang baik supaya undang-undang ini dapat diterima pakai dan diguna pakai dan diguna pakai di dalam mahkamah, pihak hakim, pihak peguam bela syarie dan yang lain-lain jelas tentang undang-undang yang dibentangkan hari ini, yang kita putuskan hari ini, bahawa itu yang kita maksudkan bukannya dia menjadi pelbagai-bagai maksud, Dato’ Yang Dipertua.
Jadi saya mintak supaya pihak Kerajaan bagilah pandangan ataupun ulaslah apa yang telah pun diberi pandangan oleh pihak-pihak yang bercakap tadi. Terima kasih.
Nak jawab terus.
Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa perkara ini ataupun pindaan ini telah dirujuk di mahkamah, saya rasa tidak ada masalah. Dan telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan kita sekarang, kita ikut apa yang pihak Majlis telah maklumkan …..
Dato’ Dipertua, Yang Amat Berhormat …..
….. dan kita akan ambil maklumat tersebut untuk kita ambil makluman tersebut untuk kita bawa balik ke Majlis. Kalau ada pindaan, pindaan akan datang, kita akan buat lagi sekali, Dato’ Yang Dipertua.
Saya harap Dato’ Dipertua, supaya kita buat di sini senang, kita tak membantah rang undang-undang ini, kita setuju.
Saya rasa kita tak perlu pindaan.
Kita setuju supaya kita berikan penjelasan sama ada apa pandangan tadi diterima ataupun tidak. Itu saja ya.
Saya rasa saya dah jawab bahawa pindaan tersebut akan kita bawa kepada pihak Majlis Agama Islam untuk diperhalusi, dan kalau ada pindaan, pindaan akan datang akan kita bawa kepada pindaan yang baru, ya, Dato’ Yang Dipertua.
Yang keduanya berhubung dengan masalah. Ini telah kita bawa ke mahkamah dan saya rasa pihak mahkamah telah maklum apa yang tadi di, dibicarakan oleh pihak-pihak pembangkang. Dan, dan telah kita rasa bahawa ini akan kita ambil kira untuk, kalau ada pindaan pada masa akan datang, itu saja. Terima kasih.
Saya rasa supaya, Dato’ Dipertua, yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat jangan bawak, heret mahkamah ke sini kerana mahkamah adalah sebuah badan yang berkecuali. Jangan kata rang undang-undang ini dipersetujui oleh mahkamah, itu tak betul. Dan adalah merupakan suatu yang tidak patut diperkatakan di sini.
Maksud dia Yang Dipertua, bahawa kita telah merujuk kepada mahkamah untuk kita bincang dan mereka bersetuju bahawa pindaan ini boleh dilakukan. Okay Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, mohon maaf…..
Dato’ Yang Dipertua …..
Ramai yang bangun ni.
Hari tu saya tak dibenarkan, hari ini, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya pun sama jugak, saya tidak membantah apa sahaja kandungan dalam enakmen ini, dan jugak apa saja fasal yang dibawak pada hari ini. Tetapi hanya saya mintak agar pemakaian itu, fasal pemakaian itu diserapkan dalam salah satu daripada seksyen nanti. Kerana dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 ini dah jelas, begitu jelas dengan istilah yang menyatakan bahawa enakmen itu akan hanya mempengaruhi ataupun menjejaskan orang-orang Islam saja. Tetapi dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 tak ada ayat
itu ataupun tak ada seksyen itu. Dan pada hari ini, tiada fasal pun dibawak ke Dewan yang mulia ini.
Jadi sebagai mengelakkan kekeliruan di kalangan yang bukan Islam, saya mencadangkan agar, kita bawak seksyen yang ke-4 daripada Undang-Undang Keluarga Islam diserapkan ke sini. Itu saja cadangan saya. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kerana apa saja seksyen-seksyen yang saya telah bacakan daripada teks tadi, itu melibatkan kadang-kadang ada persetubuhan yang melibatkan orang Islam, yang beragama Islam dengan yang beragama bukan Islam. Dan kalau ditahan, siapa yang akan di, dihukum dan siapa akan bebas. Jadi dalam hal ini, mahkamah akan buat tafsiran berdasarkan kepada apa sahaja yang kita luluskan di sini. Dan kita jadikannya sebagai enakmen. Jadi itu sebabnya saya masih lagi ingin menegakkan, tentang seksyen ataupun fasal pemakaian. Itu saja, bagi diri saya. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, mohon izin.
Dato’ Yang Dipertua, tidak timbul fasal tersebut. Dalam Jenayah Syariah memang, memang hanya terpakai kepada orang Islam saja Dato’ Yang Dipertua. Itu dah jelas Dato’ Yang Dipertua.
Cuma saya nampak tadi, kejap Linggi ya, kejap. Saya, cuma saya tengok tadi, semua setuju kan, dengan enakmen ni. Cuma penafsiran je lah tadi. Penafsiran tu nanti, YB, Yang Amat Berhormat akan rujuk balik kepada, kepada ni apa, pihak apa, pihak Majlis Agama Islam ya, pasal penafsiran tadi. Saya ingat isu penafsiran.
Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat, Yang Berhormat …..
Dato’ Yang Dipertua, kejap. Pertamanya, Dato’ Yang Dipertua, Dewan ini adalah Dewan yang bertanggungjawab dan sah untuk menggubal undang-undang. Mahkamah ni mentafsir, mereka harus tafsir ikut pemahaman kita.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa saya dah jawab Dato’ Yang Dipertua, bahawa kita terima pandangan tersebut. Dan jika keperluan ada pada masa akan datang, kita buat lagi pindaan-pindaan tersebut, itu sahaja yang, Dato’ Yang Dipertua.
Okay, saya nampak …..
Ok, pertamanya, berdasarkan hujah tadi, jika kita lihat, niat ataupun hasrat besar kemungkinan tidak tercapai dengan pendirian sedia ada. Mengapa kita perlu buang masa Dewan, buang masa mahkamah, buang tenaga, kita lepas ni kita ada jawatankuasa ya, untuk fasal-fasal, kita pinda masa tu lah …..
Linggi, sekejap, sebenarnya Keluarga Islam ni dah dibincang di peringkat Jabatan Mufti, Majlis Agama Islam dan di peringkat ni apa tertinggi. Cuma di sini nak, nak diluluskan. Mungkin ada perbezaan pandangan tadi tu, tentang penafsiranlah, lelaki perempuan apa semua. Saya ingat yang lain pun sebut benda yang sama. Jadi Yang Amat Berhormat dah sebut. Semua pandangan tu kita terima, lulus kita terima sebagai ada, ada diterima dan dibawak ke dalam Majlis Agama Islam dan pihak yang berkaitan yang menggubal rang undang-undang ini ya. Sebab, apa yang kita takuti, kita terus, kita buat dekat sini terus pindaan, tanpa, kita bukannya pakar ya, dalam bidang tu, jadi, tangguh? Tangguh …..
Yang Dipertua, saya punya pandangan, kalau ni, keadaan …..
Kejap, kejap, kejap, kejap, tak habis lagi.
Dato’ Yang Dipertua …..
Kejap, kejap, kejap.
….. seperti saya jawab tadi Dato’ Yang Dipertua, kita teruskan …..
Teruskan.
….. lepas tu kalau ada perubahan, kita perubahanlah Dato’ Yang Dipertua.
Tak, diteruskan. Kalau perlu kita ubah, esok kita ubahlah, kita ada persidangan lagi. Kita ada persidangan lagi. Dia, undi ya? Sebab ini, saya pun, hari tu masa saya, lain sikit pada ni lah, saya bersantap dengan tuanku, tuanku pandang serious tau. Tuanku benda ni, kalau boleh benda ni dia nak teruskan. Okay. Jadi, pasal benda tu khilaf sikit je tu. Saya mintak boleh bersetuju tak? Kalau nak undi, kita undilah. Okay, Yang Berhormat …..
Dato’ Yang Dipertua, saya nak mohon penjelasan sedikit.
Dah dah dah, saya ingat dah jelas dah …..
Memandangkan tadi Kerajaan berpendapat bahawa undang-undang ni tak melibatkan orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam boleh mengundi pada kali ini?
Oh tak yah undi. Terima kasih.
Bukan orang Islam boleh cakap, bukan orang Islam, Jeram Padang boleh cakap jenayah, undi pun boleh, terima kasih.
Saya ingat kita nafikan dia orang untuk undi tak boleh sebab haa?
[percakapan tidak dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan]
Terus? Saya, nanti kejap Yang Amat Berhormat, jangan mintak pengaruhi pengerusi, Yang Dipertua. Tolong. Saya fikir secara wajar ni, saya nak semua, pasal saya fikir ini soal rang undang-undang agama Islam ni, saya tak berani nak buat sesuatu keputusan. Apa saya fikirkan benda ni, jadi, tapi saya nak betul Yang Berhormat, benda ni dah diperbincang secara detail oleh pihak apa, Majlis Fatwa apa semua ni. Saya ingat, jadi kita ambil pandangan tadi tu, kita akan bawak dalam ni, seperti Yang Berhormat sebut tadi, dan kita, tolonglah terima dulu supaya kita mudahkan. Pasal benda yang baik, kita nak percepatkan. Kalau tangguh, kalau apa nanti, dia jadi lambat. Jadi saya mintaklah, kepada Yang Berhormat sekalian, sebab, pasal benda ni tak ada kepentingan apa-apa, dia tak ada apa-apa kepentingan politik pun kepada Kerajaan, tetapi dia lebih kepada kepentingan apa, sama-sama kita nak menjaga agama Islam, inshaa Allah.
Mintak mencelah sikit. Kita dewan yang mulia ini, Dato’ kan, kalau kita nak buat undang-undang, dia biarlah satu rang undang-undang baru ataupun pindaan sebagai suatu rang undang-undang ataupun pindaan yang tidak ada cacatnya. Setelah kita mengkaji dan semuanya. Dan dibawak di sini, dibahaskan. Tapi apabila dibahaskan, ternyata ada pandangan untuk kita memperbaiki daripada apa yang telah pun dibentangkan, tak ada apa-apa masalah. Saya rasa …..
ADUN Rantau, pindaan tadi tu kita terima, bukan kita tak terima, terima kita akan bawak dalam Majlis …..
Jadi maknanya, bila dalam jawatankuasa …..
….. bila nak ni besok, …..
Dato’, sekejaplah, janganlah, biarlah ahli Dewan bercakap, Dato’ kan Speaker. Nanti peringkat jawatankuasa nanti, catitkan, saya mintak Penasihat Undang-Undang catitkan apa yang kita bincang, kalau setuju, kalau tak apa kan, rasanya baik pandangan tu tadi. Jadi kita kata, diluluskan dengan pindaan. Kan senang. Tak susah, ya.
Dato’ Yang Dipertua, saya, saya bangkit Dato’ Yang Dipertua, kita bawa, pindaan yang dibuat ini rasanya sempurna. Cuma pihak pembangkang kata ada pembaharuan. Jadi kita bawak balik kepada Majlis untuk dilihat semula. Biarlah pihak Majlis yang menentukan.
Saya …..
….. untuk dikaji semula. Jadi kita luluskan yang ini, tanpa ada masalah ……
Saya bersetuju dengan pandangan Yang berhormat, Yang Amat Berhormat tadi, dan pasal apa tadi pindaan yang kita nak buat ni, kita nak merujuk kepada yang pakar. Saya mintak maaflah, pasal rang undang-undang Islam, kita tak semua pakar ni. Jadi dia orang dah, dah buat, dah buat banyak kali mesyuarat, keputusan ni, kita mintak tolonglah, jadi kita apa note yang pindaan yang dimintak tadi tu, kita tetap akan bagitau, kita tak akan selindungkan. Pasal apa, itu penting. Jadi saya mintak luluskan dulu, luluskan dengan pindaan yang, yang, yang dilihat oleh, dilihat oleh apa tadi, pakar-pakar tadilah. Kalau pakar kata benda dah betul, kita terimalah sama-sama ya. Okay. Saya terus pergilah, yang bersetuju angkat tangan …..
Dato’ Yang Dipertua, yang pemakaian tu boleh tak diterima secara apa ni …..
Itu kemudianlah. Setuju, angkat tangan. Yang berkecuali, sda 2 orang. Tak setuju, ada seorang. Okay, semuanya bersetuju ya, majoritinya bersetuju.
[Keputusan undian: semua 18 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota dan YB ADUN Jeram Padang – berkecuali, YB ADUN Linggi – tidak bersetuju]
Dato’ Yang Dipertua.
Rang undang-undang ini dibacakan sekarang bagi kali kedua.
Setuju apa Dato’ Yang Dipertua?
Setuju dengan tadi, rang undang-undang, dengan kita akan bawak, kita akan, dengan, dengan cadangan-cadangan bawak balik, pihak tadi, cadangan kita akan rujuk, cadangan kita akan rujuk dan keputusannya rang undang-undang kita terima dulu.
Setuju diluluskan.
Diluluskan ya.
Dato’ Dipertua, untuk perkara ini …..
Dah dah dah. Saya tak nak …..
…. baru-baru .….
….. dah dah, saya tak nak dengar, cukup. Amin.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa rang un, dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa, Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Jadi, ramai yang bersetuju, Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Keputusan undian: semua 18 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Jeram Padang – berkecuali]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Saya ada bantahan, Dato’ Yang Dipertua. Saya membantah kerana saya rasa untuk memastikan yang niat kita untuk mewujudkan, memasukkan qazaf, zina dan liwat ini diperbaiki dengan menggantikan perkataan “zina” itu dengan perkataan “persetubuhan secara haram”, “persetubuhan haram”.
Tak apa, yang tadi pindaan itu kita akan sebut nanti dalam ni, kita rujuk pada ini. Okay, Fasal 3.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua …..
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa ban, bantahan? Jika tiada fasal …..
Dato’ Dipertua, sebelum kita pergi ke fasal yang lain, kita kena ambil tindakan …..
Dah dah dah, kita sebut tadi tu, sebelum kita …..
Tak boleh Dato’ Dipertua, ini kita kena …..
Dah dah, kita dah setuju ni fasal-fasal.
….. ambil tindakan. Mana boleh kita terus kalau itu tak kita tak tetapkan, Dato’ Yang Dipertua. Ada bantahan sebenarnya yang tadi. Kalau ada bantahan, kalau tidak ada bantahan baru menjadi rang undang-undang. Kalau ada bantahan, apa terjadinya Dato’ Dipertua?
Dah dah dah.
Dato’ Yang Dipertua, seperti yang kita maklum bahawa perkara tersebut akan kita bawa kemudian ya. Kita luluskan fasal demi fasal ini dulu. Lepas tu kita ada isu yang berbangkit, kita bawa untuk kepada dalam Majlis untuk dibincangkan semula. Dato’ Yang Dipertua, untuk akan datang kalau ada, ada, ada, ada, ada pindaan baru kita akan lakukan semula, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Kita pergi ke Fasal 3 ya. Fasal 2 sudah. Fasal 3. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Amin.
Fasal ke-3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 adalah se, menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 5.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 5 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 6.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 7.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 8.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 8 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 9.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 9 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 10.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 11.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 11 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Dato’ Yang Dipertua, saya ada bantahan sepertimana hujah saya masa perbahasan tadi.
Tak apa, buat catatanlah. Fasal 12. Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 12 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 13.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 13 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 14.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 13 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 15.
14 ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 14 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Fasal 15.
Fasal 15.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 15 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 16.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 16 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 17.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 17 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 18.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 18 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 19.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 19 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 20.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 20 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 21.
Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 21 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, boleh saya mencelah sikit?
Dah dah selesai dah.
Tak Yang Berhormat.
Mencelah kang …..
Dato’ Yang Dipertua, ini masalah rang undang-undang Dato’, Yang Berhormat. Saya mintak Fasal 2 dan jugak Fasal 12 tadi, kita keluarkan daripada apa yang kita nak bahas ni, sebab itu ada bantahan. Kita sebut, kalau ada apa-apa bantahan, kalau ada bantahan, makna kita keluarkanlah. Kita tak ada masalah yang lain, Dato’ Yang Dipertua. [YAB ADUN Sikamat berbincang dengan YB Penasihat Undang-Undang]
Sikamat.
Dato’ Yang Dipertua, kita semak pada buku peraturan Rang Undang-Undang, Dato’ Yang Dipertua. Kita tak boleh langgar ni.
Tak apa.
Tunggu perbincangkan lagi tu.
Dato’ Yang Dipertua, memandangkan ada bantahan mengenai Fasal 2 dan Fasal 12, jadi kita, kita apa, kita tangguhkan dulu untuk fasal, setuju untuk digugurkan untuk Fasal 2 dan Fasal 12, Dato’ Yang Dipertua.
Setuju ya?
Ya.
Okay.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mencadangkan agar fasal yang melibatkan Seksyen 66 tadi juga ditangguhkan, 16, 15.
Berapa seksyen?
Fasal 15 berkaitan seksyen 66A tadi.
66A?
Saya rasa itu pun dimasukkan dalam penangguhan.
66A ya? Haa? Cakap cakap cakap.
Dato’ Yang Dipertua, tadi pada dibaca tadi tidak ada bantahan ya. Jadi kita rasa kita teruskan untuk fasal tu juga.
Boleh cakap, Yang Berhormat …..[sebahagian percakapan oleh YB Pengerusi tidak dirakam berikutan alat pembesar suara beliau tidak diaktifkan] ….. jadi orang lain tak dengar, kan. Saya tak nak orang cakap, saya tak nak dengar. Saya nak bagi orang fokus, okay. Saya, YB dah jawab dah, Yang Amat Berhormat ni, Sikamat jawab, okay.
Yang Berhormat Dato’, Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Yang tidak, yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Lebih suara bersetuju. Dewan bersidang semula.
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Undang-Undang Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui dengan pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga, diluluskan, sila angkat tangan. Yang berkecuali? 3. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan yang hadir bersetuju. YB ADUN Kota, YB ADUN Jeram Padang dan YB ADUN Linggi – berkecuali]
Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2019. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan persidangan kita. Persidangan ini akan disambung, nak terus petang, boleh petang? Hari ni kita habis semua. Boleh? Boleh ya? Boleh. Kalau boleh, petang ni kita akan sambung semula. Dewan ditangguhkan. Nak besok? Besok, haa. Okaylah besoklah. Haa? Petang? Petang? Petanglah, petang tak banyak dah. Kita undilah. Senang. Undi undi. Siapa setuju disambung petang ni, angkat tangan. Yang tidak bersetuju, buat petang ni angkat tangan. Okay kita sambung petang ni. 2 tak bersetuju. Jadi saya ucap terima kasih, mintak maaf, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan yang hadir serta YB ADUN Rantau – bersetuju. YB ADUN Kota dan YB ADUN Jeram Padang – tidak bersetuju]
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.50 petang]
[YB ADUN Rantau dan YB ADUN Serting tidak hadir pada sesi petang]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Yang Berhormat, silakan duduk.
Rang Undang-UndangBill
5.1 Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.
[Bacaan kali pertama]
Perkara kelima, Rang Undang-Undang ketiga. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, dibacakan bali, bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang dibacakan bali, bagi kali kedua, bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 selaras dengan Fasal 57(2A) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memperuntukkan bahawa “Dewan Undangan boleh dari semasa ke semasa memilih salah seorang ahlinya untuk menjadi Timbalan Yang Dipertua mesyuarat”. Yang ketiga, malahan Perintah 1(2) Peraturan II, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1960 juga memperuntukkan bahawasanya “Dewan Negeri juga hendaklah memilih seorang Timbalan Yang Dipertua dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas pilihan raya atau pada permulaan urusan mesyuarat dalam mesyuarat yang mula-mula sekali diadakan selepas daripada jawatan Timbalan Yang Dipertua itu kosong”.
Maka dengan itu, Dewan Undangan Negeri dalam persidangan pertamanya iaitu pada Persidangan (Khas) yang telah diben, yang berlangsung pada 2 Julai 2018 telah meluluskan pelantikan Yang Berhormat Tuan Ravi a/l Munusamy; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sri Tanjung sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan bagi Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Sekaligus lantikan tersebut menjadikan beliau Timbalan Yang Dipertua bagi Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang pertama.
Oleh yang demikian, Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 yakni enakmen ibu perlu dibuat beberapa pindaan bagi melaraskan semula terma-terma sedia dalam enakmen ibu yang antara lainnya termasuklah seperti berikut: pertama, memasukkan tajuk ringkas dan permulaan kuasa enakmen. Kedua, memasukkan takrifan Timbalan Yang Dipertua ke dalam enakmen. Ketiga, mengadakan peruntukan bagi saraan Timbalan Yang Dipertua. Keempat, pindaan Jadual bagi memberi kuasa kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk meminda Jadual. Kelima, mengadakan peruntukan bagi pembayaran saraan Timbalan Yang Dipertua Dewan. Dan yang keenam, lain-lain pindaan yang kecil ataupun berbangkit.
Seterusnya Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan semua ahli Dewan termasuklah Timbalan Yang Dipertua dengan mengambil kira kompli, kompleks, kompleksiti dan tanggungjawab ahli-ahli Dewan dalam memelihara fungsi, peranan dan tanggungjawab institusi Dewan Undangan Negeri bagi memastikan semua ahli Dewan memenuhi expectacy dan keperluan rakyat agar dasar dan pelaksanaan semua program dan aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya dapat dirunding dan dibahas oleh semua ahli Dewan dengan lancar dan sempurna.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadang supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang ini telah dicadang dan dibacakan bagi kali kedua dan mendapat sokongan. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Ini saya persilakan kalau ada di kalangan ADUN yang ingin membuat, untuk membahas.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dalam membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan sebentar tadi, saya ingin jugak ingin mengambil bahagian daripada Dewan yang mulia ini bahawa tahniah kerana Yang Berhormat Sri Tanjung ya, telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang pertama. Nama pun nama baru Yang Berhormat ya. Cuma saya harap, ni, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ialah, kita tidak ada masalah tentang elaun dan jugak saraan, itu adalah perkara yang wajar sebab itu untuk dipertimbangkan untuk diberi kepada perjawatan yang baru ini.
Cuma saya mintak penjelasan jugak daripada Dewan yang mulia, kedudukan Timbalan ini ya. Apakah kedudukan dia, Timbalan ini berada sebagai ahli Dewan ataupun sebagai Timbalan. Apabila seorang Yang Dipertua dilantik di kalangan ahli Dewan, dia tidak lagi duduk di dalam, bersama-sama dengan ahli Dewan. Tapi bila Timbalan Dipertua ini dilantik, kedudukan tu, kita masih lagi, saya dah tengok buku perintah-perintah, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap, kita tidak menyatakan perkara ini. Jadi saya mintak pihak Kerajaan untuk menjawablah, kedudukan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan ini, sama ada sepatutnya duduk di depan, ataupun duduk sebaris dengan ahli Dewan yang lain.
Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua, saya mintaklah, apa ni, oleh kerana Yang Berhormat Sri Tanjung ni dia, kalau kedudukan dia tu tidak jelas, sebagai Timbalan Yang Dipertua dia tak ada soalan Dewan. Dan saya lihat, pasal banyak kali kita bersidang, dia tidak ada soalan Dewan. Bermakna dia sebagai Timbalan Speaker, lebih mengatasi daripada sebagai ahli Dewan. Oleh kerana itu, beliau sebenarnya kalau boleh diletakkan di depan ya. Sama ada, kita lihat sama ada di peringkat Parlimen bagaimana kedudukan seperti ini diusahakan supaya kita dapat gunapakai dalam Dewan yang mulia ini.
Jadi itu saja, saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Sri Tanjung. Cuma saya mintak Yang Berhormat lepas ni tak bolehlah menyampuk Yang Berhormat. Ketua kita, ada Speaker dengan kita. Bila Yang Berhormat Timbalan Speaker bercakap, kami tak tahu nak berhenti cakap ke, nak terus cakap. Sebab Timbalan Yang Dipertua ni bila bercakap, Dato’ Yang Dipertua, sepatutnya kita tak boleh bercakap lagi dah. Sebab tu saya mintaklah Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, kena menjalankan tugas-tugas Timbalan itu, ada kekangan-kekangan dan undang-undang yang patut jugak dia ikuti, terutamanya dalam Dewan yang mulia ini. Satu saya tengok, oleh kerana soalan takde tu, saya fikir haa itu telah pun diperbetulkan. Tapi cuma kedudukan dan atur cara semasa Dewan berbahas, diharapkan Yang Berhormat, terutama sayalah Yang Berhormat ya, jangan kacau ya. Kita kawan kan? Okay ya. Jadi, itu sebagai teguran Yang Berhormat Dato’ Dipertua, secara dasarnya kita amat bersetuju supaya peruntukan rang undang-undang ini diadakan untuk kemudahan elaun bagi Timbalan Yang Dipertua kita. Terima kasih.
Ada lagi? Tak ada ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian …..
Dato’ Yang Dipertua.
Jeram Padang.
Terlebih dahulu saya rakamkan tahniahlah kepada Timbalan Yang Dipertua ni. Seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kota, memang wajar dipertimbangkan, diluluskan, sepatutnya dah lamalah ni. Ini pun saya anggapkan agak lewat, tetapi back date-lah, back date, boleh untunglah sikit.
Dato’ Yang Dipertua, sebelum PRU lepas ini, memanglah ada dipertimbangkan dan ada dibincangkan saraan, pengubahsuaian saraan, kandungan-kandungan saraan itu, untuk Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Dan memang kertas itu telah dibincang dan telah dimuktamadkan akan kandungannya. Jadi saya berharap Kerajaan sekarang ini melihat semula kandungannya dan mempertimbangkannya untuk dibawa ke Dewan ini untuk semua yang lain. Bahagian itu pun dah, nak selaraskan dengan yang lainlah kerana yang kita terima ni ada hadnya, 1 penggal berapa, 2 penggal tu berapa. Jadi kita letakkan satu penggal di situ. Memang kertas itu dah siap. Ini
bukan untuk sebelah sini saja, itu untuk semua, untuk semua Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya berharap ia juga dipertimbangkan untuk dibawa ke Dewan-lah. Dengan itu saya juga sokonglah untuk saraan ni. Nanti kita minum ya, minum teh tarik di luarlah ya. Sekian, terima kasih.
Minum teh? Ada lagi? Tak ada. Kalau tak ada, saya teruskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini telah dicadang untuk dibacakan kali kedua dan mendapat sokongan. Tak jawab? Jawab? Haa.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan Yang Berhormat Kota, cadangan beliau mengenai, pertanyaan beliau mengenai kedudukan Yang Berhormat Timbalan Speaker. Semasa beliau menjadi, menjalan, menjadi tim, menjalankan tugas sebagai Timbalan Speaker, bermakna kita sedia maklum bahawa beliau adalah seorang yang menjalankan amanah sebagai Speaker. Tetapi semasa Dato’ Speaker menjalankan tugas, beliau adalah sebagai ahli, ADUN kawasan dia. Itu untuk soalan Yang Berhormat ADUN Kota.
Yang Berhormat Jeram Padang, inshaa Allah, saraan itu kita akan semak semula, kita kaji semula untuk kita selaraskan dengan Ahli Parlimen, saraan Ahli Parlimen. Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Jadi, itu jawapan daripada pihak Kerajaan-lah berkaitan soalan tadi. Jadi, ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang ini telah dibahas dan telah dijawab oleh pihak Kerajaan. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak, yang berkecuali? Yang berkecuali tak ada. Okay, Rang Undang-Undang ini dibacakan sekarang bagi kali yang kedua.
[Jumlah undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju – kecuali YB ADUN Seri Menanti]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.
Berhor, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju, yang tidak bersetuju? Tak ada, kita boleh, yang setuju? Yang berkecuali? Tak ada ya. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Jumlah undian: semua 11 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol – tidak mengundi]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 5.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 5 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 6.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 7.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya memohon mencadang supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun mencadang, menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Ka, yang tidak kata “tidak. Tak ada. Lebih suara setuju, Dewan bersidang semula.
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Okay. Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[Jumlah undian: semua 11 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Chembong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol – tidak mengundi]
Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri (Kertas Dewan Bil. 5/2019)
Perkara keenam, Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri. Rujukan Kertas Dewan Bil. 5/2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat seki, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perkara yang kelima ialah Pemilihan Ahli Dewan Negara. Mengikut Fasal 1(2) dalam Jadual Ketujuh Perlembagaan Persekutuan, menyebut “setiap kali berlakunya kekosongan antara Ahli-Ahli Dewan Negara yang dipilih oleh Negeri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memberi notis kepada Raja atau Yang di-Pertua bagi Negeri itu bahawa seorang Ahli Dewan Negara adalah dikehendaki dipilih, dan Raja atau Yang Di Pertua Negeri itu hendaklah menghendaki Dewan Undangan Negeri itu memilih seorang Ahli Dewan Negara dengan seberapa segera yang boleh”.
Satu perkara yang bertajuk Pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dimasukkan di dalam mesyuarat. Oleh itu, saya mempersilakan ahli-ahli Yang Berhormat untuk mencadangkan calon yang difikarkan, difikirkan sesuai.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipetua, saya bangun mencadangkan supaya Tuan Dr. Ahmad Azam bin Hamzah dipilih di Dewan ini memegang jawatan Ahli Dewan Negara selama 3 tahun mulai dari tarikh yang akan ditetapkan oleh Dewan Negara.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Dato’ Sikamat, ADUN Sikamat telah pun mencadangkan supaya Tuan Dr. Ahmad Azam bin Hamzah dipilih menjadi Ahli Dewan Negara dan cadangan itu telah pun mendapat sokongan daripada Yang Berhormat ADUN Paroi. Cadangan ini saya kemukakan untuk dibahaskan jika ada. Jika tak ada, saya teruskanlah.
Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pertama saya ingin mengucapkan tahniah dulu kepada Yang Berbahagia Dr. Ahmad Azam bin Hamzah, yang dicadangkan
untuk kita bawak sebagai, akan dilantik sebagai Senator ataupun ahli, Senator di Dewan Negara kita. Dan ini adalah merupakan kali kedua, kita membuat pencadangan. Pertama hari tu pada penggal yang lepas, oleh yang kerana Negeri Sembilan telah pun diberi 2 hak untuk memegang Senatorship ini, dengan izin, saya berharap ya, Dato’ Dipertua, siapa-siapa pun yang dilantik oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Sembilan ini, jangan lupa untuk membawa hasrat, kehendak rakyat daripada Negeri Sembilan ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di peringkat negara.
Kita sedar bahawa lantikan ini kadang-kadang berunsurkan, ada, sejarah politiknya iaitu di kalangan ahli politiklah yang dilantik. Tetapi kita berharap itu bukan bermakna perjuangan Senator ini di peringkat Dewan Negara besok hanya memikirkan politik, tetapi memikirkan hal yang berkaitan dengan kemakmuran rakyat dan jugak negeri yang kita cintai ini.
Cuma, Dato’ Yang Dipertua, saya ucap terima kasihlah kerana biodata telah pun diserah pada minggu lepas. Saya lihat banyak biodata ini baik. Cuma terkadang tertanya jugak saya ni, sebab, bukanlah saya nak mengatakan orang daripada luar Negeri Sembilan tak boleh jadi Senator kita ya, boleh, tak ada masalah. Walaupun bukan kelahiran Negeri Sembilan, tapi diharapkan dia mempunyai peel, ataupun hasrat untuk membawa kemajuan kepada negeri kita dalam apa jua sekali pun. Walau bagaimanapun, dari segi perjawatan dan jugak kelulusan akademik amat memberangsangkan dan kita amat rasa bangga kerana ada seorang Senator asal daripada negeri kita, yang kita hantar ke peringkat negara untuk berbahas, untuk meluluskan Rang Undang-Undang yang telah dibawa daripada Dewan Rakyat kepada Dewan Negara.
Selain daripada tu, Dato’ Dipertua, saya harap jugak, yelah, oleh kerana saya, Senator ni dia selalu dia bersidang selepas Dewan Rakyat, jadi kalau boleh semasa kita bersidang di sini, dapat jugak membantu kamilah ya, perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak dapat nak selesaikan tu, dibawak ke peringkat Dewan Negara untuk diselesaikan, apa sekali pun lah, untuk kepentingan, bukan sahaja Dewan, tetapi yang penting adalah kepentingan rakyat dan jugak negeri kita. Jadi, saya ingat saja, sekali lagi saya nak, saya nak tengok siapa orang dia, hadir ke tak dalam Dewan ni kan. Mana orang dia?
[Yang Berbahagia Tuan Dr. Ahmad Azam bin Hamzah yang berada di Galeri Awam/Ketua Jabatan bangun tanda mempekenalkan diri]
Jadi, Dr kami amanahkan kepada Dr untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Senator, membawa kepentingan kami di Negeri Sembilan dalam apa sekali pun tanpa mengira mana-mana faktor politik, tetapi adalah sebagai ahli Dewan yang dilantik, dapat membawa suara kami di peringkat Dewan Negara. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Kota atas pandangan dan harapan kita semua, semua sama lebih, sama, kita mengharapkan seorang Senator yang mampu membawa Negeri Sembilan dan suara rakyat ke Dewan Negara. Dan untuk makluman semua, bahawa beliau per, tinggal, telah tinggal di Negeri Sembilan sejak tahun 1989 bersamaan 30 tahun. Dan pernah sejak awal aktif bukan saja dalam bidang politik tetapi juga di surau tempat beliau tinggal, dan macam-macam yang beliau bersama dengan NGO. Dan ini merupakan satu pengalaman yang besar, yang kita tahu beliau mampu lakukan yang terbaik di Dewan Negara, inshaa Allah. Jadi saya rasa peringatan-peringatan, saya ucapkan ribuan terima kasih, daripada Yang Berhormat Kota. Terima kasih. Dan kita harapkan bahawa yang ber, yang, Yang Berbahagia Dr. Ahmad Azam mampu melakukan untuk negeri kita yang kita cintai ini. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Usul ini telah pun dibahas dan telah diberi penjelasan. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan. Yang berkecuali? Cadangan setuju lebih ramai, cadangan ini diluluskan dan Dewan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Dr. Ahmad Azam bin Hamzah, yang kini inshaa Allah bergelar Yang Berhormat Senator Dr. Ahmad Azam bin Hamzah.
[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju manakala semua 14 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang – berkecuali].
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, belum lagi yang YB, Dato’ ….
Ya.
….. sehingga angkat sumpah di Dewan Negara besok baru …..
Dewan kita nilah.
….. haa, terima kasih.
Besok, saya mintak, saya akan mintak ni apa, besok Dewan Negara masih bersidang, Amin ya, besok, hari ini kita hantar suratlah. Kalau boleh kita nak dapatkan besok, kalau boleh besok dia angkat sumpah. Tengoklah macam mana ya.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara ketujuh, Penangguhan Mesyuarat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima beberapa pemohon, permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi kali, persidangan kali ini. Setiap ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat Ucapan Penangguhan 10 minit sahaja. Kita ada 3 ya, Yang Berhormat ADUN Palong, Yang Berhormat ADUN Chembong, Yang Berhormat ADUN Seri Menanti. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Palong dulu.
Bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala
alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berbahagia Dato’ Speaker kerana memberi ruang dan peluang kepada saya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah menjalankan mesyuarat daripada hari pertama sampailah ke hari ini dengan jayanya. Eloklah kita tepuk ramai-ramai, haa.
Yang keduanya Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana Dato’ Speaker telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan ni pada hari ketiga, sidang hari tu apabila ucapan saya telah diganggu oleh abang saya sendiri. Haa, tu dia [merujuk kepada YB ADUN Seremban Jaya]. Ya, begitu sedih rasa hati saya, bila abang saya sendiri telah mengganggu saya. Maka hari ini saya telah jatuhkan hukum, tak payahlah kita jadi abang lagi dah. Putus sedarolah.
Dato’ Yang Dipertua, jadi izinkan saya untuk mengambil sedikit masa untuk saya menggulung ataupun penangguhan yang diberikan ruang kepada saya. Saya memilih tajuk Kelestarian Hidup Masyarakat Luar Bandar sebagai tema kepada Ucapan Penangguhan saya. Dato’ Yang Dipertua, ingin saya membawakan 5 perkara untuk saya bentangkan dalam Ucapan Penangguhan ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar supaya apa yang dihasratkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan hari ini, untuk melihat masyarakat lebih berwibawa, lebih baik daripada dulu, dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Yang pertama, ialah berkenaan dengan FELDA yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, yang mengatakan bahawa bayaran, bayaran kepada peneroka akan dikembalikan 1,500.00 ringgit. Ini adalah perkara yang amat-amat dialu-alukan oleh masyarakat warga FELDA. Yang dulunya memang telah pun diamalkan sebegitu. Tapi semenjak tahun lepas ianya telah dikurangkan menjadi 1,000.00 ringgit. Jadi sekarang ini telah diumumkan akan kembali 1,500.00 ringgit seperti zaman Barisan Nasional dahulu.
Dato’ Yang Dipertua, cumanya, apabila sempat saya turun ke bawah, ialah keluh kesah rakyat bilakah ianya akan dilaksanakan. Adakah ianya akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat atau adakah dia mengam, akan, akan mengambil masa 100 hari, 9 bulan atau sebagainya? Pastinyalah harapan kita supaya ianya akan, akan dapat dilaksanakan dengan seberapa segera yang boleh.
Dato’ Yang Dipertua, perkara yang kedua, adalah menjadi amalan dahulu apabila tiba musim perayaan, bagi masyarakat felda, kos operasi mereka ini akan dikecualikan daripada pemotongan menjelang bulan perayaan. Tidak kiralah Hari Raya ke, Deepavali ke, ataupun Tahun Baru Cina. Di mana hasil mereka, katakanlah 5 tan hasilnya, darabkan dengan berapa harga pada ketika itu, mereka akan dapat bulat pada bulan perayaan tersebut. Tidak ada sebarang pemotongan kos operasi yang akan diadakan kerana memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk berhari raya ataupun menyambut Deepavali ataupun menyambut Tahun Baru Cina dengan suasana yang lebih selesa dan harmoni. Harapan saya, kepada Kerajaan Pakatan Harapan supaya amalan yang dibuat dahulu, 2 bulan bagi masyarakat yang beragama Islam iaitu bulan puasa dan bulan hari raya, akan dikecualikan daripada pemotongan kos operasi tersebut.
Perkara yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, barang kali mungkin Yang Amat Berhormat tak maklum perkara ini, ataupun EXCO yang menjaga FELDA tak maklum perkara ini. Peneroka FELDA kebanyakan semua ada 10 ekar tanah. Tetapi kebanyakan mereka ni atau sebahagian daripada mereka ini, mereka memiliki 2 atau 3 geran. Jumlah tanah, keluasannya sama 10 ekar tetapi ada yang satu geran 10 ekar, ada yang 2 ekar, 2 ekar dan selebihnya, maknanya 3 geran dan ada yang 2 geran. Pembayaran 1,000.00 ringgit yang disebut sebelum ini adalah berdasarkan kepada 100.00 ringgit per ekar. Jadi bila 10 ekar, dia jadi 1,000.00 ringgit. Apa yang berlaku, khusus di Felda Palong 14, 15 dan 16, di mana sebahagian masyarakat di situ, mereka memiliki 2 atau 3 geran, mereka hanya menerima bayaran untuk 1 geran sahaja. Maknanya tak sampailah 10 ekar. Dia dapat untuk 3 ekar sahaja ataupun kurang daripada 10 ekar. Inilah keluh kesah yang sekarang ni hangat diperkatakan di kawasan Palong 14, 15 dan 16.
Perkara yang keempat, juga untuk pada kepada pengetahuan Yang Berhormat yang menjaga kawasan felda. Yang ini SOP tentang maksud “segera”. Dato’ Yang Dipertua, saya dah beri satu contoh, untuk dijadikan sebagai bukti untuk saya bercakap pada petang ini. Saya pernah tanya soalan pada bulan 12 yang lalu iaitu berkenaan dengan bilakah kerja-kerja menurap semula lopak-lopak di kawasan dataran di Palong 4,5,6. Ini ci, bulan 12 dulu. Dan jawapan secara bertulis yang saya terima, pada ketika itu ialah kerja-kerja tampalan lopak-lopak di kawasan dataran akan dibuat segera. Soalan saya ataupun perkara yang perlu kita beri perhatian ialah, apakah SOP segera tersebut. Sebab, sampai sekarang pun tak berbuek.
Jadi adakah “segera” itu maknanya dalam tempoh 24 jam, ataupun sebulan, ataupun 100 hari, ataupun 9 bulan ataupun seperti baru yang
disebut oleh rakan-rakan kita pada minggu lepas, sampai Musang King berbuah. Ini perkara yang kita perlu beri perhatian, Dato’ Yang Dipertua, sebab bila saya sebut dengan rakyat di bawah, sebab setelah saya menerima jawapan, saya maklum kepada rakyat di bawah, inshaa Allah Kerajaan akan buat dengan segera. Bila sampai sekarang tak buat, ini menimbul rasa keluh kesah di kalangan rakyat kita.
Perkara yang kelima, Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan dengan JKM yang telah disebut oleh EXCO yang menjaga JKM tempoh hari, bahawa JKM akan mempertimbangkan bantuan kepada warga felda yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga komoditi. Jadi kita sambut baik pandangan diberikan oleh EXCO tersebut tempoh hari.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membawa satu cerita yang sekarang sedang hangat diperkatakan di kawasan saya. Barang kali Dato’ Yang Dipertua mungkin tak maklum cerita ini, dan saya ingat Yang Amat Berhormat pun tak maklum tentang perkara ini. Ini adalah kisah yang berlaku ekoran kehadiran Menteri yang menjaga FELDA ke Palong baru-baru ini. Saya balik kawasan, baik di setiap kedai kopi, baik di semua kampung-kampung ataupun di blok-blok yang ada kenduri kahwin, semua cerita benda ni. Jadi kalau ianya benar, ianya perlu kita ambil perhatian yang serius.
Cerita yang saya dapat ialah, bahawa ketika kehadiran Menteri tersebut, sebanyak 40 buah bas telah disediakan oleh FELDA untuk mengangkut peneroka-peneroka ataupun penonton-penonton daripada segenap pelusuk untuk hadir pada majlis tersebut. Kalau ianya benar, suatu yang amat tidak baik pada kita dalam keadaan FELDA tak ada duit, dalam keadaan kita sampaikan hasil mereka pun tak boleh bayar 10 ekar, baru bayar 1 geran. Tapi kita ada duit untuk menyediakan 40 buah bas untuk membawak Menteri, untuk melihat Menteri, satu.
Yang kedua, yang, Dato’ Yang Dipertua, daripada 40 buah bas, yang berjaya sampai, ini pun untuk makluman Dato’, EXCO yang menjaga FELDA jugak, daripada 40 buah bas yang telah disediakan, yang berjaya sampai ke palong hanya 15 buah. Yang lain tu, ghaib. 15 sampai ni pulak, satu bas, dia orang katakan satu bas tu 500 orang. Percaya ke? Tak kan satu bas naik 500 orang, ye tak? Satu bas tu ada 5 orang, 6 orang sahaja. So ini pembaziran yang sangat memalukan. Dalam keadaan kita bercakap soal ketelusan, dalam soal kita bercakap soal Kerajaan ni yang berwibawa, kita mengulangi kesilapan-kesilapan yang barang kali dulu pernah dilakukan sepertimana yang disebut oleh Kerajaan pada hari ini. Haa ini perkara dia, Dato’ Yang Dipertua. Satu bab.
Perkara yang ketiga pulak, ini cerita ni kecoh di bawah ni. Saya ingat elok Yang Amat Berhormat beri perhatian. Saya tak pergi hari tu, Dato’ Dipertua, sebab pertama tak ada jemputan. Yang kedua, saya tengok Yang Amat Berhormat menteri, Menteri Besar pun tak ada, jadi saya pun tak adalah pergi doh. Tapi maklumat tu sampai, maklumat sampai, Yang Amat Berhormat tak ada pada hari tu. Sebab tu saya bagitau kepada maklumat yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Satu lagi perkara yang amat tak sedap didengar Dato’ Yang Dipertua, ketika Menteri berucap, program ni dibuat dari perkarangan masjid, Masjid Palong 9,10,11. Ketika dia berucap, masuk waktu zohor. Ye tidak, wallahu’alam, sampaikan cerita ni sedang heboh diperkatakan di kampung ni. Ketika azan, Menteri sedang berucap, salah seorang wakil Menteri telah pergi ke dalam masjid itu, tutup pembesar suara dengan beritahu, azan dalam cukup, jangan sebab akan ganggu ucapan Menteri. Perkara yang sangat memalukan. Sebab zaman kita dulu, waima yang Amat Berhormat Menteri Besar sekali pun, waima Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekali pun, bila waktu azan, tetap dia akan berhenti daripada berucap. Haa ini, perkara dia. Lim Guan Eng pun berhenti ya, haa tu deh.
Dan seperkara lagi Dato’ Yang Dipertua, takut saya terlupa perkara ini. Kita cakap soal ketelusan, soal ketelusan, soal rule of law, macam-macam kita bercakap, tetapi pada hari tersebut, setelah dapat tahu sambutan peneroka tak ramai yang nak hadir untuk meraikan Menteri felda, maka seluruh kakitangan FELDA seluruh negeri dikerahkan untuk hadir supaya kelihatan ramai. Dia tak sampai objektif. Tak sampai objektif fun, objektif pun. Macam mana kita boleh tahu, sebab ini adalah keluh kesah yang dibicarakan oleh di kalangan penjawat-penjawat FELDA. Mereka diarahkan untuk hadir. Tak hadir, surat tunjuk sebab. Ini perkara yang sangat memalukan kita. Jadi, kalau cakap soal ketelusan, soal demokrasi yang subur, maka biarlah mereka datang dengan kerelaan mereka untuk berhadapan dan mendengar amanat daripada Menteri, Yang Berbahagia Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, satu perkara lagi jugak saya nak highlight-kan ialah berkenaan dengan Penyelaras DUN. Macam di kawasan saya, kita ada Penyelaras DUN, dan semua kawasan pun ada Penyelaras DUN. Maknanya semua kawasan yang Barisan Nasional menang, kita ada Penyelaras DUN. Di kawasan saya, Penyelaras DUN ni dijemput pergi ke sekolah, untuk merasmikan PIBG, untuk merasmikan sukan, tadika dan sebagainya. Tetapi malangnya dia diwakilkan kepada kerani beliau. Jadi saya tak tahu di manakah locus standi, bolehkah seorang kerani kepada wakil rakyat tersebut pergi merasmikan …..
Bukan wakil rakyat, Penyelaras DUN.
Penyelaras DUN, haa maaf, kerani daripada Penyelaras DUN pergi merasmikan PIGB, merasmikan sukan. Ini menghampakan rakyat. Rakyat panggil Penyelaras DUN datang kerana mereka dikatakan mewakili Wakil Rakyat. Wakil Rakyat Barisan Nasional, ada Penyelaras DUN yang akan jaga. Maka mereka panggil dengan harapan akan dapatlah sedikit sumbangan untuk mereka meneruskan aktiviti-aktiviti di sekolah, di tadika dan sebagainya. Bila panggil kerani datang, duit habis, ya, siapkan hamper. Walaupun hamper tu tak mahal Dato’ Yang Dipertua, bagi sekolah yang kocik macam di felda tu sangat besar nilai dia. Siapkan minum, panggil 3 – 4 kali, peruntukan tak dapek, sudahnya mereka pun hampa dan kecewa. Jadi ini perkara-perkara yang saya nak lontarkan untuk penambahbaikan Kerajaan yang ada pada hari ini.
Dato’ Dipertua, sebagai penutup. Di bawah kata kunci kelestarian hidup masyarakat luar bandar. Bila sebut tentang kelestarian masyarakat luar bandar, tak boleh kita pisahkan dengan soal ekonomi negara. Ekonomi negara baik, pasti rakyat juga akan jadi lebih baik. Tetapi saya agak keliru, sebab data-data yang biasa kita rujuk untuk menggambarkan keadaan ekonomi sebuah negara, contohnya seperti peratus KDNK, tentang hutang negara, tentang nilai, nilai duit kita berbanding dengan nilai USD, dan sebagainya, sangat berlawanan dengan keadaan dulu. Kalau dulu contohnya, ketika hutang kita 686 bilion, kita katakan bahawa negara ini akan muflis. Tetapi hari ini, hutang kita mencecah hampir 800 bilion, dan kita katakan bahawa negara hari ini ekonominya mampan. Saya keliru. Kemudian pada ketika itu, pembangunan kita pada ketika itu 5.9%. Hari ini, dianggarkan 4 lebih peratus …..
Tuan, Palong.
Nak habis, nak tutup dah, dah nak hujung dah, dah hujung dah.
Itu bahas lain tu. Penangguhan …..
Haa ya. Aspek ni dalam soal kelestarian hidup ya.
Okay.
Dan ketika kita punya Bursa Saham tinggi, kita kata kita nak muflis.
Seminit lagi ya.
Lestari ya.
Seminit lagi, saya bagi seminit.
Jangan ganggu saya, please.
Seminit lagi.
Okay. Ketika kita katakan bahawa kita punya hutang negara kita meningkat hari ini kita kata ekonomi kita bagus ekonomi kita. Dan ketika hari ini, banyak orang yang berlumba-lumba bawak duit keluar daripada negara ini, kita katakan mampan ekonomi kita, ketika dulu, banyak pelaburan masuk, kita kata Malaysia nak bankrap. Ini perkara Dato’ Yang Dipertua, yang hangat diperbicarakan oleh rakyat ya.
Okay, cukup Palong.
Jadi saya mintak sebagai penutupnya supaya Kerajaan pada hari ini, supaya Kerajaan pada hari ini utamakanlah suara rakyat. Jangan petik fakta-fakta yang tidak mencerminkan realiti di bawah. Kita boleh kata apa pun, tapi rakyat tak rasa pun ya, kemakmuran dan kehebatan ekonomi seperti yang disebutkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
Dan saya nak merujuk kepada kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung Indeks Kebahagian 2019 daripada Malaysia telah jatuh 45 anak tangga, daripada nombor 35 ke nombor 80, negara yang mana rakyatnya sudah gundah gulana dan gelisah.
Okay Palong, terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, assalamulaikum.
Saya bagi lebih tadi tu.
Terima kasih.
Lepas ni saya tak bagi lebih dah. Semua, ceramah semua kang. 10 minit ya, penangguhan ya, ini penangguhan. Bukan lagi bahas ya. Silakan, penangguhan. Siapa nak cakap ni, saya bagi 3 orang lagi, 2 orang lagi, ADUN Chembong dan Seri Menanti. Seri Menanti nak cakap dulu ke Chembong nak cakap dulu.
Bagi adiklah. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, syukur kita alhamdulillah, kita telah sampai ke penghujung petang, ke penghujung Persidangan Dewan Undangan Negeri kita pada kali ini ya. Jadi dalam kesempatan Ucapan Penangguhan saya yang ringkas, lebih kurang 20 minit ni Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan syabas kepada rakan-rakan ahli-ahli Dewan terutamanya Dato’ Yang Dipertua kan, sebab saya lihat Dato’ Yang Dipertua, terutamanya hari ini Dato’ Dipertua, dapat mengendalikan Dewan kita dengan baik kan. Kalau setakat menegur saya, Chembong ni biasa Dato’ Yang Dipertua, Seri Menanti pun kena tegur. Malahan hari ini menegur Sikamat juga, jadi tahniah Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya, dah dah apa pulak dah haa, Dato’ Yang Dipertua, bagi, bagi saya, dalam era pentadbiran sejak Pakatan Harapan memerintah Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua adalah antara Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang paling baik Dato’ Dipertua, dalam era Pakatan Harapan ni Dato’ Dipertua. Dalam era Pakatan Harapan, ya, Dato’ Dipertua. Dengar hansard baik-baik Dato’ Dipertua.
Dato’ Dipertua hampir seminggu, 5 – 6 hari, semua di antara kita telah hadir ke Dewan yang mulia ini untuk kita bersidang Dato’ Yang Dipertua, untuk kita menjalankan tugas, amanah kita selaku Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat. Contohnya Dato’ Dipertua, saya di Chembong dipilih oleh lebih daripada 18,000 orang Dato’ Dipertua, ya. Mungkin berbeza dengan Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Dipertua dipilih
oleh 36 orang saja Dato’ Yang Dipertua. Ya, betul, di dalam ni. Dato’ Yang Dipertua, tak apa boleh, betullah. Ini betul, kan.
Dato’ yang Dipertua, waima apa sekali pun Dato’ Dipertua, kalau kita lihat dalam persidangan kita ini Dato’ Dipertua, pelbagai ragam, kaedah, karektor ahli-ahli Dewan, ada yang bercakap dengan nada yang lembut macam saya, ada yang nada tinggi Dato’ Dipertua, ada yang bercakap banyak, macam Dato’ Yang Dipertua pun kadang-kadang banyak. Ada Dato’ Dipertua, daripada hari pertama hingga hari yang terakhir pun langsung tak bercakap Dato’ Dipertua. Senyap je Dato’ Dipertua, kan. Jadi apa-apa pun, sebagai Wakil Rakyat yang telah dipilih, dinobatkan, diberikan amanah oleh rakyat, Dato’ Dipertua, seharusnya kita berada dalam Dewan ini dengan semangat, tak lain dan tak bukan untuk sama-sama memajukan negeri ini. Membangunkan negeri ini Dato’ Yang Dipertua, sebab akhirnya kalau negara, negeri dah maju, negeri dah baik, membangun, yang untungnya adalah rakyat. Dan akhirnya kesejahteraannya pergi kepada rakyat.
Oleh yang demikian, Dato’ Yang Dipertua, ianya disebut oleh Yang Berhormat ADUN Rantau, tak kiralah kita di dalam Dewan Undangan Negeri ini, tak kira berlatarbelakangkan apa pegangan politik kita, sebagai pembangkang, sebagai backbenchers, barisan EXCO mahupun Yang Amat Berhormat Sikamat, tujuan kita adalah untuk menyerah ataupun berbuat baik untuk demi untuk kesejahteraan rakyat. Itu sebabnya Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat ADUN Rantau selaku Ketua Pembangkang menawarkan dengan rasa rendah dirinya, dengan rasa ataupun ikhlasnya, kita nak jadi partner kepada Kerajaan sekarang yang ada sekarang ni, demi untuk kesejahteraan rakyat, Dato’ Yang Dipertua. Faham tak apa yang dimaksudkan partner ini? Kalau dalam konsep, aspek rumah tangganya, jadi pasangan hidup. Kalau dalam entiti perniagaannya, nak jadi rakan kongsi yang akhirnya sama-ama dapat kita memberikan keuntungan kepada syarikat kita. Dan dalam konteks pentadbiran …..
3 minit lagi.
Ya?
3 minit lagi.
Dato’ Yang Dipertua.
3 minit lagi.
Saya dah puji tu Dato’ Yang Dipertua, tadi.
3 minit lagi.
Sama-sama nak kita jadi rakan kongsi untuk nak memajukan negeri ini, Dato’ Yang Dipertua. Itu sebabnya Yang berhormat Rantau kata kita ni nak jadi partner. Jadi, kalau kita dah tawarkan tawaran yang sebaik ini, terimalah dengan seikhlasnya ya. Terima. Ini kang janganlah, macam ADUN Labu, asyik cerita 61 tahun, 61 tahun, 61 tahun dulu, politik politiklah, Dato’ Dipertua. Bila dah habis PRK Rantau, habislah. Masuk dalam Dewan ini, tak kira parti apa pun, kita Wakil Rakyat yang nak sama-sama membangunkan negeri ini demi kesejahteraan rakyat. Jangan diungkit yang lalu, Dato’ Dipertua, ya. Tapi bagaimanapun, ada yang baik jugak, ada yang baik pada pemerhatian saya. Lukut cakap baik saja, demi perpaduan. Begitu jugak dengan Repah, jawab baik. Kita tanya tentang doktor-doktor pakar, jawab. Tak adalah berpusing-pusing 61 tahun dulu, dulu. Seolah 61 tahun ni teruk sangat, teruk sangat sampaikan tak pergi sekolah dan sebagainya, Dato’ Yang Dipertua, ya.
Saya jugak sebahagiannya saya setuju dengan yang lain-lain walaupun pihak Kerajaan. Saya setuju dengan Paroi. Semalam dia menyatakan dalam, dalam ucapan, daripada Kerajaan mengatakan dia meneruskan dasar memberikan insentif yang sama, sama ada atlet kurang upaya ataupun atlet normal. Saya tak mencelah pun, walaupun dasar itu telah dibuat 2016 dulu. Walaupun SUKMA yang lepas, emas dia kurang pada 2016 tu, tapi okay, teruskan yang baik Dato’ Yang Dipertua.
Saya setuju dengan Lenggeng, dalam tazkirahnya Dato’ Dipertua, kan. Baik Lenggeng ni.
Terima kasih.
Saya cadangkan Lenggeng ini, Dato’ Dipertua, saya cadangkan letakkan dalam senarai apa tu, calon-calon menunggu, Dato’ Dipertua. Jadi Dato’ Dipertua, saya setuju, sebab Lenggeng ada sebut tentang bagaimana dia kurang setuju dengan PBT-PBT yang, kan, menghalang ataupun tidak membenarkan peniaga-peniaga kecil.
Saya nak sebut jugak Dato’ Yang Dipertua, saya kesal, Majlis Daerah Rembau, minggu lepas, 2 minggu lepas, mengangkut 2 peniaga kecil, bersebelahan dengan Masjid Jamek An-Nur. Kenapa pulak? Kalau kami boleh bersetuju dengan Kerajaan, dengan aspek-aspek tertentu, peniaga tu dah lama berniaga Dato’ Yang Dipertua, dah 5 – 6 tahun. Masuk saja Pakatan Harapan, Ahli Majlis Daerah baru, dah tak betul pulak. Orang cari makan Dato’ Yang Dipertua. Saya Wakil Rakyat, saya bertanggung untuk memperjuangkan nasib rakyat kawasan saya Dato’ Yang Dipertua, ya.
Jadi yang lain-lain saya setuju. Lain apa lagi saya nak setuju, kan. Haa itulah lebih kurang Dato’ Dipertua. Tapi saya nak sebut jugaklah ya, sikit sikit saja Dato’ Dipertua, sikit saja. Ini masalah rakyat di kawasan saya. Semalam Dato’ Dipertua, ada berlaku kebakaran di kawasan saya, di Taman Sedia Raja. 2 buah rumah terlibat, satu di antaranya adalah musnah 100%. Saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri Dato’ Dipertua ya, saya mohon walaupun kita pun ada bagi bantuan sedikit sebanyak, itu yang saya sebut, Dato’ Yang Dipertua, kalau boleh P56 dapat kita gunakan beri kewangan secara terus, tak adalah kita beri 7 – 800.00, 5 – 600.00 saja. Selain itu Yang Dipertua, saya nak sebut jugaklah sedikit mintak tolong, tentang baik pulih rumah di Taman Seri Rembau yang bulan 1 dulu, yang ada sebuah rumah yang masih lagi belum sempurna Dato’ Dipertua. Yang lain-lain Dato Yang Dipertua, saya ucapkan tahniah sebab masa pun dah habis.
Cumanya Dato’ Dipertua, kalau boleh, di waktu-waktu yang terakhir ucapan saya ni, saya nak sampaikan sedikit hasrat daripada orang kawasan saya Dato’ Dipertua. Dia mintak saya sampaikan pantun dalam Dewan Dato’ Yang Dipertua, kalau setujulah, boleh Dato’ Yang Dipertua ya? Ni harapan orang kampung. Kalau Dato’ Dipertua, boleh jawab, jawablah, kalau tak boleh Yang Amat Berhormat Sikamat pun boleh, kalau nak tangguh pun boleh, kita tangguh Dato’ Dipertua. Nak beri notis pun boleh Dato’ Dipertua. Mintak maaf kalau orang kampung saya ni tak pandai berpantun, Dato’ Dipertua. Pantunnya ada 2, 2, 2 pantun Dato’ Dipertua, 2 rangkap pantun. Pertamanya Dato’ Dipertua,
Balai polis ada, balai bomba pun dah lama ada, Anak katak dipanggil berudu, Menteri kata kalau nak sentiasa muda, Minumlah minyak sawit sehari sesudu.
Ya Dato’ Dipertua, dan last punya pantun, Dato’ Dipertua. Pantun pun berbentuk soalan, kalau Dato’ Yang Dipertua jawab karang.
Anak gadis menyiram bunga, Anak bujang memotong papan, Dato’ Speaker izinkan saya bertanya, Agak-agaknya siapakah Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-8
Dato‘ Yang Dipertua, sekian, terima kasih. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Kalau bagi soalan kat saya, saya tak boleh jawab tu. Silakan Yang Berhormat Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang. Saya ada serangkap pantun untuk Dato’ Yang Dipertua.
Mandi telaga di simpang lima, Di tepi jalan pokok kuini, Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Memberi ruang di Dewan ini.
Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum kenaikan harga barang, harga barang pasaran kerajaan yang sukar, nilai Ringgit yang jatuh, ekonomi yang tidak menentu membimbangkan kita, dan jugak generasi muda sekarang ini. Pasaran pekerjaan yang berkurangan dari kalangan belia bumiputera begitu ketara sekali. Tidak sedikit pun berlaku pengurangan dari segi peratusan kadar pengangguran, pada kadar pengangguran bumiputera pada tahun 2017 dan 2018. Belia bumiputera berpendidikan tinggi mencatitkan kadar yang tinggi walaupun Kerajaan PH menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak. Amat malang sekali apabil, apabila mereka mengharapkan penghapusan bayaran PTPTN yang sentiasa membelenggu mereka, membelenggu kehidupan mereka, dan semua ini tidak berlaku seperti yang mereka jangkakan.
Dato’ Yang Dipertua, rejim kenaikan harga barang menghimpit rakyat terutamanya orang kampung. Dulu orang kampung beli ikan kembung ni 14.00 ringgit sekilo, Dato’ Yang Dipertua. Tetapi sekarang ni harga ikan kembung kalau tengok harga di pasar raya – pasar raya dah hampir 18.00 ringgit dah, dah dokek, 18.00 ringgit sekilo, Dato’ Yang Dipertua. Dan ini membelenggu orang kampung kita. Dan ada peniaga-
peniaga yang rakus untuk menaikkan harga barangan, bukan sahaja barangan basah tetapi barangan-barangan yang lain jugak kita tengok melambung tinggi. Walau, walaupun Kerajaan telah menjanjikan harga barangan akan turun, ya, apabila GST dihapuskan, jelas sekali kegagalan sistem percukaian ini, kita nampak harga semakin tinggi dan makin hari makin naik. Begitu jugak dengan barangan keperluan yang lain. Kita tidak nampak ada peluang untuk harga barangan akan turun ataupun stabil.
Dalam sektor perkhidmatan, tarif-tarif, bil-bil melambung naik, letrik, bil letrik, air, bahan api dan cukai-cukai, ini semua menyebabkan rakyat begitu terhimpit dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Di mana-mana jua, di mana-mana jua, rakyat berkeluh kesah dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan ini. Soalnya, di manakah ya, peranan Kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Di kampung, ibu-ibu tunggal, tidak selesa dengan masalah ini, ya, dengan bantuan one off 200.00 ni, apa dah, apalah yang mereka boleh beli dengan 200.00 ringgit ini.
Jadi, kita berharapkan Kerajaan Negeri akan memberi perhatian ataupun untuk mengkaji balik, ya, membantu mereka-mereka terutamanya ibu-ibu tunggal ni. Sebab di kawasan saya ni, ya, selain daripada Senaling tadi kan, kawasan saya ni pun ramai ibu-ibu tunggal ya, yang, yang apa, yang perlukan bantuan daripada Kerajaan, yang perlukan perhatian daripada Kerajaan.
Dato’ Yang Dipertua, menyentuh mengenai perlunya, mengenai perlunya Jawatankuasa Terpilih yang kita luluskan pada Dewan yang mulia minggu lepas, saya tidak nampak ya, pentingnya Jawatankuasa ini ditubuhkan kerana kita telah ada agensi yang mengawasi dan memantau penjawat-penjawat awam, sama ada di peringkat negeri, peringkat PBT mahupun di GLC-GLC. Kita ada PAC atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan. Kita ada SPRM. Kita ada Polis dan sebagai dia. Apakah kita tidak mempercayai ya, kita punya pegawai-pegawai kita menjalankan tugas. Penjawat merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negara. Peranan penjawat awam antara lain menjadi perantara antara Kerajaan dan rakyat dalam memastikan semua dasar dan perancangan yang dilaksanakan untuk kebaikan dan kebajikan rakyat. Penjawat awam juga berperanan untuk menasihatkan Kerajaan dalam semua aspek bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin dan meningkatkan pembangunan negara.
Merujuk kepada peranan penjawat awam ini, yang mana Kerajaan Pakatan Harapan telah pun ya, menggunakan moto “Saya yang menjalankan amanah” bagi menggantikan moto sebelum ini iaitu “Saya
yang menurut perintah”. Dalam pada itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyeru kepada penjawat awam untuk lebih terbuka dalam memberikan pandangan dan nasihat kepada Kerajaan, sekiranya terdapat perkara atau dasar yang tidak sesuai dilaksanakan. Ini, saranan daripada Perdana Menteri kita. dalam erti kata lain, penjawat awam dan ongta, Anggota Pentadbiran Kerajaan tidak dapat dipisahkan.
Oleh yang demikian, Anggota Pentadbiran Kerajaan perlu bekerjasama dan memberi sepenuh kepercayaan kepada penjawat awam untuk menjalankan tugas. Sikap tidak percaya dan sering menyalahkan penjawat awam dalam urusan pentadbiran akan memberi kesan kepada produktiviti dan secara langsung akan menjejaskan pembangunan negara. Produktiviti berkaitan, berkait rapat dengan elemen keseronokan bekerja. Penjawat awam pada masa kini, khususnya di Negeri Sembilan didapati, didapati elemen keseronokan bekerja itu tidak ada di kalangan penjawat awam ini. Ini kerana Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan masih meragui dan tidak mempercayai penjawat awam yang dilabelkan sebagai penyokong kerajaan dahulu.
Elemen menyokong atau tidak, tidak timbul kerana tanggungjawab anggota pentadbir, pentadbiran Kerajaan dan penjawat awam adalah sama iaitu membangunkan negeri dan mensejahterakan. Elemen fahaman politik perlu diasingkan dalam pentabiran kerajaan. Oleh sebab itu, salah satu mani, manifesto yang, yang dibuat oleh Pakatan Harapan adalah untuk mengasingkan badan eksekutif dan bu, dan bukan eksekutif bagi membolehkan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar. Kepercayaan kepada penjawat awam perlu ditingkatkan seperti pentadbiran Kerajaan terdahulu. Beri mereka peluang, beri mereka peluang kepada penjawat awam ini untuk berkhidmat untuk negara tanpa perasaan prejudis daripada Anggota Pentadbiran Kerajaan. Sifat keterbukaan perlu diterapkan dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri demi masa depan negeri kita. Kita tidak perlu memaksa mereka ini jika kita boleh mentadbir dan mengurus Kerajaan ini dengan penuh integriti.
Dato’ Yang Dipertua, semua telah dengar dalam Dewan ini, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat menyebut tentang kenaikan kadar elaun penyandang pusaka Adat Perpatih sebanyak 20%. Kadar ini termasuklah penghulu, Penghulu Luak dan Dato’-Dato’ Lembaga. Masalah dia, kadar ini tidak seberapa dirasai oleh Penghulu Luak kerana kadar elaun mereka kesemuanya tidak tinggi iaitu sekitar 1,200.00 ringgit. Untuk makluman semua, Penghulu Luak ini mempunyai wilayah, anak-anak buah dan Ketua-Ketua Adat, mereka,
Ketua-Ketua Adat mereka, dan juga tetamu yang perlu dilayan. Saya mencadangkan perlunya satu kajian semula untuk menaikkan kadar elaun mereka ini agar sesuai dengan peranan dan tanggungjawab yang dijalankan.
Satu perkara lagi, iaitu saya mencadangkan agar Kerajaan memberikan elaun kepada penyandang yang belum pernah diberikan selama ini, seperti Buapak, ataupun Besar Waris, dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya, dalam rejim kenaikan harga barang dan kejatuhan ekonomi ini, mereka dapat ya, kita dapat membantu meringankan beban mereka ini.
Dato’ Yang Dipertua, seperkara lagi, yang ingin diketengahkan iaitu tentang kesesakan ja, lalu lintas antara Kuala Pilah dengan Seremban. Saya menggesa supaya Kerajaan terutamanya Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dapat ya, mempercepatkan, menggesa Kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan lebuh raya yang boleh menyelesaikan kesesakan lalu lintas antara Seremban – Kuala Pilah – Serting ini. Masalah ini telah lama berlarutan. Apa yang menyedihkan kita, dalam, jalan yang berlopak dan berlubang, lopak-lopak ini hanya ditampal, ditampal saja tanpa membuat resurface bagi membaiki. Apakah teruk sangat ya, kita punya kekangan kewangan kita, maka kita tak dapat ya, mam, tak mampu untuk kita turap semula ya, jalan Federal ni, maksud saya jalan federal ni, ya, salah satu janji ya, rakan Pakatan Harapan sebelum ini, iaitu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya mengharapkan kepada Yang Amat Berhormat ya, ADUN Sikamat ya, dapat memberi perhatian. Bak kata ADUN, ADUN apa, ADUN, ADUN Labu dia, proaktif ya, proaktif, turun ke bawah untuk apa ni, dan rasa tanggungjawab untuk mempercepatkan dan menyelesaikan masalah apa ni, lalu lintas ini. Seterusnya menyelesaikan ya, masalah pengguna-pengguna jalan raya antara Jempol, antara Serting – Kuala Pilah dan jugak Seremban.
Dato’ Yang Dipertua ya, hari tu dalam, dalam sidang Dewan yang berjalan, saya kadang-kadang rasa sedih jugak Dato’ Yang Dipertua, apabila ada jugak mempertikaikan rakan-rakan ya, kami yang tak hadir. Tapi kita lupa ya, bahawa saya tengok ya, rakan saya, sahabat saya daripada Kuala Pilah ni tak hadir-hadir jugak ya, Dato’ Yang Dipertua. Dia ini, ya kita lupa dan kita harapkan, saya pulak berharapkan kepada Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat ya, Menteri Besar ya, kita punya sahabat kita ni dia, jawatan dia EXCO, Dato’ Dipertua, EXCO, pentadbir negeri, jadi ramai lagi kita tengok kat sini, yang boleh jadi EXCO. Betul?
Seminit lagi.
Tak apa, tak lama nak habis ni. Ramai lagi rakan-rakan bukan, bukan rakan kek sinilah, rakan kek sini nanti, akan kita lantiklah. Rakan kek sini. Ramai lagi, Seremban Jaya ada, Lenggeng ada, ini kita punya Rahang pun ada ya. Yang Amat Berhormat ya, Sikamat ya, kita dapat, saya mohon ganti ya, supaya melicinkan semula kita punya perjalanan pentadbiran terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat ya, yang banyak kek tompek saya ni Dato’ Dipertua. Seri Menanti ni, bermulanya di situ ya, adat istiadat kita. Ini yang kekurangan sekarang yang berlaku. Bila ada saja program-program adat ya, kita punya EXCO adat tak datang, tak, tak dapat hadir walaupun dah dijemput.
Jadi, kita mintaklah Yang Amat Berhormat ya, ADUN Sikamat, selaku Menteri Besar ya, kita tengoklah rakan-rakan yang lain tu ado. Saya dah sebut tadi dah ya, saya cukup recommend ada, kecuali Seremban Jaya-lah, ya, Seremban Jaya tak boleh pegang adat. Saya ingat Lenggeng okay ya. Dan, dan yang lain-lainlah ya. Dato’ Yang Dipertua ya, sebab itulah …..
Dah dah lebih 10 minit ni. Dah lebih daripada 10 minit dah.
Belum Dato’ Dipertua. Saya ada pantun.
Pantun.
Pantun. Last, pantun.
Pantun boleh.
Pantun. Boleh Dato’ Yang Dipertua ya. Ini, yang, yang akhirnya Dato’ Dipertua kan. Pertamanya nak ucap tahniah dan syabas kepada Dato’ Yang Dipertua, ya, sebab apa ni, berjaya mengendalikan sidang kita selama 5 hari ni, hebat Dato’ Dipertua. Selama ni tak pernah berlaku 5 hari. Haa ini berlaku 5 hari ya. Dan
lopeh ni da, datang, seperti saya janjikan tu Dato’ Dipertua ya, datang tu jangan ramai-ramai ya, Dato’ Dipertua.
Inshaa Allah.
Last Dato’ Yang Dipertua.
Sangatlah cantik kain pelikat, Dipakai orang pergi ke pekan, Bulan Ramadan dah dokek, Marilah kita bermaaf-maafan.
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Menanti. Sebab ramai sangat pantun, saya kena jawablah pantun pulak kan.
Kalau pergi ke Pekan Seri Menanti, Jangan lupa membawa buah bidara, Kalau sungguh YB-YB berkhidmat rakyat menanti, Pastikan rakyat menerima kesenangan seperti yang dikata.
Okay. Jadi, haa, haa, nak jawab? Jangan. Pesta pantun kang. Apa? Okay. Saya nak maklumlah kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, ada beberapa perkara yang mungkin saya tak sempat nak sebutlah. Yang pertama, tadi ada dibangkitkan iaitu maklumat tentang YB ADUN Pilah, tak dapat hadir persidangan hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jadi maklum ni. Yang kedua, saya maklumkan YB ADUN Juasseh, ADUN Juasseh tidak dapat hadir persidangan hari ini kerana cuti sakit ya. Yang ketiga, ahli Yang Berhormat sekalian, soalan lisan yang kelima sepatutnya besok kan, yang mungkin tak dapat nak dibentangkan hari ini, kita akan jawab secara bertulis.
Dato’ Speaker, mintak maaf. YB Pilah ada luar. Terima kasih haa. Ada. Ada ada luar.
Daripada pagi sampai sekarang tak masuk.
Oh tak masuk. Tapi ni tadi, ni tadi Setiausaha Dewan maklum kat saya ni. Luar, tapi dah habis, tak payah masuk dah. Dia baru sampai tak? Okay. Kita, petang ni kita nak habiskan apa, dan kita nak masuk Ramadan. Jadi terima kasih Seri Menanti tadi, dah sebut rayo. Saya dah kono hari tu ya. Ini nak buat lawaklah. Pergi Malam Asprirasi RTM. Dia kata malam aspirasi, saya ingat bagi Anugerah Cemerlang, saya pergi pakai, lambat program hari tu sampai petang, nak pergi ke tu dah terlewat, balik rumah, orang rumah pergi, pergi ziarah sepupu dia meninggal, saya ambillah baju yang, yang senang pakai. Saya pakai baju batik, baju batik biaso. Poi-poi sampai sano, Adam Tahir kato To’ rayo To’, rayo To’, ke teh. Saya kata apo rayo Adam, poso pun tak lagi. Tapi saya tengok semua pakai baju Melayu, malam tu saya sorang baju batik. Jadi, nak sebut tuan-tuan ya, kito tak perasan bendo tu. Haa jadi, eloklah, ingatkan ni, untuk, kita puasa dengan baik, inshaa Allah, dapat apa, dan kita akan pergi kepada apa ni, hari raya, inshaa Allah.
Jadi saya nak mintak laluanlah, sebab tadi saya bagi 3 orang berucap kan, daripada pihak rakan kita. Saya nak mintak daripada EXCO 2 orang je. Dan akan menggulung, MB ya. EXCO 2 orang nak cakap. Apa, encik apa, encik apa, YB, YB Labu. Ada sorang lagi tak? Lain YB tak nak bercakap? Wakil jawab dulu. Tak saya kata, ada nak jawab? Ada. Siapa nak jawab lagi, ada? Tak ada. Seorang je. Lepas tu gulung.
Okay. Saya nak jawab.
Jap jap jap, lepas Labu berucap kang, Yang Amat Berhormat untuk gulung ya? Silakan.
Okay terima kasih pada semua sahabat-sahabat saya. nak jadi partner. Kita dulu pun jadi partner jugak, tapi layanan tak samalah ya. Jadi, terima kasih Yang ber, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi dan jugak rakan-rakan saya yang lainlah. Sebenarnya kalau dulu,
Kalau hulu katakan hulu, Kalau parang katakan parang, Kalau dulu katakan dulu, Sekarang katakan sekarang.
Jadi kita jangan ingat, bila kita keluar, meninggalkan sesuatu, kita boleh lepas pada orang saja. Kita ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sebab itu sebagai FELDA, saya nak jawab pasal FELDA, sebab dulu kita nak masuk tak boleh, nak terangkan apa yang berlaku. Sekarang ni kita nak terangkan supaya ADUN, ADUN di, di kawasan-kawasan felda kena buat jalan kerja, kena jalankan kerja beritahu rakyat keadaan sebenar, jangan beri masalah yang tak betul, diterangkan balik. Saya kata, terutama tentang felda, kelestarian kehidupan luar bandar. Kita katakan feldalah majoriti di kawasan ni di felda. Kita nak cakapkan bahawa kertas putih kita dah keluarkan, baru keluar. Kertas putih ini menerangkan apa kesilapan-kesilapan lalu, apa sebenarnya real berlaku, supaya orang felda semua tahu, termasuk Yang Berhormat ADUN, supaya jangan kata, menidakkan yang sebenarnya. Haa itu.
Jadi, bayaran memang kita bayar 1,500.00. Jangan takut. Kita dah bagi peruntukan 6.23 bilion ya, daripada duit rakyat. Sebab tu jangan fikirkan, ini bukan duit Pakatan, ini duit rakyat ya, yang akibat daripada kesilapan yang lepas. Sebab itu jangan lupa, atas sebab kesilapan berlakunya perkara itu, dan kita akan baiki. Kita akan baiki dan kita akan betulkan. Macam bapak tiri, bapak satu dah lari, tinggal anak 3 – 4 orang, ibu tunggal ni, kita masuk untuk banti, bantu supaya pastikan ibu terjaga, anak terpelihara, inshaa Allah. Tapi bagilah sikit masa. Jangan semua nak kita buat serta merta.
Untuk itu, berhubung dengan pengerusi tidak apa ni, buat ni, pemotongan ni, pada pandangan sayalah, inshaa Allah semua masalah felda ni kita akan selesaikan. Tuan-tuan nanti pun jangan terperanjat nanti kita akan menang di kawasan felda ya, jangan takut. Itu cabaran kita orang lah, ya.
Berhubung dengan kerja-kerja yang katakan ada, ada apa ni, ada, ada lambat apa semua tu, kita bergantung. Sebenarnya duit baru nak masuk, nak datang. Sabarlah dulu ya. Dulu cakap FELDA banyak duit, FELDA apa semua macam, tengok-tengok dah tak ada, 35 juta sahaja tinggalkan untuk nak bayar gaji pekerja FELDA pun you tak boleh bayar. You cakap tadi nak sokong, nak tolong, nak bantu penjawat awam, kita yang bantu, Pakatan Harapan yang bantu sekarang ni, menyelesaikan masalah FELDA. Itu sebabnya, jangan kita …..
Tak, setahun tu kira hebatlah tu, kira hebat.
Jangan kita menyalahkan orang saja, betul, akui kesilapan sendiri. Sebagai partner, kita boleh tolak ansur, you salah, kita betul, kalau you be, kita be, kita salah, you betulkan. Tak ada masalah. Tapi jangan pulak oleh kerana you kata you semua nak dengar cakap you, tak bolehlah macam tu. You dengarlah cakap kita dulu. You dengar kita punya perancangan. Jangan kata kita punya perancangan tak betul lagi. Jangan. Tengok dulu, bagi masa. Itu sebab kita cakap, sabar dulu, jadi pen, jadi pem, jadi pembangkang ni bukan mudah. Tuan-tuan kena keluar duit. Kalau tuan-tuan kena keluar duit dulu macam mana kami keluarkan duit dulu. Keluarkan duit. Jangan kata harapkan Kerajaan saja.
Itu yang saya nak nyatakan dari segi cepat tidak ini, kita bergantung kepada pegawai Kerajaan. Kita dah cakap, pegawai-pegawai Kerajaan, kamu jugak bertanggungjawab bersama-sama kami Kerajaan dan jugak Pembangkang. Itu sebab saya cakap proaktif. Saya takut Seri Menanti tak dengar cakap saya. Cuba tengok, dengar, sama jugak Rantau tak ada, sebab dah beritahu depan-depan, kita tahu, di mana, dulu boleh cakap di belakang-belakang, cakap di depan-depan, tengok sama ada kita betul atau tidak, sama ada kita ikhlas ataupun tidak ya.
Berkubung, berhubung dengan 15 buah bas. Pada sayalah, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu nak bertanya pula. Benda ni dah berlaku sejak dulu. Kalau Menteri datang ni, berpuluh bas ni dah dibuat begitu. Kalau setakat 40 bas ni, pada sayalah, Menteri datang, pada saya tidaklah banyak sangat. Tapi kadang-kadang kita dengar. Sebab itu silapnya. Saya datang. Saya mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bersama dengan apa, jangan, jangan kita ingat kita tak boleh diwakili, Menteri Besar ada, berada di China masa itu. Sebab itu kena bersangka baik. Bersangka baik dulu. Saya mewakili Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar bersama Menteri, kita datang nak selesaikan masalah, sayangnya saya tengok menteri, ADUN-ADUN yang ada situ tak datang pun, tak jumpa pun, tak da, kalau …..
Ada jemput ke?
….. sebagai bertanggungjawab, you datang, you datang.
Tak jemput tak boleh datang. Kalau jemput baru boleh datang.
Tak ada.
Masalah eh sekarang, tak dijemput. Tunjukkan bukti kita dijemput.
Dengar dulu. Sebab tu you, you, beri kita …..
Kejap. Kalau sesiapa nak bercakap …..
….. saya tak pernah sampuk pun.
….. mintak kat Speaker ya.
Saya tak pernah sampuk orang punya bercakap. Tolong, tolong, tolong.
Speaker, boleh menggulunglah. Tak yahlah nak berlago kek sini, kang tak habih kang.
Tak, nantilah cerita, saya cerita dulu.
Kita bukan tak datang. Saya dah cakap tadi, takde jemputan. Haa, ya.
Okay, berhubung, berhubung, mana pulak tak ada jemputan, kita jemput, saya tengok hari perayaan kita jemput, tak datang gak.
Kata tak ada, tak adalah, percayalah cakap saya pulak.
Ado ado ado..
Tak apa, tak apa.
Tak ada.
Dah dah dah.
Ada ke jemputan?
Ada.
Tolong buktikan, mana dia jemputan.
Ada ada.
Haa itu yang kata dalam Dewan pun nak membohong. Tak ada, tak dijemput.
Ada dijemput.
Tak dijemput.
Ada dijemput.
Kalau kami dijemput, kami kata kami dijemput.
Pertang, Pertang. Duduk dulu.
Okay, jangan ungkit kisah lama. Memang tak boleh ungkit kisah lama. Tapi kisah lama ini, kata orang, ada baiknya untuk saya cakap dulu, untuk kaji kelemahan …..
Labu, Labu. Boleh celah Labu? Boleh celah sikit?
…. Jangan ulang balik.
ADUN Labu boleh celah sikit?
Okay, you, kejap saya nak cakap. Dia kata balai polis ada, balai bomba ada, hospital pun ado. Tapi katil eh tak siap lagi, tak ado lagi sekian lamo. Haa ini kita cakap. Kampung agam pun ado, tapi jalan-jalan nak masuk pun tak ado. Lampu pun tak ado. Haa ini saya nak jawab secara spontan ya.
Kemudian kita tengok, jangan cakap barang naik, barang naik ni dah sejak dulu. Benda naik. Jadi tak boleh timbullah cerita pasal barang naik ni. Lepas tu …..
Saya sampuk sikit Dato’ Yang Dipertua.
Dah, habis dah, saya tak bagi mencelah. Duduk dulu. Duduk.
Dia nak habis tu.
Duduk dulu, dengar dulu. Saya cakap sabarlah jadi pembangkang ni. Sabar dulu. Sabar dulu. Penjawat awam, kita katakan “Saya yang menjalankan amanah”. Apalah salahnya. Kita ada moto, takkanlah kita nak ikut moto yang lama je. Ini kita, buat suatu yang baru. Pun salah. Apa masalah dia? Ini masalah yang saya cakapkan, kena bagi peluang untuk Kerajaan baru menyatakan pan, pandangan dan jugak tingkah laku dan kita jugak pe, pembaikan yang kita nak buat. Jangan ingat nak jadi champion kepada penjawat awam. Saya pernah jadi penjawat awam. Jadi, jangan, jangan cerita benda-benda tu. Sebab tu saya kata tadi, jangan jadi champion kepada penjawat-penjawat awam sekarang. Penjawat awam tahu tugas dan peranan dia, ada dia punya apa, ada ketua, ada SOP dia, ada semua dia punya prestasi. Kita tak payah, dalam keadaan, dalam keadaan ini kita
tak perlu bodek-bodek apa semua. Yang penting kita jalankan tugas, okay.
Saya nak cakap kat sini, politik diasingkan daripada pentadbiran. Ini pada saya masa dulu, pun sama berlaku, tinggal sekarang ni kita tak pernah buat lagi pun. Hanya kita bagi peluang. Sebab itu Kerajaan ni lebih terbuka, open. Dalam Dewan ni pun terbuka, open. Siapa nak cakap hantam, pun boleh, tak ada masalah, kita terima, bagi peluang. Dulu tak ada peluang macam ni. Kita, haa, kita beri peluang, panjang masa dia. Daripada 2 hari, 3 hari, kepada sekarang 5 hari, 6 hari. Cakaplah sebanyak mungkin, tapi jangan lupa, you cakap, lepas tu buat kerja. Jangan cakap, ya, macam, ayam kampung, riuh satu kampung telur sebiji saja. Kita tak mahu macam tu.
Macam kerajaan sekaranglah.
Jangan cerita, sabar dulu, sabar dulu, you sabar dulu. Saya tak pernah campur cakap orang. You dengar cakap saya dulu. Ni jangan jadi ayam kampung, riuh, kemain riuhnya, telur eh sebiji je. Kita tak, kita buat banyak dah, macam-macam kita buat. Tak ada pun riuh-riuh sangat. Kita diam saja. Tengok kita kerja. Bantu ibu tunggal, bapak tunggal pun nak bantu. Jadi bukan masalah apa, masa akan menentu, masa akan menentukan bahawa kita akan menjadi lebih baik daripada BN ya.
Biar rakyat tentukan …..
Dato’ Speaker …..
Sabar dulu, sabar dulu, saya tengah jawab ni.
Saya bukan nak mencelah …..
Saya tengah jawab.
Saya nak mencadangkan Dato’ Speaker boleh.
Saya ni jawab ni, sabar dulu. Ketua Adat …..
Saya nak mencadangkan Dato’ Speaker tambah lagi masa dia 30 minit.
Sabar dulu, sabar dulu.
Tambah masa dia lagi 30 minit Dato’ Speaker.
Sabar dulu. Sabar dulu.
Boleh?
Sabar, sabar, saya bukan berjumpa, saya pergi semalam, semalam saya pergi, kelmarin saya pergi ke Jeram Padang, nak cakap dengan ADUN dia, tak jumpa muka saya. Saya satu hari, pagi sampai petang, di sana, ya. Haa itu kalau katakan proaktif tak proaktifnya ya.
Tak pasal, tak pasal, Yang Berhormat Labu, sebab ramai ganggu ni, saya tambah masa untuk Yang Berhormat Labu.
Terima kasih. Setuju. Kami, kami, sanggup tunggu sampai petang Dato’ Yang Dipertua. Teruskan.
Jadi saya, elaun …..
Labu, terima kasih.
….. elaun Ketua Adat. Sabar ya …..
Terima kasih.
Dah dah dah, duduk duduk.
Sebab datang ke Jeram Padang ni, hari tu, cumanya tak singgah ke Felcra Rompin. Dia mintak sampaikan.
Dah, saya dah hantar memorandum, you tak tahu. Kalau tak mesti …..
Haa ni bagitaulah dalam Dewan ni.
Saya dah hantar memorandum kepada Yang Amat Menteri, kita dah mintak 12 juta untuk menyelesaikan masalah ni. Jangan sebut, itu sebab saya cakap, you datang sana, saya cerita baik-baik. Kalau dalam Dewan saya jawab secara dalam Dewan, ya, kita tak ada main kelentong punya, kita buat kerja. Sebab tu saya cakap, kita pergi kita buat, ya.
Okay, berhubung dengan adat. Kita tahu negeri kita negeri beradat. Tapi selama ini, tak ada lagi nak berikan peruntukan untuk menaikkan ketua-ketua adat. Kita mula buat. Mula buat. Inshaa Allah, kita akan mulakan, terutama peringkat tertinggi ke bawah. Kita ada layer pertama, layer kedua dan layer ketiga, ya. Bukan mudah sebab dia daripada anak waris, anak buah sampai kepada Undang. Bukan mudah, makan masa yang panjang ya. Orang beradat. Saya orang beradat. Saya orang Labu, bapak saya orang, orang Kuala Pilah. Saya ada adat. Dan datuk dia, datuk saya Dato’ Shahbandar. Jadi saya tahu. Sebab tu untuk bercakap tentang adat ni, jangan kita, kita ambil mudah ya.
Dan jugak, berhubung dengan, yang saya cakap tadi proaktif. Tuan-tuan dan puan-puan, sekarang ni lepas ni kita nak bekerja ni lepas ni, kita nak bekerja. Kalau kata nak, mana-mana jawatankuasa, ataupun mana-mana ADUN nak mintak dibuat di kawasan dia, kita tak buat macam dulu, haa. Saya ulang macam tu, sebab apa, kita tak buat macam dulu. Hantar memorandum tak nak terima. Kita akan terima, buat, dan kita bincang baik-baik. Dan oleh kerana you lambat, you tunggu, betul, kita akan buat. itu, kita punya kaedah, haa. Tapi kena kerja sama-sama. Jumpalah Pegawai Kerajaan, jumpalah Tok Penghulu, jumpalah MPPP, MPKK. Jangan ingat kita nafikan saja, tak boleh. Kena mulakan daripada bawah, kita hormat orang bawah, orang akan hormat kita. Haa itu sebabnya jangan ingat kita nak mintak dia hormat kalau kita tak hormat orang bawah kita. Kita berbudi, kita jugak boleh, kita berbudi
kita akan merasa, kalau kita tak berbudi, jangan harap kita tak akan merasa. Ini dia punya pepatah yang kita rasakan.
Dan lagi rendah kita, lagi hebat orang akan sokong kita. Tapi kalau kita rasa kita datang dengan kehebatan kita, orang akan tolak. Itu yang pandangan saya, kalau boleh lepas ini kita seru kepada semua termasuk saya sendirilah, kita akan turun ke bawah, kita jumpa rakyat, kita majukan apa saja pembangunan, dan inshaa Allah, kita bangunkan negeri dan inshaa Allah, kita bangunkan negara kita Malaysia. Asssalamualaikum WBT.
Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Dipertua, terima kasih atas ucapan penangguhan daripada Yang berhormat Palong mengenai FELDA, rasa sudah dijawab ham, dijawab. Berhubung dengan geran pecah-pecah tu, kita sedia maklum, hanya kawasan yang diusahakan akan mendapat bantuan tersebut ya. Kalau tak diusahakan, mana kita nak bagi ya.
Mengenai kehadiran Menteri Ekonomi, saya tak berada ketika itu, saya berada di luar negara untuk lawatan, mendapatkan pelaburan. Dan Menteri Ekonomi, 44, ini kita sedia maklum bahawa pada pagi tersebut ada diadakan program, ada diadakan program kepimpin, seminar kepimpinan melibatkan peneroka setiap rancangan di Negeri Sembilan. Kita gunakan bas untuk kurangkan masalah parking, di samping itu juga keselamatan juga menjadi tanggungjawab pengurusan. Jadi saya rasa tak ada masalah. Kita tak buat jamuan raya besar-besar macam tahun dulu-dulu ya. Mintak maaflah, nanti kalau ada rezeki, inshaa Allah, ya, kita boleh buat.
Okay, mengenai Dataran Felda, itu peruntukan di bawah Kerajaan, di bawah FELDA. Mengenai cerita-cerita itu biasalah, orang politik, biasa akan bercerita, walaupun baik, dia akan cerita yang buruk, ya. Jadi kita harap bahawa akan ubahlah, ini kita ada masa untuk membangunkan negeri. Penyelaras DUN Palong, wakilkan kerani, saya akan lihat. Kelestarian hidup luar bandar, hutang negara, saya dah jawab dah hari tu. Bursa Saham Negara, walaupun kita tahu bahawa seluruh negara sebenarnya, seluruh dunia menghadapi masalah ini, dan saya telah jawab perkara ini.
Seterusnya berhubung dengan, Chembong, kebakaran 2 rumah di Chembong, inshaa Allah kita akan melihat semula, baik pulih rumah di
Rembau, Kampung Selama, saya harap dapat dimaklumkan alamat ni, kita lihat semula. P56 alhamdulillah, adolah ya, alhamdulillah ado, masa saya, satu sen pun saya tak dapat, ya.
Seri Menanti, pengangguran, PTPTN, regim harga barang, ibu tunggal, fungsi Jawatankuasa Pilihan ya. Kita sedia maklum ya. Pengangguran, kita tahun lepas saja kita di Negeri Sembilan kita sediakan 3,300 peluang pekerjaan di Negeri Sembilan. Kalau dibandingkan pada tahun sebelumnya hanya 2,000 lebih. PTPTN ini masih dalam kajian. Regim harga barang, ibu tunggal fungsi Jawatankuasa apa, Pilihan ya. Haa itu tak ada pun cadangan apa-apa, dah siap rumah baru pahat berbunyi ya. Ini masalah jugak, ya.
Mengenai Badan Eksekutif, Bukan Eksekutif. Memang kita asingkan ya. Cuma sebagai penjawat awam, kena faham, mereka kena faham bahawa Kerajaan hari ini harus mereka buat kerja secara profesional. Kenaikan elaun Penghulu Luak ya, patut cadangkan, ini cadang dulu lagi, ya. Kita hanya tambah. Patut dahulu kalau cadangkan, saya rasa lebih baik ya. Mungkin ketika itu tak terfikir, sekarang baru teraso apabila kita berado sebagai pembangkang. Tapi inshaa Allah, kita lihat bagaimana keperluan …..
Dato’, Dato’ Yang Dipertua, saya mencelah sikit. Untuk ni, elaun, di dalam Kerajaan dahulu memang kita ada perancangan. Kita ada rangkakan …..
Okay, alhamdulillah.
….. oleh pihak Muzium. Dan diteruskan pada zaman sekarang. Jadi …..
Sebenarnya …..
….. tak ada sebab mengatakan bahawa dulu tak ada, ura-ura nak menambahkan elaun tu, ya. Terima kasih.
Cuma dulu lambat sangat ya. Kalau kata Kerajaan sekarang lambat, Kerajaan dulu lagi lambat ya. Berapa puluh tahun baru nak naik. Kita terus naik.
Lebuh raya Kuala Pilah, kita inshaa Allah kita akan naikkan. Jalan Seremban – Kuala Pilah dalam rancangan untuk dinaik taraf dengan membina lorong memotong untuk Rancangan Malaysia 11 tahun 2021, projek ini merupakan keutamaan Kerajaan Negeri Sembilan, inshaa Allah. Lebuh raya itu kita akan bincangkan.
Lagi, mengenai EXCO, saya dah jawab. Penjaja di Rembau, unit khemah disita kerana khemah dan meja ditinggalkan oleh penjaja berlesen yang bergerak ya. Kita dah kompaun 200.00 ringgit dan mereka dah mula berniaga semula dengan syarat mereka mematuhi syarat-syarat lesen, iaitu selepas berniaga kena kemas, ya, itu kita nak, kita tak naklah kita nak pergi ke negara maju, tetapi kita masih selerak sana, selerak sini ya. Jadi, harapan kita begitu.
Dan di samping itu juga, mengenai apa, slogan “Saya yang menjalankan amanah”. Cadangan ini sebenarnya dicadangkan oleh penjawat awam ketika pertemuan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita apabila ada di antara peserta ataupun penjawat awam ya, yang mencadangkan perkara tersebut, dan terus diterima oleh Kerajaan yang ada pada hari ini sebagai satu moto kita iaitu “Saya yang menjalankan amanah”. Jadi tidak ada masalah. Bukannya daripada Kerajaan tetapi pada penjawat awam itu sendiri.
Jadi, saya rasa itu saja Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya rasa terima kasih, mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh de, ahli Dewan yang hadir, yang telah bersidang selama 5 hari. Dan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana menjalankan tanggungjawab dengan penuh baik. Dan terima kasih juga kepada Timbalan Speaker yang menjalankan tugas. Dan seluruh anggota kerajaan yang telah pun memberikan kerjasama sepanjang 5 hari, dan saya ucapkan ribuan terima kasih.
Dan semoga kita dapat menyambut Ramadan ini dengan penuh ketenangan, penuh kerahmatan dan sentiasa dalam rahmat dari Allah SWT. Dan semoga Ramadan ini merupakan Ramadan yang kita akan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Saya sekali lagi mengucapkan ampun maaf kepada semua dan jika ada berlaku kesilapan dan saya harap bahawa kita sentiasa ingin melihat bahawa negeri ini sentiasa maju pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam persidangan ini. Dan saya juga
mohon kemaafan sepanjang saya mengendalikan persidangan ni, jika ada kekurangan. Dan inshaa Allah kita akan perbaiki dalam masa akan datang. Dan saya juga nak ucapkan selamat berpuasa, inshaa Allah, dalam minggu depan kita berpuasa.
Pantun Dato’, pantun.
Haa pantun? Cukuplah, kang kena jawab pulak kang. cukup. Tak apa. Jadi ucapkan selamat berpuasa, dan inshaa Allah saya doakan tuan-tuan panjang umur, sihat tubuh badan, murah rezeki, dan inshaa Allah tahun ni dapat kita maknanya berhari raya bersama, inshaa Allah. Dan saya jugak nak ucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan, Ketua-ketua Jabatan yang hadir selama 5 hari ini, yang, yang dapat membantulah bersama untuk memperlicinkan persidangan kita. Jadi akhir kalam, saya nak ucapkan selamat berjaya, sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT. Saya tangguhkan persidangan ini.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 5.25 petang]