Negeri Sembilan · 26 August 2019
14th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 715 turns · 32,230 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Persidangan dimulakan pada jam 10.05 pagi
Membaca Doa
Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya dengan rahmat, inayah serta riayah, daripadaNya kita dapat mengadakan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Negeri Sembilan Yang Ke-14 tahun 2019 kali ini. Yang Amat Berhormat Tuan Haji Aminuddin Harun, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14, yang akan dijadualkan berlangsung selama 3 hari, inshaa Allah, bermula hari ini 26 haribulan sehingga 28 Ogos 2019.
Saya juga ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Tuan Ravi a/l Munusamy; Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, merangkap ADUN Sri Tanjung, yang telah memikul tanggungjawab menjalankan amanah dan tugasan Yang Dipertua Dewan Negeri, sepanjang ketiadaan saya yang menjalani, menjalankan ibadah haji di kota suci Mekah baru-baru ini selama 48 hari.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa daripada semua yang mendoakan saya dengan isteri, bagi kemudahan dan kesempurnaan ibadat haji bagi saya dan isteri di kota Mekah dan Madinah pada tahun ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan selamat kembali kepada yang menunaikan haji, jemaah yang menunaikan haji, selamat sampai ke tanah air, dan mendoakan dipermudahkan urusan perjalanan pulang bagi jemaah-jemaah yang masih berada di, di tanah suci Mekah yang sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air. Saya memohon agar kita sama-sama mendoakan semoga segala ibadat yang dilaksanakan diterima Allah jua dan dikurniakan haji yang mabrur.
Yang Berhormat sekalian, seperti mana lazimnya saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan kali ini. Saya amat berharap persidangan kali ini akan berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik, etika sebagai ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat sekalian, saya mendoakan semua perjalanan mesyuarat kali ini dapat berjalan dengan baik dan kita akan mendapat keputusan yang baik, inshaa Allah. Dengan ini saya sudahi dengan ucapan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang Ke-14 yang telah diadakan pada 22 hingga 25 dan 29 April 2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kedua,
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang Ke-14 telah diadakan pada 22 hingga 25 dan 29 April 2019 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada …..
Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Mohon maaf. Saya mohon untuk diperbetulkan sedikit Peringatan Mesyuarat ini seperti mana yang tercatit dalam Penyata Rasmi jilid, buku Jilid yang pertama, muka surat 211 iaitu perenggan yang terakhir, Dato’ Yang Dipertua.
200?
211, perenggan terakhir di mana perenggan yang terakhir ini seperti -yang dicatitkan kelihatan ianya dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tetapi sebahagian daripada itu sebenarnya adalah kenyataan yang saya keluarkan dalam sidang Dewan yang dulu, Dato’ Dipertua, mohon semak dengan hansard Dato’ Dipertua, terima kasih.
Okay, ada teguran lain?
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun nak mendapatkan kepastian dalam muka surat, muka surat 413, berkenaan dengan, 413 Dato’ Dipertua.
413?
Jilid pertama ya.
Jilid pertama, okay.
Buku tebal, penyata.
[Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua Dewan]
Buku penyata, oh ini, Penyata Rasmi.
Yang toba tu.
400?
413.
413 ya.
Berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sikamat berkenaan dengan Kerajaan Negeri Sembilan mulai belanjawan 2019 telah menyediakan berbagai inisiatif, insentif dan bantuan bagi meringankan beban masyarakat Negeri Sembilan. Selain daripada itu, terdapat juga bantuan lain yang telah disediakan di bawah kerajaan, antara bantuan-bantuan ini adalah bla, bla, bla, FELDA 1,800.00. Ini yang dibuat oleh Kerajaan Negeri ke, Kerajaan Persekutuan? Kena perbetulkanlah ya. Ini bukan dibuat oleh Kerajaan Negeri, ini adalah merupakan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan kerana tajuk dia, berkata di situ bahawa Kerajaan Negeri dalam belanjawan 2019. Sebenarnya ini adalah merupakan inisiatif yang dilakukan Kerajaan Pusat bukan Kerajaan Negeri. Elok diasingkan itu supaya ia tidak disalahertikan bahawa Kerajaan Negeri mengadakan belanjawan yang khusus untuk bantuan kepada peneroka FELDA, kepada RISDA dan FELCRA dan bantuan-bantuan isi rumah yang lain.
Lagi satu Dato’ Dipertua, adalah berkenaan dengan ECRL muka surat 414.
414?
Sebalik dia, di sebalik.
Oh, belakang ni.
Belakangnya ya.
Okay.
Ada disebut oleh Yang Berhormat Sikamat jugak bahawa ECRL ini dipunyai 100% oleh Kerajaan Malaysia, cuma operasinya 50/50. Boleh kita dapat penerangan ataupun penjelasan, kita beruntung hari ini kerana dalam Dewan ini kita jugak ada Menteri Pengangkutan, supaya kenyataan ni betul ke 100% dipunyai oleh Kerajaan Malaysia, cuma operasinya saja 50/50. Kerana apa yang kita tahu, bahawa ianya dipunyai oleh, bersama Kerajaan Malaysia dan jugak dari syarikat China. Kalau boleh, saya rasa YAB Sikamat tak boleh jawab ni. Kita mintak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Chuah, eh Chennah, untuk memberikan penerangan. Terima kasih.
Ada lagi tak? Saya ambil satu-satulah ya. Ada lagi Dato’? Tak ada.
Banyak, tak apalah, 1 – 2 dulu, banyak yang perlu kita diperbetulkan dalam minit ini. Dalam minit ini banyak yang perlu dibetulkan Dato’ Yang Dipertua. Saya mintak supaya yang menyiapkan minit ini perlu berhati-hati kerana ayat-ayat tu kadang-kadang dia mengelirukan, macam tadi, bantuan, inisiatif tu dibuat bukan oleh Kerajaan Negeri tapi diletakkan di dalam perenggan yang inisiatif dalam belanjawan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Perlu di, di, diasingkan supaya jelas kepada kita bahawa ini bukannya dibuat oleh Kerajaan. Terima kasih. Banyak, saya malaslah nak, nanti kita buang masa.
Okay. Ada teguran lain tak? Kalau tak ada, saya nak pergi kepada Chembong punya tadi.
Tuan Yang Dipertua, saya ingin, ayat yang ditegur tadi ialah saya ingin menjawab juga mengenai bantuan-bantuan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. "Kerajaan Negeri Sembilan mulai
belanjawan 2019 telah menyediakan berbagai inisiatif, insentif dan bantuan bagi meringankan beban masyarakat di Negeri Sembilan. Selain daripada itu, terdapat juga bantuan lain yang telah disediakan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan”. Bermakna, umum dekat situ, dah menunjukkan maksud bukan Kerajaan Negeri, ya. “Selain daripada itu”, ya. Kita kena baca keseluruhan. Jangan kita baca yang ateh ni sikit, lepas tu buat conclusion …..
Selain daripada yang dalam bajet tu, selain daripada itu apa yang disebut …..
Selain daripada itu, selain daripada bajet tulah.
Yang Berhormat.
Ya.
Kerajaan Pakatan Harapan, Negeri Sembilan Kerajaan Pakatan Harapan …..
Tak, Kerajaan Pakatan Harapan …..
Elok disebut supaya ia bukannya merupakan satu rangkuman yang ada dalam bajet yang dibentang oleh Kerajaan Negeri …..
Tak, ayat dia, kan kita katakan “Kerajaan Negeri Sembilan mulai belanjawan 2019”, lepas tu, “Selain daripada itu”.
Saya mintak supaya oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Harapan Kerajaan Persekutuan, supaya jelas ya.
Tak, itu semua orang dah maklumlah. Kalau FELDA tu memang bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. FELCRA – Kerajaan Persekutuan, RISDA – Kerajaan Persekutuan, itu semua
maklum ya. Jadi, saya harap bahawa tak ada masalah daripada apa, pembacaan ini kita rasa ada, tak ada masalah. Terima kasih.
Yang Berhormat Rantau, persoalan yang dibangkitkan ada rasionalnya, dan jawapan pun ada rasional dia. Sebab dia “selain”, kira tak ada kena mengenalah, “selain” ini tidak ada kena mengena dengan yang berkaitanlah. Itu yang dimaksud MB.
Dato’ Dipertua, perkataan “selain” itu, me-refer atau merujuk kepada bajet. Apa dalam bajet. Kalau kita nak bercakap pasal bahasa kang susah. Kita bercakap pasal bajet Negeri Sembilan 2019. Kata banyak insentif, inisiatif dan bantuan yang telah dilaksanakan, selain daripada itu, maknanya, selain daripada apa yang disebut dalam itu, ada lagi. Jadi perkataan “selain daripada itu” merupakan bukannya satu qualification kepada statement apa yang awal, tetapi merupakan rangkuman ya. Jadi Dato’ Yang Dipertua.
Okay, jadi Yang Berhormat ada nak comment? Tak ada? Yang lain?
[YB ADUN Chennah dan YB ADUN Jeram Padang bangun serentak]
Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua.
Nanti, minit jugak?
Yang sama. Maknanya saya nak lanjutkan kerana kalau ayat yang sebelum itu adalah rujuk kepada belanjawan 2019 Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan …..
You cakap benda lain ke, benda yang sama ni?
Selain daripada itu, masih lagi …..
Tak, you cakap benda yang sama.
….. masih lagi, saya ingin nak tegaskan bahawa lebih baik kita …..
Saya harap …..
….. gunakan perkataan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.
Tak saya harap benda tu Yang Berhormat Rantau dah terangkan tadi. Jangan ulang. Saya nak ada benda lain yang nak dibangkitkan. Haa okay, kalau tak ada, saya benarkan Yang Berhormat Chennah untuk jawablah.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak memberikan sedikit pandangan. Yang pertama, Penyata Rasmi ini adalah berkenaan dengan ataupun mencatitkan, merekodkan apa yang telah pun dikatakan semasa, pada ketika itu. Jadi, kalau itu yang telah direkodkan, maksudnya apa yang telah dikatakan ataupun diucapkan pada ketika itu, itu yang telah direkodkan. Dan Penyata Rasmi ini sepatutnya ialah hansard ialah word by word apa yang telah dinyatakan. Dari segi konteksnya mungkin kita boleh dapatkan kepastian ataupun daripada penjelasan.
Dan daripada apa yang dibangkitkan oleh yang, Yang Berhormat Rantau tadi, berkenaan dengan pegangan ataupun pemilikan ECRL. Saya boleh memastikan sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap ECRL, apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu tepat. Memang dari segi pemilikan ECRL itu adalah 100% milik Kerajaan Malaysia melalui MRL. Dan segi operasinya ialah ada usahasama di antara pihak Malaysia dengan China. Itu saja, terima kasih.
Terima kasih. Ada, kalau tak ada, saya nak pergi kepada, ya, kita kena ni lah, kalau tak ada saya mintak cadangan ya, dan sokongan untuk ni yang ni.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.
Okay Yang Amat Berhormat Sikamat cadang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Tak ada. Yang tidak bersetuju? Jadi kita sahkan ya. Sign.
[Keputusan undian: semua 20 ahli Yang Berhormat Kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota dan YB ADUN Jeram Padang – tidak bersetuju manakala 14 orang ahli Yang Berhormat pembangkang tidak mengundi]
[Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang Ke-14 yang telah diadakan pada 22 hingga 25 dan 29 April 2019 disahkan dengan pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]
Membentangkan Kertas Dewan
Okay, Amin.
Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu pertama Kertas Dewan Bil. 6/2019 – Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2019.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 6 Tahun 2019 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:
i. Laporan Jawatankuasa Terpilih Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan Kerajaan Negeri (NES-CAT) 2019;
ii. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri Sembilan (PAC) 2019; dan
iii. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions
Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Pertama.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seperti biasa masa bagi pertanyaan lisan hari pertama, kita beri dalam 1 jam setengah. Sekarang pukul 10:25. Jadi bermakna sekitar 11:55 ya ….. [YB ADUN Rantau bercakap secara off mic].
Haa? Gonap kan yo, boleh, tak apo. 5 minit, tak apo, kita bagi peluang gonap an. Jadi, saya ingat edaran dah dibuat ya. Senarai pertanyaan oleh Yang Berhormat ADUN bagi Persidangan Kedua Penggal Kedua ini, dapat tak semua? Dapat tak? Dapat, alhamdulillah. Jadi, kita dah susun ya ni, soalan ni, saya mintaklah yang buat pertanyaan ni sebut soalan yang mana satu, ada yang 3 soalan ni, yang mana satu disebut dalam pertanyaan lisan ni. Dipersilakan.
Dato’ Dipertua, terima kasih, Lobak mengemukakan soalan ketiga.
Ketiga.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Templer mengandungi sebanyak 238 unit rumah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 98% atau 234 unit rumah telah dibuat pengisian manakala 4 unit masih kosong. Sehingga 24 Julai 2019, sebanyak 113 orang pemohon telah menunjukkan minat bagi mengisi kekosongan rumah pangsa tersebut. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Dipertua, soalan tambahan.
Tambahan?
Terima kasih. Yang Dipertua, kerana blok rumah pangsa ni, Tun Dr Ismail sudah lama, ada lebih dari 50 tahun. Tapi yang tu, lif-lif tu, terutamanya tu blok B, lif ni selalu rosak. So jikalau tak salah saya, satu hari pun ada rosak 10 kali. Kerana kebanyakan rakyat yang tinggal sana, ialah orang warga emas dengan budak-budak
kecik. So saya nak tanya, bila lif yang akan dibaik pulih atau dinaik taraf? Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak dan juga rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, sebenarnya untuk lif di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail itu, kita memang sedang dalam usaha untuk menantikan peruntukan dari KPKT. Cuma saya boleh mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa kita akan membawa berita baik kepada semua penduduk-penduduk di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail ini tidak lama lagi. Dan saya juga amat berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Lobak, Lobak kerana selama ini memang memperjuangkan nasib penduduk-penduduk yang tinggal di situ. Dan sudah tentunya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita tidak akan menghampakan khususnya pengundi-pengundi Lobak yang selama ini telah pun memberi sokongan kepada kami. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat …..
Terima kasih.
Yang Berhormat Rantau, Dato’ Seri, ya. Soalan 1 ya?
Soalan 1 saja.
Dato’ Yang Dipertua, merujuk kepada prestasi pelaburan di Negeri Sembilan, pada masa kini, prestasi pelaburan di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan jumlah pelaburan sebanyak 2.86 bilion ringgit pada tahun 2018 berbanding 1.41 bilion ringgit pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 103%. Daripada jumlah tersebut, sektor pembuatan mencatatkan pelaburan sebanyak 2.43 bilion ringgit pada tahun 2018 berbanding 1.11 bilion ringgit pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 119%. Manakala jumlah pelaburan sektor perkhidmatan mencatatkan 430 juta ringgit pada tahun 2018 berbanding 303 juta ringgit pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 42%.
Kerajaan Negeri terus komited untuk memastikan pembangunan Negeri seiring dengan matlamat Negeri Maju antaranya melalui penubuhan Perbadanan Negeri Sembilan melalui Enakmen Perbadanan Negeri Sembilan Tahun 2018. Untuk itu, Perbadanan Negeri Sembilan akan memainkan peranannya dengan memberikan tumpuan kepada menggalakkan pelaburan ke Negeri Sembilan berdasarkan pelan pembangunan yang telah dirancang. Perbadanan Negeri Sembilan juga berperanan untuk mengkaji dan menarik pelaburan yang berpotensi dan boleh memberi manafaat kepada rakyat khususnya mewujudkan pekerjaan dan menambah pendapatan rakyat. Bagi perancangan pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 yang telah dikemaskini dan sedang dilaksanakan, Perbadanan Negeri Sembilan akan memainkan peranan utama untuk bertindak sebagai central agency bersama-sama pemaju dalam memastikan MVV 2.0 dilaksanakan sebagaimana dirancang dan menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, perancangan menyeluruh di daerah lain akan dilaksanakan untuk menarik pelabur dan memastikan pembangunan yang seimbang di seluruh Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, merujuk tentang, persoalan tentang kelembapan ekonomi dan peranan yang berkaitan bagaimana untuk membantu petani yang terjejas, terjejas akibat kejatuhan bahan, harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah. Kerajaan Negeri menerusi, melalui RISDA telah menjalankan beberapa program bagi membantu pekebun kecil getah yang terlibat dengan kejatuhan harga komoditi.
Bantuan disediakan oleh pihak RISDA bagi tahun 2019 adalah merangkumi projek Penanaman Semula Getah berjumlah 5.89 juta ringgit, prasana, Prasarana Asas Pertanian berjumlah 2.038 juta ringgit, Keusahawanan Aktiviti Ekonomi Tambahan berjumlah 900,000.00 ringgit, program Peningkatan produk, pro, produk, pro, Produktiviti dan Pemasaran berjumlah 1.09 juta ringgit serta lain-lain aktiviti menjadikan jumlah keseluruhan 9.92 juta ringgit.
Manakala Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selaku badan yang mengawalselia kesejahteraan industri sawit Malaysia telah melaksana dan merancang beberapa langkah jangka pendek dan jangka masa panjang dalam usaha untuk memulihkan pasaran atau harga kelapa sawit:
Yang pertama, antaranya ialah antara langkah jangka pendek yang telah pun dilaksanakan bagi meningkatkan harga komoditi kelapa sawit ialah dengan meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara melalui peningkatan, peningkatan adunan biobahan api sa, api sawit dengan diesel pen, petroleum ke Program B7 iaitu adunan 7%
biodiesel sawit dan 93% diesel petroleum mulai November 2014 dari Program B5.
Yang kedua, Program B7 akan menggunakan 575,000 tan minyak sawit setahun. Kerajaan juga sedang bercadang untuk meningkatkan penggunaan dohme, domestik produk sawit melalui perlaksanaan program Biodiesel dari B7 kepada B10 dalam masa yang terdekat. Selain membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit ianya juga akan menyumbang kepada mengurangkan stok minyak sawit dan seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada harga minyak sawit mentah (CPO).
Sementara itu, Dato’ Yang Dipertua, langkah-langkah jangka masa panjang untuk memperkukuhkan harga sawit termasuklah yang pertama, mengukuh, memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada serta menembusi pasaran-pasaran baru bagi produk-produk berasaskan sawit. Industri sawit negara juga digalakkan untuk meneroka atau memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran yang disifatkan sebagai niche markets untuk mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi.
Yang kedua, meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baru serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi.
Yang ketiga, Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan dijadikan mandatori pada Disember 2019 akan dijadikan satu langkah untuk ke arah mewujudkan sistem kemampanan yang diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit milik Malaysia yang seterusnya diterima sebagai pilihan utama pelanggan global. Ini akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan Malaysia di negara-negara pengimport.
Selain daripada itu Dato’ Yang Dipertua, pertemuan Malaysia dengan China semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini telah membuahkan hasil positif dan inisiatif penting yang akan memudahkan eksport minyak sawit Malaysia dalam jumlah, jumlah yang lebih besar ke China dan diharapkan dapat membantu meningkatkan harga minyak sawit di pasaran.
Hasil daripada lawatan tersebut, telah menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara China National Cereals, Oils & Foodstuffs Corporation dan Sime Darby Plantation Berhad yang akan membawa kepada pengambilan minyak
sawit Malaysia yang lebih banyak. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Ampangan.
Dato’ Yang Dipertua, boleh saya mintak soalan tambahan?
Ya.
Nombor satunya saya nak mintak supaya Yang Berhormat tak payahlah sebut Malaysia Vision Valley 2.0, kata sajalah Malaysia Vision Valley kan. Tak payahlah 1.0, 2.0 kerana Malaysia Vision Valley ini satu blue print yang amat baik untuk kita pastikan supaya ianya berjaya untuk, ianya adalah untuk rakyat Negeri Sembilan kerana ini satu pelan pembangunan yang dirangka begitu teliti dan cermat sekali dengan mengambil kira pembangunan dan jugak sosial impact-nya Dato’ Yang Dipertua.
Nombor 2, walaupun Malaysia Vision Valley ini dibuat untuk di kawasan di Lembah Klang Valley yang baru, iaitu The Greater Klang Valley, Dato’ Yang Dipertua, kita jugak perlu pastikan supaya rakyat Negeri Sembilan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Ampangan, supaya imbangan pendapatan yang mana ianya tidak nanti orang kata dia tidak berimbang. Rata-rata Negeri Sembilan ini yang menjadi daerah yang maju cuma 2 sahaja iaitu Seremban dan Port Dickson. Perlu kita pastikan supaya dasar yang kita buat mengambil kira bahawa rakyat di Negeri Sembilan majoritinya lagi ya, kalau kita panggil, lihat daripada pendapatan, memang baik. Kalau lihat daripada GDP kita pun baik kerana kita dapat tumbuh dengan baik. Kalau kita ambil kira dari segi jumlah pelaburan dari seri pembuatan pun baik, melepasi target kita. Tapi jangan nanti kita dibuai, terlena kerana kita terlupa bahawa 70 lebih peratus orang di Negeri Sembilan ini masih lagi bergantung harap dan pendapatan mereka banyak bergantung kepada hasil pertanian, sumber-sumber komoditi utama iaitu kelapa sawit, getah dan yang lain-lain Dato’ Dipertua.
Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Ampangan tadi, merupakan langkah-langkah yang perlu dibuat tetapi nampaknya belum mendatangkan hasil kerana harga kelapa sawit, tandan bersih di kebun masih lagi berkisar pada tahap 370.00 – 380.00 satu tan. Ini
merupakan satu harga yang amat rendah. Manakala crude palm oil pulak, Dato’ Yang Dipertua, dia punya future price dia 3 bulan ke hadapan tidak melebihi 2,000.00. Ini jugak merupakan suatu tekanan kepada industri yang memainkan peranan dalam industri kelapa sawit.
Kita berharap supaya Kerajaan Negeri bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, dapat memberikan langkah-langkah selain daripada bergantung kepada hasil utama dan kita dapat menjalankan pertanian sampingan, Dato’ Dipertua. Jika boleh saya nak cadangkan supaya tanaman kelapa sawit ini kita, kalau untuk pekebun kecil dan jugak small holders, dengan izin, tak usah kita ikut konvensional 1 ekar sampai 36 batang, kita tanam 20 batang. Tetapi dia akan jadi jarak-jarak. Cahaya matahari akan masuk, Dato’ Dipertua, dan kita boleh buat tanaman ruminan yang lain, yang boleh hidup. Kerana kalau 36 batang 1 ekar, dia terlampau rapat, cahaya matahari tak dapat menembusi di bawah sampai ke tanah, tak boleh pokok lain yang tumbuh.
Nombor 2, saya risau Dato’ Yang Dipertua, kerana ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan iaitu bantuan tanaman semula akan diberhentikan tidak lama lagi. Jadi ini juga merupakan keresahan rakyat, Dato’ Yang Dipertua, kerana rata-rata pokok-pokok getah yang ada sekarang ini semua dah tua. Saya tak tahu macam mana FELCRA dan RISDA akan menerima kenyataan ini, tetapi itu kenyataan Yang Berhormat Menteri. Kalau, boleh Yang Berhormat Ampangan boleh memberikan penerangan di sini, untuk melegakan perasaan orang kerana rata-rata orang risau dan marah kerana orang nak menanam semula tidak ada bantuan tanaman semula lagi, tapi dalam bentuk pinjaman.
Dato’ Dipertua, yang lain-lain tu, saya mintak supaya nak tanya, apakah insentif-insentif yang boleh dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk menarik banyak industri-industri yang telah pun saturated, yang telah pun mapan ataupun yang telah pun tepu di kawasan sekitar Negeri Sembilan terutamanya di Lembah Klang, di Shah Alam, di Subang. Dan jugak kalau kita boleh menarik banyak industri-industri besar yang tidak boleh lagi membesarkan industri mereka di Singapura, tapi malangnya, HSR iaitu keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura dah tak lagi beroperasi ataupun tidak akan dibina. Itu merupakan satu setback kepada Malaysia Vision Valley. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, merujuk tentang penjenamaan MVV 2.0 ya, apabila kita mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018, walaupun kita tahu bahawa MVV tu telah diisytiharkan
sejak 2015 ya. Dan apabila kita mengambil alih pertengahan tahun 2018, kita tak nampak banyak apa-apa pun ya, maknanya selama 3 tahun itu, maknanya kita tak nampak banyak apa-apa dan kita telah membawa kepada perancangan dan pengisian yang baru. Di antaranya ialah banyak yang membabitkan kawasan-kawasan di Parcel A, yang melibatkan 2,838 ekar ya. Kemudiannya ialah di Parcel B sebanyak 8,700 ekar. Dan di Parcel C, D, E and F yang melibatkan 16,000 ekar ya. Kerajaan sekarang ini mengambil semua perancangan bagaimana untuk memajukan kawasan-kawasan ini. Dan di atas perancangan ini, kita menjenamakan semula kerana pengisian dibawak ialah pengisian yang jauh berbeza bagaimana untuk kita memastikan pembangunan di dalam Negeri Sembilan.
Yang kedua, berkaitan tentang pendapatan yang rakyat. Sebenarnya selama 60 tahun ya, kita, Kerajaan Negeri Sembilan tidak pernah mencapai pendapatan isi rumah melebihi daripada purata kebangsaan ya. Purata kebangsaan, pendapatan isi rumah sebulan ialah sebanyak 5,288.00 ringgit sedangkan Negeri Sembilan, di Negeri Sembilan cuma 4,579.00 ringgit sahaja ya. Ini bermakna, walaupun kita tak jauh daripada Lembah Klang, kita jauh tertinggal bawah, berbanding daripada purata nasional pendapatan, pendapatan isi rumah. Sebab itu, kita sedang berusaha untuk memastikan pendapatan ini meningkat ya, untuk, bagaimana untuk kita memastikan bahawa rakyat boleh mendapat yang lebih baik dan sekurang-kurangnya sama dengan pendapatan isi, pendapatan isi rumah di peringkat nasional ya.
Dan kalau kita melihat juga dari segi KDNK, sumbangan Kerajaan Negeri Sembilan selama 60 tahun dahulu, tidak pernah mencapai lebih daripada 3.5% sahaja. Makna sumbangan KDNK Kerajaan terdahulu 3.5% sahaja dan ini berterusan begitu lama. Kerajaan Negeri Sembilan baru sekarang sedang berusaha untuk meningkatkan ya, kerana Negeri Sembilan terletak di kawasan yang tidak jauh daripada Lembah Klang, dan kita sepatutnya boleh memberi sumbangan yang lebih besar kepada KDNK Negara.
Dato’ Yang Pertua, merujuk tentang harga sawit, kerajaan sedang berusaha ya, bagaimana untuk meningkatkan dengan pelbagai-bagai aktiviti yang telah dilaksanakan yang sepertilah yang saya nyatakan sebentar tadi.
Merujuk tentang kenyataan Menteri, sebaik-baiknya kita rujuk kepada Menteri yang berkenaan ya, untuk, untuk, kerana ia berkaitan tentang, tentang persekutuan, Kerajaan Persekutuan ya. Kerajaan Negeri Sembilan akan berusaha sebaik yang mungkin ya, untuk memastikan bagaimana untuk kita me, meningkatkan pelaburan ya, bukan hanya di,
setakat di kawasan MVV 2.0, tapi keseluruhan sektor, keseluruhan kawasan di dalam Negeri Sembilan. Usaha sedang berjalan, dan kita yakin inshaa Allah, pelaburan akan bertambah ya, ini antara usaha yang kita sedang buat secara bersungguh-sungguh yang membabitkan di antaranya ialah untuk memastikan pembangunan kawasan di kawasan Parcel C, D, E and F di dalam kawasan MVV 2.0. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Saya pergi kepada soalan …..
Dato’ Dipertua sekejap, satu nak mintak kepastian ya.
Ya.
Apakah benar berita, berita, khabar-khabar angin yang bertiup bahawa dalam parcel industri A ataupun B, tak silap saya, bahawa ianya akan dibuat jual en-bloc kepada satu syarikat daripada negara asing?
Tidak benar, Dato’ Yang Dipertua, ya. Setakat ini kita belum lagi membuat sebarang keputusan, kita masih lagi sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dan tidak ada satu pun di antaranya membabitkan negara asing. Kesemuanya adalah pelabur-pelabur daripada tempatan.
Macam mana Kerajaan Negeri nak masuk campur kerana saya harap Kerajaan Negeri, Dato’ Dipertua, bertegas dalam hal ini. Ini bukan tanah Kerajaan Negeri, ini tanah kepunyaan syarikat swasta. Jika syarikat swasta nak menjualnya kerana tertekan disebabkan oleh untuk mem, meng, meneruskan ataupun untuk menjayakan dengan segera Malaysia Vision Valley ini kerana selama ini dulu kita telah pun memberikan penekanan, bahawa tidak adanya penjualan secara outright kerana kita tidak mahu pemaju atas pemaju. Sebenarnya dulu Malaysia Vision Valley ini ditubuh sebagai pemaju kepada tanah yang dipunyai oleh Syarikat Malaysia Vision Valley punya rakan kongsi. Tetapi sekarang ini dia punya Malaysia Vision Valley nombor 2 ni atau 2.0, kita dengar khabar, saya dengar khabar bahawa
dia nak jual parcel by parcel. Itu Dato’ Dipertua, saya rasa elok Kerajaan Negeri memikirkan dengan lebih serius ataupun for that matter, dengan izin, Kerajaan Persekutuan perlu melihatnya agar nanti, dulu tuduhan mengatakan Kerajaan nak menjualkan maruah kepada kita, tapi kita lebih, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya dah jelaskan semasa menjawab lebih awal, kemungkinan Yang Berhormat Rantau tak perasan ya, di mana saya menyatakan secara jelas bahawa kemajuan di kawasan MVV 2.0 akan diterajui oleh Perbadanan Negeri Sembilan. Perbadanan Negeri Sembilan adalah hak milik penuh Kerajaan Negeri Sembilan. Dan secara dasarnya perbincangan telah pun berjalan dengan pemilik tanah berkenaan yang secara umumnya bersetuju ya, untuk kita melaksanakan bersama dengan mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okay.
Macam mana Dato’ Yang Dipertua, kalau tanah bukan tanah kita, kita nak, kita nak letakkan kita punya syarat. Apakah Perbadanan Kerajaan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan Incorporated ini a partner interm of shares ataupun sebagai authority? Saya nak tanya, kerana tadi YB daripada Ampangan kata bahawa merupakan rakan kongsi. Jadi apakah, bagaimana Perbadanan Negeri Sembilan boleh mendapat taraf sebagai rakan kongsi kerana ini sebuah syarikat. Untuk menjadi kita rakan kongsi, kita mesti ada kita punya contribution, Dato’ Dipertua. Kalau kita bukan sebagai rakan kongsi, cuma sebagai satu penguasa, kuasa kita itu limited, Dato’ Yang Dipertua, kerana, betullah Kerajaan Negeri tak akan membenarkan jual beli tanah tersebut, tapi jual tanah tersebut rasa saya, Dato’ Yang Dipertua, tanah itu tidak ada sekatan-sekatan kepentingan di atas tanah tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, meka, mekanisma terperinci akan kita umumkan kemudian. Secara umumnya kita akan mewujudkan SPV (Special Proposal Vehicle) di bawah Kerajaan Negeri di bawah Perbadanan Negeri Sembilan untuk kita menjalankan keseluruhan pembangunan di kawasan berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya ingat dah jawablah. Kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Rahang.
Rahang mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, banjir kilat yang berlaku pada 4 Jun 2019 yang lalu ya, untuk isu ini, sebenarnya telah pun diteliti melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seremban. Berdasarkan penelitian, didapati terdapat keperluan untuk membaiki dan menaik taraf sistem perparitan di kawasan tersebut. Pihak MPS sedang menyelaraskan permohonan peruntukan kepada pihak KPKT.
Manakala, tindakan yang telah pun diambil oleh pihak JPS untuk mengatasi banjir kilat yang berlaku pada 4 Jun 2019 yang lalu adalah dengan mengeluarkan se, sebutharga bagi kerja-kerja penyaluran Sungai Linggi dari Kampung Pasir sehingga ke Taman Happy sepanjang 3 kilometer.
JPS sedang melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Linggi dari Pekan Rantau, Kampung Kuala Sawah hingga ke Kampung Nyatoh yang kini memasuki fasa 4 dalam pembinaan. JPS juga bercadang untuk memohon peruntukan RMKe-12 bagi Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran atas mengambil tindakan naik taraf tebing Sungai Linggi di kawasan Kampung Pasir dan Taman Ujong. Apakah tindakan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri akan diambilkan tentang pasir dan sampah sarap dalam sungai di kawasan tersebut?
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk apa yang telah pun disebutkan oleh soalan tambahan Yang Berhormat Rahang, sebenarnya pihak kerajaan memang dalam usaha untuk nak membersihkan sungai-sungai ini. Dan untuk apa longgokan pasir, kita memang apalah dalam usaha untuk melantik kontraktor untuk menjalankan kerja tersebut. Terima kasih.
Dato’ Dipertua.
Ya.
Ini berkenaan dengan kawasan saya, sebab dia punya projek ni, fasa ni kan, daripada Rantau, Nyatoh. Dato’ Dipertua, saya nak mintak penjelasan daripada Yang Berhormat daripada Bahau. Di sepanjang kawasan tersebut Yang Berhormat, banyak tebing-tebing yang telah runtuh ya, bahkan tebing runtuh jugak dah sampai di Linsum, tempat yang telah pun dibuat dulu. Saya mintak supaya Yang Berhormat buat sesuatu segera kerana ada beberapa buah rumah terutamanya di kawasan Nyatoh, Dato’ Dipertua, rumah dah betul-betul di atas tebing, pokok durian semua dah habis jatuh semua. Masa saya buat dulu, kita buatkan dia punya ban sikit, tapi ban pun runtuh kerana air dia terlampau, air laju cepat, air turun pun cepat. Tebing dia runtuh disebabkan oleh air naik terlalu cepat, Dato’ Dipertua, dan air turun terlampau cepat jugak, tebing runtuh. Jadi saya mintak Yang Berhormat daripada Bahau supaya prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang-orang di kawasan tersebut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Haa jadi untuk apa, tadi, yang masalah diutarakan oleh Yang Berhormat Rantau, pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan penduduk di situ. Ya, walaupun di kawasan Rantau, tetapi juga merupakan penduduk di Negeri Sembilan, kita akan pastikan kesejahteraan rakyat itu, kita akan jaga …..
Apa makna “walaupun di kawasan Rantau” tu? Orang Rantau bukan rakyat Negeri Sembilan ke? Janganlah macam tu. Saya …..
Yang Berhormat Rantau, kita akan mengambil tindakan. Dalam perkara ini …..
Okay.
….. kita bersama-sama demi kepentingan rakyat, Yang Berhormat Rantau.
Xie xie ni.
Terima kasih.
Dengan izin ya, xie xie ya. Okay. Seterusnya kita pergi kepada soalan berikutnya, Kota.
Dato’ Yang Dipertua saya kemukakan soalan ketiga.
Soalan, ketiga, “Gerai Majlis Di Seri Kendong”. Siapa Majlis? Teo, soalan ketiga.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kota. Untuk makluman Yang Berhormat Kota, Kerajaan Negeri mengambil ber, mengambil berat tentang kebersihan dan keceriaan bagi semua gerai di bawah seliaan PBT sama ada Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah. Dalam hal gerai Majlis di Seri Kendong, Kerajaan Negeri melalui M, Majlis Daerah Rembau sentiasa memantau kebersihan kawasan gerai dan menetap, menempatkan pekerja berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk hari Sabtu dan Ahad. Selain itu, kerja-kerja pembersihan tandas di gerai Majlis Seri kandong [Kendong] juga dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu dengan kekerapan 2 kali sehari.
Dalam hal ini, Majlis Daerah Rembau sentiasa mengadakan perbincangan dan hubungan baik dengan peniaga supaya sentiasa peka dan menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan dalam ruang niaga masing-masing yang mana perkara tersebut adalah menjadi tanggungjawab peniaga sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian sewaan gerai. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya nak kemukakan soalan tambahan.
Tambahan.
Terdapat sebuah gerai MARA juga terdapat berhampiran dengan gerai di Majlis Daerah di Seri kendong ini. Jadi apabila kita ke sana, kita dapati ada contrast, dengan izin Dato’ Dipertua, bangunan MARA ni nampaknya ceria, cer, pada pandangan luar kita, indah, bercat dan sebagainya. Tapi Majlis kita ni, kita nampak macam sugul keadaannya. Jadi saya harap pihak Kerajaan dapat mengimbangi antara 2 ni, kalau boleh diadakan perundingan jugak dengan Majlis Daerah, Majlis rakyat, Amanah Rakyat iaitu MARA, supaya keceriaan itu dapat diselaraskan. Haa ini penting kerana memandangkan Kendong ni adalah pintu masuk ke dalam Negeri Sembilan terutamanya daripada Melaka. Jadi saya harap apakah, soalan saya, apakah tindakan pihak kerajaan terutamanya dan juga Majlis Daerah Rembau untuk memastikan keceraiaan ini dapat ditingkatkan dan dapat diselaraskan antara MARA dan jugak …..
Majlis.
….. bangunan Majlis Daerah, terima kasih.
Silakan.
Terima kasih atas keprihatinan Yang berhormat Kota. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat Kota, sebenarnya kita memang sudah dalam proses untuk memohon peruntukan ya, harap-harap tahun depan kita akan menjalankan projek-projek menaik taraf di gerai tersebut, terima kasih.
Okay, terima kasih. Kita pergi kepada soalan berikutnya, daripada Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan. Soalan saya adalah soalan nombor 3.
Nombor 3, silakan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan memandang serius akan kilang-kilang yang beroperasi di atas tanah pertanian. Secara
prinsipnya perkara tersebut adalah tidak selari dengan syarat nyata tanah.
Untuk makluman, Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan dan Pejabat Tanah Daerah akan mengenal pasti kilang-kilang yang beroperasi di atas tanah pertanian melalui aduan awam yang diterima atau melalui operasi rondaan berkala yang dilaksanakan secara berterusan.
Pengusaha kilang yang telah dikenal pasti ter, tersebut akan diberikan notis pemutihan tanah dan diminta untuk mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) ke Pihak Berkuasa Tempatan. Setelah diluluskan, permohonan perlu mengemukakan permohonan menukar kategori dan syarat tanah nyata daripada tanah pertanian kepada tanah industri berdasarkan Seksyen 124 Tanah, Akta Tanah, Akta Kanun Tanah Negara 1965 ke Pejabat Tanah Daerah untuk diangkat dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri.
Secara ringkasnya, proses pemutihan kilang-kilang yang beroperasi di bawah tanah pertanian kepada tanah komersial adalah seperti berikut:
i. Permohonan untuk tukar syarat tanah perlu di, melalui proses Kebenaran Merancang termasuk juga syarat daripada pertanian kepada apa gunatanah lain seperti industri, komersial, perumahan dan lain-lain.
Proses pemutihan kilang di mana lot yang status pertanian perlu melalui proses Kebenaran Merancang untuk tukar syarat tanah. Di dalam permohonan Kebenaran Merancang akan dilihat dari segi potensi lokasi untuk dijadikan industri berdasarkan kepada zoning kawasan di dalam Rancangan Tempatan dan persekitaran kawasan. Sekiranya tiada apa-apa halangan permohonan boleh dipertimbangkan untuk ditukar syarat kepada industri; dan
iii. Sekiranya tukar syarat tidak diluluskan, kilang-kilang yang beroperasi di bawah tanah perlulah berpindah ke lokasi kawasan industri yang lain seperti mana zoning di dalam perancangan tempatan.
Terima kasih.
Haa? Ada soalan tambahan.
Ya soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua Dewan. Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan saya adalah, di mana kita tahu pengusaha ini telah ber, membeli apalah, men, men, mes, menaja ini keadaan, menambahbaikkan ekonomi di Negeri Sembilan, walaupun mereka beroperasi di tanah pertanian. Persoalan tanya, persoalan tanya, soalan tambahan saya adalah, berapakah jumlah pengusaha-pengusaha yang beroperasi di tanah pertanian ini telah diluluskan pemutihannya oleh Kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU, pilihan raya yang tahun lepas?
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Temiang atas soalan tersebut. Bilangan kilang yang beroperasi di tanah pertanian MPS – 26, MPN – 23, Majlis Perbandaran Port Dickson – 1, Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Jelebu [Jempol] – 4, Majlis Perbandaran Tampin – 21, tiada di Kuala Pilah, tiada di Rembau dan tiada di Jempol [Jelebu]. Buat masa ini, 2 telah diluluskan dan buat, buat, masa Kerajaan Pakatan Harapan belum ada lagi permohonan. Kita masih meminta mereka untuk berpindah ke kawasan yang sesuai iaitu di kawasan industri lain yang mana zoning, perancangan tersebut adalah untuk perindustrian. Terima kasih.
Okay terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Jeram Padang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan yang saya nak tujukan adalah soalan yang ketiga.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Jeram Padang. Pada, jum, jumlah etnik kaum India (termasuk India Muslim & Sikh) yang telah membuat permohonan pendaftaran eKasih sejak Jun tahun 2018 hingga Jun tahun 2019 adalah sebanyak 127 permohonan. Dari jumlah permohonan tersebut, sebanyak 29 telah disahkan pendaftarannya, 79 permohonan dalam proses bancian/verifikasi dan 19 permohonan ditolak atas pelbagai sebab.
Meng, menurut UP, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), penerima bantuan ibu tunggal di Negeri Sembilan mengikut kaum adalah seperti berikut: bilangan penerima bantuan ibu tunggal di Negeri Sembilan mengikut kaum Fasa 1 akhir bulan Mei di Jelebu – India ada 8, Kuala
Pilah – 9, Port Dickson – 85, Rembau – 9, Seremban – 87, Tampin – 27, Jempol – 47, Gemas – 10. Jumlah besar seramai 282 kaum India. Jumlah besar, daripada jumlah keseluruhan 984.
Bi, bilangan penerima bantuan ibu tunggal di Negeri Sembilan mengikut kaum Fasa 2 akhir bulan Ogos, yang berjaya disalurkan akhir bulan Ogos, di Jelebu – 7, Kuala Pilah – 4, Port Dickson – 172, Rembau – 25, Seremban – 147, Tampin – 38, Jempol – 69, Gemas – 15. Jumlah 477, dalam jumlah keseluruhan 1,413.
Penerima bantuan ibu tunggal di Negeri Sembilan mengikut DUN adalah seperti berikut: Jelebu, Chennah – 36, Pertang – 29, Klawang –
36. Jum, untuk keseluruhan 101 dalam Daerah Jelebu. Untuk Daerah Kuala Pilah, Juasseh – 30, Seri Menanti – 9, Senaling – 10, Pilah – 23, Johol – 22, untuk jumlah 94, untuk kawasan, Daerah Kuala Pilah. Daerah, Daerah Port Dickson, Chuah – 34, Lukut – 50, Bagan Pinang – 46, Linggi – 38, Sri Tanjung – 32. Untuk jumlah 200, Daerah Port Dickson. Daerah Rembau, Chembong – 45, Kota – 17. Jumlah 62 Daerah Rembau. Daerah Seremban pulak, Lenggeng – 21, Nilai – 18, Lobak – 9, Temiang – 5, Sikamat – 17, Ampangan – 17, Labu – 21, Bukit Kepayang – 20, Rahang – 10, Mambau – 15, Seremban Jaya – 16, Paroi – 51, Rantau – 36. Untuk jumlah 256 Daerah Seremban. Daerah Tampin, Gemencheh – 53, Repah – 41. Untuk jumlah 94. Jempol, Daerah Jempol, Sungai Lui – 12, Serting – 31, Palong – 12, Jeram Padang – 26, Bahau – 48, Jumlah 129 di Daerah Jempol. Gemas ada, Gemas – 48.
Untuk fasa, itu untuk Fasa 1. Fasa 2, Jelebu, Daerah Jelebu ada 96, Kuala Pilah ada 50, Port Dickson – 377, Rembau – 108, Seremban – 395, Tampin – 114, Jempol – 221, Gemas – 52. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Kita pergi kepada soalan …..
Dato’ Yang Dipertua.
Ada apa, soalan tambahan lagi?
Soalan tambahan.
Dah tadi, sekali.
Jawapan yang diberikan itu, terima kasihlah kepada Yang Berhormat Bukit Kepayang. Tetapi soalan yang saya adalah berapakah penerima bantuan ibu tunggal di Negeri Sembilan ikut kaum dan ikut DUN. Tetapi jawapan yang diberikan adalah secara umum dan secara jumlah sahaja. Jadi kalaulah dianggapkan sukar untuk diberikan ikut kaum dan ikut DUN itu, bolehlah diberikan secara bertulis. Kami sebenar-benarnya ingin tahu jumlah penerima bantuan ibu tunggal ikut kaum dan ikut DUN baru mudah untuk kami buat analisa. Okay, soalan tambahan saya adalah dalam manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu, telah memaklumkan bahawa …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. ibu tunggal akan diberi bantuan …..
Dato’ Yang Dipertua, mintak maaf haa, tara, tara, ini penting punya masalah.
….. okay ibu tunggal …..
Dalam Dewan yang mulia ini, Dewan yang mulia ini, sebelum sebelah sana pembangkang, Dato’ Yang Dipertua beritahu, dalam Dewan tidak boleh cakap kaum-kaum-kaum, berapa kaum, berapa kaum, saya langsung tak suka. Bekas Dato’ Yang Dipertua dalam Dewan ini ada sebut. Terima kasih.
Baik, jadi dalam Manifesto Pakatan Harapan itu telah maklumkan bahawa ibu tunggal akan diberikan bantuan. Tetapi apabila dasar ini diamalkan oleh Kerajaan Pakatan …..
Jeram Padang, tadi …..
….. Harapan Negeri Sembilan, bantuan telah …..
….. mention tadi. Kejap, kejap. Yang di-mention oleh Seremban Jaya tadi, kalau boleh kata Dato’ Yang Dipertua dulu dah buat keputusan jangan sebut kaum-kaum dalam Dewan ni, kata. Jadi tak berapa, jadi, haa itu pengasingan kaum.
Dato’ Dipertua, saya disentuh tadi, saya nak bercakap sikit.
Haa jawab sikit.
Mungkin Yang Berhormat daripada Seremban Jaya ya, silap faham, kita boleh cakap kaum, negara kita berbagai kaum, dan tidak pernah ada satu arahan menyatakan bahawa tidak boleh refer kepada kaum. Boleh kita refer. Jadi Yang Berhormat daripada Jeram Padang tadi mintak mengikut kaum, tidak salah dan kalau tak lengkap pun boleh dihantar secara tulisan, secara bertulis. Tapi mengatakan saya menghalang tu Dato’ Dipertua, itu bagi saya dia dah mula mengakalkan saya dah. Jadi saya mintak dia berhati-hatilah. Terima kasih.
Saya rasa apa yang Jeram Padang tadi, sebut tu saya mintak ni, Bukit Kepayang-lah jawab. Tak mahu panjang lagilah, soalan tambahan panjang macam, macam …..
Saya …..
….. berceramah ya.
Saya belum tanya lagi. Ini soalan saya …..
Betul, dah tanya tadi, kata berapa ikut kaum. Sekarang saya mintak beri Bukit Kepayang akan jawab.
Dato’ Yang Dipertua, penggal per, lepas pun saya dihalang daripada berucap selepas 4 minit saja saya dihalang
mengatakan masa dah cukup. Hari ini sebelum tanya soalan, Dato’ Yang Dipertua pulak menghalang. Yang saya tadi …..
You panjang sangat cakap. Yang lepas you ulang apa yang orang sebut. You jangan …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. pertikaikan saya.
Tadi jawapannya, saya, saya kata …..
Tak macam ni, you dengar saya cakap. You jangan pertikaikan saya. Saya punya kuasa. Okay, boleh?
Boleh, tak ada masalah.
Haa okay.
Okay, jadi, saya nak tanyakan soalan tambahan saya ni.
Haa soalan saja, jangan you panjang-panjang.
Soalan saya adalah, dalam dasar awalnya apabila dalam manifesto tu dikatakan ibu tugal, ibu tunggal itu akan diberikan bantuan. Dato’ yang Dipertua, tetapi apabila diamalkan, ia hanya diberikan kepada ibu tunggal bawah kategori eKasih sahaja. Jadi, apakah salahnya …..
Soalan, soalan, soalan?
Apakah salahnya bantuan ibu tunggal itu diberikan secara purata kepada semua ibu tunggal di Negeri Sembilan. Sekian.
Haa senang.
Terima kasih atas soalan tambahan YB Jeram Padang. Tadi saya memang ada beritahu kaum India jumlahnya saya baca mengikut, saya kata kaum India – 8-9-85, tapi malangnya YB Jeram Padang tak dengar. Tak apa, saya akan bekalkan secara bertulis, saya tidak ingin me, membazir masa di sini.
Untuk soalan tambahan yang kedua, mengenai dengan Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan, dalam, jikalau anda mendalami manifesto tersebut, memang sudah ada, ada sebut ibu tunggal yang pendapatan rendah. Tak mungkin semua ibu tang, tunggal kita bantu. Ada ibu tunggal yang datang dengan Mercedes-Benz minta bantuan ibu tunggal, memang tak layaklah. Semua, bukan semua ibu tunggal yang layak. Hanya ibu tunggal yang berpendapatan rendah. Terima kasih.
Okay, ya?
Saya mintak penjelasan daripada YB Kepayang, Kepayang, kerana kebelakangan ini, banyak orang datang ke pusat khidmat saya di Rantau yang mengadu bahawa bantuan yang mereka terima sejak bertahun-tahun dulu telah pun ditarik balik. Memang pada hemat saya, saya tahu orang ni memang susah. Saya harap supaya dalam usaha untuk membantu rakyat seperti yang diwar-warkan ya, Dato’ Dipertua, kita pastikan supaya mereka benar-benar dibantu ya. Bukan disebabkan oleh ada apa-apa muslihat di sebaliknya. Begitu jugak bukan saja di JKM, bantuan JKM, Dato’ Dipertua, tetapi ramai jugak pengadu yang datang pusat khidmat di kawasan saya iaitu mereka yang dah menerima lama bantuan Baitulmal tetapi telah pun diberhentikan. Saya harap supaya Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat Sikamat cuba lihat perkara ini agar kita pastikan bahawa kebajikan dan ke, kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita, Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih atas soalan YB Rantau. Memang JKM tidak ada apa-apa muslihat, kita bantu semua orang yang
susah, golongan sasar kita. Jikalau YB Rantau boleh, panjangkanlah kes-kes yang tersebut. Haa itu memang tanggungjawab setiap wakil rakyat supaya kita mem, memberitahu, jadi pengantara di antara penduduk di kawasan wa, tersebut kepada kera, pihak kerajaan. Pihak kerajaan tak mungkin tahu semua kes. Yang diberhentikan atas banyak sebab, banyak alasan, tetapi dengan izin, case by case basis, YB Rantau boleh panjangkan kepada saya. Terima kasih. Berkenaan dengan Baitulmal, memang saya tidak boleh jawab. Terima kasih.
Bailtulmal, Yang Amat Berhormat.
Yang Dipertua, inshaa Allah perkara tersebut akan kita kaji semula, kita lihat semula case by case, dan apa yang penting bagi kita sebenarnya adalah ingin membantu yang memerlukan dan kadang-kadang ada yang telah terkeluar daripada yang memerlukan ataupun telah, pendapatan mereka telah terkeluar daripada kelayakan. Jadi kita nilai semula dan mas, kalau be, perkara itu berlaku kesilapan, insaha Allah kita akan perbaiki, inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.
Silakan Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua, kerajaan, soalan daripada Mambau berbunyi Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan jajaran baru laluan ECRL dari Mentakab melalui Jelebu dengan cadangan 2 sis, 2 si, 2 Stesen Jelebu dan Stesen Kuala Klawang yang dilihat bakal memberi kesan kepada pembangunan dan lonjakan ekonomi khususnya Daerah Jelebu. Adakah Kerajaan Negeri turut mempunyai perancangan bersama dengan Persekutuan dalam proses pembangunan berkaitan dan apakah kesan ekonomi yang bakal berlaku di Daerah Jelebu dan, serta jajaran baru ECRL ini siap dibina.
Okay, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Yang Berhormat ADUN Chennah tadi, dengan
kerjasama syarikat Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) sedang me, meneliti beberapa opsyen laluan yang telah dicadangkan oleh Syarikat China Communications Constructions Company Limited (CCCC) selaku kontraktor utama projek ECRL ini. Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa sehingga kini jajaran keretapi masih belum dimuktamadkan dan perlu dikaji dengan teliti dari pelbagai aspek seperti impak sosial dan persekitaran, impak operasi, tahap perkhidmatan, aspek penyepaduan dan integrasi, kesesuaian teknikal, kos dan cabaran pelaksanaan projek. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi yang terlibat. Ini adalah untuk memastikan kemudahan infrastruktur pengangkutan ini dapat disediakan dan seterusnya dinikmati oleh rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, sesi perbincangan pertama berhubung opsyen laluan ini telah diadakan dengan MRL pada 8 Ogos 2019. Opsyen laluan terkini yang dibentangkan oleh MRL merangkumi 2 stesen di Negeri Sembilan iaitu Kuala Klawang dan Nilai. Sesi taklimat opsyen laluan terkini akan dibentangkan kepada Majlis Mesyurat pada 18 September 2019.
Pembangunan jajaran ECRL ini diyakini akan memberi pelbagai limpahan manfaat terutamanya dalam peluang pekerjaan yang berkaitan dengan pembinaan dan pengangkutan serta merangsang pertumbuhan ekonomi di Daerah Jelebu. Persekitaran perniagaan juga akan berubah dengan kehadiran lebih ramai pekerja di kawasan ini. Akan membuka peluang kepada ekonomi bersaiz sederhana dan kecil selain meningkatkan lagi permintaan bagi makanan, rumah, kedai runcit dan pengangkutan.
Setelah jajaran rel ECRL ini siap dibina, penduduk setempat juga bakal menikmati banyak pembangunan infrastruktur dan fasiliti baru yang menjadi asas kepada pertumbuhan bandar-bandar baru. Usahawan PKS di kawasan ini juga dapat mengambil kesempatan untuk memasarkan produk keluaran tempatan apabila stesen yang melalui kawasan ini siap kelak. Selain itu, projek ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan di Daerah Jelebu dan sekaligus mempromosikan produk eko pelancongan sedia ada seperti Taman Negeri Kenaboi dan Taman Eko Rimba yang lain. Ianya juga menjadi satu katalis baru untuk menarik pelabur bagi menanam modal terutamanya dalam sektor ekonomi pelancongan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan saya. Tuan Dipertua, stesen di Negeri Sembilan sebenarnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Dan ini mungkin mampu meningkatkan ekonomi di sekitar kawasannya. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri Sembilan supaya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan menempatkan stesen baru di kawasan Labu dan kawasan Nilai? Apakah statusnya? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tadi mengenai ECRL. Memandangkan ECRL tidak melalui laluan Labu, kita tidak bercadang untuk mengadakan apa, stesen yang baru di sana. Mungkin kita akan buat untuk stesen komuter di sana, yang baru. Dan jika keretapi laluan laju dapat diteruskan juga kita akan bercadang untuk mengadakan satu stesen di sana. Tapi laluan untuk ECRL ke Nilai, ini adalah satu perhubungan yang baru yang mana Kerajaan Negeri ketika awalnya tidak melalui Nilai, tetapi kita telah mohon, Kerajaan Negeri telah mohon melalui ke, Kementerian Pengangkutan untuk memasukkan Nilai. Dan alhamdulillah buat masa ini, dalam perancangan ini kita telah dimasukkan Nilai sebagai salah satu stesen baru dan kita harap Nilai akan menjadi satu tempat yang, sebagai transit kita. Dan kita harap Nilai akan dapat terus dibangunkan dengan lebih aktif lagi. Dan termasuk juga dengan Kuala Klawang, yang kita rasa kalau dengan adanya terbina stesen ini akan mem, menjadi katalis kepada pembangunan di Daerah Jelebu, inshaa Allah.
Pandangan sikit tentang ECRL. Yang Berhormat Sikamat mengatakan tadi bahawa akan diadakan satu stesen laluan ECRL di Nilai. Kalau boleh kita nak cadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil kira tentang pembangunan Malaysia Vision Valley ataupun Malaysia Vision Valley 2.0, supaya dalam rancangan awal HSR Kuala Lumpur – Singapura itu, Dato’ Yang Dipertua, ada satu stesen yang telah pun diluluskan sebagai stesen international punya, punya status. Kalau boleh, kerana di situ kita cadangkan dulu supaya dijadikan sebagai integrated transport hub untuk Lembah Kelang. Kalau boleh, HSR, ECRL disambungkan ke stesen situ nanti supaya dia lebih sebagai satu integrated punya apa, orang daripada Pantai Timur, kalau nak pergi ke KLIA, Dato’ Yang Dipertua, boleh terus pergi situ, terus check in, kalau nak pergi destinasi luar negara pun boleh check in di situ, Dato’ Dipertua. Itu telah diluluskan dulu. Jadi ambil kira. Saya mintak supaya ambil kira supaya jika benar, laluan ECRL ni nak dibuat melalui Jelebu dan melalui Nilai, dan ada pulak stesen di Nilai, ambil kira supaya ianya disatukan, disatupadukan supaya menjadi sebagai satu integrated transport hub, transporation hub di Nilai, dan akan menjadi
sebagai park n’ride untuk orang akan nanti boleh pergi ke Kuala Lumpur tanpa memandu, tetapi menggunakan pengangkutan awam yang canggih. Terima kasih.
Terima kasih atas pandangan yang, Yang Berhormat Rantau. Kita memang mengambil kira perkara tersebut tetapi di dalam fasa ini kita lihat bahawa Nilai Inland Port akan kita bangunkan semula dan menjadi satu hab kita untuk menjadi transit yang utama di, di antara ke Johor Bahru/Singapura dan juga Kuala Lumpur. Jadi ini yang merupakan satu saya rasa bahawa ini merupakan satu tempat yang sesuai untuk kita buat masa ini untuk fasa ini, saya rasa tempat yang sesuai untuk kita teruskan untuk ECRL. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okay, kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Juasseh.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, soalan pertama.
NSCorp.
Dato’ Yang Dipertua, Perbadanan Negeri Sembilan selaku sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri telah dipertanggungjawabkan selaras dengan Enakmen Perbadanan Negeri Sembilan iaitu bagi mengkaji, menilai, menambah baik, memba, membaik pulih dan rehabilitasi projek pembangunan terbengkalai yang berpotensi.
Perbadanan Negeri Sembilan telah pun memulakan operasinya dengan Mesyuarat Lembaga Pengarah pertama pada 29 Julai yang lalu. Sebelum ini tiada agensi khusus menangani isu berkaitan tentang projek-projek terbengkalai. Berdasarkan tanggungjawab yang diberikan, Perbadanan Negeri Sembilan telah mengambil langkah awal dengan mengumpul maklumat-maklumat berkaitan projek brownfield dan dinilai bagi memastikan projek mana yang boleh dipulihkan dengan lebih awal. Bagi maksud ini, beberapa siri perbincangan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak yang terbabit telah diadakan. Pada masa ini hampir 66 buah projek terbengkalai yang telah dikenal pasti meliputi seluruh Negeri Sembilan. Perbadanan Negeri Sembilan akan mengkaji dengan teliti, rundingan dengan pihak-pihak yang berkepentingan untuk memastikan projek ini boleh dibaik pulih serta tidak dikate, serta tidak dikategorikan lagi sebagai projek terbengkalai. Selain itu, proses, proses rehabilitasi projek terbengkalai ini juga sewajarnya tidak akan membebankan kepada kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Kita pergi kepada soalan berikutnya, Seremban Jaya.
Tuan Yang Dipertua, saya soalan 1 soalan 2 melalui jawapan bertulis, saya mengemukakan soalan ketiga. Terima kasih.
Soalan 3. Yang Amat Berhormat.
Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya. Pihak Majlis akan menjalankan kajian lalu lintas ke atas persimpangan yang sering berlaku kemalangan dan akan mewujudkan persimpangan berlampu isyarat sekiranya keadaan trafik di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti memenuhi garis panduan arahan trafik jalan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kerja Raya.
Setiap persimpangan dalam kawasan Majlis telah dilengkapkan dengan papan tanda dan road marking bagi memberi panduan kepada pengguna lalu lintas untuk menggunakannya. Sikap pemandu antara punca utama kepada berlakunya sesuatu kemalangan. Terima kasih.
Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Adakah sebarang kaedah baru akan diperkenalkan bagi mengatasi isu kemalangan di simpang-simpang utama ini? Terima kasih.
Terima kasih atas keper, keprihatinan Yang Berhormat Seremban Jaya. Sebenarnya untuk pihak Majlis, termasuk pihak JKR, kami memang sering mengkaji macam mana nak mengurangkan risiko kemalangan. Cuma dalam perkara ini, selain dari, selain daripada tanggungjawab daripada pihak kerajaan, cuma sebenarnya sikap pemandu, pengguna jalan juga merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan kemalangan. Jadi dalam perkara ini, kami amat berharap ya, bukan sahaja pihak kerajaan, kita mengusahakan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan untuk orang awam kita juga menggalakkan orang awam supaya memandu dengan berhemah. Dan dalam isu keselamatan jalan raya ini, saya rasa kita memang sama-sama dalam perkara ini. Dan untuk sebarang aduan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya, mengenai apa, simpang-simpang yang berisiko di kawasan tersebut bolehlah terus merujukkan kepada saya ataupun PBT yang berkaitan. Terima kasih.
Okay. Soalan nombor 10, Yang Berhormat Serting.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan kedua.
Dato’ Dipertua, RTC Jempol, ianya belum dilaksanakan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri sehingga hari ini.
Dato’ Yang Dipertua, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di dalam Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan EXCO-EXCO Luar Bandar pada 30 Julai 2018 telah memutuskan untuk menyerahkan RTC Negeri Sembilan di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri sepenuhnya serta tiada peruntukan diluluskan untuk membina baru bangunan RTC.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif untuk mewujudkan satu Pusat Hentian Setempat di Daerah Jempol dengan pembiayaan daripada Kerajaan Negeri. Kedudukan Pusat Hentian Setempat ini adalah lebih strategik dan akan memberi manfaat kepada 130,700 penduduk luar bandar di Daerah Jempol khususnya dan warga felda. Lokasi yang telah dikenal pasti adalah di tapak Kuarters Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Jempol yang berkeluasan 4,800 meter persegi terletak dalam kawasan Pusat Pentadbiran Daerah Jempol. Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk untuk menempatkan Jabatan Imigresen Malaysia (Cawangan Jempol) terlebih dahulu bagi fasa pertama.
Pada masa kini, kerja-kerja bangunan sedang dijalankan dan siap sepenuhnya pada akhir tahun ini. Inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat berhormat. Kita pergi ke soalan berikutnya, Yang Berhormat Chuah.
Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan 1.
Terima kasih Yang Dipertua dan soalan, yang bertanya. Kerajaan Negeri kini masih mengambil kira perancangan yang telah sedia dibangunkan dan akan meneruskan kesinambungan bagi pelaksanaan Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019 – 2040 ini, lanjutan daripada kerajaan yang lamalah, kita tak menafikan. Pelan ini merupakan pelan jangka panjang yang mana ianya telah pun diselaras bersama Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 dan Pelan Pembangunan Komprehensif Malaysia Vision Valley 2.0.
Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019 – 2040 adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan kawasan luar bandar terus relevan dan mendasari kepesatan pembangunan negeri. PPLBNS 2040 merupakan satu manifestasi dan inisiatif kepada usaha kerajaan untuk merencana corak dan mengadaptasi perubahan sosioekonomi ke arah pembangunan saksama lagi bersepadu merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Agenda pembangunan luar bandar di Negeri Sembilan memberi keutamaan untuk mempertingkat, mempertingkatkan inklusiviti berasaskan kepada 2 prinsip utama iaitu kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial.
PPLBNS 2040 juga menyediakan kerangka hala tuju secara umum dan strategi pembangunan secara menyeluruh selari dengan pelan dan dasar di peringkat persekutuan iaitu Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar, ban 2018 – 2023 dan juga Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan turut komited dalam melaksanakan teras dan strategi yang telah digariskan di dalam kedua-dua pelan dan dasar di peringkat Persekutuan ini.
Ke arah mendepan, men, mendepani cabaran era Revolusi Industri 4.0, Kerajaan Negeri juga memfokuskan usaha peman, pemam, pemantapan rangkaian telekomunikasi dan jalur lebar melalui tindakan melebarluaskan jaringan gentian optik berkelajuan tinggi serta menambah baik ketersambungan liputan telekom, telekomunikasi di Negeri Sembilan dengan mengambil hasrat The National, dengan, dengan, dengan maaf ya, The National Fiberisation and Connectivity Plan di peringkat Persekutuan yang bermatlamatkan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan jugak mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.
Diharap dengan usaha-usaha yang berterusan ini kita akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik di, di dalam kawasan-kawasan di luar bandar bersama-sama jugak dalam kawasan bandar. Inilah termasuk dari segi perhubungan, dari segi kemudahan-kemudahan awam yang ada. Terima kasih.
Terima kasih. Ada, soalan tambahan?
Dato’ Yang Dipertua, Chuah ada soalan tambahan ya. Penerimaan jalur lebar tinggi memang memuaskan dan pen, penerimaan haa, memang tinggi tapi kelajuannya tidak memuaskan. Jadi, Chuah mohon jadual pelaksanaan UniFi di, di seluruh negeri se, se, di seluruh Negeri Sembilan terutama di Pekan Bukit Pelandok. Dan juga Industri 4,0 [4.0] ini mengenai automation. Jadi, kalau adanya automation, pendapatan boleh naik dan, dana pa ni, produktiviti juga naik. Ini hanya boleh dilaksanakan kalau kita ada perkhidmatan 5G jugak. Jadi mohon jadual pelaksanaan 5G di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan. Memanglah kita berusaha untuk meningkatkan sebab kita duduk berdekatan dengan negara yang, negeri yang maju, Selangor, Melaka. Itu sebabnya kita berusaha bersungguh-sungguh supaya taraf, tahap ini dapat dipertingkat dengan kadar yang lebih segera. Itulah harapan kamilah. Walau macam mana pun ini melibatkan Kerajaan Persekutuan dan jugak Kerajaan Negeri-lah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labu. Saya pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan yang pertama “Ekonomi Luar Bandar”.
Dato’ Yang Dipertua, Ekonomi Luar Bandar. Pemasalahan penternak udang di Gunung Pasir terjejas disebabkan kega, keengganan JPS menyelenggara empangan kecil gunung pasir atas alasan JPS akan menyelenggara, akan menyelenggara boleh dilakukan jika ada penanaman padi dalam kawasan tersebut. Mohon penjelasan daripada JPS, apakah dasar sebegini daripada JPS boleh
mengakibatkan terjejasnya ekonomi ternakan udang di kawasan Gunung Pasir Seri Menanti sedangkan ternakan ini diusahakan secara kecil-kecilan sahaja.
Dato’ Yang Dipertua, Skim Pengairan Tanjung Juan terletak di Mukim Seri Menanti, Kuala Pilah. Skim ini telah siap dibina pada tahun 1966 dengan keluasan 36 hektar. Skim ini memperolehi air secara sistem graviti dari sebuah Ibu Bekalan iaitu Pintu Air Tanjung Juan dan mempunyai infrastruktur tali air sepanjang 5 kilometer dan jalan pertanian.
Skim ini telah ditamatkan sekitar tahun 1980 kerana masalah bekalan air dan juga disebabkan tiada lagi pengusaha sawah yang berminat untuk mengusahakan. Kemudian pintu air dan tali air ini kemungkinan digunakan oleh pengu, kolam udang, pengusaha-pengusaha ternakan kolam udang.
Sehingga kini, infrastruktur sedia ada dikekalkan untuk kemudahan pengusaha kolam ternakan udang. Jabatan Perikanan adalah agensi yang bertanggungjawab dalam membantu perusahaan tersebut. Oleh itu, untuk memastikan perusahaan ternakan udang ini dapat diteruskan pada masa hadapan, jabatan ini berpandangan kerjasama di antara Jabatan Perikanan dan jabatan ini perlu diwujudkan yang mana jabatan ini akan membantu Jabatan Perikanan untuk menyelenggara infrastruktur sedia ada berdasarkan peruntukan yang disalur oleh Jabatan Perikanan jika ada. Jadi itu saja.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Dato’ Yang Dipertua, di, saya nak betulkan kenyataan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat iaitu di kawasan Gunung Pasir ini adalah pengeluar udang yang terbesar. Kita ada sana apa ni, pembenihan, pusat pembenihan udang. Hari itu, Yang Berhormat Labu tahulah tu, saya ingat kawasan luar bandar kan, dan jugak kita ada pengeluar udang yang membekalkan, dan eksport udang hingga ke Singapore. Jadi tak bolehlah kita kata kecil-kecilan. Jadi makna dia, penggunaan air yang secukupunya perlu untuk industri udang ini. Ini adalah industri, bukan kecil-kecilan.
Dan apa yang kita tengok sekarang ini, iaitu pihak JPS tak mengawal selia ya, yang tempat-tempat mereka, menyebabkan pengeluar udang ini ataupun air, bekalan air untuk pengusaha-pengusaha udang ini terjejas. Dan sehingga sekarang ya, apa, damp ataupun empangan tersebut ya, tidak diselenggara dengan baik. Jadi, saya berharapkan pihak JPS dan jugak Perikanan mengambil berat hal ini kerana ia berkait rapat dengan ekonomi luar bandar. Jadi kalaulah ia tidak diselia dengan baik, maka mak, makna dia, hasil dan ekonomi penduduk terutamanya di Gunung Pasir tadi terjejas. Jadi, soalan saya, bilakah agak eh, bila agak eh jabatan-jabatan yang berkaitan ni ya, untuk memulakan tugas mereka ya, menyelenggara dan memastikan bekalan dan secara tidak langsung ekonomi orang kampung terje, tidak terjejas. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tersebut. Terdapat 6 orang penternak udang galah di situ ya, melibatkan 5.75 hektar dengan 39 buah kolam dan kita harap selepas ini saya akan semak dengan JPS dan Jabatan Perikanan supaya masalah bekalan air ke kawasan ini akan diselesaikan seberapa segera, inshaa Allah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kita pergi soalan berikutnya, Yang Berhormat Lenggeng.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengutarakan soalan yang kedua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan Pembangunan Sektor Pelancongan DUN Lenggeng. “DUN Lenggeng mempunyai pelbagai tarikan pelancong dan merupakan antara kawasan tumpuan bagi pemain basikal dan motosikal sepanjang jalan Pantai-Lenggeng-Jelebu. Selain itu, DUN Lenggeng juga mempunyai Bukit Berembun yang mempunyai khazanah sejarah berupaya, berupa tinggalan kapal terbang sejak perang dunia di samping sungai dan hutan yang masih terjaga. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi membangunkan sektor pelancongan di DUN Lenggeng?”
Alhamdulillah, kita sedia maklum bahawa pelancongan merupakan tumpuan utama Kerajaan Negeri pada ketika ini. Menerusi Halatuju dan Dasar Baharu 2020 sehingga 2023 bagi Sektor Pelancongan, Kerajaan Negeri mensasarkan sektor ini sebagai salah satu sektor
industri terpenting sebagai teras pembangunan ekonomi Negeri Sembilan.
Berikutan itu, beberapa perancangan umum telah dikenal pasti bagi pembangunan sektor pelancongan dengan lebih pesat iaitu:
i. Penganjuran program pelancongan yang berimpak tinggi melibatkan kedatangan pelancong luar dan, ke, ke Negeri Sembilan;
ii. Mempromosikan dan memasarkan produk pelancongan sedia ada serta produk yang dilihat berimpak tinggi kepada pelancongan Negeri Sembilan melalui semua medium promosi sama ada secara fizikal mahupun digital; dan
iii. Memantau produk pelancongan sedia ada serta kawasan-kawasan yang dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan baru di Negeri Sembilan.
Perancangan ini meliputi semua daerah di Negeri Sembilan. Bagi tarikan di DUN Lenggeng aspek warisan, agro pelancongan, homestay seperti Homestay Kg. Rawa akan diberi tumpuan dan dipertingkatkan.
Di bawah Pelan Pembangunan Komprehensif MVV 2.0 juga tarikan semula jadi di Lenggeng akan digunakan, dibangun dan, dengan tumpuan kepada Eco-Adventure, Eco-Entertainment dan Eco-Educational.
Bagi meningkatkan tarikan hutan lipur di DUN Lenggeng iaitu Hutan Lipur Lenggeng satu projek naik taraf di Hutan Lipur Lenggeng baru sahaja disiapkan di kawasan ini dengan kos 100 ribu. Projek melibatkan naik taraf surau, tangga dan tandas. Di samping itu juga dijalankan program "Plogging @ Lenggeng" dan penanaman pokok bersama dengan syarikat swasta, Edotco pada bulan Ogos nanti. Dengan penganjuran program ini sedikit sebanyak mempromosikan Hutan Lipur Lenggeng.
Bagi Gunung Berembun, kedatangan pengunjung semakin meningkat dari masa ke semasa. Pihak Jabatan Perhutanan telah sedang membangunkan kawasan tersebut di mana pada tahun 2019, satu projek pembangunan denai dan membaiki longkang telah dijalankan dengan kos sebanyak 80 ribu.
Untuk makluman, pada tahun 2019 hingga Jun sahaja, bilangan pengunjung tempatan yang telah melawat Gunung Berembun adalah
seramai 3,658 orang. Mengada, manakala bilangan pengunjung asing 254, yang menjadikan jumlah pengunjung 3,912 orang. Dari aspek agro pelancongan, terdapat beberapa agropelan …..
Dato’ Dipertua, YB, boleh tak saya mintak penjelasan sedikit apa yang YB cakap tadi, Bukit Berembun tu ya. Bukit Berembun ni memang cantik tempat dia. Tapi perlu kita berhati-hati kerana dah, kalau tak salah saya, ada 3 orang dah meninggal ya, bila naik kat situ. Agaknya kerana sakit jantung. Jadi, kena kita berhati-hati kalau kita nak mempromosikan eko pelancongan terutamanya kerana kita banyak tempat-tempat eko pelancongan di Negeri Sembilan, Gunung Datuk, Bukit Berembun, lepas tu Lata Kijang. Kalau boleh kan, kita letakkan notice board – notice board yang mengatakan bahawa, siapa-siapa yang mempunyai kesihatan yang tidak baik, ataupun kita buat disclaimer kat situ, sebab kita kena berhati-hati ya, kalau kita promosikan tempat itu, kita tidak ada pengambilan tanggungjawapan, kemudiannya nanti kalau orang ada insurans macam-macam Dato’ Yang Dipertua, susah jugak Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Okay, terima kasih atas peringatan tersebut. Dan kita yang meninggal tu memang masalah jantunglah, yang mereka tahu, dan rakan-rakan mereka tahu bahawa yang mengikut mereka tu adalah jantung, dan akhirnya mereka meninggal ya.
Dari aspek agro pelancongan, terdapat beberapa produk agro pelancongan sedia ada sesuai untuk ditonjolkan sebagai tarikan pelancong ke Negeri Sembilan. Di antaranya projek Farmstay Kluster Durian di Kg. Ulu Beranang, A Farm di Kg. Kapal, Pusat Pertanian Pantai di Kg. Pantai dan Nabila Farm di Kg. Pantai. Jadi itu saja, terima kasih.
Dato’ Dipertua, satu berkenaan dengan baru-baru ni, Dato’ Dipertua kan, ada pelancong asing yang datang ke Negeri Sembilan, masuk ke tempat eko pelancongan yang tidak berdaftar dan tidak berlesen, yang tidak diiktiraf Dato’ Dipertua. Ini perlu segera ditangani oleh pihak kerajaan kerana ia akan mendatangkan imej yang tidak baik kepada Negeri Sembilan dan jugak negara kita. Dan operator yang melakukan tempat ataupun yang menjalankan pusat eko pelancongan ini, Dato’ Dipertua, memang kita tak tahu apa operasi dia. Saya harap, kita mintak kerajaan segera mengambil tindakan. Jika boleh, Jabatan Pelancongan ataupun pihak Setiausaha Kerajaan sendiri ya, pihak YAB sendiri supaya, ini dalam kawasan YAB kan, eh Lenggeng, dalam kawasan Lenggeng ya, supaya diambil tindakan kerana ini
mencemarkan nama baik negara kita dan jugak negeri kita Dato’ Yang Dipertua. Sampai ada meninggal, diculik ataupun hilang, tak tahu macam mana. Tapi berbagai-bagai spekulasi yang telah pun disebut. Tapi yang tidak baiknya tempat itu tidak didaftarkan sebagai salah satu pusat pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan mahupun Jabatan Pelancongan dan jugak negeri Dato’ Dipertua.
Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Dan saya melihat bahawa pusat pelancongan ini telah wujud sejak sekian lama dan Kerajaan Negeri Sembilan setelah Pakatan Harapan mengambil alih, dalam tempoh beberapa bulan telah melawat, berkunjung ke kawasan Pantai Hill tersebut bersama dengan ja, Ketua-ketua jabatan dan juga Majlis Perbandaran Nilai, Pejabat Daerah, PTG, JKR dan kita sendiri melihat dan membuat lawatan tersebut. Dan kita telah meletakkan tempoh setahun untuk mereka membuat pemutihan kerana kita lihat bahawa di samping mereka boleh menarik bilangan pelancong, tetapi tempat tersebut adalah berbahaya. Dan kita telah offer kepada mereka untuk mereka membuat pemutihan terhadap ke, kediaman-kediaman ini yang mana mereka tidak mendapat kebenaran, tidak membuat pertukaran syarat tanah, dan ini amat merbahaya dan tempoh akhir mereka adalah sehingga 31 Ogos ini. Dan Kerajaan Negeri sedang memikirkan untuk mengambil beberapa tindakan yang drastik terhadap kawasan ini kerana mereka juga mengambil air yang tidak melalui SAINS, mereka telah mengambil air terus daripada ka, sungai sedia ada. Dan ini merupakan satu kesalahan dan kita telah pun menyatakan, pihak Majlis Perbandaran Nilai juga telah mengeluarkan notis bahawa tempat mereka adalah tidak selamat dan kita tidak bertanggung, Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku di kawasan mereka. Dan ini, dan inshaa Allah selepas 31 Ogos ini kita akan mengadakan satu lagi perbincangan untuk tindakan selanjutnya diambil dan kita sedia maklum perkara tersebut perlu ditangani dengan segera. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya persilakan soalan nombor 14, Yang Berhormat Chembong.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada ADUN Chembong mengenai Yayasan Negeri Sembilan. “Berapakah bilangan
pelajar yang telah memohon pinjaman pelajaran Negeri Sembilan pada tahun ini dan berapakah yang telah diluluskan?”
Bilangan pelajar yang telah memohon pinjaman Yayasan Negeri Sembilan adalah seramai 193 orang dan permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 52 permohonan bagi tahun 2019. Kita lihat bahawa minggu, bulan depan adalah bulan masih, permohonan pelajar baru memasuki ke universiti, dan kita jangkakan akan lebih banyak lagi permohonan, dan syarat permohonan tersebut adalah diperlukan iaitu apabila mereka telah ditolak oleh PTPTN mereka layak untuk memohon kepada Yayasan Negeri Sembilan.
Di samping itu juga, Kerajaan Negeri juga menyediakan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan untuk tahun 2019, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan 1.95 juta untuk bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan dari bulan April hingga Disember 2019, peruntukan tersebut akan memberikan bermanfaat 19,500 mahasiswa anak Negeri Sembilan. Untuk April hingga Ogos 2019 sebanyak 5,700 orang mahasiswa anak Negeri Sembilan telah menerima manfaat dari bantuan sara hidup anak Negeri Sembilan ini dengan jumlah yang telah dibelanjakan sebanyak 570,000.00 ringgit ya. Dan kita, jumlah penerima manfaat ini meningkat setiap bulan dan dijangkakan lebih ramai akan menerima bantuan bermula September 2019 apabila bermula sesi baru kemasukan universiti.
Pemecahan, pecahan mengikut bulan adalah seperti berikut: bagi bulan April 2019 – 500 penerima yakni 50,000.00 ringgit, bulan Mei 2019 – 1,000 penerima melibatkan 100,000.00 ringgit, bulan Jun – 1,200 penerima melibatkan 120,000.00 ringgit, bulan Julai sebanyak 1,400 penerima melibatkan 140,000.00 ringgit dan Ogos – 1,600 melibatkan 160,000.00. Berjumlah 570,000.00 ringgit sejak ia diperkenalkan. Terima kasih.
Terima kasih …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. Yang Amat Berhormat. Ya soalan tambahan?
Tambah sikit Dato’ Yang Dipertua.
Boleh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Cumanya daripada jawapan tadi, saya lihat angka dia yang diluluskan agak, peratusannya agak jauh rendah daripada jumlah permohonan yang telah dibuat, Dato’ Dipertua. Tapi tak apa, saya mohon dilihat. Soalan tambahan saya tentang dana ataupun bantuan 100.00 ringgit untuk anak-anak mahasiswa Negeri Sembilan, adakah bantuan ini, apakah kriteria dia, adakah untuk pelajar-pelajar mahasiswa di peringkat IPTA sahaja ataupun termasuk IPTS, dan kriteria-kriteria yang lain, kursus yang diambil adakah menyeluruh untuk semua kursus termasuk sijil, diploma, ijazah dan sebagainya, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya bantuan tu kita nampak sedikit disebabkan oleh permoh, pelajar yang hanya akan memasuki pada semester depan ini adalah pada bulan September. Mengenai dengan bantuan, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan ini kita bagi kepada keluarga pendapatan B40 ya, B40 dan mereka mendapat pengesahan daripada hal ehwal pelajar, di samping itu juga kita beri kepada …..
Dato’ Speaker, Dato’ YB, boleh tak mintak penjelasan, bantuan sara hidup tu apa maknanya, itu bantuan sekali tu ke ataupun …..
Kita bagi bantuan setiap bulan sebanyak 100.00 ringgit kepada …..
Setiap bulan?
….. pelajar-pelajar, ya.
Dibagi ya.
Ya kita bagi untuk membantu mereka, kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar kita menghadapi masalah di universiti untuk makan minum mereka, ya, untuk B40 ya, kepada pelajar yang membuat sijil, eh membuat diploma dan ijazah ya. Jadi kita bantu 100.00 ringgit sebulan kepada anak-anak Negeri Sembilan tanpa mengira kaum, kita bagi mereka yang berkelayakan 100.00 ringgit sebulan sehingga hujung bulan 12 ini. Dan akan datang kita akan lihat bagaimana pencapaiannya, keberkesanannya sebelum kita mulakan balik awal Januari jika ada kemampuan dan kewangan pada kera, Yayasan Negeri Sembilan itu sendiri. Jadi syarat dia senang, bawah B40, mohon, dan jika diluluskan kita akan bagi. Itu saja, terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya mohon sedikit penjelasan, saya tanya tadi adakah termasuk IPTS ataupun IPTA sahaja?
Oh ya minta maaf, untuk itu hanya sebagai IPTA saja, buat masa ini kita bantuan kepada Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan.
Dato’ Dipertua, ini satu gerakan ataupuan perkara yang baik, Dato’ Dipertua. Saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini, ianya dikembangkan jugak untuk anak-anak mahasiswa-mahasiswa anak Negeri Sembilan yang belajar di IPTS jugak, Dato’ Dipertua ya. Keduanya, saya mohon penjelasan sebab pengumuman ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat tak salah saya, ya, ketika kempen pilihan raya kecil Rantau yang lalu. Jadi saya mohon ianya di, dijelaskan sebab pelajar-pelajar, anak-anak kita yang mendengar ini seolah-olah tempoh hari, Dato’ Dipertua, ianya tidak hanya kepada golongan B40. Jadi apabila kita nak melaksanakan, kita buat hanya B40 saja Dato’ Dipertua. Dan sekali lagi saya cadangkan, 100.00 ringgit ini diberi jugaklah walaupun jugak bukan di kalangan B40 yang, yang tengah ini jugak, Dato’ Dipertua, M40 dan sebagainya, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Dato’ Dipertua, terima kasih di atas soalan. Saya rasa ya, mengatakan saya buat untuk, masa kempen pilihan raya adalah keterlaluan ya. Kerana kita buat di Dewan Majlis Perbandaran Seremban yang cukup jauh daripada Rantau ya, walaupun beberapa kilometer. Tetapi bukan tujuan itu untuk kita mengadakan tu, apa, mengadakan, memberikan 100.00 ringgit itu kepada pelajar kita bukan
tujuan kempen ya. Saya mintak maaf, kita bukan UMNO, kita buat setiap ada kempen, kita ada membuat, kita tidak, kita telah rancang …..
Dato’ Yang Dipertua …..
….. perkara tersebut tersebut …..
….. saya object-lah itu, saya tak sebut tadi …..
….. kita telah lihat perkara tersebut, ya, kita buat bukan …..
Saya tak sebut pun tadi.
….. mengenai politik. Kalau saya buat politik, saya buat di Rantau.
Macam terasa je Dato’ Dipertua.
…. saya bukan buat di Rantau. Saya buat di Seremban secara kebetulan April …..
Ya, jadi pemimpin ni kita kena jiwa besar …..
Kalau …..
….. jangan mudah terasa.
….. dan, jangan, jangan buat pertuduhan. Dia asyik buat pertuduhan.
Dah, dah, dah.
Okay.
Yang Berhormat Chembong …..
Kita buat untuk semua.
….. kalau nak bercakap mintak Yang Dipertua dulu.
Ya.
….. jangan bangkit terus cakap ya.
Dato’ Yang Dipertua, kita buat untuk membantu rakyat Negeri Sembilan khususnya anak-anak Negeri Sembilan. Dan tak ada negeri lain yang mengadakan program ini. Hanya Yayasan Negeri Sembilan mengadakan program ini kerana kita melihat anak-anak kita duduk dalam keadaan sukar di universiti tanpa ada bantuan, kerana itu kita beri kepada B40. Kita tidak beri M40, kita tak beri mereka yang ber, ada pendapatan yang besar kerana apa, kita melihat keperluan kita untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan ini dulu. Dan keupayaan Yayasan Negeri Sembilan itu sendiri untuk mengeluarkan kewangan mereka. Jadi alhamdulillah, sejak kita mengambil alih kita cuba memperbaiki pendapatan kewangan Yayasan Negeri Sembilan. Dan apabila kita melihat ada kelebihan dan ada kesungguhan daripada Yayasan dan kita telah berikan bantuan-bantuan ini.
Dan kita juga melihat Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan juga akan kita pertingkatkan daripada masa ke semasa untuk kita perbaiki latihan TVET kita di Yayasan Negeri Sembilan. Dan kita nak baiki asrama dan kita baiki banyak perkara, dan inshaa Allah jika ada kelebihan, pelajar-pelajar lain juga akan mendapat nikmat daripada Yayasan Negeri Sembilan pada masa akan datang. Terima kasih.
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, saya kira ni soalan yang terakhir, sebelum kita tamatkan
pukul 12:00 sebab kita ada agenda lain. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Lobak.
Terima kasih Dato’ Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak. Status terkini unit rumah di rumah pangsa rumah, di Rumah Pangsa Lobak adalah seperti berikut: unit yang disewa ataupun diduduki adalah sebanyak 139 unit, unit rosak ada sebanyak 51 unit, dan jumlah keseluruhan adalah 190 unit.
Dan jumlah permohonan yang diterima untuk menyewa Rumah Pangsa Lobak sehingga bulan Jun 2019 adalah sebanyak 20 permohonan. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Ya, terima kasih Tuan Yang Dipertua. Nampak ni unit yang rosak tu, sejajar ni 25%, so, kami nak tanya tu, kerana yang pemohon pun ramai, ada 20. So, yang dah rosak tu, 51, bila akan dibaiki? Tapi yang nampak yang mohon di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail pun ramai. Tapi jikalau yang PPRT, yang sedia ada tu, kami mohonlah kerajaan membaiki dengan cepat semungkin untuk golongan yang pendapat rendah. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada yang Berhormat Lobak. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, sebenarnya untuk 51 unit yang rosak itu, 29 unit dimiliki oleh MBI, dan MBI memang dalam proses sedang membaiki unit-unit tersebut. Dan yang baki 22 unit itu adalah dimiliki oleh penduduk di situ, dan mereka mempunyai hak milik mereka. Dan saya berharap dengan adanya kerja-kerja naik taraf di 29 unit yang sedia ada itu, kita, lepas kita dapat, dapat sewakan kepada penduduk-penduduk yang berpendapatan rendah. Terima kasih.
Tuan Yang Dipertua, penjelasan. Saya nak tanya tu, PPRT Lobak, kami nak faham yang 21 dipunyai MBI ke, ini betul, nak tanya.
29 itu dimiliki oleh MBI.
Kalau milik MBI, saya difaham MBI ini kewangan berkuat, saya harap ni, serta merta, dibaiki serta merta, tahun ni, terima kasih.
Ya, memang apalah, dalam proses lantikan kontraktor. Kita akan buat 29 unit itu. Terima kasih. Sudah lantik. Terima kasih.
Terima kasih, terima kasih.
Okay.
Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat yang telah membuat pertanyaan lisan. Saya kira pertanyaan lisan telah pun tamat masanya dan semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions
Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang telah dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi Pertanyaan Bertulis adalah dibentangkan.
Rang Undang-UndangBill
[Bacaan kali pertama]
Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan pertambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu. Dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun men, menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun 2019” dibacakan bagi kali kedua.
Yang di, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izin dan limpah kurniaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi. Dengan
rasa rendah diri dan atas amanah dan, serta tanggungjawab yang saya pikul, dapat saya membentangkan Peruntukan Tambahan Pertama, Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 pada kali ini. Berasaskan tekad yang telah dinyatakan semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 pada 17 Disember 2018 yang lalu, iaitu menguruskan sumber kekayaan kurniaan Ilahi kepada Negeri Sembilan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, serta keupayaan dan kejayaan Jabatan-Jabatan Negeri Sembilan melaksanakan perbelanjaan berhemat, kita berjaya merealisasikan tema “Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan” seperti yang dirancang sebelum ini, alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 yang telah dibentangkan 17 Disember 2018 yang lalu menganggarkan kutipan hasil bagi tahun 2019 berjumlah 430 juta berbanding 412 juta pada tahun 2018. Alhamdulillah, sehingga 19 Ogos 2019, Kerajaan Pakatan Harapan telah berjaya mengutip sebanyak 326.761 juta berbanding dengan 311,986,122.34 ringgit sehingga 31 Ogos 2018 iaitu kenaikan sebanyak 14.775 juta. Saya yakin, dalam tempoh yang masih berbaki lebih kurang 4 bulan, Kerajaan Negeri akan berjaya melangkaui jumlah hasil 430 juta seperti yang telah dibentangkan dalam sidang Dewan sebelum ini. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan bakal mencatat satu lagi sejarah dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan. Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Pejabat Kewangan dan Pejabat Perbendaharaan Negeri yang menyelaraskan kutipan hasil negeri bersama semua jabatan-jabatan dan agensi yang terlibat.
Pada tahun 2019 ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 430 juta merangkumi Emolumen sebanyak 169.25 juta, Perkhidmatan Bekalan 90.19 juta, Perolehan Aset 3.38 juta, Pemberian dan Kenaan Tetap 160.13 juta dan Perbelanjaan Lain 7.05 juta. Sehingga 19 Ogos 2019, prestasi perbelanjaan Mengurus telah mencapai 197.154 juta yakni 45.85% berbanding dengan 202.744 juta (49.21%) bagi tempoh sehingga 31 Ogos 2018.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan perbelanjaan Pembangunan sebanyak 116.9 juta, iaitu peruntukan terbesar yang pernah dicatatkan bagi tempoh 5 tahun. Peruntukan ini merangkumi 41.59 juta bagi Pembangunan Sosial, Kemudahan Infrastruktur 23.01 juta, Pentadbiran 17.01 juta, Pertanian 15.95 juta, Kerohanian 10.94 juta, Pelancongan sebanyak 8.4 juta. Sehingga 19 Ogos 2019, prestasi perbelanjaan Pembangunan adalah sebanyak
63.309 juta iaitu 51.46% berbanding dengan 66.389 yakni 57.35% bagi tempoh sehingga 31 Ogos 2018.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi mencapai perancangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan, Kerajaan Negeri juga telah merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan Kerajaan Negeri kekal mampan dalam menghadapi persekitaran ekonomi nasional serba mencabar. Secara ringkasnya, 4 strategi berkenaan ialah Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus, Meneroka Sumber Hasil Baharu, Mengurangkan Kehilangan Hasil Negeri dan Meningkatkan Keuntungan Pelaburan.
Bagi maksud pembentangan peruntukan tambahan tahun ini, strategi dan pelan tindakan yang telah digariskan tersebut telah mula menunjukkan kesan yang memberangsangkan bagi tempoh 8 bulan yang lalu melalui kutipan hasil berjumlah 300.76 juta berbanding dengan 311.986 juta bagi tempoh yang sama tahun 2019. Selain itu, Pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Sembilan dari masa ke semasa sentiasa menerapkan pengurusan belanjawan berhemat dengan melaksanakan kawalan dalaman bagi memastikan setiap wang rakyat yang dilabur dan dibelanjakan memberikan pulangan yang berganda kepada Kerajaan Negeri amnya dan rakyat khususnya.
Alhamdulillah, menerusi Pengurusan Kewangan yang cekap dan kawalan dalaman, sejumlah 6.994 juta telah berjaya dijimatkan bagi Vot Perbelanjaan Mengurus seperti perincian berikut: Dewan Undangan – 78,000.00, Pejabat SUK – 26,000.00, Jabatan Pertanian – 275,000.00, Pejabat PTG – 310,000.00, Jabatan Pengairan dan Saliran – 592,000.00, Jabatan Perhutanan Negeri – 110,000.00, Jabatan Kerja Raya Negeri – 41,000.00, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam – 1.316 juta, Jabatan Kebajikan Masyarakat – 85,000.00, Perancang Bandar dan Desa – 71,000.00, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri – 9,000.00, Kumpulan Wang Pembangunan dan Berkanun – 2.345 juta, Pejabat Daerah Tanah Jelebu – 221,000.00, Pejabat Daerah Tanah Jempol – 18,000.00, Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah – 832,000.00, Pejabat Daerah Tanah Port Dickson – 173,000.00, Pejabat Daerah Tanah Rembau – 7,000.00, Pejabat Daerah Tanah Seremban – 416,000.00, Pejabat Daerah Tampin Tampin – 29,000.00 dan Pejabat Daerah Kecil Tanah Tampin Gemas iaitu 12,000.00, Jabatan Kehakiman Syariah – 20,000.00 dan Jabatan Pendakwa, Pendakwaan, Pendakwaan Syariah 8,000.00. Berjumlah 6.994 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Walaupun sebanyak 6.994 dapat dijimatkan, terdapat beberapa keperluan luar jangka yang menuntut pindaan dan tambahan peruntukan daripada peruntukan sedia ada
yang telah disalurkan bagi tahun 2019 berjumlah 6.994 juta. Secara dasarnya, peruntukan tambahan ini tidak mengubah jumlah keseluruhan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 iaitu kekal pada 430 juta. Namun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 Fasal 73 dan 12 Perlembagaan Persekutuan Perkara 101 menyatakan:
“Jika bagi sebarang tahun kewangan ada didapati;
(i) wang yang ditentukan oleh Undang-Undang Perbekalan itu tidak cukup; atau
(ii) sebarang wang yang telah dibelanjakan bagi sesuatu maksud itu berlebih banyaknya daripada wang yang ditentukan (jika ada) bagi maksud itu oleh undang-undang perbekalan,
maka suatu tambahan anggaran perbelanjaan yang menunjukkan wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan dalam Dewan Negeri/Dewan Rakyat dan punca sebarang perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Perbekalan”
Antara perbelanjaan yang memerlukan pindaan dan peruntukan tambahan bagi tahun 2019 adalah seperti berikut: pertama, Peruntukan DiRaja, Peruntukan Undang-Undang, Peruntukan Undang Yang Empat serta Tengku Besar, Peruntukan DiRaja – 10,000.00, Peruntukan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin – 220,000.00, Dewan Undangan – 670,200.00 ringgit, Jabatan Perhutanan Negeri – 231,800.00 ringgit, Pelbagai Perkhidmatan Jabatan Kerja – 1.430 juta, Jabatan Kerja Raya Negeri – 855,000.00, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri – 1.6 juta, Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan Berkanun – 1.7 juta, Pejabat Daerah Tanah Jelebu – 40,000.00, Pejabat Daerah Tampin, Tanah Jempol – 69,000.00, Pejabat Daerah Tanah Rembau – 63,000.00, Pejabat Daerah Tanah Tampin – 45,000.00 dan Jabatan Pendakwaan Syariah – 60,000.00. Berjumlah 6.944 juta.
Dato’ Yang Dipertua, antara keperluan utama yang mewajarkan peruntukan tambahan ini dilaksanakan adalah bagi menampung keperluan pembelian kenderaan rasmi Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Luak Jelebu dan Tengku Besar Tampin yang berjumlah 700,000.00. Selain itu, sejumlah 670,200.00 ringgit diperlukan bagi menampung tuntutan perjalanan YB Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta pelantikan 14 Pegawai Penyelidik yang ditempatkan di Pejabat EXCO Kerajaan Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri juga memerlukan sebanyak 231,800.00 ringgit bagi menampung kos operasi kawasan hutan dan pelantikan khidmat pengawal
keselamatan. Program NS Fest yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober juga memerlukan peruntukan sehingga 100,000.00 bagi menampung penganjuran dan makan minum sepanjang program tersebut.
Penyata Kewangan Negeri Sembilan Tahun 2018 yang menyenaraikan pembayaran emolumen pegawai MARRIS menggunakan peruntukan Akaun Amanah MARRIS juga telah mendapat teguran daripada Jabatan Audit Negara. Wang Amanah MARRIS seharusnya tidak digunakan untuk membayar gaji kakitangan tetap. Namun ia telah dijadikan amalan sejak sekian lama dan perlu diperbetulkan segera. Sehubungan itu, Pentadbiran ini dengan kerjasama pihak JKR telah mengambil tindakan awal dengan memindahkan butiran sebahagian pegawai berkenaan ke JKR dan memerlukan peruntukan sebanyak 855,000.00 bagi menampung pembayaran gaji, elaun tetap dan camu, caruman pegawai berkenaan. Antara elemen luar jangka yang lain adalah pulangan bayaran balik cukai tanah terlebih bayar Bank Pertanian yang berjumlah 1.6 juta, manakala sejumlah 1.7 juta lagi diperlu, diperlukan bagi menampung kos ubah suai, penyelenggaran dan naik taraf Istana Hinggap, Seremban. Pentadbiran SUK juga memerlukan 400,000.00 bagi menampung bayaran gantian cuti rehat penjawat awam yang akan bersara secara pilihan, pilihan sendiri bagi tahun 2019.
Melalui kaedah penjimatan yang berjaya dilaksanakan dan penyaluran semula kepada vot Mengurus yang lebih memerlukan, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri berjaya melaksanakan Tambahan / Pindahan Peruntukan Tahun 2019 tanpa menaikkan siling Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2019 yang masih kekal sebanyak pada 430 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang DiPertua, sekian penerangan saya dan dengan ini saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama 2019 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Silakan.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memberi pandangan berkenaan dengan pembentangan yang dipohon untuk, Rang Undang-Undang Belanjawan Tambahan yang Pertama 2019. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Sikamat kerana telah pun membacakan banyak kejayaan-kejayaan yang telah dapat dicapai terutamanya dalam usaha untuk memungut hasil Kerajaan Negeri. Kita berharap supaya pungutan hasil ini akan menjadi sebagai tumpuan utama kepada kerajaan kerana hasil cukai ini adalah merupakan satu-satunya hasil yang menjadi punca utama pendapatan Kerajaan Negeri, Dato’ Dipertua. Yang lain-lainnya cu, bukan cukai, Hasil Bukan Cukai, dan yang lain-lainnya itu berkala tetapi cukai tanah ini Dato’ Yang Dipertua, ataupun hasil cukai ini merupakan yang tetap. Makanya segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan supaya usaha untuk mengutip cukai tanah ataupun cukai-cukai yang lain, yang secara tetap perlu diadakan dan saya ucap tahniahlah kerana setakat ini hasil Kerajaan Negeri telah dapat mencapai peratusan yang membanggakan, 76%. Tapi perlu diingat bahawa kita cuma ada 4 bulan lagi, Dato’ Yang Dipertua. Dan cukai semuanya telah pun dibayar dalam tahun ataupun daripada bulan ap, bulan Januari sampai bulan, bulan, hujung bulan Mei. Selepas ini, cukai-cukai yang tetap tidak ada lagi dibayar. Kita telah, terpaksa bergantung kepada Hasil Bukan Cukai.
Jadi saya tak tahu macam mana keadaan pungutan Hasil Bukan Cukai kerana setakat ini kita perlu memungut hampir lagi 100 juta, Dato’ Yang Dipertua, untuk memastikan bajet ataupun belanjawan tahunan yang dibentang berkenaan dengan revenue pendapatan sebanyak 430 juta. Saya harap supaya Kerajaan Negeri dapat menggandakan usaha untuk memastikan bahawa hasil Kerajaan Negeri baik daripada cukai ataupun hasil bukan cukai dapat dikutip dan dapat digandakan, untuk memastikan supaya dapat menepati bajet yang telah pun diletakkan sebanyak 430 juta, inshaa Allah.
Dato’ Dipertua, dalam pembentangan tadi jugak, Yang Berhormat Sikamat mengatakan jugak terdapat banyaknya penjimatan. Saya tak tahu apa sebab banyak sangat penjimatan sampai 6.9 juta, setakat ini hampir 7.0 juta. Sekarang ni dah bulan 9, Dato’ Yang Dipertua ya, dah masuk bulan 9, hari ni dah 26 haribulan. Dan jika peruntukan pembangunan yang telah diletakkan begitu banyak kepada agensi dan jabatan-jabatan, di seluruh Negeri Sembilan …..
Yang Berhormat Rantau, hari ni 26 Ogos.
Ya?
26 Ogos hari ni.
26 Ogos, mintak, mintak maaf. 26 haribulan Ogos-lah ya, hampirlah masuk bulan 9 ya. Banyak penjimatan yang disebut oleh Yang Berhormat Sikamat tadi. Dan ini bagi saya, Dato’ Yang Dipertua, ini bukan satu berita yang amat kita alu-alukan kerana jumlah yang telah dibagikan ini, Dato’ Yang Dipertua, telah pun ditetapkan untuk belanjawan pembangunan daripada Kerajaan Negeri yang telah pun diagih-agihkan dalam bajet yang dibentangkan pada penghujung tahun lepas. Saya tak tahu, kita tak tahu mengapa begitu banyak. Sebagai contoh di PTG tadi dengar khabar sampai 300 lebih ribu, masih lagi sebagai penjimatan, dimasukkan dalam penjimatan, dan banyak lagi. Ada Pejabat Daerah yang sampai 200 ribu lebih penjimatan yang disebut. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya harap supaya belanjawan yang dibentang dan yang telah diagihkan kepada tajuk-tajuk terutamanya kepada jabatan dan agensi ini mestilah saya harap supaya pihak SUK, pihak Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri pastikan supaya jabatan-jabatan dan agensi-agensi ini terutamanya di daerah-daerah, setahu saya, melalui pengalaman Dato’ Yang Dipertua, Pejabat Daerah ni payah nak kita ada sebagai penjimatan kerana masing-masing memang sentiasa tak cukup belanja kerana di situlah tempat di mana segala operasi dilakukan. Saya tak tahu apa sebab, tetapi kalau boleh nanti YB Sikamat boleh memberikan sedikit penerangan kerana ada 2-3 Pejabat Daerah yang dikatakan dapat membuat penjimatan yang baik.
Kita di sini Dato’ Yang Dipertua, di negeri ataupun dalam kerajaan, kita sebenarnya betullah kita nak berjimat, tetapi kita tidak mahu penjimatan yang ketara kerana akhirnya duit yang telah pun di, diagihkan Kepala-nya untuk membuat sesuatu projek terutamanya di dalam belanjawan pembangunan, Dato’ Dipertua, mesti kita belanjakan supaya yang mendapat manafaat nanti adalah rakyat. Jadi kalau penjimatannya begitu banyak, maka hasilnya tidak akan dapat di, di, dirasai dan dinikmati oleh rakyat, Dato’ Dipertua.
Jadi, saya harap supaya pihak kerajaan, pihak Setiausaha Kerajaan terutamanya pihak Pegawai Kewangan Negeri tengok mengapa penjimatan yang begitu banyak. Apakah disebabkan oleh pejabat, projek yang telah dicadangkan ataupun pembangunan yang dicadangkan tersebut tidak dapat dijalankan tahun ini. Kalau mengikut prosedur biasa, Dato’ Dipertua, sekarang dah bulan, nak masuk bulan 9, kalau nak panggil tender terbukak, kadang-kadang sampai 2 bulan Dato’ Dipertua, memang tak sempat. Jadi akhirnya nanti, duit ini akan
masuk semula ke dalam Akaun Yang Disatukan. Maka ini merupakan satu kumpulan duit yang akan menjadi lebihan pada penghujung tahun.
Dato’ Dipertua, saya harap supaya matlamat nak memungut 430 juta yang baik ini, matlamat yang baik ini dapat kita capai. Kerana lagi 4 bulan, Dato’ Dipertua, kita tak punya banyak masa. Dan rasanya, hasil cukai Dato’ Yang Dipertua, dah hampir kita pungut, hampir dah sampai 90 lebih peratus. Walau bagaimanapun, tunggakan akan sentiasa ada, dan tunggakan ini perlu kita buat cara untuk kita pastikan mereka yang tertunggak dalam bayaran cukai mesti membayar cukai mereka.
Tetapi apa yang kita takuti Dato’ Dipertua ialah 100 juta lagi, ataupun ham, lebih 100 juta lagi untuk kita capai matlamat pungutan ataupun revenue Kerajaan Negeri 430 juta. Apakah kita mampu dalam bentuk hasil bukan cukai pulak kerana maklum saja sekarang keadaan ekonomi Dato’ Yang Dipertua, tidak begitu baik. Banyak syarikat-syarikat, kalau kita baca setiap hari laporan-laporan second quarter result, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, syarikat-syarikat yang disenaraikan, banyak mereka semuanya mengalami kemerosotan dari segi pendapatan, dari segi keuntungan mereka. Dan ini bukannya satu isu yang boleh kita pandang ringan.
Jadi saya berharap supaya Kerajaan Negeri, kita berharap Kerajaan Negeri berhati-hati di dalam usaha untuk kita mencapai matlamat kita untuk mendapatkan revenue 430 juta kerana pada hemat kami, pada hemat saya Dato’ Yang Dipertua, dalam, selepas daripada bulan Jun, Julai, Dato’ Yang Dipertua, hasil yang boleh kita harapkan adalah cuma hasil daripada hasil bukan cukai iaitu premium tanah dan yang lain-lain.
Dato’ Yang Dipertua, lagi satu saya nak tanya, Dato’ Dipertua ya, prestasi 46% setakat ini belanjawan pembangunan itu amat rendah Dato’ Dipertua ya. Saya tak tahu apa sebab. Tadi Yang Berhormat Sikamat kata 116 juta telah pun diperuntukkan untuk belanjawan pembangunan negeri pada pembentangan bajet tahun lepas, hujung tahun lepas, tapi setakat ini cuma 51, sorry 51.46% ya, Yang Berhormat kan, yang telah pun dibelanjakan. Apakah masalah yang dihadapi oleh jabatan-jabatan, agensi-agensi ataupun sesiapa sahaja yang telah pun kita letakkan Kepala-nya tidak dapat mencapai peratusan yang baik? Kerana kita dah lebih setengah tahun, lebih setengah tahun Dato’ Yang Dipertua, dan dalam kita punya Arahan Perbendaharaan dan Kewangan, Dato’ Dipertua, kita perlukan tender terbukak ya, jadi, saya nampak bahawa peratusan ini amat rendah. Kalau boleh Kerajaan Negeri ya, SFINO ya, kena tengokkan bagaimana, apa sebabnya ya, dan kita kena buat follow up segera supaya peruntukan yang banyak kita
peruntukkan untuk belanja pembangunan, 116 juta ini dapat di, di, dibelanjakan, supaya yang mendapat manafaatnya nanti, hasil daripada pembangunan ini adalah rakyat, Dato’ Yang Dipertua. Jadi perlu kita lakukan. Dan kita jugak nak tahu seperti yang saya sebutkan tadi, dah kenapa pulak, tak pernah dalam pengalaman saya Dato’ Dipertua, Pejabat Daerah memulangkan ataupun tidak memakai, menggunapakai peruntukan yang diberikan kepada mereka, boleh jadi, tak tahulah apa sebab, latar belakangnya, boleh jadi nanti Yang Berhormat Sikamat boleh mengulas.
Nombor, yang seterusnya Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan dengan, tadi Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Sikamat membentangkan belanjawan tambahan, 6 perpuluhan ..…
Yang Berhormat Rantau, saya tadi, saya ingat mintak sokongan dulu seorang sebelum Yang Berhormat teruskan. Sokongan daripada …..
Dah sokong.
Dah sokong?
Tadi dah sokong dah.
Dah sokong.
Dah, dah, dah sokong.
Okay, teruskan.
Tadi, yang tadi …..
Tak perasan, sebab saya tengok tadi Yang Berhormat Ampangan tak bangkit sokong tadi.
Bangkit.
Bangkit dah …..
Dato’ ni masih lagi kek Arafah ni.
Tak pasal, tak, pasal, dah sokong …..
Dato’ yang jemput untuk berbahas tadi, dibahaskan.
Saya ingat tadi Yang Berhormat Ampangan tak bangkit tadi.
Dah bangkit dah.
Dah bangkit dah, okay.
Dato’ jemput kita supaya dibahaskan ya …..
Sebab tu tadi, sebab tu saya tadi nak tanya balik supaya jangan nanti dah bahas semua kang, tak sokong kan.
Tak ada, kalau tak apa pun, kita akan ingatkan Dato’ Yang Dipertua ya. Kita ingat Dato’ Dipertua, jangan risau, ini Dewan kita ya, kita nak supaya peruntukan rang undang-undang tu dibuat dengan baik. Dato’ Dipertua, Yang Berhormat Sikamat kata nak bentangkan belanjawan 6.7 juta. Tetapi penjamatan, penjimatan 6.9 juta. Walaupun, tak tahu, saya tak faham sangat tentang peruntukan perundangan ya, YB LA lebih faham, tapi saya rasa Dato’ Dipertua, tidak ada keperluan untuk kita buat belanjawan tambahan, kerana siling 430 juta itu tidak burst ataupun tidak melepasi siling 430 juta, satu. Nombor 2, mengapa Kerajaan Negeri tak buat virement Dato’ Dipertua ya, tukar Tajuk. By now ataupun mulai sekarang kan, SFINO kan, boleh dah buat virement segera mana department yang memerlukan duit tu kan, kita buat virement. Dan virement ini di bawah peruntukan dan Arahan Perbendaharaan, Dato’ Dipertua, cuma boleh diluluskan oleh SFINO dan jugak menteri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi, tak, saya rasa Dato’ Yang Dipertua kan, tidak ada keperluannya, tapi tak tahulah kalau Penasihat Undang-Undang bahawa perlu dibawa.
Tetapi yang pentingnya bajet Dato’ Yang Dipertua ialah dia ada siling 430 juta. Bila siling itu 430 juta, kalau kita berpusing dalam itu, dan kita tidak melepasi 430 juta, tidak ada keperluan untuk kita membawanya ke Dewan. Kita dah bagi serah dah, kita dah bagi mandat dah, kita dah luluskan dah 430 juta, buatlah, Kerajaan Negeri buatlah, nak tukar Tajuk ke, nak buat itu ke, apa itu, itu terpulang kepada Kerajaan Negeri dan kepandaian dan jugak SFINO sebagai financial controller syarikat ataupun negeri ya, SFINO perlu memerhati setakat mana progress report daripada setiap Tajuk-Tajuk, Kepala-Kepala yang telah pun diluluskan dalam bajet yang telah dibentangkan pada akhir tahun lepas. By Mei, ataupun pertengahan tahun, se, sekurang-kurangnya Dato’ Yang Dipertua, bulan Jun itu hari SFINO dah boleh mengesan dah ya, dah boleh mengesan dah, mana dia peruntukan yang masih lagi belum digunapakai. SFINO mesti mempunyai apa yang dikatakan sebagai dia punya alarm bell mesti berbunyi bahawa setakat bulan 6 dan 7, peruntukan sebanyak 2 juta kepada department A misalnya, masih tidak digunapakai, kena panggil Ketua Jabatan apa sebab. Apa sebab 2 juta yang diperuntukkan dalam belanjawan negeri yang telah diluluskan, tapi setakat bulan 6 tidak ada apa-apa. Ataupun kalau tender belum dipanggil, apa sebab tak dipanggil tender. Ini perlu kita lakukan.
Pada hemat saya Dato’ Dipertua, ialah, belanjawan tahunan, tambahan ini tidak perlu. Bajet tambahan ini telah kita luluskan 430 juta. Dan belanjawan yang nak dimintak 6.7 juta, tapi penjimatan daripada department-department, jabatan-jabatan dan agensi ada 6.994 juta. Jadi, dia tidak melebihi 430 juta, Dato’ Dipertua. Makanya terpulang kepada kebijaksanaan Kerajaan Negeri, terpulang kepada kebijaksanaan State Financial Officer dan jugak Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menukar Tajuk. Dan tukar Tajuk ini, dibolehkan Dato’ Dipertua, di bawah peraturan kewangan dan perbendaharaan, tetapi mesti diluluskan oleh SFINO berdua dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi ini perlu kita, saya tak tahu sejauh mana, tetapi saya rasa tidak ada keperluannya bajet tambahan dibentangkan pada hari ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Jawab ye dulu. Ada, ada nak bahas lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya bangun …..
Tapi, yelah, saya harap tak ulang fakta ya.
Tidak, saya akan ambil fakta lain. Saya bangun untuk membahaskan, sama-sama membahaskan belanjawan tambahan yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat sebentar tadi. Dan daripada submission ataupun hujah yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, saya ucap tahniah jugalah kerana beliau telah mencadangkan suatu bajet tambahan. Tapi secara peribadinya, Yang Berhormat Speaker, kalau satu bajet tambahan belanjawan berhemah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi saya rasa tidak perlu kita ada, kalau berhemah tu tak perlu lagi ada belanjawan tambahan lagi.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin terus merujuk kepada pembentangan, terus tajuk objek Am, bagi penambahan bajet ataupun penambahan kewangan ini iaitu bagi tajuk Perkhidmatan dan Bekalan. Saya lihat di sini, sebanyak 660,200.00 ringgit tambahan diperlukan bagi menampung bayaran Emolumen Pegawai Penyelidik ni, kontrak, Research Officers seramai 14 orang. Dan saya mohon pencerahan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat sendiri, apakah tugas Pegawai Penyelidik ini? Saya difahamkan dan saya amat maklum, bahawa setiap EXCO memang telah pun ada pegawai khas mereka. Tapi, berkaitan penambahan sebanyak 660,000.00 ringgit lagi ini, saya mohon penjelasan dan pencerahan akan perlunya penambahan seramai 14 orang Research Officers, dengan izin, Pegawai Penyelidik ini Yang Amat Berhormat. Dan apakah gred mereka ini? Kerana kita bercakap tentang, Yang Amat Berhormat bercakap tentang belanjawan berhemah, penjimatan dan sebagainya, dan saya harap ia haruslah selari dengan kita punya aspirasi dan gerak kerja Kerajaan Negeri kita iaitu memastikan mereka yang dilantik secara kontrak ini sebenar-benarnya diperlukan bagi membantu EXCO, Yang Amat Berhormat sendiri dan juga Pejabat Speaker kerajaan kita. Terima kasih Yang Berhormat.
Ada nak bahas lagi? Dia tak semesti semua bahas ya, sebab ini bajet tambahan saja. Kalau fakta tu dah sebut takyah ulang ya. Ya.
Tuan Yang Dipertua, Dato’, okay, ni Rang Undang-Undang Belanjaan Tambahan, memang kita backbencher memang kita setujulah, kita setuju, kira tambahan 6.74 juta. Memang kita sokong penuh. Lagi satu, dalam satu kira PH Government, dalam satu tahun 3 bulan 17 hari, boleh rizab kira 237.46 juta, saya mahu ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan EXCO dan Kewangan, SS dan Undang-Undang. Memang saya mahu terima kasih. Pasal dalam satu tahun, 237 juta memang saya sebagai backbencher kita sokongan penuh Kerajaan PH memang bagus dan tahniah. Terima kasih.
Ada nak cakap lagi? Perbahasan, sokong. Ada lagi, silakan.
Dato’ Dipertua, saya tahniahlah kerana kerajaan di bawah pimpin Sikamat tu berjaya kutipan percentage yang tertinggi tu, tapi sini ada menunjuk ni jawapan lis, yang bertulis ni, yang 2 akaun amanah Kerajaan Negeri. Haa ni terperanjatlah bahawa yang akaun-akaun ni mempunyai 37 akaun amanah tapi akaun amanah ni dia ada yang sejak tubuh pada tahun 1974. So yang jumlah besar tu hingga setakat ini, sejumlah bakinya 121 juta lebih dalam bank. So saya nak tanya, nak, nak, nak, nak utara di sini, nak tanya tu yang baki tu dia di akaun biasa ke atau dia akaun deposit. Kerana satu akaun amanah kerajaan ni, yang rumah awam harga rendah, dia sejumlah besar hingga 38 juta. So ini di tahun 1981. So yang balance tu yang 38 juta tu, dia di akaun biasa saja ke atau di deposit. Ini ada satu kehasilan untuk kerajaan. So saya nak tanya ni, dia di akaun depo, deposit ke akaun biasa. So yang jumlah 121 juta ini, kami berharap kerajaan baru ni, kami kira belanjakan wang yang sejumlah besar ni untuk pembangunan negeri ini. Jangan simpan saja kerana sekarang nampak ni, ekonomi besar atau ekonomi tak kuat tu, kena perlu wang di pasaran, kami bercadangkan kerajaan ini berpakai wang yang sedia ada dalam baki ini, berapa, berapa tahun ni simpan dalam bank saja, atau guna tak guna tak tahu lagi. So kami harap kerajaan baru ni berpakai wang sedia ada haa, kerana ni simpan duit zaman dulu, saya pun tak tahu, Rantau tau atau tak tau, haa, wang yang macam besar, macam ni rumah awam harga rendah sebanyak sejumlah besar 38 juta, simpan dalam bank. So kami harap kerajaan baru dengan smart dan bijaksana berpakai wang yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Okay. Ada yang nak bahas lagi? Yang Berhormat Linggi, silakan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya sebenarnya cuma mohon sikit pencerahan kerana semasa Yang Amat Berhomat Sikamat membentangkan Rang Undang-Undang ni tadi, dia ada menyebut kalau tak silap saya tentang bajet pertambahan yang diperlukan oleh Pejabat Tanah Port Dickson. Tapi saya lihat dalam kertas dewan yang di, di, di, dihantar pada kami, saya tak nampak pulak pertambahan merujuk kepada Port Dickson. Kalau boleh penjelasan, itu saja.
Ada? Haa, Jeram Padang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Belanjawan Tambahan ini. Antara per, pembentangan di situ dimasukkan bahawa B09 Pelbagai Perkhidmatan. Dan ini kemungkinan besar saya anggapkan merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak disenaraikan di sini, tetapi merangkumi semualah. Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan bantuan mangsa dipanah petir di Palong. Dan dimaksud di, dinyatakan dalam Facebook Yang Berhormat Nilai, bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan 6,000.00 untuk keluarga tersebut. Tetapi ada 2 lagi keluarga yang juga telah mengalami masalah yang sama ataupun kemalangan yang sama iaitu seorang Asli, Orang Asli di Kampung Panchor dan seorang lagi nelayan, seorang nelayan di Port Dickson. Dan dua-dua juga, juga telah meninggal dunia, tetapi mereka ini tidak dibantu oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap perkara ini diambil perhatian kerana kedua-dua keluarga juga adalah keluarga miskin. Dan saya juga rakamkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan kerana telah memberi, meluluskan bantuan kebajikan kepada kedua-dua keluarga. Tetapi apa salahnya me, menghulurkan bantuan kecemasan sedemikian 2,000.00 seorang sekeluarga, bagi kedua-dua keluarga yang tertinggal di situ, iaitu seorang Panchor di DUN saya dan seorang lagi di Port Dickson.
Dan saya juga ingin nak bertanya, apakah Jabatan Pertanian ataupun Unit Nelayan, Unit Perikanan ini, bantuan-bantuan yang sediakan kepada nelayan, sebenarnya apabila saudara Kannan, iaitu seorang nelayan di Port Dickson itu mati dipanah petir, keluarga tu terlalu miskin sehingga bekalan air, air untuk keluarga tersebut telah, ke rumah tersebut telah diputuskan pada hari yang ke-15 selepas kematiannya. Sebenarnya pada hari yang ke-15 dan 16 adalah upacara karumathi ataupun upacara agama untuk si meninggal. Tetapi
potongan itu telah dibuat pada hari yang ke-15. Nasiblah saya dah panggil Pengarah SAINS dan mereka telah menyambung semula tetapi pada hari yang ke-16 di, di, diputuskan lagi. Jadi saya anggapkan Kerajaan Negeri dalam hal-hal yang sedemikian ini saya anggapkan perlulah berperikemanusiaan. Dan sekarang ini, kami pun telah kutip wang daripada orang ramai untuk membina rumah si mangsa tersebut kerana memang teruk keadaannya. Saya berharap pada masa-masa akan datang, pihak SAINS ini ambillah sikap, mengamalkanlah sikap berperikemanusiaan agar keadaan ini tidak berulang. Dan bil itu adalah lebih daripada 2,000.00. Dan saya tak pasti mengapa tidak diberi amaran ataupun tidak dipotong sebelum itu, semasa ketua keluarga tu masih hidup. Sekurang-kurangnya bolehlah diselesaikan. Jadi ini perlu diambil perhatian.
Dan satu lagi, bekalan bagi Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan 855,000.00 di sini. Juga saya nak maksudkan bahawa, nak maklumkan bahawa, saya tak pasti jalan Juasseh ke Jalan Bahau itu, Jalan Persekutuan ataupun Jalan Negeri. Tetapi saya nampak dalam mas, dalam, jalan yang sepanjang lebih kurang 200 meter tampalannya begitu banyak, begitu banyak sehingga jalan itu taklah rata. Jadi saya berharap pihak JKR ini, kalau nak buat tampalan yang begitu banyak dalam jarak yang begitu pendek itu, biarlah di, diturap semula bahagian itu. Jadi kalau boleh nanti, bolehlah pihak JKR itu bawa kereta dari Bahau ke Seremban, bolehlah tengok sendiri. Jadi apa salahnya, ia diturap sepenuhnya. Ini akan memudahkan pengguna jalan raya tersebut.
Dan akhirnya sekali, terima kasihlah kerana melancarkan Majlis Perbandaran Jempol, rancangan terdahulu oleh Kerajaan Barisan Nasional itu diteruskan. Tetapi elaun-elaun itu saya dima, dimaklumkan bahawa perlu diubah suai mengikut Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran. Tetapi Majlis Perbandaran ini, pegawai-pegawai kerajaan ini belum lagi menerima upgrading dalam hal ini. Jadi, saya berharap Kerajaan Negeri ini, kemungkinan besar elaun itu, saya tak pasti sama ada pekerja tu pekerja Kerajaan Negeri ataupun staff daripada Kerajaan Persekutuan. Apa salahnya elaun itu di, dimurnikan ikut perben, Majlis Perbandaran. Dah lama dah dilancarkan ni. Jadi, mereka ni masih menunggu, saya anggapkan kakitangan kerajaan di situ masih menunggu kenaikan elaun di kategori Majlis Perbandaran. Jadi saya berharap Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihlah kepada pihak SAINS yang sanggup menyambung semula air
bagi rumah keluarga Encik Kannan ini, itu saja daripada saya, sekian, terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya bangun bukan nak berbahas, saya cuma nak mintak penjelasan daripada Jeram Padang. Rumah yang potong air tadi di kawasan mana Yang Berhormat Jeram Padang? Saya kesianlah Dato’ Dipertua.
Di Chuah, DUN Chuah.
Parlimen mana?
Tak salah, Parlimen Port Dickson.
Port Dickson.
Port Dickson.
Tak apa – tak apa. Nanti bagi saya sebab saya nak melawat Ahli Parlimen, bakal Perdana Menteri ke-8 Dato’ Yang Dipertua. Inshaa Allah, saya cuba bantu.
Chembong ni betul.
Dato’ Yang Dipertua, tadi pembangkang ada bincang mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 yang katakan EXCO tak perlu Pegawai Penyelidik. Tapi Chuah sokong Rang Undang-Undang ini sebab harapan rakyat terhadap Pakatan Harapan ini amat tinggi. Dan segala keputusan yang kita buat ni harus bermutu tinggi jugak. Biar dengan izin, biar kita jangan jadi penny wise dan pound foolish. Biarlah Pegawai Penyelidik ini boleh bantu EXCO membe, membuat research dan memberikan, dan membuatkan keputusan yang bermutu tinggi supaya segala keputusan yang dibuat penuh dengan sebab-sebabnya dan secara telitilah. Jadi, ini adalah sedikit lain dari kerajaan yang dulu. Jadi, satu Pembantu Khas untuk EXCO memang tidak mencukupi sebab sekarang ni banyak hal yang
kena mereka buat. Jadi, saya mohon yang, kalau boleh pakatan apa ni, kerajaan yang dulu ataupun pembangkang sekarang ini wajib sokong mereka supaya membuat keputusan yang lebih sempurna. Itu saja yang saya nak tambah, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita masih dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang ya, Enakmen Perbekalan Tambahan 2019. Ada yang masih nak bahas? Kalau tak ada kita nak bagi peluang kepada pihak kerajaan untuk menjawablah, persoalan-persoalan tadi. Ada? Kalau tak ada saya persilakanlah, haa? Makan? Makan dulu. Tak apa, kita tangguh sebab kata dah lapar sangat ni, kita tangguh mesyuarat kita, persidangan kita. Dan akan masuk pada pukul 2:00 ya, pukul 2:00 ya, sidang Dewan ya. Haa? 2:30? Okay, kita bagi 2:30 lah sebab ada yang nak pergi sembahyang semua, ada yang nak mandi sembahyang, okaylah. Jadi kita tangguh sehingga 2:30, inshaa Allah. Zohor cepat Yang Berhormat Rantau sekarang ni pukul 1, awal, Zohor awal sekarang, satu, haa awal. Jadi kita masuk 2:30 ya. Jadi saya tangguh kita punya persidangan. Sekian wabillahitaufek walhidayah, assalamualaikum WBT.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.42 tengahhari]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.42 petang]
[YB ADUN Chennah tidak hadir pada sesi petang]
[Persidangan sesi petang dipengerusikan oleh YB Timbalan Yang Dipertua Dewan]
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, tadi, pagi tadi, sesi pagi tadi kita dah selesai perbahasan, so saya mohon, saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab.
Dato’ Speaker, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih atas perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Rantau dan ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian sidang Dewan sekalian, khususnya Yang Berhormat ADUN Rantau supaya merujuk kepada
Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, Fasal 73 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959, Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), Arahan Perbendaharaan AP51 dan 52, dan Pekeliling Perbendaharaan PB2.6. Virement ataupun pindah peruntukan hanya boleh dilaksanakan apabila baki dalam satu Vot Bekalan adalah mencukupi dan boleh diagihkan kepada mana-mana Objek sebagai OS yang lain dalam Vot Bekalan yang sama seperti yang dinyatakan dalam AP51 dan Pekeliling Perbendaharaan PB2.6. Selain daripada itu, berpindah peruntukan hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Pengawal yang diberi kuasa untuk suatu Vot bekalan yang dipertanggungjawabkan kepadanya sahaja. Jika melibatkan pertambahan dalam mana-mana Vot Bekalan yang lain, maka ianya hendaklah dibawa atau dibuat secara bertulis kepada Dewan Negeri selaras Undang-Undang Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, Fasal 73 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959 dan AP 52. Sukacita juga saya maklumkan kepada sidang Dewan bah, Dewan bahawa kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar hanyalah terhad untuk menghadkan ataupun menggantung apa-apa perbelanjaan yang diberi kuasa sedemikian seperti perenggan 13(3)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).
Dato’ Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019, sidang DUN kali ini adalah semata-mata untuk memastikan tatacara dan prosedur kewangan dipatuhi sepenuhnya. Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan kali ini amat komited dan berikrar untuk melaksanakan tadbir urus kewangan secara telus dan berintegriti tinggi. Perkara ini juga telah pun dirujuk terlebih dahulu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan nasihat yang tepat dan teratur.
Penjimatan peruntukan mengurus. Tuan Yang Dipertua, seperti mana yang telah saya bentangkan pada pagi tadi, penjimatan peruntukan mengurus sebanyak 6.994 juta adalah berpunca daripada kecekapan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri dalam memantau prestasi dan keupayaan berbelanja oleh jabatan-jabatan. Hasil daripada pemantauan tersebut, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri telah berjaya mengesan beberapa jabatan yang tidak boleh berbelanja di bawah Objek Am (OA 10000) disebabkan berlakunya persaraan, pertukaran keluar dan kenaikan pangkat yang tidak akan mencapai pengisian sepenuh 100%. Sehubungan itu, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri telah menasihati saya supaya tidak meluluskan perubahan peruntukan kepada Objek sebagai OS yang lain, di bawah Vot Bekalan yang sama semata-mata untuk menghabiskan peruntukan yang telah diluluskan atau disebut sebagai Christmas Shopping sebaliknya, memilih untuk membentangkan kepada
sidang Dewan kali ini untuk menambah peruntukan kepada Vot Bekalan yang lain yang lebih memerlukan.
Hasil. Yang diper, Tuan Yang Dipertua, seperti mana yang telah dinyatakan juga pada pagi tadi, Kerajaan Negeri amat yakin akan berjaya mengutip hasil melebihi 430 juta seperti yang disasarkan dalam benjawan, belanjawan tahun 2019. Sehingga hari ini, iaitu 26 Ogos 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak 343.72 juta iaitu 79.77% daripada 430 juta yang telah dibajetkan. Jumlah kutipan ini melebihi 30 juta berbanding tempoh yang sama tahun 2018. Jumlah ini juga terus, akan terus meningkat sehingga Disember 2019 melalui jangkaan hasil adalah seperti berikut: Premium Tanah – 50 juta, Pelaburan Dalam Negeri – 20 juta, Caj Air Mentah – 8 juta, Permit Tanah dan Galian – 8 juta, Cukai Tanah semasa dan tunggakan – 7 juta, Bayaran Iktisas – 2 juta dan Duti Hiburan – 1.5 juta. Selaras dengan strategi ketiga bajet 2019, iaitu mengurangkan tunggakan hasil, Pejabat Kewangan Negeri telah menggandakan perbincangan bersama Lembaga Peminjam Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk menuntut tunggakan Cukai Tanah melebihi 72 bulan dianggarkan 5 juta ringgit.
Justeru sekali lagi ingin ditegaskan bahawa Kerajaan Negeri adalah optimis untuk mendapatkan hasil melebihi jangkaan yang ditetapkan dan seterusnya melakar sejarah kutipan hasil terbaik berbanding pemerintahan yang terdahulu, inshaa Allah. Itu saja Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya mohon nak celah ya. Sebagai ADUN Chuah, saya terasa bila Jeram Padang mengambil berat tentang kawasan saya tadi haa. Tadi saya tak sempat nak jawab sebab saya nak kena pasti dulu sama ada orang yang dibincang tadi itu adalah sama dengan orang yang saya tahu …..
Ahli, ahli Yang Berhormat …..
….. nama …..
Chuah.
Ya.
Sebelum bangun, patut kena mintak kebenaran daripada saya. Tapi tadi pihak kerajaan sudah jawab. So memang tidak boleh lagi soal.
Cuma nak penjelasan bagi Jeram Padang ini.
Saya mintak maaf, tidak, tidak dibenarkan. Tidak benar, tidak dibenarkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang ini telah dibahas serta dijawab oleh kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila …..
Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa perkara juga saya telah bangkitkan tadi. Saya belum dapat jawapan.
Kerajaan sudah dijawab, tak perlu lagi bangkit-bangkit.
Belum Dato’ Speaker.
Belum jawab.
Boleh dapat penjelasan sedikit Dato’ Yang Dipertua ya. Kerajaan membentangkan belanjawan 430 juta. Sekarang kerajaan akan memberi mandat untuk tambahan 6.994 juta. Maknanya jumlah perbelanjaan akan menjadi 436.994 juta untuk setakat sekarang. Tetapi duit itu sebenarnya bukan duit yang baru, tapi di-off set daripada penjimatan yang disebut tadi. Walaupun pada mulanya Yang Berhormat Sikamat kata kerajaan berhemah, tapi yang berhemah awal, tapi digunakan balik duit tersebut ya. Jadi, saya nak tahu pengakhir ceritanya nanti, macam mana kita punya kedudukan bajet keseluruhannya? Apakah kerajaan akan melaporkan ianya sebagai suatu surplus ataupun lebihan ataupun ianya akan jugak akan jadi balance budget pada pengakhir cerita nanti, Dato’ Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa tadi ucapan saya mengatakan bahawa bajet
tetap 430 iaitu belanjawan berimbang ya. Cuma kita hanya membetulkan dasar dan prosedur yang di, dibenarkan oleh kita. Jadi, itu sebenar maksud tujuan kita menyatakan ada apa, bajet tambahan ini. Tapi sebenarnya adalah menggunakan duit yang sedia ada, Dato’ Yang Dipertua. Jadi perbelanjaan adalah perbelanjaan berimbang. Terima kasih.
Yang Berhormat, saya memang tak faham ya. Sebab ini bajet tambahan ini maknanya kita akan membenarkan perbelanjaan tambahan, over and above the budgeted figure that whe had approved by this Dewan yang mulia pada akhir tahun lepas, 430 juta. An additional of 6.994 million been approved today. Meaning that, mintak maaf Dato’ Yang Dipertua ya, maknanya kita akan ada bajet yang diubah kepada 436.994 juta, perbelanjaan kita. Makanya, maknanya dia akan ada satu defisit. Tapi dia tidak akan jadi defisit kerana ianya been covered by amaun yang sama oleh penjimatan yang sedia ada. Itu yang pada mulanya saya katakan tadi, mengapa perlu buat bajet tambahan. Kerajaan dah dibagi kebenaran, kerajaan dah dibagi mandat, dalam Dewan ini pada akhir tahun lepas, untuk menggunakan sejumlah wang yang diperuntukkan sejumlah 430 juta yang mana pecahannya kepada pengurusan, pembangunan dan yang lain-lain.
Jadi, itu sebab pandangan saya tadi, Dato’ Dipertua, bahawa tidak ada perluan, keperluan untuk kita buat bajet tambahan. Kuasa dah dibagi untuk berbelanja 430 juta tu, melainkan kalau dah tak ada lagi duit, makanya yang 6.994 juta itu perlu dimintak kelulusan daripada Dewan yang mulia ini, kerana satu sen duit yang keluar daripada Akaun Yang Disatukan mesti mendapat mandat. Ini bukan dikeluarkan. Duit tu dah ada, dah diluluskan, Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua …..
Dato’ Yang Dipertua, sebelum, biar, biar Yang Amat Berhormat jawab sekali harunglah ya. Boleh ya?
Satu kalau bangun, saya ingat kita tidak boleh selesaikan hari ini …..
Bagi semua orang bangun, jadi boleh gulung sekali sajalah.
Sebab memang kita dah susun dah. Satu orang cukuplah tu.
Tak, saya, saya …..
Ketua Pembangkang dah, dah, dah jawab, dah tanya soalan sudahlah tu.
Dato’, Tuan Yang Dipertua, tadi saya ada bangkitkan, satu mohon pencerahan tak disentuh oleh …..
Jangan panjang, pendek.
Ya, dengan pencerahan tentang mengapa dalam Kertas Dewan tak ada pertambahan di Pejabat Daerah Port Dickson. Yang keduanya, lanjutan sedikit saja daripada Rantau, tadi Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kita kekal sebagai bajet berimbang. Jadi bila kita dah increase kita punya expenditure kepada 436, adakah kita akan meningkatkan hasil kepada 436 jugak untuk tahun ini? Itu saja.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Linggi. Mengenai apa, peruntukan tambahan, memang port, Pejabat Daerah Port Dickson tidak terlibat kalau kita disemak betul-betul. Dia tidak memohon peruntukan tambahan ya. Kalau ada pun besok boleh digunakan, boleh jadi di bawah SUK ya. Saya, tadi saya, kita dah maklumkan daripada awal lagi jawapan saya tadi mengenai bahawa Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, Fasal 73 Undang-Undang memang boleh kita buat per, pindah peruntukan tetapi sebenarnya hari ini kita nak mengikuti per, perlembagaan di samping Pekeliling Perbendaharaan (PB26), AP 51, Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan, Fasal 73 Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan 1959 dan AP 52 boleh dipindah sesama Vot B ataupun perkara yang sama. Tetapi apabila melibatkan perkara-perkara lain, kita mohon daripada Dewan untuk dipindah, untuk ditukar Vot tersebut, Vot Bekalan tersebut.
Saya setuju apa yang dicakap oleh Yang Berhormat Sikamat. Elok dimintak …..
Kalau setuju, duduklah.
Ya?
Kalau sudah setuju, duduklah.
Tak. Saya, setuju setuju supaya dia jangan dibagi nama sebagai bajet tambahan. Dia sebagai kebenaran kalaulah kita apa kan, kebenaran untuk memindahkan peruntukan, ya, itu saja, sebab duit memang dah diluluskan. Ini bukan peruntukan baru yang akan digunakan. Kerajaan akan mengguna duit yang ada 430 juta itu. Itu yang saya nak tekankan Tuan Yang Dipertua ya.
Yang Berhormat Rantau, saya rasa kita dah panjang lebar. Dan saya, sebenarnya itulah peruntukan yang dibolehkan ya, hanya istilah itu saja yang boleh kita gunakan dan undang-undang itu terpakai dan kita harap itulah yang kita buat adalah untuk kepentingan rakyat dan untuk semua tahu apa sebenarnya tujuan kita ubah supaya semua tahu, ketua-ketua jabatan faham apakah sebenarnya tujuan kita supaya mereka dapat melihat, semua dapat melihat, dapat apa yang kita lakukan ini adalah untuk lebih transferancy kepada semua dan kita harap bahawa ini akan kita teruskan pada masa akan datang, inshaa Allah, terima kasih.
Okay terima kasih …..
Yang Berhormat Timbalan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju …..
Yang Berhormat Timbalan Speaker.
….. Rang Undang-Undang ini dibacakan …..
Yang Berhormat Timbalan Speaker.
….. dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Satu orang, Linggi saja. Yang kecuali? Yang lain semua? Rang-rang, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua.
[Keputusan undian: semua 18 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Linggi dan YB ADUN Seri Menanti– tidak bersetuju, YB ADUN Kota – berkecuali, manakala ahli Yang Berhormat lainnya tidak mengundi]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2019 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa, Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’, Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan rang-rang, Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 17 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, manakala semua 16 orang ahli Yang Berhormat pembangkang tidak mengundi]
[Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah …..
Setiaudaha Dewan: Fasal 1.
….. menjadi. Ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Setiausaha.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal kedua adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang dibekal, Perbekalan Tambahan 2019 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “bersetuju”. Yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Lebih bersuara bersetuju. Dewan bersidang semula.
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan le, dan telah lebih dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan yang di, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Sekali satu kali satu orang saja. Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Jumlah undian: semua 17 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan yang hadir bersetuju. YB ADUN Kota – tidak bersetuju, manakala ahli Yang Berhormat pembangkang yang lainnya tidak mengundi]
Enakmen Perbekalan Tambahan 2019. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara kelima, Penangguhan Mesyuarat.
Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana telah mengendalikan persidangan dengan jayanya.
Tuan Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk dimenangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima 6 permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi bersidang, persidangan kali ini. Walau bagaimanapun, selepas undian dijalankan, permohonan daripada YB ADUN Palong digugurkan mengikut Peraturan 29(1)(a) – Peraturan-Peraturan Dan pemerintah, Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Sembilan.
Seterusnya setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan …..
Timbalan …..
….. membuat …..
Yang Berhormat Timbalan.
….. membuat Ucapan Penangguhan selama 10 minit sahaja. Diteruskan setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat Ucapan Penangguhan selama 10 minit sahaja.
Timbalan Speaker, saya nak maklumkan sedikit. Kami …..
Saya tidak dibenarkan …..
No, saya nak maklumkan saja …..
Saya tidak dibenarkan, saya mintak Chembong …..
Kami dah berbincang …..
….. duduk.
Kami dah berbincang ada 4 orang daripada pihak kami nak buat ucapan, mohon buat Ucapan Penangguhan. Jadi, yang salah seorang daripada kami akan menarik diri. Tapi bukan daripada Palong, Tuan Timbalan Speaker.
Tadi saya sudah baca kerana Peraturan-Peraturan yang diperintah tetapkan bagi Dewan Perhimpunan Undangan Negeri, sebab itu saya digugurkan, gugur Palong.
Bukan saya digugurkan. Saya menggugurkan [bercakap secara off mic].
Saya menggugurkan Palong.
Tuan Timbalan Speaker, atas justifikasi apa yang ADUN Palong digugurkan bukan yang lain, ataupun salah seorang daripada kami akan menarik diri.
Ikut peraturan sudah ada, okay, Penasihat Undang kita sudah dapat, okay, saya mintak duduk, saya mintak yang, yang …..
Yang Berhormat Speaker. Saya mohon …..
….. Yang Berhormat ADUN Chembong.
….. penjelasan, saya mohon peraturan Dewan mana dipakai guna ni? Ataupun ….. [YB ADUN Kota bangun] silakan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua Dewan, sebenarnya kami hantar 4 nama, lepas tu kami dihubungi oleh Setiausaha Dewan mintak bincang untuk tarik seorang. Jadi, atas dasar itu kami mengatakan bahawa kami tariklah diri seorang. Jadi saya harap tak perlulah Yang Dipertua menggunakan kuasa untuk menggugurkan ahli kami. Cukup dengan apa yang kami bincang dan keputusan kami tadi, yang akan menarik ialah …..
Okay, itu Palong …..
….. Seri Menanti.
….. kerana, kita digugurkan kerana apa, sepatutnya kita dah tetapkan masa dan haribulan, tetapi beliau hantar bulan 8, 16 haribulan. Maksudnya dah tamat …..
Jadi.
….. tempoh sepatutnya kena hantar.
Yang Dipertua, itu isu dia bukan di sini. Di sini ialah Setiausaha Dewan menghubungi kami.
Tak, kita dah …..
Bukan, bukannya orang biasa …..
….. kita dah bincang dengan Setiausaha sekali …..
….. yang menghubungi kami. Setiausaha Dewan menghubungi kami mintak seorang tarik diri, jadi kami tarik diri. Yang tarik diri ialah Seri Menanti.
Okay tak perlu kita buat argument. Walau bagaimanapun, selepas undian dijalankan, permohonan daripada, kita buat undi, berapa yang setuju …..
Tuan Timbalan …..
….. atau tidak setuju.
Saya mohon diberi peluang untuk saya jugak mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan. Mengatakan bahawa saya menghantar surat melepasi tarikh ditetapkan adalah tidak benar sama sekali. Saya menghantar surat sebelum masa yang, masa terakhir untuk kita menghantar permohonan.
Sebab kita terima surat …..
Dan kami telah berbincang …..
….. 16 haribulan bulan 8.
E-mel bertarikh 14 haribulan.
16 haribulan kita terima, sepatutnya …..
….. dan tarikh tutup pun 16 haribulan.
….. bulan 7, 25, 24 haribulan yang kita, kita letakkan haribulan itu yang last, tetapi kita dapat selepas 1 bulan.
Yang Berhormat. Ucapan Penangguhan tamatnya 16 haribulan 8.
Tak apa, saya mintak Kota tolong duduk.
Tak, Yang Berhormat.
Saya mintak Kota, Yang Berhormat Kota duduk.
Kenapa tarikh ni salah?
Kerana saya dengan Palong.
Saya mintak Setiausaha …..
Saya mintak …..
….. Setiausaha Dewan tolong betulkan.
….. Yang Berhormat Kota duduk.
Dewan …..
Saya mintak …..
….. mengatakan 16 haribulan 8…..
…… Yang Berhormat Kota duduk.
Yang Berhormat, 16 haribulan 8 dengan 7 tak sama kan?
Saya mohon Kota duduk.
Yelah kalau Yang Berhormat salah, saya terpaksa tegur.
Ini, ini, ini, ini saya bagi kemanusiaan kepada beliau, okay, saya bagi dia 10 minit untuk membuat Ucapan Penangguhan.
Sekarang? Okay, terima kasih.
Yelah, saya dengan Palong-lah. Kenapa lain semua sibuk sangat. Okay, okay, diteruskan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menyampaikan dan mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan pada petang ini. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli.
Timbalan Yang Dipertua, saya mengambil ruang dan peluang pada petang ini untuk membahaskan ataupun untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan di bawah kata kunci “kelestarian hidup rakyat”. Ada 2 perkara yang ingin saya utarakan pada petang ini yang menyentuh secara langsung tentang kesejahteraan hidup rakyat terutama di kawasan saya.
Perkara yang pertama yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan the basic need ataupun tentang keperluan asas rakyat iaitu kemudahan kesihatan. Saya masih ingat dalam Dewan yang mulia ini, seawal tahun 2018, saya kemukakan permasalahan klinik kesihatan di kawasan saya. Dan yang terbaru ialah saya telah pun mengemuka, menge, mengemukakan soalan secara lisan pada tarikh 24 April 2019 dan telah pun diberi jawapan oleh EXCO yang berkaitan. Saya ingin merujuk kepada hansard muka surat 130, muka surat 9, soalan dia yang muka surat 9 dan jawapan yang diberikan dalam muka surat 130. Saya ingin nyatakan di sini, soalan saya ialah, bilakah kerja-kerja penambahbaikan kemudahan awam seperti laluan pesakit OKU, tandas OKU, kerusi menunggu serta siling yang hampir runtuh dapat dijalankan dan apakah kekangan bagi menjalankan kerja-kerja penambahbaikan ini yang masih belum dilaksanakan. Maka jawapan telah diberikan kepada saya, di dalam Dewan yang mulia ini ialah, Dato’ Yang Dipertua, saya baca pada muka surat 130 dalam Jilid 1, hansard kita, Dato’ Yang Dipertua, ini mengikut EXCO yang menjawab, kerja pembaikan kemudahan awam di Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 iaitu pembaikan siling telah dilaksanakan, telah dilaksanakan pada 28 Februari 2019, dan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan naik taraf kemudahan fasiliti Klinik Kesihatan Palong 4,5,6 termasuk kemudahan awam, kemudahan OKU yang telah dipohon di bawah peruntukan penyelenggaraan jabatan.
Maknanya dalam jawapan yang diberikan pada bulan April yang lepas, isu-isu ini telah pun disiapkan. Tapi malangnya, Timbalan Yang Dipertua, dalam lawatan saya, pada awal Ogos yang lepas, satu benda pun tak berbuat lagi. Bayangkan tandasnya yang tak ada air, yang mana ibu-ibu mengandung, termasuk orang kurang upaya yang sakit, terpaksa bawak baldi, bawak gayung pergi cedok air masuk ke bilik air, sebab kemudahan yang tidak diuruskan. Ini adalah keperluan asas rakyat. Sebab itu seawal 2018 saya kemukakan soalan ini. Tetapi jawapan yang diberikan sungguh mengecewakan. Saya di, saya diyakinkan oleh Dewan ini bahawa telah dilaksanakan. Tapi sebenarnya bila kita turun padang, ianya tidak langsung dibuat. Sampailah awal bulan Ogos saya lihat, tak buat lagi.
Dato’ Yang Dipertua, Dewan ini memberikan jawapan pada persoalan rakyat. Dan bila saya kemukakan soalan, bermakna itu adalah suara rakyat. Dan jawapan yang dibentangkan dalam Dewan ini, saya bawak balik kepada rakyat. Bila saya bawak balik kepada rakyat, rakyat kata kita menipu. Ini bukan soalan S, soalan karangan SPM, yang perlukan format dan fakta untuk jawab semata-mata nak jawab. Kita mesti menjawab mengikut realiti di bawah. Kalau belum buat, kata belum buat. Kalau tiada peruntukan, kata tak ada peruntukan.
Sebab itu soalan saya, yang saya kemukakan ialah, apakah kekangan bagi menjalankan kerja-kerja penambahbaikan. Saya tanya soalan tu. Dan jawapan diberikan ialah tidak ada sebarang kekangan. It means no problem. Kalau tak ada masalah, kenapa tak buat? Adakah masyarakat di Palong itu masyarakat kelas kedua, yang tidak layak mendapat khidmat kesihatan yang baik? Itu baru cakap soal air, Yang Berhormat Bahau, belum lagi cakap soal, soal, soal lampu. Lampu tak di-repair, siling hampir runtuh tak berbuat, yang telah pun kita bawak. Sebab itu bila kita bawak soalan dalam Dewan ini, Timbalan Yang Dipertua, ia bukan sekadar untuk hanya nak mencerita saja. Kami nak memberikan maklumat supaya kerajaan mengambil langkah-langkah yang positif. Langkah-langkah yang tepat supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Itu perkara yang pertama. Jadi, saya melahirkan rasa kecewa saya dengan jawapan yang diberikan oleh EXCO berkaitan. Saya tak tahulah, apakah niat dia memberi jawapan tersebut, atau dia hanya membaca teks. Hakikatnya ialah tidak dilaksanakan dan bolehlah saya katakan beliau telah mengelirukan Dewan terhadap persoalan yang saya kemukakan.
Perkara yang kedua, yang ingin saya ambil peluang di sini juga, Timbalan Yang Dipertua, rakyat memilih kerajaan adalah dengan harapan kerajaan akan mendengar suara rakyat. Rakyat mengharapkan supaya kerajaan akan mendengar, akan menjaga kebajikan mereka dan akan membela mereka bila mereka memerlukan pembelaan. Di kawasan Palong, Timbalan Yang Dipertua, rakyat telah mengadu masalah pengurusan ladang berbulan-bulan lamanya. Saya, dan saya juga pernah membawa isu ini dalam sidang Dewan ini tentang masalah mereka. Dan mereka pergi mengadu pulak kepada pejabat-pejabat FELDA, mereka dicop, mereka disenaraihitamkan. Sedangkan, hakikat sebenarnya ialah mereka hanya mendapat pendapatan 600.00 ringgit, 700.00 ringgit, 800.00 ringgit, bukan sebab mereka malas. Sebabnya ladang mereka tidak diuruskan dengan sempurna. Mereka dah kemukakan pada, kepada Pejabat FELDA, tidak ada tindakan. Maka mereka perlu panjangkan suara ini kepada kerajaan kerana kerajaan adalah tempat rakyat mengadu. Kerajaan mesti mendengar suara rakyat.
Yang Berhormat Palong.
Ya.
Tinggal 1 minit.
Terima kasih. Oleh yang demikian, oleh kerana mereka telah rugi ribuan ringgit, dan baru-baru ini disebut jugak tentang dana, suntikan dana 6 billion ringgit melalui Kertas Putih yang diwar-warkan dengan begitu hebat, mana perginya dana tersebut. Sampai sekarang tak dibantu pun, sampai sekarang tidak ada cukup buruh untuk menguruskan ladang. Kerajaan buat apa? Ini bukan isu satu bulan, telah berbulan-bulan, mereka rugi sebulan 1,000.00 – 2,000.00 ringgit. Kalau setahun 10,000.00 – 15,000.00 ringgit mereka rugi. Siapa nak ganti? Mereka bukan orang yang senang lenang, ramai yang sakit, ramai dah berumur, ramai dah berusia, maka kerajaan perlu dengar suara mereka, Timbalan Dipertua. Mesti ada satu tindakan yang serius bukan hanya cakap saja, tapi cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap. Kata nak suntik modal, tetapi tidak ada apa-apa.
Dan terima kasih kepada Timbalan Dipertua, kerana memberi ruang kepada saya. Sekian, terima kasih.
Kawan kan, bagi ruang. Yang Berhormat ADUN ……
Tuan Dipertua.
….. Seri Menanti.
Izinkan saya mencelah sikit. Saya ingin membawa perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Palong, tentang ahli Dewan yang berbohong dalam Dewan supaya siapa-siapa yang berbohong dalam Dewan ini, dirujuk kepada jawatankuasa yang kita tubuhkan iaitu Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan, yang dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua sendiri.
Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucapkan berbanyak terima kasih. Assalamualaikum WBT, saya ingin menarik perhatian kepada Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang liputan internet di kawasan ataupun di DUN Seri Menanti ini yang mana liputan internet ini saya lihat tidaklah seperti yang dijanjikan oleh pihak telco sendiri. Dan pihak telco saya lihat hanya pandai berjanji, pandai memberikan tawaran-tawaran yang manis-manis tetapi apa yang berlaku di kampung-kampung, realitinya di kampung-kampung tidaklah seperti mana yang dijanjikan. Apabila saja kita masuk ke kawasan luar bandar, terutamanya dari Seremban, masuk saja ke kawasan Kuala Pilah, kita dapati kelajuan internet akan, akan jatuhlah, akan drop. Dan, dan ini menyukarkan ya, menyukarkan kita, menyukarkan jugak ya, masyarakat dan rakyat dalam kawasan DUN Seri Menanti, bukan sahaja di sana, tetapi jugak ya, di sekitar Kuala Pilah.
Soalan ini saya dah ajukan sebelum ini, tetapi nampaknya pihak telco tidak mempedulikan, sebab tulah saya mintak Kerajaan Negeri ya, untuk memberikan perhatian sewajarnya untuk meneliti ataupun untuk mengawasi ya, aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh pihak telco ini yang dijanjikan tetapi tidak ditunaikan janji dia. Dan ini sebenarnya memberi impak ya, kepada anak-anak mudo yang, anak-anak muda yang ada di kawasan luar bandar. Mereka setiap masa mengakses internet, tetapi liputan internet ataupun kelajuan internet tadi tidak seperti mana yang mereka harapkan. Ia juga menyebabkan mereka-mereka ini akan mencari alternatif lain, makna dia, dia tak duduk kat situ, dan dia akan berpindah ke tempat lain. Dan ini akan mengurangkan jumlah penduduk ataupun masyarakat di luar bandar terutamanya di kawasan Seri Menanti sendiri.
Kalau kita lihat bukan sahaja kawasan Seri Menanti, malahan ya, di kawasan Istana Besar Seri Menanti, Bandar DiRaja Seri Menanti. Internat di sini sekejap ada, sekejap tak ada, ya, sekejap hilang, sekejap okay, sekejap tak okay. Ini saya lihat yang satu perkhidmatan yang cukup teruk, teruk sekali ya, di kawasan-kawasan luar bandar, yang perlu diberikan perhatian.
Dato’ Yang Dipertua, yang kedua dia iaitu tentang Perkampungan Budaya Terachi. Perkampungan Budaya Terachi kalau kita tengok hidup segan mati tak mahu. Dalam, saya mengemukakan soalan di dalam Dewan ini, tapi sayang, sayangnya soalan saya tu ya, dijawab
secara bertulis iaitu tentang untuk memajukan semula pusat ataupun perkampungan budaya ataupun pusat kraftangan, pusat kraf ya, di kawasan Terachi ini di, dijadikan, saya mencadangkan dijadikan pusat pemasaran ya, kepada hasil pertanian yang ada di dalam kawasan DUN Seri Menanti dan khususnya dan di dalam Daerah Kuala Pilah. Sebab kita tengok ya, dari segi permintaan yang mana ramai apa ni, pengguna-pengguna jalan raya di antara Kuala Pilah – Seremban ini yang boleh untuk membeli belah ya, di kawasan ataupun di pusat yang kita boleh majukan ini ya, sebagai pusat untuk mengumpul barang, hasil pertanian terutamanya dalam kawasan DUN Seri Menanti ini. Dan ia juga bagi saya akan menawarkan lagi ya, peluang pekerjaan kepada anak-anak muda terutamanya dan juga mengekang mereka daripada berhijrah ya, daripada Seri Menanti ke kawasan-kawasan ataupun tempat-tempat yang menawarkan pekerjaan yang lebih baik kepada mereka.
Jadi kepada Kerajaan Negeri, saya harapkan akan dapat memberi perhatian pertamanya menyegerakan ya, pembangunan semula kawasan kraf ataupun Pusat Kraf Terachi ini. Dan yang kedua dia untuk memastikan ia juga memberi peluang meningkatkan ekonomi orang kampung terutamanya mengekang anak muda kita berhijrah ke luar. Dan secara tidak langsung jugak ya, dia akan mengembangkan lagi semula ekonomi dan jugak menawarkan lagi peluang-peluang kepada anak, kepada masyarakat dan memajukan kawasan DUN Seri Menanti ini.
Yang ketiganya Dato’ Yang Dipertua, iaitu tentang live ya, kita punya Facebook SUK kita. Saya heran, untuk kali, persidangan kali ini tak ada live pulak. Saya, saya tak dapek akses tadi, saya tak dapat akses. Atau pagi tak ada? Saya akses pagi. You bukak ke? You tak ada, diam-diam. Haa, secara langsung, okay. Dan kalau ada tu, tahniahlah ya. Pasal saya dapat rasakan ia manafaat, cukup manafaat …..
Bil phone tu belum bayar.
Okay, dia tak potong lagi. Dia tak potong lagi. Kalau belum bayar tadi, saya mintak Timbalan Yang Dipertua tolong sikti ya, sebab itu hari saya sokong dia.
Dato’ Yang, tapi, Dato’ Yang Dipertua ya, Timbalan Dipertua, tentang Facebook tadi, ia memberikan manafaat yang cukup besar kepada rakyat kita di Negeri Sembilan. Kita dapat, mereka dapat tengok saya berdebat, mereka dapat tengok Timbalan Yang Dipertua
mempengerusikan kita punya persidangan, dan mereka dapat tengok keseluruhan perjalanan persidangan kita. Dan ia jugak menda, kita jugak mendapat manfaat dengan feedback-feedback yang mereka bagi. Jadi macam-macam feedback yang kita nengok, yang boleh kita perbaiki tentang kelemahan-kelemahan kita. Dan kalau hari ini ada ya, tahniahlah dan kita teruskan lagi. Dan mungkin, yelah mungkin bil internet tadi, internet saya lembap, sebab itu saya kata tadi, internet lembap ya.
Dan yang ketiga dia, iaitu masalah pelaksanaan kerja. Saya tengok yang terpaksa dibatalkan semula di kawasan saya di Kuala Talang. Saya tengok, tak tahu sama ada kerja Pejabat Daerah ataupun kerja JPS, kerja longkang ya, di sawah. Apabila longkang dah siap dibina, semua dah siap, saya diberitahu tuan tanah tak membenarkan. Dan kawasan tersebut, longkang tersebut terpaksa dikambus semula ya, untuk, untuk perhatian Yang Amat Berhormat Menteri ya, ini bagi saya satu pembaziran sebab rancangan yang tak betul, yang menyebabkan kerugian yang berpuluh ribu ya, kepada kerajaan. Jadi pihak kerajaan perlu ambil perhatian ya, tentang pembaziran sebegini ya, supaya ia tidak berlaku lagi terutama EXCO luar bandar kena tengok, EXCO luar bandar kata tahu tempat ni kan, haa kena tengok, turun.
Dan, nanti jawab ya. Dan ia perlukan perhatian dan jugak perancangan yang teliti oleh pihak jabatan supaya tidak berlaku ya, permasalahan-permasalahan yang memberikan kesan yang tak baik kepada orang kampung. Bayangkanlah longkang yang dah siap, air yang mengalir kek situ sepatutnya ya, ditimbuskan balik dan akhirnya akan membanjirkan ya, tempat-tempat yang ada di hulu dia. Jadi sebab itulah peran, saya kata tadi, perlukan perancangan yang tepat untuk melaksanakan ataupun mendapat kan kelulusan daripada tuan tanah untuk melaksanakan ya, kerja-kerja yang sebegini.
Dato’ Yang Dipertua, masa lama lagi Dato’ Yang Dipertua ya? Satu minit lagi? Nyosa saya tanya Dato’ Yang Dipertua, satu minit je lagi. Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itu sajalah ya, saya nak sampaikan. Terima kasih kepada semua. Dia kata seminit lagi, kalau saya sambung point kang, lebih satu minit. Jadi baiklah saya habiskan ya, Dato’ Yang Dipertua. Saya ni sebenar wakil, wakil rakyat yang baik, Dato’ Yang Dipertua, saya ikut, ikut, ikut perintah. Dan alhamdulillah ya, dan terima kasih kepada semua yang, terutama Dato’ Yang Dipertua, memberi peluang kepada saya. Dan saya nak ucap tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua ya, Dato’, yang telah pun menyelesai menunaikan fardu haji ya, baru-baru ni supaya kita mendoakan supaya dia dapat mendapat haji yang mabrur, peroleh haji yang mabrur. Tau kan Dato’
Yang Dipertua? Timbalan Yang Dipertua tahu ya, haji mabrur ya? Dan, dan jugak terima kasih kepada rakan-rakan saya …..
Saya, saya pernah duduk di Qatar. Saya tahu.
Apa maksud dia yang, Dato’ Yang Dipertua, Tuan Yang Dipertua?
Kalau nak, kalau nak cakap lagi lebih detail itu memang tak bolehlah. Tapi saya faham.
Yelah faham …..
Ya.
….. sebut sikit, sebut sikit.
Tak payah sebut sebab saya, walaupun ini, saya selepas balik dari Qatar, saya …..
Tak saya nak dengar sikit saja maksud …..
Tak, saya balik dari Qatar, saya memang ada, ada salam dengan kawan …..
Okay, masa dah cukup Dato’ Yang Dipertua.
Dan kalau balik pun mereka tak ada jawab.
Masa dah cukup dah tak boleh lagi lah, masa dah cukup…..
Tak, tak ada jawab. So terima kasihlah Seri Menanti …..
Terima kasih.
….. kerana ikut masa. Saya mintak persilakan Yang Berhormat Chembong.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Timbalan [batuk], maaf, Tuan Timbalan Speaker. Saya jugak macam Seri Menanti, baik, jadi Timbalan Speaker jangan risau, seperti biasa saya Chembong akan bercakap, akan mengutarakan yang baik-baik saja, Timbalan Speaker, yang menarik-menarik saja. Kalau pun ada yang kurang baik, itu daripada pandangan Timbalan Speaker. Kalau pun ada yang kurang menarik, itupun mungkin dari pandangan Kerajaan Negeri. Tapi walaupun kurang baik, kurang menarik daripada Kerajaan Negeri, ianya baik bagi rakyat, bagi negeri, saya akan bawa, Timbalan Speaker.
Timbalan Speaker, masa berlalu begitu pantas, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, diam tak diam, senyap tak senyap, kini dah setahun lebih dah Pakatan Harapan menjadi kerajaan mentadbir kerajaan, sama ada di Pusat ataupun di Negeri Sembilan ini. Setahun lebih, dah hampir 15 bulan. Jadi, sidang Dewan kita pada kali ini, Timbalan Speaker, adalah merupakan sidang Dewan kali yang pertama di mana Kerajaan Pakatan Harapan merentasi had masa satu tahun, kali pertama, sidang Dewan ini dulu belum satu tahun lagi. Jadi kepada rakan-rakan daripada Pakatan Harapan tak boleh nak gunalah, kalau nak bagi alasan, hari ni kahwin, besok nak dapat anak, tak boleh bagi alasan tulah ya. Satu tahun, 15 bulan, kalau orang berumah tangganya, kalau belum lagi dapat anak, ataupun belum ada lagi tanda-tanda nak ke arah itu, bapak mertua …..
Chembong.
….. mak mertua …..
Chembong celah sikit Chembong.
Tak dibenarkan.
Tara, sikit jugak.
Tak dibenarkan.
Chembong tak sombong, saya tahu.
Dato’ Speaker, Timbalan Speaker …..
Chembong tak sombong.
….. saya tak benarkan, Timbalan Speaker.
Chembong, memang tak cukuplah, kadang-kadang kahwin satu tahun pun tak boleh jadi …..
Pagi tadi …..
….. haa tolonglah.
Pagi tadi saya difahamkan Chembong dengan ni Seremban Jaya kata kawan karib. Sekarang tidak boleh izin dia kata pulak.
Saya baik dengan tu, Seri Tanjung. Kalau 15 bulan belum ada apa-apa lagi, Timbalan Speaker, bapak mertua, mak mertua dah jeling-jeling. Hey, kena check-lah, something is wrong somewhere. Jadi, Dato’ Speaker, saya berkata begini adalah pada pengamatan saya Pakatan Harapan dah 15 tahun, 15 bulan secara pengamatan saya tak ada apa pun yang boleh dibanggakan. Saya mewakili masyarakat di kawasan saya, tak ada satu pun pencapaian yang boleh dibanggakan sangat, tidak seperti mana yang diwar-war war, war-warkan sebelum pilihan raya dulu, Dato’ Speaker. Tak ada satu apa pun, setakat inilah.
Oleh itu, tapi walau bagaimanapun, Timbalan Speaker, saya secara peribadinya terpaksa jugak mengakui dalam tempoh 15 bulan ni banyak perubahan-perubahan telah dilakukan oleh Pakatan Harapan sama ada di peringkat Pusat ataupun Kerajaan Negeri ya, banyak. Kalau boleh saya sebut sebagai contohnya apa yang dilakukan perubahan adalah contohnya dulu sistem percukaian kita, kita dah gunalah GST, GST. Tapi dikatakan, dituduh GST ni merompak hal, wang rakyat dan sebagainya, ditukar semula kepada SST. GST dikatakan menyebabkan harga barangan naik, tapi sekarang, balik semula kepada SST, bukan sekadar barangan, harga barangan terus naik, tetapinya terus melambung-lambung naik, Timbalan Speaker. Ni rungutan daripada rakyat, harga barangan dapur, harga barangan ikan-ikan, barang-barang segar di pasar raya. Jadi Tuan Speaker, ya, Timbalan Speaker, banyak lagi. Sepatutnya harga yang perlu diturunkan, diturunkan. Ini yang patut turun, naik. Yang patut naik, turun. Tapi ada jugak yang turun Timbalan Speaker, ada jugak, harga getah turun, harga sawit turun, bursa, indeks bursa saham di Kuala Lumpur turun. Dulu sebelum pilihan raya 1,800 indeks lebih kurang, sekarang ni dah lebih kurang 1,500 saja, ya. Kita punya nilaian Ringgit susut, menurun, ya. Jadi apa yang masyarakat dapat daripada peralihan ini, perubahan ini?
Ya, jadi Timbalan Speaker, banyak lagilah. Banyak perubahan, tetapi sama ada perubahan ini mendatangkan manafaat kepada rakyat, kepada negeri, negara, tak perlulah saya cakap di sini, biar masyarakat yang nilaikan, perubahan. Dulu anak-anak kita pergi sekolah, adik-adik kita pergi sekolah pakai putih, sekarang kasut hitam. Rakan kita, ni, ahli-ahli Yang Berhomat daripada kerajaan pun banyak buat perubahan, tadi cakap Seremban Jaya, dulu lain, sekarang dah lain. Dulu rajin masuk paper, surat khabar, tunjuk jalan berlubang. Tiap-tiap minggu keluar muka dia. Tunjuk jalan berulang. Sekarang dah tak keluar. Perubahan-perubahan nilah…..
Semua ada, tapi cakap dasar, dasar. Tara, tara cakap longkang, semua banyak cepat dia orang buat. Saya mahu terima kasih Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai.
Jadi, Chennah sama jugak, rakan kita daripada Chennah, buat perubahan di peringkat Pusat. Dulu, kita ada sistem apa
kamera AES kan, untuk mendidik, mengawal sedikit kelajuan lalu lintas kenderaan kita di lebuh raya, dikatakan menghukum rakyat, membebankan rakyat, ditukar, ditukar bukan dihapuskan. Dulu kata teruk, ditukar kepada AWAS, satu perubahan. Dulu cuma lebih kurang 19 unit, sekarang, haa, 30 unit lebih kurang. Jadi perubahan-perubahan yang saya nak katakan sini tidak menguntungkan rak, rakyat. Carilah dasar-dasar yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat. Jangan serius sangat Timbalan Speaker ya.
Sama jugak peringkat negeri. Tadi, kita lihat tadi ada sedikit perdebatan tentang kita nak membawa ke dalam Dewan ini bajet tambahan. Mungkin ada perdebatan ataupun sa, pandangan yang lain, tapi bagi saya, dari aspek lain pulak, perubahan yang pertama di, boleh buat oleh Kerajaan Negeri dulu adalah sebaik saja memerintah, mentadbir negeri, tukar semua pegawai kanan kerajaan yang utama. Dato’ SS-nya bertukar, LA-nya bertukar, SFINO-nya bertukar. Kalau saya punya pandanganlah, demi negeri ini …..
Saya mahu mencelah sikit, Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, boleh haa? Ini masalah tukar-tukar, tapi kita sendiri ada fahamlah, kita pun sudah 2008 sudah Dewan yang mulia ini, tapi bila dulu Menteri Besar zaman BN, Menteri Besar sudah tukar, bila Menteri Besar baru sudah sampai, pegawai-pegawai pun ada tukar. Ingat.
Tolong bagi tahu pegawai mana yang saya tukar.
ADUN kawasan Rantau, ada banyak, ada.
Bagi tahu nama.
SUK tukar, lagi, cikgu …..
SUK …..
….. cikgu janggut. Sekarang sudah, kita sudah tukar balik sama dia SMK Seremban.
SS, SUK itu naik pangkat. Sebab dulu SUK cuma ada satu saja jawatan JUSA C. Dia kena naik pangkat. Dia pergi JUSA B. Saya tak tukar siapa-siapa, dia naik pangkat ya. Okay. Kalau yang Mufti itu, disebabkan oleh Mufti sendiri …..
Teruskan …..
….. yang mintak ditukarkan.
….. Yang Berhormat Chembong. Tinggal lagi satu minit.
Timbalan Speaker, ini untuk, eh Timbalan Speaker, saya tengok sekarang Timbalan Speaker pun ada berubah sikit. Dulu okay, sekarang ada act sikitlah. Betul, perubahan …..
Yang Berhormat Chembong …..
….. perubahan …..
….. sudah bagi …..
….. yang tak membawa manafaat.
….. 2 minit extra.
Perubahan yang tidak bawa manafaat ya, ya, Tuan Pengerusi, Timbalan Speaker, ini FBLive tau.
Yang Berhormat Chembong …..
Seremban Jaya pun sama.
Chembong baik, tambah 60 saat.
Chembong, Chembong, Chembong diteruskan.
Saya maksud tadi Pegawai Kanan Kerajaan yang utama ini Tuan Speaker, Timbalan Speaker, saya tahu perubahan ini, tetapi maksud saya dari segi aspek lain, tinggalkan dulu. Maintain dulu untuk kita ambil gunakan pengalaman-pengalaman dia, setelah mentadbir kerajaan setahun, setahun lebih kalau nak buat reshuffle pun okaylah. Dari segi pengalamannya Tuan Yang Dipertua. Sama jugak boleh diguna pakai dalam Dewan ini. Sebab nanti Menteri Besar-nya baru, Speaker-nya baru, Timbalan Speaker-nya baru. Faham maksud saya Timbalan Speaker ya? Jadi, tuan, Tuan Speaker bagi saya masa sikit, sebab saya nampak gayanya memang ketokohan ada, cuma saya, saya musykil, kalau macam ni kenapa tak dilantik jadi Speaker penuh dulu, ya. Sebab dah 3 penggal, kan. Jadi …..
Jangan api-apilah wey.
Tak, menang bertanding pulak tu. Tuan Speaker, yang saya, yang kami, yang rakyat mahukan adalah perubahan yang mendatangkan manafaat kepada rakyat, Tuan Speaker ya. Semangat, sikap yang nak menolong rakyat. Saya agak kesal, Timbalan Speaker, disebut, dituliskan dalam peringatan mesyuarat ini, sidang Dewan yang dulu saya ada sebut, di kawasan saya ada 2 buah rumah terbakar, saya sebut dalam ni, bukan saya tak sebut. Tetapi bila saya tanya, sehingga semalam, minggu lepas, tak ada lagi bantuan daripada Kerajaan Negeri. Saya ucapkan terima kasih kepada Baitulmal, ada hulurkan bantuan sedikit. Saya ucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, ada hulurkan bantuan sedikit. Yang saya kesalkan adalah apabila salah seorang daripada mangsa kebakaran ini datang berjumpa Yang Amat Berhormat Sikamat, balik tangan kosong. Jadilah seorang pemimpin yang orang puji, Timbalan Speaker, tak heran macam ni, kalau orang kawasan saya cakap meragui, apakah kerajaan hari ini adalah kerajaan sepenggal. Saya pun nak jugak rasa berbangga kalau Menteri Besar saya, kerajaan, Menteri Besar Negeri Sembilan ini seorang yang disegani, kalau macam ni saya nak berbangga apa, Timbalan Speaker.
Jadi, saya sebutlah yang lain-lain sikit, Timbalan Speaker, ya. Saya jugak nak sampaikan, Timbalan Speaker, ada beberapa perkara kalau boleh tolong tengok, tapi bukannya istilah tolong tengok, kena tengok. Persatuan-persatuan sukan, Timbalan Speaker, banyak mengadu kerana tiadanya, masih tiadanya dilantik Pengarah Majlis Sukan Negeri …..
Terima kasih Yang Berhormat Chembong …..
Timbalan Speaker …..
….. masa dah tamat dah.
….. ini membantutkan …..
Saya sudah bagi 3 minit extra. Cukuplah.
Selalunya …..
Pasal …..
….. striker …..
Pasal kawan saya sudah bagi 3 minit extra, kalau lebih bagi tu terlalu lama…..
Timbalan Speaker, selalu striker yang baik ni memang selalu kena cantas Timbalan Speaker ……
Saya minta tamatkan …..
Bagi saya cakap.
Saya minta tamatkan.
Timbalan Speaker, Pengarah Majlis Sukan Negeri ini penting sebab SUKMA, Sukan Malaysia tahun hadapan dah tak lama lagi. Persatuan-persatuan sukan mengadu tiadanya, kurangnya perancangan-perancangan disebabkan pengarahnya tak ada, Timbalan Speaker. Sukar ke nak pilih pengarah ni? Kalau tak, bagitahu saya, di kampung saya banyak calon-calonnya, Timbalan Speaker, ya.
Jadi, perkara-perkara yang lain, Timbalan Speaker, saya pun nak sebut jugaklah, ya, Rimbunan Kaseh. Tempoh hari dalam Dewan ini, saya sebut, saya mintak supaya umpamanya Jabatan Pendidikan datang turun tengok, kiranya anak-anak tersebut boleh diberikan bantuan Rancangan malay, Makanan Tambahan. Saya dapat maklum kajiannya telah dibuat, senarainya telah ada, tetapi masih belum diberi lagi sebab dikatakan tahun hadapan. Tak banyak Timbalan Speaker, kalau 20 orang berapa sen sangat satu hari, berapa ringgit sangat. Kalau nak tunggu daripada Kementerian Pendidikan lambat, tahun depan baru dapat, gunakanlah mana-mana peruntukan, Timbalan Speaker, ya.
Jadi, yang lain-lain ada sikit lagi Timbalan Speaker, saya mintak Jabatan Kerja Raya, dengarnya ada pengarah baru datang, kalau boleh jumpa saya ke kita pergi tengok ada jalan, jajaran FT001 ya, daripada batu, terutamanya, khususnya daripada menghala ke Tampin, daripada jambatan timbang JPJ hingga ke Pekan Pedas. Dah bertompok-tompok, Timbalan Speaker, macam dam dah ya. Jadi, Timbalan Speaker, akhirnya di kesempatan yang ringkas ini, minggu depan kita nak sama-sama sambut ulang tahun kemerdekaan negara kali yang ke-62 ya. Jadi saya ambil kesempatan bagi rakan-rakan yang lain jugak nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita. Terima kasih kita ucapkan kepada pejuang-pejuang kita yang telah lam, yang dulunya berjuang, berhempas pulas berkorban untuk memerdekakan negara ini, Tuan Dipertua ya, Timbalan. Cumanya saya nak ingatkanlah supaya kita sama-sama jaga, janganlah ada yang cuba untuk menidakkan ya, yang menghina ataupun mempertikaikan pejuang-pejuang kita dulu, terutamanya pihak tentera, tuan, Tuan Yang, Timbalan Speaker. Terima kasih banyak.
Okay, terima kasih Yang Berhormat Chembong. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Rantau.
Okay, ADUN Rantau tarik, tarik diri. So saya mintak Yang Berhormat ADUN Lobak.
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya ambil peluang ni sampaikan Ucapan Penangguhan saya, saya nak tanya tu, PBT, saya nak suara sini, keseimbangan antara pembangunan dan penyelenggaraan di Negeri Sembilan ini. Yang tadi ni, cakap ni, selama zaman dulu, zaman BN, memang masalah tu di kawasan sayalah, dan nampak ni masalah tu memang banyak tu. So sekarang zaman PH tu, kami mengucap tahniah kerana yang tu MPS ke, atau tu JPS ke, JKR ke, masalah itu, jikalau tak salah saya, 70% sudah selesaikan, 70% sudah selesaikan. So mengapa nak suarakan keseimbangan pembangunan penyelenggaraan kerana selama ini Kerajaan Negeri itu khasnya Barisan Nasional dulu tu, memang dia ada buat projek-projek. Projek ni di kawasan-kawasan, walaupun Lobak kurang, masih ada sikit. Tapi kami yang dapat tahu tu bahawa, bahawa peruntukan untuk penyelenggaraan tu, maintenance tu, dengan izinnya, tak puas, kurang, tak cukup puas hati kerana kekurangan kos penyelenggaraan tu menjadikan masalah-masalah yang tempatan. Umpamanya macam di tapak permainan kanak-kanak, kerana kekurang kos penyelenggaraan itu, menjadikan kerosakan-kerosakan tu, permainan kanak-kanak tu membahayakan, dan mengancamkan keselamatan budak-budak dan anak-anak kita ini.
So kami bercadang, kami tu nak, ini bukan satu contoh lagi, contoh lain tu macam pokok. Pokok ni yang sudah tua dan lama agak kering tua, atau nak, pokok kering tu, dia tumbang tu menjadikan masalah masyarakat dan mengancamkan keselamatan orang ramai, umpa, umpamanya satu kes yang pokok tumbang di Lake Garden dan satu kes lagi di Mutiara, pokok tumbang kena kereta. Inilah nyaris memautkan pemandu. So kami berharap, berharap yang tu, pembangunan ada tapi kos penyelenggaraan tu kena di, disediakan dengan masa, dengan semasa.
So masalah ini, selain itu, longkang-longkang sering tersumbat dan bersampah sara [sarap] tanpa dibersihkan dengan segera atau jadual yang diaturkan sehingga berlakukan banjir kilat pada waktu hujan lebat. Lagipun jalan raya yang khasnya lepas musim hujan tidak dapat ditambah baik dengan segera. Lubang yang jalan raya tu bertambah rosak dan akan bertambah kos baik pulih. So tambah pun penyelenggaraan terhadap bangunan-bangunan program perumahan rakyat seperti PPRT Lobak tu, yang saya selalu suarakan di Dewan yang mulia ini, sampai tu yuran penyelenggaraan tidak dapat kutip kerana rakyat yang duduk sana tak bayar. Kerana maintenance tak ada. So
mereka tak bayar, so ting-tong-ting-tong ni jadi masalah masyarakat dan menjadikan masyarakat komuniti. So kami berharap, berharap ni kos yang penyelenggaraan kena disediakan, disediakan untuk keselamatan dan ni penduduk di kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi, masalah-masalah ini memanglah akan mengancam dan bukan sahaja keselamatan rakyat dan mahupun, jikalau akibat kemalangan berlaku sama ada di jalan raya atau di sekitar perumahan, kesihatan rakyat dan kebersihan alam sekitar tu, juga akan terganggu jikalau masalah itu tidak diambil tahu dengan segera.
Timbalan Yang Dipertua, lubang jalan raya walaupun lubang ni kecil, tapi berbahaya kepada pemandu motosikal kerana hari hujan, lubang yang penuh dengan air tu, akibat jikalau pemandu motosikal tak nampak tu, dia akan menjatuhkan pemandu motosikal itu, jikalau nasib baik, cedera ringan saja, ataupun tidak, jikalau ni, kurang nasib baik dia mungkin akan jadikan satu kematian. So kami ni bercadang di Dewan ini, so hal ini kerana kos penyelenggaraan yang akan meningkat jika pemantau, masalah tersebut tidak dilaksanakan mengikut jadual, jadual waktu yang ditetapkan, secara tidak langsung imej dan reputasi pihak kerajaan akan terjejas. Hal ini akan menyebabkan maklumat Majlis Perbandaran-nya Seremban menunjuk sebagai sebuah bandar raya.
So kami berharap yang kerajaan baru ini, kena utamakan kos penyelenggaraan untuk menjaminkan keselamatan rakyat dan kebersihan alam sekitar ni, dalam kelestarian, tugas penyelenggaraan bagi setiap projek pembangunan yang dijalankan amat penting, rondaan dan pemantauan daripada pegawai kerajaan perlu sering dijalankan untuk menaiktarafkan sistem penyelenggaraan, kos penyelenggaraan penuh diperuntukkan dari masa ke semasa, kakitangan pihak berkuasa penuh diaturkan untuk menyelenggaraan dan menguruskan masalah-masalah dengan segera dalam tempoh masa yang singkat. Janganlah menunggu keadaan sudah menjadi teruk sehingga, sehingga keselamatan penduduk telah terancam dan barulah kita bersedar diri untuk mengambil tindakan. Kerjasama antara semua pihak termasuk NGO, orang ramai dan golongan masyarakat amat dihargai. Mereka boleh menjadikan mata dan telinga bagi pihak kerajaan, bagai aur dengan tebing.
So Timbalan Yang Dipertua, kemajuan sesebuah bandar bukan sahaja bergantung kepada pembangunan malah sistem penyelenggaraan juga perlu diseimbangkan. Pandangan keindahan bandar dapat dikekalkan jika kerjasama semua pihak diteruskan. Oleh itu, sebagai wakil pemimpin, mestilah memain peranan dengan sebaik-baiknya untuk memastikan pembangunan bandar yang dibina harmoni tanpa pencerobohan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan
tanggungjawab penyelenggaraan ini atas mudah satu pihak saja, kerana bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu kesediaan setiap anggota untuk bersedia berkorban dan bertolak ansur semasa kita akan memudahkan proses penyelenggaraan bandar ini. Komitmen jitu daripada semua pihak inilah sudah dapat meles, merealisasikan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gebilang dan terbilang. Dapat digambar dengan mudah, biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah rakyat harmoni di negara kita ini dapat disenangi kemajuan dan kemodenan.
So Tuan Dipertua, kami pun di Dewan ini, kami pun nak ucaplah, tadi ni walaupun Seri Menanti tak ada, dia cakap ni, kami pakai secara langsung sampai WiFi dia tak kuat, kami pun cakaplah, kami semua bernasib baik kerana zaman dulu menang nak langsung pun tak boleh, tak ada peluang nak langsung. So kami ucap tahniahlah bimbingan kerajaan yang bimbingan bawah ni Sikamat ni, kami berani buat ubahan tapi kami pun berani untuk terutamakan manafaat semua rakyat. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak, ikut masa. Dan juga saya silakan Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, kerana membagi peluang kepada Mambau untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan. Jadi, Ucapan Penangguhan Mambau pada kali ini satu perkara saja iaitu tajuk, tajuk dia, manakah, manakah penempatan, manakah tapak penempatan anjing-anjing liar. Jadi, saya memang tahu Kerajaan Negeri Sembilan memang ada berusaha untuk mencari satu tapak untuk menyimpan anjing-anjing liar ini, tapi sampai sekarang hampir setahun masih kita tertunggak, masih lagi kita belum tahu lagi di mana tapak ini, apa ni penempatan anjing terbiar.
Timbalan Yang Dipertua, isu anjing liar ini memang satu isu aduan utama, paling utama di antara kalangan rakyat cerita di Negeri Sembilan, tak kira di mana-mana kampung-kampung atau taman perumahan, dan anjing liar yang, yang terbiar ini biasanya ini ialah kesilapan manusialah, boleh dikatakan dan kecuaian manusia yang membela anjing ini. Semasa anjing-anjing, anjing masa comel, memang suka simpan dalam rumah, selepas anjing badan sudah besar, atau sudah besar, dan biar mereka, tuan rumah mereka terbiar anjing begitu saja di, di sekitar taman perumahan di lorong-lorong atau di lorong kedai. Dan ini amat membahayakan kepada orang ramai. Jadi, ramai ADUN, saya ingat di Negeri Sembilan ini pun sudah ada buat aduan ini
sama sekali di, atau dibangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini iaitu anjing pernah mengejar atau menggigit penunggang motosikal, itu yang terutamanya.
Dan yang kedua ialah yang jadi masalah kekotoran perseki, di sekitar tempat. Jadi saya nak tanya, mintak penerangan sikit, mintak penjelasan sikit, apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri sampai hari ini masih kita tak nampak, tak nampak apa itu tapak penempatan anjing liar ini. Sebelum ini kita yang tahu Kerajaan Negeri telah sediakan satu tempat di jalan Kuala Sawah, tapi akhirnya cerita pun begitu sahaja. Tak tahu dah belum, belum, belum, belum adakah itu tapak. Dan sekali, sekali lagi sekarang dengar khabar angin, dengar khabar angin tapak ini, tapak ini telah dipindahkan ke tempat yang lain.
Timbalan Yang Dipertua, aduan anjing liar ini memang sangat mendatangkan, mendatangkan kebahayaan kepada rakyat jelita [jelata], sebab nasib baik ini anjing liar ini bukan itu Rottweiler, kalau Rottweiler habislah kita penduduk. Jadi, saya harap, ada dengar khabar angin juga bahawa pada hari kelmarin atau masa kini, ada pihak PBT yang sudah tangkap anjing, dengan khabar yang, khabar angin sajalah, yang tangkap anjing kepada pihak yang terbabit, dan terus suntikkan mati kepada anjing tersebut. Jadi saya harap, mintak penjelasan Kerajaan Negeri adakah ini betul ke takde kerana ini mungkin akan menjadikan lagi satu masalah yang lain, yang lain pula. Jadi saya, saya berharap, saya berharap pihak, pihak Kerajaan Negeri pada hari ini boleh bagi satu penerangan atau bagi satu jawapan yang tetap, open-lah, jawapan yang terbuka kepada semua manakah tapak penempatan anjing terbiar yang akan di, yang akan dibangunkan pada, pada, pada masa yang akan datang ini? Dan saya harap ini, masalah ini akan selesaikan dengan seca, dengan secepat mungkin. Janganlah lagi apa ni, janganlah lagi pel, perlahan-lahan lagi haa, jangan, sebab ini memang satu aduan yang sungguh lama, kita tak perlulah buat satu aduan sampai satu tahun pun belum selesai lagi.
Jadi itulah ucapan saya, Timbalan Yang Dipertua, jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada peluang saya, kepada Mambau untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan kali ini. Terima kasih Tuan Yang di, Timbalan Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membuat Ucapan Penangguhan. Sekarang saya persilakan pihak kerajaan untuk jawab soalan-soalan dibangkitkan oleh Yang Berhormat – Yang Berhormat. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat Lobak dan juga Yang Berhormat Mambau yang telah pun tadi dalam Ucapan Penangguhan ada menyentuhlah beberapa perkara yang berkaitan dengan portfolio PBT.
Yang pertama saya ingin menjawab Yang Berhormat Lobak di mana Yang Berhormat Lobak memanglah setiap masa beliau memang agak prihatin terhadap apa yang telah pun sedang berlaku di kawasan beliau. Cuma untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, untuk taman-taman permainan, sebenarnya jikalau pihak PBT kita menerima sebarang aduan ataupun sebarang permohonan daripada pihak Yang Berhormat ataupun pihak-pihak NGO ataupun persatuan penduduk, kebiasaannya kita akan memberi pertimbangan jikalau permohonan tersebut berasas dan adanya keperluan untuk kita menaik taraf tempat permainan tersebut, pihak PBT kita akan mengambil tindakan yang sewajar. Kemungkinan besar kita tidak boleh buat dalam masa yang terdekat tetapi kita akan letak di dalam bajet kita untuk tahun hadapan supaya kita boleh buat kerja-kerja menaik taraflah, demi kesejahteraan penduduk yang tinggal di kawasan perumahan.
Untuk isu apa pokok, isu longkang, isu lubang jalan raya, saya rasa ini memang merupakan isu yang sering berlaku di mana sebenarnya pihak PBT selepas persidangan bajet yang lepas, sebenarnya banyak usaha telah pun diambil oleh pihak PBT khususnya MPS telah pun mengaturkan jadual setiap minggu mereka buat kerja-kerja cantas di setiap kawasan DUN. Dan kemungkinan besar, kemungkinan besar kerja-kerja mencantas pokok tersebut dia masih belum cukup haa, belum boleh mengurangkan ataupun mencantas pokok-pokok yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat Lobak. Tapi saya cadanglah kepada Yang Berhormat Lobak dan juga rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama, sila tujukanlah aduan tersebut kepada pihak PBT dan juga CC satu copy kepada saya dan, sebab bagi saya, saya rasa pihak Kerajaan Negeri, kita tak ada masalah untuk kita sedi, selesaikan masalah-masalah rakyat seperti longkang, pokok dan sebagai, dan sebagainya.
Dan untuk apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambau tadi, ya benar, isu anjing terbiar ini dia memang bukan salah satu perkara yang senang diselesaikan. Ketika pihak PBT mengambil tindakan yang tegas selepas menerima aduan daripada penduduk, kita dikutuk oleh pihak NGO. Dan bagi pihak PBT, kita telah pun mengambil apa, tindakan di mana kita cura, cuba cari jalan penyelesaian win-win di mana tangkapan anjing liar, anjing liar ataupun anjing terbiar ini kita akan selepas tangkap kita akan serah kepada pihak NGO. Itu cadangan yang pertama. Dan buat masa ini, perundingan masih dijalankan dengan
pihak NGO. Dan buat masa ini, sebarang aduan yang diterima oleh pihak MPS, MPN dan juga PBT yang, yang lain, kita akan mengikut SOP yang telah pun ditetapkan oleh pihak KPKT.
Jadi, dalam isu ini saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Mambau boleh bersama dengan pihak kerajaan dalam isu ini. Kerana isu ini, ketika adanya penduduk digigit, ataupun ada siapa-siapa yang terje, terjatuh dikerja [dikejar] oleh anjing liar ini, yang dikutuk adalah pihak kerajaan. Yang menziarah mereka di hospital adalah saya ataupun rakan-rakan Yang Berhormat EXCO yang lain. Kita ziarah mereka di hospital, tetapi di sebaliknya, pihak NGO pulak mengambil peluang untuk menyerang kita. Dan adanya yang berpihak kepada pihak NGO. Cuma dalam perkara ini, saya nak tegaskan sekali, yang isu-isu yang melibatkan keselamatan penduduk, kita tidak akan bertolak ansur. Dan kalau mendapat apa-apa aduan saja, sahaja, sila tuju kepada PBT ataupun kepada saya dan kita akan terus mengambil tindakan mengikut SOP yang sedia ada.
Jadi, saya harap dengan jawapan tersebut, saya dapat menjawab Yang Berhormat Lobak dan juga Yang Berhormat Mambau. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya ingin menjawab persoalan yang ditujukan oleh YB. Yang Berhormat Jeram Padang berkaitan dengan apakah bantuan yang disediakan oleh Jabatan kepada keluarga mangsa kecemasan iaitu yang saudara mendiang Kannan a/l Ramasamy, nombor kad pengenalan 800729-05-5395, no. vessel NSS428, ahli PNK Port Dickson, pengkalan, Pengkalan Bakar Arang. Tarikh kematian 20 haribulan 4 tahun 2019. Sebab kematian dipanah petir ketika berada di laut. Bantuan yang telah diberikan oleh LKIM adalah menerima bantuan subsidi e-petrol sebelum itu, sebanyak 1.65 seliter, penerimaan bantuan elaun sara hidup nelayan 200.00 ringgit. Bantuan yang diterima, yang diberikan bagi, bagi kematian adalah ahli Persatuan PNK Port Dickson dan LKIM adalah khairat kematian sebagai ahli Persatuan PNK Port Dickson sebanyak 500.00 ringgit, khairat kematian di bawah insurans berkelompok LKIM di bawah skim penerima elaun sara hidup nelayan sebanyak 77,000.00 ringgit. Sekian dimaklumkan.
Dato’ Yang Dipertua, yang 77,000.00 tu apa maksudnya? Saya …..
Khairat kematian di bawah insurans berkelompok LKIM, insurans.
Keluarga tu dah dapat 77,000.00?
Sudah dapat 77,000.00, terima kasih.
Dan saya …..
ADUN, ADUN Chuah pun ada bagi sumbangan haa dari peruntukan ADUN dan jugak …..
ADUN Jeram Padang pun ada bagi sumbangan.
Dan jugak ADUN Sri Tanjung.
Terima kasihlah …..
Speaker pun ada bagi sumbangan.
….. tapi yang saya Dato’ Speaker, da, Dato’ Timbalan, eh Dato’ pulak, Tuan Timbalan Speaker, yang saya tanya tadi kerana, dalam Facebook Yang Berhormat Nilai dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah berikan sumbangan kepada keluarga dekat Palong. Jadi memanglah saya bukan nak pertikaikan, saya alu-alukan, ini adalah satu perkara yang baik. Apa salahnya ia diberikan kepada keluarga Encik Kannan dan seorang lagi keluarga Orang Asli di Panchor yang juga meninggal kerana masalah yang sama, itu tragedi ya. Jadi, memang saya alu-alukan, memang saya ucapkan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri kalau diberikan sumbangan 6,000.00 ringgit. Keluarga Encik Kannan pun sampai bil air, yang Pengarah SAINS ada dalam Dewan yang mulia ini, tahu tentang bil airnya saja dah 2,000.00 lebih. Jadi, itu yang saya kata, kalau ada sumbangan macam itu bagi
keluarga-keluarga yang sedemikian, memang baik, itu yang saya maksudkan. Terima kasih.
Tak ada, tak ada kata terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan?
Saya dah jelaskan, saya dah katakan tadi, ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Nak sebut Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Barisan Nasional pun dulu telah memberikan sumbangan yang sedemikian, Yang Berhormat Rantau telah juga luluskan wang sebegini, bayaran, bantuan sebegini bagi keluarga yang telah meninggal dunia dekat, semasa pem, kebakaran di dekat hospital di Johor. Jadi itu yang saya maksudkan.
Yang Berhormat Paroi.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Ada beberapa yang berkaitan dengan portfolio pembangunan belia dan sukan. Yang pertama daripada Yang Berhormat Seri Menanti tentang bagaimana anak muda di kawasan Seri Menanti, yang berkaitan dengan pekerjaan supaya mereka tidak berhijrah daripada Kuala Pilah ke daerah-daerah lain. Menjadi harapan kerajaan bagaimana untuk anak-anak muda ini kita bantu sedaya upaya dan seboleh-bolehnya kita ingin mendengar sendiri daripada idea dan pandangan anak muda. Sebab itu di antara pendekatan kerajaan ialah kita mengadakan Dialog Inspirasi Anak Muda Negeri Sembilan. Kita telah turun ke 3 daerah. Yang pertama kita turun ke Kampung Chembong Halt di Rembau, dan kita turun ke Tampin, yang terbaru kita turun ke Kuala Pilah, dengan kehadiran lebih 100 orang anak muda yang berbincang tentang apa jua masalah yang mereka hadapi khususnya yang berkaitan dengan peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan.
Sebab itu Kerajaan Negeri melalui Tabung pem, Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan, kita telah memperuntukkan RM3.0 juta ringgit untuk membantu anak-anak muda yang ingin memulakan atau yang ingin memajukan perniagaan mereka, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan geran berjumlah RM3,000.00 ringgit. Dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak muda di Negeri Sembilan dan hampir 50% daripada permohonan itu datangnya daripada anak-anak muda sendiri.
Berkaitan dengan soalan daripada Yang Berhormat Chembong, saya mengajak semualah termasuk Yang Berhormat Chembong jugak supaya apa jua yang kita nak katakan, maka kita kena bermuhasabah jugak, melihat sendiri apa yang berlaku di kawasan kita. Mereka membawa isu kononnya tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Tapi Yang Berhormat Chembong jangan lupa, ada banyak jugak perkara yang menyebabkan rakyat di Chembong pun marah dengan Yang Berhormat. Hospital Rembau, ya, walaupun mungkin Yang Berhormat akan kata ini projek Persekutuan ya, ianya mula dilakukan pecah tanah pada 2008, saya ingat lagi, masa itu dekat-dekat pilihan raya, dibuat majlis, buat pecah tanah, tetapi sehingga 2018, masih lagi belum siap. Kalau ikut rekod dunia, inilah hospital yang paling lama untuk disiapkan, dekat lebih 10 tahun. Kalau saya jadi Yang Berhormat, saya malu nak lalu Rembau tu. Tapi alhamdulillah, berkat Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang juga orang Rembau, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, hospital ini inshaa Allah akan dirasmikan menjelang bulan Oktober ini.
Ada satu lagi projek besar di DUN Chembong yang jugak mungkin menyebabkan ADUN Chembong tak berani nak duduk Chembong, kena duduk dalam DUN Paroi, iaitu Kompleks Sukan Rembau, yang juga telah terlewat lebih 365 hari. Sepatutnya hari ini kompleks sukan itu sudah, sudah boleh digunakan oleh anak-anak muda di Rembau. Tapi, dalam pembentangan yang diberikan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Negeri, antara sebab kelewatan ini adalah akibat pemilihan kontraktor yang tidak layak, yang tidak berkualiti, yang berikan alasan-alasan kelewatan itu yang sangat memalukan. Antara alasan yang diberi, dia kata dia tak tahu bahawa ada barang yang terpaksa dibeli itu, tak ada dalam pasaran di, di Malaysia. Jadi, ini merupakan suatu perkara yang memalukan, walaupun Ahli Parlimen Rembau adalah kawan baik Chembong, Yang Berhormat Menteri jugak, bekas, dan ini merupakan sesuatu yang perlu kerajaan baru ini ambil perhatian supaya projek-projek yang melibatkan kepentingan rakyat ini tidak terlewat. Antaranya ialah Kompleks Pembangunan Belia di Pasir Panjang. Jugak mela, me, mengalami kelewatan 365 hari. Semua ini merupakan suatu petanda bahawa apabila pemilihan kontraktor ini tidak dijalankan dengan betul, dan tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya, akhirnya yang menanggung akibat dan mangsa adalah rakyat sendiri.
Projek Rimbunan Kaseh jugak berada dalam DUN Chembong. Saya dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah turun, melihat bagaimana berlakunya pembaziran yang sangat ketara. Kolam-kolam ataupun bekas-bekas yang, untuk dipelihara ikan terbiar begitu saja dengan
perbelanjaan melebihi jutaan ringgit. Rumah, apa, tempat-tempat untuk nak …..
Green house.
Green house ya, untuk menanam macam-macam cadangan yang di, di, dicadangkan untuk digunakan jugak akhirnya terbiar begitu saja, menyebabkan mereka yang sepatutnya dapat pekerjaan dan dapat bantuan atau untuk mereka meneruskan kehidupan akhirnya dibuai mimpi dan hari ini, kerajaan baru yang terpaksa menanggung segala kepincangan yang telah dilakukan.
Timbalan Yang Dipertua, berkaitan dengan Pengarah MSN. Memang kita telah menjalankan banyak temuduga dan akhirnya kita mengambil, orang kata tindakan segera dengan melantik pegawai daripada SUK untuk memangku Pengarah MSN ini. Dan alhamdulillah walaupun kita tidak ada Pengarah MSN yang selayaknya, yang telah diberikan apa, lantikan yang sebenarnya, tetapi pencapaian sukan di Negeri Sembilan jugak tidaklah me, begitu orang kata, masih boleh dibanggakan.
Antaranya ialah sukan sepak takraw, yang hari ini telah menunjukkan peningkatan, dan alhamdulillah, dalam STL yang lalu, takraw Negeri Sembilan telah menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan di peringkat kebangsaan. Sukan wushu, kita memenangi banyak pingat emas, yang terbaru di kejohanan Jeju International Wushu Championship. Bola sepak bawah 15 tahun, Negeri Sembilan menjadi Naib Johan Kebangsaan. Sukan renang yang begitu lama terperap, yang agak lesu, telah mula membuat kejohanan di bawah umur, yang dipelopori oleh Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan untuk melatih perenang-perenang pelapis. Begitu jugak dalam acara sukan combat, taekwondo, silat dan muay thai juga telah memenangi banyak pingat di peringkat kebangsaan. Hoki jugak menunjuk peningkatan yang baik. Dan kita jugak tidak melupakan sukan e-sport. Satu sukan baru yang akan dipertandingkan di sukan SEA jugak telah kita berikan perhatian.
Akhirnya saya mengajak semua yang hadir, menghayati tema hari kebang, hari kebangsaan kita yang ke-62 “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. Perkataan “sayang” ini sangat perlu kita hadam dan kita hayati kerana hari ini terdapat usaha untuk menyemarakkan api perkauman yang boleh menghancurkan masa depan negara kita, dan janganlah pula kita menjadi golongan yang menyemarakkan api perkauman ini dengan mencurahkan minyak ke atas perkara ini. Jadilah kita seperti
air yang jernih, yang boleh memadamkan api-api perkauman ini kerana kemerdekaan ini ada pejuangnya, daripada Tok Janggut, Tok Bahaman, Yam Tuan Antah, kita ada jugak Rentap, seorang bukan Islam berbangsa Iban yang namanya Ibannya Lubian, juga adalah pejuang kemerdekaan di Sarawak, kita ada Mat Salleh, sehinggalah kepada era Almarhum Tuanku Abdulrahman, Almarhum Tun Abdul Razak. Mereka ini disokong oleh orang, pejuang-pejuang yang bukan Melayu antaranya Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock. Jugak ada kaum India yang menyokong perjuangan ini, Tun Sambanthan. Mereka ini adalah pejuang-pejuang kemerdekaan, kemerdekaan tidak akan hanya dapat dikecapi kalau hanya diperjuangkan oleh satu kaum sahaja.
Maka perpaduan antara kaum ini perlu kita pertahankan. Kita mengambil pengajaran yang telah berlaku di negara-negara luar kita. Bagaimana api perkauman ini telah menghancurkan negara-negara seperti Syria, seperti Yaman, berlakunya pergaduhan antara kaum, di negara mereka yang akhirnya menyebabkan negara mereka hancur. Kemajuan, kesenangan dan kemakmuran itu tidak dapat dinikmati oleh rakyat. Dan yang rugi adalah kita semua. Maka api perkauman ini perlu dipadamkan. Janganlah pula kita menjadi mereka yang mudah terpedaya dengan budaya viral yang tidak berasas. Jadilah kita manusia yang bijak, yang diajar oleh Allah SWT supaya ber-tabayyun, kita memeriksa, kita menilai perkara tersebut dan mencari kebenarannya supaya akhirnya kita mempertahankan sesuatu yang benar, dan kita meletakkan aulawiyat, keutamaan kita kepada negara yang kita cintai ini.
Perpaduan antara kaum perlu kita pertahankan dalam masa yang sama, kita memohon rakan-rakan daripada pelbagai agama dan bangsa, supaya saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita mendidik rakyat di bawah kita, yang berada di bawah tanggungjawab kita supaya menjaga sensitiviti antara agama dan kaum. Kita didik mereka. Sebab itu dalam ucapan saya, dalam Himpunan Mahasiswa Negeri Sembilan semalam, saya mengajak mahasiswa, saya menja, supaya menjadi anak Negeri Sembilan yang bijak, yang tahu menilai kebenaran dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak ada asasnya. Inilah maksud tema hari kemerdekaan kita yang ke-62 “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. Mudah-mudahan kita menjadi mereka yang bijak dalam mempertahankan kemerdekaan negara dan keamanan negara kita kerana inilah matlamat utama kita sebagai kerajaan kepimpinan yang ada supaya negara ini terus dipertahankan, rakyat boleh menikmati segala kemajuan, kemakmuran yang kita miliki ini. Inilah, yang harapan saya, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Speaker, boleh, sikit? Sikit, sikit saja.
Tak payah celah-celahlah, kerajaan bagi jawapan.
Saya mintak Dato’ Yang Dipertua, tak ada sengaja, boleh tak boleh?
Macam mana, setuju tak? Tak ada setuju dan kita teruskan kerajaan untuk jawab.
Tak setuju, dia ada dua Timbalan Speaker, takut mahu dengar. Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Tuan Speaker, ni persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Palong ya. Tadi, sepatutnya Timbalan Speaker tidak memberi masa 10 minit tu pun dekat dia. Sebab dia bukan saja keliru sendiri, tapi mengelirukan ahli-ahli dalam Dewan ini dengan membangkitkan persoalan, jawapan kepada persoalan saya. Sepatutnya tak patut bagi.
Budi bicara.
Okay, untuk jawapan ini, saya nak bacakan baliklah soalan yang dibangkitkan pada persidangan lepas, oleh ADUN Palong sendiri ya, “bilakah kerja-kerja penambahbaikan kemudahan awam seperti laluan pesakit OKU, tandas OKU, kerusi menunggu, serta siling yang berhampiran, yang hampir runtuh dapat dijalankan dan apakah kekangan bagi menjalankan kerja-kerja penambahbaikan ini yang masih belum dilaksanakan”. Dan jawapan yang saya berikan sangat jelas, jawapan yang saya bagi, “kerja penambahbaikan kemudahan awam di Klinik Kesihatan Palong 4, 5, 6 iaitu pembaikan siling telah dilaksanakan pada 28 Februari 2019. Kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan naik taraf kemudahan fasiliti Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 termasuk kemudahan awam dan juga kemudahan OKU telah dipohon di bawah peruntukan penyelenggaraan jabatan”. Dan jawapan seterusnya adalah “tiada kekangan dalam pelaksanaan ini dan semua kerja-kerja pembaikan telah dijalankan, ini akan dijalankan secara
berperingkat bagi memastikan perkhidmatan kesihatan tetap dapat diberikan kepada pesakit dengan baik”. Dan beliau ada tanya soalan kedua iaitu “apakah status permohonan penggantian dan penambahan kipas serta penghawa dingin bagi bilik rawatan doktor dan kecemasan dapat diselesaikan?” dan saya memberi jawapan “pihak jabatan telah pun melantik kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan 2 buah penghawa dingin di dalam bilik rawatan dan kecemasan bagi Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6.
Dan tadi, semasa Ucapan penangguhan, Palong bangkitkan perkara berkenaan air. Dan juga berkenaan dengan lampu jalan. Tetapi perkara ini tidak dibangkitkan sebelum, hari ini baru dibangkitkan. Jadi, saya mintaklah Palong tolong buat homework dulu sebelum tanya soalan ya. Saya nak tambah juga, untuk kerja-kerja penambahbaikan kemudahan awam ……
Boleh, Tuan Speaker, saya response sikit.
Tak perlu.
Tak perlu?
Masa you tanya soalan, YB Palong tanya soalan, saya duduk saja. Saya tak mencelah pun. Hormat sikit.
Sebab tadi, tadi mintak …..
Saya tak …..
….. saya response, saya response sekarang.
Saya tak bagi laluan, sila duduk.
Ya, sebab Yang Berhormat tidak lagi berkata benar. Yang Berhormat hanya cakap, tapi di bawah tak ada. That’s my point.
Tunggu dulu, saya belum habis jawapan lagi.
Jadi jangan kata saya betulkan, saya cakap benda yang betul. Saya bercakap apa yang di kawasan, di tempat tu tak ada.
Yelah …..
Siling tidak dibuat.
….. saya tadi pun dah bagikan jawapan yang jelas kepada kamu …..
Siling tidak dibuat. Tuan saya tak menipu …..
…. YB, tolong …..
….. yang menipu adalah Yang Berhormat.
….. tolong, saya dah bagi jawapan jelas kepada kamu.
Yang Berhormat, biarlah kerajaan jawab dulu …..
Terima kasih.
….. lepas tu nak celah, boleh.
Untuk kerja-kerja penambahbaikan kemudahan awam di Klinik Kesihatan Palong 5,6 dijalankan secara berperingkat sejak April tahun 2019. Kerja-kerja yang telah dijalankan adalah penambahbaikan, pembaikan siling yang telah dijalankan pada 28 April 2019. Yang keduanya adalah pembaikan dan penyelenggaraan penghawa dingin, dingin di rawatan, di bilik rawatan dan juga kecemasan yang telah dibaik, diperbaiki dalam bulan April 2019. Dan pada 19 Ogos, saya sendiri telah turun ke Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 dan mendapati bahawa pembaikan lampu jalan yang sedang dijalankan bermula 27 Julai 2019 hingga 22 September tahun 2019. Manakala bekalan air di dalam klinik tersebut telah dibaiki dan pihak jabatan sedang memohon untuk SAINS memeriksa tekanan air di klinik kesihatan tersebut. Jadi ini adalah jawapan dan saya mintaklah lain kali jangan buat tuduhan melulu, study, homework dulu, baca soalan dan juga kalau tanya soalan, tanya dengan fakta yang betullah. [YB ADUN Palong berdiri] Tak perlu duduk, saya tak beri, saya tak bagi jalan. Terima kasih.
Timbalan Speaker bagi saya mencelah. Boleh ya? Terima kasih Speaker. Yang Berhormat, senang je Yang Berhormat, bila Yang Berhormat senang, mari kita turun bawah. Saya jemput Yang Berhormat datang, beritahu saya sekali …..
Saya dah kata tadi …..
….. saya pun boleh hadir sama.
….. jawapan yang saya berikan itu memang jelas …..
….. lain kali Yang Berhormat datang Palong, bolehlah ajak saya sama.
Boleh, tak ada masalah. Kita boleh turun sama-sama tengok …..
Kan. Saya boleh tunjukkan mana yang dah buat, mana yang belum buat.
Tetapi masa tanya soalan dekat Dewan yang mulia ini, tolonglah tanya dengan fakta yang betul. Jangan …..
Ya, fakta saya betul ……
….. cuma nak membangkitkan persoalan …..
Saya tegaskan sekali lagi …..
….. yang tidak benar …..
….. bahawa siling tidak dibuat dan air-cond tidak diselenggara …..
Saya dah nyatakan tadi…...
….. dan letrik di tempat-tempat penting tidak, tidak berfungsi, pesakit, tempat doktor …..
….. saya dah bagi jawapan, saya tak nak lanjutkan perkara ini.
Jawapan, jawapan Yang Berhormat ialah dah buat. Sebenarnya tak buat.
Yang Berhormat Palong, tadi saya ingat EXCO sudah jawab. Saya mintak Palong semak balik.
Saya dah semak, Yang Berhormat …..
Tak apa, semak balik.
….. Timbalan Speaker. Saya nak, saya nak betulkan …..
Sebab tadi EXCO keluarkan kenyataan dengan haribulan sekali. So, saya mintak …..
Saya nak betulkan.
….. semak balik.
saya nak betulkan, ya betul …..
Saya telah turun melawat, saya dah pastikan. Janganlah …..
Yang Berhormat, bila boleh turun Yang Berhormat?
….. janganlah …..
Bila boleh datang?
…. nak adakan isu pulak.
Saya tunggu.
Saya mintak dua-dua Yang Berhormat tolong duduk. Sama-sama duduk. Okay, pihak kerajaan, lagi. Haji Ismail.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam merdeka, inshaa Allah tak lama lagi. Jadi sebagai warga mer, Malaysia dan jugak negeri, kita bersama-samalah membina semula negeri dan negara kita. Membina semula ni maknanya ada yang baik yang dikekalkan, ada yang, yang, yang rosak kita baiki. Mana yang kurang baik, kita tinggalkan. Jadi saya bercakap bagi pihak kerajaan, kita jangan menyalahkan mana-mana pihaklah. Kadang-kadang kita kata orang, paku dulang pakur serpih, kata orang kita yang lebih. Jadi kadang-kadang kita nampak kuman di seberang lautan, tapi gajah, bangkai gajah depan mata kita tak nampak. Jadi walau macam mana pun saya terima pandangan apa saja daripada tuan-tuan dan jugak daripada ahli Dewan semua, bahawa kita sama-sama tanggungjawab,
sama-sama membangunkan negeri dan jugak negara kita. Dan kalau ada yang kesilapan-kesilapan yang lampau, jangan diulang balik. Dan kalau ada salah faham apa semua itu dibetulkan.
Saya turun ke Palong ni banyak kali rasa saya, tapi saya tak pernah berjumpa dengan DUN Palong, bersama dengan Yang Amat Menteri Besar. Yang saya nampak, Palong 7, Palong 8 saya nampak gambar YB Amin dan, YB Azmin dan jugak Tun Mahathir di, diconteng, diconteng. Ini satu tanda yang tidak baiklah. Pada saya, bukan itu cara menunjukkan protes yang tak sepatutnya. Dan saya dah mintak pengurus ambil tindakan. Jangan benda-benda yang tak baik ini berterusan ya. Ini contoh yang saya nampak.
Saya ingat saya dah turun banyak kali, saya dah turun. Dan saya cakap jugak sepatutnya sebagai DUN kita kena prihatin dan turun ke bawah, temu rakyat. Dan kalau ada masalah, kita bawak kepada pihak pentadbiran daerah, negeri dan sebagainya. Jangan tunggu dalam Dewan. Kalau tunggu dalam Dewan ini untuk bercakap kenapa kita ni, maknanya tak boleh selesai …..
Timbalan Speaker.
….. kita punya boleh, nanti dulu, bagi chance saya cakap dulu.
Labu ni bercakap macam dah 5 – 6 penggal jadi wakil rakyatlah.
Saya mintak Chembong duduk, Chembong duduk.
Ya, terima kasih Speaker.
Saya nak cakapkan ini sebab apa, kadang-kadang kita cakap, saya tahu, saya jugak dulu sebagai pegawai kerajaan, kita jangan menganaktirikan kawasan-kawasan pembangkang. Sebab itu saya cakapkan, pada masa pemerintahan PH, jangan kita menganaktirikan kawasan pembangkang. Untuk itu, pihak pembangkang, ADUN-ADUN datanglah bertemu, berbincang, bertemu dengan pegawai-pegawai
kerajaan. Macam tadi JPS, JPS ini senang aja, bila dah lulus projek itu, dia panggil sebut harga semua sekali, tapi bila nak buat, haa ada halangan daripada orang kampung. Contohnya di, di Lenggeng, yang kita nak buat paip air. Ada halangan seorang saja, akibat daripada dengar mana-mana cakap agaknya, menyebabkan projek tu terhalang. Jadi kita mintak, termasuklah di Seri Menanti, kalau ada projek-projek yang terbengkalai ataupun tertahan itu, bukan salah kita, salahnya mungkin pemilik tanah. Haa ini berlaku, di Lenggeng, tanah itu bukannya tanah kerajaan, itu tanah rakyat, dibuat jalan, kita nak selesaikan. Kita perlukan kerjasama semua pihak. Ini yang berlaku, yang pada pandangan patut kita ambil ingatan. Pegawai Daerah, pegawai-pegawai JPS Daerah, JKR Daerah ada tanggungjawab.
Saya boleh bacakan banyak peruntukan lebih kurang 1.0 juta MARRIS untuk baiki jalan-jalan di semua setiap daerah, 1 juta, ada 5 juta. Kalau tiap-tiap wakil rakyat ni bertemu, nyatakan mana kawasan dia yang patut baiki, silakan, kita akan terima, tak ada masalah, melalui MPK. Jumpa Ketua Kampung ni, apa salahnya, kita ADUN, kita kata orang, ular menyusur akar tak hilang bisa. Turun jumpa dengan dia orang, mintak. Ini pandangan saya, supaya kita buat projek-projek tersebut. Kalau tak jugak diterima, hantar terus kepada Pegawai Daerah ataupun Pejabat Daerah yang, pegawai jabatan daerah yang berkenaan.
Jadi, itulah harapan saya, berhubung dengan FELDA ni, saya dah cakap banyak kali dah. FELDA ni, saya ulang balik, kali kedua, dulu tak nak dengar cakap kita, sekarang ni kita nak dengar cakap you pulak, okay, kita dengar. Dan untuk itu, kita telah memberikan lebih kurang, berhubung dengan masalah peneroka ini, pengurusan, masalah peneroka dengan pengurusan FELDA, suntikan dana 6 bilion dan Kertas Putih tidak nampak kesan ya, kita tengok, ulasan saya, yang saya dimaklumkan ialah pada hari ini, harga komoditi yang rendah menjadi punca utama pendapatan peneroka menjadi rendah. Kalau dulu masa harga gotah mahal, kita pun minum air, air apa, air oren kita punya air basuh tangan kita, haa, jadi sekarang ni mungkin harga rendah. Tapi kita dalam proses untuk menaikkan, ada hubungan di antara negeri-negeri, antara Indosesia - Malaysia, supaya kita pastikan kita ada gerakan bersama untuk memastikan harga kelapa sawit ini dapat ditingkatkan ya.
Dalam masa yang sama jugak, kita apa, memohon supaya pengurusan teknoplant sentiasa dikawal selia oleh pengurusan FELDA sebab dia ni merupakan syarikat swasta. Dulu dibuat oleh FELDA, sekarang ini oleh kerana, oleh kerana FGV ya, jadi dia swasta, dia lain sikit pentadbiran dia. Jadi sejak, sejak itulah orang felda banyaknya tak dapat. Kalau dulu ada, ada lebih-lebih dividen tu banyak, 4 – 5 bilion, 4 – 5 bilion
setahun. Sekarang ni tak ada. Jadi kena, kena, kena me, apalah, kena ni, kena menghadapi realitilah. Sebab salah, telah kita buat kesilapan yang lalu.
Okay, yang ketiga. Majlis bersama pemimpin dan pengurusan dialu-alukan untuk menyelesaikan isu ini. Itu sebabnya pada pandangan sayalah, saya boleh datang ke Palong, ber, bertemu, berbincang dengan penduduk felda bersama dengan ADUN Palong, tak ada masalah. Sebab saya cakap kita nak menyelesaikan masalah bukannya nak mengada-ngadakan benda balik, mengungkit-ungkit perkara-perkara yang tak betul, tak ada masalah ya. Saya cakap banyak kali, saya turun banyak tempat, saya tengok, turun ke dasar, ada, ada kawasan-kawasan industri ataupun pelancongan yang tidak dijaga dengan baik walaupun duit telah diba, telah diberi, dibuat projek begitu lama, begitu banyak dulu, tak ada penyang, penyelenggaraan, itu saya cakap oleh DUN Lobak tadi ya. Ini cuma, pada semua daerah.
Kemudian, yang kata Kertas Putih ini sebenarnya telah diterangkan. Menteri telah turun pada bulan berapa dulu, bulan 6 ke bulan 7 yang dulu, bertemu dengan rakyat dan diterangkan pada seluruh peneroka melalui Pengurus Rancangan, jadi Pengurus Rancangan kena berperananlah. Jadi, kalau felda 7, Palong 7 Palong 8 tak faham, kita mintak mungkin pengurusannya mungkin tak dapat, sempat terangkan dengan baik lagilah. Yang pertama pecahan 6.23 bilion ini adalah seperti berikut: yang pertama 2 bilion penghapusan faedah hutang peneroka. Haa, peneroka berhutang, kita hapuskan hutang dia, 2 bilion. Kemudian yang, yang kedua, 250 juta menyiapkan projek terbengkalai perumahan generasi baru. Haa ini banyak, saya cakap dulu ada 8 projek, 2 yang siap, 6 lagi belum siap. Ini kita gunakan duit ni untuk kita siapkan perumahan untuk generasi kedua ya. 250 juta.
Kemudian yang ketiga, 1 bilion untuk program hasil baru. Hasil baru ini maksudnya projek-projek bagaimana kita nak menambah lagi pendapatan peneroka felda. Dan untuk itu jugak kami telah men, apa, memaklumkan supaya ada teknologi supaya dapat meningkatkan hasil peneroka dengan menambah, menanam, taman, pokok-pokok ataupun tanam-tanaman lain yang boleh memberi pan, pendapatan lebihan.
Yang keempat, 480 juta pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil. Ini kita beri itulah, pinjaman 1,500.00. Kalau dulu tak dapat bising, memanglah tak dapat dulu, dulu tak ada duit. Kita nak selesaikan tu bukan mudah, melalui daripada Kementerian Kewangan, hantar kepada Kementerian Ekonomi, lepas tu baru hantar ke FELDA. Nampaknya sekarang ni 1,500.00 tu dah dapat dah, dia diam dah. Dan kita akan mungkin tengok balik macam mana kita boleh bantu untuk
peneroka, untuk orang, orang-orang felda. Dan yang terakhirnya, 2.5 bilion penstrukturan semua pinjaman. Haa ini ada pinjaman- pinjaman dibuat oleh apa, tue saya tak tahu detailnya. Itu yang kita nak maklumkan supaya jangan nanti kita menjadi benda-benda, apa je kerajaan buat itu tak betul. Itu tak boleh. Kita menyelesaikan masalah yang sangat besar, yang sangat me, apa, merugikan masyarakat terutama di, di, di kawasan felda. Okay.
Merujuk kepada terdapat projek naik taraf di ko, di Kuala Talang yang telah dilaksanakan tapi longkang tersebut dah ditutup, ditimbus semula. Projek yang dimaksudkan adalah projek penyelenggaraan jalan MPKK Kuala Talang. Pembinaan longkang adalah salah satu skop kerja projek tersebut. Terdapat beberapa kawasan pembinaan longkang tersebut melihatkan tanah milik. Pada awalnya MPKK memaklumkan tiada halangan daripada pemilik tanah, walau bagaimanapun, selepas kerja-kerja membuat longkang dimulakan, terdapat pemilik tanah yang berubah fikiran dan tidak membenarkan projek longkang tersebut dilaksanakan di tanah milik mereka. Ini telah menyebabkan kontraktor terpaksa menimbus semula longkang yang telah dikorek.
Jadi, saya nak cuba terangkan pada semua pada semua, apa-apa sahaja projek yang dimintak, yang melibatkan tanah individu, tanah hak milik, mestilah mendapat kebenaran pemilik dulu. Sebab tu Pegawai Daerah kena maklum projek-projek di peringkat daerah kena maklum supaya projek ini nanti bila diluluskan, tak ada lagi timbul masalah tak ada kebenaran daripada pemilik tanah. Haa ini untuk nak memastikan projek yang telah dirancang oleh saudara saya Seri Menanti itu tak dihalang oleh seorang yang tak suka dengan dia, agak sayalah, rasa saya ya. Itulah harapan saya, kalau boleh …..
Boleh sikit, boleh sikit.
….. kita sama-sama ya …..
Mencelah sikit.
Terima kasih.
Yang projek itu, Dato’ Speaker, apa yang saya nampak, dia tanah dia potong tongah. Jadi, owner tanah tak bagilah, Dato’ Speaker. Jadi dia tak bagilah. Sebab itu timbus balik. Dan jugak orang kampung kata main lunggah je, itulah seperti apa yang YB Labu kata, konolah mintak kebenaran daripada tuan tanah. Tuan tanah mesti kasi, tapi dengan syarat tadi, janganlah potong tongah. Ibaratkan bila tongah tu, dia terpaksa, dah terbahagi dua, potonglah tepi. Orang bagilah kalau potong tepi, ikut tepi kan. Sebab itu saya setuju cakap rancang elok-elok, jumpa tuan tanah, mintak kebenaran …..
Patutnya DUN, ADUN, ADUN Seri Menanti menyelesaikan masalah ini dengan penduduk situ.
Tak, saya tak diberitahu, tiba-tiba dah buek je …..
Sepatutnya …..
….. tiba-tiba dah buek.
….. jangan timbulkan dalam Dewan ni.
….. kalau saya diberitahu, beritahu dulu …..
….. dah terlewat.
….. tak ada masalah.
Dah terlewat.
….. selesai semua. Ni yang tak selesai ni.
Kalau akan datang jangan timbul masa inilah, kepada semua pihak.
Macam mana? Sekali lagi, ulang lagi.
pada masa akan datang, saya harap benda ini tidak akan berlaku lagilah, inshaa Allah.
Rancang betul-betul, jumpa tuan tanah, mintak kebenaran tuan tanah, tak ada masalah. Ini orang kampung kata main lunggah aja. Jadi EXCO kena bagi …..
Yelah, daripada …..
….. bagitaulah.
….. makluman yang saya bacakan tadi, pada awalnya MPKK memaklumkan tiada halangan daripada pemilik tanah. Tapi walau bagaimanapun selepas kerja membuat longkang …..
Tak apa ni, YB Labu. Bagi kursus kepada MPKK tu balik semula ya, terima kasih.
Okay, terima kasih.
Timbalan Speaker, Dato’, Tuan Timbalan Speaker, nak penjelasan sedikit. Yang daripada FELDA ni penghapuskan hutang ataupun penghapusan faedah hutang, tadi Yang Berhormat sebut tu.
Tu ada kaitanlah tu, 2 tu, antara 2 hutang, berkaitan dengan hutanglah. Saya tak tau detail-nya, sebab tu kena rujuk dengan, dengan apa, sebab dia ada kaitan dengan hutang. Hutang orang-orang feldalah ya, sama ada dia bunganya ke itu semua, dia ada kaitan dengan hutang.
Terima kasih Yang Berhormat Labu.
Tuan Yang Dipertua, tak banyak yang saya nak sebut. Cuma pada pandangan saya, dalam Dewan yang mulia ini, kesemua ahli-ahli Yang Berhormat haruslah maknanya menggungkan Dewan ini untuk kita berbincang secara yang terbaik bagaimana untuk kita bersama-sama untuk meningkatkan ekonomi, bukan maknanya memberi komen-komen secara sarkastik ya, seperti yang dibuat oleh Yang Berhormat Chembong, tak ada apa-apa yang dibanggakan pencapaian di dalam kerajaan yang baru. Sedangkan orang yang buta saja yang tak tahu bahawa banyak perubahan yang baik berlaku dalam kerajaan yang baru sekarang. Di antaranya, ya, peningkatan daripada pelaburan 1.41 bilion daripada 2017 kepada 2.86 pada 2018, takkan tak nampak. Pagi-pagi kita dah sebut. Cakap yang sarkastik ni tak sepatutnya digunakan. Sebab itu gunakan akal ya. Kita tak bantu anak-anak yang susah zaman dulu ya, yang disebabkan kerajaan dulu, kita bantu ya, yang, yang, Yang Amat Berhormat Sikamat dah beritahu tentang bagaimana kita bantu bulanan 100.00 ringgit ya, kepada pelajar-pelajar peringkat universiti. Macam-macam yang kita buat ya, ini tak, yang berbeza, kita wujudkan Tabung Usahawan. Yang dulu tak ada, mana ada. Ada? Tak ada. Kita bagi geran 3,000.00 ringgit kepada usahawan mikro. Tak ada.
Ada.
Mana? Bila? Bagitau saya. Bila? Bila Seri Menanti? Cakap ada, ada. Ini orang yang, yang bersikap sarkastrik ya.
Timbalan Speaker.
Yang tak boleh melihat kepada yang benar.
Saya nak …..
Saya mintak …..
Duduk dulu.
….. Yang Berhormat Chembong duduk.
Duduk dulu, dengar baik-baik.
Inilah dia …..
Sebabnya sekarang begini, masa you …..
Inilah dia Timbalan Speaker…..
….. cakap tak ada apa-apa. Sekarang ini saya bercakap, you duduk ya. Sekarang ini, sekarang ini …..
Saya nak bagi pujian Timbalan Speaker.
Duduk.
Betul, betul, betul.
Duduk, duduk, duduk. Chembong duduk.
Duduk.
Chembong duduk.
Mintak Timbalan Speaker …..
Duduk.
Chembong duduk.
Duduk.
Chembong duduk.
You bercakap ada saya kacau?
Inilah dia …..
Masalahnya sekarang ni saya kata gunakan …..
Chembong duduk.
….. jangan gunakan perkataan sarkastik ya, nak bercakap ni, tak ada apa-apa yang dibanggakan. Kita pun bagi penghormatan kalau kerajaan yang dulu pun ada yang baik jugak. Kita tak nafikan ya. Tapi masalahnya sekarang ni jangan, jangan begitu ya, maknanya kita sekarang, kita diberi amanah oleh rakyat untuk membangunkan negara, bukan ni, Dewan nak digunakan nak bercakap cara budak-budak ya. Setakat itulah yang saya nak sampaikan Tuan Yang Dipertua. Terima kasih.
Sebelum pada tu, ada satu lagi, ini pasal ce, Chembong jugak tanya pasal bantuan RMT untuk kanak-kanak peserta di Rimbunan Kaseh Rembau ya. Murid yang, ini, ki, untuk apa nama, daripada KPM akan mula tahun depan. Tapi sekarang ni dah dibantu dah, PIBG dah bantu dah ya, maknanya itu pun dah diberi dah ya. Jadi tolong, check maklumatlah, kalau kata langsung tak ada. Terima kasih.
Timbalan Speaker, kalau tak boleh nak apa, macam mana Timbalan Speaker ya.
Kalau Ampangan tidak bagi laluan, macam mana ni daripada Yang Berhormat Chembong ni masih ganggu.
Timbalan Speaker, ada 2 sebenarnya.
Seperti tadi Palong dengan Labu ni memang ada understanding, dia bagi laluan…..
Kadang-kadang ada yang kurang tepat. Yang saya mohon …..
….. ataupun Seri Menanti. Tapi bila jawab tidak…..
Yang saya mohon …..
…. beri laluan …..
….. yang saya mohon adalah anak-anak ini dibantu oleh Kerajaan Negeri. PIBG, komuniti masyarakat memang ada bantuan …..
Sudah, sudah, sudah
….. saya sebut tadi, Kerajaan Negeri.
….. Yang Berhormat Chembong.
….. Kerajaan Negeri tak bantu …..
….. ADUN Chembong sila duduk.
….. anak-anak ini Timbalan Speaker.
Sudah, sudah.
So Kerajaan Negeri tak bantu.
Yang Berhormat Chembong duduk. Okay, daripada pihak kerajaan ada lagi nak jawab?
ADUN Ampangan faham tak Kerajaan Negeri dengan PIBG?
Tuan Timbalan Speaker, Palong semuanya telah dijawab. Seri Menanti, liputan internet. Soalan yang dibangkit berhubung internet ialah, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memastikan agar para pemberi perkhidmatan komunikasi menambah baik liputan dan kualiti perkhidmatan selular di seluruh ke, dari masa ke semasa. Bertitik tolak daripada ini SKMM telah mengeluarkan beberapa instrumen perundangan berupa Standard Mandatory bagi Kualiti Perkhidmatan di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang mewajibkan para pemberi perkhidmatan mematuhi standard-standard yang ditentukan oleh SKM, SKMM. Untuk rekod dari tahun 2000, daripada tahun 2016 hingga tahun 2019, SKMM telah mengeluarkan 57 kompaun bernilai 1.590 juta berhubung dengan ketidakpatuhan kepada Standard Mandatory Bagi Kualiti Perkhidmatan.
Bagi tujuan menambah baik akses kepada liputan telekomunikasi serta internet di Negeri Sembilan Pentadbiran Kerajaan Negeri melalui MBI telah menamatkan perjanjian shareholders agreement penubuhan RMNS, Rangkaian Minang, melalui notis rasmi MBI kepada Rangkaian Minang NS bertarikh 6 Disember 2018. Pentadbiran Kerajaan Negeri juga telah membatalkan status one stop agency (OSA) telekomunikasi yang diberikan kepada RMNS melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Julai 2019. Lanjutan daripada pembatalan status OSA tersebut, Kerajaan Negeri juga telah bersetuju melantik 2 syarikat yang baru sebagai State Backed Company (SBC) bagi memba, menggantikan fungsi dan peranan yang di, yang sebelum ini ditawarkan oleh RMNS iaitu Konsortium Jaringan Selangor Sdn. Bhd. dan Tele-Flow Corporation Sdn. Bhd.
Berhubung dengan Perkampungan Budaya, alhamdulillah kita mendapat permohonan dan pandangan daripada beberapa pihak dan, yang telah memohon kebenaran daripada Yayasan Negeri untuk mengambil alih Perkampungan Budaya di Terachi dan membangunkan semula pusat jualan makanan, produk IKS, produk kraf dan balai budaya, dan sedang kita telah menilai kebolehan syarikat-syarikat tersebut, dan kita ingin melihat juga kejayaan mereka pada masa akan datang. Dan kita juga di, kalau di Kuala Pilah kita ada sekarang jagung
madu yang, yang terbaik di negara kita. Dan kita harap bahawa ini akan juga menjadikan sebagai satu pembangunan di kawasan tersebut.
Chembong, tadi dah dijawab mengenai tiada yang diwar-warkan. Barangan terus naik. Masalah kebakaran ya, masalah kebakaran ini semua dinilai keperluannya bagi membantu ataupun pihak-pihak yang telah membantu, kadang-kadang kita maklum Baitulmal, JKM juga adalah sebahagian daripada Kerajaan Negeri, dan kita harap bahawa pemberian itu adalah memberikan, kita lihat keperluan sebenar dan dapatkan maklum balas dahulu, bukan kita datang jumpa saya, saya terus beri, tak ada. Kita kena lihat kesesuaian, kerana itu kita melihat, kita nak beri kepada yang betul-betul, yang memerlukan dan kita bagi juga supaya pemberian itu dapat membantu mereka yang sebenarnya.
Mengenai MSN, pengarah tadi telah dijawab oleh EXCO belia dan sukan. Dan saya rasa bahawa kita tak naklah lantik orang suka-suka, orang kampung, tadi seperti kata, orang kampung dia ramai, dia nak lantik, lantik macam tu. Kita tak nak. Kita tak nak ada pegawai sebegitu. Kita nak lantik pegawai yang betul beramanah, yang mampu membawa Negeri Sembilan ke arah yang lebih baik. Ini harapan kita. Kita tak nak lantik suka-suka, kawan-kawan kita, saya boleh lantik siapa-siapa, sahabat saya, tetapi itu bukan tujuan kita yang sebenarnya.
Dato’ Yang Dipertua, begitu juga dengan isu yang dibawa oleh, Rimbunan Kaseh, saya rasa kita telah dijawab tadi. Melan, mengenai pegawai-pegawai yang bertukar. Itu perkara biasa dalam Pentadbiran, dan kita sedia maklum bahawa Pegawai Kanan Kerajaan sentiasa bertukar, itu adalah perkara biasa. Dan siapa yang pernah bekerja dengan kerajaan, pertukaran itu merupakan satu perkara yang biasa, dan, dan kalau kita lihat ada pegawai-pegawai yang tidak boleh bekerja dengan kerajaan hari ini, kita mintak mereka supaya pindah ke jabatan-jabatan lain. Tak ada masalah saya rasa, dan kita perlukan penjawat awam, pegawai-pegawai yang jujur, yang ikhlas, yang sedia berkhidmat untuk kita memastikan apa juga tanggungjawab, apa jua tindakan yang diberikan itu dapat dilaksanakan dengan baik supaya negeri ini terus maju. Kita tak nak ada mereka-mereka yang tidak memberikan kerjasama yang baik kepada Kerajaan Negeri. Dan saya rasa, dan alhamdulillah pegawai-pegawai yang bertukar ke Negeri Sembilan juga menunjukkan komitmen yang tinggi dan hari ini kita melihat bagaimana prestasi-prestasi mereka. Dan saya tak kata mereka yang berpindah itu tidak memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mereka, di kalangan mereka juga yang telah naik pangkat di negeri ini, dan ramai pegawai kita yang dinaikkan pangkat dan telah berpindah ke ibu pejabat, dan mungkin ini disalah maklumkan dan inilah yang harus kita lihat dan bahawa perkara ini sebenarnya bukannya kita
sengajakan, tapi untuk kepentingan perkhidmatan dan perjawatan yang ada. Itu saja, Dato’ Yang Dipertua, sekian terima kasih.
Daripada kerajaan lagi ada? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan bersidang kali ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Berhormat, Ketua-ketua jabatan, Media Massa dan Urus setia Persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Saya juga ambil kesempatan ini mengucap Hari Kebangsaan ke-62, slogan tahun ini ialah “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”. Dengan ini Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang beritahu kelak. Sekian, terima kasih.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 4.45 petang]