Negeri Sembilan · 22 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 214 turns · 18,983 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 9.06 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Paroi.

[YB ADUN Paroi telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri].

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirahhmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Allahumma ‘afini fi badani, Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya dengan rahmat, inayah serta riayah daripadaNya jualah kita dapat mengadakan mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Persidangan yang Kedua, Penggal Kedua dengan, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 tahun 2019.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang

Ke-14 yang akan dijadualkan berlangsung selama 5 hari, inshaa Allah, mulai dari hari ini, 22 November 2019, 25 haribulan November 2019 hingga 28 haribulan November 2019. Inshaa Allah.

Persidangan, pertamanya saya ingin mela, maklumkan bahawa agenda utama bagi persidangan hari ini adalah mengenai pembentangan belanjawan Kerajaan Negeri bagi tahun 2020 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sesi pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh juga diikuti secara langsung di media sosial iaitu di Facebook, di akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Ucapan belanjawan ini juga akan disiarkan secara langsung melalui radio NEGERI.fm frekuensi 92.6 MHz bagi kawasan Seremban. Seterusnya, Dewan mengambil maklum ketidahadiran 2 ahli Yang Berhormat. Yang pertama, Yang Berhormat ADUN Lukut, yang masih dalam tempoh berkabung atas kematian ayah beliau pada 20 November 2019 yang lalu. Dewan merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat ADUN Lukut sekeluarga. Dewan juga merakamkan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya sepanjang tempoh persidangan kali ini melalui notis bertarikh 4 November 2019.

Hadirin sekalian, seperti mana lazimnya saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap, serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan pada kali ini. Saya amat berharap persidangan kali ini akan berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik, etika sebagai ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 26 Ogos 2019.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan

Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 26 Ogos 2019 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadang supaya peringatan mesyuarat tersebut disahkan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Tak ada. Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[YB ADUN Chennah, tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

[Keputusan undian: semua 17 ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota dan YB ADUN Jeram Padang berkecuali, manakala 14 orang ahli Yang Berhormat pihak pembangkang tidak mengundi]

[Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 26 Ogos 2019 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut.]

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:

Pertama: Kertas Dewan Bil. 8/2019 - Anggaran Hasil Tahunan 2020.

Kertas Dewan Bil. 9/2019 – Anggaran Perbelanjaan Pengurusan Negeri Sembilan Tahun 2020.

Ketiga: Kertas Dewan Bil. 10/2019 – Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Bilangan 8 hingga 10 Tahun 2019 telah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:

Pertama: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-2: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Sembilan Tahun 2018.

Ke-3: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 mengenai Pengurusan Aktiviti dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri, Negeri Sembilan Siri 1.

Ke-4: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-5: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-6: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-7: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-8: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Seremban bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-9: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Nilai bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-10: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Port Dickson bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-11: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Jempol bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-12: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Pilah bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-13: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Jelebu bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Ke-14: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tampin bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Dan yang ke-15: Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Rembau bagi tahun berakhir 31 Disember 2018.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi pertanyaan lisan, bermula pada sekarang ini …[Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua mengenai risalah yang perlu dirujuk]. Saya rasa senarai untuk soalan lisan kita ada edarkan, giliran nombor 1, ADUN Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Yang Berhormat, saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Pembangunan MVV 2.0 dipacu sepenuhnya oleh pihak swasta, dengan kerjasama kerajaan yang berperanan sebagai fasilitator atau pemudahcara kepada pelaksanaannya. Perancangan MVV 2.0 ini selari dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas dan dirangkumkan dalam Pembangunan Wilayah Tengah oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Pelaksanaan projek MVV 2.0 perlu melalui proses teknikal sebelum kerja-kerja fizikal diluluskan. Rancangan Tempatan (RT) MVV 2045 telah selesai menjalani Program Publisiti dan Penyertaan Awam, kini dalam peringkat akhir sebelum dimuktamadkan dan diwartakan.

Pelan Konsep Induk ataupun Master Concept Plan (MCP) pembangunan Nilai dan Labu telah dikemuka dan diluluskan di peringkat Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Pihak pemaju utama kini sedang menyediakan Master Layout Plan (MLP) bagi tujuan kelulusan pembinaan fizikal yang dianggarkan bermula kerja-kerja tanah pada suku ketiga tahun 2020 di Nilai.

Bagi memastikan penglibatan dari komuniti setempat selaras dengan visi pembangunan ini yang inklusif, beberapa sesi dialog dan libat urus bersama komuniti yang terkesan secara langsung dengan projek heartbeat pembangunan MVV 2.0 seperti Komuniti Labu, Komuniti

Orang Asli dan Komuniti Nelayan diadakan dan segala kekhuatiran dan kegusaran semua pihak berkenaan akan diambil kira dalam pembangunan ini.

Pada masa ini beberapa siri perbincangan dan perundingan dengan pelabur telah diadakan untuk memastikan perancangan pembangunan MVV 2.0 mencapai objektifnya. Tumpuan pembangunan adalah di Parcel A kawasan industri berteknologi tinggi seluas 2,838 ekar. Bagi pembangunan Parcel B, C, D, dan E dan F sedang dalam penyediaan masterplan terperinci untuk dilaksanakan.

Manakala projek pembangunan infrastruktur di kawasan ini pula, projek pembinaan jalan baru dari Nilai – Labu ke Bandar Enstek telah mencecah hampir 50% kemajuan pembinaan projek tersebut. Projek jalan ini merupakan tulang belakang utama kepada pembangunan kawasan MVV ini. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, terima kasih, Sikamat tu. Soalan tambahan saya. Saya nak tahu ni, dengan sesi dengan komuniti tempatan, apa feedback atau dari pihak-pihak yang tentu, dan berapa ambil bahagian dari swasta ke, dan komuniti, sokongan dapat berapa percentage tu. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita memang melihat bahawa ada, yang saya katakan tadi, bahawa ada penglibatan komuniti ya, dan kita juga ada menerima beberapa apa, apa, pandangan daripada pihak swasta. Dan ini sedang kita kaji dan inshaa Allah kita akan maklumkan, dan kita sedang memastikan bahawa kita sentiasa mengadakan libat urus bersama komuniti yang terlibat dan juga apa, apa juga pandangan daripada pihak swasta dalam perkara ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Dipertua, mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah benar bahawa pihak kerajaan telah pun memberikan kebenaran secara bertulis bahawa kerajaan tidak mempunyai apa-apa halangan kepada sebuah syarikat untuk memajukan kawasan seluas hampir 350 ekar di dalam kawasan Malaysian Vision Valley sebagai tapak perkuburan ataupun jirat perkuburan orang Cina? Kalau ya, saya rasa ini perlu difikirkan semula kerana kita tidak mahu Negeri

Sembilan ni, masuk-masuk je Negeri Sembilan dah ada, ataupun menjadi sebagai kawasan tanah perkuburan. Saya, saya mintak supaya Kerajaan Negeri memikirkan semula kelulusan “tiada halangan” tersebut kerana kita memerlukan jenis pelaburan yang, yang lebih orang kata berteknologi tinggi untuk kita mencapai hasrat supaya Negeri Sembilan mendapatkan taraf pembangunan yang baik untuk menjamin pendapatan yang baik terutamanya pendapatan ataupun pembangunan berprestasi tinggi, yang mana pembangunan berprestasi tinggi ini akan menjamin ataupun memberi peluang pekerjaan yang memberikan gaji yang tinggi. Ini telah pun dibuat di Sendayan, yang mana banyak syarikat-syarikat yang ber, mempunyai teknologi tinggi telah pun beroperasi di situ.

Saya mintak supaya Kerajaan Negeri menimbangkan semula supaya janganlah diluluskan terlampau banyak sangat tanah perkuburan, pusat-pusat perkuburan, kerana Negeri Sembilan ni dah banyak dah, Dato’ Dipertua. Kita tak mahu Negeri Sembilan nanti jadi sebagai negeri tanah perkuburan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sila, silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas pandangan daripada Yang Berhormat Rantau dan kita mengambil kira pandangan tersebut. Memang kita ada meminta supaya dibuat kajian ya. Tapi belum ada keputusan, belum ada dasar. Cuma kita buat kajian disebabkan tanah tersebut adalah tanah kuari yang memang tak ada siapa nak buat pembinaan di atas tanah-tanah yang berbukit terlalu tinggi. Dan kita sedang membuat kajian tersebut supaya semua tanah yang ada di MVV itu mampu digunakan sepenuhnya ya. Tetapi itu hanya kajian, belum lagi, kita setuju untuk buat kajian supaya keputusan itu nanti kita lihat, keperluan sebenarnya ya. Kalau memang dah tak ada untuk kemajuan lain, kemungkinan kita lihat apakah sebenar keperluan di tanah tersebut. Sebab kawasan tersebut adalah kuari yang tidak boleh dikeluarkan kuari di kawasan tersebut. Jadi, kita melihat bahawa perkara ini juga harus menjadi perkara yang harus dipertimbangkan. Hanya pertimbangan, belum ada keputusan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Kita pergi giliran 2 ya, Yang Berhormat Rantau.

Soalan nombor 1 Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Pendapatan Perkapita. Untuk makluman Yang Berhormat Rantau, Negeri Sembilan menunjukkan corak positif dalam pertumbuhan ekonomi dan berada pada kedudukan yang baik untuk beralih menjadi negeri berpendapatan tinggi dalam masa terdekat. Pada tahun 2018, Negeri Sembilan mencatatkan KDNK per kapita sebanyak 43,047.00 ringgit iaitu lebih tinggi berbanding 41,733.00 ringgit bagi tahun 2017. Pencapaian ini menunjukkan kedudukan pendapatan per kapita Negeri Sembilan adalah selari dengan Malaysia iaitu 44 ribu, walaupun rendah sedikit, 44,682.00 ringgit.

Ini menunjukkan, ini merujuk data kepada Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan isi rumah bulanan penengah Negeri Sembilan telah meningkat kepada 4,579.00 ringgit pada 2016 berbanding 4,128.00 ringgit pada 2014 iaitu tumbuh pada kadar 5.2% setahun. Namun pendapatan isi rumah bulanan penengah Negeri Sembilan pada tahun 2016 adalah sedikit rendah berbanding dengan Malaysia iaitu 5,228.00 ringgit.

Menjawab kepada pertanyaan kedua Yang Berhormat Rantau, pelbagai usaha berterusan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan institusi swasta bagi mempelbagaikan aktiviti ekonomi di luar bandar agar setiap lapisan masyarakat tidak ketinggalan di dalam menikmati hasil kemakmuran negeri.

Antara isu utama luar bandar adalah kekurangan ke, kepelbagaian ekonomi, pembangunan infrastruktur yang tidak setanding bandar, peluang pengagihan kerja yang terhad, penghijrahan golongan muda ke bandar dan kekurangan teknologi pertanian moden mengakibatkan penurunan pengeluaran produktiviti. Justeru bagi mengimbangi jurang ekonomi bandar dan luar bandar Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan (PPLBNS 2019-2040). Ia merupakan satu manifestasi dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kawasan luar bandar terus relevan dan jurang kemakmuran dengan bandar dapat dikurangkan seterusnya dihapus sama sekali.

PPLBNS 2019-2040 menyediakan kerangka hala tuju secara umum dan strategi pembangunan secara menyeluruh selari dengan pelan dan dasar di peringkat persekutuan iaitu Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar 2018-2023 dan juga Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan turut komited dalam

melaksanakan teras dan strategi yang digariskan di dalam kedua-dua pelan dan dasar di peringkat persekutuan ini.

PPLBNS 2019-2040 dirangka untuk memberikan keutamaan kepada rakyat dalam semua usaha pembangunan. Selaras dengan matlamat tersebut, pembangunan luar bandar akan terus diberi keutamaan untuk mempertingkatkan inklusiviti berasaskan kepada 2 prinsip utama iaitu kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Sebanyak 6 tumpangan [tumpuan] strategi sebagai pandu arah perancangan telah digariskan dalam PPLBNS 2019-2040. Penetapan 6 kluster juga adalah berpaksikan kepada visi luar bandar mampan, makmur dan sejahtera. Tumpuan-tumpuan strategik PPLBNS 2019-2040 adalah seperi berikut:

Pertama: Mengukuhan Keupayaan Modal Insan. Modal insan merupakan penggerak utama dalam proses pembangunan dan kecemerlangan sesebuah negeri. Cabaran pada masa kini bukan lagi menuntut keperluan modal insan yang berpengetahuan tetapi telah juga menjangkau ke tahap perlu mewujudkan modal insan yang lebih cemerlang, berprestasi dan berkemahiran tinggi.

Pemerkasaan Sumber Jaya. Tumpuan strategik pemerkasaan sumber jaya ini mengambil pendekatan untuk memesatkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan peralihan kepada ekonomi yang dipacu oleh aktiviti bernilai tambah tinggi dan berintensifkan pengetahuan supaya dapat memberi sumbangan signifikan kepada KDNK Negeri serta menjana pendapatan yang tinggi, mampu menggalakkan masyarakat luar bandar ke arah berpendapatan kelas menengah.

Ketiga: Pengukuhan Daya Huni. Pengukuhan daya huni luar bandar Negeri Sembilan adalah meliputi aspek infrastruktur, perkhidmatan, petempatan dan budaya dengan mengambil kira pelbagai elemen merangkumi pengekalan ciri-ciri tradisi dan kawasan luar bandar namun pada masa yang sama turut memodenkan mengikut acuan pengekalan tradisi dan keunikan tersendiri sesebuah kawasan.

Keempat: Pengurusan Luar Bandar Berdaya Laksana. Tanggungjawab, komitmen, kolaborasi dan dedikasi di setiap jabatan, agensi serta organisasi dengan penglibatan penuh masyarakat di peringkat akar umbi merupakan penentu kejayaan bagi pengurusan yang cekap, pelaksanaan sesuatu projek dan program. Bagi menggalas amanah ini, adalah amat penting supaya institusi tadbir urus luar bandar dirasionalisasi untuk

meningkatkan produktiviti serta menghasilkan prestasi penyampaian secara menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Yang kelima: Mengukuhkan Hubungan Signifikan Bandar – Luar Bandar. Merancang pembangunan jangka panjang Negeri Sembilan Moden 2045, memfokuskan kepada pembangunan kawasan bandar Negeri Sembilan di Daerah Seremban dan Port Dickson dengan berteraskan kepada Pelan Pembangunan Komprehensif Malaysian Vision Valley. Adalah menjadi keperluan bagi mewujudkan perhubungan 2 hala yang elektif antara bandar dan luar bandar supaya berdaya saing, berdaya tahan serta saling melengkapi keperluan masing-masing bagi mempertingkatkan sumbangan kepada ekonomi negeri secara keseluruhan. Dalam memanfaatkan hubungan ini, pembangunan dalam kawasan luar bandar juga perlu lebih terancam, terancang, mantap dan bersifat holistik.

Dan terakhir, keenam: yang terakhir, Pengurusan Mampan Sumber Alam dan Biodiversiti. Kawasan luar bandar Negeri Sembilan memiliki sumber alam semulajadi dan biodiversiti yang amat berharga yang perlu diurus secara komprehensif dan mampan. Dalam hal ini, keseimbangan antara aktiviti pembangunan dan kelestarian sumber alam serta biodiversiti perlu diberi penekanan ke arah mewujudkan persekitaran komuniti yang tidak akan mengancam alam sekitar dan ianya juga masih terpelihara untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Dipertua

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Terima kasih kepada penerangan panjang lebar yang dibuat oleh Yang Berhormat Sikamat. Pentingnya kita mesti melihat secara komprehensif berkenaan dengan petunjuk kepada perkapita ini, Dato’ Dipertua. Kerana kita jangan nanti tersilap di atas asas kita mengambil perkapita, kerana di Negeri Sembilan ini kita boleh lihat bahawa tumpuan ekonomi banyak berada di 2 daerah iaitu

Daerah Port Dickson dan Daerah Seremban. Jika kita mengambil secara purata perkapita kita, dia akan memberikan satu petunjuk yang tidak betul ataupun tidak benar.

Saya cadangkan supaya mulai daripada tahun ini, pihak kerajaan boleh memulakan langkah supaya kita membuat perkiraan perkapita mengikut daerah. Itu akan lebih memberikan petunjuk yang lebih tepat kerana kalau nak dikatakan di luar bandar, aktiviti ekonominya cuma pertanian. Dan memandangkan dalam keadaan sekarang ini, harga komoditi asas ataupun harga komoditi yang banyak diusahakan di Negeri Sembilan ini adalah sama ada kelapa sawit ataupun getah. Dan kita semua tahu bahawa harga komoditi ini amat rendah sekarang. Kelapa sawit FFB 270.00 ringgit. Itu harga yang digazetkan.

Tetapi untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, peraih-peraih yang datang meraih. Kalau kita menjual FFB (Fresh Fruit Bunches) ini kepada terus kilang memang harganya 270.00. Tetapi tidak ramai petani yang boleh menghantar terus. Ia dijual melalui peraih. Peraih kadang-kadang ada yang mengambil harga yang bawah pada 250.00 ringgit satu tan. Satu tan, bukan satu kilo ya, Dato’ Dipertua, satu tan. Untuk mendapat satu tan buah kelapa sawit bersih di kebun, memerlukan usaha yang banyak.

Jadi, harga getah pulak, Dato’ Dipertua, 1.90. Itu kalau kita hantar jual ke stesen. Kalau melalui peraih jugak pulak ada yang mengambil 1.70,

1.65. Itu pun mengikut DRC dia ya, mengikut kandungan air, dry rubber content-lah, DRC ni Dato’ Dipertua ya, kalau Dato’ Dipertua nak tahu, DRC-nya iaitu dry rubber content dia berapa banyak. Kadang-kadang, dia, timbangan itu tersebut dia akan mengurangkan dry rubber content dia dan harga bertambah rendah. Kalau nak mendapat 10 kilo Dato’ Dipertua, 10 kilo satu hari, mesti mempunyai kebun lebih kurang 4 – 5 ekar, Dato’ Yang Dipertua. Kadang-kadang pokok getah yang tua, nak dapatkan setengah mangkuk pun dia punya getah yang akan membeku itupun susah.

Jadi ini satu perkara yang perlu Kerajaan Negeri berikan penekanan. Kita jangan tertipu oleh perkapita ini kerana perkapita ini dibuat secara pukal ya. Dan ia akan mengambil kira orang yang berpendapatan tinggi di bandar-bandar dan dimasukkan secara purata dan itulah pendapatan perkapita kita. Jadi, saya cadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri on best effort basis, dengan izin, mulai tahun ini kita buatkan supaya kita dapat benar-benar tahu keadaan sebenar di bawah ya, keadaan sebenar di bawah, betapa susahnya rakyat sekarang. Kalau 1.60 – 1.70 satu kilo, 10 kilo getah, Dato’ Dipertua, bagi 2 pulak, kan.

Kadang-kadang bukan tuan punya ladang yang pergi menoreh getah, dia suruh orang menoreh …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker.

….. bagi 2 pulak Dato’ Dipertua, jadi saya mintak …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker, mintak laluan. Ini soalan tambahan bukan berceramah.

Jadi saya mintak kepada Kerajaan Negeri, Dato’ Dipertua, buat ya, supaya kita dapat benar-benar tahu keadaan sebenarnya. Di Rembau berapa, di Jempol berapa, di Tampin berapa, dan di, berapa. Itu cadangan supaya kita nanti dapat, kerana tadi Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat daripada Sikamat ada meletakkan satu perancangan yang amat baik, satu perancangan yang amat baik saya katakan. Tapi, kekangan kewangan Kerajaan Negeri nampaknya tidak dapat membolehkan kita buat perkara tersebutlah, kerana dalam bajet ini tak ada nampaknya penekanan yang amat serius diletakkan kepada luar bandar.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Soalannya tak, apa, Yang Berhormat Rantau, tak ada. Cadanganlah.

Saya, soalannya saya supaya kita buat perkapita melalui daerah Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas pandangan Rantau yang baik dan kalau dibuat terdahulu, saya rasa lagi lebih baik. Tapi alhamdulillah, inshaa Allah pandangan ini akan diberi perhatian. Dan sebenarnya kita tidak, tidak, Kerajaan Negeri dalam bajet yang belum diumumkan menyatakan bahawa perkara tersebut tidak diberi perhatian. Tapi belum ada lagi ada ucapan bajet pun. Jadi saya ingin melihat bahawa kita sedang meningkatkan pelancongan ya, khususnya di kawasan eko pelancongan kita khususnya di luar bandar, di daerah-

daerah kecil kita yang mempunyai potensi untuk kita bangunkan. Usahawan-usahawan kecil juga kita telah bangunkan, kita mengadakan NS Fest, kita panggil semua usahawan-usahawan di luar bandar untuk sama-sama bersama dengan kita.

Dan pertanian juga tidak lupa, kita sentiasa memastikan bahawa usaha kita untuk memastikan tanah terbiar itu dapat diguna, jadi, alhamdulillah ini dapat di, di, diterima oleh masyarakat. Dan masyarakat luar bandar. Ini secara tidak langsung membantu mereka untuk meningkatkan pendapatan mereka yang berada di luar bandar. Kerana itu kita memikirkan masalah-masalah di luar bandar ini bukan sahaja dari aspek harga sawitnya, harga getahnya, tetapi perkara-perkara lain yang boleh membantu pendapatan, pendapatan baru yang ingin kita perkenalkan supaya masyarakat di luar bandar itu dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan pendapatan mereka. Jadi, insha Allah dalam bajet kita, akan kita adakan perhatian yang khusus tentang masyarakat di luar bandar. Terima kasih Yang Berhormat Rantau…..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat kerana memberi jawapan yang rasa amat baik. Saya teruskan giliran nombor 3, YB Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Yang Berhormat Temiang. Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat te, Temiang. Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan soalan pengecualian premium tanah. Alhamdulillah, kadar premium yang dikenakan ke atas pemohon pembangunan tanah dan pemberian milikan tanah kerajaan adalah berdasarkan kepada kadar yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri boleh mengenakan apa-apa kadar premium yang difikirkan sesuai dan bermanfaat kepada pemohon mengikut peruntukan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 14 Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Bermula 9 Mei 2018 sehingga sekarang, terdapat satu permohonan yang telah diberikan pengecualian penuh premium. Iaitu, pemohon

yang telah diberikan pengecualian penuh premium adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan sebanyak 8,251,00.00. Jadi ini yang kita lakukan, dan alhamdulillah, dengan kita memastikan premium ini di, dibuat dengan kadar yang betul dan alhamdulillah, hari ini pendapatan Kerajaan Negeri meningkat disebabkan hasil premium kita juga telah meningkat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan apa …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya ada terima permohonan bantuan daripada beberapa pengusaha pemegang hak milik 60 tahun, Pajakan Negeri 60 tahun di mana mereka telah memohon untuk Kerajaan Negeri untuk melanjutkan tempoh pajakan mereka, tetapi masalahnya premium tanah yang mereka kena adalah beratus ribu kena dibayar untuk dalam masa 3 bulan. Masa saya, nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya satu mekanisma yang baru boleh diwujudkan untuk meringankan beban kewangan pemilik-pemilik tanah ini kerana agak mustahil untuk membayar premium dalam masa 3 bulan, yang melibatkan beratus ribu.

Contohnya pengus, pemilik tanah ini kena membayar 450 ribu dalam masa jangka 3 bulan ini untuk melanjutkan tempoh pajakan 60 tahun untuk tanah milikan dialah. Maka, kalau boleh saya cadangkan kerajaan meng, mengadakan satu mekanisma baru, membenarkan pemilik-pemilik tanah ini membayar premium ansuran contohnya setahun, supaya sama-sama men, meringankan bebanan kewangan merekalah. Ini saja cadang, soalan tambahan saya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Temiang. Dan kita sedia maklum bahawa kadar premium ini kita memang letakkan garis panduan untuk dibayar dalam tempoh 3 tahun. Tetapi mereka boleh merayu kepada Pejabat Tanah dan kepada MMK untuk dipertimbangkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat Sikamat …..

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, Chembong, Chembong.

Yang Dipertua Dewan

Ini apa ni soalan, ada kaitan dengan ni ke?

Tak, tak, tak. Dato’ Speaker, Ini untuk kepentingan Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Apa benda?

Saya juga nak mengingatkan Speaker, bahawasanya Lukut sebentar tadi pun tidak bertanyakan soalan tambahan Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama. Jadi, terima kasih …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Saya bukan Lukut-lah.

Yang Dipertua Dewan

Okay, jadi …..

Mintak maaf, Temiang, Dato’ Speaker. Tak, tadi dia menyatakan Rantau tidak bertanyakan soalan, ya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, lepas ni saya akan gunakan kuasa saya, haa ni tuan-tuan nak saya gunakan kuasa saya, saya akan gunakan, ya, okay. Terima kasih. Terima kasih ingatkan saya. Giliran keempat, sahabat saya Yang Berhormat Kota, silakan.

Terima kasih sahabat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 2.

Yang Dipertua Dewan

Soalan 2, ya?

Yang Dipertua Dewan

Kendong.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Kota. Kawasan hutan berhampiran Kampung Seri Kendong. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan hutan yang telah diterangkan ialah melibatkan kawasan Kompartmen 26, 28, 29, 30, 31 dan 32, Hutan Simpan Gunung Tampin. Buat masa ini kawasan tersebut sedang dilaksanakan pembangunan laluan talian penghantaran elektrik 500KV PMU Alor Gajah ke PMU Bahau South, selatan, seluas lebih kurang 51.79 hektar. Pembangunan kawasan ini telah dilaksanakan secara tender terbuka untuk kerja-kerja pembersihan kawasan dan telah dilaksanakan oleh syarikat Monova Sdn. Bhd.

Bagi memastikan kerja pembersihan di kawasan ini memberi impak yang minimum kepada alam sekitar, pihak kontraktor telah melaksanakan kerja pembersihan secara berperingkat. Malah, pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) selaku pemilik projek juga telah melaksanakan pemantauan bersekala sekali sebulan. Pihak TNB juga melantik satu syarikat luar untuk melaksanakan kerja-kerja semakan kualiti air sungai sebelum, semasa dan selepas dilaksanakan aktiviti pembangunan ini. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan melalui Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat juga telah melaksanakan pemantauan secara berkala dengan kekerapan sekali sebulan bagi

memastikan kerja-kerja pembersihan kawasan ini dilaksanakan pada impak yang minimum.

Sepanjang kerja-kerja pembersihan dilaksanakan, didapati kesan sampingan terhadap penduduk adalah pada kadar yang minima. Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif awal dengan mengadakan kawasan buffer zone di antara kawasan kerja pembersihan dan kawasan perkampungan dan taman perumahan, perumanan, peru, peru, perumahan sekitar [Hutan] Simpan Gunung Tampin berada pada jarak sejauh 2 kilometer. Malah, melalui pemantauan pihak auditor alam sekitar mendapati impak pembangunan kepada kualiti air adalah berada di tahap yang minimum di mana warna, bau dan komposisi air masih berada di tahap yang selamat. Selain itu, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan TNB juga telah mengambil tindakan pemantauan dan semakan kawasan secara berkala bagi memastikan impak pembangunan terhadap alam sekitar sentiasa berada di tahap paling minimum. Terima kasih.

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. saya ingin bertanya bahawa manafaat daripada pembangunan projek ni ialah laluan TNB di kawasan tersebut. Saya ingin bertanya apakah manafaat pulak kepada penduduk setempat terutamanya bila tengok hutan tu dah terang, mereka jugak bertanya kepada saya; apa yang saya dapat. Jadi, kalau nak cadang di sini, Dato’ Yang Dipertua, adalah satu bentuk pembangunan ataupun projek yang menolong membantu masyarakat tersebut terutamanya masyarakat-masyarakat Orang Asli sebab kawasan ni jugak melalui kawasan masyarakat Orang Asli, seperti nak buat rumah ke. Saya yakin bahawa kontraktor yang dapat tu tentu mendapat kewangan dia, TNB pulak mendapat laluan dia. Jadi, apa manafaat pulak, saya nak tanya, yang dapat kepada penduduk setempat yang melihat keadaan seperti itu berlaku di tempat mereka. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas pandangan dan peringatan kepada kami. Dan apa yang menarik sebenarnya adalah perancangan, kelulusan, semua telah dibuat oleh kerajaan terdahulu. Pihak Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini hanya meneruskan keseluruhannya. Namun pandangan untuk memberikan satu perhatian kepada khususnya masyarakat orang asal, inshaa Allah

akan kami akan pertimbangkan, dan inshaa Allah akan kami beri perhatian yang utama bagi memastikan bahawa mereka juga mendapat manfaat daripada apa yang dilaksanakan oleh kerajaan khususnya oleh Kerajaan Persekutuan dalam penyaluran elektrik daripada Alor Gajah ke Bahau. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekarang kita pergi kepada giliran yang keenam, Jeram Padang.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Mambau, 5.

Yang Dipertua Dewan

Mambau, mintak maaf. Yang kelima, Mambau. Terlangkau satu.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan pertama ya, okay.

Terima kasih kepada ADUN Mambau yang bertanya soalan berkenaan rokok elektronik dan vape. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri memandang serius berkaitan isu ini dan bersetuju dengan cadangan larangan sepenuhnya bagi penggunaan rokok elektronik dan vape di negara ini oleh Kerajaan Persekutuan. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah merangka strategi dan melaksanakan tindakan berikut:

Yang pertamanya adalah: Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pakar Bagi Memperkukuhkan Kawalan Rokok Elektronik Bil.2/2019 telah berlangsung pada 24 September 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan bersetuju agar penjualan rokok elektronik dan vape diharamkan.

Yang keduanya: bagi memantapkan kawalan ke atas penggunaan rokok elektronik dan vape yang menggunakan cecair tanpa nikotin, satu akta baru sedang digubal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dalam peringkat semakan pihak

Jabatan Peguam Negara dan akan dibentangkan di Parlimen seawalnya pada tahun 2020 nanti.

Yang ketiganya adalah: pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengadakan sesi perbincangan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia pada 23 Julai 2019 bagi membincangkan strategi dan langkah-langkah untuk memastikan masalah penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan pelajar sekolah dapat diatasi.

Bagi menyahut seruan dan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan turut merangka strategi dan melaksanakan aktiviti berikut:

Yang pertamanya adalah: aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu ke atas premis menjual cecair vape oleh Cawangan Penguatkuasan Farmasi bersama Unit Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri juga menjalankan operasi ini serentak di seluruh negara pada 20 Ogos 2019. Pada operasi ini sebanyak 162 item produk cecair vape yang disyaki mengandungi nikotin yang melanggar peruntukan Akta Racun 1952 telah dirampas di Negeri Sembilan.

Yang keduanya adalah: Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia bersama dengan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan Cawangan Penguatkuasaan Farmasi negeri-negeri lain serta Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan telah menjalankan satu operasi bersepadu ke atas kilang memproses cecair vape pada 31 Oktober 2019 bagi kesalahan di bawah Akta Racun 1952. Di mana sebanyak 4 buah kilang di Tampin, di Nilai dan di Seremban yang memproses cecair vape telah diserbu yang melibatkan rampasan sebanyak 572 item cecair vape disyaki mengandungi nikotin.

Yang ketiganya adalah: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan melalui Unit Inspektorat dan Perundangan secara berterusan menjalankan aktiviti penguatkuasaan terhadap penggunaan rokok elektronik yang mengandungi hasil tembakau oleh Orang Belum Dewasa iaitu mereka yang berumur di bawah 18 tahun dan ke bawah khususnya pelajar sekolah. Penguatkuasaan juga turut melibatkan kesalahan penjualan hasil tembakau termasuk rokok elektronik oleh peniaga kepada orang bawah dewasa, Orang Belum Dewasa dan setiap kesalahan akan dikenakan tindakan pendakwaan di mahkamah tanpa diberi tawaran kompaun.

Yang keempat adalah: Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dari masa ke semasa menjalankan aktiviti pendidikan dan pencegahan amalan rokok termasuk rokok elektronik dan vape di semua, semua peringkat institusi pendidikan di Negeri Sembilan.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Ya, apakah tindakan disiplin yang akan diambil oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan terhadap golongan remaja yang melibatkan masalah rokok elektrik, elektro, elektronik dan vape ini? Terima kasih.

Soalan pendidikan. Untuk makluman, untuk murid-murid aktiviti berkenaan isu rokok elektronik dan vape, antara program pendidikan kesihatan yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pendidikan untuk membendung masalah penggunaan rokok elektronik atau vape di kalangan pelajar sekolah adalah seperti berikut:

Yang pertamanya adalah: Program Tunas Doktor Muda yang menerapkan elemen pendidikan pencegahan merokok kepada murid-murid prasekolah dalam Skop Persekitaran Sihat. Kini terdapat 132 buah prasekolah yang telah melaksanakan program ini.

Yang keduanya adalah: IMFree yang melibatkan sebanyak 27 buah sekolah rendah di Negeri Sembilan. Murid-murid didedahkan dengan bahaya rokok kepada kesihatan dan keluarga serta bersifat asertif dalam ajakan merokok.

Yang ketiganya adalah: Kelab Doktor Muda yang ditubuhkan di peringkat Negeri Sembilan, di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Kini terdapat 195 sekolah rendah dan 35 sekolah menengah yang terlibat dalam program ini. Pendidikan pencegahan merokok diajar kepada murid-murid dalam beberapa skop program iaitu Skop 9: Cara Hidup Sihat (Unit 3: Jangan Mula Merokok) bagi sekolah menengah, rendah dan Skop 10: Ini Semua Racun Mati (Unit 1: Rokok) untuk sekolah menengah.

Dan yang keempat: Program Siswa Sihat (PROSIS) di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang melibatkan 9 Institusi Pengajian Tinggi di Negeri Sembilan. Di dalam program ini, elemen pencegahan merokok diserapkan dalam skop Siswa Nafas segas, Segar. Program yang berteraskan aktiviti pendidikan kesihatan ini dilaksanakan untuk tujuan membentuk kefahaman di kalangan pelajar sekolah dan remaja supaya tidak memulakan tabiat merokok dalam usaha mewujudkan generasi bebas rokok. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kota ada apa?

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Ada, soalan tambahan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan?

Yang Dipertua Dewan

Okay, soalan ya.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. sahabat.

Yang Dipertua Dewan

Soalan dia?

Saya ingat tak bagi tadi kan. Saya tertariklah dengan soalan ni iaitu tentang vape. Tapi saya nak bertanya dalam Dewan ni, Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa jenis cara menghisap ni. Satu, hisap rokoklah, dulu ramai orang hisap. Yang kedua, curut ataupun orang panggil mencurut, ya. Curut, curut, curut. Dan yang ketiga, sekarang yang moden ni, vape. Jadi saya nak tanya, Dato’ Yang Dipertua, mana kategori yang lebih bahaya, kurang bahaya dan mungkin tak bahaya kot, ada. Jadi saya nak tanya, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

YB Repah, dia tanya mana lebih bahaya, curut ke vape?

Memang semuanya bahaya …..

Yang Dipertua Dewan

Bahaya.

….. tapi saya nak bagitahu bahawa penggunaan rokok elektronik dan vape kalau kita lihat dari segi kandungannya, terdapat nikotin iaitu merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketahih, keke, ketagihan. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak. Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana semasa remaja, adalah peringkat kritikal perkembangan otak. Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan kepada perut dan usus dan dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk antaranya adalah sawan dan kegang, kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40mg boleh juga menyebabkan kematian. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tak, ni, Repah. Dia tanya, curut dengan vape ni mana lebih bahaya.

Dua-dua memang bahaya.

Yang Dipertua Dewan

Dua-dua bahaya. Okay.

Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

Dah.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Cukup, cukup, jangan panjang lagi.

….. mengikut, mengikut kategori Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Nanti yang, yang akan datang, tanya soalanlah.

Kata sahabat, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni kena belanja. Okay. Pasal, bahaya ni, pasal ni ada kajian. Saya nampak kena Kementerian Kesihatan kena keluarkanlah. Silakan, seterusnya, giliran yang keenam ya, Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan pertama, wahh ni Veerapan.

Okay, terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Estet Batang Jelai ini menyediakan, menyediakan perumahan kepada pekerja-pekerja tanggungan, dan tanggungan mereka. Sebanyak 111 unit rumah pekerja disediakan. Bilangan penduduk di estet ini adalah seramai 388 orang. Estet ini menggunakan air bawah tanah ataupun tube well, dengan izin, sebagai sumber bekalan air minum di mana air tersebut diproses dan dirawat mengikut kaedah ditetapkan. Berdasarkan pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah, didapati air tersebut mematuhi Piawaian Air Minum Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tetapi, ma, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu diambil untuk meningkatkan mutu air tersebut. Antara tindakan penambahbaikan yang diambil adalah seperti berikut:

 Memasang bumbung bagi loji rawatan.

 Menggunakan semula sediment compartment.

 Yang ke-3: Memperbaiki/servis sand filter.

 Yang ke-4: Memperbaiki/servis iron remover.

 Yang ke-5: Membersihkan secara berperingkat tangki simpanan air atas di rumah-rumah pekerja.

Estet merupakan tanah persendirian dan adalah menjadi tanggungjawab pihak estet atas perbelanjaan sendiri untuk mendapatkan bekalan air minum SAINS. Namun begitu, pihak kerajaan akan membantu pihak estet dalam apa saja cara yang boleh untuk membantu bagi pihak estet mendapatkan bekalan air minum daripada SAINS.

Bagi soalan kedua, melibatkan pekerja. Isu ini melibatkan tindakan disiplin oleh majikan terhadap 5 orang pekerja tempatan. Majikan mengambil tindakan di bawah Seksyen 14, Akta Kerja 1955 terhadap 5 orang pekerja ini atas tuduhan salah laku memukul dan mencederakan pekerja asing, tidak hadir kerja tanpa kebenaran dan beberapa tuduhan lain.

Bagi tujuan siasatan dalaman, 5 orang pekerja ini telah digantung kerja. Siasatan dalaman telah diadakan pada 17 haribulan 10, 2019 dan status semasa adalah majikan menunggu keputusan dan cadangan dari panel siasatan yang secara dalaman.

Siasatan dalaman merupakan urusan dalaman syarikat dan dibuat mengikut peruntukan Seksyen 14, Akta Kerja 1955. Mana-mana pekerja yang terlibat yang tidak puas hati dengan keputusan majikan di bawah Seksyen ini boleh membuat aduan di bawah Seksyen 69(3), Akta Kerja 1955 kepada Jabatan Tenaga Kerja atau Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan siasatan dalaman diberitahu kepada mereka.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Nilai kerana sudi melawat, yang sudi melawat Ladang Batang Jelai ini, di DUN saya. Dan terima kasih juga kepada ahli EXCO, Yang Berhormat Repah. 2 EXCO turun ke ladang tersebut apabila isu ini timbul. Sebelum soalan tambahan ni, saya ingin nak berikan satu pandangan saja iaitu apabila datang melawat ke ladang sebegini, apabila timbul isunya, lebih baik tidak dibawa dengan media massa

seperti tv, semua sekali. Ia memberikan satu gambaran yang tak begitu baik, seolah-olah penduduk ataupun pekerja ladang minum air yang tak baik. Lebih baik kita buat kajian secara dalaman dulu, kemudian kita hebohkan kepada media massa. Itu telah me, memberikan satu gambaran bahawa ladang ini, pekerja ladang ini tidak mendapat air bersih. Terima kasihlah atas keputusan yang telah diumumkan sebentar tadi iaitu air di ladang tersebut ini adalah mencapai tahap yang telah ditetapkan.

Okay, soalan saya, pada masa Kerajaan Barisan Nasional, ada satu program membekalkan air bersih di, ke ladang-ladang. Biasanya kerajaan akan menampung kos pemasangan paip daripada paip utama sampai ke sempadan ladang. Kemudian kos pemasangan paip di dalam kawasan ladang itu ditanggung oleh ladang masing-masinglah. Jadi, program itu telah ditangguhkan. Saya pernah membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan semasa saya menjadi ahli EXCO yang menjaga perladangan. Jadi saya ingin tahu apakah status program itu pada ketika ini? Sama ada program yang baik dan murni ini akan diteruskan atau tidak ataupun ditangguhkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Okay, berkaitan dengan soalan, berkaitan dengan Ladang Batang Jelai ini, kita memang, kita memang bersedia dan kita telah pun melawat kawasan tersebut, ladang tersebut beberapa bulan lepas dan mendapati paip utama yang menghubungkan bekalan air ini berada di, berdekatan ataupun berada di sempadan dengan estet tersebut. Kerana kita pun telah kenal pasti se, terdapat jugak sebuah sekolah iaitu SJK(T) Ladang Middleton, dan kita juga telah mendapat padangan daripada kontraktor atau, dan juga daripada Syarikat Air Negeri Sembilan bahawa paip utama tu berada memang di sempadan, ataupun di sebelah jalan besar tersebut. Dan ini tidak menjadi halangan kepada pihak estet untuk memberikan penyambungan air bersih ataupun air rawat ini terus kepada pekerja-pekerja di ladang tersebut.

Berkaitan dengan program tersebut, kita akan semak, kita, kalau, kita cuba untuk mendapatkan ban, peruntukan daripada mana-mana kementerian ataupun jabatan untuk memastikan kebajikan ataupun penyambungan air minum secara rawat ini dapat dibekalkan kepada estet-estet yang masih menggunakan air, bekalan air bukan daripada pihak syarikat SAINS ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan lagi?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bukan.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat satu cukup kot.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin nak beri cadanganlah.

Yang Dipertua Dewan

Cadangan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya berharap apa ni, Yang Berhormat Nilai ni dapat senaraikan semua ladang-ladang yang berada di tepi jalan yang mana bekalan apa ni, paip air utama SAINS itu ada di apa ni, di, berdekatan dengan ladang tersebut. Apa salahnya pengurus-pengurus ataupun, pengurus ladang-ladang tersebut itu dipanggil untuk satu mesyuarat bersama dengan JTK, untuk membincangkan agar, macam Ladang Batang Jelai ni memang SAINS sanggup, saya tahu, SAINS ini telah sanggup untuk memberikan pemasangan paip itu secara percuma. Dulu pun kami dah bincang, mereka setuju, memang baik. Jadi, ada beberapa ladang di Negeri Sembilan yang paip besar tu depan saja, main road saja. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memanggil pengurus itu, bincang dan kalau boleh sediakanlah bekalan air SAINS agar pekerja ladang itu dapat menikmati air bersih. Itu adalah cadangan saya. Dalam hal ini saya berharap Jabatan Tenaga Kerja ni dapat membantu. Sekian, terima kasih.

Untuk menjawab, memang kita, saya bersama dengan Jabatan Tenaga Kerja telah pun mengadakan satu mesyuarat dengan 18 ladang di Negeri Sembilan yang masih menggunakan bekalan air bukan daripada Syarikat SAINS. Dan memang kita telah pun mintak kepada ki, syarikat-syarikat ataupun ladang-ladang tersebut supaya, kepada syarikat ataupun ladang yang mempunyai bekalan air di sempadan untuk terus ataupun untuk cuba untuk memastikan dapat menggunakan air secara rawat ataupun air daripada syarikat SAINS ini.

Dan memang ada beberapa ladang yang jauh daripada bekalan air ini. Dan itu akan di apa, akan diambil maklum. Tetapi kita memang memberikan tekanan dan juga menasihatkan kepada ladang-ladang yang memang mempunyai bekalan air di sempadan mereka untuk mempercepatkan penyambungan bekalan air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, seperkara, yang soalan saya tadi, program pemasangan paip oleh kerajaan dengan kos ditanggung oleh kerajaan itu, sehingga ke sempadan ladang tersebut, statusnya belum dijawab. Sekian.

Tak apa, itu nanti kita akan, saya akan jawab.

Yang Dipertua Dewan

Kita pergi kepada giliran 7 ya, YB Chuah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, projek perumahan yang terletak berhadapan Ladang Tanah Merah adalah merupakan Projek Perumahan Rakyat (PPR) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerja-kerja pembinaan PPR ini telah bermula pada 15 April 2015 dan sepatutnya disiapkan pada hujung Disember 2017. Namun, didapati kontraktor sedia ada gagal menyiapkan projek tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selaku Agensi Pelaksana telah melantik Kontraktor Penyiap bagi menyelesaikan baki kerja PPR Ladang Tanah Merah. Tarikh Surat Setuju Terima (SST) telah dikeluarkan pada 12 Disember tahun 2018 dan tarikh siap projek adalah dijangka pada 5 Julai tahun 2020.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kemajuan sebenar fizikal di tapak bagi Kerja-Kerja Menyiapkan Baki Projek Perumahan Rakyat Ladang Tanah Merah adalah 25% berbanding 27% kemajuan yang dijadualkan. Projek ini dijangkakan akan disiap sepenuhnya pada 5 Julai tahun 2020.

Projek ini disasarkan akan diserah dalam tempoh 30 hari selepas projek disiapkan sepenuhnya. Urusan pengisian akan dilaksanakan selepas projek tersebut disiapkan dan akan dimaklumkan secara rasmi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Kebiasaannya, rumah PPR KPKT akan dijual pada kadar hanya 35 ribu ringgit seunit tertakluk kepada pemakluman rasmi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Syarat-syarat umum permohonan rumah ini adalah:

 Warganegara Malaysia;

 Pendapatan isi rumah tidak melebihi 3,000.00 sebulan;

 Berumur 18 tahun ke atas;

 Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah;

 Keutamaan kepada pekerja ladang berhampiran.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri telah pun mengenal pasti 2 tapak tanah Kerajaan dalam DUN Chuah yang berpotensi untuk pembangunan rumah mampu milik. Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah memperakukan tapak tanah tersebut bagi Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Soalan tambahan ya.

Yang Dipertua Dewan

Oh soalan tambahan.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Ya. Rumah mam, mampu milik ini dibinakan dalam satu perumahan khas ataupun sebahagian dari taman perumahan yang baru? Kalau sebahagian, berapa peratus untuk rumah mampu milik? Dan boleh tak pemaju terutama pemaju untuk kawasan kecil bayar pampasan kepada kerajaan untuk tanggungan binaan rumah mampu milik di kawasan pilihan kerajaan? Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chuah, bagi pihak Kerajaan Negeri Sembilan sebenarnya memang kita telah pun menetapkan untuk projek pembangunan yang besar, kita syarikat pembangunan tersebut mesti sekurang-kurangnya mempunyai 50% rumah mampu milik, di mana ada rumah mampu milik Type A, Type B dan juga Type C. Dan juga untuk projek pembangunan yang kurang daripada 10 ekar, kita mensyaratkan pemaju untuk membangun sekurang-kurangnya 30% rumah mampu milik yang berharga kurang daripada 250 ribu ringgit. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Sekarang kita pergi ke giliran nombor 8, Yang Berhormat Serting.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Serting atas soalan bantuan institusi agama. Bantuan kewangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri meningkatkan, meningkat kepada semua masjid dan surau Negeri Sembilan bagi tahun 2018 ialah 2.462 juta ringgit dan bagi tahun 2019 ialah 5.338 juta. Jumlah bantuan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Peruntukan Masjid: Jelebu 212,358.00 iaitu pada 2018 meningkat kepada 354,668.00 ringgit. Kuala Pilah pada 293,536.00 ringgit (2018) kepada 567,333.00 ringgit. Port Dickson daripada 384,161.00 ringgit kepada 241,557.00 ringgit. Rembau 237,635.00 ringgit kepada 197,284.00 ringgit. Seremban 680,277.00 ringgit kepada 1.954 juta. Tampin 119,000.00 kepada 189,100.00. Jempol 147,000.00 kepada 367,000.00. Bagi peruntukan surau, itu adalah peningkatan sebanyak 86.6%. Bagi Peruntukan Surau, kita telah membelanjakan sebanyak 1.465 juta berbanding 387,000.00 pada tahun 2018.

Bantuan kewangan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada semua Sekolah Agama Rakyat dan pusat pendidikan tahfiz bagi setiap daerah Negeri Sembilan bagi tahun 2018 ialah sebanyak 817,000.00 dan bagi tahun 2019 ialah 685,000.00. Berkurangan sedikit.

Namun begitu, Sekolah Agama Rakyat ini adalah sekolah yang diurus tadbir oleh rakyat. SAR ini mempunyai Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) berperanan mengurus mentadbir dan menyediakan dana belanja mengurus. Bantuan daripada agensi lain seperti Giatmara, Bomba, mereka hanya membantu memberikan pandangan dan cadangan berhubung pendawaian.

Jumlah bantuan diberikan kepada institusi tersebut secara terperinci bagi DUN Serting bagi tahun 2018 dan 2019 adalah: bagi masjid, tahun 2018, Masjid Tuanku Puan Chik 86,000.00, Felda Raja Alias 50,000.00. Bagi tahun 2019 Masjid Kariah Kg. Serting Ulu 70,000.00 dan Surau Kampung Peladang, Serting Ilir 250,000.00.

Bantuan maahad/madrasah tahfiz, sekolah agama adalah sebanyak 64,000.00 bagi tahun 2018 dan 62,000.00 bagi tahun 2019. Bantuan secara terperinci adalah seperti berikut:

Bagi tahun 2018, bagi maahad / madrasah tahfiz 14,000.00 bagi tahun 2018 dan 50,000.00. Jadi jumlah tersebut, pada tahun 2019 sebanyak 11,000.00 dan 51,000.00.

Jadi itu jawapannya, terima kasih.

Terima kasih di atas jawapan.

Yang Dipertua Dewan

Ada soalan tambahan?

Soalan tambahan. Pusat pendidikan tahfiz ini kebanyakannya diusahakan oleh pihak persendirian. Jadi, sudah banyak kekangan-kekangan dalam melaksanakan program pendidikan tahfiz. Jadi adakah, melihatkan situasi tersebut, adakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambah bantuan kewangan khususnya kepada program pendidikan tahfiz di Negeri Sembilan ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita, Dato’ Yang Dipertua, kita, bagi soalan tambahan, kita sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri sedia, juga menyediakan bantuan tahfiz untuk, untuk sekolah-sekolah tahfiz di Negeri Sembilan. Dan keduanya, juga kita mem, MAINS sendiri memberi bantuan kepada ma, tahfiz-tahfiz. Begitu juga, bagi pihak Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM juga menyediakan peruntukan bagi pembangunan tahfiz-tahfiz di seluruh Negeri Sembilan. Jadi kami rasakan bahawa peruntukan-peruntukan itu, inshaa Allah mampu

digunakan dengan baik dan kita juga telah meletakkan beberapa perkara sebelum permohonan-permohonan itu diluluskan. Dan kita harap bahawa pemba, dengan sumbangan ini, mampu melahirkan lebih ramai lagi. Dan alhamdulillah, kita ada 60 lebih kurang aktif, yang aktif berdaftar dengan Majlis Agama Islam. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang tiba giliran 9, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Lenggeng. Soalan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama Yang Berhormat ADUN Temiang yang bertajuk “Permohonan Penukaran Tanah Hak Milik 99 Ke Tanah Hak Milik Kekal” dan pertanyaan, Pertanyaan, Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Juasseh yang bertajuk “Hak Milik Kekal Taman-Taman Perumahan Di Negeri Sembilan”.

Kerajaan Negeri secara dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan penukaran status tanah hakmilik pajakan kepada hakmilik kekal dan akan dimulai dengan hakmilik-hakmilik dalam kawasan penempatan sebagai pilot project iaitu di kawasan Sikamat, Ampangan dan Paroi, inshaa Allah dalam masa yang akan kita maklumkan.

Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan (PTGNS) telah dalam proses menyediakan “Dasar Pelaksanaan Pertukaran tanah Tempoh Pegangan Hakmilik Daripada Pajakan Kepada Selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus Bagi Tanah-Tanah Yang Berstatus Kediaman”. Selain daripada itu, PTG dalam proses menyediakan borang-borang permohonan serta senarai semakan sebagai panduan kepada Pejabat Tanah untuk memproses permohonan yang, apabila diterima kelak. Jadi kita memang dalam dasar ni kita sedang dalam peringkat akhir inshaa Allah, untuk kita melaksanakan perkara tersebut, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

….. Amat Berhormat. Tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan. Soalan tambahan, boleh?

Yang Dipertua Dewan

Ada kaitan dengan soalan ini?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ada. Ya, terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Cuma saya nak, nak tanya kepada Kerajaan Negeri adakah tempoh diberikan untuk memastikan semua pemegang-pemegang hak milik pajakan negeri diselesaikan ke, diberikan pemilikan hak milik kekal. Kerana tadi Yang Amat Berhormat kata hanya beberapa pilot project dijalankan, dan adakah tempoh masa ditentukan untuk keseluruhan Negeri Sembilan?

Yang Dipertua Dewan

Ya silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ yang Dipertua, kita telah da, letakkan di dalam manifesto Kerajaan Negeri bahawa, manifesto Kerajaan Pakatan Harapan dan kita telah nyatakan bahawa kita akan berusaha memastikan tanah-tanah yang berstatus taman-taman perumahan dapat kita lakukan dengan segera. Inshaa Allah apabila kita selesai dengan penyediaan garis panduan untuk kita menukar daripada syarat-syarat tersebut kepada kekal. Inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi ke giliran nombor 10, Yang Berhormat Seri Menanti.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti.

Saya jawab ya. Terima kasih sahabat saya Seri Menanti. Terima kasih Yang Dipertua.

Terima kasih sahabat.

Projek pelebaran jalan-jalan dalam di kawasan kampung-kampung dari Kampung Terachi ke, ke Kuala Talang telah siap dilaksanakanlah secara berperingkat. Namun begitu, hasil siasatan tapak mendapati terdapat rekahan dan mendapan pada tebing-tebing jalan yang terlibat dalam skop pelebaran jalan ini memandangkan kawasan ini merupakan bahagian lembah yang ditambak tanah sepanjang 50 meter. Terdapat aliran air bawah tanah dari kawasan berbukit ke kawasan yang ditambak ini menyebabkan tebing-tebing jalan ini merekah terutamanya pada musim hujan.

Sebagai langkah pembaikan jangka masa pendek, Kerajaan Negeri akan meminta pihak kontraktor memperbaiki jalan ini secara meman, jalan ini semula memandangkan projek ini masih dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi mengelakkan kemalangan. Sebagai langkah pembaikan jangka masa panjang, sistem saliran yang lebih sistematik akan dilaksanakan di kawasan ini bagi mengalirkan air dari kawasan berbukit ke kawasan paya berdekatan. Kerja-kerja pembinaan sistem saliran ini dijangkakan dilaksanakan sikit masa lagilah.

Walau macam mana pun, sebenarnya untuk makluman semualah, kita bercadang untuk melebarkan jalan-jalan kampung ini supaya selepas 61 tahun jalan-jalan ini, bila 2 kereta berselisih, satu kena berhenti dan satu kena jalan. Jadi, kita dah mengarahkan kepada Pejabat-Pejabat Daerah supaya pada masa-masa akan datang, jalan-jalan kampung ini dapat dibesarkan supaya membolehkan 2 kereta boleh berselisihlah. Ini kita mulakan. Dan inshaa Allah ini tertakluk kepada permohonan dan permintaan daripada mana-mana ADUN dan jugak Penyelaras DUN di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Soalan tambahan Dato’ Yang Amat Dipertua. Saya, terima kasihlah kepada Labu dan juga Yang Berhormat Menteri Besar kerana memberikan peruntukan untuk melebarkan jalan tersebut. Seperti yang diberitahu bahawa jalan itu di paya-paya yang

menyebabkan kerosakan. Sebenarnya ada jugak ya, di kawasan tersebut yang berbukit, tempat bukit. Apa yang saya lihat adalah disebabkan oleh kualiti pembikinan jalan tersebut yang tidak mengikut spesifikasi kerja. Kalau mengikut spefi, spesifikasi kerja, saya rasa ya, dia tak, tak, tak apa, tak membazir ya, dengan kerosakan-kerosakan tadi, ya. Contoh dia, kalau jalan-jalan bukit, kalau kita buat elok-elok, dengan spec yang betul, saya rasa jalan tak turun, tapi disebabkan tak mengikut spec, jalan tadi mendap lagi menyusahkan.

Dan satu lagi saya, saya mohon untuk dilebarkan lagi ya, dilebarkan lagi jalan tersebut sebab walaupun dah lebar 3 kaki, tapi masih lagi ada, ada tempat yang sukar untuk kita berselisih ya, kereta berselisih, sebab tadi adalah dijadikan jalan alternatif ya, kepada jalan yang berlaku kesesakan antara jalan Seremban – Kuala Pilah tadi. Makna dia, limpahan kenderaan tadi akan lalu di jalan itu, ya.

Jadi, saya cadangkan ya, supaya ya, pertama dia mengambil kira tentang kualiti pembinaan jalan, ya. Dan yang kedua dia, lebarkan lagilah ya, bukan setakat 3 kaki ya, tapi mungkin tambah lagi 3 kaki untuk memudahkan ada tempat-tempat yang perlu lebar. Dan ada tempat jugak yang kita lalu, dia, tak, dah tak dapat tambah lagi dah ya, mungkin dia berbukit dan tak, tidak, apa ni, tak orang tak boleh nampak ke depan, dia berbukit dan mungkin tanah milik dan sebagai dia. Jadi sebab tulah, saya cadangkan supaya diteliti semula supaya la, lebih kita dapat keseluruhan jalan tersebut lebar dan selesa untuk kenderaan. Terima kasih.

Okay terima kasih pandangan. Dan memang kami pastikan akan datang nilah, terutama Pejabat-Pejabat Daerah dan jugak Kementerian Pembangunan Luar Bandar memastikan supaya kontraktor mengikut spec ataupun apa ke, apa saja kuantiti, kuantiti yang ditetapkan. Dan saya pastikan supaya jalan-jalan ini di, apabila diterima ataupun apabila disahkan untuk penerimaan, perlulah mengikuti apa yang, yang telah ditetapkanlah. Dan saya sebagai EXCO memang pergi menengok, dan mungkin tempat ni saya terlepas pandang. Tapi walau bagai, walau bagaimanapun, ini menjadi satu ingatanlah kepada semua pihak. Kita tak boleh ambil mudah. Dan saya harap supaya semua pihak yang terlibat, melibatkan kontraktor-kontraktor ini supaya mereka jangan melaku lagi seperti inilah. Dan saya berharap jugak oleh kerana kita dah mulakan, kata orang, daripada compodak baiklah nangko, daripada tidak baiklah ado walaupun sikit. Jadi, kita akan cubo buek lagilah. Jadi janganlah sekali semua nak mintak semuo Pilah tak boleh, orang lain nak jugak. Di Rembau pun ndak, di Jelebu pun ndak, semua kita akan buat. Walau

macam mana pun, dah ada 3 meter tu, saya ingat bersyukur dulu, dan inshaa Allah kita akan buat lagi, dan saya berharap Kementerian Luar Bandar akan beri peruntukan yang lebih lagilah kepada jalan-jalan kampung ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih …..

Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. kita pergi ke giliran seterusnya …..

Speaker. Dato’ Speaker sekejap, saya nak betulkan balik. 3 meter ke, 3 kaki?

3 kaki tu, kita jalan biasa 4 kaki, biasanya dilebarkan sikitlah. Ikut meter makna 3 meter lebih, 3 meter lebihlah tu ya, jalan kampung.

Yang Dipertua Dewan

Okay, kita pergi kepada soalan berikutnya, giliran 11, seharusnya Seremban Jaya. Tadi, saya dah maklumkan ada halangan untuk hadir, atas permintaan ya, YB Mambau, sebab soalan ni penting, saya setujulah membenarkan YB Mambau untuk membacakan soalan dia.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Kita haruslah memberi sokong, sokongan semangat kepada serem, Seremban Jaya. Dan ini merupakan satu hasrat Seremban Jaya, Seremban Jaya untuk mengambil bahagian dalam sesi soalan lisan pada pagi ini. Jadi, saya mewakili Seremban Jaya merupa, mengemukakan soalan pertama, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan Seremban Jaya, peruntukan MARRIS. Keseluruhan peruntukan MARRIS yang diterima oleh pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban adalah sebanyak 33.2 juta. Bebe, buat, terdapat 4 perkara yang dilakukan iaitu penyelenggaraan jalan 23.29 juta, penyelenggaraan longkang 6.2 juta, penyelenggaraan lampu jalan 1.9 juta dan cantasan/penebangan pokok 1.69 juta. Dan keseluruhannya 33.203 juta.

Jumlah pengagihan peruntukan adalah terperinci dan, dan inshaa Allah akan saya berikan jawapan ini secara bertulis, inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang sudah 10:30 ya. Seharusnya kita nak buat pembentangan belanjawan. Saya mencadangkan untuk membenarkan 2 soalan lagi, lepas ni, saya mencadangkan, saya mintak persetujuan pada, pada siding, boleh? Setuju? Hari ni hari Jumaat ya. Boleh? 10:45 lah ya, okay, saya jangka 10:45 dua soalan saja sempat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

1-lah.

Yang Dipertua Dewan

2 soalanlah sempat. Jadi, saya persilakan Yang Berhormat Chembong. Saya tanya setuju tak semua?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

1, last.

Yang Dipertua Dewan

Setuju ya?

Dato’ Speaker, kalau satu saja pun okay.

Yang Dipertua Dewan

Tapi saya nak dapat persetujuan, nanti kang besok bantah saya, semua setuju?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Satu soalan Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jikalau setuju, kata setuju. Haa ramai ya. Okay, silakan Chombong.

Dato Speaker, saya kemukakan soalan nombor 1 Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Dato’ Speaker dan kepada soalan Yang Berhormat ADUN Chembong. Suka saya mengulangi dan memberi peri peringatan mengenai peranan JKM selain daripada memberi bantuan, JKM sebenarnya ada 3 lagi peranan. Yang pertamanya memang untuk menyelamatkan golongan sasar dengan memberi bantuan dan kaunseling. Yang keduanya, sebenarnya kita ingin memandirikan golongan sasar tersebut supaya mereka dapat berdiri di atas kaki sendiri dan mencari, meraih keuntungan dan mencari pendapatan masing-masing. Yang ketiganya, kita ingin mempenyayangkan masyarakat supaya masyarakat mengambil peranan juga untuk, mengambil tanggungjawab untuk menyelamat dan memberi bantuan selain daripada pihak kerajaan. Yang keempatnya adalah kita ingin mensejahterakan masyarakat supaya syarikat-syarikat swasta dapat mengadakan perkongsian pintar dengan pihak kerajaan supaya kita boleh menjalankan tugas dengan lebih baik.

Ini adalah soalan yang men, memerlukan jawapan, kebanyakannya statistik. Nampaknya ADUN Chembong suka dengar suara manis sayalah. Saya akan baca. Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah terkini penerima bantuan bulanan JKM bagi seluruh Negeri Sembilan mengikut pecahan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri adalah seramai 25,128 orang.

Di DUN Ampangan – 438, Lenggeng – 452, Lobak – 414, Nilai – 647, Sikamat – 469, Temiang – 227, Bukit Kepayang – 568, Labu – 412, Mambau – 683, Rahang – 296, Seremban Jaya – 506, Rantau – 868, Paroi – 1,051. Untuk jumlah besar 7,031 dalam Daerah Seremban.

Untuk Daerah Kuala Pilah pulak: Seri Menanti – 476, Pilah – 575, Juasseh – 461, Johol – 587, Senaling – 348. Untuk jumlah besar 2,447. Untuk Daerah Rembau: Kota – 1,144, Chembong – 1,427. Untuk jumlah besar 2,571.

Untuk Daerah Jelebu: Klawang – 551, Chennah – 603, Pertang – 500. Jumlah besar 1,654.

Untuk Daerah Tampin: Repah – 1,142, Gemencheh – 1,233, Gemas – 904. Untuk jumlah besar 3,279.

Untuk Daerah Port Dickson: Linggi – 1,099, Port Dickson – 681, Lukut – 1,207, Chuah – 702, Bagan Pinang – 989. Untuk jumlah besar 4,678.

Untuk kawasan Daerah Jempol: Palong – 363, Serting – 828, Bahau – 1,051, Jeram Padang – 700, Lui – 526. Untuk jumlah besar – 3,468.

Jumlah keseluruhan untuk penerima-penerima bantuan JKM di seluruh Negeri Sembilan adalah 25,128. Sekian, terima kasih.

Dato’ Speaker, terima kasih atas jawapan tadi. Soalan tambahan Dato’ Speaker, sekarang ni Dato’ Speaker, selaku pemimpin masyarakat khususnya Wakil Rakyat, Dato’ Speaker, mana saja kita pergi ke majlis-majlis kenduri, majlis rasmi atau tidak Dato’ Speaker, orang ramai, rakyat, soalan yang paling popular diajukan kepada kami adalah Dato’ Speaker, adalah pertamanya bila nak bubar Parlimen, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Ini luar konteks ni.

Keduanya adalah, yang selalu diajukan, yang kedua paling popular adalah kenapa bantuan JKM kami diberhentikan, Dato’ Speaker, ya. Ini soalan yang sangat serius. Jadi, soalan tambahan saya adalah dalam Negeri Sembilan ini, ataupun dalam, mengikut daerah-daerah khususnya DUN Chembong Dato’ Speaker, berapa ramai dah yang penerima bantuan-bantuan JKM sebelum ini telah menerima, diberhentikan oleh Kerajaan Negeri sejak Pakatan Harapan memerintah Dato’ Speaker, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

YB Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan. Memang soalan ini telah diajukan, selain daripada soalan tambahan ADUN Chembong, memang ada 2 lagi soalan pada hari yang ketiga, keempat dan kelima, saya akan jawab bersama-sama semasa itu.

Dato’ Speaker, saya mohon sangat supaya jawapan ini diberikan secara lisan di dalam Dewan ini, Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya secara lisan.

Sebab saya pernah bertanya soalan ni. Tapi EXCO menjawab secara bertulis Dato’ Speaker. Jadi saya mohon secara lisan biar semua orang mendengar dalam Dewan, Dato’ Dipertua.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya, saya akan menjawab secara berlisan, pada, kalau tak silap ketiga atau hari keempat. Ya.

Yang Dipertua Dewan

Ada soalan khas Chembong berkaitan tu. Dan tadi difahamkan akan dijawab pada hari, ke berapa tadi? Ketiga, ya. Sekarang, saya rasa soalan terakhir pada Chembong tadi. Kita ucapkan terima kasih kepada yang mengambil bahagian dalam soal lisan tadi.

Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat masa bagi pertanyaan-pertanyaan lisan kita baru tutup ya. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, sama ada pihak kerajaan atau semua pihak dan pihak yang terlibat. Saya juga merakamkan terima kasih di atas semua pihak yang telah memainkan peranan penting dalam soalan pagi ni, mengikuti disiplin yang kita ada. Semua Pertanyaan Lisan Hari Pertama yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis ya.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan-jawapan bertulis bagi pertanyaan-pertanyaan yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat, Yang Amat Berhoramt Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan-jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020Motion

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan pembentangan usul mengenai Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun 2020.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:

“Bahawa mengikut Ceraian 3 Seksyen 4, di dalam Akta Kumpulan Wang Disatukan Pembangunan 1966, Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju meluluskan perbelanjaan yang dicadangkan sebanyak Ringgit Malaysia 101,200,000.00 dengan maksud dalam bu, dan butiran projek dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020 sebagaimana yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2019, adalah diluluskan dan diperolehi untuk tujuan yang ditentukan sahaja.

Yang Dipertua Dewan

443 Yang Amat ya …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memandangkan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020 adalah kaitan dengan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019, seperti yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 10 Tahun 2019, maka saya dengan ini mencadangkan supaya Usul ini dibincang dan dibahaskan bersekali dengan Rang Undang-Undang tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah mencadangkan agar Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020 dibahaskan bersekali dengan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019, dan telah mendapat sokongan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan tersebut kata “setuju”. Yang tidak bersetuju kata “tidak”. Jadi ramai yang bersetuju, lebih bersuara bersetuju. Cadangan ini diluluskan. Kita terus ke agenda berikutnya.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Rang Undang-Undang.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya mempersilakan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019. Dipersilakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen Perbekalan (2020) 2019 yang membolehkan kegunaan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan bagi pengurusan tahun 2020 dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2020 dan bagi

memperuntukkan jumlah jawa, wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2020 dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu” dibacakan bagi kali kedua.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, segala puji dan syukur kepada Allah, tuhan tuan punya seluruh alam. Dia-lah pemilik ke atas negeri ini dan kita semua. Dia juga merupakan majikan dan penyedia segala sumber yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan yang paling disayangi Nabi Muhammad SAW.

Kita dapat lihat, dengar dan rasakan betapa Allah telah menghadiahkan Negeri Sembilan sebuah negeri yang indah, unik dan kaya dengan hasil mahsul. Kita semua adalah petugas yang diamanahkan-Nya untuk menjaga, membangun dan memajukan negeri yang kita sayangi ini.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 29 [melafazkan bacaan ayat 29 dari surah al-Baqarah]. Yang bermaksud “Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”. Tugas kita ialah bersyukur,menghargai kurniaan-Nya. Kita perlu ingat akan janji dan ingatan Allah dalam surah Ibrahim ayat ke-7 [melafazkan bacaan ayat ke-7 dari rusah Ibrahim]. “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Dalam masa yang sama kita sentiasa ingat dengan teguran Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang bermaksud: “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua selaku hamba, petugas dan khalifah-Nya di muka bumi, untuk mentadbir, mengurus negeri tercinta ini dengan penuh amanah bagi memastikan kekayaan yang dikecapi ini terus lestari sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke-30 yang bermaksud “Dan (ingatlah), ketika TuhanMu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”. Kita harus sentiasa ter, sedar bahawa segala nikmat dan kekayaan yang dianugerahkan ini boleh hilang sekelip mata jika tidak jaga dan uruskan dengan baik.

Adalah menjadi harapan kita semua agar kekayaan dan kemakmuran hasil negeri yang sedang kita kecapi ini akan kekal mampan dan berdaya tahan. Maka itu, sukacita saya menyatakan bahawa tema Belanjawan Tahun 2020 ini adalah “Melestari Ekonomi, Mensejahtera Rakyat”.

Bagi memastikan hasil negeri ini kekal lestari dan berdaya tahan, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan strategi dan agenda memperkasakan ekonomi melalui penerokaan hasil baru, perbelanjaan berhemat dan mengekang ketirisan hasil. Justeru itu, adalah penting untuk kita memahami apakah ciri-ciri ekonomi yang lestari dan mengapakah perlu kita melestarikan pertumbuhan ekonomi tersebut. Secara literalnya, ekonomi yang lestari adalah bermaksud pertumbuhan ekonomi yang mampan, berdaya tahan, rentan dan berdaya saing mengambil kira keperluan masa kini dan juga akan datang. Ia berpaksikan kepada 4 ciri penting:

 Pertama: Ekonomi berteraskan ilmu.

 Kedua: Pengupayaan ekomomi dalam nilaian tinggi.

 Ketiga: Pengupayaan ekonomi berteraskan sumber strategik.

 Keempat: Penerokaan hasil dalam keupayaan kapasiti.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, adalah menjadi harapan saya supaya pertumbuhan positif hasil Negeri Sembilan yang sedang kita lalui sekarang ini, akan kekal dan berdaya tahan untuk satu tempoh yang panjang ataupun kekal untuk selama-lamanya dengan izin Allah. Namun untuk mencapai matlamat tersebut, perancangan jangka panjang perlu disiapkan dengan rapi supaya ianya berjaya direalisasikan. Ekonomi yang lestari dan berdaya tahan adalah ekonomi yang berteraskan kepada ilmu. Pengurusan sumber hasil negeri perlu diuruskan oleh tenaga manusia yang berpengetahuan, berkompetensi dan berintegriti tinggi. Penggunaan aplikasi digital, Big

Data, Cloud, Internet of Things dan artificial intelligence perlu diperkukuhkan dalam pengurusan hasil negeri seiring dengan Revolusi Industri (IR) 4.0. Pada masa yang sama, tenaga manusia perlu terus dibangunkan dengan nilai-nilai yang murni serta amanah, bertanggungjawab dan berintegriti. Kekayaan walau sehebat mana sekalipun, akan habis musnah jika diuruskan oleh mereka yang korup dan tidak amanah.

Kedua, bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang positif, ianya perlu diupayakan dalam rantaian ekonomi yang tinggi. Statistik, statistik dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2018, menunjukkan tahap penggunaan teknologi tinggi dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan adalah rendah, iaitu 37% dan 20% masing-masing. Negara masih bergantung kepada pekerja separuh mahir dan rendah iaitu 73% terutamanya dalam buruh asing. Maka itu, penggunaan teknologi pintar, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan aplikasi digital perlu diperluaskan sebagai agenda jangka panjang. Sumber hasil negeri perlu diberikan nilai tambah dalam rantaian yang lebih tinggi supaya menjana keuntungan yang berganda dan optimum sekaligus mengurangkan jurang yang berlaku dalam rantaian bekalan. Sebagai contoh, amalan pertanian pintar ataupun precision agriculture perlu diperluaskan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada petani.

Ketiga, pengupayaan ekonomi berteraskan sumber strategik adalah bermaksud mengoptimumkan potensi sumber strategik yang ada di sebuah kawasan atau daerah. Pemetaan rancangan pembangunan berpandukan kepada potensi sumber yang ada, perlu diberikan tumpuan oleh semua agensi dan jabatan yang terlibat. Setiap daerah di negeri ini mempunyai kekuatan sumbernya yang tersendiri. Negeri Sembilan timur umpamanya, selain menjadi lembah pertanian, juga kaya dengan kepelbagaian biodiversiti, flora dan fauna yang perlu diteroka, dimajukan sebagai sumber ekopelancongan bertaraf antarabangsa.

Koridor pembangunan Malaysia Vision Valley pula akan menjadi kekal sebagai pusat pertumbuhan ekonomi utama Negeri Sembilan bagi sektor perindustrian, perkhidmatan dan perniagaan. Manakala pantai Port Dickson akan dimodenkan sebagai pusat pelancongan terbaik negara bertaraf antarabangsa. Pengupayaan ekonomi berdasarkan potensi sumber ini akan membolehkan setiap daerah dibangun secara seimbang sekali gus menepati teras strategik dan prinsip panduan gagasan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Keempat, penerokaan hasil dan keupayaan kapasiti (carrying capacity) adalah bermaksud, sebarang penerokaan sumber bagi menjana ekonomi hendaklah dilakukan dalam had keupayaan kapasiti yang dibolehkan supaya ianya tidak menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Dalam keghairahan kita untuk mengutip hasil sebanyak yang mungkin, janganlah sesekali kita bertindak rakus dan menzalimi sumber yang ada. Bak kata bidalan orang tua-tua, “Kalau hidup hendak selamat, peliharalah laut beserta selat. Peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki dan rahmat, di situ terkandung tamsil ibarat, di situ terkandung aneka rahmat. Orang dulu-dulu, tahu menjaga hutan dan tanah. Tahu menjaga bukit dan lembah. Berladang tidak merosak tanah, berkebun tidak merosak rimba”. Firman Allah dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia”.

Senario Ekonomi Negara. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Wawasan Kemakmuran Bersama. Dato’ Yang Dipertua, kita semua selaku rakyat Malaysia merasa sungguh kecewa dan terpaksa menelan hakikat yang amat pahit, bahawa kita gagal untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri pada tahun 2020. Bagi mengembalikan semula kegemilangan negara yang pernah dikecapi satu ketika dahulu, Kerajaan Pakatan Harapan bersama Belanjawan Negara 2020 telah membentangkan satu gagasan baru iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang mensasarkan pertumbuhan yang lebih saksama untuk negara, memberi nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah. Melalui cara ini kita akan mengembalikan kepercayaan kepada pasaran dan pelabur yang mampu membangkitkan semula Harimau Asia yang telah lama tidur. Kerajaan percaya, berkongsi pembangunan dan meluaskan jajaran sosial merupakan perantara kepada pembangunan sosio ekonomi sekaligus memastikan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan jurang yang semakin menguncup.

Bagi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, 3 objektif ditetapkan pertama: pembangunan untuk semua; menangani jurang kekayaan dan pendapatan; dan negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

7 Teras Strategik bagi menjayakan inisiatif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan memandu negeri ini seiring sejalan bersama dengan Kerajaan Persekutuan melalui ekosistem perniagaan dan industri; Penerokaan Aktiviti Pertumbuhan, Utama Ekonomi;

Transformasi Modal Insan; Pengukuhan Pasaran Buruh dan Peningkatan Pampasan Pekerja; Kesejahteraan Sosial; Keterangkuman Wilayah dan Pembangunan Modal Sosial.

Ekonomi Negeri Sembilan. Pada tahun 2018, KDNK Negeri Sembilan mencatatkan nilai berjumlah 45.70 bilion berbanding 43.80 bilion tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.2%. Prestasi ini disumbangkan oleh 2 sektor utama iaitu pembuatan dan perkhidmatan yang berjumlah 86.1% atau 39.3 bilion ringgit. Kadar inflasi di Negeri Sembilan telah mencatat penurunan dari 4.2% pada 2017 kepada 1.2% pada 2018. Namun begitu, kadar inflasi ini melebihi paras nasional (1.0%) yang berpunca daripada peningkatan ketara dalam komponen makanan.

Kadar kemiskinan e-Kasih berdasarkan Ketua Isi Rumah mencatatkan penurunan sebanyak 7.65% daripada 2,328 kepada, pada tahun 2017 kepada 2,150 pada tahun 2018. Negeri Sembilan terus menjadi pilihan para pelabur melalui jumlah pelaburan pada tahun 2018 berjumlah 2.43 bilion dengan peluang pekerjaan sebanyak 3,347. Jumlah ini meningkat sekali ganda berbanding 1.1 bilion pada tahun 2017. Kerajaan komited untuk meneruskan libat urus bersama pelabur yang berpotensi baik dari dalam mahupun dari luar negara.

Sektor pelancongan diangkat sebagai sumber ekonomi mampan dan lestari bagi Negeri Sembilan terus menunjukkan prestasi membanggakan melalui peningkatan kehadiran pelancong daripada 6.86 juta pada tahun 2017 kepada 7.86 juta pada tahun 2018 ataupun 14.58%.

Penyampaian, Pencapaian Belanjawan 2019. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Semasa Belanjawan 2019 yang lalu, saya telah mengumumkan tema belanjawan negeri iaitu “Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan”. Ia adalah satu tekad untuk memperkukuhkan hasil negeri supaya kekayaan diraih dapat dimakmurkan bersama oleh rakyat negeri ini tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Untuk itu, saya telah menggariskan 4 Strategi iaitu Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus, Meneroka Sumber Hasil Baru, Mengurangkan Kehilangan Hasil Negeri dan Meningkatkan Hasil Pelaburan. 4 strategi ini kemudiannya disusuli dengan 10 Pelan Tindakan yang perlu dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan dengan sungguh-sungguh. Seawal bulan Januari 2019, semua Jabatan telah mula mengorak langkah dengan penuh komited bagi mengekal pasti, bagi mengenal pasti dan menambah baik pelbagai prosedur kerja masing-masing selaras dengan strategi dan pelan tindakan yang digariskan.

Sebagai contoh, melalui Strategi yang pertama, iaitu Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus. Sebanyak 3 Pelan Tindakan telah digariskan iaitu Menambah Baik Prosedur Kerja, Mempertingkatkan Kutipan Tunggakan Hasil dan Kecekapan Proses Pengurusan Tanah. Dalam tempoh 10 bulan yang lalu, beberapa inisiatif baharu telah diperkenalkan ialah menge, membangunkan Sistem e-Doket, Sistem e-Strata, pembayaran secara elektronik, kutipan luar bagi kawasan-kawasan pedalaman, menambah baik proses pengeluaran Notis 5A daripada 14 hari kepada 7 hari, aktiviti penguatkuasaan, pemutihan dan beberapa inisiatif lain yang sedang berjalan. Alhamdulillah, usaha ini telah mula membuahkan hasil seperti yang telah diharapkan, ataupun desired outcome, dengan izin. Buktinya, sehingga 31 Oktober 2019, Kerajaan Negeri berjaya mempertingkatkan kutipan tunggakan cukai tanah sebanyak 10.63 juta berbanding 9.14 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 16.30%. Penggunaan Sistem e-Doket di 20 la, lokasi permit bahan batuan untuk 3 fasa yang pertama tahun 2019 pula, telah berjaya mengutip hasil royalti bahan batuan sebanyak 32.6 juta berbanding 28.4 juta pada tahun 2018 iaitu kenaikan 4.2 juta ataupun 14.79%. Ini membuktikan penggunaan Sistem eDoket telah berjaya mengekalkan kutipan royalti bahan batuan dan Kerajaan Negeri dapat mengawal pengurusan pengeluaran bahan batuan dengan lebih sistematik dan efisien. Melihat kejayaan awal ini, Kerajaan Negeri komited untuk memperluaskan penggunaan Sistem e-Doket bagi seluruh Negeri Sembilan yang akan melibatkan tambahan sebanyak 26 lagi pemegang permit bahan batuan.

Menerusi strategi Meneroka Sumber Hasil Baharu pula, pada tahun, hingga 31 Oktober 2019, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan Pejabat Daerah dan Tanah telah pun selesai melakukan proses tukar ganti hakmilik manual kepada hakmilik berkomputer sebanyak 30,000 petak strata (83.65%) dan dijangka akan selesai sehujung, sebelum hujung tahun ini. Sebaik sahaja urusan pewartaan permulaan cukai petak Yang Berhormat Menteri Air, oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, adalah dijangkakan kutipan cukai petak strata akan mula dikutip pada 1 Januari 2021.

Pelaksanaan cukai petak ini dijangka akan menjana pendapatan tambahan sebanyak 190 ribu menjadikan seluruh, keseluruhannya sebanyak 1.1 juta setahun. Penstrukturan semula aktiviti-aktiviti tanah rizab di bawah kawalan selia Kerajaan Negeri (SUK) telah berjaya mengutip hasil baru sebanyak 0.3 juta melalui pajakan tanah rizab. Selain itu, sehingga 31 Oktober 2019, Caj Air Mentah telah menunjukkan peningkatan kutipan yang sangat ketara iaitu 26.97 juta

iaitu 85.69% berbanding 22.24 juta pada tahun 2018 iaitu peningkatan 4.73 juta ataupun 21.27%.

Memperincikan Strategi 3 iaitu Mengurangkan Kehilangan Hasil Negeri. Kerajaan Negeri komited untuk terus mengawal pemberian premium secara nominal supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang mendapat layanan dan keistimewaan luar biasa sehingga ada yang dapat pengurangan melebihi 90%. Alhamdulillah, sehingga 31 Oktober 2019, jumlah kutipan premium adalah sebanyak 81.44 juta berbanding 76.39 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2018. Peningkatan sebanyak 5.05 juta ataupun 6.61%.

Yang Berhomat Dato’ Yang Dipertua, dikesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Pejabat Pemungut Hasil, jabatan dan agensi negeri, khususnya kepada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri kerana telah mempamerkan komitmen yang amat luar biasa dan membangun, membanggakan dengan, dalam mengutip hasil negeri. Sehingga tarikh 21 [November] 2019, sebanyak 7 daripada 8 Pejabat Daerah dan Tanah telah berjaya mengutip hasil, melebihi 100% berbanding belanjawan. Kutipan tinggi telah disumbangkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban berjumlah 174 juta, diikuti oleh daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson (37.64 juta) dan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol (19.77 juta). Tahniah dan terima kasih saya ucapkan.

Untuk itu Dato’ Yang Dipertua, sukacita saya mengumumkan dalam Dewan yang mulia ini, sehingga tarikh 21 November 2019, hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak 463.78 juta berbanding sasaran belanjawan 430 juta, iaitu 33.78 juta lebih tinggi daripada sasaran belanjawan tahun 2019. Ini merupakan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan. Untuk rekod, hasil yang dikutip pada tahun 2018 adalah sebanyak 421.24 juta.

Kutipan hasil negeri telah menunjukkan peningkatan ketara untuk ketiga-tiga pecahan iaitu Hasil Cukai sebanyak 145.52 juta ataupun 98.05%, Hasil Bukan Cukai sebanyak 250.11 juta atau 111.11% dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak 68.15 juta ataupun 120.65%. Dalam tempoh yang masih berbaki 1 bulan 8 hari, insha Allah, saya yakin dan berdoa, hasil negeri akan terus meningkat dan bakal melepasi 470 juta iaitu jumlah yang belum pernah dicapai oleh Kerajaan Negeri Sembilan sebelum ini.

Strategi Belanjawan 2020. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, melihat kepada keberkesanan dan kejayaan Strategi Belanjawan 2019,

sukacita saya mengekalkan 3 Strategi dan 10 Pelan Tindakan pada tahun 2019 dan memperkenalkan Strategi ke-4 yang baharu iaitu “Merekayasa Pembangunan Modal Insan”.

Dato’ Yang Dipertua, untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Negeri kekal lestari dan terus berkembang kukuh pada tahun-tahun yang mendatang, negeri memerlukan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja berkompetensi dan berpengetahuan tinggi, tetapi turut didasari dengan nilai-nilai jatidiri yang unggul, penuh integriti. Untuk menjayakan agenda besar tersebut, strategi baharu ini akan didokong oleh 2 Pelan Tindakan iaitu Pengukuhan Pembangunan Kapasiti Pembangunan Pelan Integriti Negeri yang menjadikan keseluruhan 4 Strategi dan 12 Pelan Tindakan. Saya percaya, hanya dengan integriti dan jatidiri yang tinggi sahaja, sumber kekayaan negeri ini akan dipertahankan untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Sumber tenaga manusia yang ada perlu terus diperkasa untuk mengha, mengharungi cabaran dunia VUCA iaitu Volatility, Uncertainty, Complexity dan Ambiguity. Kita perlukan barisan penjawat awam yang berpegang teguh kepada prinsip kebenaran, tidak mudah dipengaruhi, tegas dan patuh kepada amanah yang diberikan. Ini adalah seiring dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi memastikan integriti dan benci rasuah menjadi budaya dalam Malaysia Baharu hari ini.

Berdasarkan kepada strategi belanjawan yang telah dibentangkan dan kejayaan kita menjana hasil negeri yang sangat membanggakan pada tahun 2019, insha Allah, Kerajaan Negeri menganggarkan hasil pada tahun 2020 adalah sebanyak 457 juta dan peningkatan sebanyak 27 juta ataupun 6.28% berbanding 430 juta bagi tahun 2019.

Secara keseluruhannya, Hasil Bukan Cukai seperti premium, permit, pendaftaran lesen, keuntungan pelaburan, royalti sumber asli dan sebagainya kekal sebagai penyumbang utama hasil negeri iaitu 242.69 juta ataupun 53.11%. Manakala Hasil Cukai bagi tahun 2020, yang terdiri daripada Cukai Langsung dan Cukai Tidak Langsung, dijangka menyumbang 152.45 juta ataupun 33.36% daripada keseluruhan hasil. Berbanding belanjawan 2019, Hasil Cukai dijangka mengalami kenaikan sebanyak 2.72% berikutan daripada pertambahan hak milik baharu. Akhir sekali, kerajaan dijangka akan memperolehi sebanyak 61.86 juta ataupun 13.54% daripada Terimaan Bukan Hasil seperti bayaran balik pinjaman, pemberian dan pelbagai terimaan daripada Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Anggaran Belanjawan Mengurus. Sebagai hambaNya, kita semua perlu sentiasa sedar bahawa nikmat

kemewahan dunia ini adalah bersifat sementara dan tidak yang kekal selamanya. Hasil mahsul yang dikurniakan Allah kepada negeri tercinta ini adalah amanah yang perlu diuruskan dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya nanti, Allah akan mengganjarkan lebih banyak lagi nikmatNya kepada negeri ini. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ibrahim, Ayat 7 yang bermaksud, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat kepadamu), dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu amat pedih”.

Maka itu, belanjawan tahun 2020 ini telah dirancang dengan penuh teliti menjamin kemakmuran bersama yang lebih menyeluruh demi kesejahteraan rakyat. Untuk itu, kerajaan mengusulkan untuk mengekalkan Belanjawan Berimbang dengan memperuntukkan sebanyak 457 juta iaitu kenaikan 27 juta berbanding tahun 2019. Anggaran Belanjawan Mengurus Tahun 2020 adalah diperincikan seperti berikut:

 Pertama: Emolumen sebanyak 180.10 juta ataupun 39.41%;

 Kedua: Perkhidmatan dan Bekalan sebanyak 96.46 juta ataupun 21.11%;

 Perolehan Aset sebanyak 3.99 juta ataupun 0.87 peratus;

 Pemberian dan Kenaan Tetap sebanyak 171.88 juta ataupun 37.61%; dan

 Perbelanjaan Lain sebanyak 4.55 juta atau 1.00%.

Pencapaian Inisiatif Belanjawan 2019. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semasa Belanjawan 2019 yang lalu, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak, pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan bagi menjayakan tema Memperkayakan Hasil, Memakmurkan Kekayaan, demi kesejahteraan rakyat. Pada hari ini, Bantuan Ibu Tunggal (C4U) telah memberi manfaat hampir kepada 3,800 orang penerima dengan jumlah bantuan 0.76 juta. Bantuan ini sedikit sebanyak telah meringankan beban ibu tunggal yang terpaksa mengambil alih peranan ketua keluarga dalam membesarkan anak-anak. Selain daripada bantuan tunai untuk ibu tunggal, kaum wanita juga terus diperkasa dengan program Power House Wanita Gemilang (PHGem). Sebanyak 180 program latihan kemahiran seperti “Retort”, Pengurusan Stress, Minda Positif, Usahawan IR 4.0, Terapis Mobile dan lain-lain yang telah dijayakan, yang melibatkan seramai 27,416 orang peserta.

Kerajaan turut prihatin terhadap keadaan prasarana sekolah-sekolah tahfiz, sekolah SJKC, SJKT dan sekolah-sekolah swasta di seluruh Negeri Sembilan, yang memerlukan sedikit bantuan kewangan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif. Untuk itu, sebanyak 75 buah sekolah telah menerima pelbagai bentuk bantuan berjumlah 2 juta sehingga Oktober 2019.

Selain daripada itu, di bawah inisiatif Tambahan Elaun Guru KAFA, hampir 1,600 orang Guru KAFA dan Guru Besar daripada 89 sekolah telah menikmati kenaikan elaun antara 50.00 hingga 100.00 ringgit dengan jumlah peruntukan 0.59 juta. Sebagai menzahirkan rasa terima kasih kerajaan terhadap sumbangan para Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita, sebanyak, seramai 871 orang telah menerima kenaikan elaun sebanyak 200.00 ringgit hingga 300.00 ringgit sebulan, dengan jumlah peruntukan sebanyak 0.4 juta. Semua bentuk kemudahan dan bantuan ini telah memberi seribu rahmat dan sinar kepada pelbagai lapisan masyarakat melangkaui sempadan agama dan geografi. Sehubungan dengan itu, kerajaan sukacita mengumumkan semua inisiatif ini akan diteruskan pelaksanaannya bagi tahun 2020 dan dikekalkan jumlah peruntukan sama seperti tahun 2019.

Perluasan Inisiatif Belanjawan 2019. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain daripada mengekalkan jumlah peruntukan bagi inisiatif-inisiatif yang disebutkan tadi, kerajaan juga telah bersetuju untuk memperluaskan lagi perlaksanaan beberapa inisiatif lain yang ternyata mendapat sambutan yang amat positif dari rakyat. Kerajaan telah menerima banyak permintaan dari rakyat supaya diperluaskan lagi inisiatif-inisiatif. Sebagai contoh, inisiatif Bantuan Anak Sekolah ataupun kita panggil BAS, iaitu bantuan tunai tambang persekolahan anak-anak sekolah rendah dari keluarga miskin sebanyak 50.00 ringgit sebulan, ternyata dapat mengurangkan kos persekolahan 1,500 orang murid miskin sekolah rendah di seluruh Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan sebanyak 0.83 juta. Untuk itu, Kerajaan Negeri bersetuju meluaskan lagi inisiatif ini kepada murid-murid tahun, Tingkatan 1 pula dengan menjadikan jumlah keseluruhan penerima adalah seramai 2,000 orang pelajar miskin dari Darjah 1 hingga Tingkatan 1 dengan tambahan peruntukan berjumlah 1.0 juta ringgit.

Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah menyelaraskan kenaikan Bantuan Am Bulanan hampir kepada 2,500 orang OKU, daripada 140.00 ringgit kepada RM200.00 ringgit sebulan dengan peruntukan berjumlah 0.5 juta. Menyedari Bantuan Am Bulanan ini merupakan salah satu sumber yang dapat meringankan beban perbelanjaan harian, inisiatif ini akan terus diperkasakan lagi dengan perluasan kepada penerima bantuan baru seramai 2,100 orang lagi menjadikan jumlah

keseluruhan penerima Bantuan Am Bulanan seramai 4,600 orang yang akan melibatkan tambahan peruntukan 1.45 juta menjadikan jumlah peruntukan untuk Bantuan Am Bulanan pada tahun 2020 adalah sebanyak 3.24 juta. Dengan pelaksanaan dan perluasan ini, kadar minimum Bantuan Am Bulanan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 200.00 ringgit sebulan dan tiada lagi yang menerima 140.00 ringgit sebulan.

Semasa Belanjawan 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah 1.5 juta untuk Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam bagi membiayai pelbagai aktiviti kebudayaan dan keagamaan. Ianya adalah satu manifestasi belanjawan yang bersifat inklusif merentasi sempadan kaum, bangsa dan agama yang membolehkan masyarakat majmuk di negeri ini hidup dalam suasana yang harmoni, bersatu padu. Sokongan kewangan ini telah memberikan manfaat kepada 92 buah rumah ibadat dan persatuan agama bagi melaksanakan aktiviti masing-masing. Untuk itu, bagi mendokong aspirasi Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing, inisiatif ini diteruskan dan dilaksanakan pada tahun 2020 dengan tambahan peruntukan sebanyak 200 ribu menjadikan 1.7 juta ringgit.

Seiring dengan tema Melestari Ekonomi, Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan agenda pembangunan usahawan melalui program triple-helix iaitu membimbing, memantau dan menghubung (coaching, monitoring and bridging). Setelah dilatih di bawah program PH Gem umpamanya, usahawan-usahawan akan dibantu pula dari segi modal awal dan peralatan di bawah Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS). TUNS merupakan inisiatif yang paling mendapat sambutan sepanjang tahun 2019 iaitu pemberian secara geran sebanyak 3,00.00 ringgit setiap usahawan yang layak dengan peruntukan 3.0 juta. Sehingga Oktober 2019, sebanyak 715 ri, 715 orang usahawan telah pun menerima bantuan perniagaan tersebut meliputi pelbagai sektor keusahawanan seperti pertanian, perkhidmatan, peruncitan, pertukangan dan lain-lain. Manakala baki 300 orang usahawan lagi akan menerima geran dalam tempoh terdekat. Memandangkan sambutan menggalakkan, saya dengan ini mengumumkan bahawa peruntukan TUNS bagi tahun 2020 akan ditambah lagi menjadi 5.0 juta ringgit melibatkan 1,700 orang usahawan.

Menjadi tenaga penggerak dan pemudahcara kepada peluang pelaburan dalam Negeri Sembilan, NS Corp yang telah ditubuhkan pada 2018 akan terus berperanan sebagai pemudahcara dan peneraju baharu bahawa, kepada pelaburan Negeri Sembilan. NS Corp akan terus berganding bahu dengan UPEN, Perbadananan Kemajuan

Ekonomi Negeri Sembilan (PKNNS) dan NS Investment Centre (NSIC) dalam menarik pelabur ke Negeri Sembilan. Sepanjang tahun 2019, NS Corp telah rancak memulakan pelbagai program padanan perniagaan, sesi bilateral bersama pelabur asing, karnival pelaburan dan trip perniagaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri kekal lestari. Untuk itu, Kerajaan Negeri setuju memperuntukkan 1.5 juta lagi kepada, pada tahun 2020 kepada NS Corp.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semasa belanjawan tahun 2019 yang lalu, saya telah mengumumkan kenaikan elaun Pengerusi MPKK daripada 500.00 kepada 900.00 ringgit sebulan. Menyedari bahawa tonggak utama dalam mengendalikan urusan pentadbiran MPKK adalah Setiausaha, maka Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan elaun Setiausaha MPKK sebanyak 100.00 ringgit sebulan, iaitu dari 300.00 ringgit kepada 400.00 ringgit sebulan pada tahun 2020 yang melibatkan peruntukan tambahan 0.52 juta ringgit. Ini menjadikan keseluruhan bayaran elaun bagi Pengerusi dan Setiausaha MPKK pada tahun 2020 adalah sebanyak 2.62 juta.

Perkhidmatan Bas Percuma Seremban yang julung kali diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019 ini, ternyata telah memberi manfaat kepada hampir 26,000 orang pengguna melalui 2,991 kali perjalanan sehingga Oktober 2019. Inisiatif ini berjaya meringankan beban rakyat terutamanya kepada pesakit-pesakit bagi mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar serta laluan-laluan strategik yang lain. Hasil dari temubual dan maklum balas yang diterima, kebanyakan pengguna telah merayu agar kerajaan memperluaskan lagi perkhidmatan bas percuma ke beberapa laluan baharu termasuk perluasan ke Daerah Jempol. Justeru itu, sebagai tanda prihatin dan mendengar keluhan hati rakyat, sukacita saya mengumumkan, inisiatif bas percuma ini diteruskan lagi pada tahun 2020, malah akan diperluaskan kepada 2 laluan baharu di Daerah Seremban dan Jempol dengan keseluruhan peruntukan berjumlah 1.42 juta.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kata bidalan, “Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan Kitabullah, kuat adat tak bergaduh hukum, kuat hukum tak bergaduh adat, ibu hukum muafakat, ibu adat muafakat”. “Air melurut dengan bendanya, benar melurut dengan muafakatnya, negeri bertumbuh dengan masyarakatnya, tatkala kecil bernama muafakat, sudah besar bernama adat, Si Raja adat kepada muafakat”.

Begitulah indah dan uniknya Adat Perpatih di Negeri Sembilan ini yang menjadi teras kepada budaya bangsa dan perpaduan antara kaum. Semasa belanjawan yang lalu, Perbadanan Muzium Negeri Sembilan

telah diberi peruntukan 0.5 juta untuk menjayakan pelbagai program adat dan budaya Negeri Sembilan termasuklah Istiadat Ulangan Penghulu Luak Tanah Mengandung Mengadap Menjunjung Duli pada 15 hingga 17 November yang lalu. Ternyata program-program adat ini berjaya menarik ribuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menyaksikan sendiri keunikan Adat Perpatih di negeri ini. Sebagai tanda sokongan, menyanjung tinggi pusaka adat, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk memperuntukkan 0.5 juta lagi pada tahun 2020 bagi melaksanakan dan mempromosikan aktiviti kebudayaan dan Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, daripada pencapaian Belanjawan 2019 yang sempat saya bentangkan sebentar tadi, kepimpinan negeri turut berjaya merungkai beberapa permasalahan rakyat yang telah sekian lama terbelenggu. Walaupun Kerajaan Pakatan Harapan baru memerintah selama 1 tahun 6 bulan, bak kata bidalan, “Kok ibarat umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang, pemandangan belum luas, pengalaman belum ada”. Namun, disebabkan oleh kecekalan hati memegang amanah kepimpinan dan kesungguhan untuk mensejahterakan rakyat, akhirnya yang sukar berjaya dirungkai, bak kata perbidalan orang tua-tua: “Menjadi pemimpin sifatnya agung, syarak dipakai adat dijunjung, negeri dijaga rakyat dilindung”. “Sebagai pemimpin yang berakal, ilmunya banyak menjadi bekal, menjalankan tugas hatinya pukal, tahukan diri sedar ke asal”.

Kami sedar dan insaf bahawa amanah dan harapan rakyat kepada Kerajaan Negeri ini amatlah tinggi supaya tidak dapat, supaya dapat melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat. Antara isu yang telah sekian lama membelenggu rakyat di negeri ini adalah berkaitan projek perumahan Taman Perpaduan Heights di Kuala Pilah yang terbengkalai sejak 2002. Projek ini adalah projek secara usahasama di antara Majlis Daerah Kuala Pilah dan sebuah syarikat pemaju bagi membina 231 unit rumah dan, dan kedai. Seramai 206 orang pembeli telah pun menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak bank dan, dengan Kerajaan dengan harapan dapat memiliki sendiri sebuah rumah idaman. Malangnya, projek tersebut terus terbengkalai sejak 17 tahun disebabkan oleh pelbagai masalah pembinaan dan harapan untuk memiliki rumah idaman akhirnya musnah begitu sahaja. Malah lebih malang lagi, pembeli terpaksa membayar sejumlah pinjaman antara 35 ribu hingga 120 ribu dan pada masa yang sama terpaksa membayar sewa rumah setiap bulan. Bertahun lamanya mereka bersabar dan merayu supaya dapat dibantu namun gagal ditangani dengan berkesan oleh kerajaan terdahulu. Alhamdulillah, berkat rundingan, semangat muafakat, Kerajaan Negeri telah bersetuju meluluskan sebidang tanah berkeluasan 32.84 ekar di Mukim Ulu

Muar, Kuala Pilah untuk menam, dan menampung kos penyediaan kemudahan infrastruktur tapak sebanyak 5.5 juta.

Selain dari Taman Perpaduan Heights, permasalahan di Kampung Serampang Indah (GATCO) di Daerah Jempol merupakan isu lapuk yang sering berulang saban tahun. Pada asalnya, pemilikan tapak rumah dan ladang ini telah dijadikan, dijanjikan kepada 494 orang peserta namun setelah 30 tahun ia masih berlarutan tanpa penyelesaian konkrit oleh kerajaan terdahulu. Baru-baru ini, Kerajaan Pakatan Harapan telah mempercepatkan kelulusan pemilikan tapak ladang secara pajakan kepada 170 orang peserta untuk Fasa Pertama. Peserta akan menikmati tanah ladang seluas 2 atau 4 ekar dengan tempoh pajakan selama 99 tahun. Manakala baki 602 ekar akan diteruskan untuk pembahagian pada fasa kedua kelak.

Inisiatif Baharu Belanjawan Mengurus 2020. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain daripada mengekal, memperluas inisiatif tahun 2019, sukacita saya mengumumkan pada Dewan yang mulia ini, sebanyak 16 inisiatif baharu akan dilaksanakan pada tahun 2020 di bawah peruntukan Belanja Mengurus yang meliputi aspek pentadbiran, kesihatan, kebajikan, pendidikan dan modal insan.

Titik Fokus – Pentadbiran. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negeri kekal lestari, Kerajaan Negeri perlu sentiasa kehadapan dalam menambah baik mutu penyampaian perkhidmatan awam. Kerajaan sentiasa memberikan keutamaan untuk membaiki apa jua aset kerajaan yang boleh membantu meningkatkan hasil dan produktiviti negeri. Untuk itu, setiap Pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Sembilan akan dibekalkan dengan drone bagi memperkasakan aktiviti penguatkuasaan. Perolehan drone ini juga dipanjangkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan PLAN@Malaysia Negeri Sembilan yang melibatkan peruntukan sebanyak 0.14 juta bagi perolehan 9 unit drone yang dilengkapi teknologi audio visual terkini.

Titik Fokus – Kebajikan. Yang di, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang tidak mampu untuk membeli alatan sokongan orthopedic implant seperti anterior cervical, axial screw, bone screw, bone plate dan sebagainya disebabkan oleh masalah kewangan. Sebagai menzahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap nasib mereka yang kurang berupaya ini, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak 0.5 juta secara one-off di bawah Dana Khas Menteri Besar bagi menampung kos pemasangan alat orthopedic implant kepada lebih kurang 10% pesakit yang kurang mampu dari segi kewangan dan disahkan layak oleh doktor perubatan.

Kerajaan juga prihatin terhadap nasib golongan gelandangan yang sebahagiannya berpunca daripada himpitan kehidupan yang sukar seperti perpecahan keluarga, kemiskinan dan kesihatan. Atas sifat kemanusiaan menyokong inisiatif kumpulan NGO yang sentiasa menyantuni kumpulan ini, Kerajaan Negeri akan menyediakan 0.1 juta bagi inisiatif Food Bank untuk tujuan penyediaan makanan dan keperluan asas yang lain.

Menyedari betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam membangunkan masyarakat seimbang, Kerajaan Negeri menggalakkan supaya lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak dibangunkan oleh pihak swasta. Ini pastinya akan dapat membantu golongan wanita memastikan kebajikan anak-anak terjamin semasa mereka bekerja. Sebagai tanda sokongan, di bawah Titik Fokus – Kebajikan, kerajaan memperkenalkan inisiatif Taska Majikan Swasta (T4U) dan bersetuju memberikan geran pelancaran sebanyak 10,000.00 ringgit kepada mana-mana syarikat swasta yang ingin membuka pusat asuhan atau tadika di tempat bekerja masing-masing secara one-off dengan peruntukan berjumlah 0.1 juta pada tahun 2020.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Titik Fokus – Pendidikan. Sabda Rasulullah saw, “Barangsiapa yang melangkah suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga” hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Daud. Hadis menggambarkan betapa tingginya Islam meletakkan tuntutan mencari ilmu sebagai satu jihad dalam kehidupan. “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat” – Surah Al Mujadalah, ayat 11. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan persekitaran pembelajaran anak-anak di sekolah sentiasa kondusif dan selesa untuk belajar. Kerajaan Negeri sedar bahawa tanggungjawab membina sekolah dan menyelenggara yang, lain-lain kemudahan pendidikan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sebagaimana butiran ke Tiga Belas, Jadual Sembilan, Perlembagaan Persekutuan, namun kekangan peruntukan adakalanya menyebabkan terdapat sekolah-sekolah yang berada dalam keadaan daif dan kurang memuaskan. Sebagai contoh, sehingga bulan Oktober 2019, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan hanya menerima lebih kurang 22% ataupun 9.6 juta peruntukan daripada jumlah yang dipohon 44.6 juta menyelenggara 125 buah sekolah menengah dan 350 buah sekolah rendah di seluruh negeri. Jumlah ini pastinya tidak mencukupi untuk memenuhi tuntutan daripada sekolah-sekolah yang sering kali berhadapan dengan pelbagai jenis kerosakan kecil seperti paip pecah, kerosakan pam air, tandas tersumbat, atap bocor, pendawaian elektrik dan lain-lain kerosakan yang boleh menjejaskan

kualiti pendidikan anak-anak di sekolah. Justeru itu, Kerajaan Negeri bersetuju mewujudkan Akaun Amanah Penyelenggaraan Kecil Sekolah Negeri Sembilan di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1956 (Akta 61) bagi maksud menyalurkan peruntukan segera bagi kes-kes penyelenggaraan kecil di sekolah-sekolah yang memerlukan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri adalah negeri yang pertama dalam negara yang menyediakan Akaun Amanah khas penyelenggaraan ini di Malaysia. Untuk itu, kerajaan akan menyediakan dana permulaan sebanyak 1.0 juta pada tahun 2020. Akaun Amanah ini akan menjadi platform kepada semua pihak sama ada syarikat swasta, GLC, badan-badan amal, PIBG atau orang awam untuk sama-sama menyumbang kepada Akaun Amanah ini yang akan ditadbir oleh satu Surat Ikatan Amanah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Selain aliran pendidikan kebangsaan, kerajaan turut memberikan tumpuan dan keutamaan kepada pendidikan latihan teknik dan vokasional khususnya institusi pendidikan di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri menerusi Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (YNS). Semasa sidang graduasi pelajar-pelajar lepasan KAYNS pada 22 Ogos 2019 baru-baru ini, secara puratanya kebolehpasaran graduan Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan adalah sebanyak 71.71%. Ini membuktikan bahawa lepasan graduan KAYNS yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia ini, mendapat sambutan pasaran dari pemain-pemain industri dalam pelbagai bidang kemahiran seperti perhotelan, automotif, kulinari, elektrikal, mekanikal dan lain-lain.

Namun begitu, saya secara peribadi merasa amat sedih dan dukacita melihat keadaan Institut Teknologi Yayasan Negeri Sembilan di Kuala Pilah yang berada dalam keadaan yang amat daif serta kekurangan dari semua aspek sama ada kemudahan kelasnya, makmalnya, bengkelnya, bangunan pentadbiran, kantin, surau dan dewan. Anak-anak terpaksa belajar dalam keadaan yang serba kekurangan dan terpinggir. Namun mereka hanya mampu bersabar, redha dan berdoa dalam tangisan, agar satu hari nanti, ada pihak yang sudi membantu membaik pulih keadaan yang ada. Keadaan ini jelas menggambarkan pengabaian yang ketara oleh pentadbiran kerajaan yang terdahulu kerana tidak menjadikannya sebagai satu keutamaan walaupun telah diambil alih oleh, daripada Institut Pertanian Kuala Pilah pada tahun 1998, dan sehingga hari ini, bangunan tersebut telah pun berusia lebih kurang 35 tahun. Justeru itu, sebagai manifestasi kepada tema Mensejahtera Rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan peruntukan 10 juta kepada ITYNS pada tahun 2020 bagi membina kompleks akademik yang baru.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Titik Fokus – Belia dan Modal Insan. Salah satu ciri penting dalam ekonomi lestari adalah membentuk tenaga muda yang mempunyai nilai jatidiri yang tinggi, berkepimpinan, berwawasan jauh. Kepada merekalah akan disandarkan harapan bagi meneruskan agenda pembangunan bangsa dan negara. Anak-anak muda perlu dibimbing, dipimpin dengan contoh teladan yang baik. Justeru itu, Tabung Belia Harapan atau TABAH akan diwujudkan di bawah Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan bagi menjayakan pelbagai program pembangunan dan latihan belia di Negeri Sembilan. Inisiatif TABAH akan diperuntukkan sebanyak 0.1 juta bagi tahun 2020. Selain TABAH, sejumlah 0.2 juta turut disediakan bagi menjayakan Program Pembangunan Modal Insan di bawah Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan. Ini tidak termasuk peruntukan latihan yang disediakan di bawah belanja mengurus setiap jabatan dan agensi negeri serta MPKK masing-masing.

Kerajaan Negeri tutut, turut menggalakkan rakyat di Negeri Sembilan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif dalam apa jua acara sukan. Sempena Sukan Malaysia atau SUKMA kali ke-20 pada tahun 2020 yang akan diadakan di Negeri Johor, Kerajaan Negeri, bersetuju memperuntukkan sebanyak 3.0 juta kepada kontinjen Negeri Sembilan. Kita berdoa, dengan jumlah peruntukan yang besar ini, akan memberikan suntikan semangat yang kuat kepada para atlet agar meraih lebih banyak pingat pada temasya yang akan datang.

Pada 13 Julai 2019 yang lalu, Kerajaan Negeri telah menganjurkan Karnival Kerjaya ataupun Job Fair bertempat di Palm Mall, Seremban dengan penglibatan sebanyak 40 buah syarikat swasta dan agensi pekerjaan. Program tersebut telah berjaya menarik 3,438 orang graduan dan belia yang sedang mencari pekerjaan. Alhamdulillah, 682 telah diterima, berjaya mendapat tawaran pekerjaan manakala 2,579 orang lagi dalam senarai menunggu. Untuk itu Karnival Kerjaya Negeri Sembilan Tahun 2020 ataupun Job Fair akan diberikan peruntukan 0.1 juta bagi pelaksanaan dan penganjuran.

Titik Fokus – Pemerkasaan Wanita. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah me, melancarkan Program i-Suri bermula 15 Ogos 2019. Inisiatif terpuja, terpuji Kerajaan Persekutuan ini ternyata mendapat sambutan yang amat baik dari masyarakat yang menyediakan satu caruman kepada golongan suri rumah yang tidak bekerja dan didaftar di bawah e-Kasih bagi menikmati kehidupan sosial

yang berkualiti dan menimati sekuriti pendi, pen, sekuriti pendapatan pada masa hadapan. Sebagai tanda sokongan kepada usaha murni Kerajaan Persekutuan ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk mencarum 5.00 ringgit sebulan kepada seramai 8,500 orang suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih. Sebagai pulangannya, Kerajaan Persekutuan akan mencarum pula sebanyak 40.00 ringgit sebulan kepada setiap suri rumah tersebut. Untuk itu, Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan sebanyak 0.51 juta pada tahun 2020.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Titik Fokus – Perpaduan. Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dibentangkan baru-baru ini menekankan 15 Prinsip Perpaduan yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah. Kerajaan amat komited dan berusaha bersungguh-sungguh merapatkan apa juga jurang sosial, ekonomi di antara kaum yang boleh menjejaskan aspirasi perpaduan nasional. Semangat toleransi dan saling bergantung antara satu sama lain, perlu telus dipupuk dan disuburkan. Maka itu, Kerajaan Negeri dengan ini melancarkan insiatif baru yang dikenali sebagai ERAT@NS bagi melaksanakan program dan aktiviti yang menjurus ke arah penyatuan, perpaduan nasional. Sebagai permulaan, keseluruhan program ini akan menerima peruntukan 0.5 juta bagi tahun 2020.

Titik Fokus – Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerukunan hidup bermasyarakat di kampung-kampung perlu terus dipupuk dengan pelbagai program kemasyarakatan supaya terus subur dan diwarisi oleh generasi oleh muda. Biarlah hidup masyarakat di Negeri Sembilan ini ibarat kata: “Seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, seciap seperti ayam, sedencing seperti besi, suku tidak boleh dianjak, melompat sama patah, menyeludup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayun”.

Maka itu, pelbagai program kemasyarakatan akan terus disemarakkan oleh 433 buah MPKK di seluruh Negeri Sembilan. Untuk itu, setiap MPKK akan diberikan geran aktiviti berjumlah 2,000.00 setahun secara one-off sebagai tambahan kepada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Keseluruhan peruntukan bagi membiayai aktiviti MPKK pada tahun 2020 adalah sebanyak 0.86 juta.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, maklumat lanjut dan perincian peruntukan mengurus tahun 2020 bagi semua jabatan dirujuk di dalam Kertas Dewan Bilangan 9 Tahun 2019. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Anggaran Belanjawan Pembangunan. Seiiringan dengan tema “Melestari Ekonomi, Mensejahtera Rakyat”, Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk meneruskan agenda pembangunan bagi merapatkan jurang

pembangunan di antara wilayah di negeri ini dan terus bertekad kekal kompetitif dalam semua sektor pertumbuhan ekonomi sama ada perindustrian, pertanian, pelancongan mahupun perkhidmatan. Sebagaimana yang digariskan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, semua rakyat Malaysia berhak menikmati arus pembangunan yang bersifat inklusif merentasi sempadan agama, kaum dan bangsa. Untuk itu, kerajaan mencadangkan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan 2020 adalah sebanyak 101.2 juta ringgit.

Pecahan perincian bagi peruntukan pembangunan tahun 2020 mengikut sektor adalah seperti berikit, adalah seperti berikut:

 Pertama: Pembangunan Sosial sebanyak 41.24 juta ataupun 40.75%;

 Kedua: Kemudahan Infrastruktur sebanyak 20.87 juta ataupun 20.62%;

 Pentadbiran sebanyak 11.78 juta ataupun 11.64%;

 Pertanian sebanyak 13.29 juta ataupun 13.13%;

 Kerohanian sebanyak 7.91 juta ataupun 7.82%;

 Pelancongan sebanyak 6.11 juta ataupun 6.04%.

Sebagaimana belanjawan tahun 2019, sektor sosial kekal sebagai sektor yang tertinggi menerima peruntukan pembangunan. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menyediakan kemudahan sosial yang berkualiti tinggi, selesa dan selamat demi kesejahteraan rakyat. Bagi merancakkan lagi projek-projek kecil di semua kawasan daerah Dewan Undangan Negeri termasuk di kawasan pembangkang, Kerajaan Negeri dengan ini memperuntukkan sebanyak 21.3 juta untuk dilaksanakan pada tahun 2020. Projek-projek kecil ini meliputi pelbagai program dan projek sosial yang akan dirancang secara bersama di antara pentadbiran daerah dengan ADUN ataupun Penyelaras DUN di kawasan masing-masing.

Selain daripada itu, kerajaan bersetuju untuk menaik taraf kemudahan sukan di Kompleks Sukan Tan Sri Dr. Hj. Mohd Said, Seremban 2 dengan kos sebanyak 0.2 juta meliputi kerja projek penambahbaikan kemudahan yang ada. Kerajaan juga prihatin dengan keadaan kemudahan yang daif dan kurang memuaskan di Lapang Sasar Mantin sehingga membataskan usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi sukan menembak di negeri ini. Untuk itu, sejumlah 0.3 juta akan

diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf lapang sasar berkenaan pada tahun 2020. Memahami dan menyelami isi hati rakyat akar umbi khususnya kampung-kampung yang ingin kemudahan sosial yang selesa, Kerajaan dengan ini mengumumkan peruntukan sebanyak 1.5 juta bagi membaik pulih dan menaik taraf balai raya di seluruh Negeri Sembilan.

Kerajaan juga akan meneruskan Program Pencahayaan Negeri demi keselamatan rakyat dengan menyediakan peruntukan sebanyak 2.72 juta ringgit. Program pencahayaan ini ternyata berjaya mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat sekaligus mengurangkan risiko kemalangan dan ancaman jenayah kawasan-kawasan yang tertentu.

Bagi terus memastikan kualiti hidup dan kesihatan persekitaran terpelihara, sejumlah 5.45 juta diperuntukkan bagi maksud Penyelenggaraan Infrastruktur Rumah Awam Harga Rendah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kemudahan Infrastruktur. Bagi memastikan ekonomi negeri terus berkembang dalam jajaran positif, kerajaan akan terus memperkukuh kemudahan infrastruktur meliputi pembinaan jalan-jalan baru di luar bandar (2.0 juta ringgit), mengganti 2 buah jambatan negeri (1.2 juta ringgit), menaik taraf jalan negeri (1.0 juta ringgit) dan membaiki persimpangan/selekoh merbahaya (1.0 juta ringgit).

Bagi menangani isu banjir kilat yang kerap berlaku di Seremban dan Rembau pada tahun ini, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan sebanyak 2.8 juta bagi Rancangan Pengurusan Banjir Negeri Sembilan yang akan melibatkan 9 Rancangan Tebatan Banjir. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan memastikan punca utama bencana ini terus ditangani secara holistik dengan peruntukan 4.65 juta bagi pelaksanaan Projek Saliran Mesra Alam dan Pengindahan Koridor Sungai.

Pentadbiran. Salah satu daripada 8 Pemboleh Daya wawasan, WKB 2030 adalah Keberkesanan Penyampaian Institusi. Perkhidmatan awam adalah dituntut untuk mendakap pembangunan teknologi di dunia digital bagi mengimbangi tuntutan Revolusi Industri 4.0 seperti Artificial Intelligence, Big Data dan Cloud, Internet of Things, Machine-to-Machine, Smart Factory dan sebagainya, supaya institusi perkhidmatan awam kekal relevan dan dinamik.

Melihat kepada kejayaan awal penggunaan e-Doket dan alat ukur menggunakan gelombang elekme, elektromagnetik, Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperluaskan lagi penggunaan teknologi digital dan

aplikasi komputer dalam proses perkhidmatan awam. Untuk itu, sejumlah 1.89 juta diperuntukkan untuk pelbagai aplikasi sistem pendigital, pendigitalan dokumen urusniaga dan bukan urusniaga di Pejabat Tanah Galian serta proses pembersihan data sistem SPTB-SIHAT. Sejumlah 0.6 juta telah diperuntukkan bagi membangunkan Node Rangkaian Pelbagai Jabatan Negeri Sembilan bagi mempertingkatkan lagi kelajuan internet dan pemprosesan data. Kerajaan juga bersetuju memperluaskan penggunaan e-Doket kepada semua pemegang permit bahan batuan dengan menyediakan 0.6 juta sekaligus akan berjaya menjana pendapatan tambahan sebanyak 2.5 juta menerusi permit perbatuan dan galian.

Pertanian. Berdasarkan Data Sosio Ekonomi Negeri Sembilan Tahun 2018, sektor pertanian menyumbang sebanyak 7.3% kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar dan ianya merupakan sektor ketiga tertinggi selepas perkhidmatan dan pembuatan. Keadaan muka bumi dan keluasan tanah yang masih luas, menjadi sektor, menjadikan sektor pertanian sebagai salah satu sektor yang berpotensi tinggi untuk dimajukan khususnya di bahagian Negeri Sembilan Timur yang meliputi Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol. Selaras dengan wawasan, WKB 2030 iaitu untuk mengurangkan jurangan pembangunan antara wilayah dan rantaian bekalan, maka salah satu strategi yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri adalah melalui pengukuhan sektor pertanian. Sejumlah 3.08 juta akan diperuntukkan bagi program peningkatan hasil sayuran dan buah-buahan meliputi penyediaan input pertanian, perkhidmatan teknologi, peningkatan kualiti produk dan insentif pembangunan infrastruktur kepada petani-petani di seluruh Negeri Sembilan. Selain itu, program pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Ladang Rakyat akan terus diperkukuhkan dengan peruntukan sebanyak 0.99 juta. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 2.4 juta untuk Perkhidmatan Veterinar bagi pelaksanaan program Peningkatan Pengeluaran Ternakan bagi tujuan perolehan dan pembiakan baka, pembangunan serta penyelenggaraan ladang tanam, ladang ternakan.

Tidak terhenti setakat latihan, kerajaan juga menggalakkan dan mengalu-alukan penglibatan anak-anak muda khususnya golongan siswazah untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian yang berpotensi tinggi untuk dimajukan di negeri ini. Statistik Jabatan Pertanian Negeri Sembilan merekodkan terdapat sebanyak 25,577 lot tanah yang terbiar dengan keluasan 33,542 hektar di seluruh Negeri Sembilan yang boleh diusahakan menggunakan teknologi tinggi ataupun precision agriculture. Untuk itu, satu inisiatif baru yang dikenali sebagai Siswazah Tani akan diperkenalkan pada tahun hadapan dengan pemberian geran galakan sebanyak 10,000.00 ringgit

kepada siswazah yang mengusahakan tanah pertanian, sekurang-kurangnya 1 hektar. Untuk itu, sebanyak 0.5 juta disediakan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerohanian. Kerajaan Negeri sedar dan insaf, bahawa apa jua perancangan pembangunan yang dibuat tidak akan berhasil tanpa izin Allah SWT. Kekayaan dan pembangunan yang dijana perlu diisi dengan jiwa tauhid yang sentiasa tunduk kepada Pemilik Semua Kekayaan itu iaitu Allah SWT. Kerajaan akan terus memperkasakan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan negeri yang tercinta ini. Untuk itu, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah 31 juta bagi pembinaan 4buah masjid baru iaitu Masjid Warisan Puteri, Sikamat, Forest Height, Senawang, Seremban Selatan dan Taman Senangin yang akan dimulakan proses perolehannya pada tahun hadapan dan dijangka siap pembinaan dalam tempoh 2 tahun. Untuk itu sebanyak 1.16 juta akan disediakan bagi pembayaran kerja-kerja awalan pada tahun 2020. Selain pembinaan 4 buah masjid baru, sebanyak 2 buah masjid akan diroboh dan dibina baru iaitu Masjid Kariah Kendong, Rembau dan Masjid Rahmania, Jempol dengan kos sebanyak 10.0 juta. Bagi memastikan jemaah masjid dapat menjalankan ibadah dengan selesa, sebanyak 18 buah masjid seluruh Negeri Sembilan akan dinaik taraf dan dibaik pulih melibatkan peruntukan sebanyak 1.85 juta. Tidak dilupakan juga saudara baharu di kampung-kampung Orang Asli yang bakal menerima 0.6 juta untuk membina 4 buah surau baru.

Pelancongan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2018, Negeri Sembilan telah mencatitkan kedatangan pelancong yang ketara untuk kedua-dua kategori domestik dan antarabangsa iaitu sebanyak 6.1 juta untuk pelancong tempatan dan 1.76 juta pelancong asing berbanding 5.34 juta dan 1.52 juta masing-masing pada tahun 2017. Peningkatan kedatangan pelancong ini membuktikan Negeri Sembilan mempunyai potensi besar bukan sahaja dalam sektor pelancongan pantai tetapi juga eko-pelancongan. Kedudukan Negeri Sembilan yang sangat strategik dan disokong oleh jaringan perhubungan yang baik, menjadikan negeri ini sebuah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Keunikan adat resam, keindahan pantai dan kediaman hutan tropika yang menghijau menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi terbaik pelancong yang inginkan belaian semulajadi. Kerajaan Negeri telah mensasarkan nisbah tumpuan pelancong pantai, ekopelancongan serta adat dan warisan, masing-masing sebanyak 60:30:10.

Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 6.11 juta bagi memajukan industri pelancongan melalui pelbagai projek peningkatan kemudahan infrastruktur dan pengindahan. Sehubungan dengan itu, sebanyak 2.86 juta telah diperuntukkan bagi meneruskan

kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara Hutan Lipur dan Eko Rimba seluruh negeri. Selain itu, Daerah Seremban dan Jempol juga akan menerima trademark baharu bagi daerah masing-masing iaitu Jam Gadang dan Menara Tinjau Bukit Beruang yang keseluruhannya akan melibatkan peruntukan berjumlah 0.7 juta.

Pada tahun 17, pada 17 hingga 20 Oktober 2019 yang lalu Kerajaan Negeri buat julung kalinya telah menganjurkan program NS Fest iaitu gabungan Hari Peladang, Penternak, Nelayan dan Bulan Usahawan dan Food Fest Negeri Sembilan. NS Fest ini telah berjaya menarik seramai 191,691 orang pengunjung dalam tempoh 4 hari termasuk dari negeri jiran seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka. Program ini telah membuka peluang kepada usahawan Negeri Sembilan untuk memasarkan pelbagai produk dan jualan masing-masing daripada pelbagai sektor dan industri seperti perkhidmatan, makanan, pembuatan, pertanian, ternakan, pelancongan dan keusahawanan. Berdasarkan rekod yang dikumpul oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), jumlah transaksi pada tempoh tersebut adalah sebanyak 1.09 juta dan 3.44 juta transaksi pemadanan perniagaan.

Maklumat lanjut dan perincian peruntukan pembangunan tahun 2020 bagi jabatan berkaitan boleh dirujuk di dalam Kertas Dewan Bilangan 10 Tahun 2019.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, selain daripada peruntukan pembangunan berjumlah 101.2 juta yang telah dibentangkan tadi, Kerajaan Negeri juga menerima pemberian peruntukan penyelenggaraan jalan raya Negeri Sembilan daripada Kerajaan Persekutuan di antara 200 hingga 300 juta setiap tahun. Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya selaku Urusetia Jawatankuasa Penyelenggaraan (MARRIS), akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan sepanjang 1,050 kilometer dengan anggaran peruntukan 297 juta di seluruh Negeri Sembilan yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, dan Jabatan Kerja Raya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedundun, selenggang seayun, ibarat aur dengan tebing”. Kerajaan amat sedar, setiap perancangan dasar yang kita luluskan di dalam Dewan ini, tidak akan memberikan apa-apa faedah sekiranya tidak dilaksanakan dengan berkesan dan penuh integriti oleh jentera pelaksana serta barisan hadapan kerajaan. Perkhidmatan awam merupakan institusi terpenting yang menyokong, mendukung setiap dasar yang digubal oleh kerajaan. Mereka adalah tulang belakang dan benteng terakhir sebuah kerajaan. Di kesempatan ini,

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penjawat awam atas kerjasama dan pelaksanaan perancangan Kerajaan Negeri. Sebagai menghargai segala jasa, pengorbanan mereka, sukacita saya mengumumkan, 2 hadiah buat penjawat awam Negeri Sembilan di dalam Dewan yang mulia ini:

 Pertama: Kerajaan bersetuju untuk memberikan 0% faedah Pinjaman Kenderaan dan Komputer kepada penjawat awam yang membuat pinjaman, berkuatkuasa pada tahun 2020; dan

 Dan kedua: Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan gaji, minimum 2,000.00 kepada semua penjawat awam yang berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Bantuan Khas ini akan dibayar sekaligus pada bulan Disember 2019. Diharapkan Bantuan Khas ini memberikan dorongan dan galakan kepada penjawat awam untuk melaksanakan tugas dengan lebih dedikasi, cemerlang pada masa akan datang. Berusahalah dengan lebih gigih untuk mempertingkatkan produktiviti dan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan kepada semua pihak yang sama-sama memberi sumbangan dalam menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negeri ini. Tidak ketinggalan juga ucapan penghargaan ini dipanjangkan kepada warga pendidik yang telah berkorban dengan penuh dedikasi mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna, demi masa depan negara yang lebih cemerlang. Sesungguhnya sumbangan dan pengorbanan anda semua sangat tinggi nilainya untuk bersama-sama mensejahterakan rakyat negeri ini.

Di samping usaha dan kerja keras kita, di samping usaha dan kerja keras, kita percaya kejayaan yang kita nikmati merupakan kurnia Allah. Allah-lah yang telah mempermudahkan segala urusan, menggerakkan hati-hati kita semua menjadi petugas yang berkhidmat dengan berbakti bagi membangunkan dan memajukan negeri ini. Kerana itu, kita perlu meningkatkan rasa syukur kepada Allah dengan terus berusaha memelihara dan membangun negeri ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan berintegriti. Teruskan usaha dan doa kita, kita berharap kejayaan ini dapat meningkatkan kesejahteraan dan dinikmati oleh semua rakyat di negeri ini. Sesuai dengan tema belanjawan ‘Melestari ekonomi mensejahterakan rakyat’.

Ya Allah, Tuhan Tuan Punya ke atas diri kami, Tuan Punya ke atas negeri ini, kami mohon dengan sifat-Mu yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kami ilham dan kekuatan supaya terus bersyukur dan, akan nikmat-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami. Mohon jadikanlah petugas dan alat-Mu untuk terus berkhidmat dan berbakti membangunkan dan memajukan negeri ini dengan penuh amanah, tanggungjawab. Mohon jadikan kami tergolong di kalangan petugas-petugas-Mu yang berguna dan bermanfaat kepada rakyat negeri ini.

Akhir kata, kata, izinkan saya [melafazkan bacaaan ayat 54 dari Surah Al Imran] yang bermaksud memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Imran, ayat 54 – “Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang”. KepadaMu Ya Allah, hambaMu ini sandarkan harapan, kepadaMu lah tempat kami bermohon, dan kepadaMU jualah, tempat kami berserah dan bertawakal. Kabulkanlah, segala hajat dan doa kami. Semoga dengannya kelak, Kau anugerahkan kami dengan sebuah negeri yang aman makmur, dan mendapat keampunanMu Ya Allah. Segala usaha dan kerja kita diredai dan diterima oleh Allah sebagai bukti pengabdian kepadaNya. Sekian, terima kasih, saya mohon mencadang.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyatakan sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan, Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020 seperti yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar sebentar tadi.

Pertama, selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyatakan rasa bangga dan kagum saya kepada anggota pentadbiran Kerajaaan Negeri umumnya dan Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri khasnya kerana buat tahun kedua berturut-turut kita berjaya dan mam, dan mampu menyediakan belanjawan berimbang dengan jumlah peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 450 juta, 457 juta dalam keadaan ekonomi dunia dan negara yang tidak menentu ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di, Dipertua, kita semua telah mendengar sebentar tadi bahawa sehingga semalam, hasil Negeri Sembilan telah

mencatatkan kutipan sebanyak Ringgit Malaysia 463.78 juta iaitu 7.86% lebih tinggi daripada sasaran Ringgit Malaysia 437 juta yang telah ditetapkan. Kita boleh simpulkan bahawa secara keluruhannnya, 4 Strategi dan 10 Pelan Tindakan yang telah digariskan dalam Belanjawan 2019 yang lalu telah dirancang dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan berkesan. Ini dibuktikan lagi dengan pencapaian 7 Pejabat Daerah dan Tanah yang telah berjaya mencapai hasil kutipan melebihi 100%.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan nilai 463.78 juta ini, jika dilihat kepada purata anggaran belanjawan daripada tahun 2017 sehingga 2019, nilai ini adalah keupayaan yang Kerajaan Negeri boleh disediakan pada bulan Disember 2021. Dengan baki satu bulan lagi, bagi menamatkan tahun 2019, kita telah mendahului anggaran belanjawan negeri 25 bulan ke depan. Melihat kepada purata kutipan hasil daripada tahun 2017 sehingga 2019 pula, nilai 463.78 juta ini adalah hasil yang selayaknya kita menikmati pada bulan Disember 2020. Tetapi pada hari ini, kita telah menikmati hasilnya 13 bulan lebih awal daripada trend yang dijangkakan. Sesungguhnya kami amat berba, berbesar hati dengan pencapaian, khidmat bakti dan taat setia yang telah ditunjukkan oleh semua penja, penjawat amam, awam kita pada hari ini. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, belanjawan 2019 yang lalu buat pertama kalinya kita telah memperkenalkan lebih 13 inisiatif berbentuk bantuan dengan tujuan untuk berkongsi kekayaan hasil demi memakmurkan rakyat Negeri Sembilan. Hari ini kita telah mendengar bahawasanya semua inisiatif tersebut bukan sahaja akan diteruskan, malah ada di antara akan diberikan perluasan untuk mensejahterakan rakyat secara selura, seluruhnya. Bantuan Am bulanan, Bantuan Anak Sekolah, Bantuan Ibu Tunggal, bas percuma, Tabung Usahawan Negeri Sembilan, semua ini akan dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan sasar yang lebih besar. Malah Pengerusi dan Setiausaha MPKK juga akan menikmati tambahan elaun bulanan seperti yang diumumkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pada hari ini, selain daripada perluasan 13 inisiatif tahun 2019, tanpa rasa sangsi dan penuh keyakinan, kita juga telah mengumum, mem, mengumumkan 16 inisiatif baru bagi terus mensejah, mensejahterakan rakyat kesan daripada limpahan ekonomi yang kita nikmati pada hari ini. Memperkasakan TVET, geran aktiviti MPKK, ERAT@NS, bantuan peralatan seperti implant, food bank, job fair, drone, TABAH dan taska

majikan swasta antara beberapa manfaat yang kita perkenalkan pada tahun akan datang.

Jika dilihat kepada belanjawan pembangunan tahun 2020, sejumlah Ringgit Malaysia 101.2 juta telah diperuntukkan bagi pelak, pelaksanaan 324 buah projek. Projek-projek ini merangkumi 6 sektor iaitu pentadbiran, sosial, pertanian, infrastruktur, kerohanian dan pelancongan. Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri atau MARRIS juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan tahun 2020 melalui penyelenggaraan jalan raya sepanjang 1,050 kilometer dengan anggaran keseluruhan peruntukan berjumlah Ringgit Malaysia 290 juta. Dan kita juga semestinya berasa bangga dengan kemampuan dapat menyediakan peruntukan penyelenggaraan sekolah Negeri Sembilan melalui penubuhan akaun amanah yang berkenaan.

Dengan semua limpahan hasil yang kita nikmati sekarang, ketelitian perancangan, keberkesanan pelaksanaan dan komitmen serta jiwa raga yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri, saya percaya sasaran kutipan hasil tahun 2020 sebanyak Ringgit Malaysia 450 juta, 457 juta tidak mustahil untuk dicapai pada tahun yang akan datang. Malahan ki, malahan kita, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa sekitar tarikh ini, pada tahun hadapan, dalam Dewan yang mulia ini, pentadbiran ini bakal mencipta dan mengumumkan satu lagi sejarah buat Negeri Sembilan, negeri yang kita semua sayangi ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan, Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020. Sekian, terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua. Kita juga telah bersetuju untuk membahaskan Usul Anggaran Pembangunan bagi Negeri Sembilan Tahun 2020 bersekali dengan Rang Undang-Undang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan Persidangan Dewan, sesi perbas, Rang Undang-Undang dan Usul ini akan dibawa pada hari Isnin, 25 November 2019 bersamaan 28 Rabiul Awal 1441 Hijrah.

Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dan hadirin hadirat yang dihormati, teks belanjawan Negeri Sembilan ini bagi tahun

2020 boleh diperolehi dari laman web rasmi Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang memain peran, yang telah mengambil bahagian. Dan kita akan bertemu pada hari Isnin, 25, dengan ini, saya mengisytiharkan Dewan ditangguhkan. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12:03 tengah hari]