Negeri Sembilan · 25 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 474 turns · 34,669 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Labu.

[YB ADUN Labu telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

‘Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, salam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya dengan rahmat dan inayah serta riayahNya, daripadaNya jualah kita dapat mengadakan mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Persidangan Kedua [Ketiga] Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 tahun 2019.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, hari ini 25 November 2019, iaitu hari kedua bagi Persidangan Belanjawan, Dewan Undangan Negeri Sembilan. Kita akan teruskan dengan sesi perbahasan pada hari ini dan ahli-ahli Berhormat sekalian akan mengambil bahagian.

Sebelum saya meneruskan perbahasan, sesi perbahasan pada pagi ini, saya ingin memaklumkan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Chennah iaitu Yang Berhormat Anthony Loke kerana ada urusan rasmi sehingga 28 November 2019.

Ahli Berhormat dan hadirin yang dihormati sekalian, seperti biasa lazimnya saya menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta ke, tatakelakuan serta etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan pada kali ini. Saya amat berharap persidangan kita kali ini akan berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik dan etika sebagai ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.

Saya juga berharap kita dapat menyelesaikan agenda kita mengikut masa yang dijadualkan. Sekian dulu perutusan daripada saya, saya sudahi dengan ucapan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyan-Pertanyan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi pertanyaan lisan, bermula pada sekarang dan ….. [Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua mengenai risalah yang perlu dirujuk]. Biru ya? Saya telah senaraikan giliran dan, yang seperti yang telah dilampirkan, kita bermula dengan giliran pertama, Chuah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua. Chuah mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasaih soalan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chuah, Majlis Perbandaran Port Dickson dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan kerja-kerja pembaikan longkang di kawasan taman dalam DUN Chuah. Antara senarai kerja-kerja pembaikan yang telah dilaksanakan pada tahun 2019 adalah seperti jadual berikut:

 Yang pertama: Kerja-Kerja Menaiktaraf Longkang Di Taman Jimah Jaya Site C Pekan Lukut Dan Dataran Segar Serta Kerja-Kerja Berkaitan. Kos projek tersebut bernilai sebanyak 19,936.00 ringgit.

 Dan untuk projek yang kedua adalah: Projek Membaikpulih Longkang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Taman Jimah Jaya Site C Port Dickson. Kosnya bernilai sebanyak 145 ribu ringgit.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Soalan tambalan haa, tambahan. Memupuk budaya penyelenggaraan di, oleh PBT untuk memastikan segala infra yang disediakan di taman-taman adalah dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Mengumpul, pengumpulan tanah dan serpihan mengakibatkan air bertakung, penambahan nyamuk dan kemungkinan menga, menga, mengakibatkan denggi dan kemungkinan banjir kilat. Jadi, Chuah ingin mengetahui jadual penyelenggaraan oleh PBT di semua taman-taman yang di bawah PBT. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chuah dan kepada semua ahli-ahli Dewan, sebenarnya untuk PBT sebenarnya kita memang mempunyai jadual yang tertentu untuk kita membuat penyelenggaraan terhadap infra-infra ataupun kemudahan-kemudahan asas. Seperti apa yang telah pun dipersoalkan oleh Yang Berhormat Chuah tadi, kalau untuk sistem perparitan ataupun longkang, sebenarnya bagi apa, ADUN kawasan, ataupun MPKK ataupun ahli-ahli Majlis, mereka boleh terus mengutarakan aduan tersebut kepada PBT yang berkenaan.

Dan pada masa yang sama, jikalau bolehm saya rasa yang paling penting sebab kita lihat apa yang berlaku, yang berlaku terhadap apa ni, kadang kala ni, penyelenggaraan longkang itu saya rasa mungkin Yang Berhoramt Chuah ataupun ahli-ahli Yang Berhormat, kita boleh mengadakan program gotong royong bersama dengan penduduk supaya kita dapat memastikan kebersihan kawasan tersebut termasuk ia juga merupakan salah satu platform di mana kita dapat engage dengan penduduk-penduduk kita. Bukan sahaja gotong royong untk bersihkan kawasan yang tertentu, tetapi juga adalah satu platform di mana bagi kita mendengar suara dan juga pandangan mereka. Dan selepas tu kita kutip pandangan mereka, mengambil kira pandangan mereka dan kita membuat projek-projek ataupun membuat kerja-kerja

naik taraf yang diingini ataupun yang perlu diselesaikan oleh pihak PBT.

Saya rasa itu saja, terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Bahau. Sekarang kita pergi giliran kedua, Johol.

Dato’ Yang Dipertua, Johol nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Johol.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Johol yang berkaitan dengan rumah burung walit di Air Mawang.

Untuk maklumat Yang Berhormat Johol, pada ketika ini, pihak Majlis Daerah Kuala Pilah menggunapakai garis panduan Pembangunan Industri Burung Walit yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan pada 21 Februari tahun 2011. Garis panduan ini menggariskan kaedah-kaedah untuk mengawal selia aktiviti pembangunan premis perladangan burung walit yang mana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

 Nombor 1: menimbang dan meluluskan permohonan lesen premis penternakan dan premis pemprosesan sarang burung walit;

 Yang keduanya: penentukan kadar fi bagi lesen yang berkaitan dan menetapkan tempoh sah laku lesen;

 Yang ketiga: menimbangkan pembaharuan, pembatalan atau pen, penggantungan lesen dan permohonan pindah milik lesen.

 Dan keempat: menimbangkan dan meluluskan permohonan kebenaran merancang serta pelan / permit bangunan bagi premis.

Terima kasih.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Dato’ Yang Dipertua, saya suka bertanyakan kepada Bahau kerana apa yang saya lihat, industri burung walit ni ya, saya nak kepastianlah tentang lesennya tu. Sebab apa yang saya lihat bila sarang burung walit ni dibuat di kawasan taman, di kawasan rumah kedai kan, bukan sahaja di Air Mawang tetapi di Johol, ia telah menimbulkan banyak rungutan daripada penduduk berkaitan dengan kekotoran ya, dan jugak bunyinya kan. Jadi saya nak kepastian daripada pihak PBT, apakah langkah-langkah mengawal ni, sarang burung walit ini.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Johol. Saya rasa ini merupakan satu soalan yang agak baik di mana saya rasa bukan sahaja di kawasan Johol, sebenarnya di kebanyakan kawasan memang mempunyai masalah pencemaran bunyi ataupun suara yang disebabkan oleh apa ni, pengusaha rumah burung walit. Bagi pihak Kerajaan Negeri, kami memang agak menitikberat, yang penting segala perusahaan rumah burung walit ini kita memang sangat apa, sangat ketat dalam perkara ini. Dan kita tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana rumah burung walit yang menyebabkan kacauganggu ataupun pencemaran.

Dan di sini saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon jasa baik rakan-rakan ADUN di dalam Dewan yang mulia ini, ya, jikalau kawasan ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai masalah yang sebegini, bolehlah mengadu kepada pihak PBT ataupun kepada saya. Dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kacauganggu yang tersebut.

Dan yang kedua, untuk le, cadangan yang adakan lesen untuk kita mengawal selia rumah burung walit ini, memang dalam, Kerajaan Negeri kita memang sedang dalam membuat kajian supaya kita ada satu sistem untuk kita kawalselia perjalanan ataupun operasi rumah burung walit ini. Ini meru, ini bukan perkara yang senang, tetapi kita akan cuba untuk usahakan untuk sama-sama kita menjaga kepentingan orang ramai. Dan pada masa yang sama juga, kita nak memastikan mereka yang mengusahakan rumah burang walit ini, mereka tidak akan mendatangkan apa-apa pencemaran kepada masyarakat kita.

Dan sebenarnya untuk Kerajaan Pusat ya, saya tadi baru ada buat sikit survey-lah, untuk Kerajaan Pusat, mereka juga akan mewujudkan satu skim untuk membantu golongan B40 bagi untuk mereka mengusahakan ni apa, rumah burung walit. Jadi dalam perkara ini saya rasa kita harus bersama-sama dan pejabat saya sentiasa terbuka dan kalau ada apa-apa cadangan ataupun pandangan saya alu-alukan pandangan ataupun cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Sekarang tibalah giliran Seremban Jaya, akan diwakili oleh, saya menerima, menerima nota daripada ADUN tem, DUN Temiang untuk mewakili Seremban Jaya.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi kelulusan untuk saya mewakili ADUN Seremban Jaya untuk menanyakan soalan nombor 3, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor?

Dato’ Yang Dipertua, walaupun Yang Berhormat Seremban, Seremban Jaya tidak ada dalam Dewan ini, saya ingin menjawab soalan yang berkaitan tentang Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang telah ditanya lebih awal.

Untuk maklumat sidang Dewan, sehingga 13 November 2019 sebanyak 2,862 permohonan telah diterima oleh PKNNS dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,144 permohonan telah dibentangkan untuk pertimbangan dan 1,060 permohonan telah diluluskan melibatkan agihan peruntukkan berjumlah 3,046,158.52. Untuk maklumat ahli-ahli Dewan, jumlah peruntukan yang disalurkan untuk tahun ini adalah sebanyak 2,997,926.77 yang membabitkan 1,046 penerima. Ini bermakna 14 permohonan akan dibawa pada tahun hadapan dengan menggunakan baki lebihan 2,073.22 dan dari tahun ini, serta peruntukan tahun hadapan.

Baki permohonan sebanyak 1,718 yang belum diproses akan dibawa ke tahun hadapan untuk dibentangkan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan.

Pecahan 1,060 pemohon yang telah diluluskan mengikut DUN adalah seperti berikut yang teramai adalah usahawan-usahawan daripada Paroi berjumlah 132 usahawan. Kesemua DUN, 36 DUN di dalam Negeri Sembilan ada menerima ya, yang kedua ialah Bukit Kepayang seramai 94 usahawan. Yang ketiga daripada Ampangan – 62 usahawan. Yang keempat daripada Sikamat – 54 usahawan. Yang kelima daripada Chembong – 49 usahawan. Yang keenam daripada Bagan Pinang – 62 usahawan. Yang ketujuh daripada Nilai – 53 usahawan. Yang kelapan daripada Rantau – 49 usahawan. Yang kesembilan daripada Labu – 40 usahawan. Yang ke-10 daripada Seremban Jaya – 34 usahawan. Yang ke-11 daripada Lenggeng – 27 usahawan. Yang ke-12 daripada Seri Menanti – 44 usahawan. Yang ke-13 daripada Lukut – 36 usahawan. Yang ke-14 daripada Pilah – 29 usahawan. Yang ke-15 daripada Sri Tanjung – 25 usahawan. Yang ke-16 daripada Bahau – 31 usahawan. Yang ke-17 daripada Mambau – 23 usahawan. Yang ke-18 daripada Gemencheh – 31 usahawan. Yang ke-19 daripada Lobak – 23 usahawan. Yang ke-20 daripada Repah – 19 usahawan. Yang ke-21 daripada Rahang – 14 usahawan. Yang ke-22 daripada Serting – 26 usahawan. Yang ke-23 daripada Gemas – 22 usahawan. Yang ke-24 daripada Temiang – 11 usahawan. Yang ke-25 daripada Pertang – 13 usahawan. Yang ke-26 daripada Jeram Padang – 12 usahawan. Yang ke-27 daripada Kota – 10 usahawan. Daripada, yang ke-28 daripada Klawang – 12 usahawan. Yang ke-29 daripada Linggi – 11 usahawan. Yang ke-30 daripada Palong – 13 usahawan. Yang ke-31 daripada Senaling – 7 usahawan. Yang ke-32 daripada Johol – 10 usahawan. Yang ke-33 daripada Juasseh – 12 ushawan. Yang ke-34 daripada Sungai Lui – 9 usahawan. Yang ke-35 daripada Chennah – 3 usahawan. Dan yang ke-36 daripada Chuah – 4 usahawan.

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan ini perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Penyaluran Peruntukkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat 84 daripada keseluruhan daripada 1,144 yang telah kita proses, yang telah kita tolak kerana tidak memenuhi kriteria permohonan. Antaranya ialah:

 Disebabkan perniagaan tidak berdaftar di SSM;

 Yang kedua: perusahaan tidak lagi berstatus Mikro.

 Yang ketiga: perniagaan beroperasi di luar Negeri Sembilan.

 Yang keempat, perniagaan yang dipohon bertentangan dengan nilai moral (contohnya vape, rokok, minuman keras dan perjudian).

 Yang kelima: pem, permo, butiran permohonan pembiayaan yang dikemukakan adalah tidak berkaitan (seperti ubahsuai premis ataupun baikpulih kenderaan).

 Yang keenam: jenis perniagaan tidak berkaitan dengan pendaftaran kod bidang SSM.

 Yang ketujuh: perniagaan bersifat separuh masa.

 Dan yang kelapan: permohonan yang dikemukakan meragukan permohonan, dari segi permohonan ataupun perbekalan.

Sekian, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ada apa, soalan tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO kerana memberi jawapan yang sangat teliti dan jelas untuk pengetahuan orang ramai. Soalan tambahan saya adalah, adakah pene, pen, penerima yang sama untuk tahun ni boleh membuat permohonan untuk tahun depan, untuk tabung yang sama?

Dato’ Yang Dipertua, kita mempunyai lebihan permohonan sebanyak 1,718 permohonan yang, tahun 2019 akan kita proses dahulu. Jika ada di antaranya tidak layak, dan masih ada lebihan daripada peruntukkan yang akan kita sediakan, kita akan menerima. Walau bagaimanapun kemungkinan agak terbatas kerana jumlah yang kita perlu proses masih lagi banyak. Sekian untuk makluman Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Sekarang tibalah giliran Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Pertang mengenai banjir di jalan utama.

Jalan yang dimaksudkan merupakan Jalan Persekutuan iaitu Jalan Kuala Klawang ke Simpang Pertang FT86. Kerja-kerja naik taraf jalan termasuk pembentungan di laluan tersebut pernah dibuat sebelum ini yang dibuat secara berperingkat/berfasa.

Pihak kerajaan melalui JKR Negeri Sembilan telah pun memohon untuk menaik taraf laluan tersebut termasuk mengganti pembentungan dan menaik aras jalan/perparitan di lokasi tersebut bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku. Permohonan projek juga telah dimasukkan dalam senarai Cadangan Projek RMK-12 di bawah Kementerian Kerja Raya.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Kalau kita tengok jalan yang saya maksudkan ni, kalau daripada bulan Oktober sehingga kini, dah 2 kali banjir. Ada beberapa sebab banjir yang berlaku di kawasan tersebut, pertama dari segi penyelenggaraan longkang. Longkang-longkang kiri kanan ni kurang penyelenggaraan. Dan ada antaranya dah penuh dengan sampah sarap dalam longkang-longkang kiri kanan.

Perkara kedua adalah sebabnya adalah longkang atau parit kiri kanan atau air yang banyak daripada, daripada kiri kanan jalan ini menyebabkan parit-parit yang kecil tidak dapat menampung air yang banyak, menyebabkan banjir di kawasan tersebut, di jalan tersebut.

Dan di kawasan Petaseh, untuk pengetahuan Sikamat, di kawasan Petaseh tu ada satu jambatan, jambatan besar. Jambatan besar itu dibina bawahnya menggunakan culvert. 3 culvert. Apabila air besar, antara culvert tu ada sekatan menyebabkan sampah-sampah tersekat di situ. Itu menyebabkan air naik ya, pasal, jambatan tu menggunakan culvert, bukan terus, jambatan yang terus, menyebabkan air yang boleh mengalir terus ya. Sekatan antara culvert-culvert tu sampah sarap tersekat di situ, menyebabkan air naik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita maklum bahawa bulan lepas ya, bulan Oktober, merupakan hujan yang berlebihan untuk Negeri Sembilan dan beberapa kawasan telah dinaiki air. Dan kita telah maklum bahawa kita telah meminta JPS untuk sentiasa melihat semua saluran terutamanya yang melibatkan culvert. Dan insha Allah kita pertimbangkan untuk melihat bahawa saluran ataupun air, perparitan di kawasan tersebut untuk dinaik taraf sekali, insha Allah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang giliran Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Hal ehwal, Unit Hal Ehwal Bukan Islam memfokuskan kepada isu-isu yang melibatkan tempat-tempat ibadat bukan Islam dan juga aktiviti-aktiviti keagamaan dan juga melibatkan perayaan.

Bagi yang kedua, tempat ibadat tokong Cina perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di bawah kategori Jawatankuasa Pengurusan (keagamaan).

Dan menyatakan bahawa ada beberapa rumah ibadat tokong Cina masih didaftarkan di bawah kelab rekreasi ataupun dengan tujuan bukan, selain daripada keagamaan. Oleh itu, satu perjumpaan dengan semua pengurusan tokong di Negeri Sembilan telah diadakan pada 18 Ogos 2019. Dan dalam perjumpaan tersebut, taklimat berkaitan pendaftaran pertubuhan dan juga isu-isu tanah telah disampaikan kepada wakil, kepada wakil-wakil dari pengurusan tokong oleh, daripada Pejabat Tanah Dan Galian dan juga daripada Pejabat ROS. Justeru itu, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk membantu pengurusan tokong untuk membuat pendaftaran pertubuhan mengikut prosedur yang ditetapkan supaya setiap tempat-tempat ibadat ini didaftarkan secara baik, secara mengikut undang-undang yang di, sedia ada. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Soalan tambahan Tuan Speaker. Jadi terima kasih kepada Nilai, Yang Berhormat Nilai yang memberi jawapan tadi. Jadi, saya ada satu cadangan sebelum soalan tambahan saya. Dato’ Yang Dipertua, cadangan saya ialah pihak Kerajaan Negeri harus memberi ruang atau memberi peluang kepada pihak rumah ibadat khususnya tokong Cina. Lagipun permohonan, permohonan adalah mereka telah melampirkan gambar tapak mereka se, masa, semasa mereka memohon untuk membuktikan tanah tersebut ialah tokong. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, di, di kawasan DUN Mambau ada 2 permohonan tokong rumah ibadat ini telah ditolak kerana bukan didaftar di bawah nama tokong. Jadi saya berharap pihak kera, Kerajaan Negeri boleh memberi peluang atau ruang kepada pemohon-pemohon yang, yang terbabit kerana tidaklah susah payah mereka nak

tukar apa ni, pendaftaran, pendaftar atau kerana maklumat bank harus ditukar semua, agak susah payah pada mereka.

Jadi, soalan tambahan saya ialah berapakah peratusan, peratusan permohonan telah ditolak dalam isu ini? Terima kasih.

Terima kasih kepada Mambau. Seperti mana yang saya tadi katakan, kita mempunyai prosedur dan juga tatacara untuk memberikan ataupun untuk memo, mempertimbangkan permohonan daripada tempat-tempat ibadat ini. Oleh itu, sebab itu kita telah pun mengadakan beberapa sesi perjumpaan dan juga sesi taklimat untuk memastikan setiap tempat-tempat ibadat ini didaftarkan mengikut prosedur yang baik ataupun prosedur yang betul. Tetapi beberapa, bukan banyak, hanya beberapa, satu atau dua saja yang me, yang didaftarkan di bawah kelab rekreasi ataupun dengan tujuan yang lain. Tetapi tempat itu dijadikan sebagai tempat ibadat. So, tetapi pendaftaran itu di bawah kategori yang lain. Oleh itu kita pastikan dan kita harap semua persatuan ataupun tempat-tempat ibadat ini dapat memberi, menukar status tu, status rekreasi ataupun sosial ini kepada keagamaan. Tapi kita sedia untuk membantu mana-mana tempat ibadat yang ingin memer, ingin membuat pertukaran.

Berkaitan dengan peratusan, hanya penolak, yang, permohonan yang tidak dapat dipertimbangkan adalah hanya daripada permohonan yang melibatkan daripada kelab rekreasi ataupun pendaftaran yang ditubuhkan untuk tujuan lain. Yang selain daripada yang itu, sehingga hari ini, masih ada lebih kurang dalam 20 permohonan daripada tokong-tokong Cina yang belum dapat kelulusan kerana peruntukan yang terhad bagi tahun ini. Dan semua permohonan ini akan dibawa ke tahun hadapan untuk dipertimbangkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Sekarang kita pergi giliran Palong.

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Terima kasih kepada ADUN Palong yang bertanyakan berkenaan Klinik Kesihatan Palong Jenis 3, Felda Palong 7.

Status pembinaan Klinik Kesihatan Palong Jenis 3 di Palong 7 dan maklumat kontrak adalah seperti berikut:

 Nama Kontraktor: Adroit Builder (M) Sdn. Bhd.

 Kos pembinaan Klinik Kesihatan jenis ketiga ini adalah berjumlah 26,056,326.73 dan bayaran yang dikeluarkan sehingga pada hari ini ialah sebanyak 2,454,000.00.

 Dan tarikh mula pembinaan Klinik Kesihatan Jenis ketiga ini adalah pada 27 April 2018.

 Dan tarikh siap asal adalah pada 23 April 2020.

 Dan tarikh siap semasa selepas Extension of Time yang pertama diberikan iaitu sebanyak 260 hari adalah pada 8 Januari 2021.

Kemajuan fizikal sebelum Extension of Time diberikan adalah sebanyak 58% mengikut Jadual berbanding 16% keadaan sebenarnya, iaitu perbezaan sebanyak kurang 42% iaitu kelewatan sebanyak 206 hari. Permohonan bagi Extension of Time kali pertama telah dibuat pada 24 April 2019 di atas faktor-faktor seperti berikut:

 Pertamanya, terdapat perubahan aras platform.

 Yang kedua adalah kelewatan syor roboh kuarters lama.

 Yang ketiga adalah kelewatan syor roboh blok pengawal dan menara tangki air.

 Yang keempat adalah masalah kerja piling di tapak (short pile).

Laporan kemajuan terkini Klinik Kesihatan Palong Jenis 3 sehingga 31 Oktober 2019 adalah seperti berikut: iaitu Kemajuan Fizikal sebanyak 20% mengikut Jadual berbanding 24% keadaan Sebenar, iaitu awal 27 hari setelah Critical Path Method (CPM) dipinda mengikut Extension of Time no. 1 yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa.

Kemajuan Kewangan pula sebanyak 12.22% mengikut Jadual berbanding 9.42% yang sebenarnya. Status terkini kerja di tapak:

 Pertamanya adalah pemasangan rubble wall di sekitar kuarters Kelas F telah siap 35%.

 Dan yang keduanya adalah ground slab di kuarters Kelas F sebanyak 40%.  Ketiga, IBS installation di kuarters semi-D (beam aras 1) sebanyak 30%.

 Dan keempat adalah pile cap di blok klinik disiap 40% sahaja.

Dan, tiada kekangan dan halangan dalam melaksanakan projek ini mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Kerja Raya. Pihak JKR akan membuat pemantauan lebih rapi dan menyeluruh bagi mengelakkan kelewatan bagi projek ini. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Memandangkan klinik ini akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan, dan ketika ini rakyat masih lagi menggunakan klinik kesihatan di Palong 7 dan 8, yang ada bersebelahan dengan klinik yang baru yang sedang dibina ni. Jadi apakah rancangan pihak kerajaan untuk membaik pulih dan membaiki kerosakan-kerosakan yang ada di klinik kesihatan sekarang ini, seperti kerosakan letrik, air, penghawa dingin dan lain-lain? Sekian terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan tadi. Buat masa ni kerajaan akan pastikan jika ada apa-apa kerosakan pada klinik kesihatan yang sedia ada ini, akan diperbaiki dan untuk memberi kemudahan kepada pelanggan-pelanggan yang mengunjungi klinik kesihatan tersebut. Dan kerajaan, kerajaan sentiasa akan memantau dan akan membaiki segala kerosakan yang ada pada klinik kesihatan yang sedia ada ini sehingga klinik Palong 7 dan 8 ni siap. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Sekarang kita pergi giliran Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang yang mengenai aduan kerja pemangkasan dan pemotongan pokok yang tertunda.

Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, terdapat 1,319 jumlah aduan yang telah diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Seremban bermula daripada Januari hingga September tahun 2019 seperti jadual yang berikut: jumlah yang telah dilaksanakan – 366, jumlah yang masih dalam jadual pelaksanaan adalah sebanyak 953. Aduan tersebut tidak

termasuk yang diterima secara bersurat daripada orang perseorangan dan MPKK, Jabatan-Jabatan Kerajaan, aplikasi Whatsapp, telefon dan walk-in ke pejabat.

Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, mengenai perancang, mengenai perancangan Kerajaan negeri untuk menaik taraf pengutipan dan pelupusan sisa-sisa pokok yang telah ditebang, Majlis Perbandaran Seremban telah melantik kontraktor untuk mengitar semula sisa-sisa pokok yang telah diselenggara, diselenggara dalam tanah milik MPS bagi memastikan sisa-sisa pokok tersebut dikutip dan dilupuskan dengan segera. Dalam situasi tertentu seperti berlakunya bencana alam yang melibatkan kejadian pokok tumbang dalam kuantiti yang banyak, kelewatan akan berlaku di tapak. Walau bagaimanapun keadaan tersebut dapat diatasi tanpa mendatangkan kemudaratan kepada penduduk di persekitaran. Sekian.

Soalan tambahan. Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengelakkan kes-kes pokok-pokok tumbang terutamanya pada musim hujan? Dan adakah pasukan khas diadakan untuk mengenal pastikan pokok-pokok yang perlu dicantas atau ditebang? Pasukan khas ini penting untuk menjaga, menyelamatkan pokok-pokok dan menjaga keselamatan penduduk-penduduk.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Keselamatan penduduk sentiasa menjadi keutamaan pihak Kerajaan Negeri dan juga PBT. Saya mengambil contoh di Majlis Perbandaran Seremban kita memang mempunyai pasukan khas untuk mencantas pokok. Dan untuk maklumat ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, sejak tahun yang lepas, memandangkan banyak aduan dan juga rung, rungutan yang telah pun diutarakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat, setiap PBT kita telah pun diarahkan untuk mengambil tindakan yang segera terhadap pokok-pokok yang berisiko tinggi. Untuk Majlis Perbandaran Seremban, sebenarnya memang sudah wujudnya satu jadual yang berkala di mana setiap kawasan DUN, pihak MPS akan menghantar team mereka untuk mencantas pokok-pokok yang berisiko tinggi. Walau bagaimanapun ya, kalau kita lihat statistik saja, kalau men, melalui aduan, e-aduan saja, kita mempunyai lebih daripada 1,000 aduan. Ia memang menga, meng, mengambil sedikit masa. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri, kita juga sedia maklum baru-baru ini ni apa, ribut yang berlaku di kawasan Seremban telah pun menyebabkan banyak pokok, khususnya pokok-pokok yang berada di

tepi jalan utama tumbang. Dan pasukan khas daripada pihak MPS juga bergegas ke kawasan yang terjejas dan melakukan kerja-kerja mencantas pokok-pokok yang tumbang ini. Dan saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa salah seorang, salah seorang kakitangan kita daripada MPS, MPS dari Landskap iaitu Encik Mohamad Salihin ketika kita, ketika beliau mencantas pokok ya, selepas ribut berlaku, beliau telah pun ter, tercedera dan dikejar masuk ke hospital ketika beliau melaksanakan tugas. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri saya ingin apalah, rakamkan ucapan, penghargaan kita terhadap sumbangan anggota-anggota MPS kita yang sering turun padang, yang sering membantu rakyat kita, khususnya ketika berlaku bencana alam ya. Walaupun telah pun dimasukkan di hospital, diterima rawatan di hospital, tetapi spirit beliau cukup tinggi dan tak bersabar untuk balik ke pejabat untuk terus untuk membantu kita untuk mencantas pokok-pokok yang membahayakan orang ramai.

Walau bagaimanapun, apa yang telah pun berlaku memang sudah berlaku, tetapi apa yang pihak Kerajaan Negeri dan juga PBT akan buat, kita akan sentiasa memantau, sentiasa memastikan pokok-pokok yang berisiko ini akan dicantas dengan, dalam masa yang terdekat ya. Ambil saya, sebagai contoh, katakan ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai ataupu mengenal pasti pokok-pokok yang berisiko tinggi, bolehlah maklumkan kepada pihak MPS ataupun PBT yang berkenaan supaya tindakan yang segera dapat diambil demi kita menjaga keselamatan orange ramai. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Soalan tambahan sikit boleh, boleh Dato’ Yang Speaker?

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, yang masalah pokok ini sudah lama. Jadi pihak Kerajaan Negeri selalu menjawab soalan menyatakan akan diselesaikan pada masa terdekat. Jadi, agaknya berapa masa terdekat maksud itu. 6 bulan, 1 tahun atau 2 tahun? Jadi, di kawasan DUN Mambau, saya telah membe, membagi aduan, 3 aduan iaitu spot, itu, itu, apa ni, yang hot spot yang pokok kena ditebang, jadi, bahagian landskap pun ada bagi jawapan, kerana nak mintak ini, sebut harga. Tapi selama 6 bulan, belum, belum, masih belum ada apa-apa tindakan lagi. Jadi, pada 2 minggu yang lepas, pada waktu hari hujan lebat, jadi ada sepohon pokok besar, 40 kaki tumbang di taman perumahan. Jadi selaku wakil rakyat kita kena pergi memantaulah,

sudah dapat ini panggilan dari pengadu. Jadi, semasa wakil rakyat sampai, apabila kita sampai sana, kita kena marah. Kita pergi pun marah. Pergi, kita tak pergi, lagi marah. Jadi macam mana. Jadi, sa, bukan sa, bukan, bukan satu dua orang, satu lawan 10 tau.

Jadi, saya berharap, pihak Kerajaan Negeri jangan selalu sebut “masa terdekat”. Bagilah masa tertentu, ditetapkan. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih yang Berhormat Mambau. Saya ucapkan tahniahlah kepada pengundi-pengundi yang berada di Mambau kerana wakil rakyat dia berani bersuara untuk mempertahankan nasib mereka.

Bagi saya, saya rasa tadi saya tak sebut dalam masa terdekat ke apa-apa. Cuma jadual yang berkala telah pun dikeluarkan. Dan bagi Yang Berhormat Mambau ataupun Yang Berhormat – Yang Berhormat di kawasan masing-masing mungkin boleh dapatkan jadual tersebut daripada PBT yang berkenaan. Bagi pokok-pokok yang berisiko tinggi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Mambau tadi kalau untuk pokok-pokok yang belum diambil tindakan saya apa, cadangkan Yang Berhormat Mambau ataupun mana-mana ahli Yang Berhormat yang mempunyai masalah yang sebegini bolehlah bagi surat kepada saya ataupun maklum kepada saya. Saya akan mohon pihak PBT ambil tindakan yang segera terhadap aduan yang telah pun diutarakan tetapi tidak diambil tindakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bahau. Seterusnya kita pergi kepada giliran Senaling.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senaling mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Senaling berhubungan peruntukkan SJKC, SJKT.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam bajet 2019, Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukkan 3 juta bagi bantuan kepada sekolah SJKC, SJKT dan sekolah tahfiz. Setakat 30 Oktober 2019, jumlah bantuan telah disalurkan berdasarkan permohonan yang diterima adalah seperti berikut: untuk sekolah

agama melibat 741 ribu, 48 buah tahfiz – 419 ribu, SJKT – 91 ribu dan SJKC – 46 ribu.

 Sebanyak sebanyak 200 ribu untuk Sek. Men. Chung Hua Port Dickson.  250 ribu – Chung Hua High School Seremban.  2,000.00 untuk SJKC Chi Hwa Jalan Temiang Seremban.  30,000 untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa II Taman Bukit Galena.  3,000.00 untuk SJKC Bandar Sri Sendayan.  10 ribu untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Wa Temiang, Seremban.  2,000.00 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ma Hwa.  2,500.00 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sua Betong.  3,000.00 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, Rantau.  1,000.00 untuk SJKC Yik Hwa.  8,000.00 untuk SJKC Kg Baru Mahsan.  Sebanyak 2,000.00 untuk SJKC Chi Hwa.

Manakala sekolah Tamil yang telah diberi sumbangan adalah:

 2,000.00 untuk SJKT Ladang Siliau, Rantau.  3,000.00 untuk SJKT Ladang Senawang.  2,000.00 untuk SJKT Ladang Geddes.  3,000.00 untuk SJKT Ladang Jeram Padang.  3,000.00 untuk SJKT Ladang Sungai Baru.  3,000.00 untuk SJKT Ladang Seremban.  2,000.00 untuk SRJK(T) Ladang St Helier.  3,000.00 untuk SJK(T) Ladang Sg. Baru.  2,000.00 ladang, Lorong Jawa.  1,500.00 untuk SJKT Batu Hampar.  1,500.00 Ladang Sunggala.  2,000.00 untuk SJKT Ayer Kuning.  2,000 untuk SJKT Ladang Sg. Kelamah.  2,000.00 untuk SJKT Bandar Springhill.  3,000.00 untuk SJKT Cairo.  10,000.00 untuk SJKT Ladang Tampin-Linggi.  2,000.00 untuk SJKT Ladang Sagga.  2,000.00 untuk SJKT Lorong Java.  2,500.00 untuk SJKT Ladang Air Hitam.  4,500.00 untuk SJKT Gemas.  2,000.00 untuk SJKT Ladang Linsum Rantau.  2,000.00 untuk SJKT Kem Askar Melayu Sirusa.

 2,000.00 untuk SJKT Ladang Kubang.  2,500.00 untuk SJKT Ladang Sengkang.

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin kemukakan soalan tambahan. Di dalam pembentangan bajet pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Sikamat telah menyatakan dalam pembentangan tersebut untuk mengekalkan peruntukkan khas sebegini, sepertimana yang telah diputuskan dalam bajet, pembentangan bajet 2019. Soalan saya, kalau itu berlaku, maknanya peruntukkan sama ini akan disalurkan kepada sekolah-sekolah yang dinyatakan tadi ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah tahfiz.

Soalan saya, memandangkan banyak peruntukkan daripada pihak Federal, pihak Pusat yang telah dipotong, dan banyak juga jenis bantuan yang telah dipotong peruntukkan-peruntukkan ini kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, ada atau tidak cadangan atau niat di pihak Kerajaan Negeri untuk belanjawan 2020 ini, memandangkan kutipan yang begitu banyak saya lihat, dalam pembentangan bajet itu, kutipan hasil dan sebagainya untuk di-extend, dengan izin, secara proportionate jikalau dibagi, peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, dibagikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, di-extend peruntukan ini, dengan izin, kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipetua.

Dato’ Yang Dipertua, sedikit saya nak buat soalan tambahan sedikit je, ni, daripada Senaling tu. Berkaitan. Mungkin boleh jugak Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat memaklumkan dia punya percentage of peruntukkan yang kita luluskan dalam bajet 2019, SJKC, SJKT berbanding dengan tahfiz ni, berapa percent kedua sekolah ini, dan jugak ke tahfiz, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Rasa tadi, Yang Berhormat …..

Percent dia, nombor dia.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat mana?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Johol, tak nampak. Yang Berhormat Johol tak dengar. Saya dah cakap tadi, sekolah 741 ribu – sekolah agama. Tahfiz – 419 ribu. Sejuta lebih ya. Lepas tu SJKT baru 91 ribu, SJKC 546 ribu. Ini bergantung kepada permohonan. Dan insyaa Allah untuk tahun ini ada lagi baki, untuk kita agihkan lagi. Tak ada masalah.

Untuk sekolah kebangsaan, kita telah be, berikan 531 ribu untuk sekolah kebangsaan. Sekolah menengah sahaja 714,500.00 ringgit, ya. Itu tahun ni, masih diproses lagi. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat …..

Yang Berhormat Dato’ Speaker, soalan saya sebenarnya berkaitan dengan peruntukan khas yang diperuntukkan dalam bajet 2019 iaitu dinyatakan dalam peruntukkan tersebut. Dan telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat untuk dikekalkan peruntukkan khas ini untuk tahun 2020. Soalan saya jelas sebenarnya untuk bertanya, sama ada peruntukan khas yang seumpama ini boleh di-extend, dilanjutkan, disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Perkara tersebut tak menjadi masalah. Sekarang kita pun belanja lebih daripada yang kita anggarkan. Kita memang bagi bantuan kepada SK, tak ada masalah, bantuan tersebut kita bagi. Bergantung kepda permohonan, tak tulis surat kepada saya pun saya luluskan. Tak ada masalah. Perkara tersebut saya akan bagi, bawah P50 saya ada 10 juta yang saya bagi kepada sekolah jenis, Sekolah Kebangsaan dan Sekoleh Menengah …..

Terima kasih Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. terima kasih.

….. maksud saya tadi, secara proportionate, dengan izin.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak apa, tak apa, yang itu saya boleh bagi berapa banyak terus kita akan bagi, inshaa Allah, saya akan jaga sekolah kebangsaan, dan juga sekolah menengah. Dan alhamdulillah, di bawah Pakatan Harapan peruntukan yang kita berikan lebih daripada kerajaan terdahulu. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sikit, sikit, sedikit Dato’ Yang Dipertua. Yang mohon sikitlah ya. Kalau kita tengok sekarang …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti, nanti, soalan berkaitan?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Berkaitan. Kalau Yang Dipertua, kalau kita tengok, sekarang ni untuk sekolah SJKC, SJKT dan sekolah tahfiz ada peruntukkan khas dalam bajet yang telah, daripada tahun lepas sampailah sekarang. Untuk SK, walaupun dinyatakan oleh Sikamat tadi, akan diberi peruntukkan tapi tiada yang jelas menunjukkan. Kalau SK sekarang, kalau di kawasan saya, kalau tengok sekarang pentadbir-pentadbir SK sekarang ni, apa juga program yang nak dibuat, terpaksa merayu dengan ibu bapa ya, tak ada peruntukkan, tak ada bajet. Di kalangan YB-YB yang datang sekolah pun …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan, soalan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ini salah, siapa cakap tak ada peruntukkan …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

You duduklah apek, saya mahu cakap …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Mintak soalan, mintak soalan, mintak soalan …..

[Kekecohan di dalam Galeri Persidangan]

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. you duduk dululah …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

…. siapa cakap tak ada peruntukkan, you salah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. saya mahu cakap sama dia, you duduk dululah …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

You salah, mintak tarik balik …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa dia mencelah, saya rasa cukuplah, saya faham …...

….. duduklah dulu …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. Tuan Yang Dipertua, saya faham …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. tuduhan, salah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. saya bukan cakap dengan you, cakap dengan Sikamat ….. [YB Yang Dipertua Dewan berdiri]

Yang Dipertua Dewan

Saya berdiri …..

….. you EXCO ke, kalau nanti you jawablah …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk, duduk, duduk, duduk.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya mahu tanya sama …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ini tuduhan.

Yang Dipertua Dewan

Pertang, duduk.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya mahu tanya dulu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya belum habis cakap lagi Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Yang Dipertua, saya belum habis cakap …..

Yang Dipertua Dewan

Saya kata duduk dulu. Duduk. Saya suruh duduk. Bertenang kejap. Duduk.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Speaker suruh duduk, duduklah.

Speaker, bertenang.

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu. [YB Yang Dipertua Dewan duduk semula] [Kekecohan kembali reda]

Temiang nak jadi Speaker ke apa?

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu. Saya dah bagi peluang, sepatut soalan tambahan yang Senaling saja yang layak soalan tambahan. Tetapi yang soalan lain, Johol tanya ada kaitan, boleh. Saya mintak Pertang, jangan, jangan buat apa, buat ni apa, penerangan, bukan soalan. Jadi masalah ni, Pertang buat ni apa, penjelasan. Saya tak mahu begitu. Saya ingat masa soalan tambahan biasa satu orang dah mengemukakan soalan, dia boleh satu orang soalan tambahan. Kalau macam ni saya benarkan, 30 orang cakap soalan tambahan ni. Jadi, tolong ambil, saya dah beri kelonggaran. Saya bagi kelonggaran Johol bukan masa dia, tapi saya bagi, sebab ada kaitan. Tapi Pertang nampaknya terlalu emosi. Sampai saya nak suruh duduk pun, saya berdiri pun you all berdiri lagi. Kalau saya berdiri tu serius tu. Okay.

Dato’ Speaker, saya berdiri pun serius ni Dato’ Speaker. Serius, serius.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk dulu, belum, belum masa lagi …..

….. Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

….. kang, kang, karang saya bagi masa.

….. ini untuk kepentingan Dewan ni Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, duduk dulu.

….. Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

….. saya mintak …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, saya tak mahu …..

….. semua ahli …..

Yang Dipertua Dewan

….. saya tak mahu panjangkan …..

….. Dewan, Dato’ Speaker, sikit.

Yang Dipertua Dewan

Panjang kang dah, duduk. Saya tak mahu panjangkan.

Dato’ Speaker.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Speaker, relax, relax.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk. Saya suruh relax. Duduk, relax, ambil angin. Kang panjang cerita kang. Ambil angin. Saya nak relax kejap, 5 minit. You relax, sabar, astaghfar banyak-banyak. Sebab kita nak sama-sama ni, tak ada orang lain ni, sama-sama. Haa? [percakapan YB ADUN Kota secara off mic] Jangan tangguh, kang tangguh ramai yang, kita banyak lagi yang nak dibincangkan. Cuma saya nak mintak, tadi soalan Senaling tadi jelaslah. Soalan daripada Johol pun jelas. Cuma Pertang, jangan ambil, buat mengulas, saya menasihatkan, lepas ni siapa mengulas, saya suruh berhenti duduk, soalan lisan, saya tak mahu dengar benda-benda yang berulang-ulang. Okay, relax.

Tuan Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Saya, saya yang bercakap, sebab yang …..

Tuan Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. boleh bercakap Speaker, yang lain relax.

Tuan Yang Dipertua, boleh bagi peluang kepada Pertang untuk tanya soalan balik?

Yang Dipertua Dewan

Saya, tak payahlah. Pasal …..

Kesian dia Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. dah ambil masa banyak soalan ni. Apa Gemas, ada apa hal?

Okay, Dato’ Yang Dipertua, saya beri pandanganlah. Saya lihat …..

Yang Dipertua Dewan

Pandangan?

Tak, sekejap.

Yang Dipertua Dewan

Pandangan saya tak mahu, duduk, duduk.

No, no, no. Dato’ Dipertua …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Pandangan …..

….. Temiang ni selalu kurang ajar Dato’ Yang Dipertua. Waktu Dato’ Yang Dipertua bercakap …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Apa you cakap.

….. Temiang sudah berdiri …..

Tarik balik perkataan tu. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan … percakapan tidak dapat ditaip sepenuhnya berikutan beberapa ahli Yang Berhormat bercakap serentak]

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Apa kamu cakap?

Tarik balik perkataan tu …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tarik balik.

Apa tarik balik …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tarik balik.

….. sebab you memang kurang ajar.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Siapa?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Siapa? Kamu ke?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Kamu jangan kurang ajar di sini.

….. kamu kurang ajar, di Dewan Undangan Negeri …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kamu kurang ajar. Tarik balik. Dato’ Speaker ..

….. you kurang ajar …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kurang ajar kamu.

Yang Dipertua Dewan

Gemas.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Gemas jangan kurang ajar …..

Keluar, keluar, keluar.

….. dia memang kurang ajar.

Gemas jom keluar minum air jom, Gemas.

…..Dato’ Speaker, tidak adil ….. YB ADUN ….. : ….. Speaker …..

Dato’ Yang Dipertua, tidak adil …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. tak hormat Dato’ Speaker. Dia tarik balik …..

….. dia selalu bercakap, lawan cakap …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. tak hormat …..

….. orang.

Yang Dipertua Dewan

Standing order, kalau you terus cakap, saya halau keluar …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Yang Berhormat tarik balik.

Yang Dipertua Dewan

….. kalau you terus cakap, saya halau keluar.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Gemas tarik balik.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Gemas tolong tarik balik …..

..... tarik balik perkataan “kurang ajar”.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Gemas, tarik balik.

Yang Dipertua Dewan

Duduk. Saya, saya bercakap ni duduk, duduk, duduk.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tarik balik.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, begini, duduk, duduk.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. nanti dia tak tarik balik.

Yang Dipertua Dewan

Temiang duduk.

Sri Tanjung rehat.

Yang Dipertua Dewan

Duduk.

Sri Tanjung rehat.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Relax, relax, 5 minit, 5 minit. [Kekecohan kembali reda]

Dato’ Speaker yang budiman …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, Chembong. Nanti. Cukup, cukup dulu, cukup dulu. Nanti kang Chembong punya soalan kang boleh, boleh cakap sikit kang. Cuma saya nasihatkan tadi, jangan mengulas. Tapi Gemas nampaknya degil ya. Saya kata jangan ulas apa-apa. Bila ulas tu jadi tu. Saya kata soalan, soalan. Saya tak mahu layan dah, lepas ni siapa merapu-rapu, saya halau keluar. Jangan sampai saya jadi, jadi macam tu, saya tak suka. Sebab saya anggap semua ni semua kawan saya. Semua sahabat saya. Tak ada orang lain. Sebab kita nak majukan Negeri Sembilan ni. Saya bagi masa semua, saya tak ada, tak ada berat sebelah. Sebab kadang-kadang saya bagi peluang lagi lebih masa. Saya begitu. Sebab kita sama-sama ni. Jadi, tolong jangan buat, buat begitulah. Kalau buat kali kedua, saya tak ada, tak, saya tak ada, tak ada simpati lagi. Saya terus ambil tindakan saya. Duduk. Saya tak mahu you berdiri. Duduk. Duduk. Tolong. Saya tengah bercakap ni, tolong hormat saya. Okay.

Jadi, lepas ni soalan tambahan, hanya pada yang buat soalan saja. Yang lain saya tak bagi dah. Pasal tuan-tuan ni tak hormati bila kita bagi sikit, you all tak ni, tak hormatilah apa yang saya bagi ni. Jadi saya semalam dah longgar tu …..

Tapi kalau berkaitan saya rasa boleh …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, cukup, cukup. Jadi, saya mintak YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, mengenai jawapan tersebut, kita sedia maklum tahun hadapan juga kita telah menyediakan satu tabung baru iaitu tabung berjumlah 1.0 juta, Akaun Amanah Penyelenggaraan Sekolah. Ini baru. Dan kita sedia maklum bahawa permohonan adalah berdasarkan permohonan. Sekolah Cina ke, sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ke, sekolah tahfiz ke, sekolah bantuan, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pun memohon. Apabila ada permohonan, ada keperluan, kita bantu.

Di samping itu juga kita ada peruntukkan ADUN – 500 ribu yang disalurkan ke sekolah-sekolah. Saya rasa mereka tak ada masalah

untuk dapatkan bantuan dariapda ADUN. ADUN-ADUN kita alhamdulillah, ada yang bagi air-cond, ada yang bagi, bermacam-macam bantuan. 500 ribu disalurkan ke Sekolah Kebangsaan. Tak ada masalah. Jadi saya harap bahawa ini merupakan satu soalan yang telah kita terangkan dengan panjang lebar. Dan saya tak ada masalah. Dan cuma kita sedia maklum bahawa banyak peruntukkan yang dipohon, kita bagi, tak ada yang kita tolak. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang kita pergi giliran, Chembong ke? Eh janganlah, nanti, Chembong belum lagi. Okaylah you nak cakap, sikit, tapi jangan panjang tau.

Soalan je Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Bukan, soalan belum lagi, belum sampai lagi.

Oh …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Nombor 9, ADUN Lobak.

Yang Dipertua Dewan

Okay, ni apa dia cakap ni. Saya bagi sikit …..

Dato’ Speaker, untuk menjaga keharmonian Dewan, siapa-siapa saja ahli Dewan yang nak bercakap kena tujukan pada Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, ya betul.

Tapi saya lihat Temiang tak bercakap menujukan kepada Speaker, itu yang jadi kecoh Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Okay dah, saya faham dah, duduk.

….. betul, Dato’ Speaker, tepuklah sikit …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, dah, dah. Faham dah. Chembong …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sudah lepas, lepaslah. Apa cakap lagi sekarang. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan]

Dato’ Speaker, kurang ajar …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tarik balik kamu, siapa kurang ajar, kamu yang kurang ajar …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan pasang api.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. jangan sakitkan hati saya …..

….. you memang kurang ajar …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. you kurang ajar, apa hal …..

….. kurang ajar …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. you kurang ajar …..

….. Dato’ Speaker, kenapa …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kamu yang kurang ajar di sana …..

….. you jangan main-main ya …..

Dia tak hormat Speaker.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Siapa yang main-main …..

Yang Dipertua Dewan

Siapa berdiri saya ambil tindakan.

….. digunakan perkataan kurang ajar.

[Kekecohan kembali reda]

Yang Dipertua Dewan

Siapa berdiri saya ambil tindakan. Saya terima apa yang disebut oleh Chembong tadi. Okay. Pasal tu nasihat yang baiklah. Dan saya mintak Temiang, please ya, walaupun apa [YB ADUN Temiang berdiri] dah dah dah, duduk duduk …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. hormat …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk duduk. Sebagai Speaker, saya kena, saya kena berlaku adil. Betul. Tapi saya, saya mintak setiap, duduk, you jangan terus bangkit. Mintak Tuan Speaker, apa salahnya. You nak bercakap panjang cakaplah, saya bagi. Yang keduanya, Gemas, jangan banyak buat ulasan ya. You cakap benda penting ya. Ulasan banyak, duduk luar. Di perbahasan kang cakaplah. Perbahasan ada masa 15 minit, jangan perbahasan tak mahu bercakap kang, okay. Okay. Chembong, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Mintak kebenaran. Saya nak baca peraturan XXI, peraturan Dewan. Peraturan 1(m) di mana Gemas tadi menggunakan perkataan, bukan bahasa Dewan-lah, “kurang ajar”. Jadi, saya, saya, (m)(iii): ahli-ahli Dewan yang menggunakan perkataan yang menyakiti hati, boleh dikenakan tindakan.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Terima kasih Yang Berhormat Repah. Saya mintak Gemas berdiri, mintak maaf atas perkataan “kurang ajar” tadi kepada Temiang. Mohon maaf, pasal perkataan “kurang ajar” tak boleh. Tarik balik.

[bercakap secara off mic] Saya menarik balik Dato’ Dipertua, tapi saya mintak dia tarik balik juga.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak nampak apa dia cakap tadi. Apa perkataan, apa perkataan?

“Kurang ajar”.

Yang Dipertua Dewan

Ya. Okay. Dua, tarik balik perkataan, kalau ada perkataan “kurang ajar”. Gemas tarik. Temiang dia cakap tadi. Tarik balik jugaklah.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Kita sebagai ADUN kita kena hormat kepada Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kita sama-sama tarik balik. Jangan berulang lagi.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Temiang. Haa macam nilah saya nak. Barulah kita harmoni. Okay. Boleh tak? Dah banyak ganggu ni, soalan ni, banyak soalan tak berjawab lagi ni. Okay. Lobak. Lobak ni dia mintak …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Tuan Speaker. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya nak buat tu, satu maklumat yang jelas sekali di Dewan ni. Sebenarnya penyelenggaraan peruntukkan sekolah untuk tahun 2018 ada sebanyak tu, 12 juta. Dan tu, 2017 ada 13 juta. Ini jawapan dari Dewan. Tapi nampak yang sebelah sana, dia sengaja nak main statistik. Sebenarnya bantuan untuk sekolah kerajaan …..

Dato’ Speaker, itu ulasan. Ulasan. Soalan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. paling banyak sekali. Okay, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih yang Berhormat Lobak. Berkaitan tentang pelajar yang dibuang daripada sekolah, yang berkaitan tentang masalah disiplin seperti bergaduh dan sebagainya. Rekod sejak 5 tahun yang lepas adalah seperti berikut ya: tahun 2015, jumlah yang telah dibuang sekolah seramai 480 orang, walau bagaimanapun, yang merayu semula untuk masuk seramai 203 orang. Dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menerima kesemua 203 orang. Ada rekod terperinci bagi setiap daerah, membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan jugak Jempol/Jelebu ya. Cuma kalau dibaca itu agak, agak, agak terperinci. Mungkin boleh disalurkan kemudian dalam bentuk secara bertulis.

Untuk 2016, yang telah dibuang sekolah seramai 615 orang pelajar, dan rayuan untuk masuk pun semula seramai 279 orang pelajar, dan kesemuan yang merayu semula diterima masuk semula.

Manakala 2017, yang telah dibuang sekolah seramai 403 orang pelajar, yang memohon masuk semula 192, dan kesemua yang memohon masuk semula diterima masuk.

2018, yang telah dibuang sekolah seramai 886 orang pelajar, dan yang telah merayu untuk masuk semula ialah seramai 366 orang, dan kesemuanya yang merayu masuk diterima semula masuk.

Untuk tahun 2019, sehingga 31 Ogos, yang telah dibuang sekolah adalah seramai 362, dan 127 orang telah merayu masuk dan kesemua yang mene, merayu masuk telah diterima masuk.

Jadi, secara keseluruhannya bagi tempoh 5 tahun, seramai 2,776 orang ya, 2,776 orang pelajar telah dibuang sekolah. Daripada jumlah ini seramai 1,167 yang telah merayu dan semuanya telah diterima dan kembali semula ke sekolah. Oleh itu bilangan yang tidak meneruskan persekolahan adalah sebanyak, untuk 5 tahun 1,609 orang pelajar.

Merujuk tentang masalah yang berkaitan ya. Dalam surat murid yang dibuang sekolah, pernyataan telah dijelaskan untuk murid-murid untuk memohon menyambung semula persekolahan mereka di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang kita nyatakan secara jelas sebagai

peringatan agar murid bersama ibu bapa atau penjaga bagi melalui proses pendidikan iaitu sesi kaunseling di JPNS serta melalui, menjalani tempoh hukuman mengikut Peraturan 4 Dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 sebelum diluluskan untuk bersekolah semula. Dan pihak Kerajaan Negeri Sembilan menerusi JPNS belum pernah menolak ya, sebarang permohonan untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung semula persekolahan mereka. Ini secara langsung menunjukkan bahawa proses pembelajaran anak-anak tidak pernah terputus begitu sahaja walaupun mereka dibuang sekolah.

Mulai tahun 2019, pihak JPS telah, JPNS telah merasmi, merasmikan program Ziarah Cakna di peringkat PPD dan sekolah di mana salah satu usaha untuk mengatasi isu murid yang tercicir ya. Program ini bukanlah program yang baru dilak, dilaksanakan oleh sekolah dan PPD cuma dijadikan agenda program yang wajib dilak, dilaksanakan oleh semua sekolah, PPD dan JPN bagi melaksanakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JPN, PPD ya, PIBG dan pelbagai agensi dan komuniti yang berganding bahu dalam memastikan segala permasalahan khususnya berkaitan ponteng serta buang sekolah ini dapat dikurangkan. Lawatan ke rumah murid yang bermasalah dilakukan sebagai usaha mendekati dan membantu permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Nasihat juga diberi agar murid masih meneruskan pembelajaran walaupun ke agensi kemahiran yang ada di Negeri Sembilan. Ini bermakna ada di antara pelajar berkenaan kita salurkan di institusi-institusi TVET, bukan di institusi akademik persekolahan. Selain itu, pelbagai program telah disediakan dan dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri untuk menambah hak kesinambungan akademik, sahsiah dan disiplin di kalangan murid selaras dengan keperluan Dasar Pendidikan Negara.

Kempen “Jom Poi Nolong Sekolah” (JPNS), “Anak Baik Lagi Cerdik Tanpa Dadah” (ABC-D) dan “Sifar Cicir” menjadi pegangan cogankata jitu warga pendidik Negeri Sembilan telah menjadikan proses pembelajaran dan pendidikan anak, anak-anak di negeri ini cukup bertenaga, bermakna dan berkesan secara keseluruhannya.

Pelbagai program bersepadu melibatkan Unit Kaunseling, Unit Kokurikulum, Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah serta agensi luar telah dijalankan setiap tahun di negeri ini dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak ini. Kerajaan Negeri bersama dengan JPNS cukup prihatin tentang segala masalah yang berkaitan. Dan kesemua pihak ya, termasuk ibu bapa, masyarakat perlulah bekerjasama untuk memastikan permasalahan anak-anak ini, yang tercicir untuk sama-sama kita memberi perhatian kerana lebih ramai anak-anak yang tercicir akan memberi masalah kepada negeri dan

masalah kepada negara. Itu makluman, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ada tambahan Lobak?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Yes, yes, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua. Nampak ni, amat serius kerana 5 tahun tu, seramai 2,000 lebih, separuh yang dirayuan, dimasuk, masuk balik sekolah balik. Tapi yang separuh, itu masalahnya. So saya, soalan saya, macam ni, yang separuh tu, tak diangkat balik sekolah, apa langkah kerajaan supaya menolong mereka yang dibuang dari sekolah itu, dapat mencemerlang tu, dapat belajar atau dia disia-siakan di masyarakat atau dia, keramaian tu yang pendapat low income group, dengan izin dia. So kami harap kerajaan ambil berat kerana hanya separuh ada buat rayuan, dan separuh lagi nampak ni, ramai 2,000, separuh tu lebih kurang 500 lebih. So apakah langkah tu, untuk menolong yang dibuang kerja tapi mereka tak buat rayuan. So, apa yang langkah yang sebenarnya.

So, kami nak tambah tu, kerana peruntukan dari Pusat banyak, dengan rekod yang telah diberi dari Dewan ni, 2018 sejumlah 13 juta. Bukan untuk sekolah SK saja, macam-macam. Terutama sekolah SK. Lagi pun yang untuk …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, okay, soalan sudah jelas. Jadi you ulas, panjang kang …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan, ini ada berkaitan. Kerana wang ada, peruntukkan ada, so kami mintak kerajaan pakailah peruntukkan ada, bantuan, okay, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, seperti yang dimaklumkan sebentar tadi, kesemua permohonan yang memohon masuk semula diterima 100%. Kita mempunyai masalah besar di atas masalah disiplin pelajar. Dan yang kita harapkan ialah kesemua pihak ya, saya

mengharapkan kesemua pihak termasuk selepas daripada ini jika boleh MPKK, KRT ya, surau, untuk sama-sama untuk melihat permasalahan dalam masyarakat, untuk memastikan anak-anak ini diberi perhatian. Dan untuk diberi galakan untuk bersekolah. Bagi pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kita tidak ada masalah untuk menerima semula dengan syarat mereka itu juga perlu menerusi proses kaunseling, untuk memastikan bahawa mereka tidak menjadi masalah kepada pelajar-pelajar lain di, di sekolah. Sebab itu peranan kita bersama sangat penting untuk memastikan permasalahan ini yang sebenarnya memang agak besar, walau bagaimanapun seperti yang saya nyatakan tadi, bahawa JPNS, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, pejabat kita, kita menerima ya, untuk memastikan bahawa mereka-mereka ini diberi peluang untuk belajar.

Walau bagaimanapun, jika mereka tidak pergi ke bidang akademik, antara saluran yang akan kita, yang boleh disalurkan dan juga telah disalurkan ialah di institusi-institusi TVET seperti Giat MARA yang membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran. Sekian, untuk makluman yang, yang, yang, yang, yang, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Kita pergi ke soalan nombor 10, Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mengemukakan soalan kedua.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Linggi. Dalam membangunkan tanah terbiar di negeri ini, kerajaan sentiasa komited dalam usaha membangunkan tanah-tanah terbiar. Melalui belanjawat, Belanjawan Tahun 2019, Kerajaan Negeri ada memperuntukkan insentif bantuan berjumlah 1.7 juta bagi men, pembangunan tanah terbiar. Insentif bantuan ini merangkumi naik taraf infrastruktur ladang seperti sistem perparitan, sistem pengairan, jalan ladang dan juga input pertanian seperti baja, racun dan anak benih. Semua agensi di bawah sektor pertanian diarahkan untuk menumpukan pembangunan projek baru pertanian di atas tanah-tanah yang terbiar ini. Kempen-kempen pembangunan tanah terbiar sentiasa dijalankan semasa program anjuran agensi ataupun jabatan seperti program hari ladang, pameran jabatan dan seminar petani. Pemilik-pemilik tanah terbiar boleh tampil ke Pejabat Pertanian berdekatan untuk

mendapatkan penerangan-penerangan yang lebih lanjut berkaitan insentif-insentif yang ada.

Pihak MPKK jugak kita, Yang Berhormat, Yang Berhormat Dipertua, kita gesa supaya turun, turun ke padang mencari tanah-tanah terbiar ini dan mencari tanah-tanah yang sesuai dan juga bersaiz ekonomik untuk dibangunkan. Sekian.

Mohon soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, antara sebab utama mengapa tanah-tanah ini menjadi terbiar adalah kerana pemilik berdaftar tanah ini dah lama meninggal. Biasanya kadang-kadang datuk atau bawah nama nenek. Jadi, waris kepada tanah ini ramai. Tetapi tak ada nama waris yang berdaftar dalam tanah tersebut. Jadi, masalah dia, tak ada siapa yang berani nak usahakan. Ini adalah sebab utama ya, mengapa khususnya di kawasan luar bandar banyak tanah terbiar, kerana tanah ini pemiliknya sudah meninggal dan warisnya terlalu ramai dan tak siapa berani usik. Jadi soalan saya, adakah kerajaan ada usaha untuk mengenal pasti apakah kaedah, skim ataupun inisiatif bagi mengatasi kemelut ini supaya kita kurang tanah-tanah terbiar dan boleh kita manafaatkan pada masa akan datang.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih Yang Berhormat Linggi atas soalan tambahan. Memang kita tengah membuat usaha-usaha untuk mengesan ya, tanah-tanah terbiar ini dan pemilk-pemiliknya. Bancian yang kita buat setakat ini sebenarnya hampir 33 ribu hektar ya, tanah terbiar di dalam Negeri Sembilan dan yang melebihi 5 hektar adalah lebih kurang dalam 6,000 hektar.

Sekarang ini kita dalam proses mengenal pasti pemilik-pemilik yang boleh kita, boleh kita kenali dan untuk kita match-kan dengan pengusaha-pengusaha yang berminat. Oleh itu, kita jugak mengharapkan jika ada pemilik itu sendiri yang, yang, yang mempunyai tanah terbiar supaya datang, datang ke, ke Pejabat Pertanian untuk membuat perdaftaran. Sebab kita menggunakan sistem GIS tanah itu, untuk men, mendapatkan maklumat ini. Tetapi kita kena pergi ke Pejabat Tanah untuk mendapatkan status dan pemilik-pemilik tertentu. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Apa, soalan tambahan?

Bukan, saya, saya mohon maaf, soalan saya tadi, masalah kita, pemilik-pemilik ni dah meninggal. So, kita tak dapat kesan dia orang ni, pasal dia dah meninggal. Kalau dapat kesan, tak akan dapat kesan. Kita dah kenal pasti, mereka ni dah meninggal, jadi itu pasal tanah terbiar, kerana dia tak sempat tukar nama masa dia hidup. Waris dia ramai. Jadi saolan saya, apa kaedah untuk memastikan benda ni tak berterusanlah.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih. Yang Berhormat Yang Dipertua, seharusnyalah pemilik-pemilik ataupun waris yang ada membuat satu apa nama ni, perjanjian ataupun membuat satu perbincangan di antara mereka untuk mengambil kuasa, ini hal, ni berkaitan dengan tanah, perlunya mengambil kuasa atas tanah-tanah yang oleh pemiliknya yang sudah meninggal. Dan sudah tentulah kita, seperti yang kita tahu, proses ini memang agak sukar dan tetapi jika diusahakan, inshaa Allah kita daripada Kerajaan Negeri akan me, melihat apa-apa tindakan yang boleh kita buat di peringkat EXCO untuk kita memberikan laluan kepada pemilik ataupun waris yang, yang sah yang boleh kita berikan kuasa untuk membangunkan tanah-tanah terbiar ini, inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Saya kira ada satu soalan lagi untuk lisan ni. Saya pergi kepada Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua, kerana tadi jaga dengan baiklah, tertib. Mintak izin ya, dengan baik dengan, jalankan tugas dengan baik. Untuk penerang, apa kan, hentikan pertengkaran di, di, di, di kalangan wakil rakyat. Dato’ Yang Dipertua, itu biasalah, selaku wakil rakyat 10 tahun di Dewan ini, memang barisan ini selalu banyak bunga api, tak kira, tak kira zaman dulu ke zaman sekarang. Ini barisanlah yang banyak bunga api sekarang.

Yang Dipertua Dewan

Okay, teruskan soalan Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kedua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan kedua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada ADUN Mambau berkenaan dengan hutang Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, ba, kita sedia maklum bahawa baki hutang Kerajaan Negeri sehingga 2019 adalah sebanyak 958.5 juta. Jumlah ini telah berkurangan sebanyak 19.15 juta berbanding hutang pada tahun 2016 iaitu 977.65 juta.

Bayaran hutang berkenaan merangkumi perkara-perkara berikut iaitu Pinjaman Bekalan Air. Kedua, Pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah. Ketiga, Pinjaman Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan. Keempat, Pinjaman Pelbagai seperti Projek Penyediaan Kemudahan Infrastruktur Sukan Negeri Sembilan Darul Khusus, membaik pulih istana-istana milik Kerajaan Negeri Sembilan, membiayai Projek Pembinaan Istana Negeri Sembilan di Kuala Lumpur dan lain-lain.

Kerajaan Negeri Sembilan telah menerima kelulusan hapuskira Kerajaan Persekutuan bagi Pinjaman Bekalan Air Luar Bandar yang berjumlah 277,659,680.00 ringgit baru-baru ini.

Pinjaman Bekalan Air bagi tahun 2016 adalah 721 juta, dan kita terus, sehingga ke hari ini, kita tidak ada bayaran, iaitu sehingga 2019 sebanyak 721 juta.

Bagi Pinjaman Perumahan Awam Kos Rendah pada 2016 hutang kita 103 juta, pada 2017 – 99 juta, pada 2018 – 98 juta dan pada 2019 kita telah bayaran, kita berbaki 94.4 juta.

Bagi Pinjaman Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan, hutang kita pada tahun 2016 adalah 19.7 juta, 2017 – 18.4 juta, pada 2018 – 18 juta dan pada 2019 – 16.9 juta.

Pinjaman Pelbagai iaitu 132.7 juta bagi tahun 2016, berkurangan kepada 129.4 juta pada 2017, dan berkurangan pada 2018 pada 128.8 juta, dan pada 2019 ini 125.8 juta.

Jadi, hutang kita kepada Kerajaan Persekutuan keseluruhannya berjumlah 958.5 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sikamat. Saya kira, tak boleh bukak soalan lagilah. Ada 5 minit.

Dato’ Dipertua, saya tuntut janji tadi Dato’ Yang Dipertua. Tadi janji nak bagi Chembong satu tadi …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, teruskan. Chembong berapa, saya bagi peluang, Chembong kat mana?

Saya betullah Dato’ Speaker dengan Chembong ni …..

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Chembong, mano soalan nombor 1 ni. 14, okaylah, kita bagi sedikit pada Chembong. Okay silakan.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan yang dibagi oleh Chembong. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional, mempertingkatkan semangat perpaduan dan rasa sayang kepada negara. Pihak kerajaan juga sentiasa berusaha bagi memastikan kesepaduan dan, serta keharmornian antara pelbagai kaum ini dapat dipertahankan serta dikekalkan. Antara langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:

 Sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan yang mengambil kira dan merangkumi hak-hak asas semua rakyat secara seimbang. Asas kenegaraan ini dijadikan sebagai rujukan untuk menggubal dan pelaksanaan dasar-dasar dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, pendidikan serta digunakan sebagai rujukan untuk menyelesaikan sengketa melalui rundingan secara terbuka.

 Yang kedua: memperkenalkan dan melancarkan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk memberi fokus sasaran dan dorongan kepada rakyat dalam proses pembinaan negara yang berterusan seperti yang diilhamkan, diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana perpaduan adalah merupakan antara elemen utama dalam mencapai tahap sebagai sebuah negara maju di samping melaksanakan semua dasar dan program untuk rakyat dan kumpulan-kumpulan sasaran secara adil dan seimbang supaya dapat membasmikan kemiskinan dan

menyusunkan semula masyarakat untuk menggalakkan penyertaan semua kaum dalam semua bidang secara berkesan.

 Yang ketiga: kerajaan juga sentiasa bersedia menggubal, meminda dan melaksanakan secara adil undang-undang, segala peraturan dan garis panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah khususnya yang membabitkan isu-isu sensitif masyarakat.

 Yang keempat: kerajaan juga menggalakkan integrasi, interaksi, dan persefahaman antara kaum dengan menyediakan tapak-tapak integrasi di tempat kerja, tempat belajar, kawasan kediaman dan dalam pelbagai aktiviti sosial melalui program-program konkrit seperti Rukun Tetangga dalam kawasan-kawasan perumahan, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan antara sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran juga program-program interaksi untuk belia dan kaum wanita.

 Kelima: semua institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak iaitu Pra Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat, Tabika Perpaduan di bawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan tabika-tabika swasta diperkenalkan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 – 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat dan sayang kepada negara. Pendidikan ko-kurikulum di Pra Sekolah juga turut berteraskan kepada tujuan untuk mewujudkan hubungan, interaksi dan semangat perpaduan dalam kalangan anak, kanak-kanak, ibu bapa serta masyarakat umum.

 Keenam: Kelab Rukun Negara diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, perse, pemahaman dan penghayatan serta pengamalan Rukun Negara di kalangan murid. Sehingga kini terdapat 322 kelab nega, Kelab Rukun Negara di Negeri Sembilan. Matlamatnya adalah untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara. Kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum.

 Dan akhir sekali, kami juga, Sekretariat Rukun Negara juga diwujudkan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta sebagai platform berkesan untuk

menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme di kalangan mahasiswa. Setakat ini terdapat 11 SRN di Negeri Sembilan. SRN ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran khususnya di kalangan mahasiswa untuk mempraktikkan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. Ini secara tidak langsung akan menikat, meningkatkan semangat patriotisme dan rasa sayang pelajar kepada negara yang tercinta ini.

Sekian.

Dato’ Speaker, sikit soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Dato’ Speaker, semua di antara kita maklum, sedar bahawasanya perpaduan dan semangat cintakan negara ni sangat penting, Dato’ Speaker, tidak kira mengenal latar belakang kita, agama, bangsa, masyarakat umum, pemimpin masyarakat. Tapi Dato’ Speaker, soalan saya adalah, apakah pendirian kerajaan ataupun usaha-usaha pihak kerajaan kita sebab untuk mengambil tindakan daripada, tindakan daripada segelintir orang, kumpulan yang atas kepentingan peribadi mereka menghasut orang ramai contohnya, ataupun memuja pemimpin-pemimpin negara lain. Sepatutnya kita lebih sayangkan negara kita ya. Seperti masalah pengedaran komik “Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manafaat Bersama” Dato’ Speaker. Apa tindakan kerajaan untuk mengekang perkara seumpama ini? Apa tindakan kerajaan untuk memupuk masyarakat kita lebih sayangkan pemimpin kita, tidak kita lebih memuja pemimpin-pemimpin di luar sana Dato’ Speaker ya, yang akhirnya akan melibatkan kita terjerumus ke dalam anasir-anasir pengganas dan sebagainya, Dato’ Speaker. Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih kepada soalan yang dikemukakan, tambahan yang dikemukakan oleh Chembong. Seperti yang kita sentiasa maklum, Perpaduan Negara Integrasi Nasional perlu kerjasama daripada semua pihak bukan tanggungjawab sebagai kerajaan sahaja, tapi semua wakil rakyat di semua Negeri Sembilan ini kita sama-sama dengan satu bot, satu, satu kapal yang sama, kita sama-sama memupukkan semangat perpaduan mencintai kepada negara,

negeri kita. Inilah sebagai tanggungjawab sebagai wakil rakyat di mana semua-semua, di semua kawasan di Negeri Sembilan. Dan saya rasa ada segelintir orang yang memainkan isu seperti yang disebutkan tadi, menghasut ataupun menggunakan keagamaan, menggunakan apa, ciri-ciri menghasut tu untuk mengaut undi ataupun mendapatkan sokongan daripada orang ramai. Saya rasa ini adalah tidak patut didorongkan ataupun di, di, di, di, disambut baik, saya rasa kita kena sama-sama tak kira pembangkang ataupun kerajaan, kita sama-sama menolak praktis ini. Kita sama-sama tak nak apa, budaya ini di Negeri Sembilan. Saya rasa adalah tanggungjawab kita bersama untuk kita bersama untuk menjaga perpaduan dan integrasi nasional di Negeri Sembilan. Okay, itu saja …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Yang Berhormat …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. jawapan daripada saya.

Yang Dipertua Dewan

….. ADUN Lukut. Kerana dah melebihi ni, 11:35. Jadi, Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan pihak kerajaan dan pihak ni apa, yang telah melontarkan soalan-soalan ya. Semua Pertanyaan Lisan Hari Kedua, yang tidak sempat dijawab ya, diberi jawapan secara bertulis.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019Bill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Enakmen pentadbiran [Perbekalan] (2020) 2019 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua. Sidang Dewan juga telah bersetuju untuk membahaskan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020 bersekali dengan Rang Undang-Undang ini. Oleh itu, saya kemukakan kedua perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Saya mempersilakan untuk perbahasan ini, tidak, saya memberi masa 15 minit ya, setiap orang. 15 minit seorang. Dan saya tidak membenarkan mana-mana ahli Yang Berhormat untuk mengulang fakta yang telah disebut oleh kawan-kawan kerana semua sidang ini

dicatat ya, ada kita punya ni, catat bahawa ucapan-ucapan tu tak perlu diulang-ulanglah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan meneruskan untuk, untuk perbahasan. [Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua mengenai risalah yang perlu dirujuk]. Saya akan panggil mengikut list ya, yang saya ada ni. Jadi, saya persilakan Yang Berhormat Temiang, YB Tuan Ng Chin Tsai. Dipersilakan.

Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Tak tak tak, you. Lepas ni baru Yang Berhormat Dato’ Seri Utama.

Yang Berhormat, kebiasaannya …..

Yang Dipertua Dewan

Saya mintak dia sokong dulu, sokong dulu.

….. pembangkang.

Yang Dipertua Dewan

Dia sokong dulu.

….. jangan lari daripada kelaziman.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, ini kelaziman, Ketua Pembangkang terlebih dahulu. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Boleh ikut kelaziman, kelazimanlah, okay tak apalah silakan. Yang Berhormat Ng Chin Tsai tak bersedia. Silakan Yang Berhormat Rantau.

Bukan dia tak bersedia. Dia bagi peluang, memang kelaziman Dewan macam tu …..

Yang Dipertua Dewan

Betul.

….. kita janganlah …..

Yang Dipertua Dewan

Tapi hari ni saya …..

….. daripada kelaziman.

Yang Dipertua Dewan

….. nak ubah sikit. Yang lazim tu saya nak ubah …..

Kalau nak ubah, ubah yang baik. Ubah daripada kelaziman tak betul, protokolnya selepas daripada pembentangan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, pasal dia ni …..

….. pembangkang yang buat …..

Yang Dipertua Dewan

….. dia ni, ketua apa …..

….. apa Speaker cakap betullah tu. Payah bertongka mo Speaker ni.

Yang Dipertua Dewan

Jangan lawan Speaker.

Saya tak lawan Speaker. Saya …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan lawan Speaker.

Saya menegur Speaker saja.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tak kan Speaker tak boleh kono togo.

Yang Dipertua Dewan

Boleh, tapi saya dah, pasal tu saya bertanya pada dia tadi, sama ada dia sanggup nak teruskan, dia tak sanggup, dia beri peluang kepada tuan …..

Asalkan Speaker bahagia, tak apalah.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay.

Dato’ Speaker terima kasih kerana membenarkan saya membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan dan jugak perbelanjaan yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Sikamat pada hari Jumaat yang lepas. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sikamat kerana telah dapat membentangkan satu rang undang-undang belanjawan 2020 yang telah pun dibentangkan secara detail dan jelas menunjukkan bahawa belanjawan tersebut dapat merangkumi berbagai-bagai bidang yang telah pun disebut dan dibaca pada hari Jumaat tempoh lalu. Dan ini merupakan suatu bajet yang kita nak lihat supaya keterangkuman semua pihak mesti dapat kita berikan perhatian.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengulas sedikit tentang pembentangan bajet tersebut. Pembentangan bajet tersebut berasaskan kepada pendapatan kerajaan sebanyak 457 juta. Ini satu pendapatan yang baik jika kita dapat pungut, Dato’ Yang Dipertua ya. Apa yang saya nak katakan di sini ialah keraguan sedikit tentang punca pendapatan ini kerana sebanyak 457 juta itu adalah daripada 3 perkara pokok iaitu Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan jugak Terimaan Bukan Cukai.

Hasil Cukai, Dato’ Yang Dipertua, adalah sebanyak 152 juta, Dato’ Yang Dipertua. Ini merupakan satu angka yang baik memandangkan pungutan cukai yang telah dilakukan oleh pemungut-pemungut hasil di seluruh daerah Negeri Sembilan telah dapat menunjukkan prestasi yang baik. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sikamat tempoh hari, banyak daerah-daerah telah pun dapat meningkatkan pungutan hasil juga telah pun dapat meningkatkan pungutan hasil tertunggak.

Hasil tertunggak ni memang banyak Dato’ Dipertua, dan perlu diberikan perhatian kerana ini merupakan hasil yang tetap kepada kerajaan. Kerajaan bergantung kepada hasil tetap kerana hasil tetap inilah yang akan memberikan jaminan pendapatan kepada kerajaan.

Yang kedunya, dibentangkan jugak hasil 457 juta itu adalah terimaan daripada Hasil Bukan Cukai. Hasil Bukan Cukai diletakkan sebanyak 242 juta. Ini suatu angka yang amat besar Dato’ Dipertua, kalau dibandingkan dengan terima daripada cukai. Jika ianya dapat dipungut, alhamdulillah. Tetapi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, ekonomi Negeri Sembilan, ekonomi negara kita, ekonomi dunia, Dato’ Yang Dipertua, amat tidak menentu ya. Uncertainties yang banyak yang menyebabkan banyak negara-negara sekarang menghadapi masalah. Ekonomi dunia bila tidak baik, Dato’ Yang Dipertua, maka iklim pelaburan jugak akan menyebabkan sesuatu, sebuah negara tersebut yang banyak bergantung kepada pelaburan daripada luar negara akan mempunyai masalah yang besar. Seperti Malaysia, Malaysia sebuah negara yang membangun, yang cepat membangun, dan banyak hasil yang telah pun kita anggarkan berdasarkan kepada Hasil Bukan Cukai ya. Hasil Bukan Cukai ni daripada pelaburan, hasil daripada pembangunan dan yang lain-lain. Tetapi jika ada masalah dalam ekonomi dunia, ekonomi serantau, Dato’ Yang Dipertua, ini akan mendatangkan kemudaratan kepada hasil negara yang dijangka dapat dipungut daripada Hasil Bukan Cukai.

Jadi, saya melihat bahawa pendapatan yang dianggarkan pada tahun 2020, pada, sebanyak 457 juta tersebut, dia punya pendapatan yang besar adalah daripada pungutan daripada Hasil Bukan Cukai – 242 juta. Ini kebanyakannya Dato’ Yang Dipertua, adalah hasil daripada pembangunan rasa saya ya, Dato’ Dipertua, kalau kita tengok situ, bayaran pendaftaran lesen/permit sebanyak 38 juta, perkhidmatan bayaran sebanyak 20 juta, perolehan daripada jualan barang-barang sebanyak 142 juta, saya tak tahu apa kandungan di dalam itu, Terimaan Bayaran Sewaan – 1 juta, keuntungan pembiayaan – 35 juta dan terimaan dalam bentuk denda dan hukuman berjumlah 3 juta. Ini Dato’ Dipertua, kalau dapat kita terjemahkan, bagus. Tetapi kerisauan yang perlu saya catitkan ataupun saya sebut di sini adalah jika kita tidak dapat memungut hasil seperti yang jika jangkakan dalam, dalam kategori Hasil Bukan Cukai ini, Dato’ Yang Dipertua. Memandangkan seperti yang saya katakan tadi, bahawa keadaan ekonomi negara tak baik sangat.

Kita punya GDP Dato’ Dipertua, menurun daripada 4.9% - 2017/2018 dijangka akan kepada 4.2%, Dato’ Dipertua. Dan ini saya rasa akan lebih menurun pada tahun 2020 kerana tidak ada satu petunjuk angka

yang begitu positif, yang begitu baik sebagai jaminan kepada negara kita boleh membangunkan ekonominya dengan baik, Dato’ Dipertua. Dah 3 kali negara kita dikaji ramalan pertumbuhan ekonominya oleh badan-badan penarafan antarabangsa. Dan pada akhirnya, untuk quarter ataupun suku tahun ketiga baru-baru ini Bank Negara telah pun melaporkan bahawa pertumbuhan ekonomi kita cuma 4.2%. Ini jauh jatuh daripada kita punya suku tahun kedua. Suku tahun kedua 4.9, tetapi suku tahun ketiga 2019 adalah sebanyak 4.2%. Dan dijangka akan ditutup kita punya buku untuk tahun 2019, Dato’ Yang Dipertua, tidak dapat kita menutup kita punya seperti diramalkan 4.7%.

Ini suatu angka dan suatu keadaan yang perlu sama-sama kita perhatikan, yang perlu sama-sama kita ambil iktibar kerana ekonomi Malaysia banyak bergantung kepada faktor luaran. 2019 tuan, Dato’ Yang Dipertua, tahun ini, ekonomi Malaysia, negara kita, bajet kita lari lebih banyak. Seperti yang mana telah saya tuliskan dalam saya punya catatan, dalam FB saya, semasa pembentangan bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, ternyata bahawa kebergantungan kepada faktor luaran itu amat besar di dalam fak, mengambil kira faktor pendapatan kita. Harga minyak diletakkan, dianggarkan dalam, dalam jumlah 70 Dolar satu tong, tetapi tak pernah mencapai lebih pada 62 Dolar. Dia berkisar kepada 55 Dolar satu tong, Dato’ Yang Dipertua.

Inilah sebabnya sekarang negara kita menghadapi masalah aliran tunai yang amat-amat teruk kerana kita gagal untuk buat recalibration, kita recalibrate kita punya bajet pada pertengahan tahun ini, masih lagi menganggarkan hasil minyak di, paras 72 Dolar satu tong, Dato’ Dipertua. Ini menyebabkan negara terpaksa meminjam untuk kita mengatasi ataupun mencukupkan aliran tunai dan itulah sebabnya Dato’ Dipertua, kita punya kadar pinjaman rasmi, Dato’ Yang Dipertua, telah pun meningkat begitu besar sekali iaitu pada bulan, third quarter, tiga, suku tiga tahun 2019 hutang rasmi kita telah meningkat sebanyak 804.8 bilion, Dato’ Yang Dipertua, kalau dibandingkan dengan second quarter 2018 sebanyak 725.2 bilion. Pertambahan hutang rasmi baru sebanyak 79.6 bilion. Saya jangka pertambahan hutang baru ini, Dato’ Yang Dipertua, adalah jugak disebabkan oleh kekurangan hasil yang dijangka dapat tetapi tidak datang, ataupun tidak dapat.

Ini jugak nasihat saya, nasihat kami kepada Kerajaan Negeri Sembilan supaya jangan kita terlalu bergantung sangat, terlampau banyak kepada hasil luar jangka, hasil terima bukan cukai, hasil pembangunan, kerana kita tahu sekarang pembangunan amat lemah, Dato’ Yang Dipertua, kerana banyak indikator-indikator, consumer sentiment index, business conditions index, gross impairment ratio, semuanya menurun Dato’ Yang Dipertua. Gross impairment ratio, Dato’ Yang Dipertua,

meningkat daripada 1.61%, Dato’ Dipertua, daripada 1.48% bulan Januari 2019 dah menjadi 1.61% bulan September. Gross impairment ratio nilah NPL, dulu dipanggil non-perfoming loan. Sekarang kita tukar nama kepada non, gross impairment ratio. Ini jelas menunjukkan bahawa bila banyak non-performing loan diletakkan di bawah gross impairment ratio oleh pihak-pihak perbankan, dan jugak oleh Bank Negara, ia jelas menunjukkan bahawa keupayaan orang untuk menjelaskan hutang ataupun bebanan pembayaran bulanan dan jugak tahunan jugak telah pun berkurang. Banyak orang tak boleh membayar hutang. Banyak orang tak boleh menjelaskan bebanan tanggungan bulanan mereka, Dato’ Dipertua, kerana apa, kerana disebabkan oleh, boleh jadi kos sara hidup telah pun meningkat, boleh jadi kerana pendapatan mereka berkurangan, boleh jadi mereka telah pun hilang pekerjaan. Ini jelas Dato’ Dipertua, kerana kalau kita lihat, di Negeri Sembilan sahaja kalau kita tengok unemployment rate dia telah meningkat daripada 3.8 kepada 3.9%, Dato’ Dipertua, dalam masa 6 bulan, ya. Jadi, ini perlu diambil kira dan kalau nak dikirakan, Dato’ Yang Dipertua, kita punya overhang property, Dato’ Dipertua, dalam Lembah Kelang, Negeri Sembilan ni dah masuk Lembah Kelang ya, kalau kita terlampu bergantung sangat kepada pembangunan perumahan dan yang lain-lain, Dato’ Dipertua, keadaan masalah yang dihadapi oleh pemaju-pemaju overhang property, Dato‘ Dipertua, terlampau banyak. Berpuluh ribu rumah tak boleh dijual. Terutamanya pejabat-pejabat dan jugak rumah-rumah yang komersial ataupun perdagangan, sektor perdagangan.

Jadi ini perlu diambil perhatian, bukan kita kata, tak boleh dapat, tetapi ambil perhatian. Kerana jika ini tidak diurus dengan baik, kita punya jangkaan terlampau besar, dan kita punya fokus kita terlampau tinggi untuk kita mendapat hasil negeri, daripada Hasil Bukan Cukai, Dato’ Yang Dipertua, kalau terjadi apa-apa, dah mula dah, its already at our doorstep, Dato’ Yang Dipertua, di Lembah Kelang, Negeri Sembilan di dah Lembah Kelang dah, banyak orang dah kena buang kerja. Banyak industri yang tutup. Banyak industri yang mengurangkan dia punya operasi, mengecilkan operasi mereka. Jelas sekali Dato’ Yang Dipertua. Jadi ni perlu diambil kira supaya jangan kita terperangkap nanti, sama dengan keadaan dengan Malaysia.

Negeri Sembilan ni kecil Dato’ Dipertua, ekonomi kita ekonomi yang taklah besar, kocik. Jadi apa saja yang berlaku di negara kita, dia akan menjadi sebagai indikator dan jugak penyebab kepada keadaan ekonomi kita jugak. Sama-sama turut menjadi mangsa jika berlaku masalah dalam negara kita.

Jadi, Dato’ Dipertua, saya yakin dan percaya pihak kerajaan telah mengambil kira tentang ini, dan saya harap supaya Dato’ Yang Dipertua, kita harap supaya jangan terperangkap lagi, negara kita dah terperangkap dah. Sekarang ini setiap minggu, setiap 2 minggu sekali, terpaksa mengeluarkan bon untuk membayar gaji kakitangan awam agaknya, ya. Kerana tidak membuat re-calibration bajet yang telah pun dibuat berasaskan minyak 72 Dolar, 70 Dolar satu tong, tak pernah dapat 60 Dolar pun Dato’ Dipertua. Jadi, kekurangan pendapatan yang dijangka tersebut terpaksa di, diatasi dengan meminjam. Pinjaman rasmi negeri, negara kita telah pun bertambah banyak begitu sekali. Jadi ini membimbangkan kita, Dato’ Dipertua ya.

Kalau saya nak katakan sentiment, consumer sentiment index, Dato’ Dipertua, menurun, ini figure dari MIR saya dapat tadi, Dato’ Yang Dipertua, kepada, daripada 133 mata second quarter 2018 menurun mendadak kepada 84 mata, third quarter 2019. Ini consumer sentiment index. Ini jugaklah yang dikatakan bahawa kita punya quarter pertama, 2019 Dato’ Dipertua, yang mana kita punya pertumbuhan kita dapat rekodkan melebihi 55%, ia cuma adalah disebabkan oleh lonjakan daripada sentiment consumer. Itu sebab saya letakkan jugak dalam saya punya posting, Dato’ Yang Dipertua, consumer, consumer sentiment index ni Dato’ Yang Dipertua, tidak boleh dijadikan sebagai indikator yang kuat untuk kita membina ataupun mengembangkan ekonomi kita. Sebab consumer sentiment index ataupun perbelanjaan awam Dato’ Yang Dipertua, akan berhenti dalam sekelip mata. Orang akan hilang keyakinan dan mereka terpaksa berhati-hati. Mereka hilang pendapatan misalnya. Mereka hilang kerja. Mereka terpaksa berhati-hati, anak baru masuk sekolah dan macam-macam. Anak baru masuk universiti. Mereka berhati-hati. Jangan kita berasa bangga kerana kita punya ekonomi kita, GDP kita masih lagi di paras tinggi, tetapi ianya very much driven by consumers spending, very, very, jangan kita, merbahaya ya, jangan kita begitu.

Jadi Dato’ Dipertua saya nak juga tengokkan, business conditions index, ini industri, Dato’ Yang Dipertua, business conditions index ini strictly for industry. Business conditions index pada second quarter 2018 – 116 mata. Tetapi sekarang, Dato’ Yang Dipertua, dah jadi menurun kepada 69 mata, third quarter 2019. Ini jugak daripada Malaysian Institute of Economic Research, Dato’ Dipertua. Jelas menunjukkan bahawa business conditions index merudum jatuh, keyakinan orang untuk melakukan ataupun memulakan perniagaan, meneruskan perniagaan dan mengembangkan perniagaan menurun begitu banyak daripada 116 kepada 96%. Ini indikator-indikator yang perlu kita ambil tahu. Ini adalah angka-angka yang perlu, peratusannya yang perlu kita lihat secara detail supaya jangan kita terperangkap kerana biz, dalam

keadaan sekarang Dato’ Yang Dipertua, boleh jadi kita kata kita belum boleh terjejas lagi, tetapi ia akan menjadi sebagai suatu tsunami apabila ekonomi ini, selalunya industri ataupun pedagang-pedagang, Dato’ Dipertua, mereka ini macam domino effect, seorang kena dan akan banyak kena. Sekarang ni pun dah banyak teruk dah, sebab pasaran saham kita dah didagangkan pada paras 1,596 mata. Saya tengok pagi tadi. KLSE diniagakan, Dato’ Dipertua, 1,596 daripada 1,868, Dato’ Yang Dipertua. Hampir 300 mata. 300 mata bersamaan hampir 300 ataupun 400 bilion, nilai just evaporate, just hilang begitu saja.

Misal kata Dato’ Yang Dipertua, sahamlah ya, saham TNB daripada 13.00 ringgit sekarang dah jadi 8.00 ringgit, Dato’ Yang Dipertua. Saham TM daripada 15.00 ringgit dah jadi 7.00 ringgit. Banyak orang yang berniaga, Dato’ Dipertua, yang meletakkan sahamnya sebagai cagaran mendapatkan banking facilities. Sekarang ni semua kelam kabut sebab terpaksa buat margin call, terpaksa menambah, kalau ada tak apa, kalau tak ada, maka mereka terpaksa, loan mereka terpaksa dibatalkan. Pinjaman mereka terpaksa dibatalkan. Overdraft facilitiy terpaksa dibatalkan. Ini yang sedang dihadapi oleh banyak pengusaha-pengusaha industries yang mengalami masalah. Inilah sentimen yang saya nak bagitau. Saya bukan nak katakan we are terlampau, terlampau apa orang kata, terlampau tak ada confident sangat, tetapi perlu kita lihat, kerana ekonomi dunia teruk. Perang perdagangan di antara Amerika dan jugak China mengambil banyak kesan kepada terutamanya di Asia Tenggara, Dato’ Yang Dipertua, negara yang berdagang, ekonominya Malaysia adalah ekonomi yang berdagang bila wujudnya perang dagang antara China dengan jugak Amerika, Malaysia terjejas.

Eksport kita menurun banyak, Dato’ Dipertua. Untuk pertama kali 2019 ini, eksport kita telah turun banyak. Dan kalau eksport kita nanti turun, import kita masih lagi meningkat, kerana apa, Dato’ Dipertua, kerana Ringgit kita makin lama makin lemah, sekarang ni dah 4.15/1 Dolar Amerika, ia menyebabkan import kita tinggi. Banyak barang-barang di Malaysia ini bukannya berasal daripada raw material daripada tempatan, terpaksa dibawak daripada luar, we assemble, dan jugak kita re-export balik. Ni menyebabkan barangan buatan kita bertambah mahal, Dato’ Dipertua. Banyak jugak kita punya barang makan. Bahan makanan ternakan pun terpaksa diimport, bahan makan kita diimport pada luar. Ringgit kita melemah, maknanya bahan makan ternakan, bahan makan kita pun menjadi mahal. Ini menyebabkan kos sara hidup tinggi, Dato’ Dipertua, ya.

Jadi, saya mintak Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Sikamat, jangan lupa, kalau bagi bonus satu bulan kepada penjawat awam itu

alhamdulillah. Saya ucap terima kasihlah ya. Saya ucap terima kasih, mereka, tetapi kita jangan orang tua-tua kata, orang tua-tua kata, bonci merato sayang bertompok, kato. Mas, limau jangan masam sebolah. Banyak jugak orang yang miskin, petani miskin, Dato’ Dipertua. Saya tahu Dato’ Dipertua kayo, saya luluskan kayu Dato’ Yang Dipertua maghin lulus, kalau tidak saya tak luluskanlah. Tu menunjukkan betapa jelasnya saya mentadbir Negeri Sembilan pada ketika itu, Dato’ Yang Dipertua. Saya tahu Dato’ Dipertua siapa, masa Dato’ Yang Dipertua kan, jadi pihak yang bersebelahan tetapi bila Dato’ Yang Dipertua, bawak, nak mintak, mintak approve kayu, kayu apa tu namanya Dato’ Yang Dipertua? Kayu gaharu. Saya tahu Dato’ Dipertua kayo. Saya luluskan sebab saya tak mengamalkan orang katakan, tak mengamalkan mis, limau masam sebolah. Saya kalau masam, masam semua. Manis, manis semua. Kita tak amalkan itu. Kalau saya tak benarkan, Dato’ Yang Dipertua tak dapek duit banyak tu. Kayu Dato’ Yang Dipertua memang ghopotlah kek ladang tu, Dato’ Dipertua ya. Tetapi saya luluskan.

Dato’ Dipertua, yang miskin pun banyak kek kampung. Bukan penjawat awam saja yang susah. Penjawat awam dapek sebulan, alhamdulillah, amin, tahniah. Tahniah dapek satu bulan ya. Tahniah dapek. Tapi janganlah bilo nanti, dulu bila kita buek, kita pergi seribu pun minimum kata nak merasuah pegawai kerajaan. Sekarang ni apa? nak cakap apa, kan. Orang kampung motong gotah Dato’ Dipertua, menoreh getah, penoreh getah. Satu kilo harga yang digazetkan 2.10, tetapi kalau peraih datang, dia nak ambil margin dia, dia ambil 1.90 ataupun 1.80 satu kilo, getah sekerap, Dato’ Dipertua. 3 ekar ladang, satu kilo, satu, berapa dapek, 10 kilo, itupun kalau ladang getah, ladang getah yang elok. Kalau getah tuo Dato’ Yang Dipertua, 3 ekar dapeklah 5 – 6 kilo, ya. 5 – 6 kilo, berapa sen dapek? Dapeklah 15.00 ringgit. Bagi dua pulak lagi, dapek 7.00 ringgit. Satu hari 7.00 ringgit, Dato’ Dipertua, nak boli ikan kombong pun tak boleh, kan, tak boleh Dato’ Dipertua. Ini masalah rakyat.

Jadi saya mintak jugak pihak kerajaan supaya kalau kita beri jangan bogi setompek. Kalau sayang jangan bertompok, Dato’ Dipertua ya. Sayangkan semua, bagi orang kampung sekali, bagi, kan, bagilah, duit banyak apo. Ni tunjuk sini 800 lebih juta kita punya rizab, tahniahlah ya. Sini taghuk kan, 800 juta kan. Jadi Dato’ Dipertua, bagi. Saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri Sembilan dicadangkan oleh pembangkang, supaya bagi bonus jugak kepada setiap orang-orang yang berpendapatan bawah pada 2,000.00 ringgit. Kita bagi, BR1M Negeri Sembilan, bagilah. Duit ada, takkan nak tunjuk dalam bank je kan, ya. Bagi BR1M Negeri Sembilan, Yang Berhormat Sikamat, kita cadangkan BR1M Negeri Sembilan. Yang Berhormat jugak yang akan

dapek namo, ya, tak ada masalah. Kita di sini kita menulis bukan kerana nama Yang Berhormat, kita nak menolong orang ya. Ya kan. Kita nak tolong orang susah sebab keadaan sebenar di luar sana, Dato’, Dato’ Dipertua, orang susah.

Saya setiap minggu, hari Khamis memang tetap saya di, di pejabat DUN saya. Macam klinik pakar sudahnya, Dato’ Dipertua. Semua mengadu susah. Ada pulak yang dah dapat 10 – 15 tahun dah dapat bantuan kebajikan masyarakat, dipotong. Apa sebab? Ya, dipotong. Orang susah, ibu yang dah tua, ibu tunggal. Betul anak dia ada 2 orang. anak sekarang bukan macam anak dulu. Anak sekarang, dia pulak mintak pada omak dia. Dipotong begitu saja. Baitulmal punya bantuan dipotong. Saya mintak supaya semak semulalah supaya perkara-perkara macam ni, kita janganlah, orang susah sekarang, kehidupan di luar susah sekarang. Kita jangan cakap, kek ateh tu bagus-bagus.

Itu sebabnya semalam saya mintak Kerajaan Negeri Sembilan kita buat perkapita berasaskan kepada daerah. Jangan ambil Seremban, Daerah Seremban dan Daerah Port Dickson, memang dia industri punya tempat. Tetapi buat per district basis supaya, then kita tahu, then kita tahu di Kuala Pilah, berapa perkapita sebenarnya. Kita tahu di Jolobu berapa perkapita sebenarnya. Saya yakin bahawa angka tersebut akan menunjukkan suatu perbezaan yang amat besar Dato’ Dipertua ya. Dan di situ nanti kita boleh melihat begitu detail dan apa perlu kita buat. itu sebab saya tanya apa cara untuk kita menambah pendapatan orang di luar bandar. Jangan, rancangan jangka panjang betul, tetapi keadaan sekarang ni keadaan yang mendesak. Kita mesti membuat sesuatu. We must jump start kita punya strategic planning Dato’ Yang Dipertua, supaya menolong orang ni ya. Orang yang susah kat luar.

Jadi saya, saya bimbang Dato’ Yang Dipertua, kerana jangkaan pendapatan daripada Hasil Bukan Cukai ini terlampau besar. Dan jika ianya tidak dapat ditunaikan ataupun tidak dapat diterjemahkan, dia akan merencatkan rancangan Kerajaan Negeri Sembilan dalam pembentangan bajet untuk tahun 2020. Itu suatu yang perlu kita lihat, Dato’ Dipertua, kerana kita tak mahu terperangkap dalam keadaan-keadaan di mana Dato’ Yang Dipertua, kita nanti terperangkap dan tersangkut kaki.

Dato’ Dipertua, saya tengok sini ada beberapa perkaralah, saya baca, dibagi kepada satu bungkus satu orang, saya baca semalam. Tapi ada perkara yang saya lihat ianya tidak bertepatan dengan apa yang dibaca oleh Yang Berhormat Sikamat, ya. Salah satu daripadanya ialah berkenaan dengan perbekalan untuk kita membina masjid dan jugak untuk kita membaiki masjid. Dalam ucapan Yang Berhormat, kalau

boleh nanti Yang Berhormat bolehlah dalam dia punya, apa, penggulungan kan, kata nak buat masjid 4, alhamdulillah bagus, dengan belanja 31 juta dan jugak repair untuk masjid lebih kurang 10 juta. Tetapi dalam ini [flyers], cuma kata peruntukan untuk masjid bina masjid cuma 5.0 juta saja. Apakah yang 31 juta dan 10 juta itu, datang daripada Kerajaan Persekutuan ataupun ianya duit daripada Kerajaan Negeri? Jangan sebut apa yang kerajaan ne, Kerajaan Persekutuan bagi. Bajet ini dibentangkan apa yang Kerajaan Negeri yang spent ataupun yang belanjakan ya. Jangan kita keliru, orang nanti jadi keliru ya. Apakah ianya benar-benar daripada bajet Kerajaan Negeri Sembilan ataupun yang 41 juta ini daripada Kerajaan Persekutuan? Kalau Kerajaan Persekutuan, tak payah sebutlah. MARRIS tu Kerajaan Persekutuan, Dato’ Dipertua. Perbelanjaan ataupun peruntukkan MARRIS tu Kerajaan Persekutuan, itu adalah di dalam Perlembagaan kita. Jadi kita tak, kita jangan, jangan kita, tetapi di sini diletak dalam ini [flyers], katakan 5.0 juta kan. 5.0 juta sahaja. Saya rasa yang ini [flyers] yang betul. Yang disebut oleh Yang Berhormat Sikamat itu, saya rasa peruntukkan Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM agaknya ya. Itu saya tak tahulah ya, boleh jadi ya. Saya tengok, sebab ada percanggahan angka. Saya tengok sekejap je tadi, pagi tadi saya tengok, lopeh tu saya pinjam Dato’ Mail [Ismail] punya ucapan YB dia dah print. Saya tak ada masa semalam, saya banyak kerja, sampai malam. Saya baca sekejap, saya tengok ada, ada, ada perbezaan, Dato’ Dipertua, discrepancy antara apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Sikamat dengan apa yang diletakkan sebagai Fokus Perbelanjaan Negeri ya. Ini terangkan elok-eloklah. Saya rasa yang ini [flyers] yang betul, yang dibuat oleh ini, Dato’ Dipertua, agaknya ni Pejabat Kewangan Negeri yang buat agaknya ya. Yang ini, ataupun siapa, yang ini [flyers] rasanya, this is the correct one, apa yang dibebut oleh Yang Berhormat Sikamat tersebut, saya tak tahu, 41 juta ya, yang disebut untuk masjid dan surau saja ya. Saya rasa itu bukannya peruntukkan Kerajaan Negeri. Ia adalah daripada Persekutuan agaknya. Jadi perbetulkanlah ya dalam ucapan tersebut ya. Kerana apa yang betul ialah perbelanjaan tersebut cuma 5.48 juta saja ya. Dan begitu jugak perbelanjaan-perbelanjaan lain perlu perbetulkan. Nanti silap orang kan. Kita tak mahu angka-angka ni silap.

Dato’ Yang Dipertua, inilah yang nak saya sebutkan Dato’ Dipertua, isu dia sekarang ni, masyarakat hidup terhimpit. Orang susah Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua tak risaulah sebab Dato’ Dipertua elaun banyak. Pun dah kayo, sebelum masuk, sebelum jadi Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Dipertua dah jual kayu gaharu Dato’ Dipertua. Dah kayo rayo dah. Saya tahu berapa jumlah Dato’ Dipertua ada. Sebab saya boleh, saya boleh anggarkan ya pada ketika itu. Tetapi kehidupan masyarakat orang susah. Pendapatan terutamanya orang luar bandar

yang bergantung kepada hasil pertanian, jatuh Dato’ Dipertua. Sebab harga barang-barang komoditi Dato’ Dipertua, gotahnya saya katakan tadi ghondah, harga tandan kelapa sawit mentah (FFB) Dato’ Dipertua, ghondah. Nak hidup macam mana ya? Tapi harga barang makin lama makin naik, kos sara hidup makin lama makin naik, Dato’ Dipertua. Ini perlu kita lihat sebab apa yang penting sekarang ialah bukan perancangan kita dah. Bukan kita punya strategic planning 20 tahun, 30 tahun dah. What is most important, dengan izin Dato’ Yang DIpertua, ialah food on the table. Food on the table is the most important rather than its compared dengan kita punya perancangan jangka panjang. Orang tak kisah punya jangka panjang Dato’ Yang Dipertua, orang tak peduli dah. Orang susah ya. Jadi apakah langkah-langkah proaktif yang perlu kita lakukan supaya satu intervention policy perlu kita adakan supaya menangani isu yang dihadapi oleh orang macam ni. Itu penting.

Duit banyak, rizab banyak, pakailah. Pembangkang bagi kebenaran kepada kerajaan hari ini, direkodkan dalam hansard, pakai duit bantu rakyat, ya. Pegawai Kewangan, Dato’ SS, ya, take, ambil maklum. Pakailah. Kita bukan nak tunjuk kek orang kita ada 800 juta rizab, buek apo? Padahal orang kat kampung susah, padahal masyarakat susah, orang duduk rumah pangsa dekat Jalan Templer susah, orang dekat Lobak susah, orang ulu Pilah susah ya, susah ya. Susah ya. Susah. They all orang susah. Apakah kita cuma nak berbangga kita cuma ada banyak rizab tetapi orang hidup menderita, ya. Ini yang perlu kita lihat. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Dato’ Yang Dipertua, rancangan jangka panjang tak ada memberi apa-apa makna. Dalam keadaan ekonomi teruk, dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang dihadapi, Dato’ Yang Dipertua, apa yang perlu kita buat ialah bagaimana untuk kita mengurus masalah yang sedang dihadapi. Itu perlu. Ini termasuklah kat Kerajaan Pusat sekali ya. Luar bandar susah. Kita buat satu dasar intervensi segera ya, susah. Kita buat. Waima nak beri BR1M ke apa, tak kisahlah ya, BR1M Negeri Sembilan, peduli apalah. Kalau Negeri Sembilan boleh, tak sama dengan Kerajaan Pusat, Kerajaan Pusat bagi 500.00 saja bonus penjawat awam, kita bagi satu bulan, kita bagi BR1M-lah ya. Why not? BR1M tahun ini Dato’ Yang Dipertua, ramai yang tak dapat. Ada dah dapat 6 kali, 7 kali dapat BR1M, tahun ni tak dapat. Apa pasal? Datang pejabat saya, saya nak jawab macam mana. Terpaksalah saya bagi BR1M Mohamad bin Haji Hasan, ya, ya. Saya tak kaya, tapi saya, saya boleh tolong orang. Saya taklah kaya, kaya ni Allah taala, Dato’ Yang Dipertua, semua yang Allah Yang Maha Kaya. Tapi saya boleh tolong orang, Dato’ Dipertua ya, itu saja.

Jadi Dato’ Dipertua, saya memberikan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama kita urus negeri. Supaya yang penting kita tolong orang susah. Itu saja. Orang nak kan supaya kerajaan yang prihatin. Jangan cakap saja ya. So, Dato’ Yang Dipertua, cukup masa dah? So, kita keluar awal Dato’ Yang Dipertua, saya terima kasih, tahniah kepada YB Sikamat ya, dapat membentangkan bajet. Bajet yang baik, tetapi berhati-hati. Berhati-hati kerana pendapatan luar jangka kita itu terlampau besar.

Dalam pengurusan korporat ya, dalam pengurusan korporat, kita try to minimize variables, kalau variable dia terlampau besar, haa itu kadang-kadang syarikat boleh bankrap sebab kita tak dapat, not within our control, Yang Berhormat Pegawai Kewangan ya. Jadi cuba kurangkan variable dan kita masukkan dia ke dalam column sebagai satu jaminan tetap. Kalau kita terlampau bergantung kepada banyak variable sangat, anything can happen. Dunia berubah setiap saat, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dunia berubah setiap saat, jadi dia tidak di dalam kita punya penguasaan. Not within our control, kalau sesuatu not within our control, how can we are very sure that this will be our income for the whole of 2020, dengan izin. Jadi tak boleh. Dah tetap, dah ada 156 juta, dan cuba buat ya.

Jangan kita, ambil pengajaran daripada Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat terlampau gangguh ya. Kita dah sebut dah. Minyak tak akan naik sebab perang antara China dan Amerika akan mengurangkan penggunaan. Industri akan menguncup. Penggunaan akan bertambah kurang. Walaupun terbakar minyak ataupun refinery di Arab Saudi, dia tidak akan melonjakkan harga kerana apa, Dato’ Dipertua, kerana perang perdagangan antara Amerika dengan China adalah merupakan suatu yang memburukkan ekonomi dunia. Berhati-hati ya, berhati-hati. Dan bagaimana, setiap problem Dato’ Yang Dipertua, selalu saya cakap, in any problem there is the source of opportunity ya. Negeri Sembilan ambillah peluang, sebab banyak orang nak keluar daripada China. Malaysia ambil peluang, jangan biarkan Vietnam, Indonesia, Laos, Cambodia untuk ambil peluang ini. Banyak orang yang dah lari daripada China, terutamanya syarikat multi nasional yang lari daripada China kerana tidak mahu terperangkap perang antara China – Amerika kerana barang daripada China telah pun dibuat been imposed duty oleh Kerajaan Amerika begitu tinggi. Barang daripada China tidak lagi semurah dulu, dan tidak lagi sebaik ataupun semudah untuk dibawak. Mereka lari daripada China, banyak dah mengalihkan operasi mereka ke Vietnam, ke Indonesia. Malaysia ataupun Negeri Sembilan khususnya, cari peluang ini ya. YB Ampangan, ya, NS Corp kan, buat pelaburan punya apa, seminar, panggil orang, pujuk orang datang ke Negeri Sembilan. We have infrastuktur first class, dekat dengan Kuala

Lumpur apa semua. Supaya industri datang dan kawasan industri kita ada. Dah ada dah Malaysia Vision Valley 2, dah ada, buat, jangan nak buek kubur kek situ. Siapa yang nak melabur di kawasan yang dokek dengan kubur. Orang Cina tak mahu dekat dengan kubur. Mau? Mau ya. Betul, mahu? Kalau macam tu tak apalah …..

Yang Dipertua Dewan

Terminal, Terminal 2 tu. Yang dekat tu, kubur tu atas tu. Terminal yang besar tu …..

Tu sebab tak jadi.

Yang Dipertua Dewan

Ha?

Dato’ Yang Dipertua …..

….. mencelah, boleh saya mencelah sebab yang, Yang Berhormat Rantau sebut nama saya, boleh saya mencelah?

Sekejap lagi, saya nak habis, kaghang you gulunglah, you ada masa untuk gulung. Saya pun nak habis dah, saya pun nak habis dah. Dato’ Yang Dipertua, ambil peluang. Negeri Sembilan ambil peluang ya, supaya bawak pelabur-pelabur yang sedang resah gelisah di Negara China, kerana barangan mereka tidak lagi, ataupun been imposed of very heavy import duty by American Government, dia orang semua nak keluar Dato’ Yang Dipertua, saya tahu banyak yang nak keluar. Saya bercakap dengan ramai kawan-kawan multinational company, dia kata dia menyesal, ada yang mengalihkan operasinya daripada Malaysia pergi ke China dulu, semua nak balik. Semua nak balik kerana mereka kata, susah beroperasi di sana kerana disebabkan oleh perang perdagangan antara Amerika dan China. Jadi buat elok-elok, ini akan menambah pendapatan daripada pembangunan kita. Inshaa Allah, Dato’ Dipertua.

Jadi itu sajalah yang nak saya sampaikan. Tahniah kepada kerajaan kerana dapat membentangkan bajet untuk tahun 2020. Apa yang kita buat, kita cuba buat dengan terbaik tetapi yang penting ialah

penyampaiannya ya, Dato’ SFINO, penyampaiannya kan. Kerana banyak kadang-kadang kita buat allocation, tapi tak dipakai. Dan yang penting sekali ialah kita punya matlamat itu orang yang nak kita target itu dia tak tahu. Ni banyak ni dalam ni, yang baru dibuat kan. Tetapi apakah kumpulan sasar yang nak kita bagi bantuan ini mereka dapat tahu dan macam mana ya. Tak guna kita letakkan tetapi orang tak tahu macam mana nak buat, nak mintak apa semua. Jadi kita kena buatkan setiap daerah, setiap DUN kalau boleh bagitahu ya, kita ada kemudahan ini, kita ada facilities ini, kita ada bantuan-bantuan ini, supaya bantuan ini dapat diguna pakai dan dapat dinikmati oleh kumpulan sasar yang nak kita tolong tersebut ya, itu sebenarnya ya, bajet yang baik adalah bajet yang boleh disampaikan, bajet yang baik adalah bajet yang boleh dilaksanakan. Bukan bajet di atas kertas, tetapi pengakhir ceritanya, orang masih ter, terpinga-pinga ya, orang tak dapat buat apa-apa. Dato’ Dipertua, terima kasih banyak-banyak. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, saya bercadang untuk menangguhkan sesi perbahasan pada pagi ini kerana kita akan sambung tepat pukul 2. Saya tak mahu Yang Berhormat masuk 2:30 ya. Saya bagi awal ni, 12:30, pukul 2 tepat kita masuk. Sebab kalau tidak nanti kang berlanjutan sampai malam ya. Jadi saya harap pukul 2:00 semua Yang Berhormat dah sedia ya. Jadi kita benarkan keluar sekarang ni, untuk makan, sembahyang dan kita masuk pukul 2. Boleh? Boleh, haa? Haa? Janganlah, okay ni, 12:30 kita keluar makan, setengah jam. Ini 12:15 ni, pukul 2 okaylah. Jadi saya mintak semua Yang Berhormat ikut ya, ikut masa yang, yang ditentukan supaya kita dapat selesaikan dengan sebaik mungkin. Dengan ini saya tangguhkan persidangan kita untuk pagi ini, dan kita sambung, tangguhkan pagi ini, kita akan sambung pada pukul 2 petang ya, terima kasih.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.04 petang]

[YB ADUN Rantau tidak hadir pada sesi petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Silakan duduk. Bismillahirahmannirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat, Yang

Berhormat – Yang Berhormat, hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Seperti mana yang saya janjikan tadi, kita akan mula dalam pukul 2. Tapi lewat 5 minit ya, ramai yang tak masuk lagi. Walaupun, saya akan teruskan perbahasan pada petang ini dengan, Amin, Amin ….. [Setiausaha Dewan tampil membantu YB Yang Dipertua mengenai risalah yang perlu dirujuk]. Senarai, senarai. Saya teruskan dengan, saya buka kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat yang hadir pada petang ini, dan saya berikan masa 15 minit ya. Dan, dan saya mohon kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat untuk kali keduanya jangan ulang ya, fakta yang telah diberikan oleh sahabat-sahabat kita. Kerana kita tak mahu perkara yang sama diulang, akhirnya kita ulang benda yang sama. Kita nak maklumat-maklumat yang lainlah. Dan harapkan semua mematuhi peraturan dan sekiranya ada yang ingin, yang ingin, ingin mencelah ataupun ada satu benda, ada perkara yang penting, tolong alamatkan pada saya, tolong sebut, mintak Yang Dipertua. Bangkit dulu, jangan terus cakap ya. Kalau terus cakap, kelam kabut kita, semua nak bercakap. Jadi untuk itu, saya persilakan ya. Seperti janji tadi, Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, Temiang. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020 yang dengan hasilnya sebanyak 457 juta. Angka ini adalah lebih tinggi daripada belanjawan tahun ini iaitu RM430 juta di mana dijangka akan mempunyai peningkatan sebanyak 27 juta untuk tahun depan. Selain daripada itu, jumlah kutipan hasil sehingga 21 November 2019 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 463.78 juta iaitu Ringgit Malaysia 33.78 juta melebihi belanjawan tahun ini. Bagi saya, ini adalah satu berita yang sangat baik dan amat mengembirakan rakyat Negeri Sembilan. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa pimpin, kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan iaitu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ADUN Sikamat dan barisan EXCO telah berjaya mengekalkan dan malah meningkatkan ekonomi di negeri ini walaupun dalam peralihan kuasa selama 2 tahun ini sahaja. Pembangunan di negeri ini, adalah sangat rancak dan pesat dalam 2 tahun ini.

Pengurusan kewangan Kerajaan Negeri juga semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. Ini terbukti di mana Kerajaan Pakatan Harapan berjaya melaksanakan banyak insentif untuk rakyat-rakyat di Negeri Sembilan seperti warga-warga tua, warga-warga muda, murid-murid, ibu-ibu tunggal, peniaga-peniaga kecil-kecilan dan sebagainya turut diberi bantuan untuk meringankan beban hidup mereka. Inilah baru, inilah satu kerajaan yang betul-betul mengambil berat tentang rakyat. Maka dengan ini saya mengambil kesempatan ini, di Dewan yang mulia

ini, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Sikamat, barisan EXCO, ADUN-ADUN Kerajaan, semua Ketua-Ketua Jabatan, Penjawat-Penjawat Awam yang bersama-sama dengan kita, Kerajaan Pakatan Harapan di negeri ini melaksanakan semua hasrat dan dasar-dasar Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan pembangunan ekonomi di negeri ni dalam keadaan stabil dan menjaga yang dalam kesusahan.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, tadi kita telah dengar panjang lebar perbahasan daripada Ketua Pembangkang; Yang Berhormat Rantau tentang belanjawan 2020. Ada yang betul, ada yang salah. Yang betul memang kita akan terima. Yang salah, kita perlu perbaiki, perbaiki dan diperbetulkan fakta-fakta tersebut. Saya berasa gembira kerana beliau tahu tentang kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di negeri ini dan bukanlah memain peranan sebagai Menteri Besar lagi. Saya doakan di sana masih kekal sebagai pembangkang pada PRU yang akan datang.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, beberapa fakta yang perlu saya memperbetulkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di, pada orang ramai. Yang pertama adalah berkenaan dengan dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada, pada paras 60 ada menyebut peruntukkan Ringgit Malaysia 5.4 juta itu adalah untuk keperluan tunai bagi membayar kos menjalankan kerja-kerja awalan sahaja pada tahun 2020. Kos keseluruhan untuk membina 4 buah masjid baru adalah sebanyak Ringgit Malaysia 28 juta dan semua kos ini adalah ditanggung di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Selain daripada itu, untuk pengetahuan ahli-ahli Yang Berhormat juga, saya difahamkan bahawa Hasil Bukan Cukai sehingga 25 November 2019 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 251.25 juta di mana ia adalah melebihi sasaran pada tahun 2019 iaitu 225.1 juta. Ini membuktikan bahawa pencapaian semasa, tahun semasa iaitu tahun 2019 telah melepasi sasaran tahun 2000, tahun 2020 iaitu Ringgit Malaysia 242.69 juta. Ternyata sekali kerajaan telah meneliti dan mengkaji semua aspek ataupun faktor yang mungkin akan mempengaruhi kutipan Hasil Bukan Cukai untuk semasa penyediaan belanjawan 2020. Oleh yang demikian, saya amat yakin bahawa kutipan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2020 akan melebihi sasaran kita dan Kerajaan Negeri mampu menjalankan program-program kebajikan untuk meringankan beban kehidupan rakyat di Negeri Sembilan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua, kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana berjaya melaksanakan banyak program yang berjiwa rakyat. Pada tahun ini Kerajaan Negeri

telah mengadakan 14 program insentif yang bertujuan untuk meringankan beban hidup rakyat di negeri ini. Pada tahun 2020 pula, Kerajaan Negeri bukan sahaja meluluskan 14 program tersebut, tetapi memperkenalkan 16 lagi program yang baru di mana untuk kebaikan rakyat-rakyat di Negeri Sembilan. Maka jumlahnya adalah sebanyak 30 program untuk memajukan rakyat dan membantu rakyat di negeri ini.

Tetapi, ini amat berlainan dengan terdahulu. Saya masih ingat, saya selama 3 penggal ini, selama 10 tahun saya menjadi pangkang, pembangkang pada masa dulu, banyak cadangan saya diberikan untuk kerajaan terdahulu, tetapi semua jawapannya hanya adalah bergantung kepada bantuan JKM sahaja. Tak ada satu pun insentif baru dikeluarkan. Maka kita kerajaan baru, kita akan terus membantu dan membela mereka yang memerlukan.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, juga saya berharap kita di sini adalah pemimpin masyarakat, kita dipilih oleh masyarat kawasan masing-masing. Maka saya berharap janganlah kita senang-senang mempertikaikan isu-isu perkauman di negeri ini. Peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk semua sekolah, kita diagihkan sama adil dan sama rata untuk semua sekolah di negeri ini, tak kiralah sekolah rendah kebangsaan, sekolah jenis, sekolah rendah jenis kebangsaan ataupun sekolah menengah kebangsaan ataupun sekolah menengah jenis kebangaan, kebangsaan. Kita tidak pilih kasih, kita men, kita membantu mereka mengikut permohonan mereka. Maka saya, tadi saya tidak bersetuju bah, bahawa tiada peruntukkan di, diberikan kepada sekolah-sekolah kebangsaan ataupun sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Untuk kawasan saya, semua sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan ataupun sekolah menengah, sekolah menengah jenis kebangsaan semua mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu mereka menjalankan aktiviti-aktiviti tahunan. Kita amat serius dan memandang berat tentang perkara ini. Maka saya berharap jangan adalah orang luar, ahli-ahli yang di sini sengaja meng, mempertikaikan tentang ini peruntukan Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, yang di, Yang Dipertua Dewan juga, tema belanjawan kali ini adalah bertajuk melestari ekonomi dan menje, mensejahtera rakyat. Ini membawa maksud bahawa pembangunan ekonomi adalah sangat penting bagi menjaga rakyat di negeri ini. Maka saya berharap Kerajaan Negeri teruskan usaha untuk menarik pelaburan asing bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini supaya mewujudkan satu keadaan di mana rakyat boleh bekerja di Negeri Sembilan dan tinggal di Negeri Sembilan. Saya berasa sangat gembira di mana pelaburan pada tahun 2018

adalah berjumlah 2.43 bilion dan peluang pekerjaan sebanyak 3,347 telah, di mana lebih tinggi pada angka 2017. Ini membawa maksud bahawa pelabur-pelabur amat yakin dan percaya dangan kepimpinan dan sistem pentabiran Kerajaan Pakatan Harapan. Saya berharap angka ini akan bertambah tinggi pada tahun depan di mana pada tahun ini, Kerajaan Pusat telah pun mengumumkan bahawa projek ECRL akan diteruskan dan jajaran ECRL akan memakusi, memasuki kawasan Negeri Sembilan. Beberapa projek mega juga dumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar baru-baru iaitu Lexis Hibiscus 2 dan Institute of Neuro Science di Pedas. Oleh yang demikian, saya yakin rakyat di Negeri Sembilan akan merasai kemanisan daripada usaha-usaha daripada Kerajaan Negeri bagi membangunkan ekonomi ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, pada tahun lepas, pada tahun depan, Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai akan digabung menjadi satu Majlis Bandaraya. Maka sudah, maka sudah pasti rakyat Negeri Sembilan mahu melihat sesuatu perubahan yang ketara dan jelas selepas penggabungan 2 Majlis Perbandaran ini. Rakyat mahu melihat perubahan dari segi perjalanan pentadbiran, rakyat mahu melihat pentadbiran Majlis, Majlis adalah lebih telus dan belanja dengan berhemah. Rakyat juga melihat kecekapan pihak Majlis dalam usaha menyelesaikan masalah-masalah rakyat dalam, adalah lebih cekap dan pantas serta boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Rakyat betul-betul berharap dasar-dasar pihak Majlis adalah lebih mesra rakyat dan memberi kesenangan kepada rakyat di negeri ini. Maka saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah persiapan yang telah dibuat bagi membolehkan Majlis Bandaraya ini dapat berfungsi dengan lebih efisien? Contohnya seperti keanggotaan Majlis, kewangan dan hala tuju Majlis yang baru ini. Rakyat juga sentiasa bertanya-tanya tentang kadar cukai pintu, sama ada dengan penggabungan 2 Majlis ini akan dinaikkan ataupun tidak supaya mereka tidak menjejaskan kehidupan harian mereka dan ini juga adalah salah, salah satu janji Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan di mana tiada kenaikan kadar cukai pintu.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin mengambil kete, kesempatan ini bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang status mewujudkan zon bebas cukai di kawasan MVV, daripada Kerajaan Pusat. Cadangan ini telah pun diumumkan pada bulan September yang lalu. Maka sehingga hari ini, telah pun melepasi 2 bulan. Saya berharap cadangan ini mendadap, mendapat kelulusan, pertimbangan kelulusan daripada Kerajaan Pusat. Saya yakin semua pelabur, semua pelabur yang ingin melabur di kawasan MVV ini juga amat berharap zon bebas cukai ini boleh dilaksana, dilaksanakan secepat yang

mungkin. Mereka ini amat menyambut baik dengan, tentang cadangan ini dan sentiasa menanyakan di status zon bebas cukai ini. Seperti yang kita semua maklum langkah mewujudkan zon bebas cukai di MVV sudah pasti dapat meningkatkan, meningkatkan dan mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi di negeri ini. Kita tahu Kerajaan Negeri tidak dapat memberi insentif yang banyak kepada pelabur-pelabur, tetapi kalau adanya ini zon bebas cukai, saya berasa akan mempertingkatkan lagi ekonomi di kawasan tersebut. Selain daripada itu, saya juga berharap kerajaan perlu memastikan kawasan MVV lengkap dengan kemudahan infrastruktur awam yang lengkap seperti jalan sistem pengangkutan yang, dan keadaan semula jadi yang bagus, bagi menggalakkan pelabur-pelabur ke ne, ke negeri ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan cara-cara permohonan hak milik kekal oleh penduduk-penduduk yang ber, berstatus pajakan negeri. Kita amat menerima baik daripada Kerajaan Negeri di mana beberapa kawasan telah dipilih sebagai pilot project untuk menjalankan projek ini, ini adalah Manifesto Pakatan Harapan, saya terima kasih dan tahniah, syabas kepada Kerajaan Negeri. Tetapi saya rasa kita perlu adakan satu tempoh untuk memastikan semua-semua tanah-tanah pajakan negeri ini terutamanya mereka yang memiliki 99 tahun ini, boleh diberi permohonan untuk menukar status tanah mereka.

Selain daripada itu, selain daripada itu saya juga me, memohon apakah mekanisma yang telah diadakan, terutamanya tentang premium tanah, sama ada pemohon tersebut perlu membayar sekaligus semua premium tanah tersebut ataupun diboleh, diberi kelonggaran secara ansuran ataupun macam mana. Saya berharap Kerajaan Negeri mengambil berat di mana kalau seseorang tu diwajibkan membayar keseluruhan premium, saya rasa terlalu membebankan pemilik-pemilik hak tanah, geran, pemilik-pemilik hak milik ini. Selain daripada itu, saya juga ingin tahu, selain daripada premium tanah, adakah apa caj-caj, caj yang lain yang dikenakan oleh, kepada pemohon-pemohon.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Allahyarham Osman bin Hassan iaitu mantan Pengerusi MPKK Kampung Bukit Temiang dan Allahyarham Mohd. Ali Napiah bin Abdullah iaitu mantan Bendahari MPKK Kampung Bukit Temiang, pemergian mereka merupa, pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar kepada Kampung Bukit Temiang dan juga negeri ini. Mereka telah bertung, bertungkus lumus dan amat bertanggungjawab tentang isu-isu kebajikan penduduk-penduduk Kampung Bukit Temiang. Walaupun mereka adalah daripada keluarga yang susah dan

pe, pendapatan rendah, tetapi mereka tetap menjalankan tugas mereka dengan baik sekali tanpa meminta gaji yang tinggi.

Oleh yang demikian, saya bercadang kepada Kerajaan Negeri, bahawa perlu wujudnya satu skim insurans berkelompok untuk ahli-ahli MPKK, ahli-ahli KRT dan ahli-ahli komuniti Pakatan Harapan, komuniti Harapan Malaysia di mana golongan ini adalah akar umbi kita, mereka yang membantu kita memenangi pilihan raya yang akan, yang, yang lepas tanpa mengira gaji. Mereka ini tidak meminta apa-apa pun daripada Kerajaan Negeri. Mereka ini adalah mata dan telinga bagi Kerajaan Negeri tentang segala urusan tempatan. Oleh, oleh yang demikian saya berasa golongan ini perlu, perlu dan harus dijaga dengan baik. Bukannya bermaksud kita kasi mereka kontrak, maksud saya adalah satu skim insurans berkelompok perlu diadakan di mana kita, sekurang-kurangnya kita boleh memastikan kehidupan waris mereka terjaga sekiranya seuatu yang berlaku pada mereka ini.

Dalam konteks pemergiaan 2 ahli MPKK Kampung Bukit Temiang ini, saya melihat bantuan daripada Kerajaan Negeri adalah amat terhad. Dan kehidupan waris adalah terjejas. Maka saya betul-betul berharap dan bercadang kepada Kerajaan Negeri menerima cadangan saya supaya satu skim insurans berkelompok diwujudkan yang khas diwujudkan untuk golongan akar umbi ini sekurang-kurangnya kita boleh memastikan kehidupan waris mereka tidak terjejas sekiranya sesuatu berlaku pada mereka.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin mengambil kesempatan ini membincangkan beberapa isu kawasan Temiang. Isu pertama adalah masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Temiang terutamanya pada musim hujan. Saya amat berterima kasih kepada pihak MPS kerana telah meluluskan permohonan saya iaitu menjalankan kerja-kerja naik taraf longkang di Jalan Seng Meng Lee untuk mengurangkan masalah banjir di kawasan tersebut. Tetapi masalah banjir kilat ini tidak dapat ditangani, ditangani sepenuhnya terutamanya air sungai yang penuh di longkang konkrit besar di depan Sekolah Kebangsaan Jalan Temiang semasa hujan. Keadaan ini menyebabkan air longkang tidak dapat diselur, disalurkan ke longkang besar tersebut dan menyebabkan air dalam longkang back forward kepada, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, menyebabkan air-air longkang tersebut back forward kepada rumah-rumah kediaman mere, penduduk-penduduk tempatan.

Maka cadangan saya adalah, Kerajaan Negeri perlu buat pengambilan tanah untuk membuat satu kolam takungan air di kawasan tersebut supaya air hujan boleh disalurkan kepada kolam takungan air tersebut

sebelum ia masuk ke longkang besar tersebut. Kolam takungan air, kolam takungan air ini adalah sangat penting dan boleh dijadikan sebagai tempat beriadah dan taman permainan serta senanam oleh penduduk-penduduk tempatan. Mereka boleh berjoging, bersenam dan menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di situ. Maka saya berharap cadangan saya boleh diterima, diterima oleh Kerajaan Negeri.

Selain daripada itu, saya juga telah membuat beberapa permohonan menurap jalan kawasan taman-taman dan kampung seperti menurap jalan di Kampung Bukit Temiang, Taman Temiang Jaya, Taman Indah, Taman Rashibah Indah, Jalan Leftenan Adnan sehingga ke Jalan Kilat, Temiang, Jalan Muthucumaru dan jalan-jalan di Taman Sri Pulai 3. Saya juga telah membuat permohonan sebanyak 24 projek di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-12 Negeri Sembilan pada 31 Oktober 2019 kepada Pejabat Daerah Seremban. Jalan-jalan di taman-taman ini tidak pernah diturap sepe, sejak 10 tahun yang lalu oleh kerajaan terdahulu. Kerajaan terdahulu langsung tidak mengambil berat tentang permohonan-permohonan menurap jalan di kawasan Temiang. Maka sebagai kerajaan baru, wakil dalam kerajaan baru, saya berharap cadangan-cadangan ini boleh diterima oleh Kerajaan Negeri dan meluluskan peruntukkan menurap, menurap jalan melalui MARRIS dan untuk kepentingan penduduk-penduduk setempat.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin mengambil peluang ini bertanya kepada Kerajaan Negeri tentang pada tahun 2020, tahun depan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perbelanjaan pembangunan yang berkurangan berbanding dengan tahun ini. Angka ini telah menurun daripada 116,900,000.00 turun sehingga 101 juta pada tahun hadapan iaitu turun sebanyak 15,700,000.00. Ini adalah satu angka yang sangat besar. Setelah saya meneliti secara detail tentang peruntukan setiap sektor, seperti infrastruktur, pertanian, pentadbiran, kerohan, kerohanian dan pelancongan, semuanya turun, Dato’ Speaker Dewan. Maka saya nak mintak penjelasan kenapakah peruntukan ini dikurangkan untuk tahun depan padahal ADUN-ADUN kerajaan kita mempunyai banyak masalah, banyak cadangan-cadangan kita, banyak program-program ataupun projek-projek masyarakat yang perlu dijalankan. Maka saya khuatir dan saya risau kekurangan ini akan menjejaskan perkhidmatan kita di kawasan masing-masing. Seperti contohnya kawasan Temiang penuh dengan berbagai rumah beribadat dan bangunan-bangunan bersejarah, dan amat sesuai dijadikan sebagai tempat pelancongan. Kalaulah peruntukan untuk sektor pelancongan kurang, amat susah bagi saya untuk memajukan kawasan Temiang sebagai tempat pelancongan. Maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan.

Yang akhirnya saya juga berharap Kerajaan Negeri boleh membentangkan laporan kewangan tentang MBI ke Dewan yang mulia ini. Saya berharap janganlah jadikan MBI seperti pemilikan sendiri seperti kerajaan terdahulu di mana tidak telus, belanja dengan boros dan tidak terkawal. MBI merupakan aset Negeri Sembilan, rakyat Negeri Sembilan dan hanya dijaga di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Setiausaha dan Yang Berhormat Pegawai ke, Kewangan Negeri Sembilan. Ini bukan bermakna adalah pemilikan sendiri. Ini adalah aset Negeri Sembilan dan perlu diaudit dan perlu dikemukakan ke Dewan yang mulia ini untuk pengetahaun semua terutamanya kita ADUN-ADUN di sini. Ini juga dapat menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan lebih telus dan bersikap terbuka dan berani bertanggungjawab dan berdepan dengan masyarakat. Maka saya berharap cadangan-cadangan ini boleh diterima.

Dan akhir sekali, akhir sekali saya mengucapkan, berterima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, ahli-ahli EXCO, Yang Amat Berhormat kerana telah men, men, men, menjalankan tugas dengan baik dan memimpin Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan dengan baik sekali. Maka dengan ini, saya menyokong usul Belanjawan Negeri Sembilan 2020. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Saya persilakan Yang Berhormat Kota.

Pakai panggil lak sekarang yang, Yang Berhormat Yang Dipertua ya?

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, kita bagi yang senior dulu. Kita nak donga orang senior bercakap.

Belum bersedialah, tak apalah. Dalam keadaan belum bersedia ni, saya ingat besok saya punya giliran.

Yang Dipertua Dewan

Esok?

Yang Dipertua Dewan

Janganlah besok.

Tak apa. Bismillahirahmannirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan, pegawai-pegawai kakitangan awam yang dihormati sekalian. Pertama saya nak ucapkan tahniah dulu kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya membentangkan belanjawan pada kali ini. Nampaknya belanjawan kita meningkat daripada tahun hadapan, semenjak belanjawan ni memecah garis panduan atau, ataupun rekod 400 juta dulu, nampaknya kita tak pernah lagi turunlah ya, nampaknya makin lama, setiap tahun meningkat. Jadi diharapkan Kerajaan Negeri boleh lagi bertambah daya maju terutamanya dalam pembangunan membantu masyarakat. Saya dengar jugak pembentangan daripada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, tertarik jugak dengan ucapan beliau dalam pembentangan tersebut. Cuma ada beberapa perkara saya ni nak bertanya jugak kepada Dewan yang mulia ini, dalam beberapa perkara.

Pertama ialah berkenaan dengan hasil kepada Kerajaan negeri. Tadi Yang Berhormat ADUN Rantau ada menyebut secara, secara superficial, saya nak bertanya secara jelas sikit, iaitu Hasil Bukan Cukai berkenaan dengan 73000 ni tajuk dia, iaitu Perolehan Dari Jualan Barang. Saya tengok banyak 142,122,000.00. Jumlah yang besar, boleh dikatakan lebih daripada 50% Hasil Bukan Cukai. Saya berharap Kerajaan Negeri tak terikut-ikutlah Kerajaan Persekutuan yang suka jual aset negara ni ya. Tapi kalau dapat pihak Kerajaan Negeri bentangkan apa yang dijual ni sampai 142 juta ni. Sebab kami jugak nak tahu, sebab dalam laporan itu tidak dinyatakan dengan jelas.

Dato’ Dipertua, kalau mengikut tajuk yang dibentangkan oleh bajet kita, saya nak pecahkan pada beberapa perkara yang menyentuh kawasan sayalah, Dato’ Yang Dipertua. Pertama, haa ini saya bekerjasama ni dengan ahli Majlis Daerah Rembau. Dia bukan MPKK, tapi ahli Majlis Daerah Rembau, wakil daripada Parti Bersatu ataupun bunga-lah, dia panggil saya. Saya kata, apa hal lak you panggil saya, saya bukan kerajaan, mintak tolong To’, kata dia. Haa ini bunga mintak kek UMNO dah ya. Lampu jalan Rumah Rakyat Lubok China yang dikatakan dah lama dimintak oleh beliau dalam mesyuarat di peringkat Majlis Daerah Rembau, tapi tak dapat-dapat. Jadi saya nak bawak hal ini, mintak peruntukan daripada Kerajaan Negeri, dan kita bajet kita besar, supaya permohonan kaya, saya ni dapat diluluskan ya. Di Rumah Rakyat Lubok China ni waktu kami bersama-sama dengan ahli Majlis Daerah Rembau tu, kita pusing, kita dapati ada 3 tiang, haa ni saya sebut tiang dia. Nombor satu, nombor tiang tu tulis RRLC, Rumah Rakyat Lubuk

China-lah, pertama: C28, yang kedua C91, yang ketiga B2. Haa ni be, kita sentuh kepada perkara yang berkaitan dengan Program Pencahayaan Jalan Negeri ya. Tapi, ini ba, di dalam rumah rakyat selalunya diletak bawah Majlis Daerah. Walau bagaimanapun, saya berharap dan bawaknya perkara ni ke sini, dapat kita selesaikan demi untuk rakyat di kawasan tersebut.

Yang kedua, saya jugak nak bawak satu benca, isu bencana yang melanda kawasan saya iaitu terdapat sebuah rumah terbakar. Saya rasa bersyukur jugak bila bawak dalam Dewan ni, rumah terbakar ni selalunya dapat dilaksanakan. Hari tu terbakar di Rumah Rakyat Sungai Layang, alhamdulillah, solosai walaupun tak banyak tapi yang penting kita dapat bantu mereka. Ini satu lagi yang terbakar ialah rumah kepunyaan Norazmi bin Zainal Abidin, ni Kampung Selemak ya. Kampung Selemak yang kehilangan lebih kurang 300 ribu. Haa semua orang dah datang ni ya, kepimpinan negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah datang, saya ingat peringkat pentadbir jugak telah datang. Dulu kalau rumah terbakar macam ni, kita ada program bantuan rumah mesra rakyat, iaitu bawah SPNB, sekarang tak ada lagi. Jadi saya harap kita kena bagi bantuan kepada tuan rumah ni. Saya difahamkan ada cadangan nak dapatkan rumah, bantuan rumah 1 bilik. Jadi, tak konolah rumah 1 bilik ni, Dato’ Yang Dipertua. Kono ko Dato’ Yang Dipertua, tak kena kan, haa, memang, 1 bilik zaman sekarang ni memang tak cukup tambahan pulak ni rumah kampung. Bila masa hari akhir, weekend tu ramai yang balik, habis sekurang-kurang kita bagi minimalah, kalau dapat bantuan 3 bilik, 2 bilik air, seperti biasa ya, kita boleh bantu mereka. Haa ini akan dapat memberikan sedikit kelong, apa, kelapangan kepada mangsa. Mangsa hilang 300 ribu, Dato’ Yang Dipertua.

Berkaitan dengan rumah terbakar ni, saya nak bawak 2 perkaralah ya. Di samping nak mintak rumah ditukar ataupun diganti, berkenaan dengan pili bomba. Saya berharap pihak kerajaan, dulu saya dah mintak dah, kalau boleh kita audit kampung-kampung ni beberapa pili bomba ada ni. Rumah tu terbakar, kita fahamlah rumah terbakar ni rumah kayu, kadang-kadang 10 minit tu dah habis, dah hangus. Tapi, yang pili bomba ni yang paling penting tu nak jaga jangan dia melarat ke rumah sebelah pulak. Jadi kalau dapat kita audit ya, setiap kampung berapa pili bomba yang ada. Hari tu rumah ni saya pergi, pili bombanya tak ada. Jadi, kita mintaklah. Dulu tak, tak dapat buat, pernah kita dulu buat, satu tahun tu 2 – 3, difahamkan perbelanjaan tu satu tu 3,000.00, tak apalah, yang pentingnya ada punca air yang dapat diguna oleh Bomba kita untuk mem, me, memadamkan rumah terbakar seperti ini. Dan bukan saja padam rumah terbakar, tapi nak menjaga rumah yang berhampiran.

Yang kedua, jalan masuk. Haa saya rasa sudah sampai masanya kita di Kerajaan Negeri Sembilan ni, kita jugak pastikan semua tempat perumahan di dalam kampung ni ada jalan masuk yang sesuailah Dato’ Yang Dipertua ya. Kadang-kadang kesian bahawa mereka ni duduk rumah kampung, jalan kampung, dia punya angle tu 90°. Kalau bomba tu besar, dia tak, tak dapat masuk. Terpaksalah panggil Bomba kecik, nasib baik masa hari tu, yang datang tu Bomba tu kecik sikit, bolehlah masuk dengan ensot-ensot, tau, Dato’ Dipertua tahu kan, ensot-ensot-ensot, baru lepas masuk. Jadi saya harap, yang ini kita ada duit banyak, saya bila dengar duit banyak ni saya sukalah. Tapi jangan lak Kota tak dapat Dato’ Dipertua kan, itu sebab saya mintak dalam Dewan inshaa Allah, saya berharap Kerajaan Negeri beri bantu, perhatian. Pili bomba ni bukan saja di Kampung Selemak ni, tapi kalau boleh seluruh DUN sayalah. Kita check-lah ya, mana yang perlu, pihak Bomba check dan kalau boleh ditambah.

Yang ketiga, haa ini, dulu ada dikatakan kita nak buat Sukarelawan Bomba ni, jadi saya harap dengan bajet yang kita ada besar ni, bolehlah kita bagi sikit kepada Jabatan Bomba sendiri untuk buat program sukarelawan, ahli-ahli yang boleh membantu Bomba ni di kampung-kampung. Dulu ada Dato’ Yang Dipertua, ya, ada dicadangkan tapi tak tahu di mana sangkutnya, maka benda tu tak dapat dilaksanakan. Jadi saya harap di bawah kerajaan sekarang ni kalau boleh kita buatlah. Dan tak rugi pun sebab kalau ada di peringkat orang kampung boleh membantu pada peringkat awal, saya rasa banyak yang boleh kita selamatkan di dalam kes-kes seperti ini.

Yang keempat ya, saya jugak nak bawak satu perkara bencana alam di Bongek. Haa ini saya bawak cerita orang kena, rumah kena ribut, habih atap. Hari tu MPKK dah datang, dia datang je, Dato’ Dipertua, dia datang tengok je, dan simpatilah ya. Tapi saya harapkan kita dapat bagi sedikit bantuan, saya tak tahu berapa, dia pun tak mintak berapa, cuma dia mintak, bagilah sikit Dato’, mintak bantuan. Jadi sebagai rakyat kawasan Kota saya bawak dalam Dewan ini, kalau boleh kita bawak supaya dapat bantu di Kampung Bongek Acheh ni ya, di mana rumah atap dia dah terbang. Dia bukan setakat satu dua atap tu, kalau satu dua atap ni, Dato’ Yang Dipertua, saya tak, tak yah bawak dalam dewan ni, saya sendiri pun boleh selosai an ya. Habih 45 kaki x 15 kaki, habih. Mana pergi eh, entah, terobang ya. Satu blok tu habis. Jadi, kita pun simpatilah. Saya pun simpati ya, di Kampung Bongek Acheh ni. Dia pun dah buat report polis, saya ingat wajarlah kita bantu ya. Bencana seperti ni bukan selalu berlaku, tapi kadang-kadang bila berlaku tu kita sikit beri perhatian.

Saya tengok bajet kita ni, Dato’ Dipertua, saya berharap hal-hal kecemasan ni letakkan duit tu di Pejabat Daerah tu. Saya ingat kita, dulu kata nak bawak buat macam tu, di mana Kerajaan Negeri tetapkan berapa jumlah tertentu disalurkan ke Pejabat Daerah. Jadi Pejabat Daerah melalui DO ataupun Pegawai Daerah kita, dia boleh buat keputusan masa itu. Kalau terlampau besar mungkin perlu Kerajaan Negeri luluskan. Tapi kalau tidak selagi dalam bajet yang dibenarkan bolehlah kita bantu. Sebab kadang-kadang kes-kes macam ni taklah begitu besar ya, bantuan kita nak bagi. Kalau kita tak dapat bantu semua, dapat bantu sikit pun memadai, tambah-tambahan orang macam ni, dia tak mintak pun, saya ingat wajarlah saya bawak ke dalam Dewan yang mulia ini.

Yang kelima Dato’ Yang Dipertua, di Kampung Bongek Acheh ni dulu ada satu isu masyarakat iaitu telekomunikasi, pencawang. Pencawang ni yang, saya tak tahu lah, saya bukan pakar dalam teli, telekomunikasi, tapi pencawang ni waktu nak buat dulu, penduduk kampung semua complaint. Tak setuju. Tapi tuan tanah setujulah sebab dapat dia punya apa, sewaan. Tapi orang ramai tak bersetuju. Masa tu DO kata mungkin tak boleh dilaksanakan sebab ada complaint daripada orang ramai. Baru, baru ni saya pergi tengok, difahamkan menara telekomunikasi ni berjalan. Jadi saya mintak Pejabat Daerah Rembau-lah ya, bagitahu saya sebab kenapa perkara ni dapat dilaksanakan ya, kenapa. Sebab dulu tak, kata tak boleh, sekarang dah jadi, dah dilaksanakna dan digunapakai katanya. Jadi kenapa pulak ni apa, ni, telekomunikasi ni duduk eh di dalam lembah. Selalunya telekomunikasi ni mesti di puncak bukitlah, kalau dia nak sewa tanah tu, yang tinggi tu lah yang diambil. Yang paling rendah ni jarang diambil. Tapi ini berlaku di Kampung Bongek Acheh jugak di mana telekomunikasi ini berada di dalam lembah. Jadi, kita pun tak faham. Bila masyarakat tanya saya, saya kata saya bukan pakar, saya akan bawak dalam Dewan.

Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak ucap terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri sebab dalam banyak-banyak masjid yang nak lak, bina ni, salah satunya Masjid Kendong-lah. Dato’ Dipertua tahu tak Kendong ni mano? Baru datang itu hari kan. Masjid Kendong. Saya yang bawak ni, tapi saya dalam Dewan ni nak ambil ucap terima kasih ya, sebab Masjid Kendong tu dicadangkan dirobohkan dan diganti baru. Saya bawak dalam mesyuarat peringkat negeri dulu, mintak dia repair, JKR cakap tak boleh repair. Repair ni jangka dia kos tinggi, maka perlu buat baru, dia kata, buat baru dengan repair sama je, lebih baik buat baru. Jadi saya ucap terima kasihlah, walaupun dah bertahun-tahun mintak, tapi dapat. Waktu BN buat, BN, saya masa BN dulu pun tak dapat lagi haa, jadi, tapi sekarang dapeklah, rezeki sekaranglah.

Yang saya nak complaint ni Dato’ Yang Dipertua, ada complaint. Penerangan ni Dato’ Dipertua, haa Pegawai Penerangan ni ya. Oh ini dia cakap ini atas usaha Pengerusi MPKK turun-naik, turun-naik, naik-turun, naik-turun, dapat. Akhirnya Dato’ Yang Dipertua, Pengerusi MPKK sendiri jawab dalam whatsapp-whatsapp nilah, dia kata, sebonar eh masjid ni dimintak zaman abah eh dulu teh. Sebab abah eh dulu Pengerusi JKKK. Jadi anak bela abahlah, Dato’ Yang Dipertua ya. Tapi saya persoalnya apo Pegawai Penerangan ni tak siasat, cakap. Orang marahlah, benda tu bukan, kita tahu bahawa apa pun pembangunan kita mintak tahun ni, bukan mesti dapat tahun ni, kita tak ada masalah hal itu. Tapi bila dapat tu, kita yang dapat ni, saya berterima kasih bagi pihak masyarakat di sana, saya pun jumpa baru-baru ni, saya katakan, haa untunglah engkau orang dapat masjid. Dia orang amat bersyukur ya. Tapi bila isu tu timbul orang kata, apa ni To’? Penerangan ni kata dia pulak yang dapek an, ataupun Pengerusi MPKK dapek an. Padahalnya dibawak oleh Pengerusi JKKK lamo, yang lamo-lamo dulu iaitu dah 30 tahun. Dan kebetulan adalah bapak kepada Pengerusi MPKK sekarang ya. Jadi dia dah betulkan. Saya mintak ya pegawai-pegawai kita jangan apa, nak highlight tu sehingga mengenepikan orang yang berjuang dululah ya. Orang ni dah berjuang, dia mintak lama, saya pun bantu, saya bantu je, tapi mereka berjuang di peringkat kampung. Jadi saya sela, sekali lagi selaku wakil rakyat kawasan, terima kasih kerana dapat masjid baru Seri Kendong.

Dah dapek masjid ni Dato’ Yang Dipertua, saya ada satu masjid, sebut jo lah kek sinia kan, satu masjid, iaitu masjid di Bongek ni. Masjid Kariah Bongek. Topi jalan. Orang daripada Selemak tu nak masuk masjid tu, dia tiap kali masuk masjid tu dia langgar undang-undang. Nasib baik polis tak duduk situ Dato’ Yang Dipertua ya. Line, double line tu. Tapi dia tak ada cara lain nak masuk, dia kena jugak pergi situ, melintas. Sebelah sini curam, daripada jambatan KTMB turun, jadi Masjid Bongek ni antara masjid yang cukup ya, saya ingat kita kena beri perhatian. Saya harap Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan. Saya di Kota ni tak banyak mintak masjid Dato’ Yang Dipertua. Tapi yang ini saya kesianlah, ya. Saya dah jumpa jawatankuasa, jawatankuasa pun setuju kalau boleh dia nak apa, nak mintak masjid baru, dia kata kan. Pindahlah masjid tu daripada tepi jalan yang merbahaya. Satu hari besoklah Dato’ Yang Dipertua, kok celaka datang kan, orang tengah sembahyang Jumaat-lah, tengah ramai-ramai turun lori daripada jambatan tu, Dato’ Dipertua boleh bayang tak, jambatan tu tinggi cam tuhaa sampai atas, turun junam bawah, masjid hujung tepi, kalaulah satu hari sok berlaku orang kata malapetaka, agak eh lori tu masuk kat dalam masjid tu, saya ingat merbahaya. Jadi itu satu saya yang mintak bagi masyarakat terutamanya masyarakat Kampung Bongek nak dapat masjid. Tak kisahlah, tak tahun ni, tahun dopan, tak tahun dopan,

tahun lagi satu. Pokoknya kita dah bawak dalam Dewan untuk kita mohon supaya dapat pertimbangan daripada ehsan kerajaan untuk memindahkan masjid tu kepada lokasi yang lebih selamat. Banyak maso lagi Dato’ Dipertua, ado lagi kan? Haa, 2 minit. Baru 10 minit Dato’ Dipertua ya, ada lagi. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

5 minit.

Jadi, haa ini cerita lama Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Last sekali.

Tak ada, tak ada, ada lagi Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi?

Ada 3, ada 3 – 4.

Yang Dipertua Dewan

Kang kawan lain tak dapat kang.

Banyak lagi ni Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua kata, Dato’ Yang Dipertua suruh, kata semalam sahabat. Tak akan sahabat buek macam ni?

Yang Dipertua Dewan

Haa okay okay teruskan.

Yang seterusnyalah, tak ingat nombor berapo dah haa. Mintak pegawai catit jolah yo. Ini, Muzium Rembau ni Dato’ Yang Dipertua. Muzium Rembau, duduk kek Astana Rajo. Hari tu saya bagi peruntukkan buek apa tu, high rise lampu tu, yang murahlah, 10 – 15 ribu tu. Bueklah. Jadi saya mintak ni, kita ada pelancongan dilulus macam-macam bajet ni, bawaklah pelancongan ke sana Dato’ Dipertua ya. Pegi Gunung Datuk, habih Gunung Datuk datang Muzium Ghombau, tengok Muzium Ghombau, pergi kubur apa, kubur Raja Melewar ya. Habis tu pergi Sungai Timun, pergi makan udang, udang dia sedap. Hari tu saya pergi Tanjung Piai, bila saya pergi satu kedai tu, order nasi, haa lauk mintak ikan, ikan tak ado, mintak sayur, tak ado. Jadi kau jual apo sini jang? Udang yo, kata dio. Jadi saya order udang. Jauh sodap udang Sungai Timun daripada sungai di kampung Piai. Jadi kalau ini kita promosikan di peringkat pelancongan, disebut banyak kali ni Dato’ Dipertua, jadi saya harap ni ada bajet, ni saya tengok ada bajet pelancongan ni, gunalah sikit. Saya tak mintak banyak, kalau dapat dipromosikan haa, supaya orang datang. Dulu ada cerita-cerita nak buat gabungan dengan ni, hotel dekat PD tu, datang tengok kunang-kunang, dah sebut dalam Dewan dah Dato’ Yang Dipertua ….

Yang Dipertua Dewan

Kunang-kunang.

Kunang-kunang, kolip-kolip.

Yang Dipertua Dewan

Yo kolip, tau.

Mana satu yang biaso sobut ni, kunang-kunang ke, kolip-kolip? Kolip-kolip? Api-api? Haa. 3 namo, Dato’ Yang Dipertua, bondo eh satu, yo. Tapi 3 namo yo. Dalam Negeri Sembilan, rasa tu yang ado. Situ jo. Jadi, yelah buatlah, saya nak cakap banyak-banyak pun, kita, saya ingat kita faham. Tapi apo guno bajet kalau tak dapat kan. Saya, jadi saya harap bila ada orang datang tengok malam-malam tu, supaya kunang-kunang, Dato’ Dipertua dah tengok lom? Saya nak tanyalah.

Yang Dipertua Dewan

Haa?

Dah pergi tengok lom kunang-kunang, kolip-kolip ni?

Yang Dipertua Dewan

Haa, selalu.

Yang Dipertua Dewan

Selalu.

Kat, dekat Sungai Timun?

Yang Dipertua Dewan

Sungai Timun taklah.

Haa, pogi Sungai Timun, lobih indah daripada mano pun dalam dunia ni Dato’ Dipertua ya. Pergi sekali tengok haa. Seterusnya Dato’ yang Dipertua, ni anjing liarlah, boleh sebut ke anjing liar? Boleh sebut anjing liar.

Yang Dipertua Dewan

Apa dia?

Saya nak tanya YB Teo, anjing liar ni.

Yang Dipertua Dewan

Apa dia?

Saya pagi tadi Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Apa, anjing, anjing liar.

Anjing liar, nak pergi, datang Dewan ni. Jiran sebelah rumah tu panggil, haa dia panggil saya punya pembantu rumahlah. Saya ingat apa hal, saya nak keluar, nak copek. Apahal eh tu? Kucing mati To’, teh. Dia panggil saya abang, kucing mati bang, teh. Apahal kucing mati? Pergi tengok. Rupa kena anjing, kena gigit dek anjing liar. Saya kok sekor anjing, kucing saya mati saya tak boleh marah deh, dah berapa ekor ni, 3 ekor kucing saya mati Dato’ Yang Dipertua, kek anjing liar. Alamat rumah sey, RK6, YB Teo, RK6, tolonglah jago. Saya dah siap dah lastik, tapi kok marah lak orang. Anjing ni bukan hak orang ramai, tapi anjing liar.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, nanti saya hantar kontraktor.

Terima kasihlah YB. Sebab anjing liar ni, tak, digigit anjing tak apa Dato’ Dipertua, kalau digigit orang macam mano, kan. Anak kita, cucu kita, saya balik rumah malam-malam tu kan. Tapi ni

saya nak ucap banyak terima kasih kepada MPN, rumah saya tu MPN, dia dah pasang lampu. Hari tu saya bawak dalam Dewan, bawak dalam Dewan, dapek lampu, LED lak tu, semuo dapek. Meriah ya. Tapi anjing tolonglah selosai an ya.

Dan akhir sekalilah Dato’ Yang Dipertua, kang banyak-banyak kang tuan marah kek sey. Ado 2 lagi haa. Camno nak cakap ni. Ni orang baru kek Whatsapp kek saya ni Dato’ Dipertua, dia ni kontraktor, buek rumah, repair rumah, zaman BN dulu, kelulusan daripada Pejabat Menteri Besar, tapi tak berbayar sampai sekarang. Jadi saya mintak, saya bacakan ni supaya boleh baca Dato’ Yang Dipertua ya? Saya pun tak ingat namo orang ni, kona jo. Telefon ni time tokan-tokan tak jalan haa. Haa tu dia, ini rumah nombor 1, di Kampung Titian Bintangor, yang kedua Kampung Sungai Timun, baik pulih di, oleh 2 syarikat Gagasan Desa Enterprise dengan Ahli Klasik Enterprise. Satu 3 unit, satu 4 unit. Jadi, saya harap walaupun kerajaan terdahulu, saya dah bawak jumpa SetPol Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebenarnya ya, dapat jumpa dah, dia katakan, dia cakap ini oleh kerana surat tu adalah genuine, kita nak siasat rumah ni betul ke dah tidak repair. Jadi copekkanlah, dah setahun dah Dato’ Dipertua, 2 tahun dah kita menunggu eh, kan. Kita bantulah orang yang ni, dia pun tak ado banyak cerita eh doh, dia kato, dia kato ado rezeki adolah To’, tak ado rezeki apo nak buek an, teh kan. Tapi, sebagai kerajaan ini yang bagi, saya tengok surat kelulusan tu adalah kerajaan, tapi bila kita kerajaan tu, walaupun tu dulu, kita oblash ya. Kita oblash supaya dibayar ya, dibayar untuk, tak mahal pun, tak sampai 100 ribu pun ya. Jadi saya mintak kepada Kerajaan Negeri, mintak tolong tengok an sikit ya. Pejabat Daerah dah tengok, kata, dengarnya, dah sahkan apa, rumah tu dah pun dibaiki seperti yang ditetapkan dalam apa, permohonan surat permohonan dari Pejabat Menteri Besar. Walaupun Menteri Besar tukar, tapi obligation itu wajib kita laksanakan.

Dan akhir sekali, saya tengok bajet ni Dato’ Yang Dipertua ialah, ni, penyelenggaraan jalan 290 juta, MARRIS. Saya sebenarnya kawasan Kota dah banyak dah dapek dah, saya tak banyak, maleh nak ceghito banyak-banyak sebab dah banyak dapek. Cuma satu yo, nak tanya. Baru-baru ini saya dengar ada apa, teknologi baru ni apa, cup lump, apa benda cup lump, ni tar tu dicampur dengan gotahlah, apo namo eh tu? Saya pun tak ghoti nak nyobut eh lah, tak ponah donga kan. Cup, tapi saya tahu sobut cup lump yolah, cup lump, modified. Haa cup lump modified bitumen. Pandai ni Dato’ Dipertua ya, walaupun doktor ya, jadi, hal, hal-hal apa, hal-hal jalan ni tak faham sangat terminologi dia. Tapi, saya nak tahulah Kerajaan Negeri ada cadangan ke nak guna ni sebab saya difahamkan oleh LGM (Lembaga Getah Malaysia), ianya lebih baik, lebih baik, lebih bertahan lama dan menguntungkan buat

sama ada di jalan-jalan negeri, jalan persekutuan atau, persekutuan, persekutuan-lah, tapi di peringkat negeri, jalan negeri, jalan taman-taman. Jadi, saya nak tahu status perkembanganlah, sama ada perlu kita nak buat ni ya, sebab ada jugak yang tanya ni, sama ada sesuai atau tidak bagi kita di kawasan kita.

Jadi itulah saja Dato’ Yang Dipertua, saya ucap terima kasihlah terperanjat saya Dato’ Dipertua panggil nama. Selalunya bukan ke kita suka hati nak bangun tak bangun, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tak, lambek sangat nak bangunlah.

Lambek sangat bona nak bangun? Oleh kerana dipaksa saya bangun, saya cakaplah ya. Akhir sekali Dato’ Dipertua, terima kasih banyak kerana benarkan saya bercakap dan, membawa sedikit permasalah kawasan saya. Sebelum saya duduk tak selesai masalah, YB Teo jugaklah saya mintak, dewan orang ramai di Pekan Kota, bilalah tahun eh agak eh. Agak eh sampai saya dak berhenti baru dapek agak eh. Dewan orang ramai di Pekan Kota tu. Lamo mintak ni. Nak maghah pun tak dapek Dato’ Dipertua. Mengoloh ajo lah, yo, mengoloh jo. Semonjak sayo mulo-mulo jadi wakil rakyat. Saya dah 4 penggal dah ni. Mintak haa, isu tanahlah, lopeh tanah masalah. Habis selosai masalah, isu balai, balai apa, balai rayalah lamalah, badminton court lamolah, akhir sampai apa, rumah penghulu, haa ni penghulu apo ni, YB, mano deh? YB Pilah mano? Haa? Dia tak datang ko? YB Pilah mano Dato’? Tak datang? Maso YB Pilah ni maghin dia kawan, sahabat jugak tu, masa dia jadi penghulu maghin, tu lah rumah dia duduk, Dato’ Dipertua, ya. Jadi kawasan tu tak ado orang nak duduk lagi dah, penghulu pun tak ado, apo pun tak ado. Makno robohlah semua tu bueklah dewan kan. Jadi YB Teo, haa bangunlah …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua, memandangkan Yang Berhormat Kota dia sebut-sebut nama saya saja, saya pun rasa terpanggil untuk berdiri nak memberi sedikit maklum balaslah. Walaupun ni belum sampai sesi gulung. Cuma untuk maklumat Yang Berhormat Kota, saya rasa di kawasan Kota, tahun depan, kita akan mulakan projek pembangunan balai Bomba di kawasan Kota, haa. Tahun depan itu kita akan buat untuk balai bomba.

Dan seterusnya untuk permohonan yang Berhormat apa, ni, mengenai dewan orang ramai, Kota kan, tadi Yang Berhormat pun kata dah 10 tahun mintak belum dapat lagi, saya pun berasa simpati terhadap Yang

Berhormat. Tapi tak apa, memandangkan Yang Amat Berhormat pun ada di sini, saya rasa kita akan cuba sedaya upaya untuk membuat sapaya, Yang Berhormat Kota tak dapat buat selama 10 tahun, 4 penggal menjadi wakil rakyat. Terima kasih.

Terima kasihlah Yang Berhormat, balai bomba ni tahun lopeh pun dah sebut ya, tapi belum buat lagi …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Kita akan buat, kita akan buat.

Saya mintak balai bomba ni buat besar-besar, siapkan dewan sekali, sonang, haa. Jadi itu sajalah Dato’ Yang Dipertua, terima kasih bagi saya kebenaran untuk bawak masalah kawasan saya. Saya ucap tahniah pada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat atas pembentangan bajet kita. Tahniah jugak kepada ahli-ahli penjawat awam negeri ya, yang dapat bonus, apa, minima 2,000.00 kan, dan atau sebulan gaji. Saya harap bajet ni dapat kita tunaikan ya, permasalahan, menyelesaikan semua permasalahan masyarakat. Cuma satu lagi, akhir sebelum saya duduk Dato’ Yang Dipertua, saya nak buat teguran sikitlah. Saya nak bagitahu jugak kawan ahli-ahli Yang Berhormat lain ni. Dia undang-undang eh, bila Speaker tu bangun, semua eh kono immediately tutup mulut and duduk. Saya jadi Speaker maghin tak pernah saya bangun doh. Tapi bila Yang Berhormat Speaker kita ni agak eh dah tak tahan tadi, bangun deh. Saya pun kata, wah, saya kata kan. Bila saya tinjau belakang tak ada yang duduk. Sama ada dia orang ni tak faham ke Dato’ Dipertua ke, tapi tak tahu. Tapi saya sebagai ex-Speaker, adalah ilmu sikit. Kita kena respect ni, sahabat ni, tadi kata sahabat kan, jadi, bila Speaker bangun, tolonglah ya. Bila kita sebagai ahli Dewan nak gheti nak hormat Speaker macam tu, susahlah. Lagi dia bangun, lagi bergaduh ya. Apa punca gaduh saya pun tak tahulah kan. Jadi terima kasih Dato’ Dipertua, saya ucapkan, dan terima kasih atas peluang yang dibagi kepada saya.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya rasa banyak permintaan tu.

Banyak banyak.

Yang Dipertua Dewan

Nampak ada tunaikan, ada yang belum tunaikan. Inshaa Allah sampai penggulungan besok, Yang Berhormat EXCO dan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat akan, akan maklumlah mana-mana permintaan yang boleh ditunaikan, inshaa Allah. Seterusnya saya bukaklah kepada Yang Berhormat lain yang ingin nak, Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi izin kepada saya untuk turut serta membahaskan Rang Undang-Undang perbekalan bagi tahun 2020 ini.

Dato’ Yang Dipertua, lanskap ekonomi negara pada hari ini dan pada masa yang terdekat ini nampaknya sangat membimbangkan. Sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau pagi tadi, dari segi pertumbuhan ekonominya menunjukkan trend yang menurun. Ringgit Malaysia juga bukan saja merosot berbanding US Dolar ya, tetapi merosot juga berbanding matawang Singapura, matawang Thailand, Vietnam dan juga Kemboja. Dan walaupun Ringgit ini merosot, peliknya kadar peningkatan eksport negara juga jauh merosot. Bagi tahun, bagi tempoh Januari hingga Ogos 2018, peningkatan eksport ini adalah sebanyak 68%. Tetapi bagi tempoh yang sama Januari – Ogos 2019, peningkatan ini cuma 0.4% sahaja. Jadi, dan pasaran saham pula, menurut Bloomberg, pasaran saham Malaysia menunjukkan prestasi terburuk di kalangan semua pe, pasaran utama di dunia. Dan pada masa yang sama, harga komoditi seperti sawit dan getah, masih terus rendah dan harga barang termasuk komponen makanan sepertimana yang diakui Yang Amat Berhormat Sikamat semalam, hari Jumaat lepas, terus meningkat naik. Dan pada masa yang sama, janji-janji tol, PTPTN, harga minyak, minyak diesel, minyak petrol masih lagi belum diturunkan.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, di, di, di kala kehimpitan ini, saya yakin kerajaan hari ini, dan kita semua setuju bahawa antara objektif utama bajet kita adalah untuk memastikan yang kehimpitan rakyat hari ini dapat kita kurangkan dengan bajet yang kita bentangkan ini.

Sebelum saya berbahas dengan lebih lanjut, saya nak mohon pencerahan daripada kerajaan, kerana minggu lepas ada berita yang boleh dikatakan agak menggemparkan kami di DUN Linggi apabila diberitakan bahawa akan dibina kilang super drone, dengan izin, artificial intelligence di, di Linggi. Pertamanya, saya mohon kepastian sama ada perkara ini adalah sah atau tidak. Dan keduanya jika benar, adakah ini projek kereta terbang, yang, yang sama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan. Dan jika benar, di mana di, di,

di, di Linggi kilang ini akan dibina. Di mana di Linggi dan, kampung mana, lokasi mana kan. Dan apakah keistimewaan, kelebihan, keutamaan yang diberikan kepada penduduk di, di DUN Linggi ini oleh kilang yang bakal dibina ini, inshaa Allah.

Dato’ Yang Dipertua, saya secara peribadi saya tak ada halangan, asalkan kilang ini dibina tanpa menggunakan dana ataupun duit cukai rakyat ya. Dalam pada kita mengejar ekonomi pelaburan dan apa saja teknologi super canggih ini, jangan tinggalkan perkara-perkara yang lebih asas kerana saya rasa duit kerajaan tak wajar untuk kita belanjakan untuk buat kereta terbang ni kerana saya rasa rakyat kita khususnya di Linggi tak berapa ramai sangat yang nak beli kereta terbang ni deh. Sebaliknya, sebelum terbinanya, kalau pun terbinanya kilang ini, kita pastikanlah perkara-perkara yang lebih asas khususnya di DUN Linggi itu dapat kita selesaikan terlebih dahulu.

Dato’ Yang Dipertua, pertamanya, perkara asas di DUN Linggi, bekalan air terawat. Pada sidang bulan September tahun 2018, dah, dah lebih setahun ya, menjawab soalan saya berkenaan projek bekalan air ke Kampung Air Hitam Batu 20 Ladang Sengkang, yang telah dimasukkan sebelum ini dalam senarai sistem retikulasi tahun 2017 lagi, kerajaan hari ini telah mengesahkan bahawa projek ini akan diteruskan. This is the way back in 2018. Cuma sehingga hari ini, Dato’ Dipertua, masih lagi tidak kelihatan apa-apa kerja pemasangan atau penyambungan paip bagi pemohon-pemohon di Kampung Air Hitam ni. Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, Kampung Air Hitam ni yang tak ada air, bekalan air biasa je, dia ada lebih kurang 6 buah rumah, 5 keluarga, dan sehingga hari ini Dato’ Yang Dipertua, mereka ini menggunakan sumber air perigi. Air periginya Dato’ Yang Dipertua, kotor dan tidak, tidak sesuai untuk digunakan untuk makan minum. Untuk basuh longkang, untuk siram pokok bolehlah, tapi untuk makan minum memang tidak, tidak, tidak boleh sama sekali. Nak basuh baju pun saya rasa tak sesuai, pasal air dia kotor, warna kuning.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, kelompok rumah ini hanyalah lebih kurang 2 kilometer daripada jalan besar, Jalan Pengkalan Kempas ke Tanjung Agas, ataupun daripada sumber paip air di Ladang Tarzan di belakangnya itu. Jadi, saya kira dengan lebihan pendapatan yang dibentangkan oleh kerajaan dan unjuran lebihan untuk tahun hadapan, saya mohon sangatlah supaya kemudahan asas ini dapat disediakan kepada penduduk, 5 orang penduduk di, 5 keluarga di Kampung Air Hitam ini.

Perkara asas yang kedua Dato’ Yang Dipertua, adalah perkhidmatan bas. Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat,

Jumaat lepas ada menyatakan bahawa perkhidmatan bas percuma akan diteruskan. Jadi kalau, masuk tahun depan, maka akan 2 tahun bas, perkhidmatan bas percuma akan di, disediakan di kawasan Seremban. Dan semalam katanya akan dilanjutkan, diperluaskan ke kawasan Jempol. Saya tak ada masalah, eloklah kita bagi bas percuma. Cuma saya ada kesukaran untuk menjelaskan kepada masyarakat di Linggi mengapa di Seremban yang pengangkutan lain, alternatifnya lebih mudah didapatkan macam teksi ke, Grab ke, LRT pun ada, diberikan bukan saja perkhidmatan bas tetapi percuma, tetapi di Linggi perkhidmatan bas langsung tak ada. Bukan semua tempat, ni antara Pengkalan Kempas sampai Pasir Panjang, dan daripada Tanjung Agas sampai Pasir Panjang. Ni kritikal kerana dalam kawasan ini ada 3 sekolah rendah, satu sekolah menengah dan satu Kolej Uniti. Jadi saya agak pelik mengapa perkhidmatan bas percuma diberikan di kawasan yang banyak pengangkutan alternatif, tetapi di Linggi, perkhidmatan bas ni tak ada. Masa BN dulu ada, Dato’ Dipertua, masa, masa sebelum, sebelum ni ada. Tapi bila, kerajaan hari ini mengambil alih, dihentikan. Jadi, saya mohon supaya perkhidmatan bas ini di, dimulakan semula. Saya tak nampak alasan kerana kalau boleh beri bas percuma di Seremban, mengapa tak boleh diadakan perkhidmatan bas. Kita tak mintak percuma pun, khususnya waktu pergi sekolah dan balik sekolah untuk membantu rakyat kita mendapatkan kemudahan asas ini. Dia agak ironic sedikit kerana bantuan anak sekolah ini, dia punya singkatan dia BAS, tetapi di Linggi, bantuan ni kalau bagi pun, anak-anak kita tak dapat nak naik bas di Linggi, Dato’ Dipertua.

Seterusnya, macam saya sebut tadi, harga sawit masih lagi rendah. Tanaman sawit dan banjir di Kampung Pelebar Baru, Pasir Panjang. Ada lebih kurang 100 ekar lebih ya, tanaman sawit di situ, yang dimiliki dan diusahakan oleh masyarakat Orang Asli di Kampung Pelebar Baru. Kawasan ini dan pemilik-pemilik ini dibelenggu oleh masalah banjir hingga menyebabkan kebantutan tumbesaran pokok-pokok sawit ini dan sudah tentunya menyebabkan hasilnya sangat kurang. Ialah harga sawit rendah, hasil kurang, dan mereka ini sekarang ini menghadapi masalah yang sangat besar dalam kehidupan pendapatan seharian mereka. Dan puncanya Dato’ Yang Dipertua, adalah perparitan dan saliran yang tidak sempurna. Sekali lagi, perkara ini tak, tak sukar untuk kita atasi dan permohonan telah pun lama dimaklumkan, Pengerusi MPKK pun ada maklum kepada saya, dan dia ada maklumkan pada pihak kerajaan, jadi sekali lagilah saya mohon dengan lebihan bajet yang kita ada ni, kita selesaikan masalah mereka ini.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, di Linggi ini, dia penduduk punya dia, majoritinya orang warga emas. Ramai orang warga emas. Dan warga emas ni ramai jugak yang menghadapi sakit termasuk sakit buah

pinggang yang memerlukan rawatan dialisis. Malangnya, tempat yang paling dekat sama ada di Port Dickson atau di Kuala Pilah, pusat dialisis ini adalah sukar untuk, menyukarkan, menyulitkan mereka Dato’ Yang Dipertua, mereka dan keluarga mereka. Dengan belanja untuk buat rawatan dialisis ini dengan dia punya transport untuk pergi dan balik. Jadi, saya mohon supaya pusat dialisis ini diperbanyakkan dan kalau boleh, saya rasa wajar untuk diwujudkan satu pusat rawatan dialisis ini di, di DUN Linggi.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, perumahan. Kita semua sedia maklum sektor perumahan sekarang ini menghadapi kemelut. Tapi sejak dulu lagi, perumahan mampu milik memang sentiasa menjadi permohonan tinggi di kalangan masyarakat. Saya nak merujuk secara khususnya permohonan pembinaan rumah di tanah kerajaan Kampung Tampin Linggi. Sebelum ini saya pernah bertanyakan dalam soalan bertulis saya, tentang cadangan dan status permohonan ini, dan jawapan yang diberikan ketika itu adalah, tanah tapak tersebut telah dimasukkan dalam senarai 11 lokasi cadangan untuk projek PPR oleh KPKT. Jadi alhamdulillah. Cuma, saya agak khuatir sedikit, dalam soalan bertulis saya pada kali ini, pada sidang Dewan kali ini, bertanyakan tentang status ataupun perkembangan terkini berkenaan dengan projek ini, jawapan yang diberikan, lain macam sikit bunyinya, Kerajaan negeri sebelum ini telah memperakukan tapak tanah ini bagi maksud pembinaan projek perumahan rakyat oleh KPKT, okay. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan mengenai hala tuju baru bagi projek PPR dan perincian mengenai hala tuju tersebut akan diperolehi dari KPKT. Jadi saya mohon Dato’ Yang Dipertua, daripada kerajaan, supaya memberikan penjelasan atau pencerahan, apakah yang dimaksudkan dengan hala tuju baru ini kan. Kerana saya tak dapat nak gunakan ini sebagai jawapan kepada masyarakat yang telah lama menantikan pembinaan projek tersebut.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, pada perbahasan belanjawan tahun lepas, saya juga ada mencadangkan dan cadangan ini saya kira disambut baik oleh EXCO Belia Dan Sukan iaitu pembinaan kompleks sukan di DUN Linggi khususnya di Kampung Sawah. Kampung Sawah, Sunggala yang mana kawasan itu kepadatan penduduknya adalah tinggi, dan belia di situ jugak adalah ramai. Dan sewaktu menggulung, saya percaya YB EXCO ada menyebut bahawa kerajaan akan memohon secara bertulis kepada kementerian, pelbagai kemudahan akan di, dimohon. Dan hari ini sekali lagi, setelah setahun saya mohon pencerahan ataupun maklum balas daripada kerajaan, apakah status permohonan ini.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, Malaysia Vision Valley dan sektor pelancongan di DUN Linggi. Dulu Dato’ Yang Dipertua, semasa Malaysian Vision Valley ini diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, DUN Linggi ni telah dimasukkan dalam koridor ini bawah kluster eko pelancongan dan agro pelancongan. Dan pada penggal yang lepas, soalan bertulis saya, September tahun lepas, saya bertanyakan tentang perancangan seterusnya. Jawapan ketika itu adalah, semua perancangan berkenaan MVV akan diperhalusi atau dilihat semula. Sekarang ini dah lebih setahun Dato’ Dipertua, saya ulang balik, saya mohon balik pengesahan daripada kerajaan dan saya harap DUN Linggi ini kekal dalam koridor MVV bawah kluster eko dan agro pelancongan kerana DUN Linggi ni kaya dengan flora dan faunanya dan sesuai dimanfaatkan untuk sektor pelancongan. Antara lokasi adalah, tersebut adalah Jeti Sungai Linggi di Pengkalan Kempas dan Tanjung Agas. Sungai Linggi ni kita bukan sudah lama terkenal dengan udang galah dan buayanya, tetapi di sini jugak ada kelip-kelip dan ada bangau yang boleh menjadi tarikan kepada pengunjung. Ini adalah alasan mengapa dulu kita masukkan di bawah koridor MVV bawah kluster tersebut. Tetapi saya agak khuatir Dato’ Yang Dipertua, bila jawapan soalan bertulis saya di sidang Dewan kali ini, menyatakan bahawa, pada masa ini tiada perancangan dan tiada peruntukan untuk menjadikan kompleks eko pelancongan di situ.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, sebelum ni tahun 2013/2015 kita dah belanja ratusan ribu untuk pembinaan jeti dan bangsal di situ, dan saya kira, baik, saya terima kasih kerana baru-baru ini saya percaya ada pembinaan tulisan batu di Jeti Pengkalan Kempas itu, tetapi saya rasa untuk merancakkan aktiviti ekonomi di situ yang lebih perlu dalah pemasangan lampu menerangkan jeti tersebut. Kerana aktiviti memancing ini, melihat kelip-kelip dan bangau ni, berlaku waktu senja, petang, petang senja hingga ke malam. Dan jika diterangkan jeti tesebut untuk dia orang naik turun perahu, tambat perahu, dia akan banyak membantu Dato’ Yang Dipertua. Dan untuk tujuan yang sama jugak, saya cadangkan dulu, dulu lagi untuk pembinaan surau di situ bagi memudahkan pengunjung, pengusaha dan juga nelayan di situ untuk, untuk menunaikan solat. Jadi, Dato’ Yang Dipertua saya, saya mohon bagi memastikan yang aktiviti ekonomi di situ khususnya kepada nelayan, pengusaha dan juga pengunjung dapat bercambah dengan baik, saya mohon supaya pertamanya yang DUN Linggi ini dikekalkan di bawah koridor MVV dan permohonan-permohonan sebelum ini dilihat dan diluluskan secepat mungkin.

Selain daripada itu, asas juga Dato’ Yang Dipertua, adalah permohonan untuk menaik taraf jalan crusher run yang sedia ada daripada Pekan Linggi susur Sungai Linggi itu hingga ke jambatan Sua Betong. Pada

masa yang lepas, saya telah bangkitkan perkara ini, dan saya difahamkan memang secara dasarnya kerajaan bersetuju untuk meningkatkan naik taraf ke jalan tar R2, tetapi sekali lagi sehingga ke hari ini, belum ada nampak apa-apa perkembangan terhadap projek tersebut. Ini penting Dato’ Yang Dipertua, kerana seperti banyak perkara lain, sepanjang jalan itu banyak tanah-tanah terbiar. Antara sebab tanah terbiar ni tak dapat diusahakan adalah jalan raya ataupun akses yang tidak sempurna. Jadi kalau kita dapat bina jalan tar ini, R2 ini, dia bukan sahaja akan memendekkan perjalanan daripada Linggi ke Port Dickson, tetapi dalam masa yang sama dapat dimanfaatkan oleh semua penduduk-penduduk kawasan tersebut untuk menambah baik dan meningkatkan aktiviti ekonomi khususnya dari segi pertanian, pelancongan dan juga penternakan.

Baik, akhir sekali, akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, ni berkenaan dengan keselamatan dan keamanan negara. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Sikamat, Jumaat lepas, di penghujung itu beliau ada merakamkan penghargaan kepada khususnya PDRM dan agensi keselamatan yang lain kerana pengorbanan mereka menjaga keamanan dan keselamatan negeri dan negara ini. Pagi tadi, EXCO Perpaduan juga ada menyeru kepada kita semua untuk memastikan yang keamanan dan keselamatan negara ini memerlukan kerjasama dan semua pihak tak kisah ya, parti mana dan sebagainya. Dan pada saya Dato’ Dipertua, saya rasa semua setuju bahawa ancaman keselamatan yang paling besar dan paling bahaya dan malah paling berleluasa dalam dunia hari ini adalah ancaman keganasan ataupun terorisme. Dan Dewan ini dalam sidang yang lepas sendiri melalui usul tergempar yang dibawa oleh kerajaan sendiri telah sebulat suara bersetuju, diluluskan tanpa bahas bahawa terorisme ini, keganasan ini kita kecam dan kita tak nak beri ruang langsung di dalam, untuk bertapak di dalam negeri ini.

Oleh yang demikian Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini ingin merakamkan ya, gesaan, pada masa yang sama sokongan kepada PDRM untuk terus mengekalkan keselamatan negeri dan negara ini tanpa mengira pangkat atau kedudukan suspek atau tertuduh dan tanpa rasa takut-takut dan tanpa rasa pilih kasih ya, dengan izan, dengan izin, without fear or favor. Pada masa yang sama, ini saya nak tekankan Dato’ Yang Dipertua, tanggungjawab semua pihak ini, kita menggesa semua pihak memberi kerjasama kepada PDRM dan saya bagi pihak Linggi mengecam dan menyelar sekeras-kerasnya apa-apa jua bentuk campur tangan mana-mana pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti, baik dalam kerajaan atau luar kerajaan, yang cuba menekan atau mempengaruhi PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab yang sangat penting dan kritikal ini. Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan keselamatan dan keganasan, keganasan, aktiviti ini bukan aktiviti yang

dibuat secara terbuka, dia dibuat secara senyap-senyap, dibuat secara rahsia secara sulit, banyak tipu muslihat. Yang tahu perkara ini Dato’ Dipertua, adalah polis dan agensi keselamatan. Kalau kita Dato’ Yang Dipertua, tak percaya kepada polis, nak percaya kepada siapa lagi. Jadi, saya menyeru kepada semua, pastikan yang ini bukan satu perkara yang kita boleh ambil mudah, boleh kita gunakan sebagai modal politik. Sekian, Dato’ Yang Dipertua, sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Tadi, Gemencheh nak mintak cakap tadi saya tengok, tak jadi?

Dato’ Yang Dipertua, saya cuma nak mintak senarai tu, kalau ada senarai, serah kat kita, kita senang nak bersedia.

Yang Dipertua Dewan

Setiausaha.

Dato’ Yang Dipertua, saya cadangkan ikut keselesaan kitalah Dato’ Speaker ya.

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi peluang pada yang nak bercakaplah. Jeram Padang. Saya ni suka bagi, kita demokrasi kan, saya bagi peluang yang lain.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana membenarkan saya membahas ke atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 ini. Oleh kerana masa yang diberikan adalah lebih kurang 15 minit dan tempoh hari saya dah hilang 15 minit daripada 20 minit yang diberikan. Jadi saya ingin gunakan waktu ini dengan sepenuhnya.

Dato’ Yang Dipertua, pembentangan bajet tempoh hari, nampaknya merangkumi beberapa perkara. Tetapi ada juga saya fikir ada kekurangan. Yang pertama, saya ingin dapatkan sedikit penjelasan tentang istilah yang telah digunakan iaitu istilah bawah perenggan yang ke-10, 7 teras strategi. Teras yang ke-4 adalah Pengukuhan Pasaran Buruh dan peningkatan pampasan pekerja. Dan oleh kerana tiada contoh yang diberikan untuk mengukuhkan penerangan tentang strategi ini, saya kurang yakin dan surang, kurang faham tentang isitilah pengukuhan pasaran buruh dan peningkatan pampasan

pekerja. Kerana pampasan pekerja ini sudah pun termaktub dalam Akta Buruh tahun 1952. Itulah yang digunakan sehingga ke hari ini untuk membayar pampasan pekerja jika ada kehilangan kerja. Dan apa sebabnya strategi ini disenaraikan di situ, saya tak faham. Jadi saya berharap pihak kerajaan dapat memberikan sedikit penjelasan tersebut, sama ada Kerajaan negeri sudah menganggarkan bahawa ramai akan dibuang kerja ke, ataupun Kerajaan Negeri akan meningkatkan pampasan dari sudut nilai ringgit ke, saya kurang faham. Jadi saya berharap pihak kerajaan dapat memberikan penjelasan.

Perkara yang kedua adalah tentang ternakan di kawasan perladangan. Ternakan di kawasan perladangan ini sudah menjadi satu isu besar sejak kebelakangan ini khasnya selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan Putrajaya dan juga negeri. Syarikat-syarikat ladang telah, sama ada tidak membenarkan pekerja ladang ataupun bekas pekerja ladang daripada menternak sama ada ternakan lembu, ataupun kambing, ayam, itik. Sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, program penternakan ini telah mula sejak tahun 1974. Ia adalah sebahagian daripada dasar jaminan bekalan makanan yang telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu PM yang kedua. Dan pada ketika itu, Presiden MIC adalah Tan Sri V.Manickavasagam dan beliau adalah Menteri Buruh. Beliau telah berunding kepada semua syarikat untuk membenarkan pekerja-pekerja itu menternak agar mereka dapat menampung sedikit pendapatan tambahan untuk menyara hidup. Itulah sebabnya sehingga ke hari ini, setiap ladang secara puratanya ada ternakan sama ada lembu ataupun kambing. Masalahnya juga, ada juga dikatakan bahawa bukanlah pekerja yang menternak tetapi bekas pekerja. Tetapi bekas pekerja-pekerja bermaksud mereka sebenarnya adalah daripada keluarga bekas pekerja ladang tersebut.

Jadi saya berharap, Yang Berhormat Nilai ini dapat mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat ladang agar dapat menyediakan sedikit ruangan untuk mereka menternak di dalam setiap ladang. Selama ini tak ada isu, selama ini ada isu pun, ada masalah pun kami duduk bersama dan kami telah selesaikan. Apakah sekarang tiba-tiba ia tak boleh diselesaikan sehingga perlu dihalang, perlu diusir. Ke mana mereka akan bawak begitu banyak lembu dan kambing dan banyak masalah timbul. Ini bukan saja di sini, di Port Dickson, sebagai contoh ladang air, Ladang Tanah Merah adalah salah satu daripada ladang yang telah terpapar dalam surat khabar. Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya ada banyak janji yang telah diberikan kepada masyarakat India sebelum yang PRU 14. Diberikan janji bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan mewujudkan tanah ala FELDA/FELCRA agar masyarakat India bawah B40 ini dapat menternak. Tetapi sehingga ini tiada apa-

apa langkah positif yang saya nampak. Jadi sekurang-kuranglah saya berharap penternakan ini dapat diteruskan, dibenarkan diteruskan. Mungkin mereka boleh cari cara-cara yang baik, mungkin kawasan itu dikhaskan, di satu sudut ladang tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, tentang bantuan ibu tunggal. Perkara yang ketiga jika tak salah. Ada program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan iaitu Program Power House Wanita Gemilang dengan 27,416 orang telah mengambil bahagian dalam 180 program. Saya ucapkan terima kasihlah dan tahniah. Tetapi pada masa yang sama saya ingin tahu, berapa banyak program ini telah dilaksanakan di kawasan ladang dan berapa ramai telah mendapat manfaat daripada kawasan luar bandar ini. Dan saya juga cadangkanlah agar, jika tiada, sebelum ini tiada, bawaklah program ini ke ladang, adakanlah program ini dengan kerjasama pihak pengurusan ladang, boleh juga saya cadangkan, bahasa ibunda boleh digunakan agar apa yang dah nak sampaikan oleh, melalui program ini dapat sampai dengan berkesan.

Dato’ Yang Dipertua, jalan-jalan di ladang. Biasanya jalan-jalan ladang ini tidak akan diturap. Tetapi semasa saya menjadi ahli EXCO, 2 ladang, jalan ladang telah diturap. Satu di Ladang St. Helier, satu lagi adalah ladang ke Jeram Padang. Biasanya alasan yang diberikan oleh kerajaan adalah jalan ini adalah tanah milik persendirian. Maka kerajaan tidak boleh belanjakan. Tetapi ada juga kelonggaran di situ apabila kita dapat kebenaran daripada syarikat ladang untuk jalan itu diturap, maka kita boleh turap. Itulah caranya yang telah saya gunakan di Ladang St. Helier dan di jalan, jalan Jeram Padang. Jadi apa salahnya Kerajaan Negeri daripada pendapatan yang begitu banyak tahun ini, anggarannya adalah sampai 450 lebih juta, saya cadangkan pada Kerajaan Negeri juga untuk mempertimbangkan sedikit, mungkin 5 juta ke, untuk menurap jalan-jalan ladang. Di situ daripada rekod yang saya terima ni ada lebih kurang 7,000 lebih warga asing yang bekerja dan 3,500 warga tempatan yang bekerja di ladang. Jadi apa salahnya mereka kemudahan jalan berturap, Kerajaan Negeri bolehlah memperuntukkan. Saya berharap EXCO perladangan ini dapat memberikan tu, perhatian tentang perkara tersebut.

Tentang apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Kota, iaitu anjing liar. Saya juga ingin nak sentuh di sinilah. Saya tak pasti sama ada pencinta-pencinta haiwan seperti anjing liar, anjing ini, pernah mohon secara bertulis ataupun hanya bincang dengan Yang Berhormat Bahau untuk mendapatkan tanah agar mereka boleh menjaga anjing-anjing ataupun ikan-ikan yang ditangkap oleh pihak Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran. Saya tak bertentangan dengan apa yang

dilakukan oleh Majlis Daerah ataupun Majlis Perbandaran, tetapi saya pegang pada istilah bahawa setiap makhluk di dunia adalah ciptaan tuhan. Jadi apa salahnya Kerajaan Negeri ini carilah tempat mereka yang, bila saya jumpa dengan pihak pertubuhan-pertubuhan pencinta haiwan peliharaan ini, mereka kata mereka tak ada tempat. Jadi, kita janganlah jadikan tangkapan anjing liar ini sebagai satu business. Sekarang saya nampak satu pasukan bergerak. Itu memang baik, saya, saya tak halang. Tetapi apa salahnya kita tangkap, kita serahkan pada mereka dan berilah mereka sedikit tanah. Mungkin dengan Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, kita boleh carikan 1 – 2 ekar di sana. Mungkin Port Dickson, Rembau dengan Tampin pula satu, satu tempat. Mungkin Seremban lagi satu tempat. Mungkin secara keseluruhannya mereka perlukan lebih kurang 5 – 6 ekar sahaja. Kalau Kerajaan Negeri Sembilan ini mengambil ten, berat tentang perkara ini, maka anjing liar ini boleh kita serahkan pada mereka, mereka akan jaga. Mungkin kita boleh berikan sedikit peruntukkan dan mereka ada ramai lagi yang akan memberikan derma untuk tujuan tersebut. Jadi, saya berharap pihak Kerajaan Pakatan Harapan ini memberikan tumpuan yang lebih dan prihatinlah kepada haiwan tersebut kerana ini sejak kebelakangan ini, orang beritahu bahawa kerajaan sekarang jadikan tangkapan anjing liar ini sebagai satu business kerana dah diserahkan kepada pihak, sesuatu syarikat, mereka tangkap, mereka sekarang dah kira, kalau hari ini saya tangkap 10 ekar anjing, maka itulah pendapatan saya. Jadi, perkara ini perlu berubah kerana anjing juga ada hak untuk hidup dan mati di sini. Jadi tak perlu kita tangkap dan terus matikan. Apa yang Dato’ Kota kata tadi, Dato’ Seri Kota kata tadi, saya pun ada kehilangan 3 ekor kucing kerana digigit oleh anjing liar.

Dato’ Yang Dipertua, mencelahlah. Beza sikit Yang Berhormat. Kucing ni kucing kesayangan. Itu beza …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sama.

….. sikit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sama. Kucing kesayangan. Pada, kucing yang di rumah saya pun ada 6 kucing kesayangan yang masih lagi saya bela, itu adalah kucing bukan saya beli daripada kedai. Tetapi orang buang dekat pasar, buang dekat apa ni, rubber estate, saya bawak, saya pelihara. Jadi, saya nak jaga kucing, saya nak jaga anjing liar. Jadi, dua-dualah.

Yang berikutnya Dato’ Yang Dipertua, jangan marah Yang Berhormat [ditujukan kepada YB ADUN Kota].

Haa ini tentang lapangan terbang. Sekarang ini kita banyak ….. [YB ADUN Bahau mencelah secara off mic].

Ya, kita kena. Kita ada banyak ada inisiatif-inisiatif daripada Kerajaan Pusat. Salah satu daripada inisiatif yang menjadi klimaks pada ketika ini adalah kereta terbang. Jadi, bila ki, satu hari Khamis lepas sepatutnya dah terbang, tetapi tidak dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Walau bagaimanapun saya masih yakin kepada Menteri pada satu hari nanti kereta ini akan terbang di ruang angkasa kita ni. Jadi saya cadangkan, mungkin apabila ada kereta yang terbang, kita perlukan lapangan kereta terbang. Jadi, Jempol saya cadangkanlah Kerajaan Jempol, apa ni, Kerajaan Tempatan ini untuk menggunakan peluang ini agar Jempol atau Jelebu ini dijadikan untuk mewujudkan lapangan terbang kereta terbang. Industri sampingan seperti nak buat enjin ke, industri kipas ke, industri nak buat tyre itu memang dapat menyediakan peluang baru, peluang pekerjaan baru kepada masyarakat di Jempol ataupun Jelebu. Dan tempat untuk lapangan ini di Seremban memang tak sesuailah kerana ruang PD ini adalah ruangan yang trafik udara ni begitu sibuk, jadi Bahau, Jempol, Jelebu adalah paling sesuai. Jadi saya berharap Yang Berhormat Bahau ini boleh cadangkan perkara ini. Kuala Pilah saya tak benarkan, tolong jangan rampas daripada Jempol ya. Jadi peluang …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Peluang pekerjaan baru sepertimana Yang Berhormat Nilai kata 1.0 juta dulu tu bolehlah diwujudkan di Jempol dan Jelebu.

Seterusnya papan JKKK, saya jauh ni, nak cepat-cepatkan ni. Tuan, Dato’ Yang Dipertua, penggantian papan tanda JKKK ini telah dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan selepas tajuknya berubah kepada MPKK. Untuk tukar K, satu K kepada P, seluruh pasukan, apa ni, seluruh papan tanda itu telah digantikan. Kata-kata dalam papan tanda itu adalah sama, istilahnya sama, bentuknya sama, saiznya sama. Jadi, JKKK itu sepatutnya MPKK, boleh digantikan dengan hanya sekadar sticker sahaja. Dan Kerajaan Negeri ini telah belanjakan beratus ribu ringgit untuk tujuan menggantikan keseluruhan papan tanda tersebut. Jadi, sepatutnya saya anggapkan bahawa itu adalah satu kesilapan, mungkin saya anggapkan pembaziran juga sebab sticker sahaja boleh

digantikan dan papan asal itu boleh dikekalkan. Jadi saya berharaplah pada masa-masa akan datang, jika ada penggantian itu, penggantian kalau struktur, strukturnya berubah saiznya berubah, semua perkataan pun lain, maka boleh ganti. Hanya kerana J tukar kepada M, K kepada P itu, perbelanjaan ratusan ribu itu saya anggapkan satu pembaziran. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat berhati-hati dalam hal sedemikian.

Program Pencahayaan Negeri. Pada masa-masa dahulu, kampung-kampung Asli, kawasan FELDA, kawasan FELCRA ini, tidak dimasukkan dalam pencahayaan kerana dengan, kerana FELCRA, FELDA dengan kampung Asli ini ada peruntukkan khas daripada JAKOA, ataupun pihak FELDA, ataupun pihak FELCRA, jadi, pemasangan lampu ni biasanya dilakukan di jalan negeri ataupun di kampung-kampung tradisional. Jadi saya berharaplah pada masa akan datang oleh kerana ada peruntukkan khas untuk tujuan saya anggapkan sama ada ia tambah atau tidak, saya tak pasti. Walau apa pun, saya acadangkan kampung Asli, FELDA dan FELCRA ini diambil kira untuk tujuan pemasangan lampu jalan ini. Dan kampung-kampung Asli di, di DUN saya ini ada 12 kampung Asli. Dan permintaan untuk lampu jalan ini adalah terlalu tinggi. Jadi saya berharaplah pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan kelonggaran sedikit dan prihatin sedikit kepada masyarakat kampung Asli agar mereka juga dapat hidup dengan selesa, dengan selamat kerana gelap sangat kan, di kawasan di luar bandar di situ.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga rakamkan ribuan terima kasih kepada tenaga, kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan kerana Kampung Orang Asli Jeram Padang telah dicahayakan pada Khamis lepas dengan peruntukkan yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN dulu, dengan 1.45 juta, tetapi pemasangan meter telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri atas jasa baik Yang Amat Berhormat Sikamat saya rakamkan ribuan terima kasihlah. Kampung yang sama juga akan dibekalkan air bersih melalui perancangan Geo SAINS ini, kepada jabatan Geo SAINS juga saya rakamkan ribuan terima kasih. Kemungkinan besar dalam masa yang terdekat, kampung Orang Asli itu akan menikmati air bersih nanti.

Dato’ Yang Dipertua, perkara yang berikut adalah rancangan pengurusan banjir. Dalam bajet yang telah diumumkan baru-baru ini, memang ada disebut tentang beberapa tempat yang akan diselesaikan pengurus, akan dibuat pengurusan banjir ini. Dan di DUN saya ini ada 2 tempat, satu Taman Bahau, satu lagi adalah Taman Jaya. Sewaktu saya menjadi ahli EXCO pada penggal lepas, kami telah pun menaik taraf Sungai Bahau dan juga telah membuat pengambilan tanah di Taman

Jaya. Tetapi 2 tempat ini masih tidak diberi tumpuan dalam bajet lepas. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat menaik taraf longkang-longkang di, di Taman Bahau dan seterusnya memperuntukkan sedikit wang rungat, ringgit untuk membuat pengambilan tanah di Kampung Taman Jaya. Tanpa pengambilan tanah di Kampung Taman Jaya, JPS memang tak boleh masuk kerana itu adalah tanah hak milik orang. Bila dia tak benarkan, kita tak boleh masuk. Tetapi apabila hujan lebat berlaku, maka banjir kilat berlaku, semua akan mengalami kesengsaraan akibat daripada banjir kilat ini. Kerajaan Negeri supaya Taman Bahau dan Kampung Taman Jaya juga dimasukkan dalam pengurusan banjir agar dapat dielakkan nanti.

Dato’ Yang Dipertua, Bantuan Khas Kewangan. Saya ucapkan terima kasihlah kerana penjawat-penjawat awam negeri dapat satu bulan gaji atau minima 2,000.00 ringgit. Yang duduk sepejabat, yang bekerja daripada Persekutuan itu, mungkin dapat hanya 500.00 ringgit, tak apalah kita bertolak ansur, biar, itu rezeki. Tetapi saya ingin menarik perhatian tentang bantuan kewangan untuk raya. Biasanya untuk raya ini ada juga pengumuman daripada kerajaan untuk bantuan kewangan raya. Jadi dalam bajet baru-baru ini, tidak disebut langsung. Jadi apakah ada bajet tambahan pada bulan April nanti, ataupun akan diuruskan dengan bajet yang sedia ada. Kalau boleh, saya berharap perkara itu juga diambil kira kerana tak lama lagi, 4 bulan, 4 – 5 bulan lagi mereka akan berpuasa, dan bulan 5 jika tak salah saya Hari Raya. Harap mereka dapat jugalah bantuan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua Karnival Kerjaya atau Job Fair. Ini adalah satu perkara rutin yang lumrah dijalankan oleh JTK melalui Job Malaysia. Setiap tahun beberapa Job Fair ini dijalankan. Dan terima kasih atas peruntukkan 100 ribu untuk tujuan tersebut. Saya, Job Fair ini biasanya ada syarikat-syarikat akan membuka gerai, kaunterlah. Dan mereka tawarkan kekosongan mereka. Job Fair ini ada 2 jenis pendaftaran, satu pendaftaran bagi kekosongan yang telah berlaku, satu lagi adalah untuk pekerjaan baru. Jadi, saya ingin menarik perhatian di sini tentang kerja baru. Bukan kekosongan. Berapa banyak kerja baru telah diwujudkan di Negeri Sembilan kerana target Pakatan Harapan adalah 1.0 juta dalam penggal ini. Kalau begitu, dalam masa 17 tahun, 17 bulan ini, 283 ribu kerja baru telah sepatutnya sudah wujud. Jadi, kalau campur tolak di Negeri Sembilan sepatutnya ada lebih kurang 20 ribu kerja baru. Jadi saya ingin tahu daripada Kerajaan Negeri berapakah kerja baru yang benar-benar yang telah diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, Subsidi TNB.

Yang Dipertua Dewan

Ada banyak lagi?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sikit saja lagi, 2 – 3 minit lagi.

Yang Dipertua Dewan

Boleh ringkaskan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya direct to the point.

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan ya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Subsidi TNB ini adalah satu perkara yang sedang diwar-warkan. Saya ingin tahu tentang syarat-syarat untuk mendapatkan subsidi ini dan berapa ramai yang telah menerima subsidi ini ikut DUN di Negeri Sembilan.

Dan skim lindungan kesihatan juga saya ingin tahu berapa ramai dari Negeri Sembilan sedang menikmati imbuhan daripada skim lindungan kesihatan ini untuk penyakit kritikal.

Dan seperkara, ini pernah saya soal bertulis tetapi ditolak atas dasar ia adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Tetapi inilah kali pertama soalan saya berkenaan dengan berapa ramai yang telah hilang kerja dan berapa ramai yang sedang menikmati sistem insurans pekerja di Negeri Sembilan. Saya berharap pihak, pihak kerajaan dapat menjawab, janganlah tolak soalan-soalan sebegini ini pun. Kerana kita ada EXCO yang berkenaan yang bertanggungjawab dalam hal tersebut.

Tentang projek pembangunan yang di kawasan FELDA, saya, yang saya tujukan dalam soalan bertulis juga ditolak, yang saya perlukan adalah Palong 1, Palong 2 dengan Rokan Barat, saya ingin tahu berapakah projek-projek pembangunan yang dirancang untuk tahun 2020. Memang Yang Berhormat Labu pernah katakan FELDA adalah di bawahnya, jadi apa salahnya soalan sedemikian ni dijawab.

Dato’ Yang Dipertua, tentang bajet ni iaitu orthopedic implant. Saya ucapkan terima kasihlah. Ini adalah salah satu daripada perkara yang saya mengalu-alukan. Bukan dulu tak ada, memang ada, tetapi sekarang ini ada pengkhususan iaitu bajet khas untuk bantuan orthopedic implant ini. Dulu pun ada yang datang tanya kalau ada operation mereka tak dapat menampung, jadi kita keluarkan duit

daripada P50 ataupun 56. Dan biasanya saya akan hubungi Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kerja Sosial, Tabung Bantuan Perubatan, tetapi semua bantuan-bantuan daripada ini telah diberhentikan selepas pilihan raya yang ke-14 dulu. Saya berharaplah Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat bersama dengan Yang Berhormat Repah, Yang Berhormat Bukit Kepayang, kebajikan, dapat memberikan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan agar ta, tabung-tabung seperti Tabung Bantuan Perubatan, bantuan daripada Jabatan Kerja Sosial, bantuan daripada Yayasan Kebajikan Negara ini dapat diteruskan. Bukan saja untuk implan, yang hemodialisis pun ada masalah. Kami dapatkan bantuan dari sana. Sekarang semua dah diberhentikan, ramai yang complaint sekarang. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat menghubungi Kerajaan Persekutuan-lah.

Akhir sekali tentang kampung-kampung Orang Asli di Jeram Padang. Ini yang terakhir sekali. Tetapi walaupun terakhir, ada beberapa perkara. Saya akan terus kepada perkara ni. Saya di DUN Jeram Padang ini perlukan jalan tar premix untuk jalan masuk ke ladang, Kampung Orang Asli Panchor dan juga Selama. Ini, jalan ini sepatutnya melalui Ladang Senama-lah. Yang kedua pula penurapan jalan untuk Kampung Jeram Padang dan Kampung Sungai Raya, diperlukan kerana sekarang ini saya baru minggu lepas pun saya bergerak pergi ke kampung tersebut, jalannya sudah banyak rosak.

Menara telekomunikasi juga diperlukan untuk Kampung Klebang dengan Kampung langkap. 2 kampung ini walaupun penduduknya tak ramai, tetapi mereka tinggal di kawasan pedalaman dan telekomunikasi adalah salah satu daripada kemudahan yang mereka harapkan.

Tentang rumah pam air ini, rumah pam air di DUN Jeram Padang ini, ada yang dibaiki seperti di Kampung Sungai Klebang dengan Kampung Orang Asli Lubuk Temenggelan serta Sungai Raya ni. Tetapi ada 2 – 3 masalah di sini. Satu, bil tel, elektrik yang bernilai beribu-ribu ringgit belum dijelaskan oleh JAKOA. Jika tak diselesaikan maka masalah bekalan air akan dialami oleh penduduk-penduduk di Kampung Klebang, di Kampung Lubuk Temenggelan dan juga Kampung Sungai Raya. Kita berharap bil air ni dapat diselesaikan dengan segera. Saya tak pasti mengapa ia tertunggak sebegitu banyak, beribu-ribu ringgit. Dan saya juga dimaklum, saya dengar daripada penduduk juga kontraktor belum dilantik untuk kerja-kerja penyelenggaraan di pam-pam air ni. Harap JAKOA bersama dengan Yang Berhormat Labu dapat bantu dalam hal ini.

Dan …..

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi ke Yang Berhormat?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ada sikit, ini muka surat yang terakhir, habis. Saya juga …..

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskanlah …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. memohon pam air …..

Yang Dipertua Dewan

….. pasal saya dah bagi masa ni, panjang ni.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu minit saja.

Yang Dipertua Dewan

25 minit saya bagi dah …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu minit …..

Yang Dipertua Dewan

….. pasal kata hari tu rugi 10 minit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, di Kampung Sungai Temeroh ini, air paip ini, paip, paip air ini telah disumbat oleh bahan semula jadi. Mungkin air, apa ni, minerallah, jadi saya berharap paip itu dapat digantikan. Dan …..

Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih, silakan duduk Yang Berhormat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Okay, sekianlah daripada saya. Saya berharap perkara-perkara yang ditimbulkan dapat diberikan keutamaan. Dan jangan lupa saya memang menunggulah agar Jempol ini dapat mewujudkan lapangan terbang kapal terbang. Sekian terima kasih. Lapangan terbang kereta terbang.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Seterusnya saya mintak ni, haa, Serting. Yang Berhormat Serting yang mintak, silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020. Terlebih dahulu saya juga ingin merakamkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana berjaya membentangkan bajet bagi tahun 2020. Mudah-mudahan apa yang telah pun dibentangkan akan sampai ke akar umbi. Itulah harapan kita bersama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya pergi ke beberapa perkara, isu-isu di kawasan saya, terlebih dahulu juga di Dewan yang mulia ini saya mengambil kesempatan, untuk merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Barisan Nasional kerana menang dengan begitu besar dalam pilihan raya P165 Tanjung Piai. Kemenangan ini merupakan terjemahan ataupun merupakan satu manifestasi rakyat pada hari ini menolak Kerajaan Pakatan Harapan kerana rakyat di akar umbi bimbang ya, dengan suasana situasi yang berlaku pada hari ini setelah Kerajaan Barisan Nasional kalah, diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Harapan, bermacam-macam perkara berlaku menimbulkan kebimbangan kepada rakyat. Isu-isu perkauman, kalau ayat yang dibawak oleh Lukut tadi osah cantik eh, molek boto, itu yang sebona eh. Tetapi hakikatnya yang berlaku, senario itu, di seluruh negara kita, isu perkauman dimainkan. Isu agama dimainkan, ya. Sistem perundangan kita sekarang ini sudah diragui, apakah betul-betul berkecuali. SPRM kita juga pun hari ini diragui. Itu, tak tunai janji, itu faktor utamalah, apa yang dijanjikan dulu gagal, ya. Dan jugak dinyatakan negara bankrap, sudah tentulah keadaan ekonomi negara kita akan terus merudum. Bila, mana pelabur nak datang, bila pucuk pimpinan sesebuah negara memperakukan bahawa ya, negara ini bankrap, berhutang dan sebagainya. Begitu juga dengan isu-isu pendidikan, U-turn, yang dulu kata tak nak buek, lopeh tu bilo dah monang, buek balik semulo, dan macam-macam lagi. Begitu jugalah isu-isu pendidikan. Jadi oleh kerana kita sedia maklum, harapan kerajaan dulu selain daripada fitrah dan juga janji-janji manis, rakyat berharap bahawa Malaysia ni adalah sebuah negara majmuk, negara berbilang kaum, mestilah, seperti perlembagaan negara kita mesti dihormati. Ini undang-undang negara kita dilanggar begitu sahaja sehingga berani membuat retifikasi ICERD, Statute Rom, jadi ini membawa kebimbangan kepada rakyat. Jadi rakyat berfikir ini tidak betul. Itu sebablah ya …..

Yang Dipertua Dewan

Serting, jangan cakap ICERD. ICERD dah selesai ya.

Yang Dipertua Dewan

Teruskan bahas.

Ini cerito sejarah eh yo, Dato’ Dipertua, penolakan rakyat. Jadi, itulah hakikatnya dan ini diterjemahkan dalam 4 pilihan raya yang terakhir, rakyat telah membuat keputusan.

Berbalik kepada situasi di kawasan saya. Saya di DUN Serting ada 11 Skim FELDA, 15 kampung tradisi dan juga 18 taman perumahan. Dan rakyat, rata-rata bila saya jumpa menghadapi kesukaran, kesusahan pada hari ini ekoran daripada turunnya harga komoditi utama kita, iaitu harga sawit dan juga harga getah. Dan ia sudah tentulah ya, berpunca daripada Kerajaan Pusat. Implikasinya sampai kepada rakyat yang ada pada hari ini. Justeru itu, inilah senario dia ya, rakyat susah. Datang jumpa di mana-mana ya, mengatakan keadaan, kesukaran dan kesusahan. Harga barang naik, harapan rakyat dulu bila GST dihapuskan ya, bermakna harga barang boleh turun, tapi hari ini harga barang bertambah naik, dengan harga getah, jadi kesusahan. Saya ingat lagi dulu rakan-rakan pihak kerajaan hari ini dan sekarang ni pihak kerajaan, dulu kami kerajaan, tuan-tuan dulu Yang Berhormat pembangkang mengatakan harga barang naik, harga barang naik, harga barang naik, dan sekarang harga barang naik, betul tak? Terus menerus naik. Walaupun SST diperkenalkan semula. Terbalik. Masyarakat antarabangsa pun pelik macam mana 170 buah negara berjaya melaksanakan dasar yang sangat baik ni, Malaysia jatuh balik ke belakang, macam daripada kita dah sampai MRT, nak guna bas mini balik semulalah. Haa itulah keadaan dia.

Jadi, seterusnya juga ingin saya menyentuh tentang pendidikan, ya tentang pendidikan. Ini isulah ya. Saya tak tahu macam mana perkara ni pun boleh berlaku, iaitu diadakan Pidato Piala Tun Razak di Sekolah Dato’ Abdul Razak, sekolah asrama penuh. 22 buah sekolah berasrama penuh mengambil bahagian. Tajuk dia, Yang Berhormat Dato’ Dipertua kang pun tahulah setuju ke tak setuju ya, dalam keadaan kita yang rasional ya. “Homoseksual Tidak Dihalang Oleh Islam” satu, “Penulisan semula Al Quran” dua, dan tajuk yang ketiga “Sistem Sekular Sesuai Untuk Masyarakat Berbilang Kaum”. Ini berlaku, di sekolah SDAR. Adakah Kerajaan Negeri sedar, Jabatan Pendidikan sedar, ini berkaitan

dengan Islam, berkaitan dengan hukum hakam syariat Islam ya, bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; Islam sebagai agama negara, Islam sebagai agama Persekutuan dan juga negeri. Nasib baiklah setengah, ada sebuah sekolah tu bila dibagi tajuk ini, terus cikgu sekolah itu kata dia, ini tak boleh diteruskan. Tapi ini berlaku. Apakah ini kesan daripada sistem liberalisme dan juga pluralisme ya, yang diterapkan hari ini di negara kita, yang boleh menghancurkan ya, keadaan agama kita. Apakah budak-budak di tahap umur begitu boleh sampai ke tahap ini membincangkan “Homoseksual Tidak Dihalang Oleh Islam”, “Sistem Penulisan Semula Al Quran”, dan jugak “Sistem Sekular Sesuai Untuk Masyarakat Berbilang Kaum”. Haa ini berlaku. Jadi saya harap kita hati-hati ya, kita hati-hati dalam hal ini.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Serting.

Yang Dipertua Dewan

Boleh bagi dokumen tu pada kita.

Ada, ada bukti dia.

Yang Dipertua Dewan

Boleh bagi.

Ya ya ya. Dan mungkin juga ada response daripada jabatan agama. Saya dimaklumkan ada tindakan telah pun diambil ya, berhubung dengan penganjur berkenaan. Ini terlibat, melibatkan kementerian dan sebagainya. Ini isu, kadang-kadang kita tak tahu bondo ni kan, tapi itulah yang berlaku yang sebenarnya.

Kemudian begitu juga dengan insiden pergaduhan pelajar di Sekolah Menengah Seremban Jaya pada 27 haribulan September. Bergaduh budak-budak ni, viral. Dan pihak keselamatan memperakukan ya, berlaku pergaduhan ini, dan budak-budak ni berkungfu-lah dia, bersilat kek situ, bergasak, wah, den koba ni, bila pulak sistem pendidikan kita ngajar budak-budak ni berkungfu ya. Haa jadi nii tak boleh kita ambil mudah. Saya harap pihak jabatan dan saya nak tahu apakah tindakan yang, yang telah diambil. Apa dia? Apa dia?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

[Bercakap sambil duduk dan secara off mic].

Eh tak, ini cerito, nak mintak tolong ambil tindakan …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

[Bercakap sambil duduk dan secara off mic].

Yang Dipertua Dewan

Tak gini, gini. Yang Berhormat Lenggeng …..

Janganlah Yang Berhormat Lenggeng.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lenggeng, tadi saya dah bagi peraturan. Kalau nak bercakap, mintak Speaker dulu, jangan sampuk-sampuk macam tu. Saya bagi warning tadi dah. Siapa nak bercakap bagi, mintak, mintak kat Speaker dulu.

Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker saya setuju, Speaker mesti tegas.

Dato’ Speaker, saya cadangkan kad kuning, Dato’ Speaker.

Saya sambung Tuan Speaker ya. Begitu juga dari segi Jempol ni, pembangunan pendidikan. Di Serting, di Bandar Seri Jempol ni terdapat 50 ekar tanah rizab pendidikan. Sekarang ini saya tengok dah ditoghangkan, 50 ekar ini dah toghang. Wah saya pun rasa gembiralah mungkin, mudah-mudahan permohonan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dulu untuk membina sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ya, bagi, di Jempol ni kerana ada tanah, boleh cover permohonan yang begitu ramai daripada anak-anak kita untuk mengikuti pendidikan agama ini ya. Bagi Jompol, bagi Jolobu, dan jugak bagi Kuala Pilah. Apakah permohonan SMKA ini telah diluluskan? Dan jugak macam-macam ceghito yang saya dongar, saya

tak nak makai ceghito di luar doh, saya nak donga jawapan daripada Kerajaan Negeri yang ado kito bersidang pada hari ini. Kalau bukan untuk pembangunan, siapa yang memberi kebenaran membuka kawasan ini, syarikat apa, siapa, apa tujuan dia buat di atas tanah rizab kerajaan ini, rizab pendidikan. Kita nak buat SMKA, sebab permohonan dulu, saya dimaklumkan dulu dah lulus dalam Rancangan Malaysia Yang Ke-11, jadi saya yakin, tapi saya nak tahu ya. Saya mintak penjelasan supaya ianya dapat saya terangkanlah, orang dulu tu bila kawasan tu hijau jadi menjaga alam sekitarlah, sementagho apo namo ianya diluluskan, tapi bila dah diterangkan, saya tak tahu, ya.

Kemudian begitu juga dengan bangunan baru. Saya bertanya juga. Dulu pun telah diluluskan hampir 50 juta. Ini untuk pembangunan negeri kita. Bangunan baru Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Jadi setakat mana ya, perkembangannya. Kita memang begitulah ya, yang penting negeri kita maju. Walaupun kita begini keadaan, tapi yang penting kita nak negeri kita bertambah maju, negeri kita ya, rakyat kita aman sentosa bahagia.

Menyentuh tentang pelancongan. Saya mohon dibuat penyelenggaraanlah ya, oleh jabatan, Majlis Perbandaran ke, Pejabat Pembangunan Daerah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol ataupun Jabatan Perhutanan sendiri untuk menyelenggara kawasan rekreasi Hutan Lipur Serting Ulu. Hampir 1 juta lebih dah kita gunakan duit UPEN dulu, untuk membangunkan sebuah kawasan yang tidak, yang tidak terbiarlah ya, kosong semuanya dah kita bangunkan, dah kita cantik, dah lawa ya, sekarang ni, hari tu bila saya pergi tengok, dah terbiar. Jadi ini merugikan kitalah ya.

Begitu juga saya mohon pihak JPS ataupun JKR, supaya dapat, ni permohonan berulanglah, saya dah kemukakan dulu, iaitu kawasan banjir kilat di Jalan FT9. FT9 ni kalau ikut rekod dia, Melaka – Karak, lalu banyak tu, tang Pilah, merato lalu eh tu. Tapi FT9-lah, ya, Karak, di kawasan ini, adalah di Batu 43 Kampung Serting Ulu. Sebab ini melibatkan pengambilan tanah. Memang, pihak JPS terima kasih, JKR, dah buat macam-macam caralah alternatif untuk menyuraikan masalah ini, tetapi dia tak boleh jugaklah. Jadi kena buat pengambilan tanah penduduk di situ. Jadi memerlukan jumlah, bajet yang besar jugaklah. Jadi saya harap ini pihak Kerajaan Negeri akan dapat memberi perhatian ya, dalam hal ini.

Kemudian berhubung dengan pencahayaan. Saya memang mohon juga 3 lampu limpahlah, yang besar, di kawasan persimpangan yang sangat utamalah ya, di DUN Serting ini iaitu di persimpangan Bandar Seri Jempol, di persimpangan Serting Tengah – Bandar Seri Jempol dan juga

persimpangan Serting Hilir Kompleks dan juga PULAPOL ya, supaya [YB ADUN Jeram Padang mencelah]. Bangun.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, saya juga nak mintak 2 lampu limpahlah seperti mana Yang Berhormat Repah, Serting, iaitu satu di bulatan Rompin dengan juga Taman Seri Rompin, simpang Taman Seri Rompin, sekian.

Saya masukkan, saya bersetuju ya, saya bersetuju tambahan, masukkan persimpangan bulatan apa, Rompin …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Taman Seri Rompin [secara off mic].

Dan Taman Seri Rompin. Masukkan dalam ucapan saya ini. Tambah 2 lagi.

Yang Dipertua Dewan

Serting.

Yang Dipertua Dewan

Ada panjang lagi ke, dah 20 minit dah.

Eh sikit je lagi.

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan ya.

Kemudian yang akhir, yang akhirlah. Yang akhir, yang akhir. Lebuh raya yang diimpi-impikan oleh masyarakat Negeri Sembilan Timur, Lebuh Raya Seremban – Serting ataupun SES; Seremban – Serting. Jadi, saya nak bertanya pada pihak Kerajaan Negeri, di peringkat awal dulu semasa Kerajaan BN ianya adalah akan dilaksanakan oleh pihak swasta. Jadi sekarang ni saya nak tanya perkembangan ya, pembinaan lebuh raya ini, memanglah, ya memerlukan belanja yang besar, berapa syarikat setakat ini yang telah pun mengemukakan permohonan ya, mengemukakan cadangan untuk

membina lebuh raya ini. Jadi ini kono buek copek, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sobab oghang Serting, oghang Jempol ni dah naik syiok boto sebab Penyelaras DUN Serting dah buek kenyataan dulu, nak bagi 3 juta seorang peneroka di situ, janji laie nih, berani yo buek janji laie tu. Apo janji eh. 3 juta duit, nak buek lapangan terbang antarabangso di Serting. Bagus idea dia tu, bermakna jauh pandangan dia sebab nak buek kegheto apo, terbang besok bolehlah landing di Serting ya, dan jugak nak buat hub pendidikan antarabangsa di Serting, dan jugak hotel bertaraf antarabangsa. Haa jadi pemangkin utama dia lebuh raya tadilah, kalau lebuh rayo pun tak ado, nampak eh tak adolah. Janji hanya tinggal janji, tambah lagi janji yang tak ditunaikan dulu. Haa itulah keadaan dia.

Jadi, itulah beberapa perkara yang dapat saya sentuh dalam perbahasan ya, perbekalan tahun 2020 ini. Mudah-mudahan negeri kita, Negeri Sembilan ini walaupun dalam senario yang begini, kita nak masyarakat kita harmoni, sejahtera dan apa juga ya, masalah-masalah yang timbul akan dapat kita selesaikan. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Saya minta Yang Berhormat kalau boleh dapat ringkaskan, point-point tu jangan panjang sangat ya, yang penting point penting.

Saya bercadang nak tamatkan pukul 5 petang ni. Jadi tolong ikuti, besok kita sambung lagi. Lambat naa? Jadi, saya mintak yang hadir ni, tolong, tolong apa tolong jaga ucapanlah ya. Jadi saya mohon kepada yang lain, Yang Berhormat lain siapa nak, nak bercakap. Kalau tak saya panggil ni. Haa? Kerajaan? Haa okay, Chuah, Lenggeng? Lenggeng sedia?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Azubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala rasulil ‘alamin, nabina sayyidina Muhammadin saidil awwalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya saya nak memanjatkan penghargaan ya, setinggi penghargaan kepada Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan atas kejayaan ya, beliau membentangkan belanjawan ini. Dan juga penghargaan saya kepada, kepada barisan EXCO dan kakitangan kerajaan yang gigih bekerja mendapatkan sasaran pendapatan yang telah kita rancang pada tahun lepas. Dan ianya adalah satu manifestasi kepada amalan bekerja yang

bersih. Amalan bekerja yang penuh dengan muafakat ya. Maka inshaa Allah kita boleh sejahterakan ya, kehidupan masyarakat dan rakyat jelata.

Dato’ Yang Speaker, kesejahteraan hidup sangat berkait dengan amalan hidup yang bersih. Bersih luaran dan bersih dalaman ya. Ramai yang tidak menekankan tentang bersih dalaman ni. Muafakat pun tidak akan dapat kita laksanakan dengan baik kalau hati tu tak bersih ya. Jadi, saya melihat ya, dalam belanjawan kali ini ni, ada beberapa peruntukkan telah diberikan ya, diperuntukkan untuk membersihkan hal-hal yang berkaitan tentang masalah hati ni ya. Maka ini ada beberapa cadangan daripada saya ya, perkara-perkara yang patut sama-sama kita ambil perhatian ya, bagi membina sebuah masyarakat yang bersih, masyarakat yang penuh dengan muafakat, dan sejahtera ya, kehidupan mereka. Allah SWT berfirman [melafazkan ayat 55 dari surah Surah Az-Zariyat]. Berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu sangat memberi manfaat kepada mereka yang beriman. Ini orang yang hatinya bersih ya.

Maka untuk itu, program-program yang memberi peringatan ini ya, di mana juga kita berada, baik dalam waktu kerja, dalam masyarakat dan sebagainya perlu disuburkan ya. Dan diharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat membuatkan satu dasar nanti ya, bagaimana peringatan-peringatan ya, tentang amalan bersih, amalan muafakat, amalan mensejahterakan yang lain ini ya, disuburkan ya. Begitu juga saya mengharapkan juga kerajaan dapat menyuburkan program kemasyarakatan ya. Saya lihat ya, saya lihat, tapi dulu ni mereka salah gunakan perkara ni ya. Saya melihat beberapa jabatan kerajaan ada menyalurkan bantuan tahunan ya, kepada apa yang saya namakan NGO-NGO ya, kerajaan, bagi menyemarakkan ya, amalan bersih dan muafakat dan sejahtera ini. Antaranya ialah amalan, apa ni, KRT ya. Saya lihat peruntukan kerajaan tahunan ya, kepada KRT ni memang steady nampaknya ya, cumanya satu masa dulu telah dipergunakan ya, untuk kepentingan hati politiklah. Maka hala tujunya tidak tercapai seperti mana yang dihasratkan ya. Begitu juga PEMADAM, begitu juga PERKIN, begitu juga Komuniti Harapan Malaysia (KHM) ya, NGO-NGO belia, NGO-NGO wanita, ya, KOSPEN, COMBI ya, banyak peruntukkan yang kerajaan salurkan ya, kepada NGO-NGO ini, termasuk jugak KEMAS pun terlibat jugak dalam hal ini ya, cuma KEMAS ni agensi kerajaan. Jadi dapat, diharapkanlah ya, kita dapat manfaatkan sungguh-sungguh NGO-NGO ini ya, untuk menyuburkan lagi amalan bersih, muafakat dan sejahtera ni ya.

Tidak lupa juga kepada masjid, surau dan rumah-rumah ibadat yang mana bagi saya ya, tiga, tiga, tiga, tiga buah ni, masjid, surau dan rumah

ibadat ini, sangat berkait dengan masalah hati ya, setiap insan. Maka menyuburkan, memakmurkan ya, masjid ini dengan pelbagai program, perlu disuburkan lagi. Saya dapat aduan ya, beberapa masjid dan surau dia tak dapat nak adakan program kerana katanyalah, tak cukup dana ya. Maka suka saya untuk mencadangkanlah ya, agar pihak kerajaan ya, menyalurkan bantuan zakat ya, dan bagi saya majlis ilmu ni termasuk dalam bab asnaf sebenarnya ya. Jadi, kalau dapat disalurkanlah kepada masjid, surau, yang agak daif, tak dapat nak mengadakan majlis ilmu pun ini ya, diharapkan kita dapat menyuburkan lagi program-program yang bersifat kepimpinan ya, yang menjadi kunci kepada amalan bersih, muafakat dan sejahtera ini.

Juga suka saya untuk mencadangkan juga kepada pihak jabatan agama ya, kuliah yang ada di masjid, surau ni, saya tengok banyaknya untuk orang tua ya. Sedangkan ilmu agama ni ada untuk anak remaja, ada untuk ibu bapa yang baru nak berkahwin tu, baru nak membina rumah tangga, ada untuk ibu bapa yang sedang membesarkan anak-anak ya, tapi program-program sebegini mungkin tak berapa nak suai kita kalau kita nak buat di, di dewan kuliah tu ya. Jadi suka untuk mencadangkan supaya dipelbagaikan dan dapat dikeluarkan satu arahan kepada semua pihak masjid ya, agar mereka berusaha juga membuat program-program untuk anak-anak remaja ni ya, saya lihat contohnya anak masuk akil baligh ni, baik lelaki, baik perempuan, apa ilmu dan persiapan yang mereka kena lakukan ya. Dan saya tengok perkara ni memang sangat kurang ya, diberikan peringatan ya. Begitu jugaklah ya, kursus-kursus keibubapaan ya, rumah tangga ni pun sangat kurang, sedangkan ilmu agama kita ni bukan terhad ya kepada satu-satu jurusan saja tetapi merangkumi ya, segenap ruang hidup masyarakat ya.

Satu lagi intipi, intipati ajaran agama kita ni ialah sebenarnya mendidik, bukan sekadar mengajar ya. Ada beza antara mengajar dengan mendidik ni ya. Sekolah ni banyaknya mengajar. Tapi apabila sampai kepada bab mendidik ni, saya lihat masyarakat itu sendiri perlu diperkasakan ya, bukan sekadar mak bapak dia saja, tetapi masyarakat itu sendiri perlu ada kesedaran ya, untuk mendidik ya, jiran tetangga mereka dan seumpama dia. Dan tempat yang terbaik bagi saya dalam perkara ini ialah di masjid dan surau itu sendirilah, ataupun rumah-rumah ibadat ya, kerana kita sekarang ni bukan ketandusan buku ya, kurangnya buku ataupun kurangnya ilmu, tetapi kita ada masalah besar dalam masalah akhlak ya. Jadi diharapkan untuk kita dapat merealisasikan ya, slogan bersih, muafakat, sejahtera ni ya, amalan mendidik masyarakat ini perlu disuburkan ya.

Masjid sebagai sekolah kepimpinan ni perlu dihidupkan dan satu masa dulu siapa yang saya lihat ya, dalam, dalam sejarah Masjid Nabawi tu ya, dia bukan sekadar solat berjemaah, tetapi di situ adalah masa untuk mereka hidup berjemaah. Ada beza antara solat berjemaah dengan hidup berjemaah itu sendiri. Dan kunci kepada hidup berjemaah, hidup bermasyarakat yang sejahtera ni memang berkait dengan solat berjemaah tu juga ya, walaupun ada usaha-usaha yang baik daripada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan bilangan mereka yang bersolat ini, maka elok juga diambil perhatian tentang masalah hidup bermasyarakat itu sendiri balik.

Kemudian satu masa dulu, Masjid Nabawi ini ialah tempat orang susah mengadu nasib dan Nabi SAW sendiri mengambil berat tentang masalah orang-orang susah ini dan sentiasa menggalakkan para sahabatnya yang lapang, yang dah sejahtera ni, agar membantu mensejahterakan yang lain ya. Tetapi saya melihat agak kurang masjid yang ada apa dikatakan sebagai food bank ini. Jadi saya tengok sini dalam belanjawan ada cerita tentang food bank. Maka lanjutan daripada itu suka saya mencadangkan juga ya, agar Jabatan Agama Islam ya, dapat menyelaraskan ya, aktiviti-aktiviti food bank ini ya, di, di rumah-rumah, di rumah-rumah Allah SWT ya, agar hubungan ya, mereka yang terbelit dengan kesusahan ini ya, dapat diikat ya, di rumah Allah SWT ya. Dan di sana juga saya melihat bagaimana struktur masyarakat Islam yang dibina oleh Al Quran ini ialah mereka yang telah dilapangkan oleh Allah SWT, yang saya kira sekarang ni golongan M40-lah ya. M40 ini kalau tak diikat dengan golongan B40, ambil berat hal ehwal golongan B40 ini ya, minta maaflah, ini yang saya lihatlah, dia akan liar. Maksud liar ni nanti dia akan seronok menikmati kehidupan sedangkan boleh jadi ya, jiran tetangga dia hidup dalam kelaparan dan kesusahan ya. Tidak ada salahnya untuk leasure hujung-hujung minggu, tetapi jangan juga kita lupa ya, bahawa orang yang susah ini juga perlu, perlu dibantu ya. Tidak, tidak bersih hati dan tidak berjaya kita membina satu muafakat yang baik kalau golongan M40 dengan golongan B40 ini ada satu jurang yang tak dapat nak disatukan ya.

Saya melihat kejayaan Kerajaan Turki di bawah pentadbiran Presiden Erdogan ya, dia menjaga sungguh ya, rumah-rumah mereka yang dikategorikan sebagai golongan B40 ini ya. Dan apabila mereka ini, baik kehidupan mereka, cukup serba serbi kemudahan awamnya, mereka ni adalah jentera yang baik untuk membangunkan sesebuah tempat, sesebuah masyarakat dan membangunkan negara jugak sebenarnya ya. Jadi hubungan kasih sayang yang ingin menjadikan idea rahmatan lil‘alamin ni, sebenarnya ialah apabila mereka yang lebih, mereka yang lapang ini mengambil mereka yang sempit, mereka

yang sihat mengambil berat mereka yang sakit, mereka yang kaya tidak lupa kepada mereka yang Allah SWT ujinya dengan sedikit kemiskinan ya, dan sebagai dia. Jadi perkara ini saya lihat boleh di, disuburkan lagi ya, dalam bentuk satu arahan kepada masjid-masjid, surau dan juga kepada rumah ibadat agar mereka sama-sama menggembeling tenaga ya, menyuburkan lagi hidup berkasih sayang di antara satu sama lain.

Seterusnya Dato’ Speaker, DUN Lenggeng ini dalam, dalam MVV ini saya lihat rancangan kerajaan ni banyaknya berkaitan tentang masalah pertanian dan pelancongan. Maka suka untuk saya mencadangkanlah ya, agar Jabatan Pertanian ya, menggalakkan ya, penanaman-penanaman apa yang saya katakan sayuran herba ya, sayuran herba, pucuk paku ya, ulam raja, pucuk pegaga ya, kerana perkara ini senang sangat untuk ditanam, dan tidak perlukan kepada ladang yang besar ya, dan dia memudahkan masyarakat luar bandar ya, untuk menanam dan, dan menghasilkan, dan diharapkanlah ia boleh dikeluarkan sebagai satu pendapatan bagi mereka. Juga tidak lupa juga satu, satu perusahaan yang saya baru lihat sekarang ini ialah projek rebung buluh madu ya, yang mana saya lihat dia sangat mudah untuk ditanam, sangat mudah penjagaan dia, dan hasilnya pun boleh mencapai ribuan sebulan, dalam satu ekar itu sendiri ya.

Maka lanjutan daripada itu, saya juga, juga nak mencadangkan kepada Jabatan Pertanian ni agar memperbanyakkan pasar-pasar rakyat ya. Pasar yang ada tu, okay dah. Tetapi pasar-pasar rakyat ni maksud saya pasar tani ya, kalau yang ada sekarang ni FAMA, terima kasih kepada FAMA ya, yang telah mengusahakan sebuah Bazaar Peduli Rakyat di Lenggeng ini sebagai permulaannnya sebelum membuka sebuah pasar tani ya, di Lenggeng. Jadi, pasar-pasar rakyat ini bagi saya perlu dimarakkan ya, sebagai tempat masyarakat ya, bertemu untuk membeli dan menjual ya, dan apabila benda ni banyak diadakan maka bertambah mudahlah ya, ekonomi masyarakat marhain ini bergerak ya.

Seterusnya di Lenggeng ni juga ada tempat pelancongan ya, memandangkan kerajaan pun tak ada hasrat untuk membangunkan Lenggeng ini dari sudut, sudut industri dia ya, maka suka untuk saya mencadangkan supaya me, menggiatkan lagi ya, aktiviti pelancongan ya, di Lenggeng khususnya di Gunung Berembun ya. Di Pantai sana tu ada banyak rumah-rumah lama Datuk Undang ya, yang agak terbiar, dan kalau boleh dipulihkan ya, di sana juga ada Hutan Lipur Lenggeng ya. Lenggeng ni sendiri ada satu makanan dia yang unik dipanggil Lepat Segan ya. Dan juga nasi lemak ikan sembilang dia ya. Dan boleh dimajukan, dan kalau boleh dapat dimasukkan dalam menu Kerajaan Negeri sendiri ya. Di samping itu, di samping itu homestay dia pun dapatlah di, dimajukan lagi.

Seterusnya pembangunan di Pantai ya. Inilah keluhan orang, masyarakat Lenggeng di sana, Pantai dan Lenggeng ni banyak ketinggalan, dia kata, ya. Jadi di Pantai sana tu saya mengharapkan sempena ada jalan baru daripada Temiang ke Pantai sana tu, saya mengharapkan kalau boleh Kerajaan Negeri dapat wujudkan sebuah pekan baru ya, menggantikan pekan yang lama yang ada tu ya. Pekan lama tu kalau nak dibangunkan saya pun tak nampak lagi macam mana nak dibangunkan lagi dah ya, tapi diharapkan dekat persimpangan Pantai sana tu, dapat dibangunkanlah sebuah pekan baru yang, yang, yang menyediakan pelbagai kemudahan. Juga di Pantai tu ada, masih ada lagi tanah kerajaan yang saya harapkan kerajaan dapat menyegerakan ya, pembangunan rumah rakyat mampu milik ni tadi ya. Maka diharapkan dengan adanya 2 ni tadi, dapatlah pelbagai kemudahan kerajaan dimasukkan di Pantai sana.

Juga di Lenggeng sana ni, begitu juga pekan dia tu tak dapat nak dibesarkan ya, itulah keadaan yang ada. Maka saya mengharapkan kerajaan dapat membantulah ya, supaya Bandar Tasik Senangin yang dah belas tahun ya, ada di sana, yang terbengkalai keadaan dia tadi tu, dapat dibangunkan dengan keadaan yang lebih baik ya, tanah-tanah kerajaan masih ganyak lagi di sana ya. Dan diharapkan di Bandar Tasik Senangin ni dapatlah dibinakan sebuah pasar jugak ya, sesegera mungkin yang menjadi keperluan kepada masyarakat setempat. Memang Lenggeng ni tak ada pasar sebenar dia ya, okay.

Jadi, setakat itu saja teks ucapan saya untuk kali ini ya, jadi saya menyokong ya, belanjawan tahun 2020 ini. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Berhormat lain yang bersedia untuk berucap. Tak ada dah? Besok? Ada masa lagi, habiskan pukul 5-lah. Kalau besok sampai malam. Gulung? Pasal kita, haa okay, Gemas.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya mursalin wa'ala alihi wasohbihi aj ma'in.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, memberi ruang dan peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan 2020 pada kali ini. Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan syabas dan tahniahlah kepada Yang Berhormat Sikamat di atas pembentangan, penjelasan, huraian tentang bajet belanjawan bagi kali ini. Apa yang amat membanggakan kita adalah kadar inflasi di mana kadar inflasi pada tahun, telah turun

daripada 4.2% kepada 1.2% pada tahun 2018. Ini bermakna, apabila kadar inflasi turun maka kita telah banyak menjayakan program-program dan dasar-dasar kerajaan dan dapat dilaksanakan. Kemungkinan besar daripada bidang pekerjaan yang telah dinyatakan. Jadi, saya berharaplah perkara ini akan dapat menepati piawaian pada tahun hadapan iaitu bawah daripada 1% yang telah dihasratkan oleh pihak Persekutuan.

Dan begitu juga, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan yang masih mengekalkan lagi bajet untuk adat dan istiadat iaitu 0.5 juta ataupun 500 ribu ringgit untuk tahun 2020. Sama pada tahun ini. Dan telah 3 kali berturut-turut kekal kepada 500 ribu sahaja. Jadi apa yang saya harapkan, kalau boleh, mungkin ada peruntukkan-peruntukkan tambahan untuk kita jayakan adat istiadat kita dan budaya kita kerana seperti yang dikatakan bahawa Negeri Sembilan kaya dengan adatnya. Kalau kita tidak memperkenalkan adat, budaya dan seni Negeri Sembilan, siapa lagi yang nak memperkayakannya. Jadi saya berharap peruntukan pada tahun ini, bagi adat istiadat dapat ditambah lagilah.

Dan untuk makluman semua, saya juga menyentuh tentang laporan bertulis daripada, yang saya kemukakan, iaitu berkaitan dengan lampu jalan di antara Balai Polis Gemas ke Pusat Perniagaan Harmoni. Tetapi jawapan yang dikemukakan kepada saya tidak menepati ya, jadi saya mengharapkan bukan kesilapan ataupun error kerana jawapannya bertindih kepada persoalan saya bertanya daripada Gemas ke Bandar Sempadan ke Gemas Baru. Jadi jawapannya sama. Jadi saya mintak jawapannya dipertukarkanlah.

Jadi Yang Dipertua, seterusnya saya menyentuh tentang isu-isu lain yang berkaitan iaitu tentang kompleks sukan. Kompleks sukan kalau diikutkan pada Dewan, persidangan Dewan pada Disember 2018, jadi ADUN Paroi telah menyatakan dengan panjang lebar, dan menyatakan persetujuan untuk membina mini kompleks sukan di Gemas. Saya membacakan: “berkaitan dengan ADUN Gemas dan ADUN Pertang yang menyatakan projek-projek yang telah dirancang lebih awal iaitu tentang kompleks sukan di Gemas dan juga kompleks sukan di Pertang. Untuk makluman, untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, alhamdulillah Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembinaan Mini Stadium Gemas di Daerah Tampin dengan peruntukkan berjumlah lebih 8 juta ringgit. Untuk kedudukannya akan berada untuk maklumat awalnya, saya difahamkan sekitar Pejabat Daerah Kecil Gemas”. Jadi ADUN Paroi lagi menyatakan: “Ia akan melibatkan trek, larian sintetik, taman permainan kanak-kanak, padang bola, bangunan astaka, tandas, surau dan pejabat pentadbiran. Inshaa

Allah projek, kerja-kerja akan dilaksanakan pada tahun 2018 dengan bajet 500 ribu ringgit dan kerja-kerja seterusnya akan dilaksanakan pada tahun 2020”. Jadi ini telah dinyatakan dalam, dan telah diminitkan dalam penyata kita, tetapi sehingga hari ini, masih lagi tidak bergerak yang dinyatakan sebab kami ataupun saya terpanggil oleh beberapa pihak apabila pokok akasia di sebelah ataupun di sebelah, di sebelah tempat mini kompleks tersebut telah ditebang. Dia kata: YB, inikah kompleks sukan? Saya kata: kompleks ini bukan kompleks sukan, ini tanah persendirian.

Jadi maknanya di sini kita telah nampak bahawa salah faham antara pihak masyarakat, dan kata inilah kompleks sukan kita. Saya kata: bukan, ini tanah, tanah persendirian. Saya mintak sekali lagilah di Dewan yang mulia ini, YB ataupun EXCO Sukan, dapat memaklumkanlah bilakah masa yang sesuai, sedangkan dalam bajet yang diperuntukkan juga tak dinyatakannya. Jadi saya ingin bertanya sekali lagi.

Yang keduanya saya ingin bertanya juga, tentang pembinaan Masjid Gemas yang saya difahamkan, saya mintak maaflah kerana saya tidak dapat secara langsung tetapi hasil perbualan antara Yang Amat Berhormat Sikamat dengan jawatankuasa ataupun masyarakat di kawasan Gemas menyatakan bahawa akan dirobohkan Masjid Jamek Gemas dan akan dibuat 2 tingkat. Betul ataupun tidak, wallahu’alam. Tetapi inilah menjadi pertanyaan masyarakat Gemas berkaitan dengan isu ini. Tetapi apabila bajet belanjawan dibentangkan, tak ada langsung. Tidak dinyatakan langsung. Jadi apakah ini sekadar untuk bercakap ataupun ada perancangan pada masa akan datang. Jadi, saya mengharapkan isu-isu yang berkaitan dengan ini dapat direalisasikan ataupun dapat diterjemahkan dalaam bentuk tindakan dan gerak kerja.

Yang seterusnya saya terpanggil juga dengan isu berkaitan dengan simpang di sekitar Taman Desa Permai di mana kalau diikutkan 2 atau 3 bulan kebelakangan berlakunya kemalangan. Kemalangan yang melibatkan kenderaan dan alhamdulillah tidak ada kemalangan jiwa. Tetapi laporan awal yang saya dapati bahawa pihak kerajaan ingin membuat tanda merah, garisan merah, di petak tersebut. Saya menjangkakan ataupun menyatakan bahawa tidak sesuai, dan masyarakat di sekitar perumahan tersebut termasuk Taman Desa Permai, Taman Bakti, Taman Setia, Taman Gemas Jaya, Taman Gemas, taman, Taman Damai dan sebagainya menyatakan untuk buat petak kuning tidak sesuai, kerana ia melibatkan satu kawasan ber, di jalan utama dan melibatkan kenderaan yang banyak. Jadi kita memintalah pihak kerajaan mengkaji semula tempat tersebut, apakah ianya sesuai untuk dibiarkan keadaan sekarang, walaupun dah ada pelebaran dipan,

dipendekkan apa, dengan divider di tengah ataupun nak dilencongkan ke tempat lain, menjadikan tempat tu lebih selamat ataupun diadakan traffic light dan sebagainya. Jadi saya mintak sama-samalah memikirkan cara bagaimana kawasan itu dapat mengelakkan kemalangan dan kecelakaan jalan raya di tempat tersebut.

Jadi Tuan Yang Dipertua, saya lihat juga tentang lampu jalan. Lampu jalan juga pernah saya kemukakan dalam sidang Dewan, dan jawapannya adalah di peringkat, diserahkan kepada pihak berkaitan untuk dibuat kajian. Saya rasa dah sampai masanya, dah lebih 3 bulan saya bertanya, dan, mungkin ada jawapan-jawapan yang sesuai untuk dibawak dan dijawab di dalam Dewan ini kerana lampu jalan Gemas ke Londah, memang gelap. Daripada Masjid Londah tersebut menghala ke Palong 1 memang gelap. Dan saya merasakan bahawa di bawah peruntukkan pencahayaan negeri pada kali ini dapat diperuntukkanlah jalan tersebut. Jalan tersebut memang merupakan jalan boleh dikatakan tidak ada tiang. Dan rumah-rumah telah banyak mula dibina di kawasan tersebut. Dan inshaa Allah jika adanya lampu jalan sebab jalan tersebut merupakan jalan perse, jalan negeri, adanya lampu jalan, inshaa Allah banyak rumah-rumah akan dapat dibina di kawasan tersebut.

Tuan Yang Dipertua, seterusnya ingin saya menyentuh sedikit tentang, peruntukan, tentang peruntukan bagi adat istiadat. Jadi saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Tuan Mohamad Nazaruddin sebenarnya, jadi biarlah Tuan Mohamad Nazaruddin kalau ada di Dewan ini, saya nak bercakap dengannya dan memberi jawapan. Sebab saya menyatakan begini, sekali dua, kalau dia tak jawab, kawan menjawab, alhamdulillah boleh terima, tapi sampai bilakah kita nak benarkan, nak izinkan Tuan Mohamad, Tuan Mohamad Nazaruddin tidak menjawab langsung pertanyaan berkaitan saya, adat istiadat. Sebab saya nak menyatakan apakah perancangan sebenarnya daripada 0.5 juta tadi untuk dibuat apa. Adakah menjurus adat istiadat saja, atau cerakinkan peruntukan tersebut, diagih-agihkan kepada kebudayaan sekali. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya nak bertanya pulak, ada yang lalu dinyatakan juga tentang perkampungan batu megalit yang akan dibuat di Kuala Pilah. Jadi, di manakah tempat perkampungan tersebut, itu yang kedua nak saya tanyakan.

Dan yang ketiga, saya pernah bertanya tentang bunga rasmi negeri, dan difahamkan, jawapan bertulis yang dikemukakan disebutkan adalah bunga lado api. Bunga lado api tu saya rasa perlu kita war-warkan sekarang untuk kita maklumkan kepada rakyat Negeri Sembilan, inilah

lada bunga api sebagai lambang kita di Negeri Sembilan. Jadi apabila Tuan Mohamad Nazaruddin tidak ada, saya rasa kecewa dan sedihlah, walaupun saya tahu dia datang tadi, tetapi kita bersama-samalah, bukan saya nak menuduh, tidak, tetapi sebagai pihak kerajaan memikirkan cara bagaimana nak membantu beliau untuk menyelamatkan keadaan beliau supaya tidak dimalukan, tidak diaibkan, dan tidak dijaja ke hulu hilir dan sebagainya. Jadi saya mintak kalau katakan tak bolehlah katakan Tuan Mohamad Nazaruddin ini untuk menyertai EXCO, gunakanlah cara mekanisme sebagaimana sekali pun boleh mengelakkan dia dari terus diaibkan sehinggalah ke PRU yang akan datang. Itu yang saya mintak. Saya boleh bersabar, tetapi saya tak mahu dia diaibkan, dia dimalukan oleh masyarakat Negeri Sembilan dan mana-mana yang dapat semuka tadi. Macam tadi, rasa nak kata pulak, malu tak, sebagai EXCO, dan tak boleh bertugas, mintak maaflah saya tak tahu, sebab saya tak dapat laporan, Kerajaan Negeri tak memaklumkan kepada kita semua sebab kalau boleh orang kata biar kita kongsi sama-sama. Ini kampung kita, negeri kita, beritahu awal-awal, tak boleh, apa tindakan, kita tak nak, beri kepada pihak pembangkang, maklumkan kepada pihak kerajaan, kenapa, apa tindakan kita, jangan dibiarkan macam tu, malu. Jangan dek kerana parti yang memerintah, kerajaan yang memerintah, kita menggadaikan maruah dan agama, ini semua akan ditanyakan. Saya mewakili pihak pembangkang memang ingin mengelakkan ditanya di akhirat nanti. Jadi saya mintaklah sama-sama bagaimana nak menyelamatkan keadaan beliau daripada tidak boleh menjawab dan tidak hadir di Dewan setiap kali persidangan ini diadakan. Itu saya mintak. Malu. Itu malu tak boleh diagih, saya kata. Kalau tak malu tu tak tahulah. Tapi Temiang saya rasa dia mungkin tak malu. Kita my friend.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Jangan sentuh sayalah, kawan.

Tak, kita sama-sama.

Yang Dipertua Dewan

Gemas.

Kita sama-sama.

Yang Dipertua Dewan

Gemas. Anda ada satu minit lagi. Nak habis kan?

Oh, ada lagi. Dan, tak apalah. Saya mintak satu lagi, antara teks ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sama dengan flyers ni tadi ni, memang ada perbezaan. Kitab mana kita nak pakai? Adakah kitab ini ataupun teks ucapan Yang Amat Berhormat? Temiang, kawan saya tadi kata, boleh diperbetulkan. Jadi, kalau boleh diperbetulkan, maknanya di sini, kita kena buat usul tak percaya. Mana satu yang kita nak pakai, ini [flyers] ataupun teks ucapan. Nampak tak? Jadi, ini kita nak luluskan nanti ni. Sedangkan ada percanggahan antara ucapan Dato’, Dato’ Seri dengan yang teks ucapan dengan flyers ni ada perbezaan. Kemudian, kita lihatkan tentang bajet belanjawan total pembangunan, 250 juta ini …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, mohon mencelah. Boleh?

Boleh boleh.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ini bukan teks ucapan, teks ucapan yang atas mejo yang tuan-tuan baco …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. pakai yang tu. Mengenai 4.3 ni esok saya jawab sebab yang bertanya tadi cakap suruh jawab esok masa penggulungan, sabar. Terima kasih.

Okay terima kasih, Sikamat, terima kasih banyak-banyak. Tetapi kalau boleh janganlah kita nak mengelirukan rakyat. Itulah harapan saya.

Yang Dipertua Dewan

Gemas, pasal soalan jangan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya jawab masa penggulungan …..

Yang Dipertua Dewan

Jawab masa penggulungan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. faham ke tak?

Yang Dipertua Dewan

Tolong jangan bangkitkan perkara ni. Teruskan. Masa kecederaan.

Okay, maknanya …..

Izinkan saya mencelah boleh, mintak izin, boleh?

Yang Dipertua Dewan

Minta izin untuk apa? Untuk apa ni?

Mencelahlah. Mencelah, Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Mencelah?

Dengan izin.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa, duduk Chembong. Saya, Gemas 1 minit je. Kang saya suruh duduk kang.

Dengan izin, Gemas.

Ya silakan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Bagi kad kuning.

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi, tapi cepat, pantas. Soalan apa?

Ni petik tadi, Gemas …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah, kang saya suruh duduk kang. Habis dah …..

Nak sebutlah ni Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Apa, cepat-cepat.

Sebab tadi Gemas menyatakan tentang kedudukan EXCO kebudayaan tu Dato’ Speaker, ya, jadi saya cadangkan …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tak apa, yang itu dah, tak apa …..

..... Yang Amat Berhormat calonkan siapa-siapalah di antara backbenchers …..

Yang Dipertua Dewan

Haa itu dah luar. Itu dah luar tu, dah luar topik. Gemas, teruskan. Setengah minit lagi.

Nak calonkan inshaa Allah, boleh.

Yang Dipertua Dewan

Saya kata dah, kang saya suruh duduk kang.

Okay, yang seterusnya saya mintaklah di atas lebihan impak keuntungan atau kekayaan hasil negeri, kita harap pihak kerajaan adakan program, program musim tengkujuh. Program musim tengkujuh ni maknanya akan dibagikan kepada golongan-golongan di luar bandar, masyarakat Felcra, masyarakat Felda, masyarakat Risda untuk kita agih-agihkan. Sebab apa saya merasakan bahawa bulan 12 ni, daripada bulan 10 dah hujan sepanjang-panjang musim dah sampai sekarang, hujan dan harga komoditi yang jatuh, jadi budak nak sekolah, anak ramai. Jadi saya rasakan perlu kita memikirkan cara bagaimana mensejahterakan rakyat marhain, yang di bawah ini, untuk dapat, dapat merasa bersama-sama nikmat hasil limpahan pembangunan.

Yang seterusnya saya juga minta …..

Yang Dipertua Dewan

Last point ya?

Ya. Tentang lampu jalan. Lampu jalan antara, satu tadi ni Londah ke Palong. Yang baru ni saya mintak lampu jalan Jelai ke Kampung Sungai Dua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, sekian, terima kasih.

Dan yang akhir, ada satu je lagi ni.

Yang Dipertua Dewan

Ada satu lagi.

Ya. Tentang UM, Universiti Malaya. Saya mintaklah sebab Universiti Malaya ni hari tu dah buat, kemudian sekarang dah slow, dan saya nak tahu perkembangan tentang Universiti Malaya di Gemas. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Saya rasa perlu seorang je. Seorang lagi je. Mambau. Mambau, silakan. Dia dah bersedia dah.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, hari ini saya, hari ini saya bangun untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2020 dengan hasilnya sebanyak RM457 juta. Tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri dan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ADUN Sikamat dan anggota pasukannya berjaya membentangkan belanjawan seimbang RM457 juta ini di bawah tajuk melestari ekonomi, mensejahterakan rakyat pada belanjawan NS Darul Khusus 2020 kali ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya lihat dari bas percuma ada memperuntukkan 1.42 juta. Jadi pada pendapat saya, kita memang mengalu-alukan servis khidmat bas percuma ini dapat diteruskan pada tahun 2020. Dato’ Yang Dipertua, apa saya yang, yang saya ingin sentuhkan dalam

perbahasan kali ini selain daripada perkhidmatan di sekitar bandaran, bandar raya Seremban, kita jangan lupa juga kawasan-kawasan yang di luar kawasan bandar misalnya di sekeliling taman perumahan yang terdekat. Pada pengetahuan orang ramai, kawasan-kawasan taman perumahan yang sedia ada memang ada servis perkhidmatan myBAS di sekelilingnya. Hanya selaku ADUN kawasan, ramai penduduk-penduduk setempat merayu kepada pihak Kerajaan Negeri supaya memohon kepada syarikat myBAS meneruskan atau melanjutkan laluan jalan ke lebih kedalaman di sekeliling kawasan taman perumahan dan bukan sahaja melalui jalan yang utama saja dalam taman perumahan kerana agak susah payah kepada penduduk-penduduk setempat kena berjalan kaki yang lebih jauh atau menghala ke pondok menanti bas untuk menunggu bas.

Selaku ADUN, saya bercadang pihak Kerajaan Negeri supaya untuk mengkaji, mengkaji satu shuttle bus, atau bas mini untuk melalui di kawasan pedalaman taman perumahan kerana bas ini mungkin, bas mini ini mungkin dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan boleh bagi lebih bagi perjalanan mengikut jadual masa. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat supaya berbincang dengan syarikat myBAS untuk melaksanakan dasar ini. Dan saya berharap juga pihak Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkanlah rancangan ini demi keselesaan hidup penduduk-penduduk setempat khususnya di taman-taman perumahan.

Dato’ Yang Dipertua, perkara yang kedua, saya ingin sentuhkan ialah pada Persidangan Dewan yang lepas iaitu Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 pada bulan Ogos, 26 haribulan, bulan Ogos 2019, jadi Mambau ada membangkitkan satu soalan bertulis berkaitan dengan tajuk Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Seremban. Jadi Mambau memohon sena, Mambau memohon senarai nama 50 pelanggan MPS, tak kira dia persendirian atau korporat, mengikut nilai tunggakan yang tertinggi untuk pertengahan tahun 2019. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, tadi pada jawapan bertulis, mendapati jumlah tunggakan pada pertengahan tahun 2019, bulan Jun, ialah Ringgit Malaysia 8.1 juta. Di antaranya ialah cukai asal 5.4 juta, termasuk denda 1.8 juta, waran 490 ribu dan guaman 427 ratus ribu. Jadi ini ialah jawapan daripada MPS.

Dato’ Yang Dipertua, apa yang saya ingin sentuhkan ialah daripada senarai 50 nama yang tertinggi ini iaitu, di antara mereka pemilik-pemilik daripada 15 mereka adalah, 15 unit dari Plaza Peninsular, Jalan Tun Dr Ismail dan 6 unit daripada Wisma Punca Emas, Jalan Dato’ Sheikh Ahmad ialah antara jumlah daripada senarai 50 nama yang tertinggi. Lebih daripada 60%.

Adalah, Dato’ Yang Dipertua, 2 bangunan yang, yang bersejarah dan bersedia ada ini, di Seremban ini, melebihi 35 tahun dan boleh dikatakan 2 lokasi bangunan ini ialah bangunan landmark, mintak izin, bangunan landmark kepada Negeri Sembilan. Dan ia merupakan 2 buah pusat perniagaan dan pasar raya yang terkenal atau ramai orang berkunjung di Seremban pada 70an dan 80an. Pihak Kerajaan Negeri harus memberi prihatin untuk menghidupkan semula 2 buah bangunan landmark yang bersejarah ini demi kemajuan negeri pada masa yang akan datang. Dato’ Yang Dipertua, saya difahamkan pihak MPS pernah berusaha dan menggalakkan, me, mengeluarkan apa ni, men, melaksanakan dasar baru untuk mengatasi masalah tunggakan cukai taksiran ini dengan menurunkan 50% cukai taksiran supaya menggalakkan pemilik-pemilik unit untuk menjelaskan tunggakan mereka pada tahun ini. Jadi saya ingin nak mintak pihak Kerajaan Negeri memberikan sedikit penjelasan pada esok hari, berapakah unit telah dibayar dan saya sangat berharapkan semua, semua, semua rakyat atau semua penduduk di Seremban, di Seremban ini ingin juga melihat memak, pihak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan ini boleh memajukan semula kedua-dua bangunan yang asal ni.

Jadi perkara ketiga, Dato’ Yang Dipertua, mengikut bajet pakat, pihak Kerajaan Negeri, tabung wang rizab Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah bertambah daripada 600 juta hingga ke 800 juta pada tahun ini. Dan telah meningkatkan kepada 200 juta pada tahun ni jugak. Kami memohon kepada pihak Kerajaan Negeri supaya menggunakan wang rizab ini untuk tujuan pembangunan pada masa yang akan datang. Contohnya, supaya dapat memperuntukkan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan untuk menyelesaikan, menyelesaikan masalah rakyat di sekeliling kawasan Negeri Sembilan. Misalnya, contoh sajalah, kepada Jabatan Lanskap untuk menambahkan mesin-mesin dan pasukan anggota Jabatan Lanskap tersebut untuk mempercepatkan langkah-langkah tindakan menebang pokok-pokok yang tinggi lampai, yang membahayakan penduduk-penduduk setempat.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, ada satu dua aduan utama di kawasan DUN Mambau, saya ingat, ingat, ingin, ingin nak sampaikan kepada perak, pihak Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan. Nombor satu ialah simpang jalan masuk ke Taman Negeri iaitu di Jalan Mambau menghala ke Port Dickson. Jadi, simpang jalan ini memang sudah buat aduan beberapa tahun yang lepas, kerana simpang ini amat membahayakan. Dan pada 2 minggu yang lepas, satu kemalangan maut atau jiwa telah berlaku di sana juga. Jadi, pihak JKR pada setahun yang lepas, memang ada membuat kajian semula dan mereka buat satu jalan alternatif di

sebelah jalan simpang di situ, tapi nampaknya hasil tidak begitu, datangkan, tidak begitu datangkan hasil kerana ramai orang tidak menggunakan yang jalan alternatif itu. Jadi apa yang saya ingin sampaikan pada kali ini saya, saya bercadang tutupkan jalan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Tutup?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ya. Tutupkan jalan tersebut dan membagi kereta U-turn di, di apa ni, susur, susur keluar, ini highway Port Dickson sana. Boleh U-turn balik. Jadi ini kerana kereta di jalan utama ini memang sangat laju dan mendatangkan bahaya dan telah berlaku bebe, banyak kalilah, banyak kali ini kemalangan maut dan kecederaan di sana. Jadi saya berharap pihak JKR mungkin akan mengkaji semula, mengkaji semula untuk ja, untuk tutupkan jalan tersebut.

Dan satu lagi saya ingin nak memberi ringkasan ser, saya berharap Yang Berhormat Bahau, kalau boleh memberi serba sedikit ringkasan dengan isu dog shelter untuk anjing-anjing liar yang masih tertangguh sehingga kali ini. Jadi saya harap macam mana perkembangan status terkini dog shelther yang akan di, apakan, di, di, dilokasikan di Negeri Sembilan.

Jadi, setakat ini saya menyokong usul Belanjawan Negeri Sembilan 2020. Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Berhormat sekalian, saya tangguhkan mesyuarat kita petang ini dan kita bersidang besok ya, pada 26 haribulan, 10 pagi. Dan saya harap 10 pagi mesti adalah, tadi ramai yang gagal pukul 2 ya. Dibagi rehat awal pun gagal datang tepat pukul 2. Jadi kalau boleh tepati masa supaya kita dapat selesaikan semua persidangan itu dalam masa yang kita tentukan. Saya ucapkan terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 4.55 petang]