Negeri Sembilan · 26 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 793 turns · 34,174 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.00 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Assalamualaikum WBT, salam hidayah, salam bersih, muafakat, sejahtera. Kita mulakan dengan bacaan umul kitab Al Fatihah.

[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu‘ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Allahumma ‘afini fi badani. Allahumma ‘afini fi sam’i. Allahumma ‘afini fi bashari.

Yang saya kasihi Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar; YB Sikamat, yang saya kasihi Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, Dato’-Dato’, Datin-Datin, pemerhati, pegawai-pegawai kanan jabatan kerajaan, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT.

Hari ini kita masuk hari ketiga persidangan, dan alhamdulillah semalam kita dapat selesaikan pukul 5 persidangan kita. Ada ramai lagi yang belum memberi pandangan mengambil bahagian dalam

perbahasan. Saya akan bagi kepada semua Yang Berhormat untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Cuma saya mengingatkan diri saya dan Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, saya kira Yang Amat, Yang Berhormat-Berhormat sekalian seharusnya mengambil peluang untuk berucap dan menumpukan kepada fakta-fakta penting yang boleh kita manafaatkan untuk hari ini dan untuk negeri kita.

Saya mengharapkan supaya ulasan-ulasan yang telah dibentangkan semalam diulang saya tak berminat untuk mendengar. Kalau ada yang mengulang balik, saya akan suruh berhenti dan duduk. Dan saya mengharapkan jugak jangan ada di kalangan Yang Berhormat hari ini bercakap tanpa minta persetujuan saya. Tolong bangkit, beritahu, yang ber, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya daripada Chembong, haa contohlah, Chembong sebab dia ingatkan semalam, terima kasih ingatkan tu ya. Jadi, saya daripada Chembong saya nak berucap, nak sebut, sentuh, kat, contoh, saya beri contohlah. Jadi ambil peluang begitu dan kita akan tanya pada yang tengah memberi ucapan, sama ada bagi laluan atau tidak. Saya tak mahu terus tujah je, tujah semua akan naik, naik ya, darah naik, lama-lama duduk panas kan. Jangan ambil bahagian macam tu. Jadi saya ucapkan terima kasih selama 2 hari kita dapat bersidang dengan baik. Dan saya harapkan hari ni lebih baik, supaya peristiwa semalam tidak berulang. Dan orang perhatikan kita ni, seluruh negara perhatikan kita sebab kita secara langsung, langsung. Dan alhamdulillah saya tengok Yang Berhormat daripada Negeri Sembilan setakat hari ini, daripada penyeliaan, kalau penyeliaan orang lain tak penting, penyeliaan saya, saya nampak semua Yang Berhormat masih lagi boleh ditegur dan menerima pandangan dan mengikut arahan. Sebab itu tidak lagi, belum ada setakat ini, belum ada setakat kita ambil tindakan untuk duduk luar, sebab masing-masing, masing-masing telah memenuhi, masing-masing telah mematuhi setakat mana yang telah kita beri, beri peringatan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Yang Dipertua Dewan

Jadi yang, Yang Berhormat-Berhormat sekalian kita pergi kepada agenda seperti biasa, kita mulakan dengan soalan-soalan lisanlah ya, dan selepas soalan lisan nanti kita akan sambung balik perbahasan yang semalam kita tangguh petang semalam. Saya persilakan giliran yang pertama bagi hari yang ketiga, 26 November; Selasa, saya persilakan Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemudakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipetua, terima kasih atas, terima kasih atas soalan ADUN Temiang berhubung dengan banjir kilat. Kejadian banjir di negeri kita adalah disebabkan oleh:

 Pertamanya: iklim;  Keduanya: keamatan hujan yang tinggi;  Yang ketiganya: berlaku limpahan daripada sungai atau parit,  Keempat: halangan dalam sungai ataupun perparitan;  Yang kelima: aliran mud flow, dengan izin, dari kawasan pertanian.

JPS juga mengenal pasti 116 hot spot di seluruh Negeri Sembilan. Di Seremban saja terdapat 36 hot spot dan di kawasan Temiang ada 3 hot spot. Alhamdulillah tahun ini kejadian banjir agak berkurangan dan dapat dikawal. Walaupun kita tahu keadaan hujan yang tinggi di beberapa kawasan. Dan alhamdulillah ini kita mampu untuk sama-sama berdoa agar negeri kita selamat daripada banjir ataupun musibah yang buruk.

Berhubung kepada insiden kejadian bencana alam seperti banjir. Satu arahan atau garis panduan dalam pengurusan bencana sudah sedia wujud menerusi buku Arahan No. 20 yakni Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

Pengurusan Bencana dikendalikan berasaskan 3 peringkat pengurusan iaitu peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN). Keahlian bagi jawatankuasa ini adalah terdiri daripada ketua-ketua jabatan atau agensi-agensi penyelamat, kecemasan, teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi keseluruhan PBT di sesebuah negeri bagi menangani insiden atau bencana tersebut.

Manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah bagi kawasan atau daerah yang dilanda bencana tersebut dan Pegawai Pertahanan Awam (APM)

Daerah menggalas tugas sebagai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Bagi keahlian jawatankuasa ini adalah terdiri daripada Pegawai, Pengurus atau Penyelia agensi di peringkat daerah meliputi atau Agensi Penyelamat, Kecemasan, Teknikal dan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah berkenaan bagi menangani insiden atau bencana tersebut di peringkat daerah.

Untuk makluman Yang Berhormat sungai, Yang Berhormat Temiang, Sungai Temiang melibatkan kawasan Taman Bukit Jong, Kampung Ulu Temiang, Terminal One, Jalan Seng Meng Lee, Taman Nee Yan, Kampung Bukit Temiang, Kampung Baru Bukit Temiang dan Taman Templer. Peruntukan yang diterima oleh JPS bagi tujuan pembangunan Sungai Temiang melibatkan peruntukan Negeri dan Persekutuan. Bagi tahun 2010 hingga 2015, sebanyak 1 juta setahun. Bagi tahun 2016 – 527 ribu, bagi tahun 2017 – 226 ribu, bagi tahun 2018 – 170 ribu dan bagi tahun 2019 sebanyak 610 ribu telah diberikan.

Itu saja, terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan Yang Dipertua Dewan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri selalu memberi prihatin untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Temiang melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran. Cuma kaedah-kaedah pembersihan mendapan pasir yang dijalankan masih belum lagi menyelesaikan masalah tersebut. Maka saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri, boleh ke bina ini kolam takungan air supaya air hujan yang, yang, yang berkua, yang, yang berkuantiti tinggi ini boleh disalurkan kepada kolam takungan air tersebut sebelum ia disalurkan kepada longkang-longkang konkrit besar di bawah JPS.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, bagi soalan tersebut, kita sedia maklum bahawa kerajaan sentiasa mengada, me, mengadakan kajian terperinci mengenai pelaksanaan untuk menaik taraf sungai tersebut dan juga menyediakan kolam takungan. Tapi memandangkan

kawasan di su, sepanjang Sungai Temiang tersebut banyak tanah-tanah persendirian dan tiada tanah kerajaan untuk dijadikan kolam takungan, jadi masalah itu adalah terlalu sukar dan jika ada pun kita terpaksa membuat pengambil balik tanah untuk dijadikan kolam takungan. Dan kita rasa bahawa sepanjang sungai tersebut kita nampak memang agak sukar untuk mendapatkan satu tapak untuk dibina sebuah kolam takungan. Namun begitu kita akan membuat kajian dan melihat bagaimana kalau boleh kita lihat keperluan tersebut untuk kita jalankan, inshaa Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang kita tiba giliran Juasseh.

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Juasseh di atas soalan berkaitan dengan pusat pembangunan belia. Sudah masuk hari ketiga, baru hari ni ada yang berminat tentang belia. Padahal belia ada masa depan negeri dan negara kita. Soalan berkaitan dengan Pusat Pembangunan Belia Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju menubuhkan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan yang akan dijadikan salah satu platform perkongsian, penyampaian informasi, penyelidikan dan program-program terkini pembangunan belia. Penubuhan pusat ini diharap dapat mengurangkan risiko gejala sosial di kalangan belia bandar dan luar bandar dengan menarik minat mereka untuk turut menyertai aktiviti berorganisasi khususnya yang melibatkan NGO-NGO belia.

Pusat ini juga memfokuskan kepada 8 kumpulan sasar belia seperti mana yang digariskan dalam Dasar Belia Negara. 8 kumpulan sasar belia itu adalah:

 Yang pertama: Belia berisiko;  Yang kedua: Belia bersekolah;  Yang ketiga: Belia pengajian tinggi;  Yang keempat: Belia berkerjaya;  Yang kelima: Belia massa;  Yang keenam: Belia Malaysia antarabangsa;

 Yang ketujuh: Belia minoriti ataupun belia terpinggir;  Dan yang kelapan: Perkumpulan belia.

Penubuhan Pusat Pembangunan Belia Harapan ini adalah hasil daripada resolusi Bengkel Belia Harapan Negeri Sembilan yang telah dilaksanakan pada 11 November 2018 bertempat di Casa Lagenda Convention Centre yang melibatkan ramai pemimpin-pemimpin belia yang kita jemput. Bengkel ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.

8 dapatan atau resolusi yang kita perolehi daripada Bengkel Belia Harapan ini:

 Yang pertama: memperkasakan ekonomi belia melalui pertanian terancang untuk tanah-tanah terbiar. Ini ada dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan menubuhkan tabung khas dana untuk pembangunan tanah-tanah terbiar.

 Yang kedua: mengurangkan pengangguran belia dan meningkatkan kemudahan sukan di setiap kampung dan daerah.

 Yang ketiga: mewujudkan ruang perkongsian pintar dengan institusi pendidikan. Ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan memberikan tumpuan kepada bidang teknologi dan vokasional, teknikal dan vokasional (TVET) dengan melibatkan agensi-agensi seperti IKTBN, ILP di mana terdapat kursus-kursus sebagai contoh, kursus-kursus kimpalan, mengecat kenderaan yang dilaksanakan di peringkat IKTBN yang mana telah melakukan perkongsian dengan Perodua di mana pelajar-pelajar yang keluar daripada IKTBN ini akan diserap terus di dalam kilang-kilang kereta milik Perodua.

 Yang keempat: memperbanyakkan kursus dan dorongan untuk meningkatkan pengetahuan dan aktiviti sains dan teknologi.

 Yang kelima: menilai semula program kaderisasi. Ini memimpin ataupun memberikan usaha untuk melatih dan melahirkan pewaris kepimpinan belia dengan cara memperkasa semula Majlis Perundingan Belia Negeri dan menggerakkan promosi pertubuhan belia di peringkat sekolah dan IPT sesuai dengan usaha di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana telah dibuat pindaan Akta 668 iaitu Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia di mana umur belia akan diubah daripada umur 15 tahun sehingga 30 tahun melalui beberapa proses transisi kepimpinan belia di mana akan ada usaha sehingga

tahun pelaksanaan sepenuhnya akta ini adalah pada 1 haribulan Januari 2021. Ketika itulah semua kepimpinan belia semestinya berumur 30 tahun ke bawah ya. Jadi ini merupakan usaha bersama supaya kepimpinan belia benar-benar boleh kita lahirkan bagi mewarisi kesemua NGO-NGO yang terdapat, Majlis Belia – Majlis Belia yang ada supaya diberikan kepimpinan itu kepada kepimpinan belia yang baru, yang berumur 30 tahun ke bawah. Tetapi kita ada proses sehingga hampir 3 tahun lagi, 2 tahun lebih lagi ya, sehingga 1 haribulan Januari 2021 untuk kita usahakan program kaderisasi bagi melahirkan kepimpinan belia di bawah umur 30 tahun.

 Yang keenam: memaksimumkan penggunaan kemudahan sukan, kemudahan Jabatan Belia Dan Sukan seperti Kompleks Rakan Muda sebagai pusat sehenti belia dan melahirkan belia bebas daripada pengaruh politik kepartian. Inilah usaha kerajaan yang baru, di mana kita mahu supaya semua kepimpinan belia benar-benar bebas daripada pengaruh politik supaya ia berjaya menghimpunkan semua belia tanpa mengira latar belakang politik dan fahaman mereka.

 Dan yang ketujuh: inilah yang berkaitan dengan tabung ataupun TABAH, singkatan bagi Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan iaitulah resolusi yang ketujuh, menubuhkan Pusat Pembangunan Belia di Negeri Sembilan untuk memantau, menyelaras, menjadi penghubung antara belia dan pertubuhan belia, mengumpulkan data-data yang diperlukan mengenai belia kepada Kerajaan Negeri untuk diambil tindakan.

Di peringkat Kerajaan Negeri melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan ini, antara yang program yang telah dilaksanakan bagi merapatkan perhubungan belia dan Kerajaan Negeri adalah Program Dialog Inspirasi Harapan Anak Muda 2019 (DINDA). Saya, sejak ada program DINDA ni, orang rumah sendiri marah, sebab bila saya kata, dia tanya nak pergi mana, saya kata, nak pergi DINDA. DINDA mana pulak, dia kata. Jadi, Program DINDA ini adalah program Dialog Aspirasi Harapan Anak Muda di mana kita bertemu dengan anak muda secara langsung. Kita telah turun ke 8 daerah, alhamdulillah. Kita telah turun ke Rembau, di gelanggang futsal Chembong Halt, melibatkan 135 orang belia. Kita telah turun ke Tampin, di Man Corner 2 Tampin, seramai 62 orang. Di Kuala Pilah di Hafizah Tom Yam, Jalan Melang – 65 orang. Di Jempol di Pamy Char Kuey Tiow Jempol, kita buat program santau, sambil-sambil kita makan char kueh tiow, sambil kita berbual-bual tentang harapan dan masa depan belia, seramai 136 orang. Kita turun di Jelebu, di gerai akar kayu, haa ini kalau mana-

mana ADUN-ADUN yang rasa kurang, boleh minum di sini, di gerai akar kayu Ulu Klawang ya, boleh cuba ni, 80 orang. Di Port Dickson, di Restoran Mak Mah, Batu 1 …..

Apa yang kurang tu?

….. 65 orang. Dan di Atok D’River di Seremban – 80 orang. Dan di Kuala Pilah, di kedai Abang Sidek – 60 orang. Jumlahnya 683 orang.

Jadi dengan program seperti ini, menjadi wardah bagi mendengar suara dan pandangan generasi muda dalam pembinaan masa depan negara dan memastikan idealisme mereka dapat diberikan perhatian dan diterjemahkan oleh pihak kerajaan. Ianya juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada generasi muda bagi membincangkan pelbagai isu nasional bersama pemimpin dalam suasana yang berhemah, tertib, rasional dan matang.

Dan soalan yang berkaitan sama ada telah ada pejabatnya dan bagaimana struktur organisasinya. Alhamdulillah, inshaa Allah pejabatnya akan dibuka di Bilik Serbaguna, Kompleks Belia Dan Sukan Paroi. Walau bagaimanapun, Kompleks Belia Dan Sukan Paroi sedang dalam proses baik pulih, ya, memakan masa naik taraf, memakan masa hampir setahun, jadi buat sementara ini, TABAH ini akan beroperasi sementara di Pejabat EXCO Belia Dan Sukan. Dan walau bagaimanapun, tugas mereka akan dipikul oleh seorang pegawai, Pegawai Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan dan akan terus beroperasi sementara waktu di pejabat belia, EXCO Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi.

Dato’ Speaker, soalan tambahan, boleh? Dengan izin Juasseh.

Yang Dipertua Dewan

Ya okay.

Dato’ Speaker, soalan asas daripada Juasseh sebentar tadi bertanyakan tentang Pejabat Pusat Pembangunan Belia.

Saya jugak nak menyebut dalam Dewan yang mulia ini, nak bertanyakan tentang pejabat-pejabat Majlis Belia Daerah-Daerah, Dato’ Yang Dipertua. Baru-baru ini saya dapati Majlis Belia Daerah, Pejabat Majlis Belia Daerah Rembau khususnya telah tutup dan akhirnya atas sokongan rakan-rakan dan jugak bantuan orang ramai, dibuka satu pejabat yang jauh lebih kecil hasil daripada sokongan pihak swasta, pihak syarikat persendirian, Dato’ Speaker. Apabila saya bertanya, mereka memberikan jawapan, bahawasanya sekarang ini Majlis Belia Daerah, Majlis Belia Negeri malahan semua gabungan belia-belia, pertubuhan-pertubuhan gabungan di bawah Majlis Belia Daerah ini tidak lagi menerima dana pentadbiran daripada Kerajaan Negeri, Dato’ Speaker

Dulu ada, Majlis Belia Negeri dapat contohnya 50,000.00 setahun untuk dana pentadbiran. Begitu jugak dengan Majlis Belia Daerah. Semua badan gabungan dapat sekurang-kurangnya 5,000.00 ringgit setiap setahun Dato’ Speaker, sekarang ni dah tak ada. Jadi, soalan saya, kenapakah ini terjadi dan bolehkah Kerajaan Negeri menyambung semula bantuan-bantuan sebegini demi pembangunan belia negeri kita, Dato’ Speaker, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih.

Terima kasih Chembong di atas soalan tambahan berkaitan dengan bantuan atau dana untuk Majlis Belia-Belia Daerah. Alhamdulillah, semasa sambutan Hari Belia Negara yang telah diadakan di KOMBES baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bantuan 100 ribu ringgit untuk diletakaan di bawah Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan untuk dimanafaatkan oleh semua NGO-NGO belia. Alhamdulillah, sebahagian daripada peruntukan 100 ribu itu, iaitu sebanyak 21,000.00 telah disalurkan kepada Majlis Belia Daerah-Daerah. Sebanyak 7 Majlis Belia Daerah iaitu Majlis Belia Daerah Seremban – 3,000.00 ringgit, Majlis Belia Daerah Kuala Pilah – 3,000.00 ringgit, Majlis Belia Daerah Rembau – 3,000.00 ringgit, Majlis Belia Daerah Jempol juga 3,000.00 ringgit, Majlis Belia Daerah Port Dickson, Tampin dan Jelebu juga masing-masing menerima 3,000.00 ringgit dengan jumlah keseluruhannya 21,000.00 ringgit.

Sebahagian daripada dana 100 ribu itu jugak telah diberikan kepada NGO-NGO yang bergabung di bawah Majlis Belia Negeri seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang mengadakan 3 atau 4 program yang kita bantu, dan menerima saya kira lebih kurang

3,000.00 ringgit. Begitu jugak Persatuan Belia Dinamik Barat yang aktif dalam anugerah perdana, belia perdana, anugerah remaja belia perdana, Anugerah Remaja Perdana, dan yang jugak disebut sebagai The Duke of Edinburgh’s Award, yang merupakan satu program yang sangat baik. Mereka juga telah menerima bantuan kita lebih daripada 20,000.00 ringgit. Begitu jugak Persatuan Belia Bersatu Peradong, Persatuan Belia Felda Raja Alias 3 juga menerima bantuan daripada dana 100 ribu yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika Hari Belia Negara.

Dalam Majlis Perundingan Belia Negeri yang kita anjurkan, jarang negeri-negeri mengadakan Majlis Perundingan Belia Negeri di mana kita melibatkan Majlis Belia Negeri Sembilan dan kepimpinan mereka, dan semua majlis, persatuan-persatuan belia yang bergabung di bawah Majlis Belia Negeri bersama dengan agensi-agensi kerajaan, Majlis Daerah dan seluruh agensi-agensi kerajaan terlibat, kita mengadakan Majlis Perundingan Belia. Di dalam Majlis Perundingan Belia ini kita bincang pasal bagaimana untuk menjimatkan kos pejabat-pejabat milik Majlis Belia Daerah-Daerah. Pegawai-Pegawai Daerah telah bersetuju untuk berbincang dengan Majlis Belia Daerah supaya menggunakan premis-premis milik Pejabat Daerah yang tidak digunakan, yang kosong, supaya mereka boleh menjimatkan bayaran daripada kos sewa dan sebagainya. Ini telah dibincangkan, sebab itu kita menggalakkan kepimpinan Majlis Belia Daerah-Daerah supaya berjumpa dengan Pegawai-Pegawai Daerah kita untuk cari pejabat-pejabat baru yang mungkin sewanya lebih rendah berbanding dengan menyewa rumah-rumah kedai.

Begitu jugak Majlis Belia Negeri, mereka ada masalah baru-baru berkaitan dengan kes di mahkamah ya, bagaimana ada kes mahkamah yang besar ya, yang saya kira tak perlu saya sebutkan di sini, melibatkan kepimpinan politik jugak, akhirnya menyebabkan bangunan mereka itu hampir ditarik, hampir nak dirampas, bangunan milik Majlis Belia Negeri yang berada di Taman Bukit Chedang hampir nak dirampas oleh pihak bank kerana kegagalan mereka dan kes-kes yang berlaku. Tetapi Kerajaan Negeri memberikan, membayar segala tuntutan mahkamah, lebih 100 ribu ringgit kepada mereka untuk membantu mereka supaya bangunan milik Majlis Belia Negeri ini tidak dirampas. Ini hasil daripada apa yang telah berlaku ketika kerajaan yang terdahulu.

Kita ambil pengajaran daripada isu ini supaya ianya tidak berlaku. Pimpinan, kepimpinan-kepimpinan belia ini sepatutnya diberi, diberikan contoh yang baik ya, bagaimana untuk menguruskan organisasi mereka dengan jujur, telus dan bukan berlaku salah guna

kuasa tetapi mereka dibabitkan pulak dengan isu-isu yang akhirnya disaman di mahkamah. Ini sesuatu yang malang yang melibatkan kepimpinan belia pada sesi yang lalu. Jadi ini menjadi pengajaran kepada kita supaya berhati-hati dalam menguruskan kepimpinan belia ini. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Sekarang tibalah giliran Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 3 iaitu isu larangan merokok dalam Negeri Sembilan. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Mambau yang bertanyakan berkenaan isu larangan merokok dalam Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, pewartaan semua premis makanan sebagai tempat dilarang merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 selaras dengan pindaan Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Walau bagaimanapun Menteri Kesihatan telah memberi kelonggaran sehingga 31 Disember 2019 sebagai tempoh Penguatkuasaan Pendidikan (Educational Enforcement) bagi larangan merokok di premis makanan ini.

Sepanjang tempoh 1 Januari 2019 sehingga 20 Oktober 2019 sejumlah 10,946 premis makanan telah dijalankan aktiviti Penguatkuasaan Pendidikan (Educational Enforcement) dan sejumlah 3,401 notis amaran telah dikeluarkan terhadap perokok dan juga pemilik premis makanan yang tidak mematuhi kehendak perundangan tersebut.

Bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang bahaya merokok dan larangan merokok di premis makanan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah mengambil pendekatan melalui aktiviti pendidikan kepada masyarakat. Di mana sepanjang tempoh 1 Januari 2019 sehingga 20 Oktober 2019, sejumlah 33,904 bahan pendidikan iaitu risalah dan poster telah diedarkan khususnya kepada pengunjung premis makanan dan 76 sesi ceramah telah dijalankan di seluruh Negeri Sembilan. Menjelang tempoh penguatkuasaan yang bakal bermula, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merancang untuk membuat hebahan melalui saluran radio (Negeri FM) selain meneruskan aktiviti / program Penguatkuasaan

Pendidikan (Educational Enforcement) sebagaimana yang telah dirancang secara berterusan sehingga tempoh tamat pada 31 Disember 2019.

Sebaik sahaja arahan untuk penguatkuasaan Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 diterima daripada pihak kementerian bermula 1 Januari 2020, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan bersedia menguatkuasanya. Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan di premis makanan secara bersepadu dengan kekuatan anggota dan logistik yang maksimum tanpa menjejaskan perjalanan aktiviti dan juga program yang sedia ada.

Dato’ Yang Dipertua, mengikut tinjauan kesihatan dan mobiliti, jumlah kematian akibat rokok dianggarkan 20,000 setahun. Dan 22.8% adalah terdiri daripada perokok yang berumur 15 tahun ke atas. Dan 20 – 54 yang berumur, di antara 20 – 54 adalah golongan yang tertinggi. Dan golongan ini merupakan satu golongan yang produktif. Sekiranya golongan ini terjejas dari segi kesihatan akibat rokok ini, maka sudah tentu berlaku masalah kepada negara. Ini amat membimbangkan. Jadi, kita perlu melaksanakan penguatkuasaan ini dari masa ke semasa dan juga memberikan kesedaran kepada umum supaya kita sama-sama pastikan rakyat dapat menjaga kesihatan mereka. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya tanyakan soalan tambahan ni, saya berharap Yang Berhormat – Yang Berhormat dan pegawai-pegawai sini jangan marahlah ya, tenang, tenang. Jadi saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Repah, soalan saya ialah, mengapa saya, mengapa saya nampak ini satu dua hari ni saya nampak banyak puntung rokok di, di sekeliling Dewan Undangan Negeri, seperti di kaki lima dan di tangga-tangga, saya nampak. Jadi, bagi saya, selaku Wakil Rakyat atau pemimpin kita harus memberi satu contoh yang baik kepada orang ramai. Jadi kena disiplin, jadi saya nak tanya, apakah tindakan yang telah diambil oleh Yang Berhormat Repah. Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Okay, saya memang setuju dengan apa yang dikatakan oleh ADUN Mambau tadi, saya pun terperanjat juga, semasa persidangan ini kita dapat lihat puntung rokok di kawasan tangga, di kawasan-kawasan yang tertentu. Dan ini berlaku masa persidangan. Dan saya percaya ada di antara pemimpin, ahli-ahli Yang Berhormat dekat sini mungkin merokok, merokok dan membuang puntung rokok tu di tempat tangga

tersebut. Jadi kita sebagai pemimpin kita harus menjadi contoh kepada orang awam di luar sana. Jadi dekat Dewan yang mulia ini, kita pun ada papan tanda larangan merokok, tetapi jangan gunakan keistimewaan sebagai ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa tempat ini adalah tempat larangan, pihak berkuasa tidak boleh masuk dan membuat, mengeluarkan saman. Kalau sesuatu keistimewaan itu disalahgunakan, maka dengan kebenaran pihak penguatkuasa boleh mengeluarkan saman walaupun tak kira jawatan ataupun position mereka dalam Dewan Undangan Negeri. Jadi, kita harap ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pemimpin-pemimpin mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya kita sama-sama menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana. Jadi, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sekarang kita pergi ke giliran seterusnya, dipersilakan Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih jugak kepada sahabat saya ADUN Gemencheh. Sehingga 31 Oktober 2019 bayaran IPG yang telah dibuat di Negeri Sembilan adalah sebanyak 12,614,844.32 yang melibatkan 59,571 tuntutan daripada pekebun-pekebun kecil di Negeri Sembilan. Tiada baki tertunggak untuk tuntutan di Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes di mana pemohon yang masih ada, mungkin ada masih belum selesai, yang pertama ialah pekebun belum menerima tuntutan disebabkan tuntutan berstatus siasatan disebabkan perkara-perkara teknikal seperti akaun tidak aktif, nombor kad pengenalan tidak sama dengan rekod bank, permohonan meninggal dunia dan lain-lain. Lembaga Getah Malaysia sedang berusaha untuk menyelesaikan kes-kes seumpama ini secepat mungkin. Yang kedua, pekebun menerima sebahagian daripada tuntutan disebabkan tuntutan melebihi julat yang telah ditetapkan.

Saya nak jawab balik Rantau semalam, dia kata jual kepada pembeli-pembeli getah yang tak sah, jadi memang tak dapatlah. Tapi yang jual kepada, kepada pembeli-pembeli yang sah, kita bayar balik dia punya perbezaan harga yang diterima dengan yang ditentukan oleh kerajaan iaitu 2.50.

Skim Bantuan Tanam Semula Getah masih diteruskan untuk tahun ini oleh kerana Tanam Semula adalah satu daripada beberapa fungsi RISDA yang termaktub dalam Akta RISDA Bil. 85/1972. Di bawah fungsi ini, RISDA bertanggungjawab melaksanakan program menanam semula pokok getah tua dengan getah yang baik, yang baru, bagi sektor pekebun kecil. Skim ini juga dibuka sepanjang tahun melalui Warta Kerajaan Negeri Sembilan Jilid 72 No. 8 yang bertarikh 11 April 2019. Program ini bertujuan untuk meningkatkan produktiviti getah sektor pekebun kecil. Melalui program ini, pekebun kecil menerima bantuan dalam bentuk mata benda seperti benih, baja dan wang tunai serta khidmat nasihat.

Kerajaan Negeri akan terus memperkasakan golongan pekebun kecil bagi menjana ekonomi yang memberi impak yang besar kepada pembangunan negara. Pihak Kerajaan Negeri melalui RISDA juga telah berusaha untuk menambah pendapatan pekebun kecil dengan beberapa aktiviti-aktiviti ekonomi dan jugak yang membangunkan atau menambah pendapatan.

RISDA akan membuat penelitian mengenai potensi perniagaan sampingan yang hendak dilakukan oleh pekebun kecil sebelum diberikan bantuan termasuk peralatan dan industri getah [kecil] dan sederhana supaya mereka dapat menjana pendapatan tambahan bukan hanya bergantung kepada tanaman getah.

Jadi, saya ingin menafikanlah kalau ada kata-kata kerajaan tak menolong, tak prihatin dengan masyarakat terutama di luar bandarlah. Kita membantu mereka dan apa yang kita dapat kita cuba selesaikan masalah tersebut secepat mungkin, sebagaimana terbukti tadi, untuk getah ni 13 juta, dah tak ada bakinya lagi untuk 31 bulan 10, tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Alhamdulillah, tadi diberitahu, dijelaskan bahawa Bantuan Tanam Semula Getah ini diteruskan. Yang saya dapat maklumat, di peringkat Federal bantuan untuk tanam semula ni dah tak ada, tapi Kerajaan Negeri telah mengesahkan Bantuan Tanam Semula ini diteruskan. Dengan itu, kalau Yang Berhormat Labu ingat, di Felda Bukit Rokan, contohnya di Peringkat 4, pengurusan FELDA telah bercadang untuk memajak kepada syarikat-syarikat yang berminat dan yang berdaya maju untuk menguruskan lot-lot, Peringkat 4 ni kebanyakan adalah getah. Sebab kalau ada Bantuan Tanam Semula Getah ini, saya yakin peneroka-peneroka akan memohon kepada RISDA untuk memajukan tanah mereka daripada mereka pajak kepada syarikat-syarikat. Dan

kalau ia benar, pengurusan FELDA untuk memajak tanah-tanah ini kepada syarikat-syarikat yang berdaya maju, apakah jenis bantuan, khidmat nasihat, apakah pandangan Kerajaan Negeri dan lain-lain yang diberi kepada mereka-mereka yang terlibat oleh Kerajaan Negeri Sembilan, terima kasih.

Terima kasih sahabat daripada Gemencheh. Saya, saya nak menyatakan bahawa sehingga kini kita belum ada lagi statement yang mengatakan ataupun arahan mengatakan tidak ada bantuan. Saya menjawab mengikut fakta. Yang kedua, kalau ada perjanjian-perjanjian untuk diswastakan, kita nak tengok dulu dia punya, dia punya apa, dia punya terms of reference dan sebagainya. Kita tak mahu nanti jangan berlaku seperti sebelum ini, dibuat, ada tanah-tanah kerajaan sendiri dimajukan tanpa ada sebarang, sebarang apa, ni apa ni, perjanjian. Kita nak supaya benda di, mana yang silap, kita kata kita betulkan. Yang mana yang baik, kita jalankan, tak ada masalah. Kalau betul menguntungkan peneroka, silakan. Jangan nanti jadi FGV yang dah buat melibatkan peneroka yang banyak, memberi kesan negatif sehingga sekarang. Sebab itu kita sebarang perjanjian untuk dibuat di mana-mana, kita akan pastikan supaya diputuskan melalui Mesyuarat Kerajaan Negeri dan jugak badan yang terlibat secara khusus. Dan kebetulan saya diminta untuk berhubung dengan FELDA. Jadi kalau boleh saya nak tahu jugaklah dulu, sebab sepanjang ni saya belum dapat lagi maklumat terkini berhubung dengan apa saja nak dibuat berhubung dengan tanah FELDA ya, terima kasih.

Yang Berhormat Labu, saya rasa Yang Berhormat Labu patut turun ke Felda Bukit Rokan, saya boleh menemani Yang Berhormat Labu untuk kita selesaikan isu di Felda Bukit Rokan, Peringkat 4 ni, sebab isu setahu saya dia dalam proses nak melantik pemaju ataupun kontraktor yang, yang untuk memajak tanah ini.

Saya nak maklumkanlah, saya kadang-kadang saya pergi, felda ni paling banyak saya pergi, sebab dulu kami tak boleh masuk felda, sekarang ni saya boleh masuk mana-mana felda yang di bawah Kerajaan Negeri. Jadi tuan-tuan saya rasa mungkin saya dah masuk kebanyakan daripada Palong berapanya saya dah masuk, tinggal lagi saya cakap tadi ada Skim FELDA ini yang juga dijalankan oleh peneroka sendiri, ada dibuat di bawah FELDA. Jadi kita kena, kena jelas dulu keadaan itu. Kalau di bawah sendiri, mungkin dibuat, dimajukan secara persendirian, itu ditanggung sendirilah kalau dia buat. tapi ada

benda di bawah FELDA, mesti merujuk kepada FELDA melalui Gugusan apa ni, Raja Alias, tidak boleh kata kita, memang ada usaha-usaha menebang pokok dibuat oleh individu-individu dan juga oleh peserta-peserta. Kita tak akan mengambil begitulah. Tetapi sebagai Skim FELDA, kita bertanggungjawab. Kita akan apa, sebab kita telah bawak yang, Yang Berhormat Menteri Ekonomi pada beberapa bulan yang lalu, dan beliau mengatakan bahawa FELDA serius untuk mema, membantu peneroka-peneroka di felda. Dan sebanyak peruntukan sebanyak 6.3 milion diberikan untuk memastikan supaya segala masalah FELDA yang tertinggal oleh kerajaan lama dulu, kita akan selesaikan termasuk bantuan 1,500.00, termasuk untuk memastikan semua projek pembangunan rumah generasi kedua yang terbengkalai, daripada 10 projek, 11 projek, 1 tak jalan. 10 hanya 2 yang siap, 8 masih belum selesai. Kami sedang menyelesaikan, kami semua sedang menyelesaikan.

Jadi itu sebab saya kata tadi, saya berharap supaya jangan kita war-warkan dulu kalau benda tu belum, belum, belum jelas sebab kami dalam proses untuk memastikan supaya peneroka FELDA dan jugak FELCRA dan jugak RISDA akan mendapat manafaat secepat mungkin. Tetapi kena maklum, bukan mudah, 6 bilion kita menyelesaikan sebab tak ada duit, kita kena selesaikan akibat daripada tindakan yang silap pada masa dulu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Jadi, saya rasa lengkaplah jawapan tu. Kita pergi soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Chuah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Chuah atas soalan kesesakan jalan di Lukut dan Sepang. Pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan menyedari keadaan tersebut, walau bagaimanapun lokasi yang dimaksudkan merupakan laluan di bawah Pentadbiran Negeri Selangor. Pihak JKR akan berhubung dengan JKR Selangor bagi mengatasi masalah tersebut. Kita sedia maklum bahawa kesesakan berlaku terutamanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dan ketika waktu puncak iaitu waktu balik daripada kerja.

Selain daripada itu, pihak JKR juga merancang untuk menaik taraf Jalan Lukut – Sepang daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Projek tersebut telah dicadangkan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 di bawah Kementerian Kerja Raya, inshaa Allah, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Soalan tambahan. Sementara ini, apa lagi yang telah dilaksanakan termasuk persimpangan di Lukut yang membahayakan dan banyak kemalangan parah yang berlaku. Dan nombor 2, ciri-ciri keselamatan di depan sekolah SMK Tanah Merah dan jugak SJKT, selain dari selekoh yang bahaya dan jugak ciri-ciri pencahayaan sepanjang jalan. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Kita sedia maklum bahawa jalan tersebut sebenarnya telah dinaik taraf. Dan di samping itu juga mengenai persimpangan Lukut dan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh pemandu itu sendiri ya, kerana di simpang Lukut itu sendiri ada traffic light tetapi oleh kerana ada berlaku ke, kealpaan pemandu dan juga tidak mematuhi lalu lintas, maka berlakulah kemalangan tersebut, kerana persimpangan tersebut bagi saya agak selamat tetapi oleh kerana pemandu-pemandu di situ agak ketertelaluan ketika memandu menyebabkan berlaku kemalangan tersebut.

Di samping itu juga di depan Sekolah Menengah Tanah Merah terdapat satu traffic light yang sepatutnya kita sedia maklum, di hadapan sekolah, kita hanya boleh memandu dengan kelajuan yang tertentu, yang telah ditetapkan, tetapi ada pemandu yang tidak mengendahkan perkara ini. Inilah yang menjadi halangan kita apabila kemalangan-kemalangan sering berlaku di Negara kita adalah disebabkan oleh sikap pemandu itu sendiri yang tidak menghormati hadapan sekolah kita kena perlahankan kenderaan dengan la, dengan kelajuan yang terhad, di samping itu juga kita mengharapkan bahawa pemandu-pemandu di negara kita dapat mematuhi segala undang-undang yang telah ditetapkan.

Kita sedia maklum bahawa banyak yang akan kita lakukan sementara menunggu 4 lorong tersebut. Dan kita telah siapkan semua tanda-tanda laluan di sana dan kita harap bahawa ini juga membantu

mengurangkan kemalangan. Jadi itu saja Yang Berhormat, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Tiba giliran 6, oh, kita skip ya, Rantau tak ada, kita pergi giliran nombor 7, dan saya difahamkan Seremban Jaya, hari ini ADUN Rahang untuk …..

Dato’ Yang Dipertua, saya mewakili ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Rahang yang mewakili Yang Berhormat Seremban Jaya untuk mengemukakan soalan yang berkenaan dengan Rumah Mampu Milik.

Dato’ Yang Dipertua, walaupun Yang Berhormat Seremban Jaya tidak berada di dalam Dewan yang mulia ini, tapi semangat beliau tetap bersama kita, dan kita lihatlah soalan-soalan yang dikemukakan dalam 2 – 3 hari ini, oleh Yang Berhormat Seremban Jaya, dia telah pun menunjukkan bahawa betapa prihatin beliau terhadap pengundi-pengundi dan juga seluruh rakyat Di Negeri Sembilan. Kita doakan …..

Dato’ Speaker.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. saya mendoakan kesihatan beliau …..

Yang Berhormat Dato’ Speaker, boleh …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. dan berharap beliau akan kembali ke Dewan ini selepas persidangan ini.

Dengan izin Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tak bagi ya? Tak bagi ya?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua, ini sesi soal jawab. Ikut lazimnya, la, ikut lazimnya tak ada apa ni, celah atau apa-apa. ini floor saya Yang Berhormat.

Dengan izin boleh Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Chembong, Chembong.

….. kalau dengan izin.

Yang Dipertua Dewan

Chembong, Chembong, tak izin.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tak izin. Jadi saya nak terus untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya. Dato’ Yang Dipertua, rumah-rumah mampu milik dibangunkan selaras dengan Dasar Perumahan Negeri Sembilan dengan 3 kategori harga iaitu 80 ribu ringgit, 250 ribu ringgit dan 400 ribu ringgit. Rumah-rumah tersebut adalah terbuka untuk dimiliki oleh rakyat Negeri Sembilan tak kira sama ada penjawat awam atau masyarakat umum yang berkeupayaan membeli mengikut taraf pendapatan masing-masing.

Dato’ Yang Dipertua, sehingga 31 Oktober tahun ini, jumlah pembangunan perumahan mampu milik di bawah Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Kerajaan Persekutuan di seluruh Negeri Sembilan yang telah siap dibina adalah sebanyak 471 unit. Perumahan penjawat awam ini adalah terbuka kepada penjawat awam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Projek Perumahan Penjawat Awam khas untuk penjawat awam yang berkhidmat di Negeri Sembilan. Sebanyak 350 unit rumah telah diluluskan Kebenaran Merancang yang terdiri daripada 150 unit rumah berharga 90 ribu ringgit dan 200 unit rumah berharga 250 ribu ringgit. Dan saya juga ingin mengamhil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang menunaikan janji kita semasa apa yang kita janjikan ketika PRU yang ke-14 iaitu kita nak memastikan setiap rakyat sekurang-kurangnya mempunyai rumah termasuk penjawat-penjawat awam kita yang telah pun begitu lama membantu kerajaan untuk kita sama-sama menjaga kesejahteraan rakyat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang …..

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

….. Berhormat Bahau.

Soalan tambahan ya.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Ya. Sila nyatakan beberapa pendaftaran untuk memohon rumah mampu milik hingga status terki, terkini yang khasnya untuk Type A.

Yang Dipertua Dewan

Khasnya untuk apa?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk angka ataupun bilangan jumlah permohonan perumahan Type A ini, buat setakat ini saya tidak boleh memberi jawapan secara lisan, tetapi saya akan memberi jawapan secara ber, bertulis kepada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, untuk rumah mampu milik Type A yang berharga 80 ribu ringgit ini, setakat ini, kita telah pun menerima permohonan, bukan permohonanlah, pen, cadangan untuk membina rumah Type A adalah sebanyak 3,121 Rumah Mampu Milik Type A, setakat ini, di dalam rancangan dan pembinaan.

Jadi ini merupakan satu dasar di mana kita telah pun cuba sedaya upaya untuk memastikan setiap pemaju swasta untuk memastikan setiap pembinaan pembangunan mereka mempunyai komposisi sekurang-kurangnya 20% untuk rumah yang bernilai 80 ribu ringgit. Dan untuk mereka yang ingin memohon, mereka boleh datang ke unit, Pejabat Unit Perumahan di Wisma Negeri untuk mendapatkan borang, isi borang dengan dokumen yang diperlukan dan kita akan proses mengikut kelayakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Dan …..

Dato’ Yang Dipertua, ada soalan tambahan sikit, boleh? Tentang rumah.

Yang Dipertua Dewan

Rumah? Silakan.

Terima kasih. Okay Dato’ Yang Dipertua, saya ingin tahu tentang status dan hala tuju perkembangan projek dari segi SPBB di DUN Gemas, melalui projek idaman yang dahulu telah diluluskan oleh MMK. Dan seterusnya, saya ingin bertanya juga bila inden kerja baru akan dikeluarkan kepada kontraktor-kontraktor bagi permohonan untuk membina rumah yang telah di-sign perjanjiannya. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Gemas. Dan sebenarnya untuk isu di Gemas dan juga beberapa isu yang berkaitan dengan rumah PBT, saya bercadang untuk menjawab ketika sesi penggulungan. Dan saya berharap Yang Berhormat pada masa itu akan datang untuk mendengar penggulungan, penggulungan saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan rumah jugalah. Boleh saya tanya?

Yang Dipertua Dewan

Bagi lagi ke? Okay dia bagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebab ini penting ni. Ni ada 2 perkara. Yang pertama ni saya pernah tanya soalan apakah rancangan-rancangan PPR, rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Sembilan. Yang Berhormat Bahau pernah jawab, pernah maklumkan pada saya bahawa ia akan dijawab secara bertulis, tetapi sehingga ke hari ini saya belum dapat, saya hanya ingin ingatkan, yang pertama. Yang kedua ni, saya

ingin tahu sama ada program PPR seperti di Seliau dan Tanah Merah itu akan diteruskan atau tidak di Negeri Sembilan. Sekian.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Jeram Padang, untuk projek PPR yang sedang dilaksanakan ataupun sedang dalam proses pembangunan, itu akan diteruskan dan untuk status yang terkini, saya akan umumkanlah ketika sesi penggulungan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Tadi kita skip soalan 6. Jadi saya, saya mintak Yang Berhormat Rantau.

Mintak maaf Dato’ Yang Dipertua, tersangkut sekejap tadi. Saya tanya soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Bukan soalan 6?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan kepada soalan yang diajukan kepada saya oleh Yang Berhormat ADUN Rantau. Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2018 seramai 4,200 orang dan tahun 2019 seramai 3,936 orang penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberhentikan bantuan bulanan.

Pecahan mengikut daerah seperti berikut: tahun 2018, Seremban – 1,803 kes, Kuala Pilah – 298 kes, Jelebu – 140 kes, Jempol – 580 kes, Tampin – 384 kes, Port Dickson – 603 kes, Rembau – 392 kes. Untuk jumlah 4,200 untuk tahun 2018. Untuk tahun 2019, setakat hari ini, Seremban – 1,841, Kuala Pilah – 386, Jelebu – 88, Jempol – 520, Tampin – 294, Port Dickson – 516, Rembau – 291. Untuk jumlah 3,936.

Haa ini untuk ja, untuk menjawab Yang Berhormat ADUN Chembong, secara terperincinya berdasarkan rekod JKM, penerima bantuan JKM yang telah ditamatkan bagi DUN Chembong berjumlah 241 kes.

Antara faktor-faktor penamatan bantuan adalah seperti berikut: meninggal dunia, melebihi paris, Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan. Memang PGK ini adalah, saya akan kata sebagai angka ajaib kerana 960.00 ringgit ini adalah angka ajaib kepada sesiapa ketua isi

rumah yang me, pendapatannya melebihi angka ajaibnya iaitu 960.00 mereka akan tidak layak menerima bantuan JKM.

Berpindah, ketiga berpindah ke negeri lain (Sekiranya penerima bantuan berpindah ke negeri lain, pihak JKM akan membuat per, pemakluman kepada negeri berkenaan agar bantuan tersebut dapat diteruskan, tertakluk kepada kelayakan bantuan JKM). Ini bermakna jikalau penerima bantuan ni, dia tidak memaklumkan Negeri Sembilan sebelum beliau berpindah ke negeri lain, maka ia akan ditamatkan kerana setiap tahun kita akan membuat kajian semula melalui borang JKM 20. Jikalau kita tidak dapat apa maklum balas, maka ia akan ditamatkan. Jikalau beliau memaklumkan JKM, maka JKM akan memaklumkan negeri yang baru itu, supaya diteruskan bantuan kepada individu tersebut. Yang keempat, mampu berdikari dengan sokongan keluarga (anak-anak menyumbang dan membantu menyara keluarga).

Sebagai sebuah kerajaan yang menerapkan amalan bersih, muafakat, sejahtera keperihatinan yang diberikan bukan sahaja kepada pembangunan ekonomi negara tetapi juga kepada kehidupan setiap lapisan masyarakat. Justeru itu, Kerajaan Negeri dan persekutuan melalui JKM akan terus menyantuni dan menawarkan perkhidmatan dari semasa ke semasa agar tiada yang tercicir dalam perkhidmatan bantuan demi kesejahteraan masyarakat terutamanya rakyat di Negeri Sembilan. Sekian terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bertanya kerana banyak yang kita dapati, yang diberhentikan tersebut bukanlah disebabkan oleh perkara-perkara yang disebutkan tadi. Dan, kita tak tahu mengapa sebabnya dia diberhentikan Dato’ Dipertua, kerana jelas mereka yang diberhentikan itu adalah mereka yang benar-benar susah ya, Dato’ Dipertua. Saya harap dan saya nak tahu, kadang-kadang yang diberhentikan tu pun tak tahu apa sebab. Saya mintak supaya Kerajaan Negeri jika nak berhentikan pun kena beritahu sebab-menyebabnya mengapa mereka diberhentikan kerana banyak yang diberhentikan dan mereka itu jelas adalah merupa orang yang memang perlu kita bantu Dato’ Dipertua. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat ADUN Rantau. Memang sebelum ini, sebelum pilihan raya ke-14, JKM memang memaklumkan kepada setiap ADUN kawasan sebelum penamatan dibuat. Akan tetapi, JKM mendapati bahawa ADUN tidak memberi maklum balas yang tertentu dan mereka

memberhentikan prosedur tersebut. Walau bagaimanapun, saya akan arahkan supaya JKM mulai dari tahun 2020 supaya memberi notis kepada setiap ADUN kawasan dan juga Penyelaras kawasan tentang penamatan penerima bantuan ini supaya jikalau selepas 21 hari tak ada maklum balas, maka ia akan ditamatkan. Dengan ini, sekian, terima kasih. Ini adalah sebagai satu pendekatan kerajaan supaya kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay …..

Boleh saya nak sambung sikit ya. Yang tadi …..

Yang Dipertua Dewan

Ini soalan tambahan yang ada kaitan ke?

Ada, ada. Dia kata ADUN yang tidak apa, dia, yang tidak memaklum balas. Ini tak, tak apa, bukan kes dia, dengan izin, kita memang, ADUN memang bekerja sama-sama dengan pegawai-pegawai JKM. Kita ada, siapa yang terima surat yang JKM tak dapat contact, dengan izin, kita yang turun padang, kalau tak ada telefon, kita pergi rumah ke rumah. So this is not, dengan izin, ADUN tak ada maklum balas.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ berkenaan dengan …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti nanti nanti.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. perkara yang sama saja, kebajikan …..

Yang Dipertua Dewan

Jawab soalan tu dulu.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini tak ada soalan, Cuma pandangan …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk. Dia soalan dia tanya tu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Bukan soalan, ni satu ulasan saja. Memang ini, maklumat yang saya terima daripada JKM, saya hanya, hanya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Boleh, sikit saja.

Yang Dipertua Dewan

Boleh, Kepayang?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bukan mencari gaduh ini.

Yang Dipertua Dewan

Boleh Kepayang? Boleh? Boleh.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa okay. Sebenarnya yang menamatkan bantuan ini, saya juga nak sentuh sikitlah iaitu kadang-kadang ikut rekod kalau ada anak yang boleh bekerja, ditamatkan juga bantuan bila kaji semula dilakukan. Sebenarnya apa, saya pernah juga maklumkan kepada Yang Berhormat Bukit kepayang, jika kadang-kadang ada suami tetapi dia tak berfungsi sebagai suami, dia tak jaga anak, suami tu, bukan yang lain. Jangan. Berfungsi tu secara menyeluruh. Dia, dia tak jaga, suami dia tak jaga anak kadang-kadang dia pergi cari isteri yang kedua, dia pergi tinggal di tempat lain, dia abaikan keluarga tersebut, kadang-kadang ada anak, tetapi anak itu pun tak berfungsi sebagai anak. Jadi apabila penamatan itu dilakukan, saya berharap Jabatan Kebajikan itu membuat kajian yang teliti. Kadang-kadang anak ada anak yang masuk keluar dari penjara, dia abaikan keluarga tersebut. Jadi, jangan kita katakan ada anak yang berumur lebih kurang 26 tahunlah, 25 tahunlah, ada 2 – 3 orang anaklah, tetapi ibu yang tua, semasa dekat Rantau saya PR, semasa PRK, saya pergi ke sebuah rumah tu, ibunya 82 tahun, saya pernah sebut perkara ini kepada Yang Berhormat Bukit Kepayang, tetapi sehingga sekarang permohonan itu belum diluluskan. Dan anak ada, memang saya nampak ada anak, tetapi saya tahu bagaimana dia berfungsi sebagai anak, daripada kepalanya, daripada style rambutnya. Haa, dah taulah, tak perlu saya sentuhkan.

Jadi saya berharap Jabatan Kebajikan memang banyak bantu, saya ucapkan terima kasih kepada semua Pegawai Jabatan Kebajikan, dan

mereka sentiasa sensitif, tetapi pada masa yang sama saya mintak mereka janganlah ikut buku 100%. Case by case, kena kaji secara berasingan. Jadi janganlah terlalu sensitif bila berfungsi sebagai suami tu, semua kita tahu tu, yang saya faham, saya maklum adalah perkara yang satu lagi. Sekian, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Saya tak tahu dengan fungsi suami dan semuanya. Tapi jikalau bolehlah, saya selalu menerima banyak rungutan dan aduan tentang ramai penerima bantuan yang ditamatkan, kan. So, kalau boleh saya mintak kerjasama semua Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, untuk memberi senarai itu kepada saya supaya kita boleh buat siasatan yang berkenaanlah, yang tertentu. Dan juga untuk kes yang, yang istimewa seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Jeram Padang, maka kita akan buatlah mengikut kes. So, dengan ini saya ucapkan terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, Yang Berhormat Bukit Kepayang. Sekarang giliran Bagan Pinang.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan, soalan yang ke-8. Soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Ingat jawab sendiri tadi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan pertama. Terima kasih Bagan Pinang atas soalan tersebut, iaitu tapak bersejarah. Perancangan Kerajaan Negeri dalam memelihara dan memulihara tapak bersejarah agar terus kekal menjadi tarikan tumpuan pelancong mengikut kepada keutamaan dan kelulusan peruntukan yang dimohon. Antara perancangan Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

 Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak 90 ribu ringgit untuk Fasa ke-III bagi Kerja-Kerja Arkeologi Gua Pelangi dengan kerjasama pihak Universiti Sains Malaysia. Pihak Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menjadikan gua ini dan kawasan sekitar sebagai produk arkeo pelancongan

Negeri Sembilan. Satu cadangan dari pihak Universiti Sains Malaysia akan dikemukakan dalam masa terdekat.

 Kerajaan Negeri telah memohon kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi bangunan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti bagi Fasa yang ke-II yang melibatkan kerja-kerja baik pulih keseluruhan bangunan muzium, pengisian pameran, menaik taraf lanskap dan juga menaik taraf pagar.

 Lembaga Muzium Negeri Sembilan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia juga telah selesai melaksanakan kajian pemetaan batu megalit di Luak Tanah Mengandung yang sebahagian besarnya dalam Daerah Kuala Pilah. Sebanyak 126 tapak dan 4,223 batu megalit telah direkodkan. Hasil positif dan kajian ini pelancaran Muzium Megalit di tapak batu megalit Pengkalan Kempas sebagai satu produk pelancongan arkeologi Malaysia. Manakala tapak-tapak megalit di Kuala Pilah kekal sebagai insitu ataupun tapak asal.

 Untuk sumber maklumat, ada di, di Pengkalan Kempas. Manakala untuk kajian tapak boleh dilaksanakan di Kuala Pilah. Selain itu laporan penuh kajian dan brosur-brosur yang telah siap, manakala penerbit buku coffee table tapak megalit Negeri Sembilan dalam perancangan bagi tahun 2020.

 Kerajaan Negeri Sembilan juga menaik taraf Kota Lukut sebagai salah satu tempat yang kita pelihara.

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah proaktif di dalam mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan. Antara medium promosi yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

 Penyediaan bahan cetak seperti brosur, kalendar acara pelancongan Negeri Sembilan serta peta pelancongan Negeri Sembilan (ataupun dipanggil fun map). Bahan-bahan ini diletak di semua produk pelancongan Negeri Sembilan, pusat pelancongan terpilih di luar Negeri Sembilan serta diedarkan semasa penganjuran program peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 Promosi di media cetak seperti di majalah pelancongan, buku pelancongan serta keratan akhbar.

 Promosi di media elektronik.

 Penglibatan di dalam Misi Jualan dan Pameran dalam negara dan luar negara.

 Penganjuran program Familiarization Trip kepada penggiat industri pelancongan dalam dan luar Negeri Sembilan dalam memperkenalkan produk pelancongan untuk dipromosikan di dalam bentuk pakej.

 Aktiviti promosi turut mengambil kira arus semasa iaitu melalui medium atas talian atau erti kata lain online. Para pelancong boleh melayari Facebook rasmi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelancongan Negeri Sembilan. Selain itu, kerjasama turut dijalin bersama pihak Tourism Malaysia untuk mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan di media online rasmi Tourism Malaysia.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat atas jawapan tersebut. Soalan …..

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mohon soalan tambahanlah. Boleh? Soalan tambahan, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, sebelum ini kita pernah berbincang dengan Jabatan Muzium, kemudian dengan beberapa agensi yang lain berkaitan dengan bangunan keretapi di Gemas untuk dijadikan sebagai muzium keretapi di Gemas. Jadi kita merasakan bahawa bangunan tersebut, bangunan lama tersebut telah ditinggalkan dan kita merasakan inilah satu-satunya sejarah daripada pintu tenggara Negeri Sembilan masuk ke Negeri Sembilan sebagai satu pusat pelancongan. Dan kita memikirkan bahawa Stesen Keretapi Gemas adalah salah satu hab tarikan pelancong datang ke Gemas dan ke Negeri Sembilan. Jadi kita menjangkakan bahawa Stesen Keretapi Gemas, yang ada sekarang ni yang lama, dapat kita berbincang dengan pihak pengurusan keretapi, KTMB untuk buat sesuatulah, muzium di kawasan tersebut dan dinamakan Muzium Keretapi. Jadi saya rasakan bahawa bangunan tersebut tu dapat digunakan. Dan sejauh perkembangan, perbincangan untuk saya nak dapatkan kepastian tentang muzium keretapi Gemas tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan ADUN Gemas. Kita sedia maklum bahawa Stesen Keretapi Gemas

merupakan satu aset yang amat berharga daripada segi sejarahnya. Dan alhamdulillah saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan; ADUN Chennah, untuk meminta agar dipercepatkan dan sekarang men, beliau telah mengarahkan Aset Keretapi untuk me, menilai perkara tersebut supaya dapat dipastikan ia menjadi kenyataan, inshaa Allah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya persilakan soalan nombor 9, Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat ADUN Temiang, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Senarai projek kerajaan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sembilan, sila nyatakan dengan teliti senarai projek dan jumlah setiap kos projek tersebut yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sembilan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang merangka perancangan dan strategi pembentukan Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020. Dalam hal ini, cadangan projek Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Negeri Sembilan masih dalam peringkat perbincangan awal bersama jabatan dan agensi berkaitan untuk dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Senarai projek inshaa Allah kita akan kemukakan pada pertengahan 2020, inshaa Allah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kita pergi kepada soalan berikutnya, Kota ya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 3.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Kota atas pertanyaan berkaitan Kompleks Sukan Sawah Raja. Alhamdulillah saya sendiri telah turun ke Kompleks Sukan Sawah Raja ini melihat

kemudahan sukan yang memang telah terbiar khususnya gelanggang futsal dan ada padang bola yang jugak telah terbiar sekian lama.

Untuk pengetahuan Dewan, gelanggang ini telah dibina oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pengurusan tersebut diuruskan oleh pihak JKKK yang terdahulu.

Penyelenggaraan berkala seperti pemotongan rumput dan pembersihan kawasan dibuat oleh, sekarang ni MPKK, dan dilaporkan bahawa belia di kawasan ini jugak agak kurang menggunakan kemudahan tersebut, sebelum inilah ya, kini bila dah terbiar ini memang semakin tidak digunakanlah. Dan sekarang ni saya difahamkan pihak sekolah yang berhampiran ada jugak menggunakan untuk latihan hoki kalau tak silap saya. Jadi inshaa Allah, Kerajaan Negeri dalam peruntukan untuk tahun 2020 ini, akan inshaa Allah, menilai kembali sama ada untuk membaik pulih semula khususnya yang berkaitan dengan permukaan gelanggang futsal yang telah rosak pada bajet yang akan datang, inshaa Allah. Saya akan ambil perhatianlah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Ya. Terima kasih atas jawapan. Saya dapati bahawa kadang-kadang kompleks sukan ini ada jugak nak diguna pakai oleh masyarakat terutamanya NGO-NGO ataupun penduduk-penduduk setempat ataupun berhampiran untuk mengguna pakai. Jadi sekarang saya nak tanya, apakah syarat diguna pakai supaya mereka boleh menggunakan tempat tersebut serta bayaran yang dikenakan sebab memandangkan sekarang ini nak guna balai raya pun, Dato’ Yang Dipertua, kena bayar ya, tak banyak sikit kena bayar. Tak tahulah kenapa. Tapi saya harap ini dapat dijelaskan dalam Dewan yang mulia ini.

Dan terdapat jugak Dato’ Yang Dipertua, yang ketiganya, saya nak tahu jugak, kadang-kadang NGO ni dia jemput Yang Berhormat daripada kamilah, yang sebelah sini untuk merasmikan dan, ini dijadikan sebagai

halangan, dia katakan tak boleh panggil Yang Berhormat. Jadi saya mintak penjelasan, benarkah perkara ini di, di apa, diarahkan oleh pihak kerajaan bahawa pem, premis-premis ini walaupun digunakan oleh orang perseorangan ataupun masyarakat, ataupun NGO yang menjemput kami ni, sepatutnya tak ada kekangan, sebab dia dah bayar, bayar, dan yang kedua dah memenuhi syarat, yang ketiganya kami dipanggil untuk rasmi, kami datanglah. Tapi bila disebut kami nak datang, akhirnya perkara itu terpaksa pindah tempat kerana khuatir apa, di, di apa, dia katakan tak boleh memanggil Yang Berhormat ADUN Pembangkang. Ini bukannya satu program kerajaan, tapi program NGO. Jadi saya mintak penjelasan daripada Yang Berhormat Paroi, dalam hal seperti ini, khas kepada premis Kompleks Sukan Sawah Raja, terima kasih.

Yang Berhormat ADUN Kota, pembinaan gelanggang futsal dan kemudahan-kemudahan sukan, memang ada yang dibuat oleh Kementerian Belia Dan Sukan. Dan apabila kemudahan-kemudahan tersebut siap sepenuhnya akan ada, akan ada majlis MoU dan majlis penyerahan kemudahan-kemudahan sukan itu kepada, khususnya kepada MPKK untuk diuruskan setelah dibina dengan lengkap oleh pihak Kementerian Belia Dan Sukan.

Memang kemudahan-kemudahan sukan ini kita disediakan untuk dimanfaatkan oleh rakyat khususnya anak-anak muda, tetapi kadang-kadang kemudahan itu jugak ada yang disediakan dengan lampu limpah untuk digunakan pada sebelah malam. Dan jugak ada jugak melibatkan sedikit kos yang perlu kita sediakan untuk penyelenggaraan kerana kini timbul isu bahawa banyak kemudahan-kemudahan sukan yang terbiar yang akibatnya adalah apabila setelah beberapa tahun kemudahan-kemudahan mula rosak dan mula tidak dapat digunakan. Jadi sebab itu, saya telah berbincang dengan Kerajaan Negeri supaya diperuntukkan jugak sedikit peruntukan untuk kos-kos penyelenggaraan. Walau bagaimanapun, kita jugak meminta supaya pihak yang nak berminat untuk menggunakan kemudahan in supaya jugak mengeluarkan sedikit modal, tak banyak, kadang-kadang kita mintak dalam 5.00 ringgit, 10.00 ringgit untuk mereka guna supaya satu, kita nak melahirkan tanggungjawab mereka supaya ni ada sedikit rasa tanggungjawab terhadap kemudahan yang telah disediakan. Dan jugak saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat, di mana-mana kawasan yang mereka telah ada kemudahan ini supaya sama-sama memberikan pendidikan kepada anak-anak mudah kita bagaimana kalau boleh mereka ini ada sifat tanggungjawab, sense of belonging, dengan izin, supaya mereka rasa kemudahan itu milik bersama. Jadi mereka boleh jaga, terutamanya pagar ya, pagar kadang-kadang sengaja dirosakkan,

begitu jugak kemudahan lampu ya, dia punya fius dan sebagainya rosak, dan akhirnya tidak dapat digunakan. Jadi inilah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan kemudahan ini dapat bertahan dengan lama.

Dan berkaitan dengan balai raya, mungkin Yang Berhormat YB Labu akan response sikit. Tapi bagi saya, menjadi kelazimanlah ya, supaya program-program yang melibatkan kemudahan-kemudahan kerajaan ini, kalau boleh kita libatkanlah wakil-wakil kerajaan sebab di peringkat DUN-DUN yang ada, kita ada jugak Pegawai Penyelaras DUN untuk dijemput oleh pihak-pihak yang menganjurkan program-program tersebut. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih. Saya mengulas sedikitlah tentang berhubung dengan balai raya dan sebagainya ni. Saya nak nyatakan, bukan hanya pembangkang tak boleh guna ni, sekarang ni pun ada sebahagian kita, kerajaan pun tak boleh masuk di balai raya yang dibuat di tanah individu semasa kerajaan dulu. Jadi kita sedang me, apa, mendapat maklumat terkini daripada semua Pegawai Daerah, supaya pastikan pada masa akan datang, jangan ada dibuat balai raya ataupun tempat-tempat umum sebagainya di tanah individu. Ini masalah kita yang kita hadapi.

Dan berhubung dengan bayaran ini, sebenarnya selepas kita mengambil alih pada bulan 9 ataupun hujung tahun lepas, 2018, kita lihat banyak balai raya, banyak kemudahan-kemudahan ini mempunyai tunggakan-tunggakan api dan air. Sehingga sekarang ini dapat, belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Jadi, kalau ada bayaran itu saya ingat itu biasalah untuk pastikan supaya jangan nanti ada lagi tertunggak oleh mana-mana MPKK. Sebab pengurusan sekarang ini kita serahkan kepada MPKK. Dan saya dah cakapkan, kita tidak menghalang kecuali ada aktiviti parti, kita tak akan berikan parti dalam di balai raya kerajaan Negeri, oleh kerajaan, tapi kalau NGO tak ada masalah. Sebab kita tak nak nanti ada lambang-lambang parti di dalam kawasan itulah. Dan bayaran ini kalau boleh saya, saya mintak kalau ada masalah, rujuk dengan saya balik sebagai yang menguruskan MPKK ini supaya kita pastikan apa yang kita cakapkan, kita laksanakan di, di, di, di tapaklah. Jadi tidak ada masalah, kalau betul NGO itu betul, inshaa Allah, kita laksanakan dengan syarat dia merujuk kepada MPKK yang terlibat ya. Ini ma, ini, kalau ada masalah rujuklah kepada kita, di peringkat negeri, inshaa Allah, kita akan cuba bantu. Terima kasih .

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. Paroi dan Yang Berhormat Labu.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Masa dah mencemburui kita. Sekarang dah masa 11:30. Saya kira soalan-soalan ni besok …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. kita sambung soalan besok..

Dato’ Yang Dipertua. Saya nak mencelah ni sebab jawapan dia bagi, saya tak puas hati. Jadi saya nak cakap sikit.

Yang Dipertua Dewan

Haa seminit je.

Haa seminit. Dato’ Yang Dipertua, pertama saya …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan ya, jangan ulas tau, soalan.

Tak, saya, ni meng, meng, apa, pasal jawapan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak tak tak, sekarang masa kita 11:30 dah.

Haa yelah, saya, Tuan Yang Dipertua jangan kacau saya. 5.00 ringgit caj tu saya tak bersetuju, Dato’ Yang Dipertua. Yang kedua, mengatakan bahawa balai raya ni dibuat di atas tapak persendirian tu, orang zaman dulu Dato’ Yang Dipertua, dia baik hati Dato’ Yang Dipertua, kita ucap terima kasih pada orang dulu ya, dia bagi tapak rumah tanah tu dia bagi pada untuk kegunaan orang ramai, balai raya. Bila sekarang ni bila anak ambil alih tak setuju tu soal lain, Dato’ Dipertua, tapi jangan salahkan kerajaan. Tapi dulu kita dapati perkara tu memang baik digunakan, dan tempat tak ada, tanah tak ada. Ada orang kampung bagi, apa salahnya kita buat. Itu yang kedua.

Yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, kalau program itu NGO yang buat, bukan parti yang buat, NGO yang buat, panggil wakil rakyat kawasan, contohnya saya ni, menang kat Kota ni Dato’ Yang Dipertua, dia panggil sayalah, dia tak nak panggil MPKK ataupun Penyelaras, dia kan ghoma bona kek dia orang ni semua Dato’ Dipertua, jadi dia panggil saya. Saya nak datang, MPKK menghalang. Dia kata, tak boleh panggil wakil rakyat pembangkang. Kalau program parti, saya amat bersetuju. Saya setuju sebab itu memang dasar kita, kami dulu kami tak bagi jugak. Tapi parti. Tapi kalau NGO, jadi saya mintak penjelasan tu biar tepat bahawa kalau NGO ni panggil wakil rakyat pembangkang, MPKK ke, Penyelaras ke tak boleh halang, sebab tidak ada lambang parti, dia cuma letak gambar saya je, bongih jugak. Bongih deh. Tak bagi. Buat kat masjid. Saya cakap panjang Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua bagi saya seminit, tapi saya gogham punyo pasal, sayo lobihkanlah.

Yang Dipertua Dewan

Dah 2 minit dah, okay, cukup.

Tau, terima kasih Dato’ Yang Dipertua ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Ah jangan orang lain sambung pulak, kang panjang nanti, sebab saya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya sikit je Dato’ Dipertua. 10 tahun yang saya hadapi dulu, begitulah keadaannya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019Bill

Yang Dipertua Dewan

Okay, saya tak nak layanlah. Sekarang dah 11:33, sorry ya, besok ada masa lagi, kita, jadi saya terus kepada perbahasan. Ramai yang tak berucap lagi, semalam hanya 9 orang saja yang berucap. Saya nak semua ambil bahagian supaya tak ada yang, yang, yang, yang rasa terkilan tak dapat nak bercakap ya. Jadi hari ini saya sambunglah untuk perbahasan ya. Dan saya bercadang hari ini kita akan habiskan perbahasan semua, besok hanya untuk penggulungan saja. Kalau sesiapa hari ni, keluar pukul 2 kang saya mintak masuk 2, tak masuk, dan kita habis masa yang ditetapkan, dan besok kita terus penggulungan. Jadi saya harap Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, EXCO, apa ni, Yang Berhormat – Yang Berhormat ni, Pegawai Kewangan, Undang-Undang, Setiausaha Kerajaan Negeri, bersiap sedia jugaklah besok membantu pegawai-pegawai EXCO yang suruh untuk menggulung besok. Esok untuk menggulung. Saya akan tamatkan bseok semua, sebab saya rasa semalam dapat berucap 9 orang, dan hari ini kita akan habiskan, ya. Yang mana-mana yang tak sempat berucap, akan habiskan hari ini. Jadi seterusnya saya mohonlah kepada Yang Berhormat …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. yang semalam tak sempat nak berucap, tolong sambung hari ini. Dipersilakan.

Saya, izinkan saya.

Yang Dipertua Dewan

Nak berucap ya, Juasseh?

Tak boleh?

Yang Dipertua Dewan

Nak berucap sekarang ni?

Berucap.

Yang Dipertua Dewan

Haa, terima kasih. Saya ingat tadi nak cakap pasal benda lain.

Tak.Bismillahirrahmanirrahim …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

….. assalamualaikum WBT. Dato’ Yang di, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, rakan-rakan Yang Berhormat. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluanglah ya, kepada saya untuk mengambil bahagia di dalam ucapan belanjawan pada pagi ini. Seperti mana kita sedia maklum bahawa pada hari Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah membentangkan belanjawan Kerajaan Negeri bagi tahun yang akan datang. Selepas daripada itu, kita berehat, saya pun balik ke kawasan, banyak majlis kenduri kahwin dan sebagainya, ramai bertanya dengan saya Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Apa pandangan tentang belanjawan Kerajaan Negeri. Saya cakap, belanjawan yang dibentangkan itu adalah seperti yang saya jangkakan. As I expected, that’s all. Dan hari ini saya nak huraikan kenapa saya expect. Saya anggap, saya dah agak dah, belanjawan ni seperti mana ia dibentangkan. Kecuali 1 – 2 perkara yang akan saya ulaskan sebentar lagi.

Yang pertamanya belanjawan ni adalah belanjawan berimbang, Dato’ Yang Dipertua. Maksudnya perbelanjaan akan berlandaskan, bersandarkan kepada unjuran pendapatan. Betul ya? Belanjawan kita berimbang, 407 milion ya. Dan sudah tentunya pada anggapan kita semua, bahawa pendapatan Kerajaan Negeri akan bertambah, Dato’ Yang Dipertua. Saya menjangkakan pendapatan Kerajaan Negeri akan bertambah tahun ini, tahun depan, tahun yang akan datang pun akan bertambah, Dato’ Yang Dipertua, kerana, kerana apa, kerana kita lihat kepada pendapatan Kerajaan Negeri, peratusan yang besar datang daripada, daripada mana, daripada, catitan tadi, daripada, Hasil Bukan Cukai iaitu premium. Dan kenapa kita boleh pungut banyak premium di Negeri Sembilan ni. Itu persoalan dia. Jangan kita terperanjat

pendapatan bertambah ni Dato’ Dipertua, kita bersorak, wah pendapatan Negeri Sembilan bertambah, sebab hasil yang banyak daripada premium. Premium, premium ini datang daripada pembangunan, Dato’ Yang Dipertua.

Negeri Sembilan walaupun dalam belanjawan tadi, saya terpikat sebenarnya dengan belanjawan yang dibentangkan ni Dato’ Dipertua, saya dengar YAB membentangkan, tak puas hatilah, tengok telefon ni susahlah, saya balik saya print, 87 muka. Saya rasa orang lain tak print ni. Ada print? 87 muka, memang cantik persembahannya ya Dato’ Dipertua, kerana belanjawan ni di, dihiasi, diserikan dengan petikan ayat-ayat Al Quran, cantik, disulam dengan kata-kata beradat, sesuai dengan negeri kita negeri beradat, cantik. Jadi saya, saya print out, saya baca yang printed ni, itulah tanggapan saya, ini memang saya anggarkan, memang dah saya agakkan belanjawan sebegitu rupa kerana kalaulah pendapatan Kerajaan Negeri tak bertambah, ini something wrong Dato’ Dipertua, something wrong. Kalau pendapatan Kerajaan Negeri tahun lepas belanjawan dia, berapa, 430 juta, tahun ni turun pula 380, wah itu memang satu yang di luar dugaan. Kalau ia meningkat, ia satu yang diduga kerana hasil sebanyak mungkin yang kita perolehi adalah daripada hasil premium.

Hasil premium datang daripada pembangunan, jangan nafikan. Pembangunan ini adalah pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan yang terdahulu, tuan-tuan dan puan-puan. Tak ado setongah-setongah rancang doh, saya tak nampak satu lai pun pembangunan baru. MVV, YB Rantau di sini, saya pun dalam EXCO Kerajaan Negeri dulu, apabila kita rancang MVV ni, Dato’ Dipertua, 10 tahun akan datang kita, kita expect ya. Expect ni apa? Kita jangka pendapatan Kerajaan Negeri ialah 1 bilion Dato’ Dipertua, 1 bilion, YB Ampangan, 1 bilion. Ini kita punya pandangan, bila kita rancang MVV ni. Sekarang yang dibuat oleh kerajaan sekarang ialah menyambung MVV 2.0. MVV 0.2 kan, 2.0,

Yang Dipertua Dewan

2.0.

2.0, tak ada yang baru pun. Saya tengok, tak ada …..

ADUN Kerajaan

Baru.

Tak ada, cakap betul-betul ya. Saya tengok Hibiscus. Hibiscus dah ada pun di PD. Buat Hibiscus 2.0 je. Saya rasa pemaju pun orang yang sama. Tuan-tuan, ini, saya nak beritahu ni, dilaporkan pendapatan pelaburan 2018 – 2.43 bilion, mengatasi pelaburan 2017 – 1.1 bilion. Ini memang kita agak. Seperti kata saya memang perlu bertambah dan memang patut bertambah, dari setahun ke setahun. Kalau bertambah, makna sihat, sihat. Ni umpama ni lah Dato’ Dipertua, umpama, seolah-olah ya, kita dah bajak tanah kitalah ya, ladang kita dah bajak, bonih kita dah tanam, yang ambil alih ni siram je Dato’ Dipertua. Siram je. Bolo jo. Kalau nak lobih sikit, boh bajo, itu jo. You are not start with zero, my friend. Bukan daripada 0, daripada dah sedia ada, kita melepasi dulu pendapatan 400, belanjawan 400 juta ni, tanyalah YB Rantau, tahun berapa, 2016 ke, 2016 kita dah mula melepasi 400 bilion. Sebelum tu 380. Saya tahu Dato’ Dipertua, saya sejak zaman Tan Sri Isa maghin, 200 juta, 270 juta. Memang tak ada trend ni menurun, kalau menurun, something wrong dengan Kerajaan Negeri. Jadi tahniahlah ya, kerana dah naik tu, baguslah. Tahun depan mungkin 500 juta, selepas tu mungkin 600 juta.

Yang Dipertua Dewan

Tahun depan 1 bilion.

Jadi dah, nothing surprise sebenarnya. Bagi saya, ia satu belanjawan yang dijangkakan. Kecuali ada luar jangkaanlah ya. Ini dijangkakan Dato’ Dipertua ya, sebab prasarananya, infrastrukturnya, di mana datangnya hasil ni. MVV 2.0, pembangunan Sendayan, Enstek. Jadi ini semua memang sedia ada, tak ada yang baru. Kalau ada yang baru ni, saya amat hargai, kerajaan sekarang buat pulak, haa bandar baru ataupun new growth area orang panggil, sekarang ni kawasan pertumbuhan baru. Rancanglah, NS Corp rancanglah, kawasan pertumbuhan baru, bukak jalan, jadi kawasan keliling tu boleh kita bangunkan, ataupun seperti Jempol nak lapangan terbang kapal, kereta terbang di Jempol. This is the new planning. Apa yang kita nikmati sekarang ialah perancangan yang dah sedia ada Dato’ Dipertua.

Mintak maaf, kita kena jelaskan perkara ini ya, supaya kita sama-sama insaf, sesekalilah kalau dengan orang tua-tua dulu, Dato’ Dipertua, tanam durian kan, datuk tanam durian, kita yang makan hari ni. Betul? Betul Dato’ Dipertua kan. Haa, sesekali bila makan durian seronok-seronok tu, sodokahlah Al Fatihah sekali-sekali kek atok kita. Jangan kerajaan dulu ni gagal, ini sedih keluar air mata, ini no, this is reality yang kita kena cakap. Kita insaflah benda ni, inilah realitinya Dato’ Yang Dipertua, kita dah sediakan satu rancangan yang baik. Saya

expect next 10 years sebagaimana kita bincang dulu, sewaktu kerajaan yang dululah ya. Saya kena sebut kerajaan terdahulu ni sebab dalam teks Yang Amat Berhormat ni sebut, Kerajaan PH, kerajaan terdahulu. Jadi saya sebut, saya refer-lah kepada kerajaan terdahulu, dah merancang perkara ni, untuk kebaikan Negeri Sembilan. Dan kalau kerajaan sekarang pun teruskan, kita amat gembira, we support because this is for the best of Negeri Sembilan. Ini yang kita hendak sebenarnya ya. Kalau menurun, something wrong with you. Tapi kalau boleh, buatlah sesuatu yang baru jugak. Perancangan baru ya, kawasan industri yang baru, kawasan new growth area yang baru, rancang. This is just continuing apa yang kita dah buat dulu Dato’ Dipertua, ya.

Selain daripada itu, ada 1 – 2 perkara saya nak sebutkan. Saya juga mengucapkan syabas ya kepada Kerajaan Negeri kerana di atas bantuan khas kewangan kepada kakitangan kerajaan. Saya mengalu-alukan, saya mengucapkan syabas, memang sepatutnya pun. Hari ini kerajaan, sebab you refer Kerajaan PH, saya sebut ya, Kerajaan PH hari ni gagal sebenarnya Dato’ Dipertua. Frankly speaking. Seluruh negara gagal. Banyak gagal dia. Itu sebab, itu sebab kalah di Cameron Highland, Dato’ Dipertua. Itu sebab kalah di Semenyih, Dato’ Yang Dipertua. Itu sebab kalah di Rantau. Itu sebab 15,086 di Tanjung Piai. Sebab gagal …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua.

Ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Boleh saya mencelah Yang Berhormat?

Sila.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, terlebih dahulu saya ucapkan tahniahlah kepada rakan-rakan di sebelah sana ke atas kemenangan di Tanjung Piai. Itu tak ada masalah. Sebab pilihan raya ada menang ada yang kalah. Tetapi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Juasseh, kalau Tanjung Piai – BN menang, Cameron Highland – BN menang. Sandakan – Pakatan Harapan juga menang. Di Port Dickson, Barisan Nasional tak berani letakkan calon untuk bertanding.

Terima kasih, terima kasih.

Cakaplah pasal Kerajaan Negeri, jangan cakap politik.

Ini bukan cakap politik okay, ini realiti. Okay, Dato’ Dipertua, jangan ganggulah ya, no more ya.

Yang Dipertua Dewan

Sikit-sikit bolehlah.

Okay, kerajaan, Kerajaan Negeri membagikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri, baik sebenarnya kerana hari ini saya nak beritahulah, jangan sensitif ya, rata-rata kakitangan ni majoriti orang Melayu. Ini realiti, majoriti. Orang kampung majoriti pun orang Melayu. Orang Melayu ni sebenarnya berniaga tak berapa pandai. Kalau ada simpanan pun Dato’ Dipertua, Tabung Haji, kalau ada simpanan pun Dato’ Dipertua, bekas-bekas tentera ni ada saham sedikit dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Tabung Haji bagi berapa percent tuan-tuan? 1.25%. LTAT – 2%. Majoriti orang Melayu tak pandai sangat berniaga ni, ada yang pandailah ya. Majoriti …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah, ada …..

Majoriti.

Yang Dipertua Dewan

PPK saya bagi 10%.

Okay. Tapi itu sebabnya memang patut pun bagi ya. Dan patutnya Kerajaan Malaysia pun umum macam tu jugak sebenarnya. Ini bertambah, jadi Kerajaan Negeri mengambil inisitif ini baik. Saya ucap tahniah dan saya menyokong penuhlah ya di atas insentif one off ya kepada kakitangan Kerajaan Negeri ni. Banyak kita simpan Tabung Haji amat hampa Dato’ Dipertua, hibah 1.25%. Majoriti kakitangan kerajaan orang Melayu simpan tu lah, itupun duit hujung tahun pun, nak cuti sikit, tulah. Tapi nak buat macam mana. Jadi Kerajaan Negeri Sembilan bagus. Sesuai dengan penambahan pendapatan. Dan ini amat saya alu-alukan.

Seperkara lagi Dato’ Dipertua ialah soal perpaduan ni. Saya tengok, baguslah ya, ada insentif, saya tengok ada 500 ribu, ERAT NS ke apa namanya. Ada satu term dipakai ya. ERAT@NS. Haa saya rasa ini penting. Saya harap dia disalurkan kepada apa, KRT-lah sebab dulu KRT ni banyak dapat geran daripada persekutuan, sekarang ni saya dengar- dengar ceritalah, tak sampai 2,000.00. Betul ke Dato’ Dipertua? Dulu 6,000.00 tu, sewaktu saya jadi EXCO dulu, 6,000.00 setahun, sekarang ni tinggal 2,000.00 ke 1,000.00 lebih, tak tahulah. Ya KRT, YB, berapa YB? Naik balik? Turun? Turun. Jadi baguslah kalau Kerajaan Negeri ada ERAT perpaduan ni kalau boleh salurkan melalui KRT. KRT ni penting tuan-tuan ya, untuk semua kaum, kalau kita cakap perpaduan ni, KRT-lah. Dia sepatutnya tidak ada elemen politik dalam tu, sepatutnya.

Tapi yang musykil sikit, saya difahamkanlah baru-baru ini ya, sekarang ni musim pemilihan apa ni KRT, pengerusi dan sebagainya. Musykil sikit, kalau salah betulkan sayalah, mintak maaf ya. Saya difahamkan sekarang ni pemilihan tak mengikut Akta Rukun Tetangga Tahun 2012. Saya difahamkan. Mungkin dijawab dalam Dewan Undangan Negeri nantilah, bila nak gulung, gulunglah ya. Kalau tak betul saya, silap saya, saya mintak maaf. Tapi saya difahamkan pemilihan sekarang ni oleh, Penyelaras DUN pulak menentukan siapa pengerusi. Ini berlawanan dengan Akta Rukun Tetangga Tahun 2012. Menimbulkan kegelisahan di kalangan masyarakat. Kita nak menyatukan orang, jangan kita memecahkan orang Dato’ Dipertua. Patutnya perpaduan ni jadi alat penyatuan, dia akan menjadi alat perpecahan sebab mengikut Akta ni pemilihan pengerusi, setiausaha dan 5 pegawai tertinggi itu ialah melalui perjumpaan ahli-ahli masyarakat. Biarlah dia berkumpul, dipilihlah siapa yang dipilih terpulanglah. Dia suka, dia yang nak jalankan aktiviti, dia yang akan mengeratkan perpaduan. Tapi kalau ada kaedah lain daripada akta ni, maknanya saya, kita dalam Dewan ni, sepatutnya menyanggahlah kaedah-kaedah yang lain daripada ditetapkan oleh Akta Rukun Tetangga Tahun 2012.

Akhir sekali Dato’ Dipertua, kalau ada masa lagilah. Terima kasih Perpaduan Heights ya, Kuala Pilah. Saya tak minat sebut Perpaduan Heights ni sebenarnya sebab kita dulu, sewaktu kita sebelum kita meninggalkan kerajaan dulu, kita pun dah rancang Dato’ Dipertua. Paper dia pun ada. Kita dah rancang untuk menyelesaikan masalah ni dah ada pun kawasan di Pilah. Tapi sebab, saya sebut ni sebab penyelesaian ni di kawasan saya, itu sebab saya campur sikitlah. Nampaknya saya tanya DO di mana nak buat ni, yang 32 ekar ni. Dia kata, di kawasan DUN Juasseh. Jadi saya kena cakap sikitlah ya. DUN Juasseh ni kawasan ni jauh sikit. Haa di pedalaman sikit. Dulu Perpaduan Heights tu di kawasan tak jauh daripada Bandar Kuala Pilah.

Itu sebabnya bila kita nak selesaikan dulu, kita cuba cari tanah dalam DUN yang sama. YB ADUN Pilah ada ni, dengar YB? Boleh. Tak jawab tak apa, asal dongar. Kita kena selesaikan dalam DUN kita ni. Tapi sebabkan mungkin, atas alasan-alasan lain, dibawak ke DUN Juasseh ni, 32 ekar ni. Saya alu-alukan. Tapi saya harap pembeli-pembeli ni gembiralah sebab kawasan ni memang bukan di pinggir bandar, kawasan jauh sikitlah, jauh ke dalam. Tapi asalkan masalah selesai. Jadi terima kasih. Saya alu-alukan perkara ni.

Dan akhir sekali Dato’ Pengerusi, saya nak sebut tentang Majlis Daerah Kuala Pilah-lah ya. Majlis Daerah Kuala Pilah. Ini mungkin YB Teo ada sini, YB, tentang Pekan Juasseh tu YB, Dato’ Speaker, ada 4 buah kedai. Bukan kedai Melayu saja, kedai Cina pun ada …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Pekan Juasseh?

Haa Juasseh, pekan. Ada 4 buah kedai ni, dia jual sayur sekali, jual ikan sekali, ya, di kedai runcit tapi di kawasan kampung-kampung ada. Baru-baru ni 4 pekedai ni mendapat notis daripada Majlis Daerah, tidak membenarkan mereka menjual ikan dan sayur lagi di kawasan kedai tu. Saya tak tahu sebenarnya, saya tak mengikuti perkembangan ni Dato’ Dipertua, sehinggalah beberapa orang kakitangan kerajaan ya, government servant kita jumpa saya, ada jumpa di masjid dan sebagai, semua bercakap hal ni. Dia kata, arahan Majlis Daerah Kuala Pilah mesti berniaga di Pasar Juasseh. Pasar Juasseh ni, kampung saya tu Dato’ Dipertua, dia jauh sikit, kalau kampung tradisi nak pergi situ, jauh sikit. Dia tengah-tengah taman perumahan. Masalah dia, pasar ni, bukak pagi sampai tengah hari saja. Kakitangan kerajaan bekerja di Kuala Pilah, bekerja di Seremban pun, suami isteri. Balik kerja pukul 5, pasar ni dah tutup dah Dato’ Dipertua. Jadi mereka singgah di kedai runcit ni. You imagine kampung, kedai runcit ni ada jual sayur, ada jual ikan sikit dan sebagainya. Jadi saya rasa arahan Majlis Daerah ni saya harap Kerajaan Negeri, dengan izin, interfere, interfere. Because this is very important. Saya menyampaikan hasrat ni, sebab saya tak banyak mintak pun untuk kawasan saya. Mungkin YB lain mintak, itu saya tak mintak apa-apalah, bukan tugas saya, kerajaan tuan-tuan buatlah apa yang patut. Saya tak nak mintak kecuali yang berkait rapat dengan rakyat, jadi ini penting, sebab yang mengadu dengan saya ni kakitangan kerajaan. Betul jugak, kata saya, pagi mereka pergi pejabat, pukul 7 pagi, balik pukul 4.30 petang atau 5 petang, pasar memang dah tutup dah Dato’ Dipertua. Dia kena pergi kedai ni, kedai kampung yang jual sayur, yang jual ikan ni. Tinggal lagi mungkin Yang Berhormat Bahau boleh fikirkan kaedah, dia kena jual di

dalam, tak mengganggu lalu lintas, tapi janganlah mengarahkan mereka tidak membenarkan kerana ini akan bermasalah kepada semua orang. Kedai kampung, kita faham suasana kampung, jangan bayangkan Seremban punya pasar ni, lain, kedai kampung, Senaling-lah, Juasseh ni, haa sama, kedai kampung ni jual. Satu tu kedai Melayu, satu kedai aci, satu kedai Cina, satu tu orang Melayu ke. Kalau tidak saya tak tahu Dato’ Dipertua sebab kakitangan kerajaan beritahu, To’ kita balik dah pukul 5 petang, pasar dah tutup, tentulah kita nak beli di kedai ni, kalau kedai ni tak dibenarkan jual ni, susah. Itu sebahagian daripada saya, jadi saya berharap permintaan diambil kira oleh kerajaan ya. Dan benarkanlah dengan syarat-syarat yang tertentu, tapi janganlah tidak dibenarkan langsung ya, sebab itulah kaedah yang sesuai di kampung-kampung sebenarnya Dato’ Dipertua.

Jadi Dato’ Dipertua, saya ucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya dalam ucapan penangguhan, ucapan belanjawan ni. Semoga belanjawan ni akan dapat dilaksanakan secantiknya seperti mana ia dipersembahkan kepada, kepada kita semua pada hari Jumaat yang lepas. Sekian, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Juasseh. Dan berhenti tepat pada masanya.

Ya?

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Berhormat lain yang ingin berbahas. Palong, silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020. Sebelum saya pergi kepada perbahasan saya suka mengambil peluang di sini, pertama sekali untuk mengucapkan selamat datang kepada rakan kita daripada ADUN Kuala Pilah. Semalam rata-rata kawan-kawan tanya mana dia. Nampaknya hari ini dia ada dalam Dewan ya, dan bolehlah dia beritahu hari ini kenapa dia tak ada dan sebagainya. Kesian, orang

tertanya-tanya. Tetapi, ramai yang tanya pasal Pilah, dan ramai yang tak ingat, tak ingat pun tentang abang saya, Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Siapa tu?

Apabila Paroi tadi sebut pasal DINDA, saya teringat pasal kanda saya. Kanda saya Seremban Jaya.

Yang Dipertua Dewan

Oh.

Ya. Saya, saya begitu bangga dengan semangat beliau, beliau tak ada, soalan beliau disampaikan oleh kawan-kawan, dijawab oleh EXCO Bahau ya, jadi semangat dia ni pun saya puji, dan saya nak tahu jugak, mana dia. Saya rindu dengan dia. Haa kan. Jadi mungkin boleh diberi penjelasan supaya kita tidak ada pemahaman yang salah ya, kepada rakan-rakan saya ni.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan ni dengan memulakan, pada hemat saya, pada pandangan saya, bajet 2020 yang dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas ni, pada hemat saya, adalah lahir daripada 3 situasi, 3 aspek, 3 keadaan. Keadaan pertama saya fikir yang memberikan idea untuk melahirkan bajet ini ialah suasana ekonomi yang suram. Suasana ekonomi negara kita yang suram dengan eksport kita yang jatuh, dengan keadaan bursa saham kita yang merudum, keadaan rakyat yang kekurangan duit di tangan, dengan keadaan harga komoditi yang jatuh. Ini semua memberikan keadaan environment yang pertama untuk menyediakan bajet. Apatah lagi keadaan nilai Ringgit kita yang jatuh berbanding US Dolar, berbanding dengan Baht Thailand dan sebagainya. So ini menjadi faktor yang pertama dalam pasukan Kerajaan Negeri Sembilan untuk menyediakan bajet ini. Itu yang pertama.

Faktor yang kedua, saya fikir ialah, ialah aspek kekalahan demi kekalahan Kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lepas. Ini jugak menjadi faktor. Apabila kita lihat Kerajaan PH dikalahkan di, di Cameron Highland. Lepas tu bawak turun sampai ke Semenyih, di, dikapankan di, di Rantau ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Port Dickson?

Port Dickson, kita, kita hormat kepada bakal Perdana Menteri yang kelapan, ya, ya. Kita sayang kepada bakal Perdana Menteri yang kelapan.

Dato’ Dipertua, saya mintak supaya ditarik balik. Tak ada siapa-siapa yang jadi bakal Perdana Menteri yang …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasihlah atas sokongan Palong.

Saya tarik balik Dipertua, haa.

Dato’ Dipertua, ini konvensyen parti ke sidang Dewan?

Dato’ Dipertua, boleh saya sambung?

Yang Dipertua Dewan

Dia habiskan masa …..

Faktor yang kedua tadi …..

Yang Dipertua Dewan

Dia habiskan masa 5 minit untuk itu je.

Faktor yang kedua ya, kekalahan demi kekalahan. Jadi ini menyumbang kepada penyediaan bajet yang 2020 ni. Faktor yang ketiga ialah kenyataan uncle LKS, uncle Lim Kit Siang memberi kenyataan baru-baru ini. Apa beliau berkata, beliau kata, PH berpotensi menjadi kerajaan sepenggal dan tiada masa depan. Ini kenyataan dikeluarkan oleh Lim Kit Siang. Jadi 3 perkara ini menjadi asas kepada penyediaan bajet. Sebab kenapa uncle Kit, Lim Kit Siang, Lim Kit Siang berkata begitu, dan sebenarnya Lim Kit Siang ni dah lambat cakap, rakyat dah lama bercakap …..

Dato’ Yang Dipertua.

….. tentang perkara ni.

…. ikut peraturan mesyuarat …..

Rakyat dah lama bercakap pasal perkara ni.

….. tidak boleh sebut. Tak boleh sebut …..

….. rakyat dah lama bercakap pasal perkara ini …..

….. nama orang yang tak ada dalam Dewan ini …..

Yang Dipertua Dewan

Palong, Palong.

….. akhirnya ….

Yang Dipertua Dewan

Ada, ada, ada permintaan …..

Saya tak benarkan, saya tak benarkan.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada permintaan jap …..

Yelah, saya tak benarkan.

Yang Dipertua Dewan

Nak cakap benda apa ni?

Saya tak benarkan. Beri saya peluang bercakap dulu …..

Tak boleh sebut nama orang …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Untuk standing order boleh.

….. yang tak berada di dalam Dewan ni.

Yang Dipertua Dewan

Okay, gini …..

Standing order.

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap, duduk, duduk kejap …..

Dato’ Dipertua …..

Tau peraturan ke tak tahu peraturan?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Dipertua, ini bukan ceramah.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk sekejap. Bagi saya buat pertimbangan. Okay …..

Kerajaan ada masa untuk menjawab, jawablah. Berilah …..

Yang Dipertua Dewan

Kejap.

….. peluang saya beri pandangan …..

Ceramah politik ke apa?

Tengok.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk kejap, duduk kejap, duduk kejap …..

Ceramah politik …..

Yang Dipertua Dewan

Kang sambung balik. Okay. Slow, apa ni, sabar sikit. Sebab saya, saya mohonlah Palong kurangkan sikitlah, pasal bajet ni you tak sentuh lagi ni, you banyak sangat cakap pasal ni, you dah buang masa tau. Dan masa …..

Kebenaran Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

….. 7 minit you dah buang masa. Jadi saya harap terus fokus. Kang saya suruh berhenti kang.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Dato’ Yang Dipertua ……

Kebenaran …..

Itu mukadimah dia, mukadimah …..

Dato’.

…… mukadimah dia …..

Dato’.

….. 3 aspek bagaimana …..

Mintak kebenaran.

….. bajet ini …..

Mintak kebenaran.

….. disediakan …..

Standing order.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Standing order.

Yang Dipertua Dewan

Standing order.

Peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat XXI(1)(m)(4) menyebut nama si polan ataupun pihak yang tiada dalam Dewan yang mulia ini. Saya mintak tarik balik nama yang disebut oleh Palong tadi.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’, kena tarik balik.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah.

Dato’ Speaker sikit saja, Dato’ Speaker, please. …..

Yang Dipertua Dewan

Ni sikit sikit, banyak dah cakap.

….. Dato’ Speaker, betul, Dato’ Speaker, dalam persidangan dulu …...

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

Dato’ Speaker, dalam persidangan dulu Yang Amat Berhormat Sikamat ada menyebut nama orang lain jugak, dia menyebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Masa tu you tak bangkang, sekarang kita bantah …..

Yang Dipertua Dewan

Temiang, Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kena ikutlah.

Yang Dipertua Dewan

Kejap kejap, gini, saya, kejap kejap. [YB ADUN Gemas berdiri] Gemas, Gemas, Gemas, Gemas, duduk duduk.

Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk duduk. Duduk semua. Duduk duduk …..

Palong tarik balik dulu.

Yang Dipertua Dewan

Repah, duduk. Apa yang ditimbulkan Repah tu betul ada peraturan. Memang saya tengok memang ada kita, masing-masing ada cakap pasal orang tu orang ni. Tapi sebenar, sebenar saya tak ada, saya tak menjadi halangan sebenarnya, tetapi Yang Berhormat Palong kurangkanlah. Ini 7 minit, 8 minit sebut orang luar ya. Saya ingat lepas ni jangan bercakap lagilah pasal orang yang tak ada dalam Dewan ni. Saya dah bagi kebenaran tadi, saya tak kacau ya, terus kepada fokus kepada belanjawan. Saya pun nak bagi lenient jugak …..

Ya ya ya.

Yang Dipertua Dewan

….. kalau strict sangat kang you all pun haa, haa okay, silakan.

Dato’ Speaker, dulu Yang Amat Berhormat Sikamat, Dato’ Speaker tak tegur pun.

Yang Dipertua Dewan

Chembong Chembong Chembong.

…. tak tegur pun dulu.

Tak apa Chembong, Dato’ Dipertua tak mintak tarik balik pun. Tak ada masalah.

Dah tarik balik ke belum lagi? Tarik balik dulu.

Minta teruskan. Saya dengar cakap Yang Dipertua, bukan Repah …..

Dan kita mohon Dewan yang mulia ini untuk tarik balik.

Repah duduk Repah.

Yang Dipertua Dewan

Tak tak tak, tak tak, macam ni, Repah, Repah duduk, duduk. Tak apa. Saya dah tak benarkan …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker, kena tarik balik dulu Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Temiang, Temiang.

Tarik balik dulu.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. dia tidak mengikut peraturan, perintah tetap …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ikutlah cakap Speaker.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. Dato’ Speaker.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. duduklah, bermaksud duduk.

Tarik balik dulu.

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk duduk duduk. Duduk duduk. Saya dah suruh duduk. Saya dah sebut. Dah 3 kali sebut tadi dah. Kalau saya dah sebut, benda yang sama, saya tak, Temiang, apa, Repah duduk.

Ramai yang …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

….. disebut personaliti …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Paling berkuasa Speaker, Speaker kata duduk bermaksud duduklah.

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk. Duduk duduk duduk. Duduk dulu. Saya, tuan-tuan ni nak menyebabkan saya jadi lebih tegas ni. Kang semua saya marah kang. Bahau, Bahau duduk.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Bahau duduk.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Sekejap saja.

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Sekejap saja.

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, saya kena mengaku, saya duduk.

Yang Dipertua Dewan

Duduk dulu, duduk duduk duduk. Palong, anda ada 5 minit saja lagi haa. Jadi, anda punya mukadimah tu macam mengarang kitab mukadimah, terlalu panjang mukadimah. Yang kedua, saya nasihatkan Palong jangan sebut nama-nama orang yang tak ada dalam Dewan ni. Itu yang menjadikan orang jadi marah. Yang kedua, saya mintak mana yang terlepas tu tarik baliklah ya, yang tadi terlepas tarik balik. Saya mohon fokus kepada belanjawan. Kalau hari ini ceramah politik ni, saya boleh 3 jam bercakap ni. Bukan 3 minit, saya sendiri boleh ceramah 3 jam. Kang tuan-tuan tutup telinga dengan apa kang, tisu. Haa jadi saya harap jangan sebut, saya ni sebenarnya lenient. Saya bagi tuan-tuan kritik siapa pun, kritik saya pun saya bagi, saya tak ada masalah. Tapi jangan berlebih-lebihanlah. Usik-usik sikit tu okaylah, haa okay. Jadi saya persilakan Palong, anda ada 5 minit saja lagi, okay.

Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya saya diganggu oleh kawan-kawan tadi sebenarnya tadi. Saya ulang balik, bajet disediakan berdasarkan 3 senario. Okay yang pertama, ekonomi. Yang kedua, kekalahan demi kekalahan PH dalam PRK. Yang ketiga, kenyataan daripada rakyat ya, kenyataan daripada rakyat yang mengatakan bahawa PH bakal menjadi kerajaan sepenggal dan tiada masa depan.

Dato’ Yang Dipertua, maka di atas senario ini lahirlah bajet yang saya namakan bajet propaganda PH NS 2020. Kenapa saya berkata sedemikian, kerana bajet Pakatan Harapan ataupun PH NS 2020 ini, cuma menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka mendengar denyut nadi rakyat. Sebab itu kita lihat, perkara-perkara yang dilakukan di zaman Barisan Nasional dulu yang disanggah, yang dikatakan sebagai rasuah, yang dikatakan sebagai beli undi, hari ini dilaksanakan. Saya menyokong penuh, apabila Kerajaan PH mengumumkan bonus untuk kakitangan awam Negeri Sembilan dalam zaman BN dulu dikatakan itu sebagai dedak dan sebagainya. Tetapi Dato’ Yang Dipertua, pada par, pada hemat saya, perlu ditambah dalam bajet itu ialah apakah insentif-insentif kepada anak-anak muda yang terpedaya bahawa PTPTN nak dihapuskan. Apakah insentif yang akan diberikan kepada mereka dalam bajet 2020 oleh PH NS 2020 ini.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

….. apakah bajet yang boleh …..

Yang Dipertua Dewan

Ni, Palong, Palong, saya harap fokus kepada belanjawan kita. PTPTN ni, ini Kerajaan Pusat, bukan Kerajaan Negeri. Fokus …..

Betul Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah. Fokus kepada ucapan kita. Saya …..

Saya untuk rakyat …..

Yang Dipertua Dewan

PTPTN bukan Kerajaan Negeri ya.

Bukan PTPTN. Saya tak sebut PTPTN, saya sebut ialah mereka-mereka, maknanya anak-anak muda, anak Negeri Sembilan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah.

….. yang terjejas …..

Yang Dipertua Dewan

Dah saya tak mahu dengar. Kang saya suruh duduk kang.

Baik.

Yang Dipertua Dewan

Cakap benda yang fokus belanjawan. Fokus belanjawan.

Macam mana saya nak cakap …..

Yang Dipertua Dewan

Pasal saya cakap fokus PTPTN tak ada dalam ni …..

….. ini pandangan saya.

Yang Dipertua Dewan

PTPTN tak ada dalam ucapan ni.

Bukan PTPTN, saya tak sebut PTPTN.

Yang Dipertua Dewan

Tak kiralah apa-apa. You sebut PTPTN …..

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Saya kata perkataan PTPTN, saya tak nak dengar.

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Kang saya suruh duduk kang. Okay.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, teruskan.

….. dalam Negara demokrasi ini, kita bebas beri cadangan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, demokrasi, tapi kalau you beri berhujah PTPTN …..

….. tak kan halang saya bercakap …..

Yang Dipertua Dewan

….. 2 jam semua bangkit ni …..

….. saya nak beri mind saya, saya tak usik siapa-siapa pun …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, you, you buang masa. Saya …..

Tak …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan buang masa.

Saya bercakap bagi pihak rakyat …..

Yang Dipertua Dewan

Betul.

….. anak-anak muda …..

Yang Dipertua Dewan

….. tapi rakyat nak tahu apa you punya comment pasal belanjawan ni.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

You punya mukadimah ni panjang ni.

….. rakyat Negeri Sembilan ini bukan hanya di kalangan di penjawat awam saja, ramai rakyat Negeri Sembilan ni …..

Yang Dipertua Dewan

Tak kan you nak …..

….. ramai yang menyokong untuk …..

Dato’ Dipertua, masa dah habis …..

….. kerajaan pada hari ini. Ini saya saya kena bercakap bagi pihak mereka …..

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi seminit je …..

….. bagaimana dengan peneroka …..

Yang Dipertua Dewan

Terus gulung.

….. peneroka FELDA …..

Yang Dipertua Dewan

Terus gulung.

….. tidak ada dalam bajet. Itu maksud saya.

Yang Dipertua Dewan

Terus gulung.

Dah habis dah?

Yang Dipertua Dewan

Dah habis, duduk.

Haa ni lah dia, Kerajaan Pakatan Harapan yang bakal jadi kerajaan sepenggal, sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya dah nasihatkan banyak kali, saya beritahu dah, saya, tuan-tuan ni kritik-kritik sikit tu bolehlah, tapi sebut nama orang banyak sangat orang yang tak ada kat sini, gunakan peraturan. Jangan sampai saya semua nak guna peraturan. Kalau saya guna semua peraturan, jadi saya tak dapat apa, me, mencambah pemikiran tuan-tuan, sebab itu bila kawan-kawan saya beri peraturan, saya tahu kebenarannya, tapi saya mintaklah jangan mukadimah, mukadimah macam ceramah politik tu, saya boleh ceramah 3 jam, saya biasa ceramah 3 jam. Haa. 3 jam. Kalau tuan-tuan bagi saya ceramah 3 jam, boleh. Jangan tuan-tuan pulak yang tak nak dengar saya ceramah kang, Speaker berdiri ceramah kang. Okay. Jadi, kita beri kepada calon lain, apa ni, bahas yang lain. silakan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Ya, Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana bagi peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada Jumaat lepas. Tahniah diucapkan kepada Sikamat yang telah membentangkan bajet ataupun belan, belanjawan 2020 yang telah menggunakan ayat-ayat ataupun penyampaian-penyampaian, dengan petikan-petikan, pepatah pepitih seperti yang telah diper, dipersembahkan pada Jumaat lepas, dengan angka-angka, kalau kita tengok dalam pamphlet ni, angka-angka dalam ni semua juta-juta ya. Walaupun dalam tu ada ditulis 0.1 juta bermakna 100 ribu tu, ya. Dan tahniah juga kerana bajet ini telah disiarkan secara langsung di media-

media yang ada, dan di dalam bajet tersebut telah disebutkan secara langsung tentang penyelesaian tanah GATCO iaitu janji yang telah dicakap oleh Yang Amat ber, Yang Amat Berhormat Sikamat pada awal sidang kita dahulu, walaupun dalam penyampaian ni telah, di kalangan peneroka telah dapat surat iaitu akan diadakan pada 29 November 2019. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Dan apabila penerima ya, penerima yang mendapat surat tawaran ni adalah mereka yang telah dibagi surat tawaran oleh Kerajaan BN sebelum ini dan tatacara penyelesaian dia pun adalah seperti yang telah dipersetujui pada zaman Kerajaan BN yang telah diilhamkan oleh yang, Yang Berhormat Rantau pada ketika itu.

Sebenarnya, sedikit kekesalan timbul kerana apa, kalau inilah jalan penyelesaian yang ada, sepatut lama dah selesai. Lama dah selesai, ya. 2 ekar dan 4 ekar. Tetapi pada ketika itu, apa yang berlaku, viral satu Malaysia, viral 1 Malaysia ni dengan timbulnya gangguan keselamatan dan sebagainya ya. Lori dibakar, ado orang tidur untuk menyelesaikan masalah tersebut, dan sepatutnya pada hari ini, peneroka-peneroka tersebut dah dapat hasil pada ketika ini. Dan apakah, saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, selepas ni apakah program yang ingin dilaksanakan di sana. Kalau dulu kita dah rancang. Tanam semula nya, kita dah rancang tentang bagaimana mereka, yang bantuan RISDA-nya, dan sebagainya, tetapi ya, saya harap Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat akan jelaskanlah pada sesi penggulungan ni nanti ya. Saya kesal yang berlaku pada ketika ini. Dan bagaimana selebihnya yang tidak lagi, masih lagi tidak dapat menerima surat tawaran tersebut, dan akan diserahkan hak miliknya pada 29 haribulan ya. Kadang-kadang kita senang cakap, kita ni sebagai contoh kepada masyarakat dan sebagainya. Sedangkan peneroka-peneroka pada, di GATCO pada satu ketika dulu dijanjikan boleh dapat semua sekali, 8 ekar. Tetapi hari ini, penyelesaian seperti yang telah kita buat, 2 dan 4 ekar. Dan itulah jalan penyelesaian yang ada sebenarnya. Seperti yang tadi, dicakap oleh Juasseh tadi, paling tidak cakaplah terima kasih kepada kerajaan dahulu terutama Yang Amat Berhormat Rantau. Pada ketika tu semua tak betul. You, saya boleh sebut siapa-siapa di kala, di belah sana yang pergi sana, hasut penduduk sana. Ini yang berlaku. 1,200 ekar yang akan diagihkan adalah disebabkan oleh kebijaksanaan Kerajaan BN terdahulu. Betul tak, Timbalan?

Yang Dipertua Dewan

Okay, jangan kacau cabar, kang ada yang bercakap kang. Teruskan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Teruskan. Okay.

Yang Dipertua Dewan

Teruskan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya tanya betul ke tidak je …..

Yang Dipertua Dewan

Itu, itu nak panas tu.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Betul tak?

Yang Dipertua Dewan

Jangan tanya betul, teruskan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tak apa, saya bagi.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Boleh celah sikit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Boleh.

Yang Dipertua Dewan

Okay you bagi, duduk jap, Sungai Lui duduk.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Kalau dulu 1,200 ekar ni telah selesai, kenapa sampai hari ini tidak bagi geran. Pakatan Harapan yang akan bagi geran nanti.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, saya jawab. Kita …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya celah, saya celah sikit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. telah selesaikan …..

Boleh mencelah? Kalau itu pertanyaan daripada Sri Tanjung, sebabnya geran tu tak dapat dibagi Dato’ Dipertua kerana diletakkan injunction oleh pihak pembangkang pada ketika itu.

Yang Dipertua Dewan

Sebab, saya dah faham dah, apa disebut tu saya pun tahu kes ni. Injuction ada, ada keputusan mahkamah, apa, saya mintak you diteruskan, cabar mencabar ni, cabar kang, dia orang ni semua ahli politik …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, benda kenyataannya Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, you teruskan ucapan you. Nanti penggulungan kang jawab.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Jangan mencabar, tanya Timbalan …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya celah sikit …..

Yang Dipertua Dewan

….. dah dah dah …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya bagi, saya bagi. Saya bagi, saya bagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa ni dia bagi. Saya ambil 1 minit pun tak sampai.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. ini adalah hak untuk masyarakat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. Dato’ Dipertua.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. kawasan Sungai Lui.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay, 2 minit lagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Okay, Dato’ Yang Dipertua, dalam dunia ni nak cari seorang untuk mendermakan 1,206 ekar tanah secara percuma bagi penyelesaian itu tak lain daripada GATCO dan tak lain daripada usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat Rantau.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay tu masukkan tu sebagai ucapan saya.

Yang Dipertua Dewan

Teruskan.

Perbetulkan, bukat GATCO. GATCO dah lama bankrap. Tamara Holding …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tamara Holding …..

….. yelah kena tau fakta dulu …..

….. kerana ini direkodkan dalam Dewan ini, rekod perlu ada.

Yang Dipertua Dewan

Okay okay. Saya ingat apa penjelasan oleh Yang Berhormat Rantau …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay saya mintak Repah duduk …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. ni apa saya cerita Repah …..

Yang Dipertua Dewan

Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. you yang datang sana dulu …..

Yang Dipertua Dewan

….. anda ada 1 minit saja.

Tadi cakap pasal …..

Yang Dipertua Dewan

1 minit lagi, tolong gulung …..

….. tadi YB cakap pasal …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Duduklah Repah.

GATCO, kena jawab …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Kacau saja …..

Yang Dipertua Dewan

Repah duduk, Repah duduk …..

Hormat Speaker, tak hormat Dato’ Speaker ke …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah. Duduk.

Kerajaan sekarang dah macam pembangkang dululah saya rasa …..

Yang Dipertua Dewan

1 minit saja.

….. bagilah kami bertindak sebagai pembangkang.

Yang Dipertua Dewan

Chembong, okay okay, seminit je. Okay, gulung seminit.

Dia berlatih nak jadi pembangkang masa depan.

Yang Dipertua Dewan

Sungai Lui, seminit je …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, sebenarnya …..

Yang Dipertua Dewan

….. lebih seminit saya suruh duduk.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua …..

40 tahun tak dapat selesai …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

….. sekarang nak selesai kata.

Yang Dipertua Dewan

Terus gulung.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay. Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya itu, nampak tak perbezaan antara pembangkang dulu dengan pembangkang sekarang …..

Yang Dipertua Dewan

Tak apalah.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. pembangkang dulu datang kampung hasut orang. Pembangkang sekarang kita bagi cadangan, kita bagi yang baik itu terbaik. Kita selesaikan masalah rakyat, yang, yang berlaku di kawasan.

Yang Dipertua Dewan

Okay, dah duduk.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay …..

Yang Dipertua Dewan

Habis dah.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Habis seminit dah. Habis seminit dah.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay. Ada 2 lagi.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah habis seminit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ada 2 perkara. Yang ni dimintak oleh rakyat, ini penting.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Seminit lagi.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Satu tentang masalah kubur.

Yang Dipertua Dewan

Haa sebab, fokus ucapan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Masalah kubur, atas, rasa timbang rasa saya bagi 3 minit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Yang Dipertua Dewan

So teruskan ucapan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Masalah …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya bawak masalah …..

Yang Dipertua Dewan

….. simpang-simpang. Terus. Terus. 3 minit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya bawak semua dokumen yang di, Yang Dipertua Dewan …..

Yang Dipertua Dewan

3 minit, terus, cakap.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ya, okay, masalah kubur …..

Dato’ Yang Dipertua, saya nak …..

Yang Dipertua Dewan

Saya …..

Tak, Dato’ Yang Dipertua, saya nak ingatkan …..

Yang Dipertua Dewan

….. saya sebenarnya rasa, saya sudah beri …..

Dato’ Yang Dipertua, saya nak ingat …..

Yang Dipertua Dewan

….. mintak maaf.

Dato’ Dipertua, saya nak ingatkan bila mula tadi 12 lebih …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ada lebih masa.

Baru 10 minit Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah. Tadi …..

Dato’ Dipertua pakai jam mana ni?

Yang Dipertua Dewan

Kota, duduk. Ada setengah saya beri masa lebih. Kota sendiri saya bagi 20 minit dan ketua pembangkang saya beri lebih banyak, sampai habis, sebab saya nak dia bagi pendapat …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay …..

Yang Dipertua Dewan

Tolong bagi satu minit tu sebab apa.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay …..

Yang Dipertua Dewan

Sebab saya tak suka you all cakap cabar mencabar ni.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak suka.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ini saya nak sampaikan masalah rakyat satu lagi …..

Yang Dipertua Dewan

Okay teruskan ucapan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay. Saya bawak satu masalah yang berlaku di Jelebu iaitu di kawasan Chennah iaitu dia dah bawak kepada pengetahuan beberapa EXCO dan wakil rakyat, dan tak selesai di mana benda ni dah bayar, kubur Cina ya. Kawasan kubur Cina. Dah bayar sebagainya, tetapi, di Simpang Durian tepi tu, tetapi tidak dibenarkan, bila bapak eh meninggal, tidak dibenarkan ya, tidak dibenarkan untuk ditanam di sana. Dan akhirnya mayat ni ditanam di Sungai Lui ya. Kera, kerana apa, kerana berlaku kekecohan di mana MPKK dan sebagainya tidak ban, tidak membenarkan mayat bapak dia ditanam, padahal dia dah bayar. Dah bayar, dah booking, asyik menyalahkan kerajaan lama sebagainya, memanglah kalau kita tahu, sebenarnya kubur-kubur masyarakat Cina ni dikendalikan oleh persatuan-persatuan ya, betul? Persatuan-persatuan. Dan dah, dah bayar, sebenarnya patut dibenarkanlah ya, saya akan serahkan nanti ni kepada siapa yang berkenaan supaya benda ni tidak berlaku lagi, tidak berlaku lagi. Tapak dah siap, deposit dah bayar, apa masalahnya lagi ya. Itu satu lagi, ya. Dua, saya kata dua.

Satu lagi, tentang satu isu di Jelebu jugak ya, yang rakyat mintak saya bawak tentang satu projek, satu projek di Ulu Jelebu. Penanaman musang king. Telah dilaksanakan. Ini saya tak tahu betul ke tak betul, ini benda, isu yang ada di bawah. Kalau betul, sebagai maklumat kepada kerajaan. Kalau tak betul, dibetulkan ya. Tentang satu projek usahasama antara Yayasan Kerajaan Negeri Sembilan bersama dengan syarikat luar, penanaman musang king di Kampung Ulu Jelebu, ya. Saya mintak untuk dijelaskan, ada ya, dah ditanam 500 ekar, dan antara kawasan tersebut dengan kawasan felcra yang berhampiran ataupun tanah orang kampung, ada lagi baki dan sebagainya, dan penduduk membantah, penduduk membantah tentang baki tersebut di mana ada usaha nak bagi kepada pengusaha yang telah mengusahakan ini, bukannya orang kampung. Orang, orang kampung mintak supaya baki tanah tersebut kalau boleh dibagilah kepada penduduk-penduduk kampung yang ada di kawasan tersebut, terutamanya golongan-golongan muda ni.

Itu sahaja yang saya nak sampaikan pada hari ini. Sebenarnya banyak lagi ya, yang, yang ingin saya sampaikan, kepada JAKOA juga, ada rintihan di, pada, daripada masyarakat Orang Asli Sungai Sampoo supaya dapat menambah lagi trip bas atau sekolah Menengah Serting Hilir Kompleks kerana keperluan yang mendesak pada ketika ini.

Satu lagi tentang Sekolah Magnet Pasoh 2. Alhamdulillah telah, telah beroperasi sekarang. Seramai 32 orang tinggal di asrama tersebut. Dan saya tanya tentang adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menambah kapasiti kepada asrama tersebut, adakah ada perancangan pada masa hadapan supaya sekolah ini jugak, asramanya jugak kepada pelajar perempuan dan sebagainya ya, kerana ini adalah program kita,

juga ilham dia daripada Yang Berhormat Rantau dulu un, di mana kita menyelesaikan masalah-masalah kekurangan pelajar di, di sekolah tersebut ya. Bangunannya banyak, bangunannya banyak yang terbiar dan sebagainya, kita tak nak berlaku pembaziran dari segi ruangan dan sebagainya, itu sebab kita buat sekolah Magnet. Dan kita harap sekolah ini akan dijadikan sebagai satu, sebuah pusat latihan ataupun sekolah yang mem, yang mempunyai aliran kemahiran dan sebagainya ya.

Satu lagi tentang koperasi-koperasi felda. Supaya jugak dibantu koperasi, koperasi-koperasi felda ni supaya mereka boleh bersaing dan juga berdaya maju kerana ini adalah untuk masyarakat di kawasan felda khususnya di kawasan Sungai Lui daripada ketika ini di mana kita pada ketika kalau kita tengok rata-rata rakyat sebenarnya mengeluh ya, kita katalah penurunan kadar kemiskinan, kita katalah deposit, defisit turun kepada 1 perpuluhan berapa percent yang ada tu, sebenarnya di masyarakat kampung keluh kesah, ada juga di kalangannya sekarang ni betul ada harga sikit buah ni, buah sawit ada harga sikit …..

Yang Dipertua Dewan

Okay okay, cukup.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. berbanding dengan Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Cukup cukup.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. ada je kayu …..

Yang Dipertua Dewan

Cukup dah lebih dah.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. pasir pun ada gak eh.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah cukup. Tadi kata 1 – 2 – 3, dah 5 dah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay ya.

Yang Dipertua Dewan

Cukuplah.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay. Sekian …..

Yang Dipertua Dewan

Wabillahitaufik walhidayah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Sekian terima kasih kepada Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. assalamualaikum WBT …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. kerana membenarkan saya …..

Yang Dipertua Dewan

Silakan Sungai Lui duduk.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya sebenarnya timbang rasa, tapi dengan syarat jangan cabar mencabarlah. Saya tak suka cabar-cabar ni. Kalau betul bercakap fakta, saya bagi, nampak ni, sampai, sampai 20 minit ni, lebih, 12:05 minit tadi, sekarang dah habis 12:25. 20 lebih minit. Haa saya tak ada masalah. Cuma, yang pertama saya ingatkan yang lain. Dah dah cukup …..

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan …..

….. saya jarang menyampuk-nyampuk ni Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, jap. Saya tak ada terima ya, saya mintak yang lain, tolong patuhi masa. Saya nak habiskan malam ni ni, kalau macam ni, malam habis ni haa, habiskan. Jadi sekarang lunch, Dato’ Rantau dah, Dato’ Seri Rantau dah lapar dah, dia ajak lunch, dia kata. Okaylah saya tangguhkan ni, dan kita akan sambung dalam pukul

2. Saya kena pastikan tuan-tuan datang pukul 2. Macam semalam ya. Terima, sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.22 tengah hari]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.03 petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

YB Yang Dipertua Dewan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, Dato’-Dato’, Datin-Datin, hadirin hadirat yang dirahmati Allah SWT. Kita sambung semula perbahasan kita untuk petang ini. Jadi saya jemputlah yang mana yang belum, YB Rahang ya, inshaa Allah, dipersilakan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, memberi, memberikan Rahang peluang member, membahaskan belanjawan 2020.

Dato’ Yang Dipertua, pada baru-baru ini, musim hujan dan angin kencang telah menyebabkan banyak kes pokok tumbang. Isu ini telah dibangkitkan berulang kali di dalam Dewan yang mulia ini sejak bertahun-tahun. Ini adalah sesuatu yang harus dipandang berat oleh Kerajaan Pakatan Harapan kerana rakyat tidak dapat menerima alasan-alasan yang tidak munasabah di mana jawapannya: tiada tempat pembuangan sisa-sisa pokok ataupun kekurangan peralatan dan kenderaan. Salah satu untuk mengelakkan kejadian pokok tumbang berlaku adalah PBT harus menjalankan tugas pem, pemang, pemangkasan secara berjadual dan memastikan kehijauan alam sekitar, sekitar dalam dijamin dan bukannya tunggu sehingga pokok itu tumbang dan merosakkan harta benda orang awam.

Beberapa bulan yang lalu, terdapat pokok-pokok di kawasan DUN Rahang dan juga di kawasan yang lain telah ditebang secara keseluruhan dan tunggul pokok dibiarkan di tepi jalan dengan begitu saja. Batang pokok yang masih kuat dan dalam keadaan baik sebenarnya dapat diselamatkan dan mencantikkan alam sekitar dan bukannya tunggul pokok yang dibiarkan. Saya ingin menyeru kepada PBT supaya mengelakkan keindahan alam sekitar dengan melancarkan

kempen, dengan izin, save a tree bermulanya dengan pemangkasan pokok.

Dato’ Yang Dipertua, aduan diterima berkenaan dengan orang gelandangan yang sering ber, berkeliaran di tempat awam termasuk kaki lima dan perhentian bas semakin meningkat dan tiada apa-apa yang kita dapat lakukan. Kami pernah, kami pernah cuba hubungi polis, tetapi mereka tidak melakukan jenayah. Kami cuba hubungi pihak hospital untuk memberikan rawatan tetapi mereka enggan menerima rawatan. Kami hubungi Jabatan Kebajikan tetapi mereka tiada tempat, tem, tiada tempat duduk disediakan kepada mereka. Kerajaan Negeri Sembilan haruslah memberikan perhatian yang serius kepada golongan ini supaya mereka tidak mengakibat, mengakibatkan kacauganggu terhadap orang awam. Mereka ini terdiri daripada golongan sakit mental, kemurungan ataupun telah ditinggalkan oleh ahli keluarga. Jabatan Kesihatan seharusnya memandang berat dengan masalah ini dengan memberikan kaunseling dan perubatan yang tertentu untuk mengubati mereka yang mengalami penyakit mental. Dengan memberikan hanya makanan percuma, adalah tidak memadai dan kita haruslah memberikan rawatan dan mengajar mereka untuk mencari nafkah supaya dapat menampung kehidupan harian mereka.

Unit sa, Unit Psikiatrik di Hospital Kuala Pilah sedang menjalankan satu program di bawah MENTARI di mana mereka mengajar kemahiran asas kepada pesakit-pesakit mental untuk mereka mencari pendapatan. Inilah yang harus kita memandang berat dan meminta Jabatan Kesihatan meletakkan mereka di bawah program MENTARI di Unit Psikiatrik di Seremban. Saya percaya Unit Psikiatrik di Hospital Tuanku Jaafar mempunyai kumpulan sukarelawan dan juga Pegawai Perubatan yang komited dan juga dengan izin, careNS, atau careNS, adalah satu support group yang ditubuhkan oleh ahli-ahli keluarga pesakit. Saya ada melawat pusat MENTARI di Kuala Pilah dan juga telah berbincang dengan beberapa Pegawai Perubatan daripada Hospital Tuanku Jaafar, Psychiatric Unit, dan kita sudi bekerjasama untuk mengatasi masalah gelandangan.

Dato’ Yang Dipertua, Selangor ada sebuah dengan izin, halfway house untuk orang gelandangan dengan keputusan begitu baik dan sempurna. Dengan ini, saya cadangkan Jabatan Kesihatan mengikuti seperti Selangor untuk mengadakan sebuah halfway house di Seremban. Saya meminta supaya Jabatan Kesihatan akan mengambil perhatian dan juga pertimbangan yang serius untuk membantu golongan ini.

Dato’ Yang Dipertua, JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melaksanakan supaya penerima bantuan membuka akaun bank adalah

sesuatu yang baik dan selamat di mana bantuan bulanan akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Pihak JKM juga haruslah memandang serius dan apakah cara-cara untuk mengelakkan bantuan ini diteruskan sekiranya penerima asal telah meninggal dunia dan tidak dimaklumkan kepada pihak JKM. Ada berlaku kes di mana penerima telah meninggal dunia dan tidak dimaklumkan kepada pihak JKM oleh sesiapa. Bantuan masih diteruskan dan dimasukkan ke dalam akaun penerima. Saya telah difahamkan bahawa Pegawai JKM akan bertanggungjawab atau, atas masalah ini dengan membayar pulak, membayar pulang dengan duit mereka sendiri. Saya berasa ini adalah tidak adil kepada pegawai-pegawai yang menjalankan tugas. Pihak JKM seharusnya mempunyai satu sistem yang berhubungan, berhubung, berhubung terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapat status terkini dengan izin, must be immediate, immediately and effeciently updated sekiranya penerima tersebut telah meninggal dunia.

Dan juga, pada beberapa bulan ini, penerima bantuan JKM tidak dapat menerima bantuan mereka mengikut jadual disebabkan masalah sistem komputer di JKM. Ini juga tidak sepatutnya berlaku kerana penerima-penerima bantuan adalah golongan miskin tegar dan mereka hanya bergantung kepada bantuan ini untuk meneruskan kehidupan mereka. Kerja-kerja mendepositkan wang bantuan ke dalam akaun penerima bukannya dilakukan setiap hari tetapi hanya pada hari-hari yang tertentu. Jadi, alasan sistem rosak tidak dapat diterima oleh penerima bantuan. Jikalau rakyat tak terima apa-apa penjelasan, saya sebagai suara rakyat pun takkan terima penjelasan-penjelasan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, isu angin [anjing] liar juga telah dibangkitkan banyak kali di dalam Dewan yang mulia ini. Anjing liar, sorry, okay, namun masih tiada sebarang tindakan yang diambil. Masalah ini telah berlaku sejak kerajaan dahulu dan masih berterusan sehingga sekarang. Saya percaya ini merupakan satu isu yang begitu sensitif khasnya kepada Badan Bukan Kerajaan atau NGO, kita harus menerima bahawa segelintir orang awam yang mengena anjing liar sebagai suatu kacau, sesuatu kacauan ganggu kerana menyalak dan mengejar orang awam ser, serta mengakibatkan sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Saya difahami adanya anjing liar yang telah ditandai masih berkeliaran di taman-taman perumahan di kawasan Rahang. Saya ingin bertanya kepada PBT atau Kerajaan Negeri siapakah yang memberikan tanda kepada anjing-anjing liar dan dibiarkan di kawasan bandar dan bukannya di kawasan terpencil?

Wait, got one more-lah, here ada, Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini ada kontraktor yang telah memasang menara telekomunikasi di Bandar

Seremban. Menara telekomunikasi ini dipasang di kawasan Temiang, Lobak dan Bukit Kepayang. Apa yang mengeliru, mengelirukan saya adalah pihak kontraktor ini tidak mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Walaupun Pihak Berkuasa Tempatan telah membekukan kerja-kerja pemasangan menara telekomunikasi, tetapi pihak kontraktor masih degil dan enggan bekerjasama serta terus mendirikan menara teli, telekomunikasi walaupun tiada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh yang demikian, saya cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri menggunakan tindakan yang drastik dan ketat terhadap kontraktor-kontraktor ini, mereka perlu disenaraihitamkan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker, boleh mohon mencelah? Dia belum habis. Saya mohon mencelah saja.

Boleh boleh.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sebab ini pun ada kaitan dengan isu di kawasan saya di mana pada semalam, pagi jua, di kawasan Temiang di Taman Seri Pulai 3 ada satu kontraktor juga dari se, dari sebuah telco yang cuba mendirikan menara telekomunikasi di Taman Seri Pulai 3, Temiang di mana yang tiada dalam kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan dan telah di, di apalah, dihalang oleh pihak MPS. Saya ucapkan tahniah dan syabas, di mana kita, saya berharap sesuatu yang tegas dan drastik perlu di, dilakukan oleh Kerajaan Negeri terhadap syarikat-syarikat telco ini bagi memastikan pandangan-pandangan ADUN, pandangan-pandangan penduduk sekitar di, diberikan perhatian. Kenapa kontraktor ataupun telco, syarikat telco tersebut berani, berani mendirikan menara telekomunikasi ini tanpa kelulusan pihak PBT. Ini sesuatu yang tidak menghormati Kerajaan Pakatan Harapan, sesuatu yang tidak mengikut undang-undang. Maka saya berharap, tindakan tegas perlu diambil.

Dato’ Yang Dipertua, jawapan soalan bertulis di bawah tajuk “Projek-Projek Terbengkalai Temasuk Bangunan Dan Tanah Kosong Dari Januari 2018 – September 2019” mengatakan bahawa di bawah PBT (MPS), bilangan aduan projek terbengkalai bangunan – 0, tanah – 0. Saya diberitahu oleh peniaga-peniaga berdekatan bangunan terbengkalai di Jalan Tuanku Antah bertentangan dengan stesen minyak Petronas, bangunan bertingkat di sebelah, di sebelah jambatan overhead ke Jalan Rasah. Peniaga-peniaga

yang berada di kawasan tersebut telah membuat beberapa aduan selama bertahun-tahun tanpa diambil tindakan. Banyak aduan telah dibuat di tanah kosong dan juga dibiar di kawasan Rahang tanpa mengambil tindakan. Dengan ini, Rahang menyokong usul-usul perbelanjawan 2020.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Rahang. Sekarang saya buka, YB Bagan Pinang.

Tak apa kita pakat baik-baik. Tak ada lawan, kita steady. Short and sharp. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejatera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana mengizinkan saya mengambil bahagian perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat lepas. Merujuk kepada belanjawan 2020 yang telah dibentangkan, suka untuk saya menarik perhatian di Dewan mengenai beberapa perkara dan peruntukan di dalam belanjawan tersebut bagi tujuan kesejahteraan seluruh di dalam negeri ini dan khususnya untuk masyarakat di dalam DUN Bagan Pinang.

Yang pertama adalah berkenaan pembinaan jalan pintas Kampung Baru ke Taman PD Utama. Dato’ Yang Dipertua, Bandar Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat dan telah melahirkan ramai perajurit muda setiap tempoh 6 bulan. Secara tidak langsung, ianya menjadi Hari Perbarizan Tamat Latihan perajurit muda sebagai acara yang dinanti-nantikan bukan sahaja untuk ahli keluarga perajurit malahan rakyat tempatan dan jugak sekaligus menjadi salah satu tarikan pelancongan. Walau bagaimanapun, ketika acara ini berlangsung terdapat penutupan laluan utama ke pantai dan ke pusat bandar, yang, di pusat bandar di Kampung Baru Si Rusa dan menjadikan jalan kampung dan taman perumahan sebagai laluan alternatif. Ini menyebabkan trafik dan kawasan perumahan sekitar itu menjadi sesak dan merbahaya kepada penduduk di kawasan tersebut terutama sekali perumahan Taman Desa Rusa.

Di dalam belanjawan 2020, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan peruntukan untuk tujuan pembinaan jalan-jalan baru di kawasan luar bandar. Berdasarkan peruntukan tersebut, jalan alternatif harus diwujudkan untuk kele, keselesaan masyarakat di waktu puncak pada setiap acara-acara besar yang melibatkan penutupan jalan utama ke pantai dan pusat bandar. Saya mohon agar Kerajaan Negeri dapat melihat tentang masalah yang telah saya

bangkitkan ini dan seterusnya dapat melaksanakan secepat mungkin pembinaan jalan alternatif dari Kampung Baru Si Rusa ke Taman PD Utama untuk memberi laluan kepada pengunjung malah, serta tidak langsung dapat menjimatkan masa pihak agensi yang terlibat seperti kereta ambulans, bomba atau polis untuk menjalankan tugas mereka tanpa menghadapi kesesakan lalu lintas yang teruk jika berlaku kecemasan. Justeru, permohonan pembinaan jalan alternatif ini adalah seiring dengan tema belanjawan 2020 dari segi kemudahan infrastruktur iaitu bagi melestari ekonomi dan mensejahterakan rakyat. Oleh kerana itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan permohonan saya ini sebaik mungkin untuk tujuan keselesaan rakyat dan pengunjung di mana Bandar Port Dickson menjadi tunggak utama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negeri dari segi pelancongan.

Dato’ Yang Dipertua, yang keduanya adalah menaik taraf Klinik Desa Telok Kemang ke Klinik Kesihatan Type 3, ataupun Jenis 3. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, di Port Dickson terdapat sebuah hospital iaitu Hospital Port Dickson di mana jumlah penerima rawatan Jabatan Kecemasan di hospital tersebut adalah sekitar 70 ribu setahun. Dan dijangka meningkat sebanyak 10 ke 20% setahun. Daripada 70 ribu, 50 ribu adalah pesakit adalah kes-kes zon hijau yang mana mereka ini boleh mendapatkan rawatan di klinik kesihatan.

Menyentuh belanjawan pembangunan 2020, peruntukan untuk pembangunan sosial di mana tiada disebut mengenai pembangunan naik taraf klinik kesihatan. Dengan ini, saya memohon Kerajaan Negeri memberi perhatian serius terhadap naik taraf Klinik Desa Telok Kemang kepada klinik kesihatan. Telok Kemang adalah sebuah kawasan yang membangun dengan kawasan perumahan, hotel, kem tentera, jabatan kerajaan dan yang akan berkembang lagi pada masa hadapan adalah projek Malaysian Vision Valley. Oleh itu, dengan adanya Klinik Kesihatan Telok Kemang Jenis 3, ianya tidak langsung dapat membantu mengurangkan kehadiran pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Port Dickson. Hospital Port Dickson adalah merupakan sebuah fasiliti utama di Port Dickson. Dengan pengurangan kesesakan kes-kes zon hijau di Hospital Port Dickson, ianya dapat memberi keselesaan kepada pesakit.

Yang ketiga, yang akhir sekali adalah penambahbaikan fasiliti Pasar Telok Kemang. Dato’ Yang Dipertua, saya amat tertarik dan menyokong hasrat Kerajaan Negeri untuk terus memodenkan pantai Port Dickson agar menjadi satu pusat pelancongan terbaik negara bertaraf antarabangsa kerana kita juga sedia maklum, bagi sektor pelancongan, Port Dickson adalah penyumbang terbesar bagi jumlah

kedatangan atau tumpuan pelancong yang berkunjung ke negeri ini. Ini sekaligus menjadi faktor dan penyumbang kepada peningkatan KDNK dan ekonomi negeri. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat, seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri tersebut, fasiliti-fasiliti dan infrastruktur penting bagi mencapai matlamat pusat pelancongan terbaik negara hendaklah dipersiapkan dengan sebaiknya dan terperinci agar ianya menjadi sebuah infrastruktur ataupun fasiliti yang efisien dan bersifat serampang 2 mata.

Dato’ Yang Dipertua, apa yang saya maksudkan dengan infrastruktur ataupun fasiliti bersifat serampang 2 mata adalah sesuatu pembangunan infrastruktur atau fasiliti di kawasan-kawasan tertentu bukanlah hanya untuk menawarkan kemudahan kepada pengunjung yang berkunjung ke negeri ini, malah ianya dapat menjadi, dapat menjadi kemudahan yang, dapat menjadi kemudahan yang dapat menawarkan kepada rakyat atau masyarakat setempat sebagai keperluan mereka seperti kemudahan fasiliti hospital dan Klinik Kesihatan Telok Kemang seperti yang telah saya utarakan sebentar tadi.

Pasar di kawasan Telok Kemang ini juga adalah satu komponen fasiliti yang bersifat serampang 2 mata kerana kita maklum kawasan pantai Port Dickson yang menjadi tumpuan ramai pelancong adalah di kawasan Telok Kemang. Selain itu populasi dicatat di antara tertinggi bagi Daerah Port Dickson juga adalah di kawasan Telok Kemang. Kemudahan seperti Pasar Telok Kemang sedia ada amat tidak sesuai bagi tujuan kemudahan fasiliti bagi pelancong kerana kawasannya yang tidak strategik dan tidak sesuai untuk dijadikan satu kawasan berkonsep focal point ataupun integrated, dengan izin.

Selain itu, permohonan untuk menaikkan taraf Pasar Telok Kemang ini juga telah pun dibuat oleh masyarakat setempat memandangkan pasar, pasar ini telah pun beroperasi untuk tempoh lebih daripada 20 tahun yang lalu dengan kapasiti yang kecil. Melalui peruntukan pembangunan sosial dan infrastruktur di dalam belanjawan 2020, saya memohon agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan permohonan menaik taraf Pasar Telok Kemang ini agar ianya dapat menjadi satu kemudahan rakyat dan sekaligus ianya menjadi sebuah kemudahan pelancongan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Telok Kemang.

Dato’ Pengerusi, saya, Dato’ Yang Dipertua, saya rasa masa saya pun tak sampai dalam 10 minit. Saya rizab …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, boleh …..

….. saya rizabkan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. saya buat pencelahan sikit tak?

Sila.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Boleh ya?

Sila, sila.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin mencadangkan untuk memudahkan penumpuan dalam sektor pelancongan ni, kita per, perlu bagi jenama. Contohnya, contohnya di Bandar Baru Serting contohnya kita kenali sebagai pusat permotoran Negeri Sembilan. Dan di Bandar Baru Serting tu ada satu tempat ataupun satu trek yang dulunya dikenali satu Malaysia ni iaitu kita ada sektor permotoran ni, pusat sprint test untuk anak-anak muda di mana mereka boleh mengenengahkan bakat dan sebagainya dan menyalurkan kegiatan permotoran ni kepada keadaan yang lebih sihat. Dan saya mintak di sini kalau dipersetujui, supaya kawasan ini dihidupkan semula, sprint test ni dan sektor permotor, permotoran ini kita beri tumpuan yang lebihlah di Bandar Seri Jempol. Sekian.

Dato’ Yang Dipertua, saya tadi ada rizab 10 minit lagi. Saya nak khaskan kepada sahabat punya saya DUN Chembong. Kalau dia nak ambil 10 minit saya tu, silakan. Saya rizab, rizab bank, bank rizab untuk DUN, DUN Chembong. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, dan salam sejahtera. Alhamdulillahirobbil ‘alamin, wabihi nasta’in, rabbi yassir wa la tu’assir ya karim, rabbi yassir wa la tu’assir ya karim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mengambil bahagian dalam

membahaskan rang undang-undang perbekalan untuk tahun 2020 bagi Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan, merakamkan ucapan penghargaan kepada, dan kepada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan belanjawan tahun 2020 demi untuk kelangsungan pembangunan di Negeri Sembilan ini. Apa yang saya lihat belanjawan yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat terdapat ada 2 elemen yang dima, sampaikan iaitu yang pertama kesinambungan bajet 2019 dan yang kedua iaitu menambah 4 inisiatif dalam modal insan. Dan kita sedia maklum ya, seperti menambah inisiatif dalam modal insan ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan yang mentadbir ketika ini. Kalau ketika dulu, Kerajaan Barisan Nasional mentadbir, saya rasa, saya yakin dan percaya, apa yang dinyatakan, dihasratkan oleh bajet ini, kami akan dapat jugak melaksanakan sepertimana yang dibentangkan.

Tuan Yang Dipertua, sepertimana yang ada rakan-rakan saya bercakap ya, walaupun bajet yang dibentangkan ini melibatkan hasil pada tahun 2020 iaitu lebih kepada unjuran Hasil Bukan Cukai sebanyak 53% ya, iaitu 242.69 juta daripada jumlah bajet yang dibentangkan iaitu sebanyak 457 juta. Harus kita ambil kira dan kita takut bajet yang dibentangkan ini seperti sama dengan bajet persekutuan yang mana mengunjurkan pendapatan kerajaan berdasarkan dengan harga minyak dalam sekitar USD 70 Dolar, tetapi ianya tidak menjadi kenyataan. Jadi, kepada Kerajaan Negeri, kita harus ingat bahawa apa yang telah dibentangkan tadi sesuatu yang masih lagi dike, consider, dengan izin, it still uncertain punya income, ya.

Dato’ Yang Dipertua, kita maklum dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu, saya khuatir perolehan pendapatan seperti mana yang saya dikatakan tadi ia tidak dapat dilaksanakan seterusnya ia akan merencatkan pembangunan kita di Negeri Sembilan ini. Kita maklum di Negeri Sembilan ini kita tidak ada sumber lain seperti negeri lain ada minyak, ada bauxite dan sebagainya. Tapi di Negeri Sembilan ini lebih bergantung kepada hasil-hasil pertanian dan jugak hasil-hasil yang cukai, yang boleh menambah kantung Kerajaan Negeri. Tuan Yang Dipertua, saya juga melihat belanjawan ini tidak begitu memfokuskan kepada pengembangan ekonomi itu sendiri, kan, lebih kepada kesinambungan apa yang telah dibentangkan tahun lepas. Dan ini, kerana penting dalam pengembangan ekonomi ini untuk mengekalkan, dengan izin, sustainable economy model untuk Kerajaan Negeri Sembilan ini.

Jadi, seperti mana yang telah dibentangkan oleh yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat tempoh hari, pembangunan modal insan. Memang kita tidak dinafikan, kita mengucapkan tahniah kepada kakitangan-kakitangan kerajaan di Negeri Sembilan kerana telah mendapat satu imbuhan. Dan saya amat bersetuju kalau imbuhan-imbuhan ini bukan hanya sekadar kepada kakitangan kerajaan tetapi imbuhan ini harus juga diberi kepada keseluruhan Kerajaan Negeri Sembilan, rakyat-rakyat di Negeri Sembilan seperti insentif-insentif yang boleh membantu lebih-lebih golongan B40.

Dato’ Tuan Yang Dipertua, saya ingin memaklumkan dan jugak mengatakan beberapa perkara pada petang ini dalam permasalahan di kawasan saya ya. Kita sedia maklum dalam musim sekarang ini adalah musim tengkujuh. Tapi di Negeri Sembilan boleh dianggap musim yang tidak menentu kerana kita tidak banjir besar dan sebagainya. Tetapi di kawasan saya, untuk makluman Dato’ Tuan, Timbalan, Dato’ Yang Dipertua, pada 25 haribulan 10 yang lepas kan, ketika saya lepas pada solat subuh ya, di kawasan, kita telah, saya telah dihubungi kerana ada masalah banjir yang melibatkan jalan utama daripada jalan Tampin ke Kuala Pilah iaitu di sekitar Rumah Rakyat Kuala Johol, kan. Dan pada 26 haribulan selepas banjir, banjir lagi pada 26 haribulan 10, kan. Dan pada 27 haribulan pun masih berlaku perkara yang sama, 27 haribulan 10 yang melibatkan jalan di antara Tampin dan Kuala Pilah, ditutup sementara. Dan pada 1 haribulan 11 iaitu pada pagi Jumaat, di mana hujan lebat, dia melibatkan kawasan yang sama jugak banjir dan lalu lintas terhalang. Dan ini juga melibatkan, yang teruknya yang melibatkan banyak kawasan-kawasan yang berhampiran, rumah rakyat di sekitar Kuala Johol, di perkampungan Orang Asli – Kampung Air Rengas ya, ada satu rumah yang terlibat teruk akibat banjir, dan jugak masjid di kawasan Inas iaitu di kawasan Rabung dan jugak longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan ada limpahan-limpahan di kawasan-kawasan yang berhampiran.

Dato’ Yang Dipertua, melihat kepada bajet yang dibentangkan semalam, pada hari Jumaat yang lepas, saya amat berharap ya, dah lama dah perkara ini saya utarakan ke dalam Dewan yang mulia ini, iaitu berkaitan dengan lampu jalan di sekitar jalan utama sempadan daripada Repah ke kuala, kawasan Kuala Pilah. Jadi saya lihat senarai yang dikeluarkan oleh pihak Pejabat Daerah dan jugak JKR berkaitan dengan kerja-kerja, peruntukan MARRIS dan sebagainya, saya lihat cadangan lampu jalan ini masih belum mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri kerana apa yang saya harapkan jalan ini adalah merupakan jalan utama daripada Tampin ke Kuala Pilah, banyak masyarakat, pekerja-pekerja yang tinggal di Johol ramai yang lalu di kawasan yang agak berbukit tetapi dalam suasana yang gelap. Jadi saya

amat berharap kepada Kerajaan Negeri sila ambil perhatian kan. Saya maklum kalau di kawasan di Repah telah ada lampu jalan kan, tetapi di kawasan Johol kan, mungkin yang gelap dapat lampu, yang terang sikit tak dapat lampu kot, kan. Jadi, saya harap benda ini perlu diambil kira, kan.

Tuan Yang Dipertua, tadi kalau menyebut berkaitan dengan bajet itu jugak, yang melibatkan modal insan. Saya ingin menarik perhatian kepada sidang Dewan yang mulia ini iaitu berkaitan dengan sekolah ini, kan. Saya mendapat aduan daripada pihak sekolah okay, kerana banyak kantung-kantung PIBG sebenarnya kan, berada di dalam keadaan yang agak, agak tenat jugak sekarang ini. Ada sekolah yang tinggal tidak sampai 1,000.00 ringgit, kan. Ini sebenarnya kalau di Kuala Pilah ni, kita ada 4 wakil rakyat ya, 4 wakil rakyat yang mewakili Kerajaan Barisan Nasional, kan. Satu wakil rakyat mewakili kerajaan sedia ada sekarang dan jugak Ahli Parlimen, kan. Apa yang saya lihat banyak program-program ya, di sekolah ini diwakilkan sahaja kepada Penyelaras DUN, yang mana Penyelaras DUN ini saya pun tidak pasti kan, apakah bidang kuasa mereka yang sepatutnya memberikan bantuan, melihat sendiri apa permasalahan sekolah dan sebagainya, kan. Kalau sekadar hanya datang kan, bila ada orang yang lebih besar pun ada di Johol seperti Yang Teramat Mulia, baru nak datang, saya rasa ini bukan tugas Penyelaras DUN. Penyelaras DUN seharusnya menyelaras apa jugak peruntukan-peruntukan yang diberi oleh kerajaan kepada sekolah kan. Jadi saya amat berharap ambil kira, kalau dulu kita, Kerajaan Barisan Nasional, pemimpin-pemimpin datang ke sekolah inshaa Allah, kan, kita akan cuba yang terbaik untuk membantu sekolah. Tetapi sekarang ini banyak sekolah-sekolah yang mengadu, lebih-lebih lagi kalau di Johol itu, sekolah yang ada kaitan dengan ADUN Johol kan. Saya pun bersekolah di Johol. Bila ada sekolah yang berkaitan dengan saya, dengan kawan-kawan saya, maka Penyelaras DUN tak nak datang. Ini kena ambil kira kan. Kalau nak memilih bulu di peringkat, di tahap sekolah, saya rasa ini bukan satu kerja yang baik kan. Ini adalah suatu yang menidakkan apa dikata, sekolah itu punya right untuk mendapatkan peruntukan.

Tuan Yang Dipertua, kan, saya, saya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat, mohon mencelah. Senaraikan sekolah yang tak dapat apa, peruntukan daripada Penyelaras DUN.

Okay. Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Tuan yang Dipertua, kan, berkaitan dengan tanah terbiar, tanah terbiar

di kawasan Johol, kita memang tahu di kawasan Kuala Pilah, di kawasan Johol kan, memang banyak tanah-tanah adat kan. Jadi saya tertarik dengan, seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat berkaitan dengan Pelan Pembangunan Luar Bandar tahun 2019 – 2040 kan. Jadi saya amat berharap kan, di dalam Pelan Pembangunan Luar Bandar ini, mungkin saya me, boleh dicadangkan, walaupun tanah itu merupakan tanah adat, tetapi boleh diambil kira, mungkin dibuat secara perjanjian dan sebagainya, kalau perjanjian melalui syarikat atau individu, saya rasa mungkin sukar, tetapi kalau ada perjanjian itu, kata orang tu, guarantee baik, kerajaan Negeri kan, dan sebagainya, mungkin ada peluang untuk kita dapat memajukan tanah yang saya maksudkan tadi. Memang kebanyakan tanah-tanah ini ialah di jalan utama di kawasan Johol. Jadi memang kalau orang masuk ke Johol itu, lihat kawasan tu somak yo kan, semak jadi macam seolah-olah tidak ada perancangan untuk memajukan kawasan Johol itu sendiri. Tetapi sehenarnya, hakikatnya ialah kawasan ini tidak boleh dimajukan kerana ia melibatkan tanah adat dan sebagainya.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya ada menulis dalam soalan lisan, soalan bertulis iaitu memohon balai kerapatan adat iaitu untuk penghulu Luak Inas kerana Johol, saya ada 2, satu di bawah Luak Johol satu di bawah Luak Inas, kan. Apa yang saya lihat, alhamdulillah, untuk Luak Johol banyak menerima orang kata tu, kemudahan-kemudahan kerana termaktub dalam Kerajaan Negeri iaitu Undang Yang Empat dan Tengku Besar. Tetapi apa yang saya lihat, di kawasan Inas, yang menempatkan Luak Tanah Mengandung ya, saya mencadangkan, saya memohon untuk diadakan Balai Kerapatan untuk Penghulu Luak ini kan, kerana penting bagi saya, kerana ini adalah jugak institusi ya, institusi kita, adat orang Melayu yang mana saya lihat mereka juga bergerak aktif dalam kata orang tu, memartabatkan adat itu sendiri, kan. Jadi saya tak pasti, jawapan yang saya terima ialah dia kata: tiada perancangan.

Jadi saya pun nak bertanya jugaklah kepada EXCO, EXCO yang berkaitan dengan adat ni kan, sama ada beliau tahu atau tidak bahawa benda yang saya mintak ni, kan. Atau beliau pernah melihat atau tidak keperluan bagaimana untuk kata orang tu, perlu atau tak perlu diadakan balai kerapatan ini, kan. Sebab ia akan melibatkan banyak, mungkin di kawasan EXCO di DUN Pilah jugak banyak melibatkan Dato’-Dato’ Adat yang boleh dipertimbangkan untuk membina balai kerapatan ini, kan. Dan saya cukup kecewa sebenarnya. Saya pernah hadir program-program adat ini, tidak ada langsung daripada pihak EXCO ya, inisiatif-inisiatif dan sebagainya. Jadi saya bukanlah kata lihat rakan kita ini tak berapa sihat, kan, tidak berapa, malang kita di Kuala Pilah, kita dapat Ahli Parlimen kita pun tak berapa sihat, kan, dapat

EXCO pun EXCO yang tidak berapa sihat, kan. Jadi saya rasa kepada Kerajaan Negeri, kita jangan nak membebankan, nak membebankan orang yang tak berapa sihat, kan. Kalau nak tukar pun boleh jugak, kita nak bagi kat Lenggeng pun, ada lagi kan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

….. Lenggeng pun ada.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. saya rasa terlampau, Dato’ Yang Dipertua. Hal sihat sakit itu urusan Allah ta’ala …..

Ya betul.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ingat kita ada keluarga, kita ada sahabat, kalau terjadi kepada tuan, tuan boleh berhenti tak?

Saya, bagi saya, saya, apa yang saya katakan ialah …..

Mohon mencelah Dato’ Yang Dipertua. Kalau pa, mana, Johol kalau dia tak sihat, saya akan mengarahkan dia meletak jawatan.

Haa macam tu, saya akur kepada bos. Jadi sebenarnya apa yang saya lihat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jangan jadikan isu politiklah. …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sakit, tak sihat ni jangan jadikan isu politik. Dulu Johol yang, Johol yang terdahulu pun pernah sakit. Tak ada cakap, pembangkang tak pernah sebut pun …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. selagi menghormati sebagai manusia, kita hormat, tak pernah sebut …..

Yang Amat Berhormat Sikamat, saya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. ketika dia sakit, kita doakan dia sembuh.

Saya tidak, saya tidak ada buat statement …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tolong.

….. yang mengatakan saya tidak menghormati orang yang sakit, saya tidak menghormati orang sakit. Saya memberi pandangan bahawa kalau beliau tidak sihat, kita boleh bagi kepada orang yang lebih sihat kerana …..

Yang Dipertua Dewan

Cukup, duduk.

….. Negeri Sembilan ini negeri yang beradat.

Yang Dipertua Dewan

YB YB.

….. itu penting, kan…..

Yang Dipertua Dewan

YB YB. Kejap. Bertenang. YB ada seminit lagi.

Okay, saya habiskan.

Yang Dipertua Dewan

Habiskan.

Kalau kita bagi, kita boleh bagi, kita masih boleh maintain-kan dia, tapi kita …..

Yang Dipertua Dewan

Tak tak tak, saya kata, teruskan ucapan YB, YB ada seminit lagi …..

Okay, saya nak meneruskan …..

Yang Dipertua Dewan

….. dan sekarang dah, kang habis masa.

….. dengan apa yang saya lihat sepanjang banyak program-program adat di kawasan saya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, program …..

….. tidak mendapat apa …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Mencelah Dato’ Yang Dipertua, boleh? Program adat tahun, 2 tahun Pakatan Harapan, baru ada program adat. Elaun Luak, elaun Dato’ Adat dinaikkan ketika zaman kita, betul tak? Sekarang …..

Saya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. ber, seolah-olah, seolah-olah orang yang hebat mempertahankan adat. Ketika masa memerintah tak ada buat apa pun. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak betulkan kerana ia akan berada dalam hansard. Cuba semak betul-betul, elaun adat, Dato’-Dato’ Lembaga Adat ini telah pun disemak dan dibuat begitu banyak sekali pada masa zaman BN mentadbir, Dato’ Yang Dipertua, semasa sayalah ya. Tak betul kata kita tak buat apa-apa. Kalau dulu Elaun Tok Pawang, Dato’ Dipertua, Tok Pawang, ambil Tok Pawang Johol misalnya, elaun dia 8.00 ringgit setahun. Sebulan ke setahun, tapi …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

….. kita naikkan supaya kita buat benchmark yang paling rendah sekali 200.00 ringgit.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Johol …..

Jadi tak betullah kata bahawa tak buat apa-apa.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat dah lebih dah. Saya ingat saya suruh …..

Sebab Yang Berhormat ambil masa saya, bagi saya satu minit.

Yang Dipertua Dewan

Pasal tu saya tadi saya suruh, suruh you teruskan ni.

Saya, saya nak meneruskan, tetapi …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ada, tak ada, saya …..

Saya terima kasih Yang Berhormat Rantau …..

Yang Dipertua Dewan

….. beri 20 perkataan untuk, 20 perkataan untuk gulung.

Waah. Parah ni kan. Parah ni kan. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Terus, saya kira.

Dato’ Yang Dipertua, kan …..

Yang Dipertua Dewan

Ya, satu.

Ini bukan sekolah tadika Dato’ Speaker, kan.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, saya …..

….. ini Dewan yang mulia, kan, jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Saya dah bagi masa banyak. Tadi saya suruh ringkaskan. Ni lebih ni.

Saya mengharapkan perkara ini diambil serius …..

Yang Dipertua Dewan

Dua.

….. oleh Kerajaan Negeri kan ….

Yang Dipertua Dewan

Tiga.

….. supaya …..

Yang Dipertua Dewan

Empat.

….. kata orang tu, kan …..

Yang Dipertua Dewan

Lima.

….. sistem pentadbiranlah …..

Yang Dipertua Dewan

Enam.

….. saya rasa ini bukan ……

Yang Dipertua Dewan

Tujuh.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Saya masa lebih ni.

Dato’ Yang Dipertua kacau saya.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah lebih, tadi saya suruh cepatkan, gulung terus, gulung terus.

Ini bukan kita sekolah rendah ajar 1+1=2 ni, kan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, pasal masa …..

….. ini politik 2+2=5 ni kan.

Yang Dipertua Dewan

….. tadi start tadi, mula tadi 14:32, sekarang dah 14:53 …..

Jadi Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Lebih daripada orang lain ni.

Dato’ Yang Dipertua, ya banyak lagi sebenarnya yang disebabkan keuzuran ini, macam di Kuala Pilah kan, kita …..

Yang Dipertua Dewan

Alaa ulang baliklah.

Yang Dipertua Dewan

Haa itu yang maleh tu.

….. saya point yang lain, Dato’ yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya suruh gulung …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. kau poi ke Kuala Pilah …..

Point lain.

Yang Dipertua Dewan

….. Kuala Pilah balik.

Yang ni, kalau dulu di bawah Kerajaan Barisan Nasional, Hospital Kuala Pilah, Hospital Kuala Pilah di bawah EXCO-nya, Yang Berhormat Serting dulu mendapatkan CT Scan dan sebagainya, kerana saya pernah menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital. Tetapi sayang, berharap Hospital Kuala Pilah ini jugak diberikan kerana dalam Kerajaan BN yang lama dulu pernah merancang untuk menambah bangunan bagi pusat Hospital Pakar. Jadi saya amat berharap kali ini Kerajaan Negeri, kerana seperti mana saya katakan tadi, pemimpin-pemimpin di Kuala Pilah bukannya semua yang sihat, jadi saya harap Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk meneruskan pembangunan di Kuala Pilah ini. Sekian terima kasih YB.

Yang Dipertua Dewan

Sekian, terima kasih.

Mintak kebenaran.

Yang Dipertua Dewan

Apa, Repah ada apa?

Tak, saya nak mintak penjelasan daripada Johol, tadi berkenaan lampu tu, dia kata disebabkan kawasan saya gelap, saya dapat lampu, dia, dia sebab dia terang tak dapat lampu. Saya mintak penjelasan.

Yelah, kawasan saya yang terang, tak dapat lampu, kan. Kawasan yang gelap, dapat lampu sebab penduduk banyak di kawasan Air Mawang tidak dapat lampu. Itu maksud saya.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Maksud you-lah.

Bukan you kata pasal orang yang gelap …..

….. sebab tu dapat lampu?

Orangnya handsome kan. Sebabnya, sebabnya, orangnya handsome …..

Yang Dipertua Dewan

Okay Johol. Dia, bagus tu, dia nak dapat clarify. Nanti balik kang dia fikir marah geram Johol, payah …..

Sebabnya …..

Yang Dipertua Dewan

You dah bagi clarify kan, you dah bagi clarify kan? Duduk duduk.

Sebab orang Yang Berhormat bising kata di Repah tak ada orang dapat lampu, kita tak dapat lampu kan.

Tak sebut kawasan tadi.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Repah. Johol, terima kasih Johol, ya. Kita pergi kepada yang belum lagi, siapa? Teruskan. Saya ingat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7. Haa saya rasa 7 orang boleh selesaikan ni ya. Kita nak balik dalam pukul 5-lah hari ini. Boleh selesaikan. Besok kita buat penggulungan ya. Kita teruskan, YB Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Rabbi yassir wa la tu’assir ya karim. Assalamualaikum WBT dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi keizinan untuk saya pada petang ini untuk sama-sama, untuk sama-sama kita membincangkan bajet yang telah dibentangkan oleh Sikamat tempoh hari. Saya nak tanya hari ni, Dato’ Dipertua sihat ya?

Yang Dipertua Dewan

Eh, sihat, inshaa Allah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sihat ya. Ubat dah makan? Alhamdulillah, okay lah tu.

Yang Dipertua Dewan

Kita ubat tak makan.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay ubat tak makan ya. Alhamdulillah, sihat Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, pertamanya tahniah kepada Sikamat yang telah berjaya membentangkan belanjawan Negeri Sembilan 2020 dengan bajet yang berimbang. Dengan apa yang dibentangkan oleh Sikamat, ada beberapa perkara yang menarik perhatian sayalah, tentang dalam pamphlet yang telah dibagikan kepada kami.

Pertamanya tentang kenaikan elaun Pengerusi MPKK dan Setiausaha MPKK. Tahniah ya kepada kerajaan kerana telah menaikkan elaun

Setiausaha MPKK dan Pengerusi MPKK. Semoga kenaikan elaun ini menjadikan MPKK lebih cemerlang dan menjalankan tugas dengan lebih efektif. Tapi, saya haraplah MPKK-MPKK yang ada di kampung ya, Pengerusi MPKK-nya, Setiausaha MPKK-nya, jawatankuasa MPKK-nya, membuatlah kerja dengan lebih efektif dengan kenaikan elaun ni. Kita di peringkat, di peringkat DUN kadang-kadang letih menjawab kerenah MPKK ni, ya. Pertamanya asyik dek bergamuk je, ya. Setiausaha begamuk dengan Pengerusi, Pengerusi bergamuk dengan jawatankuasa, ya. Saya pun tak tahu sebablah ya. Ini mungkin, di, di, dialami oleh banyak tempatlah ya. Saya harap MPKK ni jagalah ya, ada separuh yang dah letak jawatan ya, Setiausaha letak jawatan, jawatankuasa letak jawatan. Saya harap MPKK tidak, buatlah kerja dengan apa, dengan lebih efektif.

Kerajaan yang terdahulu telah menyediakan, kalau di kampung-kampung berbagai-bagai kemudahan ya, dengan balai rayanya, dengan dewannya, dengan apa, padang futsalnya ya. Kita harap MPKK-MPKK di kawasan ni jagalah, jagalah kemudahan-kemudahan yang telah dibuat oleh kerajaan terdahulu ya. Kita bagi pinjam kejap tu, jaga ya. Inshaa Allah lepas ni kita ambil balik tempat-tempat tu ya. Jagalah ya. Jangan kita tengok kadang-kadang tempat-tempat dengan keadaan gelanggang futsalnya semak samun ya, dengan keadaan dewan tak terurus ya, keadaan, saya pun tak tahu macam manalah ya, kalau ikut peruntukan kerajaan pun dah bagi bagi MPKK banyak peruntukan ya. Dengar setiap MPKK dapat 10 ribu. Dan ada di antaranya balai raya, letrik pun tak ada, dah setahun setengah dah ni, takkan salah kerajaan dulu lagi. Letrik tak ada balai raya, salah kerajaan dulu tak betullah. Peruntukan dah ada, banyak di antaranya, balai raya letrik pun tak ada, dipotong api, dipotong air. Ya?

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Sebab hutang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sebab hutang? Tak kan lah sampai, cerita hutang sampai satu tahun setengah, Sri Tanjung. Kita dulu pakai pun tak kan sampai berhutang. Kita pakai, tak sampai kita berhutang sampai camtu, ya. Itu je asal, alasan dia, berhutang. Haa, saya, dah satu tahun setengah dah berhutang ni, saya ingat pelik jugak ya. Saya, yang saya agak pelik yang saya rasa, terasa terkilan sikitlah, ya, dengan keadaan bila penduduk kampung …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua, boleh celah sikit? Sebab saya di kawasan Sri Tanjung pun ada beberapa balai raya dan juga

beberapa tempat masih atas nama orang yang dulu, orang BN. Tetapi dia tidak jelas eletric bill dan water bill. Tak kan lah sampai 4,000.00 saya nak ni, bayar. So yang fikir TNB nak sambung balik tak boleh kerana kena bayar 4,000.00 tu. So tak kan nak kamu berak, saya nak cuci. So ni yang kita ada masalah. Masih lagi ada beberapa balai raya atas nama individu.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay, dah habis dah Sri Tanjung? Sri Tanjung dah habis dah? Okay. Tu saya jawab, Dato’ izinkan saya jawab ya, okaylah. Saya nak pinjam apa yang dikatakan oleh Rantau, ya, saya nak pinjam kata-kata Rantau, ya. Pinjam Dato’ ya? Pinjam kata-kata Dato’ ya? Masa nak kita, nak dululah, minat seorang janda, lawa, macam-macam janji manis kepada janda ni ya. Lepas ni kita kahwin saya siapkan tu, siapkan ni. Janda lawa. Tapi bila dah kahwin, cakap dengan janda ni, kita tengok janda tu ada berhutang, oh ini salah suami you dulu. Salah suami you dulu. Haa, kita salahkan suami dia dulu. Jadi you dah memerintah sekarang, selesaikanlah. 4,000.00 pun banyak masalah ke Sri Tanjung? Sri Tanjung-lah, dengan 2 elaun sebagai wakil rakyat dengan Timbalan Speaker 4,000.00 pun ada masalah, satu je. Bukan banyak pun, ya. Tapi yang menjadi persoalan saya sekarang ni, ada di antara MPKK mengenakan bayaran untuk masyarakat di kampung nak menggunakan balai raya. Saya ingat, tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri yang ada sekarang, rupanya apa yang dinyatakan oleh Labu tadi, rupanya atas pengetahuan rupanya. Malang sangat rasanya, ya, di kampung ya, komuniti-komuniti di kampung, persatuan-persatuan kampung nak menggunakan balai raya kena bayar, 60.00 ringgit. Di tempat saya pa, persatuan-persatuan atau komuniti-komunti di kampung nak gunakan bayar, bayar, nak gunakan balai raya kena bayaran 60.00 ringgit. AIM di tempat saya, mesyuarat tiap-tiap minggu, di tiap-tiap minggu, jadi seminggu kena bayar 60.00, sebulan 240.00, setahun berapa? AIM. Jadi, fikirkanlah, takkan kerajaan sekarang, tadi kita dengar bajet, lebihan sampai 800 juta. Nak guna balai raya yang disediakan Kerajaan BN dulu kena bayar. Sekali gunakan 60.00 ringgit, ya, saya terperanjat tadi, rupanya lab, dalam pengetahuan Labu rupanya. Saya ingat Pengerusi MPKK ya mengenakan yuran sebegitu.

Boleh saya mencelah?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Ya ya.

Oleh kerana dah sebut 2 kali Labu ni. Sebenarnya pada saya, memang kita tak boleh tunjuk salah siapa-siapa. Tapi sebagai penerima, sepatutnya sebelum diserah kita dulu, bertanggungjawablah awal sebelum itu. Sekarang tanggungjawab, itu yang saya cakapkan tadi, dalam mesyuarat, ada nama atas nama orang lagi, tanah orang lagi, benda ni dah kita mintak selesaikan secepat mungkin. Kalau lepas tu kita selaikan, kita akan bagilah sebaik mungkinnya. Sebab itu kalau ada katakan ada tak boleh, pada sayalah, jangan ikut yang lama. Kita memerintah, memerintah baru, kita akan buat sebab kita nak pastikan semua balai raya ini berada dalam keadaan terbaik, bukannya kita terima dalam keadaan terburuk, mintak maaf saya cakap. Sebab itu kita nak adakan sedikit maintenance untuk kita pastikan pada masa akan datang, semua yang kita nak tinggalkan, tak kiralah sama ada satu term mungkin 10 term, you tak tahu lagi, sebab kita akan pastikan kita beri terbaik kepada masyarakat. Jika dibandingkan sebelum ini. Sebab itulah, jangan sebabkan 60.00 ringgit kata, saya rasa sebelum saya jadi wakil rakyat pun, saya tak ada peruntukan, kita keluar. Ini adalah wakil rakyat. Tapi rakyat sepatutnya ada di kawasan itu, patut tolonglah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dah jangan lah lama sangat Labu, kita …..

….. kita sebabkan pada masa saya jangan salahkan sesiapa …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. kang masa saya pulak …..

…..jangan salahkan.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. diambil kang.

Jangan salahkan sebab saya dah tengok, saya dah pergi, saya ada kerja, saya pergi, pun di kawasan Rantau pun ada balai raya yang teruk, jangan kata begitu, saya boleh cakap, saya tau …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dah lah tu bagilah saya bercakap. Memang masa saya ada ni …..

Haa ini sebab saya nak tambah sebab 2 kali sebut tadi …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Patutnya Labu ni …..

1 kali saya biar tak apa.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Labu ni patut masa penggulungan bercakap, bukan masa ni …..

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Haa gini.

….. tadi YB Labu ada kata pasal Rantau, tak berapa terang, apa dia?

Ada balai raya yang tak jugak dijaga baik. Itu sebab saya cakap tadilah, semua sekalilah …..

Balai raya mana?

….. salah satu contohnya Rantau. Sebab Rantau, Menteri Besar masa tu.

Balai rayo mano tu YB?

Nanti saya tunjuk, depan Bagan Lalang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Itu yang saya kata …..

Bagan Lalang.

Bagan Lalang? Bagan Lalang tu Selangor, YB.

Tidak, ni apa, Sungai Lalang.

Sungai Lalang pun tak ada di Rantau. Mimpi ke apa?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Itu yang saya katakan tadi, tak apa, bagi apa, saya jawab ya. Bagi saya bercakap.

Yang Dipertua Dewan

Okay teruskan. Saya …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Pasal masa dah habis ni, tambah masa lagi Dato’ Dipertua. Saya masa saya banyak …..

Yang Dipertua Dewan

Ini sebenar dah habis ni.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak masa saya banyak diambil.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, saya bagi 2 minit.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Apa lak 2 minit Dato’ Dipertua, masa saya diambil …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, you guna …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. bagilah saya tambah masa. Okay, banyak perkara saya nak masuk dalam kawasan saya ya. Saya jawab balik Labu. Di kawasan saya tak ada masalah balai raya di kawasan tempat-tempat apa ni, kawasan tanah orang tu tak ada, ya.

Yang Dipertua Dewan

Okay. 5 minit terus gulung ya. 5 minit terus gulung.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Janganlah 5 minit terus gulung. Masa saya baru nak mula tapi orang dah ambil …..

Yang Dipertua Dewan

Tak saya tambah tu.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. macam mana Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tak saya tambah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Janganlah, okay, tempat saya tak ada. Takkanlah kita dulu, kerajaan dulu buat balai raya beratus-ratus ribu, takkanlah pasal bil 2 – 300.00 nak bagi soal. Tak diselesai, ya. Okay, Dato’ Dipertua, tak apa, itu cerita pasal balai raya, tak apalah, pasal MPKK ni tak apalah.

Saya nak masuk pasal kawasan sayalah, ya. Pertama kalau saya nak apalah, tak, saya nak masuk beberapa hal ni pasal berkaitan kawasan saya pertama sekali tentang jambatan Kampung Bemban ya. Hal ini baru-baru ini banjir di kawasan Bemban, ya. Kawasan Bemban tu dah 3 hari, tak dapat dilalui selama 3 hari kerana jambatan, satu-satunya penghubung jambatan itu tenggelam, ya. Saya ingat ada beberapa wakil rakyat daripada kerajaan pun datang tengok ya. Hal ini saya telah bawak dulu di dalam sidang yang pertama, ya. Bahau pun dah jawab, akan buat secepat mungkin, tapi sampai sekarang jambatan ni tak dapat dibuat, ya. Masa baru-baru ni banjir, tenggelam. Orang kampung 3 hari tak boleh keluar. Itu satu-satu jalan, tak boleh tempat lain jalan dah. Saya harap kerajaan sekarang kena tengok jambatan Kampung Bemban ni, di Jerang ya. Dari segi, lepas ni sekarang ni nak banjir lagi ni, ya hujan apa, hujan bulan 12 ni dijangka hujan lagi, jadi takut di Kampung Bemban ni, ya. Kemudian perkara yang kedua, banjir yang kerap berlaku di kawasan saya di Gelang, di Bemban, ya, harap dibuat sesuatulah oleh kerajaan ya untuk kita mengatasi masalah banjir.

Okay perkara yang ketiga Dato’ Yang Dipertua, ialah jalan Simpang Durian ke Simpang Pertang. Di kawasan tu saya rasa kalau banjir, banjir banyak ya. Banjir banyak, dia bukan banjir, kadang-kadang air menurun di kawasan jalan raya, ya menyebabkan jalan-jalan jadi lembut, jalan-jalan menjadi berlopak-lopak. Harap jalan di antara simpang Pertang ke Simpang Durian tolong tuan tengok-tengok, ya.

Perkara seterusnya ya, tumpahan minyak di antara jalan Pasoh 1 – Pasoh 4. Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, kilang Pasoh 1 ni terletak di tepi jalan raya, ya, tepi jalan raya, tepi jalan besar. Apabila lori minyak sawit ni keluar, dia bawak sisa-sisa minyak sawit ke jalan raya, ya. Jadi sisa-sisa tu tumpah di antara jalan di antara Pasoh 1 – Pasoh 4, ya. Apabila berlaku hujan jalan cukup licin, selalu terjadi kemalangan di situ ya. Tindakan daripada pihak kilang apabila selesai, terjadinya kemalangan, diletak habuk, habuk tandan sawit. Tapi benda tu bu, tak boleh menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang ya, dah, dah kemalangan baru buat ya. Kita harap kerajaan dapat tengok ni jalan antara Pasoh 1 – Pasoh 4.

Seterusnya jalan perkampung Orang Asli – Kampung Ulu Lakai. Ini Labu ada datang ke kawasan ni. Labu tahu kawasan ni. Klawang tak tahulah, dia dah masuk belum kawasan ni, Kampung Ulu Lakai ni. Labu dah masuk. Klawang kena masuk, ya. Orang jauh dah sampai ni, ya. Saya tahu Labu dah masuk. Jalan antara, Kampung Ulu Lakai tu sejauh 7 kilometer. Kalau daripada Kampung Lakai ke Ulu Lakai, sejauh 7 kilometer. Kerajaan dulu telah turap jalan ni, selama, sejauh 7 kilometer ni ya. Dalam keadaan sekarang, tapi masalah maintenance sekarang tak ada ya. Jalan tak besar, 6 kaki je. Baru-baru ni, bila berlaku hujan lebat, banjir, ia ban, tanah runtuh. Tanah runtuh menyebabkan orang-orang Asli di Kampung Ulu Lakai ni tak dapat keluar. Kemudian ada di antara juga jalan tu tebing dia dah terlampau sikit sangat, dah nak runtuh dah ya. Saya tak tahulah Labu datang dulu tengok tebing yang runtuh tu ya. Jalan tu nanti tengok, jalan Kampung Ulu Lakai ni.

Kemudian, yang lain-lain, saya ingat tak ada, pasal Tuan Speaker dah tengok, tengok 2 – 3 kalilah ya, jam tu, ya.

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi banyak.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kacau ni payah nak cakap ya. Okay sekali, satu jelah yang harapan saya, ya. Akhir sekali saya mohon kepada Kerajaan Negeri Sembilan terutamanya Sikamat, berlaku adillah kepada semua

sekolah terutama Sekolah Kebangsaan. Jika SJKC dan SJKT dinyatakan jumlah, jelak, dengan jelas peruntukan sebanyak 3 juta seperti yang dinyatakan dalam pamphlet ni, nyatakan juga jumlah peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan ya, bagi jugalah Sekolah Kebangsaan dengan jelas ya. Akhir sekali, saya sudahi dengan serangkap pantunlah ya, serangkap pantun …..

Yang Dipertua Dewan

Saya pun dah lama tak berpantun dengan tuan-tuan ni.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Haa sebelum tu sikit lagi satu apa, Dato’, apa, saya teringat …..

Yang Dipertua Dewan

Dah habis masa dah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Satu yang dibuat oleh Paroi tadilah, Paroi tadi dia cerita tentang apalah, tentang gerai akar kayu di Jelebu. Saya pun lepas ni nak ajak ni Dato’ Dipertua ni minum akar kayu di Jelebu. Ada satu gerai ni akar kayu cukup popular sekarang ni. Klawang dia tahu tu, Klawang pun selalu minum akar kayu kedai tu ya, saya mintak lepas ni, di Jelebu ni banyak produk-produk yang boleh membawak orang luar ya. Kedai akar kayu ni popular tau, orang Kuala Lumpur pun ada, bukan setakat kuat, menyegarkan badan ya. Tapi Dato’ Speaker ni saya bagilah urat kayu yang kuat ya …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti saya terlalu kuat payah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Ya?

Yang Dipertua Dewan

Kalau saya terlalu kuat nanti payah pulak.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak apa, Dato’ Dipertua, no problem ya. Promosikan beberapa produk di Jelebu ni pertama gerai akar kayu, kedua penganan cair. YB apa tau tak penganan cair apa. Penganan cair. Jelebu, datang Jelebu. Tanya, tanya Klawang apa, penganan cair, ya. Sup tulang Jelebu. Saya harap produk-produk pelancongan di Jelebu ni kita dapat popularkan. Saya harap Klawang boleh bawak lepas ni, ya.

Penganan cairnya, yang apa, daripada apa, ni tak pernah rasa penganan cair, tak tahu penganan cair datang Jelebu. Sup apa, sate tulang ya, berasal daripada Jelebu. Mana yang istimewa tu, naik akar kayu tu, saya nak bawak Tuan Yang Dipertua, nanti telefon saya, kita pergi minum akar kayu, ya, akar kayu ya.

Saya sudahi dengan serangkap pantunlah ya.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Pagi-pagi tanam serai, jangan sampai tersepak kucing, 15 ribu di Tanjung Piai, rakyat tak tahan kena kencing. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Saya persilakan, haa Gemas. Keluar? Sudah ya. Mana, haa Chuah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. terlebih dahulu saya ingin nak mengucapkan tahniah kepada semua penjawat awam negeri yang akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak 2,000.00 atau sebulan gaji. Jangan dihitung berapa yang anda terima, ambilnya sebagai tanda kasih dan sayang daripada Kerajaan Pakatan Harapan yang prihatin. Kerajaan ini menghargai usaha kerja dan pengorbanan penjawat awam negeri untuk membantu kerajaan mencapai kutipan hasil negeri dan mendahului sasaran 2019. Kerajaan pri, prihatin ini mengambil berat tentang kebajikan penjawat awam dan mudah-mudahan Bantuan Khas Kewangan ini dapat meringankan perbelanjaan awal tahun untuk mereka yang masih mempunyai anak-anak di sekolah. Peruntukan Bantuan Khas Kewangan ini adalah dari perbelanjawan 2020 dan bukan dari rizab Kerajaan Negeri yang telah pun meningkat daripada 687,7 juta kepada paras yang tertinggi iaitu 898,8 juta ringgit. Tahniah atas usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang ini dan pegawainya.

Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia, kita wajib berjimat cermat dengan perbelanjaan kita dan tidak menjadi boros. Rizab negeri boleh digunakan untuk mendapat lebih banyak faedah dan juga dalam pembangunan negeri secara lestari dan mam, mampan ataupun dengan izin, sustainable activities. Gunakan sumber kewangan ini demi kepentingan rakyat umpamanya membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri dan infrastruktur yang diperlukan

untuk memastikan masa depan yang cerah. Hanya mereka yang tiada hala tuju akan mencadang beri, bagi tunai. Di arena korporat, syarikat dalam senarai Bursa Malaysia akan kembalikan rizab kepada pemegang saham kalau lembaga pengarah mereka tiada ya, keyakinan membuat pelaburan dan hilang hala tuju. Lama kelamaan syarikat tersebut akan diketepikan oleh masyarakat ataupun komuniti pelabur.

Dato’ Yang Dipertua, pembangkang sudah tidak yakin dengan keupayaan penjawat awam negeri dan kerajaan baru ini. Mereka pessimistic. Hasil Bukan Cukai untuk tahun 2020 berjumlah sebanyak 242,69 juta ringgit adalah angka yang realistik. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, saya baru mendapat tahu bahawa pada 25 haribulan November ini, Hasil Bukan Cukai adalah 251,25 juta ringgit dan telah pun melepasi sasaran tahun 2020 iaitu angka Ringgit Malaysia 242,69 juta. Syabas penjawat awam negeri, you make it happen, dengan izin, thank you YB Kewangan dan semua penjawat awam negeri. Masih ragu?

Saya mencadangkan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus untuk menubuhkan sebuah perbadanan negeri seperti housing development board untuk membantu rakyat Negeri Sembilan memiliki sebuah rumah sendiri dengan harga yang berpatutan ataupun dengan izin, affordable housing. Pemaju perumahan swasta kecil dan sederhana bolehlah membayar pampasan kepada kerajaan melalui SPV ini dan SPV ini akan membantu mereka dalam pembinaan rumah mampu milik. Kerajaan Negeri jugak boleh memberikan tanah ber, bersesuaian untuk pembinaan rumah mampu milik dengan harga yang berpatutan.

Dato’ Yang Dipertua, perbadanan tersebut bolehlah ditubuhkan di bawah Enakmen Negeri dan boleh mewakili Kerajaan Negeri dalam kutipan sumbangan daripada syarikat swasta untuk tujuan pembinaan rumah mampu milik. Ini akan membantu dalam perkembangan ekonomi dan jugak memberikan peluang kerja kepada penduduk tempatan.

Dato’ Yang Dipertua, perumahan rakyat amat penting dan ramai rakyat mahupun di bandar atau di desa terikat dengan pinjaman bank selama 30 – 35 tahun. Ini tidak sihat dan menunjukkan sama ada rumah itu terlampau mahal ataupun gaji terlampau rendah. Kalau warga muda tidak dapat memiliki sesebuah rumah sendiri, sudah tentu mereka merasai ketidakpuasan seperti apa yang berlaku di Hong Kong. Sekali lagi, saya merayu kepada pihak kerajaan untuk pertubuhan sebuah perbadanan, HDB, supaya selepas ini kita boleh gunakan tagline, dengan izin, now everyone can own a house in Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, rizab negeri juga boleh digunakan untuk pembinaan infrastruktur seperti meningkatkan lagi kelajuan perkhidmatan jalur lebar dan juga 5G supaya penduduk luar bandar dapat memasarkan hasil keluaran mereka sama ada penternakan atau kraftangan. 20 tahun yang lalu, saya pernah ke Guangzhou dan Fu Jen, mereka ini tiada kad kredit, tiada telefon kediaman, nilai Hong Kong pun lebih mahal dari renminbi. Tetapi pada tahun 2016 saya ke kawasan barat di China iaitu di Xian, wilayah barat China, di Universiti Chang’an. Saya ke kantin dan tidak dapat membeli apa pun dengan wang tunai. Semua transaksi adalah cashless. Nasib baik ada seorang penuntut, penuntut yang belanja saya minum. Kalau tidak hauslah. PRC yang menciptakan iaitu People's Republic of China, yang menciptakan wang kertas sudah pun ke arah cashless, dengan izin, with your handphone you can travel now. Telefon bimbit ini mempunyai ciri-ciri pembayaran, alat telekomunikasi dan banyak lagi aplikasi. Jangan amalkan cash is king, itu sejarah. Jangan bagi makan sahaja, bagi pengetahuan untuk mencari makan, dengan izin, don’t just give kitten a fish, teach them how to fish.

Dato’ Yang Dipertua, untuk meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar, saya mohon agar Kerajaan Negeri memberikan insentif untuk penternak haiwan, petani mahupun nelayan untuk mempelajari komputer supaya mereka dapat mengatasi impak IR (Industrial Revolution) 4.0 yang mengakibatkan automation. Di Jepun, mereka sudah memulakan kilang pertanian yang menghasilkan lebih banyak sayur-sayuran di tapak yang kecil, penternakan jugak di kilang dan bukan di ladang lagi. Hanya dengan produktiviti, pendapatan dapat meningkat, peladang mahupun petani boleh jadi kaya.

Dato’ Yang Dipertua, di DUN Chuah masalah kutipan sampah masih belum diselesaikan. Mohon agar Kerajaan Negeri bantu dengan mewartakan semua kawasan Kampung Baru dan kampung tradisi di bawah penjagaan Majlis Perbandaran Port Dickson dengan bayaran minima. Pengurusan Majlis Perbandaran saja yang dapat menyelesaikan masalah ini.

Saya juga nak sentuh dalam titik fokus belanja, belanjawan mengurus. Peruntukan tahfiz, SJKC dan SKJT berjumlah 3 juta ringgit dalam perbelanjaan 2020. Mohon jumlah ini dinaikkan, kalau boleh ke 5 juta. Menurut Yang Amat Berhormat Menteri Besar, peruntukan sebanyak 600 ribu ringgit telah disalurkan kepada SJKC dan SKJT pada tahun 2019. Chuah anggap jumlah ini tidak mencukupi dan Chuah menerima banyak permohonan untuk dana dan kena tolak permohonan mereka. Mohon agar peruntukan penyelenggaraan ke SKJC, SKJT dinaikkan sebab mereka masih mengadakan bermacam-macam majlis untuk

kutipan dana supaya mereka dapat memberikan suasana yang selera untuk guru-guru dan murid-murid dan membantu murid-murid ke arah kecemerlangan.

Yang nombor 2, saya jugak mohon dipertimbangkan peruntukan untuk ERAT@Negeri Sembilan yang berjumlah 0,5 juta ringgit. Di Negeri Sembilan kita ada 36 DUN, bermakna setiap DUN hanya memperolehi 13,9 ribu ringgit. Tugas ataupun objektif EXCO perpaduan adalah untuk menyatukan semua komuniti, kalau boleh dalam satu majlis yang besar pergaulan ini penting untuk memupuk semangat muhibah. Jadi, saya juga bercadang peruntukan ini dinaikkan hingga 1 juta supaya program ini memberikan lebih kesan.

Mengenai jawapan ataupun tuduhan yang disebutkan oleh YB Juasseh kononnya hasil negeri telah pun meningkat sejak tahun 2016. Berikut dinyatakan rekod kutipan hasil Negeri Sembilan sejak 2013 iaitu, hingga 2018, iaitu pada tahun 2013 Ringgit Malaysia 354,78 juta, 2014 (373,09 juta), 2015 (383,98), 2016 (380,55 juta), di tahun 2017 (413,46 juta) dan 2018 (421,24 juta ringgit). Dakwan, dakwaan hasil Negeri Sembilan melebihi 400 juta ringgit sejak 2016 adalah tidak benar. Kenaikan hasil pada tahun 2017 pula sebenarnya berpunca dari Kerajaan Persekutuan sebanyak 10 juta ringgit sebagai persediaan PRU-14. Sewaktu Kerajaan BN memerintah, prestasi kerajaan dianggap pencapaian BN. Selepas Pakatan Harapan memerintah, semua perjanjian dan usaha wajib disambung dan dihormati sama ada menguntungkan atau tidak. Yang melaksanakan semua pembangunan di negeri adalah penjawat awam negeri. Kerajaan Negeri hanya memberi hala tuju dengan izin, direction, pemantauan (monitoring) dan penilaian (evaluation). Usahasama antara Yang Amat Berhormat dan penjawat awam adalah amat penting.

Untuk YB Palong, yang sebutkan bajet 2020 sebagai bajet propaganda. Sudah bercanggah dengan ucapan Ketua Pembangkang pada hari pertama. Palong tidak menghargai keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan yang menjaga kebajikan penduduk DUN Palong malah hina belanjawan yang dibentangkan sebagai belanjawan propaganda. Saya cadangkan Yang Amat Berhormat Sikamat supaya peruntukan dari Palong ini diberhentikan, jangan dilayan. Bajet 100 ribu ringgit untuk Palong pun perlu ditarik balik. Beranilah Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Saya jugak difahamkan terdapat 2 syarikat di bawah pemilik dan pengurusan yang sama telah men, mendatangi perjanjian pajakan tanah milik MBI iaitu Sumber Jelajah Sdn. Bhd. pada 16 haribulan April 2014 dan Ganjaran Kurnia Sdn. Bhd. pada 10 haribulan Mac 2011.

Maka saya ingin mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri Sembilan tentang perjanjian tersebut iaitu keluasan kawasan pajakan tanah yang terlibat kepada kedua-dua syarikat ini yang bertempat di Gemas, kadar pembayaran sewa untuk pajakan tanah tersebut yang telah dipersetujui oleh MBI dengan kedua-dua syarikat ini. Adakah terdapat sebarangan pulangan diberikan kepada MBI oleh kedua-dua syarikat ini. Saya harap, mendapat penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah menyokong usul anggaran pembangunan Negeri Sembilan tahun 2020. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, kita ada 5 lagi pembahas. Dan saya harap kita dapat selesaikan 5 pembahas hari ini, petang ni jugak, dan tolong patuhi masa dan beri fakta-fakta penting, jangan, jangan cabar kawan-kawan ya. Silakan, dipersilakan.

Dato’ Speaker, boleh saya bertanya Dato’ Speaker? Kadang-kadang apa yang dah, sedang dikatakan itu tidak tepat Dato’ Speaker. Macam tadi, Chuah kata kan, berkenaan apa yang diperkatakan oleh Juasseh. Juasseh tak mengatakan fokus intipati nak disampaikan tu tentang tahun. Juasseh nak, apa yang nak diperkatakan oleh Juasseh adalah peningkatan pendapatan kerajaan tahun demi tahun sejak dulu …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

….. yang nak disimpulkan oleh …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

….. kadang-kadang berilah peluang untuk kita membetulkan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa. Kang betulkan. Chembong belum cakap lagi kan. Belum cakap lagi kan?

45 minit Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Kang muntah kang.

Cakap tadi tak tepat Dato’ Speaker, ya.

Yang Dipertua Dewan

Okay, Chembong nak cakap sekarang ke?

Saya, bagi ruang kat saya dulu, kang saya bagi lebih masa ke Chembong. Saya sikit saja.

Yang Dipertua Dewan

Kau nak ambil jawatan Speaker lak ya.

Masa tu saya bagikan kat Chembong. Dengan keizinan Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Cakap 10 minit je.

5 minit pun boleh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahhirahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Alhamdulillah pada petang ini saya dapat mengambil ruang untuk dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2020. Hanya 3 perkara saja yang ingin saya sentuh.

Yang pertama mengenai pembangunan pertanian P51 berjumlah 8.41 juta. Pertanian merupakan sumber ekonomi ataupun hasil kebanyakan orang-orang yang berada di luar ban, bandar. Dan hari ini saya lihat ramai di kalangan orang muda sudah mula, sudah mula melibatkan diri dalam sektor pertanian. Cuma masalahnya yang timbul adalah dari segi pemasaran produk-proudk pertanian. Saya mengharapkan pihak-pihak FAMA termasuklah EXCO pertanian dapat membantu, membantu orang kampung bagi memasarkan produk-produk pertanian mereka. Dan sebagai contoh, ada seorang anak muda yang menanam yang menanam terung, menanam terung tetapi bila dijual melalui orang tengah ataupun direct ke kedai, hanya dapat dalam harga 1.50. Tetapi sedangkan apabila kita sendiri beli kat kedai, sehingga 4.00 ringgit ke

5.00 ringgit. Ini antara contohlah. Kita harapkan pihak Jabatan Pertanian ataupun FAMA dapat menghapuskan monopoli orang tengah ini.

Dan saya amat tertarik siswazah tani yang diwujudkan untuk tahun 2020 dan banyak tanah-tanah terbiar yang sebenarnya kita dah ada senarai tanah-tanah terbiar atapun tanah-tanah adat untuk diusahakan oleh siswazah-siswazah tani ini. Cuma yang agak sukar untuk jalan penyelesaian bagi kita nak mendapatkan ataupun memajak tanah-tanah tersebut kerana mungkin dari segi tanah adatnya, dan mungkin dari segi macam kata Linggi tadi, banyak, tanah itu banyak nama. Sukarlah untuk kita untuk memajak tanah-tanah tersebut, untuk memerlu, dapatkan kelulusan daripada semua penama-penama dalam tanah-tanah ini. Ini perlu cari jalan penyelesaikan bagaimana kita nak memudahkan tanah-tanah terbiar ini untuk diusahakan. Itu dari segi pertanian ya.

Dan dari segi perumahan, P60. Projek perumahan mampu milik. Saya banyak dalam sidang-sidang sebelum ini, banyak perkara ini telah dibawa dalam soalan lisan, dan jugak perbahasan mengenai rumah mampu milik ya, yang baru. Kebanyakan yang ada hari ini adalah rumah-rumah yang dibuat oleh pihak swasta daripada, daripada akta ataupun daripada rumah, rumah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu, itu Dasar Perumahan Negeri iaitu 20% projek perumahan mestilah mem, mempunyai rumah mampu milik. Dan berdasarkan kepada rumah mampu milik ini, ada 2, ada 2 kawasan di Gemencheh telah diluluskan sebenarnya untuk Dasar Perluasan Kampung, Dasar Perluasan Kampung iaitu di Kampung Tenai dan jugak di Kampung Punggur. So kedua-duanya tanah dah tersedia, cuma kerajaan mungkin kerajaan memerlukan dana dari segi infrastruktur ataupun pembersihan tapak. Mungkin tanah-tanah ini dibagi 6,000.00 ataupun 8,000.00 sekaki untuk setiap lot. Makna kerajaan tidak mengeluarkan perbelanjaan yang banyak, hanya untuk menya, menyiapkan infrastruktur sahaja, daripada kita nak membina sebuah rumah. Dan ini boleh diserahkan kepada pihak SPNB untuk melakukan kerja-keja pembinaan rumah tersebut. Dan bagi projek perumahan Idaman yang dilakukan oleh SPNB, di Gemencheh jugak ada satu kawasan di Kampung Sungai Dua telah diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Negeri, tapaknya di Kampung Sungai Dua, tetapi sehingga hari ini masih lagi projek tersebut masih belum berjalan. Diharapkan Kerajaan Negeri dapat membantu untuk mempercepatkan projek perumahan Idaman ini ya. Dan jugak projek perluasan kampung tadi.

Dan seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya pergi kepada belia dan sukan. Bukanlah kita tak berminat untuk bertanya belia dan sukan

sebab ada soalan-soalan yang telah ditolak dan hari ini saya kemukakan dalam perbahasan saya. Yang pertamanya mengenai belia dan sukan ini, apakah kelangsungan ADUN Belia. Dulu kita ada DUN Belia, setiap DUN-DUN kita ada DUN Belia yang telah dipilih oleh belia-belia sendiri. Tapi hari ini, tiada lagi Dewan Undangan Belia di kawasan-kawasan semua DUN ya.

Dan juga saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Parlimen Belia yang telah dipilih oleh belia-belia seramai 5 orang, bukanlah yang dipilih melalui politik tetapi dipilih oleh belia itu sendiri ya, seramai 5 orang, dan seorang dilantik, dilantik oleh pegawai EXCO sendirilah, saya rasa itu adalah lantikan politik sebab yang dilantik itu adalah Pegawai Khas beliau ya. Dan sehingga hari ini, saya difahamkan Ahli Parlimen Belia ini masih belum ada apa-apa peruntukan, masih belum ada apa-apa bantuan, masih belum ada elaun ataupun sebagainya, ya. Mungkin ini perkara yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, tetapi bagi saya, Kerajaan Negeri harus jugak memandang penting Parlimen Belia ini ya.

Dan dari segi sukan untuk Negeri Sembilan iaitu SUKMA. Saya difahamkan 3 juta telah diperuntukkan oleh SUKMA Negeri Sembilan, kontinjen Negeri Sembilan untuk menghadapi SUKMA di Johor pada bulan Julai tahun depan. Dan kalau dulu, kali terakhir, saya bersama-sama dengan kontinjen SUKMA di Sarawak, di Sarawak kita dapat 20 emas ketika itu. Tapi pada tahun 2018, di Perak, kita hanya dapat emas, 13 emas. So, hari ini saya mengharapkan ya, mengharapkan kontinjen kita lebih berupaya untuk mem, memungut pingat-pingat emas ya, pada temasya pada bulan Julai nanti di Johor. Dan saya pasti, saya yakin bahawa Kerajaan Negeri harus mainkan peranan yang cukup penting bagi memastikan kontinjen Negeri Sembilan ni tak nombor coghotlah apa, yang di, Yang Dipertua ya. Kalau dulu dapat nombor 8, pada tahun 2018 jatuh kepada nombor 12. So mungkin kali ni sasaran kita lebih tinggi pada apa yang berlaku pada tahun 2018 ya.

Dan saya ada sedikit permintaan daripada kawasan saya, iaitu pengembangan pembangunan kriket. Gemencheh ini adalah satu-satu, salah satu tempat hab kriket di Negeri Sembilan. Di Gemencheh telah melahirkan pemain-pemain kriket di peringkat nasional, di peringkat, mewakili negeri dan jugak peringkat kebangsaan ya. Dan baru-baru ini Persatuan Kriket Malaysia (Malaysian Cricket Association) telah bersetuju untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan dijadikan Akademi Kriket di kawasan Negeri Sembilan. Namun demikian, dari segi pembangunannya masih belum dapat dijalankan kerana mungkin kekangan kewangan dan sebagainya. Untuk tahun 2020 disebabkan lebihan, lebihan kewangan kita yang besar, maka

sebab itulah saya mengharapkan prasarana ataupun Akademik Kriket di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan ni dapat diteruskan. Untuk permulaannyalah saya rasa, cuma kita mengharapkan peruntukan dalam 100 ribu untuk membangunan kawasan. Tanah dah ada, Yang Berhormat Paroi ya, tanah dia 5 ekar, cuma kita mengeluarkan perbelanjaan dari segi pembersihan, pembersihan kawasan dari segi infrastruktur dan lain-lain. Malaysian Cricket Association pun bersetuju untuk, untuk membantu ya, Sekolah Menengah Bukit Rokan ni menjadi, menjadikan sekolah ini sebagai Akademi Kriket. Kalau dulu sebenarnya Sekolah Menengah Bukit Rokan ni telah diluluskan untuk Sekolah Magnet, Sekolah Magnet khusus untuk tahfiz dan jugak pengembangan kriket. Tapi walau bagaimanapun, sehingga sekarang belum lagi dilaksanakan. Tak seperti di Pasoh 2 ya, Pasoh 2 adalah satu-satunya sekolah yang telah berjalan dengan baik sekarang, dan hasilnya yang kita telah nampak. Saya harapkan, kalau tak ada pun Sekolah Magnet ini, akademik kriket ini dapat diteruskan kerana bagi saya Negeri Sembilan akan, akan melonjak naik ya, dari segi kriket. Walaupon tompek eh Gemencheh, Dato’ Speaker, tetapi orang eh pun handa-handa ya, sebab dia boleh main kriket. Bukan orang bandar saja yang boleh main kriket, tapi orang luar bandar seperti Gemencheh boleh main kriket. Saya mengharapkan ia dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

Lain-lain tak ada Dato’ Seri, saya ucapkan terima kasih Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih …..

….. Dato’ Speaker, Dato’ Seri pulak.

Yang Dipertua Dewan

….. terima kasih panggil saya Dato’ Seri.

Tak lama lagi tu. Tak lamo lagi. Terima kasih Dato’ Speaker memberi ruang yang, memberi ruang yang sepenuhnya kepada saya, tak ada, tak ada celahan daripada mana-mana pihak. Saya mengharapkan kita dapat bersidang dengan baik ya, saya doakan Dato’ Speaker diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja Dato’ Speaker kerana Dato’ Speaker telah melaksanakan tugas dengan amat cemerlang sekali pada penggal ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Teima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya tengok dia betul-betul ikut masa. Dia mintak saya 10 minit kan, sekarang ni, tadi dia start 3:30, dia berhenti 3:40. Terima kasih menepati masa. Alhamdulillah. Senaling ya, nak ambil bahagian, silakan. Saya, Dato’ Adnan Abu Hassan ni saya ingat pencipta lagu dulu ….

Dulu tak laku.

Yang Dipertua Dewan

Ha?

Dulu tak laku, saya jadi, bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker di atas kesudian untuk memberikan keizinan kepada saya untuk bersama membahaskan, bersama rakan-rakan membahaskan rang undang-undang bajet 2020. Dan saya mengambil kesempatan ini pertama sekali untuk menyatakan bahawa bajet, pembentangan bajet 2020 ini yang ber-tagline Melestari Ekonomi, Mensejahtera Rakyat ini dibentang dalam keadaan dan, dan persekitaran ekonomi yang sedang merudum. Bajet ini, cadangan bajet ini, lontaran bajet ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker tidak dapat lari daripada pembangunan, daripada hakikat bahawa pembangunan negeri ini berkait rapat dengan bantuan daripada pihak Pusat. Dan oleh itu ekonomi negara akan banyak, ekonomi negeri ini akan banyak dicorak persekitarannya daripada aspek pembangunan terutamanya dan infrastruktur, daripada bajet ataupun kedudukan ekonomi negara kita. Dan oleh kerana itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, kita tidak boleh meninggalkan dalam perbincangan ini, dalam perbahasan ini contribution ataupun sumbangan Federal dalam ekonomi negeri di Negeri Sembilan.

Sebenarnya, Dato’ Speaker, banyak indikator sebenarnya dari segi ekonomi yang telah memberikan petunjuk-petunjuk negatif. Jika sebelum PRU 14, digambarkan bahawa BN turun, nilai Ringgit akan naik. Itu yang kita dengar, saya pun dengar. Tapi hakikatnya ini tidak berlaku. Jika sebelum PRU 14, 1 US Dolar, Yang Berhormat Dato’ Speaker, bersamaan dengan 3.85 duit kita, duit Malaysia, Ringgit Malaysia. Tetapi pagi ini, kalau kita boleh lihat tuan-tuan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, 1 US Dolar bersamaan dengan 4.17 ringgit. Ini merupakan satu gambaran sebenarnya yang amat negatif kepada ekonomi negara kita. bulan lepas, Yang Berhormat Dato’, tentang nilai Ringgit ini, nilai Ringgit di negara kita jatuh. Yen jatuh 6.5%. Hong

Kong Dolar jatuh 6%. Riyal jatuh 5.6%, terlibat kalau siapa nak pergi haji dan umrah dan sebagainya. Sing Dolar, Singapore Dolar jatuh 100%. Berbanding Baht, kita jatuh 10%. Dan Cambodian Riel, kita jatuh 5%, Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Saya ingin nyatakan petunjuk-petunjuk ini supaya saya akan dapat kesimpulan nanti. Di hujungnya untuk kaitan ekonomi di Negeri Sembilan. Petunjuk KLSE. Bloomberg dengan jelas menyatakan KLSE, bursa saham kita, worst major stock market in the world, dengan izin Dato’ Speaker. Jatuh lebih kurang 300 mata. 300 mata ini bersamaan dengan lebih kurang 400 bilion kejatuhan, kehilangan dalam pasaran modal negara kita. Matawang turun, sebenarnya Dato’ Speaker, ada kesan positif dan negatifnya. Eksport kita sebenarnya akan lebih berdaya saing apabila harga barang kita lebih murah secara berbandingnya dengan negara lain. Tetapi ini tidak berlaku. Eksport negara kita menguncup 0.4%. Janganlah cerita pelaburan swasta. Kita amat berharap di Negeri Sembilan ini banyak sebenarnya, kita punya kerjasama dengan MVV, dengan Sime Darby sebenarnya. Contribution ataupun sumbangan daripada swasta ini amat besar tetapi setakat separuh pertama tahun 2019 ini, sumbangan swasta, ini yang terkini, turun sebanyak 1.9% Dato’ Speaker. Jadi, kadar pertumbuhan pinjaman sistem perbankan pun jatuh. Jatuh ke 3.8% pada September 2019 baru-baru ini. Paling rendah dalam sejarah 10 tahun sebelum ini. Begitu juga dengan sektor peruncitan, perkhidmatan, makanan dan sebagainya. Consumer Sentiment Index kita jatuh 84 mata. Dato’ Yang Dipertua, ini adalah petunjuk ataupun indikator ekonomi tetapi sebagai orang politik, petunjuk politik memang amat penting kepada kita. petunjuk-petunjuk politik Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, daripada segala permasalahan ekonomi ini dijawab oleh rakyat sepertimana kita tahu dalam PRK Cameron Highland, Semenyih, Rantau, dan terbaru ini di Tanjung Piai. Ini, petunjuk ini dengan izin, speak for themselves terhadap apa permasalahan, apakah lontaran, apakah response rakyat kita kepada kesan-kesan daripada ekonomi kita yang sedia ada sekarang ini.

Dato’ Speaker, dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada hari Jumaat lepas, saya melihat inflasi kita turun daripada 4.2% kepada 1.2%. Alhamdulillah. Alhamdulillah, dan saya rasa ini merupakan satu angka yang kita perolehi dari Jabatan Perangkaan. Kita hormat angka ini kerana angka ini merupakan suatu yang telah, kajian yang telah dibuat oleh Jabatan Perangkaan, oleh kerajaan sendiri. Tetapi seharusnya kita tanya bahawa inflasi ini korelasi dia apa. Korelasi dia mestilah berkait rapat dengan kuasa beli rakyat. Mungkin penurunan 1.2% ini berkait rapat dengan GST sifar itu hari. Tetapi kesan kuasa beli masyarakat, kuasa beli rakyat tidak

diterjemahkan dengan penurunan ini. Inilah sebenarnya Dato’ Speaker, ujian sebenar sama ada rakyat sejahtera atau tidak dengan kadar inflasi ini.

Saya nak menyentuh serba sedikit ini tentang harga ambang perumahan. Saya dalam posting beberapa bulan yang lepas, saya ingat Yang Berhormat Bahau telah membuat suatu press conference di mana beliau telah menyatakan harga ambang perumahan di Negeri Sembilan akan ditetapkan pada kadar 600 ribu. Sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, harga ini dibantah oleh persatuan pembeli perumahan, bukan persatuan-persatuan pemaju perumahan, pembeli perumahan. Kerana ia di dalam keadaan konteks kita sekarang, dalam keadaan nilai wang mata Ringgit yang saya sebutkan sebentar tadi, 600 ribu ringgit berapa sangatlah kepada orang Singapore. Ini sebenarnya. 600 ringgit, sebenarnya nilai 600 ringgit ni berapa sangatlah kepada rakyat Singapore. Dan kita tidak terkejut. Dan saya harap ADUN Bahau, yang baru masuk ini, dapat melihat secara terperinci atau mengkaji semula harga ambang ini, kerana bagi saya, yang kita ingin pertahankan ini, yang kita ingin perjuangkan ini ialah nasib rakyat di Negeri Sembilan untuk memiliki rumah mampu milik dan bukan rumah mampu tengok. Jadi ini sepatutnya menjadi suatu dasar kerajaan kita, supaya kita lihat semula supaya di dalam apa jua permohonan yang melibatkan keputusan ataupun memutuskan harga ambang perumahan ini diteliti betul-betul akan kemampuan pembeli ini. Kita tidak mahu Dato’ Yang Dipertua, hujah saya ini bersandarkan kepada apa, bersandarkan kepada satu laporan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Malaysia, iaitu sebanyak 32,810 kediaman siap bina yang belum terjual. Begitu juga dengan kondominium dan pangsapuri yang berjumlah 8.3 bilion lagi yang belum ada lagi pembelinya. Jadi sebenarnya dasar kita ini, dasar apa, dasar kita nak membantu rakyat kita ke atau kita nak membantu pemaju perumahan. Kita sama-sama sebenarnya dalam konteks kita nak menambah pelaburan, nak menambah ekonomi negeri ini, kita tidak dapat lari sumbangan swasta. Tetapi dalam pada masa yang sama itu kita harus lihat bahawa sumbangan ini janganlah to the extend, dengan izin, kita meletakkan rakyat kita dalam keadaan sukar untuk memiliki hartanah di negeri kita sendiri.

Dato’ Yang Dipertua, saya dalam soalan yang awal dulu, soalan lisan saya, saya ada tanya, saya ada bercakap, hujah tentang peruntukan khas kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Saya dengar pandangan Temiang, Temiang dah keluar, bahawa Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat banyak bantu P50, P56, saya tidak nafikan. Sebab itulah soalan saya, saya bacakan balik soalan, ialah berdasarkan tidak adakah peruntukan khas kepada Sekolah

Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dan baru-baru ni tadi Chuah, pun dah tak ada jugak, Chuah mohon ditambah sehingga 5 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, sekarang ni saya bercakap terus teranglah, sebenarnya kalau peruntukan yang sama ini, 5 juta, dibagikan kepada beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang ada dalam negeri kita ni berbanding dengan Sekolah Kebangsaan, di mana majoriti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan majoriti dia pelajar Melayu. Saya tidak bercakap pasal racist di sini, saya bercakap pasal fakta. Is it racist? Begitu juga dengan guru-guru yang ada di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Majoriti orang Melayu. Begitu juga dengan kakitangan sokongan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan ini, majoriti orang Melayu. Jadi sekarang ini bila saya bercakap begini, jangan dianggap suatu percakapan saya ini percakapan yang ada niat untuk berdasarkan perkauman, tidak. Saya bercakap tentang figure, tentang keadilan sosial, tentang majoriti kaum di negara kita …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Mintak laluan.

….. kalau peruntukan sama tadi, peruntukan khas, saya ulang sekali lagi, peruntukan khas boleh dinyatakan, boleh disebut, boleh, di, di, ditulis di dalam belanjawan, bajet 2020, kenapa tidak boleh …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Speaker.

….. peruntukan khas yang sama ini dibagi kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Mintak laluan, Speaker …..

Tak tidak benarkan laluan kerana masa saya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Kena ada fakta yang betul-betul tu …..

….. terlalu apa …..

Mintak celah sikit je, Dato’ Dipertua …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, yang saya terima ni di dalam pertanyaan dan jawapan bertulis, yang di sidang lepas. Dia ini ada menjawab ni, sampai bulan, 31 July, dengan izin dia, ini jumlah 18 juta untuk sekolah peruntukan penyelenggaraan, 18 juta. Saya semalam pergi kira sekejap, yang Sekolah Kebangsaan dia dapat 9 juta, percentage dia 51. Sekolah Cina, hanya 3 juta, 3.8 juta, dan sekolah Tamil 5 juta. Erti cakap sekolah Cina yang paling rendah, tak sampai 21%. Yang Sekolah Kebangsaan dia dapat peruntukan yang paling tinggi 51%. Erti peruntukan penyelenggaraan tahun 2018, haa no 2019 yang sampai 31 Julai sahaja. Ini yang, jawapan di Dewan mulia ini.

So ini angka yang betul, tapi yang peruntukan khas ini oleh kerana kekurangan, so kerajaan yang berjasa rakyat ni, berjasa baik pendidikan untuk semua anak negeri ini, dia mengadakan peruntukan dana khas, dana khas yang untuk membantu yang dapat kekurangan …..

Speaker.

Mohon mencelah, Senaling.

Macam EXCO beri jawapanlah. Bagi EXCO jawab nanti.

Yang Berhormat Dato’ Speaker …..

Senaling mohon mencelah.

….. saya tidak nafikan apa yang telah …..

Mohon mencelah.

….. dinyatakan, dilontarkan oleh Lobak sebentar tadi.

Dato’ Speaker, saya mohon mencelah. Mohon izin …..

Saya benarkan.

Dato’ Speaker, setuju tak kalau saya tanyakan kepada Senaling, bahawa sepatutnya kriteria yang diambil kira oleh kerajaan sebelum atau semasa memberikan peruntukan khas ini, adalah melihat kepada kategori pelajar bawah kategori B40 dalam sekolah tersebut ya. Jadi, kalau sekolah tu ramai B40, maka peruntukan lebih patut diberi pada sekolah tersebut. Jadi bukan secara, secara apa, secara umum saja, tapi dilihat bilangan penduduk, bilangan pelajar yang bawah di kategori B40 di setiap sekolah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Speaker, mintak laluan.

Saya tidak benarkan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan. Saya mintak laluan. Yang, saya, yang tambahan tu, yang dana khas tu, 51% untuk tahfiz …..

Saya tidak benarkan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. golongan Melayu …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah. Saya saya, duduk, duduk Lobak. Jadi, giliran Senaling ni, Senaling berdiri kejap. Saya faham apa yang permintaan semua, Senaling pun dah bagi Lobak bercakap tadi. Lobak menjelaskan pasal peratus sebab Senaling bercakap pasal peratus, peratus peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan biasa 51%, sekolah Cina tadi 30%, India? 27. Jadi maknanya dia betulkan fakta, bukan dia nak, nak kritik apa-apa. Jadi …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. jadi teruskan.

Dato’ Dipertua, sikit, mencelah Dato’ Dipertua. Kita tak boleh pakai sangat peratusan.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Kerana peratusan itu mengambaran suatu yang tak tepat. Kalau dia dapat 51%, tapi jumlah dia banyak. Dia dapat 20%, jumlah dia kecil, maknanya pendapatan setiap satu itu, boleh jadi peratusan yang kecil itu dapat lebih, ya. Betul dia dapat …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Kami sokong.

….. 51% …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Kami sokong tu, tak masalah.

….. tetapi jumlah dia besar. Kalau dibahagikan 51%, katakan 50% itu, 100 juta. 100 juta tapi dia ada 200 biji sekolah. Dia dapat 50 juta, tapi dia ada cuma 50 buah sekolah. Jadi, tak, jangan kita gunakan peratusan sebagai untuk kita me, meyakinkan sesuatu yang tidak benar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay tak apa, yang ni saya mintak EXCO pendidikan besok akan beri penjelasan lebih. Silakan Senaling.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya teruskan dengan hujah saya, perbahasan saya. Saya nak nyatakan di sini, saya ucapkan terima kasih juga, ada peruntukan khas juga yang dibagi bajet 2019 dan bajet yang kita bahaskan sekarang ini kepada sekolah tahfiz. Tapi orang Melayu beragama Islam tidak semua hantar anak mereka di sekolah tahfiz. Tidak boleh di, kita buat suatu

conclusion bahawa jumlah bantuan kepada sekolah tahfiz itu merupakan satu gambaran yang dibantu kepada Sekolah Kebangsaan yang lain. Saya nak nyatakan di sini, jumlah Sekolah Kebangsaan, ini fakta, sebanyak 207 bilangan dia, Sekolah Kebangsaan di Negeri Sembilan. Sekolah Menengah 125 buah. Sekolah Jenis Kebangsan Cina – 82. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – 61.

Oleh kerana itulah saya merayu dalam hujah saya sebelum ini, dalam soalan Dewan saya sebelum ini, supaya dibagikan sumbangan khas ataupun bantuan khas yang sama ini kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dan ianya tidak berkait langsung dengan perkauman, dengan, dan dengan bangsa dan sebagainya. Tetapi inilah satu perkara yang saya harap Kerajaan Negeri dapat pertimbangkan agar bantuan khas seumpama ini, on top, dengan izin, P50, P56 bantuan daripada Pejabat Menteri Besar dan ADUN-ADUN dibagi kepada sekolah-sekolah kebangsaan ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin juga membawa isu ataupun permasalahan tentang pelantikan politik di dalam GLC Negeri Sembilan. Saya nak bacakan ini, manifesto, saya tak tahu sama ada manifesto ini suatu janji ataupun sebaliknya, ataupun hanya kitab tua saja. Dalam manifesto PH dalam PRU 14, Kerajaan Pakatan Harapan, saya bacakan semula ni, ini saya dapat manifesto ini daripada manifesto mereka sendiri, akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah di kalangan golongan profesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka. Saya nak nyatakan baru-baru ini, tak silap saya bulan lepas, Kerajaan Negeri telah memberikan ataupun menawarkan pelantikan di Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan, saya tidak mempertikaikan akan kelulusan akademik lantikan ini ya, tetapi saya lihat lantikan-lantikan itu berdasarkan bersumberkan lantikan politik, siap parti politik. Begitu juga nama-nama telah dihantar ke Negeri Roadstone Sdn. Bhd. Saya lihat ada nama Bendahari DAP, ya, dalam Negeri Roadstone, yang terbaru ni, pada bulan 10 pelantikan ini, mungkin benda ni belum ini didaftarkan oleh syarikat. Jadi isunya bukan isu tentang kelayakan akademik mereka, isunya tentang apa manifesto janji yang saya telah baca ini yang, yelah, action speak louder than words, dengan izin. Kita telah berjanji, telah memberikan satu tawaran, deal kepada rakyat dulu, PRU 14, bahawa tidak ada lantikan GLC ini di peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Saya tahulah di peringkat federal ni banyak dah benda ni dah janji ni dilanggar, di peringkat negeri ini, sama jugak. Dan sa, kita bercakap tentang integriti, kita bercakap tentang, tentang transperansi saya dengar itu, semasa pembentangan belanjawan. Bersih, muafakat, sejahtera. Inilah perkara-perkara yang tuan-tuan puan-puan, Yang

Berhormat Dato’ Speaker, yang saya lihat sama ada kita punya gambaran bajet ini boleh kita rangkumkan, kita bungkus dengan cantik, tapi hakikatnya, tidak. Kita bercakap tentang integriti, tapi inlah yang telah dilakukan.

Jadi tentang, tentang bantuan ataupun sumbangan bonus, saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ayat 7, Surah Ibrahim dibacakan [melafazkan bacaan ayat 7 dari Surah Ibrahim]. Kamu bersyukurlah, kalau kamu bersyukur kami tambah rahmat dan nikmat ke atas kamu. Yang bermaksud Dato’ Speaker, ayat ni saya baca dulu dah, semasa saya jadi ADUN Pilah, kepada orang bersyukurlah kita dapat banyak ni. Tapi orang masih tak percaya. ADUN di Tanjung Piai, ADUN PH cakap benda yang sama kepada pekebun sawit, anda terimalah 1,000.00 ni. 1,000.00 ni cukup untuk tuan-tuan dan puan-puan. Calon, calon ya, calon PH dalam Tanjung Piai, di Tanjung Piai. Tapi, kesannya tuan-tuan dan puan-puan, kesannya Yang Berhormat Speaker, rakyat sudah menolak dah. Rakyat sudah boleh buat perbandingan, takkanlah rakyat terima 1,000.00. Wakil rakyat, Menteri gaji 76 ribu, 80 ribu, EXCO 30 ribu, 40 ribu. Jangan kita baca ayat ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker [melafazkan bacaan ayat 7 dari surah Ibrahim]. Jangan kita baca ayat ini untuk memuaskan, untuk feed into apa yang kita hendak. Tidak, dia terpakai kepada semua pun. Tetapi inilah yang telah berlaku dan saya harap perkara ini dapat dilihat. Kita ucap terima kasih dan bantuan-bantuan yang sepatutnya diterima dengan, saya tengok begitu banyak sekali, hasil-hasil yang kita perolehi, Hasil Bukan Cukai, Hasil Cukai, hasil daripada premium ini dapat dibagi, diberikan juga kepada apa, kepada bantuan awal persekolahan anak-anak peneroka, seperti mana yang disebut dalam bajet 2019. Saya tak dengar pun, baca ni, saya tak dengar bajet 2020 disebut tentang bantuan ini yang dulunya ada. Kalau dulu boleh dibantu peneroka, anak peneroka ini 100.00 ringgit seorang, mungkin sekarang dengan ada duit yang banyak begini, boleh bagi seorang 150.00 ringgit. Itu cadangan saya.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga di peringkat, peringkat tadi, berbalik balik kepada kita nak bagi membantu lantikan politik tadi. Syarikat Kerajaan Negeri ada menghantar nama untuk dilantik sebagai pengarah di dalam Syarikat Roadstone Construction Sdn. Bhd. (RCSB). Saya nak nyatakan di sini, saya rasa sebelum lantik, diberikan nama ini dilantik pengarah-pengarah ini, pastikan syarikat ini syarikat yang mampu bagi elaun kepada pengarah tersebut. Untuk makluman Dato’ Speaker, syarikat ini syarikat yang dormant. Bagaimana mungkin syarikat yang dormant ini boleh bagi elaun kepada pengarah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri ini.

Jadi Yang Berhormat Dato Speaker, seterusnya saya ingin bawak permasalahan di kawasan saya iaitu pelupusan sampah di Kampung Maasop. Semasa saya menjadi Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah dulu …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Senaling, saya bagi 2 minit. Dah lebih 20 minit ni …..

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ya, 2 minit.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Semasa saya menjadi ahli Majlis Daerah Kuala Pilah dulu, pelupusan Kampung Maasop ini kita telah rawat, rawat dengan harapan ianya akan ditutup. Tetapi sekarang saya lihat, banyak aduan diterima, dan saya dah pergi kawasan tersebut, nampaknya kawasan ini telah jadi dumping site, dengan izin Dato’ Speaker. Kawasan pelupusan yang melibatkan daerah-daerah lain pun, datang melupuskan sampah di kawasan pelupusan Kampung Maasop ini. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini dan supaya di, dicari kawasan yang lebih sesuai memandangkan kawasan ini kawasan, terdapat kampung-kampung Melayu yang berdekatan.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh sikit perkara-perkara yang melibatkan protokol supaya kita dapat betul-betul menzahirkan, men, dapat, dapat menghayati semangat Undang-Undang Syariah di negara kita ini, dan perlambangan Islam itu merupakan agama rasmi negara dan negeri ini. Saya lihat dalam Majlis-Majlis Kerajaan Negeri, seating ataupun kedudukan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi, sivil, berada di atas selalunya, diberikan keutamaan. Kalau di istana itu, seating Hakim Mahkamah Tinggi ini bersama duduk dengan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan rakan-rakan VIP yang lain. Tapi banyak kali sudah saya lihat, jikalau dulunya, pihak kami dulu Barisan Nasional meletakkan Ketua Hakim Mahkamah Syarie bersama jugak dengan standing ini kerana ia merupakan satu pelambangan penzahiran, pengakuan kita bahawa Islam itu adalah rasmi Perlembangaan Persekutuan kita. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini dan meletakkan semula Ketua Hakim Mahmakah Syarie Negeri Sembilan ini di kedudukan dan posisi kedudukan seating yang bersesuaian dengan jawatan dia.

Jadi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih dan sebelum itu, saya nak sentuh sikit, ini last, Yang Berhormat Dipertua, tentang isu keselamatan iaitu tentang SOSMA. Kita faham baru-baru ini, sahabat kita, ditangkap, Seremban Jaya ditangkap. Saya rasa ini perkara biasa, tugasan PDRM, saya ucap terima kepada pihak PDRM kerana telah menjalankan tugasan mereka untuk menyiasat kes tersebut di bawah SOSMA. Dan saya juga dengar SOSMA ini merupakan suatu, ada yang mengatakan suatu undang-undang yang draconian, dengan izin, yang kejam, yang zalim. Yang sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, SOSMA ini menggantikan ISA. ISA dulu dikatakan, kami dulu dikatakan kejam, kerana apa, kerana tidak ada hak untuk melantik ketua peguam, right to be heard, oleh orang, dengan izin, yang telah ditangkap ini tak diberi peluang. Sebenarnya ada proceeding habeas corpus nama dia, ya. Tetapi orang tidak faham isu ini tapi ISA dulu kejam dan zalim kerana mereka yang ditangkap tidak diberikan hak kepada peguam. Kita ganti dengan SOSMA. SOSMA ini, Dato’ Yang Dipertua, ada hak untuk mereka didengar dan diwakili oleh peguam. Tapi sekarang ini ianya draconian pulak, dianggap kejam dan zalim semula. Jadi sebenarnya undang-undang macam mana negara kita.

Rules of law jelas, kita tengok kita punya Rukun Negara; Kedaulatan Kepada Undang-Undang. Kita harus wajib hormati. Rules of law negara kita menyatakan di antaranya tidak ada orang di atas undang-undang, no body is above the law, termasuk Perdana Menteri, kerana mereka kita rasa unless didakwa mereka ini melakukan kesalahan caj, dakwa mereka. Tapi janganlah undang-undang itu apabila kena di batang hidung kita, kita cakap undang-undang ni tidak baik dan tidak adil. Kita sudah tengok banyak sebenarnya, pendakwaan berpilih, pendakwaan terpilih, yang dibuat ini, tapi nak buat macam mana, itu merupakan kuasa mutlak Yang Arif, Penasihat Undang-Undang pun tahu, kuasa undang-undang ini kuasa mutlak Peguam Negara kita …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Senaling.

….. jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Panjang sangat ni.

….. keselamatan merupakan …..

Yang Dipertua Dewan

Gulung, gulung.

Saya gulung. Keselamatan merupakan suatu elemen yang amat penting yang kita harus jaga.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Kita ada slogan negeri kita: bersih, muafakat dan sejahtera. Tidak ada orang yang akan sejahtera, Dato’ Yang Dipertua, kalau jiran mereka adalah jiran yang ditangkap di bawah SOSMA, contohnya. Tidak akan ada orang yang sejahtera. Jadi Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana memberikan saya sedikit masa, ruangan masa untuk membahaskan. Dengan itu saya ucap terima kasih sekali lagi, dan saya harap akan dapat bertemu dengan Yang Berhormat Speaker, bukan ini kali yang terakhir, di dalam persidangan yang akan datang. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa. Saya persilakan, kombar 2 ni haa, Chembong dongan Seri Menanti, tak ambil-ambil, ada 3 lagi ni. Satu daripada Chembong, Lobak dan Seri Menanti. Lobak sudah? Haa? Jadi Chombong dengan Seri Menanti, tak nak cakap? Tak, bagi, biarlah tongah-tongah ado sikit perimbangan eh. Bagi dulu Chembong ke, Seri Menanti. Chembong ni pandai cakap, tapi tak nak pulak petang ni.

Boleh dato’ Speaker, tapi dengan syarat 45 minitlah.

Yang Dipertua Dewan

Rantau pun 45 minit.

Dato’ Speaker, jam besar di Dewan ini menunjukkan 4:20 Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi sampai 4:30 ya, 4:10 sampai 4:30, bukan 4:20 ya, 4:30 kena berhentikan.

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Tanjung Piai, BN menang bergaya, salam Tanjung Piai majoritinya bukan biashe-biashe Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Kena ingat tau, Teluk Intan pilihan raya kecil menang, kalah balik, kena tau tu.

Siapalah saya nak lawan Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker, izinkan saya turut serta membahaskan rang undang-undang perbekalan yang bersekali dengan usul pembangunan Negeri Sembilan bagi tahun hadapan. Saya harapkan Dato’ Speaker, sentiasa sihat, ceria. Cumanya saya benar-benar harap Dato’ Speaker, jangan, jangan berdiri lagilah Dato’ Speaker, ya, jangan berdiri. Begitu jugak dengan ahli-ahli Dewan yang lain, semoga semua di antara kita sihat, Pilah sihat.

Dato’ Speaker, kalau Palong rindukan Seremban Jaya, saya curigakan dia, risaukan dia, Senawang Jaya, Speaker, sebabnya saya risaukan Seremban Jaya akan mengatasi populariti Dato’ Speaker, ya sebab akhir-akhir ini, itu hari terlalu popular dia di dalam TV, di dalam akhbar dan sebagainya Dato’ Speaker. Kena hati-hati Dato’ Speaker. Dan Dato’ Speaker mungkin boleh jelaskan kepada kita kenapa ketidakhadiran beliau dalam sidang Dewan ni, ya, Dato’ Speaker, dalam penggulungan kena, kena hujahkanlah.

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, saya sebut Tanjung Piai tadi Dato’ Speaker, bukan hanyalah bukan bertujuan politik semata-mata. Seharusnya, semua di antara kita, semua ahli Dewan ini khususnya parti kerajaan mengambil iktibar kenapa keputusannya jadi begitu sekali Dato’ Speaker. Jadi begitu sekali.

Yang Dipertua Dewan

….. Dato’ Speaker tak ada kena mengenai dengan ni …..

Dato’ Speaker, pengundi buat keputusan sebegitu bukan faktor utamanya tentang calon dan sebagainya, betul itu faktor-faktor yang men, membantu. Bukan faktor jenteranya yang menjadi utama, saya lihat Dato’ Speaker pun ada sana itu hari berkempen dengan Yang Amat ber, yang, Yang Berhormat Sikamat pun sama. Tapi pengundi membuat keputusan begitu adalah Dato’ Speaker,

faktor utamanya adalah pengundi nak terjemahkan isi hati mereka. Mereka tak lain dan tak bukan mahukan hidup yang sejahtera Dato’ Speaker. Mereka nakkan ekonomi yang baik, kerja senang, kita, kita harap kita boleh jadi kaya, tapi kalau tak kaya pun tak apalah, tapi sepaling-palingnya kita mudah nak cari rezeki, mudah nak cari makan Dato’ Speaker. Yang miskin dibantu, bantuan-bantuan yang dulu mereka dapat teruskanlah, kalau tak bagi pun bantuan baru, yang lama jangan diberhentikan Dato’ Speaker. Tadi sebut oleh Kepayang pagi tadi, ribuan penerima bantuan JKM dalam negeri kita diberhentikan Dato’ Speaker, ribuan.

Dato’ Speaker, saya bagi, dalam kawasan saya, tu sebab saya bawak, Rantau pun bawak, ada seorang OKU berumur, makcik 75 tahun, bukan makcik, nenek, yang dapat 8 tahun dulu pun di, diberhentikan. Ada satu kes yang lebih menyayat hati, yang lebih ikonik, seorang India di Taman Sedia Raja, daripada tahun 2010 dapat Dato’ Yang Dipertua, bulan 8 itu hari diberhentikan. Dia kena potong kaki Dato’ Speaker, disebabkan kencing, manis. Bila dah potong kaki, tengok-tengok JKM pun kena potong Dato’ Speaker. Sudah jatuh ditimpa tangga. Saya pergi ziarah, sayu hati saya Dato’ Speaker, dia cakap, YB Dato’ saya lebih rela kaki saya lagi satu dipotong tapi jangan potong JKM saya, dia cakap. Apa ni, Dato’ Speaker.

Jadi, Dato’ Speaker, apa-apa pun saya ucapkan, yelah syabas jugaklah kerana, kepada Sikamat dapat membentangkan belanjawan kita untuk tahun hadapan ya, tapi Dato’ Speaker, bagi saya, cabaran yang sebenar tentang pembentangan bajet ini bukanlah pembentangan dia, bukanlah tentang pembacaan dia Dato’ Speaker, cabaran yang sebenarnya adalah bagaimana proses penyediaan tu, masa proses penyediaan itu, itulah cabaran sebenarnya. Jumlah pendapatan negeri yang kita jangkakan tahun hadapan, bagaimana kita nak belanjakan, aspek mana yang kita nak utamakan. Faktor mana yang kita nak berikan pertimbangan yang lebih. Ini penting Dato’ Speaker, sebab yang utamanya, apa yang kita mahu, apa yang rakyat harapkan adalah bajet ini akan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat, jadi Dato’ Speaker, kita dalam Dewan ni terutamanya pihak kerajaan janganlah jobo sangat ya. Sikit-sikit nak tepuk meja, sikit-sikit nak tepuk meja. Bila Sikamat cakap, kenaikan pendapatan kita 27 tahun, 27 juta tahun hadapan, Dato’ Speaker, bagi saya, saya sukacita ada pertambahan. Tapi kalau 27 juta itu bagi saya itu adalah tak, bukanlah terlalu, kan, istimewa sangat, lebih kurang 6%, ataupun, dia bolehlah saya anggapkan sebagai natural growth punya rate Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Bilo Yang Berhormat Sikamat cakap 27 juta kenaikan yang lain tepuk meja. Lepas tu, bila Sikamat dengar tepuk meja, dia pun tukar intonasi dia, dengan ini saya peruntukkan 0.1 juta untuk Tabung apa, Belia Harapan. Tepuk tangan lagi Dato’ Speaker.

Saya nak tahu, Dato’ Speaker, saya nak tanya 0.1 juta ni bersamaan dengan berapa ribu ni? Nak tepuk macam tu bona ni, ya. Pagi tadi saya tanya, Paroi menjawab, saya tanyakan bantuan kepada Majlis Belia Daerah-Daerah yang tak cukup. Dulu Dato’ Speaker, dulu, zaman, saya tak mahu cakap dululah, kita bagi setiap Majlis Belia Daerah ni 5,000.00. 7 daerah x 5,000.00, berapa? 35 ribu. 25 badan gabungan, 5,000.00 satu badan gabungan. 25 x 5, 125 ribu. Majlia Belia Negeri 50 ribu. Jumlahnya lebih daripada 200 ribu. Dato’ Speaker, 200 ribu lebih banyak ke atau 0.1 juta lebih banyak ni? Speaker, jadi, saya harap, saya cakap ni bukan sekadar complaint, saya mintak Dato’ Speaker, belia-belia ni dibantulah, teruskan, teruskan. Itu yang maksud saya tadi, kalau pun tak ada penambahan, jangan dikurangkan.

Untuk makluman Dato’ Speaker, ya, seramai 10 orang belia kita sekarang daripada Negeri Sembilan, berada di Jepun, di atas Program Pertukaran Belia sekarang, sebab setiap 2 tahun belia kita pergi ke Jepun, belia Negeri Sembilan, tahun hadapan dia datang pulak. Dia, dia orang bagitahu saya, Speaker, mereka terpaksa ya, ikat perut sebab mintak dengan Kerajaan Negeri tak dapat, mintak dengan EXCO tak dapat, mintak dengan Berhormat Sikamat tak dapat Dato’ Speaker, ya, Dato’ Speaker, bukan saya cakap omong-omong kosong.

Bercakap dengan, tentang belia ni Dato’ Speaker, saya bawak sini, satu surat ataupun notis daripada Pegawai Belia Dan Sukan, memaklumkan, memberitahu semua gimnasium rakyat di semua daerah-daerah akan ditutup mulai 30 November ini. Bila saya tanya kakitangan ataupun staff di Jabatan Belia, mereka mengatakan sebab gimnasium ni tak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan. Dato’ Speaker, kerajaan bukan berorientasikan untung dan rugi, mana ada kerajaan nak, nak tolong orang cakap itu tak menguntungkan. Tugas utama kerajaan adalah memberi servis Dato’ Speaker, sekali lagi saya cakap, saya mohon Dato’ Speaker, saya mintak Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri, ya, yang mempunyai latar belakang ekonomi apa, pendapatan yang baik kononnya, kita mempunyai rizab yang baik, ni gimnasium rakyat ni tak memerlukan perbelanjaan yang banyak, paling-paling pun hanya sewa saja Dato’ Speaker. Saya mintak ianya tidak ditutup, di 7 daerah ini Dato’ Speaker, ya.

Jadi Dato’ Speaker, ada, terima kasih Dato’ Speaker, ya. Dato’ Speaker, saya jugak nak sebut di sini tentang beberapa hal tentang hal ehwal kawasan mengenai rakyat, tapi yang berkait rapat dengan bajet, Dato’ Speaker ya, sebab bajet. Bajet ni kalau kita megah sangat pun, banyak duit kita, tapi tak dapat memberikan manafaat kepada rakyat pun tak guna Dato’ Speaker, ya, tak guna. Tu sebabnya Tanjung Piai kita menang, menang besar. Orang tak bercakap tentang 1MDB, orang tak

hiraukan hutang dan sebagainya, itu tugas kerajaanlah. Dato’ Speaker, saya nak sebut di sini kali ketiga dalam Dewan ini Dato’ Speaker, kali ketiga, ya. Jangan buat malu Dato’ Speaker. 2 buah rumah di kawasan saya terbakar bulan 4 dulu. Sidang Dewan bulan 4, saya dah sebut. Sidang Dewan bulan 8 saya dah sebut, kali ni kali ketiga. Kalau perkara yang mudah seperti ini tak dapat diselesaikan oleh kerajaan, Dato’ Speaker, macam mana saya nak bawak perkara yang lebih besar Dato’ Speaker. Malahan saya yakin ada peruntukan di bawah apa, luar jangka dan bencana. Kalau pun ini tak boleh digunapakai, banyak lagi bantuan bleh kita bagi Dato’ Speaker.

Saya sebut jugak tentang baru-baru ini, kawasan saya, bulan ni jugak Dato’ Speaker, 2 kali dah dilanda banjir terutamanya di kawasan Pedas, Dato’ Speaker, ya. Saya lihat, saya tengok ada gambar, Yang Berhormat Sikamat turun, ada jambatan runtuh Dato’ Speaker. Bagi saya, gunakanlah ya, peruntukan ada untuk bencana dan luar jangka ini, sampai sekarang Dato’ Speaker, tak, tak selesai lagi, jambatan runtuh di Kampung Minching Baru, Dato’ Speaker. Saya mohon kalau tak berupaya nak membantu ni, Sikamat, saya mohon Dato’ SS, tolong tengok, bisik-bisiklah duduk sebelah Sikamat tu, ya, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, tolong bisik-bisikkanlah, kalaupun tidak Dato’ Speaker, saya mohon Bahau bisikkan pada Sikamat, sebab orang ramai cakap kalau Bahau cakap dengan Sikamat ni, Sikamat dengar Dato’ Speaker, ya. Saya tak tahu, orang cakaplah Dato’ Speaker, dan saya nak buktikanlah ni, Dato’ Speaker.

Jadi yang lain-lain Dato’ Speaker, saya mohon jugak, tapi saya tak tahu di bawah vot berapalah, JKR, P55, banjir yang itu hari perlukan perhatian JKR jugak, ya. Beberapa pembentung di Pedas Hilir, di Seberang Batu Hampar, di hadapan Balai Polis Pedas, kena dinaik taraf. JPS di bawah vot 54, tolong selenggarakan Sungai Pedas, Sungai Lalah, tebing-tebing yang runtuh di hadapan dengan Sekolah Kebangsaan Pedas.

Dato’ Speaker, ini pasal masjid Dato’ Speaker, ya. Saya mohonlah ya, dimasukkan jugak tentang untuk Masjid Kariah Pilin, Dato’ Speaker, Pilin, sebab dulu memang dalam perancangan kita nak bina masjid baru di kariah Pilin, sebab dengan adanya sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam; UiTM, dengan kehadiran 4,000 pelajar memerlukan sebuah masjid yang lebih luas. Sementelah pulak masjid tu masjid lama, strukturnya tidak menggunakan dinding batu dan sebagainya Dato’ Speaker, ya.

Bercakap pasal masjid ni Dato’ Speaker, dan jugak bercakap tentang bajet ataupun kewangan, bulan lepas Dato’ Speaker, masjid-masjid

mendapat satu notis daripada Jabatan Agama iaitu untuk memberikan tabung kutipan di masjid, tabung kutipan hari Jumaat itu kepada tabung sambutan Hari Pahlawan, Dato’ Speaker. Saya sokong sambutan Hari Pahlawan ni, tapi saya tak setuju ya, sekiranya masjid-masjid ni diminta untuk memberikan kutipan Jumaat-nya kepada mereka Dato’ Speaker, kerajaanlah yang bantu kalau nak bantu pun persatuan tersebut. Sedangkan masjid Dato’ Speaker, bukan semua masjid mendapat kutipan yang baik. Masjid-masjid kampung kutipan Jumaat-nya Dato’ Speaker, ada di antaranya cukup-cukup untuk membayar bil utiliti saja Dato’ Speaker, ya, bil utiliti saja.

Dan saya cadangkan Jabatan Agama Islam ini sepatutnya, sepatutnya bukanlah tujukan kutipan itu kepada masjid, sepatutnya kita membantu menaikkan bagaimana kutipan masjid dapat dibuat, kalau ada tanah-tanah wakaf yang masih belum digunakan, mungkin kita boleh bagi peluang kepada petani-petani lain untuk menyewakan pajak ya, tanaman yang tidak kekal dan sebagai Dato’ Speaker. Tapi bukannya mudah situ, ada je orang nak kutip apa, derma, arah kepada masjid, ada je arah kepada masjid Dato’ Speaker, ya.

Jadi Dato’ Speaker, saya jugak nak menyentuh ya, saya jugak nak menyentuh, tadi Chuah cakap, tidak bermaksud sama sekali, kita tidak percayakan penjawat awam, Dato’ Speaker, malahan kami semua menyokong penuh apa tu, pemberian bonus satu bulan gaji ataupun minimum 2,000.00 bersamaan dengan 0.002 juta, Dato’ Speaker, 2,000.00 tu, ya kepada semua penjawat awam. Sebab merekalah tunjang belakang pencapaian kita yang cemerlang Dato’ Speaker, mereka. Kita di sini hanya membuat dasar saja. Dato’ Speaker, saya sokong dan saya jugak menyokong Dato’ Speaker, apa yang dikatakan terlebih dahulu oleh Yang Berhormat Rantau, saya cadangkan untuk direalisasikan tadi, bantuan rakyat 1Malaysia-lah, BR1M. Kalau taknak gunakan 1Malaysia tu, gunakanlah BASAH ke, MEMBASAH ke, ya. Tapi yang pentingnya kita dapat bantu orang ramai Dato’ Speaker. Saya setuju, kita buat bukan nak kerana nama Dato’ Speaker, ya. Jadi, bukan kerana nama, Dato’ Speaker.

Ada lagi, Dato’ Speaker, begitu jugak saya lihat bajet kita ni agak kurang menyeluruh sekiranya kita tak sebut tentang Orang Asli, Dato’ Speaker. Walaupun ada sebut tentang surau Orang Asli, tapi Orang Asli ni kena bantu, sebab secara, secara kebiasaan, lazimnya, kewangan mereka ataupun latar belakang pendapatan mereka agak kurang daripada yang, yang lain Dato’ Speaker. Di kawasan saya Dato’ Speaker, kalau boleh saya nyatakan di sini, dulu semua kita tolong, tapi zaman sekarang lagi sekali mintak tolong, Dato’ Speaker, sebab mereka perlukan baik pulih rumah Dato’ Speaker. Dan saya lihat secara rambangnya Dato’ Speaker,

perkara-perkara menolong masyarakat begini, sekarang ini sangat kurang Dato’ Speaker. Saya lihat bantuan baik pulih rumah kurang ya, bantuan untuk buat rumah PPRT pun kurang, Dato’ Speaker, ya. Kurang. Jadi, saya mintak di kampung-kampung Orang Asli ini jugak diberikan perhatian ya, kalau ada peruntukan untuk jalan, lampu-lampu jalan dibuat Dato’ Speaker.

Jadi Dato’ Speaker, saya rasa itu saja yang saya nak sampaikan Dato’ Speaker. Saya nak jugak buat satu apa Dato’ Speaker, janji tidaklah, bukan bantuan Dato’ Speaker, satu kenyataan Dato’ Speaker, ya. Di atas budi baik Dato’ Speaker, saya nak cakapkan di sini, saya akan pastikan Dato’ Speaker, kalau ada di antara siapa-siapa dalam Dewan ini, yang cuba untuk menafikan Speaker ni, Chembong akan bagi undi kepada Dato’ Speaker. Walaupun semuanya besok tak menyokong apa-apa terjadi kepada Speaker, sekurang-kurangnya saya pasti Dato’ Speaker ada satu undi, Tuan Speaker, ya. Saya tak tahu, kalau adalah Dato’ Speaker, saya bagi, saya bagi apa dulu ni …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tambah 30 minit lagilah kalau macam ni cakap haa.

Jadi Dato’ Speaker, itu saja yang saya nak sampaikan Dato’ Speaker. Terima kasih banyak, semoga kita terus bersemangat ya, tak apalah Dato’ Speaker, ya, jadi terima kasih Speaker, terima kasih Dato’ Speaker. Dato’ Speaker punya rating sekarang dah naik balik Dato’ Speaker. Du, dulu berbanding relatifnya dengan Sri Tanjung, sebab Sri Tanjung sekarang saya tengok dah senyap Dato’ Speaker. Dia macam ada kena, tak tahulah, dia merindukan Senawang Jaya rasa Dato’ Speaker, ya. Terima kasih banyak. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam. Chembong ni dia pandai mengusik orang tau. Mengusik, menjolok, dia pandai. Okay. Okay, saya persilakan Seri Menanti-lah, tak saya, tak Seri Menanti nak bercakap tak? Tak nak? Habis ya. Jadi, saya persilakan, Lobak, dia tahu mahu teh. Lobak untuk tutup ni, lepas ni kita balik dah. Rehat. Last.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya difaham Senaling tak nak ucaplah tu. So tolong rekodkan kerana Senaling tak nak ucap ni perbahasan tu, please haa. Seri Menanti, sorry, Seri Menanti. Dato’ Yang Dipertua, dan saya ucap tahniahlah kepada kepimpinan Kerajaan PH khususnya DUN Sikamat tu dalam masa yang

hanya satu setengah tahun tu, bukan sahaja hutang kerajaan dapat dikurangkan tapi dia jugak ni meningkatkan rizab kerajaan sebanyak 200 juta tu, dan menambah lebih kurang 30% yang merupakan tanda kerajaan yang bersih dan berkesan. Saya amat setuju dengan Juasseh, Juasseh, Juasseh yang menyatakan MVV memang program baik, dia ni seumpamanya macam ni, kereta Ferrari, Ferrari tu memanglah dia ni baik untuk ni Negeri Sembilan tetapi utama sekali pemandunya yang sekarang tu pemandunya sekarang pun kena bijaksana, pun kena smart barulah boleh mencapaikan hasil yang luar biasa. Bukan ni projek yang di, di, dirancangkan dulu tapi yang pemandu ni bijaksana dan smart, pasukan PH sekali, semua smart sekali, barulah dapat hasilan yang luar biasa.

Dato’ Yang Pertua, pilihan kecik ni, menang – kalah atau kalah – menang, biasalah tu, pilihan raya kecik tu. Saya memang sokong penuh dengan Palong supaya Palong terima Ahli Parlimen PD menjadi PM ke, pre, menjadi perta, Perdana Menteri ke-8 Malaysia, kali yang ke-8 tu. Ini tanda baik untuk PH kerana Palong sendiri pun sedia akan menjadi pembangkang bagi term akan datang. Tahniahlah, tahniah Palong dan rakan-rakan dia, kerana dia nanti mungkin dia punya lantik Palong sebagai pemimpin pembangkang kerana dia berani berlawan dengan Rantau. Haa ini sikap baiklah sekali, kami tahniahlah.

Dato’ Yang Dipertua, tentang tu, Pertang, tadi yang berulang-ulang dengan tu peruntukan pendidikan. Saya pun nak ulang sini, di Dewan yang mulia ni, yang saya cakap ni tadi, sebenarnya tahun 2018, peruntukan dari Pusat ada sebanyak 18 juta. Tadi saya sudah ulang, mungkin tak jelas. Saya ulang jelas lagi. Yang dapat 9 juta adalah Sekolah Kebangsaan. Sekolah Cina hanya 3.8 juta saja, sekolah Tamil pun 5 juta lebih. So kami sama-samalah anak Malaysia, dalam dunia ni, dalam dunia ini kami ada sebanyak 2,000 lebih kaum. Malaysia hanya di, Malaysia, Semenanjung sini hanya 3 kaum saja. Mengapa selalu nak sensitifkan tentang khasnya pendidikan. Semua anak-anak Malaysia, anak negeri. Tak akan ni anak negeri ni ada beza. Anak Melayu kami pun sayang, anak India pun kami sayang tu. Tak akanlah anak tak akan diberi perhatian yang sama. So saya mohonlah, yang sebelah sana, tolonglah, jangan berulang-ulang lagi tentang peruntukan kerana jasa baik MB sudah ulang cakap ni, dia tak akan, dia 100% akan memberi sokongan peruntukan untuk sekolah SK, kami pun sokong walaupun kami ni dari, dulu DAP, kami sokong. Sokong ni sekolah Melayu, Sekolah Kebangsaan. Ini tanggungjawab kerajaan. Kami 100% sokong. Tapi semasa tu kami berharap anak-anak dari sekolah Cina, anak-anak sekolah dari Tamil, diberi sikit, sikit sahaja, kerana mungkin ada kekurangan, kekurangan itu sampai menubuhkan dana khas, dana khas ini pun termasuk untuk sekolah tahfiz. Sekolah tahfiz pun dapat 50

lebih percent, percentage tu, purata tu. So sekolah Cina, jikalau tak salah saya tu, sampai hari ni pun tak sampai 5%.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Lobak, boleh saya celah sikit? Boleh sikit?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sikit. Saya bersetuju dengan apa yang Lobak cakap tu. Saya amat bersetuju sangat untuk pendidikan sama rata. Tapi kalau kita tengok dalam pamphlet ni, ke atas ucapan Menteri Besar, Sikamat juga, SJKC SJKT dapat 3 juta, tapi SK langsung tak ada dalam ni. Saya bersetuju sangat sama rata kita tak kesah, tapi bagi sama rata. Di SK langsung tak tertulis, kita nak dia tertuliskan, SK berapa, SJKC SJKT ada dalam ni, SK tak ada. Itu yang kita pertikaikan dari awal. Terima kasih, Lobak memberi laluan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih dengan relevan sekali dari Pertang ni. Saya pun sokong cadangan ni. Mungkin ni nak jelaskan. Saya pun di Dewan yang mulia saya mensokong bahawa sebahagian untuk sekolah SK tak ada masalah. Kami sokong cadangan dari sebelah sini, saya pun menyokong. Tapi kami pun harap sama-sama diutamakan.

Dato’ Yang Dipertua, di kawasan saya, yang khasnya iaitu rumah pangsa, kerana rumah pangsa ni struktur demografi dia, flat ni ada serupa dengan kampung-kampung terutamanya penduduk rumah pangsa yang berpendapatan rendah perlu diberi perhatian. Namun, asyik rumah pangsa ni sering diabaikan. Sudah tiba masa ni bagi kita untuk membantu penduduk rumah pangsa meningkatkan kemudahan asas, asasnya. Masalah rumah pangsa ni banyak. Simple macam ni kebersihan pun tak dapat dijaga kerana yang penduduk ni kebanyakan ni dari pendapatan rendah dan golongan ni yang pun kurang pendidikan. So kami harap yang di tinggal di rumah flat termasuk orang Melayu ada, orang Cina pun ada, orang India pun ada. So kami kerana kekurangan maintenance menjadi rumah pangsa ni terpinggiran dari komuniti. Rumah pangsa yang bertingkat, tingkat yang atas sekali, macam ni rumah pangsa ni yang tingkat 5 tu, yang paling teruk, banyak unit ni di tingkat 5 dibiar sahaja dan terjadi rumah, rumah apa, rumah sarang burung merpati. So itu Kerajaan Tempatan kena tolong mengkaji macam mana untuk memajukan tingkat yang tertinggi itu sampai terjadi sarang burung ni dan membahayakan penduduk. Ini kena cari satu solution dengan izinnya, tak akan dia cakap ni sia-sia saja

kerana masalah ni bukan hari ni saja, sudah berpuluh-puluh bertahun, kalau tak salah saya sudah lebih dari 20 tahun. So kami harap agensi-agensi yang berkenaan kena mengkaji dengan betul sekali. Kami harap kerajaan merancang supaya menolong keadaan sekarang sebelum menjadi teruk.

Jikalau boleh memberi bantuan kepada MC-MC, sebahagian bantuannya saya sokong menambah subsidi kepada ketua dan setiausaha MPKK, kami syabaslah kerana Kerajaan Negeri menambah subsidi untuk ketua MPKK dan menaik sikit elaun untuk setiausaha dia. Tapi, tapi MC-MC yang di rumah pangsa ni, mereka semua ni volunteer, volunteer, mereka ini tak ada sikit elaun pun tak ada. So bila menghadpai masalah susah nak, nak, nak menjalankan tugas. Lagi pun kami pun dapat skim pemajuan berstrata di PBT Negeri Sembilan, jumlah dia sikit, MPS sebanyak 350, petaknya 24,578 unit di kawasan Nilai ada skim dia 212 dan petaknya 30 ribu. Dan di Port Dickson, Daerah Port Dickson ada skimnya 180 dan petaknya ada 11,634. Kuala Pilah kurang sikit, 3 skim, petak ni 443. Jempol 4 skim, petaknya 449. Tampin satu saja, 144. Rembau pun satu saja, petaknya 12. Jelebu tak ada. So jumlah skimnya 751 petak, sebanyak, petaknya sebanyak 67,260. So jumlah petak antaranya 70%, 70% dia adalah kediaman. So jumlah penduduk jikalau kena puratanya satu petak ni 4 orang. Erti cakap, di skim bawah strata ni ada seramai 300 ribu orang duduk. 300 orang duduk di skim-skim rumah pangsa ini. So malangnya peruntukan untuk memajukan strata amat kurang. Saya diberitahu dari COB, mereka pernah memohon, Pusat pun tak sampai, kerajaan pun tak mampu nak bagi. So kami harap tambah pun masalah kutipan yuran penyelenggaraan amat susah, yang biasanya satu skim tu jikalau dapat kutip 20% atau 25%, ini nasib baiklah, tapi yang ada lebih kurang dari tu. So kami harap, harap tu, yang amat susah tu untuk MC dan menjadikan masalah-masalah tempatan dan masyarakat kita ni. So MC bagi rumah pangsa yang kurang aktif, dan AJK mereka semua ni adalah sukarelawan. Sukarelawan untuk melaksanakan kerja masing-masing. Kebanyakan MC fungsinya kurang memuaskan, jabatan COB, agensi COB pun kurang peruntukan untuk memajukan rumah pangsa, khasnya di rumah pangsa rakyat. Macam ni MPS, PPRT tu, ini kepunyaan kerajaan, kawasan DUN Lobak sebanyak ada 17 skim, tapi antara 75% MC tu atau JMC tu tidak aktif dan kurang berfungsi walaupun yuran caj hanya sebanyak 10.00 ringgit ke atas, tapi masih lagi ramai tidak bayar dan akibatnya hutangnya jikalau tak salah saya, hanya di rumah PPRT MPS sudah hutang, hutangnya sampai sejuta. Erti cakap ni, dia dimulakan dari siap bina tu hingga sekarang ada sebahagian pun satu sen pun tak bayar. Dato’ Yang Dipertua, adalah disyorkan bahawa kerajaan kena membuat bengkel mengkaji masalah-masalah rumah pangsa ini dan

mencari, mencari satu solution, dengan izinnya, untuk mengatasikan masalah-masalah yang mereka hadapi sekarang.

Tuan Yang Dipertua, selain tu, saya pun di Dewan yang mulia ni disyorkan bahawa bengkel latihan khidmat awam tetap diadakan untuk memberi tumpuan kepada peningkatan perkhidmatan. Kami difaham perkhidmatan sekarang ni, yang tadi kakitangan ni, bertambah baik, kami pun berharap kerana melalui bengkel yang ada tu, lagi bertambah baik untuk kerajaan dan rakyat. Dan kami pun harap selain dari bonus yang disediakan, kami mengharap jikalau kakitangan yang berprestasi yang baik, yang cemerlang tu pun boleh dikasi insentif supaya, supaya capai KPI yang lebih baik, dapat insentif, dapat insentif, sebab sama-sama memajukan tempatan, memajukan N9 ini, memajukan untuk semua rakyat ni. So kami harap ini akan ditimbangkan oleh kerajaan kita yang berilmu ini.

Kami juga bercadangkan agar kerajaan memberi perhatian kepada program latihan kakitangan awam untuk memastikan penjawat awam terus maju dan menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat. Dalam masa lebih setahun, yang dulu ini, kami pun nampak kerjasama dari semua pihak kakitangan ini memang kerjasama penuh semangat sekali. Walaupun kerajaan baru, khasnya di kawasan Lobak saya ni, tak akan ni, tak kira ni MPS, TNB ke, SWM ke, SWCorp ke, JPS ke, semua-semua agensi, kami maklumkan masalah rakyat ni, dia ni dengan tindakan yang kesan sekali. So kami harap ni, kerjasama ni diteruskan sama-sama untuk maju untuk negeri ini dan khasnya untuk rakyat ni.

So Yang Dipertua, saya pun nak ucap terima kasih kepada nega, Kerajaan Negeri ini kerana membantu menukarkan lif di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail. Ramai penduduk di rumah pangsa tersebut adalah golongan warga emas. Lif tersebut pun sudah lebih 30 tahun. Sekarang selalu rosak dan jam, seminggu sekurang-kurang 2 – 3 kali. Tapi saya didapat janji yang lif baru akan dimasuk Disember atau tahun akan datang. So kami harap yang tu akan dapat di, dijanjikan dan dia akan, tak akan mensusahkan orang tua. Nasib baik dari Kerajaan Negeri mengutamakan masalah tersebut dan akan tukar lif pada bulan, jikalau bolehlah Disember tahun ini, atau bulan Januari. Lepas tu saya pun ada sikit mohon dataran Lobak masuk dalam Rancangan Malaysia yang akan datang ni, saya harap, harap da, dapat sokongan dari kerajaan.

So saya sekali lagi sebagai wakil, saya bersedia dengan, sedia nak kerjasama dengan kerajaan dan EXCO sekali, sama-sama memaju dan mengharap yang sebelah sana boleh selalu relevant, jangan buat sensitif di Dewan yang mulia ni, sama-sama mengkaji, berunding semua

manafaat rakyat Malaysia ni, termasuk orang Melayu, kerana majoriti memang orang Melayu, kami pun sokong, beri perhatian utama sekali di golongan Melayu. Tapi jangan lupa, minoriti tu Cina dan India ni, pun sama-sama diutamakan. Sama-sama maju Malaysia ini, kerana di dunia ini jumlah kaum lebih dari 2,000 kaum ada. Malaysia hanya di Semenanjung ni hanya 3 kaum utama, mengapa kami tak boleh dapat bersatu padu ni. Saya pun hairan. Hairan sekali yang kaum yang hanya 3 bangsa utama ni tak dapat bersatu padu sepanjang 60 tahun ini. Apa masalah-masalah dia. So sekian Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong belanjawan 2020 ini, sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya ada permintaan daripada Sri Tanjung. Dia pun nak bercakap jugak.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

YB, jangan lama ya.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Maksimum 2 minit.

Yang Dipertua Dewan

2 minit, okay.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Terima kasih Dato’ Yang Pertua, kerana izinkan saya ambil bahagian juga hari ini. Saya hanya nak tanya satu soalan iaitu apakah status tanah di Gemas yang digunapakai sebelum ini, syarikat NFC. Ada yang kata 2,000 ekar tanah …..

Dato’ Speaker, ini bukan sesi soalan.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Soalanlah.

Ini, ini perbahasan.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Ya, saya dah …..

….. perbahasan …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. saya dah mintak …..

….. ini bukan ucapan, ini soalan.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. dari ….

Ini Timbalan Speaker, aiyoo, fahamlah peraturan, tak faham peraturan ke …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Saya dah …..

….. Dato’ Speaker.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Saya dah mintaan daripada Speaker. So saya nak tau 2,000 ekar tanah ataupun 5,000 ekar. Dan saya juga nak tanya adakah Kerajaan Negeri Sembilan masih kutip sewa. Itu. Dan juga saya nak tahu, sebab saya baru-baru ni dapat maklumat dalam kawas, tapak yang NFC ini banyak besi-besi iaitu structure sudah hilang. Ini ialah duit harta rakyat. So saya mintak daripada Kerajaan Negeri ambil satu tindakan untuk selamatkan harta orang ramai ataupun rakyat di Negeri Sembilan. Itu saja, okay, terima kasih, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung menyokong usul anggaran pembangunan seri, Negeri Sembilan tahun 2020. Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhoramt, Yang Berhormat – Yang Berhormat sekalian, terima kasih di atas penyertaan semua Yang Berhormat untuk berbahas. Saya kira perbahasan ni begitu baik, ada yang sikit apa, tu biasalah. Dan saya mengharapkan besok merupakan hari yang terpentinglah untuk mendengar penjelasan ya, sebab banyak Yang Berhormat tanya tu, besok dia orang jelaskan, jawab balik apa Yang Berhormat tak puas hati. Besok akan jawab oleh EXCO-EXCO dengan Yang Amat Berhormat sendiri akan memberi penjelasan. Dan saya harapkan kehadiran besok penuhlah ya. Walaupun Yang

Berhormat tak, tak berucap besok, hadir. Penting hadir tu supaya dapat mendengar sendiri penjelasan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tu satu.

Yang kedua, kita akan buat ni apa, maknanya persetujuan untuk menyokong usul perbelanjaan ni, supaya kita dapat laksanakan untuk kebaikan negeri kita, inshaa Allah. Jadi saya tak nak memanjangkan ucapan saya petang ni, saya ucapkan terima kasih. Semoga Allah memberkati Yang Berhormat semua, dapat balik ke rumah, jumpa keluarga, dan besok kita berjumpa lagi, inshaa Allah. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT dan salam sejahtera.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 4.46 petang]