Negeri Sembilan · 27 November 2019

14th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · 853 turns · 51,726 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

[Persidangan dimulakan pada jam 10.05 pagi]

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Labu.

Assalamulaikum WBT. Kita mulakan majlis kita dengan membaca Surah Al Fatihah.

[YB ADUN Labu telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirahhmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, hari ini 27 November 2019, iaitu hari keempat bagi persidangan belanjawan. Kita akan sambung semula persidangan hari ini dengan sesi penggulungan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan EXCO sekalian. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap serta tatakelakuan dan etika yang, sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan kita pada hari ini. Saya amat berharap persidangan kali ini akan berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik dan etika sebagai ahli Yang Berhormat. Saya juga mengharapkan semua ahli Yang Berhormat dapat mematuhi segala peraturan dan mengikut masa yang telah kita tentukan. Sekian perutusan saya, wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat, yang saya hormati sekalian, kita teruskan agenda kita dengan pertanyaan lisan dan senarainya ada di, pada Yang Berhormat semua. Yang pertama, saya persilakan Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, tanggungjawab menyelesaikan isu anjing terbiar adalah di bawah tanggungjawab pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bagi kawasan Pentadbiran ataupun kawasan operasi MPS.

Isu kelewatan tindakan terhadap aduan anjing liar adalah kerana pihak MPS perlu menyesuaikan tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], di mana dalam akta tersebut ada menetapkan tentang kaedah tangkapan yang perlu dipatuhi dalam menguruskan aktiviti penangkapan berkaitan haiwan.

Pihak MPS juga menjalankan kerjasama dengan pihak NGO berkaitan pencinta haiwan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri iaitu FurryKids Safehaven.

Pihak MPS juga perlu menyesuaikan tindakan penguatkuasaan mengikut SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkaitan penangkapan dan pelupusan anjing terbiar.

Piagam pelanggan bagi menguruskan aduan di Majlis Perbandaran Seremban adalah mengambil tindakan dalam tempoh 3 hari daripada aduan yang diterima. Operasi tangkapan anjing terbiar dijalankan

setiap hari mengikut kawasan dan juga aduan yang diterima oleh orang ramai. Sekian.

Soalan tambahan. Okay, first saya nak, saya nak kata saya sokong yang, apa yang YB Bahau kata tadi and, pihak Majlis Perbandaran Seremban akan ikut SOP. Itu memang penting tetapi isu ini sangat sensitif dengan NGO-NGO. So di sini I, I, saya cadang pihak Majlis ni kalau boleh ya, secepat mungkin selesai sensitif-sensitif isu dengan NGO supaya masalah ni yang serius boleh dise, se, selesaikan secepat mungkin.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih cadangan dan juga soalan tambahanlah yang dikemukakan oeh Yang Berhormat Rahang.

Dato’ Yang Dipertua, untuk maklumat Yang Berhormat Rahang dan juga ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya rasa sebelum ini saya pernah pun menjawablah isu mengenai anjing terbiar. Dan bagi pihak MPS dan juga PBT-PBT di seluruh Negeri Sembilan, sebenarnya kita selama ini memang menjalinkan hubungan yang baik dengan NGO-NGO pencinta haiwan. Saya ambil contoh, untuk Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai, sebenarnya kita adanya kita engagement dengan NGO dan kita se, selalu, seringlah, saya rasa sekurang-kurangnya dah 2, 2 kali kita adakan pertemuan untuk membincangkan macam mana kita nak selesaikan masalah ni.

Dan di sini saya juga ingin menegaskan sekali lagi, di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa tak ada apa-apa yang lebih penting daripada keselamatan orang awam. Itu yang sesuatu yang kita perlu tegaskan. Tetapi untuk kita mencari satu jalan tengah, di mana kita nak menjaga kepentingan orang ramai dan pada masa yang sama kita nak men, menjaga kebajikan haiwan, itu memang merupakan satu, satu cabaran kepada pihak PBT dan juga pihak Kerajaan Negeri. Jadi kita memang sudah mencapai satu understanding ataupun persetujuan di mana untuk anjing-anjing yang terbiar yang ditangkap oleh pihak PBT ini, kita akan serah kepada pihak NGO untuk menguruskannya. Dan pihak NGO mempunyai SOP mereka untuk mereka menguruskan, dan supaya kita dapat mengurangkan, mengurangkan kewujudan anjing terbiar ataupun haiwan terbiar di merata tempat.

Dan bagi saya untuk menyelesaikan masalah ni, sebenarnya bukan saja tanggungjawab daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun PBT, ataupun pihak NGO, kepada penternak-penternak, mereka juga ada

tanggungjawab memastikan haiwan ternakan mereka, mereka tidak membiarkan haiwan ternakan mereka merata tempat ataupun kalau mereka tak berminat lagi, mereka biarkan saja haiwan-haiwan mereka di tepi jalan. Jadi saya rasa dari segi pendidikan itu kita juga perlu lakukan untuk kita mendidik orang ramai supaya memastikan, asalkan kalau mereka ingin menternak haiwan, mereka perlu menjaganya dengan baik. Dan kita jugak akan mengkaji macam mana kita nak tetapkan syarat supaya kita memastikan mereka yang menternak haiwan ini bertanggungjawab terhadap haiwan ternakan mereka tanpa menyebabkan kacau ganggu terhadap orang ramai. Sekian.

Dato’ Dipertua, mohon soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ada kaitan dengan anjing ni ke?

Yang Dipertua Dewan

Minat betul pasal anjing ni ya.

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya bangun ni kerana di kawasan Linggi, selalu saya dapat aduan tentang anjing liar di kawasan perumahan dan kampung. Dan baru-baru ni di Kampung Sawah Sunggala, Taman Hartamas Sunggala dan juga di rumah Rakyat Linggi dan Pengkalan Durian.

Saya, saya nak mintak ulasan sikit daripada EXCO, bila dia cakap penternak tadi, dia merujuk kepada penternak apa ya, penternak anjing ke atau ternakan lain. Pasal kita cakap pasal anjing liar ni tak, tak, tak, kalau anjing liar dia tak adalah hal penternak.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ni …..

Saya tak habis lagi. Soalan saya adalah kita baru-baru ini dikejutkan dengan anak sekolah digigit oleh anjing liar di Teluk Kemang. Dan ini adalah satu perkara yang sangat kita kecewa ya, dan, dan nampaknya SOP yang sedia ada ni gagal atau tidak mampu untuk menghindarkan perkara yang tidak diingini ini. Jadi, saya mohon

daripada pihak kerajaan, apakah kita ada usaha untuk merangka semula SOP ini dan meletak keutamaan yang lebih kepada rakyat dan khususnya anak-anak sekolah kita berbanding dengan NGO pencinta haiwan ini. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Linggi. Memang benar, saya memang setuju apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Linggi tadi, dan juga seperti apa yang saya tegaskan tadi, tak ada apa-apa lebih penting daripada keselamatan orang awam termasuknya pelajar-pelajar. Sebab itu kita memang ada SOP di mana selepas terima aduan se, selewat-lewatnya dalam 3 hari kita akan mengambil tindakan. Dan bagi ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai masalah yang sebegini, sila hubungilah PBT yang berkenaan untuk kita pastikan kita ambil tindakan mengikut SOP dan pada masa yang sama, untuk kita menjaga keselamatan orang awam. Memang bukan satu perkara yang senang untuk kita selesaikan, tetapi kita akan cuba seda, sedaya upaya. Dan dalam isu ini saya rasa kita harus bersama-sama untuk kita selesaikan masalah ini. Terima kasih.

[YB ADUN Gemas dan YB ADUN Jeram Padang bangun serentak]

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mintak mencelah sikit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan perkara yang sama, sorry.

Saya dulu? Okay. Berkaitan dengan anjing liar juga Dato’ Yang Dipertua, pertama saya nak ucapkan terima kasihlah kepada Majlis Daerah Tampin yang tak putus-putus untuk menangani isu masalah anjing liar. Tetapi ni saya melihatkan bahawa anjing liar yang ada di kawasan Gemas, mungkin di persekitaran yang lain, disebabkan oleh anjing ini memang liarlah. Dia beranak, mungkin tempat lain, kemudian tidak dijaga di tempat, sarang-sarang persembunyiannya. Dan bila dah besarnya tu, dia keluarkan dengan anak sekali. Jadi kawasan Gemas, yang terbaru, fasa pertama awal tahun, alhamdulillah, sehingga sebelum pergi haji, saya bertanya dengan pihak Majlis, dia kata: baru lepas buat operasi. Tetapi dalam tempoh 3 bulan sekarang ini, dan sampai sekarang dah tempoh 5 bulan, anjing dah jadi banyak. Anjing pulak yang duduk dekat tangga pulak, haa di, dekat Kampung Seri Gemas. Ada satu tempat tu dia berehat 5 ekor. Di Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, waktu pagi, waktu pelajar pergi

sekolah, anjing dah standby dekat situ. Kemudian di sebelahnya, Seri Mutiara, Mutiara Heights, pun sama juga, orang nak pergi masjid, naik motor, dikejar dek anjing, anjing kejar apa, jemaah nak pergi ke masjid. Kemudian di Dataran Satria, pun ada juga. Kemudian, banyak tempat ni saya nak menyatakan, tetapi apa yang saya rasakan, dan saya bersetuju dengan pendapat Bahau tadi, cara bagaimana kita nak mengatasi, sebab anjing ni, dia bukan ada bermusim, tetapi setiap masa ianya akan ada. Dah jadi kacau ganggu kepada taman-taman perumahan. Jadi dalam tempoh 3 hari, tak cukup masa untuk pihak Majlis Tempatan ataupun Majlis Daerah untuk menyelesaikannya tersebut. Jadi kalau kita bertanya dengan pihak Majlis yang baru lepas, kita tanya, vaksin untuk menembak tu dah habis kerana mungkin banyak sangat anjing yang ditembak. Tetapi yang sekarang, cara bagaimana, mekanisma yang terbaik. Jadi mungkin berikan satu SOP dalam tempoh terdekat ke, atau macam mana, dan kita mintaklah ni, pihak kerajaan memastikan bahawa anjing-anjing ini tidak akan mengganggu masyarakat ataupun rakyat di persekitaran terutamanya mereka yang keluar awal pagi, hendak, hendak mencari rezeki sama ada menoreh ataupun mereka nak pergi ke pejabat dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang Dipertua.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, perkara yang samalah. Terima kasihlah apa yang dikatakan oleh Gemas dengan Linggi itu saya setuju dengan Rahang juga, keselamatan orang awam adalah memang perlu diutamakan dalam hal ini. Comes first-lah, dengan izin. Tetapi pada masa yang sama, oleh kerana ini adalah sensitif, saya dah bangkitkan perkara ni dalam perbahasan saya, NGO-NGO ini juga pernah jumpa saya. Mereka adalah mintak tanah, kerana mereka sanggup menerima anjing yang ditangkap oleh Majlis Perbandaran ataupun Majlis Daerah, tetapi tak ada tempat untuk, untuk jadi, dijadikan shelter home. Terlalu banyak, saya yang pergi, ada dekat 300 ekor dalam tempat yang lebih kecil daripada Dewan ini. Jadi, saya mintak, saya dah bangkitkan, saya berharap apa statusnya, permohonan mereka untuk mendapatkan sedikit tanah. Apabila dah dapat itu, kita, Kerajaan Negeri bolehlah berikan sedikit peruntukan kepada NGO-NGO tersebut, dan mereka uruskan anjing-anjing liar yang ditangkap oleh Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Ini memang sensitif. Tetapi keselamatan orang awam kena jaga. Sensitiviti itu pun kita kena ambil kiralah. Itu sebab saya nak tujukan pada sini. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih …..

Dato’ Yang Dipertua, sekejap. Kang jawab sekali ya. Satu lagi Dato’ Yang Dipertua, berkenaan anjing liar ni, dia ada anjing liar, satu hal. Satu lagi anjing yang terbiar. Dia ada tuan, tapi dia terbiarkan. Dan ini pun satu hal jugak. Kadang-kadang tuan tak bertanggungjawab. Apa tindakan, soalan dia apa tindakan kepada, PBT kepada apa ni, kepada owner tadilah, pemilik tadi. Di samping anjing ni, kadang-kadang ada jugak baik anjing ni Dato’ Yang Dipertua, bila ada anjing, binatang lain, binatang liar lain tak ada. Kalau di kawasan Seremban 2, Rasah Kemayan, contohnya, ramai YB yang duduk Rasah Kemayan ni, kalau tak ada anjing liar, babi liar pun ada, khinzir liar, khinzir liar dan jugak satu lagi, kogho, monyet, monyet liar, monyet. Tak ada, monyet, monyet jinak tak tahulah kan. Monyet liar. Monyet. Saya tanya YB, tanya YB Ampangan, betul tak? Ya, monyet. Monyet pun ada. Monyet pun banyak ya. Antara pro dia. Itu dia pro dia. Tapi yang, yang, yang tak baik dia, yang disebut oleh rakan-rakan tadilah ya, mengejar kadang orang tu naik motor, lepas tu gigit kita punya apa ni, binatang-binatang ternakan, membunuh binatang ternakan kita dan sebagai dia. Jadi, yang soalan saya tadi, apakah tindakan kepada pemilik apa ni, anjing terbiar tadi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ada lagi? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Dipertua, ni mood tengah baik ya Dato’ Dipertua, belum berkelahi lagi.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih yang Berhormat Jeram Padang, Gemas, Linggi dan juga Seri Menanti dan juga soalan asal daripada Yang Berhormat Rahang. Saya rasa yang paling penting, apa yang telah pun di, tadi apa, Yang Berhormat Seri Menanti dia ada tanya, macam mana dia, kita nak pastikan owner kepada haiwan terbiar ini boleh diambil tindakan. Saya amat, mengambil kesempatan inilah berkongsi sedikit, sebab untuk di negara asing, memang adanya syarat di mana mereka menetapkan sesiapa yang ingin memelihara anjing ke, kucing ke, apa-apa jenis haiwan, mereka perlu membuat pemandulan sebelum mereka mendapatkan lesen. Itu sebenarnya sesuatu yang kita boleh pertimbangkan. Cuma kalau kita nak melaksanakan dasar tersebut, kemungkinan dia akan mengambil masa dan agak susah untuk bagi orang ramai kita terima dengan penggunaan dasar yang sebegini. Kerana kalau pemandulan, dia memang menyebabkan kos yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, bagi NGO yang mencintakan haiwan-haiwan terbiar ini, apa yang mereka buat, mereka cuma memban, memastikan haiwan-haiwan terbiar ini dapat diselamatkan dan, dan memastikan mereka tidak akan mati disebabkan kelaparan. Dan pada masa yang sama, NGO yang bakal bekerjasama dengan kami, selepas anjing terbiar ini ditangkap dan diserahkan kepada mereka, mereka, perkara yang pertama mereka akan buat, adalah mereka akan buat pemandulan terhadap haiwan-haiwan yang diberikan kepada mereka. Dan ini dia secara langsung akan mengurangkan pembiakan haiwan-haiwan terbiar ataupun anjing terbiar ini. Ini salah satu cara. Saya rasa dalam isu ini, saya juga berasa agak gembiralah, saya lihat ramai ahli-ahli Berhormat telah pun menunjukkan keprihatinan terhadap isu yang sebegini.

Dan untuk SOP sebenarnya pihak KPKT ada satu SOP telah pun diberikan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk kita mengikut SOP yang di apa, dicadangkan oleh pihak KPKT. Saya rasa memandangkan ada ramai yang berminat dalam isu ini, kemungkinan lepas sidang ini, saya, selepas kita se, sediakan tempat untuk simpan anjing-anjing terbiar untuk NGO-NGO ini saya ada, akan adakan satu sesi bertemu dengan semua ahli-ahli yang Berhormat, memberikan taklimat semua macam mana kita handle dan kita juga alu-alukanlah pandangan dan juga cadangan daripada semua ahli-ahli Yang Berhormat supaya macam mana kita nak handle ini dengan cara yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti orang ramai dan pada masa yang sama kita juga nak pastikan keselamatan rakyat di Negeri Sembilan kita utamakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau. Kita pergi ke giliran yang kedua, Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya tujukan soalan saya ni, saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Bahau kerana begitu mengambil berat tentang hal anjing liar ini. Dan saya berharap apa yang dinyatakan itu akan menjadi kenyataan supaya semua pun gembiralah. Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang ketiga.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ yang di, Yang Dipertua. Dan kepda soalan daripada Yang Berhormat ADUN Jeram Padang.

Sebagai seorang peguam yang berpengalaman selama 23 tahun ini, saya ingin tegaskan di sini tentang kedudukan keterangan “dengar cakap” kerana soalan tu kata “sejak kebelakangan ini saya dengar permohonan”. Di mahkamah, keterangan “dengar cakap” atau dengan izin, hearsay evidence tidak boleh diterima masuk oleh mahkamah sebagai keterangan mengenai fakta. Saya akan menjawab soalan sekarang.

Kerajaan Negeri melalui JKM akan terus menyantuni dan menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan atau perkhidmatan. Selain daripada bantuan kewangan yang diberikan, Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan juga dipertimbangkan kepada kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan keperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakkeupayaan. Ini bagi membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalankan kehidupan.

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk mendapatkan kerusi roda dari JKM bagi penerima bantuan kebajikan dan kumpulan sasar JKM yang lain adalah seperti berikut:

 Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

 Kumpulan sasar JKM;

 Tidak melebihi PGK ya, nombor ajaib, Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

 Disyorkan oleh Pegawai Perubatan/Pakar Perubatan (kerajaan/swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;

 Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan bagi tujuan kosmetik adalah tidak dibenarkan; atau

 Mana-mana kes berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Penerima bantuan JKM mengikut DUN dan kategori di Negeri Sembilan bagi tahun 2018 adalah seramai 26,407 orang dan tahun 2019 sehingga bulan September adalah seramai 25,128 orang. Data secara terperinci, Yang Berhormat ADUN Jeram Padang, boleh diperolehi di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

[YB ADUN Gemas dan YB ADUN Jeram Padang bangun serentak]

Dato’ Yang Dipertua …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ …..

….. saya nak mencelah. Soalan tambahan. Boleh?

Yang Dipertua Dewan

Tadi ni yang soal tadi.

Okay, soalan saya. Kita nak minta penjelasan, jenis kerusi roda mana yang boleh dipohon oleh, kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat? Adakah kerusi yang ada tandas, ataupun kerusi yang letrik ataupun kerusi roda yang biasa ataupun kerusi roda yang ringan ataupun jenis barang berbentuk, perkataan asalkan kerusi roda? Itu yang pertama.

Yang kedua, selain dari kerusi roda, saya rasa sekarang ni katil jugak perlu, Yang Dipertua. Sebab sekarang ni banyak yang mereka terlantar di rumah dan memerlukan katil. Jadi saya minta katil jenis apa. Katil khas jenis apa yang boleh kita pohon dan sesuai untuk kita mohon kepada pihak JKM ini. Terima kasih.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, berkaitan jugak ya. Boleh tak? Okay ya, saya tanya satu soalan iaitu ada tak JKM seta, setakat hari ini menyediakan, contohnya, bila keadaan sakit ataupun keperluan kepada kesihatan ni, kadang-kadang memerlukan tindakan segera daripada pihak JKM, contohnya kerusi roda. Dan, untuk keperluan-keperluan yang segera ni, ada tak JKM Daerah contohnya, ada keperluan stok, ready stock-nya untuk menolong orang-orang yang memerlukan bantuan segera ni. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Pertua, saya juga ada soalan tambahan kan, kerana soalan asal daripada saya, yang, okay. Memanglah seperti mana Yang Berhormat Bukit Kepayang kata ni, sejak kebelakangan “sejak kebelakangan ini saya dengar permohonan” itu. Memang betul, apa kami dengar itulah yang kami bawak di sini untuk dapatkan kepastian. Jadi, perkara tu tak salah saya anggapkan. Ini bukan mahkamah kan, kita tak perlu hantarkan satu permohonan

secara bukti dan fakta dan seterusnya. Bukan kita nak salahkan sesiapa, nak masukkan ke dalam penjara ke apa.

Okay, Dato’ Yang Dipertua, apa yang dikatakan oleh Sungai Lui adalah betul. Keperluan kerusi roda adalah kerusi yang keperluan segera. Kadang-kadang mereka perlu gunakan kerusi roda apabila pesakit itu keluar daripada hospital saja. Jadi untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, saya sendiri telah membayar untuk membekalkan kerusi roda lebih kurang, jika tak salah lebih kurang 7 – 9 kerusi roda dalam masa yang satu tahun ini. Jadi saya ingin nak kemukakanlah, keperluan alat sokongan ini adalah segera. Kita tak boleh lambat-lambatkan. Kita tak boleh buat permohonan, kemudian mereka kena buat siasatan, kemudian nak pastikan, kemudian nak bawa ke mesyuarat dan untuk kelulusan semua, mungkin dia akan mengambil masa yang lama sedikit.

Jadi saya cadangkanlah oleh kerana setiap daerah itu ada pejabat kebajikan, maka apa salahnya Kerajaan Negeri, saya mintak jasa baik Yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat, untuk mempertimbangkan perkara ini, apa salahnya Kerajaan Negeri ini memberikan peruntukan sedikit untuk kerusi roda dan alat-alat sokongan agar dia dapat distokkan di jabat, pejabat-pejabat Daerah, Kebajikan Daerah. Apabila ada permohonan ataupun permintaan daripada orang ramai, ataupun ADUN ataupun Penyelaras, maka pegawai tu boleh turun ke rumah tersebut dan buat kajian dan seterusnya selesaikan perkara itu di situ juga. SOP saya berharap dalam hal ini, biarlah sedikit dilonggarkan oleh Kerajaan Negeri jika ia diterima. Saya berharap ia akan diambil perhatian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada soalan tambahan dan juga ulasan daripada yang Berhormat ADUN Gemas, Yang Berhormat ADUN Sungai Lui dan juga Yang Berhormat ADUN Jeram Padang. Sebelum saya mulakan, saya ingin jawab, saya ingin memberitahu tentang isu keterangan “dengar”, hearsay ini. Walaupun di sini bukan mahkamah, tapi alangkah baiknya jikalau saya, pihak kami diberikan butiran seperti nama, IC, alamat, supaya kita boleh buat tindakan yang segera. Itu yang saya maknakan. Bukan kita nak sabitkan kesalahan semua.

Okay, berkenaan dengan jenis-jenis kerusi roda. Ia adalah biasa dan khas. Tapi ia perlu disahkan oleh Pegawai Perubatan. Mengapa kita perlukan pengesahan daripada Pegawai Perubatan kerana kita semua ni, Pegawai JKM atau kita sebagai ADUN, kita tidak memiliki kemahiran untuk memberi pengesahan tentang keadaan seseorang pesakit. Oleh itu, itu amat penting. Tapi walau bagaimanapun, ka, kita mengambil,

kami mengambil maklumlah tentang cadangan yang amat bagus supaya kita boleh menstokkan alat-alat sokongan ini di, di PKMD-PKMD masing-masing. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Sekarang saya pergi giliran yang ketiga, Lobak ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lobak mengemukakan soalan nombor 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, pada tahun 2017 satu Kajian Trafik Bandar Seremban telah dibuat oleh pihak Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan termasuk dengan satu kajian impak sosial kepada cadangan perubahan aliran trafik di Bandar Seremban. Kajian tersebut telah pun mencadangkan beberapa perubahan aliran trafik menjadi sehala dan pengurangan beberapa persimpangan lampu isyarat sedia ada bagi melancarkan aliran trafik.

Walau bagaimanapun cadangan tersebut telah ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri pada masa tersebut selepas mengambil kira bantahan daripada pekedai / peniaga di kawasan pusat bandar yang menyatakan kerisauan terhadap perubahan aliran trafik akan menyukarkan pelanggan ke premis mereka. Untuk makluman, kajian ini tidak melibatkan sebarang kajian sistem pengangkutan di kawasan bandar.

Dan yang kedua, Kerajaan Negeri sememangnya telah mempunyai perancangan terhadap masalah tersebut dan lokasi Jalan Sungai Ujong yang sering sesak pada waktu puncak juga telah termasuk dalam Kajian Trafik Bandar Seremban pada tahun 2017. Hasil kajian telah mencadangkan beberapa cadangan penambahbaik aliran trafik antaranya dengan penambahan lorong di Jalan Sungai Ujong, pembinaan fly-over dan penutupan persimpangan menjadi simpang left in / left out.

Selain daripada itu, cadangan pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Fasa 3B Bahagian 2 dan Bahagian 3 yang akan melalui Jalan Labu, Taman Galena, Jalan Tun Dr Ismail, Jalan Temiang dan Sikamat juga akan menyuraikan aliran trafik di kawasan Lobak, Temiang, Sikamat dan kawasan sekitarnya. Permohonan peruntukan bagi projek pembinaan

Jalan Lingkaran Tengah Seremban ini telah dipohon dalam senarai Projek RMK ke-12 di bawah Kementerian Kerja Raya.

PDRM terutamanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan membuat pemantauan, rondaan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kenderaan-kenderaan yang menghalang lalu lintas di lokasi yang dinyatakan. PDRM akan sentiasa membuat rondaan dan point duty di lokasi yang sesak terutamanya di persimpangan lampu isyarat. Sekian, terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Sila nyatakan jumlah kosnya untuk ni, Lingkaran Tengah yang akan, jumlah kos belanjaan berapa. Dan nak tahu tu bila jangkanya akan dilaksanakan. Kerana Lingkaran Tengah ini nampak ni sudah lama disebut, jikalau tak sasah, tak salah saya lebih dari 10 tahun, tapi rakyat Seremban ni tunggu ke tunggu. Tapi kami harap kerajaan yang baru ni boleh dapat melaksanakan dengan secepat mungkin dia. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Sebenarnya apa yang saya sebutkan tadi, kita akan mohon kepada apa, Kerajaan Pusat dalam RMK Yang ke-12. Ini bermaksudnya salah satu priority yang kita letakkan untuk tahun depan. Dan kita juga berharap dapatnya kelulusan daripada peringkat Kerajaan Pusat, dan kita akan mulakan projek itu, tersebut pada masa tahun depan, selepas kita mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat.

Dan untuk kos yang terlibat, saya tidak mempulah untuk menjawab pada masa ini. Dan saya mohon jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat Lobak berapa kos cadangan projek tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bahau. Kita pergi ke soalan berikutnya, Kota.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Assalamualaikum. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota. Penanaman pokok durian musang king di Kampung Panchang, Rembau di bawah

Program Pemulihan Dusun menggunakan peruntukan Persekutuan pada tahun 2015. Sejumlah 362 anak pokok durian musang king telah ditanam di bawah program tersebut di sekitar Kampung Panchang, Rembau melibatkan 100 orang peserta. Mengikut bancian terakhir, sejumlah 182 pokok durian musang king atau lebih, lebih kurang 53% sahaja yang masih hidup dan masih berjaga di kampung berkenaan.

Program penanaman pokok durian musang king ini di Kampung Panchang, Rembau ini kurang berjaya disebabkan sikap pengusaha atau pemi, pemilik kebun yang tidak menumpukan dan melaksanakan amalan agronomi yang baik kepada pokok-pokok durian yang telah ditanam ini. Amalan seperti penyiraman, pembajaan dan kawalan perosak tidak dilakukan dengan sepenuhnya. Selain itu, kerosakan anak pokok oleh haiwan ternakan yang juga menyumbang kepada kematian anak-anak pokok musang king yang telah diberikan. Sekian.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih jawapan tersebut. Saya ingin bertanya bahawa program daripada Kerajaan Persekutuan ini untuk masyarakat kampung ni kita sangat-sangat alu-alukan, terutama zaman Barisan Nasional dulu, kita banyak program ni, tanam musang king, tanam macam-macam pokok ada, ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya. Antara kekurangan, kurang berjaya tu sebab, salah satu kita bagitahu, mungkin disebabkan oleh sikap. Tapi saya nak tahu jugak, apa jabatan, kakitangan bantu dalam usaha untuk memastikan orang yang kurang mahir ni, di kampung ni yang kita tanam ni, dapat mendatangkan hasil atas usaha kita untuk tanam pokok musang king tersebut.

Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua, saya nak tahu jugak ada lagi tak kerajaan sekarang mengadakan program-program macam ni sebab program macam ni baik untuk masyarakat di kampung. Sebab kita di kampung ni, rumah tu kadang-kadang jauh-jauh antara satu sama lain. Jadi antara rumah ni boleh dicadangkan. Dulu kata, kalau dikatakan musang king ni tak berapa berjaya, apa rancangan kerajaan pulak untuk mengganti kalau boleh, tanaman-tanaman yang serupa. Jangan kita cuba hilang je. Jadi saya harap, bertanya, ada tak bantuan-bantuan seperti ini untuk kampung-kampung. Bukan di Panchang saja, makna mana-mana kawasan kampung yang ada seperti mana yang telah kita laksanakan dulu. Terima kasih.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Kota. Sebenarnya Jabatan banyak mengadakan kursus-kursus berkala dan yang boleh dipohon oleh pihak-pihak yang ber, berminat dan saya

rasa tidak, itu tidak menjadi masalah. Program yang di, di, di, disebutkan untuk durian musang king, kita ada lagi program di mana kita memberikan kelapa pandan ya di, di Port Dickson kira-kira 2 bulan yang lalu. Ianya merupakan program di mana kita memberikan pokok-pokok anak kelapa pandan untuk ditanam di sekeliling rumah. Satu rumah 2 – 3 benih yang kita berikan. Dan inilah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk menambah pendapatan penduduk di kampung di mana yang sesuai. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Jawab dah? Pasal musang king ni sebenarnya dia sensitif ya. Sikitlah, adik saya tanam 6 ekar musang king ni, dia sentiasa mesti ada air. Kalau tak ada air dia mati. Dia manjolah. Okay, seterusnya pergi kepada Sungai lui. Haa Temiang …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Bukan Temiang ke? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Temiang yang mengenai cadangan naik taraf Terminal 1 di Seremban. Untuk maklumat Yang Berhormat Temiang, memandangkan bangunan Pusat Pengangkutan Terminal 1 ini telah berusia lebih daripada 25 tahun, pelbagai kerosakan telah berlaku terhadap bangunan ini yang memerlukan penjagaan dan pembaikan yang lebih khusus. Antara masalah yang dihadapi adalah masalah gangguan bekalan elektrik, kebocoran, masalah tempat letak kereta dan motosikal.

Kerja-kerja naik taraf dan pembaikan perlu dibuat secara menyeluruh yang melibatkan pembaikan dan penyelenggaraan bangunan dan ia melibatkan jumlah peruntukan yang besar.

Beberapa siri perbincangan bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Malaysia telah diadakan sebelum ini khususnya mengenai pengurusan terminal bas di Malaysia.

Berdasarkan penelitian Majlis Perbandaran Seremban, cadangan untuk menaik taraf Pusat Pengangkutan Terminal 1 Seremban akan menggunakan dana pihak swasta sepenuhnya. Justeru itu, pihak Majlis akan mengenal pasti syarikat yang kompeten, ber, berkeupayaan dan berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan.

Dato’ Yang Dipertua, melalui kerjasama yang diberikan oleh pihak APAD, Majlis Perbandaran Seremban telah menerima beberapa cadangan untuk menaik taraf pengurusan Pusat Pengangkutan Terminal 1. Daripada cadangan yang diterima, kebanyakan syarikat hanya tertumpu kepada naik taraf Terminal Management System sahaja yang merangkumi Terminal Operating System, Centralised Ticketing System dan Public Information Display System berbanding naik taraf bangunan secara keseluruhan.

Pihak APAD berpendapat bahawa syarikat berkenaan tidak dapat mengemukakan cadangan dengan lebih menyeluruh kerana pengurusan di Pusat Pengangkutan Terminal 1 masih terikat dengan perjanjian sedia ada di antara pihak Majlis dan pihak One Park Management Sdn. Bhd.

Pada awal perbincangan, pihak One manage, One Park Management Sdn. Bhd. (OPM) bersetuju menyerahkan sebahagian pengurusan iaitu operasi keluar masuk bas kepada pihak Majlis dan hanya akan menumpukan kepada pengurusan tempat letak kereta dan motosikal sahaja.

Pada masa ini pihak OPM telah mampu, tidak mampu untuk menyediakan serta menguruskan Terminal Management System seperti yang dikehendaki oleh pihak APAD.

Bagi memberi peluang kepada cadangan naik taraf yang lebih menyeluruh, pihak Majlis dinasihatkan supaya mengenal pasti kesan sekiranya perjanjian pengurusan tempat letak kereta, bas dan motosikal yang sedia ada (yang masih berbaik [berbaki] lebih kurang 8 tahun) ditamatkan lebih awal daripada yang sepatutnya. Pihak Majlis sedang berbincang dengan pihak OPM berkenaan perkara ini supaya dapat diselesaikan secara win-win, menang-menang bagi kedua belah pihak.

Dalam masa yang sama, pihak Majlis juga ada menerima beberapa cadangan naik taraf keseluruhan bangunan, namun ianya tertakluk kepada perjanjian pengurusan sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Antara intipati cadangan yang diterima adalah seperti berikut:

 Pihak Majlis tidak akan mengeluarkan sebaran kos, sebarang kos bagi menaik taraf keseluruhan bangunan tersebut.

 Yang kedua: pelaksanaan cadangan naik taraf ini akan dapat menda, akan dapat meningkatkan hasil pulangan kepada pihak Majlis.

 Yang ketiga: mengecat keseluruhan luar dan dalam bangunan bagi mengatasi masalah cat yang suram pada masa ini.

 Yang keempat: mewujudkan ruang berhawa dingin bagi meningkatkan keselesaan pengguna.

 Yang kelima: pelaksanaan Terminal Management System (TMS) yang merangkumi Terminal Operating System (TOS), Centralised Ticketing System dan Public Information Display System.

 Yang keenam: penyusunan semula ruang-ruang perniagaan yang konsep yang terkini dan lebih moden bagi memaksimakan pendapatan kepada pihak pengurusan.

 Yang ketujuh: menyelesaikan masalah aras tempat letak kereta yang tidak digunakan, pencahayaan dan cukup terutama di tempat letak kereta dan motosikal.

 Yang kelapan: mengatasi masalah kebocoran bangunan.

 Yang kesembilan: memperkenalkan penggunaan teknologi hijau.

Dato’ Yang Dipertua, pada masa ini, pihak Majlis sedang menyediakan spesifikasi yang terperinci. Pihak Majlis berharap urusan menaik taraf Pusat Pengangkutan Terminal 1, Seremban ini dapat direalisasikan dan seterusnya mendapat sokongan penuh daripada penduduk Seremban dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, terima kasih jawapan yang sangat detail dan teliti oleh Yang Berhormat EXCO. Tapi saya melihat syarat-syarat yang digariskan oleh MPS terlalu ketat sangat di mana kena memenuhi semua syarat-syarat tersebut dan tanpa mengeluarkan sebarang wang, ini bukanlah senang untuk mencari mereka-mereka yang berminat untuk memajukan Terminal 1 ini. Maka saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri, selain dari syarat-syarat yang ditentukan, yang ditentukan, adakah apa-apa inisiatif ataupun insentif yang dipulangkan kepada pelaburan-pelaburan, pelabur-pelabur yang berminat. Kena win-win situation-lah, takkan satu pihak menang, yang lain tu kalah semua. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Saya rasa Yang Berhormat Temiang sedia maklum ya, bangunan tersebut dimiliki oleh Majlis Perbandaran

Seremban. Setiap sen yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Seremban itu merupakan hasil ataupun duit daripada rakyat. Dan ketika kita menguruskan kerana, ataupun kewangan kerajaan termasuk, termasuklah Majlis Perbandaran Seremban, kita perlulah berhati dan mengikut tatacara kita dan juga mengikut apa yang telah pun kita setuju ketika perjanjian itu ditandatangani. Dan saya rasa yang paling penting buat, pada masa ini, kita perlu mendapatkan satu syarikat ataupun operator yang benar-benar dapat membangunkan Terminal 1 ini secara keseluruhannya. Sebab apa yang kita lihat, kebanyakan datang cuma berminat untuk membangunkan di tingkat bawah saja, iaitu di terminal bas. Dan sebelah atas, parking semua, mereka kurang berminat. Dan kalau Yang Berhormat Temiang ataupun siapa-siapa di dalam Dewan yang mulia ini, khususnya ahli-ahli Yang Berhormat kalau ada siapa-siapa, mana-mana syarikat yang berpengalaman, bolehlah memintak mereka direct bertulis kepada Majlis Perbandaran Seremban supaya kita boleh meneliti cadangan mereka. Saya rasa dalam perkara ini, Kerajaan Negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban, kita masih terbuka lagi, dan kita masih menerima proposal ataupun cadangan yang membangun daripada syarikat-syarikat ataupun mana-mana pihak yang ingin membangunkan Negeri Sembilan.

Dan sebagai perkongsian dengan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ya, kita juga sedia maklum Terminal 1, di tepinya, di tepi Terminal 1 merupakan KTM station. Kita, kita juga maklum, KTM station ini dah lama, stesen keretapi ini memang dah beruzur, cuma dari segi kemen, dari Kerajaan Pusat, mereka memang telahpun membuat keputusan dan telah pun diumumkan oleh Yang Berhormat Chennah selaku Menteri Pengangkutan bahawa stesen keretapi kita akan dinaik taraf sebagai satu integra, intergration transporation hub. Jadi kita lihat memang adanya potensi stesen keretapi dengan ni apa, Terminal 1 ini untuk mereka integrated, untuk dua-dua ini dihubung kait bersama. Dan ini salah satu apa ni, secara langsungnya dia akan meningkatkan daya saingan Terminal 1. Dan kita lihat ini memang merupakan satu potensi. Sebab itu kita lihat pembangunan di sekitar Terminal 1, di sekitar KTM itu sepatutnya kita bantu untuk mempromosikan.

Dan untuk tapak yang terbengkalai di seberang Terminal 1 pulak, kita juga lihat adanya potensi untuk kita meneruskan pembangunan di situ. Kalau pada masa dahulu mereka boleh memberi alasan ni apa, market kurang baik kalau nak mendirikan shoping mall ataupun service apartment itu tak viable. Tapi kini kalau, jikalau sudah wujudnya potensi tersebut, saya rasa sudah tiba masanya kita untuk membangunkan bukan sahaja Terminal 1, tetapi kawasan-kawasan yang di sekitar Terminal 1.

[YB ADUN Rahang dan YB ADUN Rantau bangun serentak]

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih …..

Mohon mencelah …..

Boleh saya …..

Boleh saya mencelah sikit Dato’ Yang Dipertua. Saya nak tanya EXCO berkenaan, iaitu daripada Bahau, apakah Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan akan meneruskan rancangan yang mana ia telah pun dipersetujui untuk membangunkan secara bersepadu Stesen Keretapi Seremban dan jugak, termasuk jugaklah dengan dia punya Terminal 1 tersebut, dan ia merupakan satu pelan pembangunan bersepadu yang amat baik untuk Negeri Sembilan dan jugak Seremban, kerana temasuk jugak dengan kawasan pembangunan perumahan di tanah-tanah di belakangnya. Saya harap supaya Kerajaan Negeri Sembilan dapat meneruskan rancangan tersebut kerana ia amat baik bagi kawasan Seremban dan jugak kawasan-kawasan sekitar.

Yang Dipertua Dewan

YB.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Rantau. Seperti apa yang saya katakan tadi, KTM station, Kerajaan Pusat telah pun membuat pengumuman, mereka akan menaik taraf stesen per, tersebut dan untuk stesen tersebut, ia akan dijadikan oleh satu, transporting, integration transporation hub. Jadi saya rasa apa yang diutarakan oleh Yang Berhoramt Rantau itu, kita berharap ia akan menjadi kenyataan dan memang telah pun dilulus oleh Kerajaan Pusat. Sebab itu, baru-baru ini kita telah pun menerima, sekali lagi menerima permohonan Kebenaran Merancang sebidang tanah yang berada di seberang Terminal 1 yang selama ini …..

Mohon mencelah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. telah pun menjadi kolam air. Dan saya dengan adanya pembangunan di situ dan juga pembangunan-pembangunan

yang bakal berlaku di sebelah ni apa, Stesen Keretapi Seremban, itu dia akan membantu kita untuk membangunkan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Saya nak tambah soalan lagi ya. Satu. Ya. Naik taraf Terminal 1, di sini saya nak, nak bagitau terminal bangunan Terminal 1 ini, dia punya, dengan izin, entrance and exit guna jalan yang sama. So itu tak berapa sesuai untuk parking lot. So, bolehkah Kerajaan Tempatan ini yang nak, naik taraf di bangunan ni, bolehkah ia, baik, baikkan jalan yang ini, sebab jika, jikalau ada apa-apa kemalangan atau kebakaran, hanya ada satu dengan izin, emergency staircase atau staircase exit yang sangat sempit. So mesti ada masuk, jalan masuk dan jalan keluar. Tidak boleh guna satu jalan saja.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Jadi dalam cadangan ataupun pandangan daripada Yang Berhormat Rahang itu, kita akan mengambil kira dan tindakan yang sewajarnya akan diambil. Terim kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau. Kita pergi kepada Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor 2.

Terima kasih Yang Dipertua. Terima kasih jugak kepada Sungai Lui kerana mengajukan soalan. Bagi menjawab persoalan ini, penyusut, penyusutan ataupun kemerosotan harga sawit yang mendadak adalah disebabkan oleh kekurangan permintaan kepada komoditi ini dan menyebabkan kejatuhan harga pasaran dunia secara keseluruhannya, sekaligus memberikan kesan langsung kepada pekebun kecil dan peneroka FELDA. Kesan adalah lebih ketara disebabkan Malaysia kini menjadi antara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia selain daripada Indonesia dan Thailand.

Tiada permasalahan dari segi memastikan pengeluaran komoditi ini memenuhi keperluan jumlah pasaran tetapi terdapat kesukaran untuk mempertahankan harga supaya sentiasa ta, stabil dan memastikan ia tidak mudah mengalami kejatuhan.

Justeru, promosi terhadap produk atau komoditi sedang dipergiatkan oleh agensi yang terlibat terutama sekali Kementerian Perusahaan Utama, supaya ianya lebih dikenali oleh negara luar. Apabila permintaan lebih tinggi dari penawaran, akan menyebabkan harga turut meningkat dan memberi kelebihan kepada pengeluar terutama sekali penduduk feldalah.

Kerajaan Negeri melalui FELDA sentiasa berusaha bagi memastikan peneroka memperoleh sekurang-kurangnya pendapatan minimum iaitu 1,500.00 lah bagi yang biasa tu. Salah satu caranya ialah menjalankan operasi ladang dengan kos pengeluaran yang lebih rendah tanpa menjejaskan produktiviti ladang. Dengan cara ini pendapatan peneroka dapat ditingkatkan bagi menangani kejatuhan harga sawit. Ini jugak ada sikit masalah mungkin dengan syarikat FGV punya pengurusan sekarang inilah.

Antara bantuan yang telah diterima oleh peneroka ialah Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi peneroka-peneroka tanaman getah yang sudah berhasil bagi felda seluruh Negeri Sembilan. IPG diaktifkan apabila purata harga bulanan cup, cuplump berada di paras 2.20/kg dan ke bawah. Semua peneroka yang memiliki kad PAT-G yang sah layak memohon sebagaimana yang saya telah nyatakan lebih kurang 13 juta yang telah dituntutlah.

Selain itu, Penangguhan Perintah Lembaga Getah Malaysia (SES) Getah juga telah dilaksanakan apabila berlaku kejatuhan harga getah semasa. Peneroka yang layak memohon IPG juga layak memohon PSG ini di mana kadar tuntutan untuk PSG adalah tetap iaitu 13 sen, 13.92 sen bagi setiap kilogram getah dan bagi setiap bulan yang diaktifkan.

Kerajaan Negeri melalui FELDA, FELCRA dan RISDA juga terus berusaha untuk menyarankan pekebun-pekebun kecil dan jugak peneroka meningkatkan pendapatan melalui penawaran dan sokongan dalam usaha sampingan di bidang ternakan, pertanian dan perniagaan. Jadi ada usahawan-usawasn RISDA, usahawan FELDA dan usahawan apalah, RISDA. Program integrasi sebegini amat digalakkan supaya mereka dapat menjana pendapatan tambahan bukan hanya bergantung kepada satu jenis tanaman dan satu sumber pendapatan sahaja.

Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada sikap dan jugak tindakan daripada peneroka dan jugak pekebun kecil. Ada pekebun kecil yang melakukan extra ataupun kerja-kerja tambahan dengan menanam tananam-tanaman lainlah seperti nanas dan sebagainya. Tapi ini adalah usaha yang boleh dibantu oleh agensi-agensi yang terlibat, bergantung kepada permohonan dan jugak permintaan daripada peneroka dan jugak yang, pekebun kecil. Jadi kita bersama dengan agensi-agensi jabatan yang lainlah, berusaha untuk memastikan supaya penduduk-penduduk ataupun pekerja, pekebun-pekebun kecil dan peneroka ini akan dapat meningkatkan pendapatan mereka daripada masa ke semasa bagi mengatasilah ke, ke apa, kenaikan harga barang dan jugak ni, ni, dari segi kejatuhan barang komoditi itu, kelapa sawit dan getah. Terima kasih.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan tambahan. Dari segi realitinya sekarang, saya setujulah, sangat setuju seperti yang diperkatakan oleh ADUN Labu tadi. Tapi dari segi realitinya, di felda-felda khususnya, kadang-kadang dari segi kos, kos untuk mengeluarkan hasil tanaman dan sebagainya ni, hasil pertanian ni, semakin hari semakin meningkat ya. Contohnya okay, bila berlaku kekurangan buruh satu ketika dulu, ini diambil kesempatan untuk mengeluarkan hasil ni dengan, dengan kos yang begitu tinggi sebenarnya, kos begitu tinggi sampaikan kos memetik buah, ya, petik buah sampai 50.00 ringgit satu tan. Dan angkut ke kilang, ada sampai 40.00 – 50.00 ringgit jugak untuk satu tan. Bermakna dari segi kos mengeluarkan buah ni ya, dah sampai 100.00 satu tan ya. Kalau dah, kalau, kalau kita boleh buat kawalan tu sangat baik, ya.

Seterusnya saya pada pagi tadi, dah ada orang Whatsapp tentang satu, untuk menambahkan pendapatan ni di mana ia berkaitan dengan generasi kedua ataupun anak yang menumpang rumah mertua, berniaga kecil-kecilan di beranda ataupun di hadapan rumah ya, di hadapan rumah. Dia menyatakan tentang isu bil, bil air, di mana kalau dulu bayar 80.00 ringgit, 90.00 ringgit, 100.00. Tetapi hari ini meningkat kepada 200.00 lebih ke 300.00 ya, dengan perniagaan jual apa, sarapan pagi sampai tengah hari, macam tu, disebabkan oleh kenaikan caj air dia kepada, daripada domestik ke restoran ya. Dan dia kata, kalau mintak kalau, janganlah, janganlah diubah caj ni sebab itulah, numpang rumah mertua ni, maklumlah kan ya, kalau boleh janganlah cepat sangat diubah caj kepada perniagaan ataupun restoran ini ya.

Dan kalau boleh tadi, sistem pawah dan sebagainya ini untuk peneroka ataupun apa ni, kalau boleh dibagilah sebab ladang-ladang ni

merupakan satu tempat di mana, apa ni, padang, padang ragut yang percuma, yang ada di felda-felda seluruhnya. Sekian terima kasih.

Berhubung dengan kos apa ni, buruh dan sebagainya ni, tertakluk kepada peneroka dan jugak pihak FELDA-lah. Dia ada pelantikan dia punya kontraktor dia, dan saya tak boleh campur dari segi tu sebab dia ada give and take dan jugak ada dia punya perjanjian. Walau bagaimanapun kos memang sentiasa meningkat. Itu sebabnya kita bantu dan sebahagian daripada hutang-hutang peneroka ni kita hapuskan. Ada beberapa hutang yang tak, yang tak berkenaan dulu telah dihapuskan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, saya nak tambah lagi.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, yang hapus tu dari segi faedahnya. Untuk makluman ada yang dulu insentif-insentif yang dulu insentif dah dijadikan sebagai hutang sekarang ni. Itu, itu perlu …..

Itu, itu yang saya katakan, kita nak betulkan supaya benda tu dulu insentif, insentiflah. Tapi ini pihak FELDA dah buatkan dulu. Itu sebab saya cakap tadi, kita nak betulkan supaya peneroka-peneroka ini tidak menanggung hutang yang tidak sepatutnya. Itu yang kita nak betulkan. Dan dalam masa yang sama kita cuba membantu mereka menambah pendapatan. Dan ini bergantung kepada inisiatif dan jugak kebetulan di felda ni banyak orang tua, orang muda kurang, jadi itu sebab kita mula usahawan-usahawan muda di felda wujud di mana kawasannya agak luas dibanding dengan kampung-kampung, supaya mereka terlibat dalam penternakan, dalam pertanian yang lebih ekonomik dari segi, dari segi keluasan dan jugak apa dia, perancangan dia. Dan mereka-mereka ini merupakan siswazah-siswazah.

Dan saya bukan hanya bergantung kepada kepada FELDA saja, bergantung dengan semua jabatan. Kita bekerja as a team, satu pasukan. Jadi tak ada masalah. Jadi, bergantung kepada inisatif dan kita serulah kepada semua penduduk terutama anak-anak muda felda yang ada pendidikan peringkat ijazah ini masuk, ambil peluang ini, supaya kita gunakan keadaan ekonomi yang merosot ini untuk kita terlibat dalam bidang perniagaan kerana 9/10 daripada hasil ataupun

pendapatan adalah daripada pernigaan. Kalau nak bergantung kepada semua, pungut buah pun nak bagi pada orang, orang luar, orang asing, di mana orang kita nak bekerja, di mana kita nak dapat kenaikan pendapatan. Ini yang kita galakkan supaya wujud orang-orang muda di ka, di, di kampung-kampung dan jugak di felda supaya mereka terlibat secara langsung dan jugak terus menggunakan kepakaran mereka untuk meningkatkan pendapatan ya …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Untuk makluman Yang Berhormat Labu, saya tinggal di Pasoh 3, dan semua kerja-kerja ladang yang ada di Pasoh 3 ini diuruskan dan diapakan, oleh anak-anak peneroka di Pasoh 3, dan kebanyakannya memang anak-anak peneroka terlibat di dalam mengeluarkan hasil ladang peneroka pada ketika ini.

Ya, saya ucapkan syabaslah dan tahniah, ini yang saya, kami nak buat. Kami akan buat begitu supaya generasi muda di, di, di, diberikan peluang. Jangan dulu dibuat bangunan rumah untuk mereka, rumah tak siap, ini yang jadi masalah. Kami akan selesaikan. Dan kami akan pastikan mereka tak menumpang di rumah mertua sebab kita tahu, ramai generasi kedua ni. Dan kita perlu berikan keutamaan.

Dan untuk itu jugak, dari segi bayaran ini, saya tak boleh comment, SAINS punya apalah, walau macam mana pun, saya mintak supaya ada kelonggaran sedikit diberikan kepada semua pengusaha-pengusaha kecil ataupun usahawan-usahawan kecil di luar bandar. Dan sebagai contohnya, saya menggalakkan semua mereka-mereka ni yang berniaga ni, yang mula-mula berniaga kecil-kecilan ini, kita bantu dengan Tabung Usahawan Negeri Sembilan. Saya rasa banyak dah keluar, kita dah, sepatutnya ada kata nak beri, lebih kurang 600 orang, dah lebih. Sekarang ni dah dekat seribu orang lebih, dan inshaa Allah kita akan tambah lagi. Ini kita nak galakkan supaya orang lebih ramai lagi anak muda berniaga di kawasan-kawasan yang memang ada di felda-felda dan jugak di kawasan kampung-kampung. Terima kasih.

Dato’ …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, tadi berkenaan SAINS ya. Jadi saya mintak detail sikit, mengenai nama, alamat, supaya diberikan kepada saya untuk saya siasat perkara tersebut. Tak sepatutnya berlaku Dato’ Yang Dipertua.

Okay, Dato’ Dipertua, saya ada soalan tambahan. Pertama, berkaitan dengan menambah pendapatan ni, dan saya bersetuju apa yang disarankan oleh EXCO Luar Bandar tadi, saya mintak bukan sahaja peruntukan atau pembangunan kepada pertanian saja, tetapi kita juga menjurus kepada bidang teknikal, sebab kita lihat di luar bandar pun ada juga kedai-kedai anak-anak muda yang membaiki motor dan sebagainya. Jadi saya minta di bawah portfolio Labu, dapat memikirkan untuk dana-dana untuk anak-anak yang berkaitan. Itu yang pertama.

Apabila menyentuh tentang pendapatan, saya minta lebih luas lagilah, iaitu pertama, identiti pendapatan, menambah pendapatan Negeri Sembilan. Kalau Selangor disuruh tanam ganja. Kalau katakan di ne, Federal suruh tanam nanas, suruh tanam rambutan, tanam macam-macam. Tapi, tanam buluh dan sebagainya. Tapi di Negeri Sembilan apakah produk menambah pendapatan? Itu saya mintak di-patern-kan.

Kemudian seterusnya saya melihat tentang Tahun Melawat Malaysia 2020 di mana pada masa ini kita boleh menambahkan ataupun menjana pendapatan pada usahawan-usahawan. Jadi adakah Kerajaan Negeri bersiapsiaga untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia bermakna tahun melawat Negeri Sembilan tahun 2020. Itu yang kedua.

Yang ketiga saya bertanya lagi, tentang pendapatan. Jadi kita lihat sekarang ni, apabila dengan kos sara yang hidup yang meningkat, pekerjaan yang berkurangan ataupun tidak ada pekerjaan, mahasiswa-mahasiswa ataupun anak-anak muda lepasan ijazah dan sebagainya tidak ada pendapatan, tidak ada pekerjaan. Jadi mereka hendak memulakan. Saya menyahut cabaran dan kata nabi pun, perniagaan itu adalah hasil keuntungannya 9 daripada 10. Gaji EXCO-EXCO kita pun, gaji-gaji kita pun tidak sampai 9/10. Tetapi apa yang nak saya sarankan sekarang ni, cara bagaimana kita nak mendekati mereka ini, untuk menggalakkan bidang perniagaan.

Jadi yang saya nampak satu di kawasan saya, alhamdulillah, terima kasih kepada pihak Majlis. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada pihak Majlis sebab saya selalu berhubung. Dan jangan pulak menuduh saya ada berkompromi dengan ada apa-apa dengan pihak ni, sebab pihak kerajaan suruh saya berjumpa, saya berjumpalah. Jadi di kawasan saya, alhamdulillah setakat ni dah dapat 10 petak dah, anak-anak muda dah berniaga dah. Alhamdulillah, terima kasih kepada Majlis Daerah Tampin, Yang Dipertua-nya ya, dan anak-anak buahnya. Tetapi yang saya nak lihat sekarang ni, harga pulak. Harga tapak. Setengah hari, setengah hari berniaga, sebulan 80.00 ringgit. Kalau satu bulan, berniaga daripada pukul 7 pagi sampai 5 petang, harganya

160.00 ringgit, berbanding dengan gerai-gerai Majlis Daerah, Majlis Daerah gerai-gerainya 120.00 ringgit sebulan. Jadi, di sini nampakkan, petak-petak tadi, ni, bumbung ado, dinding tak ada, dapur tak ada, pinggan mangkuk tak ada, nak minum pun tak ada, tetapi caj yang dikenakan tu terlalu tinggi. Jadi saya mintalah, cara bagaimana pulak kita nak meminta mengurangkan ataupun mekanisma cara bagaimana untuk kita memastikan anak-anak muda ini boleh berniaga tanpa mencajkan atapun mengenakan bayaran yang tinggi. Kadang-kadang mereka berniaga ni nasi lemak, goreng pisang, air. Jadi itu nampakkan tak berapa, harga tu tak berapa sesuailah. Jadi, itu yang ketiga.

Yang keempat, bolehkah atau tidak, kita tiru kerajaan dulu, memberi kelonggaran lesen, mencari tapak-tapak yang sesuai untuk mereka berniaga lagi. Sebab saya lihatkan kawasan parking di kawasan Gemas terlalu banyak, kosong tak digunakan. Tapi apalah salahnya cara mendatangkan pendapatan negeri, kita mintak Kerajaan Negeri di bawah Majlis Perbandaran, Majlis Daerah untuk memperbanyakkan tapak-tapak berniaga ini kepada mereka. Dan satu lagi cadangan saya, apalah salahnya kita ambil berniaga di bazar Ramadan, untuk menetapkan tapak-tapak mereka dulu untuk mereka berniaga. Dan kita tetapkan hari atau tarikhnya untuk mereka berniaga. Katakan habis bulan Ramadan. Tapak dah kosong semula. Jadi tapak tu dah lengang dah sebagainya. Tapi kita menjadikan ianya sebagai rutin, bazar apa nak buat, namalah apa-apa bazar, bazar Negeri Sembilan, selain daripada apa, Negeri Sembilan Fest dan sebagainya, buatlah, tapak-tapak tersebut digunakan sekali lagi. Dan inshaa Allah pendapatan mereka akan bertambah. Dan rakyat tidak akan rasa terbeban dan sebagainya. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Banyak soalan Gemas tu …..

Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. ingat satu. Jap, jap.

Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap, ingat satu soalan ni …..

Nampaknya Temiang …..

Yang Dipertua Dewan

….. Chembong …..

….. Temiang tak berani kacau Gemas, Dato’ Speaker. Temiang tak berani kacau Gemas walau …..

Yang Dipertua Dewan

5 soalan dia …..

….. pun Gemas cakap panjang …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan jahatlah, jangan jahat.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Kita hormati Speaker.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan pasang apilah, jangan pasang api. Steady, steady.

Yang Dipertua Dewan

Bagi, bagi Labu.

Saya tak tahu beberapa ada yang aktiflah, saya tahu, dapat comment daripada Pejabat Daerah. Itu sebab dalam mesyuarat yang lalu, dalam Dewan yang lalu, saya sebutkan, siapa pun kita, kita ada amanah, tanggungjawab yang perlu kita laksanakan. Jadi bertemulah, berjumpalah, dan bawaklah kita berunding, kita tak ada masalah. Yang baik kita teruskan. Yang tak baik, kita be, perbetulkan. Yang mana yang baik kita tambah baik lagi, inshaa Allah. Sebab itu kita ada Tabung Usahawan Negeri Sembilan, yang pertama kali kita beri percuma, tak ada bayar apa-apa balik, 3,000.00 …..

Yang Dipertua Dewan

3,000.00 ya?

….. ini yang kita nak tambah. 3,000.00 untuk satu usahawan yang baru nak belajar, yang nak berniaga goreng pisang, nasi lemak tadi, kita bantu dia orang dengan syarat, ada beberapa syaratlah. Itu kita mintak semua ADUN ni war-warkan kepada semua anak buah yang ada di kampung-kampung, di kawasan masing-masing mintak. Kalau tak cukup nanti, kalau perlu tambah lagi, kita akan tambah, bergantung kepada ulasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar-lah. Saya sebagai EXCO, saya menyatakan bahawa keperluan-keperluan ini perlu diutamakan, terutamanya penduduk luar bandar. Saya tahu, dan saya merasai sebab saya bertemu, saya masuk berjumpa dengan semua orang di kampung-kampung dan jugak di felda-felda. Jadi itulah harapan saya. Jangan salah menyalah, kita teruskan usaha ini dan memang kita perlukan semangat gigih daripada semua pihak untuk membantu mereka-mereka yang sedang berusaha untuk memperbaik diri dan jugak keluarga. Terima kasih. Dan jugak mana perkara-perkara yang apa, cadangan-cadangan tu, saya akan cuba pertimbangkan. Dan kita kemukakan kepada pihak yang, yang berkenaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Cumalah, saya nak nasihatkanlah kalau minta soalan tambahan, satu je, ni sampai 5 soalan dia tadi. Jadi saya sporting-lah, pasal untuk kepentingan rakyat saya, untuk orang kampung, orang luar bandar ni, saya terima tadi. Biasanya saya tak bagi tu, ya, okay. Saya persilakan Seremban Jaya tak ada, Lobak nak ambil peluang untuk.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, terima kasih kerana beri peluang saya mewakili Seremban Jaya. Saya mengemukakan soalan nombor 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Lobak yang mewakili Seremban Jaya mengemukakan soalan 1 iaitu mengenai peruntukan pembangunan Majlis Perbandaran Nilai dan juga Majlis Perbandaran Seremban.

Dato’ Yang Dipertua, jumlah peruntukan pembangunan yang telah diterima oleh Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai bagi tahun 2019 adalah sebanyak 98 ju, 98,107,467.81. Manakala jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh MPS dan MPN adalah sebanyak 46,112,724.35. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Kami syabas dan tahniahlah, kerana yang 2 Majlis Perbandaran ni, Nilai dan Seremban ni akan di-merge dengan izinnya, dan menjadikan Bandaraya pada tahun akan datang. So kami berharap apa peruntukan akan ditambah atau tidak pada tahun yang akan datang ini, supaya, sudah jadi Bandaraya, apa pemaju akan diutamakan. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Sudah tentunya selepas majlis, majlis, Majlis Bandaraya Seremban diwujudkan, tentunya peruntukan akan bertambah dan kita akan memohon lebih banyak peruntukan daripada Kerajaan Pusat. Dan pada masa yang sama, Kerajaan Negeri, kita akan memastikan pembangunan-pembangunan yang telah pun dirancangkan, akan diteruskan. Dan yang paling penting kita tak akan menaikkan cukai taksiran am di kawasan Majlis Bandaraya iaitu kawasan yang diselia oleh Majlis Perabandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai sebelum ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Dipertua, satu je soalan.

Yang Dipertua Dewan

Satu?

Tambahan, berkaitan MPS dan MPN tadi. Saya nak tanya, cukai taksiran tahun ni, tahun ni, ya, MPS dan MPN, ada tak dinaikkan? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Kadar cukai tidak dinaikkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau. Kita pergi kepada YB Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 1 ya.

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada sahabat saya ADUN Johol. Kerajaan Negeri sentiasa bersikap terbuka membantu semua institusi masyarakat terutamanya pihak MPKK dalam menyelesaikan masalah rakyat melalui kepimpinan peringkat akar umbi khususnya Yang Berhormat ADUN, tidak kira sama ada ianya adalah YB ADUN kerajaan ataupun bukan kerajaan ataupun mereka-mereka yang digelar sebagai Penyelaras DUN. Ini dibuktikan dengan keprihatinan pihak Kerajaan Negeri dengan menyalurkan peruntukan kepada YB ADUN kerajaan, YB ADUN bukan kerajaan dan Pegawai Penyelaras DUN.

Kerajaan Negeri berharap, dengan penyaluran peruntukan kewangan berkenaan, YB ADUN kerajaan dan jugak bukan kerajaan dan pegawai, Pegawai Penyelaras DUN dapat terus bekerjasama rapat dengan pihak MPKK dalam memenuhi keperluan penduduk tempatan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Saya nak jelaskan sikit sini supaya lebih jelas bahawa peruntukan ada, walaupun pembangkang sekarang ni kita beri jugaklah sikit peruntukan, tak sebanyak ataupun tak ada langsung seperti kita dapat dulu sebelum ini. Tapi walau macam mana pun, peruntukan itu boleh diguna pakai atas kepentingan ataupun merujuk kepada keperluan Yang Berhormat DUN pembangkang. Dan dalam masa yang sama, saya mintak supaya bekerjasama dengan MPKK, yang melibatkan kampung-kampunglah, ataupun di felda ada dia punya ketua kampung ataupun dia, yang dikatakan di bawah FELDA, ataupun di kawasan yang telah ni, mendapat geran, ada MPKK jugak, termasuk jugak kampung barulah. Saya mintak supaya penyelarasan ada, dan permohonan ini dihantar ke Pejabat Daerah ataupun melalui Pejabat berkenaan dan copy diberikan kepada, sama ada EXCO ataupun ADUN yang berkenaan, supaya benda ni dapat diselaraskan dapat ada, jangan ada salah fahamlah. Kadang-kadang ada permohonan ini dihantar terus tanpa dirujuk mungkin kepada MPKK, jadi mungkin projek datang. Ini terutama projek federal-lah, federal ya maksud saya ni. Jadi kalau boleh dimaklumkan dan jugak Pejabat Daerah jugak kena memainkan peranan supaya dapat memaklumkan kepada mana-mana projek sama ada daripada pihak pembangkang ataupun pihak kerajaan, dapat dimaklumkan kepada semua MPKK yang terlibat. Sebab masalahnya timbul apabila tiba-tiba mereka tak, tak tahu, bukan permintaan mereka, tapi projek dah berjalan dalam kawasan kampung mereka. Nak elakkan dari segi kekeliruan dan salah fakta dan jugak salah anggapanlah. Itu.

Dan untuk itu jugak, saya rasa semua ADUN-ADUN di kawasan pembangkang boleh menyampaikan permohonan ataupun permintaan mereka dan boleh salurkan kepada mungkin EXCO ataupun kepada kerajaan atau ketua-ketua jabatan berkenaan. Itu yang boleh dapat saya sampaikanlah sebab kita tak ada menganaktirikan sebab kampung ini semua didiami oleh pelbagai parti, dan jugak sebagai apa semua, tak terlibat. Jadi kita tak perlu bergantung kepada parti, kita mesti fikirkan keperluan kepada masyarakat. Macam jalan kampung, jalan luar bandar, kita, kalau rasa perlu dibuat di kawasan Johol, saya rasa kita buat. Dan kalau rasa tak perlu buat di kawasan Labu, tak payah, usah buat. Jadi ini yang kita utamakan. Dan oleh kerana bajet ni sentiasa ada, dan saya dimaklumkan bahawa mulai tahun, tahun ini, kita dah boleh menggunakan peruntukan daripada MARRIS yang banyak ya, untuk membaik pulih dan jugak meng apa, menambah ataupun sama ada yang dikatakan tadi, membetulkan sebagai-bagainya yang berkaitan dengan kampung, gunakan peruntukan MARRIS.

Jadi itu makluman dan jugak, ni projek ni banyak, banyak duit dan dikata tadi, kalau tengok dalam bajet ada 200 juta, ni banyak projek ni. Dan mintak semua tuan-tuan kena berusaha, hantarkan cadangan, hantarkan permohonan, dan melalui saluran yang terten, yang betullah. Terima kasih.

Satu je soalan saya, iaitu tadi disebut ya, bekerjasama dengan, ADUN pembangkang,bekerjasama dengan MPKK. Saya pernah ya, lakukan ni, adalah 5 – 6 orang yang datang, tiba masa apa, masa saya punya perjumpaan raya pun ramai yang datang, tapi malangnya mereka-mereka ni diberi amaran oleh rakan-rakan yang lain termasuklah Penyelaras DUN. Jadi apa tindakan. Soalan dia, tindakan daripada EXCO, daripada ni, YB Labu.

Yelah dulu pun ada jua berlaku, tapi pandangan saya, saya sebagai EXCO yang, yang terbuka, kerajaan baru juga bahawa tidak ada masalah, biasalah, kalau boleh ikut peraturan. Saya tahu ada beberapa pegawai-pegawai yang mengemukakan terus direct kepada institusi sama ada KEMAS dan sebagainya, kena melalui, supaya mereka ini dapat menjawab. Ada kes-kes yang terus …..

Soalan saya tadi, kan, adakah arahan yang men, me, apa, me, me, menghalang ya, menghalang Pengerusi MPKK tadi bekerjasama dengan ADUN pembangkang. Sebab berlaku di tempat saya, dan adalah 5 – 6 orang yang memberikan kerjasama

dengan saya dan sebagai dia, dan hadir dalam majlis saya. Tapi mereka-mereka ini kesudahan tak berani lagi. Sebab apa, saya tanya, sebab telah dihalang untuk bersama dengan ADUN.

Saya ingat benda ni boleh dimaklum pada, pada kami yang terlibat, direct-lah. Pandangan saya jelas bahawa jangan melibatkan parti, melibatkan program parti, tapi melibatkan ADUN tak ada masalah. Kita ada masuk di sini, kita mention dalam Dewan ini, inin kita rekod dalam Dewan bukan cakap belakang-belakang, kita cakap dalam Dewan, boleh tetapi mengiktu peraturan, saluran yang betul. Itu saja yang saya nak jelaskan. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sikit sikit, Dato’ Yang Dipertua, sikit je. Berkaitan dengan MPKK. Pertama saya, pertamanya saya nak bertanya kepada EXCO, kepada Labu, pertama, pertamanya tentang beberapa orang MPKK ini dia tinggal di luar kawasan ya. Di, contohnya kalau di Jelebu ada di antaranya tinggal di Nilai, di Seremban ya. Jangan tanya MPKK tu, kalau tanya MPKK tu, tak ngaku dia doh, pasal dia sayang elaun 900.00 tu, tanya anak-anak buah dia, ya. Apa tindakan supaya, kerana susah anak-anak buah nak berhubung dengan MPKK ya.

Kemudian bilakah MPKK yang, yang kosong ni, yang ada meninggal ya, ada yang tengok ada yang di antaranya sakit yang, yang tdak boleh untuk menjalankan tanggungjawab tu diganti, di kawasan saya Pengerusi MPKK meninggal dengarnya tak diganti lagi ya. Terima kasih.

Dato’ Speaker, saya rasa sekalilah soalan tambahan saya tak sempat tadi kan. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Labu, berkaitan dengan soalan saya tadi, berkaitan dengan check and balance ni, sebenarnya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Labu kerana keterbukaan dari segi dasar Kerajaan Negeri tu, maksudnya kita berhubung sepertimana yang dikatakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Seri Menanti tadi, kita boleh berhubung secara terus di antara MPKK dan ADUN bukan kerajaan. Tapi sebenarnya di bawah benda ni kurang berlakulah kan. Contohnya dulu ada peruntukan 10 ribu dibagi kepada setiap MPKK kan, jadi kita pun tengok saja ada buat gotong royong, dan ada satu kempen pulak gotong royong bersih kubur kan, semua bersih kubur ya, kan. Padahal 10 ribu boleh dimanfaatkan dengan benda-benda yang lain. Ada pulak MPKK beli lembu pulak. 2 ekor 10 ribu, 2 ekor dah habis 9,000.00 tinggal 1,000.00 duit khemah kan. Jadi benda-benda macam ni, soalan saya,

check and balance, jadi kita jugak mengetahui dan jugak ada benda-benda yang priority maksudnya macam longkang-longkang yang, sebab kami di wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat kan, lebih berdamping dengan rakyat dibandingkan dengan Penyelaras DUN kan, dibandingkan dengan MPKK itu sendiri kan. Jadi benda ni saya rasa mohon kepada kerajaan negeri, kepada Yang Berhormat Labu kan, kita dah bercakap dalam Dewan ini, kita kena buat di bawah.

Sebenarnya sebab kalau nak rujuk, dulu pun pernah soalan saya jugak berkaitan dengan aktiviti ya, contoh nak buat aktiviti di masjid, pada tahun, soalan pada tahun, 23 haribulan 4 tahun 2019, bahawa Kerajaan Negeri tidak ada halangan kepada anggota bukan kerajaan, apa ni, ADUN bukan kerajaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah, di masjid dan sebagainya. Tetapi hujungnya, imam dipanggil untuk, diberi surat tunjuk sebab dan sebagainya sebab pernah hadir bersama dengan pihak ADUN bukan kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua …..

Terima kasih kepada pertanyaan dan jugak pandangan Yang Berhormat …..

Dato’ Yang Dipertua, saya tambah sikit je, jawab bersekali.

Kang lobih bona lak soalan kang.

Tak tak, sikit je. Pencerahan saja, pencerahan berdasarkan jawapan yang diberikan oleh YB EXCO tadi. Ya, betul. Saya, saya setuju sangat kerana ada kalanya kami wakil rakyat khususnya pembangkang di kawasan ini, tak tahu, tak ada maklumat tentang, tiba-tiba je ada kerja-kerja atau pembangunan yang telah dibuat. Dia jadi masalah Dato’ Dipertua, kerana kadang-kadang golongan masyarakat yang tak setuju, tak setuju. Eh apasal buat kat sini, apasal, apasal turap jalan yang dah elok ni, tapi yang kat sini yang dah lama lama tak turap, tak turap lagi. Jadi saya nak pencerahan tadi, kalau betul apa yang saya dengar YB EXCO kata yang setiap pembangunan atau kerja-kerja yang akan dibuat itu, ataupun dicadangkan itu akan dimaklum kepada wakil rakyat pembangkang,

saya amat-amat mengalu-alukan kerana ia boleh apa tu, menghindari masalah macam ni. Dato’ Dipertua, terima kasih.

Saya ucap ribuan terima kasih banyaklah pandangan, cadangan. Kita ni ibarat setahun jagung. Saya faham, selepas tuan-tuan memerintah 60 tahun pun banyak salah, apatah lagi kami yang baru. Walau macam mana pun, kami akan pertingkatkan. Saya tahu 90% pelantikan telah dibuat, inshaa Allah akan selesai sikit masa lagi dan kita jugak telah buat penilaian awal, dan kita telah panggil semua setiausaha dan jugak pengerusi, kita tengok dan kita check balik dia punya integriti dari segi perbelanjaan. Jadi kita tak bercakap. Kita tak boleh cerita, cerita semualah. Jadi kita pastikan kalau ada mereka-mereka yang melanggar dari segi integriti, dari segi penyalahgunaan kuasa, kita akan ambil tindakan. Itu sebab saya dah, telah buat statement beberapa minggu yang lepas bahawa kita akan ada perubahan kepada mana-mana jawatankuasa sama ada pengerusi atau MPKK yang, yang melanggar ataupun tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Kita ada 4 kriteria yang utamalah. Pertama dari segi integriti. Bagaimana hubungan dengan masyarakat di kampung, dengan surau, masjid dan sebagainya. Dan jugak bagaimana mereka membelanjakan. Dan juga yang keempat, bagaimana mereka merancang untuk kemajuan kampung dan jugak kawasan di bawah jagaan mereka. Dan kita perlukan supaya benda ni dapat sokongan jugak daripada ADUN-ADUN dan kalau ada masalah yang melibatkan apa-apa saja, boleh hubungi, tak ada masalah. Dan saya jugak pergi ke merata-rata kampung di seluruh Negeri Sembilan, jadi kalau ada, kita tak ada, tak ada masalah, kita cuba rapatkan. Kalau tak boleh antara tuan, Yang Berhormat dengan mereka, mungkin saya jadi, boleh jadi moderator untuk sama-sama kita pastikan kalau bukan kita yang majukan kampung, siapa lagi. Kitalah orang, ADUN dan jugak MPKK yang berada di kampung, di dalam DUN masing-masing untuk memajukan kampung. Itu saja harapan saya. Terima kasih.

Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Labu. Saya …..

….. tentang pencerahan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, saya …..

Yang Dipertua Dewan

Saya rasa cukuplah. Saya tak nak bagi dah …..

YB ADUN ….: Tuan Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. 11:35.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, dengan izin. Saya nak jawab tentang peruntukan 10 ribu di MPKK tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Okay, silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Peruntukan tersebut adalah berdasarkan permohonan kepada KP apa, Kementerian Luar Bandar. Dan peruntukan tersebut harus dibelanjakan mengikut permohonan-permohonan yang ditetapkan melalui Pejabat Daerah. Jadi tidak ada permasalahan beli lembu 2 ekor, itu semua dalam permohonan-permohonan mereka yang telah diluluskan. Dan perbelanjaan haruslah mengikut permohonan yang telah ditetapkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya kira masa dah mencemburui kita. Ni lebih ni, 11:35. Jadi saya tak boleh biarkan soalan-soalan lisan. Dan saya nak masuk kepada agenda kita yang seterusnya iaitu …..

RANG UNDANG-UNDANG (Sambungan)Bill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2020) 2019 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan. Saya persilakan jika ada ahli Yang Berhormat, saya persilakan, seperti semalam kita berjanji untuk penggulungan, saya

persilakan Yang Berhormat ahli majlis Kerajaan Negeri untuk menggulung. Paroi ya?

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Sikamat, dan ahli Dewan yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan membacakan firman Allah SWT [melafazkan bacaan ayat seribu dinar: ayat 2 dan 3 dari surah At Talaaq]. Maksudnya, dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, yakni dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan ingatlah, sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah maka Allah cukupkan baginya untuk menolong dan menyelamatkannya, sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya, Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini, Dato’ Yang Dipertua, ayat seribu dinar ya. Yang biasa dinaikkan di kedai-kedai kononnya sebagai pelaris. Tetapi bagi kami Kerajaan Pakatan Harapan, ayat ini menjadi pedoman kepada kami. Bahawa sesungguhnya yang memberikan rezeki kepada kami yang menaikkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri ini adalah Allah SWT dengan syaratnya, iaitulah takwa kepada Allah, meninggalkan segala yang ditegahNya dan membuat, melaksanakan apa yang diperintahkanNya. Inilah yang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Walaupun dia bukan tokoh korporat, ya bukan tokoh korporat. Tetapi saya nak ingatkan jugak beliau bukannya tokoh keparat yang merembat duit rakyat. Orang rasa keras, guna keparat, tapi itulah istilah yang kita kena berikan kepada orang yang tidak amanah kepada wang rakyat yang telah diberikan. Yang Berhormat Sikamat hanyalah bekas seorang pegawai SPRM, tetapi di dalam jiwanya telah ditanamkan sikap benci kepada rasuah yang menjadi ikutan kami ahli Mesyuarat EXCO dan pegawai-pegawai kerajaan. Dan ini menjadi rahsia kenapa pendapatan Kerajaan Negeri dapat ditingkatkan.

Dato’ Yang Dipertua, banyak jugak disentuh berkaitan dengan pilihan raya yang ke-14, dan pilihan raya – pilihan raya kecil yang telah berlaku. Saya ingin mengulas kembali, membaca kembali ayat yang sering saya baca [melafazkan bacaan dari ayat 26 Surah Al Imran]. Katakanlah sesungguhnya kerajaan ini milik Allah SWT, Allah naikkan kerajaan yang Dia kehendaki dan Allah jatuhkan mana-mana kerajaan yang Dia kehendaki, Allah muliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan

Allah hinakan sesiapa yang Dia kehendaki. Pada sisi Allah-lah segala kebaikan, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Kami bersyukur kepada Allah SWT, Pilihan Raya Umum Yang Ke-14 telah mengajar rakyat Malaysia ini bahawa sesungguhnya kerajaan ini boleh ditukar, kurafat yang diajar sekian lama, bahawa sesungguhnya kerajaan ini hanya boleh dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional telah berjaya kita padamkan. Kononnya yang berjaya, yang boleh bangunkan negara hanya UMNO dan Barisan Nasional. Sehingga ada orang kampung ya, yang menoreh getah pun takut nak ubah kerajaan kononnya takut kena pindah, kena tukar. Ini sesuatu yang malang dan kita berbangga dengan perubahan ini kerana Malaysia satu-satunya negara yang berjaya membuat perubahan dengan tidak ada setitis darah yang berlaku.

Dato’ Yang Dipertua, ada cerita sikit bab politik ni. Ada sebuah sekolah, Guru Besar dia, Guru Besar dia takut dengan tukang kebun. Ini pelik ya, Dato’ Yang Dipertua, tapi bila-bila check, ni berlaku dululah, kerajaan dulu, bila check tengoknya, rupa-rupanya …..

Dato’ Yang Dipertua, mohon Dato’ Dipertua. Mohon, mohon, mohon mencelah. Mohon mencelah. Dah, dah …..

Saya tak bagi, saya tak bagi.

Dah 5 minit ni tak ada bercakap pasal bajet langsung ni, langsung tak cakap pasal bajet.

Saya tak bagi, sila duduk. Haa ni cerita menarik ya. Tukang kebun marah kepada Guru Besar. Rupa-rupanya tukang kebun tu Ketua Cawangan ya. Jadi ini tidak akan berlaku zaman kerajaan baru Pakatan Harapan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Haa, boleh mencelah tak Dato’ Speaker?

Saya tak bagi, saya tak bagi.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tak ada …..

Tolonglah, sila duduk …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. satu tuduhan.

….. tadi tuan Sungai Lui bercakap saya tak kacau pun. Sila duduk. Hari ini …..

Dato’ Yang Dipertua …..

….. kerajaan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. saya bukan nak mencelah Dato’ Yang Dipertua ….

….. Pakatan Harapan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya nak betulkan fakta yang ada …..

Yang Dipertua Dewan

Semalam, semalam, dah dah, duduk duduk. Saya nak cakap …..

Saya nak bercakap sikit Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, duduk duduk. Semalam saya dengar Palong cakap semalam, dia ulas Tanjung Piai, saya tak nak kacau dia, pasal dia kata nak bahas. Duduk duduk duduk. 2 – 3 orang cakap macam tu semalam. Jadi tuan-tuan, saya dah sebut, kalau tuan-tuan cuit, orang pun boleh cakap. Jadi sama-sama tahan telingolah, saya pun tahan telingo tuan-tuan cakap semalam, saya tak, tak ado saya suruh, Palong duduk duduk duduk. Jadi sekarang ni kena tahan telingo pulaklah. Dio nak jawab balik …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. duduk duduk duduk. Sama-sama kito bersabar, tak apa duduk.

Dato’ Yang Dipertua, semalam, …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

….. semalam, Tuan Yang Dipertua suruh saya duduk, saya duduk……

Yang Dipertua Dewan

Saya tak benarkan.

Semalam saya cakap kata policitcal …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. semalam yang saya sebut, yang saya sentuh yang je bab ni, Tuan Speaker pendekkan masa saya.

Yang Dipertua Dewan

Duduk duduk.

Duduklah, duduk duduk.

Ceramah agama ke apa ni? Ceramah agamo?

Yang Dipertua Dewan

Duduk. Samo jo semalam tu …..

Semalam kenapa tak diberi cakap …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Palong, duduklah Palong. Hormati Speaker-lah Palong.

Speaker, sikit sikit.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Jangan kacau.

Semalam saya tak diberi cakap haa.

Dato’ Speaker sikit je.

Yang Dipertua Dewan

Okay, tak ada sikit-sikit dah. Saya tak benarkan langsung, duduk.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sama-sama duduk.

Kita tak kesah, kita bukan …..

Yang Dipertua Dewan

Saya berdiri kang, yang berdiri tu kang saya hantar keluar. Haa duduk.

Jawab, jawab. Cakap pasal bajet.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Keputusan Speaker muktamad.

Cakap pasal bajet.

Yang Dipertua Dewan

Tak saya …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Hormat Speaker.

Jawab, jawab soalan haa. Mintak dia jawab soalan.

Ini mukadimah, ini mukadimah, nak jawab sabar, sekejap lagi.

Yang Dipertua Dewan

Duduk Palong.

Palong pun semalam mukadimah jugak.

Yang Dipertua Dewan

1 – 2 – 3 – 4 – 5 – 6 – 7 – 8 – 9 – 10. Kalau ada yang berdiri saya hantar luar, ada yang bercakap, hantar luar. Silakan.

Terima kasih di atas ketegasan. Terima kasih dan tahniah di atas ketegasan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Sesungguhnya pegawai atau kakitangan awam hari ini dapat bekerja tanpa tekanan politik. Mereka boleh bekerja dengan tegas pada prinsip yang bukan takut kepada tekanan dan arahan politik. Sebab itu saya bersyukur dengan perubahan yang berlaku ini. Hari ini dengan kerajaan baru, kedudukan kaum wanita jugak telah diangkat. Hari ini buat pertama kali dalam sejarah Negara Malaysia, Timbalan Perdana Menteri kita adalah daripada kaum wanita. Ketua Hakim Negara, pun daripada kaum wanita. Di Negeri Sembilan, Pegawai Daerah Tampin buat pertama kalinya kita lantik daripada kaum wanita. Kabinet Malaysia sebagai, semakin ramai menteri wanita, 4 – 5 Menteri Penuh, 4 Timbalan Menteri. Wanita kita angkat kerana kebijaksanaan mereka, ketelitian mereka dan kesungguhan mereka membuat kerja. Wanita bukan sekadar untuk kita ajar pergi shoping beli beg tangan Birkin, itu bukan tugas wanita. Kita angkat wanita yang telah melahirkan kita semua seperti tahap yang telah diajar oleh agama kita sendiri.

Sebab itu saya bersyukur di atas apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Yang Ke-14, doa kami, yang sentiasa kami panjatkan kepada Allah: Ya Allah ya tuhan kami, jika sekiranya ada kebaikan kepada kerajaan yang memerintah hari ini, Engkau teguhkanlah, Engkau panjangkanlah umur, jika tidak ada kebaikan pada kerajaan yang ada hari ini, Engkau tukarkanlah kepada kerajaan yang lebih baik demi rakyat seluruhnya. Inilah doa kami. Kami tidak angkuh dengan jawatan dan kekuasaan ini kerana apa yang akan kita jawab di hadapan Allah ialah apa yang kita pegang dan amanah yang kita pikul. Inilah yang menjadi tanggungjawab kepada kita semua.

Dato’ Yang Dipertua, ada jugak disentuh berkaitan tabung khas untuk Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Saya jugak sangat bersetuju supaya diberikan perhatian. Tetapi sebenarnya Yang Amat Berhormat telah sebut di dalam belanjawan bahawa akan ada tabung khas yang akan dikhususkan untuk prasarana Sekolah

Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan yang berjumlah 1.5 juta ya. Jadi, tidak timbul persoalan, itu akan dijawab oleh Yang Berhormat Ampangan jugak. Saya tak pasti di pihak sana ada dengar ataupun tidur, atau poi merokok. Tetapi inilah yang telah kita lakukan. Dan saya jugak berharap kalau betul mereka ikhlas untuk bantu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan ini, saya nak mencadangkan, kepada Yang Berhormat Sikamat supaya peruntukan 100 ribu untuk 16 ADUN ini kita masukkan dalam tabung ini. Yang akan berjumlah 1.6 juta. Saya yakin ADUN Pertang, ADUN Linggi, semua akan setuju dengan cadangan ini. Sebab mereka ni macam tak tahu berterima kasih. Cakap ini …..

Dato’ Speaker.

….. bajet propaganda dan sebagainya.

Dato’ Speaker, kalau 100 ribu tulah menjadi apa tu, menjadi tanda maruah …..

Saya tak benarkan.

….. Dato’ Speaker, saya DUN Chembong, ambil balik 100 ribu tu Dato’ Speaker, ya, Dato’ Speaker. Dan saya nak bertanya Dato’ Speaker, kalau ni, cakap macam khutbah Jumaat ni, saya nak tanya, kalau tak tunaikan janji, apa pulak hukumnya Dato’ Speaker ya.

Dato’ Speaker, kita pun Serting pun …..

….. tak benarkan. Ini penggulungan …..

….. cakap ulang-ulang 100 ribu ni. Ambillah. Kita pun tak nak …..

Bagus bagus, terima kasih …..

Kebenaran Dato’ Speaker.

….. diulang-ulang 10 ribu …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, Serting dah dah, dah cakap. Apa, Linggi cakap apa.

….. janji tak tunai.

Peraturan Mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Linggi cakap apa?

Peraturan Mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap jap, tak apa, tak apa.

Peraturan Mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Biar, biar dia bercakap. Tak, tadi Chembong cakap, Serting dah berdiri lama.

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Jangan panjang-panjang. Cakap mesej saja.

Ya, saya mintak YB EXCO tarik balik, saya tak pernah sebut saya tak bersyukur pasal sekolah ni. Tarik balik.

Peraturan Mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Okay dah cukup. Peraturan Mesyuarat.

Peraturan Meyuarat XXI …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

(1) Saya merujuk kepada (v), masa seseorang ahli bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan secara kurang adab. Ikut peraturan.

Yang Dipertua Dewan

Okay, dah.

Itu bukan, Dato’ Speaker, itu bukan ganggu, itu mencolah, dia sebona eh dio tak faham. Lain kali faham, nak merujuk …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ini mengganggulah sekarang.

….. buku tu kena faham. Ni tak …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Jangan menganggulah.

….. peraturan mencelah dan sebagai dia.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Jangan ganggu lagi.

….. betul tak Dato’ Speaker kan. Ini kadang-kadang nak tunjuk handal, tapi tak handal.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ini perbahasan penggulungan YB EXCO. Jangan ganggu. Masa you bahas kita tak ganggu pun.

Dato’ Yang Dipertua. Saya mencelah sikitlah.

Masa ahli-ahli bercakap …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Kamu kena keluarlah.

Saya mencelah sikit.

Yang Dipertua Dewan

Temiang duduk. Okay sekarang saya berdiri, siapa berdiri saya hantar keluar.

Okay, Dato’ Yang Dipertua, saya rasa ini telah tak patut. Dan tidak adil sebab apabila saya bercakap, ADUN pembangkang bercakap kita sentiasa memberi kelonggaran dan kebebasan kepada mereka untuk bercakap.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Duduk pun boleh bercakap ke.

Sekarang macam ni kenapa pulak tidak adil.

Yang Dipertua Dewan

Sekarang you duduk …..

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

….. tapi dia terus cakap ni. Saya gunakan peraturan tadi. Okay. Okay. Sila, Taufek teruskan. Habis dah?

Saya nak sentuh berkaitan dengan Senaling ya, Senaling. Senaling ada kata berkaitan dengan GLC. Kononnya dalam manifesto Pakatan Harapan ada kata tak akan lantik daripada orang politik ya, saya nak sebut, saya ada salinan GLC ni, manifesto ni. Saya tak tahu Senaling petik daripada manifesto siapa, mungkin manifesto Barisan Nasional. Manifesto kita tak ada, tak ada sebut pasal GLC tak perlu lantik orang ya, orang politik. Yang ada, yang ada dalam manifesto Pusat ya, manifesto nasional Pakatan Harapan, dia mengatakan bahawa keazaman untuk jadikan GLC ini men, mencapai piawaian antarabangsa ya, maknanya dia diurus dengan baik, tidak ada salah guna kuasa, tidak ada salah guna urus. Tidak ada sebut sini lantikan politik. Kena cakap tu, kena check betul-betul. Saya pun nak tegur Senaling, kita dah jadi kerajaan ni banyak rekod kita, kita tahu dia jadi panel peguam untuk siapa-siapa ya. Jadi, kalau nak cakap tu, jangan jadi macam ayam kokok, ayam yang jantan, berkokok kuat ya, tapi ekor bergelumang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Jadi maksudnya Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan, sikit je, sikit, sikit.

Bagilah peluang Dato’ Dipertua.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. jadi Kerajaan Negeri bolehlah melantik GLC daripada apa, politik.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Duduk cakap, duduk cakap. Dah, jangan berdiri.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Barulah saya masuk kepada jawapan bagi soalan-soalan berkaitan dengan, EXCO belia dan sukan.

Dato’ Speaker, semalam Dato’ Speaker mengarahkan Palong …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Buang masa ni Dato’ Speaker.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Cakap politik, 4 jam pun boleh.

Yang Dipertua Dewan

Saya semalam saya 3 jam tau. Okay.

Semalam Dato’ Speaker kata 5. Bukan 3. Saya betulkan balik Dato Speaker.

Siapa yang makan cili, mereka yang terasa pedasnya. ADUN Linggi bertanya berkaitan dengan Kompleks Sukan Sunggala di Port Dickson. Pembinaan baru ya, permohonan pembinaan baru kompleks sukan di Sungai Sunggala adalah permohonan daripada pihak Pejabat Daerah Port Dickson yang dipohon daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Seterusnya diangkat untuk kelulusan dan perhatian pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Sehingga kini cadangan pembinaan baru kompleks tersebut masih belum diluluskan di peringkat kementerian. Walau bagaimanapun, permohonan pembinaan projek ini telah kita masukkan ke dalam perancangan projek baru 2020 dan 2021 kerajaan, Kerajaan Negeri seperti mana yang telah dibincangkan dalam bengkel strategik bagi tahun 2020 yang kita adakan bersama pegawai-pegawai kerajaan, yang julung-julung kalinya diadakan oleh kerajaan dari dulu sehingga sekarang di Port Dickson pada 6 dan 7 November yang lalu. Itu berkaitan dengan soalan ADUN Linggi.

Kemudian ADUN Gemas bertanya tentang status terkini projek pembinaan Kompleks Sukan Gemas. Alhamdulillah, Gemas, inshaa Allah kita akan teruskan projek ini sebagaimana yang telah kita nyatakan, pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia telah menghantar permohonan bagi mendapatkan status laporan dan tanah kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan. Pelantikan konsultan jugak telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2019. Konsultan dalam proses penyediaan kontrak bersama pihak Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Konsultan akan memasuki tapak bagi tujuan kerja-kerja siasatan tanah (soil investigation) di tapak setelah kebenaran memasuki tapak diperolehi. Skop, skop pembinaan akan meliputi trek larian sintetik, padang bola sepak, astaka dan gelanggang serbaguna terbuka.

ADUN Gemencheh, bertanyaan persoalan Ahli Parlimen Belia Malaysia yang telah dipilih melalui proses undian. Ini adalah suatu program di bawah Kementerian Belia Dan Sukan di peringkat Persekutuan. Dan inshaa Allah Kerajaan Negeri pun akan mengambil perhatian tentang 5 orang yang telah dilantik ya, 4 orang melalui pemilihan online dan satu orang lantikan Yang Berhormat Menteri. Parlimen Belia Malaysia adalah program yang tidak terikat di bawah mana-mana akta. Pelaksanaannya adalah bergantung kepada peruntukan tahun semasa. Bagi tahun 2019, tiada sebarang peruntukan khas bagi pemberian elaun atau peruntukan pelaksanaan program. Namun token perjalanan diberikan kepada Ahli Parlimen Belia Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia Dan Sukan telah menggerakkan inisiatif dengan memohon bantuan kewangan kepada semua Kerajaan Negeri untuk menyalurkan peruntukan bagi memoleh, membolehkan semua Ahli

Parlimen Belia Malaysia melaksanakan aktiviti di kawasan dan negeri masing-masing.

Kerajaan Negeri, inshaa Allah, melalui bajet 2020 yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, bahawa akan ada peruntukan 100 ribu di bawah Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan, (TABAH) maka inshaa Allah, bantuan akan diberikan dalam bentuk program base ya, maknanya kena hantar kertas kerja. Dan saya mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Belia ini akan bekerjasama dengan NGO-NGO belia yang bernaung di bawah Majlis Belia Negeri untuk melaksanakan program-program yang akan mereka laksanakan. Ahli Parlimen Belia ini jugak adalah peserta program dan mereka tiada diperuntukkan sebarang gaji atau elaun tetap. Dan mereka jugak bukanlah berstatus pekerja sambilan harian atau pelajar praktikal. Dan saya ucap tahniah jugak kepada Gemencheh dan Senaling, difahamkan antara 5 orang itu adalah, 2 orang di kalangan anak-anak ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini. ADUN Gemencheh jugak bertanya, sebelum tu, mungkinlah boleh mintaklah dengan ayah sendiri sikit-sikit.

Berkaitan dengan persiapan kontinjen Negeri Sembilan bagi menghadapi SUKMA 2020 di Johor. Temasya sukan 2020 akan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai 2020 …..

Dato’ Speaker, boleh mencelah sikit? Boleh mencelah sikit. Tak ada, tak ada ganggu pun, tak ada ganggu. Just nak mintak penjelasan. YB Paroi dengan saya okay, tak ada masalah. Cuma saya ucap terima kasihlah tadi, penjelasan mengenai Parlimen Belia tadi. Semalam Yang Berhormat beritahu bahawa kita tidak masuk campur urusan belia, tidak dipolitikkan. Saya nak dapatkan pandangan ataupun penjelasan, adakah lantikan Menteri untuk Parlimen Belia ni melibatkan politik. Terima kasih.

Terima kasih kepada Gemencheh. Yang dilantik itu juga merupakan salah satu, salah seorang daripada calon yang bertanding, yang kalah, jadi kita, disebabkan minat dan kesungguhannya maka pemilihan itu dibuat oleh pihak kementerian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Berkaitan dengan temasya Sukan Malaysia, SUKMA ke-20, yang akan berlangsung pada 11 hingga 19 Julai di Johor, sebanyak 31 acara sukan akan dipertandingkan. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri telah

meluluskan peruntukan 3 juta ringgit untuk per, persediaan kontinjen Negeri Sembilan yang merangkumi bagi membiayai kos-kos berikut:

 Kos elaun atlet dan jurulatih;  Kos latihan, elaun-elaun latihan;  Yuran pendaftaran dan penyertaan atlet;  Membiayai kos penginapan pegawai dan atlet;  Pengangkutan;  Membeli makanan tambahan (food supplement), dengan izin;.  Pakaian kontinjen dan pakaian perlawanan;  Insurans dan perubatan;  Menyertai perlawanan pendedahan; dan  Insentif kepada pemenang pingat.

Sasaran kontinjen Negeri Sembilan pada temasya Sukan Malaysia Ke, 2020 adalah mengatasi pencapaian 13 pingat emas semasa temasya sukan SUKMA 2018 di Ipoh, ya. Di Ipoh kita berjaya menggondol 13 pingat emas, 18 pingat perak dan 43 pingat gangsa. Maknanya pingat tu banyak, cuma nak tukar color je. Daripada gangsa kalau jadi emas, maknanya kita boleh menjadi antara pasukan yang terbaik. Seramai 63 orang atlet pemenang pingat di temasya sukan SUKMA yang lalu telah diberikan kesan, sandaran dan keutamaan dalam program persiapan kali ini.

Fokus sukan tumpuan kita, ya, yang banyak menyumbang pingat adalah olahraga, karate, menembak, memanah dan wushu. Selain memperbaiki pencapaian keseluruhan pingat di temasya Sukan Malaysia yang lalu, kontinjen Negeri Sembilan juga adalah memastikan lebih ramai atlet dipilih untuk berada dalam skuad kebangsaan dan program utama negara seterusnya mewakili negara di Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan SEA. Alhamdulillah, untuk Sukan SEA di Manila pada 2019, yang akan berlangsung pada 30 November sehingga 11 Disember 2019, seramai 44 orang anak-anak Negeri Sembilan telah berjaya dipilih mewakili Malaysia di Sukan SEA di Manila yang akan berlangsung pada 30 November ini, ya. Banyak acara-acara yang telah berjaya, antaranya ialah olahraga, basketball, acara boling, acara memanah, petanque, lawn ball, karate, sepak raga, layaran, kapal layar ya dan jugak skuash, tenis, ya, alhamdulillah.

Berkaitan dengan …..

Dato’ Speaker, saya nak tanya sikit, mencelah sikit ya. Dulu peruntukan untuk sukan ni, SUKMA terutama dia, saya ingat ada tak sampai sejuta, sejuta lebih kurang. Kita memperolehi

lebih kurang yang tertinggi 23 emas ya. Dan tahun 2018, iaitu 13 emas. Jadi untuk bajet yang tahun 2020, kita memperuntukkan 3 juta, 3 juta. Jadi berapa sasaran emas untuk SUKMA 2020 ni? Terima kasih.

Terima kasih kepada Seri Menanti. Memang bajet terpaksa kita tingkatkan di atas kos yang melibatkan peralatan yang semakin mahal ya, antaranya peralatan untuk menembak, memanah, acara-acara yang memerlukan peralatan ini ya. Macam sukan renang pun, walaupun dia tak ada peralatan, tapi dia punya persiapan dari segi kolam renang dan sebagainya itu memerlukan banyak bajet yang perlu di, di, disalurkan.

Berkaitan dengan pertanyaan bagaimana sasaran kita. Alhamdulillah kita baru saja melantik Pengarah Majlis Sukan Negeri yang baru. Dan inshaa Allah, selepas pelantikan ini barulah kita akan membuat perbincangan dengan lebih detail berkaitan dengan sasaran yang kita, untuk temasya kali ini. Tapi saya yakin hasrat kita untuk mencapai 20 ya, pingat emas, berbanding dengan 13 pingat emas pada temasya yang lalu, tidak akan menjadi halangan berdasarkan kepada atlet-atlet kita yang telah, ramai yang telah mencapai level peringkat kebangsaan, inshaa Allah.

Kita pergi kepada soalan berkaitan dengan kriket, ya, pembangunan sukan kriket di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rokan, Gemencheh, ya. Terima kasih kepada ADUN Gemencheh. Berkaitan dengan sukan kriket ini, memang kita tidak nafikan bahawa sukan kriket telah mula menampakkan prestasi yang baik hasil daripada ramainya penglibatan anak-anak khususnya di kawasan Felda Bukit Rokan yang mereka telah berjaya melahirkan ramai atlet-atlet atau jaguh-jaguh kriket. Sukan kriket merupakan salah satu sukan yang diletakkan dalam sukan pilihan di temasya Sukan Malaysia. Pada temasya Sukan Malaysia 2018 dan Sukan Malaysia 2020, sukan kriket dipertandingkan berdasarkan pilihan tuan rumah yang mengelolakan temasya Sukan Malaysia. Mengikut data statistik penyertaan atlet kriket Negeri Sembilan, beberapa atlet telah mewakili negara sehingga ke peringkat Sukan SEA mulai tahun 2011.

Bagi memastikan pembangunan sukan kriket ini boleh dilaksanakan dengan teratur dan bersistematik, pihak Majlis Sukan Negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Persatuan Kriket Negeri Sembilan dan Persatuan Kriket Malaysia. Dan mereka jugak telah berjumpa saya di pejabat, dan telah membentangkan beberapa cadangan mereka ya, antaranya mereka telah berusaha mendapatkan kelulusan pihak FELDA

ke atas tanah seluas 5 hektar bagi tujuan pembinaan padang kriket. Pihak FELDA telah meluluskan permohonan sekolah berdasarkan surat bilangan, yang bertarikh 13 haribulan Oktober 2016. Kolaborasi bersama Persatuan Kriket yang telah memberi komitmen untuk perkara berikut iaitu menyediakan jurulatih bagi Pusat Kecemerlangan Kriket bagi SMK Bukit Rokan, menyelenggara padang kriket yang telah siap dibina dan membantu selenggara peralatan-peralatan bagi sukan kriket.

Bagaimanapun pihak SMK Bukit Rokan juga ada memohon beberapa permohonan untuk sama-sama membiayai kos pembinaan yang telah diserahkan kepada saya dengan jumlah 308 ribu ringgit, 308 ribu ringgit untuk membiayai kos ukur tanah 5 ekar, kos pembi, pembersihan dan rata tanah, kos pagar, kawasan tapak, dan pasir, simen konkrit dan karpet hijau kriket. Berkaitan, inshaa Allah, saya akan panjangkan kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat.

Berkaitan dengan ADUN Chembong, berkaitan dengan gimnasium rakyat di setiap daerah. Notis penutupan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan kepada gimnasium rakyat di setiap daerah, di Negeri Sembilan yang bertarikh 30 November itu adalah bersifat sementara. Pengurusan gimnasium di bawah premis telah diambil oleh pihak Jabatan Belia Dan Sukan melalui Pejabat Belia Dan Sukan Daerah, KOMBES atau Kompleks Rakan Muda. Manakala peralatan-peralatan gimnasium rakyat yang berada di luar premis yang telah lama adalah di dalam proses pelupusan untuk diberikan secara hadiah kepada persatuan-persatuan dan kelab-kelab yang berkelayakan. Saya difahamkan harga barang-barangan ini ada yang berjumlah antara 150 ribu sehingga 300 ribu. Ya, memang mahal barang-barang ni. Maka dengan sebab itu, kita akan berikan secara hadiah kepada persatuan-persatuan yang benar-benar layak menguruskan premis tersebut ya.

Gimnasium di bawah premis Jabatan Belia Dan Sukan Negeri akan diambil alih daripada kelab kerana berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negara, di peringkat nasional, yang mana semua penggunan gimnasium perlu didaftarkan di bawah perolehan hasil kerajaan. Ianya adalah keputusan dari kementerian bagi meningkatkan kecekapan pungutan hasil kerajaan setelah melihat kepada ketirisan yang berlaku ke atas kutipan hasil gimnasium sebelum ini. Ianya juga melihatkan keseluruhan gimnasium rakyat di seluruh negara, ya, bukan Negeri Sembilan sahaja. So kita ada 7, di luar premis, maknanya bukan melibatkan premis Kementerian Belia Dan Sukan ialah di Port Dickson, Rembau, Tampin dan Jelebu. Dan, di dalam premis milik Kerajaan yang diuruskan oleh

Jabatan Belia Dan Sukan ialah di Seremban, Kuala Pilah di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dan di Jempol jugak di Kompleks Rakan Muda Jempol. Kita jugak ada 1 yang dipanggil Y-Centre yang berada di UTC Ampangan, yang ini belum ada keputusan dari pihak Jabatan Belia Dan Sukan Negara kerana ada permohonan daripada UDA untuk mereka mengendalikan Y-Center ini yang juga merupakan gimnasium di peringkat UTC yang lebih canggih dan lebih baru lagi peralatan yang ada.

Jadi, jawatankuasa pelupusan akan memberikan masa sehingga 30 November ini. Mesyuarat akan diadakan selepas tarikh tersebut untuk bersama membincangkan berkaitan dengan menyerah peralatan kepada pihak yang berkenaan. Dan jugak untuk kita membuat dipanggil penilaian ya, jawatankuasa penilaian jugak akan turun untuk menilai harga-harga peralatan tersebut.

Jadi Chembong jugak, jadi kita haraplah di kawasan-kawasan seperti di Port Dickson, Rembau, Tampin, Jelebu ini …..

Dato’ Speaker, saya mohon sedikit penjelasan, boleh? Terima kasih, Paroi. Dato’ Speaker, saya faham tentang notis penutupan ini. Maksudnya pihak Jabatan Belia ataupun Kementerian Belia tak nak lagi bertanggungjawab tentang kos penyelenggaraan dan operasi gimnasium tersebut. Jadi, dia nak tawarkan peralatan gimnasium itu dengan harga yang baik kononnya kepada kelab. Tapi masalahnya ke mana mereka ni nak pergi Dato’ Speaker, sebab sebelum-sebelum ni sewa dan sebagainya tu ditanggung oleh pihak jabatan dan kementerian. Dulu boleh, sekarang tak boleh. Itu yang saya maksudkan.

Dan saya mohon, itu adalah sekadar makluman, keluhan belia-belia. Saya mohon supaya Kerajaan Negeri menanggung itu, Dato’ Speaker. Kekalkan gimnasium tersebut dengan Kerajaan Negeri menanggung perbelanjaan yang tidak seberapa tu, Dato’ Speaker. Saya mintak Paroi, demi pembangunan belia, Dato’ Speaker. Saya nak belia-belia ni jadi kuat, janganlah kena sikit kang, otot koyak dan sebagainya, Dato’ Speaker ya. Terima kasih Dato’ Speaker.

Terima kasih Chembong. Sebab itu saya nak puji ya, pegawai Penyelaras DUN Kota, bila dia tahu saja ada usaha untuk mengosongkan gim, gimnasium rakyat, beliau terus memohon untuk Daerah Rembau punya. Maknanya Penyelaras DUN akan mengambil alih dengan bajet yang beliau adalah. Jadi begitu jugak di kawasan-

kawasan lain tu saya menggalakkan, maknanya Kerajaan Negeri pun akan bantu kalau tak ada yang berminat, kita akan berurusan dengan kelab dan persatuan yang ada, dan kita akan bantu mereka. Cuma ini peraturan di peringkat kementerian, jadi kita kena sesuaikan supaya tidak disentuh di dalam laporan audit.

Chembong jugak bangkitkan berkaitan peruntukan kepada Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan ya, iaitu berkaitan dengan lawatan balas ke Jepun. Sebenarnya memang ada program pertukaran belia di peringkat Malaysia dan Jepun ya. Saya difahamkan ini bukan kali pertama mereka pergi ke sana. Sebab itu bila saya berhubung dengan kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan, saya cadangkan supaya disenaraikan mereka yang pergi. Sebab saya kurang setuju kalau orang yang sama pergi, sebab dia tak jadi dah macam belajar, dia akan jadi macam makan angin. Jadi kalau kita bagi kepada kepimpinan yang baru, maka kepimpinan yang baru tu akan dapat belajar banyak perkara-perkara yang baik di Jepun. Jadi, tapi mereka tak jawab surat saya, maka susah saya nak dapatkan orang kata, maklum balas berkaitan dengan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, saya nak sebut balik bahawa di peringkat Kerajaan Negeri, kita telah bantu banyak Majlis Belia Negeri ni. Seperti mana saya sebut dalam ucapan ataupun jawapan lisan sebelum ini, di mana kita telah bantu dalam kes mahkamah yang melibatkan bangunan milik Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan di Bukit Chedang, ya, bangunan yang mereka miliki itu, sehingga kerajaan terpaksa membayar 390 ribu. Satu jumlah yang besar ya. Hasil kesilapan pengurusan mereka, yang terlibat dalam perniagaan dan sebagainya, akhirnya ada tuntutan mahkamah. Kerajaan terpaksa bayar, dan kita kesian pada mereka, takut bangunan tu dilelong dan ditarik, disita sebagainya, Kerajaan Negeri bantu. Walaupun kita tahu siapa kepimpinan belia negeri yang ada hari ini ya.

Seterusnya berkaitan dengan Sungai Lui, iaitu berkaitan denan sukan permotoran di Daerah Jempol. Ini satu cadangan yang baik, dan memang masuk dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan bahawa kita berusaha untuk memberikan satu tempat untuk anak-anak muda ini yang berminat dalam sukan permotoran ini. Sebenarnya Kerajaan Negeri telah menyediakan satu tanah seluas 22 ekar di Serting bagi sukan permotoran ini. Dan jugak, di Kampung Ayer Hitam, Jempol adalah satu lokasi yang sesuai diadakan Kejohanan Motorcross yang telah kita anjurkan pada 13 dan 14 Julai yang lalu dengan kehadiran lebih daripada …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Speaker …..

….. 3,000 orang.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Yang motorcross tadi di mana?

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Motorcross tadi di, di …..

Motorcross di Kampung Ayer Hitam.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Air Hitam, okay, betul.

Dan yang terakhir kita buat Petronas Cub Prix yang bertaraf nasional, kebangsaan, yang kita adakan di Feldajaya, satu kawasan yang baik jugak, anjuran ataupun ditaja oleh Petronas. Syarikat yang menguruskan ni jugak menunjukkan minat untuk memajukan kawasan Feldajaya ini, kita berjaya menarik kehadiran anak-anak muda melebihi 10,000 orang yang kita adakan pada 16 dan 17 November yang lalu. Jadi inshaa Allah, sukan permotoran ini sentiasa di hati saya. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, ada sikit lagi YB Paroi yang tak dijawab, mengenai ADUN Belia. Sebab semalam semasa saya bercakap YB pun tak ada dalam Dewan. YB kat luar. Adakah Kerajaan Negeri untuk meneruskan ADUN Belia ini, ataupun apakah perancangan Kerajaan Negeri sebenarnya.

Yang Dipertua Dewan

Macam-macam korang ni.

Kita dah ada Ahli Parlimen Belia ya. Dan memang kerajaan terdahulu ada mengusahakan ataupun ada membuat program di bawah, kalau tak silap saya di bawah Yayasan Negeri Sembilan iaitu mengadakan pemilihan untuk peringkat ADUN, ADUN Belia nilah.

Walau bagaimanapun pihak, buat masa ini pihak Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk meneruskan program tersebut kerana kita lebih selesa untuk terus memanafaatkan persatuan-persatuan belia yang ada di Malaysia, di Negeri Sembilan ini. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Speaker, izinkan saya mohon pencerahan. Nama saya tadi disebut masa saya kat dalam bilik air. Jadi saya pun tak selesai lepaskan hajat pasal, pasal soalan, saya mohon pencerahan pasal nama saya disebut tadi. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam mukadimah awal tadi daripada Paroi, beliau mengatakan Senaling ini berkokok, ekor bergelumang tahi. Dan saya faham dia sebagai peguam, apa kaitan tugas profesional saya sebagai ADUN yang saya rasa boleh berniaga, dengan kaitan apa yang dinyatakan oleh ADUN Paroi ini. Satu. Yang keduanya, apa kaitan itu.

Yang keduanya, saya nak nyatakan perkara yang saya nyatakan berkaitan dengan dokumen manifesto Buku Harapan Membina Negara Memenuhi Harapan. Saya sebenarnya memetik, memetik perenggan

22. Saya faham ADUN Paroi tadi menyatakan, janji 22 menjadikan Pentadbiran semua syarikat milik GLC setaraf dengan piawaian antarabangsa. Betul. Tapi cuba baca kandungan dalam janji tersebut. Saya quote sebenarnya, saya extract daripada janji, kandungan janji tersebut bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli Lembaga Pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan prefesional dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka. Ini di dalam janji nombor 22, Buku Harapan. Tajuknya ialah muka lain, tetapi di dalam isi janji nombor 22 tersebut, Paroi.

Tak baca.

Jadi inilah cerita sebenarnya. Saya teruskan lagi. Seterusnya selepas janji tersebut, kandungan isi ini, dinyatakan untuk menghapuskan, mereka buat ini, Harapan memberikan janji untuk menghapuskan konflik kepentingan bayaran elaun kepada semua ahli Lembaga Pengarah Syarikat GLC nasional dan negeri. Jadi ini cerita isu dia. Saya tidak berkokok dan ekor saya bergelumang tahi. Saya nak buang hajat pun tak selesai, bila cakap macam tu. Jadi benda macam ni, Dato’ Speaker, jangan cuba melontarkan spanar dalam keadaan ini. Saya sebagai seorang profesional. Dan sebagai ADUN biasa saya layak berniaga pun. Sekarang tak dapat lagi dah apa pun, perniagaan pun. Itu biasa, perkara biasa. Jadi ini yang saya cakap tadi, jangan kita lontar

spanar, open ended statement yang terbuka dan dalam keadaan kita yang tak dapat menjawab. Terima kasih kerana Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana membenarkan saya memberi pencerahan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Senaling. Kalau tengok hansard ucapan saya, saya tak sambung pun penggulungan saya bergelumang tu. Sebab saya nak mintak Senaling yang sambung, rupa-rupanya betul dia sambungkan.

Memang saya sambung kerana saya jawab.

Berkaitan dengan manifesto, saya merujuk kepada manifesto Pakatan Harapan peringkat negeri, ya. Boleh bacakan, boleh saya bagi kat tuan …..

Baru saya tahu Kerajaan Negeri ini, negeri lain, negara lain, federal rupanya lain.

Tak ada, dalam ni tak ada …..

Yang Berhormat, saya beri pandangan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah. Senaling, Senaling, Senaling, dah. Saya dah bagi peluang, tak apa.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Apa yang disebut YB Paroi tu, dia sebut pasal negeri. Yang nasional, biar nasional bangkitkanlah.

Lain negara ke? Lain ke kan. Lain negara ke?

[Percakapan antara YB ADUN Pertang dan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. nasional dengan negeri tak samalah, tak sama?

Cuma memang ya, sebab itu dia mempertikaikan kenapa melantik politik dalam institusi kerajaan dan tender-tender kerajaan dan sebagainya. Sebab itu, dia kena tengoklah balik sejarah yang lama kan. Maknanya kalau ikut sejarah, memang ada berlaku perkara yang sedemikian kan. Dia tak boleh nafikan, mana-mana penglibatan dalam pembelian tanah di Sendayan, dan sebagainya, berapa yang dapat, semua ada dalam rekod kami. Jadi, itu walaupun profesional, berapa ramai profesional di luar, berapa ramai lawyer yang ada di luar negeri, di luar Seremban di, di, di Seremban ni. Mengapa dipilih yang ini, mungkin ya, tuan boleh jawab sendiri. Jadi itulah jawapannya. Maknanya tuan menentang berlaku ……

Dato’ Dipertua.

Dato’ Dipertua, saya mintak penjelasan. Apa masalahnya tanah di Sendayan tu? Cuba, cuba bagi penjelasan.

Tak ada masalah Yang Berhormat Rantau. Masalahnya tadi berbangkit isu pelantikan panel guaman ya, maknanya dalam kes Sendayan itu …..

Seorang peguam yang berdaftar dengan majlis peguam negara, Majlis Peguam Malaysia, apakah dia tak boleh layak menjadi sebagai ahli panel kepada Kerajaan Negeri ataupun PKNNS ataupun siapa? Dia layak sebab dia adalah merupakan ahli panel …..

Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Rantau …..

….. jadi dia punya fees itu adalah merupakan fees yang termaktub di dalam apa yang telah pun diputuskan oleh Majlis Peguam nega, Malaysia …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, saya macam ni …..

….. sebab dia ada dia punya apa orang kata, scale dia. Jadi kita jangan ber, ber, berburuk sangkalah. Cukuplah, dah jadi kerajaan dah, jangan berburuk-buruk sangka.

Yang Dipertua Dewan

Okay, ini saya mintak, duduk duduk, DUN Linggi. Saya mintak, masing-masing jagalah. Pertamanya apa yang disebut oleh YB Taufek tadi, saya buat, kan, dia kata dia tak ambil berdasarkan profesional, ada orang politik yang profesional, bukan orang politik ni semua tak profesional. Saya pun ahli politik, bidang saya profesional. Kalau tuan-tuan tanya saya telecommunication, saya boleh, boleh bersyarah dengan tuan-tuan telecommunication. Jadi sekarang begini, yang jawapan tu tadi kata diambil di kalangan prefesional, tapi semua, saya, saya mintak jangan besar-besarkanlah. Dah dijawab, okay, saya nampak …..

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. yang Rantau sebut tadi …..

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. Rantau duduk.

….. kalau tak nak besarkan, janganlah kita, jadi batu, apa, yang memulakannya …..

Yang Dipertua Dewan

Ya dah.

….. kita tak ada. Sepatutnya sebelah sini yang menghentam kerajaan. Sekarang kerajaan menghentam kita …..

Yang Dipertua Dewan

Tak gini …..

….. terbalik. Dah biasa sangat jadi pembangkang, lama sangat, Dato’ Yang Dipertua, kita …..

Yang Dipertua Dewan

Dah gini.

Kita jadi pembangkang yang saya katakan, saya nasihatkan …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

….. saya punya rakan-rakan supaya kita menjadi pembangkang efektif dan yang mempunyai satu, apa orang kata moral compass.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Kita tak mahu jadi membangkang kerana menjerit ke hulu ke hilir ni, tak ada …..

Yang Dipertua Dewan

Betul.

….. kita mana yang betul, kita cakap betul. Mana yang bagus, kita ucap tahniah. Tak betul kita tegur kerana kepentingan kita dalam Dewan ini, Dato’ Yang Dipertua, adalah kepentingan rakyat, bukan kepentingan saya, bukan kepentingan sesiapa. Kita tegur …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

….. mana tak betul ditegur. Itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat, Taufek okay.

Saya ingat teruskan saja, sebab isu ini berbangkit bila Senaling ya, mungkin Yang Berhormat Rantau tak ikut daripada awal. Senaling dalam ucapan beliau, menyentuh berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri dari segi pelantikan GLC dan sebagainya, jangan lantik di kalangan orang politik ya. Jadi bila saya kaji-kaji, pihak sana jugak pernah buat atas dasar politik kan. Jadi, kita ni kalau nak masih, bukan saja nak, bersih tapi mesti kelihatan bersih kan. Wallahu’alam terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya …..

Yang Dipertua Dewan

Sekarang saya persilakan Labu. Dah dah dah.

Dato’ Yang Dipertua, saya tak berpuas hati Dato’ Yang Dipertua, dengar apa …..

Yang Dipertua Dewan

Juasseh dah. Juasseh dah.

….. cerita bersih ni.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada pencerahan dah.

Pencerahan sikit.

Yang Dipertua Dewan

Dah duduk duduk duduk. Saya nak tamatkan hari ni.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Speaker, sila duduklah, ikut arahan Dato’ Speaker …..

Saya nak tanya, sama ada Kerajaan PH di Negeri Sembilan …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. jangan campur semasa penggulungan …..

….. tak setuju dengan manifesto …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. ini arahan, kuasa Dato’ Speaker, duduk.

….. janji 22 Kerajaan Pusat. Itu saja.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Speaker teruskan, Dato’ Speaker teruskan.

Speaker, mereka lawan kuasa Speaker.

ADUN Pembangkang

Repah duduklah, duduklah.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Tak ada. Dia, pasal apa, sebab kita ni profesional, jadi kalau ada lawyer dekat sini bagi pandangan, kita dengar pandangan dulu, kan, jangan suruh dia duduk. Sebab dia lawyer.

Bukan dia seorang lawyer Dato’ Yang Dipertua. Ramai lawyer dalam ni ya.

Yang Dipertua Dewan

Tau. Tapi dia tak sebut peraturan mana. Dan lawyer terus cakap je. Tapi yang Repah, dia bila nak bercakap, dia akan sebut peraturan mana. Okay. Saya, terima kasih Repah. Saya persilakan Yang Berhormat Labu, apa ni EXCO, Choo.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera, salam perpaduan, salam ERAT Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya untuk membuat ucapan penggulungan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan atas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 yang jelas mencerminkan keprihatinan pihak kerajaan dalam memastikan pembangunan Negeri Sembilan ini seimbang dan inklusif dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi.

Pertama sekali, saya ingin, saya juga ingin menggunakan ruang ini untuk menjelaskan fakta yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Senaling semalam yang mengatakan wang Ringgit Malaysia berbanding US Dolar telah jatuh ke tahap 4.15 sejak PRU Ke-14 di, di, di mana ianya menjadikan salah satu punca harga barang naik pada kini yang membebankan rakyat jelata. Saya ingin membuat pembetulan di sini, untuk pengetahuan Dato’ yang Dipertua, melalui sumber yang diambil dari currency exchange, dengan izin, pada 3 haribulan Januari 2015, Ringgit tukar ke US Dolar adalah di tahap 3.5. Malangnya pada tahun yang sama, setelah tercetuskan isu yang tidak dijangka, contohnya kes skandal 1MDB, Ringgit tukar kepada US Dolar pada tahun yang sama telah jatuh mendadak ke tahap 4.4 pada 3 Oktober tahun yang sama, atau lain kata Ringgit Malaysia telah susut 20% dalam tempoh 9 bulan sahaja. Jadi, BN ke PH yang menjahanamkan ekonomi Malaysia. Biar fakta yang cakap benar dalam perkara ini. Terjemahlah siapa yang membuktikan Pakatan Harapan …..

Dato’ Dipertua, mohon saya mencelah Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Walau bagaimana pun …..

Dato’ Dipertua, mohon mencelah ya …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Sekarang bukan masa …..

….. sebab ini fakta …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. untuk menuding jari okay …..

….. saya mencelah sikitlah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Sekarang bukan masa menuding jari antara satu sama lain.

Fakta kena …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Sekarang …..

….. fakta …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. ekonomi yang global, yang mencabar …..

…. Kena laluan …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. yang tidak menentu ini. Walau bagaimanapun …..

Peraturan mesyuarat, bila kita nak mencelah memberikan fakta, dia kena bagi laluan Dato’ Dipertua. Dia kena bagi, dia kena bagi, itu peraturan mesyuarat. Tak, dia kena bagi Dato’ Dipertua. Dia kena bagi. [percakapan oleh YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Dato’ Dipertua, fakta tak betul. Point of order ini …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Silakan.

Sebab, cuba tengok semula pada bulan, 2018, semasa sebelum pilihan raya, duit telah meningkat semula kerana pertumbuhan ekonomi negara kita pada 2017 telah dapat dicatatkan sebanyak 5.9%. Menunjukkan ekonomi kita amat mantap, Dato’ Dipertua. Ekonomi kita baik pada 2017. Dan semasa pilihan raya, sebelum pilihan raya, Dato’ Dipertua, bulan Mei 2018, duit Malaysia, Ringgit Malaysia dibandingkan dengan Dolar Amerika cuma diniagakan pada 3.84. Sekarang dah, hari ini dah 4.17 – 4.18. Dan sebagai bekas pedagang mata wang asing, Dato’ Dipertua, saya boleh bercakap. Dulu semasa Kerajaan Barisan Nasional, dia buat yo-yo begitu turun-naik turun-naik itu memang character perniagaan mata wang asing. Turun-naik, turun-naik, turun-naik, kadang-kadang because sebab adanya harga komoditi sebab apa, krisis ke apa. Tetapi sekarang ini Dato’ Dipertua, dia duit kita menurun begitu menurun sahaja, tak ada naik-naik, Dato’ Dipertua. Bila keadaan ini berlaku, dia menje, menunjukkan dengan jelas, bahawa tidak adanya keyakinan terhadap mata wang kita, Dato ‘Dipertua. Ini yang perlu kita lihat dan perlu kita pastikan supaya ia tidak terus menjunam. 4.14 minggu lepas, sekarang hari ini dan semalam 4.17, pagi ni dah 4.18, dia perlahan-lahan. Bila perlahan-lahan, Dato’ Yang Dipertua, maknanya tidak ada permintaan untuk Ringgit.

Net sale Dato’ Yang Dipertua, ataupun jualan bersih setelah ditolak masuk, duit masuk untuk bulan Januari sampai November tahun ini, Dato’ Dipertua, sampai September, 8.9 bilion duit kita keluar, Dato’ Yang Dipertua, telah menunjukkan Ringgit kita ada permintaan untuk Ringgit kita. Ini merbahaya. Jadi fakta tetap fakta. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama. Sila.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau. Okay, dalam ekonomi global yang tidak menentu ini, biar kita sama-sama berbincang dan bekerjasama, sama-sama menjadi, mencari jalan untuk menjanakan ekonomi Negeri Sembilan bagi memastikan semua rakyat di Negeri Sembilan dapat mencari rezeki, dapat mencari makan, dapat hidup senang untuk kehidupan mereta, mereka. Itu yang penting, itu yang mustahak.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri bersama dengan penjawat awam kerajaan akan sentiasa berusaha dan bekerja keras untuk memastikan keharmonian dan kesepaduan pelbagai kaum di Negeri Sembilan dalam keadaan yang paling cemerlang. Setiap pihak termasuk wakil rakyat adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan perpaduan memalu, melalui tindakan dan tangkah laku masing-masing.

Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kenyataan yang berunsur fitnah atau ancaman yang juga, yang cuba menggugatkan perpaduan di kalangan rakyat Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga akan memastikan kerjasama antara pihak Kerajaan Negeri dengan pihak penguatkuasa undang-undang seperti Polis Diraja Malaysia sentiasa erat supaya mana-mana pihak yang cuba

membangkit atau mencetuskan isu perkauman yang boleh mengancam serta menggugat perpaduan rakyat Negeri Sembilan akan diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya yakin dan percaya pihak penguatkuasa undang-undang mampu menjalankan tugas mereka dengan adil, dengan saksama mengikut bidang profesion mereka. Pihak kerajaan sangat tegas, sangat tegas dalam perkara ini demi memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat terjamin. Dengan, dengan penjelasan ini saya telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chembong mengenai usaha-usaha dan pendirian kerajaan terhadap individu …..

Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. yang cuba …..

….. saya amat menghargai apa yang disebut oleh EXCO Perpaduan Dan Integrasi Nasional itu. Memang kita menyokong, apa sahaja tindakan keras dan tegas mesti diambil terhadap orang-orang yang mahu melihat negara ini berpecah dan jugak bermasalah-masalah perkauman. Oleh sebab itu, saya mintak supaya apa sahaja perkara-perkara yang boleh menyebabkan perbalahan antara kaum mesti diambil tindakan, Dato’ Dipertua, jangan dibiarkan begitu sahaja. Jangan, saya katakan tadi, bila kena mata sendiri dikelipkan, kena di perut sendiri dikempiskan, Dato’ Dipertua, tu tak betul.

Yang Dipertua Dewan

Saya dengan ini menggunakan kuasa saya, masa penggulungan ni saya tak benar lagi dah untuk ucap, siapa bercakap, sebab ada penangguhan lagi, saya akan beri peluang penangguhan sebutlah sikit apa yang tak ni, sebab masa mencemburui kita. Saya nak tamatkan hari ini. Jadi, selepas ni, selepas YB-YB EXCO menjawab ni, Yang Amat Berhormat Menteri banyak lagi nak bercakap tu. Tolong ya …..

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Saya cuba percepatkan.

Yang Dipertua Dewan

….. tolong. Teruskan ya.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, bagi tahun 2019, pengagihan peruntukan geran bagi pengurusan dan Pentadbiran Rukun Tetangga sebanyak 1.45 juta telah diturunkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Rukun Tetangga untuk memastikan kesemua RT dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna. Melihat kepada tanggungjawab dan peranan utama Rukun Tetangga merujuk kepada Seksyen 8 Akta Rukun Tetangga yang kini fokus RT yang lebih tertumpu pada aktiviti kejiranan dan kemasya, pembangunan kemasyarakat, Kerajaan Negeri berpendapat dan melihat potensi yang dimainkan oleh Rukun Tetangga dalam menjadikan sebagai ejen penyatupaduan rakyat di akar umbi dan masyarakat adalah penting dan mustahak. Justeru itu, selain pemberian bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang berbentuk geran kepada RT, Kerajaan Negeri juga telah meluluskan peruntukan kewangan bagi pelaksanaan dana penggalakan aktiviti atau program kemasyarakatan, ber, sejumlah 500 ribu. Peruntukan wang ini akan mula digunapakai pada tahun depan.

Selain peruntukan tersebut, ERAT@Negeri Sembilan merupakan satu lagi pendekatan baru atau, atau tawaran baru bagi, di bawah Kerajaan Pakatan Harpan yang menawarkan 500 ribu lagi untuk memupuk, menggalak dan melonjakkan lagi tahap indeks perpaduan di negeri tercinta ini. Untuk makluman semua, matlamat utama ERAT@Negeri Sembilan adalah untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat di Negeri Sembilan melalui pengenalan dan penggunaan slogan ERAT@Negeri Sembilan, meningkatkan jalinan interaksi sosial dan hubungan antara kaum yang terjalin sedia ada melalui pelaksanaan tapak-tapak integrasi dalam program atau aktiviti di peringkat akar umbi dengan kerjasama strategik semua agensi di setiap peringkat termasuk agensi swasta, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam mempromosikan perpaduan di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri yakin pelaksanaan ERAT@Negeri Sembilan ini dalam menginspirasikan perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan masyarakat mampu menyemai budaya damai dan cinta negara melalui pelaksanaan program dan aktiviti secara strategik oleh entiti masyarakat.

Penjelasan, penjelasan mengenai perincian konsep ERAT@Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

 E – untuk erat, E. Etika perpaduan pelbagai etnik terjalin melalui nilai dan norma masyarakat termasuk teras utama adat perpatih di Negeri Sembilan.

 R – Resepi perpaduan di Negeri Sembilan yang bertunjangkan Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

 A – Akar umbi yang melibatkan semua jentera organisasi komuniti seperti Rukun Tetangga, persatuan penduduk, MPKK, rumah ibadat, jadual, jawatankuasa masjid, pertubuhan agama dan NGO yang lain.

 T – Teras dan berstruktur di mana tindakan pengembeleng semua tenaga dan sumber dilaksanakan secara tersusun dan terancang.

Diharapkan dengan insentif, dana dan penyelarasan bersama yang ditawarkan ini akan dapat membantu organisasi masyarakat di peringkat akar umbi menjadi jambatan utama antara kerajaan dan ker, dan masyarakat di samping sebagai medium pencerahan dan menjelaskan situasi sebenar dasar kerajaan kepada masyarakat.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Temiang yang begitu prihatin terhadap nasib dan kebajikan sukarelawan NGO kita yang, dengan mencadangkan pemberian perlindungan insurans berkelompok kepada mereka. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang lain yang sentiasa menawarkan bantuan yang terbaik di kawasan masing-masing kepada organisasi komuniti yang ada, demi memastikan tapak integrasi melalui aktiviti dan khidmat kemasyarakatan terus dilaksanakan dengan baik. Kami, kita semua sedia maklum NGO kerajaan telah memberi khidmat lebih daripada yang boleh dibayar, misalnya Rukun Tetangga yang telah bergerak aktif dan hidup lebih 30 tahun di Negeri Sembilan. NGO kerajaan ni telah bergerak sepenuhnya dengan semangat sukarelawan dan kerja berpasukan tanpa sebarang elaun demi memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat terjamin.

Bagi penyusunan Rukun Tetangga, senarai cadangan ahli jawatankuasa bukan sahaja diterima daripada pemimpin tempatan, tetapi pihak jabatan juga mengambil kira semua cadangan daripada pelbagai pihak seperti persatuan penduduk, jawatankuasa masjid, NGO dan persatuan-persatuan masyarakat yang lain sebelum pemilihan jawatankuasa dilaksanakan. Saya juga berharap ianya menjawab soalan Yang Berhormat Juasseh semalam, sememangnya pelantikan tetap merujuk dan mengikut ketetapan Seksyen 7(1) Akta Rukun Tetangga 2012 bahawa hanya pengarah yang mempunyai kuasa melantik kepimpinan Rukun Tetangga merujuk kepada klausa, klausa tersebut.

Untuk makluman semua tempoh masa perkhidmatan sesebuah jawatankuasa Rukun Tetangga seperti mana yang terkandung Akta

Rukun Tetangga 2012 adalah selama 2 tahun. Bagi Negeri Sembilan, jawatankuasa RT sesi 2018 sehingga 2019 akan tamat tempoh pelantikannya serentak pada bulan Disember 2019. Walaupun begitu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional yang telah merancang awal yang, dan mengadakan proses pelantikan yang berkenaan secara berfasa mulai sejak Oktober 2019 bagi memastikan penyusunan dan pelantikan baru jawatankuasa Rukun Tetangga nanti berjalan lancar.

Kerajaan juga melalui pekeliling Bil.1/2019 berkaitan pemilihan dan pen, pelantikan ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga turut memperincikan proses penyusunan hendaklah menepati matlamat dan ketetapan jabatan iaitu hendaklah bersifat bebas dan neutral daripada mana-mana pengaruh politik dan berkepentingan pihak-pihak tertentu di mana komposisi kepimpinan jawatankuasa terutamanya disaran mencerminkan komposisi sebenar kepelbagaian kaum, agama, budaya, gender, pekerjaan dan fahaman politik dalam masyarakat. Selain itu, keutamaan kerajaan adalah supaya 1/3 jawatankuasanya ada, hendaklah diwakili oleh golongan muda berumur 18 sehingga 35 tahun. Buat masa ni, lebih kurang 10% kawasan telah pun menjalankan, melaksanakan penyusunan jawatankuasa Rukun Tetangga malah 80% lagi sedang ataupun dalam proses penyusunan, manakala 10% lagi sedang diaktifkan semula dengan bantuan kepimpinan tempatan.

Pada pandangan saya usaha-usaha mendidik individu dan masyarakat tentang pentingnya perpaduan perlu dipertingkatkan selaras cadangan Yang Berhormat Lenggeng supaya aktiviti ataupun program sahsiah diri, kepimpinan dan, remaja dipertingkatkan di peringkat akar umbi. Usaha-usaha ini perlu dilakukan melalui pemerkasaan mekanisma perpaduan sedia ada seperti institusi pendidikan dan sekolah, MPKK, Rukun Tetangga, persatuan, persatuan penduduk, komuniti harapan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan yang lain. Akhir kata, salam ERAT@Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat …..

Dato’ Dipertua, saya tak cakap penangguhan. Saya nak mintak apa sikit, segi Skim Rondaan Sukarela ni memang dah ada insurans berkelompok YB. Setahu sayalah. Ada dah, ada ke, memang ada insurans berkelompok untuk SRS ni. Yang Temiang tanya tadi its already there actually.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Saya tanya KRT. SRS di bawah KRT. Bukan semua ahli KRT di bawah SRS. Faham ke?

Okay, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Juasseh. Saya persilakan yang lain. Bahau. Saya nak habiskan dulu. Makan kang, lepas makan baru MB apa, teruskan. Lapar dah? Okay. Atas permintaan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. ni lama. Banyak soalan.

Yang Dipertua Dewan

YB. Habis ni. Makan. Makan dulu ya …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bila lapar kang susah.

Yang Dipertua Dewan

….. pukul 2. Ada cadangan Yang Amat Berhormat. Dia kata habis pukul 2 kang …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Saya cadangkan habiskanlah Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Habiskan pukul 2?

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Speaker, makan dulu.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay ini kali saya sokong Timbalan.

Yang Dipertua Dewan

Okaylah, kita rehat, 12:40 ni saya pasti semua kena masuk tepat pukul 2. Kalau lebih pukul 2 kang, saya suruh duduk luar. Pasal kita cepat …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Mana punya peraturan tu Tuan Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Kita tangguh dulu mesyuarat kita.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.40 tengah hari]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.18 petang]

[YB ADUN Rantau tidak hadir persidangan sesi petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Semua dah makan ya? Dah makan ni sejuk sikitlah. Telinga kena toba sikit ya. Pasal ni penggulungan. Jadi, saya persilakan yang seterusnya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil perbahasan yang menyentuh perkara-perkara yang berhubung kait dengan portfolio kerajaan tempatan dan perumahan dan juga kampung baru.

Dato’ Yang Dipertua, untuk menjawab Yang Berhormat Temiang, yang membangkitkan perkara, apa, apakah persiapan MPS dan MPN bagi menuju ke Majlis Bandaraya pada tahun 2020. Untuk maklumat Yang Berhormat Temiang, gerak kerja penyediaan dan perancangan untuk mencantumkan dan seterusnya menaik taraf Seremban dan Nilai ke arah Majlis Bandaraya pada tahun 2020 telah dilaksanakan yang melibatkan 7 elemen iaitu:

 Pengurusan sumber manusia;  Pembangunan dan penyelenggaraan;  Yang ketiga: Penilaian dan percukaian;  Yang keempat: Pengurusan teknologi maklumat dan telekomunikasi;  Yang kelima: Pelesenan dan pembersihan;  Yang keenam: Kewangan;  Dan yang ketujuh; Perundangan serta penguatkuasaan meliputi Undang-Undang Kecil.

Bagi perkara berkaitan pelantikan ahli Majlis, Seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976, telah memperjelaskan mengenai

bilangan ahli Majlis. Dalam hubungan itu, ahli-ahli Majlis akan hanya boleh dilantik selepas Majlis Bandaraya Seremban diisytiharkan secara rasmi. Kerajaan Negeri telah menyediakan mekanisma pelantikan ahli Majlis dan akan membawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri selepas perisytiharan. Selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam manifestonya, pewujudan Majlis Bandaraya Seremban tidak akan menyebabkan kenaikan kadar Cukat Taksiran dan Cukai Tanah bagi tempoh 5 tahun akan datang.

Mengenai isu masalah banjir di kawasan Temiang yang diutarakan ketika semasa perbahasan Yang Berhormat Temiang. Saya rasa ini telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Untuk menjawab Yang Berhormat, Yang Berhormat ADUN Kota, ADUN, tak ada ya. Mengenai isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang, mengenai tempat perlindungan anjing terbiar ini, saya rasa tadi sesi pagi saya telah pun menjawablah ketika sesi soal jawab. So harap, saya harap jawapan tersebut dapat apalah, dapat diterima oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Dan dalam perkara itu, saya rasa kita harus bersama-sama.

Untuk menjawab ADUN Linggi, ADUN Linggi dan juga ADUN Jeram Padang, ada menye, menyentuh perkara yang mengenai projek PPR dan juga cadangan-cadangan tapak yang telah pun kita kemukakan kepada KPKT. Jadi untuk maklumat ahli-ahli Yang Berhormat, ia merupakan projek perumahan yang berada di kawasan bidang kuasa Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Berdasarkan pelaksanaan sebelum ini, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti dan memperakukan tanah-tanah Kerajaan Negeri yang bersesuaian untuk dibangunkan PPR oleh KPKT. Oleh itu Kerajaan Negeri telah memperakukan 11 tapak tanah termasuk satu tapak di Tampin Linggi. Lain-lain tapak adalah seperti berikut:

 Yang pertama: Kampung Air Bong, Jempol;  Yang ke-2: Kampung Dato’ Johan, Jempol;  Yang ke-3: Felcra Air Hitam, Jempol;  Yang ke-4: Kampung Sawah, Chuah, Port Dickson;  Yang ke-5: Kampung Pachitan, Port Dickson;  Yang ke-6: Kampung Jelin, Jelebu;  Yang ke-7: Kampung Punggur, Tampin;  Yang ke-8: Kampung Tenai, Tampin.  Yang ke-9: Gemas;  Dan yang-10: Kampung Pantai, Jalan Jelebu Seremban.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mendapat maklum mengenai hala tuju baru oleh PPR, dari, oleh KPKT. Seperti yang telah pun dimaklumkan dalam jawapan bertulis kepada ADUN Linggi, Kerajaan Negeri akan mendapatkan perincian mengenai hala tuju baru tersebut daripada pihak bertanggungjawab iaitu KPKT terlebih dahulu. Jadi di sini saya ingin berkongsi di mana sebenarnya sa, sa, minggu yang, beberapa hari yang lepas, saya telah pun menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri KPKT. Dan ketika mesyuarat tersebut Menteri KPKT telah pun memaklumkan kepada semua EXCO Perumahan di seluruh negara, satu sesi taklimat ya, akan dibuat di seluruh, di setiap negeri oleh Menteri KPKT untuk beliau menjelaskan program perumahan yang baru. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, saya, apa yang saya boleh kongsi sedikit adalah program tersebut namanya Program Perumahan Malaysia dan ia berkonsepkan sewa-beli. Dan untuk makluman yang lanjut, selepas kita terima taklimat daripada KPKT, saya akan memaklumkan sekali lagi di Dewan yang mulia ini, apakah program ataupun apakah dasar baru mengenai program perumahan yang akan dilancarkan oleh pihak, pihak Kerajaan Pusat.

Untuk menjawab ADUN Lenggeng, adakah kerajaan mempunyai perancangan membina pasar di Bandar Tasik Senangin. Untuk makluman Yang Berhormat Lenggeng, Majlis Perbandaran Nilai tidak mempunyai perancangan membina pasar di Bandar Tasik Senangin kerana tapak seluas 2.12 ekar yang disediakan adalah milik pemaju. Pembangunan pasar di tapak berkenaan adalah di bawah perancangan pemaju. Majlis Perbandaran Nilai akan berunding dengan pemaju untuk menggunapakai tapak pasar sebagai tapak pasar tani dan pasar malam bagi memenuhi keperluan penduduk.

Untuk menjawab, perbahasan Yang Berhormat Mambau yang menyentuh perkara mengenai 2 bangunan yang kira terbengkalai di Bandar Seremban iaitu bangunan Peninsular Plaza dan bangunan Punca Emas. Ya untuk maklumat Yang Berhormat Mambau, sehingga 25 November tahun 2019, tiada bayaran Cukai Taksiran yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran yang tinggi menjelaskan bil Cukai Taksiran bagi tahun 2019. Ya, maksudnya tak ada sebarang bayaran yang kita terima daripada kedua-dua bangunan tersebut. Bagi bangunan Wisma Punca Emas dan bangunan Peninsular Plaza, jumlah tunggakan bagi bangunan Wisma Punca Emas adalah sebanyak 1,176,275.00 ringgit, manakala bangunan Peninsular Plaza adalah sebanyak 3,954,884.00 ringgit. Terdapat seramai, seramai 98 orang pembayar Cukai Taksiran di bangunan Wisma Punca Emas yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran di antara 10 sen hingga 150 ribu, yang mana jumlah keseluruhan tunggakan bagi bangunan

tersebut adalah sebanyak 1.17 juta. Walau bagaimanapun, hanya 4 orang pembayar cukai taksiran yang telah menjelaskan bil bagi tahun 2019 iaitu sebanyak 1,202.00 ringgit, manakala bagi seramai 94 orang pembayar Cukai Taksiran masih gagal menjelaskan bil Cukai Taksiran bagi tahun 2019. Manakala bagi bangunan Peninsular Plaza, terdapat seramai 78 pembayar Cukai Taksiran yang mempunyai tunggakan di antara 1,000.00 sehingga ke 679,305.00 ringgit yang jumlah tunggakan keseluruhan bagi bangunan tersebut adalah sebanyak 3,954,884.00 ringgit. Walau bagaimanapun, tiada bayaran diterima sehingga 25 November tahun ini daripada 78 orang pembayar Cukai Taksiran bagi tahun 2019.

Dato’ Yang Dipertua, untuk bangunan Peninsular, untuk bang, bangunan Peninsular Plaza, sebenarnya ada beberapa pihak pernah berjumpa dengan saya dan mereka memang adanya rancangan untuk menghidup balik bangunan tersebut. Memandangkan bangunan tersebut diduk, diduduki oleh pemilik-pemilik, jadi ia menimbul isu untuk mendapatkan persetujuan kesemua pemilik-pemilik itu untuk mereka nak hidup balik bangunan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri kita terbuka dan kita mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin datang untuk melabur untuk menghidupkan kedua-dua bangunan tersebut, bolehlah datang berjumpa dengan kita dan kalau boleh bagilah proposal ataupun cadangan kepada kita supaya kita boleh sama-sama meneliti bagaimana kita boleh menghidup balik kedua-dua bangunan tersebut.

Okay untuk menjawab ADUN Mambau mengenai isu masalah pokok, ya. Pentadbiran Majlis tidak bercadang untuk menambahkan kakitangan dan membeli mesin-mesin baru kerana ia melibatkan kos yang tinggi terutamanya dari segi pembayaran emolumen dan kos penyelenggaraan. Kerja-kerja untuk menebang pokok tinggi telah dibuat secara penswastaan dengan melantik kontraktor yang berpengalaman dan kes ini lebih dan, dan kita akan teruslah, terus mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak MPS. Sebung, sehubungan dengan itu, MPS akan memohon peruntukan melalui projek MARRIS bagi kerja-kerja penebangan pokok tinggi bagi kawasan Mambau.

Salah satu perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat Juasseh di mana beberapa kedai telah pun diambil tindakan kerana menjual sayur ataupun menjual ikan. Jadi dalam perkara ini, pihak Kerajaan Negeri, kami telahpun mengarahkan supaya Majlis Daerah Kuala Pilah meneliti perkara ini dan jikalau kedai, kedai tersebut tidak menyebabkan apa-apa kacau ganggu ataupun menyebabkan apa-apa isu kebersihan, kita tak ada masalah untuk membenarkan mereka meneruskan perniagaan mereka.

ADUN Gemas, status projek SPNB Rumah Mesra Rakyat/Rumah Idaman di DUN Gemas yang telah diluluskan MMK sebelum ini. Dan juga bila inden kerja akan dikeluarkan kepada kontraktor untuk Rumah Mesra Rakyat yang telah ditandatangan, yang telah tanda, telah ditandatangani perjanjian. Untuk makluman Yang Berhormat Gemas, ada? Okay. Untuk maklumat Yang Berhormat Gemas, pembangunan Rumah Mesra Rakyat adalah di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Berdasarkan maklumat SPNB, bagi Parlimen Tampin, sebanyak 483 unit Rumah Mesra Rakyat telah disiap, telah siap dibina. 3 unit rumah sedang dibina dan manakala 37 unit rumah telah lulus dan perjanjian telah ditandatangani.

Bagi Rumah Idaman Rakyat di bawah SPNB, untuk makluman, sebelum ini MMK di bawah kerajaan terdahulu pernah meluluskan tapak tanah di Gemas iaitu berdekatan dengan padang golf Gemas dan sebagai timbal balas kepada SPNB untuk penyelesaian projek terbengkalai Taman Perpaduan Heights Kuala Pilah. Walau bagaimanapun masalah projek terbengkalai Taman Perpaduan Heights tidak juga berjaya diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini. Dan penyelesaian terbaik telah diumumkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan seperti dalam ucapan belanjawan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Pihak SPNB ketika ini sedang melaksanakan pembinaan Rumah Mesra Rakyat yang telah diluluskan sebelum ini. Manakala bagi pemohon yang telah diluluskan dan perjanjian telah ditandatangani, tetapi rumah belum dibangunkan, inden kerja akan dikeluarkan secara berperingkat dari semasa ke semasa dan pengeluaran inden akan diputuskan oleh pengurusan tertinggi SPNB.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mencelah sikit boleh tak?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, sila.

Okay, saya mohon penjelasan dari pihak SPNB, kenapa harga Rumah Mesra Rakyat masih lagi 60 ribu? Dan apa, tak boleh ke harga rumah tersebut dinaikkan sedikitlah memandangkan dengan harga barang kos dan sebagainya. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Jadi mengenai harga rumah saya rasa lepas ni mungkin Yang Berhormat Gemas, kita boleh berbincang bersama, tengok macam mana kita nak memintak supaya SPNB adanya penyelarasan harga rumah terhadap Rumah Mampu Milik yang dibina oleh mereka.

Untuk menjawab ADUN Rahang, berapakah jumlah permohonan Rumah Mampu Milik Type A. Jadi kalau tak silap semalam saya telah pun berjanji kepada Yang Berhormat Rahang untuk memberi jawapan secara bertulis, tapi di sini saya ingin berkongsilah maklumat ini kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat. Jumlah permohonan bagi 8 projek Rumah Mampu Milik Type A yang telah diundi adalah sebanyak 8,665 orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 3,466 orang sahaja yang melepasi syarat permohonan dan sebanyak 1,384 orang pemohon telah berjaya dalam sesi undian yang telah di, dilaksanakan.

Untuk menjawab Yang Berhormat Rahang mengenai cadangan Yang Berhormat, pihak PBT belum mewujudkan jadual pemangkasan pokok dan buat kempen pemangkasan pokok, ya, pihak Majlis Perbandaran Seremban telah menyediakan jadual pemangkasan pokok mulai April 2019 hingga Disember 2019 mengikut 10 kawasan DUN. Dan setiap DUN diperuntukkan 5 hari bagi kerja-kerja pemangkasan pokok. Dan Majlis Perbandaran Seremban, bandaraya, Majlis Perbandaran Seremban mengambil maklum dan akan mengadakan kempen pemangkasan pokok seperti yang disarankan oleh Yang Berhormat Rahang.

Mengenai projek terbengkalai yang telah, projek terbengkalai Hotel Seri Menanti di Jalan Tuanku Antah yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rahang. Bagi, pihak MPS telah menghantar notis keselamatan kepada pemilik dan perunding bangunan tersebut. Pemilik dan perunding diminta untuk:

 Membaiki semula papan dinding yang telah rosak;  Mencegah pembiakan nyamuk aedes;  Dan yang ketiga: memastikan tapak bina tidak dicerobohi atau digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Untuk Yang Berhormat Chuah, Yang Berhormat Chuah memohon pertimbangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan housing development board di bawah Enakmen Negeri bagi membantu membina rumah. Untuk maklumat Yang Berhormat Chuah, Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih atas cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Chuah supaya kerajaan mewujudkan housing development board. Dan sebenarnya isu perumahan ini menjadi

perhatian penting Kerajaan Negeri dan ia terkandung dalam manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Selaras dengan manifesto tersebut, Kerajaan Negeri telah mengam, mengembalikan semula peranan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan, Negeri, Negeri Sembilan sebagai peneraju utama perumahan di Negeri Sembilan. Melalui PKNNS, Kerajaan Negeri akan merancang dengan sebaiknya bagi membantu dan pembangunan, dalam pembangunan dan pembinaan rumah di Negeri Sembilan.

Okay untuk menjawab soalan yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat ADUN Gemencheh yang mengenai projek Rumah Idaman di Kampung Sungai Dua yang telah diluluskan oleh MPKK tetapi sehingga hari ini, projek masih belum bermula, beliau, Yang Berhormat Gemencheh jugak memohon Kerajaan Negeri mempercepatkan proses ini. Jadi untuk menjawab Yang Berhormat ADUN Gemencheh, bagi Rumah Idaman Rakyat di bawah SPNB, untuk makluman, sebelum ini MMK yang di bawah kerajaan sebelum ini, pernah meluluskan tapak tanah di Kampung Sungai Dua, iaitu berdekatan dengan JKR Seksyen Sungai Dua sebagai timbal balas kepada SPNB untuk penyelesaian projek terbengkalai di Taman Perpaduan Heights, Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, masalah projek terbengkalai Taman Perpaduan Heights tidak juga berjaya diselesaikan oleh kerajaan yang terdahulu dan penyelesaian terbaik telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

ADUN Lobak yang selalu memperjuangkan nasib penduduk yang tinggal di Templer Flat, itu, isu lif. Untuk isu lif yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lobak ya, Kerajaan Negeri prihatin dengan masalah lif yang berlaku di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail. Sebab itu Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sendiri telah turun padang meninjau masalah ni, dan mengumumkan penyelesaian kepada masalah yang telah membelenggu selama hampir 20 tahun. Peruntukan berjumlah 2.2 juta telah diluluskan untuk menukar lif baru. Projek penukaran lif ini akan dilaksanakan oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan secara berperingkat supaya tidak menjejaskan pergerakan keluar masuk penduduk. Dan pada masa ini, proses tender sedang dimuktamadkan dan dijangkakan kerja-kerja akan bermula seawal Januari tahun depan.

Untuk menjawab cadangan Yang Berhormat Lobak mengenai pemberian insentif atau pemberian peruntukan kepada JMB. Rumah Pangsa Lobak mempunyai rumah pangsa yang dibina oleh Majlis Perbandaran Seremban. Sebelum ini MPS pernah memohon untuk menaik taraf kemudahan rumah pangsa ini dengan menggunakan peruntukan Tabung Penyelenggaraan Malaysia KPKT yang melibatkan

kerja-kerja menukar tangki baru, penyelenggaraan dan menaik taraf kemudahan gunasama yang berjumlah sebanyak 282 ribu. MPS telah mengemukakan sekali lagi permohonan tersebut untuk tahun depan.

Pelaksanaan Bengkel Pengurusan Strata merupakan agenda utama Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPS. Pada tahun ni sahaja, sebanyak 2 sesi bengkel telah diadakan dengan matlamat untuk mendedahkan MC dengan kehendak undang-undang dan pelaksanaan tugas MC.

Untuk menjawab soalan mengenai Pasar Awam Teluk Kemang. Ya seperti apa yang telah pun dijawabkan dalam jawapan bertulis, Kerajaan Negeri menyedari bahawa terdapat keperluan untuk menyediakan pasar awam yang selesa dan bersih bagi memudahkan penduduk-penduduk setempat dan pengunjung untuk mendapatkan keperluan barangan harian. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk mengubah lokasi Pasar Awam Teluk Kemang ke lokasi lain. Namun demikian, Majlis Perbandaran Port Dickson akan sentiasa memastikan bahawa kemudahan yang disediakan adalah selesa dan sentiasa dalam keadaan yang bersih.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mencelah sikit. YB Bahau, actually saya mohon dinaikkan taraf. Kalau repair sikit-sikit untuk buat longkang ke apa, tidak memenuhi kehendak sebenarnya pengunjung ataupun siapa yang datang ke pasar tu. So saya rasa kalau naik taraf, saya rasa mungkin tidak ada masalah. Bukan semua-semua maintenance job, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Saya rasa itu satu cadangan yang baik dan kita akan pertimbangkanlah mengikut kedudukan kewangan Kerajaan Negeri dan juga MPPD.

Dan seterusnya untuk menjawab Yang Berhormat Senaling. Tapak pelupus, yang mengenai tapak pelupusan sampah di Ulu Maasop, Kuala Pilah. Untuk, untuk makluman Yang Berhormat Senaling, tapak pelupusan sisa pepejal Ulu Maasop, Kuala Pilah masih beroperasi hingga hari ini. Kontrak pengoperasian tapak yang asal telah tamat pada 31 Oktober. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah melanjutkan tempoh kontrak selama 3 bulan dan akan tamat pada 31 Januari tahun depan. Pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga KPKT masih dalam tindakan untuk melantik operator baru dengan tambahan skop kerja iaitu perluasan tapak pelupusan bagi memanjangkan jangka hayat tapak berkenaan sehingga

Stesen Pemindahan Tampin siap dibina dan dijangka akan beroperasi pada tahun 2023. Stesen pemindahan ini akan menerima sisa pepejal dari Kuala Pilah, Rembau, Tampin dan di, di Jempol.

Saya rasa itu sahaja penggulungan saya, terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. Yang Amat Berhormat Bahau, seterusnya.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema Melestari Ekonomi, Mensejahtera Rakyat. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek belanjawan yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam sektor wanita, keluarga dan kebajikan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat dan sejahtera sesuai dengan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, mengantuk kan, menerusi belanjawan 2020 telah menyediakan peruntukan yang pelbagai, sama ada untuk wanita, keluarga, budak sekolah, OKU, warga emas dan semua golongan sasar JKM menerusi usaha mensejahtera rakyat secara inklusif dan merentasi sempadan kaum, bangsa, agama dan geografi.

Sebelum saya teruskan, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap teromba, agar ucapan saya juga disulami dengan ungkapan beradat. Dengar nasihat ini yang disebut tunjuk ajar, bertuah membawa berkat, amanah membawa tuah, tunjuk menjadi telaga budi, agar yang menjadi suluh hati, hal ini yang saya buat memberi wanita dan keluarga Negeri Sembilan hebat dari segi nilai tambah dalaman dan luaran. Mereka diberi bantuan juga ilmu, okay, antara yang diumumkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membantu golongan wanita, keluarga, kebaji, dan kebajikan adalah, boleh ya, tadi saya kata …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan kacau dia.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang diumumkan, bajetlah …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan gaduh.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. saya sedang bahas bajet. Okay, yang …..

Kita tanya, boleh masuk suku ke?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang pertamanya adalah Power House Wanita Gemilang iaitu singkatannya adalah PHGem. PH dia makna Power House, ada makna tersiratnyalah, fikir-fikirlah. Dan Gem adalah singkatan untuk Gemilang. “Gem” dalam Bahasa Inggeris bermakna permata, kerana wanita sebagai permata. Betul tak? Haa. 1.5 juta diperuntukkan. Dan juga B4U ataupun Bantuan for you iaitu bantuan one off 100.000 ringgit kepada ibu tunggal setiap tahun. Walaupun amaun ni kecil, tapi ia dapat membantu kita mendapatkan satu senarai yang, senarai nama dan butiran ibu tunggal supaya kita boleh memberi bantuan yang lain. B4U haa, Bantuan for you dinaikkan daripada, eh, C4U, C4U, care for you ya, sorry, tersasul, care for you …..

Sei, Cina kata mati.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tak ada, I tak pernah …..

C4U, 4.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Bukanlah, duduk …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Duduklah Seri Menanti. Jangan kacau.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

No no, C4U, care for you, untuk ibu tunggal. Daripada 900 ribu ringgit, saya tak benar mencelah. Daripada 900 ribu ringgit dinaikkan jadi 1 juta. Okay. B4U, haa ini bantuan for you, adalah Bantuan Am yang diberikan kepada penerima bantuan yang tidak layak di bawah kategori yang lain, di mana Kerajaan Negeri Sembilan merasakan mereka mas, masih perlu bantuan, so kita bagi B4U, bantuan for you. Tahun lepas diperuntukkan 2.36 juta, tahun ini ditambah 1.45 juta untuk menjadi 3.81 juta supaya, tahun lepas hanya OKU yang layak, tahun ini semua golongan sasar akan diberi kenaikan daripada 140.00 ringgit ke 200.00 ringgit.

Okay, ada satu lagi. BAS (Bantuan Anak Sekolah) di mana bantuan wang, sumbangan wang, walaupun dia dinamakan Bantuan Anak Sekolah (BAS) tapi dia boleh gunakan untuk menampung perbelanjaan pengangkutan ke sekolah di mana 50.00 ringgit sebulan diberikan kepada murid-murid yang terkandung dalam Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin di sekolah. Tahun lepas diperuntukkan 900 ribu, di mana hanya diberikan kepada pelajar-pelajar daripada Darjah 1 sehingga Darjah 6. Tahun ini diperluaskan ke Tingkatan 1 dan ditambahkan lagi 100 ribu ringgit.

Dan juga TUNS iaitu tabuang, tabuang pulak, Tabung Usahawan Negeri Sembilan di mana 50% daripada penerima TUNS ini terdiri daripada golongan wanita dan dinaikkan lagi daripada 3 juta ke 5 juta. Dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang amat prihatin tentang, no, Suri rumah, suri rumah, yang mencarum i-Suri, i-Suri Kerajaan Pakatan Harapan dengan peruntukan khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memperuntukkan 0.5 juta untuk mencarum pada, dalam i-Suri.

T4U. T4U ialah inisiatif Pakatan Harapan Negeri Sembilan di mana taska swasta yang berjaya menubuhkan sesebuah taska akan diberi insentif 10 ribu ringgit setiap taska, first, first come first serve-lah untuk 10 taska swasta yang pertama.

Then, Food Bank pulak. Food bank Kerajaan Pakatan Harapan yang begitu prihatin juga memperuntukkan 0.1 juta kepada Food Bank di bawah EXCO, YB Veera. 0.1 juta-lah, saya kata. Saya tak tersasul ya.

Okay, suka saya, di sini saya menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berjaya membentangkan satu bajet yang belanjawan yang begitu mantap dengan kerjasama penjawat awam yang begitu bertungkus-lumus untuk menyediakan terutamanya Pegawai Kewangan. Suka saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada keseluruhan anggota kakitangan JKM yang berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan ikhlas. Anggota JKM ini merupakan baris, barisan hadapan ataupun front liner, dengan izin, menyantuni rakyat apabila pihak kerajaan menerima apa-apa aduan atau laporan mengenai golongan sasar yang meng, mengalami bencana atau musibah.

Soalan cepu emas, yang dikemukakan oleh beberapa wakil rakyat kerajaan ataupun pembangkang adalah berkenaan dengan penamatan bantuan JKM. Saya menyeru ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk membekalkan butiran impirical atau yang berasas seperti nama, telefon nombor dan IC kepada saya untuk tindakan selanjutnya dan bukannya terikut-ikut dengan rungutan atau aduan yang tidak berasas. Kena

ingat ya, salah faham badan tenggelam, salah tangkap badan mengidap, salah makna badan celaka, salah erti rosak pekerti, salah pakai kerja terbengkalai, salah tafsir kerja membazir, salah ambil makna terbalik, salah faham yang putih jadi hitam, salah faham yang buruk timbul yang elok tenggelam. Fikir-fikirlah.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Pakatan Harapan yang sentiasa, senantiasa prihatin dan mengambil pendekatan untuk betulkan biasa, dan biasakan betul ini akan mulakan satu inisiatif yang baru iaitu JKM akan memberi notis makluman selama 21 hari kepada semua ADUN dan Penyelaras DUN sebelum menamatkan bantuan JKM. Diharapkan langkah positif ini akan disambut baik oleh ahli-ahli Dewan yang mulia ini dan dibalas dengan langkah positif oleh semua ahli yang, ahli Dewan yang mulia ini untuk memaklumkan kepada pihak JKM kes-kes yang kononnya layak tapi masih ditamatkan dengan segera dan memberi makluman balas dalam masa 21 hari yang tersebut.

Yang peliknya, ni pelik, saya rasa pelik haa. Semasa Kerajaan BN pada tahun 2017, bilangan penerima bantuan yang ditamatkan adalah 4,514. Jikalau dibandingkan dengan tahun 2018 iaitu 4,200 saja. Walhal kita ambil alih pada bulan Mei 2018. Masa itu, mengapa soalan cepumas, mengapa bantuan JKM ditamatkan tidak wujud. Betul tak? Haa, semalam …..

Yang Berhormat, setiap kali sidang Dewan, perkara ini dibangkitkan oleh ahli-ahli …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya tak benar celah. Sebenarnya, semalam, saya tak benar mencelah, okay.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Mungkin tidurlah masa tu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Padahal, padahal semalam, semalam ada percubaan daripada pihak pembangkang untuk menggagalkan penyaluran bantuan JKM kepada golongan sasar di Parlimen di mana 28 Ahli Parlimen tolak penyaluran peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat dalam bill perbekalan. Apa pulak terjadi kepada nasib golongan sasar JKM. Air mata saya kering apabila terfikir nasib orang-orang susah ini dipertaruhkan oleh pihak pembangkang. Hentikanlah, okay, hentikanlah permainan politik, jangan pertaruh nasib rakyat.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Sokong, Temiang sokong.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Perkhidmatan bantuan merupakan salah satu perkhidmatan utama di bawah teras perkhidmatan JKM dalam aspek pemulihan sosio ekonomi kumpulan sasar ke arah kehidupan yang lebih berkualiti. Ini bagi memastikan perkhidmatan bantuan mesra client dan membantu pegawai dalam membuat penilaian dan pertimbangan permohonan bantuan. Bantuan JKM adalah bersifat sementara untuk membantu client dan meringankan beban kelangsungan hidup individu atau keluarga yang berkeperluan. Setiap permohonan akan disiasat dan diberi pertimbangan berdasarkan kelayakan dan bukannya satu hak, tanpa mengira latar belakang kaum, agama, jantina dan mesti berstatus warganegara.

Berkaitan dengan isu penamatan bantuan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN, dimaklumkan bahawa penamatan, penamatan bantuan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan. Proses penamatan ini perlu dijalankan selaras dengan peraturan Tatacara Kewangan dan memenuhi keperluan naziran oleh Jabatan Audit Negara. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menerima rujukan dan bersedia untuk mempertimbangkan dan menyemak semula status permohonan agar lebih telus dan berintegriti berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan. Pokoknya semua penamatan bantuan akan dilakukan setelah siasatan terperinci dilaksanakan dan bukannya ditamatkan dengan sewenang-wenangnya.

Untuk menjawab Yang Berhormat ADUN Chembong. Kejadian kebakaran berlaku di Kampung Seri Melenggang dan Taman Sedia ada [Raja], pada bulan April, apakah bantuan, okay. Mengikut rekod JKM Negeri Sembilan melalui PKMD Rembau, 3 buah rumah telah terlibat dalam kejadian bencana alam kebakaran pada bulan April 2019 yang melibatkan 2 kawasan iaitu sebuah rumah di Kampung Seri Melenggang dan 2 buah rumah di Taman Sedia ada [Raja]. Antara bantuan, Sedia Raja, antara bantuan yang telah disalurkan adalah kepada Hamidah binti Bakar; Kampung Seri Melenggang, diluluskan bantuan rumah PPRT berjumlah 33 ribu ringgit oleh Pejabat Daerah Rembau. Nombor 2, Norkamalrul bin Abdul Karim di Taman Sedia Raja, bantuan pemulihan telah diluluskan 4,530.00 ringgit. Mohd. Hanizam bin Zakaria, bantuan pemulihan telah diluluskan dan disalurkan pada 20 Jun 2019 sebanyak 1,240.00 ringgit.

Merujuk kenyataan Yang Berhormat ADUN Chembong mengenai peman, penamatan bantuan JKM dalam sesi perbahasan belanjawan 2019, hasil semakan, semakan yang dibuat oleh pihak JKM melalui JKM Daerah Rembau, mendapati bahawa client yang berstatus OKU berusia 75 tahun yang ditamatkan bantuan setelah 8 tahun menerima bantuan dan client kaum India berstatus OKU yang tinggal di Taman Sedia Raja, telah ditamatkan bantuan adalah sebenarnya orang, individu yang sama. Ya, kita dah buat siasatan. Di mana individu tersebut …..

Dato’ Speaker, mintak izin untuk betulkan …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tak, tak benarkan untuk mencelah.

Dia cakap individu yang sama, bukan, Dato’ Speaker …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Duduk duduk, tak dibenarkan mencelah. Okay, sebenarnya …..

Fakta Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. individu. Sebenarnya individu itu ditamatkan bantuan kebajikan pada bulan Februari 2019, masa tersebut isteri beliau tidak lagi melantar, OKU, tak ada berstatus OKU terlantar. Tapi selepas kita membuat siasatan, so kita memberi Encik Ramasamy a/l Maniam bantuan sebelum disebabkan kerana dia melebihi PGK iaitu nombor ajaib; 960.00. Setelah disantuni, PKMD Rembau telah meluluskan bantuan penjagaan pesakit OKU terlantar 350.00 ringgit. Hal ini dipertimbangkan mengikut syarat kelayakan bagi penjagaan OKU terlantar iaitu pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi 3,000.00. Haa ini untuk kes special di mana pen, penjagaan OKU terlantar kita memberi, kita tak menggunakan nombor ajaib; 960.00 ringgit itu tapi kita menggunakan 3,000.00 ringgit kerana situasi OKU terlantar tersebut. So tidak benar bahawa OKU tersebut diberhentikan se, tiba-tiba diberhentikan kerana ada situasi yang berlaku di mana PGK beliau telah melebihi PGK. Jikalau wakil rakyat yang begitu prihatin, sepatutnya memberitahu pihak saya, masa kejadian tragedi tersebut, dan bukannya hanya masa Dewan, Dewan

sidang sudah lambat. Kecuali kita ada artificial intelligence-lah, kecerdasan bantuan di mana kita tahu …..

Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. apa yang berlaku …..

Boleh?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. di kawasan, Chembong, tak boleh lagi.

Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okay, memang cerita …..

Amoi, boleh ke? Tolong.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. Yang Berhormat, tak boleh, tak boleh. Cerita Yang Berhormat ADUN Chembong semalam memang menyayat hati sehingga saya hampir-hampir menitas, menitis air, air mata, hampir-hampir ya. Hampir-hampir. Sebelum saya dikejutkan dengan situasi yang saya sebutkan sebagai dejavu kerana seperti pernah berlaku ni, fenomena yang pernah berlaku beberapa kali, iaitu sering kali saya dengar tentang tragedi penamatan berlaku. Mohon semua ADUN dalam Dewan mulia ini, supaya memaklumkan kepada saya secara secara peribadi melalui Whatsapp dengan membekalkan nama, IC, alamat dan telefon nombor supaya kita semua boleh buat tindakan yang segera. Dan itulah saya panggil, panggil salah erti rosak pekerti.

Jawab, untuk jawab Yang Berhormat ADUN Pertang, yang menggunakan contoh Yang Berhormat ADUN Rantau, saya memohon jasa baik semua ahli-ahli kaum adam dalam Dewan yang mulia ini, supaya jangan menggunakan contoh atau sindiran yang kurang manis dan sexist. Kalau boleh gunalah, saya beli Lazada, spesifikasi macam ini apabila barang tu sampai rumah saya tak mengikut spesifikasi, lagi manislah. Mengapa nak menjatuhkan maruah, maruah wanita dalam

Dewan yang mulai ini. Negeri, Negeri Sembilan ini, Negeri Sembilan ini …..

Mohon pencerahan, saya tak faham tadi tu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tak faham tak apa. Negeri Sembilan ini, Nogori kita negori beradat, yang mengamalkan Adat Perpatih di mana wanit patut dimartabatkan, dan bukan sebaliknya.

Okay untuk menjawab Yang Berhormat …..

Pencerahan Dato’ Dipertua, apa maksud yang disebut tadi.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. mengikut rekod …..

Saya tak faham.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Mengikut rekod JKM, Akta Orang Papa 1977, telah, baca hansard-lah, telah melaksanakan operasi menyelamatkan orang papa gelandangan bagi Daerah Seremban bagi tahun 2018 adalah sebanyak 54 operasi dengan bilangan kes yang diselamatkan adalah seramai 83 orang. Manakala bagi tahun 2019 sehingga Oktober, sebanyak 53 operasi telah dijalankan, seramai 72 orang telah diselamatkan.

Secara khususnya bagi DUN Rahang, bagi tahun 2018, hanya satu operasi dilakukan dan hanya 1 kes diselamatkan. Tahun 2019 sebanyak 2 operasi menyelamat diadakan dan seramai 2 orang diselamatkan.

Isu pembayaran semula bantuan oleh pegawai JKM bagi kes meninggal dunia tidak pernah berlaku. Jikalau ada, saya mohon Yang Berhormat ADUN Rahang supaya membekalkan identiti dan bukti bahawa pegawai JKM dipaksa untuk bayar baliklah, kerana, untuk makluman Dewan yang mulia ini, JKM sudah menggunakan, menggunapakai sistem myIDENTITY bersama Jabatan Pendaftaran Negara. Sehingga kini sistem ini membolehkan pihak, pihak JKM mengenal pasti kes-kes penerima bantuan yang meninggal dunia dan akan dihubung, link,

dengan izin, dengan Sistem Pengurusan Bantuan, eBantuan JKM secara automatik. Sebaik menerima makluman daripada sistem, pihak JKM akan membuat kutipan wang bantuan tersebut sama ada secara terus daripada waris mereka, keluarga. Tuntutan pengembalian wang bantuan akan dibuat secara rasmi melalui surat kepada waris dan tidak pernah kepada pegawai JKM …..

Izinkan, Speaker, jelas sikit ya. Jelaskan sikit. Semalam, ya, saya, saya sebut …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tak benar kerana saya …..

….. saya sebut …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. adil kepada semua. Tak, tak dibenarkan mencelah.

Semalam saya sebut pegawai bahawa pegawai-pegawai bertanggungjawab dengan izin, as a subordinat, dia bertanggungjawab …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Tidak …..

….. to get …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. tidak benar …..

….. the money back, ya.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. tidak benar, ini adalah …..

So, ini …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. kita melalui proses yang formel, formal dan ada prosedur, SOP dia. Okay …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. ikut Arahan Perbendaharaan …..

Bukan, bukan macam tu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. 89(a) …..

Semalam saya kata, bertanggungjawab dapat balik wang itu dari waris-waris keluarga atau sebagai, dengan izin, subordinat, mereka kena membayar.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Siapa …..

Tak ada arahan, tak ada apa …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okay.

….. tapi dia bertanggungjawab …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okaylah.

So, dengan ini …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih.

….. saya bukan nak bagitau tentang wang itu, tapi apa saya mintak. Saya mintak kerjasama JKM dengan JPN mempastikan dengan izin, update to be issued immediately apabila sijil la, kematian dikeluarkan. Itu yang saya mintak, bukan yang apa tu, I said sebab mereka bertanggungjawab. So this must be done.

Ini EXCO tak fahamlah Dato’ Speaker. Saya setuju cakap Rahang tu.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Seri Menanti jangan kacaulah lu.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada ulasan …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Jangan pasang api ya, Seri Menanti.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada ulasan Yang Berhormat ADUN Rahang. Mungkin ADUN Rahang tidak dengar saya cakap tadi, kita menggunapakai sistem myIDENTITY bersama JPN sehingga ini, sistem ini membolehkan pihak JKM mengenal pasti kes-kes penerima bantuan yang meninggal dunia dan akan dihubungkan, link, dengan izin, dengan sistem pengurusan bantuan, eBantuan, sudah ada sistem yang link. So, tak ada isu …..

Memang ada, tapi very slow, dengan izinkan, its not immediate.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okay terima kasih.

Setuju setuju setuju.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya akan suruh pihak JKM supaya memberi taklimatlah kepada semua ADUN berkenaan dengan eBantuan ini ya. Menurut, mengikut arahan Perbendaharaan 89(a), Akaun Belum Terima dan Arahan Perbendaharaan 96(c) Proses Rekrutmen yang dilakukan adalah menge, melalui penggunaan Akaun Belum Terima iaitu sejumlah amaun yang akan dikutip daripada waris apabila pembayaran tersebut tidak layak diterima disebabkan penerima bantuan meninggal dunia.

Kelewatan pembayaran bantuan kepada penerima bantuan JKM pada tahun 2019 adalah kerana JKM melaksanakan kerja-kerja sistem eBantuan Fasa 8 di seluruh negeri. Proses naik taraf ini menyebabkan sistem sedia ada terganggu dan kelewatan pembayaran bantuan bagi bulan berkenaan. Isu ini telah diperbaiki dan proses bayaran bantuan telah berjaya dilaksanakan. Pemakluman mengenai kelewatan bayaran bantuan telah disalurkan mengen, melalui media cetak dan media elektronik seperti kenyataan media oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bertarikh 1 November 2019. Ini seperti saya, bagi contoh, seperti iPhone, setiap kali iPhone kena di-update, dia perlu masa dia di-update tu dia tidak boleh menggunakan, hanya sekejap je. So apabila update tu dia, function dia lebih bagus, itu saja, lebih bagus dan link itu adalah disebabkan kerana update tu.

Jawab kenyataan Yang Berhormat ADUN Juasseh dan Yang Berhormat Palong. Sebenarnya Pakatan Harapan masih menang 5-4. Jangan lupa selepas 9 PRK iaitu Sungai Kandis, Seri Setia, Balakong, Port Dickson, Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Sandakan dan Tanjung Piai, okay.

Okay, Kerajaan Negeri melalui, ini untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Gemas, ADUN Sungai Lui dan ADUN Jeram Padang berkenaan dengan peralatan. Kerajaan Negeri melalui JKM mempunyai stok bantuan alat tiruan atau sokongan kerusi roda di setiap daerah sekiranya client jabatan yang memerlukan dengan kadar segera. Kes-kes ini boleh dirujuk terus di daerah-daerah dan boleh dipertimbangkan mengikut garis panduan pengurusan bantuan alat tiruan atau alat sokongan yang telah ditetapkan. Bagi keperluan khas seperti kerusi roda khas, katil khas dan perlu ditempah khas melalui pembekal yang berdaftar, permohonan tersebut ber, perlu mendapatkan pengesahan dan diagnosis daripada Pegawai Perubatan kerana ianya perlu mengikut keperluan dan kesesuaian pemohon dan pesakit.

Kesempit, kesimpulan haa, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya mendedikasikan pantun dan teromba ini kepada Dewan yang mulia ini. Orang masak dalam belanga, bukan orang dalam belanga. Orang masak dalam belanga, dimakan bersama sedap rasanya, orang jujur hidupnya mulia, disegani orang selama-lamanya, adat hidup orang berbudi, jujurnya sampai ke lubuk hati, adab hidup orang baik-baik, jujur dan ikhlas timbal balik. Siapa jujur mujur, siapa ikhlas bernafas, siapa dusta menderita, siapa bengkok tercampak, siapa jujur termahsyur, siapa lurus lulus, siapa ikhlas lepas, siapa khianat lumat, siapa dengki mati. Penghargaan saya kepada Dato’ Rosli Saludin

yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Raja Teromba. Beliau sering kali memberi tunjuk ajar kepada saya.

Akhir kata, ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa, tersilap bicara, tertutur tak tentu hala dan tersasul tak sengaja. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bukit Kepayang. Saya teruskan lagi.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Assalamualaikum, salah hidayah, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan 2020, pada hari Jumaat yang lalu. Dan terima kasih kerana menambah peruntukan untuk pertanian. Ini menunjukkan Kerajaan Negeri Sembilan serius di dalam membangunkan sektor pertanian dan industri yang berkaitan.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memperingatkan, memperingatkan semua ahli Dewan supaya kita menjaga kualiti pertanyaan dan perbahasan kita supaya kita tidak menghabiskan masa membincang perkara-perkara yang tidak berkaitan, ataupun perkara-perkara yang boleh kita selesaikan di peringkat jabatan. Tahniah jugak kepada Dato’ Yang Dipertua, sebab sudah mampu mengawal sesi penggulungan betul-betul jadi sesi pengulangan, penggulungan. Tidak menjadi sesi perbahasan lagi.

Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Serting, yang menyentuh berkaitan dengan isu perkauman yang sekarang ini dikatakan ditiup begitu menjadi-jadi. Saya nak tanya semua pihak, deep inside your heart, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, siapa sebenarnya yang meniupkan api ataupun menyemarakkan api perkauman ini. Janganlah ya, kita melempar batu kemudian sorok tangan. Ianya tak perlu dijawab ya, kenyataan masing-masing ataupun semua orang tahu.

Juasseh ada meton, men, men, me apa, menyentuh isu Tabung Haji. Sekali lagi saya nak menggunakan, deep inside your heart, siapo punyo kojo ni, dengan izin, Yang Dipertua. Juga tak perlu jawab, semua orang tahu.

Dato’ Yang Dipertua, YB Jeram Padang ada membangkitkan isu penternakan dalam ladang, ini sudah tentulah ya, untuk kita menternak mestilah mendapat persetujuan daripada tuan tanah, begitu jugak ya, penternak-penternak kecil-kecilan di kampung-kampung, suka saya memperingatkan supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran dan memakan ya, tanaman-tanaman pihak lain sebab sudah tentulah jika ini berlaku, hasil yang kita dapat daripada ternakan itu nantinya sudah tentulah tidak bersih.

Yang Berhormat Johol, Gemencheh, menimbulkan isu tanah terbiar. Memang dalam rekod, kita mempunyai hampir ataupun lebih 33 ribu hektar tanah terbiar. Tetapi yang economically sizeable-nya, dengan izin, Dato’ Yang Dipertua, yang boleh kita bangunkan hampir 6,000 hektar sahaja. Ini pun kita menghadapi beberapa kekangan untuk mengenal pasti pemilik-pemilik yang berminat untuk tanah-tanah mereka ini di, dimajukan. Dan jugak tanah adat yang terbiar, yang mencapai hampir 14 ribu hektar ya, pun begitu kita telah memajukan beberapa sektor dengan persetujuan Dato’-Dato’ Lembaga yang, yang. yang berkaitan seluas 1,002 ekar lebih kurang, yang telah kita bangunkan untuk aktiviti pertanian di Daerah Kuala Pilah, Daerah Rembau dan Daerah Jempol.

YB Pertang ada menyebut produk Jelebu iaitu seperti air akar kayu dan sate tulang yang dikatakan kurang promosinya. Sebenarnya kita telah membuat promosi-promosi tertentu. Sebagai contoh sate tulang, kita telah promosikan di peringkat MAHA lagi. Dan inshaa Allah produk-produk lain yang berpotensi untuk kita bangunkan, sentiasa diberi perhatian dan dari semasa ke semasa.

Produk yang, Gemencheh ada menyebut pertanian, produk pertanian yang tidak dapat dipasarkan. Dato’ Yang Dipertua, sesuatu, sebelum sesuatu projek dilaksanakan, perlulah ada perancangan yang holistic, dengan izin, dari mula kerja tanah sehingga pemasaran. Ini amat penting bagi memastikan tiada lambakan produk yang sama pada satu-satu masa ataupun menghadapi promosi, menghadapi pemasaran. Ada beberapa pilihan untuk pemasaran produk pertanian. Salah satu pilihan yang berkesan setakat ini adalah contract farming, dengan izin. Contract farming boleh diusahakan dengan pemain industri yang berkaitan dan boleh juga melalui FAMA.

ADUN Lenggeng ada menimbulkan isu tananam herba seperti pucuk paku, ulam raja dan, bagi menambah pendapatan luar bandar, dan potensi industri rebung madu bagi meningkatkan pendapatan petani. Tanaman herba ataupun ulam seperti pucuk paku dan ulam raja dikategorikan sebagai tanaman herba dan rempah ratus. Jenis

tanaman ini di bawah Projek PORAK-E pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian. Penduduk yang berminat boleh memohon bantuan di bawah projek ini yang mana bentuk bantuan adalah meliputi input pertanian seperti baja, benih dan racun. Di bawah projek ini, matlamat utama adalah untuk mengurangkan kos sara hidup dengan mengurangkan belanja dapur penduduk-penduduk yang membuat projek PORAK-E ini. Projek rebung madu termasuk di bawah Projek Komuniti Berpotensi. Pihak Jabatan Pertanian sentiasa mengalu-alukan permohonan bagi projek ini. Kadar bantuan sehingga maksimum RM10 ribu/hektar boleh dipohon merangkumi naik taraf infrastruktur ladang dan input pertanian.

ADUN Chuah yang membangkitkan isu insentif latihan pertanian dan pembelajaran teknologi ICT dan komputer serta kilang pertanian bagi tujuan pengeluaran hasil pertanian. Insentif latihan pertanian bagi memberi pendedahan kepada teknologi pertanian yang terkini semasa di, sentiasa diberikan penekanan oleh pihak kerajaan. Selain teknologi mekanisasi, teknologi ICT dan juga perkomputeran juga adalah disediakan di kebanyakan agensi-agensi di bawah sektor pertanian. Sebarang keperluan bagi skop latihan ini boleh dikemukakan kepada agensi berkaitan untuk diselaraskan mengikut keperluan. Pada masa kini kerajaan melalui MARDI dan Jabatan Pertanian telah membangunkan teknologi kilang tanaman yang dinamakan factory veggie, dengan izin. Teknologi kilang tanaman ini masih lagi di peringkat, dijalankan pada skala yang kecil untuk tujuan kajian bagi melihat kesesuaian dan keberkesanan teknologi ini pada skala yang besar untuk masa akan datang. Kilang tanaman ini dilihat dapat menjamin pengeluaran makanan yang lebih berkonsisten, sistematik, terkawal, menjimatkan kos input dan mengurangkan penggunaan sumber tanah.

ADUN Lenggeng jugak ada membangkitkan beberapa perkara, beberapa perkara dalam, mencadangkan beberapa perkara, pasar tani. Sehingga 31 Oktober 2019, FAMA Negeri Sembilan telah membangunkan sebanyak 26 pasar tani di seluruh Negeri Sembilan dengan penglibatan 1,000 usahawan. Pada tahun 2020, disasarkan 2 pasar tani baru akan dibangunkan di lokasi cadang, yang dicadangkan iaitu di Lenggeng dan Taman Kemuning.

ADUN Sungai Lui, isu berkaitan dengan bantuan yang diperolehi oleh golongan muda menjalankan aktiviti pro, program serta projek pertanian dan bantuan untuk mereka. Di bawah FAMA Negeri Sembilan, di bawah FAMA Negeri Sembilan, bantuan yang ada ialah agropreneur muda bagi skop industri asas tani bernilai 15 ribu dengan kelulusan kementerian. Syarat-syarat bantuan ini adalah pemohon

hendaklah berumur antara 18 hingga 40 tahun, warga Malaysia, memiliki perniagaan industri asas tani dan berdaftar dengan jabatan dan agensi. Peluang-peluang perniagaan di Program My Best Buy, jualan terus dari ladang dan promosi, pro, di outlet FAMA, outlet FAMA seperti pasar tani. Program ini juga dapat membantu satu peluang perniagaan dan sektor pertanian, meningkatkan pendapatan dan promosi permulaan perniagaan.

ADUN Gemencheh berkaitan dengan peranan orang tengah. FAMA telah pun mewujudkan sebuah pasar tani di Pekan Gemencheh yang berpotensi pada setiap hari Ahad, beroperasi setiap hari Ahad bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari. Di sini merupakan medan pertemuan pengeluar dan pengguna secara terus. FAMA sentiasa memberi keutamaan kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka dan mendapatkan nilai yang lebih tinggi.

Berkaitan bantuan ataupun bonus yang diberikan kepada petani dan orang kampung yang di, di, dibangkitkan oleh ADUN Rantau. Pada masa kini, sara hidup di bawah sektor pertanian hanyalah tertumpu kepada subsektor perikanan. Bantuan sara hidup yang dimaksudkan ialah bantuan sara hidup nelayan darat dan nelayan laut yang berjumlah RM200.00 sebulan. Bagi subsektor tanaman dan subsektor penternakan, petani dan penternak boleh memohon bantuan yang sedia ada di bawah projek pembangunan pertanian, penternakan dari agensi-agensi berkaitan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, ini …..

Yang Dipertua Dewan

Apa lagi?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sedikit, saya nak tanya saja.

Yang Dipertua Dewan

Eh, tak boleh tanya dah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bukan, bukan tanya, jawab, saya nak dapatkan sedikit penjelasan tentang soalan saya …..

Terima kasih Dato’.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Klawang, boleh ke? Sedikit saja, saya perlukan ni, cadangan saja untuk menyelesaikan …..

Yang Dipertua Dewan

Klawang, benarkan ke?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. penternakan …..

Penggulungan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. di …..

Ini penggulungan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. perladangan itu. Boleh saya beri sedikit cadangan?

Penggulungan. Tak ada masa lagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Seminit dah memadai.

Yang Dipertua Dewan

Dah duduk, duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Klawang nak jawab ke? Tak?

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Boleh.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa boleh, terima kasih YB. Ini tentang isu penternakan ladang ini, saya mintak kerjasama daripada Yang Berhormat Klawang dengan Yang Amat Berhormat Sikamat-lah. Saya ada cadangan ini untuk selesaikan, win-win policy iaitu apa salahnya kita bincang dengan, sekarang ini yang masalahnya Sime Darby saja. Yang lain tu tak begitu banyak isu. Jadi Sime Darby, kalau ada di pinggir-pinggir ladang tersebut, ada kawasan, dalam kawasan ladang itu, kalau dia boleh sewakan kepada penternak itu, apa salahnya kalau dia satu ekar, 2 ekar tu, kalau dia boleh dapat pendapatan lebih kurang 1,000.00 ringgit sebagai contoh, disewakan tanah itu kepada penternak. Win-win policy itu bolehlah kita bincangkan.

Yang satu lagi ini, cadangannya, kalau itu, satu lagi yang boleh fikirkan adalah kalau di pinggir itu kalau ada tanah kerajaan tu boleh kita lease-kan kepada mereka ini. Sebenarnya penternak ini memainkan peranan yang penting dalam membekalkan makanan, dasar makananlah, Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap Yang Amat Berhormat Sikamat bolehlah bantu dalam hal ini. Ke mana mereka nak bawak penternak, banyak, lembu, kadang-kadang beratus, beribu, beribu-ribu kambing lagi. Jadi saya mintaklah jasa baik Yang Amat Berhormat Sikamat, bantulah mereka ini, dalam 2 cara ini. Mereka biasa, mereka bayar sewa, dia, arahkan mereka bayar sewa. Itu saja Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Seperti yang saya sebutan tadi. Penternakan dalam ladang ni perlulah mendapat kebenaran daripada tuan punya. Dan, satu cadangan yang baik ya, untuk, untuk sekiranya tuan, tuan, tuan punya tanah mahu menyewakannya. Tapi saya itu mungkin apa, men, apa nama ni, Yang Berhormat EXCO Perladangan mungkin akan lebih terperinci nanti cara-cara ataupun the way forward. Jabatan Pertanian, inshaa Allah akan membantu untuk win-win situation.

Yang Dipertua Dewan

Teruskan lagi.

Terima kasih …..

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

….. Dato’ Yang Dipertua. Pertama sekali saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat kerana berjaya membentangkan satu bajet untuk Negeri Sembilan yang saya rasa cukup baik, menyeluruh dan juga komprehensif. Kalau kita lihat pada kali ini, untuk kesihatan pun kita ada bajet sebanyak 500 ribu ringgit. Sebelum ni tak pernah ada Dato’ Yang Dipertua. Dan selain dari itu, kita juga ada bajet untuk Food Bank sebanyak 100 ribu. Jadi inipun adalah satu perkara yang baru, yang akan memberi impak kepada rakyat Negeri Sembilan. Dan selain dari itu, kita juga ada pengindahan koridor sungai di mana 4.6 juta yang berkaitan juga dengan alam sekitar, diperuntukkan. Jadi ini adalah satu bajet yang cukup baik untuk rakyat Negeri Sembilan yang akan memberi impak yang baik kepada rakyat Negeri Sembilan. Jadi, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan Negeri Sembilan kerana kali pertama saya lihat sepanjang 3 penggal saya menjadi wakil rakyat, ini adalah satu bajet yang saya lihat yang terbaik setakat nilah.

Dan saya juga ucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembentangan bajet tadi. Dan beberapa isu telah dibangkitkan oleh beberapa ADUN. Yang pertamanya adalah ADUN Rahang, iaitu yang bertanyakan mengenai keperluan penjagaan kesi, pesakit mental gelandangan di Daerah Seremban. Saya setuju dengan cadangan yang dibuat oleh ADUN Rahang. Memang ada keperluan penjagaan pesakit mental gelandangan di Daerah Seremban memandangkan memang pandangan yang serius telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan di mana di Kuala Pilah, telah diwujudkan program MENTARI beberapa tahun yang lepas, menggunakan bangunan pihak Jabatan Kesihatan. Perluasan perkhidmatan MENTARI ini sememangnya dalam perancangan Jabatan Kesihatan Negeri. Perkhidmatan ini memerlukan bangunan yang sesuai dan peruntukan bagi aktiviti serta penyelenggaraan jangka panjang.

Di Daerah Seremban pula, pihak Jabatan Kesihatan tiada bangunan yang sesuai. Pada awal November 2019 ini, pihak Jabatan Kesihatan telah berbincang bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mengatasi isu gelandangan serta membuat lawatan ke beberapa bangunan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri yang tidak digunakan lagi untuk dinilai kesesuaiannya bagi keselamatan penghuni, jenis aktiviti yang sesuai dijalankan dan supaya tidak mendatangkan isu sosial kepada penduduk persekitaran. Terdapat 2 buah bangunan yang telah dikenal pasti dan akan diusulkan kepada Kerajaan Negeri bagi kelulusan serta beberapa perkara yang berkaitan. Pendekatan penjagaan pesakit ini telah dikenal pasti seperti penjagaan yang

dilaksanakan di Negara Australia yang didapati berkesan. Di bangunan yang dikenal pasti perlulah boleh memuatkan seramai 20 – 30 peserta. Dicadangkan bangunan tersebut diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan mengikut kepakaran teknikal masing-masing serta sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang sesuai perlu dikenal pasti bersama-sama mengendalikan rumah tersebut, yang luasnya lebih, lebih luas skop perkhidmatan, perkhidmatannya.

Matlamat MENTARI adalah untuk memulihkan pesakit psikiatrik supaya mereka tidak boleh, mereka boleh hidup dalam masyarakat sebagai seorang insan yang berdikari. Antara aktiviti yang dijalankan meliputi perkhidmatan ialah perkhidmatan saringan, diagnosa, rawatan rehabilitasi bagi sesiapa sahaja yang mengalami masalah penyakit mental.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Rahang juga mencadangkan satu halfway house dicadangkan. Saya memandang cadangan yang baik dan Jabatan Kesihatan Negeri akan mengkaji perkara tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Bagan Pinang pula membangkitkan isu mohon naik taraf Klinik Desa Teluk Kemang ke Klinik Kesihatan Jenis 3 bagi menampung keperluan perkhidmatan kesihatan di Teluk Kemang dan mengurangkan kes green zone di Hospital Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, projek Klinik Kesihatan Teluk Kemang ini telah dibawa semula dalam projek Rancangan Malaysia Ke-11, dengan kos sebanyak 35 juta dengan cadangan membina Klinik Kesihatan Jenis ke-3 yang baru. Permohonan bagi projek ini telah pun dibuat sejak Rancangan Malaysia Ke-8, tetapi ianya tidak diluluskan. Tanah untuk projek ini juga telah dikenal pasti dan diperolehi di Teluk Kemang iaitu lebih kurang seluas 4.3 hektar, 3 ekar yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan klinik dicadangkan akan merangkumi perkhidmatan kecemasan, pesakit luar, kesihatan ibu dan anak, perkhidmatan kesihatan pergigian, perkhidmatan sokongan radiologi, makmal perubatan dan lain-lain. Bagi mengatasi keperluan rakyat sedia ada, di Teluk Kemang, perkhidmatan Klinik Desa Teluk Kemang telah dinaik taraf dengan perkhidmatan Pegawai Perubatan serta infrastruktur dibaiki dari masa ke semasa. Klinik Kesihatan Port Dickson dan Klinik Kesihatan Bagan Pinang juga memberikan liputan perkhidmatan kecemasan serta pesakit luar di Teluk Kemang.

Dan ADUN Johol pula membangkitkan isu berkenaan status blok pakar di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah …..

Dato’ Yang Dipertua, YB Repah, may I? Okay, actually, tadi dah sebut, benda ni dah lama. Tapi saya dah sebut jugak, dengan pembangunan yang sedia ada dan akan dimajukan akan datang, terutama sekali di kawasan yang saya sebut semalam, dengan adanya perumahan yang sentiasa ya, di kawasan saya ni nampaknya pemaju membina, dan jugak kita ni akan terus berkembang dalam pembangunan resort ya, di Port Dickson. So keperluan Klinik Kesihatan Type 3 ni, amatlah diperlu, sebab benda dah ada, tanah dah ada, semua dah ada, tapi saya mintak supaya Kerajaan Negeri dapat membawa permohonan ini dalam RM-11 ataupun dalam RM-12, sebab ini adalah kepentingan masyarakat seperti yang disebut YB Repah. Terima kasih.

Terima kasih ADUN Bagan Pinang. Memang ianya adalah satu keutamaan bagi Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa satu klinik kesihatan jenis ke-3 diwujudkan di Teluk Kemang. Memang kita akan pastikan dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan supaya klinik kesihatan ni dibina di Teluk Kemang, jenis 3-lah.

Thank you, terima kasih YB Repah and YDP.

Terima kasih. ADUN Johol pula membangkitkan perkara berkenaan status blok pakar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Perkara ini saya rasa saya telah jawab pada persidangan yang lepas. Walau bagaimanapun, saya beri jawapan sekali lagi. Pembinaan blok tambahan satu kompleks pakar di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah telah diluluskan di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-11 (Rolling plan 4) dengan kos yang dikatakan lebih kurang 200 juta. Dan antara skop projek ini meliputi penambahan 6 buah dewan bedah, 132 katil, 12 katil intensive care unit (ICU) dan juga naik taraf sistem bekalan elektrik. Ini akan memberikan manafaat kepada pesakit di Daerah Kuala Pilah dan sekitarnya dengan peningkatan perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit sebagai hospital berpakar major.

Seterusnya ADUN Pertang pula membangkitan isu berkenaan tumpahan minyak dari premis kilang kelapa sawit Pasoh, menyebabkan jalan raya menjadi licin dan merbahaya untuk pengguna utama, terutamanya ketika pada waktu hujan. Pihak kilang hanya meletakkan habuk tandan kelapa sawit untuk mengurangkan masalah tetapi masih tidak mencukupi. Jalan yang terlibat adalah Jalan Pasoh 1

hingga Jalan Pasoh 4. Sebagai jawapannya, bagi premis kilang kelapa sawit yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar, jabatan ini menguatkuasa dan memantau aktiviti-aktiviti di dalam kilang. JAS turut mengarahkan aktiviti housekeeping dibuat di dalam premis termasuk pencucian tayar di dalam kilang bagi memastikan tayar lori yang keluar tidak berminyak dan mengotorkan jalan raya di luar. Bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar adalah terhad di dalam premis tersebut, manakala penguatkuasaan semasa di jalan raya di luar bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, tetapi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan boleh mengambil tindakan.

Seterusnya berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Linggi ya. Mohon wujudkan pusat hemodialisis di DUN Linggi. Jumlah pesakit yang menerima rawatan hemodialisis di Daerah Port Dickson adalah seramai 62 orang pesakit, di mana 2 pesakit adalah dari daerah Linggi mendapat rawatan di Hospital Port Dickson dan juga di hospital Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital di Rantau. Buat masa ini, perkhidmatan dialisis mencukupi di Hospital Port Dickson yang menyediakan 18 kerusi dialisis dan 3 buah pusat hemodialisis swasta yang menyediakan 26 buah kerusi dialisis. Jabatan Kesihatan sedia mengkaji keperluan bagi masa hadapan apabila keperluan meningkat di kawasan Port Dickson ini.

Dato’ Yang Dipertua, mohon, saya nak, nak dapat kepastian. Yang Berhormat mengatakan dalam DUN Linggi ni hanya 2 orang sahaja yang memerlukan rawatan dialisis sekarang ini. Is that, itukah yang, yang di, dimak, dimaklumkan oleh YB EXCO?

Ini mengikut statistik yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan di mana …..

….. baliklah.

Di Daerah Port Dickson kita ada 62 orang. Dan dari Linggi, ada 2 pesakit. Tapi kita akan siasat baliklah perkara ni, terima kasih. Ya kita akan kaji balik, terima kasih. Ya. Mungkin dia orang akan ke swasta.

Okay, seterusnya ADUN Mambau berkenaan dengan puntung rokok ya, ni telah dijawab. Walau bagaimanapun, saya nak bagitahu statistik sepanjang persidangan DUN ni, terdapat 2 notis kesalahan merokok telah dikeluarkan pada 25 November 2019 terhadap perokok di

kawasan Wisma Negeri di bawah Notis Seksyen 32(b) di bawah Akta Makanan 1983. Jadi kita mintaklah, di setiap persidangan nanti, yang, ahli-ahli Yang Berhormat pastikan mengikut peraturan yang ditetapkan dan kita harap kita memberi contoh kepada masyarakat di luar sana. Dan selain dari itu …..

Dato’ Yang Dipertua, sikit …..

….. saya nak …..

Dato’ Yang Dipertua, mencelah sikit pasal tu tadi, rokok tadi ya. Dato’ Yang Dipertua, saya setuju sangat larangan merokok tadi, sebab saya tak merokok …..

Baguslah tu.

Saya tak merokok, tapi masalahnya, dibenarkan, saya ingat ketua, ini kuasa Dato’ Yang Dipertua, Speaker, benarkan untuk berkeliaran termasuklah di galeri yang saya kira privacy untuk ahli-ahli Yang Berhormat, sini. Jadi, saya tak setujulah kalau dibenarkan sampai ke situ. Sebab kita nak masuk Dewan ni, kita apa, kena berpakaian yang kemas, lounge suit, untuk masuk Dewan, termasuklah ketua-ketua jabatan. Tapi mereka ni, nampaknya semalam mereka lebih apa lagi, lebih, lebih bebas lagi bekerliaran di situ. Itu yang saya tak setuju. Kalau larangan merokok tu saya setuju, saya setuju sangat ya. Sedangkan fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan merokok. Dah haramkan terus. Kerajaan Negeri saya mintak haramkan terus, Yang Amat Berhormat Sikamat haramkan terus merokok, saya setuju. Tetapi bukan membenarkan penguatkuasa berkeliaran. Jadi kita tak ada privacy nak buat kerja kat situ pun tak ada privacy. So mintak, itu yang membenarkan tu adalah kuasa Yang Dipertua, bukan kuasa EXCO, terima kasih.

Terima kasih Seri Menanti. Saya nak terangkan jugaklah. Jangan kita sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, kita diberi privilege, keistimewaan tapi keistimewaan tu perlu digunakan secara baik. Kalau dalam ini ada ahli-ahli Yang Berhormat tidak mematuhi aturan tersebut, memang kuasa Speaker untuk memberikan kebenaran. Dan tempoh hari, semalam memang kebenaran diberikan kepada pihak

penguatkuasa untuk membuat pemeriksaan di sekitar Dewan ini. Jadi kita harap Yang Berhormat ni, ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengikuti undang-undang ini. Kita ada papan tanda jangan merokok dan juga ada banting-banting disediakan di kawasan wisma apa ni, Dewan ini …..

Dato’ Dipertua ….

….. jadi kita harus ikut …..

sikit je.

Tak perlu cukup.

Saya, soalan saya tadi …..

Cukup.

Persoalan saya tadi, ada tempat …..

Cukup.

….. masuk …..

Duduk.

….. merokok ni, saya setuju sangat …..

Saya tak bagi laluan, duduk.

….. setuju sangat. Tetapi ada tempat …..

Saya tak bagi laluan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seri Menanti. Tak apa, Yang Berhormat Repah, duduk jap. Pertamanya saya mungkinlah, mungkin saya tambah untuk kita punya apa, namanya Unit Dewan ni patutnya ada bentara. Bentara kita ada, kita akan tambah bentaralah supaya bentara yang akan melakukan selepas ni, pada orang luar masuk sini kan, dekat ruang legar ni. Itu. Yang keduanya berkaitan dengan penguatkuasaan tu, saya, semalam ada sedikit rasa kurang, kurang betullah sebab ada dia orang cari sampai ke tandas. Tak bolehlah. Orang masuk tandas pun diketuk-ketuk pintu. Yang mengadu dengan saya semalam. Jadi, lepas ni kita buat penguatkuasaan, dan kalau boleh bincanglah sebelum penguatkuasaan. Saya tak dimaklumkan semalam, secara detail penguatkuasaan. Cuma dimaklumkan bahawa nak check, maknanya ada tak orang merokok kat sinilah. Tapi pasal ruang legar ni sebenarnya tak dibenarkan orang lain masuk melainkan kebenaran Speaker-lah. Terima kasih. Silakan.

Dato’ Speaker, saya tidak tahu yang ada pemeriksaan dalam tandas itu, itu di luar pengetahuan saya. Tetapi setakat di tempat Dewan ini, saya memang kita nak pastikan bahawa yang ahli-ahli Yang Berhormat mematuhi peraturan. Ni adalah peraturan daripada kerajaan, jadi kita kena patuh walaupun kita ada pangkat, ada position kita, jawatan kita …..

Yang Dipertua Dewan

Setuju yang apa, Repah sebut tu. Cuma lepas ni kita, untuk, kalau untuk keselamatan Dewan ni kita akan pastikan kita ada pastikan cukup bentaralah …..

So kita …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tak nak lagi orang luar serbu sini kan, jadi, buat masa ni tak apa, teruskan, tapi jangan ganggu sini. Pastikan kalau ada ganggu di ruang legar ni, maklum saya dululah. Ruang legar ni memang khas untuk kita ni ya. Tapi kalau di kawasan-kawasan di larang merokok tu memang sepatutnya tidak boleh merokok tu. Itu memang kawasan …..

Saya memang setuju Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, tetapi sebagai ahli-ahli Yang berhormat kita kena ikut undang-undang ini. Saya selepas persidangan semalam, saya ke bilik makanan …..

Dato’ Speaker, dia ni tak faham saya rasa. Kawasan-kawasan …..

Seri Menanti yang tak faham. Sila duduk.

…. bukan nak suruh ahli Yang Berhormat tak merokok. Kita tak merokok.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah.

Saya tak cakap Seri Menanti merokok.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah. Duduk dulu, duduk. Apa yang, saya, faham apa yang saya maksud ni. Pertama, pertama saya sebut penguatkuasaan. Memang ada tempat yang saya punya kuasa, yang mesti mintak kebenaran dengan saya. Saya sebenarnya tidak ada masalah …..

Tapi …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, duduk.

….. Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, duduk, duduk dulu. Duduk dulu, duduk. Jadi, kalau tempat ruang legar ni, dia memang untuk Yang Berhormat-Berhormat-lah. Saya pun tak setuju kalau Yang Berhormat kalau merokok, saya boleh tangkap, saya pun boleh tangkap. Tapi kalau di luar sana datang diserbu, ditangkap, kita Yang Berhormat semata duduk sini merokok, saya pun tak setuju juga. Dan semalam

yang paling saya sedihnya, semalam, ada mengadu kat saya, dekat tandas pun diketuk kat tandas. Jadi, ini, yang, ada sampai ke tandas pergi, tapi tandas tu tempat, tempat orang, kan. Jadi yang beritahu saya tu, saya kenallah orang tu. Dia berbalik, Dato’, Dato’ arahkan sampai ke tandas ke? Saya kata, tidak pulak saya arahkan tu, saya cuma tahu, maklum …..

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Nanti, nanti …...

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Tandas jugak bukan …..

Yang Dipertua Dewan

….. saya tak beri.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

….. tempat merokok.

Yang Dipertua Dewan

Ha?

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Tandas jugak bukan tempat merokok.

Yang Dipertua Dewan

Tau tu, tapi jangan sampai orang masuk tandas pun diketuk-ketuk. Kita tak tahu apa berlaku dalam kan, haa. Itu yang, yang, yang, yang sebut semalam. Dia, sampai dalam tandas pun ketuk-ketuk. Jadi …..

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Supaya itu jangan ambil kesempatan merokok di dalam tandas.

Yang Dipertua Dewan

Itu betul, tapi yang …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Dipertua.

Saya rasa cukup …..

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap, apa ni, Bahau ada apa?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Saya cuma nak tambai sikitlah apa yang disebut oleh Yang Berhormat Klawang dengan Yang Berhormat Veerapan. Untuk maklumat yang berhor, Dato’ Yang Dipertua dan juga ahli-ahli Dewan yang saya, yang saya hormatilah, sebenarnya untuk Parlimen, Parlimen telah pun tutupkan tempat merokok yang disediakan selama ini. Tempat itu tutup, telah pun diubah suai menjadi satu kiosk menjual barangan. Jadi saya rasa, tak ada masalah untuk ahli-ahli Yang Berhormat untuk kita mematuhi syarat-syarat yang ditetapkanlah oleh Dewan Undangan Negeri. Dan saya cukup yakin kebijaksanaan Dato’ Yang Dipertua ini dapat memastikan bahawa kita semua ini mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Yang Berhormat Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya mintak maaf, sebab semalam saya tak tahu penguatkuasaan dia orang lalu sini. Saya mintak maaf, saya beritahu apa yang berlaku sebenarnya, saya tak ada siapa mintak kat sana untuk masuk ruang legar. Memang tak ada siapa yang mintak masuk ruang legar. Yang saya tahu di luar dan saya tak tahu yang sampai ke tandas. Haa jadi saya cakap terus terang, saya tak nak tipu ni. Petang semalam dia ketuk, dia ketuk tandas, dia, dia panggil orang dalam tandas. Saya rasa tak, itu dah melampaulah haa. Cuma sebab tu saya cakap tuan-tuan, saya tak suka nak guna kuasa saya. Sebab tu pada awal, pada awal saya beritahu saya guna kuasa saya, kita dah jadi lain ni. Jadi saya mintak Yang Berhormat – Yang Berhormat yang merokok, jangan merokok di kawasan ni. Jangan sampai saya tangkap.

Saya setuju Dato’ Yang Dipertua. Saya setuju sangat macam tu.

Yang Dipertua Dewan

Jangan sampai saya tangkap, saya tangkap saya gantung …..

Jangan ada melebihi kuasa Dato’ Yang Dipertua. Ini ada yang melebihi kuasa Dato’ Yang Dipertua, mengarahkan, ini kawasan Dato’ Yang Dipertua, kuasa dia. Yang EXCO

yang mengarahkan sampai ketuk tandas apa hal. Setuju sangat dengan Dato’ Yang Dipertua tadi.

Yang Dipertua Dewan

Okay, saya, saya terang, EXCO tak ada, duduk dulu, duduk dulu. EXCO tak ada arahkan sampai tadi, sampai tandas. Cuma tadi saya kata, bila dia orang ni diberi kuasa, dia melampaui kuasa dia. Melampaui kuasa dia sampai tempat saya, tempat yang sepatutnya saya tahu dia langgar. Itu memang satu yang nilah, saya memang semalam saya tak berkenanlah bila, yang ni orang ni biasa di sini, dia kata, Dato’ saya tengah buang air besar pun ketuk pintu nak buat penguatkuasaan. Saya ingat dah over-lah, over acting ya. Over acting. Lepas ni Yang Berhormat, YB Veerapan, memang tugas anda untuk pastikan orang tidak merokok. Tapi ada tempat yang kita penguatkuasaan, beri maklum kat saya dulu. Dan saya maklum lagi kepada ahli Yang Berhormat, yang merokok dalam kawasan ni, jangan sampai saya tangkap. Kalau saya boleh tangkap, saya gantung dia, tak bergaji dia nanti …..

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. haa okay.

Satu undi daripada Seri Menanti, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay.

Semalam saya akan pastikan saya akan undi Dato’ Speaker, kalau apa-apa terjadi. Sekarang Seri Menanti bagi satu undi Dato’ Speaker. Bangunlah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu lagi.

Boleh teruskan Dato’? Saya, saya nak baca peraturan jugak, Peraturan XXI …..

Daripada tadi Dato’ Dipertua, Peraturan XXI, bacalah habis-habis. Baca sekarang, bagi peluang Dato’ Dipertua.

Seri Menanti. Okay ni (t), muka surat 34 Dato’. Perkara 4, seseorang ahli tidak boleh merokok dalam Dewan Mesyuarat, di sini dan di luar sana pun. Okay, Dato’, saya teruskan.

Untuk pendirian saya, sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, janganlah kita salah gunakan privilege yang kita ada ini dengan suka-suka merokok di tempat yang kita tidak benarkan. Jadi, memang bidang kuasa Dato’ untuk buat, ya, ya.

Yang Dipertua Dewan

….. siapa yang merokok selepas ini, saya dapat tangkap, saya gantung dia. Tak bergaji dia besok.

Dato’ Yang Dipertua, gantung tak bergaji tu tidak ada sebenarnya Dato’ Yang Dipertua. Gantung boleh, gantung tidak bergaji tu boleh di-challenge dalam mahkamah dan …..

Yang Dipertua Dewan

Bukan tak berganti, tak bergaji.

Tak bergaji. Gantung tidak bergaji ni tidak ada dalam Dewan. Tak boleh sebut Dato’ Yang Dipertua. Walaupun digantung, gaji jalan.

Saya harap nanti ada precedent dekat Dewan Undangan Negeri Sembilan-lah kalau begitu …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Kita harap sangatlah …..

Yang Dipertua Dewan

Saya, saya, YB Repah, apa penguatkuasaan bagitahu semua, tapi kalau di dalam ni, bagitahulah saya. Sebab ada orang luar kadang dia over acting …..

Tapi setiap masa, bukan Dato’ dekat luar …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tengah memikirkan supaya di dalam ni kita akan tambah lagi kita punya apa, bentara kita. Biarlah bentara jalankan penguatkuasa selepas ni …..

Bentara jaga kawasan ni …..

Yang Dipertua Dewan

….. biar lebih smart dan lebih nampaknya ni, apalah, lebih nampak profesionallah. Okay.

Okay, Dato’. Sepanjang, sehingga 25 November 2019, sejumlah 37 aktiviti penguatkuasaan telah dilaksanakan di bangunan Wisma Negeri di mana 7 notis dikeluarkan terhadap kesalahan merokok di tempat larangan merokok. Jadi kita, Jabatan Kesihatan akan melaksanakan aktiviti penguatkuasan sepanjang masa di kawasan premis Wisma Negeri ini dan kita mohon kerjasama daripada semua pihak termasuk jugak ahli-ahli Yang Berhormat untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya kita dapat menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.

Selain dari itu, kita juga ada perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di semua KK bagi membantu perokok untuk berhenti merokok. Jadi, kita boleh gunakan perkhidmatan ni kalau ada perokok yang ingin berhenti merokok, bolehlah mengunjungi mana-mana klinik kesihatan untuk mendapatkan nasihatlah.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Jeram Padang ada mohon YB Repah dan Bukit Kepayang untuk meneruskan bantuan-bantuan yang diberikan seperti Tabung Kebajikan Perubatan dan Tabung Bantuan Perubatan. Jabatan ke, Kesihatan sentiasa mengutamakan kebajikan pesakit dan yang terbaru diperkenalkan adalah satu inisiatif daripada Kementerian Kesihatan iaitu PeKa B40 di mana golongan di bawah B40 yang berumur 50 tahun ke atas boleh memperolehi manafaat dalam bentuk pertamanya adalah saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan yang bernilai sehingga 20 ribu ringgit, insentif melengkapkan rawatan kanser, insentif tambang pengangkutan. Ini adalah satu inisiatif yang baru yang akan memberi impak kepada rakyat Malaysia dan Negeri Sembilan. Di samping itu, sejumlah 110,822.37 bantuan telah disalurkan kepada 246, 249 orang pesakit yang memerlukan bantuan ini melalui Tabung Kebajikan Perubatan

Malaysia. Manakala Tabung Bantuan Perubatan sebanyak 902,795.00 ringgit telah disalurkan kepada 102 pesakit sehingga, di antara Januari sehingga September 2019. Dan bantuan ini diberikan meliputi bantuan alat perubatan, alat bantuan bukan perubatan serta bantuan-bantuan lain yang diperlukan bergantung pada penilaian Jabatan Kerja Sosial.

Dan ini adalah kali pertama kita juga ada bantuan bagi kesihatan di mana jumlah sebanyak 500 ribu ringgit diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu golongan di bawah B40 ini.

Dato’ Yang Dipertua, untuk bantuan perubatan, bantuan yang boleh dimohon melalui tabung ini ialah bantuan peralatan yang akan dipertimbangkan kepada pesakit sedang mendapat rawatan di hospital mahupun di klinik kesihatan, selepas dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Alat yang boleh diberi bantuan adalah seperti berikut:

 Bantuan alat perubatan seperti kerusi roda khas, kerusi roda biasa, walking frame, kaki palsu dan sebagainya;

 Yang keduanya adalah: bantuan peralatan bukan perubatan seperti pampers, susu sekiranya menggunakan Ryles tube;

 Yang ketiga adalah: bantuan ubat-ubatan, contohnya untuk ubat pesakit rheumatologi.

Walau bagaimanapun setiap bantuan yang akan dipertim, ini akan dipertimbangkan melalui penilaian terlebih dahulu bagi memastikan hanya pesakit yang berkelayakan dan memerlukan sahaja yang akan dipertimbangkan …..

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Penjelasan.

….. bagi pelan sebanyak 19 kes telah menerima bantuan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak 61,935.00 ringgit bagi tahun 2019. Dato’ Yang Dipertua, saya percaya itu sahaja yang isu dibangkitkan. Dan …..

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Mintak penjelasan.

….. saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Yang Dipertua kerana berjaya mengendalikan Dewan pada hari ini dengan baik. Terima kasih.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Minta penjelasan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Yang Berhormat Repah, saya mintak Nilai. Kita nak apa, ni, Chuah, saya tak, tak galakkan soalan lagi. Saya nak beri masa yang sepenuhnya kepada, kepada MB. Kalau boleh sejam saya nak beri dia untuk dia gulung semua sekali. Tak ada kacau dah. Dari tadi pencerahan bolehlah. Saya benarkan benda-benda yang berkaitan individu. Kalau berkata individu tersebut dia, dia pun nak pencerahan, tak apa. Tapi kalau berkaitan orang lain saya tak benarkan sebab tadi ada kaitan individu, haa ya.

Dato’ Speaker, apa tu, Kepayang menyatakan jawapan saya, Chembong tadi mengenai 2 individu yang lain. Dia sebut pasal saya. Saya nak bangun Speaker tak bagi, tadi.

Yang Dipertua Dewan

Oh tadi.

Haa. Pasal tu saya tarik balik undi Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Chembong selalu bangkit, tu yang ……

Tak, betul. Saya tak pernah main-main dalam Dewan ni, Dato’ Yang Dipertua. Bagi saya masa lebih masa penangguhan Dato’ Speaker. Boleh?

Yang Dipertua Dewan

Ada masa kan.

Dia sebut saya tadi. 2 individu yang berlainan sebenarnya. Dia cakap benda yang sama.

Yang Dipertua Dewan

Haa karang sebut nama dia.

Okay.

Yang Dipertua Dewan

Nanti dia semak ya, masa penangguhan.

Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okay. Nilai teruskan.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Okay 6 isu, okay yang pertama berkaitan dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Memang betul, sebelum PRU 14, Pemuda Pakatan Harapan telah berjanji melalui tawaran Pemuda iaitu mewujudkan 1.0 juta peluang pekerjaan dalam ma, dalam tempoh masa 5 tahun ataupun satu penggal. Peluang pekerjaan ini termasuklah peluang pekerjaan yang wujud dalam industri sedia ada dan juga peluang pekerjaan yang baru diwujudkan melalui pelaburan baru ataupun pembukaan kilang ataupun industri baru. Ini kerana peluang pekerjaan baru bukan sahaja diwujudkan dalam industri ataupun pelaburan baru sahaja, tetapi peluang pekerjaan juga wu, diwujudkan di dalam industri yang sedia ada apabila berlaku permintaan tinggi ataupun pekerja yang, pekerjaan yang telah berlaku kekosongan.

Bagi tahun 2018, sebanyak 43,661 kekosongan jawatan. Dan bagi tahun 2019, sebanyak 31,097 sehingga bulan September, telah dilaporkan dalam portal Jobs Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan. Kekosongan ini menjadikan peluang pekerjaan yang wujud di pelbagai sektor seperti:

 Pegawai kanan, pegawai kanan & pengurus;  Profesional;  Juruteknik & profesional bersekutu;  Pekerja perkeranian;  Pekerjaan perkhidmatan kedai dan jurujual;  Pekerja mahir, pertanian dan perikanan;  Pekerja pertukangan dan yang berkaitan;  Operasi loji dan mesin, pemasangan  Dan juga pekerja asas.

Daripada jumlah kekosongan jawatan, sebanyak 43,661 bagi tahun 2018 – 12,062 telah mendapat pekerjaan melalui Jobs Malaysia. Bagi tahun 2019 sehingga bulan September seramai 9,909 orang telah mendapat pekerjaan. Bagi kategori pekerjaan pegawai kanan & pengurus, profesional, juruteknik & profesional bersekutu, pekerja perkeranian, dan jurujual, kekosongan jawatan dengan Jobs Malaysia telah diisi secara sepenuhnya. Bagi kekosongan jawatan pekerja pertukangan, operator dan pekerja asas hanya 20% sahaja kekosongan diisi.

Bagi peluang pekerjaan yang baru diwujudkan bagi sektor perkilangan sahaja, bagi tahun 2018 adalah sebanyak 3,325 kekosongan dan bagi tahun 2019 adalah, sehingga bulan November tahun, bulan ini, adalah sebanyak 4,109 kekosongan. Ini adalah peluang pekerjaan yang baru melalui pelaburan yang baru. Dan saya yakin, pada tahun-tahun akan datang, dengan jumlah pelaburan yang semakin meningkat di Negeri Sembilan, jumlah peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan pada tahun-tahun yang akan datang. Oleh sebab itu, pada tahun ini, beberapa jobs, karnival pekerjaan ataupun jobs fair dilaksanakan di Negeri Sembilan, pada tahun 2020 kita akan memperbanyakkan lagi karnival seperti ni, di Seremban dan juga di, di luar kawasan Seremban dengan peruntukan Ringgit Malaysia 100 ribu yang diperuntukkan dalam belanjawan 2020 ini.

Untuk isu kedua, berkaitan dengan pemberhentian kerja. Terdapat beberapa Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan ramai pekerja telah diberhentikan kerja di Negeri Sembilan akibat beberapa isu seperti ekonomi yang tidak menentu dan tidak keyakinan. Jika kita lihat statistik, jumlah yang diberhentikan kerja pada tahun 2019 adalah sebanyak 500 orang. Jika kita bandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, pemberhentian kerja pada tahun 2014 adalah 730 orang, 2015 adalah 857 orang, 2016 adalah 1,275 orang, 2017 adalah 1,327 orang, 2018 – 421 orang. Jumlah pampasan atau faedah penam, penamatan kerja di bawah Akta Kerja 1955 yang dibayar oleh majikan kepada 500 orang pekerja adalah sejumlah Ringgit Malaysia 16,625,166.96.

Berkaitan dengan SIP ataupun jumlah penerima faedah kehilangan pekerja di bawah SIP iaitu Skim Insurans Pekerjaan. Pada tahun 2019, yang dibayar oleh PERKESO adalah sebanyak 1,215 penerima sehingga September 2019 iaitu untuk Elaun Mencari Kerja melibatkan 1,037 orang iaitu melibatkan 1.8 juta, Elaun Bekerja Semula Awal iaitu 176 orang melibatkan 97 ribu dan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) sebanyak 2 orang melibatkan 5,000.00 ringgit.

Dan berkaitan dengan ADUN Jeram Padang iaitu larangan menternak lembu, kambing, ayam di ladang estet, di ladang dan estet. Ada yang, hasil perbincangan dan pemerhatian didapati majoriti penternak yang terdiri daripada orang luar, bukan pekerja estet. Dan penternakan dibuat di dalam kuantiti yang sangat besar. Ada yang menternak lembu di dalam kawasan estet ataupun ladang sehingga 500, sehingga 1,000 ekor. Haiwan-haiwan terutamanya lembu ini dilepaskan tanpa pengawasan. Lembu-lembu berkeliaran di kawasan ladang dan juga agak liar. Pihak pengurusan estet Sime Darby telah membuat ketetapan tidak membenarkan penternakan lembu di kawasan estetnya atas sebab-sebab berikut, iaitu:

 Lembu ternakan merosak, merosakkan tanaman pokok kelapa sawit terutamanya di kawasan tanaman baru dan pokok pra matang;

 Najis ternakan mencemari kawasan perumahan pekerja estet dan kawasan tadahan air;

 Sering mengundang persengkataan antara pemilik ternakan dan pengurusan estet;

 Bangkai haiwan terbiar tanpa sebarang tindakan dari pemilik haiwan ternakan;

 Dan yang paling, yang tidak dapat diterima adalah sering menyebabkan kemalangan jalan raya dan juga yang melibatkan kemalangan maut.

 Peningkatan kos hidup, sorry, peningkatan kos untuk pemasangan penyelenggaraan parit atau cattle trenchers bagi menghalang ternakan masuk dan merosakkan tanaman di kawasan tanaman baru dan pokok muda.

 Pagar-pagar sering dirosakkan.

 Garis panduan disediakan untuk pen, penternakan lembu oleh penternak estet tidak dipatuhi.

Dan pihak pengurusan estet dalam mematuhi standard-standard di bawah Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) dan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) perlu memastikan persekitaran yang bersih dan hygiene.

Menurut Seksyen 11 Akta Standard, akta minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) majikan estet hendaklah mengenepikan tanah yang telah dibersihkan dan diperuntukkan kepada pekerja-pekerja yang tinggal di estet bagi penanaman dan sebahagian lagi ragut. Setiap pekerja yang tinggal di estet berhak untuk mendapatkan kawasan seluas 250 meter persegi bagi tujuan ini. Tanah yang diperuntukkan bagi tujuan ini hendaklah terletak seberapa dekat yang boleh dengan rumah pekerja dan tanah untuk ragut hendaklah terletak di jarak yang tidak kurang daripada 183 meter persegi, sorry, 183 meter daripada rumah pekerja. Berdasarkan peruntukan ini, tiada larangan untuk pekerja yang tinggal di estet untuk menternak kawasan yang diperuntukkan untuk kegunaan sendiri dan bukannya berbentuk komersial. Memandangkan tanah estet merupakan tanah persendirian, pihak penternak luar bukan pekerja perlulah berbincang dan mendapatkan kebenaran dari pemilik estet untuk menggunakan tanah estet sebagai padang ragut untuk ternakan mereka.

Kita tidak meminggirkan, tidak meminggirkan mana-mana pihak. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan penternakan haiwan secara persendirian untuk, sebagai bekalan makanan dan juga untuk mencari hasil pendapatan kepada mereka. Tetapi kesemuanya perlu mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang yang sedia ada. Dan bagi isu Sime Darby ini, memang kita telah mengadakan 4 perjumpaan dengan penternak, dengan pemilik syarikat, pengurusan syarikat berkaitan dengan isu ini. Dan selain itu, kami juga berjumpa dengan pihak TNB untuk men, menggunakan transmission line dan pihak TNB juga bersetuju untuk menggunakan, jadikan sebagai tempat untuk penternak. Tambahan pula Kerajaan Negeri sentiasa akan kenal pasti ten, tanah-tanah yang kerajaan yang di kawasan berdekatan dengan ladang-ladang tersebut untuk dijadikan sebagai kawasan penternakan. Oleh itu Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk mencari penyelesaian terhadap isu berbangkit ini tanpa menjejaskan kepentingan mana-mana pihak.

Berkaitan dengan isu jalan berturap di estet. Akta Standard Minimum Perumahan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) memperuntukkan perkara berkaitan dengan perumahan dan pekerja estet dan kemudahan yang berkaitan dengannya. Tiada kewajipan di bawah akta ini untuk majikan estet menyediakan kemudahan jalan berturap. Kos penyelenggaraan yang tinggi disebabkan jalan tersebut digunakan kenderaan berat merupakan antara sebab pihak estet tidak menyediakan kemudahan jalan ini. Estet merupakan tanah persendirian dan adalah menjadi tanggungjawab estet untuk menyediakan kemudahan atas, atas perbelanjaan sendiri. Namun

begitu, kerajaan akan sentiasa membantu pihak estet yang terlibat dalam apa jua cara dalam mem, mendapatkan kemudahan ini.

Berkaitan dengan Program Bekalan Air Awam Estet. Estet merupakan tanah persendirian dan adalah menjadi tanggungjawab majikan estet untuk mendapatkan bekalan air dari sumber awam ataupun di Negeri Sembilan – SAINS. Segala kos terlibat perlu ditanggung oleh majikan estet tersebut. Program BAAE ataupun Bekalan Air Awam Estet ini merupakan satu program one off di bawah prgram Malaysia, Rancangan Malaysia Ke-10. Dan peruntukan kewangan yang disediakan bagi tujuan ini telah pun digunakan sepenuhnya dan tiada lagi penu, peruntukan melalui untuk tujuan ini. Dan 2 minggu lepas, kita telah berjumpa dengan 18 buah ladang yang masih menggunakan bekalan air selain daripada air terawat ini, dan telah mintak komitmen mereka untuk membekalkan air terawat ini. Selepas kita mendapat maklum balas, kita, daripada 18 ladang tersebut, kita akan panjangkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk tindakan seterusnya.

Dan akhir sekali, berkaitan dengan isu tanah perkuburan Cina di Kampung Durian Tipus. Sega, saya difahamkan bahawa kedua-dua pihak telah menghantar notis guaman, dan diharap mereka dapat selesaikan dengan sebaiknya isu ini.

Berkaitan dengan tanah, tanah perkuburan yang dirizabkan oleh kerajaan untuk tujuan tapak perkuburan, tanahnya tidak boleh dijual. Ini kerana tanah tersebut adalah tanah rizab dalam, dan bukan hak milik. Tetapi kebiasaannya, pihak pengurusan hanya boleh mengutip bayaran pengurusan untuk, yang sewajarnya, untuk menguruskan sebagai dana untuk menguruskan tapak perkuburan tersebut sahaja dan tidak boleh menjalankan secara komersial dengan mengutip bayaran yang tinggi. Ini kerana ada yang ramai daripada keluarga miskin tidak mampu untuk membayar bayaran yang sangat tinggi. Tapak-tapak perkuburan ini perlu diuruskan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menguruskan tapak-tapak perkuburan ini supaya segala urusan dapat dijalankan dengan baik.

Berkaitan dengan Tapak Perkuburan Cina Kampung Durian Tipus ini, sebelum PRU 14, tapak perkuburan ini diuruskan oleh JKKK dan pada akhir tahun lepas, bulan November, JKKK telah menyerahkan pengurusan kepada MPKK. Dan pada 28 Jun 2019, pihak pengurusan untuk tapak perkuburan ini didaftarkan dengan ROS dan nama Jawatankuasa Pengurusan Perkuburan Tionghua Durian Tipus, Jelebu, Negeri Sembilan telah didaftarkan. Keba, ke, kebanyakan tapak perkuburan diuruskan dengan pendaftaran tapak perkuburan, tetapi masih ada beberapa yang didaftarkan selain daripada jawatankuasa

pengurusan. Dan kita harap semua tapak perkuburan ini didaftarkan di, bersama dengan pendaftaran pertubuhan supaya semua tapak-tapak perkuburan ini dapat diuruskan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Nilai. Sekarang saya jemput yang belum lagi. Haji Ismail dah? Ampangan.

Dato’ Yang Dipertua, sepanjang beberapa hari perbahasan ini kita telah melihat pelbagai reaksi terhadap pembentangan belanjawan 2020 Kerajaan Negeri Sembilan. Ada di kalangan pembangkang yang memuji baik, ada juga di antara mereka tidak mahu menyatakan baik secara terus terang, tapi dengan menyatakan adalah belanjawan yang saya jangkakan, tapi baiklah. Ada juga yang suara-suara sumbang yang menyatakan pelbagai keadaan yang Kerajaan Pakatan Harapan merupakan pakatan sepenggal ya. Hakikatnya Dato’ Yang Dipertua, kita tahu jauh dalam lubuk hati mereka bahawa belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun 2020 adalah antara belanjawan terbaik dalam sejarah Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, jika barisan Pentadbiran ini sekarang ini diterajui oleh barisan pembangkang, kita tidak pasti sama ada bonus yang kita beri kepada pegawai-pagawai Kerajaan Negeri selam, sebanyak 1,000.00 ringgit, 1 bulan gaji atau minimum 2,000.00 ringgit tu dapat diberi. Kita juga tidak pasti, Dato’ Yang Dipertua, jika mereka berada di barisan Pentadbiran kerajaan pada hari ini, bantuan untuk mahasiswa yang susah, yang kita beri 100.00 ringgit sebulan itu dapat diberi. Kita juga tidak pasti, Dato’ Yang Dipertua, jika mereka berada di barisan Pentadbiran kerajaan ini, mereka mampu memberi geran untuk usahawan-usahawan mikro, usahawan-usahawan kecil seperti mana yang kita beri.

Dato’ Yang Dipertua, pelbagai lagi insentif yang telah kita beri kepada rakyat menunjukkan keprihatinan kita untuk membela nasib rakyat. Namun demikian, Dato’ Yang Dipertua, kita insaf bahawa banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan. Banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan dan ini memerlukan kepada kerjasama kesemua pihak untuk kita sama-sama memakmurkan negeri ini supaya kita boleh memastikan Negeri Sembilan yang makmur. Dato’ Yang Dipertua, hasil kepada kemakmuran negeri ini inshaa Allah, akan kita pulangkan

semula kepada rakyat sesuai dengan tema belanjawan 2020 untuk menyejahterakan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan ini mampu melakukan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat adalah kerana di antara beberapa perkara. Di antaranya yang pertama ialah kerana ketelusan Pentadbiran. Yang kedua ialah kerana kecekapan pengurusan. Ini sesuatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Sebagai contoh, Dato’ Yang Dipertua, dalam belanjawan 2019, kita mensasarkan pendapatan Kerajaan Negeri hanya sekitar 430 juta. Tapi pada hakikatnya ini, setelah saya mendapatkan maklumat daripada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, kita telah pun mencapai lebih pada 480 juta ringgit, lebih 50 juta daripada jangkaan, sasaran semasa belanjawan tahun 2019.

Dato’ Yang Dipertua, belanjawan 2020 Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Pakatan Harapan adalah belanjawan berimbang yang berhemah, yang memberi tumpuan untuk melestarikan ekonomi dan mejahtera, mensejahterakan rakyat. Melestarikan ekonomi adalah hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan ekonomi yang mampan iaitu pembangunan yang seimbang dalam usaha meningkatkan potensi masa kini dan pembangunan masa hadapan. Matlamat kelestarian ekonomi adalah untuk ke arah kesejahteraan rakyat iaitu segala inisiatif-inisiatif yang dirangka di dalam belanjawan ini adalah untuk memastikan pembangunan untuk rakyat dalam usaha meningkatkan pendapatan serta menangani permasalahan kesukaran kehidupan akibat kecuaian Pentadbiran yang terdahulu dan kemelesetan ekonomi dunia ketika ini. Perkembangan ekonomi di Negeri Sembilan dalam tempoh yang singkat dengan peningkatan pelaburan yang ketara daripada 1.41 bilion ringgit pada tahun 2017 kepada 2.86 bilion ringgit pada 2018, adalah berpaksikan kepada tahap integriti yang tinggi iaitu tahap kualiti kejujuran dan atas dasar prinsip moral, tiada salah guna kuasa dan tiada rasuah dalam Pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Dasar prinsip moral, tiada salah guna kuasa dan tiada rasuah di dalam, dalam Pentadbiran ini adalah merupakan hadiah terbesar kepada rakyat Malaysia dan rakyat Negeri Sembilan yang membuat perubahan kepimpinan pada 9 Mei 2018 yang lalu.

Untuk tahun 2019, iaitu untuk tahun ini, di awal tahun, kita telah membuat unjuran nilai pelaburan sebanyak 4 bilion ringgit. Dan setakat hari ini, jumah pelaburan yang telah kita mohon kepada MIDA untuk didaftarkan telah pun melebihi daripada 4 bilion ringgit, Dato’ Yang Dipertua. Inshaa Allah ya, jika kesemua permohonan ini diluluskan oleh MIDA dan Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri Sembilan bakal mencipta sejarah berekod peningkatan ketara dalam

pelaburan ke Negeri Sembilan dengan nilai melebihi 4 bilion ringgit untuk tahun 2019.

Dato’ Yang Dipertua, kepimpinan Kerajaan Negeri menyedari kemelesetan ekonomi dunia atas pelbagai sebab dan di antaranya adalah akibat perang dagang antara China dan Amerika Syarikat. Menyedari suasana kemelesetan ekonomi pada ketika ini, ianya bukan bermakna untuk memberi lesen kepada, kepada Pentadbiran ini untuk berpeluk tubuh tetapi ia memberi cabaran baru untuk membuka ruang-ruang untuk mempertingkatkan usaha pembangunan secara terancang di seluruh Negeri Sembilan. Pentadbiran ini merangka untuk mengisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melabur Negeri Sembilan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Invest Year 2020. Kita sedang merangka insentif-insentif menarik untuk menggalakkan pelaburan-pelaburan baru di Negeri Sembilan. Pembangunan di kawasan MVV 2.0 iaitu kawasan Seremban dan Port Dickson akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan. Parcel C, D, E dan F iaitu kawasan seluas 16,000 ekar yang mengunjur daripada Bukit Pelanduk, Tanah Merah hingga ke Lukut telah menerima pengiktirafan Kerajaan Persekutuan iaitu berpotensi dimajukan sebagai lembah Aero Angkasa Negeri Sembilan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Aerospace Valley. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah bersetuju membiayai sepenuhnya kos kajian kemungkinan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, feasibility study. Kajian kemungkinan ini dijangka akan bermula awal tahun 2020 dan inshaa Allah akan dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2020.

Untuk Parcel B iaitu kawasan seluas 8,700 ekar di kawasan Labu. Kita telah menerima permintaan untuk membangunkan pembangunan hartanah untuk rumah kediaman yang akan menyokong pertumbuhan kawasan perindustrian di Parcel C, D, E and F, dan F, serta juga Parcel A dalam kawasan MVV 2.0. Adalah dijangka andai kata Kerajaan Persekutuan akan memulihkan semula HSR (High Speed Rail), dengan izin Dato’ Yang Dipertua, iaitu keretapi laju dengan kelajuan sekitar 320 kilometer/sejam di antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dirancang melalui kawasan ini, maka ada keperluan untuk mewujudkan stesen HSR di dalam Parcel B ini. Jika perancangan ini berjalan, sebagaimana yang dirancang, kita merangka TOD (Transit Oriented Development) iaitu pembangunan hartanah perumahan dan komersial dalam persekitran kemudahan stesen HSR di dalam Labu, di kawasan parcel ini.

Dato’ Yang Dipertua, dalam usaha untuk memastikan rakyat mampu memiliki rumah dalam kawasan pembangunan di kawasan MVV 2.0 dan di kawasan Barat Negeri Sembilan, Pentadbiran ini akan berusaha

memastikan dasar 50% Rumah Mampu Milik dilaksanakan dalam semua kawasan pembangunan MVV 2.0. Dasar ini adalah 20% rumah yang bernilai 80 ribu ringgit ke bawah, 15% rumah bernilai 250 ribu ringgit ke bawah dan 15% lagi rumah bernilai 400 ribu ringgit ke bawah. Manakala bagi 50% Kerajaan Negeri membenarkan pemaju menentukan harga menurut kehendak mereka. Pentadbiran ini, Pentadbiran ini sedang menyediakan pelan utama, master plan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, yang merangkumi bukan hanya kawasan hartanah perumahan komersial, TOD, tetapi juga kawasan perindustrian dengan industri yang bersesuaian di dalam Parcel B ini.

Untuk Parcel A, dalam MVV 2.0 iaitu kawasan seluas 2,838 ekar, yang berkedudukan di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan antara Nilai dan Seremban, pembangunan di kawasan ini telah mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 18 April 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Secara dasarnya pembangunan di kawasan ini akan dibangunkan menurut perancangan seperti di dalam kelulusan yang termaktub dalam MPFN.

Dato’ Yang Dipertua, pembangunan pesat di sebelah barat Negeri Sembilan ianya bukan bermakna Kerajaan Negeri melupai untuk membangunkan sebelah timur Negeri Sembilan. Pertanian dan pelancongan adalah di antara penekanan yang akan ditumpukan dalam usaha kita untuk meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan. Kewujudan stesen ECRL di Jelebu bakal juga merubah lanskap ekonomi di Jelebu dan Jempol. Hasrat kerajaan untuk semua perancangan dan pembangunan ini adalah untuk membuka peluang-peluang pekerjaan dan peluang-peluang perniagaan untuk rakyat Negeri Sembilan. Untuk memastikan kita bersedia dengan pembangunan sumber manusia yang mampan, human capital, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan Negeri Sembilan 2020 memperuntukkan jumlah yang besar untuk pembangunan pendidikan. Ia termasuk peruntukan baru Akaun Amanah Penyelenggaraan Sekolah bernilai 1.0 juta ringgit dan serta peruntukan dana Pembangunan Modal Insan sebanyak 200 ribu ringgit. Komitmen Kerajaan Negeri dengan memperuntukkan 10 juta ringgit untuk memperkasakan bidang TVET dengan meningkatkan kualiti prasarana Institut Teknologi YNS menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan kita mampu melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran di samping mempunyai sahsiah diri yang mulia.

Dalam usaha memastikan usahawan mikro berkembang, belanjawan 2020 melihat jumlah peruntukan 3.0 juta ringgit pada tahun 2019 dipertingkatkan kepada 5.0 juta ringgit untuk tahun 2020. Bantuan ini

yang mempunyai nilai maksima 3,000.00 ringgit untuk setiap usahawan yang berjaya dijangka mampu meningkatan daya saing usahawan mikro serta memesatkan rantaian ekonomi.

Dato’ Yang Dipertua, usaha Kerajaan Negeri mengagihkan mengagihkan semula hasil negeri kepada rakyat dengan memberi bantuan dalam kaedah geran iaitu tanpa perlu membayar balik walaupun satu sen pun kepada Kerajaan Negeri membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan kemajuan serta kejah, kesejahteraan rakyat menjadi asas mengapa Kerajaan Pakatan Harapan ditubuhkan. Kepimpinan negeri berhasrat untuk meningkatkan inisiatif-inisiatif yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan ianya hanya boleh dicapai jika perancangan-perancangan pembangunan yang dirancang boleh dilaksanakan dengan jayanya.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh tentang beberapa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertama, soalan dibangkitkan oleh ADUN Gemas yang berkaitan tentang apakah status pembangunan Pusat Penyelidikan Universiti Malaya di Gemas. Cadangan pembangunan Pusat Penyelidikan Universiti Malaya terletak di atas lot 40244, Seksyen 1, Bandar Baru Gemas, berkeluasan 80.68 hektar, melibatkan komponen pembangunan iaitu bangunan pentadbiran, bangunan infrastruktur ladang, nursery (untuk kelapa sawit/getah/ anak benih/buah-buahan dan pokok hiasan), kemudahan dan infra, infrastruktur awam. Status terkini projek ini, di peringkat OSC Majlis Daerah Tampin untuk mendapat pandangan dan ulasan Jawatankuasa Perancang Negeri.

Berkaitan tentang soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui yang memohon menambah trip bagi pengangkutan pelajar sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Kompleks. Pada tahun 2019, JAKOA telah menyediakan bantuan pengangkutan pelajar sekolah dari Kampung Orang Asli Kampung Sampoo ke Sekolah Menengah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks. Jumlah yang disediakan ialah sebuah bas dan sebuah van bagi mengangkut seramai 66 orang pelajar. Namun begitu, keperluan pertambahan trip akan dikaji berdasarkan bilangan pelajar bagi tahun semasa.

Dato’ Yang Dipertua, tentang persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Serting mengenai debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Abdul Razak kali ke-8 merupakan pertandingan yang telah disertai dalam kalangan 22 buah sekolah berasrama penuh dan sekolah swasta di Malaysia. Pihak

sekolah telah membuat jaringan bersama penuntut-penuntut universiti bagi membantu melaksanakan debat ini. Hasil siasat, siasatan, menun, mendapati Ketua Juri iaitu pelajar yang pernah belajar di Universiti Teknologi Mara selaku pemilih usul tidak membuat sebarang perbincangan dan pandangan daripada pihak sekolah iaitu Sekolah Dato’ Abdul Razak berkaitan tajuk debat sebelum ianya diumumkan. Pihak SDAR telah menjelaskan berkaitan SOP dalam pemilihan tajuk yang tidak sepatutnya menyentuh sebarang isu berkaitan tentang sensitiviti agama, kaum, kebudayaan dan isu yang boleh menggugat keselamatan negara. Namun begitu pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengeluarkan surat peringatan kepada Sekolah SDAR berhubung isu berkenaan. Dalam masa yang sama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sedang mengambil tindakan berkaitan usul tajuk debat tersebut yang boleh disifatkan sebagai menghina, bercanggah dengan Islam.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai soalan, persoalan yang dibangkitkan oleh ADUN Temiang tentang zon bebas cukai di dalam kawasan MVV 2.0 seperti yang dimak, diumumkan sebelum ini. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan pertimbangan beliau untuk mewujudkan sebuah kawasan zon perdagangan dan perindustrian bebas dalam kawasan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 sebagaimana ucapan beliau pada 22 September 2019 yang lalu. Ini adalah bagi menyokong pembangunan MVV 2.0 yang memberikan keutamaan kepada pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi yang akan mendapat, memberi impak positif secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan juga negara. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pertimbangan selanjutnya. Cadangan ini akan mempercepatkan pelaksanaan dan memudahkan pergerakan barangan berikutan pembangunan MVV 2.0 berorentasi, berorientasikan eksport dalam sektor pembuatan dan perdagangan. Ia secara langsung akan membantu pengeluar dan pengeksport di MVV 2.0 terutamanya Malaysia dapat beroperasi dengan lebih cekap berikutan negara kini menghadapi persaingan daripada negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam dan Thailand apabila kos buruh mereka lebih rendah. Dengan kewujudan zon perdagangan dan perindustrian bebas ini, pembangunan MVV 2.0 akan menjamin kemampanan jangka panjang dan kualiti pembangunan Negeri Sembilan, khususnya Malaysia. Kerajaan Negeri penuh yakin dan percaya dengan adanya zon perdagangan dan perindustrian bebas ini bukan hanya dapat memberi manafaat kepada pembangunan MVV 2.0, tetapi turut menyokong dalam projek pembangunan infrastruktur utama negara iaitu laluan pengangkutan ECRL – East Cost Rail Link, dengan izin Dato’

Yang Dipertua, dan cadangan stesen High Speed Rail, dengan izin, HSR di kawasan ini. Justeru itu, kajian kemungkinan akan dilakukan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan zon perdagangan dan pur, perindustrian bebas yang dicadangkan dapat dilaksanakan secara terancang. Kerajaan Negeri juga akan menyediakan perancangan strategik yang khusus selaras dengan pelan pembangunan komprehensif MVV 2.0 dari segi ekonomi serta sosial untuk memastikan sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan perancangan yang menyeluruh.

Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini menyokong sepenuhnya Belanjawan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dibentangkan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Ada apa Linggi?

Kerana ada beberapa perkara yang saya bangkitkan semasa bahas mohon dapat ulasan daripada Yang Berhormat Ampangan. Pertamanya tentang sejauh mana kebenaran akan terbinanya kilang super drone artificial intelligent di, di, di, di Linggi. Dan berkenaan dengan status DUN Linggi di dalam kluster agro dan eko pelancongan di bawah MVV.

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Tentang isu berkaitan kilang dron ya, kerajaan melalui Majlis Perbandaran Port Dickson tidak ada menerima apa-apa permohonan mengenai cadangan pembangunan ini. Kelulusan Kebenaran Merancang perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum cadangan pembangunan ini dibincang dalam Mesyuarat OSC Majlis Perbandaran Port Dickson. Tapi terdapat juga, ini sebenarnya mungkin berdasarkan keratan akhbar yang bertajuk “EMTCORP bina kilang super drone di Kuala Linggi”. Tapi itu di Kuala Linggi di Melaka ya, bukan di, di Linggi. Itu yang, untuk itu ya.

Tentang berkaitan tentang perancangan tentang pembangunan eco tourism ya, kita, memang kita juga melihat bahawa mungkin ada keperluan untuk membuat, meneruskan perancangan berkenaan di kawasan Linggi. Penumpuan sekarang ini lebih daripada kawasan untuk pembangunan perindustrian di kawasan Parcel A, Parcel B,

Parcel C, D, E dan F ya. Dan untuk Linggi ialah kawasan yang, yang di bawah sedikit lagi, yang bersempadan dengan kawasan Melaka. Itu memang, inshaa Allah di antara yang kita sedang pertimbangkan untuk membangunkan untuk pembangunan eco tourism. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan yang …..

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Labu.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ada beberapa perkara berkaitan dengan pendidikan yang saya kemukakan semasa perbahasan tempoh hari. Jadi, saya minta apa, penjelasanlah. Pertama tindakan yang telah diambil dalam satu insiden pergaduhan pelajar-pelajar ini, pada 27 haribulan 9 di Sekolah Menengah Seremban Jaya. Satu.

Juga tentang pertanyaan saya, setakat mana perkembangan ya, permohonan bangunan baru Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, sebab dulu telah pun diluluskan. Bangunan yang ada sekarang ini memang telah lama dan uzur, dan telah beberapa berla, kali berlaku kebakaran kecil. Jadi itu sebab dulu kita desaklah pihak kementerian supaya dapat menyegerakan pembinaan bangunan baru ini, tanahnya telah ada.

Dan yang ketiga ialah tentang status tanah rizab pendidikan di Bandar Seri Jempol, lebih kurang 50 ekar yang mana saya lihat pada hari ni telah diterangkan. Jadi kita tak tahu, tapi tapak itu dulu memang kita mohon untuk membina sebuah sekolah baru; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol untuk menggantikan SMKA Jempol yang asal, yang hari ini sudah menjadi Sekolah Menengah Agama, eh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Sekolah itu dulu asalnya SMKA. Jadi itu sebab bagi Daerah Jempol, Kuala Pilah dan Jelebu kebetulan kita ada tanah dan jugak di Bandar Seri Jempol tengah-tengah, jadi kita cadangkan, apakah pembersihan tanah ini un, telah lulus permohonan sekolah itu ataupun saya nak tahu, kalau dibersihkan untuk tujuan apa, syarikat mana, apa tujuan pembersihan, 50 ekar telah terang. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Serting. Merujuk tentang permasalahan pergaduhan pelajar-pelajar di hadapan Sekolah Menengah Seremban Jaya yang viral dalam media sosial baru-baru ini. Perselisihan faham dan ejek mengejek di antara dua kumpulan berlaku di luar kawasan sekolah telah mencetuskan pergaduhan ya, pada 26 September 2019. Pihak sekolah telah membuat perjumpaan dan perbincangan dengan pelajar yang terba, terlibat, ibu bapa, penjaga serta pihak polis. Hasil perjumpa, perjumpaan didapati tidak terdapat unsur-unsur gangsterism dan isu perkauman dalam insiden tersebut. Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan telah diselesaikan, telah diselesaikan secara harmoni. Pelajar-pelajar yang terlibat telah diambil tindakan mengikut SOP semasa.

Berkaitan tentang bangunan Jabatan Pendidikan, ianya masih lagi dalam proses inshaa Allah, saya fikir dalam tempoh yang terdekat kita akan dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai perancangan bangunan berkenaan. Tentang soalan tentang tanah di SMKA Jempol, saya fikir itu soalan lisan yang tak sempat ditanya semasa lisan, itu akan kita beri secara bertulis selepas pada ini. Itu bukan masa perbahasan saya fikir, itu semasa soalan lisan yang, yang, yang, tapi dah, itu dalam soalan lisan dan akan diberi tak sampai, tak sampai pada saya masa tu, jadi kita akan bagi secara bertulislah. Okay, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak pergi, saya nak secepat mungkin, sebab kita nak bagi peluang kepada Labu. Silakan Labu.

Okay, assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, dan jugak semua sahabat-sahabat, kawan-kawan yang ada dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang berjaya membentangkan bajet untuk tahun 2020. Dan saya sebagai EXCO yang dilantik untuk memastikan supaya kemajuan dan perkembangan di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan dengan baik, inshaa Allah. Dan saya cuba menjawab, banyak soalan ni, tinggal lagi saya cuba pendekkan, beri ruang dan peluang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjawab lebih, lebih, lebih panjang.

Walau macam manapun, pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bertanya, baik secara lisan mahupun secara bertulis. Inshaa Allah kita akan adakan lagi hubungan, bukannya setakat dalam Dewan. Sebab hubungan ini tak boleh setakat kita bercakap depan untuk dibalas dan sebagainya. Perlu ada connection di

mana muhasabah, di mana persahabatan ini akan mengatasi dari segi kepercayaan dan sebagainya. Saya nak nyatakan bahawa bukan mudah nak jadi kerajaan, selepas kita berjuang lebih kurang 20 tahun daripada zaman reformasi, kita berjaya menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan. Dan jugak bukan mudah untuk menjadi kerajaan, menjadi pembangkang pun tidak semudah itu. Kalau kita tengok, dalam masa yang singkat, lebih kurang setahunlah, lebih kurang setahun, setahun lebih ni, kita nak mintakkan semua nak buat, jika dibandingkan dengan banyak-banyak janji yang telah diberikan sebelum ini pun banyak benda tak dapat dilaksanakan. Itu sebabnya tuan-tuan kalah dalam pertandingan yang lepas. Walau macam mana pun, itu muhasabah kita. Kita kena muhasabah sebab kita ada tanggungjawab, kita ada tanggungjawab, kita tak boleh terlepas di dunia ini. Mungkin kita boleh gunakan sebarang apa sebagainya …..

Mencelah …..

Saya tak bagi mencelah, tolong, tolong …..

….. nyatakan kat Speaker atau kat diri sendiri tu.

Tolong, tolong jangan, jangan kacau. Saya tak kacau pun Rantau bercakap 50 lebih minit. Sebab tu saya cakap tolong beri dulu ruang ya. Jadi bukan, bukan jugak nak menjadi pembangkang ni rupanya. Sabar sikitlah, baru setahun setengah, setahun ini rasa, jangan cepat sangat. Saya cabar jugak kalau betul kata banyak sangat sokong ni, berilah peluang untuk bakal presiden UMNO ni untuk nak pergi ke Parlimen supaya dia boleh bercakap dalam Dewan. Bukan dalam sini. Sebab saya nak cakap ni, haa ni saya bawak bukti, sebagai, saya ada bukti, bila saya cakap saya ada bukti. Saya turun ke bawah. Saya jumpa orang. Jadi tak timbul masalah. Kita cakap, kalau betul you silap, you akui. Kalau kita, saya silap saya akui dan kita perbetulkan. Begitu jugak dengan kerajaan. Kalau ada kesilapan, betulkan dulu, jangan nanti kata nasi menjadi bubur. Sama jugak kepada pegawai-pegawai kerajaan, saya dah nasihatkan, jangan kita menerima order tanpa apa ni, penjelasan dan jugak, dan jugak sebagainya di mana kita tahu peraturan. Pegawai kerajaan bukannya orang yang tidak pandai, mereka ada peraturan, mereka ada SOP dan mereka ada etika yang perlu dilaksanakan. Sebab itulah nak jadi pemimpin, nak jadi pegawai yang hebat, kena ada keberanian untuk menyatakan kebenaran

walaupun mungkin dia akan memberi kesan yang negatif kepada yang bercakap. Ini yang saya telah saya buatkan sejak sekian lama sebagai pekerja awam yang saya katakan yang saya rasa saya tak pandang lagi, bila saya keluar saya tak pandang lagi. Sebab saya dah menjalankan tugas yang saya rasa terbaik mungkin.

Saya nak nyatakan bahawa banyak benda yang kita perlu buat. Jadi ada benda banyak yang bersama. Pertama dalam memajukan kampung-kampung, bandar-bandar, penduduk-penduduk di felda, di kawasan Orang Asli. Kita hebat sebab kita kata kita banyak benda yang nak mintak. Tapi Orang Asli saya rasa banyak lagi yang dia perlu beri, kita bagi. Ini yang saya dah masuk beberapa banyak kampung Orang Asli. Mereka ni dianggap sebagai kelas kedua, ketiga. Sepatutnya tidak begitu. Itu sebabnya kita katakan semua rakyat Malaysia berhak untuk mendapati, menikmati dan merasai kemakmuran dan jugak apa saja milik, hak milik negara Malaysia yang kita cintai dan jugak Negeri Sembilan yang beradat ini. Jadi untuk itu, mari sama-sama, jangan tunjukkan, kalau saya tunjuk salah kepada kawan saya, ada 4 menunjuk kepada saya. Jadi saya sebagai ini, saya menerima pandangan. Begitu jugak Kerajaan Negeri Sembilan menerima pandangan dan kritikan. Kita tak takut. Walaupun dikata, akan jadi satu penggal, itu cabaran kepada kita. Cabaran inilah menyebabkan kita jadi matang, menyebabkan kita jadi hebat. Kalau orang tidak berani menghadapi cabaran, mereka merupakan orang lari larau. Kita tak nak begitu.

Saya kata sepatutnya di Dewan ini, semua kena ada. Stop-kan semua program yang di luar sebab hari ini kita beri 4 hari untuk di Dewan. Sepatut semua mesti ada. Termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Bukannya masa inilah ada program-program lain. Sebab kita nak tengok supaya perbincangan ini nanti akan diambil tindakan secepat mungkin selepas Dewan ini di, di, ditutup. Supaya jangan nanti berlaku masalah tak dengar, tak dapat maklumat ataupun lambat ni apa ni, maklumat tu diterima atau dapat maklumat tu daripada orang yang ketiga dan, ataupun yang selainnya. Okay.

Saya nak nyatakan jugak di sini ada banyak soalan, saya cubalah secepat mungkin supaya, sebahagiannya saya telah jawab, jadi mungkin saya tak akan ulang 2 kali. Tapi saya akan bacakan jawapan yang berkaitan. Yang pertama sekali, yang YB Rantau-lah. Mintak maaf, hari ni nampaknya tak datang ya. Saya tak tahu, dia datang sekejaplah ya. Saya nak jawab soalan dia, saya dulu tak, tak tahu sebab saya bezakan antara Sri Lalang, haa ni ada, semua gambar ada. Jadi boleh tengoklah. Dan saya maklumkan jugak ini bukan hanya di situ, bukannya. Kebetulan saya cakap nak mengusik aje ya, nak mengusik sebab kalau sebagai apa, biasanya dia jaga kawasan dia lebih hebat,

baik ya. Saya kata, bukannya masalah tu, seluruh Negeri Sembilan. Bila kita masuk dulu, kita masuk pada selepas menang, kerusi-kerusi dah hilang, air-cond dah hilang, semua paip dah terbukak ya, ada dawai dah dicabut. Inilah sikap yang ditinggalkan. Dan saya, dan jugak tunggakan yang banyak ditinggalkan. Jadi kalau sebagai orang yang bertanggungjawab, tak kiralah siapa, itu sebab saya cakap tadi, MPKK ini kami akan pastikan tidak akan mengulangkan projek ataupun kejadian seperti ini pada masa akan datang. Kita akan ambil secara baik, dan kita akan hantar, bagikan jugak secara baik supaya kita ada menjalankan amanah sebaik mungkin. Dan kalau pelantikan-pelantikan ni, MPKK ni saya nyatakan, pertama dari segi integriti, dari segi ketelusan, supaya mereka ini tidak menggunakan peruntukan-peruntukan yang sedikit, bukan banyak pun, tetapi tidak boleh dipercayai sebab atas kepentingan diri. Ini kita akan cuba elakkan. Itu sebabnya kami nyatakan bahawa kita sanggup, saya nyatakan kita sanggup berhadapan dengan pemimpin-pemimpin yang ada kepentingan diri sendiri, kita akan ambil tindakan.

Saya teruskan pada jawab soalan berkaitan dengan Rantau. Perancangan strategik dalam membantu masyarakat luar bandar dan para pekebun kecil. Pelan strategik Kerajaan Negeri bagi membantu memajukan pendapatan masyarakat luar bandar adalah melalui inisiatif pelaksanaan Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan 2019 – 2040. Ianya merupakan satu inisiatif kepada usaha kerajaan untuk merencana corak dan mengadaptasi perubahan sosio ekonomi ke arah pembangunan saksama lagi bersepadu merentasi kawasan bandar dan luar bandar. Walaupun kawasan saya kawasan Labu, kawasan akan jadi kawasan yang hebat industri, tapi saya jugak, alhamdulillah, diberi untuk menjaga bandar, haa luar-luar bandar di seluruh Negeri Sembilan. Agenda pembangunan luar bandar di Negeri Sembilan memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan inklusiviti berasaskan kepada 2 prinsip utama iaitu kemakmuran ekonomi dan jugak kesejahteraan sosial. Kalau kita banyak dapat duit, inshaa Allah, kata orang jangan takut kita tak tamak, kita tak lokek membelanjakan bagi kesejahteraan sosial. Dan kalau rasa tak cukup, bulan, tahun depan kita mintak untuk anggaran tambahan supaya memastikan kita boleh memberikan servis perkhidmatan kepada rakyat sebaik mungkin.

Kerajaan Negeri Sembilan juga akan memfokuskan kepada 3 strategi penting yang dilihat mampu membantu masyarakat luar bandar. Strategi yang pertama ialah pemerkasaan modal insan yang merupakan penggerak utama dalam proses pembangunan yang menuntut keperluan modal insan yang berpengetahuan, berkepakaran dan berkemahiran tinggi ke arah meningkatkan pendapatan masyarakat

luar bandar, kumpulan pendapatan B40 kepada M40. Modal insan yang berprestasi tinggi ini dijangka mampu melengkapi keperluan dan permintaan di kawasan MVV. Mem, mengupayakan golongan ini adalah penting agar mampu menceburi bidang keusahawanan dan menanamkan semangat ke arah membentuk usahawasan yang berdaya tahan, maju dan berjaya. Sebab itulah kita mohon supaya Tabung Usahawan Negeri Sembilan ini ditambah seramai mungkin sebab kita bersedia untuk menghadapi apabila pelabur-pelabur yang luar, yang besar nanti kita akan pastikan usahawan-usahawan tempatan bukan hanya melihat saja tapi akan terlibat sama dalam aktiviti pembangunan tersebut.

Strategi kedua adalah dengan memfokuskan kepada bidang pertanian yang menjurus kepada subsektor tanaman bukan komoditi dan juga ternakan berteknologi tinggi dan berinovasi bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil pertanian yang lebih berkualiti dan bernilai tinggi.

Untuk strategi ketiga pula, Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada bidang pelancongan dengan memfokuskan kepada eko pelancongan, warisan dan jugak budaya. Jadi kita akan pastikan bangun, kampung-kampung dibangunkan dan jugak ada homestay-homestay ataupun rumah-rumah inap yang akan boleh digunakan untuk menarik pelancong-pelancong datang ke Negeri Sembilan. Warisan dan juga budaya melalui penglibatan warga tempatan khususnya masyarakat luar bandar dalam pelaksanaan strategi ini berdasarkan kelebihan dan potensi yang sedia ada di kawasan masing-masing.

Pihak Kerajaan Negeri melalui FELDA, FELCRA, RISDA dan LGM (Lembaga Getah Malaysia) juga terus berusaha untuk menambah pendapatan pekebun kecil dengan membuat penelitian mengenai potensi perniagaan sampingan yang hendak dilakukan oleh pekebun kecil sebelum diberikan bantuan termasuk peralatan dan industri kecil dan sederhana supaya mereka dapat menjana pendapatan tambahan bukan hanya bergantung kepada tanaman getah, ya. Ada banyak cadangan-cadangan telah diberi kepada saya, dan saya dah, mintak, arahkan kepada MPKK untuk membincangkan mencari kawasan sesuai sebab mereka dah buat memajukan kampung secara tidak langsung. Ini jugak boleh buat kerjasama dengan Tok’-Tok’ Adat ataupun Buapak-Buapak di kawasan-kawasan yang ada di mana, di kawasan kampung Kuala Pilah, di Rembau dan jugak di Johol dan jugak di Jempol.

Amalan integrasi di kalangan pekebun-pekebun kecil turut digalakkan untuk menjana pendapatan sampingan. Tanaman getah boleh

diintegrasikan dengan pelbagai jenis tanaman sama ada jangka pendek, sederhana dan panjang. Antara tanaman yang sesuai termasuk pisang. Pisang ini ada sikit masalah sekarang ni, ada masalah virus yang menyebabkan banyak pokok pisang ada masalah, betik, nanas, durian, buah salak dan, dan jugak apa ni, dan, dan durian belanda. Selain itu juga integrasi ternakan seperti lebah dan kelulut juga berpotensi untuk diusahakan. Pengintegrasian yang sistematik dan mengamalkan amalan pertanian baik membolehkan pekebun kecil mendapat manafaat pendapatan tambahan. Haa ini kita jawab soalan daripada Rantau-lah, kalau dia tak puas hati, boleh berjumpa apa balik, saya tak ada masalah berjumpa dengan beliau ni, tak ada masalah ya.

Dan jugak merujuk kepada yang, YB Linggi, apakah status projek bekalan air ke kawasan Kampung Ayer Hitam, Batu 20, Ladang Sengkang. Projek bekalan air ke kawasan Kampung Ayer Hitam Batu 20, Ladang Sengkang telah dimasukkan di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar 2017 di bawah peruntukan Kementerian Luar Bandar yang akan memberi manfaat kepada 5 buah rumah. Projek, program ini dilaksanakan dalam satu pakej yang melibatkan 17 buah kampung di 5 daerah yang lain, yang berbezalah. Projek ini masih dalam peringkat rekabentuk, belum berjalan lagi. Ini yang saya nak nyatakan, oleh kerana kita kena buat apa ni, survey, kena buat pergi jumpa orang dan sebagainya, dapat izin kebenaran ini yang menyebabkan lambat. Projek ini masih dalam reka, reka bentuk dan mengambil masa kerana melibatkan pelbagai proses termasuk kebenaran izin lalu bagi 5 daerah iaitu Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau. Inshaa Allah kalau lepas ini, [YB ADUN Linggi berdiri] nanti, nanti ingat, nanti saya akan beri peluang. Selepas ini kalau dapat semua dah siap kita akan jalankan, akan tender seterusnya akan dibuat. Dianggarkan pada tahun depanlah, awal tahun depan.

ADUN Pertang dan Gemencheh, isu berkaitan dengan Felda Bukit Rokan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, sehingga kini FELDA dalam proses akhir mendapatkan persetujuan Lembaga FELDA untuk melaksanakan projek rintis di Felda Bukit Rokan. Kajian teknikal yang teliti telah dibuat termasuk dalam aspek pemilihan tanaman dan model yang bakal digunakan di Felda Bukit Rokan. Banjian awal kepada peneroka Peringkat 24 Felda Bukit Rokan pada 16 April 2019 telah dibuat dan mendapati seramai 150 orang daripada 171 jumlah peneroka, iaitu sebanyak 87% telah bersetuju untuk menyertai program tersebut. Walau bagaimanapun, libat urus berkaitan penerangan model dan surat perjanjian akan dibuat selepas mendapat kelulusan Lembaga FELDA.

Yang ketiga, Pengurusan Lestari Kebun Peneroka yang berkenaan adalah meliputi perkara berikut:

 Pendapatan tetap bulanan dan perkongsian keuntungan;  Peneroka tiada hutang, ataupun kalau boleh dikurangkan hutang-hutang yang ada;  Pengenalan kaedah pertanian baru;  Pendapatan tambahan;  Peneroka terlibat dalam Program Tanam Semula. Ada tanam semula ni dibuat sama ada melalui FELDA dan juga melalui individu ya.

Pendapatan tetap bulanan dan perkongsian keuntungan. Untuk makluman Yang Berhormat, peneroka diberi Bayaran Manfaat Bulanan yang tetap sebagai timbal balik kepada kebenaran yang diberikan untuk FELDA menguruskan ladang, ini dululah ya. Bayaran Manfaat Bulanan tersebut tidak dikira sebagai hutang kepada peneroka di mana kadar penentuan bayaran akan ditentukan oleh FELDA berdasarkan financial modeling bagi setiap rancangan terlibat, dia berbeza rasa saya, dia punya apalah, skim. Nilai dan cara bayaran perkongsian keuntungan juga akan ditentukan selepas diperhalusi oleh jawatankuasa.

Peneroka tiada hutang. Bagi perkara ini peneroka tidak lagi dikenakan hutang operasi kebun dan hutang tanam semula seperti amalan model tanam semula terdahulu. Peneroka juga tidak lagi berhutang untuk pinjaman sara hidup dan pinjaman pendahuluan hasil. Cukai tanah pula akan dibayar oleh FELDA sepanjang tempoh perjanjian yang telah dimeterai antara FELDA dan peneroka.

Pengenalan kaedah pertanian baru. Antara kaedah pertanian baru yang akan diserapkan adalah seperti tanaman komoditi jangka panjang lain, ternakan, perikanan dan tanaman kontan. Jadi banyaklah. Detail-nya nanti kita boleh rujuk Jabatan Pertanian termasuk herbanya, termasuk buluh, termasuk sebagainyalah.

Dan pendapatan tambahan. Program pembangunan peneroka. Pengenalan kepada projek baru yang dirasakan sesuai kepada individu peneroka atau secara berkelompok. Di samping itu peneroka dan generasi baru akan berpeluang melibatkan diri untuk bekerja di kawasan kebun atau projek yang akan dilaksanakan. Kalau mengikutkan program tahun ini, kalau boleh nak di, di, dicampur ataupun digabungkan banyak tanah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua.

….. cara …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Yang ni yang Kertas Putih tu ya?

Ya ya. Dan jugak dividen koperasi. Koperasi akan menjadi kontraktor utama dalam kerja operasi ladang dan projek PPP. Keuntungan koperasi akan disalurkan kepada ahli ataupun peneroka terlibat melalui dividen tahunan. Saya baru balik daripada merasmikan koperasi di mana, di Jempol, di Palong 9, tak salah saya, minggu lepas. Tahun ini tak ada keuntungan dan tak ada dividen. Inilah menunjukkan kepada orang felda selama ini banyak, banyak dividen 15%, 10%, kali ini tak ada. Jadi jangan salahkan kerajaan baru sebab itu semua dibuat oleh FELDA, oleh orang-orang peneroka-peneroka bersama dengan koperasi. Kami akan membantu.

Peneroka yang terlibat dalam program tanam semula. Konsep model ini sesuai untuk dimulakan bersekali dengan program tanam semula disebabkan perancangan terhadap jenis tanaman utama dan sampingan dapat dibuat dengan teliti mengikut kawasan terlibat. Di samping itu juga, perancangan akan lebih mudah kos lebih efektif jika bermula dengan kawasan kebun baru yang akan ditanam semula tersebut. Jadi mungkin kita akan, bukan hanya tunggu hasil dah dapat, besok baru nak apa, kita mungkin buat sekali serentaklah tanam, bukak dan tanam semula dan kita buatkan projek tersebut.

Okay. ADUN Jeram Padang. Berkenaan jalan ke Kampung Orang Asli Klebang. Pembinaan jalan Kampung Orang Asli Klebang dan Kampung Orang Asli Panchor telah dibina pada tahun 2015 oleh JAKOA. Pada tahun 2018 telah diangkat permohonan untuk menurap jalan yang belum lagi diturap. Walau bagaimanapun peruntukan tahun 2019 hanya lulus kepada 5 projek infra yang lebih penting dan memerlukan. Justeru JAKOA akan mengangkat permohonan semula bagi merap, menurap jalan tersebut untuk tahun depan. Jadi kita ada priority-lah. Oleh kerana jalan ni baru lagi, jadi maknanya kita mintak berikan keutamaan kepada jalan yang lebih teruklah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, yang jalan ke Sungai Klebang itu memang rosak teruk kerana itu melalui Ladang Senama. Ladang Senama telah mengangkut kayu melalui jalan tersebut, memang

dah teruk sangat. Jadi yang dalam itu tak ada masalah, itu boleh kita turap kemudian, tapi yang telah kerosakan berlaku di kawasan perladangan itu yang saya …..

Okay okay.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

.…. mohon.

Oleh kerana kawasan ladang ni pun ada masalah dia, jikalau nak pergi masuk Orang Asli ni kadang-kadang melalui kawasan ladang. Kita jugak ada masalah dengan ladanglah. Walau macam mana pun kita cuba mintak kerjasama kawasan ladang untuk membantulah …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Kawasan ladang dia tak akan bantu kerana memang bila saya, saya ambil surat kebenaran untuk menurap itu mereka kata tanggungjawab untuk membaiki jalan itu adalah tanggungjawab pihak yang menurap. Jadi memang dah jelas dalam perkara itu. Jadi saya pun dah setuju kerana kalau kita nak sediakan jalan untuk Kampung Asli Klebang itu terpaksa kita buat, kita kena terima hakikat itu adalah tanah milik ladang kan. Jadi, saya mohonlah jalan itu diturap semulalah. Memang teruk kerana lagipun dia melalui …..

Okay okay tak apa. Nanti saya akan ambil, ambil tengokkan, dan, dapat ulasan daripada Jabatan Orang Asli. Dan projek-projek di Jeram Padang ni banyak ni, projek ni, saya rasa, ini akibat ataupun usaha daripada ADUN yang aktiflah, saya ucap syabas dah tahniah kepada mana-mana ADUN yang selalu bertemu, memohon dan bertanyakan perkembangan, saya rasa kita mungkin akan bantu walaupun pembangkang. Tak ada masalah ya. Kalau kita tengok ni ada 5 projek ni, 5 projek yang diberi termasuk balai raya, naikkan balai raya berkaitan kampung Palong dan jugak baik, baik, baik pulih surau Nurul Iman, lepas tu naik taraf pusat integrasi Palong, naik taraf astaka serta kerja berkaitan di Padang Awam Felda Palong 2 dan jugak baik pulih astaka dan tandas awam di Dewan Orang Ramai Palong 2. Adalah jadi tak timbul masalah kita menafikan hak untuk penduduk di mana-mana kawasan. Dan untuk makluman saya ingat dekat-dekat, dekat-dekat ni apa, 5 kali dah saya masuk felda ni. Dulu memang tak boleh

masuk. Sekarang dah saya masuk selalulah. Dengan izin ya Yang Berhormat Dato’ Seri.

Okay, yang seterus, yang, yang selanjutnya ialah liputan komunikasi di Kampung Orang Asli. Jawapan, ADUN, ADUN Jeram Padang. Kerajaan sedang berusaha memperluaskan sistem komunikasi di Negeri Sembilan termasuk di Kampung Orang Asli Panchor dan jugak Sungai Klebang. Untuk makluman, menara telekomunikasi, telekomunikasi telah dibina di Kampung Orang Asli Panchor di mana kedua-dua kampung mendapat liputan. Namun begitu, buat masa ini Kampung Orang Asli Sungai Klebang kurang mendapat liputan. [YB ADUN Jeram Padang bercakap secara off mic] Haa? Tak apa, itu bukan salah kita, technically dia mungkin dia silap dulu, kita tak apa, kita akan tengok balik. Masalah ini telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk mengenai, mengenal pasti masalah yang sebenar. Haa ini yang kita cakap, jalan nak pergi Pilah pun, naik kat atas bukit tu tengok-tengok dan terberhenti. Jadi inikan pulak kawasan yang lebih jauh lagilah. Kita akan baiki keadaan ini, inshaa Allah, kebetulan pulak Timbalan Menteri yang ni berada di Negeri Sembilan, di Kuala Pilah.

ADUN Jeram Padang jugak, isu bil elektrik yang tertunggak. Haa ini saya nak nyatakan bagaimana sikap kepimpinan terdahulu yang meninggalkan banyak apalah, tapi walau macam mana pun saya mintak supaya lepas ini kita akan selesaikan, sebab kerajaan berhasrat untuk membantu memastikan semua bekalan air dan api akan dilaksanakan ya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, telekomunikasi tu Kampung Langkap, saya pernah mintak juga dalam perbahasan saya tetapi tidak disebut tadi.

Tak apalah, yang YB janganlah semua nak mintak, lain, kawasan lain banyak lagi. Kita akan pastikan dulu bagi satu-satu dulu …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Itu tanggungjawab saya …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. sebagai ADUN kawasan. Terima kasih.

60 tahun tak siap, sekarang …...

Ya, kita akan siapkan.

….. kita akan pastikan ia akan siap.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu sendiri kata telekomunikasi Panchor dah siap. Sungai Raya dah siap. Siapa yang siapkan? Kerajaan Barisan Nasional-lah siapkan. Kalau tak tahu jangan campur tangan.

Dulu dekat Jeram Padang banyak isu masyarakat lagi …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Pergi siapkan Sekolah Jenis Kebangsaan Repah dulu …..

Kita suruh buat kerja.

Tuan Dipertua, saya tak izinkan mencelah dulu, diam dulu, diam.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah dah, cukup cukup cukup.

Pembinaan, pembinaan jalan ke Kampung Sungai Raya, Jempol. Untuk pembinaan jalan di Kampung Orang Asli Sungai Raya, Jempol, pihak jabatan telah membina jalan baru pada tahun ini. Manakala jalan-jalan yang belum dibina akan dibina berdasarkan kepada peruntukan dan keutamaan kepada kampung-kampung yang amat memerlukan. Jadi ni kena, saya kena rujuk dengan jabatan Orang Asli sebab Orang Asli ni sebenarnya di bawah Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana sini tak ada, jadi kita buat jugaklah sokong ya. Jadi kita akan cuba tengokkan.

Dan jugak jawapan dari ADUN Chembong. Haa ini pasal, pasal rumah ni. Bantuan bina baru dan baik pulih rumah PPRT di kawasan Orang Asli. Untuk makluman, JAKOA sentiasa menjaga kebajikan dan keselesaan masyarakat Orang Asli. Pada tahun ini JAKOA telah menerima peruntukan sebanyak 10 unit rumah bagi bina baru dan 5 unit untuk baik pulih. Dalam masa yang sama, kita ada satu NGO yang bercadang untuk memberi, membina, membaik pulih balik, membaik pulih rumah sebanyak 14 …..

Dato’ Speaker, penjelasan. 10 biji tadi untuk Chembong saja kan?

Yelah, kampung Orang Asli.

Yelah, kampung Orang Asli …..

Tak, kampung Orang Asli ni bukan untuk Chembong, ini untuk semua …..

Satu …..

Bukan untuk Chembong saja. Untuk semua.

Berapa biji tadi, Dato’ Speaker, ini penting.

10 biji unit rumah bina baru, dan 5 unit bagi baik pulih. Saya dah jumpa …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu negeri ni?

Saya mintak, saya faham, saya dah berjumpa dengan Menteri apa ni, Pembangunan Luar Bandar supaya mintak ditambah. Tapi nilah peruntukan yang dapat, satu negeri, untuk makluman satu negeri kita ada …..

Dato’ Speaker, saya ada …..

….. 20, nanti …..

Saya tak, tak, tak mahu 10 Dato’ Speaker, saya tak mahu 10. Saya mintak Chembong dapat 5 pun okay, Dato’ Speaker. Terima kasih.

Tak …..

Yang Dipertua Dewan

You ni nakal betul ye Chembong.

Tak Speaker, saya mohon dalam Dewan ini saya mohon …..

Yang Dipertua Dewan

….. mintak 5 je …..

….. peruntukan tadi 5 buah …..

Okay okay okay kita akan …..

….. kita buat untuk DUN Labu dulu.

Okay nanti saya cakap balik, saya ulang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Jeram Padang pun perlukan ada 12 kampung Asli dalam DUN saya ni …..

Yang Dipertua Dewan

Dah dah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. hanya 1 saja dapat. Jadi saya pun mintak 5.

Yang Dipertua Dewan

Cukup cukup cukup …..

Tak apa, tak apa.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, teruskan, tutup.

Sungai Lui. Tak apa, nanti saya tengok sebab dulu lama tak mintak, mintak pun tak dapat, sekarang ni kita cuba mintak lebih banyak inshaa Allah, inshaa Allah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dulu banyak dapat, sekarang baru tak ada.

Inshaa Allah, inshaa Allah …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tengok …..

….. jalan ke Kampung Orang Asli Ulu Lakai, yang disebutkan oleh mana, DUN Sungai Lui-lah ya. Jalan yang dimaksudkan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Simpang Pertang, Pertang, Pertang..

Pertang. Jalan yang dimaksud, ini, Sungai Lui. Ada mention dalam apa. Jalan dimaksudkan buka berada dalam kawasan rizab kampung Orang Asli Lakai, Ulu Lakai. Jalan yang terlibat adalah di, di luar, di kawasan luar melibatkan 3 lokasi jalan dari ladang kelapa sawit hinggalah ke jalan Kampung Orang Asli Ulu Lakai. Untuk maluman, pihak MPKK Kampung Orang Ulu Lakai telah, telah meminta pihak kontraktor ladang untuk membersihkan jalan. Dan kini jalan tersebut telah boleh dilalui.

Itu sebab saya katakan tadi, jangan cakap semua tak boleh. Kita sekarang ni boleh, possibility jumpa. Kita mintak pada yang ada, mengadu pada yang sayang. Inshaa Allah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sikit je, sikit je apa, saya nak mintak sikit je. Saya nak mintak jalan tu, jalan tu memanglah itu tanah runtuh memang dah repair, tapi jalan tu dalam keadaan daif sekarang ni. Ya ada di antara jalan-jalan tu dah nak runtuh sebenarnya, Dato’ Dipertua, ya. Saya mintak, ada di antara tebing-tebingnya dah runtuh, bawah tu bawah culvert tu ada yang dah, dah, sikit, tengok ….

Tak apa, tak apa, nanti saya dah pergi jalan tu, saya akan datang lagi inshaa Allah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Datang tengok, jangan lalu je, tengok bawah-bawah tu sikit.’

Ya ya. Saya mintak, saya mintak ADUN Pertang pun ada sama nantilah, okay. Okay.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kita memang tunggu.

Okay. Ini ADUN Juasseh, balai raya di Daerah Jempol yang masih berstatus tanah milik. Seperti, saya ni bukan di Jempol je, yang ada di Jempol ni sekarang terdapat 2 buah balai raya yang masih berstatus tanah milik tersebut .….

Dato’ Dipertua, saya tak ada sebut pun.

….. balai raya Kampung Kuala Sialang dan Balai Raya Kampung Sri Rompin ya.

Dato’ Dipertua, saya tak ada sebut. Juasseh tak ada mintak balai raya ke apa, tak ada hal. Biar betul.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Kampung Sri Rompin?

DUN mana ni YB.

Ini jawapan yang saya dapatlah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Kena semak dulu.

Nanti buat rosak rekod saja. Saya tak ada mintak balai raya ke apa ke, tak ada masalah …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Cuba check …..

Bukan mintak balai raya. Terdapat 2 buah balai raya yang terlibat yang saya cakap tadi, ada balai raya yang masih di dalam kawasan milik individu. Yang saya maksudkan sini ialah di, di, kebetulan di DUN Juasseh ni ada terdapat 2 iaitu 2 buah balai raya yang masih berstatus tanah milik di Daerah Jempol iaitu Balai Raya Kampung Kuala Sialang dan Balai Raya Kampung …..

Haa tak betul, tak betul tu YB. Kuala Sialang tu Jempol, DUN Bahau.

ADUN Pembangkang

DUN Bahau.

YB Bahau.

Okay okay.

Tolong rekod betulkan.

Okay ADUN Pertang ya. Pengerusi, soalan isu dibangkitkan. Jadi saya mintak pegawai yang terlibat ambil, dengar, ambil betul-betul, jangan lagi timbul kali yang kedualah ya. Saya ingatkan ini sebab itu perlunya ada rekod ya. Saya mintak pegawai-pegawai bekerjasamalah inshaa Allah. Haa ini teknikal jangan takut, teknikal boleh dibetulkan, inshaa Allah.

Yang Dipertua Dewan

YB.

ADUN Pertang …..

Yang Dipertua Dewan

Lama lagi YB?

Kejap kejap, sikit lagi. Kenaikan elaun MPKK perlu selari. Dato’ soalan banyak tanya, saya kena banyak jawablah. Kita, kita apa ni, Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, saya nak ingatkan tuan-tuan dan puan-puan ya, ada banyak comment-lah, tapi kita boleh cakapkan sekarang ni …...

Boleh mencelah sikit tak, boleh mencelah sikit? Saya nak cadangkan …..

Saya tak benarkan.

Tak sikit je.

Saya tengah jawab.

Tak sikit je. Saya nak cadangkan kepada Dato’ Yang Dipertua, bagi laluan kepada Labu untuk habiskan menjawab semua soalan. Lepas tu kita tangguhkan, besok kita sambung lagi, Dato’ Yang Dipertua, cadangan sayalah. Cadangan Seri Menanti, terima kasih.

Tak tak, saya akan berhentikan tak lama lagi, inshaa Allah, saya beri peluang kepada Yang Amat Berhormat.

Jadi elaun yang dibagi tu tak sebanyak mana, kita faham dan juga expectation masyarakat tinggi, expectation tuan-tuan yang bekas ADUN rakyat, apa ni ADUN jugak tinggi. Saya tahu. Dan untuk itulah kita naikkan sedikit bergantung kemampuan dan inshaa Allah, kita pastikan mereka akan dipertingkatkan dari segi prestasi dan jugak dari segi keilmuan. Sebab nak dapat dunia ni pun dengan ilmu, nak dapat akhirat dengan ilmu. Jadi nak dapat dua-dua pun kena dengan ilmu. Jadi kita beri ilmu kepada orang ini supaya mereka boleh esok menjadi lebih baik dari segi kepimpinan dan jugak dari segi program mereka. Okay.

Dato’ Dipertua, ada sikit lagi, yang Kampung Orang Asli tadi. Di tempat saya di Langkap, bekalan air, masalah bekalan air tu. Masih …..

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Ini Seri Menanti dulu YB tak bukak mulut sekarang hari-hari …..

Tak apa, tak apa …..

Bukan hari-hari, setiap masa.

Saya, saya masih pegang janji Yang Berhormat Seri Menanti nak belanja minum di apa, nanti saya datang.

Tanya Dato’ Yang Dipertua.

Inshaa Allah, insha Allah.

Terangkan sikit Dato’ Yang Dipertua.

Tak apalah, saya belum sampai lagi …..

Sebab dia tak tunai janji, kalau datang, tak ada masalah.

Okay okay. Okay, 2, terdapat 2 kawasan di DUN Gemencheh ya, yang telah diluluskan di bawah Dasar Perluasan Kampung di mana tanah-tanah tersebut telah, telah sedia. Dia boleh serah kepada SPNB untuk ulasannya. Kerajaan sebelum ini telah meluluskan pelaksanaan Program Perluasan Kampung me, yang menariknya Program Perluasan Kampung ini diluluskan pada 28 bulan 3, 2018 iaitu kurang 2 bulan sebelum pilihan raya yang ke-4, yang ke-

14. Dalam keputusan tersebut terdapat 2 kawasan dalam DUN Gemencheh telah dipersetujui untuk pelaksanaannya iaitu di Kampung Punggor dan Kampung Tenai, betul ya? Punggor dan Tenai. Kerajaan Negeri telah selesai membuat kajian semula ke atas Program Perluasan Kampung ini serta mengkaji kawasan-kawasan yang dicadangkan termasuk mekani, mekanisma pelaksanaannya. Selain itu Kerajaan Negeri juga telah menerima cadangan tanah-tanah baru untuk dimasukkan dalam Program Perluasan Kampung. Dalam program tersebut, Kerajaan Negeri akan muktamadkan pelaksanaan Program Perluasan Kampung tersebut. Jadi saya akan kaji benda ni, dapat, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri yang terbaru nantilah, tengok macam mana, kalau boleh diluluskan jugak nanti kita akan terus buat jugak untuk yang ni.

Dan jugak, ada yang terakhirlah, saya rasa perlu ni, tuan-tuan kena tahu ni, yang saya cakap berhubung dengan utiliti ni. Utiliti balai raya MPKK. Perubahan Pentadbiran kerajaan pada 9 Mei 2018 telah memberi kesan secara langsung kepada Pentadbiran di peringkat kampung yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK). Ada jugak comment, tukar. Sebenarnya bukan tukar satu, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, ada 3 kena ubah. Sebab itu kita masih kekalkan yang lama ya, tapi kita tukar tulisan yang baru untuk nak jimatkan belanja ya. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun 2018 telah menamakan semula Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung. “Majlis” berbeza, “Pengurusan” berbeza, “Komuniti” pun berbeza, ada 3 tu, bukan 1, jangan cakap 1. Kementerian Pembangunan Luar Bandar kemudian telah menetapkan bahawa Kerajaan Negeri perlu membuat pelantikan MPKK yang berkuat kuasa pada bulan 10, 2018. Maknanya lebih kurang setahun. Jadi, expectation tuan-tuan tinggi, inshaa Allah, tahun depan inshaa Allah lebih baiklah.

Dalam tempoh tersebut, Pejabat Tanah Dan Daerah telah menyelaras, menyela, apa, menyelaraskan pemulangan kunci balai raya di kampung masing-masing. Dan Pejabat Daerah dan Tanah juga perlu memastikan bil utiliti diselesaikan sebelum pihak JKKK memulangkan kunci premis tersebut. Berdasarkan semakan, kesemua Pejabat Daerah Dan Tanah

memaklumkan terdapat JKKK yang masih lagi tidak menyelesaikan tunggakan pembayaran bil utiliti dan ada di antaranya melebihi 1,000.00 ringgit. Akaun bagi bil tersebut adalah atas nama individu dan juga nama JKKK yang lama. Keadaan ini menyukarkan kepada kepimpinan MPKK yang baru dilantik untuk menggunakan premis balai raya tersebut bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Itu yang saya cakap tadi, bukan hanya pembangkang yang tak leh guno, kito pun ado yang masih tak leh guno sebab masalah inilah. Menggunakan kemudahan tersebut bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. MPKK yang baru ini tidak mempunyai sumber kewangan yang cu, yang kukuh untuk membayar bil utiliti yang tertunggak tersebut. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’, Dato’ Menteri Besar, pada 20 Mac 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak 85,706.88 bagi bayaran tunggakan bil utiliti api dan air dan peruntukan tersebut telah disalurkan kepada kesemua Pejabat Daerah pada 19 April 2019 untuk tindakan selanjutnya. Butirannya adalah seperti ini Seremban ada 25,220.00, Port Dickson ada 12,618.59, Jempol ada 13,080.63, Kuala Pilah, haa ini Kuala Pilah baik, paling sikit 2,762.82, Rembau – 13,939.96, Jelebu – 5,773.48, Tampin – 5,621.81 dan Gemas – 6,689.27.

Inilah masalah tuan-tuan, kita tengok nampak ada mas, tak ada masalah, tapi sebenarnya ada masalah, inilah yang kita selesaikan. Dan kami berjanjilah dengan kerjasama semua sekali, pembangkang dan juga Kerajaan EXCO kita bergerak sebagai satu pasukan, kita sama-sama atasi masalah ini dan kita akan pastikan supaya dewan-dewan ini boleh digunakan oleh semua pihak yang berkepentingan untuk memastikan kemajuan dan kejayaan negeri kita pada masa akan datang. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, ada perkara yang saya bangkitkan semasa bahas, mohon diulas. Ada yang tertinggal. Berkenaan dengan banjir, masalah banjir tanaman sawit Kampung Pelebar Baru. Itu pertama. Dan satu lagi, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, bekalan air ke Kampung Ayer Hitam ni, memang kita dah mohon lama dan macam saya sebut dalam bahas itu hari, saya dah bangkitkan sekali lagi pada September 2018, kan. Dah, cuma, jawapan dia, Dato’ Dipertua, sama, dalam masa 2018 pun, September 2018 dalam peringkat reka bentuk. Jadi, kalau boleh saya nak sedikit penambahan, bila agak-agaknya boleh siap ni.

Saya, saya dah cakap tadi, kita akan mulakan secepat mungkin pelantikan dia punya konsultan dan pelantikan kontraktor

pada awal tahun depan. Sebab kita masih, belum dapat lagi plan detail daripada apa, konsultan yang buat, ini masalah dia, ini saya dah tahu masalah tersebut, bukannya di apa, seluruh, sebab pelantikan kontraktor ni semua dibuat di peringkat federal. Saya mencadangkan supaya mana kos-kos yang sedikit bawah pada 10 ribu ni, beri kepada Kerajaan Negeri untuk kita buat tender dan kita buat di bawah tender Jawatankuasa Tender Negeri. Ini cadangan kita akan buatlah. Kalau setakat 1 – 2 – 3 juta ni semua nak pergi federal, ini yang jadi lambat. Ini jadi lambat ya.

Dan juga pada kampung yang banjir tu, memanglah, tu dah dipindahkan orang daripada Pelebar masuk ke situ dengan kawasan yang ada lembah, disiapkan dia punya longkang, jadi kita perlu buat balik longkanglah. Terima kasih.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, Dato’ Yang Dipertua, sikit je tentang pengurusan kebun lestari peneroka tadi. Saya harap kena sama-sama pantau, sama-sama pantau tentang pengurusan kebun peneroka lestari, secara lestari ni sebab setakat ni belum ada, setakat ni belum ada satu projek pun, ni merupakan pilot project kepada pengurusan FELDA, Kertas Putih tu. Kita sama-sama pantau supaya kita tak nak peneroka nanti, ni ada, adalah kebun yang ada peneroka ya, kebun yang ada peneroka. Apa-apa hal berlaku besok, kesannya kepada peneroka. Itu yang saya mintak, okay.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin saidina muhammadin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli, ammaba’. Assalamulaikum WBT. Alhamdulillah Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas usul-usul yang telah dibawa. Ada yang seolah-olah dalam ceramah politik, ada yang dalam mode khutbah Jumaat dan pelbagai-bagai mode. Alhamdulillah, namun begitu itulah suasana dalam Dewan yang kita harus hormat dan ada juga mode yang banyak kita dengar adalah mode berada di Parlimen. Jadi, banyak soalan-soalan yang sepatutnya dijawab di Parlimen, terpaksa didengar di dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya terus, saya tidak ingin mengambil masa yang panjang, dah pukul 5 lebih. Saya terus kepada menjawab soalan, draf penggulungan iaitu bagi Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah Dan Sumber Alam. Saya tidak mengambil masa yang panjang.

Mengenai ADUN Sungai Lui, soalan dia penanaman pokok durian musang king seluas 500 di Ulu Jelebu, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan lebih kurang 1.214 hektar, 1,214 hektar kawasan Hutan Simpan Triang kepada syarikat Dinamik Motivasi Sdn. Bhd. melalui Permit Penggunaan untuk tujuan pembangunan ladang hutan dengan projek tanaman Getah Klon Balak (timber latex clone) pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, sehingga kini hanya 120 ekar sahaja yang telah ditanam dengan tanaman pokok durian. Kerajaan Negeri sedang mengambil tindakan untuk membatalkan permit penggunaan tersebut disebabkan kegagalan pihak kontraktor mematuhi syarat-syarat kelulusan tersebut. Itu yang berlaku.

Yang keduanya, ADUN Pertang juga bertanya mengenai bantuan Sekolah Kebangsaan versus Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dapat bantuan lebih tinggi. Okay. Untuk makluman, detail, Sekolah Menengah Chung Hwa ada 2 sekolah mendapat 450 ribu di Port Dickson dan Seremban. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina keseluruhannya dapat 96,500.00, SJKT mendapat 91 ribu, Sekolah Kebangsaan – 531 ribu, Sekolah Menengah Kebangsaan – 714 ribu, Sekolah Tahfiz termasuk SABK – 1.213 juta. Jumlah keseluruhan 3.0 juta telah kita belanjakan ya.

Soalan YB Lobak, apakah projek pembangunan terancang untuk Lobak bagi perancangan Malaysia Ke-12. Pada masa ini Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merangka Pelan Strategik perancangan Malaysia Ke-12 akan dibentang pada, di Parlimen pada tahun 2020. Di peringkat Kerajaan Negeri, cadangan masih di peringkat perbincangan awal, bersama agen, agensi dan jabatan berkaitan untuk memastikan dan dikemas kini sebagai cadangan Kerajaan Negeri sebelum dikemukakan kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Soalan YB Jeram Padang, apakah projek pembangunan dirancang tahun 2020. Kita sedia maklum, dalam bajet tersebut kita telah maklumkan bahawa peruntukan 101.69 juta akan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan ber, dalam, untuk kesejahteraan semua lapisan masyarakat iaitu pembangunan sosial 41.24 jua, kemudahan infrastruktur 20.87 juta, pentadbiran – 11.78 juta, pertanian – 13.29 juta, kerohanian – 7.91 juta, pelancongan – 6.11 juta. Antara projek pembangunan yang akan dilaksanakan ialah pembinaan balai raya, pembangunan masjid, surau, baik pulih naik taraf jalan raya, jambatan, pelaksanaan program peningkatan pengeluaran ternakan, pertanian serta penyelenggaraan dan naik taraf Hutan Lipur Eko Rimba dan pelbagai lagi.

ADUN Rantau, ADUN Kota, berhubung dengan komponen hasil cukai yang menyumbang kepada punca hasil Kerajaan Negeri. Penyediaan belanjawan hasil Kerajaan Negeri adalah berpandukan kepada 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) P.S 1.1. Penjenisan Kod Hasil oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Penyeragaman Kod Hasil adalah berpandukan kepada Kod 60000 Hasil Cukai, 70000 Hasil Bukan Cukai dan 80000 Terimaan Bukan Hasil. Secara tradisi, Hasil Bukan Cukai merupakan penyumbang utama dalam kutipan hasil negeri. Perbandingan Hasil Bukan Cukai antara sumber Hasil Bukan adalah daripada kod Hasil 73000 iaitu Perolehan Jualan Barang-Barang yang terdiri daripada sumber hasil seperti premium tanah dan perhutanan, caj air mentah dan jualan bahan bercetak. Unjuan hasil berkenaan bagi tahun 2020 adalah sebanyak 142.122 juta.

Untuk maklumat Yang Berhormat Rantau dan Kota, sasaran Hasil Bukan Cukai tahun 2020 sebanyak 242.69 juta adalah realisitik dan mengambil kira semua jangkaan hasil yang bakal diperolehi. Untuk rekod, sehingga 25 November 2019, jumlah Hasil Bukan Cukai yang telah dikutip adalah sebanyak 251.27 juta berbanding belanjawan 2019 – 225.1 juta. Pencapaian semasa tahun 2019 sebenarnya telah pun melepasi sasaran 20, tahun 2020 iaitu 242.69 juta.

YB Rantau, isu KDNK merosot 14.9%, kadar pengangguran, semakan kadar pendapatan perkapita mengikut daerah. Kemerosotan KDNK Negeri Sembilan pada tahun 2018 ialah 4.2% berbanding 4.9% - 2017 kemerosotan yang ketara dalam sektor pertanian yang hanya berkembang 0.3% pada tahun 2018 berbanding 8.6% pada tahun 2017. Kemerosotan hasil buah tandan segar dalam aktiviti sawit dan keluaran getah mempengaruhi kemuncupan pertumbuhan subsektor tanaman kepada -1.8% kepada 9.7%. Pada pada tahun sebelumnya aktiviti sawit dan getah ini menyumbang 56.1% kepada subsektor tanaman.

Walau bagaimanapun, untuk sektor perkhidmatan, pembuatan, kedua-dua sektor telah menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang lebih baik berbanding tahun 2017. Berikut adalah ringkasan kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan, pembuatan dan pertanian yang menyumbang 93.4% kepada KNDK Negeri Sembilan. Sumbangan 3 sektor bagi tahun 2018 berbanding tahun 2017, sektor pertanian menyumbang 7.6% tahun 2017 berbanding 7.3% pada 2018. Sektor pembuatan 38% pada tahun 2017 berbanding 37.7% - 2018. Sektor perkhidmatan menyumbang 47% pada tahun 2017 berbanding 48.4% pada tahun 2018. Pertumbuhan 3 sektor bagi tahun 2018 berbanding 2017 adalah seperti berikut: sektor pertanian menguncup 0.3%, sektor pembuatan – 3.3% pada 2018 dan sektor perkhidmatan 5.8%. Kadar pembangunan, pengangguran di Negeri Sembilan sedikit meningkat

pada 3% berbanding 2.8% pada tahun 2017. Walau bagaimanapun kadar pengangguran masih kekal dalam keadaan guna tenaga penuh iaitu pada kadar 4%.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh YB Rantau berkenaan isu pendapatan rumah ikut daerah. Berikut adalah medium, penengah hasil pendapatan dan pekaligini yang direkodkan. Malaysia Penengah, pendapatan 5,228.00, Negeri Sembilan penengah pendapatan – 4,579.00, Luar Bandar Malaysia Penengah – 3,471.00, luar bandar Negeri Sembilan – 3,905.00 ringgit. Bagi pendapatan Penengah Isu Rumah mengikut daerah pula adalah seperti berikut: Seremban Penengah – 5,044.00 ringgit, Port Dickson Penengah pendapatan – 4,504.00 ringgit, Jelebu Penengah pendapatan – 3,900.00, Jempol pendapatan pen, penda, pendapatan Penengah – 3,878.00 ringgit, Tampin Penengah Pendapatan – 3,956.00, Rembau Penengah Pendapatan – 3,942.00, Kuala Pilah Penengah Pendapatan – 3,589.00 ringgit. Berdasarkan data yang direkod, pendapatan medium (atau median?) penengah bagi semua daerah di Negeri Sembilan adalah melebihi medium pendapatan isu rumah luar bandar nasional, medium pendapatan isi rumah di setiap daerah juga melebihi purata pendapatan B40 Negeri Sembilan – 2,658.00 ringgit dan nasional – 3,000.00 ringgit. Kesenjangan pendapatan Negeri Sembilan dan semua daerah turut merekodkan nilai pekaligini yang lebih rendah berbanding nasional 0.401.

ADUN Jeram Padang, bayaran Bantuan Khas Kewangan. Kerajaan Negeri sedia mempertimbangkan bayaran BKK raya kepada penjawat awam tertakluk aliran tunai Kerajaan Negeri dan kutipan hasil pada waktu tersebut ya. Kalau ado lobih, ado. Okay.

YB Temiang, mengapa bajet pembangunan 2020 lebih rendah berbanding bajet pembangunan tahun 2019. Bajet pembangunan tahun 2020 berjumlah 101.69 juta ditentukan berdasar kepada keutamaan dan keupayaan melaksanakan oleh agensi Kerajaan Negeri. Berdasarkan trend perbelanjaan pembangunan bagi tempoh 2016 sehingga 2018, keupayaan pel, pelaksanaan secara purata hanya sekitar 96 juta hingga 100 juta. Ini disebabkan oleh beberapa kekangan seperti proses pengambilan balik tanah, penyediaan reka bentuk dan prestasi kontraktor. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mengambil kira faktor-faktor ini dan menentukan peruntukan pembangunan bagi tahun 2020 dengan sasaran pelaksanaan mencapai 99%. Bagi menambah baik prestasi tersebut, Kerajaan Negeri akan berterusan mengambil tindakan memperkukuh agensi Kerajaan Negeri agar kemampuan pelaksanaan projek pembangunan dapat dipertingkatkan, pertingkatkan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedia

mempertimbangkan belanjawan tambahan bagi pembangunan sekiranya prestasi perbelanjaan melebihi 50% pada pertengahan tahun 2020.

YB Rantau, ADUN Kota, penyampaian bajet 2020 kepada rakyat dan golongan sasar. Pejabat Kewangan Negeri dengan kerjasama Pejabat Meneri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, RTM Negeri Sembilan, Jabatan Penerangan Negeri Sembilan dan semua jabatan dan agensi kerajaan telah menghebahkan inisiatif-inisiatif bajet melalui flyer, media massa, media cetak. Sesi temubual RTM dan sesi live streaming di Negeri Sembilan FM dan MyTV telah pun dilaksanakan bagi peringkat awal. Hebahan pra bajet, semasa bajet dan pos bajet telah dilaksanaan. Tindakan seterusnya, hebahan inisiatif dan pelaksanaan oleh Penyelaras DUN dan semua jabatan di peringkat akar umbi.

ADUN Rantau, isu-isu yang dibangkitkan, isu peruntukan pembinaan masjid berjumlah 5.4 juta. Peruntukan masjid sejumlah 5.4 juta pada tahun 2020 seperti terdapat dalam flyers adalah merujuk kepada peruntukan tunai yang disediakan untuk kerja-kerja awalan pada tahun 2020. Manakala jumlah 31 juta yang disebut oleh saya semasa ucapan belanjawan adalah merujuk kepada kos pembinaan untuk tempoh 2 tahun yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Peruntukan untuk kerja awalan 2020 adalah sebanyak 1.16 juta. Bagi tujuan, tu, bagi tujuan baik pulih 18 buah masjid adalah 1.85 juta.

ADUN Rantau, mengenai isu tunggakan hasil. Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited untuk mempertingkatkan kutipan hasil negeri termasuk mengurangkan tunggakan hasil. Perkara ini selaras dengan Strategi Pertama Belanjawan 2019 “Meningkatkan Kecekapan Tadbir Urus” dan, dan, de, dan Pelan Tindakan Ke-2 iaitu “Mempertingkatkan Kutipan Tunggakan Hasil”. Pelbagai usaha dan inisiatif telah diambil oleh semua, semua Pejabat Pemungut Hasil khususnya Pejabat Tanah Dan Daerah seperti penguatkuasaan, pemutihan, kempen kesedaran, insentif pengurangan denda lewat dan sesi perundingan. Hasil usaha gigih tersebut pada 25 November 2019, Kerajaan Negeri telah berjaya mempertingkatkan kutipan Cukai Tanah sebanyak 11.22 juta berbanding 9.46 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2018.

ADUN Sri Tanjung, apakah status projek NFC di atas tanah seluas 2,000 ekar di Gemas. Adakah Kerajaan Negeri masih mengutip sewa. Struktur tapak NFC yang telah hilang, apakah tindakan Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung, pada 10 Oktober 2018, satu pemfailan persetujuan penyelesaian di luar

mahkamah telah dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur di mana pihak NFC perlu membayar kepada MBI sebanyak 1.0 juta sebagai syarat untuk menyelesaikan setiap tuntutan mahkamah yang gagal diselesaikan oleh pengurusan MBI yang terdahulu. Sebahagian pembayaran telah dilaksanakan pada Disember 2018 dan secara rasminya telah, tanah tersebut telah bebas daripada sebarang tindakan tuntutan mahkamah.

Bagi memastikan tanah tersebut tidak terbiar tanpa sebarang aktiviti, Lembaga Pemegang Amanah MBI yang bersidang pada 17 Mei 2019, bersetuju supaya baki tanah seluas lebih kurang 1,500 ekar tersebut dibangunkan semula supaya baki, 1,500 dibangunkan semula sebagai hab ruminan berskala besar Negeri Sembilan dan dilaksanakan secara request for proposal (RFP). Iklan mengenai RFP tersebut telah dilaksanakan pada 4 Julai 2019 di akhbar Berita Harian dan New Strait Times. Sebanyak 18 syarikat telah membeli dokumen RFP tersebut, sebanyak 10 syarikat telah menghantar kertas cadangan yang lengkap kepada perbadanan untuk dinilai. Namun penilaian yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Penilaian Dokumen RFP yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi, Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan serta Kementerian Pertanian Malaysia mendapati tiada syarikat berupaya untuk mengoperasi tanah tersebut secara optimum berdasarkan keluasan tanah tersebut. Oleh yang demikian, Jawatankuasa Pemilihan RFP yang bersidang pada 14 November 2019, memutuskan bahawa tiada syarikat yang berkelayakan dapat dipilih daripada 10 syarikat yang menyertai RFP tersebut dan ia perlu dibuka semula pada awal tahun 2020. Tiada sebarang sewaan diterima daripada mana-mana pihak memandangkan ianya tidak dipajak atau diusahakan oleh mana-mana pihak.

Sebagai maklum balas kepada YB ADUN Sri Tanjung, tanah tersebut telah terbiar kosong sejak tahun 2015. Berbagai langkah pencegahan telah diambil oleh MBI bagi mengatasi masalah kecurian tersebut seperti mengunci kedua-dua pintu pagar masuk utama ke tanah tersebut, namun kedudukan kawasan tanah tersebut yang terpencil selain luas kawasan yang besar menyebabkan aktiviti pencerobohan dan kecurian sukar dibendung. Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, MBI akan mempertingkatkan untuk mendapatkan khidmat pengawal keselamatan bagi melindungi aset sedia ada di atas tanah tersebut. Untuk tempoh jangka masa panjang pula, MBI sedang giat mendapatkan pelabur-pelabur baru untuk beroperasi di atas tanah tersebut supaya ianya tidak terbiar kosong. Dijangkakan urus mendapatkan pelabur baru akan diselesaikan menjelang akhir suku pertama 2020.

Soalan ADUN Chuah, Chuah, terdapat 2 perjanjian tanah MBI Gemas iaitu Sumber Jelajah Sdn. Bhd. pada 16 April 2004 dan Ganjaran Kurnia Sdn. Bhd. pada 10 Mac 2011. Mohon pihak MBI menjelaskan luas, dan kadar bayaran, apakah terdapat sebarang pulangan. Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Chuah, jumlah keseluruhan tanah yang telah dipajakkan oleh pengurusan MBI yang terdahulu adalah seluas lebih kurang 3,500 ekar daripada keseluruhan 5,000 ekar yang telah meliputi 2 lot iaitu PT5853 dan PT5884, Mukim Gemas, Daerah Tampin. Baki 1,500 tan ekar lagi kini tidak diusahakan serta ditinggalkan akibat kegagalan syarikat NFC melaksanakan projek ternakan lembu berskala besar. Syarikat GKSB (Ganjaran Kurnia Sdn. Bhd.) telah memajak tanah MBI berkeluasan lebih kurang 3,000 ekar untuk tujuan menanam kelapa sawit. Manakala SJSB memajak tanah keluasan 500 ekar tujuan penanaman pokok kelapa dan durian musang king. Namun berdasarkan semakan Perbadanan, turut mendapati bahawa kedua-dua syarikat tersebut di bawah pengurusan yang sama. Kadar pajakan tanah yang dipersetujui oleh pengurusan MBI yang terdahulu dengan kedua-dua syarikat tersebut adalah seperti berikut: GKSB tiada bayaran tetap yang ditetapkan oleh pengurusan MBI yang terdahulu bagi tujuan bayaran pajakan tersebut dan ianya hanyalah berdasarkan purata harga minyak sawit / tan metrik. Anggaran bayaran yang perlu dibuat adalah antara 10.50/seekar/sebulan sehingga 54.00 ringgit/seekar/sebulan bagi tahun pertama hingga tahun ke-15. Bayaran pajakan tahunan yang bermula pada tahun ke-6 dari tarikh Sijil Kelepasan Hutan pula berkuatkuasa pada 20 Jun 2016. Ia bermakna, pembayaran pajakan tanah hanya boleh dilaksanakan pada 20 Jun 2022.

SJSB, terdapat 2 jenis bayaran pajakan kelulusan oleh pengurusan MBI yang terdahulu. Bagi tanaman pokok durian musang king keluasan 19.02 hektar ataupun 46 ekar, 47 ekar, pengurusan MBI terdahulu menetapkan bayaran pajakan tanah tersebut adalah sebanyak 2,853.00 ringgit setahun untuk setiap sewaan ataupun 5.06/seekar/sebulan. Bagi tujuan penanaman pokok kelapa sawit pula, jumlah bayaran pajakan tanah yang perlu dijelaskan oleh pihak SJSB adalah sama seperti yang ditetapkan oleh GKSB dan bayaran pajakan hanya bermula pada tahun ke-6 iaitu Sijil Pelepasan Hutan mula berkuatkuasa dan pembayaran pajakan tanah hanya boleh dilaksanakan pada 22 Jun 2022. Setakat ni MBI hanya menerima bayaran pajakan SJSB bagi tujuan penanaman pokok kelapa dan durian musang king sebanyak 2,853.00 ringgit setahun bagi tanah berkeluasan 47 ekar.

ADUN Temiang, isu yang dibangkitkan mohon supaya laporan kewangan dibentangkan. MBI dan anak syarikat menyediakan Laporan Penyata Kewangan yang telah diaudit dan juru audit bertauliah setiap

tahun tanpa gagal. Butiran lengkap berkenaan penyata tahunan tersebut boleh didapati secara terus daripada pihak Perbendaharaan.

ADUN Sungai Lui, penyerahan hak milik GATCO. Pada 29 November ini akan diadakan sesi menandatangi Borang 15A – Pajakan Tanah di bawah Kanun Tanah Negara di mana PKNNS dengan 170 peserta yang bersetuju dengan penyelesaian yang dicadang disaksikan oleh Pentadbir Tanah. Proses penyaksian ini adalah perlu dipenuhi sebelum hak milik dikeluarkan kepada peserta. 127 orang peserta asal akan menerima pajakan tanah seluas 4 ekar, manakala 43 peserta lagi membeli tanah daripada peserta asal mendapat pajakan seluas 2 ekar. Keseluruhan tanah terlibat adalah 594 ekar.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Amat Berhormat, saya nak tanya tentang program kita selepas penyerahan geran ni, apa ni, program kita kepada peneroka-peneroka tu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita akan, kita akan ikut apa yang dirancang.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, lepas tu yang baki tu?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Baki kita akan lihat kesukarelaan mereka untuk menerima atau tidak tawaran tersebut.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, itu yang saya kata itu, sebab kelewatan tu kan, okay.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Bukan lewat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bukan lewat, sebenarnya banyak kelulusan yang perlu dibawak. Cadangan dia, tanah pun dah nak tamat, habis 36 tahun, nak pinda balik kepada 90 tahun. Jadi itu kena bawak ke MMK, kena ikut prosedur dan kena urus ukuran dia semua. Terima kasih.

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Berhubung dengan Jawatankuasa Bertindak Pelancongan. ADUN Kota, isu promosi pelancongan Daerah Rembau terutamanya Sungai Timun, udang dan kelip-kelip. Bagi tahun 2020, beberapa perancangan program dan projek khusus bagi meningkatkan imej promosi produk pelancongan di Daerah Rembau, Pentadbiran daerah juga telah bekerjasama dengan pihak swasta untuk menambah baik keadaan Sungai Timun. Selain itu Pengkalan Nelayan Sungai Timun juga telah disenaraikan sebagai salah satu produk aktiviti pelancongan yang dipromosikan menerusi Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Operator yang menjalankan produk juga belum mendapat lesen. Kerajaan Negeri melalui LPNS akan memastikan operator tersebut mendapat latihan dan juga lesen supaya tidak, jika berlaku apa-apa kemalangan mereka boleh mendapat tuntutan-tuntutan.

ADUN Kota, pelancongan Daerah Rembau melibatkan Pengkalan Sungai Timun, tadi dah, dan Muzium Rembau. Saya tambah sikitlah untuk Muzium Rembau. Festival Kebudayaan Daerah Rembau akan dilaksanakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, Muzium Rembau antara tempat yang akan digunakan dalam program tersebut.

Yang Berhormat ADUN Kota, Muzium Rembau, haa, dia detail sikit. Muzium Rembau mempunyai pelbagai program membuat kolaborasi bersama pihak yang menguruskan Gunung Datuk dan Sungai Timun, untuk mengadakan aktiviti yang menarik seperti eksplorasi pelancongan bersejarah Rembau, mengadakan aktiviti pemuliharaan artifek sebagai usaha mengekalkan warisan, mewujudkan makmal pembuatan permainan tradisional Negeri Sembilan, mengadakan pameran adat istiadat Kerjan Dato’ Lembaga Luak Rembau, mengadakan pameran busana tradisional Ibu Soko Luak Rembau, menyediakan sewaan busana tradisonal Negeri Sembilan kepada para pengunjung, dan mengadakan bengkel dan pameran tukang kayu mahir senibina rumah tradisional Luak Rembau.

ADUN Pertang, promosi produk pelancongan seperti gerai akar kayu Klawang, sup tulang Jelebu, sate tulang Jelebu, penganan cair. Majlis Daerah Jelebu selaku agensi pelaksana di peringkat daerah giat mempromosikan produk tersebut antaranya dalam Program Moh Jalan-Jalan Bersama Negeri FM dan juga dipromosikan dalam program antara acara pelancongan daerah seperti 2 wheels festival. Produk tersebut juga dimasukkan dalam Route 86 yang menjadi laluan kepada peminat sukan permotoran yang datang ke Daerah Jelebu sebagai must visit destination. Produk tersebut juga dimasukkan dalam Fun Map Pelancongan Daerah Jelebu.

ADUN Serting, apakah perancangan pihak kerajaan membangunkan kawasan hutan lipur kawasan Jempol dan juga Lenggeng, soalan 2, ADUN Lenggeng. Untuk makluman Yang Berhormat terdapat 11 kawasan hutan lipur ataupun kini dikenali sebagai Taman Eko Rimba di Negeri Sembilan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Sehingga 2019 terdapat 577,961 orang pengunjung ke hutan lipur di Negeri Sembilan. Dari jumlah tersebut 8,377 adalah pengunjung dari luar negara. Antara aktiviti yang ditawarkan bagi kawasan eko pelancongan tersebut adalah mendaki gunung, berkhemah, merentasi denai, mandi manda, menghayati alam semulajadi flora dan fauna dan sebagainya.

Untuk maklumat Yang Berhormat, bagi Daerah Lenggeng, terdapat 2 produk eko pelancongan iaitu Hutan Lipur Lenggeng, Gunung Berembun, Gunung Telapak Buruk. Manakala bagi Daerah Jempol, hutan lipur ulu, Hutan Lipur Serting Ulu dan Hutan Lipur De Bana. Coffee table book untuk Gunung Telapak Buruk juga dalam peringkat akhir cetakan.

Sejumlah 2.6 juta diperuntukkan pada tahun 2019 untuk menyelenggara, menambah baik, menaik taraf kemudahan-kemudahan di hutan lipur/Taman Eko Rimba. Ini bagi memastikan keselesaan, keselamatan pengunjung berjalan, menjalankan aktiviti di dalam kawasan hutan lipur. Untuk tahun 2020, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada kawasan eko pelancongan yang mempunyai impak tinggi seperti Taman Negeri Kenaboi, pusat edo, Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala dan kawasan tumpuan pendakian gunung yang menjadi tarikan utama penggunung, pengunjung di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga telah mengenal pasti kawasan eko pelancongan yang baru yang akan dimajukan dengan kerjasama komuniti setempat seperti Bukit Baginda Batu Kikir. Setakat ini sejumlah 523,205.00 ringgit telah berjaya dikutip melalui produk-produk eko pelancongan di Negeri Sembilan. Di samping itu, secara tidak langsung kawasan eko pelancongan ini menyumbang kepada peningkatan pendapatan masyarakat setempat.

ADUN Lenggeng, mempergiatkan aktiviti pelancongan Lenggeng, dah saya jawab.

Jawatankuasa Bertindak Agama Islam, ADUN Lenggeng, soalan: dengan adanya food bank pada tahun depan, Jabatan Agama Islam perlu selaraskan program berkaitan dengan rumah-rumah ibadat. Untuk maklumat Yang Berhormat, program food bank ini telah dilaksanakan di masjid-masjid dengan menyediakan gerobok rezeki dan bantuan kepada orang miskin secara berkala. Sebanyak 47 masjid telah

menyediakan gerobok rezeki di setiap daerah seperti berikut, ya, saya tak, panjang ni, ya, setiap daerah dah ada ya.

ADUN Gemas, tiada peruntukan bajet bagi binaan Masjid Jamek Gemas. Satu lawatan kerja telah diadakan oleh saya sendiri bertujuan mengenal pasti kesesuaian tapak bagi projek tersebut. Persetujuan pewakaf juga telah diperolehi untuk melaksanakan projek tersebut di tapak Masjis Jamek Pekan Gemas sedia ada dan diharapkan untuk menjadi mercu tanda Gemas pada masa datang, maka, masa akan datang. Sehingga ini kumpulan kerja pewakaf sedang menyediakan pelan reka bentuk masjid dan komponennya mengikut kesesuaian tapak yang dicadangkan. Sebab ni wakaf ya, jadi kita tunggulah pewakaf untuk selesaikan.

ADUN Lenggeng, cadangan supaya masjid, surau, rumah ibadah disuburkan dengan program-program keagamaan, keibubapaan, anak-anak belia, pihak kerajaan juga menyalurkan bantuan zakat untuk mengadakan masjid tersebut. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sentiasa menggalakkan jawatankuasa masjid, surau untuk mempelbagaikan aktiviti di masjid dan surau untuk semua lapisan masyarakat terutamanya kepada golongan ibu bapa, belia dan remaja. Antara program yang dilaksanakan, yang telah kita laksanakan ialah:

 Motivasi kepimpinan remaja muslim di Agroloka, Jelebu  Program Tadabbur Al-Fatihah untuk kaum ibu di 7 buah masjid  Program pengajian takmir setiap hari  Program motivasi sempena cuti sekolah untuk anak-anak kariah dan anak-anak penduduk  Program imam muda kariah  Kem tahfiz ulu albab dan tafsir Al Quran  Remaja Rabbani di Rembau  Program Quran Generation di Masjid Negeri  Program hafazan dan belajar Al Quran di masjid sempena cuti sekolah  Program hari kebangsaan Islam peringkat kariah  Kem anak soleh anjuran Masjid Jamek Dato’ Haji Abdullah Sidang sempena cuti sekolah  Program generasi Za’aba yang mensasarkan golongan remaja  Hiking Gunung Angsi dengan remaja muallaf  Khemah Ibadah Siri 2 yang dianjurkan bersama dengan PAID Kuala Pilah dan Jawatankuasa Masjid Kepis Hulu pada 23 – 24 November baru ini bertempat di Masjid Kepis Hulu khusus untuk anak-anak sekolah rendah dan remaja  Karnival Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Kampung Pauh 31 Oktober sehingga 16 November  Karnival Maulidur Rasul dan Khatan Perdana dianjurkan oleh PAID Kuala Pilah bersama Masjid Jamek Yam Tuan Radin  Kem Motivasi Kepimpinan Remaja PAID Kuala Pilah.

Antara program remaja yang sudah dirancang, dilaksanakan adalah seperti berikut:

 Program Simpulan Kasih Remaja kaum Orang Asli Langkap, Dangi yang diadakan 6 hingga 8 September. Bilangan remaja 50 orang.  Program Simpulan Kasih Remaja Air Lerek Johol diadakan 24 hingga 26, melibatkan remaja 69 orang dan 42 orang kanak-kanak.  Program Pendakian Ke Puncak Angsi pada 26 Oktober, 301 orang peserta.  Kursus Motivasi Remaja Jempol di Corus Hotel - 15 hingga 16, 59 orang peserta.  Kursus Motivasi Kanak-Kanak Orang Asli Daerah Kuala Pilah – 69 orang kanak-kanak.  Kem sumbang, Kem Sembang Remaja Anak-Anak Muallaf – 29 orang.  Program lawatan motivasi kanak-kanak Orang Asli ke Putrajaya dan Melaka – 23 orang.  Program gotong royong, sukan kaum Orang Asli Sungai Kelai, Jempol yang melibatkan 15 kanak-kanak dan 13 remaja.

ADUN Kota, Masjid Kariah Bongek, yang dipohon dipindahkan ke lokasi lain kerana kedudukannya yang bahaya dan berada dalam garisan berkembar untuk masuk ke masjid ini. Jawatankuasa Masjid Kariah Bongek telah memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk membina masjid baru, merujuk kepada maklum balas Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Bil. 1/2016. Maklum balas yang diterima pula daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah bertarikh 9 Januari 2017, mendapati bahawa tiada sebarang kemalangan jalan raya yang serius berlaku di hadapan Masjid Kariah Bongek, pada kilometer 31 Jalan Seremban – Tampin. Laporan JKR Daerah pada Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Bil.1/2017 menyatakan bahawa tiada sebarang kemalangan jalan raya yang serius berlaku. Namun kita akan pertimbangkan jika ada permohonan dan keperluan dari masa ke semasa.

Tabung Pahlawan, soalan Kota, eh soalan Chembong. Sumbangan Tabung Pahlawan adalah sumbangan bagi menghargai jasa pahlawan. Jasa mereka amat dihargai oleh masyarakat dan sebagai bukti mereka telah menyumbang sebanyak 69 ribu kepada tabung tersebut ya,

terima kasih atas sumbangan juga, terima kasih atas infak yang diberikan yang juga digalakkan dalam siam, Islam. Sebenarnya tiada paksaan dalam sumbangan tersebut hanya sebagai menghargai jasa pahlawan, dan kita harap bahawa ini tidak harus dijadikan isu tapi kita mengharapkan banyak lagi yang akan memberikan sokongan.

Dato’ Speaker, sedikit. Yang Berhormat Sikamat, saya tidak jadikan isu Dato’ Speaker, sebab notis surat daripada jabatan tersebut, kebanyakan masjid tidak faham, tidak jelas, sama ada ianya adalah wajib ataupun tidak perlu ataupun boleh ke tak boleh, Dato’ Speaker. Kebanyakan daripada mereka menganggap itu adalah wajib ataupun mesti. Itu maksud saya tadi, Dato’ Speaker. Kalau dijelaskan siapa-siapa yang berminat ataupun yang nak bersedekah ke, dan sebagainya boleh, itu maksud saya, ya. Sebab ada di antara masjid yang kutipannya sedikit tu pun, seakan-akan terpaksa. Tak dijelaskan Dato’ Speaker ya, terima kasih banyak ya. Saya pun nak bersedekah, inshaa Allah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih. Apa-apa pun yang penting adalah untuk kita menghargai jasa pahlawan. Biarlah bukan sahaja kerajaan yang menghargai tetapi biarlah rakyat sama-sama merasa dan menghargai mereka tidak kira bila dan kita menghargai keamanan yang ada di negara kita.

Dato’ Yang Dipertua, Jawatankuasa Infrastruktur Dan Kemudahan Awam. ADUN Temiang, banjir kilat di kawasan ADUN Temiang berhadapan Sekolah Kebangsaan Temiang, mempertimbangkan pengambilan tanah, mewujudkan kolam takungan. Saya rasa soalan ini telah saya jawab ketika soalan lisan.

Permohonan penurapan semula jalan kawasan DUN Temiang. Pentadbiran Majlis Perbandaran Seremban telah menan, telah menerima senarai permohonan tersebut dan tindakan susulan sedang diambil untuk memasukkan senarai jalan ini dalam permohonan peruntukan MARRIS tahun 2020. ADUN Temiang juga, penurapan jalan DUN Temiang di bawah MARRIS. Kita, permohonan projek RMK Ke-12 ya. Yang ini pun saya rasa, kita, bagi pemohon DUN Temiang bagi Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak 6 projek telah dicadangkan yang melibatkan cadangan pembinaan dewan, gelanggang futsal, projek rumah mampu milik dan lain-lain. Permohonan ini akan diselaras dan dinilai kesesuaian pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

ADUN Temiang, penurapan Jalan Bukit Temiang, Jalan Leftenan Adnan dan jalan Taman Seri Pulai 3 yang tidak pernah diturap memper, pentadbir Majlis telah menyediakan anggaran kos penurapan jalan tersebut untuk diangkat ke Jawatankuasa MARRIS untuk pertimbangan dan kelulusan pada tahun 2020.

ADUN Kota, bencana ribut Kampung Bongek Acheh. Bencana ribut telah berlaku pada 12 November 2019, berita dimaklumkan oleh MPKK Bongek pada 13 November 2019 jam 7 pagi. Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah mengadakan mobile team bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melihat mangsa. Mangsa bencana merupakan seorang pesara tentera dan mempunyai, mempunyai 4 orang anak dalam, dalam tanggungan. Semasa lawatan mendapati bumbung dapur yang merupakan ruang tambahan yang dibina sendiri oleh mangsa telah rosak dan diterbalikkan oleh ribut. Bantuan segera 200.00 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diserahkan pada hari yang sama. Bantuan bencana di bawah peruntukan NADMA sedang diusahakan oleh Pejabat Daerah untuk mangsa ribut tersebut.

Pembinaan pencawang tele, telekomunikasi di Mukim Bongek, soalan ADUN Kota. Pembinaan satu unit struktur manakala, mana, menara telekomunikasi jenis lampole sehingga 33 meter di atas tanah persedirian Lot 1177 Mukim Bongek. Pembinaan menara telekomunikasi adalah perancangan tuan tanah sendiri dengan syarikat telekomunikasi tanpa prosedur yang betul. Syarikat kontraktor yang dipilih Inforient Infrastruktur Sdn. Bhd. tidak pernah melaksanakan projek pembinaan di Negeri Sembilan dan tidak mempunyai rangkaian, dan tidak melalui Rangkaian Minang ataupun syarikat-syarikat yang baru dipilih. Pejabat Daerah menerima bantahan dan aduan daripada penduduk sekitar. Menara telekomunikasi siap dibina. Notis telah dikeluarkan pada tuan tanah dan Inforient Infrastruktur Sdn. Bhd. atas kesalahan pembinaan tanpa Kebenaran Merancang dan tanpa permit yang sah. Pejabat Daerah telah membuat usul menolak permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan oleh syarikat tersebut atas kepentingan awam. Majlis Daerah Rembau telah mengeluarkan denda kepada syarikat kerana tidak memohon Kebenaran Merancang sebelum pembinaan dilaksanakan.

ADUN Kota, jalan keluar masuk ke Masjid Kampung Bongek. Terdapat double line yang menyebabkan jemaah. Okay. Pihak JKR telah mengkaji dan menyediakan jalan masuk yang selamat dan telah pun membuat permohonan peruntukan kepada Kementerian Kerja Raya pada tahun 2018. Bagaimanapun, ia tidak diluluskan dan dilaksanakan pada tahun ini. Permohonan semula untuk peruntukan program pembaikan persimpangan tersebut telah dimasukkan bagi program tahun 2020.

ADUN Kota, adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk melaksanakan cuplump ya, kerana, dimaklumkan mempunyai kualiti yang lebih baik. Pada masa ini JKR sedang melaksanakan kerja-kerja turapan menggunakan Cuplump Modified Asphald di jalan-jalan Persekutuan terpilih menggunakan peruntukan khas dari pihak Lembaga Getah Negara Malaysia. Berdasarkan kajian tuarap, turapan, ia mempunyai beberapa kelebihan seperti meningkatkan daya ketahanan jalan, keupayaan untuk menahan beban yang lebih tinggi, tahan suhu yang lebih tinggi dan memberi cengkaman yang lebih baik. Walau bagaimanapun, turapan jenis CMA ini lebih mahal berbanding turapan konvensional biasa. Buat masa ini pihak JKR tidak menetapkan apa-apa kaedah khusus untuk turapan jalan-jalan di Negeri Sembilan dan ianya dibuat berdasarkan keperluan serta kelulusan peruntukan.

ADUN Johol, cadangan membina Balai Penghulu Luak Inas dan lain-lain Luak. Setakat ini Kerajaan Negeri belum ada perancangan untuk membina Balai Penghulu Inas lain-lain, dan yang lain-lain.

ADUN Johol, permohonan lampu jalan di Repah, dari Repah ke Kuala Pilah, antara sempadan Tampin/Kuala Pilah laluan berselekoh dan gelap pada waktu malam. Jalan dari Repah ke Kuala Pilah merupakan Jalan Persekutuan FT009, Jalan Melaka ke Karak. Permohonan pemasangan lampu jalan tersebut telah dipohon ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, tidak mendapat kelulusan untuk dilaksanakan pada tahun ini. Permohonan semula pada tahun 2020 diangkat dan diper, dan dalam pertimbangan pihak Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

ADUN Jeram Padang, Rancangan Pengurusan Banjir Taman Bahau dan Kampung Taman Jaya. Kerja-kerja menaik taraf longkang adalah di bawah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, kawasan Taman Bahau dan Kampung Taman Jaya adalah terletak di bawah jajaran Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bahau. Sepanjang RMK-11 sejumlah 1.496 juta telah dibelanjakan bagi memperbaiki kere, keratan rentas sungai secara berperingkat dengan penggunaan L-shape sebanyak, sepanjang 460 meter jajaran Sungai Bahau. Bagi tahun 2020 keraja, kerja-kerja pembinaan L-shape ini akan diteruskan bagi sepanjang 140 meter lagi. Bagi tujuan pengambilan tanah yang melibatkan Kampung Taman Jaya, JPS telah memasukkan dalam Rancangan Cadangan Sambungan RTB Sungai Bahau untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Yang Ke-12.

ADUN Jeram Padang, subsidi TNB adalah satu kemudahan yang disediakan oleh kerajaan sekarang, apakah syarat untuk mendapatkan subsidi TNB, mohon senaraikan bilangan penerima bantuan TNB

mengikut DUN. Syarat kelayakan permohonan subsidi TNB rebat RM40.00 adalah seperti berikut:

 Ketua Isi Rumah di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai di dalam eKasih.

 Data bilangan penerima yang telah menerima bantuan subsidi TNB Negeri Sembilan adalah, mengikut daerah adalah Daerah Jelebu – 118, Jempol – 191 [161], Kuala Pilah – 354, Port Dickson – 63 orang, Rembau – 138 orang, Seremban – 558 orang, Tampin – 132. Bilangan keseluruhan adalah 1,524 orang untuk Negeri Sembilan.

Menara tel, telekomunikasi Kampung Orang Asli Langkap, Jempol. Buat masa ini pembinaan menara telekomunikasi Kampung Orang Asli Langkap dalam perancangan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia. Perbincangan sedang dibuat bersama JAKOA untuk mendapatkan persetujuan kerana kawasan tersebut di bawah kawalan jabatan tersebut. Ini jawapan, menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang.

ADUN Jeram Padang, Rancangan Pengurusan Banjir Taman Bahau. Okay ni dah dijawab.

ADUN Pertang, jalan berminyak di hadapan kilang Pasoh 1. Pihak kilang telah mengambil tindakan pembersihan jalan luar dan dalam kilang secara berterusan. Untuk jangka masa panjang pihak kilang akan menyediakan kemudahan pem, membersih tayar lori sebelum keluar kilang. Jadi ini yang kita kenakan kepada mereka.

ADUN Pertang, keadaan banjir di DUN Pertang seperti Kampung Bemban, Kampung Sungai Jerang dan lain-lain. Keadaan banjir yang berlaku pada Oktober 2019 di kawasan DUN Pertang adalah disebabkan oleh kejadian hujan lebat dan keamatan yang amat tinggi pernah direkodkan sehingga mencecah 189mm di kawasan tersebut. Keadaan hujan lebat yang tinggi dan berterusan di kawasan upstream (huluan) seperti jajaran Sungai Kenaboi, Sungai Kongkoi, Sungai Chennah telah menyebabkan peningkatan aliran Sungai Triang yang menerima aliran sungai-sungai tersebut. Peningkatan kapasiti dan aras Sungai Triang ini telah menyebabkan limpahan di Sungai Triang dan lembangan sekitarnya. Ia turut menyumbang kepada peningkatan kapastiti Sungai Jerang yang berada di hiliran Sungai Triang. Justeru itu bagi pelaksanaan 2020, kerja membina ban dan penahan tebing akan diteruskan di bawah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Triang.

Bagi jambatan Sungai Jerang yang ditenggelami banjir, dipanjangkan untuk tindakan atau maklum balas Pejabat Daerah Jelebu.

ADUN Pertang, kerja, jalan rosak, berlopak Simpang Pertang ke Simpang Durian. Pihak Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan segera bagi membaiki kerosakan jalan tersebut dan menyelesaikan dalam jangka masa panjang. Cadangan pembaikan secara menyeluruh telah di, secara menyeluruh telah dilaksanakan pada tahun ini dan kerja menurap semula bagi sebahagian lokasi yang belum dibuat permohonan peruntukan di dalam Program Senggaraan Berkala Pavement Jalan Persekutan telah diangkat Kementerian Kerja Raya bagi program tahun 2020 dan di dalam pertimbangan pihak Kementerian.

Persimpangan Taman Negeri dari Seremban/Port Dickson yang banyak berlaku kemalangan, dicadangkan penutupan jalan tersebut menggunakan persimpangan Tol Port Dickson untuk U-turn ke Taman Negeri, ADUN Mambau. Pihak Jabatan Kerja Raya akan mengkaji cadangan penutupan persimpangan ke Taman Negeri tersebut memandangkan persimpangan tersebut boleh digunakan untuk bas, tersebut boleh digunakan oleh bas untuk U-turn ke Seremban 3/UiTM Seremban 3. Bagi meningkatkan tahap keselamatan persimpangan tersebut, pihak Jabatan Kerja Raya akan memasang papan tanda keselamatan dan penambahan garisan jalan.

ADUN Serting, perkembangan terkini pembinaan lebuh raya Seremban – Serting, beberapa syarikat telah mengemukakan, semua cadangan pembinaan lebuh raya bertol adalah di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta, buat masa ini dimaklumkan tiada sebarang keputusan bagi lebuh raya tersebut yang masih di peringkat cadangan. Kerajaan Negeri sebenarnya telah dimaklumkan bahawa kalau dibina pun lebuh raya ini, sehingga ke Temerloh. Sehingga hari ini Kerajaan Pahang masih belum lagi meluluskan untuk pembinaan daripada sempadan kita ke Temerloh.

Permohonan lampu limpah, persimpangan utama Bandar Seri Jempol, persimpangan Serting Tengah ke Bandar Seri Jempol dan persimpangan Serting Hilir ke Kompleks PULAPOL. ADUN Serting. Pada masa ini persimpangan tersebut telah dipasang lampu jalan. Bagi pemasangan lampu limpah pula, tiada peruntukan diluluskan buat masa ini kerana program pemasangan lampu limpah yang dibuat sebelum ini merupakan program one off. Buat masa ini tiada program pemasangan lampu limpah akan dijalankan di Jalan Persekutuan.

Kejadian banjir di Jalan FT09 Melaka-Karak, culvert pembentung kembar sedia ada sering tersekat menyebabkan keadaan banjir di

lokasi tersebut. Pihak Jabatan Kerja Raya telah memohon untuk menaik taraf pembentungan ataupun culvert tersebut yang bersaiz 0.6 meter berkembar kepada satu culvert yang bersaiz lebih besar iaitu 1.8 meter x 1.8 meter. Kos bagi menaik taraf culvert tersebut adalah sebanyak 1.2 juta termasuk jalan lencongan. Permohonan peruntukan kepada pihak Kementerian Kerja Raya telah dibuat pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, tidak diluluskan untuk dilaksanakan 2019. Permohonan semula bagi program tahun 2020 dibuat dan masih dalam pertimbangan Kementerian Kerja Raya.

EXCO, ADUN Linggi, status terkini projek retikulasi bekalan air luar bandar Ladang Sengkang. Permohonan telah dikemukakan kepada KPLB pada tahun 2017 di bawah peruntukan Rancangan Malaysia 11 ya, tadi dah dijawab.

Linggi, cadangan menaik taraf crusher run di rizab Sungai Linggi, dan jambatan Pekan Linggi ke jambatan Sua Betong. Permohonan telah disenaraikan di, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Negeri Sembilan untuk dipanjangkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Anggaran kos 29 juta.

UPEN, soalan ADUN Linggi, perkhidmatan bas Pekan Linggi – Pasir Panjang – Tanjung Agas, diadakan semula laluan tersebut. Perkhidmatan bas dari Politech Port Dickson – Pasir Panjang – Tanjung Agas akan dimulakan apabila Agensi Pengangkutan Awam Darat memberi permit laluan kepada syarikat bas tersebut. Permohonan telah kita panjangkan dan kita sedang menunggu keputusan daripada APAD.

ADUN Linggi, pemasangan lampu dan bina baru surau Jeti Pengkalan Kempas. Cadangan menaik jeti, taraf jeti dan pemasangan lampu telah disenaraikan di bawah peruntukan Parlimen pada tahun 2020 dengan anggaran 170 ribu. Manakala cadangan pembinaan surau akan dibuat dengan menggunakan kabin yang akan dibiayai oleh peruntukan P56 Penyelaras DUN Linggi pada tahun 2020 sebanyak 15 ribu.

Status permohonan jalan crusher run, ADUN Linggi, tadi telah dijawab.

Bagan Pinang, cadangan menaik taraf laluan alternatif Kampung Baru Si Rusa ke Taman PD Utama bagi mengatasi msalah kesesakan lalu lintas semasa program Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Darat. Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan bagi menaik taraf laluan dari Kampung Baru Si Rusa ke Taman PD Utama dengan anggaran kos 35 juta untuk disenaraikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

ADUN Bagan Pinang, penambahbaikan menaik taraf Pasar Teluk Kemang. Tadi telah dijawab oleh YB Teo.

ADUN Bagan Pinang, cadangan membina jalan alternatif, juga telah dijawab.

ADUN Chembong, kejadian banjir yang berlaku di kawasan DUN Chembong adalah disebabkan oleh kejadian hujan lebat dan kenaikan paras Sungai Pedas yang tinggi sehingga menyebabkan limpahan Sungai Pedas termasuk Kampung Minching Baru dan Kampung Sungai Ibor, Batu 3. Tindakan pembaikan jambatan yang rosak Kampung Minching Baru telah diluluskan peruntukan oleh pihak MARRIS bagi pelaksanaan tahun 2020 dan bagi kawal, kawalan pengurusan banjir adalah Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Pedas yang sedang dalam peringkat reka bentuk di peringkat Ibu Pejabat Pengairan Dan Saliran Malaysia dan dijangka akan melalui proses value management pada tahun, pada awal tahun 2020 dan kini dalam proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 4.

ADUN Sungai Lui, trek sprint test di Bandar Seri Jempol. Dah dijawab.

ADUN Rahang, MPS mengemukakan notis mengenai, menyenaraihitamkan kontraktor yang membina menara telekomunikasi tanpa kebenaran. MPS mengeluarkan notis tanpa kelulusan kepada mana-mana syarikat telekomunikasi yang membina menara telekomunikasi yang telah dibina menara telekomunikasi tanpa kebenaran. Manakala pembinaan menara telekomunikasi yang dibina tanpa kebenaran yang mana radiusnya tidak mencukupi 30 meter daripada kediaman akan diambil tindakan.

YB Mambau, soalan berbangkit cadangan mengkaji semula laluan myBAS taman-taman perumahan dan bukan hanya tertumpu jalan utama. Kerajaan Negeri sedang meneliti kemungkinan mewujudkan beberapa laluan tambahan myBAS termasuk melalui taman-taman perumahan berdasarkan permintaan daripada penduduk-penduduk. Perbincangan lanjut bersama pihak syarikat operator akan dilaksanakan untuk mencari kaedah terbaik mewujudkan perkhidmatan ini.

YB Gemas, ini, ADUN Pilah, saya rasa saya dah jawab.

YB Kota, Kampung Bongek, saya dah jawab.

ADUN Johol, kejadian banjir Johol 26 – 27 Oktober dan 1 November 2019 yang melibatkan beberapa kawasan di dalam DUN Johol seperti di

jalan Tampin – Kuala Pilah, Rumah Rakyat Kuala Johol dan Masjid Inas. Kejadian banjir berlaku di DUN Johol kepada akhir Oktober dan awal November adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan dan aliran air yang tidak dapat dialirkan secara lancar. Keadaan aliran mudflow daripada kawasan pertanian dan pertembungan Sungai Johol dan Sungai Jelai. Justeru itu, untuk menyelesaikan jangka panjang, skop cadangan online ataupun offline storage dan pembinaan ban mencegah banjir dan penyaluran sungai akan dicadangkan oleh JPS untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

ADUN Senaling, soalan kedudukan Yang Arif, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan …..

Mintak tambahan apa ni, Sikamat, YB. Pasal yang banjir tu, saya mencadangkan dimajukan jugak ke pihak JKR supaya level jalan berhampiran tu, ya, mungkin diambil kira.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, kita, kita masukkan dalam tu, lima cadangan tersebut. Kedudukan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, majlis rasmi Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan meletakkan sebaris dengan Yang Arif, Yang Amat Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi. Kedudukan Yang Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi dan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie negeri, majlis rasmi Kerajaan Negeri adalah berdasarkan susunan keutamaan negeri yang juga merujuk kepada susunan keutamaan persekutuan. Yang Arif Hakim Utama Mahkamah Tinggi adalah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Okay.

ADUN Chembong, isu yang dibangkitkan bantuan rumah terbakar 167, 168 ya. Untuk maklumat, untuk maklum balas, nama mangsa Encik Norkamalrul bin Abdul Karim dan Mohd. Henizam bin Zakaria dan Abdullah Aziz bin Mohd. Ghaus. Kejadian kebakaran ber, bermula dari, di rumah 167 Taman Sedia Raja, merebak ke rumah 168 Taman Sedia Raja. 95% rumah nombor 167 hangus terbakar manakala 50% daripada 168 terbakar. Pihak Henizam telah menerima tuntutan insurans 18 ribu dan telah membaiki, membaik pulih sendiri rumahnya tetapi masih berhutang dengan pihak kontraktor. Encik Kamalrul belum menerima, membaik pulih rumah dengan anggaran insurans 30 ribu, namun pengesahan dari syarikat insurans belum diterima. Pejabat Daerah memohon peruntukan menambah, membaik pulih kedua-dua rumah di bawah peruntukan Akaun Amanah Bencana Alam. Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan 5,700.00 yang sama pecahan bantuan ya, kepada mereka. Yang 2 ini, ya, Encik Nur

Kamarul, rumah 167 dan 168 juga sedang diproses bantuannya di pejabat saya, ya, pada awal, tapi belum, cek belum keluar lagi. Kebakaran rumah di Taman Pedas Perdana, mangsa kebakaran Encik Abdul Aziz bin Mohd. Ghaus telah menerima bantuan bencana kebakaran sebanyak 2,000.00 Jabatan Kebajikan Masyarakat tiada permohonan untuk baik pulih rumah dikemukakan oleh mangsa dan waris ya. Jadi, ini.

Okay. Saya rasa, apa lagi …..

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat, saya ada satu lagi yang mintak rumah …..

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap.

….. yang terbakarlah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang baru ni?

Yang baru ni.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya inshaa Allah, itu tengah, kita sedang usahakan …..

Saya difahamkan dah, Yang Amat Berhormat dah setuju bagi rumah 1 bilik. Saya mintak di-upgrade-kan daripada 1 kepada 3 bilik. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita perlu lihat peruntukan yang kita biasa bagi ya.

Dato’ Yang Dipertua, boleh saya, ni, ada soalan yang saya kemukakan masih lagi belum dapat dijawab. Pertama lampu jalan Londah ke Palong 1, tapi Jalan Persekutuan. Yang kedua, lampu jalan Jelai ke Kampung Sungai Dua, itu Jalan Federal saya rasa. Dan mintak peruntukan pelebaranlah ya, permohonan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Dan seterusnya status persimpangan Taman Desa Permai, Gemas. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, itu kita akan pertimbangkan, kita lihat kalau di bawah Persekutuan, kita akan kemukakan di pihak Persekutuan dan jika bawah negeri kita akan pertimbangkan segera, inshaa Allah. Sebab keutamaan kita adalah melihat bahawa kawasan luar juga mendapat lampu jalan yang mencukupi, inshaa Allah. Kita, peruntukan kita banyak tertumpu kepada perkara tersebut.

Alhamdulillah, cuma tadi saya nak tambah sedikit Dato’ Yang Dipertua, ialah mengenai aduan pihak pembangkang berhubung anggota penguatkuasa mengetuk pintu tandas adalah tidak berasas ya. Kita telah membuat siasatan dan anggota telah ke bilik, tempat kerana bau asap rokok yang kuat. Tapi mereka tak buat apa-apa. Difahamkan ada sedikit perkara berlaku. Saya mengucapkan tahniah, terima kasih kepada pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas mereka.

Dato’ Yang Dipertua, celah sikit.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Haa?

YB Sikamat …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tak payah celahlah, Seri Menanti. Selalu …..

….. bukan saya yang cakap.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kacau saja. Mahu mintak bahas tak mahu bahas …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya tak salahkan siapa-siapa …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Duduklah. Tak mahu ambil bahagian dalam perbahasan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya juga tidak menafikan peranan dan sumbangan Kerajaan Negeri yang …...

Tuan Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Seri Menanti duduk.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. terdahulu. Saya ulang balik ya. Saya tidak menafikan peranan,sumbangan Kerajaan Negeri terdahulu dalam mengurus negeri dalam masa yang sama Kerajaan Negeri pada hari ini juga telah berjaya memulihkan beberapa institusi yang terabai sebelum ini antaranya Yayasan Negeri Sembilan, Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan dan PKNNS. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang menjayakan agenda belanjawan 2019 dan persiapan belanjawan 2020.

Saya mengikuti setiap perbahasan daripada wakil kerajaan dan pembangkang mengenai belanjawan 2020, ternyata di pihak pembangkang menyambut baik intipati belanjawan 2020 Kerajaan Negeri. Kita mengambil maklum kebimbangan pihak pembangkang mengenai sasaran pendapatan Kerajaan Negeri. Tetapi dengan izin Allah, inshaa Allha, bersama-samalah kita berdoa agar pendapatan tersebut dapat dicapai mengikut sasaran dan dapat dipulangkan kembali manfaatnya kepada rakyat. Di samping itu juga saya yakin dengan ketelusan serta komitmen pegawai kerajaan, yang akan turut menjadi faktor kejayaan, menjayakan belanjawan 2020. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang dan usul telah dibahas serta dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali kedua sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Ahli yang bersetuju lebih ramai daripada yang berkecuali ya. Kita terima. Rang-rang undang ini dibacakan bagi kali kedua dan usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2020 diluluskan.

[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju dan semua 15 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2020 dan bagi memperuntukkan ja, jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkang supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Tak ada. Yang berkecuali? Ramai yang bersetuju ya. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju dan semua 14 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]

[YB ADUN Chembong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju kata “setuju”. Yang tidak bersetuju kata “tidak”. Tak ada ya. Lebih suara bersetuju ya. Dewan bersidang semula.

[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju dan semua 15 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2020) 2019 telah dibentangkan sefasal demi sefasal, ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Saya tak payah tanya yang tak setuju dah. Ada berkecuali. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Jumlah undian: semua 18 orang ahli Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju dan semua 15 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang yang hadir berkecuali]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan (2020) 2019. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menya, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima beberapa permohonan daripada yang, Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini. Setiap ahli Yang Berhormat yang dibenarkan membuat Ucapan Penangguhan selama 10 minit. Jangan babas ya, 10 minit, saya tak sembahyang Asar lagi ni. Kalau boleh 5 minit. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Palong. 5 minit ya, Asar, Asar. Chembong dulu. Okay Palong tolak ya.

[YB ADUN Palong memberikan peluang kepada YB ADUN Chembong terlebih dahulu – percakapan secara off mic]

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya cuba ringkaskan Ucapan Penangguhan ini, apa pun saya nak bagikan pantun dululah, Dato’ Speaker, ya. Pembayang pantun Dato’ Speaker, kalau tak sempat saya bagi pembayang sajalah ya. Tinggi sungguh pohon cemara, tinggi lagi pohon sena, Dato’ Speaker, ya. Kalau sempat karang saya bagi dia punya maksud pantunnya.

Yang Dipertua Dewan

Maksud kemudian?

Takut, Speaker. Dato’ Speaker, saya nak ambil kesempatan di waktu yang ringkas ini saya nak ucapkan terima kasih kepada beberapa-beberapa agensi kerajaan. Secara ringkasnya saya nak sebut terima kasih kepada pihak JKR, dulu dan, sidang Dewan dulu saya ada mintak sedikit menurap jalan FT001. Nampaknya dah dibuat Dato’ Speaker. Namun begitu saya mohon untuk ada beberapa scratch lagi yang perlu dilihat Dato’ Speaker, ya, agak kurang baik. Walaupun dah buat itu hari, saya ucapkan terima kasih.

Keduanya saya nak menyampaikan amanah daripada satu keluarga daripada kawasan saya, keluarga daripada Encik Azrul Abdullah yang mana anaknya baru meninggal minggu lepas, anak dia pelajar kita di Morocco, apa yang saya nak sampaikan, dia mintak saya rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, pegawai-pegawai dan jugak termasuk Baitulmal kerana telah apa, menguruskan pengkebumian dan urusan jenazahnya, Dato’ Speaker.

Saya jugak nak ambil kesempatan, nak ucapkan tahniah kepada semua warga pendidik khususnya di kawasan saya kerana baru-baru ini

pencapaian keputusan UPSR yang cemerlang Dato’ Speaker ya. Kepada semualah, kepada semua penjawat-penjawat awam, kakitangan kerajaan yang saya rasa tak sempat saya nak sebut ni, kalau saya sebut kang susah Dato’ Speaker, bukan, dia takut karang dia katakan pro BN pulak Dato’ Speaker ya.

Dato’ Speaker, saya setuju sangat Dato’ Speaker, saya setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Dato’ Speaker bahawasanya tugas tanggungjawab semua di antara kita dalam Dewan ini adalah untuk sama-sama majukan negeri, tak kira kerajaan ataupun pembangkang. Kami pembangkang perlu berikan pandangan, teguran dan sebagainya. Dan pihak kerajaan pulak perlu menerima teguran, pandangan tu dengan penuh hati terbuka Dato’ Speaker ya. Kalau tak boleh tegur nanti, susah Dato’ Speaker, takut hanyut. Dan sekarang pun pemerhatian kita pun, ya, harap-harap tak hanyutlah Dato’ Speaker ya.

Dato’ Speaker, saya nak bagi pandangan, beberapa pandangan, pendapat tentang ada kadang-kadang jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan, EXCO-EXCO tu bukan tak betul Dato’ Speaker, bukan tak betul, saya tak cakap tak betul, cumanya kadang-kadang maklumat itu, kalau tak diperincikan nanti takut disalah tafsirkan ya.

Pertamanya Dato’ Speaker, saya nak betulkan. Sebab dalam perbahasan saya semalam, boleh check hansard jugak Dato’ Speaker, saya katakan 2, salah, daripada banyak-banyak penerima bantuan JKM yang telah diberhentikan tu, yang saya sebut contohnya 2. Yakni 2 orang yang berlainan. Saya sebut, saya ingat lagi semalam saya sebut, saya cakap makcik, nenek, di Taman Rembau Utama, saya cakap, mestilah perempuan. Dan seorang lagi berbangsa India ya, berbangsa India, lelaki, di Taman Sedia Raja. Yang makcik tu 75 tahun OKU, ya. Yang India tu yang dipotong kaki sebab kencing manis yang saya cakap tu sudahlah kencing manis, kena potong kaki, JKM pun kena berhenti, haa itu India di Taman Sedia Raja. Saya tak nak sebut Dato’ Speaker, saya mohon atas apa jugak alasan Dato’ Speaker, terutamanya atas rasa kemanusiaan, keinsanan, tolonglah berikan semula kepada 2 orang ni, Dato’ Speaker. Saya yakin, saya percaya tak jatuh bankrap negeri kita sebab 2 orang ni Dato’ Speaker, ya. Mintak tolong.

Dato’ Speaker, keduanya tadi, bila saya sebut tentang kebakaran rumah. Check balik jugak hansard dan jugak minit, penyata persidangan kita yang lepas, saya rakamkan di sini Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Baitulmal, kepada JKM. Saya sebut. Saya sebut, terima kasih kepada Pengarah JKM. Mangsa terbakar tu diberikan bantuan 2,000.00 – 3,000.00 oleh Baitulmal pun sama. Itu adalah untuk perbelanjaan hariannya Dato’ Speaker kan. Nak beli baju anak sekolah

dan sebagainya, rumah habis 100%. Yang saya maksudkan 3 kali saya bawak dalam Dewan ini adalah bantuan baik pulih rumahnya Dato’ Speaker. Saya ucapkan terima kasih tadi, Yang Berhormat Sikamat cakapkan akan beri, Kerajaan Negeri, itu yang saya maksudkan. Terima kasih walaupun tak, dah lewat, bulan 4 tu Dato’ Speaker ya. Jadi maksud saya, penjelasan itu. Bukan kita bawak isu masalah semborono Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, satu lagi, apa yang saya nak sebut tentang, yang diperjelaskan oleh Labu semalam Dato’ Speaker. Kami mahu jawapan yang jelas, yang tepat, jawapan, bukannya kadang-kadang yang boleh dianggap alasan begitu. Yang kami semua bawakkan adalah yuran bayaran yang dikenakan terhadap penggunaan balai raya. Tak kesah 5.00 ringgit, 10.00 ringgit, 20.00 ringgit, ya, kami bukan tanya balai raya tu dalam tanah orang individu, kami persoalannya, intipatinya, isunya ialah bayaran yang dikenakan. Dulu tak kena. Sekarang kena. Jadi orang kampung ber, bertanya. Tapi Dato’ Speaker, saya cadangkanlah, andai katalah, nak kenakan bayaran orang kampung pakai, pada masa yang sama, saya tak setuju langsung kalau dikenakan Dato’ Speaker, kalau nak kenakan jugak, buatkan satu garis panduan yang betul. Kalau program ini berapa ringgit, kalau program ini berapa ringgit, Dato’ Speaker ya. Kalau AIM nak pakai, 60.00 ringgit. Mana boleh macam tu. Kalau 5.00 ringgit, 10.00 ringgit, ya, Dato’ Speaker. Sama juga dengan penggunaan-penggunaan kemudahan-kemudahan yang lain. Baru-baru ni Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Chembong.

Yang Dipertua Dewan

Saya pun dulu bayar jugak. Masa anak nak kahwin pun bayar …..

Dato’ Speaker pun hampir salah tafsir saya cakap. Bayar, kalau nak kena bayar pun takpe, tapi buat satu garis panduan berapa ringgit, berapa jam, ni tak, ni ada 5.00 ringgit, ada 60.00 ringgit, faham Dato’ Speaker? Faham. Terima kasih.

Dato’ Speaker, saya nak sebut Dato’ Speaker, ada, tambah lagi satu undi. Dato’ Speaker, bulan ini jugak Dato’ Speaker, ya, belia 4B Kawasan Rembau ada mohon penggunaan padang Majlis Daerah Rembau nak

buat pertandingan bola sepak ya. 2 hari sebelum tu baru Majlis Daerah Rembau jawab, secara lisan, agak lambat tu satu hallah Dato’ Speaker, dia cakap kalau nak gunakan bayar 500.00. Terus tak jadi Dato’ Speaker. Itu yang saya maksudkan ya. 500.00 ringgit guna padang. Tadi, semalam siapa cakap, Paroi tak salah saya cakap ada apa, lampu limpah dan sebagai. Tak ada lampu limpah Dato’ Speaker, 500.00 ringgit. Saya mohon ini, mereka nak buat untuk kejohanan bukannya yang berteraskan untung rugi, tak ada yuran apa, penyertaan pun, Dato’ Speaker.

Dan satu lagi, ini penting, apabila saya berbual-bual di luar Dewan dengan rakan-rakan daripada kerajaan, daripada Bahau, boleh pakai, boleh pakai, Dato’ Speaker, tapi di luar sana lain yang terjadi. Tak boleh pakai, ada setengah-setengah pemimpin-pemimpin masyarakat yang diberikan kuasa menjaga kemudahan tersebut tak bagi pakai. Saya bagi contoh dalam Dewan yang mulia ni Dato’ Speaker, KRT Pekan Pedas memohon kepada MPKK untuk menggunakan Dewan Orang Ramai Pedas bagi menjalankan, membuat program sambutan Hari Deepavali, Dato’ Speaker. Pengerusi MPKK setelah semak sana sini, dia cakap tak boleh pakai, hanya boleh pakai sekiranya menjemput Penyelaras DUN. Yang ini pun saya mintaklah Dato’ Speaker, saya tak kecik hati pun ya, sebab orang ramai ni Dato’ Speaker, nak jemput Penyelaras DUN boleh, kalau tak nak jemput kami pun boleh, jemput wakil rakyat pun boleh Dato’ Speaker, soalnya bagilah panduan. Nanti orang ramai keliru Dato’ Speaker. Orang ramai keliru. Dato’ Speaker, saya nak bagitau dalam Dewan yang mulia ini Dato’ Speaker, selain daripada mak dan ayah, 2 perkara yang tak boleh dijual beli iaitu kasih sayang dan rasa hormat Dato’ Speaker. Saya hormat Dato’ Speaker, Dato’ Speaker tak belanja saya pun. Dato’ Speaker kasih pada saya, saya tak belanja pun. Betul? Tak payah nak sekat-sekat ini. Eh kena jemput orang ni, tak jemput orang ni, tak boleh Dato’ Speaker. Walaupun kami tak dijemput, tak sikit langsung pun meluakkan rasa hormat kasih sayang pengundi kita Dato’ Speaker. Yang akan membuatkan mereka berbeza kasih sayangnya adalah khidmat dan servis kita Dato’ Speaker. Jadi saya mintak lihat ni, kadang-kadang Penyelaras DUN ni lebih, lebih apa, lebih kuah pada sudu, lebih sudu pada kuah, Dato’ Speaker ya. Mentang-mentanglah, kadang-kadang banner dia duduk banner gambar dia sebelah yang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Speaker, jangan macam tu Speaker, ya. Jadi Dato’ Speaker, itulah jelah Dato’ Speaker.

Dan sikit lagi, sikit saja. Ada satu tentang Majlis Daerah, last Dato’ Speaker, Majis Daerah Rembau. Ada permintaan dan jugak ada rayuan Dato’ Speaker. Permintaan, saya mohon Majlis Daerah supaya lihat sedikit keadaan penyelenggaraan yang perlu di Pasar Awam Rembau,

Dato’ Speaker. Lampunya, bekalan airnya, tempat buang sampahnya, Dato’ Speaker ya. Dan Rumah Rakyat Rembau, Taman Bunga Raya memerlukan pembentungan paip, septic tank-nya perlu dinaik taraf Dato’ Speaker. Selalu sangat sumbat. Itu hari, sumbat dah betulkan, sumbat lagi Dato’ Speaker.

Dan saya rayu, tadi mintak, ni rayu Dato’ Speaker, rayu, supaya Majlis Daerah Rembau tolonglah Dato’ Speaker, kurang-kurangkanlah ya, bagi kompaun dan jugak berikanlah sedikit ruang dan jugak ruang kepada peniaga-peniaga kecil ni, Dato’ Speaker, yang berniaga-berniaga tepi jalan ni, ya. Yang dah lama ni biarkanlah sedikit Dato’ Speaker, ya. Dah banyak sangat kena kompaun. Baru-bagu ni seorang OKU yang berniaga di depan Family Store pun tidak dibenarkan Dato’ Speaker. Kesian Dato’ Speaker, ya, kesian. Kalau tak pun, kita sacrifice-kan 4 – 5 petak tempat kereta tu bagi dia orang berniaga. Dan petak kereta ni boleh dialihkan tempat lain.

Akhir sekali Dato’ Speaker, tadi, saya terpanggil jugak kepada Klawang tadi, Dato’ Speaker ya. Ada pertanyaan tapi dia bertanya tak bagi kami jawab tentang siapakah yang memainkan isu perkauman Dato’ Speaker. Siapakah yang melemah, men, menghancurkan Tabung Haji. Tak diberi jawab, saya tak nak jawab Dato’ Speaker. Tadi, orang kampung, orang di luar sana, semua tahu Speaker, siapakah sebenarnya, orang Melayu di luar sana, orang Islam di luar sana, tahu siapa yang sebenarnya yang memainkan api perkauman, yang melemahkan Tabung Haji, Dato’ Speaker.

Akhir sekali Dato’ Speaker, saya lengkapkan pantun tadi, Dato’ Speaker, ya. Tinggi sungguh pohon cemara, ting, sorry? Haa? Luar tajuk? Tajuk apa? Ya. Tinggi sungguh pohon cemara, tinggi lagi pohon sena, Dato’ Speaker, dulu kata nak selamatkan negara, tolonglah jangan biarkan rakyat merana, Dato’ Speaker. Terima kasih banyak, tahniah kepada Dato’ Speaker ya.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Chembong.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya fikir DUN, ADUN Chembong ni dia kurang, pendengarannya kurang sikitlah. Saya baca, bantuan rumah PPRT …..

Dato’ Speaker, tak betul tu Speaker …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. bantuan pemulihan …..

….. Itu berniat tidak baik, kena tarik balik Dato’ Speaker …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. bantuan pemulihan …..

….. mintak tolong.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. telah diluluskan …..

Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dia tak, tak, tak nak dengar. 3 kali kita jawab, 3 kali, bantuan pemulihan telah diluluskan dan dibayar.

Pemulihan mana tu?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Pemulihan rumahlah.

Saya cakap tadi itu daripada JKM untuk, itu bukan untuk baik pulih rumah. Kan saya dah cakap …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya bantuan pemulihan ini kita adalah front liner, selepas itu SUK akan bayar, bayar menurut assessment daripada Pejabat Daerah. Ini sudah dibuat …..

Dato’ Speaker, saya tak katakan JKM tak bagi. Malahan saya ucapkan terima kasih. Saya cakapkan, cakapkan Kerajaan Negeri …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dia tak faham-faham lagi. Kita yang pergi sebagai front liner. Selepas itu pemulihan sudah dibayar oleh SUK …..

Pemulihan apa tu?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Bantuan pemulihan rumahlah, aiyoo, tak faham-faham ke. Dah baca tadi …..

Saya, saya …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. 4,350.00 …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tak apalah you orang bincang luar lah.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

4,530.00 dan juga 1,240.00, sudah bayar, sudah jawab 3 kali.

Dato’ Speaker, sikit. Saya faham, orang di luar pun faham Dato’ Speaker, tapi saya mohon jangan cakap saya begitu Dato’ Speaker. Saya mintak niat tak baik tu betul, tarik balik Dato’ Speaker. Tak betul tu Dato’ Dipertua, tak betul. Tak boleh Dato’ Speaker. Tak boleh Dato’ Speaker. Menghina tu, saya anggap ianya menghina Dato’ Speaker. Saya anggap ianya menghina. Kalau Dato’ Speaker jadi, benarkan ia, ia akan dijadikan precedent dalam Dewan ini Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tadi balik cakap je …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya menghormati Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian saya akan tarik balik.

Yang Dipertua Dewan

Dah macam ni, saya tak nak panjang ni. Saya kalau boleh tak nak bagi pasal Yang Berhormat Rantau tak ada haa, Lobak boleh nak cakap jugak ke, pasal saya nak sembahyang ni,

dan saya, sekarang dah pukul 6:30, jangan saya tinggal sembahyang sebab you all ni. Saya nak bagi seorang lagi boleh tak? Saya, persetujuan Dewan-lah, saya bagi seorang je …..

Bismillahhirrahmanirrahim …..

Yang Dipertua Dewan

….. lepas tu …..

….. assalamualaikum WBT …..

Yang Dipertua Dewan

Berapa minit bang?

….. terima kasih Dato’ Yang Dipertua, anak teruna memakai busana, busana dibeli di kedai machap, kepada Dato’ Yang Dipertua yang bijaksana, satu undi lagi Dato’ Speaker, saya berdiri mohon berucap.

Yang Dipertua Dewan

Haa okaylah.

Dato’ Yang Dipertua, pertamanya, pertamanya saya ingin menyentuh tentang program adat di kawasan di, di, di Seri Menanti yang baru-baru ini kita buat iaitu Program Penghulu Mengadap. Dalam bajet kita, saya tengok dia punya peruntukan untuk tahun depan sebanyak 0.5 juta. Jadi makna dia, 500 ribulah, ya, 500 ribu. Dan saya dapat tahu daripada mereka ya, yang, yang kanan-kanan di istana menga, memberitahu saya bahawa kos ataupun perbelanjaan untuk penghulu, Program Penghulu Mengadap sahaja lebih 700 ribu. Makno eh apa yang kita sediakan untuk tahun depan, untuk program-program adat yang untuk kita perkasakan ni, menjadi tidak, tidak mencukupi. Apa pasal, masa tak cukup ke? Tidak mencukupi. Jadi perlu ya, perlu diberi perhatian untuk kita menarik ramai lagi, ribuan pelancong dari sama ada dari dalam …..

Yang Dipertua Dewan

Seri Menanti. Saya nak mintak kebenaran pada sidang, saya mintak Timbalan saya, dia baru datang haa, gantikan sayalah sementara saya nak sembahyang, kang saya tunggu kang tak jadi.

Betul, saya pun sekejap je ni Dato’ Dipertua. Saya sekejap.

Yang Dipertua Dewan

Haa?

Saya sekejap je, sekejap je. 5 minit, 5 minit. Kang sama, kang kita sama …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

1 minit, 1 minit

..... kita sama ni pergi sembahyang. Saya pun belum sembahyang Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

2 minit je. Habis 2 minit, seminit, 2 minit ya …..

Haa okay okay. Untuk, untuk menarik ya, menarik ribuan pelancong dalam dan luar negeri. Jadi makna dia perlu ditambahkan lagi bajet apa ni, apa, untuk program-program adat ni yang dikatakan bahawa Kerajaan Negeri sekarang ni dalam usaha memperkasakan. Jadi makna dia ada benda-benda lagi yang kita terlepas pandang, yang patut diberikan perhatian.

Dato’ Yang Dipertua, yang kedua dia, saya nak ucapkan tahniah ya, kepada warga pendidik kerana telah apa, mendapat meningkatkan pencapaian UPSR kita. Apa yang saya cadangkan ya, kita Kerajaan Negeri bagilah, bagilah kita punya apa ni, apa, insentif kepada mereka ini, kepada EXCO Pendidikan, saya cadangkan bagi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang ni, pelajar-pelajar yang cemerlang UPSR ni kerana ini adalah satu usaha untuk kita meningkatkan lagi ya, pencapaian pendidikan kita.

Yang kedua dia, saya cadangkan, saya cadangkan apa ni, insentif kepada pelajar-pelajar lepasan universiti yang telah CGPA dia 4.0 flat. Kita selama ni kita dah bagi dah, first class ya. First class ini kita bagi tetapi bukan 4.0 flat. 4.0 flat ni saya dengar, saya dengar apa ni, first class ni nak dikurangkan. Apa yang saya cadangkan iaitu 4.0 flat kita bagi, kita bagi …...

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seri Menanti.

….. kalaulah.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, saya ambil diri dulu. Pasal panjang tu, biarlah, saya, dipersilakan Yang Berhormat …..

Sama-samalah Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, saya belum sembahyang.

….. saya pun belum lagi …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan, lambat sangat ni. Saya pun rasa tak selesa. Karang saya tidur malam pun tak boleh.

Okay, okay. Silakan. [YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan pada jam 6.33 petang dan digantikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan]

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Selamat datang Timbalan Speaker.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Seri Menanti. Sambung.

Terima kasih.

Selamat datang Timbalan Speaker.

Tahniahlah Timbalan Speaker, saya ingat langsung tak duduk situ. Dia pandang saya, rupanya dia dapat duduk situ, tahniahlah ya.

Sudahlah, jangan apikan.

Itu bukan api. Itu kita memberi pujian …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Okaylah Seri Menanti, sambunglah.

Pujian dengan api lain. Faham ya. Ini saya dah lupa, dah tambah lagi masa. Dato’ Yang Dipertua, apa ni, Timbalan Yang Dipertua ya, sebab kita tahu apa ni, pelajar, bekas apa tadi, graduan-graduan tadi ya, yang mendapat 4.0 flat tadi ya, kalaulah yang first class tadi kita bagi dia 5,000.00 atau tambah lagi, yang 4.0 flat ni tak ramai, saya ingat tak sampai pun 50 orang pun ya, 4.0 flat ni tak sampai. Jadi kita bagi 10 ribu atau 20 ribu. Sedangkan kita punya apa ni, kita punya kewangan kita mencukupi untuk memberikan rangsangan kepada mereka ini. Itu cadangan daripada, daripada saya Dato’ Yang Dipertua.

Apa yang, Dato’ Yang Dipertua, saya juga nak mengucapkan terima kasih ya, kepada pegawai-pegawai kita yang telah bertungkus-lumus ya untuk meningkatkan ataupun menambahkan lagi kecemerlangan ya, Negeri Sembilan. Merekalah yang menjadi tulang belakang kita. Dan sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun kita bagikan insentif ya, minimum 2,000.00 ataupun sebulan gaji. Dan saya juga menyeru, bukan saja kakitangan kerajaan, malahan mereka-mereka yang duduk kat kampung, saya balik saja hari Jumaat hari tu ya, di, di, di kawasan saya, mereka kata, kalangan pengu, apa ni, ahli, warga di Seri Menanti tadi bagitahu saya, takkan YB, apa ni, apa, kakitangan kerajaan je, kami ini berilah perhatian sikit. Jadi, saya suarakan dalam Dewan ini, supaya apa ni, Kerajaan Negeri ya, memberi perhatian jugak ya, kepada mereka-mereka yang bekerja di kampung ni sebab kita tahu ya, dengan rejim ekonomi sekarang ini, kita melihat kejatuhan komoditi kita, getah, sawit, mereka terpaksa hidup dengan keadaan yang begitu susah sekali. Jadi, saya berharapkan Kerajaan Negeri memberikan perhatian ya, kepada mereka ini untuk menampung sikit kepayahan ya, yang mereka lalui di zaman sekarang ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin jugak ya, menyebut ya, tentang bekalan air, bekalan air tadi saya sebut jugak ya, kepada ADUN, ADUN Labu ya, bekalan air terutama di kawasan saya di Kampung Langkap. Bekalan air ni pernah tak ada sampai 3 bulan ya, tak pun JAKOA ataupun Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ambil perhatian, tak ada pun ambil

perhatian. Jadi saya sendiri memberi perhatian, mengambil inisiatif untuk perbaiki segala kerosakan sedangkan apa yang dinyatakan di dalam Dewan ini, bahawa kerajaan membekalkan, membekalkan bekalan air rawat, tak ada. Jawapan dia memang tak ada. Jadi, saya mintaklah nanti EXCO apa ni, EXCO Luar Bandar untuk datang melawat ya, keadaan yang sebenar yang berlaku di kawasan saya ini, di kawasan Langkap.

Dan apa yang menyedihkan Dato’ Yang Dipertua, 2 kampung tadi, Kampung Orang Asli Langkap dan jugak Kampung Orang Asli ulu, Ulu Mampas, ada 2 kampung Orang Asli. Di dua-dua ini ada dam, dan di dua-dua tu adalah di kawasan, kawasan rayau Orang Asli ini. Saya ingin apa ni, ingin, mahukan BKSA yang memainkan peranan menjaga kawasan ini, dia memberi kelonggaran kepada Orang Asli ni untuk mereka mencari rezeki di kawasan rayau mereka ini. Malangnya BKSA ya, telah bertindak, saya ingat apa ni, di luar ataupun bertindak untuk menahan mereka-mereka ini supaya tidak, tidak apa, tidak, tidak menggunakan kawasan tersebut, kawasan rayau tersebut untuk tempat mencari rezeki. Jadi, saya harapkan ya, BKSA bagi, bagi sedikit kelonggaran.

Apa yang saya lihat ya, aduan dari bukan satu orang, tapi 2 – 3 orang ya, yang ada di sana, dia kata pegawai BKSA berkeliaran masuk ke dalam mereka memancing, mereka melakukan aktiviti-aktiviti di dalam dam tersebut. Ini yang aduan saya terima. Jadi pihak Kerajaan Negeri kena tengoklah, pegawai-pegawai yang sebegini ya. Kita harapkan pagar, tetapi pagar memakan padi. Dato’ Yang Dipertua, kita harapkan pagar, pagar memakan padi ya. YB Sikamat tolong tengok sikit ya, pegawai-pegawai yang sebegini. Dan menidakkan ya, menidakkan Orang Asli ini me, apa, mencari rezeki mereka di hutan ini.

Dato’ Yang Dipertua, itulah yang saya nak bagitahu, dan sekali lagi, saya nak menyampaikan jugak ya, saya nak menyampaikan jugak sahabat saya dari apa ni, Jeram Padang, iaitu dibangkitkan tentang program powerhome, Powerhouse Wanita Gemilang. Ini untuk, untuk Bukit Kepayang, nanti jawab dengan dia, dinyatakan bahawa 180 program telah dilaksanakan. Adakah program ini pernah dilaksanakan di, di kawasan ladang-ladang, soalan dia. Sebab tadi tak dijawab. Mintak nanti YB jawab soalan ni. Jika ya, jika ada, di mana, bagi jawapan di mana dan berapa.

Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua, untuk akhir sekali Dato’, Dato’ Yang Dipertua, ya, serangkap pantun lagi. Pisau menggores menjadi luka, rasanya sakit amatah pedih, cukup sekian dari saya, saya hu, saya

hulurkan terima kasih. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti, saya mintak Yang Berhormat Palong teruskan.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya ambil masa pendek saja. Yang pertama sekali ialah saya tak tahu di mana silap, kerana 11 soalan yang saya kemukakan, 8 soalan lisan dan 3 soalan secara bertulis tu ditolak di atas sebab bidang kuasa peringkat Kerajaan Persekutuan. Tapi saya nampak soalan-soalan yang seumpamanya jugak dijawab kepada, kepada pihak yang lain, kawasan yang lain. Jadi saya harap supaya pada masa yang akan datang, sekiranya soalan tu sama dengan kawasan lain, bolehlah dijawab, dijawab pada kita, dijawab bersama dengan yang lain. Tetapi jawapan saya dapat ialah ditolak. Ada 11 soalan saya ditolak.

Dan saya cuma nak ambil satu soalan saja yang untuk saya nak berikan perhatian dalam Dewan, untuk direkodkan, yakni berkenaan dengan masalah tanam semula pokok getah di Palong 12. Yang ni, Yang Berhormat Timbalan Speaker, masalah ini ialah seramai 28 peneroka yang tidak dapat mengeluarkan hasil sekarang ini sedangkan di kawasan yang lain semua boleh, dah boleh buat torehan dan keluarkan hasil. Puncanya ialah pokok-pokok di kebun mereka ini belum matang lagi untuk torehan. Sebabnya adalah kegagalan pihak FELDA ketika mereka menanam semula lebih kurang 7 tahun yang lepas. Jadi mereka 28 peneroka ni ada masalah yang ni. Jadi saya berharap kepada Labu supaya bolehlah beri perhatian kepada isu ini. Saya yakin bahawa pihak FELDA pun sudah maklum berhubung dengan masalah ini, cuma tidak ada barang kali, kalau kerajaan boleh campur tangan untuk melihat keadaan ni supaya dapat diselesaikan dengan segera bagaimana cara untuk memberikan satu kelegaan kepada mereka ni ya. Sebab nak motong lagi mungkin makan masa 3 ke 4 tahun lagi. Haa ini, ini masalah.

Kemudian satu lagi perkara yang saya jugak nak ambil kesempatan di sini ialah berkenaan dengan isu anjing liar yang, ramai yang, yang mengambil bahagian tadi. Saya baru dapat satu whatsapp tadi daripada Palong 7 dan 8. Sebenarnya kawasan Felda Palong ini adalah kawasan majoriti orang Islam, orang Melayu. Tak pernah selama ini timbul isu anjing liar. Jadi isu anjing liar ini begitu kritikal sampai di kawasan yang majoriti masyarakat Melayu dan Islam pun sudah ada isu ini. Jadi

barang kali saya jugak menyokong penuh pandangan daripada Bahau supaya untuk dicari satu kaedah ya, yang tuntas supaya masalah ini tidak berlarutan. Cuba bayangkan di kawasan Palong 7 dan 8 ya.

Perkara yang ketiga ialah berkenaan dengan bantuan. Timbalan Yang Dipertua, musim hujung tahun ni adalah musim hujan, waktu hujan. Saya juga pernah, pernah bertanyakan tentang isu penyakit kulat Pestalotiopsis ya, iaitu penyakit kulat yang menyerang, wabak tanaman getah khususnya di kawasan Palong yang mengusahakan ladang getah, kawasan getah. Jadi, apabila mus, sekarang ni bila kena wabak ini, pertamanya ialah hasil sangat berkurangan. Kalau sebulan mereka boleh dapat dalam 1,800.00 – 2,000.00 dalam keadaan normal, kalau pokok yang normal, bila dihidap penyakit wabak ni, wabak ni, dia akan turun hampir separuh, makna tinggallah barang kali pendapatan mereka bawah 1,000.00 ringgit. Tetapi dalam musim hujung tahun, dan musim hujan ni, mereka tak boleh menoreh. Mereka tak boleh menoreh. Jadi bila mereka tak boleh menoreh, maknanya hasil mereka barang kali 400.00 – 500.00 ringgit. Itu belum lagi ditolak dengan hutang, hutang mereka sebelum ni dengan FELDA. Jadi kalau boleh, diambil kira di atas hasil kerajaan yang, yang banyak, yang lebih daripada sasaran tahun lepas, barang kali boleh dipertimbangkan untuk dihulurkan sumbangan bantuan persekolahan pada anak-anak ini. Tak semestinya hanya di kawasan felda, tapi di kawasan-kawasan luar bandar ya, mereka yang susah, ataupun di pinggir bandar ataupun di kawasan bandar sekalipun yang mana mereka perlukan sedikit bantuan daripada kerajaan bagi meringankan kos sara hidup mereka, apatah lagi kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat. Ini hakikat yang semua orang tahu dan semua pun orang jelas. Dan saya tadi baru ter, baru terpandang tadi dalam telefon tadi bahawa mulai tahun hadapan akan dinaikkan pulak harga minyak, sedikit, setiap minggu akan naik sikit demi sikit. Ini jugak akan mendorong kepada kenaikan kos sara hidup. Jadi bantuan seumpama ini akan dapat memberikan kelegaan kepada rakyat kita.

Seperkara lagi, saya nak rekodkan juga ialah tentang isu ataupun soalan yang dikemukakan berhubung dengan kemudahan ambulans yang ada di Klinik Palong 9. Yang tu jugak ditolak atas sebab ini adalah bidang kuasa peringkat Kerajaan Persekutuan. Barang kali boleh beri jawapan apa punca dia, sedangkan vannya ada, tetapi tak bergerak-gerak, rosak ke atau apa sebab dia. Jadi ini jugak menjadi pertanyaan rakyat di kawasan sana.

Lain, seperkara lagi Timbalan Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan dengan kuasa beli rakyat, saya sebutkan tadi, saya, saya sangat tertarik dengan maklumat diberikan oleh Sikamat pada hari Jumaat yang lepas,

iaitu Negeri Sembilan Fest, NS Fest, di mana saya tertarik pengunjung yang hadir ke NS Fest ialah 191,691.00 orang. Maknanya hanya 200 ribu orang yang hadir ke NS Fest ni. Tetapi yang musykil bagi saya ialah transaksi jualan yang tercatat ya, transaksi jualannya ialah lebih kurang 1,090,000.00 ringgit. Jadi kita ambil transaksi jualan dengan bilangan pengunjung yang datang, kalau kita bahagikan, maknanya purata seorang hanya mampu berbelanja 5.00 ringgit lebih. Jadi ini bukti untuk menggambarkan bahawa rakyat hari ini kurang duit di tangan untuk berbelanja. Disebab itulah ya, bantuan-bantuan ini akan dapat merancakkan ekonomi sebab bila kita beri sumbangan kepada persekolahan kepada anak-anak kita ni, duit tu bukan hanya ada pada dia, tapi akan dibelanjakan dan akan dirasai oleh masyarakat peniaga di sekelilingnya. Kalau diambil di Jempol, kalau orang Palong dapat, orang Bahau akan dapat hasil dia, mereka akan pergi ke Bahau untuk berbelanja membeli peralatan sekolah dan sebagainya.

Jadi Dato’ Timbalan Yang Dipertua, itu saja daripada saya, jadi, akhir sekali sebagai penutupnya, sebagai penutup, saya tertarik dengan kenyataan daripada Labu tadi yang sebut bahawa bukan mudah untuk menjadi kerajaan. Betul, bukan mudah untuk menjadi kerajaan tetapi bukan saja mudah menjadi kerajaan, bukan mudah untuk kekal menjadi kerajaan. Itu lagi susah ya. Dan kalaulah pembangkang ni susah, pembangkang ni kena bersabar, betul, tetapi kerajaan kena lebih sabar lagi sebab mereka sebagai pemimpin yang memimpin kerajaan pada hari ini. Haa, jadi macam jugak dululah kan. Dulu manalah pernah pembangkang cakap yang baik pasal Kerajaan Barisan Nasional, semuanya tak baik kan. Tapi kita tidak, yang baik itu baiklah ya, syabas kepada rakan-rakan yang ada di sebelah sana yang buat perkara yang baik-baik. Tetapi yang tak baik adalah tanggungjawab kita untuk menegur dan beri pandangan. Jadi bersabar jugaklah bila kita beri teguran demi teguran.

Dato’ Dipertua, mohon mencelah sikit je.

Sila sila.

Saya mohon pandangan Palong, sepanjang bajet ini, saya nak ucapkan terima kasihlah kepada kerajaan dan kepada Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Speaker, dan saya, saya perhatikan ada, ada 2 saja kemusykilan yang saya rasa belum terjawab. Pertamanya adalah yang dibangkitkan oleh rakan saya YB Senaling sebelum ini. Saya nak tahu sebenarnya apakah pendirian dan komitmen Kerajaan Pakatan

Harapan Negeri Sembilan hari ini tentang janji 22 manifesto Pakatan Harapan, itu satu. Dan yang keduanya mengambil kira keputusan Pakatan Harapan dalam PRK Langkah Kajang ya, dan, dan PRK Port Dickson yang mana, mintak maaf cakap, sebenarnya PRK yang membazirkan duit rakyat apabila menggantikan wakil rakyat yang, yang sihat walafiat tetapi hari ini tidak membuat keputusan untuk merombak EXCO Kerajaan walaupun kita tahu, kalau dia rombak tak ada siapa yang pertikaikan perkara tersebut, kita tahu alasan yang cukup kukuh. Jadi apa pendapat YB Palog tentang perkara ini.

Saya setuju dengan pandangan daripada Linggi tu. Nak saya ulas kang lagi panjang pulak nanti ya. Tapi saya mintak dimasukkan dalam saya punya …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Palong.

….. ucapanlah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Palong tadi mintak 5 minit. Ni dah 15 minit ni.

Ni nak, nak berhenti dah. Nak berhenti dah. Jadi terima kasih Timbalan Yang Dipertua, saya memang tertariklah dengan, apabila Timbalan Yang Dipertua di duduk sana, sebab abang saya yang dulu dah tak ada lagi dah. Haa nilah abang yang baru sekarang ni ya. Jadi itu saja daripada saya, Tuan Yang Dipertua, terima kasih, assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Palong. Dan saya persilakan Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’, Timbalan Dipertua bagi Lobak ni, bila ada bincang belanjawan, ada mensuarakan bahawa perbadanan pemaju swasta dia sepanjang lebih 10 tahun ni tak sam, tak pernah dapat peruntukan, kurang dapat peruntukan dan tak ada dapat keputusan dari kerajaan. So, saya syorkan sini bahawa kami boleh berpakai ni rizab kerajaan, saya cadangan saya kalau boleh berilah 2.0 juta untuk perbadanan pemaju swasta supaya, supaya membantu

masalah-masalah yang di jumlah 67 ribu petaknya, berjumlah penduduk lebih kurang 300 lebih penduduk. Mereka yang menghadapi masalah di rumah-rumah pangsa tu, kerana rumah pangsa ni perbadanan pemaju yang 751 unit skim itu, 70% ialah kediaman. So yang ke, penduduk di rumah pangsa ni dipinggir tu, kami harap ni jasa baik dari khasnya, khususnya dari Sikamat tu berilah sedikit peruntukan sekurang-kurang 2.0 juta dari rizab tu untuk bantuan penduduk-penduduk yang tinggal di rumah pangsa itu kerana rumah pangsa ini wang dari Pusat pun kurang, kerajaan pun tak pernah kasi, COB beritau dia mohon sini, mohon sana tu, pun tak dapat peruntukan, hanya sikit dari Ahli Parlimen atau DUN, sebagai saya DUN kecik ni. Tapi wang yang ter, yang tak cukup untuk mengatasikan masalah-masalah yang penduduk tinggal di rumah pangsa.

Dato’, Timbalan Yang Dipertua, selain tu, semasa tu tahun 2020, MPS akan ber-merge dengan Nilai menjadikan bandar raya. Saya akan suarakan sini bahawa kami tahniahlah dan syabas kerana kedai-kedai yang terbiar di bandar dapat dibersihkan. So kami pun mengharap, mengharap ni Kerajaan Tempatan boleh sama jugak mengambil berat dengan rumah-rumah terbiar yang di kediaman kerana bila kami menjadi bandar raya, kalau masih ada banyak lagi rumah terbiar di, di perumahan, dia akan menjadi masalah tempatan. Masalah ini termasuk denggi ke, macam-macam, atau keselamatan di tempatan.

So last sekali, saya akan pendekkan. Saya ni akan meng-highlight-kan kerjasama antara wakil rakyat dengan PDRM. Ini satu kes yang saya peribadi tu, kerana kami sebagai wakil rakyat, kami sedia nak kerjasama dengan pihak polis. Tapi satu kes yang saya peribadi tu, bila sa, satu aduan yang si aduan dia buat aduan kepada Pejabat DUN Lobak, tapi tu yang gangguan muzik akhir sekali dia jadikan satu kes ugut, jadi yang buat aduan tu ditahan oleh polis dan akan direman dan diangkat statement. Tapi orang tua ni sakit, dia mintak rayuan melalui ADUN saya, saya call polis. Saya memanggil polis sampai, sampai yang senior tu yang OCPD, saya hanya berbual antara 4 minit saja. Saya cakap ni, jasa baik kerana orang tu sakit, rumah, isteri pun sakit. Tapi rayuan saya dan perbualan tu dia terjadi wakil rakyat mengancam pihak polis siasat kes. Dan saya dilapor kepada Bukit Aman dan disiasat bahawa Penal Code 189. So saya harap mungkin ini adalah satu salah faham antara saya, wakil rakyat dengan pihak polis. Tapi perbualan antara 4 minit itu terjadi kes macam ni. Saya cakap ni, berasa kecewa kerana sama jugak PDRM atau wakil rakyat adalah khidmat untuk rakyat, untuk penduduk khasnya di kawasan saya. Yang si aduan, OKT tu ada di kawasan saya. So saya hanya yang bersuarakan sini berharap cara-cara antara wakil rakyat dengan yang senior punya officer PDRM ni, kami boleh duduk sama-sama, sama-sama runding apa

masalah atau salah faham antara sama-sama ni, boleh turun sama duduk dan bincang. Yang sampai yang repot sampai Bukit Aman, dan sampai wakil rakyat disiasat. Saya pun harap ni, mungkin ini satu salah faham. Lagi pun, nak tambahan tu, yang OK, OKT tu, dia pun mengalami minor stroke, strok ringan di balai polis. Dan dia di-transfer ke Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya. So ini kes menimbulkan antara kerjasama wakil rakyat dengan polis amat diutamakan. So saya mengharap kerajaan atau polis tu kami sama-sama berusaha, sama usaha supaya mengutamakan kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih. Dan saya tahniahlah kerana Speaker dan Timbalan Speaker berjayakan sidang kali ini, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat, telah membuat Ucapan Penangguhan. Sekarang saya persilakan pihak kerajaan jika ingin menjawab. Pihak kerajaan?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahhirrahmanirrahim. Berhubung dengan isu sumbangan ataupun anugerah kepada pelajar-pelajar, kita menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar. Dan alhamdulillah tahun ini kita meningkat, keputusan UPSR kita telah meningkat dan kita hargai kejayaan ini merupakan satu kejayaan juga buat kerajaan, kerajaan dan rakyat Negeri Sembilan. Apa yang penting bagi kita ialah kita telah memberikan penghormatan ataupun kita beri peng, anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Untuk itu kita bagi, untuk pelajar sekolah rendah kita belum ada rancangan, belum ada tindakan untuk kita, kita berikan. Namun begitu, saya yakin PIBG dan juga pihak-pihak lain telah memberikan sumbangan-sumbangan atas kejayaan-kejayaan anak-anak kita ini.

Keduanya mengenai anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat Ijazah Kelas Pertama, kita tidak ada cadangan pun untuk mengurangkan dan kita sentiasa memberikan anak-anak kita sokongan dan dokongan. Dan ini kita tidak ada cadangan untuk kata ada pengurangan, ada jumlah tertentu, tidak ada. Keduanya mengenai, berhubung dengan pelajar-pelajar yang dapat 4.0 flat ya. Kita masih belum ada rancangan dan saya rasa kita juga tidak meraikan anak-anak yang telah mendapat kecemerlangan itu, cukuplah setakat 5,000.00 dan ramai lagi anak-anak yang memerlukan yang harus kita bantu dan yang, yang cukup cemerlang itu kita ucapkan tahniah dan kita ucapan syabas.

Dan, mengenai apa lagi, anjing liar. Itu masih di, telah dijawab. Banyak lagi perkara-perkara yang telah dijawab. Jadi saya rasa banyak yang berulang-ulang. Dan saya rasa bagi pihak kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih atas pandangan daripada pihak pembangkang dan kita harap bahawa perkara-perkara yang belum dijawab inshaa Allah kita akan mintak supaya ketua-ketua jabatan buat, bagi jawapan kepada kami untuk kita balas dalam jawapan bertulis, inshaa Allah. Terima kasih Timbalan Yang di, Yang Dipertua Dewan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertanyaan-pertanyaan berkehendakkan jawapan lisan bagi hari kelima akan diberikan jawapan secara bertulis. Sebelum saya menangguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat-Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang lebih sama-sama berjayakan persidangan kita pada kali ini. Dan saya juga ambil kesempatan ini, saya juga memang kali ini kita Dewan, walaupun 5 hari tetapi kita jalankan 4 hari, dah selesai banyak masalah. Dan walaupun saya nampak ni 3 hari ni, walaupun dari kerajaan ataupun pembangkang bertengkar, tetapi ini atas bagus kerana kita boleh share banyak masalah, dan kita belum ada baling-baling. So saya, saya, saya memang amat terima kasihlah ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat kerana walaupun kita ada sedikit salah faham ataupun sedikit masalah tetapi kita, ni 4 hari ni memang kita berjayakan persidang kali ini. Dengan ini saya, Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 6.57 petang]