Negeri Sembilan · 3 September 2020

14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting (Special: Supplementary Budget) · 514 turns · 39,243 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kedua (Khas – Belanjawan Tambahan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 4 Mei 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah diadakan pada 4 Mei 2020 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Tak ada. Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang lagi menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak

bersetuju? Yang berkecuali? Ramai yang bersetuju, maka kita terima, diterima untuk yang ni. Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[Keputusan undian: semua 18 ahli Yang Berhormat dari pihak Kerajaan yang hadir bersetuju, manakala 16 orang ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang tidak mengundi]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang Ke-14 yang telah diadakan pada 4 Mei 2020 disahkan dengan pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya, dengan rahmat dan inayahNya serta ri’ayahNya, daripadaNya jualah kita dapat mengadakan persidangan, Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Persidangan Kedua, persidangan kedua khas untuk belanjawan tambahan, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 tahun 2020.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke mesyuarat bagi Persidangan Kedua (Khas – Belanjawan Tambahan), Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu hari ini; 3 September 2020.

Pertama, saya ingin memaklumkan bahawa agenda utama bagi persidangan hari ini adalah mengenang, mengenai pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi tahun 2020 yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada 28 Ogos 2020 lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sehingga 31 Disember 2020. Sehubungan dengan itu, kita terpaksa menghadkan kehadiran jemputan hari ini, terutama kepada Ketua Jabatan, kepada, kepa, ke Persidangan kali ini. Ini bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh agensi berkaitan khususnya Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Kesihatan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Walaupun jemputan dihadkan, sesi persidangan ini masih boleh diikuti secara langsung oleh semua pihak melalui media sosial iaitu di akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu, saya suka untuk memberikan peringatan kepada semua hadirin dan, untuk sentiasa mematuhi terutamanya, mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia, dengan memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter dan kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer.

Hadirin semua, hadirin semua juga digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan sebarang aktiviti berkumpulan sama ada dalam atau di luar bangunan Dewan Undangan Negeri dengan mengelakkan, dengan mengelakkan 3S iaitu Sesak, Sempit dan Sembang dengan jarak yang dekat.

Hadirin sekalian, seperti mana lazimnya, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta taka, tatakelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan pada kali ini. Saya berharap persidangan kali ini dapat berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik dan etika sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam Dewan Yang Mulia ini.

Sekian perutusan saya dan saya sudahi dengan lafaz wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarokatuh.

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:

Pertama, Kertas Dewan Bil. 1/2020 – Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas bilangan dewan 1, Kertas Dewan Bilangan 1 Tahun 2020 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan — Laporan Ketua Audit Negara bagi Pengurusan Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2018 Siri 2; dan

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

5.2 Kedua, Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Tahun 2018.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan Penyata Kewangan adalah dibentangkan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita bermula 10:15 dan saya akan tamatkan soalan lisan ni sekitar 11:45 ya. Jadi, saya pergi kepada soalan yang, yang pertama daripada Chuah.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Salam sejahtera dan selamat pagi, Chuah ingin mengemukakan soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Chuah, soalan nombor 2.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, Program Perumahan Rakyat (PPR) Ladang Tanah Merah merupakan projek yang dibangunkan oleh Kementerian perumah, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). KPKT memaklumkan bahawa projek PPR Ladang Tanah Merah dijangka akan disiapkan pada 31 Mac 2021.

Syarat-syarat umum bagi kelayakan permohonan PPR ini adalah berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKT iaitu warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas, pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan dan pemohon belum memiliki rumah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kalau tak silap saya pertanyaan daripada Chuah ini berkenaan dengan rumah PPR yang 100 biji tu ya? Yang dekat dengan sekolah Tamil, di atas bukit. Dato’ Dipertua kalau saya mohon supaya diberikan pencerahan di sini, asal penubuhan ataupun pembinaan sekolah tersebut adalah untuk kita menunaikan janji yang lama dijanji, banyak, lama. Maka telah pun dibuat, malangnya disebabkan oleh pertukaran kerajaan, ada

kelewatan dan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Bahau tadi, akan disiapkan 2021. Tetapi kalau apa yang disebut tadi bahawa ia dibukak kepada semua, saya ingin mencelah sikit Dato’ Yang Dipertua, bahawa tujuan membina rumah tersebut dulu adalah untuk kita memberikan peluang pekerja-pekerja estet di situ, pekerja estet di situ yang terpaksa keluar daripada estet kerana estet tidak lagi mengguna pakai tenaga mereka. Itu telah pun diketahui umum oleh masyarakat di situ. Saya mintak supaya pihak kerajaan berhati-hati kerana ini adalah merupakan suatu projek yang dibina khusus untuk pekerja estet di situ sahaja. Takut nanti kalau dibuat saringan begitu rupa, ramai orang luar yang akan datang mintak dan akhirnya penduduk di tempat itu tercicir dan tidak mendapat tempat sepertimana yang diharap-harapkan oleh mereka selama ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih ya maklumat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Rantau. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Rantau, sebenarnya apa yang dilaksanakan pihak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, sudah tentunya kita akan pastikan mereka yang layak akan dapat memiliki rumah PPR ini. Dan sudah tentunya keutamaan akan diberi kepada mereka yang tinggal di estet tersebut. Jadi Yang Berhormat Rantau, saya rasa tak perlu bimbang dalam perkara perumahan untuk mereka yang memerlukan, sudah tentunya bagi pihak Kerajaan Pakatan Harapan dan juga pihak apa, Yang Berhormat Rantau, sudah tentunya kita bersama. Kita nak memastikan mereka yang layak mendapat rumah tersebut. Jadi, tak timbul masalah, kita tidak akan memberikan kepada mereka. Dan sudah tentunya keutamaan akan diberikan kepada mereka yang tinggal di estet. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Kita pergi kepada soalan berikutnya.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Chuah ada pertanyaan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Satu ya.

Tuan Yek Diew ChingPKR · PHChuah

Ya. Bila dan siapa akan buat saringan cabutan untuk pekerja ladang yang berlayak? Dan adakah semua pekerja di Ladang Tanah Merah itu pun berlayak, jadi operator mesin, kakitangan dan jugak pengurusan ataupun hanya untuk pekerja ladang sahaja?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Chuah. Hari ni norma baharu, Yang Berhormat Chuah jugak duduk agak jauh, okay. Saya rasa yang paling penting kita perlu memastikan segala usaha ketika membuat pengundian itu ataupun saringan tersebut, kita akan membuat secara transparent di mana kita akan memastikan bahawa mereka yang layak itu mengikut syarat yang saya sebutkan tadi, dan sudah tentunya kita akan memberi keutamaan kepada mereka yang tinggal di estet tersebut.

Dan saya jugak mengalu-alukanlah kalau Yang Berhormat Chuah mempunyai apa-apa cadangan yang boleh, yang membolehkan kita membuat saringan dengan lebih baik, saya rasa kita sentiasa menerima cadangan daripada pihak Yang Berhormat Chuah dan juga pihak di sebelah sini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Boleh tak kalau pihak Kerajaan mengadakan satu sistem di mana dibira, diberikan kuota khusus seperti mana yang diadakan di kawasan Seliau, Guthrie tersebut, kita berikan kuota khusus 90% daripada jumlah rumah di situ khusus untuk pekerja di situ tak kiralah dia operator mesin ataupun ladang. Dan kita bagi peluang jugak 10% kepada orang yang benar-benar layak daripada kawasan berhampiran. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Sudah tentunyalah kita akan mengambil, mengambil tindakan yang sewajarnya dan memastikan mereka yang layak mendapat rumah tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kita pergi kepada soalan berikutnya, Yang Berhormat Rantau.

[bercakap secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Ya, nombor 1 ya. Silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau di atas persoalan berkaitan pembangunan di Negeri Sembilan khususnya di kawasan MVV 2.0.

Dato’ Yang Dipertua, menyentuh hasil, anggaran hasil yang dapat dikutip oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk tempoh 5 tahun bermula tahun 2018, iaitu tahun pertama Pakatan Harapan mentadbir sehingga tahun 2023, iaitu tahun berakhirnya penggal setelah PRU yang ke-14. Alhamdulillah, kita amat bersyukur kepada Allah, prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan amat memberangsangkan. Untuk tahun 2018, kutipan sebenar yang diterima oleh Kerajaan Negeri Sembilan berjumlah 421,184,397.26 berbanding unjuran yang bernilai 412 juta ringgit. Untuk tahun 2019, kutipan sebenar yang berjaya dikutip oleh Kerajaan Negeri Sembilan berjumlah 556,444,257.75 berbanding unjuran yang hanya bernilai 430 juta ringgit. Daerah Seremban dan Port Dickson, yang merupakan kawasan pembangunan MVV 2.0 adalah antara penyumbang utama kepada angka ini.

Kerajaan Negeri Sembilan berjaya merekod sejarah baru kerana untuk pertama kalinya kita memperolehi pendapatan melebihi 500 juta ringgit. Untuk rekod, prestasi pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan rata-rata di bawah 400 juta ringgit sebelum ini, kecuali pada tahun 2017, di mana hasil kutipan Kerajaan Negeri Sembilan berjumlah 413.46 juta ringgit, dan itupun kerana tambahan pemberian sumbangan 10 juta ringgit daripada Kerajaan Persekutuan.

Menganalisa pencapaian cemerlang 2019, Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya memperolehi pendapatan sebenar 29.4% jauh lebih tinggi berbanding unjuran yang berjumlah 430 juta ringgit. Kejayaan ini disumbang umumnya kerana peningkatan …..

Dato’ Dipertua, mintak mohon, saya bertanya soalan yang very straight forward, soalan yang saya nak tahu status

pembangunan wilayah Malaysia Vision Valley, bukan hasil kerajaan. Hasil kerajaan tu memang kita jangkakan begitu. Saya nak tahu sejauh mana …..

Yang Berhormat Rantau …..

….. apakah dia mengikut perancangan ataupun di mana sekarang dan juga apa peratusannya. Itu saja saya nak tahu.

Yang Berhormat Rantau, soalan yang diberi ialah pertama; berapakah anggaran hasil yang dapat dikutip untuk tempoh 5 tahun mulai 2018 hingga 2023. Soalan yang kedua ialah, itu yang, yang akan saya jawab selepas ini; apakah status inisiatif-inisiatif khas di wilayah MVV bagi tahun 2018 hingga 2020 dan perancangan bagi tahun 2021 hingga 2023. Saya boleh berhenti, tapi soalan yang jawab, yang saya jawab ini merujuk kepada soalan yang pertama ya. Jadi sebab itu ianya adalah, dan saya akan jawab untuk soalan kedua selepas daripada itu. Jadi saya teruskan untuk penjelasan ya kerana ini adalah kejayaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan, ya. Dan kita patut tahu apa yang berlaku ya.

Untuk makluman ya, jumlah pelaburan meningkat amat ketara semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan berbanding pada tahun-tahun sebelum itu. Ini memang jelas ya. Untuk rekod, jumlah pelaburan utama 3 sektor utama khususnya berkaitan perkilangan, sektor utama dan perkhidmatan terpilih yang dilaporkan oleh MIDA untuk Negeri Sembilan adalah seperti berikut: 2017 – 1.41 bilion ringgit, 2018 – meningkat kepada 2.86 bilion ringgit dan 2019 – terus meningkat kepada 3.68 bilion ringgit.

MIDA juga melaporkan, jumlah sebenar pelaburan ke Negeri Sembilan setelah mengambil kira kesemua sektor termasuk 3 sektor utama ya, dan merangkumi hartanah, utiliti, perdagangan, pengedaran, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain, jumlah sebenar pelaburan ke Negeri Sembilan untuk tahun 2019 bernilai 6.96 bilion ringgit. Untuk tahun ini, iaitu tahun 2020, seluruh dunia di mana negara kita tidak terkecuali, kita dilanda dengan pandemik Covid-19, yang memberi kesan ketara kepada ekonomi negara. Namun demikian, jika keadaan mengizinkan, insya-Allah, kita masih berusaha untuk mencapai sasaran 5 bilion ringgit untuk unjuran pelaburan bagi 3 sektor utama di Negeri Sembilan. Dalam kaedah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang masih

berjalan, dan suasana ini amat menyukarkan usaha-usaha untuk kita membawa pelaburan masuk tetapi dengan komitmen dan usaha gigih yang dilakukan oleh semua agensi-agensi Kerajaan Negeri, untuk membawa pelaburan ke Negeri Sembilan, insya-Allah, sasaran 5 bilion ringgit ini bukanlah satu perkara mustahil untuk kita capai.

Justeru itu, untuk anggaran hasil pendapatan untuk tahun 2020 hinggga 2023, untuk Kerajaan Negeri Sembilan, kita membuat unjuran konservatif untuk anggaran pendapatan Kerajaan Ngeri Sembilan sepanjang tempoh sehingga 2023. Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan anggaran hasil bagi tahun 2020 adalah sebanyak 457 juta ringgit meningkat 6.28% berbanding tahun 2019 yang diunjurkan 430 juta ringgit. Bagi tahun 2021 hingga 2023 anggaran hasil dijangka akan meningkat dalam lingkungan 4 – 6%. Namun, jangkaan kita, nilai pendapatan Kerajaan Negeri akan meningkat jauh lebih tinggi berdasarkan kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah MVV 2.0 yang telah bermula dengan pembinaan beberapa kawasan industri baru serta lain-lain projek dalam perancangan Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menjawab soalan yang kedua, yang mengunjurkan, yang ditanya oleh Yang Berhormat Rantau sebentar tadi, ialah apakah status inisiatif-ini, apakah inisiatif-inisiatif ya. Menyentuh persoalan inisiatif-inisiatif ya, di bawah wilayah MVV 2.0, pertama sekali, untuk makluman ahli-ahli Dewan yang mulia ini, wilayah MVV 2.0 merangkumi keseluruhan kawasan Seremban dan Port Dickson. Untuk memastikan pelaburan secara terancang, Perbadanan Negeri Sembilan yang diberi amanah untuk membangunkan ekonomi di Negeri Sembilan, khususnya di wilayah MVV 2.0 merangka Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Economy Master Plan. Pelan Induk Pembangunan Ekonomi ini merangkumi pembangunan sehingga tempoh 25 tahun iaitu sehingga tahun 2045 dan ianya amat penting kerana kita ingin memastikan pembangunan secara terancang dan teratur. Kita mahu memastikan setiap pelaburan akan membawa aktiviti ekonomi yang akan membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan khususnya kepada rakyat Negeri Sembilan. Kita juga mahu memastikan pelaburan yang memasuki Negeri Sembilan adalah sektor industri berteknologi tinggi yang memerlukan pekerja-pekerja yang berilmu dan berkemahiran, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, knowledged and skilled workers. Kita tidak lagi berminat untuk sektor perindustrian yang memerlukan pekerja tidak mahir yang ramai, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, insentif, labour intensive, atau industri yang mencemarkan alam sekitar. Usaha ini adalah untuk memastikan kita berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat di Negeri Sembilan

khususnya. Kita juga ingin memastikan usaha-usaha diambil untuk setiap pelaburan yang dibawa masuk bukan hanya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada rakyat di Negeri Sembilan.

Justeru itu sebagai contoh, baru-baru ini apabila kita memberi kelulusan kepada sebuah syarikat dalam sektor elektrikal dan elektronik yang mahu melabur sebanyak USD350 juta ataupun sekitar 1.5 bilion ringgit, kita telah mendapat kerjasama daripada pelabur berkenaan untuk memastikan kontraktor-kontraktor di Negeri Sembilan diberi peluang untuk sama-sama terbabit termasuk untuk pembinaan kilang berkenaan.

Dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan di wilayah MVV 2.0, Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan membahagikan kepada 4 parcel pembangunan. Pertama; Parcel A ya. Pembangunan kawasan per, ber, perindustrian berteknologi tinggi ya, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Hightech Industrial Park iaitu merangkumi kawasan seluas 2,838 ekar. Untuk makluman ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kedudukan kawasan Parcel A ini terletak di antara unjuran, jajaran Lebuh Raya Utara Selatan selepas Nilai sehinggalah ke Seremban ya, yang berada di kiri kanan ya. Pemaju utama; Sime Darby Property Berhad sedang dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan pembangunan dan pelan Kebenaran Merancang dijangka akan dikemukakan untuk kelulusan dalam tempoh terdekat ini. Dijangka kerja-kerja tanah di sektor Hamilton ya, dalam Parcel A akan bermula menjelang suku pertama 2021. Dalam pada masa itu, Sime Darby Property juga telah melancarkan pembangunan XME Business Park di Nilai Impian pada 4 Februari 2020 yang lalu.

Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua; Parcel B. Pembangunan NS, Bandar Pintar NS dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Smart City iaitu merangkumi kawasan seluas 8,796 ekar di Labu. Kita telah menyiapkan pelan untuk merangkumi juga pembangunan bandar TOD, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, Transit Oriented Development. Perkhidmatan HSR, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, High Speed Rail akan melalui kawasan ini. Dan sebuah stesen untuk keretapi dengan kelajuan 320km/sejam akan dibina di kawasan ini. Pembangunan besar TOD akan memangkinkan pembangunan ekonomi di kawasan ini kerana tempoh perjalanan dari Labu ke Kuala Lumpur dan dari Labu ke Singapura akan menjadi sangat singkat. Perbadanan Negeri Sembilan juga merangka untuk mengembangkan Halal Industrial Hub, dengan izin Yang di, Dato’ Yang Dipertua, di dalam Parcel B ini iaitu yang bersebelahan dengan kawasan perindustrian Enstek. TH Properties secara dasarnya juga telah bersetuju untuk membangunkan kawasan

seluas 620 ekar iaitu Techpark @ Enstek Fasa 3 kerana hampir kesemua kawasan perindustrian sedia ada telah habis dijual.

Untuk industri halal yang pesat membangun di kawasan perindu, perindustrian Enstek ini, akan terus disambung untuk sekitar 1,000 ekar tambahan lagi di sebelah kawasan yang sedia ada di dalam Parcel B yang luas keseluruhannya berjumlah 8,796 ekar. Selain perindustrian halal, dalam bidang pemakanan dan minuman, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, food & beverages, kita juga mengusahakan per, perindustrian halal dalam sektor kosmetik dan pharmaceutical. Parcel B jugak akan mengandungi pembangunan yang merangkumi dengan izin Dato’ Yang Dipertua, medical tourism & wellness, medical manufacturing, sciencetech park & cybercity, digital free trade zone dan pelbagai lagi. Kita juga merangka pembangunan kawasan perumahan di dalam Parcel B yang merangkumi sekitar kawasan seluas 3,500 ekar dalam usaha menyokong pembangunan di Parcel A dan di Parcel B.

Dato’ Yang Dipertua, dalam usaha untuk kita memastikan membantu rakyat khususnya graduan-graduan muda yang sukar untuk membeli rumah dengan harga yang cukup tinggi ketika ini, kerajaan Negeri akan memastikan dasar Perumahan Kerajaan Negeri Sembilan dilaksanakan iaitu memaju, pemaju menyediakan 50% daripada keseluruhan pembinaan perumahan mestilah berstatus rumah mampu milik. Dalam kategori ini, 20% mestilah rumah jenis kategori Type A yang bernilai 80 ringgit ya, dengan keadaan rumah yang masih lagi selesa, 20 kaki x 60 kaki. Manakala 15% lagi adalah rumah mampu milik kategori B ya, yang bernilai 250 ribu ringgit dan untuk 15% lagi adalah rumah mampu milik yang berharga 400 ribu ringgit ya. Bakinya 50% kita pulangkan kepada pemaju untuk rumah bagaimana untuk mereka bina.

Dato’ Yang Dipertua, rumah mampu milik kategori A yang dibina mestilah selesa dengan keluasan minima 20x60 kaki dengan nilai harga maksima hanya 80 ribu ringgit untuk setiap unit rumah mampu milik. Jika kesemua projek perumahan di Parcel A, B dan C dapat dilaksanakan dalam kawasan MVV 2.0, kita menjangka akan dapat menewar, menawarkan minima 10,000 rumah mampu milik kategori A di wilayah MVV 2.0.

Yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, Parcel C, Lembah Aero Angkasa NS, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Aerospace Valley dan Hab Logistik Asia Pasifik, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, Asia Pacific Logistic Hub. Usaha kita untuk membangunkan kawasan seluas 16,000 ekar ini mendapat sokongan yang amat menggalakkan daripada pelabur-pelabur yang berpotensi. Walaupun kita mengetahui industri aero angkasa hampir lumpuh akibat permasalahan Covid-19, tetapi kita

berkeyakinan ianya akan pulih semula dalam tempoh maksima 3 tahun yang akan datang. Penggunaan perjalanan udara akan kembali pulih dan penggunaannya akan semakin meningkat apabila vaksin untuk Covid-19 ditemui dan permasalahan penyakit ini dapat diselesaikan sepenuhnya. Kita perlu merebut peluang untuk membawa industri aero angkasa ke negara kita kerana kita, jika kita tidak berbuat demikian, sudah pasti negara-negara bersekitar seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam akan merangkul peluang untuk mengetuai industri aero angkasa yang amat berpotensi. Ini kerana kajian yang dibuat oleh Airbus, hampir 50% daripada permintaan untuk kapal terbang baru akan tertumpu di Asia Pasifik dan Asia.

Justeru, keperluan untuk penambahan FAL, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, Final Assembly Line ya, untuk pembuatan kapal terbang akan tertumpu, akan tertumpu di kawasan ini, akan tertumpu di kawasan ini. Kita perlu memanafaatkan lokasi yang strategik yang kita ada dalam Parcel C, di dalam kawasan MVV 2.0 yang mempunyai hubungan darat, udara dan laut yang sangat teratur untuk kita membangunkan NS Aerospace Valley. Lokasi yang strategik dalam Parcel C ini membolehkan kita juga mengetuai di Asia Pasifik sebagai hab logistik utama dunia.

Perniagaan di masa akan datang akan banyak tergantung kepada perniagaan di atas talian di mana secara beransur-ansur premis perniagaan seperti kompleks membeli belah akan menguncup ya. Keadaan ini akan membawa kepada keperluan kewujudan hab logistik yang menjadi pengkalan pengumpulan dan pengedaran produk dan kita berhasrat untuk memajukan sebahagian daripada Parcel C yang merangkumi sebahagian Tanah Merah, Lukut dan Port Dickson sebagai Hab Logistik Asia Pasifik.

Yang keempat, Dato’ Yang Dipertua; Parcel D, Industri Maritim, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, Maritime Industry ya. Dalam usaha untuk membangunkan pembangunan di Parcel C, kita memerlukan perkhidmatan maritim yang kukuh dan Negeri Sembilan juga perlu memanafaatkan Selat Melaka yang menjadi salah satu daripada laluan paling sibuk di dunia, di mana hampir 100 ribu buah kapal, ya, kapal induk, atau dengan izin Dato’ Yang Dipertua, mother vessel melalui di Selat Melaka ya.

Dato’ Yang Dipertua, jika duduk ya, di tepi pantai Port Dickson sekarang ini dan memandang ke laut, kita akan melihat puluhan kapal dagang luar berlabuh atau istilahnya parkir di lautan kita. Untuk selama ini, oleh kerana kita tidak membuat peraturan parkir atau istilah maritimnya, laid-up kapal-kapal dagang antarabangsa ini parkir

pertuma, secara percuma di lautan kita. Untuk sekian lama kita telah kerugian jutaan ringgit ya, kerana kita tidak mengenakan caj parkir kepada mereka. Justeru dalam usaha me, industri maritim kita, ini adalah di antara usaha awal yang akan kita laksanakan.

Dato’ Yang Dipertua, dalam usaha melaksanakan Pelan Pembangunan Induk Ekonomi Negeri Sembilan, kita telah berusaha beberapa langkah tambahan. Di antaranya, pendekatan mesra perniagaan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, business friendly approach. Dalam konteks ini agensi kerajaan seperti NSIC (Negeri Sembilan Investment Centre) akan bertindak proaktif untuk menarik pelabur dan memudahcara untuk memastikan pelabur-pelabur tertarik untuk melabur di Negeri Sembilan. Yang kedua, peringkatan, peningkatan kualiti pendidikan khususnya TVET dalam misi menarik pelabur. Antara soalan awal yang ditanya oleh pelabur-pelabur ialah kemampuan kita untuk menyediakan tenaga-tenaga kerja yang berkemahiran yang mencukupi. Sejajar dengan usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur, pelabur-pelabur berteknologi tinggi, kita perlu berusaha untuk menyiapkan rakyat khususnya generasi muda dengan ilmu dan kemahiran.

Yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, penyediaan kawasan perindustrian yang cost effective, dengan izin yang, Dato’ Yang Dipertua. Untuk memastikan kita berjaya menarik pelabur-pelabur, kita perlu memastikan mereka boleh menjalankan operasi dengan kos yang menarik. Sebagai contoh, agak memeranjatkan, jika kita melihat harga kos gas ya, di Malaysia, harga kos industri ya, untuk gas yang lebih mahal berbanding dengan Singapura. Justeru itu, kita harus melihat kaedah, cara dan kaedah bagaimana kita boleh memastikan kawasan perindustrian yang ingin kita bangunkan sebagai kawasan yang cost effective untuk membolehkan para pelabur tertarik untuk melabur ke Negeri Sembilan.

Insya-Allah jika tiada sebarang permasalahan, tiada sebarang permasalahan, Kerajaan Negeri Sembilan akan melancarkan Tahun Melabur Negeri Sembilan 2021 dengan izin Dato’ Yang Dipertua, NS Industrial 2021 pada 12 November 2020. Kita akan mempamerkan Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan bukan hanya untuk wilayah MVV 2.0, tapi keseluruhan pelan pembangunan di Negeri Sembilan dalam usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur dalam, yang, mahupun luar negara ke Negeri Sembilan. Kita juga akan mengumumkan pakej tawaran pelaburan pada hari yang berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. You nak ada apa…..

Saya nak mintak kepada pencerahan, soalan tambahan. Terima kasih di atas penerangan oleh Ampangan berkenaan dengan status Malaysia Vision Valley yang nampaknya diteruskan seperti apa yang nak dibuat ter, pada masa ketika itu, walaupun tukar nama kepada Malaysia Vision Valley 2.0, khususnya berkenaan dengan kawasan transport oriented development, TOD tersebut. Itu penting Dato’ Dipertua, untuk kita menyelesaikan masalah lalu lintas di Lembah Klang sebab Seremban dah menjadi sebahagian daripada Lembah Klang.

Pertanyaan saya, apakah, Dato’ Dipertua, saya nak tahu dalam kita punya blue print tu dulu ada dikhaskan kawasan lapang, central park seluas 1,000 ekar, tidak jauh ataupun bersebelahan dengan TOD tersebut. Kerana tadi disebut oleh Yang Berhormat Ampangan bahawa di kawasan industri 2,000 lebih ekar tersebut memang betul dalam perancangan, tapi sekarang dah ada kawasan baru yang disebut sampai 16,000 ekar. Kerana kalau itu, nampaknya kawasan tanah lapang, central park of Negeri Sembilan, ataupun Seremban tersebut nampaknya tidak akan ada tempat lagi untuk diadakan di situ. Central park ni penting kerana dia sebagai satu kawasan yang memberi nafas, kawasan hijau, Dato’ Yang Dipertua, tempat untuk kita, di Lembah Klang dah tak ada lagi kawasan hijau. Itu sebabnya kawasan Galla, Bukit Galla ini dan berterusan.

Konsep Malaysia Vision Valley ini dulu Dato’ Yang Dipertua, ialah from the mountain to the sea. Daripada gunung, daripada Bukit Galla, terus sampai ke, ke laut dan dia akan bersambung dengan kawasan hijau dan kawasan lapang untuk penduduk di kawasan seremban.

Berkenaan dengan pendapatan tersebut, itu memang dirancang bahawa Malaysia Vision Valley menjadi penjana kepada income, pendapatan Negeri Sembilan 2015 – 2045, sehingga kita boleh mencapai pendapatan 1.0 bilion ringgit sebagai hasil kita Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau di atas persoalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, apabila kita menerima MVV yang lebih awal, sebenarnya tidak ada banyak yang kita lihat ya, cuma pembangunan dirangka untuk Parcel A iaitu di kawasan yang ni, seluas 2,838 ekar. Manakala di Parcel B dan Parcel C, dan juga Parcel D untuk industri maritim tidak pernah disebut secara terperinci di dalam

perancangan yang awal. Sebab itu, kita mengubah ya, dasar ya, kita melihat bagaimana untuk memastikan ya, pembangunan dapat dibangunkan secara terancang, teratur dan tersusun ya, di seluruh pembangunan di kawasan Seremban dan Port Dickson.

Dan memang benar, kita akan memastikan pembangunan di kawasan TOD ya. TOD, ini konsepnya ialah di mana dengan stesen yang ada, perjalanan maknanya, orang ramai dia perlu jalan kaki saja dalam tempoh 15 minit saja dia boleh sampai ke station. Ini memang kita nak bangunkan dan, dan kedudukannya sangat cantik dan baik ini akan kita teruskan ya.

Merujuk tentang persoalan tentang central park. Memang dalam dasar kita, dan insya-Allah Yang Berhormat Rantau boleh jugak jumpa saya dan saya boleh tunjukkan pelan pembangunan keseluruhan. Memang kita ada central park ya, yang kita nak memastikan semua course pembangunan baru dalam kawasan ini mestilah mempu, me, mem, memaklumi kawasan green ya, ataupun kawasan hijau ya. Ini penting kerana kita ingin memastikan kawasan ini adalah kawasan yang, dengan dikata, yang, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, conducive to work and conducive to stay. Sebab itu kesemua pelan pembangunan untuk central park itu telah ada. Termasuk juga di Parcel C ya, dan juga di Parcel D ya. Dengan sebab itu kita mengharapkan bahawa untuk memastikan pembangunan yang dibawa ini akan memberi satu keadaan yang baru, sebab itu kita guna istilah, smart city ya. Smart city kerana kita memastikan kawasan ini benar-benar tempat yang selesa untuk rakyat hidup di kawasan ini ya.

Inilah, dan saya juga nak menambah, dalam kita ghairah untuk membawa pembangunan, kita tidak melupai rakyat yang sedang susah untuk mendapat rumah, yang harga rumah terlampau tinggi. Sebab itu Kita akan melaksanakan dasar perumahan Kerajaan Negeri Sembilan, di mana rumah mampu milik akan diberi penekanan dalam perancangan pembangunan di kawasan MVV 2.0. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Ampangan. Saya amat gembira bila mendengar Kerajaan Negeri Sembilan akan meneruskan rancangan central park. Tapi jangan kita berkompromi dengan jumlah keluasan 1,000 ekar itu kerana jika tidak, pihak pemaju akan memecahkan kawasan-kawasan tersebut kepada kawasan-kawasan yang kecil Dato’ Yang Dipertua. Dan jugak dalam perancangan awal, di kawasan sekitar tersebut, lebih kurang 1,000 ekar telah pun kita mintak dulu daripada pemaju supaya diadakan khusus untuk kawasan rumah mampu milik.

Jadi, saya harap supaya pihak Kerajaan Negeri Sembilan sama ada ini masih lagi di dalam perancangan ataupun, takut nanti ditukar pelan induk tersebut dan pemaju akan memaksimakan keuntungan mereka terutamanya memperkecilkan kawasan central park. Kalau negara lain boleh bangga dengan dia punya high park, regions park, Central Park Paris, Central Park New York, kita jugak nanti boleh berbangga, kita mempunyai 1,000 ekar kawasan lapang bersebelahan dengan TOD yang, yang telah pun dirancang dan diteruskan. Terima kasih.

Saya amat gembira kalau Yang Berhormat Rantau boleh berjumpa saya, saya boleh menunjukkan pelan induk pembangunan ya, kerana memang kita sangat berhati-hati untuk memastikan bahawa kawasan ini kawasan yang kondusif untuk masyarakat tinggal. Ini berkaitan tentang central park jangan bimbang, kita memang me, memerlukan kawasan ini ya. Dan kita juga nak memastikan kawasan yang sangat strategik, bukan di kawasan yang terpinggir ya, di kawasan yang di mana central park kawasannya adalah central park, maknanya di kawasan yang cukup strategik ya. Sebab itu dalam kaedah pembangunan kita jugak akan melihat bagaimana kesemua pemaju akan ber, dia kata apa, akan sama-sama bergabung untuk membayar kos pembinaan untuk central park yang berkenaan.

Untuk rumah mampu milik, seperti yang saya jelaskan tadi, insya-Allah dengan pembangunan di bawah yang kita rangka kita, untuk rumah Type A, rumah Type A ini bernilai 80 ribu ringgit. Kita menjangka tidak kurang daripada 10,000 rumah mampu milik akan dapat dibina dalam kawasan ini jika kita berjaya menyiapkan semua perancangan perumahan di kawasan di Parcel A, Parcel B dan Parcel C. Ini hanya Type A, 80 ribu, tak campur lagi yang Type B dan Type C. Sebab itu, insya-Allah, maknanya kita sangat prihatin untuk memastikan permasalahan rakyat tentang rumah ini menjadi perhatian kita. Sebab itu kita akan memastikan melaksanakan ya, dan malahan pelaksanaan kita dia akan tak berbeza, kalau dulu 15% untuk Type A ya, 20, sekarang ini 20% untuk Type A, 15% untuk Type B dan 15% untuk Type C. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Siapa ni?

Linggi, Linggi. Soalan tambahan, satu saja, ringkas.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Ya, saya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Setelah mendengar jawapan berkenaan dengan MVV 2.0, Parcel A, B, C dan D. Saya mohon bertanya kepada pihak kerajaan, kerana di bawah MVV yang asal, kawasan DUN Linggi ini dimasukkan dalam kawasan MVV, di bawah klaster eko pelancongan dan agro pelancongan. Jadi saya nak, saya nak tanya …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan dia?

….. sama ada MVV 2.0 ini masih lagi mengekalkan klaster tersebut dan sama ada kawasan Linggi ini masih termasuk dalam wilayah MVV ini. Dan jika ada apakah perancangan yang di, sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan? Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Nak jawab ya?

Terima kasih di atas soalan tambahan berkenaan. Seperti yang saya sebut sebentar tadi, keseluruhan pembangunan di kawasan MVV 2.0 merangkumi kawasan Seremban ya, di Seremban juga termasuk Nilai dan di Port Dickson ya. Dan Linggi adalah sebahagian daripada kawasan Port Dickson ya. Cuma, pembangunan itu dibuat secara peringkat berperingkat ya, sebab keseluruhan kawasan malahan di bawah kawasan yang berhampiran Linggi, kita masih ada lagi simpanan tanah sekitar 42 ribu ekar, yang insya-Allah kita juga, tetapi kita juga harus bersifat realistik dari segi pembangunan ya, sebab, kita ingin memastikan perancangan ini kita buat dari segi pelan induk ini merangkumi perancangan sekarang sehingga 2025, maknanya 25 tahun. Jadi insya-Allah kita jugak akan ambil kira pembangunan di kawasan yang di bahagian bawah, selain daripada Parcel A, Parcel B, Parcel C dan Parcel D yang saya sebut sebentar tadi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya ingat kita pergi soalan lain, pasal panjang ni ya. Kita pergi kepada Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Soalan ketiga? Soalan nombor berapa? Pertama, okay, okay.

Dato’ Yang Dipertua, pada asalnya, projek perumahan yang akan dibangunkan di Ladang Kirby, Labu adalah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Selepas bulan Mei tahun 2018, Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan pembangunan PPR tersebut dan beberapa siri perbincangan telah dilaksanakan bersama KPKT untuk memastikan projek tersebut dapat dilaksanakan.

Namun, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh KPKT bahawa projek-projek baru PPR akan berkonsepkan sewa sahaja dan bukan sewa beli. Perubahan konsep ini tidak selari dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat 44 orang bekas pekerja ladang di kawasan perumahan tersebut memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, tanggungjawab pembangunan perumahan di Ladang Kirby telah diambil alih oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau MBI. MBI akan membangunkan rumah mampu milik dalam kawasan tersebut iaitu 100 unit rumah mampu milik Type A berharga 80 ribu ringgit dan 112 unit rumah Type C. Dan 44 orang bekas pekerja ladang tersebut akan diberikan rumah Type A tersebut.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberikan subsidi atau diskaun khas bagi pembelian rumah tersebut kepada bekas pekerja ladang tersebut. Pemilikan perumahan pula akan dilaksanakan melalui kaedah pinjaman perumahan biasa bagi bekas pekerja ladang yang layak atau rent to own di bawah Kerajaan Negeri Sembilan. Dan satu majlis menandatangani dokumen perjanjian di antara MBI dengan Syarikat New Times Development Sdn. Bhd. telah disempurnakan pada 21 Ogos 2020 untuk membangunkan 212 buah rumah mampu milik jenis A dan C di atas 7 lot tanah milik MBI seluas 16.57 ekar di Ladang Kirby, Mukim Labu. Dan pada masa ini, MBI di peringkat akhir bagi memuktamadkan Kebenaran Merancang bagi projek tersebut.

Saya juga ingin memaklumkan berkaitan dengan soalan kedua iaitu tapak kuil sedia ada seluas lebih kurang 1 ekar akan dikekalkan di tempat yang sama. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya terus pergi ke soalan yang keempat, Kota.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Oh soalan? Satu soalan saja?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya, sebelum saya mahu terima kasih kepada bekas Kerajaan Negeri sebab mereka ada satu tanah yang tepi di Ladang Kirby. Terima kasihlah. Tapi kita tak boleh lupa Kerajaan PH, tak boleh lupa, kita mahu ucapan ribuan terima kasih. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan PH Negeri Sembilan, perumahan Ladang Kirby Labu sebab kira satu ekar berikan oleh kuil tanah, lagi 44 pekerja-pekerja bekas di Ladang Kirby, mahu, saya mahu terima kasih, haa okay. Soalan, soalan tambahan. Saya mahu cakap baik sikit. Okay. Ada.

Sebelum, keliling di Ladang Kirby, ada banyak ladang, pekerja-pekerja memang mereka tak mampu beli rumah, bolehkah mereka mohon di Ladang Kirby, satu. Dua; lebih kurang 12 orang tinggal di tanah rizab atau orang Melayu lebih kurang 100 tahun lebih mereka sudah tinggal sana, mereka boleh mohon rumah ini. Kira, lagi satu, pekerja-pekerja bekas di Ladang Kirby, mereka ada tinggal di taman-taman, memang mereka duduk sewa. Mereka boleh mohon di perumahan di Ladang Kirby. Itulah Dato’ Yang , Dato’ Yang Speaker, soalan tambahan saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Ya betul, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya, memang beberapa lagi pekerja-pekerja ladang yang tinggal di beberapa perladangan di kawasan sekitar Ladang Kirby ataupun di Labu. So, sepertimana yang tadi dinyatakan oleh Yang Berhormat Bahau, untuk pemilikan ataupun pembelian rumah-rumah Type A ini mempunyai syarat-syarat seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Bahau. Oleh itu, jika bekas ataupun pekerja-pekerja ladang yang tinggal di kawasan-kawasan berhampiran di, masih di ladang dan belum memiliki rumah, so mereka pun boleh mohon tetapi akan dipertimbangkan mengikut permohonan yang dikemukakan nanti kerana kalau mengikut perancangan, 44 unit rumah

dikhaskan kepada bekas pekerja ladang yang telah pun mempunyai senarai nama dan masih mempunyai baki 56 unit rumah Type A yang boleh dimohon dan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri kelak. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya pergi kepada soalan berikutnya, Kota. YB Kota, kalau boleh dekat kat mic sikitlah pasal dia orang cakap tak berapa dengar. Pegang.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Rotan di Pabai, Pabai.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN. YB ADUN Kota, berkenaan rotan Pabai. Kawasan Kampung Orang Asli Pabai berada di tengah-tengah di antara 4 Hutan Simpan Kekal iaitu Hutan Simpan Angsi, Hutan Simpan Senaling Inas, Hutan Simpan Gunung Tampin dan Hutan Simpan Johol. 3 Hutan Simpan Kekal tersebut berstatus Hutan Pengeluaran manakala Hutan Simpan Gunung Tampin merupakan Hutan Tadahan Air. Pengambilan rotan oleh penduduk Orang Asli Pabai adalah daripada 4 Hutan Simpan Kekal tersebut.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pengambilan rotan atau hasil hutan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal tanpa kelulusan atau kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan adalah satu aktiviti pengambilan hutan, hasil hutan secara haram dan menyalahi Akta Perhutanan Negara 1984, Seksyen 15 yang menyatakan bahawa larangan mengambil hasil hutan dari Hutan Simpanan Kekal atau tanah kerajaan melainkan jika dilesenkan. Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi 500 ribu ringgit dan penjara selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun.

Polisi Kerajaan Negeri Sembilan pada masa ini telah menetapkan bahawa pengambilan hasil hutan sama ada pembalakan atau hasil hutan lain adalah melalui tender terbuka. Sehubungan dengan itu, pengambilan rotan bagi tujuan komersial adalah melalui tender terbuka yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya teruskan ke soalan berikutnya, Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, untuk soalan ADUN Mambau, berhubung dengan pemberian hakmilik tanah kekal Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah memulakan penerimaan bagi permohonan pelaksanaan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus bagi tempoh, tanah-tanah yang berstatus Kediaman. Sehingga 12 Ogos 2020 sebanyak 85 pemohon telah diterima di Pejabat Tanah Seremban dan sehingga kini 6 pemohon yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Majlis penyampaian surat kelulusan dan Notis 5A bagi bayaran premium kepada 4 pemohon telah diadakan pada 5 Ogos 2020.

Baki pemohon yang masih dalam status penyediaan kertas di peringkat Pejabat Tanah Seremban untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri adalah sebanyak 79 pemohon. Keme, kesemua pemohon ini adalah di kawasan DUN Paroi dan DUN Ampangan. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, kita seterusnya, apa, tambahan?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Satu ya.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ya, Mambau di sini mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri PH kerana kali pertamanya dapat melaksanakan dasar baru, dasar pemberian hakmilik kekal Negeri Sembilan. Jadi, saya, ini merupakan salah satu manifesto Negeri Sembilan. Soalan tambahan saya Dato’ Yang Dipertua, apakah perancangan atau usaha pihak Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan jangka masa permohonan dasar pemberian hakmilik kekal ini? Adakah ia secara terbuka kepada semua pemohon yang terlibat atau berminat, atau secara berperingkat di suatu kawasan-kawasan yang tertentu? Dan

adakah dasar ini akan dikekalkan selama-lamanya pada masa yang akan datang? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, saya ucapkan terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa ini merupakan satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan ketika 2018 yang lalu. Dan alhamdulillah, kita telah laksanakan secara berperingkat ya, dan kita telah mula di Paroi iaitu di Taman Marida dan di Ampangan di Taman Gedung Ladang dan juga Taman Dusun Nyiur. Dan ini adalah merupakan pilot project kita untuk memastikan apakah permasalahan, apakah yang harus kita tambah baik dari masa ke semasa. Dan insya-Allah 2021 kita akan buka kepada yang layak seluruh Negeri Sembilan, insya-Allah. Atas, setelah semua faham dengan permasalahan yang timbul dan kita juga sedang memperincikan lebih sedikit untuk memastikan bahawa proses itu dapat dilaksanakan dengan lebih cepat di seluruh kawasan dan daerah di Negeri Sembilan ini.

Dan kita sedia maklum, bahawa janji kita adalah kepada mereka yang mengundi pada 2018 dan di mana bahawa pada masa tersebut sahaja yang menduduki rumah-rumah, tanah lease hold ketika itu, ataupun tanah pajakan ketika itu layak untuk mendapat tanah, geran kekal mereka, insya-Allah. Jadi insya-Allah kita akan bermula 2021, untuk memastikan permohonan-permohonan dari taman-taman lain, walaupun itu kita lihat pada kali ini 88 pemohon itu termasuk taman-taman lain juga. Dan kita pastikan bahawa keutamaan itu kita kepada keutamaan yang kita mulakan iaitu Taman Marida, Taman Dusun Nyiur, Taman Gedung Lalang dan juga Taman Tok Wan ya.

Jadi itu harapan kita bahawa kita nak supaya pegawai-pegawai kita mudah untuk memahami sebenarnya dan proses-proses yang perlu dilalui dan, pada mereka. Jadi tempoh percubaan ini mungkin mengambil sikit kesulitan tetapi kita yakin bahawa pegawai-pegawai kita mampu untuk lakukan yang terbaik. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi kepada soalan berikutnya, YB Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’, Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1.

Dato’ Yang Dipertua, soalan ini juga adalah Pertanyaan Lisan daripada Yang Berhormat ADUN Linggi dan juga Yang Berhormat ADUN Lobak.

Dari Januari tahun 2020 hingga 31 Julai 2020, sebanyak 88 majikan telah mengambil tindakan pem, memberhentikan pekerja mereka. Seramai 990 orang pekerja terdiri daripada 824 pekerja tempatan dan 166 pekerja asing telah diberhentikan kerja. Bagi tempoh 18 Mac 2020 sehingga 31 Julai 2020 iaitu dalam tempoh PKP, bilangan pekerja yang terlibat adalah 718 orang dan terdiri daripada 555 pekerja tempatan dan 163 pekerja asing.

Manakala bagi tempoh 31, tempoh sehingga 31 Julai 2020 untuk tahun ini, bilangan jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut, iaitu mengikut portal Jobs Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja, mempunyai 9,068 kekosongan jawatan. Di mana, mana pula di bawah portal Portal MyFutureJobs di bawah SIP PERKESO, mempunyai kekosongan jawatan sebanyak 4,541.

Berdasarkan pemakluman majikan dibawah Seksyen 63 Akta Kerja 1955, bilangan majikan/syarikat yang menutup operasi adalah seperti berikut: pada Mac 2020 – 3 majikan, April – 2 majikan, Mei – 3 majikan, Jun – 1 majikan dan Julai – 2 majikan. Melibatkan 11, jumlahnya 11 majikan.

Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2019, kadar pengangguran Negeri Sembilan adalah pada 3.1% dengan bilangan penganggur se, seramai 15.4 ribu orang. Jumlah penganggur di Negeri Sembilan pada suku tahun pertama 2020 adalah seramai 16.8 ribu orang dengan kadar pengangguran naik kepada 3.3%. Pada suku tahun kedua 2020, kadar pengangguran di Negeri Sembilan meningkat 0.2 mata peratus kepada 3.5% dengan bilangan penganggur seramai 18.2 ribu orang. Walau bagaimanapun, pada suku tahun kedua 2020, bilangan penduduk bekerja di Negeri Sembilan meningkat 13 ribu kepada 504 ribu orang berbanding 491 ribu orang pada suku tahun pertama 2020. Ini masih, kadar pengangguran di Negeri Sembilan masih rendah berbanding dengan di peringkat kebangsaan iaitu sebanyak 4.9%.

Manakala berdasarkan Laporan Statistik Guna Tenaga oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah jawatan di sektor swasta berkurang daripada 8.6 juta kepada 8.4 juta pada suku kedua 2020. Kadar pengisian jawatan pula turun kepada, turun 0.1 mata peratus berbanding suku terdahulu kepada 98.0%, menjadikan jumlah jawatan diisi sebanyak 8.2 juta. Pada suku tahun kedua 2020, kadar

kekosongan turun 0.5 mata peratus tahun ke tahun kepada 2.0%. Namun, jika dibandingkan dengan suku sebelum ini, kadar kekosongan meningkat secara marginal sebanyak 0.1 mata peratus. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Kita seterusnya …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan ya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebenarnya musim Covid ini adalah sesuatu yang luar biasa dan kehilangan, penutupan operasi ataupun pembuangan pekerja telah berlaku di seluruh dunia. Pada masa yang sama, saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Nilai, apakah langkah-langkah yang telah diambil khasnya oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kekosongan yang sedia ada itu, maklumat itu sampai ke akar umbi. Dan saya juga cadangkan supaya pameran-pameran pekerjaan, kekosongan pekerjaan itu tidak tertumpu pada bandar-bandar sahaja, hanya sekitar Seremban sahaja tetapi dibawa ke kawasan luar bandar seperti ke Jempol, Jelebu, Tampin dan lain-lain lagi. Dan itu sajalah saya punya cadangan. Dan saya ingin tahu apakah langkah khas yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan mereka yang telah dibuang kerja ni dapat dibela, dibela.

Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Mengikut sepertimana yang di, diterangkan ataupun diberitahu bahawa Kerajaan Negeri memang mengambil serius berkaitan isu pekerjaan ini. Dan mengikut sepertimana yang data dikatakan 3.5% adalah jumlah kadar pengangguran. Dan bagi Kerajaan Negeri, kita bersama dengan beberapa agensi kerajaan iaitu seperti NS Investment Centre dan juga beberapa agensi yang melibatkan pekerjaan ataupun pelaburan, kita sedang mengenal pasti dan telah, telah dan sedang mengenal pasti beberapa syarikat besar yang menawarkan pekerjaan-pekerjaan dalam bilangan yang ramai iaitu ada satu syarikat menawarkan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan. Dan setiap peluang-peluang pekerjaan ini kita bersama dengan agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, PERKESO dan juga pusat Jobs Malaysia, kita bersama-sama dengan agensi-agensi tersebut untuk kita mengadakan beberapa sesi temuduga di Seremban ataupun di luar Seremban

cotohnya, contohnya di Port Dickson, di kawasan lain untuk kita membawa mesej ini kepada akar umbi, kepada pekerja-pekerja supaya mereka boleh mohon dan mereka boleh mendapatkan ataupun menghadiri temuduga untuk mendapatkan pekerjaan-pekerjaan. Dan seperti mana, tambahan pula, kita sedang merancang satu karnival kerjaya pada bulan Oktober ataupun bulan depan, yang akan menawarkan banyak peluang pekerjaan supaya kita bersama-sama untuk kita membawa mesej ini kepada semua pekerja-pekerja yang terjejas daripada akibat Covid-19 ini. Dan kita cuba, akan bukan setakat kita tumpu di dalam kawasan Seremban sahaja, kita juga akan cuba untuk mengadakan karnival-karnival kerja ataupun jobs fair ini di kawasan Seremban dan juga di luar daripada kawasan Seremban. Untuk rekod, kita juga pernah, pusat Jobs Malaysia juga pernah mengadakan jobs fair ini di kawasan Port Dickson dan juga di beberapa kawasan lain supaya mesej ini disampaikan kepada seluruh kawasan di Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, satu cadangan saja. Saya cadangkan, kerana musim ini musim yang memang sukar. Jadi saya cadangkan, kalau nak adakan karnival itu, janganlah bulan ini di Seremban, bulan yang berikut di Port Dickson. Kalau boleh apa salahnya kita adakan serentak di seluruh Negeri Sembilan. Pada hari yang sama kita pamerkan, kita iklankan, kita hebahkan tentang maklumat tersebut, sekaligus supaya semua orang tahu hari itu akan ada satu karnival di seluruh Negeri Sembilan, di semua pusat-pusat bandar macam Bahau, je, Kuala Klawang dan seterusnya macam tu. Jadi, nampak lagi jelas dan lebih tepatlah saya anggapkan. Terima kasih yang, Dato’.

Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram Padang. Kita menerima pandangan. Dan untuk rekod jugak, dalam bajet tahun 2020, pertama kali Kerajaan Negeri telah membela, memperuntukkan 100 ribu untuk menganjurkan karnival ataupun karnival kerjaya di Negeri Sembilan. Dan kita akan melihat jika kita mampu untuk mengadakan di seluruh Negeri Sembilan pada hari yang sama, kita akan lakukan. tapi semuanya bergantung kepada kebolehan ataupun sumber yang kita ada. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, kita pergi kepada soalan ke-8 ya, eh yang ke-7, Temiang. Pegang mic sikit, nanti tak dengar.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Teo.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Temiang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi kawasan Temiang, pembangunan Rumah Mampu Milik yang sedang dilaksanakan oleh pemaju swasta bagi mematuhi syarat dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan adalah seperti berikut: 163 unit Rumah Mampu Milik Type A yang berharga 80 ribu ringgit dan 436 unit Rumah Mampu Milik Type B yang berharga 250 ribu ringgit. Lokasi projek tersebut adalah terletak lebih kurang 1 kilometer dari susur keluar Temiang– Lebuhraya LEKAS.

Bagi kategori Rumah Mampu Milik di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan, sebanyak 12,924 unit telah diluluskan Kebenaran Merancang bermula bulan Mei 2018 sehingga Julai tahun ini seperti berikut: 3,982 unit Rumah Mampu Milik Type A yang berharga 80 ribu, 4,387 unit Type B yang berharga 250 ribu dan 4,555 unit rumah Type C yang berharga yang berharga 400 ribu ringgit.

Dan sebenarnya untuk jawapan ini saya juga jawab bersama dengan Pertanyaan Lisan daripada Yang Berhormat Lenggeng yang bertajuk “Rumah Mampu Milik Di Negeri Sembilan”. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita terus pergi kepada soalan berikutnya …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Dewan, Yang Berhormat Dato’ Dewan …..

Yang Dipertua Dewan

Oh, ada tambahan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Baru-baru ini saya ada buat permohonan barulah, kepada Kerajaan Negeri membina rumah mampu milik di kawasan

Temiang pada bulan Jun, saya hantar surat permohonan ini. Saya nak tanya apakah status sekarang, tentang permohonan itu.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Seperti apa yang saya maklumkan tadi, segala pembangunan ya, terpulanglah, kalau tanah tersebut dimiliki oleh pihak syarikat swasta, kebiasaannya dia akan dibangunkan oleh pemaju swasta, ya. Katakan kalau berada di, katakan di kawasan Temiang adanya tanah yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, sudah tentunya kita akan mempertimbangkan untuk membina rumah mampu milik kepada penduduk di situ. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi soalan berikutnya, Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat pegang ya, takut tak dengar.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

2 ya, okay.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Serting. Berkaitan dengan usahawan muda. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan masih dalam peringkat untuk menyediakan bank data yang berpusat untuk semua usahawan di seluruh Negeri Sembilan. Oleh itu, data yang kita terima dari agensi kerajaan kebanyakannya adalah disimpan mengikut daerah dan bukannya mengikut DUN. Bagi insentif di bawah PKNNS, sebanyak 730 orang usahawan muda yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan melalui data satu program yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dari tahun 2019 sehingga 2020. Dari jumlah tersebut, sebanyak 14 orang usahawan adalah merupakan usahawan belia ya, yang berumur 40 tahun ke bawah daripada DUN Serting.

Di bawah program SME Corporation Malaysia Negeri Sembilan, melalui Program Tunas Usahawasan Belia Bumiputera (TUBE) di bawah SME Corp., sebanyak 145 orang usahawan belia di seluruh Negeri Sembilan telah berjaya dilahirkan di mana mereka diberikan bimbingan dan bantuan yang berterusan daripada Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan melalui jabatan-jabatan berkaitan pembangunan usahawan.

Di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, terdapat 149 usahawan yang berdaftar di bawah usahawan belia daripada tahun 2018 sehingga 2020 di bawah Jabatan Belia Dan Sukan. Data mengikut daerah adalah seperti berikut: Tampin sebanyak 13 orang, Port Dickson – 4 orang, Rembau – 4 orang, Jelebu – 59 orang, Jempol – 4 orang, Seremban – 33 orang dan Kuala Pilah seramai 32 orang. Memberikan jumlah keseluruhannya seramai 149 orang usahawan.

Di bawah MARA Negeri Sembilan, seramai 45 orang usahawan belia yang berdaftar di bawah MARA bagi Daerah Jempol.

Soalan berkaitan dengan bentuk bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri melalui pembentangan bajet daripada tahun 2019 sehinggalah tahun 2020, kita telah membuat inisiatif di bawah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS). Pada tahun 2019 kita memperuntukkan 5 juta ringgit. Dan alhamdulillah, daripada jumlah tersebut, menjelang bulan 8 atau bulan 9 (September) 2019, peruntukan sebanyak 5 juta ringgit itu, di mana kita memberikan bantuan 3,000.00 ringgit kepada usahawan-usahawan yang layak seluruh di Negeri Sembilan. Menjelang bulan 9 permohonan telah melebihi daripada peruntukan kita sebanyak 5 juta. Lantaran itu Kerajaan Negeri mengambil pendekatan atau mengambil tindakan menambah peruntukan itu sebanyak, menjadikannya 6 juta ringgit pada tahun ini.

Kita jugak masih dalam, ada baki lagi untuk tahun 2020 ini. Dan kita telah memba, memberikan tambah baik di mana kita mempermudahkan proses permohonan. Sebelum ini mereka kena mengisi borang, kena pergi ke unit usahawan di PKNNS, dan hari ni kita telah mempermudahkan dengan membuat permohonan secara online ya, di mana semua usahawan termasuk usahawan belia, usahawan wanita ya, usahawan tani, usahawan luar bandar, semuanya kita ambil berat dan mereka boleh memohon kepada Tabung Usahawan Negeri Sembilan ini, TUNS, melalui online. Dan insya-Allah kita akan proses secepat mungkin. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi soalan berikutnya, dipersilakan YB Rahang. YB dekat sikit pegang ya.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Balai Raya Kg. Singh.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk makluman Yang Berhormat Rahang, Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat Rahang mengenai adakah Kerajaan Negeri sedia untuk menyinggra, menyelenggarakan sekitar kawasan Balai Raya Kg. Singh. Untuk makluman yang Berhormat Rahang, kerajaan sebelum ni telah pun membaik pulih balai raya tersebut dan balai raya tersebut boleh digunakan. Dan untuk soalan Yang Berhormat Rahang tersebut, kita akan mempertimbangkan jikalau di sekitar balai raya tersebut bukan merupakan tanah milik. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Soalan tambahan. Ya, beberapa bulan lalu ada baik pulih tetapi yang masalah dekat kawasan ini ya, sempadan sangat sem, sempit. Tempat ini sangat sempit ya. Dari dinding di tepi balai raya ke pagar tak sampai 5 kaki. Berdekatan dengan pagar, ada satu kandang kambing.

Yang Dipertua Dewan

Kandang kambing.

Kandang kambing, itu memang tidak boleh diterima sebab ini kawasan perumahan. Dalam beberapa bulan ini saya pun dah start, dengan izin, mobile service, ramai warga emas datang, sebab keliling pagar tu ada banyak ular. So, saya mohon ya, dari jabatan berkenaan untuk siasat dan ambil tindakan segera atas sempadan tempat ini, so kita boleh tengok apa kita boleh buat. Gunakan tempat ini untuk penduduk-penduduk Kampung Singh. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih Yang Berhormat Rahang. Saya apalah, mohon PBT untuk mengambil tindakan yang sewajarnyalah. Sudah tentunya keselamatan dan juga kesihatan orang ramai itu menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay kita pergi ke soalan berikutnya, Seri Menanti. Seri Menanti pegang ya, tak berapa dengar kadang, pegang.

Dato’ Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, bagi memas, bagi menjawab soalan Seri Menanti, Projek MARRIS. Bagi memastikan tahap ketelusan dan integriti yang tinggi dalam pelaksanaan projek, kerja-kerja Projek MARRIS atau mana-mana projek Kerajaan Negeri, perolehan projek berkenaan dilaksanakan melalui proses sebutharga atau tender terbuka selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Pihak SPRM tidak dilibatkan dalam kaedah perolehan tersebut kerana ianya tiada dalam tatacara perolehan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan. Selain daripada itu, perolehan yang telah dibuat oleh agensi juga dijalankan melalui sistem undian, sebutharga dan tender terbuka. Semua kontraktor yang berminat dan layak, boleh menyertai tender tersebut tanpa sebarang halangan.

Selain daripada itu, semasa bencana Covid-19 yang berlaku di negara kita baru-baru ini, pihak agensi yang terlibat juga telah membuat langkah proaktif dengan membuat perolehan secara undian bagi kerja-kerja kecil dan sebutharga yang disiarkan siaran secara langsung di media sosial dan portal agensi. Kaedah tersebut bukan sahaja telus malah dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekalkan SOP penjarakan fizikal dan perhimpunan awam bagi membendung jangkitan Covid-19 tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi– apa?

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Boleh ya?

Yang Dipertua Dewan

Satu ya.

Satu, sayang Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan saya iaitu saya melihat ya, papan tanda projek MARRIS ni. Dan saya tahu bahawa projek MARRIS ni adalah dari bantuan Federal, Persekutuan. Tapi malangnya dalam, dalam apa tadi, dalam papan tanda tadi, yang saya tengok di MBS ya, tak sebut pun ya, pasal Federal. Jadi, semuanya seolah-olah seperti duit tersebut

berpunca daripada State. Jadi, soalan saya, mengapa kita boleh menafikan ya, apa ni, perkara-perkara yang sebegini. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ yang Dipertua, saya harap ADUN Seri Menanti baca Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, bahawa itu hak Kerajaan Negeri, yang diberi kepada Kerajaan Negeri, wajib diberi, bukan hak Kerajaan Persekutuan untuk menentukan.

Saya bukan soal hak tadi Dato’ Yang Dipertua, saya soalkan duit tu punca dia daripada Federal …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jadual 9 menyatakan …..

…… saya tak persoalkan hak ya ……

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. Kerajaan Persekutuan kena beri kepada Kerajaan Negeri …..

….. saya tak sebut pun hak …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. itu saja.

Tak, Dato’, apa ni, Sikamat pahamlah saya punya soalan, tak faham. Saya soal lain, jawab lain. Soalan saya tadi mengapa …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Baca Jadual 9 …..

….. Persekutuan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. takkan dah lama jadi Wakil Rakyat tak faham.

Mengapa, nampak dia, yang, Yang Berhormat Sikamat yang tak faham ni ya. Kena fahamlah soalan tu.

Yang Dipertua Dewan

Saya harap, saya mintak duduk, duduk Yang Berhormat Seri Menanti. Seri Menanti duduk, duduk. Seri Menanti duduk, duduk, duduk ….. [YB ADUN Seri Menanti bercakap secara off mic] ….. Okay, saya dah benarkan soalan tambahan tadi. Dan saya rasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab dah, jadual 9. Saya ingat saya tak nak panjangkan. Kita pergi perkara lain ya. Soalan daripada Lobak. Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Speaker, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Lobak – Industri Pelancongan. Sedia, kita sedia maklum bahawa melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan telah mengorak langkah dengan memberi tumpuan untuk menarik kedatangan pelancong tempatan/domestik. Perkara ini dilaksanakan melalui pemerkasaan, peningkatan promosi terhadap produk tempatan yang boleh menarik kehadiran pelancong seperti pelancong pantai, eko-pelancongan dan pelancong budaya dan warisan.

Kita sedia maklum bahawa dalam tempoh yang kita terjejas pelan, industri pelancongan kita terjejas akibat Covid. Tapi alhamdulillah bermula 10 Jun 2020, kempen promosi “Teghojah Negeri Sembilan” diperkenalkan di mana, antara aktiviti promosi dan penggalakan pelancongan yang telah disemak semula, disusun semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah penstrukturan semula Calender of Events Negeri Sembilan 2020, Product Update, Product Awareness dan Product Recognition. Melalui kempen ini, lawatan turun padang dilaksanakan ke produk pelancongan Negeri Sembilan untuk mengetahui kesediaan produk tersebut untuk menerima pelancong selepas berdepan dengan pandemik Covid-19, di samping mengemas kini gambar terkini untuk dipromosikan. Promosi ini turut diperlebar, diperlu, diperluaskan melalui segmen Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan siaran radio KL FM pada 8 Julai 2020. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan turut bergiat aktif melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram dalam, dengan kerjasama jabatan/agensi lain yang mempromosikan produk pelancongan bersesuaian dengan trend penggunaan medium digital sepanjang

tempoh PKP. Antara yang dipromosikan adalah produk makanan, kraftangan, eco-pelancongan dan penginapan.

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri telah membuat penjenamaan semula Sungai Menyala Edu-ecoTourism kepada PD Forest yang mempelbagaikan produk pelancongan di Port Dickson yang tidak hanya terhad kepada aktiviti pantai dan rekreasi air sahaja. Antara aktiviti-aktiviti baru yang diwujudkan di sini adalah berkuda, memancing, berbasikal dan trek sepanjang 23 kilometer, ATV, jungle-tracking dan lain-lain lagi.

Bagi menyokong kedatangan pengunjung ke Port Dickson bermula tempoh PKPP, Kerajaan Negeri melalui MPPD dan LPNS menjalankan kempen kebersihan “PD Pantai Indah, Bebas Sampah”. Kerajaan Negeri juga telah menyusun semula penempatan khemah-khemah yang tidak teratur serta mencacatkan pandangan di pantai Teluk Kemang. Sokongan daripada pengusaha khemah juga telah diperolehi dengan kerjasama MPPD. Pengunjung-pengunjung juga telah memberikan reaksi yang positif di atas usaha ini.

Bagi tem, tempoh jangka panjang, Kerajaan Negeri telah bersetuju membaik pulih dan menaik taraf Perkampungan Budaya Terachi Kuala Pilah untuk dijadikan one-stop centre pelancongan Kuala Pilah. OSC ini akan dijadikan venue rasmi negeri bagi segmen kesenian, kebudayaan dan adat warisan.

Pada 18 Mac 2020 dan 26 Mac 2020, Kerajaan Negeri mengumumkan inisiatif khas Covid-19 ke, ke, Kerajaan Negeri Sembilan telah, merangkumi perkara-perkara berikut yang pada dasarnya membantu industri pelancongan. Antaranya:

i. Hotel dijadikan pusat kuarantin sementara untuk Person Under Investigation (PUI) dengan kos dibiayai oleh kerajaan.

Melantik hotel-hotel untuk membekalkan makanan kepada frontliners yang bertugas yang mana kos juga ditanggung oleh kerajaan.

ii. Melanjutkan tempoh akhir bayaran cukai tanah daripada 30 Mei 2020 kepada 31 Julai 2020 tanpa dikenakan bayaran denda lewat dapat membantu mengurangkan beban pengusaha-pengusaha hotel khususnya di, di peringkat awal PKP.

iii. Bantuan sebanyak 300.00 ringgit seorang disalurkan kepada peniaga kecil atau penjaja berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan jumlah peruntukan sebanyak 3 juta dapat mengurangkan bebanan kewangan disebabkan kesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

iv. Bantuan 300.00 seorang kepada pemandu teksi/kereta sewa/e-hailing Negeri Sembilan yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dengan peruntukan 1 juta.

Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. YB, soalan tambahan ya?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dekat sikit YB, dengan mic.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih kerana nampak ni orang Malaysia ni luar negeri, luar negara, so, nampak berjuta-juta ni orang Malaysia nak ke sana ke sini. So kami harap, apa yang nak tanya tu, apa langkah-langkah selanjutnya, macam mana kerajaan N9 menarik lagi ramai, apakah bilangan pelancong ke Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Covid YB, takut.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan, sekarang kami tahu malumat tu, berjuta-juta ni orang Malaysia tak keluar. Tapi masa cuti tu mereka ke sana ke sini tu, so sebagai satu Negeri Sembilan ni selain dari Port Dickson dan Kuala Pilah, apa langkah selanjutnya supaya menarik lagi labih, lebih ramai pelancong ke Negeri Sembilan dan memanafaat kepada penjaja atau peniaga tempatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan tambahan. Kita tidak hanya bertumpu di Port Dickson dan Kuala Pilah, tetapi kita juga memastikan bahawa dalam tempoh ini juga kita juga sedang membangunkan ataupun menyelenggarakan kawasan-kawasan pelancongan di bawah peruntukan negeri iaitu di Port Dickson, di Seremban, di Kuala Pilah, di Jempol, di Tampin, di Jelebu ya, di semua daerah.

Dan kita juga mengadakan kempen promosi “Jom Teghojah Negeri Sembilan”. Contohnya untuk Port Dickson – pusat ikan hiasan, warung salai, Muzium Tentera Darat, Balai Cerap Baitul Hilal, Alive 3D Art Gallery, Phantasy Farm. Di Rembau kita ada Kelab Ekuestrian Cape Cavallho, Temuan Abo Craft, Grobok Salai, Gunung Datuk, Muzium Rembau, Restoran Ikan Bakar Sungai Rembau. Di Seremban kita ada lorong seni, Taman Mini Orkid, Jelita Ostrich Farm, Muzium Negeri. Di Jelebu kita ada Glamping Kongkoi, Gunung Besar Hantu, Lata Dinding, Jeram Berungut, runah, Rumah Gadang Budi Kampung Gagu, Lata Kijang. Kuala Pilah kita ada NS Dairy Farm, Ladang Alam Warisan, lemang sushi, Zaini Salai House dan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.

Ini antara tempat-tempat yang dipromosikan dalam kempen “Jom Teghojah Negeri Sembilan” dan di samping itu juga kita membelanjakan untuk program-program penyelenggaraan dan pembangunan di kawasan-kawasan pelancongan di seluruh daerah ya. Dan alhamdulillah sedang berjalan dan kita harap bahawa hujung tahun ini tempat-tempat tersebut boleh dikunjungi semula dengan lebih selesa dan selamat, insya-Allah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya kira kita ada masa lebih kurang 8 minit. Saya mempersilakan Yang Berhormat Chembong.

[bercakap tanpa mic]

Yang Dipertua Dewan

Waah, ini sah kuat. Soalan nombor 1. Silakan. YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ya. Soalan daripada ADUN, Yang Berhormat ADUN Chembong. Jumlah pelajar yang menerima bantuan dan tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan di luar negara

berjumlah 257 orang iaitu di Mesir, di Maghribi dan Jordan. Jumlah pelajar di Mesir adalah seramai 188 orang, di Maghribi seramai 63 orang pelajar manakala di Jordan adalah seramai 6 orang pelajar. Majlis Agama Islam tidak menawarkan penajaan pelajar bagi pengajian dalam negara.

Bagi Mesir, bilangan pelajar tahun 2 yang membuat bidang perubatan seramai 4 orang, tahun 3 – 4 orang, tahun 4 – 9 orang, tahun 5 – 15 orang dan tahun 6 – 11 orang, jumlahnya 43. Dan pergigian, pra ada 3 orang, tahun 1 ada 4 orang, tahun 3 ada 3 orang, jumlah 10 orang. Jumlah zakat yang dikeluarkan ialah sebanyak 1.244 juta manakala pinjaman sebanyak 104 juta. Dalam bidang Qiraat ada, tahun 1 ada seorang, Ulum ada, pra ada 8 orang, Islamiyah ada 2 orang, syariah ada 1 orang, Usuludin ada 1 tahun 4, Bahasa Arab ada, tahun 3 ada 2 orang, serta, berjumlah 60,800 ringgit duit zakat dan pinjaman sebanyak 21 ribu ringgit. Jumlah keseluruhan bagi 188 pelajar, ada 120 pelajar persendirian yang diberikan zakat sebanyak 967 ribu. Jumlah keseluruhan perbelanjaan di Mesir 3.33 juta ringgit.

Di Maghribi, Markaz Lughah ada 17 orang, bagi tahun 1 ada 16 orang, tahun 2 ada 15 orang dan tahun 3 ada 14 orang. Jumlah persendirian ada seorang. Dan keseluruhan perbelanjaan di sana adalah 573 ribu ringgit. Di Jordan, Pengajian Islam ada 6 orang, dan zakat yang diberikan adalah sebanyak 42 ribu ringgit. Jumlah tajaan kos pelajar di Mesir dan Maghribi adalah sebanyak 3.949 juta ringgit. Dan jumlah pelajar tajaan persendirian adalah, jumlah pelajar dan tajaan serta persendirian adalah seramai 257 orang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya kira ni soalan terakhirlah ya. Saya mempersilakan yang Berhormat Bagan Pinang. Begini, lepas ni yang di atas ya, sebab saya dapat apa ni, maklumat daripada SU, mengatakan kalau tak pergi ke mic, tak dapat tangkap nak rakam. Kena pergi, pergi ke mic jugak lepas ni. Yang tadi okaylah.

[YB ADUN Chembong bercakap tanpa mic]

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa. Tak ada, tak apa. Tak apa.

Dato’ Speaker, saya sebab tadi tak masuk dalam hansard, saya risau. Saya bagi satu soalan lagi Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang, menjawab soalan ADUN Bagan Pinang …..

Yang Dipertua Dewan

Belum, dia belum cakap lagi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Haa?

Yang Dipertua Dewan

Tadi dia tak rakam dia punya suara tadi, soalan tadi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah jawab dah, bagi jawapan.

Yang Dipertua Dewan

Bagan Pinang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kesan Covid …..

Yang Dipertua Dewan

YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. terhadap industri pelancongan …..

Yang Dipertua Dewan

YB. Dia, Bagan Pinang soalan, tak terakam soalan dia.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang, Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang mengenai kesan Covid-19 terhadap industri pelancongan.

Sejurus kebenaran merentas negeri diumumkan oleh kerajaan pada 10 Jun 2020, kadar perjalanan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dari minggu ke minggu dan kadar purata penginapan di premis penginapan seperti hotel di Negeri Sembilan mencapai 100% terutamanya pada hujung minggu di Port Dickson. Faktor ini didorong bukan sahaja disebabkan orang ramai sudah boleh pulang ke kampung untuk menziarahi keluarga masing-masing, malah faktor Port Dickson itu sendiri yang mampu menggamit kehadiran pelancong-pelancong ke sini.

Sehingga Ogos 2020, kadar purata penginapan bagi segmen penginapan dan perhotelan mencapai 95%. Sebagai contoh, tempahan penginapan telah penuh sehingga Disember 2020 di beberapa hotel seperti Hotel Lexis Hibiscus, Hotel Grand Lexis, Thistle Hotel, Corus Paradise Hotel dan hotel, D’Wharf Hotel.

Seluruh pantai awam di Port Dickson juga telah dibuka kepada pengunjung awam mulai 13 Jun 2020 yang lalu. Aktiviti pantai telah dibenarkan termasuk aktiviti perkelahan, mandi laut, berbasikal, berjogging selain kebenaran menggunakan kemudahan surau dan tandas awam tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di samping itu, aktiviti memancing di pantai dan bot memancing juga telah menarik ramai pengunjung datang ke Port Dickson.

Pengusaha hotel bajet di sekitar Port Dickson serta usahawan tempatan terutama dalam segmen makanan dan cenderamata turut menerima manfaat hasil daripada ke, keberkesanan kempen “Jom Teghojah Negeri Sembilan”. Liputan akhbar tempatan dan media sosial juga menunjukkan kadar kunjungan pengunjung yang tinggi terutama pada hujung minggu serta musim cuti sekolah atau cuti umum. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Port Dickson sahaja malah seluruh pusat tumpuan utama pelancongan di Negeri Sembilan seperti Gunung Angsi, Kawasan Rekreasi Ulu Bendul, Taman Rekreasi Gunung Tampin, Jeram Toi, Taman Negeri Kenaboi dan Gunung Datuk. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang saya kira masa telah tamat ya, untuk

soalan lisan, kita janjikan tadi saya akan tamatkan 11:45, ada 1 minit. Jadi kita teruskan pada agenda lain. Silakan Setiausaha Dewan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu”.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2020 dan bagi peruntukan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang ditentukan bagi tahun ini.

Yang Dipertua Dewan

Dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua …..

Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun memohon izin untuk membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengeluarkan wang 50 juta ringgit daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya, kita diberi peluang berkumpul di Dewan yang mulia ini. Di sebalik wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia ini, kita masih lagi diberi kesihatan yang baik, dan berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Sebagai, sebagai mana Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua sedia maklum, hasil yang telah dipungut oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2019 yang lalu, berjumlah 556.44 juta, merupakan rekod tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah surplus sebanyak 147.47 juta ringgit. Justeru, bagi meneruskan agenda pembangunan Kerajaan Negeri semasa belanjawan tahun 2020, saya telah menggariskan beberapa strategi, ke arah memastikan hasil negeri ini kekal lestari dan berdaya tahan melalui pemerkasaan ekonomi secara penerokaan hasil baru, perbelanjaan berhemah dan mengekang ketirisan hasil.

Sebagai tanda menghargai kurniaan Allah, sesuai dengan sarananNya dalam surah adDhuha ayat 11 ….. [melafazkan ayat berkenaan]… yang bermaksud “Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai tanda syukur kepada-Nya”. Ahli tafsir memahamkan kalimah fahaddith, kalimah bukan setakat menyebut nikmat yang diperolehi. Lebih daripada itu ialah menggunakannya, memanfaatkannya serta menguruskan nikmat kurniaNya dengan rasa syukur dan penuh rasa tanggungjawab.

Selain itu, firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7 yang berbunyi ….. [melafazkan ayat berkenaan] ..… yang bermaksud “Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kamu akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih". Kita yakin dengan janji Allah, semakin kita bersyukur, dan menguruskan kurniaNya dengan penuh rasa tanggungjawab, semakin banyak dan semakin melimpah ruah kurniaan Allah ke atas kita di negeri ini. Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti yang semua sedia maklum, wabak Covid-19 yang telah menyerang dunia, telah memberi kesan langsung kepada pembangunan dan hasil negeri. Covid-19 telah membawa perubahan radikal yang ketara, kepada banyak sektor termasuk pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian dan sektor perkhidmatan. Penyebaran wabak ini mengakibatkan hampir keseluruhan sektor ekonomi lumpuh seketika, selama sebulan setengah. Namun, sektor ekonomi kini bangkit semula secara perlahan-lahan. Walaupun demikian, amalan perniagaan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ekonomi dunia adalah berasaskan kepada new norm (norma baru).

Struktur ekonomi perlu dibangunkan dan diperbetulkan, Kerajaan Negeri sedar, semua ini tidak boleh dilakukan dalam tempoh masa sehari, sebulan atau setahun. Lanjutan dari situasi ini, sumber penjanaan sumber pendapatan rakyat juga akan terjejas dan berubah, yang seterusnya akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, melalui perubahan corak perbelanjaan. Sehubungan itu, bagi memastikan keperluan rakyat tidak terjejas, Kerajaan Negeri amat prihatin dan komited untuk terus bersama membantu mengurangkan beban rakyat, termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bertarikh 26 Mac 2020 yang lalu, telah bersetuju meluluskan peruntukan sejumlah 14.9 juta, bagi melaksanakan 10 inisiatif untuk meringankan beban rakyat. Antara

insiatif yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

i. bantuan one-off 300.00 ringgit kepada peniaga/penjaja yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan dengan jumlah peruntukan 3 juta ringgit.

ii. bantuan kepada pemandu teksi/kereta sewa/e-hailing yang berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) secara one-off 300.00 ringgit seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak 1 juta ringgit;

iii. sejumlah 5 juta untuk bantuan keperluan asas kepada golongan pendapatan rendah dan pekerja harian yang berpendapatan terjejas akibat Covid-19;

iv. bantuan 500 ringgit kepada pesakit Covid-19 dan ahli keluarga dan sumbangan 1,000 ringgit kepada waris pesakit Covid-19 yang meninggal dunia dengan jumlah peruntukan sebanyak 500 ribu ringgit;

v. bantuan 1 juta untuk menampung keperluan petugas-petugas barisan hadapan;

vi. pengecualian sewaan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk bulan Mac, April dan Mei sejumlah RM1.24 juta;

vii. bayaran pampasan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berjumlah 1.85 juta untuk pengecualian sewa gerai bulan Mac, April dan Mei;

viii. peruntukan 2 juta untuk maksud kontigensi;

ix. penyediaan Pusat Transit Penempatan Gelandangan di Dewan Orang Ramai Tasik Jaya, Seremban dengan jumlah peruntukan sebanyak 100 ribu; dan

x. perbelanjaan tambahan bagi menampung kos operasi pusat-pusat kuarantin Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak 3.5 juta sehingga Disember 2020.

Jumlah ini tidaklah termasuk 3.5 juta yang digunakan untuk membiayai kos pengurusan pusat kuarantin yang diimbuh semula oleh Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, berkat urus tadbir kewangan yang berintegriti dan berhemah, Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk menyediakan peruntukan tambahan tersebut. Ia adalah kerana rizab kewangan negeri pada ketika ini sangat kukuh iaitu berjumlah 1.06 bilion, yang merangkumi rizab tunai berjumlah 274.74 juta dan rizab pelaburan berjumlah sebanyak 783.48 juta berbanding 875.02 juta pada tahun 2019 dan 687.77 juta pada tahun 2018. Selain daripada itu, penyata kewangan tahun 2019 yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara, telah menyatat, mencatatkan rekod surplus kewangan berjumlah 147.47 juta. Oleh yang demikian, jumlah surplus yang tinggi ini merupakan satu bukti keberkesanan inisiatif dan usaha Kerajaan Negeri, dalam merealisasikan tema Belanjawan 2020 – Melestari Ekonomi Mensejahterakan Rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tambahan peruntukan ini bukanlah berpunca dari kegagalan pihak pentadbiran dalam menguruskan belanjawan negeri, tetapi bertujuan untuk menyelaras semula perbelanjaan masa lalu, agar belanjawan negeri kekal berada di landasan yang betul. Walaupun tambahan peruntukan ini akan mengubah lanskap belanjawan negeri, dari belanjawan berimbang kepada belanjawan defisit. Namun, impak defisit tersebut tidaklah terlalu dirasai. Tambahan 50 juta itu bersamaan dengan 10.94%, akan menjadikan peruntukan keseluruhan meningkat kepada 507 juta ringgit.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 1 Vot Tanggungan dan 10 Vot Bekalan yang merangkumi 6 jabatan akan terlibat dalam tambahan peruntukan. Tambahan-tambahan itu merangkumi:

i. Tambahan peruntukan untuk Emolumen sebanyak 10.552 juta;

ii. Tambahan peruntukan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sebanyak 3.474 juta;

iii. Tambahan peruntukan untuk Aset sebanyak 2,129,000.00;

iv. Tambahan peruntukan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak 24,123,000.00; dan

v. Tambahan peruntukan untuk Perbelanjaan-perbelanjaan Lain 9,722,000.00 ringgit.

Yang Berhormat yang, Dato’ Yang Dipertua, di bawah butiran Emolumen, peruntukan tambahan adalah diperlukan untuk pembayaran bagi tujuan yang berikut:

i. penyelarasan bayaran gaji kakitangan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan seramai 245 orang yang dahulunya menggunakan peruntukan dari Akaun Amanah Penyelenggaraan Jalan Raya (MARRIS) berjumlah 9.75 juta. Jumlah perbelanjaan ini perlu diselaraskan semula secara jurnal ke akaun MARRIS lanjutan daripada teguran audit pada tahun 2019 yang lalu.

ii. Tambahan peruntukan di butiran Emolumen turut merangkumi bayaran gaji kakitangan lantikan baru seramai 187 orang dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi bulan Julai hingga Disember 2020 di pelbagai jabatan.

iii. Selain itu, tambahan peruntukan juga diperlukan berikutan keputusan Kerajaan Negeri untuk menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019 iaitu Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup bagi 3,203 kakitangan sokongan di seluruh Negeri Sembilan; dan

iv. Tambahan peruntukan untuk kenaikan elaun bantuan sara hidup kakitangan di Daerah Jempol dan Seremban sempena pertukaran taraf Majlis Daerah Jempol kepada Majlis Perbandaran Jempol dan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai kepada Majlis Bandaraya Seremban.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tambahan peruntukan bagi butiran Bekalan dan Perkhidmatan yang berjumlah 3,474,000.00 ringgit turut diperlukan antaranya untuk tujuan yang berikut:

i. Pembayaran bil elektrik lampu jalan di jalan-jalan Negeri Sembilan berjumlah 2 juta yang sebelum ini dibayar menggunakan peruntukan MARRIS, perlu ditanggung menggunakan peruntukan Negeri. Tambahan peruntukan diperlukan agar selaras dengan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan MARRIS yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

ii. Selain daripada itu, Kementerian Kewangan telah meluluskan kenaikan kadar baharu bagi tuntutan elaun perjalanan antara 10 sen hingga 15 sen per kilometer sebagaimana Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 dan WP1.5.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tambahan peruntukan bagi butiran Aset turut diperlukan bagi 2,129,000.00 ringgit untuk tujuan yang berikut:

i. perolehan 2 buah kenderaan rasmi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan berjumlah 1.1 juta; dan

ii. menyelaras semula perolehan 9 unit kenderaan pacuan 4 roda Toyota Hilux berjumlah 1.029 juta yang telah dibayar menggunakan peruntukan MARRIS.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain itu, tambahan peruntukan yang paling signifikan adalah di bawah butiran Objek Am 40000 iaitu Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dengan jumlah 24,123,000.00 ringgit. Peruntukan ini termasuk caruman ke beberapa Akaun Amanah, seperti Akaun Amanah Permasalahan Rakyat, Akaun Amanah Bencana Alam untuk menjaga kepentingan rakyat. Pelbagai bantuan telah diberikan yang merangkumi keperluan semua golongan rakyat dengan jumlah 14.9 juta seperti yang saya telah bangkitkan sebentar tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 turut memberi kesan yang sangat ketara kepada kutipan hasil. Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Sembilan khususnya. Antaranya, penurunan kutipan bayaran parkir kenderaan, fee perniagaan, kutipan sewa gerai dan rumah rakyat, permit, lesen dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan pampasan sebanyak 1.85 juta bagi menggantikan kehilangan hasil akibat pengecualian bayaran sewa gerai dan rumah rakyat Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk rekod sejumlah 6,666 gerai telah menerima pengecualian sewaan bagi tempoh tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tambahan seterusnya diperlukan berikutan bagi peruntukan pentadbiran di peringkat Persekutuan. Kerajaan Negeri tetap komited bagi memastikan program dan aktiviti masyarakat setempat terus berjalan. Sehubungan itu, sebanyak 4.221 juta perlu dicarumkan kepada Akaun Amanah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk tujuan tersebut.

Pada 10 Julai 2020 yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan perubahan kepada Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari 980.00 ringgit kepada 2,208.00 ringgit. Perubahan ini pastinya akan meningkatkan jumlah ketua, ketua isi rumah dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar di Negeri Sembilan. Justeru, sebagai langkah awal, Kerajaan Negeri telah bersetuju membuat caruman sebanyak 500 ribu ringgit kepada Akaun Amanah Keluarga Miskin

Daerah bagi melaksanakan program yang boleh menjana ekonomi keluarga Miskin Tegar dan Miskin di daerah-daerah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain, salah satu hikmah yang tersembunyi akibat Covid ini adalah bercambahnya aktiviti perniagaan atas talian, mahupun perniagaan secara mikro. Semasa belanjawan 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri telah meluluskan 5 juta ringgit Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS). Alhamdulillah, sehingga 31 Ogos 2020, seramai 640 usahawan mikro telah menerima geran dengan kadar maksimum 3,000.00 ribu seorang. Manakala 800 lagi pemohon sedang diproses. Sehubungan itu, saya memohon tambahan 1 juta dalam, dapat diluluskan dan menjadikan kelu, keseluruhan Tabung Usahawan Negeri Sembilan tahun 2020, berjumlah 6 juta ringgit. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana untuk rekod, sehingga 2 September 2020, sebanyak 6,000 pemohon telah diterima secara atas talian.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tambahan peruntukan terakhir adalah di bawah butiran Objek Am 50000, iaitu Perbelanjaan-perbelanjaan Lain dengan jumlah 9,722,000.00. Tambahan ini adalah untuk pelarasan hapus kira bagi penutupan Akaun Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air (KWABA), lanjutan daripada teguran audit semasa Pengauditan Penyata Kewangan Negeri Sembilan (Kumpulan Wang Amanah Bekalan Air) bertarikh 13 Mac 2020 yang lalu.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan saya dan dengan ini saya mencadangkan agar Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 dibacakan untuk kali kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 telah dicadangkan untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Dan saya mempersilakan wakil daripada, Yang Berhormat Rantau, silakan.

Ya, terima kasih Dato’ Speaker. Kita telah pun mendengar Yang Berhormat daripada Sikamat membentangkan rang undang-undang tambahan untuk belanjawan 2020 sebanyak 50 juta. Dan beliau telah pun menerangkan secara terperinci kandungan-

kandungan perbelanjaan yang perlu dibelanjakan, yang telah pun dibelanjakan. Ini merupakan satu perkara, yang telah dibelanjakan tersebut memang satu perkara yang perlu diadakan Dato’ Dipertua ya, kerana disebabkan oleh bala, bala bencana ataupun wabak Coronavirus telah pun melanda bukan saja negara kita, tetapi seluruh dunia telah pun mengalami wabak Coronavirus ini, pandemik Coronavirus 19. Jadi Negeri Sembilan, negara kita tidak terkecuali. Dan semuanya terhenti disebabkan oleh langkah yang dibuat oleh kerajaan untuk menyekat penularan wabak Coronavirus, ini suatu perkara yang perlu diadakan dan mesti dipatuhi.

Dato’ Yang Dipertua, semasa MCO ataupun PKP ni diadakan, bahawa semua pergerakan telah pun terhenti, tidak ada siapa yang boleh cross border, bahkan tidak boleh keluar daripada kawasan-kawasan perumahan masing-masing. Maka bukan sahaja pergerakan harian terjejas, tetapi yang paling teruk terjejas adalah ekonomi negara kita. Perniagaan terpaksa ditutup dan ramai orang yang telah pun telah hilang pekerjaan disebabkan oleh, mereka-mereka yang terjejas ini adalah merupakan mereka yang pekerja-pekerja yang berpendapatan harian. Haa ini jelas sekali Dato’ Dipertua, bahawa mereka inilah, golongan inilah yang amat terjejas sekali kerana mereka yang berpendapatan bulanan, pendapatan tetap, mereka masih lagi menerima pendapatan mereka setiap bulan. Ada yang terpaksa, kalau bekerja dengan pihak swasta, terpaksa menerima potongan gaji yang telah pun dibuat syarikat masing-masing. Tetapi yang jelasnya yang amat terjejas sekali adalah mereka yang bekerja sendirian, yang berpendapatan harian, yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jadi, beberapa langkah telah pun diadakan Kerajaan Persekutuan dan jugak Kerajaan Negeri, tadi kita dengar telah membuat beberapa langkah proaktif supaya mereka yang terjejas ini perlu diberikan bantuan dan perlu diberikan perhatian. Alhamdulillah, semasa kita punya bantuan intervensi yang dilakukan, ini merupakan bantuan intervensi, bukannya sesuatu perkara biasa di dalam belanjawan, kerana kita tidak menjangkakan wabak Coronavirus ini akan melanda negara ataupun dunia begitu dahsyat sekali. Dan jika ianya tidak dikawal, maka kita akan, kemudaratannya akan lebih dahsyat lagi kerana wabak ini belum ada lagi ditemui vaksin yang boleh mengubat penyakit ini.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, tadi kita dengar tadi Yang Berhormat Sikamat telahpun membentangkan permohonan ke Dewan yang mulia ini untuk diluluskan belanjawan tambahan sebanyak 50 juta, dan perinciannya telah pun disebut. Walaupun tidak kesemua daripada 50 juta tersebut

merupakan bantuan yang diperlukan untuk kita menangani Covid-19, tetapi ada jugak perbelanjaan yang besar sebahagiannya disebabkan oleh keperluan untuk menyelaras akaun Kerajaan Negeri.

Pihak Dewan, kami tidak mempunyai apa-apa masalah berkenaan permohonan ini, cuma dari segi penyelarasan itu, perlu dilihat dengan sebaik yang mungkin kerana apa yang perlu dilakukan ialah bantuan-bantuan yang nak dibagi ini perlu dapat sampai ke sasaran yang sebenarnya ya. Kerana banyak kita lihat, banyak kita perhatikan, bantuan banyak dikeluarkan Dato’ Dipertua ya, terutamanya bantuan berkenaan dengan tambahan gaji yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, apa semua, tetapi ianya berupa sementara dan ia tidak kekal, selepas sahaja bantuan-bantuan ini diberikan, banyak syarikat-syarikat telah pun membuang pekerja dan, ataupun syarikat tersebut terpaksa gulung tikar.

Apa yang harus kita lakukan di Negeri Sembilan ialah supaya kita melihat secara keseluruhannya, betul, bantuan tambahan ini perlu dibuat secara tergesa-gesa kerana kita terpaksa berbelanja dan mengadakan perbelanjaan tergesa-gesa untuk kita menangani dan jugak untuk kita membantu mereka yang telah pun terjejas teruk oleh wabak 19 ini. Tetapi dalam pada itu, saya ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri Sembilan melihat secara keseluruhannya. Cara mana dan bagaimana untuk kita pastikan supaya bantuan ini tidak berhenti setakat sebulan 2 bulan. Tetapi mereka yang terjejas ini akan terus terjejas, mereka kehilangan pekerjaan dan ekonomi belum lagi pulih se, sepulihnya. Ekonomi masih lagi di peringkat permulaan selepas ekonomi negara ditutup, Dato’ Dipertua, selama 4 bulan lebih, barulah kita ada PKP ataupun pergerakan pemulihan, dan sedang beransur pulih. Jadi saya harap supaya Kerajaan Negeri Sembilan jugak melihat dan meneliti dengan sebaik mungkin, kerana di luar sana ramai mereka yang mempunyai masalah, yang mengalami masalah, terutamanya mereka yang hilang pekerjaan-pekerjaan harian. Mereka yang mendapatkan sumber pendapatan secara harian Dato’ Yang Dipertua, memang amat terjejas.

Dan jadi kalau boleh, dan on best effort basis, dengan izin, Kerajaan Negeri Sembilan dapat meninjau dan melihat. Jangan kita ikutkan sangat data-data yang ada kerana data-data yang ada, Dato’ Dipertua, memang banyak yang tak boleh diguna pakai lagi kerana ianya telah pun outdated ataupun telah pun luput tarikh ataupun tidak lagi releven dengan keadaan semasa. Mereka yang menderita di luar sana memang ramai, ramai sungguh, terutamanya mereka yang mendapat upah secara harian, mereka yang bekerja sendiri dan mereka yang bekerja secara kontrak yang tidak lagi ada pekerjaan. Jadi ini yang perlu kita

lihat. Tadi Yang Berhormat Sikamat ada mengatakan jugak bahawa Kerajaan perlu bersedia untuk kita melihat kerana ketua isi rumah sekarang ni akan bertambah dalam kadar paras kemiskinan kerana peringkat PGK baru daripada 890.00 telah pun diubah suai, dikaji semula kepada 2,208 ringgit. Ini jugak akan menyebabkan ramai orang berada dalam kategori miskin. Tetapi Dato’ Yang Dipertua, miskin tegarnya akan jugak bertambah.

Jadi ini perlu kita lihat dan kita gunakanlah semua prasarana yang ada, gunakanlah apa saja landasan-landasan yang ada untuk kita dapat sampai mencari dan mendapatkan maklumat supaya mereka yang benar-benar menderita dalam keadaan ekonomi negara sebegini Dato’ Dipertua, dapat kita bantu. Tak usah sekarang kita kira sekarang siapa, tak susah kita kira dia siapa, agama apa, bahasa apa, kaum apa, kerana kemiskinan tidak mengenal warna kulit ataupun bahasa ataupun agama Dato’ Yang Dipertua. Kita perlu bantu semua orang. Dan semua agensi, semua jabatan dan semua NGO-NGO perlu kita gerakkan supaya kebersamaan kita untuk kita pasikan bahawa hasrat kerajaan nak membantu, hasrat kerajaan nak membela. Membela rakyat yang menderita, dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang ini Dato’ Dipertua, dapat kita bantu sebaik mungkin. Jadi, ini perlu kita lakukan segera kerana ramai di luar sana, ramai Dato’ Dipertua, memang benar rakyat, yang hidup susah, yang terpaksa mengikat perut, yang terpaksa orang kata menjalani kehidupan yang amat daif sekali terutamanya mereka yang tinggal, yang dikategorikan sebagai miskin bandar. Dalam bandar ni Dato’ Dipertua, kita tak dapat nak kenal pasti dia ni miskin ataupun tidak kerana dia menyewa rumah, dia duduk di flat, kita tak nampak. Kalau di kampung senang. Kita boleh nampak dapur dia dah nak roboh, atap dia dah bocor dan macam-macam lagi. Dan komuniti boleh tahu dari segi optiknya kita tahu bahawa dia ni miskin dan miskin tegar.

Tetapi di bandar Dato’ Dipertua, dia misalnya dulu bekerja kontrak, hilang pekerjaan, tak boleh nak bayar sewa rumah, macam-macam. Itulah pendapatan dia. Baru-baru ini kalau kita lihat kajian dibuat oleh UNICEF dan jugak kajian dibuat oleh badan-badan antarabangsa. Saya ada menulis dalam saya punya Facebook, saya mengatakan bahawa saya mencadangkan supaya kerajaan mengadakan apa yang dipanggil sebagai UBI (Universal Basic Income), Dato’ Yang Dipertua, untuk kita kenal pasti. Kerana dalam masa Covid-19 punya PKP ni Dato’ Dipertua, setiap sa, setiap 4 ketua isi rumah – 1 hilang pekerjaan. Setiap 5 ketua isi rumah – 1 menderita Dato’ Dipertua. Dan ramai yang ketua isi rumah adalah merupakan wanita kerana mereka ketua isi rumah, wanita yang telah pun tidak ada suami, Dato’ Dipertua, dan mereka merupakan sumber utama pendapatan keluarga. Dan mereka ini hilang

pekerjaan. Jadi, cara mana untuk kita dapat sampai, cara mana untuk kita dapat pastikan supaya mereka-mereka ini, bukan kita katakan kita tak, tak ambil peduli, tapi cara mana. Kerana kalau nak ikutkan cara biasa, mereka datang ke pejabat, mereka datang ke, tu kadang-kadang kadar literasi tu kadang-kadang tak ada. Jadi, kita kena pastikan supaya seluruh jentera kerajaan, agensi kerajaan, NGO-NGO yang mahu bersama, supaya kita gerakkan secara, secara terangkum untuk kita dapat pastikan maklumat mereka ini dapat dikumpulkan dan segera kita beri bantuan dalam bentuk UBI ataupun Universal Basic Income ya. Saya, saya harap supaya ini menjadi sebagai keutamaan kepada kerajaan.

Banyak badan-badan, agensi-agensi agensi kerajaan yang memberikan bantuan, Dato’ yang Dipertua. Tetapi sudah sampai masanya supaya kita mengumpulkan agensi dan jugak jabatan ini supaya dijadikan, ada satu sekretariat khas dan sekretariat khas ini ataupun badan inilah yang akan mengeluarkan UBI ataupun Universal Basic Income, supaya dapat diselaraskan. Ada orang kadang-kadang dapat 2 – 3 bantuan, ada orang kadang-kadang tak dapat bantuan. Jadi ini harus kita selaraskan, harus kita lakukan dengan terbaik yang mungkin. Dan kita jangan berprasangka dalam kita meng, menghulur bantuan. Jangan kita berprejudis dalam kita mengenal pasti orang yang perlu bantuan.

Orang miskin, dia miskin. Orang susah, dia susah. Lelaki, perempuan, tua, muda, kecik, tuan-tuan, apa Dato’ Yang Dipertua, Cina, India, Melayu, orang-orang etnik yang lain, kalau susah, susahlah ya. Jadi kita kena bantu supaya mereka ini merasa hidup di negara yang dah 63 tahun merdeka ni, Dato’ Dipertua, ada suatu asas kebergantungan mereka bahawa mereka tahu ada kerajaan yang akan membelanya iaitu The Social Safety Net. Adanya jaringan yang dibuat, adanya jaring keselamatan sosial. Kalau mereka jatuh macam mana pun, mereka akan jatuh di atas jaring tersebut, seperti dalam pertunjukan sarkas, dia tak jatuh ke bawah, ada jaring Dato’ Dipertua, yang menahan mereka dari terus menderita, dan boleh mereka bangun semula. Dan di sana nanti kita gubal pulak satu usaha, satu cara macam mana kita nak bangkitkan. Tadi Yang Berhormat Sikamat kata adanya Tabung Pembangunan Usahawan, nak tambah lagi 1 juta, bagus, teruskan. Tetapi didik elok-elok supaya yang nak kita didik ni, supaya mereka tu berjaya.

Dalam masa yang sama, saya harap Dato’ Yang Dipertua, mintak berhenti dululah ya, PBT-PBT, jabatan-jabatan ni merobohkan gerai-gerai orang. Mintak berhenti dulu. Dia berniaga nak dapat pendapatan, Dato’ Dipertua. Dia berniaga kerana dia nak bantu pendapatan suami. Isteri pandai buat nasi lemak, dia buat nasi lemak. Isteri pandai buat

buat koci, nasi, mee goreng, dia nak buat, dia nak jual. Dalam keadaan ekonomi teruk begini, Dato’ Dipertua, ada yang banyak hilang kerja tau. Kilang-kilang banyak buang orang kerja. Kita nak suruh dia buat apa? Kita nak suruh mencuri? Dia bukak gerai bukan kerana dia nak bergerai, dia bukak gerai nak mengisi perut untuk menyara keluarga dan jugak menyara anak-anak dia. Jadi kita kena fikir dalam keadaan seperti mana yang, keadaan begini kita patutnya menyarankan lagi. Kalau tempat tak sesuai, cari tempat sesuai. Kalau keadaan tersebut tak baik, uruskan, buat, buat tempat yang baik dan bagi, tempatkan mereka di tempat yang sesuai. Bukannya dengan beri-beri notis dan merobohkan dan ini satu perkara saya kata kurang bijaklah ya. Kurang bijak. Walaupun saya tahu bahawa ia dilakukan di atas asas-asas yang lain.

Tetapi dalam keadaan ekonomi, dalam keadaan kehidupan orang susah sekarang, sepatutnya kita menggalakkan orang berniaga. YB Sikamat tadi kata, ya kerajaan nak menggalakkan orang berniaga, nak latih orang berniaga. Tapi dalam masa yang sama kita merobohkan orang yang telah pun berniaga di atas usaha dan modal sendiri. Jadi, ini saya rasa eloklah kita lihat semula. Dalam keadaan temporily management ini, Dato’ Dipertua kan, keadaan-keadaan sementera ini apa perlu kita buat supaya yang penting sekali ialah kita kerajaan ke, siapa-siapa ke, siapa-siapa ke, kita buat perkara yang boleh memudahkan dan memberikan bantuan kepada orang. Supaya pengakhir ceritanya, kita di dalam Dewan ini, mencari kata penyelesaian, di dalam Dewan ini, kita mencari kesepakatan untuk kita, pengakhir ceritanya kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kita. Bukan kepada keuntungan sesiapa, tetapi yang untungnya rakyat Dato’ Yang Dipertua. Kita perlu buat dan saya harap supaya Kerajaan Negeri sama-sama ya, lakukan supaya diurus selia dengan baik, segala bajet nak buat.

Saya jangkakan lebih pada 50 juta ya, tetapi untuk kali pertama ni tak apalah, boleh jadi besok nak buat tambahan lagi, boleh tambah kerana kita dengar tadi YB Ampangan kata, lepas tu YB Sikamat kata kita punya surplus banyak, 147 juta. Tahniah saya ucapkan ya, kerana dapat menambah pendapatan. Dan pendapatan bukan untuk kita letakkan di dalam frame kita banyak, banyak surplus atau tidak. Pendapatan kita dapat daripada rakyat, kita pulangkan balik kepada rakyat. Supaya pengakhir ceritanya rakyat akan menerima faedah. Rakyat bayar cukai, rakyat dapat balik. Every dollar that they’ve spent ataupun every dollar that we spent is for the benefit of rakyat, dengan izin Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, kita bukan di sini nak membantah ataupun kita dekat sini untuk kita bertelagah kerana mengapa 50 juta untuk dibelanjakan. Saya

menyokong Dato’ Yang Dipertua, saya bersetuju, kami bersetuju bahawa buatlah, saya jangkakan tadi lebih daripada 50 juta ya. Lebih daripada 50 juta, tetapi 50 dulu tak apa, tetapi buat suatu penyelarasan dan buat satu cara untuk kita pasti bantu rakyat ya. Supaya rakyat yang menderita tu banyak ni Dato’ Dipertua, ramai betul di luar tu ya. Kita boleh mempunyai ataupun kita mempunyai kebolehan untuk kita sampai kepada mereka yang benar-benar perlu dibantu ataupun diberi pertolongan. Kerana kadang-kadang, banyak perbelanjaan dikeluarkan, tetapi tidak sampai, birokrasi-birokrasi yang perlu kita hapuskan agar, kita nak bantu golongan ini, kita bantu golongan ini, insya-Allah. Macam kita buat, tadi kata 300.00 ringgit untuk teksi, untuk e-hailing, terus bagi kepada mereka, bagus, buat, kerana mereka amat terjejas. Tak ada orang boleh keluar, nak bawak teksi apa, nak e-hailing apa. Tak boleh buat. Jadi ini sesuatu yang baik yang perlu kita teruskan dan yang pentingnya ialah kita lihat dulu, kita buat sektoral dia. Sektor ini kita bantu, macam mana nak bantu. Sektor itu macam mana nak bantu, dan pastikan bantuan ini dapat kita teruskan. Yang penting sekali ialah mengenal pasti mereka-mereka yang kehilangan pekerjaan dan apa cara untuk kita membantu mereka demi untuk mereka meneruskan penghidupan Dato’ Dipertua. Mereka nak terus hidup, bukan mereka nak bergaya, bukan mereka nak pergi membeli-belah, mereka nak terus hidup membesarkan anak-anak dan terus untuk hidup pada masa-masa akan datang.

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya ucap tahniahlah kepada kerajaan dapat pendapatan banyak. Tahniah saya ucapkan. Belanjakan duit, jangan kita simpan. That money is not for show. That money is for us to spent, bagi balik kepada rakyat, insya-Allah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau. Anthony, Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Chennah Yang Berhormat Dato’. Terima kasih Dato’ Dipertua, terlebih dahulu saya ingin menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi. Seperti yang diketahui umum bahawa dalam tempoh 6 bulan yang lalu seluruh dunia menghadapi pandemik Covid-19 dan negara kita juga tidak terkecuali. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali di mana kes di Negeri Sembilan antara 5 yang tertinggi di seluruh negara.

Dan pandemik Covid ini merupakan satu krisis yang dikatakan oleh ramai pakar-pakar ekonomi ataupun secara umum dikatakan bahawa

merupakan krisis yang paling teruk dalam tempoh 100 tahun yang lalu. Ini merupakan satu krisis yang menggemparkan seluruh dunia. Bukannya mana-mana satu rantau sahaja, tetapi seluruh dunia. Hampir tidak ada satu negara pun yang tidak terkecuali daripada krisis ini. Justeru ia bukan sahaja merupakan satu krisis kesihatan yang diisytiharkan oleh WHO (World Health Organisation) sebagai pandemik, tetapi kesannya kepada ekonomi dunia agak teruk. Setiap negara oleh kerana kita tak pernah lihat keadaan seperti ini dalam tempoh berpuluh tahun yang lalu, di mana border ataupun sempadan negara ditutup, tidak boleh ada pergerakan manusia dari satu negara ke negara lain. Malah di antara Malaysia dengan Singapura pun tak boleh kita lalui. Jadi ini akan memberikan satu kesan yang cukup besar kepada perdagangan antarabangsa, kepada pelancongan, kepada sektor perkhidmatan dan pelbagai kehidupan kita.

Dan sudah tentunya apabila Kerajaan Persekutuan melaksanakan PKP pada 18 Mac yang lalu sehingga bulan Mei di mana lock down ataupun pergerakan kita tersekat hampir 2 bulan, yang langsung tak boleh bergerak, semuanya duduk di rumah sahaja. Sudah tentunya ekonomi lembab dan agak terjejas, kerana kegiatan ekonomi tidak boleh berjalan. Dan semuanya yang bergantung kepada pendapatan terjejas. Jadi dengan ekonomi yang lembab dan terjejas ini, sudah tentunya kerajaan mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjana semula ataupun menghidupkan semula ekonomi kita yang, memang betul telah beransur secara ber, telah pulih secara beransur-ansur, telah kita mula melihat bahawa kegiatan ekonomi, aktiviti ekonomi berkembang semula tetapi dalam satu keadaan yang masih belum cukup kuat lagi.

Justeru itu apabila kita melihat pertumbuhan ekonomi, kalau kita balik kepada asas macro economy, sesiapa yang pernah belajar macro economy bahawa untuk memastikan pertumbuhan ekonomi, kita ada beberapa komponen yang penting. Antaranya ialah penggunaan isi rumah ataupun private consumption di mana kita lihat sekarang ini ada juga sektor-sektor yang mendapat tempias daripada pandemik Covid ini umpamanya industri kereta terpakai– second hand car, banyak orang beli second hand car. Kedai-kedai jual kereta terpakai ini mereka seolah-olah mendapat durian runtuh sebab perniagaan bagus, meningkat 100%. Sebab ramai orang tak berani menggunakan pengangkutan awam, mereka belilah second hand car untuk anak mereka pergi ke sekolah, pergi kerja dan sebagainya.

Jadi ada juga komponen-komponen ekonomi ataupun sektor-sektor ekonomi yang mendapat tempias. Tetapi secara keseluruhannya, private consumption ataupun penggunaan isi rumah ini di luar jangkaan

kerajaan ataupun di luar kawalan kerajaan. Kerajaan melalui pelbagai insentif ataupun pelbagai bayaran bantuan khas diberikan untuk menjana penggunaan isi rumah ini. Jadi salah satu komponennya ialah consumption yang kita harap ia akan dapat terus bertumbuh kerana itu merupakan satu komponen yang sangat penting dalam ekonomi negara kita. Kerana ia juga menjurus kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan.

Yang keduanya ialah pelaburan ataupun apa yang dinyatakan sebagai “I”– investment. Pelaburan pada ketika ini sudah tentunya amat terjejas kerana ramai pelabur-pelabur daripada asing mereka tak boleh masuk, yang pertamanya, kerana sempadan kita telah pun ditutup, tak boleh bukak lagi. Ada pelabur asing nak tengok, nak bukak kilang di Sendayan ke, di, di, di Nilai ke, mereka nak datang tengok pun tak boleh. Jadi pelaburan sudah tentunya akan terjejas, keputusan-keputusan daripada pelabur asing akan dilambatkan lagi kerana mereka masih tidak dapat membuat keputusan untuk melabur dalam tempoh sekarang ini di mana keadaan ekonomi masih tidak menentu. Begitu juga dengan pelaburan do, domestik. Di mana ramai Pelabur-pelabur masih menggunakan pendekatan ataupun mengambil satu sikap wait and see untuk lihat bagaimana dulu pertumbuhan ekonomi sebelum mereka membuat keputusan.

Dari segi eksport import, sudah tentunya dalam tempoh PKPP amat terjejas. Walaupun negara kita sebuah negara berdagang, negara pengeksport di mana kita, secara kebiasaannya kita mendapat surplus, trade surplus ataupun perdagangan positif, tetapi apapun itu di luar kawalan kerajaan.

Dia tinggal satu lagi komponen yang sangat penting dalam macro economy kita iaitu government spending ataupun perbelanjaan kerajaan– “G”. Jadi dalam tempoh krisis ini, semua kerajaan di seluruh dunia menggunakan pendekatan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Malaysia juga tidak terkecuali, di peringkat persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah pun menyuntik 45 bilion di mana Parlimen baru-baru ini telah pun meluluskan satu rang undang-undang untuk meluluskan satu perbelanjaan 45 bilion untuk menjana semula ekonomi dengan pelbagai pakej rangsangan dan juga insentif-insentif yang diberikan kepada rakyat dan juga bantuan kepada mereka yang terjejas.

Jadi, pakej ataupun komponen perbelanjaan kerajaan ini sangat penting dalam kita memerangi krisis ini kerana ia dapat membantu untuk menghidupkan semula ekonomi kita. Dan di peringkat negeri, saya rasa memang betul, bahawa kita juga perlu memainkan peranannya

iaitu meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan pada hari ini kita akan menambah perbelanjaan sebanyak 50 juta di mana hampir separuhnya ialah untuk membantu untuk pakej-pakej ataupun insentif-insentif yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri semasa PKP yang lalu. Tetapi saya bersetuju bahawa 50 juta ini tidak mencukupi. Dan saya mendengar jawapan daripada Yang Amat Berhormat Rantau tadi, bahawa rizab Kerajaan Negeri kita telah pun mencecah satu 1.06 bilion. Saya ucapkan syabas dan tahniah, ini membuktikan pengurusan kewangan yang baik oleh Kerajaan Negeri sehingga rizab kita mencecah 1 bilion ringgit. Tetapi rizab ini, kita kalau simpan dalam banknya ia tidak dapat memberikan pulangan ataupun nilai kepada rakyat kerana simpan dalam bank sekarang ini tidak membawa faedah yang tinggi kerana simpanan dalam bank sekarang ini faedahnya, kadar faedahnya rendah. Kalau pelaburan, saya difahamkan tadi 700 juta pelaburan. Saya ucapkan tahniahlah kalau pelaburan itu memberikan pulangan yang besar kepada Kerajaan Negeri.

Secara umumnya pelaburan-pelaburan ini saya jangkakannya kebanyakannya dalam pasaran saham. Saya nak tanya jugaklah, mungkin Kerajaan Negeri boleh memberikan sedikit maklumat, adakah pelaburan-pelaburan ini juga Kerajaan Negeri ada melabur dalam kaunter-kaunter sarung tangan ataupun pharmaceutical, syarikat pharmaceutical. Kalau Kerajaan Negeri ada beli kaunter-kaunter macam Top Glove, Supermax dan sebagainya, mungkin berkali ganda pelaburan kita dapat meningkat. Tetapi apa pun saya faham bahawa Kerajaan Negeri biasanya melabur dalam syarikat-syarikat GLC, di mana kita mendapat pulangan ataupun faedah yang berkekalan.

Namun begitu, seperti yang dikatakan, bahawa 1 bilion itu memang kita ucapkan syabas dan tahniah. Tetapi sudah tiba masanya, apabila pada keadaan ekonomi baik, kita menabung, kita ada rizab, kita ada lebihan, kita simpan duit itu. Tetapi dalam masa krisis, sepatutnya kerajaan menggunakan duit itu untuk menjana semula ekonomi. Semasa Yang Berhormat Rantau menjadi Menteri Besar dulu, saya pernah, saya masih ingat Yang Berhormat Rantau pernah menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, dasar kerajaan dulu meletakkan siling, kalau rizab itu sampai 500 juta, selebihnya dibelanjakan sebab 500 juta tu cukuplah, sekurang-kurangnya untuk 2 tahun perbelanjaan kerajaan tanpa hasil pun kita boleh belanja, boleh bayar gaji kepada kakitangan awam. Tak ada hasil langsung pun boleh dibayar, kalau 500 juta tu. Jadi selebihnya dibelanjakan untuk pembangunan dan sebagainya.

Jadi mungkin saya rasa kita boleh mengambil semangat itu, bahawa sekarang ini kita telah mencecah 1 bilion rizab kita, mungkin buffer-nya

kita naikkan sedikit, mungkin 700 juta, yang selebihnya kita belanjakan. Mungkin letakkan silingnya, rizab 700 juta, selebihnya 300 juta tu belanjakan. Saya difahamkan tadi ada rizab tunai lebih 200 juta. Dan saya mencadangkan, saya ingin mencadangkan supaya rizab tunai 200 juta atau 300 juta ini, disuntikkan dalam belanjawan Kerajaan Negeri kita. Kalau tak sempat untuk buat belanjawan tambahan, mungkin dalam masa 2 – 3 bulan lagi kita mungkin akan buat belanjawan 2021. Dan saya harap Kerajaan Negeri akan mengambil pertimbangan, supaya dalam belanjawan 2021 nanti, yang akan dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini, mengambil satu pendekatan bahawa kita tak perlu membentangkan belanjawan berimbang, kerana dalam tempoh krisis ini, tidak ada mana-mana satu kerajaan yang membentangkan keraja, belanjawan berimbang. Kita buat belanjawan defisit, tak ada, tak ada masalah. Saya yakin rakan yang, Yang Berhormat Rantau pun akan sokong, kita buat belanjawan defisit, gunakan rizabnya. Sebab kita ada kedudukan kewangan yang baik, kita tak payah pinjam. Kalau Kerajaan Persekutuan kena terbit bond, kena buat pinjaman untuk membuat suntikan ini. Tetapi Kerajaan Negeri ada keupayaan kewangan, kita ada simpanan kita sendiri. Kita pakailah simpanan itu untuk disuntikkan dalam belanjawan kita.

Dan saya cadangkan supaya dalam belanjawan 2021 nanti, kita suntikkan sekurang-kurangnya 300 juta dalam anggaran belanjawan, belanjawan kita terutamanya untuk perbelanjaan untuk pembangunan dan sebagainya. Kerana itu sangat penting kerana perbelanjaan kerajaan itu boleh membantu dan saya berharap belanjawan 2021 itu mengambil satu pendekatan yang berani dan radikal. Kerana banyak perbelanjaan kita ini seolah-olah dah statik, dah banyak tahun. Saya duduk sini lebih kurang 16 tahun dah. Setiap tahun belanjawan kita lihat anggaran perbelanja, perbelanjaan pembangunan kita hampir statik dalam lingkungan 100 juta sahaja.

Umpamanya untuk P50, untuk perbelanjaan ataupun peruntukan untuk Menteri Besar: P50, dah beberapa, dah 10 tahun saya agaknya, sejak tahun 2005 ataupun 2006 dinaikkan daripada 2 juta sehingga 10 juta, selepas itu tak pernah naik. Dalam tempoh 10 tahun ini jugak 10 juta. Sudah sampai masanya saya cadangkan P50 itu, untuk peruntukan Menteri Besar dinaikkan, untuk belanjawan 2021-lah, bukan untuk sekarang. Daripada 10 juta sampailah 30 juta. Belanjalah menteri, untuk Menteri Besar. Tapi apabila semua ADUN mintak peruntukan daripada Pejabat Menteri Besar, kena luluslah. Sebab P50 ini penting. P50 ini dibagi kepada sekolah, kepada PIBG, kepada NGO, kepada pertubuhan agama dan sebagainya. Banyak permintaan-permintaan, saya tahu.

Semasa tahun 2018 dan 2019, saya menjadi Menteri, saya jugak ada peruntukanlah. Untuk kawasan Parlimen Seremban, kebanyakan saya diagihkan untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, kepada PIBG, kepada sekolah dan sebagainya termasuk di DUN Sikamat, sebab itu di bawah Parlimen Seremban. Tetapi sekarang ini saya bukan lagi Menteri, dan Ahli Parlimen pun tak ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat sekarang. Jadi saya harap P50 itu naikkan supaya kita boleh bantu untuk bantu kepada sekolah-sekolah, PIBG dan sebagainya. Sebab memang kita tahu bahawa apabila sekolah sekarang ini dibuka semula, terutamanya tahun depan, dan kebiasaannya setiap sekolah, setiap NGO mereka membuat banyak fund raising, setiap tahun. Kalau sekolah nak buat pungutan derma sekarang ini, daripada ibu bapa, payah, sebab ibu bapa mungkin sudah hilang pekerjaan, nak derma kepada sekolah macam mana. Jadi PIBG memerlukan bantuan daripada kerajaan untuk membuat aktiviti kokurikulum mereka, aktiviti-aktiviti mereka dan sebagainya. Jadi itulah kegunaannya P50, antaranya, supaya kita bantu, salurkan derma-derma, peruntukan-peruntukan dan bantuan-bantuan ini kepada sekolah-sekolah, badan kebajikan, NGO dan sebagainya. Jadi saya harap ini dapat dipertimbangkan.

Yang keduanya, Projek-Projek Kecil: P56 untuk kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri, juga perlu dinaikkan kerana kita nak menyuntik dalam ekonomi negeri kita, biarlah projek-projek kecil ini diperban, diperbanyakkan, banyakkan peruntukan, buatlah projek-projek kecil seperti membaiki balai raya, membaiki padang permainan kanak-kanak, dewan masyarakat dan sebagainya yang banyak tempat-tempat in memerlukan peruntukan untuk dibaiki semula. Sebab nam, banyak dah balai raya, dewan masyarakat kita usang-usang. Dan dengan adanya peruntukan ini, dia bukan sahaja dapat melihat bahawa ada penambahbaikan terhadap kemudahan masyarakat kita, tetapi ia juga memberikan banyak projek-projek, kerja-kerja kepada kontraktor-kontraktor kecil dalam Negeri Sembilan. Jadi dengan adanya peruntukan tambahan ini, ia dapat merancakkan ekonomi kita di peringkat tempatan terutamanya kepada kontraktor-kontraktor dan sebagainya.

Seterusnya promosi pelancongan. Seperti yang dikatakan tadi, pelancongan itu sangat penting. Dan dalam tempoh Covid sekarang ini ramai rakyat Malaysia, mereka tak boleh melancong ke luar negara. Ada baiknya jugak sebab, kerana mereka tak boleh ke luar negara, tak boleh pergi Korea, tak boleh pergi ke Eropah, tak boleh pergi ke Thailand dan sebagainya, mereka melancong domestik, cuti-cuti Malaysia. Dan Negeri Sembilan sudah tentunya ada juga tarikan-tarikan kita. Dan kita sudah tentunya boleh membuat lebih banyak untuk mempromosikan produk pelancongan kita. Dan peruntukan

untuk promosi pelancongan dinaikkan juga. Saban tahun kita lihat dalam belanjawan kita, promosi pelancongan hanya diperuntukkan 1 – 2 juta saja, tak cukup. Kita bukan sahaja nak mempromosikan Port Dickson. Seremban, daerah-daerah lain, termasuk Jelebu, Chennah, Titi, Kuala Klawang, banyak tempat ini boleh dipromosikan. Dan kita hayap, kita harap kita boleh mempromosikan produk-produk pelancongan kita, tempat-tempat menarik di seluruh Negeri Sembilan. Dan dengan adanya peruntukan-peruntukan ini, kita boleh buat pelbagai bentuk insentif ataupun cara-cara yang lebih kreatif untuk bagaimana menarik pelancong-pelancong kita.

Seterusnya bantuan-bantuan kepada penjaja kecil, peniaga-peniaga, mereka-mereka yang bekerja mendapat upah harian dan sebagainya. Saya bersetuju bahawa lebih banyak bantuan perlu disampaikan kepada mereka. Dan baru-baru ini Perdana Menteri telah mengatakan bahawa elaun JKM ataupun bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dinaikkan daripada 300.00 ringgit ke 1,000 ringgit. Saya harap ini akan, Kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukan yang secukupnya supaya penerima-penerima JKM di Negeri Sembilan juga mendapat jumlah yang sama. Kalau mana-mana yang memerlukan suntikan daripada Kerajaan Negeri, saya harap dan kita yakin bahawa Kerajaan Negeri Sembilan juga mempunyai keupayaan untuk buat matching grand supaya kita juga dapat match ataupun samakan bantuan itu kepada penerima-penerima.

Tetapi yang lebih penting bukan sahaja dari segi bantuan, bantuan one-off dan sebagainya. Tetapi kita juga nak memastikan mereka mempunyai kemahiran dan dilatih untuk berdikari. Baiknya kita bagi ikan, tetapi lebih baik kalau kita mengajar mereka menangkap ikan, kita bagi jala kepada mereka. Itu yang saya nak maksudkan bahawa peruntukan diperlukan untuk kita membuat program-program khusus. Saya tak pastilah mana di bawah portfolio sumber manusia ke ataupun portfolio pendidikan ataupun usahawan. Kita boleh buat program-progam khusus, latihan. Latihan-latihan yang saya maksudkan adalah latihan-latihan basic, yang basic kepada peniaga-peniaga kecil, kepada pengusaha-pengusaha kecil umpamanya bagaimana untuk membantu mereka mentransformasikan perniagaan mereka ke arah ekonomi digital. Kerana dalam tempoh Covid ini kita lihat bahawa kehidupan kita telah berubah, cara perniagaan kita telah berubah. Jual nasi lemak pun kita kena tahu bagaimana nak jual dalam online. Kita nak teksi, mereka transformasi kepada e-hailing. Kita nak penjual burger, penjual nasi lemak, mereka boleh jual melalui atas talian. Dan itu kita memerlukan latihan-latihan kepada peniaga-penagai kecil ini dan penjaja-penjaja ini supaya mereka boleh adaptasi kepada ekonomi digital, bagaimana kita melaksanakan transaksi melalui e-dompet

umpamanya, e-Wallet, bagaimana mereka menjual secara online, mereka bagaimana memasarkan produk mereka melalui website, melalui platform-platform jualan online dan sebagainya. Semua itu mungkin ada sebahagian daripada masyarakat kita yang masih belum mengetahui bagaimana melakukannya. Jadi saya harap, bahawa ada latihan-latihan seperti ni dapat diadakan, adapat dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri supaya kita dapat membantu golongan-golongan ini. Dan saya yakin bahawa latihan-latihan yang basic seperti ini kalau diadakan, dia akan dapat banyak membantu kepada golongan tersebut ini.

Saya juga berharap bahawa apa yang dilaksanakan, insentif-insentif yang telah pun dilaksanakan, ataupun isi, inisiatif yang telah dilaksanakan itu semuanya baik-baik belaka. Tapi kita harap ia dapat terus ditambah baik, dapat dilihat semula keberkesanannya, kalau ada keperluan, kita tambah lagi. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau tadi, kita jangan bimbang bahawa pada ketika ini, apabila kita nak menghadapi krisis ini, kita nak menghidupkan semula ekonomi kita, kita perlu menambahkan perbelanjaan kerajaan kita. Kita perlu tambahkan peruntukan kita untuk memastikan bahawa ekonomi kita dapat dihidupkan semula.

Satu perkara yang lain Dato’ Dipertua, yang saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini ialah bahawa apabila kita menghadapi Covid ini, kita memerlukan juga, selain daripada suntikan kerajaan, tetapi juga ada, ada apa ni, ada limpahan daripada projek-projek mega supaya ia dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri kita. Salah satu projek yang kita telah berjaya semasa pentadbiran Pakatan Harapan di Putrajaya ialah untuk membawa projek ECRL masuk ke dalam Negeri Sembilan. Kerana apabila kita membuat review kepada projek ECRL ini, kerajaan pada ketika itu nak menurunkan kos pembinaan projek tersebut. Dan apabila kita berbincang dengan pakar-pakar dan berunding dengan pihak kontraktor utama bagaimana untuk merendahkan kos itu, salah satu caranya ialah untuk mengelak daripada pembinaan terowong di Banjaran Titiwangsa berdekatan dengan Genting. Itu sebabnya jajaran asal daripada ECRL itu yang melalui Bentong sampai ke Gombak, diubah suai untuk ke arah Selatan supaya daripada Mentakab dia masuk kepada Daerah Jelebu melalui Kuala Klawang, masuk ke Nilai, selepas itu pergi ke Putrajaya sebelum sampai ke Klang. Dan jajaran itu telah pun kita bentangkan dan kita pun telah muktamadkan dengan kontraktor daripada China, pada tahun 2019, di mana kosnya telah pun diturunkan kepada lebih kurang 44 bilion.

Dan jajaran ini sudah tentunya memberikan satu tempias yang sangat baik kepada Negeri Sembilan. Selain dapat mengurangkan kos pembinaan secara keseluruhannya, ia membawa satu tempias ekonomi yang besar kepada Negeri Sembilan kerana ada 2 stesen yang akan dibina di Negeri Sembilan iaitu yang pertamanya, di Daerah Jelebu. Di Daerah Jelebu kita secara umumnya ketahui bahawa Daerah Jelebu ini dari segi pembangunannya agak kurang kerana faktor geografinya, faktor pengangkutannya yang tak begitu lancar, ia membantutkan pembangunan di Daerah Jelebu. Tetapi adanya stesen ECRL di Jelebu nanti, ia sudah tentunya akan merupakan satu faktor tambahan yang positif kepada sektor perindustrian ataupun pertanian di mana pertanian, hasil-hasil pertanian boleh dikilangkan, kita boleh menarik pelabur-pelabur untuk membina kilang berasaskan pertanian di Daerah Jelebu dan seterusnya boleh diangkut ke Pelabuhan Klang ataupun Pelabuhan Kuantan melalui ECRL. Jadi, faktor itu sangat penting untuk pertumbuhan untuk Daerah Jelebu dan pembangunan di Daerah Jelebu.

Dan di Nilai, Nilai itu berdekatan dengan MVV (Malaysia Vision Valley) di mana kita ada perancangan strategik untuk menjadikan stesen di Nilai itu dijadikan sebagai satu hub logistik di antara utara dan selatan dan timur dan barat, supaya apabila ECRL sampai ke sana, dengan adanya jaringan Lebuhraya Utara Selatan, ada jaringan daripada KTM, di mana landasan keretapi KTM daripada utara ke selatan ada juga melalui Nilai, dan adanya ECRL, maka itu menjadi satu, satu persimpangan yang agak strategik dan boleh dibangunkan sebagai satu hub logistik negara yang besar di, di Semenanjung Malaysia. Jadi perancangan-perancangan itu memang sudah ada, dan ia memang strategik untuk kita bangunkan. Ia bukan sahaja membantu Kerajaan Persekutuan tetapi juga boleh membantu Negeri Sembilan.

Tetapi malangnya apabila kerajaan bertukar tangan, sekarang ini Menteri Pengangkutan yang baru ingin mengubah jajaran tersebut, dan membawa jajaran tersebut balik ke jajaran asal, apa tujuannya saya tak tahulah. Sama ada dia nak memangsakan Negeri Sembilan, dia, dia nak ni, nak balik ke jajaran asal untuk apa sebab pun, saya tak pasti. Tetapi saya berharap bahawa kita dalam Negeri Sembilan bersama-sama memperjuangkan supaya jajaran yang melalui Negeri Sembilan ini dapat dikekalkan kerana ia bukan sahaja memberikan satu tabung, apa ni, satu kelebihan kepada Kerajaan Persekutuan dari segi pengurangan kos, tetapi dari segi perancangan strategik dan pembangunan di koridor yang dilalui oleh ECRL ini banyak manfaat. Dan saya berharap, rakan-rakan termasuk Yang Berhormat Rantau boleh memberikan sokongan supaya kita pastikan bahawa Negeri Sembilan mempunyai satu suara yang, yang bersatu, satu suara yang kuat supaya suara ini

dapat disampaikan kepada Putrajaya. Dan saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar mesti mengambil satu pendirian yang tegas untuk menyampaikan suara dan mesej ini kepada Putrajaya bahawa Negeri Sembilan ingin mempertahankan jajaran ECRL yang melalui Negeri Sembilan ini. Ini saya rasa merentasi fahaman politik, termasuk rakan saya, Ahli Parliman Jelebu, telah pun membuat kenyataan, beliau juga menyokong jajaran yang melalui Jelebu itu kerana beliau tahu bahawa apabila jajaran itu melalui Jelebu, sudah tentunya tempiasnya kepada pembangunan di seluruh Daerah Jelebu. Jadi saya harap bahawa kita sama-sama memastikan bahawa faktor-faktor pertimbangan ini dapat diambil kira oleh pihak Kerajaan Persekutuan. Dan saya harap pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan yang segera supaya dapat memastikan kepentingan Negeri Sembilan ini dapat dipertahankan.

Dato’ Yang Dipertua, saya sekali lagi ingin menyatakan sokongan saya kepada Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 ini dan semoga bahawa pihak Kerajaan Negeri termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri boleh mengambil kira pertimbangan-pertimbangan terhadap cadangan-cadangan yang saya telah lontarkan tadi, supaya apabila kita merangkakan belanjawan untuk tahun 2021, yang saya pastinya prosesnya sudah pun bermula, kerana ia perlu beberapa bulan untuk dirangka, boleh mengambil kira pertimbangan kerangka besar ini. Supaya yang pertamanya, prinsipnya ialah tahun 2021 tak perlu kita bentangkan belanjawan berimbang, kita mesti mengambil satu pendekatan yang berani, buat belanjawan defisit, banyakkan anggaran pembangunan supaya, kita pernah berbincang di peringkat Pusat dulu bahawa sepatutnya ataupun idealnya apabila anggaran belanjawan itu dibentangkan, kita melihat kepada perbelanjaan mengurus dengan perbelanjaan pembangunan sepatutnya sama rata, 50 – 50. Kalau kita belanjakan 50.00 ringgit untuk pengurusan, kita juga belanjakan 50.00 ringgit untuk pembangunan, itu maksudnya.

Jadi kita harap bahawa nisbah di antara perbelanjaan mengurus dengan pembangunan ini dapat dikurangkan ataupun dapat disama ratakan. Kerana kebiasaannya kita membelanjakan hampir 80% untuk pengurusan, pembangunan hanya 20%. Jadi kita harap nisbah ini dapat ditukar dan dapat diambil pertimbangan, supaya sama-sama kita memastikan bahawa belanjawan yang kita luluskan dalam Dewan yang mulia ini betul-betul sampai kepada golongan sasar, dan dapat memacukan pertumbuhan ekonomi dalam Negeri Sembilan ini. Secara umumnya bahawa kita yakin bahawa ada pertumbuhan ekonomi ataupun pemba, pertumbuhan ekonomi positif pada tahun depan. Kita harap kalau Negeri Sembilan dapat memacu satu langkah yang lebih

berani, yang lebih proaktif, kita yakin bahawa pertumbuhan ekonomi di Negeri Sembilan itu akan jauh lebih tinggi daripada purata pertumbuhan di peringkat nasional. Dan Negeri Sembilan sudah tentunya mempunyai acuan, mempunyai banyak faktor-faktor lebihan yang dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang baik supaya kita memastikan satu apa ni, pembangunan yang lebih menyeluruh untuk rakyat Negeri Sembilan. Dengan kata-kata itu, saya sekali lagi menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Saya tak bercadang nak sambung, saya bercadang untuk tangguh ya, dan kita akan sambung pada 2:30 petang supaya semua selesa nak sembahyang Zohor, 2:45. Kita nak selesaikan sebelum, sebelum pukul 5 hari ni, boleh? Macam tu, lepas ni ada 2 je pembahas lagi, 2 pembahas lagi saya akan beri peluang lepas, lepas makan ya. Jadi, kita tangguh 2:45 ya, boleh rehatlah. Jadi saya tangguh, sekian terima kasih.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 12.48 tengahhari]

[Persidangan disambung semula pada jam 3.03 petang]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan.]

[YB ADUN Juasseh tidak hadir pada sesi petang]

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Kita sambung balik mesyuarat kita, persidangan kita. Dan saya bercadang untuk beri 2, 2 orang lagi untuk berucap sekitar 20 minit. 1 wakil kerajaan, 1 wakil apa ni, 2-lah. 1 wakil kerajaan, 1 lagi daripada wakil sebelah. Dan untuk itu, saya nak tahu siapa yang nak berucap dulu, angkat tangan, tengok dulu, berucap bagi pihak kerajaan, bagi pihak, haa. 2 orang. [YB ADUN Chembong bercakap tanpa mic] Boleh, tapi saya hadkan 15 minitlah seorang, boleh? [YB ADUN tanpa microphone] Haa? 10 minit? Okay, 10 minit, okay, ya. Supaya tak ambil masa panjang, sebab kita banyak, kang kita nak habis kang, kok malam kang. Haa? Tak ada, kita bagi 10 minit, kang penangguhan ada lagi. 2 – 2 ya. Saya buat keputusan 2 – 2, 10 minit – 10 minit je. Okay saya persilakan siapa nak mulakan dulu. Open, siapa nak mulakan dulu, haa kerajaan, kerajaan Anthony tadi dah sebut, daripada ni lah, pembangkang-lah, pihak, pihak

ni. Kalau tak ada kang, saya gulung. Tak ada kang, saya gulung kalau tak ada siapa nak cakap. Silakan, 10 minit ya. Terima masih. Tuan nanti dekatkan mic ya, supaya boleh masuk suara dekat ni.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam.

Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kerana beri peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan rang undang-undang pada petang ini. Seperti mana yang kita sedia maklum, seperti mana yang telah di, dinyatakan jugak oleh Yang Berhormat Rantau sebelum ini, Covid-19 ini adalah satu pandemik yang bukan sahaja merupakan cabaran yang sangat besar kepada nega, kepada negara kita tetapi kepada seluruh dunia termasuk rakan-rakan negara kita di rantauan, di rantau ini. Rakan-rakan perniagaan kita seperti negara-negara US, China, India, Indonesia juga senang menghadapi masalah yang sangat besar. Dan jika dibandingkan dengan negara kita, bolehlah dikatakan bahawa kita menanganinya dengan lebih baik. Tetapi hakikatnya Dato’ Yang Dipertua, kita harus bersedia bahawa Covid-19 ini kita tak tahu bila akan selesai atau bila kita mampu untuk mengatasinya. Selagi dia punya apa tu, vaksin ini tidak kita jumpa, dan tidak selamat untuk kita gunakan, maka kita harus menerima hakikat bahawa Covid-19 ini mungkin akan lama lagi bersama dengan kita.

Oleh yang demikian Dato’ Yang Dipertua, memang kita alu-alukan, kita setuju sangat antara perkara yang ingin dilakukan adalah untuk memberi bantuan atau serta merta khususnya kepada rakyat kita yang terhimpit ataupun terkesan dengan Covid-19 ini. Dan kita sedia maklum pelbagai perangkaan telah pun kita dengar, termasuk yang dibentangkan dalam, oleh kerajaan pada hari ini. Hakikatnya boleh katakan semua sektor ataupun majoriti sektor dan majoriti lapisan masyarakat menghadapi masalah yang besar berkenaan dengan Covid.

Tadi Yang Berhormat Chennah pun ada menyatakan tentang teori ekonomi, macro economy-nya, bahawa pendapatan negara itu ada beberapa komponen termasuk consumption ataupun housing consumption, pelaburan– investment dan perbelanjaan kerajaan yakni government spending. Dalam, dan dalam kes ataupun situasi sebegini yang mana komponen-komponen yang lain ni sukar untuk kita dapatkan perbelanjaan atau pelaburan mereka, maka komponen yang

paling utama yang kita harapkan untuk menjadi penjana kepada ekonomi negara sudah tentunya adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, di dalam kita membelanjakan duit kerajaan ini, kita harus benar-benar berhemah dan bijak dalam membelanjakan, dalam kata lain, Dato’ Yang Dipertua, dari segi teori ekonominya ada kita panggil sebagai multiplier effect ataupun kesan pengganda. Dalam kita lain, apabila kerajaan membelanjakan sesuatu peruntukan itu, dia mempunyai pengganda kepada ekonomi. Jadi kita tak nak bantuan ini berbentuk one-off dan tidak ada kesan sampingan ataupun kesan mengganda kepada ekonomi, dia merugikan. Sebaliknya kita harus bijak dan menilai untuk membuat pembangunan yang memastikan yang ada kesan pengganda atau multiplier effect kepada ekonomi.

Sebagai contoh mudahnya, Dato’ Yang Dipertua, hari ini kita sedia maklum ramai peniaga-peniaga kecil yang baru naik. Mungkin kerana mereka ni dulu ada kerja tetap tetapi telah diberhentikan. Saya difahamkan menurut perangkaan, lebih kurang 40% daripada pekerja kita mendapati kekurangan pendapatan. Dan kita dapati pengangguran pun bertambah. Jadi memang agak wajar dan sesuai sekali sekiranya mereka ini diberuang, diberi ruang untuk berniaga. Jadi kalau kita ikut konteks multiplier effect tadi mungkin wajar untuk kita bina premis-premis perniagaan kecil supaya mereka-mereka yang dah terkesan oleh Covid ini dan ingin melakukan perniagaan, ada ruang. Jadi kita bukan sahaja menyuntik dari segi perbelanjaan kerajaan dengan membina premis-premis ini, tapi pada masa yang sama secara langsung kita membua, membuka ruang perniagaan kepada kita punya rakyat yang ingin menambah pendapatan mereka melalui berniaga kecil-kecilan.

Perkara yang kedua Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum bahawa apabila keadaan sebegini berlaku, kita sedar bahawa sektor pemakanan itu adalah satu yang sangat penting untuk kita. Kita tidak boleh bergantung terlalu banyak kepada import makanan kerana ini boleh menjejaskan kepada kestabilan dan keselamatan negara jugak sebenarnya. Jadi kita patutnya mengambil peluang ini, di kala kita menghadapi Covid ini, untuk kita mempertingkatkan, kita mempertingkatkan produktiviti sektor pemakanan kita. Kita sedia maklum bahawa kita masih lagi bergantung kepada import makanan. Ini harus kita perhalusi dan ambil kesempatan ini untuk kerajaan berbelanja untuk memastikan industri, baik pertanian atau perladangan, penternakan, bercucuk tanam itu dapat di, diperbaiki, dipertingkatkan supaya kita tidak lagi bergantung kepada import dari luar negara.

Dan ketiganya Dato’ Yang Dipertua, kita jugak harus peka dan betul-betul mengambil kesempatan apabila hari ini, kita punya sempadan ditutup, kita bukan sahaja tidak membenarkan warga asing tapi pada masa yang sama, pekerja-pekerja asing pun kita tidak lagi benarkan untuk bersama dengan, dengan kita. Jadi, saya yakin ada ruang untuk kita mengisi kerja-kerja yang dulunya di, dilakukan oleh pekerja asing ini oleh pekerja tempatan. Ini penting. Dan saya minta untuk kerajaan kaji betul-betul apakah insentif, skim ataupun strategi yang wajar bagi memangkinkan ruang-ruang kerja yang dulunya ditinggal oleh pekerja asing ini, tidak lagi di, di, di, dilakukan oleh pekerja asing sebaliknya dilakukan atau diambil kerja oleh rakyat kita yang kita dengar tadi penganggurannya sudah bertambah.

Pada masa yang sama, pada tahun lepas juga saya pernah bangkitkan, tentang wujudnya, wujudnya banyak tanah-tanah terbiar bukan sahaja tanah-tanah kerajaan, tetapi yang lebih rumit lagi adalah tanah-tanah pusaka yang kalau nama atas geran tu mungkin sudah 4 generasi ke atas. Dan sekarang ini waris-waris dah tak berani nak usik. Sekali lagi Dato’ Yang Dipertua, saya yakin, kita sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengkaji apakah yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Negeri khususnya yang merupakan badan yang bertanggungjawab, kerajaan yang bertanggungjawab tentang tanah. Untuk memastikan tentang tanah-tanah yang terbiar ini dan waris-waris ataupun rakyat-rakyat kita yang hilang pendapatan atau menjadi penganggur ini dapat kita gembelingkan bersekali untuk memastikan tanah-tanah ini tidak dibiar dan dapat diusahakan oleh rakyat kita, Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, pada masa yang sama jugak, akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan tahniahlah kepada kerajaan kerana telah berjaya mengumpulkan rizab yang sangat tinggi, tetapi seperti yang telah di, disampaikan ataupun dinyatakan oleh rakan-rakan Berhormat sebelum tadi, kita ni bukan bank. Duit rizab itu adalah untuk rakyat dan kita mesti manfaatkan sebaiknya untuk rakyat. Dan kali ini saya rasa rakyat amat-amat memerlukannya. Dan saya agak sedikit kadang-kadang, agak, agak keliru jugak mengapa permohonan khususnya daripada kawasan saya di Linggi dah hampir 2 tahun kita minta tetapi masih lagi belum dilaksanakan walhal pada masa yang sama kita mengatakan bahawa kita punya rizab bertambah ratusan juta.

Jadi oleh yang demikian Dato’ Yang Dipertua, sekali lagilah, kesimpulannya, saya ingin menyampaikan di sini bahawa Covid ini walaupun kita menghadapinya dengan keadaan yang susah, tapi saya yakin dan percaya ada hikmah di sebaliknya, cuma kita harus benar-benar bijak dan prihatin dalam mengenal pasti apakah hikmah yang dapat kita kecapi. Dan sebagai kesimpulan yang saya sebut tadi, salah

satunya adalah untuk kenal pasti projek-projek yang ada multiplier effect. Kita kenal pasti tanah-tanah terbiar yang boleh diusahakan. Kita kenal pasti projek-projek pertanian, projek-projek penternakan yang boleh membantu sektor pemakanan kita.

Dan akhir sekali kita pastikanlah projek lain yang sesuai dan, wajar untuk kemudahan rakyat dan kesejahteraan untuk rakyat kita laksanakan secepat mungkin. Dan saya yakin dan percaya insya-Allah dengan itu kita dapat mengatasi Covid ini dengan mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Jadi secara dasarnya Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong rang undang-undang ini, tapi saya benar-benar berharap agar segala comment-comment ataupun pandangan saya tadi di, dipertimbangkan, diterima baik oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya buka lagi. Silakan Yang Berhormat.

[percakapan awal tidak dirakam berikutan microphone dalam mode off] ….. 50 juta. Jadi, sehubungan itu, sebagaimana yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Sikamat tadi, 50 juta telah pun diperuntukkan kepada banyak ya, agensi-agensi, badan-badan yang terlibat. Jadi justeru itu saya berharap ianya akan dapat ya, sampai ke sasarannya.

Sebelum itu, di kesempatan ini ingin juga saya menyentuh tentang beberapa perkaralah ya, khususnya di kawasan saya iaitu di Serting ini. Dulu sebelum ini, pihak Kerajaan Negeri telah pun memberi komitmen untuk melaksanakan ya, ni, RTC di Jempol iaitu di Serting lokasinya. Tapi, sampai hari ini belum lagi dapat dilaksanakan. Jadi, RTC ini ataupun UTC di peringkat negeri ini telah dapat banyak membantu rakyat. Begitu juga pelaksanaan ataupun UTC di Ampangan ini, kita lihat dulu amat ceria, amat meriah sekali. Tapi hari ini kita lihat lesulah, tidak bermaya lagi UTC ini. Jadi saya mintak Kerajaan Negeri, sehubungan, dengan itu apakah ya, langkah-langkah, ini benda yang baik harus kita teruskan. Benda yang baik untuk rakyat harus kita teruskan. Jadi saya tengok UTC tu lembab je, tidak bermaya. Jadi begitu jugalah di Jempol, seperti yang telah dijanjikan ya, supaya ianya dapat dilaksanakan.

Seterusnya ialah dari segi progam pencahayaan. Saya dari Jempol lalu ke Kuala Pilah, pada sebelah malam saya dapati banyak lampu-lampu yang padam. Apakah ini satu konsep penjimatan oleh Kerajaan Negeri di mana malam ni mungkin pasang lampu ni, menyala, malam besok

dipadamkan. Jadi kita dah biasa sebelum ini dengan program pencahayaan. Yang ceria di Negeri Sembilan ni di bawah Kerajaan Barisan Nasional dahulu, baik di jalan utamanya di Jalan Persekutuan mahupun di Jalan Negeri ya, ataupun jalan kampung. Jadi bila ada lampu-lampu yang padam ni terasa kegelapan, kesuraman ya, oleh kita semua.

Seterusnya ingin juga saya menyentuh dari segi perkara yang membanggakan kita iaitu konsep riadah kompleks sukan belia di Paroi ni. Sejak Pakatan Harapan mengambil alih ya, benda ni mati. Dulu cukup ceria. Orang hari-hari, masyarakat, kita nak masyarakat yang aktif, masyarakat yang cergas ya, untuk mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Tapi sekarang ni, kita tak tahu apakah perancangan yang dibuat ya, di kompleks tersebut hari ni gelap. Jadi macam mana lampunya padam tadi, begitu jugalah kompleks itu. Jadi saya nak juga makluman, apa perancangan. Dah 2 tahun ya, 2 tahun benda tu terbengkalai ya. Saya dimaklumkan dulu ada nak dibuat naik taraf ubah suai, tetapi di Negeri Sembilan, Kerajaan Pakatan Harapan, sudah ya, 2 tahun ya, lebih memerintah, mentadbir, mengurus tadbir negeri ini, tapi nampaknya perkara ataupun kompleks sukan ini masih terbiar.

Begitu juga tentang usahawan muda seperti yang saya sebut dalam soalan tambahan tadi. Sudah semestinya golongan muda ini harus kita beri keutamaan, generasi penerus ya, di negara kita ini dengan ruang dan peluang, peluang pekerjaan. Tapi tadi exco yang bertanggungjawab mengatakan sudah 2 tahun ya, data-datanya tidak ada lagi. Saya tanya di DUN Serting, tetapi jawapan yang dibagi tadi, dikatakan datanya masih tidak ada lagi. Apakah amat sukar, amat sulit ya, bagi pihak Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan data-data ini supaya kita nak pastikan ya, setiap daerah, setiap DUN ada sentuhan-sentuhan ya, supaya kumpulan sasaran belia-belia ini dapat kita ba, lahirkan usahawan-usahawan melalui kemahiran, pengalaman ataupun bimbingan latihan yang harus kita bagi. Jadi saya berharap, perkara ini harus diberi perhatian ya, kerana dalam tempoh 2 tahun untuk mengumpulkan data, untuk mendapatkan ya, maklumat usahawan-usahawan ini tidak boleh kita terima ya, satu jangka masa yang panjang. 2 tahun untuk mendapatkan data-data, walhal ianya mungkin melalui agensi-agensi yang sedia ada, beri bantuan, dan juga agensi-agensi memberi latihan dan sebagainya, boleh kita dapatkan ya, jumlah ataupun usahawan-usahawan yang ada di negeri kita ini ataupun di daerah-daerah ataupun di DUN kita masing-masing.

Seterusnya juga peruntukan melalui kewangan, melalui Kerajaan Negeri tadi juga ada besar jugak jumlahnya. Jadi saya mohon, lama dah saya mohon ni, iaitu lampu limpah ya, di 2 kawasan utama di Serting ini

iaitu di persimpangan utama Bandar Seri Jempol dan juga persimpangan utama Serting Tengah. Sebab laluan kereta trafik ya, sangat banyak di kawasan ini, jadi saya berharap dapat kita upgrade-lah ya, lampu limpah yang besar. Dan saya dimaklumkan tidak ada bajet. Jadi hari ini tadi kita lihat ada tambahan melalui peruntukan yang diberi, dapatlah kiranya 2 lampu limpah ini di, dapat dibuat ya, dapat dibangunkan di kawasan, 2 tempat yang saya sebutkan tadi.

Begitu juga beberapa, sudah hampir 3 – 4 tahun juga, saya kemukakan, 2 tahun ya, sebelum ni, kawasan banjir yang di Batu 43 Serting Tengah ini. Jadi jawapan yang diberi oleh Kerajaan Negeri dalam soalan saya pada tahun lepas, iaitu perkara ni telah pun dimaklumkan kepada pihak JKR ya, kerana mungkin melibatkan jumlah, perbelanjaan yang besar, jadi saya ingin tahulah ya, hari ini, setakat mana perkembangan ya, bajet yang telah pun dikatakan akan dibuat oleh pihak JKR, dari segi itu, so ini dah berlarutan, jadi dah memakan masa yang lama.

Jadi itulah beberapa perkara yang saya nak sentuh di kesempatan ini ya, mudah-mudahan Rang Undang-Undang Perbekalan ini dengan peruntukan tambah 50 juta ini ia akan dapat mencapai sasarannya. Terima kasih …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih…..

….. Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. Yang Berhormat. Silakan. Tak ada? Tak ada, kita gulunglah. Saya persilakan pihak kerajaan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk menggulung usul tersebut.

Mengenai soalan ADUN Rantau dan pandangan beliau yang, pandangan yang baik dan diucapkan, saya mengucapkan ribuan terima atas pandangan-pandangan tersebut. Dan, dan kita ambil akan mana-mana perkara yang kita rasakan perlukan penambahbaikan lagi pembangunan negeri ini.

Mengenai perobohan gerai yang menjadi isu ya, menjadi isu dan kita ambil maklum bahawa Majlis Perbandaran Seremban telah bertindak

kerana mendapat aduan daripada penduduk ya, kita sedia maklum bahawa mereka ini mendirikan bangunan-bangunan di kawasan-kawasan tempat tinggal, kawasan-kawasan perniagaan dan memberi kesan kepada mereka yang berada di situ juga. Kerana itu pihak MBS telah mengambil tindakan ya. Majlis Bandaraya Seremban telah melaksanakan program penyusunan semula penjaja di tempat khas atau pusat penjaja setempat dalam kawasan Majlis Bandaran Seremban bermula bulan Mei 2020 supaya penjaja boleh menjalankan perniagaan dengan selesa dan selamat. Pusat penjaja setempat disediakan berikutan daripada perkara berikut:

Pertamanya, pihak Majlis telah menerima banyak aduan berkaitan taburan penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Seremban yang semakin bertambah. Kita akui dalam keadaan Covid ini memang sukar tetapi pihak, satu pihak lagi membuat aduan ya, mereka membuat aduan berkenaan dengan permasalahan mereka. Tempat kebersihan mereka ya. Penjaja juga menimbulkan gangguan terhadap halu, halangan lalu lintas, masalah sampah sarap, menyebabkan kekurangan petak letak kereta untuk kegunaan awam. Dan yang ketiga, MBS juga telah berulang kali mengambil tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis dan kompaun kepada penjaja tetapi tak berkesan berikutan mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.

Bagi menangani masalah taburan penjaja tanpa lesen, pihak Majlis telah mengenal pasti sebanyak 41 lokasi dengan 890 jumlah petak yang sesuai untuk dijadikan pusat penjaja setempat. Sehingga kini MBS telah menyiapkan 503 jumlah petak di 20 lokasi manakala 21 lokasi dalam proses penyediaan petak. Seramai 264 penjaja telah ditawarkan tapak berniaga dengan 293 penjaja dalam proses penempatan. Antaranya Tapak Penjaja Dataran Senawang, Tapak Penjaja Taman Seri Pandan Sikamat berhampiran Zeemart dan Dataran Centrio Seremban 2.

Walau bagaimanapun, penjaja di tapak pusat penjaja setempat dikehendaki mematuhi syarat yang ditetapkan, tidak dibenarkan meninggalkan sebarang peralatan tapak perniagaan seperti kerusi, meja, khemah dan lain-lain, tidak dibenarkan membina sebarang binaan struktur di tapak yang disediakan, pelesen dikehendaki berada di gerai setiap masa, tidak dibenarkan mengguna atau menggaji pembantu warga asing, mematuhi semua peraturan ditetapkan dalam Akta Undang-Undang Kecil dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh MBS dan agensi kerajaan lain, menjaga kebersihan tapak sekitar serta menguruskan sampah dengan sempurna, tuan puan dikehendaki melayani semua pelanggan dengan mesra, sopan setiap masa.

Saya yakin ya, saya yakin bahawa dengan peraturan ini kita akan lebih bersih, kita akan lebih teratur dan Bandaraya Seremban lebih, lebih lagi akan lebih bersih dan lebih indah. Tuan-tuan, Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk memberikan bantuan tunai kepada penjaja setempat sebanyak 300.00 ringgit. Mereka pindah, mereka setuju pindah, mereka berniaga, kita bagi 300.00 ringgit secara one-off kepada penjaja sebagai tanda setuju berpindah ke tapak pusat penjaja setempat yang disediakan oleh MBS.

Di samping itu juga, kita terus bagi mereka lesen, lesen ini tak pernah ada sebelum ini, jadi sekarang kita lesenkan mereka. Ini untuk memberi peluang kepada mereka supaya mereka boleh bukak akaun atas nama lesen mereka untuk selepas ini mereka boleh buat pinjaman, boleh mohon TUNS, boleh mohon apa jua ataupun mereka boleh beli rumah, mereka boleh beli aset, kerana itu kita bagi mereka lesen. Ini untuk memperkasakan mereka, bukan kita merosakkan mereka. Jadi saya berharap bahawa suara-suara nakal itu dihentikanlah. Kita juga berjuang untuk penjaja, kita nak pastikan penjaja dibela, insya-Allah, tahun hadapan akan lebih banyak pusat-pusat ataupun gerai-gerai didirikan dengan lebih sempurna, insya-Allah, kita gunakan duit Kerajaan Negeri untuk bangunkan pusat-pusat penjaja, insya-Allah. Kepada mereka yang setuju, kita alhamdulillah, kita akan utamakan mereka insya-Allah.

Tuan-tuan, untuk ucapan, YB Loke, YB Chennah mengenai pandangan beliau mengenai ba, apa, belanjawan tambahan. Memang kita sedia maklum bahawa belanjawan untuk 2021 akan kita bentangkan insya-Allah di akhir Oktober ataupun November di mana terla, terlalu hampir. Jadi kita akan bersedia untuk belanjawan tahun hadapan yang pastinya akan memberi satu impak ekonomi kepada penduduk di Negeri Sembilan. Dan kita berharap bahawa ini akan memberikan kesan pada tahun hadapan. Tahun ini kita telah buat sebahagiannya dan insya-Allah tahun hadapan kita teruskan. Kita tahu bahawa Covid ni kita tak tahu bila berakhirnya dan insya-Allah kita yakin tahun hadapan akan ada satu impak baru yang akan memberi kesan terus kepada rakyat khususnya mereka yang berada dalam golongan miskin, miskin tegar dan juga yang memerlukan sokongan daripada kerajaan, insya-Allah.

Jadi, pada, apa, mengenai ECRL yang telah diutarakan. Memang surat kita telah kita kemukakan pada 10 Ogos kepada Kerajaan Malaysia, kepada Perdana Menteri sendiri. Saya telah tulis kepada Perdana Menteri supaya dipertimbangkan ya, dipertimbangkan semula dan apabila bertukar kerajaan ataupun diambil alih, kita telah kehilangan, sepatutnya laluan itu adalah laluan daripada melalui Jelebu ataupun

Kuala Klawang ke Nilai, dan seterusnya memberi impak ekonomi kepada kita.

Mengenai ADUN Linggi, premis perniagaan. Kita bukan saja tertumpu kepada peniaga-peniaga yang membuat perniagaan di, di gerai-gerai ataupun warung-warung, tetapi kita hari ini akan pergi kepada perniagaan atas talian ataupun digital. Dan saya yakin bahawa Yang Berhormat exco keusahawanan akan memastikan bahawa benda ini akan dapat kita laksanakan kerana ini merupakan satu permintaan daripada masyarakat kerana apabila kita melalui Covid hari itu, bahawa perniagaan atas talian telah mendapat satu perkara yang cukup men, sambutan yang cukup menarik. Dan kita yakin bahawa dengan adanya perniagaan atas talian ini juga dapat membantu anak-anak muda kita menjalankan perniagaan mereka dengan mengurangkan kos ya, mereka, mereka boleh berniaga di rumah, dan mereka boleh buat penghantaran apabila ada order dan ini mengurangkan kos mereka dan risiko mele, mereka. Jadi ini merupakan satu perkara baru yang harus diberi perhatian oleh golongan-golongan muda supaya perniagaan atas talian ini dapat kita kembang suburkan pada masa akan datang.

Mengenai food, food security, kita sedia maklum bahawa kita, Kerajaan Negeri telah di, pada bajet 2019 yang lepas juga kita telah menggalakkan supaya penduduk di Negeri Sembilan ini supaya terus terlibat dalam bidang pertanian. Kepada mereka yang punya tanah terbiar, kita galakkan mereka untuk menerima ya, kita, kita beri mereka geran ya, sebanyak 10 ribu ringgit untuk mereka menjalankan, untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar. Manakala Kerajaan Persekutuan menyediakan 20 ribu ringgit. Jadi ini mereka dapat lakukan, menang, memang banyak geran yang telah disediakan ya.

Mengenai geran ini, insentif kepada siswazah tani juga, kita telah beri kepada 50 war, 50 siswazah tani yang telah menjalankan perniagaan pertanian mereka ataupun mereka mengusahakan pertanian mereka. Dan kita beri mereka maksimum 10 ribu ringgit bergantung kepada keluasan dan juga pertanian yang mereka ceburi. Jadi hari ini kita tidak menafikan bahawa pertanian merupakan satu sektor yang kita beri per, beri perhatian yang cu, secukupnya. Dan kita yakin bahawa anak-anak muda juga telah banyak yang mengusahakan bidang pertanian ini. Dan saya juga dapat melawat beberapa tempat di mana anak-anak muda kita menjalankan perus, apa, pernia, apa, pertanian di kawasan masing-masing.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai ucapan YB Serting mengenai RTC Jempol. Insya-Allah kita sedang siapkan bangunan tersebut. Dan insya-

Allah, kita menunggu pihak Jabatan Imigresen untuk mereka masuk ke bangunan tersebut.

Mengenai UTC Ampangan, kita telah sedia maklum bahawa ini di bidang kuasa pihak Kerajaan Persekutuan. Mereka yang akan menentukan hala tuju UTC ini ya. Kita di peringkat negeri tidak punya haa, tidak punya kawalan terhadap perkara tersebut dan kita pernah menulis kepada Yang Berhormat Menteri untuk dipertimbangkan waktu ya, waktu ataupun jadual operasi mereka. Jadi, ini antara perkara yang saya yakin bahawa perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk memulihkan semula UTC di Ampangan tersebut.

Di samping itu, lampu jalan. Dato’ Yang Dipertua, kita di Negeri Sembilan ini ada lampu jalan milik Kerajaan Negeri ataupun yang diselenggara oleh Kerajaan Negeri, yang diselenggara oleh PBT, dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan melalui JKR. Dan kita sedia maklum yang tak hidup ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Rumput yang panjang juga di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya mohon kepada tuan-tuan supaya bawa perkara ini untuk dibawa kepada Kerajaan Persekutuan khususnya JKR ya, kita mintak mereka untuk bantu kita di Negeri Sembilan ya, supaya lampu-lampu tu dapat diperbaiki, dapat menyala, dapat memudahkan ADUN Serting ke Seremban supaya tak gelap. Di samping itu juga rumput, jangan panjang. Ada beza antara rumput negeri, rumput kerajaan ya, Jalan Persekutuan. Tak, tak apa, ya ….. [YB ADUN Pembangkang bercakap tanpa microphone] ….. Tak ini, bukan masa BN, masa sekarang pun rumput panjang. Lampu tak nyala pun masa sekarang, tuan bercakap, apa Yang Berhormat cakap tadi ….. [YB ADUN Pembangkang bercakap tanpa microphone] ….. Ya, ini sekarang pun panjang, 9 kali potong, setahun.

Yang Dipertua Dewan

Jap jap jap, duduk.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya mengenai anak-anak muda, kita sedia maklum bahawa kita 6 juta, yang anak muda boleh bantu kita boleh sama-sama bangun, bangkit sama, untuk sama-sama melihat bahawa mereka boleh memohon Tabung Usahawan ini, ya. Kita mintak anak-anak muda yang, yang petani boleh mohon, anak-anak muda petani boleh mohon untuk dapatkan geran pertanian. Untuk yang, yang mengusahakan perniagaan boleh mohon daripada TUNS. Dan banyak lagi yang kita boleh bantu. Dan saya yakin anak-anak muda boleh datang dan

berjumpa dengan EXCO-EXCO kita yang ada untuk mendapatkan bantuan-bantuan yang boleh mereka perolehi, insya-Allah.

Lampu limpah di Bandar Jempol, ini saya akan lihat keperluannya, dan insya-Allah saya akan bincang dengan Pengarah JKR. Jika ada keperluan, insya-Allah kita akan usahakan perkara ini.

Banjir di, di ser, di DUN Serting ini yang melibatkan perkara yang telah 4 – 5 tahun berlalu, iaitu di Jalan Persekutuan ya, kita Kerajaan Negeri nak bantu tapi jalan tersebut bawah Jalan Persekutuan. Kita tak boleh nak buat. Jadi saya mintak dan kita telah mohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk segerakan ya, permohonan ini agar banjir di kawasan tersebut dapat diselesaikan. Dan insya-Allah dalam tempoh yang terdekat, insya-Allah perkara ini akan dapat diselesaikan.

Jadi saya ucapkan, jadi itu sahaja dan ucapkan ribuan terima kasih ya. Sebelum kita akhiri juga saya terlupa di peringkat awal tadi, tapi tak apa, nanti kita boleh sebelum penggulung, apa, penggulungan ya.

Mengenai KOMBES ya, KOMBES adalah, sedang dinaik taraf ya, sedang dinaik taraf dan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan ya. Jadi ada kelewatan, kita dapat maklumat bahawa KOMBES lewat sebab Covid hari tu, dan insya-Allah akan selesai kerja naik taraf ya, sehingga hujung tahun ini dan boleh digunakan seawal tahun hadapan ya, di bawah kerajaan, di bawah Kementerian Belia Dan Sukan ya.

Jadi, kita berharap bahawa, semua jawapan telah saya jawab, dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mana, kesemua ADUN-ADUN yang telah memberi kerjasama, sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang ini telah dibahas serta telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak, yang tidak bersetuju? Berkecuali? Okay, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 19 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota – berkecuali, manakala 14 orang ahli Yang Berhormat lainnya tidak mengundi]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2020 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa, Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini di, Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Berkecuali? Jadi kita terima yang bersetuju ramai ya. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: semua 19 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota – berkecuali, manakala 14 orang ahli Yang Berhormat lainnya tidak mengundi]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha Dewan

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2019 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli ber, Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Tak ada ya. Lebih suara bersetuju. Maka Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

2020 Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

2 apa?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ulang balik, ahli-ahli yang, apa, 2020 tu.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan 2020?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, tambahan 2020.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan 2020. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Saya ulang balik ya. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Lebih suara bersetuju. Dewan bersidang semula.

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2020 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Okay, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang Yang Berhormat pihak kerajaan yang hadir bersetuju, YB ADUN Kota – berkecuali, manakala 14 orang ahli Yang Berhormat lainnya tidak mengundi]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2020 “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kelima [kelapan], Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua kerana telah mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu, saya menerima 5 permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini.

Seterusnya setiap ahli Yang Berhormat saya benarkan untuk memberi Ucapan Penangguhan sekitar 10 minit sahaja. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Palong. Tuan, Yang Berhormat Palong, pegang ya, dia tak boleh dengar, dia tak boleh rakam nanti.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wa yassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan banyak terima kasih di atas memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Penangguhan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian ahli Dewan dengan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kerajaan kita, Kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia yang telah berjaya mengawal penularan wabak Covid di antara negara yang terbaik di dunia. Kita seharusnya memberikan ucapan syabas dan tahniah ini kepada semua frontliners kita khususnya di Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara yang telah berjaya mengawal wabak ini di antara yang terbaik di dunia.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah juga lagi sekali kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan pelbagai insentif dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi masalah akibat Covid tempoh hari. Mari kita lihat ekonomi kita berjalan sebaik mungkin membantu rakyat yang terjejas akibat Covid dan kita harap supaya inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan ini akan dapat capai ke sasaran seperti mana yang kita harapkan. Kalau Kerajaan Pusat telah menyediakan satu jaringan yang besar, kita harap supaya akan diadakan jaringan kecil di bawah oleh Kerajaan Negeri pula untuk menyambut mana-mana pihak, mana-mana individu yang tercicir daripada jaringan besar yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia disambut pulak oleh jaringan yang di bawah oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, memandangkan masa tidak begitu panjang, saya juga ingin menarik perhatian Dato’ Yang Dipertua kepada perkara berhubung dengan soalan-solalan bertulis yang saya kemukakan tempoh hari. Yakni berkenaan dengan soalan ber, berhubung perjudian dalam talian, penggunaan dewan dan balai raya, dan juga kuarters guru yang tidak diterima ataupun ditolak kerana berada di bawah bidang kuasa peringkat Kerajaan Persekutuan. Saya maklum perkara itu. Namun demikian Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya untuk memetik satu perkara yang menjadi, yang menjadi perhatian saya ialah berkenaan penggunaan dewan dan balai raya di kawasan felda dalam Negeri Sembilan. Saya kemukakan soalan ini adalah kerana didapati adanya konflik yang berlaku di kawasan felda. Namun, penolakan soalan-soalan ni jelas menunjukkan bahawa felda ini berada di bawah urusan Kerajaan Persekutuan.

Namun demikian, baru-baru ini saya didatangi oleh rakyat di kawasan yang membawa surat kepada saya, surat yang ditandatangani oleh seorang kakitangan ataupun seorang penyelaras yang dilantik oleh kerajaan pering, Kerajaan PH Negeri Sembilan, di bawah jawatan Penyelaras DUN, yang telah menghantar surat ini kepada semua pengurus-pengurus felda dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong, semua pengerusi-pengerusi ataupun naib pengerusi JKKR Felda dalam kawasan Palong, yang mana surat ini menun, mengatakan bahawa larangan aktiviti politik pembangkang di aset-aset milik Kerajaan Negeri. Di antara, di antara isi yang boleh saya kemukakan di sini ialah, saya ingin maklumkan larangan untuk aktiviti politik pembangkang di Negeri Sembilan daripada menggunakan sebarang aset termasuk balai raya dan bangunan dewan. Dan kemudian surat ini menjelaskan juga bahawa arahan ini berkuatkuasa serta merta. Jadi saya tak tahu kenapa timbulnya double standard di sini sedangkan soalan yang saya kemukakan pun ditolak kerana ini adalah urusan

Kerajaan Pusat, di pada masa yang sama, ada seorang pegawai lantikan Kerajaan Pakatan Harapan yang menghantar surat dengan berkepala suratnya Pejabat Penyelaras DUN Palong, dia hantar salinan kepada Pejabat Menteri Besar, Pejabat Daerah Tanah dan, tanah dan, Daerah Dan Tanah Jempol, Ketua Balai Polis dan sebagainya.

Jadi ini perkara ini elok kita berikan perhatian, sebab baru-baru ini Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, lebih kurang 2 minggu yang lepas, apabila saudara penyelaras ini memohon kebenaran untuk menggunakan dewan di Felda Palong 7, tidak dibenarkan oleh Pengurusan Rancangan sebab felda berada di bawah Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, apa yang berlaku ialah, beliau telah pun merosakkan kunci tersebut atau pecahkan kunci itu dan menggunakan dewan itu, dalam keadaan yang cukup angkuh. Jadi ini tidak beri satu gambaran yang baik kepada rakyat. Apatah lagi beliau ini mewakili kerajaan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan. Jadi seharusnya kita kena menghormati institusi. Samalah macam kita dulu ketika Kerajaan Pusat berada dalam kerajaan pembangkang, kita tak gunakan dewan pun, tak guna balai raya pun, kita tak pecah pun pin, pintu, tak pecah tingkap, tak pecah apa pun. Kita akur, dan kita buat program dengan menyewa dewan, menyewa apa nama ni, khemah dan sebagainya. Jadi, seharusnya kita perlu beri contoh yang baik kepada rakyat. Jadi, saya ra, saya harap supaya Kerajaan Negeri …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Palong.

….. dapat melihat perkara ini.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Speaker, boleh buat celahan sedikit?

Ya, sila.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tentang di kawasan felda khususnya, saya ingat satu taklimat kepada MPKK ni perlulah dibuat supaya tidak menimbulkan konflik di kawasan kampung tersebut supaya perjalanan kampung tu tak ganggu dah. Sebab apa kadang-kadang mereka ni tak tau tentang bidang kuasa mereka, ada di kalangan mereka yang menghalang …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ni sekarang ni Penangguhan ni, macam mana pulak boleh masuk Penangguhan ni?

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ni saya nak masukkan tentang apa …..

Yang Dipertua Dewan

Karang berucap, kang berucap, beri peluang berucap, ada masuk tak?

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Berkaitan dengan larangan ataupun MPKK melarang penggunaan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, you bagi masa dekat ni, sebab Penangguhan, kang semua …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Apa pendapat YB Palong tentang …..

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon supaya ucapan daripada Lui tadi dimasukkan

Yang Dipertua Dewan

Haa okay.

….. dalam, dalam, dalam ucapan saya ya.

Dato’ Yang Dipertua, jadi inilah keadaan yang saya fikir kita perlu berikan perhatian kerana rakyat di bawah melihat, menilai. Saya bagi satu lagi contoh, untuk pengetahuan Dato’ yang Dipertua. Lebih kurang 3 – 4 minggu yang lepas, ada rakyat di kawasan Palong 12 juga mengadu kepada saya, dia kata kenapa ada EXCO Kerajaan yang menggunakan balai raya, yang menggunakan dewan, sedang itu kawasan fel, kawasan Kerajaan Pusat. Saya jawab; tak apalah ini pun kerajaan mewakili kerajaan, dia mewakili kerajaan dan dia bukannya bercakap politik, dia bukan buat program politik, dia buat program kerajaan, apa salahnya. Jadi, indu, itulah dia budaya yang ada pada kita yang seharusnya kita tunjukkan pada masyarakat di bawah. Bukannya bila felda tak, larang, kita pergi pecahkan pintu, pecahkan mangga, masuk dengan angkuh dan sebagainya. Jadi ini keadaan yang sangat

tidak memberikan imej yang baik kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga menarik perhatian Dato’ Yang Dipertua, tentang soalan saya berhubung dengan kuarters guru, kuarters guru. Ada masa lagi 6 minit. Kuarters guru, yang juga ditolak disebabkan oleh ia urusan peringkat Kerajaan Persekutuan. Dato’ Yang Dipertua, saya nak maklumkan, saya rasa seboleh-bolehnyalah, saya menyeru kepada exco, exco pendidikan dan jabatan, ketua jabatan, apa nama, Pelajaran, supaya melawat keadaan rumah-rumah guru yang begitu daif di kawasan saya ni. Saya tak tahu di kawasan lain, tapi di kawasan saya memang daif. Saya begitu contoh, seorang guru, dia mengajar di situ daripada gred 41 sampai gred 48, lebih kurang 20 lebih tahun, dia mengajar, rumah yang duduk itu semakin hari semakin usang, bukan semakin baik. Jadi apakah kebajikan yang kita nak beri kepada mereka, sedangkan walaupun mereka adalah pendidik di Negeri Sembilan, urusan Kerajaan Persekutuan, tapi mereka jugak memberikan me, menjadi sebahagian daripada pencapaian akademik yang cemerlang di peringkat negeri. Jadi seharusnya kebajikan mereka jugak perlu menjadi keutamaan Kerajaan Negeri, bukan sekadar menjawab dengan menolak mentah-mentah bahawa itu adalah urusan Kerajaan Persekutuan. Tapi apa kerajaan, peranan kita di peringkat Kerajaan Negeri Sembilan. Apakah pelan-pelan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri selaku membawa suara guru-guru kita di kawasan luar bandar, apakah oleh kerana mereka di luar bandar, maka kita boleh persampingkan prestasi anak-anak untuk pembelajaran mereka. Jadi ini perkara-perkara yang seharusnya Kerajaan PH Negeri Sembilan berikan perhatian pada masa-masa yang akan datang.

Jadi itu saja, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Palong. Yang Berhormat Chembong. Sini, sini. Nanti tak berapa dengar, tak rakam kang, kena pergi dekat mic.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Dato’ Speaker yang saya hormati, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih bagi saya peluang jugak dalam Ucapan Penangguhan ini. Sebelum itu, Dato’ Speaker, saya nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Speaker, kerana dapat mengendalikan sidang Dewan kita dengan baik walaupun dalam PKP ini. Cumanya Dato’ Speaker, saya ada sedikit tak puas hatilah, sebab saya duduk tengah-tengah tu Dato’ Speaker kan.

Dan di belakang ni pun, macam tadi, contohnya, Dato’ Speaker, susun aturnya semasa saya mengajukan soalan lisan tadi, saya ada soalan tambahan. Tapi susah nak keluar mencari microphone, jadi saya terlepas soalan tambahan Dato’ Speaker, ya. Jadi berikan masa saya lebih sedikit Dato’ Speaker ya.

Yang Dipertua Dewan

Seminit.

Dato’ Speaker, lagi satu, sebelum saya pergi kepada itu. Saya jugak nak, nak ingatkan Dato’ Speaker tentang susun atur ni, berhati-hati jugak sebab saya kira-kira di bawah sini ada 17 orang, yang, ahli Yang Berhormat di atas sini ada 19. Kalau saya ajak mereka ini berpakat-pakat dengan saya Dato’ Speaker, bahaya jawatan Dato’ Speaker sekarang. Sebab atas ni 17 orang ni, eh 19.

Yang Dipertua Dewan

Bila undi ya.

Tapi saya tak buat begitu Dato’ Speaker, jangan risau. Dato’ Speaker, tadi saya nak bertanyakan kepada Kerajaan Negeri tentang soalan lisan asal saya tadi, tentang jumlah pelajar-pelajar yang ditaja oleh MAINS, sama ada di luar ataupun di dalam negara. Jawapan yang saya, diberikan tadi adalah tiada pelajar yang ditaja di dalam negara. Jadi, Dato’ Speaker, saya nak dapatkan sedikit pencerahan, penjelahan, penjelasan yang lebih lanjut daripada Dewan, daripada pihak kerajaan sebab saya didatangi oleh ibu bapa ataupun seorang penjaga yang mengatakan anaknya sebelum ini ditaja oleh pihak MAINS untuk belajar dalam satu program perintis ulama, lebih kurang begitu, program ulama tetapi telah diberhentikan tajaannya sejak tahun lepas. Jadi Dato’ Speaker, saya mohon pencerahan ini adakah MAINS sebelum ini pernah pelajar-pelajar, anak-anak kita di dalam negara. Kalau ada, di institusi agama yang mana, dalam program apa, dan kalau ada, apa statusnya sekarang Dato’ Speaker. Sebab kalau rasa ianya, kalau betul ianya diberhentikan ini adalah salah satu perkara yang sangat tidak baik, apakah, kalau sekiranya diberhentikan Dato’ Speaker, kalau tidak, tidaklah. Kalau sekiranya diberhentikan program ataupun tajaan ini, adakah Kerajaan Negeri tidak menyokong pembangunan Syiar Islam ni Dato’ Speaker. Sementelah pulak, saya dimaklumkan oleh penjaga tersebut, anaknya telah berada di tahun 3-4. Kalau ya pun nak berhentikan atas apa sebab sekalipun, waima atas alasan kewangan dan sebagainya, jangan taja pelajar baru. Ini anaknya dah berada di tahun 4, tahun 5, nak ke hadapan tak boleh, nak ke

belakang tak boleh, Dato’ Speaker. Jadi, itu antaranya, saya mohon sekiranya benar, saya mohon ianya diteruskan semula Dato’ Speaker. Dato’ Speaker boleh jawab soalan ni?

Yang Dipertua Dewan

Tak boleh.

Tak boleh.

Yang Dipertua Dewan

Nanti dia orang jawab.

Jadi Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, saya nak tanya Dato’ Speaker, kalau ianya diberhentikan, Dato’ Speaker setuju?

Yang Dipertua Dewan

Saya pun tak tahu senario ni.

Saya tanya, sekiranya ianya diberhentikan, Dato’ Speaker setuju?

Yang Dipertua Dewan

Dia bukan sekiranya.

Dato’ Speaker, hal yang lain. Apa merungut macam ikan sembilang ni. Dato’ Speaker, be, beralih kepada perkara yang lain, secara dasarnya jugak saya bersetuju dan menyokong langkah yang diambil untuk membelanjakan sebahagian daripada kewangan kita untuk kesejahteraan rakyat terutamanya dalam kita menghadapi pandemik wabak Covid ini Dato’ Speaker, sama ada kewangan ini digunakan untuk pemberian sumbangan bantuan kewangan secara terus atau dalam bentuk rangsangan ekonomi projek-projek dan sebagainya Dato’ Speaker.

Cumanya Dato’ Speaker, saya dalam hal yang sebegini, saya rasa yang perlu dlihat jugak adalah untuk kita memberikan peluang-peluang untuk rakyat kita di saat yang agak getir ini, untuk mencari rezeki menambahkan pendapatan Dato’ Speaker. Tadi disebut oleh YB Sikamat ataupun ditanya tadi, tak silap saya tadi oleh Yang Berhormat Rantau tentang banyaknya gerai-gerai penjaja-penjaja kecil ni dirobohkan, diberikan kompaun, diberikan notis nak ditutup. Kalau di

Seremban ni Dato’ Speaker, bolehlah sedikit diterima kalau ianya beralaskan kononnya sebab bandaraya, tapi kalau kawasan saya Dato’ Speaker, di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong dalam Daerah Rembau, bandaraya ke apa. Penjaga peniaga, peniaga-peniaga yang berniaga bawah pokok, yang, yang sebelum ni dah bertahun-tahun, ada seorang tu Dato’ Speaker, dah bertahun-tahun mencari rezeki dengan menjual bahan-bahan ataupun sayur-sayuran kampung, di, di kaki lima sebuah pasar raya di Rembau, eh sekarang dalam Pakatan Harapan, dulu boleh sekarang tak boleh Dato’ Speaker. Apakah kita tak membenarkan Dato’ Speaker, terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sebegini Dato’ Speaker. Kita galakkan mereka walaupun mereka OKU dan sebagainya, mencari tambahan pendapatan dia Dato’ Speaker.

Saya nak cadangkan kepada Majlis Daerah Rembau, kurang-kurangkanlah tindakan-tindakan seperti ini Dato’ Speaker. Banyak kerja lain lagi. Saya cadangkan kepada Bahau, kalau boleh, sebagai exco yang berkaitan, saya, saya jemput dengan penuh rasa sukacita mari kita ke kawasan saya. Banyak perkara yang boleh dibuat oleh Majlis Daerah Rembau lagi selain daripada runtuhkan, Dato’ Speaker, dalam bulan puasa tempoh hari, ada peniaga-peniaga yang nak buat lemang pun tak boleh Dato’ Speaker, diberikan notis– kau tak boleh berniaga dan sebagainya. Adakah kita tak faham, ataupun Dato’ Speaker faham bahawasanya bulan Ramadan itu adalah bulan kita nak mencari rezeki, bulan rezeki, Dato’ Speaker. So, datang ke Rembau, ke kawasan saya, saya nak tunjukkan banyak perkara yang boleh dibuat lagi selain daripada nak mengangkut nak meruntuh gerai-gerai ni. Di Taman Chembong Jaya diberikan arahan tutup, di Pekan Rembau, Dato’ Speaker, lampu-lampu yang tak menyala perlu diperbetulkan, dinyalakan semula, keadaan Pasar Awam Rembau banyak perkara yang perlu dibuat lagi, selain daripada nak, nak tutup, nak, nak suruh gerai-gerai ni di, ditutup Dato’ Speaker, sampah-sampah banyak lagi, itu yang perlu ditekankan, Dato’ Speaker.

Jadi Dato’ Speaker, kalau masih ada banyak masa lagi, saya suka jugak nak membawa Dewan ini kepada soalan ataupun ada perkara yang saya nak bangkitkan. Saya tertarik tadi dengan Ampangan, dengan kenyataan, makluman-makluman Yang Berhormat tentang keadaan ekonomi kita dan sebagainya, jumlah-jumlah pelaburan yang kita dapat. Tapi, saya rasa kami semua daripada Barisan Nasional jugak perlu ambil jugak sedikit merit Dato’ Speaker, sebab laporan-laporan ni datang walaupun tahun ini dan sebagainya, ianya bermula jugak dengan kemudahan-kemudahan asas yang telah dibina 3 – 4 tahun dulu, Dato’ Speaker ya.

Dan tentang ini jugak, saya ingin bertanya kepada, dalam Dewan yang mulia ini, sebab tak salah saya sekitar akhir tahun lepas, ada satu majlis pecah tanah telah dilakukan oleh, bersama dengan Kerajaan Negeri di kawasan saya, di kawasan Pedas, tak salah saya nak membina sebuah pusat perubatan neurosains, Dato’ Speaker. Yang jugak saya dengar-dengar, pelaburannya melebihi 1 bilion ringgit. Satu perkara yang sangat kami, kami syukurkan, kami terima, dan kami banggakan Dato’ Speaker. Tapi bila saya lalu kawasan tersebut, tanah yang dulunya telah ditolak, sekarang ni dah mulai semak besar Dato’ Speaker. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri kalau boleh perjelaskan tentang status perkembangan projek pusat perubatan neurosains ini yang telah dipecah tanahkan itu. Daripada gambar tu Dato’ Speaker, saya tengok Dato’ Speaker pun ada atas pentas tu, Dato’ Speaker ada, Yang Berhormat Sikamat ada, Pegawai Kewangan ada, Dato’ Speaker kalau ingatlah, pecah tanahnya. Tapi saya rasa dah hampir setahun tak ada perkembangannya Dato’ Speaker. Apa perkembangan tentang projek tersebut, dan apa jugak status tanahnya dan sebagainya Dato’ Speaker.

Jadi Dato’ Speaker, kalau ada masa lagi, saya jugak nak membangkitkan tentang …..

Yang Dipertua Dewan

2 minit lagi.

2 minit, satu, habis perkara ni habislah Dato’ Speaker. Tentang tadi saya cakap tentang pembangunan syiar Islam Dato’ Speaker. Saya mohon, tadi sahabat saya Palong ada jugak bercakap tentang kemudahan-kemudahan di bawah kerajaan dan sebagainya, yang mungkin ada sekatan-sekatan. Tapi saya rasa kalau setakat balai raya ni tak bagi kami pakai, okay Dato’ Speaker. Kalau tak bagi pakai dewan, padang dan sebagainya, boleh jugaklah kami terima. Tapi Dato’ Speaker, janganlah sampai kami ni nak dijemput ke masjid pun tak dibenarkan Dato’ Speaker ya …..

Jangan politikkan masjid.

Dato’ Speaker, saya nak sampaikan, saya apa yang nak saya sampaikan, dalam seminggu 2 minggu lepas, ada satu masjid kariah tu, Masjid Kariah Kampung Tengah di kawasan saya, dia menjemput saya dalam satu majlis sambutan Maal Hijrah. Saya pun cakap– okaylah insya-Allah saya datang. Tapi bila diketahui oleh pihak Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Rembau, pengerusi

kena panggil, setiausaha kena panggil, Dato’ Speaker– kenapa menjemput YB Dato’ ni ni ni ni datang, kenapa panggil Wakil Rakyat Barisan Nasional datang Dato’ Speaker. Saya bukannya pengamal ajaran sesat, Dato’ Speaker. Saya bukannya penyokong pengganas Dato’ Speaker …..

Zaman BN, pecat imam lagi teruk.

ADUN, ADUN Paroi. Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, ya. ADUN Paroi, YB Paroi, dia bakal Menteri Besar tak bersikap macam tu tau. Dato’ Speaker, saya, akhirnya, Dato’ Speaker, tapi yang saya nak katakan, okaylah Dato’ Speaker kita ni, saya nak sampaikan adalah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, Pejabat Agama dan sebagainya, Kerajaan Negeri, jangan, jangan begitu. Akhirnya mereka terpaksa mencari kaedah lain untuk menjemput saya Dato’ Speaker. Akhirnya Pejabat Daerah Islam Daerah Rembau kono aka ‘an, Pengarah Jabatan Agama Islam pun, Negeri Sembilan pun kono aka ‘an Dato’ Speaker, sebab mereka menukar penaja tersebut, bukan, bukan masjid yang ajak, tapi NGO lain yang ajak Dato’ Speaker. Jadi, saya pun datanglah, tukar nama saja Dato’ Speaker, tapi bondo yang samo. Jadi, saya nak nyatakan Dato’ Speaker, jangan mudah kono aka-lah Dato’ Speaker, kan. Itu maksud saya.

Dan yang paling pentingnya, jangan sekat program-program ataupun usaha-usaha keagamaan ini Dato’ Speaker ya. Saya, Dato’ Speaker, mintak tolong, kami semua, kita semua pemimpin politik, masukkan sifat, sikap-sikap ajaran murni Agama Islam kita ke dalam politik kita. Bukan masukkan politik kita ke dalam usaha agama kita Dato’ Speaker ya, Dato’ Speaker, jangan macam tu. Ni apa yang takut ni, cakap, apa yang takutkan ni Dato’ Speaker. Tak apa Dato’ Speaker, saya sokong, saya sokong, jangan risau.

Dan saya jugak, tak apa, Yang Berhormat Sikamat, saya sokong tadi, apa Chennah cakap untuk naikkan peruntukan P50 daripada 10 juta kepada angka yang lain jugak, ya. Saya sokong, waima 100 juta, Dato’ Speaker, tapi penggal depanlah Dato’ Speaker. Jadi, itu sahaja yang saya nak Dato’ Speaker, terima kasih banyak, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Saya pergi kepada ADUN Seri Menanti. Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Speaker, pertamanya saya nak ucapkan selamat, terima kasih dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara baru-baru ni, 31 Ogos, kepada semua yang hadir pada petang ini.

Dato’ Speaker, Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, saya ingin membangkitkan berapa perkara, beberapa perkara dalam Ucapan Penangguhan saya. Pertamanya tentang tanah terbiar. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, saya terima dengan lapang dada kalaulah ya, Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk membasmi tanah terbiar ini. Sudah semestinya di kawasan saya di DUN Seri Menanti yang rata-rata adalah kawasan kampung, tak lari daripada kawasan pertanian dan jugak kawasan petani ini kebanyakannya telah terbiar ataupun tanah-tanahnya ditinggalkan, kampung-kampung ditinggalkan sebab penduduk-penduduk mencari rezeki yang lebih di bandar-bandar yang berhampiran. Jadi banyak kawasan terbiar sama ada tanah sawah ataupun tanah bukit.

Jadi kalaulah ada usaha Kerajaan Negeri untuk membantu, saya amat mengalu-alukan. Baru-baru ini saya difahamkan, saya dengar, Kerajaan Negeri nak bantu kepada PPK Tanjong Ipoh untuk 100 ekar tanaman jagung manis. Tetapi sehingga sekarang ini saya tunggu-tunggu, masih jugak lagi belum menerima apa yang disebutkan dan apa yang telah ya, diberitahu kepada saya tadi, saya harapkan ia akan berlaku ya, dalam keadaan ya, kita punya musim Covid-19 ini, dapat kita membantu orang kampung bagi membasmi kawasan-kawasan tanah yang terbiar ini.

Di Seri Menanti ini saya rancangkan, pertamanya kawasan-kawasan sawah padi yang terbiar ini, yang kurang bekalan air ini, kita, ditanam dengan jagung, dan bukit-bukit ini ya, sesuai ditanam dengan nanas. Jadi saya harapkan Exco Pertanian ya, sahabat saya Exco Pertanian, Yang Berhormat ya, untuk ambil perhatian memajukan kawasan-kawasan yang terbiar ini terutamanya di kawasan sayalah, di kawasan Seri Menanti ni.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan bekalan air. Saya nak, nak menarik perhatian ya, Dato’ Yang Dipertua dan Yang Berhormat Sikamat, iaitu ada beberapa tempat bekalan air kita masih lagi kita, masih lagi Kerajaan Negeri ya, gagal untuk membekalkan ya, air yang bersih terutamanya di kawasan Orang Asli. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Sikamat saya rasa hadir ya, di masa bulan, masa Raya Hari Haji hari tu di Kampung Orang Asli Langkap. Dan untuk makluman ya, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, masalah kami bekalan

air dia, dia adalah bekalan air yang tak dirawat. Makna dia ya, orang sini menerima air yang, yang terus daripada sungai. Jadi apabila tak dirawat ni, bermakna dia menghadapi berbagai risiko ya, Orang Asli di sini. Jadi saya harapkan ada usaha ya, untuk kita membantu mereka ini memulihkan ataupun membekalkan air yang terawat.

Dan kedua dia jugak, kawasan Asli jugak iaitu air di Ulu Mampas. Saya difahamkan oleh pegawai kita, iaitu kawasan Orang Asli Ulu Mampas ini rumah yang tak seberapa banyak, tak sampai 30 lebih buah tadi akan dibekalkan, dirancang untuk dbekalkan air terawat melalui SAINS. Apa yang menarik perhatian saya iaitu kawasan ini adalah bersebelahan ya, dengan damp Kerinchi ataupun Empangan Kerinchi. Dan saya, dan kawasan tersebut telah, kawasan rayau Orang Asli ini terkorban ya, disebabkan pembinaan empangan air Kerinchi tadi. Jadi, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri agar memberikan ya, mereka ini bekalan percuma kerana mereka telah korbankan kawasan mereka tadi terutamanya kawasan mencari rezeki mereka tadi ataupun kawasan rayau tadi ya, kepada kita. Air dibekalkan ya, kita di Seremban ya, kepada Seremban dan Nilai. Jadi kita harapkan, kita harapkan, saya berharapkan Kerajaan Negeri agar dapat ya, mengambil inisiatif untuk membekalkan air percuma ya, air terawat, air bersih kepada apa ni, kampung yang tak seberapa ramai ya, dia punya penduduk dia tadi.

Jadi itu yang saya harapkan sebab saya tengok usaha-usaha sebelum ini untuk membekalkan air bersih di kedua-dua, dua kawasan Orang Asli ini tadi, ya, tidak, tidak diberi perhatian sewajarnya. Dan kita harapkan ya, dengan tadi usaha-usaha yang akan kita buek tadi akan dibuat oleh Kerajaan Negeri ini, Negeri nanti, dia akan dapat membantu mereka mengurangkan ya, risiko-risiko ataupun mengurangkan ya, penyakit-penyakit yang dibawa oleh air-air yang tidak ya, dirawat ini. Dato’ Yang Dipertua ya, inilah harapan saya, yang berada di apa ni, yang di kawasan DUN Seri Menanti.

Dato’ Yang Dipertua, apa yang menarik perhatian saya jugak iaitu bantuan bulanan JKM ya, yang ditamatkan. Kalau dulu, Dato’ Yang Dipertua, saya perasan, kalau dulu di kawasan saya, DUN Seri Menanti ni ada 600 lebih ya, penerima bantuan JKM. Tapi baru-baru ni saya diberitahu oleh pegawai kita, hanya tinggal 400 lebih, penerima JKM. Saya akur ya, kalaulah pertamanya disebabkan oleh kematian, pertama. Kedua dia ya, disebabkan oleh apa ni, mungkinlah dia dah berubah ya, ataupun dulu dia miskin sekarang dia dah kaya kan, jadi itu tak seberapa ramai ya, yang, yang akan terjadi sebegitu. Tetapi yang kita tengok pemotongan ataupun penamatan tadi begitu ramai sekali, begitu banyak sekali di, ditamatkan. Saya berharapkan untuk ya,

terutamanya Exco apa ni, Exco Kebajikan dan Wanita agar dapat memberi perhatian ya, kepada apa ni, penerima-penerima yang telah dipotong, buat kajian balik ya, sama ada mereka ini layak, perlu dipotong ataupun tidak. Jadi saya harapkan ya, kepada Kerajaan Negeri jugak untuk memberi perhatian ya, kepada mereka ini terutamanya mereka-mereka yang duduk ya, di kawasan-kawasan luar bandar ini.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan kawasan saya jugak iaitu sektor pelancongan. Tadi Yang Amat Berhormat Sikamat sebut ya, tentang apa ni, perniagaan, perniagaan, terbabit dengan pelancongan di kawasan saya tadi, termasuklah Zaini Salai. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya banyak lagi ya, kawasan-kawasan yang disebut food valley di kawasan antara sempadan Seremban/Kuala Pilah tadi, ya, banyak lagi ya, bila, kedai-kedai makan yang perlu ya, kita beri perhatian untuk mereka jugak ya, menerima apa ni nikmat ya, daripada tadi, promosi-promosi yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri tadi berkaitan dengan pelancongan. Disebut tadi, selain daripada Port Dickson ya, Daerah Port Dickson ya, dalam Daerah Kuala Pilah jugak terutamanya di Seri Menanti adalah ya, kawasan pelancongan. Jadi tempat-tempat ini saya berharapkan dapat diberikan ya, perhatian, bantuan dan apa jua ya, untuk mereka boleh survive dalam perniagaan mereka.

Dato’ Yang Dipertua, yang, yang seterusnya iaitu masalah, masalah bekalan air jugak, kebetulan saya juga tinggal ya, di kawasan Rasah Kemayan. Ada yang dah tukar nama dah ya, Rasah Kemayan ni– “taman bekalan air yang terputus”, hari-hari bekalan air terputus. Saya boleh, saya boleh katakan setiap hari bekalan air terputus di kawasan Rasah Kemayan ini. Saya tanya Dato’, apa ni, Dato’ Dr. Awal, dia pun duduk situ ya, dan jugak saya tahu kita punya, aah sila jawab, sila jawab, dan jugak ya, kita punya, kita, kita punya Exco kita ya, duduk di tempat yang sama ya, yang menerima jugak …..

Rumah saya ada air, tak ada masalah.

Haa mungkinlah, ni, ni Fasa 5 …..

Saya punya rumah tiap-tiap hari ada air, air laju.

Haa itu mungkinlah kawasan rumah dia, tapi di kawasan tadi, Fasa 6-lah, saya nak sebut ya, Fasa 6 tadi, setiap hari

ya, kawasan bekalan air terputus. Jadi, Exco ataupun wakil rakyat sana ya, kena beri perhatian sikit ya, tentang ya, masalah air ni ya, supaya bekalan air ni tak terputus, rakyat tak marah kepada kerajaan terutamanya Kerajaan PH ni, ya. Jadi, ambil perhatian ya.

Tadi …... [YB Yang Dipertua bercakap secara off mic] ….. mandi Dato Dipertua, mandi, mandi, sebab tadi ada air. Tadi ada air, ya. Dan jugak kepada Yang Amat Berhormat Sikamat ya, kena ambil perhatian di kawasan ni, saya nak sebut rintihan ya, rakyat ataupun rintihan masyarakat di Rasah Kemayan Fasa 6. Saya nak sebut Fasa 6 ya. Tadi YB Ampangan dia duduk di Fasa 5, haa tompek orang kayo-kayo, Dato’ Yang Dipertua. Fasa 6 ni tompek orang yang ……

Fasa 6 lagi orang kayo-kayo. Saya Fasa 4.

Haa Fasa 4, Fasa 4. Fasa 5 ni dia bersebelahan. Dato’ Yang Dipertua, saya harapkan masalah ini dapat kita selesaikan, ya. Kalau tak, diibaratkan mereka ni bukan sahaja macam duduk kek kampung yang sentiasa putus bekalan air ya, tetapi jugak mereka sentiasa ketinggalan. Jadi harapan kita ya, terutamanya …..

Yang Dipertua Dewan

Seri Menanti, Seri Menanti air banyak tu. Sungai banyak.

Dato’ Yang Dipertua ada 2 damp, 2 damp. Ulu Muar damp dengan Kerinchi damp. Kalau saya tutup dua-dua ni kan, jadi orang Seromban tak ada bekalan air. Haa jadi Seri Menanti ni sebenarnya kaya Dato’ Yang Dipertua, cumo Dato’ Yang Dipertua ya yang tak perasan kan. Jadi apa ni, saya harapkan ya, be, masalah air di, di Rasah Kemayan tadi ya, dapat diselesaikan dan wakil rakyat kawasan tolong ambil perhatian ya, hal ini ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itu sahaja yang saya, saya nak sampaikan. Dan apa yang saya suarakan, yang saya nyatakan ya, pada petang ini saya berharapkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada apa yang saya cadangkan ya, dan apa yang saya persoalkan supaya rakyat di dalam negeri kita ini akan hidup aman dan sentosa. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Yang Berhormat Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana berikan kebenaran kepada saya untuk menyampaikan Ucapan Penangguhan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ribuan terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri yang telah memperkenalkan beberapa inisiatif semasa masalah Covid tempoh hari tetapi satu saja nasihat kepada saya, daripada saya iaitu segala bantuan yang telah diusahakan itu perlulah sampai ke sasaran. Saya dengar ada yang sepatutnya memerlukan, mereka tak dapat. Kami pula daripada pihak pembangkang terpaksa cari duit daripada luar untuk memberikan bantuan. Sebagai contoh, dalam DUN Jeram Padang saya, saya sendiri telah mengedarkan lebih kurang 300 lebih, telah mengedarkan barangan dapur kepada 300 lebih keluarga. Dan mereka sendiri telah menyatakan pada saya mereka tak terima bantuan daripada Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap dalam inisiatif-inisiatif yang akan diperkenalkan, akan diteruskan nanti, pastikanlah pemimpin-pemimpin akar umbi itu sentiasa dihubungi dan diperolehi maklumat daripada mereka agar mereka yang sangat memerlukan bantuan-bantuan supaya mereka dapat menerimalah. Seperti mana Yang Berhormat Rantau kata tadi, kita tak kira siapa, tetapi asalkan mereka memerlukan, mereka berasa kehidupan mereka ini telah mengalami kesukaran, maka bantuan perlulah sampai kepada mereka.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin nak sentuh beberapa perkara dalam Ucapan Penangguhan ini. Yang pertama, baru-baru ini saya terbaca dalam surat khabar bahawa sebuah kuil, tapak kuil di Taman Ainsdale telah pun diwartakan untuk penduduk yang beragama Hindu, terima kasih saya ucapkan. Tetapi tanah itu memang telah sedia ada sejak tahun 2015, bukan sahaja di Taman Ainsdale, Bandar Ainsdale, tetapi juga di beberapa peru, projek perumahan baru telah pun kami, semasa Kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan peruntukan-peruntukan tapak-tapak untuk tempat-tempat ibadat yang bukan Islam. Sebagai contoh di Taman Bandar Ainsdale itu masih ada lagi untuk tokong, masih ada lagi untuk satu lagi tapak untuk to, kuil Buddha, dan ada juga di situ gereja, bukan saja di situ, tempat-tempat lain. Jadi saya berharap Kerajaan Pakatan Harapan ini jika ada projek-projek yang sedemikian itu mengambil kira keperluan tempat-tempat beribadat bagi yang beragama bukan Islam, tetapi kalau ada dekat-dekat dengan taman itu, tak perlu ditambahkan lagi. Kalau betul di situ diperlukan macam di Bandar Ainsdale, kita perlu pastikan. Dan saya juga ingin nak tanya kepada Yang Berhormat Nilai, apakah tapak-tapak

baru yang bukan daripada kerajaan dahulu, yang baru telah dirizabkan untuk yang bera, bukan beragama Islam.

Yang kedua, tentang sekolah Tamil di Thivy Jaya, Taman Thivy Jaya itu memang tanah itu kepunyaan, tanah Koperasi NLCFS, ada lebih kurang 2 ekar lebih, tetapi kemudian projek itu tidak diteruskan. Dan ada saya terbaca dan, dalam surat khabar dan juga dalam Whatsapp dan lain-lain lagi, memang ada usaha untuk dapatkan tanah lebih kurang 5 ekar untuk sekolah di ta, Taman Thivy Jaya, tetapi sehingga sekarang kita tak nampak apa-apa produktif. Jadi saya berharap perkara ini dilihat semula oleh Kerajaan Negeri kerana tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

Yang Ketiga adalah berkenaan dengan masalah pemohon-pemohon yang tercicir pada satu ketika dahulu untuk tapak kediaman di Kampung Pasir, Seremban. Jika tak salah ada lebih kurang 14 atau 15 orang di situ, saya tak ingat, memang saya yang telah usahakan pada ketika itu untuk buat permohonan bagi mereka. Mereka senarainya tercicir semasa pemberian tapak semasa ahli exco-nya adalah ahli Exco bagi masyarakat, Muthupalaniappan, yang telah, saya anggapkan ini adalah di bawah Yang Amat Berhormat bekas Menteri Besar; Tan Sri Isa masa tu dan tapak itu telah diserahkan kepada pemohon itu semasa Yang Berhormat Rantau menjadi perdana, apa ni, Menteri Besar. Jadi permohonan itu telah dibuat, saya baru baca dalam jawapan bertulis– tiada permohonan diterima selepas 2017. Tetapi permohonan itu telah dibuat oleh pihak waris. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri ni lihatlah semula. Mereka ini memang layak, saya dah buat kajian di ground, mereka ni sebenarnya tercicir akibat daripada pemasangan paip bawah tanah, jika tak salah its something to do with toilet, dengan izin. Jadi saya berharap, mereka ini telah diarahkan berpindah untuk pemasangan infra itu. Jadi, di situlah tercicirnya nama, nama-nama mereka.

Dan yang berikutnya adalah saya juga ingin sentuh tentang Taman Bahau di DUN Jeram Padang ini. Baru semalam saya telah pergi lihat, apabila saya terima complaint bahawa longkang-longkang di belakang itu perlu dinaik taraf, perlu dinaik taraf, kerana itu adalah taman lama dan taman itu terletak atas tanah yang landai sedikit, jadi, air longkang itu deras, maka kerosakan banyak telah berlaku. Kalau nak menaik taraf itu, ia perlu dinaik taraf secara keseluruhan, bukan satu lorong atau dua lorong ini, satu taman itu perlu di, dinaik taraf. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri, memang saya banggalah, saya pun berucapkan terima kasih kerana diumumkan bahawa banyak kutipan, banyak pendapatan, memang peningkatan pendapatan negeri. Jadi salurkanlah sedikit. Bukan saja untuk Taman Bahau di DUN saya, itu

permintaan saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tetapi ada beberapa tanam, tanah, apa ni taman sebegitu rupa kemungkinan di seluruh Negeri Sembilan. Jadi saya berharap, Yang Dipertua di Majlis-Majlis tersebut, buatlah satu kajian secara keseluruhan, dan hantarlah kepada Kerajaan Negeri. Dan Kerajaan Negeri, saya berharap akan memperuntukkan peruntukan yang secukupnya untuk menaik taraf longkang-longkang tersebut. Mereka juga adalah rakyat kita. Dan ada sebuah rumah di Taman Bahau ini, airnya masuk di bawah tanah, bawah rumah dia, sehingga rekahan, retakan telah jelas dilihat. Bahaya nanti kalau ia merebak ke rumah-rumah yang berikut …..

Yang Dipertua Dewan

YB.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

YB, banyak lagi ke, dah habis 10 minit dah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ya, ada, ada ni. Belum lagi kan? Belum, baru sampai 7 minit 20 saat. Ada ni, ni ni saya check.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, saya bagi seminit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Seterusnya, tentang SAINS inilah. Saya dimaklumkan melalui jawat, apa, jawat, jawapan bertulis berkenaan dengan penjum, bilangan penerima bantuan Covid daripada Kerajaan Negeri iaitu seramai 93,149 orang atau 93,149 keluarga. Jadi mereka ni, salah satu dari, daripada kriteria adalah mereka telah hilang punca pendapatan semasa Covid-19. Jadi saya cadangkan agar kesemua keluarga yang telah kita bantu semasa Covid itu diberikan juga subsidi SAINS-lah, bil SAINS, bekalan air itu. Apa salahnya kita berikan sedikit kelonggaran, kelonggaran mungkin bayaran bil utiliti mungkin ada, tetapi saya mintak dipertimbangkan seperti tenaga TNB, agar yang, sekurang-kurangnya yang telah hilang punca pendapatan itu dapat dibantu sedikit melalui subsidi bil SAINS ini.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkenaan dengan krematorium, krematorium dekat Port Dickson iaitu tempat bakar mayat. Ini menjadi satu isu. Sebenarnya 1.8 juta ringgit telah pun dibelanjakan untuk pembinaan, tinggal lagi lebih kurang 10% sahaja atau 5% sahaja, dan mungkin

mereka perlukan hanya mesin pembakaran mayat itu. Jadi saya berharaplah, Kerajaan Negeri boleh bantu sedikit, mungkin 100 hingga 150 ribu sahaja mereka perlukan. Sebenarnya Yang Berhormat Sri Tanjung pernah maklumkan pada saya, mereka akan selesaikan isu itu, tetapi dah lebih 2 tahun, masih lagi terbiar. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri bolehlah mempertimbangkan sedikit bantuan untuk tujuan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, satu lagi tentang anjing liar ini. Saya nak sentuh sedikit. Ini bukan apa-apa. Saya terima daripada kera, jawapan bertulis …..

Yang Dipertua Dewan

Dah lebih masa ni Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ada lagi sikit saja. Ada lagi 1 minit.

Yang Dipertua Dewan

Boleh ringkas tak.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ada lagi 1 minit 19 saat, Dato’ Yang Dipertua, nak habiskan ni.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bilangan anjing liar yang telah dilupuskan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 3,902 sejak tahun 2019 hingga ke 2020, sekarang, setakat ni. Dan kes gigitan anjing liar ni adalah 13 sahaja. Saya telah menulis surat kepada semua Pejabat Daerah, Pegawai Daerah, ahli, apa ni, Yang Dipertua Majlis juga kepada Yang Berhormat Bahau dan juga Yang Amat Berhormat Sikamat tentang permohonan atau rayuan untuk merezab, merizabkan tanah lebih kurang 5 ekar di setiap daerah dan diserah, rizab sahaja, tak perlu kita tukar nama, rizab di bawah SUK dan serahkanlah tanah itu kepada pencinta ataupun yang sanggup membela anjing-anjing liar ini. Daripada kita lupus, apa salahnya kita murnikan sedikit.

Saya ucapkan terima kasih kerana Kerajaan Pakatan Harapan ni telah pun memperuntukkan 1 ekar tanah di sekitar Mambau jika tak salah, terima kasih. Tetapi saya berharap perkara murni ini diperluaskan di setiap daerah, supaya pelupusan itu bagilah, bagi diri sayalah sebagai

penganut Agama Hindu; dosam dikatakan kalau sengaja kita bunuh. Dalam, mungkin dalam Agama Islam itu dosa, dalam kami itu kami kami katakan dosam. Sama jugalah lebih kurang, tetapi maksud di sebelah sana, dalam agama Islam, saya tak pasti. Tetapi perkara ini saya berharaplah dapat dielakkanlah, dapat dielakkan …...

Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…… senang saja, mudah saja ……

Yang Dipertua Dewan

Lebih 5 minit dah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. boleh dilakukan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah lebih 5 minit.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Akhir sekali satu cadangan, yang, Dato’ Yang Dipertua, penjaja, pusat penjaja yang telah sebut oleh Yang Amat, Yang Amat Berhormat Sikamat itu. Saya alu-alukanlah, saya, cadangan saya jika ada projek pembangunan baru di mana-mana saja di Negeri Sembilan, apa salahnya kita khaskan ataupun kita letakkan salah satu daripada syarat sebagai, mereka juga perlu memperuntukkan tanah untuk pembinaan pusat penjaja …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, sekian, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. itu saja daripada saya …..

Yang Dipertua Dewan

….. saya persilakan …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…… supaya, itu saja daripada saya, sekian, terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Silakan Yang Berhormat Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

A’uzubillahhiminashaitannirrajim bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Qola Rasululluah SAW; qullukum ra'in, waqullukum mas'ulun 'an raiyaitihi. Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud; semua kamu ni adalah pengembala yang menjaga, banyak perkara yang perlu dijaga. Dan semua kamu akan ditanya di akhirat kelak apa yang kamu jaga ketika di dunia dahulu.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara ya, berkaitan bajet yang telah kita luluskan tadi, pertamanya saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah menyediakan sebuah belanjawan sebanyak 450 juta pada tahun lepas, ya. Dan tahun ini kita belanjakan dia. Dan pada kali ini kita meluluskan lagi belanjawan tambahan yang bernilai hampir 50 juta ringgit.

Terima kasih juga kerana dalam belanjawan tambahan ini kerajaan telah menunjukkan tekad yang kuat, membetulkan kembali perjalanan kewangan MARRIS Negeri Sembilan yang didapati telah ditadbir secara salah oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini seperti mana yang ditegur oleh Ketua Audit Negara ya, seperti pembayaran gaji dan lain-lain, juga salah guna wang peruntukan MARRIS bagi tujuan pembayaran bil elektrik lampu jalan.

Dato’ Yang Dipertua, barang gembalaan ya, pemimpin negeri ni ada banyak, tanggungjawab mereka ni sangat berat ya, dan teguran, nasihat, cadangan, syor-syor ke apa juga yang berkaitan, sangat dialu-alukan ya, tetapi bukan cadangan yang tidak membina ya. Biarlah cadangan itu cadangan yang membina. Yang paling susah nak digembalakan ini, yang nak dijaga ni adalah orang. Kalau jaga barang tu tak ada masalah dia pun, ya. Yang orang ni yang mempunyai 1001 macam ragam daripada yang muda sampailah ke yang tua. Begitu jugak dengan pelbagai budaya dan bangsa. Yang itu yang mencabarnya untuk kita jaga. Dan segala yang kita tadbir ini tadi akhirnya, kesannya nak dirasakan oleh manusia ini balik sama ada bajet ini memberi kesan yang baik ataupun sebalik dia. Dan saya percaya ya, bajet ini memberi kesan yang baik kepada rakyat Negeri Sembilan.

Sebab itulah ya, peringatan sentiasa diperlukan dari masa ke semasa untuk kita menghayati makna watawasaubilhaq, watawasaubilsabr, saling berpesan, mengingatkan akan tanggungjawab kita bersama. Pasal benda ni tak boleh nak dipikul sorang-sorang. Nak dipikul secara bersama ya, agar amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan

baik. Jadi sebab itu, amanah ini sangat berkait dengan takwa kepada Allah SWT. Lawan amanah ini ialah khianat ya, khianat. Apabila bercakap dia bohong ya. Jadi sebab itu, masyarakat akan jadi rosak apabila pemimpinnya tidak amanah ya. Jadi perkara ini saya harapkan dapat diperkasakan lagi ya, oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Antara tanggungjawab pemimpin ialah mengajar dan mendidik. Dia bukan sekadar mentadbir sahaja. Jadi perkara ini pun dah semakin hari dah semakin hilang ya, di kalangan pemimpin-pemimpin masyarakat ya. Ada yang pandai bercakap, tapi contoh tauladannya sangat lemah seperti mana yang kita dapat saksikan tadi ya, barisan pembangkang, Barisan Nasional tadi menyokong tetapi apabila mintak angkat tangan, mereka tak angkat tangan ya. Ini cakap tak serupa bikin nama dia ya. Kalau betul-betul sokong, tunjukkan betul-betul kita sokong, bukan sekadar kita bercakap berdegar-degar ya, depan microphone, tetapi selepas itu kita mendiamkan diri ya. Buat benda yang sebalik dia.

Jadi sebab itu, pendidikan dan pembelajaran ini perlu diberi satu penekanan yang besar. Dia adalah satu pelaburan yang penting, kesannya mungkin agak lambat sikit, tapi kita akan dapat tuai setelah beberapa ketika ya. Ibarat, mereka dah suburkan dan budayakan apa yang dikatakan life long learning, bukan sekadar belajar sampai ke peringkat universiti dan berhenti di situ. Cerita kepimpinan dan memikul amanah ini adalah satu proses yang berpanjangan sehinggalah kita dijemput oleh tuhan. Oleh sebab itu, ianya patut diambil berat dan saya suka nak mencadangkan agar dalam bajet akan datang nanti ya, Kerajaan Negeri dapat memberikan satu bajet yang besar di dalam bidang pendidikan dan pelajaran ini ya.

Jadi untuk itu, kursus-kursus kepimpinan masyarakat setempat ya, dia berkait, berkait rapat dengan masalah leadership ini sebenar dia ya, patutnya di, kita adakan satu jawatankuasa supaya ada yang melihat sungguh-sungguh perkara ini, mendidik masyarakat, mendidik ketua-ketua kampung, mendidik dan mengajar pemimpin-pemimpin masjid dan surau ya, agar mereka dapat menjaga ya, amanah kepimpinan mereka dengan baik dan seterusnya meninggalkan kesan-kesan yang baik jugak kepada masyarakat setempat mereka ya. Jadi kursus-kursus kepimpinan ini bukan sekadar untuk yang muda sahaja ya, saya harapkan dapat difokuskan juga kepada yang dewasa dan jugak kepada yang dah tua ni jugak ya.

Begitu juga saya melihat tentang pentingnya kita menekankan kursus-kursus keibubapaan ya, kerana ibu bapa yang benar-benar menjaga

tanggungjawabnya kepada anak-anaknya, inilah dia pemimpin masa depan negeri kita ya. Mereka ni lah yang akan menjadi pelapis kita. Jadi mereka ini perlu dibekalkan dengan pelbagai ya, kursus-kursus keibubapaan. Dan saya harapkan PHGems khususnya di bawah YB Nicole ya, dapat menambahkan lagi bajet beliau pada tahun hadapan agar kursus-kursus seperti ini dapat dipertingkatkan khususnya di kalangan kaum ibu ya.

Seterusnya juga, kepimpinan masjid dan surau ya, saya sendiri melihat bahawa masjid dan surau ini perlu diperluaskan kerana fungsinya, kerana dia bukan sekadar menjaga masjid sesaja, tetapi dia menjaga iman satu kampung. Dia perlu memastikan amanah itu berlaku dan dibuktikan dan nampak jelas di dalam sesebuah kampung. Antara, antara tanda ya, masyarakat itu tidak dapat menunaikan amanah kepimpinan ini, mereka hidup seperti enau dalam belukar. Solat jemaah yang sepatutnya menatijahkan hidup berjemaah, hidup berkasih sayang kerana Allah ini tadi, susah betul untuk nak dapat kita lihat dalam mana-mana tempat pun. Dan inilah sebenarnya ya, intipati yang patut kita capai ya, sebelum kita dipanggil oleh Allah SWT ya. Kerana Allah SWT yang bersifat rahmah itu, Dia sangat suka kepada manusia yang ada sifat rahmah. Dan sayang itu bukan sekadar sayang, tetapi ada cerita lanjut daripada itu ialah kasihan. Kasihan melihat orang yang ketinggalan dalam kehidupan ya. Kalau sesat dalam beragama ni satu perkara, tapi sesat dalam kehidupan ini bagi saya penyelesaiannya tetap jugak dalam agama. Maka kepimpinan di masjid dan surau ini perlu diberi ya, ilmu pengetahuan ya, agar mereka dapat menjaga ya, kariah mereka dengan lebih baik ya.

Seterusnya juga, masalah celik Al-Quran ya, saya …..

Yang Dipertua Dewan

YB.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

…..berpandangan…..

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya berpandangan …..

Yang Dipertua Dewan

….. satu minit lagi…..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. bahawa …..

Yang Dipertua Dewan

….. pasal cukup masa.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Tak, pasal masjid dan surau. Ada seorang guru agama ya …..

Yang Dipertua Dewan

Masa.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. yang dikhususkan menjaga hal ehwal berkaitan tentang celik Al-Quran di tempat masing-masing ya. Seterusnya menaikkan prestasi pencapaian akademik …..

Yang Dipertua Dewan

YB, banyak lagi ke?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. melalui program ….

Yang Dipertua Dewan

YB, YB.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. tuisyen rakyat …..

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi ke?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Sikit lagi.

Yang Dipertua Dewan

Pasal dah lebih masa.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Sikit lagi, sikit lagi. Program tuisyen rakyat ya. Tahniah kepada pasukan Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan yang aktif turun menemui ADUN ya, di semua tempat agar mereka mengadakan program menambah bilangan pelajar ya. Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan ini alhamdulillah sedang dinaik taraf dan kerajaan baru meluluskan peruntukan 10 juta untuk membina bangunan baru di Gentam sana. Jadi diharapkan ya, Yayasan Negeri Sembilan ini juga turut mengambil bahagian yang lebih aktif untuk, mengambil bahagian dalam bidang peli, pelajaran dan pendidikan ya, masyarakat Negeri Sembilan ini.

Menyentuh tentang Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri kedua yang ada di tangan kita semua ni, teguran Ketua Audit Negara itu perlu diambil perhatian serius. MAINS Holding Sdn. Bhd. yang menjadi pemilik bangunan ya, yang ditegur, kenapa kontraktornya tidak berpengalaman, yang diambil. Kemudian, pemilihan kontraktor itu jugak tidak mengikut ranking yang sepatutnya ya. Program apa ni, pembangun, apa ni, binaannya pun lambat 600 hari lebih ya. Dan kemudian ada pulak penambahan daripada 15 tingkat kepada 18 tingkat ya. Dan ini bukan sifat amanah ya, dan bagi saya yang bertanggungjawab ini ialah kerajaan yang lamalah ya, sehingga menjadikan apa yang berlaku sekarang ini ya.

Seterusnya juga teguran daripada Ketua Audit Negara ya, tentang Emerald Spirit Sdn. Bhd. yang menjaga Klana Resort ya …..

Yang Dipertua Dewan

YB, dah lebih sangat.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. yang rugi 3 tahun berturut-turut ya, bagaimana tu ya.

Yang Dipertua Dewan

YB.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Jadi diharapkan kita tidak bercakap ya, se, sesuka hati kita tapi akhirnya terbukti daripada laporan audit ini. Dan diharapkan kita dapat laporan yang baiklah pada, pada tahun hadapan.

Akhirnya saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan berbanyak terima kasih kepada frontliners kita yang telah bekerja dengan penuh amanah dan dedikasi …..

Dato’ Yang Dipertua, masa.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. sehingga dapat menjadikan Negeri Sembilan ini kawasan hijau ya. Negeri Sembilan kawasan hijau, walau

bagaimanapun bukan kita ni nak ambil mudah ya, tetapi kita lebih rasa tenang apabila Negeri Sembilan ni ya, telah masuk dalam kategori hijau ya.

Dato’ Yang Dipertua, masa, masa.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah.

Khutbah panjang bona.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya rasa sampai situ sajalah. Nampaknya kawan-kawan kit marah dengan saya ya.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, sila duduk.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Sekian sahaja dahulu. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak ingatkanlah …..

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Dato’ Yang Dipertua, kita boleh dengar 4 orang, dia seorang pun tak boleh nak dengar, macam mana.

Yang Dipertua Dewan

….. itulah, tadi punca tadi apalah, masa tak jaga. Bila saya tegur, tegur– terus, tegur, tegur– terus. Nanti kena ada tukul besi ni lah. Dia nak menang gak. Okay, terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Jadi kita pergi kepada penggulunganlah, jawapan daripada mana-mana exco yang terlibat tadi, yang perlukan jawapan ya, pada petang, soalan-soalan yang terlibat tadi. Dan seterusnya akhirnya ia akan diakhiri oleh menteri, oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Okay, Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan belanjawan tambahan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sukacita saya

menjawab beberapa isu-isu yang dibangkitkan dalam ucapan-ucapan Penangguhan sebentar tadi.

Sebelum tu saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang yang baru iaitu YB Puan Muzalmah Mustapha Kamal. Bersama-sama kita pada hari ini, dalam Dewan yang mulia ini, tambah sekun, satu lagi kuntum bunga dalam Dewan yang mulia ini.

Sebelum saya teruskan, izinkan saya sampaikan satu teromba ser, serangkap teromba okay.

Pemimpin pandai lagi sejati, Dia bijak prinsip sejati, Budi tinggi mulia pekerti, Ilmu banyak suci hati, Kepada rakyat ia bersebati, Menjalankan tugas sepenuh hati, Bertanggungjawab hidup dan mati.

Terima kasih.

Tadi, Yang Berhormat Rantau ada menyentuh tentang Dasar Jaringan Keselamatan Sosial. Memang itu menjadi matlamat dan usaha Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan supaya kita adakan satu Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang dapat membantu semua golongan yang terkesan terutama golongan yang ke, yang kurang kemampuan. Seperti mana yang kita bentangkan dalam bajet 2019, kita ada inisiatif bantuan B4U di mana kita tingkatkan lagi Bantuan Am, bantuan JKM kepada golongan OKU. Selepas itu dalam belanjawan 2020, kita tambah lagi kepada golongan yang lain selain daripada OKU. Dan selepas itu, kita ada inisiatif C4U di mana 200.00 ringgit diberi kepada ibu tunggal setiap tahun. Dan pada tahun ini, didapati Kerajaan Pusat juga mengikut langkah Kerajaan Negeri Sembilan di mana mereka pun ada satu inisiatif yang dipanggil Bantuan Khas Ibu Tunggal. Ini adalah inisiatif yang sudah dijalankan di ke, oleh Pakatan Harapan Negeri Sembilan sebelum ini.

Dan juga, kita juga adakan adakan lebih banyak inisiatif seperti mana yang di, kita mendaf, kita draf dalam Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan iaitu kemungkinan nanti kita adakan lagi bantuan untuk anak yatim kerana berdasarkan daripada bantuan C4U kita dapat membina satu database di mana kita dapat senarai ibu-ibu tunggal. Selepas itu kita akan memperluaskan lagi database tersebut untuk

merangkumi anak-anak yatim. Dan ini kita akan secara tidak langsung ada satu jaringan keselamatan sosial.

Dan mengenai isu bantuan JKM Seri Menanti, saya tidak tahu di mana YB Seri Menanti da, mendapat maklumat tersebut, tapi saya dapat maklumat terkini bahawa jumlah penerima bantuan di DUN Seri Menanti sekarang adalah 463. Data tahun 2019 yang tamat pada tahun 2019 adalah 84. Tapi kes baru yang diluluskan adalah lebih banyak – 85 kes. So, saya harap YB Seri Menanti boleh dapatkan fakta yang sebenarnya sebelum bangkitkan isu. Pada tahun, pada tahun ini Januari sehingga September 2020, kes yang tamat – 40, kes yang baru – 28, okay.

Dan berkenaan dengan bekalan air putus di Rasah Kemayan 6 (RK6). Memang ini menjadi satu masalah yang amat besar yang saya terima banyak Whatsapp daripada penduduk-penduduk di Rasah Kemayan, bukan saja di RK6. Dan saya sudah adakan satu perjumpaan dengan SAINS pada 21 haribulan Julai 2020, di mana saya dimaklumkan bahawa pada ta, akhir tahun 2018 pihak SAINS sudah adakan satu taklimat bersama-sama dengan penduduk RK6 tanpa kehadiran wakil rakyat pada masa itu, iaitu saya, dan di mana dihadiri oleh wakil-wakil rakyat pihak pembangkang. Dan taklimat tersebut telah menjelaskan apa masalah yang, yang dihadapi di RK6 yang menyebabkan ke, keputusan bekalan air tersebut. Dan ini tidak betul bahawa tiap-tiap hari tak ada air-lah. Saya ada …..

Penjelasan sikit, mencelah, penjelasan sikit. Siapa wakil rakyat pembangkang tu yang hadir tu? Kalau, kalau di RK6 tu, saya penduduk. Siapa wakil rakyat pembangkang yang hadir. Saya hadir dalam, dalam majlis tu. Mintak, mintak sebutkan wakil rakyat mana.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya difahamkan ada wakil rakyat, tapi mereka tidak beritahu saya nama wakil rakyat tersebutlah ….. [YB ADUN Seri Menanti bercakap tanpa microphone] ….. saya tak tipu, kalau, saya dapatkan minit, saya akan beritahu. Okay, maklumat yang saya dapatkan adalah bahawa sempena, semasa tempoh PKP ada 8 kali putus bekalan air dan sejak saya dinobatkan sebagai ADUN Bukit Kepayang, ada 20 kali putus bekalan air. Dan saya sudah memberi, memaklumkan kepada SAINS supaya mereka adakan satu jalan penyelesaian jangka masa pendek dan panjang. So, mereka sudah beritahu saya, yang pertamanya, mereka mewarisi satu taman residensi yang cukup, yang, sebenarnya tidak layak diduduki oleh

manusia kerana dia kata paip, sistem paip air di bawah tanah tidak mengikuti spesifikasi plan yang diberi kepada pihak SAINS. Dan apabila mereka ingin mencari kebocoran paip itu, mereka tidak dapat kesan kerana sistem paip tersebut tidak mengikut plan. Dan paip yang uzur tersebut juga tidak mengikut spesifikasi yang diberikan kepada mereka. Dan disebabkan oleh pihak pemaju su, tidak meneruskan projek tersebut yang menyebabkan projek tersebut terbengkalai, maka pihak SAINS terpaksa mewarisi sistem paip yang uzur.

Walau bagaimanapun mereka, mereka maklumkan kepada saya bahawa mereka ada 2 cadangan, 3 cadangan, mintak maaf. Yang, cadangan pertama adalah supaya, seperti YB Ampangan, YB ADUN, ADUN Ampangan, beliau telah beli apa tu, tong, tong air supaya dia tidak menghadapi masalah ke, yang putus bekalan air itu. Ini adalah satu mungkin 5,000 ringgit, tong tersebut. Ini akan memastikan bahawa anda tidak risau tentang bekalan air putus. Atau, cadangan keduanya, kerana untuk membuat satu sistem paip air yang baru, terpaksa belanja, kos sebanyak lebih kurang 10 juta. Mengikut mereka, jikalau dibahagikan sama rata setiap rumah di situ, maka mungkin, kemungkinan besar setiap rumah terpaksa mem, menyumbang sebanyak 10 ribu seorang, setiap rumah.

Yang, cadangan ketiga adalah supaya mere, kita lebih sabar di mana mereka sedang adakan satu sistem menggunakan sistem valve yang di mana mereka terpaksa asingkan sistem air, paip air tersebut mengikut fasa. Saya bagi contoh, jikalau, sebelum ini jikalau ada masalah dengan bekalan air, semua fasa akan terkesan, sekarang mereka menggunakan sistem valve di mana mereka boleh asingkan masalah tersebut. Jikalau ada paip bocor di RK6, hanya RK6 yang terkesan. Jikalau ada paip yang bocor di RK3, maka RK3 akan terkesan. Tapi ini memakan masa kerana mereka terpaksa membuat kerja pembaikan dan penambahbaikan ini pada waktu malam.

Dan paip, dia bukan per, dia pecah satu tempat, kerana paip yang uzur ini dia kemungkinan dia pada hari ini dia akan pecah pada RK1/6, then, kemudian hari, dia akan putus be, be, bocor di RK1/7. Ini masalah yang dihadapi oleh SAINS. Dan saya haraplah untuk, supaya kita tidak risau tentang bekalan air, mungkin kita boleh, dengan izin, invest dalam satu, tong air supaya kita dapat bekalan tong air. Cuba tanya YB Ampangan, adakah masalah dengan bekalan air, tak ada. Tiap-tiap hari ada air. Kalau tidak kita terpaksalah sabar supaya kita dapatkan buat, dapat buat satu kerja pembaikan. Ini adalah masalah diwarisi dan jikalau taman tersebut tak ada masalah, memang tak ada masalah. Saya harap, jawapan ini memadai untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh YB Seri Menanti.

Dan sebelum tu, saya mengakhiri dengan satu pantun:

Pilih-pilih tempat menjadi [mandi], Pertama telah [teluk] kedua pantai, Pilih-pilih pemimpin terpuji, Pertama elok kedua pandai.

Dengan ini saya mengakhirkan ucapan, sekian, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan JKM, saya ada satu saja soalan. Ini, biasanya penerima tu, datang jumpa kami. Mereka, dikatakan mereka apa ni, telah dibatalkan …..

Yang Dipertua Dewan

Apa ni Jeram Padang, boleh bincang kat luar. Cakap kat luar lah. Pasal apa, penangguhan ni, kang semua bercakap kang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini berkenaan JKM.

Yang Dipertua Dewan

Penangguhan, saya tak boleh, tak larat ni, daripada pagi kita tak berhenti kan. Jadi saya pergi pada, haa …..

[percakapan permulaan tidak dirakam kerana YB ADUN Seri Menanti bercakap secara off mic] ….. jawapan oleh exco wanita tadi tak memuaskan. Jadi saya mintak Yang Amat Berhormat Sikamat, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terpulang, Yang Amat Berhormat kang nak jawab. Dah, dah. Okay, ni, Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jangan interrupt ya, kita nak selesaikan ni.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya terima kasih kepada Yang Berhormat Chembong dan juga Yang Berhormat Jeram Padang yang telah pun mengutarakan beberapa perkaralah ketika dalam Ucapan Penangguhan mereka.

Jadi untuk menjawab hujah Yang Berhormat Chembong mengenai tindakan yang telah pun diambil terhadap penjaja-penjaja tepi jalan. Dalam perkara ini saya ingin maklum, memaklumkan kepada Yang Berhormat Chembong, sebenarnya segala tindakan yang telah pun diambil oleh Majlis Daerah Rembau itu sebenarnya, kebiasaannya kita menerima aduan daripada orang ramai. Dan sudah tentunya, kebiasaan tindakan akan diambil terhadap mereka yang berada di kawasan yang kurang selamat dan pada masa yang sama juga menyebabkan isu kebersihan dan juga isu keselamatan. Dan saya rasa yang paling penting, apa yang telah pun dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri khususnya apa yang telah pun diusahakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di mana kita lihat sepanjang masa ini kita telah pun cuba sedaya upaya untuk membela nasib penjaja.

Saya nak berkongsi beberapa statistik di Dewan yang mulia ini di mana sebanyak 4,572 orang telah pun menerima bantuan penjaja dan 4,205 orang telah pun menerima pengecualian sewa gerai dan pasar sepanjang tempoh PKP. Jadi untuk Majlis Daerah Rembau saja, 285 penjaja menerima bantuan sebanyak 300.00 ringgit, 215 peniaga gerai menerima pengecualian sewa gerai dan 43 peniaga pasar menerima pengecualian sewa pasar. Jadi, dalam membela nasib penjaja ini, saya rasa sepatutnya tak kiralah pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang, kita perlu, perlu bersama dalam perkara ini.

Dan tadi Yang Berhormat Chembong ada, ada apa, mengemukakan jemputan kepada saya untuk turun ke Chembong ataupun turun ke Rembau untuk lihat sendiri apa yang perlu dilaksanakan. Jemputan itu saya akan menerima dan kalau sempat, saya akan cuba turun bersama dengan Yang Berhormat Chembong dan juga dengan penyelaras di situ, untuk kita lihat apa yang kita per, perlu memperbaiki. Dan sudah tentunya Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, kita sentiasa terbuka, tak kiralah aduan daripada pihak kerajaan ataupun aduan daripada pihak pembangkang, sentiasa kita memberi keutamaan.

Dan saya boleh nyata di sini secara terbuka, sesiapa sahaja termasuk ADUN daripada pihak pembangkang, rakan-rakan ADUN, ketika mereka menghadapi masalah di kawasan mereka sentiasa saya menjawab panggilan mereka, ataupun kalau mereka hantar mesej ataupun menghantar aduan kepada saya, saya, diri sendiri saya sentiasa meneliti aduan mereka dan cuba sedaya untuk membantu

mereka. Salah se, seorang adalah Yang Berhormat Chembong, betul tak?

YB, mintak sikit YB. Ni …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya. Sila.

….. yang baik. Dato’ Speaker, terima kasih banyak di atas persetujuan tadi Dato’ Speaker. Isu yang saya bangkitkan adalah saya menyokong disebut tadi di atas sumbangan, bantuan secara terus kepada peniaga-peniaga gerai-gerai ni Dato’ Speaker. Isu penting yang saya nak bangkitkan tadi adalah notis perobohan dan penutupan gerai Dato’ Speaker. Dan notisnya terlalu pendek kadang-kadang tu, 30 hari. Tu bukan soal sumbangan yang dikatakan 4,000 – 5,000 ni Dato’ Speaker. Tapi tak apalah, terima kasih, nanti kita jumpa di Rembau ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tak apa, Yang Berhormat Chembong, Yang Berhormat Chembong nanti kita jumpa di Rembau.

Untuk menjawab apa yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang mengenai masalah longkang-longkang di Taman Bahau. Itu, untuk Majlis Perbandaran Jempol kita akan memohon peruntukan untuk kita membaiki longkang-longkang di taman tersebut. Cuma kita menghadapi masalah di mana longkang-longkang yang berada di belakang lorong rumah tersebut, dia agak sempitlah. Jadi itu sesuatu yang dihadapi, masalah yang dihadapi oleh pihak Majlis Perbandaran Jempol. Walau bagaimanapun, kita akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan projek tersebut.

Yang Berhormat Jeram Padang juga ada menyentuh perkara mengen, mengenai isu haiwan terbiar, anjing terbiar, kucing terbiar dan sebagainya. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Jeram Padang, pihak Kerajaan Negeri Sembilan, kita telah pun bekerjasama dengan NGO iaitu Furry Kids untuk sama-sama menganai, menangani masalah anjing terbiar. Dan untuk makluman Jeram Padang, di MBS, kita memang ada sediakan sebidang tanah kepada NGO tersebut. Dan tanah tersebut akan digunakan untuk menjadi tempat penyimpanan anjing terbiar.

Dan cadangan Yang Berhormat Jeram Padang mengenai, beliau mencadang supaya setiap daerah kita menyediakan tempat menyimpan haiwan, itu satu cadangan yang baik. Cuma saya rasa dalam perkara ini, bukan senang dilaksanakan, tetapi bagi pihak Kerajaan Negeri, kita akan cuba melaksanakannya kerana pada, kerana kita perlu mencari satu titik pertengahan di mana kebiasaannya Kerajaan Negeri ataupun PBT, kita akan menerima banyak aduan. Dan pada masa yang sama juga pihak NGO juga telah pun banyak memberi cadangan dan juga banyak memberi tekanan kepada pihak kerajaan. Jadi, bukan senang, tetapi apa yang kita laksanakan di Negeri Sembilan, saya boleh dikatakan apa yang kita laksanakan itu adalah terbaik di negara kita. Kerana kitalah salah satunya negeri yang bekerjasama dengan NGO, bukan saja bekerjasama dengan NGO tetapi kita juga mewujudkan business activity kepada NGO tersebut untuk NGO tersebut menangkap anjing untuk memastikan mereka juga mendapat sumber pendapatan untuk memastikan anjing-anjing yang ditangkap itu mereka dapat jaga dalam keadaan yang baik. Jadi, saya amat berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Jeram Padang kerana Yang Berhormat Jeram Padang memang seorang pencinta haiwan. Jadi saya amat berharap dalam kes mengendalikan isu haiwan liar ini, Yang Berhormat Jeram Padang dan juga Yang Berhormat di sebelah sana, kita boleh sama-sama untuk kita selesai perkara yang dilihat bukan senang, tapi sama-sama kita selesaikan perkara ini. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin rakamkan ribuan terima kasihlah. Memang betul, saya setuju Negeri Sembilan adalah antara negeri yang telah mem, memberikan tumpuan dan mela, meluluskan tapak, dirizabkan di bawah SUK, jika tak salah. Jadi itu yang saya katakan, saya galakkan saya sokong dan saya mintak ia diperluaskan sajalah, agar pencinta haiwan liar pun bergembira. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Taufek.

Assalamualaikum, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ada beberapa perkara. Yang pertama berkaitan dengan usahawan muda, berkaitan dengan data-data yang telah kita berikan. Saya suka tegaskan ada beberapa agensi yang terlibat ya, satu PKNNS, ini di bawah Kerajaan Negeri. Kemudian ada SME Corp Malaysia. Lepas tu ada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan dan MARA, ini di bawah Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan. Di bawah PKNNS, saya dah sebut tadi bahawa daripada 730 orang

usahawan muda yang berdaftar dengan PKNNS, melalui program, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan, pada tahun 2019 dan 2020, sebanyak 14 orang usahawan adalah merupakan usahawan belia DUN Serting. Jadi maknanya data-data daripada Kerajaan Negeri memang lengkap. Dan saya yakin di pihak agensi-agensi Kerajaan Persekutuan jugak, mereka ada data itu. ADUN Serting atau mana-mana Yang Berhormat yang lain, kalau perlukan data ini boleh turun padanglah, jumpa mereka ya. Tak perlu tunggu sidang DUN ni, yang hanya 3 – 4 hari setahun, baru nak bertanya soalan-soalan begini. Boleh turun ke, ke pejabat-pejabat agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat ya, dah, dah menang kena buat kerjalah. Jangan duduk saja.

Yang kedua, berkaitan dengan kompleks Sukan Paroi ya, yang ditanya berkaitan tadi, dah dijelaskan oleh Yang Berhormat Sikamat. Saya nak jelaskan lagi bahawa projek ini di bawah Kementerian Belia Dan Sukan ya. Kami di pihak Kerajaan Negeri, kita tidak ada kuasa, kita tidak boleh buat apa-apa melainkan kita mintak kerjasama, kita berbincang dengan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan, dan mereka memberikan alasan-alasan berkaitan dengan Covid, pandemik Covid-19 yang menyebabkan kerja-kerja tidak boleh dilaksanakan atas arahan MKN. Dan akhirnya menyebabkan memang kerja itu terlewat. Kalau mengikut data yang terkini, berdasarkan EOT ya, kalau Chembong tak tahu, maksud dia Extention of Time, peratusan berdasarkan CPM baru yang dikeluarkan, CPM ini ialah Critical Path Method, yang dikeluarkan setelah menerima kelulusan EOT yang diterima akibat daripada PKP ini, jadual adalah 44, sepatutnya 44%, tapi sebenarnya setelah diubah suai ni, sebenarnya sekarang adalah 53%, maknanya lebih cepat daripada tempoh yang sebenarnya, kemajuan fizikalnya. Jadi insya-Allah dia akan dijangka siap pada 6 haribulan Januari 2021. Dan difahamkan trek untuk larian, orang kata berjoging tu pun telah siap, telah di, telah dibaiki. Dan saya bersyukurlah memang Kompleks Sukan Paroi ini menjadi tumpuan rakyat kerana Kerajaan Negeri Sembilan jugak sangat berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang sihat.

Yang kedua berkaitan dengan, saya ingin jugak mengambil kesempatan ini untuk menyentuh jugak soal isu penjaja tadi. Saya banyak kali bincang, semalam pun saya masih berbincang dengan pihak penjaja dan PBT. Dia ada prosedur dia ya, bila mereka terima aduan, tugas-tugas PBT ni akan turun padang, tengok keadaan, tengok apa yang berlaku. Kalau isu itu jelas ada masalah, mereka akan letakkan notis, sama ada 7 hari atau 14 hari. Yang ketiga, notis inilah penjaja kena buat sesuatu, iaitu mereka kena turun, pergi jumpa pegawai-pegawai Majlis yang terlibat ya. Kalau berkaitan dengan pelesenan atau penguatkuasaan, pergi jumpa pegawai-pegawai tersebut untuk

berbincang. Sebab isu penjaja ini kita kena ingat, kita nak tolong penjaja ya, memang kita dah bantu dah. Tetapi seorang penjaja yang berniaga, dia memberikan kesan yang lain kepada rakyat yang lain. Sebagai contoh, kalau penjaja itu bukak kedai atau penjaja mereka di kawasan perumahan ya, kawasan perumahan mereka bina gerai, buat binaan kekal. Satu; mereka akan menyebabkan masalah kepada penduduk sekitar ya, dari segi baunya, bahan-bahan buangan atau barang-barang basuh pinggan, semua mereka tak jaga dengan bersih, menyebabkan makanan ini bersepah ya, datang lalat. Dan kalau dibuang merata boleh menyebabkan anjing liar datang. Bahkan, babi liar pun akan datang, menyebabkan kesusahan kepada penduduk sekitar. Kita nak bantu seorang, tapi kita susahkan 100 – 200 orang penduduk sekitar. Jadi, rakyat nak jaga jugak 100 – 200 orang ni. Begitu jugak kalau masalah kesesakan lalu lintas, mereka bukak gerai di tepi jalan, tempat yang tak strategik, strategik pada pandangan mereka kerana dekat dengan jalan besar, tetapi menyebabkan kesesakan, jammed jalan tu. Bahkan kadang-kadang berlaku kemalangan, nyawa ada yang terbang. Jadi kita nak selamatkan penjaja seorang ni, kita terpaksa korbankan nyawa, ada yang mati dan sebagainya.

Jadi, kedua-dua pihak ini Kerajaan Negeri Sembilan nak jaga. Maka sebab itulah kita terpaksa mempertimbangkan, kita bincang dengan PBT, kita cari tempat-tempat, medan penjaja yang strategik. Macam mana kita buat di DUN Paroi, kita buat satu lokasi yang terbaik di belakang pasar raya Giant sana, Senawang, dan hari ini menjadi tumpuan rakyat. Kalau YB Chembong boleh turun, tengok, dan mungkin boleh bukak jugak di DUN Chembong. Sebab merupakan, kita nak jadikan ini tarikan. Kalau orang turun Negeri Sembilan, mereka kena turun di Medan Penjaja Dataran Senawang kerana di sana apa sahaja yang mereka nak makanan Negeri Sembilan ada dijual di sana.

Dan akhirnya saya mengharapkan bahawa, minta izin kepada Yang Berhormat Sikamat jugak untuk sentuh berkaitan dengan pembangunan syiar Islam ya. Kita setuju bahawa kita kena pertahankan syiar Islam ini. Kerajaan Negeri Sembilan, kita dah buat macam-macam. Kita buat, bangunkan Maahad Ahmadi yang selama ini terbiar oleh kerajaan terdahulu. Asramanya teruk ya, asramanya teruk ya, boleh pergi tengok, asramanya sangat daif ya. Bilik belajar tak ada kipas, tak ada apa. Tapi Kerajaan Negeri, Kerajaan Pakatan Harapan, kita keluarkan peruntukan hampir sejuta ringgit. Bilik-bilik darjah mereka kini cantik dan ada air conditioned, ada penghawa dingin. Dan akhirnya dengan usaha kita ini, Maahad Ahmadi menjadi sekolah terbaik, Sijil Tinggi Agama Malaysia, nombor 1 di Malaysia ya. Jadi ini

merupakan kejayaan ….. [kekecohan di blok pembangkang] ….. duduk duduk duduk. Jadi ini saya harap sedar ya.

Kita naikkan gaji guru KAFA 950.00 ringgit, naikkan elaun Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita ya. Dulu 200.00 ringgit, duit minyak pun tak lepas. Kita naikkan 100%. Bilal – 500.00 ringgit, Siak – 450.00 ringgit, Pembantu Am Wanita – 400.00 ringgit. Ini syiar ya, syiar yang inign kita pertahankan, orang-orang yang jaga masjid, yang bentang sejadah ni, kita nak berikan mereka sesuatu yang lebih baik daripada kerajaan terdahulu.

Kita buat pendemokrasian, AJK Masjid. Dulu siapa nak JK, jadi AJK Masjid kena dapat tandangan wakil rakyat ya, kena wakil rakyat luluskan ….. [kekecohan di blok pembangkang] ….. tengok dia ni Ketua Cawangan UMNO ke, mana ke, baru lulus. Ini dilaksanakan dulu, jangan tipu, boleh tanya Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Benda ni diamalkan dulu. Selagi tak dapat tandatangan, makna AJK tu tidak akan diluluskan. Tapi hari ini kita buat demokrasi, kita serahkan kepada ahli kariah, pilih, pilih siapa di kalangan mereka yang layak. Sebab itu ada, zaman dulu ada AJK Masjid jarang pergi masjid tapi jadi Pengerusi Masjid, jadi Nazir Masjid. Jarang menjejakkan kaki di masjid. Tapi hari ini kita serahkan pada kariah untuk pilih. Kamu boleh pilih siapa yang terbaik di kalangan kamu untuk pimpin masjid ini menjadikan masjid pusat komuniti rakyat, jadi pusat tumpuan rakyat, umat Islam di kawasan tersebut.

Jadi ini usaha kita, kita berikan 3 juta ringgit untuk sekolah-sekolah tahfiz, sekolah-sekolah swasta. Haa ini usaha Kerajaan Negeri yang dulu jarang dapat sekolah-sekolah tahfiz swasta ini, hari ini kita beri ya. Pembinaan masjid baru, dalam perancangan ada Masjid Forest Heights, Masjid Bukit Kepayang, Masjid Warisan Puteri, IOI di Bahau, ini semua kita akan buat ya. Menunjukkan bahawa inilah syiar yang ingin kita tegakkan ya. Jadi saya harap, pihak pembangkang sedar perkara ini dan cakap tu kena berhati-hatilah ya. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Apa, Ampangan tak ada ya, ada.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merujuk beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan yang mulia ini.

Pertama tentang YB Palong, menyentuh tentang permasalahan sekolah. Selaku wakil rakyat, selaku pemimpin sepatutnya kita sudah mengetahui perbezaan bidang kuasa ya, Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Kita tahu bahawa sekolah adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia, di bawah Kerajaan Persekutuan ya. Dan walau, namun demikian, itu tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak prihatin. Kita melihat, untuk buat pertama kalinya kita telah menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Amanah Sekolah. Walaupun jumlahnya tak besar, ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk membantu sekolah-sekolah ya, walaupun kita tahu tanggungjawab sebenarnya untuk menjaga sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan ya. Begitu jugak ya, di pejabat saya, kita juga membantu, menyokong, membawakkan segala permasalahan untuk dibawak kepada Jabatan Pendidikan yang untuk dibawak ke Kementerian Pendidikan ya. Jadi tugas ini kita kena tahulah, jadi jangan kita dok main sebut-sebut ya, nak menyalahkan Kerajaan Negeri ya, kita ni kan pemimpin, kita wakil rakyat, sepatutnya kita tahulah ya, ini tak payah lagi nak cerita lagi ya. Jadi sebab itu, kita nak, masalah KOMBES pun tak tahu siapa jaga, malulah.

Jadi ini, ini, saya nak sebut tentang YB Chembong yang banyak sangat cakap ni, ya. Ini pelaburan ya, pelaburan nak sebut, tak ada kredit. Saya nak beritahulah, kalau sekarang ini, YB-YB pembangkang jadi pemerintah, saya tak yakin dapat mencapai prestasi yang kita capai pada hari ini. Bukan apa, saya lihat sendiri, saya lihat macam mana, apabila kita terima MVV, tak ada ya. Tadi pun YB Rantau, dia pun tak tahu ada Parcel C. Ini, maknanya yang ada ketika itu beberapa perancangan yang berkaitan tentang Parcel A ya, kita, sebab itu kita olah semula dan kita bagi jenama baru – MVV 2.0. Banyak pengisiannya yang itu memberikan kesan sekarang, meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri. Tak akan tak faham-faham lagi.

[Beberapa YB ADUN Pembangkang bercakap tanpa microphone] ….. apa bondo eh ni? Fahamlah sikit ya. Bukan budak kecik ya. Sebab itu sekarang ini kena iktiraflah. Maknanya kita buat kerja ya. Dan itu terbukti, walaupun kita baru 2 tahun, saya masih ingat, baru-baru kita masuk, memain-mainkan kita, macam kita tak tahu apa benda ya. Sudah terbukti ya, dalam tempoh 2 tahun Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menunjukkan prestasi yang amat baik. Tak akan tak faham lagi, cubalah.

Saya nak sentuh tentang institut yang dibangkitkan oleh YB Chembong, tentang Institut Neurosains ya. [Beberapa YB ADUN Pembangkang bercakap tanpa microphone] ….. saya bercakap ni, diamlah, jadi jangan bising sangat belakang tu. Institut Neurosains …..

Tuan Speaker, …..

….. Institut Neurosains ini …..

Tuan Speaker, Tuan Speaker …..

….. adalah institusi swasta …..

Sikit ja.

Tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk.

Tuan Speaker.

Saya tak bagi jalan, saya, ni, Chembong. Ini …..

Kalau, kalau Ampangan …..

Ini penggulungan. Saya nak, pena, ini, duduk.

Dato’ Speaker …..

Saya tak benar, duduk …..

….. kalau Ampangan …..

….. nak jumpa saya …..

….. menjadi Menteri Besar …..

…... jumpa saya lepas ni …..

….. saya rasa dia lebih cemerlang Dato’ Speaker.

Sekarang ini, baik. Saya nak sentuh tentang disebut oleh Chembong tentang Institut Neurosains. Ini adalah inisiatif swasta ya. Kita tahu ada banyak masalah tentang Covid-19 dan sebagainya ya. Saya difahamkan di pejabat saya bahawa mereka sedang, masih lagi berusaha untuk meneruskan usaha pelaburan tersebut ya. Jadi kita tunggu dan lihatlah ya. Jadi jangan kita, tak kan tak tahu, kita masih lagi dalam keadaan PKPP. [YAB ADUN Sikamat bercakap secara off mic] ….. Ini kita nak majukan Chembong, terima kasihlah pada kita. Chembong dah lama jadi wakil rakyat, buat apa ya. Buat kerja sikitlah ya.

Baik, saya nak sentuh tentang masalah yang disebut oleh YB Jeram Padang. Masalah sekolah Tamil ni, bukan baru, lama dah ya, bertahun-tahun, sekolah tu berpuluh tahun. Masalah tu sampai pada sekarang ini. Sebab itu kita tak tahu pun apa masalah, sebab dah terlampau lama ya. Jadi sebab itu sebenarnya ya, maknanya kerajaan dulu gagal untuk menyelesaikan masalah itu. Namun demikian beginilah ya, pendidikan memang kita sangat menumpukan. Kalau ada masalah kita mintak LPS untuk datang berjumpa dengan kita, kita tengok balik bagaimana kita boleh bantu. Kita sangat prihatin tentang masalah pendidikan ya. Tapi sekarang saya nak nyatakan bahawa masalah ini masalah lama, yang di bawah kerajaan dahulu. Yang tak, tak berjaya menyelesaikannya. Cerita-cerita ni, separuh tu lebih 10 tahun dah ya. Tapi macam, sekali lagi saya katakan kalau ada ya, maknanya LPS sekolah berkenaan ya, baik sekolah Thivy Jaya, sekolah di Mambau dan sebagainya, maknanya boleh berhubung dengan kita, untuk kita lihat bagaimana untuk kita bantu ya.

Saya juga nak sebut ya, yang disebut banyak tentang masalah keusahawanan ya. Di bawah masalah penjaja-penjaja ya, disebut ramai sebentar tadi. Apa berlaku sekarang ini ialah kegagalan kerajaan yang terdahulu untuk menyediakan tapak penjaja. Tak ada, tak buat. Orang yang menjaja dia jadi macam pelarian kerana gagal ketika itu menyediakan tapak penjaja. Sebab itu sekarang ini, saya nak maklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat ya, maknanya kita mengambil inisiatif baru. Antaranya ialah kita memastikan yang sedia ada mencari tapak baru supaya ada tapak penjaja. Dan untuk kawasan perumahan baru …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua.

….. kita juga telah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. boleh bagi laluan sikit tak.

….. memintak supaya diadakan maknanya tapak penjaja …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Boleh mintak laluan.

….. untuk kawasan-kawasan perumahan yang baru.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

YB Ampangan.

Ini di antaranya …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya tanya tentang sekolah …..

Mintak maaflah, maknanya, ini waktu menggulung …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. saya nak tanya tentang …..

….. bukan soal, tanya …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. Sekolah Magnet.

Nak tanya apa.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Sekolah Magnet. Sekolah Magnet, Sekolah Magnet merupakan sa, sa, dulu salah satu daripada program Kerajaan Negeri untuk, untuk kita, sekolah-sekolah yang kurang murid. Di tempat saya ada sebuah Sekolah Magnet …..

Okay, saya rasa tak payahlah, nanti jumpa saya lepas ni lah, sekolah, sekolah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Haa okay, okay.

….. Sekolah Magnet kemudian, ya.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Jadi ini cerita lain.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Saya nak cerita pasal penjaja tadi ni.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya nak tahu tentang …..

Jadi saya cerita sikit pasal penjaja. Maknanya kita sekarang ni kita buat peraturan baru, di mana kalau mana-mana pemaju yang membuka, mengemukakan permohonan untuk buat kawasan perumahan, kita nak pastikan ada tapak penjaja di tempat yang strategik. Dulu tak buat, kita buat inisiatif baru. Jangan ini kata ini pun yang, yang, yang, yang tuan-tuan buat dulu– tidak. Ini kita buat benda-benda baru ya, untuk memastikan kepada kesejahteraan rakyat. Kita, sebab itu yang banyak menerima tabung usahawan ini adalah penjaja. Semuanya penjaja, yang kita bantu. Mana pernah berlaku dulu. Kita peruntukkan 3 juta – 2019, membabitkan 1,046 orang, 1,046 usahawan menerima bantuan. Dan tahun ini ya, seperti dah diumumkan, dan kita luluskan, meningkat menjadikan lagi 1 juta, menjadi 6 juta ringgit yang akan insya-Allah memberi manafaat kepada 2,000 orang usahawan yang hampir kesemuanya adalah penjaja-

penjaja. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamulalaikum WBT.

‘Auzubillah himinashaitan nirrajim bismillahirrahmanirrahim …...

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Labu.

Assalamulaikum WBT. Sebelum saya mula, setiap apa dulu, kalau boleh jangan ganggu sayalah sebab saya tak pernah mengganggu orang bercakap. Terutama sekali ketua Pembangkang saya tak pernah ganggu cakap dia. Jadi saya respect dan saya harap kita bertanggungjawab sebagai ahli majlis, ahli-ahli apa, Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertanggungjawab.

Yang pertama sekali, cabaran saya, kalau ada masalah, masalah di mana-mana DUN, mana-mana apa ni, kawasan, kita berjumpa, bertanya, berbincang. Dan perlu kita turun, kita akan turun. Ini yang kita buat, Kerajaan Pakatan Harapan buat. Dan jugak, kita kalau katakan tadi tak dapat bantuan 300 orang, kita, kalau rasa semua ADUN buat begitu, saya ingat saya sokong sangat. Tapi kita bagi banyak, kita beri banyak kepada hampir kesemua ni apa, isi rumah di dalam kawasan masing-masing. Dan kalau ada berlaku jugak yang tak betul, harap maklumkan sebab tak ada benda yang kita buat kata semua updating semua 100% baik ataupun lengkap. Sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab. Sebagai pembangkang dan jugak sebagai pemerintah kita akan ditanya kegagalan kita memerintah sekarang ini akan dikal, ditanya, akan dikontra balik oleh siapa yang memerintah akan datang. Sama jugak kegagalan pemerintahan dulu kita question dan kita baiki. Saya cakapkan tidak ada benda yang baik yang kita tidak buat. Teruskan yang baik. Kalau kurang baik, kita perbaiki.

Dan saya berharap kepada semua rakan-rakan, baik kerajaan ataupun bukan kerajaan, kita tolong bantu membantu, kita tolong bersama-sama membangunkan bagai aur dengan tebing. Kita sama-sama pastikan kampung kita, kita pastikan daerah kita, negeri kita dan negara kita, kita bangunkan bersama. Walaupun ada banyak meng, halangan, walaupun ada banyak rintangan, kita faham dan kita tidak boleh menyelesaikan masalah yang ditinggalkan sekian lama dalam masa yang singkat. Kita perlukan masa dan kita akan buktikan bahawa kita akan buat. Kita bertanggungjawab untuk melaksanakan janji, manisfesto dan jugak tanggungjawab kita sebagai pemimpin yang

diberi amanah oleh kerajaan, oleh rakyat di Negeri Sembilan pada masa ini.

Saya suka menyatakan bahawa beberapa masalah tentang air di kawasan Orang Asli ini, sebenarnya bila saya pergi dulu bersama dengan Menteri, projek tu ratus ribu, tapi tak dipakai. Ini masalah dia. Kita suka bawak projek-projek yang tidak jejak di bumi nyata. Kehendak orang tak ndak, Orang Asli tu tak nak nak pakai air, air daripada apa, dia nak pakai air daripada tempat dia. SAINS di tak nak. Dan jugak yang digunakan pam, dan jugak digunakan itu semua, dia tak nak pakai. Ini masalah dia. Dan saya haraplah, mana-mana pemimpin yang ada masalah di kawasan-kawasan mereka, kita jumpa dengan exco yang terlibat, terutama tentang kampung. Sebab itu Chembong, saya ingat bila dia adu pasal jambatan, tanah runtuh, saya dah pergi. Tapi dia hantar wakil dia saja. Saya tak ada masalah. Dan kita selesaikan lebih baik daripada apa yang dimintak. Itu yang kita mintak, buat begitu. Sama jugak dengan mana-mana DUN yang lainlah.

Berhubung dengan masalah apa ni, usahawan-usahawan tani. Kita ada kekangan, semasa kita jadi pemerintah Pusat dan jugak pemerintahan negeri, kita boleh cakap. Tapi sekarang ni kita boleh janjikan kita boleh buat, kita boleh luluskan. Tapi bila dah berlaku pertukaran akibat daripada penyemberangan dan pengkhianatan beberapa orang pemimpin, kita lihat benda itu bertukar balik. Dan saya harap apa yang kita telah putuskan yang baik, perlu diteruskan. Sebagaimana ECHR, kita baik untuk seluruh rakyat Negeri Sembilan dan jugak pada rakyat Malaysia, sebab kita boleh mengurangkan bajet dalam masa yang sama, membantu negeri membangun terutama kawasan luar bandar. Ini patutnya disokong. Itulah saya ucap terima kasihlah kepada Ahli Parlimen Jelebu yang menyokong. Sepatutnya ini yang kita buat, dalam Negeri Sembilan pun inilah yang patut kita buat, apa saja program yang baik, yang kita laksanakan, kita akan dibantu oleh rakan-rakan pembangkang dan jugak rakyat sekalian.

Berhubung dengan masalah kes di felda. Felda ni sejak dululah, saya cakap, saya cakap ulang balik. Semasa saya nak kempen ni, saya tak boleh masuk, ditahan, sebab dulu ada arahan dan ada statement mengatakan kalau pembangkang bercakap dalam kedai, kita terbalikkan. Tapi sekarang kita tak buat pada pembangkang pun. Air ado atas mejo tu, haa. Itu sebab saya cakap kita, bapa borek anak rintik. Tapi sekarang ni anak, yang kita rasa kita kerajaan baru ni, kita buat, kita jaga yang baik. Mana yang baik bapak kita buat, kita teruskan. Yang tak baik kita jangan buat. Haa ini yang saya nyatakan.

Dan jugak kepada felda ini, sebenarnya perkara tu dah lama, sebab itu pemimpin-pemimpin kita perlu tukarlah. Pertama ADUN. Saya cakap dulu, yang kita baik, cakaplah baik. Jangan buat fitnah macam benda-benda yang tak ada. Satu perkara yang tak patutlah. Yang kita buat, saya cakap baik. Saya pun cakap dulu Kerajaan Negeri Sembilan yang buat baik, kita kata, kita akan sokong. Dan mana yang kurang baik, kita baiki dan kita beri pendekatan ataupun apa dikatakan kita buat pembaikan yang lebih baik. Itu tugas kita sebagi pemimpin.

Dan saya sangat setuju dengan Lenggeng. Semua pemimpin termasuk ADUN-ADUN ni perlu diberikan pendidikan yang berterusan. Pendidikan yang berterusan. Jangan ingat dah jadi lama ADUN, oh dia pandai. Cuba katakan; kata, wah you baru pertama jadi– bukan itu, masalahnya kita mesti belajar, sebagai pemimpin lebih hebat lagi kita kena belajar sebab di bawah kita ada ramai orang yang tidak tahu. Itu yang kita patutnya kita jelaskan.

Dan saya berharaplah kepada mana-mana ahli jawatankuasa masjid dan MPKK ni saya ambil inisiatif kita perlukan ada, oleh kerana MPKK ni dulu di bawah Pembangunan Luar Bandar, saya mintaklah kerajaan yang sana, sokong tu, beri peruntukan lebih. Kita buat untuk Negeri Sembilan. Sama jugak dengan apa-apa saja berkaitan dengan Kerajaan Pusat. Kita bantu, kita bangunkan Negeri Sembilan. Insya-Allah saya rasa kita akan dapat cipta Negeri Sembilan terbaik dengan kewujudan kerjasama yang kuat yang hebat di kalangan kita semua. Saya tak menyalahkan mana-mana pihak, kadang-kadang sikap ini sebab kita terikut-ikut dengan kaedah atau pemimpin yang lama. Sebab itu kita kena ada pendekatan ataupun fikiran yang baru. Kita ambil, orang muda memang lebih mudah untuk kita terangkan sebab mereka tidak ada cerita-cerita, lagenda-lagenda lama, yang perasaan-perasaan. Kita kena bercakap dengan penuh keikhlasan dan kita buat. Mana yang kita boleh buat, kita akan cepatkan. Dan mana yang kita rasa kita perlukan agak masa yang panjang, kita akan buat pada masa-masa yang panjang dengan sokongan dan dokongan daripada Kerajaan Pusat dan jugak Kerajaan Negeri. Itulah harapan saya.

Pada mana-mana yang masih ada masalah, kita selesaikan bersama. Saya tahu masalah banyak di, di parit-parit, di kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Saya di Labu, contohnya ada beberapa yang dah lama tak buat dah. Kita mulakan balik supaya kita pastikan mana yang lama, yang perlu baiki, kita baiki. Itu tanggungjawab kita kepada rakyat, tak kiralah sama ada kita pembangkang ataupun kita pemerintah. Yang kita sama-sama bangunkan supaya kemajuan yang dapat dirasai oleh semua masyarakat di bandar dan jugak di luar bandar. Dan saya mendokong perjuangan di bawah pimpinan Yang

Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun untuk kita sama-sama bangunkan Negeri Sembilan, dalam masa, kita ada 3 tahun lagi. Insya-Allah saya yakin dan percaya kalau kita buat kerja dengan sungguh-sungguh, rakyat akan terima kita. Dan insya-Allah yang pihak sana akan terus jadi pembangkang pada masa pilihan raya yang akan datang. Terima kasih banyak.

Yang Dipertua Dewan

Okay, apa ni, Nilai.

Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa, 2 – 3 isu. Okay berkaitan dengan Yang Berhormat Jeram Padang berkaitan dengan tapak apa ni, isu pengoperasian tempat pembakaran mayat di Sua Betong …..

Yang Dipertua Dewan

Klawang nak cakap ke? Cakap?

Tapak seluas 4.048 hektar berkenaan telah diwartakan melalui warta yang WKNS No. 445 pada 10 Jun 2010 sebagai tapak perkuburan Sua Betong Hindu/Sikh/Bahai. Majlis Perbandaran PD pernah menerima peruntukan sebanyak 150 ribu daripada Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan pada tahun 2018 untuk tujuan merata, meratakan tapak, membina longkang dan jalan crusher run. Tapak pembakaran mayat tersebut diuruskan oleh Kuil Seri Maha Mariamman Temple Paripalana Sabai.

Dan berkaitan isu kuil di Bandar Ainsdale. Untuk maklumat, untuk makluman bagi Yang Berhormat Jeram Padang, kuil tersebut ataupun tapak tersebut memang dikhususkan dalam pembangunan Bandar Ainsdale pada beberapa tahun lepas. Tetapi permohonan untuk Kuil Arulmigu Sri Mariamman dipohon pada 2017 dan telah diluluskan pada beberapa bulan lepas untuk khususkan kepada kuil tersebut.

Dan berkaitan dengan berapa tempat ibadat yang telah diwartakan. Saya ingat ada jawapan dia dalam jawapan bertulis untuk Yang Berhormat Jeram Padang. Dan memang ada beberapanya belum dimasukkan kerana masih dalam proses pewartaan, walaupun telah diluluskan. Jika perlu, saya boleh mengemukakan dalam jawapan secara bertulis. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya ingat, lepas ni …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, yang krematorium itu, jawapan saya belum dapat. Mungkin ada masalah belum, belum dapat jawapan.

Yang Dipertua Dewan

Kang Yang Berhormat, kejap, kang MB jawab.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Assalamualaikum …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang 800 itu yang belum siap itu mengapa.

Yang berkaitan krematorium tersebut …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…. yang belum …..

….. sepatutnya peruntukan itu disalurkan kepada Kuil Sri Maha Mariamman Temple tersebut, tetapi duit tersebut saya difahamkan digunakan untuk tujuan lain, untuk tujuan lain. Dan saya ingin apa, untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan boleh diperjelaskan melalui jawapan bertulis.

Yang Dipertua Dewan

Okay, saya persilakan Yang Berhormat Klawang. Lepas tu terus kepada Yang Amat Berhormat-lah, Sikamat untuk gulung. Dan saya harapkan pukul 6:00 kita boleh selesai, sebab semua tak sembahyang lagi ni, ya. Jadi silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Bakri bin SawirAMANAH · PHKlawang

Assalamualaikum WBT, ‘auzubillah himinashaitan nirrajim bismillahirrahmanirrahim. Wama khalaqtul jinna wal insa illa liya`a buduun. Sadakhallahul’azim. Saya bacakan ayat itu, yang, Yang Berhormat untuk kita sama-sama mengingati apa juga kita punya tindakan ianya biarlah menjadi ibadah hatta tindakan-tindakan kita di dalam politik. Saya ingin menyentuh ada 1 – 2 perkara tadi yang ber, berkaitan dengan pertanian ni tadi.

Iaitu yang tanah terbiar yang dikaitkan dengan pertanian. Seperti yang kita tahu, bajet untuk tahun ini kita telah membuat bajet 1.7 juta ya, untuk pembangunan tanah terbiar dan kita telah lancarkan pada

Disember 2019 yang lalu supaya pemilik-pemilik tanah yang terbiar ini keluar memberikan, mendaftarkan kepada Jabatan Pertanian, malangnya ya, setakat ini kita tidak mendapat apa nama ni, respond yang baik. Oleh itu saya telah mengarahkan pihak Jabatan Pertanian untuk turun, untuk turun ke jabatan, ke Pejabat-Pejabat Tanah di mana kita ada senarai tanah-tanah yang terbiar ini untuk kita verify, dengan izin, supaya dapat kita mencari pemilik-pemilik tanah terbiar ini yang skala, dari segi ekonomiknya boleh dibangunkan iaitu yang lebih daripada 2 hektar.

Seri Menanti ada menye, menyebut tadi tanah terbiar yang dikaitkan dengan PPK Tanjong Ipoh. Setakat ini isu ini tidak pernah dibangkitkan atau dibawak kepada pengetahuan saya, dan insya-Allah saya akan mengambil tindakan untuk melihat apa sebenarnya yang, yang, yang, yang, di, dibangkitkan dari sudut teknikalnya dan sebagainya untuk kita mungkin dapat memajukan 100 ekar ini. Insya-Allah akan saya apa nama, mendapatkan maklumat yang terperinci selepas ini. Setakat itu saja yang, yang saya nak response Dato’ yang Dipertua. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin; Sikamat untuk menggulung ya, persidangan kita pada hari ini. Silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima. Pertama daripada ADUN Palong, isu dengan isu felda, isu balai raya dan dewan. Isu ini timbul apabila ya, masalah apabila mula-mula dibenar, lepas tu tak benar. Dan dewan tu milik, kononnya bina, dibina oleh FELDA, tapi tuan punya tanah adalah Kerajaan Negeri ya. Jadi kita kena faham, buat rumah dekat tanah orang lain, macam mano ya. Jadi tuan rumahlah, tuan tanahlah tuan punyo ya. Jadi kena fahamlah di situ ya. Dan supaya ia tidak dipolimikkan ya. Jadi saya harap bahawa pihak FELDA juga kena faham bahawa banyak kawasan-kawasan yang hari ini FELDA duduk adalah di tanah Kerajaan Negeri, dan insya-Allah Kerajaan Negeri akan putihkan tanah-tanah tersebut untuk kepentingan rakyat di Negeri Sembilan, insya-Allah.

Dato’ Dipertua, mohon mencelah sikit boleh?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak ada, tak ada dah.

Betulkan kenyataan tadi tu. Sebab tanah ni walaupun tanah Kerajaan Negeri telah pun diserah kuasa kepada FELDA untuk mengurus. So the manager of the land ya, yang menguruskan tanah itu adalah FELDA. Jadi saya ingat kena betulkan kenyataan tu …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tapi tanah tersebut belum tukar nama lagi …..

….. kalau macam tu …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. masih lagi …..

….. buat kenyataan rasmi ambil balik semua bangunan dalam felda jadikan milik Kerajaan Negeri, senang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak boleh guno samo, sekarang guno samolah kan …..

Haa kalau boleh guna samo …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. apo pulak masalah dio, apo pulak tak boleh guno …..

Itu yang saya maksudkan tadi …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. yang Kerajaan Negeri ada hak tanah dio …..

Yang Dipertua Dewan

Ni Palong.

Tak betul.

Yang Dipertua Dewan

Palong.

Ya, ya.

Yang Dipertua Dewan

Tolong, duduk, duduk.

Saya nak betulkan tadi kenyataan tadi.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk, duduk.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jadi kena fahamlah okay …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk. Saya, saya faham apa yang, yang Amat Berhormat sebut, dia kata masih ada Kerajaan Negeri, bangunan memang dibuat oleh FELDA. Jadi, apa yang disebut oleh Palong tadi tu, maknanya ambil tindakan, Yang Berhormat dah sebut tadi dah, dia tengah cuba memutihkan semua haa, bangunan, tanah-tanah FELDA di Negeri Sembilan. Betul Yang Berhormat kan? Jadi kita bagi Yang Amat Berhormat untuk gulunglah. Tolong …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Yang Dipertua Dewan

….. tolong, jangan kacau.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang kedua, berkenaan dengan kuarters guru, tadi telah dijawab. ADUN Chembong mengenai pelajar luar negeri, dalam negeri, tadi saya telah jawab bilangannya semua. Tapi ada pertanyaan tentang isu penajaan Program Perintis Ulama Yayasan Sofa. Saya dapat maklum, saya mendapat maklumat bahawa program penaman, penajaan oleh MAINS berkenaan ditamatkan kerana tiada kelulusan dalam mesyuarat MAINS untuk menaja sepenuhnya pelajar bermula daripada sekolah menengah hingga peringkat universiti dengan melibatkan semua sekolah ataupun institusi swasta di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terpulang kepada ibu bapa untuk berkenaan sama ada untuk meneruskan menyertai Program Perintis Ulama berkenaan dengan di institusi berkenaan dengan tanggungjawab ibu bapa masing-masing ya. Jadi ini jawapan daripada MAINS.

Dato’ Speaker, ini perkara sangat penting Dato’ Speaker …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Saya mohon sekiranya boleh, seboleh mungkin untuk Kerajaan Negeri pastikan ataupun mintak MAINS teruskan program yang baik ini Dato’ Speaker. Itu permohonan kami, ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, mengenai gerai di Rembau. Saya juga ingin mengingatkan kepada ADUN supaya memberi maklumat yang tepat ya, beri maklumat yang tepat bahawa ini adalah perkara sensitif, yang melibatkan penjawat awam yang menjalankan amanah. Saya dimaklumkan bahawa– tiada gerai dirobohkan setakat ini. Jangan buat fitnah. Sedangkan yang difitnah itu adalah penjawat awam ya, tetapi tidak membenarkan menjaja pada awal PKP semasa arahan diputuskan oleh MKN. Ini peringkat awal hari tu. PKP, memanglah tak boleh meniago, Rembau kawasan merah, bahaya, kenapa kita perlu ambil risiko, jual lemang pun tak boleh, memang.

Dia tak faham ni, Dato’ Speaker, saya tidak …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Di depan Zeemart …..

Dato’ Speaker, ada satu kawasan gerai …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. ya, kerana ber, lain kali cakap ikut fakta. Jangan sebut.

Yang Amat Berhormat Sikamat, saya jelaskan sedikit saja …..

Dato’ Speaker, saya cadangkan Bentara ambil mic tu. Dia orang ni gayat dengan mic ni.

[kekecohan di blok pembangkang– memohon agar ditarik balik perkataan yang dikeluarkan oleh YB ADUN Paroi]

Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, di depan Zeemart, mereka diambil tindakan kerana berniaga di tempat parking ya. Yang mengambil, meniaga di tempat parking kerana ramai pembeli …..

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap, kejap.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. di pasar raya membuat aduan …..

Yang Dipertua Dewan

Bertenang, bertenang dulu, bertenang, duduk, duduk, bertenang, bertenang. Okay, jadi gini, saya mintaklah pertamanya, apa ni, Taufek tarik baliklah ya, bercakap tadi.

Ni “gayat” ni tak boleh jumpo, dia jumpo dia nak, jumpo yo nak, dia tak ada apa. “Gayat” bukan bermakna lain.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bukan satu penghinaan.

Yang Dipertua Dewan

So, dia tak, tak menghinalah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak menghina.

Yang Dipertua Dewan

Tak, okay.

Dato’ Speaker. [Kekecohan di blok pembangkang]

Yang Dipertua Dewan

Jap, jap, jap, kejap, kejap, kejap.

Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. kejap, saya, saya, saya ni …..

Dengan izin Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Jadi ni, jap, jap, saya sebenarnya …..

Dengan izin.

Yang Dipertua Dewan

Kejap, ni, ni, yang ni kali pertama …..

Dato’ Speaker, dengan izin.

Yang Dipertua Dewan

Dah kejap, kejap, dengar saya cakap pulak. Dengar saya cakap. Ini dah penghujung ni, penghujung ni dah, ni. Ginilah, apa namanya, sekarang penggulungan. Penggulungan kita dah bagi dah awal, semua orang bercakap tadi, ada yang kita rasa, ada yang terasa, kita, you orang simpanlah apa ni, sebab, sebab tu bila tuan-tuan majukan soalan, dia, sekarang ni penggulungan, MB jawablah. Tuan-tuan tak puas hati besok, sidang akan datanglah jawab. Tak payahlah jawab masa ni. Tak yah jawab masa ni, jawab ni, ini penggulungan. Tak, jap, jap, jap …..

Dato’ Speaker ……

Yang Dipertua Dewan

Tak, saya tak nampak itu satu bahasa …..

Dato’.

Yang Dipertua Dewan

….. perkataan “gayat” tu, tak, tak, tidak ni, tidak …..

….. Speaker, sekiranya Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

….. tidak menghina.

….. tidak mengarahkan Paroi menarik balik, ianya akan dijadikan satu precedent Dato’ Speaker. Dan ……

Yang Dipertua Dewan

Tak, begini.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

….. jangan …..

Yang Dipertua Dewan

Saya mintak terjemahkan ni, apa maksud “gayat”.

Maksudnya, kalau jumpa dia nak, kalau jumpa dia nak Cakap. Ada mic nak cakap.

Yang Dipertua Dewan

Haa.

Haa itu je, tak ada maksud lain. Jadi kena rujuk …..

Yang Dipertua Dewan

Gayat dia tak menghina sesiapa.

….. rujuk kamus Rembau ya.

Yang Dipertua Dewan

Dah, duduk, duduk, duduk. Duduk, duduk, sekarang saya …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Mohon Dato’ Speaker buat ketetapan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah duduk.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. kerana kesemua keputusan Dato’ Speaker adalah muktamad.

Yang Dipertua Dewan

Sekarang, apa, YB, YB Pertang, YB Azmi, sabar. Kita ….. [YB ADUN Pertang bercakap tanpa microphone] ….. dah, dah, dah. Dah, dah, dia tak cakap, dia tak. Tak, perkataan “gayat” tu biasa. Kalau

[YB ADUN Pertang bercakap tanpa microphone]

Tak, tak, tak marah. Dia pun tak marah tuan, okay, okay. Duduk, duduk. Duduk, duduk. Okay YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, di depan Zeemart …..

Yang Dipertua Dewan

Eh, ni dah pukul 6 ni, tak sembahyang asar lagi ni, terus.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, di depan Zeemart, peniaga diambil tindakan kerana tempat tersebut adalah tempat parking, kerana ramai pembeli di pasar raya membuat aduan. Pada masa yang sama, Majlis Daerah Rembau ada sediakan tapak di Taman Bunga Raya dan di belakang Family Store, ya.

Mengenai, Neurosains, cadangan pembangunan projek institusi Neurosains di Rembau, Institut Neurosains (INS) di Rembau masih berjalan mengikut jadual seperti yang dirancang. Pemohon kelulusan Kebenaran Merancang (KM) telah pun dikemukakan kepada One Stop Centre (OSC) Majlis Daerah Rembau pada 7 Julai 2020. Seterusnya, satu kertas pertimbangan telah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) Bil.6/2020 yang bersidang pada 18 Ogos 2020 dan bersetuju dengan konsep pembangunan INS tetapi perlu mengemukakan pelan KM yang lebih terperinci. Projek tersebut kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan pembiayaan berjumlah 1.2 bilion menerusi sebuah syarikat antarabangsa daripada Denmark.

Kerja-kerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja kelulusan penuh KM diperolehi dari Pihak Berkuasa Tempatan iaitu PBT ya.

Mengenai jualan lemang. Majlis Daerah Rembau mengeluarkan 13 permit sementara kepada peniaga lemang sepanjang Ramadhan yang lalu. Ramadhan yang lepas, adalah dalam tempoh PKPB. Dalam tempoh ini, Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan urusan jual beli secara langsung dan peniaga perlu menggunakan perkhidmatan penghantaran. Permit hanya diluluskan selepas pemohon dilengkapkan dengan pendaftaran perniagaan dan pendaftaran pekerja perkhidmatan penghantaran ya. Jadi, kita sedia maklum bahawa Rembau ketika itu adalah kawasan merah yang perlu perhatian yang serius.

Jemputan ke masjid ya. Ini, boleh datang masjid, boleh solat ya, tak perlulah ada jemputan. Saya pun dulu pernah ya, dijemput, tetapi dibatalkan saat akhir, biasolah sebagai pembangkang kena terimalah hakikat bahawa kita jangan menggunakan masjid untuk politik dan kita, saya amat, rasa orang yang melawan saya juga saya masih benarkan untuk berceramah di mana-mana tempat ya. Kalau dulu ada seorang tu, kena pecat, tak boleh bernia, berceramah di masjid pun. Tapi yang lawan saya masih lagi berceramah di mana-mana. Kerana itu adalah hak. Dan saya yakin bahawa itu bukanlah satu tindakan yang betul, tapi kita tak nak gunakan masjid sebagai tempat untuk kita berpecah belah. Jadi nak cerito tontang apa, memperkasakan Islam, siapa tuan-tuan dulu buat macam mano. Ini baru sikit tak boleh, datang masjid disebabkan program rasmi macam tu. Itu pun dah marah.

Dato’ Speaker, saya mohon sedikit pencerahan Dato’ Speaker …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya …..

Sikit saja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya rasa …..

Dato’ Speaker, sikit saja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah dah dah dah dah dah dah. Saya dah dengar, dah dengar.

….. Dato’ Speaker …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Pihak masjid …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

….. jawatankuasa masjid tidak maklum, tidak faham sama ada mereka boleh menjemput saya atau tidak Dato’ Speaker. Keluarkan surat arahan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita dah keluarkan …..

Keluarkan satu arahan jelas kepada semua masjid bahawasanya mereka tidak dibenarkan menjemput ADUN pembangkang Dato’ Speaker. Tak ada, tak ada arahan pun. Notis tak ada.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jabatan Hal Ehwal telah mengeluarkan pekeliling larangan menggunakan masjid dan surau sebagai tempat aktiviti politik kepartian berdasarkan pekeliling yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam berkenaan larangan melibatkan kepartian di masjid sebagai agensi pelaksana dasar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melarang sebarang program melibatkan kepartian, tidak melibatkan perihal hal ibadah di dalam masjid. Nak sembahyang– sembahyang, nak iktiqaf– iktiqaf …..

Dato’ Speaker …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. semua boleh, insya-Allah.

….. adakah majlis sambutan Maal Hijrah …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, dah dah dah. Dah lah. Dato’ Yang Dipertua …..

Sambutan Maal Hijrah …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

….. bukannya satu program kepartian Dato Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Poning aku ni, lagi berapa minit dah kau berponing kepalo buek apo ni.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

SK Tamil …..

Yang Dipertua Dewan

10 minit.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. dah dijawab.

Yang Dipertua Dewan

Dah dah, lagi 10 minit lagi je, sabar sikit.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Taman Bahau, longkang– jawab, SAINS– jawab, anjing liar– jawab. Pusat penjaja, tadi telah dijawab, memang kita hari ini, dasar baru kita setiap perumahan baru harus menyediakan pusat-pusat perniagaan, okay. Ini, tadi ADUN Chembong, okay, ADUN Serting– RTC. ADUN Serting, bukan, dah jawab tadi. ADUN Seri Menanti, Kampung Langkap– masalah air bersih terawat ya, kalau dulu ketika dia jadi exco, dia bagi percuma saya memang menyokong ya. Tapi dah dia jadi pembangkang baru dia nak mintak air percuma ya. Kenapa dulu tak buat, ketika jadi exco ya, Kampung Langkap. Ini mengenai apa, tak apa, Seri Menanti juga mengenai tanah terbiar ya, tapi jangan ceroboh tanah ya, satu kesalahan besar menceroboh tanah kerajaan.

Air, ADUN Seri Menanti, sistem bekalan air Rasah Kemayan. Sebenarnya dipasang oleh pemaju Victory Development yang mana penyelenggaraan sistem bekalan air tersebut sepatutnya diletakkan di bawah penyelenggaraan pihak pemaju ataupun pihak pengurusan bersama (JMB) pada tahun 2005 disebabkan kegagalan projek membangunkan tersebut pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Bekalan Air ketika itu, kini SAINS, untuk mengambil alih bekalan air tersebut tanpa ada sebarang proses pengambilalihan yang mana tiada sebarang dokumen dan bekalan, sistem bekalan air ini diserahkan kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan dan SAINS.

Bekalan air Rasah Kemayan sering terganggu disebabkan punca, pertama; disebabkan kegagalan sistem paip yang dipasang pemaju daripada jenis HDPE yang selalu pecah atau bocor disebabkan masalah kualiti paip. Kedua; injap-injap di tapak banyak yang bocor atau rosak. Ketiga; tiada maklumat jajaran dan lukisan pembinaan. Tindakan jangka pendek SAINS adalah membuat kerja-kerja baik pulih, SAINS telah memasang TRB di Rasah Kemayan Fasa 6 yang selalu berlaku kejadian paip bocor. Dan yang ketiga; pemilik rumah disaran untuk memasang sistem tangki dan pam bagi menyediakan simpanan air tadahan seperti yang YB Nicole cadangkan tersebut.

ADUN Lenggeng ya, permohonan gerai PBT, maklum, okay. Jeram Padang, okay. Last sekali ADUN Lenggeng, peruntukan MARRIS yang didapati ditadbir secara salah iaitu tuntutan bayaran bilangan letrik. Ini kita telah maklum bahawa kita terpaksa membuat penyelarasan pada, pada bajet tambahan ini iaitu para 7.2 di dalam Garis Panduan MARRIS menyatakan bahawa pegawal, pegawai pengawal dibenarkan untuk menyediakan peruntukan ini untuk membiayai perbelanjaan pengurusan berkaitan dengan penyelenggaraan Jalan Negeri dengan had tidak melebihi 5% dari jumlah sebenar penyelenggaraan jalan tahun sebelumnya, atau 5 juta ringgit, mana lebih rendah. Amalan pentabdiran terdahulu membayar emolumen kakitangan tetap JKR Negeri Sembilan di Bahagian MARRIS menggunakan akaun Amanah MARRIS adalah bertentangan garis-garis penduan MARRIS berkenaan. Begitu juga dengan lain-lain perbelanjaan seperti bayaran bil elektrik dan pembelian kenderaan melebihi had 5% ataupun 5 juta, mana lebih rendah, juga bertentangan dengan kehendak Garis Panduan MARRIS. Susulan daripada teguran Jabatan Audit Negara, Jawatankuasa Akaun Amanah MARRIS telah mengambil tindakan terhadap teguran audit tersebut dan memohon kelulusan khas pengecualian perbelanjaan yang telah dibelanjakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Namun, kelulusan khas hanya diberikan untuk tempoh 2019 sahaja secara one off bagi tujuan perbelanjaan pembayaran emolumen kakitangan tetap saja. Sehubungan dengan itu, lain-lain perbelanjaan yang bukan

perbelanjaan langsung seperti di para 2 adalah tidak dibenarkan dibiayai di bawah Garis Panduan MARRIS.

Jadi itu saja, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker atas, atas ke, atas prestasi hari ini yang cukup memberangsangkan ya. Dan saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli exco, ahli-ahli Dewan yang telah memberikan kerjasama, memberikan pandangan yang, memberikan pandangan yang cukup baik kepada semua. Dan sebelum itu sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa bagi pihak Kerajaan Negeri, ingin memaklumkan pelantikan Penasihat Undang-Undang Negeri yang baru iaitu Puan Muzalmah Mustapha Kamal, menggantikan Tuan Azhar. Sidang DUN merakamkan ucapan penghargaan kepada Yang Berbahagia, yang berhor, Yang Berbahagia Tuan Azhar Yusof. Dan selamat bertugas dan tahniah juga kepada Puan Muzalmah dan juga kita juga merakamkan ucapan terima kasih. Dan tahniah kepada Yang Berhormat Tan Sri Dr Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara yang baru ya. Juga terima kasih kita kepada front liners atas jasa dan pengorbanan. Dan terima kasih kepada yang menjayakan sidang DUN kita pada hari ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Kepada Yang Berhormat Sikamat, saya rasa itulah penghujung kita hari ini. Cumanya hari ini sedikitlah nampaknya kecoh ya, di hujung-hujung. Tak apalah itu anggap sebagai rencam kita bersama dalam DUN-lah. Dan saya nak maklumkan kepada tuan-tuan, bahawa kehadiran tuan-tuan ini begitu bermakna kepada kerajaan dan kepada rakyat, seluruh rakyat Negeri Sembilan ya, kerana apa yang kita bincang semua adalah kepentingan ya, kebajikan semua rakyat. Jadi terima kasih. Cuma kalau ada yang complaint, komen sama-sama kita perbaiki. Dan saya harap jugak di pihak kerajaan pulak jangan terlalu apa, terlalu kita terlalu apa, kita ambil pandangan kawan-kawan kita supaya kita boleh perbaiki lagi supaya kita boleh terus mentadbir Negeri Sembilan, insya-Allah.

Jadi saya sudahi ya, dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT, terima kasih, sekian. Saya tangguhan persidangan kita hari ini, dan kita jumpa di lain persidangan.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 5.55 petang]