Negeri Sembilan · 3 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting (Opening) · 13 turns · 1,222 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Setiausaha Dewan

Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri.]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya dengan rahmat, inayah dan ri'ayah-Nya, daripada-Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 tahun 2021.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang Dewan, sidang mesyuarat bagi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri

Sembilan Yang Ke-14 yang dijadualkan berlangsung selama 4 hari mulai hari ini; 3 September dan hari Isnin; 6 hingga 8 September.

Hadirin yang dihormati sekalian, untuk makluman semua, sidang mesyuarat kali ini adalah merupakan siding mesyuarat yang keempat diadakan dalam tempoh pandemik COVID-19. Saya mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan frontliners kerana, dan barisan petugas-petugas belakang tabir yang sama-sama sentiasa bertungkus lumus memerangi penularan, penularan COVID-19. Kita semua tidak boleh leka dengan ancaman pandemik COVID-19 dan terus kekal mengamalkan SOP berkaitan COVID-19 yang sudah kita amalkan selama hampir 2 tahun.

Sebagaimana maklum, Malaysia kini berhadapan dengan varian delta COVID-19, yang mempunyai kadar kebolehjangkitan yang amat tinggi. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia dengan kerjasama dan nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah menyediakan procedure, Prosedur Operasi Standard (SOP) tambahan sebagai langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mengurangkan penularan virus COVID-19, khususnya kepada semua hadirin yang akan terlibat sepanjang persidangan ini. Antara SOP tambahan termasuk tindakan menghadkan pergerakan keluar dan masuk hadirin dalam bangunan Dewan Undangan Negeri ini. Selain daripada itu ahli-ahli Yang Berhoremat, ketua jabatan dan urusetia petugas-petugas Dewan dikehendaki menjalani unian saringan COVID-19 iaitu ujian RT-PCR atau real-time reverse transcription–polymerase chain reaction 3 hari sebelum tarikh mesyuarat pertama dan ujian RTK (Rapid Test Kit) Saliva selang sehari, selang sehari hari persidangan.

Para hadirin juga hendaklah memastikan telah menerima suntikan vaksinasi lengkap COVID-19 sebanyak 2 dos dan yang melepasi tempoh matang 14 hari bagi mengurangkan risiko jangkitan dan penularan virus COVID-19. Setiap ruang di bangunan Dewan Undangan Negeri ini telah dihadkan kapasiti berdasarkan keluasan bilik atau ruang hadirin. Semua hadirin dikehendaki mematuhi had kapasiti ini sebagaimana yang ditetapkan. SOP tambahan ini juga adalah tertakluk kepada SOP atau ketetapan dari masa ke semasa oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negeri serta lain-lain aturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri.

Pihak jabat, pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negeri akan membuat penilaian risiko dari masa ke semasa untuk menentukan tahap risiko semua ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh persidangan ini. Kehadiran jemputan terutamanya kepada ketua jabatan dan pemerhati dan media persidangan kali ini juga

dihadkan. Namun begitu, walaupun jemputan kehadiran secara fizikal ke persidangan ini adalah minima, sesi persidangan masih boleh diikut secara langsung oleh pihak media melalui, melalui media sosial ataupun di akaun Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Hadirin yang dihormati sekalian, seperti mana lazimnya, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan kali ini. Selain daripada itu saya juga ingin memberikan peringatan, pemaklumkan sekali lagi kepada semua hadirin untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan hadirin semua juga digalakkan untuk memakai pelitup muka berganda dan ber-face mask, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta menghindarkan sebarang aktiviti berkumpulan sama ada di dalam atau di luar bangunan Dewan dengan mengelakkan 3S iaitu sesak, sempit dan sembang. Dan yang terakhir, saya suka, suka saya mengingatkan bahawa premis kerajaan telah diwartakan tempat larangan merokok di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau semenjak tahun 2004. Aktiviti penguatkuasaan larang merokok di premis kerajaan termasuk di bangunan DUN akan dijalankan oleh urusetia Dewan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan sepanjang persidangan berlangsung. Saya amat berharap persidangan kali ini dapat berlangsung dalam keadaan harmoni serta menjaga nama baik dan etika sebagai ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Sekian, sekian dulu perutusan saya, dan saya sudahi dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang Ke-14 yang telah diadakan pada 27 November dan 30 November 2020 hingga 3 Disember 2020.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah diadakan pada 27 November dan 30 November sehingga 3 Disember 2020 telah pun

diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan, seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Huwaa semua setuju ya, tak payahlah berkecuali dah. Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[YB ADUN Seremban Jaya tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 27 November dan 30 November 2020 hingga 3 Disember 2020 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut.]

Titah Ucapan DirajaAddress / budget

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan menyampaikan Titah baginda dalam Dewan yang mulia ini. Sekarang Dewan ditangguhkan sebentar untuk keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

[YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan.]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Rembau]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Johol]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Jelebu]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Sungei Ujong]

[Setiausaha Dewan mengumumkan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diiringi oleh YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Mengadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ampun Tuanku, Patik memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melafazkan titah kepada sidang hadirin di dalam Dewan ini. Mohon perkenan Tuanku.

[YAB ADUN Sikamat menyembahkan Teks Titah Ucapan DiRaja kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.]

[DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyampaikan Titah baginda.]

[YAB ADUN Sikamat mengambil semula Teks Titah Ucapan.]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Menjunjung kasih Tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan. Dewan akan disambung semula pada hari Isnin; 6 September 2021 bersamaan 28 Muharram 1443 Hijrah mulai jam 10.00 pagi. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Keberangkatan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat, Yang Teramat Mulia Undang Sungai Ujong, dan, dan Yang Teramat Mulia Undang, Undang Jelebu, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Johol, Yang Teramat Mulia Dato’ Undang Rembau.

[Bentara Dewan menanggung Cokmar mendahului DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.]

[YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan.] [YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan.] [Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada jam 11.04 pagi dan akan disambung semula pada hari Isnin; 6 September 2021 bermula jam 10.00 pagi]