Negeri Sembilan · 6 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting (Opening) · 280 turns · 24,994 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, hari ini 6 September 2021 iaitu hari kedua bagi Persidangan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-14 disambung semula. Sebelum saya memulakan sidang mesyuarat ini, saya ingin menarik perhatian ahli-ahli Yang Berhormat kepada senarai Pertanyaan Lisan Hari Pertama yang terdapat dalam naskah persidangan kita. Pertanyaan lisan ini, yang diberikan oleh ahli-ahli Yang Berhormat, khususnya kawasan Seri Menanti, yang bertajuk “Bantuan Pandemik COVID-19 Kerajaan Negeri Sembilan” telah ditetapkan supaya dijawab bersekali dengan pertanyaan, Pertanyaan Lisan oleh ahli Yang Berhormat Kawasan Mambau bertajuk “Pakej Bantuan COVID-19”. Memandangkan dokumen ini telah diedarkan awal, saya telah pun mengarahkan Setiausaha Undangan Negeri, Setiausaha Dewan Undangan Negeri mengeluarkan surat pemakluman

kepada ahli Yang Berhormat kawasan Seri Menanti mengenai perkara ini. Justeru itu, saya juga berharap tidak timbul kekeliruan di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya ahli Yang Berhormat kawasan yang berkenaan dan saya merakamkan kemaafan di atas khilaf yang berlaku di pihak urusetia.

Yang keduanya, memandangkan kita perlu meminimakan keadaan berada di kawasan tertutup sebegini, kerana kawasan, kerana kita masih lagi dalam pandemik COVID-19, maka Jabatan Kesihatan Negeri telah menasihatkan untuk berada dalam bangunan Dewan Undangan Negeri ini semaksimanya 2 jam. Lepas 2 jam kita akan berehatlah, bukak pintu semua, ataupun boleh ambil angin. Maka seperti mana kita bincang dalam sesi taklimat SOP sidang DUN bersama ahli-ahli Yang Berhormat sekalian pada 26 Ogos 2021, saya telah menetapkan sesi perbahasan bagi ahli Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat, bukannya Ketua Pembangkang, ahli Yang Berhormat biasa, adalah selama 10 minit bagi membahaskan usul-usul menjunjung kasih titah DiRaja yang, DiRaja dan rang undang-undang tersebut, kepada maksima bersidang iaitu sampai pukul 4:30 petang.

Manakala backbencher, ketua backbencher dan ketua pembangkang kita akan bagi masa 20 minit. Selalunya saya bagi ketua pembangkang unlimited, sebab kita nak bagi peluang kepada mereka untuk sampaikan apa yang mereka sampaikan, tetapi kita pandemik ini, kita maafkan lah YB Dato’ Seri Rantau, 20 minit ya. Kita terpaksa hadkan. Tak boleh lamo kat sini. Kang jadi sampai malam, ya. Sebab hari ni pandemik, kita bagi 20 minit. Begitu jugak haa, pencadang haa, apa, penyokong iaitu backbencher kita pun bagi 20 minit, pencadang dan penyokong pun 20 minit. Lain-lain Yang Berhormat 10 minit ya. Saya rasa 10 minit boleh. Cuma jangan cakap 2 kalilah, apa yang Dato’, yang ketua pembangkang sebut. Jangan pulak tambah lagi, ulang balik, tak mahu. Sebab semuanya kita dah masukkan dalam hansard ya, haa dah masuk, apa yang disebut tu semua dah apa, mana point-point barulah. Kita mahu sidang ini dapat kita, kita luahkan, kita dapat lahirkan apa maknanya, pendapat dan fakta-fakta yang banyak. Dan kita dapat tamatkan dalam masa yang lebih awal supaya kita dapat menghindari COVID-19 ya. Jadi semua, saya sayang semua ahli Berhormat ni, semua sahabat saya. Okay Dato’ Seri, saya faham, Dato’ Seri Rantau pun mengangguk tu. Faham. Maknanya apa kita sebut ni betullah, sama-sama kita akan laksanakan tugas dan tanggungjawab. 4:30 petang mesti, hari ni kita keluar dah. Saya akan tamatkan 4:30 petang ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya menyeru kepada semua ahli Yang Berhormat, seperti biasa, kita ada Peraturan-Peraturan ya, dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai

ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Jadi tolong patuhi ya, peraturan-peraturan ya, termasuk usul-usul ya, kita hanya bincang usul yang, yang telah dihantar saja, sebab kita dah bagi notis ya. Tak mahulah bentang-bentang usul tergempar lak hari ni, itu tak mahu. Jadi bawak usul-usul yang [gangguan oleh bunyi nada dering telefon bimbit kerana YB Yang Dipertua]. Adoii, masa ni pulak dia nak telefon kita. Dah, sudah, dah ni, dah apa tu, dah senyapkan, tapi rupa dia, dia apa, dia berbunyi jugak. [Percakapan oleh YB ADUN Rantau secara off mic]. Kalau orang rumah, kita jawab dulu, jangan. Orang rumah mesti jawab dulu. Tak kang, balik kang, tak, tak ada tempat kang.

Telefon apa tu To’, dah senyap pun berbunyi ya lagi tu? Nak jugak boli kan.

Yang Dipertua Dewan

Okay, tuan-tuan, kita sama-sama menghormati masa ya, boleh ya. Dan kita bincang perkara yang kita telah, dan semua perkara-perkara ini saya dah maklum lebih awal, usul-usul, apa semuanya kita akan, tidak akan timbullah usul-usul tergempar hari ini. Saya akan tolaklah kalau usul tergempar, sebab kita nak tamatkan masa dalam, dalam masa yang kita telah tetapkan. Jadi, itu saja saya dapatkan sebagai sebagai ucap, ucap awal saya, ucapan perutusan saya. Saya doakan tuan-tuan semua sihat, semua sihat, panjang umur, bahagia sekeluarga, inshaa Allah.

Jadi kita teruskan mesyuarat kita hari ini. Wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT.

Dato’ Speaker, mana boleh Dato’ Speaker pre empt ada unsur tergempar nak ditolak. Ia tak boleh cakap macam tu.

Yang Dipertua Dewan

Apo deh?

You menolak sesuatu usul jika ada. Bukan kata, siang-siang dah kata akan tolak.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada, saya beri maklum awal, supaya jangan, jangan, kita menolak awal. Kita tak nak …..

No, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. berlaku kekecohan apo-apo.

Dato’ Speaker, ini bukan sekolah tadika, ini Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Kadang-kadang yang ahli Dewan pun macam tadika jugak kadang-kadang. Okay, okay, Dato’ Seri Rantau ya, mintak maaf, gurau ya, jangan ambil hati. Silakan Setiausaha.

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang akan dihadap, di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu: i. Kertas Dewan Bil. 1/2021 Cadangan Pembubaran Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan Melalui Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021. dan ii. Kertas Dewan Bil. 2/2018 Cadangan Penubuhan Perbadanan MAINS Melalui Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan MAINS 2021. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 1 dan 2 Tahun 2021 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:

i. Laporan Ketua Audit Negara bagi Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2019 Siri 1;

ii. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019;

iii. Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019; dan

iv. Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Laporan dan perkara Kewangan adalah dibentangkan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Pertama).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, diedarkan soalan lisan ya, ada giliran, nombor giliran tu ya, tarikh 6 September 2021, giliran pertama, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Masalah Tekanan Air Di Kampung Baru Broga. Kampung Baru Broga terletak kira-kira 22 kilometer dari Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi dan merupakan kawasan penghujung sistem paip retikulasi. Selain daripada itu terdapat gangguan teknikal seperti paip pecah, kerosakan peralatan elektrik di LRA turut menjadi penyumbang gangguan bekalan air tersebut. Pihak Kerajaan Negeri melalui Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah mengenal pasti penyelesaian bagi mengatasi permasalahan di kawasan Broga ini.

Cadangan penambahbaikan adalah seperti berikut, bagi cadangan jangka masa pendek:

- Mengambil, pertama: mengambil sumber air dari Air Selangor kerana lokasi Broga yang bersebelahan dengan Beranang Selangor. Situasi cadangan ini ialah dalam proses perbincangan di antara pihak SAINS dan Air Selangor.

- Kedua: mencadangkan pihak pengguna mengguna, untuk memasang tangki simpanan di premis masing-masing.

Jangka masa panjang ialah Perlaksanaan Projek Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 di mana ianya dalam proses penawaran tender dan dijangka tender, dijangka tender, dan dijangka tender pada akhir November 2021.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Giliran kedua ialah Rantau, Dato’ Seri Rantau.

Dato’ Speaker, sebelum, saya soalan 1, tapi saya nak mintak supaya Dato’ Speaker pakai mask.

Yang Dipertua Dewan

Nak pakai juga?

Yang Dipertua Dewan

Oh tak, yang ini tak boleh pakai?

Tak. Pakai tu boleh, tapi mask kena pakai.

Yang Dipertua Dewan

Pakai jugak haa?

Ya, jaga kesihatan Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Oh tak apa, itu, itu satu cadangan yang baik.

Dato’ Speaker kono sorang tak apo, saya tak nak jangkit kat saya.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat saya pakai ni saya jauh dari tuan-tuan. Kalau menyombur pun jauh raso eh kan, tak sampai deh. Tapi apalah.

Dia, dia airbone ya.

Yang Dipertua Dewan

Airbone, okay.

Terima kasih. Soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor 1 ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama, Kedudukan Kewangan Negeri Sembilan. Ahli-ahli Yang Berhormat, secara keseluruhannya, kutipan hasil sehingga 31 Julai 2021 adalah berjumlah 263,190,155.00 ringgit iaitu 58.75% berbanding 291,543,128.0 ringgit iaitu 63.79% pada 31 Julai tahun 2020.

Hasil Cukai sehingga 31 Julai 2021 mencatatkan kutipan 130.92 juta iaitu 84.14% di mana telah, ianya lebih tinggi berbanding kutipan Hasil Cukai tahun 2020 untuk tempoh yang sama iaitu 124.6 juta iaitu 80.35%.

Manakasa, manakala, Hasil Bukan Cukai sehingga 31 Julai 2021 adalah sebanyak 82.2 juta iaitu 35.66% di mana menunjukkan penuruman, penurunan kutipan berbanding tahun, tempoh yang sama tahun 2020 dengan kutipan sebanyak 110.5 juta iaitu 46.05%.

Terimaan Bukan Hasil turut mencatatkan penurunan dengan kutipan sehingga 31 Julai 2021 adalah sebanyak 50.06 juta berbanding 56.3 juta pada tahun, pada 31 Julai 2020.

Hasil Bukan Cukai menunjukkan penurunan yang ketara terutama melalui premium tanah dan permit tanah dan galian. Ini memberi gambaran bahawa sektor hartanah telah mengalami kesan yang sangat ketara berikutkan, berikutan situasi semasa. Tapak permit pasir dan kuari yang tidak dibenarkan beroperasi turut memberi kesan kepada kutipan hasil akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.

Usaha dan perancangan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan kutipan hasil negeri adalah seperti berikut:

- Pertama: memberikan diskaun bagi premium pembangunan tanah yang telah diluluskan sebanyak 25% kepada pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima Notis 5A atau 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah dan diskaun 15% kepada pemohon yang telah menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 60 hari dari tarikh menerima Notis 5A atau 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah bermula 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021.

- Kedua: melanjutkan tempoh pemberian diskaun premium pembangunan tanah yang telah diluluskan dari 1 Julai 2021 hingga 24 Disember 2021.

- Ketiga: melaksanakan engagement dengan pemegang taruh yang utama berkaitan hartanah seperti Jabatan Penilaian Pengurusan

Harta (JPPH) agar proses penilaian hartanah dapat dilaksanakan segera.

- Keempat: mengutamakan tumpuan tuntutan dan penyelesaian bayaran premium bagi tanah bagi hakmilik Kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Dalam Negeri, perbadanan negeri dan pemilikan syarikat.

- Kelima: melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tanpa denda lewat daripada 31 Mei 2021 kepada 30 Jun 2021.

- Dan, melaksanakan Kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2021 dengan tawaran cabutan bertuah mengikut daerah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertu dan ahli Yang Berhormat, pada tahun 2020, ekonomi Negeri Sembilan memperlihatkan penyusutan berbanding tahun sebelumnya kesan daripada pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Keluaran dalam negeri, Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sembilan mencatatkan penurunan sebanyak 48.0 bilion kepada 46.3 bilion dengan penyusutan sebanyak 3.6%.

Ekonomi Negeri Sembilan diterajui oleh sektor perkhidmatan dengan sumbangan sebanyak 51.4% dalam sektor pembuatan 36.2%. Dan sementara itu, sektor pertanian dan pembinaan masing-masing menyumbangkan 7.2% dan 3% manakala sektor perlombongan dan pengkuarian hanya menyumbang 0.5% kepada ekonomi Negeri Sembilan.

Sektor perkhidmatan yang menyumbang 51.4% kepada keseluruhan KDNK Negeri Sembilan telah merekodkan pengurangan nilai ditambah sebanyak 254.9 juta iaitu kemerosotan 1.1% berbanding pertumbuhan 8.6% pada tahun sebelumnya. Segmen utama yang mendorong kepada penyusutan sektor ini adalah sektor-sektor perdagangan borong dan runcit, penginapan dan makanan. Daripada sudut kadar pertumbuhan, ketiga-tiga segmen tersebut merekodkan kemerosotan ketara berbanding pertumbuhan mampan pada tahun sebelumnya.

Subsektor perdagangan borong dan runcit yang menyumbang 22.1% kepada sektor perkhidmatan Negeri Sembilan telah menyusut 6.3% dipengaruhi oleh penurunan dalam aktiviti jualan runcit berikutan pelbagai fasa PKP yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 untuk mencegah penularan COVID-19.

Di samping subsektor penginapan di Negeri Sembilan turut menyusut 43.3% pada tahun 2020 berbanding pertumbuhan 3.2% pada tahun 2019. Subsektor ini merekodkan pengurangan nilai tambah kepada 144.5 juta. Ini dipengaruhi oleh penurun, penurunan bilangan tetamu hotel pelancongan asing dan domestik sebanyak 1.3 juta yang mencatatkan penyusutan 56.2%.

Manakala subsektor makanan dan minuman Negeri Sembilan pula menyusut 14.8% berbanding pertumbuhan 6.2% pada tahun 2019 yang turut merekodkan pengurangan nilai tambah kepada 981.8 juta pada tahun 2020.

Terima kasih.

Dato’ Dipertua. Terima kasih di atas jawab, penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Sikamat. Apa yang menjadi, perlu diambil perhatian Dato’ Dipertua ialah kedudukan kewangan secara total. Kita tahu bahawa, dalam keadaan ini kita tahu semua, keadaan pandemik ini semua sektor akan mengalami penguncupan. Kita tak dapat nak buat apa. Bukan kita saja, bukan Negeri Sembilan saja, seluruh negara, bahkan seluruh dunia. Tetapi apa yang perlu diambil perhatian di sini ialah impaknya kepada kita punya sistem kewangan Negeri Sembilan ya. Dia punya bottom line. Semasa pembentangan bajet 2021, saya membahaskan bahawa kebergantungan kita, Yang Berhormat Sikamat, Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun membentangkan satu bajet yang baik tetapi saya telah pun menegur dan mengatakan bahawa bajet tersebut terlampau bergantung banyak kepada Hasil Bukan Cukai. Lebih 60% daripada pendapatan yang dijangkakan adalah daripada Hasil Bukan Cukai. Saya sebut pada ketika itu merbahaya kerana pendapatan tetap kita daripada hasil cukai tanah, kerana 100 lebih juta ya.

Dan kita, Yang Berhormat telah pun membentangkan, Yang Amat Berhormat membentangkan bajet defisit 112 juta. Kita mengalami sekarang Dato’ Yang Dipertua, apa yang dipanggil keadaan double jeopardy. Double jeopardy di mana kita mengadakan defisit, bajet defisit yang besar, dalam masa sama jangkaan kita, kita punya andaian kita untuk mendapat Hasil Bukan Cukai terlampau tinggi. Saya tegur ketika itu bahawa, Dato’ Dipertua, ini merbahaya. Dan sekarang dah jadi. Kerana kalau disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi mengatakan bahawa Hasil Bukan Cukai menurun banyak, setakat Julai baru 80 juta dapat collect. Betul, kita tahu sektor hartanah, pembangunan tanah tak ada, nothing much you can do, dengan izin.

Kita tahu. Tapi impaknya kepada kewangan negeri– besar, ya. Lubang yang besar akan terjadi, Dato’ Yang Dipertua.

Dan ini saya mintak kalau boleh macam mana caranya Kerajaan Negeri Sembilan perlu memikirkan satu cara, kaedah bagaimana kita nak menutup lubang yang besar ini. Bukan nak menambah hasil pendapatan, macam mana kita nak tutup. Jadi saya mintak supaya Kerajaan Negeri, tadi disebut untuk dibuat diskaun apa semua kan, tapi memang keadaan iklim pelaburan sekarang ini memang tidak ada. Jadi, kita perlu berhati-hati Dato’ Dipertua. Dan saya mintak, nak tanya macam mana cara, apakah yang patut kita lakukan, apakah yang patut kita sama-sama lakukan untuk menarik, tahun 2021 ni kan, ada tahun melabur Negeri Sembilan kan, jadi kita mesti buat betul-betul dan kita nak tahu macam mana cara untuk kita pastikan lubang yang besar ini dapat kita kambus. Bukan nak tumbuh Dato’ Dipertua, tetapi nak menutup lubang yang besar. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rantau. Alhamdulillah, sebenarnya seperti apa yang saya katakan tadi bahawa kita nyatakan, bahawa kita sedang berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai ada 15 juta lagi yang masih belum dibayar ya, daripada kementerian, Kementerian Dalam Negeri, perbadan, dan Perbadanan Negeri juga ada dan juga pemilikan syarikat. Jadi inshaa Allah ini usaha yang ada lebih kurang 15 juta boleh kita dapat. Dan ada, kita juga sedang berusaha ya, untuk memastikan bahawa ada 8 juta ya, 8 juta lagi ya, yang harus kita collect ya. Inshaa Allah ini sedang kita usahakan, sedang kita usahakan …..

Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat mintak mencelah. Saya nak ingatkan supaya Yang Amat Berhormat dan Pegawai Kewangan Negeri jangan lupa, saya tak tahu dah collect ataupun belum, saya tak tahulah, bayaran premium tanah Angkatan Tentera di Gemas.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, itu sedang juga diuruskan .….

Uruskan dengan segera Dato’ Dipertua …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. tetapi, ya.

….. kerana itu jumlah dia amat besar …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, 2 bilion ya.

2 bilion. Kalau 50% tanah Persekutuan, dia bagi, kita bagi 50% premium, itupun dah 1 bilion. Kalau tak boleh bayar lump sum, mintak Kerajaan Persekutuan bayar berfasa-fasa ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu telah kita kemukakan kepada Kementerian Pertahanan tempoh hari. Dan mereka bersetuju pada dasarnya tetapi masih di dalam Jabatan Peguam Negara.

Kita kena gesa Yang Berhormat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya saya memang sentiasa gesa perkara tersebut.

….. kita kena gesa kerana kedudukan kewangan Negeri Sembilan sekarang amat teruk …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, kita sedang usahakan.

….. kita perlu tutup lubang yang besar ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, terima kasih. Untuk makluman juga, kalau kita …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Seri. Saya nak mohon mencelah sekejap. Saya mintak mohon kalau boleh Dato’ Seri YB Rantau tolong kami sekali ya. Kerajaan dah sama di atas sana ya, untuk membayar apa yang patut mereka bayar kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, terima kasih.

Dato’ Dipertua, kalau macam tu, Dato’ Dipertua, biar saya duduk kat sebelah sana saja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, terima kasih Yang Berhormat Lenggeng atas pandangan dan terima kasih YB Rantau. Kita sedia maklum bahawa inshaa Allah kita, kita sekarang kurang 30 juta kutipan kita. Kalau kita dapat kutip 15 juta, bermakna kita kurang daripada 15 juta daripada bajet yang kita anggarkan. Dalam tempoh yang sama juga, kita sedia maklum bahawa penyata kedudukan kewangan Kerajaan Negeri iaitu kumpulan simpanan kita sebanyak, pada 2020 adalah 884.629 juta ringgit, dan pada tahun 2021 adalah sebanyak 951.181 juta. Jadi ada peningkatan dan kita boleh gunakan seperti yang dikatakan oleh pihak pembangkang, gunakanlah bajet ya, simpanan kita. Inshaa Allah kita akan gunakan, tetapi dalam keadaan yang kita benar-benar ada keperluan akan kita gunakan. Kita tak akan sewenang-wenangnya menggunakan duit simpanan kita untuk berbelanja tanpa, tanpa ada keperluan yang sebenarnya.

Jadi saya rasa memang, terima kasih. Kita juga telah berbincang dengan Kementerian Pertahanan dan Pejabat Pertahanan bersetuju pada awalnya dan perkara ini telah dibawa ke Kementerian Kewangan. Dan Kewangan telah minta nasihat daripada Jabatan Peguam Negara ya, dan kita sedang menunggu dan kita sentiasa bertanya, bukan kita tidak mendesak, kita juga desak kerana kita tahu jumlah itu besar dan itu penting untuk pembangunan di Negeri Sembilan pada masa akan datang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri dan Dato’ Seri Rantau. Kita beralih kepada giliran 3, Mambau. Jadi sebelum Mambau bercakap ni, saya nak maklum ni ada, kita COVID ni kita pakejkan sekali ya. Ada soalan lisan dari Seri Menanti, ADUN Gemencheh, ADUN Senaling, ADUN Pertang, haa jadi soalan dia semua berkait dengan COVID. Bagi ADUN-ADUN yang disenaraikan tu, termasuk ADUN Seremban Jaya, ADUN Jeram Padang, ADUN Lui, kalau apa, saya benarkan soalan tambahan pada ADUN yang berkaitanlah. Saya dah sekalikan COVID ni, ya. Jadi persilakan ADUN Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jawapan ini juga menjawab:

- Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada YB ADUN Seri Menanti yang bertajuk “Bantuan Pandemik COVID-19 Kerajaan Negeri Sembilan”;

- Kedua, Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Gemencheh yang bertajuk “Peruntukan COVID-19”;

- Yang ketiga, Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Gemencheh yang bertajuk “Bantuan COVID-19”;

- Yang keempat, Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Senaling yang bertajuk “Bersama Membanteras Pandemik COVID-19”;

- Yang kelima, Pertanyaan Lisan Hari Pertama daripada Yang Berhormat ADUN Pertang yang bertajuk “Bantuan COVID-19”;

- Keenam, Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya yang bertajuk “Sumbangan Tunai COVID-19 Kerajaan Negeri Sembilan”;

- Ketujuh, Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya yang bertajuk “Bantuan Di Bawah Peruntukan Kerajaan Negeri”;

- Kelapan, Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Jeram Padang yang bertajuk “Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan PKP 3.0 (Sejak 1.6.2021)”;

- Yang kesembilan, Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Sungai Lui yang bertajuk “Peruntukan COVID-19”;

- Dan yang kesepuluh, Pertanyaan Bertulis daripada Yang ADUN Rahang yang bertajuk “Bantuan Bakul Makanan”;

- Ke-11, Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Rahang yang bertajuk “Bantuan COVID-19”;

- Dan yang ke-12, Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang yang bertajuk “Bantuan Rakyat COVID-19”.

Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memandang serius kesejahteraan rakyat khususnya dalam waktu yang sukar akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah merancang dan melaksanakan beberapa skim bantuan bagi memastikan rakyat sentiasa terbela dan kebajikan mereka dijaga.

Antara bantuan COVID-19 yang telah disalurkan Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2021 sehingga PKP 3.0 adalah seperti berikut:

- Pertama: bantuan bakul makanan dan keperluan asas dengan jumlah peruntukan sebanyak 5 juta ringgit yang memanfaatkan lebih 50,000 buah keluarga.

- Kedua: pengecualian Sewa Gerai PBT bulan Januari, Februari, Jun dan Julai dengan jumlah peruntukan sebanyak 2.187 juta ringgit bagi manfaat 6,115 gerai yang, dan pekerja, dan pasar.

- Yang ketiga: bantuan kepada waris pesakit COVID-19 yang meninggal dunia dengan jumlah peruntukan sebanyak 116,000.00 ringgit iaitu kepada, 1,000.00 ringgit kepada setiap keluarga.

- Keempat: bantuan Khas One-Off Peniaga / Penjaja tanpa premis dengan jumlah peruntukan sebanyak 1.5 juta.

- Kelima: Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk mengecualikan bayaran sewa PPR serta sewa dan sewa beli di bawah seliaan Kerajaan Negeri bagi bulan Jun, Julai, Ogos dan September. Inisiatif ini melibatkan 474 penyewa rumah PPR dengan kos berjumlah 284,400.00 serta 2,647 penyewa dan penyewa beli perumahan awam bawah Kerajaan Negeri dengan kos berjumlah 1.362 juta untuk 4 bulan.

- Bantuan kehilangan pekerjaan secara one-off dengan jumlah peruntukan sebanyak 3 juta untuk man, untuk manfaatkan 10,000 orang.

- Keenam: bantuan alat peranti PdPR sebanyak 4,470 peranti dengan jumlah peruntukan sebanyak 2.3 juta.

- Perbelanjaan sebanyak 500,000.00 untuk pembelian tangki oksigen bagi kegunaan hospital COVID, hospital-hospital COVID-19.

- Kelapan: pertambahan dana bagi tujuan kesejahteraan rakyat di semua Pusat Khidmat di Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak 5.6 juta.

Dalam masa yang sama juga, Kerajaan Negeri menyedari situasi dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu. Kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian serta cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor pelancongan ini. Menyedari akan perkara ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan dan insentif seperti berikut:

- Pertama: Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak 2,000.00. Persatuan yang mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH Negeri Sembilan), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA Negero Sembilan), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA). Bantuan ini memanfaatkan hampir 20 buah persatuan yang berdaftar di Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak 40,000.00.

- Bantuan tunai one-off sebanyak 2,000.00 kepada pengurusan rumah inap dan homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Sebanyak 7 buah pengurusan rumah inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan mendapat manfaat ini iaitu Homestay Pelegong – Seremban, Homestay Lonek – Jempol, Homestay Rawa – Lenggeng, Homestay Pachitan – Port Dickson, Homestay Kuala Klawang – Jelebu, Homestay D’ Pelanduk Best – Port Dickson dan Homestay Kampung Sungai Buloh – Jelebu dengan keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak 14,000.00 ringgit.

- Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak 250.00 ringgit yang memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA). Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak 22,750.00 ringgit.

- Diskaun atau rebat tunai, Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50% bagi penggal kedua tahun 2021. Inisiatif

ini dijangka melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 1.51 juta ringgit.

- Diskaun atau rebat bagi Fi ataupun Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50% bagi tahun 2022. Inisiatif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.

Keseluruhan bantuan tunai one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS). Manakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran serta fi perniagaan diselaraskan oleh pihak PBT masing-masing.

Jumlah keseluruhan inisiatif ini menelan belanja 23.12 juta bagi tujuan kesejahteraan rakyat sewaktu tempoh COVID-19 tahun 2021. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Oh Mambau, tambahan, okay.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, Mambau ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pimpinan Kerajaan Negeri yang sungguh berusaha untuk menandingi cabaran COVID-19 ini seperti be, memberi berbagai-bagai pakej bantuan kepada rakyat jelita seperti peniaga, atau waris keluarga atau tangki oksigen kepada hospital dan lain-lain lagi, banyak lagi. Jadi, soalan tambahan saya, saya ingin bertambah soalan berkenaan sikit dengan COVID-19 jugak. Iaitu soalan tambahan ialah, apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri bersama Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19, mintak izin, CITF, mempertimbang keperluan untuk mengkhususkan PPV kepada warga asing atau pekerja asing agar proses vaksinasi dapat dilakukan di tempat kerja atau di kilang mereka yang ditentukan supaya sekaligus menge, mengatasi masalah kesesakan di PPV yang berpunca daripada kehadiran dalam bilangan

yang ramai kumpulan tersebut, yang mungkin akan menyebabkan pelanggaran SOP? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Mambau.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa, kita telah, memang menyediakan satu tempat khas untuk pekerja-pekerja yang mana kita telah menyediakan, disediakan oleh MIDA 2 tempat iaitu di, d’Tempat dan 1 di Cattleya, Senawang. Di d’Tempat adalah di, di Sendayan ya. Untuk tujuan tersebut, kita sedia maklum bahawa d’Tempat sahaja untuk dos pertama sekarang adalah 39,224 dan dos kedua hanyalah 37,350. Dan di Cattleya adalah 19,999 untuk dos pertama dan dos kedua sebanyak 8,441. Dan 80% adalah untuk, jumlah tersebut adalah untuk warganegara, bukan warganegara iaitu, untuk 1 dan 2 September 2021 jumlah keseluruhan ya, yang bermula daripada 2 Julai 2021 hingga 2 September 2021, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 59,243 di mana pekerja warganegara hanya 13,925 manakala baki iaitu bukan warganegara adalah sebanyak 45,316.

Kita mengucapkan ribuan terima kasih kerana tempat-tempat ini mendapat perhatian daripada industry. Dan ini dapat membantu kita supaya mereka tidak ke PPV awam ya, dan kita sedia maklum bahawa ini kita memang tidak benarkan. Mungkin ada 1 – 2 kes berlaku, tetapi alhamdulillah ia terkawal dan kita ingin pastikan bahawa PPV awam adalah untuk rakyat tempatan. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya, daripada Seri Menanti. Okay silakan. Nanti,kejap, daripada Seri Menanti dulu.

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum seperti Yang Amat Berhormat Sikamat beritahu tadi ya, tentang sektor kilang. Tetapi saya dapat aduan ya, daripada mereka ini bahawa mereka tidak di-relate-kan dengan MySejahtera. Jadi dalam MySejahtera mereka itu still, masih belum vaksin lagi. Jadi, walaupun

mereka dah, dah, apa, lengkap dengan suntikan vaksin. Jadi, itu pertanyaan sayalah, Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kalau di PIKAS mereka menggunakan MySejahtera ya. Jadi itu tak ada masalah ya. Dan untuk warga asing ini memang kita sedia maklum bahawa urusan itu memang diuruskan oleh pihak, pihak MySejahtera dan pihak PIKAS sendirilah ya. Dan ini yang kita sedia maklum perkara tersebut. Dan saya rasa perkara tersebut akan diselesaikan dengan, oleh pihak PIKAS dan juga MySejahtera pada masa akan datang. Terima kasih. Sebab mereka tak ada identiti untuk diletakkan di situ.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya ada 2 soalan. Alhamdulillah, sejak pandemik COVID-19 ini, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berjalan dengan baik bagi memastikan COVID ini dapat dibendung. Soalan saya, berapakah bantuan-bantuan ataupun bentuk bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk membendung pandemik COVID-19 ini termasuklah bantuan untuk masyarakat, untuk frontliner, kelengkapan kesihatan, CITF, PPV dan lain-lain.

Soalan kedua saya, alhamdulillah jugaklah, Kerajaan Persekutuan membantu Ahli-Ahli Parlimen pembangkang sebanyak 300,000.00 ribu untuk memberi bakul makanan kepada masyarakat di kawasan mereka. Saya nak tanya, apakah tindakan kerajaan apa, Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Sembilan? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita sedia maklum, kita, peningkatan kes yang mendadak telah meletakkan Negeri Sembilan dalam kedudukan top 5 peningkatan kes harian untuk satu tempoh. Alhamdulillah, berkat usaha, komitmen serta usaha yang berterusan daripada semua pihak, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, telah berjaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Dan hari ini, kita ke Fasa 3 bermula 4 September yang lepas. Alhamdulillah.

Melihat kepada jumlah kes yang meningkat pada suku pertama dan kedua tahun 2021, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak 26.34 juta bagi pembiayaan kos operasi dan pengurusan seperti berikut:

- 6.84 juta bagi belanja Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC) dan Stesyen Kuarantin Di Negeri Sembilan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

- 9.56 juta bagi belanja Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bukan Kesihatan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

- 10 juta bagi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi (PEMERKASA): Pelaksanaan Projek Berskala Kecil dari Kementerian Kewangan.

Peruntukan Pengurusan Operasi Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC) dan Stesen Kuarantin Di Negeri Sembilan oleh NADMA:

- Penyaluran peruntukan oleh NADMA bagi tahun 2021 didapati meningkat kepada 6.84 juta berbanding tahun 2020 di mana 4.4 juta disalurkan sehingga 2020 sebagai reimbursement kepada Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan Pengurusan Operasi Pusat Kuarantin Rawatan Covid (PKRC) dan Stesen Kuarantin di Negeri Sembilan.

- Peruntukan ini disalurkan kepada beberapa Pejabat Daerah dan Tanah iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu bagi membiayai pelbagai keperluan seperti berikut:

 bekalan PPE dan sanitizer;  kelengkapan seperti katil, bantal dan tilam;  sewaan peralatan dan logistik seperti khemah dan komputer;  makan minum petugas dan pesakit;  bekalan alat tulis; dan  lain-lain perbelanjaan.

Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin – PPV (Bukan Kesihatan) Di Bawah PICK: sebanyak 9.55 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri bagi membiayai Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (Bukan Kesihatan) Di Bawah PICK. Peruntukan ini diguna bagi membiayai perkara-perkara seperti berikut:

- Pertama: Bayaran sewaan dan bil utiliti. - Perkasa [perkakasan] ICT dan peralatan pakai habis. - Ketiga: pemberian [pembersihan] dan sanitasi; dan - keempat: makan minum petugas.

Sehingga Ogos 2021, sebanyak 6.5 juta telah dibelanjakan bagi tujuan-tujuan tersebut. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Seri, soalan nombor 2 tadi tak jawab lagi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan kedua, untuk makluman semua bahawa kita salurkan semua bantuan melalui pusat khidmat yang sedia ada iaitu pusat khidmat kerajaan. Terima kasih.

Maknanya tak ada cadanganlah untuk Kerajaan Negeri menyalurkan sedikit peruntukan untuk ADUN-ADUN pembangkang untuk membantu rakyat di bawah. Memang tak ada cadanganlah. Tadi saya dengar Kerajaan Persekutuan macam-macam dia bantu Kerajaan Negeri. Makna Kerajaan Negeri tak ada hati untuk membantu ADUN-ADUN pembangkang Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Haa ni, Jeram Padang tak ada kena mengena dengan, ada ke?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ada, ada senarai.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini adalah soalan tambahan daripada Jeram Padang.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Berkenaan dengan PPV khas untuk warga asing diletakkan kedua-duanya di kawasan Seremban. Dan kawasan Seremban perlukan kawasan PPV tersebut sebab di sini melibatkan pekerja-pekerja dari kilang dan juga dari pertanian. Tetapi kawasan macam Jempol, Jelebu, Kuala Pilah ini mempunyai banyak ladang dan pekerja asing yang bekerja di sektor perladangan. Apa salahnya

Kerajaan Negeri menubuhkan satu PPV bergerak sementara untuk seminggu atau 2 minggu untuk vaksinkan warga asing di situ agar ia dapat dicepatkan, dipercepatkan mewujudkan apa ni, kawalan penyebaran COVID.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih kepada YB Jeram Padang. Dan kita sedia maklum bahawa PPV PIKAS ini adalah di bawah MIDA dan kita akan minta supaya perkara ini akan kita panjangkan. Dan inshaa Allah kita akan minta supaya mereka mengadakan PPV bergerak di kawasan-kawasan ladang terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman. Terima kasih.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, ada satu soalan tambahan, apa ni. Saya nak tanya tentang warga asing ni. Untuk mendapatkan suntikan atau vaksinasi ini, adakah mereka sama dengan kita warga tempatan atau, ataupun adakah mereka ini dikenakan sedikit bayaran untuk mendapatkan vaksin ini?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Untuk warga asing, mereka mempunyai majikan mereka di mana mereka boleh mendapatkan suntikan mereka, vaksinasi ini daripada PIKAS ya, yang saya katakan tadi, dan mereka dikenakan sebanyak 90.00 ringgit di mana PPV awam ini hanyalah untuk rakyat Negeri Sembilan. Dan jika ada arahan, kita tidak ada masalah untuk kita buka kepada PPV kepada bukan warga negara. Tetapi untuk makluman juga, kepada pembantu rumah ya, saya dimaklumkan mereka yang berdaftar dengan MySejahtera telah mendapat juga suntikan juga daripada PPV awam kita ya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya kira dah terjawab semua. Kita pergi giliran yang keempat, Kota.

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota yang bertanyakan soalan berkaitan dengan hasil pendapatan nelayan di Pengkalan Nelayan Sungai Timun. Dato’ Yang Dipertua, terdapat 8 orang nelayan berlesen di bawah Jabatan Perikanan di Sungai Timun yang menangkap udang dan ikan di

sepanjang Sungai Rembau, Sungai Linggi dan laut sekitar di Kuala Linggi. Purata pendapatan mereka adalah lebih kurang dalam sekitar 900.00 - 1,200.00 sebulan. Untuk pendapatan udang sahaja, dalam bulan Januari hingga Ogos ini, pendapatan dianggarkan lebih kurang dalam 30,000.00 kesemuanya.

Jabatan Perikanan telah membuat 3 kali program pelepasan benih udang galah di Pengkalan Sungai Timun ini yang ianya bernilai lebih kurang 20,000.00 ringgit:

- Pertama: 20 Mac 2021 [25 Mac 2021] di Pengkalan Nelayan Sungai Timun sebanyak 40,000 ekor.

- Kedua: 27 Mac 2021 di Sungai Linggi di Pangkalan Kempas sebanyak 30,000 ekor.

- Dan akhir sekali dalam, sebelum sidang kita ini ialah 15 Julai 2021 di Sungai Linggi sebanyak 86 ekor [86,000 ekor].

Sekian.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan tambahan. Memandangkan bahawa nelayan di Kampung Sungai Timun ini, mereka ada persatuan nelayan. Jadi, dalam keadaan semasa iaitu semasa COVID ini, persatuan-persatuan ini tidak dapat menjalankan aktiviti biasa yang selalu mereka laksanakan. Jadi saya ingin bertanya, adakah apa-apa bantuan ataupun peruntukan yang perlu dibagi, disalurkan pertama kepada persatuan-persatuan ini, yang kedua, bantuan sara hidup yang perlu kepada nelayan-nelayan tersebut? Terima kasih.

Daripada Yang Berhormat Kota, setakat ini kita tidak memberi apa-apa bantuan sebab aktiviti rantaian makanan ia berjalan seperti biasa cuma ada sedikit kekurangan. Tetapi kita jugak memberikan bantuan-bantuan menyeluruh seperti yang ada di dalam kita punya bajet. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Klawang, Yang Berhormat Kota. Saya pergi giliran yang kelima, Chuah. Dato’, silakan.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama, 1.

Soalan berkaitan dengan bantuan kepada penternak ayam. Untuk makluman, Jabatan Veterinar Negeri Sembilan tidak menya, menyediakan sebarang bantuan khas kepada pengusaha-pengusaha ternakan ayam komersial memandangkan industri ini memang telahpun berkembang dan sudah mencapai hampir SRL sebanyak hampir 300% ya pada tahun 2020. Kebanyakan pemain-pemain industri ini juga mengunapakai sistem contract farming di mana setiap ayam yang dipelihara dan telah cukup umur akan dibeli semula oleh syarikat-syarikat tertentu dan dihantar ke kilang-kilang diproses menjadi produk hiliran dan sejuk beku.

Pihak penternak juga tidak mempunyai sebarang isu dari sudut pemasaran kerana permintaan daging ayam masih tinggi di sepanjang pelaksanaan perintah kawalan (PKP) kerana ianya merupakan sumber protein yang termurah di pasaran. JPV juga tidak menerima sebarang aduan rasmi mengenai isu lambakan ayam di pasaran sepanjang tempoh PKP 3.0 ini berbanding dengan sebelum PKP 3.1 sebab rantaian makanan di, di, semasa PKP 3.0 ini, ianya berterusan.

Bagi penternak unggas kecil-kecilan, pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan menyediakan bantuan berupakan ternakan dan lain-lain peralatan menternak berkaitan melalui Program Transformasi Ekonomi Desa (TED) bagi menambah pendapatan penternak.

Setakat ini kita telah menyalurkan bantuan tahun 2020 sebanyak 150 penerima yang berjumlah 190,950.00 ringgit. Tahun, setakat tahun 2021 ini, seramai 90 penerima telah menerima bantuan sebanyak hampir 100,000.00 ringgit. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Sekarang kita pergi kepada giliran Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan 1.

Yang Dipertua Dewan

Gatco.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya, senarai nama yang saya minta itu bolehlah dihantar secara bertulis. Yang saya minta ini, bilangan.

Yang Dipertua Dewan

Bilangan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah meluluskan pemilikan tanah bagi Fasa 1 kepada 170 orang di mana daripada jumlah tersebut sebanyak 139 orang telah menerima hakmilik manakala 31 orang belum menerima hakmilik.

Bagi Fasa 2 pula, pihak Kerajaan Negeri telah meluluskan pemilikan tanah kepada 59 orang di mana daripada jumlah tersebut 38 orang telah menerima hakmilik manakala 21 lagi belum menerima hakmilik.

Bagi tanah daripada, baki tanah daripada 1,206 ekar yang diperolehi daripada Thamarai Holdings adalah selu, seluas lebih kurang 414 ekar. Pejabat Tanah akan, Jempol masih lagi dalam tindakan mendapatkan senarai nama peserta daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung untuk semakan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan sebelum proses untuk mendapatkan kebenaran Pentadbir Tanah bagi Fasa 3.

Ya, ada senarai nama ni, tadi mintak untuk, untuk dikemukakan secara bertulis ya. Okay, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Yang Berhormat atas jawapan ni. Adakah pihak Kerajaan Negeri akan pastikan setiap individu yang digelarkan sebagai peneroka Gatco ini akan menikmati pemberian tanah yang telah dipersetujui dulu semasa Kerajaan BN itu, 1,206 ekar itu?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Proses tersebut berjalan dan kita sedia maklum bahawa kita sentiasa melihat ya, kelayakan yang sebenarnya kepada penerima-penerima ini. Dan kerana itu kita, baki, baki penerima tersebut, penerima-penerima yang sedia ada bagai Fasa 1, Fasa 2 ini adalah memang telah dipersetujui Bersama. Dan untuk Fasa 3, akan, perkara bersama, perkara yang sama juga akan kita lakukan. Dan seterusnya bagi mereka yang layak pastinya akan menerima tanah tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Jeram Padang, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Sekarang kita pergi kepada giliran Seremban Jaya. Silakan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Speaker. Dato’ Speaker saya ada 3 soalan hari ini ada naik. Bolehkah tiga-tiga saya tanya?

Yang Dipertua Dewan

Satu saja.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, okay. Terima kasih Dato’ Speaker. Okay, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Speaker dan saya ucapkan terima kasih juga kepada ADUN Seremban Jaya yang bertanyakan soalan berkaitan Jabatan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada YB ADUN Linggi yang bertajuk “Hak Dan Perlindungan Pengguna” dan juga Pertanyaan Bertulis daripada YB ADUN Gemencheh bertajuk “Kenaikan Harga Barangan Keperluan”.

Dato’ Yang Dipertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEP NS) sentiasa bersiap sedia bagi menangani kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Selain daripada itu mengambil tindakan ke atas peniaga yang, oleh pihak Kementerian, tindakan juga diambil dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan agensi-agensi lain dalam melakukan pelbagai operasi bersama bagi mencapai matlamat Kementerian dan membantu rakyat bagi menangani kenaikan harga barang keperluan harian.

Pemeriksaan dan pemantauan harga harian dilaksanakan oleh KPDNHEP Negeri Sembilan ke atas barangan keperluan harian dan perkhidmatan yang melibatkan seluruh kawasan di Negeri Sembilan. Pemeriksaan yang dilakukan adalah melibatkan penandaan tanda harga, jualan murah, aduan kenaikan harga, margin keuntungan melampau (pencatutan) dan lain-lain kesalahan. Ianya adalah untuk mencegah dan mengelak peniaga daripada mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati.

KPDNHEP Negeri Sembilan juga bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk Persatuan Pengguna dan juga membantu menangani masalah kenaikan harga barangan. Secara tidak langsung NGO yang terbabit juga menjadi mata dan telinga bagi pihak Kementerian dalam menyalurkan maklumat jika berlaku kenaikan harga oleh pihak peniaga.

Pemantauan harga ini juga dilihat sangat penting kepada pengguna, dengan itu pihak Kementerian juga dengan Majlis Harga Barang Negara turut memantau pelbagai jenis barang keperluan pengguna yang melibatkan 480 jenis barang. Pemantauan ini dilakukan setiap hari di premis seperti pasar raya, kedai runcit dan pasar awam. Pemantauan oleh Pegawai Pemantau Harga ini akan menyalurkan maklumat barang yang malang, mengalami kenaikan harga kepada Bahagian Penguatkuasa untuk tindakan seterusnya.

KPDNHEP Negeri Sembilan juga telah melaksanakan kawalan harga bagi membanteras kenaikan harga barang dengan mengawal barang bagi barangan harga terkawal melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan setiap tahun yang melibatkan 4 perayaan utama iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas. Sepanjang tempoh ini, para peniaga tidak boleh menjual barang yang terpilih melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Pelaksanaan harga kawalan ini adalah di semua peringkat rantaian pengedaran bermula daripada pengeluaran, pemborongan dan peruncitan.

KPDNHEP Negeri Sembilan juga telah menghasilkan 103 kes yang melibatkan harga termasuk tidak mempamerkan tanda harga. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan sentiasa peka kepada situasi semasa pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara Ketika ini. Kerja-kerja pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan bagi tahun 2019 hingga 23 Ogos 2021 dengan pecahan seperti berikut:

- Pada tahun 2019, pemeriksaan telah dilakukan di kawasan bandar dengan jumlah 7,470 kes pemeriksaan dan di luar bandar sebanyak 14,500. Jadi jumlah pemeriksaan yang telah dilakukan pada tahun 2019 adalah 21,970.

- Bagi tahun 2020, pemeriksaan di bandar adalah sejumlah 32,617 dan di luar bandar adalah berjumlah 11,446. Dan kesemua jumlah pemeriksaan pada tahun 2020 adalah 44,063 pemeriksaan.

- Untuk tahun 2021, pemeriksaan di kawasan bandar adalah sebanyak 25,309 pemeriksaan, luar bandar 5,739 pemeriksaan telah dilakukan. Jadi kesemuanya adalah berjumlah 31,048 yang telah dilak, laksanakan.

Hasil daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan, terdapat segelintir peniaga telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan peniaga yang terlibat telah dikenakan kompaun di atas kesalahan yang telah dilakukan.

Pecahan tindakan kes yang telah diambil di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan tahun 2011 adalah seperti berikut:

- untuk tahun 2019, sejumlah kes sebanyak 275 telah dihasilkan dengan nilai kompaunnya berjumlah 69,250.00.

- Untuk tahun 2020, jumlah kes adalah 163 dengan nilai kompaun berjumlah 104,850.00.

- Dan untuk tahun 2021, sebanyak 168 kes telah dihasilkan dengan nilai kompaun 23,100.00.

KPDNHEP Negeri Sembilan melaksanakan pemantauan berterusan sepanjang masa sama ada sebelum waktu pandemik atau semasa waktu pandemik. Walau bagaimanapun, pegawai penguatkuasa serta pegawai pemantau harga bertugas disediakan alat / pakaian perlindungan seperti pelitup muka, pelindung muka, sanitizer tangan dan juga sarung tangan sebagai langkah perlindungan semasa menjalankan tugas di lapangan.

Statistik kes catut di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 bagi tempoh 2018 hingga 2021 adalah seperti berikut:

- untuk tahun 2018, bilangan kes adalah 1, kesalahan di bawah Seksyen 21(5) iaitu enggan atau tidak memberikan maklumat.

- untuk tahun 2019, terdapat bilangan kes sebanyak 7 iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14(1) iaitu kesalahan mencatut.

- dan untuk tahun 2020, bilangan kes yang dihasilkan adalah 2, di bawah Seksyen 21(5) iaitu enggan atau tidak memberikan maklumat.

- untuk tahun 2021, sebanyak 5 kes dihasilkan di bawah Seksyen 14(1) – Kesalahan mencatut.

Penalti yang dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan mencatut adalah seperti yang berikut:

- Jika suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi 500,000.00 ringgit dan bagi kesalahan kali kedua ataupun berikutnya, didenda tidak melebihi 1 juta ringgit.

- Jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi 100,000.00 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Dan, bagi kesalahan kali kedua ataupun berikutnya, didenda tidak melebihi 250,000.00 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dato’ Yang Dipertua, jumlah notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 yang telah dikeluarkan bagi tempoh 2018 hingga 2021 adalah seperti berikut:

- untuk tahun 2018, jumlah notis di bawah Seksyen 21 yang dikeluarkan adalah sebanyak 70.

- untuk tahun 2019, jumlah notis Seksyen 21 adalah sebanyak 20.

- untuk tahun 2020, jumlah notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21 adalah 121.

- dan untuk tahun 2021, jumlah notis yang telah dikeluarkan adalah 371.

Yang menjadikan jumlah untuk notis Seksyen 21 ini adalah sebanyak 582. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih exco ADUN Repah, jawapan yang jelas, jawapan yang panjang, bagus, terima kasih. Tapi saya ada satu soalan tambahan jugak. Tak banyak. Apakah jenis barangan yang menunjukkan kenaikan yang tinggi dikenal pasti? Itu saja soalan saya, kecik, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, seperti yang sedia maklum, kebanyakan harga yang dikatakan menaik, melalui penaikan harga adalah barang-barang basah iaitu seperti ayam ya, tapi aduan ini adalah aduan yang dikatakan diberikan oleh pengadu. Selepas KPDNHEP telah membuat siasatan, kami dapati bahawa harga yang dikatakan itu adalah berkaitan dengan ayam kampung ya, sepatutnya ayam kampung ni harganya mahal, tapi pengadu tidak tahu beza di antara ayam standard dengan ayam kampung. So ayam kampung tu memang mahal sikit. Jadi itu kita telah selesaikan. Dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada pengadu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Repah.

YB ADUN ….: Dato’ Dipertua, boleh tak tambah sikit lagi?

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Apo Linggi.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Boleh? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Satu ya.

Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh EXCO tadi, pada tahun 2020 sebanyak 44,000 kes telah dilakukan dan pada tahun 2021 – 31,000 lebih ya. Betul ya? Dan saman yang telah dikenakan bagi tahun 2020 adalah 163, manakala bagi tahun 2021 –

168. Jadi kita ambil maklum, kita ambil maklum bahawa serbuan atau operasi yang dilakukan pada tahun 2020 adalah lebih banyak dan tahun 2021 ini belum habis lagi, kita masih lagi di pertengahan ataupun di, di, di apa tu, di suku ketiga atau keempat. Tetapi, kalau kita lihat dengan jumlah saman, kita lihat ini adalah satu peningkatan. Dalam kata lain, usaha yang dilakukan ini belum dapat lagi memastikan yang peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan. Jadi apakah usaha ataupun inisiatif kerajaan untuk memastikan keberkesanan yang lebih tinggi pada masa akan datang?

Terima kasih di atas soalan tambahan tadi. Dato’ Yang Dipertua, saya nak, cuma jelaskan, untuk tahun 2020 kes yang dihasilkan adalah 163 dan nilai kompaunnya adalah 104,850.00. Dan untuk tahun 2021, memang kes dihasilkan adalah 168, tetapi jumlah nilai kompaun adalah 23,100.00. Ini saya nak jelaskan, tindakan kes yang diambil pada tahun 2021 iaitu melebihi ataupun lebih tinggi daripada tahun 2020 iaitu 163 kes. Namun, nilainya kurang sebab, disebabkan oleh pandemik, kerajaan telah setuju untuk mengurangkan kadar kena, kompauan yang dikenakan iaitu daripada 1,000.00 kepada 100.00 ringgit. Itu sebabnya nilai pada masa itu menunjukkan 23,100.00. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya kita pergi kepada giliran Serting.

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Serting.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 400,000.00 dalam Bajet 2021 di bawah peruntukan P50 bagi kawasan DUN Serting yang disalurkan melalui Pusat Khidmat DUN Serting. Peruntukan yang disalurkan ini meliputi perbelanjaan untuk pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan serta bantuan-bantuan kepada rakyat DUN Serting.

Manakala sebanyak 100,000.00 lagi disediakan melalui Pejabat Daerah Jempol di bawah peruntukan P56 – Kerja-kerja Kecil bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kecil di bawah 20,000.00 di DUN Serting khususnya melibatkan bantuan untuk kerja-kerja

pembaikan rumah atau infrastruktur awam yang rosak akibat bencana, uzur dan sebagainya.

Senarai berikut adalah projek Peruntukan P56, MARRIS dan PEMERKASA yang telah diturunkan kepada DUN Serting dan senarai projek yang dijalankan oleh Pejabat Daerah Jempol adalah seperti berikut:

i. Penyelenggaraan Pembentung serta kerja berkaitan di Jalan Merpati Utama, Kampung Serting Ulu (MARRIS, 2021) – 20,000.00 ringgit;

ii. Kerja-kerja membaik pulih rumah Puan Marsiah binti Buang dan rumah Suhaimi binti [bin] Sarip, Kampung Serting (P56, 2021) – 10,000.00 ringgit;

iii. Kerja-kerja menebang pokok dan kerja-kerja berkaitan di Jalan Serting Ulu (P56, 2021) – 3,000.00 ringgit;

iv. Penyelenggaraan perabot jalan serta kerja berkaitan Jalan Meranti, Kampung Gajah Mati (MARRIS, 2021) – 100,000.00 ringgit;

v. Penyelenggaraan jalan serta kerja berkaitan di Jalan Lam Mok Yong 3, Jalan Leong Hin Yong 1/3, Kampung Geddes B (MARRIS, 2021) – 80,000.00;

vi. Kerja menaik taraf Jambatan di Jalan Sungai Kelai ke E-Kongsi, Kampung Ladang Geddes (P56, 2021) – 20,000.00;

vii. Membekal dan memasang peralatan elektrik dan lain-lain kerja berkaitan di Dewan Orang Ramai Serting Tengah (P56, 2021) – 4,230.00 ringgit;

viii. Kerja-kerja baik pulih 4 buah rumah serta lain-lain kerja berkaitan Kampung Laka (P56, 2021) – 11,200.00;

ix. Bina baru tandas serta kerja lain berkaitan di Tanah Wakaf Perkuburan, Gugusan Raja Alias (P56, 2021) – 11,500.00;

x. Kerja-kerja baik pulih rumah Low Mooi Fong serta kerja berkaitan di Kampung Geddes A (P56) – 6,000.00 ringgit;

xi. Kerja-kerja pemasangan grill serta kerja-kerja lain berkaitan di Pusat Komuniti Felda Serting Hilir 1 (P56, 2021) – 9,000.00 ringgit;

xii. Kerja-kerja baik pulih balai raya serta kerja berkaitan di Kampung Baru Mahsan (P56, 2021) – 3,000.00 ringgit;

xiii. Membaiki, membaik pulih pagar yang telah rosak di Balai Raya Kampung Baru Mahsan (P56, 2021) – 6,000.00 ringgit;

xiv. Membaik pulih kerosakan rumah Encik Abdul Hadi bin Mohamad, Kampung Serting Ilir (P56, 2021) – 6,000.00 ringgit;

xv. Membaik kerosakan rumah Puan Zaida binti Mohd Yusof di Kampung Serting Ilir (P56, 2021) – 7,000.00 ringgit;

xvi. Kerja-kerja menaik taraf pembentungan, pembentung air di Kampung Bayai Lama (P56, 2021);

xvii. Kerja-kerja baik pulih Dewan Orang Ramai Kampung Ladang Geddes (PEMERKASA Fasa 1, 2021) – 100,000.00 ringgit.

Secara ringkas, bagi projek yang dipantau oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, ialah peruntukan P56 sebanyak 96,930.00 iaitu 96.93% telah dibelanjakan. Selain itu, 210,000.00 diperuntukkan bagi MARRIS dan masih terdapat beberapa projek MARRIS yang akan diundi pada 26 Ogos ya, dia telah diundi ya, pada 26 Ogos, manakala 100,000.00 diperuntukkan bagi projek PEMERKASA Agihan Pertama. Jumlah keseluruhan ialah sebanyak 406,930.00 ringgit. Sebahagian projek telah selesai dan baki sedang dilaksanakan setelah kebenaran pelaksanaan projek oleh Majlis Keselamatan Negara.

Semakan pihak Majlis Perbandaran Jempol pula mendapati bahawa terdapat 17 projek dijalankan di dalam DUN Serting dengan jumlah peruntukan sebanyak 2.346 juta.

i. Cadangan membaiki dan menurap semula Jalan Perdana 4,5,6 dan 7 Taman Serting Perdana, bandar baru, Bandar Seri Jempol serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya di Daerah Jempol sebanyak 100,000.00;

ii. Menaik taraf Tugu Za’ba 91,000.00;

iii. Mencadangkan membaiki dan menurap semula jalan di lorong belakang Taman Sri Serting serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya di dalam Daerah Jempol – 314,890.00 ringgit;

iv. Cadangan membaik pulih longkang di dataran delima serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya di Daerah Jempol, Negeri Sembilan – 960,000.00;

v. Pembinaan Pusat Penempatan Semula Penjaja Majlis Perbandaran Jempol di Gerai Jalan Dato Khatib, Bandar Seri Jempol - 101,970.00 di bawah MP, Majlis, MP Jempol;

vi. Baik pulih sistem pencahayaan di Taman Serting Indah, MP Jempol – 199,380.00;

vii. Baik pulih sistem pencahayaan di Jalan Harmoni Jalan Aman, MP Jempol – 198,000.00;

viii. Membina persempadanan semula penjaja (Bangunan Sementara) di Jalan Dato’ Khatib, MP Jempol – 189,600.00

ix. Membina bangunan separa kekal di lapangan jaja Bandar Seri Jempol, Majlis Perbandaran Jempol – 190,660.00;

x. Membaik pulih dan menyelenggara longkang belakang di Taman Seri Serting penempatan Felda Raja Alias 4 – 100,000.00;

xi. Membina baru bilik fail bagi Unit Kebersihan Majlis Perbandaran Jempol, MP Jempol – 20,000.00;

xii. Memasang lampu LED tenaga solar di Kediaman Rasmi Setiausaha Majlis Perbandaran Jempol, MP Jempol – 23,500.00;

xiii. Bekal dan pasang lampu hiasan jenis ketupat, bulan dan bintang di sekitar Daerah Jempol – 30,000.00;

xiv. Penyelenggaraan Projek Ameniti (Pokok Teduhan) di Jalan Dato Khatib serta kerja-kerja yang berkaitan dalam Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus – 96,000.00;

xv. Penyelenggaraan Pokok Ameniti (Pokok Teduhan) di Taman Serting Indah, Taman Sri Serting serta kerja-kerja berkaitan dalam Daerah Jempol, Negeri Sembilan – 84,000.00;

xvi. Cadangan penyelenggaraan taman rekreasi awam di Taman Awam Bandar Seri Jempol serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya di dalam Daerah Jempol – 159,400.00; dan

xvii. Cadangan Penyelenggaraan Taman Rekreasi Awam Di Taman Awam Dataran Seri Jempol serta kerja-kerja yang berkaitan dengannya di dalam Daerah Jempol – 93,728.00.

Dan keseluruhannya sebanyak 2.9 juta disediakan untuk kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Sekarang kita pergi kepada soalan berikutnya, YB Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.

Terima kasih kepada ADUN Rahang yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pusat kuarantin yang berfungsi di Negeri Sembilan. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Pertama YB ADUN Rahang sendiri yang bertajuk “Lokasi Pusat Kuarantin Di Seremban” dan Pertanyaan Lisan Hari Kedua YB ADUN Palong yang bertajuk “Pusat Kuarantin”.

Dato’ Yang Dipertua, jumlah pusat kuarantin yang masih beroperasi di Negeri Sembilan sehingga 31 Ogos 2021 ialah 4 buah. Senarai Pusat Kuarantin ialah seperti berikut: yang pertamanya adalah Institut Aminuddin Baki, Seremban. Yang kedua: Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Seremban. Ketiga adalah Klana Resort, Seremban. Keempat adalah Royale Chulan, Seremban.

Dan untuk pertanyaan YB ADUN Palong ya, tiada pusat kuarantin yang beroperasi di Daerah Jempol. Terima kasih.

Terima kasih ADUN Repah. Soalan tambahan ya. Tadi dimaklumkan ada 4 pusat kuarantin. Minta penjelasan, pusat kuarantin untuk pesakit COVID jenis apa?

Terima kasih kepada YB ADUN Rahang, bertanyakan soalan berkenaan, berkaitan dengan jenis pesakit COVID. Dato’ Yang

Dipertua, untuk empat-empat pusat kuarantin ini, kita akan tempatkan pesakit yang ada close contact tetapi negatif dan mereka akan dipantau selama tempoh 10 hari dan selepas itu kalau tidak ada apa-apa, mereka akan dilepaskan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya kira ni soalan terakhir ya, yang kesepuluh. Chembong.

Terima kasih, terima kasih Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 1 ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chembong. Untuk makluman Yang Berhormat Chembong, Majlis Daerah Rembau melalui Mesyuarat Penuh telah bersetuju mengguna pakai kaedah penawaran harga sewa bagi pemohonan baru gerai kerajaan milik Majlis Daerah Rembau.

Antara syarat-syarat pemohonan gerai kerajaan milik Majlis Daerah Rembau adalah seperti berikut:

- Warganegara Malaysia 18 tahun ke atas;

- Berdaftar dengan SSM;

- Bermastautin di Rembau khususnya dan Negeri Sembilan adalah diberi keutamaan;

- Menyatakan harga tertinggi dalam borang pelawaan sewaan gerai kerajaan.

Borang boleh didapati melalui website ataupun facebook Majlis Daerah Rembau dan dihantar secara manual ke peti khas yang disediakan oleh pihak Majlis.

Dan daripada gerai kosong yang diiklankan, kuota 10% keutamaan diberikan kepada OKU jika terdapat permohonan dari golongan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada …..

Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Tambahan satu?

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Dato’ Speaker, terima kasih kepada Bahau yang menjelaskan sebentar tadi. Antara tujuan utama gerai-gerai yang dibina ataupun kiosk-kiosk yang dibina oleh PBT ataupun Majlis Daerah ini adalah untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil, usahawan-usahawan kecil yang nak berniaga ataupun yang nak memulakan perniagaan, Dato’ Speaker. Kalau dulu, pihak PBT, Majlis Daerah menetapkan harga minimal yang kita rasakan munasabah kepada golongan-golongan yang nak berniaga ni, yang kebanyakan daripada mereka adalah mempunyai masalah ataupun kekurangan modal Dato’ Speaker. Jadi kita nak bantu mereka.

Tapi sekarang ni, seperti mana jawapan daripada Bahau tadi, Majlis Daerah menawarkan kepada mana-mana peniaga, pemohon yang menawarkan harga paling tinggi Dato’ Speaker. Jadi adakah ini, soalan saya, adakah ini, pihak kerajaan, PBT tidak merasakan ianya kurang mesra rakyat? Adakah ini tidak membantu menggalakkan peniaga-peniaga kecil ini Dato’ Speaker? Atau tidakkah Kerajaan Negeri ataupun PBT merasakan ianya tidak membantu peniaga ini Dato’ Speaker. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Dipertua. Terima kasih pandangan dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Chembong. Untuk maklumat Yang Berhormat Chembong dan juga semua ahli Dewan sekalian, bagi pihak Kerajaan Negeri, kami memang sentiasa menga, me, meng, mengutamakan kepentingan rakyat. Dalam perkara ini, apa yang saya sebutkan tadi, itu merupakan salah satu syarat untuk mereka letakkan nilai pelawaan. Dan sudah tentunya pihak Majlis Daerah Rembau, ketika mereka menilai, sudah tentunya mereka akan mengambil kira kedudukan ataupun keadaan permohonan tersebut. Saya rasa Yang Berhormat Chembong tak perlu bimbang, kalau adanya apa, aduan ataupun masalah yang sebegini, boleh terus menuju masalah itu kepada saya. Saya akan cuba bantu.

Saya rasa Kerajaan Negeri, Pakatan Harapan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita tak ada masalah. Kita sentiasa membantu mereka yang perlukan bantuan. Terima kasih.

Dato’ Speaker, sikit saja. Selepas ni makan tengah hari boleh saya jemput Dato’ Speaker. Saya nak jemput secara ikhlasnya YB Labu bersama saya, makan tengah hari. Kalau sudi, apa tu, Seri Tanjung pun sama ya. Chuah kalau nak joint saya makan tengah hari boleh, Dato’ Speaker ya. Terima kasih Dato’ Speaker.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’, Dato’ Speaker, mohon izin. Saya dimaklumkan bahawa soalan lisan 1 jam setengah, so soalan saya sampai 11. Saya mintak Dato’ Speaker, jasa baik, kasi peluang Lobak.

Yang Dipertua Dewan

Rayuanlah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Lobak.

Yang Dipertua Dewan

Okay, okay, saya terima rayuan. Satu saja.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lobak atas soalan mengenai kutipan cukai taksiran. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, peratus kutipan cukai taksiran bagi tahun semasa sehingga Julai tahun ni adalah sebanyak 50.22% ataupun kutipannya sebanyak 98,127,382.97. Jadi, untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, seperti apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, setakat ini untuk pengecualian ataupun diskaun Cukai Taksiran Am kita telah pun diberikan kepada sektor perhotelan. Dan selain daripada itu, Kerajaan Negeri juta telah pun mengecualikan sewa sebanyak 4 bulan kepada semua gerai, pasar ataupun premis di bawah sewaan Kerajaan Negeri ataupun PBT.

Dan Kerajaan Negeri juga memang berdiri teguh dengan apa yang telah pun kita janjikan sebelum ini iaitu tiada sebarang kenaikan Cukai Taksiran Am dan juga cukai tanah sepanjang 5 tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mintak penjelasan satu. Pasal YB daripada Bahau mengatakan tidak ada kenaikan cukai taksiran ya. Cukai taksiran ni cukai pintulah ya, kan. Tetapi saya dapati dan juga saya di, didatangi oleh banyak pihak-pihak swasta terutamanya pihak industri yang telah pun menyatakan bahawa mereka terpaksa membayar cukai taksiran yang baru, yang, adalah amat tinggi ya. Jadi, saya mintak penjelasan, apakah penerangan yang disebut oleh YB Bahau tadi benar-benar menyeluruh ataupun untuk individu sahaja kerana kenaikan tersebut saya dapati ya, saya lihat perbandingannya, dia amat besar sekali ya. Kalau, kalau begitu, elok diterangkan secara, secara betul-betul kerana bila orang kata kerajaan tidak menaikkan cukai taksiran, dia secara menyeluruh. Tetapi kalau kepada individu dan tidak kepada industri, dan industri pulak dikenakan cukai taksiran yang baru, itu kena diterangkan betul-betul, Dato’ Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih pandangan dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rantau. Saya rasa dari apa, segi ataupun dasar pelaksanaan Cukai Taksiran Am, bagi pihak Kerajaan Negeri saya rasa sejak hari pertama Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan bahawa tidak ada sebarang kenaikan, tak kira cukai tanah ataupun Cukai Taksiran Am. Cuma apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Rantau tadi, saya rasa ia kemungkinan melibatkan pengubahsuaian bangunan ataupun bangunan tersebut telah pun di-extend. Jadi dalam perkara itu, kalau ikut kebiasaannya premis ataupun pengusaha kilang tersebut mereka boleh mengemukakan rayuan kepada, katakan kalau berada di dalam Majlis Bandaraya Seremban, mereka boleh mengemukakan rayuan tersebut kepada Majlis Bandaraya Seremban. Dan selepas itu ada satu sesi pendengaran terhadap rayuan tersebut.

Saya rasa sistem ini dia agak transparent di mana kalau adanya pihak yang tidak puas hati, mereka diberi peluang untuk mengemukakan pandangan ataupun rayuan mereka. Dan pada masa yang sama juga, sudah tentunya Jawatankuasa Majlis Bandaraya Seremban, mereka akan memberi pertimbangan yang sewajarnya. Kalau peningkatan tersebut melampau tinggi ataupun melebihi satu ganda, 2 kali ganda, saya rasa dalam kes-kes yang spesifik ini bolehlah rujuk kepada diri sendiri saya, ataupun kepada MBS. Dan Kerajaan Pakatan Harapan,

kita sentiasa terbuka, sentiasa terbuka. Kalau ada apa-apa isu yang berkaitan dengan PBT ataupun cukai, saya apalah, alu-alukan Yang Berhormat Rantau untuk …..

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih YB Bahau, kerana menurut mereka, mereka telah pun buat rayuan, tetapi ditolak. Tapi saya akan mintak supaya berjumpa dengan YB Bahau-lah. Kerana kenaikannya amat ketara. Pelabur ini telah pun berbelanja lebih daripada 2 bilion ringgit di Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua. Dan mereka amat terkejut dan kesal kerana kenaikannya melebihi 100%. Jadi saya akan mintak dia berjumpa YB ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Boleh Yang Berhormat Rantau, boleh.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, saya, saya ingat nak bagi Lobak saja. Sebab kita lebih nih, dah 11, saya nak jaga kang, dah pukul 11:37 dah. Kang nak berucap lagi. Ni silakan, Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Gemencheh besoklah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Haa, saya kemukakan soalan tambahan. Tahniahlah kerana kerajaan dapat kutipan walaupun sampai Julai saja. Dapat kutipan 50 lebih percent kutipan. So nak tanya tu, kerana di, mereka mohon jikalau bayar lewat denda dikenakan. So saya harap masa pandemik COVID ini, saya mohon kerajaan dengan jasa baik, mungkin sikit sagu hati untuk yang pemilik tu, denda, tempoh denda tu dipanjangkan ataupun tak akan kena denda. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Lobak. Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak dan juga rakan-rakan ahli Dewan sekalian, sebenarnya untuk Majlis Bandaraya Seremban, mereka telah pun membuat keputusan untuk menangguhkan ni apa, kadar, ni apa, bayaran denda, kalau tak silap

sehingga bulan Oktober. Dan usaha, ini cadangan yang cukup baiklah bagi saya, khususnya dalam musim COVID. Jangan kita, Kerajaan negeri sudah tentunya kita akan, tidak akan mendenda mana-mana pihaklah kalau mereka memberi, membuat bayaran dalam satu jangka masa yang munasabah. Dan seperti apa yang saya katakan tadilah, kalau wujudnya perkara yang sebegini, yang dilihat telah pun membebankan rakyat, tetapi terlepas pandang daripada pihak kerajaan, pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dan sentiasa menerima pandangan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat kita dan juga orang ramai. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lobak …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Dipertua, Dato’ …..

Yang Dipertua Dewan

….. Yang Berhormat Bahau.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini, dia bukan. Ini tadi ada kesilapan, saya anggapkan ada kesilapan pada jawapan daripada Yang Berhormat Repah pada soalan Rahang tadi. Dalam pusat-pusat …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. kuarantin itu …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Tak apa nanti pembetulan. Saya tak boleh tunggu ni. Pasal lepas ni saya …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu saja, satu saja. Setengah minit pun dah cukup, tak, tak sampai.

Yang Dipertua Dewan

Setengah minit, 2 minit. Tak apa, saya rasa bukan, bukan, bukan lapang lagi dah. Saya nak tamatkan. Okay, kita masuk kepada ni, ya, kita masa tamat. Sekarang 11:40 dah. Kalau ikutkan banyak lagi ya. Jadi saya rasa untuk …..

Dato’.

Yang Dipertua Dewan

….. pertanyaan …..

Dato’ Dipertua. Satu lagi, last. Bagi peluang satu lagi, saya punya soalan.

Yang Dipertua Dewan

Bagan Pinang?

Yap.

Yang Dipertua Dewan

Tak apalah, saya beri. Lepas ni tak ada ya. Kalau mintak tak bagi dah.

Tak, ini soalan saya.

Yang Dipertua Dewan

Soalan dalam ni?

Soalan lisan saya, bagi saya yang last.

Yang Dipertua Dewan

Selepas tu, selepas Lobak tadi ya? Okay. Lobak, betul ke lepas Lobak, Bagan Pinang ke? Okay, Bagan Pinang. Boleh jawablah kot?

Boleh ya?

Yang Dipertua Dewan

Boleh.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Tak ada soalan tambahan ya. Habis ni tak ada soalan tambahan.

Oh ye ke, bagi satu soalan tambahan tak boleh?

Yang Dipertua Dewan

Tak boleh. Dah bagi rayuan tau. Okay, silakan.

Okay, saya kemukakan soalan yang pertama Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Insentif Industri Pelancongan. Jawapan ini juga bagi menjawab soalan pertama: i. Pertanyaan Lisan Hari Kedua oleh Yang Berhormat ADUN Chuah yang bertajuk “Bantuan COVID-19 Untuk Industri Pelancongan”; ii. Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang sendiri yang bertajuk “Perancangan LPNS Pasca COVID-19”; iii. Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada Yang Berhormat ADUN Linggi yang bertajuk “Sektor Pelancongan”; iv. Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Rantau yang bertajuk “Bantuan Kepada Industri Pelancongan”; v. Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Kota yang bertajuk “Sektor Pelancongan”; vi. Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang sendiri yang bertajuk “Pemulihan Industri Perhotelan”; vii. Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Linggi yang bertajuk “Pembangunan Semula”; dan

viii. Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Pertang yang bertajuk “Bantuan Kepada Industri Pelancongan”.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri menyedari keadaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak Mac 2020 yang lalu, penggiat industri pelancongan menghadapi pelbagai cabaran khususnya bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan, insentif seperti berikut:

i. Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak 2,000.00 ringgit setiap persatuan dengan jumlah peruntukan 40,000.00 ringgit. Bantuan ini memanfaatkan hampir 20 buah persatuan yang berdaftar di Negeri Sembilan. Antara Persatuan yang mendapat manfaat adalah Malaysia Association of Hotel (MAH Negeri Sembilan), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA Negeri Sembilan), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).

ii. Bantuan tunai one-off sebanyak 2,000.00 ringgit kepada setiap pengurusan rumah inap atau homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak 14,000.00 ringgit. Sebanyak 7 buah pengurusan rumah inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan mendapat manfaat ini iaitu Homestay Pelegong – Seremban, Homestay Lonek – Jempol, Homestay Rawa – Lenggeng, Homestay Pachitan – Port Dickson, Homestay Kuala Klawang – Jelebu, Homestay D’Pelanduk Best, Port Dickson dan Homestay Kampung Sg. Buloh – Jelebu.

iii. Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak 250.00 ringgit yang telah dimanfaatkan sebanyak 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA). Bantuan ini melibatkan peruntukan 22,750.00 ringgit.

iv. Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50% bagi penggal kedua tahun 2021. Insentif ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri yang dianggarkan 1.51 juta.

v. Diskaun ataupun Fi ataupun Lesen Perniagaan segmen penginapan hotel sebanyak 50% bagi tahun 2022. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat dijangka memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.

Keseluruhan bantuan one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih 1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off ini diselaras oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Manakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran, fi dan perniagaan diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sehingga 23 Ogos 2021, status permohonan dan bayaran adalah seperti berikut:

- Persatuan Pelancongan – jumlah permohonan:1, dalam proses;

- Rumah Inap (Homestay) – Dalam proses permohonan

- Pemandu Pelancong – 63 (48 orang telah lulus dalam proses bayaran)

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri masih memperuntukkan peruntukan khas bagi kerja-kerja naik taraf produk pelancongan dan selenggara dan peruntukan berjumlah 7.68 juta. Senarai kerja adalah seperti berikut, tujuannya adalah untuk memastikan apabila kawasan pelancongan ini boleh dibuka, dia boleh digunakan dan boleh memberikan manfaat kepada pengunjung:

i. Kerja-kerja menaik taraf parit buang Tapak Pesta Ngoca dan kerja-kerja lain berkaitan di Skim Pengaliran Terachi Batu 17 – 450,000.00 – sedang dilaksanakan.

ii. Menaik taraf Tampin Water Park Fasa II dan lain-lain kerja yang berkaitan – 300,000.00 – proses perolehan.

iii. Kerja menaik taraf terowong Titi – 197,863.00 – proses perolehan.

iv. Menaik taraf Tampin Xtreme Park Fasa II dan lain-lain yang berkaitan – 200,000.00 – proses perolehan.

v. Menaik taraf sistem pencahayaan serta kerja-kerja berkaitan di Pantai Saujana, Port Dickson – 100,000.00 – sedang dilaksanakan.

vi. Menaik taraf gerai Pantai Telok Kemang, Port Dickson – 500,000.00 – sedang dilaksanakan.

vii. Menaik taraf Pentas Dataran Telok Kemang, Port Dickson – 150,000.00 – siap sepenuhnya.

viii. Menaik taraf lampu hiasan serta kerja-kerja yang berkaitan di Bandar Port Dickson – 80,000.00 – sedang dilaksanakan.

ix. Menaik taraf lampu limpah di Pantai Cahaya Negeri serta kerja-kerja berkaitan – 50,000.00 – siap sepenuhnya.

x. Menaik taraf Lorong Seni Terpanjang dan Bazar Perpatih (MAINS) sebagai Pusat Informasi Pelancongan Seremban, Negeri Sembilan – 500,000.00 – proses perolehan.

xi. Menaik taraf pencahayaan di Bandar Port Dickson – 200,000.00 – proses perolehan.

xii. Kerja-kerja menaik taraf Kota Lukut, Port Dickson – 300,000.00 – proses perolehan.

xiii. Menaik taraf Muzium Keretapi Gemas – 300,000.00 – sedang dilaksanakan.

xiv. Menaik taraf kemudahan tandas di Pengkalan Nelayan Sungai Timun, Rembau – 30,000.00 – siap sepenuhnya.

xv. Pemasangan papan tanda arah Pusat Ikan Hiasan di jalan utama – 10,000.00 – sedang dilaksanakan.

xvi. Menaik taraf Pusat Ikan Hiasan Port Dickson – 40,000.00 – sedang dilaksanakan.

xvii. Menaik taraf Taman Rekreasi Menuang Bertebuk di Kampung Pasir Besar serta lain-lain kerja berkaitan – 50,000.00 – siap sepenuhnya.

xviii. Menaik taraf kemudahan PD Forest, Sungai Menyala, Port Dickson – 30,000.00 – sedang dilaksanakan. xix. Menaik taraf infrastruktur di Taman Eko Rimba Gunung Datuk, Rembau – 10,000.00 – proses perolehan. xx. Menaik taraf infrastruktur Taman Eko Rimba Jeram Toi – 60,000.00 – sedang dilaksanakan. xxi. Menaik taraf laluan pejalan kaki dan kerja-kerja lain berkaitan di Bandar Diraja Seri Menanti – 200,000.00 – sedang dilaksanakan. xxii. Menaik taraf Tugu Za'Ba – 100,000.00 – sedang dilaksanakan. xxiii. Penyelenggaraan dan pembaikan di Hutan Lipur Negeri Sembilan (Jeram Tengkek & Ulu Bendul) – 500,000.00 xxiv. beserta dengan penyelenggaraan dan pembaikan di Hutan Lipur Negeri Sembilan ya. xxv. Projek papan tanda arah produk pelancongan Daerah Port Dickson – 14,000.00 xxvi. Projek papan tanda arah produk pelancongan Daerah Seremban – 14,000.00 – proses perolehan. xxvii. Projek papan tanda arah produk pelancongan Daerah Jempol – 14,000.00 – sedang dilaksanakan. xxviii. Projek papan tanda arah produk pelancongan Daerah Tampin – 14,000.00 – sedang dilaksanakan.

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Saya mintak Yang Amat Berhormat tak payahlah baca secara detail tu ya. Kalau apa kita hantar je lah ya. It’s not …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, sikit, sikit …..

It’s not proper for Yang Amat Berhormat membaca secara satu-satu itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dan, yang last sekali adalah lampu LED di setiap daerah-lah, Daerah Port Dickson, daerah, LED Billboard, sorry, LED ya. LED billboard bagi Daerah Port Dickson, Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu, Rembau sedang dilaksanakan sebanyak 500,000.00 setiap satu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya dah janji tadi tak ada soalan tambahan. Tolonglah, taka da, pasal kita cukup tadi. Sekarang saya nak pergi kepada ni apa, ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada yang telah memberi soalan lisan, dah tamat masa dia, mintak maaf. Besok-besok sambung lagi pulak. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis ya.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14”.

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam, Usul.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul seperti berikut “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14”.

Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan syabas dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat dan seluruh barisan petugas hadapan, frontliners kita, kerana telah berjaya mengawal keadaan penularan wabak COVID-19 di Negeri Sembilan. Kalau 2 hingga 3 bulan yang lalu, Negeri Sembilan secara konsisten merupakan 3 negeri yang teratas dari segi kes tertinggi di seluruh negara, without fail, dengan izin Dato’ Dipertua. Selepas Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan-lah selalunya mendapat tempat ketiga dari segi peningkatan kes yang tertinggi. Itu 2 hingga 3 bulan yang lalu.

Tetapi baru-baru ini, sejak beberapa minggu yang lalu, Negeri Sembilan telah berjaya beralih menjadi 3 negeri yang terendah dari segi kedudukan kes positif. Dalam lingkungan dalam lebih kurang purata tak sampai 300 kes setiap hari. Ini menunjukkan bahawa kita telah pun mencapai satu tahap di mana ia telah pun mengawal keadaan. Saya merasakan bahawa pencapaian ini merupakan satu manifestasi bahawa pentingnya vaksinasi kepada pengawalan kes wabak COVID-19. Dan kadar vaksinasi yang begitu tinggi di Negeri Sembilan merupakan faktor penyumbang mengapa kita boleh mengawal keadaan.

Setakat semalam, Negeri Sembilan telah mencatat kadar 82.2% yang telah lengkap kedua-dua dos di kalangan semua orang dewasa di seluruh Negeri Sembilan. Kalau mengikut perangkaan ini, saya yakin dan saya harap, 100% ataupun setiap rakyat Negeri Sembilan yang berumur 18 tahun ke atas akan mendapat kedua-dua dos vaksin menjelang akhir bulan September ini. Dan ia merupakan satu pencapaian yang sudah tentunya akan membantu negeri kita untuk pulih semula.

Namun kita tak boleh leka dan tidak boleh berpuas hati kerana walaupun kadar vaksinasi yang tinggi, kalau melihat contoh di negara lain, ataupun di negeri-negeri lain, umpamanya di Sarawak, ia boleh naik semula sekiranya kita tak ada satu semangat ataupun satu sikap untuk berwaspada dan berhati-hati. Saya nak mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk menambah baik bagaimana kita boleh terus mengawal keadaan. Antara cadangan yang saya nak

kemukakan ialah supaya, mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah proaktif menyediakan kit kuarantin kendiri kepada mereka yang kuarantin di rumah untuk kategori 1 ataupun 2. Dan kit ini mesti diberikan, termasuklah oximeter. Mengapa saya cakap begitu, kerana kita melihat sekarang ini banyak kes brought in dead ataupun mereka yang telah pun meninggal dan dibawa ke hospital.

Oleh kerana ada sebilangan penya, pesakit-pesakit ini mereka kuarantin di rumah kategori 1 atau 2. Tetapi keadaan mereka boleh menjadi serius tanpa pengetahuan mereka. Jadi pentingnya setiap pesakit yang kuarantin di rumah ini diberikan oximeter supaya mereka boleh memantau sendiri kalau kadar oksigen mereka telah pun turun, maka ia perlu mengambil satu tindakan lebih pantas, terus ke hospital dan sebagainya. Jadi saya harap ini antara cadangan yang kita harap dapat ditambah baik di peringkat Negeri Sembilan. Dan Kerajaan Negeri boleh mengambil inisiatif ini kalau tidak ada daripada pihak Kerajaan Pusat, kita sendiri boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan kit-kit kuarantin kendiri ini kepada pesakit-pesakit yang kuarantin di rumah di Negeri Sembilan.

Dato’ Dipertua, yang keduanya saya nak menyatakan bahawa dalam titah Tuanku, pada hari Jumaat yang lepas, Tuanku telah pun menasihati semua ahli-ahli Dewan supaya mengambil iktibar dan teladan daripada peristiwa yang telah berlaku di sekeliling kita. Semua ahli Dewan hendaklah mematuhi matlamat dan amanah yang dipertanggungjawabkan dan bekerjasama dengan penuh integriti dan akauntabiliti demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi. Nasihat Tuanku ini adalah susulan daripada kepincangan politik di negara kita. Dalam masa 3 tahun yang lalu, sejak PRU ke-14, negara telah bertukar 3 Perdana Menteri. Dalam tempoh 3 tahun ada 3 Perdana Menteri. Ini sesuatu yang tak pernah berlaku dan unprecedented dalam negara kita. Mengapa ia berlaku keadaan sebegitu, salah satu puncanya kerana ada di kalangan Ahli Parlimen yang telah menang di atas platform Pakatan Harapan telah pun melompat untuk membentuk kerajaan yang lain.

Dan saya ingin mengucapkan syabas kepada setiap ADUN Pakatan Harapan di Negeri Sembilan kerana walaupun kita kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan, tetapi kita tetap mempertahankan Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan dan mempertahankan mandat rakyat. Saya rasa pentingnya ialah setiap ahli politik, prinsip taat kepada parti. Kerana tanpa parti kita tak boleh menang. Dan saya nak mengucapkan syabas bukan saja kepada kerajaan, kepada ADUN pembangkang juga, saya mengucapkan syabas kepada mereka kerana mereka mempertahankan ketaatan kepada parti. Tidak lompat ke kerajaan walaupun mereka menjadi pembangkang. Itu sesuatu prinsip

yang saya rasa perlu dipertahankan sepanjang masa oleh semua ahli politik.

Dan sudah tentunya, dah sampai masanya, negara perlu ada satu undang-undang yang melarang ahli politik, wakil rakyat menang pilihan raya, lepas tu lompat. Itu sebabnya di peringkat Persekutuan, di peringkat kebangsaan sekarang ini, kita sedang membahaskan, dan nampaknya kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang pun bersetuju bahawa perlunya satu akta anti lompat parti. Dan ini memerlukan sokongan daripada semua pihak kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan dan majoriti 2/3 di Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Saya harap selepas, sekiranya pindaan Perlembagaan ini berjaya dilaksanakan di Parlimen, saya harap Kerajaan Negeri juga akan mengambil inisiatif dengan segera untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan juga melarang sebarang perkara anti lompat parti di dalam Negeri Sembilan. Dan perlunya enakmen untuk melarang ADUN-ADUN yang menang daripada lompat parti.

Dato’ Dipertua, pagi tadi saya menerima satu mesej daripada seorang rakan media, yang bertanya kepada saya, dia kata; adakah selepas bulan lepas, pertukaran Perdana Menteri, hari ini akan ada pertukaran Menteri Besar di Negeri Sembilan? Sebab ada kenyataan semalam daripada rakan-rakan, sebilangan pimpinan daripada Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya tak menjawab rakan saya itu melalui WhatsApp. Saya memilih untuk menjawab dalam Dewan yang mulia ini. Saya baca kenyataan itu dengan jelas, menyatakan bahawa hilang keyakinan kepada Sikamat untuk menerajui PKR Negeri Sembilan. Bagi saya, itu adalah hal dalaman parti. Tak ada satu perkataan dalam kenyataan itu, daripada mana-mana pihak, daripada mana-mana ADUN menyatakan bahawa hilang kepercayaan kepada Sikamat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, adakah Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua ada menerima apa-apa surat daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri, pihak kerajaan, yang menyatakan bahawa menarik balik sokongan kepada Sikamat. Ada ke atau tidak? Saya harap Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua maklumkan kepada Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Ya. Terima kasih. Saya nak jawapan itu sahaja. Sebab jawatan, jawapan itu memberikan satu mesej yang kuat dan jelas kepada seluruh rakyat bahawa kedudukan Sikamat jelas. Beliau masih ada majoriti, masih ada sokongan dalam Dewan yang mulia ini untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Sembilan. Bagi saya pergolakan dalam parti itu adalah perkara biasa. Parti nak buat keputusan macam mana, itu terpulang kepada parti. Kalau parti nak tukar Sikamat daripada kedudukan Pengerusi pun itu adalah hal dalaman parti kerana kedudukan parti tidak menjejaskan kedudukan dalam kerajaan. Kita sudah ada precedent. Perdana Menteri pada hari ini bukannya Presiden parti. Itu jelas. Jadi selagi Sikamat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Dan saya ajak seluruh barisan ADUN kerajaan untuk bersama-sama mendokong dan menyokong memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Sembilan sehingga akhir tempohnya.

Dato’ Dipertua, bagi saya sekarang ini perlu kita fokus kepada bagaimana menjana semula ekonomi. Satu bab kita telah selesai. Mengawal keadaan, menurunkan kes. Bagi saya di Negeri Sembilan, telah jelas, kita cuma kena contain sekarang ini. Kekalkan momentum itu. Tetapi kita masuk kepada fasa cabaran yang kedua iaitu bagaimana menjana semula ekonomi Negeri Sembilan. Daripada sekarang sehingga tahun depan, fokus kita ialah bagaimana aktiviti ekonomi dihidupkan semula. Itu paling penting. Itu sebabnya saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri perlu melihat bagaimana merancakkan semula ekonomi.

Salah satu sektor yang penting ialah sektor pembinaan. Kerajaan Negeri perlu melihat bagaimana boleh bantu untuk merancakkan sektor pembinaan. Kita ada banyak projek-projek pembangunan, sama ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat, ataupun Kerajaan Negeri. Pusat ada memberikan pelbagai peruntukan melalui PEMERKASA dan sebagainya, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri amat arif dalam perkara ini, dan banyak peruntukan itu telah pun turun dan projek-projek telah pun diluluskan. Saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil langkah memastikan semua projek-projek pembangunan infrastruktur ini dimulakan serta merta supaya ia da, ia boleh merancakkan semula aktiviti pembinaan. Dan apabila sektor pembinaan itu dirancakkan, maka pelbagai aktiviti ekonomi akan berjalan, pelbagai sektor akan mendapat tempias dan sebagainya.

Yang keduanya ialah projek-projek pelaburan. Saya difahamkan, seperti dalam titah Tuanku, pelaburan di Negeri Sembilan mencatat

7.93 bilion pada tahun 2020. Yang telah pun diluluskan oleh MIDA. Satu angka yang cukup meyakinkan, satu angka yang cukup besar. Tetapi kita nak pastikan bukan sahaja projek ataupun pelaburan ini diluluskan, tetapi pelaburan itu mesti direalisasikan. Dalam erti kata lain, ia mesti dimulakan dan mesti dilaksanakan dengan segera. Justeru itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri melalui exco pelaburan, menubuhkan satu task force untuk memastikan semua projek-projek pelaburan ini mesti dilaksanakan serta merta dan secepat mungkin. Kalau ada apa-apa isu-isu teknikal, isu-isu kelulusan di peringkat PBT dan sebagainya, mesti diselesaikan segara supaya projek-projek pelaburan ini, yang telah diluluskan oleh MIDA, berjalan serta merta, untuk merancakkan semula ekonomi negeri.

Saya bersetuju bahawa, dengan pandangan Yang Berhormat Rantau, bahawa pengurusan kewangan mesti berhemah. Kita kena pastikan hasil kita mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Dan antara langkah yang boleh dibuat ialah memastikan sebarang bayaran yang sepatutnya dibayar oleh Kerajaan Pusat dibayar kepada Kerajaan Negeri. Ada 1 – 2 bilion daripada MINDEF umpamanya. Kita boleh mintak, boleh tekan, pressure dan sebagainya. Semua pihak boleh bersama-sama dalam perkara ini. Saya yakin Yang Berhormat Rantau boleh bantu, saya sebagai Ahli Parlimen saya akan menyuarakan. Saya nak dapatkan maklumat daripada Kerajaan Negeri, saya akan bangkitkan dalam Parlimen nanti. Dan kita pastikan apa saja bayaran yang perlu kepada Negeri Sembilan, dibayar serta merta supaya Negeri Sembilan mempunyai satu dana yang cukup besar untuk kita merancakkan semula ekonomi kita.

Tetapi pada masa yang sama, dalam menghadapi krisis ini, kita mesti berani, kita mesti berani belanja kerana dalam 2 bulan lagi, belanjawan Negeri Sembilan akan dibentangkan. Kita tak mahu di mana satu pendekatan kerana bimbang tak ada hasil, kita tak belanja, itu pun tak boleh sebab dalam keadaan sekarang ini kalau kerajaan tak belanja, ia tak dapat menjana ekonomi kita. Jadi perlu ada perimbangan di sana. Sementara kita cuba mendapatkan semula hasil kita, mendapat semula pembayaran kita, pada masa yang sama bajet kita mesti berani. Kita tak boleh terlalu konservatif dalam perbelanjaan kita.

Jadi justerunya, justeru itu saya harap pihak Kerajaan Negeri dan, khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan Pegawai Kewangan Negeri boleh merangka satu belanjawan untuk tahun depan, yang lebih berani, yang menjurus kepada penjanaan semula ekonomi kita.

Jadi, saya nak seterusnya ialah mencadangkan supaya antara perkara yang perlu diberikan fokus dalam belanjawan nanti ialah bagaimana kita membangunkan medan digital kita. Ataupun menyediakan Negeri Sembilan ke arah satu proses ataupun satu fasa digitalisasi yang lebih baik. Kerana saya melihat ini sesuatu perkara yang sangat penting. Negeri Sembilan dalam 2 tahun yang lalu, kita telah pun meluluskan belanjawan untuk Tabung Usahawan Negeri Sembilan. Saya ucapkan syabas kepada Yang Berhormat Ampangan kerana inisiatif ini amat baik dan telah pun diterima baik oleh ramai rakyat. Beribu-ribu usahawan kecil, peniaga-peniaga kecil mendapat tempias, mendapat bantuan 3,000.00 ringgit setiap peniaga.

Saya nak mencadangkan kita tambah baik, bukan saja mengekalkan Tabung Usahawan Negeri Sembilan ini, tetapi tambah lagi peruntukan untuk satu lagi golongan iaitu PKS; Perusahaaan Kecil Dan Sederhana (SME) supaya mereka dapat menaik taraf digitalisasi mereka. Kita boleh mencontohi Kerajaan Negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor telah pun memperuntukkan satu geran padanan ataupun matching grant untuk digitalisasi PKS yang berjumlah 5 juta ringgit di Selangor. Kita tak mintak 5 juta di Negeri Sembilan. Mungkin sebagai permulaan, 3 juta ringgit untuk bagi kepada setiap PKS itu maksima 5,000.00 ringgit. Mereka perlu belanja 5,000.00 ringgit, kerajaan top up 5,000.00 ringgit, matching grant, supaya mereka boleh menaik taraf digitalisasi mereka. Antara bidang seperti e-dagang, sistem sumber manusia payroll ataupun sistem perakaunan, dan pemasaran digital, sistem elektronik point of sales ataupun payment getway. Semua ini adalah penting dalam ekonomi digital pada hari ini. Dan saya berharap Negeri Sembilan tidak ketinggalan, kita sama-sama menaik taraf digitalisasi di negeri kita.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, amat sukar untuk berucap memakai mask ini, sampai tak boleh bernafas sekarang. Saya tak berani bukak. Saya mematuhi SOP, tak boleh bukak. Tapi agak sukar berucap dengan mask ni. Jadi, terakhir Dato’ Dipertua, saya pun mematuhi masa, 20 minit dan sukar untuk berucap panjang. Terakhir, Dato’ Dipertua, saya untuk isu-isu dalam kawasan saya. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Pegawai Daerah Jelebu dan semua pegawai-pegawai di Pejabat Tanah Dan Daerah Jelebu, kerana berjaya melaksanakan satu projek baru-baru ini, yang tak pernah selesai sejak merdeka. Iaitu projek memasang kemudahan elektrik di Kampung Chalin dan Kampung Dusun Umbut, yang memberikan bekalan elektrik kepada 22 buah keluarga di DUN Chennah, di, berdekatan dengan Kampung Chennah. Kampung, 2 kampung ini tak ada bekalan elektrik selama ini. Tetapi sekarang ini projek ini telah pun dimulakan dan kemungkinan dalam masa terdekat

mereka akan mendapat bekalan elektrik. Jadi saya terima kasih kepada Pegawai Daerah dan juga terima kasih kepada exco pembangunan luar bandar, Yang Berhormat Labu yang telah turun untuk memastikan projek itu mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Labu.

Jadi dengan kata-kata itu, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Mohon menyokong. Silakan, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

A’uzubillahi minash shaitannirrajeem, bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua ya, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, seterusnya ADUN-ADUN yang hadir. Nabi SAW telah bersabda [melafazkan sabda berkenaan]; yang bermaksud, kesemua kamu ni adalah pengembala, kesemua kamu ini adalah pemimpin, dan kamu semua suatu hari nanti akan dipersoalkan di hadapan tuan kamu akan apa yang kamu gembalakan. Makna gembala ni ramai yang kurang jelas ya, kurang jelas. Sedangkan benda tu benda yang selalu, boleh katakan setiap hari, boleh katakan setiap kita sepatutnya sedar bahawa kita ni mengembala. Dalam bahasa mudah mengembala ini ialah menjaga dan mengembangkan ya, apabila kita mengembala, kita wajib menjaga. Kalau tak jaga, dia akan hilang, kalau tak jaga, dia akan mati. Seterusnya dia mesti nak berkembang ya. Orang bijak sepatutnya apa yang dia jaga tu berkembang. Potensi diri sepatutnya berkembang, bukan semakin teruk ya, bukan semakin buruk ya. Jadi, dari, makna mengembala ini ialah ya, kita perlu sedar bahawa kita ada tanggungjawab yang sangat penting untuk kita laksanakan dan itu sebenarnya adalah satu ibadah ya, kepada kita semua.

Tuan, Tuan Yang Dipertua ya, Allah SWT berfirman [melafazkan bacaan Surah Az-Zariyat ayat 56]; tidak aku ciptakan manusia ini melainkan satu sahaja tugaskan dia menjadi hamba ya, menyembah aku. Jadi apabila bercerita tentang menyembah ini ya, menjadi hamba kepada Dia. Antara tugasan penting kita ini adalah mengembala, ya. Menjaga apa yang Dia kurniakan kepada kita. Mata yang diberi ini, dia bukan kita punya. Apa yang ada di keliling kita ni, bukan kita punya. Bukan

dia terjadi dengan sendiri, ya. Ada penciptanya, cumanya tak nampak. COVID ini pun tak nampak, tapi kita berinteraksi dengan dia. Dan sampai peringkat kita terpaksa sediakan banyak SOP ya, untuk berhadapan dengan COVID ini. Maka bagaimana pulak SOP yang sepatutnya kita lalui sebagai seorang pengembala ya, di dunia yang sementara ini.

Maknanya juga, kita wajib bertakwa apabila mengembala barang yang diberi pinjam kepada kita oleh Allah SWT. Kita juga sebenarnya sama ada kita sedar ataupun tidak, kita adalah khalifatullah fil ardh. Kita adalah mereka yang mentadbir dunia ya, dengan panduan agama ya, sudah tentu cerita agama ni semua buat baik aje. Tak ada cerita benda-benda yang bersifat fasad, merosakkan kehidupan insan lain, ya. Jadi apabila kita ini dikatakan sebagai khalifatullah, maka yang patut kita buat ialah membaikkan keadaan ya, sesuailah dengan apa yang dititahkan oleh Yamtuan pada Jumaat lepas ya. Sama ada kita sedar kita sebagai pemimpin, banyak sangat kelebihan yang diberikan kepada kita. Kelebihan yang orang lain tak dapat. Mungkin masa sekolah dulu, ada yang lebih cerdik, jauh cerdik daripada kita tetapi sampai satu keadaan itu, rezeki kepimpinan ini pulak dikurniakan kepada kita. Dan sampai peringkat lahir pulak ungkapan gila kuasa, gila pangkat disebabkan mahukan kelebihan-kelebihan ini ya. Dan apa yang berlaku, dengan kelebihan ini ramai jugak yang lupa diri mereka apa yang patut mereka lakukan ya.

Dengan kelebihan ini kita disuruh mengembala. Mengembala ini juga adalah satu ujian. Apa yang dikatakan ujian dalam kehidupan ya, apa yang Allah bagi ini semuanya adalah ujian. Allah menguji kita [melafazkan bacaan sebahagian dari ayat 2 Surah Al-Mulk], Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu siapa yang paling baik di kalangan yang baik-baik, siapa yang baik dan siapa yang buruk perangai dia ya. Dan konsep ujian ini juga adalah satu perkara yang sangat penting untuk difahami dengan baik kerana kita adalah hamba Dia jugak.

Lulus atau gagal menjawab ujian ini hanya akan diketahui di mahsyar kelak. Di dunia ini kita berpandukan al-Quran dan al-sunnah sebagai kayu ukur nak menunjukkan kita ni betul ataupun tak betul ya. Jadi apabila kita mengembala, kita disuruh berlaku amanah. Apa makna amanah? Daripada perkataan aman, daripada perkataan aman ini lahir perkataan iman. Orang yang amanah dia mengamankan hidup orang, orang yang khianat dia mengkucar-kacirkan kehidupan insan lain. Seiring dengan khianat ini ialah cakapnya bohong ya, apabila berjanji – mungkir. Dan ini adalah lawan makna takwa iaitu khianat. Munafik

adalah mereka yang apabila bercakapnya – bohong, apabila berjanjinya – mungkir, apabila diberi amanah dia khianat.

Dan dengan apa yang berlaku pada negara kita ya, pada penggal ini, kita dapat menyaksikan dan diharapkan dapat difahami dengan baik pentingnya memilih pemimpin yang kuat amanahnya, yang mampu memikul amanah, yang kuat ketika memikul amanah sebagai seorang hamba Allah dan sebagai khalifatullah ni tadi. Akibat mungkir janji ini tadi, akibat khianat ni tadilah ya, berapa banyak kehidupan orang ya, menjadi kucar kacir. Berapa banyak insan ya, pergi meninggalkan kita semua, beribu. Dan kita dah sampai peringkat 1.8 juta mereka yang kena COVID ini ya, disebabkan cara mereka-mereka yang diberi amanah ni tadi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tuan Yang Dipertua, Allah SWT telah berjanji di dalam kitab-Nya [melafazkan bacaan ayat 96, surah al-A’raaf]. Yang bermaksud kalaulah penduduk, penduduk kampung ini beriman, bertakwa, nescaya kami akan bukakan banyak kebaikan daripada langit. Sama ada kita nampak kurniaan tu turun, antaranya hujan, antaranya cahaya matahari ya, dan ada banyak lagi yang dikatakan keberkatan dari langit itu turun kepada kita semua. Tetapi ramai yang mendustakan, tidak percaya, tidak ada takut, dan malah mengengkari dirinya kepada Yang Maha Esa ini, lalu Allah SWT menghukum mereka yang cuai menjaga amanah ini tadi. Dan apabila dia turun, bukan satu kumpulan, bukan satu-satu orang yang akan kena, tetapi semua yang terlibat, semua yang ada di atas muka bumi ini tak akan turut merasainya ya.

Alhamdulillah, Tuan Yang Dipertua, sejak Pakatan Harapan menang dan seterusnya mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan, kita berjaya menambah hasil Kerajaan Negeri, simpanan Kerajaan Negeri juga bertambah dengan begitu ketara. Kalau ikutkan pada 2018, simpanan Kerajaan Negeri ini berjumlah 687,766,558.00 ringgit. Maka pada sepanjang, sampai setakat Ogos 2021, simpanan tetap kerajaan ni telah meningkat kepada 951,181,790.74. Bukan mudah untuk mencapai perkara ini ya, tetapi alhamdulillah dengan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada kami ini ya, mentadbir ini, dapatlah kita menambah.

Dan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Chennah tadi ya, bahawa dengan apa yang kita telah dapat ini tadi, kita tidak teragak-agak untuk berbelanja kembali untuk memudahkan kehidupan rakyat. Kita gunakan balik hasil-hasil yang ada ni, walaupun pada tahun ini, 2021, perbelanjawan, belanjawan kita ini belanjawan defisit ya, tetapi kita percaya bahawa ada banyak bantuan-bantuan yang tidak disangka

akan sampai kepada mereka yang benar-benar mahu memudahkan hidup insan lain.

Tuan Yang Dipertua, tugas pemimpin ataupun pengembala ini ialah memudahkan hidup insan lain dan apa juga yang mereka gembalakan. Sesuai dengan arahan Nabi SAW: yassiru wala tu'assiru, bashshiru wa la tunaffiru. Yang bermaksud mudahkanlah, dan jangan susah-susahkan ya. Berilah mereka khabar gembira dan janganlah buat mereka lari daripada kamu dengan menjanjikan perkara yang susah-susah ya. Jadi, banyak hikmat yang tersirat daripada sabda Nabi SAW ini ya. Apabila kita hidup mudah, perhatikan baik-baik, apabila kita hidup kita ini mudah, maka kita mudah berkembang, kita mudah maju ke hadapan, kita mudah berkarya, hati pun menjadi gembira. Dalam, dalam hierarchy of needs Abraham Maslow tu, kalau mereka yang berada di level paling bawah itu memang susah kehidupan mereka ya, susah nak berkembang, susah nak maju ke hadapan ya, susah kerana miskin ya. Tetapi apabila kita mudahkan urusan kehidupan mereka maka mudahlah mereka meningkatkan potensi diri mereka ya. Cumanya ada sekumpulan apabila telah dilapangkan, dia lupa diri dia pulak. Ini maknanya lemah bersyukur ya. Masih tak cukup. Dah dapat, dah dapat 10 nak 20, dah 20 nak 30. Sehingga ada dalam sabda Nabi SAW, kalau diberinya manusia ni satu lembah emas ya, dia nak 2 lembah pulak. Dan takkan penuh pun ya. Akhirnya dia masuk ke dalam kubur dalam keadaan mulutnya penuh dengan harta benda ya. Sampai peringkat itu yang Nabi SAW ingatkan ya.

Hikmat yang kita dapat jumpa juga ialah kita mudah, apabila mudah ya, banyak kerja-kerja membangunkan tamadun. Maksudnya membangunkan Negeri Sembilan ini, memajukan Negeri Sembilan ini menjadi lebih mudah ya. Apabila golongan B40, kebajikan mereka ini dapat dijaga, saya dapat melihat mereka nilah yang akan banyak membantu Kerajaan Negeri itu sendiri balik ya, dalam membangunkan Negeri Sembilan ini. Alhamdulillah, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah berjaya membuktikan apa yang mereka janjikan pada PRU lepas. Banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan ini di bawah pimpinan Dato’ Seri Menteri Besar sepanjang 3 tahun lebih memerintah ini tadi ya. Dan kita juga dapat lihat dalam bajet 2021 yang telah dibentangkan pada tahun lepas, ada ringkasannya pada tangan saya ini ya. Banyaknya inisiatif dan bantuan yang disalurkan kepada masyarakat terutamanya mereka yang diuji dengan kesempitan kewangan ya. Maka, banyaklah perkara-perkara yang baik dapat kita temui ini.

Dan, saya juga nak mengucapkan juga di sini ya, tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ya, yang berjaya, yang

berjaya ya, menangani kes COVID ini dengan baik. Tuan Yang Dipertua, sebagai menyahut seruan Yang di-Pertuan Besar pada ucapan Baginda yang lepas, iaitu permasalahan dan keperluan rakyat mesti menjadi agenda utama pada setiap tindakan. Suka untuk saya mencadangkan beberapa perkara. Cadangan ini adalah untuk memulihkan kembali ekonomi rakyat yang telah banyak terjejas disebabkan PKP sebelum ini ya, hingga peringkat ada di kalangan M40 ini pulak bertukar ya, kehidupannya menjadi golongan B40.

Yang pertamanya, mempelbagaikan lagi produk pelancongan untuk meningkatkan lagi ekonomi dan pendapatan rakyat setempat ya. Kita biasa dengar agro tourism, dengan izin, ada eco tourism, ada food tourism, ada cultural tourism, ada history tourism, sport tourism dan banyak lagi. Kesemua ini patut dimajukan ya. Dan bila perkara ni dapat diluaskan lagi, banyak manfaat yang akan dapat diambil bahagian oleh rakyat. Jika mampu, kita perkasakan lagi pula pelancongan dari sudut pendidikan ataupun dikatakan education tourism termasuk jugak apa yang dikatakan sebagai health tourism, pelancongan dari sudut kesihatan. Seterusnya saya juga nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan lagi acara-acara pelancongan ya, sebagai kita me, merancakkan kembali ya, ekonomi rakyat. Dan bagi saya ini adalah cara yang paling mudahlah untuk kita melibatkan semua, semua orang boleh terlibat dalam aktiviti-aktiviti pelancongan ini.

Dari sudut eco tourism pula, saya mohon agar Kerajaan Negeri Sembilan dapat membuka ruang hutan negeri kepada sukan lasak motocross yang nampaknya semakin diminati oleh anak muda ya. Jalan-jalan balak yang sedia ada itu boleh dimanfaatkan. Walaupun saya tahu ya, kawasan hutan ini kawasan larangan, tetapi saya harap Kerajaan Negeri dapat fikirkan ya, apa yang saya cadangkan ini supaya dapat dimanfaatkan terutamanya kepada anak-anak muda. Ya begitu juga bukan sekadar motocross, sukan mountain bike pun nampaknya semakin diminati ramai. Dan tempat-tempat ini adalah tempat yang baik untuk dijadikan sebagai tempat mereka berekreasi.

Pada agro tourism pula ya, sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan agropolis ya, di Negeri Sembilan Timur, elok juga kita jadikan ladang-ladang yang berkaitan sebagai tempat pelancongan dan sekolah ya, sekolah pertanian, sekolah penternakan, sekolah perikanan bagi mereka yang mahu menceburi bidang-bidang yang berkaitan ya. Dan ini patut difikirkan dengan lebih mendalam kerana banyak sangat ruang-ruang pekerjaan dan tugasan boleh kita ciptakan di situ.

Seterusnya saya juga nak mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan lagi gerai-gerai peniaga kecil ya, kalau boleh buatkan dalam bentuk ala-ala food court di setiap mukim. Bukan di setiap daerah sahaja ya. Kalau di tempat saya ni ada 3 mukim, Mukim Ampangan, cerita Panchor tu dalam Mukim Ampangan, ada Mukim Lenggeng, ada Mukim Pantai. Jadi bukan sekadar setiap daerah dan kalau boleh bagi saya di setiap mukim. Kerana di setiap mukim ni ada ramai ya, mereka-mereka yang memang saling memerlukan dalam bentuk makanan ini jugak.

Seterusnya, jika boleh kerajaan yang ada ni dapat meperkasakan kepimpinan ya. Alhamdulillah jentera kepimpinan ya, yang membantu Kerajaan Negeri Sembilan memang dah ada, baik dalam bandar mahupun dalam luar bandar. Jentera-jentera MPKK, KRT dan seumpamanya patut digerakkan ya, supaya mereka memahami aspirasi agama itu sendiri dalam mengembala dan menjadi khalifah Allah iaitu bersatu dan memimpin sesama sendiri. Kerana apa yang saya lihat sekarang ya, masing-masing banyaknya mementingkan diri sendiri. Akibat penting diri sendiri, penting kumpulan sendiri nilah yang menjadikan kita ini, hidup kita ini porak-peranda. Kalau suami, bapak pentingkan diri sendiri, keluarganya porak-peranda. Kalau isteri ni ada jugak nak cerita melayan hawa nafsu, kepentingan sendiri jugak, rumah tangga dan anak-anak dia akan terbiar. Bayangkan pulak kalau pemimpin leka membelek harta benda yang ada, yang dimudahkan kepada mereka pulak, jadi dalam hal ini pulak ya, isu kepimpinan ini satu isu yang besar dan saya suka nak menganjurkan supaya aktiviti-aktiviti masyarakat ya, di setiap unit-unit kepimpinan di kampung-kampung, di taman-taman dapat digerakkan dengan menurunkan sedikit bajet lagilah ya, kepada mereka semua.

Yang terakhir, suka untuk saya nyatakan sokongan teguh saya kepada kepimpinan Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan dan saya mendoakan semoga Dato’ Seri Bersama rakan-rakan terus sabar dan tabah memimpin Negeri Sembilan ini. Sebagai penutupnya saya suka nak membacakan firman Allah SWT [melafazkan bacaan ayat 200 Surah Al Imraan], wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua bersabar, hendaklah kamu semua sentiasa saling berpesan dengan kesabaran, dan hendaklah kamu semua teguh bersatu dalam, dengan perpaduan, dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT, moga-moga Allah SWT mengurniakan alfalah kepada kamu semua. Dengan ini saya menyokong usul menjunjung titah Yang di-Pertuan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang kemukakan untuk dibahaskan. Kita makan pukul 1:00, sambung. Semua setuju untuk pergi makan? Okay. Dewan tangguh akan, akan sambung 2:30 petang hari ini. Terima kasih.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12:30 tengah hari]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:30 petang]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Silakan duduk. Min, okay Min. Siapa nak berucap? Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Jadi, kita mulakan sesi petang ya, dan saya mohon minta kepada ketua pembangkang, Dato’ Seri Rantau untuk meneruskan ucapan titah baginda ya, sila, ucap, apa, di mana, berbahas titah ucapan baginda Yang di-Pertuan Besar. Takut dia.

Nak suruh saya sambung, nak suruh saya sambung titah tuanku ke?

Yang Dipertua Dewan

Nak berbahas, inshaa Allah. Jangan main-main, tinggal satu perkataan lain makna dia tu.

Jangan pulak mintak, Dato’ Speaker mintak saya sambung titah Tuanku, susahlah macam ni.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, bahas ya. Mintak maaf. Okay.

Eh tak apa, kita bergurau. Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, terima kasih kerana kita dapat bersama-sama dalam kita punya sesi pada petang ini iaitu masih lagi membahaskan ya, titah, menjunjung kasih titah Tuanku. Saya bagi pihak rakan-rakan, pihak pembangkang ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung setinggi kasih di atas perkenan Duli Yang Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berangkat untuk merasmikan Dewan Undangan Negeri Sembilan Penggal Keempat, sesi yang ke, untuk penggal ke-14. Saya mohon izin untuk tidak menggunakan mask Dato’ Dipertua, kerana saya pagi tadi telah pun didapati negatif ya. Jadi saya tidak akan menyemburkan virus kepada Dato’ Yang Dipertua. Tapi Dato’ Dipertua kena pakai mask sebab saya tak tahu sama ada Dato’ Dipertua dah test pagi tadi ke belum.

Dato’ Dipertua, titah Tuanku dalam perasmian Dewan kita Penggal Keempat untuk sesi Dewan Undangan Negeri Ke-14 ini jelas, jelas bahawa Tuanku bertitah mahu melihat supaya kita ahli-ahli Dewan semua mesti fokus dan mesti bersama-sama pastikan supaya kita di sini bertugas untuk kita membela hal ehwal rakyat. Dan keutamaan kita adalah untuk melihat supaya Negeri Sembilan ini terus membangun walaupun dalam keadaan yang amat rumit, dalam keadaan yang amat luar biasa. Yang Berhormat daripada Sikamat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berada dalam pentadbiran menangani krisis ya, tak pernah kita semua berada dalam keadaan sebegini, tetapi beliau menerajui kerajaan dalam keadaan krisis. Makanya Dewan ini adalah tempat yang terbaik untuk kita sama-sama memerah otak, untuk kita sama-sama pastikan kita berbincang dan dapat menjurus kepada rumusan bagaimana cara untuk kita pastikan untungnya adalah kepada rakyat Negeri Sembilan, untungnya adalah kepada negeri ya. Itu harus kita jadikan keutamaan. Bukan untuk mencari untung kepada individu, kepada sesiapa.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, Tuanku bertitah begitu jelas, menitahkan kita semua ahli Dewan supaya kita pastikan Negeri Sembilan dapat keluar daripada krisis ini walaupun krisis ini bukan sahaja dihadapi oleh Negeri Sembilan, tetapi oleh negara dan juga dan seluruh negara dalam dunia. Walau bagaimanapun, alhamdulillah, nampaknya Negeri Sembilan dan jugak negara kita telah mula menunjukkan tanda di mana aras kemuncak dia tu telah pun menurun. Jadi ini perlu kita pastikan ianya berterusan dan janganlah kita mengambil, orang kata, sewenang-wenangnya bila kes kita dah mula turun, kita tidak lagi memperdulikan SOP-SOP yang telah pun diletakkan ataupun yang telah dimintak, diguna pakai oleh semua orang, oleh MKN. Kita mesti terus berhati-hati kerana varian baru COVID ini, Dato’ Dipertua, dia telah pun mutate ataupun telah pun berubah suai dan ada jugak khabar mengatakan bahawa varian batu ini kebal daripada vaksin yang ada ya. Jadi walaupun kita dah pun mengambil 2 vaksin, tetapi jangan pulak kita mengandaikan bahawa kita ini kebal daripada wabak ini. Wabak tetap wabak. Dan kita seharusnya perlu menyesuaikan diri bagaimana perlu kita hidup dalam keadaan, dalam environment yang COVID ini berada bersama dengan kita. Dan apabila dah mencapai tahap imuniti, herd immunity, makanya COVID-19 ini akan menjadi sebagai endemik ataupun menjadi penyakit selesema biasa ya, Dato’ Yang Dipertua.

Walaupun masih ada jugak orang yang meninggal, walaupun telah menerima 2 dos. Jadi perlu kita berhati-hati.

Saya nak ambil kesempatan di sini nak ucap tahniah kepada, terima kasih kepada Yang Berhormat saudara KJ ya, Menteri yang bertanggungjawab Program Vaksinasi Nasional, sekarang ni dah menjadi Menteri Kesihatan, kerana beliau telah mengambil inisiatif yang begitu cepat sekali, walaupun pada mulanya terdapat kekecohan sedikit. Ini semata-mata bukan salah sesiapa tetapi disebabkan oleh vaksin itu lambat sampai ke negara kita. Tetapi kita mewar-warkan orang mendaftar melalui MySejahtera seawal bulan Februari tahun ini. Jadi banyak orang menunggu sampai 5 – 6 bulan. Vaksin Cuma sampai, banyak, pada bulan Julai. Telah bermula bulan 5, tetapi banyak sampai bulan Julai. Di situ ada kesilapan sedikit.

Semasa Negeri Sembilan memuncak kita menjadi tempat nombor kedua, Dato’ Dipertua, saya telah berbincang dengan YB KJ, datang ke rumah saya, saya katakan– kita tak boleh biarkan sebegini ya, ambillah, ambil vaksin sebanyak mungkin untuk tolong negeri kita. Haa di sini untungnya kita ada anak Negeri Sembilan yang bertugas di peringkat Persekutuan, Dato’ Yang Dipertua, yang boleh membantu negeri kita. Itu sebab banyak PPV dibukak, dan di atas kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama mahu melihat supaya COVID-19 ini yang melanda Negeri Sembilan begitu banyak sekali, dapat ditangani.

Tetapi ada beberapa masalah yang perlu kita tegur sedikit kerana kebanyakan COVID ini, jangkitannya banyak berlaku di peringkat industri Dato’ Yang Dipertua. 47% pada bulan Mei, 47% jangkitan berasal daripada industri. Di sini patutnya kita menggunakan crisis management, dengan izin, supaya bila ada krisis Dato’ Dipertua, krisis tu perlu dibendung. Tempat krisis itu perlu dibendung. Kalau kita ada kanser, gangren, kita potong, Dato’ Dipertua. Tetapi ini dibukak, sehinggalah ada orang mengatakan dia bukak pintu, dia tutup pintu depan, ada orang bukak pintu belakang, ini sebabnya. Itu sebab di Negeri Sembilan, daerah kita di Seremban, Port Dickson banyak yang dijangkiti oleh COVID ini dan banyak meninggal dunia. Saya merasa amat dukacita, kita tumpang dukacita Dato’ Dipertua. Ada satu keluarga sampai tak ada tinggal generasi, habis semua meninggal ya. Satu keluarga ya, meninggal. Anak dia bekerja kilang. Ramai pemuda kita, di Daerah Seremban, di kawasan saya sendiri di Rantau, mereka ni rata-rata kerja kilang. Dan bawak balik penyakit. Dan menjangkiti ibu bapak, ibu bapak yang telah pun berusia meninggal dunia, dan ramai yang meninggal. Jadi kita amat rasa kesal.

Dato’ Yang Dipertua, ini kita perlu belajar selagi, selabai, sebagai kerajaan, kerajaan perlu belajar segera. Dan saya harap supaya Kerajaan Negeri Sembilan, YAB Sikamat, kita mesti berkeras dalam hal ni, walaupun ada MKN, walaupun ada apa. Tetapi dari segi keselamatannya kita bertanggungjawab terhadap rakyat kita di Negeri Sembilan ya. Dulu pernah, kalau masih ingat lagi, semasa adanya penyakit, apa yang dipanggil sebagai penyakit, yang menghinggapi banyak ternakan babi di Melaka, bukannya di, di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan itu, itu nipah virus. Tapi nipah virus jugak berlaku di negeri Melaka, walaupun keputusan Kabinet dan MKN mengatakan untuk pindahkan sementara waktu ternakan tersebut ke Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri Sembilan, saya masih ingat lagi, saya telah mengeluarkan arahan pentadbiran bahawa tak ada siapa pun boleh memindahkan ternakan babi tersebut ke Negeri Sembilan. Bahkan saya telah mengeluarkan arahan, melintas satu ekor daripada Melaka, kita tembak, kerana kita pastikan bahawa keutamaan kita, Dato’ Dipertua ialah supaya keselamatan dan kesejahteraan. Ini bersangkut paut dengan nyawa. Jadi kita mesti berkeras kadang-kadang ya, supaya jangan kita ikut sangat cakap orang yang kadang-kadang tidak mengetahui keadaan di bawah. Kita di bawah. Pemimpin di peringkat bawah kita tahu, jadi kita gunakan apa jua kelebihan yang kita ada, apa jua kuasa kita ada supaya, keutamaan kita supaya nyawa dan keselamatan rakyat kita, anak Negeri Sembilan jangan terancam dan menjadi beban kepada sesiapa.

Jadi ini perlu kita ingatkan. Walaupun MKN ada, apa ada, tetapi sebagai satu Kerajaan Negeri yang mempunyai kedaulatan kita sendiri, mempunyai Dewan kita sendiri, Dato’ Dipertua. Itu sebabnya memandulkan Dewan ini satu perkara yang amat dikesalkan ya. Mana mungkin Dewan ini dimandulkan. Ini tempat kita berbincang. Sepatutnya semasa kita mempunyai krisis, di Dewan ini kita berbincang macam mana cara untuk kita keluar. Macam mana cara untuk kita membantu, bersama-sama kita boleh keluar dan kita boleh menghindari masalah yang kita hadapi bersama. Jadi saya harap walaupun Dewan kita tak dapat bersidang, tetapi kita punya Select Committee perlu adakan, kita boleh berbincang, dan kita boleh bersama-sama pastikan kita bersama-sama untuk kita mencari cara jalan keluar untuk kita pastikan Negeri Sembilan ini, kesejahteraan rakyatnya terus terbela. Itu dah sudah. Tapi mana yang akan datang nanti, kita sama-sama Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan jugak bertitah, berbangga dengan prestasi Kerajaan Negeri Sembilan. Alhamdulillah, tahniah kita ucapkan. Pungutan hasil baik, pungutan zakat baik tetapi Dato’ Yang Dipertua,

saya seperti yang saya katakan pagi tadi, pungutan hasil ini, bajet kita nampaknya perlu kita buat recollaborate balik ya, recollaborate balik supaya apa yang saya risau semasa pembentangan bajet 2021 dibentangkan pada akhir tahun lepas, memang telah ternyata terjadi. Keterbegantungan kita yang teramat besar kepada Hasil Bukan Cukai itu, hampir 70% Dato’ Dipertua. Hasil tetap kita iaitu cukai tanah, dalam bentuk cukai tanah cuma 30% pendapatan kita. Hasil Bukan Cukai 70%. Dalam keadaan kita, negara menghadapi masalah macam ni Dato’ Dipertua, itu satu perkara yang amat merbahaya. Dan saya telah pun nyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa berhati-hati kerana saya tak nampak, Dato’ Dipertua, bahawa pembangunan akan berlaku. Pemain-pemain industri, hartanah terutamanya, tidak akan membuat sebarang pelaburan dalam keadaan sebegini ya. Jadi, berhati-hati. Kalau boleh, recollaborate semula kita punya bajet.

Tak apa Dato’ Yang Dipertua ya, kita tak apa, kita sama-sama faham, ini keadaannya keadaan yang luar biasa. Kita buat satu perkara yang luar biasa. Menghadapi, mengurus keadaan luar biasa, memerlukan pemikiran yang luar biasa. Ini bukan cara berfikir biasa-biasa. Kita mesti mengeluarkan dan berfikir secara luar biasa pulak untuk kita menghadapi keadaan yang luar biasa ya. Jadi, perlu kita buat sesuatu. Kalau tidak, tadi saya katakan kita punya cash flow akan terjejas. Saya tak bercakap tentang balance sheet ya. Balance sheet satu perkara, tapi cash flow kita akan terbuatlah satu ataupun terjadilah satu lubang besar, cash flow kita yang amat besar. Kita telah pun membuat bajet 112 juta defisit, no problem, kita faham, dan kita pun tak ada pun bantahan bahawa dalam keadaan macam ni kita memerlukan, gunakanlah duit. Tetapi dalam masa yang sama pendapatan kita terjejas.

Tadi, kata Yang Amat Berhormat Sikamat mengatakan setakat Julai 2021, pendapatan bukan hasil cukai – 80 juta. Ini merbahaya kerana jika tidak silap saya, seingat saya, pendapatan bukan hasil cukai ini amat besar kebergantungannya dalam bajet 2021 ya. Jadi, lihat semula supaya kita dapat perbetulkan kedudukan kewangan kita ya. Itu sebabnya saya lihat dalam buku, kita punya lebihan ataupun surplus pada tahun 2020, Dato’ Yang Dipertua ya, 2020 ada 147 juta. Di dalam masa zaman BN mentadbir dulu jugak, Dato’ Dipertua, saya banyak jugak surplus tetapi surplus tersebut tidak kita masukkan sebagai surplus. Kita telah mintak dan diluluskan oleh pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Sembilan, kita terus subscribe ataupun kita mencarum kepada Akaun Pembangunan kerana negeri kecik macam Negeri Sembilan ini kita tak memerlukan rizab yang besar. Saya pernah berulang kali mengatakan dalam Dewan ini, cukup kita cap-kan 500 juta sahaja. Tak perlu banyak-banyak. Tetapi yang perlu ialah pembangunan, seperti

yang disebut oleh Chennah tadi ya, kita perlu pump-prime Dato’ yang Dipertua. Dalam keadaan begini, kita kena pump-prime. Kita perlu carumkan dalam pembangunan untuk kita tambah akaun pembangunan kita supaya pembangunan ini dapat kita buat, kita segerakan dan dia dapat memangkin ekonomi ya. Di situ nanti pihak industri, pihak swasta akan melihat bahawa komitmen daripada kerajaan sendiri bahawa kerajaan membuat pump-prime kepada domestic economy. Kalau kita sendiri tidak mahu berbelanja begitu besar, Dato’ Dipertua, siapa yang nak memulakannya. Dia ni pelabur, Dato’ Dipertua, dia ada herd mentality. Kalau dah menjadi tu, dia tengok dulu, kalau apa, dia akan semua-semua ramai datang. Maka di situlah peranan kerajaan memulakan pump-priming tapi tak boleh lama duduk dalam perniagaan. Kerajaan tak patut berniaga. Kerajaan mesti mengurus, membuat dasar dan mengurus dasar. Tetapi dalam keadaan sebegini, kita perlu mulakan. Dengan izin, we must stimulate the economy tetapi bila dah stimulate, orang dah mula masuk, kita tarik diri dan kita monitor, kita urus, kita buat dasar-dasar yang friendly kepada investment ya.

Itu sebabnya saya tanya tadi, sebab YB daripada Bahau kata, kita punya Cukai Taksiran tak naik. Sebab saya dapat jugak rungutan, kita naikkan bukan 100 kali, 1 kali ganda. Hampir 2 kali ganda pun ada. Jadi, ini kalau boleh, di, orang kata jangan buat dulu. Dalam keadaan yang begini, seboleh mungkin kita cari cara untuk kita menggalakkan supaya iklim pelaburan di Negeri Sembilan ini lebih baik daripada iklim pelaburan di negeri-negeri bersebelahan kita. Mengapa orang perlu datang ke Negeri Sembilan, kerana kita mempunyai suasana dan jugak iklim pelaburan yang baik, menggalakkannya ya. Kita Negeri Sembilan beruntung, dekat dengan Lembah Kelang, dalam Lembah Kelang.

Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah ya, saya bangga jugak kerana Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan meneruskan legasi, meneruskan dasar-dasar kita. Dasar Malaysia Vision Valley ataupun pembangunan negara yang disebut, titah oleh Tuanku diteruskan, itu semua kita teruskan. Saya pernah bercakap dalam Dewan ini, kalau tak salah, 2017, bahawa dalam masa 10 tahun Dato’ Dipertua, pada ketika itu, dalam masa 10 tahun akan datang, Negeri Sembilan akan berupaya membentangkan bajet sebanyak 1 bilion. Masa tu kita tak ingatlah ada COVID semua kan, jadi pendapatan ini bertambah Dato’ Dipertua, is bukan sesuatu yang luar biasa, itu memang dah dirancang. Ada di dalam Pelan Pembangunan Negeri Sembilan 2015 – 2045, pembangunan dan jugak pemodenan 30 tahun Negeri Sembilan. Alhamdulillah, teruskan. Baiki mana yang kurang ya, tetapi pelan pembangunan tersebut dah cantik dah. Apa yang perlu kita buat

sekarang ini perbaiki ya, macam mana kita nak mengurus dan menggamit pelabur datang ke negeri kita.

Kalau nak menggamit multinational cara dia lain. Multinational dia tak mahu carry asset dalam balance sheet dia. Kalau kita kata kita buat tapak industri 2 – 3,000 ekar, dia nak beli, dia tak nak beli. Tambahan pulak Malaysia ini bukan lagi negara yang mempunyai orang kata, hartanahnya murah, dah tinggi dah, dah tinggi. Jadi kita cari cara lain. Misalkan, saya cuba cadangkan supaya berbincang dengan tuan punya tanah supaya kita menggamit pelabur, pelabur tak perlu beli tanah, tetapi mereka menyewa. Dia akan bagi dia punya pelan pembangunan, kita bangunkan, ataupun kita sewakan, 20 – 30 tahun punya sewa, dan mereka tak mahu carry aset dalam balance sheet mereka. Haa ini akan menggamit banyak, Dato’ Dipertua. Akan membawak banyak terutamanya pelabur daripada Amerika Syarikat, United State. Mereka ni merupakan pelabur yang tak akan mahu ada aset yang besar dalam pelaburan mereka. Mereka nak masukkan tu dalam operating cost dia, as an operating cost, sewa bangunan dan jugak yang lain-lain. Jadi itu kita perlu buat ya.

Ini perlu kita rangka supaya Negeri Sembilan ini kita stand out, dengan izin, wahh we don’t have to buy property, we don’t have to come out with big upfront capital, dengan izin, tetapi terus buat. Saya pernah berniaga tanpa modal Dato’ Seri, tetapi di atas kapasiti syarikat. Buat satu pasar raya yang besar, tak perlu keluar modal pun. Kita cakap dengan tuan punya tanah – State Goverment, bina, ini spec kita, kita sewa 25 tahun. Lepas tu saya punya buyers ada 50 orang, akan berunding dengan semua vendors, dengan semua pembekal, dan kita dapat kredit kerana syarikat kami masa tu besar, dapat kredit 6 bulan. Pasar raya tak payah keluar modal 1 sen, barang diletakkan bulan, 6 bulan kredit. Bayangkan, dan pasar raya tersebut kalau hujung minggu, turn over dia 1.5 juta ringgit. 6 bulan punya duit saya boleh roll up, bahkan saya punya pekerja dibayar oleh duit daripada yang terkumpul, cara kita berfikir untuk berniaga. Negeri Sembilan boleh buat, Negeri Sembilan boleh lakukan tersebut. Tetapi memerlukan pemikiran luar biasa.

Alhamdulillah Dato’ Yang Dipertua, saya baca dalam titah Tuanku ni, Pusat Zakat dapat mengumpulkan 144 juta ya. Betul, bagus, tahniah. Tetapi kalau boleh saya cadangkan, ini untuk kita semua, untuk masa depan. Dalam Dewan yang mulia ini kita perlu bentangkan satu enakmen, enakmen fiskal, pengurusan fiskal, Dato’ Dipertua, supaya buatkan letakkan betul-betul tatacara pengelolaan pengurusan kewangan, Dato’ Dipertua, kerana, macam Majlis Agama Islam, Dato’ Dipertua, Pusat Zakat dapat 144 juta, hampir sama banyaknya dengan hasil Kerajaan Negeri tau, cukai. Hampir sama banyak. Dan perlu ada

enakmen-enakmen tertentu dalam Majlis Agama Islam – Perbadanan Baitulmal.

Saya rasa malang, tapi besok agaknya kita punya bill Perbadanan Majlis Agama Islam akan dibentangkan. Saya akan sebut Dato’ Yang Dipertua, kerana saya rasa kesal kerana Perbadanan Baitulmal, ataupun yang saya panggil dulu, Perbadanan Pengurusan Baitulmal, Dato’ Dipertua adalah badan pengurusan. Dia cuma, Perbadanan Pengurusan Baitulmal. Kita Ada ring-fencing facilities. Berapa dia nak pakai satu tahun kita akan release-kan 6 bulan 6 bulan sekail. Duit masih lagi duit Majlis Agama Islam. Bahkan Majlis masih berkuasa penuh nak melantik pegawai pun mesti dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dan Kewangan MAINS. Tetapi tak tahulah apa jadi ya. Ada orang yang pindah daripada anak syarikat MAINS mendapat beratus ribu ringgit dengarnya, kan. Padahal pada ketika saya itu, saya pengerusi Dato’ Dipertua, kita telah pun bersetuju bahawa migration ini cuma dapat 1 increment saja kerana tidak ada injury. Perpindahan mestilah tidak kurang daripada apa yang dia dapat pada masa ini. Dia tak kehilangan kerja. Saya tak tahu lak bagaimana ia boleh dibayar pampasan begitu besar sekali. Saya rasa ini tak masuk akal, Dato’ Dipertua. Di situ saya ada soal sikitlah, saya ada ragu-ragu sikit.

Perbadanan Pengurusan Baitulmal ini dulu ditubuhkan cuma untuk kita membawak balik kerana kita nak supaya kita dapat keluarkan waran perjawatan kita sendiri kerana selagi ada, Dato’ Yang Dipertua, terutamanya apa, kita waran perjawatan susah. Kita nak anak Negeri Sembilan ataupun siapa-siapa yang mempunyai kepakaran, balik. Agama ni perlu diuruskan. Tak apalah, pakar-pakar bidang agama tu memang ada tetapi mesti diurus dengan baik. Mesti ada bidang kepakaran pengurusan. Dia tak semestinya dalam bidang agama. Seorang akauntan yang baik boleh mengurus. Seorang engineer yang baik, seorang peguam yang baik, boleh mengurus, jadi pengurus yang baik. Kalau nak pasal agama, kita banyak pakar agama. Daripada Longgeng pun ada. Tadi bagi tazkirah, mintak maaf saya tak sempat dengar ya.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, itu tujuan asalnya tetapi tak tahu jadi macam mana, saya pun tahu. Kerana pada Ketika itu, Dato’ Yang Dipertua, kita tubuhkan Perbadanan Pengurusan Baitulmal kerana kita tidak mahu Majlis Agama Islam berniaga. Majlis Agama Islam suatu badan Majlis. Dan merupakan merangka dasar dan dasar ini perlu dilaksanakan. Dulu ada MAINS Holding, berniaga hotel, macam-macam ya. Berniaga equipment, barang-barang sewa. Ada MAINS itu, MAINS ini. Jadi, kita tak nak MAINS ini terlibat dalam perniagaan, kita buat Perbadanan

Pengurusan Baitulmal dan itu sebabnya Pusat Zakat, MAINS Holding semua dah masuk ke dalam Perbadanan Pengurusan Baitulmal. Tetapi duit zakat apa semua, semua di bawah MAINS. Dato’ Dipertua, tak apalah ya, sebab dah dibuat.

Dato’ Dipertua, banyak jurang-jurang yang perlu kita lihat ya. Sekarang ni kita dalam keadaan normal yang baru, norma yang baru. Walaupun dalam kita punya statistik peringkat kebangsaan, Negeri Sembilan pencapaian internetnya tinggi ya, 93.3% tetapi dia tidak menggambarkan secara keseluruhannya. Di luar bandar, Dato’ Dipertua, kalau kita bukak, dia berpusing pada pagi sampai petang, tak dapat-dapat. Saya harap supaya Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, kita kena berkeras dengan telco-telco ni ya. Jangan mereka nak ambil tempat yang untung sahaja ya. Dulu saya pernah cakap dalam Dewan ini, kalau dia ambil 2 di tempat yang untung di bandar, dia mesti buat satu sekurang-kurangnya di kawasan luar bandar, yang sebagai lost leader ya. Dia tak ambil boleh untung semua, di luar bandar siapa nak buat? Yang banyak tercicir anak-anak luar bandar, terutamanya 2 tahun tak bersekolah. Mana budak-budak ni nak belajar. 2 tahun anak-anak di ulu Rembau, di ulu Pilah, di ulu Jelebu tercicir Dato’ Yang Dipertua. 2 tahun terbazir dan mereka ini tidak terdedah. Kita akan mengalami satu generasi Dato’ Yang Dipertua, yang, yang ter, terencat pelajarannya.

Jadi, kalau boleh Kerajaan Negeri Sembilan, kalau boleh pulak lagi, yang baiknya, ada duit, tadi Yang Berhormat Chennah kata, saya setuju ada duit, tambah gadget ke apa. Dan, ramai mahasiswa yang menganggur sekarang. Kita buat macam satu ketika dulu, tahun 80an, kita buat apa yang dipanggil sebagai operasi penuh, operasi penuh. Kalau Dato’ Dipertua ingat lagi kan? Bagi mereka ni satu kampung dia mengajar. Satu orang ambil 10 orang, mengajar. Bagilah 1,000.00 sebulan, kan. 250 orang, 250,000.00 sebulan. Apa susah. Yayasan boleh buat. Yayasan boleh tanggung. Duit pendapatan kelapa sawit yang saya usahakan dulu, sekarang ni beratus ribu setiap bulan dapat. Alhamdulillah, harga kelapa sawit, CPO (Crude Palm Oil) punya price sekarang 4,200.00, sedap kan, bagus. Gunakan. Jangan kita kumpul untuk menunjukkan rizab kita besar, tetapi kita tak gunakan kepada rakyat. Tak guna jugak ya kumpulkan, buat operasi penuh supaya anak-anak, pelajar-pelajar siswazah ini, yang keluar, anak muda ini, tak lah resah gelisah, ibu bapak dah menyara mereka, tiba-tiba dah keluar daripada universiti, tak ada kerja. Orang paham, tapi selagi, selama mana. Kerajaan Negeri ambil inisiatif, kita buat usaha operasi penuh. Dia satu kampung, ajar. Satu orang, 10 ke 15 orang murid, ajar, dah ya. Supaya mereka ini mendapat jugak saksama dia punya pendedahan dengan anak di bandar, anak di bandar tak ada masalah, Dato’ Dipertua,

sebab dia boleh dengan gadget dia, dengan apa, omak ayah mampu apa semua kan. Itu pun bukan semua, miskin bandar kadang-kadang ni kita tak, kita tak boleh lihat dengan mata kasar ya. Banyak jugak yang miskin di bandar. Ini saringan kita melalui Jaringan keselamatan Sosial, perlu diperkasakan, Dato’ Dipertua. Tetapi itu saya kata tadi, 144 juta ini hampir sama banyak dengan hasil cukai negeri kita. Urus baik-baik, supaya jangan nanti, walaupun dah kita ada had kifayah, kita naikkan, ada yang sampai dapat, titah Tuanku kata dapat, ada orang yang dapat 700 – 800, alhamdulillah. Tetapi duit 144 juta ini, banyak Dato’ Dipertua ya, banyak jumlah dia. Jadi saya harap supaya kita urus dengan baik. Itu gerbang digital kita kerana ketidaksamaan pendedahan dan jugak, digital kita di kampung masih kurang lagi, Dato’ Yang Dipertua ya.

Yang lain, Dato’ Yang Dipertua ialah berkenaan dengan langkah-langkah untuk kita pastikan supaya pengurusan dengan baik, Dato’ Dipertua. Saya nak mintak tanya sikitlah ya, di sini, apa jadi dengan kita punya investment-investment kita? Kalau boleh ya. Saya dengar khabar, tanah, tanah MBI, tanah apa semua banyak dibuat joint venture tapi tak tahu apa dengar apa khabar. Tanah yang Kerajaan Negeri Sembilan telah dapat, kalau tak salah saya, 100 ekar nak buat rumah 100% Mampu Milik 80,000.00 ke bawah, dilabur. Tapi dengarnya dia sekarang pembangunan bercampur. Apa jadi dengan PPR di Ladang Kirby? Itu khusus untuk pekerja estet masa tu. Memang kita khususnya untuk orang pekerja estet di situ. Saya tak dengar lagi adakah ladang, rumah PPR di Tanah Merah tersebut telah pun masuk orang. Tapi satu saja, di kawasan saya Dato’ Dipertua, PPR di Rantau dah lama siap, dah diundi pun. Dah berapa kali janji nak bagi kunci. Kuncinya kunci apa ni, payah bona ko nak buek kunci. Kunci tembago ko? Tak bagi-bagi. Rumah dah banyak masuk kecurian, vandalism dah banyak situ. Jadi saya mintak supaya Dato’ Dipertua, dah cukup masa? Supaya dibagilah segera, Yang Amat Berhormat ya, saya mintak supaya yang mereka tu keluarga susah-susah, mereka menyewa. Segerakan, saya mintaklah ya, supaya segerakanlah ya. Kesian kat dia orang. Hampa harapan dia orang kerana dah banyak kali nak beri kunci, tapi tak jadi-jadi, Dato’ Dipertua ya.

Jadi, ada beberapa perkara lagi Dato’ Yang Dipertua ya. Jalan ni penting. Saya ucap tahniah kepada pihak JKR kerana telah pun dapat menyiapkan jalan baru, menyambung daripada Temiang ke Pantai. Ini memendekkan. Haa ini merupakan salah satu daripada usaha kita untuk buat kita punya ring road, outer ring road kita. Dah cantik dengarnya. Dia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu di kawasan Ampangan, sebab dulu orang terpaksa keluar sampai Ampangan, naik balik. Sekarang ni terus masuk LEKAS.

Saya tak tahu dia sejauh mana Dato’ Dipertua, jalan kita nak, Kampung Simpang Gagu nak pergi ke Semenyih tersebut dibuat atau tidak ya. Saya harap sambung. Ini merupakan the outer ring road Negeri Sembilan yang kita sambung-sambung Dato’ Dipertua, bahawa orang akan ikut outer ring road. Orang daripada Jelebu nak pergi ke Semonyih, tak payah turun Seremban, naik balik. Dia terus ya. Pendek ya tu. Buat elok-elok ya.

Saya tak tahu apa status jalan KLIA – Senawang. Apa status dia. Pengambilan tanah dah dibuat dulu, ya. Boleh jadi di-KIV-kan. Saya harap supaya pihak Kerajaan Negeri Sembilan, orang kata mintak supaya ini diteruskan. Ini akan memendekkan masa orang daripada KLIA nak pergi Port Dickson. Dia akan memberikan nafas baru kepada Port Dickson. Kita kata kita nak supaya pembangunan pelancongan ekonomi kita. Orang yang dah 7 jam, 8 jam naik kapal terbang, nak pergi ke destinasi pelancongan, dia tak mahu lagi bawak, naik kereta sampai 1 jam, Dato’ Dipertua. Paling lama pun setengah jam. Itu sebabnya dulu kita buat KLIA – Seremban, ada exit Seremban/Port Dickson.

Tak tahu apa jadi keretapi Seremban – PD, ya. Itu perlu kita lihat supaya ianya di, dibuat dan ia dapat, kita perlu, Negeri Sembilan perlu bangun segera. Jangan lama sangat kita bersedih tentang COVID ini. COVID will be with us, COVID will be work with us forever, dengan izin, but how are we going to manage this. Kita mesti fikir secara luar biasa, Dato’ Dipertua, nothing less than pump prime and come up with a polisi yang boleh menggamit pelabur datang Negeri Sembilan. Yang orang, will never hesitate to come to Negeri Sembilan. This is the state, this is the place where we can put our money. Itu patut kita buat ya, supaya bangun segera, ini bukan untuk sesiapa dan untuk Negeri Sembilan kita Dato’ Dipertua ya.

Jadi, itu sahajalah Dato’ Dipertua yang nak saya apa, sebab besok pagi ada lagi. Tetapi lagi sekali, satu saya nak buat iaitu, saya setuju dengan Chennah. Kalau boleh buat resolusi dalam Dewan yang mulia ini, tak tahu sama ada Parlimen nak buat dulu ke, kita nak buat dulu, supaya enakmen lompat parti ini kita buat. Saya, parti saya Dato’ Dipertua, tak ada masalah. Di peringkat Negeri Sembilan tak ada masalah. Tapi saya dengar huru hara – huru hara Negeri Sembilan ni apa hal? Kami tak ada apa-apa. Sepatutnya kami punya langkah, baru huru hara. Ini sesama sendiri macam ikan sembilang kena kabait, menggelogak tak tentu arah, apa hal? Keutamaan kita Dato’ Dipertua, ialah supaya negeri kita ini diurus dengan baik, itu dulu. Kalau nak menghuru-harakan Kerajaan Negeri, saya dengan kawan-kawanlah boleh huru

harakan, tapi kita tak mahu, itu bukan cara kita berpolitik hari ini. Politik kita hari ini politik rentas politik, rentas parti Dato’ Dipertua. Politik merentasi parti untuk keutamaan kita, rakyat dan negara kita. Itu penting ya. So ini kita buat, kalau boleh kita buat enakmen kita sendiri dulu. Kita buat, why not, we can come with our own statement, enactment. Kita negeri yang berdaulat, kita bukan kata kita tak mahu pakai Act of Parliament, tapi Act of Parliament memang belum ada ya. Jadi kita buat supaya Negeri Sembilan merupakan negeri pertama ada enakmen yang …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

YB Rantau, saya sokongan penuh ratus peratus lompat parti. Terima kasih.

Ada mahu lompat ka? Kita buat ya. Itu saya sokong. Lepas tu, kita buatlah lagi enakmen, enakmen dana politik ke. Saya tadi ada dengar kawan, rakan-rakan saya cakap, kalau di peringkat Persekutuan, Parlimen-Parlimen daripada pembangkang pun dapat 300,000.00. Betul kan? YB Loke ya, betul dapat kan? Kita tak nak lah mintak-mintak. Tetapi saya katakan tadi, dah tiba masanya kita mengamalkan satu corak politik rentas parti. Yang pentingnya, rakyat di Rantau ni bukan rakyat Negeri Sembilan ke? Saya dulu masa saya, Dato’ Dipertua, saya tak pernah kata tak ada, semua ada. Dan peruntukan tu ada di situ, kalau nak pakai, pakai melalui Pejabat Daerah. Semua boleh buat. Tak ada pulak kasi cash kat siapa-siapa, no. Projek-projek kecil. Saya dengar khabar, dalam kita punya bajet tak ada P56, tak ada, kosong. Tapi tadi YAB Sikamat kata ada pulak P56, mana datangnya? Ni kita dalam filem now you see, now you don’t ke? Dalam bajet jelas tak ada P56. Tapi tadi bila disoal jawab oleh, soalan lisan tadi, saya dengar ada pulak P56. Mana tibo eh? So, itu antara yang saya soallah ya. Ni perlu diterangkan.

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya, kita, saya menyokong menjunjung titah, titah perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat YB Rantau. Cuma 2 – 3 hari ni kita tak boleh bagi panjang, sebab kita nak tamat 4:30, kalau biasa saya bagi keutamaan kepada ketua pembangkang. Dia bercakap berapa lama pun. Tapi kita besok pun kita akan habiskan sampai 4:30, tak sampai malam. Sebab kita tak dibenarkan berkurung lama-lama kat sini. Kita harap kita tak ada dijangkiti apa-apalah, inshaa Allah ya. Okay. Saya teruskan kepada pembahas yang seterusnya.

Siapa nak mintak dulu, boleh, tak kira. Saya, tadi, berapa orang dah tadi? Baru 2 orang tadi kan, campur Yang Berhormat, 3-lah. Yang Berhormat Rantau, 3-lah. Ada tak tadi? Oh, Yang Berhormat Linggi, silakan. 10 minit ya.

Inshaa Allah. Terima kasih Dato’ Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku di Istiadat Pembukaan dan Perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan ini pada hari Jumaat yang lepas. Dato’ Yang Dipertua, Linggi dengan penuh rasa syukur dan takzim mohon menyokong usul menjunjung kasih ini atas titah ucapan baginda tempoh hari.

Antara pesan pertama yang ditekankan oleh baginda Tuanku dalam pesannya adalah untuk kita sama-sama memastikan keharmonian, keselamatan, keamanan dan kemakmuran negeri ini dinikmati oleh sekalian rakyat tanpa dibatasi sempadan kaum, bangsa, agama mahupun politik. Dan di bawah tajuk Cabaran Dan Budaya Norma Baharu, baginda Tuanku juga telah menzahirkan hasrat yang mana baginda menyatakan amat berharap supaya ahli Dewan menggunakan peluang dan ruang untuk memberi perhatian kepada usaha untuk membantu rakyat. Di samping itu, usaha bersepadu perlu digiatkan melibatkan pemimpin masyarakat termasuk ahli-ahli Berhormat pembangkang, ketua agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik ini. Sesungguhnya Linggi menjunjung setinggi-tingginya titah Tuanku itu. Saya yakin begitu juga harapan dan komitmen semua ahli-ahli Yang Berhormat termasuk ahli-ahli, ahli-ahli Berhormat pembangkang.

Dan sehubungan dengan itu, saya percaya kita semua telah sama-sama berusaha membantu rakyat sama ada dengan menyediakan dan menghantar bantuan makanan, PPE, bantuan perubatan, membantu mendaftar vaksin untuk mendapatkan suntikan vaksin, baik dengan cara menghantar ya, mereka yang tidak ada kemampuan ini ke pusat vaksin pada hari suntikan, mengadakan program outreach di kawasan yang berjauhan dengan PPV tetap, mewujudkan program vaksin bergerak ke rumah-rumah dan pelbagai usaha lain demi untuk memastikan yang rakyat kita semua ini selamat daripada dijangkiti oleh COVID-19 ini. Ini dilakukan oleh semua wakil-wakil rakyat, saya percaya, Dato’ Yang Dipertua.

Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang terlibat, baik daripada KKM front liners.

Dan khususnya bagi DUN Linggi, saya ingin merakamkan terima kasih kepada PKD Port Dickson dan semua doktor, jururawat, pegawai, kakitangan dan warga Port Dickson, PDRM, RELA dan semua frontliners bertugas dan sukarelawan yang terlibat dalam PPV tetap dan juga program outreach vaksin yang khususnya dijalankan di DUN Linggi di Sekolah Menengah Linggi. Dato’ Dipertua, ada 2 kali kita buat. Dan program vaksin bergerak rumah ke rumah pada mereka yang sakit terlantar yang tak mampu, tak berupaya untuk dapat vaksin. Jadi semua yang terlibat ini saya ucap terima kasih banyak-banyak. Juga kepada PPD Port Dickson dan Pengetua Sekolah Menengah Linggi dan semua warga sekolah Linggi kerana membenarkan lokasi sekolah dijadikan sebagai pusat, lokasi program tersebut.

Dan ini juga diakui oleh semua, kita wajar mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Pusat yang menyediakan bekalan vaksin bagi program-program ini. Dan kami di pihak pembangkang ni ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan Putrajaya kerana telah memberikan peruntukan kepada kami wakil rakyat pembangkang di Negeri Sembilan kerana berbekalkan peruntukan yang inilah membolehkan kami mengadakan program-program untuk membantu rakyat ini, Dato’ Yang Dipertua. Dan saya juga nak ucapkan terima kasih khusus kepada Yang Berhormat Rantau kerana memberikan sumbangan bakul sumbangan kepada mereka yang terkesan di DUN Linggi juga dermawan dan juga NGO-NGO yang terlibat. Dan yelah, saya kena cakap jugak, saya ucap terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana, kerana membenarkan dan tidak menghalang kami mengadakan program-program ini. Cuma itu setakat itu.

Kerana mengikut titah Tuanku, Dato’ Yang Dipertua, Tuanku ingin kita bersama-sama kan, tetapi bila kita lihat tadi, kerajaan mengakui bahawa ada 5.6 juta dibelanjakan, diberikan kepada pusat-pusat khidmat masyarakat DUN, dan saya lihat rakan saya daripada Gemencheh bertanya soalan, dan juga soalan bertulis saya, jelas tak ada satu sen pun daripada peruntukan itu yang disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang. Jadi, saya rasa ini agak, agak songsang atau tidak selaras dengan apa yang di, dihasratkan oleh baginda Tuanku. Kami yakin sekarang ini kita semua memang inginkan keselamatan dan kesejahteraan negeri ini, dan kalau, kalau apa, peruntukan disalurkan kepada kami, kami akan boleh membantu dengan berlipat kali ganda lagi. Apa pun, yelah, dia, kalau bak kata orang tua-tua kita, kalau, kalau, kalau benar bagai dikata, maka kotakanlah. Jadi kita mengharapkan agar titah Tuanku ini di, di, disambut baik oleh kerajaan dan kita buatlah norma baru demi kesejahteraan negeri kita.

Apa pun Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah kita telah berjaya mendapat imuniti kelompok lebih 80% tetapi yang perlu kita ingat di sini ialah 80% ini dewasa. Mereka yang berumur bawah 18 masih belum lagi divaksin. Saya tak pasti kalau salah, Tuan Dipertua, boleh, boleh betulkan. Tapi setahu saya Negeri Sembilan, kita tidak, tidak beli vaksin tambahan, kita mendapatkan sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat. Cuma saya mintak apabila kita dibenarkan besok untuk memvaksin anak-anak kita yang bawah 18 ini, Kerajaan Negeri Sembilan belilah vaksin untuk anak-anak kita bawah 18 ini, supaya kita segera, cepat memastikan yang anak-anak kita semua dapat divaksin.

Seterusnya Dato’ Dipertua, berkenaan dengan digital, dah disebut oleh Yang Berhormat Chennah dan YB Rantau. Memang kita sangat-sangat perlu untuk memastikan yang liputan dan kepantasan internet ini harus diperbaiki jauh lebih baik lagi kerana PdPR yang selama 2 tahun ini sangat-sangat menjejaskan pendidikan anak-anak kita. Jadi untuk memastikan ini tidak berterusan, Dato’ Yang Dipertua, pastikan, belanjakanlah untuk memastikan yang capaian dan liputan internet di semua kawasan berpenduduk ini di, dipertingkatkan dengan lebih baik lagi.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, baginda Tuanku juga menyedari bahawa sektor pelancongan merupakan antara sektor yang paling teruk terjejas sepanjang pandemik ini. Dan sektor ini masih lagi tertekan kerana walaupun kita dah masuk fasa ketiga, kita masih lagi tidak membenarkan pelancong daripada luar negara, rentas negeri masih lagi terhad, ramai lagi rakyat kita terutamanya anak-anak bawah 18 yang belum menerima 2 dos vaksin. Jadi ini sudah tentunya akan merencatkan sedikit sebanyak. Kita masih belum lagi dapat rancak seperti sebelum pandemik ini berleluasa. Sepertimana yang disebut dalam sidang yang lepas, dalam tempoh kita nak mendapatkan kerancakan sepenuhnya ini, mereka yang berada dalam sektor pelancongan ini perlu terus diberikan bantuan, diberikan insentif ataupun ruang untuk mereka reskilling sementara kita mencapai tahap yang seperti sebelum. Dan kita akui ya, kita akui bahawa memang sekarang ini rakyat ini sentiasa ternanti-nantikan untuk beriadah dan melancong.

Dan baginda Tuanku juga memesan supaya perancangan dan persiapan yang rapi perlu dilaksanakan khususnya penyediaan kemudahan infrastruktur. Dato’ Dipertua, kalau kita lihat sekarang ini, apabila kita dah bukak sikit fasa 2, fasa 3 ini, khususnya di Linggi dan di, di Port Dickson, saya lihat banyak betul rakyat tempatan khususnya yang mengambil kesempatan itu untuk mengadakan riadah berbasikal. Ni adalah satu aktiviti yang baik, yang sihat dan makin popular Dato’ Yang

Dipertua. Jadi selaras dengan itu, dan selaras juga dengan niat kita untuk meningkatkan pelancongan. Dan untuk peringkat awal ni, saya rasa Dato’ Dipertua, kita, kita utamakan, kita sasarkan pelancongan dalam negeri dahulu. Jadi bila bukak besok senang rakyat kita untuk memanfaatkan. Jadi yang saya nak cadangkan Dato’ Dipertua, adalah kita wujudkan laluan ataupun jalan-jalan khas untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti berbasikal ini terutamanya di lokasi-lokasi popular di, di, di, di, di Port Dickson ataupun laluan-laluan utama ke Port Dickson. Kalau hujung minggu Dato’ Dipertua, mereka banyaknya turun daripada, daripada Linggi terus sampai ke, ke apa, ke, ke pusat pelancongan di Port Dickson dengan, dengan menaiki basikal. Sangat banyak Dato’ Dipertua. Jadi kita ambil kesempatan ini, kerana ini bukan sahaja baik untuk, untuk rakyat kita, tapi ia juga boleh, juga boleh menarik pelancong dan boleh menambahkan pendapatan kerana mereka, mereka ini lalu di laluan-laluan ini, sudah tentunya mereka akan singgah untuk berehat dan sebagainya. Dan ini boleh menda, membantu rakyat kita untuk menambahkan pendapatan mereka.

Pada masa yang sama jugak, khusus kepada untuk penduduk tempatan, dan khusus di Linggi, saya ingin mencadangkan bawah tajuk yang sama, pelancongan ini …..

Yang Dipertua Dewan

2 minit lagi.

Alamak. Supaya diwujudkan laluan basikal daripada Pekan Linggi, susur Sungai Linggi hingga ke kolam takungan JPS di belakang Pekan Linggi itu dan patah balik ke, ke, ke, ke, ke Pekan Linggi. Ini sangat-sangat baik kerana kita boleh memanfaatkan potensi yang sedia ada. Kita tak, saya yakin belanjanya tu tak besar Dato’ Dipertua, tapi manfaatnya sangat tinggi.

Dan bercakap tentang riadah juga Dato’ Yang Dipertua, saya lihat sekarang ini banyak taman-taman rekreasi atau taman permainan kanak-kanak khususnya di taman-taman dan di rumah-rumah rakyat yang terbiar dan daif. Jadi saya mintak Kerajaan Negeri untuk lihat semula dan pastikan yang taman-taman rekreasi ini di, diperke, perbaiki dan di, ditambah baik. Khususnya saya lihat Dato’ Yang Dipertua, di, di DUN Linggi ini di taman permainan Kampung Warisan, di berhadapan dengan balai raya, tempat anak-anak kita pergi tadika, sangat-sangat daif dan menyedihkan. Di mohon kerajaan untuk perbaiki keadaan tersebut.

Sekali lagi berkenaan dengan keselamatan juga, saya mohon kerana penjarakan dan sebagainya ini, saya mohon supaya satu jalan alternatif diadakan untuk Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang kerana jalan masuk ke Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang sekarang ini terpaksa dikongsi bersama dengan Masjid Pasir Panjang dan juga Balai Polis Pasir Panjang. Dan jalan masuk dia tu adalah ke belakang pekan. Jalan nak pergi pasar. Jadi sangat sempit dan sangat merbahaya. Jadi saya mencadangkan kepada, kepada kerajaan supaya diwujudkan laluan masuk alternatif di bahagian belakang sekolah tersebut, belakang padang dan dia boleh masuk terus ke Kampung Sungai Sekawang tanpa lalu pekan, jadi selamat untuk semua dan keselesaan semua Dato’ Yang Dipertua.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya mintak lagi 2 minit. Saya ingin merujuk kembali kepada perkara yang telah dibangkitkan dalam Dewan sebelum ini, tapi masih lagi belum diambil tindakan. Terutamanya tentang banjir dan ribut, untuk memastikan tiada banjir di kawasan Mukim Linggi, saya mohon supaya di Pengkalan Durian itu, bertemunya Sungai Solok dengan Sungai Linggi, diwujudkan pintu air satu hala supaya air Sungai Linggi dia boleh banyak, dia tak boleh masuk dan tak boleh membanjiri kawasan-kawasan di, di 4 kampung ini.

Begitu juga dengan naik taraf jalan Kampung Cina Sawah Sunggala. Dah lama kita mintak Dato’ Dipertua, asal hujan saja dia akan naik dan menyebabkan akses ke tempat tersebut sangat tidak boleh digunakan. Khususnya jalan tanah merah ke lot 3215, di Kampung Cina Sawah Sunggala dan lot-lot sekitarnya. Saya mendapat aduan dan permohonan daripada mereka di situ supaya kerajaan menyegerakan permohonan ini Dato’ Dipertua.

Seterusnya Dato’ Dipertua, penghadang ombak. Penghadang ombak di Kampung Teluk Pasir Panjang. Ni perlu Dato’ Dipertua, kerana bila hari hujan atau ribut, perahu-perahu nelayan ini akan dihempas dengan ombak dan dia akan pecah dan bocor dan mereka ini menghadapi masalah yang sangat besar. Dahlah keadaan susah sekarang tapi di, di, dilanda pulak masalah sebegini. Jadi saya mohon supaya penghadang ombak di Kampung Teluk Pasir Panjang ini disegerakan.

Dan juga tentang surau, bumbung di Surau Al-Hijrah, Bandar Sunggala. Ni dah lebih setahun Dato’ Dipertua. Dia menyebabkan kegusaran penduduk kerana bumbung ini dipercayai tidak selamat dan perlu segera diganti. Dan selain itu, sekali lagi, dah lama mintak, perumahan mampu milik di tanah kerajaan di Kampung Tampin Linggi. Saya mintak sekali lagi di, di, di, di, di, dimaklumkan tentang perkembangan

terakhir projek ini. Dan jalan, jalan pintas daripada Pekan Linggi ke Sua Betong itu. Dan akhir sekali Dato’ Dipertua ialah berkenaan dengan balai bomba di, di pekan, Pekan Linggi. Saya utarakan ini kerana dulunya tanah ni tanah Kerajaan Negeri dan kita dah serahkan kepada Kerajaan Pusat, khususnya untuk pembinaan balai bomba ini. Tapi dah lebih 2 tahun ini, saya mohon supaya perkara ini disegerakan.

Jadi itu saja yang ingin saya sampaikan Dato’ Dipertua. Secara ringkasnya, Linggi menjunjung, menyokong sepenuhnya titah ucapan menjunjung kasih. Dan sekali lagilah kita mohon norma baru dalam kita menghadapi krisis sekarang ini, supaya kerajaan benar-benar serius dan kalau betullah seperti apa, sepertimana yang dinyatakan oleh titah Tuanku, pastikan yang penglibatan semua ahli-ahli Dewan ini diberikan peruntukan yang sewajarnya. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Linggi. Siapa lagi? Haa Seri Menanti, silakan.

Izin bukan apa, Dato’ Dipertua, bukak ya [face mask]. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membawak usul menjunjung kasih titah ucapan Tuanku pada petang ini. Dan pertamanya saya nak ucapkan tahniah ya, kepada kita semua sebab Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama mendapat imuniti kelompok berbanding dengan negeri-negeri yang lain. Dan apabila kita amati semula titah ucapan Tuanku, ada 2 kali Tuanku sebut ya, berkaitan dengan COVID-19 ini. Dan jugak vaksinasi, program-program vaksinasi yang telah dianjurkan ya, oleh kerajaan.

Dan saya tertarik apabila disebut tentang pusat-pusat vaksinasi ini sebab saya rasa saya jugalah salah satu DUN yang pertama ya, yang memberikan suntikan vaksin melebihi 95% yang awal. Sebab pertamanya, kita Seri Menanti ni taklah ramai sangat. Dan kedua dia, apabila Hospital Canselor Tuanku Muhriz memberikan tawaran untuk menyuntik apa ni, mereka-mereka ini dan, dan apabila apa ni, program tersebut hampir habis, maka Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Tan Sri Noor Hisham ya, dalam ucapan, dalam ucapan dia bagitahu bahawa Seri Menanti adalah salah satu DUN yang pertama. Jadi, saya nak bagitahu jugaklah dalam Dewan ni ya, melebihi 95% ya. Dan sebenar kami walaupun tidak menerima apa-apa bantuan daripada pakej-pakej Kerajaan Negeri, tetapi kami mengambil inisiatif ya, untuk memastikan rakyat ataupun pengundi-pengundi dalam kawasan kami ya, diberikan

suntikan vaksin bagi mencapai imuniti kelompok tadi. Jadi alhamdulillah ya, dengan usaha ini ya, dapek kita, di Seri Menanti dapek melaksanakan ya, dengan begitu baik, dengan kerjasama daripada KKM sendiri ya, PKD Kuala Pilah dan jugak jabatan-jabatan yang terlibat. Saya ucapkan terima kasih dalam Dewan ini kepada jabatan-jabatan terlibat.

Dan memanglah pada awal dia kita tengok untuk memberikan vaksin ini kepada orang-orang kampunglah terutamanya, dengan cerita-cerita yang bukan-bukan ya, dulu cucuk saja, cerita dia, cucuk saja vaksin dalam 2 tahun jadi zombi. Jadi ini berita-berita yang, yang, yang menakutkan ya. Cucuk saja vaksin ya, boleh meninggal. Jadi, macam-macam ya, propaganda yang menakut-nakutkan rakyat. Tetapi apabila dah bergelempangan mayat-mayat di dalam hospital, terutamanya di kawasan ya, Negeri Selangor, di, di Negeri Selangor ya, maka timbul kesedaran ketika itu. Dan masa tu jugak, ramai jugak pak lebai – pak lebai bercerito tentang apa ni anti vaksin ni. Dan akhirnya ya, mereka terpaksa akur ya, tentang perlunya vaksin ya, kepada mereka ini. Dan alhamdulillah ya, dengan kesedaran itu, maka kita dapek sampai ke tahap imuniti kelompok yang ada sekarang ini. Dan kita harapkan ya, program kita ini akan dapat kita teruskan ya, dengan anak-anak kita yang bawah ya, 18 tahun ini. Dan saya ucapkan terima kasih ya, kepada apa ni, kepada Kerajaan Pusat yang memberi fokus ya, kepada kita dalam melaksanakan vaksinasi ini di dalam DUN Seri Menanti-lah khususnya, saya nak bagitahu ya, dan, dan dalam Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa begitu penting ya, kita untuk mendapatkan vaksin ini apabila kita melihat ya, sesedara kita, keluarga kita, dan saya sendiri Dato’ Yang Dipertua ya, walaupun saya dah divaksin, pada 7 haribulan 4 dulu, tetapi 2 bulan lepas, itu yang kedualah, complete dah, 2 bulan lepas saya positif COVID. Dan alhamdulillah ya, disebabkan saya dah divaksin, dah lengkap vaksin, maka saya tak adalah mendapat simptom yang, yang, ada simptomlah ya, ada simptom.

Yang Dipertua Dewan

Berjangkit tak dekat Chombong?

Tak, tak, dia tak menjangkit.

Yang Dipertua Dewan

Tak menjangkit ya.

Saya punya, saya punya virus tu dia dah lemah Dato’ Dipertua, sebab dah vaksin ya. Dan sebab tu bila, dan saya melaksanakan program-program vaksinasi, saya vaksin, saya mengalami sendiri apa semua dan saya sentiasa berhadapan dan saya sendiri dalam program saya bersama-sama dengan Ketua Pengarah apa ni, apa, Ketua Pengarah Kesihatan, dan saya lihat SOP yang kami laksanakan taklah sehebat SOP yang ada dalam Dewan ni. Dalam Dewan ni seolah-olah kita tak, tak ada dapat, tak, tak, tak cucuk vaksin lagi ya, seolah, seolah-olah. Saya setujulah ada SOP, bukan saya menolak SOP ya, saya setujulah. Tapi saya sebut tadi dengan, dengan SOP yang begitu ketat sekali ya. Saya tadi terlupo nak, nak, nak apa test pakai ludah tu. Akhirnya terpaksa jolok hidung Dato’ Yang Dipertua kan. Terpaksa jolok hidung. Dan, tapi kalau hari-hari jolok hidung ni Dato’ Yang Dipertua, maun bosa lubang hidung saya Dato’ Yang Dipertua kan. Jadi, saya harap ya, Dato’ Yang Dipertua, tak adalah sampai macam tu sangat ya, bila kita dah tengok kita punya keputusan apa kita, kita punya keputusan tadi, COVID yang kita test tadi negatif, jadi itu dah boleh jadi panduan bagi saya. Dan dengan sekatan-sekatan, tak bertarik menatang ni, Dato’ Yang Dipertua, apa ni, Jabatan Kesihatan dah complaint kan, kita tak ikut SOP. Ini bagi saya, ini kan. Jadi kalau nak menjangkit tu, bak kata Yang Berhormat Rantau tadi, melalui airborne, dia kalau nak berjangkit ya. Saya setuju dengan apa yang tindakan Dato’ Yang Dipertua, 4:30 kita habis sidang, jadi sonang. 4:30 tak ada melalut sampai ke malam, dan saya bersetuju untuk kita habiskan pukul 4:30 Dato’ Dipertua. Jadi walau bagaimanapun, sekali lagi saya ucapkan tahniah ya, sebab kito telah bersama-sama ya, untuk memastikan negeri kita mendapat imun, apa ni, imuniti kelompok.

Jadi tentang pelaburan Dato’ Yang Dipertua, yang disebut jugak dalam titah ucapan Tuanku, dengan kenaikan 14%. Tak heran Dato’ Yang Dipertua sebab saya tahu ya, kita punya exco, exco pelaburan kita orang kanan kepada Menteri MITI, kita tak heran. Masih intim lagi sebab tu beliau mampu bawak Dato’ Yang Dipertua, bawak pelabur-pelabur. Dan lopeh ni ya, kita punya exco pelaburan jangan stop ya, kono teruskan dengan usaha-usaha macam ni, haa tu deh hebat eh kita punya exco apa, exco pelaburan kita ya. Dan saya harapkan kita teruskan sepertimana yang disebut oleh YB Rantau tadi agar pelabur-pelabur walaupun keadaan yang terdesak sekali pun, dalam keadaan yang begitu tertekan sekarang ini, tapi kita mampu menawarkan ya, peluang-peluang pelaburan, beri peluang kepada anak-anak muda kita, rakyat kita ya, dalam apa ni, meneruskan kerjaya mereka. Dan tahniahlah sekali lagi ya, kepada kita punya exco kita yang bertungkus lumus nampaknya bekerja kuat.

Dan saya, saya rasa dukacita Dato’ Yang Dipertua, apabila ada satu tender saya sebutlah, tender ni tender pertanian, membekal baja ya, oleh Jabatan Pertanian Negeri Sembilan. Apabila PPK Tanjung Ipoh masuk tender, PPK ni mewakili apa tu 3,000 orang ahli dan juga ada lagilah, termasuk PPN dan sebagainya masuk tender, tapi tup-tup, yang kami yang pakarlah dikatakan pakarlah membekal baja dan sebagainya, tup-tup yang dapat orang Melaka. Jadi soalan sayalah nanti untuk dijawab ya, mengapa pulak orang Melaka yang dapat, bukan orang Negeri Sembilan? Utamakanlah patutnya kepada orang Negeri Sembilan. Saya harap ya, Yang Amat Berhormat Sikamat kena ambil perhatian sikit ya, tentang perkara-perkara yang saya kira, tak tahulah ada penyelewengan dan sebagainya, yang tak memberi peluang ya, kepada kita punya kontraktor-kontraktor yang ado ya, dalam, yang berwibawa, Dato’ Yang Dipertua, yang ada dalam negeri kita.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh tentang jalur gemilang. Sebab dalam Dewan ni saya selalu sebut. Yang Berhormat Rantau pun sebut tadi, kita jangan terpedaya ya, kita jangan terpedaya dengan telco-telco ni Dato’ Yang Dipertua. Dan mereka sentiasa memperdayakan kita sebab kita tengok ya, banyak tompek-tompek yang masih lagi tak coverage dia …..

Jalur lebar [bercakap secara off mic].

Jalur lebar, jalur lebar, sorry, jalur lebar ya, jalur lebar. Sorry, jalur lebar, jalur lebar, banyak kawasan-kawasan, terlampau syok naa Dato’ Yang Dipertua. Jalur lebar, banyak kawasan-kawasan Dato’ Yang Dipertua, yang masih lagi, masih lagi coverage dia yang, yang apa, yang, yang kurang, yang lomah ya. Kalau kita tanya telco, semua okay, ya. Dan saya harapkan pihak Kerajaan Negeri …..

Yang Dipertua Dewan

Boleh tak saya cakap pasal tu sikit?

Haa boleh.

Yang Dipertua Dewan

Dia karang takut dia salah melencong bahas ni. Sebenarnya dulu, kita yang jadi masalah kita ni, kita takleh salahkan Telekom sebenarnya. Sebab dulu kita ada satu istilah nama eco access. Eco access ni di mana, saya masa kerja Telekom dulu saya bagitahu ni, di mana sepatutnya eco access di Amerika semua company-

company syarikat besar, joint telecomunication ni dia punya infra sama banyak. Tapi kita di Malaysia, kita laksanakan eco access, masuk Telekom 95%, semua apa ni, infra ni Telekom punya. Tapi bila eco access, mereka boleh gunakan kita punya telefon ni, line kita ni, apa kabel kita ni dengan harga yang murah tu, dia offer tu, dekat PJ, kat Subang Jaya. Kita dia offer harga murah untuk talian telefon ni, sewa apa semua, padahal dia guna kita punya access, access fee dia tak bayar, termasuklah TV3 macam tu, berjuta tak bayar. Masa tu TIME Telekom-lah, ini menyebabkan Telekom jadi jatuh tu. Sebab tu kadang dasar ni dia merosakkan semua.

Pasal tu bila sebut pasal jalur lebar ni yang tak dapat tempat apa ni, sebab masa tu saya, saya bertugas di Petaling Jaya, ni cerita lain ni, di Petaling Jaya masa tu ada satu tempat-tempat di, apa, Puchong, Perindustrian Puchong masa tu, kawasan tu dah dibagi kepada Binariang Maxis untuk buat infra. Dia tak buat. Orang situ, dia tak buat, mana tahu infra ni mahal. Satu, satu, kabinet Telekom tu 480 ribu, ada 400 line tu. Jadi dia tak buat. Tiba masa dia report pun ada. Zaman masa Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri. Dia telefon Dr. Mahathir, Dr. Mahathir telefon CEO saya masa tu, CEO saya. CEO telefon saya. Haa, terperanjat tuan-tuan. Saya kata; ini bukan coverage kita, ini kita dah serahkan kepada Maxis untuk laksanakan. Sebab itu, dasar ni kadang merosakkan semua benda. Kalau Telekom dah cover semua. Tapi pertandingan ini menyebabkan kita rugi. Telekom kepunyaan rakyat. Staf Telekom asalnya ada 100 ribu lebih, sampai masa saya tu tinggal 30 ribu orang je, sekarang tinggal 18 ribu.

Ni, ini, ini maknanya kita ni yang, jadi pemimpin ni jaga-jagalah buat dasar buat apa. Betullah kadang bila cakap telecommunication ni saya selalu kadang-kadang dengar ya, tapi saya takut tuan-tuan ni salah, salah maklum. Kadang kita salahkan Telekom, salahkan Telekom. Tapi sebenarnya tidak ya. Saya, sebenarnya lain-lain eco access ni dia gunakan kita punya kabel. Tapi access fee pun tak bayar, lalu kabel kita, dia terus, telefon masuk rumah dia, Maxis punya, nombor Maxis. Tapi laluan kabel bawah, kita punya. Tapi tak bayar access fee tak payah bayar, bayangkanlah, berapa untungnya. Kabel tak buat. Maintenance kita kena buat. Mintak maaflah ini, kali ni, kali pertama saya mencelah macam ni. Pasal kadang …..

Saya sokong Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. banyak orang bercakap jalur lebar, digital, saya tengok semua merapu, semua tak dapat, tak dapat makumat yang apa, yang betul. Okay terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya setuju Dato’ Yang Dipertua. Ibaratkan sekarang ni Dato’ Yang Dipertua, kita punya infra ni untuk, untuk jalur lebar kita ni, ibaratkan kalau kek kawasan saya tu, jalan Talang tahun 70an dulu Dato’ Yang Dipertua. Kita melangut cerita tentang 5G Dato’ Yang Dipertua, kan. Tapi kita punya infra kita ya, tentang jalur gemilang ni ketinggalan macam jalan Talang tahun 70an. Agak eh macam mana tu?

Jalur lebar. Jalur lebar ni ya ….

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ya. Sampai sekarang kalau kita tengok kek Talang ni, ya, jalur lebar ni dah kuncup dah Dato’ Yang Dipertua. Tahun 70an punya jalanlah, macam mano agak-agak eh? Haa macam tulah Dato’ Dipertua sekarang, dia punya infra. Infra sekarang ni. Sebab tulah ya, bila kita sebut jalur lebar ni, sangat teruk sekali. Apabila, terutamanya murid-murid ya, sekolah sekarang ni yang belajar di, di, apa, daripada rumah ni, ya, menggunakan internet. Cubalah Dato’ Yang Dipertua bayangkan dokek Gunung Pasir ya, dokek Buyau, Kampung Tongah, macam manolah ghoman eh agak eh budak-budak belajar. Tak dapek Dato’ Dipertua, sebab tak dapek akses jalur lebar ni.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya harapkan ya, apabila saya tanyolah 2 – 3 orang pegawai dengan jalur lebar ni– apa masalah korang ni tak boleh buek meni, upgrade kita punya jalur lebar di sini? Jawapan dia, dia kata; kita kekangan kita ya, di Kerajaan Negeri. Saya tak tahulah betul tak betul mintak nanti Yang Amat Berhormat ya, Sikamat …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Saya, saya, saya tak tahu Dato’ Yang Dipertua, ini jawapan dia. Saya tanya dia orang, mengapa, mengapa. Jadi bila Yang Amat Berhormat Sikamat jawab nanti, saya akan, saya akan tuding balik kepada mereka ini. Kau kata Kerajaan Negeri menyekat ya, tapi sebonar eh, bagi saya, yang auta ni, saya, pendapat saya sendiri pun mengatakan, yang auta ini adalah telco-telco ini Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tak bukan Dato’ Yang Dipertua, telco, telco. Telco. Telco Dato’ yang Dipertua. Jadi inilah yang masalah-masalah …..

Yang Dipertua Dewan

….. bila diisytiharkan eco access, dia kena pastikan, syarikat telco ni sama dia punya, dia punya apa, infra. Maxis mesti 40 percent, apa 40 percent, TIME 40 percent. Yang berlaku 90 percent Telekom punya. Dia gunakan tu semua line tu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua. Hari ini 4:30 tamat ka, pukul 5:00? Okay, okay, terima kasih Dato’.

Seremban Jaya, jangan kacaulah. Jangan kacau haa.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Seri Menanti, saya bukan kacau sama you. Saya tanya kepada Dato’ Yang Dipertua …..

Bukan …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. hari ini 4:30 ka atau 5:00 tamat, petang haa. Saya tanya itu pun…..

Ya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. you tak boleh tahan. Saya mana ada kacau sama you …..

Seremban Jaya, dia ex Telekom.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

You saya punya kawan baik. Okay Seri Menanti, pasal kita punya Yamtuan ada sana …..

Ya, ya, ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. saya mahu hormat sama you.

Nanti saya bawak you makan durian haa. Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Saya mintak maaflah mencelah tadi ya. Pasal apa saya tak nak pasal saya dah banyak kali sidang saya tengok bila banyak orang cakap pasal telecommunication ni, semua merewang pasal dia orang tak tahu sebenarnya peranan Kerajaan Negeri, peranan Kerajaan Pusat, telco sendiri macam mana, yang eco access tu macam mana. Satu hari saya ingat kena bagi taklimat sendirilah. Kita panggil, taklimat pasal apa, taklimat khas untuk Yang Berhormat-Berhormat pasal telco.

Saya setuju Dato’ Yang Dipertua, saya setuju. Kita bawak semua telco ni Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Cerita pasal taklimat pasal telco, kita panggil Maxis, kita panggil Telekom, panggil TIME, panggil apo. Masa tu kita bantai dia. Korang ni tak buat kerja, dia nak untung je.

Bila kita nak buek tu Dato’ Yang Dipertua? Bilo agak eh?

Yang Dipertua Dewan

Saya akan buat, kita akan buat arrangement nanti.

Okay, saya setuju Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Supaya tuan-tuan ni bermaklumat dan bercakap betul-betul ada fakta yang betul. Betul tak?

Chembong satu undi Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Haa?

Chembong bagi satu undi.

Yang Dipertua Dewan

Sokong tak? Sokong tak?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. kita panggil 011, 014, 012, 019 semua kita panggil, okay. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Seremban Jaya, 007 tak panggil ka?

Okay Dato’ Yang Dipertua [pembesar suara dalam keadaan senyap] ….. sebab tu Dato’ Yang Dipertua, bila Seremban Jaya sanggah …..

Dato’ Speaker, ada cerita P.Ramlee kita kata apa, hantam sajalah.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bagi saya rodo sikit dulu, boleh? Seremban Jaya jangan kacau lagi ya, tak ada 017, 018 tak ada.

Jadi, kesimpulan Dato’ Yang Dipertua, tentang apa tadi, jalur lebar tadi ya, itu, saya, sebab kita masih teringat lagi Dato’ Dipertua kan, hari kebangsaan, tu sebab jalur gemilang. Jadi jalur gemilang tu dengan jalur lebar tu …..

[pembesar suara dalam keadaan senyap]

Yang Dipertua Dewan

….. memang tak boleh bercakap lagi tu …..

Okay, Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

….. memang tak boleh lagi tu, okay.

Saya, saya menyokong, saya menyokong usul titah ucapan Tuanku. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okay sama-sama. Zaiful sambung.

Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, saya tengok Seri Menanti 34 minit. Saya mintak Chombong pun macam tu besok Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Allahuakbar, sekarang 3:50. Siapa lagi nak bercakap 3:50 sampai pukul 4:00 ni, cepat bangkit seorang. Tak ada. Kalau tak ada saya tamatkan pukul 4:00. Besok kita sambung balik, boleh? Boleh semua setuju? Saya, saya dengan, itu, Seremban Jaya, bukan pukul 5:00 tau, sekarang pukul 4:00 saya tamatkan. Okay kita tamatkan kita sidang ni, dan saya ucapkan terima kasih kepada semua, besok …..

Sambung besok.

Yang Dipertua Dewan

….. kita sambung balik sidang kita. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT, silakan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 3.50 petang dan akan disambung semula pada hari Selasa; 7 September 2021 bermula jam 10.00 pagi]