Negeri Sembilan · 7 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting (Opening) · 220 turns · 36,568 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa, dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Allahumma 'afini fi badani. Allahumma 'afini fi sam'i. Allahumma 'afini fi bashari. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SAW, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah hari ini 7 September 2021 merupakan hari ketiga bagi Persidangan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14 disambung semula. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan ini. Selain daripada itu juga, saya ingin memberi peringatan kepada semua hadirin supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan juga telah menerima maklum ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Pilah; Tuan Haji Mohamad Nazaruddin bin Sabtu pada 6 September atas faktor kesihatan. Dan saya telah menerima cuti sakit beliau hari ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan bersidang hari ini sehingga pukul 4:30 dan masa yang ditetapkan hari ini untuk semua ahli-ahli Yang Berhormat 10 minit. Dan kita, manakala kita akan pastikan bahawa semuanya mengikuti masa dan kita memberi ruang kepada Yang Berhormat untuk menyampaikan segala fakta-fakta penting bagi kebaikan semua. Oleh itu, saya mohon sekali lagi semua ahli Yang Berhormat mematuhi masa dan saya berharap kita akan dapat selesaikan sidang ini seperti masa yang ditetapkan kerana kita tidak digalakkan untuk duduk lama dalam ni. Dan alhamdulillah, 3 hari semua sihat, saya tengok daripada pihak apa, kedua-dua ahli Yang Berhormat nampak sihat, mudah-mudahan kita akan terus sihat, dan inshaa Allah akan memberi bakti kepada kawasan-kawasan rakyat yang berada di bawah kita. Sekian, terima kasih, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan, Pertanyaan- Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai soalan, giliran telah kita berikan kepada semua. Dan inshaa Allah, semua ahli Yang Berhormat yang menghantar soalan ini, yang berkaitan saja yang akan dibenarkan untuk soalan tambahan ya. Kalau ahli Yang Berhormat Temiang punya soalan, soalan tambahan kepada ahli Yang Berhormat Temiang ya. Makna soalan tambahan hanya kita hadkan kepada ahli Yang Berhormat yang buat soalan, kecuali ada soalan yang kita satukan ya. Kita pergi kepada giliran yang pertama, Yang Berhormat ADUN Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa kadar indeks jenayah komersial di Negeri Sembilan ketika pandemik COVID ini, bagi tahun 2021 terdapat 1,590 kes jenayah komersial dilaporkan di Negeri Sembilan yang mengakibatkan kerugian 23.9 juta ringgit. Kes ini bukan kes penipuan merekodkan jumlah tertinggi iaitu 1,496 kes dengan jumlah kerugian sebanyak 16.188 juta. Statistik juga menunjukkan jumlah kes berkaitan pecah amanah jenayah, jenayah siber, wang palsu dan lain-lain berkaitan sebanyak 94 kes dengan jumlah kerugian sebanyak 7.21 juta.

Jumlah kerugian akibat jenayah komersial ya, bagi tahun 2019 di Negeri Sembilan adalah sebanyak 57,590 juta dan jumlah kerugian akibat jenayah komersial pada tahun 2020 adalah sebanyak 96 juta di Negeri Sembilan. Antara kes yang mengakibatkan kerugian tertinggi adalah kes penipuan dan pecah amanah. Kes pecah amanah telah menyebabkan rakyat Negeri Sembilan kerugian sebanyak 13 juta pada tahun 2019 dan 5.3 juta pada tahun 2020.

Pihak PDRM sentiasa berusaha menangani jenayah komersial. Antara usaha yang telah dijalankan adalah sebaran kesedaran melalui media sosial dan media massa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran yang diberikan oleh pihak ketiga khususnya mereka yang tidak dikenali.

Pihak PDRM juga memberikan tumpuan ke atas operasi bagi kes-kes sindiket contohnya belian online atau tipu melalui pelaburan ataupun pinjaman tidak wujud. Antara usaha lain yang dijalankan oleh PDRM:

- Pertamanya adalah: Pendedahan kepada masyarakat setempat melalui info-info jenayah komersil@scammer melalui media sosial facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Negeri Sembilan;

- Keduanya: Pendedahan kepada masyarakat melalui CCID portal https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelak ditipu dalam urusan pembelian online atau dalam membuat sesuatu pembayaran ke akaun pihak ketiga;

- Ketiga: Program pencegahan melalui banner mule account yang diletakkan di bank-bank terpilih dan balai polis;

- Keempat: Mengedarkan risalah jenayah komersial kepada orang awam bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di sekat, di sekatan jalan raya (SJR) dalam Negeri Sembilan;

- Kelima: Iklan pencegahan ''bahaya keldai akaun'' pada billboard (Seremban & Tampin) keldai akaun bermula pada 10 Mac 2021;

- Keenam: Hebahan melalui radio Negeri Sembilan oleh Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kontinjen Negeri Sembilan;

- Ketujuh: Program info of wheels (IOW) @ PKP 2021 Pejabat Penerangan Daerah Jempol bersama AADK dan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol;

- Kelapan: Program High Profile Policing (BPP). Solat Jumaat bersama masyarakat dan Pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa solat Jumaat.

Antara kes penipuan yang cukup masyhur di Negeri Sembilan sepanjang tahun 2019 hingga 2020 adalah penipuan pinjaman tidak wujud sebanyak 888 kes, kes penipuan belian online sebanyak 861 kes, kes penipuan percintaan ataupun love scam sebanyak 236 kes dan penipuan Macau scam sebanyak 479 kes.

Saya sekali lagi mengingatkan rakyat Negeri Sembilan khususnya agar sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik Scammer yang berleluasa. Dalam masa sama, Kerajaan Negeri mengingatkan juga agar sebarang urusan melibatkan transaksi secara dalam talian agar dapat dipastikan terlebih dahulu dengan pihak bertanggungjawab khususnya apabila ianya melibatkan pihak bank dan juga akaun anda sendiri. Lengkapkanlah diri dengan maklumat yang berkenaan. Jangan malu bertanya kepada ahli keluarga, rakan-rakan, mana-mana pusat kewangan ataupun pejabat berkaitan undang-undang tentang urusan kewangan. Lindungi diri dan harta daripada kena tipu.

Saya mengingatkan rakyat khususnya di Negeri Sembilan sekali lagi agar sentiasa berwaspada. Antara kes utama jenayah komersial Negeri Sembilan adalah aktiviti penipuan. Terdapat 1,118 kes yang merugikan rakyat Negeri Sembilan yang mencecah 44 juta pada tahun 2019 dan 1,781 kes penipuan yang merugikan rakyat kita hampir 92 juta pada tahun 2020. Jangan menipu dan jangan biarkan diri anda mudah ditipu. Dan saya lihat, kalau kita lihat statistik ini, orang-orang Negeri Sembilan ni kayo-kayo yo, berjuta-juta hilang begitu sahaja. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Tadi satu angka yang amat mengejutkan kitalah di mana banyak wang rakyat telah

ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjgawab ini. Maka saya nak tanya, ada ke sebarang pusat-pusat scam yang wujud di Negeri Sembilan dan berapakah operasi yang telah dijalankan oleh PDRM di Negeri Sembilan untuk menghapuskan pusat-pusat, pusat-pusat scam ini di Negeri Sembilan?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan tambahan. Inshaa Allah saya akan menjawab kemudian ya, secara bertulis kepada Yang Berhormat kerana saya tidak ada data tersebut pada waktu ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Giliran Gemencheh, ada? Haa ada, silakan YB Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Gemencheh iaitu perlanggaran SOP ketika PKP 3.0 di Daerah Tampin dan jenis kesalahan. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya yang bertajuk “Kompaun Di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan” dan Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Rahang yang bertajuk “COVID-19”.

Kerajaan Negeri Sembilan telah menubuhkan Task Force Operasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang merangkumi Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan lain-lain agensi bagi menjalankan operasi penguatkuasaan dan pematuhan SOP secara bersepadu. Hasilnya sepanjang tempoh Ogos 2020 hingga Ogos 2021 sebanyak 960,503 aktiviti penguatkuasaan telah dijalankan dan 4,742 kompaun telah dikenakan. Terima kasih kepada semua penguatkuasa yang telah mendapat menjalankan penguatkuasaaan kita dan alhamdulillah inilah tanggungjawab yang baik telah dilaksanakan.

Terdapat 1 kes dengan kesalahan Beroperasi Tanpa Kelulusan Pihak MITI di Bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 Pindaan 2020 dan di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 (Akta 342) pada 16 Julai 2021 didapati di Gemencheh. Jadi, kita sedia maklum hanya 1 kesalahan ya, melanggar SOP tanpa kelulusan Pihak Berkuasa MITI. Jadi itu saja jawapan saya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Dato’ Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Alhamdulillah, penguatkuasaan yang dibuat di, semasa PKP tersebut berjalan dengan baik. Walau bagaimanapun terdapat 4,700 lebih kes disaman disebabkan pelanggaraan SOP. So saya mendapat maklum bahawa kes-kes tersebut akan dikompaun, dalam masa 7 hari perlu dibayar untuk mendapatkan diskaun sebanyak 50% dan jugak jika pesalah adalah B40 ataupun penerima bantuan BPN jugak ada diskaun-diskaun yang telah ditetapkan. Dan ada jugak kes-kes yang dibawa ke mahkamah. So soalan saya, apakah bentuk ataupun jenis bantuan yang diberikan kepada mereka-mereka yang terlibat dalam kesalahan melanggar SOP yang telah ditetapkan? Memang kita nak pastikan masyarakat mengikut SOP yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, ada kes jugaklah yang warga masyarakat yang susah yang datang berjumpa saya balik untuk membantu mereka. Dan nak tak nak Dato’ Speaker, orang susah kita kena jugak tolong. Nak marah pun susah. So kita, adalah kadang-kadang mereka, kesilapan mereka sendiri yang tak disengajakan. So kita perlu jugak membantu mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa ini adalah merupakan SOP dan telah ditetapkan dan telah mendapat kebenaran daripada Peguam Negara. Dan ini merupakan satu perkara yang harus dipatuhi. Ini merupakan satu denda kepada mereka yang tidak mematuhi SOP. Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasa yang telah memberikan dis, apa, diskaun ataupun potongan ya, kepada mereka yang telah didapati bersalah. Dan kita sedia maklum ketika kita menghadapi COVID-19 tempoh hari, SOP ni patut, memang wajib dipatuhi kerana kita ingin menghalang ya, penularan yang berterusan berlaku di, di negeri kita ini.

Namun begitu, apabila ada usaha daripada pihak ya, MKN dan pihak kerajaan sendiri untuk mengurangkan beban mereka itu, saya ucapkan ribuan terima kasih. Dan saya juga dimaklumkan banyak NGO-NGO

yang membantu dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Gemencheh yang membantu masyarakat setempat. Dan itulah peranan kita untuk membantu masyarakat. Dan saya yakin perkara ini juga merupakan satu perkara yang baik yang harus kita patuhi dan bantu, di samping kita membantu mereka. Jadi itu sajalah, kerana SOP itu sentiasa diwar-warkan ketika, di ketika COVID yang lepas, dan sampai hari ini masih dimaklumkan tentang apa SOP-SOP yang harus mereka lalui. Jadi itu saja jawapan saya, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Giliran Yang Berhormat Dato’ Chuah.

Selamat pagi Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan number 2. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT dan selamat pagi. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Dan terima kasih jugak kepada Yang Berhormat Chuah yang mengajukan soalan berkaitan dengan bantuan kepada pekebun-pekebun buah-buahan.

Dato’ Yang Dipertua, kita semua mengetahui bahawa tiada yang tidak terkesan oleh pandemik COVID-19 ini. Walaupun kerajaan tidak memberi bantuan khas dari sudut pertanian kepada petani-petani, tetapi Kerajaan Negeri Sembilan, Kerajaan Pakatan Negeri Sembilan terus membantu dan memberikan peruntukan peruntukan kepada pekebun-pekebun buah-buahan oleh Kerajaan Negeri Sembilan sepanjang tahun 2021 ini bagi Projek Pembangunan Pertanian di bawah Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

- Insentif Peningkatan Hasil Tanaman Buahan. Bantuan maksima sehingga 12,000 setiap peserta/hektar meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang dan bekalan input pertanian.

- Yang kedua: Insentif Pembangunan Tanah Terbiar. Bantuan maksima sehingga 15,000/hektar/peserta meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang dan juga bekalan input pertanian.

- Insentif yang ketiga: Latihan Petani meliputi skop pemindahan teknologi pertanian dan khidmat nasihat teknikal. Insentif latihan ini diberikan secara percuma kepada semua yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

- Insentif yang keempat: Insentif Belanjawan Tahun 2021. Kerajaan Negeri melalui pembentangan belanjawan tahun 2021 turut menyediakan insentif bantuan berbentuk geran secara one off kepada pekebun buah-buahan.

Insentif kepada siswazah dan petani berumur 40 tahun ke bawah yang dinamakan sebagai Insentif Siswazah Tani Negeri Sembilan (INSIST 9) dan Petani Muda ini memberi bantuan sehingga maksima 10,000 peserta, per, pengusaha peserta disediakan kepada golongan belia yang berkelayakan dalam projek tanaman makanan.

Bagi meringankan kos bahan input selain daripada menggalakkan pengeluaran yang selamat dimakan, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Insentif Keselamatan Makanan iaitu pemberi, pemberian insentif kepada pengusaha yang mengamalkan Amalan Pertanian Baik (APB) berupa infrastruktur ladang dan input pertanian dengan kadar 10,000 seorang pengusaha dan Insentif Pengeluaran Hasil iaitu pemberian insentif pengeluaran hasil dengan tuntutan sebanyak 20 sen setiap kilogram pengeluaran dengan maksimanya hanya, kepada 5,000.00 ringgit.

Sehingga kini Kerajaan Negeri Sembilan telah, melalui inisiatif belanjawan ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak 1.4 juta memberi manfaat kepada 190 penerima bantuan. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Klawang. Seterusnya giliran Yang Berhormat Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pertang atas soalan berkaitan dengan peruntukan belia di bawah MPKK.

Semasa pembentangan belanjawan tahun 2021, di bawah MPKK kita ada 2 peruntukan, satu disebut peruntukan untuk pengurusan dan aktiviti di bawah MPKK sebanyak 5,000.00 ringgit setiap MPKK. Ini telah kita laksanakan dalam 2 – 3 tahun sebelum ini. Tetapi untuk tahun 2021, melihat kepada keperluan untuk kita membangunkan belia di peringkat akar umbi, di kampung-kampung yang tidak dapat diberi perhatian kerana NGO-NGO belia yang ada, mungkin tidak meliputi

kawasan-kawasan kampung, mereka mungkin banyak di kawasan bandar, jadi belia-belia di kampung ini perlu jugak diberi perhatian. Maka Kerajaan Negeri melalui belanjawan 2021 telah memperuntukkan 3,000.00 tambahan kepada MPKK khusus untuk program-program yang melibatkan belia.

Peruntukan Geran Belia adalah berjumlah RM1.3 juta bagi tahun 2021 dan ianya dibahagikan kepada 2 kategori. Kita ada 433 MPKK, maka jumlahnya adalah 1.3 juta. Kita telah bersetuju untuk 3,000.00 itu dibahagi 2 – 1,500.00 bagi setiap MPKK itu akan kita buat aktiviti yang bersifat sehingga peringkat negeri. Maknanya sebagai contoh, kita telah turun ke beberapa Parlimen antaranya Kuala Pilah dan Jempol untuk kita berjumpa dengan MPKK menerangkan tentang perkara ini. Sebagai contoh, mungkin kita akan bersetuju untuk membuat program bola sepak, maka ianya akan bermula daripada peringkat kampung ya, akan ada pertandingan bola sepak sehingga kita memilih johan di peringkat dewan, DUN. Dan di peringkat DUN ini jugak bertanding untuk di peringkat Parlimen. Dan akhirnya Parlimen ini akan bertanding sehingga peringkat negeri mungkin boleh kita namakan piala itu Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan mereka yang akan menang perlawanan akhir ini mungkin boleh bermain di stadium Paroi. Maknanya merasolah orang-orang di kampung, di felda untuk bermain sehingga peringkat negeri dan perlawanan akhirnya akan dilangsungkan di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi, inshaa Allah.

Dan 1,500.00 lagi adalah program dan aktiviti belia peringkat komuniti dan institusi akar umbi. Maknanya dari jumlah 1.3 juta itu 650 ribu akan diusahakan program daripada peringkat akar umbi sehingga peringkat negeri. Dan 650 ribu lagi bagi setiap MPKK sebanyak 1,500.00 itu mereka boleh program-program di peringkat kampung mereka. Mungkin nak buat kursus, bisnes online ya, atau nak buat kursus kemahiran. Kalau yang perempuan mungkin nak buat kursus masakan dan sebagainya, boleh menggunakan peruntukan 1,500.00 setiap MPKK.

Bagi Geran Program Aktiviti Belia Peringkat Komuniti / Institusi Akar Umbi, telah disalurkan ke Pejabat Daerah Dan Tanah (PDT) dan tatacara penggunaan Geran Belia MPKK adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Geran MPKK. Itu bagi soalan yang pertama, bahagian pertama.

Bahagian kedua berkaitan dengan peruntukan yang telah disalurkan oleh MPKK kepada belia mengikut MPKK kepada belia di DUN Pertang. Mengikut maklumat saya ada 11 MPKK di DUN Pertang termasuk mungkin 3 yang melibatkan kawasan felda. Inshaa Allah saya akan

bekerjasama dengan YB Dato’, YB Labu untuk yang, yang bertanggungjawab di bawah MPKK ini untuk kita sama-sama berbincang bagaimana untuk memanafaatkan dana ini.

Dan untuk maklumat sehingga 16 Ogos 2021, masih tiada permohonan oleh MPKK mengenai dana di DUN Pertang kerana memandangkan aktiviti sosial secara bersemuka masih belum dibenarkan ketika itu, oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Negeri Sembilan kerana ketika itu kita masih berada di peringkat Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara. Walau bagaimanapun, saya telah mengarahkan Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) untuk kita turun ke MPKK bagi melaksanakan, mungkin kalau program-program secara bersemuka tidak boleh dilaksanakan, mungkin kita mencadangkan program-program atas talian ya, ataupun kini kita boleh buat program dengan kapasiti 50% daripada jumlah keluasan dewan. Mungkin kita telah boleh memulakan program-program bersemuka ini. Dan inshaa Allah saya akan, dan pihak Yang Berhormat DUN Pertang jugak boleh memaklumkan kepada belia di kampung-kampung supaya boleh berjumpa dengan Pengerusi MPKK untuk berbincang dan mencari idea bagi melaksanakan program-program yang bersesuaian dengan PKP dan SOP yang sedia ada. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Soalan tambahan daripada, Dato’ Yang Dipertua. Jadi bagi saya agak memeranjatkanlah ya, selain peruntukan daripada 11 MPKK, satu sen pun tidak dapat disalurkan kepada belia ya. Harapan saya, kenapa peruntukan ini perlu kita melalui MPKK. Kenapa kita setiap kampung ada persatuan-persatuan belia, teruskan peruntukan ini kepada persatuan-persatuan belia. Kerana belia-belia ini apabila adanya kadang-kadang anak-anak muda yang membuat, nak membuat sesuatu program kerana banyak sangat kerenah birokrasi itu sebab tak berjalan. Tapi apabila peruntukan itu terus kepada persatuan belia, saya ingat tak ada masalah ya, persatuan belia ini semua dia berdaftar. Persatuan belia ni ada ketuanya, ada setiausahanya, ada bendahari, ada jawatankuasanya. Tak perlu rasanya peruntukan ni disalur kepada MPKK. Daripada MPKK kena barulah, kena buat macam-macam barulah belia dapat gunakan duit daripada peruntukan MPKK ya. Itu saya ada nampak, daripada 11 MPKK yang diperuntukkan untuk belia, satu sen pun tidak digunakan lagi ya. Saya ingat Paroi pun paham.

Kalau tengok di masa apa, persatuan-persatuan belia di kampung, persatuan-persatuan belia felda, banyak, cukup aktif walaupun dalam keadaan COVID, menyalurkan bantuan, program-program yang dibuat

secara online, terutama di kawasan saya ya. Oleh kerana peruntukan itu tidak terus kepada persatuan belia, melalui MPKK, ini masalahnya. Jadi saya berharap kepada Kerajaan Negeri, terus apa, salurkan terus peruntukan tu kepada persatuan-persatuan belia. Memudahkan persatuan-persatuan belia. Persatuan belia ini dia punya, dia punya persatuan pun diaudit, kita tak risau ya. Teruskan. Kita salurkan kepada persatuan-persatuan belia. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat DUN Pertang atas pandangan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat DUN Pertang, kita ada jugak peruntukan di bawah Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan sebanyak 500 ribu. Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat DUN Pertang, hampir 40% daripada dana itu telah kita gunakan dan telah kita salurkan kepada belia-belia, NGO belia di seluruh Negeri Sembilan. Antaranya ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung yang kita banyak bantu program-program mereka. Begitu jugak NGO Briged Negaraku di bawah beberapa NGO lain di peringkat DUN, antaranya DUN Pertang jugak kita baru-baru ini mengadakan program karnival sebelum PKP fasa 1 yang dahulu.

Dan inshaa Allah, dana yang di bawah MPKK sebanyak 3,000.00 ini memang khusus untuk belia-belia di kampung yang tidak berpersatuan ya. Kita kena akui bahawa ramai jugak belia-belia yang tidak berpersatuan. Yang berpersatuan ini mungkin kalau mengikut data yang kita ada, mungkin sekitar 20 – 30% daripada keseluruhan belia yang berjumlah hampir 500 ribu di seluruh, di seluruh Negeri Sembilan. Jadi jumlah mereka ini sangat kecil dan mengikut maklumat kita jugak, tak semua di kampung-kampung ni terdapat persatuan belia. Dan kita ingin tegaskan bahawa kita inginkan anak-anak muda ini, NGO-NGO ini membuat perancangan dalam aktiviti mereka. Mereka merancang, buat kertas kerja dan kita boleh berjumpa dengan MPKK untuk dapatkan dana 3,000.00 ini untuk dimanafaatkan. Kalau ada masalah, katakan ada MPKK yang tak bagi kerjasama dan sebagainya, boleh, bolehlah melapor pada saya untuk kita ambil tindakan.

Tapi saya nak ulang balik bahawa permohonan untuk dana MPKK ini lebih kepada program base, maknanya mereka kena buat kertas kerja. Kalau tak dapat kertas kerja yang tebal pun, mungkin satu muka surat pun kita terima. Yang penting apa yang mereka nak buat, apa sasaran mereka dan apa objektif program ini. Kita nak didik pemimpin-pemimpin belia ini kerana merekalah yang akan menggantikan kita semua ya. Kita nak lantik, latih mereka daripada sekarang supaya mereka diberikan kepimpinan, daya kepimpinan dan akhirnya mereka boleh menggantikan kita semua di masa akan datang. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sekejap, sekejap, sekejap.

Yang Berhormat Paroi sikit.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kejap, kejap Gemencheh. Sikit je. Saya ada sikit je, tak mintak Dato’ Dipertua ya. Dia tadi Paroi ada nyatakan bahawa dana daripada MPKK ni kepada belia-belia yang tidak berpersatuan. Jadi kalau pada belia-belia yang tak berpersatuan ni, untuk dia mewujudkan program, untuk dia menyatakan kertas kerja, saya ingat tuan-tuan pun, ahli-ahli Yang Berhormat pun faham, yang tak ada persatuan ni macam mana dia buat kertas kerja. Macam mana dia nak, nak, melaksanakan program. Tentulah tidak berpersatuan ya. Jadi, itu yang jadi, jadi di, kekangan menyebabkan duit untuk 11 MPKK tu satu sen pun tak digunakan tu. Kekangan-kekangan yang macam ni kita tak nak ya. Apabila, belia tak ada berpersatuan, nak buat program macam mana? Dia tak berpersatuan. Macam atas kepala besok, surat kepala apa, atas kepala surat mana dia nak menggunakan kertas-kertas kerja permohonan-permohonan seperti ini. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, saya mintak sikit saja, ada berkaitan dengan belia sebab, tokoh belia ni nak bercakap sikit. Sikit je. Ini mustahak untuk COVID ini, COVID. Saya rasa YB Paroi bersetuju tu sebab penting untuk belia …..

Yang Dipertua Dewan

[mencelah secara off mic]

Soalan dia, soalan dia, okay. Memang sekarang ni tak boleh …..

Yang Dipertua Dewan

[mencelah secara off mic]

Dia, berkaitan jugak. Susah nak cakap Dato’ Speaker. Sikit saja. Okay kalau, soalan saya, memang tak ada program di waktu pandemik ini. Apa salahnya bantuan itu diberi kepada belia-belia sebab di Tampin, Yang Berhormat Paroi, MAYC, 4B dan jugak Pengakap begitu aktif untuk menghantar barang-barang untuk membantu belia-belia yang terkesan di waktu COVID ni. Saya berharap

Yang Berhormat Speaker dapat me, mem, memberi peruntukan sedikit untuk belia-belia ni untuk membantu belia-belia yang terkesan di waktu pandemik ini. Terima kasih Yang Berhormat Paroi.

Yang Dipertua Dewan

Okay, okay, cukup, cukup. Saya, sekejap.

Soalan tambahan ya …..

Yang Dipertua Dewan

Paroi, Paroi.

….. berkaitan dengan idea…..

Yang Dipertua Dewan

Paroi, Paroi, kejap. Saya dah pesan tadi, hanya orang, orang yang buat soalan saja buat soalan tambahan. Lepas saya suruh duduk. Sikit pun saya tak bagi. Saya jaga masa ni.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sedikit saja respond saya berkaitan dengan kedua-dua ADUN daripada Pertang dan Gemencheh berkaitan dengan belia. Saya bersyukur kerana walaupun soalan yang berkaitan dengan belia tak banyak, tetapi keprihatinan kedua-dua Yang Berhormat sangat saya hargai kerana belia adalah masa depan negara dan negeri kita.

Berkaitan dengan bagaimana untuk mereka memanafaat dana MPKK ini. Saya bagi contoh, MPKK Kampung Sentosa Jaya dalam kawasan saya ya. Mereka telah menggunakan habis 3,000.00 ini ya. 1,500.00 ini, maaf, 1,500.00 kerana program peringkat negeri. Mereka telah memohon dan telah diluluskan 1,500.00. Mereka nak beli alatan untuk hidroponik bagi melaksanakan program sayur-sayuran secara hidroponik. Jadi maknanya boleh saja, saya kira kertas tu, yelah formalitinya. Jadi kalau duduk berbincang ya, bagi pandangan, saya kira bagi MPKK mereka akan boleh berbincang. Dan kalau ada masalah jugak nak buat kertas kerja tu boleh bertemu dengan maknanya sama ada belia di peringkat MPKK sendiri ya, saya yakin AJK MPKK akan ada belia, ataupun belia masjid dan sebagainya bekerjasamalah untuk ini. Dan kalau betul-betul ada jugak masalah lagi dalam laksana, melaksanakan dana ini untuk membuat program di bawah dana 3,000.00 ringgit ni, saya harap Yang Berhormat boleh jumpa dengan saya terus, atau WhatsApp saya untuk saya bincang balik dengan MPKK

berkenaanlah ya. Inshaa Allah kita akan cuba dalam tempoh 4 bulan yang berbaki ni, untuk kita manafaatkan dana sebanyak 650 ribu ini untuk menggerakkan aktiviti di peringkat akar umbi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya pergi kepada Yang Berhormat Dato’ Senaling.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senaling mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kedudukan kewangan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Sehingga tempoh akhir bulan Julai 2021, SAINS merekodkan hasil sebanyak 166.4 juta yang merangkumi hasil air sebanyak 159.3 juta dan lain-lain hasil sebanyak 7.1 juta. Perbelanjaan direkodkan sebanyak 167.6 juta di mana kos utama yang terlibat adalah seperti berikut: kos sewa pajak aset air PAAB (40.9 juta), kos elektrik (38.9 juta), kos emolumen kakitangan (25.7 juta), kos pembaikan bekalan air dan loji (17.3 juta), kos bahan kimia (7.6 juta), kos susut nilai aset (10.8 juta).

Secara keseluruhan, sehingga 31 Julai 2021, SAINS mencatat kerugian bersih sebanyak 1.2 juta. Antara faktor penyusutan hasil SAINS adalah:

- Pertama: Wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada awal tahun 2020 menjejaskan hasil syarikat antara 4 hingga 5% terutama hasil daripada akaun industri dan komersial yang tidak beroperasi selama tempoh PKP dikuatkuasakan.

- Keduanya: Kos elektrik, bahan mentah, penyelenggaraan paip lama dan kos pajakan aset air merupakan penyumbang utama kepada perbelanjaan syarikat lebih tinggi daripada hasil syarikat.

- Ketiga: Tarif air tidak berubah tetapi kos operasi naik 5 hingga 7% setiap tahun.

Pihak SAINS sedang dan akan mengambil langkah penjimatan terutamanya dari segi kecekapan penggunaan elektrik di loji-loji di mana kos elektrik merangkumi 24% dari keseluruhan kos operasi syarikat. SAINS juga dalam peringkat kajian pengguna solar panel di loji dan bangunan-bangunan SAINS.

Walau bagaimanapun, SAINS berhadapan kekangan kos bagi pembaikan paip dan aset-aset kerana seperti sedia maklum, paip-paip dan aset-aset seperti loji di Negeri Sembilan telah berusia lebih 50 tahun dan memerlukan kos yang tinggi untuk pembaikan secara berterusan. SAINS sedang mencari alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada kontraktror-kontraktor untuk pembaikan aset bekalan air ini.

Selain daripada itu, penyusunan jadual kerja kakitangan sentiasa dilakukan bagi memaksimumkan penggunaan tenaga kerja sedia ada dan mengurangkan tuntutan kerja lebih masa.

Hasil air bagai tahun 2018 adalah 158.5 juta. 164.6 juta bagi tahun. Julai 2019, 168.2 juta. Bagi Julai 2020 – 161.4 juta. Dan Julai 2021 – 166 juta. Manakala perbelanjaan bagi tahun 2018 sebanyak 164.5 juta Julai 2018. Julai 2019 – 166.6 juta. Dan Julai 2020 sebanyak 160.2 juta. Dan Julai 2021 sebanyak 167.3 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Kita pergi, ada, tambahan?

Saya ingin kemukakan soalan tambahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dilihat daripada jawapan daripada Yang Berhormat ADUN Sikamat tadi, SAINS tidak ada masalah saya rasa melibatkan kedudukan kewangan SAINS setakat ini. Dan sebenarnya saya, kami banyak mendapat aduan terutamanya di Kuala Pilah tentang penyelenggaran tangki-tangki air di perumahan dan juga paiplah, pembaikpulihan paip yang selalunya berlakunya kebocoran di sana sini. Soalan saya ialah, ada jugak aduan berkaitan dengan, daripada kontraktor-kontraktor SAINS ini, yang mereka telah tidak dibayar, kerja yang mereka telah lakukan. Dan daripada 2018 sehingga setakat ini, seramai 158 kontraktor ini masih tidak dibayar lagi. Jadi dalam keadaan ekonomi sekarang, COVID dan sebagainya, saya rasa amat wajarlah pihak SAINS melihat perkara ini. Dan saya harap Kerajaan Negeri Sembilan, SAINS in particular, dengan izin, dapat serba sedikit membantu kontraktor-kontraktor ini yang telah lama bertahun-tahun tidak dibayar hasil kerja mereka.

Jadi soalan saya, Dato’ Yang Dipertua, berapakah, berapa peratuskah kadar kehilangan air tidak terhasil di Kuala Pilah? Dengan izin, non-revenue water. Dan apakah tindakan SAINS bagi memastikan kadar peratusan kehilangan non-revenue water ini, dengan izin, dapat dikurangkan dan dalam pada masa sama dapat address, dengan izin, permasalahan penyelenggaraan tangki-tangki air di kawasan-kawasan

perumahan ini dan juga permasalahan bagi membayar kontraktor-kontraktor ini yang telah begitu lama tidak dibayar oleh pihak SAINS? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa SAINS sedang, baru saja kita apa, buat satu pengurusan yang baru yang mana sekarang kita telah melihat semua permasalahan-permasalahan yang berlaku tempoh, sebelum ini. Dan di dalam pengurusan-pengurusan yang baru ini juga telah mengenal pasti masalah pembayaran kepada semua kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pihak SAINS. Dan alhamdulillah untuk semua bayaran yang tahun 2018 telah kita selesaikan, hanya sedikit mengenai dokumentasi yang terpaksa dikenal pasti. Untuk 2019 juga kita telah dapat atasi dan 2020 juga, 2019 juga sebahagian telah kita bayar dan kita terus memberikan keutamaan kepada pembayaran-pembayaran di, kepada kontraktor-kontraktor ini. Dan ini antara perkara yang kita kenal pasti, yang untuk diberikan keutamaan dan saya sentiasa menekankan perkara ini selepas pengurusan yang baru mengambil alih. Kerajaan Negeri melalui MBI juga telah memberikan pinjaman 10 juta bagi membayar sebahagian hutang-hutang SAINS ini. Dan juga mengenai, pengurusan baru ini. Jadi ini yang kita lakukan bagi memastikan bahawa perkara ini dapat kita lakukan dengan baik bagi menjaga, menjaga nama baik SAINS dan juga memastikan bahawa mereka mendapat bayaran-bayaran yang telah mereka lakukan.

Untuk NRW di Negeri Sembilan everage dia 30.4, itu di Negeri Sembilan. Dan NRW Kuala Pilah adalah 43.8. Kita, mengenai NRW ini juga kita telah berbincang dengan pihak KASA ya, kita telah berbincang dengan pihak KASA untuk me, mendapatkan satu geran bagi memastikan program NRW ini dapat dijalankan. Dan program apa, perbincangan tersebut sedang dijalankan. Dan inshaa Allah kita akan akhiri dengan pem, memastikan bahawa kita dapat mengurangkan NRW ini kepada 3% lagi. Jadi ini antara cabaran. Dan geran tersebut akan kita bincangkan dengan KASA dan telah berbincang pun dengan Timbalan KSU KASA untuk kita memastikan bahawa kita mendapat peruntukan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Giliran yang keenam, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, masalah kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Tok Dagang – Jalan Seremban/ Jelebu. Ini merupakan satu kawasan yang sesak pada waktu-waktu tertentu terutamanya di waktu pagi dan petang. Dan ini merupakan satu jalan yang menghubungkan antara Seremban, jalan Jelebu ke Taman Paroi Jaya, Taman Panchor ya.

Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban telah memasukkan bajet tahun 2022 bagi membuat kajian dan reka bentuk untuk menaik taraf persimpangan tersebut serta melebarkan jambatan sedia ada. Pentadbiran Majlis akan memohon peruntukan MARRIS tahun 2022 berhubung perkara ini. Kerajaan negeri berpendapat pelebaran jalan ini dan jambatan perlu dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan laluan ini.

Punca kesesakan di simpang tersebut disebabkan Jalan Tok Dagang yang hanya mempunyai 2 lorong sahaja. Sekiranya kenderaan dari Jalan Tok Dagang berhenti di persimpangan lampu isyarat dan hendak membelok ke arah Jelebu, maka kenderaan di bahagian belakang tidak dapat bergerak ke depan untuk membelok ke kiri disebabkan jambatan sedia ada adalah sempit. Kerajaan Negeri mencadangkan supaya jambatan sedia ada dilebarkan satu lorong lagi supaya kenderaan dari Jalan Tok Dagang hendak ke kiri menghala ke bandar tidak terhalang oleh kenderaan yang berhenti hendak ke jalan yang menghala ke Jelebu.

Bajet kajian ini telah dimasukkan dalam bajet MBS tahun 2022 sebanyak 200 ribu. Di samping itu, pihak MBS akan memohon peruntukan MARRIS sebanyak 6 juta untuk melebarkan jambatan dan Jalan Tok Dagang sedia ada. Untuk makluman, jambatan tersebut dianggarkan telah dibina tahun 1960an lagi. Jadi inshaa Allah dengan adanya kerja-kerja naik taraf ataupun kerja-kerja yang dilakukan di kawasan tersebut, masalah yang berlaku pada pengguna-pengguna di jalan dapat kita atasi, inshaa Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya pergi seterusnya kepada Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Hari ini saya ada naik 3 soalan. Saya mahu terima kasih kepada Unit Dewan sebab 3 soalan sudah naik. Tapi saya kemukakan soalan 1. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Berkaitan dengan bekalan air di ladang-ladang. Masih terdapat 18 estet (termasuk kilang kelapa sawit) yang menyediakan perumahan kepada pekerja di, dan juga tanggungan mereka di Negeri Sembilan, membekalkan air minum yang diambil dari sumber sendiri selain, sumber sendiri kepada perumahan pekerja. Ini adalah kerana kedudukan estet yang jauh daripada punca sumber bekalan air iaitu sumber awam iaitu SAINS dan kos yang tinggi untuk mendapatkan bekalan air awam.

Butir-butir estet yang terlibat adalah seperti berikut:

- Di Daerah Seremban ada satu ladang iaitu Ladang Kombok Bahagian Mantin (Kuala Lumpur Kepong Berhad) menggunakan sumber air kolam.

- Daerah Tampin ada 5 ladang: Ladang Air Kuning (Nam Bee Company Sdn. Bhd.) menggunakan sumber air sungai. Yang kedua: Ladang Atlas Batang Melaka (Atlas Plantation Sdn. Bhd.) menggunakan sumber air dari kolam. Yang ketiga: Ladang Bukit Kledek (Tradewinds Plantech Sdn. Bhd.), telaga tube well sumber airnya. Ladang Tampin (United Malacca Rubber Estate) menggunakan tube well. Yang kelima: Ladang Bukit Rokan (Hup Seng Gan Realty Sdn. Bhd.) menggunakan sumber air sungai/kolam.

- Bagi di Daerah Jelebu ada 3 ladang: Ladang Gunung Pertanian (KL Kepong Berhad) menggunakan sumber air kolam. Yang kedua: Ladang Felcra Berhad Kawasan Gagu (Felcra Berhad) menggunakan air tube well. Yang ketiga: Ladang Felcra Berhad Kawasan Purun (Felcra Berhad), sumber air dia sungai air bukit, sungai dan juga air bukit.

- Di Daerah Kuala Pilah ada 2. Yang pertama: di Ladang Ang Tin Foo, menggunakan sumber air perigi. Yang kedua: Ladang Johol (Oriental Holdings Berhad) menggunakan sumber, sumber air daripada, selain daripada sumber awam.

- Di Daerah Jempol ada 7: Ladang Ayer Hitam (KL Kepong Berhad) menggunakan tube well. Ladang Jeram Padang (KL Kepong Berhad), menggunakan sungai, air sumber dari sungai. Ladang Kok Foh (Sime Darby Plantation) menggunakan kolam. Ladang Risda Palong menggunakan kolam jugak. Ladang Batang Jelai (KL Kepong Berhad) menggunakan tube well. Ladang Bukit Pilah Bahagian Kelpin (Sime Darby Plantation) menggunakan kolam. Dan yang

terakhir Kilang Kelapa Sawit Kok Foh menggunakan sumber air daripada kolam jugak. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Soalan tambahan, saya nampak exco Negeri Sembilan, ADUN Kawasan Nilai beri jawapan yang jelas, bagus, terima kasih. Tapi ada soalan tambahan sikit, sedikit. Apakah perancangan jangka panjang bagi menambah baik sistem bekalan air di ladang-ladang ini?

Okay, terima kasih. Seperti mana yang saya tadi nyatakan kebanyakan estet ini terletak jauh daripada punca sumber awam ataupun daripada bekalan SAINS dan memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan bekalan air awam tersebut. Bagi memastikan kualiti bekalan air di estet terjamin, estet-estet disyor ataupun syarikat estet disyor untuk mendapatkan bekalan daripada sumber awam ataupun daripada SAINS. Beberapa perjumpaan telah diadakan dengan beberapa syarikat yang sering kali menghadapi masalah pencemaran sumber air untuk mengambil tindakan pembekalan ataupun pemasangan paip daripada sumber air awam, iaitu daripada bekalan air SAINS.

Kerajaan Negeri akan fecilitate, akan membantu bagi mengatasi sebarang permasalahan yang timbul dalam perkara ini. Di samping itu, kita juga kepada beberapa syarikat yang dapat memberikan komitmen untuk memasang paip di dalam kawasan ladang mereka, kita boleh membantu dan kita dapat facilitate mereka untuk memastikan pekerja-pekerja ataupun yang tinggal di dalam kawasan perumahan ladang tersebut mendapatkan bekalan air yang bersih terutamanya daripada syarikat SAINS.

Di samping itu, kerajaan juga akan memastikan melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Jabatan Tenaga Kerja untuk memastikan kualiti air minum yang dibekalkan kepada penduduk estet itu sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan dan selamat untuk digunakan oleh pekerja-pekerja yang tinggal di dalam kawasan estet tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya saya, kita pergi giliran yang kelapan, Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan kedua. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Mambau yang bertanya tentang bantuan perkembangan perniagaan. Jawapan ini juga adalah bagi menjawab:

- Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada Yang Berhormat ADUN lombak, Lobak yang bertajuk “Pemulihan Ekonomi”;

- Pertanyaan Lisan Hari Kedua daripada Yang Berhormat ADUN Johol yang bertajuk “Peruntukan Bagi Penjaja Kecil”; dan

- Pertanyaan Bertulis daripada Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang yang bertajuk “Bantuan Peniaga Kecil”.

Dato’ Yang Dipertua, tidak dinafikan golongan peniaga merupakan antara golongan yang paling terkesan dalam keadaan pandemik yang melanda seluruh dunia. Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif untuk membantu golongan peniaga kecil dan penjaja yang terjejas akibat pandemik ini. Di antara bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

- Yang pertama ialah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan atau apa yang kita kenali sebagai TUNS. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh golongan peniaga di Negeri Sembilan. Sejak tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang memberi manafaat kepada ramai peniaga bertaraf kecil dan sederhana di Negeri Sembilan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 pada tahun 2020, sebanyak 2,023 usahawan telah mendapat manafaat dari inisiatif ini dengan peruntukan sebanyak 6 juta ringgit. Manakala pada tahun 2021, berdasarkan Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan “Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat”, Kerajaan Negeri Sembilan telah meneruskan inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan untuk tahun ketiga pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah 3 juta ringgit ya. TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah 3,000.00 ringgit yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil Negeri Sembilan. Ini bermakna dengan status geran, mereka yang berjaya mendapat bantuan ini tidak perlu membayar semula kepada Kerajaan Negeri. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai

golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan pembiayaan ini. Di samping itu jugak kita harapkan bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS secara tidak langsung juga dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan di samping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Setakat 23 Ogos 2021, jumlah kelulusan yang telah diluluskan di bawah TUNS adalah sebanyak 1,583,758.00 ringgit dan melibatkan 606 peniaga manakala baki permohonan yang akan dibawa kepada jawatankuasa adalah sebanyak lebih kurang 472 peniaga lagi dan inshaa Allah akan diselesaikan semua dana peruntukan yang baki sebanyak 1.416 juta ringgit lagi.

- Bagi memastikan kelangsungan segmen ini, kita telah mewujudkan satu lagi tabung Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus) ya, yang mana kita memperuntukkan jugak peruntukan 3 juta ringgit untuk membantu melonjakkan lagi sektor keusahawanan sebagai lanjutan daripada pelaksanaan program Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ya, yang telah kita mula diperkenalkan untuk TUNS Plus pada tahun 2021 ya.

Objektif penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel. Ini bermakna, peniaga-peniaga yang memohon untuk TUNS Plus yang berjaya, mereka akan boleh memperolehi ya, pinjaman tanpa sebarang faedah dikenakan kepada mereka ya, sehingga 15,000.00 ringgit untuk seorang usahawan ya. Setakat 23 Ogos 2021, jumlah kelulusan yang telah diluluskan di bawah TUNS Plus adalah sebanyak 915 ribu ringgit yang melibatkan 71 peniaga manakala baki permohonan itu sedang kita perhalusi. Dan inshaa Allah seramai 139 lagi, lebih kurang, sekitar, akan, yang akan diberi kelulusan, yang akan melibatkan jumlah peruntukan sebanyak 2.085 juta ringgit.

- Selain daripada TUNS dan TUNS Plus yang telah dibuat di bawah inisiatif Kerajaan Negeri, kita juga memberi bantuan one off kepada peniaga kecil dan juga penjaja. Kerajaan Negeri juga melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memberi bantuan insentif yang berjumlah 300.00 ringgit kepada semua peniaga kecil dan penjaja yang berlesan tanpa premis yang berdaftar di bawah PBT dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta ringgit.

Di samping itu, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melanjutkan pengecualian ke atas bayaran permohonan baharu dan pembaharuan lesen penjaja PBT sehingga 31 Disember. Memang tidak ada perlu untuk lesen untuk penjaja PBT ini ya.

- Selain daripada itu jugak, kita mengecualikan sewa gerai dan pasar untuk tempoh 4 bulan ya. Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan untuk memberikan pengecualian bayaran sewa gerai kepada semua, di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan selama 4 bulan bermula pada bulan Januari bagi meringankan beban kewangan peniaga ya. Pengecualian sewa selama 4 bulan ini membabitkan 4,508 premis dengan jumlah keseluruhan 2.196 juta ringgit. Keputusan ini adalah untuk membantu peniaga yang terkesan berikutan dengan pandemik COVID-19. Ini kalau kita lihat pengecualian sewa gerai dan pasar untuk tempoh 4 bulan ini yang memperuntukkan jumlah 2.196 juta ringgit ini membabitkan kepada semua daerah. Yang terbesarnya ialah di daerah, Majlis Bandaraya Seremban ya.

Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNNS sedang dalam usaha merangka beberapa pelan jangka masa pendek dan pelan halatuju bagi pengusaha berskala besar dan jugak sederhana dan juga kecil untuk memastikan pembangunan usahawan Negeri Sembilan dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan usahawan dapat kita laksanakan.

Selain itu Dato’ Yang Dipertua, kita juga telah memperkenalkan pelbagai pelabur, insentif untuk menarik pelabur untuk datang ke Negeri Sembilan ya. Di antaranya ialah memberi diskaun premium pemberimilikan tanah dan pembangunan tanah. Dan jugak kita tawarkan rebat untuk kadar utiliti air berdasarkan kepada kelulusan daripada pihak SAINS. Kita juga tidak mengenakan caj pemajuan ya, di mana banyak negeri telah pun mengenakan caj pemajuan tapi untuk di Negeri Sembilan, kita masih kecualikan dalam usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur. Dan juga paling penting, kita mewujudkan satu badan yang bertindak sebagai satu mediator untuk memastikan permasalahan yang berkaitan birokrasi dapat dikurangkan dengan peranan Invest NS ya, menjadi satu badan yang bertindak untuk memantau dan mempercepatkan proses khususnya di peringkat OSC ya. Mungkin jawapan yang berkaitan dengan soalan yang telah diberikan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Tuan Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana memberi satu apa ni, bantuan TUNS haa, yang tidak pernah di, diberikan pada, pada zaman dululah. Ini satu, satu pendekatan dan satu sumbangan yang amat baik kepada rakyat jelita. Dan di samping itu, sambutan bantuan TUNS ini amat di, dapat sambutan yang baik daripada rakyat kerana saya rasa daripada pejabat Pusat Khidmat ADUN-ADUN selalu, setiap hari ada pemohon-pemohon yang datang me, mem, memohon, memohon pengesahan tandatangan untuk permohonan TUNS ini. Jadi ini amat berjayalah kepada Kerajaan Negeri.

Jadi, di samping perkara perkembangan perniagaan, di sini juga saya ingin membuat satu pertanyaan, iaitu pada semalam, semaha, hari semalam kita ADUN ini ada menerima serba sedikit aduanlah daripada orang awam mengenai, mengenai ini, apa ni, kaunter operasi, kaunter operasi kerajaan, agensi kerajaan yang tidak ber, begitu lancarlah selepas ini, pembukaan PKP ini. Dan di sini tahniah kepada Negeri Sembilan-lah menuju kepada PPN Fasa Ketiga dan banyak sektor perniagaan dan, atau urusan permohonan agensi kerajaan telah beroperasi semula selepas waktu PKPP ini. Dan kebanyakan kaunter operasi tidak begitu lancarlah. Jadi salah satu operasi yang saya ingin tujukan di sini, kita bukan nak salahkan kepada sesiapa, kita tidak tunjuk jari kesalahan kepada sesiapa. Ini semua akibat daripada pandemik COVID-19. Dan ada satu agensi iaitu agensi Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan telah ber, itu apa ni, permohonan daripada orang awam ini …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan, soalan dia.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Permohonan daripada orang awam iaitu tidak begitu lancar. Jadi saya ingin tanya kepada pihak Kerajaan Negeri, boleh, kalau bolehlah bagi sikit penjelasan apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mempertimbang cadangan bagi memudahkan proses pendaftaran tukar ganti hak milik di kaunter operasi PTG Negeri Sembilan yang, yang tidak begitu lancarlah dikatakan orang-orang ramai? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Berhormat Mambau di atas soalan yang berkaitan. Yang pertama ialah tentang TUNS. TUNS sememangnya satu usaha inisiatif di bawah Kerajaan Negeri yang sungguh-sungguh memberi kesan kepada khususnya masyarakat

usahawan kecil ya, yang kita laksanakan di bawah pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Harapan sebaik sahaja kita mengambil alih Kerajaan Negeri pada 9 Mei 2018.

Berkaitan tentang perkhidmatan kaunter, kita maklum dalam masa keadaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ianya memberi kesan kepada semua ya, untuk memastikan kita boleh memastikan penyakit COVID ini tidak menular ya. Dan oleh sebab itu, bukan hanya aktiviti ekonomi terhenti, malahan urusan yang berkaitan kebanyakan dengan urusan yang berkaitan ini jugak memang memberi kesan kepada kesemuanya ya. Tapi, umumnya soalan ini saya fikir berkaitan tentang kaunter PTG, yang berkaitan tentang urusan tanah dan saya mintak selepas ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat akan menjawab dengan lebih terperinci tentang soalan yang berkaitan tentang, tentang khidmat di kaunter ya. Dia dah bukan lagi berkaitan dengan soalan daripada yang asal. Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya memohon untuk menambah jawapan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum bahawa masalah PKP ini memang agak membebankan semua terutama kepada apa, mereka yang berurusan dengan kaunter dan kita sedia maklum, kaunter menghadapi masalah. Dan ada di antara petugas-petugas kita di kaunter yang positif, ada yang kontak rapat. Jadi perkara tersebut ya, telah mendatangkan masalah bukan sahaja di Pejabat Tanah tetapi juga di PBT dan Pejabat Daerah juga berlaku perkara yang sama.

Memandangkan perkara tersebut, hari ini kita telah ke Fasa Ketiga, alhamdulillah, semalam telah bermula dan kita semalam telah mencapai, boleh menjalankan aktiviti ataupun semua pekerja, penjawat awam boleh bertugas sebanyak 80% daripada mereka boleh bertugas. Dan mungkin semalam hari pertama ya, jadi mereka sedang mengaturkan jadual kerana 20% lagi daripada mereka terpaksa bertugas daripada rumah, dan penjadualan dan penggiliran itu terpaksa dilakukan.

Dan inshaa Allah saya telah dimaklumkan oleh pihak PTG bahawa sebarang proses ataupun cadangan memindah, memudahkan proses pendaftaran tukar ganti hak milik di kaunter operasi Pejabat Tanah Dan Galian hanya akan mengambil masa selama 14 hari. Dan inshaa Allah segala proses yang berdasarkan Kanun Tanah Negara tahun, Seksyen 97 Serahan Balik dan Seksyen 76 pemberimilikan/hakmilik baru/ganti/daftar semula akan mengambil masa 14 hari. Dan inshaa Allah perkara ini akan kita lihat dan sentiasa kita beri perhatian kerana

ini juga merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri dan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi, perkara-perkara ini penting untuk disegerakan bagi juga untuk memastikan pembangunan negeri terus bergerak dengan maju inshaa Allah. Jadi ini antara perkara-perkara yang menjadi titik, yang kita titikberatkan bagi memastikan perjalanan negeri dapat berjalan dengan baik. Terima kasih atas pandangan YB Mambau dan inshaa Allah perkara tersebut akan menjadi perhatian utama kerajaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan seterusnya soalan berikutnya daripada giliran Palong.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Terima kasih kepada ADUN Palong yang bertanyakan soalan tentang tindakan bagi premis / kilang / tempat berisiko jangkitan COVID-19. Memang betul sebelum ni, kes kilang merupakan satu penyumbang yang tertinggi bagi kes COVID di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, bidang kuasa untuk tutup kilang adalah di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagimanapun, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk membuat penguatkuasaan.

Bagi mana-mana industri kilang/premis yang didapati yang mempunyai COVID-19, tindakan penutupan premis bagi tempoh di antara 7 hingga 14 hari atau lebih berdasarkan kepada penilaian risiko oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan boleh diambil di bawah seksyen, Subseksyen 18(1)(d) atau Subseksyen 18(1)(f), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh diambil. Operasi penutupan premis secara separa ataupun penuh dilaksanakan dengan ban, dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara di negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya kadar kebolehjangkitan dan risiko penularan wabak adalah tinggi. Premis, penutupan premis ini bertujuan bagi memutuskan rantaian penularan selain memastikan proses sanitasi dan disinfeksi di seluruh kawasan premis ini dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan mengambil tindakan melalui hasil siasatan yang dijalankan ke atas pesakit COVID-19 dan melalui hasil penilaian risiko (risk assessment) yang dijalankan ke atas risiko kebolehjangkitan yang berlaku di premis atau di kilang yang

terbabit. Tindakan yang boleh diambil adalah seperti berikut: penutupan premis secara keseluruhan. Kedua: penutupan premis secara sebahagian yang melibatkan bahagian yang terkesan sahaja dengan mengambil kira tiada risiko jangkitan di bahagian yang lain. Ketiga: premis dibenarkan beroperasi dengan kehadiran pekerja yang paling minima, pematuhan ke atas SOP yang ketat dan saringan ke atas semua pekerja yang hadir untuk bekerja.

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan menggunakan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Prosedur Penutupan Premis Di Bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Dan seperti yang kita maklum, kes-kes kilang apa ni, jangkitan daripada COVID-19 yang berlaku pada masa ni memang dah kurang, tetapi kes berkaitan dengan kontak rapat dan sporadik memang berlaku. Dan pada masa ini kita dapat lihat kes-kes di Negeri Sembilan ini telah berkurang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Repah. Kita pergi ke soalan berikutnya, Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Rahang mengemukakan soalan kedua.

Soalan pertama atau kedua?

Soalan pertama, sorry.

Terima kasih kepada ADUN Rahang yang bertanyakan berkaitan dengan soalan Hospital Tuanku Jaafar sebagai hospital khusus COVID-19.

Dato’ Yang Dipertua, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban buat masa ini masih kekal sebagai hospital hibrid COVID-19. Cadangan untuk menjadikan hospital ini sebagai hospital fully COVID-19 tidak dapat direalisasikan memandangkan terdapat banyak prosedur rawatan yang kompleks dan berisiko tidak dapat dilaksanakan di hospital daerah ataupun di hospital swasta yang lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan menanggung kos rawatan pesakit bukan COVID-19 yang layak untuk mendapat perkhidmatan di hospital swasta. Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah memulakan aktiviti outsourcing bermula Mei 2021. Perlaksanaan penyumberluaran ini dilaksanakan mengikut Garis Panduan Perkhidmatan Kesihatan Ke Hospital Swasta Secara Outsourcing Bagi Pesakit Selain COVID-19 dari Hospital Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya kriteria pemilihan pesakit dan hospital swasta adalah seperti berikut:

- Pemilihan pesakit dan rujukan ke hospital swasta dilakukan oleh Pakar Perubatan di Hospital Kerajaan.

- Kedua: Hanya pesakit warganegara Malaysia sahaja yang boleh dirujuk ke hospital swasta.

- Yang ketiga adalah: Kes-kes yang boleh dirujuk ke hospital swasta adalah seperti berikut: pertamanya adalah kes kecemasan atau semi-kecemasan. Kedua: kes elektif yang mempunyai masa menunggu yang panjang

- Keempat: Pesakit yang ingin dipindahkan ke hospital swasta perlulah berada dalam keadaan stabil sebelum dipindahkan.

- Kelima: Hospital swasta yang dipilih untuk melaksanakan prosedur atau rawatan yang diinginkan mestilah hospital swasta yang berlesen di bawah Akta 586, iaitu Akta Kemudahan & Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, serta mempunyai jenis kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang telah dilesenkan.

Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menanggung segala kos rawatan untuk pesakit bukan COVID-19 yang dirujuk ke hospital swasta. Setakat ini, jumlah kes yang terlibat adalah sebanyak 379 kes dan jumlah kos yang ditanggung oleh kerajaan, KKM adalah sebanyak 593,474.00. Terima kasih.

Terima kasih ADUN Repah. Soalan tambahan. Ya, orang ramai memang faham apa yang disebutkan tadi oleh ADUN Repah, tetapi mereka sangat keliru tentang bayaran. Kita ada terima banyak pertanyaan tentang bayaran. Adakah kerajaan akan tanggung kos perubatan pesakit luar jika dihantar ke hospital swasta?

Terima kasih kepada soalan tambahan ADUN Rahang. Dato’ Yang Dipertua, pada ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia tidak melaksanakan aktiviti outsourcing bagi pesakit selain daripada COVID-19 yang ingin mendapat rawatan pesakit luar di hospital swasta. Tujuan program ini adalah untuk membolehkan kita meningkatkan kapasiti katil di hospital awam bagi membolehkan lebih ramai pesakit COVID diambil di hospital. Sebab itu outsourcing ini hanya dibuat untuk pesakit dalam hospital awam tersebut supaya kita dapat lebih katil kosong di, apa ni, pusat kesihatan awam. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Kita pergi ke soalan berikut, Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Nombor?

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Nombor 2.

Dato’ Dr. Mohamad Rafie bin Ab. MalekPKR · PHMenteri Besar · Ampangan

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui yang bertanyakan soalan tentang peruntukan tablet. Jawapan ini adalah juga menjawab Pertanyaan Lisan bagi Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya yang bertajuk “Sumbangan Peranti Kepada Pelajar Yang Kurang Berkemampuan”.

Kerajaan Negeri telah membuat perolehan sebanyak 4,470 unit alat peranti model Samsung Galaxy Tab A dengan jumlah perbelanjaan sebanyak 2.3 juta ringgit pada bulan Mei 2021 yang lalu bertujuan untuk membantu rakyat di negeri ini khususnya pelajar-pelajar sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi dari golongan B40 atau tidak berkemampuan bagi mengikuti PdPR atau pengajian secara di atas talian ya.

Sebanyak 4,320 unit daripada jumlah tersebut diagihkan kepada semua 36 DUN di mana setiap satu DUN menerima 120 unit. Manakala 100 unit lagi telah diserahkan kepada Sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh untuk digunakan oleh pelajar-pelajar yang memerlukan alat peranti tersebut untuk pembelajaran secara PdPR. Manakala baki sebanyak 50

unit diperuntukkan kepada Pejabat YB EXCO Pendidikan dan Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang layak daripada mana-mana sekolah yang masih tidak mencukupi. Di samping itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga turut menyumbang sebanyak 1,774 unit alat peranti bagi tujuan PdPR kepada asnaf yang memerlukan.

Selain daripada usaha ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia turut bersama-sama memban, membantu memberi sumbangan kepada pelajar daripada keluarga golongan B40 ini. Pembekalan peranti komputer kepada 150,000 murid sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Inisiatif CERDIK adalah merupakan program rintis kerajaan untuk memastikan murid daripada keluarga berpendapatan isi rumah di bawah 4,850.00 ringgit atau kategori B40 untuk peranti komputer dan sim card pelan data untuk mengakses ke talian internet. Inisiatif ini diselia oleh Yayasan Hasanah dengan mendapatkan sumbangan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Milik Kerajaan (GLiC).

Manakala KPM berperanan mengagihkan peranti komputer tersebut kepada murid B40 yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Sehingga 13 Ogos 2021, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengagihkan 4,695 peranti komputer dengan dilengkapi sim card pelan data kepa, kepada murid kategori B40 kepada 23 buah sekolah rendah dan 33 buah sekolah menengah di seluruh Negeri Sembilan.

Kerajaan Negeri Sembilan bersedia untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk, mengenai bantuan alat peranti ini sekiranya sesi persekolahan masih tidak dapat dilaksanakan secara fizikal pada tahun hadapan.

Selain daripada itu kerajaan juga menyediakan pelbagai lagi bantuan ya, untuk pelajar-pelajar untuk memudahkan mereka untuk mereka membeli alat peranti khususnya untuk golongan B40. Di antaranya ialah:

- Bantuan Anak Sekolah ataupun dikatakan sebagai BAS ya. Bantuan ini kita beri kepada anak-anak sekolah daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Sebanyak 1.3 juta ringgit telah disalurkan bagi tahun 2021 dan bantuan ini memberi manafaat kepada seramai 2,363 orang pelajar seluruh Negeri Sembilan. Untuk seorang pelajar dia akan memperolehi sebanyak 550.00 ringgit setahun di mana setiap bulan sebanyak 50.00 ringgit ya, 50.00 ringgit x 11 bulan berjumlah 550.00 ringgit.

- Di samping itu juga Kerajaan Negeri memberi bantuan di bawah Biasiswa Anak Negeri. Bantuan ini diberi kepada anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran daripada keluarga yang tidak berkemampuan. Sebanyak 0.8 juta ringgit telah disalurkan bagi tahun 2021 dan bantuan ini memberi manafaat kepada seramai 1,333 orang pelajar. Untuk bantuan ini, kita memberi peruntukan sebanyak 50.00 ringgit sebulan untuk selama 12 bulan. Dan seorang pelajar akan menerima sebanyak 600.00 ringgit Bantuan di bawah Biasiswa Anak Negeri ya.

- Selain daripada itu, kita juga memberi bantuan kepada sekolah dan PIBG bagi menjalankan aktiviti kecemerlangan sekolah. Bantuan diberikan berdasarkan kepada permohonan daripada pihak sekolah atau PIBG bagi membiayai sebahagian perbelanjaan untuk menjalankan program/aktiviti kecemerlangan murid dan pelajar sekolah. Bantuan ini juga dapat mengurangkan beban ibu bapa khususnya dari golongan B40 untuk memberikan sumbangan kepada tabung PIBG bagi membiayai program-program kecemerlangan anak-anak mereka.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan tambahan. Pada 120 unit tablet yang dibekalkan kepada setiap DUN ni, saya nak tahu, cara pengagihannya melalui macam mana, adakah melalui PPD, sekolah ataupun Pejabat Penyelaras DUN?

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. 120 unit ini diagihkan melalui Pusat Khidmat Rakyat yang mana bermakna menerusi jugak dia punya Penyelaras DUN di Kawasan yang berkenaan. Apa yang kita buat, kita telah pun mewar-warkan tentang kemudahan yang kita ada. Kita tahu kita tak banyak ada, ada 120 unit aja untuk bagi setiap pusat khidmat. Jadi, setiap pemohon perlu mengisi borang ya, borang permohonan untuk peranti PdPR dan pusat khidmat perlu meneliti ya, dari segi dan juga membuat penilaian di atas kategori kelayakan untuk pelajar-pelajar ini ya. Jadi, itu proses yang dilakukan dan kesemua peranti ini telah pun selesai kita agihkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Lobak, mau ka?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Mau, kerana tadi lisan pun start pukul 10:13, tak sampai satu jam setengah lagi, okay.

Yang Dipertua Dewan

Okay, soalan terakhir, Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay saya pun anggap peluang ni kerana musim pandemik COVID ini, khasnya MBS ke, SAINS, TNB, JKR atau SWM, masih bekerjalah. Kami harap di Dewan mulia ini menghargai mereka dalam bekerja di musim pandemik COVID. So, Tuan Speaker saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, perkembangan MVV 2.0. Secara umumnya, pandemik COVID-19 memberi kesan kepada semua sektor ekonomi bukan sahaja Negeri Sembilan malah seluruh negara. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri terus komited untuk membangunkan Malaysia Vision Valley 2.0 bersama-sama pihak swasta / pemaju yang berkaitan. Pada masa ini pelaksanaan pembangunan adalah tertumpu bagi pembinaan kawasan industri di Ladang Hamilton Parcel A, Nilai. Ia seiring dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada rakyat tempatan.

Untuk itu, perkembangan Parcel A Hamilton yang telah, telah menerima kelulusan Kebenaran Merancang pada Disember 2020, kini dalam pelaksanaan kerja-kerja tanah bermula pada Jun 2021 yang lalu. Dalam masa yang sama juga, pihak pemaju– Sime Darby Property Berhad, sedang membangunkan XME Business Park di Nilai Impian yang telah dilancarkan pada 4 Februari 2020 yang lalu. Dimaklumkan bahawa projek ini berjaya menarik minat pelabur dan ini memberi gambaran bahawa Negeri Sembilan merupakan sebuah destinasi pelaburan pilihan.

Di samping itu juga, pembinaan jalan raya baru yang menghubungkan Nilai dengan Bandar Enstek melalui kawasan Parcel A dan B, MVV 2.0 sedang giat berjalan. Pada masa ini, pembinaan telah mencapai 68% dan projek pembinaan jalan raya sepanjang 16.3 kilometer tersebut akan menjadi jalan penghubung utama dan menyokong pembangunan di kawasan projek MVV 2.0 Nilai dan Labu. Bagi memastikan kesemua projek infrastruktur serta pembangunan kawasan industri baru di Ladang Hamilton, Parcel A, Nilai berjalan dengan lancar, penyelarasan

bagi pelaksanaan kerja-kerja berkaitan kini diselaraskan antara jabatan dan agensi berkaitan.

Selain itu, perbincangan bagi pembangunan Parcel B dan C, MVV 2.0 sedang berjalan antara agensi berkaitan pelaburan Kerajaan Negeri– NS Corp, bersama pihak berkepentingan. Pada masa yang sama, usaha bagi meningkatkan pelaburan di Port Dickson turut sama direncanakan dengan usaha bagi membangunkan kawasan pesisir pantai Port Dickson sebagai sebuah hab maritim dijangka akan dapat meningkatkan ekonomi dan persekitaran kawasan tersebut.

Selain itu, Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan kini sedang melaksanakan Kajian Kemungkinan Pembangunan Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan yang dicadangkan di Parcel C, MVV 2.0. Kajian berkenaan dijangka selesai hujung tahun ini dan akan dijadikan panduan dalam perancangan pembangunan lembah aeroangkasa yang komprehensif. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Soalan tambahan. Simple saja. Nak tahu ni perkembangan, erti tu berapa percent dapat dibuat perjanjian ka atau berapa projek sedang dibuat pembinaan? Jikalau adalah, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang sedang dirundingkan banyak, sedang dirundingkan banyak di antara NS Corp dan beberapa syarikat. Dan yang sedang dalam pembinaan seperti yang saya nyatakan tadilah, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi pertanyaan soalan lisan kita telah tamat ya. Dan saya, yang, bagi yang tidak sempat kita jawab, jawapan bertulis akan diberikan.

Usul — Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DirajaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, Usul. Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah, Titah Ucapan DiRaja. Saya persilakan ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Juasseh.

Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni DUN Serting ya.

Ya?

Yang Dipertua Dewan

Juasseh, Serting, lepas tu Palong ya, okay, silakan. Juasseh dulu, silakan. Saya bagi tahu pasal dia orang bangkit 3 sekali tadi.

Oh ya. Okay.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya juga untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan menyokong usul titah Ke Bawah Tuanku sewaktu perasmian sidang pada minggu lepas.

Titah Tuanku pada kali ini begitu menyeluruh tetapi apa pun soal pandemik COVID ini adalah satu tajuk utama daripada titah Ke Bawah Duli Tuanku. Dan kita juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana negeri kita, Negeri Sembilan sudah pun memasuki fasa ketiga di bawah pemulihan ya, Pelan Pemulihan Negara kita, di mana

difahamkan mengikut titah Tuanku, 80% daripada rakyat Negeri Sembilan sudah pun menerima vaksin yang kedua sekaligus menjadikan imuniti kelompok kepada rakyat kita di Negeri Sembilan, alhamdulillah.

Jadi, pada pagi ini, Dato’ Yang Dipertua, saya terutama ingin merakamkanlah ya, jutaan terima kasih kepada frontliners kita ya, khususnya KKM yang telah bekerja begitu keras sekali sepanjang tempoh pandemik kita ini, khususnya sewaktu masa-masa puncak di mana pada satu ketika Negeri Sembilan mencapai, naib johan pernahlah Negeri Sembilan ya, ya. Kita terperanjatlah ya. Jadi usaha frontliners ini amat kita hargai, amat kita kagumi. Saya amat faham kerana di kawasan saya sendiri, salah satu kawasan yang, di DUN Juasseh sendiri yang begitu terkesan ya, PKPD, macam-macam lagilah di kawasan DUN saya sendiri. Dan saya lihat pemandu ambulans ni tak ada rehat langsung Dato’ Dipertua. Lepas hantar orang ke PD, hantar orang ke hospital, tak ada rehat, dengan baju PPV jadi sebagainya. Jadi kita amat terharu ya melihat kesungguhan barisan hadapan kita di dalam menjalankan amanah demi untuk kesejahteraan kitalah. Jadi itu sebabnya saya memulakan ini dengan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada frontliners kita.

Dan yang keduanya ialah tentang pengambilan vaksin ni Dato’ Dipertua. Kita bersyukur ke hadrat Allah juga kerana salah satu yang membolehkan kita mencapai imuniti kelompok ini ialah kadar peratusan pengambilan vaksin yang tinggi di Negeri Sembilan. Untuk itu saya tak lupa untuk merakamkan terima kasih kita kepada Yang Berhormat KJ, Menteri daripada Negeri Sembilan yang ketika itu menjaga soal vaksin ini. Dan hari ini alhamdulillah-lah ya, kerana Yang Berhormat Perdana Menteri kita telah melantik YB KJ untuk menjaga semualah, bukan saja vaksin tapi soal kesihatan di negara kita ini. Jadi ini bagi saya merupakan satu pemilihan yang tepat ya, menyatukan soal vaksin dengan soal kesihatan ni adalah satu perkara yang saya lihat begitu baik sekali.

Di masa yang sama Dato’ Yang Dipertua, Negeri Sembilan mencapai 80%. Saya di Kuala Pilah juga berkongsi pada hari ini menyatakan bahawa kita di Kuala Pilah untuk dos pertama pun dah 100 lebih percent Dato’ Dipertua. Dos kedua dah hampir 100%. Kuala Pilah setakat yang saya dapat maklumat minggu lepas 98.9%, minggu lepas. Begitu tinggi sekali di Kuala Pilah. Salah satu sebabnya ialah kerana terdapatnya kerjasama yang baik Dato’ Dipertua, khususnya daripada Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang begitu terbuka, bukan saja kita di Pusat Pemberian Vaksin menunggu orang tetapi kita mencari, kita bukak pusat-pusat ini melalui ahli-ahli YB kawasan, di kawasan-

kawasan yang jauh di pedalaman. Haa ini satu yang amat baik Dato’ Yang Dipertua, kerana bukan kita tunggu orang ambil vaksin tapi vaksin pergi kepada kelompok-kelompok masyarakat. Banyak sebenarnya, YB-YB di Pilah tau perkara ni, di kawasan-kawasan yang coghok, yang jauh, semua kita bukak ya, PPV bergerak ni.

Dan saya nak berterima kasih juga kepada Pegawai Pergigian Daerah Kuala Pilah kerana di Kuala Pilah ni ada sikit keistimewaan Dato’ Dipertua, kerana kita ada van bergerak ni. Bukan van, van ni kecik kan, dia besar haa, trailer, trailer bergerak. Yang dapat kita guna pakai ke kawasan-kawasan yang pedalaman untuk 1,000 vaksin dalam masa 3 hari. 800 vaksin dalam masa 2 – 3 hari. Jadi ini menyumbang kepada kadar pengambilan vaksin yang tinggi di daerah kita di Kuala Pilah. Tambahan lagi pulak kepada Ke Bawah Duli Tuanku sendiri, saya mesti cakap jugak di sini kerana Ke Bawah Duli Tuanku sendiri sebagai Canselor university, UKM, Hospital UKM pun turun. 2,500 vaksin di bawah kawasan To’ Samad-lah di Seri Menanti. IJN turun. IJN pun turun. Walaupun pesakit jantung kurang di Kuala Pilah ni Dato’ Dipertua, tapi IJN turun ke Kuala Pilah bagi vaksin di kawasan YB Johol. Ke Jempol pun pergi saya dengarnya.

Jadi kerjasama semua pihak inilah sebenarnya yang memberikan sumbangan begitu baik sekali di dalam mencapai peratusan yang tinggi pemberian vaksin kita di Daerah Kuala Pilah. Bukan soal nak cakap apalah, tapi sebab Kuala Pilah pencapaiannya tinggi daripada pencapaian negeri. Jadi saya kena cakaplah sikit kan. Alhamdulillah. Jadi Dato’ Dipertua, ini tak termasuk program outreach kita. Banyak, yang rumah ke rumah. Jadi sebenarnya KKM berfungsi begitu baik sekalilah ya. Saya, mungkin bukan di Kuala Pilah saja ni, mungkin di seluruh Negeri Sembilan pun ya. Jadi ini kerjasama yang, yang, yang apa ni, yang betul-betul untuk rakyat Dato’ Dipertua, dan amat kita hargai.

Berkaitan dengan vaksin ini Dato’ Dipertua, saya hanya nak bertanya dalam Dewan ini, sebab saya terbaca juga di akhbar-akhbar tentang adanya guru-guru yang tidak mengambil vaksin. Jadi saya nak tanya dalam Dewan inilah. Saya baca tu di negeri lain. Negeri saya sendiri pun saya tak tahu. Adakah lagi guru-guru di Negeri Sembilan ini yang tidak mengambil vaksin? Sebenarnya guru, dari segi guru ni Dato’ Dipertua, di kawasan DUN saya sendiri ialah guru yang pertama meninggal akibat COVID ini adalah di kawasan DUN saya iaitu di Sekolah Kebangsaan Juasseh. Sebelah pejabat saya tu. Dan bila saya tanya, ketika itu, memang tak ada lagi yang menerima vaksin, bukan sebab mati disebabkan vaksin ke tidak Dato’ Dipertua, tapi vaksin ini ialah ikhtiar kita ya, untuk mengekang penyakit ini. Dan itu sebab saya

nak tanya dalam Dewan ini, adakah lagi guru-guru di Negeri Sembilan ini yang belum menerima vaksin.

Kita tahu pengambilan vaksin ini bukanlah satu yang wajib Dato’ Dipertua. Tak ada akta, tak ada enakmen yang mewajibkan rakyat Malaysia mengambil vaksin. Tetapi kita semua faham bahawa apabila kita berurusan dengan pihak ketiga, kecualilah kita duduk dalam bilik kita sorang-sorang, kita bekerja sendiri dengan komputer, laptop kita, itu tak masalah. Tapi bila kita berurusan, tugasan kita ni dengan mana-mana pihak yang lain, sudah tentulah semua pihak akan berhati-hati dalam keadaan hari ini. Dan kita difahamkan sekolah akan dibuka sesinya semula dalam masa, bulan dopan tak silap saya, kalau ikut pekeliling tu. Itu sebabnya saya berharap ya, saya berharap walaupun pengambilan vaksin ni tak wajib, tapi kita berharap ya, guru-guru di Negeri Sembilan ini akan cubalah ya, untuk mengambil vaksin ini, kerana saya takut nanti ramai ibu bapak ya, anak-anak kita sekarang ni yang 18 tahun ke bawah dia tak, tak ada vaksin lagi. Jadi ditakuti ya, bila kelompok-kelompok, bilik darjah dan sebagainya itu, yang tak yakin, mak bapak. Anak-anak tak tahu apa-apa. Guru mungkin dia yakin tak ambil vaksin. Tapi mak bapak yang anak kecik-kecik ni takut, kalau ada di dalam kawasan sekolah itu, kakitangan ataupun guru-guru yang masih belum menerima vaksin. Itu sebabnya saya berharap ya, ikhtiar dibuatlah sekiranya masih ada guru-guru kita yang tak mengambil vaksin ni, kita harap, kita pujuklah mereka ya, beri penerangan yang sebaiknya supaya apabila sesi persekolahan dibuka besok, ibu bapa akan lebih yakin dengan tenaga-tenaga pengajar, kakitangan, sesiapa juga yang ada dalam sistem persekolahan kita ini sebenarnya telah pun menerima vaksin.

Ajal dan maut ini di tangan Allah ta’ala, Dato’ Dipertua, tetapi ini ikhtiar kita ya, ikthiar kita, usaha kita untuk memutuskan rangkaian COVID yang kita tahu bahayalah ya, bahaya. Ini bukannya cerita dongeng. Dulu satu ketika orang kata, COVID-COVID ni tapi, saya kata COVID itu benar. Memang berlaku. Di kampung saya sendiri Dato’ Dipertua, di awal COVID hati itu, 5 orang, 5 orang, sampaikan PKPD di depan pejabat saya di Juasseh tu, terpaksa buat PKPD. Sebab terlampau ramainya selepas sambutan hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

Jadi berkaitan dengan guru-guru ni, tak terkecuali juga guru-guru sekolah tabika, sekolah perpaduan, guru-guru agama. Saya tengok sekarang ni alhamdulillah sekarang ni masjid-masjid dah dibuka, dah boleh sampai 150 orang. Dan banyak jugak masjid-masjid hantar program-program mereka, start kuliah subuh, kuliah maghrib. Macam-macam kuliahlah sekarang ni. Dah, dah aktif semulalah dengan SOP dan sebagainya. Jadi saya berharap Majlis Agama Islam juga akan

perketatkan soal penjagaan ini apatah lagi kalau penceramah-penceramah kita itu datang daripada luar masjid. Kalau orang dalam masjid tu, senang sikit, tak ada masalah. Tapi takut kadang-kadang sekarang kita dah boleh jemput daripada luar semua, jadi kita pastikanlah satu garis panduan, yang beri ceramah, kuliah dan sebagainya ni akan, telah pun menerima 2 vaksin ni. Sebenarnya di masjid di kawasan saya tu Dato’ Dipertua, dia bermula selepas, sewaktu malam takbir raya tu, makna dalam keadaan masjid yang air-cond ya, mungkin walaupun ada penjarakan, ada pakai mask agaknyalah semua pakai, tetapi nak keluar-keluar masjid tu biasalah, berburak kat kereta bukak mask atau ada minum sikit sebagainya. Jadi dia bermula di situlah. Jadi itu sebabnya saya harap dalam keadaan kita gembira hari ini kerana masjid kita dah boleh dibuka semula ni, saya harap SOP ini, khususnya kepada penceramah-penceramah yang memberi tazkirah, memberi kuliah ni kita pastikanlah ya, kita tak lupa untuk memastikan mereka ini diberikan tauliah sekiranya mereka dah ada 2 dos suntikan.

Akhir sekali Dato’ Dipertua, sebab 10 minit kan. Akhir sekali …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Itulah deh, 10 minit. Kalau saya bukak ni tadi, lagi lebih cakap. Tapi sebab pakai ni kan, jadi saya pun tak berapa selesa. Apa pun, sewaktu kita sibuk COVID tempoh hari, berlaku jugak banjir. Banjir ya, banyak kawasan bulan 12 banjir, di Seremban, tapi bulan 6 hari tu, banjir di kawasan saya Dato’ Dipertua. Kawasan yang tak terfikir saya boleh banjir, banjir agak teruk. Jambatan putus, ramai yang terkesan akibat banjir ini. Dan apa yang saya perhatikan ialah di kawasan Orang Asli Tengkek ni, YB MB tahu ni sebab dia rajin turun Tengkek, saya tengok. Kawasan Guntur ni berlaku banjir. Di kawasan Padang Lebar, di kawasan saya pun berlaku banjir. Tapi alhamdulillah-lah kerana Kerajaan Persekutuan bagi sedikit peruntukan untuk sumbangan-sumbangan banjir ini. Tinggal lagi apa saya yang lihat ialah ada satu keperluan untuk kita membersihkan sungai-sungai Dato’ Dipertua. Di kawasan Orang Asli Tengkek tu, Guntur tu memang perlu pembersihan sungai, di Padang Lebar perlu pembersihan sungai.

Dan saya berharap ya, dalam Dewan ini, sewaktu belanjawan yang akan datang, Kerajaan Negeri boleh memperuntukkan lebih sikit kepada jabatan saliran ini, JPS ni, bagi tujuan pembersihan sungai ni. Saya tak kata mesti bagi permit pasir ke sebagainya ni, ni satu isu lain pulak besok. Tetapi pembersihan sungai ni perlu dibuat. Kawasan saya tu memang perlu pembersihan sungai supaya kita dapat mengekang

berlakunya terus menerus keadaan bajir. Kadang-kadang dia berulang Dato’ Dipertua. Kalau kita hantar barang, bulan 6 besok hantar orang yang sama lagi, sudah eh tak ado kojo lain saya, saya asyik hantar barang ye, orang yang sama banjir. Dia pun dah seronok pulak banjir dah kan. Jadi ini kita boleh atasi kalau kita beri peruntukan lebih sikit kepada JPS dalam belanjawan Kerajaan Negeri akan datang supaya pembersihan sungai ni dapat kita lebih aktifkanlah.

Jadi Dato’ Dipertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih dalam masa 10 minit memberi ruang kepada saya ini. Dan saya menyokong usul titah Ke Bawah Duli Tuanku. Sekian Dato’ Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Juasseh. Saya persilakan Serting.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan juga selamat pagi. Terima kasih Dato’ yang Dipertua, kerana mengizinkan saya membahas menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan DiRaja, di istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-14.

Dato’ Yang Dipertua, saya fokus kepada tajuk pandemik COVID-19 dan juga program imunisasi COVID-19. Sebagaimana yang kita sedia maklum Ke Bawah Duli Tuanku bertitah ya, meminta ahli-ahli Dewan fokus ya, dan bekerjasama tanpa dibatasi sempadan kaum, bangsa, agama dan juga politik untuk menangani pandemik, pandemik COVID yang melanda negara kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, keadaan ini amat membimbangkan kita semua. Dan seperti Juasseh, saya juga mengambil kesempatan ya, untuk merakamkan setinggi-tinggi yabas, tahniah dan terima kasih kepada semua frontliners, elok kita beri tepukan di Dewan yang mulia ini. Kita nengok dia orang ni bekojo, lotih kito dek eh, tah maso bilo dio tido ya, tanpa rehat langsung. Jadi inilah satu pengorbanan yang amat besar. Jadi kita, kalau ada kita dengar kumpulan anti vaksin dan juga memperlekehkan itu kita rasa kecewa jugalah ya, sebab pihak frontliners ini 24 jam kita kasihan ya, keadaan mereka ini. Mudah-mudahan segala usaha yang dibuat oleh frontliners ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Berhubung dengan program vaksin di DUN Serting dan juga di Daerah Jempol ini, kita juga bimbang, walaupun kita ada Pusat Pemberian Vaksin Awam ya, di Bandar Seri Jempol, di Bahau dan juga di Palong, tetapi bila kita melihat dengan jumlah penduduk Daerah Jempol ni seramai 130,000 orang. Satu jumlah yang besar. Kalau tidak

diusahakan, kita lihat, telah berbincang dengan pihak, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, kalau kita hanya bertumpu kepada 3 pusat ni saja, matlamat kita untuk mencapai ya, 80% ke, ini tidak akan tercapai. Justeru itu, kita juga menyahut seruan kita melancarkan atas inisiatif usaha bersama kita, untuk menjayakan program ya, bergerak, memberi suntikan vaksin secara bergerak ya, outreach program. Yang mana kepimpinan di Jempol ya, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen memainkan peranan yang sangat penting, bertindak proaktif untuk melaksanakan program vaksin bergerak ini. Dan alhamdulillah ya, kita juga mewar-warkan, melancarkan satu slogan ya, untuk membangunkan masyarakat di Daerah Jempol ni supaya timbul kesedaran, betapa pentingnya kita mendapatkan suntikan vaksin ini iaitu dengan slogan “vaksin mencari rakyat”. Haa ini yang kita ya, tiupkan di Jempol

Dan masalahnya di Jempol ni, walaupun dengan kapasiti penduduknya 130,000 kawasan jauh. Telah kita survey, telah kita lihat, ramai yang tak daftar dengan MySejahtera. Walaupun dulu di pasar malam, di pasar tani, sebelum tu kita ada kempen mendaftar MySejahtera. Kita usahakan tu, peringkat awal dulu ya, supaya ramai daripada rakyat kita, masyarakat kita ya, mendaftar dalam MySejahtera. Tapi maklum saja ya, dengan keadaan bukan semua orang kampung di felda ya, yang ada smart phone dan sebagainya. Macam-macam masalah timbul. Lepas tu nak pergi pulak ke Pusat Pemberian Vaksin Awam ni jauh, tak ada kenderaan. Anak di Kuala Lumpur. Lepas tu yang uzur, yang tua, jadi macam-macam hal. Jadi hasil perbincangan kita, berbagai inisiatif kita buat iaitu di Jempol ni tak ada pusat-pusat institusi yang lain untuk kita buat program secara besar-besaran. Jadi itu kita mintak bantuan ya, di luar. Alhamdulillah, atas sentuhan Ke Bawah Duli Tuanku, sebagaimana Pilah dapat tadi ya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz juga datang ya, ke Jempol dan juga dibantu dengan IJN. Ini kita buat program mega ya, di Daerah Jempol.

Di, untuk makluman di Dewan yang mulia ini, data vaksin di Daerah Jempol, dos 1 sebanyak 80.2% iaitu seramai 72,170 orang yang telah mendapat suntikan dos pertama. Dos kedua – 61.4% iaitu 53,420 orang ya, yang telah apa nama, mendapat suntikan vaksin. Bagi program pemberian vaksin bergerak, bagi Daerah Jempol ataupun Parlimen Jempol yang kita usahakan bergerak daripada kawasan ke kawasan, sebanyak 11,414 orang telah menerima vaksin. Haa nilah jumlah yang besar membantu peringkat daerah ya. Di DUN Serting telah dilaksanakan di 4 lokasi iaitu di kawasan Serting Tengah, Kampung Tradisi – 400 orang. Kemudian di Felda Sering Hilir Kompleks bersama IJN, ni kita panggil Program Pemberian Vaksin Bergerak Mega sebab 2,000 orang. Satu hari – 1,000. Jadi 2 hari ini – 2,000 orang. Bayangkanlah macam mana keadaan itu. Dan juga di

Felda Raja Alias bersama Hospital Cancelor Tuanku Muhriz, seramai 3,000 orang. Sehari 1,000 ya, bayangkan tu ya, macam mana usaha yang kita buat. Dan juga di kawasan Kampung Geddes seramai 800 orang juga dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz, jadi seramai 800 orang. Dan jumlah di DUN Serting yang kita usaha melalui program bergerak ini ialah seramai 6,200 orang. Haa jadi ramai Dato’ Yang Dipertua ya 6,200 orang, sebab masalah tadi Jempol ni besar. Kalau Jempol ni lombab, lambek, maka tidak akan sampai matlamat kita hari ini. Alhamdulillah kita pun dah sampai fasa ketiga. Saya menyatakan dalam Dewan yang mulia ini, begitulah kesungguhan kita bersama ya, dalam usaha kita fokus untuk memastikan ya, kawasan luar bandar khususnya yang menghadapi banyak kesukaran akhirnya dapat kita atasi, haa inilah matlamat kita bersama. Dan pada masa yang sama juga, pelajar juga telah dapat kita vaksin, pelajar Tingkatan 6 ya, di Daerah Jempol ni, seramai 345 orang telah pun kita bagi suntikan vaksinlah ya, bagi Daerah Jempol ni.

Dato’ Yang Dipertua, melalui program bergerak ini juga dapat membantu ya, pencapaian di peringkat daerah, target daripada Pejabat Kesihatan Daerah Jempol 80% pada bulan Oktober. Jadi dengan 11,000 tambahan tadi, kita dah dapat capai sekarang, jadi lebih awal, dah 80%. Jadi sekarang ini juga kawasan sahabat saya, YB DUN Bahau seramai 1,200 orang dalam masa 3 hari ini akan menerima suntikan dos yang kedua. Jadi kita ini adalah kerjasama kita. Dan apa yang penting usaha yang dapat kita capai ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak ya. Jadi, saya ucap banyak terima kasih kepada semua agensi yang terlibat khususnya Pejabat Kesihatan Daerah Jempol ya, dan juga agensi-agensi yang terlibat, FELDA, RISDA ya, dan semua yang terlibat dan khususnya juga kepada petugas-petugas sukarewa, sukarelawan yang ramai ya, untuk menguruskan beribu-ribu orang ini. Sukarelawan ini adalah belia-belia, beliawanis ya. Anak-anak tempatan yang sekarang ini mereka pun telah mahir menguruskan pendaftaran MySejahtera dan juga hal-hal yang berkaitan. Dan akhirnya, itu berkaitan dengan COVID. Sekali lagi saya ucap banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Dan akhirnya berhubung dengan kawasan saya, Dato’ Yang Dipertua, saya mohon persimpangan Bandar Seri Jempol ya. Jempol ni dah Majlis Perbandaran, jadi simpang utama di Bandar Seri Jempol itu, hari malam golap yo, malap, jadi tak sesuailah ya. Jadi saya harap, saya dah bawak ni kali yang kedua ni ya. Jadi mintak pihak Majlis Perbandaran-lah, torangkanlah sikit. Tambahlah lampu, torang sikit di situ, golap bona ya.

Dan juga soalan lisan saya hari ini, tidak dapat dijawab ya, tidak, tak naik sebab saya dah jawab semalam iaitu status tanah rizab sekolah di Bandar IOI. Saya tak pasti sampai, tapi saya dapat dengar-dengar ceritalah ya, saya mintak kepastian dalam Dewan ini. Tanah ini telah dibagi-bagi, dah diluluskan. Jika ianya telah diluluskan kepada pihak yang berkenaan, apa rasionalnya? Dan ianya perlu diganti sebab ini perancangan utama Bandar IOI itu ya, kita memastikan lebih kurang 15 ekar ya, tanah untuk rizab sekolah. Jadi saya dimaklumkan ya, saya dimaklumkan telah diagih-agihkan. Jadi, kenapa ia jadi begitu ya, kenapa ia jadi begitu? Kita merancang negeri ya, jangan semudah-mudah bila kita telah simpan tanah yang sangat strategik ini untuk institusi pendidikan akan datang, tiba-tiba, yang ini saya mintak penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri.

Dan juga yang terakhir, soalan lisan saya semalam dijawab oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya tanya peruntukan P50 ya, di DUN Serting. Tetapi Yang Amat Berhormat Sikamat menjawab di bawah Tajuk P56. Mintak penjelasan. Jadi, sekian Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong Usul Titah Ucapan DiRaja. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamulaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Silakan Yang Berhormat Palong.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil'alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamulaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Dato’ Yang Dipertua, saya ada 4 perkara yang nak saya bentangkan perbahasan ini. Yang pertama ialah berkenaan dengan program imunisasi COVID-19. Yang kedua adalah berkenaan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan ataupun TUNS. Yang ketiga ialah berkenaan Program Powerhouse Wanita Gemilang. Dan yang keempat ialah berkenaan bantuan dan insentif berkaitan COVID-19. 4 perkara.

Perkara yang pertama ialah berkenaan program imunisasi COVID-19. Pertama-tamanya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Rembau mewakili Kerajaan Persekutuan yang telah mengagihkan vaksin yang

secukupnya sehingga Negeri Sembilan mendapat meningkatkan kadar vaksinasi dan dapat mengawal serta menurunkan kes jangkitan COVID-19 di Negeri Sembilan. Data bertarikh 4 September 2021 bagi rakyat yang berumur lebih 18 tahun di Negeri Sembilan telah pun mencapai 82.2% untuk dos, kedua-dua dos. Ini menunjukkan kejayaan ini adalah kejayaan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin berkongsi pengalaman program vaksin di Jempol. Mungkin jugak di Parlimen-Parlimen lain. Bagaimana peranan Parlimen-Parlimen ini atas kawasan-kawasan ini menyumbang kepada capaian di peringkat negeri. Sebelum pembukaan Pusat Pemberian Vaksin Awam di Bahau dan Palong, kami menerima pelbagai aduan daripada kalangan penduduk khususnya penduduk kampung. Di antara aduan mereka adalah, yang pertama, jarak rumah mereka ke PPV Awam yang jauh. Yang kedua, tiada capaian akses internet untuk mendaftar MySejahtera. Yang ketiga, tidak mahir menggunakan telefon pintar. Keempat, tidak mahir menggunakan aplikasi MySejahtera. Dan tidak mempunyai kenderaan untuk ke Pusat Pemberian Vaksin Awam ini, Dato’ Dipertua.

Maka melihat faktor-faktor ini Jempol, Ahli Parlimen bersama dengan ADUN Serting, Jeram Padang juga Bahau telah berbincang bersama PKD Jempol untuk mengadakan program yang diberi nama outreach program ataupun PPV bergerak. Ini dengan tagline “vaksin mencari rakyat” telah dapat permintaan ramai kerana ianya terbukti telah memudahkan rakyat untuk mendapatkan vaksin. Sehingga hari ini, PPV bergerak ini di Parlimen Jempol telah berjaya dilaksanakan di seluruh pelusuk kampung tradisi, kampung Orang Asli, perkampungan felda, estet-estet, taman perumahan dan tidak ketinggalan golongan guru-guru serta pelajar.

Dato’ Yang Dipertua, ketika mana daerah-daerah lain dibantu dengan pembukaan PPV Mega, contohnya di Port Dickson ada UCSI, di Nilai ada USIM, Rembau ada UiTM, di Parlimen Jempol kita tidak ada PPV Mega. Tetapi kita telah berjaya mengadakan PPV bergerak mega. Yang ini dengan kerjasama dan bantuan daripada IJN, disebut oleh Serting sebentar tadi, dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang telah menambahkan penerima-penerima vaksin.

Dato’ Dipertua, populasi yang boleh menerima vaksin di Jempol adalah seramai 130,300 orang iaitu kedua teramai di Negeri Sembilan. Jika mengharapkan hanya PPV Awam, Jempol masih belum dapat mencapai peratusan vaksin seperti hari ini. Setakat data 4 September 2021, di Jempol telah pun mencapai 80.2% penerima vaksin yang berumur lebih

18 tahun. Moral yang ingin saya sampaikan Dato’ Dipertua, adalah kebersamaan, pengorbanan dan tindakan di luar kebiasaan. Maka saya ingin rakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada pemimpin, front liners dan rakyat Negeri Sembilan secara khusus, secara keseluruhannya dalam menghadapi krisis ini.

Dato’ Yang Dipertua, perkara bahagian kedua daripada tajuk yang pertama, ialah pembukaan sesi persekolahan yang telah pun diumumkan. Saya menerima usul daripada pihak sekolah di kawasan luar bandar khususnya di kawasan saya, yang meminta saya untuk memanjangkan perkara ini kepada Kerajaan Negeri Sembilan iaitu memohon atau bantuan untuk mensanitasi sekolah-sekolah berikutan pembukaan sesi persekolahan bermula 3 Oktober 2021. Turut dimohon oleh pihak mereka, sebagai tanda kasih sayang Kerajaan Negeri kepada rakyat Negeri Sembilan adalah alat pengesan suhu statik untuk setiap sekolah ya. Yang kedua, membekalkan pelitup muka secara berkala kepada pelajar-pelajar. Dan yang ketiga, bantuan alat tulis buat pelajar-pelajar SPM, STPM dan STAM yang akan bakal memulakan pembelajaran secara bersemuka tidak berapa lama lagi.

Dato’ Yang Dipertua, apakah pandangan dan perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu sekolah-sekolah kebangsaan ini, di kawasan luar bandar khususnya? Saya kira, sekiranya bantuan-bantuan ini dapat dilaksakan, ini dilihat mampu menjadi satu kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk membentuk satu kerjasama walaupun di bawah pentadbiran yang berbeza. Perkara-perkara yang melibatkan soal keselamatan, kesihatan dan pendidikan ini wajar dipandang serius dan diberi keutamaan serta menuntut kita untuk mengenepikan segala bentuk sentimen politik.

Dato’ Dipertua, saya bergerak ke perkara yang kedua, yakni Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan ataupun TUNS. Saya menerima rungutan berhubung Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan ini walaupun ianya satu program sangat baik. Perkara-perkara yang dibangkitkan adalah, yang pertamanya, mengatakan, mereka mengatakan bahawa tempoh permohonan yang terlalu singkat. Yang keduanya, mereka mengatakan bahawa penyata bank bagi tempoh 6 bulan adalah tidak sesuai kerana kebanyakan usahawan-usawahan kecil ini tidak mempunyai akaun perniagaan dan seharusnya diberi sedikit kelonggaran. Yang ketiganya, nota sebut harga ataupun quotation memberikan kesukaran kepada pemohon kerana banyak perniagaan masih ditutup kerana tidak mendapat kebenaran beroperasi. Dan ada juga pemohon yang membuat, yang membuat permohonan berulang kali, namun malangnya masih gagal

dengan alasan yang sama dan saya yakin ramai lagi yang senasib dengan mereka. Maka timbullah satu tanggapan di kalangan mereka, bahawa geran TUNS ini hanya indah kepada nama tetapi realitinya sangat mengecewakan.

Justeru untuk, sekiranya tanggapan ini salah, maka saya ingin mendapatkan kepastian dalam Dewan yang mulia ini. Setakat hari ini, soalan yang pertama, berapakah bilangan permohonan dan berapa ramaikah bilangan telah berjaya menerima geran ini di Gugusan Palong? Yang pertama. Dan yang kedua, berapakah bilangan permohonan dan berapa ramaikah bilangan telah berjaya menerima geran ini di peringkat Negeri Sembilan? Dato’ Yang Dipertua, pastinya kita tidak mahu, tabung usahawan yang begini baik, hanya sekadar publisiti sahaja. Kita tidak boleh jadikan bantuan ini sebagai satu barang permainan perasaan rakyat ketika rakyat benar-benar mengharapkannya. Jika benar-benar mahu membantu, marilah kita permudahkan urusan mereka. Sabda Rasulullah SAW; barang siapa yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

Dato’ Dipertua, perkara atau isu yang ketiga. Dua je lagi, pendek. Iaitu, yang ketiga ialah Program Powerhouse Wanita Gemilang. Saya ingin merujuk kepada hansard dalam ucapan bajet 2021 oleh Sikamat iaitu inisiatif ke-38, muka surat 70 dan juga jawapan lisan oleh ADUN Bukit Kepayang, muka surat 15, perkara 7, di bawah inisiatif membantu golongan B40 melalui Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, program ini merupakan satu platform untuk mencungkil bakat wanita melalui program pemerkasaan wanita. Namun begitu, program ini dilihat gagal menterjemahkan impaknya, selain tiada usaha untuk memperkasakan perlaksanaannya. Kaedah pelaksanaannya bersifat statik dan tidak menyeluruh di kawasan pedalaman khasnya. Contohnya di kawasan Palong, di kawasan Jeram Padang, di kawasan Serting, apakah wanita yang tinggal di Palong, di Jeram, di Serting ini tidak diiktiraf kewanitaannya, maka tidak ada sebarang program yang dibuat di sana ya. Dato’ Yang Dipertua, jika kita tanya kepada wanita-wanita di tempat ni, di luar bandar ni, di kampung saya ini, rata-rata mereka tidak mengetahui atau tidak maklum akan wujudnya program seumpama ini. Maka persoalan saya, apakah sebenarnya objektif program ini, siapakah golongan sasarnya, apakah program ini bersifat menyeluruh atau hanya pilih bulu atau sekadar menghiasi bajet semata-mata.

Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan bantuan dan insentif berkaitan COVID-19. Dato’ Yang Dipertua, saya merujuk Pertanyaan Lisan Hari Pertama yang bertarikh 27 November 2020,

yang dikemukakan oleh ADUN Pertang, yang dijawab secara bertulis oleh Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, merujuk hansard muka surat 25, 26 perkara (g)– pesakit COVID-19 yang sembuh menerima bantuan kewangan berjumlah 500.00 secara one-off dan waris pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia menerima bantuan sebanyak 1,000.00 ringgit secara one-off. Soalan saya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan ini? Berapakah jumlah warga Palong yang mempunyai sejarah pesakit COVID-19 yang menerima bantuan ini? Kerana melalui maklumat yang saya perolehi di lapangan, rata-rata pesakit dan waris pesakit COVID-19 yang telah sembuh atau telah meninggal dunia, masih lagi tidak menerima sebarang bantuan seperti tersebut. Sebagai contoh, sebagai contoh, keluarga kepada Faizal yang disahkan positif COVID-19, yang telah sembuh sehingga kini masih lagi tidak menerima bantuan kewangan tersebut. Itu satu kes. Kes yang kedua, waris kepada allahyarham Nordin bin Ahmad, yang menetap di Felda Palong 9 contohnya, yang meninggal dunia akibat COVID turut memaklumkan sehingga hari ini, tiada menerima sebarang bantuan kewangan seperti yang dimaksudkan, bahkan mereka sendiri tidak dimaklumkan kewujudan bantuan ini sehingga ditanya mengenainya. Persoalannya, ke manakah perginya wakil kerajaan yang sepatutnya bekerja untuk rakyat sehingga gagal menyampaikan maklumat penting kepada rakyat yang seperti ini?

Dato’ Yang Dipertua, sekiranya Kerajaan Negeri Sembilan menafikan bahawa tiada sesiapa yang tercicir, soalan saya pertama, daripada 3,869 orang yang pulih daripada jangkitan COVID-19 di Jempol setakat 6 September 2021, berapa ramaikah yang telah menerima bantuan one-off sebanyak 500.00 ringgit? Soalan kedua ya, soalan kedua. Daripada 65 bilangan kematian akibat COVID-19 di Jempol, yang bertarikh 6 September 2021, berapa ramaikah waris yang sudah menerima bantuan 1,000.00 ringgit ini?

Dato’ Yang Dipertua, sebagai penutupnya …..

Yang Dipertua Dewan

Penutup ya?

Penutupnya. Saya mendapati bilangan keluarga di kawasan Palong ni terus menunjukkan trend peningkatan yang ketara, majoriti daripada mereka merupakan anak generasi kedua yang mengambil keputusan pulang ke kampung atas desakan hidup. Mereka terpaksa mengambil upah atau berkongsi pendapatan dengan mengusahakan kebun milik keluarga. Oleh itu, Kerajaan Negeri harus bergerak lebih agresif bagi membantu golongan terjejas yang kini

bilangannya semakin hari semakin bertambah. Justeru, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri Sembilan pertama, permudahkanlah bantuan perniagaan untuk mereka. Yang kedua, laksanakanlah pengeculian sewa-sewa gerai sekiranya ada. Yang ketiga, hulurkanlah sumbangan kepada keluarga yang terjejas sumber pendapatan dan hulurkanlah bantuan tunai kepada mereka yang hilang pekerjaan dan buatlah semua ini tanpa pilih darjat mereka. Asalkan mereka rakyat Negeri Sembilan dan mereka perlukan pembelaan, maka wajib Kerajaan Negeri Sembilan hulurkan bantuan.

Dato’ Yang Dipertua, Napoleon Bonaparte pernah berkata; ni penutup. Napoleon Bonaparte pernah berkata; seorang pemimpin adalah pemberi harapan, janganlah pula kita menukarkan ungkapan ini menjadi seorang pemimpin adalah pemberi harapan palsu. Sekian, assalamulaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Saya kalau pantun saya jawab, tapi pasal Bonaparte ni saya tak berani jawablah. Jadi, kita macam ni, petang ni kita habiskan penggulungan sekali, petang ni, jadi saya ingat ada lagi 1 – 2, saya nak bagi peluang kalau boleh dalam 1 – 2 – 3 – 4 – 5, kalau boleh 5 orang, 6 orang lagilah. Petang ni saya bagi, petang kang sambung balik. Boleh tak? Jaga masa betul-betul ya. Tapi saya Palong tadi lebih sikit tau, pasal, tapi dia punya fakta banyak, tak apa, pasal kita besok kita nak jawab ya, okay. Silakan daripada Bagan Pinang.

Terima kasih yang, bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi peluang untuk saya membahas usul menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus semasa dalam Perasmian Sidang Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan kali ke-14.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menyentuh titah ucapan Tuanku berkenaan pengorbanan semua petugas barisan hadapan, serta mereka yang membantu di belakang tabir dalam usaha membendung wabak pandemik COVID-19, saya di sini ingin memulakan perbahasan saya dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka semua kerana usaha dan jasa mereka yang tidak berhenti semenjak tahun 2020 itu tiada galang gantinya. Justeru itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri agar dapat memberi insentif kepada semua petugas barisan hadapan yang bertugas semasa pandemik COVID-19 tanpa

mengira sama ada dari agensi Persekutuan, Negeri, PBT, NGO-NGO dan aktivis sukarelawan. Saya mencadangkan insentif secara one-off sebanyak RM500.00 seorang bagi tujuan ini.

Selain itu, saya menyentuh mengenai bantuan, insiatif dan insentif berkaitan COVID-19. Saya berpendapat, pengecualian sewa gerai dan pasar di bawah PBT mahupun Pejabat Daerah seluruh negeri dapat dilanjutkan dari bulan September hingga Disember 2021. Kerana kita sedia maklum bahawa Negeri Sembilan baru beralih fasa ketiga pemulihan dan ekonomi baru hendak bermula. Saya berpendapat sekiranya pengecualian sewa ini diberi, ia dapat membantu peniaga-peniaga yang hendak memulakan kembali perniagaan-perniagaan mereka yang mana mungkin mereka memerlukan kewangan lebih dalam menyediakan barang, barangan keperluan perniagaan.

Dato’ Yang Dipertua, kita juga sedia maklum pengumuman Yang Amat Berhormat Sikamat sebelum ini yang menyatakan Negeri Sembilan akan berubah, berubah ke fasa 4 dalam tempoh tidak lama lagi. Sehu, sehubungan dengan itu, saya juga berharap SOP untuk ke fasa 4 dapat diperkemaskan dan diteliti seki, sebaiknya sebelum sebarang peralihan fasa ini supaya dapat membantu dari kesiapsiagaan petugas barisan hadapan kita dalam menuju era endemik dalam menangani wabak COVID-19 ini.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai isu infrastruktur pula, saya berpandangan bahawa memandangkan PdPR akan, akan masih terus dilaksanakan di era endemik ini, saya berharap kemudahan rangkaian internet daripada 4G kepada 5G dapat disegerakan di seluruh Negeri Sembilan kerana ianya dapat membantu pelajar-pelajar di dalam memudahkan urusan pembelajaran mereka mulai PdPR. Bagi permulaan, saya berharap agar dapatlah dilaksanakan di Port Dickson, dipasang secara menyeluruh rangkaian Unifi berbanding Streamyx oleh pihak TM bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kelajuan internet.

Selain itu, saya ingin membawa perhatian di Dewan ini dalam usaha membina sebuah jambatan yang menghubungkan antara Kuala Lukut dan Chuah. Kita faham projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberi penekanan sebagai keutamaan kepada Kerajaan Persekutuan dalam percepatkan pelaksanaan cadangan pembinaan ini. Hal ini kerana dengan adanya jalan alternatif ini, ia akan membantu melancarkan trafik kawasan Lukut yang kita tahu sesak hingga ke Port Dickson. Ianya juga dapat selaras dengan cadangan seperti yang terdapat di dalam Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley dan Rancangan

Kawasan Khas Persisiran Pantai Port Dickson. Ia juga akan dapat memendekkan masa perjalanan dari Port Dickson ke KLIA, dan sedikit sebanyak membantu meningkatkan kedatangan pelancong dari Lembah Kelang ke Port Dickson.

Dato’ Yang Dipertua, dengan peralihan fasa pemulihan negeri, negeri ke fasa 4, kita menjangkakan kedatangan yang lebih ramai ke kawasan Port Dickson. Ini dapat dilihat sebagai contoh pada hujung minggu yang lepas yang mana kawasan pantai Port Dickson sangat padat dengan pengunjung. Saya amat berharap jalan pintasan yang berhubung daripada Taman PD Utama ke Kampung Baru Si Rusa dapat dipercepatkan agar kesesakan lalu lintas di Jalan Pantai Batu 4 dapat dikurangkan.

Akhir kata, saya ingin menekankan sekali lagi permohonan saya di dalam sidang yang lepas mengenai pembangunan baru Klinik Kesihatan Type 3 di Teluk Kemang yang mana saya difahamkan projek ini telah dimasukkan di bawah RP2 RMK-12. Saya juga difahamkan lokasi pun dah kenal pasti, semua dah siap sedia. Sehu, sehubungan dengan itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat terus ya, follow up dan memberi priority terhadap prasarana ini. Kita dapat lihat tempoh pandemik ini pusat-pusat perubatan kita mengalami kesesakan dan padat. Jadi, dengan adanya penambahan seperti klinik kesihatan baru ini, dapat membantu Hospital Port Dickson khususnya ketika berhadapan dengan kes-kes seperti pandemik ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa tak ambil masa yang lama dan dengan ini saya menyokong titah ucapan Tuanku. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Menepati masa ya. Saya mintak lepas ni Pertang. Saya akan tamatkan pukul, akan tangguhkan pukul 1:00 ya. 1:00 kita makan tengah hari. Jadi, haa kejap, lepas Pertang, Johol. Jadi ada lagi 3 orang tu, giliran saya akan beri. Lepas tu Jeram Padang, Senaling dan Kota. Makna 5 oranglah. Kena habis pukul 1:00 kang ya? 5 orang ni kena habiskan pukul 1:00. Sambung, kita sambung 2:15. Apa? Chombong? Haa Chombong nak cakap, haa 6 oranglah. 6 orang sekarang ni 10 minit boleh tak? 10 minit. Lebih sikitlah pukul 1:00 sikit. Kalau lebih 10 minit je. 1:10 minit, kita makan, masuk balik 2:15 petang. Petang nanti saya pukul 2:15 saya serah kepada Timbalan saya. Saya akan masuk nanti waktu, waktu penggulungan. Jadi, itulah. Saya persilakan, silakan Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Rabbi yassir wala tua’assir ya karim. Assalamulaikum WBT dan selamat tengah hari.

Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menjunjung kepada Tuanku di atas ucap, titah, atas titah ucapan Tuanku yang padat dan memfokus berkaitan pandemik COVID-19. Jadi kita dah penghujung-penghujung ni, modal pun dah tak berapa banyak, cerita tentang COVID daripada mula sampai akhir. Tapi saya sentuh jugaklah sikit-sikit ya, berkaitan pandemik COVID-19.

Dato’ Yang Dipertua, di kesempatan inilah sebelum saya masuk ke point yang, yang penting, yang ingin saya sampaikan pada tengah hari ini ya, ucapan tahniah kepada Yang Amat, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Yang Berhormat KJ yang sama-sama dilantik sebagai Menteri Kabinet kita, Kabinet Malaysia. Begitu juga dengan bos saya, Ahli Parlimen Jelebu yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri. Tahniah kepada semua yang telah dilantik. Bos tu kena sebut juga Dato’ Yang Dipertua, ponting tu.

Dato’ Yang Dipertua, jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia yang sebelum ni diterajui oleh Yang Berhormat Datuk Seri Adham Baba, kemudian kesinambungan ini diteruskan oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin dan juga Kerajaan Malaysia, Negeri Sembilan telah mencapai imuniti kelompok dengan begitu pantas. Sehingga ke, di kesempatan ini juga ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang bekerja keras memastikan keseluruh penduduk di DUN Pertang dan Parlimen Jelebu mendapat suntikan vaksin dengan begitu pantas dan telah mencapai imuniti kelompok lebih pantas dan mendahului pencapaian Negeri Sembilan dan kebangsaan. Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, sehingga 4 September, di Jelebu telah mencapai 90.7% yang telah divaksin di kawasan Jelebu. Selagi lagi tahniah kepada Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan penduduk-penduduk di Jelebu telah dapat vaksin sekurang-kurangnya 1 dos. Di kesempatan ini juga ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh frontliner, PDRM,

ATM, RELA, sukarelawan dan kepada semua yang bertungkus-lumus bagi memastikan COVID-19 dapat dilandaikan dengan segera.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga bersetuju ya, dalam teks saya pun saya tulis sini, bersetuju apa yang telah dinyatakan oleh Bagan Pinang tadi, meminta supaya Kerajaan Negeri memberi inisiatif imbuhan kepada front liner – front liner yang telah bertungkus-lumus ya, kita tengok macam mana yang dikatakan oleh Serting tadi. Tanpa mengira masa, tanpa mengira waktu, saya tak tahu waktu masa rehatnya. Kalau Kerajaan Malaysia, Kerajaan Malaysia memberi inisiatif 600.00 ringgit kepada petugas-petugas kesihatan, jadi saya merayu, saya berharap kepada Kerajaan Negeri Sembilan, sama-sama memberikan inisiatif kepada frontliner – frontliner yang telah bertungkus-lumus tanpa mengira masa, tanpa mengira waktu, kadang-kadang tanpa mengira keluarga. Kerana frontliner – frontliner untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat, dan ahli Yang Berhormat pun faham ya, apabila petugas-petugas kesihatan balik rumah, nak dekat dengan isteri dengan anak-anak pun takut, takut berjangkit. Jadi, terpaksa mengorbankan diri sendiri, terpaksa mengorbankan keluarga ya, demi menyelamatkan penduduk-penduduk di kawasan kita dan di seluruh Malaysia. Jadi sekali lagi saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memberi inisiatif kepada seluruh frontliner – frontliner yang bertugas demi menyelamatkan negara kita daripada COVID-19.

Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat semalam berkaitan saluran 26 juta daripada Kerajaan Malaysia kepada, semput sikitlah Dato’ Dipertua bila pakai mask ni bila bercakap, tak cukup nafas ni Dato’ Yang Dipertua. Bukak sikit boleh sikit Dato’ Dipertua? Boleh bukak sikit ya? Haa? Ha baru rasa, baru, haa Seremban Jaya terima kasih, baru rasa lapang sikit. Bila tu rasa semput sikit ya. Jadi Pengarah Kesihatan mintak maaf, kalau tak rasa semput, tak dapat berapa nak bercakap bila kita pakai mask ni ya.

Dato’ Yang Dipertua, salah, Yang Amat Berhormat Sikamat semalam berkaitan saluran 26 juta daripada Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu Kerajaan Negeri Sembilan menangani COVID-19. Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia. Apa yang menjadi kemusykilan saya adalah, jika Kerajaan Malaysia boleh menyalurkan peruntukan yang begitu besar kepada seluruh negeri tanpa mengira fahaman politik, tetapi kenapa kelibat peruntukan tersebut satu sen pun tidak kelihatan kepada pihak kami sebelah sini. Itu persoalan saya ya. Kalau Kerajaan Pusat tanpa mengira fahaman politik menyalurkan peruntukan semua kepada negeri-negeri pembangkang ke tak pembangkang, bagi sama rata. Tetapi sampai Negeri Sembilan, kenapa kelibat peruntukan satu sen pun tidak kelihatan kepada pihak kami

daripada sebelah sini. Saya ulang sekali lagi. Dato’ Yang Dipertua, jadi sama-samalah kita dalam Dewan yang mulia ini dan di luar Dewan sana menilai.

Dato’ yang Dipertua, izinkan saya membaca kiriman WhatsApp dari seorang Pengerusi MPKK di DUN Pertang. Izinkan Dato’ Dipertua, saya bacakan WhatsApp minggu lepas kepa, kepada saya daripada Pengerusi MPKK; “Assalamulaikum YB, dalam sidang DUN nanti kalau dapat cuba tanyakan berapa peruntukan COVID fasa 3 setiap DUN, berapa bajet penerima setiap MPKK, apakah, apakah berbeza-bera, beza setiap DUN. Kenapa di Pertang kebanyakan penerima dapat barang dan barangan harga lebih kurang 40.00 ringgit sahaja. Kenapa tidak dapat kupon seperti DUN-DUN lain. Kenapa kupon hanya boleh tukar di satu kedai sahaja. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Di Pertang setiap MPKK dapat 20 penerima sahaja sedangkan di DUN lain mendapat, DUN-DUN lain di Parlimen Jelebu mencapai 50 – 60 penerima. Contohnya di DUN Lui yang besar dan DUN Pertang, dari DUN Pertang. Apakah Pejabat Penyelaras DUN Pertang itu nak menjadi sebuah pasar raya”. Ini daripada Pengerusi MPKK ya. Haa saya sampaikan luahan hati daripada seorang Pengerusi MPKK.

Dato’ Yang Dipertua, sikit je lagi Dato’ Dipertua, tinggal tak banyak, sikit saja ya. Ingin juga saya bawa perhatian ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan kenaikan mendadak bayaran pajakan tanah TOL. Baru-baru saya didatangi oleh seorang penduduk di DUN Pertang, dengan membawa sepucuk surat dari Pejabat Daerah Jelebu. Agak memeranjatkan saya, seorang penduduk kampung yang ingin menambah pendapatan untuk bercucuk tanam di musim wabak COVID-19 yang hilang sebahagian punca pendapatan, dikenakan bayaran pajakan untuk tanah seluas 0.2 hektar atau setengah ekar sebanyak 4,300.00 selama 5 tahun ya. Dato’ Yang Dipertua, jika Kerajaan Negeri nak tambah punca pendapatan, carilah kaedah lain ya, jangan menaikkan kadar apa, pajakan sampai begitu tinggi. Jika Kerajaan Negeri, jangan penduduk Negeri Sembilan nak bercucuk tanam untuk tambah punca pendapatan dikenakan bayaran pajakan begitu tinggi sehingga tidak mampu dibayar.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga membawa perhatian tentang penangguhan majlis korban yang kita, pada tahun ini, yang telah dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam. Saya ingin, saya tidak pertikai tentang penangguhan majlis korban ini tetapi apa yang saya ingin hendak pen, penjelasan kenapa penangguhan diumum terlalu lewat. 6 hari sebelum kita merayakan Aidiladha. Kerana apa Dato’ Yang Dipertua, rata-rata kita ni nak buat korban, kita dah booking lembu atau sebagainya awal ya. Ada di kawasan saya, persatuan belia dia dah

buat collection dan dah bayar pun dah 10 ekor untuk dibuat korban ya, 10 ekor lembu untuk dibuat korban. Tetapi apabila diumumkan terlalu lewat, jadi persatuan belia dan, tidak dapat membuat korban. Jadi ke mana lembu-lembu kita ni, lembu-lembu tu nak diarahkan ya. Nak dilepaskan di kelapa sawit, marah orang kampung ya. Begitu juga dengan pengusaha-pengusaha yang membekalkan lembu-lembu ni kepada, pengusaha-pengusaha ni sebelum raya korban dia telah kumpul lembu-lembu sampai ada 200 ekor. Jadi pengusaha-pengusaha ni mengalami kerugian, terpaksa, mana nak dihantar lembu-lembu ini seramai lebih kurang dalam 200 ekor ya.

Dato’ Yang Dipertua, salah satu lagi, salah satu punca kerapnya berlaku banjir kilat di DUN Pertang adalah sebab longkang-longkang yang tidak diselenggara. Banyak longkang-longkang dipenuhi tanah dan sampah sarap dan menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan baik. Saya berharap agensi-agensi berkenaan dapat membuat penyelenggaraan yang, yang banyak dibina, penyelenggaran ya, banyak dibina tanpa penyelenggaraan menyebabkan berlakunya banjir kilat ya. Banyak longkang-longkang dibina terutama di kampung-kampung ya, ada di antara longkang-longkang tu pun tak nampak dah longkang dah pasal dipenuhi oleh tanah dan sampah sarap. Jadi saya harap agensi-agensi, agensi yang terlibat supaya dapat membuat penyelenggaraan kepada longkang-longkang yang telah dibina untuk mengelakkan banjir-banjir kilat yang selalu berlaku di kawasan saya.

Dato’ Yang Dipertua, yang akhirnya saya ingin juga tertarik dengan jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat semalam yang mengumumkan Jelebu sebagai kawasan agro pelancongan. Salah satu lokasi pelancongan yang sedang giat diusahakan oleh seorang anak muda, yang saya kira berjiwa kental Puan Azlini daripada Felda Pasoh 4, iaitu mengusahakan iaitu Gua Pelangi yang terletak berhampiran dengan Felda Pasoh 4 ya. Saya dah pergi 2 – 3 kali di kawasan tulah ya, ada yang, yang cakap cantik untuk dijadikan produk pelancongan. Saya dimaklumkan telah ramai pelancong-pelancong dari Eropah dan Tanah Arab datang ke Gua Pelangi tersebut. Harapan saya, mohon Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi berkenaan seperti Jabatan Hutan, Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri supaya memudahkan kerenah birokrasi supaya Gua Pelangi ini dapat dijadikan salah satu produk pelancongan di Daerah Jelebu supaya dapat direla, direal, direalisasikan secepat mungkin. Saya berharap kepada agensi-agensi, agensi yang berkenaan, Jabatan Hutan, kepada Lembaga Pelancongan dan agensi-agensi berkenaan untuk datang bersama. Saya, datang bersama saya pun tak apa, saya ingat Klawang pun boleh sama, kita tengok Gua Pelangi ni, supaya kerenah-kerenah birokrasi di kawasan itu dapat diselesaikan dengan segera. Saya dah pergi 2 – 3 kali ke kawasan tu, memang

cantik. Ada sebuah Gua Pelangi dan banyak dibuat kajian-kajian oleh universiti-universiti yang diusahakan oleh seorang penduduk di kawasan Felda Pasoh 4.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon menyokong, menjunjung kasih Tuanku.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Saya persilakan Yang Berhormat Johol. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi ruang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan ucapan menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pada kesempatan ini sepertimana rakan-rakan saya yang lain, ahli-ahli Berhormat yang lain, peluang yang agak singkat ini. Yang pertamanya saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan, rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jugak terima kasih kepada Menteri Kesihatan kita; Yang Berhormat Datuk Seri KJ, Datuk KJ, bukan Datuk lagilah, Yang Berhormat KJ di atas segala usaha untuk memberi satu perkhidmatan yang begitu baik iaitu Program Imunisai Kebangsaan yang telah berjalan dengan begitu baik di kawasan khususnya kita di Negeri Sembilan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan yang ringkas ini, yang berkaitan dengan program vaksin ini kan. Alhamdulillah, kita di Negeri Sembilan apa yang kita telah sedia maklum bahawa program imunisasi kita ini telah berjalan dengan begitu baik sekali. Walaupun di peringkat awalnya ada sedikit orang kata tu, kelewatan di, bila kita lihat dengan angka-angka yang telah disahkan positif, yang telah mendadak begitu tinggi dalam masa yang begitu singkat, kluster-kluster kilang telah wujud di Negeri Sembilan, kluster-kluster di kawasan-kawasan perkampungan Orang Asli jugak telah timbul, tetapi alhamdulillah dengan berkat kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan, program vaksinasi ini telah berjalan dengan begitu baik.

Di kesempatan ini, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan jugak pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, dan lebih-lebih lagi khususnya kepada Jabatan kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang telah memberikan kerjasama mereka yang begitu menggalakkan, begitu baik

sekali untuk membantu khususnya di kawasan Kuala Pilah dan kawasan Johol. Saya perlu rakamkan ucapan, ucapan terima kasih kepada mereka ini kerana di Johol sahaja ya, banyak program-program yang telah dijalankan secara berperingkat-peringkat pada awalnya ya, kerana kami di Johol mempunyai klinik kesihatan yang begitu, ada kemudahan-kemudahan. Dan alhamdulilah program outreach yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah telah banyak memberikan orang kata tu, kemudahan kepada warga Johol.

Walaupun pada awalnya kalau diikutkan PPV Bergerak, PPV yang mega, yang besar, yang ada di Kuala Pilah, tidak termasuk di kawasan Johol sebab dia walaupun Johol ini dalam Daerah Kuala Pilah, pada mulanya bila dah bukak PPV yang besar di Kuala Pilah, ada cadangan mungkin nak ditutup PPV di Johol, tetapi alhamdulillah kerjasama di antara kami, Pejabat ADUN dan jugak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, PPV di Klinik Kesihatan Johol telah dapat beroperasi dan jugak dapat memberikan perkhidmatan. Saya jugak di Johol sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat ADUN Juasseh tadi, kita mendapat jugak kemudahan lain iaitu peruntukan-peruntukan vaksin daripada IJN, alhamdulillah, kita dapat 1,000 dos yang dapat mempercepatkan lagi proses vaksinasi di kawasan Johol.

Dalam bercakap soal vaksinasi ini, Dato’ Yang Dipertua, saya ambil, nak ambil kesempatan, saya ingin menegur sedikit exco Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan dengan kesihatan ini kan. Kerana apa yang saya lihat dalam program vaksinasi ini kan, nak dibandingkan Daerah Kuala Pilah dan Daerah Tampin, saya ada mendapat statistik berkaitan dengan jumlah mereka yang telah menerima suntikan pertama dan jugak suntikan kedua. Kenapa saya perlu highlight-kan benda ini, Dato’ Yang Dipertua, kalau dilihat pada pertengahan bulan Ogos yang lepas kan, kalau di Kuala Pilah dos pertama – 99%, dos kedua 77%. Dos, kalau dibandingkan dengan Daerah Tampin, Tampin dos pertama ketika itu hanya 57% dan dos kedua – 45%. Kalau nak dibandingkan dengan angka di Negeri Sembilan iaitu 89% untuk dos pertama, dos kedua – 65% ya. Untuk dos kedua di, pada 15 haribulan 8. Dan yang terkini, maklumat yang saya terima kalau di Kuala Pilah, kita telah mencapai sepertimana yang dikatakan oleh ahli Yang Berhormat Juasseh tadi, kita telah mencapai angka lebih pada 100% iaitu 107%. Dan jugak dos kedua kita dah menghampir mencapai 98%. Sedangkan ketika ini Tampin saya dimaklumkan hanya 77.9% dan yang dos kedua baru 57%. Kalau di Negeri Sembilan, kalau seluruhannya dos pertama kita dah hampir mencapai 100%, dan dos kedua – 88%.

Apa yang saya nak highlight di sini Dato’ Yang Dipertua, ialah bagi saya, kerana Johol ini letaknya bersebelahan dengan DUN Repah iaitu exco

kesihatan kita. Ia telah menimbulkan banyak masalah sebenarnya kepada kami Dato’ Yang Dipertua kan. Kami, program vaksinasi kami, kami membuat secara pendaftaran, walaupun dah berdaftar secara dengan MySejahtera, tetapi kami untuk mempercepatkan lagi program outreach ini kita telah membantu Pejabat Kesihatan Daerah dengan menyediakan borang dalam berbentuk google form dan jugak borang-borang yang dari segi fizikal dia boleh datang ke pejabat. Apa yang saya lihat, banyak permintaan-permintaan yang datang di Johol ini, bila kita dah edarkan melalui google form ini, tahulah bila dah, dah disebarkan melalui internet kan, disebarkan melalui Facebook, banyak kami menerima permintaan daripada orang-orang yang bukan daripada kawasan Johol. Sedangkan peruntukan ini khas untuk program outreach ini adalah untuk orang Johol. Pernah ada satu ketika bila saya buat program, rata-rata sampai 160 orang datang daripada Tampin kan, daripada Taman Indah, Gunung Mas, Taman Clonlee, yang datang ke Johol bila mengisi borang itu, saya lihat ialah, menulis borang itu beralamat di Johol. Bila kita check IC sebenarnya mereka itu bukan daripada orang Johol. Saya tidak menyalahkan orang itu. Saya tidak menyalahkan warga yang datang itu, lebih-lebih lagi masyarakat Tionghua saya tengok banyak yang datang di Johol ini. Kerana mereka mahukan suntikan. Tetapi yang bagi saya ialah ada sedikit kegagalan pemimpin setempat yang untuk mempastikan kawasan mereka itu dapat menerima suntikan vaksin ini. Jadi saya amat berharap perkara ini tidak berulang.

Dan untuk makluman jugak, di Johol kami dah sampai peringkat kita memberikan perkhidmatan kepada, memberikan perkhidmatan kepada warga asing lagi …..

Dato’ Yang Dipertua, dia ungkit pasal kawasan saya tadi Dato’ Dipertua, sikit, saya …..

Boleh, boleh.

…. Mintak apa ni. Macam buruk siku yo. Saya sebenarnya, isteri saya sendirilah hantar kat Johol sebab saya, kat Tampin tak ada tempat. Dan saya ucap terima kasihlah kepada Johol kerana bagi ruang kepada frontliners saya sendiri yang menghantar barang untuk membantu orang-orang yang kuarantin ni, cukup bahaya. Saya mintak bantuan daripada Johol. Alhamdulillah, ada 10 orang yang dapat vaksin di Johol.

Dan yelah, kita kena tengok baliklah ya, keberkesanan. Saya cukup risau Dato’ Dipertua, baru 57% di Tampin. Sebagai kepimpinan di Tampin saya cukup terasalah bila dibangkitkan sebegini.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh celah sikit Johol, boleh? Bukan, bukan celah, nasihat, nasihat. ADUN Johol, Gemencheh, pasal mahu fikir. Pusat siapa punya. Ahli Parlimen Kuala Pilah siapa? Memang dapatlah. Ini daripada Pusat, kesihatan daripada Pusat. Ini, haa ini mahu faham, okay.

Saya tak benarkan. Sebenarnya saya rasa isu ayat, perkataan Pusat, perkataan Negeri, rasanya, itu rasanya kita dah dibagi kesamarataan. Semua, itu atas budi bicara dan jugak kebijaksanaan ni, pemimpin-pemimpin setempat untuk bagaimana nak meneruskan program vaksin ini.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya ada sedikitlah berkaitan dengan isu-isu lain di Johol ya, saya jugak pada pagi ini saya nak bertanyakan jugaklah, kerana soalan ini telah lama saya highlight-kan, telah utarakan dalam Dewan yang mulia ini, iaitu berkaitan dengan status tanah adat ini, kan. Jadi saya nak bercakap pasal adat ni, saya tengok Exco Adat kita tak ada, tak muncul-muncul di, walaupun Dato’ Yang Dipertua beritahu dia tak sihat. Sidang yang lepas pun, saya bertanya pun, sama jugak, tidak sihat jugak. Sidang yang ini pun tidak sihat. Sama-samalah kita doakan kesihatan beliau. Tetapi saya rasa isu tidak sihat ini kita, yelah, itu bahagian masing-masing ya, jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri mengambil kira ya, walaupun Exco tak ada iaitu berkaitan isu-isu tanah adat khususnya di Johol ini, memang banyak yang tidak boleh kita, orang kata tu nak majukan kerana dasar di peringkat negeri perlu kita halusi dan jugak kita buat satu kaedah yang memudahkan kita nak memajukan tanah adat ini.

Dan berkaitan dengan tanah ni jugak saya nak bertanyakan dalam Dewan yang mulia ini, berkaitan dengan status tukar tanah ya, tukar syarat tanah iaitu FELDA, FELCRA di Kampung Malan ya. Daripada getah ke apa ni, daripada getah ke kelapa sawit ya. Benda ni pun telah dipanjangkan kepada Kerajaan Negeri. Dan saya jugak berharap ya, apa jugak berkaitan dengan projek Persekutuan yang melibatkan pertukaran syarat tanah kan, saya mohon kepada Kerajaan Negeri dapat kita percepatkan.

Dan berkaitan dengan projek-projek kecil di kawasan ya, saya sebenarnya ada soalan Dewan hari tu, saya bertanyakan …..

Yang Dipertua Dewan

Tuan.

Yang Dipertua Dewan

Tuan, nanti kang, tak sempat kita petang ni.

Satu minit saja. Last point, last, last point.

Yang Dipertua Dewan

15 second. Habiskan.

Sikit je, berkaitan projek-projek kecil ni ya. Saya mohonlah ya, di samping program projek-projek MARRIS yang banyak saya tengok di kawasan saya di Johol ini, ada soalan saya, saya bertanyakan berkaitan projek-projek ini. Saya mohonlah kepada Exco Kerajaan Tempatan ya, supaya permohonan-permohonan untuk kemudahan-kemudahan awam seperti tandas awam dan jugak projek pelupusan sampah, pembuangan sampah di Johol ini dapat diberikan perhatian oleh Exco ya, kerana benda ni janji dia nak datang, belum datang lagi kan, sebab mungkin dah PKP hari tu kan. Jadi saya berharap ya, tolong tengok-tengokkan.

Jadi dalam kesempatan ini sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, terima kasih all the frontliners ya, yang telah bersusah payah, bertungkus-lumus ya, untuk membantu masyarakat kita di Kuala Pilah, Johol dan jugak di Negeri Sembilan amnya. Dengan ini saya menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam. Jeram Padang nak cakap? Lepas ni? Okay, tak apa. Ini Chembong, lepas tu Kota nak cakap sekarang jugak? Saya, saya selesaikan 2 ni ya, Kota dengan Chembong ya. Chembong dulu.

Petang siapa pengerusikan, Dato’ ke Timbalan?

Yang Dipertua Dewan

Kita dua-dua ada petang nanti.

Kalau, kalau petang Timbalan, saya prefer sekarang Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, saya, saya mintak ….

Yang Dipertua Dewan

Ini, ini bukan usul tau. Cakap, cakap terus.

Saya mintak izin untuk bukak mask Dato’ Speaker. Mintak izin ya. Dato’ Speaker, terima kasih banyak memberi laluan izin untuk saya turut serta membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14 Jumaat lepas. Dato’ Speaker, dalam tempoh yang terhad ini saya percepatkan.

Pertamanya Dato’ Speaker saya jugak seperti rakan-rakan yang lain nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan, terima kasih kepada frontliners sebab Dato’ Speaker, secara perbandingannya, betulkan saya Exco Kesihatan, Rembau adalah daerah yang terbaik dari segi pencapaian peratusan yang telah divaksin, Dato’ Speaker ya. Rembau-lah Dato’ Speaker. Jadi wajarlah saya jugak nak merakamkan ucapan …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ya, terima kasih. Tambah lagi 2 minit Dato’ Speaker. Terima kasih kepada semua petugas-petugas di pusat-pusat vaksinasi, para doctors, misi-misi, petugas-petugas, sukarelawan doktor, termasuk daripada Hospital Daerah Rembau. Dato’ Speaker bercakap tentang pandemik COVID ni jugak, tempoh hari di kawasan saya di Daerah Rembau, DUN Chembong terdapat satu kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). 1,000 lebih rumah terlibat – 4,000 orang lebih yang terpaksa dikuarantin Dato’ Speaker. Saya nak ucapkan terima kasih banyak jugak kepada pihak penguatkuasa, polis, tentera, OCPD Rembau dan sebagainya, tentera daripada daerah lain pun datang ya, daripada Angkatan Pertahanan Awam, RELA dan sebagainya Dato’ Speaker, di atas tugasan yang sangat baik. Sempat juga saya tengok Yang Berhormat Sikamat turun meninjau yang, bersama dengan apa tu, Pegawai Kewangan dan Dato’ SS. Dato’ SS tak ada rasanya sebab Dato’ SS jarang, jarang ikut

Dato’ YB Sikamat ni nampaknya, Dato’ Speaker. Tapi cumanyalah Dato’ Speaker, bak kata orang tua-tua tu datang kan …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ya. Kalau sebagai perbahasan perbidalannya tu, kalau gajah masuk hutan Dato’ Speaker ya, kalau tak dahan jatuh, ranting pun patah jua Dato’ Speaker. Tapi rasa-rasanya macam ya, Dato’ Speaker, ranting pun tak patah, harap je orang Chembong Dato’ Speaker ya.

Saya juga nak bercakap, nak bangkitkan tentang soal jalur lebar. Yang ini topik yang Dato’ Speaker gemari Dato’ Speaker ya. Saya, saya menerima banyak aduan, rungutan daripada orang ramai tentang liputan internet yang sangat terhad di mana bukan sahaja kawasan kampung-kampung Dato’ Speaker, malahan kawasan-kawasan pekan, taman-taman jugak mereka menghadapi masalah tentang kelajuan ataupun kelajuan akses internet yang terhad. Jadi saya setuju Dato’ Speaker sebab saya di Daerah Rembau bersama Yang Berhormat Kota, bersama Ahli Parlimen Rembau jugak telah bincang dengan SKMM, tapi nampaknya tak ada setakat ini tindakan yang boleh membanggakan. Saya setuju kalau Dato’ Speaker, cadangan semalam untuk pihak Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah yang, yang lebih drastik, Dato’ Speaker boleh take the lead untuk isu ini dengan agensi-agensi tertentu untuk mengatasi masalah ini. Sebab keperluan internet coverage ini bukannya sekadar bagi golongan tertentu saja. Daripada anak-anak sekolah, dengan sistem PdPR-nya, golongan profesional yang work form home Dato’ Speaker, malahan suri rumah, suri rumah jugak work at home Dato’ Speaker, kadang-kadang masak pun perlukan internet coverage untuk rujuk sana sini Dato’ Speaker. Jadi saya mohon, saya cadangkan perkara ini dititikberatkan oleh Kerajaan Negeri, Dato’ Speaker. Di kawasan saya boleh katakan sebahagian besarnya memerlukan perhatian ini termasuk Pilin, Pedas, Chembong, Durian Daun, Dato’ Speaker, semuanya. Jadi saya mohon ini Dato’ Speaker.

Keduanya sering saya bangkitkan di dalam Dewan ini tentang nasib penjaja-penjaja kecil Dato’ Speaker. Sebelum ini, sidang Dewan sebelum ini saya mohon, saya sarankan agar pihak PBT, Majlis Daerah khususnya Majlis Daerah Rembau agar sentiasa memberikan budi bicara mempertimbangkan khususnya ketika menjalankan penguatkuasaan Dato’ Speaker ya, sebab mereka ini adalah penjaja-penjaja kecil yang perlu diberikan perhatian. Jadi saya ucapkan terima kasih di atas saranan tersebut, nampaknya pihak PBT khususnya Majlis

Daerah Rembau nampaknya sentiasalah sekarang ini ya, memperlihatkan dia punya timbang rasa dan sebagainya.

Cuma Dato’ Speaker, saya lihat ada kerja-kerja pembinaan kiosk-kiosk baru, gerai-gerai baru di kawasan Taman Chembong Utama, Pekan Rembau dan saya mohon agar Majlis Daerah Rembau di atas pembinaan kiosk-kiosk baru ini untuk memberi keutamaan kepada peniaga-peniaga yang sedia ada. Tak kira peniaga-peniaga ini telah mempunyai lesen berniaga ataupun tidak. Sebab sebelum ni, mereka mohon lesen, tak dibenarkan Dato’ Speaker di atas alasan mungkin tempat yang terhad, tiada tempat yang baik dan sebagainya. Beri keutamaan kepada peniaga-peniaga yang sedia ada ataupun mereka-mereka yang mohon lesen sebelum ni tak dibenarkan, mereka diberikan keutamaan Dato’ Speaker.

Bercakap jugak tentang Majlis Daerah Rembau, Dato’ Speaker. Saya dapat satu aduan dan rungutan, kekesalan daripada masyarakat terutamanya penternak-penternak haiwan ternakan ni Dato’ Speaker. Minggu lepas tak salah saya 1 haribulan, Majlis Daerah Rembau menjalankan apa yang dikatakan operasi menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran. Dato’ Speaker, saya sokong program seumpama ini, tangkaplah haiwan ternakan lembu, kerbau yang sebagainya ini yang berkeliaran kalau ternakan ini berkeliaran di, di Pekan Rembau, di taman-taman, di pusat-pusat rekreasi dan sebagainya. Tapi aduan yang saya dapat Dato’ Speaker, ada ternakan orang kampung ditangkap di kawasan kampung haa. Pergilah beroperasi ni di taman-taman, di kawasan Pekan Rembau dan sebagainya. Kalau dicari di kampung-kampung, ada seorang penternak daripada Kampung Chembong Kecil, Dato’ Speaker, kalau dicari di kampung-kampung memanglah dapat, Dato’ Speaker. Dan apabila telah disuntik, ditangkap, dibawa dan dikurung, penternak ni nak, nak tuntut balik, dikenakan bayaran sebanyak 1,100.00 Dato’ Speaker. Seekor ternakan lembu, kerbau dan sebagainya sangat berharga bagi penternak-penternak kampung ni Dato’ Speaker.

Pertamanya saya cadangkan Majlis Daerah Rembau buatlah operasi ini kawasan-kawasan yang pekan, taman dan sebagainya. Jangan pergi cari ke kampung-kampung, memang jumpa Dato’ Speaker. Tahun lepas di Kampung Sepri, Dato’ Speaker, selepas be, bertengkar dan sebagainya, ternakan itu dilepaskan setelah disumpit dan sebagainya Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, satu. Keduanya, kurangkanlah dengan ni 1,100.00 Dato’ Speaker, satu kadar yang sangat membebankan bagi orang kampung, Dato’ Speaker.

Seterusnya Dato Speaker saya nak sebut juga dalam Dewan ini telah beberapa kali saya menerima aduan tentang pencemaran sungai di Rembau. 2 – 3 hari lepas terdapat satu pencemaran di Sungai Rembau, orang kampung mendakwa air sungainya menjadi kehitaman, banyak ikan-ikan timbul, mati. Dan saya jugak maklum Jabatan Alam Sekitar datang, tapi kehadiran untuk pemeriksaaan ini mungkin tidak tepat masanya. Masa tu air sungai mungkin dah sedikit jernih dan sebagainya. Saya mohon satu gerakan langkah bersepadu, mungkin di antara Jabatan Alam Sekitar bersama dengan JPS dan jugak agensi-agensi yang lain untuk memantau secara konsisten dan dengan cara berskala Dato’ Speaker ya, supaya perkara ini dapat di, diatasi, bukannya jarang berlaku, kerap sangat berlaku. Dan pencemaran sungai ini sangat penting untuk kita atasi sebab ia adalah, sungai di Rembau ini penting untuk bekalan bukan hanya untuk hidupan air, untuk kehidupan tetapi untuk bekalan tanaman dan jugak kita nak menjaga ekosistem dan jugak dia punya ekologi sungai Dato’ Speaker.

Seterusnya Dato’ Speakar, saya juga pernah bangkitkan di dalam Dewan ini tentang perkembangan projek pembangunan Institut Neurosains (INS) di Pedas. Sebab Kerajaan Negeri pernah membuat satu kenyataan, neurosains di Pedas yang mengatakan projek yang telah di, dirasmikan majlis pecah tanahnya sekitar hujung 2019 Dato’ Speaker. Dalam pemerhatian kita, yang saya nampak ia seakan-akan terberhenti ataupun tergendala Dato’ Speaker. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri untuk membuat sedikit pencerahan sebab bagi kami, kami menyambut baik projek ini, yang dulu dimaklumkan akan mendatangkan manafaat yang banyak tentang penawaran peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan jugak semestinya ia melonjakkan pembangunan sosio ekonomi setempat, selain daripada kita mengharapkan ia boleh menjadi katalis kepada pelancongan yang berasaskan sektor perubatan Dato’ Speaker. Jadi saya mohon untuk Kerajaan Negeri mungkin jelaskan, boleh jelaskan apa perkembangannya Dato Speaker, apa status projek ini sekarang sama ada ianya akan diteruskan, terhenti, tergendala. Kalau nak diteruskan, bila akan mula dan bila akan djangka siap? Apa manafaat-manafaat yang mungkin kita boleh jangkakan Dato’ Speaker? Apa status tanahnya, milik siapa tanah tersebut? Berapa luasnya? Dan macam-macamlah, apa jugak, apa elemen-elemen features yang ada di dalam projek pembangunan itu Dato’ Speaker. Dan mungkin saya boleh rangkumkan tentang soalan saya ni dengan serangkap pantun Dato’ Speaker, yang berkaitan. Kalau padi katakan padi, tidaklah hamba tertampi-tampi Dato Speaker, kalau jadi katakan jadi ya, tidaklah kami ternanti-nanti.

Dato’ Speaker, yang seterusnya Dato’ Speaker, saya mungkin nak sebut sedikit tentang, mintak maaf Dato’ Speaker, jalur lebar, pencemaran sumber air– sudah, penjaja kecil, Institut Neurosains, okay. Kalau tak ada apa saya sambung dalam Ucapan Penangguhan, Dato’ Speaker. Apa -apa pun saya ucapkan terima kasih Dato’ Speaker, di atas kebenaran kepada saya. Sekali lagi Dato’ Speaker, saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Speaker di atas karekter Dato’ Speaker yang ceria, yang mesra dengan ahli-ahli Yang Berhormat, macam semalam Dato’ Speaker, bukan sekadar mempengerusikan sidang kita dengan baik, malahan Dato’ Speaker berupaya untuk menjawab soalan-soalan sebahagian daripada ahli-ahli Yang Berhormat jugaklah Dato’ Speaker. Tahniah saya ucapkan. Macam nilah, di samping kita bertugas, kita berikanlah tepukan kepada Dato’ Speaker ya. Cumanya sidang kali ini, saya rasa macam sedikit sepi apabila saya lihat ADUN Labu, dia macam kurang ceria kali ini Dato’ Speaker ya. Saya tertunggu-tunggu celahan yang nakal daripada Seri Tanjung, Dato’ Speaker ya. Kepada ADUN Labu, sahabat saya, jangan gundah, jangan gulana Dato’ Speaker, saya bagi satu formula, 16+1=17 Dato’ Speaker. Kalau 16+2=18. Kalau 16+3 selesai masalah Dato’ Speaker. Terima kasih, saya menyokong usul titah ucapan DiRaja, Dato’ Speaker. Terima kasih banyak.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Speaker, Tuan Speaker, Chembong tak sombong, bagus. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Chembong satu orang saja ka? Orang lain sombong ka?

Yang Dipertua Dewan

Saya, Guna ni, saya suka dia. Selalu cakap ada cakap, kalau ada Guna semua program berguna. Kalau tak ada Guna, semua program tak ada guna. Pantun pulak, leret-leret. Silakan Yang Berhormat Kota, last sekali. Pasal apa nak petang kan, pukul 2:00 kan? Okay. Kita, 1:10 kita rehat 1:20. Masuk nanti 2:30 ya. 2:30 okay, silakan.

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, ahli-ahli rakan-rakan Yang Berhormat. Saya ingat nak cakap petang, Dato’ Yang Dipertua, saya sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, dah, dah dipanggil ni, saya jarang bila dipanggil tu, tak menyambut, haa dah dipanggil ni saya sambut jelah. Dato’ Yang Dipertua, saya jugak ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana membenarkan jugaklah saya untuk mengambil

bahagian dalam usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang Dipertua, seperti rakan-rakan yang lain, saya amat tertarik dengan ramai rakan-rakan kita yang menyentuh tentang COVID-19 ni. Tak tahu dia orang tahu tak maksud eh COVID-19 ni tak tahulah kan. Tapi saya semalam Dato’ Yang Dipertua, semalam, hari Isnin, hidung gatal Dato’ Yang Dipertua, gatal, berair lah deh. Saya pun ambil tuala sapu, masuk dalam TV. TV tah mana satu saya tak tau. Tapi masuk dalam TV-lah. Keluar daripada sini, kono cokau, tau cokau Dato’ Yang Dipertua? Kena tangkap kek pegawai kitolah. Dato’, Dato’ tadi nampak dalam apa, TV tu, Dato’ ada macam hingus-hinguslah, teh kan. Saya katakan, apo pulak masalah eh, ese memang selalu macam tu, masuk Dewan ni memang, Dewan ni berhabuk, saya katakan. Saya memang sensitif kat habuk ni. Jadi Dato’ Yang Dipertua, rupanya masa COVID ni kita ni yang ada penyakit allergic rhinitis ni ataupun sinusitis, risau. Saya hari ni Dato’ Yang Dipertua, makan ubat Piriton. Piriton ni ubat selesema. Tak kasi air tu keluar. Sebab takut, Dato’ Yang Dipertua. Kang usik hidung kang kono cokau lagi. Jadi, saya terpaksalah makan. Bila makan ubat selesema ni pulak Dato’ Yang Dipertua, dah lah ngantuk. Ngantuk, ya Allah, saya puas menahan ni. Dalam Dewan jaranglah saya nak makan ubat ni, tapi bila dah terpaksa ni takut, sebab saya faham pegawai kesihatan kita ni, dia very sensitive. Dia kerja kuek, dia tengok ye, siapa hidung eh berair, dipanggil eh. Lopeh tu, sebab doktor cakaplah ni, Dato’ Dipertua dongarlah sikit lah ya. Saya semalam tak adalah setuju nak, nak apa, pergi buat apa dipanggil RTK test ni, mintak swab test. Saya kata tak payahlah, saya dah berapa hari tak keluar rumah. Lepas tu hari ni Dato’ Yang Dipertua, saya kata pada pegawai semalam, bagi saya satu saliva kit ni, saya nak buat, untuk hari ini. Jadi hari ini saya buatlah, tadi saya tunjuk kat dia, baguslah Dato’ negatif. Memanglah negatif, saya katakan, tapi semalam hari ni kau jolok saya katakan, kan.

Jadi, yang penting Dato’ Yang Dipertua COVID-19 ni kita mesti serius, serius. Kadang-kadang kita jaga Dato’ Yang Dipertua, saya jaga betul, saya antara yang ada jugak kawan-kawan suka nak tumbuk ni, apa, dia salam tak nak, tumbuk je pulak. Tadi kek luar sama tadi, tak apa kot, tak boleh salam, kita tumbuk. Eh, laaillaahaillallah. Masih tak faham bagaimana kita serius tak serius penyakit kita. Kadang-kadang Dato’ Yang Dipertua, ada orang tu dia jaga betul-betul. Saya ada kawan, ramai jaga, tapi anak eh kerja kilang, Dato’ Yang Dipertua, anak kerja kilang. Dia tak tahu pun anak eh positif. Akhirnya dia pun kono COVID, anak eh pun kono positif, dio pun kono positif, satu rumah. Dan akhir eh anak eh hidup, bapak eh meninggal dunia. Haa ni kawan ni. Ada seorang tu balik masa hari rayo hari tu, duduk Kuala Lumpur. Kata

jangan balik, balik jugak. Sihat. Mak bapak dah cucuk, vaksin tu, balik Dato’, anak bapak, mak bapak dah cucuk ni boleh tak balik To’? tak boleh, saya katakan. Tak, balik deh. Jumpa mak bapak, mak pun meninggal, bapak pun meninggal, kedua-duanya COVID-19.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyentuh tentang COVID ni, saya baca amat serius. Dan kita pun jugak mesti serius. Saya nak ucap tahniah kepada pihak apa, pengurusan, Dato’ Speaker dan jugak urusetia Dewan, kita ambil serius. Saya kalau boleh, hari-hari nak test ni, hari-hari kita test. Kita tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita serius tentang COVID-19, jangan berlaku ada kluster Dewan Undangan Negeri, amat memalukan kita Dato’ Yang Dipertua ya, seperti negeri-negeri lainlah ya. Saya tak lah, tak elok sebut negeri lain yang terkena kan. Siapa yang nak kena Dato’ Dipertua. Dewan Rakyat pun kono kan. Tapi kita saya doa, kita berdoa mudah-mudahan COVID ni dapat kita tangani bersama. Dan ia amat serius.

COVID ni Dato’ Yang Dipertua, penyakit. Penyakit, tak ada, semua orang, saya ingat akhir nanti semua orang kono ni. Hari tu mula-mula hari Isnin jumpo Dato’, Dato’ daripada ni Ampangan, saya katakan Dato’ dah kono. Dia terperanjat tanya soalan tu. Saya tanya sebab ada firasatnya Dato’ Yang Dipertua, raso-raso eh, raso-raso eh kalau kita tak jago, semua kita kena. Semua kita akan kena. Kita dah cucuk vaksin 2 kali pun boleh kena. Orang yang dah kena pun boleh kena. Bermakna vaksin nilah membantu kita Dato’ Yang Dipertua. Saya ada seorang rakan, dia kerja kat pejabat saya, satu hari saya dapat tahu dia positif. Bila dia positif, saya pun terpaksa kendiri. Walaupun tak jumpa, tapi saya ada datang pejabat, saya pun, tapi dia dah cucuk 2 kali. Hantar ke Nilai. Dan dia tak ada simptom. Batuk tak ada, selsema tak ada, sakit tekak tak ada, rasa pun selera makan tajam je, darah naik sikit sebab ni tak hisap rokok, bila hisap rokok turun darah, tekanan darah tu. Jadi maknanya vaksin ni baik.

Dan kita ucap terima kasihlah Dato’ Yang Dipertua, ini kerjasama Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Masa tu Yang Berhormat Tuan Khairy Jamaluddin. Bagi vaksin yang banyak kepada Negeri Sembilan. Kalau tak kita tak sampai pun 80, bak kata Dato’ Zaiful tadi, Rembau dah 100%. Sampai terpaksa tutup pulak ya, yang perkhidmatan awam ni yang cucuk ni, dewan tu nak tutup pulak dengarnya sebab dah tak ada orang. Dah, dah tak ada fungsi lagi.

Tapi Dato’ Yang Dipertua, saya ingat di Dewan yang mulia ini, kita kena setapak ke depan lagi. Betullah kita dah boleh mencapai 80% imuniti

kelompok dengan vaksin ni, tapi itu yang 18 tahun ke atas, ada, ada sekali rakan saya sebut tu. 18 tahun ke atas. Yang 12 ke 17 tahun ataupun 12 ke 18 tahun ni belum disuntik pun lagi. Kita kena sediakan ini Dato’ Yang Dipertua. Saya harap Kerajaan Negeri adalah peruntukan sikit, beli dulu. Saya tak yakin Dato’ Yang Dipertua kita boleh dapat vaksin ni menjelang kita nak menjelaskan ataupun menunaikan tanggungjawab kita nak memastikan keselamatan rakyat kita, kalau kita nak jadi negeri contoh, kita siapkan vaksinnya, beli macam mana Selangor buat. Jadi saya harap Kerajaan Negeri serius memandang perkara ni. Kita antara 12 – 17 ataupun 18, belum lagi, seorang pun belum lagi. Ni tak lama sekolah nak bukak. Ada cikgu, bak kata Dato’ Ismail Lasim tadi; ADUN Juasseh, ada pulak cikgu tak nak vaksin. Jadi kita kena lindung anak kita. Kalau kita tak lindung anak kita, dia, dia positif, balik rumah, siapa yang kena? Kita yang kena. Sebab tu saya kata, saya, nak kata yakin tak yakin Dato’ Yang Dipertua, saya ingat kita kalau tak betul jaga, semuanya kita akan jadi positif. Bila dah kena positif tu nasib Dato’ Yang Dipertua. Apa nasib eh? Kalau yang positif ni ada nasib, selamat. Bukan selamat itu apa Guna, YB Guna, YB apa, YB Jeram, Seremban Jaya, bukan. Selamat tu makno eh innalillahiwainnailaihirojiun, maksud saya ya. Ada yang tak nasib baik, kita sihat balik. Ada nasib tak baik, akan meninggal dunia. Ada yang nasib tak baik, ada kesan sampingan yang teruk bagi COVID-19 ini. Kadang-kadang punca daripada siapa, daripada anak. Anak yang bekerja kita dah tahu cerita dah, tadi sahabat saya pun dah banyak sebut. Tapi ada anak kita yang besok di sekolah ni. Jadi tak salah pun kita mintak Kementerian Kesihatan, kalau kita dah bersedia, kita boleh proceed dengan kita punya ni, mintak kebenaran khaslah untuk kita laksanakan untuk vaksinasi kepada antara bawah umur 18 tahun ini kita boleh laksanakan dulu. Jadi kena beli Dato’ Yang Dipertua, untuk kita punya vaksinasi.

Dato’ Yang Dipertua, itu kalau selesai, ada satu lagi isu yang kita lupa nak sebut iaitu booster dose. Saya baca-baca, saya ingat YB ADUN Repah tahu ni. Kita ni bila dah cucuk ni belum tentu lagi jauh, sejauh mana kita punya imunisasi. Silap-silap 3 bulan. Saya pun tak tahu, nobody test, dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua dah cucuk 2 kali, Dato’ Yang Dipertua test tak berapa antibodi Dato’ Yang Dipertua, tak ada. Saya pun pun tak buat. Kita tak tahu. Jadi booster dose separuh negara dah nak mula. Dan ini jugak, ini perlu jugak kita fikirkan dan kita ambil tindakan. Ni perlukan perancangan, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Jadi saya ingat itulah yang nak saya sentuh tentang COVID-19 ni.

Dan saya jugak nak ambil kesempatan nak ucap, setinggi-tinggi penghargaan ya kepada frontliners kita. Saya ingat, saya doktor Dato’

Yang Dipertua. Kalau saya doctor masa sekarang ni, saya pun bersyukur jugak saya tak jadi doktor waktu sekarang ni. Saya nak, ada beberapa orang anak buah yang jadi doktor. Saya kesian. Berapa kali positif, bukan sekali positif, berkali-kali positif. Ma, apa, mak bapak dia sampai, aku ni macam mana, cakap, suruhlah anak kau tu pindah. Nak buat macam mana, dia kerja dia kerja A&E, betullah dia saring-saring-saring. Saring, tapi akhir eh penyakit tu sampai jugak ke dia, dia bawak balik rumah, haa itu masalah yang timbul. Jadi Dato’ Yang Dipertua, 2 isu tadi iaitu yang bawah 17 – 18 tahun saya tahu belum dilaksanakan lagi. Tapi kita buat persiapan. Yang kedua ialah booster dose, pun jugak kita boleh buat persiapan. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

….. Dato’ Yang Dipertua, saya nak habiskan. Saya sebenarnya Dato’ Dipertua, titah ucapan Tuanku ni yang paling menyentuh saya ni ialah kutipan zakat– 144.1 juta. Ini kejayaan kepada Pusat Zakat kerana dapat mengutip, peningkatan setiap tahun. Cuma satu secara ringkas saya nak bagitahu bahawa walaupun kita kutip banyak Dato’ Yang Dipertua, saya dapati antara asnaf zakat ini adalah muallaf. Dan didapati ramai yang ber, bawah kategori muallaf ni dia tidak dapat pembelaan sepenuhnya. Saya tak kata tak ada pembelaan, ada, tapi tak sepenuhnya. Jadi saya harap pihak Majlis Agama Islam dapat memikirkan bagaimana nak bantu muallaf ini sebaik-baik mungkin.

Saya ada yang telefon saya, mintak tolong bayarkan sewa rumah, saya baru masuk Islam tapi gaduh pulak dengan apa, keluarga, keluarga tak nak bantu. Jadi pemerintahlah jadi keluarganya Dato’ Yang Dipertua. Jadi, saya kata, kita mintak Baitulmal tapi Baitulmal dia memerlukan masa untuk proses. Jadi saya tak tahu apa sebab perlu lambat, tapi saya harap Baitulmal memberikan asnaf muallaf ni diberi perhatian. Saya ada ramai ni Orang Asli yang masuk Islam. Orang Asli masuk Islam, duduk satu rumah. Kita faham kan Orang Asli, dia macam-macam. Satu rumah tu, kita kata jangan buat gini, tapi dalam satu rumah, macam mana kita nak bantu. Jadi saya cadangkan kalau boleh Baitulmal sediakanlah rumah. Tak salah pun kita bantu muallaf ni untuk dapatkan rumah satu. Rumah mungkin rumah bertaraf PPRT ataupun kos rendah untuk kita bantu warga-warga muallaf ini. Saya tak nak sebut satu persatu nama sebab masa tak ada, Dato’ Dipertua, tapi kita sebagai sebuah negeri yang berjaya mengutip begitu besar zakat kita, asnaf yang berkaitan dengan muallaf ni jangan kita pinggirkan. Saya tahu ada, sebab saya dulu duduk dalam Pusat Zakat ni, kita tahu ada,

tapi saya mintak diperkasakan. Macam mana caranya, itu terserah kepada pihak Kerajaan Negeri.

Yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, haa saya cuma nak mintak ni, ni, kenapa masih ada terdapat orang yang menerima bantuan eKasih, dia daftar dengan eKasih, tapi JKM dia tak ada. Haa saya tak, tak fahamlah. Patutnya kalau dah berdaftar eKasih, dia mesti ada JKM. Jadi ini ada nama dengan saya, kalau YB daripada Bukit Kepayang nanti nak nama ni kita boleh check kenapa dia sebagai penerima eKasih, dapat bantuan baiki rumah, tapi masa yang sama dia tak ada JKM ya. Sama ada diberhentikan, tak tahu.

Jadi dua isu ni, iaitu Baitulmal, JKM. Haa ni banyak kita dapat laporan mengatakan mereka diberhentikan bantuan. Jadi saya dah banyak kali dengar dalam Dewan ni, Dato’ Dipertua, puncanya anak dia ramai, ni antara punca kita berhentikanlah, anak dia ramai Dato’, 4 – 5 orang, kerja besar-besar. Tapi kalau kerja besar, satu sen tak bagi mak bapak, serupa macam tak bagilah Dato’ Yang Dipertua. Jadi, lagi satu macam asnaf ni mana ada kita kata, dia fakir dan miskin. Kalau dia ada anak 100 pun, kalau dia fakir ke atau dia miskin, dia layak untuk mendapat bantuan. Bahkan orang kaya pun kalau berhutang ada, asnaf. Jadi apa salahnya kita kembangkan Dato’ Dipertua, untuk Baitulmal dan jugak JKM. Jadi kita selaraskan supaya boleh membantu terutamanya mereka yang beragama Islam.

Yang Dipertua Dewan

[mencelah secara off mic]

Ada 2 Dato’ Dipertua. Saya, saya point saja ya Dato’ Yang Dipertua ya. Ni point ni Dato’ Dipertua ialah telekomunikasi ni. Tadi Dato’ Zaiful dah sebut. Saya pun nak sebut jugak. Tambahan pulak Dato’ Yang Dipertua amat sensitif tentang telekomunikasi ni. Tapi nak salah siapa ni Dato’ Yang Dipertua? Kek Kendong tu, pemancar kemain besar belakang gunung tu, Gunung Tampin. Tapi nak telefon, 2 – 3 kali baru dapat line. Kalau WhatsApp ni, dia pusing je. Saya akan pergi lawat lawatan ke situ, saya tak tahu kenapa. Tapi saya mintak, apalah, sebab kita ni Dewan yang mulia Dato’ Dipertua, saya pernah bangkitkan isu tentang telefon, isyarat, line telefon ni di Kampung Pabai. Di Kampung Pabai tu dulu tak ada line. Bila malam-malam saya tengok orang berkumpul tepi jalan. Tanya kenapa; sebab dia guna telefon, telefon ni di tepi line, tepi jalan tu baru ada line, dalam kampung dia tak ada. Akhirnya bila kita mintak melalui Dewan, alhamdulillah pihak telco sini ataupun apa, syarikat telekomunikasi ini dia membetulkan alignment dan akhirnya sekarang ni di Kampung

Pabai tu line tak ada masalah lagi. Cuma saya mintak di Kampung Seri Kendong, tolong mintak diperbetulkan.

Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, haa ini perkara yang menyentuh peribadi sayalah Dato’ Yang Dipertua. Jadi, di masjid Kampung Bongek ni Dato’ Dipertua, dia terbakar hari tu. Kalau tak silap saya awal bulan, awal tahun hari tu, ada cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri nak baiki. Saya, saya nak mintak kalau boleh Dato’ Yang Dipertua, masjid ni dah terbakar macam tu, keadaan dia pun tak begitu kondusif di tepi jalan yang, yang agak besar, jadi kalau boleh mintak di, di apa, dialih, alihkan, modified-lah sikit ya. Kalau terbakar ni, modified-lah, peruntukan terpaksa kita bagi untuk baiki. Jadi kalau boleh, ada masyarakat yang mintak kalau boleh buat masjid baru, masjid lama ni boleh apa, diteruskan di tapak baru, sebelah dia ke, ataupun terserah kepada Majlis Agama Islam bagaimana cara nak buat supaya masjid ni dalam keadaan tidak diguna pakai sekarang ni, dirancang supaya ianya dapat dipindahkan Dato’ Dipertua.

Dan saya jugak nak ambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ni, nak ucap jugak terima kasih Dato’ Yang Dipertua kepada Majlis Agama Islam kerana, Masjid Kendong dan pun bermula ya. Saya dah bangkitkan, masa zaman saya tu Dato’ Dipertua, dah lulus zaman kita, akhirnya dilaksana masa zaman sekarang. Tak apalah. Tapi yang pentingnya saya nak ucap terima kasih dan penghargaan kepada jurutera yang bekerja Dato’ Yang Dipertua. Sebab masjid tu bila dah dalam lurah, boleh dia terfikir nak tam, apa, tambak supaya dianya diangkat apabila dibagi taklimat kepada saya, saya amat memuji sebab mereka bukan saja nak buat masjid baru, tapi memikirkan kondusif untuk orang datang, tak adalah turun naik tangga yang begitu jauh ya, dia jauh ke dalam. Jadi Dato’ Dipertua, satu masjid dapat baru. Satu masjid kalau boleh saya nak baru untuk dibawa ke kawasan Kota ni Dato’ Yang Dipertua. Saya pun tengok, Kerajaan Negeri tak banyak buek masjid Dato’ Yang Dipertua. Tak tahulah, kawasan saya tulah dia, tulah yang adanya. Yang kita mintak, surau banyak Dato’ Dipertua, jadi saya mintak satu masjid ni tengah buat, satu masjid lagi kalau boleh di Kampung Bongek ni yang dah terbakar, nilah peluangnya untuk kita dapatkan masjid baru.

Jadi itu sajalah Dato’ Yang Dipertua, saya nak ambil kesempatan ni untuk ucap banyak-banyak terima kepada Dato’ Yang Dipertua, suruh bercakap lagi sekali. Dan inshaa Allah kita akan jumpa lagi. Sogar mata saya balik Dato’ Dipertua, walaupun dah makan ubek, cuma saya satu lagi nak mintak kit baru ya, tadi kata nak kit untuk besok Dato’ Dipertua. Dan kalau boleh, akhir kata Dato’ Yang Dipertua, kita jaga kita supaya penyakit ni dapat kita bendung daripada penularan. Dan

tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua dan jugak urusetia, kerana strict. Saya jugak nak mintak maaf pada pegawai kesihatan, siapa nama tah semalam. Dia nak ajak sey pergi ambil swab. Saya pantang betul ni Dato’ Dipertua. Jadi saya buntangkan mato sey. Dia pun agak eh takut, tak jadi deh. Kalau Dato’ tak setuju tak apolah. Mano boleh kan. Patut eh, Dato’ kena buat ni Dato’ sebab saya tengok apa, saya dah buntang mato dia dah takut agak eh ya. Tapi saya jugak berharap, saya bukan punca kalau ada kes dalam, dalam, Dato’ Yang Dipertua tak boleh guarantee tak berlaku Dato’ Yang Dipertua, tak boleh guarantee. Kita balik rumah kang, tah jumpa siapa orang eh, balik-balik, kita datang kek Dewan, jangan salahkan kita. Saya balik rumah Dato’ Dipertua, semalam, orang rumah, saya kata kau duduk jauh. Saya betul. Tidur berasing malam tadi Dato’ Dipertua haa, eh saya serius Dato’ Yang Dipertua, serius. Kau bilik lain, saya tidur lain. Ni tak tahu siapa positif, saya katakan. Tapi bila test pagi, pagi tadi, negatif, sebona eh saya paling logo Dato’ Yang Dipertua, paling logo. Jadi, paling be, be, apa, berbaloilah ya, Dato’ Dipertua ya. Jadi itu saja Dato’ Dipertua. Dan dengan itu saya menyokong usul titah, menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya rasa kita semua dah lapar kan. Semua dah apa, hari ini 1:30 jadi kang 2:30 masuk ya. Satu jam. Inshaa Allah sahabat saya saudara Ravi akan sambung, saya akan masuk dalam pukul 3:30 untuk penggulungan nanti. Jadi saya tangguhkan dulu, sekian wabillahitaufikwalhidayah, assalamulaikum WBT.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:30 petang]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:30 petang]

[Persidangan dipengerusikan oleh YB Timbalan Yang Dipertua Dewan]

Setiausaha Dewan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Selamat petang ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan sambung semula. Siapa ambil bahagian perbahasan, mintak sambung. Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana membenarkan saya untuk menyampaikan perbahasan saya atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Oleh kerana masanya adalah singkat saya terus kepada point.

Yang pertama sekali lagi saya rakamkan ribuan terima kasih atau lebih tepat jika saya gunakan istilah jutaan terima kasih kepada semua frontliners yang telah memberikan sumbangan dan khidmat cemerlang sewaktu kita menangani masalah COVID-19 ini. Secara ringkasnya, jasamu dikenang, khidmatmu sentiasa dihargai. Kepada semua pegawai-pegawai awam, khidmat awam diucapkan ribuan terima kasih.

Yang kedua, ada beberapa cadangan daripada rakan-rakan saya yang telah memberikan cadangan agar diberikan sedikit sumbangan kepada frontliners. Antara senarai yang telah disentuh tadi adalah pegawai-pegawai kesihatan, RELA, polis, tentera, jururawat dan lain-lain lagi. Saya sekali lagi nak tambahkan di sini iaitu reporters ataupun pemberita. Sertakanlah bersama jika ada cadangan dan saya cadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk pemberian sedikit bantuan kewangan kepada pemberita-pemberita kerana merekalah akan berada, walaupun masalahnya adalah masalah parti, pergolakan politik ataupun pandemik COVID-19, mereka adalah barisan pertama. Sebagai contoh, semalam kita nampak mereka mengerumuni Yang Berhormat Seri Tanjung, pagi-pagi lagi mereka dah berada di sini untuk dapatkan maklumat yang tepat.

Dato’ Yang Dipertua, perkara yang kedua adalah, dalam ucapan titah Tuanku telah mengatakan bahawa 2 bulan, bulan Jun dan Julai sebelum itu ada lagi 2 bulan, telah diberikan pengecualian sewa kepada semua gerai dan peniaga-peniaga yang telah menyewa bangunan-bangunan Kerajaan Negeri. Saya ingin mengambil kesempatan ini, apa salahnya kita lanjutkan pengecualian itu untuk satu bulan lagi iaitu Ogos 2021 kerana walaupun PKP 3.0 ini telah membenarkan perniagaan itu sebahagiannya boleh dijalankan, tetapi mereka masih lagi kerugian sebab pengguna tak ada. Orang takut nak pergi ke kedai, walaupun telah dibenarkan untuk membuka beberapa perniagaan. Jadi, saya ingin mencadangkan agar mempertimbangkanlah untuk tambahan satu bulan lagi, Ogos, kerana kita masuk ke dalam fasa 3 pada bulan September. Apa salahnya kita berikan pengecualian kepada peniaga-peniaga kecil yang menyewa bangunan-bangunan Kerajaan Negeri ataupun gerai termasuk yang membayar ansuran bulanan bagi rumah-rumah mampu milik ataupun rumah-rumah rakyat. Berilah mereka moratorium satu bulan lagi agar mereka boleh menyesuaikan diri mereka ke arah perniagaan dari bulan September ini.

Perkara yang berikut adalah Kerajaan Negeri walaupun dalam bajet ada beberapa bantuan disediakan tetapi saya tak nampak ada bantuan khas untuk kampung-kampung asli di Negeri Sembilan. Di DUN saya ada 11 buah kampung asli tetapi tiada peruntukan khas, semuanya kita bergantung kepada Kerajaan Pusat sahaja. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya cadangkan dalam bajet 2022 nanti pertimbangkanlah sedikit, beberapa juta ringgit khas untuk kampung-kampung asli di seluruh Negeri Sembilan bukan di DUN saya saja, tetapi untuk seluruh Negeri Sembilan.

Dan tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya tentang bekalan air di ladang-ladang. Daripada jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Nilai, beberapa ladang dikatakan bahawa terletak di kawasan pedalaman tetapi dalam senarai yang dibacakan tadi, ada beberapa ladang hanya terletak di tepi jalan utama saja. Kemungkinan besar paip utamanya lalu di hadapan ladang tersebut. Jadi saya cadangkan Kerajaan Negeri pertimbangkanlah sedikit subsidi ataupun sumbangan ataupun peruntukan untuk mengurangkan kos syarikat-syarikat yang mengendalikan ladang tersebut. Kalau kita berikan mereka, katakanlah 30% daripada kos pemasangan paip dalam ladang kemungkinan besar syarikat-syarikat itu akan menilai semula cadangan ataupun rancangan mereka dan kemungkinan besar ada peluang penduduk-penduduk di ladang itu dapat menikmati air dari bekalan syarikat awam kita ni.

Dato’ Yang Dipertua, yang berikutnya adalah perkara yang saya tak sangka akan berlaku kerana Dewan adalah Dewan yang mulia inilah kami mene, mengetengahkan soalan, mengharapkan jawapan daripada kerajaan ataupun response. Tetapi ada 2 soalan yang saya tujukan pada Kerajaan Negeri, jawapan kedua-dua soalan itu mereka mintak saya untuk rujuk kepada setiap DUN. Sebagai contohlah, saya tempoh hari telah dicabar, telah dicabar mengatakan bahawa walau, kalaulah YB Manickam ni berani, datang dan lihat kepada siapa baucer 100.00 ringgit diberikan. Ini bukan siapa, Yang Berhormat Nilai yang cabar dalam audio Bahasa Tamil tempoh hari. Dia suruh saya bila saya tanyakan beberapa saya ketengahkan tak adillah begitu banyak syarat diletakkan kerana ini masalah masa pandemik yang perlu diberikan pertolongan kepada rakyat tanpa mengira kaum, tanpa mengira latar belakang mereka asalkan mereka ni berhadapan dengan masalah. Jadi, audio saya ni dibalas oleh Yang Berhormat Nilai, dia kata datanglah ke pejabat saya untuk melihat sama ada, melihat sendiri, kalau berani katanya, datang dan dapatkan maklumat yang tepat. Saya berani Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’. Itu sebabnya saya mengetengahkan soalan tersebut dalam Dewan. Tetapi saya terima jawapan bahawa kalau nak dapatkan jumlah penerima yang direkodkan setakat ini,

pihak Yang Berhormat boleh menghubungi pusat khidmat setiap DUN untuk mendapatkan maklumat. Ini bukan kerja saya Yang Berhormat Dato’. Sepatutnya, memanglah saya tahu, lain kali janganlah cabar pihak pembangkang. Kami boleh cabar pihak kerajaan tetapi pihak kerajaan jangan cabar. Saya berani. Itu sebabnya saya letakkan soalan dalam Dewan agar kesemua penerima tu dapat disenaraikan. Kami boleh menilai sebab walaupun baucer banyak dikeluarkan oleh kerajaan, masih lagi ada yang mintak daripada pembangkang. Kami telah keluarkan, sebagai contoh dalam DUN Jeram Padang sahaja, telah saya keluarkan 700 lebih bakul makanan. Jadi dia sepatutnya perlulah transparent dan saya mintaklah kalau Kerajaan Pakatan Harapan ini berani, berilah senarai. Biar kami menilai.

Yang ketiga pula, satu lagi soalan. Saya ada tanya senarai Ahli-Ahli Majlis dan saya dengar juga Pembantu Ahli Majlis. Jadi saya minta senarai nama Ahli Majlis dan Pembantu Ahli Majlis serta elaun-elaun yang diberikan kepada pembantu dan Ahli Majlis. Saya diminta untuk rujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Bila saya check tadi nama senarai ahli Majlis tak ada. Senarai Ahli Majlis pembantu tu tak ada. Dan di situ juga tidak dicatatkan tentang elaun. Jadi inilah tempatnya, inilah Dewan yang mana saya boleh tujukan soalan. Kalaulah diberikan saya, mintak saya pergi rujuk sana, rujuk sini, tulis surat sana, tulis surat sini, maka itu bukanlah kerja saya. Saya adalah ADUN. Tempat yang paling sesuai tepat adalah Dewan Undangan Negeri untuk saya tujukan soalan. Jadi, saya berharap jawapan itu dapat ditulis, dapat dibalas secara bertulis.

Dato’ Yang Dipertua, sentiasa di, dikata-katakan bahawa rizab negeri adalah 1.06 bilion, terima kasihlah. Terima kasih. Tetapi saya ingin tahu untuk apa wang itu digunakan dan bagaimana ia dibelanjakan kerana waktu pandemik adalah waktu di mana rakyat perlu bantuan yang paling banyak. Tetapi sama ada rizab itu disentuh atau tidak, saya tak pasti. Jadi saya ingin tahu, sebenar-benarnya berapakah rizab sehingga ke tahap hari ini dan apakah kegunaannya dan bilakah ia akan diguna dan mengapa rizab itu tidak digunakan untuk mempercepatkan vaksinasi yang mana kami cadangkan untuk membeli vaksin tetapi tak dilakukan. Apa pun yang dilakukan oleh kerajaan sewaktu pandemik itu, kami alu-alukan, kami sokong. Tetapi ia tak cukup. Kalau kita gambarkan bahawa kita ada rizab 1.06 bilion, tetapi perbelanjaannya adalah tak cukup. Sepatutnya boleh ditambah lagi. Jadi saya mintak perkara itu di, diperjelaskan nanti.

Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi, saya ingin nyatakan bahawa peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada tempat-tempat ibadat yang bu, yang bukan beragama Islam. Saya pernah sebut, saya pernah

sebut bahawa peruntukan yang diberikan adalah dengan syarat kuil ataupun church ataupun apa saja tempat beribadat itu perlu didaftar dan perlu mempunyai akaun. Dalam hal ini semua kuil yang terletak di dalam ladang itu tidak didaftar tetapi mereka ada kebenaran khas daripada syarikat. Sebagai contoh Sime Darby. Dan jawatankuasa kuil itu juga ada akaun, akaun bank. Jadi saya pernah cadangkan apa salahnya mempertimbangkan sedikit peruntukan untuk kuil-kuil yang ada akaun bank, akaun atas nama tempat beribadat itu.

Dulu sewaktu Barisan Nasional, kami telah menyalurkan, kami telah menyalurkan sedikit sebanyak untuk aktiviti-aktiviti kuil tersebut. Tetapi mereka ini sekarang tidak dapat langsung. Jadi, Dato’ Yang Dipertua, saya cadangkan pertimbangkanlah semula. Saya mintak Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat untuk mempertimbangkan. Tempoh hari saya pernah sebut, saya pernah mintak, berilah, kecuali kalau jawatankuasa kuil itu atau tempat beribadat itu tak ada akaun atas nama kuil itu, tak apa. Jangan kita beri, salurkan duit itu ke atas nama individu. Kalau ada akaun kuil tak salah, mereka setiap tahun memang mereka ada mesyuarat agung, mereka membentangkan akaun tersebut. Jadi saya mintak pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan perkara tersebut.

Dan akhir sekali, tentang vaksinasi. Saya rakamkan ribuan terima kasih kepada Pegawai Daerah Jempol yang telah meluluskan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak di kawasan DUN Jeram Padang. Dan mungkinlah nasib, tahun ini kami dapat seorang Pegawai Daerah di kalangan wanita. Jempol ini bernasib kot, saya pergi jumpa beliau melayan saya dengan baik, dan beliau telah meluluskan semua permohonan lokasi yang telah saya mohon. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Pegawai Daerah. Ada di sini ke? Atau, wakil? Saya ucapkan terima kasih.

Dan kepada KKM telah meluluskan 2,000 vaksin Pfizer ke DUN Jeram Padang untuk digunakan dalam pusat-pusat bergerak apa ni, pemberian vaksin tersebut, juga saya rakamkan ribuan terima kasih. Dan di DUN Jeram Padang saya sahaja, 14 kali Pusat Pemberian Vaksin telah bergerak, telah dilaksanakan. 4 di kawasan asli, 6 di kawasan felda, 1 di felcra, 2 di ladang. Dato’ Yang Dipertua, dalam satu Malaysia ni, Pusat Pemberian Vaksin, saya dimaklumkan oleh Kementerian Perpaduan, Jeram Padang sahajalah yang telah melaksanakan Pusat Pemberian Vaksin di dalam ladang. 2 ladang telah dipilih. Satu di Sampo, satu di New Rompin. Kemudian 2 hari di Pekan Rompin, dan sehari di taman, Taman Desa Puteri, Kasih Putera dan juga Taman Bahau. Jadi akhirnya saya anggapkan lebih kurang hampir-hampir 2,000 tu telah dapat diberikan. Jadi saya rakamkan terima, terima

kasihlah kepada semua petugas di seluruh Negeri Sembilan yang telah terlibat sama, yang telah memberikan sumbangan yang begitu cemerlang sehingga negeri kita ni dapat mencapai satu tahap yang paling baik dalam kadar penerima vaksin.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga mintaklah dari, kepada Kerajaan Negeri untuk me, mem, me, me, mempertimbangkan bekalan air SAINS ke kawasan-kawasan kampung-kampung Orang Asli. Ada beberapa kampung masih lagi tidak menerima bekalan air daripada SAINS. Antaranya adalah Kampung Orang Asli Temenggelam, Kampung Klebang, Jeram Padang dan lain-lain lagi. Jadi pertimbangkanlah. Dan setiap kali ada bajet, itu sebabnya saya sebut, pertimbangkan dalam pelbagai cara agar dapat masyarakat Asli juga diambil kira. Dan daripada senarai yang saya telah terima jalan-jalan yang telah didaftarkan bawah MARRIS dalam kampung Orang Asli, saya nampak ada 2 nama kampung yang telah tertinggal. Satu adalah Kampung Panchur …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Jeram Padang, satu minit lagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Kampung Panchur. Kampung Panchur juga adalah juga perlu didaftarkan di bawah MARRIS kerana saya telah berusaha untuk membawa jalan MARRIS, apa ni, Kampung Panchur ni sekarang lengkap, lengkap daripada main road sampai ke kampung itu dah diturap. Kampung Klebang belum lagi, masih lagi saya tengah cuba daripada Federal tetapi kalau dah masukkan dalam MARRIS, menaik taraf itu akan menjadi mudah. Jadi saya berharap Yang Berhormat Labu tu dapat melihat semula tentang perkara tersebut.

Tu saja daripada saya, sekali lagi dengan rakaman terima kasih kepada semua, saya sokong usul titah ucapan Tuanku. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Jeram Padang. Saya silakan Gemas.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Timbalan, Timbalan Yang Dipertua, kerana memberi, memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas titah ucapan Tuanku pada petang ini. Kalau diikutkan dalam buku titah ucapan Tuanku, Tuanku panjang lebar menyentuh, hampir-hampir 4 halaman muka surat menyentuh tentang pandemik COVID. Maknanya Tuanku

amat prihatin dan bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa Negeri Sembilan merupakan negeri yang diharapkan dapat mengatasi, dapat melandaikan pandemik COVID di kawasan ataupun di negeri kita ini. Dan alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak berganding bahu, seia sekata, maka ianya dapat dilandaikan sehinggalah kepada fasa yang ketiga dan inshaa Allah kemungkinan akan terus ke fasa yang keempat.

Walau bagaimanapun, saya terlebih dahulu ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada semua frontliner saya, semua frontliner – frontliner jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan yang bertungkus-lumus untuk memastikan bahawa penularan pandemik COVID ini dapat kita atasi bersama dengan cara pemvaksinan kepada masyarakat sama ada pemvaksinan berkelompok ataupun sebagainya. Tetapi apa yang malang dan saya amat berduka cita jugalah, seperti yang dikatakan oleh ADUN Johol di mana peranan dan fungsi ADUN Repah, saya tak nampak terus. Walaupun mungkin dalam keadaan macam mana dia bekerja dan sebagainya, tetapi saya melihatkan apabila mendapat tahu, Tampin adalah kawasan yang paling sedikit menerima vaksin pada masa tu. Hampir baru 42%. Lain semua dah tinggi. Jadi saya dengan Yang Berhormat ADUN Gemencheh berfikir cara bagaimana untuk kita menggunakan medium-medium yang boleh untuk kita keluarkan seberapa ramai mereka untuk divaksin. Dan sebab itulah saya katakan, saya menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Johol, kebanyakan daripada Repah juga datang ke Gemencheh dan datang juga ke Gemas untuk mendapatkan vaksin. Jadi di sinilah terlalu senyap ke ataupun di mana peranan Exco Kesihatan. Sepatutnya Repah dalam, dalam apa, Parlimen Tampin dapat bekerjasama dan memikir cara bagaimana membuat tindakan awal, outreach di kawasan Tampin, di kawasan Repah khususnya, dan termasuklah di Gemencheh dan di Gemas. Tetapi tak nampak. Saya tak nampak di mana keberkesanan sebagai exco. Bukan Repah saja yang tertinggal, malah keseluruhan. Inilah yang dikatakan apabila kesepakatan pembangkang bersama, walaupun tidak diwarkan, tidak dimaklumkan oleh negeri tentang peranan kehadiran pembangkang dalam Dewan, dalam untuk mengatasi vaksin tapi alhamdulillah. Dalam sekelip mata kita dapat menurunkan kadar mereka yang telah divaksin ini.

Alhamdulillah-lah kepada Menteri MOSTI dan sekarang Menteri Kesihatan menggembeleng tenaga bersama dengan pasukan pembangkang memikirkan hala tuju dan memastikan bagaimana vaksin tu dapat diperbanyakkan di Negeri Sembilan ini. Itulah yang saya katakan, kalau kita nak buat ni, buat betul-betul. Kalau kita nak ni, ada hala tuju untuk memberikan pemvaksinan kepada rakyat jelata Negeri Sembilan, rakyat Negeri Sembilan, kita buat sama-sama. Benda

ini bukannya benda boleh, boleh main pilih-plih, pun main sorok-sorok, boleh ambil orang ni, ambil orang dan sebagainya, tak boleh. Sebab ini adalah masalah sejagat. Masalah kita bersama. Sebab yang dikatakan oleh mana-mana pemimpin ni adalah semua dan segala-galanya. Pemimpin adalah guru, pemimpin adalah rakan, pemimpin adalah pasangan, pemimpin adalah fasilitator, pemimpin adalah moderator dan kita adalah hak kepada rakyat. Sebab itu kita tunjukkan bagaimanakah fungsi dan peranan kita dalam menangani masalah pandemik COVID pada masa ini.

Jadi apa yang kita harapkan, kita akan masuk kepada fasa yang keempat selepas ini, inshaa Allah. Tetapi yang lepas kita lepaskan. Kita biarkanlah. Tetapi yang saya nak lihat pada masa yang akan datang, jangan sampai apa yang telah diredakan, apa yang telah dikurangkan, dan telah dilandaikan akan meningkat yang tidak dijangkakan berapa banyak bilangan masyarakat Negeri Sembilan akan menghadapi masalah terkena pandemik COVID kali kedua ataupun sebagainya. Jadi kita sama-samalah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Jadi Timbalan Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin menyentuh tentang titah ucapan Tuanku, menyentuh tentang gerbang digital. Alhamdulillah kita melihatkan rasa kesungguhan pihak kerajaan memberi gadget ataupun memberi peranti kepada para pelajar khusus kepada golongan B40. Masalah sekarang, kita memikirkan bukan sahaja golongan B40, kita juga memikirkan golongan M40 ataupun mereka yang terkesan yang memerlukan gadget-gadget ataupun peranti-peranti untuk anak-anak mereka. Mereka datang ke pejabat saya. Saya menyatakan bahawa pergilah ke Pejabat Penyelaras DUN kerana mereka ada peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan boleh membantu me, mendapatkan sekurang-kurangnya satu gadget satu peranti kepada satu keluarga. Tetapi apa yang saya dapati mereka memilih-milih, sedangkan ini banyak lagi yang kita lihat terkesan. Apatah lagi masalah gadget adalah keperluan bukan sebagai barang mewah dan sebagainya. Jadi saya mintaklah peruntukan Kerajaan Negeri yang ada setakat ini, yang boleh dibekalkan daripada mana-mana sumber dan sebagainya yang telah dinyatakan tadi, kita gunakan sebaik mungkin, kita bagi balik semula. Kita keluarkan, duit kita banyak. Kita keluarkan semampu, seboleh mungkin untuk memastikan seberapa ramai anak-anak pelajar kita dapat menerima gadget ataupun peranti dan inshaa Allah kita adalah antara masyarakat yang berdigital, masyarakat yang berteknologi dan masyarakat yang bermaklumat pada masa yang akan datang. Bermula daripada persekolahan anak-anak. Jadi itulah yang saya harapkan.

Dan seterusnya saya mintak jugalah, di Gugusan Felda Jelai, iaitu di Jelai 4 alhamdulillah kita mendapat satu menara telekomunikasi. Jadi sekarang ini dalam proses untuk mendirikan menara tersebut. Dan saya mengharapkan pihak kerajaan membantu pihak telco-telco ini untuk mempercepatkan proses mendirikan menara tersebut di Jelai 4 kerana saya melihatkan kawasan tersebut adalah di satu kawasan yang cantik dan dikaji memang sesuai. Dan alhamdulillah dapat digunakan secepat mungkin, dapat digerakkan digital kita ini, disebarluaskan ke sekitarnya untuk kegunaan anak-anak yang menghadapi ataupun yang sedang belajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, universiti dan sebagainya. Inilah yang saya harapkan kerjasama, dan saya mintak juga Kerajaan Negeri jangan lewat-lewatnya permohonan daripada telco-telco ini untuk mendirikan menara tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya menyentuh tentang wilayah agropolis di mana wilayah agropolis mampu menjadikan Negeri Sembilan sebagai hab pengeluaran. Saya tidak nampak di Tampin perkembangan semasa ataupun perkembangan sekarang di manakah, berapa banyakkah pengeluaran pertanian yang dikeluarkan semasa pandemik COVID ini, pertama saya bertanya. Kedua, sejauh manakah, banyak manakah tanah-tanah yang telah dirizabkan terutamanya di kawasan Gemas untuk menyediakan satu kawasan yang luas sebagai hab pengeluar barang ataupun bekalan makanan ini. Sebab saya melihatkan pada masa inilah sepatutnya Kerajaan Negeri, Exco Pertanian dan sebagainya, agensi-agensi yang berkaitan mengambil iktibar tanah-tanah yang terbiar, tanah-tanah yang kosong di kawasan Gemas khususnya, tanah-tanah yang telah diceroboh diambil balik oleh pihak Kerajaan Negeri, menggunakan tanah-tanah tersebut untuk dikaji, dinilai, disaring, disemak keperluan pertanian jenis apa untuk kita adakan, untuk kita tanam di kawasan tersebut. Apatah lagi Gemas me, merupakan penghubung antara utara dan selatan, timur dan barat melalui jalan raya dan jalan keretapi. Jadi saya lihatlah, apabila habis saja pandemik COVID ini, kita bagikan tanah-tanah tersebut kepada anak-anak muda yang memerlukan, mahasiswa-mahasiswa …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Gemas.

….. dan sebagainya yang memerlukan. Janganlah …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat Gemas, tolong pendekkan.

Janganlah kita menggunakan tanah-tanah tersebut untuk tanaman sawit sahaja. Tanaman sawit bukanlah tanaman pertanian, tanaman pengeluaran. Kita nakkan tanaman yang ada, yang akan dibangunkan, yang akan didirikan, yang akan diwujudkan adalah pertanian kerana zaman sekrang kita memerlukan makanan. Jadi saya berharaplah Kerajaan Negeri menggunakan medium ini agar dapat memikir cara dan bagaimana kita boleh membanyakkan pengeluaran makanan di Negeri Sembilan ini.

Dan seterusnya saya nak menyatakan juga tentang NFC. Difahamkan tanah-tanah di NFC ini telah diagih-agihkan kepada beberapa syarikat. Betul atau tidak, saya tak tahu. Tapi di Dewan yang mulia ini, saya nakkan jawapan sama ada ya ataupun tidak. Sebab saya lihat, saya pergi ke kawasan NFC, ada kawasan tersebut sebahagiannya telah ditanamkan dengan kelapa sawit. Betul tidak, saya tak tahu. Atau pencerobohan, saya tak tahu. Jadi saya mintak di Dewan yang mulia ini, bagikanlah jawapan agar masyarakat di Gemas tahu apakah perkembangan di NFC sebab NFC itu adalah untuk penternakan lembu. Kalau digunakan sebaik mungkin tanah tersebut, Negeri Sembilan ada tanah yang digunakan untuk penternakan, di Negeri Sembilan ada tanah yang digunakan untuk pertanian, kita ada guna juga di apa, di kawasan Pasir Besar, di Air Kuning, semua ada. Jadi kenapa kita nak pecah-pecahkan tanah tersebut untuk tanaman kepada pertanian yang bukan untuk pengeluaran makanan. Itu yang saya mintak, kita fikirkan sama-sama.

Dan seterusnya saya melihatkan jugalah, tentang pokok-pokok yang berada di sepanjang jalan. Baru-baru ini Gemas hampir satu kilometer pokok tumbang dipukul ribut. Alhamdulillah tidak ada kecederaan dan kecelakaan cuma sebuah trailer saja yang dihempap pokok. Tetapi apa yang saya lihatkan, selepas ini mintak pihak kerajaan menggunakan apa saja platform yang boleh untuk menebang pokok-pokok yang berada di sepanjang jalan. Pokok-pokok yang dah kering, dah tinggal rangka je, ranting sahaja, masih lagi tidak ditebang. Pokok-pokok lain ditebang dulu. Tapi saya nak melihatkan bahawa tebanglah pokok-pokok semua tepi jalan tu. Kalau nak tanam pokok akan datang, di tepi jalan, fikirlah pokok-pokok yang sesuai. Masa kecik cukup main cantik, dah besar macam balak, datangkan masalah kepada pengguna jalan raya dan sebagainya. Sebab saya pernah sekali terkena, Timbalan Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, balik daripada Seremban dalam pukul 12:30 malam, ribut, motor lalu tumbang pokok tumbang. Kata Kota pun assalamualaikum jelah, dia kata …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Gemas masa dah tamat.

Jadi yang saya mintakkan kita bersihkan pokok-pokok tersebut, tebang pokok-pokok tersebut agar pengguna jalan raya tidak akan menghadapi masalah-masalah yang tidak sepatutnya berlaku. Dan seterusnya …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Masa dah tamat.

….. adalah pencahayaan Negeri Sembilan. Ada 2 lagi. Pencahayaan Negeri Sembilan …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tak, masa dah tamat …..

…. saya dah …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. bagi ruang kepada lain orang.

Ya, ya, ya, betul, betul. 2 saja lagi.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Kena ikut masa.

Saya mintak ….

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya sudah kasi 3 minit lebih dah.

Tak apa sikit, 2 lagi. Pertama yang nak saya nyatakan bahawa pencahayaan Negeri Sembilan. Saya dah minta daripada dulu jalan apa, lampu jalan daripada Balai Polis Gemas ke Taman Harmoni dan terus ke SJK Tamil. Rasanya dah 3 kali saya mintak, sampai sekarang tidak ada lampu jalan. Itu yang saya mintak.

Yang seterusnya saya mintak juga adalah tentang lampu jalan masuk daripada Gemas Baru Negeri Sembilan. Saya mintak lampu-lampu yang ada tu kita gantilah dengan lampu-lampu yang lain. Kita mintaklah di Negeri Sembilan, terutamanya kawasan Gemas dan Tampin, tukarlah lampu-lampu yang sedia ada ni kepada lampu LED, nampak terang benderang dan sebagainya. Itu saja, Timbalan Yang Dipertua Dewan. Dan saya menyokong titah ucapan Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih Yang Berhormat Gemas. Saya mintak teruskan Sungai Lui. Sungai Lui hanya 7 minit haa, sebab tadi kawan kamu sudah curi 3 minit.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tambah lagi 3 minit. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, ribuan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana membenarkan saya untuk mengambil peluang dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Jumaat yang lepas; 3 September 2021.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, pandemik COVID-19 yang melanda ini telah memberikan kesan kepada semua, baik dari segi sosialnya ataupun kehidupan seharian kita, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Boleh dikatakan pandemik COVID-19 ni telah mengubah 360° tatacara kehidupan kita seharian kita. Kita lihat ramai yang terkesan, kita lihat ramai yang kehilangan ahli keluarga, hilang pekerjaan, terjejas pendapatan, anak-anak juga tidak dapat meneruskan proses pembelajaran seperti biasa.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, di sini juga saya tidak mahu ketinggalan untuk merakamkan jutaan ribuan terima kasih kepada semua petugas-petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus di dalam menjalankan tugasan harian masing-masing. Juga kepada yang, mereka-mereka yang terlibat dalam Program Vaksinasi Kebangsaan di mana program ini terbukti berkesan di dalam mengurangkan kes COVID terutama di, di Negeri Sembilan khususnya. Daripada pihak YB Menterinya, YB KJ yang juga berasal daripada Negeri Sembilan, pihak Kementerian hinggalah ketua-ketua jabatan dan juga sukarelawan-sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam program vaksinasi ini dan inshaa Allah jika usaha ni dibuat secara berterusan, kita akan mencapai imuniti kelompok seperti yang kita harapkan.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Lui ni dia menumpang kasih ya, Parlimen– Jelebu dan pentadbiran daerahnya– kawasan Jempol. Kalau statistik yang disebutkan oleh Palong tadi 130,000 komuniti ataupun penduduk di kawasan Jempol termasuklah juga mereka-mereka yang berada di kawasan DUN Lui. Dan ribuan terima kasih juga kepada dua-dua Ahli Parlimen, sama ada di Jempol ataupun Jelebu yang mengambil berat tentang program vaksin, vaksinasi kebangsaan ataupun program PPV Bergerak di kawasan DUN Lui jugak tidak ketinggalan di mana boleh dikatakan kesemua kawasan kita masuk. Ini bersesuaian seperti yang diperkatakan oleh ADUN Palong, ADUN Serting tadi “vaksin mencari rakyat” di mana boleh katakan keseluruhan kawasan DUN Lui kita buat program vaksinasi ini.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, oleh itu marilah bersama-sama kita menggembeleng tenaga untuk kita terlibat secara langsung dalam memper, mempastikan seberapa ramai rakyat di kawasan kita menerima vaksin ini. Alhamdulillah kami di Jelebu khususnya daripada Ahli Parlimen-nya, ADUN Pertang-nya dan saya sendiri sentiasa memberikan kerjasama kepada semua ketua-ketua jabatan di Jelebu dan juga Jempol di dalam kita memberikan ataupun kita melawan COVID, pandemik COVID-19 ini.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kita sedia semua mak, sedia maklum bahawa ini masa yang sukar, semua orang terkesan masa ini akibat pandemik COVID-19 ini. Ini adalah beberapa, saya ambil kesempatanlah untuk mengemukakan dan ada orang mintak untuk kita, melalui perbualan, kita berbual bertemu dengan rakyat semasa program-program PPV Bergerak ni, minta kita kemukakan di dalam Dewan pada kali ini. Yang pertama, pada tahun ni jugak kita lihat Negeri Sembilan kita tangguhkan program korban ya, pada Hari Raya Korban hari tu disebabkan oleh, kita faham disebabkan oleh pandemik COVID. Di masa tu Negeri Sembilan mencatatkan rekod COVID yang, antara yang tertinggi. Kita faham.

Dan untuk makluman Dewan yang mulia, di kawasan DUN Lui ni golongan-golongan muda dia menumpang ataupun yang berado di kawasan felda khususnya dan kebanyakan, saya di Lui ada 8 kawasan felda, mereka menjalankan penternakan di samping bekerja kampung menguruskan ladang milik FELDA ataupun milik peneroka, mereka juga menjalankan penternakan secara kecil-kecilan. Bila, seorang tu adalah 10 – 15 ekor lembu, kambing dan sebagainya, bila kita buat keputusan untuk menangguhkan ibadat korban maka mereka ni terkesan disebabkan oleh pandemik COVID. Dan di sini saya, saya mencadangkan supaya mereka ni jugak kita bantulah, kita bantu sebagai tanda rupa ataupun tanda hati kepada kita disebabkan oleh

kerugian-kerugian yang telah mereka alami di mana ternakan-ternakan pada ketika itu tidak boleh dijual semasa Hari Raya Korban yang lalu.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, yang kedua saya bersetujulah untuk kita memperkasakan Islam di kalangan asnaf pada masyarakat Orang Asli. Contohnya Baitulmal mewujudkan perumahan Baitulmal di mana ada di kalangan saudara-saudara baru kita seperti yang ADUN Kota cakap tadi, saudara-saudara baru kita yang masih lagi tinggal bersama dengan keluarga asal mereka ataupun ada jugak keluarga yang selepas berlaku perceraian dan sebagainya, mereka terpaksa tinggal bersama dengan keluarga asal mereka yang bukan beragama Islam. Yang ni kita, saya mintak ataupun mohon supaya perumahan Baitulmal ni kita perkenalkan dan untuk kita membantu golongan-golongan asnaf daripada masyarakat Orang Asli ni.

Yang ketiga, untuk makluman Dewan, satu ketika dulu UDA Holding melalui Ahli Parlimen Jelebu pada ketika itu sebagai Pengerusi UDA telah bersetuju untuk bagi satu bangunan kepada Koperasi Penjawat Awam di kawasan Kuala Klawang. Benda ni dah lama. Pada peringkat awal, pelan yang dihantar tidak bersesuaian kan, dikatakan oleh Majlis tidak bersesuaian dan sebagainya, dan pelan baru telah dihantar. Dan benda ni dah lama. Saya takut disebabkan kelewatan kita memberi kelulusan disebab kelalaian kita ataupun kelewatan kita menyebabkan nanti satu, bangunan ini tidak dapat dilaksanakan dan ini boleh menyebabkan kerugian jugalah kepada koperasi tersebut di mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada orang-orang tempatan juga, di kawasan Kuala Klawang tersebut.

Yang keempat, saya juga mohon pembaikan segera kubah Masjid Serampang Indah. Untuk makluman Dewan, pada 21 Mei yang lalu telah berlaku ribut sikit, hujan, menyebabkan sekeping kubah masjid di Kampung Serampang Indah telah tercabut. Dan semasa lawatan saya ke masjid tersebut juga dihadiri oleh Penyelaras DUN Sungai Lui. Dan pada ketika itu Penyelaras DUN berjanji untuk menyelesaikan masalah itu. Bila dia berjanji macam tu, okaylah saya kata. Saya tanya, saya selesai, dia selesai, dia kata itu biar dia selesai. Tetapi pada 11 Ogos, 11 Ogos saya dapat lagi kiriman WhatsApp berlaku sekali lagi kejadian ribut. Kali ni gugur satu lagi dinding kubah. Bermakna dah 2, daripada 21 Mei hingga 11 Ogos sebenarnya tidak berlaku proses pembaikan ni. Dan saya mohon juga supaya benda ni diambil serius. Dan untuk makluman Dewan, yang karpetnya kita dah ganti. Karpetnya kita dah ganti melalui peruntukan Ahli Parlimen Jelebu, kita dah tukar baru karpet tu ya. Dan sayanglah, karpet tersebut karpet yang baru, kalau kubah tidak diperbaiki segera, maka rosaklah karpet yang kita ganti tersebut.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya mendapat satu WhatsApp lagi iaitu tentang ada pengadu, pengadu, masalah peniaga ikan di ka, Kampung Cina Sungai Lui di mana telah melakukan, dia berniaga di kawasan rizab JKR lebih daripada 20 tahun, dikatakan lebih daripada 20 tahun. Dan baru-baru ini tanah di belakang tu telah dibelilah oleh orang lain, tanah bersebelahan, dan dia mengadu bahawa ada report mengatakan didatangi oleh pihak penguasa untuk merobohkan gerai jualan ikan dia dan saya mohonlah supaya masalah ini dibantulah. Dibantu dalam keadaan hari ini semua orang terlibat dalam masalah COVID, maka tak sesuailah ya. Sebab tanah tu tepi jalan ya, tanah, kalau tanya saya, tanah tu tepi jalan. Jalan masuk banyak ya, sepatutnya banyak, kenapa perlu kawasan tu saja nak di lalu walaupun tu rizab JKR ya. Saya mohon untuk ini dipertimbangkan. Dan jugak satu lagi tentang …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Lui …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Satu lagi.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. ikut masa ….

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Satu lagi tentang …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Sebab saya nampak tadi bukan bawak isu masalah kawasan. Saya nampak semua Yang Berhormat-Berhormat benda yang sama ulang-ulang-ulang. Inilah ambil masa …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Masalah peniaga …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Bawaklah isu-isu tempatan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ni masalah peniaga tempatan ni, Sungai Lui.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Bukan sekarang baru sampai di sini. Sebelum ini saya nampak mula di …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Ini dah perkara yang ….

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Semua benda yang sama ulang-ulang-ulang ….

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

…. apa ni Dato’ Timbalan …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. Yang Berhormat-Berhormat.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, satu lagi. Dato’ Timbalan, tentang, saya nak bawak tentang Ladang Rakyat Air Kering di Lui Timur, saya harap ni jugak mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Exco supaya kawasan ni boleh dibangunkan dan jugak boleh menjadi, kalau kita tengok soalan, melalui jawapan bertulis ya, di mana Sungai Lui akan menjadi pintu masuk ke, dan juga boleh menyumbang kepada pengeluaran hasil pertanian di kawasan Jempol khususnya. Dan saya harap Ladang Rakyat Air Kering ni jugak akan menjadi sebuah tempat di mana boleh membina ataupun boleh menjana ekonomi bagi penduduk kawasan DUN Sungai Lui khususnya. Dan untuk itu, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya mohon menyokong usul.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih ADUN Sungai Lui. Saya diteruskan Gemencheh.

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Saya ingin mengambil peluang untuk perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Alhamdulillah Negeri Sembilan berjaya mengatasi pandemik COVID-19 daripada terus menular dengan baik. Dan semalam hanya ada 193 kes yang dilaporkan berbanding di minggu-minggu ataupun bulan-bulan yang sebelum ini. Dan saya mengucapkan, mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada semua frontliner – frontliner dan semua yang terlibatlah membawa Negeri Sembilan ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara. Kejayaan ini bagi saya adalah hasil usahasama pihak, kerjasama yang baik di antara Kerajaan Persekutuan dan jugak Kerajaan Negeri. Dan sepertimana yang kita maklum bahawa faktor utama adalah kejayaan program vaksinasi yang berjaya di mana lebih daripada 80% daripada populis, populasi dewasa lengkap divaksin sejak 2 September yang lepas. Dan terima kasih tak terhinggalah kepada Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, bekas Menteri MOSTI dan yang sekarang sebagai Menteri Kesihatan, yang telah berjaya dengan cemerlang mengendalikan program vaksi, vaksinasi negara.

Tadi sebelum rehat, YB Johol ada membangkitkan mengenai ramainya masyarakat bagi kawasan Parlimen Tampin, DUN, DUN Repah, Gemencheh ke Johol, ke Serting dan sebagainya. Saya nak beritahu dalam Dewan yang mulia ini, peringkat awalnya memang tak ada kerjasama yang erat di antara CITF Daerah bersama dengan ADUN-ADUN daripada pembangkang, YB Razak di Gemas dan jugak saya di Gemencheh. Saya sendiri terlalu sukar untuk mendapatkan vaksin untuk keluarga saya sendiri, tapi terima kasihlah YB Johol bagi peluang kepada petugas-petugas frontliner saya yang menghantar barang, yang sentiasa menjaga kebajikan mereka-mereka yang dikuarantin, amat bahaya. YB Johol bantu saya ya, bagi beberapa saya punya frontliner saya sendiri kan. Dan bagi saya ia dah, ia, ia perlu diperbaiki. Dan alhamdulillah sejak saya mendapat bukak PPV di Gemencheh, hasil usahasama dengan, permintaan saya dengan Yang Berhormat KJ, alhamdulillah PPV Gemencheh secara outreach dibuka ya, di, di SMK Dato’ Taha.

Dan saya yakin bahawa perkara ini dapat diatasi ya, kalau hari ini disebut hanya 57% di Daerah Tampin yang telah divak, yang lengkap divaksinasi, saya yakin kita ada masa lagi untuk membantu Daerah Tampin agar kita dapat mencapai herd immunity untuk Daerah Tampin ya. Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Repah ya, bersama dengan agensi-agensi yang berkaitan, kita bekerjasamalah ya, bukan hanya, saya sendiri tak tahu bila PPV itu bukak, bila program itu di, di, diadakan ya. Akhir sekali saya sendirilah kena ambil inisiatif sendiri untuk tengok semua PPV yang ada di Daerah Tampin, di, di, di daerah, di Dewan Tampin dan jugak di Gemas, dan alhamdulillah, saya bukan nak menuding jari mana-mana pihak. Saya tidak akan menyalahkan Pegawai Daerah Tampin ya. Cuma mungkin kerjasama tu tak berapalah. So saya dah berbincang dengan PKD Daerah selepas ini kita cari jalan untuk satu gerakan task force kita untuk memastikan program vaksinasi bagi Daerah Tampin ni dapat dijalankan dengan, dengan lebih baiklah. Dan sebenarnya kita berusaha bersama-samalah.

Ini bukan, bukanlah cerita pasal politik, tetapi kita nak membantu masyarakat di luar sana agar dapat dibendung penularan wabak COVID-19 ini.

Seterusnya kita dapat maklum bahawa sektor pendidikan, sekolah akan dibuka. Kita tak pasti lagi. Tetapi saya mengharapkan ya, Kerajaan Negeri dan jugak agensi-agensi yang berkaitan untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan mereka-mereka yang terlibat terutamanya yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan sebagainya dapat divaksinasi lebih awal. Dan jugak mewajibkan kepada guru-guru dan pekerja-pekerja sokongan seperti pekerja kebersihan, kantin sekolah dan sebagainya agar cepat divaksin supaya anak-anak kita di sekolah tidak ada risiko yang terlalu tinggi mendapat penularan wabak ini ya.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, saya pagi tadi ada YB senaling sentuh pasal SAINS. Saya mintak Yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat untuk tengok masalah ini. Hampir 37 juta yang masih belum dibayar kepada kontraktor-kontraktor panel SAINS ya. Dan ada di kalangan kontraktor yang terlibat adalah kontraktor rutin yang membuat kerja-kerja harian seperti paip pecah dan sebagainya. Terdapat 185 kontraktor yang terlibat. Dan saya dapat maklum Yang Amat Berhormat, ada satu kes yang dibawa ke mahkamah dan kontraktor tersebut sehing, se, sekarang ni menghadapi masalah yang cukup besar ya, dan mere, terpaksa gulung tikar, Yang Amat Berhormat Sikamat ya, terpaksa gulung tikar kerana menunggu bayaran daripada SAINS ya, yang begitu banyak ya. Ada kontraktor panel yang sehingga setahun tak dibayar. Beliau, mereka terpaksa lakukan kerja ni setiap bulan. Tetapi apabila bayaran dah hampir setahun tak berbayar, bayangkanlah kontraktor-kontraktor kecil ini terpaksa, kita takut nanti mereka terpaksa gulung tikar kan. Dan saya mengharapkan Yang Amat Berhormat Sikamat mengambil langkah yang proaktif untuk membantu kontraktor-kontraktor yang terlibat.

Dan akhir, satu isu, saya bawak isu kawasanlah. Nanti Yang Berhormat Timbalan cakap tak bawak isu kawasan. Saya bawak isu kawasan. Yang pertama, mengenai, dan ia mungkin melibatkan di peringkat Persekutuan, namun demikian saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu anak-anak generasi kedua dan ketiga felda ini yang telah membuat rumah di atas tanah asal rumah peneroka kan. Saya diberitahu bahawa mereka tidak dapat mema, masukkan kemudahan bekalan air dan elektrik kerana mengikut syarat tanah tersebut memang tak boleh buat. Tetapi saya mengharapkan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berunding agar mereka ini dapat buat rumah di belakang

rumah mak atau atuknya untuk kemudahan keluarga mereka dan seterusnya mendapat bekalan, bekalan elektrik dan air yang, yang sempurna ya.

Dan saya, akhir sekali saya memetik titah Tuanku yang menyeru agar semua pihak bermuhasabah diri dan menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan supaya matlamat untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat dan seterusnya menjadi negara ma, negeri maju akan terlaksana. Kesefahaman dan kerjasama antara satu sama lain akan dapat memastikan sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Saya mengharapkan penglibatan pihak kami; ADUN-ADUN pembangkang perlu digembeleng bersama untuk menghadapi apa jua situasi termasuklah pandemik COVID-19 ini. Dan kami ADUN-ADUN pembangkang akan terus memberikan amanah dan tanggungjawab untuk membantu masyarakat walaupun tanpa apa-apa bantuan daripada Kerajaan Negeri. Cuma kita nak mengharapkan sokongan daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan jugak Persekutuan untuk membantu masyarakat di bawah sana. Contohnya seperti program imu, apa, program PPV ni, pusat khidmat vaksin ini, ataupun CITF ini. Walaupun CITF ni dipengerusikan oleh Pegawai Daerah tidak melibatkan kami, tetapi sudah sampai masanya bagi kami, pangillah kami bersama untuk segerakan apa jua krisis-krisis yang berlaku di kawasan ADUN-ADUN seperti saya di kawasan Gemencheh, YB Razak di kawasan Gemas dan jugak di kawasan Repah, kita tidak mengiralah. Saya memang tepat, tak, tak lebih pada 10 minit ya. Saya mengharapkanlah ya, agar ia dapat perbaiki, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, ia dapat diperbaki ya, bukanlah kita, ada perkara yang tidak boleh melibatkan kami kerana kita mempunyai ideologi politik yang berbeza, tetapi ada masanya kita perlukan kerjasama ini untuk membantu masyarakat di luar sana. Walaupun tak ada ada bantuan bakul makanan, walaupun tak ada apa-apa, tetapi inshaa Allah kami dibantu oleh Ahli-Ahli Parlimen kami sendiri dapat membantu masyarakat di bawah sana.

Dan oleh kerana saya nak sentuh pasal belia tetapi Speaker beritahu, masa dah habis. Saya menghormati Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya memang sentiasa menghormati, apa-apa masalah saya pun boleh membantu Yang Berhormat Timbalan Speaker. Saya mohon menyokong, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya diteruskan Senaling.

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Dato’ Timbalan Speaker kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama dengan rakan-rakan Yang Berhormat lain membahaskan titah Ke Bawah Duli Tuanku semasa membuka persidangan ini pada hari Jumaat minggu lepas.

Dan saya seperti rakan-rakan yang lain juga, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada barisan hadapan, frontliners yang bertungkus lumus bagi memastikan jangkitan ataupun peningkatan COVID-19 ini dapat dilandaikan di negeri yang kita kasihi ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri yang mengendalikan vaksinasi pada ketika itu dan sekarang ini Menteri Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan terutamanya Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah, saya single out-kan nama ini kerana mereka amat proaktif dan memudah cara gerak kerja kita di Kuala Pilah. Tidak ketinggalan juga kepada Pegawai Daerah Kuala Pilah. Dan saya mesti sebut juga bantuan dan sumbangan telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sepertimana yang dinyatakan dalam titah Tuanku itu hari, dekat 30 juta. Walaupun saya rasa jumlah ini boleh ditingkatkan lagi, tetapi saya wajar merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, ciapan Instagram Ketua Pengarah Kesihatan pada 18 Ogos tahun 2021, menunjukkan pada ketika itu seramai 12,993 kematian yang berpunca daripada COVID. Daripada 12,993 kematian ini pada ketika itu, pada 18 Ogos ini, hampir lebih 90% kematian ini berpunca oleh kerana mereka ini tidak mendapat vaksinasi yang sempurna. Hanya 0.03 sahaja yang mati daripada jumlah 12,993 ini telah mendapat fully vaccinated ataupun dengan izin, telah divaksin secara 2 dos. Jadi dengan jelas daripada angka dan statistik yang saya nyatakan ini, jelaslah bahawa COVID adalah satu perkara yang real, yang benar. Dan kita lihat setakat hari ini, kematian akibat COVID di Kuala Pilah adalah sebanyak ataupun seramai 66 orang. Di Negeri Sembilan seramai 1,047 orang kematian yang berpunca daripada COVID.

Dalam konteks ini, dalam konteks kematian ini, saya ingin memberi cadangan sedikit kerana kita lihat bilangan kematian yang ramai ini, kerana ada satu permasalahan yang apabila ianya melibatkan kematian ataupun si mati yang beragama Islam. Mungkin yang bukan beragama Islam mungkin si mati atau deceased person ini, si mati dengan izin, boleh disimpan beberapa hari atau beberapa minggu. Tetapi bagi

orang Islam, kita ingin menyelesaikan pengkebumian si mati ini segera sesegera, secepat yang mungkin. Banyak lawatan saya ke kawasan-kawasan ataupun ziarah kematian ini kita terpaksa kadang kala menunggu sehingga beberapa hari. Dan ini sebenarnya menyukarkan waris, menyukarkan keluarga yang telah balik, balik daripada jauh dalam keadaan PKP, rentas negeri dan daerah ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, Timbalan Speaker, ini menyukarkan si mati dan waris si mati. Dan saya harap agensi-agensi berkaitan ini, Jabatan Kesihatan sebagai contohnya, dan agensi yang terlibat di dalam sampling dengan izin, pengambil sampel swab si mati ini dapat memudah cara dengan memberikan green lane, dengan memberikan laluan cepat kepada ujian swab si mati ini terutamanya si mati yang beragama Islam. Jadi ini merupakan satu perkara yang saya rasa saya bawa kerana ianya telah pun berlaku dan sedang berlaku. Dan banyak rungutan daripada keluarga si mati, waris-waris ini di atas kelewatan mereka menerima. Dan saya faham, saya faham mungkin kekangan, kekangan yang begitu besar, banyak sampel ataupun ujian dihantar ke tempat-tempat ataupun di makmal-makmal ujian ini, tapi saya harap dapat diberikan keutamaan, green lane VIP treatment, dengan izin, kepada sampel-sampel si mati ini agar diuji dan diberikan keputusannya secepat yang mungkin sama ada si mati ini positif COVID ataupun sebaliknya.

Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, di atas sumbang ataupun buat kerja, kerja buat yang telah dilakukan front liners ini, saya mencadangkan jikalau boleh Kerajaan Negeri Sembilan apalah kiranya memberikan sedikit token ataupun saguhati kepada semua front liners di Negeri Sembilan ini. Tak kesahlah sama ada ianya melibatkan kakitangan ataupun staf Pejabat Kesihatan Daerah ataupun semua agensi yang terlibat sama ada RELA, polis dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, apabila kita bercakap tentang sukan. Sukan adalah suatu medium penyatuan dan perpaduan. Kita lihat pemenang pingat emas paralimpik baru-baru, Liek Hou ya nama, seorang bangsa Cina menang paralimpik badminton. Dan kita lihat apabila menang, beliau memeluk jurulatihnya Rashid Sidek. Ini satu gambaran sebenarnya suatu integrasi ataupun penyatuan dan perpaduan keluarga besar Malaysia, sepertimana yang diinginkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Inilah sebenarnya kita harus berikan keutamaan, sukan sebagai medium penyatuan dan perpaduan, the across board. Oleh kerana itu saya sepertimana dalam ucapan perbahasan saya sebelum sidang Dewan sebelum ini, saya harap akan ada sedikit peruntukan Yang Berhormat Timbalan Speaker kepada sukan, ADUN Paroi ya. Ada sedikit peruntukan, tajuk, tidak sepertimana pembentangan bajet tempoh hari, untuk 2021, tidak ada satu sen pun peruntukan untuk sukan. Dan sekarang terbukti apabila

COVID telah subscribe, inshaa Allahuta’ala, kita lihat dah keperluan kita untuk menjaga atau memberikan peruntukan-peruntukan tertentu ini kepada sukan. Negeri Sembilan satu masa dulu cukup hebat sukan hoki, sebut saja, keluarga Santa Maria, Kevin Nunis, Stephen van Huizen, semua sebut tuan-tuan dan puan-puan, semuanya bakat ni terhasil daripada sekolah, merupakan tapak semaian pelajar-pelajar ataupun student ataupun pemain-pemain ini.

Begitu juga saya ingin melihat dan merayu kepada, dalam Dewan yang mulia ini, untuk melihat, Kerajaan Negeri melihat kepada pemerkasaan Sekolah Sukan Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan Za’aba Kuala Pilah. Baru-baru ini saya berjumpa dengan Pengetua ni, Sekolah Sukan Negeri Sembilan dan sedih juga apabila dia maklumkan kemudahan-kemudahan infrastruktur yang cukup, saya rasa menyedihkan dan tidak menggambarkan ia sebagai Sekolah Sukan Negeri Sembilan. Saya akui ianya berada di bawah bidang kuasa Federal, saya akui. Tetapi ianya telah ditukar nama, Sekolah Sukan Negeri Sembilan. Ianya mesti reflects dengan izin, ia mesti menggambarkan talent-talent dan bakat-bakat yang ada di Negeri Sembilan. Sekolah tersebut ada yang tidak ada coach, tidak ada jurulatih. Dan ada, saya nak cerita pun kadang, gelak jugak, bila Pengetua menyatakan pemanah sekolah ini telah berjaya membunuh seekor kambing, apabila apa, apabila tempat ataupun tempat pelarasan latihan pemanah ini tidak proper dengan izin, tidak sempurna dan berdekatan dengan taman perumahan.

Jadi bagaimana kita menghasilkan, ingin menghasilkan bakat-bakat sepertimana kita melihat Kerajaan Terengganu meletakkan sukan ini tuan-tuan dan puan-puan. Perbelanjaan diberikan kepada sukan, infrastruktur sukan, velodrome dan sebagainya, dan kita lihat ada korelasinya apabila berjaya meningkatkan sukan di peringkat sekolah ini, Timbalan Yang Dipertua, ada korelasinya dengan, ada korelasinya dengan keputusan-keputusan peperiksaan utama di negeri tersebut. Kita lihat result peperiksaan SPM, STPM, SRP, dulu UPSR, di Terengganu, dan ianya menggambarkan bahawa perlu kita berikan keutamaan kepada sukan ini di dalam pembentangan bajet yang akan datang ini.

Tema bajet 2021 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan, Yang Berhormat Menteri Besar dahulu ialah “merangsang ekonomi, memperkasa rakyat”. Memperkasa rakyat ni satu perkataan memperkasa. Kalau kita bagi bantuan one-off 300.00, itu bukan memperkasa, Timbalan Yang Dipertua. Kita ada bantuan usahawan, TUNS dan sebagainya, bantuan-bantuan kepada industri kecil, gerai-gerai, penjaja dan sebagainya, kita ada. Bantuan 3 – 400.00 bagi saya,

kalau ianya mengatakan tema ini tema ia melibatkan memperkasa peniaga, memperkasa rakyat tema bajet Negeri Sembilan. Kalau setakat one-off ianya bukan sampai ke tahap memperkasa.

Yang Berhormat Timbalan Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh serba sedikit tentang agropolis ….

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Bukan saya tak nak izin, masa tidak izinkan.

Agropolis. Sepertimana titah Ke Bawah Duli Tuanku, beberapa daerah telah di-classified ataupun telah dikategorikan sebagai zon wilayah agropolis– Tampin, Rembau, Jempol, Kuala Pilah. Dan kita tahu pertanian merupakan penyumbang ketiga kepada KDNK Negeri Sembilan sebelum ini. Dan sekarang pun. Dan oleh kerana itu, saya harap jumlah yang telah diperuntukkan 19.91 juta dalam pembentangan bajet sebelum ini, saya rasa wajar dan wajib ditambah baik dan diperkasakan supaya ianya reflect sempena kehendak Ke Bawah Duli Tuanku di dalam titah Ke Bawah Duli Tuanku dahulu iaitu untuk memastikan ketiga-tiga daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol ini diberikan keutamaan dan diberikan peruntukan yang secukupnya bagi wilayah-wilayah agropolis ini dapat memberikan mereka ini kemudahan dan menggambarkan peruntukan-peruntukan ini bagi membolehkan wilayah ini boleh mencapai matlamat sepertimana yang diinginkan bagi pengeluaran ataupun hab makanan dan pertanian di Negeri Sembilan ini.

Jadi Timbalan Dato’ Speaker, satu lagi ingin saya sentuh ialah tentang …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Jangan satu-satu-satu takda habis pulak.

Ini yang terakhir. Ini yang terakhir Timbalan Dato’ Speaker. Ialah tentang kontrak yang dibawa dibuat, yang disebutharga, yang dikeluarkan di dalam agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri. Saya harap di dalam pertimbangan kontrak ataupun sebutharga ini Timbalan Speaker, dapat diberikan pertimbangan kepada kenaikan harga barangan ini. Banyak saya dengar dan saya lihat rungutan daripada kontraktor ini semasa ianya disebutharga lain harga barangan, dan kita lihat sudah sekarang ini peningkatan harga

barangan ini, harga barang pembinaan mencanak naik. Dan ini kadang kala kita lihat kontraktor kelas G, F ataupun G1 ini mereka dapat kerja, itulah sekali setahun. Tapi apabila berlaku ini, apabila mereka dapat di-award, dianugerahkan sebut harga ataupun kontrak ini, saya lihat harga ini telah bertukar dan keuntungan ataupun profit margin kontraktor ini telah terkesan. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini. Mungkin Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri kita dapat melihat perkara ini supaya ianya dapat memberikan situasi menang-menang kepada kontraktor ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mengakhirilah saya punya ucapan pada hari ini, memang sukar sikit berucap menggunakan mask, pelitup muka ini. Niat, dengan doa, doa mungkin Yang Berhormat Timbalan Speaker memang tak tahulah doa ni ya, doa, ayat 10 surah al-Kahfi ya, supaya kita berdoa kepada Allah SWT diberikan jalan keluar kepada segala permasalahan kita ini. Permasalah COVID, pandemik ataupun endemik, permasalahan ekonomi negeri dan negara kita, malahan permasalahan kepada permasalahan pimpinan partilah, dalaman parti kepada Yang Berhormat ADUN Sikamat kita [melafazkan bacaan ayat 10 Surah al-Kahfi]. Kita mohon kepada Allah SWT beri kita jalan keluar melalui surah al-Kahfi ini. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Saya mintak ADUN kerajaan, saudara ni, ADUN Chuah.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan bersekali dengan usul menjunjung kasih titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar di istiadat pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keperihatian Tuanku atas titah ucapan Tuanku mengenai COVID-19 dan pelaburan di Negeri Sembilan. Penularan COVID-19 telah melanda seluruh dunia ini dan tiada kemungkinan untuk menghapuskan pandemik ini. Kita hanya dapat menerima COVID-19 seperti endemik iaitu kita mesti terima fakta bahawa kita terpaksa mengikut kehidupan norma baru iaitu ataupun dengan izin living with COVID-19. Di bawah norma baru ini kita mesti mengamalkan SOP ataupun budaya norma baru– pakai pelitup muka, cuci tangan dan jaga jarak fizikal, dapatkan vaksinasi secepat mungkin

supaya dengan izin, herd immunity dicapai, lindung diri lindung semua. Kalau tidak endemik akan menjadi epidemik iaitu tidak dapat dikawal.

Terima kasih kepada YB Veerapan yang membantu memberikan kemudahan supaya penduduk DUN Chuah mendapat vaksinasi melalui KKM outreach 1 pada 24 haribulan Julai 2021 yang memberikan manfaat kepada 275 penduduk di, 275 penduduk di kawasan yang berbilang kaum di DUN Chuah. Terima kasih juga kepada YB Arul Kumar; Exco Perladangan yang membantu mengaturkan outreach mobile iaitu mobile vaccination pada 21 haribulan Ogos 2021 yang memberi manfaat kepada 270 penduduk berbilang kaum. Terima kasih juga kepada Doktor Esther dari Jabatan Kesihatan Port Dickson, Doktor Zulfar; Pengarah Hospital PD dan Doktor Zulfar dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan juma, dan juga semua frontliner. Jadi, dengan bangganya kalau mengikut percentage kita sudah hampir mencapai 100% suntikan di DUN Chuah. Ini adalah mengikut kepada MySejahtera, data MySejahtera.

Timbalan Yang Dipertua, pandemik ini menjejaskan ekonomi dunia dan Malaysia tidak dikecualikan. Kilang ditutup, kedai makanan dan pusat beli belah ditutup dan ramai kehilangan kerja, ramai jugak kehilangan ibu bapa dan orang kesayangan, saudara mara dan sahabat. Dunia dah berubah dan kita mesti pragmatik dan menyesuaikan diri dengan semangat berani kembali ke sekolah untuk mempelajari kepakaran yang sesuai umpamanya menguasai kepakaran dalam penggunaan komputer. Terima kasih juga kepada barisan Kerajaan Negeri Sembilan; Kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya menurunkan kes baru COVID-19 kepada kurang lebih 200 kes baru sehari.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Negara Malaysia ini, Malaysia pun sudah melancarkan Malaysia Digital Economy Blueprint ataupun MDEB. Di Negeri Sembilan pula kita ada Gerbang Digital Negeri Sembilan atau N9 Digital ataupun Negeri Sembilan Digital. Kita mesti komited dan memastikan kejayaan usaha ini dan jangan mengulangi kegagalan Malaysia Super Corridor iaitu kita terajui tetapi didahului oleh negara lain. Jangan kita tunggu jugak untuk swasta membina infrastructure seperti telekom, telecommunication tower dan optic fiber yang memerlukan CAPEX atau Capital Expenditure yang tinggi. Negeri, Negeri Sembilan pun boleh bina dan sewakan kepada swasta dengan perjanjian. Syarikat swasta biasanya dinilai dengan ROI atau Return on Investment, cash flow dan juga Return on Capital Employed dan jugak return per head count. Jadi, sebuah syarikat umpamanya syarikat telecommunication mereka bila bertumpuan pada business penyampaian servis telekomunikasi dan bukan memperolehi aset seperti menara komunikasi.

Timbalan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, pelaburan dalam infrastructure memberi keyakinan kepada semua pelabur, jangan kita teragak-agak dalam hal ini. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih kepada Telekom Malaysia kerana telah pun melancarkan perkhidmatan Unifi di DUN Chuah. Terima kasih ya. Ada orang dari Telekom tak? Terima kasih.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga nak sentuhkan mengenai pencahayaan Negeri Sembilan, didapati banyak perkampungan mahupun bandar tidak mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Maka saya bercadang Majlis Daerah dan juga Majlis Perbandaran berusaha untuk mempercepatkan program pencahayaan menerusi 2 langkah iaitu satu: retrofitting lampu jalan LED atau light-emitting diode atau lebih dikenali sebagai solid slade lighting ya, yang menjimatkan bayaran letrik melebihi 67%. Mentol LED hanya memancar dengan sudut 120 degree berbanding dengan mentol biasa dengan pancaran 360 degree. Di samping itu, penduduk yang tinggal di tingkat atas tidak terganggu dengan silau pancaran cahaya. Langkah yang number 2 adalah tiang dan lampu jalan LED yang baru. Ini mungkin perlu perbelanjaan yang lebih besar. Walau macam mana pun banyak pengusaha ingin membantu Majlis dalam program pencahayaan ini supaya kenyataan boleh menjadi impian sebab tidak perlu perbelanjaan CAPEX. Apa yang wajib dilakukan oleh Majlis adalah dengan membayar bil letrik kepada pengusaha tersebut. Jadi tidak perlu CAPEX. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang memberi tumpuan terhadap pemasangan lampu jalan LED di seluruh negeri.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kebelakangan ini banyak kerja telah dilaksakan di DUN Chuah termasuk perparitan dan penurapan jalan daripada Pekan Bukit Pelandok ke Site C. Di Dewan yang mulia saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan jabatan Daerah Port Dickson terutama Pegawai Daerah; Tuan Khairy Maamor, teruskan kerja baik tuan. Saya memang sudah nampak dia, lebih lama saya nampak, lebih muda dia jadi. Penyelenggaraan sungai di DUN Chuah jugak amat memuaskan dan terima kasih kepada JPS Port Dickson yang bertungkus-lumus untuk memastikan tiada banjir kilat.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dengan ini Chuah sokong usul titah ucapan Tuanku. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chuah, menepati masanya. Saya mintak Seremban Jaya teruskan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14 ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, Tuanku dalam titah ucapan telah mengucapkan tahniah atas kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Dato Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah melaksanakan pelbagai tindakan dan usaha dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Begitu juga dengan pelan-pelan pemulihan negara (PPN) Fasa 3 bermula 4 September 2021 dalam menghadapi cabaran dan dugaan melawan pandemik COVID-19 yang perlu dilaksanakan bersama bagi menangani penularan pandemik COVID-19.

Dato’ Yang, Dato’ Yang, Timbalan Dipertua, dasar-dasar pemulihan dalam memastikan pembangunan ekonomi negara terus dirangka agar keharmonian, keselamatan dan keamanan terus dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini. Dalam masa yang sama, semua ahli Dewan hendaklah meman, meman, mematuhi matlamat dan menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan tanpa mempunyai sebarang kepentingan peribadi. Dato’ Yang Dipertua, rakyat kini perlu menghadapi cabaran dan hidup dalam budaya norma baru.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, ucapan terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan dalam persidangan Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan terima kasih kepada MB Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, ahli-ahli Exco Kerajaan, ADUN-ADUN kawasan dan semua jabatan-jabatan atas perkhidmatan cemerlangan dalam usaha mengumpul dana membantu rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya benar-benar tertarik dengan prinsip Pegawai Kewangan Negeri; YB Dato’ Mohd. Khidir bin Majid kerana berpegang teguh bahawa tidak ada istilah tidak cukup wang dalam menyelesaikan

aduan-aduan rakyat kerana semua jabatan dan aduan kawasan akan diberikan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dijaga dan diutamakan. Jika ada sebarang masalah, segarlah, segeralah buat permohonan untuk kesemak dan diluluskan. Dato’ Yang Dipertua, kita amat bertuah mempunyai gabungan pucuk pimpinan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang cekap dan prihatin dengan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, jalan raya Kampung Baru Rahang. Dato’ Yang Dipertua, Kampung Baru Rahang adalah antara kampung lama yang wujud sejak zaman British yang telah dihuni dari generasi ke generasi, dari nenek moyong ke anak cucu dan cicit.

Beberapa orang ahli Yang Berhormat: Moyang.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Moyong, moyong. Moyang, okay, thank you haa. Pada zaman dahulu kenderaan kurang digunakan di jalan ini, namun selepas peredaran zaman banyak kenderaan sudah mula menggunakan jalan ini. Dato’ Yang Dipertua meskipun Kampung Baru Rahang mempunyai infrastruktur jalan raya yang sempurna tetapi jalan raya agak kecil dan sempit. Keadaan ini menyukarkan laluan kenderaan dua hala di mana salah satu kenderaan terpaksa berundur memberi laluan kepada satu lagi kenderaan lain. Juga ditambah dengan masalah kenderaan di-parking di rizab jalan itu, jalan atau lorong jalan.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya mohon jasa baik pihak PBT, Majlis Bandaraya Seremban dan KPKT agar memandang serius masalah ini dalam menambah baik jalan Kampung Baru Rahang dengan pelebarkan lagi jalan demi keselesaan penduduk. Penduduk juga bersedia memberi sedikit jalan bagi tujuan membesarkan dan, sorry tanah, tanah jalan bagi tujuan membesarkan dan melebarkan jalan jika perlu. Dato’ Yang Dipertua, kerja-kerja turapan atau premix jalan. Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kerja-kerja premix atau turapan jalan yang melalui pelbagai proses perlu dimaklumkan kepada ADUN kawasan dan Ahli Majlis kawasan supaya sama-sama dapat turun padang melihat dan memeriksa kerja-kerja yang dijalankan di taman-taman perumahan dan jalan-jalan JKR dilaksanakan dengan baik dan mematuhi spec.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian PBT seperti pihak Majlis dan JKR supaya lebih berhati-hati apabila melantik kontraktor kerana lantikan kontraktor selalunya bertukar tangan dari kontraktor utama kepada subkontraktor. Dato’ Timbalan Yang

Dipertua, apabila kontraktor bertukar tangan banyak perkara yang tidak sepatutnya akan berlaku terutama spec-spec tidak dipatuhi sepenuhnya. Tawaran harga juga menjadi pokok utama dalam mencari keuntungan semata-mata. Dato’ Yang Dipertua, lantikan dan serahkan sebarang kerja yang melibatkan cukai rakyat perlu dipandang serius dalam memastikan aliran yang tidak disalahgunakan atau dibazirkan. Kita perlu memastikan kebajikan dan keselesaan rak, rakyat dijaga dan semua peruntukan yang melibatkan kewangan digunakan sebaik mungkin.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dalam tempoh masa pandemik COVID-19, ramai yang telah di, telah hilang pekerjaan. Ia akan memberikan kesan kepada keluarga-keluarga yang terjejas. Mohon Kerajaan Negeri menyatakan keadaan kehilangan kerjaan di kalangan rakyat Negeri Sembilan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam mengatasi masalah ini.

[4:06 petang YB Yang Dipertua mempengerusikan persidangan]

Last point, Timbalan Dato’. Haa ni kira, oh Dato’, tadi saya ingat Timbalan, tak ada nampak, sorry, sorry, haa ni full Dato’, full Speaker, full Speaker. Okay, okay, okay, okay. Ini Dewan yang mulia, ini bukan puji, ini hati saya, bukan DAP Guna, Guna. Guna punya hati ada sedih sikit sebab 2004 ADUN kawasan, To’ Mat, first sekali saya ada jumpa sama dia, waktu jamuan Hari Raya, Hari Raya. Lepas tu, masa tu 2008, 2004 saya kalah 470 undi. Lepas tu terus 2008 mereka jadi Menteri Besar. 2013 mereka jadi Menteri Besar sampai 2018. Mereka memang ada pengalaman arena politik, arena politik memang ada pengalaman. Tapi tak ada pengalaman punya orang, jangan salah faham, tak ada pengalaman punya orang, kira Perdana Menteri baru tak tahu ada satu pengalaman boleh mereka beri sama dia Menteri Kewangan, rakyat Negeri Sembilan, rakyat Malaysia boleh maju. Ini memang saya sedih. Ini bukan parti haa, ni DAP Guna. Memang, okay.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat daripada Seremban Jaya. How I wish you become PM, you can appoint me.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, okay. Saya juga menyokong titah ucapan Tuanku. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Saya selalu gurau dengan dia, kalau Guna ada, ini hari banyak berguna. Kalau Guna tak ada, ini hari tak ada guna. Jadi betul-betul dia berguna. Saya tak tahu dekat mana lagi ni. Siapa yang belum cakap lagi? Ada berapa orang yang belum cakap, seorang ya? Seorang ya? Lain semua dah cakap dah? Satu orang saja ya? Silakan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

[percakapan secar off mic]

Yang Dipertua Dewan

Oh, belum lagi. Siapa belum angkat tangan, saya mahu kira, 1-2-3-4. Tak mahu lebih 10 minit ya, tengok jam depan. Silakan Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih, kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang sangat berprihatin dengan impak yang dikesan oleh rakyat khususnya B40 dalam sepanjang musim pandemik COVID-19. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan juga punca pendapatan sehinggakan tidak mampu untuk membeli barang keperluan asas mahupun makanan harian. Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak Ringgit Malaysia 100 ribu kepada program N9 food hub di mana program ini diasaskan oleh YB Repah dan saya dilantik sebagai penyelaras program tersebut. Pada matlamatnya kami telah mengagihkan sebanyak 30 set barang-barang dapur kepada kesemua 36 DUN di Negeri Sembilan. Dan ia telah diadakan sebanyak 2 pusingan. Ini bermaksud sebanyak 2,160 keluarga yang telah menerima bakul makanan di bawah N9 food hub.

Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan bagi pihak kesemua penerima bakul di bawah, di bawah 36 DUN di Negeri Sembilan. Justeru itu, saya berharap kerajaan untuk mempertimbangkan supaya meneruskan program N9 food hub walaupun angka kes COVID-19 telah turun dengan mendadak. Namun, situasi masih kabur dan mungkin akan berlanjutan sehingga tahun depan. Oleh itu, program N9 food hub perlu diperkas, diperkasakan lagi dengan menyediakan peruntukan tambahan serta membekalkan satu premis yang tetap bagi mengumpul dan mengagihkan makanan. Saya juga berharap premis ini mempunyai 2

orang staf atau pekerja supaya N9 food hub dan kesemua sukarelawan serta syarikat swasta boleh terus berkhidmat untuk rakyat yang terkesan.

Dato’ Yang Dipertua, kami sedia maklum bahawa pandemik COVID-19 bukan saja mendatangkan kesan dari segi kewangan, keperluan asas atau makanan harian. Malah ia ja, juga telah memberikan impak yang bagut, begitu besar kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di kawasan rawatan khususnya di Hospital Tuanku Jaafar Seremban yang terletak di kawasan DUN Rahang. Saya ter, telah menerima banyak rungutan daripada pesakit-pesakit penyakit buah pinggang dengan izin kidney failure patients, di mana mereka tidak lagi mampu untuk meneruskan rawatan di hospital atau klinik swasta disebabkan kehilangan pendapatan malah kehilangan duit simpanan mereka. Disebabkan itu mereka terpaksalah meneruskan rawatan mereka di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Saya percaya, keadaan sebegini, sebegini, seb, sebi, saya per, percaya keadaan sebegini berlaku di kesemua hospital-hospital kerajaan. Oleh itu, saya ingin merayu kepada Kerajaan Negeri supaya menambahkan mesin hemodialisis di setiap hospital atau klinik kesihatan supaya rawatan hemodialisis dapat diteruskan oleh pesakit-pesakit yang kurang kemampuan. Dengan adanya penambahan kemudahan ini, saya pasti ia akan mendatangkan imej yang baik terhadap Kerajaan Negeri; Kerajaan Pakatan Harapan.

Dato’ Yang Dipertua, semenjak pelancaran program PH GEM atau Powerhouse Gemilang oleh YB Bukit Kepayang, ia telah mendapat sambutan yang begitu, yang begitu hangat sekali di beberapa kawasan MPKK khusnya, khususnya di kalangan wanita. Setiap program yang diadakan telah disambut dengan banyak peserta dan banyak manfaat juga telah diberikan. Saya amat mengalu-alukan program ini di kawasan DUN Rahang kerana maklum balas dengan izin feedback, the feedback yang telah saya terima daripada para peserta adalah sangat baik.

Walau bagaimanapun, saya disoal oleh para peserta mengenai program yang telah dijalankan di mana saya sendiri sebagai ADUN Rahang tidak diberitahu ataupun dimaklumkan berkenaan dengan proram yang bakal mahupun yang telah diadakan. Bukan itu saja, saya juga mendapat aduan daripada penduduk tempatan bahawa mereka tidak dapat menyertai program kerana tempat sudah penuh. Saya juga diberitahu bahawa kebanyakan para peserta bukan berasal dari kawasan DUN Rahang. Sekira, sekiranya ada program PH GEM yang bakal berlan, langsung di kawasan DUN Rahang, saya berharap boleh

dimaklumkan kepada saya ataupun pejabat saya supaya kami dapat menjawab soalan yang ditanya oleh orang awam. Dan saya juga akan mendapatkan para peserta dari DUN Rahang untuk menyertai program PH GEM.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin meminta Kerajaan Negeri memberi peruntukan tambahan kepada ADUN-ADUN kerajaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk membantu rakyat. Kita mempunyai rizab kewangan yang banyak. Maka saya rasa wang tersebut harus dibelanjakan untuk membantu rakyat terutamanya untuk memulihkan ekonomi Negeri Sembilan. Ramai rakyat hidup dalam kesusahan kerana telah dihentikan pekerjaan, gaji berkurangan, hilang punca pendapatan dan sebagainya.

Yang Dipertua Dewan

Rahang.

Oleh yang di, yang demikian, mereka amat berharap mendapat bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi?

Dengan ini saya menyokong usul menjunjung kasih, kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Rahang. Seterusnya YB Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil peluang titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus di Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14 pada 3 haribulan September 2021 yang lepas.

Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin fokuskan seperti kepada semua ADUN di sini, fokus kepada perkara COVID-19. Pertama kali saya, pertama saya ingin nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada frontliner semua, kesemua frontliner – frontliner yang bekerjasama

seperti polis, PDRM, RELA, Kesihatan dan pihak-pihak yang terbabitlah, yang telah be, bekerja rumus dan usaha untuk menandingi ini pandemik COVID-19 ini. Dan syabas kepada Kerajaan Negeri telah mencapai, telah mencapai 82% dapat ini dose 1 divaksinkan, ini vaksinasi. Jadi, dan satu lagi satu pelaksanaan vaksinasi secara mobile bergerak juga dialu-alukan oleh rakyat jelita sebab ramai, sebab ramai OKU dan atau warga emas yang terting, yang bertinggal di rumah sendiri tidak dapat ke pusat PPV. Dan pihak Kesihatan dapat mengaturkan mobile bergerak sampai ke rumah mereka untuk, untuk vaksinasi. Jadi ni satu, satu cara yang amat baik dan saya berharap pihak Kesihatan boleh, kalau bolehlah menambah lagi, lagi ramai ni tapak lokasi PPV untuk suntikan vaksinasi orang ramai.

Jadi Dato’ Yang di, Dato’ Yang Dipertua, satu mesej yang, yang saya rasa kita kena bekerjasama pihak Kerajaan Negeri dan Exco Kerajaan Kesihatan bahawa kita ada menerima aduan bahawa ini vaksinasi walk-in, secara walk-in, minta izin, saya rasa maklumat ini tidak berapa sampai kepada orang awam dan selalu datang, pada masa saat terakhir ada ramai orang buat, buat panggilan telefon kepada ADUN-ADUN menyatakan di manakah ada vaksinasi walk-in ini. Tapi ini maklumat saya rasa tidak begitu sampai kepada rakyat jelitalah. Saya rasa pihak yang berkenaan jangan bagi ini apa ni, maklumat-maklumat yang pada, pada saat yang terakhirlah.

Dan saya beras, saya juga berharap walaupun ini apa ni, kadar vaksin, ini COVID berjangkit ini sudah turun di Negeri Sembilan, tapi kita harus berwaspada juga kerana, kerana ini COVID haa, bila-bila pun ada di masa yang, tidak kira masa dan tempat. Jadi saya berharap kalau boleh pihak Kerajaan Negeri boleh mela, melaksanakan swab test-lah, swab test di di, sekeliling kawasan yang, yang itu kadar yang tinggi di, seperti di rumah flat dan tempat-tempat yang lain. Jadi ini untuk menjaminkan kesihatan keselamatan orang awam juga.

Perkara kedua saya telah, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada pihak Kerajaan Negeri kerana dia merupakan satu pera, Kerajaan Negeri yang proaktif di sepanjang tahun 2021 dan mendapat banyak perubahan di sekeliling kawasan DUN masing-masing untuk menambah baik, menambah baik ini keperluan, keperluan rakyat jelitalah. Jadi, banyak peruntukan yang telah diluluskan, peruntukan seperti peruntukan MARRIS pada tahun 2021 ini telah me, menyelesaikan masalah yang berpuluh-puluh tahunlah, seperti longkang dan kerosakan longkang, pembaik pulih kerosakan longkang dan pokok-pokok yang, yang tua perlu ditebang. Ini semua, semua telah diselesaikan di, di kawasan DUN Mambau-lah. Se, boleh dikatakan 80% telah diselesaikan di bawah peruntukan

MARRIS. Yang ni masalah telah bertahun-tahun kekal di sana, belum diselesaikan dan dapat diselesaikan pada tahun 2021 ini.

Selain dari itu, peruntukan baru bantuan COVID-19 dan bakul makanan. Juga saya mengucapkan terima kasihlah kepada Bendahari, pihak Kerajaan Negeri kerana tak cukup mintak tambah dia, dia suruh tambah, tapi atas kita ini apa ni, kita bagi suatu faktalah haa, kira satu fakta yang keperluan dan pihak Kerajaan Negeri memahat, memberi perhatinan kepada rakyat. Dan juga peruntukan seperti peruntukan bantuan peranti untuk pelajar. Dan kita pun ada men, meng, menyerahkan, menyerahkan atau mengagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukanlah. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ya?

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi point?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Sikit lagi. Sikit lagi. Okay, di sini saya ingin memba, mengucapkan terima kasih lagilah sebab, sebab baru saya terima satu mesej bahawa peruntukan, peruntukan KPKT telah diluluskan untuk mengecatkan, mengecatkan 8 blok flat Rasah Jaya. Yang masalah ini pun telah di, dike, saya telah berkali-kali di, mengutarakan di Dewan mulia yang ini, yang mulia ini dan kali ini dapat kelulusan peruntukan sebanyak 800 ribu ringgit untuk mengecat semua 8 blok flat Rasah Jaya yang berpuluh-puluh tahun yang dimintak, pohon oleh, oleh penduduk-penduduk setempat. Jadi saya mengucap terima kasihlah kepada pihak yang terbabit, pihak Kerajaan Negeri, Exco Bahau, Exco Bahau dan pihak MBS, pihak COB, semua sekali yang, yang terlibat ucapkan ribuan terima kasihlah kepada mereka.

Jadi saya ada sini nak mintak serba sedikit ulasan daripada Kerajaan Negeri untuk, yang pertama, saya sentiasa ada menerima berka, berkenaan dengan ni perkara aduan notis cukai taksiran MBS tidak sampai ke rumah, ke rumah apa ni, kediaman. Jadi, ramai orang ingat pada masa pandemik ini, mungkin mereka tidak bayar, tidak perlu bayar ini cukai taksiran rumah. Mereka ingat yang percuma. Jadi mereka tidak menerima itu notis cukai taksiran, jadi mungkin mereka, mereka tidak, tidak membuat bayaranlah kepada MBS. Jadi itu, ini

amat mengelirukan kepada, kepada rakyat. Jadi saya ingin nak meminta penjelasanlah dari pihak MBS mengapa notis cukai taksiran ni tidak sampai ke rumah kediaman atau ini adalah kesilapan Pejabat Pos atau pihak yang mana.

Nombor 2, saya ingin tanya bahawa macam mana proses perkembangan membaik pulih Pasar Awam Rasah Jaya. Okay …..

Yang Dipertua Dewan

Dah lebih 2 minit dah.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Okay, dan ketiga, okay ini sikit saja Dato’ Yang Dipertua. Berkenaan dengan pagi tadi soalan lisan daripada ADUN Temiang ada me, men, ada me, bercakap ada me, apa, bertentang kes ini menipu sindiket. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri atau PDRM akan berwaspa, memberi pene, penerangan yang, maklumat yang cukup kepada orang awam bahawa ini, ini kes penipu ini sindiket ini memang, memang tipu orang punya wanglah. Jadi ini, kita tak sangka mereka dalam satu bilik, melalui telefon bimbit sahaja boleh menipu, menipu orang awam beratus-ratus ribu ringgit. Jadi ini bukan, ini bukan masalah yang baru dan sudah lama.

Dan untuk, untuk saya sendiri juga yang kena. Pada 2 bulan yang lepas, ada orang yang menggunakan gambar saya melalui WhatsApp kepada kawan-kawan saya DUN Chuah, DUN Suhaimi, DUN Lenggeng, DUN Temiang, DUN Lobak meminta pinjaman 1,500.00 ringgit. Jadi, jadi mereka ada call saya, mengapa you tak ada wang, tak ada, cukup wang pakai ka. Saya cakap, saya jawab kalau saya nak pinjam bukan 1,500.00 ringgit, mungkin 150 ribu ringgit. Jadi ini saya pun sudah buat laporan polis dan saya berharap ini kes ini tidak harus memberi pihak yang berbaik, terbabitlah harus memberi prihatin perhati, perhatianlah, perhatian yang terus untuk mencegah, mencegah ini, apa ni, ini apa, kes-kes penipuan ini.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali, saya di sini ingin nak menyokonglah apa yang di, yang di, apa, apa yang diutarakan oleh, oleh Chennah dan Rantau pada hari semalam iaitu akta anti lompat parti atau enakmen anti par, lompat parti. Saya rasa wajar dilaksanakan demi kebaikan dan keyakinan, keyakinan rakyat kerana rakyat pilih kami sebagai wakil rakyat ialah untuk berkhidmat untuk rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat jika ada. Dan bukan pilih kami sebagai wakil rakyat untuk menyertati, menyertai pertandingan lompat tinggi Olimpik. Itulah saja, Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul titah ucapan Tuanku. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua Dewan, dalam titah ucapan Tuanku saya rasa pelbagai aspek telah disentuh dan khususnya yang berkaitan dengan pandemik COVID, COVID-19. Amat jelas sekali bahawa Tuanku amat menghargai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat, barisan Exco, ADUN-ADUN kerajaan dan semua frontliner, semua penjawat awam, yang telah berusaha untuk menangani penularan pandemik COVID, pandemik COVID di Negeri Sembilan ini.

Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan telah banyak melakukan pelbagai bantuan dan memberi pelbagai inisiatif kepada penduduk-penduduk di Negeri Sembilan agar dapat meringankan beban kehidupan mereka. Kerajaan Negeri Sembilan telah juga mewujudkan, mewujudkan lebih daripada 100 pusat PPV, Pusat Pemberian Vaksin di seluruh daerah di Negeri Sembilan agar membolehkan penduduk-penduduk di negeri ini mendapat vaksin dalam masa yang cepat. Maka dengan hasil-hasil dan usaha-usaha ini, Negeri Sembilan telah mencapai kadar vaksinasi yang amat tinggi di kalangan penduduknya. Usaha-usaha ini telah membolehkan Negeri Sembilan berjaya memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara mulai 4 September yang lalu dalam masa yang amat singkat sekali.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya rasa pada masa sekarang, satu isu yang amat bimbang di kalangan rakyat adalah sesi pembukaan sekolah pada, pembukaan sekolah pada bulan depan di mana saya rasa ibu bapa agak amat khuatir tentang keselamatan murid-murid, bagaimana vaksinasi guru-guru, sama ada SOP semua dijalankan dengan sepenuhnya ataupun tidak kerana se, sehingga hari ini kementerian belum memberi penjelasan yang amat detail tentang SOP-SOP yang sepatutnya di, dijalankan ataupun pelan suntikan untuk pelajar-pelajar bagaimana, walaupun diwar-warkan mereka yang berumur 12 tahun ke 17 tahun boleh didapatkan vaksin. Dan lebih semua ini belum dijelaskan dengan detail. Maka saya nak tanya sama ada penerangan-penerangan telah diberikan kepada pihak kerajaan untuk menerangkan kepada ibu bapa di kalangan rakyat di Negeri Sembilan ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya, supaya sentiasa dan memperbanyakkan lagi kempen-kempen kesedaran kepada rakyat agar jangan pandang ringan terhadap penyakit ini. Walaupun negeri kita telah mencapai tahap vaksinasi yang tinggi, tetapi cara kehidupan rakyat kena berubah, kena

menyesuaikan diri dengan norma kehidupan baru ini. Seperti yang kita sedia maklum pandemik ini akan berpanjangan sehingga bila kita tak tahu dan kesannya amat teruk kepada keluarga, keluarga, ekonomi kita. Jadi SOP-SOP perlu ditetapkan dan sentiasa memberi peringatan kepada kita sama-sama memandang serius terhadap hal ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan beberapa isu kawasan di Temiang. Agar Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian dan mengambil berat tentang masalah-masalah tersebut. Masalah pertama adalah berkaitan dengan masalah banjir di Temiang. Masalah ini telah menjejaskan kehidupan penduduk-penduduk kawasan Temiang sejak lama lagilah. Setiap kali hujan lebat, mereka akan berasa dan khuatir berlakunya masalah banjir dan ada benda akan rosak akibat daripada masalah ini. Pada malam 26 Mei yang lalu, satu kejadian banjir juga telah berlaku. Sebanyak 40 buah keluarga telah terjejas dan daripada 40 buah keluarga tersebut, 25 buah keluarga adalah dalam keadaan yang amat teruk sekali. Saya dengan serta merta telah menyampaikan bantuan segera kepada mereka untuk meringan, meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut.

Maka saya telah pun bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya satu kolam takungan air dibina di kawasan Temiang supaya air, air-air hujan ini boleh disalurkan kepada kolam takungan air tersebut sebelum ia mengalir keluar ke Sungai Temiang yang amat cetek dan tidak mampu lagi menanggung kuantiti air hujan yang begitu banyak di depan Sekolah Kebangsaan Jalan Temiang. Jadi saya nak tahu apakah perkembangan pembinaan cadangan kolam takungan air tersebut. Dan saya juga difahamkan pihak JPS sedang membuat satu kajian di seluruh negara, Negeri Sembilan untuk cadangan-cadangan bagaimana mencegah ini, masalah banjir di kawasan, sesuatu tempat. Jadi saya nak tahu status terkini semua ni, cadangan, soal selidik tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Mohon saya mencelah ya, mohon. Saya setuju dan saya menyokong cadangan YB Temiang supaya diadakan kolam takungan di kawasan Temiang kerana YB Speaker, pembangunan di sebelah huluan itu besar dan akan besar dengan nanti, yang telah pun terbinanya jalan daripada Temiang merentasi ke Pantai. Dan setiap kali hujan lebat, banjir akan datang dan banjir lumpur akan melanda kawasan Rantau. Saya di kawasan saya banjir lumpur itu hari ya, teruk. Jadi kalau boleh, cadangan daripada YB Temiang itu saya sokong dan jabatan-jabatan JPS dan jugak MPS ataupun Majlis Bandaraya kalau boleh buat kolam

takungan di Temiang. Jadi air tak terus masuk dan boleh masuk kolam takungan. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya terima kasih Yang Berhormat Rantau atas sokongan tersebut. Jadi Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara kedua adalah berkenaan dengan permohonan saya untuk membina dewan komuniti di Taman Seri Pulai 3 di mana kawasan Temiang tiada satu dewan yang khas untuk membolehkan saya ataupun persatuan-persatuan KRT-KRT menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Jadi, setiap kali kita terpaksa memasang khemah di tepi jalan yang amat tidak sesuai dan tidak selamat untuk peserta-peserta. Permohonan saya telah dihantar pada tahun lepas. Jadi saya harap dapat satu berita baik daripada Kerajaan Negeri Sembilan di mana meneruskan pembinaan dewan komuniti di Taman Seri Pulai 3.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil kesempatan ini untuk meminta Kerajaan Negeri supaya menambah peruntukan, peruntukan kewangan tambahan kepada kita ADUN-ADUN kerajaan supaya kita boleh menjalankan program-program bantu, bantuan rakyat di mana kita faham sesi pembukaan sekolah ini, ramai keluarga yang perlu, diperlukan bantuan dan peruntukan yang telah disalurkan pada bulan-bulan lepas telah kebanyakan habis dipakai. Dan kita amat memerlukan peruntukan tambahan ini untuk membantu, membantu keluarga-keluarga ini terutama pada pandemik COVID-19 ini.

Begitu juga dengan Ahli-Ahli Majlis, saya juga berharap sesuatu peruntukan dana khas diberikan kepada Ahli-Ahli Majlis supaya mereka boleh menjalankan projek-projek pembaikan yang kecil ataupun men, membolehkan mereka menjalankan program-program kemasyarakatan yang bertujuan untuk men, men, apa, meng, yang bertujuan untuk men, menyelamatkan, menyemarakkan ini semangat kejiranan di kawasan sesuatu tempat.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih dalam selamat bersara kepada Datuk Bandar MBS yang pertama iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Zazali bin Salehudin kerana beliau telah banyak menjalankan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di bandar Seremban sejak beliau dilantik pada tahun lepas. Saya juga mengucap tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Datuk Bandar MBS yang kedua iaitu Yang Berbahagia Dato’ Masri bin Haji Razali. Beliau seorang yang mesra, rajin turun padang untuk meninjau masalah-masalah kawasan di Seremban. Saya berharap beliau boleh mengemukakan pelan pembangunan Bandar Seremban dengan konsep-konsep yang baru, membangunkan

pelancongan di Bandar Seremban khususnya di Temiang supaya menjadikan Seremban satu bandar yang lebih berdaya maju dan selesa diduduki oleh penduduk-pemnduduk Seremban.

Akhirnya Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan Jabatan JKR kerana telah berjaya menyiapkan pembinaan jalan Temiang ke Pantai yang lebih awal daripada tempoh tarikh siap sebenarnya. Sudah pastinya dapat membawa dan merangsangkan kegiatan ekonomi di kawasan Temiang, Pantai, Klawang dan sebagainya. Jadi dengan alam semula jadi yang indah, saya berharap satu perancangan yang lebih menjaga alam sekitar di kawasan tersebut boleh dibangunkan dengan berhati-hati supaya ekosistemnya tidak dirosakkan. Maka dengan ini, Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya menyokong usul ini.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Kita merakamkan, Dewan merakamkan ucapan ya, terima kasih ya kepada Datuk Bandar kita yang pertama ya, lupa, semua lupa ya. Terima kasi Yang Berhormat Temiang, saya pun lupa. You sebut hari ini, terima kasih kepada Dato’ Zazali yang telah berkhidmat memajukan Bandaraya Seremban ya. Dan tahniah kepada Datuk Bandar kita yang baru ya, Dato’ Masri, ada bersama kita ni, akan meneruskan lagi agenda pembangunan Bandaraya Seremban ya, inshaa Allah. Sekarang kita pergi kepada Lobak ya?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya kami tak lupa ni bekas Datuk Bandar; Dato’ Zazali kerana khasnya di Lobak ni banyak projek ni diusahakan bekerjasama dengan Datuk Bandar yang bekas; Dato’ Zazali. Tapi Datuk Bandar yang baru, Dato’ Masri ni pun sama jugak, dia pun banyak rajin, yang selalu turun padang, sama-sama majukan kawasan MBS.

Dato’ Yang Dipertua, Lobak sini akan be, belajar bersama berharap ni ahli-ahli di Dewan ni sama-sama belajar semangat Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang bersuarakan di Dewan ni, satu perkataan yang paling utama sekali ialah mengabaikan, dia, Tuanku cakap, beritahu ahli kita ni jangan mengabaikan atau meminggirkan mana-mana rakyat Negeri Sembilan. So jikalau Kerajaan Negeri ini ikut dasar prinsip ini, Negeri Sembilan akan jadi makmur dan aman sekali. So kami harap ni, di Dewan yang mulia ni, ahli-ahli di Dewan ni, kami belajar semangat dari Duli Yang Maha Mulia ni sama-sama usaha memajukan negeri yang kita cintai ini.

Dato’ Yang Dipertua, macam yang baru tadi sebutkan tadi, di bawah ni skim perumahan skim swasta tu khasnya kami membina rumah PPRT, program perumahan termiskin atau program perumahan rakyat ialah untuk golongan B40. Tapi kami kaji semula nampak ni yang skim-skim swasta atau rumah pangsa ni masalah di masih timbul di masyarakat kita ni. Seumpamanya contoh ni di PPRT Lobak. Kemiskinan masih sama, keselamatan dah tambah baik dan kebersihan masih ada ruang untuk ditambah baik lagi. So selepas ni, dengan kerjasama dengan Datuk Bandar; Zazali dengan yang Datuk Bandar yang baru ni, kami bersemangat supaya khasnya di rumah pangsa PPRT ataupun PPR, rumah pangsa di bawah MBS, kami harap, kami harap kerjasama dengan penghuni-penghuni yang di rumah pangsa ni boleh menjadikan rumah pangsa yang masalah sejak, sejak dibina tu hingga sekarang masih ada. So kami harap di standard, standard bandaraya kami harap masalah-masalah yang tertempoh ni boleh diselesaikan. Bukan sahaja yang kebersihan, dadah, pendidikan anak-anak di rumah pangsa itu semua dipinggirkan. Bukan dipinggirkanlah kerana memang, memang yang berduduk di rumah pangsa ni mereka ada kekurangan mentaliti tu. Tapi kami harap sebagai kerajaan kami kena yang bantu tu, ialah golongan siapa, golongan yang mana yang kena, kena, kita kena bantukan. Kami harap kerajaan buat satu gambaran yang jelas sekali. So, saya cadangan saya sini, kerana di rumah pangsa rumah yang PPR, PPRT ni, dia se, seumpama satu kampung, kampung tradisional atau kampung baru atau satu tempat tu, tapi berbanding, tengok keadaan kampung tradisional dia ada ketua kampung, ada AJK dia. Macam ketua kampung baru Cina, dia ada AJK dia, MPKK tu. Tapi di rumah pangsa, dia tinggal beribu-ribu orang, satu blok jikalau dia macam ni, Rumah Pangsa Templer, lebih kurang 1,000 orang. PPRT – 4 blok pun lebih kurang, tambah ahli-ahli keluarga dia pun 650 orang, lebih kurang seperti satu kampung. Tapi, tapi MC-nya atau dia pengurusan tu kurang. So menjadikan masalah sosial.

So saya pendekkan, bahawa saya pun pernah bersuarakan di Dewan ni, kami berharap kerajaan kita ni berkaji kerana tahun lepas sudah bertambahkan peruntukan untuk pembangunan bangunan. Tapi saya harap belanjawan akan datang tu, jikalau boleh, jikalau boleh kami bersalurkan peruntukan untuk, untuk yang MC-MC ini adalah sikit peruntukan untuk mereka bertambah baik. Kenapa macam ni, kerana kutipan kumpulan dana yuran penyelenggaraan di setiap rumah pangsa ni tak sampai 30%. Gaji pun tak dapat keluar. So mereka ni harap ada peruntukan dari kerajaan. So tengok, Dato’ Speaker tengok jam tu, so singkat tu. Harap tu belanjaan akan datang boleh bersalurkan peruntukan khas untuk MC atau JMC ni untuk menjalankan tugas mereka.

So selain tu, tadi saya sokong Rahang bersuarakan hemodialisis, rawatan dialisis tu. Memang di masa dinamik, pandemik COVID ini, ramai orang tiba-tiba tak ada kerja. Yang penyakit rawatan dialisis ni, dia ni rawatan mahal. Walaupun saya sokong ni bertambah mesin di hospital kita ni, tapi selain tu, ramai lagi berawat rawatan di swasta. Swasta ni sampai adik beradik, atau ahli keluarga sekali bantuan tu tiba-tiba tak ada kerja, sumbangan pun sudah kurang. So kami harap belanjawan akan datang ni 2022, jikalau kerajaan kita ni berjasa rakyat berjasa baik sekali, tengok kewangan tu jikalau boleh memberi bantuan khas kepada golongan B40, subsidize sikit. Kami difahamkan bahawa ada dari pusat kerajaan belum berharap Negeri Sembilan yang paling satu, yang pertama beri subsidize kepada penyakit buah pinggang ini. So ini cadangan saya harap, dapat ditimbangkan.

Dato’ Yang Dipertua, kami pun nak tanya dan syabas tu kerana kerajaan pada tahun ini sudah memberikan satu ni, krematorium di Port Dickson, Daerah Dickson. So pada masa pandemik COVID ni kami nampak keperluan krematorium ini memang di Seremban ada kekurangan. Di Seremban, Daerah Seremban memang kekurangan. Tanah kubur bukan orang Cina pun sudah, bukan orang Melayu pun tak cukup. So kami harap belanjawan akan datang jikalau boleh kami cadangkan kerajaan memberi peruntukan yang sama dan bekerja dengan NGO membina satu krematorium di Daerah Seremban untuk keperluan yang bukan orang Islam.

Dato’ Yang Dipertua, tadi kami ada dengar Serting yang mensuarakan, cakap ni tanah kerajaan, tanah sekolah diagih-agihkan. So kami berharap Serting jikalau bolehlah dia mesti bersemangat, Duli Yang Maha Mulia Tuanku ni mengambilkan atau memikirkan kepentingan. Kami kena pentingkan semua pihak. So kami berharap kerana saya difahamkan kawasan ni memang 85% dengan izinnya, ialah pembelian orang Cina, tapi yang dulu, saya kena bersuarakan di Dewan ini, memang sana pun tak ada tanah, satu inci tanah pun bagi sekolah Cina. Yang sekolah Tamil, sekolah kebangsaan ada dapat. Jadi saya nak sokong ni Serting ni, saya harap kerajaan buat penjelasan macam mana agihkan tanah 15 tersebut.

So Dato’ Yang Dipertua, lepas tu kami pun me, tahniah, syabas kerana Sikamat tadi perjelaskan indeks jenayah di Negeri Sembilan ni. Sebenarnya kami takut, takut musim pandemik COVID ini, mungkin akan jadi bermacam-macam jenayah, indeks akan naik. Tapi nasib baik tu, kami nampak ni indeks jenayah di bawah pimpinan Sikamat, kami dapat pantau, control bawah itu level. So kami ini angkat peluang ini akan harap boleh melengkapkan kerana kerjasama dengan NGO, dengan korporat atau individu di masa pandemik COVID ini, sama-

sama usaha membantu yang kekurangan. Kami nampak ramai golongan orang tua makan tak ada, kekurangan mangkuk dapuran, tapi selain pihak Kerajaan PH beri bantuan, NGO atau individu atau corporate, semua-semua usaha. So jadi indeks jenayah dapat di-control dan dikurangkan berbanding masa yang, yang dulu. So sekian …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lobak, ada lagi banyak point lagi?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Satu saja. So kami harap jikalau boleh macam tu belia, tadi sudah cakap ni boleh masuk rumah pangsa, AADK, kami tahniah tu polis narkotik pun masuk tolong. So memajukan rumah pangsa dan di kawasan khasnya di Lobak. Sekian terima kasih. Saya sokong usul ini. Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya rasa tak ada dah, semua dah bercakap kan? Jadi kita sekarang dah pukul 4:57. Saya tak bercadang untuk menyambung lagi masa kita untuk berbahas kerana semua sudah berbahas. Saya bercadang untuk penggulungan pagi besok, kita akan buat pagi besok. Saya nampak lama sangat kita dalam ni. Takut karang, pasal udara tu tak dapat bertukar kan, udara yang sama kita ni hirup. Jadi, langgar SOP, jadi saya dengan apa, rendah hati sama-sama kita tangguhkan, kita punya sidang hari ini dan kita akan sambung besok untuk penggulungan. Dan rang undang-undang ya, besok rang undang-undang MAINS ya. Jadi sekian, terima kasih kepada semua. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Persidangan ditangguhkan pada jam 4.57 petang.