Negeri Sembilan · 8 September 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting (Opening) · 447 turns · 43,090 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami dina, wabimuhammadin nabiyya warosula. Allaahumma innii a’uudzu bika minal kufri wal faqr, a’uudzu bika min ‘adzaabil qabr, laa illaaha illaa ant. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pagi ni kita dapat berhimpun lagi dalam persidangan. Alhamdulillah semuanya sihat walafiat, mudah-mudahan semua sihat seterusnya bagi sama-sama kita melaksanakan tugas kita sebagai pemimpin kepada masyarakat dan rakyat negeri ini. Pertamanya saya mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW kerana berkat dan inayah-Nya kita dapat bersama hari ini.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian.

Hari ni masuk 8 September 2021 merupakan hari keempat kita bersidang bagi Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Kali Ke-14. Sebelum kita memulakan persidangan hari ini, eloklah saya

ingin memaklumkan ketidakhadiran, ketidakhadiran ahli Yang Berhormat semalam; Seri Menanti, 7 September kerana dimaklumkan beliau telah pergi ke hospital untuk rawatan susulan. Tapi alhamdulillah hari ni Seri Menanti ada, sihat, alhamdulillah. Semalam check ye lah?

Suka saya mengingatkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan ketika, sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Selain itu saya juga saya ingin mengingatkan kepada semua hadirin sentiasa mematuhi SOP ketika persidangan ini dijalankan. Alhamdulillah kita akan mulakan persidangan sekejap lagi, wabilahitaufik wahidayah, assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita mulakan pertanyaan untuk hari, ini hari yang terakhir, hari ketiga ya, hari ini, iaitu 8 September ya, dengan kita memberi laluan kepada soalan perta, giliran pertama– Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada ADUN Temiang yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pembuangan sisa kimia dan toksik ke sungai di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, sebanyak 5 kes pembuangan sisa kimia dan toksik ke sungai telah dikesan di Negeri Sembilan.

i. Pertamanya adalah kes pembuangan sisa kimia ke dalam longkang-longkang awam yang memasuki Sungai Anak Air Garam, Mambau. JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan

dari Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan (BKSA) dan 6 aduan awam melalui sistem e-aduan berkaitan pencemaran di Sungai Anak Air Garam, Mambau, Seremban pada 9 Disember 2019. Hasil siasatan mendapati Sungai Anak Air Garam ni dicemari dengan sisa buangan serbuk hitam berminyak (solvent base). Pencemaran didapati bermula dari longkang awam di Taman Desa Rasah dan memasuki Sungai Anak Air Garam. Sisa buangan dipercayai dibuang menggunakan lori berdasarkan bukti kesan-kesan tayar yang, di lokasi tersebut.

JAS Negeri Sembilan telah meminta bantuan penduduk setempat bagi mengesan pelaku. Walau bagaimanapun, siasatan lanjutan mendapati tiada CCTV di kawasan pembuangan tersebut kerana lokasi tersebut adalah sunyi dan terpencil. Pelaku tidak dapat dikenal pasti. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan oleh Kualiti Alam Sdn. Bhd. dan bahan tercemar telah dikumpulkan dan dilupuskan di Kualiti Alam Sdn. Bhd.

ii. Kes kedua adalah kes pembuangan sisa kimia berdekatan dengan Sungai Belihoi, Mantin. JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan dari bilik kawalan Jabatan Alam Sekitar Putrajaya mengenai kejadian pembuangan sisa kimia yang mengakibatkan lebih kurang 20 orang penduduk di Batu 4½ Kampung Belihoi, Jalan Mantin mengalami sesak nafas, pedih mata dan kawasan persekitaran berbau busuk pada 25 Disember 2019. Penduduk setempat mendapati sungai di belakang rumah mereka telah dicemar dengan bahan kimia berwarna hitam berbau busuk seperti bau toksik.

Hasil siasatan telah menemui lokasi pembuangan enapcemar geris berwarna hitam dan berbau toksik di tepi Jalan Besar Mantin, Seremban. Enapcemar didapati mengalir masuk ke Sungai Belihoi melalui cerun secara graviti. Hasil semakan menggunakan Sistem Maklumat Geografi, JAS Negeri Sembilan mendapati aliran dari Sungai Belihoi akan memasuki ke Sungai Temiang Division dan seterusnya ke Sungai Linggi yang di hilirnya adalah takat pengambilan air loji rawatan di Kuala Sawah, Rantau.

Namun, siasatan lanjut mendapati bahawa tiada kes pencemaran kepada Loji Rawatan Air Mentah di Linggi. Pemeriksaan di kawasan kejadian mendapati tiada CCTV di kawasan pembuangan tersebut dan pelaku juga tidak dapat dikenal pasti. Kerja-kerja pembersihan telah dilaksanakan oleh Kualiti Alam

Sdn. Bhd. dan bahan tercemar telah dikumpul serta dilupuskan di Kualiti Alam Sdn. Bhd.

iii. Kes ketiga adalah kes berkaitan pembuangan cecair berwarna hitam dan berbau seperti pelarut berdekatan alur air yang mengalir ke Sungai Linggi, Rantau. Maklumat aduan yang diterima JAS Negeri Sembilan daripada pihak syarikat anak air Negeri Sembilan, Air Negeri Sembilan (SAINS) mengenai penutupan operasi Loji Rawatan Air Sungai Linggi (LRA Sg. Linggi) pada 9 Jun 2020 kerana mendapati bacaan bau melebihi 2 ton. Hasil siasatan telah menemui kes pembuangan sisa minyak yang bertempat di Jalan Tok Ungku, Rasah.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana tiada seorang pun boleh melupuskan apa-apa buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia. Kerja-kerja pembersihan melibatkan mengorek dan pembersihan kawasan tanah tercemar telah dilakukan kontraktor yang dilantik oleh BKSA dengan seliaan pihak Kualiti Alam Sdn. Bhd. Sebanyak 8 jumbo bag bahan tercemar telah dikumpul dan dilupuskan di Kualiti Alam Sdn. Bhd.

iv. Kes keempat adalah berkaitan pembuangan cecair disyaki minyak ke dalam Sungai Batang Nilai di mana JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan pencemaran daripada Ahli Majis Perbandaran Nilai berkaitan sebuah lori yang telah membuang sisa minyak ke dalam Sungai Batang Nilai pada 4 Ogos 2020. Kertas siasatan telah disediakan bagi mendakwa pihak yang terlibat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

JAS Negeri Sembilan masih menunggu ketetapan Timbalan Pendakwa Raya untuk proses pendakwaan. Jika disabit ke atas kesalahan ini, di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pihak yang bertanggungjawab boleh didenda sehingga maksimum 500 ribu ringgit dan penjara mandatori 5 tahun.

v. Kes kelima adalah berkaitan pembuangan sisa kimia organik berdekatan Sungai Batang Benar, Nilai. JAS Negeri Sembilan telah menerima aduan buangan berbau dari Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 5 Oktober 2020 yang disyaki menjadi punca Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit tampol, Bukit Tampoi henti tugas sehari sebelumnya. Hasil siasatan menemui sisa industri dan sisa

cecair yang berbau busuk telah dilupuskan di bahu jalan, Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai 7, Negeri Sembilan dan mengalir masuk ke anak sungai, Sungai Batang Benar.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 34B(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana tiada seorang pun boleh lupuskan apa-apa bahan buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia. Ketetapan ini telah dibuat, ketetapan telah dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya memutuskan agar kes siasatan ini ditutup sebab tiada butir-butir keterangan lanjut.

Jadi tahun 2019 hingga Ogos 2021, sebanyak 501 kes pembuangan sisa ni telah direkod di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan …..

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

…. tambahan saya. Ya. Tadi Exco tahniah, tahnialah saya ucap kepada Jabatan Alam Sekitar kerana berjaya dan bertindak cepat dan membersihkan ini semua kes-kes sisa-sisa toksik dan kimia yang telah dibuang di sungai, supaya kita dapat air yang lebih bersih. Cuma saya harap Jabatan Alam Sekitar kena lebih tegaslah dan keras kerana tadi Exco kata tiada sesiapa yang telah disahkan pelakunya. Saya berasa ini tak logiklah dan mungkin pihak Jabatan Alam Sekitar kena bertindak lebih proaktif ataupun lebih tegas supaya kes-kes ini jangan berlaku lagi ataupun berlaku dengan lebih jaranglah pada masa akan datang.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya ada beberapa, 2 soalan tambahan di mana saya berharap Exco boleh memberikan kepada Dewan yang mulia ini jumlah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk membersihkan sisa-sisa kimia yang telah mencemarkan sungai, 5 sungai tersebut ini. Yang kedua adalah saya nak tanya tentang status terkini kes pendakwaan sebuah premis ataupun pengusahanya di Batu 5, Jalan Kuala Sawah, Mambau yang telah dikesan menjalankan kegiatan mengitar semula minyak terpakai secara haram dan telah membuangkan sisa-sisa minyak tersebut ke hutan paya yang berdekatan di mana pihak JAS telah membuat operasi pada tahun lepas. Dan saya tahu tindakan pendakwaan kes ini.

1 Fakta diperbetulkan oleh YB ADUN Repah kepada 5 kes seperti kenyataan beliau di muka surat 283.

Terima kasih kepada ADUN Temiang yang bertanyakan soalan tambahan. Berkaitan dengan penguatkuasaan, memang Jabatan Alam Sekitar dengan jabatan-jabatan yang berkaitan memandang serius perkara berkenaan dengan pencemaran sungai di Negeri Sembilan. Sebab itu kita ada tindakan bersepadu bagi tujuan siasatan, persampelan, pembersihan dan pendakwaan yang dilakukan secara bersepadu melibatkan jabatan-jabatan teknikal seperti Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Seremban, Bomba dan Penyelamat, PDRM, Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Syarikat Air Negeri Sembilan dan juga SWCorp dan Kualiti Alam.

Dan kita, kalau kita lihat kelima-lima tempat, tempat pembuangan ini memang kita tak ada CCTV yang boleh kita kenal pasti siapa si pelaku ini. Dan tempat-tempat pembuangan ini merupakan satu tempat yang terpencil dan masa pembuangan tu pulak kalau kita lihat pada waktu sebelah pagi ya, 1 ataupun 2 pagi. Jadi, ia menyukarkan pengesanan si pelaku ini. Tapi kita mintak orang awam untuk membantu kita. Kalau ada perkara-perkara yang berlaku seperti ini, boleh maklumkan kepada jabatan yang berkaitan ataupun kepada saya sendiri, supaya tindakan kita boleh ambil dengan secepat mungkin bagi mengesan dan mendakwa orang yang melakukan kesalahan tersebut.

Untuk berkaitan dengan kos. Untuk kos pembersihan Sungai Anak Air Garam, Sungai Linggi, kos yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 94,832.47 ringgit. Dan untuk jalan Mantin, Sungai Belihoi, kos pembersihan kita adalah 81,888.00 ringgit. Dan untuk pencemaran yang berlaku di Sungai Linggi, kos pembersihan lebih kurang 26,268.00 ringgit. Dan untuk kawasan Sungai Batang Benar, kos kita adalah sebanyak 18,962.00 ringgit. Jadi untuk Sungai Batang Labu, tidak melibatkan apa-apa kos sebab ia melibatkan pembuangan jenis organik.

Jadi ini, selain dari ini kita juga ada berlaku pencemaran air laut tahun lepas di mana kalau kita lantik kontraktor untuk membersihkan pencemaran tersebut, ia akan melibatkan kos yang tinggi sampai 2 milion. Tetapi kita gunakan jentera-jentera kita, jentera kerajaan kita untuk membuat pembersihan dan tidak melibatkan koslah, cuma kita berbelanja untuk kos-kos sampingan sahaja. Jadi itu yang kita dapat buat.

Dan kita mintaklah, orang awam supaya pada masa akan datang, kalau ada aktiviti-aktiviti yang mencurigakan, boleh rujuk kepada jabatan-jabatan yang berkaitan ataupun menyalurkan maklumat itu kepada saya sendiri.

Dan berkaitan dengan soalan tambahan yang kedua, berkaitan pengusaha di Batu 5, Jalan Kuala Sawah. Kita telah membuat 2 pertuduhan iaitu sek, di bawah Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam, Alam Sekitar dan Seksyen 24(1) dan juga boleh dikenakan denda sebanyak 40 ribu ringgit. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Sekarang tibalah giliran Kota.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Kota atas soalan berkaitan dengan bantuan Kerajaan Negeri kepada petani-petani di dalam DUN Kota. Jawapan ini jugak membagi jawapan Pertanyaan Lisan Hari Ketiga daripada Yang Berhormat ADUN Gemencheh yang bertajuk “Bantuan Kepada Petani, Perladangan Dan Penternakan Di Ketika Pandemik COVID-19”. Dato’ Yang Dipertua, program dan aktiviti pertanian yang dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun 2021 secara asasnya melibatkan bantuan Insentif Peningkatan Hasil, Khidmat Teknikal dan Inisiatif belanja, dalam, inisiatif belanjawan tahunan, tahun 2021.

Bagi Insentif Peningkatan Hasil, ianya merangkumi tanaman makanan seperti buah-buahan, sayuran, padi, tanaman ladang dan herba. Insentif adalah meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang seperti pemasangan sistem pengairan, memagar projek serta bekalan input pertanian seperti baja, racun dan benih tanaman. Manakala, bagi industri asas tani pula, contoh projeknya adalah memproses makanan dan tambah nilai produk pengularan, pengeluaran dengan insentif meliputi skop naik taraf bengkel dan bekalan peralatan memproses makanan.

Selain itu, bantuan khidmat teknikal melalui Insentif Latihan Petani meliputi skop pemindahan teknologi pertanian dan khidmat nasihat teknikal turut disediakan. Insentif latihan ini diberikan secara percuma kepada semua yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

Kerajaan Negeri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2021 turut menyediakan insentif bantuan berbentuk geran secara one-off kepada usahawantani yang terjejas akibat pandemik ini.

Insentif kepada siswazah dan petani berumur di bawah 40 tahun ke bawah yang dinamakan sebagai Insentif Siswa Tani Negeri Sembilan (INSIST 9) dan Petani Muda ini disediakan kepada golongan belia yang berkelayakan dan, dalam projek tanaman makanan. Bagi meringankan kos input selain daripada menggalakkan pengeluaran yang selamat dimakan, Kerajaan Negeri juga melaksanakan Insentif Kesihatan Makanan iaitu Pemberian insentif kepada pengusaha yang mengamalkan Amalan penternak, Pertanian Baik (APB) berupa infrastruktur ladang dan input pertanian dan Insentif Pengeluaran Hasil iaitu pemberian insentif pengeluaran hasil dengan tuntutan sebanyak 20 sen setiap kilome, setiap kilogram pengeluaran hasil.

Secara keseluruhannya di DUN Kota, sejumlah 389,055.00 ringgit yang telah diagihkan dengan memberi manafaat kepada 24 usahawantani. Begitu juga di DUN Gemencheh, seramai 50 usahawantani menerima manafaat dengan nilaian 585,422.00. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Klawang. Dato’ Yang Dipertua, bila menceritakan tentang pertanian ni, banyak melibatkan penduduk kampung dan jugak melibatkan tanah-tanah masyarakat di kampung-kampung. Dan kebanyakan mereka, pengusaha-pengusaha ini ada yang memajak ataupun menyewa tanah-tanah tersebut. Saya ingin bertanya di dalam Dewan Undangan Negeri ini, jika ada berlaku di mana terdapat penganiayaan ataupun masyarakat ataupun pemajak-pemajak ini tidak melaksanakan tanggungjawab memandangkan keadaan pada hari ini.

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota di atas soalan tambahan. Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa aduan berkaitan dengan adanya unsur-unsur penganiayaan terhadap pemajakan tanah di Negeri Sembilan. Kalau ada boleh kemukakan kepada saya dan saya akan berbincang dengan Exco Tanah; Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri untuk kita menyelesaikan, inshaa Allah. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan yang berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Ya?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic].

Apa dia?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic].

Ada, ada.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]. Tambahan, berkaitan jugak?

Ado, ado.

Yang Dipertua Dewan

Yo, okay.

Terima kasih ADUN Klawang, soalan saya tadi ada berkaitan dengan pandemik. Nampaknya tak ada bantuan khusus dalam musim pandemik ini, bantuan seperti setiap tahun. Dan soalan saya banyak hasil pertanian tidak dapat dipasarkan dan kejatuhan harga yang amat mendadak sewaktu pandemik ini terutamanya di PKP 3.0 ni. Dan saya nak bertanya, apakah usaha dan langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi dan membantu pekebun-pekebun, penternak-penternak sewaktu pandemik ini? Dan seterusnya saya tertarik dengan Insentif Bantuan Hasil 20 sen/kilo bagi pengusaha buah-buahan dan sayur-sayuran. Setakat hari ini, berapa banyakkah insentif yang telah dibayar kepada pekebun dalam skim Insentif Bantuan Hasil pertanian ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Gemencheh. Kita semua tahu yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semua terjejas di dalam pandemik ini. Sudah tentulah sektor pertanian jugak terjejas walaupun ianya terus beroperasi tidak seperti PKP, PKP 1.0 dahulu. Walau bagaimanapun, mana-mana pihak yang terjejas yang tidak dapat memasarkan produk-produk pertanian mereka, kita telah menghubungi pihak FAMA untuk sama-sama membantu dan setakat ini beberapa inisiatif telah dibuat di mana kita membeli produk-produk pertanian dan memberikan semula, menjual semula kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Saya tidak ada datanya ya, kita, ni, nanti kita jawab dalam bertulis dari pihak FAMA. Dan insentif yang

pengeluaran saya jugak tidak ada datanya, kita akan jawab dalam bertulis.

Yang Berhormat Klawang, saya …..

Yang Dipertua Dewan

Dah-dah-dah.

Sikit je.

Yang Dipertua Dewan

Dah-dah-dah.

Pasal insentif …..

Yang Dipertua Dewan

Dah sikit-sikit kang dah-dah-dah.

Ini permintaan daripada pekebun ni Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Dah saya pergi kepada Lobak.

Permintaan khusus pekebun, yang insentif …..

Yang Dipertua Dewan

Dah-dah-dah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

….. Yang Berhormat Klawang.

Yang Dipertua Dewan

Gemencheh.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya kemukakan ….

…. setakat hari ini belum ada yang dibayar terutama …..

Yang Dipertua Dewan

Dah-dah-dah, tadi data tadi bagi kemudian …..

….. untuk pekebun TKPM Gemas ni. Saya mintak Yang Berhormat Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Kemudian, kemudian.

….. Yang Berhormat Klawang dapat menyiasat perkara ini …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah kemudian, kemudian.

Terima kasih Yang Berhormat Klawang.

Yang Dipertua Dewan

Pasal ni kang berlanjut kan. Semua tanya kang. Kita nak habiskan hari ni, ya, Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, selamat pagi. Saya mengemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Lobak yang bertanyakan soalan berkaitan kematian akibat pandemik COVID-19. Soalan tu ditanya dengan sangat detail, so saya akan ambil masa untuk jawab.

Dato’ Yang Dipertua, mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sehingga 31 Ogos 2021 sejumlah 1,012 kematian akibat COVID-19 telah didaftarkan untuk Negeri Sembilan. Pecahan berdasarkan pecahan umur adalah seperti berikut: kumpulan umur 11 hingga 20 – 3 kematian; 21 hingga 30 – 24 kematian, 31 hingga 40 – 62 kematian, 41 hingga 50 – 116 kematian, 51 hingga 60 – 182 kematian, 61 hingga 70 – 285 kes kematian, 71 hingga 80 – 190 kes

kematian, 81 hingga 90 – kes kematian adalah berjumlah 134, berumur 91 hingga 100 – 14 kematian dan lebih daripada 101 umur – 2 kematian. Jadi jumlahnya adalah 1122.

Pecahan berdasarkan daerah adalah seperti berikut: Seremban jumlah kematian adalah 665, lelaki – 377, perempuan – 288. Port Dickson jumlah kematian 100, lelaki adalah 55 orang, perempuan – 45. Jempol: 65 kematian, lelaki adalah 38 dan perempuan – 27. Tampin jumlah kematian adalah 54, lelaki – 32, perempuan – 22. Kuala Pilah jumlah kematian adalah 54, lelaki – 27, perempuan – 27. Rembau: 46 kematian, lelaki – 24, perempuan – 22. Jelebu: 28 kematian, lelaki – 14, perempuan – 14. Jadi keseluruhanya adalah seperti yang saya nyatakan tadi.

Dan pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut: Daerah Seremban: Melayu – 356, Cina – 140, India – 125, Orang Asli – seorang, lain-lain – 2 dan bukan warganegara sejumlah 41 orang. Port Dickson jumlah kematian bagi kaum Melayu adalah 56, Cina – 15, India – 25 dan bukan warganegara – 4. Jempol: 46 – Melayu, Cina – 7, India – 12. Untuk Tampin: 34 – Melayu, Cina – 9, India – 11. Kuala Pilah: 41 – Melayu, Cina – 6 dan India – 2 dan Orang Asal – 5 orang. Rembau: 37 – Melayu, India – 9. Untuk Jelebu pula, 21 – Melayu, 2 – Cina, 3 – India dan Orang Asli – 2 orang. Dan lain-lain kaum seperti yang saya nyatakan tadi adalah kaum peribumi Sarawak dan 1 adalah kes warga Pakistan.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar telah menyumbangkan 1,000.00 ringgit kepada waris keluarga yang meninggal dunia akibat daripada pandemik COVID-19 ini. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat Julai 2021, Kerajaan Negeri telah menyalurkan jumlah sebanyak 116 ribu kepada waris yang terlibat.

Mengikut rekod PDRM indeks kematian bunuh diri di Negeri Sembilan mengikut daerah serta umur, jantina, kaum dari Mei 2020 sehingga 31 Ogos 2021 adalah seperti berikut: statistik kes bunuh diri bagi keseluruhan Negeri Sembilan bagi bulan Mei adalah sebanyak 27 orang. Pecahan berdasarkan umur adalah seperti berikut: 11 hingga 20 tahun – 2 kematian, 21 hingga 30 umur – 6 kematian, 31 hingga 40 umur – 10 kematian, 41 hingga 50 – 6 kematian, 51 hingga 60 – 1, 61 hingga 70 sebanyak 2 orang. Jadi jumlahnya adalah 27. Pecahan berdasarkan daerah adalah seperti berikut: Seremban mempunyai 18 kematian, lelaki – 18. Port Dickson: 3 – lelaki. Jempol: 3, lelaki – 3. Tampin juga 3 dan melibatkan lelaki. Pecahan berdasarkan kaum adalah seperti berikut: Daerah Seremban – 1 Melayu, Cina – 5, India – 5,

2 Fakta telah diperbetulkan oleh ADUN Repah kepada 1,012 kes seperti kenyataan beliau di muka surat 283 bukan warganegara sebanyak 7 orang. Port Dickson: 3 – India. Jempol: 1 kematian melibatkan kaum India dan 2 bukan warganegara Malaysia. Tampin melibatkan 2 – Cina dan seorang India. Dan kesemuanya adalah Cina sebanyak 7, Melayu seorang dan India seramai 7 orang dan bukan warganegara adalah sebanyak 9.

Statistik kes bunuh diri bagi keseluruh Negeri Sembilan bagi bulan Januari hingga Julai 2021 adalah sebanyak 25 orang. Pecahan berdasarkan umur adalah seperti berikut: 7 hingga 10 – seorang, 11 hingga 20 – seorang, 21 hingga 30 – 7 orang, 31 hingga 40 – 5 orang, 51 hingga 60 – 6 orang, 61 hingga 70 adalah seramai 5 orang. Pecahan berdasarkan daerah adalah seperti berikut: Seremban: jumlah kematian adalah 21, lelaki – 16, perempuan – 5. Port Dickson: 2 kematian, lelaki – 2 orang. Jempol: tiada. Tampin: jumlah 1, melibatkan lelaki. Kuala Pilah: jumlah 1 – lelaki. Kesemuanya adalah 25 orang. Pecahan berdasarkan kaum pula adalah seperti berikut: untuk Daerah Seremban: Melayu – seorang, Cina – 5, India – 9, bukan warganegara – 6. Port Dickson: seorang India. Jempol: tiada. Tampin: seorang, melibatkan Melayu. Kuala Pilah: seorang, melibatkan Melayu. Dan Jelebu: seorang, melibatkan Melayu. Itu saja Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Ramai orang lelaki bunuh diri ya. Perempuan bagus ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Ni, terima kasihlah yang Repah ni jawapan yang jelas sampai saya nak, nak, susah nak ikut tu figure. Tapi nak tahu tu kami nak buat Kerajaan Negeri ni, kami beri sumbangan 1,000.00 tu, saya, jikalau tak dengar salah berapa yang jumlah mati 1,012, so yang sudah claim tu, sudah mintak tu sumbangan. Tadi berapa percent tu kerana tak dengar saya, hanya 160 ribu. So erti tu masih ada berapa orang dan berapa percentage belum buat memohon untuk sumbangan tu.

Lagipun nak tanya tu, yang kes bunuh diri nampak ni warga asing ramai sekali. So saya nak mendapat maklumat apa alasan dia, atau mereka tak ada kerja ke atau kerajaan, atau beri apa bantuan tu. Bukan, kena buat siasatlah, kerana ni masalah sosial, sebagai ni satu kerajaan yang smart kami kena berkaji mengapa tiba-tiba kes bunuh meningkat. So kami nampak ni orang Malaysia under control, orang Melayu ke, Cina, India control. Tapi nampak orang asing tu dia naik tinggi tu. So mungkin kerja tak ada, so dia sebagai manusia, kami sebagai kerajaan yang smart dan berjasa rakyat, berjasa manusia kenalah timbang atau nak cari solution dia. Tak akan kami nak tanya

orang mati dia mengapa mati. Tapi sebenarnya satu kerajaan yang bertanggungjawab, kami kena mengkajilah masalah sosial. Jikalau ni orang asing ni dapat kerja, majikan apa kena tanggungjawab dia haa, JKM ke atau jabatan yang berkenaan tu, apa kerja kena buek tu untuk kalangan warga bukan Malaysia kerana sama-sama manusia. Tak kira ni orang Indon, orang Bangladesh ke, orang mana tu, kami kena buat sikit beri perhatian kerana kawasan saya, Lobak, pun ada orang datang mintak beras ke, makanan, kami bagi. Memang DUN Lobak kami bagi. Orang Indon yang paling ramai mintak, kami bagi. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang mati dekat bangunan Lobak tu …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Apa tu?

Yang Dipertua Dewan

Flat tu.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Haa, alhamdulillah tak ada.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tak ada.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Lobak bertanyakan statistik apa ni, punca kematian warga asing. Lobak bukan sahaja concern about warganegara tetapi juga warga asing. Berkaitan dengan bantuan 1,000.00 ringgit yang diberikan oleh Pejabat Menteri Besar, saya percaya dalam bajet kita, jumlah yang kita bajetkan adalah 116 ribu dan kesemuanya telah dibayar kepada waris yang terlibat. Dan bagi punca kematian warga asing ini, saya akan dapatkan daripada, maklumat daripada polis PDRM. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya, Palong, silakan.

Dato’ Dipertua, soalan nombor 1.

Terima kasih Palong bertanyakan soalan berkaitan dengan pesakit mental dan kes bunuh diri juga. Dato’ Yang Dipertua, mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, sejumlah 838 pesakit mental stabil didaftarkan menerima rawatan di klinik kesihatan di Negeri Sembilan pada awal bulan Januari 2020. Nombor ini meningkat kepada 922 kes pada bulan Jun 2021, iaitu peningkatan sebanyak 4.78%. Dalam tempoh Januari 2020 hingga Jun 2021, sebanyak 80 kes, 84 kes baru yang telah didiagnosa di klinik kesihatan.

Diagnosa penyakit mental utama di klinik kesihatan di Negeri Sembilan adalah seperti berikut: pertamanya adalah depresi yang melibatkan jumlah kes sebanyak 42, peratusan adalah 48.8%. Schizophrenia melibatkan 20 kes, peratusan adalah 23.4%. Anxiety melibatkan 14 kes, peratusan adalah 16.5% dan lain-lain termasuk dementia, bipolar dan penyakit mental organik yang lain adalah 8 melibatkan peratusan 11.3%.

Terdapat peningkatan kes bunuh diri yang sangat mendadak terutamanya pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran daripada pandemik COVID-19 ini. Antara punca kes bunuh diri ini berlaku adalah:

- Pertama, satu, mengalami masalah kewangan yang serius. Mereka amat tertekan dengan keadaan ini kerana ramai yang telah diberhentikan kerja serta hilang mata pencarian kerana banyak sektor ekonomi tidak dibenarkan beroperasi, justeru itu terdapat juga yang terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup. Mereka terlalu buntu dengan keberhutangan yang tinggi serta taraf kehidupan yang semakin tinggi dan mencabar.

- Yang kedua adalah masalah tekanan perasaan / mental juga merupakan salah satu punca kes bunuh diri berlaku. Konflik persekitaran di tempat kerja serta desakan keluarga di rumah memberi impak yang buruk terhadap perasaan sekaligus ianya juga mendorong individu mengambil tindakan bunuh diri.

- Ketiga: pengambilan dadah tegar juga merupakan salah satu penyebab kepada kes bunuh diri meningkat.

- Keempat adalah masalah tekanan perasan seperti kemurungan atau gangguan bipolar juga cenderung untuk seseorang mengambil tindakan untuk bunuh diri kerana kehidupan individu yang mempunyai masalah ini agak sukar untuk dikawal. Mereka juga mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk membuat tindakan dari luar jangkaan.

- Kelima: individu yang berhutang dengan syarikat pinjaman wang tanpa lesen juga berpotensi tinggi untuk membunuh diri sekiranya tidak dapat membayar pinjaman tersebut dengan kadar segera. Individu tersebut juga akan berasa gusar dan rasa dirinya tidak selamat, maka tiada pilihan selain dari bunuh diri kerana buntu untuk membayar hutang tersebut.

Dan saya juga pernah melihat kes-kes berhutang dengan Ah Long di mana mereka pinjam 1,000.00 ringgit tapi mereka terpaksa faedah ini setiap seminggu, jumlahnya lebih banyak 100.00 ringgit atau 200.00 ringgit. Dan mereka ni melibatkan ibu tunggal. Dan ada juga kes-kes yang saya selesaikan untuk mereka daripada, berbincang dengan Ah Long tersebut dan selesaikan kes tersebut. Ini memang berlakulah. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Bagus.

Dato’ Dipertua, ada soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Ini …..

Boleh?

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni Palong, kan, Palong tadi buat ya? Tambahan ya.

Tambahan ya. Memandangkan masalah mental dan bunuh diri ni meningkat secara mendadak ya, soalan saya, apakah tindakan atau langkah-langkah yang telah diambil, telah diambil setakat ini bagi mengawal atau mengekang keadaan ni supaya jangan terus meningkat ya. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kes melibatkan bunuh diri ini adalah daripada pelbagai aspek bukannya dari segi emosi tetapi juga melibatkan perkara-perkara seperti hutang, masalah keluarga dan sebagainya. Dan ada tempat-tempat untuk kaunseling bagi mereka-mereka ini untuk mereka mendapatkan kaunseling bagi melepaskan tekanan mereka dan mereka boleh dirujuk kepada kaunseling tersebut.

Dan untuk yang berhutang pula, ahli keluarga mereka perlulah berbincang dengan mereka heart to heart bagaimana nak selesaikan hutang yang mereka hadapi tersebut. Jadi ini adalah perkara melibatkan emosi dan juga perasaan mereka. Jadi itu yang kita boleh buat. Yang selain tu, mereka juga boleh membuat senaman dan sebagainya untuk melepaskan tekanan dalam diri mereka tu. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Tapi apa pun tahniah kepada Repah-lah, dah selamatkan beberapa orang ya, daripada Ah Long ya.

Tak banyak, adalah 5 orang.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya kita pergi kepada soalan Mambau, Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama. Terima kasih. Oh, Kesihatan tak payah duduklah, terus, terus berdiri jawab saja.

Terima kasuh, kasih Mambau yang bertanyakan soalan tentang PPV hospital swasta dan klinik swasta. Dato’ Yang Dipertua, sambutan daripada fasiliti kesihatan swasta adalah sangat menggalakkan. Fasiliti kesihatan swasta di Negeri Sembilan yang berminat menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu berdaftar dengan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga 31 Ogos 2021, terdapat sebanyak 81 buah fasiliti kesihatan swasta di Negeri Sembilan yang sedang beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin dengan pecahan seperti berikut: 7 buah hospital swasta – 6 berada di Daerah Seremban, 1 di Daerah Port Dickson. 71 klinik swasta melibatkan 56 buah di Daerah Seremban, 5 buah di Daerah Port Dickson, 5 buah di Daerah Jempol, 4 buah di Daerah Rembau dan 1 di Daerah Tampin. 3 buah Pusat Rawatan Harian (Ambulatory Care Centre) kesemuanya di Daerah Seremban. Terima kasih Dato’.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, saya ada menerima maklumat daripada pihak Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 iaitu JKJAV bahawa menyatakan jumlah 6 pusat PPV akan tutup beroperasi mulai bulan September 2021. Jadi soalan saya, adakah ia, adakah penu, penutupan pusat PPV ini akan mempengaruhi giliran suntikan vaksinasi pada golongan, pada golongan umur 12 hingga 17 tahun yang akan dilaksanakan di negeri, Negeri Sembilan tidak lama lagi? Dan soalan tambahan kedua, setakat hari ini jumlah berapa dos telah dibekalkan oleh pusat PPV hospital swasta dan klinik swasta di Negeri Sembilan? Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ni, Veerapan banyak soalan jawab ya.

Ya Dato’. Terima kasih kepada Mambau yang bertanyakan soalan tambahan berkaitan dengan penutupan PPV. Berhubung suntikan mereka-mereka yang di bawah umur 12 hingga 17 tahun, belum mendapat sebarang keputusan daripada CITF Persekutuan, CITF Negeri akan mengambil susulan daripada CITF Pusat berhubung dengan vaksinasi untuk mereka-mereka yang berumur di antara 12 hingga 17 tahun. Dan untuk jumlah dos yang telah diberikan di hospital swasta adalah sebanyak 157,052 dan klinik swasta sebanyak 68,379. Dan untuk care center sebanyak 10,066. Jenis vaksin yang dibekalkan kepada PPV swasta ini adalah jenis Pfizer dan Sinovac. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan giliran 6; Yang Berhormat Dato’ Seri Rantau.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

….. pertama Dato’ Dipertua.

Dato’ Yang, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Rantau yang bertanya tentang dasar-dasar baru Kerajaan Negeri dalam proses pembelajaran dan pengajaran semasa tempoh pandemik COVID-19.

Kita maklum bahawa dasar pendidikan adalah di bawah Kerajaan perku, Persekutuan, namun Kerajaan Negeri berusaha untuk mengambil sama-sama tanggungjawab untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran semasa tempoh pandemik ini berjalan secara yang terbaik. Kita juga akur bahawa sebenarnya kita tidak bersedia dengan norma baru cara mengajar dan belajar kerana ia memerlukan kepada pertama peralatan ataupun peranti untuk belajar di samping keperluan kepada capaian internet untuk menjalankan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah).

Kita telah memulai PdPR sebaik sahaja bulan Mac 2020. Guru akan menjalankan PdPR dengan menggunakan pendekatan secara online. Online ialah di mana perlu ada capaian internet dan pelajar perlu ada peranti ya, ataupun kaedah offline, offline tidak ada capaian internet tetapi ada peranti untuk pelajar-pelajar, ataupun secara offsite. Namun malangknya secara offsite tidak dapat dijalankan kerana ianya dalah satu kaedah di mana guru-guru mungkin pergi ke pusat komuniti, di balai raya sebagai contoh, untuk mengajar, yang ini jugak dilarang dalam tempoh semasa pandemik COVID-19. Walaupun kita juga ada mengusahakan sebagai contoh, ada di antara pusat-pusat komuniti, balai-balai raya disediakan dengan kemudahan internet dan juga peranti, namun ianya tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya kerana ianya tidak dibenarkan semasa pandemik COVID-19.

Jadi guru sebenarnya dalam kaedah ini, boleh menggunakan sebarang pendekatan pengajaran mengikut kemampuan dan kesediaan murid. Seramai 16,965 guru menjalankan PdPR ini daripada sejumlah 17,600 guru yang ada di Negeri Sembilan ya. Baki yang tidak menjalankan PdPR adalah guru yang sakit berpanjangan, Guru Pool, Guru Bimbingan dan Kaunseling ya. Seramai 194,874 orang murid mengikuti PdPR ini. Pelbagai kaedah pengajaran seperti Google Meet, Microsoft Teams, Telegram, WhatsApp dan beberapa lagi medium digunakan untuk guru berkomunikasi dengan murid secara maya. Cabaran yang paling utama dalam sesi PdPR ini ialah kehadiran murid, alat peranti, akses internet ya, kemahiran penggunaan aplikasi online oleh murid, guru dan ibu bapa. Dalam konteks ini Kerajaan Negeri segera mengambil usaha untuk membantu ya, dengan memberi bantuan sebanyak 4,470 peranti ya, dan MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) jugak be, menyumbang sebanyak 1,774 untuk pelajar-pelajar di Negeri Sembilan. Yang kita tahu masih tidak mencukupi ya. Jadi, ini antara masalah sebenar yang kita hadapi sekarang. Di samping itu jugak kita mengetahui masalah akses internet yang bermasalah di banyak tempat di Negeri Sembilan ya.

Jadi pihak Jabatan Pendidikan Negeri maknanya sentiasa berusaha untuk memantau guru dan murid melalui Sistem Pelaporan PdPR yang diisi oleh guru setiap hari. Bagi memantapkan dan menambah baik penglibatan guru dan kehadiran murid dari semasa ke semasa, maka diadakan mesyuarat, bengkel dan sebagainya kerana secara purata 22% tidak menghadiri PdPR. Dan 20% ni adalah satu angka yang agak tinggi. Ini bermakna dalam setiap 100 orang pelajar, 22 orang tidak mengikuti kaedah pembelajaran secara di atas talian ataupun secara offline ya. Ini satu yang cukup membimbangkan kita. Bagaimanapun kita usaha untuk memastikan masalah untuk mengurangkan kadar keciciran murid dalam PdPR ini.

Kerajaan Negeri Sembilan turut berusaha untuk menyumbang pelbagai bentuk bantuan semasa tempoh pandemik COVID-19 mulai, melalui pelbagai inisiatif ya. Di antaranya ialah Tabung Penyelenggaraan Sekolah, Bantuan Sekolah Tahfiz, untuk juga untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Swasta, dan kita ada program Bantuan Anak Sekolah, Biasiswa Anak Negeri, Program Lepasan SPM Fast Track Tahfiz ya, dan perumah, dan kita jugak membantu pelajar-pelajar kita di Kaherah, dan juga Elaun Guru KAFA.

Secara umum, di bawah belanjawan 2021, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 9.9 juta ringgit secara khusus kepada sektor pendidikan di mana 7 inisiatif utama sepertimana perincian yang berikut:

- Yang pertama adalah Tabung Penyelenggaraan Sekolah – 1.5 juta ringgit;

- Bantuan Sekolah Tahfiz, SJKC, SJKT dan sekolah swasta – 2.5 juta ringgit;

- Bantuan Anak Sekolah – 1.3 juta ringgit;

- Biasiswa Anak Negeri – 0.8 juta ringgit;

- Program lepasan tahfiz, program lepasan tahfiz untuk SPM Fast Track sebanyak 0.5 juta ringgit;

- Rumah pelajar Negeri Sembilan di Kaherah sebanyak 2 juta ringgit; dan - Elaun Guru KAFA sebanyak 1.3 juta ringgit.

Ini tidak termasuk perbelanjaan bagi Sumbangan Kewangan IPT kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang menjangkau sehingga 4 juta ringgit setiap tahun secara purata.

Setakat Julai 2021 sebanyak 7.9 juta ringgit telah dibelanjakan untuk tujuan pendidikan bersamaan dengan 79.8% perbelanjaan. Jumlah ini tidak termasuk dengan sumbangan bantuan kewangan IPT sebanyak 1.028 juta ringgit setakat Julai 2021. Jumlah ini dijangka bertambah sehingga 2.5 juta ringgit bagi menampung permohonan IPT sehingga hujung tahun. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan khas untuk sektor pendidikan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 8.9 juta ringgit. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada YB Ampangan yang memberikan penerangan yang detail berkenaan dengan usaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk kita terus pastikan bahawa agenda pelajaran anak-anak kita di Negeri Sembilan ini terus diberikan perhatian utama. Ini selaras dengan hasrat kita punya dasar dulu, semasa Kerajaan BN dulu, kita nak jadikan Negeri Sembilan ini sebagai Lembah Ilmu supaya anak-anak Negeri Sembilan cemerlang ya, dalam bidang pelajaran masing-masing. Dan kita faham dalam keadaan ini Dato’ Dipertua, kita mempunyai kekangan seperti disebut oleh YB Ampangan tadi, peranti-peranti dan jugak capaian internet dan jugak yang lain-lain. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh terus menyerah kalah kepada keadaan. Saya mintak berapa, supaya kerajaan melalui agensi-agensi, Majlis Agama Islam, Yayasan Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan banyak dah sekarang dah dapat duit hasil daripada kelapa sawit ya, salurkan supaya kita bantu. Kalau peranti masalahnya, kita salur.

Itu sebabnya saya bertanya ten, pada membahas titah Tuanku tempoh hari, supaya capaian internet ini walaupun dalam kita punya, yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan dengan capaian internet kita dah 93% Dato’ Yang Dipertua, tetapi jurang di antara bandar – luar bandar tu amat besar ya. Banyaknya di bandar. Jadi kita jangan lupa banyak pelajar-pelajar banyak di luar bandar. Bukan sekolah kebangsaan saja, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, ya. Jadi perlu kita buat supaya anak kita tak tertinggal, dah tercicir 2 tahun ni. Anak bangsa, anak Negeri Sembilan akan tercicir terus Dato’ Dipertua, kalau dibandingkan negeri-negeri lain. Negeri lain, di Kuala Lumpur, Selangor, Jolor dan Melaka ke mana-mana, kita jangan tercicir kerana dasar kita nak Negeri Sembilan menjadi Lembah Ilmu. Saya nak tanya, sejauh mana capaian kita pulak ya, dalam bidang khususnya pertanyaan saya ini Dato’ Dipertua, kalau ikut kita punya

perancangan pentabiran dulu, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang ada 15 ke 16, tak salah saya, kita nak mintak supaya keseluruhan sekolah-sekolah ini ada dipanggil sebagai aliran tahfiz, aliran tahfiz Dato’ Dipertua. Kerana kita mintak supaya menjelang 5 tahun, selepas kita berpindah daripada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Persekutuan supaya sekolah-sekolah agama ini dia ada dia punya aliran tahfiz dia. Saya mintak supaya ini dibuat dan capaian Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ini diberi Dato’ Yang Dipertua, apa orang kata, peluang yang sama kecemerlangan mereka, lonjakan saujana mereka tu amat jelas sekali, dan ini amat mengembirakan kita. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Rantau ya. Kita menghargai pandangan dan kita melihat bagaimana untuk mengambil cara bersama untuk mempertingkatkan dari segi usaha kita mempertingkatkan pendidikan di Negeri Sembilan. Saya nak maklumkan jugak di antara usaha yang telah kita buat yang bermula pada tahun 2021 ialah, yang mana kita mengadakan satu program khas untuk pelajar-pelajar lepasan tahfiz ya. Mereka ini adalah anak-anak daripada sekolah-sekolah tahfiz ya, di seluruh Negeri Sembilan untuk yang pertama, kumpulan 50 orang yang kita ambil. Mereka ni tak belajar akademik langsung, dia daripada, biasanya yang masuk sekolah tahfiz ini daripada umur 13 tahun, mungkin sekolah rendah, sekolah secara biasa, tetapi Tingkatan 1 dia tak masuk sekolah akademik biasa, dia belajar tahfiz. Hinggalah Tingkatan 5 dia tak masuk. Jadi mereka ni hafiz 30 juzuk, dia hafal Quran. Jadi kita telah menjalankan untuk tahun pertama 2021 ya, untuk 50 orang telah dijalankan di mana Kerajaan Negeri membiayai sepenuhnya kepada pengajian ini untuk anak-anak ini mengambil SPM. Kita panggil program Fast Track SPM Lepasan Tahfiz ya. Dan alhamdulillah setakat hari ini kita melihat perkembangan yang secara terperinci, dan ianya baik.

Dan, untuk tahun pertama ini kita mengkhususkan dalam jurusan yang berkaitan, tidak berkaitan dengan sains. Kerana kalau berkaitan dengan sains akan memerlukan 2 tahun minima untuk mereka belajar ya. Di negeri-negeri lain telah pun dilakukan seperti ini. Dan kita dapati anak-anak ini ya, cemerlang dalam pendidikan akademik, walaupun mereka terpaksa belajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 dalam hanya tempoh satu tahun, ramai di antara mereka ni berjaya dengan cemerlang kalau kita melihat prestasi ya, kerana anak-anak lepasan tahfiz ini anak-anak yang cemerlang. Anak-anak yang bersih dari segi diri mereka ini ya. Dan kita sedang usahakan inshaa Allah, sedang mempertimbangkan untuk diperkembangkan ini jika boleh mungkin tahun hadapan, masih

lagi dalam perbincangan untuk membuat skim yang kedua untuk program lepasan tahfiz ya, untuk aliran sains ya. Yang ini memerlukan selama 2 tahun untuk mereka belajar ya. Kita mengharapkan bukan sahaja pelajar-pelajar daripada jurusan akademik untuk diulama’kan, untuk mendalami dari segi Al Quran, agama dan sebagainya, tapi kita juga nak memastikan ya, pelajar-pelajar yang beraliran agama semata-mata ya, yang belajar menghafal Al Quran jugak boleh di, menjadi profesional. Dan kalau berjaya untuk kita jalankan pada tahun hadapan untuk skim yang kedua, ini akan membabitkan inshaa Allah maknanya pelajar-pelajar ini boleh untuk menjadi doktor ya, perubatan, boleh menjadi jurutera ya. Tetapi skim ni makan, makan masa untuk 2 tahun ya.

Jadi ini yang telah pun kita jalankan, satu inisiatif baru yang saya fikir yang memberi peluang kepada anak-anak lepasan tahfiz yang sebelum ini kalau mereka selesai pengajian, mereka tak ada peluang untuk masuk jurusan profesional ya. Mungkin boleh menjadi penceramah, mungkin boleh jadi ustaz, tapi nak jadi doktor perubatan, nak jadi peguam, nak jadi jurutera tak mungkin untuk mereka capai. Jadi peluang kita bukak kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, tinggal lagi, penerangan yang baik, tinggal lagi memang dah ada dibuat dulu. Itu sebabnya kita panggil sebagai smarf huffaz, yang mana program smarf huffaz ni kita buat di Sekolah KGV pun ada, smart huffaz ya. Banyak sekolah-sekolah berasrama penuh. Yang bidang sains, Sekolah Menengah Agama Sains Selaru pun ada bidang tahfiz kerana banyak jugak ibu bapak yang cenderung nak hantar anak-anak mereka untuk sekolah tahfiz, tetapi tidak ada. Maka mereka pergi ke sekolah tahfiz yang purely, sepenuhnya tahfiz. Jadi ini sebabnya kita nak supaya adanya profesional-profesional yang huffaz. Para huffaz dengan profesional. Kalau boleh lancar Al Quran, tak akan dia boleh lancar, tak lancar sifir 10 kan, Dato’ Dipertua kan.

Tapi saya tanya tadi berapa banyak Sekolah Bantuan Agama Kerajaan yang telah pun sepenuhnya dah ada, ada mata pelajaran Dini ya, macam sekolah-sekolah berasrama penuh ditaja dulu oleh Majlis Agama Islam. Sekolah, macam sekolah KGV dan sekolah, banyak sekolah-sekolah lain yang ada dah ada, kita panggil, apa kita panggil program smarf huffaz. Saya mintak Kerajaan Negeri kalau boleh kembangkan, kalau tidak, yang ada ini dikekalkan supaya kita dapat melahirkan seperti apa disebut oleh YB Ampangan tadi, kita melahirkan ramai profesional-profesional huffaz yang ada, nak jadi doktor pun, ataupun nak jadi

peguam ke. Sekolah Menengah Agama Persekutuan di Pedas misalnya dah ada program tersebut, dan mereka cemerlang Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Terima kasih, saya bersetuju, memang itu akan kita teruskan seperti saya nyatakan iaitu program akademik dihuffazkan, betul. Tapi yang kita buat ni untuk pertama kalinya ialah program hafiz huffaz diakademikkan. Jadi maknanya 2 keadaan yang berbeza dan saya cukup berkeyakinan dengan usaha yang ini, kedua-duanya ya, yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Rantau cukup baik iaitu daripada aliran akademik mereka itu boleh menjadi hafiz. Mereka itu boleh menjadi orang yang dari segi individunya, peribadinya berakhlakkan kepada Al Quran, itu kita nak laksanakan. Dalam masa yang sama, kita membuka peluang baru, ini yang saya sebutkan tadi, iaitu pelajar-pelajar yang memang tak ada langsung latar belakang akademik untuk sekolah menengah. Dan mereka jugak diberi peluang ya, bukan semua yang nak, kita tahu, tapi mereka yang hendak belajar bahagian akademik kita jugak bagi peluang kepada mereka. Jadi maknanya kedua-duanya ini adalah penting kepada kita. Dan saya yakin inshaa Allah dengan adanya bercirikan kepada, kembali kepada tadabbur ataupun menggunakan Al Quran ke dalam diri individu kita ini maka itu akan lebih baik dalam negara kita inshaa Allah. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kita pergi kepada Lenggeng ya.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Lenggeng adalah masalah Taman Eko Rimba Lenggeng ya, ini macam ayah angkat ya, ADUN ya, yang sentiasa bertanyakan tentang Taman Eko Rimba Lenggeng ini. Memang kita sedia maklum bahawa taman eko, Taman Eko Rimba Lenggeng terletak di Hutan Simpan Setul, terletak tidak jauh daripada Pekan Lenggeng iaitu lebih kurang 4 kilometer. Ia mudah dihubungi kerana ia terletak bersebelahan jalan raya Lenggeng – Pantai. Kawasan ini menjadi lokasi tarikan utama penduduk setempat dan peminat aktiviti berbasikal pada hujung minggu khususnya untuk berehat dan menghayati keindahan alam sekitar di hutan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, Taman Eko rim, Rimba Lenggeng ini menjadi salah satu daripada Taman Eko Rimba yang akan dimajukan

pada tahun 2022 bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ataupun singgah ke kawasan tersebut. Lanjutan daripada itu, Jabatan perhutan, Perhutanan telah memohon peruntukan Pembangunan Pelancongan bagi menaik taraf infrastruktur Taman Eko Rimba Lenggeng berjumlah 400 ribu untuk menaik taraf kemudahan infra sedia ada serta menyediakan kemudahan-kemudahan baru. Permohonan ini melibatkan pembinaan kolam mandi yang baru, menaik taraf dewan terbuka, menyediakan kawasan hentian basikal dan menaik taraf kemudahan asas sedia ada. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya kita pergi kepada Yang Berhormat Johol.

Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Johol. Untuk makluman Yang Berhormat Johol, semua balai raya di atas tanah kerajaan berada di bawah seliaan dan pengurusan MPKK kampung masing-masing. MPKK akan sentiasa memastikan dalam balai raya berada dalam keadaan baik agar boleh digunakan oleh pihak MPKK untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang telah dirancang seperti pusat penyerahan bantuan, Pusat Pemberian Vaksin bagi Program Outreach, Pusat Penilaian COVID-19 dan sebagainya. Selain itu MPKK juga sentiasa membantu dan juga memantau keselamatan balai raya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan memandangkan tiada sebarang aktiviti dibe, dibenarkan di balai raya.

Manakala kerja-kerja pembersihan padang dan taman permainan telah dijalankan secara berjadual oleh SWM. Pihak Majlis juga turut menjalankan kerja-kerja sanitasi secara berkala di kawasan taman permainan bagi memastikan keadaan padang awam dalam keadaan yang baik. Terima kasih.

Soalan tambahan. Terima kasih YB Exco. Saya nak maklumkan, kita sedia maklum Kerajaan Negeri telah membelanjakan banyak jumlah wang untuk membaik pulih berkaitan dengan kemudahan awam seperti balai raya ya. Sepertimana yang dikatakan oleh YB Exco tadi, sebenarnya apa yang saya lihat benda ni tidak berlaku di lapangan ya. Kaedah penggunaan balai raya, padang awam,

penyelenggaraan tak sepertimana yang digambarkan oleh kenyataan daripada YB Exco tadi. Banyak padang-padang awam saya lihat semasa PKP ni, kalau padang dah orang kata tu bukannya rumput yang panjang ya, tetapi pokok-pokok pun dah mula naik ya.

Dan satu lagi saya nak orang kata, nak, nak maklumkan kepada pihak Exco bahawa kaedah penggunaan balai raya dan jugak kemudahan ini rasanya dah 3 tahun dah ya, Kerajaan Negeri Sembilan ni diperintah oleh Kerajaan PH tetapi sikap ya, sikap MPKK ini masih lagi berada dalam keadaan yang sama ya. Saya nak tegaskan di sini, pernah berlaku di Johol ya, ketika sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan mesyuarat PIBG di kawasan sekolah. Jadi, pihak sekolah terpaksa menggunakan kemudahan awam seperti balai raya untuk mengadakan mesyuarat di luar kawasan sekolah. Saya telah dijemput untuk merasmikan Mesyuarat PIBG itu, tetapi apa yang mendukacitakan saya ialah keluar daripada cakap pihak MPKK ini kenapa membenarkan ADUN kerajaan untuk menggunakan balai raya. Sedangkan penggunaan balai raya ini adalah oleh pihak sekolah, kerana mereka tidak dibenarkan mengadakan Mesyuarat PIBG di kawasan sekolah. Tapi saya amat berharaplah, kepada Exco yang terlibat menjaga MPKK ni ya, tolong keluarkan garis panduan ya, tolong maklumkan apakah peranan mereka, apakah orang kata tu, tugas sebenar MPKK ini, di manakah sepatutnya mereka berada dan di manakah sepatutnya mereka memberi kerjasama. Kalau kawasan-kawasan yang di Johol, kita di bawah, ada wakil rakyat dan jugak ada Penyelaras DUN-nya, di manakah kita boleh menggunakan kemudahan-kemudahan ini. Jadi saya amat berharap kepada Kerajaan Negeri tolong pastikan MPKK ini ada garis panduan bagaimana mereka nak menjalankan tugas ya. Jangan membuat orang kata tu, satu penilaian yang mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan ketika ini sekarang. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Johol. Jadi untuk makluman yang, Yang Berhormat Johol, seperti apa yang saya nyatakan tadilah, sebenarnya memang adanya penyelenggaraan bagi kemudahan awam kita khususnya padang dan juga balai raya. Kalau katakan, Yang Berhormat Johol tadi kata ada beberapa padang tidak di-maintain dengan baik, mungkin boleh maklum kepada saya ataupun YDP ataupun Pegawai Daerah, kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Yang kedua, mengenai penggunaan balai raya ataupun penggunaan dewan orang ramai. Saya rasa kita semua sedia maklum dasar Kerajaan Negeri agak jelas, agak sangat clear dalam perkara ini di mana kita memang tak buat apa-apa event ataupun apa-apa majlis politik di

dalam dewan balai, dewan ataupun balai raya. Seperti apa yang, Yang Berhormat Johol kata tadi, katakan Mesyuarat AGM PIBG, bagi saya, saya rasa itu tak ada masalah kerana kami yang duduk di dalam Dewan ini, kami semua dipilih oleh rakyat. Katakan program itu dianjurkan oleh pihak NGO atau, ataupun dianjurkan oleh pihak PIBG, bagi saya dan juga Kerajaan Negeri, kami memang tak ada masalah kerana yang penting dewan orang ramai itu, kemudahan-kemudahan awam ini dia adalah untuk kegunaan orang awam. Jadi saya rasa tak timbul, tak timbul isulah.

Cuma mungkin saya rasa kita pun fahamlah, kadang kala walaupun adanya perbezaan dari segi fahaman politik tetapi sam, sampai perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai, saya rasa dalam perkara itu kita perlu bersamalah. Seperti apa yang kita buat ketika kita menghadapi COVID, saya rasa semua pihak kita memberi kerjasama yang cukup baiklah. Tak kira daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat. Saya ambil contoh macam di kawasan Bahau ataupun di Jempol, Yang Berhormat Jeram Padang kadang kala dia dapat, dapati adanya pihak yang tidak menerima bakul makanan ataupun ada pihak yang kuarantin tapi tak terima apa-apa, Yang Berhormat Jeram Padang selalu maklum kepada saya. Dan saya pun terus hantarkan bantuan tersebut. Saya rasa ini semangat yang kita sedia ada dan saya rasa dalam perkara ini saya rasa kita boleh sama-sama pastikan yang nasib rakyat itu tetap terbelalah. Seperti apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Perdana Menteri kita, ni apa, ni slogan baru “keluarga Malaysia”. Jadi tak kiralah PH ke, BN ke, PN ke, kita satu keluarga, kita pastikan nasib rakyat itu kita terus bela. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya kita pergi ke soalan berikut, Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Gemencheh yang tidak jemu-jemu bertanya soal belia. Sebab itu dia pun nampak muda, jiwanya muda. Terima kasih. Berkaitan dengan peruntukan yang telah disalurkan kepada persatuan belia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan lain-lain bagi tahun 2021 bagi memperkasakan belia. Dalam mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan, yang diadakan hampir setiap bulan, memang dibangkitkan oleh ahli-ahli mesyuarat

termasuk oleh saya sendiri tentang bagaimana Kementerian Belia dan Sukan boleh membantu Majlis-Majlis Belia di peringkat negeri dan daerah. Alhamdulillah, Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2021 ini telah meluluskan bantuan pentadbiran sebanyak 6.84 juta ringgit dan bagi nis, bagi Negeri Sembilan, Majlis Belia Negeri mendapat dapat 80 ribu ringgit, Majlis Belia Daerah-Daerah pula menerima 40 ribu ringgit bagi setiap Majlis Belia Daerah bagi bantuan pentadbiran.

Kita sedia maklum dalam tempoh sepanjang 2021 ini kita berdepan dengan PKP dengan SOP yang ketat, tidak boleh melaksanakan program secara bersemuka. Maka dengan sebab itu kita melihat peruntukan ini sudah memadai untuk persatuan-persatuan belia dalam menghadapi suasana norma baru ini. Walau bagaimanapun, di peringkat Kerajaan Negeri kita telah memperuntukkan bajet untuk belia melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, melalui TABAH, melalui bajet 2021 diperuntukkan 0.5 juta ringgit dan juga melalui dana MPKK yang khas untuk belia dan beliawanis sebanyak 3,000.00 ringgit setiap MPKK. Kita ada 433 MPKK di seluruh Negeri Sembilan, maknanya jumlahnya adalah 1.3 juta ringgit.

Di dalam bajet 2021 jugak, sepertimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Klawang tadi, kita ada inisiatif petani muda memberikan dana 5 hingga 10 ribu ringgit kepada pemohon di kalangan anak-anak muda lepasan SPM. Jumlahnya 500 ribu ringgit. Bagi mereka yang ada ijazah, keluar daripada unversiti, tak ada kerja, kita ada Inisiatif Siswazah Tani (INSIST 9) boleh jugak mendapat sehingga 5 hingga 10 ribu ringgit dengan jumlah 500 ribu ringgit.

Berkaitan dengan Tabung Usahawan Negeri Sembilan, kita telah laksanakan hampir 3 tahun ya, dengan jumlah yang besar dan sebahagian besar daripada penerima TUNS ini adalah daripada golongan belia. Pada tahun 2019, daripada 1,046 penerima itu, 213 adalah belia dan beliawanis yang berumur 40 tahun ke bawah, usahawan-usahawan muda kita. Bagi TUNS tahun 2020, daripada 2,023 penerima, 47.2% meningkat ya, 955 penerima adalah belia dan beliawanis, usahawan muda kita. Dan bagi TUNS 2021 meningkat lagi daripada 47.2% kepada 49.3% adalah golongan belia. Dan ada kita jugak ada Inisiatif TUNS Plus memberi pinjaman 15 ribu ringgit tanpa bunga, tanpa faedah ya. Penerimanya 54% adalah golongan belia. Jumlah keseluruhan ini hampir mencecah 4 juta ringgit bantuan usahawan yang kita berikan kepada usahawan muda, belia dan beliawanis. Begitu jugak di bawah YB Arul ya, YB Nilai, kita ada inisiatif job fair, kita mengadakan program-program untuk menarik syarikat-syarikat besar

untuk membuat tawaran kerja kepada anak-anak muda, siswazah yang baru keluar dengan peruntukan 150 ribu ringgit. Mungkin disebabkan PKP ini masih belum dapat dilaksanakan.

Kesemua ini yang secara langsung kepada belia adalah berjumlah hampir 6 juta ringgit. Ini tidak termasuk inisiatif-inisatif lain yang tidak secara langsung ya, sepertimana yang di, disebut oleh Exco yang lain, program fast track¸ Rumah Harapan Rakyat, ERAT Negeri Sembilan, inisiatif penempatan semula penjaja, kita bagi 300.00 ringgit bagi mana-mana penjaja yang sanggup berpindah ke pusat penjaja yang kita bina, pembinaan pusat penjaja ya, kita ada elaun untuk guru-guru takmir, elaun Bilal, Siak yang di kalangan anak-anak muda jugak terlibat, program PH GEM ya, jugak pemasangan LED billboard yang akan kita gunakan jugak untuk siaran secara langsung. Mungkin pada tahun 2022 ini ada World Cup di Qatar, mungkin di setiap 6 daerah akan ada billboard termasuk satu di Nilai, 7. Akan diadakan siaran langsung di kawasan terbuka jika dibenarkan oleh norma PKP ataupun SOP yang baru. Keseluruhan ini berjumlah hampir 22.4 juta ringgit. Kalau kita campur yang tadi, maknanya hampir 30 juta ringgit yang kita sediakan untuk membantu golongan belia.

Di bawah TABAH, ingin saya kongsikan bahawa kita telah membantu banyak NGO-NGO belia yang memberikan kertas kerja dan berbincang dengan kita. Antaranya Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan ya, kita telah membantu bagaimana sepak takraw Negeri Sembilan telah mencapai kedudukan yang terbaik dalam STL. Kita berada di nombor 3 terbaik di Malaysia. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Sembilan, kita mengadakan program PdPR di PPR Paroi ya, kita ada masalah anak-anak yang tidak mendapat cover write, coverage internet yang baik, liputan internet yang baik, kita adakan satu pusat dengan kita berikan Unifi yang paling baik sekali, yang paling laju sekali dan mereka boleh menggunakan talian tersebut dalam satu Pusat Internet Harapan yang berada PPR Seri Perdana Paroi.

Kita ada jugak program bagi meningkatkan psikologi dan jugak spiritual anak-anak muda melalui program Kelab Rekreasi Interaktif Salaman ya. Kita ada jugak program bersama Persatuan Belia India Seremban Selatan, program sepakan penalti. Kita ada program Kem Belia Harapan pada bulan April yang lalu. Kita ada program Kelab Belia Rahmah ya, satu program motivasi. Kita ada jugak Pembangunan Bola Sepak Bersama Kelab RZY; Rezal Zambery ya, salah satu, salah seorang tokoh ataupun pemain bola sepak, bekas pemain yang mengada, yang kini mengusahakan program pembangunan belia bola sepak. Kita jugak membantu Majlis Belia Tampin mengadakan program Ihya Ramadan. Kita mengadakan program street soccer bersama Persatuan

Belia India. Kita ada jugak Kelab Rakan Muda Teluk Kemang mengadakan program agihan juadah berbuka puasa bersama dengan Nasyata Chapter N9 mengadakan progam food basket, bakul makanan. Jugak kita mengadakan program bersama Sekolah Sains Sukan Za’aba menyumbangkan peralatan-peralatan kepada Sekolah Sains Sukan Za’aba sepertimana yang dibangkitkan oleh ADUN Senaling.

Persatuan Mubaligh Negeri Sembilan, kita ada program belia ihya Ramadan bersama Orang Asli di Jelebu. Kita jugak ada program bersama belia Orang Asli Jelebu jugak sumbangan peralatan sukan takraw dan bola sepak. Kita ber, ada program bersama Persatuan Belia Bagan Pinang. Belia MPKK Pasoh 4. Hari Sukan Belia DUN Pertang. Kita ada program bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Waris Negeri Sembilan, program tukar minyak hitam untuk belia rider, food rider. Kita ada Kelab Sukan Bomba, kita mengadakan Program Malaysia Virtual Run 2021. Kita ada program sanitasi masjid-masjid ya bersama dengan Gabungan belia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Dengan Briged Negaraku kita ada program sumbangan bantal di Pusat Kuarantin (PKRC) di Mantin. Jugak kita bersama Briged Negaraku mengadakan sumbangan power bank ya, untuk front liner di semua sekatan-sekatan jalan raya di seluruh Seremban. Kita ada program mengaji online ya, sempena PKP ni anak-anak kita tak boleh pergi mengaji, Taman Al Quran di Seri Rembau mengadakan program mengaji secara online. Kita ada program sukarelawan di Pusat Vasinasi, program vaksinasi bersasar di Klinik Kesihatan Senawang. Bersama Persatuan Esport Negeri Sembilan kita ada program sembang santai esports. Dan jugak mengadakan penajaan untuk persa, Persatuan Esports Negeri Sembilan yang kini sedang bertanding di peringkat Malaysia dan Singapura bagi memilih wakil ke peringkat Asia.

Jadi ini di antara usaha-usaha kita untuk membantu belia. Inshaa Allah daripada jumlah 500 ribu di bawah TABAH, hampir 200 ribu telah kita belanjakan. Jadi saya menyeru mana-mana Yang Berhormat yang ada menerima, menerima permohonan daripada NGO-NGO belia yang ingin mengadakan program boleh salurkan kepada Pusat Pembangunan Belia Harapan untuk kita bantu, inshaa Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan ya?

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Soalan tambahan saya, disebabkan

pandemik ini banyak program yang tidak dapat dilaksanakan dan bertanya, adakah peruntukan khusus kepada persatuan-persatuan belia ataupun NGO-NGO untuk membantu belia-belia yang terkesan di, terkesan di waktu pandemik ini. Dan satu lagi di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana berjaya melangkah ke Liga Premier, inshaa Allah tahun depan.

Pembetulan sikit, daripada Liga Premier kepada Liga Super. Dato’ Yang Dipertua, kita akui bahawa belia sangat terkesan. Antaranya ialah golongan penghantar makanan; food rider ya. Sebagai contoh, saya ambil satu contoh, melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan, kita telah membantu penghantar-penghantar makanan ini, hampir 1,000 orang di seluruh Negeri Sembilan. Pertamanya untuk mendapatkan vaksinasi ya, mereka ini banyak membantu. Saya yakin di kalangan kita banyak yang memesan makanan secara online ya. Mereka inilah yang kadang-kadang sampai jauh malam bertugas untuk menghantar makanan ini dan mereka lebih baik menerima vaksin supaya lebih terjamin dan lebih di, dijamin ya, daripada terjangkit dengan COVID-19. Itu satu usaha kita.

Yang kedua inshaa Allah pada 18 atau 16 September ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melancarkan satu takaful khas untuk food rider ini, penghantar makanan ini ya, di mana mereka ini sebanyak 500 orang akan diberikan takaful secara percuma bagi menjaga mereka. Kita lihat bagaimana food rider ini banyak yang terlibat dengan kemalangan, ramai yang meninggal dunia, yang kecederaan kekal dan sebagainya. Melalui takaful TABAH ini, mereka akan menerima pampasan sebanyak 10 ribu ringgit jika mereka terlibat dalam kemalangan yang membawa maut. Jika berlaku kecederaan kekal, kecacatan kekal, mereka jugak akan menerima 10 ribu ringgit bagi keluarga, waris dan sebagainya. Dan kalau terlibat sehingga mendapat rawatan di hospital, akan menerima perlindungan sebanyak 1,000.00 ringgit. Begitu jugak, takaful atau khairat kematian sebanyak 1,000.00 ringgit. Ini di antara usaha, contoh usaha kita.

Dan inshaa Allah saya yakin, saya ingin menegaskan kembali bahawa di bawah inisiatif-inisiatif belanjawan 2021 banyak yang boleh diguna, dimanafaatkan oleh golongan belia jika mereka terkesan. Yang usahawan boleh dapatkan 3,000.00 ringgit. Yang minat pertanian boleh berjumpa dengan YB Klawang ya. Yang berminat dengan perkara-perkara sukan dan usahawan boleh berjumpa, berkaitan usahawan boleh berjumpa dengan YB Ampangan ya. Kita banyak inisiatif-inisiatif yang boleh dimanafaatkan, termasuk melalui TABAH

ya. Jangan segan-segan untuk berjumpa dengan TABAH, saya akan memberi jaminan bahawa sebarang program yang baik, yang beri manafaat kepada seluruh belia akan saya pastikan mendapat kelulusan serta merta, dengan secapat mungkin inshaa Allah. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Sekian …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua. Satu minit, satu minit.

Yang Dipertua Dewan

Sudah, sudah 11 …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Bukan soalan tambahan, bukan soalan.

Yang Dipertua Dewan

Apa dia?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, 6 haribulan soalan saya ada 3. 7 haribulan soalan saya ada 3. Tapi hari ini, soalan saya tak ada naik, tak apa, saya terima kasih Unit Dewan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Allahuakbar. Jadi masa tak mengizinkan ya. Sekarang dah 11:40, 11:40. Jadi sekarang ni kita nak masuk ke agenda lain ya, yang lebih pentinglah. Jadi, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertanyaan-pertanyaan lisan telah dijawab. Mana yang tak sempat dijawab akan dijawab secara bertulis ya. Jadi saya nak bukalah kepada apa, untuk kita teruskan agenda kita yang seterusnya. Dipersilakan.

Usul — Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DirajaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah pun mendengar perbahasan oleh ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab. Persilakan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih, mintak izin untuk bukak mask.

Yang Dipertua Dewan

Boleh cakap macam tu kan?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua, dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan sesi perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang menyeru wakil-wakil rakyat dalam Dewan yang mulia ini untuk mematuhi matlamat dan amanah-amanah yang dipertanggungjawabkan dan bekerjasama dengan penuh integriti dan akauntabiliti demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menjawab beberapa isu yang diketengahkan dan juga menonjolkan faktor yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di dalam isu wanita, keluarga dan kebajikan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat dan sejahtera, selaras dengan iktikad Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Okay, untuk menjawab YB Palong yang bertanyakan tentang program PH GEM. Terima kasihlah, jikalau tidak ada pertanyaan tersebut, saya tak ada peluang untuk berucap. Kepada YB Palong – mari pergi rumah si nyonya, tengok anaknya menangkap buaya, Palong berhujah penuh gaya, keluarga felda didoakan bahagia. Okay, program Powerhouse Wanita Gemilang adalah untuk memperkasakan wanita dalam 5 sektor iaitu pendidikan, alam sekitar, kesihatan, kebajikan sosial dan ekonomi dan juga hak asasi. Ia merupakan inisiatif untuk membantu golongan wanita menjalankan program membantu memperkasakan wanita.

Terdapat 2 orang penyelia yang bertugas di Parlimen Jempol, terdapat beberapa program PH GEM yang telah dijalankan di kawasan Palong, Jeram Padang dan juga Serting.

Misal kata program yang telah dijalankan di DUN Palong adalah di, yang dianjurkan oleh MPKK Felda Palong 1 – kelas aneka roti dan membuat mee kuning, bengkel penyelenggaraan dan penjagaan motor. Dan juga di Palong 4 – taklimat PH GEM. Dan di, di Jeram Padang – MPKK Bukit Pilah – program menggubah bakul dan mengkuang, program menanam kunyit hitam, program sabun kristal, program menanam pokok terung, program diamond drawing. Di MPKK Tanah Panjis – program moon cake Shanghai, program sabun kristal. Di MPKK Kampung Rata – program memasak ayam selasi, program kuih bulan salji, program mengajar manisan kuih, program memasak ayam 3 rasa. MPKK Kepis 12 – program moon cake shanghai, program diamond drawing. MPKK Kampung Pekan Jelai – kursus melukis inai. Dengan jumlah 315 peserta di Jeram Padang dan jumlah 100 orang peserta di Palong. Dan di DUN Serting, program di Kampung Baru Mahsan, di Kampung Seri Mahsan, Kampung Gajah Mati, Kampung Bayar Baru, Ladang Geddes A,B,C,D dan dengan peserta seramai 786 orang.

Disebabkan oleh PKP, maka ada banyak program yang sudah dirancangkan dan, tapi belum dijalankan iaitu di Felda Palong 3 – program usahawanita digital. Di Felda palong 4 – jahitan baju kanak-kanak. Felda Palong 5 – solekan asas. Felda Palong 6 – jahitan baju kurung. Di Kampung Baru Bukit Pilah – program melukis henna. Di Tanah Panjis – jahitan baju kanak-kanak. Kampung Rata, Kampung Kepis 12, Kampung Pekan Jelai, Kampung Felda Palong 1, Kampung Felda Palong 2, Kampung Felcra Rompin B, Kampung Taman Jaya, Kampung Baru Rompin, Kampung Seri Rompin – semua sudah ada program, tapi belum dijalankan. Inshaa Allah nanti dalam fasa keempat kita boleh jalankan. Pada, di, di DUN Serting, MPKK Kampung Gajah Mati – program usahawanita digital. Bayar Baru – jahitan langsir. Ladang Geddes A – solekan asas. Kampung Felda Palong 6 – melukis henna.

Kaedah pelaksanaan yang digunakan oleh PH GEM untuk menjalankan program dan memperkasakan wanita adalah dengan cara menyantuni MPKK dan KRT untuk menghe, menghebahkan kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan pedalaman. Selain itu, Penyelia PH GEM selalu bersama-sama dengan ADUN dan Penyelaras DUN serta ketua MPKK mencari ikhtiar bagaimana nak membuat program yang akan datang. Penggunaan media sosial juga meng, merupakan salah satu kaedah menghebahkan program-program PH GEM melalui aplikasi Facebook. PH GEM juga mempromosikan produk-produk yang

dihasilkan oleh peserta melalui aplikasi atas talian. PH GEM sekarang berada di Shopee. Tolong belilah barangan buatan PH GEM. Dan ini masyarakat dapat mengenali PH GEM melalui produk yang berjaya dihasilkan dan dijual.

Saya ingin memetik ucapan daripada Yang Berhormat Palong yang kata program ini dilihat gagal menterjemahkan impaknya dan selain dari tiada usaha untuk memperkasakan pelaksanaannya, kaedah pelaksanaannya bersifat statik dan tidak menyeluruh. Tapi selepas saya memberi jawapan ini, adalah tidak benar dan banyak program sudah dijalankan dan banyak program akan dijalankan. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan penghargaan kepada Felda Palong yang memberi pengiktirafan bahawa ada impak, ada potensi untuk membawa impak kepada wanita dan saya akan menerima cadangan dengan hati terbuka dan akan membuat penambahbaikan untuk, supaya kita dapat merealisasikan hajat PH GEM yang sebenarnya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dan untuk yang Berhormat Kota – hujung minggu pergi ke Kota, singgah juga taman rerama, jangan tangkap Pokaemon, terima kasih YB Kota, bantu rakyat paling utama. Okay …..

Yang Dipertua Dewan

Tak habis lagi?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ada jawapan.

Yang Dipertua Dewan

Ingat dah habis tadi.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Kota bertanyakan client yang berdaftar dengan eKasih tidak menerima bantuan JKM. Okay, kelulusan permohonan bantuan JKM adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh pihak jabatan dan garis panduan pengurusan bantuan kewangan. Kriti, kriteria kelayakan bantuan kewangan JKM yang digunapakai bagi menyalurkan bantuan tersebut adalah warganegara Malaysia, bermastautin dalam Negeri Sembilan, pendapatan keluarga tidak melebihi Paras Garis Kemiskinan (PGK). PGK semasa di bawah kriteria kelayakan am digunapakai dalam semua permohonan bantuan

JKM sepertimana yang dinyatakan dalam surat Pekeliling KPKM Bilangan 5 Tahun 2019 iaitu pendapatan isi rumah di bawah PGK 2016 iaitu 960.00 ringgit bagi Semenanjung Malaysia. Ada cadangan untuk menaikkan PGK tapi masa sekalang, sekarang belum lagi dilaksanakan.

Lain-lain syarat kelain, kelayakan adalah golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan atas faktor-faktor lain yang diambil kira iaitu bilangan anak atau tanggungan, perbelanjaan persekolahan anak-anak, tambang bas, yuran sekolah, keadaan rumah, rumah sewa, umur pemohon, ketua keluarga, kecacatan, keuzuran disebabkan oleh penyakit. Mereka yang kurang, kurang bernasib baik kerana kesulitan hidup harian yang berpunca daripada kematian pencari nafkah, sakit, orang kurang upaya, warga emas, kemiskinan daif dan lain-lain masalah sosial.

Kumpulan sasar jabatan yang tidak berkemampuan dan bekerpeluan, berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari. Kes-kes yang sangat berkeperluan secara sekaligus dan serta merta untuk meringankan kesulitan dan kepayahan yang sedang dialami oleh kes berkenaan. Sebu, sehubungan dengan itu, kes-kes yang tersenarai dalam eKasih tetapi tidak menetapi syarat-syarat di atas tidak dapat dipertimbangkan bantuan oleh JKM. Walau bagaimanapun, pihak jabatan bersedia untuk menjalankan siasatan sekiranya mene, menerima per, permohonan di dalam senarai eKasih yang dirujuk oleh JKM.

Berkenaan dengan penamatan bantuan JKM. Setelah saya memberi arahan sejak 22 haribulan Januari 2020, sebelum sebarang penanam, penamatan bantuan JKM dibuat, satu notis 21 hari akan diberi kepada ADUN kawasan kecuali disebabkan kematian. Maka tak ada isu berkenaan dengan penanam, penamatan tanpa makluman kepada ADUN kawasan. Jikalau ada apa-apa penamatan yang tidak dimaklumkan kepada YB-YB sekalian, mohon beritahu saya kerana ini memang menjadi arahan yang sudah berkuatkuasa sejak 22 haribulan Januari 2020. Terima kasih. Kepada …..

Dato’ Yang Dipertua. Saya bagitahulah Dato’ Yang Dipertua. Ada yang ditamat, kita pun tak tahu, ada.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya, boleh beri maklumat kepada saya, nanti …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. WhatsApp kepada saya terima kasih. Kepada, untuk menjawab YB Rahang, suka saya kongsikan SOP permohonan atau tatacara permohonan PH GEM di mana salah satu syarat adalah jemputan kepada YB atau penyelaras kawasan. Setelah membuat semakan, didapati ada jumlah 12 program yang dijalankan di DUN Rahang pada 11 November 2019, 5 dan, 5 Disember 2019, 9 Disember 2019, 13 Mac 2020, 14 Mac 2021, 27 Mac 2021, 30 Mac 2021, 1 April 2021, 3 April 2021, 5 April 2021, 10 April 2021, 12 April 2021. Daripada 12 program tersebut, Yang Berhormat atau wakil Yang Berhormat hadir untuk 11 daripada program tersebut dan satu program iaitu pada 13 haribulan Mac 2020, tak ada kehadiran daripada DUN Rahang. Maka adalah, inilah program yang diadakan.

Penyelia dan Pembantu Penyelia yang akan menyan, disebabkan oleh kemungkinan satu, malah satu taklimat berkenaan dengan tatacara PH GEM diadakan di Palm Hotel pada 12 haribulan April 2021 sebagai satu peringatan mesra kepada ADUN dan penyelaras kawasan tentang tatacara PH GEM dan syarat. Syarat yang utama adalah supaya penganjur menjemput YB dan penyelaras kawasan. Maka mungkin ada sedikit kesalahan komunikasi, maka saya sudah arahkan supaya semua penyelia menyantuni di setiap ADUN, setiap ADUN kawasan untuk memberi se, se, satu lagi taklimat tentang tatacara PH GEM. Gambar-gambar program PH GEM yang saya, saya sebut tadi, 12 program tadi terpampang di Facebook PH GEM, PH GEM dan dapat dilayarilah jikalau anda ingin lihat di mana saya ucapkan terima kasihlah kepada YB Rahang yang juga bersama-sama ambil gambar dengan lambang isyarat tangan macam ini, macam ini haa, so semua ada. Semua happy.

Dan mem, saya ucapkan terima kasih kepada YB Rahang juga yang memuji keberkesanan program PH GEM dan mengiktiraf bahawa PH GEM benar-benar dapat mem, men, mendapat sambutan hangat daripada kaum hawa. Sekarang saya berhadapan dengan satu dilema di mana 2 kemungkinan berlaku. Yang pertamanya, kemungkinan pertama, disebabkan oleh kesibukan memerangai COVID-19 maka YB Rahang terlepas pandang bahawa beliau telah menyertai program-program PH GEM yang tersebut atau kemungkinan kedua, YB, YB Rahang terkilaf dan tidak memberi gambaran yang sebenarnya kepada Dewan yang mulia ini di mana saya terpanggil mendeklamasikan serangkap pantun di Dewan yang mulia ini; umur 18 undi belia, Parlimen dan mahkamah sudah benar, ini Dewan yang sangat mulia, amalkan adab dan benar. Walau bagaimanapun, sebagai rakan

seperjuangan dalam parti yang sama, saya lebih cenderung untuk memilih kemungkinan yang pertama bahawa beliau terlepas pandang.

Namun saya memandang serius teguran YB Rahang dan akan menyemak balik tatacara permohonan untuk memastikan perkara-perkara yang didakwa tersebut tidak berlaku lagi. Saya juga mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada mendiang Anchamah a/p Nanggaraju yang mendiang lebih dikenali sebagai Kavita yang berkhidmat sebagai Penyelia Parlimen Rasah sejak dari 11 Jun sehingga, 11 Jun 2019 sehingga Disember 2020, Penyelia Parlimen Rembau dari Januari 2021 sehingga Ogos 2021. Untuk rekod, Kavita yang berumur 44 tahun telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selepas bertarung nyawa melawan jangkitan COVID-19. Ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mendiang Puan Kavita dan semoga roh beliau diberkati rahmat.

[YB Timbalan Yang Dipertua mempengerusikan persidangan ketika YB ADUN Bukit Kepayang menyampaikan ucapan penggulungan]

Saya mengakhiri dengan ucapan penghargaan kepada penjawat awam dan petugas-petugas barisan hadapan, saya ingin, ingin mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua barisan, petugas-petugas barisan hadapan COVID-19. Sama-sama kita doakan agar semua rakyat Negeri Sembilan terutamanya wirawati dan wirawan barisan hadapan yang sentiasa sihat walafiat dan dilindungi daripada jangkitan COVID-19. Jutaan terima kasih juga atas kesabaran dan pematuhan SOP. Jutaan terima kasih juga atas pengorbanan anda semua terutamanya petugas-petugas barisan hadapan, sebutan khas kepada warga JKMNS tersayang saya. Saya mengakhir dengan serangkap pantun sebagai peringatan kepada semua Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini termasuk saya. Sedap sungguh buah bidara, sedap lagi buah pulasan, jangan lupa Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan. Terima kasih.

Boleh, I just nak, nak jelaskan sikit ya. Dengan izin, ya, I was not informed of any programs by PH GEM. However I attended when MPKK beritahu dengan saya; YB this date ada apa ni PH GEM dah selesai, nak bagi awards. I make sure I, pusat khidmat saya sebagai seorang wanita, we give the support to PH GEM. Kalau boleh, boleh kita dapat apa-apa dari pihak PH GEM, tak payah tunggu sampai MPKK bagitahu. Mungkin there’s a problem with the Palong pun. MPKK yang bagitahu last minute. Palong mungkin MPKK tak bagitahu. So we will support, memang kita akan support but atleast communicate dengan

pusat khidmat kita from pihak PH GEM also, so kita boleh siap sedia. Thank you.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay terima kasih Rahang, selepas ini …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih, saya ….

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. Bukit Kepayang akan maklum.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

…. bagi sejelas, sedikit penjelasan berkenaan dengan tatacara permohonan PH GEM di mana surat jemputan dikeluarkan oleh pihak penganjur termasuk surat jemputan kepada saya. So memang ini mungkin ada sedikit kesalahan komunikasi dan saya akan arahkan supaya penyelia PH GEM menyantuni setiap ADUN dan penyelaras kawasan untuk memberitahu, menjelaskan tentang tatacara SOP ini. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Labu.

Assalamualaikum. Saya tak ada peluang untuk bercakap pada hari yang ketiga, jadi hari ini saya mintak sikitlah, lebih sikitlah saya ada banyak benda yang berkaitan dengan MPKK, berkaitan dengan perkara-perkara pembangunan luar bandar dan jugak melibatkan masalah politik. Saya sangat berbesar hati kalau ADUN Chembong dan Rantau ada bersama, tapi tak apalah mungkin lepas ni akan boleh tengok.

Saya suka menyatakan bahawa tajuk, tajuk syarahan ataupun laporan, ulasan saya pada pagi ini menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar; seikat kangkung, sekilo ikan sembilang, nampaknya kecil, harganya kecik, tak sampai lebih kurang 10.00 ringgit, tapi kesannya besar sebab pemberian yang ikhlas daripada mana-mana ADUN kepada penduduk yang dalam keadaan kesempitan sekarang ini, nilai dia sangat besar. Bagaimana dinyatakan akibat daripada menggunakan media, WhatsApp, Instagram, rupa-rupanya diambil kira oleh ADUN atau siapa ada dalam kawasan tersebut, selepas kita beri satu ikat kangkung, sekilo ikan sembilang, dapat rahmat kepada kawasan yang di sekitar

itu, beratus. Jadi saya serulah kepada semua ADUN pembangkang ke, ADUN kerajaan ke, kita turun padang. Kita beri jumpa orang yang mesti ada susah. Tadi ada ramai orang bunuh diri, ada ramai orang menghadapi masalah.

Kita menjadi tanggungjawab, diberi amanah sebagai ketua, sebagai pemimpin kita diberi amanah, tanggungjawab dan tugas yang sangat berat. Semasa COVID kita tidak boleh berhenti, tidak boleh duduk mengasingkan diri sebab kita sebagai pemimpin terutama di peringkat frontliner di MPKK di kampung-kampung kita terpaksa. Sebab itulah saya cadangkan kalau dikatakan frontliner ni termasuklah MPKK saya. Di seluruh Negeri Sembilan ber, ber apa, sebanyak lebih kurang 5,600 lebih kurang dia punya frontliner. 13 ahli jawatankuasa setiap kampung dengan 433 kampung ya. Dan saya mintak jugak elaun ataupun takaful diberikan kepada mereka. Saya sudah cadangkan dulu. Dan untuk tahun ini saya mintak dipertimbangkan. Bajet tak banyak pun ya. Sebab ada kematian kepada mereka-mereka menjalankan tugas. Itu yang pertama.

Yang kedua, kami dulu pernah cakap dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita menghantar memorandum tentang banjir tetapi tidak dihiraukan dan sekarang ini timbul lagi masalah banjir termasuk di dalam kawasan Rantau. Sebab itulah permasalahan rakyat ini jangan diambil mudah, jangan diambil endah, kena cepat bertindak. Saya setuju dengan semua pandangan pembangkang dan jugak pegawai kerajaan dan juga ni, apa ni, kita punya backbencher. Ada masalah kecil mesti diselesaikan segera, jangan dibiarkan berlarutan sebab kecil-kecil akan menjadi besar ya. Sebab itu kita jangan kira, saya tak ada kira. ADUN Chembong mintak bantuan, saya turun. Jambatannya kecik kita ganti dengan jambatan yang lebih besar, tak ada masalah. Sebab kita tahu keperluan itu adalah keperluan untuk rakyat bukan untuk siapa-siapa. Kita berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira politik termasuk dalam masa COVID sekarang ini. Kita mesti melayani semua pihak yang memang dalam keadaan terdesak, yang menghadapi masalah kesempitan kewangan dan sebagainya, termasuk kita kena tolong jugak jiran-jiran kita yang bukan warganegara. Jadi itu sebabnya saya nyatakan Kerajaan Negeri mesti memberikan lagi mungkin fasa yang keempat untuk COVID sehingga hujung tahun ini supaya kita dapat memastikan mangsa-mangsa ataupun mereka yang terlibat ini dapat dibantu ya.

Masalah banjir ini saya sudah nyatakan kepada semua dalam Exco Pembangunan Luar Bandar saya mana-mana pembangunan yang dibuat di sekitar kampung hendaklah dipastikan supaya longkang dan paip tersebut dihantar terus ke sungai bukannya di, dihantarkan ke

hujung kampung, di mana orang kampung yang akan menghadapi masalah. Saya jugak telah menyatakan bahawa semua pembangunan kampung, pembesaran kampung perlu dibuatkan rizab-rizab yang tertentu supaya dapat diberi kemudahan-kemudahan untuk rakyat. Taman permainan kanak-kanaknya, balai rayanya, dan jugak semua kemudahan berkaitan termasuk surau, masjid dan sebagainya. Ini saya sudah nyatakan supaya kita merancang pembangunan kampung selari dengan pembangunan untuk kita majukan negeri kita menjadi negara maju sedikit masa lagi. Itu yang perta, yang kedua.

Yang ketiga, saya suka menyatakan campur tangan politik, sebab itu saya bila dipanggil ada Menteri turun, saya pun turun terutama di Serting apabila buat suntikan mobile suntikan, apabila ada Orang Asli buat di bandar, di Bandaraya, saya turun sebab tanpa mengirakan kita terpaksa sama ada orang ni parti pembangkang ataupun parti pemerintah, mereka memang memerlukan suntikan vaksin. Dan kalau kita mene, mengenepikan besok yang kena jugak balik kepada kita, percik air, tepuk air di dulang, ter, terpercik ke muka sendiri. Jadi saya tak mahu benda ini berulang ya.

Dan kalau boleh segala pembangunan yang jugak yang dikatakan tadi kita ada bantuan daripada Kerajaan Federal, PEMERKASA, saya ucapkan syabas dan tahniah, Kerajaan Pusat bagi pada Kerajaan Negeri dan kita buat untuk membangunkan membaiki semua infrastruktur ataupun bangunan-bangunan kerajaan ataupun bangunan yang ada di dalam kampung-kampung. Balai rayanya, suraunya dan sebagainya ya. Ini boleh digunakan. Jadi saya mintak sahabat-sahabat saya, sebelah kanan saya, kita bekerjasama ya.

By besok pagi saya akan pergi ke Sungai Lerek di Gemencheh untuk mengatasi masalah Orang Asli dan saya mintak pada tahun ini, Kerajaan Negeri mesti peruntukkan sedikit peruntukan kepada Orang Asli sebab saya dah pergi kepada kampung di, di, di Jelebu, tak jauh, belakang tu je. Rumah Tok Batin dio dibuat daripada, sangat daif. Ada 2 orang lagi keluarga yang sangat daif. Oleh kerana tiada peruntukan, sebab peruntukan daripada Federal, membina rumah baru untuk orang miskin ni terhad, tak sampai 50 / 44 satu tahun. Jadi lebih kurang 4 ke 5 saja untuk satu DUN, tak sampai pun. Jadi kita mintak Kerajaan Negeri dengan ada projek perumahan ini bagilah sedikit untuk Orang Asli, orang kampung yang betul-betul susah supaya kita pastikan bahawa kemudahan yang didapati di bandar akan dibawak, dirasai dan dinikmati oleh semua penduduk di dalam kawasan kampung-kampung tradisi, kampung-kampung baru dan jugak kampung Orang Asli. Ini yang harapan saya, supaya jangan kita tinggalkan selepas 60, hampir 65 tahun, 64 tahun kita merdeka, ada lagi kampung yang tak dapat. Tapi

saya dapat selesaikan kampung yang terbaru yang tahun ni dapat bajet di Jelebu. Ado lagi ko kampung yang tak dapek air, ado. Ada lagi ke kampung yang tak dapek elektrik, ada. Inshaa Allah kita akan selesaikan sikit masa lagi. Dan saya menyerulah kepada semua ADUN sama ada Penyelaras DUN supaya pastikan di mana kawasan di mana kita berada pastikan kemudahan asas ini dapat dinikmati dan diberikan kepada semua rakyat kita tanpa mengira sama ada dia Orang Asli, orang India, sama ada orang Melayu ataupun orang Cina.

Saya suka mengingatkan, sebagai bekas pegawai kerajaan selama 33 tahun, saya tahu ada beberapa campur tangan politik, orang politik dalam pentadbiran. Jadi saya menyerulah tak kira siapa, tak kira daripada mana-mana dalam Malaysia ini, termasuk di Negeri Sembilan, ada benda kita boleh campur, ada benda tidak boleh campur. Pegawai poli, pegawai kerajaan jugak ada masanya program boleh ikut serta, ada masa tidak boleh ikut serta sebab kita ada akta, kita ada peraturan, kita ada etika. Jadi sebabnya saya menyerulah terutama tuan-tuan pegawai-pegawai kerajaan yang memberi korban yang sangat baik, yang sangat cemerlang membantu kerajaan dalam zaman COVID ini, saya respect dan saya ucapkan berbanyak ribuan terima kasih. Dan teruskan usaha ini walaupun kadang-kadang tuan-tuan menghadapi masalah akibat kekurangan perbelanjaan dan jugak kekurangan peralatan. Saya tahu. Dan jangan pressure sangat doktor-doktor di, di mana-mana kawasan yang cuba menolong dengan mengenakan tekanan-tekanan. Ini saya ingatkan ya, sebab mereka adalah pegawai kerajaan yang menjalan perintah mengikut etika yang telah ditubuhkan.

Saya juga suka menyatakan bahawa MPKK ini bukanlah little Napoleon di kampung. Dia ada peraturan. Sebab itu saya mintak supaya mana-mana Penyelaras DUN, pegawai kerajaan, ADUN bukan kerajaan supaya dapat di, respect-lah sikit ketua kampung kita. Nak masuk kampung pun beritahulah. Sebab saya dah nyatakan ada bantuan daripada Kerajaan Federal, ada bantuan daripada Ahli Parlimen, ada bantuan daripada Kerajaan Negeri, ada bantuan daripada NGOs, ada bantuan daripada individu, kalau boleh respect-lah sikit ketua kampung kita. Maklumkan. Dia orang serba salah. Haa jadi itu sebab saya kata, jangan main politik sangatlah. Pada saya senang saja, kalau ADUN Johol datang ajak pergi, saya datang. Kampung orang rumah saya Johol. Saya orang Pilah, abah orang Pilah, omak saya orang Labu ya. Jadi tak ada masalah.

Jadi itu sebab saya nyatakan supaya kita bekerjalah, tak kiralah tuan-tuan di pihak, di belah sana, saya di sebelah sini bersama kawan-kawan, saya nyatakan siapa yang kerja, yang turun, yang menyantuni, yang

menyelesaikan masalah rakyat, rakyat akan terhutang budi. Tak payahlah kita kata politik, kita buat kerja kita, tanggungjawab kita. Tak kira siapa ya. Sebab itu pandangan saya kita kurangkan berpolitik ini dan berpolitiklah secara matang.

Sikit mencelah Labu. Saya nak bertanya respect tadi kan. Ada 2 perkara. Satu, peruntukan Persekutuan yang disalurkan ke, ke Kerajaan Negeri dan jugak satu lagi cerita MPKK ni tadi, kan. Saya nak bertanya, apa pandangan Labu berkaitan dengan kalau MPKK pun terpaksa respect kepada ADUN. Apa pandangan Labu?

Dia respect ini tuan-tuan, tak kata orang, tak rugi ular menyusur akar tak hilang bisanya. Jadi kalau tuan-tuan raso tuan-tuan nak dihormati saja, tidak boleh. Saya rasa turunlah, turunlah berjumpa, datanglah jumpa dengan Exco apa salahnya. Saya boleh jumpa ICU, jumpa dengan Kerajaan Federal untuk tanyakan apa projek yang ada dalam kawasan saya. Tak kanlah tuan-tuan tak boleh tanya, datang berjumpa apa yang saya nak buat, apa yang MPKK nak buat, comment yang kita perlukan comment yang positif. Pandangan yang, cadangan yang positif di semua pihak. Inshaa Allah saya respect macam tulah. Bukan makno orang mesti hormat kita, tak, kita mesti respect turun, orang akan respect kita. Saya tak datang pun ADUN saya terima kasih hantar wakil, cukup. Itu pandangan sayalah ya. Okay.

Dan saya mintaklah cadangan bajet, oleh kerana salah satu Exco yang tak ada bajet, walaupun bajet ni diberi kepada MPKK, tapi bila nak pergi ke felda, nak pergi ke felcra, nak pergi kepada Orang Asli, saya tak ada bajet. Jadi saya mintak supaya bajet, projek-projek kecil ini dibagilah. Sebab saya senang selesaikan masalah kecik-kecik punya ni, bukan, tak payahlah semua orang nak turun ya. Dan jugak berhubung dengan soalan lisan tadi, kalau boleh beri ruang kepada semua Exco dapat menjawab. Jadi kita susun balik soalan-soalan. Kalau kata macam saya, saya tunggu soalan saya semua 3 hari ada soalan saya. Tapi tak apalah diberi sebab diletak di belakang. Saya nak, nak jawab ADUN Rantau punya soalan, tak boleh sebab soalan saya di belakang. Kalau boleh susun balik supaya semua Exco ni dapat diberi peluang untuk menjawab soalan.

Dan saya suka membuat statement pada hari ini, sebab beberapa hari ini agaknya ada orang tak tidur, ada orang sibuk-sibuk semua, ada orang yang tak boleh lalu makan. Jadi suka menjelaskan ada perbezaan, ada batas, ada limit di antara parti dengan pemerintah ya. Ada perkara yang melibatkan parti, orang lain tak boleh campur. Saya

tak pernah mencampuri parti siapa-siapa, walaupun parti kawan kita, parti lawan kita sebab mereka ada peraturan, mereka ada dia punya lembaga tatatertib dan sebagainya. Kita respect sebab mereka telah didaftarkan secara official, secara rasmi dan tertakluk kepada Pendaftar Pertubuhan. Jadi, saya tak senanglah kalau melibatkan parti, biar orang parti yang akan selesaikan secara terbaik.

Dan saya suka menyatakan bahawa saya mencadangkan jugak supaya akta lompat parti ini kita, DUN Negeri Sembilan mengambil inisiatif yang pertama, kita boleh melepasi Parlimen. Kalau Parlimen tak usah nak, nak lulus, kita mulakan di Negeri Sembilan termasuk jugak akta dana politik. Boleh buat, kita nampak apabila kerjasama untuk kebaikan dua-dua belah pihak. Kita yang penting sekali ialah untuk pastikan semua untung-untung, win-win situation ya.

Saya suka nyatakan saya bekerja dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar ini, ada beza dalam parti dengan dalam kerajaan. Dalam kerajaan, kita bercakap dalam mesyuarat-mesyuarat, exco dan sebagainya. Dalam Dewan ini saya boleh bercakap atas dasar saya sebagai ADUN dan jugak sebagai Exco. Jadi, ada benda yang melibatkan politik ini, ada kita selesaikan secara baik dan saya mengaku untuk menyelesaikan pada semua, yang ditunggu-tunggu bahawa sayalah orang sebenarnya yang dulu kita bersama dengan Majlis Pakatan Harapan, kita merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional ya. Saya dia punya master mind bersama dengan jawatankuasa yang lain, dan sayalah pengerusi, sayalah pengerusi manifesto. Dan saya mintak supaya manifesto kita ini dinilai, ditengok mana yang kita janji yang telah kita laksanakan, mana yang belum ya. Kena buat. Kita jangan seronok dengan sokongan, dengan pujian, dengan apa dikatakan momokan-momokan daripada orang sekeliling kita. Kita ada perkara yang boleh kita buat, yang kita berpandukan kepada fakta yang nyata di tapak. Saya, saya dah cadangkan menyokong akta lompat parti ni dimulakan oleh DUN Negeri Sembilan termasuk jugak dana politik.

Terima kasih Dato’ Dipertua. Tapi ceramah politik ni elok pendekkan sikitlah. Sebab ini dalam soalan, YB menjawab soalan.

Mana lak politik, saya dapat sekali sejak 2 – 3 hari ya. Saya Dato’ Seri apa, Rantau cakap saya tak pernah ganggu, okay. Saya dah mintak tadi dengan Speaker, mintak sikit lagi masa ya. Jadi, saya nyatakanlah ya, dari segi politik ini saya menyokong akta lompat parti

dan saya tidak akan melompat parti, the only parti yang saya ada, saya menyokong sepenuhnya apa yang dikatakan oleh kerajaan yang di bawah …..

YB Labu, sikit …..

….. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri …..

…. mencelah sikit. Saya rasa kita akta melompat parti ini kita kena berhati-hati kerana dia melanggar konvensyen united nation free movement and freedom of, right of individu. Tapi kalau boleh betulkan supaya kita buat macam recall system. Di United Kingdom ada recall system.

Dia, mana orang yang melompat daripada parti yang diwakilinya itu, petisyen buat boleh dibuat oleh pengundi-pengundi di situ.

Dan kalau dapat 10% daripada pengundi yang berdaftar di situ, membuat petisyen, dia boleh buat recall buat pilihan raya baru. Jadi kita buat cara itu. Kalau kita buat akta lompat parti rasanya Federal Court telah pun membuat, Mahkamah Persekutuan telah pun buat keputusan bahawa ini bertentangan dengan Free Movement dan jugak apa, freedom of apa kan, movement dan jugak apalah human right. Kita …..

Kita buat, kita, YB Labu, kita ubah suai …..

Kita harmonikan, kita buat, kita dah ada dah dekat United Kingdom. Kita ambil itu saja. Dan kita cadangkan supaya Dewan Undangan Negeri ini kita buat kita pertama kita buat. Tapi dah, hari ni hari akhir, nak buat macam mana.

Okay, saya tahu …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Labu, Labu tolong habiskan …..

Sekejap lagi, sekejap lagi. Mintak maaf …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Masa tak ada cukup.

Sekejap saja. Akhir sekalilah, akhir sekali saya mintak supaya penilaian dibuat kepada semua, sama ada pegawai kerajaan, sama ada Exco, sama ada ADUN daripada semua pihak supaya penglibatan mereka dapat dinilai dan dipertimbangkan untuk sama ada disambung atau tak disambung, itu cerita lain, parti akan buat penilaian. Tapi sebagai kerajaan, kita mesti membuat penilaian. Pastikan supaya kita semua berkhidmat semaksima dan sebaik yang mungkin. Kita nak berjasa masa kita ada kuasa. Bila kita tak ada kuasa, orang cakap; itulah dulu kau tak buat. Itu sebabnya jangan sesalkan diri apabila kita ada kuasa, kita tidak membuat apa yang sepatutnya kita laksanakan. Teruskanlah dan inshaa Allah saya sebagai Exco menyokong sepenuhnya ucapan dan titah daripada Tuanku yang, Yang di-Pertuan Negeri Sembilan dan menjunjung kasih. Dan jugak terima kasih kepada semua barisan Exco bersama saya dipimpin di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar, sebagai ketua pasukan yang mana tidak mestinya bola ditendang oleh ketua, tapi ditendang oleh ahli yang dalam barisan …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Labu, terima kasih.

Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih …..

Dah sokong pulak ke, itu hari tak sokong dengarnya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. Paroi.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Izinkan saya memulakan ucapan penggulungan hasil daripada sesi perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal, Persidangan Pertama Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14. Allah SWT berfirman [melafazkan bacaan ayat 58 dari Surah An Nisaa]. Maksudnya; sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyerahkan amanah kepimpinan ini kepada yang berhak menerimanya yakni yang layak di kalangan kamu, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukuman di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil, sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memulakan ucapan penggulungan ini sebagaimana yang disebut oleh ADUN, Yang Berhormat Gemencheh bahawa kita bersyukur di atas kejayaan pasukan bola sepak Negeri Sembilan (NSFC) yang kini berada dalam Liga Premier, di kedudukan nombor kedua, telah sah berjaya ke Liga Super pada tahun hadapan. Saya yakin di antara kunci kejayaan pasukan bola sepak Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri; Tengku Besar Tampin yang juga merupakan Pengerusi NSFC dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan. Beliau telah memimpin PBNS ini dalam tempoh 3 tahun dan sepanjang tempoh ini, kita sebenarnya telah menerima pasukan bola sepak ini dengan kedudukan kewangan yang agak mendukacitakan. Kita mendapat pasukan ini pada tahun 2018 dengan tunggakan hutang berjumlah 2.08 juta ringgit. Di mana berlakunya tunggakan gaji pemain, tunggakan bayaran kepada income tax, jugak kepada SOSCO dan ada jugak bayaran kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan.

Dan alhamdulillah kita melalui proses ini selama 2 tahun setengah, 3 tahun, dengan perbelanjaan yang berhemah yang telah ditunjukkan oleh PBNS, kita telah, selama 2 tahun berturut-turut daripada 2019 – 2020 kita menjadi antara pasukan di Malaysia yang tidak meninggalkan

sebarang hutang dan kita berjaya menguruskan kewangan PBNS dengan kita membayar seluruh gaji dan elaun pasukan, jurulatih dan pemain-pemain Negeri Sembilan. Ini merupakan satu kejayaan sepertimana ayat yang saya bacakan tadi, bahawa jika kita menyerahkan amanah kepimpinan ini kepada mereka yang layak, inshaa Allah, Allah akan memberkati dan kita dapat menjayakan amanah ini dengan baik.

Kita jugak mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan ya, pada tahun 2021 ini kita hanya berbelanja sekitar 6.15 juta ringgit, antara negeri yang paling rendah jumlah perbelanjaannya. Kerajaan Negeri Sembilan telah membantu dengan menyumbang 2.2 juta ringgit di bulan Disember 2018 untuk menyelesaikan tunggakan hutang dan perbelanjaan tahun 2018. Dan alhamdulillah kami jugak ingin menyatakan bahawa pasukan bola sepak Liga Premier, Negeri Sembilan hari ini jugak merupakan pasukan anak Negeri Sembilan di mana ketua pasukannya adalah penyerang, bekas penyerang kebangsaan yang tidak asing lagi iaitu Mohamad Zaquan Adha bin Abd. Radzak yang dulunya ketika sebelum ini beliau mendapat bayaran elaun yang tinggi, puluhan ribu, tetapi demi melihat kejayaan Negeri Sembilan, beliau sanggup menerima elaun yang lebih rendah daripada yang sepatutnya demi untuk melihat kejayaan pasukan Negeri Sembilan.

Begitu jugak saudara Mohd. Kaharuddin, Annas bin Rahmat, Nasrullah Haniff bin Johan, Aroonkumar a/l Ramaloo, Barathkumar a/l Ramaloo, Muhammad Alif bin Romli, Javabilaarivin a/l Nyanasegar, Selvan a/l Anbualagan dan saudara Abdul Halim bin Zainal. Ini pemain-pemain anak Negeri Sembilan berjumlah 10 orang yang telah berjaya membantu pasukan Negeri Sembilan untuk layak ke Liga Super. Kita ingin melihatkan pasukan Negeri Sembilan ini adalah pasukan yang memang terdiri daripada anak jati Negeri Sembilan. Begitu jugak senarai nama pegawai kejurulatihan yang diketuai oleh coach, jurulatih Encik Devan a/l E.Kuppusamy, saudara Rajan Koran, Ahmad bin Osman, Dr. Rozaiman bin Ebrahim doktor pasukan, Mohamad Syaiful bin Sabtu, Encik Anuar, Encik Sharizal dan Encik Jefry ya. 8 orang daripada 13 orang nama pegawai ini adalah merupakan anak Negeri Sembilan.

Jadi inshaa Allah alhamdulillah saya yakin kita jugak berpeluang untuk menjadi juara Liga Premier yang berbaki 2 perlawanan. Dan sebenarnya kita adalah dalam proses bantahan terhadap perlawanan menentang Kelantan United di mana Kelantan telah melakukan kesalahan, melakukan pertukaran seramai 4 orang dalam satu perlawanan. Dan ini bertentangan dengan akta dan telah didapati

bersalah oleh MFL dan didenda sebanyak 3,000.00 ringgit tetapi MFL tidak memberikan mata kepada pasukan Negeri Sembilan. Dan ini tidak bertepatan dengan peraturan FIFA yang sedang kita rayu ketika ini.

Ini merupakan kejayaan yang patut kita banggakan dalam tempoh 3 tahun. Kita sebenarnya berada di Liga Premier ini sejak 2013 lagi ya, hampir 18 tahun ya, kita di liga, maaf saya, hampir 8 tahun ya, kita di Liga Premier. 2018 kita di Liga Super tapi sebenarnya itu atas ke, kesalahan teknikal FELDA United maka kita diberikan kelulusan untuk berada di Liga Super atas kapasiti kegagalan pasukan FELDA United menghantar laporan audit tahunan mereka. Sepanjang tempoh itu, kita terus berada di Liga Premier.

Dato’ Yang, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya ingin meneruskan ucapan ini terhadap beberapa soalan yang dikemukakan. Yang pertama berkaitan dengan ADUN Linggi ya, ADUN Linggi ada membangkitkan persoalan laluan berbasikal untuk riadah di lokasi popular di Port Dickson. Bagi tujuan pelancongan, MPPD telah menjadikan kawasan di pantai Batu 1 Port Dickson untuk dijadikan kawasan rekreasi berbasikal di Port Dickson. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 20 Mac, 27 Mac 2021 dan dilaksanakan oleh Syarikat CycleDios. Dan di dalam Rancangan Kawasan Khas pesa, persisiran pantai Port Dickson, beberapa lokasi pantai telah dikenal pasti untuk laluan berbasikal. Hari ini aktiviti berbasikal merupakan aktiviti yang telah mula diminati dan digemari oleh rakyat dan juga termasuk rakyat Negeri Sembilan. Dan ini boleh mewujudkan elemen nilai tambah kepada produk pelancongan di pantai. Bagi laluan berbasikal dari Sungai Linggi ke Pekan Linggi, ianya perlu dibuat kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Berkaitan dengan soalan daripada ADUN Senaling, saya agak kesal kerana beliau menyatakan tidak ada satu sen pun untuk bantuan untuk sukan. Sebenarnya polisi yang kita buat ini telah dilaksanakan, polisi yang sama ini sejak zaman kerajaan terdahulu di mana melalui belanjawan yang telah dibentangkan, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan 5.7 juta kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sembilan dan penyaluran peruntukan akan dibuat berdasarkan keperluan. Jumlah keseluruhan bantuan ini adalah meliputi peruntukan bagi penyediaan dan penyertaan kontinjen Negeri Sembilan ke temasya Sukan Malaysia, program bulan sukan / sukan pelancongan, bantuan kepada persatuan-persatuan sukan negeri, bantuan pembangunan sukan sekolah, bantuan pembangunan sukan jangka panjang Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan, program khas

anugerah sukan Negeri Sembilan, program sukan Majlis Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Negeri Sembilan. Dan untuk pengetahuan bantuan sebanyak 2.1 juta untuk persediaan SUKMA yang sepatutnya dilangsungkan di Johor, telah jugak kita salurkan.

Pemerkasaan sukan, Sekolah Sukan Negeri Sembilan ya, Sekolah Menengah Kebangsaan Za’aba di Kuala Pilah. Pada 20 Disember 2020 satu sesi perjumpaan, perbincangan bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengetua Sekolah Sukan Negeri dan Pengarah Majlis Sukan Negeri telah diadakan bagi mengenal pasti masalah yang terdapat di sekolah sukan. Pelbagai masalah telah diutarakan oleh Pengetua dan wakil dari Sekolah Sukan Negeri tetapi pihak Majlis Sukan Negeri telah mengambil beberapa tindakan untuk membantu memperkasakan program-program di sekolah sukan. Antara program yang di, dicadangkan dan telah di, dilaksanakan ialah bantuan bagi program di sekolah sukan sebanyak 20 ribu ringgit telah disalurkan untuk sekolah sukan bagi membeli bantuan, membeli peralatan sukan dan kabin bagi penyimpanan peralatan sukan, iaitu sukan luar, olahraga, memanah dan hoki. Bantuan kepada sekolah sukan adalah berdasarkan kepada permohonan yang dihantar oleh pengurusan sekolah melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri. Pihak Majlis Sukan Negeri hanya menyalurkan bantuan dalam bentuk geran pembelian peralatan, bantuan ke kejohanan dan penganjuran kejohanan.

Berkaitan dengan jurulatih ya, kita jugak telah bincangkan dan guru yang berstatus jurulatih dan layak telah dikenal pasti. Walau bagaimanapun proses pertukaran guru tersebut adalah tertakluk kepada proses yang perlu diuruskan di peringkat kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Kemudahan di tempat latihan memanah, disebut bagaimana ada yang terpanah kambing ya. Perkara ini jugak telah dibangkitkan dan dibincangkan semasa sesi perjumpaan tersebut. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah mengambil maklum perkara tersebut. Beliau akan memohon untuk menaik taraf kemudahan pemasangan pagar di kawasan latihan tersebut kepada Kementerian Pendidikan kerana beliau faham bahawa premis tersebut di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan.

Dan berkaitan dengan soalan ADUN Lenggeng berkaitan dengan aktiviti mountain bike ya, dan jugak motocross di kawasan hutan Negeri Sembilan. Sukan motocross dan sukan mountain bike, basikal bukit ini tidak dinafikan semakin diminati di Negeri Sembilan. Mengikut rekod penganjuran kedua-dua kejohanan sukan ini kali terakhir diadakan

pada 2019 sebelum kita dilanda dengan pandemik virus COVID-19. Kejohanan motocross Negeri Sembilan dianjurkan setiap tahun oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan dikelolakan oleh persatuan dan kelab motosikal kali terakhir diadakan pada 13 dan 14 Julai bertempat di Litar Motocross Air Hitam di Jempol ya.

Bagi sukan berbasikal, mountain bike pulak dikategorikan sebagai salah sukan massa dan telah menjadi budaya orang ramai khususnya rakyat Negeri Sembilan untuk bersukan. Di Negeri Sembilan terdapat laluan-laluan sukan berbukit yang digunakan oleh peminat sukan, namun semua laluan ini tidak direkodkan kerana ini merupakan kawasan ladang kelapa sawit dan pinggir-pinggir hutan. Inshaa Allah saya akan cuba untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk kita mungkin boleh mewartakan kawasan-kawasan yang sesuai sebagai trek bagi sukan berbasikal bukit ini. Antara penganjuran kejohanan yang telah terbukti mendapat sambutan ribuan peminat sukan mountain bike ini ialah NS Nature MTB Challenge, Gomeh MTB Jamboree And Moncheh MBT Jamboree. Kebanyakannya diadakan di Gemencheh serta terdapat juga penganjuran fun ride oleh beberapa komuniti di dalam sukan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai akhirnya saya ingin jugak menyentuh beberapa perkara khususnya bala, bila disebut tentang Rembau ya. Saya sebenarnya memahami kerja-kerja yang dibuat oleh Pegawai Daerah Rembau dan pegawai-pegawai mereka. Untuk pengetahuan ADUN Chembong, beliau sebenarnya pernah menjadi kerajaan dan tahu prosedur ya, apabila berlakunya aduan ya, rakyat mengadu kan, mengadu tentang masalah yang berlaku dalam kampung. Walaupun lembu-lembu ini berada di kampung, tapi di kampung-kampung kita jugak ada jalan raya – jalan raya ya, macam bila nak pergi Kampung Mampong, kita melalui jalan raya yang disediakan oleh kerajaan. Kalau lembu-lembu berada di jalan raya ini waktu subuh dan anak-anak kita nak pergi kerja waktu pagi, berlaku banyak kejadian kemalangan yang membawa maut ya. Jadi dari segi aulawiyatnya kita nak jaga lembu ke nak jaga orang. Lebih baik kita mengambil keselamatan nyawa orang kampung ini. Dan ada jugak orang-orang tua kampung nak pergi masjid kan, lombu ni dia tak sekolah kan, dia berak atau buang najis dia merato-rato. Jadi orang kampung nak pergi masjid terlanggar najis-najis lembu yang masih basah kain eh, terpaksa pulak balik rumah, mandi semulo tak sompek nak semayang berjemaah. Ini semua perkara-perkara yang mungkin kecil pada ADUN Chembong. Tapi dia menyebabkan kesusahan kepada rakyat …..

Dato’ Dipertua, saya nak mohon mencelah sikit. Saya amat bersetuju dengan pandangan YB tersebut kerana di kawasan saya, di DUN Rantau, banyak kemalangan jiwa. Ada yang meninggal, ada yang cedera teruk kerana binatang ternakan ini tidak diurus, tidur di atas jalan raya, bersepah-sepah. Jadi kalau boleh pihak kerajaan mengambil tindakan supaya binatang ternakan yang berkeliaran di dalam kawasan terutamanya jalan daripada Rantau nak pergi ke Siliau, jalan daripada Rantau ke Kombok ya, memang banyak lembu. Lagi satu anjing-anjing liar ni terlampau banyak, Dato’ Dipertua ya, sehinggakan ramai dah anak-anak dikejar cedera jatuh kan, hari tu saya mintak supaya diambil tindakan segera terutamanya di kawasan, kawasan dekat dengan Pekan Rantau dan jugak di kawasan Pekan Mambau. Tolong ambil tindakan supaya kita dapat selamatkan nyawa. Ramai yang meninggal ya. Terutamanya …..

Terima kasih Yang Berhormat Rantau.

….. yang balik kerja. Terima kasih.

Saya bersetuju dengan pandangan beliau dan itulah hasrat saya, kita yakin dengan kebijakkan pihak pegawai-pegawai kerajaan yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Cuma dari segi budi bicara ya, berbincang saya kira mungkin boleh kita laksanakan dari segi orang kata, denda yang dikenakan mungkin boleh dibuat rayuan. Saya harap perkara-perkara tersebut boleh dipertimbangkan oleh pihak pentadbiran Majlis Daerah Rembau.

Pandangan Kota tentang walaupun ibu bapa tu ada anak ya, tetapi kalau anak tak ambil berat …..

Yang Berhormat Paroi, sedikit boleh? Sedikit saja. YB Timbalan Speaker, masalah saya masalah yang saya bangkitkan semalam adalah, saya setuju dan saya sokong operasi penangkapan haiwan ini. Saya setuju, saya sebutkan semalam. Cumanya haiwan ini, kes particularly yang disebutkan itu ditangkap bukan di atas jalan raya. Itu yang saya maksudkan ya. Terima kasih …..

Tapi Yang Berhormat Chembong, lembu ni dia merayau, dia tak duduk satu tompek yo. Dia merayau, kadang-kadang potang mungkin dia di, di lopak, di padang. Malam dia poi nak paneh

kan, jalan raya tu paneh, dia pergi, dia pergi lepak di, di jalan raya. Jadi ketika tulah lori ataupun kenderaan anak-anak kito nak poi kojo lalu dan melanggar ya. Saya harap itulah secara kasarnya.

Berkaitan dengan ADUN Kota, saya tidak bersetuju bahawa kita nak mengambil peranan anak-anak ya. Kerajaan Negeri ya kita nak bantu orang yang susah. Tetapi kalau mereka ada anak-anak, sepatutnya kita Kerajaan Negeri kita nak didik anak-anak ini bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka ya. Jangan pulak bila anak-anak tak, tak tanggungjawab maka kita kerajaan kena ambil tangggungjawab tersebut melainkan kalau betul-betul dia tidak ada orang, ataupun anak-anak dia memang tidak bertanggungjawab, anak-anaknya tidak mengambil peduli tentang hal ehwal ibu bapa mereka, tetapi peranan kita, peranan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, masjid-masjid kita, inshaa Allah kita akan mendidik anak-anak kita, anak-anak Negeri Sembilan ini supaya bertanggungjawab menjaga ibu bapa mereka. Dan inilah yang ditunjukkan oleh anak-anak Negeri Sembilan di seluruh Negeri Sembilan.

Berkaitan dengan masjid, saya ingin menyentuh jugak bahawa …..

Dato’ Yang Dipertua.

….. banyak masjid …..

Dato’ Yang Dipertua. Boleh saya mencelah, apa, YB? Seke, sekejap, sikit. Ni pasal anak ni.

Tadi Yang Berhormat Kota nyatakan dalam perbahasan …..

Boleh tak, boleh saya tak mencelah, sekejap.

Kena tanya.

Dato’ Yang Dipertua, boleh saya mencelah sekejap sebab ini menyentuh tentang anak.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Boleh, boleh tapi pendekkan, sebab kita tak cukup masa.

Haa okay, pendekkan. Memanglah kita, Dato’ Yang Dipertua setuju pandangan mengatakan kita nak didik anak ni. Mendidik namanya kita mendidik orang. Ada masa lepas kita didik, dia menjadi orang. Tapi ada jugak anak yang kita didik tapi tak menjadi orang. Jadi bila yang tak jadi orang ni, menjadi tanggungjawab kita maksudnya ya. Kita sebagai kerajaan nak tak nak, kalau katakan ada anak, tapi dia tak ambil tanggungjawab, kita boleh buat 2 tindakan. Tindakan pertama, kita bantu sajalah ibu bapak ni yang tertinggal ni. Pernah ada satu anak, bapak duduk di bawah unjung rumah yang atap rumahnya berlubang-lubang, anak ada lebih kurang 6 orang, antaranya bekerja dari, daripada jabatan kerajaan, tapi tak dibantu. Jadi nak tak nak, saya berterima kasih kepada JKM, bila kita maklumkan akhirnya JKM memberi bantuan tersebut …..

Okay, terima kasih.

Ada satu lagi anak yang memang dia menjaga anak, mak bapak dia, jadi yang tu tak ada masalah. Yang bermasalah saya ni ialah yang tak bantu ni, kitalah ambil tanggungjawab tersebut. Terima kasih.

Akhirnya Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya ingin menyentuh sikit tentang isu pengagihan kuasa pentadbiran di negara kita ya. Mengikut Perlembagaan Malaysia kita ada senarai Persekutuan, ada senarai negeri dan senarai bersama ya. Jadi berkaitan dengan isu vaksinasi di bawah Kementerian Kesihatan, ia merupakan senarai di bawah Persekutuan. Dan Kerajaan Negeri kita membantu menyediakan ya, dewan-dewan untuk PPV, CAC dan sebagainya ya. Kita banyak membantu dan Kerajaan Negeri jugak telah memperuntukkan sejumlah hampir 2 juta ringgit untuk memberikan makanan kepada front liner kita. Jadi kita kena bezakan antara tanggungjawab persekutuan dan tanggungjawab negeri.

Berkaitan dengan bagaimana proses vaksinasi ini bermula bulan Mac, ketika itu kita hanya sekitar tak sampai 10%, sehingga bulan Jun pun masih 10%. Bulan Julai meningkat 15% dan sehingga Ogos dan September baru mencecah 80%. Jadi ketika ini saya tak pernah dengar mana-mana wakil rakyat yang membangkitkan isu kenapa Menteri

MOSTI ketika itu tidak memberikan perhatian kepada Negeri Sembilan ya. Kenapa ketika telah mati ramai rakyat Negeri Sembilan, masih belum ada usaha untuk meningkatkan vaksinasi di Negeri Sembilan. Jadi saya harap perkara-perkara seperti ini ya, kita kena sama-sama bekerjasama. Di pihak pembangkang mereka ada hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan, jadi mereka sepatutnya lebih mudah untuk menguruskan perkara ini.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Dato’ Yang Dipertua, penghargaan saya kepada NGO-NGO belia, Majlis Belia Daerah Tampin yang dipimpin oleh saudara Zarif Asyraf yang banyak membantu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan yang dipimpin oleh saudara Wan Husni Wan Abdullah, seorang, kedua-dua tadi saudara Zarif dan saudara Wan Husni merupakan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di bawah pengarah Dato’ Zaidi. Team ini jugak ya, saudara Wan Husni ini merupakan team Tajhiz yang menguruskan ya, team Tajhiz ni menguruskan pengkembumian mangsa-mangsa COVID. Dan Negeri Sembilan diiktarif sebagai negeri yang terbaik dalam menguruskan mangsa-mangsa COVID ini, cepat pelaksanaannya dan ianya mendapat pujian dan telah diikuti oleh negeri-negeri lain melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri masing-masing.

Saya jugak mengucapkan penghargaan kepada Gabungan Pelajar Melayu Negeri Sembilan dipimpin oleh saudara Firdaus Razali, ABIM Negeri Sembilan dipimpin oleh seorang peguam muda; saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Persatuan Esport yang dipimpin oleh saudara Muhammad Faries Faizal bin Shamsul yang kini berjaya mengemudi pasukan PUBG Mobile yang telah menjuarai Johan PUBG Mobile National Championship. Saya jugak mengucap penghargaan kepada NGO Kasih D’Awan yang dipimpin oleh Puan Norwani binti Ahmat, Kelab Belia Legasi Anak Rembau oleh saudara Akmal Noradzmi, Taman Al Quran yang melaksanakan program belajar mengaji secara online di bawah kepimpinan Ustaz Mohd Aliff bin Ibrahim, Briged Negaraku yang jugak banyak membantu yang dipimpin oleh Cikgu Khairul Nizam Mohd Sopery, Persatuan anak, Amal Anak Rembau yang dipimpin ustaz, Ustazah Zaiton binti Othman, Peratuan Belia India Seremban Selatan yang dibantu oleh saudara Kalai. Anak-anak muda Kampung Paroi yang baru-baru ini telah pergi ke Yan ya, pergi ke Yan membantu mangsa-mangsa banjir lumpur ya, yang dikatakan bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan ya. Tapi bila kita tengok gambar tu cantik je balak kena tebang. Kalau PBT nak tebang pokok, boleh tanya dengan pegawai di Yan bagaimana mereka tebang menggunakan kepala air, tak, tak merupakan tak pakai gergaji ya, wallahu’alam.

Akhirnya saya ucap terima kasih kepada frontliners seluruhnya. Hadis nabi SAW, nabi menyatakan khoirunnas anfa'uhum linnas; sebaik-baik manusia adalah orang yang banyak memberi manafaat kepada orang lain. Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi dan saya silakan Yang Berhormat Klawang.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahirabbil’alamin wabihi nasta’in wassalatuwassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli.

Dato’ Timbalan yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, sahabat-sahabat Yang Berhormat dari saf kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat dari barisan kerajaan dan jugak pembangkang, ketua-ketua jabatan dan semua pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, tidak lupa kepada semua barisan hadapan kita yang berhempas pulas mengawal penyebaran COVID, hadirin hadirat yang berada di dalam Dewan ini mahupun yang menonton secara langsung persidangan kali ini. Walaupun tidak banyak soalan berkaitan dengan pertanian berbanding dengan soalan-soalan isu COVID, saya rasa 80% semuanya dengan isu COVID, tetapi isu-isu berkaitan pertanian amat dekat di hati saya untuk saya tangani. Dan terima kasih kepada semua yang memberikan maklumat.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak memulakan penggulungan saya dengan membaca terjemahan Ayat 125 dari Surah Al Nahl yang bermaksud; serulah ke jalan tuhanmu wahai Muhammad dengan hikmah, kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka yang engkau serukan itu dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang sesat daripada jalan-Nya dan Dia jugalah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Lenggeng pada hari pertama sidang dan tadi disambung sedikit oleh Yang Berhormat Paroi telah memberikan satu insight dengan izin, terhadap prinsip-prinsip Islam selaras menjunjung titah ucapan perasmian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 haribulan September yang lalu ke arah memartabatkan agama

Islam tanpa sama sekali meminggirkan keperluan penganut agama yang lain. Terjemahan ayat tadi Allah SWT telah menyuruh orang Islam menyeru manusia lain dengan hikmat [melafazkan bacaan sebahagian dari ayat 125 dari Surah Al Nahl]. Oleh itu saya memohon maaf kepada ADUN Jeram Padang dan juga Timbalan Yang Dipertua sendiri kerana di sidang yang lalu saya telah kurang berhikmah ya, di dalam ucapan penggulungan saya. Sebenarnya memang ramai lagi yang belum keadaannya, dan sekiranya kefahaman itu sudah ada besok, di hari kemudian, mereka-mereka ini akan berterima kasih.

Izinkan saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, dibangkitkan oleh ahli Yang Berhormat semasa perbahasan dan penggulungan berkaitan dengan portfolio saya. ADUN Lenggeng membangkitkan isu berkaitan dengan Kerajaan Negeri meletakkan daerah Negeri Sembilan Timur sebagai agropolis. Konsep agropolis, konsep agro pelancongan, maaf saya, adalah merupakan aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau men, penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri aktiviti yang dilakukan oleh pengusaha lain. Ia memberikan peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dan melihat sendiri bagaimana proses penghasilan satu-satu produk pertanian yang melalui pelbagai peringkat sebelum ianya dijual ke pasaran. Kita ada beberapa agro pelancongan yang sedia ada. Di Jelebu – Titi Ecofarm dan Uncle Cheong Musang King. Di Jempol kita ada Kampung Lonek Homestay, tanaman padi. Di Kuala Pilah kita ada NS Diary Farm, ternakan lembu tenusu dan pusat rekreasi. Di Rembau kita ada Mami Sdn. Bhd. di Kampung Bintongan, di, dan jugak di Kampung Kundur Ulu. Kemudian di, di Seremban kita ada Pusat Pertanian Pantai, adanya galeri herba dan Makatas Marketing iaitu durian. Di Tampin kita ada Durian Ecolodge, di, dan jugak Pusat Agro Manja Gemas, DXN Agrotech Sdn. Bhd. dan Kafu Farm.

Senarai projek agro pelancongan yang di dalam cadangan dan sedang dibangunkan adalah: di Port Dickson terdapat Pusat Pertanian Chuah yang akan membangunkan mangga. Rembau – Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri. Di Seremban sendiri projek tanaman vanila, kluster durian Ulu Beranang dan projek hidroponik Senawang.

ADUN Gemas membangkitkan isu perancangan sebagaimana antara kawasan-kawasan agropolis di Negeri Sembilan. Pertanian merupakan aktiviti utama Daerah Tampin, ia menu, merangkumi kawasan seluas lebih kurang 61,000 hektar di mana 53,000 hektar iaitu 57% merupakan, peratus, merupakan tanah pertanian yang mengeluarkan hasil dan produk pertanian. Selaras dengan dasar perancangan semasa untuk menjadikan Tampin sebagai agropolis Negeri Sembilan, antara

program dan projek yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

- menggalakkan aktiviti multiple farming ia melibatkan mem, pelbagai tanaman dan memastikan kesuburan tanah terpelihara serta meningkatkan hasil tanaman.

- Mengekalkan kawasan penanaman padi yang sedia ada seluas 188 hektar dan pembukaan kawasan baru seluas 60 hektar di Kampung, Londah, Gemas.

- Mengekalkan kawasan seluas 122 hektar Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gemas sebagai tanaman buahan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan Kuala Gemas seluas 40 hektar sebagai tanaman sayur-sayuran.

- Cadangan Gemas Beef Valley sebagai hub pengeluaran dominan yang berdaya, berdaya maju seluas 2,026 hektar.

- Cadangan akuakultur di Gemas bagi menaik taraf kawasan sedia ada dan bagi meningkatkan hasil di Felda Pasir Besar, Felda Jelai dan Felda Sungai Kelamah.

- Membangunkan satu pusat pengumpulan, memproses dan pembungkusan (CPA) dan gerai buah-buahan segar di Gemas.

- Kerajaan juga sedang mengenal pasti kawasan seluas 744 hektar yang belum diusahakan untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian baru.

ADUN Gemas juga ada bertanyakan tentang pengeluaran pertanian di kawasan Gemas. Jumlah pengeluaran pertanian di kawasan Gemas bagi tahun 2020 adalah sebanyak 10,369 tan, metrik tan yang bernilai lebih kurang 26.86 juta dengan sumbangan daripada TKPM Gemas sebanyak 2,909 metrik tan dengan nilai 4.8 juta. Manakala jumlah pengeluaran pertanian di kawasan Gemas sehingga 2021 sebanyak 4,380 metrik tan dengan nilai Ringgit Malaysia 16.9 juta dengan sumbangan daripada TKPM Gemas sebanyak 1,340 metrik tan dan dengan nilai 2.51 juta.

Jabatan Pertanian amat komited di dalam membantu usahawantani bagi menyediakan peluang menceburi sektor pertanian seterusnya memastikan makanan cukup untuk rakyat Negeri Sembilan khasnya untuk Malaysia amnya. Usaha-usaha Kerajaan Negeri merizabkan tanah-tanah khas untuk pertanian, tanaman makanan telah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sehingga kini seluas 426 hektar telah dirizabkan di bawah TKPM dan Ladang Rakyat. Bagi menambah lagi rizab pertanian, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pertanian sedang giat mengenal pasti cadangan-cadangan baru untuk dirizabkan dengan kerjasama daripada Pejabat Tanah dan Galian dan semua Pejabat-Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah. Lokasi terbaharu yang diterima pada tahun 2020 dan dibangunkan infrastrukturnya pada 2021 iaitu Kuala Gemas, Tampin dengan keluasan 40.7 hektar. Pengambilan sebahagian peserta akan melalui proses permohonan yang mempunyai syarat-syarat tertentu termasuk memberi keutamaan kepada golongan siswazah. Sebagai makluman, seramai 18 daripada 96 peserta TKPM dan Ladang Rakyat adalah dari kalangan siswazah.

Dato’ Yang Dipertua, isu tera, terdapatnya keperluan tanah-tanah diceroboh dalam ka, yang diceroboh dan kesesuaian jenis tanaman supaya dapat dibangunkan oleh lepasan siswazah. Pejabat Daerah Kecil Tanah Gemas akan mengenal pasti tanah-tanah yang telah diceroboh dan akan me, membuat perbincangan lanjut dengan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan untuk kesesuaian jenis tanaman yang akan diusahakan.

ADUN Senaling menyebut peruntukan pembangunan Kerajaan Negeri Sembilan untuk memberi fokus kepada agropolis. Ini saya sudah jawab tadi dan keseluruhan ya, saya ambil keseluruhan sahaja, iaitu daerah-daerah agropolis ini kita telah memberikan peruntukan sebanyak 600.984 juta ringgit dengan keluasan yang, 470 hektar dengan peserta sebanyak, seramai 371.

ADUN Sungai Lui ada mem, membangkitkan isu TKPM Air Kering. Fokus utama jabatan di TKPM Air Kering adalah mewujudkan zon kekal pengeluaran tanaman bagi makanan yang, dengan penyelidikan fasiliti kepada peserta yang berkebolehan dan berpengalaman di dalam bidang pertanian. Kesemua yang disediakan bersifat pembangunan infrastruktur ladang seperti sistem pengairan dan juga ladang dan kemudahan utiliti. Jumlah pengeluaran dari TKPM Air Kering pada tahun 2020 adalah sebanyak 126.72 metrik tan dengan nilai 270 ribu. Manakala jumlah pengeluaran sehingga Jun 2021 sebanyak 73.1 metrik tan dengan nilai 140 ribu. Sumbangan pengeluaran ini adalah melalui tanaman utama iaitu ubi kayu dan sayur-sayuran dan sayuran, sayuran berdaun sebagai tanam utama di TKPM Kering, hasil ubi kayu adalah dijual secara segar dan ada yang diproses menjadi produk hiliran seperti kerepek dan tapai ubi. Produk ini diusahakan oleh pengusaha tempatan di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri sentiada bersedia membantu jika terdapat pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menanam di, tanaman ubi kayu di kawasan sekitar memandangkan

bekalan ubi kayu tidak mencukupi untuk pembangunan produk-produk hiliran yang lain.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Gemencheh ada jugak bertanyakan tentang sudah berapa banyak insentif jaminan bekalan makanan yang, yang dituntut. Di sini, walaupun saya, pada awalnya untuk memberi jawapan bertulis, tetapi da, data sudah diperolehi, saya menjawab dengan lisan. Daripada sejuta peruntukan yang kita mulakan pada tahun ini, ini adalah insentif baru yang kita mulakan pada tahun ini, nampaknya agak, memang agak perlahan tapi biasalah, benda-benda yang kali pertama ini dia agak perlahan, hanya, setakat ini 188 ribu sahaja yang telah dituntut. Dan kes di mana tuntutan daripada pengusaha di, di taman Gemas, TKPM Gemas akan saya siasat dan beri ulasan bertulis nanti.

Dato’ Yang Dipertua, isu, saya menyentuh sedikit isu penangkapan ternakan berkeliaran ini. Tadi yang dibangkitkan oleh ADUN, Yang Berhormat Chembong dan telah pun dijawab sebahagiannya oleh yang Berhormat Paroi dan disambut oleh Yang Berhormat Rantau. Dari sudut undang-undangnya nanti mungkin ya, Yang Berhormat Bahau akan memberi ulasan. Tetapi cuma saya nak menyentuh sedikit dari pandangan Islam. Hukum penternak membiarkan ternakan berkeliaran ini, kadang-kadang mereka makan makanan tanaman orang yang, orang lain ya, malah kalau seperti disebutkan tadi, kalau di jalan raya ia mendatangkan bahaya dan mungkin menyebabkan kemalangan dan kematian, seperti yang disebutkan pada hemat saya, sudah tentulah ianya berstatus haram. Tapi saya kata, kenalah rujuk kepada Yang Berhormat Sahibus Samahah kita Dato’ Mufti kitalah ya, saya, itu pendapat saya dari sudut sebagai seorang peribadi. Oleh itu penternak-penternak ini saya kira perlulah menjaga dengan baik ternakan mereka tetapi tidak menafikan pada masa yang sama petani-petani jugak perlu memagar dia orang punya tanaman.

Dato’ Yang Dipertua, cukup banyak ahli-ahli Yang Berhormat sebut berkaitan dengan pandemik COVID-19, bagaimana kerajaan perlu membantu rakyat yang terjejas …..

Dato’ Yang Dipertua, sekejap sikit tak, tentang tadi ternakan tadi, ternakan tadi, ternakan tadi.

Ini, ini bukan bahas ni …..

Saya tak bahas, sikit je dari segi saya nak tanya tentang ternakan tadi, boleh?

Terpulang pada …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seri Menanti kalau boleh kita nak habiskan …..

Okaylah tak apa, tak apa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. tolong jangan ganggu.

Okay, okay.

Sikit lagi Yang, Timbalan Yang Dipertua, Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Ada yang pertikaikan tentang tatacara bantuan yang disalurkan. Ya memang kerajaan ada membantu, Dato’ Yang Dipertua, tetapi tidak ada yang membahaskan puncanya pandemik yang kita hadapi sekarang. Walaupun saya sudah sebut di sidang yang lalu, tetapi nampaknya tidak mendapat perhatian. Tak apa. Saya kemukakan sekali lagi untuk mungkin selepas ini ada perhatian yang tertentu. Allah SWT telah menegaskan dalam surah Ar-Ruum ayat 41; tiada sesiapa pun musibah yang berlaku adalah hasil daripada tangan-tangan manusia. Ini bermakna sama ada kerosakan dilakukan oleh orang Islam mahupun yang bukan Islam, akibatnya semua terkesan seperti apa yang berlaku sekarang. Oleh itu saya berpendapat elok benarlah kita mencari punca asal COVID ini berdasarkan peringatan Allah SWT ini. Amat rugi rasanya kalau kita tidak mengambil inisiatif yang lebih holistik kerana kita, seperti yang saya sebut sebelum ini, kita sibuk membersihkan sungai yang kotor di muara tetapi kita membiarkan pengotorannya yang di hulu. Sudah terbukti di dunia punca asal adalah berpunca dari sikap segelintir penduduk di Wuhan yang memakan exotic food dengan izinnya Dato’ Dipertua, yang tidak seharusnya dimakan oleh manusia sedangkan Allah SWT telah berfirman mengingatkan kita semua dengan firman-Nya Surah Al Baqarah ayat 168 [melafazkan bacaan surah berkenaan]; wahai manusia, makanlah apa yang ada di dunia ini daripada halal dan toyyiba iaitu baik, janganlah kamu mengikut kehendak syaitan, sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuhnya yang nyata.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, apa yang kita dapat sekarang sebenarnya berkaitan dengan apa yang kita lakukan terdahulu. Dari segi sudut Islamnya apa yang akan kita dapat di akhirat kelak berkaitan dengan apa yang kita buat sekarang di dunia. Pada akhirnya, saya ingatkan diri saya sendiri dan seluruh hadirin supaya kita fokus mencari kepada kebenaran.

Sebelum mengakhiri lagi, saya sekali lagi mengucapkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua barisan hadapan dan semua yang terlibat di dalam mengawal dan merendahkan ataupun melandaikan kes-kes COVID kita, di Negeri Sembilan semalam saya difahamkan, kalau saya tak silap hanya 100 lebih ya, dan berterusanlah kita berusaha, kita berusaha yang memberikan adalah Allah SWT. Sekian, Timbalan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Okay, okay, Yang Berhormat Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara mengenai portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan juga Kampung Baru.

Jadi untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rantau. Yang Berhormat Rantau telah pun membangkitkan 2 isu yang mengenai rumah PPR iaitu rumah PPR, kedudukan terkini PPR Ladang Kirby dan juga rumah PPR Rantau. Jadi untuk maklumat Dewan yang mulia ini, status, bagi status pembangunan PPR di Ladang Kirby– Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya 44 orang bekas pekerja ladang ditawarkan seunit rumah mampu milik Type A pada harga subsidi 36 ribu sahaja dengan keluasan build up yang lebih besar. Manakala hasil keuntungan rumah mampu milik jenis Type C akan digunakan untuk membina rumah mampu milik Type A untuk golongan B40 yang dilaksanakan oleh MBI disebabkan perubahan dasar oleh KPKT yang hanya ingin menawarkan rumah PPR untuk disewa sahaja dan bukan hak milik individu.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju supaya bekas tapak cadangan PPR Labu di Ladang Kirby diberimilik kepada MBI bagi pembangunan 212 unit rumah mampu milik. Pada 1 Disember tahun 2020, Kementerian

Perumahan Kerajaan Tempatan mencadangkan agar projek PPR Labu di Ladang Kirby di, dipindah untuk cadangan pembangunan PPR di atas tanah PR1MA berkeluasan 12.98 ekar di Lot 2549, Mukim Rasah. Kerajaan Negeri telah mengemukakan persetujuan dengan cadangan tersebut melalui surat maklum balas pada 9 Februari tahun ini. Lawatan tapak ke tanah ganti tersebut telah dilaksanakan oleh KPKT pada bulan Disember 2020 dan keputusannya, keputusan penilaian berkenaan cadangan tapak ganti tersebut masih dalam tindakan penyelarasan di peringkat KPKT.

Dato’ Yang Dipertua, bagi status penyerahan kunci PPR di Rantau. Walaupun Yang Berhormat Rantau tak ada di dalam Dewan, saya rasa perkara ini perlu dijelaskan kepada ahli-ahli Yang Berhormat dan juga orang ramai. Kelewatan penyerahan kunci rumah PPR Rantau adalah disebabkan oleh perpindahan pengurusan dan pentadbiran PPR Rantau tersebut daripada KPKT kepada Kerajaan Negeri. KPKT tidak berkeupayaan menguruskan PPR Rantau melalui kaedah rent-to-own ataupun sewa beli dan berhasrat untuk menyerahkan sepenuhnya pengurusan dan pengisian PPR Rantau kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membeli seluruh skim PPR Rantau ini daripada Kerajaan Persekutuan dengan tawaran harga 3.5 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (PKNNS) telah dilantik untuk me, menguruskan PPR tersebut. KPKT kini sedang dalam tindakan menye, penyediaan kertas cadangan pengurusan dan pengisian projek perumahan rakyat PPR Rantau untuk dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri. KPKT akan menyerahkan kunci rumah kepada Kerajaan Negeri sebaik sahaja keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri diperolehi. Selanjutnya penyerahan kunci akan dibuat Kerajaan Negeri kepada pemilik rumah.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, dalam perkara, perkara ini, segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri adalah demi kepentingan untuk rakyat kita khususnya untuk mereka yang berpendapatan rendah. Kerana kita sedia maklum kalau kita serahkan kunci kepada pembeli-pembeli ataupun penyewa-penyewa, pada akhirnya mereka cuma jadi penyewa sahaja. Hasrat Kerajaan Negeri kita nak pastikan mereka yang berpendapatan rendah ini dapat memilik, memiliki rumah yang diidami oleh mereka. Sebab itu kerajaan mengambil keputusan untuk beli seluruh skim PPR Rantau untuk memastikan kita ikut balik konsep sewa beli ya, jadi mereka setiap bulan cuma perlu bayar 124.00 ringgit dan bayaran itu dibayar sepanjang, sebanyak 25 tahun, dan selepas tu rumah itu akan dimiliki sepenuhnya oleh pembeli-pembeli ini. Jadi, saya berharap semua ahli Yang Berhormat dapat memahami mengapakah adanya sedikit kelewatan. Dan saya ingin ucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam

usaha untuk membantu pembeli-pembeli ini. Dan juga saya ingin merakamkan terima kasih kepada Menteri KPKT yang sebelum ini, banyak juga membantulah dalam untuk menjelaskan perkara ini.

Jadi untuk, seterusnya, bagi perkara yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lenggeng iaitu mengenai adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan atau memberi peluang perniagaan kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka gerai-gerai di setiap mukim. Jadi buat masa ini, jumlah keseluruhan gerai di, sedia ada di, di Daerah Seremban adalah sebanyak 703 unit. Majlis menghadapi kesukaran untuk membina gerai baru memandangkan tiada tanah kerajaan yang bersesuaian.

Dan seterusnya menjawab isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Linggi mengenai pembinaan balai bomba di Linggi ya. Untuk maklumat Yang Berhormat Linggi, jabatan ini telah, terlebih dahulu, jabatan ini, kejap ya, untuk maklumat Yang Berhormat, jabatan ini terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yang Berhormat atas keprihatinan berhubung dengan keperluan pembinaan sebuah balai bomba di kawasan Linggi. Pro, perolehan tapak tanah bagi pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Linggi yang berkeluasan 0.2476 hektar telah selesai bayaran Notis 5A pada 6 Oktober 2017 dan pendaftaran hak milik juga telah disempurnakan pada 10 September tahun 2020. Selain itu juga jabatan ini melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memohon projek ini bagi pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Linggi kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-11 pada tahun 2017 untuk dilaksanakan dalam RP3 pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak dipertimbangkan kerana kekangan peruntukan. Sehubungan itu, jabatan ini akan memohon semula projek pembinaan balai bomba di kawasan Linggi untuk dimasukkan dalam RMK Ke-12 pada tahun 2023. Sekiranya diluluskan, Kementerian dan Jabatan Bomba akan menjangkakan pembinaan akan dimula pada akhir tahun 2023 dan projek ini dijangka siap pada awal tahun 2025.

Seterusnya juga ni, isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Linggi, yang mengatakan bahawa banyak taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak yang terbiar seperti di Taman Barisan. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Linggi, Majlis Perbandaran Port Dickson sentiasa menyeng, menyelenggara dan membaiki kerosakan taman rekreasi dan taman permainan kanak-kanak di bawah pentadbiran Majlis pada setiap tahun. Pada tahun 2021 Majlis Perbandaran Port Dickson membelanjakan sebanyak 119,908.80 ringgit untuk menyelenggara dan membaiki taman komuniti awam. Bagi tahun 2020 sebanyak 33 taman perumahan untuk dinaik taraf dan

diselenggara dan sebanyak 25 lagi pada tahun 2021 dan dirancangkan sebanyak 32 lagi pada tahun 2022. Dan akhir sekali mengenai juga apalah …..

Tuan Timbalan Speaker.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya sila, sila.

Saya mohon khusus, saya nak bertanya berkenaan dengan taman di Kampung Barisan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang untuk, khusus untuk Taman Barisan. Tak apa Yang Berhormat, yang tu saya jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat, terima kasih.

Okay seterusnya mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Lui, Yang Berhormat Sungai Lui ada tak?

Sorry sebelum tu berkenaan dengan perancangan di, perumahan di Tampin Linggi, Kampung Tampin Linggi.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Linggi, projek perumahan, apa, apa nama projek perumahan tu?

Kita ada rizab yang telah dirizabkan untuk perumahan di Kampung Tampin Linggi.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay untuk persoalan, persoalanan Yang Berhormat Linggi tersebut, kami akan kemukakan kepada pihak KPKT, telah, telah kemukakan kepada KPKT. Okay, terima kasih.

Jadi untuk, untuk menjawab Yang Berhormat Sungai Lui, Mesyuarat Jawatankuasa OSC akan bersidang pada selepas 14 hari jabatan teknikal memberikan ulasan dan pandangan terhadap sesuatu permohonan. Oleh itu tidak ada sebarang kelewatan berlaku dalam proses permohonan projek UDA tersebut. Permohonan lengkap diterima di pihak OSC pada 13 Ogos tahun 2021 dan diedarkan kepada

semua jabatan teknikal pada hari yang sama. Permohonan ini diangkat untuk pembentangan Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 31 Ogos 2021.

Okay Yang Berhormat Chembong, mengutarakan isu mengenai penangkapan lembu, lembu dengan bayaran kompaun sebanyak 1,100.00 ringgit. Untuk maklumat Yang Berhormat Chembong, operasi penguatkuasaan haiwan ternakan berkeliaran, Majlis Daerah Rembau adalah termaktub dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang membenarkan operasi dilaksanakan di Jalan Persekutuan, di Jalan Negeri, kawasan awam dan taman perumahan serta dilaksanakan berdasarkan aduan awam. Operasi tidak dilakukan di jalan-jalan ataupun di kawasan kampung. Kadar denda dan caj penjagaan juga telah ditetapkan melalui garis panduan tersebut dan ianya selaras dengan Enakmen Melarang Kerbau Dan Lembu Di Kawasan Larangan Tahun 1971 serta ianya seragam di seluruh Negeri Sembilan.

Dan mengenai isu keutamaan kepada penjaja kecil yang sedia ada untuk ditempatkan di kiosk-kiosk yang sedia bina. Majlis Daerah Rembau sedang membina 44 unit kiosk penjaja bagi menyediakan tapak yang lebih teratur dan selesa di kawasan Taman Chembong Utama, Medan Selera Chembong, Pekan Rembau dan Pekan Kota. Keutamaan untuk mengisi kiosk tersebut memang akan diberikan kepada peniaga sedia ada dan di tapak ter, sedia ada di tapak sebelum kiosk dibangunkan. Buat masa ini 10 penjaja sedia ada akan ditempatkan di kiosk Taman Chembong Utama, 16 di Pekan Rembau, 10 di Pekan Kota dan 6 di Medan Selera Chembong.

Okay, ini isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chuah mengenai pemasangan lampu jalan LED oleh PBT. Untuk maklumat Yang Berhormat, semua PBT menyambut baik cadangan penukaran ini. Untuk makluman semua, PBT telah pun mensyaratkan pemasangan lampu jalan jenis smart LED pada pemajuan yang baru.

Untuk menjawab isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya; pelebaran jalan di Kampung Baru Rahang dan rizab pelebaran parking oleh PBT dan juga KPKT akibat jalan yang sempit. Untuk maklumat Yang Berhormat Seremban Jaya, kerja-kerja membina tapak parking serta menurap semula jalan di Kampung Baru Rahang Negeri Sembilan telah dilaksanakan oleh KPKT bermula Mac hingga Jun tahun, tahun ini. PDTS melalui surat bertarikh 23 Mac ‘21 telah memaklumkan dan memohon kebenaran Yang Berhormat ADUN dan Yang Berhormat Ahli Parlimen dan telah dipersetujui. Pelaksanaan projek adalah di bawah seliaan Pegawai Kemajuan Perkampungan yang dilantik oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

dan melapor terus kepada KPKT. Semasa tempoh pelaksanaan projek, telah menyebabkan aliran trafik di jalan tersebut terganggu. Walau bagaimanapun, selepas projek siap penduduk telah dapat melalui jalan yang lebih besar, lebih lebar dan selesa serta ada kemudahan tempat letak kereta untuk pasar pagi di kampung tersebut.

Okay ini juga mengenai apalah, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya mengenai kerja-kerja penurap, penurapan jalan. Pentadbiran Majlis sentiasa memaklumkan kepada Yang Berhormat ADUN kawasan serta Ahli Majlis melalui surat makluman bagi setiap projek yang dilaksanakan yang mengandungi maklumat nama projek, nama kontraktor, nombor telefon kontraktor, kos projek, tarikh mula serta tarikh jangka siap. Selain daripada itu, pentadbiran Majlis juga melaporkan senarai peruntukan yang diterima serta status kemajuan di tapak kepada Yang Berhormat ADUN kawasan serta Ahli Majlis setiap bulan semasa Mesyuarat Majlis Penuh. Pentadbiran Majlis sentiasa memberi kerjasama sekiranya Yang Berhormat ADUN kawasan atau Ahli Majlis ingin mengadakan lawatan bersama berkaitan projek tersebut.

Okay ADUN Temiang mengutarakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberi peruntuk, peruntukan tambahan kepada Majlis untuk membolehkan mereka melaksanakan program kemasyarakat, kemasyarakatan. Untuk maklumat Yang Berhormat Temiang, Kerajaan Negeri setakat ini masih belum lagi mencadang untuk menyediakan peruntukan kepada Ahli Majlis. Dan untuk Ahli-Ahli Majlis, jikalau mereka ingin membuat program kemasyarakatan, mereka boleh mem, menyediakan kertas kerja dan hantar kepada pihak MBS dan MBS akan cuba memberi pertimbangan yang sewajarnya jikalau projek tersebut dapat memberi impak kepada masyarakat.

Mengenai pembinaan dewan komuniti Taman Seri Pulai 3. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Temiang, pentadbiran Majlis ada mengemukakan permohonan peruntukan PB1 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pembinaan pusat komuniti di Taman Seri Pulai 3 iaitu sebanyak 300 ribu. Namun demikian setakat ini masih belum diluluskan. Jadi pentadbiran Majlis akan mengangkat permohonan ini sebagai keutamaan dalam permohonan peruntukan kepada KPKT pada tahun depan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan penggunaan penduduk DUN Temiang boleh menggunakan dewan baru di Taman Coral Heights yang akan siap pada hujung tahun ini.

Okay Yang Berhormat Mambau, tak, Yang Berhormat Mambau juga menanya mengenai status pelaksanaan Pasar Awam Rasah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, pentadbiran Majlis ataupun MBS

telah diluluskan peruntukan bagi kerja-kerja penyelenggaraan am pasar Rasah sebanyak 100 ribu ya, telah, sebanyak 100 ribu dan menaik taraf landskap di sekitar kawasan Pasar Rasah Jaya sebanyak 100 ribu juga melalui peruntukan PEMERKASA Fasa 2. Dan proses undi bagi melantik kontraktor yang berjaya akan diadakan secara live streaming pada 13 September 2021.

Ni apa, isu yang juga yang diutarakan oleh Yang Berhormat Mambau mengenai isi notis cukai taksiran tak sampai ke rumah. Okay, untuk maklumat Yang Berhormat Mambau, berlakunya kelewatan penghantaran bil cukai taksiran am untuk penggal kedua 2021 disebabkan pembekal tidak dapat mencetak bil mengikut waktu yang ditetapkan kerana kekangan ketika waktu PKP. Walau bagaimanapun, Majlis sedang dalam proses mengedarkan bil-bil cukai taksiran yang dijangka selesai dalam minggu hadapan. Majlis telah melanjutkan tempoh pembayaran tanpa denda lewat sehingga 15 Oktober 2021 bagi memberikan lebih masa kepada pemilik harta untuk membuat bayaran cukai tanpa dikenakan denda lewat. Pemilik digalakkan juga mencetak bil cukai di laman web www.mbs.gov.my. Bagi, bagi yang telah mendaftarkan alamat emel bil telah dihantar ke emel mereka.

Dalam mengharungi tempoh pandemik ini pembayaran cukai boleh meman, pembayar cukai boleh memanfaat penggunaan teknologi terkini di mana kebanyakan urusan perkhidmatan Majlis seperti pembayaran atau aduan dilakukan atas talian. Antara perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Seremban adalah seperti OSC online, eTaksiran, ePembayaran, eLesen, eKompaun dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA). Perkhidmatan atas talian ini sudah pasti dapat memudahkan urusan pelanggan sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Majlis Bandaraya Seremban juga mempertingkatkan perkhidmatan atas talian dengan membolehkan warga bandar raya membuat pembayaran secara atas talian melalui eWallet secara ShopeePay, Grab Pay, Touch‘n Go, eWallet, Maybank QR Pay dan juga Pos.

Perkara yang terakhir, Yang Berhormat Mambau utarakan adalah mengenai pencerahan ataupun program, projek menaik taraf flat Rasah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, Rumah Pangsa Rasah Jaya diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Rasah Jaya yang dilantik oleh penduduk. Rumah pangsa ini telah mendapat projek mengecat di bawah peruntukan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) pada tahun ini. Berikut adalah butiran berkenaan dengan pelaksanaan projek penyelenggaraan Rumah Pangsa Rasah Jaya. Dan saya rasa ni kali pertamalah rumah pangsa tersebut men, mendapat peruntukan untuk mengecat semula. Jadi untuk Rasah Jaya

Blok A dan B – kos kontrak adalah sebanyak 242,688.00 ringgit. Untuk Rasah Jaya Blok C dan D – kos kontrak adalah sebanyak 190,450.00 ringgit. Untuk Blok E dan F – kos kontrak adalah sebanyak 169,500.00 ringgit. Dan untuk Blok G dan H ya, adalah sebanyak 190,100.00 ringgitlah. Saya ucapkan tahniah kepda Yang Berhormat Mambau-lah kerana sesuatu yang telah diutarakan, saya rasa bukan dalam penggal ini, sejak penggal yang lepas, kita berjaya melaksanakan projek ini demi kebaikan dan juga kepentingan penduduk yang tinggal di Rasah Jaya flat.

Dato’ Yang Dipertua, itu, itu saja. Terima kasih.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, soalan saya tak berjawab lagi iaitu berkaitan dengan lampu jalan daripada Balai Polis Gemas ke Taman Harmoni dan terus ke SJK (Tamil) Gemas.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Gemas saya mengambil maklumlah permintaan ataupun permohonan daripada Yang Berhormat Gemas, dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat.

Soalan saya pun tak dijawab lagi YB Bahau, pengecualian sewa gerai MPPD.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Untuk maklumat Yang Berhormat Bagan Pinang, mengenai pengecualian sewa sebenarnya untuk tahun lepas kami telah pun mengecualikan sewa sebanyak 3 bulan. Dan untuk tahun ini bulan Januari, Februari, bulan Jun dan juga bulan Julai kami telah pun memberi pengecualian sebanyak 4 bulanlah. Jadi dari masa ke semasa Kerajaan Negeri akan melihat keadaanlah. Dan jikalau adanya keperluan, kami akan pertimbangkan. Terima kasih.

YB Exco, memang ada keperluan. So saya nampak pihak Kerajaan Negeri telah pun memberi ya, dia memberi, so its just a matter for another 4 months towards the end yang mana diperlukan pengecualian ini. So saya harap pihak Kerajaan Negeri sama-sama kita dapat membantu ya, untuk memberi another 4 months to settle them. Itu saja, terima kasih, dengan izin, soalan assalamualaikum …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, kami ambil maklum terima kasih.

….. thank you, assalamualaikum.

YB sikit. YB Exco …

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay ahli-ahli Yang Berhormat …..

Timbalan Speaker.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

…. ketua-ketua jabatan …..

Saya sikit je.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tak dah habis, habis.

Tak, saya, Exco ada log out standing-lah ya, saya pernah mohon tempat pengurusan sampah di Johol dan kemudahan tandas awam masih belum ada.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, kami apalah, take note.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Itu saja? Banyak cepat. Okay, ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan, Dewan akan saya tangguh sementara waktu. Dan Dewan akan sambung 2:30 petang. Dewan bertangguh. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1:30 petang] [Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:35 petang] [YB Timbalan Yang Dipertua mempengerusikan persidangan pada sebelah petang] [Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Timbalan Yang Dipertua Dewan]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Selamat petang kepada ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan, Dewan sambung semula. Saya mintak Yang Berhormat Repah.

Terima kasih kepada Timbalan Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mula, pagi tadi ada satu kekeliruan berkaitan dengan jumlah kematian. Ada yang ingat 112, sebenarnya untuk klarifikasi saya telah nyatakan jumlah kes kematian setakat 31 Ogos 2021 adalah 1,012 kes3. Dan berkaitan dengan jumlah kes pencemaran di Negeri Sembilan adalah sebanyak 5 kes4. Itu untuk makluman Dewan, saya perbetulkan dekat sinilah.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Berhormat, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua front liner di Negeri Sembilan kerana mereka komited untuk program PIC iaitu Program Imunisasi COVID-19 di Negeri Sembilan. Rata-rata mereka semua meluangkan masa untuk kepentingan rakyat, begitu juga dengan doktor-doktor, jururawat dan juga front liner yang lain, daripada MKN, pegawai PDRM dan semua barisan hadapan kita. Dan tidak terlupa juga kepada MPKK kita yang mendaftarkan penerima untuk vaksinasi. Mereka pergi rumah ke rumah untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya mendaftarkan dalam program vaksinasi ini. Saya ucapkan terima kasihlah.

Dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN yang sama-sama turut mengambil bahagian dalam pendaftaran COVID vaksinasi, untuk vaksinasi di seluruh DUN ya. Tak kira daripada kerajaan, tak kira daripada pembangkang, memang semuanya memberikan kerjasama yang baik untuk kita menjayakan program vaksinasi di Negeri Sembilan sehingga kita mencapai 80% herd immunity dekat Negeri Sembilan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih khususnya kepada Jabatan Kesihatan Negeri terutamanya kepada Datin Harlina, Timbalan Dr. Faid dan juga Dr. Khalili sebab semasa kita kumpulkan data-data bagi orang-orang yang belum menerima temujanji, kita hantar kepada mereka dan secepat mungkin mereka

3 Kenyataan untuk membetulkan fakta di muka surat 217. 4 Kenyataan untuk membetulkan fakta di muka surat 224. dapatkan temujanji untuk vaksinasi bagi warga emas khususnya dalam fasa kedua program vaksinasi tersebut. Jadi itu adalah satu kerjasama yang baik di antara pemimpin dan juga pegawai-pegawai kerajaan. Saya ucapkan syabas dan tahniah.

Dan saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada ADUN Chennah yang juga turut mengadakan program vaksinasi khususnya untuk peniaga-peniaga di pasar. Itu adalah salah satu tindakan proaktif untuk Negeri Sembilan di mana ADUN mengusahakan vaksin untuk peniaga-peniaga di pasar tersebut.

Jadi, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah juga kepada Dato’ Seri kerana banyak peralatan untuk frontliner telah dibekalkan dan oxygen concentrator juga telah diberikan kepada hospital-hospital melalui Kerajaan Negeri. Saya ucapkan terima kasih Dato’ Seri.

Untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan untuk program imunisasi COVID-19 di Negeri Sembilan, saya ingin men, menjelaskan kepada semua perlaksanaan pemberian vaksin di Negeri Sembilan digerakkan melalui pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang ditubuhkan dan diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan pelaksanaan pemberian vaksin di negeri ini CITF Negeri Sembilan, CITF Negeri ditubuhkan dan peranan, berperanan menyelaraskan tindakan bagi Pelaksanaan Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan. Semua pengoperasian PPV awam diselaraskan oleh CITF Negeri dan CITF Daerah. Peruntukan pengoperasian PPV awam diterima daripada CITF perse, Persekutuan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 9.56 juta. Peruntukan yang disalurkan kepada negeri dikawal oleh CITF Negeri dan semua permohonan oleh daerah perlu dipertimbangkan dan diluluskan oleh CITF Negeri.

Untuk melaksanakan pemberian vaksin kepada rakyat di negeri ini, selain Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di klinik kesihatan, di hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, CITF Negeri juga telah membuka PPV awam bagi memastikan dan memperluaskan pemberian vaksin kepada rakyat di setiap daerah. Bermula 19 Apri 2021, PPV awam dibuka di Daerah Seremban dan Jempol dan diikuti pembukaan PPV awam lain di semua daerah di Negeri Sembilan. Selain itu, bagi meningkatkan pemberian vaksin di negeri ini, PPV intergrasi turut dibuka iaitu PPV IPT Mega USIM dan PPV IPT UiTM Rembau. Sehingga kini terdapat sebanyak 15 PPV awam dibuka di Negeri Sembilan dan 2 PPV integrasi termasuk satu PPV mega. Selain itu terdapat 7 buah PPV hospital, SPPV, 9 buah PPV klinik kesihatan, 71 PPV GP, 7 PPV hospital

swasta, 3 pusat rawatan harian swasta (ambulatory care center), 2 PPV industri, satu PPV LPPKN, 5 PPV ATM dan 9 PPV pasukan bergerak. Kesemua jumlah PPV ini ialah sebanyak 131 buah dan kapasiti vaksinasi ialah 27,613 dos sehari.

Dalam usaha meningkatkan pemberian vaksin di Negeri Sembilan, berdasarkan kapasiti vaksin sebanyak 27,613 dos sehari, Kerajaan Negeri semasa Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan pada 22 Jun 2021 telah membentangkan perancangan vaksinasi dan telah memohon kepada Pengerusi CITF Persekutuan untuk meningkatkan bekalan vaksin di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri pada mesyuarat sidang khas Majlis Keselamatan Negara pada Jun sekali lagi memohon pertambahan bekalan vaksin di negeri ini. Dengan kerjasama CITF Persekutuan, Negeri Sembilan telah menerima pertambahan bekalan vaksin dari 180,490 pada bulan Jun kepada lebih 750 ribu pada bulan Julai 2021. Dengan pertambahan vaksin berkenaan kapasiti harian di negeri ini juga telah meningkat kepada, daripada 8,000 sehari kepada lebih 20,000 sehari. Pertambahan vaksin ini membolehkan PPV awam dan PPV integrasi di negeri beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum.

Dan saya nak ucapkan terima kasih juga kepada pegawai kerajaan yang sanggup bekerja Sabtu – Ahad bagi memastikan proses vaksinasi di Negeri Sembilan ini ber, berjalan dengan lancar. Kejayaan pemberian vaksin di Negeri Sembilan sehingga negeri, negeri ini berjaya mencapai imuniti kelompok lebih cepat, 80% rakyat berumur lebih daripada 18 tahun vaksin, telah terima vaksin lengkap pada 3 September 2021, disumbangkan oleh pemberian vaksin di 131 PPV tanpa menafikan program vaksinasi secara outreach dan juga PPV bergerak bagi kumpulan bersasar.

Bagi tujuan pelaksanaan program outreach ini, dan PPV bergerak, CITF Negeri dan CITF Daerah tertakluk kepada kelulusan CITF Persekutuan yang mana permohonan pembukaan PPV perlu dimohon kepada CITF Persekutuan, di MOSTI untuk pertimbangan dan kelulusan oleh Jawatankuasa Pembukaan Pusat Pemberian Vaksin. Permohonan outreach ini juga tertakluk kepada stok vaksin yang diterima oleh CITF Negeri setiap minggu dan keupayaan petugas. Justeru itu, Kerajaan Negeri menafikan dakwaan yang menyatakan terdapat daerah yang menghalang dan tidak memberi kerjasama dalam usaha pemberian vaksin di daerah ini. Halnya, hal ini kerana semua pelaksanaan dan pembukaan PPV dan pengoperasian PPV tertakluk kepada garis panduan pembukaan PPV yang telah ditetapkan oleh CITF Persekutuan.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan Pegawai Kesihatan Daerah di Jempol sebelum ini tidak memberikan kerjasama dalam program vaksinasi di Jempol yang menyebabkan program vaksinasi di Jempol gagal. Dakwaan negatif ini telah menyebabkan Pegawai Kesihatan Daerah berkenaan ditukar.

Selain itu, terdapat permohonan pembukaan PPV ataupun outreach yang didapati tidak bersesuaian tidak dapat dipertimbangkan. Namun begitu, diselaraskan semula dengan PPV awam, program outreach dan program bergerak, PPV bergerak sedia ada di daerah yang berkenaan. Sebagai contoh, terdapat permohonan pembukaan PPV baru di Gemencheh yang tidak dapat dipertimbangkan oleh CITF Negeri kerana PPV berkenaan yang dicadangkan dibuka di sekolah, Sekolah Menengah Datuk Mohd. Taha dan pintu masuk yang sama akan digunakan oleh penerima dan petugas vaksin dengan kakitangan sekolah serta para pelajar. Cadangan ini tidak bersesuaian kerana jika sekolah dibuka, akan memberi risiko kepada keselamatan pelajar. Selain itu, pintu masuk cadangan PPV berkenaan juga terletak berhadapan taman perumahan dan bangunan perniagaan yang akan menimbulkan kesesakan trafik jika PPV ini dibuka. Untuk itu, CITF Negeri dan daerah menyelaraskan semula permohonan program outreach yang dimohon mengikut kesesuaian tarikh berdaftar, berdasarkan kepada golongan sasar dan kepuai, keupayaan tenaga, sumber tenaga seperti vaccinator dan juga petugas serta bilangan vaksin.

Bagi cadangan pemberian vaksin kepada rakyat yang berumur 18 tahun serta dos ketiga booster, Kerajaaan Negeri bersedia melaksanakan cadangan tersebut tertakluk kepada keputusan dan arahan daripada CITF Persekutuan. Bagi penduduk di kawasan Repah, mereka juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di PPV awam di Tampin iaitu PPV Dewan Perdana Tampin yang mempunyai kapasiti suntikan 500 suntikan sehari.

Ada dakwaan daripada Johol yang mengatakan Tampin, vaksinasinya adalah kurang tapi apa yang kita perlu jelaskan di sini adalah, orang-orang dekat Tampin ni kebanyakannya telah divaksinasi sebab mereka pergi ke pusat vaksinasi di Rembau dan juga di UCSI di Seremban, Port Dickson. Jadi ia menyebabkan ramai yang terima vaksin di tempat lain tidak dimasukkan dalam Daerah Tampin, itu sebabnya menunjukkan data yang kurang. Kalau kita lihat di Port Dickson, telah capai 115% tapi masih ada lagi rakyat yang belum divaksinkan. Dan saya rasa ADUN Seri Tanjung juga telah membuat program outreach di mana sebanyak 2,000 lebih orang telah divaksinkan baru-baru ini. Jadi itu yang saya nak nyatakan. Walaupun rakyat yang pergi ke Johol tu adalah mereka-mereka yang mahukan vaksin jenis Sinovac, di Dewan

Perdana Tampin kita bagi vaksin jenis Pfizer, dan khususnya orang Tiong Hua ni mereka lebih gemar untuk mengambil vaksin jenis Sinovac. Sebab itu mereka ada opportunity untuk pergi ke tempat lain yang memberikan vaksin Sinovac, mereka akan ke sana untuk ambil vaksin tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menjawab kepada isu yang dibangkitkan oleh ADUN Senaling. ADUN Senaling membangkitkan isu bahawa urusan kematian terutamanya yang beragama Islam disegerakan dari segi ujian swab test atau green lane. Bagi menjawab persoalan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan polisi pengurusan mayat atau jenayah, jenazah semasa pandemik COVID-19 yang bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 di kalangan petugas yang mengendalikan mayat atau jenazah tersebut. Pesakit COVID ataupun pesa, pesakit bukan COVID yang meninggal dunia setelah beberapa hari menerima rawatan di wad dan status COVID telah diketahui, mayat atau jenazah pesakit tersebut akan diserahkan dengan segera kepada keluarga atau Jabatan Agama Islam Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk proses pengebumian dimulakan.

Bagi mayat atau jenazah yang meninggal dunia di luar hospital atau meninggal ketika baru dimasukkan ke Jabatan Kecemasan di hospital dan dalam masa yang sama status COVID tidak diketahui, maka ujian swab test wajib dilaksanakan. Sampel ujian tersebut akan diuji dengan menggunakan kaedah rapid molecular COVID test yang mengambil masa lebih kurang 2 jam selepas sampel tersebut tiba di ma, di makmal ujian, ini hanya boleh dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Sekiranya kematian berlaku di daerah lain maka sampel yang diambil akan dihantar kepada hospital berkenaan untuk diproses. Tiada pengecualian dibuat kepada mayat atau jenazah yang sememangnya perlu menjalani ujian COVID-19. Jadi kita memang perlu lakukan swab test ini untuk memastikan bahawa pesakit tersebut, kalau dijangkiti COVID maka prosesnya adalah berlainan daripada yang bukan pesakit COVID.

Dato’ Yang Dipertua, Rahang telah membangkitkan bahawa untuk menambahkan mesin hemodialisis di setiap hospital atau klinik kesihatan supaya rawatan dialisis dapat diteruskan bagi pesakit yang kurang berkemampuan. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2019 dan tahun 2020, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan telah menerima 8 buah mesin hemodialisis yang baru, sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan 6 buah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada tahun 2021, sejumlah 6 buah mesin hemodialisis baru diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketika ini, semua buah, semua 7 buah hospital kerajaan di Negeri Sembilan mempunyai Unit Hemodialisis dan kapastiti menempatkan mesin hemodialisis di hospital telah penuh dan penambahan mesin hemodialisis ini akan menyebabkan kesesakan memandangkan tiada ruang. Oleh itu, kos bagi mengoperasikan hemodialisis ini adalah tinggi, maka Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pakar-pakar nefrologi lebih menyarankan penggunaan dialisis melalui kaedah continuous ambulatory peritoneal dialysis iaitu CAPD. Kelebihan kaedah ini adalah pesakit boleh me, melaksanakan dialisis di rumah dan di tempat kerja. Ia mampu mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit sekiranya menjalani hemodialisis secara, dialisis secara hemodialisis. Walau bagaimanapun, saya juga akan memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan supaya mempertimbangkan untuk men, menempatkan mesin hemodialisis di klinik kesihatan. Itu adalah perkara yang saya cuba bawak, dan saya harap ia dapat dipertimbangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Untuk ADUN Chembong, isu berkenaan Sungai Rembau, pencemaran Sungai Rembau menyebabkan banyak ikan-ikan telah mati. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, memang Kerajaan Negeri melalui jabatan atau agensi penguatkuasa sentiasa aktif dalam memantau aktiviti di sepanjang sungai dan melalui beberapa jawatankuasa/task force yang telah diwujudkan bagi memantau aktiviti yang boleh menjadi ancaman kepada aliran sungai. Antaranya melalui Sekretariat Bencana Negeri Sembilan, Task Force Tindakan Bencana dan pemantauan serta pembentangan status-status semasa melalui Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur dan Kemudahan Awam dan juga Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.

Selain dari itu, satu task force pelaksanaan operasi bersepadu dan pemantauan 24 jam di lokasi hotspot pembuangan sisa terjadual telah diwujudkan sebagai inisiatif rondaan bersepadu dan pemantauan 24 jam bagi menangani kes-kes pembuangan sisa terjadual secara haram turut diwujudkan yang melibatkan jabatan, agensi teknikal seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Badan Kawal Selia Air untuk bertindak bagi mengawal isu-isu yang berkaitan. Sebagai tambahan juga, jawatankuasa bagi melaksanakan Ops Lumpur di Negeri Sembilan turut telah diwujudkan sejak 10 September 2019 bagi memastikan pencemaran sungai dan risiko banjir lumpur akibat daripada kawasan pembangunan yang baru dapat diatasi.

Dato’ Yang Dipertua, ini adalah soalan daripada ADUN Bagan Pinang. Memang isu ini sudah lama kita bawak ke perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mendapatkan satu jenis, klinik kesihatan jenis

ketiga, perkara ini memang dibawa oleh Bagan Pinang. Saya memang ambil maklum. Dan saya juga telah membawakan perkara ini ke perhatian Kementerian dan kita, kalau kita lihat permohonan untuk projek ini telah dibuat sejak Rancangan Malaysia Ke-7 lagi. Dan pengambilan tanah telah pun mendapat kelulusan pada tahun 1995. Jadi cadangan projek ini terletak di Mukim Si Rusa, Teluk Kemang dengan anggaran keluasan tapak tanah seluas 1.39 hektar. Dan kami akan, saya akan follow-up dengan kementerian supaya kita dapat realisasikan untuk mendapatkan klinik kesihatan di Teluk Kemang ini.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Kota bertanyakan bagaimana KKM membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan vaksinasi di bawah 18 tahun, booster dose vaksinasi masih belum jamin imunisasi badan, apakah perancangan Kerajaan Negeri dan Pusat. Untuk makluman Jabatan Kesihatan Negeri masih belum menerima garis panduan pelaksanaan vaksinasi bawah 18 tahun daripada KKM. Yang keduanya, kerajaan belum memutuskan keperluan dos ketiga atau booster selagi populasi dewasa masih belum lengkap 2 dos.

Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Johol ya, mengapa kadar vaksinasi di kawasan Tampin lebih rendah daripada kawasan Johol, kerana ramai warga Tampin pergi ke Johol. Saya rasa ini telah saya jawab tadi. Dan untuk Gemencheh dan Gemas, mereka juga mengatakan kadar vaksinasi di Tampin kurang. Saya nak jelaskan tadi, saya pun, telah pun jelaskan tadi bahawa bukan semuanya penduduk di Daerah Tampin ni mengambil vaksinasi di Daerah Tampin, tetapi ada yang pergi ke Rembau, ada yang pergi ke Port Dickson dan ada juga yang ambil dekat Seremban. Jadi itu sebabnya ada data yang menunjukkan kurang percentage yang mengambil vaksinasi dekat sana. Untuk makluman, kebanyakan rakyat Tampin ni telah pun mengambil vaksin dan setiap kali saya tanya, berjumpa dengan orang, memang mereka telah menerima vaksin tersebut. Jadi, tidak timbul isu berkaitan dengan orang yang tidak menerima vaksin. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman …..

Yang Behormat.

….. semasa pandemik COVID-19 ini. Saya belum habis lagi.

Yang Berhormat Repah, boleh sikit?

Boleh, boleh.

Maknanya kalau kadar vaksinasi di Daerah Tampin, kalau dilaporkan hanya 57%, maknanya dah ramai yang di luar, boleh ke angka-angka ini dikenal pasti dan pastikan jugaklah berapa sebenarnya penduduk Tampin yang belum divaksin.

Dato’ Yang Dipertua, data ini telah pun saya mintak daripada MySejahtera dan saya belum dapat data tersebut. Jika kita dapat data tersebut, kita akan maklumkan kepada persoalan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, saya teruskan. Semasa pandemik ini berlaku, banyak kesihatan mental. Jadi nasihat daripada saya, cara utama menangani kesihatan mental adalah melalui amalan gaya hidup yang sihat, amalan kehidupan yang baik boleh mengurangkan tekanan hidup. Sikap bertoleransi, sabar dan ceria dalam pergaulan se, seharian serta pengurusan masa secara teratur dan pembahagian kerja pula dapat mengurangkan beban kerja. Amalan senaman dan penjagaan pemakanan yang seimbang jadi amalan gaya hidup yang lebih sihat adalah berkesan untuk mengelakkan masalah tekanan mental yang berat. Langkah mengatasi masalah tekanan mental boleh dilakukan dengan bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi, perkhidmatan kaunseling mampu membantu individu yang bermasalah agar mengurangkan konflik hidup mereka. Perkhidmatan kaunseling dan psikoterapi berperanan menyediakan ruang untuk mangsa tekanan mental meluahkan isi hati mereka. Pihak kaunselor dapat memberikan nasihat agar membantu individu tersebut menyelesaikan masalah. Kaunseling juga dapat diberikan kepada keluarga individu tersebut supaya dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh individu terlibat. Di samping itu, pendidikan agama atau moral juga mampu mengatasi masalah tekanan mental. Ibu bapa harus memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Individu yang mempunyai asas nilai-nilai murni mampu menguasai masalah hidup. Rujukan kepada pihak kesihatan apabila ada tanda-tanda kesihatan mental yang semakin ketara. Pemeriksaan daripada pihak kesihatan dan pakar psikiatri untuk rawatan selanjutnya agar dapat diatasi di peringkat awal. Ini yang perlu dilakukan dalam masa pandemik ini. Kalau adanya isu-isu yang timbul seperti ini.

Dato’ Yang Dipertua, itu sahaja yang saya nak bagitahu. Dan saya harap kita terus mengikut SOP walaupun kita telah menerima completed doses vaccine itu tidak bermakna bahawa kita ni kebal kepada jangkitan COVID-19 ini. Kita harus mengikut SOP selepas menerima vaksin ini

sebab kita dapat lihat di Sarawak sana, selepas mereka terima 2 dos, semua sektor ekonomi telah dibuka, kes sekarang meningkat. Jadi kita nak bagi nasihat kepada penduduk Negeri Sembilan ini, kita telah melalui jalan seperti ini untuk mencapai 80% imuniti dan kita harap kita terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya kita dapat kawal penularan COVID-19 ini dan terus memutuskan rangkaian penularan tersebut. Jadi itu adalah harapan saya. Dan saya harap kita dapat kekal hidup dengan selesa tanpa jangkitan COVID-19 ini. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah dan silakan Yang Berhormat Nilai.

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua, ada beberapa isu berkaitan dengan, yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat, beberapa Yang Berhormat. Antaranya berkaitan dengan isu pengangguran dan juga kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini.

Kadar pengangguran pada tahun 2020 adalah 3.8% dengan jumlah penganggur sebanyak 18,700 orang terdiri daripada 12,600 orang lelaki dan 6,100 orang perempuan. Manakala kadar pengangguran bagi suku kedua tahun 2021 adalah 3.5% berbanding dengan kadar di peringkat nasional iaitu 4.8%. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh majikan di bawah Seksyen 63 Akta Kerja 1955, bilangan tempat pekerjaan yang menutup operasi dalam tempoh pandemik COVID-19 pada tahun 2020 adalah 28 tempat pekerjaan manakala pada tahun 2021, sehingga Julai adalah 15 tempat pekerjaan. Bilangan pekerja yang diberhentikan adalah seperti berikut: pada tahun 2020, bilangan majikan yang terlibat adalah 124 dan jumlah yang diberhentikan pekerjaan adalah 1,440 orang dan dibayar pampasan sebanyak 41.6 juta. Sehingga tahun, bagi tahun 2021 sehinga bulan Julai ini, jumlah majikan yang terlibat adalah 143 dan jumlah kehilangan pekerjaan yang melibatkan orang adalah sebanyak 434 orang dan melibatkan jumlah pampasan yang dibayar sebanyak 24 juta.

Manakala bagi, selain itu, sebilangan besar pekerja juga terlibat dalam tindakan pemberhentian sementara dan juga pengurangan gaji. Bilangan majikan yang terlibat daripada 1 Januari hingga 31 Julai 2021, pemberhentian sementara melibatkan 11 majikan dan bilangan pekerja yang terlibat adalah 369 orang. Manakala bagi penggurangan, pengurangan gaji, bilangan majikan terlibat adalah 42 dan melibatkan pekerjanya 2,234 orang.

Dan juga antara usaha yang diambil untuk membantunya, pekerja-pekerja yang diberhentikannya adalah: di peringkat Kerajaan Negeri telah melancarkan inisiatif Bantuan Kehilangan Pendapatan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Bantuan ini dimohon secara atas talian melalui aplikasi N9 Digital ataupun web www.n9.digital melalui 1 Julai 2021. Dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 3 juta ringgit untuk membantu memberikan bayaran one-off kepada yang kehilangan pekerjaan. Sehingga sekarang sebanyak 889 permohonan telah di, telah diluluskan dan permohonan untuk bantuan ini dibuka sehingga hujung tahun ini.

[jam 3:03 petang – YB Yang Dipertua mempengerusikan persidangan ketika YB ADUN Nilai menyampaikan ucapan maklum balas]

Selain daripada itu, inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Pusat melalui PERKESO adalah Program Subsidi Upah, Program Penjana Kerjaya, Program SIP Prihatin. Dan selain daripada itu, sepertimana yang kita dimaklumkan oleh sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri juga melalui Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus), bantuan one-off peniaga kecil dan penjaja, dan juga pengecualian sewa gerai dan pasar diberikan untuk membantu sedikit sebanyak meringankan beban peniaga ataupun penjaja dan juga pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan.

Yang keduanya berkaitan dengan pembekalan bekalan air di estet. Estet merupakan tanah persendirian. Adalah menjadi tanggungjawab majikan estet di bawah Akta Standard – standard Minimum Perumahan Pekerjaan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja, staf 1990 ataupun Akta 446 untuk menyediakan bekalan air minum kepada perumahan pekerja. Oleh kerana estet merupakan tanah persendirian, persendirian adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyediakan kemudahan ini atas perbelanjaan sendiri. Tetapi sebelum ini di Negeri Sembilan ada beberapa estet telah mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia melalui Program Bekalan Air Awam Estet dalam Rancangan Malaysia Ke-10 telah membantu 8 buah estet di Negeri Sembilan untuk mendapatkan bekalan air SAINS. Contohnya di Ladang Tanah Merah, Ladang Jemima, Ladang Perhentian Tinggi, Ladang Kombok, Ladang Air Hitam, Ladang Kuala Jelai, Ladang Bukit Pilah dan Ladang RISDA. Program bantuan, Bekalan Air Awam Estet ini adalah satu program one-off di bantuan Rancangan Malaysia Ke-10 dan dilaksanakan atas dasar perkongsian kos antara kerajaan dan majikan estet terlibat. Peruntukan kewangan yang disediakan bagi tujuan telah pun digunakan sepenuhnya dan tiada lagi peruntukan.

Tetapi walau apa pun, jika ada komitmen daripada estet, syarikat ataupun pemilik estet, kita akan apa ni, akan menyalurkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk tindakan seterusnya. Dan bagi Kerajaan Negeri, kita sentiasa membantu dalam apa juga cara yang mungkin untuk membolehkan estet-estet terlibat mendapatkan bekalan air minum dan, daripada SAINS jika mempunyai komitmen daripada pemilik syarikat tersebut.

Yang ketiganya adalah berkaitan dengan peruntukan melalui Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam yang telah di, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jeram Padang. Iaitu menyatakan mohon memberikan peruntukan kepada kuil-kuil yang terletak dalam kawasan estet. Kerajaan Negeri sehingga sekarang jika kita me, menerima permohonan daripada mana-mana kuil, kita mensyaratkan untuk sekurang-kurangnya mempunyai, didaftarkan di bawah pertubuhan, di bawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan ataupun, dan juga mempunyai bank account di mana-mana bank walaupun terletak di dalam estet. Walaupun terletak di atas tanah estet ataupun tanah syarikat, tetapi kita hanya mensyaratkan ini 2 sahaja, dan sehingga sekarang, sehingga tahun ini ada beberapa estet, kuil yang ada di dalam estet, di dalam ladang telah pun diberikan bantuan seperti Ladang Senama – Bahau, di Ladang Johol – Kuala Pilah, Ladang Linsum – Rantau, Ladang Sendayan dan juga Ladang Geddes. Ini adalah antara yang telah pun kita memberikan peruntukan walaupun terletak di dalam estet.

Kita mensyaratkan untuk perlu ada didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan kerana untuk memastikan dana ini digunakan dengan sebaik mungkin kerana kita mempunyai bank account sahaja mungkin ia akan diuruskan oleh satu atau 2 orang saja. Dan untuk memastikan dana daripada kerajaan ini diuruskan dengan baik, kita meletakkan syarat tetapi jika ada permohonan ia ada bergantung kepada Pejabat Menteri Besar untuk dipertimbangkan. Dan memang kita memberikan kepada semua pemohon mengikut keperluan mereka.

Yang keempatnya adalah berkaitan dengan, daripada YB Lobak berkaitan dengan krematorium di, di Bandar Seremban. So sepertimana yang kita tahu ini adalah satu keperluan yang sangat penting khususnya kepada masyarakat bukan Islam apabila berlaku kematian. Oleh kerana tidak ada banyak apa ni, operator krematorium di, di Negeri Sembilan, menyebabkan harga itu berlipat kali ganda terutamanya semasa pembakaran mayat COVID-19. Ada operator yang me, apa, meletakkan harga 2 kali ganda daripada 500.00 ringgit menjadi 1,000.00 ringgit dan lebih daripada itu pun ada. Oleh itu, pemohon apa, cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat daripada Lobak akan dipertimbangkan jika kita mempunyai apa ni, peruntukan

yang secukupnya, kita akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya, Choo, sudah? Siapa lagi belum, haa Yang Berhormat, silakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Kita berada dalam suasana yang sukar akibat daripada serangan pandemik COVID-19 yang bermula pada awal tahun 2020 yang menjejaskan teruk ekonomi, pendidikan malahan hubungan kemasyarakatan ataupun hubungan sosial sesama kita. Kita akan menghadapi masalah yang berterusan, malahan selepas kepada permasalahan ini, pasca COVID-19 bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk kita hadapi. Namun demikian, kita masih optimis bahawa kita akan boleh memajukan dan memakmurkan Negeri Sembilan kerana kepimpinan Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakannya di samping kita mempunyai kelebihan di mana negeri kita terletak di lokasi yang cukup strategik. Kita berada berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kita tidak jauh daripada Pelabuhan Kelang dan malahan kita mempunyai potensi untuk memajukan Port Dickson sebagai Pusat Maritim Antarabangsa di samping kita mempunyai infrastruktur yang umumnya baik termasuk jalan raya. Namun untuk menjadi lebih praktikal, sasaran pelaburan yang kita sasarkan sebanyak 10 bilion ringgit pada tahun 2021 tidak dapat kita capai dan kita harus realistik untuk menilai semula sasaran ini yang kita jangka hanya bersekitaran sebanyak 5 bilion ringgit.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mengulas tentang isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chennah yang merujuk tentang kejayaan kita mencapai pelaburan sebanyak 7.93 bilion ringgit – 2020 dan bagai, dan mencadangkan untuk mewujudkan satu task force bagi memastikan projek-projek ini dap, dapat dilaksanakan ataupun direalisasikan ya. Untuk rekod, pada tahun 2017 jumlah pelaburan yang kita terima masuk yang berkaitan tentang sektor pembuatan yang telah berjaya dilaksanakan, diimplementasikan dengan izin Dato’ Dipertua, realized investment, daripada jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak 1.10 bilion ringgit, sebanyak 1.059 bilion ringgit telah berjaya dilaksanakan. Ini bermakna 95.8% pencapaian. Untuk tahun 2018, berbanding pada jumlah pelaburan bernilai 2.43 bilion ringgit yang telah diluluskan, sebanyak 1.788 bilion ringgit telah berjaya dilaksanakan iaitu pencapaian sebanyak 73.6%. Manakala untuk tahun 2019, daripada jumlah pelaburan sebanyak 3.565 bilion ringgit yang telah diluluskan,

sebanyak 3.42 bilion ringgit telah berjaya dilaksanakan yang bermakna pencapaian sebanyak 95.9%. Manakala untuk rekod tahun 2020 sehingga yang dikemaskini daripada, pada 31 Ogos 2021, jumlah pelaburan yang telah berjaya dilaksanakan ya, pada tahun 2020 berjumlah 2.927 bilion ringgit berbanding daripada jumlah pelaburan bernilai 6.178 bilion ringgit, bermakna pencapaian hanya setakat 47.4%. Dan kita menyedari di antara masalah yang terbesar ialah masalah COVID yang melanda negara yang memberi kesan untuk pelaksanaan kepada projek-projek yang telah dirancang.

Berkenaan dengan penubuhan satu task force bagi memastikan projek-projek yang telah direkodkan dapat direalisasikan, Kerajaan Negeri memang sudah ada agensi yang bernama Invest NS yang kita jenamakan daripada Negeri Sembilan Investment Center (NSIC) yang memainkan peranan sebagai one solution center bagi sebarang kemasukan projek pelaburan dan pembesaran di negeri ini dan juga memantau projek-projek yang berkenaan. Invest NS merupakan penyelaras kepada siri-siri mesyuarat pra teknikal bersama jabatan / agensi teknikal di Negeri Sembilan bagi setiap projek baru bagi memastikan kelancaran projek daripada awal sehinggalah ianya dilaksanakan di Negeri Sembilan tanpa sebarang kelewatan. Mesyuarat pra teknikal dipengerusikan oleh Invest NS yang dihadiri oleh wakil-wakil jabatan teknikal seperti TNB, SAINS, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, JKR, JMG, JPS, IWK, Pejabat Daerah dan Tanah, PBT, MIDA dan lain-lain jabatan yang berkenaan ya. Ini antara peranan yang dimainkan, yang sesuai untuk kita memastikan pelaburan yang kita bawak masuk ya, dipantau dan seterusnya dipastikan ianya dapat dilaksanakan.

Dato’ Yang Dipertua, menyentuh juga tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chennah tentang cadangan untuk menambah baik dari segi skop penerima bantuan dalam Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana atau SME khususnya dalam membantu PKS melakukan transformasi digital serta untuk memacu perniagaan mereka melalui jangkauan digitalisasi, kita menyambut baik ya, pandangan Yang Berhormat Chennah berkenaan cadangan di atas. Namun adalah dimaklumkan beberapa perbezaan skop dalam kumpulan sasaran bagi inisiatif-inisiatif sedia ada seperti yang, yang nak saya nak maklumkan. Yang pertama, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan atau kita panggil sebagai TUNS, skop utama inisiatif ini adalah untuk memberi bantuan pembiayaan kepada peniaga atau penjaja kecil dalam bentuk geran berjumlah 3,000.00 ringgit bagi setiap permohonan bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Dan pembiayaan disasarkan kepada golongan peniaga

atau penjaja kecil yang mencatatkan jumlah tahunan kurang daripada 100 ribu ringgit. Yang kedua ialah inisiatif Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus ataupun TUNS Plus, skop utama inisiatif ini adalah untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada perusahaan mikro dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah 15,000.00 ringgit bagi tempoh 5 tahun bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada ke tahap yang lebih baik. Pembiayaan disasarkan kepada golongan usahawan yang memenuhi definasi mikro yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada 300 ribu ringgit atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh ADUN Palong, saya ingin menyatakan kekecewaan saya dengan dakwaan yang dibuat oleh Yang Berhormat Palong yang pandai bermadah, bermain kata-kata mengatakan TUNS indah pada nama tapi realitinya tak seberapa ya. Saya kurang faham sama ada kerana kedangkalan maklumat ataupun ketaksuban politik kerana hakikat dan sejarahnya dari segi faktanya, TUNS inilah kali pertama ya, yang dilaksanakan dalam sejarah Kerajaan Negeri Sembilan yang menolong, membantu usahawan mikro di Negeri Sembilan. Dan ia memberi kesan besar kepada usahawan-usahawan mikro. Pada tahun 2019 – 1,046 orang usahawan mikro mendapat manafaat daripada usaha TUNS. Untuk tahun 2020 seramai 2,023 orang usahawan mikro mendapat manafaat. Ribuan usahawan-usahawan kecil kita bantu berbanding daripada yang terdahulu. Oleh sebab itu ya, kita mengharap jangan diperlekehkan usaha Kerajaan Negeri membantu usahawan-usahawan mikro di bawah TUNS.

Beberapa rungutan yang dinyatakan, ingin saya perjelaskan ya. Sepanjang TUNS 1.0 dibuka daripada 8 Februari hingga 15 Mac 2021 ya, di, yang selama satu bulan satu minggu, pihak urus setia telah menerima sebanyak 2,034 permohonan melepasi sasaran 1,000 permohonan dengan dana jumlah 3 juta ringgit ya. Manakala maksimum 3,000.00 bagi setiap permohonan. Sekiranya tempoh permohonan ini dibuka dengan lebih lama ia akan mengakibatkan lambakan permohonan yang akan ditolak kerana telah melebihi kuota peruntukan tahunan ya.

Saya juga nak maklumkan bahawa setiap sen dana yang kita perolehi diagihkan 100% kepada rakyat ya, tidak ada sebarang salah guna kuasa, tidak ada sebarang bentuk untuk apa yang bentuk penyelewengan kerana ke, setiap sen yang diterima dipulangkan kepada rakyat. Ini yang berlaku sekarang ya. Jadi jumlah ketika ini kalau kita lihat kalau lebih lama tempoh permohonan ini dibukak, lebih banyak lagi lambakan permohonan diterima yang secara tidak langsung

akan menyebabkan tempoh masa semakan oleh pihak urus setia akan menjadi lebih panjang. Urus setia perlu membuat semakan ke atas semua permohonan yang telah diterima, kerana tidak semua permohonan adalah lengkap ya, dan tidak memenuhi syarat. Oleh sebab itu perlu dilihat kesemuanya ya, supaya kita memastikan kesemua permohonan adalah menurut daripada garis pandan, garis panduan yang telah kita ditetapkan. Daripada 2,034 permohonan yang diterima, hanya 390 permohonan iaitu 19.2% yang layak dibentang dan di, dipertimbangkan dalam mesyuarat. Manakala bakinya 1,644 permohonan tidak layak kerana yang berikut: dokumen yang tak lengkap ya, borang SSM tidak disertakan dengan lengkap ya, sebut harga meragukan atau palsu, penyata akaun bukan terkini, bukan pemilik pemohon, dokumen yang tidak jelas dihantar tapi tak begitu jelas, yang tidak dapat disemak, gambar perniagaan yang meragukan. Jadi banyak faktor kita nilai.

Jadi Jawatankuasa TUNS, walaupun demikian mengambil inisiatif untuk membuka semula kepada mereka ini kepada permohonan yang didapati tidak layak ini seramai 1,644 yang tidak lengkap tadi, untuk kita, mereka merayu semula, memperbetulkan ya, dalam tempoh 2 minggu daripada bulan Mei 2021, pada bulan Jun, hinggalah pada bulan Jun ya, untuk melengkapkan. Namun begitu hanya 240 permohonan atau 14.6% sahaja yang melengkapkan permohonan mereka. Jadi Jawatankuasa TUNS seterusnya membuka lagi peluang untuk satu bulan, daripada 1 Ogos hinggalah 30 Ogos 2021 kepada permohonan baru TUNS 2.0. Maknanya kesemua dana yang diperolehi diberi kepada rakyat. Tak ada satu disimpan balik. Ini pencapaian yang kita 100% dana yang diberi di, diperuntukkan dan diselesaikan untuk kita beri kepada rakyat.

Tentang isu tentang penyata bank 6 bulan tidak sesuai. TUNS merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah 3,000.00 ringgit yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil dengan jualan tahunan di bawah 100 ribu ringgit. Ada juga yang berniaga melebihi daripada 100 ribu ringgit. Tujuan kita untuk mendapat penyata kewangan untuk memastikan orang yang benar-benar di bawah kelayakan 100 ribu ringgit. Ini kita harus lihat ya, supaya untuk mengelakkan orang yang tidak layak menerima bantuan ini. Namun demikian, kita tahu dalam keadaan sekarang masa itu kita pendekkan kepada 6 bulan kepada 3 bulan ya. Sebab sebenarnya kita nak melihat purata berapakah pendapatan peniaga berkenaan dalam tempoh satu tahun. Jadi ini daripada 6 bulan telah pun kita putuskan untuk dipendekkan kepada 3 bulan, ini tujuannya. Yang sebenarnya memang ramai di antara peniaga-peniaga yang mempunyai jumlah

jualan melebihi 100 ribu ringgit juga memohon dan mereka itu sebenarnya tidak layak. Ini perlu kita tapis menerusi dalam semakan.

Perkara ketiga yang dimaklumkan ialah tentang sebut harga yang sukar sebab PKP. Setiap permohonan TUNS perlu melampirkan dokumen sebut harga ya. Sebab kita beri untuk beri membeli barang-barang. Kita nak tahu berapa harga barang-barang berkenaan. Kalau nak beli dapur, ada orang yang harga dapur sepatutnya 1,000.00 ringgit dia letak harga 2,000.00 ringgit. Jadi kita nak memastikan bahawa dari segi berapakah harga yang sebenarnya. Oleh sebab itu kita perlukan sebut harga. Malahan kita telah permudahkan pada sekarang bukan ha, kita tahu sukar untuk mendapat sebut harga dan juga kita mendapat maklumat ada jugak peniaga-peniaga yang mengenakan bayaran kepada sebut harga, maka kita membenarkan untuk menggunakan dari segi Lazada ataupun Shopee ya, sebab kita nak mengetahui berapakah harga sebenar. Katalah satu peti sejuk, berapakah harga sebenar peti sejuk itu. Supaya, ini tujuan sebenarnya mengapa kita perlukan sebut harga ya, kita nak memastikan tidak ada penipuan, kita mahu dana yang digunakan itu ialah untuk membeli barangan berkenaan supaya perniagaannya boleh dibesarkan. Ini ha, tujuan dan hasrat kita yang sebenar.

Dan ada jugak yang men, di antara rungut, rungutan ialah permohonan dibuat berulang kali tapi masih gagal ya. Jadi setiap permohonan TUNS kita proses mengikut syarat-syarat yang telah kita tetapkan dalam garis panduan semasa. Kegagalan sesuatu permohonan secara amnya adalah kerana tidak memenuhi syarat-syarat permohonan walaupun telah dinyatakan dalam laman web. Kita telah memaklumkan apakah syarat-syaratnya. Kalau syarat-syarat ini tidak dipatuhi, kalau dia mohon 100 kali pun, memang dia tak akan dapat. Sebab itu kita perlu memastikan syarat-syarat ini dipatuhi. Di pihak urus setia telah mengambil pelbagai langkah untuk memberitahu, memaklumkan kepada pemohon tentang syarat-syarat ya, yang seperti termaktub dalam laman sesawang www.tuns.my. Jadi ini kita perlu memastikan ya, ini semua dilaksanakan.

Merujuk kepada jumlah permohonan di Palong, bilangannya tu ramai jugak ya. Kalau untuk di Palong – TUNS 2019 menerima 13 orang dengan jumlah peruntukan 36,200.00 ringgit. TUNS 2020 seramai 57 orang dengan peruntukan sebanyak 198,348.00 ringgit. TUNS 2021 hingga setakat 7 September 2021, penerima 44 orang dengan peruntukan sebanyak 121,417.00 ringgit ya.

Dan untuk keseluruhan bilangan pemohonan Negeri Sembilan ya, cuba kita lihat. Ini memang satu usaha yang mendapat sambutan yang

sangat baik. Untuk 2019, untuk jumlah keseluruhan pemohon ialah 2,750. Kita tak boleh bagi semua 2,750 ya, jadi kita terima 1,046 orang yang, dengan peruntukan 3 juta ringgit ya. Untuk tahun 2020 jumlah keseluruhan permohonan ialah 4,275. Jadi jumlah penerima yang kita boleh beri maksima dalam 2,000. Jadi kita bagi 2,023 sebab ada yang, yang mintak mohon kurang daripada 3,000.00 ringgit. Jadi dengan jumlah keseluruhannya 6 juta ringgit. TUNS 2021 sehingga 7 September 2021 jumlah permohonan sudah 2,934 orang ya, permohonan dan yang kita dah beri 606, yang lainnya kita sedang tapis lagi ya. Dengan jumlah yang setakat ni 1.58 juta ringgit. Maknanya, ini usaha yang kita buat untuk membantu ushawan-usahawan mikro dan kita kena ada prosedur, kena ada tatacara untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya menyentuh pula tentang isu pendidikan. ADUN Serting membangkitkan tentang isu tanah di tapak Bandar IOI. Tanah ini seluas keseluruhannya sebanyak 16 ekar yang mana Pejabat Daerah dan Tanah Jempol telah bersetuju untuk mengemukakan permohonan rizab untuk pemberimilik tanah tersebut 6 ekar untuk sekolah kebangsaan, manakala 5 ekar untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) dan sekolah agama 5 ekar. Dan pada ketika ini, untuk makluman juga sekolah kebangsaan telah pun dimasukkan dalam senarai permohonan kepa, pembinaan sekolah baru di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12. Manakala untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang telah tanah, tanah telah pun dirizabkan dan Lembaga Pengelola Sekolah sedang mengumpul dana bagi tujuan pembinaan sekolah yang berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, merujuk tentang isu yang dibangkitkan oleh ADUN Palong tentang bantuan sanitasi sebelum sekolah dibuka, bantuan alat suhu dan bantuan pelitup muka. Saya ingin memaklumkan sekolah di bawah Persekutuan tapi sebelum saya menjawab apakah usaha Kerajaan Negeri, saya ingin memaklumkan tentang di bawah, dasar di bawah sekarang ini, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, bagi tahun 2021, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi kebenaran kepada sekolah untuk menggunakan peruntukan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang Tahun ataupun dipanggil sebagai LPBT atau Lain-Lain Perbelanjaan Khas (LPK) yang disalurkan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA) untuk pembelian inventori dan bahan habis guna bagi kegunaan pejabat, sekolah dan asrama. Penyediaan dan pembelian bahan pencegahan penularan virus COVID-19 seperti pencuci tangan, hand sanitizer, pelitup muka, standing thermometer, sabun dan ubat-ubatan telah dikategorikan di bawah inventori dan bahan habis guna oleh pihak KPM melalui surat KPM.800-4/4/11 Jilid 2 (100) bertarikh

14 Januari 2021. Pihak sekolah telah dibenarkan melaksanakan pembelian bahan pencegahan penularan COVID-19 menggunakan peruntukan LPBT dan LPK.

Sekiranya baki LPBT/LPK tidak mencukupi pihak sekolah boleh melaksanakan pindah peruntukan daripada bantuan persekolahan umum lain seperti Bantuan Geran Per Kapita Mata Pelajaran (PCG), Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK), Bantuan Sukan Sekolah (BSS) dan Yuran Khas Sekolah (YKS) dengan kelulusan Ketua PTJ. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri ya, mana-mana sekolah juga yang bermasalah boleh berhubung terus dengan kami menerusi pusat khidmat rakyat masing-masing untuk kita lihat apa yang kita boleh bantu untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat sebelum ia digunakan apabila sekolah sesi bermula nanti ya.

Merujuk tentang isu yang dibangkitkan oleh ADUN Linggi tentang jalan masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang terletak di atas lot 639 …..

Dato’ Dipertua.

….. di kelilingi oleh tanah-tanah persendirian/tanah rizab lot 1007 …..

Dato’ Yang Dipertua, maaf. Yang saya maksudkan sekolah kebangsaan bukan menengah …..

Sekolah kebangsaan.

Bukan menengah.

Saya bagi jawapan secara bertulis sebab ini maknanya, maklumat yang sampai ni lain. Maaf Yang Berhormat Linggi. Maknanya Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang? Okay.

Tentang ADUN Juasseh ya, yang membangkitkan tentang adakah guru-guru di Negeri Sembilan yang tidak mahu mengambil vaksin. Jika ada, berapa ramai, dan bagaimana keadaan yang diatur oleh KKM dan Jabatan Pendidikan untuk sesi persekolah nanti. Data sehingga

6 September 2021, jumlah guru Negeri Sembilan yang telah menerima vaksin 17,005 orang iaitu 97.54% daripada 17,434 jumlah keseluruhan guru di Negeri Sembilan ya. Jumlah guru yang belum menerima vaksin ialah 428 ataupun 2.45%. Jumlah guru, ini yang sensitif, yang menolak vaksin 192 orang ataupun 1.1%. Faktor utama menolak: kehendak sendiri (tak yakin/ragu) ya. Jadi, tindakan Jabatan Pendidikan Negeri setakat ini ialah dengan Pejabat Pendidikan Daerah untuk intervensi ialah mengadakan sesi profesionalisme kepada guru yang menolak vaksin kerjasama JKN, PKD, Majlis Agama Islam dan ini yang dilakukan sekarang ya. Dan tarikh sekolah dibuka semula nanti maknanya dari segi bagaimana keadaan tentang guru-guru ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan ya. Tapi itulah, seramai 192 orang tak mahu divaksinkan setakat ini ya.

Dato’ Yang Dipertua, itulah yang, yang dapat saya capaikan, sampaikan kecuali untuk Yang Berhormat Linggi. Umumnya saya ingin jugak mengakhiri dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada frontliners yang telah berusaha untuk memastikan Negeri Sembilan menuju kepada keadaan yang lebih baik. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang telah berjaya layak ke Liga Super 2022. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT. Dengan itu saya menyokong usul menunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita telah, kita telah mendengar perbahasan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dan jawapan yang telah diberikan oleh pihak Exco dan kerajaan. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulung perbahasan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya terus kepada jawapanlah ya. Mengenai prestasi pelaksanaan pembangunan Negeri Sembilan tahun 2021, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan pembangunan Negeri Sembilan dilaksanakan seiring dengan tema belanjawan tahun 2021 “merangsang ekonomi, memperkasa rakyat”. Sehingga 31 Ogos 2021 terdapat sejumlah 756 projek di bawah vot pembangunan Negeri Sembilan. Sebanyak 259 projek telah siap sepenuhnya, 388 projek dalam peringkat pelaksanaan, 79 projek dalam pra pelaksanaan dan 30 projek belum bermula. Prestasi kewangan telah merekodkan perbelanjaan sebenar dan tanggungan berjumlah 60.9 juta iaitu 57.23% daripada 106 juta.

Perbelanjaan ni tidak termasuk vot pembangunan P50 Pejabat Menteri Besar, P56 Kerja-Kerja Kecil dan P64 Luar Jangka.

Dato’ Yang Dipertua, bagi soalan ADUN Rantau, mengenai pump-prime kepada Kumpulan Wang Pembangunan (KWP). Kenyataan Yang Berhormat Rantau telah melakukan pump-prime ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan semasa pentadbiran beliau adalah tidak tepat. Untuk rekod jumlah defisit di Kumpulan Wang Pembangunan daripada tahun 2011 hingga 2017 meningkat sebanyak 76.35 juta bersamaan 29.19%. Tindakan yang dibuat …..

Dato’, Dato’ Yang Berhormat.

Saya mencelah. Saya tak kata pump-prime kepada Akaun Pembangunan. Saya katakan, saya cadangkan kerajaan buat pump-prime kepada ekonomi domestik. Dan apa yang saya kata tentang caruman tu, ialah kita punya rizab banyak tapi kita tak masukkan kepada rizab, lebihan surplus kita, kita carum terus kepada Akaun Pembangunan supaya ia dapat dijadikan sebagai mengurangkan defisit atau kita menambah Akaun Pembangunan …..

Pump-prime kepada ekonomi bukan kepada Akaun Pembangunan …..

Terima kasih.

Akaun Pembangunan misal kata, laporan 2020 lebihan surplus Kerajaan Negeri Sembilan 147 juta kan?

Tak perlu kita rizab. Kita terus masukkan carum kepada kita punya Akaun Pembangunan, carumkan terus. Jadi kita akan ada, kalau ada defisit, kita boleh kurangkan. Dan ini akan menambah caruman kepada pembangunan Negeri Sembilan. Itu maksud saya.

Okay, terima kasih. Sebenarnya kita sebenarnya telah menerima teguran apabila kita mengambil alih kerajaan daripada Ketua Audit Negara. Jadi Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan 2017 – 2018 ada sedikit teguran dan kita telah baiki untuk mengurangkan pihak Audit menyarankan bahawa kedudukan kewangan terbaik bagi sesebuah negeri adalah apabila merekodkan surplus bagi kedua-dua Akaun Hasil Disatukan dan juga Kumpulan Wang Pembangunan. Jadi itu yang kita buat, terpaksa kita buat ya. Jadi kita terpaksa buat dan kita rekodkan, terpaksa rekodkan kerana kita dapat teguran. Sehubungan itu, mulai tahun 2018 hingga kini Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan mengambil tindakan terhadap teguran tersebut dan berjaya mengurangkan defisit Kumpulan Wang Pembangunan walaupun jumlah penurunan ini tidak significant namun ianya memberi impak positif kepada penyata kewangan negeri dan isu tidak lagi berbangkit apabila ada teguran ya.

Yang soalan seterusnya daripada Rantau menyatakan bahawa 60% daripada belanjawan 2021 adalah daripada komponen Hasil Bukan Cukai. Kita akui bahawa memang ya, belanjawan hasil 2021 melibatkan komponen Hasil Bukan Cukai 51.4% manakala Hasil Cukai adalah sebanyak 34.7%, dan Terimaan Bukan Hasil adalah 13.8%. Jadi kita, bermula tahun 2010 kutipan Hasil Bukan Cukai adalah lebih tinggi daripada Hasil Cukai. Dan pada tahun 2010 Hasil Cukai adalah 33.9%. Jadi kita, sebenarnya apabila kita membuat belanjawan ini, kita melibat indikator-indikator yang lepas, dan apabila kita lihat ini kita perlulah melihat ke hadapan ya, jadi ketika bajet kita diumumkan tempoh hari juga, walaupun ada pandangan daripada Rantau, kita akui tetapi ketika itu COVID masih kita lihat pada tahun 2021 kita rasa boleh terkawal dan membenarkan ekonomi itu berjalan tetapi malangnya keadaan lebih buruk. Jadi itu yang berlaku pada hari ini.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai ADUN Chennah juga, soalan, usaha kerajaan mencatatkan akvititi pembinaan termasuk kerja-kerja undi. Untuk maklum balas tersebut, belanjawan 2021 memperuntukkan sebanyak 153 juta peruntukan di bawah vot pembangunan dengan tujuan untuk merancakkan aktiviti pembinaan ekoran situasi COVID-19 yang melanda dunia semenjak tahun 2020 yang merangkumi 888 projek pembangunan fizikal. Untuk makluman YB Chennah, Negeri

Sembilan telah menduduki kedudukan pertama di peringkat nasional dari segi perstasi perbelanjaan peruntukan MARRIS pada tahun 2020 yang lalu. Sehingga 31 Ogos 2021 sebanyak 365 juta peruntukan telah diluluskan untuk pelaksanaan sebanyak 1,625 projek, sebanyak 2 sesi pengundian MARRIS telah diadakan dengan nilai kerja sebanyak 79.7 juta merangkumi 794 projek kepada kontraktor G1. Selain itu Kerajaan Negeri juga menerima 10 juta di bawah peruntukan PEMERKASA oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk pelaksanaan kerja-kerja kecil dan dibuat secara undian bagi 253 projek bagi Fasa 1. Secara keseluruhannya sebanyak 527.97 juta telah diperuntukkan dan diterima pada tahun 2021 untuk pelaksanaan 2,766 projek pembangunan.

Dato’ Yang Dipertua, soalan YB ADUN Seri Menanti mengenai, berkenaan tender bekalan baja Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang diberikan kepada syarikat daripada Negeri Melaka dan bukan syarikat tempatan. Pertama, saya nak mengulas bahawa kontraktor bekalan baja kepada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah dibuat secara tender terbuka selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2.1 Kaedah Perolehan Kerajaan. Semua syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang telah ditetapkan adalah layak menyertai tender atas prinsip persaingan terbuka, telus, adil dan berintegriti. Kesemua syarikat yang menyertai tender akan melalui proses penilaian yang dilaksanakan oleh 2 jawatankuasa yang berbeza iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan di mana spesifikasi serta kriteria penilaian oleh kedua-dua jawatankuasa tersebut telah ditetapkan lebih awal agar penilaian yang adil serta saksama dapat dilaksanakan. Kedua-dua jawatankuasa seterusnya akan mengemukakan proses penilaian serta syor senarai syarikat-syarikat tersebut.

Kontrak bekalan baja kepada Jabatan Pertanian pada tahun 2021 telah ditawarkan kepada sebuah syarikat beralamat di Melaka berdasarkan kepada harga tawaran yang lebih menguntungkan Kerajaan Negeri iaitu kepada harga tawaran 2.8 juta berbanding 2.87 juta harga, anggaran harga jabatan dengan penjimatan 45,500.00 ringgit. Spesifi, spesifikasi baja yang ditawarkan juga menepati kehendak jabatan berbanding dengan petender-petender lain. Syarikat pembekal seperti yang disebut oleh YB Seri Menanti tidak berjaya adalah disebabkan oleh faktor berikut: pertamanya tidak mematuhi spesifakasi yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal iaitu hanya menghantar 6 daripada 13 sample laporan analisisa baja yang diperlukan. Kedua hanya 3 daripada 13 sampel baja mematuhi syarat spesifikasi nutrien baja yang diperlukan. Dan harga yang ditawarkan adalah lebih tinggi, melebihi 7.24% berbanding harga anggaran jabatan yang ditetapkan.

Dato’ Yang Dipertua, untuk soalan ADUN Rantau, status bayaran 2 bilion oleh MINDEF. Kerajaan Negeri masih belum menerima bayaran Notis 5A berjumlah 2.176 bilion ringgit bagi permohonan pemberian milik tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 seluas lebih kurang 66.5 juta meter persegi ataupun 16,439 ekar di Kem Asahan, Mukim Air Kuning, Daerah Tampin untuk kegunaan kawasan pusat latihan gam, tempur tentera darat. Satu cadangan penyelesaian pembayaran premium bagi kelulusan tersebut telah dilaksanakan pada 27 April 2021 iaitu bersetuju MINDEF menyelaraskan semula kawasan permohonan, pemberian milikan tersebut dan sekiranya pihak MINDEF setuju, satu kertas MMKNS akan diangkat untuk meminda keputusan terdahulu dengan mengekalkan kadar premium yang telah diluluskan terdahulu tertakluk kepada cara pembayaran yang akan dirundingkan semula.

Untuk soalan ADUN Rantau juga mengenai status 100 ekar tanah di Labu yang dicadangkan untuk membuat rumah mampu milik berharga 80 ribu dan ke bawah. Tanah ini diluluskan kepada Yayasan Negeri Sembilan secara pemberimilik tanah secara seluas lebih kurang 94 ekar bagi tujuan pembangunan perumahan bercampur. Yayasan Negeri Sembilan telah membangunkan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan perumahan bercampur yang dikenali sebagai Projek Taman Bakti YNS yang melibatkan 1,067 unit kediaman melibatkan 314 unit bagi Type A, 221 unit Type B dan 217 unit Type C ya, harga dia 80 ribu Type A, Type B – 255 ribu dan Type C – 380 ribu, dan 315 unit bagi Type D – 395 ribu. Jadi semua pembangunan …..

Dato’. Dato’, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat mohon mencelah. Tujuan asal kita dapat tanah itu adalah merupakan suatu swap exercise ataupun penggantian kerana kita tidak, telah pun bersetuju dengan cadangan daripada pihak Sime Darby, pembangunan projek Ainsdale Estate kerana dalam kita punya dasar perumahan Kerajaan Negeri Sembilan, siapa-siapa nak bangunkan mesti ada rumah mampu milik Type C yang sekurang-kurangnya 20, sekarang ni berapa peratus 30% tak salah kan, 80 ribu ke bawah. Jadi kita tak kenakan Ainsdale buat rumah mampu milik di situ, tapi sebagai balasan kita buat swap, kita pukul harga satu rumah tu berapa ribu dan kita dapat tanah milik Sime Darby di Labu tersebut 90 lebih ekar hampir 100 ekar, dan tanah tersebut telah pun kita nyatakan bahawa ia akan didirikan semuanya khas untuk rumah 80 ribu ringgit ke bawah kerana di Nilai ini banyak golongan pekerja-pekerja industri yang mana di kawasan Nilai ini dia keperluan untuk rumah mampu milik tu tinggi. Jadi, saya nak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat kan, supaya kekalkan itu ya. Kerana

itu adalah merupakan ganti kepada rumah yang berharga 80 ribu yang sepatutnya didirikan dalam pembangunan Ainsdale. Jadi kalau kita bagi kepada orang buat apa orang kata, rumah bercampur-campur ni dia akan ada keuntunganlah. Kalau boleh ya, apa yang diputuskan dulu tu, kita buat khusus saja rumah 80 ribu. Dulu ada orang nak buat Dato’ Dipertua ya. Yang Amat Berhormat terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas makluman. Dan kita sedia maklum dalam keadaan ekonomi yang harga 80 ribu ni kita telah banyak berjumpa ma, semua pemaju tidak mampu untuk buat dan kita, alhamdulillah kita terpaksa lakukan dan kita harap bahawa ini juga rumah di bawah harga mampu milik ya, kita semua kita buat rumah harga mampu milik. Jadi ini yang kita rasakan bahawa ini terpaksa kita lakukan dalam tempoh keadaan pandemik ini.

Yang Berhormat ADUN Linggi, status balai bomba di Pekan Linggi. Tanah ini merupakan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan iaitu Geran 278327 di Pekan Linggi dengan, dah jawab, okay.

Soalan mengenai daripada Mambau, status usaha untuk mengatasi masalah kaunter Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan bagi urusan pentadbiran di, di dalam tempoh perintah PKP PTGNS telah meningkatkan bilangan perserahan yang telah diterima melalui temujanji daripada semasa ke semasa sejajar dengan perubahan fasa pemulihan negara. Pada 6 September 2021, PTGNS mula beroperasi secara 80% kehadiran dan dengan kebenaran urusan secara walk-in bagi pihak guaman dan orang perseorangan/individu. Operasi kaunter PTGNS telah terjejas dalam tempoh PKP kerana terdapat beberapa kakitangan yang telah dijangkiti COVID-19. Dalam tempoh PKP, PTGNS mampu memproses sebanyak 3,000 perserahan sebulan berbanding dalam sebelum tempoh PKP iaitu hampir 5,000 perserahan sebulan. PTGNS juga telah mengambil langkah bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter dengan melaksanakan beberapa inisiatif iaitu sistem eSearch serta tujuan membeli Carian secara persendirian secara atas talian yang akan dijangka akan mula digunakan live pada pertengahan bulan September 2021. Inisiatif kedua adalah dengan melaksanakan sistem eSerahan yang membolehkan lembaga guaman membuat pesanan perserahan secara atas talian tanpa perlu hadir di kaunter. Kehadiran di kaunter hanya melibatkan penyerahan dokumen sahaja. Sistem ini dijangka akan mula digunakan live pada bulan Oktober 2021.

Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Pertang mengenai isu penyaluran peruntukan MPKK bagi menangani penularan wabak pandemik COVID.

Peruntukan kesejahteraan rakyat telah disalurkan melalui pusat khidmat masing-masing. Peruntukan tersebut tidak melalui Majlis Pengurusan Komuniti (MPKK).

Yang, soalan ADUN Pertang juga mengenai pemberian insentif kepada frontliner. Kerajaan Negeri menerima baik ya, dan mengambil maklum cadangan pemberian insentif kepada frontliner atau petugas kesihatan dengan mengambil kira pengorbanan frontliner dalam tugasan membendung penularan wabak pandemik COVID-19 ini.

Mengenai soalan ADUN Pertang juga, menerima aduan bahawa bayaran pajakan tanah rizab agak tinggi bagi tujuan pertanian. Kadar bayaran pajakan tanah rizab adalah berdasarkan 100% daripada penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengikut tempoh pajakan yang diluluskan tidak kurang daripada 3 tahun serta tertakluk kepada maksimum 21 tahun berdasarkan Pekeliling Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan Bilangan 6/2014. Namun kita benarkan juga ya, ada rayuan-rayuan daripada mereka.

Yang Berhormat ADUN Johol, apakah permohonan tukar syarat nyata tanah dari getah kepada kelapa sawit, sebagai contoh, Felcra Kampung Malan telah dibenarkan untuk dibuat permohonan. Satu kajian berhubung kesan penanaman pokok kelapa sawit sedang dilaksanakan. Walau bagaimanapun permohonan tukar syarat nyata tanah kepada getah kepada kelapa sawit masih boleh diproses atas case-by-case sehinggalah satu keputusuan baru berkenaan perkara ini diperolehi untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

Pelanjutan tempoh sewa dan sewa beli perumahan awam Kerajaan Negeri daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Pada 16 Jun 2021, Kerajaan Ngeri telah meluluskan penjualan sewa dan sewa beli perumahan awam Kerajaan Negeri bagi tempoh 3 bulan di bawah inisiatif bantuan COVID-19. Seterusnya pada 11 Ogos ‘21 Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pelanjutan pengecualian sewa untuk satu bulan lagi ya, menjadikan 4 bulan keseluruhannya. Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap isu dan permasalahan yang sedang dihadapi oleh rakyat. Justeru itu Kerajaan Negeri akan meneliti, mengkaji secara terperinci keperluan pelanjutan bersesuaian dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara.

Soalan ADUN Pertang mengenai mohon jelaskan berkenaan kenaikan mendadak pajakan tanah seluas 0.2 hektar, sebanyak 4,300.00 ya, ini boleh buat rayuan, tak ada masalah.

Berapa banyakkah keluasan yang telah dirizabkan untuk tujuan hub pertanian Gemas. Terdapat, soalan daripada ADUN Gemas, terdapat 2 tapak di Gemas yang dirizabkan untk tujuan hub pertanian iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gemas – 121.4 hektar dan Ladang Kuala Gemas – 40.17 hektar.

Bagi soalan Jawatankuasa Bertindak Agama. Soalan ADUN Linggi – pembaikan bumbung Surau Al Hijrah, Bandar Sunggala, Port Dickson. Perkara ini di dalam perhatian, tindakan menyenaraikan cadangan pembaikan serta roboh dan bina baru Surau Al Hijrah Bandar Sunggala dalam Rancangan Malaysia Ke-12 telah dibuat. Pembaikan akan dipertimbangkan dan dilaksanakan berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan fungsi Jabatan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat disegerakan secara optimum bagi membaik pulih masjid, surau di Negeri Sembilan. Inshaa Allah ini kita beri keutamaan.

SOP kelas takmir di masjid Negeri Sembilan, ADUN Juasseh. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengeluarkan panduan SOP aktiviti masjid, surau Jumaat, surau Negeri Sembilan dalam tempoh pelan pemulihan fasa 2 – 27 Ogos ’21 membenarkan kelas takmir diadakan di masjid, surau Jumaat, surau Negeri Sembilan. Jemaah yang dibenarkan hadir termasuk guru takmir hendaklah melepasi tempoh 14 hari selepas menerima 2 dos suntikan. Waktu kelas yang dibenarkan hanyalah pada waktu Maghrib dan Isyak sahaja. Daripada 216 orang guru takmir Negeri Sembilan, seramai 98.6% iaitu 213 orang telah lengkap menerima 2 dos vaksin, manakala bagi mereka menangguhkan penerimaan vaksin atas nasihat Pegawai Kesihatan kerana masalah kesihatan.

Jawatankuasa Bertindak Pelancongan. ADUN Rantau, usaha Kerajaan Negeri mewujudkan kembali penggunaan jalan keretapi. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan usaha kerjasama daripada Pegawai Daerah, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran di Negeri Sembilan telah memulakan perbincangan awal bersama Perbadanan Aset Keretapi pada Mac 2021 yang lalu. Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan pembangunan dan baik pulih jambatan keretapi lama Sungai Ujong, kerja baik pulih mengecat dan mengindahkan pagar keretapi sleeper railway, pembangunan produk baru rail, Seremban, begitu juga dengan pembangunan serta baik pulih laluan keretapi Port Dickson – Seremban yang telah dicadangkan sebagai satu pembangunan produk baru pelancongan Negeri Sembilan dengan tarikan pelancong pada masa akan datang. Mungkin kita tak pakai yang tren laju, mungkin kita akan gunakan tren-tren yang klasik untuk ke Port Dickson.

Soalan ADUN Lenggeng, mengenai pelancongan, membaiki produk pelancongan di Negeri Sembilan. Rentetan daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac 2020 yang lalu, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan telah memperkenalkan promosi “Jom Terojah Negeri Sembilan” bermula 10 Jun 2020. Kempen ini adalah manifestasi kepada usaha sasaran Kerajaan Negeri untuk memperkasakan sektor pelancongan domestik yang dilaksanakan melalui pelan tindakan yang komprehensif iaitu dengan produk update, produk wellness, produk recognition. Selain daripada itu, LPNS juga daripada masa ke semasa sentiasa mengemas kini memuat naik aktiviti/kempen mengenai promosi pelancongan melalui media sosial rasmi LPNS@N9 Tourism ataupun Facebook, Instagram dan Tweeter. Kemaskini merangkumi kewujudan dan lokasi gambar dan video pendek serta tahap kesediaan produk untuk menerima kehadiran pelancong ataupun pengunjung.

LPNS bermula tahun 2021 dan selanjutnya dalam usaha tindakan memperkenalkan produk atau tarikan pelancong baru di Negeri Sembilan antaranya produk yang baru yang sedang diberi perhatian oleh LPNS ialah titik hujung Banjaran Titiwangsa, perusahaan kraftangan, penerokaan Jeram Enggang serta 3 jeram, Jeram 3 Lapis iaitu di Jelebu, produk tarikan baru yang juga merangkumi pengenalan dan penerokaan focus area baru bagi segmen pelancongan sedia ada N9 Lubuk @ camper van di bawah segmen pantai, sukan rekreasi serta Hipster Cafe di bawah segmen kebudayaan, keseniaan dan warisan.

Selain itu LPNS juga dengan kerjasama jabatan, agensi, persatuan, pertubuhan, NGO dilihat melaksanakan pelbagai produk, acara pelancongan bagi tujuan memperkenalkan produk pelancongan negeri menarik kehadiran pelancong, pengunjung serta berkongsi limpahan ekonomi serta rakyat melalui aktiviti perbelanjaan daripada pelancong/pengunjung acara pelancongan dirancang dilaksanakan melalui calendar of event Negeri Sembilan bagi tahun 2018. 9 acara pelancongan dengan jumlah peruntukan 900 ribu tahun 2019 sebanyak 23 acara, 1.9 juta tahun 2020 dan 43 acara, 3.8 juta tahun 2021 sebanyak 52 acara. Sejak 2018 hingga Ogos 2021 keseluruhan acara pelancongan yang telah dilaksanakan adalah sebanyak 29 acara dengan melibatkan keseluruhan perbelanjaan 1.66 juta. Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 acara pelancongan ini terpaksa tangguh atau dibatalkan berikutan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta nasihat kesihatan yang tidak membenarkan penganjuran serta pelaksanaan. Bagi tahun 2020/2021 sebanyak 14 acara pelancongan dapat dilaksanakan.

ADUN Pertang, mohon kerajaan memudahkan kerenah birokrasi memajukan Gua Pelangi. Untuk makluman Yang Berhormat, Gua Pelangi terletak di Kompartmen 81 Hutan Simpan Pasoh merupakan kawasan tapak Geologi yang berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu tarikan baru eko pelancongan di Pasoh, Negeri Sembilan. Pada masa ini terdapat satu syarikat yang telah diberikan permit penggunaan untuk menjalankan aktiviti rekreasi sejak 12 Januari 2018. Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geologi Negeri Sembilan telah merancang untuk membangunkan kawasan Gua Pelangi sebagai menarik lebih ramai pengunjung datang dan menjalankan aktiviti di kawasan sekitar Pasoh, Negeri Sembilan. Pihak jabatan telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan seperti pengurusan Felda Pasoh 4, MPKK Felda Pasoh 4 untuk menguruskan kawasan tersebut melalui permit penggunaan. Kelewatan birokrasi yang dimaksudkan Yang Berhormat adalah disebabkan oleh sebarang permohonan pembangunan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal perlulah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Hutan serta mematuhi prosedur yang telah terkandung dalam Akta Perhutanan 1984 Pindaan 1993 Akta 313.

ADUN Lenggeng, aktiviti sukan lasak motocross, tadi telah dijawab oleh YB Exco Sukan.

ADUN Rantau, apakah status terkini bagi projek pembinaan jalan baru dari Kampung Gagu – Ulu Beranang ya. Status semasa adalah di peringkat proses perolehan yang menggunakan kaedah perolehan secara reka dan bina. Projek ini dijangka pembinaan pada bulan November 2021, dijangka siap pada 2025. Panjang cadangan jalan adalah 16 kilometer, siling peruntukan bagi projek adalah 180 juta. Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan rundingan harga projek, mesyuarat rundingan harga telah diadakan pada 26 Julai 2021.

Laluan Denai Sungai Kebangsaan dari Pekan Linggi ke, Jabatan Pengairan dan Saliran, Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) iaitu inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam memelihara koridor sepanjang sungai atau badan air merupakan satu mekanisma kawalan sungai dan risiko banjir. Menerusi DSK pembinaan denai akan dibangunkan dengan pendekatan nature-based solution yang bertujuan menangani cabaran sosiologi alam sekitar melalui pengurusan dan pembangunan alam secara lestari. Sepertimana arahan melalui Mesyuarat Kedua Majlis Air Negara, Kementerian Alam Sekitar, Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mewujudkan Program Denai ya, (DSK). Di peringkat Negeri Sembilan satu Jawatankuasa Denai Sungai Kebangsaan telah diwujudkan dan mencadangkan 10 lokasi di 7 daerah Negeri Sembilan

termasuklah satunya di jajaran dari Pekan Linggi ke kolam JPS. Dan peruntukan bagi tujuan pelaksanaan adalah berdasarkan saluran peruntukan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air. Manakala bagi tujuan penyelenggaraan berterusan bagi memastikan infrastruktur ini sentiasa terpelihara dicadangkan di bawah peruntukan MARRIS.

ADUN Linggi, penghadang ombak Kampung Teluk Pasir Panjang bagi mengelakkan perahu dan bot nelayan yang parkir di situ rosak. Cadangan oleh YB Linggi ini melibatkan projek berkepentingan kepada golongan sasaran iaitu nelayan. Sehubungan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran sedia utnuk melaksanakan rojek tersebut. Dan kita akan mohon peruntukan daripada pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

ADUN Rantau apakah status projek pelaksanaan lebuh raya Senawang – KLIA. Cadangan penswastaan projek Paroi – Senawang – KLIA – Salak Tinggi (SKLIA) merupakan salah satu daripada 4 projek yang telah mendapat kelulusan prinsip pada, oleh Kerajaan Kerajaan Persekutuan pada 18 Disember 2013. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, semua cadangan projek lebuh raya baru yang telah mendapat kelulusan prinsip telah ditangguhkan sehingga Kerajaan Persekutuan menjalankan kajian berhubung hala tuju industri lebuh raya bertol di Malaysia. Selepas beberapa siri perbincangan, Kerajaan Persekutuan pada 18 Disember 2020 telah membuat beberapa ketetapan berhubung pelaksanaan projek lebuh raya bertol di Malaysia sama ada, yang mana antara lain pelaksanaan projek lebuh raya bertol baru adalah tanpa bantuan kewangan kerajaan dan kos pengambilan tanah sekiranya diperlukan hanya akan disediakan dalam bentuk reimbursement land cost dengan tertakluk kepada keupayaan kewangan kerajaan. Berdasarkan perkembangan tersebut, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri bersama-sama dengan kementerian, agensi berkepentingan termasuk Kerajaan Negeri sedang mengadakan rundingan lanjut dengan pihak syarikat bagi mengkaji kebolehsanaan projek tersebut berdasarkan keputusan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri juga sentiasa memberi kerjasama kepada pihak Kerajaan Persekutuan khususnya melalui UKAS, JPM untuk merealisasikan lebuh raya ini.

ADUN Linggi, balai bomba, ya, saya rasa dah dijawab. ADUN Linggi, ADUN Rantau status PPR rumah Ladang Kirby, dah jawab, dah jawab.

Status jalur lebar ADUN Seri Menanti, ADUN Linggi. Melalui pelaksanaan Pelan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1/2020, DUN Seri Menanti telah dikenal pasti dalam pelak, perancangan dan kini sedang

dilaksanakan pelan pembangunan infrastruktur komunikasi dengan sasaran pertama 3 menara baru bagi perluasan liputan jalur lebar mudah alih 4G di kawasan berpenduduk, 17 kerja naik taraf stesen pemancar mudah alih yang sedia ada bagi mencapai kelajuan jalur lebar mudah alih purata 35mbs, mbps, di 650 premis kediaman bagi akses gentian optik berupayaan gigabyte. Status pelaksanaan setakat 31 Julai 2021 melaporkan 2 kerja naik taraf stesen pemancar mudah alih kepada liputan 4G telah disiapkan manakala yang lain disasarkan siap sebelum akhir 2022. Butiran projek ya, ini nanti boleh kita dapatkanlah ya, dan Kerajaan Negeri sentiasa mengangkat dasar komunikasi sebagai utiliti awam ya, ini antara usaha Kerajaan Negeri. Keduanya merancang garis panduan perancangan infrastuktur. Ketiga, sistem penggunaan system communication infrastructure permit management dan promosi kadar fi permit infrastruktur komunikasi yang kita kaji semula. Dan kelima penerbitan garis panduan bantahan terhadap infrastruktur komunikasi Negeri Sembilan. Itu yang kita lakukan dalam tempoh bagi memastikan mempercepatkan jalur lebar di Negeri Sembilan.

ADUN Juasseh, banjir di, dan jambatan terputus, pembersihan sungai melibatkan Kampung Orang Asli Tengkek, Kampung Guntur dan Kampung Padang Lebar. Kita telah menjalankan beberapa kerja pasca banjir, kerja-kerja penyaluran Anak Air Guntur serta lain-lain kerja berkaitan Kampung Guntur berjumlah 19,500.00. Siap pada 18 Ogos 2021. Kerja penyaluran Anak Air Tampin Pos serta berkaitan Kampung Tampin Pos, Mukim Ulu Jempol – 19,000.00 telah siap pada 18 Ogos 2021. Dan ketiga kerja pembaikan jambatan dianggarkan 700 ribu dan sedang dalam proses perolehan untuk pelaksanaan.

ADUN Seri Menanti, masalah liputan jalur lebar untuk Negeri Sembilan, rancangan awal port Unifi adalah sebanyak 36,482 port untuk tahun 2021 dan telah di-review kepada 41,282 port memandangkan kepada pertambahan kawasan baru. Sehingga 31 Ogos 2021 sebanyak 31,241 port telah siap dipasang dan selebihnya akan dipasang pada 4 tahun ini. Berdasarkan kepada perancangan ini, jumlah port Unifi sedia ada di Negeri Sembilan adalah sebanyak 141,067 dan jumlah port yang dilanggan adalah sebanyak 92,894 port ataupun 66% setakat ini. Jadi siapa yang ingin melanggan Unifi di dalam kawasan yang sedia ada, kita ada lagi kekosongan ya. Ini soalan mengenai JENDELA, tadi saya maklumkan tadi ya, Kerajaan negeri ya, mengangkat polisi, mengangkat dasar komunikasi sebagai utiliti awam ya.

ADUN Gemas permohonan pembinaan menara telekomunikasi Felda Jelai 4. Unit OSC Majlis Daerah Tampin menerima permohonan Kebenaran Merancang bagi cadangan pembinaan infrastruktur

telekomunikasi di atas sebahagian tanah Lot 1887 Felda Jelai 4, Mukim Gemas, Tampin, Tetuan DIGI Telekomunikasi Sdn. Bhd. pada 2.9.2021. Walau bagaimanapun pada 3.9.2021 permohonan telah dikembalikan kerana dokumen tidak lengkap di Unit OSC, Majlis Daerah Tampin dalam tempoh 14 hari akan mengangkat permohonan ini apabila pemohon melengkapkan semua dokumen, kita akan pastikan segerakan kelulusan.

ADUN Johol, kemudahan awam, penyelenggaraan tandas, MARRIS. Sepanjang 2021 kalau saya sebut panjang ni. Jadi saya maklumkan jumlah ya. Sepanjang 2021 pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah melaksanakan 17 projek kemudahan awam dan infrastruktur ber, be, sebanyak 1.4 juta di DUN Johol. Senarai projek ada pada tahun 2021, sebutharga MARRIS semua, PEMERKASA ada, sekarang, untuk tahun 2021 kita, sekarang telah belanjakan 786,708.00 ringgit iaitu selenggara rumah rakyat, selenggara lorong tepi Jalan Dato’ Undang Johol, selenggara longkang belakang Pekan Johol, selenggara longkang Taman Desa Permai Selaru, selanggang, selenggara longkang Taman Rasa Sayang Selaru, selenggara jalan/longkang Rumah Rakyat Dangi. PEMERKASA – naik taraf pagar di Pasar Awam Johol. Okay.

Bagi ADUN Mambau, penipuan dipanggil scammer yang berlaku kebelakangan ini di negara kita kepada rakyat Negeri Sembilan. Mambau menyatakan bahawa beliau turut menjadi mangsa kepada scammer ini yang mana telah menggunakan profil beliau ni, inilah, saya akan maklumkan statistik ini. Dan berkaitan laporan polis yang dibuat YB Yap dikembalikan supaya LRA dan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ya. Ini boleh dapatkan kepada saya lepas ni lah.

Mengenai isu COVID. Untuk makluman saya telah mengadakan perbincangan ya, ini sejarah ya, bila apa, ini, ada lagi sikit, mintak maaf. Ada lagi, nanti tak jawab dia orang tanya. ADUN Gemencheh, isu pembayaran kontrak SAINS, okay. Setiap bulan SAINS komited memperuntukkan sebanyak 4.5 juta hingga 5 juta untuk pembayaran kontrak dan pembekalan. Jumlah ini meliputi 20% daripada jumlah kutipan hasil air bulanan. SAINS tidak mampu untuk membayar bayaran dengan jumlah yang lebih kerana kita juga ada komitmen bayaran seperti sewa pajak kepada PAAB sebanyak 5.5 juta, TNB – 6 juta, bayaran caj air mentah kepada Kerajaan Negeri – 2 juta, emolumen staf – 4 juta ya. Jadi sehingga Ogos 2021, SAINS telah melunaskan bayaran kontraktor pembekal sebanyak 38.6 juta daripada jumlah hutang 59.3 juta walaupun berdepan dengan kekangan kewangan berikutan pandemik COVID serta kenaikan kos bahan mentah.

ADUN Bagan Pinang, membina jambatan menghubungkan Kuala Lukut dan Chuah. Kita telah mohon pada Rancangan Malaysia Ke-11, tidak dapat kelulusan dan inshaa Allah peruntukan, kita akan mengangkat semula permohonan ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 RP3 di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan kos 90 juta.

ADUN Temiang, pelan pembangunan Bandar Seremban. Ini, pembangunan Bandar Seremban telah diperincikan dalam kajian menyeluruh Rancangan Tempatan ya, ini telah kita buat, dirangka seperti pembangunan rangkaian jalan, laluan trem, beranda, menaik taraf Taman Tasik, pengindahan Sungai Temiang, membangunkan jejak warisan, kemungkinan, kemudahan lojistik e-dagang di Bandar Seremban ya, dalam MVV 2045 diwartakan pada 15 April 2021 ya, ini dalam MVV.

Okay, YB ADUN Kota, status pembaikan Masjid Kariah Bongek. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melantik Jabatan Kerja Raya Daerah Rembau sebagai agensi pelaksana bagi pembaikan Masjid Kariah Bongek yang telah terbakar pada April 2021. Anggaran kos pembaikan adalah 1.2 juta. Status sekarang di peringkat pelaksanaan. Kerja-kerja pemasangan dinding adang oleh JKR Daerah Rembau, pembaikan penuh masjid tersebut akan dilaksanakan sebaik saja menerima pengesahan peruntukan siling projek daripada Kerajaan Negeri.

ADUN Seremban Jaya, tindakan bantuan Kerajaan Negeri kepada mereka yang terkesan akibat COVID. Ini kita sedia maklum ya. Dah, jawab. Tukar syarat getah – kelapa sawit Felcra Malan, tadi dah jawab.

Kubah Masjid Serampang Indah ya. Ini belum jawab ya. Pejabat, okay, ADUN Sungai Lui, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol telah menghantar permohonan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Jempol, mendapat laporan teknikal dan penilaian spesifikasi kos baik pulih kubah Masjid Kariah Serampang Indah pada 21 Mei 2021. Bagaimana pun kubah tersebut telah mendapat sumbangan dan telah mula dibaik pulih oleh Syarikat Thamarai Indah Holding pada 23 Ogos 2021. Kerja pembaikan sedang dilaksanakan.

ADUN Pertang, isu pemakluman lewat berkenaan pembatalan acara majlis korban 2021. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah mengesyorkan 2 set Prosedur Standard Operasi (SOP) Aktiviti Korban Dan Solat Sunat Aidiladha Negeri Sembilan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 pada 28 Jun 2021 yang mana membenarkan ibadah korban dilakukan di masjid, surau Jumaat dan surau di negeri dan satu lagi dibenarkan di rumah sembelihan saja. Keputusan

tersebut telah dibawa untuk perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dan terdapat perubahan akibat situasi COVID yang memburuk Negeri Sembilan ketika itu mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sehingga 6 Julai 2021 seramai 36,226 rakyat Negeri Sembilan telah dijangkiti dan 432 orang meninggal dunia kerana jangkitan COVID-19. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga mengesahkan 13 kes yang dijangkiti virus yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan EOC yang terdiri daripada 7 kes varian delta dan 6 kes varian delta ketika itu. Oleh yang demikian, situasi semasa yang semakin buruk keputusan tersebut telah dipinda berulang kali sehingga menyebabkan kelewatan untuk dimaklumkan kepada orang ramai. Keputusan terakhir dikeluarkan pada 14 Julai 2021 ialah menangguhkan ibadah korban pada tahun ini untuk menjaga masalah, maslahat nyawa umat Islam seluruh dunia.

ADUN Chembong status pembinaan semasa projek pembinaan Institut Neurosains. Dato’ Dipertua, Projek Institut Neurosains Mukim Pedas diarahkan, adalah merupakan projek usahama di antara MBI dengan sebuah syarikat swasta iaitu KIG International. Pembangunan projek ini akan mengambil masa selama 3 tahun meliputi 3 fasa. Fasa pertama: pembinaan hospital, pusat pemulihan dan assisted living commercial. Fasa dua: pembinaan hotel dan bazar. Yang ketiga: pembinaan pusat kediaman dan pusat latihan perubatan. Projek tersebut telah bermula Mac 2020, dalam proses mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang serta pelan bangunan daripada Pihak Berkuasa Tempatan serta jabatan agensi kerajaan yang berkaitan. Namun begitu pelaksanaan projek tersebut mengalami kelewatan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0), Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Namun begitu, sukacita dimaklumkan bahawa projek tersebut telah diberikan kelulusan Kebenaran Merancang oleh pihak Majlis Daerah Rembau (MDR) pada 1 Mac 2021 manakala kelulusan pelan bangunan akan diberikan, fasa pembangunan yang akan dijalankan di tapak projek. Projek tersebut kini diteruskan setelah Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3 pelan pemulihan. Pihak syarikat dilantik juga telah melaksanakan tindakan awal untuk memulakan kerja pembinaan pada 2 September 2021 dengan proses pembinaan fasa 1 dan fasa 2 yang, yang, yang akan mengambil masa selama 2 tahun.

ADUN Jeram Padang, rizab Kerajaan Negeri 1 bilion, bagaimana bila rizab tersebut digunakan. Untuk makluman ADUN Jeram Padang secara relatifnya kedudukan rizab semasa tahun semasa berubah

mengikut pendapatan dan perbelanjaan. Sehingga 31 Ogos 2021 Kumpulan Wang Disatukan adalah sebanyak 951.18 juta terdiri daripada Akaun Hasil Yang Disatukan sebanyak 68.33 juta dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak 482 juta. Kumpulan rizab, Kumpulan Wang Disatukan sememangnya telah digunakan untuk menampung perbelanjaan tahunan yang diperuntukkan iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan, ini termasuk juga untuk menampung pelbagai inisiatif dan bantuan demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam menghadapi COVID-19.

Cadangan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang supaya Kerajaan Negeri menggunakan rizab yang ada untuk membeli vaksin perlu diperhalusi dengan penuh teliti terutama dari segi prosedur dan tatacara. Semua negeri adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak boleh membuat pembelian secara terus. Untuk rekod sehingga kini belum ada mana-mana negeri yang mmembuat pembelian vaksin secara terus menggunakan dana negeri.

ADUN Temiang, cadangan pembinaan kolam takungan banjir di Temiang. Satu kajian pelan induk saliran mesra air, mesra alam ya, tadi saya pun telah maklumkan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 – 1.5 juta. Jabatan melalui JPS memanggil satu tender untuk tujuan kerja pengukuran. Tarikh tutup 16 September 2021 mana tender untuk perolehan kajian perundingan dijangka akan dipanggil pada akhir tahun ini.

Status terkini tanah bekas projek nasional, NFC ya. Untuk mela, makluman Dato’ Yang Dipertua, Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI) melalui, memiliki 2 lot tanah MBI iaitu Lot PT 5853 dan PT 5854, Mukim Gemas, Daerah Tampin berkeluasan 5,000 ekar yang gagal dibangunkan secara keseluruhannya oleh pentad, okay, pentadbiran terdahulu termasuk pelaksanaan projek penternakan lembu pedaging secara efektif oleh pihak NFC. Dakwaan YB Gemas kononnya pentadbiran MBI hari ini meluluskan pajakan tanah NFC dengan tanaman kelapa sawit adalah tidak benar sekali. YB Gemas mungkin terlupa bahawa pentabiran MBI terdahululah yang sebenarnya meluluskan pajakan seluas 3,000 ekar kepada Syarikat Ganjaran Kurnia Sdn. Bhd. selama 30 tahun dengan purata bayaran sebanyak 43.50 sen sahaja seekar/bulan untk tanaman kelapa sawit. Selain daripada itu, pentadbiran terdahulu juga meluluskan pajakan tanah 43 ekar kepada Syarikat Sumber Jelajah untuk tanaman durian musang king dengan purata bayaran 5.06 ringgit /ekar/bulan. Perbadanan sentiasa mengalu-alukan mana-mana pelabur yang berminat untuk mengusahakan tanah tersebut selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri.

Setiap permohonan yang diterima melalui kaedah request for proposal (RFP) akan dinilai/diteliti oleh jabatan agensi kerajaan berkaitan sebelum sebarang keputusan dibuat oleh, sebelum sebarang keputusan dibuat. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, perbadanan ini sedang dalam tindakan untuk muktamadkan pelantikan beberapa buah syarikat yang berkemampuan dalam melaksanakan projek-projek berkaitan pertanian dan penternakan berskala besar selain dilihat mampu memberikan manfaat kepada penduduk setempat, dan rakyat Negeri Sembilan amnya.

ADUN Johol, dah jawab tadi. ADUN Gemas, permohonan lampu jalan Bandar Gemas, program pencahayaan. Untuk makluman Yang Berhormat permohonan lampu jalan Bandar Gemas akan dilaksanakan bersekali di bawah kelulusan penyelenggaraan lampu jalan Daerah Tampin di bawah peruntukan MARRIS berjumlah 200 ribu. Majlis Daerah Tampin akan mengeluarkan iklan sebut harga minggu ke-3 bulan September ini bersama-sama 17 lagi projek yang diluluskan.

Isu saliran air dan kontraktor SAINS, setiap, ya, tadi saya dah jawab. YB Linggi, vaksinasi untuk bawah 18 tahun, dah saya jawab selepas ni.

Peruntukan untuk ADUN pembangan, untuk maklumat Yang Berhormat ADUN, ADUN Linggi, Kerajaan Negeri tidak pernah mengabaikan rakyat walapun di mana berada. Peruntukan bantuan dan inisiatif yang disediakan Kerajaan Negeri adalah diberikan kepada semua secara sama rata tidak kira DUN kerajaan atau pembangkang. Peruntukan bagi DUN pembangkang telah disalurkan melalui Pusat Khidmat DUN di bawah, bawah kawasan-kawasan masing-masing. Begitu juga dengan peruntukan kerja-kerja kecil P56, seperti yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini tahun lepas P56 juga disalurkan kepada semua DUN dan diselia oleh Pejabat Daerah seluruh negeri ya.

Cadangan mengadakan enakmen anti lompat parti. Kerajaan Negeri menyambut baik ya, perkara ini dan kita, inshaa Allah kita akan bincang bersama dan kita akan cuba dalam persidangan yang akan datang. Nak baco enakmen-enakmen.

ADUN Palong, apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar memulakan pelajaran bersemuka. Saya akan jawab last sekali. Membanteras pandemik COVID-19 ya, ini rasanya tadi pun telah di apa, telah dibuat oleh, oleh ADUN Repah ya.

Perbelanjaan Kerajaan Negeri saya boleh, sikit ya, sikit, Kerajaan Negeri, SJR kita berbelanja 2.1 juta merangkumi makan serta minum

sewaan khemah serta tandas bergerak, PPE kita berbelanja 187,714 bagi kegunaan frontliner.

Pengoperasi PKRC Tampin ya, ini saya ingin merakamkan ribuan terima kasih ya, terlepak, terletak di perkaran Hospital Tampin yang akan menempatkan 224 buah katil, bilik saringan, tandas, bilik mandi, surau, akan menyediakan rawatan kepada pesakit COVID-19 tahap 1 hingga 4, kecuali yang memerlukan rawatan di ICU. Pembinaan PKRC ini melibatkan kerjasama strategik beberapa buah syarikat korporat yang menyediakan keperluan kelengkapan peralatan khususnya jalan kerja pembinaan di tapak. Syarikat tersebut adalah Seri Menanti Farm Valley Sdn. Bhd., Gemencheh Granite Sdn. Bhd., Cement Industries of Malaysia Sdn. Bhd., Matrix Concept Sdn. Bhd. dan juga Tenaga Nasional Bhd. PKRC Tampin ini akan dijangka beroperasi pertengahan September 2021 di mana kerja pembinaan infrastruktur sedang giat dijalankan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma.

Okay, untuk yang terakhir mengenai pembukaan sekolah. Untuk makluman saya malam semalam, petang semalam saya telah dijemput oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang dalam kunjungannya ke Negeri Sembilan berhubung vaksinasi untuk pelajar sekolah Negeri Sembilan. Jadi, kita sedia maklum mereka telah menyediakan SOP tetapi akan dimaklumkan semasa Mesyuarat MMKN yang akan datang. Dan kita juga telah berbincang mengenai vaksinasi. Difahamkan untuk fasa 1 suntikan vaksin akan melibatkan pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Saya dimaklumkan Negeri Sembilan terdapat seramai 17,000 pelajar Tingkatan 5 dan 3,000 pelajar Tingkatan 6 yang menjadikan jumlah bakal disuntik adalah, bagi fasa 1 adalah sebanyak 20,000. Bagi persediaan di peringkat Negeri Sembilan, kita telah pun bersedia bila-bila masa dan semalam kita telah bincangkan untuk melaksanakan program suntikan vaksinasi kepada pelajar-pelajar berkenaan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan vaksinasi ini adalah tertakluk kepada keputusan dan arahan pasukan petugas imunisasi COVID-19 Persekutuan. Berhubungan, sehubungan dengan itu bekalan vaksin untuk tujuan pelaksanaan program suntikan kepada pelajar adalah mencukupi dan diperolehi secara percuma daripada CITF Persekutuan ya, sebab kita ada sedikit lagi yang inshaa Allah kita, boleh kita gunakan untuk keutamaan kepada pelajar. Justeru tiada keperluan untuk Kerajaan Negeri membeli vaksin bagi tujuan suntikan kepada pelajar ini. Jadi inshaa Allah kita ada 50,000 untuk kita berikan kepada pelajar-pelajar.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas semua soalan yang diberikan dan saya menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Semua ada? Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Penuh ya? Maknanya semua bersetuju sebulat suara. Amin.

[Semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan.

[YB ADUN Nilai, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Sungai Lui tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].

Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021Bill

Yang Dipertua Dewan

“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk memansuhkan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 [Enakmen A22], untuk membubarkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini, untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa dan hak, pemindahan Kumpulan Wang Perbadanan, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada Majlis dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan.”

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara Kelima, Rang Undang-Undang. Rang Undang-Undang Pertama, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk memansuhkan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 [Enakmen A22], untuk pembubarkan perlemba, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini, untuk mengadakan peruntukan bagi meminda kuasa dan hak, pemindahan Kumpulan Wang Perbadanan, untuk mengadakan peruntukan bagi perletak, perletakkan hartanya pada Majlis dan untuk

mengadakan peruntukan bagi perkara yang lain yang berkaitan. Selaras dengan, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dibaca bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk memansuhkan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 [Enakmen A22], untuk membubarkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini, untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa dan hak, pemindahan Kumpulan Wang Perbadanan, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada Majlis dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini, sukalah saya memberikan penerangan ringkas akan tujuan dan sebab-sebab Rang Undang-Undang ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selaras dengan peruntukan subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan (2003), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan badan tertinggi yang bertanggungjawab membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang Teramat Mulia Dato’ – Dato’ Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dalam semua hal berhubung dengan agama Islam di Negeri Sembilan.

Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 yang menggabungkan beberapa agensi di bawah MAINS iaitu Pusat Zakat Negeri Sembilan yang menguruskan kutipan zakat, Baitulmal negeri, Baitulmal MAINS yang menguruskan agihan zakat, Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan yang menguruskan wakaf dan Pusat Kaunseling MAINS.

Perundingan Pricewaterhouse Cooper (PwC) telah dilantik oleh MAINS bagi menjalankan kajian ke atas Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Berdasarkan laporan akhir kajian pada bulan Ogos 2020, Pricewaterhouse Cooper telah menyatakan wujudnya pertindihan peranan dan fungsi MAINS, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dalam urusan yang berkaitan dengan masjid dan surau, pelantikan pegawai dan jawatankuasa masjid dalam hal-hal yang berkaitan mualaf seperti termaktub pada kedua-dua enakmen tersebut.

Pertindihan adalah pada Bahagian 7 – Bahagian 10 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dengan, dengan Seksyen 15 Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015. 15 Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015. Laporan tersebut juga mengesyorkan beberapa tindakan jangka pendek dan tindakan jangka panjang diambil tindakan oleh pihak MAINS.

Setelah meneliti semua syor dikemukakan, Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kali ke-246 telah bersetuju untuk menstruktur semula Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan berkuat kuasa 1 Januari 2021. Syor tersebut telah mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pemansuhan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 adalah perlu bagi mengelakkan pertindihan peranan dan fungsi MAINS dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Pemansuhan Enakmen Perbadanan Baitulmal 2015 ini juga meletakkan hak, kuasa dan pemindahan Kumpulan Wang Perbadanan kepada MAINS sepenuhnya.

Penubuhan Perbadanan MAINS ini dibuat melalui Rang Undang-undang Perbadanan MAINS 2021 yang juga di, akan dibentangkan dalam sesi persidangan dewan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memandangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 ini ada kaitan juga dengan Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS 2021, maka sebelum Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, saya mencadangkan agar kedua-duanya

dibahaskan bersekali. Walaupun bagaimanapun, bagi bacaan kali kedua, perbincangan di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga, dijalankan secara berasingan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah mencadangkan agar Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 dan Rang Undang-Undang untuk Perbadanan MAINS 2021 dibahas bersekali. Walau bagaimanapun, bacaan kali kedua, pertimbangan di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga bagi kedua-dua Rang Undang-Undang tersebut akan dijalankan secara berasingan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Cadangan ini diluluskan dengan ramai yang bersetuju ya.

[Keputusan undian: 19 orang ahli Yang Berhormat kerajaan bersetuju, YB ADUN Kota mengundi untuk berkecuali dan 14 orang ahli Yang Berhormat pembangkang tidak mengundi]

[YB ADUN Chennah dan YB ADUN Sungai Lui tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS 2021Bill

Yang Dipertua Dewan

“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan MAINS dengan kuasa bagi menguruskan pelaburan, perniagaan dan pengkomersilan bagi pihak MAINS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.”

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang kedua, dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan

MAINS dengan kuasa bagi menguruskan pelaburan, perniagaan dan pengkomersilan bagi pihak MAINS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan MAINS dengan kuasa bagi menguruskan pelaburan, perniagaan dan pengkomersilan bagi pihak MAINS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini, sukalah saya memberikan penerangan ringkas akan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya Rang Undang-Undang ini.

Menjunjung, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menjunjung titah DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kali ke-246 telah bersetuju untuk menubuhkan perbadaan, Perbadanan MAINS yang akan mengkhususkan kepada pengurusan pelaburan, perniagaan dan pengkomersilan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Penubuhan Perbadanan MAINS ini adalah satu entiti baru yang yang ditubuhkan di bawah MAINS secara langsung dan perbadanan ini tidak terlibat dalam aspek pengurusan dakwah, pengurusan zakat serta pengurusan wakaf dan mal yang mana ianya adalah di bawah fungsi MAINS itu sendiri. Penubuhan Perbadanan MAINS ini adalah sebagai satu usaha pihak MAINS untuk meningkatkan sektor ekonomi dan pendapatan MAINS yang mana objektif penubuhannya memfokus kepada 4 perkara berikut: pertama: mengukuhkan pengurusan pelaburan MAINS. Kedua: mengukuhkan pengurusan perniagaan MAINS. Ketiga: memperteguhkan aset serta hartanah MAINS. Dan yang keempat: mengkormesilkan produk-produk milik MAINS.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan yang mulia, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merupakan agensi agama Islam di Malaysia yang bertaraf Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB) yang mengkhususkan kepada pengurusan zakat, wakaf, mal dan perkhidmatan kaunseling. Semua kakitangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang dibubar diserap masuk ke struktur MAINS sepenuhnya. Manakala Perbadanan MAINS adalah sebuah agensi di bawah MAINS yang mengkhusus kepada bidang pelaburan, pengkormesilan dan perniagaan MAINS.

Oleh yang demikian, saya bagi pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa bersama-sama MAINS bergerak seiring, dan saya juga menyeru semua di dalam dewan yang mulia ini untuk turut bersama-sama merealisasikan penstrukturan semula Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan penubuhan Perbadanan MAINS melalui Rang Undang-undang Perbadanan MAINS 2021.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS 2021 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Kita juga telah bersetuju untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 bersekali dengan Rang Undang-Undang ini. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan kedua-dua Rang Undang-Undang ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jika ada perbahasan silakan maksima 10 minit seorang.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih membenarkan saya untuk memberikan pandangan berkenaan dengan kedua-dua rang undang-undang ataupun nombor 1 – pembatalan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan yang kedua ialah untuk kelulusan Rang Undang-Undang Perbadanan Majlis Agama Islam (MAINS) Negeri Sembilan.

Dato’ Dipertua, latar belakang kepada penubuhan Perbadanan Baitulmal ini dulu adalah amat baik. Suatu cadangan untuk kita pastikan supaya ia merupakan suatu Perbadanan Pengurusan Baitulmal Negeri Sembilan untuk mengurus dan memberikan nafas baru kepada Majlis Agama Islam supaya urusan pentadbirannya diurus dengan baik dan dapat kita pastikan supaya masalah-masalah yang selalu dihadapi terutamanya kekurangan kakitangan yang berlaku kerana pada ketika itu MAINS terpaksa akur dengan pentadbiran yang tetap di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Dato’ Dipertua, malangnya apa yang dirancang perbadanan tersebut tetapi tidak ditubuhkan ataupun tidak diterjemah dalam apa yang hendak kita buat ya, kerana Perbadanan Baitulmal ini dulu kita mengatakan bahawa ia diadakan secara ring-fencing ya. Duit pungutan zakat itu adalah hak MAINS. Perbadanan Baitulmal cuma akan membuat bajet tahunannya dan dia akan memintak daripada Majlis Agama Islam. Duit Baitulmal adalah khusus diurus oleh MAINS dan ianya diurus oleh Perbadanan Baitulmal di atas kebenaran MAINS. Bahkan dalam enakmen yang diluluskan jelas sekali Dato’ Yang Dipertua, bahawa pengasingan kuasa MAINS sebagai pembuat dasar yang menjaga hal ehwal agama Islam dan dasar-dasar lain, dan tidak mahu MAINS terlibat dalam perniagaan. Itu kita buat kerana pada sebelumnya tu, Majlis Agama Islam mempunyai anak-anak syarikat. Adalah tidak molek jika Majlis Agama Islam merupakan satu entiti yang menjalankan perniagaan. Maka dibuatlah satu perbadanan pengurusan, Dato’ yang Dipertua, dengan mengambil kira anak-anak syarikat yang ada pada ketika itu dikumpulkan di bawah perbadanan dan untuk diurus supaya ianya diurus dengan terbaik yang mungkin. Tetapi dengan syarat, semuanya adalah merupakan, mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam. Waima untuk kita mengambil kakitangan, pegawai-pegawai mesti diuruskan dan diluluskan oleh Majlis Agama Islam. Dan peranan jawatankuasa pentadbiran, kewangan dan pelaburan Majlis Agama Islam adalah merupakan jawatankuasa yang akan menentukan hala tuju Perbadanan Baitulmal ketika itu, yang nak ditubuhkan.

Tetapi apa yang berlaku Dato’ Baitulmal, Dato’ Dipertua ialah suatu perkara yang dikesalilah ya, kerana ia tidak diterjemahkan dan tidak dilakukan seperti apa yang dihajatkan ya. Itu sebabnya saya cakap pada ketika membahaskan titah ucapan, titah perasmian oleh Tuanku tempoh hari, terutamanya tidak pernah wujud ataupun tidak pernah dipersetujui semasa kita berunding untuk menubuhkan Perbadanan Baitulmal ini akan adanya perpindahan yang terpaksa diberikan pampasan yang begitu besar ya. Kerana ia tidak merupakan suatu injury ataupun kecacatan, tidak ada break of service ataupun tidak ada

pemberhentian, cumanya daripada, misal kata daripada Pusat Zakat; anak syarikat MAINS kepada Perbadanan Baitulmal yang jugak dipunyai oleh MAINS. Dan kita bersetuju pada ketika itu supaya mereka yang terlibat, yang pindah ke Perbadanan Baitulmal mendapat kenaikan increment, satu increment saja. Ini satu syarat yang kita letakkan dan tidak ada kenaikan yang begitu mendadak dan ketara sekali. Tetapi apa yang berlaku Dato’ Dipertua ialah skim gaji yang bukan-bukan, yang telah pun dilakukan sehinggakan ada di antara kakitangan yang dapat gaji berbelas-belas ribu, bukan, itu bukan masalah kita, tetapi ini tidak sepatutnya berlaku. Bahkan Dato’ Dipertua, pampasan dibayar. Ini tidak sepatutnya kerana ini duit adalah duit yang daripada diterima oleh syarikat, duit zakat Dato’ Dipertua ya. Jadi, ini yang kita rasa ada sesuatu yang tidak betul berlaku, yang mana ia perlu diteliti dan ia perlunya suatu penelitian agar ianya dapat dikenal pasti di mana kesilapan kita ya.

Tidak ada timbul isu untuk kita membatalkan enakmen Perbadanan Baitulmal ini, tetapi dari apa yang saya lihat, yang saya baca sepintas lalu, Enakmen Perbadanan Majlis Agama Islam, MAINS ini, dia tak banyak beza dengan apa yang ada dalam Enakmen Perbadanan Baitulmal. Jadi saya berpandangan Dato’ Yang Dipertua, tak perlu kita buat rang undang-undang baru. Adalah lebih baik kalau kita terus buat pindaan sahaja. Pindaan kepada Perbadanan Baitulmal kepada tajuk baru. Dan ada yang sedikit pindaan-pindaan yang di dalamnya seperti jawatan. Dalam Perbadanan Baitulmal jawatan ialah Ketua Pegawai Operasi ditukar kepada Pengurus Besar dalam perbadanan yang ba, nak baru ditubuhkan ini. Ada satu subseksyen sahaja yang tidak ada dalam perbadanan yang baru ini iaitu subseksyen yang berjudul berkenaan dengan jawatankuasa. Saya rasa jawatankuasa ini perlu Dato’ Yang Dipertua kerana jawatankuasa ini perlu ada kerana kita memerlukan beberapa jawatankuasa nanti walaupun di dalam perbadanan ya. Jawatankuasa untuk ditubuhkan yang mana situ diwakili oleh pihak MAINS sendiri kerana apa sahaja yang nak dilakukan oleh perbadanan, ia mestilah mendapat kelulusan Majlis Agama Islam dan Majlis Agama Islam punca kuasanya adalah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin. Tak timbul soal dia akan membelakangkan ataupun menguncupkan punca kuasa. Itu yang kita buat dulu Dato’ Dipertua. Maka saya rasa, bukan nak kata kesal Dato’ Dipertua ya, tetapi pembatalan Perbadanan Baitulmal ini, Perbadanan Baitulmal ini dibuat Dato’ Yang Dipertua ataupun ditubuhkan dengan satu hasrat yang baik, tetapi diterjemahkan dengan tak baik ya. Serupa jugaklah dalam Dasar Ekonomi Baru. Suatu dasar yang baik, tetapi pelaksanaannya tidak baik ya, sehingga menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini

berlaku. Jadi saya, pada pandangan saya Dato’ Yang Dipertua, kalau boleh, kita nak tangguh tak boleh tangguhlah ya.

Dan lagi satu saya nak mintak pandangan mengapa pulak kita kena retrospective ke bulan Januari. Kita bersidang pada hari ini. Adalah lebih baik jika rang undang-undang ini dibatalkan hari ini ataupun selepas digazetkan batalannya dan perbadanan yang baru ini juga ditubuhkan pada tarikh kita bersidang dan jugak digazetkan ya. Kerana untuk pembatalan dan di retrospective kan pada 1 Januari tahun 2021 itu akan membuat banyak apa orang dipanggil sebagai implikasi-implikasi undang-undang Dato’ Dipertua. Macam-macam yang berlaku dan saya tak tahu macam mana kalau kita kuat kuasa segala harta dan yang lain pergi ke MAINS. Perjawatan macam mana? Sebab perjawatannya perjawatan Perbadanan Baitulmal tetapi Perbadanan Baitulmal telah pun dimansuhkan melalui 1 Januari. Dan dalam MAINS, perjawatan yang ada dalam Perbadanan Baitulmal itu tidak wujud kerana setahu sayalah, setahu saya, gred yang paling tinggi dalam MAINS ialah gred 52 tetapi perjawatan yang ada di dalam Baitulmal itu saraan dia, emolumen dia melebihi daripada Dato’ MB dan Dato’ SS sendiri ya. Ada orang dapat gaji sampai 20 ribu, bukan saya cemburu tetapi kalau kita batal 1 bulan, eh 1 haribulan Januari 2021 dan tidak diganti semata-mata, isu kepada perjawatan. Harta okaylah, tadi disebut hartanya akan retrospective tapi jawatannya nak disandarkan ke mana ya. Sebab kita akan buat perbadanan yang baru ini mulai sekarang. Jadi kena berhati-hati kerana timbul komplikasi-komplikasi perundangan, kompli-komplikasi yang boleh dipersoalkan pada masa depan. Jadi nasihat saya, saya beri pandangan Dato’ Yang Dipertua, jika pun nak buat, jika pun dilulus, mereka nak, saya rasa memang luluslah kerana majoritinya pihak kerajaan akan lulus. Tetapi kalau boleh, pembatalan rang undang-undang Enakmen Perbadanan Baitulmal ini jangan di-retrospective-kan kepada 1 Januari. Dibuat pada hari ini dan pada masa ia digazetkan. Dalam masa yang sama, ditindih dengan enakmen baru yang diluluskan setelah digazetkan. Jadi tak timbul nanti komplikasi undang-undang ya. Kalau tidak nanti banyak orang soal ya. Sebab ramai perjawatan yang tidak mengikut skim mana-mana. Kalau dah dibatalkan nanti, dia terpaksa balik kepada MAINS, MAINS dah tak ada jawatan tersebut ya. Jadi ini perlu.

Dan saya ada jugaklah dengar-dengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Saya dah, saya rasa elok kita siasat dan betulkan rekod supaya rekod ini akan membenarkan apa yang dilakukan ya, Dato’ Dipertua kerana banyak perkara-perkara yang tak sedap didengar ya, dan ianya perlu diperbetulkan. Saya tidak ada apa-apa cemburu hati di sini, niat saya Dato’ Dipertua, Yang Berhormat Sikamat, Yang Amat Berhormat kita nak supaya Negeri Sembilan ini diurus

dengan baik. Not at all that saya ada perasaan tak betul but pandangan saya ini pandangan yang berasaskan kepada perundangan ya, pandangan yang berasaskan kepada amalan good governance kerana bagi saya perlanggaran, perlanggaran governance yang baik telah berlaku. Ini perlu disiasat dan perlu diperhatikan dan jika perlu diambil tindakan yang segera untuk membetulkan keadaan.

Dato’ Dipertua, itu saja pandangan saya. Dan kalau boleh, tadi saya katakan kalau tak perlu kita batalkan, kita tukar saja tajuk, kita buat pindaan. Pindaan, sebab dalam subseksyen-subseksyen dia, enakmen yang baru ni is a mirror image ataupun orang kata sama saja melainkan satu subseksyen saja yang tak ada – subseksyen jawatankuasa dan pertukaran jawatan daripada COO (Chief Operating Officer) kepada Pengurus Besar.

Dan ada satu subseksyen yang mengatakan boleh orang kata, engage ataupun melantik, melantik penasihat-penasihat, melantik seperti broker saham. Saya nasihatkan supaya Majlis Agama Islam, kita mengurus duit zakat, jangan terlibat dengan permainan saham. Semasa dalam zaman BN dulu Dato’ Dipertua, kita amat tegas, kita cuma membeli goverment securities ataupun kita membeli jaminan yang menjamin Dato’ Dipertua kerana kita mengurus dana zakat. Dana zakat ini kalau kita tak urus dengan baik, kita berdosa, satu sen pun kalau kita tak urus dengan baik ya berdosa. Jadi kita harap, kerana dengan emolumen yang begitu besar Dato’ Dipertua, apakah sumber yang akan dijadikan sebagai perbadanan yang nak menguruskan perniagaan ini nanti boleh menyara, boleh menyara pakej emolumen dalam syarikat tersebut ataupun dalam perbadanan tersebut. Kerana lonjakan emolumen tersebut begitu ketara sekali ya. Pada masa dulu, Dato’ Yang Dipertua, duit gaji kakitangan MAINS satu sen pun kita tak pakai duit zakat. Ia datang daripada sumber am sebab kita ada kuari, 2 biji kuari dekat highway sana, kita ada jugak ladang kelapa sawit kita dan beberapa lagilah kita punya pelaburan-pelaburan. Itu sebabnya kita buatkan Perbadanan Baitulmal untuk kita urus supaya MAINS tidak terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan.

Jadi Dato’ Dipertua, saya harap kalau boleh kita tak payahlah bentangkan rang undang-undang baru, kita buat pindaan kepada rang undang-undang yang sedia ada, kita panggillah kepada Rang Undang-Undang Perbadanan Majlis Agama Islam 2021, ditukar daripada Perbadanan Baitulmal kerana subseksyen yang ada dalam rang undang-undang yang baru ni sama saja. Melainkan dengan tiadanya subseksyen jawatankuasa dan pertukaran jawatan dan jugak beberapa perkataan-perkataan yang lain. Dan berhati-hati Dato’ Dipertua kerana

kita mengurus duit zakat, dan zakat ini perlu diurus dengan baik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya ingat tak perlu semua bercakaplah. Yang, seorang dua lagi boleh. Silakan. Ya, Linggi ya.

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Rang undang-undang yang dibentangkan dan dibahaskan ini secara praktikalnya adalah untuk kita memansuh dan membubarkan satu perbadanan dan diganti dengan yang satu perbadanan. Sifat ciri-ciri kedua-dua perbadanan ini sama. Dan kalau saya lihat daripada kedua-dua enakmen khususnya kepada Enakmen Perbadanan Baitulmal 2015 dan dibandingkan dengan Perbadanan MAINS ini, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau tadi, boleh kata tiap-tiap peruntukan tu adalah sama word for word. Adalah satu dua peruntukan yang berbeza.

Dan saya, saya ingin menyatakan di sini, kalau entiti yang nak dimansuh dan kemudiannya digantikan ini sama, mengapa kita tak kekalkan sahaja tetapi apa yang ada dalam perbezaan dari segi peruntukan itu dipinda. Kelebihannya Dato’ Dipertua adalah, kita akan ada kesinambungan, kesinambungan yang berterusan kerana perkhidmatan yang di, di, disediakan oleh perbadanan ini adalah perkhidamtan yang sangat penting kepada negeri. Dan betullah kalau kita tengok dalam pemansuhan itu kita akan aset-aset sebagainya akan, akan pergi balik kepada, kepada Majlis. Tapi lepas tu pulak Majlis akan serah balik kembali kepada perbadanan yang baru. Jadi ini akan mengendalakan kita punya perkhidmatan. Dan saya rasa ini boleh dielakkan dengan hanya kita mengekalkan, pasal saya lihat tadi pertamanya nama tukar kepada Perbadanan Baitulmal jadi Perbadanan MAINS lepas tu ada keanggotaan sedikit.

Dan dari segi bidang kuasa saya lihat di bawah seksyen 15 Perbadanan Baitulmal jika dibandingkan dengan seksyen 14 Perbadanan MAINS ini, memang ada sedikit perbezaan. Kalau ikut faham saya, bidang kuasa itu dikecilkan, bawah perbadanan yang baru ini dikecilkan. Jadi saya rasa kalau dulu perbadanan ini boleh berfungsi dengan bidang kuasa yang besar sudah tentunya akan, boleh terus berfungsi dalam bidang kuasa yang kecil. Jadi saya tak nampak rasional mengapa kita nak bubarkan dan seperti yang disebut oleh YB Rantau tadi, kita tak tahu tentang perjawatan ni, adakah mereka ini diberhentikan kerja. Adakah pampasan akan dibayar. Ini semua boleh dielakkan Dato’ Dipertua, kalau kita kekalkan perbadanan dan cuma kita buat pindaan.

Dan berkenaan dengan seksyen 14 Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS ini, saya jugak mohon penje, pencerahan daripada kerajaan sama ada fungsi dalam seksyen 14 ini, fungsi dan kuasa seksyen 14 ini membenar atau membolehkan perbadanan ini untuk menerima pemilikan ataupun diberikan peletakan hak harta-harta MAINS ataupun ia hanyalah sekadar advisory role sahaja. Sama ada dia, dia orang boleh tak memegang harta MAINS di bawah seksyen ini. Ini penting kerana sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat, di bawah perbadanan dulu apa yang kita nak buat adalah kita nak ring-fence harta-harta MAINS ini. Dan bawah, bawah enakmen 2015, ia boleh dilakukan kerana lock, stock and barrel kuasa tersebut diberikan kepada perbadanan. Jadi mudah untuk Perbadanan Baitulmal masa itu untuk memantau dan memastikan di-ring-fence. Tapi kalau enakmen yang baru ini, di bawah seksyen 14 ini, Perbadanan MAINS ini juga boleh memegang harta termasuk harta Baitulmal, maka ring-fencing ini akan menjadi lebih sukar kerana ada banyak pihak yang boleh memegang harta tersebut. Jadi, itu yang pertama. Jadi kena pastikan ini juga penting for moving forward supaya rakyat dan semua orang tahu sama ada bidang kuasa perbadanan yang baru ini sejauh mana. Dan saya, saya kira untuk memastikan perkara itu, saya mintak kerajaan jelaskan sama ada kuasa tersebut ada atau tidak di bawah seksyen 14 ini.

Seterusnya Dato’ Dipertua, antara jugak perbezaan adalah, mohon bukak [pelitup muka], lomeh dah haa. Di bawah keanggotaan, di bawah seksyen 5 Rang undang-undang perbadanan MAINS ini saya lihat keanggotaannya daripada Ahli Majlis sekurang, sekurang-kurangnya seorang sahaja. Daripada 5 sekurangnya seorang, maksimum 2 oranglah. Dan dia bawa nama Perbadanan MAINS. Jika dibandingkan dengan Perbadanan Baitulmal, keanggotaan ni adalah 3 orang Ahli Majlis. Jadi saya, saya fikir adalah lebih wajar sekiranya keanggotaan Ahli Majlis di bawah perbadanan yang baru ini di, ditambah supaya selaras dengan kehendak yang dicapai oleh kerajaan.

Akhir sekali, Dato’ Yang Dipertua, saya juga merasa agak janggal apabila melihatkan bawah rang undang-undang pemansuhan ini, yang tarikh kuat kuasanya dibuat secara retrospective ataupun dibuat awal. Secara dasarnya Dato’ Dipertua, kita, pihak berkuasa atau kerajaan ni, kita hanya boleh melakukan sesuatu bila ada punca kuasa, bila ada peraturan yang membenarkan. Jadi sekarang ini kalau kita back date, saya nak tanya, sejak 1 Januari sampai ke hari ini, adakah Perbadanan Baitulmal ni beroperasi atau tidak. Kalau dia beroperasi dan kita luluskan pemansuhan untuk hari ini, bermakna satu, sejak 1 Januari sampai ke hari ini, mereka itu berfungsi secara menyalahi undang-undang kerana sepatutnya pada 1 Januari dah tak wujud dah

Perbadanan Baitulmal. Jadi apa saja yang, yang dilakukan oleh Perbadanan Baitulmal sejak 1 Januari sampai ke hari ini null and void. Dan ini akan menimbulkan pelbagai isu-isu perundangan yang akan terpaksa ditanggung oleh, oleh, oleh, oleh MAINS.

Dan kita boleh elakkan ni Dato’ Dipertua, kita boleh elakkan yang ini. Saya tak cakap lagi pasal komitmen, kontrak ataupun penggajian dan, dan pelbagai lagi isu-isu lain. Dan, maka itu saya lihat adalah sangat efektif, jauh lebih murah, jauh lagi mudah untuk kita kekalkan perbadanan sedia ada, cuma kita pinda seksyen-seksyen yang tertentu supaya perbadanan ini boleh berterusan. Kerana khidmat Baitulmal ini adalah khidmat yang sangat-sangat penting untuk kerajaan terutamanya waktu sekarang ni. Jadi kita tak nak di, di apa, di, di, di, di, dihujani dengan masalah-masalah teknikal, masalah-masalah apa tu, masalah-masalah perundangan dan sebagainya.

Dan kalaupun kita luluskan perundangan Perbadanan MAINS hari ini, nak tubuh ni bukan boleh besok Dato’ Dipertua. Kita kena buat, saya rasa paling tidaknya jurisdiction, dan macam-macam lagi. So macam saya sebut awal tadi dia akan menggendalakan perjalanan. Dan saya rasa amat tidak wajar untuk kita lakukan perkara itu waktu kita sedang berhadapan dengan COVID. Itu saja Dato’ Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Linggi. Haa, Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

A’uzubillahi minash shaitannirrajeem, bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassalatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi shrahli sadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatam millisani yafqahu qauli. Allah SWT berfirman A’uzubillahi minash shaitannirrajeem [melafazkan bacaan ayat 72 Surah Al Ahzaab]. Yang bermaksud; sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah, banyak amanah kepada langit, bumi dan bukit bukau, tetapi mereka semua menolaknya dan mereka takut untuk memikulnya, dalam pada masa itu, manusia ya, sanggup pula mengambil ya, amanah ini dan mereka sangat kuat menzalimi diri mereka, zoluumaan jahuulaa, dan sangat jahil tentang apa yang mereka nak ambil itu, iaitu amanah.

Tuan, Dato’ Yang Dipertua, yang berat ini ialah amanah kepimpinan ya. Perumpamaan mudahnya beginilah, seorang lelaki kahwin seorang perempuan, isteri itu adalah amanah Allah SWT. Kita ambil di atas nama Allah SWT. Jadi amanah itu bukan boleh diambil secara sambil lewa. Begitu juga anak-anak. Anak-anak itu ialah amanah Allah. Dan

ramai di kalangan politicians yang saya lihat kebelakangan ini ya, mengabaikan satu perkara yang lebih besar daripada itu iaitu amanah kepimpinan. Jadi apabila amanah kepimpinan ini tidak dipikul dengan cara yang sepatutnya maka banyaklah berlaku kefasadan dan kerosakan. Sama ada kita sedar, semua kita ni, kullukum ra'in wa kullu ra'in mas'ulun 'an ra'iyyatihi ya. Seorang lelaki, seorang perempuan hattakan seorang hamba pun sendiri ada amanah yang perlu dipikul sepertimana yang saya bahaskan ya, pada perbahasan sebelum ini ya. Dan yang akan dipersoalkan ke atas kita semua ni bukan sekadar sembahyang, bukan sekadar puasa, zakat dan seumpanya. Yang perlu kita perhatian di sini ialah diperhalusi di sini ialah firman Allah SWT [melafazkan bacaan Ayat 4 Surah Al Maun]; celaka orang yang sembahyang. Dan apa yang saya perhatikan dia ambil mudah [melafazkan bacaan Ayat 5 Surah Al Maun]; dia ambil mudah menunaikan amanah ini ya. Dan saya akan kaitkan dengan cerita Baitulmal, perbadanan ini nanti ya.

Cerita Perbadanan Baitulmal ini ya, dibuat setelah masuk ya, satu syarikat juruaudit iaitu Pricewatercooper untuk meninjau masalah-masalah yang berlaku dalam Perbadanan Baitulmal ini. Dan bukan kuasa Kerajaan Negeri sebenarnya ya, untuk mengubah-ngubah tak tentu arah ni dan ia jugak ya, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tunku Besar Seri Menanti sendiri ya, yang mencadangkan hasil, yang mencadangkan pengoperasian Perbadanan Baitulmal ini ya, dikaji semula oleh pihak perunding; Pricewatercooper ini ya. Dan daripada itulah ya, mereka ini mengemukakan beberapa cadangan ke arah tadbir urus korporat terbaik sebenarnya ya. Maknanya apa? Yang lama tu adalah cerita bermasalahnya tadi tu, nak cerita lebih-lebih nanti pun buat bergaduh je ya, haa. Jadi dah hasil daripada itu, perbincangan lanjut telah dibuat …..

Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua siapa yang pulak yang nak bergaduh ni. Kami tak ada apa-apa, kami beri pandangan. Itu je …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Iyalah, betul, betul.

Tak ada soal kata kita ni [melafazkan bacaan Ayat 4 Surah Al Maun] ke tidak. Tak ada. Tak sah, kami nak beri pandangan untuk kita memperbaiki. Kalau boleh tak usah batalkan, kita buat pindaan sahaja. Sebab akan wujud implikasi-implikasi undang-undang,

itu saja. Pandangan kami dari segi perundangan, kalau nak pakai Dato’ Dipertua, itu saja. Tak usahlah menyindir-nyindir, tak sedap.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

YB Rantau terasa ke?

Saya bercakap. Jangan menyindir-nyindir. Kalau cakap kata tak betul, kata tak betul. Di mana tak betul, cakap ….

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Jadi maknanya dengan kata mudahnya ya, Perbadanan MAINS terpaksa digubal ya, dijadikan sebagai rang undang-undang menggantikan perbadanan lama tu disebabkan …..

Tak ada isu …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Ya ada isu …..

Kita tak bantah …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Ada isu.

Tak ada, kami kata no issue own our part. Kita tak ada isu pun kalau nak dibatalkan. Tapi kita beri cadangan supaya kalau dibatalkan, retrospective bulan 1/2021, apa yang terjadi daripada bulan 1 sampai sekarang …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Tak apalah, itu nanti akan dikajilah nanti.

Itu yang kita beri pandangan …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. ya tak apa, itu akan kaji nanti.

…. untuk mengelakkan supaya Kerajaan Negeri ataupun MAINS tidak nanti terpalit dengan masalah-masalah perundangan. Itu je. Pandangan.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Ya akan dijawab ya. Saya pun tak ada campur tangan mencelah deh.

YB Lenggeng, jangan, jangan ada menyindir-nyindir. Cakap, cakap terang-terang di dalam Dewan. Bercakap betul-betul ….

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Bagi saya ruang dulu.

Cakap pandangan saya macam ni. Kita berhak memberi pandangan. Jangan ingat sendiri saja yang pandai. Saya beri, rakan saya beri pandangan, kalau nak pakai, pakailah. Tak pakai, tak apa. Kita bukan kata tak setuju. Kita beri pandangan untuk jimatkan dan juga mengelakkan …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Okay.

….. implikasi perundangan.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Okay-okay-okay.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Cukup-cukup-cukup. Okay. Fungsi dan kuasa perbadanan ini telah dinyatakan ya, di dalam warta kerajaan ini ya, yang di antaranya ialah menguruskan semua perkara berhubungan dengan pelaburan, perniagaan, pengkomersilan yang berkaitan dengan menunaikan kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu, mengusahakan dan memajukan harta dan produk Majlis selaras dengan hukum syarak. Di situ ada ceritanya ialah untuk mengasingkan ya, peranan MAINS yang terlibat secara khusus yang sepatutnya itulah kerja mereka ya, dalam bidang dakwah dan pendidikan termasuk jugak bagaimana nak menguruskan harta zakat.

Dan biarlah Perbadanan MAINS ini diuruskan oleh mereka yang benar-benar profesional yang mempunyai kelayakan dari sudut korporatnya ya. Jadi itu, perbezaan itu jelas. Saya ni nak kata meniaga pun tak adalah ….

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

…. pernahlah berniaga …..

Dato’ Dipertua, kita setuju. Tak ada tak ada setujunya. Kita setuju kerana …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

YB Rantau, bagi peluang saya bercakap.

…. tadi saya kata Perbadanan Baitulmal …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Bagi peluang saya bercakap.

Dato’ Dipertua, jelas sekali ya. Itu saja.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Bagi peluang saya bercakap.

Yang Dipertua Dewan

Kejap-kejap.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Apa panas sangat pulak.

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap, bawak bersabar. Saya nampak ni ada salah faham ni. Saya, apa yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau tadi, dia mintak kita kaji sehalus-halusnya kita nak mansuhkan ni, dia kata backdated 2021 tu, pasal Januari ada effect dialah. Itu yang pertama. Makna bukan tak setuju sekarang ni, kalau undi inshaa Allah menang ni. Cuma sekarang ni kita bagi effect dia bahawa pelaksanaan ni boleh, boleh membantu lebih besar perjalanan MAINS itu sendiri, dan kita nak dapat, boleh melantik orang-orang baru pulak masuk kan. Mungkin itu satu caralah. Kalau yang pakai lama, orang lama masih duduk situ, payah jugak.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Itu sebahagiannya saja pada Dato’ Yang Dipertua ya, ada banyak lagi perkara-perkara yang kenapa perbadanan lama ni perlu dimansuhkan dan perbadanan baru ni perlu diwu, diwujudkan di bawah pemansuhan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa you …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. bagi menggantikan ya.

Yang Dipertua Dewan

Okay, teruskan.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Jadi ya, bukan satu perkara mudah mentadbir, menguruskan ya, harta yang fokusnya untuk mengembangkan, ini yang kata pengembala tu, mengembangkan duit tu tadi berbeza dengan cerita membelanjakan. Dakwah dan pendidikan ni janganlah cerita tentang keuntungan, jangan sekali-kali. Bila cerita keuntungan, pendidikan ni tidak akan menjadi ya, sijil boleh dapat tetapi belum tentu anak-anak tu boleh menjadi ya. Beza antara mengajar dengan mendidik ni ya. Mengajar, siapa-siapa boleh mengajar ya. Jadi apabila cerita dakwah, dia tidak akan dapat lari daripada isu pendidikan. Begitu jugak membantu asnaf ya.

Jadi disebabkan itu tadi, dan ini cadangan daripada Pricewatercooper ya, dan begitu juga benda ini dilaksanakan setelah bermesyuarat 2 kali dengan Yang di-Pertuan ya, Besar Negeri Sembilan. Dan Yamtuan bersetuju supaya perkara ini di, di, ditukar ya, dimansuhkan. Kalau dahulu, Pengerusi MAINS, Pengerusi Perbadanan, Pengerusi MAINS Hotelnya, orang yang sama. Tetapi bila kerajaan baru mengambil alih, Menteri Besar tak jadi Pengerusi MAINS ya. Dan biarkan badan yang ber-authority betul-betul uruskan dia. Malah Perbadanan MAINS ini yang akan ditubuhkan nanti ni ya, akan diletakkan orang yang benar-benar profesional dalam bidang pelaburan dan perniagaan. Bukan suka-suka kat situ tu ya.

Jadi bagi saya perkara-perkara yang melibatkan tentang masalah teknikal tu, bagi saya tak apalah, bagi saya biasa pihak kerajaan boleh mendengar perkara tersebut ya, tetapi kenapa perkara ni perlu dibuat

ialah kerana pe, perkara yang melibatkan Perbadanan Baitulmal tu tidak mudah untuk dirungkaikan kerana dia telah banyak mengambil peranan MAINS setakat ini. Jadi akhirnya peranan MAINS itu tinggal duduk di situ sahaja yang sepatutnya dia ada kerjanya sendiri ya. Dan bagi saya dengan, dengan penggubalan RUU baru ini nanti Perbadanan MAINS itu akan dapat menumpukan kerja yang sepatutnya mereka lakukan ya. Dan itulah bagi saya ya, dengan ini saya menyokong ya, RUU Perbadanan MAINS ini dibentangkan. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Nak bercakap? Apa ni, Senaling ya. 10 minit. Saya takut kalau lobih-lobih kang pukul 6 baru habis ni.

Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberikan keizinan kepada saya untuk bangun dan membahaskan rang undang-undang pemansuhan Enakmen Baitulmal 2015 dan juga pewujudan Enakmen Perbadanan MAINS 2021. Dan saya bangun ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana di atas amanahlah, sepertimana yang sahabat saya daripada Lenggeng cakap tadi, amanahlah ni, seorang wakil rakyat beragama Islam dan isu yang diperbincangkan ini satu perkara yang amat dekat saya sebagai orang Islam. Kita berbicara, berbahas, berbincang untuk mencari yang terbaik bagi pelaksanaan untuk pelaksanaan amanah sepertimana yang dinyatakan oleh Lenggeng tadi. Ini, sebab tu saya bangun kerana isu melibatkan zakat, kewangan Islam ini seharusnya kita bincangkan secara begitu transparent tiada, tiada mungkin sangka buruk dan sebagainya. Tapi kita sebagai orang Islam pemimpin Islam, wakil rakyat yang telah diberi amanah oleh orang di kawasan kita, kita wajar membincangkan isu ini secara terperinci. Dan sepertimana rakan-rakan saya tadi, daripada Rantau dan juga daripada Linggi, begitu dengan saya. Saya rasa wajib saya bangun ini bagi memberikan pandangan serba sedikit tentang rang undang-undang ini yang sepertimana cadangan ini Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan MAINS ini diwujudkan bagi menggantikan Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal 2015.

Jadi saya lihat daripada kedua-dua kandungan rang undnag-undang ini iaitu Enakmen 2015; Perbadanan Baitulmal dan juga Enakmen Perbadanan MAINS yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, ianya, kandungannya lebih kurang serupalah, in pari materia, legal maxim dia dengan izin, in pari materia, lebih kurang serupa. Dan saya oleh itu ingin merujuk, kita beri pandangan ini supaya tidak akan berlaku kekhilafan selepas ini. Kita nak terbaik untuk agama kita. Dan terbaik itu bukan setakat kita bercakap ini yang

terbaik, ia mesti dilihat terbaik. Kita bercakap amanah, ia mesti dilihat, dilaksanakan secara amanah oleh pelaksana-pelaksana sepertimana yang telah dititahkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku kita.

Jadi saya ingin rujuklah, saya terus kepada rang undang-undang ini, enakmen pengosongan jawatan, seksyen 9, Enakmen Perbadanan Baitulmal 2015 menyatakan jawatan seseorang anggota perbadanan hendaklah menjadi kosong 1(a) jika dia mati, 2 – jika telah dibuktikan terhadapnya atau jika dia telah disabitkan atas sesuatu pertuduhan berkenaan dengan (i) – suatu kesalahan, fraud, kecurangan, 2 begitu juga. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker, seksyen 9 ini sama, in pari materia dengan izin, dengan 9 Enakmen Perbadanan MAINS yang telah dicadangkan tadi, sama, sebijiklah kata orang kampung ya.

Dan saya ingin merujuk kepada 9(b) jawatan seseorang anggota Perbadanan MAINS, yang bakal ditubuhkan ini, jikalau diluluskan, hendaklah menjadi kosong (b) – jika telah dibuktikan terhadapnya ahli perbadanan ini, anggota perbadanan ini dia telah disabitkan di atas sesuatu kesalahan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, apabila kita bercakap tentang disabitkan ini, saya mohon pihak Kerajaan Negeri mungkin terutamanya Yang Berhormat, Yang Arif, Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang kita melihat peruntukan ini. Kerana apabila kita bercakap tentang disabitkan ini, ianya ada banyak peringkat. Ada kesalahan yang disabitkan di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Seksyen, Mahkamah tinggi dan proses rayuan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebenarnya tidak akan boleh menjadikan seseorang itu disabitkan. Dan oleh kerana itu, saya mohon agar sedikit tambahan dibuat oleh Kerajaan Negeri terutamanya kepada seksyen 9(b) ini iaitu jika telah dibuktikan terhadapnya atau jika dia telah melakukan ataupun telah disabitkan dan, penambahan ayat “dan proses rayuan telah pun sempurna”. Kerana ada, apabila seseorang pesalah disabitkan di Mahkamah Rendah contohnya, kalau dia tidak merayu, dia akan sabitkan kesalahan tersebut kesalahan kecil di Mahkamah Rendah. Tetapi kalau dia merayu, dan kita memang ada proses atau ruang untuk merayu dalam sistem kehakiman negara kita, dan kita pun faham dalam prinsip keadilan jenayah Islam dan juga sivil, one is innocent until proven guilty, one is innocent until proven otherwise, dengan izin. Seseorang itu tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan bersalah. Dan oleh kerana itulah saya menyarankan seksyen 9(b)(i) ini, (b) ini ditambah, ditambah baik agar tidak berlaku kekeliruan ataupun pendedahan kepada tindakan undang-undang selepas ini apabila anggota perbadanan ini hendak dikosongkan jawatan mereka. Jadi saya harap sekali lagi yang Berhormat Dato’ Speaker, Kerajaan Negeri dapat melihat ini, pandangan perundangan ini supaya ditambah peruntukan

ini kerana jikalau seseorang itu disabitkan di peringkat Mahkamah Rendah dia akan merayu selalunya akan merayu sehingga ke peringkat yang tertinggi sekali. Dan sabitan itu tidak boleh terpakai kepada mereka ini. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Sikit je Dato’ Speaker. Perbadanan Baitulmal ini betul digubal masa kerajaan BN, tapi pelaksanaannya dibuat pada zaman kerajaan sekarang, jadi apa jua tuduhan-tuduhan mengatakan itu dan ini, saya rasa elok pandang diri sendirilah ya, itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Okay, saya mintak Yang Berhormat …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua ya …..

Yang Dipertua Dewan

Apa? Nak bercakap?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Walaupun …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan panjang ya.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. pada 2019 Perbadanan ma, Baitulmal ini mula dilaksanakan ya, dan setelah dilaksanakan itu tadilah ya, pihak kerajaan mendapati ya, terdapat kepincangan pada enakmen tersebut. Dan setelah berbincang, panggil pulak auditor ya, nampak ada banyak pertindihan yang tak sepatutnya …..

Di mana kepincangannya itu kerana kalau tengokkan dia punya enakmen yang baru sama saja.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Tak sama sebenarnya.

Yelah, betullah tu.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Nampak sama tapi …..

Kalau baca …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

….. saya tak dapat nak cakap.

Boleh jadi saya kurang ilmu, terima kasih.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Ya, ya, ya.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas, atas ucapan-ucapan daripada pihak pembangkang dan pihak kerajaan. Enakmen yang baru ini adalah untuk perjelasan dan melaksana apa yang YB Rantau katakan ya, Perbadanan MAINS yang baru akan fokus kepada fungsi seperti yang telah diterangkan– mengawal, melaksana aktiviti-aktiviti komersial yang berkaitan di bawah MAINS. Perbadanan MAINS dan Perbadanan Baitulmal adalah berbeza dari segi set up pengurusan dan fungsi. Oleh yang demikian, enakmen baru adalah cara terbaik untuk capai legal certainty dan clarity untuk penambahbaikan seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Kuat kuasa enakmen pemansuhan boleh dibuat secara retrospective setelah Langkah-langkah diambil dan perbadanan, Perbadanan Baitulmal telah pun menghentikan operasi sejak 1 Januari 2021. Namun cadangan Yang Berhormat Rantau dan Yang Berhormat Linggi untuk menukar tarikh kuat kuasa kepada tarikh ianya diwartakan boleh kita terima ya. Maka fasal 1 (2) Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal (Pemansuhan) 2021 dicadangkan ditukar kepada tarikh ia diwartakan dan bukan pada 1 Januari 2021. Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Rantau dan Linggi.

Semua kakitangan yang berkhidmat di agensi di bawah MAINS hanya diberikan satu kenaikan sahaja apabila dilantik ke Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan. Sewaktu proses penggabungkan tersebut dilaksanakan, kakitangan tetap tak perlu dibayar ganjaran tetap perkhidmatan seramai 10 orang, manakala kakitangan kontrak perlu dibayar ganjaran penamatan kontrak seperti yang dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan mereka seramai 53 orang, begitu kakitangan daripada anak-anak syarikat MAINS yang ditamatkan perkhidmatan atas arahan penggabungan dan pembubaran perlu dibayar ganjaran

perkhidmatan yang layak diterima sepertimana yang dinyatakan di dalam terma dan syarat perkhidmatan syarikat dengan kelulusan ahli lembaga pengarah syarikat seramai 54 orang. Jumlah keseluruhan kakitangan yang layak menerima ganjaran perkhidmatan berdasarkan kontrak perkhidmatan adalah seramai 117 orang. Pelantikan semula semua kakitangan ke Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan adalah lantikan baru dan tempoh perkhidmatan sebelumnya tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan kerana lantikan agensi yang berlainan. Oleh yang demikian, semua kakitangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dilantik tempoh perkhidmatan yang baru ya.

Jadi saya, saya rasa saya telah jawab. Dan sekiranya ada, ada sikit perubahan pada tarikh dan saya mohon untuk disokong.

Dato’ Yang Dipertua. Sikit, saya nak …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan ke apo?

Penjelasan sikit je daripada Yang Amat Berhormat. Mengapa kita tak ambil semasa dia sebagai perpindahan daripada Syarikat Zakat Negeri Sembilan kepada Perbadanan Baitulmal? Mengapa pulak ditamatkan? Kerana tidak ada pendapatan. Dia bukan kepada apa, dua-dua anak syarikat MAINS Dato’ Yang Dipertua. Dalam pre battlezation ke, MBO ke, macam-macam, dia tidak ada injury dia kata. Dia tak ada break of service, dia disambung. Jadi di situ ada kemusykilan sikitlah ya kerana yang menggunakan ini walaupun duit tu duit Syarikat Zakat Negeri Sembilan, tapi Zakat Negeri Sembilan ini, duitnya duit zakat, daripada, diambil 1/8 dulu kita potong kepada 1/16 ya, kerana dia …..

Yang Dipertua Dewan

Dia ambil 1/8 untuk pengurusanlah tu.

Ya, betul Dato’ Dipertua, saya faham. 1/8 untuk pengurusan tapi pada ketika itu duit dah banyak sangat, ada banyak jutanya dalam akaun. Jadi kita potong kepada 1/16. Walau bagaimanapun punca duit tersebut duit zakat. Yang saya, kurang jelaslah kalau betul, betullah kan, kalau salah, saya salahlah. Pencerahan saja. mengapa pulak kita ambil dia sebagai satu break of service dan terpaksa dibayar pampasan yang begitu banyak kerana kita punya persefahaman dulu sebelum pelaksanaan Baitulmal ni dulu ialah perpindahan dan itu sebab diberi bagi satu special increment kepada orang berpindah daripada Syarikat Zakat yang dipunyai MAINS kepada

Perbadanan Baitulmal yang dia jugak dipunyai MAINS. Jadi tak ke banyak duit zakat yang boleh kita selamatkan pada ketika itu. Itu sajalah Dato’ Dipertua, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Berhormat jawab sekali boleh?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya dah, dah gulung dah sebenarnya.

Pasal saya soal tadi pencerahan tentang sama ada Perbadanan Baitulmal, Perbadanan MAINS bawah dalam dia menjalankan kuasa bawah seksyen 14 itu, dia diberi kuasa untuk memegang hak ataupun harta MAINS termasuk Baitulmal ini boleh peletakhak atas kepada perbadanan atau tidak.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, okay, kita jawab ada beberapa perkara lagi ya. Kumpulan wang MAINS sendiri daripada 3 sumber iaitu sumber am, zakat dan wakaf. Wang zakat tidak digunakan untuk mana-mana pelaburan saham. Perbadanan yang baru tidak akan menguruskan perkara-perkara berkaitan zakat dan wakaf. Perbadanan yang baru semata-mata menjalankan aktiviti-aktiviti komersial. Mereka mempunyai entiti undang-undang dengan enakmen ini. Jadi perkara pemberian harta akan ditentukan oleh MAINS, okay. Lembaga, jumlah ahli Lembaga ditetapkan kepada paling ramai 5 orang kerana fungsi yang ditetapkan sangat fokus, tidak memerlukan ramai orang ya. Jadi itu yang kita maklumkan.

Dan tadi mengenai apa, pemberian ya, syarikat apa, sebegitu, perkara tersebut juga telah disiasat dan kita akan maklumkan inshaa Allah ya, apa yang berlaku secara detail inshaa Allah ya, perkara ini. Dan perkara berlaku ya, dalam tempoh peralihan ketika itu dan untuk makluman memang saya tidak berada dalam MAINS pun ketika itu, dan ketika itu kita sedia maklum bahawa ketika peralihan itu berlaku, jadi kita tidak, memang kita tidak, tidak, tidak maklum perkara tersebut. Dan akhir-akhir ini baru kita maklum dan kita sedia maklumkan bahawa siasatan juga telah dijalankan kenapa perkara tersebut berlaku dan ini antara perkara-perkara yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kedua rang undang-undang ini telah dibahas dan telah dijawab oleh pihak kerajaan. Seperti yang telah dipersetujui, kita akan menjalankan urusan bagi bacaan kali kedua, pertimbangan di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga bagi kedua-dua rang undang-undang ini secara berasingan. Jadi, kita bincang Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 dahulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Yang tidak bersetuju? Tak ada ya. Rang undang-undang ini dibacakan sekarang bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 19 orang YB ADUN kerajaan yang ada bersetuju manakala semua 16 orang YB ADUN pembangkang yang ada berkecuali]

[YB ADUN Chennah dan YB ADUN Pertang tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk memansuhkan Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan 2015 [Enakmen A22], untuk membubarkan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini, untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa dan hak, pemindahan Kumpulan Wang Perbadanan, untuk mengadakan peruntukan bagi peletakhakan hartanya pada Majlis dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa, rang undang-undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Tak pasal benda ni dicatat ni. Setuju. Okay. Maknanya sebulat suara, tak payah sebut, tak berkecuali ya. Fasal 1. Haa Setiausaha Dewan.

[Keputusan undian: semua 19 orang YB ADUN kerajaan yang ada bersetuju]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Fasal 1.

Yang Dipertua Dewan

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan …..

Dato’ Yang Dipertua, kita mesyuarat jawatankuasa, ni tak turun ni [cokmar].

Yang Dipertua Dewan

Pengerusi ni. Saya mempengerusi, YB Pengerusi dah masuk …..

Cokmar diturunkan.

Yang Dipertua Dewan

Oh tak turun lagi.

Haa cokmar diturunkan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Haa okay, okay. Mintak maaf. Terima kasih sebab saya di atas, tuan-tuan di bawah, mintak maaf. Betullah. Pasal dah Dewan asyik tangguh kan, yelah. Okay terima kasih, terima kasih. Terus, teruskan. Dah ya. Okay. Fasal 1 Min, sila Min.

[Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha Dewan

Fasal 1 dengan pindaan, enakmen …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Pindaan? Oh dengan pindaan.

Setiausaha

Fasal 1 (2) Enakmen ini …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Pindaan tarikh ya?

Setiausaha

Pindaan Fasal 1(2): Enakmen ini hendaklah berkuat, mula berkuatkuasa tarikh, pada tarikh penyiarannya dalam warta.

Pengerusi (Jawatankuasa)

[percakapan secara off mic]. Wah, tak dengar ya. Kuat dah suara saya ni. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, fasal, fasal adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 5.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya, jika tiada, Fasal 5 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 6.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 7.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 8.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 8 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju kata “setuju”. Yang tidak bersetuju kata “tidak”. Macam apa je, lebih suara bersetuju ya. Dewan bersidang semula. Ahli Yang Berhormat tak cari pasal ya, tak apa.

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang Baitulmal Negeri Sembilan, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui dengan pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Okay. Yang berkecuali? Setuju? Yang bersetuju, angkat sekali, semua, terima kasih. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Jumlah undian: semua 35 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan (Pemansuhan) 2021. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia

dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Setiausaha Dewan

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN MAINS 2021

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak, yang berkecuali? Tak ada. Ramai setuju ya. Rang Undang-Undang ini dibacakan sekarang bagi kali yang kedua.

[Jumlah undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan MAINS dengan kuasa bagi menguruskan pelaburan, perniagaan dan pengkomersilan bagi pihak MAINS dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa, rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Tak ada. Jadi ramai yang bersetuju, Dewan bersidang secara Jawatankuasa. Cepat dik [Bentara Cokmar], dah pukul 5 ya, 5:30.

[Jumlah undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan] [Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1 dan 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan?

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik balik perhatian kepada cadangan saya kepada seksyen 9 berkaitan pengosongan jawatan sebentar tadi.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Seksyen 9 ya.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Seksyen 9. Oh. Tadi disebut dengan pindaan tadi kan? Dah sebut ya? Ada sebut tak dengan pindaan tadi.

Dengan pindaan tapi tidak dinyatakan berkaitan dengan perkara sabitan …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Oh pemecatan tu.

….. 9(b).

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay. Yang baru ya. Silakan, silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa semua yang disabitkan kesalahan itu adalah selepas mengambil kira rayuan ya, mana-mana kesalahan dan hukuman itu selepas rayuan selesai baru hukuman itu berjalan ya. Selagi mereka boleh merayu, perkara tersebut masih belum, hukuman muktamadlah.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Maknanya kita terimalah apa cadangan tadi tu?

Apa ni, Dato’ Dipertua …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah memang itulah dalam ayat, ayat, ayat undang-undang tu …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

….. maknanya kita terimalah apa yang disarankan tadi tu.

Dato’ Dipertua, pandangan ya. Elok kalau dia disabitkan tu dia bercuti dari jawatan …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Bercuti.

….. kerana dia akan menghalang ataupun menyebabkan kesukaran jika siasatan nak dijalankan ya. Jadi apabila disabitkan dia bukan dilucutkan jawatan, tetapi dicutikan.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Diminta bercuti.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Untuk memudahkan siasatan.

Untuk memudahkan siasatan.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay, boleh? Ya, okay.

Kalau disabitkan kesalahan tak tahulah macam mana, kalau terpaksa diberhentikan, dibuang.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Buanglah.

Itu sebab kita panggil perkataan, kita tambah disabitkan kan …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Cuma diberi cutilah bila kes apa tu, diberi cuti.

Kalau dalam masa siasatan dia dicuti. Tapi dah sabit, convicted, once you are convicted then you have to go.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay, saya terus, ni, Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Fasal 3 hingga Fasal 13.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3, Fasal 13 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Setiausaha

Fasal 14 hingga Fasal 16.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 14 hingga Fasal 16 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Setiausaha

Fasal 17 hingga Fasal 22.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya. Fasal 17 hingga Fasal 22 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Setiausaha

Fasal 23 hingga Fasal 32.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya. Fasal 23 hingga Fasal 32 menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Setiausaha

Fasal 33 dan 34.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Ada bantahan tak? Tak ada. Fasal 33 dan 34 menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Setiausaha

Fasal 35 hingga Fasal 41.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, Fasal 35 hingga Fasal 41 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ya.

….. saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Terima kasih Klawang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Lebih suara bersetuju. Dewan bersidang semula. Ada yang diam tadi kan, manalah tahu.

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Yang Dipertua Dewan

Allahuakbar. Silakan YB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan MAINS telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bali, bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Alhamdulillah, maknanya diluluskan sebulat suara.

[Jumlah undian: semua 35 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbadanan MAINS 2021. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam, Penangguhan Mesyuarat.

Yang Dipertua Dewan

Kita ada keluarkan surat kan, untuk penangguhan ni. Tak hari tu ramai nak 5 orang, tapi saya rasa tak praktikallah, tak dapat 5 orang. Kita pun dah petang, dah pukul 6. Jadi saya mintak seorang daripada apa ni, apa, tak payah? Tak payah penangguhan? Tak payah lagi bagus. Okay. Yang Amat Berhormat silakan. Okay, alhamdulillah demokrasi, kena tanya dulu kan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang, yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan Dewan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telahpun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima beberapa permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan tadi, terpaksa kita apa, tangguhkan kerana masa tidak mengizinkan kita. Terima kasih kepada Yang Berhormat, ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan persidangan ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa, urus setia persidangan yang telah sama-sama menjayakan, ya, oh sebelum saya tangguhkan, silakan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih saya mengucapkan kepada semua ADUN yang mengambil bahagian dalam, dalam perbahasan yang secara harmoni dan membina demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan dan negara. Terima kasih semua kepada yang mengambil bahagian dalam RUU dan yang menyokong dan memastikan bahawa RUU tersebut akan dilaksanakan. Apa yang penting bagi kita juga, Kerajaan Negeri ingin mengambil kesempatan

ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berikut yang terlibat dalam usaha menangani isu COVID-19 termasuk yang menjayakan program vaksinasi Negeri Sembilan Darul Khusus ini.

Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada badan korporat, badan bukan kerajaan dan orang perseorangan, agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, frontliner dan petugas dalam menangani isu COVID-19 dan vaksin, pasukan keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR), semua Ahli Dewan Undangan Negeri ya, saya tahu semua terlibat, semua Ahli Parlimen di Negeri Sembilan, semua Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Menteri MOSTI, Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Kerajaan Persekutuan.

Kita lihat kejayaan kita sebenarnya adalah kerjasama kita, kita menolak fahaman politik apabila kita menghadapi krisis dan saya mengucapkan ribuan terima kasih. Inilah kejayaan kita yang sebenarnya walaupun kita sedia maklum di peringkat kebangsaan kita, peringkat Persekutuan kita adalah negeri pembangkang, namun saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana kita mendapat sokongan dan dokongan bagi memastikan rakyat Negeri Sembilan terbela dan alhamdulillah kerjasama yang baik ini memberikan manfaat kepada semua untuk kesihatan semua dan memastikan bahawa kita jaga SOP kita. Dan terima kasih semua, Allah saja yang membalas jasa semua tuan-tuan, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak ucapkan terima kasih dan mohon maaf kepada semua ahli Yang Berhormat, sekiranya sepanjang saya mengendalikan beberapa hari ini, ada terkasar bahasa, ada kekurangan, anggaplah itu sebagai sempena biasa, sepertimana biasa kita melakukan kesilapan. Dan saya doakan Dewan ini terus berfungsi dengan baik inshaa Allah pada persidangan-persidangan akan datang. Ucapan tahniah kepada Yang Berhormat dan seluruh Exco dan seluruh ADUN yang telah berjaya menyelesaikan mesyuarat kita, persidangan kita kali ini.

Dan tidak lupa juga kepada pasukan keselamatan pada kemen, dan juga kepada Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlibat, yang telah menguji, buat test ujian COVID dan alhamdulillah semuanya bebas COVID dan kita akan terus melawan COVID ini. Lawan sampai, sampai menang inshaa Allah. Wabillahitaufik walhidayah assalamulaikum WBT.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 5.25 petang]