Negeri Sembilan · 29 November 2021
14th Assembly, 4th session, 2nd meeting (Budget) · 192 turns · 30,766 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirrabbil’alamin, wassalatuwassala mua’ala asyrafil ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Raditubillahirabba, wabil islamidina, wabimuhammaddin nabiya warosula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini fibasori. Segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, hari ini merupakan hari yang kedua kita bersidang, yang saya amat, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang berhor, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah hari ini, 29 November 2021 iaitu hari kedua bagi Persidangan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri ke-14 disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan ini.
Selain itu, saya ingin memberikan peringatan kepada semua hadirin untuk sentiasa mengikuti dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions
Perkara ketiga: Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Ahli Yang Berhormat sekalian, pertanyaan kita akan berjalan lebih kurang 1 jam setengah. Semua pertanyaan akan dijawab insyaAllah. Kita pergi kepada giliran yang pertama, Lenggeng.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kedudukan kewangan terkini Yayasan Negeri Sembilan sehingga 30 September 2021 adalah seperti berikut: pendapatan: 14.5 juta, perbelanjaan: 5.8 juta, baki: 8.7 juta.
Bagi tunai akhir tahun semasa merangkumi akaun semasa dan simpanan tetap adalah sebanyak 7.783 juta iaitu jumlah yang meningkat dari tahun sebelumnya iaitu 5.984 juta bagi tahun 2020, dan bagi tahun 2019 adalah 2.779 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
[bercakap secara off mic]
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum, kita telah, baru mengumumkan di dalam persidangan yang baru ini, pengumuman dalam bajet kita yang lepas, iaitu, Masjid Bongek ya. Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah melantik Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana bagi pembaikan Masjid Kariah Bongek yang telah terbakar pada 11 April 2021. Penilaian kesesuaian tapak untuk perancangan pembangunan Masjid Bongek ini sedang dilaksanakan oleh pihak JKR.
Dato’ Yang Dipertua, kenyataan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana masyarakat di Bongek ni memang memohon masjid baru dan saya pun pernah bawak dalam Dewan supaya pembaikan tidak dilakukan tapi kita buat masjid yang baru memandangkan masjid tu mempunyai masalah kerana tepi jalan sebagainya. Jadi diharap Dato’ Yang Dipertua, masjid baru ni jangan lagi,
pintu masuk dia mengikut pintu masuk yang ada sekarang ini. Diharapkan tapak yang baru, tempat yang baru supaya keselesaan dan keselamatan jemaah dapat kita laksanakan. Jadi saya ingin bertanya, Dato’ Yang Dipertua, apakah tapak yang sama ataupun tapak lain yang akan dilaksanakan masjid ini? Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Kota, kita ada 2 tapak yang baru, yang sedang kita nilai dan sedang kita rundingkan dengan penduduk kampung kerana dia melibatkan jalan utama. Kalau kita buat di sebelah kiri jalan, orang belah kanan akan menghadapi masalah untuk datang ke masjid. Kalau kita buat di sebelah kanan, orang sebelah kiri pulak hadapi masalah kerana nak melintas. Jadi ini antara faktor yang sedang kita rundingkan dan ada 2 tapak yang sedang di, kita kaji, tapak baru dan kalau mendapat keputusan dari kariah masjid, insyaAllah kita akan pilih yang mereka setuju. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Kita, tiba giliran Chuah.
Tuan yang terutama Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.
Naik jadi gabenor nampak eh ni.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, pemberian kerja G1 hanya ditawarkan kepada kontraktor yang berdaftar di daerah berkenaan sahaja mengikut pekeliling Perbendaharaan serta peraturan-peraturan kewangan berkaitan perolehan kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Pemberian kontrak sebarang kerja melibatkan peruntukan kerajaan tidak ditawarkan mengikut kawasan DUN seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan: PK 2.1 – Kaedah Perolehan Kerajaan perkara 7(b)(4).
Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, sebanyak 11 projek telah diadakan melalui tatacara sebut harga, 13 projek melalui pemberian terus dan 22 projek melalui kerja undi di dalam kawasan DUN Chuah. Pelantikan kontrak yang dilantik telah diuruskan mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa. Tatacara perolehan ini adalah Peraturan Pekeliling Perbendaharaan yang juga digunakan, diguna pakai dalam perkhidmatan awam seluruh negara. Ketidakpatuhan kepada tatacara ini merupakan satu kesalahan yang amat besar kepada mana-mana ketua jabatan dan ketua jabatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Giliran seterusnya, saya persilakan Jeram Padang.
[bercakap secara off-mic]
Terima kasih Dato’ yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk maklumat Yang Berhormat Jeram Padang, Kerajaan Negeri telah menyediakan sebidang tanah di kawasan Majlis Bandaraya Seremban untuk dijadikan sebagai Pusat Perlindungan Anjing Terbiar. MBS dengan kerjasama sebuah NGO sedang dalam proses mem, pembinaan Pusat Perlindungan Anjing Terbiar tersebut. Sebagai langkah untuk membantu pihak yang menguruskan Pusat Perlindungan Anjing Liar tersebut, MBS juga melantik syarikat NGO untuk menjalankan kerja-kerja menangkap dan menguruskan anjing terbiar dan bayaran bagi kerja-kerja tersebut dijangka dapat membantu pihak NGO untuk menguruskan Pusat Perlindungan Anjing Terbiar.
Kerajaan Negeri telah mewartakan satu tapak bagi tujuan penempatan anjing liar yang dirizabkan dengan No. Warta Kerajaan Negeri Sembilan 609 yang bertarikh 17 Disember tahun 2020 di Mukim Setul dengan keluasan 4,135 meter persegi. Walau bagaimanapun, buat masa ini belum ada perancangan untuk merizabkan tapak untuk penjagaan haiwan liar domestik termasuk anjing liar di kawasan PBT yang lain. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bahau. Sebenarnya langkah yang telah diambil di MBS ini adalah memang baik dan terbaik kerana selepas cadangan dan langkah yang telah diambil itu, saya dapati kurang orang yang meluahkan rasa tidak puas hati. Itulah sebabnya saya mintak ini, anjing liar ini menjadi masalah kepada semua di seluruh Negeri Sembilan. Jadi, langkah yang telah diambil itu, di Seremban itu saya mintak Kerajaan Negeri untuk perluaskan. Kalau tidak untuk setiap daerah, mungkin kitab oleh gabungkan 2-3 daerah satu tempat. Sebagai contoh, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah di satu tempat. Tampin, Rembau di satu tempat. Jadi, sesiapa yang laporkan itu kita tanggungjawabkan NGO untuk menangkap dan menguruskannya. Jadi saya tanya, soalan saya adalah, adakah cadangan ini akan dibawak semula walaupun surat rasmi telah saya hantar kepada semua PBT, termasuk Yang Amat Berhormat Sikamat, adakah Kerajaan Negeri ini akan mempertimbangkan cadangan saya tersebut kerana cadangan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Seremban itu memang terbaik. Jadi kalau terbaik itu, term terbukti terbaik, apa salahnya ia diperlus, diperluaskan. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mengenai soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jeram padang, sebenarnya juga ada beberapa orang Yang Berhormat juga bertanyalah mengenai isu anjing liar iaitu Yang Berhormat ADUN Mambau, Yang Berhormat ADUN Lenggeng dan juga Yang Berhormat ADUN Lobak.
Jadi, mengenai soalan tambahan Yang Berhormat Jeram Padang mengenai adakah PBT yang lain bersedia untuk menyediakan tanah dijadikan sebagai tempat perlindungan anjing terbiar, itu bagi saya memang merupakan cadangan yang baik dan saya amat apalah, berterima kasih kepada Yang Berhormat Jeram Padang kerana Yang Berhormat Jeram Padang memang selama ini dia amat prihatin terhadap kebajikan haiwanlah, sebenarnya bukan anjing liar.
Dan untuk maklumat Yang Berhormat Jeram Padang, usaha untuk mewartakan tapak perlindungan anjing ataupun perlindungan haiwan terbiar ini, dia sebenarnya, dia satu usaha yang bukan senang untuk dilaksanakan. Ketika kita nak mencari tempat ataupun kenal pasti tempat yang sesuai, itu juga satu cabaran kepada pihak Kerajaan Negeri. Tapi pada akhirnya kita berjaya mendapatkan tanah tersebut dan kita juga kerjasama dengan NGO. Sebab setakat ini, kalau tak silap saya, cuma adanya NGO yang aktif di Daerah Seremban tetapi untuk daerah-daerah lain, kita masih belum lagi bertemu dengan NGO yang berkemampuan untuk berusaha untuk menjaga tempat perlindungan haiwan.
Saya rasa dalam perkara ini, seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jeram Padang, ini memang merupakan masalah bersama kita, ini bukan seolah-olahnya masalah kerajaan, tetapi orang ramai juga adanya tanggungjawab ketika mereka ingin membela anjing ataupun membela kucing, adalah tanggungjawab mereka untuk menjaga haiwan-haiwan ternakan mereka.
Di sini saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa untuk Majlis Daerah Tampin, saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada Majlis Daerah Tampin kerana telah pun berjaya mengadakan satu kempen penjagaan anjing yang baik, yang di, yang usahasama Majlis Daerah Tampin dan juga Jabatan Veterinar. Dan saya rasa usaha sebegini untuk mendidik masyarakat supaya lebih memberi perhatian terhadap jagaan haiwan, haiwan mereka. Saya rasa ini satu usaha yang baik dan kita perlu teruskanlah.
Dan saya juga berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Jeram Padang kerana Yang Berhormat Jeram Padang juga mengiktiraflah apa yang telah pun diusahakan oleh kerajaan di Seremban untuk menjaga haiwan
terbiar. Ini satu usaha yang kita akan terus laksanakan. Walaupun bukan senang, tetapi kita cuba. Dan untuk Yang Berhormat Jeram Padang, kalau adanya apa-apa cadangan ataupun pandangan saya rasa Yang Berhormat Jeram Padang sentiasa boleh menghubungi sayalah. Saya rasa dalam perkara ini kita ketepikan fahaman politik kita, yang penting kebajikan haiwan, kesejahteraan rakyat itu kita sama-sama bela. Terima kasih.
YB ADUN lobak: Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bahau.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih Dato’ Dipertua. Terima kasih jawapan dari Bahau. Tapi nak timbulkan bahawa membela anjing dengan kucing, masalah ni di rumah pangsa bertambah serius. So saya nak tanya, apa langkahnya PBT untuk mengurangkan pembela anjing atau kucing di rumah pangsa? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat. Yang Berhormat Jeram Padang, eh sorry, Yang Berhormat Lobak juga ada mengutarakanlah soalan yang lebih kurang sama dengan Yang Berhormat Jeram Padang. Cuma untuk makluman Yang Berhormat Lobak, sebenarnya rumah pangsa ataupun rumah flat-lah, kalau mengikut peraturan, memang tidak dibenarkan untuk membela kucing, anjing ataupun apa-apa haiwan ternakan. Cuma kadang kala saya rasa itu dia lebih kepada tanggungjawab rakyat tersebut. Bagi saya, kalau seorang pencinta haiwan, kalau dia bertanggungjawab, sudah tentunya tanggungjawab kita, tanggungjawab dia adalah untuk memasti, memastikan haiwan ternakan tersebut sentiasa berada di dalam keadaan yang terjaga dan tidak menyebabkan sebarang kacau ganggu kepada jiran ataupun kepada komuniti.
Jadi dalam perkara ini, saya rasa semua PBT ketika meri, menerima sebarang aduan kacau ganggu yang disebabkan oleh haiwan ternakan, sudah tentunya PBT akan mengambil tindakan yang sewajarnyalah. Cuma yang paling penting saya rasa pihak kerajaan dengan kerjasama daripada pihak pembangkang ataupun daripada pihak NGO ataupun orang ramai, sama-sama kita perlu berusahalah untuk mendidik masyarakat supaya pastikan haiwan-haiwan ternakan ini dapat dijaga dengan baik tanpa menyebabkan sebarang kacau ganggu terhadap masyarakat. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, sikit je, ya. Berkaitan dengan haiwan liar jugak ni, yang berlaku di Rasah Kemayan. Saya ingat YB Ampangan saya ingat sedar ni, perkara ini iaitu babi liar berkeliaran di
dalam taman ya, di Rasah Kemayan. Bukan dalam hutan. Pasal orang Melaka dah tak dapat tembak lagi dah, so dia datang kat kita. Jadi, saya ingat YB Ampangan pun boleh mengesahkan perkara ni, dia berlegar je dekat roundabout, dia dah tak takut orang lagi dah saya tengok. Betul kan? YB apa ni, Serting pun, ya, apa ni, rumah dia pun kat sana, selalu jumpa benda ni. Memang selalulah, boleh dikatakan tiap-tiap malam ada, dia berkeliaran kat situ. Sebelum membahayakan kitalah ya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Untuk maklumat Yang Berhormat Seri Menanti, ni apa, babi hutan ni dia di bawah Jabatan PERHILITAN. Walau, walau bagaimanapun, kami akan apalah, tujukan masalah ni kepada PERHILITAN supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambillah. Saya memang setujulah dengan Yang Berhormat Seri Menanti sebab kalau dulu Melaka ada satu orang expert-lah tembak, tapi sekarang tak jadi wakil rakyat lagi. Terima kasih.
Terima kasih. Ya, Yang Berhormat.
Isu babi hutan dan kera merupakan satu isu yang menjadi isu utama kerajaan. Kerajaan Negeri telah melihat ada kes di Dusun Nyiur ya, kejadian apabila monyet ataupun kera menyerang seorang pelajar, anak, seorang anak kecil. Dan kita telah melihat perkara tersebut dan Kerajaan Negeri telah meluluskan 120 ribu untuk membina sang, memasang perangkap ya. Kita telah sediakan kepada pihak PERHLITAN dan itu untuk tahun ni, dan untuk tahun, tahun ini, dan tahun hadapan insyaAllah kita akan cuba tambah lagi bagi memastikan bahawa kita mampu untuk mengawal ya, mengawal, mengawal isu babi hutan dan monyet ini. Dan insyaAllah kita akan tambah lagi perangkap-perangkap dari masa ke semasa insyaAllah.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ampangan rumah dekat situ, bolehlah pinjam perangkap dekat YB, Yang Berhormat Menteri Besar ya.
Dato’ Yang Dipertua, perangkap ni dia tak selosai masalah Dato’ Dipertua. Kita ambil iktibar daripada Melako jugak Dato’ Dipertua, dia tembak je. Kalau tak, tak selosai masalah ya, kero ni pun memanglah ya, saya dah pernah buat operasi dengan PERHILITAN ya. Hari ni kita tembak beratus-ratus ekor, 3-4 hari macam tu balik ya. Ini untuk, untuk, untuk mengurangkan tu, saya pun kena cari satu formula yang sesuai Dato’ Yang Dipertua ya, untuk mengurangkan apa ni, haiwan perosak ni. Tapi tentang babi tadi, saya ingat di RK tadi, dia tak besar kawasan semak tu, dia mesti ada kat situ jugak ya. Tapi tadi pun diberi, YB Serting pun akui dia pun pernah jumpo. Jadi sebelum ia, ia
mengganas ya, jadi eloklah ya, kita hapuskan. Saya ingat cara sesuai kita hapuskan Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Okay, terima kasih. Panjang sangat kisah babi hutan ni. Okay. Kita pergi kepada soalan berikutnya, daripada …..
Seremban Jaya.
….. Seremban Jaya, haa Guna.
Dato’ Yang Dipertua, saya mahu terima kasih Dewan yang mulia ini sebab soalan saya tiga-tiga sudah keluar. Terima kasih. Saya mengemukakan soalan kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya. Soalan mengenai Tenaga Nasional Berhad. Jumlah penggunaan tenaga solar di seluruh Negeri Sembilan bagi setakat bulan Oktober 2021 adalah sebanyak 33,494 kilowatts peak dengan pecahan mengikut sektor perdagangan/komersial sebanyak 1,837 kilowatts peak, domestik dan kediaman: 11,352 kilowatts, industri: 19,474 kilowatts, dan bagi agrikultur/pertanian adalah sebanyak 831 kilowatts.
Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan elemen teknologi hijau sentiasa dititikberatkan di dalam segenap bidang khususnya melibatkan penggunaan tenaga elektrik di premis-premis kerajaan. Perancangan masa depan dari segi penggunaan tenaga solar sebagai alternatif kepada sumber tenaga sedia ada di setiap premis kerajaan memerlukan kajian rintis yang lebih mendalam merangkumi aspek-aspek teknikal serta keupayaan struktur bangunan serta, bangunan sedia ada untuk menampung kapasiti panel solar berkenaan dengan kerjasama jabatan ataupun agensi teknikal yang berkaitan.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, Wisma Majlis Bandaraya Seremban telah menggunakan tenaga solar dalam usaha penjimatan perbelanjaan tahunan dengan kerjasama TNB Negeri Sembilan. Wisma MBS, Forest Heights telah siap dipasang solar oleh anak syarikat TNB iaitu GSPARX, Forest Heights telah siap dipasang solar, sebanyak 730 kilowatts dan mendapat purata penjimatan 800.00 ringgit sebulan untuk bil elektrik. Dalam masa yang sama, Pasar Besar Seremban milik MBS telah menandatangani perjanjian pemasangan solar dengan syarikat yang sama berkapasiti 414 kilowatts.
Saya mengambil peluang ini untuk menyarankan agar semua pihak khususnya agensi kerajaan dan swasta agar dapat mengambil peluang
untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau bagi mengurangkan kesan pemanasan global. Selain ianya adalah antara sumber utama tenaga yang boleh diperbaharui, penggunaan tenaga solar juga adalah salah satu penyelesaian kepada kos utiliti elektrik yang meningkat dan tidak efisien. Saya amat menyarankan agar semua agensi kerajaan dan swasta dapat mengambil segala ruang dan peluang untuk mengaplikasikan sumber tenaga yang berpotensi tinggi ini. Tidak mustahil suatu hari nanti Negeri Sembilan menjadi hab sumber tenaga hijau di negara kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Kita pergi giliran Yang Berhormat Serting.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan YB Serting berhubung dengan Hasil Bukan Cukai. Sehingga 31 Oktober 2021, kutipan Hasil Bukan Cukai bagi fa, bagi faedah dan perolehan dan pelaburan adalah sebanyak 11.876 juta. Terimaan Hasil bagi butiran ini meliputi faedah dan dividen dari simpanan tetap kerajaan, pulangan pelaburan bon dan sukuk yang dijangka diperolehi pada bulan Disember 2021.
Kutipan bagi perolehan dari jualan barang-barang pula adalah sebanyak 65 juta bersamaan 49.92% daripada sasaran belanjawan. Kutipan ini melibatkan premium tanah yang mencatatkan pengurangan ketara dalam kutipan hasil. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih lama pada tahun ini telah mengakibatkan sektor hartanah terjejas dan penurunan aktiviti pembangunan tanah. Ia juga telah menghalang kegiatan dalam aktiviti pembinaan dan pengkuarian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
….[sebahagian percakapan secara off mic] …. dipersilakan Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada YB ADUN Mambau. Kerajaan Negeri melalui pentadbiran daerah dan tanah Seremban telah menerima 11 permohonan yang melibatkan 10 plot perniagaan di kawasan berhampiran pintu gerbang Kampung Baru Mambau. Betul, soalan ya? Daripada 11 permohonan tersebut, 4 permohonan memperbaharui dan 7 permohonan baru. Permohonan untuk plot nombor 6 diterima daripada 2 pemohon yang berbeza. Semua permohonan tersebut sebelum ini mengambil masa yang lama untuk
diproses kerana berlaku perubahan terhadap jajaran bagi setiap plot dan perlu diukur semula. Permohonan ini adalah bagi tindakan untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri ya, ini untuk status permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Memandangkan ramai peniaga-peniaga atau penjaja di situ, di mana pendapatan mereka terjejaslah pada masa tempoh pandemek, pandemik ini. Jadi jikalau ada, jika sudah ada keputusan, adakah pihak Kerajaan Negeri mempertimbangkan atau menyediakan bayaran secara ansuran untuk mereka yang menjelaskan bayaran yang tertunggak yang pada tahun-tahun yang lamalah. Terima kasih Dato’.
Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa LPS ini berlaku hanya dalam tempoh 2 tahun ini. Jadi adalah tidak adil untuk mereka mendapat bayaran, ketika mereka perniagaan mereka bagus, mereka tidak membayar LPS tersebut. Dan ketika dalam keadaan ini mereka pulak mintak ansuran. Jadi memang kita tidak ada arahan ataupun dalam peraturan kita menyatakan bahawa bayaran LPS dibuat secara ansuran.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Seri Menanti.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih.
Soalan, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya mohon izin mewakili ADUN Pilah yang tidak ada dalam Dewan ini bagi menjawab soalan Yang Berhormat Seri Menanti berkaitan dengan seni dan budaya Negeri Sembilan. Terima kasih ADUN Seri Menanti.
Akibat pandemik COVID-19, kita menerima hakikat bahawa prestasi ekonomi bukan sahaja di Negeri Sembilan, bahkan di seluruh negara dan di seluruh dunia mengalami penguncupan dan menyebabkan semua bidang pekerjaan terkesan dan terjejas termasuk mereka yang bekerja di bidang kesenian dan kebudayaan. Antaranya adalah Jurulatih Seni Budaya Negara. Maka Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk menyantuni semua bidang-bidang pekerjaan ini dengan melancarkan Inisiatif Bantuan Kehilangan Pekerjaan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Ianya dengan sesuai dengan teromba yang dibaca oleh Yang Amat Berhormat Sikamat dalam ucapan belanjawan pada hari Jumaat yang lalu: “sekato tak beralih, janji dibuek dimuliokan, buruk jangan dicari, musuh samo dihadang, berlunak samo
berlumpur, kocik bosa samo berdayung, sakit satu semua berduko, bak labu nan menjalar pucuk samo digetus, wakaf samo dipotik, ado samo mendapek, cicir samo dicari, untung laba samo diraso”.
Maka lantaran itu, bantuan ini, bantuan inisiatif Bantuan Kehilangan Pekerjaan ini boleh dimohon secara dalam talian melalui aplikasi N9 Digital atau laman web www.n9.digital bermulai, bermula 1 haribulan Julai 2021. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.0 juta ringgit bagi tujuan ini dan mensasarkan sejumlah 10 orang, 10,000 orang penerima. Inisiatif bukan setakat untuk membantu penggiat seni semata-mata tetapi juga membantu seluruh rakyat Negeri Sembilan yang lain yang hilang pekerjaan. Bantuan ini masih dibuka untuk permohonan sehingga 31 haribulan Disember 2021.
Penubuhan Jurulatih Seni Budaya Negara adalah merupakan pendokong utama kepada pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya anjuran Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2004 dan telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia. Peranan utama Jurulatih Seni Budaya Negara ini sangat penting dalam mendidik masyarakat untuk menyemarakkan pelbagai aktiviti seni dan budaya terutamanya dalam bidang tarian, bidang teater, muzik, silat, seni berbahasa dan juga gasing. JSBN juga merupakan jurulatih yang mahir dan cemerlang dalam bidang masing-masing sehingga mampu memberi impak besar dalam mengukuhkan dan mengekalkan seni budaya warisan negara ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan senarai kejurulatihan JSBN di Negeri Sembilan, seramai 125 orang yang memiliki nombor pendaftaran (Sijil Pengiktirafan) dari tahap 1 hingga tahap 4 dalam bidang masing-masing iaitu gasing, teater, muzik, tari dan silat. Sebelum pandemik, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara telah memperuntukkan sebanyak RM42 ribu ringgit bagi tahun 2019 dengan menempatkan 10 orang Jurulatih Seni Budaya Negara yang cemerlang (melepasi peperiksaan khas) JSBN di sekolah-sekolah yang terpilih seperti berikut:
i. Sekolah Kebangsaan Padang Lebar, Kuala Pilah iaitu dalam bidang muzik. Jurulatih Seni Budaya Negara yang terlibat ialah Encik Eddy Rizal bin Osman.
ii. Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek di Nilai – bidang tarian yang merupakan dibimbing, JSPN-nya ialah Puan V. Savithri A/P Vellaithan.
iii. Di Sekolah Kebangsaan (F) Palong 2, Gemas. Jurulatih Seni Budaya Negara yang berkhidmat di sana ialah Encik Hairul Anuar bin Abu, dalam bidang gasing.
iv. Di Sekolah Kebangsaan Tunku Kurshiah, Kuala Pilah. Jurulatih Seni Budaya Negara yang terlibat ialah Encik Khairudin bin Khamis, dalam bidang silat.
v. Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir di Seremban, telah dibimbing dalam bidang muzik oleh Encik Eddy Rizal bin Osman.
vi. Di Sekolah SMK Jelai, Kuala Pilah, dalam bidang silat, dibimbing oleh Jurulatih Seni Budaya Negara; Encik Khairudin bin Khamis.
vii. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah di Seremban – dalam bidang tarian, dibimbing oleh Puan A’Ainatul Basirah bt Zolkipli.
viii. Di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas, Rembau – dalam biang teater dibimbing oleh Jurulatih Seni Budaya Negara; Puan. Nor Idlah bt. Abdul Halim.
dan
ix. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai di Seremban – dalam bidang tarian oleh Jurulatih Seni Budaya Negara – Puan V.Savithri A/P Vellaithan.
x. Sekolah Menengah Kebangsaan Chan Wa 2, Seremban – dalam bidang tarian, Jurulatih Seni Budaya Negara yang membimbing mereka adalah Puan Ros Anita bt. Yaacob.
Namun dalam tempoh pandemik ini, JKKN telah mengambil inisiatif dengan memperuntukkan sebanyak 10 ribu ringgit bagi tahun 2020 dan 10 ribu ringgit bagi tahun 2021 untuk mengadakan pembelajaran secara dalam talian, sebab disebabkan pandemik COVID ini anak-anak kita tidak hadir ke sekolah, mereka melalui pendidikan dan pengajaran dari rumah, dalam 5 bidang yang terpilih iaitu bidang tarian, teater, muzik, sela, silat dan gasing yang melibatkan 5 orang guru, Jurulatih Seni Budaya Negara yang cemerlang.
Kerajaan Negeri akan menganjurkan pertandingan/festival tarian, muzik, silat, gasing di peringkat daerah atau negeri supaya permintaan terhadap kejurulatihan akan meningkat ya, kerana mereka nak masuk pertandingan, sudah pasti mereka kena buat persiapan, dan latihan itu
akan dibimbing oleh Jurulatih Seni Budaya Negara ya, sekaligus dapat meningkatkan pendapatan Jurulatih Seni Budaya Negara yang terjejas.
Bagi membantu kelangsungan pendapatan JSBN di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri akan mencadangkan supaya pusat komuniti setempat dapat menyediakan ruang dan peserta untuk kelas pembelajaran seni budaya mengikut bidang dipilih. Pusat komuniti tersebut perlu memohon Jurulatih Seni Budaya Negara mengikut bidang yang akan dicadangkan oleh JKKN dan kos kejurulatihan ini insyaAllah akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Selain daripada itu juga, Kerajaan Negeri akan menyarankan semua pengusaha-pengusaha inap desa atau dengan izin, homestay yang terdapat di Negeri Sembilan untuk mengambil peluang ini dengan memohon Jurulatih Seni Budaya Negara untuk mengajar kakitangan atau penduduk setempat bagi program persembahan kebudayaan di inap desa masing-masing ya. Biasanya pelancong-pelancong yang hadir, mereka ingin melihat persembahan kebudayaan setempat. Dan kalau telah dilatih penduduk setempat, maka mereka tidak perlu menjemput ya, kumpulan-kumpulan dari luar daripada kampung mereka.
Kesenian dan kebudayaan oleh penggiat seni di Negeri Sembilan kembali rancak dengan SOP yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara di Fasa 4 ini.
Program Ziarah Ramadan anjuran Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan pada bulan Ramadan yang lepas, telah menyampaikan bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada 18 orang penggiat seni yang uzur dan yang pendapatan mereka terjejas akibat dari pandemik ini.
JKKN Negeri Sembilan akan menyediakan fasiliti untuk penggiat seni dan persatuan mengadakan persembahan secara berjadual.
Melalui Dana Memperkasakan Adat Perpatih yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan termasuk dalam bajet 2022 sebanyak 2.5 juta ringgit ini, akan boleh digunakan oleh penggiat seni anak tempatan bagi menghasilkan karya-karya lagu identiti Luak-Luak ya, ini telah dilancarkan baru-baru ini di mana luak, karya-karya lagu identiti Luak-Luak di Negeri Sembilan yang mana kini telah diperdengarkan di radio. Untuk makluman, sebanyak 5 buah lagu Luak telah dihasilkan iaitu meliputi lagu tamah, Tanah Keramat oleh Luak Ulu Muar, Rindu Berzaman – Luak Gunung Pasir, lagu Pulang dari Luak Terachi, lagu Mantai – Luak Ulu Muar, lagu Pasir Besar daripada Luak Pasir Besar dan Alam Terkembang daripada Adat Lingkungan. Jadi saya menyerulah sidang Dewan ini supaya beralihlah jugak mendengar lagu-
lagu Luak ini ya. Berhentilah mendengar lagu-lagu orang putih tu. Selain daripada itu beberapa kumpulan muzik tradisional juga diwujudkan contohnya Kumpulan Rebana Adat Lingkungan yang mana terdiri daripada anak-anak muda dari SMK Tunku Besar Burhanuddin. Itu saja Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Saya persilakan Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan kedua.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Temiang, terima kasih atas soalan; status permohonan hak milk tanah kekal. Jawapan ini juga bagi menjawab Pertanyaan Lisan Hari Kedua (No.1) daripada ADUN Rahang yang bertajuk “Geran Hak Milik Sementara (Leasehold) Ke Hak Milik Kekal (Freehold)”, juga Pertanyaan Lisan Hari Ketiga (No.1) daripada ADUN Mambau yang bertajuk “Pemberian Hak Milik Tanah Kekal Negeri Sembilan”.
Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 315 permohonan telah diterima di Pejabat Daerah Dan Tanah seluruh negeri. Sebanyak 237 permohonan telah diterima bagi Daerah Seremban, 43 permohonan diterima bagi Daerah Jempol, 17 permohonan telah diterima bagi Daerah Tampin, 17 permohonan diterima bagi Daerah Kecil Gemas, 1 permohonan diterima bagi Daerah Port Dickson dan tiada permohonan diterima bagi Daerah Kuala Pilah, Daerah Jelebu dan Daerah Rembau.
Bagi Daerah Seremban, daripada 237 permohonan yang telah diterima oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban iaitu 2 dari DUN Sikamat dan 149 daripada DUN Paroi dan 86 daripada DUN Ampangan, terdapat 92 permohonan telah diluluskan, 3 permohonan telah ditolak dan 150, 115 permohonan sedang diproses.
Setakat ini, tiada taman dalam DUN Temiang, DUN Rahang dan DUN Mambau telah dibuka untuk permohonan pertukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya. Namun begitu, kawasan perumahan bagi permohonan ini akan diperluaskan pada masa akan datang.
Bagi Daerah Jempol, daripada 43 permohonan yang telah diterima oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, semua permohonan sedang diproses. Bagi Daerah Tampin, daripada 17 permohonan yang telah diterima oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin, semua permohonan juga sedang diproses. Bagi Daerah Kecil Gemas, daripada 17 permohonan yang telah
diterima oleh Pejabat Daerah Kecil Gemas Dan Tanah Tampin, semua permohonan sedang diproses. Bagi Daerah Port Dickson, 1 permohonan yang telah diterima oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson, permohonan tersebut sedang diproses. Bagi Daerah Kuala Pilah, Daerah Jelebu, Daerah Rembau, tiada permohonan.
Hasil daripada bayaran premium tambahan daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban setakat ini ialah sebanyak 307 ribu ringgit. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. Sikamat.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan.
Soalan tambahan?
Ya. Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat atas pertanyaan saya berkenaan dengan hak milik kekal di Negeri Sembilan. Jadi saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat, berapakah jumlah yang, pemilk yang memegang hak milik pajakan 99 tahun di Negeri Sembilan ini? Dan apakah pelan Kerajaan Negeri, bilakah ia terbuka untuk semua permohonan di Negeri Sembilan dan bukannya seperti sekarang, ikut kawasan tertentu sahaja supaya semua ambil bahagian dalam permohonan ini?
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas soalan mengenai jumlah tersebut, saya akan jawab dalam, di dalam jawapan bertulis. Dan bagi soalan yang seterusnya itu tadi, kita sedia maklum bahawa kita terpaksa melakukan proses ini daripada fasa ke fasa melibat, kerana kita ingin melihat bahawa penjawat-penjawat awam kita khususnya di Pejabat Tanah maklum tentang prosedur supaya tidak berlaku kesilapan. Dan kita akan buka dalam tempoh terdekat, insyaAllah tahun hadapan untuk semua. Dan kita akan maklumkan supaya kita tak nak lihat esok Pejabat Tanah terlalu ramai pengunjung dan kita juga ada tugasan-tugasan yang terpaksa dilakukan oleh mereka. Kita sebenarnya kalau kita buka, kita kekurangan kakitangan untuk menguruskan ataupun memproses perkara tersebut. Jadi lebih baik kita mengikut proses yang lebih baik, teratur dan tidak membebankan kakitangan kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih …..
Soalan pertambahan ya.
Rahang.
Dato’ Yang Dipertua, penduduk-penduduk di Kampung Baru Rasah dan juga di Kampung Pasir di dalam kawasan Rahang asyik bertanya-tanya tentang geran hak milik sementara ke hak milik kekal. Apakah dengan izin, current status on this issue di Kampung Pasir dan Kampung Baru Rasah? Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada YB Rahang ya. Kita sedia maklum bahawa, itu yang saya kata tadi bahawa kita akan perluaskan kaedah ini ke taman-taman lain dan mengikut fasa by fasa insyaAllah, setelah semua pegawai-pegawai kita memahami semua syarat, semua peraturan, prosedur yang telah kita tetapkan supaya tidak berlaku kesilapan kerana dalam permohonan tersebut juga ada permohonan-permohonan yang terpaksa ditolak. Jadi kita sedia maklum bahawa ada juga orang yang cuba kita letakkan syarat tapi mereka cuba jugak memohon tetapi ini antara satu perkara-perkara yang selalu kita beri keu, perhatian ya, dan kita berharap bahawa mereka-mereka yang benar-benar layak saja untuk memohon pertukaran syarat ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sekarang kita pergi ke giliran Chembong.
Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1 daripada saya.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Chembong atas soalan tanah perkuburan Islam. Pengurusan tanah wakaf adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan hanya terlibat dalam pengurusan tanah perkuburan Islam yang status tanahnya diwartakan sebagai raz, rizab tapak perkuburan Islam di bawah kawalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Berdasarkan rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, jumlah keluasan tanah perkuburan Islam di bawah rizab Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di DUN Chembong adalah sebanyak 35.12 ekar melibatkan 13 buah tanah perkuburan iaitu:
i. Rizab Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Rembau – 4.02 ekar di bawah kariah Masjid Jamek An-Nur;
ii. Rizab Tambahan Perkuburan Islam Pekan Rembau (Tanjung Sena Hilir) – 4.62 ekar – Masjid Jamek An-Nur;
iii. Tanah Perkuburan Islam Pekan Pedas – 6.03 ekar – Masjid Kariah Pekan Pedas; iv. Rizab Tanah Perkuburan Islam Kg. Sg. Lalah – 3 ekar – Masjid Kariah Pedas Tengah; v. Tanah Perkuburan Islam Kg. Pedas Tengah – 2.05 ekar – Masjid Kariah Pedas Tengah; vi. Tanah Tambahan Perkuburan Kg. Sg. Ibor, masjid daerah, masjid – 0.65 ekar – Masjid Dr. Hj. Mohd Eusoff Teh, Pedas Hilir; vii. Tanah Perkuburan Islam Kg. Kundor Ulu – 5.02 ekar – Masjid Kariah Kundur Ulu; viii. Rizab Tambahan Tanah Perkuburan Islam Kg. Tengah Sepri – 1.82 ekar – Masjid Kariah Kg. Tengah; ix. Tanah Perkuburan Islam Kg. Ampang Batu Lama (sebelah SK Chembong) – 0.42 ekar – Masjid Kariah Masjid Tanah Chembong; x. Tapak Tambahan Perkuburan Islam Kg. Masjid Tanah Chembong – 0.41 ekar – Masjid Kariah Masjid Tanah Chembong; xi. Tanah Perkuburan Islam Masjid Kg. Batu 17 Chembong – 3.19 ekar – Masjid Kariah Batu 17, Chembong; xii. Tanah Perkuburan Islam Kg. Chembong Kecil – 2.80 ekar – Masjid Kariah Kg. Rendah; dan xiii. Tanah Perkuburan Senama Ulu (belakang Kediaman Undang Lama) – 1 .09 ekar – Masjid Kariah Senama. Jumlah keseluruhan 35.12 ekar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua.
Ya, tambahan?
Sedikit soalan tambahan. Terima kasih di atas jawapan sebentar tadi, Dato’ Yang Dipertua. Saya nak maklumkan dalam Dewan ini, saya menerima satu aduan daripada Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung 17, Batu 17 Chembong yang mana salah satu daripada tanah wakaf perkuburan Islam-nya didakwa telah dicerobohi oleh pihak-pihak yang tertentu dengan tanaman pokok getah, Dato’ Yang Dipertua. Pertamanya saya mohon untuk Kerajaan Negeri mengambil tindakan ke atas aduan ini dengan secepat mungkin, Dato’ Yang Dipertua, saya harapkan sangat. Dan soalan saya, apakah langkah-langkah ataupun tindakan daripada Kerajaan Negeri untuk membuat tindakan ataupun pemerhatian agar kes-kes seumpama ini tidak berlaku lagi, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan ribuan terima kasih atas makluman yang diberikan oleh Yang Berhormat Chembong tadi. Dan insyaAllah saya akan meminta supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan saya juga menyeru kepada seluruh masyarakat supaya memberikan maklumat dari masa ke semasa supaya kita dapat menyelesaikan perkara-perkara ini dan mengharmonikan suasana dengan lebih baik, insyaAllah, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya giliran Yang Berhormat Rahang.
Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada yang Berhormat Rahang. Soalan Yang Berhormat Rahang adalah mengenai rumah sewa beli townhouse yang berada di Kampung Abok. Untuk Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat Rahang, seramai kira-kira 637 penghuni yang menduduki 150 unit rumah di Taman Abok Jaya.
Berdasarkan Perjanjian Sewabeli Rumah Rakyat Kos Rendah Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus antara pihak kerajaan dengan penyewa, telah dinyatakan di bawah Klausa 2(b) yang mana penyewa tidak dibenarkan memindah milik, memindah hak, memajak, menggadai, menyewa ataupun dengan apa-apa cara pun melepaskan kesemua atau mana-mana bahagian rumah berkenaan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan. Tindakan pemantauan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan pematuhan perjanjian tersebut dan sebarang pelanggaran ke atas syarat-syarat yang dinyatakan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lebih banyak rumah sewa
beli townhouse, dengan izin, seperti yang ada di Kampung Abok untuk membantu penduduk yang, yang berpendapatan rendah?
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk makluman Yang Berhormat Rahang, di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan, sebenarnya Kerajaan Negeri sentiasa memastikan bahawa setiap pembangunan, tak kiralah pembangunan daripada pihak swasta ataupun pembangunan daripada pihak GLC kerajaan, kita memang telah pun menetapkan syarat di mana 50% pembangunan tersebut perlulah membina Rumah Mampu Milik. Dan untuk makluman Yang Berhormat Rahang, bagi rumah yang harganya bernilai 80 ribu ringgit, setiap projek perumahan memang disyaratkan membina sebanyak 20%. Jadi itu salah satu usaha kita memastikan wujudnya Rumah Mampu Milik yang bernilai 80 ribu ringgit.
Dan selain daripada itu, pihak Kerajaan Negeri pada tahun lepas telah pun melancarkan satu inisiatif yang baru di mana Kerajaan Negeri telah pun memberi peruntukan sebanyak 5.0 juta untuk membina Rumah Harapan dan Rumah Harapan ini dia akan ditawarkan kepada mereka yang, mereka dari golongan B40. Dan usaha ini akan kita teruskan untuk memastikan mereka berpendapatan rendah ini dapat memiliki rumah yang diidami oleh mereka. Dan untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, usaha ini akan kita teruskan. Dan untuk maklumat bagaimana untuk memohon Rumah Mampu Milik dan sebagainya, boleh rujuk kepada Bahagian Perumahan ataupun bagi Rumah Harapan boleh direct rujuk kepada website ataupun PKNNS. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rahang, Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya nak beri giliran Bagan Pinang.
Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat Bagan Pinang mengenai Loji Rawatan Air Sungai Linggi. Gangguan bekalan air yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan masalah kekeruhan yang tinggi pada bekalan air mentah di mana berlaku hujan yang lebat serta halangan-halangan sampah, dahan-dahan dan pokok-pokok pada muka sauk menyebabkan loji tidak dapat memproses air terawat pada kadar yang maksimum. Hal ini juga telah menyebabkan sebahagian kawasan mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan.
Perancangan perlaksanaan projek menaik taraf sistem bekalan air seperti menambah baik kolam-kolam simpanan dan sumber alternatif
bekalan air dari Loji Sawah Raja bagi membantu menambah baik bekalan air di Loji Linggi ke Kolam Imbangan Sirusa.
Perancangan Kerajaan Negeri melalui pihak SAINS juga bagi tujuan meningkatkan dan men, menjamin bekalan air berterusan di, ke Daerah Port Dickson adalah seperti berikut:
i. Projek Sumber Air Mentah. Cadangan Pembinaan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Linggi seluas 168 hektar oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) ini, kini dalam proses rekabentuk akhir dan perundingan RPM, oleh Perunding RPM Engineers Sdn. Bhd.
ii. Projek Bekalan Air Terawat. Pihak SAINS dalam proses membuat permohonan kelulusan projek daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi peruntukan dalam Pelan Perniagaan Kelima dan Keenam (Tahun 2021 – 2026). Semua projek, semua projek jika diluluskan akan dilaksanakan oleh pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Senarai projek adalah seperti berikut:
Pemasangan paip pengepam baru saiz 800 mm daripada Loji Rawatan Air Sawah Raja ke Kolam Bukit Kunyit.
Kedua, pemasangan paip baru saiz 500 mm daripada Kolam Teluk Kemang ke Kolam Sirusa 5.
Pembinaan Rumah Pam baru serta sistem pam di Kolam Teluk Kemang.
Dan yang keempat, pembinaan Loji Rawatan Air Kampung Barisan dengan kapasiti 150 juta liter sehari.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya memberi terima kasih. Dan walau bagaimanapun saya mohon Kerajaan Negeri agar kerja-kerja ini dapat disegerakan ya, memandangkan ia amat mendatangkan keadaan yang tidak selesa kepada orang tempatan khususnya dalam industri pelancongan di Port Dickson. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ ya, berkaitan. Jawapan yang diberikan tadi saya, saya mohon pencerahan sama ada naik taraf loji-loji dan kerja-kerja lain ini, adakah untuk membolehkan loji ini merawat air
yang lebih tercemar ataupun untuk menggantikan sumber air mentah di tempat-tempat yang lain?
Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya apa yang kita lakukan ini untuk menambah kapasiti. Contohnya pembinaan, pembinaan Loji Rawatan Kampung Barisan ya, dengan 150 juta sehari. Ini akan menambahkan lagi jumlah proses yang boleh dilakukan dan ini akan meningkatkan lagi jumlah yang boleh kita lakukan. Di samping itu kita sedia maklum bahawa program sungai ya, lembangan sungai ya, Linggi itu juga akan memberi sedikit kebaikan kepada loji rawatan air sedia ada untuk mendapatkan bekalan air yang lebih baik. Kadang-kadang banyak gangguan disebabkan hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini, dan ia berlaku pada hujung tahun ini ya. Sebab ia berlaku pada hujung tahun ini disebabkan bilangan hujan yang banyak pada hujung tahun ini dan menyebabkan mereka tidak dapat memproses ya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, bagi menjawab soalan Yang Berhormat ADUN Lobak, bertanyakan pertukaran syarat tanah ke komersial di kawasan MBS khasnya di pusat Bandar Seremban, sila nyatakan dengan teliti berapa jumlah, okay. Jumlah permohonan pertukaran syarat tanah daripada kediaman ke komersial khasnya di pusat Bandar Seremban pada tahun 2021 adalah sebanyak 32 permohonan. Dan jumlah permohonan yang telah diluluskan adalah sebanyak 32 juga permohonan dan tiada permohonan yang telah ditolak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih jawapan dari Yang Amat Berhormat Sikamat. Tapi soalan ni macam ni, kerana dia satu aduan dari pekan Seremban, old town dengan izinnya, kerana pre-war, masa tu kedai lama di Seremban dia memang atas kediaman, bawah ni komersial. So sekarang masalah dia macam ni, atau ni, soalan tambahan, kerana ramai tu mereka mohon kerana dia mohon yang ground floor tu dia jadi komersial, yang atas tu kediaman so jadikan nilai atau pertukaran syarat tu terganggu. So saya tak tahu ni, yang dapat dilulus atau, saya difahamkan ramai mohon belum diluluskan, hanya tertinggal sahaja. So saya mohon Yang Amat Berhormat atau buat siasat, kerana ni aduan daripada kes diberitakan lama khasnya rumah pre-war, kedai-kedai dia syarat berdua, atas kediaman, bawah perniagaan. So isu ni sudah lama,
20 tahun lebih. So saya harap dan tanya tu, apa langkah kerajaan akan buat, memberi bantuan yang isu-isu ni, tertinggal lebih kurang 20 tahun lebih masih tidak ditukarkan, tak dapat tukar syarat? Tapi pun nak tanya tu, jikalau nak tukar syarat ni, ada dapat, tanpa income untuk PBT. So kami harap kerajaan pertimbangkan aduan ini. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, satu pandangan yang baik dan insyaAllah saya minta supaya MBS menyiasat perkara tersebut kerana kita, kalau ikut laporan di sini kita hanya mendapat 32 permohonan dan ke-32 permohonan tersebut telah kita terima dan diluluskan. Dan mengenai perkara, kita juga me, menjalankan apa, status, apa, strata title ya, kepada rumah-rumah yang, yang dibina sekarang melibatkan apartment apa semua, dan ini banyak membantu sebenarnya Dato’ Yang Dipertua, dan dilaksanakan 2021 ini. Dan saya rasa bahawa ini tidak menjadi isu dan insyaAllah saya akan siasat perkara tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. So yang aduan tu saya akan sampaikan kepada PBT-lah dengan jelas sekali, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Seterusnya kita pergi giliran Yang Berhormat Gemas.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Gemas yang bertanya tentang pembinaan kilang menapis minyak di Kuala Gemas ya. Dato’ Yang Dipertua, Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas telah menerima permohonan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Incorporated (Pemerbadanan) bagi permohonan pemberian milik tanah kosong kerajaan secara hakmilik tetap seluas lebih kurang 24.28 hektar di Kuala Gemas, Bandar Gemas, Daerah Tampin di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara [Akta 828] untuk tujuan perindustrian iaitu kilang pemprosesan minyak daripada tayar terpakai dan seterusnya permohonan pemberian milik ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 23 Jun 2021 melalui Kertas Mesyuarat No.1214/2021 bagi tujuan seperti yang dimohon.
Terkini, pihak MBI sedang dalam tindakan memuktamadkan proses pendaftaran tanah dengan pihak Pejabat Daerah Dan Tanah Kecil Gemas. Pihak MBI juga telah, turut sedang dalam tindakan penyediaan draf dokumen perjanjian pajakan tanah di antara syarikat, syarat-syarat asas yang ditetapkan adalah supaya pihak syarikat mendapatkan kelulusan
Kebenaran Merancang daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang, dalam satu tempoh yang ditetapkan, selain memastikan setiap syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri serta jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dipenuhi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih.
Soalan tambahan …..
Tambahan.
….. Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum kawasan tersebut boleh dikatakan kawasan pembangunan Gemas 3 sebenarnya. Di mana kawasan pembangunan Gemas 3 merangkumi industri dan ada perumahan. Tetapi yang saya nak melihatkan apakah kesan daripada pembinaan kilang tersebut yang akan dibina di tapak tanah tersebut kepada persekitaran dan pembangunan-pembangunan lain yang akan dibina pada masa akan datang. Sebab ianya amat penting sedangkan di kawasan tersebut telah ada beberapa industri-industri. Dan kita melihatkan apabila pembakaran tayar ni kalau tidak dikawal ataupun tidak menggunakan satu tapisan yang betul, ia akan menjejaskan pencemaran dan sebagainya. Sama ada pencemaran udara dan kemungkinan besar akan menjadi pencemaran air yang akan digunapakai masyarakat setempat yang akan mendapatkan bekalan minuman dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas yang bertanyakan soalan tambahan. Tapak yang dicadangkan itu adalah di Kampung Tiong di kawasan perindustrian. Namun demikian, kita, seperti yang dinyatakan tadi bahawa syarikat perlu memastikan mematuhi semua syarat-syarat yang akan ditetapkan dan, oleh jabatan dan agensi kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar ya, memastikan bahawa tidak ada sebarang pencemaran yang boleh mengganggu gugat untuk penduduk di kawasan sekitar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Ampangan, Yang Berhormat Gemas. Kita pergi ke soalan berikutnya …..
Seremban Jaya.
….. Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua …..
Ya.
Dato’ Yang Dipertua, saya mahu terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua sebab hari ini soalan kali kedua pun sudah naik.
Ini hari ada peluang.
Peluang. Terima kasih Dato’.
Belanja makanlah.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya yang bertanya tentang Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Pakatan Harapan amat prihatin terhadap permasalahan usahawan-usahawan khususnya usahawan-usahawan kecil. Justeru kita telah melancarkan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) pada tahun 2019 dan kemudian diikuti dengan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS PLUS) yang merupakan pinjaman ataupun pembiayaan tanpa faedah sehingga 15 ribu ringgit dalam tempoh pembayaran balik selama 5 tahun. Dari segi jumlah penerima TUNS dan TUNS Plus sejak dilancarkan adalah seperti berikut ya:
Untuk TUNS, tahun 2019 seramai 1,046 orang usahawan kecil telah mendapat manfaat. Untuk tahun 2020 – 2,023 usahawan kecil mendapat manafaat. Untuk tahun 2021 seramai 1,078 usahawan mendapat manafaat. Jumlah keseluruhan TUNS daripada 2019 hingga 2021 ialah 4,147 yang telah mendapat manafaat daripada Tabung usahawan, Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ya.
Manakala untuk TUNS Plus, yang dilancarkan pada tahun 2021, seramai 213 orang usahawan telah mendapat manafaat.
Dari segi jumlah terperinci menurut kawasan yang terbanyak untuk penerima TUNS daripada 2019 hingga 2021 ialah daripada Paroi sebanyak 372 usahawan, diikuti oleh Ampangan – 250, Bukit Kepayang – 208, Bagan Pinang – 198, Sikamat – 181 usahawan, Rantau – 176 usahawan, Chembong – 166 usahawan, Nilai – 161, Serting – 154, Labu – 147, Pilah – 133, Gemas – 129, Bahau – 128, Palong – 123, Lenggeng – 121, Lobak – 110, Chennah – 101, Gemencheh – 100, Mambau dan Seremban Jaya masing-masing 94,
Juasseh – 89, Linggi – 82, Seri Menanti – 81, Lukut dan Repah, Sri Tanjung masing-masing 79, Kota – 72, Temiang – 68, Sungai Lui – 57, Klawang – 56, Jeram Padang – 55, Chuah – 45, Pertang – 44, Johol – 40, Senaling – 38, dan akhir sekali Rahang sebanyak 37.
Manakala untuk penerima TUNS Plus yang kita lancarkan 2021 yang penerima terbanyak daripada DUN Nilai sebanyak 14 orang usahawan, diikuti oleh Chembong – 12, Gemencheh dan Serting masing-masing 11, Bagan Pinang dan Bahau masing-masing 10. Manakala Juasseh, Lenggeng, Paroi, Pilah, Sikamat dan Sri Tanjung masing-masing men, mendapat 9 usahawan yang telah diluluskan. Ampangan, Bukit Kepayang, Chennah, Klawang dan Repah masing-masing mendapat 7. Palong dan juga Rantau – 6 setiap satu. Chuah dan Labu jugak 5 orang usahawan untuk setiap satu DUN. Manakala untuk Lobak, Senaling, Seremban Jaya, Seri Menanti dan Temiang masing-masing mendapat 4 kelulusan untuk usahawan. Gemas, Linggi dan Lukut masing-masing mendapat 3 usahawan yang telah diluluskan. Jeram Padang dan Kota masing-masing mendapat 2 usahawan. Dan akhir sekali Pertang seorang usahawan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Saya mahu terima kasih kepada ADUN Ampangan sebab rata-rata 36 DUN pun ada dapatlah, tapi tak ada dapat nama Ampangan, berapa dapat, tapi tak apalah, terima kasih. Berapakah jumlah penerima TUNS dan TUNS Plus mengikut kaum?
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Seremban Jaya, kita ada jawapan itu, tapi saya akan maklumkan secara bertulis lepas ni. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya, Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya kita pergi ke soalan berikutnya Pertang. Haa? Seremban Jaya, Pertang, lepas tu, oh ya ya ya. Haa dah, dia 2 kali ya, minta maaf, haa ya ya, Sungai Lui.
Terima kasih Dato’ yang Dipertua, saya meng, saya kemukakan soalan pertama.
Sungai Lui ya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ADUN Sungai Lui yang bertanyakan soalan tentang vaksin. Dato’ Yang Dipertua, jumlah penduduk masyarakat Orang Asli di Negeri
Sembilan adalah seramai 14,206 orang dan seramai 8,368 orang penduduk berumur 18 tahun dan ke atas. Sehingga 17 November 2021, seramai 7,644 orang iaitu lebih kurang 91.35% masyarakat Orang Asli telah menerima dos pertama. Manakala, seramai 7,556 orang, lebih kurang 90.30% telah menerima dos lengkap.
Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:
Daerah Seremban mempunyai jumlah penduduk Orang Asli seramai 3,297 orang dan jumlah penduduk 18 tahun ke atas adalah 1,835 orang. Yang telah menerima dos pertama adalah 1,700, dos kedua – 1,680. Peratusannya adalah dos pertama 92.64%, dos kedua adalah 91.55%.
Untuk Kuala Pilah, jumlah penduduk Orang Asli adalah seramai 1,931 orang. Penduduk lebih daripada 18 tahun adalah 1,447 orang. Yang telah menerima dos pertama adalah 1,277 orang dan dos kedua adalah 1,271. Dan peratusan dos pertama adalah 88.25% dan dos kedua – 87.84%.
Untuk Daerah Rembau pula, jumlah penduduk Orang Asli adalah seramai 845 orang. Jumlah penduduk Orang Asli yang lebih daripada 18 tahun adalah 455 orang. Dan yang telah menerima dos pertama adalah seramai 464 orang dan dos kedua adalah 458 orang. Mengikut peratusan, 101.98% telah menerima dos pertama dan 100.66% dos kedua telah diberikan.
Untuk Daerah Port Dickson pula, jumlah penduduk orang asal, Asli adalah seramai 491 orang dan penduduk Orang Asal yang lebih daripada 18 tahun adalah 379 orang. Yang telah menerima dos pertama 301 orang dan dos kedua – 301 orang. Mengikut peratusan pula, dos pertama 91.49%, dos kedua adalah 91.49%.
Untuk Daerah Jelebu pula, jumlah penduduk Orang Asli adalah seramai 2,869 orang dan yang telah, jumlah penduduk lebih daripada 18 tahun adalah 1,801. Yang menerima dos pertama adalah 1,642. Dos kedua – 1,642. Dan peratusan adalah 91.17% untuk dos pertama, dos kedua adalah 91.17%.
Dan untuk Daerah Tampin pula, jumlah penduduk Orang Asli adalah seramai 348 orang dan penduduk lebih daripada 18 tahun adalah 216 orang. Yang telah menerima dos pertama adalah 190 orang, dos kedua – 191 orang. Dan mengikut peratusan, 88.43% untuk dos pertama dan kedua.
Untuk Daerah Jempol pula, jumlah Orang asil, Asli adalah seramai 4,425 orang, penduduk lebih daripada 18 tahun adalah 2,285 orang. Yang telah menerima dos pertama adalah 2,069 orang, dos kedua – 2,013 orang. Mengikut peratusan pula – 90.55% untuk dos pertama dan untuk dos kedua adalah 88.10%.
Dato’ Yang Dipertua, usaha dan perancangan yang telah dilakukan adalah seperti berikut:
i. Menjalankan kolaborasi bersama agensi termasuk Pejabat Daerah, JAKOA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pemimpin setempat;
ii. Meningkatkan liputan secara outreach ke kampung penempatan masyarakat Orang Asli;
iii. Memberi suntikan awal kepada Tok Batin untuk meningkatkan kepercayaan terhadap vaksin COVID-19 kepada masyarakat Orang Asli;
iv. Pejabat Kesihatan Daerah juga melaksanakan pemberian vaksin kepada masyarakat Orang Asli yang terlantar di rumah;
dan ahir sekali adalah
v. Perkongsian maklumat dengan agensi berkaitan seperti JAKOA mengenai pencapaian vaksinasi secara mingguan. Pihak JAKOA membantu pejabat daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dalam memastikan pemberian vaksin bagi masyarakat Orang Asli mencapai sasaran.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Kita tahu bahawa vaksin ni adalah, setakat ini kita semua bersetuju bahawa vaksin dapat menurunkan kes dan juga membantu pesakit-pesakit COVID jika terkena COVID, untuk meringankan kesan daripada jangkitan COVID. Saya nak tanyalah, adakah di kalangan pemimpin-pemimpin ataupun penyelaras-penyelaras, ataupun Penyelaras-Penyelaras DUN ataupun petugas, petugas-petugas Penyelaras DUN yang masih lagi belum menerima vaksin? Saya nak tanya tu je.
Terima kasih kepada DUN Lui yang bertanyakan soalan tambahan berkaitan dengan sama ada Penyelaras DUN ataupun MPKK telah menerima vaksin. Saya, mengikut maklumat memang semua MPKK ataupun ADUN telah menerima vaksin tersebut. Dan sekiranya
ada yang tak terima, boleh dimaklumkan kepada pihak kami supaya tindakan boleh diambil. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Repah, Yang Berhormat Sungai Lui. Seterusnya kita pergi kepada Mambau.
Dato’ Pengerusi.
Linggi, ada apa?
Saya mohon maaf. Perkara ni dah pernah dibangkitkan sebelum ni. Saya percaya Seremban Jaya dan Mambau telah bertanyakan soalan hari ini. Saya belum lagi, saya, saya mohon laluan daripada Mambau dan Pengerusi, kalau dibenarkan.
Dato’ Dipertua, soalan Mambau ini penting, saya, saya kena tanya di sini.
Ini dah kali kedua. Saya tak, ada rakan-rakan yang belum dapat soalan, bertanya lagi.
Soalan saya penting, saya kena tanya pada hari ini, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, saya ingin mengemukakan soalan pertama, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Mambau. Semakan daripada pihak PDRM mendapati hanya satu laporan polis dibuat oleh penama iaitu Muhammad Yusof bin Ali Yaru Kunju, beliau telah, beliau adalah seorang kontraktor yang diupah oleh tuan tanah iaitu Sungai Ujung Heritage untuk memasang pagar setelah pagar tersebut dilanggar oleh sebuah lori yang tidak dikenali. Laporan, laporan polis dibuat di Balai Polis Rahang (Rpt:3054/2021) bertarikh 20 haribulan 9, 2021. Keputusan kes ini telah di rujuk kepada agensi lain iaitu Majlis Bandaraya Seremban. Tiada apa-apa laporan polis dibuat oleh orang awam yang lain berkaitan isu pagar jalan itu.
Tanah tersebut adalah milik Sungai Ujung Heritage. Pemilik tanah telah membuat pagar bagi menjaga kepentingan tanah tersebut yang selama ini telah digunakan sebagai jalan pintas oleh orang ramai di taman bersebelahan. Dalam masa yang sama, pemilik tanah turut meletakkan papan tanda dengan label “Tanah Persendirian” untuk pemakluman kepada orang ramai.
Manakala ulasan dari Pejabat Tanah Daerah pula, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah menerima aduan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Bukit Mewah berkaitan aduan halangan lalu lintas murid di sekolah berkenaan. Dalam surat aduan tersebut turut dinyatakan kawasan laluan untuk ke jejantas yang kebiasaannya digunakan untuk menyeberang jalan yang sibuk telah ditutup dengan pagar.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pengukuran tapak telah dijalankan pada 24 September 2021 yang lalu bagi mengenal pasti persempadanan tanah milik Sungai Ujung Heritage Sdn. Bhd. di Jalan Tok Ungku. Hasil siasatan tersebut mendapati pagar dan tembok konkrit yang dibina adalah di atas tanah milik Sungai Ujung Heritage. Tindakan penguatkuasaan tidak boleh dilaksanakan memandangkan tanah milik adalah di luar bidang kuasa Pejabat Tanah selari dengan Seksyen 114 (a) Kanun Tanah Negara (Akta 828) iaitu “Tuan empunya tanah hendaklah mengambil semua langkah yang wajar untuk mencegah kerosakan, kemusnahan ataupun pengalihan tak sah tanda sempadan tersebut”.
Kronologi pemilikan tanah:
Pada 18.02.2014 Sungai Ujung Heritage Sdn. Bhd. mengemukakan permohonan untuk memiliki tanah kerajaan secara hakmilik tetap di bawah seksyen 76 KTN (Akta 828) seluas lebih kurang 4,400 meter persegi di Jalan Tok Ungku, Bandar Seremban untuk tujuan bangunan.
Pada 2 haribulan 7, 2014 Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada KM1877/2014 telah mengambil keputusan untuk menangguhkan permohonan ini untuk dirujuk semula kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah terlebih dahulu.
Pada 26 haribulan 9,2014 Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Bil.5/2014 melalui KM65/2014 telah membincangkan mengenai permohonan ini dan mengesyorkan permohonan ini ditolak.
Pada 19 haribulan 11, 2014 MMK dalam Hal-Hal Lain melalui KM31/2014 mengambil keputusan untuk menangguhkan permohonan ini untuk tindakan dan semakan lanjutan Pengarah Tanah Dan Galian.
Pada 18 haribulan 2, 2015 MMK dalam Hal-Hal Lain melalui KM8/2015 telah mengambil keputusan seperti berikut:
i. Dibatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang bersidang pada 23 Januari 2013 melalui Kertas Makluman 5/2013 [Hal-Hal Lain] berhubung pindaan keluasan tanah serta pemulangan premium yang terlebih bayar bagi pemberian milik tanah kerajaan di Jalan Sungai Ujong, Pekan Bukit Kepayang, Daerah Seremban.
ii. Diluluskan tapak gantian terhadap kelulusan pemberimilikan tanah kerajaan secara hakmilik tetap seluas lebih kurang 0.4047 hektar di kawasan Sg. Ujong, Pekan Bukit Kepayang Daerah Seremban tersebut seperti di para (i) di atas dengan tapak gantian dan syarat-syarat tambahan seperti berikut:
a. Diluluskan tanah seluas lebih kurang 0.4047 hektar di Jalan Tok Ungku (selepas jejantas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah menuju ke Rasah).
b. Dikecualikan bayaran premium tambahan melainkan sebagaimana yang telah dijelaskan melalui resit no.176 dan resit no.121, berjumlah sebanyak 226,632.00 ringgit.
c. Lain-lain syarat kelulusan adalah sepertimana di para 7.1.1 kertas Mesyuarat 1877/2014; dan
d. Kelulusan ini juga adalah tertakluk kepada tindakan pembatalan perizaban jalan (dan sebagainya) dimana berkaitan dan/atau memastikan tanah ini bebas daripada sebarang bebanan atas tanah.
Pada 5 haribulan 3, 2015 Kertas makluman keputusan dikeluarkan kepada pemohon dengan jumlah tuntutan berjumlah RM2,630.00 ringgit.
Dan 13 haribulan 5, 2015 pemohon telah menjelaskan bayaran melalui resit no.152 – 154.
Pemohonan, pada 22 haribulan 5, 2015 permohonan melalui Jurukur dilantik (Jurukur Syed Mohammed) telah mengemukakan Sijil Akuan LJT bernombor C286917 dan dua salinan pelan B2.
Pada 29 haribulan 5, 2015 fail telah dihantar ke perben, Pendaftar Hakmilik, PTG untuk tujuan pendaftaran hakmilik. Hakmilik yang telah didaftarkan adalah HS(D) 230661 PT 9108 Bandar Seremban dengan keluasan 4,047 meter persegi.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat, jawapan yang sungguh jelas sekali. Dan saya selalu terima pertanyaan dari penduduk-penduduk setempat di sana, di situ, yang mereka tertanya-tanya mengapa itu, sebelum itu ialah jalan rizab, lama, Jalan Tok Ungku. Mengapa tiba-tiba sudah jadi hak milik, hak milik yang kepada pemohon yang baru, kepada pemohon hak milik yang baru. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri boleh beri serba sedikit latar belakang memberi penjelasan terhadap perkara ini. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa saya dah jawab soalan tersebut tadi mengenai kronologi ya, daripada tahun 2013 ya, 2013 sehingga 2015. Bagaimana tanah tersebut telah, telah dimiliki oleh Syarikat Heritage tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Mambau, tadi tu kronologi dia, makna dia dah diluluskan, cuma dia pagar, baru pagar kawasan tu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Pergi kepada Linggi tadi. Mintak maaf ya.
Terima kasih banyak Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama. Terima kasih.
Rizab Melayu.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Linggi. Dasar terhadap pembangunan tanah Rizab Melayu di Negeri Sembilan ialah jika terdapat mana-mana kawasan projek pembangunan yang melibatkan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu yang mana jika pemaju berhasrat untuk membatalkan status Tanah Rizab Melayu tersebut, penggantian perlu dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Rizab Melayu (Bab 142). Proses permohonan pembangunan tanah, pembatalan Tanah Rizab Melayu dan penggantiannya adalah 3 proses yang berbeza. Pelarasan ketiga-tiga proses ini adalah perlu supaya tindakan serentak boleh diambil bagi memastikan pembangunan tanah tidak terjejas dan menjamin semangat kewujudan Tanah Rizab Melayu dapat dikekalkan.
Selain itu, syarat-syarat yang ingin, selain itu syarikat yang ingin memiliki Tanah Rizab Melayu hendaklah memohon untuk disenaraikan di dalam Jadual Ketiga di bawah seksyen 7 Enakmen Rizab Melayu (Bab 142) dan gadaian Tanah Rizab Melayu boleh dibuat dengan pemegang
gadaian disenaraikan di dalam Jadual Kedua di bawah seksyen 17 Enakmen Rizab Melayu (Bab 142). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Pertamanya Dato’ Yang Dipertua, apakah ciri-ciri atau syarat kelayakan yang dipertimbangkan untuk membolehkan syarikat-syarikat atau entiti disenaraikan dalam Jadual Ketiga? Dan keduanya, saya mohon pengesahan daripada kerajaan bahawa mereka yang tersenarai dalam Jadual Ketiga ini tetap tidak ditakrifkan sebagai Melayu untuk tujuan-tujuan yang lain.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, atas soalan tambahan tersebut. Dan kita sedia maklum bahawa memang untuk kita letakkan syarikat itu dalam syarikat yang disenaraikan Jadual Ketiga di bawah Seksyen ke-7 Enakmen Rizab Melayu adalah penting. Dan selalunya MMK hanya akan mendapat pandangan daripada PUU dan, dan PUU akan me, akan menyiasat syarikat mestilah mempu, syarikat Melayu dan mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan ya. Dan di samping itu juga kita nak pastikan bahawa mereka memang, dan pastikan bahawa syarikat tersebut kalau membeli pun adalah daripada syarikat yang mempunyai status Jadual Ketiga di bawah Seksyen 7 Enakmen Rizab Melayu (Bab 142). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya kira masa telah melebihi ya, 7 minit, tak apalah. Dan untuk soalan lisan ni kita dapat tamatkan sekarang ni. Jadi saya, yang mana-mana soalan yang tidak dijawab ya, kita akan jawab dengan secara bertulis.
Rang Undang -Undang Perbekalan (2022) 2021Bill
[Sambungan urusan]
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sepertimana yang telah dipersetujui pada hari Jumaat yang lepas, Usul Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2022 dibahas bersekali dengan Rang Undang-Undang ini. Oleh itu seterusnya saya kemukakan kedua-dua perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Dipersilakan Yang Berhormat untuk perbahasan. Serting. Rantau. Lawan tauke.
Selalunya YB daripada Chennah yang bangun dulu. Tapi beliau tak ada nampaknya. Dato’ Yang Dipertua, syukur alhamdulillah kita dapat bersama pada pagi ini dan tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan pimpinan Yang Berhormat daripada Sikamat yang telah dapat membentangkan belanjawan untuk Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun 2022. Belanjawan yang sekali lagi menyaksikan defisit yang banyak, oleh sebab-sebab yang kita semua tahu bahawa kerajaan perlu berbelanja untuk memastikan supaya ekonomi dan jugak ekonomi kesejahteraan rakyat dapat diperkasakan. Ini suatu perkara yang perlu dilakukan untuk kita melonjakkan dan menghidupkan semula ekonomi rakyat di Negeri Sembilan dan tujuan-tujuan yang telah pun disebut terutama untuk memperkasakan ekonomi rakyat itu adalah merupakan sesuatu yang amat baik.
Dato’ Dipertua, saya cuma risaukan sedikit tentang seperti yang saya sebut tahun-tahun lepas bahawa kebergantungan kita kepada Hasil Bukan Cukai ya, kerana Hasil Cukai cuma menjadi sebahagian sahaja, tak sampai pun 50% daripada anggaran hasil yang kita anggarkan ya. Cuma sebanyak 167 juta kalau tak salah saya daripada hasil yang tetap iaitu hasil daripada bayaran cukai tanah. Selebihnya kita berharap agar ekonomi Negeri Sembilan ini dapat dipacu dengan baik, ekonomi negara akan pulih dalam tahun 2022, insyaAllah, dan jangkaan Kerajaan Negeri Sembilan untuk mendapat hasil daripada bukan cukai ini akan dapat diterjemahkan dan dapat direalisasikan.
Saya tidak tahu perangkaan ataupun data yang terakhir, terkini berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan jika nak dibandingkan dengan anggaran belanjawan untuk tahun 2021. Jika boleh, saya mintak pihak kerajaan nanti bentangkan berapa setakat 30 haribulan Oktober, Dato’ Yang Dipertua, berapa jumlah kesemuanya pungutan hasil. Dengar khabar itu hari amat tinggi, tetapi pungutan yang daripada bukan hasil berapa banyak telah pun dapat kita pungut secara keseluruhannya yang telah dimasukkan ke dalam Akaun Yang Disatukan. Kalau dia dapat menepati apa yang kita jangkakan untuk hasil tahun 2021, bagi Kerajaan Negeri Sembilan alhamdulillah. Tetapi jika ia tidak dapat, dia merupakan tidak dapat dipungut, Dato’ Yang Dipertua, ataupun tidak dapat seperti apa yang kita jangkakan, ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi Negeri Sembilan untuk jangka masa panjang. Kerana kita, untuk bajet tahun 2021 ini, kita telah pun membentangkan ataupun kerajaan membentangkan suatu bajet yang defisit yang besar, 122 juta, Dato’ Yang Dipertua ya. Jadi, tahun ini, untuk tahun 2022 pulak, akan ada lagi pembentangan bajet yang defisit 88 juta. Ia akan mendatangkan keadaan yang kurang sihat kepada ekonomi Negeri Sembilan dalam jangka panjang kerana akaun pembangunan akan bertambah defisit yang besar.
Jadi Dato’ Dipertua, jika boleh, saya mintak supaya pihak kerajaan membentangkan nanti dalam penggulungan berapa banyak jumlah hasil yang telah dapat dipungut secara keseluruhannya. Bukan hasil tanah sahaja ya, hasil keseluruhan terutama, ataupun termasuk Hasil Bukan Cukai yang telah pun dijangkakan untuk dapat dipungut sehingga 30 haribulan Oktober nanti.
Dato’ Yang Dipertua, dalam bajet ataupun per, belanjawan tahun 2022 ini, pihak kerajaan nampaknya telah pun membuat perancangan yang teliti kepada banyak sektor-sektor yang perlu kita pastikan ianya dapat dibuat jump-start Dato’ Yang Dipertua ya, kerana kita tidak dapat menunggu. Dalam keadaan begini, kita tidak boleh menggunakan aplikasi model organic growth tetapi kita mesti ada sesuatu yang kita panggil sebagai jump-start punya polisi. Dasar yang menyegerakan pertumbuhan ekonomi. Jadi ini perlu difikirkan secara bersama oleh kerajaan kerana untuk kita menunggu organic growth sepertimana keadaan biasa ia, rakyat, Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan yang amat susah sekarang. Terutama sekarang ni Dato’ Yang Dipertua, di mana rakyat berhadapan dengan kos sara hidup yang amat tinggi. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, rakyat terpaksa menanggung bebanan yang tinggi. Kami tak tahu apa sebab. Saya sendiri pun tak tahu apa sebab. Tetapi banyaklah alasan-alasan yang diberi oleh semua pihak harga barang-barang meningkat begitu tinggi. Bukan sahaja harga barang makanan Dato’ Dipertua, tetapi harga barang binaan meningkat begitu tinggi sekali. Ini akan menjejaskan usaha kerajaan untuk kita mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negeri dan jugak negara.
Jika kerajaan terutamanya Kerajaan Persekutuan dan jugak Kerajaan Negeri tidak, apa yang dipanggil tidak ada suatu intervensi policy Dato’ Yang Dipertua, untuk kita melihat secara teliti, untuk kita melihat supaya ada usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memantau dan jugak mengawal keadaan ini. Jika ia tidak dipantau, jika ia tidak dikawal Dato’ Dipertua, peniaga-peniaga terutamanya mereka yang berasaskan ker, keuntungan akan mengambil suatu kaedah untuk mengambil untung yang amat melampau. Jadi ini akan membeban dan menyeksa hidup rakyat yang telah pun terseksa disebabkan oleh kehilangan pendapatan, dan disebabkan oleh wabak COVID-19 ini.
Jadi saya mintak supaya pihak kerajaan bersama-sama, Kerajaan Negeri dan jugak Kerajaan Persekutuan untuk pastikan kita ada satu dasar intervensi segera supaya pengawalan kenaikan harga, pengambilan untung yang melampau ini, Dato’ Dipertua. Semalam saya dapat baca, tengok satu video yang viral, di kebun pekebun jual harga macam biasa, tak ada pun pekebun menjual harga yang lebih. Pekebun-pekebun sayur, saya tengok tu bendi ke apa ke, sayur bendi di kebun dia mengambil,
dijual 4.00 ringgit sahaja. Tetapi di luar, di luar dijual berharga lebih 15.00 ringgit. Ini 14.00 ringgit ya, ya? 18.00 ringgit Dato’ Dipertua. Jadi ini satu keadaan yang mana di dalam keada, ada proses-proses pengambilan keuntungan yang melampau Dato’ Yang Dipertua. Petani tak buat duit pun. Petani macam biasa. Petani terpaksa berhadapan dengan harga baja, harga barang-barang mentah yang lain untuk mereka meneruskan pertanian mereka. Mereka pun ter, ter, terdesak, tapi tak menaikkan harga. Apa yang malang sini Dato’ Yang Dipertua ialah, orang-orang tengah yang mengambil keuntungan ini yang melampau. Jadi saya harap, di mana kerajaan boleh memainkan peranan. FAMA misalnya Dato’ Yang Dipertua, FAMA di Negeri Sembilan misalnya, Kerajaan Negeri Sembilan boleh bersama dengan FAMA. Kerajaan Negeri Sembilan boleh sama dengan Jabatan Pertanian, EXCO Pertanian misalnya ya, mesti bersama-sama pastikan supaya ini, proses mengambil keuntungan yang melampau ini perlu dihentikan segera kerana rakyat dah menderita Dato’ Yang Dipertua ya.
Kepada mereka-mereka pulak yang mengambil upah untuk membuat pembinaan, Dato’ Dipertua, mereka jugak, sektor ini mengalami masalah Dato’ Dipertua, kerana harga barang-barang binaan melampau-lampau. Harga besi, besi dah tak ada, tetapi apabila ada dalam stok, dalam market, harganya dah 3 kali ganda tinggi Dato’ Yang Dipertua. Jadi ini akan membebankan ya. Memang membebankan rakyat dan menyusahkan. Kerajaan tak untung apa-apa, rakyat tak untung apa-apa tapi ada pihak tertentu yang mengambil keuntungan yang amat melampau. Saya harap supaya Yang Amat Berhormat dan rakan-rakan dalam kerajaan buat suatu proses intervensi segera terutamanya bahan makan. Orang nak makan. Orang boleh tangguhkan untuk mereka buat rumah, orang boleh tangguhkan untuk repair rumah, orang boleh tangguhkan untuk mereka renovation rumah. Tetapi nak makan hari-hari Dato’ Dipertua, ada orang yang dah hilang kerja, dah lah terpaksa meminta bakul, bantuan bakul makanan, nak beli barang, barang mahal. Jadi ini perlu kita bersama-sama kita perlu satukan usaha kita supaya forget about our differences dalam latar belakang politik, kita pastikan rakyat menjadi keutamaan kita Dato’ Dipertua, agar ini dapat kita bendung, ini dapat kita pastikan rakyat tidak terus terseksa dan ada orang yang mengambil proses keuntungan.
Dato’ Dipertua, dalam kajian, dalam kajian Dato’ Dipertua, ini sebelum COVID-19 berlaku ya, jangkitan. Pendapatan, pendapatan, agihan pendapatan dalam negara kita Dato’ Dipertua, banyak tertumpu kepada satu pihak yang lain. Pekerja cuma mendapat 35% daripada total pendapatan dalam negara. Dan dalam 35% tu pulak, 47% daripada pendapatan tersebut tertumpu kepada mereka yang tergolong dalam kategori T20. Yang dalam bawah-bawahnya cuma mendapat nikmat
pendapatan negara Dato’ Dipertua, daripada 35% tadi, cuma 16%. Selain daripada 35% pendapatan negara ini, dimonopoli ataupun dipunyai oleh majikan ataupun pemilik modal.
Jadi ini Dato’ Dipertua, perlu kita lihat. Di Negeri Sembilan, UPEN perlu lihat supaya agihan pendapatan negeri, agihan pendapatan negara dan negeri Dato’ Dipertua, perlu dilihat, diteliti supaya jurang pendapatan di antara yang bawah dengan yang tinggi tidak terus melebar. Jika ia melebar dan tak ada, ada proses untuk kita memberhentikan. Ataupun mencangkuk supaya pelebaran jurang antara pendapatan tinggi dengan pendapatan rendah ini Dato’ Dipertua, kalau kita tak berhentikan, negara dan negeri akan menghadapi masalah pada satu ketika di masa depan nanti. Jurang dia makin, makin lama makin besar, makin lama makin besar. Kita perlu cangkuk dulu supaya dia tak terus hanyut. Ini kita nak berhenti daripada dia hanyut. Kalau kita nak merapatkan tu mengu, mengambil suatu kaedah yang amat luar biasa Dato’ Dipertua ya. Jadi, perlu dilihat. Di Negeri Sembilan saya mintak supaya dilihat. Apatah lagi mereka-mereka yang terkesan dengan COVID-19 punya wabak ni Dato’ Dipertua, ialah kebanyakannya mereka M40 dan B40. Yang T20 ini dia tak terkesan sangat kerana mereka ini boleh jadi tergolong daripada golongan majikan dan pemilik modal. Dan mereka jugak bekerja dalam syarikat mereka masing-masing.
Jadi ini perlu kita lihat Dato’ Yang Dipertua, supaya satu kaedah pembahagian pendapatan negara, pembahagian pendapatan negeri dapat kita analisa, dapat kita analisis Dato’ Yang Dipertua, supaya kita tak mahu membiarkan satu keadaan di mana penghanyutan orang yang berpendapatan rendah B, sekarang ni tak boleh kata B40 dah, sekarang dah jadi B60 ke, B70 rasanya dah ya, dah tak ada lagi M40 rasanya. Antara T dengan B saja sekarang dah, dah M dah tak ada, Dato’ Dipertua ya. Jadi kita perlu lihat, kaji. Saya mintak pihak Kerajaan Negeri, pihak UPEN melihat ini dengan teliti dan buat suatu dasar, buat suatu kaedah ataupun dasar pentadbiran supaya kita boleh berunding dan boleh melihat supaya kaedah ini dapat kita aplikasikan, Dato’ Yang Dipertua ya.
Yang lain-lain saya mintak supaya kerajaan dalam kita membantu, banyak bantuan yang disebut oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat. Bagus. Tapi kita nak lihat supaya bantuan ini diterjemahkan, impact analysis mesti ada. Kita banyak berbelanja, takut nanti ianya tidak mendatangkan hasil yang baik. Satu, dua betul. Tapi apakah dia punya peratusan kejayaan, success rate perlu kita kaji supaya perbelanjaan daripada duit rakyat yang kita gunakan ini dapat benar-benar diterjemahkan dan berjaya diterjemahkan dan yang akhirnya nanti yang mendapat manafaat, kesejahteraannya adalah rakyat. Itu penting Dato’ Dipertua ya. Kita mesti mengkaji impact analysis dia ataupun membuat
kajian success rate dia ataupun kejayaan dia agar sesuatu yang kita buat itu nanti dapat pulangan yang baik kepada kesejahteraan rakyat. Jangan kita bagi saja setiap tahun, banyak kita belanja duit rakyat kita gunakan dengan defisit yang besar, tetapi hasilnya tidak seperti apa yang kita harapkan. Jadi mesti ada satu proses, mesti ada suatu jawatankuasa yang meninjau, yang melihat, mengukur. Ada satu kayu pengukur yang boleh kita ukur Dato’ Dipertua, di mana dia.
TUNS kita dah bagi 2 tahun, dengan ada TUNS Plus tahun ini kan, berapa success rate dia. Kalau betul dapat 50% pun dah bagus Dato’ Dipertua. Kita tahu berapa, kita tahu nak suruh berenang bukan semua orang boleh sampai ke seberang. Nak suruh orang berenang di Tambak Johor, di, di, di Selat Tebrau, 100 orang tak mungkin boleh sampai ke Singapura 5-6 orang, tetapi yang dah sampai tu pun dah kombong-kombong poghot dah Dato’ Dipertua ya. Jadi, tapi kita mesti pastikan duit rakyat yang kita, yang kita belanja ini manafaatnya itu dapat di, di, dijayakan. Jangan nanti terbuang sahaja. Saya dengar tadi, banyak yang dapat TUNS, dapat itu dan ini, tetapi saya tengok di Rantau, orang yang berniago orang tu je, Dato’ Dipertua, tak ada pulak pertambahan baru ya. Ini kawasan sayalah. Tak tahulah di kawasan lain. Jadi kita mesti lihat. Kita kaji supaya keberkesanan dasar kita itu dapat kita ukur. Mesti ada kayu pengukur dia. Dan pihak UPEN boleh berjaya ataupun mana-mana agensi yang boleh kita buat supaya dapat mengukur kita punya, sejauh mana kejayaan dasar ataupun bantuan yang telah kita bagi.
Bagi pengeluaran makanan Negeri Sembilan, Dato’ Dipertua, memang dah jadi suatu dasar kita daripada dulu lagi. Dan saya mintak supaya kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat supaya perkasakan pengeluaran sayur. Negeri Sembilan kita sebagai negeri yang banyak mengeluarkan sayur dulu, ya. Di Lukut kawasan pengeluaran sayur. Di Sikamat tempat Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat sendiri dulu memang kawasan pengeluaran sayur yang amat banyak. Dan di kawasan-kawasan yang lain. Supaya, ini asas kita, kehidupan seharian kita nak sayur dan perikanan, dan jugak pengeluaran daging, telur ayam dan ayam daging. Kalau ini dapat kita, kita lakukan, di Negeri Sembilan tak sepatutnya harga ayam tinggi kerana reban-reban ayam paling banyak ialah di Negeri Sembilan ya. Maka kita perlu ada satu dasar pentadbiran ya, kita buat satu cap, Negeri Sembilan ayam tak boleh lebih daripada katakan 7.00 ringgit ataupun 6.50 ringgit. Kalau nak berniaga, berniaga. Kalau tak nak berniaga, tutup reban masing-masing di Negeri Sembilan. Jangan kita dapat bau taiknya saja, tapi orang lain di Singapura dengan yang lain-lain dapat hasil dia. Dia mesti mempunyai suatu CSR yang besar terhadap negeri dia beroperasi Dato’ Dipertua. Kita jangan pokok manggo di halaman kita, tapi buah jatuh di halaman orang ya. Dia beroperasi di Negeri Sembilan.
Jadi saya mintak Kerajaan Negeri Sembilan berpakatlah, berundinglah dengan pengusaha-pengusaha ini supaya untuk ketika ini, utamakan dulu rakyat Negeri Sembilan di mana mereka beroperasi. Telur-telur ayam naik sampai 100%. Ini memudaratkan kerana ayam, roti, beras Dato’ Dipertua, itu makanan asas kita ya. Ini sumber protein yang utama kepada rakyat kita ya. Selain daripada ikan. Jadi saya harap supaya kerajaan membuat dasar pentadbiran. Boleh berunding, boleh berunding ya, dengan, dengan, dengan pengusaha-pengusaha supaya mintaklah mereka supaya dalam kerajaan terpaksa berhadapan dengan krisis, ini krisis, krisis negara, krisis dunia Dato’ Dipertua, dalam kerajaan berhadapan dengan krisis ini, mintak mereka bersama-sama menjayakan dasar kerajaan. Mintak mereka sama-sama menjayakan hasrat kerajaan untuk mensejahterakan rakyat. Ini bukan untuk sesiapa. Ini bukan untuk milage sesiapa, ini untuk, semata-mata untuk kita menjaga kepentingan dan kesejahterana rakyat Dato’ Dipertua ya. Saya rasa boleh, boleh dibuat begitu. Sekurang-kurangnya boleh turunkan kos operasi mereka, kos pengangkutan mereka, kalau di syarikat di Negeri Sembilan kos pengangkutan tak berapa banyak, macam-macam.
Saya tak tahu apa jadi dengan TKPM. Dulu kita ada tapak pertanian kekal kan, pertanian, Dato’ Dipertua. Hidupkan semula ya. Saya tak tahu apa jadi dengan Ladang Satelit, lembu-lembu di Air Kuning, itu perlu diperkasakan. Ada 1,000 ekar Dato’ Yang Dipertua ya, Yang Amat Berhormat ya, 1,000 ekar tanah Kerajaan Negeri bagi dulu kepada Kementerian Pertanian untuk dijadikan sebagai ladang lembu tenusu ke apa, 1,000 ekar di, di Pasir Besar, Dato’ Dipertua. Tetapi nampaknya tak dibuat apa-apa pun. Jadi saya mintak supaya dalam keadaan begitu, tanah 1,000 ekar tu gunakan sebagai ladang terbukak untuk lembu-lembu ataupun kita pelihara kambing ataupun yang macam-macam ya. Supaya kita dapat segerakan apa orang kata, bekalan makanan asas kepada rakyat. Daging lembu, daging kambing, daging ayam, telur ayam, sayur-sayuran Dato’ Dipertua. Ini makanan asas kita. Jika makanan asas ini terjejas, makanan asas ini tidak dapat disempurnakan untuk kehendak rakyat, saya rasa Dato’ Dipertua, kita dalam keadaan yang amat bahaya ya. Rakyat jangan tunggu perut dia lapar Dato’ Dipertua. Rakyat bila perut dia lapar nanti, mereka akan bangkit dan masa ketika itu dah terlambat untuk kita buat apa-apa. Jadi saya mintak supaya pihak kerajaan kan, banyak tanah-tanah kita, yang kita bagi kepada kementerian-kementerian. Banyak tanah-tanah Kerajaan Negeri kita bagi kepada agensi-agensi, tapi nampaknya agensi dan kementerian ni, suka nak memiliki tanah daripada untuk menghasilkan apa yang mereka nak buat Dato’ Yang Dipertua. Itu sebabnya saya dah buat dasar dulu, tapi tak tahu masih diaplikasi atau tidak, dalam masa 5 tahun Yang Amat Berhormat, kalau dia tak buat, kita ambil balik ya. Kita bagi dia tanah atas asas apa dia nak buat. Kalau dia tak buat dalam masa 5 tahun, kita
ambil balik. Banyak lagi orang, banyak pihak swasta yang nak bekerja dengan, dengan kerajaan untuk menghasilkan sektor pertanian dan makanan ini Dato’ Dipertua ya. Jadi, saya harap supaya kita perkasakan industri pertanian.
Negeri Sembilan tak payahlah nak buat pertanian, projek pertanian yang nak mengeksport ke Jepun, nak eksport ke Germany, sampai satu pisang tak ada titik hitam pun tak boleh eksport, tak perlu. Ramai orang lapar di Kuala Lumpur tu. Ada 5.0 juta orang yang lapar di Kuala Lumpur. Dan jugak ramai jugak orang lapar di Negeri Sembilan. Kalua kitab oleh isi perut orang Negeri Sembilan, kemudian kita isi perut di Lembah Kelang, termasuk saya duduk di Kuala Lumpur. Saya pun lapar Dato’ Yang Dipertua ya. Harga barang yang amat tinggi. Tak ada pendapatan, elaun dan saya punya pencen saya bagi kepada pusat khidmat kerana YAB tak bagi satu sen saya bantuan semasa menghadapi COVID-19 ini. Apa nak buat ya. Tak, tak bagi satu sen pun, saya ada elaun saya, saya punya ga, pencen saya bagi kat pusat khidmat. Nak buat macam mana. Nak tolong, nak tolong rakyat Dato’ Dipertua.
Kami pun samo gak dulu.
Masa tu, masa tu tak ada krisis ya. Tapi masa tu kita P56 ada, boleh guna kepada Pejabat Daerah. Saya tak kata bagi kepada saya. Bagi kepada melalui Pejabat Daerah, peruntukan. Macam dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri-Negeri yang lain. Bagi. Ada kita buat dulu. Buat projek-projek kecil boleh dibuat di daerah masing-masing.
Jadi Dato’ Yang Dipertua ya, kita pastikan supaya dalam keadaan krisis ini, krisis makanan kita sedang hadapi Dato’ Dipertua. Roti, makanan asas tinggi. Kerajaan Tunisia, Kerajaan Egypt jatuh kerana harga roti yang melambung, Dato’ Dipertua. Jangan sampai itu berlaku kerana rakyat bila perut dia lapar, mereka akan bangun dan pergi ke jalanan. Saya bukan menyeru rakyat pergi jalan tetapi jangan sampai tunggu keadaan itu berlaku. Saya harap supaya Kerajaan Negeri yang mempunyai peruntukan-peruntukan yang besar kepada mensejahterakan ekonomi rakyat sebagai mukadimah ucapan bajet oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tempoh hari, memang baik, banyak, boleh buat, tetapi pastikan ya, Yang Amat Berhormat ya, pastikan success rate dia, impact analysis-nya kita lakukan supaya tidak nanti setiap tahun duit yang banyak, peruntukan yang besar kita bagi untuk menggalakkan orang bertani, menggalakkan siswazah-siswazah bertani itu kan, tetapi hasilnya begitu sahaja. Kita boleh ukur sejauh mana kejayaannya.
Dan pastikan tapak kekal TKPM yang telah ada di Negeri Sembilan itu dipulihkan semula. Ladang-Ladang Satelit dipulihkan semula. Tanah 1,000 ekar kita bagi kepada kementerian, kepada Jabatan Veterinar itu dipulihkan semula supaya dengan segera kita boleh dapat pastikan pengeluaran makanan di Negeri Sembilan ini mencukupi untuk rakyat dan tak perlulah kita nak eksport ke Singapura, ke negeri-negeri lain Dato’ Dipertua.
Jadi saya ucap tahniah sekali lagi kerana kerajaan Yang Amat Berhormat Sikamat dapat membentangkan bajet yang, yang menyeluruh tetapi banyak jugak sektor-sektor lain yang perlu kita lihat terutamanya orang-orang pencen ya Yang Berhormat ya. Pencen Kerajaan Negeri. Pencen Persekutuan dapat, pencen Kerajaan Negeri pun tengok jugak. Dia orang dulu pencen 20 – 30 tahun dulu, pencen 100.00, pencen 200.00 Dato’ Dipertua, dia nak makan apa. Tak boleh mereka bergerak Dato’ Dipertua ya. Pencen-pencen ini, pesara-pesara ini kalau boleh, saya harapkan supaya Dato’ Dipertua, Kerajaan Negeri bagilah one-off untuk hujung tahun ini pencen untuk pensioners 500.00 ringgit ke, apa kiranya, kepada pesara-pesara Kerajaan Negeri termasuklah orang-orang yang telah lama berkhidmat untuk, untuk, untuk negeri dan jugak negara, insyaAllah Dato’ Dipertua.
Itu sajalah ucapan ataupun bahas saya Dato’ Dipertua. Tetapi jangan lupa, saya nak pergi 1 – 2 lagi. Saya nak tanya, ini dalam bajet boleh tanya hal lain kan? Rumah PPR di Rantau tu bila nak bagi kunci tu Dato’ yang Dipertua ya. Dah lamo siap dah ya. Dah siap lamo dah. Dah undi dah lamo dah ya. Lamo ya. Bagi kunci. Bagi segera kerana ramai yang berharap. Ramai yang susah. Dalam keadaan sekarang ni pulak terpaksa menyewa rumah kan. Ramai yang terpaksa membayar sewa rumah, rumah tak ada. Kalau boleh segerakan. Dia punya undian dah dibuat dah ya. Mintak supaya EXCO Perumahan lihat, kan. Supaya kita segerakan kepada mereka-mereka yang berharap.
Lagi satu pengambilan melombong pasir di Kampung Pasir, Linsum, Dato’ Dipertua, elok diberhentikan. Saya mula-mula, pertama saya jadi ADUN di Rantau, itu yang saya berhentikan Dato’ Dipertua kerana kawasan di Rantau itu Dato’ Dipertua, itu semua lombong pasir dulu. Dia belum, melombong pasir, walaupun jauh, tapi bila kita lombong, kita sedut pasir Dato’ Dipertua, pergerakan tanah, pergerakan pasir bawah kerana saliran air bergerak, banyak rumah-rumah yang retak, rumah-rumah yang akan, yang akan musnah Dato’ Dipertua. Saya mintak supaya Yang Amat Berhormat tengokkan ya. Nothing, nothing personal Dato’, Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’, tetapi banyak rumah yang akan terjejas. Dekat 200 lebih buah rumah di Kampung Pasir, Linsum dan Siliau itu. Mereka menyatakan kekesalan. Saya cakap saya akan mintak
supaya ianya dilihat semula. Berhentikan. Besok hasilnya kerajaan tak berapa banyak dapat, tetapi masalah yang nak ditangani oleh kerajaan selepas ini nanti, rumah-rumah orang retak dan macam-macam. Kalau tak betul raya, Dato’ Yang Dipertua, benteng Sungai Linggi itu nanti akan runtuh, kerana apa Dato’ Dipertua, dia menyedut dan dia akan meruntuhkan banyak tanah dan pergerakan. Dia pasir tu jauh ke dalam, dia pasir bawah tanah akan bergerak, rumah akan mendap Dato’ Yang Dipertua.
Jadi saya mintaklah ya, 2 perkara iaitu segerakanlah pemberian kunci kepada mereka-mereka yang telah diundi iaitu di projek perumahan PPR dekat simpang Kampung Siliau. Dan nombor 2, pasir. Dan nombor 3 Dato’ Dipertua, saya mintak supaya itu hari dibuat tebatan banjir, Yang Amat Berhormat. Tebatan banjir dah sampai ke Kuala Sawah ya. Dah sampai ke Kuala Sawah. Tapi bila hari hujan lebat itu hari, dia punya batu-batu tu semua dah runtuh. Jadi tak tahu macam mana. Apa kekuatan benteng batu, rupa nak cantik saja, pakai lokap-lokap Dato’ Dipertua ya. Jadi, runtuh, batu-batu runtuh. Saya dah cakap dengan Pengarah Jabatan Parit Dan Saliran supaya melihat semula supaya diperbetulkan dan janganlah letak batu pakai gambar je, kerana Sungai Linggi ni dia memang selalu air naik kan.
Dan lagi satu mintak supaya Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri menyambung ya, menyambung projek tebatan banjir yang telah sampai ke Fasa 4B, 4C, sambung fasa 5 iaitu daripada Kuala Sawah sampailah ke Angsamas, Angsamas sampailah ke Temiang, Dato’ Dipertua ya. Itu 5A, 5B, tu YB Temiang pun akan bersetuju dengan saya, kerana kalau ini dapat kita teruskan, kawasan banjir di Mambau yang selalu dilanda banjir akan selamat, Dato’ Dipertua. Itu sebabnya banjir sekarang ni dia tak banjir lagi di Siliau. Dulu Siliau bila hujan lebat, banjir banyak. Tetapi bila kita buat tebatan banjir, Siliau terselamat Dato’ Dipertua, Kampung Pasir, Rantau terselamat tapi banjir di Mambau, banjir di kawasan Rasah. Ini perlu disegerakan. Dan kita mintak supaya Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri untuk mendesak ataupun memohon disambung projek tebatan banjir di Sungai Linggi ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya menyokonglah Dato’ Dipertua ya.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Saya persilakan Yang Berhormat Chennah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon untuk …..
Bukak mask?
….. bukak pelitup muka sebab tengok tadi Rantau dan juga pada tempoh hari Yang Amat Berhormat Sikamat pun dibenarkan untuk bukak pelitup muka. Boleh? Terima kasih. Semasa berucap saja.
Dato’ Dipertua, terlebih saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah membentangkan bajet beliau yang keempat dalam Dewan yang mulia ini pada hari Jumaat yang lepas. Dan dalam belanjawan 2022 yang dibentangkan merupakan satu belanjawan yang tepat, yang berani. Memang sejak tahun lepas apabila kita menghadapi wabak COVID-19, saya telah beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini mencadangkan dan juga menyatakan pendirian saya bahawa dalam keadaan krisis kita menghadapi COVID dan juga krisis ekonomi yang begitu parah dalam sejarah negara kita dan juga sejarah dunia, maka perbelanjaan kerajaan perlu dipertingkatkan. Dan sudah tentunya dalam mana-mana kerajaan, perbelanjaan kerajaan itu dipertingkatkan walaupun menghadapi defisit, itu menjadi satu lumrah di kebanyakan negara. Baik negara maju pun, di negara Singapura pun mereka mengambil rizab mereka untuk disalurkan ataupun disuntik dalam pasaran untuk membantu rakyat supaya ekonomi kita dapat berkembang. Kerana kita tahu bahawa dalam tempoh setahun yang lalu ini, ekonomi kita menguncup kerana sudah beberapa bulan kita menghadapi lock down di mana banyak aktiviti ekonomi tidak dapat dilaksanakan, maka sudah tentunya ekonomi kita menguncup dan perlunya satu suntikan untuk kita melonjak semula ekonomi kita.
Dan saya lihat bahawa dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, kita telah mengambil satu pendirian untuk membentangkan belanjawan defisit sebanyak 88 juta. Walaupun saya tahu bahawa angka ini mungkin akan, akan dibimbangkan oleh beberapa pihak, angka yang besar, 88 juta daripada hasil kita hanya 430 juta lebih, 437 juta hasil, kita membentangkan satu belanjawan defisit, 500 juta lebih, defisit 88 juta. Namun saya rasa ini adalah satu keperluan untuk tahun ini, untuk tahun depan, dan mungkin dalam satu dua tahun lagi kita memerlukan defisit bajet supaya perbelanjaan kerajaan ini dapat dipertingkatkan.
Namun begitu saya yakin bahawa keadaan kewangan dan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri masih kukuh seperti yang dinyatakan, kita masih ada rizab hampir 900 juta, yang boleh kita lakukan. Kita walaupun menghadapi defisit, Kerajaan Negeri tidak perlu membuat pinjaman, dia boleh ditampung melalui rizab yang ada dalam Kerajaan Negeri. Walaupun begitu, kita tahu bahawa dari segi hasil Kerajaan Negeri, memang hasil Kerajaan Negeri, struktur dalam hasil Kerajaan Negeri ini memang terhad, kita hanya ada 3 jenis hasil: Hasil Cukai, Hasil Bukan
Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Hasil cukai hanyalah cukai tanah, seperti yang kita tahu dalam sistem kerajaan, dalam negara kita, di mana kebanyakan hasil cukai itu dikutip oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya mengutip hasil cukai tanah. Dan untuk terimaan bukan hasil, cukai, kebanyakannya ialah daripada premium tanah apabila ada tanah-tanah itu dibangunkan, maka ada premium tanah kepada kerajaan. Betul saya tahu bahawa struktur ini kita perlu lihat bagaimana kita dapat mengembangkan kutipan hasil negeri kita. Kerana kutipan hasil untuk Kerajaan Negeri memang itu adalah, itu sahaja. Ia terhad. Sukar untuk kita perbanyakkan hasil dalam satu tempoh masa yang singkat. Tetapi saya yakin dengan pertumbuhan ekonomi, dengan pembangunan yang berterusan di Negeri Sembilan, dan saya lihat dalam beberapa tahun ini, pembangunan kita agak rancak, banyak projek-projek sedang dilaksanakan yang, dan juga akan dilaksanakan. Jadi ini sudah tentunya akan meningkatkan hasil kita, hasil Kerajaan Negeri kita, baik hasil cukai tanah ataupun premium tanah dan sebagainya.
Maka saya lihat bahawa selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga perlu memperjuangkan supaya Terimaan Bukan Hasil khususnya terimaan daripada Kerajaan Persekutuan perlulah kita sentiasa bangkitkan, perlulah kita sentiasa perjuangkan supaya Kerajaan Persekutuan perlu menyalurkan lebih banyak peruntukan untuk negeri supaya Kerajaan Negeri dapat melaksanakan lebih banyak projek-projek pembangunan dan juga dasar-dasar yang dapat membantu rakyat. Kerana terimaan daripada Kerajaan Persekutuan amatlah terhad, umpamanya pemberian Hitung Kepala hanyalah 18.6 juta. Ini tak pernah berubah sejak sekian lama. Saya tahu bahawa kadar ini sejak saya menjadi ADUN tahun 2004, saya tengok kadar ini tak pernah pun berubah. Dia lebih kurang sama saja setiap tahun. Jadi, nisbah-nisbah dan juga kadar-kadar pemberian ini sepatutnya dikaji semula. Saya yakin bahawa semua Kerajaan Negeri pun bersetuju bahawa sudah tiba masanya kadar pemberian Hitung Kepala untuk setiap penduduk di setiap negeri itu perlulah ditambah. Bukannya setakat hanya 18.6 juta sahaja setahun kepada Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan pemberian pertumbuhan hasil yang hanya dalam lingkungan 7.0 juta dan terimaan-terimaan yang lain juga.
Saya baca dalam belanjawan persekutuan tahun ini, yang juga ada memaparkan satu lampiran, jadual pemberian kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk tahun 2020. Dalam lampiran tersebut, saya lihat untuk Negeri Sembilan, untuk tahun 2020 jumlah pemberian kepada Kerajaan Negeri ialah 460 juta. Tetapi umum diketahui bahawa walaupun angkanya besar, tetapi sebahagian besar itu merupakan pemberian untuk penyelenggaraan jalan ataupun melalui MARRIS. MARRIS sahaja telah merangkumi 345 juta daripada jumlah pemberian kepada Kerajaan Negeri. Tetapi pemberian MARRIS ini ia tidak termasuk
dalam belanjawan kita. Walaupun saya faham ini bukannya satu kehendak ataupun peruntukan dalam perlembagaan, tidak perlu kita membentangkan terimaan daripada MARRIS ini dalam belanjawan negeri kita, tetapi saya rasa untuk tahun-tahun yang akan datang, mungkin pihak Kerajaan Negeri, Yang Amat Berhormat dan juga Pegawai Kewangan boleh melihat bahawa mungkin lebih baik ataupun lebih transparent supaya penerimaan daripada Pusat melalui peruntukan MARRIS ini juga kita lampirkan dalam belanjawan kita supaya kita tahu dan dia melambangkan jumlah peruntukan yang ada pada Kerajaan Negeri dan perbelanjaan yang telah pun dibelanjakan melalui kerja-kerja penyelenggaraan ini supaya rakyat pun tahu bahawa Kerajaan Negeri mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan peruntukan-peruntukan ini dibelanjakan. Dan memang saya tahu bahawa dalam masa 2 – 3 tahun yang lalu ini, prestasi perbelanjaan MARRIS di, di Negeri Sembilan agak baik. Dan kita lihat bahawa banyak projek-projek penyelenggaraan di kawasan-kawasan perumahan yang mungkin dah lama tak pernah diselenggara, telah pun diambil tindakan. Dan kebanyakan kawasan-kawasan perumahan melihat bahawa projek-projek itu berlaku, projek-projek itu berjalan. Maka mungkin adalah lebih baik untuk kita mengambil satu pendekatan supaya kita bentangkan jugak laporan daripada MARRIS ini, dari segi jumlah terimaan daripada Kerajaan Persekutuan dan jumlah perbelanjaan yang telah pun disalurkan. Kalau boleh kita lampirkan mengikut setiap kawasan DUN. Dan saya yakin Kerajaan Negeri adil kepada semua kawasan DUN termasuk juga kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri yang diwakili oleh wakil rakyat dari pembangkang. Kita have nothing to hide, dan saya yakin bahawa Pegawai Kewangan Negeri ada semua data-data tersebut. Dan kita boleh mengamalkan satu dasar ataupun satu pendirian yang lebih terbuka dan transparent supaya semua pihak tahu bahawa bagaimana peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri ini dibelanjakan dan disalurkan untuk kepentingan rakyat.
Dato’ Dipertua, fokus belanjawan pada kali ini dan dengan tema untuk mendaya upayakan ekonomi rakyat. Saya rasa tema ini adalah satu tema yang cukup tepat sekali. Dan inisiatif-inisiatif yang telah pun diumumkannya, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, rata-ratanya saya rasa adalah inisiatif yang sangat baik yang memberikan bantuan ataupun peruntukan terus kepada rakyat. Saya lihat bahawa 12 inisiatif yang telah pun dinyatakan termasuklah Tabung Usahawasan Negeri Sembilan (TUNS), TUNS Plus, Halal Cottage, siswazah tani, petani muda, pembangunan tanah terbiar, Tabung Agro, insentif galakan nelayan, job fair, geran khas TVET, pembinaan pusat penempatan semula penjaja dan juga hab pengumpulan produk Negeri Sembilan. 12 inisiatif ini saya rasa adalah amat-amat baik sekali.
Kebanyakan peruntukan ini kita, diberikan kepada penerima-penerima ini untuk mendaya upakan mereka ataupun empower mereka. Saya rasa inisiatif-inisiatif ini adalah berdasarkan kepada falsafah bahawa adalah lebih baik kita mengajar seseorang itu memancing daripada memberikan seseorang itu ikan. Kalau kita bagi ikan sahaja, mungkin dia masuk, makan sehari. Tetapi apabila kita mendaya upayakan mereka, memberikan empower, empowerment kepada mereka supaya mereka boleh memancing ataupun boleh berdikari, boleh meningkatkan kapasiti untuk mereka mencari nafkah hidup mereka. Itu adalah satu pendekatan yang lebih baik, yang lebih sustainable. Dan saya yakin bahawa kalau kita meneruskan dengan pendekatan ini, maka Negeri Sembilan akan melahirkan satu masyarakat yang lebih dinamik, yang lebih progresif, yang lebih berdikari. Kita bukan saja dapat melahirkan golongan-golongan usahawan dan, namun juga kita ada banyak inisiatif yang dapat melahirkan petani-petani muda. Saya rasa bahawa pendekatan seperti ini perlu kita teruskan dan perlu kita tambah baik lagi supaya kita nak ialah masyarakat kita ada satu keupayaan sendiri untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Kerajaan ada tanggungjawab, kerajaan ada peranan untuk membantu mereka melalui peruntukan-peruntukan seperti ini, tetapi ia bukannya satu peruntukan di mana setiap tahun kita kena beri kepada orang yang sama. Kita perlu mencari orang-orang yang berlainan supaya apabila diberikan peluang, dia boleh berdikari, dia boleh menambah pendapatan mereka, maka mereka boleh berdikari daripada bantuan kerajaan. Kerana petanda bagi saya adalah yang penting petanda, satu petanda yang penting kepada saya ialah kita kena lihat bahawa dalam keadaan COVID sekarang ini, kita tahu bahawa penerima bantuan kebajikan meningkat. Penerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, Bantuan Keluarga Malaysia umpamanya meningkat, hampir 8 – 9 juta orang yang menerima bantuan ini. Tetapi sebenarnya petanda ini bukan satu petanda yang baik. Kalau lebih ramai orang menerima bantuan, bermaksud keadaan ekonomi negara kita teruk kerana lebih ramai yang tidak ada pendapatan ataupun pendapatan yang rendah.
Jadi bagi kita, hasrat kita dan juga target kita ialah supaya setiap tahun kita perlu mengurangkan penerima-penerima bantuan ini. Bukan maksud saya bahawa kita cut bantuan tersebut, tetapi yang penting ialah kita keluarkan mereka daripada garis kemiskinan, daripada garis kemiskinan yang mem, yang membolehkan mereka menerima bantuan. Kerana apabila kita keluarkan garis kemiskinan itu maka pendapatan mereka meningkat ke, ke, kehidupan mereka ataupun keadaan hidup mereka bertambah baik. Itu hasrat kita. Jadi adalah penting supaya kita sama-sama berusaha supaya memastikan penerima-penerima bantuan ini terus berjaya.
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau tadi, kita perlu ada mekanisme untuk melihat kejayaan-kejayaan dasar ini. Apabila telah disalurkan peruntukan, adakah penerima bantuan itu benar-benar dapat berjaya. Kita ada baca beberapa contoh yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, itu contoh-contoh yang baik, success story yang baik. Tetapi adakah ia melambangkan keseluruhan? Kita harap ada satu database yang dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri supaya melihat penerima-penerima bantuan ini adakah dalam satu tempoh masa, satu atau 2 tahun, pendapatan mereka meningkat. Kalau pendapatan mereka meningkat seperti contoh-contoh yang diberikan itu, maka itu adalah satu kejayaan dasar tersebut. Yang kita mengeluarkan penerima-penerima bantuan ini daripada garis kemiskinan. Jadi itu satu mekanisme yang, bagi saya adalah satu mekanisme yang perlu kita laksanakan secepat mungkin supaya peruntukan-peruntukan ini kita betul-betul salurkan kepada penerima yang selayaknya dan juga dapat membantu mereka.
Kedua juga berkenaan dengan peruntukan untuk TUNS Plus. TUNS Plus ini sebenarnya apa yang, yang kita baca ialah ia adalah satu pinjaman tanpa faedah, ia bukannya satu geran terus kepada penerima tetapi lebih kepada satu pinjaman untuk menambah kapasiti perniagaan mereka yang bernilai hampir maksimumnya 15 ribu. Jadi peruntukan yang disalurkan kepada PKNNS ini setiap tahun akan bertambah. Kalau kita dah 2 tahun memperuntukkan 3.0 juta, sekarang sudah sepatutnya sudah ada 6.0 juta. Kalau tahun depan lagi, kita tambah lagi, maka dalam beberapa tahun, tabung tersebut sebenarnya mempunyai satu dana yang besar.
Jadi saya nak bertanya dan juga berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan penjelasan, bagaimanakah mekanisma pengurusan dana tersebut? Berapa lama penerima itu perlu membayar balik pinjaman tersebut? Kalau dalam tempoh 12 bulan ataupun 24 bulan, mereka membayar balik pinjaman tersebut, maka pinjaman tersebut, yang dibayar balik itu akan masuk semula kepada tabung itu. Maka tabung itu akan menjadi lebih besar. Dan dia boleh disalurkan kepada lebih ramai penerima. Tetapi kita juga kena pastikan dan kita kena galakkan ada mekanisme supaya memastikan juga ada pematuhan dari segi bayaran balik. Kita tak mahu melahirkan satu masyarakat ataupun satu generasi bahawa pinjaman itu tidak dibayar balik. Itu sesuatu yang penting. Kita mesti membudayakan bahawa pinjaman itu diberikan oleh kerajaan supaya mereka dapat, ada satu kapasiti supaya mereka maju ke depan. Apabila mereka dah berjaya, apabila mereka dah maju ke depan, maka pinjaman itu dibayar balik supaya dana tersebut boleh membantu orang lain pulak. Kalau dana itu menjadi lebih besar, maka ia akan menjadi lebih efektif untuk membantu lebih ramai penerima. Jadi saya harap
penjelasan dapat diberikan bagaimanakah mekanisme pengurusan pinjaman TUNS Plus ini dilaksanakan.
Berkenaan dengan insentif-insentif kepada siswazah tani, petani muda dan sebagainya. Saya setuju bahawa satu perkara yang perlu kita titik beratkan sekarang ini ialah food security. Terutamanya selepas kita menghadapi krisis COVID ini, kita melihat bahawa yang paling penting ialah perlu ada keselamatan makanan, food security. Negeri Sembilan kita ada tanah-tanah yang luas untuk tanaman, tanah-tanah terbiar yang banyak yang Kerajaan Negeri telah ambil tindakan untuk kita bangunkan tanah-tanah terbiar ini. Dan juga mungkin ada beberapa success story yang telah pun dinyatakan. Petani-petani muda yang mungkin dah graduate, siswazah, mereka tak dapat mencari pekerjaan kembali ke Negeri Sembilan, balik kampung, usahakan tanah. Dan itu memberikan satu pendapatan yang lebih tinggi kepada mereka berbanding kalau kerja di Kuala Lumpur. Jadi, itu merupakan satu contoh yang baik, satu success story yang perlu kita terus bangunkan. Dan kita perlu melihat bahawa insentif-insentif ini perlu kita teruskan, perlu kita perbanyakkan lagi. Mungkin 0.5 juta untuk siswa, siswazah tani, dan 0.5 juta untuk petani muda. Itu satu permulaan. 500 ribu sahaja satu permulaan. Mungin kita kena, kena lihat bagaimana caranya kita dapat membantu lebih ramai golongan-golongan muda ini supaya mereka menceburi bidang pertanian, supaya bidang pertanian ini tidak dilihat sebagai satu bidang yang backward tetapi satu bidang yang boleh diusahakan, yang boleh dibangunkan termasuk oleh siswazah-siswazah. Mereka boleh menjadi usahawan sendiri. Bukan sahaja sebagai petani tetapi boleh memasarkan produk mereka, dapat membantu kerajaan untuk membekalkan food security kepada rakyat kita, dapat membekalkan makanan yang lebih berpatutan, harga yang lebih berpatutan. Dan pada masa yang sama memberikan pendapatan yang baik kepada petani-petani muda ini. Jadi saya menyokong usaha kerajaan untuk memberikan insentif-insentif kepada petani-petani muda ini. Dan saya harap lebih banyak usaha dapat diadakan. Kerajaan Negeri patutnya adakan siri-siri dialog dengan mereka supaya memahami apakah yang mereka perlukan lagi supaya dapat membangunkan sektor tersebut.
Dato’ Dipertua, saya juga melihat dalam belanjawan yang dibentangkan, ada satu peruntukan khusus untuk Desa Muafakat Negeri Sembilan, 1.0 juta dan dinyatakan, Kampung Chennah terpilih antara salah satu kampung yang akan di, mendapat manfaat daripada inisiatif ini iaitu Desa Muafakat Negeri Sembilan. Saya berharap pihak EXCO Pembangunan Luar Bandar dapat memberikan penjelasan apakah projek tersebut, bagaimana ia da, ia da, dimanfaatkan dan apakah pelaksanaannya kepada, kepada pihak orang kampung khususnya Kampung Chennah. Saya ucapkan terima kasih, sebagai ADUN Chennah,
saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri kerana memilih Kampung Chennah sebagai salah satu projek perintis untuk inisiatif ini.
Dato’ Dipertua, saya juga melihat bahawa dalam pembentangan belanjawan pada tempoh hari, Yang Amat Berhormat juga ada menyebut Kerajaan Negeri juga telah meluluskan projek pembinaan semula masjid, Masjid Kariah Ulu Beranang. Sebagai Ahli Parlimen Seremban, saya mengalu-alukan pengumuman daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga mengucapkan terima kasih. Dan ini menunjukkan sikap kerja yang serius oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya masih ingat, beberapa bulan yang lepas, saya bersama-sama dengan ADUN Lenggeng meneman, bersama dengan Yang Amat Berhormat Sikamat dalam program turun padang ke kawasan DUN Lenggeng, dan Masjid Kariah Ulu Beranang ini antara salah satu tempat yang beliau singgah. Walaupun bukan dalam jadual, tetapi beliau nak singgah untuk solat, tapi lihat keadaan masjid tersebut, dan apabila pihak masjid tersebut memberikan maklum balas kepada Yang Amat Berhormat Sikamat berkenaan dengan keadaan masjid tersebut, maka hari ini kita lihat hasilnya bahawa Yang Amat Berhormat Sikamat telah mengambil tindakan untuk meluluskan peruntukan untuk pembinaan semula Masjid Kariah Ulu Beranang tersebut. Saya ucapkan terima kasih.
Tetapi dalam lawatan yang sama, kita juga ada melawat Kampung Baru Broga di mana satu lagi masalah yang besar di kampung tersebut ialah masalah tekanan air. Dan saya harap Yang Amat Berhormat dan juga Kerajaan Negeri juga akan mengambil perhatian. Dan saya tahu bahawa walaupun sudah ada rancangan untuk menyelesaikan masalah tersebut, saya harap pelaksanaannya dapat dipercepatkan supaya penduduk-penduduk di kawasan tersebut tidak lagi menghadapi masalah bekalan air saban hari.
Begitu juga dalam topik ini saya juga nak membangkitkan bahawa di kawasan Seremban juga ada sebuah bangunan masjid di kawasan Seremban iaitu masjid, Masjid Jamek Bandar Seremban yang juga memerlukan peruntukan untuk penyelenggaraan dan naik taraf. Masjid Jamek Bandar Seremban ini bukan saja satu tempat beribadat untuk agama, untuk umat Islam, tetapi ia merupakan satu bangunan warisan sejarah yang sangat bernilai kepada Seremban. Jadi saya juga telah pun menerima permohonan daripada pihak masjid untuk salurkan kepada pihak Kerajaan Negeri. Saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat melihat permohonan tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Dato’ Dipertua, saya nak sentuh sedikit berkenaan dengan satu sektor baru iaitu kenderaan elektrik. Baru-baru ini dalam belanjawan persekutuan, pelbagai insentif telah pun diberikan kepada EV ini, sektor EV ini, iaitu untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia membeli kenderaan elektrik. Saya tahu bahawa kenderaan EV ini masih tidak lak, masih lagi tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan orang termasuk saya sendiri, tak mampu untuk membeli kereta EV. Tetapi ia akan menjadi satu trend dalam masa mungkin 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Kerana rata-rata kita lihat bahawa syarikat-syarikat pengeluar kereta sekarang ini berlumba-lumba untuk invest ataupun melabur untuk menghasilkan kereta-kereta elektrik ini ataupun EV. Dan ia merupakan satu trend yang saya rasa tak dapat kita berhentikan kerana ia adalah satu pendekatan, satu trend yang perlu untuk juga kita menghadapi masalah keadaan perubahan iklim sedunia. Dan ini adalah antara dasar-dasar yang sedang dilaksanakan oleh semua negara di seluruh dunia. Supaya kita dapat syift daripada pengangkutan yang menggunakan petrol dan diesel kepada kenderaan yang berkuasakan elektrik. Jadi Kerajaan Persekutuan telah pun memberikan pelbagai insentif tahun ini untuk, ataupun tahun depan untuk menggalakkan lebih ramai orang membeli EV ini termasuklah pengecualian cukai jualan, pengecualian duti import dan sebagainya.
Tetapi walaupun Kerajaan Persekutuan memberikan pelbagai insentif ini, tetapi satu masalah yang besar untuk kita menggalakkan lebih ramai orang menggunakan EV ini ialah dari segi charging station. Kemudahan untuk caj kereta-kereta ini masih tidak ada di kebanyakan tempat. Mungkin di Lembah Kelang sudah ada bangunan-bangunan termasuk shoping complex, termasuk hotel yang ada meng, menyediakan petak-petak di mana mereka boleh charge kereta apabila mereka park di kawasan tersebut. Tetapi saya lihat di Negeri Sembilan kita masih amat kekurangan dari segi kemudahan ini, charging station di tempat-tempat awam, di shoping complex, ataupun sebagainya, bangunan-bangunan kerajaan termasuk, termasuk bangunan-bangunan kerajaan, kita masih lagi tidak ada facilities ataupun kemudahan untuk kita recharge bateri untuk kereta ini.
Saya menyarankan supaya Kerajaan Negeri melihat perkara ini kerana ini satu keperluan untuk masa depan. Tetapi saya nak menyarankan supaya Kerajaan Negeri jangan meng, membelanja ataupun memperuntukkan apa-apa pe, dana untuk kegu, untuk, untuk tujuan ini tetapi lebih kepada merangka satu kerangka dasar ataupun satu pendekatan di mana pihak Kerajaan Negeri ataupun lebih tepat, Pihak Berkuasa Tempatan; Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan juga Majlis Daerah boleh bekerjasama dengan sektor swasta. Dan saya tahu bahawa banyak syarikat swasta sekarang ini, ada beberapa syarikat yang
telah pun melabur dalam perkara ini dan mereka boleh memasang stesen-stesen recharging station ini dengan dana mereka sendiri. Kerana mereka akan mendapat pulangannya apabila ada pengguna-pengguna charge bateri mereka. Jadi, saya rasa sektor swasta, syarikat-syarikat swasta ini amat sedia, amat bersedia untuk bekerjasama dengan pihak PBT untuk memasang kemudahan-kemudahan ini. Tetapi kita memerlukan satu kemudahan ataupun satu kerangka daripada pihak PBT untuk menyediakan petak-petak khas ataupun tempat-tempat khas untuk charging facilities ini. Saya rasa ini boleh dilaksanakan dengan mudah. Kita hanya perlu ada satu dasar di mana setiap kawasan mungkin ada 2 – 3 petak umpamanya disediakan untuk charging facilities. Dan facilities itu boleh disediakan oleh pihak swasta. Dan kita boleh menggunakan model sama ada perkongsian keuntungan ataupun dari segi sewaan kepada syarikat swasta ini. Mereka perlu membayar sewa untuk petak dan sebagainya.
Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri, khususnya pihak Unit Kerajaan Tempatan melihat dasar ini. Dan juga memberikan satu kerangka yang jelas kepada semua PBT supaya ini dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan. Dan saya yakin bahawa ada syarikat-syarikat swasta yang berminat apabila ada kerangka ini sahaja, banyak syarikat swasta akan datang untuk memberikan cadangan mereka untuk dilaksanakan di Negeri Sembilan.
Tetapi apa yang lebih penting dari segi EV ini kita bukan sahaja nak menjadi pengguna kepada EV tetapi kita juga kena melihat bagaimana kita tap into this industry, dengan izin Dato’ Dipertua, supaya kita dapat menarik pelabur-pelabur ataupun syarikat-syarikat pembuatan kereta ini untuk menghasilkan ataupun memasang kereta EV ini di Negeri Sembilan. Dan EV, untuk EV ini salah satu komponen yang paling besar ialah bateri kereta tersebut. Kita tahu bahawa Indonesia amat agresif dalam perkara ini untuk menarik pelabur untuk melabur di negara mereka. Di Negeri Sembilan, kita tahu bahawa EXCO Pelaburan; Yang Berhormat Ampangan amat proaktif untuk menarik pelabur-pelabur dalam sektor pelaburan yang spesifik ataupun yang berteknologi tinggi dan sebagainya. Maka saya harap Yang Berhormat Ampangan dapat memberikan perhatian kepada perkara ini supaya melihat bagaimana kita boleh menarik pelabur-pelabur dalam sektor EV ini.
Untuk makluman Yang Berhormat ampang, Ampangan, untuk bajet Kerajaan Persekutuan tahun depan, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan telah pun memperuntukkan 2.0 bilion, kalau tak silap saya kepada MIDA, untuk tujuan menarik strategic investment, special strategic investment fund. Satu dana pelaburan strategik khas untuk menarik pelabur-pelabur dalam sektor strategik untuk melabur
dalam negara kita. Ini bukan saja dari segi insentif cukai untuk beberapa tahun tetapi insentif secara geran terus kepada syarikat-syarikat ini yang bernilai 2.0 bilion, yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada MIDA. Jadi saya berharap Yang Berhormat Ampangan juga akan mendapatkan maklumat terperinci daripada MIDA dalam perkara ini supaya kita juga tidak terlepas peluang, supaya apabila kita menarik pelabur-pelabur sektor pelaburan strategik ini ke Negeri Sembilan, kita juga dapat menya, menyalurkan maklumat ini kepada mereka supaya ini merupakan salah satu lagi insentif untuk mereka melabur dalam negara kita khususnya di Negeri Sembilan.
Dato’ Dipertua, perkara terakhir yang saya nak nyatakan di sini ialah peruntukan untuk Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Peruntukan untuk ADUN-ADUN, kita tahu bahawa dasar peruntukan ini sejak daripada dulu, zaman pentadbiran dulu, memang hanya diberikan kepada pihak kerajaan sahaja. Pembangkang memang dinafikan peruntukan selama ini. Tetapi saya rasa kita sudah sampai satu masa di mana dasar ini perlu kita lihat kembali. Dan saya rasa bahawa dalam …..
Dato’ Dipertua, mohon mencelah boleh tak? Yang Berhormat, Yang Berhormat Chennah.
Boleh, boleh, sila.
Berkenaan peruntukan tu, ada. Dulu dalam, semasa Kerajaan BN pun kita tak bagi kepada wakil rakyat tunai, kita bagi melalui apa yang dipanggil sebagai P56 Projek-Projek Kecil, semua ada. YB ada kan masa tu kan? Dan dia punya diletakkan di bawah Pejabat Daerah. Jadi bukan bermakna tak ada, ada. Apa yang, yang saya maksudkan kali ini tidak ada P56, Kepala, untuk YB-YB daripada BN. Dulu semasa Kerajaan BN, P56 ada tetapi dia tidak diberikan kepada wakil rakyat. Masa tu Kerajaan BN pun kita tak bagi kepada wakil rakyat BN, kita bagi melalui wakil rakyat, dan wakil rakyat akan tulis kepada Pejabat Daerah ataupun kepada UPEN untuk diluluskan projek-projek kecil. Untuk, untuk apalah, untuk makluman sahaja. Terima kasih.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Rantau. Saya sedar, saya tahu bahawa peruntukan itu ada kepada kawasan tetapi ia tidak di, tidak melalui ADUN. Dan ADUN tidak ada kuasa, ADUN pembangkang tidak ada apa-apa peranan langsung untuk meluluskan peruntukan itu. Ia di, dia diletakkan di Pejabat Daerah untuk kawasan DUN tersebut tetapi biasanya keputusan bagaimana peruntukan itu digunakan dan disalurkan bukannya melalui ADUN pembangkang, mungkin ada, ada tangan-tangan ghaib yang, yang apa ni, yang meluluskan peruntukan itu, saya tak tahu. Tetapi sepanjang saya
menjadi ADUN pembangkang, sejak tahun 2004, P56 itu tak pernah saya pun luluskan sebab kuasa untuk meluluskan peruntukan itu bukannya terletak kepada ADUN pembangkang. Apa yang saya nak sarankan di sini ialah, kita perlu melihat dasar ini semula secara lebih komprehensif.
Pada hari Jumaat yang lalu, semasa kita membentangkan belanjawan di sini, Kerajaan Negeri Selangor juga membentangkan belanjawan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. Saya difahamkan Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa dan memberikan peruntukan sama rata kepada ADUN pembangkang tetapi walaupun sama rata, nilainya 400 ribu, ADUN kerajaan – 800 ribu. Tetapi mengapa 400 ribu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa ADUN pembangkang di Selangor mendapat peruntukan 400 ribu daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan melalui ICU. Itu sebabnya Kerajaan Negeri top up 400 ribu dan ia sama rata dengan ADUN pembangkang, ADUN kerajaan di, di Selangor. Jadi saya nak tanya, pertamanya saya nak tanya ialah mungkin pihak Kerajaan Negeri boleh confirm dengan pihak ICU adakah ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Sembilan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan? Kalau ada, berapa nilainya? Kalau nilainya tidak sama dengan ADUN kerajaan, saya cadangkan kita top up sama rata kepada ADUN pembangkang. Saya menyarankan supaya konsep peruntukan sama rata ini diberikan kepada semua rakyat, kepada semua wakil rakyat, tak kira kerajaan ataupun pembangkang kerana kita sudah sampai satu era ataupun satu persekitaran politik bahawa kita perlu mengamalkan satu politik yang lebih profesional, yang lebih matang, menghormati mandat rakyat. Tak kira kerusi itu dimenangi oleh wakil kerajaan ataupun wakil pembangkang. ADUN, Ahli Parlimen mesti sama rata.
Ahli Parlimen sekarang ini mendapat peruntukan sama rata, tetapi bukannya sebagai dasar, bukannya ada undang-undang ataupun dasar. Dia diberikan kepada kita, Ahli Parlimen Pakatan Harapan kerana kita sign MoU dengan Kerajaan Persekutuan. Ada syarat-syarat dia. Dan kita dapat peruntukan itu sebab kita ada syaratnya perlu menyokong atau berkecuali dalam bajet dan kita tidak menjatuhkan kerajaan melalui undi tak percaya. Itu ada syarat politik dia. Itu sebabnya sebahagian dariapda MoU ialah peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen pakatan Harapan dan juga beberapa perkara lain seperti akta anti lompat parti dan sebagainya.
Tetapi saya nak cadangkan ataupun saya nak sarankan supaya dasar peruntukan ini pokoknya ia perlu diberikan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang. Yang saya maksudkan bukan saja dari segi P56 saja, dari segi elaun ataupun peruntukan untuk pusat khidmat, peruntukan untuk OG ataupun permasalahan rakyat. Ia
perlu diberikan kepada semua wakil rakyat. Saya melalui zaman di mana pusat khidmat saya dinafikan lebih 14 tahun sejak tahun 2004 saya menjadi ADUN sampai tahun 2018 kita menjadi kerajaan, 14 tahun, tak ada satu sen pun untuk elaun pusat khidmat, kecuali pada penggal pertama yang dulu semasa zaman Tan Sri Isa Samad, dia ada tambah satu peruntukan untuk elaun pusat khidmat 1,500.00 ringgit dalam elaun bersama dengan elaun ADUN. Satu elaun khas 1,500.00 ringgit, tetapi selepas itu, tahun 2008, elaun itu dibatalkan. Jadi, adalah sukar, saya faham bahawa adalah sukar untuk ADUN pembangkang untuk menyelaraskan ataupun mengekalkan pusat khidmat tanpa peruntukan daripada pihak kerajaan. Kita nak sewa pejabat, nak ambil staf dan sebagainya, mungkin ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Sembilan, mereka mungkin ada sumber yang lain, ada sumber yang dapat menampung. Tetapi secara umumnya, kita nak pastikan sesiapa sahaja dipilih sebagai wakil rakyat, kalau dia berada dalam blok pembangkang, peruntukan ini diberikan supaya perbelanjaan yang basic ini, sewa pejabat untuk pusat khidmat, mengambil 1 – 2 staf ataupun pekerja di pusat khidmat, ini dapat ditanggung supaya elaun ADUN itu sendiri tidak perlu dibelanjakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan ini. Sebab ramai tak faham bahawa elaun ADUN itu adalah gaji kepada ADUN. Dan kita nak menggalakkan wakil rakyat ini menjadi wakil rakyat sepenuh masa. Bukannya separuh masa. Apabila dia menjadi sepenuh masa, komitmennya ialah kepada tugasnya sebagai wakil rakyat secara sepenuh masa. Jadi perlulah wakil rakyat juga kena ada, juga ada keluarga, wakil rakyat juga perlu ada pendapatan mereka seperti rakyat biasa, ada gaji bulanan dan sebagainya. Jadi, apa yang kita perolehi sebagai ADUN, ia adalah untuk kegunaan peribadi ataupun perbelanjaan peribadi wakil rakyat tersebut. Tetapi perbelanjaan-perbelanjaan untuk yang, yang, yang, yang asas itu seperti pusat khidmat, dia perlulah ada satu sumber peruntukan daripada pihak kerajaan supaya ia adil kepada semua. Dan juga peruntukan seperti bantuan kepada rakyat dan sebagainya.
Dan saya berharap ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri supaya kita membawa satu budaya politik yang baru. Walaupun dulu kita tak dapat, saya faham sentimen daripada rakan-rakan ADUN kerajaan, dia kata; “dulu pun kita tak dapat mengapa sekarang kita nak bagi kepada, kepada kerajaan”. Haa ni Yang Berhormat Sri Tanjung dia mengangguk kepala. Tetapi bagi kita, kita kena tunjukkan bahawa kita kerajaan yang lebih baik. Kita kerajaan yang lebih adil. Kita walk the talk. Kita mengangkat satu prinsip keadilan di mana walaupun dulu kita tak ada, walaupundulu kita tidak diberikan, tetapi kita sebagai kerajaan, kita mengamalkan satu dasar yang terbuka, satu dasar yang adil, satu dasar yang menghormati mandat rakyat. Kalau kerusi itu dimenangi oleh wakil daripada pihak lawan, kita hormati mandat tersebut. Itu maksudnya
demokrasi. Itu ertinya demokrasi, Dato’ Dipertua. Saya lihat bahawa kita perlu sama-sama, politik negara kita sedang berubah, lanskap politik kita berubah. Baru-baru ini dalam pilihan raya Negeri Melaka saya lihat manifesto Barisan Nasional mengatakan bahawa bagi peruntukan sama rata kepada pembangkang, mengiktiraf kedudukan ketua pembangkang bertaraf EXCO. Saya harap sekarang Barisan Nasional dah menang di Melaka, dengan bergaya, maka ini perlu dilaksanakan kepada juga ADUN-ADUN pembangkang.
Dato’ Dipertua, mintak mencelah sekali lagi.
Sila.
Manifesto tu saya yang buat, tapi tak, saya tak ingat, tak ada, tak ada disebut bahawa mengiktiraf ketua pembangkang sebagai EXCO. Tetapi saya ingat lagi dalam Dewan ini dulu, Yang Berhormat sendiri ada cakap supaya ketua pembangkang di Negeri Sembilan ini diberikan taraf EXCO. Tapi belum buat lagi. Bukan saya nak jadi EXCO. I don’t want to downgrade myself. Tapi dulu dah ada cakap kan, ingat, dalam hansard ada …..
Itu memang pendirian saya.
….. tapi di Melaka Yang Berhormat, tak ada kita buat. Kita kata …..
Tapi peruntukan sama rata ada ya?
Peruntukan tu memang ada. Itu ada. Saya yang drafkan anti lompat parti, apa semua, kita buat, peruntukan sama, tapi bertaraf EXCO ketua pembangkang tu tak ada.
Mungkin saya tersilap, mungkin itu, itu manifesto kita. Manifesto Pakatan Harapan, di Melaka. Tapi pokoknya ialah saya ucapkan syabas kalau itu adalah satu pendirian daripada Yang Berhormat Rantau memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang di Melaka, saya ucapkan syabas. Itu satu pendirian yang progresif, yang mesti dilaksanakan, sekarang dah menang. Laksanakan. Saya ucapkan tahniah kepada Rantau. Beliau menjadi Pengarah Pilihan Raya, menang bergaya. Presiden tak semasa kempen, beliaulah menjadi Pengarah, jadi mungkin ini satu petanda bahawa Yang Berhormat Rantau boleh mengambil alih sebagai presiden tak lama lagi.
Tapi pokoknya saya, saya nak katakan ialah kalau itu adalah satu pendirian, bukan saja untuk Melaka saja, saya harap untuk pihak Barisan
Nasional, Yang Berhormat Rantau sebagai satu pemimpin yang dilihat sebagai pemimpin untuk masa depan, untuk Barisan Nasional, juga mengambil pendirian ini untuk keseluruhannya, untuk seluruh negara, untuk semua negeri, untuk semua manifesto untuk semua negeri dan juga untuk peringkat kebangsaan.
Dan bagi kita, kita juga perlu, sebelah kita, Pakatan Harapan, kita juga mengambil pendirian yang progresif dalam perkara ini. Itu sebabnya dalam manifesto kita untuk Melaka, kita mengiktiraf ketua pembangkang bertaraf EXCO kerana di, bukannya kita nak mengatakan bahawa, dah bagi keistimewaan, nak jawatan itu, tetapi lebih penting ialah kerusi tersebut. Saya tak mengatakan bahawa Rantau nak harap jadi EXCO, dia pernah jadi Menteri Besar, saya tahu cita-cita Yang Berhormat Rantau lebih besar daripada menjadi EXCO. Tetapi, tetapi yang pentingnya ialah kerusi tersebut, kerusi ketua pembangkang tersebut …..
Dato’ Dipertua, cita-cita saya tak ada mengena dalam Dewan ni.
Saya cuma agak, okay. Saya baca, saya baca politik Yang Berhormat Rantau okay. Dan saya kata ialah yang penting ialah kerusi tersebut, institusi tersebut yang kita perlu pertahankan, yang perlu kita martabatkan supaya kita nak demokrasi kita ini subur, demokrasi ini kita matang dan semangat dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ini dapat diteruskan kerana saya lihat politik kita di Negeri Sembilan ini jauh lebih baik daripada kebanyakan negeri. Sama ada di pihak kerajaan ataupun pembangkang. Masa kita jadi pembangkang, kita pun mengambil satu pendirian yang cukup profesional, kita bahas, kita ada benda yang kita tak setuju, tetapi kita tidak mengambil satu pendirian yang confrontational kepada pihak kerajaan. Itu budaya semasa kita menjadi pembangkang. Saya lihat sekarang pembangkang juga baik. Pembangkang sekarang juga baik, give credit to them ya. Saya juga merasa, merasakan bahawa pembangkang di bawah pimpinan Yang Berhormat Rantau juga mengambil satu sikap yang profesional. Kita bahas secara berhemah, kita ada pen, pendekatan yang, yang, yang berbeza, tetapi perkara-perkara yang pokok kita sama-sama menyokong kerajaan. Saya mendengar tadi, di akhir ayat Yang Berhormat Rantau, beliau menyata beliau menyokong belanjawan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan. Ini satu pendirian yang baik. Ini satu cara yang baik, cara politik yang baik yang kita harap ini dapat menjadi satu budaya politik, satu contoh politik untuk seluruh negara. Negeri Sembilan boleh menjadi satu contoh, satu, satu frontline state dalam perkara ini. Satu contoh kepada negeri-negeri lain supaya amalkan politik seperti di Negeri Sembilan ini bahawa kita bertanding dalam pilihan raya, kita akan berhabis-habisan berkempen untuk mendapatkan
keyakinan rakyat, untuk mendapatkan mandat rakyat, tetapi apabila kita sudah membentuk kerajaan, kita mengambil satu sikap yang profesional. Kita menghormati pembangkang dalam Dewan yang mulia ini kerana pembangkang itu ialah park and parcel dalam Dewan Undangan Negeri. Saya dah jadi lama dah, pembangkang Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Dipertua pun lama dalam pembangkang. Cuma Dato’ Dipertua tak masuk Dewan, saya masuk Dewan, Dato’ Dipertua di luar Dewan, pembangkang jugak. Saya bukan nak merendahkan Dato’ Yang Dipertua-lah. Dato’ Dipertua ni dia konsisten, dia lawan berkali-kali, walaupun tak berjaya dalam pilihan raya, tetapi perjuangan dia konsisten bersama dengan perjuangan kita. Itu satu sikap yang saya rasa kita perlu semaikan supaya kita nak berhentikan ini, tindakan lompat melompat ini. Kita ada pendirian politik yang berbeza, marilah kita hormat menghormati. Tak ada masalah, perbezaan politik itu bukannya satu masalah, itu yang kita nak tunjukkan kepada rakyat. Idiologi politik yang berlainan, pendekatan politik yang berlainan, kita hormati tetapi jangan kita mainkan sentimen perkauman, sentimen kebencian kepada mana-mana kaum ataupun agama. Itu yang kita perlu laksanakan.
Jadi saya harap politik yang kita amalkan secara aman di Negeri Sembilan ini dapat kita teruskan. Dan saya harap rakan-rakan yang berada dalam blok pembangkang mari kita contest dari segi pencapaian, contest dari segi kandungan manifesto, contest dari segi dasar bagaimana kita berlumba-lumba untuk membantu rakyat, bukannya menggunakan sentimen perkauman. Dan saya harap DAP tidak lagi dijadikan punching bag. Jangan semua salahkan DAP. Banjir pun DAP, salah DAP. Ada masalah penjaja pun masalah DAP. Kalau penjaja di, gerai penjaja diroboh itu salah DAP. Itu bukan salah DAP. Kalau ada penguatkuasaan, itu berlandaskan kepada undang-undang. Dulu pun ada penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya.
Jadi sekarang ini kita lihat pendekatan Kerajaan Negeri baik. Kita menguruskan, menstrukturkan semula pusat-pusat penjaja ini, memberikan kemudahan yang lebih baik kepada penjaja-penjaja. Saya harap ini kita dapat teruskan. Dan sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah berjaya membentangkan satu lagi belanjawan yang progresif, yang baik untuk membantu rakyat. Dan kita harap, yang paling penting pelaksanaan dari segi semua peruntukan ini dapat dipercepatkan. Dan saya harap cadangan-cadangan yang saya lontarkan dalam ucapan saya dapat diambil kira dan diberikan pertimbangan yang sewarjarnya oleh pihak Kerajaan Negeri. Dengan kata-kata itu, Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong penuh belanjawan negeri tahun 2022. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Dan alhamdulillah dah 2 orang ya daripada, satu daripada pihak pembangkang, satu daripada pihak kerajaan telah menyokong belanjawan ini. Saya kira saya ada susunlah untuk berucap ni, kalau tak nak, kita bagi orang lain lepas tu. Saya persilakan Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Awaluddin. Makan ya?
Makan, makan. Makan, makan, makan.
Makan.
Pagi pun saya tak ada sarapan. Lapar, lapar.
Jadi untuk petang ini, sahabat saya Yang Berhormat Ravi akan mengendalikan untuk petang ni ya. Dan saya akan ada pagi besok. Terima kasih. Kita tangguh mesyuarat ini, petang ni, 2.30 ya, 2:30 supaya sempat sembahyang tak apa, terkeja-kejar, 2:30 Yang Berhormat Ravi akan mengendalikan untuk sebelah petang. Sekian wabillahitaufik walhidayah, saya tangguhkan mesyuarat kita pagi ini.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12.53 petang]
[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:33 petang]
[YB Timbalan Yang Dipertua Dewan mempengerusikan mesyuarat pada sesi petang]
Selamat petang ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ketua-ketua jabatan. Dewan sambung semula. Ahli pembangkang satu pun belum masuk.
Manickam mewakililah untuk sementara saja.
Okay saya silakan Yang Berhormat Jeram Padang.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana mengizinkan saya menyampaikan perbahasan saya dalam bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semalam, tempoh hari, hari Jumaat. Saya mengalau-alukan inisiatif-inisiatif yang telah disenaraikan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat dalam bajet tahunan untuk tahun 2022. Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau, saya sekali lagi ingin mengulang bahawa bajet
itu walaupun nampak cantik, dia perlu dipastikan dia sampai ke sasaran. Itu yang permintaan saya. Kalau tidak, pembaziran akan berlaku.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, dalam perbahasan ini saya ingin maklumkan tentang satu perkara yang telah saya terima dalam pertanyaan jawapan bertulis di mana pernah saya kemukakan satu soalan iaitu peruntukan di DUN Jeram Padang. Antara jawapan yang diberikan di perenggan terakhir adalah dinyatakan bahawa: “Yang Berhormat ADUN Jeram Padang boleh mendapatkan perincian mengenai individu, jabatan atau agensi kerajaan dan NGO-NGO yang menerima manfaat bantuan serta sumbangan daripada Pejabat Pusat Khidmat Penyelaras DUN Jeram Padang yang terletak dalam kawasan Yang Berhormat”. Itu adalah salah satu daripada ayat yang menutup jawapan itu. Jadi saya ingin maklumkan bahawa saya akan tulis surat sepertimana yang dimintak, yang telah diarahkan dalam soal jawab ini. Saya beharap Penyelaras itu dapat memberikan jawapan terperinci dalam hal tersebut kerana di sini: “boleh mendapatkan perincian”. Jadi ini maksud saya berharap perkara itu dapat disempurnakan oleh pihak Pejabat Pusat Khidmat Penyelaras DUN Jeram Padang.
Yang Berhormat Timbalan Dato’ Yang Dipertua, masalah telekomunikasi ataupun liputan masih lagi timbul di kawasan saya. Walaupun beberapa menara telah dinaikkan, antara kawasan yang mengalami liputan adalah di kawasan taman itu sendiri iaitu Taman Desa Puteri, Taman Bahau dan juga Kasih Putra. Walaupun di situ ada menara, menara itu saya anggapkan yang perlu dinaik taraf ataupun perlu di, diperbetulkan mengikut kawasan liputan tersebut kerana memang penduduk di kawasan tersebut sentiasa mengadu pada saya mereka tak terima liputan. Dan baru semalam saya terima satu lagi rungutan penduduk di Kampung Balai China dekat Rompin bahawa mereka juga tidak mendapat liputan yang jelas. Ini menyusahkan para pelajar yang kini masih lagi meneruskan pelajaran melalui online. Saya berharap pihak yang berkenaan itu mengambil perhatian dan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan luar bandar agar ia tidak menimbulkan masalahlah.
Yang, yang saya mintak di sini satu lagi adalah saya telah memohon beberapa kali untuk satu menara telekomunikasi di Kampung Orang Asli Sungai Kelebang di DUN saya tetapi masih belum disempurnakan walaupun lawatan tapak 2 kali dilakukan tetapi belum dimuktamadkan akan lokasi tersebut. Jadi selepas kemungkinan besar perbahasan saya hari ini, saya berharap pihak berwajib dapat memberikan perhatian kepada 2 tempat ini, 3 tempat ni. Yang satu adalah Kampung Balai Cina di DUN Jeram Padang, yang kedua adalah kawasan perumahan, taman perumahan iaitu Kasih Putra, Taman Bahau, sekitar tersebut. Dan ketiga
saya mohon satu menara khas untuk Kampung Orang Asli Sungai Kelebang. Itulah satu kampung Asli yang masih lagi belum mendapat menara ini. Jadi saya berharap pihak berwajib akan mengambil tindakan.
Yang berikutnya adalah Rumah Mampu Milik. Saya dah beberapa kali membawa isu ini dan tiada tindakan untuk membina Rumah Mampu Milik di kawasan sekitar Pekan Rompin. Memang semasa saya menjadi ahli EXCO saya telah menulis surat untuk membuat, saya telah buat permohonan untuk buat permo, pengambil tanah di kawasan Ladang Bukit Pilah yang terletak di tepi jalan utama Bahau – Rompin itu, syari, ladang itu milik Sime Darby. Saya berharap pihak kerajaan ini dapat memberikan tumpuan kepada kawasan sayalah. Sekarang ini dah lama tak ada Rumah Mampu Milik, tak ada rumah kos rendah di kawasan tersebut. Dan begitu banyak ladang apabila mereka ni retire, mereka ni tak mampu untuk membeli rumah di kawasan Pekan Bahau, dekat IOI kalau bukan Rumah Mampu Milik, harganya adalah lebih kurang 350 – 480 ribu ringgit. Jadi memang pekerja ladang yang bersara ni tak mampu untuk memiliki rumah tersebut. Jadi saya mintak pihaklah kerajaan carilah satu tapak. Tapak yang sesuai saya dah katakan, tepi jalan utama itu adalah Ladang Bukit Pilah. Jadi bolehlah buat pengambilan tanah. Kalau tidak, memang tak ada tanahlah, memang saya dah cari dah kawasan tanah untuk membina Rumah Mampu Milik di kawasan tersebut tetapi tak dapat mengenal, mengesan tanah tersebut.
Dan yang ketiga yang berikutnya adalah tentang anjing liar. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bahau yang telah memberikan jawapan panjang lebar tadi dengan sele, sejelas-jelasnya. Saya dah katakan dalam, sebelum saya mulakan soalan yang kedua, soalan tambahan itu, memang satu program yang boleh dikatakan terbaik yang mana tapak telah diwar, dirizabkan dan ada NGO yang bertanggungjawab dan tiada sengaja tangkapan anjing liar itu dilakukan dan dilupuskan. Jadi ni memang menggembirakan pencinta-pencinta anjing liar di seki, di seki, pencinta-pencinta haiwan di sekitar kawasan Majlis Bandaraya. Itu sebabnya saya, 2 tahun lepas jika salah, tak salah, saya telah menulis surat untuk merizabkan. Saya mintak Kerajaan Negeri itu carilah. 2 tempat pun dah memadai untuk daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah – 1 tempat. Port Dickson, Rembau dengan Tampin – satu tempat dah cukup. Dan kita perlu faham akan sensitiviti masyarakat khasnya masyarakat yang beragama Islam. Jadi saya tak boleh angkat perkara ini secara solo, jadi itu sebabnya saya mintak jasa baik agar perkara ini, isu ini dimurnikan. Apabila dimurnikan maka semua pihak pun akan gembira dalam hal tersebut. Langkah pertama, telah diambil. Memang saya gembira, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Tetapi saya mintak ia diperluaskan perkara ini.
Yang kedua pula, saya baru-baru ini saya terima rungutan penduduk di Pekan Mahsan, Bahau bahawa anjing liar tu telah ditangkap dan dikenakan denda 1,000.00 ringgit dan sampailah mereka kena gadaikan emas milik mereka di kedai pajak untuk pergi mengambil balik anjing mereka ni. Kemungkinan besar saya bukan nak agung-agungkan yang mereka yang sikap yang melepaskan anjing-anjing liar di luar tetapi mereka sepatutnya bertanggungjawab. Walaupun bertanggungjawab janganlah sampai hukum sebegitu tinggi bayaran dendanya, biasanya dengar adalah 200.00 – 250.00. Tetapi kali ni dikenakan 1,000.00 ringgit untuk seekor anjing. Ini tak sepatutnyalah. Jadi saya berharap pihak kerajaan memberikan, ambil perkara ini seirus. Jadi saya mintak kalau dimurnikan macam Majlis Perbandaran Seremban, haa terbaik. Buatlah di semua tempat.
Yang berikutnya adalah tentang tanah Gatco. Ini saya terpaksa nak rekodkan di sini, akhirnya memang ramai yang telah menerima pemilikan tanah yang telah diberikan gerannya 4 ekar dengan 2 ekar. Baru-baru ini pun ada diserahkan, beberapa orang telah sanggup menerima. Jadi memanglah, Kerajaan Pakatan Harapan lain dengan Pakatan Harapan di luar sebelum pilihan raya. Sebelum pilihan raya, macam-macam dijanji diberikan, tetapi selepas pilihan raya, selepas menang, selepas bentuk kerajaan itu, dasarnya langsung tak terubah. Tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk rekodkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah hanya meneruskan apa yang telah dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional tempoh hari. Itu saja. Yang lain-lain itu biarlah orang luar tahu mereka dah mula naik turun dengan balai polis nak buat laporanlah, macam-macam, video sekarang dah mula tular. Ini atas sebab mereka ini tak begitu gembira, dikatakan bahawa daripada tularan itu bahawa janji yang telah diberikan itu tidak ditunaikan. Dan seinci tanah pun tambahan tidak diperolehi oleh Kerajaan Pakatan Harapan daripada 1,206 ekar yang telah diperolehi oleh Kerajaan Barisan Nasional tempoh hari. Jadi ini adalah atas dasar rekod.
Yang ke, berikut adalah JKM. Ini rungutan masih lagi berterusan semasa pembatalan dibuat ataupun penangguhan bayaran dibuat ataupun dihentikan bayaran bulanan selepas borang kaji semula tu di, tidak diperolehi ataupun tilak, tidak dikembalikan oleh penerima bantuan JKM itu. Jadi saya ingin sarankan di sini, saya tak pasti sama ada saya pernah sebut atau tidak, kalaulah borang kaji semula tu tidak dikembalikan oleh si penerima bantuan tersebut, carilah langkah terbaik untuk memastikan borang itu sudah pun diterima oleh mereka. Dan yang kedua, kalau mereka dah terima, bolehlah pegawai JKM itu membantu mengisikan borang tersebut. 2 minggu lepas seorang datang ke rumah, ke pejabat saya, bawak apa ni, sepucuk surat yang telah di mem, diberikan temu
janji di Pejabat JKM Jempol untuk pertemuan. Itu pun mereka tak faham. Jadi mereka anggapkan mereka apa ni, bantuan itu telah diberhentikan. Mereka cari saya. Jadi ini, ini yang sebenarnya saya nak maksud, maklumkan di sini bahawa bukanlah semua penerima JKM itu boleh memahami akan prosedur, peraturan, dan kandungan surat yang dihantar pada mereka ni. Bagi mereka, kemungkinan besar mereka anggapkan bahawa ada satu surat daripada JKM itu saja, lepas itu mereka letakkan. Mungkin anak-anak tak ada di situ, mereka, anak-anak mereka mungkin bekerja di luar Bahau ataupun di luar Jempol, mungkin mereka tinggal dekat Kuala Lumpur. Jadi itulah sebabnya saya mintak janganlah berhentikan bantuan bulanan sehingga kepastian itu telah dibuat bahawa borang kaji semula sudah sampai dan sama ada mereka tahu atau tidak untuk mengisi dan mengembalikan atau tidak. Kalau itu dah pastikan, mungkin pegawai boleh turun. Saya dengar ada juga sukarelawan JKM itu. Jadi bolehlah gunakan bantuan mereka ini. Saya mintak supaya tolonglah dalam waktu ini, dalam waktu pandemik ini, dalam waktu kesusahan ini, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau tadi, kos sara hidup tu telah pun meningkat sebegitu curam, jadi saya berharap janganlah berhentikan. Walaupun sebulan. Berilah, berilah tumpuan yang lebih sedikit untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum diberhentikan.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, seperkara lagi yang saya ingin nyatakan di sini adalah kini kos sara hidup memang terlalu tinggi. Harga-harga barangan telah begitu meningkat. Dan rakyat di luar sana itu memang, walaupun gaji tetap ada, walaupun ada se, tam, pendapatan yang tambahan, tetapi itu masih lagi belum mencukupi. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri kalau boleh pertimbangkanlah apa-apa bantuan one-off yang boleh diberikan kepada penduduk yang boleh dikatakan B60, ataupun B70 pada ketika ini. Bukan lagi B40 lagilah. Itu yang saya nak mintak pekan, perhatian.
Dan yang terakhir sekali, Kampung Pasir, Seremban, di situ ada permohonan lot tanah yang sudah pun dibuat tetapi sehingga sekarang ini masih lagi mereka yang mohon itu belum mendapat apa-apa response. Ini bukan permohonan yang dibuat ketika ini, ia dibuat lebih kurang 10 – 15 tahun lepas, tetapi oleh kerana ada dua, dua permohonan daripada satu keluarga, maka ia perlu di, dimurnikan beberapa kali. Akhir sekali saya sela, sewaktu menjadi ahli, ahli EXCO, saya telah membuat satu per, saya telah buat kaji selidik, saya dah panggil pemohon tersebut, saya dah pastikan akhirnya saya telah buat untuk mereka ni satu permohonan yang lengkap kepada yang betul-betul memerlukan, betul-betul layak untuk diberikan lot rumah di situ. Jadi saya berharaplah Kerajaan Negeri bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat untuk melihat semula perkara tersebut. Saya anggapkan permohonan tersebut masih lagi ter,
tidak disentuh ataupun tidak dibawa ke, ke Mesyuarat MMK. Mereka ni memang perlu diberikan. Sewaktu buat apa ni, Pejabat Tanah membuat kajian untuk menentukan siapa sepatutnya menerima tu, keluarga ini telah diarahkan untuk keluar dari tapak tersebut. Pada ketika itu tak ada handphone, tak ada apa-apa, kita nak hubungi mereka pun tak boleh, lebih kurang 15 – 20 tahun lepas, jadi itulah sebabnya mereka ini tidak lagi mendapat tanah tersebut. Jadi saya mintaklah Kerajaan Negeri untuk membawa balik fail tersebut, lihat semula. Dan kalau boleh luluskanlah. Tapak itu ada, lot itu memang ada, pastinya boleh diberikan kalau Kerajaan Negeri berprihatin kepada mereka ini. Itu saja daripada saya, sekian, terima kasih.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua: Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Saya mintak ahli-ahli yang lain yang teruskan. Kalau boleh Kota. Tak nak? Okay. Saya mintak Yang Berhormat Serting.
Bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil ’alamin wassalatuwassalamua’ala asyrofil ambiya iwalmursalin wa’ala’alihi wasohbihi ajma’in. Assalamualaikum WBT dan juga selamat sejahtera. Yang saya hormati Dato’ Timbalan Dipertua serta rakan-rakan ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian serta pegawai-pegawai kerajaan.
Pertamanya, saya ucap terima kasih kepada Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk terlibat membahaskan Rang Undang-Undang perbekalan bagi tahun 2022. Syukur saya terhadap Allah SWT kerana pada petang ini, pada kali ini dapat kita berjumpa lagi ya, di Dewan yang mulia ini untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan kemaslahatan ya, rakyat di Negeri Sembilan ini. Alhamdulillah. Jadi sema, pada hari Jumaat kita telah pun mendengar pembentangan belanjawan dari pihak kerajaan dengan defisit 88 juta dan pada tahun lepas 112 juta. Dan ini adalah perkara biasa ya, di mana-mana juga Kerajaan Negeri, ataupun peringkat pusat ya, bergantunglah kepada keupayaan, keupayaan ya, pengurusan kewangan di sesebuah negeri itu. Jadi apa yang penting, pelbagai inisiatif telah pun dibuat ya, dilaksanakan.
Dan saya berharap ianya betul-betul sampailah ke peringkat sasaran sebab di Serting banyak juga orang berjumpa saya. Saya pun mengemukakanlah ya, beberapa inisiatif, cadangan-cadangan yang telah pun dikemukakan tapi mereka tak tahu ya, mereka tak sampai. Dan ini saya pun no comment-lah bila mereka katakan dia tak tahu dan sebagainya, saya pun no comment. Jadi dalam hal ini, terpulanglah kepada jentera Kerajaan Negeri macam mana kita nak melaksanakan ya, inisiatif-inisiatif ini supaya ianya sampai ke akar umbi. Jadi saya pun bila
dia orang tanya tak tahu tu pun, saya pun no comment-lah ya. Jadi, dalam tempoh 2 tahun di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, yang peruntukan pun tak ada, saya gunakanlah mana peruntukan yang saya ada, ada 10.00 ringgit saya bagilah 10.00 ringgit. Ada 20.00 ringgit saya bagilah 20.00 ringgit pada ketika itu ya. Jadi tengok pada cara mereka datanglah ya. Kita tengok macam mana ya, keadaan masyarakat yang datang mengadu kepada kita.
Jadi memang kita tengok belanjawan ini memang populislah ya. Dengan macam-macam inisiatif dibuat ya, ia adalah usaha yang pada pandangan, pada pemikiran ya, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan hari ini bersesuaian ya, dengan kehendak masyarakat dan juga rakyat di Negeri Sembilan pada hari ini. Sesungguhnya semua sedia maklum ya, semua sedia maklum sebelum, di bawah Kerajaan Barisan Nasional, kita telah dapat ya, menguruskan Negeri Sembilan ini dengan begitu baik sekali ya. Semua maklum. Jadi bagi Kerajaan Pakatan Harapan amat bertuah ya, bila mengambil alih ya, Negeri Sembilan ini, kedudukan kewangan, pentadbiran ya, pengurusan, kawasan-kawasan pembangunan ekonomi semuanya telah lengkap disediakan.
Cuma hari ini, bila pimpinan bertukar tangan kepada Kerajaan Pakatan Harapan, terpulanglah pula kepada kepimpinan yang ada hari ini untuk mengurus tadbir. Tapi asasnya, semua rakyat tahu, di bawah pimpinan Yang Berhormat ADUN Rantau, selaku Menteri Besar Negeri Sembilan dahulu, daripada 2004 ya, sampailah 2018, kita sedia maklum ya, tentang perancangan pembangunan Negeri Sembilan keseluruhannya baik dari segi pendidikannya, pembangunan ekonominya, pembangunan wilayahnya, perancangan Kerajaan Tempatan-nya hingga kita dah dapat ya, menyatukan Majlis Perbandaran Seremban dan juga Majlis Perbandaran Nilai dengan Bandaraya Seremban pada hari ini. Begitu juga di kawasan saya, di Serting, Majlis Daerah Jempol pun sudah dapat kita naik taraf menjadi Majlis Perbandaran Jempol. Jadi ini sekaligus ya, memberi kebaikanlah ya, kepada kerajaan selepasnya iaitu Kerajaan Pakatan Harapan kerana asas ya, sumber kewangan daripada hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan cukai itu sudah siap sedia. Jadi, cuma mungkin beberapa inisiatiflah, menokok nambah ya, supaya kewangan Negeri Sembilan ni akan terus dapat bertambah.
Jadi itulah sikit sentuhan saya dari segi belanjawan ini. Saya harap ianya betul-betul sampailah ya, sampai ke akar umbi dan macam-macamlah yang saya dengar ya, bila nak jumpa wakil di kawasan, banyak hal, dia orang cakap. Jadi saya tak sesuailah sebut dalam Dewan ni ya, macam-macam pulak kerenah, isi borang itulah, isi borang inilah, masuk parti itu dululah, masuk parti ini dululah, dan dia orang kata; ni tak berlaku zaman BN dahulu ya. Kita tak pernah tanya pun dia parti mana ke parti tu ke,
tak ada. Kita bantu semua masyarakat. Jadi seperti yang saya katakan tadi, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya no comment-lah, saya tak banyak nak comment panjang. Dia dah kata macam itu, its okay.
Jadi, saya sang, menyentuh tentang keadaan di Serting-lah iaitu banjir kilat ya, banjir kilat yang saban tahun berlaku iaitu di Sungai Jempol ya, Sungai Serting dan jugak Sungai Jempol. Bermakna kawasan yang sering dilanda banjir kilat ni adalah tempat yang sama ya. Kampung Serting Ulu, Kampung Dato’ Johan, Kampung Serting Tengah, Kampung Jawa, Kampung Gajah Mati, Kampung Serting Ilir, bagi zon sungai apa nama, Serting. Dan jugak di kawasan sahabat saya, di, daripada DUN Bahau, Sungai Jempol masuk dalam kawasan ya, Yang Berhormat ADUN Bahau iaitu Kampung Sungai Taling, Yang Berhormat, yang ni selalu banjir. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri melalui JPS buat kajian terperincilah. Kalau patut buat kawasan tebatan banjir, kita buat tebatan banjirlah. Sebab ini saban tahun kita tidak boleh berserah kepada keadaan fenomena alam ya, bila berlaku sahaja banjir, tempat ni naik. Jadi kita mesti proaktif, saya berharap JPS kalau perlu buat tebatan banjir ataupun perlu dilebarkan, didalamkan sungai khususnya di bahagian hilir ya, hilir kedua-dua sungai ni supaya bila keadaan air agak ya, besar, bila hujan lebat, jadi dia agak perlahanlah. Kalau tidak, setiap tahun banjir saja, saya bila keadaan gelap, luar biasa, saya cemaslah. Tak sampai setengah jam pada tu talipon sampailah; kawasan ni 8 buah rumah sudah tenggelam air, dan macam-macam. Jadi sudah tentu pihak Kerajaan Negeri melalui JPS ya, sudah mengenal pasti lokasi-lokasi yang selalunya berlaku apa nama, banjir kilat ini.
Dato’ Timbalan Dipertua, perkara yang kedua ialah dari segi keselamatan kita secara keseluruhannya iaitu di sepanjang jalan, mungkin rakan-rakan saya ahli-ahli Yang Berhormat pun menghadapi situasi, situasi yang sama. Saya ucap terima kasih kepada pihak JKR ya, kerana telah pun memulakan menebang pokok-pokok di sepanjang jalan yang merbahaya, pokok-pokok besar. Dan hari tu saya tengok kawasan tu tanah runtuh terpaksa di, dibuat ya, kerja penyelenggaraan keseluruhannya. Kerana kalau kita lihat mungkin di kawasan bandar tidak berlakulah iaitu di kawasan kampung daripada Serting bawak sampai ke Seremban melalui Kuala Pilah, kalau kita lalu jalan ni, kita pemandu-pemandu ya, sentiasa berisiko. Apa maksud saya tu, ada tempat-tempat tu, bila kita pandang nak bawak kereta, kita pandang ke atas, bukan nampak langit lagi, nampak pokok. Bermakna pokok-pokok di kiri kanan jalan tu sudah masuk sampai ke kawasan apa, jalan raya. Jadi ini berisiko. Itu yang dikatakan berisiko. Bermakna, kalau berlaku hujan ribut dan sebagainya, kalau, tak payah besarlah Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kalau besar lengan ni sajalah, kalau tumbang jatuh atas kereta kita, faham-faham sajalah, dengan kenderaan, lepas tu berlaku
accident dan sebagainya. Jadi saya berharap pihak JKR sama ada melalui Jalan Persekutuan ataupun Jalan Negeri, tengoklah seluruh Negeri Sembilan ini, yang mana keadaan jalan-jalan kita ada pokok-pokok di kiri kanan. Dan juga mungkin ada kawasan-kawasan yang langsung bila kita pandang lalu situ, atas semua pokok, ranting-ranting, dahan-dahan pokok. Jadi ini berisiko. Kita tak nak nanti bila berlaku kemalangan, ada yang meninggal, kesian ya, dia meninggal kerana pokok jatuh ataupun dahan-dahan jatuh, accident dan sebagainya. Senang je ni, kalau nak buat ni. Kita buat program zon pandang atas. ADUN-ADUN nanti balik semua kawasan masing-masing, report kepada JKR, kawasan saya kawasan sini pada, perlu buat pembersihan ya. Penebangan pokok tu. Jadi Kerajaan Negeri bajet pun besar ya, kalau JKR tu rundingkanlah secara yang terbaik menggunakan pengurusan kewangan supaya dapat kita menyelesaikan perkara ini.
Seterusnya ialah berkaitan dengan di Serting Hilir Kompleks ya. Ingin juga saya memaklumkan perkara ini telah pun dirujuk ke Pejabat Persekutuan iaitu lebih 30 tahun ya. Dulu memang telah kita mohon ya, iaitu paip-paip lama yang masih belum lagi dapat diperbaiki. Kita sedia maklum kerana di seluruh Negeri Sembilan, pada, di bawah Kerajaan Barisan Nasional itu, kita terus menukar paip-paip lama ini ikut peringkat-peringkatlah. Jadi Hilir Kompleks ni, selalu sangat berlaku paip bocor.
Seterusnya seperti sahabat saya Yang Berhormat Dato’ Manickam dari Jeram Padang itu, JKM. JKM ni saya tak tahu pulak di masyarakat felda ya. Masyarakat felda hari ini, dulu, itu zaman Kerajaan PH pusat dulu, harga sawit hancur 240.00 ringgit saja satu tan. Dan hari ini, alhamdulillah 1,200.00 satu tan ya, perubahan bila Datuk Hishamuddin Tun Hussein diamanahkan menjadi Menteri Luar Negara dulu, terus memu, memupuk balik hubungan yang baik dengan Negara China dan juga Negara India, jadi permintaan ya, import ataupun eksport kepada sawit kita meningkat. Dan hari ini 1,200.00 ya, di negara kita. Jadi masyarakat felda hari ini umumnya …..
Boleh celah sikit, boleh? Boleh celah sikit ya? YB, boleh haa?
Ya, ya, apa dia?
Ini kelapa sawit haa …..
Ya, ya, ya.
….. mana satu negara ada tanam haa, negara tu semua sudah naik harga. Okay haa.
Okay, okay, terima kasih. Lepas tu, jadi masalah dia yang baru-baru ni, masyarakat feldalah, mereka yang menerima JKM, yang terlantar dan sebagainya, terpaksa dia ada review semula iaitu kena isi borang. Saya kata, teruskan sahajalah sebab mereka dah terlantar walaupun pendapatan masyarakat felda hari ini 8,000.00 – 9,000.00 sebulan, hari ini pendapatan mereka ini baiklah untuk negara kita keseluruhannya ya. Jadi saya harap pihak JKM teliti semulalah ya.
Dan yang seterusnya ialah projek sakit. Ni telah lama ya, iaitu Taman Sakura ya, di Mahsan. Oh handal ni Mahsan Heights. Jadi, pembeli ni telah pun dia, projek ini terdiri daripada 167 buah rumah keseluruhannya, yang telah pun dibuat sebanyak 51 unit, sudah ada pembelinya, tapi saya dimaklumkan ialah kerana ada masalah dari segi pemaju ya, dan mereka telah berusaha memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Sahabat saya Yang Berhormat ADUN Bahau pun maklum ya, akan perkara ini ya. Pihak Majlis Daerah Jempol dan juga jabatan teknikal di Jempol telah pun berbincang dan mereka masih menunggu. Jadi semalam wakil mereka datang berjumpa, mintaklah Yang Berhormat, kata dia, maklumkan dalam Dewan ini supaya mereka tidak tertunggu-tunggu. Dah, dah lah, pembeli ni sekarang sudah mula membuat pembayaran. Bayangkanlah kalau kita, kena pada diri kita, membayar benda yang tak ada ya, potongan 3 – 400.00, 500.00, rumahnya tak siap. Jadi inilah kerisauan. Jadi saya harap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnyalah, tindakan segeralah.
Seterusnya yang terakhir sekali ya, ingin juga di Dewan yang mulia ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Rantau ya, kerana di, politik sikitlah. Selaku Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka, keputusannya amat cemerlang sekali ya, Kerajaan Barisan Nasional mendapat majoriti 2/3. Jadi syabas, tahniah kita ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Utama ya, selaku Pengarah Pilihan Raya di Negeri Melaka. Jadi, macam-macam isulah timbul ya, ni biarlah politik yang menguruskan. Jadi apa yang saya lihat daripada masyarakat di sana ialah mereka nakkan sebuah pentadbiran negara yang harmoni yang selamat, yang aman damai, yang mana semua kaum dapat kita lindungi ya. Tidak ada isu-isu sentimen perkauman, isu-isu yang membawa kepada agama, rumah ibadat, sekolah, yang mana kita bila berjuang menjurus kepada satu-satu kaum, rupa-rupanya trend politik itu dulu ya, selepas 2018 ya, sampailah hari ini ya, kita sudah ada 3 kerajaan, ditambah pulak dengan kesengsaraan kita menangani masalah COVID, jadi nampaknya rakyat Melaka, dia
memilih semulalah ya, kepada Kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai track record 61 tahun. Yang penting ialah keamanan, keharmonian, kesejahteraan ya, yang ada di seluruh negara kita. Jadi dia orang hari tu, dulu, Pakatan Harapan menang dulu dengan janji-janji yang hebat, kemudian gagal ditunaikan, dan dihukumlah di Melaka. Dan dulu dengan katak-kataknya, ini kalilah, ini kalilah. Jadi orang Melaka cakap; cukup satu kali, cukup satu kali.
Jadi, itulah ya, jadi di kesempatan ni saya ucapkan mudah-mudahan kita bersama selaku wakil rakyat ya, kita seperti kata sahabat saya daripada Chennah tadi, kita menekankan kepada keharmonian ya, kestabilan ya, kita nak negeri kita maju, masyarakat kita aman damai, sejahtera. Itu sajalah Dato’, Timbalan Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Serting. Saya mintak Yang Berhormat Linggi.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahhirabbil a’lamin wassalatuwassalamua’ala asyrofil ambiya iwalmursalin wa’ala’alihi wasohbihi ajma’in, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan bersekali dengan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada Jumaat lepas.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, bagi tahun 2022 yang mendatang ini, agenda mensejahterakan rakyat masih lagi berlatarbelakangkan lanskap yang sangat mencabar khususnya akibat implikasi pandemik COVID-19, serta kesan ekonomi yang terjejas. KDNK Negeri Sembilan menyusut kurang 3.6%, pertumbuhan semua sektor juga terbantut, pembinaan menguncup 25.6%, perlombongan dan kuari 11.2%, perkhidmatan 1.1%, pembuatan 4.9%, dan sektor pertanian sangat terjejas kurang 6.6%. Oleh itu secara umumnya, selain implikasi dari sudut kesihatan, kis, krisis COVID-19 ini juga memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi sekaligus pendapatan rakyat jelata di negeri ini. Ramai rakyat kita yang hilang pekerjaan, hilang pendapatan ataupun berkurangan pendapatan mereka dengan drastik. Pengangguran meningkat hingga 3.8% dan gaji dan upah berkurangan sebanyak 6.4%. Saya percaya angka ini adalah angka purata dan hakikatnya golongan B50, B, B, B40, B60 yang lebih tinggi merasa kehimpitan ini.
Tambah merisaukan lagi, apabila kita masih belum lagi boleh mengatakan yang kita sudah bebas atau selamat daripada ancaman dan
impak negatif COVID-19 ini. Lebih-lebih lagi apabila kita sedia maklum bahawa terbaru ini, masih lagi terdapat varian yang baru. Saya difahamkan 2 – 3 hari yang lepas dikenal pasti varian yang terbaru di, di Afrika Selatan yang omicron, yang dikatakan lebih agresif atau lebih bahaya daripada varian delta. Dan sepertimana kita sedia maklum juga harga barangan termasuk barang-barang makanan dan pembinaan sekarang ini sedang melambung naik. Jadi ini latar belakang yang sedang kita hadapi apabila kita membentangkan bajet pada kali ini.
Dan, tahun lepas ya, kerajaan telah membentangkan juga bajet defisit yakni perbelanjaan melebihi hasil sejumlah 112 juta lebih. Dan perbelanjaan pembangunan sebanyak 153 juta. Namun demikian Dato’ Dipertua, setakat 15 November, sepertimana yang dibentangkan, setakat 15 November 2021, kutipan hasil adalah 74.61%. Dan diyakini hujung tahun, dia akan mungkin mencapai sehingga ke 90%. Manakala perbelanjaan pula, perbelanjaan mengurus yang dibelanjakan hanyalah 63.65% dan perbelanjaan pembangunan hanyalah 54%, jadi lebih 50% sahaja.
Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan sebegini, bagi merancakkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi, kita tak boleh ya, terlalu bergantung atau berharap kepada perbelanjaan pengguna semata-mata, dengan izin, atau public consumption sahaja kerana majoriti yang sangat besar sekarang ini mengalami kekurangan pendapatan dan terpaksa berjimat. Begitu juga halnya dengan pelaburan asing, keadaan yang tidak menentu seperti sekarang ini bukanlah satu keadaan yang kondusif untuk menarik pelabur asing ataupun pelabur dalam negeri untuk mereka melabur di luar negara mereka. Maka itu perbelanjaan kerajaan adalah komponen KDNK yang paling sesuai untuk dijadikan pemangkin bagi merancakkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi. Ini saya rasa kerajaan dan juga kami di pihak pembangkang bersetuju, sepertimana yang disebut oleh Yang Amat, Yang Berhormat Rantau dan juga Chennah yang pagi tadi, KDNK perlu didukung oleh perbelanjaan kerajaan.
Jadi kalau kita nilai dari sudut itu, Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita dapati prestasi Kerajaan Negeri Sembilan setakat 15 November ini, melihat kepada bajet yang dibentangkan pada tahun lepas, saya, kalau tengok figure itu, kita terpaksa mengatakan bahawa kerajaan telah gagal untuk menyuntik sepenuhnya perbelanjaan yang telah kita bajetkan bagi merancakkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negeri terutamanya apabila hanya membelanjakan hanya 54% sahaja daripada perbelanjaan pembangunan yang telah dibentangkan. Walhal pada masa yang sama, tahun, tahun 2020, kita berjaya mengutip hasil up to 98% dan kita mengunjurkan tahun ini 90% tetapi perbelanjaan pembangunan hanyalah 54%. Jadi, mengutip hasil dengan peratusan yang tinggi,
Timbalan Yang Dipertua, tetapi tidak dibelanjakan, dia bukan saja gagal untuk merancakkan ekonomi kita, malah pada masa yang sama sebenarnya dia akan menambah kehimpitan hidup rakyat khususnya di kalangan mereka yang hasilnya dikutip. Maksud dia kutip hasil daripada rakyat, 90%, 98%, tetapi perbelanjaan yang sepatutnya di, di, di, di ….
Yang Berhormat.
….. dikembalikan kepada rakyat …..
Yang Berhormat Linggi. Bagi laluan kepada yang …..
Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencelah sedikit mengenai fakta yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Linggi. Sebenarnya apa yang 54% itu adalah yang telah kita bayar, yang sebenarnya. Yang dalam Tanggungan itu ada lagi banyak lagi, yang akan kita bayar sebelum hujung tahun ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sikamat, saya harap itu, itulah yang menjadi harapan kita supaya perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan ekonomi ini dibelanjakan sepenuhnya.
Tahun ini juga sekali lagi bajet defisit dibentangkan, sejumlah 88 juta. Perbelanjaan pembangunan kali ini 130 juta. Dan kita harap pada tahun 2022 yang akan datang ini, kerajaan harus me, me, mengambil kira norma-norma baru dalam kita menghadapi COVID-19 ini dan mungkin perlu lebih inovatif dan kreatif bagi memastikan setiap perbelanjaan ataupun setiap perkara yang dibajetkan untuk dibelanjakan itu dapat dibelanjakan sepenuhnya. Namun demikian, perbelanjaan ini sepertimana yang kita selalu ingatkan, perlulah dirangka dan dilaksanakan dengan bijak dan berhemah berfokus dengan sasaran yang tepat, tiada pembaziran atau ketirisan dan seboleh-bolehnya mempunyai kesan pengganda, multiplier effect yang mampu melipatgandakan penjanaan ekonomi. Ini sepertimana yang telah dibentangkan juga oleh Yang Berhormat Sikamat tempoh hari. Dan kita perlu mengambil kira semua faktor yang wujud bagi memastikan keberkesanannya.
Pada masa yang sama, Dato’ Timbalan Speaker, dalam pada kita ingin memulihkan ekonomi, kerajaan juga perlu memberi perhatian pada isu atau masalah yang sering merencatkan aktiviti ekonomi dan mendatangkan kerugian pada rakyat. Sebagai contoh, dalam bidang Tumpuan Pertama yang dibentangkan ini, ekonomi rakyat khususnya inisiatif ke-8, Insentif Galakan Nelayan atau INGEN, iaitu geran bagi
membantu nelayan membeli kelengkapan, alatan dan baik pulih bot. Kita tak, tak nafikan langsung kewajaran ya, kewajaran inisiatif tetapi yang kita persoalkan adalah sejauh manakah ya, ianya mampu untuk menyelesaikan masalah nelayan kerana kalau kita tanya mengapa, contohnya mengapa bot-bot ataupun peralatan nelayan ini rosak. Khususnya di, di, di Kampung Teluk, Dato’ Dipertua, Kampung Teluk di DUN Linggi, di mana bertempatnya Pejabat PNK Teluk Kemang, antara sebab utama kerosakan perahu ataupun bot ini adalah apabila ianya dipukul oleh ombak yang besar ketika berlabuh di jeti dan pengkalan. Kerosakan ini sering berlaku di waktu musim hujan, hujan ribut. Dan setiap kali ianya berlaku, kos pembaikan adalah sangat tinggi. Jadi sebenarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku, atau mengelakkan nelayan-nelayan ini perlu mendapatkan bantuan untuk membaiki bot ataupun peralatan mereka, yang perlu dibuat adalah penghadang ombak. Jadi, kalau pun kita wujudkan INGEN, tetapi sebab mengapa mereka ni memerlukan bantuan tu tak, tidak kita selesaikan maka dia, kita tak akan menyelesaikan masalah. Dan yelah, mintak maaf cakap, mungkin nanti peruntukan ini bukanlah nak kata membazir, tetapi tahun depan akan perlu lagi, tahun depan akan perlu lagi, punca atau sebab mengapa bot mereka rosak ini tidak di, di, di, diselesaikan. Jadi, dalam konteks itu Dato’ Yang Dipertua, saya, saya mohon supaya dalam bajet yang dibentangkan ini, punca-punca sebegini dikenal pasti supaya ianya lebih efektif dan lebih berkesan kepada rakyat kita.
Atas dasar atau hujah yang sama jugak, saya merujuk kepada belanjawan pembangunan khususnya berkaitan dengan kemudahan infrastruktur dan khususnya bagi mengelakkan banjir. Kalau kita ingat, dalam bajet tahun lepas ya, banjir ini saya percaya diulas dengan, dengan lebih terperinci dan lebih mendalam dan peruntukan yang diberikan adalah lebih daripada peruntukan yang di, ditetapkan pada tahun ini. Cuma Dato’ Yang Dipertua, saya rasa bajet tahun lepas gagal untuk menyelesaikan masalah banjir ini. Kerana pada tahun ini, pada 21 Oktober masih lagi berlaku banjir yang sama di DUN Linggi. Dan lebih menyedihkan lagi adalah banjir ini lebih teruk dari tahun lepas. Bukan saja tempatnya sama iaitu di Mukim Linggi, Pekan Linggi habis semuanya di, di, dinaiki air, Dewan Besar Linggi, 4 kampung di Mukim Linggi semua dinaiki air. Tapi kali ini lebih teruk. Kerana kalau tahun lepas hanya 7 sahaja rumah kampung di, di, di pekan memang semua kenalah tapi rumah kampung ada 7, tapi tahun ni 7 tambah 4 lagi. Maksud dia banjir ni bertambah teruk Dato’ Dipertua. Jadi saya mohon, sekali lagi supaya perkara ini diberi penekanan yang lebih serius. Kerana banjir ini, dia sangat-sangat menyukarkan. Macam disebut oleh YB Serting tadi, jadi sekarang ni bila time hujan lebat sikit sahaja, penduduk di kawasan setempat dah jadi risau. Kalau hujan tu waktu, di waktu air tengah pasang, risiko banjir ini sangat-sangat tinggi. Ini saya, saya mohon sekali
lagilah kita tak nak duit bantuan yang kerajaan bagi untuk rakyat, membantu kehidupan ekonomi mereka, terpaksa dikeluarkan untuk mengemas rumah, ambil cuti nak, nak, nak, nak bersihkan rumah dan nak beli alatan-alatan ganti, alatan-alatan. Jadi sekali lagi ya, Dato’ Dipertua, saya mintak supaya perkara ini diberi penekanan kerana banjir ini adalah satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius. Tahun lepas Kampung Tampin Linggi tak kena banjir, tahun ni kena.
Jadi, sekali lagilah, ini bukan, kita, kita kalau benda ni jadi sekali sekala Dato Dipertua, satu hal, tapi sekarang ni dah jadi kelaziman. Dan kawasannya adalah kawasan yang sama, malah bertambah. Saya dapat aduan kali ini, Kampung Teluk Pelanduk juga ya, menghadapi banjir dan permohonan khusus diminta untuk, untuk dikaji mengapa banjir berlaku di Kampung Teluk Pelanduk. Perkara yang diperlu dibuat, saya telah jelaskan pada bajet yang lepas dan saya rasa usaha yang sama, ataupun cadangan yang sama harus dipertimbangkan dan di, di, di, dilaksanakan.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang, yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau pagi tadi, kita melihat bajet kali ini, saya rasa saya tak nampak dengan jelas apakah projek-projek katalis atau pemangkin yang mampu melonjakkan ekonomi dengan segera dan kesan penggandanya yang tinggi. Kalau kita terlalu mengharapkan inisiatif-inisiatif pada rakyat secara kecil-kecilan ini, saya khuatir ini akan mengambil masa dan untuk kita mendapatkan kesan segera dan, dan berganda itu akan terlalu lewat dan mendatangkan kesukaran kepada rakyat kita.
Dan sehubungan dengan itu, saya ingin me, merujuk sedikit kepada MVV kerana dah 2 tahun MVV kita tak, tak sebut. Kali terakhir kita sebut MVV adalah pada tahun 2019. Tahun lepas tak, tak disentuh. Tahun ni pun saya rasa tak ada disentuh dalam ucapan sokongan ada sentuh sikit. Saya bangkitkan perkara ini Dato’ Yang Dipertua kerana 2 tahun lepas saya ada bangkita beberapa isu tentang MVV 2.0 ni, dan kesannya ataupun cadangannya di Linggi. Jadi saya mohon kerajaan untuk memaklumkan apa dia punya perkembangan supaya saya boleh dapatkan makluman seterusnya.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua…..
Yang Berhormat Linggi, boleh tolong pendekkan.
Okay, okay, saya bagi point form saja lepas ni. Sukan, saya, saya, sekali lagilah, saya rasa tahun lepas pun sukan ini kurang, kurang diberi perhatian. Dan saya percaya tahun ini pun agak, agak
kurang ataupun mungkin tak ada reference terhadap sukan yang, yang dijelaskan secara terperinci. Saya sebut ini kerana khususnya di, di, di Linggi, banyak taman rekreasi dan juga khususnya gelanggang futsal yang, yang terbiar teruk dan tak boleh digunakan. Betullah, kita memang harus berhati-hati tentang kita punya SOP, tetapi boleh aje kita terus mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang memenuhi ataupun mematuhi SOP ini. Jadi gelanggang-gelanggang ini perlu diberi perhatian dan diselenggara dengan baik.
Ya, akhir sekali, mungkin tadi semasa soalan lisan pagi tadi saya sedia maklum yang masa agak singkat. Berkenaan dengan tanah-tanah rizab Melayu khususnya ya, berkaitan dengan pembangunan tanah-tanah terbiar. Saya dapati berdasarkan soalan bertulis saya pada sidang yang lepas, sejak tahun 2018 hingga ke April tahun ini, sebanyak 34 ya, syarikat ataupun entiti baru telah dimasukkan dalam senarai Jadual Ketiga, Enakmen Rizab Melayu Negeri Sembilan. Jadual 3 ini adalah jadual di mana syarikat atau mereka yang tidak termasuk dalam takrif orang Melayu dalam enakmen tersebut, diberi kebenaran untuk membangunkan tanah-tanah Rizab Melayu ini. Jadi soalan saya sebenarnya pagi adalah apakah, pertamanya kriteria yang dipertimbangkan untuk memasukkan contohnya 34 syarikat ni bawah jadual tersebut dan apakah dasar ataupun hala tuju pembangunan yang dibenarkan kepada mereka ini untuk dibangunkan? Dan berapa besarkah kawasan-kawasan dari segi hectarage-nya dan apakah sektor-sektor yang dipertimbang untuk diberi, untuk dibangunkan mereka ini? Dan sejauh manakah syarikat-syarikat ini telah berjaya untuk membangunkan projek-projek tersebut dan berapa banyak yang telah, maksud saya, end user ya, khususnya orang Melayu yang telah menerima manfaat daripada projek-projek bawah syarikat Jadual Ketiga ini?
Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, ini mungkin dari segi kita punya prosedur, sekali lagilah saya mohon sepertimana yang saya sebut pada pagi tadi, kalau boleh dalam soalan lisan, pastikan susunan itu supaya semua wakil-wakil rakyat ini diberi peluang untuk bertanya soalan lisan. Dan kalau boleh elakkan seorang YB tu menerima, mendapat soalan lisan 2 kali walhal ada ADUN lain yang tak, tak mendapat soalan lisan.
Yang akhir sekali Dato’ Yang Dipertua adalah berkenaan dengan kita punya pe, apa nak kata tu, yang mana pada hari Jumaat lepas kita ketepikan langsung, kita gugurkan soalan lisan untuk memberi laluan kepada belanjawan. Saya, saya, saya faham bahawa perkara XXX dalam kita punya Peraturan Tetap ini boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Tapi saya percaya itu tidak sesuai kerana soalan lisan inilah satu perkara yang sangat penting, agenda yang sangat penting dalam Dewan. Dan kalau kita lihat, minggu ni pun, hari Jumaat kita akan bersidang. Kalau
boleh, saya cadangkan pada sidang belanjawan yang akan datang, kita buat daripada pagi, kita teruskan dengan soalan lisan, belah petang kita buat belanjawan. Tak ada masalah kan. Dan pada saya soalan lisan ini adalah satu agenda yang, yang sangat penting. Dan belanjawan inilah satu benda yang memang kita dah susun, bukan satu perkara yang tergempar. Jadi saya percaya tak perlu, tak, tak ada alasan untuk kita menggugurkan soalan lisan pada masa akan datang. Itu saja yang ingin saya sampaikan. Terima kasih.
Okay terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya mintak Yang Berhormat lain sambung bahas. ADUN Senawang, eh, Seremban Jaya.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, terima kasih beri peluang saya. Belanjawan NS 2022 Negeri Sembilan Darul Khusus. Belanjawan Negeri Sembilan 2022 Negeri Sembilan Darul Khusus berjumlah Ringgit Malaysia 520 juta telah pun dibentangkan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ADUN Sikamat; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan ribuan terima kasih kepada Pegawai Kewangan; Dato’ Mohd. Khidir atas usaha dan perancangan yang bijak. Pembentangan belanjawan pada Jumaat lepas, 26.11.2021 secara langsung bukan sahaja disaksikan secara terus oleh jabatan-jabatan, agensi-agensi, seluruh warga Negeri Sembilan dan juga seluruh warga Malaysia. Pembentangan belanjawan kali ini memberi 8 Bidang Tumpuan yang terdiri daripada ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, institusi adat dan pentadbiran.
Meskipun jumlah belanjawan tahun 2022 sejumlah Ringgit Malaysia 520 juta berkurangan berbandingan dengan Ringgit Malaysia 590 juta bagi tahun 2021, belanjawan yang dirangka tahun ini tidaklah serendah mana. Pengurusan ini pasti ada jawapannya yang dapat diselesaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan kepada rakyat sering berbicara.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, masalah DUN Seremban Jaya. Lampu isyarat di Jalan Persisiran Forest Heights. Permohonan lampu isyarat di perantaraan jalan menuju ke Taman Dusun Nyiur dan SMK Forest Heights bagi mengatasi kesesakan lalu lintas telah dibangkitkan di dalam persidangan Dewan tahun 2020. Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, jawapan juga telah di mana pihak Majlis telah melantik pihak kontraktor bagi membina jalan susur di bahagian center berlian di jalan utama Persisiran Forest Height 1 dari persimpangan tersebut.
Surat juga telah dihantar kepada pemaju Forest Heights bagi menyediakan lampu isyarat tersebut sebagai syarat pada pembangunan akan datang. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, namun begitu, masih belum ada sebarang pelaksanaan meskipun kepesatan penduduk terus bertambah dengan pembangunan projek perumahan di kawasan persekitaran.
Persimpangan ini juga menjadi susur keluar masuk dan sering berhadapan dengan kemalangan yang membahayakan pengguna jalan. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, Jalan Persisiran Taman Forest Heights menjadi laluan utama penduduk dari Taman Forest Heights 1 hingga 5. 5 Fasa. Terdapat juga 2 sekolah iaitu SMK Taman Forest Heights dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ulu Kanchong yang turut menggunakan susur jalan ini. Penduduk Taman Bidara, Taman Dusun Nyiur, Paroi, Senawang juga turut menggunakan jalan ini. Dengan kata lain jalan persisiran ini menjadi tumpuan dan laluan pengguna jalan pelbagai taman. Justeru itu, pelaksanaan lampu isyarat perlu diberi keutamaan demi keselamatan pengguna jalan dengan mengambil kira penggunaan jalan ini sebagai jalan utama dari pelbagai tempat.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, culvert dan sistem perparitan yang cetek punca limpahan air di Kampung Baru Rahang. Air sering melimpah ke jalan terutama selepas hari hujan berterusan dan culvert sedia ada tidak dapat menampung aliran air deras yang lalu, laju dengan kuantiti yang banyak. Meskipun culvert sedia ada agak besar tetapi agak cetek dan mudah dipenuhi tanah dan pasir. Walaupun kerja-kerja pembersihan dilakukan, tetapi isu tetap akan berulang bila mana hujan berterusan. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian, saya berharap pihak JKR Negeri Sembilan dapat turun padang dan meninjau sendiri masalah yang dibangkitkan ini agar limpahan air dapat diatasi. Lokasi yang dimak, maksudkan adalah culvert berhampiran rizab JKR berhampiran tapak pasar pagi dan bersebelah premis perniagaan nombor 68, Kampung Baru Rahang.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, kerosakan lampu isyarat utama dan lampu jalan di Taman Seremban Jaya. Kerosakan lampu isyarat utama di persimpangan masuk Pasaraya Tesco, lampu isyarat persimpangan empat berhadapan 7 Eleven, lampu isyarat simpang empat susur keluar masuk Fasa 10 Taman Seremban Jaya dan Bandar Seremban Selatan kerap dilaporkan. Kerosakan lampu isyarat lebih 3 kali akan dilaporkan pada setiap masa dan se, setiap bulan. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, lampu isyarat ini kerap tidak berfungsi terutama ketika hujan lebat dan cuaca tidak baik. Dan kerap juga dibaiki pihak Majlis. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya amat berharap ini, isu ini dapat diselesaikan bagi jangka masa panjang agar isu dapat diatasi. Begitu juga lampu jalan SJ
5/1 sepanjang jalan Seremban Jaya, Taman Seremban Jaya dan lampu, lampu persiaran jalan Seremban Jaya.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, sampah haram. Masyarakat tidak berhati, prihatin dan bersikap be, mementingkan diri sendiri suka membuang sampah merata tempat menjadi isu yang tidak berkesudahan di setiap taman. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, sebagai Majlis Bandaraya Seremban, penguatkuasa dan tindakan tegas perlu dilaksanakan bagi membendung isu ini dari ter, terterusan, berterusan kerana pencemaran pembandangan, pemandangan persekitaran memburukkan keadaan. Masyarakat setempat perlu diberi pendedahan yang luas agar tidak membuang sampah di merata tempat dan sikap pen, pentingkan diri sendiri perlu diubah agar amalan menjaga kebersihan dapat dipupuk. Timbalan Dato’ Yang Dipertua, apabila penguatkuasa, kuasaan dan tindakan tegas dilaksanakan, dan sikap pen, penting, pentingkan diri sendiri dikikis pasti isu ini dapat dibendung.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, dewan serbaguna atau dewan sukan khas. Pihak Kerajaan Negeri Sembilan disarankan membina sebuah dewan ser, serbaguna atau dewan sukan yang dilengkapi tempat penginapan bagi menjadikan Negeri Sembilan pusat sukan yang setanding dengan negara pembangunan. Seremban 2 atau Sendayan yang masih mempunyai banyak tanah kosong boleh dijadikan pusat sukan yang menem, menempatkan pelbagai jenis sukan. Tanah, tanah seluas 20 atau 30 ekar boleh dikenali pasti dan digunakan untuk tujuan pembinaan dewan serbaguna atau dewan sukan yang menghimpunan pelbagai jenis sukan berpusat di satu tempat. Dato’, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, saya berharap cadangan membina dewan sukan khas ini dapat dilaksanakan bagi menarik minta, minat semua golongan atlet dari dalam negeri atau luar negara bagi mendapatkan latihan dan bergiat dengan pelbagai jenis sukan dengan pelbagai kemudahan. Dato’ Yang Dipertua, saya sokongan perbahasan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Saya mintak Yang Berhormat lain untuk sambung perbahasan. Gemencheh? Kalau ini hari tidak ambil bahagian, saya mintak nanti kerajaan terus gulung. Saya mintak tolong. Gulung haa? Gemencheh, Gemencheh, bangun, bangun. Johol? Pertang? Semua sudah tidur haa? Temiang, belum bersedia? Nanti saya bagi kerajaan gulung nanti you orang rugi. Okay, Yang Berhormat Mambau. Teruskan.
Terima kasih Timbalan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kerana membenarkan Mambau untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan untuk tahun 2022, Persidangan
Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.
Saya, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas dan terima kasih kepada pimpinan pihak Kerajaan Negeri yang sudi menuri, meneruskan insentif Tabung Usahawan Negeri Sembilan iaitu TUNS sebanyak 3.0 juta dan juga 3.0 juta kepada insentif TUNS Plus dalam bajet belanjawan 2022 ini. Dato’ Yang Dipertua, kedua-dua insentif TUNS dan TUNS Plus ini memang dapat membantu dan menyentuh hati kepada rakyat jelita kerana, kerana mereka dapat meneruskan perniagaan mereka pada tempoh masa pandemik COVID-19 ini. Dan begitu juga dapat meringankan beban hidup kepada keluarga mereka masing-masing.
Di samping itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih jugalah insentif Bantuan Anak Sekolah iaitu BAS dan Biasiswa Anak Negeri (BAN) juga mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, ibu bapa murid-murid sekolah dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah. Kita boleh rasa bahawa apabila pusat khidmat menyampaikan men, meng, menye, menyuruhkan ibu bapa datang ke pusat khidmat untuk menerima cek, kita dapat merasakan betapa lega hati mereka sebab dapat menolong, menolong meringankan beban keluarga mereka. Jadi, ini semua ialah satu, semualah insentif yang bagus kepada rakyat jelita.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan lot tanah 40795 tadi. Pada pagi tadi, terima kasih kepada Dato’, Yang Amat Berhormat telah memberi penjelasan yang cukup tentang permohonan tapak tanah kepada pihak yang ketiga. Jadi di sini saya ingin mem, mem, memberitahu, memberitahu kepada semua mengapakah tapak tanah ni sebelum ini ialah rizab jalan, rizab jalan lama untuk JKR. Mengapa tiba-tiba boleh di, di, dapat dipohon oleh pihak yang ketiga? Jadi ini ialah memang satu, memang satu cara yang tidak baiklah, memang satu cara yang tidak baik oleh MMK yang dulu. Ini tidak baik. Kita kena, kita kena jaga tapak yang rizab ini untuk kalau nak pakai untuk kegunaan orang awam, kegunaan semua orang awam, bukan untuk individu saja. Saya, jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri Pakatan Harapan janganlah ikut cara, cara MMK yang dulu untuk yang men, senang saja membagikan permohon, kelulusan tanah kepada pihak yang ketiga. Jadi saya tahu saya, daripada ini satu ekar tanah ini, satu ekar tanah ini memang sesuai dan satu tempat hotspot, hotspot untuk orang-orang ramai di tepi jalan sana. Sebab setelah dipagarkan, macam-macam masalah tertimbul termasuk jalan lalu lintas taman perumahan telah ditutupkan, ditutup dan tidak boleh jalan dan ada yang pengusaha-pengusaha perniagaan di dalam tanah tersebut pun tidak boleh berniaga akibat tutup jalan. Jadi saya bercadanglah, saya bercadang kalau boleh Kerajaan Negeri boleh lihat semula atau mengambil alih tempat tapak ini untuk, untuk buat
penempatan penjaja tepi jalan berkumpul di situ kerana di kawasan DUN Mambau memang ada ni apa ni, tidak dapat tempat yang sesuai untuk menempatkan ini penjaja-penjaja tepi jalan yang sudah lama meng, menimbulkan masalah di kawasan DUN Mambau. Jadi saya berharap kalau boleh pihak Kerajaan Negeri boleh menempat, mengambil, mengambil alih tanah ini untuk menempatkan untuk penjaja-penjaja tepi jalan.
Timbalan Dato’ Yang Dipertua, jadi di, di samping itu saya ingat di, mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa perkara tentang masalah tempatan. Salah satu iaitu isu harta tanah semak samun dan rumah terbiar atau bangunan terbiar mengakibatkan isu keselamatan dan kacau gangguan kepada jiran. Jadi pada, berkali-kali sidang Dewan kita, termasuk semua ADUN di sini pun ada membangkitkan soalan ni, masalah ni, tetapi nampaknya tidak, hasil, hasil tidak sampai, sampai tidak berapa berjayalah untuk mena, memenangi masalah ini. Jadi, latar belakang isu masalah harta tanah semak samun dan rumah terbiar adalah masalah sosial kronik dan telah berlanjut berpuluh-puluh tahun. Kawasan DUN saya terutamanya di taman perumahan lama, sering kali menerima aduan. Antara aduan seperti pencerobohan ular, tikus dari harta tanah jiran yang berka, yang, yang berkeadaan semak samun atau rumah terbiar. Dan ini telah mengancam ketenteraman kehidupan harian penduduk di kawasan DUN saya. Isu ini berpunca daripada pemilik harta yang tidak bertanggungjawab. Aduan ini telah berkali-kali saya maklum kepada Kerajaan Tempatan atau PBT. Antara tindakan yang diambil oleh PBT seperti gantung banner amaran, memberi kompaun, tindakan pembersihan dari PBT dan tindakan lanjut ke mahkamah. Tindakan semua ni tersebut pun tidak berkesan sangat. Gantung banner amaran, pemilik harta tidak peduli. Ini, ini yang pertama. Memberi kompaun, notis kompaun tidak sampai kerana alamat pemilik harta tidak relevant. Tindakan pembersihan dari PBT atas kos tanggungan PBT dan bil tindakan pembersihan gagal dihantar kepada pemilik harta kerana alamat pemilik harta tidak betul, menambah beban status kewangan PBT. Dan juga tindakan mahkamah, notis mahkamah tidak diterima oleh pemilik harta kerana alamat pemilik harta tidak betul. Jadi semua ini nampaknya tidak berkesan. Saya dimaklumkan bahawa PBT Seremban, MBS sedang berusaha mengemaskini data pembayar cukai taksiran dan menyurat nombor telefon pemilik pelbagai, sebagai maklumat mandatori supaya pembayar cukai taksiran yang relevant ini dengan isu yang disebut atas dapat dikesan. Saya hargai usaha dan terima kasihlah kepada PBT Seremban ini tetapi saya rasa tidak mencukupi.
Jadi, saya han, saya ingin memintak sikit penjelasan atau soalan kepada pihak Kerajaan Negeri, bagaimana jabatan atau unit Kerajaan Negeri
yang berkaitan bekerjasama dengan PBT untuk mengesan pemilik harta yang menimbul isu yang dibangkit ini. Contoh, PBT diberi peke, pengecualian khas, maksudnya tiada koslah dalam Carian Rasmi maklumat pemilik harta di Pejabat Tanah Dan Galian yang berkaitan dengan isu ini. Dan bagaimanakah unit pakar undangan yang sedia ada dikaji semula dalam tempoh terdekat supaya punca kuasa ditambah baik membolehkan PBT menyekat dan mengarah pembayar cukai taksiran menghadir secara fizikal di PBT berkaitan untuk mengemas kini data maklumat harta serta menyelesaikan tunggakan kompaun yang berkaitan PBT. Jadi, dan juga bagaimana jabatan yang, dan unit Kerajaan Negeri mengarahkan segala transaksi atas talian PBT mememtore, memandatori maklumat telefon bimbit yang sah, nombor kad, kad pengenalan yang sah seperti dalam kad pengenalan. Jadi, semua ini saya rasa pihak kerala, Kerajaan Negeri boleh, boleh, boleh ambil tindakan untuk, untuk menyelesaikan masalah yang harta tanah semak samun ini yang datang menimbul masalah kepada kejiranan.
Jadi di, jadi akhir sekali saya ingin membuat satu pertanyaan lagi mengenai satu lesen penduduk sementara (LPS) yang ber, berlokasi di kolam dekat, dekat kolam ikan Jalan Ulu Ara. Jadi saya sentiasa mendapat aduan atau menerima pertanyaan daripada golongan lebih daripada 50 pemilik pengusaha kolam ikanlah di Ulu Ara, Mambau. Dan ini, pertanyaan ini juga telah dibangkitkan pada tahun 2018, bulan Disember 208, tentang masalah ni, lesen penduduk sementara mereka tidak dapat diperbaharui, dibaharui, jadi di bawah Seksyen Kanun Tanah Negara. Jadi saya ingin di sini bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri, apakah perkembangan status, status terkini terhadap lebih daripada, hampir 50 ekar, eh 50, sorry, minta maaf, 50 pemilik pengusaha kolam ikan ini, macam manakah status, status perkembangan atau tentang persoalan lesen pembaharui lesen penduduk sementara (LPS) ini?
Jadi, di, di sinilah akhirnya perbahasan pada kali, Mambau pada kali ini. Mambau menyokong penuh bajet belanjawan pada tahun 2022 ini. Terima kasih Timbalan Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Saya minta Yang Berhormat lain untuk teruskan perbahasan. Silakan Yang Berhormat Johol.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, wabihi nasta’in, robbisyrohlisodri wayassirli amri, wahlul uqdatammilisani yafqohu qauli. Rabbi yassir walaatu'assir ya karim.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya pada petang ini untuk bersama-sama dalam membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022. Dan bagi pihak kami, kami mengucapkan tahniah terutama kepada Kerajaan Negeri yang telah dapat membentangkan belanjawan yang berjumlah 550 juta dengan tema “mendaya upaya ekonomi rakyat”. Sebenarnya kalau kita lihat dari segi pertambahan belanjawan pada setiap tahun, sepertimana yang dikatakan oleh rakan-rakan kami tadi, sepertimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau jugak ya, bahawa dalam keadaan pandemik ini, mahu tak mahu setiap kerajaan pasti akan melipatgandakan usaha menambah apa jugak perbelanjaan-perbelanjaan demi untuk memenuhi hasrat rakyat yang banyak terkesan semasa pandemik ini telah melanda negara kita. Dan jugak kepada mereka-mereka jugak yang kehilangan mata pencarian disebabkan tutupnya syarikat-syarikat, kilang-kilang kan, mahupun di peringkat negara kita dan jugak di Negeri Sembilan jugak ramai, banyak kilang-kilang dan jugak syarikat-syarikat yang telah tidak dapat meneruskan operasi mereka.
Tetapi dalam keadaan pandemik ini jugak, apabila banyak sektor-sektor ekonomi yang telah dibuka, kita jugak mendapat banyak aduan-aduan daripada peniaga-peniaga bahawa kadang-kadang kita lihat peluang pekerjaan itu ada, tetapi mungkin disebabkan ada pemilihan sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja, banyak jugak kerja ni, apa dipanggil tempat seperti restoran kan, tidak dapat diisi lebih-lebih lagi dengan pekerja-pekerja tempatan. Jadi dalam hasrat yang, belanjawan yang begitu besar ini, seharusnyalah kan, ada galakan-galakan supaya mereka-mereka yang terjejas, sektor ekonomi yang baru nak membuka ekonomi seperti kedai-kedai dan jugak syarikat-syarikat ada insentif-insentif yang di apa, yang perlu dibantu oleh Kerajaan Negeri kepada mereka-mereka ini. Dan kita juga, saya jugak amat berharap bahawa bajet belanjawan yang dibentangkan ini adalah satu belanjawan yang akan menepati kumpulan-kumpulan sasaran dan jugak bajet ini dapat dirasai oleh semua rakyat di Negeri Sembilan khususnya.
Dato’ Yang Dipertua, menyentuh kepada bajet ini, saya tidak nafikan ada banyak bidang-bidang tumpuan ya, ada 8 Bidang Tumpuan yang telah dibentangkan dengan 12 yang baru, yang meliputi 40 sedia ada dan jugak 52 inisiatif baru yang dianggarkan sebanyak 64.09 juta kan. Kalau kita melihat dari segi Bidang Tumpuan yang pertama ya, saya ingin mencadangkan bahawa ada elemen-elemen yang perlu diberi penekanan yang lebih. Contohnya pembangunan yang melibatkan tanah terbiar. Tanah terbiar ini memang kita tidak nafikan di Negeri Sembilan ini banyak tanah-tanah terbiar disebabkan oleh isu-isu yang bukan mudah untuk diselesaikan. Isu-isu tanah yang melibatkan tanah yang tidak ditukar hak milik ya. Isu-isu tanah yang melibatkan tanah pusaka. Jadi,
ada, bila ada inisiatif pembangunan tanah-tanah terbiar ini, maka kawasan-kawasan seperti kawasan saya Johol di luar bandar, akan dapat menikmati insentif yang telah, yang telah diumumkan ini kerana kita sedia maklum kalau berkaitan dengan isu tanah ini, memang lebih kepada tumpuannya ialah tanggungjawab dan jugak bidang kuasa Kerajaan Negeri itu sendiri.
Dato’ Yang Dipertua, saya jugak ingin menyentuh berkaitan dengan pemerkasaan komuniti yang sepertimana yang dikatakan dalam Bidang Tumpuan yang nombor 4 ya, iaitu melibatkan 11 inisiatif yang telah diumumkan oleh pihak, oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat pada hari Jumaat yang lepas, kan. Dan saya jugak pernah bercakap dalam soal kemudahan awam yang perlu mendapat perhatian dari Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan ataupun jugak pihak Kerajaan Negeri itu sendiri. Saya melihat geran kemudahan awam ya, seperti geran untuk balai raya kan, untuk padang-padang awam perlulah diambil kira dalam untuk pemerkasaan komuniti ini.
Kita tidak nafikan peluang untuk menggunakan balai raya dan jugak tempat-tempat awam yang, yang di bawah bidang kuasa Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan Kerajaan Negeri memang kami sebagai ADUN pembangkang ini hanya selalu dapat melihat sahaja. Walaupun perkara ini pernah saya suarakan, pernah saya utarakan dalam persidangan yang lepas, kalau ada program-program yang bukan melibatkan politik, maka boleh digunakan tetapi saya difahamkan walaupun Pihak Berkuasa memberi kebenaran, tetapi Pihak Berkuasa di kampung-kampung iaitu wakil Kerajaan Negeri seperti MPKK, orang ini yang paling banyak sekali yang membuat bising, yang tidak membenarkan wakil rakyat – wakil rakyat ataupun apa jugak agensi yang Persekutuan untuk menggunakan kemudahan ini. Tapi walau bagaimanapun, sebagai struktur yang ada di dalam kawasan kami, saya mencadangkan sebab benda ini seperti balai raya, padang, ini adalah kemudahan yang telah disediakan awal lagi, sebelum pertukaran kerajaan. Benda itu telah sedia ada di kampung-kampung. Dan seharusnyalah pihak Kerajaan Negeri memikirkan geran untuk kemudahan awam ini supaya balai-balai kemudahan awam ini dapat digunakan oleh rakyat setempat.
Tuan Dato’, Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, saya jugak ingin menyentuh berkaitan dengan insentif Bidang Tumpuan yang ke-7 iaitu institusi adat ya. Institusi adat ini, alhamdulillah saya tengok ada geran-gerannya sekarang iaitu berkaitan dengan adat ini. Ada 3 insen, inisiatif berkaitan dengan institusi adat. Dan apa yang saya nak sarankan di sini, satu ketika dulu saya pernah jugak menyuarakan kepentingan iaitu menyediakan Balai Penghulu bagi Penghulu Luak ya, ya. Kalau saya di Johol, saya ada Luak yang diperin, yang ditadbir oleh Yang Teramat
Mulia Dato’ Undang Luak Johol. Dan saya jugak ada Luak yang ditadbir di bawah Luak Tanah Mengandung ya. Jadi saya melihat ada peruntukan dan jugak ada cadangan untuk institusi adat ini dan saya amat berharap permohonan atau jugak cadangan yang saya kemukakan dalam persidangan yang lepas iaitu menyediakan kemudahan Balai Penghulu untuk Penghulu-Penghulu Luak ini haruslah diambil kira dan diberikan perhatian yang utama untuk dijalankan pada tahun 2022 nanti.
Dato’ Timbalan Yang Dipertua, berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Chennah pagi tadi, saya amat tertarik apa yang dikatakan oleh beliau berkaitan dengan peruntukan Persekutuan ya, yang perlu ada penambahan kepada Kerjaan Negeri. Tetapi saya jugak ingain menarik perhatian kepada, dalam Dewan yang mulia ini, berkaitan dengan peruntukan Persekutuan ini. Saya melihat memang kita tidak nafikan pernah di-highlight diutarakan oleh, dalam sesi yang lepas berkaitan dengan peruntukan MARRIS ini. Memang kita tidak nafikan MARRIS ini adalah peruntukan Persekutuan yang telah diberikan mutlaknya kepada Kerajaan Negeri untuk menyelenggara jalan-jalan, kan. Apa yang saya lihat, di kawasan luar bandar, banyak pembangunan-pembangunan, repair-repair jalan ya, hanya menggunakan duit MARRIS. Saya pun tidak tahu berapa sebenarnya sumber yang dikeluarkan sendiri dalam peruntukan Kerajaan Negeri. Dan apa yang saya difahamkan kalau ada je, kerja-kerja melibatkan repair jalan dan jugak longkang, selalu diperkatakan benda ni adalah peruntukan MARRIS.
Dan saya jugak menyeru ya, sepertimana kan, dikatakan Yang Berhormat Chennah tadi kan, bahawa kadang-kadang benda itu dibuat di dalam kawasan kami. Kawasan yang bukan ADUN Kerajaan Negeri, kawasan pembangkang tetapi duit itu adalah duit MARRIS. Kita sedia maklum ya, hak mutlak Kerajaan Negeri. Tetapi sebagai orang kata tu, kami ni wakil jugak daripada Kerajaan Persekutuan, jadi bolehlah saya mohon kepada Kerajaan Negeri, perkara yang berkaitan dengan MARRIS ini eloklah ya, saya mencadangkan ada diberi ruang kepada kami untuk sama-sama untuk memikirkan bagaimana kita nak menjadikan peruntukan ini, sasaran kepada peruntukan ini lebih luas lagi kepada kawasan-kawasan yang memerlukan peruntukan ini kan.
Tuan Yang Dipertua, Dato’, Tuan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dalam berkaitan dengan isu-isu kawasan ya. Saya pada hari ini nak mengambil kesempatan untuk memaklumkan jugaklah, saya memohon kepada agensi Kerajaan Negeri iaitu SAINS ya, SAIINS, supaya melihat balik semula ya, kawasan-kawasan yang berada dalam ya, kawasan pedalaman supaya masalah air, tekanan air ini diberi perhatian yang sewajarnya. Kawasan seperti di tempat saya ya, di Inas ya, selalu berlaku masalah air kerana masalah di rumah pam ya. Dan kawasan Inas ini
airnya daripada Inas tetapi dia menyalurkan air sampai ke sempadan Rembau iaitu perkampungan Orang Asli yang mana apabila sambungan kepada kawasan Orang Asli itu telah menyebabkan ada kawasan-kawasan di sekitar Kampung Inas telah terjejas. Jadi kalau penyelenggaraan rumah pam di kawasan ini dapat dijalankan dengan baik, saya rasa masalah ini akan dapat diselesaikan.
Dan saya mengambil kesempatan sekali lagilah, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, berkaitan dengan isu tanah adat ini ya, saya selalu berkata pasal isu tanah adat ini agar dapat dipermudahkan. Saya pun tidak pasti kenapa Enakmen Tanah Adat ini ditarik balik ya, tetapi sebenarnya perlu ada perbincangan yang, yang mana boleh kita jadikan tanah adat ini boleh dibuat dalam bentuk pembangunan dan perkara-perkara yang boleh menguntungkan banyak pihak.
Dan hal-hal lain, yang berkaitan dengan banyak janji-janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri seperti apa yang kita pohon, yang berkaitan dengan khusus Kerajaan Negeri ya, masih lagi belum dibuat di kawasan Johol. Saya pernah mintak daripada EXCO apa ni, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan kan, masih lagi belum dapat dijalankan. Dan jugak satu lagi berkaitan dengan banjir, banjir kilat yang sering melanda di kawasan Johol iaitu berkaitan di Sungai Kuala Johol. Walaupun kami jugak memohon daripada Kerajaan Persekutuan, tapi saya mohon kerjasama daripada agensi Kerajaan Negeri untuk turut bekerjasama bagi menyelesaikan masalah-masalah banjir ni supaya kita dapat menyegerakan apa jugak keputusan seperti peruntukan dan jugak kaedah bagaimana kita nak mencegah banjir ini dapat kita atasi dengan kadar segera.
Antara yang terakhir Dato’ Timbalan Yang Dipertua, berkaitan dengan ada agensi-agensi Kerajaan Persekutuan ya, yang berada di Negeri Sembilan ini ya, tapi dari segi sistem penggajian mereka dibayar oleh Kerajaan Negeri kan. Saya mendapat makluman daripada pihak-pihak yang berkata mungkin ada tangan-tangan ghaib yang kadang-kadang itu, walaupun mereka itu agensi Persekutuan, tetapi mereka dibayar oleh agensi negeri, maka untuk membantu wakil rakyat pembangkang ini, tidak diberikan keutamaan. Saya, saya amat berharap sepertimana yang dikatakan oleh YB Chennah pagi tadi kan, sekarang ini kita berada dalam keadaan norma politik yang baru, norma politik yang kita merentas sempadan kepartian itu sendiri. Jadi saya amat berharap perkara ini dapat kita atasi dan jugak apa jugak hasil daripada yang kita sepatut dapat akan dapat manafaat oleh penduduk di setempat ya.
Dan satu perkara yang terakhir iaitu berkaitan dengan, ini pun agensi yang berkaitan dengan pembuangan sampah ya, pelupusan sampah,
SWM ya. Saya dimaklumkan kalau kerja-kerja gotong-royong pun SWM ni, pokok-pokok pun nak dicajnya ya, nak dikenakan bayaran. Jadi saya amat berharap dalam Dewan yang mulia ini, saya menarik perhatian semua ya, pihak-pihak yang terlibat dalam pelupusan sisa pepejal ini supaya menberikan sedikit kelonggaran. Kalau orang kampung nak buat gotong-royong pun nak buang sampah ke tempat pelupusan sampah yang berada sempadan daripada kawasan saya pun, nak dikenakan bayaran. Jadi saya rasa benda ini tidak munasabah. Dan saya harap ada tindakan yang diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Jadi saya rasa Dato’ Timbalan Yang Dipertua, itu sajalah yang nak sampaikan pada petang ini berkaitan dengan Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang sepertimana kita tahu temanya ialah membudaya, “mendaya upaya ekonomi rakyat”. Dan kita berharap agar kita dapat merealisasikan apa yang kita hajat dalam belanjawan 2022 ini. Sekian, assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya silakan Yang Berhormat untuk ambil bahagian bahasan. Gemas. Gemas, tak ada dengar? Gemas? Sungai Lui? Saya bagi lagi 5 minit. Kalau tidak nanti, saya mintak kerajaan gulung terus. Lobak? Ini hari tak ada selesai, besok tak ada lagi. Okay, saya bagi 5 minit, kalau tidak, sesiapa tidak ambil bahagian ini perbahasan saya akan tangguh pulak. Nanti saya panggil kerajaan gulung terus.
Saya sokonglah.
Lagi ada 3 minit. Nanti besok jangan salahkan saya pulak. Bila kita bagi peluang, tak nak ucap haa. Haa inilah steady, Gemas. Yang Berhormat Gemas, teruskan.
Okay, bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, terima kasih kepada Dato’ Timbalan Speaker, memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan 2022 di bawah tema “Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat”. Pertamanya saya mengucap syabas dan tahniah di atas pembentangan bajet yang telah dibentangkan, alhamdulillah. Yang saya melihatkan ada beberapa intipati baru yang dimasukkan untuk kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, yang saya melihatkan ada beberapa teras utama yang telah dinyatakan dan saya amat, melihatkan ianya sebagai satu pendekatan yang baik dan ada penambahbaikan untuk kesejahteraan dan kemakmuran negeri kita untuk kita agihkan bersama kepada rakyat di Negeri Sembilan ini.
Jadi, Tuan yang Dipertua, di sini saya juga ingin menyentuh beberapa perkara yang boleh kita kongsikan ataupun yang boleh kita ketengahkan atau yang boleh kita fikir-fikirkan bersama. Pertama, saya nak menyentuh tentang Rumah Mampu Milik. Kalau diikutkan Rumah Mampu Milik di Gemas yang telah dirasmikan pada 16 Februari 2019 oleh Yang Amat Berhormat Sikamat di Dewan Besar Gemas, tetapi sehingga kini masih lagi belum nampak lagi pewujudan rumah tersebut. Kita melihatkan rumah tersebut sebanyak 136 unit, milik ataupun Type A, dengan harga 80 ribu, tetapi kita melihatkan sehingga kini masih lagi belum mendapat sebarang response ataupun tindak balas daripada pihak Kerajaan Negeri. Sebelum ni saya pernah mengutarakan, pernah menyuarakan rumah tersebut, dan jawapan daripada pihak kerajaan menyatakan bahawa nama-nama tersebut masih dalam tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tetapi berapa lamakah masa yang diambil untuk memastikan mereka yang disaring ini, mereka yang dipilih ini untuk kita dapatkan Namanya, untuk kita keluarkan namanya atau kita nak buat cabut undinya sehinggalah pada hari ini?
Kalau diikutkan kita melihatkan senario perjalanan dari pembinaan rumah tersebut, amat lama sekali dah. Kalau diikutkan daripada tahun 2017, tak silap saya pada 17 Julai, permohonan daripada pemaju telah diluluskan. Kemudian 16 Februari pelancaran rasmi Rumah Mampu Milik Type A untuk penduduk Gemas dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun. 22 Mei kelulusan Pelan Bangunan. 13 Februari 2020, portal perumahan Negeri Sembilan – permohonan Rumah Mampu Milik Type A, Taman Sahabat Gemas.
Jadi saya melihatkan masa dah begitu lama dah. Masa yang diambil begitu lama sekali. Kalau ikutkan Rumah Mampu Milik dengan harga 80 ribu, kita dilihat sekarang ni dengan harga kos semakin meningkat selepas pandemik COVID-19 ini, mampu ataupun tidak pemaju ini membina rumah tersebut? Sepatutnya kalau diikutkan pada tahun 2019, kalau di iklan portal pada 2020, saya rasa sekarang dah mula dah. Kalau dah boleh buat dah rumah tersebut. Dan inilah impian dan hasrat kepada masyarakat Gemas khususnya untuk melihat rumah ini yang sekian lama kita war-warkan, yang telah kita bincangkan sebelum Kerajaan Pakatan Harapan mengambil, mengambil alih kerajaan. Tapi kita nak melihatkan sejauh manakah keberkesanan membina rumah tersebut. Kalau rumah 80 ribu, pada masa itu pun kita memikirkan untung mereka pun tak banyak mana, saya bukan pro kepada pemilik ataupun pemaju, tetapi saya nak melihatkan impaknya kepada masyarakat di Gemas, anak-anak muda, saya melihatkan lebih daripada 400 orang yang memohon, walaupun dalam tempoh yang, yang amat terhad, tetapi kita nak lihatkan sejauh manakah tindak balas ataupun tindakan Kerajaan Negeri untuk
mengeluarkan, untuk menilai dan menyaring mereka ini untuk kita bagi rumah-rumah kepada mereka ini.
Jadi saya mengharapkan kalau bolehlah, mungkin pada tahun depan ke, bulan 12 ni mungkin dah penghujung dah, saya kata, dan kalau ada alhamdulillah. Sebab saya nak lihat sangat, sebab rumah tu dah berapa kali tolak dan pemaju nak cuba tolak pun, mereka ni belum ada kelulusan tak boleh juga. Dan yang malang, amat sadis pemaju dikenakan cukaian. Dikenakan untuk bayaran premium dan dikenakan penalti dan sebagainya, saya amat sedih sekalilah, kerana pemaju sedang menanti apakah, berapa ramaikah senarai nama yang hendak dikeluarkan, hendak dibagikan kepada mereka. Jadi saya mengharapkan ada satu tindakanlah yang amat ketara, yang amat diperlukan oleh saya untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang perumahan mampu milik terutamanya di kawasan Gemas ini.
Jadi, Timbalan Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang SAINS. Kita lihat kalau di kawasan Gemas khususnya, pada musim hujan, paip-paip air ni selalunya mudah pecah. Kalau dilihatkan di kampung-kampung tridisi, kita lihatkan hampir 30 tahun paip-paip tersebut belum digantikan lagi, menyebabkan kampung-kampung tradisi di Gemas, di Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah, Kampung Bangka Hulu, Kampung Ladang, Kampung Kurnia Diraja dan sebagainya. Jadi kita melihatkan apa salahnya kesinambungan permohonan kita dari kerajaan dahulu kita mintak, Kerajaan Negeri sambung mintak kepada pihak Perbadanan Aset Air Berhad untuk menanganti, untuk menggantikan paip-paip air yang telah uzur ini kepada paip-paip air yang baru. Itu yang kedua.
Yang ketiga, saya melihatkan Pasar Awam Gemas. Pasar Awam Gemas juga saya telah utarakan sebelum ini. Saya nak melihatkan cara apakah pengisian ataupun cara bagaimana kita nak melihat pasar tersebut beroperasi ataupun apakah tindakan lain yang boleh kita lihat pasar tersebut digunakan untuk pembangunan ekonomi sementelahan pasar tersebut bersempadan dengan Gemas Baru. Jadi, ucapan terima kasih juga saya nak ucapkan kerana telah ada projek-projek membaik pulih dan sebagainya. Yang saya mencadangkan dulu, ataupun saya memikirkan dahulu, adalah untuk melihat bagaimana pasar tersebut kalau tak sesuai tapak tersebut, nak dipindahkan pasar ke tempat lain, dan tapak pasar tersebut dijadikan sebagai medan kraf ke, ataupun medan selera ke atau bagaimana. Sebab dah terlalu hujung sangat. Dan sebagaimana yang saya katakan dahulu, kita rebrand balik bangunan tersebut. Kita ubah suai dan sebagainya. Kita buat medan selera. Dalam medan selera tu ada kraf-lah mungkin kita buatkan 2 – 3 jualan, ada pakaian, tempat pakaian dan sebagainya, ataupun ada juga yang
difikirkan sesuai. Jadi itu yang saya maksudkan. Kalau kita nak melihatkan, kita membaik pulih saja bangunan tersebut, itu satu impak yang baik tetapi masih kosong lagi. Sekarang saya nak tanya, cara bagaimana pihak kerajaan nak mengembalikan semula peniaga-peniaga yang berminat untuk berniaga di situ? Haa tu yang saya punya maksud. Kalau tak boleh, nak berniaga sayur pun tak boleh lagi, tak ramai lagi yang nak datang ke sana, kerana dulu dikatakan sebagai persaingan dengan apa, pasar raya – pasar raya yang ada, tapi saya mintakkan bahawa cara bagaimana. Sebab saya tak mahu jadi gajah putih. Kos yang baru ini hampir 100 ribu, kos untuk membaiki pasar tersebut. Tapi kalau di, dijadikan gajah putih, saya rasa amat rugilah bagi masyarakat di kawasan Gemas dan Kerajaan Negeri apatah lagi bandar sempadan yang saya nak katakan selama ini. Tidak akan menjadi kenyataan. Kita nak lihat orang berniaga, orang membeli barang-barang di kawasan kita di Negeri Sembilan bukan pergi ke sempadan dan sebagainya. Jadi cuba-cuba kita fikirkan.
Yang seterusnya saya nak melihat juga tapak-tapak perniagaan. Pernah saya menyentuh juga tentang tapak-tapak perniagaan. Dengan modal 10.00 ringgit kita akan untung 100.00 ringgit. Di mana kita menyediakan tapak sahaja kepada mereka-mereka yang hendak berniaga. Kita sediakan tapak. Kawasan kita sediakan. Dan kita cari peniaga-peniaga yang ingin berniaga di tapak-tapak yang kita tentukan yang sesuai, dan mereka binalah, sama ada pasang khemah ke, ataupun nak buat apa, dengan apa, dan sebagainyalah, yang tidak, di mana modalnya tidak dikeluarkan oleh pihak kerajaan ataupun pihak PBT. Jadi saya merasakan bahawa peniaga-peniaga akan merancakkan ekonomi kita. Kita tak perlu keluarkan modal, tapi kita kenakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PBT dan sebagainya. Dan saya yakin dan percaya kalau ini dibuat, di tanah PBT, ataupun di tanah kerajaan yang bersesuaian, saya rasa pendapatan kita ataupun di PBT-PBT akan meningkat.
Dan yang seterusnya, saya juga nak menyentuh tentang jalan alternatif yang melalui Klinik Kesihatan Gemas. Saya pernah berbincang dulu ataupun berbual dengan pihak JKR dan bercakap juga dengan Yang Dipertua Majlis sebelum ini. Kita lihat susur masuk Klinik Kesihatan Gemas tu amat kecil, amat terhad sangat. Di mana kalau kita lihat apabila kenderaan banyak menanti di traffic light, jalan susur masuk ke jalan alternatif tersebut ataupun ke Klinik Kesihatan Gemas tersebut, amat sukar untuk kenderaan-kenderaan besar sedikit melaluinya, dan terpaksa bertahan dahulu daripada mula daripada kawasan mahkamah melalui jambatan, pusat informasi pertanian, dan seterusnya menghala ke Klinik Kesihatan Gemas. Jadi saya merasakan bahawa perlu ada
perancangan cara bagaimana nak melebarkan jalan susur masuk ke Klinik Kesihatan Gemas.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang pemasangan lampu trafik di Taman Desa Permai ataupun yang jalan masuk, susur masuk ke balai bomba. Di situ merupakan kawasan kemalangan sebenarnya, sama ada waktu siang ataupun waktu malam. Kadang-kadang kawasan tersebut tidak berlampu dan tidak terang. Jadi saya menyata, merasakan bahawa kita fikirkanlah sementara pembangunan nak menghala ke sebelah dalam, di Kampung Halacara Baru di sebelah berdekatan dengan Universiti Malaya, saya rasa kita kena fikirkan sesuatulah cara bagaimana kita nak menyelamatkan keadaan dengan tidak ada berlaku banyak kemalangan di kawasan tersebut. Jadi, saya tak tahu sejauh perbincangan telah dibuat dan sejauh mana dapatan yang telah dibin, dibentangkan.
Jadi saya mintak sama-samalah, ada beberapa isu yang telah saya nyatakan tadi, dapat kita fikirkan bersama untuk kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan Gemas, Negeri Sembilan. Sebab saya menyatakan sedemikian, kita lihat, Gemas semakin bertambah pesat dan makin bertambah ramai penduduknya. Maka bilangan kenderaan, mereka yang pergi kerja waktu pagi dan sebagainya, anak-anak bersekolah dan sebagainya, menyebabkan Gemas dapat merancakkan pertumbuhan ekonominya sendiri dengan kedatangan daripada rakan-rakan daripada Gemencheh, daripada Gemas Baru, daripada Segamat dan sebagainya, untuk bersama-sama mem, merancakkan ekonomi di Gemas. Jadi justeru kita fikirkan, kita kena fikirkan cara bagaimana Gemas ini boleh menyahut cabaran memantapkan pertumbuhan ekonominya dan seterusnya melestarikan rakyatnya dengan pembangunan-pembangunan dan kemudahan-kemudahan yang akan di, dapat dibina di Negeri Sembilan ini khususnya di kawasan Gemas ini. Jadi itu saja Timbalan Dato’ Speaker. Sekian, terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Ahli-ahli Yang berbaham, Berhormat, sila ambil bahagian, kalau tidak saya sekejap lagi akan menangguh Dewan. Sungai Lui, belum lagi? Daripada kerajaan? Kalau tiada, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan mesyuarat Dewan.
Sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan usul ini akan disambung semula pada hari Selasa; 30 November 2021 bersamaan 25 Rabiul Akhir
1443 Hijrah mula jam 10:00 pagi, esok. Dewan ditangguhkan, sekian, terima kasih. Persidangan ditangguhkan pada jam 4.30 petang.