Negeri Sembilan · 30 November 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting (Budget) · 496 turns · 35,975 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirrabbil’alamin, wassatulawassala mua’ala asyrofil ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Rodhitu billahi rabba, wa bil-islami dina, wa bi Muhammadin shallallahu 'alaihi wa sallama nabiyyan wa rasula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini. Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah hari ini, 30 November 2021 iaitu hari ketiga bagi Persidangan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri kali ke-14 disambung semula. Sehubungan dengan itu, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap serta tata kelakuan ketika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Saya juga menyeru kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang hadirin supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin memaklumkan bahawa YB ADUN Pilah tidak hadir hari semalam; 29 November 2021. Dan saya telahpun menerima sijil cuti sakit beliau. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamulaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa pertanyaan bagi hari ketiga bermula sekarang dan kita akan tamatkan pertanyaan pada 11:30. Saya persilakan, giliran Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Rahang atas soalan mengenai tebatan banjir. Temiang, Temiang, mintak maaf. Pada tahun 2001, JPS telah melantik perunding bagi menjalankan Kajian Kemungkinan Rancangan Tebatan Banjir bagi Sungai Linggi. Berdasarkan kajian tersebut, beberapa projek secara berfasa telah dijalankan bagi mengurangkan risiko banjir. Sejak pelaksanaan projek dari tahun 2009 hingga 2015, hasil dan pelaksanaan projek secara berfasa tersebut sepanjang 27 kilometer telah disiapkan. Manakala sepanjang 10 kilometer sedang disiapkan dalam projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 4 yang sedang dilaksanakan.

 Kerja segera bernilai lebih kurang 2.97 juta – September 2008 sehingga November 2009;

 Bagi Fasa 1 (4.5 km) – 15.36 juta pada 1 Mac 2019 dan siap pada 3 September 2012.

 Bagi Fasa 2 – 20.14 juta, 6 Januari 2012, tarikh siap 15 September 2013.

 Bagi Fasa 3 – 48.1 juta – 15 Oktober 2014, siap pada 14 April 2016 (10.6 km).

 Dan Fasa 4 – 66.6 juta pada 13 April 2018 dan akan tamat dalam, pada 25 Mei 2022, dan dalam perlaksanaan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui JPS telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Linggi Fasa 5 dalam RM Ke-12

sebanyak 150 juta. Dengan terlaksananya RTB Sungai Linggi Fasa 5 ini dijangka akan dapat mengurangkan risiko banjir bagi kawasan Rasah dan Rahang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua Dewan. Soalan tambahan saya adalah, saya ada hantar satu permohonan kepada Pejabat Yang Amat Berhormat MB dan Pejabat Pengairan Dan Saliran berkenaan dengan cadangan saya iaitu menukar U-drain without dry weather flow, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, channel Sungai Temiang di sebelah bangunan Persatuan Empunya Lori Negeri Sembilan, Jalan Seng Meng Lee kepada U-drain with weather flow channels Sungai Temiang ataupun single box culvert main discharge outlet di sebelah bangunan tersebut pada 3 haribulan November tahun ini. Jadi saya nak tahu apakah perkembangan dan sama ada projek ini boleh dilaksanakan tahun depan ataupun tidak.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat ADUN Temiang. Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa surat tersebut telah saya bincangkan dengan Pengarah JPS dan beliau menyatakan akan ada satu kajian dibuat dan akan memaklumkan mengenai perkara tersebut dalam masa yang terdekat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang tibalah giliran Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya yang kedua.

Dua ke satu? Soalan dia satu ko duo? Saya betulkan. Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Negeri Sembilan, rakan EXCO dan ADUN daripada kerajaan dan jugak semua rakan-rakan dan kawan-kawan daripada pihak sebelah sanalah. Pertama sekali terima kasih kepada ADUN Gemencheh kerana prihatin dengan belia terutama di MPKK-lah. Dan saya ucapkan syabas dan tahniah program-program belia di MPK telah kita peruntukkan sejumlah 649,500.00 melalui MPK, Geran Belia ini telah kita peruntukkan dan salurkan kepada semua Pejabat Daerah Dan Tanah di Negeri Sembilan bermula pada bulan Mei 2021. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ber, dikuatkuasakan pada bulan Mei pada Fasa 1 sampai Fasa 4, segala aktiviti sosial tidak dibenarkan ketika itu. Dan setelah Negeri Sembilan beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara pada 28 September 2021, program-program berkaitan belia sedang rancak dijalankan serta dijangka selesai akhir Disember 2021 ini.

Walau bagaimanapun, suka saya maklumkan, bahawa walaupun dalam keadaan PKP, belia-belia kita terlibat dengan permasalahan COVID-19, COVID-19 di mana mereka terlibat dalam jawatankuasa MPKK untuk membantu mereka-mereka yang dikun, dikuarantin ataupun diasingkan dan jugak mereka ni juga terlibat dalam kes-kes banjir yang mana mereka ini jugak terus membantu. Dalam masa yang sama jugak mereka juga adakan aktiviti secara kecil-kecillanlah ya. Ada jugak dibuat gotong-royong secara yang tidak apa ni, begitu meluas dan jugak program-program yang lain, belia-belia lain, dia mungkin mintak melalui apa ni, katakan EXCO Belia-lah.

Walau macam manapun baru-baru ini kita telah mengadakan pertandingan bola, Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, syabas dah tahniah. Kita telah masuk, peringkat DUN telah habis, kemudian diikuti peringkat, di peringkat Parlimen sekarang inilah dan dijangkakan akan berakhir pada bulan, bulan inilah. Hujung bulan ini. Dan dalam masa yang sama jugak, kita mengadakan jugak pertandingan bola jaringlah ya, di pihak, Piala Puan Seri Wan Hasni; isteri Menteri Besar. Ini jugak kita telah laksanakan baru ni dan telah selesai kelmarin ya.

Dan walau macam mana pun, sayap belia-belia di seluruh Negeri Sembilan oleh kerana masa PKP ni telah selesai, supaya mereka dapat menggerakkan program masing-masing secara yang lebih aktif dan dijangkakan sikit masa lagi kita dah ada bajet yang baru ini, mungkin kita akan lebih rancak lagilah belia-belia kita. Itulah harapan saya. Terima kasih di atas soalan.

Dato’ Yang Dipertua, saya sebenarnya ada kemukakan 2 soalan, saya tanya tadi soalan yang kedua. Tapi tak apalah, saya jadikan ia sebagai soalan tambahan. Di sini saya ingin menyatakan, untuk bertanya berapakah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Majlis Belia Negeri Sembilan, Majlis Belia Daerah serta Persatuan-Persatuan Belia Negeri dan Daerah bagi tahun 2021? Dan seterusnya apakah EXCO Belia terhadap dasar baru, dasar, dasar baru belia di bawah berumur 30 tahun? Mungkin Kerajaan Negeri jugak ada pandangan yang tersendiri. Bagi saya, belum sampai masanyalah, terlalu drastik. Bagi saya biarlah mungkin umur tu 35 tahun baru flexible. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Gemencheh atas soalan berkaitan dengan belia. Sepertimana yang soalan yang berkaitan dengan dana belia yang kita berikan kepada Majlis Belia Negeri dan jugak Majlis Belia Daerah-Daerah ya. Soalan ni telah pernah saya jawab sebelum ini, mengikut maklumat daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, dana untuk pengurusan kepada Majlis

Belia Negeri dan daerah-daerah ini telah diberikan kepada Majlis Belia Negara Kebangsaan dan kemudian disalurkan kepada Majlis Belia Negeri dan daerah-daerah ya. Difahamkan Majlis Belia Negeri mendapat hampir 80 ribu dan Majlis Belia Daerah-Daerah difahamkan mendapat hampir 30 ribu sebagai dana pengurusan.

Maka dengan sebab itu, Kerajaan Negeri di bawah EXCO Pembangunan Belia Dan Sukan, kita mengambil pendekatan untuk membantu NGO-NGO belia ini melalui pendekatan dengan izin, dipanggil program base di mana kita akan membantu NGO-NGO belia ini melaksanakan program berdasarkan kertas kerja yang akan dikemukakan kepada TABAH ya, Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan. Jadi, sebenarnya kita telah membantu banyak NGO-NGO belia di seluruh Negeri Sembilan untuk melaksanakan program sesuai dengan pendekatan ataupun arahan PKP ini di mana kita perlu mengurangkan program-program yang secara bersemuka di mana banyak program-program yang tidak dapat kita laksanakan secara bersemuka. Jadi kita mengadakan program-program secara atas talian. Di antaranya kita mengadakan program bimbingan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dalam menentukan aliran yang mereka hendak pilih untuk belajar, menyambung pelajaran. Dan jugak kerjaya-kerjaya yang mereka ingin pilih selepas mereka tamat pengajian. Dan kita jugak mengadakan program-program atas talian dalam bentuk sukan eSport yang boleh dijalankan secara atas talian.

Begitu jugak kita telah mula ya, sejak, sejak kita masuk ke Fasa 4 ini, kita telah mula menjalankan program-program yang dibenarkan dalam Fasa 4 ini. Di antaranya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Labu tadi, kita mengadakan Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan jugak Kejohanan Bola Jaring Piala Yang Amat Berbahagia Datin Seri Wan Hasni, yang telah sampai ke peringkat Parlimen dan mendapat sambutan hampir, kalau bola sepak itu, melibatkan penyertaan hampir 5,000 pemain daripada peringkat akar umbi di kampung-kampung sehinggalah peringkat DUN dan Parlimen. Begitu jugak bola jaring, kita telah berjaya menarik penyertaan hampir 2,000 anak-anak beliawanis yang ingin menyertai kejohanan bola jaring yang sudah hampir 3 tahun, 4 tahun tidak dilaksanakan ya, oleh kerajaan.

Berkaitan dengan satu lagi tadi apa?

Dasar baru…..

Umur, umur …..

….. had umur.

Umur belia di bawah 40 tahun ya, ataupun sekarang ni Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk melaksanakan umur belia itu di, dikurangkanlah ke, sehingga 30 tahun tetapi secara berfasa. Sekarang ni fasa ni kita kurangkan kepada 35 tahun dahulu. Kemudian seterusnya kepada 30 tahun.

Bagi Kerajaan Negeri, kita mengambil pendekatan bahawa kita bersetuju untuk melaksanakan arahan ini secara berfasa di mana kita sedia maklum bahawa pemimpin-pemimpin belia yang ada pada hari ini kebanyakannya telah mencapai umur 40an, 40 tahun. Dan mereka memerlukan masa untuk melatih pelapis-pelapis yang akan meneruskan kepimpinan di peringkat Majlis Belia Negeri dan Daerah. Begitu jugak pelapis di peringkat NGO-NGO belia. Sebab itulah bagi saya, kita kena mengambil pendekatan dan mendidik pemimpin-pemimpin belia itu, iaitu antara salah satu ciri kepimpinan yang baik adalah mereka mesti bersedia untuk memberikan ataupun melahirkan kepimpinan baru. Di antara ciri pemimpin yang baik ialah mereka melahirkan kepimpinan yang baru yang mengambil alih kepimpinan yang sedia ada. Kalau kita gagal melahirkan kepimpinan yang baru, maknanya kita tidak lagi mencapai tahap pemimpin yang baik.

Itu sebab itulah Kerajaan Negeri, kita bersedia untuk melaksanakan perkara ini. Dan alhamdulillah dalam bajet 2022 ini pun, kita telah meningkatkan peruntukan yang diberikan daripada 500 ribu kepada 2 juta ringgit ya, termasuk juga untuk TABAH dan jugak untuk Belia Sejahtera. Jadi insyaAllah saya akan memanafaatkan 2 juta ringgit ini untuk program-program belia. Dan saya merayu dan memohon kepada Yang Berhormat supaya memohon kepada TABAH dan Belia Sejahtera untuk mengadakan program-program kepimpinan dan jugak program-program yang diperlukan oleh belia melalui kertas kerja yang perlu dihantar. Dan kalau ada masalah dari segi penyediaan kertas kerja, Pusat Pembangunan Belia Harapan sedia untuk membantu ya. Kita ada Pejabat Pusat Belia Harapan dan kita jugak ada online ya, ada laman web yang berhubung dengan mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat dari segi penyediaan kertas kerja. Katakan kalau mereka tak tahu macam mana nak buat kertas kerja, kita ada banyak lampiran atau contoh-contoh kertas kerja yang boleh digunakan mengikut program yang mereka ingin laksanakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih ADUN Gemencheh, Yang Berhormat Paroi. Seterusnya saya, giliran Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Rahang atas soalan. Dato’ Yang Dipertua, kerja-kerja penurapan jalan utama (jalan sedia ada) dan penstabilan tebing sungai kam, di Kg. Pasir sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor dan kerja-kerja tersebut dijangka siap pada Disember 2021 ini, insyaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih. Soalan tambahan. Ya, memang tu masalah dekat sungai tetapi semalam pun I, I pergi sebab kita risau ya, musim hujan ni, tapi jalan dah mendap terlalu its very bad, dengan izin. So adakah apa-apa cadangan untuk mengu, menggunakan atau menaik taraf jalan ini ke lokasi yang sepatutnya yang ada jalan rizab dalam Kampung Pasir? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan. Saya akan kaji perkara tersebut dan mintak supaya JKR melihat semula ya, kesesuaian kalau JKR ataupun pihak teknikal untuk melihat keperluan untuk menggunakan rizab jalan sedia ada untuk ditambah baik jika perlu. InsyaAllah, saya akan melihat perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya persilakan YB Senaling.

Terima kasih Dato’ Speaker. Senaling mengemukakan soalan pertama.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Senaling yang bertanyakan tentang Paras Garis Kemiskinan atau PGK. Sebelum saya teruskan, saya ingin nak titipkan pantun ini dengan ikhlas untuk Yang Berhormat Senaling.

Sungguh sedap makan laksa Makan laksa bersama rakan Miskin bandar, miskin desa Kita sama-sama cari, tidak biarkan

Kerajaan Persekutuan melalui JKM masih mengguna pakai kadar PGK semasa iaitu 960.00 ringgit bagi Semenanjung Malaysia. PGK yang ditetapkan pada 2016. Ini berasaskan dengan, kepada ketetapan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar JKM Bil.2/2015 yang diadakan pada 26 Oktober 2015 yang bersetuju menggunakan PGK tersebut iaitu 960.00. Dan EPU iaitu Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai asas bahawa kriteria kelayakan am digunapakai dalam semua,

dia menetapkan juga bahawa PGK semasa adalah 960.00 ringgit sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling KPKM Bil. 5 Tahun 2019.

Namun begitu, melalui bela, belanjawan 2019 sepertimana yang diumumkan oleh yang men, Yang Berhormat Menteri Kewangan bantuan kewangan kebajikan akan menggunapakai Paras Garis Kemiskinan Makanan iaitu 1,169.00 ringgit yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2022.

Dari segi impak peningkatan PGK ini, sekarang, sehingga Oktober 2021, JKM ada jumlah penerima bantuan seramai 26,674 penerima bantuan. Di mana kita mengeluarkan bayaran sebanyak 130,319,790.00 ringgit. Unjuran, ini hanya satu unjuran, pertambahan bilangan bantuan yang dijangkakan akan meningkat 5% dengan menjadikan kes meningkat kepada 28,007 orang dengan melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak 136,835,779.00 ringgit.

Suka saya beritahu, memberi pencerahan tentang PGK. PGK yang ditetapkan oleh Persekutuan adalah 2,208.00 ringgit, tapi kita, JKM melalui Kementerian Pembangunan Wanita tidak menggunapakai 2,208.00 tu, mereka menggunapakai PGK makanan iaitu 1,169.00. Terima kasih.

Timbalan Dato’ Speaker, saya ingin mengemukakan soalan tambahan. Berdasarkan kepada jawapan daripada Yang Berhormat EXCO sebentar tadi jelaslah ada peningkatan walaupun ianya merupakan ataupun sandaran, kenaikan PGK ini disandarkan kepada PGK makanan iaitu sebanyak 1,169.00 ringgit. Soalan saya, peningkatan ini sudah tentulah akan menuntut persiapan dan persediaan kakitangan terutamanya, utamanya agensi-agensi yang terlibat seperti JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Soalan saya, adakah persiapan ini, terutamanya tentang perjawatan dan sebagainya, di agensi-agensi yang terlibat ini telah ada memandangkan implimentasi untuk PGK makanan ini akan bermula pada Januari 2022? Terima kasih Dato’ Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan. Sebelum, semasa PGK dinaikkan ke 2,208.00, memang Kerajaan Persekutuan sudah mula buat persiapan untuk menangani masalah ini dari segi kekurangan warga kerja. Dan saya difahamkan mereka sudah buat persiapan tersebut dan saya rasa sekarang dengan fakta bahawa kita tidak menggunakan 2,208.00 ringgit, tapi kita menggunakan PGK makanan, maka saya rasa tidak ada masalahlah dari segi perjawatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang dan Senaling. Sekarang tibalah masanya untuk Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Lobak mengenai kolam takungan. Dato’ Yang Dipertua, hasil daripada Kajian Kolam Takungan Negeri Sembilan yang telah dijalankan, terdapat 157 buah kolam takungan yang masih berfungsi dan maklumat adalah seperti berikut:  Untuk Daerah Seremban sebanyak 119 kolam takungan, keluasan 241.18 hektar.  Port Dickson – 14 kolam takungan, 29.23 hektar.  Tampin – 9 kolam takungan – 25.1 hektar.  Rembau – 4 kolam takungan – 2.19 hektar.  Jempol – 6 kolam takungan – 4.23 hektar.  Jelebu – 1 kolam takungan – 0.450 hektar.  Dan Kuala Pilah – 4 kolam takungan – 4.63 hektar.

Dari jum, daripada jumlah 157 buah kolam, sebanyak 64 buah kolam takungan telah diwartakan. Anggaran kos penyelenggaraan adalah sejumlah 9 juta setahun yang melibatkan skop kerja untuk menaik taraf struktur/ infrastruktur kolam takungan seperti berikut:

i. Membuang mendapan dan kelodak; ii. Membaiki tebing kolam takungan; iii. Membaiki struktur inlet / outlet; iv. Membaiki struktur perangkap sampah; v. Membersihkan sampah; vi. Menyenggara landskap (rumput softcape); vii. Membaiki struktur lanskap seperti wakaf, pagar, tempat duduk, papan tanda ataupun tempat parking. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih jawapan dari Sikamat, Yang Amat Berhormat. Yang diberitahu yang berfungsi 157, tapi nak tahu yang tidak berfungsi berapa. Lagipun nak soalan tanya lagi, yang itu gazet, yang diberitahu, maklumkan hanya 64, yang dapat digazet. Kami nak tahu maklumat di Dewan yang mulia ni, yang belum gazet berapa dan sejak bila tu dan bila akan dapat digazet. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, daripada 157 buah kolam, 64 tadi kita telah wartakan dan pewartaan ini adalah bergantung kepada penyerahan oleh pihak berkuasa kepada, pihak kontraktor kepada pihak berkuasa. Dan di samping itu juga, proses ini sedang dalam, diteruskan daripada masa ke semasa untuk memastikan bahawa kawasan-kawasan ini dapat diwartakan dan kita mendapat peruntukan untuk me, membuat penyelenggaraan ke atas kolam-kolam takungan ini. Itu saja Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang tibalah masa Yang Berhormat Palong.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Palong soalan nombor 1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Palong juga. Sebelum itu saya ingin sampaikan isi hati saya kepada Yang Berhormat Palong dengan serangkap pantun.

Hang Kasturi, Hang Lekir Pahlawan handal jangan dicuba Bagi warga ditimpa banjir Bantuan kilat pasti tiba

Beberapa ADUN pembangkang: Jawab, jawab.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Nanti, nanti. Selepas jawab dulu. Kerajaan Negeri Sembilan melalui JKM menyediakan bantuan-bantuan seperti di bawah sebagai langkah-langkah pemulihan dan mengurangkan beban mangsa bencana. Item dan kadar bantuan di bawah telah diluluskan oleh MMK Negeri Sembilan, rujukan: SUKNS.(R)600-4/1/7 (1169) Klt.3 pada 25 Mei 2021. Ini adalah satu penambahan baikan yang terbaru, yang dibuat pada bulan Mei 2021 atas apa, nasihat dan pembentangan oleh JKM yang duduk bersama dengan saya kerana sebelum ini kita rasakan kadar adalah terlalu rendah. Ini, dari segi penambahbaikan kadar bantuan banjir kilat, ada 3 perbezaanlah. Dulu bantuan segera bencana

alam iaitu di BSBA adalah 200.00 ringgit sekarang sudah dinaikkan ke 400.00 ringgit. Yang keduanya kit makanan yang, yang untuk mereka yang berpindah ke pusat pemindahan adalah 80.00 ringgit. Itu kadar lama, sekarang dinaikkan kepada 100.00 ringgit. Yang tidak berpindah, dulu 30.00 ringgit, sekarang dinaikkan ke 50.00 ringgit. Yang ketiga, kadar nilai catuan bekalan makanan di PPS; pusat pemindahan, dulu adalah 15.00 ringgit seorang, 3 kali makan je. Sekarang sudah ditambah baik 25.00 ringgit dan makan 4 kali.

So ini adalah penambahbaikan yang kita sudah buat. Saya senaraikan BSBA tadi saya katakan kadar maksimum 400.00 ringgit, sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan makanan atau kedua-duanya. Kit makanan yang tadi saya beritahulah, berbentuk barang keperluan makanan kering bernilai 100.00 ringgit. Dan juga yang pindah ke Pusat Pemindahan Sementara, yang 50.00 ringgit kepada mereka yang tidak berpindah. Bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara dengan kadar catuan sebanyak 25.00 ringgit sehari dengan sekurang-kurangnya 4 kali makan dengan, kepada mangsa dan juga petugas. Bekalan keperluan lain seperti tikar, toto, selimut, kain batik/pelikat, tuala dan lain-lain turut disediakan.

Syarat-syarat yang mereka untuk menerima Bantuan Bencana ini melalui agensi JKM adalah seperti berikut:

i. Mangsa mesti warganegara Malaysia yang berpindah dari tempat kediaman mereka ke pusat pemindahan atau tempat-tempat lain yang ditetapkan.

ii. Mangsa; seorang warganegara Malaysia yang tidak berpindah tetapi dikenal pasti menghadapan, menghadapi masalah seperti alatan keperluan dapur mengalami kerosakan yang tidak boleh digunakan akibat bencana.

Kita sedia maklum, kadang kala banjir kilat tapi mangsa tidak dipindahkan ke pusat pemindahan, tapi kerosakan yang dialami oleh mereka adalah sama seperti banjir yang, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan. Kita akan guna case to case basis untuk memberi bantuan. Kita tidak boleh tetapkan satu bantuan khas kepada mangsa banjir kerana mangsa, ada mangsa yang mengalami kerosakan yang sedikit, maka kita akan buat case to case basis.

Setiap mangsa banjir akan disantuni oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berdasarkan keperluan bagi bantuan asas benca, bencana dan per, perpindahan ke pusat sementara jika perlu.

Banjir kilat adalah banjir, bencana bermusim. Kerajaan Negeri sedaya upaya merancang dan berusaha memberikan promosi sedar, serta kesedaran agar punca banjir kilat, punca banjir kilat adalah sering kali di, di, kerana manusia tidak mengikut peraturan, tidak mempunyai kesedaran sivik, mereka buang sampah merata-rata. Saya masih ingat satu hari apabila saya dan Dato’ Rafie, Yang Berhormat Ampangan pergi menyantuni mangsa banjir, dan semasa kita berbual dengan mangsa banjir, beliau buang sampah ke dalam sungai. Itulah masalah dia. Kerana, tiada kesedaran sivik. So kita akan teruskan dengan kesedaran, promosi dan kesedaran agar punca banjir kilat iaitu sampah sarap dan longkang tersebut di kawasan berkenaan ditingkatkan.

Kerajaan Negeri tiada bantuan khusus untuk mangsa banjir kilat selain bantuan asas bencana dan bantuan pemulihan berbentuk tenaga kerja bagi tujuan pembersihan. Tertakluk kepada apa yang saya sebut tadilah. Kerajaan Negeri mengalukan penglibatan NGO/perseorangan yang sudi menghuli, menghulurkan bantuan serta khidmat kesukarelawan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Nak apa? Nak balas pantun ke?

Nak balas pantun boleh?

Yang Dipertua Dewan

Haa silakan.

Ni saya nak balas pantun daripada Bukit Kepayang tadi.

Hujan lebat tidak diduga Airnya sampai di Kampung Saga Banjir kilat bantuan tiba Tapi Madam Goh di Palong 3 tak dapat juga

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan tadi, pertamanya ialah apa jenis bantuan dan siapakah yang menguruskan bantuan sebab ada satu kes, ada 2 kes. Satu Palong 3, satu di Palong 4 di mana Madam Goh di Palong 3 tak dapat apa-apa walaupun rumahnya mengalami peralatan rosak, perabot rosak, macam-macam. Tak terima apa-apa bantuan. Begitu jugak dengan saudara Daud di Palong 4 ya, yang jugak sama, banjir, rosak semua barang-barang dia, tapi tak dapat sebarang bantuan. Jadi saya mohon perhatian daripada Kepayang. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan. Sepertimana yang saya beritahu tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan membuat penilaian. Mungkin Yang Berhormat Palong

boleh memberitahu atau WhatsApp kepada saya maklumat berkenaan dengan mangsa tersebut dan saya boleh buat tindakan susulan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bukit Kepayang. Silakan Yang Berhormat Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Lenggeng. Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai perancangan dan tindakan bagi membina hubungan integrasi kaum melalui peranan agensi kerajaan, sek, sektor swasta dan penglibatan organisasi setempat. Misalnya pelaksanaan pelbagai program yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum merentas skop penyampaian perkhidmatan.

Perkara ini adalah selaras dengan pengenalan Dasar Perpaduan Negara yang telah diluluskan oleh masya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Januari 2021. Dasar ini merupakan dasar payung yang melibatkan perancangan yang berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat berlandaskan konsep “Perpaduan dalam Kepelbagaian”.

Kerajaan Negeri juga turut terlibat dan komited dalam perancangan pembinaan integrasi antara kaum yang ditetapkan dalam Dasar Perpaduan Negara melalui pencapaian matlamat Teras Identiti Nasional yang menetapkan perancangan dan strategi berkaitan perkara-perkara berikut:

i. Mengukuhkan peranan bahasa sebagai medium integrasi perpaduan.

ii. Mengukuhkan kefahaman agama, budaya dan adat resam pelbagai etnik.

iii. Membentuk masyarakat berkeperibadian tinggi, berintegriti dan berakhlak mulia.

Selain itu, Kerajaan Negeri Sembilan juga untuk mengekalkan, membina dan mengukuhkan tapak integrasi perpaduan melalui penglibatan organisasi komuniti, sektor swasta, agensi kerajaan, NGO masyarakat, dan masyarakat sivil.

Selain itu, melalui pengenalan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 telah menetapkan sasaran memperkasakan khidmat komuniti sebagai tapak integrasi nasional iaitu dengan mempertingkatkan program perpaduan dan integrasi nasional dalam komuniti di kawasan Rukun Tetangga. Antara inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Pelaksanaan Program #KitaBersama: RTCares, dengan izin, iaitu agihan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan berteraskan kepada konsep RT4ALL kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang dengan matlamat utama untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Bermula pada 26 Julai 2021 sehingga 1 November 2021 sejumlah 5,543 penerima di Negeri Sembilan telah menerima khidmat komuniti berkenaan.

ii. Pelaksanaan Program Komuniti Sejahtera iaitu Program Ziarah Perpaduan melalui pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat berkeperluan dan berisiko tinggi dalam Kawasan Rukun Tetangga. Bermula 29 September 2021 sebanyak 24 Program Ziarah Perpaduan telah dilaksanakan di Negeri Sembilan melibatkan 70.83 penerima daripada kaum Melayu, 8.33 kaum Cina dan 20.83 kaum India.

iii. Pelaksanaan Taklimat Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga yang disampaikan secara online kepada warga KRT di seluruh Negeri Sembilan.

dan last sekali

iv. Pelaksanaan Sesi Libat Urus Pengarah Perpaduan Negeri Sembilan Bersama Kawasan Rukun Tetangga di 8 buah parlimen yang diadakan pada 10, 11 dan 12 Oktober 2021 bagi mendapatkan maklum balas, isu dan cabaran serta syor dan penambahbaikan bagi peningkatan kualiti pentadbiran dan perkhidmatan Rukun Tetangga dalam kawasan.

Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lukut. Seterusnya saya pergi kepada soalan Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan sedar dan prihatin terhadap bahawa impak pandemik COVID-19 adalah serius menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kehilangan pekerjaan ataupun diberhentikan amat terkesan dan amat memerlukan sokongan dan bantuan. Kerajaan melalui PERKESO telah melaksanakan beberapa langkah untuk membantu masyarakat yang kehilangan pekerja dan sumber pendapatan di seluruh negara termasuk juga di Negeri Sembilan. Antaranya Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2018 yang berperanan untuk membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan. Bantuan ini, di bawah Sistem SIP ini adalah faedah berbentuk kewangan dan juga bantuan pencarian pekerjaan seperti berikut:

i. Elaun Mencari Pekerjaan; ii. Elaun Bekerja Semula Awal; iii. Elaun Pendapatan Berkurangan; iv. Elaun Latihan kepada Orang Berinsurans yang menjalani latihan; v. Pembiayaian Fi Latihan; vi. Bantuan pencarian pekerjaan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, kerajaan turut mengambil inisiatif untuk membantu pekerja-pekerja ini untuk mendapatkan pekerjaan semula antaranya:

i. Program Penjana Kerjaya 3.0 di bawah PEMULIH yang bermula 15 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

dan juga

ii. Program SIP Prihatin 2.0 – Perluasan Elaun Mencari Pekerjaan kepada golongan yang tidak mencarum dengan PERKESO termasuklah graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal secara, serta aktif mencari pekerjaan di dalam MyFutureJobs.

Selain itu pekerja, PERKESO turut mempergiatkan beberapa program bagi menangani isu pengangguran serta meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja:

 Program Karnival Kerjaya atau Job Carnival;

 Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring Incentive Programme); dan

 Program latihan (reskilling dan upskilling) melalui Penyedia Latihan yang dilantik

So ini adalah melalui PERKESO.

Melalui Kerajaan Negeri, kita juga telah melancarkan Inisiatif Bantuan Kehilangan Pendapatan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Bantuan ini boleh dimohon secara talian melalui aplikasi N9 Digital ataupun melalui laman web www.n9digital bermula pada 1 Julai 2021. Dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 3 juta bagi tujuan ini dan mensasarkan sejumlah 10 ribu penerima. Bantuan ini dibuka untuk permulo, permohonan sehingga 31 Disember 2021.

Selain daripada bantuan kewangan setiap tahun, bermula pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Sembilan telah pun memperuntukkan sejumlah wang untuk melaksanakan Job Fair di peringkat negeri dan juga di beberapa daerah. Dan yang terbaru, pada hujung minggu ni, ataupun pada hari Sabtu ini, satu Karnival Kerjaya di peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban melibatkan 25 majikan dan juga menawarkan lebih kurang 4,000 peluang pekerjaan. So ini adalah antara usaha yang diambil untuk, di peringkat Kerajaan Negeri dan juga melalui PERKESO. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chuah.

Salam sejahtera dan selamat pagi, Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada ADUN Chuah.

Jabatan Perpaduan dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Chuah dan 2 Kawasan Rukun Tetangga di DUN Chuah iaitu KRT Kampung Jawa dan KRT Kampung India telah melaksanakan Program Mobilisasi Vaksin Komuniti ataupun MOVAK, dengan izin, yang merupakan inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bagi menyokong Program Imunisasi Kebangsaan pada 21 Ogos dan 19 September 2021.

Selain itu, agihan Kotak MITRA kepada penerima kaum India di 2 buah ladang di DUN Chuah iaitu Ladang Tanah Merah dan Ladang Bukit Pelanduk dengan jumlah penerima seramai 150 orang juga telah dilaksanakan pada 5 September 2021.

Bagi Kawasan Rukun Tetangga pula, kerajaan telah menyediakan program #KitaBersama RTCares yang merupakan iaitu agihan bantuan bakul makanan yang dilaksanakan berteraskan kepada konsep RT4ALL ataupun RT Cares untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang dengan matlamat utama adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Sebanyak 221 isi rumah telah menerima khidmat komuniti tersebut melibatkan 2 buah Rukun Tetangga di DUN Chuah.

Peruntukan yang telah digunakan dalam pelaksanaan MOVAK adalah sebanyak 10,529.00 ringgit manakala agihan peruntukan geran RT sebanyak 180 ribu telah diagihkan kepada 30 buah Kawasan Rukun Tetangga di Daerah Port Dickson bagi pelaksanaan dan pengendalian program / aktiviti kemasyarakatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lukut. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat ADUN Johol. Antara langkah yang telah diambil oleh Majlis Daerah Kuala Pilah bagi mempertingkatkan kemudahan awam di tempat tarikan pelancong di sekitar Johol adalah:

i. Menyelenggara jalan, longkang, lanskap dan lain-lain kemudahan yang terdapat di sekitar Johol yang berada di bawah seliaan Majlis Daerah Kuala Pilah;

ii. Menaik taraf Medan Selera Johol bagi kegunaan orang ramai dan pelancong;

iii. Menaik taraf Pasar Awam Johol bagi memastikan orang ramai selesa menggunakan fasiliti tersebut.

Di samping itu, pihak Majlis juga memasukkan perancangan jangka masa panjang bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam di tempat tarikan pelancong termasuk Johol di dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2025.

Di samping itu juga, pihak Lembaga Pelancongan telah men, telah meluluskan 282,570.00 ringgit yang telah dibelanjakan bagi menaik taraf infrastruktur awam bagi kerja berkaitan di Taman Eko Rimba Batu Maloi dan penyelenggaraan dan pembaikan di Taman Eko Rimba Batu Maloi dan Gunung Tampin. Di samping itu juga, kerja menaik taraf jalan raya di, di Taman Eko Rimba, taman rimba Batu Maloi telah dilaksanakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Yang Berhormat Sikamat, saya nak tanya soalan tambahan. A dakah Lembaga Penggalakan Pelancongan Negeri Sembilan telah mengenal pasti kawasan-kawasan pelancongan di kawasan Johol seperti ada mapping dan jugak, bila dah ada mapping tu barulah kita boleh buat promosi dan jugak kemudahan-kemudahan lainlah yang, seperti ada air-air terjun di Johol, jeram dan jugak kawasan yang boleh menjadi tarikan pelancong. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini kita lihat ya, di semua kawasan ya, tidak, bukan saja di Johol, di semua kawasan di semua DUN, hampir kesemua DUN cuba memperkenalkan tempat-tempat menarik mereka untuk dikunjungi pelancong. Dan kita sedia maklum bahawa akhir-akhir ini Negeri Sembilan menjadi tumpuan ya, pelancong domestik. Dan ini merupakan satu perkara yang baik. Dan saya amat mengalu-alukan cadangan tersebut. Dan saya akan minta supaya Majlis Daerah Kuala Pilah yang men, meng, mengawal dan menyelia kawasan-kawasan pelancongan bagi setiap daerah itu dapat melihat ataupun membuat mapping yang baik bagi memastikan ia mudah untuk kita menaik taraf, mempromosikan dan juga memastikan ramai pelancong dapat hadir ke tempat-tempat yang kita rasakan banyak lagi yang perlu di, ditingkatkan bagi memberi kemudahan kepada pelancong-pelancong di negeri, di negara kita ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Johol, Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya dipersilakan Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan 1.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, sahabat saya daripada Seremban Jaya jugak. Walaupun tak ada felda dalam kawasan dia, dia nak tanya jugak tentang felda. Sepatutnya ditanya oleh kawan-kawan sebelah sana sebab FELDA ni di bawah pentadbiran Kerajaan Federal, jadi banyak kemudahan-kemudahan yang di dalam kawasan

felda tu masih, sepatutnya tanggungjawab Federal-lah. Dan jugak termasuk lampu-lampu dan jalan-jalan sebab kita nak pastikan supaya benda ini dapat dilaksanakan dengan baik, okay.

Jumlah kawasan lot tanah kosong yang terdapat di dalam kawasan tanah Rancangan FELDA yang masih belum diusahakan di Negeri Sembilan dianggarkan lebih kurang seluas 237 ekar. Ini kebanyakan tanah-tanah yang sepatutnya dimajukan semasa di bawah FELDA-lah. Walau macam manapun, kita akan nasihatkan kalau ada kawasan-kawasan lagi yang tak dimajukan, mungkin akan diserah balik kepada Kerajaan Negeri. Dan mungkin kita akan jadikan dia kawasan-kawasan rizab untuk pembangunan akan datang. Walau macam mana pun, kita, kalau ada permohonan-permohonan daripada, daripada individu-individu di kawasan felda, untuk memajukannya, ataupun untuk membuat apa-apa saja rancangan, sama ada untuk dimajukan untuk penanaman ataupun untuk buat Lesen Pendudukan Sementara, kita akan memproses daripada semasa ke semasalah. Itulah pandangan saya yang patutnya perlu di, dinyatakan bersama pada pagi ini. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Adakah sebarang perancangan untuk membuka Tanah Rancangan FELDA yang baru di Negeri Sembilan untuk generasi kedua? Terima kasih.

Ini jawapannya daripada Federal sepatutnya, bukannya serah mintak Kerajaan Negeri untuk membuka felda. Tetapi apa yang saya dimaklumkan, mana-mana kawasan yang masih belum dimajukan oleh FELDA, terutama untuk pembinaan rumah generasi kedua, sepatutnya dilaksanakan dan di, di, diteruskan sebab ada banyak projek. Di Negeri Sembilan ini kalau tak silap saya ada 9 projek rumah generasi kedua yang terbengkalai yang masih belum dilaksanakan ataupun diserahkan kepada mereka-mereka yang memerlukan perumahan tersebut. Walau macam mana pun, ini kena kita bincang baliklah, ini melibatkan antara Federal dan State. Jadi, walaupun tanah ni sebenarnya di bawah kawasan negeri, tapi kita mohon supaya kalau ada perancangan-perancangan lain, maknanya FELDA kena buatlah, kena hantar kepada Kerajaan Negeri untuk pembangunan ya. Itu yang kita dapat nyatakan.

Dato’ Speaker, boleh mencelah boleh? Pasal FELDA. Saya nak tanya, tak tahulah sejauh mana perkembangan terbaru dia, dulu ada disebut-sebut bahawa ada satu pembangunan berskala besar nak dibuat felda di Gugusan Raja Alias. Apa perkembangan Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

MB jawab, haa, Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Rantau atas pertanyaan tersebut. Kita sedia maklum bahawa apa yang berlaku di felda ya, di Gugusan Raja Alias ya, isu tanah pun belum selesai nak bagi balik semula kepada rakyat dan kita, hari ini Kerajaan Negeri supaya dia disegerakan. Dan insyaAllah isu tanah yang diambil oleh FELDA daripada peneroka Felda Raja Alias tersebut akan kita selesaikan selewat-lewatnya Januari ini. Terima kasih. Jadi …..

Saya tanya apa, apa status dia.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Memang kita tak nampak apa-apa perkembangan lagilah.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak ada lagi.

Apakah ia akan diteruskan ataupun tidak?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu, kita dah tanya kepada FELDA, dia pun kata dia tak ada duit sekarang ini. Dia tengah cari partner yang sesuai.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya persilakan Kota.

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota mengenai simpang masuk jalan pertanian. Untuk makluman ahli Yang Berhormat ADUN Kota, Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Rembau telah mengambil tindakan pembaikan di lokasi tersebut dan kerja-kerja telah siap dilaksanakan pada 3 haribulan November yang lepas. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas jawapan tu. Saya pun dah tengok, jalan pun dah elok. Sebab tu tanya soalan tu Dato’ Yang Dipertua. Saya dapati, kemuka soalan dalam Dewan ni, dia tindakan tak sampai sebulan, selesai alhamdulillah. Saya ingat lain kali kita mintak banyak dalam, melalui Dewan-lah Dato’ Yang Dipertua ya. Terima kasih pada Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kebetulan tu.

Bukan kebetulan Dato’ Yang Dipertua, jalan tu dah rosak setahun lebih. Jadi, akhirnya saya masukkan dalam, dalam Dewan, tengok-tengok eh, alhamdulillah. Tapi saya jugak nak ambil kesempatan terima kasih kepada pihak JKR, Dato’ Yang Dipertua, kerana JKR ambil tindakan yang sewajarnya untuk ni. Cuma satu harapan saya ialah kalau boleh JKR mempunyai peronda, peronda terutamanya waktu hujan sebab didapati banyak kawasan yang waktu hujan tu nampak masalahnya. Waktu tak hujan, nampak okay. Tapi waktu hujan lebat, masalah, air melintas jalan, kadang-kadang longkang yang ada tu sehinggakan penuh dengan air, sehinggakan menghadapi masalah kepada masyarakat. Jadi saya ingin bertanya, adakah cadangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan ada peronda-peronda ini ya, berjalan supaya masalah masyarakat tu nampak sewaktu kejadian tersebut? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Kota. Kita sedia maklum ya, bahawa dalam mesyuarat infra selalu kita tekankan bahawa kepentingan untuk memastikan keselamatan pengguna terutama di waktu musim hujan ini. Dan kita memang menyokong ya, cadangan tersebut dan kita berharap bahawa tindakan, yang paling penting tindakan selepas aduan tersebut ya. Kita lihat bagaimana kawas, khususnya Jalan Persekutuan ini memang kita banyak menghadapi masalah ya, khususnya mengenai potongan, penyelenggaraan dia. Dan di samping itu juga, kadang-kadang diselenggara tidak memenuhi keselamatan yang sebenar. Dan di samping itu juga seperti kata ADUN Senaling, Serting semalam, pokok ya, tak dipotong. Itu semua di bawah, bawah Selia Selenggara yang sepatutnya kita sedia maklum bahawa peruntukan mereka banyak dipotong, dan itulah keluhan mereka. Dan saya berharap bahawa perkara ini dapat dibawa ke peringkat Kerajaan Persekutuan. Dan kita selalu me, dalam mesyuarat-mesyuarat kita maklumkan tentang masalah-masalah Jalan Persekutuan yang berlaku pada hari ini. Jadi saya berharap bahawa kita boleh sama-sama untuk me, memaklumkan supaya diambil perhatian untuk memberikan lebihan sedikit kepada konsesi untuk mereka menjalankan tanggungjawab mereka bagi memastikan keselamatan jalan raya terutama di Jalan Persekutuan ini dapat ditambah baik daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak, nak mencelah sikit. Saya bukan tanya pasal Jalan Persekutuan. Ini jalan pertanian, jalan negeri. Yang maksud saya ini ialah jalan-jalan di kampung, jalan-jalan negeri. Haa ini yang masalah kita.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. tersebut akan diambil maklum. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dipersilakan Jeram Padang. Mambau, maaf, Mambau. Silakan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama.

Yang Dipertua Dewan

Yang pertama.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau yang bertanyakan tentang lesen pusat penjagaan warga emas. Sebelum tu saya ingin sampaikan serangkap pantun jugak ya untuk

Waktu petang petik kelapa Petik kelapa di Kampung Batu Warga emas tidak dilupa Kalau susah pasti dibantu

Perkhidmatan sosial telah berkembang dengan pesat khususnya dalam bidang kebajikan bagi memenuhi keperluan golongan tersebut. Pelbagai institusi kerajaan ditubuhkan untuk memberi penjagaan, perlindungan dan juga latihan. Namun, masyarakat juga turut bersimpati dan rasa bertanggungjawab untuk bersama-sama menyumbang mengatasi masalah sosial yang berlaku.

Kenyataan ini selaras dengan ucapan Setiausaha Parlimen, Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat; Tuan Yong Khoon Seng semasa membentangkan RUU Pusat Jagaan pada 24 Mei 1993. Selain yang ditubuhkan oleh kerajaan, terdapat juga anggota masyarakat yang sangat bersimpati untuk bersama-sama membuat sesuatu bagi mengatasi masalah sosial. Mereka ini telah menubuhkan berbagai pertubuhan sukarela dengan tujuan untuk memberi khidmat kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik. Maka di sinilah wujudnya berbagai institusi untuk memenuhi keperluan-keperluan tersebut seperti rumah anak yatim dan miskin, rumah orang-orang tua, rumah perlindungan serta pusat-pusat bagi golongan OKU dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Rang Undang-Undang Pusat Jagaan 1992 merupakan satu usaha untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik dan rapi bagi membolehkan pihak kerajaan memastikan mereka, yakni golongan tertentu yang memerlukan jagaan perlindungan dan latihan di pusat-pusat jagaan di negara ini menerima perkhidmatan dan kemudahan yang sepatutnya serta kawalan yang lebih sistematik

terhadap penubuhan dan penyelenggaraan pusat-pusat jagaan tersebut daripada institusi-institusi.

Oleh yang demikian, suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan pusat jagaan dan perkara yang berkaitan dengannya dizahirkan melalui penggubalan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 bagi mengawal selia pusat kebajikan bukan kerajaan yang menjaga golongan tertentu iaitu kumpulan sasar JKM (kanak-kanak, OKU dan termasuk warga emas).

Syarat-syarat permohonan pusat pendaftaran pusat jagaan adalah seperti berikut:

i. Pra pendaftaran pusat jagaan

ii. Borang Permohonan Pusat Jagaan P.(U)(A) 248

iii. Senarai semak pematuhan standard minimum JKM iaitu nisbah penjaga dengan penghuni, pengambilan penjaga untuk be, bekerja, pematuhan nisbah penghuni dengan ruang lantai, penyediaan menu yang seimbang, penyediaan program aktiviti harian, penyediaan kemudahan perabot dan peralatan, penyimpanan dan penyelenggaraan rekod-rekod di pusat jagaan, latihan dan kakitangan, pengawalan pembersihan dan keselamatan di dalam dan luar pusat jagaan melalui sesi konsultasi bersama Pegawai Diberi Kuasa (PDBK).

iv. Pusat jagaan berkenaan juga hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia iaitu SSM, bagi tujuan perniagaan atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)/Akta Parlimen/Ordinan bagi tujuan kebajikan tanpa mengenakan apa-apa yuran iaitu secara sukarela.

v. Mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan. Ingat ini tiga haa, PBT, Bomba dan Kesihatan wajib didapatkan. Bagi mengelakkan masalah kacau ganggu di persekitaran taman perumahan, pengendali pusat jagaan perlu membuat kajian serta perancangan berdasarkan maklumat yang disasarkan dalam pelbagai aspek iaitu pemilihan premis, kebersihan dan persekitaran, keselamatan, termasuk pemilihan lokasi yang strategik dan berkeperluan. Di, di samping itu, sambutan dan penerimaan masyarakat setempat melalui surat kebenaran bertulis daripada jiran. Jiran di sebelah kiri, sebelah kanan, hadapan dan belakang,

dan menda, dan persatuan penduduk di lokasi yang ingin dibuka adalah diperlukan, dan sokongan daripada agensi teknikal sepertimana yang saya beritahu tadi, PBT, Bomba dan Kesihatan; dan untuk Sarawak – Jabatan Tanah dan Survei pulak.

Itu saja, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih, ya Mambau, soalan tambahan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Dipertua, terima kasih kepada EXCO Bukit Kepayang yang memberi tadi. Jadi soalan tambahan saya ialah kita difahamkan mempunyai beberapa pusat penjagaan warga emas swasta berlesen atau tak berlesen di Daerah Seremban telah dikenal pastikan jangkitan virus COVID-19 pada masa tempoh pandemik ini. Setakat hari ini, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak yang terbabit untuk memastikan supaya pusat penjagaan warga emas berada dalam keadaan yang selamat dan mengikut SOP? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau atas soalan tambahan. Menurut maklumat yang kita dapati, terdapat 40 pusat jagaan warga emas. Daripada 40 tersebut, 30 adalah berdaftar dengan JKM dan 10 adalah tidak berdaftar atas sebab-sebab yang tertentulah. Kebanyakannya adalah kerana mereka tidak mendapat kelulusan daripada Bahagian Building MBS, so mereka tidak dibenarkan beroperasi sebenarnya tapi mereka ada yang beroperasi tanpa kelulusan. Dan jikalau tidak menerima aduan, memang JKM tidak diambil maklum. So sesiapa yang ada maklumat bahawa pusat jagaan warga emas ini tidak mempunyai lesen, boleh buat laporan kepada JKM.

Dari segi tindakan sepanjang pandemik COVID-19 di pusat warga emas, sejak penularan pandemik 19, terdapat 11 buah pusat jagaan warga emas berdaftar dan 2 buah pusat jagaan, jagaan warga emas yang tidak berdaftar yang dilaporkan terlibat dengan jangkitan virus ini. Okay saya ulangi ya, 11 yang berdaftar, 2 yang tidak berdaftar yang terlibat dengan jangkitan virus yang dilaporkan melalui penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Seksyen 3, Pegawai JKM Gred 29 ke atas dan ke atas, telah dilantik sebagai Pegawai DiBeri Kuasa berkuatkuasa daripada 1 haribulan April 2021 sehingga 1 haribulan Ogos 2021 yang bertindak dalam bidang kuasa dan kewajiban di bawah Akta 342, terhad hanya untuk pemantauan dan pelaporan. Tidak boleh buat apa-apa tindakan penguatkuasaan ya. Selepas itu, mereka, JKM, pegawai yang diberi kuasa tersebut

dikehendaki melaporkan secara bersurat kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sekiranya terdapat kegagalan pematuhan di bawah akta berkenaan untuk tindakan selanjutnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mulai Januari sehingga Mei 2021, pegawai yang diberi kuasa daerah telah menjalankan pemantauan pematuhan SOP COVID-19 ke atas 45 pusat jagaan berdaftar dan 2 pusat jagaan yang tidak berdaftar dengan sekurang-kurangnya satu kali pemantauan bagi setiap pusat jagaan. Berdasarkan pemantauan yang direkodkan, 43 pusat jagaan yang mematuhi dan 2 gagal mematuhi Akta 342. Sehingga November 2021, sebanyak 55 buah pusat jagaan telah dipantau oleh Pegawai Diberi Kuasa JKM berdasarkan bidang kuasa di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) Seksyen 3.

Selaras dengan itu juga, bagi memastikan supaya pusat warga emas berada dalam keadaan yang selamat, satu garis panduan telah diwujudkan dengan kerjasama antara agensi JKM dan KKM pada Mei 2020 iaitu Garis Panduan Pencegahan Dan Kawalan Penyakit COVID-19 Di Pusat Jagaan Warga Emas Di Kediaman Swasta, Kerajaan Dan Juga Badan Bukan Kerajaan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Di bawah garis panduan ini, diterangkan dengan:

 peranan, tentang peranan dan tanggungjawab pengusaha; dan

 langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang perlu dilaksanakan semasa pengoperasian pusat jagaan

 pengurusan penghuni yang mempunyai gejala jangkitan salur pernafasan seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak

 pengurusan penghuni positif COVID-19 di pusat jagaan

 pengurusan kemasukan penghuni baru

 pengurusan kematian penghuni bergejala salur pernafasan atau kematian mengejut, dengan izin, sudden death

 pengurusan pelawat yang melawat pusat jagaan warga emas; dan

 mengekalkan kesihatan penghuni di tahap optima.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jeram Padang yang bertanya mengenai Rumah Mampu Milik di Pekan Rompin. Yang Berhormat Jeram Padang bertanya adakah kerajaan bercadang untuk membuat projek Rumah Mampu Milik di Pekan Rompin ataupun di DUN Jeram Padang dan adakah bercadang untuk membuat pengambilan tanah di Ladang Bukit Pilah milik Syarikat Dime Darby yang terletak di sebelah kubur Hindu iaitu di sepanjang jalan Bahau – Rompin.

Untuk maklumat Yang Berhormat Jeram Padang, setakat ini tiada sebarang permohonan sama ada di, dari pihak kerajaan ataupun swasta bagi pembinaan Rumah Mampu milik di Pekan Rompin. Mengenai soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Jeram Padang mengenai adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengambil, mengambil ataupun membeli tanah yang dimiliki oleh Sime Darby untuk membina Rumah Mampu Milik, jawapannya setakat ini tiada perancangan. Sekian.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, ini, soalan tambahan. Apakah Kerajaan Negeri tidak mahu memberikan apa-apa tumpuan untuk projek perumahan mampu milik di kawasan sekitar Rompin? Sekarang ini semua yang rancangan-rancangan itu nampaknya kerajaan bergantung kepada swasta sahaja. Dan taman-taman yang dimajukan oleh pihak swasta adalah di sekitar dekat dengan Bahau. Jadi kalau perkara ini berterusan, maka Pekan Rompin itu akan terbiar tanpa pembangunan yang berterusan. Jadi rumah-rumah mampu milik atau rumah-rumah murah ini adalah terlalu penting untuk Pekan Rompin. Jadi saya mintak supaya Kerajaan Pakatan Harapan ini janganlah anak tirikan Pekan Rompin. Pekan Rompin adalah satu pekan yang perlu mendapat tumpuan dan perhatian daripada Kerajaan Negeri, yang perlu dibangunkan. Jadi untuk itu, saya ingin tanya, saya ingin tanya, mengapa Pekan Rompin ini langsung tidak diberi tumpuan untuk pembinaan rumah mampu milik? Sekian.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk yang, makluman Yang Berhormat Jeram Padang, saya sendiri berasal dari Rompin dan sudah tinggal di situ sebanyak 18 tahun. Jadi soalan tambahan Yang Berhormat Jeram Padang itu bagi saya amat bermaknalah kerana saya pun tak tahu mengapa

sebelum ini kerajaan yang terdahulu tak ambil tanah, tak bina Rumah Mampu Milik di situ, tetapi sekarang pulak, tetapi sekarang pulak …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya nak celah, saya nak celah ni. Saya pernah buat …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. buat permohonan ini untuk pengambilan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, tak apa Yang Berhormat. Saya rasa, saya ingin berkongsilah di Dewan yang mulia ini, sebenarnya semasa saya lebih kurang, berusia lebih kurang 7 tahun, pada masa itu ada 2 projek perumahan yang telah pun adanya upacara pecah tanah dan adanya show house dan sebagainya tetapi pada masa itu, tidak berjaya. Dan seterusnya kita lihat selepas kedua-dua projek perumahan itu tak berjaya, dia menyebabkan ramai yang tinggal di sekitar Rompin ataupun, ada yang tinggal di New Rompin, ada yang tinggal di apa, ni Middleton Estate, mereka terpaksa pindah ke Bahau-lah. Dan kebanyakan daripada mereka pada masa itu mereka beli rumah di Taman Cempaka, kerana pada masa itu harga rumah di Taman Cempaka itu harga dia pun agak berpatutan.

Jadi bagi saya, memang, saya setuju dengan Yang Berhormat Jeram Padang, adanya keperluan untuk membina Rumah Mampu Milik di kawasan Jeram Padang. Cuma saya rasa setakat ini mungkin saya boleh apalah, bercadang kepada Yang Berhormat Jeram Padang ataupun ahli Yang Berhormat, program Rumah Harapan, dia membenarkan penduduk yang di, di dalam golongan B40 ini memohon untuk membina rumah mereka di atas tanah milik, tanah milik mereka. Dan kos rumah tersebut cuma dalam harga 75 ribu ringgit. Saya rasa itu mungkin Yang Berhormat Jeram Padang ataupun ahli-ahli Yang Berhormat boleh bantu untuk mempromosikan dasar ini. Walaupun rumah tersebut tak banyaklah kita bina sebab kita cuma memperuntukkan sebanyak 5 juta sahaja, tetapi saya rasa itu sedikit sebanyak dapat membantu mereka.

Cuma bagi kawasan Rompin, saya rasa yang paling penting adalah tanah sebab tanah memang tak mencukupi ataupun tak ada mana-mana pihak sudi ataupun ingin menjual tanah dengan harga yang murah kepada pihak kerajaan. Kalau adanya tanah yang dengan harganya yang sangat berpatutan ataupun pihak Sime Darby, dia sudi serahkan untuk tanah untuk pembinaan Rumah Mampu Milik, sudah tentunya kerajaan akan melaksanakan sesuatu untuk membantu penduduk-penduduk di Rompin. Saya berterima kasihlah kepada Yang Berhormat Jeram Padang

kerana memang apalah, prihatin untuk nak memastikan rakyat kita dapat memiliki rumah mereka. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ya Dato’ Yang Dipertua, ini sedikit ni berkenaan rumah yang sama jugalah. Yang Rumah Harapan ini adalah sebiji-sebiji. Dan untuk mendapatkan bantuan pembinaan itu, dia perlu ada tanah milik sendiri. Jadi yang saya suarakan di sini adalah untuk penduduk, semua penduduk B40 di, yang tinggal di sekitar Pekan Rompin. Jadi saya berharaplah, mohon sangat supaya Rompin tidak dianaktirikan. Dan lebih-lebih lagi Yang Berhormat Bahau ini berasal dari situ dan beliau sendiri tahu akan kemajuan yang berlaku di situ. Jadi, saya berharap gunalah peluang dan asas berasal dari Pekan Rompin itu, bawalah isu kepada Kerajaan Negeri, dalam MMK, buatlah pengambilan tanah, janganlah kita harapkan untuk serahan sahaja. Buatlah pengambilan tanah daripada Ladang Bukit Pilah ke, bolehlah runding dengan harga yang mungkin rendah, cadangkanlah untuk Rumah Mampu Milik. Itu saja daripada saya. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Sekali lagi terima kasih atas pandangan dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Jeram Padang-lah. Jadi, kita, Kerajaan Negeri, kita akan lihatlah, kalau adanya tanah kerajaan di situ, kemungkinan kita boleh cadangkan kepada KPKT untuk membuat rumah, Rumah Malaysia-lah kalau pada masa, masa dahulu nama dia rumah PPR, sekarang nama dia Rumah Malaysia. Kalaulah ada, ada tanah yang sesuai, yang berdekatan dengan, kemungkinan bukan di dalam Pekan Rompin, tetapi mungkin berdekatan dengan situ, kalau adanya tanah yang sesuai mung, mungkin kita boleh kita cadangkan kepada KPKT-lah. Cuma terpulang kepada ada ke tidak tanah-tanah yang masih sesuai untuk pembangunan. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Saya kira ini soalan terakhir, daripada Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Akhirnya saya tunggu-tunggu, sampailah ini, soalan nombor 2.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Temiang. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih operasi di 5 tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada di Negeri Sembilan mulai 1 November tahun 2016. Walau bagaimanapun pada hari ini, 2 tapak pelupusan telah ditamatkan operasi kerana telah penuh iaitu Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Keru, Tampin dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Kok Foh, Jempol. Hanya 3 tapak pelupusan sisa pepejal yang masih beroperasi iaitu:

 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Ladang Tanah Merah, Port Dickson – mula beroperasi pada November 2015;

 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Ulu Maasop, Kuala Pilah yang mula beroperasi pada tahun 1990an; dan

 Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sg. Muntoh, Jelebu yang mula beroperasi pada tahun 1990an.

Dato’ Yang Dipertua, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal ula, Ulu Maasop, Kuala Pilah dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sg. Muntoh, Jelebu telah dikategorikan sebagai tapak pelupusan sisa pepejal tahap 3. Namun pihak kontraktor telah menyediakan loji rawatan leachate / leachate re-circulation sepertimana yang ditetapkan dalam kontrak pengoperasian tapak pelupusan sisa pepejal yang ditandatangan antara Kerajaan Persekutuan dan pihak operator. Leachate yang terhasil dirawat bagi tujuan mengurangkan impak kepada persekitaran.

Selain itu, Negeri Sembilan juga bakal memiliki fasiliti pengurusan pelupusan sisa pepejal yang boleh menghasilkan tenaga yang diperbaharui Waste to Energy di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Ladang Tanah Merah, Port Dickson. Pembinaan infrastruktur berkenaan sudah mencapai 97% dan bakal beroperasi dalam masa terdekat.

Apabila WTE mula beroperasi kelak, semua sisa pepejal yang dihantar ke LTM akan ditimbang di jam, jambatan timbang sebelum dihantar ke Waste Segregation Facility (WSF). Di WSF, sisa pepejal akan diasingkan antara sisa yang boleh dibakar dengan sisa pepejal yang tidak boleh dibakar, manakala air larut resap (leachate) akan dihantar ke Fully Anaerobic Bioreactor System. Sisa yang boleh dibakar akan dihantar ke WTE dan menghasilkan tenaga yang diperbaharui; renewal energy, dengan izin, manakala sisa yang tidak boleh dibakar akan dilupuskan dan, di sel sisa lengai. Leachate di FABIOS akan dirawat dan juga menghasilkan tenaga yang diperbaharui.

Teknologi ini, teknologi di fasiliti berkenaan bukan sahaja mampu menguruskan sisa pepejal dengan lebih sistematik malah mendapat jimatkan tenaga selain mampu mengekalkan kehijauan bumi di Malaysia. Ini adalah salah satu usaha kerajaan mengenal pasti teknologi tinggi bagi pengurusan sisa pepejal yang mampan dan penghasilan tenaga yang diperbaharui serta teknologi hijau di Malaysia. Dalam masa yang sama semua pihak di Negeri Sembilan diseru untuk memainkan peranan masing-masing dalam mengamalkan pengasingan sisa di punca dan menjaga kebersihan alam sekitar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau.

Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Saya mintak ehsan Dato’ yang Dipertua-lah, kalau boleh bagi laluan terakhir pada Serting sebab Serting ni pun tak pernah mintak lagi ni ya.

Yang Dipertua Dewan

Boleh, silakan.

Terima kasih banyak.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

[percakapan off mic]

Yang Dipertua Dewan

Tambahan? Oh, ada tambahan.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Tadi YB EXCO telah memberi penjelasan yang sangat detail. Cuma saya nak tahukan kepastian sama ada sistem yang digunakan yang tadi yang dijelaskan, sama dengan sistem insinerator yang telah diumumkan oleh bekas Menteri KPKT; Zuraidah Kamaruddin pada 2, pada tahun 2018 yang mana Kerajaan Negeri Sembilan telah membina satu insinerator yang baru dan bakal beroperasi pada bila-bila masa sahaja.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Ya, kalau istilah pada masa dahulu adalah insinerator, kerana teknologi yang terdahulu nama dia insinerator. Dia kebanyakan masa dia cuma setakat bakar sampah sahaja. Tetapi dengan adanya teknologi yang terkini, bukan sahaja insinerator tetapi pelan tersebut, istilahnya Waste to Energy Plant. So dia bukan sahaja dapat melupuskan sampah tetapi pada masa melupuskan sampah itu, pelan tersebut dia mampu menjana elektrik. Jadi itu sesuatu, sesuatu yang bagi saya, saya rasa di Malaysia dia merupakan Waste to Energy Plant yang pertamalah di Malaysia. Dan memang dah hampir, hampir nak siap. Tak, tak siap sebab, disebabkan oleh PKP. Jadi banyak kerja tak, tak, tak dapat dilaksanakan.

Dan saya juga berharaplah selepas WTE ini siap dibina, mungkin kita boleh arrange satu triplah, kita jemput semua ahli-ahli Yang Berhormat sekali kita turun, lihat sendiri berapa canggihnya WTE Plant yang berada di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih. Tadi atas ehsanlah, silakan Serting.

Alhamdulillah terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Serting mengenai Terimaan Bukan Hasil. Dato’ Yang Dipertua, sehingga 31 Oktober 2021, jumlahan, jumlah Terimaan Bukan Hasil adalah sebanyak 51,074,385.94 bersamaan 82.50% daripada sasaran belanjawan. Dari jumlah tersebut sebanyak 47,741,632.12 adalah terimaan daripada Kerajaan Persekutuan melibatkan:

 Pemberian Hitung Kepala: 18,669,840.00 ringgit.

 Pemberian 50% Perbelanjaan Mengurus Jabatan di bawah Senarai Bersama sebanyak 21,068,441.34.

 Ketiga: Pemberian Kos Perkhidmatan Bagi Pelaksanaan Projek Persekutuan oleh Negeri sebanyak 7,457,454.28.

 Dan yang ke-4: Pemberian Cukai Pelancongan sebanyak 545,896.50.

Selain itu, antara Terimaan Bukan Hasil adalah bayaran balik pinjaman oleh Badan-Badan Berkanun Negeri sebanyak 1.467 juta ringgit melibatkan:

 Majlis Bandaraya Seremban: 200 ribu ringgit

 MBI – Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) melalui Syarikat Imapro Sdn. Bhd. : 543,907.38

 Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS): 723,714.77.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dijangka tidak akan menerima bayaran bagi pemberian pertambahan hasil sebanyak 7.5 juta akibat daripada masalah kecairan tunai Kerajaan Persekutuan, seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Persekutuan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021Bill

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

[Sambungan urusan]

Yang Dipertua Dewan

Sekarang, saya rasa masa dah melebihi ya. Jadi kita masuk kepada, sambung balik perbahasan ya. Yang semalam telah ditangguhkan. Saya persilakan, Palong ya. Sila Palong. Silakan.

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirrabil’alamin wassalatuwassala mua’ala aysrofil ambiya iwal mursolin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Rabbishrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) ataupun Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memulakan perbahasan ini dengan menyampaikan ucapan tahniah. Yang pertamanya, kepada pihak kerajaan di atas kejayaan membentangkan belanjawan pada kali ini. Dan yang keduanya adalah ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Rantau di atas kejayaan memimpin PRN Melaka ya, sehingga membawa kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional di Negeri Melaka. Syukur alhamdulillah, BN diberi mandat oleh rakyat Melaka untuk mengembalikan semula kecemerlangan memimpin negeri yang mempunyai rekod 60 lebih tahun. Terima kasih rakyat Negeri Melaka.

Dato’ Yang Dipertua, beralih kepada soal belanjawan, ada beberapa aspek yang ingin saya sentuh dan ingin saya beri pandangan, sekiranya boleh ditambah nilai, ditambah baik. Bidang-bidang yang akan saya sentuh yang pertamanya adalah Bidang Tumpuan ekonomi rakyat. Yang keduanya Bidang Tumpuan dalam soal kebajikan. Dan yang ketiganya adalah Bidang Tumpuan dalam aspek kerohanian dan keagamaan.

Saya mulakan dengan yang pertama. Dalam bajet yang dibentangkan dalam Bidang Tumpuan ke-6 iaitu kerohanian dan agama ini, saya melihat tiada inisiatif atau tindakan untuk menaik taraf dan pembangunan infrastruktur institusi kegamaan ini. Untuk makluman, di kawasan Palong umpamanya, terdapat 10 buah masjid yang rata-rata berusia hampir 30 – 40 tahun yang kebanyakannya memerlukan pembangunan infrastruktur atas faktor keuzuran. Keuzuran kepada fasiliti yang sedia ada, malahan keuzuran ini juga telah pun berlarutan buat kesekian lamanya.

Saya mengambil contoh, Masjid Kariah Felda Palong 6, ketika ini amat memerlukan pembaikan tandas kerana tidak mampu menjalankan fungsinya dengan baik. Contoh yang kedua ialah Masjid Kariah Felda

Palong 9 yang mengalami kerosakan pada struktur bumbungnya sehingga menjejaskan ruang solat ketika musim hujan. Dan contoh yang ketiga adalah di Kampung Jeram Panjang, yang masjid kariahnya memerlukan pembaikan dari segi pendawaian letrik pada keseluruhan kawasan masjid, yang mana pada ketika ini berada dalam keadaan yang berbahaya dan kritikal. Harapan saya semoga kerajaan dapat memberikan perhatian selain daripada menambah inisiatif yang ada, supaya ditambah juga satu lagi tajuk supaya boleh difokuskan kepada pembinaan atau membaik pulih masjid-masjid ini.

Dato’ Yang Dipertua, masjid adalah rumah Allah dan jantung hati kepada umat Islam, sekaligus menjadi pusat kehidupan umat Islam sejak zaman baginda Rasullullah SAW, para sahabat tabi’in, masjid adalah institusi yang paling utama dan mempunyai pengaruh besar dalam membina individu, masyarakat dan umat Islam yang terbaik. Oleh yang demikian, saya mohon agar perkara ini diambil perhatian segera oleh pihak yang berwajib.

Dato’ Yang Dipertua, saya pergi perkara yang kedua yakni berkenaan dengan klinik kesihatan. Klinik kesihatan di Pusat Bandar Felda Palong 4, 5 dan 6. Pertamanya terima kasih saya rakamkan kepada Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan bajet untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Felda Palong 4, 5 dan 6 yang akan bermula pada awal Disember ini. Kedaifan klinik ini akhirnya terbela dan kemudahannya bakal dirasai oleh setiap pelanggan apabila siap naik taraf kelak. Dengan pelaksanaan projek-projek klinik daif ini, terbuktilah bahawa isu yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan ini pada satu ketika dahulu, pada tahun 2019, yang disangkal oleh EXCO Kesihatan pada ketika itu. Saya kata; klinik Kesihatan Palong 4, 5, 6 daif, tapi pada ketika itu Repah kata; YB Palong tidak buat homework. Nah! Hari ini terbukti tajuk projek pun menaik taraf klinik daif. Jadi, benarlah apa yang saya katakan sebelum ini. Mesej saya nak sampaikan ialah, tidak semestinya bila kita pembangkang, semua yang kita cakap tu tak boleh pakai. Ada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian kerana kita berada di bawah untuk membawa suara ini kepada pengetahuan kerajaan untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

Dato’ Dipertua, namun begitu, apabila di, dilakukan pembaikan klinik ini, maka operasi klinik ini terpaksa dipindahkan daripada Palong 4, 5, 6 ke Palong 3, ke Palong 2, ke Palong 7 dan 8, dan juga Palong 9, 10 dan 11 yang jaraknya sudah menjadi di antara 15 – 20 atau 25 kilometer. Cuma pangharapan saya kepada EXCO ataupun Kerajaan Negeri, kalau boleh cuba pertimbangkan supaya diwujudkan satu klinik sementara di kawasan yang berhampiran untuk memudahkan warga-warga emas khususnya kerana ramai yang menjadi tetamu tetap di klinik ini adalah

mereka yang sudah berusia lebih 60 tahun, yang perlu ambil ubat secara berkala, yang perlu buat rawatan secara berkala. Mereka tidak berkemampuan untuk bergerak ataupun pergi daripada Palong 4, 5, 6 nunn ke pergi ke Palong 7 dan 8, pergi ke Palong 9, 10 dan 11, yang jaraknya sudah menjadi 25 – 30 kilometer. Mungkin pihak Kerajaan Negeri jugak boleh fikirkan atau pihak kesihatan daerah boleh fikirkan untuk klinik bergerak secara berkala untuk memudahkan urusan rakyat, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, jugak berhubung dengan klinik kesihatan ini ataupun bajet yang dibentangkan dalam Bidang Tumpuan yang ke-3 iaitu inisiatif yang ke-2 iaitu tabung perubatan hemodilasi, hemodialisasis, hemodialisis ya, hemodialisis. Saya menggesa supaya kerajaan mewujudkan satu pusat hemodialisis di kawasan Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6. Sekarang ni, pusat yang berhampiran ialah terletak di Gemas dan di Bandar Seri Jempol. Kalau mereka, dia orang nak, nak pergi cuci darah, kena keluar rumah seawal pagi, menjelang senja baru sampai balik ke rumah. Jadi kalau boleh, di atas, di bawah Bidang Tumpuan ke-3, inisiatif ke-2 ini, kalau boleh diwujudkan pusat ini akan memberikan banyak bantuan dan kelegaan kepada masyarakat setempat.

Dato’ Yang Dipertua, saya bergerak ke yang, point yang seterusnya yakni berkenaan dengan Bidang Tumpuan ekonomi rakyat, inisiatif ke-11 iaitu pembinaan pusat penempatan semula penjaja di kawasan Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6. Ini satu idea yang baik. Saya mohon pada Kerajaan Negeri, saya lihat di dalam inisiatif yang ditunjukkan ini, ada diperuntukkan duit untuk disusun semula pusat penempatan penjaja. Saya syorkan supaya dibuat di kawasan Pusat Bandar Palong 4, 5 dan 6. Di kawasan Palong tu ada satu je bandar, pusat bandar, nama pun pusat bandar, tapi tidak ada satu pusat penjaja yang cantik, yang kemas, yang boleh diguna pakai ataupun yang boleh digunakan oleh anak-anak ataupun anak-anak muda yang berniaga di situ.

Dato’ Yang Dipertua, saya melihat, untuk kita membina pusat penempatan ini, pastinya Kerajaan Negeri perlu memohon, memohon tanah ataupun sebidang tanah daripada pihak FELDA. Saya rasa ini tidak menjadi masalah. Dia boleh isi borang untuk kegunaan tanah dan insyaAllah FELDA akan beri kebenaran.

Isu yang saya nak bangkitkan juga ialah, saya baru-baru ini mendapat aduan, aduan saya peroleh mengatakan bahawa ada wakil Kerajaan Negeri yang telah memberi kebenaran kepada syarikat atau individu untuk menjalankan operasi perniagaan kereta terpakai di atas tanah

FELDA tanpa sebarang permohonan atau kelulusan daripda pihak tanah rancangan.

Dato’ Yang Dipertua, saya tadi dengar soal isu FELDA tadi, mengikut perjanjian di antara FELDA dan kerajaan, dia ada perjanjian. Dan perjanjian antara FELDA dan Kerajaan Negeri ini untuk membangun dan mentadbir kawasan FELDA ini telah pun disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam satu kes pada tahun 2011 dan 2014. Dan kes ini menjadi rujukan di mana tidak ada mana-mana pihak yang ada, yang ada bidang kuasa untuk memberikan tanah kepada mana-mana individu atau syarikat untuk memiliki, untuk memajak, untuk menyewa dan menggunakan tanah tersebut tanpa kelulusan FELDA. Saya difahamkan tanah tersebut telah pun diberikan kepada pengusaha, oleh wakil Menteri Besar katanya. Jadi adakah perkara ini benar? Dan saya difahamkan oleh FELDA, tidak ada permohonan rasmi yang dibuat oleh mana-mana pihak berhubung penggunaan tanah ini. Maknanya Dato’ Yang Dipertua, ini ialah isu pencerobohan. Takkanlah wakil kerajaan nak buat pencerobohan. Kalau individu yang tidak, tidak siapa-siapa nak buat, itu soal lain tapi adakah wakil kerajaan boleh buat pencerobohan seumpama ini. Dan ini menjadi di bawah apabila gambar-gambar ni viral. Gambar wakil Menteri Besar bawak pengusaha ini pergi melawat tapak, kemudian gambar lagi viral baru-baru ini, wakil Menteri Besar pulak merasmikan pusat perniagaan tersebut. Dan ini menjadi isu di kalangan rakyat.

Lebih baik saya rasa pada hemat saya, wakil Menteri Besar ni, bawak isu ni, isu longkang yang tersumbat di kawasan pusat bandar. Haa ini saya bawakkan gambar ni, ini adalah gambar papan tanda, papan iklan Majlis Perbandaran Jempol, tersergam indah. Baru buat ni ya. Dan di bawahnya tertulis tu: “Sila Jaga Kebersihan Bandar Kita. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Unit Korporat”. Dan tertera di situ adalah banner Yang Amat Berhormat Menteri Besar, cantik. Tapi di bawahnya, untuk pengetahuan Bahau, ialah keadaan longkang yang busuk, yang tidak terurus. Dah saya sebut banyak kali dah. Dengan baunya yang sampai di situ, di situ ada banyak gerai-gerai minum, dengan baunya yang busuk, yang tersumbat. Haa inilah keadaan dia. Lebih baiklah wakil kerajaan ni, wakil Menteri Besar ni buat kerja-kerja macam ni. Lagi orang suka, lagi orang sayang. Sepertimana yang disebut oleh Chennah semalam, walk the talk. Cakap serupa bikin. Kita kerajaan mesti buat yang terbaik, menjadi contoh pada yang lain. Kalau kita menceroboh suka hati, bagaimana kita nak kawal rakyat lain buat ceroboh suka hati. Hari ini dengan longkang tidak terurus, dengan kawasan diambil tidak secara serata. Ada yang diambil sampai 1 ekar, 2 ekar. Ada yang nak mohon sekangkang kera pun tak dapat nak buat perniagaan kerana tidak diurus dengan baik. Harapan kita supaya kerajaan baru yang ada ini buat lebih baik, tapi malangnya

ada pulak wakil Menteri Besar, katanya, ya, katanya; dialah yang memberi kebenaran. Dan saya difahamkan Polis, FELDA akan buat report Polis tentang pencerobohan tanah ini. Sungguh memalukan Dato’ Yang Dipertua. Harap diambil perhatian. Dan saya mohon Yang Amat Berhormat untuk menjawab isu ini. Dato’ Yang Dipertua, isu seterusnya adalah berkenaan dengan kenaikan kos barangan harian. Dato’ Dipertua, pertama sekali saya tak faham macam mana harga barang ni boleh naik. Memang saya pelik sebab semenjak 2018 di, sebelum itu dikatakan bahawa kalau BN jatuh, harga barang pun jatuh. Bukan begitu Pertang ya? Bila BN jatuh, harga barang jatuh. Haa bila GST tak ada, harga barang pun turun. Jadi GST dah lama tak ada dah. BN pun dah lama jatuh dah. Dah 3 tahun lebih, nak masuk tahun yang ke-4, tapi harga barang masih terus mendadak naik. Ini jelas pada kita bahawa apa cerita atau propaganda yang …..

Minta celah.

….. dilontarkan dulu bahawa harga …..

Minta celah.

….. barang. Sebentar.

Minta celah.

Harga barang akan turun kalau BN turun …..

Minta celah.

….. adalah tidak benar sama sekali.

Minta laluan.

Yang Dipertua Dewan

Laluan.

Dato’ Yang Dipertua, boleh sekejap lagi, dia EXCO, takkan EXCO nak mencelah.

Yang Dipertua Dewan

Tak, tak, boleh tanya tak boleh.

Saya nak dapatkan …..

EXCO bolehlah jawab …..

….. penjelasan.

…..ketika penggulungan.

Saya nak tahu siapa Kerajaan Persekutuan sekarang?

Jawab, jawab ketika penggulungan …..

Siapa Perdana Menteri-nya?

Isunya Dato’ Yang Dipertua. Isunya sekarang ini bukan isu sekarang …..

Jawablah.

….. kenapa naik …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah.

….. tetapi ialah apa yang kita nak buat. Tak ada soalan, tak ada. Saya tak benarkan.

Takut ke?

Repah jawab pasal kesihatan…..

Kenapa, takut ke?

….. klinik kesihatan …..

Kenapa, takut ke?

….. kena jawab. Saya tak takut.

Habis, benarkanlah …..

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

BN menang, barang naik.

Repah, EXCO jawab …..

Beri laluan …..

….. masa penggulungan.

Bagi laluan.

Masa dia panjang. Saya tak ada masa.

Kalau tak berani, jangan …..

Duduklah Repah. You EXCO, jawablah …..

Ya saya tahu saya EXCO.

….. masa penggulungan. Tak apa, duduk.

Saya nak dapatkan penjelasan …..

Yang Dipertua Dewan

Gini, gini.

Repah duduk.

Duduklah Repah.

Jadi kerajaan ni kena sabar.

Kerajaan sekarang ni Kerajaan Perikatan Nasional …..

….. bukan Kerajaan Barisan Nasional, kena faham tu.

Ya. Kena sabar.

….. siapa Menteri dia, siapa Timbalan Menteri dia.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tak apa Yang Berhormat Palong, nanti mereka akan berbaris di luar sana dengan peneroka Gatco.

Haa kan.

Yang Dipertua Dewan

Okay gini.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Jap. Jap. jap. Saya ni pengadil. Kalau soal, pasal, dia bukan, dia bukan gulung, dia tanya soalan. Soalan tu jawablah dulu, kerajaan sekarang, kerajaan siapa. Bagilah nama, jawablah.

Dato’ Yang Dipertua, jawapannya sonang ya, Kerajaan Perikatan Nasional.

Yang Dipertua Dewan

Siapa …..

Ye ke. Siapa Perdana Menteri-nya …..

Boleh saya sambung Dato’ Yang Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

Okay, dah.

Boleh saya sambung? Dato’ Yang Dipertua, isunya sekarang ini ialah bukan isunya kenapa harga barang naik. Itu forum yang berbeza. Isunya ialah dalam bajet kita pada hari ini, apa yang Kerajaan Negeri boleh buat untuk kita menyantuni rakyat, mereka yang terkesan akibat kenaikan harga barang. Itu point utama yang saya nak sampaikan ya. Jadi Repah janganlah terasa sangat, ya, itu point utama saya nak sampaikan. Sepertimana …..

Saya bukan terasa.

….. yang kita sedia maklum.

….. saya cuma nak dapatkan penjelasan.

Okay, okay, dah, okay, okay. Berharap bertenang, harap bersabar.

Yang Dipertua Dewan

Palong …..[percakapan secara off mic].

Itu deh. Gangguan, gangguan Dato’ Yang Dipertua, ini ponting ni. Gangguan, gangguan.

Yang Dipertua Dewan

Tolong, tolong.

Sepertimana yang kita maklum, ketika ni harga barangan mengalami peningkatan harga dari hari ke hari. Peningkatan harga barangan ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kuasa membeli rakyat. Kenaikan harga barangan keperluan asas dalam pasaran menyebabkan masyarakat mulai tertekan. Ketika ini, rakyat amat memerlukan sokongan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kekurangan.

Dato’ Yang Dipertua, apakah tindakan atau rancangan Kerajaan Negeri, kalau boleh difikirkan untuk membantu mengharmonikan kehidupan

rakyat yang terkesan daripada kenaikan harga barangan keperluan ini. Semalam kita dengar ADUN Rantau memberikan cadangan. Contohnya kita pengeluar ayam, yang hebat yang besar, bagaimana caranya Kerajaan Negeri boleh berbincang untuk, untuk mengurangkan kos pengeluaran harga ayam ataupun kurangkan kos penjualan kepada rakyat. Dan saya suka mencadangkan, kalau boleh mungkin Kerajaan Negeri boleh syorkan satu, setiap bulan sekali, ada penjualan secara subsidi kepada rakyat. Keluarkan peruntukan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri, mungkin 100 ribu atau 200 ribu ke, untuk kita top up kan kos kepada contohnya kalau ayam harga sekarang katalah 7.50, kita tampung 1.00 setiap kilo untuk diberi kepada rakyat dan kita jual secara bersubsidi. Dan libatkanlah semua, kita ada 36 Dewan Undangan Negeri, kalau satu Dewan Undangan Negeri 100 ribu, baru 3.6 juta. Kenapa kita perlu cap kepada 88 juta defisit? Kenapa 88? Adakah kerana ia feng shui yang baik? 8-8 kan. Kita boleh jadikan dia 98, boleh jadi 108, tak ada masalah sekiranya ia untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, pada masa yang sama jugak, sektor perladangan, contoh di felda terutamanya. Pengusaha ladang mula mengeluh kenaikan hampir 100% harga barangan keperluan ladang seperti baja dan racun. Saya bagi contoh, racun yang biasa digunakan oleh, oleh peladang, Ecomax contohnya, racun Ecomax 20 liter, dulu harga 290.00 ringgit, hari ini 460.00 ringgit, 480.00 ringgit, kadang-kadang sampai 500.00 ringgit harga dia. Dan contoh yang kedua, racun Garlon, yang 4 liter, harga sebelum 90.00 ringgit, hari ini harganya 190.00 ringgit. Inilah kenaikan-kenaikan kos yang sebenarnya sangat mencengkam ya, kehidupan khususnya penoreh-penoreh getah kerana mereka bukan saja dibelenggu dengan harga getah rendah yang rendah, tetapi dengan musim hujannya ya, dengan penyakit Pestalotiopsis-nya, yang menyebabkan getah, pengeluaran getah mereka merudum hampir 50 – 70% sebulan. Jadi inilah di antara keluh kesah yang pada hemat saya supaya kerajaan yang prihatin, kerajaan yang bertanggungjawab bolehlah memikirkan apa cara untuk kita mengharmonikan rakyat supaya rasakan rasakan bahawa mereka juga terbela dalam keadaan kenaikan harga kos yang begitu mendadak, Dato’ Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya tidak berhajat untuk meneruskan lagi memandangkan masa tidak …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

….. mengizinkan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Palong. Sekarang silakan Yang Berhormat Juasseh.

Saya bukak ya Dato’ Dipertua [face mask].

Yang Dipertua Dewan

Haa boleh bukak. Kita jauh.

Tak sampai kan. Bukak ya. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera kepada semua ya, terutamanya saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi peluang juga kepada saya untuk membahaskan usul belanjawan Kerajaan Negeri bagi tahun 2022 yang akan datang. Dan sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Sikamat, belanjawan kita pada tahun 2022 merupakan belanjawan defisit di mana perbelanjaan akan mengatasi pendapatan sebanyak 88 juta ringgit. Ini merupakan tahun yang kedua belanjawan defisit dibentangkan oleh yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat dan sebenarnya kita boleh terima. Soal belanjawan defisit ni kita boleh terima kerana kita semua sedia maklum bahawa kita dalam proses, negara kita dalam proses pemulihan ekonomi akibat daripada COVID-19 baru-baru ini.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, panjang sebenarnya ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat tempoh hari. Saya sempat membacalah walaupun saya ni malas sikit, tapi rajin jugak baca 54 muka surat ni. Dan saya terbaca tentang Yang Amat Berhormat juga mengucapkan tahniah ya, kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC yang telah berjaya menjadi juara Liga Perdana bagi tahun, bagi tahun inilah ya. Jadi untuk itu, saya juga mengambil kesempatan sebagai seorang pencinta dan penyokong bola sepak Negeri Sembilan, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC kerana berjaya menjadi juara Liga Perdana. Ini juga merupakan kejayaan semula kepada, pada pasukan bola sepak Negeri Sembilan. Walaupun ini bukanlah kali yang pertama Negeri Sembilan mencipta kejayaan, kerana sewaktu Yang Berhormat ADUN Rantau memimpin persatuan bola sepak juga dulu, kita pun menempa banyak kejayaan. Saya sendiri mengetuai pasukan bola sepak Negeri Sembilan menjadi juara Liga Super Dato’ Yang Dipertua, haa. Itulah sekali. Bukan kerja mudah, setahun, juara Liga Super, mudah, bukan mudah Dato’ Dipertua. Dan juga menjadi juara Liga Perdana, Piala Malaysia pun ada 2 kali.

Jadi sepertimana kebiasaanlah ya, hari ini pasukan Negeri Sembilan baik di bawah jurulatih yang saya, sama saya juga dulu tu, K. Devan tu, jadi kebiasaannya kita ni, dalam negara kita ni Dato’ Dipertua, orang muda ni

terikut dengan trend, macam Lee Chong Wei menang badminton, semua orang beli raket. Bukan orang muda saja, orang lama pun beli raket, semua cuba-cuba nak main badminton, kecoh semua kan. Begitu jugak bola sepak di Negeri Sembilan ni. Dah jadi johan ni ramai yang, ramailah yang minat bermain bola, menganjurkan pertandingan bola dan sebagainya seperti kata YB Paroi tadi ya, Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bagus ya. Saya pun buat jugaklah kecil-kecilan, ramai jugak yang buat kecil-kecilan. Ini bagus sebenarnya.

Bila gunakan Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar ni, Menteri Besar sebagai satu institusi, Menteri Besar, kerajaan. Jadi yang heran kepada saya ialah, di lokasi pertandingan ni, kenapa bendera parti yang banyak naik? Dato’ Yang Dipertua. Macam di Kuala Pilah, saya lalu hari-hari tu, macam Holland ke apa main, oren. Dato’ Yang Dipertua oren kan? Oren, biru, ini dah jadi cerita lain. Piala YAB MB dah jadi cerita politik. Di Seremban, saya difahamkan penuh bendera di padang, di padang MPS tu. Jadi itu kita kena hormati piala ni Yang Amat Berhormat, Dato’ Yang Dipertua, kerana seperti kata saya tadi, MB ni satu institusi kepimpinan negeri. Tak wajarlah sebenarnya mana-mana pihak secara terbuka, di tempat terbuka memenuhi padang-padang ini dengan bendera parti-parti politik. Kita tahu anak-anak muda kita memang suka main bola Dato’ Dipertua, mereka tak ambil tahu sangat pun, mereka, penting mereka main bola sebab Negeri Sembilan baru lepas juara bola. Siapa anjurkan pertandingan pun mereka ramai datang. Tetapi kawalan mesti dibuat kerana tak sepatutnya bendera-bendera parti politik ini memenuhi padang-padang ni. Saya tak tahu PBT-lah boleh ke tak boleh. Macam di Kuala Pilah, stadium Pilah tu, kalau lalu hari Ahad ni mesti banyak tu. Dan orang tak kesah pun, tinggal lagi bagi saya ini tidak menghormati piala tersebut, sebab piala ni Piala YAB MB. Bukan piala Pengerusi, Pengerusi Perhubungan itu, ini dan sebagai, itu lain. Tapi ini dah dibuat, dibuat secara terbuka pun tak sesuai. Kalau parti politik pasang bendera tempat tertutup atau fungsi program politik, itu okay. Bila sukan ini sepertimana Dato’ Dipertua, kita sedia maklum sukan ni untuk kebaikan tubuh badan kita, kebaikan minda kita, dan untuk ukhwah sebenarnya khususnya dalam keluarga anak-anak muda di Negeri Sembilan. Jadi saya harap ini boleh diberi perhatianlah oleh EXCO Belia kita, EXCO daripada Paroi, Yang Berhormat Paroi. Beliau yang menyebut tadi, ini program kerajaan, jadi kita kena hormatilah perkara ini.

Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua, belanjawan 2021 juga, fokus kepada 2 Bidang Tumpuan, 8 Bidang Tumpuan ya. An, mintak maaf, kepada 2 Bidang Tumpuan yang, yang saya nak ambil satu iaitu soal pendidikan Dato’ Yang Dipertua. Saya melihat kepada banyaknya belanjawan ini, insentif yang diberikan tapi saya tak nampak satu yang terus diberikan

kepada PIBG, Dato’ Yang Dipertua. PIBG ni satu badan yang penting di peringkat sekolah dan ibu bapa. Dan kita tahu bahawa sejak negara kita menghadapi PKP ni, sekolah tak dapat nak mengumpulkan ibu bapa. Tak dapat mengumpulkan murid. Dan justeru itu tak ada pungutan pun yuran PIBG ni. Boleh katakan kantung PIBG ni tak ada duitlah Dato’ Dipertua ya. Jadi apabila dibukak sekejap hari itu, PIBG ramai yang dah mula membuat mesyuarat-mesyuarat PIBG. Sebahagiannya secara online, dan sebahagian lagi mengadakan mesyuarat secara terbuka. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri mungkin adalah melalui peruntukan P50 tu mungkin jugak, saya terfikir jugak tadi tu, mungkin nak gunakan P50 yang 30 juta tu, mungkin nak bantu. Tapi apa yang saya nak ingatkan di sini ialah sewajarnya PIBG ni kita bantulah mengikut skala sekolah. Kalau ramai murid tu lebihlah sikit. Ini patutnya secara tetap sebab ini penting untuk pendidikan anak kita Dato’ Dipertua.

Sehubungan dengan mesyuarat PIBG Dato’ Dipertua. Ini satu saya nak cakap. Sekarang ni kita tahu bahawa peraturan 3.0 tidak membenarkan orang luar masuk ke sekolah walaupun untuk merasmikan apa juga program di sekolah. Ini YB Ampangan tahu ni ya. Tetapi sekolah kadang kala mereka perlu untuk memanggil pemimpin-pemimpin setempat dan ramailah YB-YB jugak mungkin di sebelah sana, sebelah sini pun ada yang dipanggil untuk merasmikan mesyuarat PIBG dan sebagianya, tetapi tak boleh buat di sekolah Dato’ Dipertua, kena buat di luar. Jadi sekolah kena fikirlah nak sewa hotel ke, nak sewa dewan ke dan sebagai, tapi kebanyakan sekolah ni, sekolah kurang murid Dato’ Dipertua. Sekolah-sekolah di kampung yang tak ada kemudahan-kemudahan fasiliti-fasiliti bangunan, dewan-dewan, hotel pun tak ada apatah lagi kan. Jadi mereka ni perlukan dewan, tempat untuk mengadakan mesyuarat PIBG.

Di sini saya nak sebut satu perkara yang mungkin Dato’ Dipertua tak maklum, bahawa ada mesyuarat PIBG yang diadakan di tepi kolam, sebab pemimpin kampung tak benarkan gunakan balai raya Dato’ Dipertua. Sekolah tu sekolah kecil je, mungkin 20 orang je datang, mak bapak ni, sesuai untuk kapasiti satu balai raya. Pemimpin kampung tak, tak bagi benarkan balai raya ni. Terpaksalah buat mesyuarat di tepi kolam. Dan ada sekolah tu mula-mula dibenarkan, akhirnya tak dibenarkan, terpaksa pulak PIBG diadakan bawah pokok di gelanggang futsal. Ini pemimpin kampung Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Boleh tak saya apa sikit, pasal yang ni, sekolah ni. Memang ada arahan daripada Kementerian Pendidikan tu.

Tau.

Yang Dipertua Dewan

Tidak membenarkan, khususnya kami pemimpin-pemimpin negeri untuk hadir di sekolah-sekolah. Jadi saya dah rasmikan 3 – 4 buah sekolah, buat di luar. Dan apa, sekolah-sekolah kita memang daif, daif tak ada duit. Dia orang nak jugak buat, pasal biasa bila panggil kita, kita akan bagilah sikit bantuan. Salahnya saya, Kementerian Pendidikan-lah, sebelum ni tak ada masalah sekolah. Saya sendiri pun 4 dah saya rasmikan di luar. Dan bayangkan dia orang mengeluh sebab apa, nasional tak bantu, apa tak bantu, jadi saya bantulah.

Faham.

Yang Dipertua Dewan

Haa, terima kasih.

Saya faham Dato’ Dipertua. Itu cerita tadi, saya akui benda tu, Peraturan 3.0 tu, memang tak benarkan. Bila sekolah buat di luar, dalam konteks kampung Dato’ Dipertua, apa salahnya pemimpin kampung, secara khusus sebut MPKK-lah ya, benarkanlah mesyuarat PIBG buat di balai raya. Haa jangan di, jangan tak dibenarkan. Jangan terlampau rigit dari segi ini kerana saya baca sebenarnya Dato’ Dipertua, saya baca Bidang Tumpuan pemerkasaan komuniti, Yang Amat Berhormat tulis ni, usaha pemerkasaan ni hendaklah melalui pemba, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan kepada masyarakat serta program community base yang akhirnya akan diterjemahkan kepada kesejahteraan dan kesepakatan komuniti. Itu pergi dia. Ini soal kampung saja pun. Sekolah kampung pun. Tak ramai pun budak muridnya. Setakat balai raya punya kapasiti dengan SOP sebagainya, 30 orang masuk. Tapi sedih, tapi ini bukan berlaku di DUN Juasseh, Dato’ Dipertua, saya kena, nanti orang Juasseh marah pulak, pemimpin di Juasseh kerjasama banyak. Tapi ni berlaku jugak di Kuala Pilah yang saya terpendamlah dalam hati saya. Tengok mesyuarat PIBG buat di tepi kolam, di gelanggang futsal bawah pokok, ini tak sepatutnya berlaku kerana di kampung, kita ada balai raya. Setengah balai raya tu, Dato’ Menteri Besar sebut ni, perkasakan dan menambah baikkan infrastuktur. Banyak balai raya dah ubah suai. Boleh, cukup. Takkanlah soal pendidikan pun nak dipolitikkan Dato’ Dipertua. Tak benarkan. Ini saya kena tegur Dato’ Dipertua, kerana ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita kerana kurangnya ilmu, kerana tertutup kita punya minda ni dalam soal pendidikan, dalam soal kesihatan ni. Saya di Juasseh Dato’ Dipertua, saya dah sebut dulu dalam Dewan dulu, di Juasseh soal vaksin buat balai raya, dewan orang ramai, pemimpin kampung semua benarkan, kerana mereka faham. Ini bukan soal politik, ini soal masyarakat. Ibu bapa, PIBG soal masyarakat. Kesihatan soal masyarakat. Jadi tak perlu kita politikkan. Jadi itu teguran saya yang kedua Dato’ Dipertua.

Yang ketiga, soal perbelanjaan pembangunan. Saya nak sebut tentang agihan yang ketiga, iaitu soal infrastrukturlah ya, agihan yang ketiga daripada perbelanjaan pembangunan. Kita pun sedia maklum bahawa sepertimana disebut oleh YB Chennah semalam, Kerajaan Persekutuan banyak menyalurkan melalui peruntukan MARRIS ke negeri ini. Dan kita mesti ingat macam mana kita dapat banyak di Negeri Sembilan ini peruntukan MARRIS ini Dato’ Dipertua. Saya pernah pegang, duduk di portfolio ini sebenarnya, menggesa semua Jurutera Daerah ni mendaftarkan sebanyak mungkin jalan dalam kawasan masing-masing supaya dengan panjangnya jalan yang kita dah wartakan ini, bertambah banyaklah peruntukan MARRIS ni. Dia mesti wartakan Dato’ Dipertua. Exercise ni pada tahun 2000, saya tak ingat, masa saya kerja JKR dulu. Kita buat exercise sebab kita nak kejar duit MARRIS ni banyak. Alhamdulillah sekarang ni banyak duit MARRIS ni. Jadi kita gunakan secara berhemah. Ini membantu sebenarnya, Kerajaan Negeri beruntung kerana dengan duit MARRIS ni selenggaraan jalan, longkang, macam-macam lagilah, dari segi pembangunan dapat diselesaikan tanpa menyentuh duit daripada Kerajaan Negeri sendiri, tabung Kerajaan Negeri sendiri.

Tapi dalam menjalankan usaha ini, Dato’ Dipertua, saya harap, yelah sebab duit banyak kan, janganlah sampai turap jalan ni sampai berkali-kali. Sampai dah tinggi jalan ni dah. Duit banyak. Kontraktor cari kojo, Pejabat Daerah bagi, turap lagi, turap lagi. Dan ini pun saya tak nampak rasional dialah ya, Dato’ Dipertua. Ada orang complaint dengan saya tu: “To’ jalan kampung dah tinggilah, nak selisih dah payah jadi eh, beberapa kali nak turap ni, 3 kali nak turap?” Dato’ SFINO pandang saya, betul Dato’ Seri. Ini realitinya. Duit banyak, tak apa. Tetapi janganlah sebab nak nurap punya pasal, sampai nak berselisih jalan kampung pun payah Dato’ Seri, Dato’ Dipertua ya. Dah tinggi jalan tu, macam mano nak selisih kan. Konolah buek longkang lagilah, nak tinggikan itu dan sebagainya. Jadi saya nak, ini satu perkara yang saya lihat perlu diambil perhatianlah. Kita bersyukur Negeri Sembilan bersyukur kerana duit banyak, tak perlu sentuh tabung Kerajaan Negeri sebab kita dah ada MARRIS ni, daripada Kerajaan Persekutuan ni. Buatlah secara yang, yang terbaik.

Akhir sekali Dato’ Dipertua, yang soal agihan yang keenam ni, soal pelancongan. Saya dari segi pelancongan ni saya berterima kasihlah kerana di kawasan saya tu Jeram Tengkek tu, YAB, YAB Sikamat pun tahu, dia pun seharian pun duduk situ sebenarnya, banyak dah kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada Jeram Tengkek ni. Macam-macam infra dan, dah dibuatlah. Tetapi ada satu lagi kawasan yang saya nak highlight-kan dalam ucapan saya pada hari ini iaitu kawasan Jeram Ulu Beting. Untuk rekod Dewan ya. Sebab kita tahu Dato’ Dipertua, selepas kita selesai PKP ini, keghairahan masyarakat untuk keluar beriadah ni

banyak. Dah lama, 2 tahun berkurung Dato’ Dipertua, kan, jadi semua orang nak bawak anak-anak, keluarga, yang mampu pergi jauh, yang kurang mampu pergi dekat, PD. Ada yang lagi kurang mampu, dalam kampung pun boleh, asalkan tempat riadah dan sebagainya. Jadi sepatutnya tumpuan seperti kata YB, siapa cakap tentang mapping tu, kita, YB Johol rasanya. Kawasan-kawasan pelancongan ni, jangan kita lihat kepada pelancongan ni nampak macam pelancong luar negara, terlampau ramai, tak, ini tempat riadah Dato’ Dipertua. Tempat riadah kampung pun, tetapi menarik. Dan ramai yang datang sewaktu hujung minggu. Jadi kawasan Jeram Ulu Beting ni satu kawasan yang menarik. Hampir dengan bandar Kuala Pilah, tak ada siapa pun pedulik lagi sebenarnya. Tapi Jabatan Hutan maklum tentang perkara ni. Saya harap Jeram Ulu Beting ni diberi perhatian, tak ada kemudahan, toilet tak ada, tempat tukar baju tak ada. Tapi saya akan bantu Dato’ Dipertua, secara ikhlas saya katakan saya bantu, tapi kita nak tengok jugak Kerajaan Negeri sebab adanya peruntukan pelancongan ni, jangan tinggalkan kawasan ni lah. Saya personally saya akan bantu, insyaAllah tak lama lagi saya akan buatkan toilet dan sebagainya. Mungkin tempat menunggu, kemudahan-kemudahan yang lain yang sepatutnya kita berikan kerana kita tahu tak semua orang mampu pergi ke Cameron Highland, Dato’ Dipertua. Tak semua orang mampu pergi Janda Baik. Tak semua orang mampu pergi Port Dickson, hotel dan sebagainya. Setengah pergi setakat mampu pergi Jeram Tengkek je, Dato’ Dipertua, ya, jeram ulu-ulu ni ya, janji gembira ya, janji keluarga gembira kan, anak-anak gembira main air, suasana damai, sojuk.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa Jeram Tengkek pun, yelah elok lah, MB sendiri pun selalu pergi. Haa tinggal lagi ni Jeram Ulu Beting Dato’ Dipertua, ini satu kawasan yang saya berharap Kerajaan Negeri dengan peruntukan sedia ada, dengan kelulusan di bawah agihan ke-6 ni dapat bagi sikitlah, beri sikit. Saya rasa Pejabat Daerah akan, selepas Dewan ni dia kena tengoklah Jeram Ulu Beting ni, Pejabat Hutan, apa yang boleh kita bantu, kerana yang beriadah ni ialah keluarga-keluarga yang bahagia, Dato’ Yang Dipertua. Bahagia walaupun dengan keadaan itu, tapi bahagia. Tingga lagi kita, facilitate-lah sikit, bagi kemudahan-kemudahan ini.

Jadi Dato’ Dipertua, saya rasa setakat itu. Dan saya berharap ya, banyak perkara yang perlu kita lunaskan di bawah belanjawan ni kerana memiliki banyak perkara dan jangan terlalu dipolitikkan, Dato’ Dipertua ya. Nak menang pilihan raya, tak mesti melalui ini. Bendera banyak dan sebagainya ni. Seperti kata kita punya Yang Berhormat Rantau, dalam manifesto, haa itu penting, apa tawaran kepada rakyat, ini yang rakyat nak dengar ya, bukan sebab bendera banyak. Di Melaka, Dato’ Dipertua,

tak banyak bendera pun, tak ada kempen terbuka pun, tetapi kerana tawaran manifesto kita lebih baik, makanya, itu diakui sendiri oleh YB Chennah semalam ya, manifesto itu. Jadi saya harap terlalu berpolitik dalam soal pelaksanaan belanjawan ini bukanlah satu yang baik kepada rakyat dan jugak kepada Negeri Sembilan. Sekian Dato’ Dipertua, sekian, assalamualaikum WBT.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya bangun untuk berbahas. Ya, boleh haa Dato’ Yang Dipertua Dewan? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, sebelum saya menu, memulakan perbahasan saya, saya nak ucapkan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar-lah kerana saya difahamkan ada sekumpulan penduduk-penduduk Gatco telah berkumpul di luar Wisma Negeri, Wisma Negeri dan telah dihalang oleh Polis untuk memasuki di kawasan Wisma Negeri-lah. Dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan segeralah dia sedia dengan mesra berjumpa dengan golongan ini untuk bertanyakan rungutan mereka ataupun masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Jadi, inilah contoh yang baik sedia bertemu dengan rakyat pada bila-bila masa sahaja. Bukan macam dulu, kalau macam dulu, mungkin telah dilokapkan.

Jadi, Dato’ di, Yang Dipertua Dewan, pada Jumaat yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan satu belanjawan yang cukup baik dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi di negeri ini. Pada tahun 2021 sebanyak 40 inisiatif telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sembilan demi menjaga kehidupan rakyatnya. Pembangunan terus dijalankan secara pesat di seluruh Negeri Sembilan. Saya rasa kita telah mencapai matlamat temanya pada tahun 2021 iaitu “Merangsang Ekonomi dan Memperkasa Rakyat”.

Pada tahun 2022 pula, sebanyak 52 inisiatif akan dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk menjaga kepentingan penduduk-penduduk di Negeri Sembilan. Ini adalah satu kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di mana mampu melaksanakan pelbagai inisiatif dan demi menjaga kehidupan rakyatnya dan berharap dapat membangunkan semula ekonomi negeri ini. Maka saya amat yakin pertumbuhan ekonomi pada tahun depan akan lebih baik pada tahun ini. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk me, me, mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat, barisan EXCO, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri,

Dato’ Pegawai Kerajaan Negeri, dan semua penjawat awam di negeri ini di mana mereka telah mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dengan keadaan semasa dan bekerja keras demi berharap negeri, rakyat di negeri ini boleh terus hidup dalam keadaan yang selesa.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, merujuk kepada rizab kewangan wang disatukan Kerajaan Negeri di mana mengikut laporan sehingga 15 November 2021, jumlah rizab Kerajaan Negeri adalah masih kukuh. Maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh memperbanyakkan lagi penggunaan perbelanjaan daripada rizab ini memandang, memandangkan pertumbuhan ekonomi amat memerlukan suntikan daripada, suntikan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Kalau kerajaan terdahulu hanya simpan wang rizab ini tanpa sebarang penggunaan, maka kita, maka saya rasa sudah tibanya Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Pakatan Harapan menggunakan rizab ini sebaik yang mungkin terutama pada tempoh pandemik COVID-19 ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, dalam belanjawan 2022, juga ada menyatakan satu inisiatif iaitu Care For You sebanyak 1 juta untuk membantu sebanyak 5,000 orang ibu tunggal di negeri ini. Saya juga ingin tahu berapakah sebenarnya jumlah ibu tunggal yang ada di Negeri Sembilan ini? Saya berasa kalau hanya setakat memberi sumbangan sebanyak RM200.00 ringgit untuk seorang ibu tunggal, angka itu adalah sangat kurang. Ini adalah kerana keadaan setiap keluarga ibu tunggal adalah berlainan, mungkin antara mereka ada yang anak ramai ataupun menghadapi masalah-masalah yang lain. Apa yang lebih penting adalah saya berasa golongan ini perlu diberikan kursus-kursus ataupun latihan-latihan tertentu supaya mereka boleh mencari kerja dan menyara kehidupan mereka pada masa akan datang. Sekiranya golongan ini tidak dibimbing ataupun dipantau dengan baik, saya khuatir anak-anak mereka menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang. Mungkin anak-anak mereka tidak dihantar seko, ke sekolah ataupun dididik dengan baik.

Jadi selain daripada bantuan kewangan, saya rasa kursus-kursus ataupun latihan-latihan tertentu perlu diberikan kepada mereka ini supaya kehidupan mereka terjaga pada masa akan datang. Saya, saya berasa kursus-kursus di bawah PH GEM wanita, di bawah YB wanita, Bukit Kepayang, perlu men, mengadakan kursus-kursus ataupun latihan-latihan tertentu untuk golongan ini di mana motif tujuan mengadakan ini, PH GEM wanita juga adalah bertujuan untuk menambahkan pendapatan mereka terutamanya kaum-kaum wanita.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Sembilan, pada tahun 2018 hingga 2021, berapakah projek

Kerajaan Negeri yang ter, yang telah diberikan secara tender terus dengan nilainya setiap projek tersebut, sekiranya ada. Dan apakah tujuan tender sebut, tersebut?

Perkara lain adalah berkenaan dengan pelaksanaan e-Doket sejak 2019. Sistem ini bagi saya adalah sangat bagus di mananya dapat menambah hasil pendapatan kutipan royalti Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi saya nak tahu berapakah penambahan kutipan royalti tersebut kepada Kerajaan Negeri Sembilan sejak pelaksanaan sistem ini?

Perkara seterusnya adalah saya juga ingin menyeru semua Pihak Berkuasa Tempatan terutamanya pihak OSC, Jabatan Perancang Bandar supaya meneliti semula ini kelulusan Kebenaran Merancang iaitu KM, di mana saya mendapati pemilik, pemilik-pemilik tanah yang telah memohon kelulusan KM tersebut, mereka tidak membangunkan tanah dengan segera. Mereka akan simpan tanah tersebut 2 – 3 tahun lepas, dan jual kepada pihak ketiga, selepas harga tanah tersebut menjadi menaik melampau tinggi. Jadi apabila pihak ketiga mengambil alih pelaksanaan projek perumahan tersebut, kemungkinan besar keadaan sekeliling projek tersebut, tersebut telah berubah, mungkin perumahan yang baru telah dibuat ataupun saluran longkang ataupun sebagainya infra yang telah berlainan daripada kelulusan KM yang sebelum tersebut. Jadi keadaan ini telah mengundang banyak masalah. Saya ambil contoh, di kawasan Temiang beberapa projek yang saya terima telah menyebabkan masalah kepada penduduk-penduduk setempat. Contohnya projek pembinaan Taman Salimban di Temiang. Projek ini telah menyebabkan struktur beberapa rumah mengalaman, mengalami keretakan yang mana bangunan tersebut telah retak. Dan walaupun akhirnya pemaju telah membaiki semula bangunan tersebut, tetapi saya rasa perkara ini sepatutnya tidak harus berlaku sekiranya ada pantuan di, ada pantau dijalankan. Begitu juga dengan pembinaan 4 blok apartmen oleh Pemaju JYC Development Sdn. Bhd. Projek ini telah mengundang masalah banjir lumpur kepada penduduk-penduduk sekitar projek pembangunan ini. Satu lagi projek perumahan oleh Tetuan Asal Mewah Development Sdn. Bhd. di mana laluan terowong yang menyambungkan jalan untuk pemilik-pemilik tanah di sebelah LEKAS Highway telah ditutup oleh pemaju perumahan ini.

Maka saya berasa disebabkan KM tersebut adalah bertahun yang lepas, yang telah diluluskan, jadi sesuatu kaedah ataupun kajian perlu dinilai semula, dikaji oleh semua PBT supaya masalah-masalah asas ini boleh diselesaikan sebelum kerja-kerja perumahan tersebut dijalankan. Dan tidaklah mengundang kepada masalah kepada penduduk ataupun kepada kita ADUN, sudah tentu rakyat akan mencari kita dan kalau kita diberi apa, tidak diberitahu apa maklumat-maklumat, maklumat

daripada Pihak Berkuasa Tempatan, kita juga sangat malu dan kita pun tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Jadi saya menyeru dan menggesa pegawai-pegawai OSC, Perancang Bandar perlu turun padang untuk meni, meninjau semula keadaan sekeliling tapak perumahan tersebut sebelum sesuatu kerja perumahan di, dimulakan. Dan kalau boleh, ADUN-ADUN, wakil rakyat juga diberi maklumat tertentu supaya kita ambil maklum dan tidak, dan boleh sama-sama menyelesaikan masalah sekiranya berlaku.

Untuk kawasan Temiang juga, saya juga berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran mengambil langkah-langkah yang berwaspada terutamanya tentang pembinaan kolam takungan air di mana untuk sesuatu perumahan yang barulah. Di mana kapasiti takungan air di longkang-longkang konkrit di depan SK Temiang adalah terlalu terhad dan tidak mampu lagi menanggung kuantiti air hujan yang terlalu banyak. Jadi, sebarang pembinaan perumahan di kawasan Temiang perlu memastikan mereka membuat ini kolam takungan air supaya masalah banjir kilat di kawasan Temiang boleh dikurangkan.

Saya juga bercadang kepada pihak JPS supaya dapat menjalankan kerja-kerja pembersihan mendapan pasir di sepanjang Sungai Diversion Temiang terutamanya di bahagian Sungai Diversion Temiang yang terletak di tepi bangunan Unit Selenggara Jalan, JKR di Jalan Tuan Haji Said sehinggalah ke pasar Centre Point Seremban di Jalan Dato Siamang Gagap. Ini adalah kerana kawasan tersebut, bahagian tersebut tidak pernah dibersihkan mendapannya dan telah menghala, menghalang laluan pengairan Sungai Diversion Temiang tersebut.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, pekara seterusnya adalah berkenaan dengan jawapan soalan bertulis saya yang bertanyakan tentang pembangunan Seremban Utara yang meliputi keluasan tanah sebanyak 2,740.67 ekar tanah. Bagi saya ini adalah satu pembangunan yang sangat besar dan boleh menarik pelaburan yang sangat tinggi. Seperti yang saya kata tadi, saya berharap Kerajaan Negeri boleh meneliti semula dengan sijil pelan Kebenaran Merancang-nya di Seremban Utara ini. Saya berharap mendapat tahu apakah institusi kerajaan yang akan ditanggungkan pada masa depan kerana jawapan daripada soalan bertulis saya tidak dinyatakan secara detail ataupun terperinci. Seperti contohnya, berapakah jumlah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan yang akan dibina, apakah jenis institusi kerajaan yang akan dibina seperti balai bomba, balai polis, dewan komuniti, taman-taman permainan kanak-kanak, kolam takungan air, kawasan tapak perkuburan untuk setiap kaum, jumlah bilangan Rumah Mampu Milik yang akan dibina dan sebagainya kerana kawasannya sangat luas jadi perlu ditelitikan dengan berhati-hati. Yang penting sekali adalah

keadaan semula jadinya indah, perlu mewajibkan pemaju merizabkan kawasan-kawasan hijau.

Yang seterusnya Dato’ Yang Dipertua Dewan adalah berkenaan dengan jalan Temiang ke Pantai di mana jalan tersebut memang sangat cantik dan bagus untuk memudahkan orang ramai ke Pantai. Cuma satu kekurangan adalah lampu-lampu tidak disediakan dengan cukup. Lampu-lampu dari susur masuk dari jalan, jalan susur masuk dari LEKAS Highway ke kawasan Temiang tidak menyala bertahun-tahun, selama 2 tahun. Dan bahagian, dan ada sebahagian tengah yang menyambungkan Temiang ke Pantai tidak disediakan ini lampu, saya pun pelik kenapa lampu bahagian tersebut tidak disediakan lampu. Jadi ini akan mengundangkan kebarangkalian berlaku kemalang, kemalangan pada waktu malam akan bertambah. Jadi saya mohon JKR meneliti, JKR Negeri Sembilan meneliti perkara ini supaya masalah kemalangan jalan ini boleh dikurangkan.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri mengenai proses permohonan lesen perniagaan. Saya sendiri telah banyak mendapat aduan daripada pemohon-pemohon yang memohon untuk menjalankan perniagaan mereka di Negeri Sembilan. Mereka telah membuat aduan kepada saya, mereka perlu menunggu masa yang sangat lama daripada Pihak Berkuasa Tempatan untuk meluluskan permohonan mereka. Ada kes yang telah menunggu 3 bulan pun belum dapat lagi kelulusan. Jadi, dalam tempoh menunggu kelulusan tersebut, mereka pun telah dikenakan kompaun oleh Pihak Berkuasa Tempatan di mana saya rasa ini tidak adil kerana mereka telah membuat permohonan.

Saya juga dapat mengetahui bahawa PBT tidak memberikan kelulusan disebabkan ada jabatan seperti Jabatan Bomba, Kesihatan ataupun Bangunan tidak memaklumkan, malas, maklum balas mereka semasa dalam Jawatankuasa Perlesenan. Jadi ini telah mengundangkan permohonan untuk mendapatkan lesen perniagaan tersebut telah ditundakan, terpaksa ditangguhkan atas-atas masalah ini.

Ada satu perkara yang lebih penting adalah di mana masalah ini telah mengundang satu situasi di mana wujudnya pihak ketiga yang dike, yang diketahui umum secara umumnya sebagai runner untuk membantu pemohon-pemohon ini mendapat kelulusan daripada pihak PBT. Jadi saya nak tanya Kerajaan Negeri, ada ke pihak Kerajaan Negeri melantik sesiapa mewakili pihak PBT sebagai runner untuk urusan permohonan lesen perniagaan ini? Jadi ini, sebagai Kerajaan Pakatan Harapan yang mesra dengan rakyat, yang ingin membangunkan perniagaan di Negeri Sembilan, saya rasa perkara-perkara ini perlu diperbaiki dan

diringkaskan prosedurnya. Pemohon-pemohon kebanyakan tidak di, tidak diberitahu maklum balas tentang permohonan mereka. Mereka juga tidak mempunyai akses untuk mengetahui keputusan permohonan mereka sehinggalah mereka mencari runner-runner tersebut. Jadi, saya nak tahu apakah langkah-langkah penambahbaikan yang telah diambil? Seperti contohnya memberi maklum balas kepada pemohon secara bertulis ataupun akses melalui website PTG, haa ini PBT supaya pemohon-pemohon ini tahu tentang keadaan terkini permohonan mereka dan tidak dipermainkan oleh runner-runner ini. Jadi saya rasa ini saja Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya juga untuk mengambil bahagian perbahasan bagi Belanjawan Negeri Sembilan 2022 ini. Pertama, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyatakan bahawa ini kali kedua, 2 tahun berturut-turut di mana Kerajaan Negeri Sembilan membentangkan belanjawan defisit yang bukan kecil tapi besar. Kalau campur 2 tahun ni dah 200 juga defisit. Walau bagaimanapun, kita faham keadaan memerlukan perbelanjaan yang lebih terutama dalam untuk membantu rakyat dan jugak untuk merangsang ekonomi kita. Dia berbeza Dato’ Dipertua, dulu waktu kita buat defisit ni, selalu ayat yang keluar tu ialah tidak pandai mengurus kewangan negeri, itu ayat dulu. Dato’ Dipertua masa tu tak ada lagilah ya. Tapi saya nak nyatakan bahawa ada masa perlu, ada masa tidak perlu. Tapi walaupun setelah 200 juta kita buat defisit selama 2 tahun, tapi diharapkan belanjawan ini dapat disalurkan kepada rakyat dan jugak pembangunan dan membantu rakyat yang susah, dapat kita laksanakan.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak ambil kesempatan bahawa kita ni masih lagi dalam pandemiklah, COVID-19 ni. Baru-baru ni keluar pulak varian baru, omicron ni, dengar ceritanya daripada Afrika. Dah sampai ke tidak ke negara kita, kita pun tahu, kita tengah buat saringan sekarang. Dan oleh kerana tu, saya ingat kita kena serius Dato’ Dipertua, dalam menjaga batasan-batasan kita sewaktu kita bersidang dalam Dewan ni. Saya masih ingat sidang Dewan yang lepas, kita tetapkan waktu, jumlah waktu kita nak bersidang, jangan lebih waktu, jangan lebih waktu, contohnyalah. Tapi kali ni tak ada.

Saya juga berharap kalau boleh yang check air liur tu, buat hari-hari Dato’ Yang Dipertua, apa salahnya. Kerajaan tanggunglah sikit, bukannya masalah. Ataupun, tak pun suruh wakil rakyat ni belikanlah, tak kan setakat 5 – 6.00 ringgit tu tak boleh beli. Ini penting Dato’ Yang Dipertua.

Saya lepas Dewan, kadang-kadang jumpa orang, mana tahu. Saya selalu cakap pada orang, saya khuatir saya ni pembawa. Bukan saya khuatir saya kena COVID, tapi saya khuatir saya pembawa sebab kita jumpa ramai orang. Jadi saya mencadangkan Dato’ Yang Dipertua, mungkin kita cadangkan supaya setiap ahli Dewan, setiap yang berada dalam Dewan yang mulia ini, setiap kali masuk tu buat saringan, tak salah pun ya. Tak salah. Mungkin semalam negatif. Hari ni kok positif Dato’ Yang Dipertua, macam mana?

Yang Dipertua Dewan

…..[percakapan secara off mic]

Haa betul, check. Tapi satu hari, selang sehari. Haa saya nak kalau boleh hari-hari. 5 hari, 5 harilah, tak apa, tak salah. Jadi itu untuk kebaikan kita dan kebaikan semua orang untuk masalah COVID ni. Ini tak tahu lagi apa nak berlaku, apa, ni, varian yang baru ni kita tak tahu status dia, tetapi kita harapkan …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic] … ni doktor nasihat ni.

Haa saya nasihat sebagai ahli Dewan dan jugak doktor-lah Dato’ Yang Dipertua ya. Saya ingat saya sempat jugak berborak dengan pegawai kita di luar sana, dia pun kata, a’ah eloklah buat hari-hari. Tapi hari ni saya tak buat Dato’ Yang Dipertua. Saya tak buat. Tak buat sebab tak diarahkan. Mintak Dato’ Yang Dipertua-lah sebagai Yang Dipertua mintaklah kita buat. Kita buat ya. Saya yakin ramai tak, tak rasa susah. Tambahan pulak yang setakat air ludah tu agak mudah, mudah kan, sebagai saringan untuk kita.

Dato’ Yang Dipertua, itu satu. Yang kedua, dah berlaku COVID ni Dato’ Yang Dipertua, kita dapat ramai anak yatim ni. Yang bapak meninggal, yang mak meninggal, yang mak bapak meninggal. Ada tu di kampung ada yang nenek jaga cucu, nenek meninggal. Haa ni anak yatim ramai. Baru-baru ni Dato’ Yang Dipertua, saya pergilah berjumpa dengan jemaah anak yatim kawasan saya, saya sempatlah bertanya, ada tak bantuan daripada Kerajaan Negeri: “tak ado Tok’”. Jadi saya nak mencadangkan dalam belanjawan kita ni, dah 88 juta defisit dan sebagainya, 500 juta lebih kita belanjakan, adalah sedikit dibagi untuk semua NGO-NGO kita yang menjaga anak yatim terutamanya anak-anak yatim yang memerlu, yang di dalam asnaf fakir dan miskin. Ada anak yatim tu ada kaya rasa, betullah Dato’ Yang Dipertua kan, anak yatim bukan asnaf. Tapi yang saya maksudkan ni yang fakir miskin. Mereka susah Dato’ Yang Dipertua. Kita kesian tengok, mak tak ada, menangis. Jadi bila saya jumpa tu; mak kau mana? Mak meninggal. Sebab? Sebab COVID. Bapak mana? Ada juga yang …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa? Macam mana Dato’ Yang Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa? Ayah tak ado, mak eh. Susah Dato’ Yang Dipertua, sebab keadaan sekarang dengan keadaan hari ini saya harap Kerajaan Negeri prihatin tentang anak-anak yatim ini. Bagilah sedikit peruntukan. Saya tak tengok, tak ada kan, kepada anak yatim, sedangkan anak yatim ni penting Dato’ Yang Dipertua.

Yang ketiga Dato’ Yang Dipertua, dah ada COVID, dah ada anak yatim, ada yang meninggal, saya pergi kubur pulak Dato’ Yang Dipertua. Ada dulu tengok daripada jauh ya, tak boleh dekat-dekat. Tapi baru-baru dah, dah tak ada lagi ni, ada yang meninggal tu bukan COVID, saya pergilah dekat-dekat. Apa yang saya tengok, saya haraplah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ataupun Jabatan Mufti, bagi garis panduan kepada kubur-kubur kita ni. Kadang-kadang saya tengok kubur tu melongkung tau, melongkung Dato Yang Dipertua. Kalau kita berdiri siniaa, dia tak lurus tu, dia camtu haa yo. Apa maksudnya Dato’ Dipertua, maksudnya ialah bila meninggal kita gali, tapi kita tak, tak pernah nak tengok apa, jarak dan sebagianya. Akhirnya kita kadang-kadang membazir kawasan kubur dan indahlah Dato’ Yang Dipertua ya. Saya sampai fikir, saya ingat nak gali dululah kubur ni supaya apa, ni apa, lurus, lurus. Saya pernah pergi kawasan kubur di Wilayah, Dato’ Dipertua, cantik seperti taman ya. Kita tak adalah sampai mengharap macam tu Dato’ Yang Dipertua ya. Jadi saya harap jabatan yang berkenaan memastikan kubur-kubur kita ni di, di-guide-kan, di, di, dipandu supaya mereka mempunyai apa, ni, cara-cara yang baik ya. Luruskan kawasan kubur, kebumikan sepatut macam mana. Sebab yang, yang selalu buat kerja gali kubur ni anak-anak muda kita yang sukarela, Dato’ Yang Dipertua ya, kadang-kadang kita bayar duit sikit maka, apa, tanam, uruskan jenazah kita. Baru-baru ni, hari yang apa, hari Ahad yang lepas, tengah-tengah mengurus satu jenazah, satu telefon masuk, satu lagi meninggal, Dato’ Dipertua. Kat Gadong pulak meninggal, pergi jugak, dia kata lepas ni kami nak ke Gadong, nak selesaikan masalah kubur. Dan saya yakin, mereka berusaha secara baik, tapi, dan saya yakin jugak kubur rupanya, dia apa, tak, tak ikut ni ya, tak ikut, kita pun kalau disuruh sembahyang pun, saf tu luruskan, Dato’ Dipertua kan. Jadi saya bawak perkara ni. Kita ada duit, Dato’ Yang Dipertua ya, ada duit, bagi sikit untuk kursus ke dan sebagainya. Jabatan untuk memastikan pengurusan di kubur kita ni jugak kita ambil kira walau dalam keadaan kita, tompek kita nak berehatlah Dato’ Yang Dipertua ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak buat teguran sikitlah kepada Dewan, Dato’ Yang Dipertua ya. Saya tak tahulah, why, kenapa, kita ada bentang Rang Undang-Undang, lepas tu kita tarik. Cadang nak bentang, kita tarik sedangkan kertas apa tu, Rang Undang-Undang yang biru dah keluar dah. Jadi, sampai masanya Dato’ Dipertua, kita kena buat betul-betul. Baru-baru ni kita penggal, apa, persidangan yang lepas pun, kita bentang dengan pindaan. Dan saya dapati bila membentangkan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam ni dah 2 kali pinda, Dato’ Yang Dipertua. Dulu sekali, yang lepas ni pun sekali. Saya harap kalau bila buat Rang Undang-Undang tu, terutamanya yang menyentuh agama, perlulah dibuat secara serius. Kalau tidak, panggil kami sebab apa, kita nak, tak naklah dalam Dewan ini, Rang Undang-Undang Islam ni kita pulak tak setuju. Tapi kalau kita tak setuju tu, ada sebabnya. Jadi kalau dirundingkan Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang kita boleh berjalan dengan baik. Kalau kita tak runding sama-sama terutamanya yang menyentuh hal ehwal agama Islam. Pihak sana dia tak ramai orang Islam, Dato’ Dipertua. Yang ramai orang Islam orang sebelah sayalah kan. Jadi rundingkan. Kita tak ada masalah, hal, terutama yang menyentuh hal agama kita. Cuba tuan-tuan, apa, Dato’ Yang Dipertua fikir satu Rang Undang-Undang kita itu undi, kalau undi tu, siapa menang? Pihak kerajaan menang. Betul? Sebab kerajaan 20 orang, kami baru 16 orang. Tapi bila undi, ditanya orang, berapa sebenarnya orang Islam ni menyokong, ini tak baik Dato’ Yang Dipertua, terutama yang menyentuh hal ehwal agama kita ya.

Jadi kalau hal ehwal agama ni saya mintak, kalau ada Rang Undang-Undang tu, tak salah panggil, kita buat orang kata, pre-empt ya, perjumpaan masa ke semasa, kita boleh bagi pandangan terutama yang menyentuh kepentingan agama kita. Dan ini saya harap dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Daripada kita nak pinda, berbahas yang tidak patut dalam Dewan ini, dan kita jugak tak nak yang menyokong tu bukanlah orang-orang Islam patutnya majoritinya mestilah orang Islam menyokong.

Dan alhamdulillah saya ucap terima kasih juga kepada pihak kerajaan hari tu, sebab dia apa, mengatakan dengan pindaan. Bila dengan pindaan tu kita rasa sedap hati, patut dibincang lepas ni, dan katakan kita sokong sebab sudah ada pindaan. Tapi alangkah baiknya Rang Undang-Undang tu sempurna apabila dibentangkan dalam Dewan ini.

Dato’ Yang Dipertua, satu lagi berkenaan dengan Dewan yang saya nak tegur ialah semalam, hari Jumaat lepas. Kita tarik soalan lisan. Saya ingat tu janganlah kita jadi precedent Dato’ Yang Dipertua ya, soalan.

Yang Dipertua Dewan

….. [sebahagian percakapan secara off mic] ….. maknanya yang akan datang kita, kita ada Rang Undang-Undang, kita akan ni, peraturan, untuk meminda peraturan …..

Ya Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Maknanya akan, akan datang kita memang terus belanjawan. Kita ikut Parlimen, insyaAllah.

Itu, itu akan datang Dato’ Yang Dipertua, kita faham …..

Yang Dipertua Dewan

Tapi kata tadi jangan buat akan datang, yang akan datang kita nak pinda …..

Akan datang kalau nak buatkan Rang Undang-Undang, nak kan belanjawan tidak ada soalan, kita letakkan secara peraturan ya. Tapi yang sebelum ni sebenarnya ada. Jadi, teguran ni …..

Yang Dipertua Dewan

Sebenarnya Kota, kita panggil wakil, wakil daripada pihak sebelah, ada wakil dia tu. Mungkin tak dimaklumkan kat Kota tu.

Tapi tu saya faham, Dato’ Yang Dipertua, itu Jawatankuasa Dewan. Tapi Dewan lain Dato’ Yang Dipertua ya. Jadi sepatut maklum kepada kami ya. Jadi Dato’ Yang Dipertua, itu berkenaan Dewan. Saya pun nak ucap terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sebab kali ni dapat bercakap panjang sikitlah. Tengoklah kang. Saya prepare ni Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa perkara jugak yang hendak saya nak sentuh, hal tentang kawasanlah ya, kawasan kadang, peluang untuk saya bercakap di sini.

Pertama, hari tu, semalam pada hari Isnin lepas saya dapati Yang Berhormat Chennah ada menyentuh tentang masjid. Saya pulak nak sentuh pasal kuil, Dato’ Yang Dipertua. Saya tanya YB ADUN Jeram Padang, boleh tak, dia kata: boleh. Ini permohonan daripada kuil di Legong Jaya, Kampung Legong Jaya ni untuk buat tandas, Dato’ Yang Dipertua. Kerajaan Perskutuan dah bagi duit banyak hari tu, untuk dia baiki kuilnya, yang runtuh di belakang tu. Jadi saya mintak sikit saja daripada Kerajaan Negeri supaya kuil ni dibagi ni, tapak, apa bangunan kecil iaitu tandas ya. Dia orang mintak, dia kata: tandas tak cukup. Jadi saya mintak pada ni. Maknanya kita di peringkat wakil rakyat ni, dalam Dewan Undangan Negeri, kita tak kesahlah, kuil ke, masjid ke, gereja ke, tokong ke. Perlu, kita mintak. Saya bagi, walaupun kawasan saya ada masyarakat kaum India yang ada kuil, yang perlukan tandas, saya akan mohon. Itu satu permohonan saya.

Yang kedua Dato’ Yang Dipertua, permohonan ialah ini, apa, gerai di Sungai Layang ni. Hari tu saya difahamkan oleh pihak kerajaan akan meneliti nak buat gerai dan sebagainya. Saya tak tahu apa kesudahan. Apakah keputusan Majlis Daerah Rembau, sama ada nak buat gerai baru ke. Sebab apa, saya dapati projek di situ memerlukan kawasan dan kawasan yang mengganggu tu ialah gerai-gerai. Gerai ni dah lama Dato’ Yang Dipertua, dah terlampau lama ya. Jadi, mereka dah sebati di situ. Jadi kalau apa pun, saya mintak itu, jangan dihalau mereka ni keluar. Runding elok-elok. Nak pindah pun secara elok-elok. Cuma setakat hari ini masih lagi tidak ada, tidak ada tindakanlah ya. Baru-baru saya berhenti tanya pun, dia kata masih belum ada tindakan, mana nak hantar, mana nak buat, dan sebagainya. Jadi saya harap pihak kerajaan dan jugak Majlis supaya mengenal pasti tempat-tempat tersebut.

Dato’ Yang Diperta, saya jugak nak menyentuh apa yang dibawak oleh Dato’ Ismail tadi iaitu PIBG-lah. Ni ramai Guru Besar, Pengetua datang jumpa, saya harap, Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan untuk PIBG, straight kepada PIBG untuk kegunaan mereka. Tak banyak Dato’ Yang Dipertua, saya ingat dekat 2 – 3 ribu ke 5 ribu, bergantung kepada besar kecilnya sekolah untuk mereka guna pakai peruntukan ni. Sebab mereka selalu bertanya apakah ada peruntukan daripada negeri. Saya katakan: setakat ni saya tak tahulah. Saya katakan. Tapi saya akan bawak perkara dalam Dewan untuk kita mohonkan untuk dapatkan semua sekolah-sekolah kebangsaan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak, sebenarnya, banyak sekolah dapat, daripada negeri. Yang panggil saya banyak dapat. Tapi saya mintak Kota beritahu dekat Menteri Pendidikan-lah. Benarlah kita turun ke sekolah.

Dato’ Yang Dipertua, yang tak benar …..

Yang Dipertua Dewan

Saya turun sekolah, banyak saya, saya, tahun lepas je, saya pergi sekolah, 114 buah sekolah …..

Dato’ Yang …..

Yang Dipertua Dewan

Semua saya ada, ada bagi.

Dato’ Dipertua, bukan Dato’ Dipertua tak boleh masuk, saya pun tak boleh masuk, Dato’ Dipertua. Bukan Dato’ Yang Dipertua tak boleh masuk, saya pun tak boleh masuk. Jadi, kita pun marah sebenarnya. Jadi saya bercakap di sini untuk mintak fund daripada Kerajaan Negeri ya, untuk, jadi terima kasihlah kepada Dato’ Dipertua, prihatin. Tapi banyak lagi yang masih tidak dapat ya.

Dan yang kelima Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan Gunung Datuk ni. Tadi, dulu waktu 2004 ke 2005 dulu, belum Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ada masa lagi, tak, tak payah, saya habiskan sebelum pukul 1:00, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Habis, lepas.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Petang, Dato’ Yang Dipertua, ni Gunung Datuk ni penting Dato’ Yang Dipertua, dengarlah, jangan kacau saya Dato’ Yang Dipertua ya. Dato’ yang Dipertua macam tak ghoma je Gunung Datuk ni kan.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Mana, saya baru 10 minit Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa okaylah, 20 minit. Okay, Gunung Datuk, Dato’ Yang Dipertua, boleh?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Gunung Datuk ni Dato’ Yang Dipertua, dulu kita menjanjikan kepada masyarakat di situ bahawa pengurusan Gunung Datuk ni dibagi pada masyarakat setempat. Tapi hari ini, tak dibuat begitu, telah ditarik balik kerana koperasi yang dibuat tu dia tak berfungsi dengan baik. Saya berharap kepada pihak kerajaan untuk memberi peluang balik kepada Koperasi Gunung Datuk ini yang ditubuhkan semata-mata untuk mengurus. Mereka menghadapi kekangan dan sebagainya, saya harap kita perlu bantu sebab ini adalah institusi masyarakat, yang dalam Dewan ni berjanji pengurusan di Gunung Datuk ni diserah kepada masyarakat untuk diurus bersama dengan jabatan. Tapi sekarang ni saya tengok koperasi ni tidak lagi berfungsi situ, sedangkan koperasi tu ditubuhkan semata-mata untuk

mengurus Gunung Datuk ni ya. Adalah punca masalah-masalah daripada Jabatan Perhutanan mengatakan tak mengikut beberapa perkara. Tapi itu bukan urusannya, urusannya dalam Dewan kita putuskan merekalah yang sepatutnya memberi pengurusan di kaki Gunung Datuk ini bersama dengan Jabatan Perhutanan. Jadi kalau ada kelemahan itu, diharap dibagi peluang Dato’ Yang Dipertua. Janganlah bagi kepada third party, orang luar, orang yang tidak ada kena mengena dengan masyarakat setempat.

Dato’ Dipertua, akhir sekalilah saya nak, tu tadi kawasan, ni nak cerita tentang tompek saya tinggal, saya duduk kek Rasah Kemayan, Dato’ Dipertua. Haa ni nak cerita pasal SAINS. Hari itu ado janji dokek masyarakat di situ, sebab, kawasan ni YB Bukit Kepayang pernah sebut dulu, dia kata; jajaran air tu tak berapa baik. Boleh katakan satu minggu tu, 3 kali air tak ada. Selalu orang complaint dia kata tengah masak, saya ingat YB Ampangan tau tu, ya. Kawasan tu memang masalah. Kita, macam saya tak ada masalahlah, sebab saya ada tangki yang besar saya buat. Tak ada masalah. Tapi saya bawak ni untuk masyarakat di mana, mintaklah SAINS buat kajian, macam mana nak buat ni kan. Takkan setiap satu minggu tu 3 kali, 2 kali ataupun kadang-kadang lebih air tu tak, apa, tak dapat, pecah, paip pecah sehinggakan terpaksa diberhentikan, ditampal. Dan ini jugak membawak kos kepada pihak SAINS. Jadi, saya nak dengar dia punya perancangan jangka panjang. Jangka masa pendek, saya tahu, dia pecah, repair. Tapi jangka masa panjang untuk kawasan tersebut, Rasah Kemayan ni yang kawasan ni sekarang ni ramai orang dah duduk, dah masuk. Jadi saya harap dapat dibantulah Dato’ Yang Dipertua ya. Buat perancangan yang baik supaya kita tahu apa yang nak kita selesaikan masalah SAINS.

Jadi itu sajalah Dato’ Yang Dipertua. Saya ada cuma satu lagi, sebelum tu ialah banjir Dato’ Yang Dipertua. Tadi kawan-kawan tadi sebut. Saya tengok peruntukan untuk JPS ni ada 10 juta. Tak tahu cukup tak cukup. Dekat Sungai Timun dan jugak Lubuk China kebelakangan ni sonang pulak lak banjir Dato’ yang Dipertua. Dato’ Dipertua datanglah baco serapah sikit sama-sama kan. Datang baco-baco sikit. Dah korap bona Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya tak tahu ada bertanya saya: tebatan banjir ni dah pocah ko apa. Saya pun tak tahu. Jadi mintak JPS buat kajian kenapa kekerapan. Kekerapan ni kalau disebabkan oleh cuaca, kita faham. Tapi masyarakat tak tahu Dato’ Dipertua. Tapi kalau dibagikan laporan kepada kita, kita akan maklumkan ya, kenapa kekerapan tu berlaku dan teruk ya. Dulu tak teruk, sekarang teruk, mesti ada sebabnya. Ke sebabnya tebatan banjir kita gagal ke, ataupun sebab ni, tak ada penyelenggaraan ke, dan sebagainya. Jadi saya harap pihak JPS dapat memberitahu kenapa, supaya kita dapat memberitahu kepada masyarakat sebab-sebabnya.

Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua. Saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan kita pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya kira saya tak panjangkan, saya nak tangguh dulu. Dan boleh masuk 2:30 lah, dah sembahyang semua kan. 2:30 petang. Dan kalau boleh hari ini saya tamatkan perbahasan ni. Petang ni. Tamat perbahasan dan kalau sempat kita nak gulung sikit ya. Supaya kita dapat ikut jadual yang kita tetapkan. Jadi, saya tangguh dulu. Saya ucap terima kasih. Kita sambung 2:30. Terima kasih.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12.53 petang]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:35 petang]

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian, alhamdulillah, mungkin dah, dah kenyang ya, kenyang, mungkin perbahasan akan lebih baiklah, insyaAllah. Jadi, tapi banyak yang kosong ni tak masuk, kenapo, ya. Tak apa, saya tak boleh tunggu semua orang, saya nak, kalau boleh hari ini, sempat kita nak gulung tadi, jadi saya mohon pada yang seterusnya yang belum bercakap, sila ambil bahagian. Silakan YB Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk perbahasan belanjawan 2022. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan Darul Khusus yang mendaya upaya ekonomi rakyat. Dato’ Yang Dipertua, anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2022 berjumlah 520 juta ringgit berbanding dengan perbelanjawan, berbanding dengan perbelanjaan tahun 2021 yang berjumlah 560 juta ringgit atau penurunan sebanyak 40 juta ringgit menunjukkan kesan penularan COVID-19 yang melanda negara kita. Anggaran hasil tahun 2022 berjumlah 432 juta ringgit dan difit, defisit dijangka 88 juta ringgit. Anggaran untuk pembangunan berjumlah 130 juta ringgit. Dalam keadaan endemik COVID-19 ini, Kerajaan Negeri wajib menjadi pemacu pembangunan dan menggunakan dana rizab negeri untuk merangsang ekonomi.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Ampangan merangkap EXCO Pelaburan kerana telah menubuhkan TUNS pada tahun 2019 dan TUNS Plus pada tahun 2021, yang telah memberi manfaat kepada banyak pengusaha baru terutama

pemuda dan pemudi bumiputera dan juga bukan bumiputera yang dapat menyarakan hidup dengan menjadi penjaja dan pembuat makanan. Apa lagi dengan inisiatif terbaru iaitu Halal Cottage. TUNS dan TUNS Plus ciptaan Kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan keprihatian dan proaktif untuk membimbing pemuda dalam bidang business. Usaha kerajaan ini harus dimasyarakatkan dan jangan kita menunggu pegawai Kerajaan Negeri untuk melaksanakan atau memperkenalkan usaha ini kepada mereka yang memerlukan. Pihak pembangkang boleh berganding bahu dengan Kerajaan Negeri dan sampaikan usaha ini kepada semua yang memerlukan. Perdana Menteri Malaysia berkata dalam perutusan khas sempena sambutan Maulidur rasuah pada tahun ini mengajak …..

Beberapa ahli Yang Berhormat: Rasul, Rasul.

Rasul, sorry, dengan izin. Tahun ini, mengajak rakyat berganding bahu sebagai Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dengan norma baru dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini. Perdana Menteri juga berkata: apa jua perbezaan perlu dijadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan dijadikan sebagai sumber kekuatan. Dengan ini saya mohon agar pihak pembangkang membawa usaha 8 Bidang Tumpuan dan 52 inisiatif kepada seluruh Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, syabas jugak Yang Berhormat Dato’ Haji Bakri bin Sawir; ADUN Klawang merangkap EXCO Pertanian untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi atau dengan izin, food security. Kerajaan Negeri menggalakkan mereka yang mempunyai pendidikan universiti untuk menjadi siswatani demi perkembangan dan profesionalisme dalam pertanian di samping membimbing pemuda dengan peruntukan untuk petani muda. Pembangunan tanah terbiar juga diambil kira untuk menambah hasil atau produktiviti. Insentif baru termasuk Tabung Agro, Agro haa, dan Insentif Galakan Nelayan semua terpelihara.

Dato’ Yang Dipertua, tumpuan kerajaan kepada ekonomi digital seperti e-commerce dan memastikan kelajuan jalur lebar mencapai piawaian tertentu. Ini akan membolehkan hasil tanaman kebun terus ke meja makan atau dengan izin, from farm to dining table. Usaha mengadakan Hab Pengumpulan Produk Negeri Sembilan akan dapat meningkatkan pendapatan golongan petani, penternak dan nelayan. Langkah ini juga akan menambah peluang kerja sebagai penghantar atau business logistik. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menambah inisiatif baru Takaful bagi belia food rider. Usaha mengadakan wifi percuma komuniti

untuk menpe, men, pemerkasaan komuniti sememangnya menuju ke arah ini. Syabas dan tahniah.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan masalah tempatan. Perkuburan di Port Dickson dan Seremban untuk orang bukan Islam sudah hampir penuh. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini? Saya telah dimaklumkan bahawa tiada wakil bukan Islam di OSC PLANMalaysia atau dengan izin, One Stop Center untuk memastikan tanah perkuburan untuk orang bukan Islam yang mencukupi. Umpamanya tanah perkuburan Hindu di Bukit Pelandok sudah penuh dan mencerobohi 2 bidang tanah di sebelah kiri dan kanan yang terbabit 25 tapak pengkebumian.

Dato’ Yang Dipertua, di sepanjang jalan Lukut – Sepang, pinggir jalan penuh dengan sampah. Agak menjolok mata untuk pelancong dari Negeri Selangor atau mereka dari KLIA. Siapa yang bertanggungjawab untuk kebersihan dan keindahan jalan ini? Di simpang Lukut pula, tepi jalan dihiaskan dengan permaidani hijau dengan izin, green carpet dan bukan rumput.

Dato’ Yang Dipertua, di Tanah Merah Port Dickson terdapat pusat pengurusan sisa Kualiti Alam dan berhampiran kawasan tersebut terdapat lembu yang mati akibat racun kerana minum air sungai yang tercemar. Mohon kemaskini siasatan kematian lembu tersebut sama ada berkaitan dengan pencemaran sungai dan Kualiti Alam. Apakah tindakan yang diambil?

Dato’ Yang Dipertua, tempat yang sama. Saya difahamkan bahawa KPKT sudah membina tapak pelupusan sampah dengan pembakaran. Mohon dikemaskini isu tapak insinerator ini yang disebut sebagai dengan izin, waste-to-energy. Saya ingin tahu suku, suhu pembakaran itu dan pelupusan sisa selepas pembakaran. Apakah hasil tenaga yang mungkin diperolehi? Mohon kemaskini laporan EIA atau dengan izin, environmental impact assessment.

Dato’ Yang Dipertua, di bawah RKK Port Dickson, atau Rancangan Kawasan Khas PLANMalaysia untuk mengkembalikan perkhidmatan keretapi Seremban ke Port Dickson. Mohon dikemaskini keputusan Kerajaan Negeri sama ada ini diteruskan atau tidak. Dato’ Yang Dipertua, berhampiran dengan, berhampiran jeti di depan Pulau Arang, Port Dickson ada sebidang tanah dasar laut seluas 2.47 hektar atau dikenali sebagai Lot 1569 telah diluluskan kepada sebuah syarikat swasta. Apakah pendirian Kerajaan Negeri sekarang? Mohon jugak dikemaskini

berapa individu atau syarikat yang telah menerima tanah dasar laut di sepanjang 61 kilometer persisiran pantai Port Dickson.

Dato’ Yang Dipertua, di DUN Chuah tiada balai bomba atau pusat pasar pagi berbumbung. Dan mohon agar Kerajaan Negeri memohon kepada KPKT untuk menyediakan kemudahan ini secepat mungkin. Sekian saja dimaklumkan, Chuah menyokong belanjawan 2022. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chuah kerana menepati masa. Teruskan [YB ADUN Rahang dan YB ADUN Gemencheh bangun serentak]. Siapa dulu? Boleh bincang. Siapa dulu? Haa okay, silakan, silakan Rahang.

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana membenarkan Rahang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjaan, belanjawan untuk tahun 2022, Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada kali ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah membentangkan bajet yang begitu memberikan manfaat kepada warga Negeri Sembilan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan sebuah dewan terbuka orang ramai di Kampung Pasir. Dan ia bakal siap untuk digunakan pada tahun, pada bulan Disember yang akan datang. Kampung Pasir merupakan salah satu kampung yang agak lama dan saya telah, izinkan bukak ya [pelitup muka]. Kampung Pasir merupakan salah satu kampung yang agak lama dan saya telah dimaklumkan selama 60 tahun penduduk-penduduk di sini tidak mempunyai sebuah dewan yang lengkap. Atas usaha Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, hasrat penduduk telah pun dicapai. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Harapan.

Selain itu, beberapa balai raya di sekitar DUN Rahang juga telah dinaik taraf dan dapat digunakan dengan sewajarnya. Salah satu balai raya ialah Balai Raya Kampung Singh di mana bangunan ini telah lama terbiar, lebih daripada 20 tahun. Setelah Pakatan Harapan berjaya menawan Negeri Sembilan, saya telah mengambil se, mengambil segala usaha bagi membaik pulih dan menaik taraf balai raya ini. Dan kini bangunan Balai Raya Kampung Singh telah pun dilengkap dengan perkakasan yang perlukan untuk menjalani aktiviti-aktiviti oleh penduduk-penduduk setempat.

Terdapat juga beberapa balai raya yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf termasuk balai raya di Kampung Chedang, Kampung Semarak dan Kampung Dato Mansor. Dengan adanya kemudahan ini, program peti berkat Food Bank DUN Rahang juga dapat dilaksanakan dengan bantuan MPKK dan KRT. Bangunan Balai Raya Kampung Baru Rasah yang begitu uzur juga telah dibaiki dan dinaik taraf dengan begitu cantik sekali dan melahirkan wajah yang baru. Ia juga telah menaik, menaik perhatian, menarik perhatian bukan saja penduduk-penduduk di sana, malah orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, Kampung Baru Rasah merupakan salah satu kampung di Malaysia yang mempunyai sejarah yang lama dan menarik. Ramai yang terbaik, ramai yang tertarik dengan asal usul kampung tersebut. Dan bukan itu sahaja, ada juga pelajar-pelajar universiti yang mengadakan tugasan dengan izin, assignment mereka di kawasan ini bagi tujuan untuk mempromosikan Kampung Baru Rasah dan sejarahnya sebagai salah satu kawasan pelancongan.

Untuk maklumat ahli-ahli Yang Berhormat, pada suatu keti, ketika dahulu, Kampung Baru Rasah amat terkenal dengan makanan tempatan dan juga tokong yang berusia lebih 50 tahun. Namun ramai yang berusia muda tidak lagi memilih untuk, untuk meneruskan kehidupan mereka di sana sehingga kebanyakan penduduk-penduduk di sana merupa, merupakan warga emas. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan supaya membangunkan tempat ini sebagai kawos, kawasan pelancongan dan mewujudkan lebih ramai peluang pekerjaan dan perniagaan seperti di Titi, Chennah di mana banyak pengunjung dari luar kawasan yang singgah ke Titi untuk membeli makanan tempatan termasuk kuih yang terkenal dan kraftangan. Saya percaya dengan wujudnya destinasi pelancongan ini, ramai pemuda akan kembali ke Kampung Baru Rasah untuk menjadi usahawan muda.

Pelancongan merupakan salah satu matlamat yang harus diambil serius kerana ia dapat menjana ekonomi untuk Kerajaan Negeri. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkannya dengan lebih teliti. Bukan sahaja di Kampung Baru Rasah malah beberapa tempat yang bersejarah di kawasan Rahang seperti Rumah Berhala Tokong Cheng Khoo, Masjid Dato Bandar Rasah, Kuil Maha Mariamman, Rasah. Kesemua tempat ini mempunyai sejarah-sejarah yang tersendiri melebihi 100 tahun yang dapat menarik perhatian pelancongan, pelancong.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan Ringgit Malaysia 1.0 juta

kepada pertubuhan belia iaitu TABAH untuk bajet 2022 berbanding dengan Ringgit Malaysia 500 ringgit, 500 ribu pada tahun 2021. Ini merupakan satu inisiatif yang amat serius, yang amat sesuai untuk pembangunan belia di Negeri Sembilan. Sepertimana yang kita sedia maklum, golongan belia di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan telah dipinggirkan sejak beberapa tahun yang lalu.

Saya telah didatangi oleh beberapa pertubuhan belia dari Seremban yang mengadu kepada saya bahawa mereka tidak lagi da, mendapat bantuan kewangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk dana pengurusan dan dana aktiviti. Di sini, saya ingin tegaskan, pada permulaan musim pandemik COVID-19 tahun yang lalu, banyak NGO belia telah berusaha memberikan bantuan kepada orang miskin dan ada juga yang membantu dalam penyediaan bakul makanan. Mereka juga merupakan frontliners yang harus diambil berat dan diutamakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Sebagai kerajaan yang berprihatin kepada kehendak rakyat, kita juga tidak boleh abaikan kehendak dan keperluan pertubuhan belia yang membantu dalam membangunkan golongan belia di Negeri Sembilan. Saya berharap pertubuhan belia yang berdaftar di Negeri Sembilan akan mendapat bantuan kewangan terus daripada Kerajaan Negeri. Belia adalah penentu masa depan negara.

Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Mambau kerana telah membantu dalam masalah isu tanah di Jalan Tok Ungku. Beberapa bulan yang lepas, beliau telah bersemuka dan berunding dengan tuan punya tanah supaya membenarkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah untuk terus menggunakan jejantas yang berlakat, yang berletak di dalam kawasan tanah tersebut. Yang Berhormat Mambau juga telah menggunakan peruntukan beliau untuk membina satu pintu pagar besi di situ selepas mendapatkan persetujuan dari, daripada tuan tanah bagi menjamin keselamatan pelajar-pelajar yang menggunakan jejantas dan juga pemilik tanah tersebut. Walau bagaimanapun, saya berharap pihak Kerajaan Negeri memandang serius dengan perkara ini demi kepentingan ibu bapak, serta warga sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah.

Akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, Sungai Linggi yang mengakibatkan banjir pada bulan November tahun lalu telah dinaik taraf dan diselenggaran, diselenggara serta didalamkan permukaan sungai. Namun, beberapa minggu yang lalu, masa hujan lebat, air sungai tersebut lagi naik hampir melimpat, melimpah ke permukaan jalan raya. Saya telah mendapat aduan daripada beberapa penduduk di situ bahawa mereka risau dan khuatir akan berlaku lagi banjir seperti tahun lepas. Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri akan terus meninjau dan

memperhatikan masalah ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dengan itu, saya menyokong bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Rahang. Saya persilakan Gemencheh.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam Keluarga Malaysia, salam penstabilan demi kemakmuran. Alhamdulillah, pada petang ni saya dapat berbahas mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan, belanjawan 2022.

Pandemik COVID-19 satu krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak dijangka. Sudah pastilah negeri dan negara kita amat terkesan. Alhamdulillah pelbagai inisiatif Kerajaan Persekutuan dan jugak Negeri dapat membantu masyarakat sebaik yang mungkin. Syukur ke hadrat Allah kerana Negeri Sembilan negeri yang terawal, yang pertama beralih ke Fasa ke-4 Pelan Pemulihan Negara. Terima kasih kepada semua pihak termasuklah Yang Berhormat Khairy Jamaludin; Menteri MOSTI dan jugak KKM sekarang, dan jugak Kerajaan Negeri, jentera-jentera di peringkat negeri, daerah yang berjaya dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Dan walau bagaimanapun, negeri kita masih belum lagi terhindar sepenuhnya daripada wabak ini dan perlulah kita, masyarakat kita berhati-hati agar COVID ini tidak membelenggu kita sekian lama.

Dan alhamdulillah Kerajaan Negeri dapat membentangkan belanjawan tahun ni demi membudaya upaya ekonomi rakyat. Kita bersyukur dengan adanya rizab Kerajaan Negeri sebelum ni yang berbelanja berhemah dan urus tadbir yang baik, beberapa tahun terdahulu, ia amat membantu kita di saat kita menghadapi krisis ini. Kita kembalikan semula simpanan rizab ini kepada rakyat dalam bentuk inisiatif kebajikan, bantuan-bantuan inisiatif, program-program pembangunan dan lain-lain.

Bidang utama yang saya nak tekankan di sini sudah pastinyalah Bidang Tumpuan iaitu pemerkasaan industri pertanian. Alhamdulillah Kerajaan Negeri meneruskan usaha-usaha untuk membantu petani-petani di, di dalam negeri kita. Antara usaha-usaha yang diteruskan seperti Siswazah Tani (INSIST9), petani muda, pembangunan tanah terbiar, dan yang terbaru Tabung Agro. Cuma saya mengharapkan ya, inisiatif tahun lepas, yang mungkin tidak dimasukkan untuk tahun ni iaitu inisiatif pengeluaran, bantuan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 20 sen sekilo dapat diteruskan. Mungkin tahun ini benda yang

baru diperkenalkan, mungkin tak ada sambutan, tetapi saya yakin inisiatif ini amat bermakna kepada petani-petani, pekebun-pekebun ya. Dan harapan petani-petani agar insentif ini dapat diteruskan. Dan di samping itu syarat untuk mendapatkan insentif ini mesti ada MyGAP, so secara tidak langsung kita dapat pastikan petani-petani kita ni memohon sijil amalan pertanian yang baik iaitu MyGAP.

Dan sepertimana yang kita maklum, peningkatan harga sayur-sayuran yang diwar-warkan disebabkan, bagi saya ada beberapa perkaralah ya. Yang pertama, sudah semestinyalah peranan-peranan orang tengah yang mengambil keuntungan yang tidak sewajarnya. Dan kesian kepada petani yang tidak dapat hasil yang sepatutnya kan. Dan petani menghadapi banyak masalah dari segi harga input pertanian yang semakin meningkat. Dan yang keduanya sudah pastinyalah diakibatkan musim banjir, musim hujan dan musim banjir ni berlaku beberapa kali banjir yang mengakibatkan petani menanggung kerugian. Saya ambil contoh, seorang petani; Dahlan bin Hassan yang sedang untuk menuai hasil sawi, timun, bendi dan lain-lain, akhirnya ditenggelamkan air kan. Dan antara lain, petani muda; Syahir bin Arif yang menanam maman dan bendi tak sempat mengeluarkan hasil akibat banjir kan. Begitu jugak saudara Ibrahim bin Ismail daripada Kampung Sungai Jernih yang mengusahakan cili api dan jugak maman. Maman ni bila musim banjir, musim hujan ni Dato’ Dipertua, pun tak ada stok. Susah nak cari maman sekarang. Makanan yang mesti ada kat Gemencheh ya. So sukar untuk cari rendang maman sekarang. Dan …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Mahal. Bila barang tak ada, mahallah ya. Kalau biasa 6.00 ringgit sekarang dah jadi 10.00 ringgit. Nak tak nak kita terpaksa belilah, kalau tak makan maman, tak sempurna hidup, Gemencheh tu.

Dan permintaan petanilah, kalau boleh Kerajaan Negeri mungkin boleh mempertimbangkan agar membantu petani-petani yang terlibat dalam banjir ini kan. Tahun ni, dah beberapa kali ya, so kita dapat bagi mungkin one-off ataupun kita membantu dari segi input-input pertanian untuk membantu mereka-mereka yang terkesan akibat banjir ini ya.

Dan, seterusnya yang keduanya, saya isu-isu yang semasa. Pada sidang yang lepas, saya ada kemukakan, bangkitkan iaitu isu, isu hutang SAINS yang tertunggak kepada kontraktor-kontraktor. Sekali lagi saya mintak Yang Amat Berhormat, Kerajaan Negeri untuk segerakan bayaran kepada kontraktor-kontraktor ni. Ada yang setahun lebih yang masih lagi menunggu, separuhnya adalah kontraktor panel yang sentiasa buat kerja

rutin, harian dan jugak bulanan. So kita harap pihak SAINS dapat menyelesaikan hutang-hutang ini. Dan jugak saya kesian, ada jugak kontraktor yang terpaksa gulung tikar kerana dah tak tahan, dah hampir setahun, masih lagi bayaran tidak, bayaran tertunggak oleh pihak SAINS. Agak, agak, agar, harap dapat dipertimbangkan dengan sebaik yang mungkin untuk menyelesaikan hutang-hutang SAINS kepada kontraktor-kontraktor ini.

Seterusnya bagi saya, isu kawasan. Alhamdulillah, baru-baru ni untuk pengetahuan semua, setelah sekian lama ya, Empangan Gemencheh telah penuh dan melimpah ya, telah, telah over flow ya, limpahan yang berlaku. Alhamdulillah minggu lepas, limpahan ni dah ada dan itu satu nikmat yang tak terhingga kepada sistem sungai ataupun eko sistem Sungai Gemencheh itu sendiri dan airnya cukup jernih ya, mengalir ke bawah ya. Walau bagaimanapun, isu yang berbangkit daripada limpahan sungai, Empangan Gemencheh ini, sungai ini agak cetek dan jugak tak lebar, dan saya mengharapkan dengan segera untuk membersihkan anak sungai ini agar tidak berlakunya banjir. Rumah yang tak pernah berlaku banjir, sekarang ni dah mula banjir disebabkan limpahan Empangan Gemencheh ini ya. Dan saya mengharapkan tindakan yang segera daripada pihak-pihak yang berkenaan kan. Dan ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko banjir kepada penduduk dan jugak kepada petani-petani di kawasan, kawasan Gemencheh hulu tersebut ya.

Seterusnya pagi tadi, kita ada bincangkan jugak pasal isu belia, isu belia. Dan sepertimana kerajaan telah umumkan bahawa dasar belia ni adalah umur 30 berkuat kuasa tahun depan, tapi terbanyak, banyak bantahanlah daripada persatuan-persatuan supaya dapat tengok balik janganlah tindakan yang begitu drastik sebab mereka memerlukan masa dan sebagainya. Dan sudah pastinyalah apabila umur di bawah 30 tahun ini, mereka baru nak hidup, baru nak berkeluarga, baru untuk mencari, untuk mencari kehidupan, namun demikian, mereka terpaksa dengan semangat mereka untuk menjadikan belia ni sebagai satu wadah perjuangan kan.

Dan saya mengharapkan Kerajaan Negeri mungkin untuk tahun hadapan, mungkin boleh membantu memberi peruntukan sedikit, walaupun Kerajaan Persekutuan ada bantu, tetapi mungkin Kerajaan Negeri dapat membantu peruntukan-peruntukan untuk Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah, persatuan-persatuan belia yang dah berdaftar ya, dah berdaftar ini untuk mereka menghadapi cabaran yang cukup besar apabila umur di bawah 30 tahun ini dan jugak mereka ini masih baharu dalam kempimpinan belia. Harap dapat dibantu ya, Kerajaan Negeri dapat membantu mereka sebaik yang mungkin.

Dan itu sajalah yang saya nak sampaikan, Dato’ Yang Dipertua. Dan sama-samalah kita sepertimana yang Berhormat Chennah beritahu, alhamdulillah Dewan kita cukup harmoni ya, cukup harmoni. Tak adalah kita nak bergaduh-gaduh sangat, alhamdulillah. Kalau nak bezakan dengan Parlimen, jauh baiknya dalam Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan ini kan. Dan kita teruskan usaha-usaha murni ini. Tak apalah kita berlawanlah semasa pilihan raya …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

YB Dato’, boleh saya celah sikit? Sebelum menamatkan. Tadi adalah cadangan untuk tambahkan peruntukan dari Kerajaan Negeri kepada MPKK. Dan saya nampak juga dengan izin, Dato’ Yang Dipertua, saya nampak bahawa masyarakat Asli ini tidak mendapat apa peruntukan dalam 60 inisiatif yang ada. Jadi apa pandangan Yang Berhormat Dato’ jika Kerajaan Negeri ini mempertimbangkan sedikit tambahan peruntukan dalam satu lagi tambahan inisiatif, kemungkinan besar bolehlah dibuat untuk membaiki rumah di kampung-kampung Asli di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Terima kasih YB Jeram Padang. Satu usaha ataupun cadangan yang cukup baik. Apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang, boleh masukkan dalam perbahasan saya kan. Itu sajalah, soal peruntukan ni sebenarnya pihak Federal pun membantu, pihak negeri pun membantu. Kita sama-samalah. Walaupun saya berulang kali mintak dalam Dewan, kalau tak ada, tak apa, alhamdulillah ada sedikit bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk wakil-wakil rakyat dapat membantulah kan.

Dan sepertimana YB Chennah beritahu tadi, kita ni kadang-kadang persepsi di luar sana bahawa semuanya peruntukan. Sebenarnya kita sebagai ADUN-ADUN ni terpaksa jugak mengeluarkan perbelanjaan sendiri ya. Saya, saya yakin dan percaya, saya yakin dan percaya mereka, kita berusahalah untuk membantu masyarakat, mana yang termampu. Tapi asyik nak guna kita punya gaji, alamatnya susah jugak kitalah kan. Kita pun ada masa depan, kita pun ada keluarga. Dan satu langkah yang cukup baik untuk membantu semua ADUN-ADUN, kalau ADUN pembangkang 300 ribu, ADUN kerajaan 600 ribu, Kerajaan Negeri tambahlah lagi 300 ribu, tak ada masalah. Bukan nak mintak, ada, ada. Tak ada, tak apa Dato’, Dato’ Yang, Dato’ Yang Dipertua kan. Kita berusaha, kita berusaha kan. Dan bagi kami, alhamdulillah kan, rakyat boleh menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat, Yang Berhormat Rantau kerana kita sama-sama telah berjaya di pilihan raya Negeri Melaka. Itu saja yang saya nak sampaikan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Silakan. Siapa lagi? Haa Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dibentangkan pada Jumaat lepas. Di mana pada kali ini sekali lagi dapat lihat bahawa kita membentangkan satu belanjawan defisit sebanyak 88 juta. Di mana ini adalah kesan daripada pandemik COVID yang telah melanda bukan sahaja negeri kita, malahan negara dan juga dunia. Ini semua kita akui bahawa Kerajaan Negeri jugak perlu berbelanja untuk kita merangsang pemulihan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk kita memberi khidmat dan juga untuk kita, kita, kita sedia maklum bahawa kesusahan ataupun kesempitan rakyat nanti akan mendatangkan satu kesan yang tak baik kepada semualah ya.

Tuan-tuan, Dato’ Yang di, Dato’ Yang Dipertua, saya di sini nak menyentuh sedikit tentang, pertama sekali tentang inisiatif yang telah dikemukakan ya. Pertama tentang pendidikan. Saya bersetujulah dengan pandangan ADUN Juasseh tadi ya, untuk supaya kita memberikan sedikitlah bantuan kepada bukan sahaja sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan juga sekolah agama, malahan jugak kepada sekolah kebangsa, kebangsaan kerana malam, tadi saya ni menyampaikan pesan. Malam tadi saya bersama dengan sekolah, beberapa guru sekolah di mana dia mintak sampaikan supaya sekolah ni dibantu. Kerana apa, kita tahu bahawa anak-anak ni merupakan satu aset negara yang sangat penting. Semua orang tahu, semua orang akui hakikat bahawa ini adalah aset masa depan negara kita di mana mereka akan mewarisi negara dan juga pemerintahan negara ni pada masa akan datang. Bagaimana bentuk, acuan yang ada sekarang bagi, begitulah jugak pada masa akan datang. Dimintak supaya sekolah-sekolah kebangsaan jugak disediakan sedikit bantuan untuk membolehkan sekolah ni bergerak ya, terutama kelas-kelas persediaan peperiksaan dan sebagainya, untuk membantu pihak sekolah menyediakan pelbagai bentuk kit pembelajaran khususnya untuk dibagi, dibagi kepada anak-anak khususnya tahun ni SPM bulan 2 nanti ya, bulan 2, untuk mereka menghadapi peperiksaan-peperiksaan awam khususnya. Dato’ Yang Dipertua, ya, bukan sahaja Dato’ Dipertua, untuk maklumat Dewan-lah, bukan saja Dato’ Yang Dipertua, dan belah sana saja tak boleh masuk sekolah, kami pun tak boleh ya. Itu sebab malam tadi kita buat program pun di luar, di luar sekolah. Di luar sekolah. Dan perbincangan tulah, untuk disampaikan permintaan sekolah untuk dibantulah bersama.

Dato’ Yang Dipertua, yang kedua adalah tentang ekonomi rakyat. Saya tertarik tentang ekonomi rakyat. Alhamdulillah ya, dalam kita usaha, dalam kita untuk, usaha kita untuk menambah food bank ya, ataupun pengeluaran makanan kepada rakyat ya, di mana kita tahu bahawa sekarang ni harga, harga barang keperluan dan sebagainya menaik dengan mendadak ya. Saya tertariklah dengan adanya galakan kepada anak-anak muda untuk menjadikan pertanian sebagai satu bidang kerjaya, untuk menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan melalui 3 inisiatif yang saya tengok ada dalam pamphlet ni iaitu siswazah tani – 500 ribu, petani muda jugak 500 ribu dan juga pembangunan tanah terbiar sebanyak 1.0 juta. Apa yang saya harapkan ya, ianya dapat disalurkan dengan baik dan sampai ke sasarannya ya. Dan juga mereka boleh dipantau dan dia juga dipandu ya, kita dah bagi bantuan, kita pantau dan juga pandu supaya satu hari nanti kita boleh berjaya menjadikan ataupun melahirkan seorang usahawan tani di dalam kampung-kampung khususnya. Dan selaras dengan yang Chuah cakap tadi, dari kebun ke meja makan. Yang ni, akhirnya nanti akan dapat menurunkan harga khususnya barang makan, produk makanan kitalah ya.

Ini kita boleh capai ya, kalau di kawasan kita, Negeri Sembilan, kita ada banyak kawasan felda, kampung-kampung tradisi dan sebagainya. Dan di kawasan felda ni sekarang banyak ditanam dengan kelapa sawit ya, boleh katakan rata-rata tanam kelapa sawit ya. Alhamdulillah hari ini harga kelapa sawit pun ya, sejak kebelakangan ini agak baik ya. Mencecah hingga 1,200.00 satu tan ya. Itu sebab kita da, jarang dapat rungutan ya. Kalau dulu mereka rasa terhimpit dan sebagainya, sekarang ni mereka dalam keadaan yang lebih baik, kecuali dengan keadaan buah melawas dan sebagainya, yang menyebabkan hasil pendapatan kurang, tetapi dari segi harga alhamdulillah, sekarang. Kita boleh jadikan kawasan felda ni khususnya sebagai satu tempat pengeluaran makan yang bersasar sebab dia ada banyak padang-padang ragut yang memang dah ada sekarang. Memang dah ada. Kawasan kelapa sawit yang banyak kita boleh jadikan tempat-tempat ini sebagai kawasan ragut percuma ya. Cuma kita perlu pandu. Kita kenal pasti penternak-penternak yang ada, kita bagi bantuan dan juga pandu dia orang supaya dapat melahirkan seorang usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian ni ya. Dan ada, bukan tak ada yang berjaya, ada. Ada yang berjaya. Belia muda di tempat saya pun ada, di Lui Timur pun ada. Tetapi kita perlu perbaik, perbanyakkan lagi. Yang ini saya harap ya, dapat dipandanglah, dapat dilihat semula untuk kita, akhirnya nanti kita boleh jadikan khususnya kawasan felda sebagai gedung makanan bagi Negeri Sembilan khususnya dan juga boleh membekalkan daging mentah untuk negara.

Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak bawak dalam Dewan ini ya, tentang rungutan anak-anak mudalah di kawasan-kawasan pinggir bandar

jugaklah ya. Mereka mengatakan tak mampu untuk membeli rumah dan sebagainya kerana, bayangkan kalau harga rumah 200 ribu lebih tu, dengan gaji 1,500.00 purata yang ada sekarang. 200 ribu lebih, bayar bulanan dia 1,100.00 – 1.200.00. berapa yang tinggal baki untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Mereka mencadang, mereka mintak supaya kita lebih banyak, lebih banyak membina Rumah-rumah Mampu Milik dan juga rumah-rumah yang boleh dibeli dengan cara sewa-beli supaya mereka jugak akhirnya nanti boleh memiliki rumah dan juga membina kehidupan keluarga mereka untuk menjadikan sebagai kehidupan mereka lebih baik ya, untuk membina keluarga yang bahagia.

Seterusnya ada jugak permohonan daripada Kampung Sungai Sampo di mana mereka, kampung ini mempunyai kapasiti penduduk yang ramai, melebihi 1,000 orang ya. Kampung Sungai Sampo ni adalah kampung Orang Asli yang ramai bilangan penduduknya, dan kita tahu bahawa kampung-kampungan ni jadi jadi padat, dah jadi padat ya. Mereka mintak supaya kita wujudkan satu pelan pembangunan perumahan generasi kedua yang tersusun dan lengkap dengan kemudahan asas ya. Mungkin masalah ni bukan Sungai Sampo saja, ada jugak orang, kampung-kampung Orang Asli yang lain yang boleh kita, yang mengalami masalah yang sama dan boleh jugak kita wujudkan pelan perumahan generasi kedua bagi perkampungan tersusun masyarakat Orang Asli ini ya. Sebab mereka jugak ya, perlukan perumahan dan sebagainya kerana apa, kalau kita, kalau kita tengok sekarang ni, pandemik COVID kita turun ya. Kampung Sungai Sampo hari tu ramai yang kena COVID dan sebagainya, satu rumah ada 2 keluarga, ada 3 keluarga yang mendiami satu rumah ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak bawak sikitlah tentang keadaan fenomena air, fenomena alam di mana sekarang ni musim hujan. Dan di kawasan DUN Sungai Lui ada satu kawasan antara Lui Muda, Lui Barat sampai ke Lui Timur tu di mana walaupun telah ada tindakan kita ambil menyediakan longkang dan sebagainya, tetapi masih lagi tidak dapat mengatasi masalah banjir ini kerana masalah, kita ada satu bukit pasir di kawasan Lui Muda khususnya. Dan kita, bila hujan turun, satu hari cukup. Satu hari kalau hujan turun dengan, dengan lebat, besoknya longkang ataupun parit yang kita bina selama ini akan penuh. Kalau berlaku lagi hujan sekali lagi, maka akan berlakulah banjir di kawasan Lui Muda tersebut. Di sini saya nak mintak supaya semua agensi terutama dalam keadaan sekarang ni supaya bersiapsiapa, bersiapsiaga untuk sentiasa menjalankan penyelenggaraanlah ya. Mungkin sekarang ni dalam keadaan yang keraplah, sebabkan hujan, bila hujan berlaku sehari dua, maka saya pohon pihak yang, yang berwajib untuk segera, segera laksanakan ataupun kita keluarkan pasir-pasir yang memenuhi

parit-parit ataupun longkang-longkang yang ada dalam parit tersebut untuk kita mengatasi masalah banjir.

Tuan, Dato’ Yang Dipertua, satu lagi saya nak bawak tentang kita jugak harus jugak memper, memperkasakan bidang penguatkuasaan MAINS dan juga PAID inilah ya, di kawasan, di kawasan kita jugak ya, untuk kita memantau dan jugak membendung kumpulan-kumpulan ekstrem dan jugak ajaran sesat jugaklah ya, kerana macam-macam yang ada hari ini. Dan juga pemantauan dalam aplikasi-aplikasi Telegram dan sebagainya kerana, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, ada yang dah berhijrah ya, dah duduk di rumah elok-elok di kampung dan sebagainya, berhijrah duduk dalam hutan, bawak anak bini dan sebagai. Kita kesian kepada kehidupan anak, isteri yang, anak-anak tu bagaimana masa depan anak-anak ini jika tak bersekolah dan sebagainya disebabkan oleh ajaran-ajaran yang sebeginilah ya. Saya harap supaya bidang penguatkuasaan dan juga daripada MAINS dan juga PAID ni memainkan, memantau dan juga memainkan peranan untuk kita membendung permasalahan-permasalahan kumpulan-kumpulan yang ekstrem. Dan akhirnya nanti boleh merosakkan kepada kehidupan masayrakat khususnya di kawasan, di kampung-kampung ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga nak bawak satu lagi tentang permohon, rungutan dan juga permohonan daripada penternak-penternak kecil di kawasan kampung-kampung dan juga kawasan pinggir bandar khususnya. Tadi Dato’ daripada ADUN Juasseh ya, telah menga, menyebut Beting. Saya pun nak sebut tentang Beting jugaklah. Ini Beting ni, ada, ada penternak-penternak, dia ni an, antara kampung dan juga pekan Kuala Pilah. Ada penternak-penternak yang, kat kampung ni kecik, kampung ni kecik. Ada penternak yang tidak dapat menampung kapasiti ternakan mereka di mana kawasan ni kekurangan padang ragut dan sebagainya. Dan ini perlu dipantau jugaklah ya. Perlu dipantau jugak tentang penternakan, penternak-penternak kecil bukan saja di Kampung Berting malahan di mana-mana juga untuk kita pantau dan juga bantu tentang permasalahan penternak-penternak kita di mana kita akui bahawa mereka jugak adalah sebagai penyumbang kepada makanan negara kita jugaklah ya. Dan juga untuk mereka menghadapi serangan penyakit LSD yang melanda negeri kita sekarang. Ramai yang rugi ya. Penyakit yang macam bisul-bisul tu. Akhirnya yang kena penyakit dia boleh menyebabkan ternakan tu mati, kalau jabatan ambil harga antara 500.00 – 800.00 ya, kan. 500.00 – 800.00 dia ambil ya. Dan ini, bayangkan ya, ada yang 10 ekor, 20 ekor lembu mereka mati, ditambah lagi itu, ditambah lagi tahun ni tu dia, mereka tak dapat mengadakan ibadah korban sebagainya, ternakan-ternakan yang stok ni, yang terkana penyakit LSD ni, maka kita bayangkan berapa banyak kerugian-kerugian

yang telah dialami oleh penternak-penternak kecil yang bergantung hidup kepada hasil ternakan ini.

Seterusnya saya mohon jugak ya supaya kemudahan-kemudahan awam khususnya dalam kawasan felda untuk dibagi perhatian. Ada dewan ataupun balai raya ya, selepas 5 hari eh, 9 haribulan 5-2018, tak cukup siang, kunci dewan-dewan, kunci balai raya ni diambil ya. Selepas beberapa tahun, agak malanglah ya, agak, agak malang hari ini keadaan banyak yang dah terbiar, ada yang telah dipotong bekalan api dan jugak air dia. Dan kita harap ya, penyelenggaraan-penyelenggaraan bangunan-bangunan awam khususnya di kawasan felda juga kampung ni dibagi perhatian ya, dibagi perhatian supaya kemudahan awam ini akan dapat terus dimanafaatkan oleh penduduk-penduduk kampung khususnya untuk penduduk kampung berhubung erat ataupun untuk kegiatan komuniti ataupun kemasyarakatan di kawasan setempatlah. Untuk itu, saya mohon menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Silakan, Pertang ya.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahhirabbil’alamin, wassalatu wassala mua’ala asyrafil ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Rabbishrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatam millisaani yafqahu qauli. Rabbi yassir wa la tu'assir ya karim. Assalamualaikum WBT dan salam perpaduan. Terima kasih sekali kepada Dato’ Dipertua kerana membenarkan untuk saya bersama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan 2021, 2022. Tahniah kepada Sikamat yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan pada Jumaat yang lepas, walaupun kalau kita tengok Belanjawan Negeri Sembilan untuk 2022 mengalami defisit juga sebanyak 88 juta. Jika tahun 2021, belanjawan defisit sebanyak 112 juta.

Itu tak jadi soal. Kalau kita tengok daripada mula perbahasan, daripada pihak sini, kita tidak pernah mempertikaikan ya, un, belanjawan defisit kerana inilah masanya untuk kita membelanjakan dana-dana, rizab-rizab kita untuk membantu rakyat, untuk membantu masyarakat, untuk menangani suasana, keadaan suasana pandemik COVID-19 yang melanda bukan setakat di negara kita, malah seluruh dunia mengalami masalah seperti ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, apa yang penting bajet yang dilu, yang telah dibentangkan ni sampai ke kumpulan sasarnya. Saya, kami pun tak kesah andai kata deposit 88 juta ke, 100 juta ke, atau 200 juta, yang penting, bajet ini sampai ke kumpulan sasarnya.

Tuan-tuan dan puan-puan, Dato’ Yang Dipertua, sebagai seorang guru, bekas guru, saya, bidang pendidikan ini menjadi salah satu fokus utama saya sebab apabila saya menyandang sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Pertang. Kalau kita tengok tahun, bajet tahun 2020 ya, peruntukan untuk sekolah SJKC, SJKT, sekolah, sekolah tahfiz dan sekolah swasta di, diluluskan sebanyak 3.0 juta. Begitu jugak tahun, bajet tahun 2021, 3.0 juta jugak diperuntukkan untuk SJKC, SJKT, sekolah tahfiz, sekolah swasta. Pada tahun ini, 2.0 juta diperuntukkan untuk sekolah-sekolah tersebut. Saya tak kesah, bagi pihak kami, kami tak kesah, kalau setakat 2.0 juta, kalau lebih lagi untuk, untuk institusi pendidikan pun, kami lagi suka. Saya salah seorang bekas pendidik, saya seronok ya, apabila para pelajar sekolah-sekolah dibantu. Malah kalau boleh lagi banyak bantuan-bantuan diberikan kepada pihak sekolah. Tapi soalnya ya, tiap-tiap tahun dah, dari tahun 2020, 2021, tahun ni masuk 2022 punya bajet, saya bentangkan, saya keluarkan perkara ini, yang berkaitan dengan bajet untuk kementerian atau Jabatan Pendidikan ini. Jadi soal saya, kenapa sekolah kebangsaan dianaktirikan? Kenapa sekolah kebangsaan tak disebut?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ya, dari tadi saya dengar tentang pendidikan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah. Kita gunakan P50, saya rasa lebih banyak jumlahnya untuk kita bantu sekolah-sekolah SK dan S, sekolah menengah ini. Baru-baru ni pun, baru saja minggu lepas saya luluskan 200 ribu lebih untuk SK dan sekolah menengah. Terima kasih.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay, terima kasih …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sebelum ni ada lagi, tapi …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak apa …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…… sebelum ni tak perlulah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Terima kasih Sikamat, terima kasih. Masalah ya. Tetapi soal saya, kenapa SJKC, SJKT tertulis di sini? Kenapa SK tidak tertulis di sini? Dalam bajet kerajaan sebenar, tu sebab saya kata daripada bajet 2020, 2021, dan sekarang ni bajet 2022, setiap tahun. Kenapa bajet untuk SJKC, SJKT, sekolah tahfiz dan juga sekolah swasta dinyatakan dalam Belanjawan Negeri Sembilan tetapi kenapa sekolah kebangsaan tak dinyatakan, tak tertulis dalam …..

Itu di bawah Kerajaan Pusat, di bawah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. Belanjawan Negeri Sembilan sepertimana …..

….. kementerian.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. Kementerian Persekutuan? Itu yang saya persoalkan. Macam ada sesuatu atau sekolah, bagi saya macam sekolah, yelah saya pun sebagai wakil rakyat di kawasan DUN Pertang, saya mohon peruntukan daripada Parlimen, saya bantu semua sekolah tanpa sebarang, sama rata ya, sama rata. Itu yang saya persoalkan.

Dato’ Yang Dipertua, perkara yang kedua, adalah tentang dalam keadaan suasana COVID-19 ya. Banyak di antara masyarakat atau rakyat di Negeri Sembilan, ada yang kena buang kerja, ada yang terpaksa diberhentikan kerja, ada yang terpaksa menutup perniagaan. Dan ramai di antara mereka ini cuba mene, apa, menceburi bidang pertanian ya, cuba menceburi bidang pertanian, tetapi mereka ini tiada tanah untuk diusahakan dari segi pertanian. Dan beberapa surat, contoh, beberapa salinan surat telah dimajukan kepada saya – permohonan untuk pendudukan sementara ya, untuk para rakyat Negeri Sembilan atau terutama di Daerah Jelebu yang ingin bercucuk tanam memohon tanah yang lot-lot kosong ya, untuk pendudukan, untuk, untuk Lesen Pendudukan Sementara. Tapi malangnya Dato’ Yang Dipertua, untuk satu ekar tanah, ini saya dah apakan dalam soalan yang lepas ya, untuk satu ekar tanah, untuk Lesen Pendudukan Sementara ini dikenakan hampir, satu ekar hampir 10 ribu. Jadi apakah, anak-anak di kampung nak cuba mem, mem, menceburi bidang pertanian untuk satu ekar tanah dengan kadar Lesen Pendudukan Sementara ini untuk satu ekar lebih kurang dalam 10 ribu, apakah mereka mampu untuk me, memulakan bidang pertanian dengan kadar, dengan kadar Lesen Pendudukan Sementara setinggi ini? Jadi memohon kepada Kerajaan Negeri supaya pertimbangkan balik ya, kadar permohonan Lesen Pendudukan Sementara ini untuk kita bagi kepada penduduk-penduduk terutama kepada yang, yang, yang, yang terkesan akibat COVID untuk bercucuk tanah, untuk menceburi di bidang pertanian ya, untuk menurunkan kadar bayaran untuk tanah TOL ini.

Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan suasana COVID-19 ini, Dato’ Yang Dipertua, ramai yang terkesan ya, cukup amat ramai terkesan. Bukan setakat daripada, daripada pekerja swasta dan begitu jugak dengan pekerja-pekerja sendiri, ramai terkesan ya. Saya baru-baru ini saya mendapat salinan notis yang telah disampaikan oleh seorang peniaga iaitu Notis Mengosongkan Tanah Kerajaan iaitu berniaga, dia ni berniaga di tanah kerajaanlah ya. Tapi dalam keadaan suasana sekarang, dalam keadaan COVID, dalam keadaan semua rakyat kita, ramai di antara rakyat kita susah, bagikanlah dia orang untuk peluang berniaga. Janganlah kita keluarkan notis mengosongkan tanah, orang dah berniaga, bagilah peluang. Bagi saya apa yang, saya pergi tengok jugaklah yang keluar

notis tengok tempat dia berniaga, tak ada mengganggu pun, tak ada mengganggu pun keadaan lalu lintas, apa semua. Jadi dikeluarkan notis untuk mengosongkan tanah kerajaan. Ada saya bagi contoh salinan pada, salinan pada saya ya. Bagilah mereka ni peluang untuk berniaga. Apa yang kito menggelodak bona poghut kito nak suruh orang kosongkan, nak tutup kodai, kenapo? Bagi peluang dia orang berniaga untuk menampung keadaan dalam keadaan suasana COVID-19 sekarang ini ya. Bagi peluang dia berniaga, janganlah sampai kita cepat sangat nak keluarkan notis. Bagilah dia peluang, tanah pun tak, tak ada siapa pun nak mengusahakan, bagi peluang peluang berniaga.

Dato’ Yang Dipertua, minggu lepas, semalam daripada Seri Menanti bercerita tentang gangguan musuh, musuh iaitu babi di kawasan taman-taman perumahan di, di kawasan Seremban. Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua-lah, kami ni duduk, duduk di kampung terutama di Jolobu ni, ancaman musuh tanaman ni dah menjadi, saya raso tak tahu macam mano nak selosaikan dah ya. Kalau kita tengok di Jelebu ni adalah antara pengeluar buah-buahan terutama durian, setiap musim. Apabila musim durian dan musim buah rambutan dan musim buah-bauahan tempatan ni keluar di Jelebu, masalah ancaman musuh tanaman ni cukup-cukup membelenggu ya, masyarakat kampung terutama di jelebu ya. Masalah babi, masalah tupai, masalah monyet, cukup teruk sekarang ini ya. Kalau kita tengok di kawasan Jelebu, kalau tengok musim-muism buah, bukan beratus, beribu monyet ni. Kalau babi ni ya, ada satu-satu tempat, kalau kawasan-kawasan kampung ni, kita tunggu, terpaksa berhentikan kenderaan kita untuk babi-babi ni melintas jalan. Dan beberapa kes di kawasan saya, bukan setakat di, melanggar babi, tapi babi melanggar kenderaan ya, bukan kita melanggar babi tu, babi melanggar kenderaan. Dan baru-baru kes, 2 – 3 bulan lepas, seorang penduduk di kawasan Pertang, di kawasan Parit Gong meninggal dunia akibat dilanggar oleh babi ya. Jadi saya berharap apa, pihak-pihak yang berkenaan, ni bukan ketawa ni tuan-tuan, boleh tengok, boleh check. Bukan dia melanggar babi, babi melanggar dia, dia lalu, babi langar, berapa kes di kawasan Jelebu ya. Masalah ancaman musuh tanaman atau babi dan monyet, tentang apa, terlampau dah sukar untuk diatasi ya. Oleh kerana salah satu sebabnya oleh kerana lesen untuk memburu babi ini telah ditarik balik ya. Menyebabkan babi cukup banyak sekarang ni ya. Kalau kawasan bandar pun dah babi keluar, inikan pulak kawasan kampung yang dikelilingi oleh kawasan hutan-hutan. Jadi saya mohon kepada pihak-pihak yang berkenaan ya, terutama, ya …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Haa tu Rasah Kemayan tu kawasan pekan. Ini saya tengok kawasan di Jelebu, macam mana, kawasan-kawasan kampung.

Kalau tengok di Petaseh, kalau lalu lalu Petaseh tu, Allahuakbar monyet ni bergantung, bergayut-gayut di atas apa ni, talian telefon ni. Yang Berhormat Klawang pun tahu ni ya, dia faham. Haa dia ngangguk tu dia faham, dia tahu tu ya. Keadaan ni, saya mintak pihak-pihak yang berkenaan terutamanya pihak dari segi jawatan apa, pegawai daripada PERHILITAN ya, tak selesai sebenarnya dengan sangkar-sangkar ni. Memang tak selesai ya. Banyak sangkar-sangkar telah dipasang, tak selesai, tak dapat mengatasi masalah ancaman musuh tanaman ini.

Dato’ Yang Dipertua, yang terakhirnya rasanya, atau ada 2 lagilah. Yang pertama segi, satu lagi berkaitan dengan lampu jalanlah. Kalau kita tengok jalan daripada Simpang Durian ke Simpang Pertang, jalan ini selalu digunakan terutama untuk, oleh penduduk tempatanlah. Kedua, jalan ni adalah penghubung di antara Negeri Pahang ke Daerah Jelebu ya, selalu diguna, yang digunakan oleh penduduk-penduduk di Temerloh untuk ke Seremban dan untuk ke Kuala Lumpur ya. Jalan daripada antara Simpang Durian ke Simpang Pertang ni dikelilinggi, kiri kanannya adalah kebun getah, kelapa sawit ya, masih tiada lampu jalan ya. Saya mohon kepada kerajaan, cuba-cuba tengok kawasan saya nyatakan ini iaitu antara jalan daripada Simpang Pertang ke Simpang Durian ya, tiada lagi lampu-lampu jalanlah. Mintak tolong tengok.

Dan akhir sekali tentang gangguan bekalan air di kawasan terutama di kawasan Pertang. Ada satu loji di kawasan Pertang ni, loji, loji Kampung Lakai, loji Lakai, loji air Lakai tulah. Masalahnya loji di Lakai ini ialah kerosakan pam di loji tu kerap berlaku ya. Saya mengharap kepada pihak SAINS tolong tengoklah. Jangan bila dah air dah tak ada, apa, pam ni dah rosak, bila air tak ada baru kita nak baik pulih, baru kita nak repair. Saya harap pihak SAINS bersiap sedia, tengok selalu, check apa masalah pam-pam di loji Kampung Lakai ini.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, saya ingat itu saja daripada saya. Terima kasih, mohon maaf daripada saya. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Lagi, saya persilakan. Haa Chembong nak cakap? Silakan. Gomeh dah cakap semalam? Dah?

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerana memberi saya peluang untuk berbahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2022, Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada

Jumaat lepas dan diucap tahniah. Merujuk kepada belanjawan 2022 Kerajaan Negeri Sembilan, terdapat beberapa perkara yang menarik perhatian khusus yang saya kira perlu untuk diutarakan dalam perbahasan kali ini.

Dato’ Yang Dipertua, isu pertama yang ingin saya bahaskan adalah berhubung Empangan Sungai Linggi. Menyorot kembali kepada sejarah Loji Rawatan Air Sungai Linggi, telah kerap berlaku kejadian tebing runtuh di Sungai Linggi yang menyebabkan gangguan bekalan air kepada penduduk di Port Dickson khususnya di dalam DUN Bagan Pinang di mana kejadian terburuk adalah pada bulan November tahun 2020. Isu ini menjadi viral dan menimbulkan keresahan kepada seluruh penduduk Port Dickson pada waktu itu, di saat negara juga sedang berperang dengan pandemik COVID-19. Bekalan air hanya pulih setelah beberapa hari akibat kerja-kerja pembaikan pembahagi aliran sungai Loji Rawatan Air Sungai Linggi menemui kegagalan kepada sebahagian struktur yang dibaik pulih.

Dato’ Yang Dipertua, saya faham bahawa kejadian tebing runtuh kebiasaannya berlaku akibat kejadian hujan lebat atau fenomena alam seperti dalam pertanyaan saya semalam, dan ianya telah pun dijawab oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Namun, pada pendapat saya, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dalam menangani isu ini bagi tempoh jangka panjang. Langkah menambak tebing Sungai Linggi hanyalah bagi tempoh jangka pendek bagi tujuan menyelesaikan masalah pada waktu tersebut sahaja. Justeru itu, saya berharap agar projek-projek pembaikan jangka masa panjang yang berkaitan dapat disegerakan pada tahun hadapan memandangkan isu ini merupakan isu rakyat dan kekerapan gangguan ketiadaan air ini juga boleh menjejaskan industri pelancongan di Port Dickson.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membangkitkan tentang keperluan tanah perkuburan Islam bagi kariah-kariah di DUN Bagan Pinang. Apabila berlaku kematian di kalangan ahli kariah, kebiasaannya mereka akan dikebumikan di tanah perkuburan di kampung-kampung sedia ada, tetapi dengan pertambahan taman-taman baru yang telah dan sedang disiap seperti projek perumahan PNB, Taman Desa PD dan sebagainya, ini menjadikan peningkatan yang ketara kepada jumlah kepadatan penduduk sedangkan ruang atau keluasan tanah kubur sedia ada semakin hari, semakin berkurangan. Isu ini perlu diberi perhatian kerana bagi tempoh 5 – 10 tahun akan datang, dikhuatiri rizab perkuburan sedia ada telah penuh dan akan menjadi masalah kepada masyarakat setempat dalam melaksanakna fardu kifayah yang dituntut oleh Islam. Justeru itu, saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson dan Pejabat Agama

Islam Daerah Port Dickson mengenal pasti tanah yang bersesuaian untuk dirizabkan sebagai rizab kubur Islam bagi kariah-kariah terdapat di dalam DUN Bagan Pinang.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya juga ingin menarik perhatian berhubung dengan coastal road, dengan izin, ataupun jalan pantai. Seperti yang kita ketahui, Port Dickson merupakan pusat pelancongan yang menjadi tumpuan di Malaysia. MPPD juga menyasarkan kedatangan pelancong seramai sejuta ke daerah ini menjelang akhir tahun 2021 berikutan peralihan Negeri Sembilan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran merentas negeri yang telah diumumkan oleh kerajaan, saya mengambil maklum bahawa itu untuk merekodkan semasa Negeri Sembilan berada di Fasa ke-3, Port Dickson merekodkan 150 ribu pengunjung selepas sektor pelancongan mula dibuka pada fasa 3 September lepas. Saya amat berharap agar Kerajaan Negeri bersama-sama MPPD dapat menaikkan infrastruktur dan prasarana demi memberi kemudahan serta keselesaan kepada pengunjung dengan membaik pulih dan menaik taraf kawasan pelancongan di Port Dickson secara keseluruhan.

Dato’ Yang Dipertua, bagi, bagi tujuan perancangan jangka masa panjang, saya mencadangkan agar coastal road dengan izin, di sepanjang pantai Port Dickson juga dinaik taraf dan dilebarkan atau dibesarkan demi kemudahan pengunjung yang datang ke Port Dickson. Kita sedia maklum bahawa setiap minggu dan cuti umum akan berlaku kesesakan jalan raya di Port Dickson. Pelebaran jalan dilaksanakan pasti dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan pantai di Port Dickson.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya juga ingin menarik perhatian sidang Dewan yang mulia ini tentang kemudahan untuk warga belia di Port Dickson – Kompleks Sukan Teluk Kemang di bawah kawalan Pegawai Pengawal MPPD. Yang mana sepatutnya dinaik taraf menjadi lebih gah. Kompleks ini sepatutnya digunakan semaksimum mungkin bagi tujuan aktiviti anak-anak muda di, setempat seperti menyediakan kemudahan-kemudahan sukan setempat yang merangkumi pelbagai jenis sukan. Secara tidak langsung ianya menjadi tempat mewujudkan perpaduan antara pelbagai kaum dan etnik melalui semangat kesukanan. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri dapat berbincang dengan Jabatan Belia Dan Sukan ataupun Pejabat Belia Port Dickson tentang hala tuju dan perancangan aktiviti di kompleks ini. Namun sebelum itu, kompleks ini perlu dinaik taraf terlebih dahulu bagi menjamin keselesaan dan keselamatan penggunanya.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali saya ingin melanjutkan perbahasan saya berhubung isu Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang. Isu ini

saya rasa telah kerap kali saya bawa ke Dewan yang mulia ini. Namun begitu, apa yang diterima sangatlah minimal. Sekolah ini adalah di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Pada pandangan saya, sekolah agama ini wajar dinaik taraf secara keseluruhan. Sekolah mempunyai asrama pelajar lelaki dan perempuan. Bagi memberi keselesaan kepada pihak pengurusan, baik guru atau, mahupun para pelajar, saya mencadangkan agar sekolah dibantu dari segi menaik taraf kemudahan secara keseluruhan. Tempat yang selesa boleh menjadi asbab kepada anak-anak kita belajar dengan selesa dan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang. Mereka ini adalah harapan bangsa dan agama bagi meneruskan kesinambungan generasi anak muda yang berakhlak dan berpendidikan. Saya berharap semoga Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang juga diberikan peruntukan yang sewajarnya.

Dan akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB ADUN Rantau di atas kejayaan cemerlang dalam, kemenangan PRN, PRN Melaka baru-baru ini. Sekian perbahasan saya, dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Waalaikumsalam WBT. Senaling ya? Ya, Dato’, silakan.

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam 1Malaysia. Yang berbahagia Dato’ Speaker, pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan, mengizinkan untuk sama-sama membahaskan cadangan bajet yang telah dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada hari Jumaat yang lepas.

Saya mengambil kesempatan ini dalam mukadimah ucapan saya, dalam perbahasan ini, pertama sekali untuk mengucapkan jutaan tahniah dan rakaman terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Sepertimana dalam ucapan saya dalam membahaskan bajet tahun lepas, saya ada menyatakan bahawa keperluan Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu sukan di Negeri Sembilan ini. Dan di antara cadangan saya ialah untuk, selain daripada peruntukan yang saya lihat sekali lagi tahun ini tidak ada juga dalam bajet, peruntukan khusus yang ada di bawah tajuk ya, bantuan-bantuan kejurulatihan, memenuhi kekosongan kejurulatihan, memindah ataupun mencari jurulatih bagi sukan-sukan teras di negeri kita ini, saya telah sebut dalam perbahasan bajet pada tahun lepas. Dan alhamdulillah dengan bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, baru-baru ini Cikgu Suhairi Sulaiman, seorang pemain takraw kebangsaan, pemain Malaysia, yang bermain di Sukan SEA tempoh hari, telah berjaya

dipindahkan atas bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ke Sekolah Sukan Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan Zaaba. Kepakaran cikgu ini ialah sport science, dengan izin Dato’ Speaker, sport science. Dan saya harap bukan setakat cikgu ini dapat membimbing pasukan ataupun Sekolah Sukan Negeri Sembilan; Sekolah Menengah Kebangsaan Zaaba ini, lebih penting atas jangka panjangnya tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, mungkin boleh memberi tunjuk ajar aspek pembangunan sukan. Pertamanya sepak takraw di Daerah Kuala Pilah dan negeri kita; Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dan yang keduanya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, rakaman terima kasih juga ingin saya nyatakan kepada Telekom Malaysia, kerana sekarang ini Telekom Malaysia sedang proses menambah baik, upgrading dengan izin, upgrading sistem jalur lebar di Kuala Pilah. Dan ia melibatkan juga upgrading penambahbaikan Streamyx ke Unifi dalam kawasan saya dalam Senaling. Dan saya harap dengan tindakan proaktif Telekom ini sedikit sebanyak boleh membantu kita terutamanya dalam aspek anak-anak kita belajar. Kita tahu kita baru atau masih berada di dalam endemik COVID, tetapi seperti yang kita maklum ada hikmah daripada COVID ini. …..[melafazkan bacaan Surah Al Baqarah, ayat 216]. “Kamu mungkin tidak suka satu perkara itu”; kata Allah SWT; “tapi itulah paling baik bagi kamu”. Jadi alhamdulillah hikmah yang baiknya, dengan COVID ini, tuan-tuan dan puan-puan, semua pihak, Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi swasta terutamanya dalam konteks ini, Telekom telah secara proaktif mereka telah masuk ke daerah-daerah terutamanya Kuala Pilah, dan dalam kawasan saya juga di Senaling, bagi mereka menaik taraf jalur lebar ini di kawasan saya. Saya ucap terima kasih kepada Telekom.

Dan juga ucapan ataupun rakaman terima kasih ini saya ingin sampaikan dan rekodkan kepada Pegawai Daerah Kuala Pilah, yang saya rasa begitu proaktif dengan segala aduan berkaitan rakyat di Kuala Pilah terutamanya dalam, dalam pendekatan accommodative dengan izin, membantu kita menjayakan PEAK outreach bersama dengan, dengan Jabatan Kesihatan, Pejabat Pergigian Daerah Kuala Pilah tempoh hari dalam memberikan vaksin-vaksin ini. Reachout kepada kawasan-kawasan pedalaman terutamanya dalam kawasan saya dalam DUN Senaling.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, ya Dato’ Yang Dipertua, bercakap sepertimana yang diutarakan oleh Juasseh sebentar tadi, iaitu mesyuarat PIBG ya, sebenarnya ADUN Juasseh tadi menyentuh kawasan saya tu. Bukan setakat PIBG ini terpaksa mereka ini bermesyuarat, bukan 2 buah sekolah sebenarnya, ada 7 – 8 sekolah, PIBG ini mereka terpaksa bermesyuarat di tepi kolam, dalam keadaan panas. Saya hadir dalam

mesyuarat ini. Di gelanggang-gelanggang futsal. Dan amat malang sekali bagi sayalah, mengambil semangat ataupun ucapan daripada Chennah, pendekatan politik begini saya rasa kita harus ubah. Banyak jawapannya yang saya terima daripada Yang Dipertua PIBG ini Yang Berhormat Speaker, apabila mereka ingin gunakan balai raya, mereka ditolak. Permohonan mereka bagi menggunakan balai ini ditolak di atas dasar balai raya ini di bawah State – Negeri sedangkan sekolah di bawah Federal – Pusat. Saya akui. Tetapi saya masih ingat lagi, di dalam Dewan yang mulia inilah ADUN Johol bertanyakan soalan berkaitan isu ini. Dan dijawab dengan jelas oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, boleh atau tidak mereka ini, NGO ini menggunakan kemudahan balai raya. Secara jelas dijawab oleh ADUN Sikamat, dan saya ucapan terima kasih saya kepada ADUN Sikamat, bahawa boleh digunakan. Dibenarkan digunakan balai raya ini, kemudahan-kemudahan untuk rakyat ini boleh gunakan dengan syarat, saya masih ingat lagi. Yang nak guna balai raya ni bayarlah sikit duit api, duit air. Alhamdulillah, sebab tu saya rasa pendekatan politik yang saya ingin rakamkan di Dewan ini yang saya, saya ucap, rakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada ADUN Sikamat.

Permasalahan saya yang saya rasa berlaku ini oleh kerana keputusan-keputusan di dalam Dewan Undangan yang mulia ini, yang Berhormat Dato’ Speaker, adanya sedikit mungkin delivery system, penyampaian maklumat ini yang tidak sampai ke stakeholders, kepada pemegang taruhan di bawah. Sepatutnya keputusan di dalam sidang DUN ini merupakan keputusan tertinggi sidang DUN, keputusan-keputusan kerajaan, yang dijawab oleh Menteri Besar dan juga EXCO-EXCO Kerajaan. Oleh kerana itulah pentingnya soalan lisan, soalan bertulis. Dan kalau keputusan-keputusan ini tidak mengikat agensi-agensi di bawah, terutamanya agensi-agensi di bawah Pihak Berkuasa Negeri, Kerajaan Negeri amat malang. Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dah putuskan dalam sidang DUN ini, di atas jawapan ADUN Johol, dibenarkan dengan syarat. Bayarlah bil api, air, serba sedikit, tak akan mesyuarat PIBG 3 jam sampai 3,000.00 nak bayar. Malang sekali kalau Sekolah Kebangsaan Kuala Kepis, sekolah kebangsaan kampung tuan-tuan dan puan-puan, contohnya mereka ini terpaksa buat mesyuarat PIBG di Laman Gentam, di Melang Inn. Kalau kita bagi sumbangan 5,000.00, saya rasa sepatutnya sumbangan wakil rakyat 5,000.00 terus boleh masuk tabung PIBG mereka. Tetapi ianya harus dipotong kerana apa? Kita bayar, bayar Laman Gentam – 1,500.00, bayar Melang Inn – 2,500.00.

Jadi ini yang saya rasa tuan-tuan dan puan-puan, suatu pendekatan ataupun pandangan politik yang saya rasa kita wajar bersama, dalam keadaan mungkin kita ada fahaman dengan ilogi, ideologi yang berbeza,

tetapi kita ada kepentingan bersama. Dan pelajaran, pendidikan seharusnya menjadi suatu medium perpaduan. Apabila kita bercakap tentang PIBG, kita tahu siapa yang hadir – ibu bapa dan penjaga. Sekolah Kebangsaan Kepis, Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Dua, mereka terpaksa bermesyuarat PIBG mereka ini di tepi kolam. Jadi saya haraplah, selepas ini, mungkin keputusan-keputusan yang dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri ini dapat disampaikan kepada semua agensi yang terlibat terutamanya kepada ketua-ketua jabatan yang ada dekat sini, bawak di bawah dan berikan penerangan kepada pegawai-pegawai kita supaya tidak berlaku kekeliruan yang sepertimana telah berlaku dalam kawasan saya ini.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang gangguan bekalan air – SAINS. Sebenarnya kekerapan berlakunya gangguan bekalan air ini di kawasan Senaling amat membimbangkan. Berlakunya gangguan pecah paip, air tak sampai ni, tuan-tuan dan puan-puan, saya faham. Dan saya telah tanya dalam soalan lisan saya, dalam pembe, dalam sidang DUN baru-baru ini, dan telah dijawab oleh Pengerusi SAINS; Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa kehilangan air dalam talian, dalam tanah, non revenue water dengan izin, di Kuala Pilah hampir 44%. Ini besar. Dan saya lihat pihak SAINS, baru-baru ini gangguan di Kampung Dioh Kecil di Felda Kepis ya, berlaku kerap dan apabila ba, berlakunya gangguan di Felda Kepis, satu perumahan, satu Rancangan Felda Kepis tiada air. Tetapi saya wajar merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada SAINS Kuala Pilah, SAINS Jempol kerana sama-sama membantu, hantar air, hantar bekalan, hantar lori-lori dan sebagainya, saya ucap, tapi saya rasa dalam pembentangan bajet ini, saya harap Kerajaan Negeri dapat memberi sedikit mungkin bantuan tambahan, peruntukan tambahan kepada SAINS ini. Saya tengok 4 – 5 orang wakil rakyat tadi bercakap tentang SAINS. Saya rasa ini merupakan keperluan yang amat mendesak agar kepentingan ini, melibatkan rakyat kita ini, dapat dilihat secara objektif oleh kerajaan kita.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya merujuk kepada Bidang Tumpuan 1 iaitu ekonomi rakyat yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, iaitu inisiatif ke-11. Dan terima kasih kerana adanya peruntukan bagi pembinaan pusat penempatan semula penjaja. Bagus, dan saya mencadangkan ia ditambah lagi. Tetapi dalam konteks ini, saya harap, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerajaan dapat melihat juga tentang pemilihan penjaja ini selepas pusat penempatan ni siap. Saya ada dengar rungutan terutamanya pusat penjaja yang sedang dibina dan saya rasa hampir siap di Taman Ampangan. Mereka ini dulu, semasa proses pembinaan pusat ini, dipindahkan tetapi, aduanlah, saya rasa betul tak betul ni, saya harap pihak berkuasa tolong siasat. Nama mereka tiada, di

kawasan penempatan baru, pusat penjaja ni nama mereka tiada. Saya tidak tahu ianya benar atau tidak, dan saya harap pihak yang berwajib, saya tak tahu sama ada ianya di bawah persatuan penjaja ataupun di bawah MBS, dapat melihat perkara ini dan dapat diberikan keutamaan kepada mereka yang telah dipindahkan dulu, sebelum pusat penjaja ini dibuat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sekarang sampai kepada suatu perkara, suatu perkara yang saya rasa merupakan fokus Kerajaan Negeri iaitu tentang pemberimilikan tanah. Pemberimilikan tanah kekal yang telah diputuskan dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan iaitu penukaran status milik daripada pajakan kepada milikan kekal. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya hanya mohon pencerahan terutam, terutamanya daripada aspek perundangan. Ya telah diputuskan, Perlembagaan kita menyatakan tanah berada di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri, betul, tanah.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya beri huraian ringkas sikit. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara kita – Perlembagaan. Undang-undang, Rang Undang-Undang yang diluluskan di Parlimen kita panggil Akta. Akta tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan. Undang-undang yang kita putuskan dalam Dewan Undangan Negeri ini dipanggil Enakmen. Enakmen tidak boleh bercanggah dengan Akta. Dan begitu juga Perlembagaan. Undang-Undang Kecil yang dibuat oleh PBT, Majlis Perbandaran, Majlis bandaraya, tuan-tuan, Undang-Undang Kecil ini tidak boleh bercanggah dengan Enakmen dan juga Akta Kerajaan Tempatan. Itu basic dengan izin, basic kefahaman undang kita tentang undang-undang negara kita.

Dalam konteks kelulusan ini, pemberimilikan hak milik kekal ini, saya hanya mahu, mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri tentang peruntukan mana sebenarnya yang digunakan bagi meluluskan permohonan ini, iaitu menukarkan status hak milik ini. Saya ingin, hanya ingin pencerahan diberikan kepada saya terutamanya daripada aspek undang-undang. Betul, kuasanya, tanah berada dalam Pihak Berkuasa Negeri tetapi tuan-tuan dan puan-puan, saya dengar, dan mungkin saya lambat membawa isu ini kerana saya nak melihat betul-betul, buat sedikit carian, kajian serba sedikit, bahawa punca kuasa yang memulakan mungkin usul ataupun cadangan bagi penukaran status ini dimulakan oleh Majlis Tanah Negara. Majlis Tanah Negara dikatakan telah meluluskan, meluluskan permohonan Kerajaan Negeri Sembilan ya, bagi menukar status hak milik ini. Tetapi saya telah buat sedikit carian, terutama tentang minit-minit mesyuarat yang telah diputuskan oleh Majlis Tanah Negara yang menjadi sumber awal kuasa kepada mulanya cadangan oleh Kerajaan Negeri bagi menukar status ini. Dan telah

dinyatakan dalam ini, bahawa, dalam Minit Mesyuarat Majlis Tanah Negara ini, mereka hanya ambil maklum, 5.5 minit mesyuarat ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker: cadangan dasar penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis mengambil maklum berhubung kenyataan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan berhubung perkara ini. 5.5 – 5.5.1. Jadi, Yang Berhormat Dato’ Dipertua, berasas rujukan ini ialah Majlis Tindakan Tanah, Majlis Tanah Negara. Ianya hanya disebut saya rasa dalam hal-hal lain. Tidak ada sebenarnya konatasi khusus, jawapan khusus yang membenarkan sebenarnya. Saya mungkin silap, mungkin ada muka selepas ini, mungkin pihak kerajaan ataupun Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang boleh kemukakan kepada saya, sebenarnya ada satu mesyuarat Majlis Tanah Negara yang telah meluluskan permohonan ini. Dan Majlis Tanah Negara juga menyatakan jikalau adanya, adanya percanggahan tentang isu ini, pihak Kerajaan Negeri wajib merujuk kepada Majlis Tanah Negara. Dalam Kerajaan Negeri, dalam konteksi ni saya lihat justifikasi mereka, mereka menggunakan Seksyen 76, Seksyen 76 bagi membolehkan permohonan ini, bagi menjustifikasi permohonan ini menukar status hak milik ini iaitu, saya bacakan di sini, Seksyen 76 Kanun Tanah Negara; Pengertian Pemberikan. Pemberimilik tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada pelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri: (a) untuk suatu tempoh yang tidak melebihi daripada 99 tahun; (c) menggunakan tanah ini, Seksyen 76 ini, Seksyen 76 Kanun Tanah Negara ini memberi pengertian kepada pemberimilikan, Dato’ Dipertua, pemberimilikan tanah Kerajaan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada pelupusannya oleh Pihak Berkuasa Negeri: (aa) buat selama-lamanya. (aa)(iii) jika sekiranya Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas, dengan izin special circumstances, yang memerlukan ia berbuat demikian.

Dalam konteks ini, mungkin, mungkin Kerajaan Negeri menggunakan ya, menggunakan alasan manifesto. Persoalan yang ingin saya tanya, adakah manifesto ini boleh dianggap sebagai keadaan-keadaan khas. Mungkin saya silap. Tetapi rujukannya, sepertimana telah diputuskan oleh Majlis Tanah Negara ini, Majlis Tanah Negara melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JKPTG; Pejabat Tanah Persekutuan Negeri, Negara kita, Ketua Pengarah Persekutuan Tanah Malaysia, dalam keadaan ini pun mereka telah menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan keadaan-keadaan khas bagi boleh membenarkan Seksyen 76 ini digunapakai. Dia telah nyatakan. Dan sepertimana yang kita tahu, yelah betullah tuan-tuan, ada yang kata hari tu, manifesto ni bukan kitab suci. Tapi kalau atas dasar itulah Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya, saya membahaskan dari aspek perundangan. Keadaan khas telah diputuskan oleh Majlis Tanah Negara mesti merujuk pekeliling JKPTG. Dan dalam pekeliling

yang telah dikeluarkan oleh JKPTG Malaysia ini, jelas bahawa manifesto tidak termasuk di dalam suatu perkara atau alasan boleh membenarkan penggunaan Seksyen 76. Tidak termasuk dalam pekeliling JKPTG.

Jadi, kita sebagai, dalam Dewan Undangan ini, kita adalah pembuat undang-undang, dengan izin, we are lawmakers, kita buat undang-undang ini. Kerajaan Negeri tertinggi, kita yang buat, dinamakan enakmen nanti. Tetapi saya harap ianya nanti tidak kita sampai kita tidak terkeliru sebagai pembuat undang-undang apabila punca keputusan dibuat oleh Kerajaan Negeri itu ianya terbatal daripada awal. Terima, terma undang-undangnya void ab initio, void ab initio iaitu terbatal daripada awal, dengan izin. Saya dengar sudah ada sekarang ini cubaan ataupun ujian-ujian yang telah dibuat di beberapa DUN, alhamdulillah. Mungkin selepas ni akan dipanjangkan lagi kepada Daerah Kuala Pilah dan sebagainya. Tetapi saya ingin pencerahan ini, daripada aspek undang-undang ini. Di bawah klausa manakah dalam peruntukan Kanun Tanah Negara ini, di bawah klausa manakah dalam pekeliling JKPTG ini yang telah digunapakai oleh Kerajaan Negeri kita bagi ambil keabsahan, legitimacy dengan izin, keabsahan bagi membenarkan penukaran status hak milik tanah.

Kalau penerangan dibagi kepada saya nanti, dalam penggulungan, alhamdulillah, saya boleh terima. Tapi bukan saya cakap, saya tidak setuju, tidak sama sekali, tidak. Saya hanya mohon pencerahan kerana ada sedikit kekeliruan dengan apa yang telah saya baca, dengan apa yang telah diputuskan oleh Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi saya harap kekeliruan ini dapat saya, mungkin dapat, dapat saya ketepikan dengan ada, adanya penerangan daripada Kerajaan Negeri. Saya faham manifesto sepertimana kata mungkin hujah dalam mesyuarat EXCO merupakan suatu janji kita, janji pilihan raya kita. Tetapi Yang Berhormat Dato’ Speaker, manifesto ni berubah. Ada manifesto yang tak ditunaikan pun. Tapi itu tidak apalah, itu bab politik tetapi bab undang-undang saya cakap tadi. Kalau rujukannya ialah Majlis Tanah Negara dan JKPTG pun telah menyatakan bahawa alasan-alasan yang dikatakan apa yang dengan izin, to be considered as special circumstances, apakah yang boleh dianggap sebagai keadaan khas membenarkan penukaran status hak milik ini.

Kita tengok Dato’ Speaker, apabila kita tengok Seksyen pindaan Kanun Tanah Negara, Seksyen 90A, pindaan ni, Seksyen 90A dalam Kanun Tanah Negara. Jelas dalam itu ianya memperuntukkan extension ataupun pelanjutan hak milik, jangka hak milik kepada lease hold, kepada tanah-tanah yang diberimilik, yang berjangka 60 tahun, 99 tahun, dan tidak ada langsung peruntukan dalam Sekysen pindaan 90A ini bercakap tentang hak milik kekal, tidak ada. Jadi, saya harap mungkin Kerajaan Negeri

dapat memberikan penerangan saya. Peruntukan tu amat jelas. Seksyen undang-undang, seksyen-seksyen dan undang-undang telah saya nyatakan dengan jelas tadi, Seksyen 90A, ianya bercakap tenang extension, penambahlanjutan tempoh ini, permohonan-permohonan bagi mereka yang selama ini dapat pajakan, tempoh pajakan. Dan bukan kepada hak milik kekal.

Jadi saya harap saya dapat sedikit pencerahan. Saya ulang sekali lagi Yang Berhormat Dato’ Speaker, bukan saya tidak setuju, tapi saya hanya mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri mungkin kita sebagai, kita dalam, dalam Dewan yang mulia ini, sebagai pembuat undang-undang serba sedikit kita boleh bercakap di luar sana, kenapanya perubahan ataupun status hak milik ini dibenarkan di Negeri Sembilan. Untuk makluman Dato’ Speaker, tidak pernah lagi, tidak ada lagi keputusan-keputusan kes yang melibatkan konteks ini. Tetapi kita harus ingat, almarhum Raja Azlan Shah; bekas Ketua Hakim Negara dalam kes, landmark case, dengan izin, Sri Lempah Enterprise. Dia menyatakan dalam penghakimannya sebagai Ketua Hakim Negara pada ketika itu, every, dengan izin Yang Berhormat Dato’ Dipertua: every legal power must have legalimate– Yang Arif Datuk Azlan Shah; Ketua Hakim Negara pada ketika itu. Maksudnya Dato’ Speaker, bagi setiap kuasa undang-undang yang kita ada, ada limitasi undang-undangnya. Saya rasa begitu juga dengan EXCO, Pihak Berukasa Negeri dah tentulah mereka memutuskan ini dengan panduan undang-undang yang telah dibagi oleh Penasihat Undang-Undang semasa mesyuarat tersebut. Dan saya mohon Yang Berhormat Dato’ Speaker, justifikasi tersebut dinyatakan dan dijawab dalam penggula, penggulungan nanti oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Terima kasih Dato’ Speaker, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Saya kira ada beberapa orang lagi yang belum bercakap. Antaranya, haa, belum lagi, YB Lenggeng, YB Lobak, lepas tu YB Seri Menanti dan Chembong. Ada 4 orang. YB Lenggeng mana? Chembong nak cakap? Silakan. Saya nak habiskan hari ini, tuan-tuan ikut masalah, semua tadi pasal yang Senaling tadi, pasal dia ada, ada sikit teknikal, tu bagi peluang sikitlah.

Saya pun tak panjang Dato’ Speaker, 45 minit saja.

Yang Dipertua Dewan

45 minit? Jangan.

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamulaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memberikan saya izin untuk turut serta membahaskan belanjawan 2022 Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun depan. Yang Berhormat Dato’ Yang

Dipertua, pertama-tamanya saya nak mohon maaf kepada Dato’ Yang Dipertua, sebab semasa PRN Melaka, saya tak sempat belanja Dato’ Yang Dipertua. Saya sibuk, Dato’ Dipertua pun sibuk ya. Tapi hari ini saya bagi terima kasih saya dalam pantunlah Dato’ Dipertua.

Sodap sungguh gulai maman Sedap lagi gulai robong Terima kasih Dato’ Dipertua budiman Bagi peluang kek Chombong

Dato’ Dipertua ya. Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak ucapkan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua sebab bekerja keras di PRN Melaka, Dato’ Dipertua. Tahniah sebab menang 1 kerusi ya, ya, tahniah. Tahniah jugak kepada sahabat saya ADUN Bahau, menang 4 kerusi kan? Dato’ Dipertua, taknak ucap tahniah kepada kami Dato’ Dipertua?

Dato’ Yang Dipertua, apabila kita membincangkan tentang belanjawan terutamanya belanjawan daripada pihak kerajaan, terdapat 2 perkara asas ataupun 2 intipati yang utama seperti yang kita umumnya tahu iaitu pertamanya tentang bagaimana perbelanjaan ini nak dibuat, kepada golongan mana yang kita nak sasarkan, nak belanjakan di atas aspek keperluan ataupun keutamaan yang kita nak dahulukan. Dan pada masa yang sama jugak, Dato’ Yang Dipertua, aspek yang kedua adalah, yang tidak kurang pentingnya, iaitu dari segi apa ataupun daripada sumber mana kewangan yang kita perolehi yang nak kita belanjakan. Yang ini dipanggil hasil ataupun revenue, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi pada Jumaat lepas, Yang Amat Berhormat Sikamat telah membentangkan belanjawan untuk, untuk negeri kita bagi tahun 2022 iaitu belanjawan yang berbentuk defisit. Kita bersetuju dan kebanyakan daripada kita bersetuju dan faham akan keperluan belanjawan defisit ini diadakan kerana bagi kita, ianya adalah bertujuan berteraskan kepentingan untuk memastikan kesejahteraan rakyat selain daripada tujuan kita untuk memulihkan ekonomi kita yang terencat, yang terganggu disebabkan pandemik COVID yang berlaku sejak 2 tahun lepas, Dato’ Yang Dipertua.

Namun, pada masa yang sama, saya jugak perlu untuk menyarankan betapa kita jugak perlu merisaukan tentang jumlah rizab yang. kita gunakan, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, seperti kata orang tua-tua, kalau bukit setinggi mana pun, kalau setiap hari dicangkul Dato’ Yang Dipertua, rato deh jugak nanti. Yang ini kita bimbangkan. Saya mengharapkan Dato’ Yang Dipertua, untuk tahun-tahun yang mendatang, untuk Kerajaan Negeri memikirkan kaedah-kaedah baru ataupun meneroka bidang-bidang baru untuk kita menambahkan

pendapatan negeri kita, Dato’ Yang Dipertua. Sebagai contoh, contoh saja Dato’ Dipertua, mungkin Kerajaan Negeri boleh melihat untuk memperkasakan bidang pertanian yang berasaskan pertanian pintar ataupun pertanian berteknologi tinggi, ataupun menerokai bidang-bidang yang baru, memperkasakan lagi sektor yang berteraskan ekonomi digital Dato’ Dipertua. Dan saya yakin dengan penerokaan ataupun sektor-sektor baru ini, kita akan, Kerajaan Negeri akan dapat meniupkan semangat baru untuk membina ekonomi yang lebih berpendapatan tinggi Dato’ Dipertua.

Sehubungan dengan belanjawan defisit ini, Dato’ Yang Dipertua, saya jugak sukacita nak merakamkan, dan apalah kiranya kita semua merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau, Dato’ Yang Dipertua, kerana di saat kita mengalami keperluan kewangan yang tinggi ketika ini, kita dapat menggunakan rizab kewangan dengan baik kerana kita mempunyai latar belakang kewangan negeri yang baik adalah disebabkan salah punca utama, faktor utamanya adalah ketika Yang Berhormat Rantau menerajui kerajaan dulu, beliau dan Kerajaan Negeri ketika itu dapat menyediakan rizab kewangan melebihi 700 juta, Dato’ Yang Dipertua ya. Itu satu perkara yang harus saya rasa ingin saya rekodkan dalam perbahasan saya kali ini, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, pada bulan lepas – Oktober, yakni tak silap saya, pada 20 haribulan Oktober yang lalu, telah berlaku banjir di Daerah Rembau termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong, kawasan saya Dato’ Dipertua. Dan kalau menurut rekod sejarahnya, ini adalah keadaan banjir yang, antara yang terburuk dalam sejarah kami di kawasan ataupun di Daerah Rembau, Dato’ Yang Dipertua. Saya jugak yakin mungkin banyak jugak daerah-daerah, kawasan-kawasan lain yang ditimpa banjir yang kuat ini Dato’ Dipertua. Banjir kali ini besar, air naik ke paras 4 – 5 kaki, Dato’ Yang Dipertua, bukan sekadar kampung-kampung dilanda banjir, air naik, malahan di kawasan taman-taman perumahan jugak, Dato’ Yang Dipertua.

Dan berkenan dengan banjir ni, saya jugak sukacita nak rakamkan beberapa perkara. Yang pertamanya, saya nak ucapkan jutaan terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kepada agensi-agensi kerajaan sebab hujan lebat bermula daripada pagi hingga ke tengah malam, 3:00 pagi Dato’ Yang Dipertua, terima kasih saya kepada, bagi pihak, mewakili masyarakat, rakyat, penduduk terutamanya kepada pasukan-pasukan IPD Polis Rembau, juga kepada Angkatan Pertahanan Awam, jugak pasukan Bomba, Dato’ Yang Dipertua, bekerja keras mengeluarkan mangsa-mangsa banjir yang terperangkap ya, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih saya kepada pihak jabatan Kebajikan Masyarakat yang terpaksa membuka pusat penempatan sementara di tengah-tengah

malam Dato’ Dipertua. Tak, tak lupa juga kepada JPS, Jabatan Belia Dan Sukan pun turun, Dato’ Yang Dipertua. Dan terima kasih jugak, saya nampak Pegawai Agama Islam Daerah Rembau, Dato’ Dipertua, tuan kadi pun turun Dato’ Dipertua, sebab satu pusat tahfiz di kawasan Kampung Pilin ya, dinaiki air, dan pelajar-pelajar ini, adik-adik, anak-anak ini terpaksa dipindahkan Dato’ Dipertua.

Cumanya dalam hal-hal bencana seumpama ini Dato’ Yang Dipertua, saya jarang sangat nampak Pengerusi Bencana Alam Daerah turut serta semasa kejadian berlaku Dato’ Dipertua, ya. Jadi ini saya rasa, saya beri pandangan kepada mungkin, kepada Dato’ SS ya, boleh tengok perkara ini ya. Maso samo-samo kayuh basikal tu, Dato’ SS bisik-bisikkanlah ya, Dato’ Dipertua, sebab ini masalah rakyat. Bercakap tentang turun padang, istilah ini bukan hanya perlu digunapakai oleh wakil rakyat sahaja. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada agensi-agensi yang bekerja kuat pada keadaan banjir tu Dato’ Yang Dipertua. Banyak kerosakan yang berlaku Dato’ Yang Dipertua, kalau mangsa-mangsa banjir ni lebih kurang hampir 100 keluarga, 100 buah rumah, perabot habis Dato’ Yang Dipertua, perabot, kerusi, meja makan, peti sejuk, tv dan sebagainya. Dan saya ucapkan terima kasih banyak juga, selain daripada kami yang membantu serba sedikit, saya rakamkan ucapan terima kepada Yang Berhormat Rantau selaku Ketua UMNO Bahagian Rembau, bertanya khabar kepada saya, bertanyakan apakah keperluan untuk sama-sama menyumbang. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Rembau yang menyerta, yang menyalurkan bantuan, Dato’ Dipertua.

Cumanya berkaitan dengan belanjawan kita pada kali ini, Dato’ Yang Dipertua, saya rasa perlu jugak untuk saya bangkitkan bahawa Kerajaan Negeri jugak seharusnya, sepatutnya menyediakan bantuan-bantuan kewangan yang kecemasan ataupun yang serta merta untuk mereka meneruskan kehidupan mereka dalam waktu terdekat sebaik sahaja banjir ni berlaku, Dato’ Yang Dipertua ya. Tak boleh masak, dapur habis rosak dan sebagainya, Dato’ Dipertua.

Begitu jugak selain daripada perabot-perabot rumah yang rosak, banyak kerosakan prasarana ataupun kemudahan-kemudahan Dato’ Yang Dipertua. Saya bagi contoh, antara kerosakan-kerosakan yang kritikal yang berlaku disebabkan banjir ini, ini kawasan saya Dato’ Speaker. Pertamanya, jambatan, jalan putus disebabkan jambatan tanah tebingnya runtuh. Memutuskan jalan antara Kampung Solok Jelawai ke Kampung Batu Hampar, Dato’ Speaker ya, pertamanya. Keduanya, se, se, perkara yang sama, jambatan terputus, bukan jambatannya putus, tebinngnya. Jadi jambatan tu tak boleh pakai, di Kampung Paya Besar, Pedas, Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua. Sebagai contoh yang lain, tebing runtuh menutup longkang di Rumah Rakyat Chembong, Dato’

Yang Dipertua, sehinggakan longkang itu tertutup dan air, aliran air tersekat dan mengakibatkan kejadian lebih buruk kepada rumah-rumah yang berdekatan. Dan yang paling teruk, Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua, maaf [batuk] saya. Tebing runtuh di kawasan Taman Seri Rembau Fasa 2, bersebelahan dengan Kampung Senama, Dato’ Speaker, tebing yang sangat tinggi, jatuh dan tebing runtuh ini hanya dalam keadaan jarak 2 – 3 kaki sahaja kepada kawasan rumah-rumah Dato’ Dipertua. Saya yakin sekiranya berlaku hujan lebat dalam 2 – 3 hari tempoh terdekat Dato’ Yang Dipertua, saya bimbangkan rumah yang berdekatan ini akan turut sama runtuh, Yang Dipertua.

Sehubungan dengan bajet yang kita per, perkatakan sekarang ini Dato’ Dipertua, kalau dulu, dalam pentadbiran dulu Dato’ Yang Dipertua, kes-kes, hal-hal kecemasan yang mendesak seumpama ini terus dilaksanakan pembaikannya Dato’ Yang Dipertua. Sebab ini kecemasan. Dan ini keperluan yang mendesak, Dato’ Yang Dipertua. Tambahan pulak ada aspek-aspek yang kita perlu tekankan, yang kita risaukan tentang aspek keselamatan Dato’ Yang Dipertua. Jadi, saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri, kepada PBT, kepada Majlis Daerah Rembau khususnya, kepada Pejabat Daerah Rembau khususnya, bilo nak buek ni Dato’ Yang Dipertua? Dah sebulan lebih jalan terputus, belum dibuat. Dah sebulan lebih tebing runtuh, Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua. Kakak yang duduk di kawasan tebing runtuh tu, dah tak berani nak duduk dalam rumahnya, Dato’ Speaker, takut runtuh di tengah-tengah malam. Dato’ Yang Dipertua, saya cadangkan hal-hal ini jugak turut diperbincangkan, diambil berat dalam kita mem, menyediakan hal-hal belanjawan seperti ini, Dato’ Yang Dipertua.

Saya jugak tentang hal banjir ini, saya mohon pihak JPS melihat tentang keadaan-keadaan tebing yang runtuh disebabkan banjir ini terutamanya ada satu aduan yang dibuat oleh penduduk di Kampung Air Panas. Kampung Baru Air Panas, Pedas. Si pengadu mengatakan tahun lepas dah mengadu tetapi jawapannya: tiada peruntukan, Dato’ Dipertua. Saya harapkan ia pun jugak ditengokkan. Dan aspek banjir ini, hal banjir ini jugak saya mohon jugak perhatian daripada agensi-agensi yang lain sepertimana yang sahabat saya Gemencheh cakap tadi, agensi seperti Pertanian, Veterinar dan sebagainya boleh melihat sama bagaimana nak membantu mangsa-mangsa banjir ni, Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua. Contohnya, seorang petani ataupun petani yang berada, yang membuat kerja-kerja pertanian, aktiviti pertanian di Kampung Batu Hampar. Habis tanamannya Dato’ Yang Dipertua. Seorang penternak di Kampung Pedas Hilir, pun kerugian teruk di atas, disebabkan banjir yang berlaku Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya jugak bersetuju dengan sahabat saya daripada Palong yang untuk, yang jugak mencadangkan dalam belanjawan ini, untuk Kerajaan Negeri memikirkan sama tentang peruntukan-peruntukan yang boleh diberi kepada pentadbiran masjid kariah-kariah, Dato’, Dato’ Yang Dipertua ya. Ni perkara, cadangan yang baik. Jugak termasuk untuk kita melihat bagaimana boleh kita bantu kawasan-kawasan tanah perkuburan yang kadang-kadang pagarnya berada dalam keadaan yang daif, Dato’ Yang Dipertua. Saya jugak mohon Kerajaan Negeri melihat ini ya. Mungkin kalau di kawasan saya, Jabatan Hal Ehwal Islam Daerah Rembau boleh melihat, memantau, kaji, tengok mana-mana kawasan tanah perkuburan yang kawasan pagarnya terlalu teruk sehinggakan kadang-kadang binatang, haiwan-haiwan ternakan boleh masuk dan jugak menyebabkan kacau ganggu dan sebagainya, Dato’ Yang Dipertua.

Dan bercakap tentang perkara tanah perkuburan Islam ini, Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak membawa, ini ada penduduk-penduduk sekitar Senawang dan sebagainya, mintak saya bawa perkara ini di dalam Dewan yang mulia ini, untuk bertanyakan kepada Kerajaan Negeri tentang permasalahan Tanah Perkuburan Senawang yang ditutup sejak tak lama dulu sehingga sekarang masih belum dibuka. Apakah sebenarnya masalah yang terjadi di kawasan tanah perkuburan tersebut? Dan apakah kaedah-kaedah, langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi apa jua masalah yang terjadi di Tanah Perkuburan Senawang tersebut, Dato’ Yang Dipertua? Saya mohon untuk penjelasan diberikan di dalam Dewan ini, untuk kita menjelaskan kepada orang ramai sebab biar mereka jelas, Dato’ Yang Dipertua. Ni soal agama, soal tanah perkuburan dan sebagainya. Ianya boleh menjadi satu perkara yang sensitif sekiranya kita tak jelaskan dengan baik, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, sedikit, satu dua, saya ringkaskan. Ramai daripada ahli-ahli Dewan jugak menyatakan, menyebut dalam Dewan ini tentang masalah anjing liar, Dato’ Dipertua. Saya pernah menulis masalah yang sama kepada Majlis Daerah Rembau, sekitar pertengahan ataupun awal tahun ini. Dan terima kasih kepada Majlis Daerah Rembau memberikan jawapan kepada saya. Tetapi melalui surat jawapan tersebut, Majlis Daerah Rembau menyatakan dalam surat tersebut, mereka, Majlis Daerah Rembau menghadapi masalah ataupun sedang melihat tempat dan tempoh masalah penyimpanan selain daripada, dalam surat tersebut menyatakan, memu, sedang melihat tentang kemampuan penyediaan keperluan bagi penjagaan haiwan tersebut, Dato’ Yang Dipertua. Dan saya nak kaitkan, ramai sahabat-sahabat, rakan-rakan yang, yang sebentar, sebelum ini, menyebut pasal, masalah anjing liar ni, Dato’ Yang Dipertua. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat melihat ini. Kalau

dah ramai sangat yang sebut, wajar sangatlah masalah seumpama ini diberikan perhatian, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, satu lagi perkara yang bagi saya sangat penting ataupun sangat perlu untuk saya bawa kepada, di dalam Dewan ini adalah tentang bagaimana mungkin Kerajaan Negeri bersama dengan agensi-agensi yang lain dapat melihat bagaimana kita boleh sama-sama membantu menjana ekonomi penduduk kampung Dato’ Yang Dipertua, melalui sektor pelancongan. Dato’ Yang Dipertua, di kawasan saya, kalau Dato’ Dipertua datang ke Chembong, ke Daerah Rembau, melalui Highway Utara – Selatan, turun ataupun keluar di Exit Pedas/Linggi, Dato’ Yang Dipertua, ke kanan ke Kundur, ke Lubok China, ke kiri ke Pedas, Dato’ Dipertua, jajaran antara Pedas ke Kundur ini Dato’ Yang Dipertu, memang sangat terkenal dengan aktiviti ataupun kedai-kedai yang menyediakan masakan tradisional Melayu, Dato’ Yang Dipertua. Usahkan hujung minggu, Dato’ Yang Dipertua, hari-hari biasa pun …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Pernah Dato’ Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Apo tak cakap mo sey, sey belanjo Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, ya. Dato’ Dipertua, daripada Pedas ke Kundur tu Dato’ Dipertua ya, gerobok ikan, Grobok Salai, Dato’ Dipertua pun boleh sahkan. Jangan cakapkan hari minggu, hari biasa pun Dato’ Yang Dipertua, kalau hujung minggu ni, ribuan pengunjung-pengunjung, bukan saja daripada dalam negeri, tetapi daripada luar negeri, daripada, dari aspek lokasinya yang baik, berhampiran dengan tol, Dato’ Yang Dipertua, sangat mudah di, di, didatangi dengan mutu-mutu makanan yang baik, Dato’ Yang Dipertua, terdapat ramai peniaga ataupun banyak peniaga. Saya sebut mungkin secara ringkas Dato’ Dipertua ya, ni bukan iklan Dato’ Dipertua ya, tapi saya sebut …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Dato’ Dipertua, saya ada lagi kang yang penting, Dato’ Dipertua. Kedai Makan Grobok Salai, Kedai Makan Warisan Kundur, Kedai Makan Mai Salai, Kedai Makan Kak Ngah, Dato’ Dipertua, Kedai Makan Pak Samat, Kedai Makan Pak Raof. Dato’ Dipertua, sebut saja, datang sana saya belanja Dato’ Dipertua, Kedai Makan Pak Sam, Kedai Mee …..

Beberapa ahli Yang Berhormat: [percakapan secara off mic]

Jangan menyampuklah. Dato’ Dipertua …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Esok saya pergilah.

Jangan menyampuk. Dato’ Dipertua, dan perkara yang penting untuk saya sampaikan di sini adalah ianya boleh dijadikan satu tarikan pelancongan yang berasaskan masakan Melayu tradisional, Dato’ Yang Dipertua ya. Terlalu ramai datang sehinggakan sedikit masa dulu, Dato’ Dipertua, orang ramai datang, ada di antara yang datang menaiki helikopter Dato’ Dipertua ya, ini benar. Dato’ Dipertua, mungkin pihak agensi pertanian, sahabat saya daripada Klawang, daripada luar bandar ya, sahabat saya Labu. Timbalan, tak payahlah, okay.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

[percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa? Ya? Melihat bagaimana boleh kita sama-sama naik bantu untuk menaikkan ini Dato’ Yang Dipertua ya. Boleh kita bantu. Mungkin Pejabat Daerah, Majlis Daerah tengok bagaimana boleh kita sedikit bantu orang kampung yang berniaga ini untuk kita lebarkan sedikit tempat-tempat mereka, tempat pelanggan parking dan sebagainya.

Terima kasih, haa ni saya kena sebut, terima kasih kepdaa JKR Rembau, selain sentiasa memastikan jalan Pedas – Kundur ni berada dalam keadaan baik, dia juga, baru-baru ini dia telah melebarkan ataupun meninggikan bahu jalan ni Dato’ Yang Dipertua. Memudahkan para pelanggan datang dan jugak pengguna yang lalu, Dato’ Dipertua.

Dato’ Dipertua, sedikit saja Dato’ Dipertua, sikit saja Dato’ Dipertua, benarkan saya. Saya nak bawa dalam Dewan ini, saya dah menulis kepada Pejabat Daerah Rembau, kepada Tuan Pegawai Daerah, tak ada jawapan Dato’ Yang Dipertua. Saya tulis surat kepada Dato’ SS, Dato’ Dipertua, pun belum ada jawapan ya. Dato’ SS tolonglah jawab surat kami Dato’ Dipertua ya. Takkan saya nak cakap dengan orang kampung: Dato’ SS belum jawab, ya. Saya nak berbangga nanti, saya cakap orang kampung; nahh Kerajaan Negeri memberi maklum balas yang segera kepada kita. Macam tu Dato’ Yang Dipertua ya. Ada isu, ada aduan daripada penduduk, pemilik tanah di Kampung Mukim Tanjong Kling, namanya Azmi Rahman, tak salah saya, dia mendakwa tanah milik dia dan keluarga dia telah diambil oleh pihak kerajaan tanpa kebenaran. Ni hal yang penting Dato’ Dipertua ya, saya mohonlah Dato’ SS ke, siapa-siapa yang, yang bertanggungjawab untuk melihat perkara ini Dato’ Dipertua.

Dan akhir sekali Dato’ Dipertua, akhir sekali. Saya berterima kasih kepada Chennah kerana dia mengambil, dia ada prihatinnya kepada semua wakil rakyat tak kira kerajaan ataupun pembangkang, Dato’ Dipertua. Sekiranya ikhlas, Chennah bercakap semalam, saya ucapkan terima kasih untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan peruntukan kepada semua ADUN termasuk kerajaan dan pembangkang, Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, mohon mencelah. Dulu kata tak yah …..

Tak …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dulu kata tak yah …..

….. saya menghormati …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. tak payahlah bagi pun, tak apo.

….. tak apa. Saya nak sebut lagi sekali Dato’ Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya nak rekodkan lagi sekali. Saya nak rekodkan lagi sekali. Kalau tak bagi pun, tak apa. Ini bukan untuk kami sebagai wakil rakyat. Kami hanyalah wakil kepada rakyat-rakyat Dato’ Yang Dipertua. Kalau tidak berlaku adil kepada kami, saya ada 20 ribu pengundi Dato’ Dipertua, kalau tidak berlaku adil kepada seorang ini, bermaksud secara langsungnya tidak berlaku adil kepada rakyat-rakyat di bawah yang kami wakilkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita pun ada Penyelaras DUN yang boleh bagi sumbangan, terima kasih.

Ya, Dato’ Dipertua, tapi saya nak ulangi, kalau tak bagi pun tak apa, Dato’ Dipertua, terpulang kepada budi bicara Kerajaan Negeri, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Chembong.

Cumanya …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. jangan sombong.

Ada 20 ribu undi.

Dato’ Yang Dipertua, kalau …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Mau ke tak mau?

….. keprihatinan Chennah terhadap kami, saya balas dengan keprihatinan saya kepada Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, dalam maklumat saya, Dato’ Speaker, Dato’ Speaker yang bekerja dengan baik ni saya rasa Dato’ Speaker punya elaun tetap, rendah Dato’ Speaker. Betul. Eh, betul, secara relatifnya dibandingkan dengan Speaker-Speaker Kerajaan Negeri yang lain, cuba Dato’ Speaker check.

Naikkanlah sikit.

Waima negeri-negeri kecil yang keadaan ekonominya, keadaan kewangannya lebih, yang kurang baik daripada kita, elaun Speaker-nya lebih tinggi daripada Kerajaan Negeri, Speaker Kerajaan Negeri. Jangan ketawa backbenchers. Saya yakin …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Chembong, Chembong.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Chembong, boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Chembong, boleh celah sikit?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Chembong jangan pasang apilah sini.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Chembong, saya apalah, memang terpanggillah untuk berdiri sebab kononnya nak memperjuangkan hak Yang Berhormat Yang, Yang Dipertua. Jadi semasa Yang Berhormat Kota jadi Speaker, macam mana dengan elaun pada masa itu?

Dato’ Dipertua, kenapa nama saya disebut ni? Dato’ Yang Dipertua ….

Dulu Speaker kan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Sebab tadi, sebab tadi Chembong …..

Wakil rakyat dalam Dewan ini patut terima kasih dengan saya, Dato’ Dipertua …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, ya, ya.

Elaun khidmat dulu 4,000.00 lebih, saya ada berborak dengan Yang Berhormat Sikamat …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Chembong, saya, saya, saya cuma …..

….. yang ucapkan …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. saya cuma mempersoalkan …..

…. yang ucapkan terima kasih …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. mengapa Yang Berhormat Chembong pada masa dahulu tak memperjuangkan nasib Yang Dipertua pada masa dahulu?

Bukan. Dato’ Yang Dipertua, kita membuat sesuatu keputusan berperingkat-peringkat. Mula-mula saya kaji …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, ya, ya saya faham.

….. Dato’ Dipertua. Tapi you …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Cuma saya nak tanya kepada Yang Berhormat Chembong saja …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

….. tak ada kena mengena dengan Kota.

Habis kenapa sebut nama saya?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tak ada kena mengena dengan Kota.

Kalau tidak kerana saya dahulu mintak kepada kerajaan yang dulu, Yang Berhormat tak dapat naik gaji …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Saya arahkan semua duduk. Okay haa Chembong.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay Chembong.

Dato’ Speaker, suruh mereka semua duduk Dato’ Speaker ya. Jadi, Dato’ Speaker, setuju tak kalau saya cadangkan untuk Dewan ini kalau tak salah saya, dalam …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Haa? Ya, saya sokong Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya bukak sikit Dato’ Dipertua dah tahu hujung dia Dato’ Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Dipertua, saya, sebab tak salah saya telah di, yelah, ADUN kerajaan, backbenchers, ADUN apa tu, pembangkang. Dato’ Yang Dipertua, takkanlah besok apabila kami tidak lagi berkhidmat Dato’ Yang Dipertua, besok, sama-sama pulak kita masuk apa, mintak online bantuan apa tu Dato’ Dipertua, prihatin national Dato’ Dipertua. Sekadar cadangan ya, terpulang kepada Yang Amat Berhormat Sikamat ya, pisau di tangan Yang Amat Berhormat, mentimun jua di tangan Yang Amat Berhormat. Dato’ Yang Dipertua, saya sekadar men, mencadang.

Dato’ Dipertua, akhir sekali, saya, Dato’ Dipertua, beri tak beri ni? Last-lah, okay. Dato’ Dipertua, saya, saya tinggal di DUN Paroi. Di kawasan sahabat saya DUN Paroi, di Taman Tuanku Jaafar, Dato’ Dipertua. Saya kena bawak ni sebab orang ramai mintak saya bawa masalah kecil tetapi penting ni Dato’ Dipertua. Saya tinggal di Fasa 3, Dato’ Dipertua, di kawasan deretan saya tu terlalu kerap sangat berlakunya black-out ataupun apa tu, trip, Dato’ Yang Dipertua ya. Walaupun ianya sekejap-sekejap, tapi terlalu kerap sangat Dato’ Dipertua ya. Malam tadi saja Dato’ Dipertua tahu berapa kali black out ataupun trip terjadi? Malam tadi saya, malam tadi saja saya kira hampir 8 kali Dato’ Yang Dipertua ya. Naik bongih orang rumah Dato’ Dipertua ya. Jadi saya mohon TNB dapat melihat sikit, melihat sedikitlah. Saya bawak ni bukan sekadar untuk saya tetapi kejiranan di tempat saya tinggal Dato’ Dipertua. Terima kasih banyak. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, saya terus masuk ni tajuk ni, bajet tahun 2022 yang dibentang oleh Sikamat tempoh lalu jelas menggambarkan kesungguhan dan dedikasi Kerajaan PH untuk mewujudkan hari esok yang lebih baik untuk rakyat tak kira bangsa, agama dan keturunan. 8 Bidang Tumpuan, 40 sedia ada, 12 baru, jumlah dia 50 insentif, sebanyaknya RM64 juta. Ini menunjukkan Kerajaan PH memang mengutamakan semua golongan rakyat di negeri ini.

Dato’ Yang Dipertua, khasnya di Bidang Tumpuan Pendidikan, semua aliran sekolah dapat dibantu oleh Kerajaan PH. Selain tu Bidang Tumpuan Ekonomi Rakyat, Tabung Usahawan NS (TUNS) dan TUNS Plus dapat membantu perniagaan-perniagaan dan usahawan kita. Kerajaan PH mengutamakan usahawan tapi, tapi semalaman, semalam nampak ada orang cuba merendahkan penerima TUNS dan penerima TUNS Plus. Kerana cakap ni, wang bila salur ke mereka, kejayaan akan mereka disoalkan. So kami harap, harap sese, setiap orang pun ada kekuatan dan kelemahan dia. Tapi jangan, jangan merendahkan sesiapa di Dewan yang mulia ini. Saya harap, siapa yang nyatakan rendahkan orang tu, lain kali jangan ulang lagi. Inilah amat dikecewakan di Dewan yang, yang mulia ini. Peribahasa berbunyi: tidak tahu menari, dikatakan lantai jongkang

jongket. Bila berkuasa tiada merancang dan lagi mensoalkan orang berkuasa sekarang. Ini memang sikap tak betul. So kami harap …..

Ahli Yang Berhormat: Setuju.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Setuju ni tepuklah tu. Okay. Kami harap semua di Dewan ni, jangan merendahkan sesiapa khasnya rakyat jelita kita ini. Kerana rakyat ni kami khidmat untuk rakyat, khasnya DUN-DUN ni kami jangan rendahkan rakyat kita ni. Mata rakyat dan pengundi kita ni, dia memang tau macam mana menilai. Mata mereka tajam jugak. Mereka semua adalah, ada kayu ukuran mereka sendiri. Dia tau siapa kerajaan yang bekerja, kerajaan mana yang buat sia-sia saja. rakyat ni sekarang pandai. Multimedia yang sedia ada ni dia dapat transparent apa yang dibuat oleh kerajaan ni, dia semua faham. So kami harap sebagai orang politik, kita mesti betul-betul bekerja. Kerajaan sekarang ni berbanding kerajaan dahulu, inilah jelas sekali, kerajaan kita ni memang bersama berusaha dengan rakyat sekali. Kami hanya 3 tahun saja. Insentif yang sedia ada kepada rakyat khasnya pandemik COVID ini cukup jelasnya Kerajaan PH usaha bersama dengan rakyat demi keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negeri kito ini.

Dato’ Yang Dipertua, tadi kami pun berasa kecewa sikit kerana Pertang, DUN Pertang dia bersuarakan, persoalkan bahawa peruntukan untuk, 2.0 juta untuk sekolah tahfiz, SRJKC dan swasta, Tamil dan swasta. So saya nak dimaklumkan bahawa ikut jawapan yang saya baru terima tu, samalam, yang jawapan dari MB, YAB Sikamat tu, bantuan sekolah. Sebenarnya tahun 2021 setakat hingga bulan Oktober 2021, Kerajaan Negeri telah menyumbangkan secara keseluruhan sebanyak 950 ribu kepada 66 sekolah, sekolah tahfiz dan terdapat di Negeri Sembilan. Dalam tahun yang sama, juga kerajaan telah mesumbangkan sebanyak 510 ribu kepada sekolah swasta dan SKC dan SKT sahaja. So erti tu, 2.0 juta ni, bukan semua bagi sekolah Cina atau sekolah Tamil atau sekolah swasta. So sebagai cikgu, bekas cikgu, saya berasa kecewa. Jikalau seorang cikgu tu, anak orang Melayu memang anak saya …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Boleh saya mencelah?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. orang India memang anak saya …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Boleh saya mencelah?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. anak Cina memang anak saya…..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Boleh saya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. tapi sebagai bekas Cina, cikgu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bagi saya mencelah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. dia berasa yang tak sampai se percent tu, peruntukan untuk sekolah Cina atau sekolah tu, dia persoalkan. Ini tak betul. Dia politikkan peruntukan yang sedia ada ni. Kami berasa kecewa …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bagi saya mencelah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. sebagai bekas cikgu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Betul, bagi saya mencelah. Bagi saya kebenaran …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bagi saya cakap.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya belum habis lagi. Jangan ganggu saya dulu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Haa okay, saya tunggu.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Biar saya habis cakap.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya tunggu. Okay saya tunggu.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya belum habis cakap, you tunggu dulu. Tunggu lagi.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tunggu dulu.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak bagi saya ….

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tunggu dulu.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. bagi celah apa yang saya sebut sebenarnya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan, erti itu dia selalu main, ini bukan kali pertama. Meeting dulu dia pun sama jugak …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bagi saya bercakap.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. yang ber-highlight-kan peruntukan untuk sekolah Cina dan Tamil tu ialah Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Betullah, bagi saya mencelah, bagi saya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Yelah, you ini racist!

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bagi saya bercakap.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Jikalau seorang bekas cikgu ni …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. anak Cina, anak India, ada anak you ka?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya cakap tadi…..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya anak Melayu anak saya.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya cakap tadi, saya cakap dalam …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

…. bukan …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. ucapan saya tadi …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. you ni peruntukan selalu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

…. saya nyatakan bahawa …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

…. you selalu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. saya tak kesah …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. meng-highlight-kan peruntukan sekolah …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. berapa pun tak dibagi kepada …..

Yang Dipertua Dewan

Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. sekolah Cina atau sekolah Tamil.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

…. you tak faham. [YB Yang Dipertua Dewan mematikan pembesar suara]

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

…. tak ada. Saya tak persoalkan berapa kepada sekolah Cina, berapa sekolah Tamil, berapa sekolah tahfiz, tidak. Malah saya kata boleh ditambah lagi …..

Yang Dipertua Dewan

Gini, gini.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. 4 juta kepada 6 juta …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. tetapi kenapa sekolah kebangsaan tiada tertulis dalam sini …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. dalam bajet Kerajaan Negeri Sembilan. Itu yang saya persoalkan. Bukan saya soalkan berapa nak dibagi kepada sekolah Cina dan Tamil. Malah saya kata kalau boleh ditambah lagi, tak apa. Tetapi kenapa sekolah kebangsaan tak tulis dalam ini.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Untuk sekolah kebangsaan tak tertulis dalam ni …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dah, Pertang, Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bukan saya racist. Saya sebagai cikgu …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. saya tahu.

Yang Dipertua Dewan

Pertang, duduk, duduk. Saya faham. Dah duduk. Dia ni salah faham ni. Apa yang Pertang bangkitkan tadi, dalam kita punya risalah tu tak ada tulis berapa peruntukan sekolah tahfiz. Dia kata dia bukan pertikaikan sekolah Cina. Dalam tu kat kertas ni tak ada ya. Tak ada dalam tu, tak ada.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Bukan, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. jadi dia kata begitu …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia cakap ni …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya mintak supaya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. Sikamat …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. Lobak tarik semula …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. buat jelasan peruntukan dari Pusat, sekolah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. ini menunjukkan benda ni …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Saya, saya faham. Saya dah cakap tadi, duduk, duduk. Silakan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Tuan Speaker. Saya buat penjelasan lagi. Kami yang difaham, saya bukan cikgu. Tapi saya faham, peruntukan dari Pusat kepada SK memang cukup jikalau berbanding Cina, SJKC atau SJKT. Saya maklumkan walaupun saya bukan cikgu, tapi data tadi yang peruntukan tadi, pendidikan, peruntukan dari Pusat. Tadi Sikamat pun sudah cakap, buat jelasan, peruntuan dari Pusat memang cukup untuk sekolah SK. Memang. Tapi ada kurangan di SJKC. Saya maklumkan kesiankan anak Cina ke, walaupun ada anak Melayu, Melayu pun belajar sekolah Cina. Tolonglah. Jangan politikkan isu, lagi-lagi sekali lagi di Dewan yang mulia ini. Please, dengan izinnya Dato’ Dipertua.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya, saya tak politikan isu ini. Saya tak politikkan ini. Saya kata, malah ucapan awal saya nyatakan, bahawa sekolah Cina dan sekolah India, kalau dibagi peruntukan 4,000, 4.0 juta pun pun atau 6.0 juta pun saya sokong. Bukan saya pertikaikan tu. Saya sini sokong. Dalam ucapan saya peringkat tadi. Tetapi biar berlaku adil seperti tertulis dalam ni, kalau sekolah Cina dibantu, sekolah Tamil dibantu, tahfiz bantu, sekolah kebangsaan pun tertulis di, di, dibantu. Ini je soal saya. Bukan saya soal racist, tidak, no.

Yang Dipertua Dewan

Okay, Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Malah saya jika SJKC, SJKT ditambah peruntukan saya cakap awal-awal tadi, saya menyokong, saya sebagai seorang guru. Tetapi kenapa sini tidak tertulis …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Pertang …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, okay.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. saya terima kasih kepada Pertang …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah. Duduk.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. Pertang bagus. Okay, good. Kita sama-sama duduk. Okay, thank you.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk. Duduk. Tenang kejap. Saya, saya faham apa yang, yang dimaksudkan oleh Lobak tu dan saya faham maksudkan oleh Pertang. Pertang sebenarnya dah sebut tadi, pasal tak ada dalam, dalam, dalam senarai tu. Dia kata kenapa tak masuk dalam senarai. Itu nanti pihak kerajaan akan jawab …..

Yang Berhormat Lobak boleh saya …..

Yang Dipertua Dewan

Apa ni, jawab?

Mengulas.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Selaku EXCO Pendidikan.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah terus jawab. Terus jawab. Dah, dah. You cukup.

EXCO Pendidikan jawab.

Yang Dipertua Dewan

Terus jawab.

Pertama sekali, Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Kuat sikit, kuat.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Bukak, bukak ni [pelitup muka].

…. isu pendidikan ini. Isu pendidikan ini memang isu yang sangat penting kepada Kerajaan Negeri ya. Kita maklum bahawa pendidikan adalah di bawah Kementerian Pendidikan, di bawah Kerajaan Persekutuan. Namun Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu pendidikan di Negeri Sembilan. Pelbagai usaha telah kita laksanakan. Dari segi peruntukan, memang kita beri peruntukan kepada sekolah tahfiz sebagai contoh, yang sangat besar jumlahnya. Dan kita juga telah memulakan pelbagai projek pembangunan yang membangkit, yang men, yang, yang, yang berkaitan tentang yang tak pernah dibuat dahulu. Contohnya kita membuat program untuk pelajar-pelajar lepasan tahfiz untuk fast track SPM. Tak

ada dulu. Sekarang kita dah buat dah. Jadi kalau dulu tak pernah sebut, tak pernah buat, jangan sebutlah. Kita dah buat macam-macam ya. Walaupun kita tahu peruntukan Kerajaan Negeri, yang kita dapat cukai tak banyak ya. Kita hanya dapat peruntukan cukai hanya apa, daripada cukai tanah ya. Adalah sikit-sikit yang lain. Tapi umumnya, walaupun ini di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan, di bawah Kerajaan Persekutuan, tapi Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai usaha. Jangan perlekehkan kita tak buat langsung. Kita buat pelbagai lagi ya. Tak, tak pernah ada dulu, fast track SPM untuk lepasan, kita dah buat dah ya. Kita buat tabung penyelenggaraan amanah sekolah, tak ada dulu, kita buat dah. Sebab itu jangan pertikaikan ya. Kerajaan sekarang di bawah Pakatan Harapan kita telah melakukan pelbagai usaha ya. Kita beri bantuan sekarang ini untuk sekolah-sekolah tahfiz ya. Ini dah, dulu tak ada ya. Jadi kita dah buat. Oleh sebab jangan sekolah-olah Kerajaan Negeri langsung tak buat langsung pasal pendidikan ya. Saya selaku EXCO Pendidikan ya, dan saya dalam bidang pendidikan. Jadi jangan perlekehkan seolah kita tak buat apa-apa …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Berapa besar doktor, doktor.

Jadi saya mohon, saya saya mohon ya, supaya maknanya bila nak bercakap dalam Dewan ini, berhati-hati. Jangan hanya nak main sentimen ya. Ini tidak baik. Kita harus melihat apa yang telah kita laksanakan. Apa yang telah lakukan. Prestasi pendidikan Negeri Sembilan jauh lebih baik berbanding pada dulu. Ini terbukti ya. Jadi kita telah lakukan. Pelbagai usaha, pelbagai usaha kita lakukan. Di antaranya ada di antara misalnya untuk untuk guru-guru, kita juga ada buat macam-macam program interception yang kita laksanakan.

Sebab itu Dato’ Yang Dipertua ya, saya mengharapkan dalam sidang Dewan yang mulia ini, janganlah kita seolah maknanya melihat …..

Dato’ Yang Dipertua, saya response sikitlah.

….. seolah kita langsung tak buat langsung ya. Ini yang paling penting ya.

….. sebagai mantan EXCO. Jadi dalam hal ini, kita tidak mempersoalkan penambahbaikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Speaker, ini masa Lobak-lah. Speaker.

….. persoalannya sekarang ni kerana ….

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Speaker.

….. Lobak tadi begitu …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua …..

….. sensitif …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

…. ini masa untuk Lobak saja.

….. dia tidak dapat mengawal emosi dia. Jadi saya faham tu apa, Ampangan ….. [YB Yang Dipertua menutup semua pembesar suara ahli Yang Berhormat]

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, biar …..

Saya, saya …..

Yang Dipertua Dewan

Sekarang ni …..

…. perkara ni timbul bila ….

Saya nak memba, menjawab …..

….. Lobak terlalu sensitif …..

….. yang menjawab tentang …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia yang sensitif.

….. control-lah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia yang sensitif.

Tak, saya nak menjawab yang, yang…..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dia yang sensitif.

Yang Dipertua Dewan

Serting duduk.

….. diamanahkan kepada saya sebagai EXCO Pendidikan …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. Dato’ Speaker, ini masa untuk Lobak saja.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Serting, duduk.

Yang Dipertua Dewan

Serting.

Jangan menjerit-jerit.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Serting duduk.

Yang Dipertua Dewan

Serting tolong duduk.

Dia terlalu sensitif yang menjerit-jerit …..

Yang Dipertua Dewan

Serting, sila duduk.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. bukan kali pertama …..

….. I berdiri atas ni pun boleh …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. bukan kali pertama, sama you jugak.

Yang Berhormat Serting …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

You sama jadi pendidikan dulu, sama jugak.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Serting duduk.

Apa sama apa? Kita bagi semua tau.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Semasalah tu, masa Lobak ni.

Yang Dipertua Dewan

Serting, Serting, tolong duduk.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Serting duduk.

Yang Dipertua Dewan

Serting, YB Serting, duduk.

Bagi Ampangan bercakap.

Yang Dipertua Dewan

Bagi, bagi ni ….

Saya mohon supaya kita jangan permainkan ….

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Serting duduk.

….. maknanya kita tahu, pendidikan kita bersama-sama kena berusaha untuk memastikan supaya dipertingkatkan. Ini masa depan negara kita. Kita tahu. Dan kita lakukan pelbagai perkara untuk memastikan bahawa kita juga membantu supaya pendidikan semakin baik dan pendidikan yang berkualiti ada di kalangan rakyat Negeri Sembilan ya. Jadi harapkan dengan penjelasan ini dapat memberi penjelasan keseluruhannya. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Nanti kejap, kejap, kejap. Terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Saya harap Pertang dah maklum ya, apa yang kita lakukan. Saya mintak Lobak teruskan. Ada 3 minit lagi.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

3 minit? Macam mana tu? Saya boikot 3 minit, Dato’ Dipertua. So kami …..

Yang Dipertua Dewan

5 minit.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. nak ulang lagi. Sebenarnya Kerajaan PH berada dengan semua anak negeri. Ini betul. So Dato’ Dipertua, ini isu lain. Di kawasan DUN Lobak, memang ada skim rumah pangsa ada 17. Kami ucap tahniah dan terima kasih dan syabas kerana bajet yang dibentang oleh Sikamat, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, telah menerima cadangan dari Lobak dan mengadakan geran JMB dan MC sebanyak 1.41 juta untuk di seluruh negeri ini 280 skim. So erti ni, setiap skim tu mungkin boleh dapat, mohon atau dana sebanyak 5,000.00 one-off setahun. So kami mintak, kami bagi pihak tu, Lobak, rumah pangsa ni mengucap tahniah dan terima kasih di Dewan yang mulia ni kerana Kerajaan PH memang mengutamakan penghuni-penghuni di seluruhan rumah pangsa Negeri Sembilan ni. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kami pun akan cadang di sini, jikalau yang JMB atau MC yang tak aktif tu, kami harap dengan cara ni mengaktifkan mereka, mengurangkan masalah-masalah yang selalu ditimbul di rumah pangsa. Rumah pangsa memang menghadapi masalah banyak. Umpamanya kebersihan. Lagi pun keselamatan. Macam-macam masalah hadapi di rumah pangsa. So kami harap geran yang diberi ini akan dapat membantu MC yang bersemangat lagi menguruskan kerja-kerja mereka. Jikalau dulu memang mereka kerja tanpa gaji, hanya volunteer sahaja dan satu elaun pun tak ada. So harap ini sikit, 5,000.00 mungkin boleh dapat bantu mereka menjalankan kerja lebih lancar lagi. Terima kasih lagi bajet yang dibentang di Dewan yang mulia kali ini.

Dato’ Dipertua, lagipun ada satu dengan cukai petak. Sebelum ni, cukai rumah pangsa dia ni satu tanah bayar ni cukai rumah pangsa. Tapi tahun ni, adalah baru diwujud ni cukai petak. Cukai petak ni erti ni setiap lot ada individu dia. Rumah pangsa memang suka hati penerima yang cukai-cukai petak ini, yang dibagikan, yang sediakan dan diluluskan oleh MMK. Kami ucap terima kasih. Dan cukai petak dibayar individu berbanding dengan secara berkumpulan, kerana dulu yang cukai tanah, mereka bayar berkumpulan, dan sekarang bayar dengan petak unit sendiri, bila mereka bandingkan, sebagai contoh, di Rumah Pangsa Templer, Blok A, cukai tanah rumah pangsa, jumlah dia 50 unit, 50 unit. Dan mereka hanya bayar 350.00 sahaja setahun untuk cukai tanah. Tapi, sekarang mereka bayar cukai petak tu, minimum bayaran 15.00 ringgit. Erti itu, 50 orang, campur 15.00, jadi 750.00. Erti itu, cukai tanah automatik berganda. So penghuni ini buat aduan, buat aduan untuk saya supaya bersuara di Dewan yang mulia, mungkin kerana ni cukai petak yang baru, kerana Pakatan Harapan, PH kita ni memang ada buat manifesto bahawa cukai tanah, cukai pintu tak akan naik. Tapi dengan cukai petak yang ini mengalukan petak, cukai petak ni campur sekali berbanding dengan cukai sekumpulan ni, memang naik. So kami mohon, mohon pihak bertentu, berkaji semula supaya bertunaikan janji kita ni, jangan naik cukai petak ini atau kaji semula. Kami difahamkan cukai petak ni ada berbeza, cukai dia, rumah miskin, sederhana, peniaga dan macam-macam. Dia ikut puratanya di, 20 sen, 30 sen persegi kaki. So kami harip, harap kerajaan boleh kaji semula supaya tak akan jadikan naik, naik cukai di kawasan rumah pangsa.

Dato’ Dipertua, saya sini akan, lagipun bertimbulkan di kawasan saya. DUN Lobak memang dia ada 3 zon. Satu zon ni Temiang, satu zon ni di Lobak dan satu zon ni di Templer. Di Temiang kami ada 7 taman, unit rumah ada 2,400 lebih. Dia sana ada 2 balai. Desa Temiang satu balai raya dan Bukit Mutiara ada satu balai raya. Di kawasan Lobak ada 10 taman dan jumlah unit rumahnya ada 1,369 unit tapi tak ada balai raya dan pun tak ada dewan serbaguna. Di kawasan Templer ada sebanyak 23 taman, unit rumah ada 3,329 unit, tapi pun tiada balai raya pun tidak ada dewan serbaguna. So kami berharap, kami berharap kerajaan yang berjasa rakyat ni, kami harap di kawasan antara Templer atau Lobak ni, Kerajaan PH boleh bersalurkan peruntukan dana, jikalau tak salah saya sedia ada, buatlah satu dewan serbaguna untuk komuniti yang antara Lobak dan Templer. Itulah permohon dari penduduk di kawasan Lobak dan Templer.

Dato’ Yang Dipertua, jikalau tidak kami pun ada permohon buat dataran. Jikalau dewan serbaguna tak jadi, kami mohon dataran Lobak yang di padang sedia ada ni, MBS pun sedia buat satu tu pelan ataupun so mohon ke Pusat, tapi belum berjaya lagi. Kami harap kerajaan yang bijaksana

oleh MMK ini, boleh membantu mendapatkan peruntukan supaya buatkan dewan serbaguna atau dataran Lobak di kawasan DUN Lobak.

Dato’ Yang Dipertua, sepanjang, lagi ada satu masalah di tempatan. Kerana ni masa musim hujan, di sepanjang jalan Ulu Temiang memang hujan banyak basah, jalan ni berlubang-lubang dan berbahayakan motosikal. So kami harap PBT supaya macam ni cadangan peronda selalu kena meronda dan lubang-lubang yang bahaya ni dapat diturap atau ditampal. Inilah aduan dari DUN Lobak.

Lagipun Orang Asli. Lobak ni memang ada 2 kampung Orang Asli. Kampung Belihoi …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Sikit lagi, 2 lagi. 2 lagi, cepat. Saya cepat, ringkas saja. Kampung Belihoi, Kampung Belihoi tu, dia ni bekalan air. Kerana SAINS, SAINS memang buat kerja. Dia di kawasan Lobak bekerja dengan pusat kita ni, memang kerja dia cepat dan pantas sekali. Tapi di Kampung Belihoi tu bekalan air sudah lama. Kerana dulu tu cakap pam sudah rosak, tangki apa tu, kami harap nak tahu apa status di bekalan air di Kampung Belihoi.

Dan lagipun hari, bulan September, dewan yang dibaiki oleh JAKIM tu, akibat pokok tumbang sudah, sudah tu Dewan. Kami harap apa status yangakan dilakukan oleh pihak yang bertentu.

Dan di Sungai Raya. Sungai Raya jalan masuk ni, satu kampung tu dia jalan tu sudah run, tanah runtuh. So sampai sekarang ni saya nak tahu apa statusnya, atau adakah jalan alternatif ke, kerana untuk manafaat untuk Orang Asli.

Dato’ Yang Dipertua, last sekali, kami pun berharap kerana tapak Perkuburan Cina Lee Sam di betul-betul pekan Seremban, kami pun tahu ada Tabung Amanah Perkuburan. Kami harap Tabung Amanah Perkuburan ni jikalau boleh berilah bantuan kerana tapak kubur Cina ni memang di tengah-tengah pekan Seremban. Sekarang komuniti sekarang membuat program mencantikkan tapak kubur ni. Kami harap dapat bantuan dari MBS ke, dari Kerajaan Negeri ini, mencantikkan tapak kubur Cina ni, Lee Sam, dan sebagai satu tapak pelancongan untuk negeri kita ini. So sekian ni, Dato’ Dipertua, saya menyokong bajet ini dan sekian terima kasih.

Penanguhan Mesyuarat

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB Lobak. YB Lobak ni saya kenal lama dia. Dia aktivis masyarakat ya. Sebab tu dia banyak cerita tentang apa masyarakat.

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih banyak. Ya.

Sikit boleh? Sikit je tadi. Sikit je.

Yang Dipertua Dewan

Pasal apa? Tak, janganlah, tak payah. Besok, besoklah. Besok, besok. Besok, besok. Besok tanya. Kang tak habis 5:30 kang. Jadi, kita sepatut dijadualkan penggulungan. Tapi saya rasa tak berapa nak, berapa nak pergi penggulungan ni. Penggulungan ni penting supaya besok semua ya, dah hadir ni dengar apa penggulungan daripda pihak kerajaan, jawapan-jawapan. Tapi ramai ADUN tak ada, besok dia tak tahu jawapan dia jawab tak jawab kan, hari ni. Jadi kita tangguh besok ya. Saya mohon kemaafan. Besoklah kita tangguh supaya semua orang hadir. Cuma besok saya tak benarkan perbahasan lagi dah. Maknanya tak ada hari ni, Seri Menanti, yang tak silap saya tadi, Lenggeng, lagi. 2 je kan? 2 saja. Besok tak ada, kita tak adalah, tak bagi peluang dah. Besok saya terus penggulungan ya. Terima kasih kepada semua. Saya tangguhkan mesyuarat kita petang ni, dengan sama-sama kita apa. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.12 petang.