Negeri Sembilan · 1 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting (Budget) · 637 turns · 42,101 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahirrabbil’alamin, wassatulawassala mua’ala asyrafil ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Roditubillahirobba, wabil islamidina, wabimuhammaddin nabiya warosula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahuma’afini fibashari.

Segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, hari ni hari yang keempat kita bersidang iaitu 1 Disember 2021 bagi Penggal Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 disambung semula.

Saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah Tetap, Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan ketika, dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Saya juga ingin memberikan peringatan kepada semua hadirin sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, seperti biasa kita mulakan dengan soalan lisan sehingga pukul 11:30 pagi. Dan hari ni kita mulakan dengan pertanyaan daripada Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan kedua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih pertanyaan ADUN Seremban Jaya mengenai sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, data kemasukan pelancong daripada pihak Tourism Malaysia menunjukkan jumlah kedatangan pelancong di Negeri Sembilan bagi tempoh Januari – Jun 2021 secara puratanya adalah seramai 17,000 orang sebulan ya. Ini ketika pandemik COVID-19. Dan purata ya, ni purata.

Dan semasa beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara pada 4 September 2021 yang membenarkan sebahagian sektor pelancongan beroperasi seperti pengoperasian hotel, pusat-pusat tarikan pelancong, aktiviti MICE dan kemudahan dine-in, bilangan pelancong ke Negeri Sembilan telah meningkat sehingga 90% ataupun secara puratanya 32,000 orang sebulan. Ini ketika hanya tidak dibenarkan untuk merentas negeri.

Dan alhamdulillah, ketika itu juga kita lihat sektor pelancongan domestik tempatan ya, tempatan hanya di Negeri Sembilan nampaknya cukup menggalakkan dan kita lihat ada, ada tempat yang ter, terlalu penuh. Contohnya di Port Dickson, Ulu Bendul dan beberapa tempat yang lain. Dan apabila kita memasuki Fasa 4 dan dibenarkan untuk merentas negeri, kita lihat ketika itu ya, dan saya dimaklumkan sehingga Mac, sehingga Februari ini, tempahan-tempahan bilik di Port Dickson telah penuh, dan ini merupakan satu, satu perkara yang amat menggalakkan. Dan kita berharap jika rentas negara dibenarkan kita harap ini akan juga menambahkan lagi bilangan pelancong daripada luar negara untuk hadir ke negara, negeri kita ini. Jadi bukan itu saja, mereka juga ha, datang hari ini ke tempat-tempat eko pelancongan kita juga telah dipenuhi.

Di samping itu juga, kita juga lihat bagaimana golongan-golongan berbasikal daripada luar, bermotosikal, berken, berkereta. Di samping

mereka singgah ke kedai-kedai ataupun restoran-restoran, gerobok salai kita, yang berkenaan salai dan berkenaan dengan itik, itik salai di sepanjang jalan Kuala Pilah. Dan kita sedia maklum jalan Kuala Pilah terus jammed saban minggu ya. Jadi ini menunjukkan kepada kita bahawa sektor pelancongan domestik negara kita, datang ke Negeri Sembilan amat menggalakkan. Dan insyaAllah minggu hadapan, lagi 2 minggu kita akan mengadakan Pesta Bola Ngoca ya, di Stadium Ngoca di Seri Menanti. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih ….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Oh, ada soalan tambahan?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Soalan tambahan. Apakah jenis pusat pelancongan yang menjadi tumpuan utama sejak PKP COVID-19? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita sedia maklum bahawa selepas sahaja rentas negeri dibenarkan ya, tumpuan utama pelancong adalah di pantai, pantai peranginan Port Dickson, gunung kita; Gunung Datuk, Gunung Angsi. Kita juga ada tempat menarik, kawasan-kawasan eko pelancongan kita seperti di Kenaboi menjadi tumpuan utama, kehadiran mereka ke Ulu Bendul, Jeram Toi dan kita tidak lupa mereka juga suka pagi-pagi untuk mendaki bukit-bukit ya. Kalau Bukit Temiang, bukit apa, Melati, Bukit Taisho dan beberapa bukit lagi yang menjadi tumpuan sekarang. Dan kita lihat juga banyak yang di-viral-kan oleh masyarakat yang meminati kawasan-kawasan tertentu telah di-viral-kan. Dan alhamdulillah ini memberikan satu promosi yang baik kepada Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan untuk melihat sektor pelancongan ini kembali pulih ya. Dan alhamdulillah inilah yang kita lihat setiap khususnya hujung minggu; Sabtu – Ahad, Jumaat, Sabtu, Ahad, kehadiran yang cukup ramai di kawasan-kawasan eko pelancongan kita. Bukan saja di pantai kita yang kita sedia maklum. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Seri Menanti.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Seri Menanti yang bertanyakan soalan tentang Industri Kecil Dan Sederhana khususnya di sepanjang laluan Tanjung Ipoh hingga Ulu Bendul.

Dato’ Yang Dipertua, pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah menyediakan 18 unit gerai terbuka di Jalan Ulu Bendul – Kuala Pilah bagi tujuan meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Di samping itu, Majlis Daerah Kuala Pilah kini dalam tindakan bagi membaik pulih bangunan R&R Ulu Bendul untuk sewaan pihak IKS tempatan. Pihak Majlis Daerah Kuala Pilah juga merancang untuk menggunakan tapak tempat letak kereta bersebelahan bangunan R&R Ulu Bendul bagi mewujudkan ruang niaga bagi pengusaha IKS di Daerah Kuala Pilah.

Dari segi peruntukan bantuan, baik agensi Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan telah mengusahakan banyak bantuan untuk membantu peniaga-peniaga IKS, peniaga kecil dan sederhana. Di antaranya dalam Kerajaan Negeri, kita, seperti maklum kita ada TUNS dan TUNS Plus. Di bawah agensi Kerajaan Persekutuan kita ada pelbagai termasuk SME Corp.

SME Corp. berperanan membantu membangunkan kapasiti Perusahaan Kecil Dan Sederhana dengan menyediakan program sokongan berupa Penilaian Keupayaan PKS dalam mengenal pasti tahap pencapaian perniagaan, khidmat nasihat, menganjurkan aktiviti berbentuk kursus, webinar dan pocket talk, serta menyediakan bantuan kewangan berbentuk Geran Bersamaan kepada PKS yang berpotensi dan berkelayakan dalam memastikan usahawan mampu bersaing dengan syarikat lain.

Program Peningkatan Kapasiti Bumiputera yang dikenali sebagai BEEP telah banyak membantu meningkatkan keupayaan PKS dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan agar lebih berpotensi untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di seluruh Malaysia. Pakej bantuan yang disediakan di bawah program ini adalah di antaranya:

 Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti;

 Peningkatan Pembungkusan Produk;  Pembangunan dan Inovasi Produk;  Produktiviti dan Automasi;  Pembangunan Penjenamaan dan Promosi;  Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.

Walau bagaimanapun, PKS perlu mematuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan terutama perlu beroperasi di premis yang sah dan mempunyai lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta telah pun menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan selain dari berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sehingga kini, SME Corp. Malaysia telah menyalurkan Geran Bersamaan di bawah Program BEEP kepada 216 PKS dengan jumlah kelulusan bantuan berjumlah 26.2 juta ringgit kepada PKS di Negeri Sembilan secara keseluruhannya.

Di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), SME Corp. telah melatih sejumlah 204 usahawan belia yang berumur 18 – 30 tahun di mana ia merupakan inisiatif kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2014. Objektif utama Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera adalah untuk:

 memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia;

 anjakan paradigma belia dari pencari pekerjaan kepada pemilik atau pengusaha perniagaan; serta

 membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Sebenar dia ramai ya, peniaga-peniaga di laluan Terachi tadi yang perlu dibantulah. Terima kasih penerangan daripada apa ni, EXCO dari Ampangan. Dan ramai lagi sebenarnya yang tak ada maklumat ya, berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang boleh mereka dapat ya. Terutamanya dalam packaging ataupun pembungkusan, ataupun dari segi kualiti barangan dan sebagainya. Sebab tu dalam soalan saya ya, apakah yang kita, tindakan kita untuk meningkatkan taraf ataupun membangunkan apa ni, peniaga-peniaga yang ada di kawasan tersebut? Maksud saya tu, makna dia barangan dia, produk dia mampu untuk diedarkan bukan saja dalam negeri ya, tetapi ya, di luar negara. Jadi kalau ada tindakan tadi dari segi kualiti dan sebagai dia, jadi saya harapkan kita boleh pergi jauh lagi. Dan apakah peranan kita, Kerajaan Negeri ya, untuk membantu mereka-mereka ini ya, agar mereka boleh pergi jauh lagi pasaran mereka? Kalau kita tengok pasaran-pasaran di luar negara kan, kebanyakan semua daripada negara jiran kita ya, tak ada daripada negara kita. Jadi sebab tulah kalau boleh kita dapat apa ni, bantu mereka ini hingga mereka boleh menembusi pasaran apa, luar negara. Sekurang-

kurangnya pun kita pergi ke Mekah pun, Dato’ Yang Dipertua, kita boleh jumpa ya, kita punya produk-produk ya, tempatan kita. Dan, soalan saya tadi ya, apa peranan kita, Kerajaan Negeri untuk membantu mereka ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Kita memang berusaha untuk membantu usahawan-usahawan kita untuk memperbesarkan perniagaan mereka dan juga untuk meluaskan pemasaran produk mereka sama ada di dalam dan di luar negara ya. Masalah utama yang dihadapi oleh usahawan-usahawan kita ialah pertama dari segi pensijilan. Contohnya untuk kita terbabit dalam F&B (Food and Beverages), kita perlu memastikan ada pensijilan tertentu sebagai contoh HALAL, HACCP ya, MESTI yang mana ini penting untuk memastikan produk kita boleh dipasarkan dengan lebih meluas lagi.

SME Corp. di, dan juga MARA, di antara agensi yang banyak membantu. SME Corp. diberi amanah bersama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. untuk menilai usahawan-usahawan yang berkelayakan di Negeri Sembilan untuk kita bantu. Dan prosesnya berjalan secara berterusan. Dan untuk usahawan-usahawan di kawasan ini, kita sangat menggalakkan untuk mereka berjumpa dengan sama ada Kerajaan Negeri secara terus atau dengan SME Corp. untuk kita melihat bagaimana untuk kita membantu mereka. Dan selagi mereka itu mempunyai dari segi syarat-syarat yang pertama tadi, seperti yang dinyatakan, mereka itu mempunyai premis yang telah ditetapkan ya. Sebab kita nak memastikan semua peniaga-peniaga ini ada premis yang bersesuaian ya. Oleh sebab itu lesen PBT sangat penting dan sebagai pra syarat untuk mereka itu memohon bantuan-bantuan ini ya.

Yang kedua, mereka juga mestilah berdaftar dengan SSM ya. Ini jugak penting ya. Dan kita jugak ingin melihat bahawa peniaga-peniaga ini telah pun beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan untuk kita beri penilaian. Jadi insyaAllah saya cukup berkeyakinan dengan bantuan-bantuan ini akan boleh membantu mereka untuk membesarkan dan meluaskan perniagaan mereka. Dan jika ada sebarang masalah, kita sangat mengalu-alukan ya, untuk bersama dengan mereka ini untuk kita bimbing, untuk kita memastikan bahawa mereka ini boleh berjaya, insyaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti, terima kasih Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya kita pergi ke soalan 3, Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Mambau yang mengenai projek rumah pangsa dan taman perumahan yang terbengkalai di DUN Mambau. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, berdasarkan rekod Majlis Bandaraya Seremban, setakat ini tiada senarai projek terbengkalai di dalam kawasan DUN Mambau. Cuma untuk makluman Yang Berhormat Mambau, di kawasan Mambau adanya satu flat ya, flat Desa Rasah yang berstatus premis tidak selamat diduduki. Sekian.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Jadi Dato’ Yang Dipertua, jadi memang ada satu tapak bangunan flat asrama yang terbengken, terbengkalai dan bersemak di lokasi sebelahan Klinik Desa Kampung Baru Mambau. Asrama flat yang te, yang lebih kurang 80 unit di situ telah dalam keadaan terkosong dan bersemak. Saya mohon pihak yang terbabit dapat memberi japan, jawapan secara bertulis perkembangan status terkini terhadap masalah aduan yang berpuluh-puluh tahun di situ. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Terima kasih atas makluman yang diberi. Dan selepas ni saya mohonlah MBS ataupun Bahagian Perumahan untuk membuat siasatan, kita perlu lihatlah siapakah pemilik bangunan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat Mambau dan juga ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebenarnya sepanjang 3 tahun, ketika Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah pun banyak berusaha untuk menghidup balik projek-projek yang terbengkalai. Salah satu contoh yang paling baik adalah projek terbengkalai yang berada di Kuala Pilah. Ia telah pun berlarutanlah, lebih kurang 30 tahun. Dan Kerajaan Negeri telah pun berjaya mendapatkan satu solution ya, mendapatkan satu solution untuk membantu mereka yang teraniaya daripada pemaju-pemaju yang terdahulu. Itu salah satu usaha yang kita lakukan.

Sama juga dengan apa yang sebutkan oleh Yang Berhormat Mambau tadi. Jikalau flat tersebut mempunyai pemiliknya, ataupun flat tersebut mempunyai pembeli-pembelinya, saya rasa mungkin Yang Berhormat Mambau boleh bantu kerajaan untuk dapatkan detail pembeli-pembeli dan kita akan cuba sedaya upaya untuk bantu. Kerana saya lihat pada masa ini memang adanya banyak syarikat ataupun banyak pihak yang, daripada swasta, mereka memang adanya hasrat untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan projek terbengkalai. Saya rasa dalam perkara itu, saya juga inginlah maklumkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat, kalau adanya apa-apa isu rumah, kedai ataupun apa-apa projek terbengkalai di kawasan masing-masing, bolehlah maklumkan kepada saya. Dan kami akan cuba sedaya upaya untuk bantu

menyelesaikan projek terbengkalai kerana kita sedia maklum, kebanyakan daripada pembeli-pembeli ini mereka masih membayar loan bank, tetapi sampai hari ini mereka masih tidak dapat memiliki rumah mereka. Jadi, itu sedikit sebanyaklah daripada saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Mambau, Yang Berhormat Bahau. Soalan berikutnya, Yang Berhormat Chembong.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan, terima kasih Yang Berhormat ADUN Chembong atas soalan mengenai Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).

Dato’ Yang Dipertua, sehingga kini terdapat 310 buah kelas KAFA telah dijalankan di 7 institusi iaitu 201 buah di sekolah kebangsaan, 9 buah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, 1 di sekolah menengah kebangsaan, 56 buah di Sekolah Agama Rakyat, 7 buah di Sekolah Rendah Islam Swasta, 7 buah di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Swasta dan 28 kelas KAFA yang dijalankan di premis-premis sewaan.

Keseluruhan kelas ini melibatkan seramai 54,844 orang murid dan 2,088 orang murid, 2,088 orang guru. Semua sekolah tersebut melaksanakan, melaksanakan kurikulum KAFA yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mengikut garis panduan KAFA JAKIM, nisbah antara bilangan guru dan bilangan pelajar adalah 1:25.

 Bagi Daerah Seremban jumlah guru – 923, jumlah pelajar adalah 26,689 – 1:29.

 Bagi Kuala Pilah – 176, bilangan pelajar 3,770 – 1:21.

 Bagi Port Dickson – 228 guru, bilangan pelajar 5,935 – 1:26.

 Bagi Rembau – 163 guru bagi 2,968 murid – 1:18.

 Bagi Tampin – 205 guru untuk 4,846 pelajar – 1:24.

 Jelebu – 114 guru, 2,838 pelajar – 1:25.

 Dan Jempol – 279 guru dengan nis, dengan murid 7,798 – 1:28.

Perbandingan jumlah, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kas, terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan ketiga.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Temiang yang mengenai tanah terbiar. Untuk maklumat Yang Berhormat Temiang, pihak PBT akan mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dengan mengarahkan pemilik hartanah supaya membersihkan tanah semak, tanah semak terbabit dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya pemilik hartanah gagal mematuhi arahan notis yang dikeluarkan, maka tindakan mahkamah akan diambil dan boleh dikenakan dengan didenda tidak melebihi 1,000.00 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya. Bagi mana-mana kes yang berulang, akan dipanjangkan kepada Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan PBT untuk tindakan sitaan dan lelongan.

Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, sehingga Oktober tahun 2021, hanya Majlis Perbandaran Jempol sahaja yang telah mengeluarkan 3 kompaun kepada pemilik-pemilik yang sengaja membiarkan tanah-tanah sehingga menjadi hutan. PBT yang lain hanya mengeluarkan notis kacau ganggu. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, Dipertua Dewan, saya, soalan tambahan. Yang pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniahlah kepada pihak MBS kerana telah mengambil langkah-langkah seperti memasang kain rentang untuk memberi peringatan kepada pemilik-pemilik tanah yang sengaja membiarkan tanah ataupun bangunan terbiarlah. Tetapi saya rasa tindakan ini belum cukup keras lagilah kerana kebanyakan pemilik-pemilik tanah ini tidak menghiraukan kain rentang tersebut ataupun notis ataupun kompaun tersebut. Jadi saya nak tanya, boleh ke Kerajaan Negeri merampas tanah, hak milik pemilik-pemilik tanah ini sekiranya kes-kes ini berulang? Untuk kes-kes yang berulanglah. Ini yang pertama.

Yang kedua adalah berkenaan dengan satu kes tanah terbiar untuk lot number 10535, Bandar Seremban, Daerah Seremban. Tanah tersebut di, dekat dengan Taman Seri Pulai 3, selekoh Jalan Temiang sebelum masuk

ke Taman Seri Pulai 3, yang mana dahan-dahan pokok tersebut telah sangat panjang sehingga ke, ke pertengahan jalan. Maka apabila treler-treler, lori besar melalui jalan tersebut, motosikal, penunggang-penunggang motosikal mengalami, kebarangkalian mengalami kemalangan apabila dahan-dahan pokok tersebut terkena dengan mereka. Tanah tersebut telah terbiar lama dan saya berharap pihak MBS mengambil, memandang serius dan mengambil tindakan yang keraslah terhadap pemilik tanah ini.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Temiang. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, sebab tadi Yang Berhormat Temiang bertanya adakah Kerajaan Negeri boleh merampas tanah atau rumah yang terbiar tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, jawapannya: tidak. Tiada punca kuasa yang membolehkan untuk Kerajaan Negeri merampas tanah atau rumah yang terbiar. Di peringkat PBT pulak, hanya diberi kuasa mengikut Seksyen 83(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976 di mana jika rumah yang mendatangkan bahaya atau bencana kepada kesihatan awam ataupun penduduk sekitar, boleh membuat permohonan ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan perintah meruntuh, meruntuhkan dan setalah mendapat perintah dari mahkamah, rumah kediaman itu boleh diruntuhkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam tempoh perintah itu.

Dan mengenai aduan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Temiang, saya difahamkan Majlis Bandaraya Seremban telah pun berusaha untuk mengenal pasti pemilik tanah tersebut. Dan kita akan memberi notis pembersihan terhadap pemilik tanah tersebut. Jadi, untuk apalah, aduan jikalau masalah yang sama berlarutan, saya apalah, alu-alukan Yang Berhormat Temiang untuk menunjukkan aduan ini kepada Majlis Bandaraya Seremban ataupun diri sendiri saya. Terima kasih.

Tambahan, soalan tambahan, Kampung Baru Jimah Jaya. Di Taman Jimah Jaya Site C, ada juga tapak-tapak rumah yang cuma ada bumbung saja, ada tanah sudah jadi belukar. Jadi saya mohon tindakan dari MPPD atau sesiapa sahaja yang boleh mengambil tindakan terhadap rumah dan tanah terbiar tersebut. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih Yang Berhormat Chuah. Mungkin lepas ni Yang Berhormat Chuah boleh bagi details-lah kepada MPPD dan saya mohon MPPD untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Seterusnya saya mempersilakan soalan daripada Bagan Pinang.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato Yang Dipertua, terima kasih ADUN Bagan Pinang atas soalan mengenai parkir kereta di kawasan tumpuan pelancong. Dato’ Yang Dipertua, keperluan tempat letak kereta bagi kawasan tumpuan pelancong di kawasan pembangunan seperti di kawasan hotel dan lain-lain kawasan tumpuan milik swasta telah disyaratkan dalam kelulusan Kebenaran Merancang dalam garis panduan yang telah ditetapkan. Keperluan tempat letak kereta di kawasan tumpuan awam pula, pihak MPPD telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemilik-pemilik tanah berhampiran untuk dijadikan tempat letak kereta bersifat sementara terutama semasa cuti hujung minggu dan cuti umum.

Dan kita sedia maklum Port Dickson khususnya, memang kekurangan tempat letak kereta dan kita akui perkara tersebut kerana tanah di sepanjang, tanah di sepanjang pantai Port Dickson itu semuanya telah, telah bermilik ya. Dan ini menyukarkan pihak Kerajaan Negeri untuk merancang untuk mendapatkan kawasan-kawasan untuk meletak kenderaan. Jadi ini antara yang kita hadapi sekarang terutamanya ketika pelancong datang ke Port Dickson. Jalan menjadi sesak disebabkan mereka memarkirkan kenderaan mereka di tepi-tepi jalan utama. Jadi inilah antara yang, isu yang masih belum dapat kita selesaikan memandangkan pem, tuan-tuan tanah masih lagi, dipunyai oleh orang tertentu dan mereka tidak membenarkan pihak MPPD untuk menggunakan tanah tersebut sebagai tempat parkir kereta, sementara. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya melihat perkara ni adalah satu perkara yang serius tentang parkir di kawasan tumpuan pelancong. Saya berharap Kerajaan Negeri mengambil langkah yang segera bagi mengatasi masalah kekurangan parkir yang mana kita tahu kehadiran pelancong ke Port Dickson sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Sikamat, Yang Amat Berhormat Sikamat pelancong domestik semakin hari semakin meningkat. So dengan adanya masalah kekurangan parkir ini, dia akan menjejaskan ya, pertamanya dia akan menjejaskan industri pelancongan kita kerana pihak pengunjung ini tidak akan datang kalau ada masalah tentang parking. Dan kita tahu bahawa disebabkan kesesakan lalu lintas adalah di antaranya sebab mereka sedang mencari ataupun apa, mengambil masa untuk parking kereta di sepanjang jalan. So saya harap benda ni dapat disegerakan dan salah satu daripada punca pendapatan orang-orang tempatan adalah melalui kehadiran pelancong ke Port Dickson. So ini adalah sumber pendapatan orang tempatan dan jugak secara tak langsung sumber

pendapatan bagi Kerajaan Negeri. So, itu yang saya harapkan daripada kepada pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang atas soalan tambahan tersebut. Tadi saya telah nyatakan bahawa apabila tanah-tanah di sepanjang pantai tersebut telah dikurniakan dan telah dibangunkan. Dan kita lihat hari ini, kita, apabila perancangan itu tidak ada di peringkat awal, ini amat menyukarkan keadaan sekarang yang berlaku pada hari ini. Dan kita memang, tadi saya telah katakan bahawa masalah sebenar, utama adalah tem, tanah untuk dijadikan tapak parkir tersebut. Dan saya berharap bahawa jika ada individu-individu yang ingin bekerjasama dengan pihak MPPD untuk men, untuk men, untuk menyediakan tempat parkir, amat-amat dialu-alukan. Dan kita juga berharap ini juga dapat membantu meningkatkan lagi pelancongan di Daerah Port Dickson. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya kita pergi ke soalan Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahi-ahli Yang Berormat, Berhormat, berdasarkan rekod Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan di Rahang sejak Mac 2020 sehingga 22 Oktober 2021 adalah seramai 80 orang.

Kerajaan memandang serius berkaitan isu pengangguran di negara ini termasuklah di Negeri Sembilan. Kerajaan melalui PERKESO menyediakan skim perlindungan kepada pencarumnya di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 yang telah dikuatkuasakan mulai pada 1 Januari 2018 dan berperanan untuk membantu Orang Berinsurans yang telah kehilangan pekerjaan. Bantuan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan adalah faedah berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan seperti berikut:

 Elaun Mencari Pekerjaan;

 Elaun Bekerja Semula Awal;

 Elaun Pendapatan Berkurangan;

 Elaun Latihan kepada Orang Berinsurans yang menjadi latih, yang menjalani latihan;

 Pembiayaan Fi Latihan; dan

 Bantuan pencarian pekerjaan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.

Selain itu, kerajaan melalui PERKESO juga telah melaksanakan Program Penjana Kerjaya dan juga beberapa inisiatif lain seperti:

i. Insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja berusia 40 tahun ke bawah;

ii. Insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja berusia 40 tahun ke atas, OKU dan bekas banduan;

iii. Insentif kepada pengambilan Perantis di kalangan lepasan sekolah dan juga graduan berumur 18 – 30 tahun;

iv. Perluasan insentif pengambilan pekerja di bawah Program Kerjaya Gig;

v. Insentif, Insentif Penempatan Pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta; dan

vi. Program Malaysianization untuk menggalakkan majikan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan.

Selain itu, sepertimana yang semalam saya nyatakan, Kerajaan Negeri juga memberikan bantuan one-off iaitu inisiatif bantuan kehilangan, insentif bantuan kehilangan pendapatan dengan peruntukan 3.0 juta dan juga penganjuran karnival-karnival kerjaya secara berkala di, di beberapa daerah ataupun kawasan yang dapat menawarkan banyak peluang pekerjaan. Terima kasih.

Soalan tambahan. Negeri Sembilan juga tidak terkecuali daripada pandemik COVID-19. Dan masalah pemberhentian pekerja telah berlaku di Negeri Sembilan. Mohon memberikan statistik berkaitan pemberhentian pekerja dan kadar pengangguran di Negeri Sembilan.

Okay, terima kasih. So ada 2 iaitu pemberhentian pekerja, pekerja di Negeri Sembilan dan juga pengang, kadar pengangguran. Iaitu mengikut rekod, pemberhentian pekerja mengikut, sehingga Oktober tahun 2021 adalah seramai 569 orang dan telah diberikan pampasan sejumlah 25.8 juta. Ini melibatkan beberapa sektor. Sektor pembuatan, sektor pembuatan, perkhidmatan, peruncitan,

pengangkutan, perbankan dan juga kejuruteraan. Selain daripada itu, berkaitan dengan, selain daripada pemberhentian pekerjaan, berlaku juga berkaitan isu pemberhentian sementara dan juga pengurangan gaji. Ini lebih tinggi daripada pemberhentian pekerja secara keseluruhan. Di mana Januari sehing, bermula Januari – Oktober 2021, pemberhentian sementara melibatkan 11 majikan dan pengurangan gaji melibatkan 51 majikan. Dan jumlah, jumlah pekerja yang diberhentikan sementara dan juga pengurangan gaji adalah seramai 2,441 orang. Dan ini melibatkan sektor hotel adalah yang paling tertinggi dengan 604 pekerja.

Dan juga satu lagi adalah isu berkaitan pengangguran. Di Negeri Sembilan, kadar pengangguran adalah sebanyak 3.8% dan lebih rendah berbanding di peringkat negara iaitu 4.8%. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai, Yang Berhormat Rahang. Seterusnya kita pergi ke soalan yang ke-8, Gemas, Yang Berhormat Gemas.

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Gemas yang bertanyakan soalan ber, berkaitan dengan pencemaran air sungai, di Sungai Muar. Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Alam Sekitar memberi perhatian yang serius berkenaan aduan pencemaran air yang boleh menyebabkan kualiti air sungai terutamanya Sungai Muar semakin terjejas.

Jabatan ini telah menjalankan siasatan bagi aduan-aduan yang melibatkan pencemaran sungai dan mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan pencemaran tersebut berlaku. Jabatan ini juga telah mengambil tindakan terhadap premis yang telah dikenal pasti menyebabkan pencemaran iaitu Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan serta-merta pencemaran dan mengambil tindakan pembaikan serta pengalam, pengawalan supaya kejadian tersebut tidak berulang.

Program pengawasan kualiti air Sungai Muar secara manual dijalankan ke atas 10 stesen pengawasan secara bulanan. Jabatan ini juga telah memasang stesen pengawasan air sungai berterusan (continous water quality monitoring) di Sungai Muar bagi memantau kualiti air secara berterusan.

Selain itu juga, Jabatan ini juga mengadakan rondaan secara berkala pada hari umum ataupun cuti dan hujung minggu bagi memastikan tiada

aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sama ada air atau udara daripada berlaku. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Okay, soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua. Yang ingin saya kemukakan pencemaran sungai yang terlibat, di kawasan saya iaitu Gemas, bermula daripada Rompin, Pekan Rompin menghala ke Kampung Kurndia Diraja yang menghala ke Kampung Pasir Besar. Kemudian seterusnya ke Loji Rawatan Pasir Besar, Loji Rawatan Air Londah dan di Kampung Londah, perairan sawah Kampung Londah. Jadi kita dapat aduan daripada masyarakat setempat, bahawa pembuangan sisa-sisa toksik terutamanya tumpahan minyak dan sebagainya akan dapat dikesan semasa air besar, hujan lebat di sebelah hulu, menyebabkan pengairan ataupun sisa toksik tersebut atau bahan-bahan tersebut dibuang ke dalam sungai dan menyebabkan air permukaan sungai tu jadi warna hitam ataupun dan sebagainya. Dan saya rasa alangkah ruginya kalau kita tidak mengesan awal, kita akan dapat kesan-kesan sampingan terutamanya anak-anak ikan yang dilepaskan di Sungai Muar akan mati. Dan seterusnya yang kita risaukan sekali penggunaan air tersebut untuk diminum oleh manusia, oleh masyarakat setempat di loji rawatan air di Pasir Besar menyebabkan hampir keseluruhan Gugusan Felda Jelai dan di kampung-kampung tradisi. Dan di Loji Rawatan Air Londah, hampir melibatkan keseluruhan Pekan Gemas, kem tentera dan sebahagian besar Gugusan Palong. Jadi saya mengharapkan tentang pencemaran ini dapat diambil perhatian serius. Dan saya, ada lihat juga, ucapan tahniah kepada pihak SAINS yang cuba membantu untuk mengenal pasti, apabila terdapat tumpahan minyak, mereka akan cuba pantau dan kita takut tumpahan tersebut akan masuk ke, ke, ke loji rawatan air dan akan menjejaskan kualiti air. Jadi, saya mengharapkan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan. Sekian, terima kasih.

Terima kasih kepada ADUN Gemas. Memang Jabatan Alam Sekitar dengan agensi-agensi yang berkaitan memandang serius berkenaan dengan pencemaran sungai ni. Memang kita mengambil tindakan untuk memantau sungai-sungai di Negeri Sembilan. Dan sekiranya ada apa-apa aduan boleh dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar ataupun jabatan apa ni, bekalan, BKSA, supaya tindakan boleh diambil dengan segera.

Dan saya juga mengingatkan kepada orang ramai, supaya kita sama-sama menjaga sungai kita sebab sungai ini adalah punca air minuman kepada kita dan kita harus menjaga sungai tersebut dengan baik. Dan kia kita juga ada Program Denai Sungai yang dilaksanakan, sedang dilaksanakan. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran kepada

orang ramai betapa pentingnya sungai ini kepada kita dan mengelak aktiviti-aktiviti yang mencurigakan seperti membuang minyak ke dalam sungai dan sebagainya, dapat dikekang ataupun dikawal dengan baik. Sebab itu kita ada program denai ini untuk rakyat sama-sama dengan kerajaan untuk memastikan sungai-sungai ini dapat dipantau dengan lebih baik dan juga mengambil tindakan yang pantas untuk mengelakkan apa-apa isu yang serius. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lobak yang mengenai tapak dewan. Soalan Yang Berhormat Lobak berbunyi: sila nyatakan dengan teliti jumlah tapak dewan dan balai raya di kawasan DUN Lobak. Dan kedua: sila beri maklumat saiz dewan atau balai raya dan lokasi yang tepat.

Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, tiada dewan dan balai raya yang diuruskan di bawah Majlis Bandaraya Seremban dan Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban di kawasan DUN Lobak. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, seperti saya bila bahas tu, kami sudah buat ni siasat, memang ada 2 balai raya di DUN Lobak iaitu di Desa Temiang dengan Mutiara. So kami harap yang siasatan tu mesti ada standardlah. Walaupun ni dari maklumat dari MBS atau dari Daerah, tapi ikut maklumat yang saya dapat tu, di Daerah Seremban, ada sebanyak 20 dewan serbaguna dan 140 balai raya di Daerah Seremban. Yang tadi DUN Lobak kami mohon kerana semalam saya cakap ni, di zon Temiang ada 2 balai raya memang mungkin ada cukuplah. Tapi di zon Templer dengan antara Lobak ni langsung tak ada, itu dewan serbaguna dan balai raya. Yang sini soalan saya ialah, nyatakan teliti dengan data dewan. Tapi difaham saya, saya pernah tanya di Dewan yang mulia ini, yang tanah-tanah kosong, tanah rata ke tanah tapak untuk agama atau tanah lapang tu, memang ada di zon Templer dengan Lobak. Saya haraplah, kaji semula, jikalau boleh sampaikan maklumat yang tepat sekali kerana memang ada ni, tanah-tanah yang kosong, tapi tak tahu dia di, sudah dimohon oleh pihak yang ketiga atau belum. Jikalau belum, mohonlah PBT buat penjelasan yang tetap sekali. Dan saya akan mohon sebagai dewan serbaguna. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Cadangan, pandangan Yang Berhormat Lobak itu

kami akan telitilah. Memang saya amat setuju dengan Yang Berhormat Lobak-lah. Katakan kalau di kawasan Lobak, khususnya di sekitar Templer tidak mempunyai dewan orang ramai ataupun balai raya, saya rasa adanya, adanya wajarnya kita boleh pertimbangkan. Cuma dari segi landbank ataupun tanah, saya apalah, mohon Pejabat Daerah Seremban dan jugak MBS untuk telitilah, tengok situ ada tak tanah yang sesuai untuk dibina balai raya ataupun dewan. So sekali lagilah saya ucapkan terima kasih daripada Yang Berhormat Lobak yang telah pun memaklumkan kepada Dewan inilah. Sekurang-kurangnya adanya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengenal pasti tapak yang sesuailah.

Saya rasa yang paling penting perlu adanya tapak yang sesuai. Kalau adanya tapak yang sesuai, sudah tentunya kerajaan akan melaksanakan sesuatulah. Dan saya juga memohon jasa baik daripada Yang Berhormat, Yang Berhormat Lobak agar, katakan Yang Berhormat Lobak juga mengenal pasti adanya tempat-tempat yang lapang ataupun tak pernah digunakan oleh mana-mana pihak, mungkin juga boleh mengemukakan cadangan tersebut kepada pihak Kerajaan Negeri. Kita akan memberi pertimbangan. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Kami mohon jikalau PBT boleh tolong semak lagi cepat dan cekap sekali. Lagi pun jikalau boleh bagi satu senarai untuk DUN Lobak. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak, Yang Berhormat Rantau. Seterusnya, Yang Berhormat Lenggeng. Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Sungai Lui.

Yang Dipertua Dewan

Maaf ya.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Sungai Lui. Soalan mengenai agama Islam. Dato’ Yang Dipertua, masyarakat Orang Asli mengamalkan pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Buddha dan animisme. Sehubungan itu, segala urusan berkaitan dengan soal agama Islam di kalangan masyarakat Orang Asli adalah dikendalikan oleh Bahagian Dakwah (JAKIM), Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Majlis Agama Negeri Sembilan. Sehingga kini masyarakat Orang Asli yang beragama Islam adalah seramai 3,095 orang di Negeri Sembilan.

Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa membina prasarana keagamaan bagi kemudahan masyarakat Orang Asli yang beragama Islam. Sehingga hari ini, Kerajaan Negeri telah membina sebanyak 36 surau Orang Asli. Pada tahun 2020 sebanyak 4 buah surau baharu dibina dengan peruntukan bernilai 600 ribu ringgit.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan turut memainkan peranan membantu masyarakat Orang Asli. MAINS telah melancarkan program “Baitul Rahmah” iaitu skim bantuan perumahan Orang Asli yang beragama Islam. Sebanyak 8 buah rumah Orang Asli telah dibina dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 409,600.00 ringgit pada tahun 2021. Bantuan-bantuan dalam bentuk yang lain diteruskan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak 1.6 juta sehingga Oktober 2021.

Bagi tujuan bimbingan, seramai 21 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) telah dilantik dan bertugas di kampung Orang Asli yang ditetapkan. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan juga telah melantik 60 orang Rakan Ziarah yang turut berperanan memberi bimbingan dan menjaga kebajikan mereka.

Surau-surau Orang Asli yang dibina adalah:

 di kedat, di Surau Kampung Orang Asli Kedat di Mantin Seremban;  Surau Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi, Pantai Seremban;  Surau Kampung Orang Asli Bertam, Jelebu; dan  Surau Kampung Orang Asli di Bukit Kepong di Port Dickson.

Manakala 8 orang, 8 buah rumah Baitul Rahmah yang telah siap dibina oleh Majlis Agama Islam adalah:

 Di Kampung Orang Asli Kedat, Daerah Seremban, DUN Nilai, bilangan rumah – 1, penghuninya adalah Faridah Bt Gayut;

 Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu di DUN Chennah, bilangan rumah – 1 kepada penghuni Zaleha Bt Ismail;

 Di Kampung Orang Asli Sungai Sot, Daerah Jempol, bilangan rumah – 3, penghuni rumah adalah Mohd Ridhuan bin Abdullah, Remi bin Atang dan Sahir bin Abdullah;  Kampung Orang Asli Panchor, Dareah Jempol, DUN Jeram Padang, bilangan rumah – 3, penghuninya ialah Nakashukor Bin Dondong, dan Erni Bt Salleh serta Nurul Shaina Bt Abdullah.

Anggaran harga rumah adalah 51,200.00 ringgit. Keluasannya 32 x 20 kaki (640 kaki persegi), dan rumah tamu ada 3 bilik, ruang tamu, ada 3 bilik, 1 bilik mandi, 1 tandas dan ruang dapur.

Di samping itu juga kebajikan adalah, kepada Orang Asli bagi tahun 2021 iaitu Bantuan Am Kebajikan sebanyak 37,171.00 ringgit, Bantuan Pendidikan – 2,750.00 ringgit, Bantuan Hari Raya Aidilfitri – 238,800.00 ringgit, Saguhati Pengislaman – 100 ribu ringgit dan Bantuan Makanan Asas – 1.23 juta.

Berikut adalah jumlah PMO; pemaju masyarakat Orang Asli mengikut daerah: Seremban ada 5 orang, Jelebu – 5 orang, Jempol – 5 orang, Kuala Pilah – 3 orang, Rembau – seorang, Tampin – seorang dan Port Dickson – seorang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya ingin maklumkan pada sidang hari ini, Yang Berhormat Rantau tidak berapa sihat lepas ambil suntik, suntikan, apa nama, booster. Untuk makluman ya, sidang. Kira Serting dengan Gemencheh ada appointment dengan IJN ya. Saya persilakan soalan berikutnya daripada Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Lenggeng yakni perubahan dan pembaharuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makuman sidang Dewan yang mulia ini, bagi memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dalam mencapai misi pelaksanaaan dasar-dasar Hal Ehwal Islam kepada masyarakat Negeri Sembilan melalui urus tadbir yang berkualiti serta memenuhi aspirasi visi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam iaitu “Pemangkin Ummah Sejahtera”, pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengadakan satu Pelan Strategik Jabatan 2020-2024 merangkumi perkara berikut:

i. Pertamanya ialah Perluasan Dakwah. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah mengubah pendekatan dakwah kepada masyarakat Islam di Negeri Sembilan iaitu dengan menyantuni mereka dari rumah ke rumah ataupun melalui penjenamaan program Door to Door. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan memperkasakan lagi dakwah bil hal melalui program-program outreach membantu mangsa-mangsa bencana.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga menumpukan program-program bersama remaja melalui pelaksanaan aktiviti yang disukai oleh remaja. Antaranya program yang dijalankan adalah kejohanan e-Sport seperti pertandingan PuBG dan FiFA, Treasure Hunt Online, program hiking, cycling dan konvoi bermotosikal. Kesemua program ini adalah bertujuan mendekatkan lagi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bersama anak-anak muda.

ii. Kerajaan, keduanya memperkasakan pendidikan. Kerajaan Negeri telah mengumumkan penaikan taraf Maahad Ahmadi kepada Sekolah Agama Berasrama Penuh Di Bawah Kerajaan Negeri Sembilan bermula 2021. Selain itu, Kelas Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah diasingkan dari Maahad Ahmadi dan bakal mempunyai kompleks sendiri di tapak yang sedia ada sesuai dengan kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh calon di Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan. Daripada aspek pengurusan pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah membangun dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme guru-guru KAFA, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama Institut Perguruan Raja Malewar melalui modul Professional Islamic Teacher Assesment (PiTAS).

Dari aspek pengurusan pula, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah membangunkan Standard Kualiti Pendidikan Islam Negeri Sembilan (SKPiNS). Sesuai dengan revolusi Industri 4.0, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga telah memperkenalkan konsep pendidikan maya yang dikenali dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan Islamic Virtual School menggunakan kaedah Google Classroom. Modul pembelajaran pertama yang telah dijalankan adalah kelas Pengajian Al-Quran selama 3 bulan.

iii. Penubuhan Akademi Tarannum. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan komited untuk melahirkan jaguh-jaguh dalam acara tilawah Al-Quran dan menghafaz Al-Quran. Justeru itu, bermula tahun 2019, format pertandingan Tilawah Al-Quran Negeri telah diubah. Para qari dan qariah akan melalui sesi uji bakat. Yang berjaya akan diserap melalui akademi untuk berguru dengan jurulatih yang terdiri daripada johan-johan antarabangsa selain dari hakim-hakim peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

iv. Penubuhan Sukarelawan Masjid Negeri Sembilan (SUKMAS). Bagi tujuan memperkasakan dakwah bil hal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menubuhkan SUKMAS yang beroperasi di bawah pengurusan Masjid Negeri Sembilan. SUKMAS ini turut membuka penglibatan orang ramai untuk sama-sama membantu

golongan yang memerlukan merentasi kaum dan agama. Setakat ini, SUKMAS telah banyak menghantar bantuan-bantuan segera kepada mangsa-mangsa musibah di sepanjang PKP yang lalu.

v. Pendemokrasian Pelantikan Jawatankuasa Qaryah. Menunaikan mandat dari Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah memulakan proses pendemokrasian pemilihan Jawatankuasa Qaryah bermula 2020 /2021.

vi. Naik Taraf Dewan Besar Pusat Dakwah. Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi telah dinaik taraf bagi memberikan keselesaan kepada pengguna di Pusat Dakwah. Dewan tersebut juga kini telah dipasang dengan paparan LED yang berukuran 9 meter x 3 meter.

vii. Pengurusan Jenama. Bagi tujuan pengurusan jenama, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah memulakan dengan mengubah visi dan misi yang lebih jelas dan sesuai dengan cabaran semasa. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan kepada Objektif-Objektif Strategik yang telah dibangunkan bersama warga Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Bagi menyegarkan penampilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kini menggunakan letterword berwarna hijau dalam setiap urusan rasmi bersama dengan jata negeri. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga menetapkan pemakaian tie dan tudung berwarna merah kepada semua kakitangan pada hari Isnin dan juga menjadikan Hari Rabu sebagai Hari Kecergasan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga amat berbangga kerana dikurniakan bas baharu daripada Kerajaan Negeri.

Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga telah dipindah daripada Jalan Dato’ Hamzah ke Jalan Yam Tuan. Dengan sokongan dan dukungan Kerajaan Negeri, 3 kompleks pentadbiran daerah yang baharu telah dibangunkan iaitu di Jempol, di Jelebu dan yang terkini di Kuala Pilah.

viii. Kecekapan Perkhidmatan. Bermula Tahun 2020, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mula mengeluarkan dokumen rasmi dalam tempoh sehari berkerja. Antara yang telah dilaksanakan ialah pengeluaran kad dan sijil nikah sesuai majlis akad, seusai majlis akad yang dijalankan di pejabat-pejabat agama, pengeluaran surat perakuan pendaftaran sekolah sesuai memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga pengeluaran kad dan sijil tauliah penyembelihan.

ix. Pemerkasaan Dakwah Siber. Selain dakwah bil hal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga menjalankan program-program dakwah secara maya malah kini selain Facebook, telah ada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan TV melalui channel Youtube, mempunyai Instagram, TikTok dan juga Twitter. Kandungan dakwah kini boleh ditontoni di seluruh dunia.

Melalui langkah-langkah perancangan Pelan Strategik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ini, saya yakin bahawa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mampu untuk menjadi antara Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan, negeri terbaik di Malaysia dengan kerjasama sokongan Kerajaan Negeri serta rakyat Negeri Sembilan, insyaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

YB ADUN Seri menanti: Dato’ Dipertua, boleh sikit, soalan tambahan?

Yang Dipertua Dewan

Berkaitan?

Dato’ Yang Dipertua, ya, tahniah ya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Agak-agak eh lah, semua dah ado, yang pejabat baru dan sebagai dia. Bila agak eh Kerajaan Negeri Sembilan nak mudahkan poligami? Mudah kawan-kawan, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Saya tak berpengalaman untuk menjawab …..

Yang Dipertua Dewan

Seri Menanti, tak cukup ke?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. Ini, yang berpengalaman …..

Yang Dipertua Dewan

Tak cukup lagi?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. Pengarah dengan Yang Berhormat …..

Saya tak tanya pengalaman tak berpengalaman. Ini kuasa, ini kuasa Mentori Bosar, Dato’ Yang Dipertua. Mintak Mentori Bosar jawab Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Poligami tidak dihalang dalam Islam ya. Dan siapa yang berkelayakan, kita alu-alukan dan galakkan untuk mereka terus menambah atau berpoligami. Jadi itulah, harapan kita memanglah kita tidak menghalang, tidak ada apa, kita menyokong ya, untuk mereka yang layak, untuk mereka yang layak untuk berpoligami, dipersilakan.

Dato’ Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sebab kad nikah pun dikeluarkan …..

Dimudahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. selepas nikah, ya, dimudahkan …..

Dimudahkan. Saya setuju, saya setuju. Soalan saya tadi tak dijawab oleh Mentori Bosar, Yang Amat Berhormat Sikamat. Jadi untuk memudahkan. Makna dia mudah poligami ni, kan, tak payahlah nak pergi mahkamah dan sebagai lagi, kan. Dimudahkan. Pasal ini …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu peraturanlah ….

Ikut peraturanlah.

Eh diamlah, Dato’ Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya, Dato’ Dipertua, saya mewakili persatuan kaum ibu kawasan saya mintak supaya jangan dipermudahkan.

Bagus Chembong.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita ikut peraturan yang telah ditetapkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya nak tanya soalan tu boleh? Speaker nak tanya soalan boleh ke? Tak cukup lagi ke Seri Menanti?

Puas hati ya?

Dato’ Dipertua, bukan tak cukup. Saya kawan-kawan yang lain ni, kalau bercerita pasal 2 kang, semua tegak Dato’ Yang Dipertua, kan. Jadi tu, sebab saya mohon dalam Dewan ni, kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, mudahkan, kan. Beri laluan ya, kepada yang teringin ni Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kita pergi terus ke soalan daripada Yang Berhormat Linggi.

Baik, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya nak mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, apakah kadar inflasi bagi Negeri Sembilan bagi tahun 2020 dan 2021, daripada ADUN Linggi. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Negeri Sembilan mencatatkan kadar inflasi -1.6% bagi tahun 2020. Manakala bagi tempoh Januari sehingga 2021, inflasi meningkat 2.3% berbanding -1.5% bagi Januari sehingga September tahun 2020.

Penurunan -1.6% pada tahun 2020 ini disumbangkan oleh indeks Pengangkutan (-11.8%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (-3.1%) dan Pakaian & Kasut (-0.6%) yang menyumbang 36.9% kepada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Negeri Sembilan. Sebaliknya, Komunikasi masih menunjukkan kadar yang positif iaitu 2.5% diikuti oleh indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (1.6%) dan makan, Makanan & Minuman (1.2%) berbanding 2019.

Inflasi mula mencatatkan paras negatif bermula Mac hingga Disember 2020. Ini berikutan penurunan harga Petrol Tanpa Plumbum RON95 telah, oleh pihak kerajaan pada harga yang lebih rendah iaitu [RM]1.67 per liter pada 2020 berbanding 2.06 Ringgit Malaysia pada, per liter pada 2019. Bagi masa tu semua orang tak keluar rumah, semua duduk rumah. Di samping itu, purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 menurun kepada [RM]1.99 sen per liter pada 2020 berbanding [RM]2.55 sen per liter pada 2019, manakala purata harga Diesel menurun daripada [RM]1.80 sen per liter berbanding [RM]2.18 sen pada sebelum, tahun sebelumnya. Ini adalah selari dengan harga minyak mentah Brent pada tahun 2020 yang menurun 33.9% kepada US$42.30 setong dari 64.03 sen US$ setong pada 2019. Begitu juga, penurunan indeks Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain adalah disebabkan oleh kesan pemberian diskaun ke atas bil elektrik bagi penggunaan domestik seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bermula 1 April dan berakhir pada Disember 2020.

Walau bagaimanapun, mulai Mac 2021, inflasi Negeri Sembilan telah mula mencatatkan kadar positif. Inflasi bagi tempoh Januari hingga September 2021 menunjukkan peningkatan 2.3% berbanding yang sama pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini adalah didorong terutamanya oleh kenaikan digit, dua-digit dalam kumpulan Pengangkutan iaitu 11.8% berikutan penetapan harga siling petrol RON95 kepada (RM)2.05 sen seliter sejak Mac 2021 yang masih tinggi berbanding harga purata [RM]1.68 sen pada September 2020.

Ini diikuti oleh peningkatan indeks Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain sebanyak 1.8% dan indeks Makanan & Minuman bukan Alkohol (1.3%). Peningkatan Makanan & Minuman bukan Alkohol

didorong oleh kenaikan harga ayam mentah di Negeri Sembilan pada bulan September 2021 yang mencatatkan purata harga sebanyak [RM]8.87 sen sekilogram berbanding [RM]7.90 sen pada bulan Ogos 2021. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Dato’ Dipertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Bagi Kerajaan Negeri Sembilan dan perkara-perkara yang dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri Sembilan, contohnya utiliti air yang dikatakan tadi sebagai antara penyumbang kepada kenaikan inflasi ini. Dan juga barangan makanan yang disebut tadi seperti ayam. Soalan saya, apakah langkah-langkah segera atau serta merta yang boleh membantu untuk menurunkan harga barang ini atau kenaikan inflasi ini kerana kita sedia maklum, sekarang ini secara umumnya kenaikan harga barang agak terlalu tinggi dan sangat menghimpit masyarakat. Jadi bagi Kerajaan Negeri Sembilan dan bidang kuasa yang dalam Kerajaan Negeri, apakah usaha-usaha yang dirancang akan dilakukan secara segera?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas soalan tersebut. Kita tahu SAINS ya, ataupun Syarikat Air Negeri Sembilan ya, hanyalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai keuntungan yang besar. Dan di samping itu juga, kita juga sedia maklum bahawa SAINS juga menanggung beberapa bebanan yang terpaksa kita tanggung akibat perjanjian-perjanjian yang terdahulu dan hingga hari ini menyebabkan kita tidak mampu lagi untuk memberikan subsidi ya, kita nak bagi subsidi harga pun kita tak mampu sebab kita tidak naikkan harga air. Dan di peringkat Persekutuan, mereka minta untuk diselaraskan kenaikan harga di setiap negeri, namun Kerajaan Negeri Sembilan tidak bersetuju pada dasarnya untuk dinaikkan ketika itu.

Untuk makanan-makanan hari, alhamdulillah hari ini, pagi ini saya dimaklumkan oleh EXCO Pertanian telah berjumpa dengan semua Pengarah-pengarah Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan be, dan beberapa lagi untuk membincangkan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu masyarakat di luar sana dengan harga barang yang tinggi, bukan agak tinggi ya, memang tinggi sekarang. Bebanan tanggungan yang ditanggung oleh mereka dengan harga sayuran, harga ayam, harga keperluan harian telah meningkat. Bukan itu sahaja, harga barangan perumahan juga telah meningkat. Jadi ini antara faktor-faktor yang dihadapi oleh masyarakat di luar sana. Dan Kerajaan Negeri, saya berhubung malam tadi dengan YB EXCO untuk berbincang bagi membantu mencari penyelesaian untuk memberikan sedikit apa, kebaikan kepada masyarakat di luar sana bagi mendapatkan harga-harga yang terbaik dan ber, munasabah bagi mereka, insyaAllah.

Jadi ini antara faktor-faktor. Dan kita akan memohon dan meminta supaya ketua-ketua jabatan dapat membantu dalam kita menangani isu-isu semasa ini. Jadi, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mengemukakan soalan 1. Saya juga menerima satu rayuan untuk mempertangguhan kenaikan kadar fi lesen penter, ternakan unggas. Baru-baru ini lesen untuk penternakan ayam ini dinaikkan. Jadi, saya mohon dipertimbangkan lagi supaya ini mungkin dapat mengelakkan kenaikan harga ayam jugak, daging ayam. Dengan ni, Chuah mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Chuah yang prihatin. Kita, kenaikan, kenaikan ya, kita sedia maklum seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau ya, kita hanya dapat bau, kita dapat lalat daripada, daripada pengusaha-pengusaha tetapi kenaikan itu terlampau, tidaklah terlalu banyak, sedikit saja ya, berbanding keuntungan yang diperolehi sekarang. Jadi saya berharap bahawa bukannya kenaikan yang begitu tinggi ya. Dan kita akan lihat semula perkara tersebut, namun, kita akan lihat perkara tersebut. Dan saya rasa apa, pe, pe, pengusaha-pengusaha juga harus memberikan sokongan kepada masyarakat di Negeri Sembilan yang memberi ruang kepada mereka untuk membina, mem, apa, me, memelihara ayam di Negeri Sembilan ya. Kita tak nak kita pelihara ayam, harga ayam kita sama dengan di luar sana ya. Kita hari ini, kita ada lebih kurang 25 juta dikeluarkan di Negeri Sembilan, ayam. Dan ini juga sepatutnya memberikan lebih faedah kepada masyarakat Negeri Sembilan dengan memberikan harga yang lebih rendah kepada jualan di seluruh Negeri Sembilan kerana kita, ayam-ayam kita dieksport dan digunakan untuk dihantar ke luar daripada Negeri Sembilan kerana melebihi keperluan di Negeri Sembilan.

Jadi saya berharap bahawa perkara tersebut juga boleh dibincangkan dengan pengusaha-pengusaha ayam dan kita tidak ada masalah untuk menilai semula ya, untuk menangguhkan ma, sedikit masa kepada pengusaha-pengusaha ayam ini …..

Dato’, Dato’ Speaker, kalau boleh saya mencelah?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya.

Berkaitan dengan kenaikan fees lesen menternak unggas ini, sebenarnya kenaikannya seperti yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat tadi amat-amat minima ya. Sehingga 50 ribu ekor, tidak ada kenaikan sebenarnya. Dan sehingga 100 ribu ekor, kenaikannya hanyalah 0.1%, 0.1 sen seekor. Dan kenaikan se, sehingga 250 ribu ekor hanyalah 0.08 sen. Amat minima dan saya rasa itu tidak adalah alasan untuk seperti apa yang disebutkan tadi, untuk menaikkan harga ayam. Very-very minimum berbanding dengan kita tidak pernah menaikkan fees ini sejak adanya Enakmen Unggas ini iaitu daripada 10 tahun yang lalu. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, saya jawab soalan pertama: Sungai Rambai di Kampung Baru Tanah Merah Site A – Yang Berhormat ADUN Chuah. Dato’ Yang Dipertua, pada dasarnya Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Rambai telah disenaraikan dalam Program Rancangan Malaysia ke-12 dengan kos siling sebanyak 11 juta. Projek ini bertujuan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Kampung Baru Tanah Merah Site A. Pada masa ini, pihak JPS (Jabatan Pengairan Dan Saliran) telah melantik perunding bagi melaksanakan kerja-kerja rekabentuk terperinci RTB Sungai Rambai dan dijangka siap proses rekabentuk pada pertengahan tahun 2022. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Aras tanah Sungai Rambai lebih tinggi dari aras tanah kediaman Kampung Baru Site A. Adakah rancangan untuk mengadakan perparitan berasingan untuk kawasan kediaman untuk mengelakkan air melimpah ataupun memasuki ke kawasan kediaman? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas makluman tersebut dan semoga ya, perunding dapat melihat perkara tersebut bagi memastikan masalah banjir di Tanah Merah Site A ini dapat diselesaikan apabila program tebatan banjir Rancangan Malaysia Ke-12 dapat dilakukan di kawasan tersebut ya. Saya harap bahawa JPS dapat memberikan maklumat tersebut kepada pihak peran, pihak perunding. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, soalan 14 Gemencheh. Gemencheh tak ada, terus saya punya soalan haa, boleh haa Dato’? Gemencheh tak ada ….

Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Gemencheh tak ada dalam Dewan yang mulia.

….. ADUN Gemencheh dah wakilkan saya untuk tanyakan soalan bagi pihak dia, kalau naiklah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tukar, tukar orang. Linggi tanya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Gemencheh tak ada.

YB Gemencheh wakilkan saya untuk Peraturan XV(5).

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Boleh, boleh, boleh, satu soalan.

Satu soalan. Soalan ni penting ni pasal dia nak, kena mengena dengan soalan YB Seri Menanti tadi. Soalan 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Oh, tadi poligami. Ini perceraian, yang, Dato Yang Dipertua ya. Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Gemencheh ya. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan perkahwinan dan perceraian, betul ya? Dan perceraian bagi pasangan bukan agama Islam selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Akta ini tidak terpakai bagi seorang anak Negeri (native) Sabah, Sarawak ataupun seorang Orang Asli Semenanjung Malaysia yang ber, yang perkahwinan dan perceraiannya tertakluk kepada undang-undang adat anak negeri ataupun adat Orang Asli melainkan jika mereka memilih untuk berkahwin di bawah Akta ini.

Berdasarkan rekod JPN pada tahun 2019 sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 1,418 perceraian di Negeri Sembilan telah didaftarkan. Berdasarkan rekod JPN bagi tahun 2019 sehingga 31 Ogos 2021 sebanyak 32,606 perceraian telah didaftarkan di seluruh negara.

Melalui rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan, pada tahun 2019, sebanyak 3,177 kes perceraian didaftarkan. Pada tahun 2020, sebanyak 2,563 kes didaftarkan. Dan bagi tahun 2021 sebanyak 1,064 kes telah didaftarkan.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada pasangan suami isteri yang memerlukan sesi runding cara yang dikendalikan oleh pegawai terlatih. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berkolaborasi dengan Bahagian Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain, khusus untuk memberi bimbingan kepada pasangan yang bermasalah.

Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan program secara talian bagi meningkatkan kefahaman pasangan tentang aspek seperti berikut:

i. Borak Santai Janji Sampai: Ragam Cinta Pasca Pandemik Realiti @ Fantasi, Hanya pada Mu Aku Berserah;

ii. Webinar Bahagia Mencintaimu;

iii. Webinar Kasih Dijunjung Cinta Disanjung;

iv. Seminar Keibubapaan: “Penyuluh Jalan”;

v. Program Hijrah Merdeka Online;

vi. Karnival Ummah Sejahtera: Pertandingan Fotografi Keluarga Bahagia;

vii. Keluargaku Syurgaku: “Bukan Abang Tak Sayang.” – 5 Siri;

viii. Fiqh Wanita: “Aisyah dan Lailatul Qadarnya”;

ix. Program ziarah Door to Door Masih Ada yang Sayang; dan

x. Ziarah Kasih: “Kongsi Rezeki” kepada pelbagai lapisan masyarakat merangkumi pasangan berumahtangga yang bermasalah, individu yang menjalani program pemulihan dadah, remaja dan dewasa dengan memberikan nasihat dan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tambah jugak?

Saya nak YAB Sikamat jawab jugaklah kan. Itu apa yang saya cadangkan tadi ya, untuk kita membantu menyelesaikan masalah ni Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan kepada YB, YAB Sikamat supaya memudahkan perkara ni, sebab kalau ustaz bagitahu saya, ni sunnah, membantu ibu tunggal Dato’ Dipertua. Kena bagi kemudahan, kelonggaran untuk yang berkemampuan, yang macam

duduk kat depan ni ya. Untuk membantu mereka-mereka ni, Dato’ Dipertua. Jadi saya cadangkan permudahkan, dua, dua kali dah saya sebut Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua kalau nak soal lagi, silakan Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tersebut saya rasa kita ambil maklumlah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada yang bertanya hari ini, yang memberi jawapan pun terima kasih. Saya kira masa dah …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. mencemburui kita, dah melebihi.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Lain kali, tak apa. Sudah habis, 11:35. Sebab lepas ni penggulungan. Jadi saya mohon maaf kepada yang tidak dapat kita teruskan soalan yang lisan. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan bertulis yang bertulis ya. Silakan.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021Bill

Yang Dipertua Dewan

[Sambungan urusan]

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan semalam telah kita tutup ya. Dan hari ini hanya untuk sesi penggulungan ataupun menjawab soal-soal, menjawab daripada, daripada pihak kerajaan. Saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Pertamanya saya mengucapkan terima kasih kepada ramai Yang Berhormat yang telah bertanya tentang belia dan sukan. Antaranya yang dibangkitkan oleh ADUN Linggi, kalau tak silap saya berkaitan dengan cadangan penyelesaian gelanggang futsal terbiar dan tidak diselenggara. Sebanyak 18 gelanggang futsal di Daerah Port Dickson telah diserahkan kepada Pejabat Daerah oleh Pejabat Belia Daerah yang hampir kesemuanya memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan. Pada tahun ini Pejabat Daerah telah membaik pulih 3 buah gelanggang futsal di Taman PD Utama, Taman Intan Perdana dan Taman Desa Rusa yang

berjumlah RM100 ribu ringgit. Pentadbiran daerah sedang merancang untuk menyerahkan kesemua gelanggang tersebut khususnya yang telah dibaik pulih itu kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) secara berperingkat. 2 buah gelanggang futsal telah pun diserahkan kepada MPKK Bagan Pinang dan MPKK Teluk Kemang.

Soalan seterusnya daripada ADUN Seremban Jaya, bertanya tentang dewan khas serbaguna yang dilengkapi dengan asrama untuk atlet. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mempunyai sebuah kompleks sukan beserta dewan yang lengkap untuk latihan di Kompleks Sukan Seremban 2. Dewan tersebut merupakan dewan badminton yang boleh digunapakai untuk latihan bagi sukan-sukan lain yang bersesuaian khususnya sukan COMBAT. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat SUK telah menaik taraf ruangan di antara dewan badminton A dan B, dan telah dijadikan arena sukan COMBAT.

Selain sebuah dewan yang lengkap, kompleks ini mempunyai kemudahan asrama yang boleh menempatkan seramai 100 orang atlet dan 64 orang atlet wanita. Kemudahan ini dise, diselia oleh pentadbiran Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan untuk jadual penggunaan. Atlet pasukan yang perlu menggunakan kemudahan dewan dan asrama perlu mengemukakan permohonan kepada MSN dan penyusunan jadual akan diadakan bagi mengelakkan pertindihan.

Untuk pengetahuan semua jugak, alhamdulillah semalam telah dirasmikan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara yang dipindahkan daripada Keramat, dipindahkan ke Nilai yang mempunyai kemudahan-kemudahan sukan untuk sepak takraw ya, untuk memanah ya, dan jugak beberapa sukan lain yang, walaupun dia milik Majlis Sukan Negara tapi kita yakin selaku tuan tanah ataupun berada di Negeri Sembilan, kita boleh memanafaatkan, anak-anak muda boleh memanafaatkan Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara di Nilai yang jugak bersebelahan dengan Velodrom Nasional yang merupakan pusat untuk aktiviti berbasikal, velodrom di Malaysia ini.

Untuk pengetahuan semua jugak, Kompleks Sukan Seremban 2 itu, untuk pusat skuasy-nya sudah jugak dimulakan naik taraf bagi menjadikan pusat skuasy itu bertaraf antarabangsa yang boleh melaksanakan program-program bertaraf antarabangsa yang melibatkan kos 6.0 juta ringgit ya. Jadi insyaAllah program, projek itu sedang di, sudah dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2023.

Kita jugak telah berbincang dengan banyak pihak untuk menjadikan Dewan Tertutup Nilai yang kini dilihat sebagai projek gajah putih, yang

tidak digunakan. Dewan Tertutup Nilai ini jugak ada permintaan daripada Majlis Sukan Negara untuk dijadikan sebahagian daripada Kompleks Majlis Sukan Negara. Dan jugak ada jugak permintaan daripada FAM untuk dijadikan pusat latihan bagi skuad futsal kebangsaan ya, akan diberikan naik taraf untuk dijadikan kompleks bagi sukan futsal yang juga bertaraf antarabangsa yang insyaAllah kalau dipersetujui oleh Kerajaan Negeri, akan dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Berkaitan dengan soalan ADUN Senaling berkaitan dengan kejurulatihan. InsyaAllah keperluan kejurulatihan amat diperlukan dalam usaha untuk melahirkan atlet-atlet yang bertaraf antarabangsa. Jurulatih yang berpengetahuan tinggi mengenai kemahiran-kemahiran teknikal sesuatu bidang memang amat diperlukan dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan penting bagi proses untuk menyediakan pembangunan atlet-atlet baru bagi menghadapi temasya yang bertaraf antarabangsa.

Kerajaan Negeri melalui MSN Negeri Sembilan ada menyediakan bantuan berkaitan dengan program-program yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Negeri dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan jurulatih di dalam bidang sukan. Bantuan ini akan disalurkan dalam bentuk geran kepada Persatuan Sukan Negeri bagi merangka kursus-kursus kejurulatihan. Walau bagaimanapun, penganjuran kursus-kursus yang melibatkan teknikal perlulah mendapat kerjasama dan kebenaran daripada Persatuan Sukan Kebangsaan.

Pada 15 – 19 November yang lalu, Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Malaysia telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Tahap 1 bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang diha, yang dihadiri oleh jurulatih-jurulatih takraw di kalangan guru-guru di seluruh Negeri Sembilan. Alhamdulillah takraw telah menunjukkan prestasi yang baik. Pasukan NS Antlers telah menduduki tempat keempat ya, berjaya ke peringkat separuh akhir bagi STL pada tahun 2020 yang lalu. Dan pada tahun 2021 ini, dia akan bermula pada bulan Januari ini.

Begitu jugak Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan telah mengadakan kursus kejurulatihan yang banyak. Antaranya kejurulatihan akar umbi sebanyak 2 kali pada tahun 2020, kursus kejurulatihan FAM untuk tahap D ya – 1 kali pada tahun 2020, kejurulatihan FAM D jugak pada tahun 2021, dan sekarang senang ber, berlangsung kejurulatihan diploma FAM atau AFC Gred C yang sedang berlangsung pada ketika ini. Jadi Majlis Sukan Negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan jugak kita sedang merangka program pembangunan kejurulatihan dan teknikal yang melibatkan jurulatih di kalangan guru sekolah.

ADUN Bagan Pinang bertanya tentang Kompleks Sukan Rakan Sukan Teluk Kemang. Kerajaan Negeri dalam proses untuk mengambil alih pengurusan Kompleks Sukan Rakan Sukan Teluk Kemang untuk dibangunkan semula untuk kegunaan anak, kegunaan atlet dan program-program sukan yang bersesuaian. Hala tuju Kompleks Sukan Teluk Kemang ini pertamanya padang bola sepak ya, dia mempunyai sebuah padang bola sepak. Padang bola sepak ini sedang kita usahakan untuk dijadikan pusat kecemerlangan sukan ragbi Negeri Sembilan ya. Kita tidak ada padang sukan ragbi yang khusus. Jadi yang banyaknya kita menumpang di padang Sekolah Menengah Kebangsaan KGV yang merupakan padang milik sekolah. Jadi di situlah banyak kejohanan-kejohanan ragbi diadakan. Ragbi telah mula mendapat tempat di kalangan pelajar sekolah dan kita akan berusaha menjadikan padang bola sepak di Kompleks Sukan Teluk Kemang sebagai padang khas sukan ragbi yang pertama di dalam Negeri Sembilan. Kompleks tersebut mempunyai juga dewan tertutup. Dewan tertutup ini akan dibuka untuk sewaan kepada penduduk setempat, pelajar sekolah, persatuan sukan dan pihak-pihak individu yang berminat. Ianya sesuai untuk sukan COMBAT, badminton, ping pong dan program sukan yang berbentuk indoor.

Kemudahan yang ada di Kompleks Sukan Rakan Muda Teluk Kemang itu adalah dewan tertutup serbaguna, 6 gelanggang badminton multipurpose dengan izin, padang bola sepak, gelanggang futsal terbuka berlampu, gelanggang tenis terbuka berlampu, gelanggang sepak takraw terbuka, ruang pejabat, surau dan stor. Dewan tertutup Kompleks Sukan Teluk Kemang ini pernah digunakan sebagai venue pertandingan bagi acara sukan taekwondo dan karate-do ya, semasa Negeri Sembilan menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun 2004 yang lalu. Beberapa program, aktiviti serta penyewaan pernah diadakan di dewan tertutup Kompleks Sukan Teluk Kemang itu. Antaranya majlis perkahwinan, kejohanan karnival sepak takraw, penyewaan daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia dan jugak kejohanan acara sukan dari sekolah-sekolah yang berhampiran.

ADUN, Dato’, ADUN Senaling ya. ADUN Juasseh, mintak maaf, ada bertanya tentang Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sedang berlangsung sekarang tetapi didapati ada menaikkan bendera-bendera parti. Secara dasarnya pihak urusetia bersetuju bahawa kita tidak pernah mengarahkan untuk dipasang bendera. Tetapi Kejohanan Bola Sepak Piala Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini sudah agak lama tidak diadakan. Dan ia menarik minat anak-anak muda ya, penyertaan hampir 5,000 orang anak-anak muda. Dan ada di antara mereka yang agak ghairah ya, dan mereka telah biasa kalau nak ucap terima kasih tu, mereka naikkan bendera-bendera parti.

Mereka kata dulu boleh, sampai tiang gol pun naik bendera, bendera parti dia kata. Tapi tak apa, kita akan bantu untuk mem, mendidik mereka supaya berhati-hatilah dari segi menaikkan bendera-bendera parti ini ya. Kita tidak mahu kejadian-kejadian semasa kerajaan terdahulu ya, pusat dakwah di Paroi tu pun dulu pernah penuh dengan bendera. Kita ingat pusat dakwah dah tukar ke jadi pusat kegiatan parti kan. Padahal itu lagi jelas bahawa pusat dakwah itu perlu dilihat neutral, tidak berpihak kepada sesiapa. Walau bagaimanapun, kami sudah 3 tahun menjadi kerajaan, kita tidak pernah menggunakan premis kerajaan untuk mengadakan mesyuarat agung dan sebagainya, perhimpunan agung dan sebagainya.

Saya jugak diminta oleh Yang Amat Berhormat sebab tanah perkuburan di Forest Heights yang menjadi orang kata, atau disentuh oleh Yang Berhormat Chembong. Untuk pengetahuan kerja-kerja pembinaan platform secara teras, secara teres ya, sebab Tanah Perkuburan Forest Heights ini telah penuh, yang tapak lama dan kita ada tapak baru di sebelahnya, dia berbentuk lereng bukit. Jadi untuk kita mengadakan atau membuat kubur perlu kepada membentuk teres atau platform supaya tanah itu bila hujan tidak melorot turun ya, tidak, tidak mengalir turun. Jadi kerja-kerja akan dijangka akan disiapkan pada 25 Disember 2021 dan akan diserahkan kepada Jabatan Pembersihan dan Kesihatan Persekitaran MPS 2 minggu selepas tarikh siap. Kawasan ini dijangka dapat digunakan pada bulan Februari 2022. Bagi mengatasi masalah air bertakung di kawasan perkuburan sedia ada, kerja-kerja pembinaan longkang dimulakan pada 6 Disember 2021 dan dijangka dapat disiapkan pada 27 Disember 2021.

Jadi memang kita sedia maklum Tanah Perkuburan Forest Heights ini kita dapati adalah tanah yang tidak sesuai sebenarnya untuk dijadikan tanah perkuburan kerana ia merupakan kawasan berpaya, mempunyai mata air. Jadi bila digali liang lahad tu, Dato’ Yang Dipertua, air keluar, bertakung, menyebabkan jenazah tidak dapat dikebumikan. Atau kalau dikebumikan akan menyebabkan apa, dia terendam dalam air. Jadi antara punca yang kita dapat kenal pasti ialah ketika proses menentukan ataupun kita membuat Kebenaran Merancang oleh OSC, sepatutnya dilibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam berada dalam jawatankhas, jawatankuasa OSC itu supaya bila pihak pemaju menentukan sesuatu tapak untuk dijadikan tanah perkuburan, maka pihak Jabatan Agama Islam boleh turun tengok adakah tanah ini sesuai ataupun tidak ya. Adakah ia berpaya ataupun tidak. Kadang-kadang pemaju, kita tak buat tuduhan, tapi ada pemaju sengaja menyerahkan tanah-tanah yang sukar, yang ada masalah untuk dijadikan tapak kubur ya, tapak sekolah dan sebagainya. Akhirnya menyebabkan berlaku kesukaran. Jadi Kerajaan Pakatan Harapan, kita telah membuat penambahbaikan, mulai tahun

2020 dalam Jawatankuasa OSC tu akan ada wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Supaya bila ada isu berkaitan tanah kubur, tapak masjid ya, dan sebagainya, pihak pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tu boleh turun padang menilai dan memberikan teguran dan pandangan mereka dalam jawatankuasa kelulusan OSC tersebut. Jadi ini suatu penambahbaikan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Sikamat bagi mengelakkan berlaku isu lagi berkaitan dengan tanah masjid, sekolah dengan tanah, tapak kuil. Ini berlaku pada pentadbiran kerajaan terdahulu, yang akhirnya bila, bila berla, apa, selepas peralihan kerajaan, timbul pelbagai isu. Maknanya benda ni tidak diuruskan dengan lebih baik ketika awal-awal kita meluluskan Kebenaran Merancang.

Dato’ Yang Dipertua, Kota jugak bertanya tentang tanah perkuburan yang, dia kata berong, tak luruih ya. Jadi tanah-tanah kubur yang tak luruih ni tanah-tanah kubur yang lama ya. Yang lamo. Yang berong-berong ni biasa yang lama. Yang baru insyaAllah di Ainsdale, tanah perkuburan Islam di Ainsdale, Tanah Perkuburan Forest Heights tapak baru ini dan jugak tanah perkuburan yang kita telah dapat buat di Kariah Kuala Sawah, Rantau yang telah penuh, kita dah dapat tapak yang baru, Yang Amat Berhormat jugak telah pergi melawat ya. Kita dah dapat tapak tanah kubur yang baru. Ada jambatan pun kita dah buat. Jalan pun dah tar. InsyaAllah tanah-tanah perkuburan baru ini kita akan pastikan ia dibuat secara teratur dengan kaedah yang betul, dengan keluasan yang terbaik, susunan yang baik.

Dan pembinaan kalung ya, dipanggil kelung ke, saya tak pasti apa istilah dia, yang, yang buek untuk apo, untuk kubur tu, kan. Biasanya warih akan buat kelong kubur tu. Dia pun akan dibuat secara standard, tak boleh lagi ado orang nak tinggi, ado orang nak batu marmar, ada orang macam nia, tak boleh ya. Tidak ada, tidak ada orang kata level-level kek kubur ni, sama semua ya. Tak ada orang kayo boleh macam nia, orang tak ada duit buek, lotak batu-bata je, tak boleh. Kita akan buat standard. Dan saya ingin mencadang kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban supaya kontrak yang akan menguruskan ini kita bukaklah ya. Saya difahamkan ada rayuan daripada kontraktor-kontraktor lama supaya mereka dimasukkan jugak sebagai pihak yang boleh menguruskan pembinaan kelong-kelong, kalung-kalung kubur ni ya. Jadi jangan kita tetapkan pada satu pihak sahaja. Jadi insyaAllah kita akan cuba buat yang terbaik ya, untuk.

Berkaitan soalan tentang umur ya, umur daripada ADUN Gemencheh, umur, dasar umur belia ya, bawah, 30 tahun tu ya. Jadi, ianya berkaitan dengan RUU Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) ya. Isu had umur belia ini telah mula dibincangkan sejak

tahun 2007 apabila Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (Akta 668) mula dipekenalkan. Pada waktu itu Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia Dan Sukan telah mencapai kata sepakat ya, mereka telah bersetuju had umur belia itu, 15 – 40 tahun. Itu pada tahun 2007. Menjelang 2015, Dasar Belia Negara yang mula diperkenalkan oleh Menteri Belia Dan Sukan ketika itu ialah Yang Berhormat Khairy Jamaluddin ya. Dasar Belia Malaysia ini membawa visi baru dalam memper, menterjemahkan umur belia ini ya. Had umur belia ni nak diturunkan daripada 40 tahun ke 30 tahun. Ini telah diluluskan atau dibincangkan dalam Dasar Belia Malaysia oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin. Dan dalam perbincangan itu, ianya akan dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun ya, bermula 2015, akhir 2020 akan dilaksanakan. Di peringkat antarabangsa sebenarnya, di seluruh dunia, Malaysia ni antara negara-negara yang masih mengekalkan umur 40 tahun. Negara-negara Afrika hanya mengiktiraf belia berumur 35 tahun ke bawah. Malaysia ni saja yang masih umur 40 tahun. Jadi sudah sampai masanya kita melihat perkara ini. Kerajaan Negeri bersetuju dengan dasar ini.

Dan yang penting kita kena faham Dasar Belia Malaysia dan pelaksanaannya adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya akan mengikut apa yang telah diluluskan. RUU telah diluluskan pada tahun 2019, berkaitan dengan Dasar Belia Malaysia ini, tentang had umur belia ini ya. Jadi kesilapan dan kelemahan kita, dan kepimpinan belia, Negeri Sembilan adalah untuk membuat persiapan bagi melatih kepimpinan baru. Saya ulangi lagi, bahawa saya sangat mengambil berat bahawa kepimpinan yang baik adalah kepimpinan yang bersedia untuk melahirkan kepimpinan yang baru. Jangan asyik orang lama sahaja. Kita kena bersedia untuk memberikan peluang kepimpinan ini kepada tokoh-tokoh baru yang muda, yang boleh membuat perubahan yang lebih baik ya.

Saya mengambil contoh, Persatuan Belia Dinamik Barat, saudara Zaharuddin telah mula membuat peralihan kepimpinan. Hari ini, Persatuan Belia Dinamik Barat yang sangat popular dengan Anugerah Belia Negara ataupun dipanggil Duke of Edinburgh's ya, satu anugerah di mana kita memberikan pingat emas, perak, gangsa kepada tokoh-tokoh belia ini, yang telah melalui pelbagai program. Ianya di, dimonopoli atau di, dipelopori oleh Persatuan Belia Dinamik Barat sehingga menjadikan Negeri Sembilan negeri yang terbaik dari segi Anugerah Belia Perdana ini, ya, yang merupakan antara negeri yang paling banyak melahirkan belia-belia yang mendapat anugerah pingat emas ya.

Saya kira itu sahaja. Akhirnya saya ingin mengambil peluang jugak untuk menyentuh jugak ya, sebab ramai pihak pembangkang bercerita tentang Pilihan Raya Negeri Melaka. Saya jugak tertarik dengan PRN Melaka ini.

Cuma bagi saya, saya tidak mampu nak ucapkan tahniah kepada YB Chembong. Bagi saya istilah yang saya nak gunakan adalah takziah ya. Satu, kerana ianya adalah tanggungjawab. Dua, kerana ia melambangkan sikap UMNO dan Barisan Nasional kepada prinsip setia kawan, prinsip persahabatan dalam politik, muafakat dalam politik. Kita melihat sejarah negara kita. Kerajaan Pakatan Harapan telah dibentuk pada tahun 2018. Ianya dijatuhkan oleh pengkhianat-pengkhianat yang bersekongkol ketika itu ya, antara UMNO Barisan Nasional dan sebahagian daripada PKR, BERSATU, akhirnya menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan dan dibentuk Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yasin. Akhirnya kerajaan abah ini pun jatuh ya, akibat berlakunya pengkhianatan jugak oleh UMNO Barisan Nasional, akhirnya menaikkan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri.

Bagi saya, ianya melambangkan bagaimana retorik tentang kesatuan ketuanan Melayu, ketuanan Islam ini hanyalah manis di bibir sahaja, bukannya perjuangan yang lahir daripada jiwa dan hati mereka. Saya mendengar video clip bagaimana Yang Berhormat Rantau memerli lebai-lebai yang ditujukan kepada Parti PAS, bahawa PAS sanggup tidak guna logo mereka …..

Dato’ Dipertua.

….. kerana hendakkan kuasa …..

Apa cerita ni Dato’ Dipertua? Saya cu, sekadar bertanya itu hari, kalau nak ucap tahniah kepada saya. Itu saja.

Tak apa, duduk, duduk, dengar dulu.

….. itu kan …...

Saya tak kacau masa Yang Berhormat berucap …..

Jangan emosi ya.

Saya tak kacau, dengar dulu ucapan saya.

Jangan emosi Dato’ Dipertua …..

Dengar, kalau salah tutup telinga, kalau betul, betulkan ya. Jadi ini melambangkan bagaimana sikap mereka dalam politik negara ini ya. Rakyat kena sedar, kalau mereka yang bersama-sama boleh mem, bermuafakat ya, me, menggunakan slogan Ketuanan Melayu Islam untuk

menarik undi orang Melayu, akhirnya mereka bergaduh dan mereka bermusuh dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Saling hina menghina antara satu sama lain. Dan ketika itu tidak ada lagi retorik tentang …..

Dato’ Yang Dipertua.

….. Ketuanan Melayu Islam.

Dato’ Yang Dipertua, ya. Mohon pencerahan Dato’ Dipertua. Mohon pencerahan.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Soalan, soalan. Saya cuma nak tanya kerajaan, saya rasa kita semua setuju bahawa ubat kepada perkara ini adalah untuk mewujudkan akta ataupun enakmen anti lompat parti. Jadi mengapa Kerajaan Negeri Sembilan ini tak ambil kesempatan untuk membentangkannya?

Kita sebenarnya tidak perlu pada akta lompat parti ini kalau pemimpin-pemimpin, ahli-ahli politik ini adalah orang yang jujur. Orang yang tahu prinsip mereka. Kenapa mereka menawarkan diri kepada rakyat. Kenapa mereka menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi wakil rakyat mereka. Sebab itu …..

Kita, kita setuju.

….. prinsip yang jelas kalau …..

Itu kita setuju.

….. mereka …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan itu perlu ditujukan kepada parti sendiri.

Haa, itu kita setuju.

Kalau mereka boleh berubah-rubah …..

Banyak yang lompat-lompat ni, banyak yang tak setia ni.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dia bukan masalah floor sekarang. Tapi masalah dia, kenapa macam ni …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Dato’ Speaker, kalaupun floor owner, tapi dah tersasar. Kalau lompat parti, dulu…..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Dengar dulu, dengar dulu. [kekecohan dalam Galeri Persidangan]

Dulu Paroi, dulu dia PAS. Sekarang dah jadi Amanah. Jadi tak payahlah nak …..

Saya berubah …..

….. jadi saya tidak …..

….. ketika saya bukan wakil rakyat.

Dato’ Speaker, kalau dia cerita tentang ni …..

Dengar, dengar dulu, sabar.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua …..

Jangan cerita benda yang macam ni …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Menggulung sajalah.

…. yang tak ada kena mengena, yang karut mengarut dalam Dewan, nak dicerita dalam Dewan.

Tiada seorang pun daripada kami semalam yang mengatakan tentang keburukan.

Saya boleh, boleh …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Apakah, apakah Paroi ni jugak …..

….. sabar, saya boleh dengar …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. pengkhianat dalam PAS. Saya tanya.

Tuan-tuan berucap, saya boleh sabar, saya boleh dengar.

….. tak itu …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. itu yang saya tanya, apakah Paroi ni juga pengkhianat dalam PAS …..

…. tak ada kena mengena dengan persoalan …..

Yang Dipertua Dewan

….. gini, gini …..

….. yang you cerita tadi ….

Yang Dipertua Dewan

….. Gemas, Paroi, Pertang …..

[kekecohan kembali reda]

Yang Dipertua Dewan

Saya sebenarnya saya ni dah bagi cukup ruang kepada tuan-tuan semua, saya pun, dengar, dengar, dengar, dengar saya cakap …

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak boleh terima ke di Melaka, Barisan Nasional monang, podeh bona ko hati tu Paroi?

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Masalahnya sekarang ni, tuan-tuan pun, kalau tuan-tuan bercakap pasal kemenangan, saya pun tak ada ganggu, saya pun tak ada, Palong …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, itu kita akui …..

Yang Dipertua Dewan

….. Palong paling banyak cakap. 2 hari berturut-turut cakap pasal kemenangan di apa …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. kalau nak cakap backbenchers cakap saya tak kesah …..

Yang Dipertua Dewan

….. itu ruang orang yang menang bergembiralah, yang kalah mesti berdukacita. Tapi sekarang ni, yang, yang …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Dipertua, berdukacita, okay, okay, okay

Yang Dipertua Dewan

Dengar, dengar, dengar. Saya …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Korang berdukacitalah.

Yang Dipertua Dewan

Dengar dulu, saya tak ada halang pun tuan-tuan bergembira dengan kemenangan. Saya pun tak ada suruh siapa duduk pun bercakap pasal, semalam Palong bercakap panjang. Chembong dia, dia memang pandai sinis, sindir ….

Semalam saya tanya Dato’ Dipertua, taknak tahniah kepada kami, itu saja …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, duduk, duduk, duduk.

Saya ucap tahniah saja, saya tak tanya soalan.

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Tak apalah, macam Dato’ Dipertua cakap tadi, kita bagi peluanglah …..

Yang Dipertua Dewan

Mintak maaf, duduk Palong.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. orang berdukacita, dia okay …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk Palong, Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. kita bagi peluanglah orang yang berdukacita, macam Dato’ Speaker cakap tadi. Silakan Paroi orang yang berdukacita dikatakan oleh Yang Dipertua …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Duduklah Pertang.

Yang Dipertua Dewan

Ada lagi 5 minit lagi.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. Yang Berhormat Paroi teruskan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kita tunggu pilihan raya 15.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bila nak bubar sekarang.

Nabi bersabda, maksudnya …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Paroi teruskan.

….. tolonglah orang yang dizalimi dan orang-orang yang buat zalim. Sahabat-sahabat hairan. Macam mana nak tolong orang yang dizalimi tu fahamlah. Orang yang rumah dia di, di, di, runtuh dan sebagainya kita tolong dia. Tapi orang yang zalim ni yang, yang, buat zalim ni macam mana nak tolong. Maka Nabi bersabda, tolonglah hentikan dia dari berbuat kezaliman. Maka dengan sebab itulah ya, saya melihat bagaimana peratus keluar mengundi di Melaka ini sangat rendah. Kenapa rendah? Kerana rakyat sudah tidak percaya kepada proses demokrasi. Rakyat kata ya, bila mereka dah pilih Pakatan Harapan pada 2018, tiba-tiba hari ini ….. [kekecohan di dalam Galeri Persidangan]

Dilihat gagal.

….. perkara yang paling …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Tak menugheh, jawapan Negeri Sembilan, tak menugheh.

….. seluruh politik dunia terperanjat bagaimana akhirnya orang yang kalah jadi Perdana Menteri.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Sobab dio ngato gagal.

….. tak boleh menerima kekalahan …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Masuk pintu belakang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. kenapo gagal.

….. anti lompat parti.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Okay …..

Tidak boleh menerima kekalahan.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kita bagi orang yang kecewa bercakap.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Diamlah.

….. tunggu sehingga 5 tahun, beri peluang kepada Pakatan Harapan buktikan keupayaan kami. Kenapa kamu …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Itu tanyalah pada Pakatan sendiri. Jangan tanya pada kami.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Jeram Padang, back door, back door.

….. berlaku khianat …..

Yang Dipertua Dewan

Semua, saya bagitau ni, Speaker ada depan ni ya …..

….. akhirnya kamu menyebabkan …..

Yang Dipertua Dewan

….. tolong mintak kebenaran kalau nak bercakap.

….. rakyat hilang kepada demo, kepada proses demokrasi.

Sebab manifesto bukan kitab suci.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah.

Tolong duduk.

Sebab UMNO terima pengkhianat.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Bukan tak percaya dengan demokrasi …..

….. lompat parti.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

….. Tak percaya dengan Pakatan Harapan …..

Yang Dipertua Dewan

Siapa yang bercakap tanpa kebenaran Speaker …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

…. pintu belakang, duduklah you orang semua.

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni siapa bercakap, saya suruh duduk luar. 1, 2, 3, siapa bercakap tidak mintak kebenaran saya, saya suruh keluar. [kekecohan kembali reda]

Dato’ Speaker, saya mohon kebenaran sebentar saja Dato’ Speaker.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Chembong keluar.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Keluar, keluar.

Yang Dipertua Dewan

Mintak kebenaran.

Saya mohon kebenaran.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Chembong keluar.

Yang Dipertua Dewan

Saja, lain tak boleh, apa soalan?

Repah kenapa berkata demikian yang mengutuk UMNO tu? Dato Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okay dah, cukup. Duduk, duduk.

So PRN Melaka jugak saya nak mintak Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Repah, Repah, tak mahu, duduk.

….. pembangkang ya …..

Repah keluar.

….. Yang Berhormat daripada pembangkang supaya jangan baca selapis saja. Baca 2 lapis PRN Melaka ya, sebab apa, pengarahnya adalah Yang Berhormat Rantau. Kalau kita melihat senarai calon-calon yang dikemukakan oleh UMNO Barisan Nasional kebanyakannya calon-calon baru yang tidak pernah bertanding ataupun baru bertanding satu penggal. Jadi signal dia untuk PRU Ke-15, yang dah 3 penggal, yang dah 2 penggal tu, tunggulah, mungkin akan ada calon baru ya.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Ini kalilah.

Haa itulah, baco 2 lapih ya. Baca 2 lapih. Sebab tu jangan jack bona.

Dato’ Yang Dipertua,

Orang kato …..

Dato’ Yang Dipertua.

….. kalau nak jack. Duduk, duduk, duduk.

Dato’ Yang Dipertua.

Saya tak izinkan. Saya tak izinkan.

Boleh saya …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

….. mintak kebenaran.

Yang Dipertua Dewan

Saya benarkan soalan saja.

Soalan.

Saya tak izinkan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan saja.

Soalan saja.

Yang Dipertua Dewan

Apa soalan?

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Palong, duduklah Palong.

Soalan saya, adakah tajuk sekarang ni penggulungan ni bertajuk menganalisis PRN Melaka?

Yang Dipertua Dewan

Okay, duduk.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Semalam boleh, ini hari tak boleh haa.

Jawab, jawab, jawab.

Yang Dipertua Dewan

Okay, teruskan Paroi.

Jadi sebab itulah ya, kalau nak puji, nak jack pemimpin kita ni, jangan jack macam kita jack kereto ya. Kalau kita jack tu, jack kereto, tayar pancit tu jack sampai tukar kereto tu. Jangan jack sampai terbalik kereto, himpap kito balik ya. Berhati-hatilah ya. Dan saya berharap jugak Yang Berhormat Rantau supaya bersetuju dengan RUU, kita dah menghadkan penggal Yang Amat, Yang Berhormat Menteri Besar supaya dibuat kepada 2 penggal sahaja. Itu RUU yang akan dibentangkan, saya berharap Yang Berhormat Rantau, dia dah buktikan dalam PRN Melaka bahawa dia lantik muka-muka baru, jadi begitulah saya harap kita nak menghadkan penggal kepada Yang Berhormat Menteri Besar ni kepada 2 penggal saja. Kita bagi peluang kepada Yang Berhormat atau calon-calon yang lain.

Akhirnya pada rakan-rakan saya dalam PAS dan BERSATU, saya nak ingatkan mereka berkawan berpada-padalah kerana satu masa kawan itu akan jadi musuh. Dan bermusuhlah berpada-pada jugak bila bermusuh kerana satu nanti, hari nanti, satu hari nanti musuh tu akan jadi kawan …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Chembong, duduklah Chembong.

….. begitulah …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. jangan ganggu.

Dan saya jugak nak ingatkan kepada semua bahawa semasa kami menjadi pembangkang dulu, Yang Berhormat Rantau ……

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Soalan Dato’ Speaker, soalan, soalan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Saya nak tanya Paroi, apakah PAN itu sekarang jadi musuh kepada PAS?

Yang Dipertua Dewan

Apa dia, soalan tadi?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Setia kawan tadilah, dulu setia kawan sekarang apa, PAN itu jugak musuh kepada PAS? Pasal kawan tadilah, soalan saya, jawab, tolong jawab.

Yang Dipertua Dewan

Jangan panjang, soalan.

PAN tu, saya tak kenal PAN, yang kenal Amanah saja.

Yang Dipertua Dewan

Ya, okay, dah jawapan. Dia dah jawab, okay. Okay. Ada ….

Saya nak …..

Yang Dipertua Dewan

…. 2 minit je.

….. terakhir Yang Berhormat …..

Yang Dipertua Dewan

Terakhir, okay.

…. Dato’ Yang Dipertua. Berkaitan dengan ketika kami jadi pembangkang, Yang Berhormat Rantau selalu sebut, ya, dulu kamu masa bila nak jadi, masa pilihan raya nak tawarkan diri ya, nak jadi wakil kepada rakyat. Jadi bila dah menang tu, buatlah kerja …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN, ADUN Paroi. Celah, celah sikit, satu. ADUN Paroi tadi beritahu pengundi percent yang kurang keluar di Melaka. Tapi lagi satu mahu tambah, bilion-bilion keluar daripada sebelah sana. Terima kasih.

Politik wang ya, haa itu saya tak ada bukti lagi. Tengok dalam, dalam TikTok saja. Jadi, saya nak sebut supaya Yang Berhormat daripada pembangkang ya, bila dah jadi wakil rakyat ni, buatlah kerja. Macam YB Jeram Padang. Kata ada, ada, ada rakyat dalam kawasan dia ya, yang tak dapat isi borang, yang tak tahu JKM dah buat perubahan dan sebagainya, turunlah padang, jumpalah, tolonglah isikan borang. Tak akan itu pun wakil rakyat tak boleh buat …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN Jeram Padang tolong bukak pejabatlah.

…. yang kena buat. Masalah banjir, ADUN Chembong kata banjir. Kena turun padanglah, ya, sebab …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Aaa.

Yang Dipertua Dewan

Soalan.

….. bila banjir kita kena cepat …..

Yang Dipertua Dewan

Saya benarkan soalan saja.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya dengar nama saya.

Yang Dipertua Dewan

Soalan saja, penjelasan, soalan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ya.

Yang Dipertua Dewan

Soalan saja. Apa soalan?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan saja.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada soalan, duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebenarnya, no ini perkara JKM ini.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan dia …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan, soalan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. saya bawak isu …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan, soalan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. saya bawak isu dalam Dewan ini tugas saya tanggungjawab saya …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan. Sekarang floor dia. Saya beri soalan saja.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Jadi apakah Yang Berhormat Paroi itu pun tak faham. Itulah soalan saya. Haa jawablah.

Yang Dipertua Dewan

Okay, duduk, duduk.

Saya nak ajar, saya nak ajar Jeram Padang, ya, supaya naikkan level kita sebagai wakil rakyat. Dewan Undangan Negeri ini adalah tempat untuk kita menentukan dasar dan polisi Kerajaan Negeri, ya. Kalau berkaitan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Bukan ceramah parti.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Duduk, duduk.

….. PBT, berkaitan dengan perkara-perkara yang …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan, soalan.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak benarkan, duduk. Dah nak habis ni.

….. jabatan kerajaan ….

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan lagi, kang ganggu.

….. pergilah jumpa jabatan kerajaan …..

Yang Dipertua Dewan

Lagi 2 minit lagi.

….. mereka sedia membuka pintu sepenuhnya untuk menerima tuan-tuan, untuk hadir berbincang. Ini yang saya buat. Kejadian banjir di DUN Paroi, kita ada kejadian banjir di Bandar Seremban Selatan, kejadian banjir di Taman Seri Pagi. Beberapa kali saya jumpa pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Seremban, berpuluh-puluh kali. Saya bukan tak jumpa sekali terus dapat projek. Tak, ya. Kita jumpa banyak kali bincang, turun padang. Akhirnya alhamdulillah, projek telah dibuat, dilaksanakan dan alhamdulillah banjir semakin dapat dikawal di kawasan DUN Paroi. Jadi kena, kena turun padang, jumpa mereka. Janganlah kita perlekehkan mereka. Kita, saya nak buktikan bahawa mereka telah buat yang terbaik. Majlis ban, Majlis Daerah Jelebu telah memenangi tempat ke-3 penghargaan Bandar Mampan pada tahun 2021. Tahniah kepada DO-nya, Yang Berbahagia Tuan Abdul Rahim bin Abdul Aziz, menang tempat ke-3 seluruh Malaysia. Daripada hampir 100 Majlis Daerah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan, soalan. Beberapa ahli Yang Berhormat: Duduk.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan, soalan.

Yang kedua …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah gulung dah tu. Dah, dah, dah.

….. Daerah Kuala Pilah…..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Soalan.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Dia nak gulung dah.

….. Daerah Kuala Pilah …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Saya nak tanya.

….. tempat ke-2 …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah. Dia gulung dah. Dah, dah, cukup. Dia nak gulung dah.

Daerah Kuala Pilah tempat ke-2 pada tahun 2020 sebagai Anugerah Bandar Mampan. 2 tahun berturut-turut Negeri Sembilan dapat anugerah. Ini bukan kerja kuat pegawai-pegawai kita ke? Sudah pasti kerja kuat mereka, kita kena hargai. Majlis Bandaraya Seremban memenangi Bandaraya Paling Bahagia. Sebab itu ADUN Seri Menanti boleh kahwin dua sebab Majlis Bandayara Seremban Bandar Paling Bahagia.

Yang Dipertua Dewan

Adoi, kacau. Okay, jangan kacau.

Pada Hari Kebahagian Sedunia pada tahun 2020. Ini bukan kerja kuat mereka ke? Kerja kuat pegawai-pegawai kerajaan kita. Kita bagi tepukan kepada …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, Paroi, ada lagi? Jadi itulah Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya mohon maaf jika ada yang, tadi kosong Dewan ni, jadi saya nak tarik …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Lopeh ni saya nak, nak, saya nak ajak Paroi apa, makan tengah hari.

Yang Dipertua Dewan

Siapa bercakap ni, Sungai Lui.

Saya nak tarik mereka masuk …..

Yang Dipertua Dewan

Saya pesan tadi, siapa nak bercakap minta kebenaran Speaker dulu.

….. daripada duduk kat luar, baik duduk dalam Dewan ni, jadi sebab itu saya terpaksa keras sikitlah, mohon maaf. Jika ada yang terasa hati. Jadi sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Jadi saya sebenarnya meraikan semua orang. Kejap. Saya meraikan semua orang. Tuan-tuan bercakap kekalahan, saya terima kan berapa ADUN daripada apa tadi, cakap pasal tahniah, kekalahan kita di Melaka, saya tak kacau, tuan-tuan

tengah bergembira tak apalah. Tapi bila kawan kita nak menggulung, dengar pulaklah. Silakan YB Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang saya untuk apa, membuat penggulungan, ucapan penggulungan. Saya mohon izin nak, Dato’ Yang Dipertua, bukak facemask sebab Dewan ni panas tadi. Saya kena redakan, okay. Salam sejahtera dan salam perpaduan, salam ERAT Negeri Sembilan.

Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik cadangan dan pandangan daripada Yang Berhormat Chennah iaitu membuka lembaran baru bab politik di Negeri sembil, Negeri Sembilan. Beliau ada menyebut mengenai pembentukan satu budaya politik yang matang dan menepati hasrat serta inspirasi rakyat. Saya bersempedat, bersempendat, pendapat dengan beliau bahawa pemimpin-pemimpin perlu bersaing dari segi idiologi dan perjuangan parti masing-masing secara harmoni dan berbudaya. Politik ini bukan setakat menghasut, memfitnah, memarah-marah, memaki tetapi untuk politik ini perlu bersaing dari segi menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, bersaing dari segi menawar, menawarkan penambahbaikan dasar-dasar kerajaan, bersaing dari mengubah polisi kerajaan demi rakyat jelata kita.

Dato’ Yang Dipertua, budaya berpolitik yang matang dan berkualiti perlu disemaikan dalam semua lapisan masyarakat terutamanya kepada pemimpin-pemimpin masyarakat perlu menunjukkan te, teladan kepada masyarakat kita. Sama-sama kita, sama-sama kita dalam Dewan yang mulia ni, kami membahas cadangan dan masalah rakyat secara profesional supaya ianya dapat ditambahbaikkan dan diselesaikan.

Dato’ Yang Dipertua, kestabilan dan kewibawa, kewibawaan sesebuah kerajaan sama ada Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri perlu kita sama-sama mempertahankan. Ini merupakan kunci utama untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan menarik pelaburan dari luar ataupun dalam negeri. Dan ini akan menyumbangkan kepada pembangunan negeri dan akhirnya rezeki rakyat dapat dijamin. Syabas dan tahniah kepada semua ADUN di Negeri Sembilan kerana telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan untuk mengelakkan Negeri Sembilan daripada kehuru haraan politik yang berlaku tahun lepas seperti negeri lain. Saya ingin memberi kredit kepada semua ADUN Negeri Sembilan kerana kemandatan rakyat dan kepercayaan rakyat pada PRU lepas dapat dikekalkan dan setiap undi yang diundi oleh rakyat Negeri Sembilan dapat dihormati. Ini saya beri kredit kepada semua, okay.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman yang Dewan mulia, Kerajaan Negeri bersama dengan penjawat awam akan cuba sedaya upaya untuk memastikan harmonian dan kesepaduanan pelbagai kaum di ni, di Negeri Sembilan dalam keadaan yang paling baik. Daripada perhatian kami, sosial media yang berkembang pada masa kini banyak maklumat yang boleh dikongsikan. Malah seseorang individu-individu yang dapat, dapat memberi comment dan pendapat, pendapat persendiran beliau secara terbuka dalam platform media sosial pada masa kini. Saya sebagai EXCO yang menjaga perpaduan dalam negeri, adalah tanggungjawab saya untuk menyeru kepada semua pengguna media sosial supaya sebelum mengeposkan sesuatu berita atau pal, ataupun pandangan beliau, perlulah semak kesahihan ataupun punca berita. Pengguna media sosial perlu bertanggungjawab atas sebarang fakta dan pandangan beliau yang diposkan dalam media sosial. Jangan sesekali cuba mengeluarkan perkataan menghasut, fitnah atau kenyataan yang tidak berasas. Ini akan mengundangkan tanggungjawab undang-undang.

Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur-unsur fitnah ataupun ancaman yang cuba mengangu, mengganggu perpaduan di kalangan rakyat jelata Negeri Sembilan. Kami juga akan memastikan kerjasama antara pihak Kerajaan Negeri dengan pihak penguatkuasa undang-undang seperti PDRM, MCMC sentiasa erat supaya mana-mana pihak yang cuba membangkitkan atau mencetuskan isu perkauman yang boleh mengancam serta mengugat, mengugut, menggugat perpaduan rakyat Negeri Sembilan akan diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya percaya dan saya yakin pihak penguatkuasa undang-undang mampu menjalankan tanggungjawab, tanggungjawab mereka secara adil dan saksama mengikut bidang profesyen mereka. Pihak Kerajaan Negeri sangat tegas dalam perkara ini dan memastikan, untuk memastikan keharmonian dan perpaduan masyarakat dapat terjamin. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lukut. Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri, memang semuanya bagus ya. Negeri Sembilan dia tak macam negeri lain ya. Tak ada pulak lompat-lompat, tak ada pulak orang cari, cari untuk lompat. Jadi tahniah kepada semualah. Jadi terima kasih. Saya teruskan kepada yang lain.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Dan terima kasihlah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh portfolio Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan juga Kampung Baru.

Dato’ Yang Dipertua, untuk menjawab so, untuk menjawab isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Seremban Jaya, yang mengenai sampah di kawasan Seremban Jaya. Isu longgokan sampah di kawasan Seremban Jaya diberi, telah diberi perhatian serius oleh SWCorp Negeri Sembilan. Lawatan tapak telah diadakan pada 12 Oktober tahun 2021 bersama Majlis Bandaraya Seremban dan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat SUK bagi mencari jalan penyelesaian terutama kerja pembersihan dan penguatkuasaan serta status lokasi. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, isu mengenai sampah ini memang dalam tindakanlah, memang dalam tindakan. Dan tindakan telah pun diambil. Jadi, itu mengenai isu sampah.

Dan yang kedua, mengenai isu lampu isyarat di Persiaran Forest Heights ke simpang SJKC Ulu Kanchong. Yang Berhormat Seremban Jaya bertanya mengenai status terkini. Untuk makluman Seremban Jaya, perancangan jangka panjang, untuk perancangan jangka panjang, pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban akan mensyaratkan kepada pemaju Sunrise MCL Land untuk memasang lampu isyarat di persimpangan ini semasa pembangunan akan datang, berhampiran simpang tersebut iaitu atas lot 63547, 63655, 63656 atau 65965.

Mengenai kerosakan lampu isyarat di Seremban Jaya, seperti di persimpangan masuk Tesco dan lain-lain, pihak Majlis dalam perancangan memohon peruntukan MARRIS tahun 2022 bagi pembaikan secara menyeluruh sistem lampu isyarat dan komponen lampu isyarat dengan anggaran kos 300 ribu. Jadi Yang Berhormat Seremban Jaya, ini juga dalam tindakan Majlis Bandaraya Seremban.

Seterusnya mengenai adanya keperluan pembinaan pusat sukan dan dewan sukan khas. Saya rasa Yang Berhormat Paroi tadi telah pun menjawab.

Seterusnya untuk Yang Berhormat Jeram Padang ya, Yang Berhormat Jeram Padang ada menyatakan bahawa seorang penduduk dikenakan kompaunlah sebanyak 1,000.00 ringgit. Jadi, dalam perkara ini, untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, Kerajaan Negeri pada masa ini tiada perancangan untuk merizabkan mana-mana tempat bagi tujuan penyediaan pusat perlindungan anjing terbiar di Bahau memandangkan tiada kawasan yang bersesuaian bagi tujuan ini. Kompaun ke atas kesalahan membiarkan anjing berkeliaran adalah tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Jempol. Walau bagaimanapun, seperti apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Jeram Padang, kemungkinan kadar nilai kompaun itu terlalu tinggi, jadi kami mengesyorkanlah supaya Yang Berhormat Jeram Padang dapat membantu penduduk tersebut untuk membuat rayuanlah.

Dan kami akan cuba membantu. Yang paling penting saya rasa kita perlu terus mendidik masyarakatlah supaya memastikan haiwan-haiwan ternakan mereka tidak menyebabkan sebarang kacau ganggu.

Yang seterusnya mengenai Rumah Mampu Milik. Saya rasa Rumah Mampu Milik saya telah pun menjawab pada semalam. Saya rasa Yang Berhormat Jeram Padang juga telah maklumlah mengenai isu Rumah Mampu Milik yang Yang Berhormat Jeram Padang cadangkan supaya kita buat di kawasan Rompin.

Seterusnya untuk Yang Berhormat Chuah. Yang Berhormat Chuah telah pun menyatakan bahawa tiada Balai Bomba ataupun pusat pasar pagi berbumbung di kawasannya. Dan beliau mohon Kerajaan Negeri supaya dapat memohon kepada KPKT untuk menyediakan kemudahan ini secepat mungkin. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Chuah, bagi pembinaan Balai Bomba di DUN Chuah, pihak Bomba dalam proses mencari tapak tanah yang sesuai untuk pembinaan Balai Bomba di kawasan Bukit Pelanduk atau, atau sebuah Balai Bomba baru di kawasan Lukut telah diteliti dan pihak Bomba telah membuat permohonan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Selain itu juga Balai Bomba Dan Penyelamat Sepang merupakan Balai Bomba yang berhampiran dengan kawasan Chuah dan response time adalah di bawah 10 minit jika terdapat sebarang kes kecemasan seperti kebakaran atau penyelamatan.

Bagi pusat pasar pagi berbumbung. KPKT telahpun menyediakan satu Garis Panduan Pasar Sejahtera melalui panduan rekabentuk aspek keselamatan yang seragam untuk semua pasar di kawasan PBT di seluruh Malaysia. Garis panduan ini telah diterima pakai oleh MMK pada 7 April tahun 2021. Walau bagaimanapun pasar pagi adalah bersifat sementara yang mana tapaknya diguna juga sebagai parking kenderaan. Memandangkan peniaga pasar dikategorikan sebagai penjaja bergerak, maka pembinaan pasar pagi berbumbung ataupun struktur kekal didapati kurang bersesuaian. Dan seterusnya Yang Berhormat Chuah juga ada menyentuh mengenai Rancangan Kawasan Khas (RKK) Port Dickson. Beliau bertanya adakah RKK tersebut menyediakan laluan ken, keretapi Seremban – Port Dickson, dan adakah ianya akan dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, laluan keretapi Seremban – PD ada dimasukkan di dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Port Dickson. Ianya amat berpotensi untuk dilaksanakan bagi menggalakkan lagi industri pelancongan dan pintu masuk utama melalui jalan keretapi ke Port Dickson. Ia tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan, feasibility study dengan izin, yang dilaksanakan bagi membolehkan jalan perhubungan melalui jalan keretapi ke Port Dickson ini dapat dibuat.

Dan seterusnya Yang Berhormat Chuah juga ada menyentuh mengenai sampah di sepanjang jalan Lukut – Sepang. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, jalan Lukut – Sepang adalah Jalan Persekutuan dan disenggara, diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya. Jadual pemo, pemotongan rumput dilaksanakan setiap bulan oleh Selia Selenggara. Pada mas, semasa pemotongan rumput dilaksanakan, kutipan sampah juga akan dilaksanakan oleh pihak Selia Selenggara.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya ni apa, mengenai isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Gemas mengenai status Rumah Mampu Milik Type A di Taman Sahabat Gemas. Yang Berhormat Gemas ada? Ada haa? Okay untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah menetapkan syarat bahawa pemaju hendaklah membangunkan perumahan Type A sebanyak 45% pembangunan di atas tapak sebelum senarai nama pembeli diserahkan kepada pemaju. Sekiranya senarai nama diserah awal kepada pemaju dalam keadaan kemajuan di tapak adalah kurang daripada 45%, maka kebarangkalian projek menjadi terbengkalai adalah tinggi dan Kerajaan Negeri perlu bersedia untuk menjadi penyelamat. Setelah pemaju menye, memenuhi syarat tersebut, Kerajaan Negeri akan mengadakan majlis cabutan undi dan akan menyerahkan senarai nama berjaya undian kepada pihak pemaju, pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat Gemas, Bahagian Perumahan akan menghubungi pemaju tersebut dan kita akan mendengar, kita akan juga lihat macam mana boleh cari satu win-win solution untuk memastikan Rumah Mampu Milik Type A itu dapat terus dibangunkan di kawasan situ. Kerana bagi saya, bukan senang untuk kerajaan nak, nak dapatkan pemaju yang projek dia cuma membuat rumah jenis Type A saja. Jadi pihak Kerajaan Negeri akan cuba untuk facilitate-lah.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak bertanya. Kalau untuk …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, silakan.

Difahamkan, ni untuk senarai perumahan tersebut, nama telah dihantar dan telah pun dibuka dan cabut undi dalam tempoh masa terdekat. Dan saya dalam sidang Dewan yang mulia ni pun, jawapan daripada Bahau menyatakan dalam tapisan Kerajaan Negeri. Jadi saya senarai nama tu tidak ada masalah. Dan kalau ikutkan dari segi jumlah yang membuat permohonan tak silap saya hampir 400 permohonan. Jadi apa salahnya pihak Kerajaan Negeri pada peringkat awalnya berbincang dengan pihak pemaju untuk proses mengeluarkan cepat nama-nama tersebut. Sekarang ni dah makan tahun. Dan kebetulan pemaju telah membuat perumahan sebelum ini, untuk Type B

dan Type C dan sebagainya. Dia dah buat dulu, dah buat dulu. Tapi untuk Type A saja dia tak buat dulu di kawasan tersebut. Jadi apalah salahnya kalau perbincangan yang elok, muafakat, untuk sama-sama nak lihat. Dan cara bagaimana pulak kerajaan kalau boleh dengan peningkatan harga barang dan sebagainya, pihak kerajaan boleh membantu sedikit atau beri suntikan sedikit kepada pihak pemaju atau bagaimana untuk memastikan bahawa harga tersebut tidak akan melambung naik sedangkan masyarakat memerlukan. Dan itu soalan saya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Gemas. Sebab itu kami akan berunding dengan pemajulah. Saya rasa salah satu prinsip di mana saya rasa kita perlu sama-sama …..

Yang Dipertua Dewan

Harga rumah tu berapa tu? Berapa harga rumah tu?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

80 ribu. Okay, untuk makluman Yang Berhormat Gemas, saya rasa salah satu prinsip yang kita perlu pegang bersama-sama iaitu kita perlu menjaga kepentingan pembeli. Saya rasa sebab utama kita mensyaratkan peratus pembangunan itu sekurang-kurangnya perlu berada di tahap 45% kita, kita nak memastikan projek itu dapat diteruskan kerana kalau kita membenarkan dia mendapatkan senarai dahulu, dan selepas tu baru memulakan pembangunan, dia adanya possibility ataupun kebarangkalian menjadi terbengkalai. Dan pada, kalau, kalau nasib malang, projek itu terbengkalai, yang terjejas adalah pembeli-pembeli. Saya rasa kita perlu sama-sama mempertahankan hak pembeli itu. Jadi dalam perkara ini, kita akan berundinglah dengan pemaju dan mencari jalan, tengok macam kita boleh facilitate. Saya rasa itu saja mengenai isu perumahan.

Dan Yang Berhormat Gemas juga menyentuh mengenai tindakan untuk menghidupkan semula Pasar Awam Gemas. Untuk makluman Yang Berhormat Gemas, bagi menambah baik keadaan sedia ada, satu kerja-kerja pembaikan dengan kos 100 ribu sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Disember tahun ini. Pada masa ini, terdapat 23 bangku dan 7 lot gerai di Pasar Awam Gemas. Hanya 3 bangku disewa, manakala 7 lot gerai tiada penyewa. Kontrak penyewa sedia ada akan tamat pada 31 Disember. Buat masa ini, Majlis Daerah Tampin masih membuka kepada mana-mana pemohon untuk berniaga di Pasar Awam Gemas. Jika sehingga hujung tahun ini masih ada, masih tiada sambutan daripada peniaga berminat, pihak Majlis Daerah Tampin bercadang untuk membuat RFP (Request for Proposal), dengan izin. RFP hanya boleh dibuat selepas tamat tempoh penyewaan bagi penyewa sedia ada. Majlis Tampin, Majlis Daerah Tampin bersedia untuk mendengar cadangan daripada semua pihak bagi menghidupkan semula Pasar Awam Gemas.

Seterusnya untuk menjawab soalan yang telah pun ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rantau ketika perbahasan beliau. Ini mengenai status penyerahan kunci rumah PPR Rantau yang masih belum diselesaikan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun Yang Berhormat Rantau hari ini tak hadir tapi saya rasa perkara ini, saya rasa perkara ini saya, Kerajaan Negeri adanya tanggungjawablah untuk menjawab kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Dewan Yang mulia ini, kelewatan penyerahan kunci rumah PPR Rantau adalah disebabkan oleh perpindahan pengurusan dan pentadbiran PPR Rantau tersebut daripada KPKT kepada Kerajaan Negeri. KPKT tidak ber, berkeupayaan menguruskan PPR Rantau melalui kaedah rent-to-own ataupun sewa-beli dan berhasrat untuk menyerah seme, sepenuhnya pengurusan kepada pengisian PPR Rantau kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membeli skim PPR Rantau ini daripada persekutuan, Kerajaan Persekutuan dengan tawaran harga 3.5 juta ringgit dan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dilantik untuk menguruskan PPR Rantau tersebut. KPKT kini sedang dalam tindakan penyediaan Kertas Cadangan Pengurusan Dan Pengisian Projek Perumahan Rakyat Rantau untuk dibawa ke ma, ke Mesyuarat Jemaah Menteri, ke Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM). KPKT akan menyerahkan kunci rumah kepada Kerajaan Negeri sebaik sahaja keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri diperolehi. Selanjutnya penyerahan kunci akan dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada pemilik rumah.

Dato’ Yang Dipertua, dalam isu PPR Rantau, sebenarnya usaha yang telah pun dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah untuk membela nasib pembeli-pembeli. Kerana kalau kita ikut sistem yang dicadangkan oleh KPKT, pembeli-pembeli itu mereka cuma setakat mampu menjadi penyewa sahaja. Mereka perlu sewa tak da, mereka, at the end mereka tak akan dapat rumah tersebut. Sebab itu Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk membeli projek tersebut dan kita ikut konsep yang lama. Kita gunakan cara rent-to-own untuk memastikan pembeli-pembeli ini, mereka akan menjadi pemilik kepada rumah tersebut selepas 25 tahun, selepas mereka selesaikan segala bayaran kepada kerajaan. So itu salah satu usaha yang telah pun dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan mereka. Walaupun dilihat ada sedikit kelewatan, tetapi saya rasa menjadi pemilik adalah lebih baik daripada setakat menjadi penyewa rumah. Dato’ Yang Dipertua …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, boleh saya celah sikit?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, sila.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang saya ingin tanya pada Yang Berhormat Bahau, adakah PPR ini su, program PPR ini sudah ditamatkan? Dan

apakah statusnya pembinaan rumah PPR dekat Tanah Merah di Port Dickson tu, di Parlimen Port Dickson? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Saya rasa PPR tanah, Tanah Merah itu, dia masih diteruskan. Dan di sini saya ingin nak menyatakan sekali lagi ya. Jadi, usaha Kerajaan Negeri untuk membeli projek PPR di Rantau itu, kita telah pun usahakan tetapi dia masih tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri di peringkat Federal. Jadi, kami masih lagi menunggulah. Dan saya telah pun membawak perkara ini kepada Yang Berhormat Menteri KPKT-lah. Jadi, harap perkara ini dapat diselesaikan.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, ni Projek Perumahan Rakyat. Pada asalnya dia merupakan konsep sewa-beli. So kepada sesiapa yang telah pun berjaya dalam pengundian, dia akan mendapat rumah tersebut dan setiap bulan dia lebih kurang bayar dalam 140.00 ringgit, so dia bayar 25 tahun, rumah itu akan menjadi rumah dia. Tapi konsep yang baru cuma, daripada KPKT, dia cuma setakat sewa sahaja. So dalam perkara ini, itulah sebab mengapa Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk kita ambil projek tersebut. Dan kita sewa dan lepas tu kita jual rumah tersebut kepada pembeli-pembeli.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, mengenai isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Temiang berkenaan dengan proses permohonan lesen perniagaan mengambil masa terlalu lama untuk meluluskan permohonan. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak melantik mana-mana pihak sebagai pengantara untuk mewakili pihak PBT dalam urusan permohonan lesen perniagaan. Setiap permohonan itu perlu berurusan terus bersama dengan pihak PBT bagi tujuan permohonan lesen perniagaan mengikut tatacara permohonan yang telah pun ditetapkan.

Selepas tu mengenai tiada pencahayaan atau lampu di antara kawasan Temiang ke ja, ke jalan Pekan Pantai yang baru dibuat. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, jalan penyambungan Lebuhraya Kajang – Seremban ke Jalan Pantai adalah sebanyak 10.3 kilometer di mana dari sim, persimpangan bertingkat LEKAS/Temiang (KM0) sehingga KM3, telah dibina oleh pemaju Lapangan Kota Sdn. Bhd. dengan kemudahan jalan raya 2 lorong 2 hala serta lampu jalan. Kerja-kerja pembaikan kerosakan lampu jalan telah siap dilaksanakan pada bulan Oktober tahun ni, dan telah berfungsi dengan baik. Manakala bagi sambungan dari KM3 hingga KM10.3, jalan ini dibina oleh JKR dengan kemudahan jalan raya 2 lorong 2 hala. Hanya sebahagian laluan 6 kilometer ini dipasang dengan lampu jalan.

Seterusnya, ni …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’, Dato’ Yang Dipertua Dewan, boleh saya mencelah? YB …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, sila, sila.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

…. EXCO Bahau. Berkenaan dengan permohonan lesen tersebut, saya nak tanya apakah cara-cara penambahbaikan supaya pemohon itu tidak ditunggu lama dan diberitahu secara bertulislah apakah, apakah status permohonan mereka. Yang kedua, tadi jawapan berkata itu lampu menyala. Saya mintak MBS pergi turun padanglah. Langsung tidak menyala daripada LEKAS Highway, susur jalan masuk ke ini, kawasan Temiang, langsung tidak menyala. Jalan masuk pun tak menyala. Jalan keluar dari Temiang ke Mantin pun tak menyala.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay Yang Berhormat Temiang …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, pertanyaan, sama. Saya memastikan kerana kawasan ni betul saya kawasan, memang tak menyala. Terima kasih. Lampu tu, lampu tak menyala.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay terima kasih Yang Berhormat Temiang dan juga Yang Berhormat Lobak. Ni apa, mengenai isu permohonan lesen, jikalau adanya kelewatan ataupun adanya isu yang berhubung kait dengan pelesenan, saya rasa pemohon tersebut dia boleh mengemukakan rayuanlah kepada Majlis Bandaraya. Dan yang kedua, mengenai simpang-simpang yang disebutkan oleh Yang Berhormat Temiang dan juga Lobak, lampu tak menyala, saya mohon MBS-lah dan juga jabatan yang berkenaan supaya dapat meneliti apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Temiang.

Yang Berhormat Mambau, masalah semak samun haa, di lot terbiar. Saya rasa perkara ini telah pun dijawab ketika sesi soal jawab pada pagi tadi.

Yang Berhormat Mambau juga menyentuh mengenai status flat Desa Rasah, Seremban. Untuk maklumat Yang Berhormat Mambau, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Seremban (MBS) sentiasa memantau skim strata berlandaskan bidang kuasa di bawah Akta Pembangunan Strata 2013 (Akta 757) termasuk Rumah Pangsa Taman Desa Rasah, Rumah Pangsa Desa Rasah yang telah disiap bina pada 13 Ogos tahun 1984. Berdasarkan tarikh COF, hanya mula dipantau oleh Unit COB bermula pada tahun 2007. Semenjak dari awal pemantauan COB rumah pangsa ini sememangnya tidak terurus dan keadaan yang daif kerana hampir 70% rumah tidak dihuni dan telah rosak, ditambah pula jawatankuasa perbadanan pengurusan tidak aktif. Perbadanan pengurusan berjaya ditubuhkan pada tarikh mesyuarat agung tahunan

pertama iaitu 3 November 2013. Namun sehingga kini perbadanan pengurusan tidak dapat berfungsi sewajarnya kerana tiada kerjasama daripada pemilik petak. Jadi, walau bagaimanapun terdapat beberapa siri perbincangan di antara COB dengan pihak MC untuk tujuan mengadakan sesi walkabout untuk berjumpa dengan pemilik-pemilik, namun tidak dapat diteruskan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan. Justeru itu, perancangan akan diteruskan setelah mendapat tarikh dan masa yang bersesuaian di kalangan ahli jawatankuasa MC.

Yang Berhormat Chembong telah menulis mengenai ni apa, isu masalah anjing terbiar kepada Majlis Daerah Rembau di mana Majlis Daerah Rembau menghadapi masalah tempat dan masalah tempoh penyimpanan serta kemampuan penyediaan keperluan bagi penjagaan haiwan tersebut, Yang Berhormat berharap agar keadaan ini dapat diberi perhatian. Untuk makluman Yang Berhormat Chembong, buat masa ini MDR belum ber, berupaya menyediakan tempat penjagaan anjing terbiar kerana kekangan kewangan dan tenaga kerja. Bagi mengawal kacau ganggu berkaitan dengan anjing liar, MDR telah melantik kontraktor berdaftar bagi menangkap dan menguruskan anjing liar pada Jun 2021 dan melaksanakan beberapa siri penguatkuasaan bersama. Walau bagaimanapun, pada Ogos tahun ini, kontraktor berkenaan telah menarik diri dan tidak lagi berminat untuk meneruskan kerjasama tersebut. MDR sentiasa berusaha mendapatkan kontraktor bagi membantu dan menyelesaikan aduan kacau ganggu anjing.

Untuk menjawab isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Chennah berkat, berkaitan dengan stesen pengecasan kereta elektro, elektrik. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan akan mengkaji kesesuaian untuk mensyaratkan di dalam Kebenaran Merancang penyediaan petak parking bagi tujuan charging station untuk memberi kemudahan kepada pemilik kenderaan elektrik. Buat masa ini tiada kerjasama dibuat dengan pihak swasta. Ni …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, saya celah sikit. Terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat Bahau. Apa yang saya sarankan ialah bukan sahaja untuk projek-projek baru. Memang betul saya rasa apabila projek itu memohon untuk mendapatkan Kebenaran Merancang, aspek ini perlu juga diberikan perhatian kerana ini saya rasa merupakan satu keperluan untuk masa hadapan. Ini untuk projek-projek pembangunan yang baru.

Tetapi untuk masa sekarang, saya rasa bahawa untuk tempat-tempat parking awam ataupun di kawasan-kawasan yang dimiliki oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan, usaha juga boleh diadakan untuk menyediakan petak-petak untuk charge kereta elektrik ini. Dan seperti yang saya kata, bahawa ada banyak syarikat swasta yang ingin

bekerjasama dengan pihak PBT tanpa melibatkan kos ataupun implikasi kewangan kepada pihak kerajaan. Ini akan ditanggung oleh pihak swasta. Cuma perlu ada satu garis panduan yang jelas daripada pihak Kerajaan Negeri supaya pihak PBT boleh bekerjasama dengan sya, pihak swasta. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih atas cadangan dan juga Yang Berhormat daripada Yang Berhormat Chennah. Kami mengambil maklumlah. Dan kita akan cuba usahakan dan kemungkinan besar kita akan cuba mulakan di peringkat Majlis Bandaraya Seremban.

Seterusnya untuk menjawab isu yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Senaling mengenai aduan daripada penjaja yang menyatakan bahawa mereka tidak ada dalam senarai bagi pemilihan untuk ditempatkan di pusat penempatan semula penjaja. Yang Berhormat Senaling, yang ni, Yang Berhormat Senaling meru, menuju ke, merujuk kepada penjaja di Kuala Pilah ataupun di Majlis Bandaraya?

Di Taman Ampangan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Di Ampangan?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay. Untuk maklumat Yang Berhormat Senaling, terdapat 3 lokasi pusat penempatan semula penjaja dibina di Kuala Pilah iaitu di Taman Kuala Pilah Perdana, Pekan Juasseh dan Melang melalui peruntukan dari Kerajaan Negeri berjumlah sebanyak 600 ribu dan dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah 500 ribu bagi tahun 2021. Butiran projek adalah seperti berikut, yang ni butiran nanti saya hantar kepada Yang Berhormat Senaling.

Mengenai Majlis Bandaraya, kejap ya, yang ni berkenaanlah dengan Yang Berhormat, apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senaling-lah. Ni jawapan daripada Majlis Bandaraya Seremban, senarai calon penjaja telah dikenal pasti secara perbincangan bersama di antara MBS, pejabat wakil dan persatuan yang mewakili penjaja setempat. Perbincangan kini telah diadakan pada 14 Julai 2021 yang lalu. Sebarang pertanyaan mengenai senarai calon atau perkara berkaitan dengan pemindahan penjaja boleh diajukan terus kepada Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran MBS yang bertanggungjawab mengenai penempatan semula penjaja di Seremban. Saya rasa itu saja daripada saya. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Bahau. Saya punya soalan belum jawab, itu culvert dan sistem paritan di Kampung Baru Rahang. Satu masalah yang besar.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tak apa Yang Berhormat Seremban Jaya, mungkin lepas ni saya jawab secara apalah, bertulis. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’, sorry ya Dato’, minta maaf. Ada satu yang terlepas pandanglah mungkin. Tentang pembangunan Seremban Utara. Di mana saya nak tanya Kerajaan Negeri sama ada telah menerima semua ni, pembangunan 10 blok pembangunan daripada pemaju tanah ataupun dia punya pelan macam mana, supaya seperti yang saya nak laksanakan kemudahan-kemudahan asas penduduk-penduduk perlu di, dipastikan ada dan bukannya membenarkan pemaju tersebut membina sesuka hatilah.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Mengenai pembangunan Seremban Utara, yang ni nanti saya akan jawab secara bertulislah, kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau, telah menjawab semua persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di Dewan ini. Seterusnya saya nak persilakan kepada kalangan EXCO ya. Nilai, silakan.

Okay, ada beberapa isu saja berkaitan dengan daripada YB Kota, berkaitan dengan permohonan daripada Kuil Legong Jaya. So saya telah terima permohonan dan telah pun diproses, bantuan kewangan akan disampaikan dalam masa terdekat melalui Tabung Hal Ehwal Selain Islam Negeri Sembilan.

Yang kedua, berkaitan dengan daripada Yang Berhormat Chuah berkaitan penyediaan tapak perkuburan bukan Islam dan juga kelulusan pembangunan. PLANMalaysia@Negeri Sembilan telah menyediakan garis, Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan Version 1.0 yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 23 April 2012, 2021 dan pemakaiannya berkuatkuasa pada 1 Julai 2021. Di dalam manual tersebut terdapat garis panduan kemudahan perkuburan bagi Islam dan selain Islam sebagai rujukan dan panduan kepada PBT bagi penyediaan kemudahan perkuburan di dalam sesuatu kawasan pembangunan. Berdasarkan Garis Panduan Kemudahan Perkuburan ini, keperluan penyediaan tapak perkuburan di dalam sesuatu pembangunan adalah tertakluk kepada

tadahan penduduk 5,000 orang dengan pembahagian tapak kubur berdasarkan 70% tapak perkuburan Islam dan 30% tapak perkuburan bukan Islam. Walau bagaimanapun, penentuan tapak kubur di kalangan selain Islam tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Sembilan.

Seterusnya berkaitan bantuan untuk mengindahkan tapak perkuburan Cina di Jalan Lee Sam. Tapak perkuburan ini adalah di atas tanah rizab di bawah seliaan Persatuan Wah Chai Seremban dan tidak berada di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Maka kerja penyelenggaraan atau pengindahan tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan Majlis Bandaraya Seremban. Dan disyorkan sebagai Persatuan Wah Chai Seremban sebagai pemilik tapak perkuburan ni untuk mencari kaedah ataupun peruntukan lain untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan juga pengindahan. Sebelum ini peruntukan melalui Tabung Amanah Hal Ehwal Selain Islam juga dibantu dan juga akan dibantu mengikut keperluan dan juga kemampuan kita.

Seterusnya adalah berkaitan dengan ADUN Chuah, Yang Berhormat Chuah …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, pertanyaan. Nak tanya tu, jikalau ni komuniti boleh be, mohon Tabung Amanah Perkuburan ke? Tabung Amanah Perkuburan.

Kita tidak ada apa-apa tabung amanah perkuburan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

[percakapan secara off mic] ….. satu saluran Tabung Amanah Perkuburan di MBS. Baru saya difahamkan, berjuta-juta ringgit di Tabung Amanah Perkuburan. Saya harap Kerajaan PH bertimbang dan mengkaji semula wang Tabung Amanah Perkuburan tu boleh dipakai dengan seratanya. Terima kasih.

Untuk maklumat Yang Berhormat Lobak, memang ada tabung apa, di Majlis Bandaraya Seremban. Itu adalah di bawah untuk perkuburan tetapi kebiasaannya adalah kita digunakan untuk pengambilan tanah ataupun penyediaan tapak-tapak perkuburan baru di mana peruntukan itu dapat digunakan untuk penyediaan infrastruktur untuk tapak-tapak perkuburan baru. Contohnya seperti di Sendayan, tapak perkuburan Kristian telah pun disediakan dengan kemudahan jalan dan juga semua kemudahan-kemudahan asas dengan kos hampir 700 ribu. So itu adalah kos untuk penyediaan kemudahan-kemudahan tapak perkuburan baru. Dan …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

[percakapan secara off mic] ….. untuk dijaga. Walaupun baru, yang lama dia Lee Sam dia betul-betul di tengah ba, ban, bandar. So saya mohon kerajaan dengan jasa baiknya bersalurkan sumbangan supaya pem, membantu penyelenggaraan tapak kubur Lee Sam di Pekan Seremban ni. Ini …..

Okay, kita …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. kena dikaji semula. Terima kasih.

Okay, kita akan cuba melalui Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam untuk tapak perkuburan di Jalan Lee Sam ini. Sepertimana yang kita tahu, Jalan Lee Sam ini dah penuh. Tidak ada apa-apa tempat lain yang boleh menggunakan sebagai yang baru. Yang penting bagi kita adalah sekarang adalah untuk penyediaan tapak-tapak baru untuk menampung ataupun untuk menyelesaikan isu-isu ketidakcukupan perkuburan bukan Islam khususnya di Daerah Seremban dan di Daerah Port Dickson. Okay, seterusnya …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Sorry, mintak maaf, atau mintak, kerana ini memang bandar raya, bandar raya, sudah upgrade, saya mohonlah, dengan izinnya mohon, mohon bantu. Terima kasih.

Okay terima kasih. Seterusnya adalah berkaitan dengan Chuah juga iaitu tapak perkuburan, isu perkuburan di Seremban dan di Port Dickson. Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti beberapa tapak dan juga kawasan untuk dijadikan sebagai tapak perkuburan bukan Islam mengikut keperluan di kawasan tersebut, di Daerah Seremban dan juga di Port Dickson.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Chuah jugak. Berkaitan tapak perkuburan, tanah perkuburan India di Bukit Pelandok yang telah memasuki tanah milik persendirian. Semakan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson mendapati tanah perkuburan India di Bukit Pelandok yang terletak di atas Lot 1521 iaitu rizab kubur sedia ada telah memasuki sebahagian tanah milik Lot 20240 dan Lot 20241 seluas lebih kurang 2,767 meter persegi. Pelan pra-hitungan bagi ketiga-tiga lot ini telah disediakan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya kira masa hampir pukul 1:00. Beberapa minit lagi ya, 5 minit. Jadi saya bercadang untuk tangguhkan dulu, dan kita akan masuk 2:30 ya. Tolong pastikan 2:30 semua ada ya, untuk, seterusnya untuk penggulungan. Jadi sekian, terima kasih. Kita jumpa 2:30.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 12:55 petang]

[Persidangan Dewan disambung semula pada jam 2:40 petang]

[YB ADUN Chennah dan YB ADUN Serting tidak hadir di sesi petang]

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung penggulungan dan jawapan daripada pihak kerajaan. Dipersilakan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua, minta izin untuk bukak pelitup muka. Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan belanjawan yang dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema “mendaya upaya ekonomi rakyat”. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam sektor wanita, keluarga dan kebajikan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat yang bersih, muafakat, sejahtera selaras dengan aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menerusi belanjawan 2022 telah menyediakan peruntukan yang pelbagai sama ada untuk golongan wanita, OKU, gelandangan, budak sekolah mahupun golongan yang lain, yang terjejas, yang begitu inklusif dan merentasi sempadan kaum, bangsa, agama dan geografi.

Dato’ Yang Pertua, sebelum saya teruskan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun agar kita sama boleh menjadikan Dewan yang mulia ini satu tempat yang beradab dan mengamalkan politik matang seperti apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Chennah.

Sungguh sedap buah berangan Buah masak dengan sekata Dalam politik amalkan kematangan Demi rakyat yang tercinta

Dato’ Yang Dipertua, antara yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang membantu golongan wanita, keluarga, kebajikan dan masyarakat adalah C4U, B4U, Rumah Minda Ceria. Perasan tak ini, adalah kipas, kalau panas boleh guna [merujuk kepada pamphlet belanjawan yang berbentuk kipas]. Saya, di sini saya menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Mesyuarat MMK, Dato’ SS, Yang Berhormat Pegawai Kewangan, Yang Berhormat

Penasihat Undang-Undang dan semua penjawat awam yang sama-sama menjayakan pe, pembentangan belanjawan kali ini.

Dato’ Yang Dipertua, suka saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah juga kepada keseluruhan anggota JKM yang berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan ikhlas. Golongan anggota JKM ini adalah barisan hadapan atau dengan izin, front liner yang menyantuni rakyat apabila kerajaan menerima laporan atau aduan berkenaan dengan keperluan golongan sasar terutamanya tentang kebajikan.

Dato’ Yang Dipertua, isu-isu yang sering dibangkitkan oleh beberapa wakil rakyat dan juga pembangkang adalah berkenaan dengan proses kaji semula atau penana, penamatan bantuan JKM. Dan saya, izinkan saya untuk beri sedikit pencerahan. Berkaitan dengan kaji semula, secara lazimnya permohonan akan dibuat melalui Borang 18. Selepas diluluskan, maka 3 bulan sebelum JKM apa tu, tarikh lupus JKM iaitu satu tahun daripada tarikh penerimaan. Misal kata 1 haribulan Januari anda menerima bantuan JKM, maka 3 bulan sebelum 1 haribulan Januari, satu borang kaji semula akan dihantar melalui pos dan penerima bantuan harus isi borang tersebut dan satu temujanji akan ditetapkan oleh Pejabat JKM untuk satu siasatan.

Tapi dalam tempoh PKP, satu penambahbaikan kerana tidak diwajibkan, ada pengecualian proses kaji semula yang berkuat kas, kuasa 1 Januari 2021 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Ini bermakna, kepada sesiapa penerima bantuan yang tidak mengisi borang kaji semula pe, tiada penamatan bantuan JKM akan berlaku. Berkuatkuasa 1 haribulan Januari sehingga 2021. Jikalau ada apa aduan bahawa ada penamatan, mohon panjangkan kepada saya. Satu lagi penambahbaikan yang saya sebagai EXCO Kebajikan telah buat adalah saya mewajibkan satu notis 21 hari kepada semua ADUN kawasan sebelum apa-apa penamatan JKM dibuat. Ini adalah berkuatkuasa pada 22 haribulan Januari 2020.

Secara lazimnya, penamatan bantuan sebelum penguatkuasaan PKP di mana tiada penamatan, adalah, misal kata ber, berpindah. Penerima bantuan telah berpindah adalah menja, wajib untuk penerima untuk maklumkan kepada JKM bahawa beliau akan pindah. Misal kata secara tiba-tiba tanpa, tidak dapat dikawal, beliau terpaksa pindah ke negeri yang lain, maka satu notis saja atau telefon kepada JKM, maka bantuan tersebut akan diteruskan oleh negeri yang berkenaan. Tetapi penerima bantuan tersebut mesti buat satu permohonan yang baru di negeri yang baru. Masalah berlaku apabila penerima bantuan pindah tanpa memaklumkan kepada JKM. Saya harap perkara ini dapat diselaraskan

dan dipanjangkan kepada semua pihak yang berwajib agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Meninggal dunia, penamatan akan berlaku. Pendapatan melebihi PGK, penamatan akan berlaku. Tidak dapat dihubungi, maka arahan terbaru tersebut, notis 21 hari tersebut saya harap dapat disambut baik oleh semua ADUN kawasan supaya bantu kita untuk cari orang tersebut kerana kadang kala kita melalui proses yang biasa seperti surat menyurat ataupun telefon ataupun kita pergi ke rumah tak dapat. Kita carai melalui MPKK, melalui KRT pun tak dapat. Maka kita ada keperluan untuk menamatkan bantuan tersebut. Tetapi sebelum menamatkan bantuan tersebut, kita akan keluarkan satu notis 21 hari kepada semua ADUN kawasan. Tapi saya difahamkan, surat tersebut sampai kepada ADUN kawasan, pejabat ADUN masing-masing agak lewat. Maka saya akan buat satu lagi penambahbaikan di mana 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut, okay.

Tidak layak kerana sudah melebihi usia 18 tahun ke atas atau tukar skim bantuan. Kadang kala beliau menerima satu skim mungkin OKU. Selepas tu, kita rasa lebih sesuai untuk dipinda ke skim warga emas kerana skim warga emas lebih tinggi, maka di situ dikira sebagai penamatan juga.

Selain daripada itu, ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan memang prihatin dan mengambil pendekatan yang terbuka. Dan kita akan betulkan yang biasa, biasakan yang betul dengan memulakan inisiatif yang baru, yang mana saya ulangi lagi, ada satu notis makluman. Dato’ Yang Dipertua, diharapkan langkah positif inilah, saya ulangi sekali, dapat disambut baik oleh ahli-ahli Dewan yang mulia ini dan dibalas dengan maklum balas yang diperlukan oleh JKM untuk tindakan susulan.

Berkenaan dengan, haa ini, yang tadi tu sudah jawab soalan ADUN Jeram Padang dan ADUN Serting.

Untuk jawab soalan Temiang, berkenaan C4U. Dalam data eKasih yang dikemas kini sehingga 30 November 2021, ada jumlah seramai 5,302 orang ibu tunggal. Walau bagaimanapun, senarai ini agak dinamik kerana ada yang meninggal dunia, ada yang kahwin semula, ada yang melebihi PGK, maka ini adalah tidak benar bahawa 5,000 orang yang sama dapat bantuan ini setiap tahun.

Bantuan inisiatif C4U (Care For You) Ibu Tunggal negeri Sembilan merupakan salah satu daripada janji manifesto Pakatan Harpan menghadapi PRU Ke-14. Daripada 71 janji tersebut, 6 janji terkandung di bawah portfolio saya dan C4U merupakan salah dari janji tersebut.

Dan selain daripada kita memberi 200.00 ringgit, mungkin ada yang mengatakan terlalu sedikit, tapi matlamat untuk kita, hasrat kita adalah supaya kita adakan satu portal di mana kita ada satu senarai ibu tunggal untuk kita bantu dari segi lain. Misal kata program PH GEM, program JPW atau juga ban, lain-lain bantuan yang sedia ada. Dan kita juga melalui portal tersebut kita ingin memperkasakan ibu-ibu tunggal tersebut supaya mereka boleh keluar daripada senarai.

Di bawah miskin dan miskin tegar berdasarkan pendapatan paras Garis Kemiskinan 2019. Senarai ibu tunggal ini diperolehi daripada data eKasih dan diperakukan di peringkat daerah. Pengesahan status ibu tunggal ini adalah wajar bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan ibu tunggal yang layak menerima mengikut kriteria yang ditetapkan. Untuk tahun 2021 bantuan 200.00 secara one-off ini melibatkan 5,000 penerima manfaat dengan implikasi kewangan sebanyak 1.0 juta ringgit. Senarai ibu tunggal mengikut kawasan DUN adalah seperti berikut:

Chennah – 240, Pertang, 149, Sungai Lui – 64, Klawang – 183, Serting – 146, Palong – 42, Jeram Padang – 128, Bahau – 173, Lenggeng – 101, Nilai – 50, Lobak – 26, Temiang – 25, Sikamat – 52, Ampangan – 64, Juasseh – 171, Seri Menanti – 164, Senaling – 108, Pilah – 156, Johol – 194, Labu – 99, Bukit Kepayang – 99, Rahang – 33, Mambau – 96, Seremban Jaya – 37, Paroi – 117, Chembong – 237, Rantau – 99, Kota – 202, Chuah – 113, Lukut – 164, Bagan Pinang – 133, Linggi – 190, Sri Tanjung – 117, Gemas – 139, Gemencheh – 247, Repah – 219 dan DUN yang tidak dinyatakan, saya tak tahulah, 425.

Bantuan secara one-off ini dijangka dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan ibu tunggal ini menjalankan kehidupan seharian. Saya bagi satu contoh, sempe, salah, semasa Deepavali ada seorang ibu tunggal yang setelah menerima 200.00 ringgit tu rasa sangat bangga dan gembira kerana beliau dapat membeli barangan keperluan sempena Deepavali.

Ada yang disalurkan melalui Electronic Fund Transfer dan kepada sesiapa yang tak ada bank account mereka akan diberi secara tunai yang dilaksanakan sendiri oleh saya ataupun Pegawai Daerah. Di sini pun saya ingin buat satu penambahbaikan di mana saya ingin UPEN buat penyerahan ini bersama-sama dengan ADUN kawasan dan Penyelaras.

Data ibu tunggal untuk Negeri Sembilan pada tahun 2021 adalah, yang seperti saya kata 5,000 lebih. Dan JPW telah mengadakan banyak program untuk pemerkasaan ibu tunggal; asas telefon android, kursus perniagaan online, Shopee, WhatsApp, fresh and flawless makeup, wajah

naik seri, wanita dunia digital, pemasaran online dan lain-lainlah. Dan memang, JPW sudah buat, PH GEM sudah buat. Yang, fenomema yang baru adalah dropship di mana Ibu tunggal juga diberi peluang untuk menyertai program dropship dengan penjualan produk seperti perfume, Coway, Mamasab Bakery, Chocodap’s dan lain-lain. Pada tahun hadapan, PPWNS akan meneruskan lagi program kemahiran untuk menjana pendapatan golongan wanita khususnya golongan ibu tunggal dan penganjurannya secara fizikal dan bersemuka agar impak dia lebih efektif.

Izinkan saya beri sedikit sejarah berkenaan dengan PH GEM. PH GEM adalah salah satu daripada 6 janji yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan menghadapi PRU Ke-14 di bawah portfolio wanita, keluarga dan kebajikan. Pada 9 haribulan Mei, kita menang pilihan raya. 23 haribulan Mei saya dilantik sebagai EXCO Wanita, Keluarga Dan Kebajikan. Dan bulan 8, 2018 saya dan Jabatan Pembangunan Wanita memasukkan satu kertas kerja untuk meluluskan 1.6 juta untuk program PH GEM. PH GEM atau, adalah singkatan untuk Powerhouse Wanita Gemilang. PH – Powerhouse, Gemilang, GEM adalah singkatan untuk Gemilang. Dan logo PH GEM ada berlian, dan kupu-kupu kerana kita ingin wanita menganggap diri sendiri sebagai berlian dan bukannya batu biasa. Dan kupu-kupu supaya wanita dapat membuat keputusan untuk menjayakan diri sendiri. Keputusan yang pertama ini amat penting supaya dia ingin berjaya dalam hidup dan bukannya kononnya berada di ceruk-ceruk dapur.

Dan mereka dapat diperkasakan dan dimandirikan melalui program PH GEM. Ada program yang asas, kemahiran asas seperti masakan, anyaman, solekan. Program asas ini memang menjadi kegemaran wa, golongan wanita tapi sekarang dalam tahun ketiga, program kemahiran ini ditambah nilai dengan kita ada apa tu, hak asasi wanita, apakah undang-undang syariah untuk wanita Islam, apakah undang-undang hartanah, apakah, bagaimana kita boleh menjaga alam sekitar. Kerana kita tidak boleh adakan satu program yang semata-matanya hak asasi. Saya rasa ini bukan satu topik kegemaran wanita. Kebanyakan wanita akan datang untuk masakan, jahitan, anyaman dan kita selitkan satu pengisian yang ditambah nilai iaitu alam sekitar, kesihatan, 10 – 15 ribu langkah ke, kita boleh, selain daripada buat program dalam balai raya, kita pergi daki bukit, kita boleh pergi tepi sungai cari herba atau tanaman yang berkhasiat, masakan yang berkhasiat. Ini adalah progam-program yang impaknya sangat tinggi sehingga, sehingga Mok Cun; Erma Fatima pun ingin bekerjasama dengan kita. Mok Cun adalah satu contoh di mana wanita kampung boleh ditransformasi, wanita kampung boleh, jangan ingat diri sendiri tak boleh berjaya jadi usahawan wanita. Mok Cun ni tak erti IT, tak erti Bahasa Inggeris pun boleh berjaya dan memasarkan

produk ke seluruh pelusuk dunia. Kita ingin gunakan contoh ini supaya menggalakkan wanita-wanita daripada kampung untuk bergiat dan menyertai program PH GEM.

Kita juga ada program besar-besaran seperti dalam takwim PH GEM kita ada Hari Wanita, Hari Oren, yang disertai oleh ramai peserta. Kita ada program serentak baru-baru ini pada 28 haribulan Ogos, sorry, Mac 2021, program besar yang disertai oleh 6,000 peserta di 8 Parlimen. Dan program yang dapat impak yang tinggi dalam media sosial Facebook adalah:

 Program amazing Grace hand knitted bag pada 26 Jun 2020. 11 ribu views, 544 Likes dan 26,900 reach.

 Mengenali bongkah cendawan pada 24 Januari 2020. 11 ribu views juga, 462 Likes, 5,100 Reach.

 Program Bual Bicara: Penghayatan Erti Kemerdekaan – 28 Ogos 2021. 22 ribu Views, 503 Likes dan 4,900 Reach.

Ini menunjukkan memang PH GEM sudah ada impak yang begitu besar. Hakikat bahawa sebelum ini tak ada soalan berkenaan PH GEM tapi baru-baru ini ada banyak soalan berkenaan PH GEM menunjukkan bahawa memang PH GEM ada impak. Dan saya ingin buat sedikit advertisement berkenaan program akan datang PH GEM. Kita akan adakan satu program pada julung kalinya iaitu Simulasi Sidang Wanita di mana kita akan pilih 36 wanita menjadi ADUN sehari. Mereka akan diberi pendedahan seorang ADUN bagaimana mereka berbahas dan jawab soalan lisan di Dewan.

Jumlah perbelanjaan yang digunakan sehingga bulan September 2021 adalah sebanyak 1,105,580.10 ringgit. Ini untuk menjawab soalan Temiang, okay.

Dato’ Yang Dipertua, setelah saya memberi nasihat kepada Dewan yang mulia supaya jangan menggunakan contoh atau sindirian yang kurang manis atau seksis, atau menjatuhkan maruah wanita, nampaknya sudah membuahkan hasil kerana Negeri Sembilan ini adalah Negori Kito, Negeri Beradat yang mengamalkan Adat Perpatih. Saya ingin rakamkanlah jutaan tahniah dan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat kerana mengikuti nasihat saya. Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya mendedikasikan teromba dalam Dewan yang mulia ini untuk kesinambungan persabahatan kita:

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang Rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah Tuan pada sekata, berani pada seia Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Yang tidak ada sama dicari, sama sakit sama senang Ke bukit sama mendaki, ke lurah sama dituruni Menghayun sama melangkah, Jika khabar baik diberitahu, jika khabar buruk serentak ditangani Jika jauh ingat mengingati, jika dekat temu menemui Dapat sama labur, hilang sama rugi

Sehingga kita jumpa lagi, sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Seterusnya, Repah ya.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mohon izin untuk bukak face mask. Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya nak ingin nak ucapkan syabas dan tahniah kepada ADUN Sikamat, telah berjaya membentangkan belanjawan pada Jumaat lepas. Bagi saya belanjawan ni adalah merupakan satu belanjawan yang komprehensif, inklusif untuk rakyat Negeri Sembilan. Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ADUN-ADUN yang terlibat dalam perbahasan belanjawan pada kali ini. Dan saya juga ingin menjawab pada beberapa persoalan yang telah dibangkitkan oleh ADUN semasa perbahasan sepanjang pembentangan belanjawan ini.

Pertamanya ADUN Rantau telah membangkitkan isu berkaitan dengan kenaikan harga barang asas dan isu pencatutan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan sentiasa bersiap sedia bagi menangani kenaikan harga barang-barang keperluan harian. Pemeriksaan yang dilakukan adalah melibatkan penandaan harga, aduan kenaikan harga, margin keuntungan melampau dan perlesenan barang kawalan berjadual. Ia adalah untuk mengelak dan mencegah peniaga daripada mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati. Skim Harga Maksimum Musim Perayaan juga diadakan bagi memastikan barang-barang keperluan harian semasa musim perayaan tidak dijual melebihi harga siling yang telah ditetapkan bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan yang tidak munasabah dan melindungi pengguna.

Untuk makluman Dewan ini juga, penalti yang dikenakan kepada peniaga yang melakukan kesalahan mencatat adalah seperti, mencatut adalah seperti berikut:

 Jika sesuatu pertubuhan perbadanan denda tidak melebihi 500 ribu ringgit bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kali kedua, denda tidak melebihi 1.0 juta ringgit.

 Dan untuk, jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi 100 ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi 250 ribu ringgit atau dipenjarakan selam, tem, selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dato’ Yang Dipertua, setersunya ADUN Kota. ADUN Kota mencadangkan setiap ahli Dewan, atau sesiapa bertugas setiap hari untuk membuat ujian saringan COVID-19 untuk kebaikan semua. Itu memang cadangan yang baik. Untuk makluman Dewan ini, pelaksanaan ujian RTK Antigen selang sehari adalah mengambil kira panduan pembukaan balik persidangan di Parlimen yang dicadangkan dari Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Ianya dilakukan dengan mengambil kira SOP ketat yang perlu dipatuhi oleh semua yang hadir di Persidangan DUN termasuk ujian RT-PCR yang perlu dilakukan 3 hari sebelum menghadiri Persidangan DUN.

Seterusnya ADUN Chuah, membangkitkan isu berkenaan di Tanah Merah Port Dickson terdapat pusat pengurusan sisa Kualiti Alam dan berhampiran kawasan tersebut terdapat lembu yang mati akibat racun kerana, kerana minum air sungai yang tercemar, mohon kemaskini siasatan kematian lembu tersebut sama ada berkaitan dengan pencemaran sungai dan kualiti alam, dan apakah tindakan yang diambil.

Untuk makluman ADUN Chuah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengambil maklum terhadap aduan tersebut di atas. Jabatan ini sentiasa menjalankan pemantauan pematuhan Kualiti Alam iaitu selepas, iaitu pelepasan di Effluent Treatment Plant (ETP) dan Leachate Treatment Plant (LTP). Pada tahun 2019, pelepasan di LTP adalah tidak patuh dan sebanyak 11 kertas siasatan telah dibuka untuk pertuduhan di mahkamah. Semenjak tahun 2020, Kualiti Alam Sdn. Bhd. tidak melepaskan effluent daripada ETP kerana ia digunakan semula dalam proses squelching untuk kegunaan insinerator. Sepanjang pandemik COVID-19, pemantauan dibuat secara dalam talian melalui sistem Online Environmental Reporting. Pada 17 November 2021, persampelan telah dibuat di takat pelepasan terakhir di ETP dan keputusannya masih belum diperolehi.

Berkaitan dengan kematian, kes kematian lembu tidak dapat dikaitkan dengan pelepasan daripada Kualiti Alam Sdn. Bhd. Kejadian aduan lembu adalah pada 11 September 2021. Satu persampelan air sungai

telah dibuat dan tiada pencemaran dikesan pada ketika itu. Pemantauan secara in-situ didapati patuh. Dan saya mengesyorkan kepada pihak pengusaha ternakan lembu supaya tidak membenar, membiarkan lembu ternakan mereka bebas berkeliaran tanpa kawalan kerana sekiranya lembu tersebut mengalami keracunan makanan, ataupun keracunan, ianya adalah tanggungjawab di pihak penternak itu sendiri.

Seterusnya ADUN Chuah juga …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Mintak celah sikit. Saya pernah, saya pernah melawat kawasan Cypark. Keluar air leachate di longkang, tidak disalurkan. Tapi pembela lembu pulak yang biar begitu tu pulak jadi salah. Saya tidak bersetuju kerana saya tidak pernah tengok, tidak ada apa-apa kepada Cypark ataupun Kualiti Alam sebab saya sampai sana dan pernah Kualiti Alam Sekitar turun ambil sampel, sampai hari ini kita tidak dapat apa-apa maklum balas daripada Kualiti Alam, ni Alam Sekitar. So memang air tu ada di sana, saya nampak, memang saya ambil sampel. Tidak boleh dekat mulut ataupun hidung, begitu bau teruk. Tetapi kalau salahkan pembela lembu tu saya tidak setujulah. So saya mintak sekali lagi, ambil perhatian Kualiti Alam untuk semak balik ataupun buat ujian air yang leachate daripada Cypark. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih kepada ADUN Sri Tanjung. Saya ambil maklum berkenaan perkara tersebut. Tapi cuma ingin maklumkan bahawa apabila persampelan diambil di sungai tersebut secara in-situ, didapati tidak ada pencemaran pada masa tersebut. Dan walau bagaimanapun, pihak Jabatan Alam Sekitar akan terus memantau keadaan di kedua-dua tempat iaitu Kualiti Alam Sdn. Bhd. dan juga di Cypark bagi memastikan perkara ini tidak berulang. Pada masa yang sama saya juga ingin menasihatkan kepada penternak lembu supaya mereka dapat mengawal ternakan mereka dengan baik supaya tidak berlaku kejadian seperti ini pada masa akan datang.

Seterusnya berkaitan dengan ADUN Chuah yang membangkitkan isu berkaitan Tanah Merah Port Dickson: KPKT telah membina tapak pelupusan sampah dengan pembakaran, mohon dapat dikemaskinikan isu tapak insinerator yang disebut sebagai waste-to-energy, mohon dapatkan, dapat kemukakan suhu pembakaran dan pelupusan sisa selepas pembakaran, apakah hasil tenaga yang mungkin diperolehi, mohon juga ikemaskinikan laporan EIA.

Untuk makluman ADUN Chuah, loji waste-to-energy ini adalah dilaksanakan oleh Syarikat Cypark Smart Techology Sdn. Bhd. Suhu pembakaran loji waste-to-energy ini beroperasi sekurang-kurangnya

800°C. Loji waste-to-energy boleh melupuskan sisa yang dibakar dalam insinerator dan menjana tenaga elektrik lebih kurang 15 megawatt serta disambungkan ke PMU TNB Sendayan seterusnya ke Grid Nasional. Ash ataupun sisa pembakaran insinerator akan dilupuskan di tapak pelupusan sanitari Cypark Smart Technology Sdn. Bhd. Kelulusan laporan EIA terperinci telah dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JAS Putrajaya pada 10 April 2013. Dan untuk makluman juga, status pembinaan loji waste-to-energy adalah 91% dan masih belum beroperasi lagi.

Seterusnya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui: isu berkaitan longgokan pasir di jalan Felda Lui Muda, Sungai Cermai yang menyebabkan banjir kilat di kawasan sekitar. Untuk makluman ADUN Sungai Lui, Kerajaan Negeri Sembilan telah menubuhkan Jawatankuasa Ops Lumpur di peringkat negeri bagi mengawal dan memam, memantau kelodak lumpur yang boleh menyebabkan banjir dalam Negeri Sembilan. Selaras dengan itu, satu Jawatankuasa Ops Lumpur (Pasukan Petugas Khas) di peringkat Daerah Jempol telah ditubuhkan dan jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol dan anggota-anggotanya terdiri daripada agensi teknikal daerah iaitu Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol, JKR, JPS, Jabatan Alam Sekitar dan PDRM telah mengenal isu yang dibangkitkan. Dan hasil perbincangan serta kelulusan daripada PDT Jempol, satu gerakan kerja pengalihan longgok pasir akan dijalankan bermula awal Disember 2021 ke satu lokasi yang dibenarkan. Kerja-kerja pengalihan ini akan dijalankan secara berkala sehingga satu penyelesaian secara jangka masa panjang dapat dimuktamadkan.

Seterusnya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Palong. Isu yang dibangkitkan adalah: ADUN Palong memohon supaya diwujudkan pusat hemodialisis di Pusat Bandar Palong 4, 5, 6 kerana pusat hemodialisis yang terdekat adalah di Daerah Gemas dan Bandar Seri Jempol. Untuk makluman YB ADUN Palong, terdapat 4 buah fasiliti kesihatan yang menawarkan perkhidmatan hemodialisis di Bandar Jempol iaitu Hospital Jempol dan 3 lagi adalah hospi, pusat hemodialisis swasta iaitu 2 di Pekan Jempol, satu di Pekan Bahau. Pada waktu ini Kementerian Kesihatan Malaysia menumpukan perkhidmatan hemodialisis di hospital-hospital kerajaan serta menggalakkan aktiviti dialisis melalui kaedah Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) di mana kaedah CAPD ini boleh dilakukan di rumah. Ianya menjadi pilihan utama pakar-pakar nefrologi kerana kaedah ini mampu mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh pesakit sekiranya pesakit menjalani dialisis secara hemodialisis. Jadi, ini adalah dinasihatkan supaya kaedah CAPD ini adalah lebih jimat dan tidak melibatkan kos yang tinggi dan pesakit ni boleh melakukan CAPD ini dekat rumah. Dan tidak ada melibatkan kos pengangkutan yang perlu

dari rumah ke pusat hemodialisis. Jadi kita harap semua pihak dapat mewar-warkan apa ni, dialisiss secara CAPD ini.

Seterusnya ADUN Palong juga membangkitkan isu berkaitan dengan menyediakan klinik sementara atau klinik bergerak bagi membantu mereka yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Palong. Untuk makluman ADUN Palong, Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 telah mendapat peruntukan di bawah butiran Projek Naik Taraf Klinik Daif. Spesifikasi kerja-kerja naik taraf klinik daif adalah meliputi kerja-kerja pendawaian semula, pembaikan bumbung, kerja-kerja selenggara pendingin hawa dan kerja-kerja pemasangan semula talian telefon serta talian internet. Perkhidmatan Klinik Kesihatan Palong 4, 5 dan 6 telah dipindahkan ke klinik berhampiran sebagai klinik sementara. Bagi perkhidmatan pesakit luar, penduduk boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Desa Palong 3. Rawatan pesakit kronik pula, perkhidmatan diberikan di Klinik Kesihatan Palong 7 dan 8. Manakala perkhidmatan kesihatan ibu dan anak diberikan di Klinik Desa Palong 2. Walau bagaimanapun, penduduk boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik berhampiran dengan rumah mereka.

Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Palong juga, berkaitan dengan: apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk harmonikan kehidupan rakyat bagi menghadapi isu kenaikan harga barang. Untuk makluman YB ADUN Palong, antara tindakan yang digerakkan oleh KPDNHEP adalah seperti berikut:

i. Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara harian bagi menangani kenaikan harga barangan.

ii. Bagi menangani isu ini, KPDNHEP juga telah mengarahkan peniaga agar menurunkan harga melalui pengeluaran surat pemberitahuan penurunan harga kepada peniaga. Sehingga hari ini, sebanyak 69 surat pemberitahuan telah dikeluarkan dan 57 peniaga/premis telah menurunkan harga barang khususnya ayam.

iii. KPDNHEP telah menjalankan operasi dan pemeriksaan kenaikan harga sayur di peringkat rantai, rantaian pengeluar, pemborong dan peruncit. Melalui pemeriksaan ini, sebanyak 14 notis bertulis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga, Anti Pencatutan 2011 telah dikeluarkan.

iv. Menjalankan Ops Menu di semua peringkat perniaga, peniaga yang menjual makanan di restoran seluruh Negeri Sembilan.

v. KPDNHEP juga turut menjalankan Ops Pasar di semua pasar awam termasuk juga pasar basah di seluruh Negeri Sembilan.

vi. Mengadakan kawalan ke atas barangan yang menjadi sensitiviti semasa raya. Contohnya topeng muka dan self test kit melalui kawalan ini. Penurunan harga dapat disemak dari masa ke semasa.

vii. Memperkasakan penggunaan dengan penggunaan price catcher untuk perbandingan harga. Harga dikemaskinikan secara harian bagi 443 barangan oleh Pegawai Pemantau Harga. Price catcher ini adalah satu aplikasi yang kita boleh turun, muat turun dalam smartphone kita. Aplikasi ini akan menunjukkan pelbagai jenis barangan iaitu lebih kurang 443 jenis barangan dan harga barangan tersebut akan dikemaskinikan setiap hari. Jadi, ia adalah memudahkan pengguna untuk mendapatkan perbandingan harga, di mana tempat harganya murah daripada tempat-tempat lain. Jadi kita galakkan pengguna menggunakan price catcher.

Berkaitan dengan harga, kenaikan harga ayam. Untuk makuman ADUN Palong juga, ayam merupakan sebahagian daripada item barang kawalan musim perayaan yang dilaksanakan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang dijalankan sebanyak 4 kali setahun melalui perayaan utama sepanjang tahun. Sebarang kenaikan harga adalah diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 dan melalui Peraturan Makanisme Pencatutan 2018. Dan peniaga boleh dikenakan tindakan atas kenaikan harga yang tidak munasabah.

Walau bagaimanapun, KPDNHEP mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Jualan Keluarga Malaysia di mana barangan harian dan keperluan asas dijual di antara 15 – 20% lebih murah daripada harga pasaran termasuk ayam dan juga beberapa barangan keperluan yang lain. KPDNHEP juga sentiasa siapsiaga dalam menangani isu kenaikan harga barang dan juga terus mengambil tindakan mengikut peruntukan yang sedia ada di bawah bidang kuasa Kementerian. KPDNHEP juga terus komited untuk menggerakkan 100 penguatkuasa di seluruh Negeri Sembilan bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti pencatutan harga dan peniaga kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh Negeri Sembilan.

Jadi itu adalah jawapan-jawapan yang hendak dimaklumkan kepada Dewan. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Seterusnya.

Assalamualaikum WBT, bismillahhirrahmanirrahim, alhamdulillahhirrabil’alamin, wabihi nasta’in ‘ala umuriddunyawaddin, ashsholatuwassalamu’ala asrofil ambiyaa iwal mursalin wa’ala alihi washohbihi ajma’in. Robbisrohlisodri, wayassirli amri, wahlul uqdatammilisani yafqohu qauli. ‘Audzubillahi minasy syaitonirrojim ….[melafazkan bacaan Surah Ar-Rum ayat 41]: “telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk mereka yang telah mereka lakukan supaya mereka Kembali insaf dan bertaubat”. Ar-Rum ayat 41. Ulangan ayat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Paroi pada sidang yang lepas.

Hadis yang hendak saya bawak pada hari ini, Rasulullah SAW ….[melafazkan hadis berkenaan]: “siapa yang melihat kemungkaran, maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu rubahlah dengan lisannya yakni lidahnya, jika tidak mampu maka tolaklah dengan hati dan, dan hal tersebut adalah selemah-lemah iman”. Riwayat Muslim.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya tidak memakai mask masa menggulung ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, sahabat-sahabat daripada saf kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat, Pengarah-Pengarah Jabatan Negeri dan Persekutuan, semua pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, sama ada berada di dalam Dewan yang mulia ini mahupun yang menonton secara langsung persidangan kali ini. Terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh soalan berkaitan dengan pertanian, walaupun tidak di dalam soalan-soalan yang perlukan jawapan lisan, tetapi semasa perbahasan. Ini menunjukkan pertanian adalah satu aktiviti yang amat penting yang mesti diurus dengan baik sebab ianya adalah asas pengeluaran makanan. Jika tiada makanan, apa yang ada di sekeliling kita tidak bermakna. Bilo poghut lapa, jangan main-main. Haa itulah yang disebut oleh Yang Berhormat Rantau pada permulaan perbahasan beliau tempoh hari.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya pasti tidak semua kita yang ada pada hari ini bertemu di sidang yang akan datang. Oleh itu saya ingin menggulung perbahasan kali ini dengan berkongsi peringatan untuk kita semua sama ada kepada orang Islam dan yang jugak bukan Islam. Kang kalau saya sebut yang belum Islam, takut Jeram Padang melompat pulak. Saya tahu mereka belum faham dan sekiranya mereka faham nanti, ianya akan berterima kasih kepada saya. Seruan Keluarga Malaysia oleh Yang

Amat Berhormat Perdana Malaysia, satu seruan yang realistik bagi saya. Tetapi bagaimana tatacara perlaksanaannya? Di sinilah perlunya kita kembali menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara terutamanya yang pertama: “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada rakyat di Negeri Sembilan ini khasnya, rakyat Malaysia amnya untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Walaupun kita rakyat Malaysia berbeza bangsa, agama dan nilai budaya, tetapi inilah satu titik pertemuan yang kita di mana semua agama menyuruh berbuat baik. Tak ada yang suruh buat jahat. Ianya juga selari dengan firman Allah SWT, surah Luqman ayat 33 ….. [membacakan ayat berkenaan]: “Allah menyeru menyeru manusia” ….. [menyambung bacaan ayat berkenaan]: “hingga akhir hayat. Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada, kamu dan takutkan akan hari di mana pada hari itu tidak seorang bapa pun dapat menolong anaknya dan anak pula tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Janji Allah itu benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdaya kamu, dan jangan pula penipuan yakni penipuan syaitan memperdaya kamu di dalam mentaati Allah SWT”. Dan dengan kembali mengamalkan agama masing-masing kita boleh merealisasikan seruan Perdana Menteri kita iaitu Keluarga Malaysia dengan penuh harmoni. Dengan kita menolak sebarang bentuk ekstremis di dalam agama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ucapan tahniah dan syabas saya nak ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang telah membentangkan belanjawan 2022 dengan tema “Membudaya Upaya Ekonomi Rakyat”. Dan ucapan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat di atas kelulusan cadangan-cadangan portfolio saya, di bawah saya, yang walaupun tak semua, tetapi sebahagian bosarnya dapek, terima kasih.

Terima kasih kepada, saya mengambil kesempatan ini nak mengucapkan terima kasih kepada front liner pertanian di 3 cabang utama iaitu Pertanian, Perkhidmatan Veterinar dan Perikanan yang bertungkus lumus semasa mengharungi pandemik COVID-19 ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada YB, Yang Berhormat Paroi, dia tolong promo pagi ini, apa nama ni, Majlis Daerah Jelobu yang dio dapek nombor 3 di apa kan, dari apo kan, seluruh Malaysia, yang kategori tertentu.

Yang Berhormat Paroi jugak pagi tadi dah sebut. Tapi saya nak, nak tambah sikit ya, ucapan takziah saya kepada Yang Berhormat Rantau. Walaupun seperti kata YB Chennah, kemenangan bergaya di PRN Melaka, tapi tak perlulah bangga sangat ya. Dah sombong nampak eh, sebab dah mintak PRU diawalkan pulak dah ya. Sedangkan kita tahu umumnya pergolakannya ada, sehinggakan Ketua Menteri Melako di, terpakso dilantik pukul 1:00 pagi. Dan ado orang yang penting tak dapek hadir,

wallahu’alam ya. Saya ingatkan, nak ingatkan kita di sini semua, suatu kemenangan itu tidak semestinya anugerah nikmat daripada Allah SWT. Mungkin juga istidraj, na’uzubillah, wallahua’lam.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan dengan portfolio saya. Yang Berhormat Rantau dan Yang Berhormat ADUN yang lain menyentuh kenaikan harga. Seperti yang telah di, disebut oleh Yang Berhormat Repah tadi, memang adanya barang-barang, kenaikan harga barang-barang yang mana ianya di bawah kawalan Kementerian perdagang, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Walau bagaimanapun secara ekonomiknya, umumnya, harga barangan berkait rapat dengan pengeluaran dan permintaan. Di sinilah peranan Jabatan Pertanian yang berkaitan untuk merangsang pengeluaran makanan.

Tahun 2021 kita telah memperuntukkan iaitu tahun ini, 1.0 juta di atas Insentif Pengeluaran Agro Makanan. Kita memberi 20 sen setiap pengeluaran makanan ataupun produk pertanian. Walau bagaimanapun tahun, tahun hadapan ini kita tidak menyediakan inisiatif fokus mengambil maklum, dengan mengambil maklum saranan daripada YB Gemencheh pada hari itu, insyaAllah inisiatif seumpamanya kita akan teruskan iaitu inisiatif khas pengeluaran makanan agro makanan, insyaAllah.

Tahun 2022, kita ada inisiatif baru: Tabung Agro berjumlah 3.0 juta iaitu skim pinjaman tanpa faedah. Ini bermakna Kerajaan Negeri akan membiayai kos pengurusan yang juga akan memfokuskan kepada pengeluaran makanan. Kita jugak ada senarai insentif-insentif yang diteruskan seperti Siswazah Tani, Petani Muda, Pembangunan Tanah Terbiar, Kluster Pembangunan buahan, sayuran, tanaman industri berpotensi dan jugak padi.

Di dalam mengawal ataupun mengambil inisiatif mem, untuk memerhatikan kenaikan harga barangan ini, pihak FAMA juga memang mengadakan pemantauan-pemantauan di tempat-tempat ataupun di premis-premis yang tertentu.

ADUN Rantau ada jugak menyentuh isu pengeluaran makanan di TKPM (Taman Kekal Pengeluaran Makanan) di Negeri Sembilan ini. Pada ketika ini, jumlah keseluruhan TKPM dan Ladang Rakyat di Negeri Sembilan adalah, ada semuanya 8 kawasan yang meliputi keluasan 428 hektar melibatkan 106 pengusaha. Daripada keluasan tersebut, 7 kawasan projek tersebut memfokuskan pengeluaran sayuran dengan keluasan fizikal bagi tanaman sayuran tersebut seluas 140 hektar.

Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran melalui membanguni kawasan baru bagi mempastikan peluang kepada pengusaha menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada pengeluaran produk bahan makanan di Negeri Sembilan. Lokasi terbaharu yang kini di dalam tindakan pembangunan kawasan adalah di Kuala Gemas dengan melibatkan kawasan fizikal seluas 40 hektar.

Matlamat pelaksanaan TKPM dan Ladang Rakyat ini adalah bagi mewujudkan Zon Kekal Pengeluaran Tanaman Makanan dan menggalakkan usaha dan sektor swasta di dalam mengu, pengeluaran tanaman makanan komersial dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan negara secara mampan, berkualiti dan selamat. Sehubungan dengan itu, hasil TKPM dan Ladang Rakyat mengikut tempoh 3 tahun ini: 2019 sebanyak 6,380 metrik tan dengan nilai 12.72 juta. Penurunan di da, di tahun 2020 – 5,210 metrik tan dengan nilaian 11.75 juta. Tahun 2021, dengan keadaan pandemik yang semakin meruncing, pengeluaran kita memang turun ke paras 3,907 metrik tan dengan nilaian 9.3 juta ringgit. Jadi, Yang Berhormat Rembau kata kita punya TKPM tu tidak apa, tidak mengeluarkan hasil, maknanya tidak, tidak tepat ya.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Gemencheh ada, ADUN Chembong ada bertanyakan tentang bencana alam yang diha, yang dihadapi oleh petani-petani. Berhubung dengan perkara ini, bantuan bencana alam pada ketika ini memang, Kerajaan Negeri tidak mempunyai bantuan khas bagi bantuan-bantuan bencana alam. Namun bantuan itu ada di peringkat Persekutuan. Walau bagaimanapun, bantuan ihsan biasanya kita akan berikan kepada petani-petani yang terlibat.

Menjawab soalan daripada …..

Dato’ Yang Dipertua.

Ya.

Nak, ada satu persoalan. Saya nak dapatkan persoalan, soalan saya ialah di kawasan Gemas ada terdapat 2 kawasan padi dan di, iaitu padi Kampung Londah, sawah Londah dan sawah Bangka Hulu. Dan kita dapati bahawa sebab pada masa ini mereka tidak boleh turun ke sawah ataupun tidak boleh menanam padi, tanam padi akibat pembangunan yang sedang diusahakan di sawah-sawah tersebut dengan membetulkan saliran air dan sebagainya. Jadi soalan saya ada tak ihsan daripada pihak Kerajaan Negeri ataupun memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk memberi bantuan kepada mereka yang terkesan ini memandangkan hampir 2, ini kali tanam atau

2 tak dapat, 2 kali penanaman tersebut dah gagal dilakukan kerana masalah pembangunan di kawasan sawah-sawah mereka ini. Sekian, terima kasih.

Setakat ini kita memang tidak ada rancangan berkaitan dengan pengairan ni, di tempat Londah ya. Cuma hari itu, memang kita ada berbincang ya, adanya pembangunan untuk tali air itu, di mana 2 tahun saya difahamkan tidak akan dapat membuat tanaman untuk di, untuk ditanam dengan tanaman yang lebih sesuai. Tetapi perbincangan tu, tidak diteruskan dan ianya tidak dapat di, di, direalisasikan.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, ada satu soalan sikit ya. Saya nak tanyalah tentang ladang pertanian kekal Air Kering di Lui Timur. Apakah produk-produk pertanian yang di, yang dibekalkan ataupun yang ada di Ladang Air Kering, Lui Timur?

Ladang Air Kering di, di Jempol itu yang seluas 39 haktar, ianya fokus di situ adalah pengeluaran ubi kayu, ubi kayu, dan, tapi ada jugak pengeluaran-pengeluaran lain. Tapi fokusnya memang ubi kayu dan kita pengusaha yang amat berjaya mengeluarkan, kalau saya tak silap Encik Razali ya.

Berkenaan dengan nama petani yang disebut oleh Yang Berhormat Gemencheh, yang mana mendapat bencana, setakat ini, semakan kita tidak, kita tidak menemukan adanya laporan ataupun permohonan untuk mendapatkan sebarang pampasan. Cuma semakan kita jugak mendapati 3 nama yang disebut ini iaitu M. Dahlan bin Hasan, ia mendapat AgroCash, insentif AgroCash dengan keselamatan makanan berjumlah [RM]11,623.60 sen, Mohd. Shahir bin Arif – AgroCash mendapat [RM]2,621.40 sen, Ibrahim bin Ismail – kluster sayuran, mendapat bantuan sehingga 36,000.00.

Dan untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, memang apabila adanya laporan bencana dan ianya mengakibatkan kerugian kepada petani-petani, pihak Pejabat Daerah dan Pejabat Negeri Pertanian akan menyalurkan permohonan itu kepada Kerajaan Pusat. Tapi setakat ini, tahun 2020 seramai, sebanyak 20 permohonan. Saya difahamkan tidak ada yang mendapat kelulusan daripada Kementerian ya. Dan tahun 2021 – 3 permohonan jugak setakat ini belum mendapat apa-apa pengesahan daripada pihak Kementerian.

Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada ADUN Chembong berkaitan dengan petani dan penternak yang terjejas dibantu, waktu banjir, itu saya telah

jawab secara keseluruhan. Yang Berhormat Sungai Lui jugak ada menya, menyebut tentang pampasan.

Yang Berhormat Klawang, sikit je Yang Berhormat Klawang.

Ya.

kalau Yang Berhormat Klawang bagitahu tak ada permohonan, sebenarnya Encik Ismail tadi dia dah ada mohonlah, laporan polis telah dibuat, laporan polis telah dibuat pada 11 haribulan 11, 2021 dan serta gambar-gambar berlakunya banjir telah dihantar ke Jabatan Pertanian. So diharapkan, walaupun tak ada bantuan khusus daripada Kerajaan Persekutuan, cuma harapan petani-petani ini adalah untuk dapat sedikit bantuan daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih Yang Berhormat Klawang.

Biasanya ya, kita akan memberikan, itu saya akan siasat lebih la, lebih lanjut. So biasanya kita akan memberikan ihsan lebih kurang dalam 3,000.00 ringgit.

Lui, eh bukan, Chembong, mana tadi, tentang LSD saya kira ya. Terdapatnya penternak-penternak yang terpaksa dilupuskan ternakan mereka oleh ter, terkena Lumpy Skin Desease ya. Memang kita tidak memberi pampasan harga komersial ya, dalam, dan ianya jugak adalah pampasan daripada Kerajaan Persekutuan ya, diken, di peringkat ni, Ibu Pejabat. Jika anak lembu yang kurang pada setahun – 700.00 ringgit, kalau separa – 530.00 ringgit. Pedaging yang melebihi setahun – 3,500.00, kalau separa – 800.00. Kalau tenusu – 5,000.00 harga semasa, separa – 1,000.00. Baka terpilih, harga semasa – 8,000.00, separa - 2,000.00. Inilah bentuk-bentuk pampasan yang, yang sekiranya lembu itu terpaksa dilupuskan, di, setakat ini 30, eh 44 ternakan telah di, di, disahkan positif ya.

Berkenaan dengan ladang FELDA untuk dijadikan sebagai padang ragut. Kita mendapat maklum balas daripada pihak FELDA tidak mempunyai halangan tetapi haruslah di, dibuat permohonan dan beberapa syarat-syarat yang perlu di, di, di, di, dipatuhi dan menda, mendapat jugak kebenaran daripada Jabatan Veterinar.

Pertanian Pintar daripada ADUN Chembong ya. Di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Negeri Sembilan telah diletakkan di bawah hab pertanian pintar dan pertanian bernilai tinggi. Terbaharu, negeri, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian akan membangunkan model Pertanian Pintar yang bernilai tinggi factory veggie di Pusat Pertanian

Sendayan yang meng, akan menelan belanja sebanyak 200 ribu pada tahun 2022 ini. Model ini akan dijadikan rujukan bagi mana-mana pengusaha yang ingin melaksanakan kaedah ini dan selain turut menjadi tempat latihan kepada yang berminat. Tetapi sebelum itu, saya hendak jugak memberi tumpuan kepada tanah-tanah yang terbiar. Dalam rekod yang kita ada, masih lagi banyak tanah yang terbiar sebelum kita pergi ke Hab Pertanian Pintar ini 11,000 hektar lagi masih boleh kita usahakan di lapangan sebelum kita pergi ke factory veggie ini.

ADUN Chennah: isu berkaitan dengan pelaksanakan inisiatif berkaitan dengan, mencadangkan adanya sesi bersama peserta-peserta siswazah tani, petani muda dan seterusnya diadakan sesi dialog. Ini adalah satu inisiatif, satu saranan yang amat baik, malah saya secara individu memang saya turun melihat kemajuan peserta-peserta ini. Kita ada, sehingga kini siswazah tani – 122 ya, yang menerima insentif manafaat ni dan iaitu 54 peserta (2020) dan 68 peserta (2021). Petani muda seramai 74 telah diluluskan pada tahun ini. Keseluruhannya penerima manafaat kepada golongan belia ini adalah seramai 100, hampir 200 orang ya: 196 bagi tempoh 2 tahun pelaksanaannya dengan nilai peruntukan 1.5 juta. Pada tahun 2022 ini, dengan peruntukan sebanyak 1.0 juta dijangka seramai 100 peserta baru lagi akan terdiri daripada 50 siswazah dan 50 petani muda akan dibantu bukan sahaja dari kemudahan geran malahan latihan serta kursus berkaitan projek tanaman yang diusahakan. Cadangan yang untuk mengadakan dialog itu adalah satu cadangan baik dan insyaAllah akan kita laksanakan.

SOP pelaksanaan insentif ini seperti biasa kita ada dalam portal rasmi kita bagaimana untuk memohon semua insentif-insentif ini. Kita ada standard operating kita, SOP, yang perlu di, diikuti dan kelulusan-kelulusan itu mengikut tatacara yang sedia ada lah.

Dato’ Yang Dipertua, seperti yang di, ramai yang menyebut pandemik COVID-19 ini dan, dan ianya kenaikan harga barang, dan ada jugak tohmahan kepada kerajaan seolah-olah tidak membuat ataupun membantu rakyat yang terjejas dan sebagianya. Tetapi sebenarnya kerajaan memang membantu Dato’ Yang Dipertua. Tapi seperti yang saya sebut, di sidang yang lalu, kita tidak pergi ke root course, saya adalah banyak hal saya hendak mencari kepada root course tapi tidak ada yang berbahas dari sudut ini, biarlah saya yang menyebutnya. Ayat yang saya bacakan tadi, di awal itu, adalah satu penegasan daripada Allah SWT: yang apa pun musibah yang kita terima, yang, yang berlaku ianya ialah daripada hasil tangan-tangan manusia sendiri. Ini bermakna sama ada orang Islam ataupun yang bukan Islam ya. Oleh itu elok benar kita menghayati bersama punca asas COVID-19 ini berdasarkan peringatan Allah SWT untuk dihindari di masa hadapan.

Adalah amat rugi, saya sebut sekali lagi, kita sibuk membersihkan sungai kotor di muara, tetapi membiarkan mungkar pengotoran di hulunya. Kita semua tahu punca COVID-19 ini disebabkan sikap segelintir rakyat China di Wuhan yang memakan makanan exotic dengan izin, yang dilarang oleh Allah SWT. Allah telah berfirman ….[melafazkan bacaan Surah Al-Baqarah Ayat 168] …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, mohon penjelasan tu.

Ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tadi yang cakap ni, komuniti China makan apa? Berulang lagi.

Eksotik, eksotik. Dia apa, ini, saya, berita, apa, fakta ini di, di, di, di oleh, diberikan oleh WHO ya, eksotik, makanan-makanan eksotik yang, tetapi kita di dalam Al-Quran, Allah menyeru manusia ….[melafazkan sebahagian bacaan Surah Al-Baqarah Ayat 168], yang baik, yang baik-baiklah ya, “dan janganlah kamu mengikuti kehendak syaitan, sesungguhnya ianya, kamu adalah, bagi kamu adalah musuh yang nyata”. Begitulah kita, bagi saya untuk dalam rangka nasihat, nasihat menasihati antara kita dan boleh kita bersama-sama menangani apa yang berlaku.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyeru marilah kita mengamalkan ya, agama kita masing-masing ya, ya memang tidak ada agama yang sama Yang Dipertua, tetapi di sinilah titik pertemuan kita sekiranya kita mahu, di mana semua agama menyuruh kebaikan yang saya sebut tadi. Dan kita tolak sebarang bentuk esktremis. Al-Quran adalah petunjuk untuk semua manusia sebenarnya ya, di mana Allah menyeru, yaa ayyuhannas; wahai manusia, tetapi tanpa penghayatan, syahadah serta tidak diamalkan, ianya tidak akan menjadi petunjuk dan rahmat untuk sekalian alam, iaitu dalam Pakatan Harapan kita mewar-warkan rahmatanlil’alamin, dengan izin-Nya. Apa yang kita dapat sekarang berkaitan apa yang kita dahulu, apa yang kita dapat di akhirat kelak adalah berkaitan dengan apa yang kita lakukan di dunia ini.

Sekian wallahu’alam, kita berjumpa lagi, kalau tidak di dunia ini, pastikan kita berusaha berjumpa di syurga kelak. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Seterusnya.

Assalamualaikum WBT. Nampak eh ramai yang nak lolap ni. Jadi terima kasih Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, semua rakan-rakan, jabatan saya dan jugak kepada semua rakan sebelah sana yang membantu saya jugak. Kita bekerja sebagai satu pasukan, walaupun mungkin mission kita ada perbezaan, tapi visi dan tujuan utama kita adalah untuk mematikan kemajuan dan kejayaan negeri kita, kampung kita, negeri kita dan jugak negara kita. Inilah yang saya kira baik kita sebagai pegawai kerajaan, baik kita sebagai EXCO ataupun ADUN kerajaan ataupun sebagai ADUN pembangkang, kita mempunyai satu tugas dan tanggungjawab yang, yang perlu kita laksanakan. Dan semua tanggungjawab ini akan dipersoalkan kepada kita. Jadi mari bersama-sama kita jalankan tanggungjawab kita secara berpasukan dan insyaAllah kita menjadi negara maju sikit masa lagi sesuai dengan jiran sebelah kanan dan sebelah kiri kita, iaitu Negeri Selangor dan jugak Melaka.

Saya ingin menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan semasa perbahasan. Yang pertama sekali daripada ADUN Juasseh, saya mulakan dengan pembangkanglah ya, tak apa. PIBG sekoah tidak dapat meng, adakan program jemputan. Jadi setahu sayalah semasa saya jadi PIBG ini, biasanya mesyuarat diadakan di sekolah, tak pernah dibuat di tempat-tempat lainlah sebab kita nak bincangkan pembangunan dan juga kemajuan sekolah. Tapi walau macam mana pun, ini satu mungkin kepincangan daripada peringkat Kementerian Pendidikan yang tidak membenarkan apa-apa, siapa-siapa orang pun untuk menggunakan sekolah iaitu institusi pendidikan sebagai tempat untuk memastikan kejayaan dan kemajuan pendidikan. Kita harap supaya dinilailah prestasi Menteri Pendidikan ini.

Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah tak menerima surat rasmi. Jadi kalau ada rasmi tu mungkin diberilah. Tapi kalau boleh pada masa akan datang, saya yang menjaga mungkin kebanyakan melalui ketua-ketua kampung di MPKK ni kita, rasanya dimintak permohonan, tapi janganlah last minute. Bila dah last minute ni mungkin ada permasalahan. Saya dimaklumkan oleh Pejabat Daerah Tanah dan kuala, Daerah Dan Tanah Kuala Pilah, tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada mana-mana pihak PIBG untuk mengadakan mesyuarat di mana-mana balai raya atau dewan serbaguna di bawah pengurusan Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Kuala Pilah-lah. Jadi mintak, saya serulah kalau ini satu kesilapan, betulkan balik, jadi semua besok kalau nak, mintak. Kita rasa ini satu ruang untuk kita pastikan kesilapan pihak Kementerian Pendidikan tidak membenarkan menggunakan institusi sekolah untuk mesyuarat PIBG.

Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencelah Dato’ Dipertua ya. Berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Labu tadi, aya kurang setuju kata kepincangan sebab tak boleh mesyuarat di sekolah, PIBG sebab itu dia hanya mematuhi SOP. Mintak Labu check balik, itu SOP dikeluarkan tidak dibenarkan orang luar masuk ketika pandemik ni. Dan yang kedua, saya pun tak bersetuju statement daripada Labu tadi mengatakan tidak ada permohonan. Saya pernah merasmikan satu PIBG di dewan orang ramai kan, tetapi cakap-cakap MPKK di belakang mengatakan kenapa panggil YB ADUN bukan Kerajaan Negeri yang merasmikan, oleh pihak MPKK. Saya rasa benda ni kena semak balik, Labu ya.

Saya ingat saya mendapat jawapan yang daripada pejabat, pegawai kerajaan, jadi jangan, saya tidak, tidak berpandukan pada persepsi dan sebagainya. Itu sebab saya cakap tadi, kita hormati pegawai kerajaan dan pastikan supaya benda ni, kita nak cakap betul, ada pengesahan. Saya tak boleh cakap suka-suka. Itu yang pertama ya.

Yang kedua, saya suka jugak menyatakan berhubung dengan orang, Sungai Lui, sahabat saya jugak ni. Kampung Orang Asli Sungai Sampo dan perkampungan Orang Asli yang terbesar di Negeri Sembilan. Penduduk kampung ini seramai 1,458 orang dan Ketua Isi Rumah seramai 378 orang. Buat masa ini, JAKOA memberi perhatian untuk pencapaian 100% kemudahan asas di perkampungan Orang Asli di Negeri Sembilan. Itu vision saya yang sepatutnya kes yang asas ni dah diselesaikan dulu lagi, tapi masih belum ada lagi diselesaikan, jadi kita akan ambil, pastikan supaya kita akan dapat selesaikan kemudahan asas ini.

Dan jugak kita lihat jugak berhubung dengan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ yang Dipertua.

….. bekalan. Nanti sekajap sekejap saya cakap, saya, saya nak, nak, nak bercakap dulu. Nanti kang saya bagi ruang jangan …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Okay, okay.

….. tak ada masalah. Bagi yang belum dapat bekalan elektrik dan air ni, saya serulah. Saya dah berjumpa dengan korporat-korporat besar kalau ada CSR dia bagilah, kalau lampu ni senang aja, gunakan solar, teknologi solar bukan mahal sangat. Satu rumah boleh 2 – 300.00 ringgit. Jadi kalau dia tak ada lampu, tak pernah dapat lampu, kita bagilah peluang. Inilah yang saya harap, kalau ada ADUN, ADUN ataupun wakil rakyat yang ada kawasan tu, kita bagilah. Kalau tak boleh 1 – 2, kita bagi 10, macam di Sungai Sampo ni ada 11 buah rumah. Haa

ini kita, saya dah bercakap dengan apa, syarikat-syarikat korporat yang ada rasa nak bagi bantulah Orang Asli kita ni supaya mereka sama dengan kita. Selepas 64, berapa tahun merdeka, mereka tak dapat kemudahan tiang lampu, elektrik, haa ini kita hendak. Dan ada teknologi terbaru sekarang ni ada teknologi untuk cas dengan kos yang agak minima, insyaAllah, mana ada ADUN kawasan, ada 15,000 lebih Orang Asli, saya harap kita selesaikanlah copek masalah mereka ini. Itulah harapan saya.

Yang ketiga, daripada Tuan Noor Azmi bin Yusof, soalan dia ialah berhubung dengan babi hutan dan kera. Keberkesanan pemasangan perangkap spesis babi hutan dan kera ini adalah kerjasama pengadu dan penduduk. Ada yang berjaya, ada yang tak berjaya. Tapi jangan cakap semua tak berjaya. Ini pada saya, itu sebabnya kita ada buat perangkap babi dan jugak kita ada tembak. Jadi kalau kita semua tak buat, kita ada, ada pengalaman. Saya dah pergi Rembau, saya dah pergi di Jelebu, saya dah pergi di Labu pun ada. Jadi kita jangan kita buat tuduh tak, tak boleh pakai. Itu sebabnya Yang Amat Berhormat Sikamat memberi bantuan untuk bina sangkar untuk memastikan supaya kita dapat, dapat pastikan benda tu dapat kita selesaikan. Kera ini tak semuanya boleh ditembak ataupun ditangkap, dia, dia ada kaedah-kaedah ya, kita kena merujuklah Jabatan PERHILITAN ya. Jadi salah satu reason dia mungkin lesen memburu babi hutan ni tak ado, dulu dah lama diapakan, jadi sekarang ni kalau boleh dibukak semula, dan insyaAllah dikuatkuasakan secara interim bermula 2 Oktober 2021. Jadi lepas ni bolehlah, sebab di Rembau, masa saya pergi dekat Kampung Senama dulu, babi ni dia orang makan sama dengan kambing, dengan lembu bawah tu, itu kita takut ya.

Kemudian ADUN Senaling, ni yang saya cakap tadi dah, pasal PIBG, pada saya, saya rasa tak tak, perlu ulang lagi.

ADUN Palong, yang ini berhubung dengan getah. Saya dah masuk dah dalam estet di apa, di felda, di mana-mana saya masuk, tapi banyak kali saya masuk, saya tak pernah jumpa ADUN yang ada di kawasan tersebut lah, di merata-rata. Di Rembau pun, di Chembong pun banyak kali, tapi dia hantar wakil. Saya mintak kali akan datang, saya nak singgah di Grobok Salai tu bersama dengan dialah, nak tengok permasalahan di situ, insyaAllah.

Senanti, Senanti?

Senanti dah masuk lom?

Seri Menanti dah banyak kali saya masuk.

Eh tak bagi tahu. Cuba bagi tahu.

Yelah, apo nak buatkan saya ado datang, dapat, masalah gajah ni, dia tak boleh nak datang …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Kena bagi tahu nak datang To’.

…. baru, kita datang.

Ini maso gajah jo datang.

….. ada banyak lagi kes lain saya dah masuk. Jadi saya tak payah cakap lagi. Lagi sekali kita jumpalah sebab saya tak nak cakap di sini, kita turun masuk kampung ya, kita tengok.

Palong ini berhubung dengan getah, penoreh getah: apa rancangan Kerajaan Negeri untuk harmonikan kehidupan rakyat. Untuk maklumanlah, berhubung dengan soalan ditujukan, di, sukacita dimaklumkan kadar bantuan program bantuan tanam semula getah di Semenanjung Malaysia yang dimohon oleh RISDA melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diluluskan kenaikan kadar bantuan daripada 9,230.00 kepada 13,710.00 ringgit sehektar. Jadi mana kalau mana racun naik, ataupun bahan lain tu kita ada, diambil pertimbanganlah. Jadi kalau boleh mintak, dan juga mana-mana mereka-mereka mungkin tak mungkin tak boleh menoreh getah, ada bantuan jugak boleh rujuk dengan, dengan apa, dengan RISDA untuk bantuan musim ke, tengkujuhlah ya.

Kemudian kita tengok pulak pada ADUN Chennah. Berhubung dengan Desa Muafakat. Desa Muafakat ni dah lama siap. EXCO saya, saya telah nyatakan kepada semua Pegawai-Pegawai Daerah melaui KADO dan juga ADO, bahawa apabila kita merancang pembangunan di penempatan baru pastikan ada rizab jalan, ada rizab untuk lampu, ada rizab untuk api dan air dan sebagainya supaya jangan berlaku kes yang saya dah nyatakan dulu, dalam Dewan yang lepas, dibagi semua tanah tu, tak ada tempat rizab untuk dewan, untuk balai raya dan sebagainya. Jadi saya harap, saya mintak mohon ditanggalkan [pelitup muka]. Saya mohon supaya benda ini kita buat perancangan. InsyaAllah 10 – 20 tahun akan datang tidak timbul masalah ada rumah tapi tak ada jalan nak masuk, ada kemudahan-kemudahan lain ya. Jadi untuk kita mula, mulakan dengan supaya dibuat apa dikatakan perkampungan yang tersusun dengan kemudahan-kemudahan yang sepatutnya disediakan, termasuklah yang

terbaru ini kita masukkan iaitu kemudahan untuk menara teli, telekomunikasi ya.

Dan jugak kita, untuk pertanyaan di Kampung Chennah ini, kita ada beberapa, 2 – 3 perkampungan telah mulakan di, di Jempol. Dan ini kita akan mulakan sikit masa lagi, Kampung Chennah. Program Perluasan Kampung di Kampung Chennah, Jelebu ini melibatkan tanah Kerajaan Negeri dengan jumlah keluasan keluhan, keseluruhannya seluas 2.36 ekar. Pada masa ini kerja-kerja awalan seperti kerja-kerja ukur sedang dilaksanakan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan bagi menentukan jumlah lot sebenar tapak yang dapat disediakan sebelum kerja-kerja tanah serta kerja-kerja infrastruktur asas dan kerja-kerja berkaitan dapat dimulakan. Kaedah pelaksanaan Program Perluasan Kampung bagi Kampung Chennah, Jelabu adalah melalui kaedah pemberian lot-lot kepada peserta yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Dan dalam Mesyuarat MMK yang lalu jugak, kami telah mencadangkan kalau ada tanah-tanah kerajaan yang kosong di kampung-kampung, kita cuba racik-racikkan atau bagi-bagikan kepada mereka-mereka terutama sekali kata tadi ibu tunggal, orang, orang kurang upaya yang tak ada tanah, yang tak ada rumah lagi. Kita beri keutamaan kepada mereka. Jadi ini kita mintak kepada semua Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah untuk pastikan supaya permohonan tanah ini, kalau ada tanah yang macam ini, kita bagi-bagikan untuk kemudahan mereka. Kita tak ada tanah yang banyak nak beri 10 ekar, 20 ekar, 100 ekar lagi. Kita bagilah untuk tapak rumah ya. Kemudian kita tengok pulak pada soalan ADUN Lobak, berkaitan dengan JAKIM yang untuk di Kampung Orang Asli Belihoi-lah. Berkaitan dengan dewan serbaguna di kampung orang, Orang Asli Belihoi ini adalah di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, sebab dia buat, dia kena maintain.

Manakala isu bekalan air, penduduk kampung ini menggunakan sumber air dari sungai atau bukit sebagai bekalan air seharian. Gangguan akan berlaku apabila musim hujan. Bila musim hujan, air koghoh, bila musim apa ni, hari kemarau, air tak ado. Haa inilah dio kita bergantung kepada …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Pertanyaan, pertanyaan.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

So, kita jikalau boleh, boleh sambung SAINS, bekalan air untuk kampung Belihoi itu?

Saya nak jawab ni, ni jugak jawapan jugak, walau bagaimanapun penduduk kampung tetap mahu menggunakan air sungai, air bukit. Haa ini kehendak dia. Sebab ada jugak projek-projek yang telah disediakan oleh kerajaan, mereka tak nak pakai. Dia nak pakai air yang original. Dia tak mahu pakai yang, yang, yang tak ori, dia nak air yang ori …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okay, Labu. Mungkin ni dulu. Tapi saya yang selalu masuk tu, mereka ada buat rayuan, jikalau boleh dapat ni, bekalan air dari SAINS, lagi baik …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

…. zaman sudah lain.

Tapi ni daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memaklumkan, jadi saya akan selidik, check balik. Dan memang saya tahu ada di, di Lenggeng ada satu kampung lagi yang melibatkan lebih kurang beberapa belas rumah yang tidak ada kemudahan air, yang, yang daripada SAINS-lah. Kita telah cuba mohon supaya diaturkan dan dibuat pada tahun akan datang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Okay.

Berhubung dengan ADUN Lobak juga …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu, boleh saya celah sikit? Yang tentang bekalan air tu, di DUN saya pun ada 11 kampung dan kemungkinan besar penduduk itu berpendapat, kalau guna air sungai tu tak perlu bayar bil bulanan. Jadi perlulah buat kajian semulalah, saya anggapkan mungkin pandangan itu tak betul atau tak tepat, tak tepat iaitu yang saya maksudnya kerana di kampung-kampung Asli di kawasan saya ni, mereka perlu, hendakkan air, air SAINS. Itu yang saya …..

Saya mintak pihak yang berkaitan dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli membuatkan, di apa kan, ke, Kementerian Luar Bandar, jadi saya mintak laporan yang benar, sebenarnya dan kita akan cuba research. Tapi memang ada sebahagian kampung memang dia tak nak air daripada, daripada paip ini sebab dia ada gas ataupun ada klorin dan sebagainyalah. Itu saya maklumkan, memang ada. Jadi saya tak payah sebutlah kampung-kampung mana, tapi memang sebahagiannya sebab dia tidak dikehendaki oleh orang situlah. Itu kita tak boleh tolak sebab ada jugak vaksin macam mana baik pun dia orang tak nak, sebab ada dia punya pandangan atau pendapat dia. Jadi kita kena hormati dan kita kena santuni merekalah. Walau macam manapun usaha akan dibuat,

memastikan supaya kemudahan asas bekalan air dan api ini akan dapat kita selesaikan secepat mungkin. Sesuai dengan kemajuan negara kita ya. Lagi satu …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Penjelasan tu …..

Dato’ Pengerusi …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. mohon izin, penjelasan …..

….. mencelah ya? Mencelah ya?

Tentang air tadi kan, memang, saya setuju dengan apa diberitahu oleh Labu tadi, iaitu Orang Asli ni dia nak gunakan air sungai. Saya tahu apa sebab dia, sebab dia, dia tak nak bayar, tak nak bayar bil bulanan tu. Jadi, saya cadangkan Kerajaan Negeri sama ada bagi percuma ataupun cari alternatif lain ya, untuk tidak memba, membebankan ya, apa ni, penduduk Orang Asli ni.

Dan saya cadangkan jugak kepada ADUN, kita cari menggunakan kemudahan CSR daripada badan-badan korporat untuk bagi. Tu pasal saya, yang saya laksanakanlah. Kita cuba buat sebab benda ni tak ramai pun, ada certain tu ada 5 – 16 apa ni, keluarga. Jadi kadang-kadang kita berbaktilah masa kita berkuasa. Cubalah masa, tolong masa orang memerlukan pertolongan kita. Jangan nanti kita dah tak ada, kita tak boleh buat apo-apo. Kita hanya cakap. Itu semua pandangan sayalah. Saya akan berusaha bersama dengan rakan-rakan ADUN baik pembangkang ataupun kerajaan sama-sama kita selesaikan masalah yang telah lama sehingga kini masih tak dapat diselesaikan ya. Itu harapan saya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Penjelasan, Dato’ Yang Dipertua …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

….. sebenarnya Kampung Orang Asli Belihoi mereka memang pernah memohon tapi yang diberitahu tadi, alasan dari SAINS, dia ni paip besar tak sampai kawasan tu. Itu masalah dia. Mereka memang pernah mohon. Terima kasih.

Seperti dinyatakan oleh saudara, sahabat saya daripada Seri Menanti, dia dah mengalami pengalaman lamalah dengan Orang Asli ni, saya faham tu. Sebab dia, siapa yang, yang nak bayar, kalau semua nak

free. Haa ini yang satu masalah yang kita kena pastikan supaya mentaliti ni kita akan dapat kita kikis sedikit demi sedikitlah, memakan masa sikit ya. Sebab kalau boleh kita orang semua nak free. Saya, mintak maaf saya cakap, ado orang yang asnaf tak mahu keluar daripada lingkungan asnaf sebab mereka nak dapat bantuan. Kita cuba motivasi dia supaya dia menjadi orang yang berusaha, berjaya. Inilah peranan yang kita sedang buat, terutama jugak usahawan-usahawan yang kita bantu. Kadang-kadang dia nak semuanya dibantu. Sebagai usahawan, nak mendaftar SSM pun tak nak. 70.00 ringgit. Saya cakap, berbaloilah 70.00 ringgit, you bayar, kita bagi 3,000.00. Kalau boleh katakan sibuk sangat pun, berhenti 2 hari, 2 hari dapat 100.00, 2 hari dapat 200.00 ringgit, kita bagi 3,000.00 tanpa bayar. Haa ni mentaliti yang perlu kita selesaikan sedikit demi sedikitlah. Ni yang sedang kita hadapi.

Dan saya berharap jugak banyak budak universiti keluar, dengan bantuan yang banyak, dengan bantuan yang, yang, yang, yang baik, kita mintak supaya mereka ini mengambil, dengan keadaan COVID ini, banyak orang boleh berjaya sebab mereka menggunakan kemahiran ilmu mereka dan jugak teknologi yang baru, di mana dia lebih baik dan lebih hebat lagi daripada makan gaji. Ini jugak satu, satu sikap yang perlu kita kikis sedikit demi sedikit. Kalau dulu semua nak kata nak kerja kerajaan, kerja kerajaan dah, nak dikurangkan ataupun nak direntikan, kurangkan, jadi kita kata, masuk jadi usahawan. Ini satu peluang yang sangat baik pada orang-orang muda ya. Itu harapan sayalah.

Dan jugak saya mintak jugak kalau boleh pembangunan untuk Orang Asli ni kita bantulah sikit terutama dalam untuk perumahan ya. Kadang-kadang saya ada pergi di Jelebu, baru-baru ni, kampung belakang tu je, dekat Kuala Klawang tu. Tok Batin dia, saya cakap, ada 2 rumah Orang Asli, satu Islam, satu bukan Islam, dan Tok Batin ni. Saya tengok tiga-tiga rumah di daif. Duduk dalam pundung. Dan saya dah cuba dapatkan bantuan. Kalau boleh bagilah, kesian saya tengok orang ni macamlah kita tak pernah apa, hayati ataupun sokong, memang mereka ni susah. Kais pagi makan pagi. Jadi kalau boleh mintak sangatlah kalaulah kata nak harapkan semua daripada apa, Kementerian Luar Bandar, memang terhad. Jadi saya menyarankanlah Kerajaan Negeri atas apa nama ihsan, kita bantulah. Kalau setahun kita boleh bagi 3 – 5 buah rumah, jadi insyaAllahi dalam tempoh 5 tahun kita dah boleh mengatasi satu perkampungan yang lebih kurang 20 – 30 perumahan. Yang …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah, celah sikit, Labu, Labu, celah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Pasal ni, pasal orang Asal, orang-orang Asli kampung-kampung haa, baru kita 3 tahun lebih. Pilihan raya 15, mesti kita menang. Masa tu kita semua kasi free. Air, api semua kita, Orang Asli kita bagi free, okay, cadangan saya.

Seremban Jaya mana ada Orang Asli. You jangan kacaulah. You tak ada Orang Asli.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya sendiri masuklah Asli punya kampung ikut Labu.

Sebab Seremban Jaya ialah salah seorang EXCO yang saya panggil, dan ada 3 orang EXCO. Kalau siapa nak masuk, boleh saya kata, nak tengok Orang Asli, merasai kesukaran jugak kedaifan kehidupan mereka. Jadi beliau salah seorang yang aktif, selalu datanglah. Jadi mintak mungkin akan masa …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Faham?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Seri Menanti ada faham? Chembong ada faham?

Faham, faham, faham.

Okay, saya mintak bukak kalau, kalau ada yang apa, Chembong …..

Yang Berhormat Dato’ Speaker, mintak izin. Saya mohon Labu buat satu keputusan tentang cadangan daripada Senawang Jaya tadi, sekiranya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya, Seremban Jaya.

Seremban Jaya. Tentang untuk bagi, bagi bekalan air percuma sekiranya apa, ya. Kami tak janji ya.

Saya tak boleh bagi kata janji sini. Saya, yang saya buat. Dengar dulu cakap saya. Saya bercakap beralas, saya bukan cakap janji, janji tapi tak, tak tepati, kita bukan begitu cara kitalah. Saya suka mengatakan kalau ada mana-mana korporat besar yang ada CSR dia punya peruntukan, bagi percuma pada mereka-mereka, ini kita carikan. Tetapi sebagai kerajaan, kita jangan apa, membuat satu polisi yang mungkin tidak sepatutnya begitu ya. Ini pandangan sayalah.

Senawang Jaya, ada faham?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Chembong ada faham. Tapi cadangan saya, cadangan saya, cadangan saya.

Saya cadangkan kalau dia tak faham, lain kali jangan bawak dia lagi.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu, sebelum saya ketengahkan ni, saya berharaplah Yang Berhormat Seremban Jaya ni selesaikan masalah Gatco dulu. Janji-janji tu putuskan dulu….. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan – percakapan serentak antara YB ADUN Sri Tanjung, YB ADUN Repah, YB ADUN Seremban Jaya dan YB ADUN Jeram Padang]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya, ya, ya, memang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. baru fikir tentang PRU 15 …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Memang, memang, memang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu, semalam …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Hello, jangan lari tajuklah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN Jeram Padang …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN Jeram Padang, ADUN Jeram Padang …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Sekarang cerita pasal Orang Asli …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

ADUN Jeram Padang …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. jangan cerita pasal Gatco …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. jangan risau …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. dulu kamu tidak menyelesaikan janji …..

[percakapan kurang jelas]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, semalam …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. tak ada lain isu, tak adalah …..

…. Jangan …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Duduklah Jeram Padang, duduklah. Lain isu tak ada, duduklah, duduk, duduk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. apa jawapannya …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

3 orang pun serupa 10 orang ka?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

You 5 orang bangun pun, satu orang saya di sini pun tak boleh lawanlah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya, ya, memang tak boleh lawan. Pasal …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Labu …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. memang tak boleh lawan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. jangan selalu kamu putar belit …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

[percakapan kurang jelas]

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. Jeram Padang putar belit …..

[percakapan kurang jelas]

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. 8 ekar baru selesai …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Sudahlah. Duduk, duduk, duduk.

[Kekecohan kembali reda]

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bawak perhatian kepada Yang Berhormat tentang menara telekomunikasi di kampung Asli Klebang masih lagi belum diselesaikan. Tapak dah 2 – 3 kali dah dilawat tetapi tak ada jawapan. Saya dah tulis kepada MCMC tetapi belum ada. Satu lagi adalah, apa, mengapa kampung-kampung Orang Asli ini tidak disenaraikan dalam 60 inisiatif itu. Apa salahnya? Berilah satu tambahan inisiatif dengan 2.0 juta untuk membaiki rumah-rumah di kampung-kampung Orang Asli. Jadi saya berharaplah Yang, Yang Amat Berhormat Sikamat mengambil perhatian, memang ada banyak inisiatif tetapi masyarakat Asli saya ingat secara khususnya tak ada. Jadi saya cadangkanlah. Sekian. [Kekecohan di dalam Galeri Persidangan – percakapan serentak antara YB ADUN Sri Tanjung, YB ADUN Repah, YB ADUN Temiang dan YB ADUN Jeram Padang]

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kerajaan BN-lah …..

Isu macam ini saya setuju …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. kerajaan BN-lah kerana …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Jeram Padang …..

….. dulu you tak nak buat kerja …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. saya sekali lagi kata apa yang you janjikan sebelum PRU yang ke-14 itu, selesaikan dulu, jangan cerita panjang …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Memang kita selesai, memang kita dah selesai …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. 4 ekar itu BN punya kerja …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. kosong, tak seperti Jeram Padang …..

….. jangan mintak kita selesai …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. janji kosong, kita tunai.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tak layak untuk katakan janji …..

Apa tak layak? You jadi EXCO dulu tak selesaikan masalah …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dulu tidur jugak hari-hari tidur, sekarang baru cerita …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. tidur you …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Sudahlah.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

….. duduk, duduk Jeram Padang, duduklah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…. jangan cerita panjang Sri Tanjung …..

….. dulu jadi EXCO …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Duduklah, duduklah.

….. sekarang nak bagitahu macam-macam …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…..buktinya …..

….. 60 tahun ….

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Jeram Padang, duduklah.

….. tak buat apa-apa.

Control, control.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Jadikan tempat Dewan ini …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Satu lawan satu, you jadi …..

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

….. beradab. Politik yang matang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. Jeram Padang tulis surat pun tak boleh.

Saya ingat …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. isi borang pun tak tahu …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Kepayang …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

….. apa macam …..

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

….. bagi pantun, pantun. [Kekecohan kembali reda]

Dato’ Speaker. Saya ingat, saya ro, relai, apa, leraikan secara baiklah. Tapi kalau boleh, kita memang nak menyelesaikan masalah-masalah yang ada secara yang terbaiklah. Walau macam mana pun kita tak boleh membuat satu janji-janji yang tak mungkin kita boleh laksanakan dengan kos yang mungkin yang dibuatkan tinggi. Tu sebab

tu kita sebagai ADUN kita kena fikirkan bagaimana kita nak menyediakan bajet yang memenuhi …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini saya setuju. Jangan janji-janji sebelum PRU.

….. semaksima yang mungkin orang kita boleh bantulah. Okay yang, saya selanjutnya saya suka nak menegaskan walau apa pun bajet yang baik ke, terbaik ke, pelaksanaannya mesti dibuat dengan terbaik. Jadi saya suka mengingatkan kepada semua baik ADUN pembangkang, mahupun jugak ADUN ataupun Penyelaras DUN kita, kita kena turun santuni rakyat. Tanya permasalahan mereka, dan jangan biarkan. Saya suka kalau boleh ADUN kawan-kawan pembangkang untuk, ada copy surat hantar kepada kita sebab kita ada mesyuarat tetiap bulanan. Jadi kita boleh tengok, macam tadi, menara SKM, jadi kita tak dimaklumkan, tapi walau macam mana pun kita akan cuba tanya pihak yang berkenaan untuk kita atasi. Itu masalah yang kita akan cuba laksanakan.

Dan memang pun saya kata, kita tak boleh biarkan masalah ini berlarutan. Jadi kalau boleh kita kena fikirkan untuk penyelesaian secepat dan sebaik mungkin. Itulah harapan sayalah sebagai EXCO Pembangunan Luar Bandar yang mano saya punyo apa ni, kerja saya berjalan ke kampung-kampung tengok. Jadi itulah, kalau boleh samo-samo. Jadi kena dalam, dalam bajet MARRIS ni sebenarnya ada banyak peruntukan yang boleh dimintak melalui, tapi kena respect Ketua-Ketua Kampung sebab saya, kami dalam Mesyuarat MMK telah putuskan apa-apa je program, apa-apa perkara yang baik nak dibuat dekat kampung itu, kalau boleh rujuklah pada Ketua Kampung, baik Ketua Kampung yang baru ni ke, ataupun yang lama. Kena buat, kena, kena kita hormati mereka sebab kita kena menginstitusikan Ketua Kampung secara yang terbaik. Kalau kita tak hormati orang di kampung, jadi kita ada masalah. Itu sebab saya cakap, cukuplah pertelingkahan yang berterusan, ada mana kita banyak persamaan, kita gunakan persamaan ini untuk kita bersama. Saya cakap kalau kita bermusuh dengan orang sebelah kanan kita, orang sebelah kiri kito, mana kita nak lari. Besok satu masa orang kampung kita akan berjumpa jugak ya. Jadi itu sebabnya, pandangan saya ada benda yang ada perbezaan tu kita akuilah, dan ada benda banyak persamaan tu, yang perlu kita selesaikan, kita selesaikan secepat mungkin. Itulah harapan sayalah ya.

Jadi kalau boleh, besok kita jumpa lagi, jangan takut, kita berjumpa dan tak ada masalah untuk berbincang duduk di mana-mana, kita nyatakan tengok, kita boleh, kalau dalam Dewan kita boleh duduk berbincang bersama, di luar, di kampung-kampung, di gerai-gerai kampung pun kita tengok, kita boleh bersama. Inilah satu kematangan politik yang saya

rasa perlu kita laksanakan ya. Dan itulah harapan saya. Akhir sekali mudah-mudahan kita sama-samalah. Saya tak nak timbulkan provokasi. Saya hanya perlu nyatakan ada kerja yang kita kena buat, yang kita kena buat segera, kita segerakan. Yang mana kita kata perlukan bantuan ataupun kos yang tinggi, mungkin kita lambatkan sedikit. Tetapi perancangan mesti dibuat supaya semua kemudahan-kemudahan ini akan dapat dirasai dan jugak dinikmati oleh siapa pun penduduk, baik kampung, luar bandar, mahupun dalam bandar, mahupun kampung baru dan jugak kampung Orang Asli. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Nak tanya, tertinggal tu, Sungai Raya, jalan runtuh tu.

Yang ni telah dibuat satu kajian, JKR telah buatkan, insyaAllah kita akan masukkan dalam projek nanti, dalam MARRIS-lah ya. Tak ada masalah.

Dato’ Speaker, tertinggal satu lagi. Soalan saya, di jambatan gantung Kampung Kurnia Diraja tu, saya dapati bahawa jambatan tersebut selalu dibaik pulih kan, tapi saya tak tahulah sama ada kualiti kayu yang digunakan de, tidak menepati dia punya piawaiannya ke ataupun, kos yang diberikan, peruntukan tersebut mungkin terlalu sedikit ya. Sebab baru-baru ini masyarakat kampung terpaksa bergotong-royong untuk menebang pokok mencari kayu pokok yang sesuai untuk jadi pengganti menggantikan kayu yang telah reput tu. Jadi saya berharaplah jambatan gantung tersebut sebelum dapat digantikan dengan jambatan konkrit yang baru, dimaklumkan oleh pihak apa, EXCO KPLB ni, EXCO Luar Bandar, jadi saya mintak tulah, diperbaharui dulu, diperbaiki semula. Sekian, terima kasih.

Saya dah pergi dah …..

Dato’ Dipertua, sekejap, sekejap. Kang gulung sekali ya. Satu lagi Dato’ Dipertua, saya nak jemput ya, apa ni EXCO Luar Bandar ya, datang ke apa, ke kawasan Seri Menanti, ada satu jalan, jalan kampung dah berlubang, jambatan eh apa semua. Jadi, saya ingat kalau EXCO datang, boleh kita segerakan penyiapan dia. Silakan ya.

Untuk makluman semualah, baik kawan-kawan saya yang sebelah kanan sebelah kiri saya. Saya cakapkan, biasanya saya pergi mana-mana kampung, 3 kali, yang pertama mengenali apa masalah, yang kedua pelaksanaan sedang berjalan, yang terakhir kejayaan ataupun telah siap. Jadi ini yang saya telah buat. Macam di Chembong, saya dah pergi tengok. Saya dah pergi mulakan, dan sampailah berjaya buat. Saya tengok ya. Jadi tak ada masalah sebenarnya ya.

Dan jugak berhubung dengan jambatan gantung tu, saya dah pergi tengok dan satu peruntukan kita telah hantar kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam mesyuarat semua EXCO Pembangunan Luar bandar, rasa saya mungkin dalam proses untuk diluluskan sebanyak 2.5 juta. Tapi saya belum cakap diluluskan ya, dalam proses, sebab pada dasarnya paper telah di-submit-kan untuk bukan, tak payah nak ganti dia punya tiang setiap kali dia punya, dia punya apa tulah, bila banjir aje ditarik dek, dek air, dah kena ganti lagi. Jadi kita kata kita buat jambatan yang betul, yang mana boleh memberi kemudahan kepada banyak orang, lebih kurang 2,000 orang kalau tak silap sayalah. Itulah harapan yang kita telah laksanakan.

Yang Dipertua Dewan

Okay Yang Berhormat Labu.

Yang Dipertua Dewan

Kita ada seorang lagi sebelum Menteri Besar ni. Silakan.

Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk membuat ucapan penggulungan khususnya berkaitan tentang portfolio yang diamanahkan kepada saya dalam Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Isu pertama yang dibangkitkan ialah ten, oleh Yang Berhormat Chennah ialah tentang dana pelaburan strategik khas. Dana khas pelaburan strategik merupakan peruntukan khas sebanyak 2.0 bilion ringgit di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk memastikan negara berupaya menarik pelaburan dari syarikat-syarikat, syarikat-syarikat yang bertaraf dunia ya, projek mega dan strategik untuk menempatkan aktiviti atau projek di Malaysia. Ini adalah selaras dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) termasuk untuk bersaing dengan negara-negara lain di rantau ini, dan ekonomi lebih membangun dalam menawarkan insentif yang kompetitif bagi menarik projek yang disasarkan.

Dana ini diperuntukkan untuk memudahkan proses rundingan untuk terus menarik projek strategik dan projek mega di sektor berkeutamaan seperti semikonduktor, infrastruktur digital, farmaseutikal, R&D, teknologi pindah, pintar dan pelbagai lagi. Inisiatif ini juga berperanan sebagai strategi untuk terus menggalakkan pelaburan sebagai persediaan pelaksanaan kadar cukai minimum global sebanyak 15%. Kerajaan Negeri menyambut baik perkara ini dan akan memudahcara

pelabur berpotensi bagi meneroka peluang mendapatkan insentif geran tersebut.

Isu yang dibangkitkan oleh ADUN Rantau dan ADUN Chennah tentang TUNS dan TUNS Plus. Adalah dimaklumkan bahawa urus setia TUNS dan, iaitu PKNNS telah memulakan kajian keberkesanan program TUNS dengan melaksanakan kaji selidik terhadap penerima TUNS tahun 2019. Penerima TUNS 2019 telah dihubungi pada bulan Mei 2021 bagi mendapat maklum balas soal selidik berke, keberkesanan TUNS. Pemilihan sampel adalah secara rawak daripada 1,046 orang penerima TUNS yang merangkumi kesemua 36 kawasan Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan. Antara skop yang diukur adalah perkara yang berikut: yang pertama adalah tentang kelangsungan perniagaan selepas penerimaan TUNS dan jumlah pendapatan selepas menerima geran TUNS. Kajian yang dijalankan menunjukkan inisiatif bantuan TUNS dan TUNS Plus ini mem, memberi manafaat dan meningkatkan jualan peniaga-peniaga ini.

Untuk tahun 2022, kerajaan secara lebih terperinci akan melihat kesan impak inisiatif ini di mana, khususnya kesemua inisiatif di bawah Kerajaan Negeri seperti TUNS, PH GEM dan jugak bas percuma yang dijalankan, untuk kita membuat kajian secara menyeluruh dan kita nak memberi tugasan ni kepada pihak yang ketiga ya. Kalau sekarang ini, sebagai contoh, TUNS di bawah PKNNS, kita nak mintak pihak yang ketiga ya. Pihak yang ketiga iaitu neutral party, dengan izin Dato’ yang Dipertua, kita nak beri kepada Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) untuk membuat kajian secara terperinci apakah outcome dengan izin, inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri ini ya, secara lebih terperinci. Sejumlah peruntukan telah pun disediakan untuk tahun 2022 untuk tujuan ini ya.

Perkara ketiga yang dibangkitkan oleh ADUN Chennah ialah tentang apakah mekanisme pengurusan tentang TUNS Plus ya. TUNS Plus sebagaimana kita maklum adalah merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah yang disasarkan kepada usahawan mikro di Negeri Sembilan. TUNS Plus menawarkan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 1 tahun hingga 5 tahun dengan 3 pilihan amaun pinjaman iaitu 5,000.00 ringgit, 10 ribu ringgit dan maksima 15 ribu ringgit. Pembiayaan ini berkonsepkan kepada dana pusingan (revolving fund) yang mana peminjam pada tahun ini akan mula buat bayaran balik pada tahun hadapan. Ini akan menambahkan dana tersebut dan membolehkan lebih ramai usahawan dapat menerima manafaat daripada inisiatif ini dari tahun ke tahun.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merujuk kepada persoalan status pembangunan MVV 2.0 yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Linggi. Sukacita dimaklumkan pembangunan MVV 2.0 berjalan menurut jadual yang kita rancang. Pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) 2.0 telah distruktur semula di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan melalui Pelan Pembangunan Komprehensif Malaysia Vision Valley 2.0 yang merupakan pembangunan katalis ya, atau pemangkin kepada pembangunan Negeri Sembilan. Kedudukan Negeri Sembilan yang strategik, terletak di selatan Lembah Kelang, dan kesediaan tenaga kerja mahir telah lama menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi semulajadi serta memberi peluang kepada pelabur dari dalam dan luar negara. Terletak bersebelahan pintu masuk utama antarabangsa negara; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan berdekatan dengan bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Kajang juga menjadikan Negeri Sembilan sebagai lokasi alternatif yang menarik didiami selari dengan dasar “tinggal di Negeri Sembilan, bekerja di Negeri Sembilan dan gaya hidup di Negeri Sembilan – live, work and play in Negeri Sembilan”, dengan izin Dato’ Yang Dipertua.

Dalam usaha meningkatkan ekonomi jangka panjang, iaitu sehingga tahun 2045, Pelan Induk Pembangunan Ekonomi Negeri Sembilan telah dirangka sebagai asas menunjukkan pertumbuhan dan pembangunan masa hadapan. Pelan Pembangunan Ekonomi yang telah dirangka ini terbahagi kepada 2 kluster iaitu Pelan Pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 yang menggariskan 4 pemacu utama ekonomi; perundustrian teknologi tinggi, pelancongan kesejahteraan, wellness tourism dengan izin Dato’ Yang Dipertua, pendidikan dan penyeleidikan berasaskan kemahiran dan perkhidmatan khusus. MVV 2.0 disasar untuk mewujudkan ekonomi berimpak tinggi seperti dengan tumpuan diberikan kepada industri aero angkasa, teknologi perubatan, bioteknologi, automatif industri sokongan dan pertanian.

Keseluruhan pembangunan MVV 2.0 merangkumi keluasan anggaran 35 ribu ekar. Kawasan pembangunan baharu terbahagi kepada beberap parcel iaitu Parcel A – techpark, parcel B – smartcounty, Parcel C – Lembah Aero Angkasa NS atau dikenali sebagai NSAV, Parcel D – hab maritim bersepadu dan koridor pinggir pantai. Pelan konsep pembangunan ini telah dibentangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (SPC) pada 15 Disember 2020. Selain itu, Parcel E seluas 4,500 ekar masih dalam fasa perancangan untuk dibangunkan sebagai hab electric vehicle city ya, (EVC) dan jugak unmanned vehicle valley (UVV). Kita telah menerima permintaan daripada pelabur-pelbur yang berminat dan pelabur-pelabur yang kita anggap sebagai berkualiti tinggi untuk melabur dalam EV (Electric vehicle) dan juga dalam UVV (unmanned vehicle valley).

Menyentuh tentang UVV, kita akan mengusahakan kepada kesemua sektor yang berkaitan. Yang pertama ialah UAV (unmanned aerial vehicle) ini dron yang terbang di udara, unmanned serface vehicle (USV) yang ni di atas permukaan air, unmanned underwater vehicle (UUV) yang ini yang di dalam air ya, seperti submarine, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, dan unmanned ground vehicle (UGV) yang ini di atas permukaan bumi ya, di atas darat ya. Semua usaha sedang dijalankan bagi memastikan pembangunan terutamanya di kawasan MVV 2.0 disegerakan untuk memastikan limpahan ekonomi setempat dicapai.

Parcel A akan dibangunkan sebagai kawasan perindustrian, techpark yang terdiri daripada 2,838 ekar. Antaranya akan menarik firma pembuatan berteknologi tinggi untuk beroperasi di kawasan ini. Pembangunan yang meliputi beberapa parcel pembangunan ini sedang giat dirancang dan dibangunkan dengan pembangunan kawasan industri baharu di Ladang Hamilton ya, di Ladang Hamilton ini terletak di Nilai ya, dan telah dilancarkan pada bulan Oktober 2021 yang lalu, dan kini dalam peringkat kerja-kerja tanah bagi plot 1 dan 2 dengan keluasan sebanyak 188 ekar. Dan sukacita dimaklumkan, dalam Dewan yang mulia ini, bahawa keseluruhan plot kawasan perindustrian tersebut telah berjaya dijual ya. Sasaran seterusnya ialah bagi membangunkan kawasan industri baru, ini adalah bagi menyegerakan pembangunan plot 3, 4 dan 5 yang mana kini sedang disediakan oleh pihak pemaju, dan dijangka akan dibentangkan bagi kelulusan Kebenaran Merancang pada awal tahun hadapan.

Untuk Parcel B, dengan keluasan keseluruhan 8,796 ekar, dirancang untuk pembangunan pusat bandar baru atau central business district, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, CBD di Seremban yang dipanggil sebagai smart county. Kawasan ini akan lebih mudah diakses daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui hubung jalan, hubungan jalan baru yang sedang dibangunkan, juga laluan rel yang dirancang. Antara komponen penting pembangunan bagi kawasan ini adalah kediaman, komersial, pusat pejabat wilayah – regional hab office dengan izin, bandar perubatan dan kawasan industri ringan dan sederhana yang akan memfokuskan pengeluaran halal khususnya yang berkaitan dengan F&B – food and beverages dengan izin, farmaseutikal dan industri komes, komes, kosmetik ya. Berdasarkan pelan konsep yang telah diluluskan, Kerajaan Negeri telah memulakan langkah proaktif untuk mempercepatkan pelaksnaan pembangunan Parcel B.

Selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri yang mengambil berat akan kemaslahan, kemaslahatan rakyat dan isu pemilikan rumah, oleh itu fasa pertama dalam pembangunan dalam Parcel B akan ditumpukan kepada

pembangunan Rumah Mampu Milik jenis A yang bernilai 80 ribu ringgit ke bawah dengan keluasan yang selesa 20 x 60 kaki dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berdasarkan kepada perancangan kategori rumah mampu jenis, Rumah Mampu Milik jenis A ini, dijangka dapat dibina sebanyak sekitar 5,000 unit dalam fasa pertama Parcel B MVV 2.0. Kita akan memberi keutamaan kepada golongan muda khususnya lepasan ijazah yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah ketika ini dalam hasrat untuk meningkatkan populasi dan meningkatkan pembangunan kawasan perindustrian dalam MVV 2.0 khususnya dalam Parcel A dan Parcel C yang berada di bersebelahan Parcel B.

Dato’ Yang Dipertua, Parcel C, Lembah Aeroangkasa NS atau NS Aerosmith Valley dengan izin (NSAV), dengan keluasan tanah kira-kira 16 ribu ekar akan menumpukan kepada pembangunan sektor perindustrian pembuatan komponen aeroangkasa, seterusnya menjadi hab untuk pemasangan kapal terbang (final assembly line) (FAL). Permintaan yang tinggi terhadap pesawat baru di rantau Asia telah membuka potensi untuk mewujudkan hab aeroangkasa yang baru di rantau ini. Kajian kemungkinan mengenai cadangan pembangunan lembuh, lebuh, Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan yang merupakan sebahagian daripada pembangunan MVV 2.0 telah disediakan dan perkara ini di, diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan. Kajian kemungkinan ini telah dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, menunjukkan perancangan pembangunan ini adalah berdaya maju dan perlu dilaksanakan untuk mempertingkatkan ekonomi negara. Melalui kajian ini, NSAV dilihat mempunyai potensi sebagai pemangkin aeroangkasa yang mampu menarik pelaburan sehingga 104 bilion ringgit dan mewujudkan 32 ribu peluang pekerjaan menjelang tahun 2039.

Malaysia dihubungkan dengan baik melalui udara dan laut yang boleh mengoptimumkan kelebihan berada di selat paling sibuk di dunia. Secara purata, lebih 80 ribu kapal induk ya, mother vessel melalui Selat Melaka setiap tahun, atau anggaran 220 buah kapal induk yang melalui Selat Melaka setiap hari. Untuk itu, Parcel D dirancang sebagai hab industri maritim terdiri daripada pelabuhan laut yang dinaik taraf, home port untuk kapal persisiran atau kapal persiaran atau home port for cruise liner dengan izin Dato’ Yang Dipertua, lay up bankering perkhidmatan STS dan lain-lain. Suka saya memaklumkan, lay up ialah istilah maritim iaitu di mana kapal-kapal ini berlabuh ataupun mereka parkir di kawasan itu. Pada ketika ini untuk sekian lama, di Negeri Sembilan kita tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka, dan sebenarnya dengan banyaknya kapal-kapal ini berlabuh di Port Dickson ketika ini, ia juga mengundang kepada pelbagai masalah yang lain di antaranya ialah pencemaran kerana tidak ada sebarang kawalan di atas kehadiran

mereka berlabuh di perairan kita. Baru-baru ini Kerajaan Negeri terpaksa membiayai kos ya, di atas pencemaran yang berlaku.

Justeru itu, kerajaan sekarang ini, yang dipimpin oleh Pakatan Harapan mengambil inisiatif yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk kita mengadakan kawasan lay up seluas 2,000 ekar di mana dalam keadaan ini, kita akan memastikan semua kapal-kapal berlabuh di kawasan ini sahaja. Mereka akan dikenakan bayaran. Dan kita juga akan memastikan pengawalan supaya tidak ada berlaku sebarang pencemaran di kawasan ini. Ini langkah yang kita ambil, yang boleh meningkatkan pendapatan negara dan dalam masa sama untuk mengawal tidak berlakunya sebarang pencemaran berlaku di perairan kita.

Ketika ini, Dato’ Yang Dipertua, kita sedang bekerjasama dengan Jabatan Laut Malaysia dan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk memastikan ya, lay up ini dapat kita laksanakan. Antara usaha yang kita nak bangunkan di dalam kawasan pembangunan hab maritim ini ialah apa yang dikatakan sebagai pangkalan pelabuhan untuk kapal persiaran ataupun home port for cruise liners. Dato’ Yang Dipertua, Port Dickson adalah tempat yang terbaik untuk kita jadikan sebagai home port ya, pangkalan Pelabuhan. Setakat ini tidak lagi mana-mana home port di negara kita. Yang ada berlaku sekarang ini ialah kapal-kapal persiaran, ataupun kapal-kapal cruise berhenti dengan istilah dikatakan sebagai transit port.

Transit port bermakna kapal akan berhenti sebentar, lebih kurang 10 jam ya, pelancong-pelancong turun dan mereka naik kembali. Istilah home port ialah di mana pelancong-pelancong yang datang daripada seluruh negara naik dan turun ya, embarkation and disembarkation daripada Port Dickson. Port Dickson yang paling sesuai dalam Malaysia ialah kerana kita berada kedudukan yang paling hampir dengan lapangan terbang utama negara – KLIA. Ini adalah syarat yang paling asas untuk menjadikan sesuatu kawasan itu sebagai home port untuk cruise liners ya.

Dan mengapa kita nak membawak home port untuk cruise liner? Ini untuk memberi kesan impak ekonomi yang besar ya. Cuba kita bayangkan, untuk kapal cruise yang besar, ada 3,000 – 5,000 penumpang dengan anak-anak kapal 2,000 ya, mungkin dalam sesebuah kapal. Mereka akan datang menerusi KLIA dan akan turun naik daripada Port Dickson ya. Cuba kita bayangkan dari segi kesan ekonomi kepada negara kita dan rakyat setempat ya. Mereka akan bermalam di hotel, mereka akan makan, mereka mungkin membeli barang-barang keperluan, mungkin boleh juga membeli barang-barang kraftangan, barang-barang cenderamata ya, ini berlaku. Ini kenapa kita nak mewujudkan ya, home

port for cruise liners di Port Dickson ya. Usaha ini ya, jugak akan membawak kesan yang lebih besar ya. Sebagai contoh untuk membekalkan kepada kapal ini ya, makanan, minuman ya, minyak, gas dan sebagainya ya. Ini mengapa ya, Kerajaan Negeri sangat teruja untuk memastikan home port for cruise liner ini dapat kita realisasikan ya. Ketika ini insyaAllah kita dalam perancangan dalam peringkat awal tahun hadapan, Kebenaran Merancang ini akan dibawa untuk dibincangkan ya, dan sudah pasti kita melihat kepada semua faktor-faktor untuk memastikan ianya mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan ya.

Dato’ Yang Dipertua, mengambil kira Port Dickson yang terletak berhampiran dengan Selat Melaka sebagai laluan perdagangan utama dunia, Kerajaan Negeri melihat potensi Port Dickson sebagai pintu masuk maritim yang boleh berperanan bagi menyokong aktiviti peindustiran MVV 2.0 di samping memperkasakan ekonomi ataupun aktiviti ekonomi sedia ada ya. Pembangunan yang kita rangka di dalam Parcel C, Parcel A dan juga Parcel E yang berkaitan tentang EVC (electric vehicle city) ya, dan juga UVV (unmanned vehicle valley) ini memerlukan kepada sokongan untuk mewujudkan pelabuhan indusri yang untuk membolehkan kita menjadi tempat yang kompetitif untuk menarik pelabur-pelabur yang berkualiti untuk berada di Negeri Sembilan.

Dalam masa yang sama, Dato’ Yang Dipertua, selain projek heartbeat MVV 2.0, pembangunan SME business park di Nilai Impian juga sedang aktif dalam peringkat kerja-kerja fizikal. Sebanyak 127 telah dilancarkan dan 93 unit telah berjaya dijual setakat ini. Jadi kalau kita lihat semenjak, Dato’ Yang Dipertua, usaha-usaha kita ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelabur-pelabur yang ingin datang ke Negeri Sembilan ya. Sebab itu dasar kita untuk menjadikan Negeri Sembilan tempat tinggal, tempat bekerja dan untuk gaya hidup, mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak.

Di samping itu, Dato’ Yang Dipertua, usaha pembangunan di kawasan industri Bandar Enstek iaitu Techpark atau Enstek Fasa 3 seluas 650 ekar akan dibangunkan oleh TH Property yang mana proses Kebenaran Merancang dijangka akan dibuat pada awal tahun hadapan ya. Kesemua usaha ini, pembangunan ini difokuskan bagi pembangunan kawasan industri bertujuan untuk menggerakkan ekonomi Negeri Sembilan. Usaha ini diharap akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan ya, yang berkualiti ya, kita ingin menyebut di sini “peluang pekerjaan yang berkualiti”. Peluang pekerjaan yang memerlukan kepada ilmu dan kemahiran, skill and knowledge dengan izin Dato’ Yang Dipertua ya. Ini untuk memastikan pendapatan yang lebih baik kepada rakyat apabila mereka bekerja bersama dalam sektor yang berkaitan. Usaha kita ini

ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan memberi limpahan positif kepada penduduk setempat. Ini usaha yang kita buat ya. Langkah-langkah proaktif Kerajaan Negeri ini dilihat sebagai langkah yang tepat kerana ia akan membuka peluang pekerjaan yang berkemahiran dan berpendapatan tinggi dalam menuju Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Kerajaan Negeri sendiri berusaha untuk membawa pelaburan dari dalam dan luar negara ke Negeri Sembilan melalui Dasar Pelaburan Berganda yang menyasarkan peningkatan nilai pelaburan yang dibawa, yang meningkat daripada tahun ke tahun ya.

Dato’ Yang Dipertua, kita bukan hanya bercakap, dari segi statistiknya telah menunjukkan bahawa pelaburan di Negeri Sembilan meningkat secara mendadak setelah kita mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018. Secara umum ya, pelaburan yang masuk ke Negeri Sembilan sebelum ini ialah hanya sekadar 1.0 bilion ringgit, tetapi apabila kita mengambil alih ya, sebagai contoh 2017 pelaburan yang masuk berjumlah 1.41 bilion ringgit. Tapi 2018, meningkat kepada 2.86 bilion ringgit ya. Dan dia terus meningkat kepada 6.93 bilion ringgit dan tahun 2020 meningkat kepada 7.93 bilion ringgit untuk tahun 2020.

Dato’ Yang Dipertua, walaupun kita mensasarkan ya, untuk tahun 2021 sebanyak 10 bilion ringgit tapi pandemik COVID ini sememangnya memberi kesan besar kepada kita ya. 2019, 2020 ya, kita tak boleh nak buat kerja. 2021 berterusan. Sebab itu kita terpaksa mengurangkan sasaran daripada 10 bilion ringgit untuk membawa pelaburan kepada 5.0 bilion ringgit untuk tahun 2021. Secara umumnya ya, Dato’ Yang Dipertua, dari segi dasar kita ya, dasar usaha pelaburan berganda ini, memberi kesan yang besar kepada ekonomi Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri terus komited membantu dan memudahcara khususnya kepada pelabur-pelabur berpotensi dalam merealisasikan pembangunan MVV 2.0. Terima kasih Dato yang Dipertua, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, mohon …..

Yang Dipertua Dewan

Ada apa?

Soalan tu daripada, daripada Linggi. Saya mohon sedikit pencerahan daripada yang Berhormat Ampangan.

Yang Dipertua Dewan

Tak, ada soalan sebelum ni?

Ada. Ini memang soalan saya. Sikit je, kerana, boleh ya? Okay, terima kasih. Pertamanya terima kasih kepada Yang

Berhormat Ampangan kerana memberi pembentangan dan penjelasan tentang perkembangan MVV ini. Kalau Yang Berhormat masih ingat, tahun 2019, perkara yang saya bangkitkan ketika itu adalah tentang kawasan Linggi sebagai sebahagian daripada MVV kerana, kerana pada, pada penggal yang lepas, maksud dia pada tahun sebelum 2018 kawasan Linggi ini termasuk di dalam MVV bawah, bawah kunci eko dan agrotourism. Semasa itu saya tanyakan soalan, kalau saya masih dengan betul, yang Berhormat mengatakan mungkin dalam masa akan datang akan dimasukkan. Tetapi melihat kepada pembentangan yang di, di, di, di, di, dibuat sebentar tadi, Parcel A, B, C, dan D, adakah Linggi ini sudah terkeluar terus daripada MVV 2.0? Mohon pencerahan.

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya masih ingat lagi soalan yang berkenaan. Sebenarnya keseluruhan tanah yang sedia untuk kita ini, memang besar ya, dan ianya memberikan, selain daripada 35 ribu ekar ini, kita ada lagi tanah untuk dibangunkan sebagai 42 ribu ekar ya, yang jugak merangkumi sebahagian daripada kawasan Linggi. Kita sangat berhati-hati supaya tidak terlampau apa diistilah sebagai over ambitious, maknanya terlampau seolah-olah kita nak rangkumi semua dalam untuk melaksanakan kegiatan ekonomi tapi di luar daripada kemampuan kita. Sebab itu yang kita rangka ini, dalam pembangunan dalam Parcel A, B, C, D dan E ini memang sudah jelas. Dan kita juga telah pun mempunyai perangkaan dari segi perancangan untuk pembangunan ini ya. Sebab itu tidak mudah kepada kita untuk menyatakan kita nak bangun kesemua kawasan kerana diistilah sebagai kawasan MVV 2.0 ialah kawasan Seremban dan Port Dickson. Dan yang kita sasarkan untuk pembangunan sehingga 2045 inilah seluas 35 ribu ekar ya, yang berkaitan yang saya maklumkan daripada Parcel A, B, C, D dan juga E ya.

Walau, namun demikian ya, kita jugak akan melihat ya, sebab di an, kalau kita lihat dari segi keseluruhan pelaburan yang kita bawak itu kesemuanya bersasar ya. Pertama, Parcel A, itu berkaitan tech park, itu kita nak pergi kepada hi tech ya. Semua yang industri yang hi tech pergi kat sana. Kemudian Parcel B, sebahagian untuk menyambung yang dibuat oleh TH Property iaitu tentang untuk me, mewujudkan indusri halal ya, khususnya dalam makanan dan minuman dan jugak tentang perubatan dan jugak tentang kosmetik ya. Dan Parcel B bersasar untuk perumahan untuk membantu pembangunan di Parcel A dan juga di Parcel C. Di mana kalau Parcel C lebih spesifik, lebih khusus iatu tentang pembangunan tentang aeroangkasa, lembah aeroangkasa ya. Yang ini dibuat kajian bersama dan kita bersama dengan Kerajaan Persekutuan untuk membangunakn kawasan ini ya. Dan Parcel D lebih kepada pembangunan hab maritim yang untuk kita manafaatkan Selat Melaka. Parcel E yang baru, yang masih lagi dalam perancangan kita untuk

mewujudkan EVC (electric vehicle city) dan UVV (unmanned vehivle valley), itu di kawasan lain yang saya tak mahu dedahkan buat masa ini kawasannya.

Tapi walau macam mana pun, Yang Berhormat Linggi, kita jugak akan melihat kalau ada di antara pelaburan-pelaburan atau pelabur-pelabur yang, yang berminat untuk memajukan mana-mana kawasan yang berhampiran dengan DUN Linggi, kita tidak ada sebarang masalah ya, untuk membawa ianya bersama. Tapi setakat dalam perancangan kita yang telah kita bawak dalam Mesyuarat SPC (State Planning Committee) inilah yang keseluruhannya telah di, di, di, di, yang telah kita bawa ya, yang kita rangka, insyaAllah tahun 2022 akan merupakan tahun yang banyak berlaku pembangunan akan berjalan di dalam kawasan MVV 2.0. Kita tidak melupakan pembangunan di kawasan yang berkenaan, saya faham dari segi ecotourism dan sebagainya, tapi insyaAllah kita akan melihat ya, kepada keperluan ini apabila, tapi dari segi fokus kita ialah kepada apa yang kita ada sekarang ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan dan Yang Berhormat Linggi. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat Sikamat. Yang di luar ada tak, panggil masuk jap [kebanyakan ADUN pembangkang berada di luar Galeri persidangan]. Menteri Besar yang gulung ni. Tolong panggil. Tolong, tolong, tolong. Chembong tolong.

Kalau dia ada di luar, dia boleh dengar.

Yang Dipertua Dewan

Tak panggil masuk dalam.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, tak apa Dato’ Yang Dipertua, kita jawab laju hari ini. Mengenai soalan Yang Berhormat ADUN Rantau mengenai kutipan hasil setakat 31 Oktober 2021. Prestasi keseluruhan kutipan hasil 31 Oktober 2021 adalah sebanyak 317.02 juta ataupun 70.76%, Hasil Cukai yang dikutip adalah sebanyak 139.12 juta ataupun 89.41%, kutipan Hasil Bukan Cukai pada 126.82 juta bersamaan 55.02% dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak 51.07 juta bersamaan 82.5%.

Soalan yang sama daripada ADUN Rantau mengenai status dasar pemilikan tanah. Kerajaan Negeri tidak menetapkan sebarang tempoh untuk pemilik tanah yang diluluskan pemberian milik tanah untuk membangun tanah milik tersebut. Walau bagaimanapun, setiap permohonan yang diluluskan oleh Jabatan Negeri dan Persekutuan akan diteruskan dengan projek-projek yang telah ditetapkan untuk diusahakan.

Bagi soalan seterusnya, ADUN Rantau, bagi pesara, cadangan pemberian imbuhan bagi pesara kerajaan. Bagi pesara, sama ada pesara di perkhidmatan di bawah Kerajaan Negeri ataupun Persekutuan, Bayaran Khas Kewangan (BKK) yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini bagi pesara kerajaan, Kerajaan Persekutuan akan membayar BKK kepada pesara sebanyak 350.00 ringgit.

Soalan ADUN Jeram Padang: apakah status bagi permohonan lot tanah Kampung Pasir, Seremban, Seremban yang masih belum menerima maklum balas yang berlarutan hingga 10 – 15 tahun yang lepas. Permohonan pemberimilik tanah kerajaan tersebut telah ditolak oleh Kerajaan Negeri apda 15 Oktober 2014. Terdapat 2 senarai nama pemohon telah dikemukakan ke Pejabat Tanah Seremban pada tahun 2017 di mana senarai pemohon tersebut telah, tersebut perlu diharmonikan terlebih dahulu sebelum diangkat untuk pertimbangan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pada 3 Ogos 2011 telah terlebih dahulu meluluskan perizaban bagi kawasan ini sebagai kawasan pembangunan akan datang di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri. Selain itu kawasan yang dipohon adalah termasuk di dalam Rizab Melayu Kampung Pasir dengan Warta Kerajaan Negeri Sembilan nombor 381/16 Julai 1987.

ADUN Rantau, mengenai pada masa ini golongan pekerjaan yang mendapat 35% daripada CE 45% kepada majikan. Bagi menjawab soalan ini, pengagihan pampasan kepada pekerja ataupun compensation of employees kepada Keluaran Negeri Kasar secara keseluruhannya rendah kerana struktur industri yang berintensifkan buruh. Apabila ekonomi atau industri yang berintensifkan buruh, pertumbuhan output ataupun pengeluaran akan meminta lebih banyak pekerja di kategori separuh mahir dan tidak mahir. Apabila ini berlaku, kadar gaji dan upah akan bergerak lebih perlahan, ini menyumbang kepada jurang pendapatan antara kumpulan pendapatan isi rumah.

Merujuk kepada data Jabatan Perangkaan Malaysia pada suku tahun keuda, suku tahun kedua, 2021, mereka yang bertaraf pekerja merupakan komposisi terbesar di Negeri Sembilan iaitu 80% diikuti majikan 13.5%, bekerja sendiri – 13%, dan kerja, bekerja keluarga tanpa gaji – 4.2%. Sebahagian besar penduduk bekerja di Negeri Sembilan tertumpu dalam sektor pertanian, pembuatan, sektor-sektor yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan seperti perdagangan borong dan runcit, penginapan, perkhidmatan dan makanan. Penawaran tenaga buruh separa mahir di Negeri Sembilan adalah tinggi berbanding berkemahiran dan berkemahiran rendah untuk tempoh masa yang sama penawaran buruh separa buruh mendominasi 58% manakala buruh

berkemahiran rendah dan berkemahiran masing-masing 12% dan 30%. Pekerja separa mahir mendamo, mendominasi kelima-lima sektor utama di Negeri Sembilan iaitu pertanian, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, pekerja separa mahir ini mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya di peringkat sijil dan melakukan, dan memerlukan latihan untuk meningkatkan kemahiran sedia ada. Pandemik COVID-19 telah menjejaskan pengoperasian sektor ekonomi sekaligus menyebabkan penurunan dalam gaji dan upah yang diterima. Antara sektor yang menyumbang kepada penurunan dalam gaji dan upah adalah aktiviti hartanah, sektor pertanian dan subsektor penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman.

Selain itu, ekonomi Negeri Sembilan juga bertunjangkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan 98.6% daripada keseluruhan jumlah pertumbuhan perniagaan merupakan perniagaan yang bersaiz, mikro, kecil dan sederhana. Walaupun mendemo, mendominasi jumlah pertumbuhan perniagaan, sumbangan PKS kepada petunjuk ekonomi utama seperti nilai output dan nilai ditambah menghasilkan nilai 0.3/output yang rendah berbanding nasional yang menghasilkan nilai tambah 0.42/output. Hal ini adalah kerana sektor PKS adalah berintensifkan buruh yang memberikan implikasi penting terhadap tahap produktiviti untuk menghasilkan ouput dan nilai tambah. Situasi ini berbeza jika permintaan buruh lebih kepada mereka yang mahir.

Jurang pendapatan antara kumpulan isi rumah juga turut disumbang oleh ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah/daerah. Dalam usaha untuk memastikan keterangkuman pembangunan agar manfaat pertumbuhan dapat diagihkan secara adil, UPEN melalui kerjasama UPM CS dan Jabatan Perangkaan Malaysia sedang membangunkan jadual input/output Negeri Sembilan sebagai asas rujukan utama dalam penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-12. Yang penting bagi Kerajaan Negeri menyusun hala tuju strategi berdasarkan kekuatan ekonomi dan KDNK Daerah agar multiply, multiplier effect tersebut turut dirasai oleh penduduk luar bandar. Tumpuan juga akan difokus kepada penstrukturan semula ekonomi dengan meningkatkan kebergantungan kepada sektor pertanian moden yang akan memanfaatkan penduduk luar bandar khususnya. Kerajaan Negeri akan mengkaji, menambah baik model perniagaan PKS dan mikro untuk mencapai daya saing yang berterusan dan menjadi pemangkin kepada aspirasi kewujudan permintaan perkhidmatan, perkhidmatan pekerjaan mahir.

Hasil konsultasi pihak kerajaan bersama dengan pakar ekonomi, mendapati pengukuran CE semata-mata tidak menggambarkan situasi sebenar kedudukan pendapatan rakyat. Hal ini kerana CE hanya merekodkan mereka yang mendapat pendapatan secara makan gaji.

Data menunjukkan trend meningkat pembabitan rakyat dalam pekerjaan tidak formal. Kadar penyertaan tenaga buruh telah menunjukkan penurunan sejak 2019 dan menjadi lebih ketara ketika pasca pandemik. Oleh itu CE dan pendapatan daripada bekerja sendiri dan tidak formal perlu diukur bersama-sama dalam memastikan kita benar-benar mengukur kedudukan pendapatan rakyat dalam pasaran. Perlu ditegaskan bahawa lebih 75% daripada pendapatan rakyat datangnya daripada pasaran buruh. Pendapatan dalam bentuk bayaran pindahan dan lain-lain hanya mencakupi sekitar 25%.

Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada Yang Berhormat ADUN Chuah. Semak, mengenai hakmilik tanah di persisir pantai. Semakan Pejabat Daerah Port Dickson mendapati sebanyak 134 hak milik tanah di sisir pantai Daerah Port Dickson telah didaftarkan dengan jumlah kelulu, keluasan lebih kurang 635 hektar ataupun 1,659 ekar. Sebahagian besar tanah-tanah dasar yang diberimilik ini telah pun ditambak dan sebahagian masih lagi kekal sebagai dasar laut.

ADUN Linggi, syarikat-syarikat yang telah disenaraikan dalam Jadual Ketiga. Setiap permohonan menye, penyenaraian ke dalam Jadual Ketiga Seksyen 7, Enakmen Rizab Melayu (Bab 142) hendaklah dikemukakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan bagi mendapatkan ulasan dan pertimbangan ke atas permohonan yang diterima. Antara syarat-syarat yang diambil kira bagi pemohonan seperti penyenaraian ke dalam Jadual Ketiga ini adalah seperti berikut:

 Profil syarikat terkini di mana ahli Lembaga Pengarah dan pemegang saham syarikat hendaklah 100% terdiri daripada orang Melayu; dan

 Memorandum and Articles of Association & Constitution yang hendaklah mengandungi clause bahawa syarikat ini adalah terma, adalah syarikat Melayu; dan

 Clause Transfer of Shares hendaklah menyatakan bahawa saham di dalam syarikat ini hendaklah dipindahmilik kepada orang Melayu sahaja ataupun syarikat Melayu sahaja;

 34 Syarikat telah disenaraikan dalam Jadual Ketiga hendaklah layak memiliki tanah berstatus Rizab melayu dan boleh membangunkan tanah tersebut untuk dijual kepada individu ataupun syarikat melayu sahaja.

ADUN Johol mengenai enakmen adat ditarik balik. Enakmen Pemegang Adat tahun 2021 ini akan digubal, membenarkan Tanah Adat dan Tanah Lingkungan dibangunkan dengan mengekalkan status Tanah Adat dan

Tanah Lingkungan di samping mengekalkan prinsip-prinsip adat yang dipakai sejak berzaman. Rang undang-undang ini akan mengemaskini peruntukan-peruntukan lama dengan mewujudkan peruntukan-peruntukan baru antaranya permohonan untuk mengubah syarat sekatan dan kategori bagi Tanah Adat dan Tanah Lingkungan, kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menetapkan atau mengubah syarat sekatan bagi kategori Tanah Adat, penyatuan lot-lot Tanah Adat atau Tanah Lingkungan, kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan, menyerah balik dan memberimilikan semula Tanah Adat dan Tanah Lingkungan serta pengambilan Tanah Adat atau Tanah Lingkungan.

Peruntukan baru di atas diwujudkan agar urusan hal ehwal Tanah Adat dan Tanah Lingkungan selari dengan perkembangan-perkembangan masa kini. Ya, kita, kita tarik balik untuk kita bawa dalam persidangan yang akan datang, dan enakmen ini ditarik balik bagi persidangan akan datang untuk dikemaskini dan mengambil kira hasil konsultasi yang lebih meluas ya. Jadi, kita dapat maklum balas terakhir dan kita akan, akan bawa pada persidangan yang akan datang.

Yang Berhormat ADUN Jeram Padang: kos sara hidup dalam tempoh semasa. Pelbagai bantuan telah disalurkan bagi mengurangkan beban rakyat daripada pelbagai golongan. Belanjawan yang dirangka bersifat holistik merangkumi pelbagai inisiatif untuk pelbagai lapisan masyarakat. Inisiatif bantuan bersifat case aid and dan input pertanian, perniagaan, serta kredit mikro tanpa faedah turut disediakan bagi tahun, sejak tahun 2019. Belanjalan, belanjawan 2020 dirangka dengan 2 tekad untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan meningkatkan keupayaan penjanaan pendapatan keluarga. Sebanyak 14 inisiatif baru telah diumumkan antaranya Tabung Agro, INGEN, halal cottage dan lain-lain. Keseluruhan inisiatif bagi tahun 2022 adalah sebanyak 64.09 juta, terutamanya bagi golongan B60.

Dato’ Yang Dipertua, soalan Jeram Padang, YB Jeram Padang, untuk mengenai lot Kampung Pasir, Rasah. Tadi saya telah jawab ya.

YB Chembong. Hanya satu LPS diluluskan di DUN Chembong. Kutipan hasil LPS tersebut adalah sebanyak 18.00 ringgit setahun berdasarkan Kaedah Tanah Negeri Sembilan.

ADUN Lobak, permohonan pertukaran syarat tanah di kediaman tapak komersial. Permohonan diterima tahun 2020 – 9, tahun 2021 – 10. Ini yang MBS luluskan. Permohonan diluluskan pada tahun, permohonan diluluskan bagi tahun 2020 – 4, pada tahun 2021 ada 5 dan tukar kepada komersial ada 1. Semua permohonan tukar syarat atau meletak syarat tanah di pusat Bandar Seremban sebagai komersial diluluskan selaras

dengan Zon Guna Tanah Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley, tiada kes tertunggal di Jabatan Perancangan Pembangunan MBS ya. Soalan Yang Berhormat Tuan Chew Seh Yong, mengenai status permohonan tukar syarat kediaman kepada komersial, tadi saya telah jawab.

Yang Berhormat Tuan Yap, permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Mambau, berdasarkan rekod Pejabat Daerah Tanah, dan Tanah Seremban, tiada permohonan LPS semasa diterima daripada mana-mana pihak untuk mengusahakan kolam-kolam di atas tanah kerajaan tersebut. Tanah kerajaan tersebut adalah melibatkan 4 lot tanah yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada MBI bertarikh 30 Oktober 2021. MBI telah membayar premium pada 24 november 2021 kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban. Dan dalam proses, Pejabat Daerah Tanah Seremban dalam proses mengeluar dan mendaftarkan hak milik selepas menerima pelan daripada jurukur berlesen.

ADUN Chennah, Terimaan Bukan Hasil, pemberian ikut ramai penduduk ya, terimaan daripada Kerajaan Persekutuan saya telah maklumkan, ini adalah berdasarkan Perkara 109(1)(a). Dan ini kita harus bawa bersama di peringkat Kerajaan Negeri dan juga di peringkat Parlimen ya.

ADUN Pertang, ramai yang menceburi bidang pertanian akibat diberhentikan kerja ya. Luas tanah satu ekar dikenakan Lesen Pendudukan Sementara sebanyak 10 ribu ringgit ya. Saya dah semak dengan jabatan ya, dengan Pejabat Tanah Daerah Jelebu, tidak ada pun satu kes ini berlaku. Jadi apabila bercakap tu, biarlah kita meng, dengan, dengan fakta ya.

Berapakah penambahan royalti yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil penggunaan daripada sistem eDoket – soalan daripada Temiang. Royalti tambahan dari permit bahan batuan yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri hasil daripada penggunaan sistem eDoket pada tahun 2021 adalah sebanyak 2.579 juta berbanding kutipan royalti tambahan pada tahun 2020 sebanyak 4.710 juta. Penurunan ini berlaku akibat penutupan operasi permit bahan batuan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2021.

ADUN Mambau, perkembangan, tadi saya dah jawab. Mengenai ADUN Chennah ya, ADUN Chennah. Kerajaan Negeri tidak pernah, Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri tidak pernah mengenepikan penduduk di kawasan DUN pembangkang. Bagi tahun 2021 peruntukan sebanyak 400 ribu bagi manfaat kesejahteraan penduduk dalam DUN pembangkang melalui 16 orang Penyelaras DUN. Penyelaras-Penyelaras

DUN ini dilantik sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan rakyat dalam kawasan DUN pembangkang bagi memastikan dasar dan agenda Kerajaan Negeri adalah jelas dan difahami oleh mereka. Kerajaan Negeri juga memberikan layanan yang sama kepada semua rakyat dalam DUN pembangkang bagi mendapatkan sebarang tuntutan, bantuan dan menikmati inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri seperti inisiatif TUNS, bantuan kemasukan ke IPT, Biasiswa Anak Negeri, Bantuan Anak Sekolah, bantuan COVID-19, bantuan kehilangan pekerjaan, bantuan implan ortopedik, bantuan kepada penjaja, mangsa bencana alam, kebakaran dan lain-lain. Tanpa bantuan, tanpa kira mengambil kira fahaman politik.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri mengambil perhatian terhadap cadangan YB Chennah supaya peruntukan turut diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi memastikan penyampaian khidmat kepada rakyat berjalan baik. Sebagaimana kita sedia maklum, Kerajaan Negeri pernah menyediakan peruntukan kecil sebanyak 100 ribu kepada ADUN pembangkang melalui Pejabat Daerah masing-masing dalam belanjawan 2019. Sebanyak 1.3 juta ataupun 81.5 telah dibelanjakan dari keseluruhan 1.6 juta peruntukan disediakan. Walau bagaimanapun, ada ADUN pembangkang dalam satu sesi Dewan yang lalu telah menolak cadangan peruntukan tersebut, dan cadangan belanjawan pada tahun berikutnya. Saya bersama-sama rakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersedia untuk mengkaji cadangan pemberian peruntukan kepada semua ADUN pembangkang tersebut. Namun begitu cadangan tersebut adalah bergantung kepada keupayaan Kerajaan Negeri, kewangan Kerajaan Negeri memandangkan pada tahun hadapan Kerajaan Negeri juga dijangka terus mengalami defisit ya, kita telah mengumumkan defisit sebanyak 88 juta.

Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat Tuan Noor Azmi Yusof ya. Ni tadi dah jawab ya, minta 10 ribu tadi, satu ekar. Tidak ada ya, tidak ada, data.

ADUN Johol mengenai peruntukan MARRIS. Pengurusan MARRIS ketika ini lebih jauh baik, lebih, pengurus, pengurusan MARRIS pada ketika ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Ini terbukti apabila Negeri Sembilan muncul sebagai negeri yang mencapai prestasi perbelanjaan tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu 455.95 juta bersamaan 132.04% bagi melaksanakan sebanyak 1,588 projek pada tahun 2020 yang lalu berbanding jumlahan terimaan 345.33 juta untuk kebaikan rakyat di seluruh Negeri Sembilan. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah penggunaan four-quadrant analysis bagi menentukan keutamaan projek pembangunan sistem romax 2.0 dan keadan, dan kaedah perolehan secara undian. Negeri Sembilan juga

merupakan negeri yang paling aktif menambahbaik garis panduan pelaksanaan MARRIS sehingga membolehkan banyak skop kerja yang dahulunya tidak dibenarkan kini telah boleh dilaksanakan di bawah peruntukan MARRIS. Sukacita saya maklumkan bahawa pemilihan projek MARRIS dibuat secara teliti dan terperinci berdasarkan kepada keperluan sebenar rakyat tanpa mengambil kira sentimen politik. Pecahan ter, ya, telah ya, kita, kita bagi kepada semua DUN-DUN yang terlibat.

ADUN Chembong memohon Kerajaan Negeri meneroka bidang-bidang baru dalam menambah pendapatan, contohnya meningkatkan pertanian pintar dan ekonomi digital. Kerajaan Negeri sentiasa meneroka sumber-sumber baru yang boleh meingkatkan hasil Kerajaan Negeri. Untuk makluman selaras dengan pembangunan teknologi digital, Kerajaan Negeri meneliti kebolehlaksanaan kesesuaian terma dan syarat dan implikasi perundangan dalam program-program monetization sosial media melalui penciptaan kandungan dalam sosial media Jabatan-Jabatan Negeri yang berpotensi menjana hasil. Kerajaan Negeri juga meneliti potensi hasil melalui memobilasi ekonomi bayangan ekonomi yang dianggarkan mempunyai saiz ekonomi 1/3 daripada KDNK seperti perniagaan mikro di kawasan perumahan, penjualan makanan dan rum, dan rumah dan lain-lain aktiviti ekonomi yang tidak formal selaras dengan perubahan corak kegiatan ekonomi.

ADUN Johol: Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Kempen Jom Terojah Negeri Sembilan yang dilaksanakan LPNS merupakan satu plat, satu platform dalam mengenal pasti tarikan baru dalam, dan produk pelancongan sesuai kawasan. Bagi kawasan Johol, LPNS telah mendapat makluman mengenai Jeram Lubuk Bunga, Jeram Kampung Betong, di bawah segmen ekonomi pelancongan. Kedua-dua lokasi ini akan dimasukkan dalam sesi lawatan dan turun padang untuk melihat kemampuan dan kemampanan produk ini jika diangkat sebagai tarikan baru pelancongan Johol. Selain itu, LPNS juga dalam rangka susun jadual untuk mengadakan sesi pengambaran dan video penghasilan apam Johol bersama pengusaha tradisional di kawasan tersebut. Informasi dan maklumat ini akan dijadikan bahan kempen dan promosi LPNS menerusi media sosial rasmi @Negeri Sembilan Tourism, N9Tourism, merangkumi Facebook, Instagram dan Twitter. LPNS sedang dalam dalam tindakan akhir pengurusan perolehan untuk mencetak fun map and brochure, and brochure pelancongan yang meliputi produk pelancongan tumpuan melangkaui semua daerah Negeri Sembilan iaitu mengandungi senarai nama dan lokasi setiap produk tarikan pelancong yang boleh dijadikan rujukan kepada pengunjung dan pelancong di Negeri Sembilan. Bahan-bahan ini juga boleh didapati secara hibrid melalui cetakan dan digital

atas talian dalam media sosial LPNS menjelang suku kedua tahun 2022 yang akan datang.

Yang Berhormat Palong. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah sedang dalam usaha membangunkan Pusat Bandar Palong 4, 5, dan 6. Usaha ini dilakukan memandangkan keadaan semasa yang tidak terancang, berlaku pencerobohan dengan binaan-binaan tanpa kebenaran Kebenaran Merancang menyebabkan banjir dan gangguan yang lain. Usaha ini akan dimulakan dengan mengenal pasti tanah-tanah kerajaan di sekitar Palong 4, 5 dan 6 bermula tahun hadapan. Kajian kebolehlaksanaan akan dilaksanakan dengan kerjasama universiti tempatan.

ADUN Chembong, pemilik tanah di Mukim Tanjung Keling. Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah mengambil tindakan ke atas aduan pemilik tanah di Mukim Tanjung Keling yang menyatakan tentang isu pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri. Satu semakan telah dibuat di Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Sembilan pada 20 Oktober 2021 dan perjumpaan bersama pengadu serta pemilik tanah telah diadakan pada 18 November 2021 bagi membincangkan tentang penyelesaian isu ini.

ADUN Lobak, kadar Cukai Petak di rumah pangsa dikaji semula. Pada 15 April 2020, Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Sembilan dengan kadar pengiraan yang telah ditetapkan. Pelaksanaan Cukai Petak di Negeri Sembilan ini telah diwartakan sebagai Kaedah-Kaedah Hak Milik Strata Negeri Sembilan (Pindaan) 2020 melalui NSPU No. 541 bertarikh 19 November 2020 dan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2021. Berdasarkan Kaedah-Kaedah Hak Milik Strata (Pindaan) 2020, kadar Cukai Petak Negeri Sembilan adalah berbeza-beza mengikut status pemilikan syarat nyata petak dan daerah-daerah. Terdapat 2 jenis status pemilikan iaitu pemilikan selama-lamanya ataupun pemilikan pajakan. Bagi status nyata petak untuk kediaman dibahagikan kepada 2 jenis iaitu kediaman kos rendah dan kediaman selain daripada kos rendah.

Untuk status pemilikan selama-lamanya, kadarnya adalah lebih tinggi daripada status pajakan. Untuk status pemilikan selama-lamanya, kadar bagi kediaman kos rendah adalah berkadar rata untuk semua daerah dalam Negeri Sembilan iaitu 12.00 ringgit bagi setiap petak. Untuk status pemilikan pajakan, kadar bagi kediaman kos rendah adalah berkadar rata untuk setiap daerah Negeri Sembilan iaitu 10.00 ringgit bagi satu petak.

Yang Berhormat ADUN Chembong, mengenai cadangan agar elaun tetap Speaker Dewan dinaikkan. Kerajaan Negeri dalam mesyuarat persidangan dalam 28 Oktober 2020 melalui Kertas Mesyuarat No.1849 (2020) telah meluluskan cadangan pelarasan kenaikan elaun tetap Yang Dipertua Dewan DUN, Anggota Pentadbiran, ADUN Negeri Sembilan dan pegawai-pegawai tertentu di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan ADUN (Saraan) 1980. Cadangan kenaikan elaun tetap Yang Dipertua Dewan, Anggota Pentadbiran dan ADUN ini juga telah dibentangkan dalam Persidangan DUN pada 27 November 2020 melalui Kertas Dewan Bil.6 (2020) dan telah dipersetujui tertakluk kepada tarikh kuat kuasa yang akan ditetapkan kemudian. MMK pada 11 November 2020 …..

Dato’ Speaker, ucaplah terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. telah …..

Ucaplah terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

MMK pada 11 November 2020 telah menimbangkan Kertas Mesyuarat No. 1849/2020 dengan tujuan agar penyelarasan kenaikan elaun tetap bulanan bagi Yang Berhormat YDP Dewan, Timbalan YDP Dewan, semua Anggota Pentadbiran dan ADUN ditangguhkan ke satu tarikh yang bersesuaian kelak.

Dewan ditangguhkan …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Chembong ada soalan …..

….. ingatkan dah ada Dato’ Speaker …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dewan ditangguhkan …..

Speaker, Dewan ditangguhkan.

Speaker …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. atas rasa kesedihan.

Dato’ Speaker, pendekkan ucapan Dato’ Speaker.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ADUN Rantau: pemba, membatalkan pengambilan pasir lombong Kampung Linsum, runtuhan tebing Sungai Linsum, kaedah gabion Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Linggi ya, kelulusan pengambilan pasir jajaran Sungai Linsum, Kampung Rantau.

Berkenaan isu yang berkaitan dengan kelulusan permohonan pembaharuan pengambilan pasir sungai daratan melibatkan Kampung Linsum, Rantau dan mana-mana kelulusan di sepanjang jajaran sungai, JPS bersama beberapa agensi penguatkuasa sentiasa membuat pemantauan secara bulanan ke atas pematuhan pengusaha terutama terhadap pelan kawalan hakisan dan kelodak serta syarat pentadbiran dan teknikal jabatan atau agensi. Jika didapati telah berlakunya pelanggaran syarat yang ditetapkan, pihak Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membatalkan permit pengambilan pasir tersebut.

Mengenai runtuhan tebing di Kuala Sawah. Kejadian hujan lebat pada 20 Oktober ’21 telah menyebabkan berlakunya pergerakan runtuhan kepada gabion mattress (lapis lindung tebing) sepanjang 62 meter berbanding 15,720 meter yang telah pun siap dipasang oleh pihak kontraktor bagi projek pembinaan berkenaan. Susulan daripada analisa pihak perunding, keamatan hujan yang ekstrem tinggi telah berlaku pada hari berkenaan sehingga mencecah ARI (annual recurrence interval) sela ulang tahunan 250 pada kejadian tersebut yang mana taburan hujan tersebut adalah di luar kebiasaan kepada kawasan di sekitar jajaran Sungai Linggi. Pihak perunding telah melaksanakan analisa kepada pergerakan seksyen gabion mattress tersebut dan kerja-kerja rektifilasi, rektifikasi susulan akan dilaksanakan oleh kontraktor di tapak selanjutnya. Pemohon, permohonan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 telah pun dipohon melalui Kementerian Alam Sekitar Dan Air, Rolling Plan 1 dan 2, namun masih belum dapat kelulusan.

Bagi di Sungai Timun dan Lubok China: Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Awaluddin. Bagi tahun 2021, telah berlaku 2 kejadian banjir di mana lokasi yang dinyatakan iaitu pada 18 Mei dan 20 Oktober. Kejadian banjir seperti ini dimaklumkan, kesan daripada penerimaan surface runoff yang tinggi di kawasan tadahan seluruh Daerah Rembau dan termasuk sebahagian dengan Daerah Alor Gajah yang alirannya melibatkan Sungai Siput yang mengalir ke Sungai Rembau sehingga melepasi tebing sungai. Perkara ini turut memberi kesan kepada aliran backwater, pertembungan air pasang besar yang berlaku di Selat Melaka. Stesen hidrologi JPS juga merekodkan keamatan hujan sehingga 191 mm pada 20 Oktober 2021. Satu rekod bacaan yang ekstrem diterima oleh satu-satu kawasan bagi satu hari rekod hujan. Kawasan banjir yang dimaklumkan oleh YB Kota juga telah merupakan kawasan yang disenaraikan sebagai Kawasan Hotspot Banjir Daerah Rembau. Pemakluman secara berterusan telah dilaksanakan dengan pihak MPKK Kampung Sungai Timun dan MPKK Kampung Lubok China susulan setiap kejadian banjir tersebut bagi memberi gambaran sebenar kepada masyarakat di kawasan berkenaan ya.

Kerajaan Negeri juga telah mengusulkan kertas cadangan kepada Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) melalui JPS supaya satu pertimbangan dibuat atas permohonan Projek Pengurusan Lembangan Sungai Rembau untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 memandangkan jajaran sungai ini melibatkan transboundary di antara Negeri Sembilan dan Melaka.

Yang Berhormat Haji Shamshulkahar; YB Serting, mengenai banjir di Serting Tengah. Isu ini dibi, dibincangkan dalam Mesyuarat JKTD secara inklusif bersama agensi terlibat. Untuk tindakan jangka pendek, pembersihan dan penyelenggaraan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya. Bagi menyelesaikan jangkan panjang, Jabatan Kerja Raya telah memaklumkan permohonan peruntukan untuk naik taraf perparitan di lokasi yang terlibat banjir bagi tahun 2022 telah dihantar ke Ibu Pejabat JKR.

mengenai masalah paip bocor dan pecah. Melihat persoalan secara umum berkenaan paip bocor atau pecah, SAINS sedia maklum bahawa paip bocor dan pecah adalah berpunca daripada paip usia/uzur (asbestos cement), beban trafik dan bencana alam serta kerja-kerja pihak ketiga. Langkah SAINS untuk jangka masa pendek ini ialah menangani isu paip bocor dan pecah adalah melaksanakan kerja pembaikan paip dengan segera dan membuat kawalan tekanan air. Manakala bagi tindakan jangka masa panjang, penggantian paip yang berusia akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada kemampuan kewangan syarikat.

Yang Berhormat Dato’ Abdul Razak bin Said: soalan penyelesaiaan masalah paip usang ya, di Kampung Londah dan Kampung Ladang, Gemas. Ia disebabkan oleh paip agihan bersaiz 8 inci merupakan paip lama dan uzur dan pihak SAINS maklum. Dan selain itu kawasan kampung kawasan penghujung, retikulasi dari Loji Rawatan Air Gemas kebiasaan gangguan bekalan akan berlaku selepas kerja-kerja penyelenggaraan Penutupan Berjadual di loji tersebut. Pada masa sekarang tiada sebarang gangguan bekalan air berlaku di kawasan ini.

Yang Berhormat Tuan Haji Saiful, penyelesaian masalah tekanan air rendah di kawasan Kampung Inas, Kampung Dengkel dan kampung mi, dan sekitar Miku. Siasatan SAINS mendapat punca masalah tekanan air rendah di kampung berkenaan adalah disebabkan oleh tangki sedutan dan elevated tank (2 buah), yang sedia ada bocor dan masih dalam tindakan Unit Aset SAINS. Dan untuk sementara waktu, paras air terpaksa direndahkan akibat kebocoran tersebut. Antara tindakan penambah baik akan dilaksanakan oleh SAINS pada masa terdekat adalah memasang jajaran paip air masuk bersaiz 150 mm sepanjang 1.5

kilometer ke kawasan sekitar dengan kerjasama Rejimen 60 (Bekalan Air).

Isu, ADUN Seremban Jaya, culvert perparitan. Jalan tersebut merupakan Jalan Persekutuan (FT001). Skop kerja penyelenggaraan di bawah konsesi lantikan KKR (Kementerian Kerja Raya) iaitu pada longkang dan culvert adalah 2 pusingan setahun tetapi tertakluk kepada longkang yang terbuka sahaja dan tidak tertutup. Semakan Jabatan mendapati kapasiti longkang tapak adalah 900 mm x 900 mm serta culvert 2 meter x 2 meter dan 1.6 meter x 1.6 meter mencukupi untuk menampung air larian dari atas jalan sahaja. Tetapi disebabkan punca aliran dari kawasan sekitar pembangunan menyebabkan longkang ini tidak mampu terutamanya hujan lebat. Oleh itu permohonan peruntukan bagi menaik taraf longkang dan culvert akan dimajukan kepada Ibu Pejabat JKR untuk kelulusan.

ADUN Gemas, permohonan lampu isyarat di persimpangan masuk Taman Desa Permai. Lokasi dimaksudkan adalah persimpangan Jalan Persekutuan (FT001) ke Jalan Desa Permai di bawah Majlis Daerah Tampin. JKR akan mengkaji keperluan pemasangan lampu isyarat di persimpangan tersebut seterusnya memper, memohon peruntukan daripada Kementerian Kerja Raya sekiranya waran, memandangkan terdapat lampu isyarat sedia ada di persimpangan jalan Londah – Pasir Besar (N119), jarak lampu dan persimpangan tersebut menuju ke persimpangan Jalan Desa Permai adalah kurang dari 300 meter. Pada masa sama JKR Tampin akan mengambil tindakan bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan tersebut. ADUN Serting, isu keselamatan jalan raya, pokok besar. JKR Negeri Sembilan sentiasa mengambil tindakan ke atas pokok-pokok yang telah berada, yang berada di sekitar Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri. Meskipun pokok di sepanjang adalah di bawah seliaan Aset JKR, bagi tahun 2021 permohonan penebangan pokok sebanyak 1.7 juta telah dimajukan ke Ibu Pejabat JKR, namun jumlah kerja yang diluluskan oleh Jabatan Persekutuan adalah sebanyak 150 ribu untuk Daerah Seremban dan Kuala Pilah. Manakala permohonan penebangan pokok di Jalan Negeri adalah sebanyak 15.765 juta dan telah diluluskan seperti lampiran, akan, seperti dalam lampiran. Bagi tahun 2022, permohonan penebangan pokok sebanyak 1.5 juta bagi Jalan Persekutuan dimajukan ke Ibu Pejabat pada 1 September 2021.

Yang Dipertua Dewan

Banyak lagi YB?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Banyak.

Yang Dipertua Dewan

Dondo, dondo, tak naik lagi kan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ADUN Gemas, jalan susur sempit ke Klinik Kesihatan Gemas. Jalan tersebut merupakan Jalan Persekutuan FT001 tersebut sempit disebabkan kawasan terhad iaitu terdapat paip utiliti S-band dan culvert yang pendek. Jabatan akan memohon peruntukan bagi menaik taraf persimpangan bagi pelaksanaan pada tahun 2022.

ADUN Kota, simpang masuk jalan pertanian. Telah dibaik pulih dan boleh digunakan.

Linggi: penghadang ombak, penghadang ombak melindungi perahu nelayan daripada rosak. Penyediaan skop kemudahan nelayan adalah di bawah tadbir urus Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI). JPS telah memberikan khidmat nasihat berkaitan teknikal dan sebagai agensi pelaksana bagi pelaksanaan projek-projek luar agensi bukan teknikal sekiranya diperlukan selaras dengan AP182.

Kejadian banjir yang berlaku Pekan Linggi adalah ekoran daripada taburan hujan lebat di mana beberapa stesen hidrologi JPS telah merekodkan bacaan yang mencecah sehingga 250 di bahagian huluan Daerah Seremban dan Sungai Linggi pada 20 Oktober 2021. Kejadian telah menyebabkan peningkatan aliran deras kepada Sungai Linggi dan pertembungan kejadian air pasang besar berikutnya pada 21 Oktober 2021 hingga berlakunya aliran backflow kepada Sungai Solok serta limpahan ke kawa, di kawasan rendah di sekitar Pekan Linggi.

Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan P54 Pengurusan Lembangan Sungai di bawah JPS bagi melaksanakan Projek Pengurusan Sungai Solok yang dianggarkan 15 juta. Pihak perunding akan membentangkan cadangan konsep pada Disember ini di mana berdasarkan analisa awalannya beberapa pilihan boleh diberi pertimbangan oleh Kerajaan Negeri. Antaranya pemangan gate, pam, kerja-kerja penambahbaikan tebing dan pelebaran sungai, meninggikan ban Sungai Solok dan penambahbaikan kepada ban Sungai Linggi. Dijangkakan pembentangan dan perbincangan bersama stakeholder dan pihak berkepentingan di kawasan berkenaan akan diadakan pada Julai 2022 bagi memuktamadkan, pemilik, pemulihan berkenaan dan pertimbangan bagi tujuan penyaluran peruntukan.

Walau bagaimanapun, bagi tujuan pemulihan jangka masa pendek, Kerajaan Negeri melalui JPS akan meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko banjir. Malahan pada tahun 2021, sebanyak 4 kerja telah dilaksanakan melibatkan Sungai Solok, Sungai Tok Satu, Tok Dua, Tok Alip, Anak Sungai Pengkalan Durian dan kerja pasca banjir bernilai 141 ribu.

Mengenai soalan DUN Serting, saya dah jawab. Broga, soalan Chennah. Pada 22 November 2021, Syarikat SAINS bersama Air Selangor telah mengadakan perjumpaan secara maya bagi membincangkan isu permohonan pengambilan sumber air dari Selangor bagi menangani isu gangguan bekalan air di Broga. Dan persetujuan telah dicapai bagi Air Selangor membekalkan bekalan air secara berterusan selama 2 tahun sebanyak 0.205 MLD kepada SAINS pada kadar komersial 2.07 ringgit per/meter padu. Kos ini dilihat agak tinggi berikutan SAINS turut berdepan kos sampingan seperti kos pemasangan meter dan Constant Flow Valve, Non Return Valve. Oleh yang demikian, SAINS telah mengemukakan permohonan baru kepada, daripada daily basis kepada mode occasional basis; terhad Jumaat bermula 3:00 petang hingga Isnin. Dan di samping itu juga kita sedang merayu untuk terma baru dalam kadar yang ditentukan kemudian.

Linggi, cadangan masalah banjir kilat, Linggi. Tadi sudah jawab. Rasah Kemayan, ya. Sistem bekalan air Rasah Kemayan dipasang sepenuhnya oleh pemaju Victory Development bagi projek Rasah Kemayan Golf & Country Township di bawah pembangunan sistem STRATA di mana penyelenggaraan sistem bekalan air tersebut sepatutnya diletakkan di bawah selenggaraan pihak pemaju ataupun pihak pengurusan bersama (JMB – Joint Management Body). Pada tahun 2015, disebabkan kegagalan projek pembangunan tersebut, pihak Kerajaan Negeri telah mengarahkan pihak Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) sekali, dan sekarang ini dikenali Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk mengambil alih sistem bekalan air tersebut tanpa ada sebarang proses pengambilalihan di mana tiada sebarang dokumen dan pelan sistem bekalan air diserahkan kepada pihak Jabatan Air Negeri Sembilan.

Tindakan jangka masa pendek:

 SAINS telah menyegerakan kerja baik pulih paip yang pecah di kawasan tersebut.

 SAINS juga telah memasang PRV di Rasah Kemayan Fasa 6 yang selalu berlaku kejadian paip pecah atau bocor. Sebanyak 3 unit PRV telah dipasang. Kos yang telah dibelanjakan adalah 45 ribu.

 SAINS sedang menjalankan kajian pengurusan tekanan dalam kawasan tersebut dengan membahagikan kawasan Rasah Kemayan kepada beberapa kawasan kecil. Dengan cara ini, zon akan dapat dipisahkan dan masalah melibatkan zon tertentu tiak akan mengganggu zon yang lain.

 Pihak pemilik rumah disarankan untuk memasang sistem tangki dan pam bagi menyediakan simpanan air tambahan setiap kali berlaku gangguan bekalan air.

Bagi jangka masa panjang, penggantian keseluruhan sistem retikulasi bekalan air di Rasah Kemayan sepanjang 3.1 kilometer perlu dilakukan. Skop kerja yang dicadangkan termasuk penggantian paip injap dan pemasangan injap kawalan tekanan.

ADUN Bagan Pinang: coastal road di Port Dickson menjadi tumpuan pelancong 1.0 juta, sehingga hujung tahun ’21, terdapat keperluan coastal road dinaik taraf. Projek naik taraf jalan daripada Sepang – Teluk Kemang (Laluan 5), Port Dickson yang merupakan jalan pesisir pantai Port Dickson sememangnya dalam tumpuan Kerajaan Negeri iaitu antara projek keutamaan infrastuktur di Negeri Sembilan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Untuk itu Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan 3 (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12. Pengambilan keperluan utama infrastruktur jalan raya untuk menyokong pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0. Projek ini amat penting bagi kemudahan akses terus Port Dickson dengan KLIA serta meredakan kesesakan lalu lintas sepanjang jajaran berkaitan. Dalam hal ini Kerajaan Negeri akan berhubung dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan hasrat Kerajaan Negeri dapat direalisasikan.

ADUN Juasseh: isu aras jalan semakin tinggi yang berpunca daripada kerja penurapan jalan kampung yang berulang-ulang menggunakan peruntukan MARRIS. Untuk maklumat Yang Berhormat, isu aras jalan kampung yang semakin tinggi berpunca daripada penurapan jalan adalah pertamanya dari segi teknikal kerana kerja-kerja road miling tidak dapat dilakukan berikutan ukuran jentera minimum 15 mm panjang dan berat sebuah jentera boleh melebihi 5 tan. Oleh kerana itu, kerja-kerja miling tidak dapat dijalankan di jalan kampung. Tambahan pula jambatan sedia ada di dalam menghubungkan jalan kampung tidak dapat menampung berat jentera road miling tersebut.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, pada 2018 kerja-kerja pelebaran dan penambahan bahu jalan telah mula dibuat di beberapa kampung di DUN Juasseh, di mana jalan asal sebanyak 2.7 meter dan dilebarkan sehingga maksimum 3.5 meter dan ke 4.27 meter dengan syarat laluan tersebut mendapat kerjasama penduduk kampung dan, dan dengan keizinan tuan tanah yang terlibat. Selain itu jabatan juga membantu penggunaan jalan-jalan kampung dengan membina jalan selisih sebayak, sebanyak mungkin bagi memberi keselesaan kepada penduduk kampung.

Sebagai makluman kepada Yang Berhormat, pihak Pejabat Daerah Kuala Pilah telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan perhidmatan yang terbaik dalam memajukan Daerah Kuala Pilah khususnya DUN Juasseh di samping memberi keselesaan sebaik mungkin. Ini terbukti bermula pada tahun 2018 sehingga 2021, sebanyak 13.9 juta telah dipohon, dimohon Pejabat Daerah Tanah Kuala Pilah dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah peruntukan MARRIS.

ADUN Palong: isu longkang tersumbat di pusat bandar, tidak terurus dan busuk serta tidak diselanggara berdekatan dengan gerai. Bau longkang yang busuk berpunca daripada terdapatnya premis perniagaan makanan dan minuman yang menghasil, yang mengalirkan hasil sisa buangan terus ke longkang. Tambahan pula terdapat binaan gerai yang sudah tidak beroperasi dibina di atas longkang telah menyebabkan longkang rosak dan tersumbat serta menyukarkan pihak konsesi untuk melaksanakan kerja penyelenggaraan longkang. Jabatan telah memohon peruntukan pada tahun 2022 sebanyak 300 ribu ringgit bagi menaik taraf longkang yang akan melaksanakan sebaik sahaja peruntukan diterima. Walau bagaimanapun, pelaksanaan naik taraf akan dapat dilaksanakan apabila binaan gerai yang tidak beroperasi tersebut dirobohkan dan penguatkuasaan terhadap premis perniagaan makanan selesai diambil tindakan. Jadi kita mintak kerjasama ADUN kawasan untuk sama-sama memastikan gerai-gerai yang tidak digunakan itu dirobohkan. ADUN Lobak, jalan berlubang di Ulu Temiang. Pihak MBS akan mengambil perhatian dan pada tahun 2020, melalui peruntukan MARRIS insyaAllah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Pertanyaan. Mengucap terima kasihlah kerana baru dimaklumkan jalan sudah, turap. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih MBS.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ADUN Kota, terdapat peronda JKR di Jalan Negeri dan jalan kampung sewaktu hujan. Untuk makluman, setiap JKR Daerah sememangnya mempunyai pasukan ronda masing-masing bagi memastikan setiap Jalan Negeri adalah berkeadaan baik dan selamat untuk dilalui semua pengguna trafik sama ada semasa hujan ataupun selepas hujan.

ADUN Pertang, tiada lampu jalan Simpang Pertang ke Simpang Durian. Lokasi yang dimaksudkan adalah jawa, Jalan Persekutuan (FT009) iaitu

jalan Tampin – Kuala Pilah – Manchis. Pihak JKR telah, akan melaksanakan kajian pemasangan lampu di lokasi ini sekiranya waran jabatan akan, memajukan permohonan peruntukan ke pihak KKR bagi kelulusan pemasangan bagi tahun 2022.

ADUN Chuah: banyak jalan sam, sampah di sepanjang, banyak sampah di sepanjang laluan Lukut. Tadi dah dijawab rasanya.

Jawatankuasa, ADUN Gemencheh, empangan. Keadaan kawasan huluan jajaran Sungai Gemencheh yang sempit dan kecil telah menyebabkan seksyen sungai sedia ada tidak dapat menampung peningkatan kapasiti aliran dan impak daripada aktiviti kebersihan, pembersihan kawasan kebun, ladang di bahagian hulu juga adalah antara penyebab berlakunya peningkatan air larian permukaan yang cepat ke dalam sungai. Berdasarkan rekod penyelenggaraan Sungai Gemencheh bagi tahun2020 dan 2021, JPS telah melaksanakan kerja penyaluran Sungai Gemencheh di Kampung Gemencheh Lama berjumlah 67,500.00 ringgit pada tahun 2020 dan 2 sebut harga bagi kerja melibatkan penyaluran sungai bahagian hiliran Sungai Gemencheh berjumlah 186 ribu. Semakan dan siasatan di tapak telah dilaksanakan melalui JPS yang meliputi kawasan huluan Sungai Gemencheh berdasarkan kejadian yang berlaku yang melibatkan limpahan empangan baru-baru ini dan kawasan di mana Sungai Jernih dan Kampung Air Rawa telah disenaraikan untuk dilaksanakan kerja-kerja penyaluran bagi perancangan kerja penyelenggaraan sungai tahun 2022. ADUN Sungai Lui, tadi dah dijawab mengenai pasir. ADUN Serting: Serting Hilir Kompleks, masalah paip bocor dan pecah di Serting Hilir Kompleks. Melihat, secara umum berkenaan paip bocor di kawasan SAINS sedia maklum bahawa paip bocor dan pecah adalah punca daripada paip usia yang uzur, yang kita, sentiasa katakan. Langkah SAINS untuk jangka masa pendek bagi menangani paip bocor adalah melaksanakan kerja pembaikan paip dengan segera dan membuat kawalan tekanan air ya.

Hutang SAINS tertunggak: ADUN Gemencheh. Setiap bulan SAINS memperuntukkan 5.0 juta daripada jumlah kutipan untuk membayar kepada 185 bilangan kontraktor dan pembekal walaupun berdepan isu kekangan kutipan hasil dari penggunaan akibat wabak COVID-19. Manakala ada di antara masalah ini berlaku disebabkan kelewatan kontraktor dan pembekal melengkapkan dokumen tuntutan dan menghantarnya kepada SAINS untuk dibuat pembayaran kepada mereka. Walau bagaimanapun, SAINS tetap berusaha untuk membuat bayaran kepada setiap kontraktor dan pembekal setiap bulan tanpa melengahkan.

ADUN Senaling: NRW Kuala Pilah tinggi, ganguan bekalan air Kepis ya. NRW Kuala Pilah tinggi masa sekarang adalah disebabkan jajaran paip ya, yang kita sedia maklum. Bagi jangka masa pendek aktiviti yang akan dijalankan adalah mengurangkan NRW di Kuala Pilah termasuk pemasangan 3 PRV (Pressure Reducing Valve), membuat pengesanan dan pembaikan kebocoran dan penggantian paip komunikasi. Untuk pertukaran paip yang berusia, ini akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada kemampuan syarikat.

Dan untuk masalah di Felda Kepis, disebabkan hujan yang turun luar biasa daripada kebiasaan dan mengakibatkan air sungai naik, pasir dan lumpur memasuki kebuk pam dan menyebabkan pam rosak. Oleh yang demikian, loji terpaksa ditutup sehingga air sungai surut dan pembaikan pam dapat dilaku, laksanakan. Kerajaan Negeri memahami kesulitan yang dihadapi oleh pihak, pihak-pihak yang terlibat dan pihak SAINS dengan peningkatan, oleh itu, pihak Negeri akan sentiasa bekerjasama dan memberikan perkhidmatan nasihat kepada pengurusan SAINS bagi memastikan kecekapan tadbir urus.

Gangguan bekalan air di kawasan Pertang akibat pam yang kerap rosak di Loji Air Lakai: ADUN Pertang. Gangguan bekalan air di loji LRA Lakai, Jelebu bukan hanya disebabkan kerosakan pam, sebaliknya gangguan starter pump yang berlaku pada 1 Oktober 2021 adalah berpunca daripada voltage TNB drop menyebabkan kerosakan pada soft starter. Walau bagaimanapun dalam keadaan bermasalah, loji masih beroperasi dengan 2 pam dan sa, dan satu dalam keadaan bersedia. Setiap loji rawatan air SAINS memiliki jadual berkala bagi kerja-kerja penyelenggaraan pam bagi memastikan kerosakan pam dapat diminimumkan.

ADUN Chembong: tebing sungai runtuh Kampung Air Panas, Pedas, Seri melenggeng, Kampung Solok Jelawai ya. Kita sedia maklum berlaku pada 25 Mei 2021 mendapat keadaan runtuhan tebing yang dimaksudkan. Lanjutan daripada kejadian banjir pada 2021 juga dibangkitkan, JPS telah membuat semakan dan mengemukakan permohonan bagi kerja membaik strutktur jambatan MTB (medium traffic bridge) dan jalan Seri melenggung, Melenggang 1, Kampung Solok Jelawai yang melewati batu, Sungai Batu Hampar dengan anggaran keperluan sebanyak 160 ribu dengan menggunakan peruntukan MARRIS.

ADUN Rahang ya: Sungai Linggi yang menyebabkan banjir. Kerajaan Negeri melalui JPS sentiasa memantau keadaan Sungai Linggi semasa berlaku hujan lebat. Beberapa tindakan diambil pada tahun 2021 dengan melaksanakan kerja-kerja pembinaan rubber wall di Taman Happy dan Kampung Dato Mansor bagi mengelakkan limpahan sungai di

kawasan tersebut. Kerja-kerja pembersihan sungai juga telah dilaksanakan dan memastikan keadaan air, aliran sungai mengalir lancar tanpa sebarang halangan. Pada tahun ini, JPS telah membelanjakan sebanyak 115,550.00 ringgit bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelengaraan berkenaan.

ADUN Pertang: mengenai TNB, penghubung jalan dari Jelebu ke Pahang, lampu jalan. Tadi telah dijawab. ADUN Chembong: isu kekerapan gangguan bekalan elektrik DUN Paroi, Taman Tuanku Jaafar Fasa 3. Gangguan bekalan elektrik yang berlaku pada 29 November 2021 pada jam 2:35 pagi dirujuk. Gangguan berlaku disebabkan oleh kerosakan kabel utama dan kabel suabalik ke Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 sehingga terpaksa menggunakan genset untuk memberikan bekalan. Bekalan pulih sepenuhnya melalui kabel utama selepas ianya diperbaiki. Pihak TNB akan sentiasa berusaha menjalankan kerja selenggaraan supaya kejadian gangguan bekalan elektrik dapat diminimakan.

Okay, mengenai pelancongan. ADUN Kota: cadangkan Gunung Datuk tadi ya, berkolaborasi. Untuk makluman Yang Berhormat, Taman Eko Rimba Gunung Datuk merupakan salah satu destinasi utama pendakian di Negeri Sembilan. Pengurusan Taman Eko Rimba Gunung Datuk sekarang adalah sepenuhnya di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Mengikut rekod, Koperasi Gunung Datuk Rembau Sdn. Bhd. telah diberikan permit penggunaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan untuk mengurus segala aktiviti perkhemahan, katering, kedai dan kemudahan lain termasuk chalet mulai tahun 2013 hingga 2018. Permit penggunaan telah ditamatkan, telah tamat tempoh perjanjian dan isu-isu pengurusan yang timbul sepanjang tempoh permit tersebut. Sehubungan pihak Kerajaan Negeri memutuskan supaya Jabatan Perhutanan mengambil alih pengurusan Taman Eko Rimba Gunung Datuk sepenuhnya. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan bersama Majlis Daerah Rembau telah merancang beberapa projek pembangunan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas untuk keselesaan pengunjung serta mempelbagaikan aktiviti sebagai tarikan baru pengunjung ke Taman Eko Rimba Gunung Datuk ini ya. Jadi kita sedang dalam proses menambah baik lagi dan insyaAllah selepas tu kita boleh rundingkan bagaimana.

Mengenai soalan ADUN Juasseh: Air terjun Ulu Beting. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan air Terjun Jeram Ulu Beting yang dimaksudkan sebenarnya adalah air terjun Kampung Betong yang berada dalam Kompartment 12 Hutan Simpan Johol serta berhampiran dengan Kampung Betong, Johol, ya. Saya rasa tadi dah jawab. Dan insyaAllah kita akan melihat kesesuaian untuk kita menjadikan ia sebagai kawasan pelancongan yang baru.

Parkir kereta di kawasan tumpuan pelancongan, ini ADUN Bagan Pinang, telah saya jawab. ADUN Chembong mengenai jalan di apa, di Gerobok Salai area tersebut. Kerja telah diambil tindakan, ambil maklum.

Puan Mary Josephine mohon Kerajaan Negeri untuk melihat potensi pelancongan di Kampung Baru Rasah. Majlis Bandaraya Seremban kini sedang memfokus kepada pembangunan pelancongan setempat Daerah Seremban melalui pembangunan Pemetaan Budaya dan latihan pemandu pelancong setempat. Melalui Pemetaan Budaya ini akan mewujudkan Peta Jejak Warisan bagi pelancong meneroka keunikan tersebut. Di kawasan DUN Rahang pula, MBS sedang membangunkan produk pengindahan laluan keretapi lama Kampung Chedang menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dan peruntukan Kerajaan Negeri akan memberi nilai tambah dalam Pemetaan Budaya yang sedang dilaksanakan.

Untuk soalan daripada Bagan Pinang, mengenai menaik taraf kemudahan infrastruktur di Port Dickson. MPPD sentiasa merancang untuk menaik taraf, menambah baik infrastruktur dan fasiliti pelancongan di Port Dickson. Bagi tahun 2021 di bawah peruntukan P62 sebanyak 8 projek pembangunan dilaksanakan melibatkan peruntukan sebanyak 1.424 juta ya, telah dibelanjakan untuk menaik taraf kawasan pelancongan di Daerah Port Dickson. DUN Johol, rasanya ya, kita dah jawab. Dan yang terakhir adalah mengenai agama Islam. Sikit je lagi. Masjid Jamek Seremban, daripada YB Loke Siew Fook, pembangunan dan penambahbaikan Masjid Jamek Seremban. Masjid ini adalah berstatus wakaf dan telah diiktiraf sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan 2005 (Akta 645). Oleh yang demikian, sebelum melaksanakan apa-apa pembaikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan terlebih dahulu perlu merujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Warisan Negara ya.

keadaan tanah perkuburan yang tidak tersusun dan memerlukan kepada satu garis panduan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mengambil maklum mengenai tanah perkuburan di kawasan kariah yang tidak tersusun dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif bagi penyelaras, bagi menyelaras dan memastikan tanah perkuburan Islam dapat diurus dan ditadbir dengan baik. Dengan itu satu garis panduan dinamakan Garis Panduan Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Negeri Sembilan (Maqrabah Salimah) telah dikeluarkan. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga bekerjasama dengan PLANMalaysia bagi menyediakan plot tata letak perkuburan bagi tanah perkuburan Islam yang baru dibuka. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam

juga berkolaborasi dengan Jabatan Mufti Negeri Sembilan bagi memastikan arah kiblat yang tepat bagi setiap tanah perkuburan Islam. Setakat ini 3 buah Maqrabah Salimah telah dibina iaitu di Seremban, Rembau dan Kuala Pilah. Adalah diharapkan semua pengurusan tanah perkuburan Islam di kariah masjid dapat menggunakan garis panduan ini bagi memastikan keceriaan tapak perku, tapak perkuburan Islam dapat dicapai.

Bagan Pinang: tanah perkuburan Islam. Ikut rekod terkini penggunaan tanah kubur di Bagan Pinang, peratus penggunaan adalah sebanyak 56.25% dan baki penggunaan adalah sebanyak 43.75%. Tanah perkuburan Port Dickson di Taman Intan Perdana masih luas dan mampu untuk menampung jenazah dalam tempoh yang panjang. Walau bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson akan terus komited mengenal pasti tapak yang sesuai untuk tanah perkuburan Islam di DUN Bagan Pinang.

Palong: Masjid Palong. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan mengambil maklum keperluan pembaikan masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan. Terdapat 301 masjid dan 1,020 surau yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Oleh yang demikian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam terpaksa melaksanakan projek-projek penyelenggaraan ikut bajet pembangunan P63 berdasarkan keutamaan. Sebagai contoh, Masjid Palong 6 pernah dilaksanakan kerja menggantikan bumbung dan pembaikan slab berjumlah 147 ribu pada tahun 2017. Kerja-kerja membina tandas baru di Masjid Felda Palong 2 berjumlah 68,973.00 pada tahun 2019. Dan kerja-kerja membina baru bilik pengurusan jenazah dan penggantian kubah di Masjid Felda Palong 4 berjumlah 169,142.00 ringgit pada tahun 2020. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga berpandangan, pihak pengurusan FELDA juga perlu bersama-sama membantu Kerajaan Negeri bagi menyelenggara masjid/surau yang terdapat di dalam kawasan tanah GSA. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan sentiasa berusaha memastikan semua masjid dapat diberikan perhatian sewajarnya demi memastikan keselesaan para Jemaah.

ADUN Chembong: tanah kubur. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan mengambil maklum isu kiblat yang tidak tepat melibatkan masjid, surau dan tanah perkuburan Islam di Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Unit Falakh saban hari turun ke lokasi bagi kerja-kerja mengesan arah kiblat berdasarkan permohonan.

Sungai Lui: kumpulan-kumpulan ekstrem. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah melakukan

perancangan yang strategik dalam menangani isu berkenaan kelompok-kelompok ekstrem dan ajaran sesat. Jabatan Mufti akan menyemak dan membuat profil berkenaan penceramah yang disyaki membawa ajaran ekstremis serta ajaran sesat. Penceramah yang mempunyai tauliah dan disyaki melanggar peraturan tauliah akan dipanggil untuk memberikan penjelasan dan diberikan nasihat. Jika mengulangi, tindakan menarik tauliah kebenaran mengajar akan dilaksanakan ke atas mereka. Bagi majlis ceramah tanpa kebenaran, maklumat akan disalurkan kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya. Bagi kelompok ajaran sesat yang mempunyai perkumpulan, satu siasatan akan dilakna, dilaksanakan secara menyeluruh terhadap kelompok ini terhadap maklumat awam dengan bantuan Unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Setelah disahkan bukti-bukti penyelewengan, cabutan minit Mesyuarat Fatwa akan dibuat bagi tujuan pemfatwaan dan seterusnya tindakan undang-undang tindakan serbuan dan tangkapan akan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Seramai 11 orang penceramah dalam pemantauan. Senarai ajaran yang bercanggah dengan ajaran ahli sunnah wal jamaah juga telah dimuat naik dalam rujukan awam di laman sesawang Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan termasuk juga media sosial rasmi. Jabatan Mufti Negeri Sembilan juga melaksanakan 9 program dinamakan banteras ajaran sesat tahun ini dengan turun ke komuniti seperti masjid dan surau bagi memberikan penjelasan dan penerangan ciri-ciri berkaitan dengan ajaran sesat. Dengan penjelasan ini, komuniti secara tidak langsung menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam memberikan maklumat kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.

ADUN Kota: bantuan kepada anak-anak yatim. Bagi tahun 2020, 2022, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan memperuntukkan 1.1 juta bagi bantuan pengurusan anak yatim dan miskin Negeri Sembilan di mana senarai anak yatim berkenaan akan diperolehi dari Jawatankuasa Kariah Masjid.

ADUN Kota: undang-undang menyentuh berkaitan hal ehwal agama Islam perlu dibuat dengan lebih serius dan perkara ini perlu melibatkan ADUN yang beragama Islam. Pen, pendrafan awal Rang Undang-Unadng menyentuh berkaitan hal ehwal agama Islam adalah melibatkan semua agensi pelaksanan di bawah naungan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Pendakwaan Syariah, Jabatan Mufti dan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, serta di bawah, di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seterusnya di, dibawa ke sidang DUN untuk dibahaskan dan diluluskan. ADUN yang beragama Islam mempunyai peluang untuk

meneliti dan membahaskan setiap perkara dalam Rang Undang-Undang yang menyentuh berkaitan hal ehwal agama Islam yang dikemukakan dan membuat sebarang pindaan bagi kedua-dua peringkat tersebut. Walau bagaimanapun, sebagai penambahbaikan, semua ADUN beragama Islam boleh melibatkan daripada masa ke semasa sebelum Rang Undang-Undang ini dilu, dibawa.

Isu Sekolah Agama Teluk Kemang: ADUN Bagan Pinang. Sekolah Menengah Agama Teluk Kemang telah menerima peruntukan sebanyak 1.49 juta bagi tempoh 2016 hingga 2021 melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti dan bina baru bangunan merangkumi bina baru bilik guru, naik taraf dan baik pulih bangunan kemahiran hidup, naik taraf bangunan akademik, tandas pelajar, kantin dan asrama. Peruntukan penyelenggaraan sekolah ini adalah melalui peruntukan belanja pembangunan negeri P63 dan peruntukan Persekutuan.

ADUN Kota mencadangkan garis panduan pengurusan kubur. Tadi saya dah jawab, okay. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Sikamat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. ada …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah, tak ada soalan dah. Soalan dah tutup.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ada, ada, bukan soalan. Yang, yang, yang disentuh belum dijawab, itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Apa?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ini cadangan, yang inisiatif tambahan untuk masyarakat Asli untuk membaiki rumah adakah dipertimbangkan atau tidak.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu kita, saya telah, pagi tadi pun saya katakan bahawa melalui Majlis Agama Islam kita ada buat beri rumah untuk kampung Orang Asli, dan kita juga menyelaraskan dengan NGO ya. Jadi, kita rasa bahawa, kita rasa bahawa daripada masa ke semasa kita akan bersama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli untuk menentukan. Kita tak boleh, sebab kita tak ada lagi men, kita tak tahu berapa jumlah yang diperlukan ya. Kita tak nak sebut sahaja, tetapi esok kita tak mampu

untuk laksanakan. Jadi untuk itu, kita pun ada NGO-NGO yang bersama dengan Kerajaan Negeri yang membina rumah-rumah bagi keperluan Orang Asli ya.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat …..

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. Sikamat.

Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada, tak ada. Saya nak terus dah.

Soalan saya tidak berjawab.

Yang Dipertua Dewan

Tak ada soalan dah.

Soalan saya tidak berjawab.

Yang Dipertua Dewan

Apa soalan apa tak dijawab?

Saya mohon pencerahan undang tempoh hari …..

Yang Dipertua Dewan

Undang? Okay.

….. dalam perbahasan berkaitan dengan sumber kuasa undang …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, Yang Berhormat okay. Itu okay. Mengenai ADUN Senaling, Kerajaan Negeri telah membawa perkara ini dalam Majlis Tanah Negara pada, ke-75 pada 2 Ogos 2019 selaras dengan ketetapan Majlis Tanah Negara ke-64. Majlis Tanah Negara ke-75 telah mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju dan berpuas hati bahawa ketetapan penukaran hak milik pajakan kepada hak milik kekal selama-lamanya yang merupakan tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan adalah termasuk dalam tafsiran keadaan-keadaan khas (special circumstances) selaras dengan perenggan 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara (Akta 828). Majlis Tanah Negara yang ke-75 telah mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Sembilan sedia maklum berkenaan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil.1/2018 bertajuk Ketetapan Majlis Tanah Negara Ke-73 mengenai Pemberimilikan Tanah Dalam Keadaan-Keadaan Khas Untuk Pegangan Selama-Lamanya di bawah Seksyen 76(aa)(iii) Kanun Tanah Negara. Berdasarkan penerimaan Majlis Tanah Negara untuk Kerajaan

Negeri Sembilan membuat ketetapan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus bagi tanah-tanah berstatus kediaman yang merupakan tawaran Pakatan Harapan adalah termasuk dalam tafsiran keadaan-keadaan khas (special circumstances) dan berpandukan pada ke, Pekeliling KPTG 1/2018 tersebut. Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan telah mengeluarkan pekeliling 1/2020 berkenaan garis panduan dasar pelaksanaan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus bagi tanah-tanah yang berstatus kediaman. Sehubungan itu, pelaksanaan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya di Negeri Sembilan Darul Khusus bagi tanah-tanah berstatus kediaman telah dibuat mengikut undang-undang yang berkuatkuasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Berhormat, Usul Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2022 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 telah dibahas serta dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2022, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju, 2 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang berkecuali dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Juasseh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju, 2 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang berkecuali dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Juasseh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud-maksud yang tertentu bagi tahun itu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Dipertua Dewan

Labu.

Saya menyokong cadangan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju dengan Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju, 2 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang berkecuali dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Juasseh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay.

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang, Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang dikemukakan kepada Dewan.

Yang Dipertua, yang, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan ini.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata “setuju”. Yang tidak bersetuju, kata “tidak”. Tak ada ya. Lebih suara bersetuju. Dewan bersidang semula.

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju, 2 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang berkecuali dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Juasseh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan (2022) 2021. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.

Rang Undang-Undang KeduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2021.

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Rang Undang-Undang Kedua: Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2021.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, merujuk Peraturan XXIV Perintah, Peraturan XXIV Perintah 26, saya mohon menarik balik cadangan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat 2021 ini.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ditarik balik.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Saya nak tangguhkan mesyuarat kita petang ni, dan saya tak nak berucap panjang sebab waktu Asar dah dekat nak habis ya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kedua pihak. Haa?

[percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, elaun tak naik, gaji kita akan naikkan insyaAllah untuk semua. Okay, kita tangguh mesyuarat kita petang ni. Terima kasih banyak, wabillahitaufikwalhidayah assalamualaikum WBT.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 6.09 petang]