Negeri Sembilan · 2 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting (Budget) · 426 turns · 22,367 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan mesyuarat, perkara pertama, membaca doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamduilllahirabbil’alamin wassatulawassala mua’ala asyrafil ambiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmain. Raditubillahirabba, wabil islamidina, wabimuhammaddin nabiya warosula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini fibasari. Segala puji bagi Allah tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah hari ni masuk 2 Disember 2021 iaitu hari kelima bagi Persidangan Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-14 disambung semula. Justeri itu, saya menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peratuan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Saya juga ingin mengingatkan supaya semua ahli Yang Berhormat mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sekian, wabilllahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kelima)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kelima).

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Dato’ Yang Dipertua, salam sejahtera dan selamat pagi kepada semua hadirin dan hadirat. Chuah mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Chuah mengenai dengan West Coast Expressway dan jambatan Kampung India ke Sungai Pelek. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil peluang ini untuk memaklumkan bahawa melalui maklumat yang didapati daripada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Projek RMK-11 ini bagi membina jambatan Kampung India ke Sungai Pelek telah dibatalkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri kerana pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak bersetuju dengan jajaran ini. Dan untuk WCE masih dalam pertimbangan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sikamat.

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

….. soalan tambahan. Walaupun dalam pertimbangan, Chuah ingin mohon dikemaskini west coast expressway ini bermula, tempat mula dan lebuh raya ini dan tempat yang akan tamat, nilai jarak lebuh raya dan tarikh yang dijangka siap. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya akan jawab secara bertulis mengenai maklumat tadi. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sikamat. Saya persilakan Yang Berhormat Kota.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada ADUN Kota. Dato’ Yang Dipertua, kekerapan gangguan bekalan air di kawasan sekitar Kampung Chengkau Ulu, Kampung Semerbok dan Kampung Astana Raja adalah disebabkan paip pecah yang berlaku seperti berikut:

 3 September 2021 – hadapan Projek Balai Polis Kota bersaiz, Balai Bomba Kota bersaiz 150mm AC.

 Pada 21 September 2021 pula – Penutupan Berjadual LRA Gemencheh.

 Pada 23 September 2021 – Kampung Batang nyamuk, Nyamor bersaiz 100mm AC telah pecah.

 Pada 26 September 2021 – Kampung Batang Nyamor bersaiz 100mm AC juga telah pecah.

 Dan pada 30 September 2021 – hadapan Pasar Raya Kota bersaiz 150mm AC.

Walau bagaimanapun kerja pembaikan telah dilaksanakan mengikut KPI yang ditetapkan dan masalah tersebut telah selesai dan kita sedia maklum berlaku disebabkan umur paip-paip tersebut di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua, soalan tambahan. Pertama saya nak ucap terima kasih dan walaupun kita sedar bahawa paip pecah selalu, tapi tindakan daripada pihak SAINS amat memuaskan sehinggakan dapat kita selesaikan masalah ini secepat mungkin. Soalan saya Dato’ Yang Dipertua ialah, kadang-kadang selepas pembaikan ini didapati ada pihak kontraktor ni meletakkan beberapa tanda bahawa tanah ataupun jalan tersebut telah pun dibaiki. Jadi, kadang-kadang tanda ni agak merbahaya kerana kadang-kadang cuma diletakkan kayu ataupun besi di tepi jalan yang mungkin boleh mengganggu, kacau ganggu kepada pengguna jalan. Diharapkan Dato’ Yang Dipertua, perkara ini dapat dinasihatkan kepada pihak kontraktor supaya menyempurnakan jalan ataupun tindakan pembaikan tersebut. Saya faham bahawa selepas kita baiki tu, kita, makan masa jugak untuk supaya tanah tu mendap untuk di, digunakan tapi sementara tunggu kesempurnaan itu, adakah rancangan daripada pihak SAINS supaya perkara yang agak remeh, tapi cara pelaksanaannya tu agak merbahaya kepada pengguna ni, ada standard operating procedure-nya supaya tidak diletakkan kayu-kayu, pancang-pancang seperti itu. Ini pertanyaan saya kepada Dewan, supaya untuk keselamatan kepada masyarakat kita. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada YB ADUN Kota. Terima kasih atas pandangan. Dan saya rasa kita kena ambil tindakan segera demi keselamatan. Dan terima kasih sekali lagi atas pandangan dan saya harap bahawa dapat dise, dapat dilaksanakan serta merta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Seterusnya saya persilakan Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, selamat pagi. Saya mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya, cadangan melebarkan jalan, menambah baik sistem lampu isyarat dan sistem alternatif Taman Sri Mawar.

Dato Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, Jalan yang terlibat adalah Jalan Persekutuan FT242 FT42 dan FT97. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan setakat ini bagi pelebaran jalan utama tersebut kerana jalan tersebut sedia ada 4 lorong 2 hala ya. Perkara yang sama juga bagi sistem lampu isyarat Taman Sri Mawar, Senawang. Sistem lampu isyarat tersebut akan ditambah baik bergantung kepada rekabentuk jalan yang baru sekiranya ada pada masa hadapan termasuk penyediaan jalan alternatif ke Medan Selera Taman Sri Mawar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, masalah ini ada 2 masalah. Satu lampu isyarat, lagi satu Medan Selera Taman Sri Mawar. Memang tempat itu tempat yang baik perniagaan, tapi itu jalan masuk Sri Mawar keluar daripada, masuk Sri Mawar lepas tu right turn side sana pun ada masalah. Lagi baik itu jalan haa, saya ingat saya punya cadanganlah, cadangan Seremban Jaya boleh kalu satu alternatif baru terus kita boleh masuk, kira medan selera. Itulah soalan saya. Jika ya, bagaimana dan bilakah ianya akan dilaksanakan? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Seremban Jaya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya akan mengambil maklum perkara tersebut dan akan meminta supaya JKR mengkaji supaya alternatif yang baik untuk melaksanakan cadangan daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, sikit soalan tambahan berkaitan tadi, lampu traffic light tadi. Iaitu sebelahan dengan Taman Sri Mawar ni Taman Sri Kasih. Tapi Taman Sri Kasih ni dia kawasan DUN

Paroi kalau tak, tak, tak silap sayalah. Tapi dia bersempadan. Di, nak, jalan nak keluar Taman Sri Kasih ni, depan LPP tu, terlalu kerap kemalangan jalan raya. Saya ingat jalan tu Jalan State kalau tak silap sayalah, banyak apa ni, kemalangan yang perlu diberikan perhatian ya, terutamanya kepada JKR-lah untuk melebarkan ataupun mencari sesuatu cara, kaedahlah untuk bagaimana untuk kita mengelakkan berlakunya kerap kemalangan di apa ni, di persimpangan tadi. Orang di Taman Sri Kasih ni, untuk makkuman YB Paroi ya, dia terpaksa beranikan dirilah untuk nak keluar daripada taman tadi, kalau kita bawak kereta. Kalau tak berani, maka tak dapeklah kita nak keluar kek situ, sebab kereta terlampau banyak, jadi untuk keluar tu tunggu daripada, lampu traffic light merah dulu. Itu pun traffic light merah pun belum tentu kita boleh lopeh lagi Dato’ Yang di, di, Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya mintak ya, perhatian ya, terutama kepada Yang Berhormat Sikamat jugak ya, mintak bantuan ya, supaya kita dapat buat sesuatu bagi mengurangkan kadar kemalangan ya, di kawasan ini. Tapi saya, saya sebut tadi, kawasan ni mungkin, mungkin kalau tak silap jalan, road-lah, jalan, jalan apa, State Road-lah, Jalan Negeri ya. Dan itu saja Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Seri, Yang Amat Berhormat Sikamat, mohon izin untuk beri sikit response. Untuk maklumat Yang Berhormat Seri Menanti, jalan tu adalah Jalan Persekutuan. Masalah di Taman Sri Kasih ni, dia terlalu banyak traffic light, tidak, hampir dalam, dalam lingkungan 20 meter di hadapan tu ada traffic light yang menuju ke kawasan Forest Height. Jadi kalau untuk, hasil kajian daripada JKR agak tidak sesuai untuk kita buat traffic light di, yang, yang hampir situ sebab dia bakal menyebabkan berlakunya kesesakan.

Yang kedua, sebenarnya di Taman Sri Kasih ni ada laluan alternatif yang kita boleh menggunakan laluan ke pasar raya Mydin, tetapi dia agak jauh dan mungkin boleh menyebabkan sedikit kesukaranlah kepada beberapa penduduk yang berhampiran dengan jalan tersebut. Walau bagaimanapun, saya akan buat perbincangan dengan JKR dan penduduk untuk menjadi, mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Seterusnya kita persilakan Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 3.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Jeram Padang yang mengenai kacau ganggu

dengan meletak lori dan kenderaan berat di kawasan taman. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, pihak Majlis Perbandaran Jempol telah mengeluarkan kompaun sebanyak 76 pada tahun 2020 dan 79 pada tahun 2021 (setakat 31 Oktober) kepada pemilik kenderaan tersebut di bawah Undang-Undang Kecil Taman (MDJL) 2008 atau Perintah Kenderaan Berjalan Lambat (Sekatan Penggunaan Jalan) MDJL 1999.

Manakala pihak JPJ Negeri Sembilan telah melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan yang terlibat bermula pada 25 Oktober sehingga 11 November 2021. Hasil pemantauan tersebut mendapati ada 3 buah kenderaan berat yang telah diparkir di kawasan perumahan dan notis saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu pemandu meletak kenderaan menghalang lalu lintas dan denda maksimum sebanyak 300.00 kepada pemilik kenderaan. Untuk rekod, sepanjang tahun 2021, bermula Januari hingga Oktober sebanyak 489 notis saman telah dikeluarkan di Daerah Jempol bagi kesalahan yang melibatkan kenderaan perdagangan.

Dato’ Dipertua, Bahagian Penguatkuasa JPJ Cawangan Jempol telah mengeluarkan Notis Panggilan Temusiasat iaitu Notis 114 di bawah Akta Pengangkutan Jalan terhadap pemilik berdaftar kenderaan terse, berkenaan. Langkah ini diambil bagi memastikan setiap pemilik berdaftar kenderaan tersebut hadir ke pejabat JPJ untuk diambil keterangan. Jika ada mana-mana pemilik atau pengusaha yang gagal hadir temusiasat, pihak JPJ akan mengeluarkan Notis Saman Gagal Hadir Temusiasat di bawah Seksyen 114(2) APJ 1987, denda maksimum sebanyak Ringgit Malaysia 250.00 kepada pemilik berdaftar. Selain itu, kenderaan tersebut akan disenarai hitam bagi tujuan pembaharui, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor sehingga kes tersebut selesai. Dengan usaha yang dijalankan ini, membolehkan pihak pemilik berdaftar atau pengusaha syarikat sentiasa patuh terhadap undang-undang serta peraturan lalu lintas yang sedang berkuatkuasa.

Pihak JPJ juga akan terus berusaha meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan khususnya terhadap kenderaan berat atau bas yang parkir di kawasan taman di mana jua kawasan yang tidak dibenarkan sehingga mengganggu kelancaran lalu lintas. Dengan penguatkuasaan yang berterusan oleh pihak JPJ, pihak syarikat ataupun pemandu kenderan berat akan lebih peka dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010, seterusnya demi menjamin keselamatan kepada penduduk setempat dan juga kepada pengguna jalan raya.

Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Jempol juga telah menyediakan depoh kenderaan berat di Taman Industri Mahsan namun kurang mendapat sambutan dari pemandu-pemandu lori. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang di, Dato’ Yang Dipertua, terima kasihlah atas tindakan yang diambil. Saya anggapkan tindakan tersebut itu mungkin efektif dan mungkin menyebabkan pemandu dan pemilik kenderaan berat itu bimbang akan meletakkan kereta, apa ni, kenderaan berat di kawasan-kawasan perumahan. Masalah ini bukan masalah di Jempol sajalah bagi saya, saya anggapkan kemungkin besar masalah ini berlaku di seluruh Negeri Sembilan. Dan saya ingin nak tanya, tempat letak kenderaan berat yang berpusat di Jempol yang dekat Pekan Mahsan ini masih belum mendapat sambutan. Jadi ingin saya tanya apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan mereka agar mereka menggunapakai kawasan yang telah dikhaskan untuk meletakkan kenderaan berat? Itu yang pertama. Yang kedua, adakah Kerajaan Negeri ataupun Majlis Daerah bercadang untuk memasang palang halangan yang berukuran tidak melebihi kenderaan-kenderaan biasa agar dia tak boleh masuk ke apa ni, kalau kenderaan berat itu dia tak boleh masuk ke kawasan perumahan, dengan kuncinya dipegang mungkin jawatankuasa pen, masya, penduduk taman-taman tersebut. Jadi, kalaulah ada kenderaan berat yang terpaksa masuk nak bawak barang masuk ke rumah ke, palang itu boleh dibukak untuk sementara waktu, kemudian di, dikunci balik. Ini, adakah Kerajaan Negeri ataupun Majlis akan memberikan tumpuan terhadap cadangan ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jeram Padang yang mengenai bagaimana kerajaan ingin menarik perhatian ataupun menarik minat supaya syarikat lori ataupun pemandu-pemandu ini mereka menghentikan lori mereka di tapak depo yang telah pun disediakan. Saya rasa dalam perkara ini, sebenarnya itu adalah merupakan tanggungjawab syarikat tersebut ataupun tanggungjawab pemandu lori tersebut. Saya rasa yang paling penting kita perlu mendidik masyarakat kita supaya adanya tanggungjawab untuk memastikan di kawasan perumahan kita sentiasa bebas daripada apa-apa kacau ganggu.

Kita memang sedia maklum, adanya anak pemandu lori mengadu kepada saya, kita ambil tindakan terhadap mereka, tetapi ayah mereka susah payah nak cari makan. Tetapi saya rasa yang paling penting adalah tanggungjawab mereka untuk pastikan lori park di tempat yang selamat kerana kita, itu adalah untuk kepentingan orang awam. Saya rasa itu sesuatu perkara yang, siapa-siapa pun tak boleh bertolak ansurlah. Dan saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kalau dalam perkara

ini, kalau terima sebarang aduan yang sebegini, boleh mengadu terus kepada PBT ataupun kepada saya.

Dan seterusnya mengenai cadangan Yang Berhormat Jeram Padang: pemasangan palang penghalang untuk masuk ke taman. Itu kemungkinan dia cadangan yang baik da, da, dari segi permukaanlah. Tapi kalau kita pasang penghalang, dia mungkin akan juga menyebabkan ka, katakan berlakunya kecemasan, mungkin jentera bomba kita tak dapat masuk ke kawasan tersebut. Saya rasa yang paling penting selain daripada penguatkuasan daripada PBT, ataupun penguatkuasaan daripada JPJ, yang, yang paling penting saya rasa kita perlu memastikan rakyat kita, mereka dapat memupuk tanggungjawab bersamalah untuk kita sama-sama menjaga ketenteraman dan juga kesejahteraan penduduk kita yang tinggal di dalam taman. Walau, walau bagaimanapun, saya rasa usaha penguatkuasaan ini kita akan terus laksanakan dan pada masa yang sama, pendidikan kepada orang awam dan juga mungkin dari segi promosi ataupun makluman mengenai tempat berhenti lori ataupun bas tersebut, kita perlu war-warkanlah kepada syarikat. Itu saja. terima kasih.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua, saya soalan tambahan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Sebentar, saya kena tanya saya. Ada yang tak parking di situ dikenakan bayaran kepada kenderaan berat yang mungkin nak gunakan tapak tersebut? Kalau ada bayaran, apa, apa salahnya, saya tak pasti, kalau ada bayaran, saya mintaklah ia di, di, ditiadakan supaya mereka ni tak ada kos. Dan kalau boleh, kawasan itu ambillah langkah-langkah yang selamat, yang boleh memberikan jaminan, bukan jaminanlah, sekurang-kurangnya kepercayaan kepada pemilik kenderaan bahawa kenderaan itu ada di tempat yang agak selamat. Itu yang saya mintak.

Dan saya juga ingin rakamkan ribuan terima kasihlah kepada Majlis Perbandaran Jempol kerana tempoh hari sepertimana Yang Berhormat Bahau mengatakan bahawa saya telah laporkan perkara ini, tindakan segera telah diambil. Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Jempol. Terima kasih.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua, boleh bagi soalan tambahan? Saya memang setuju kenderaan berat tidak dibenarkan masuk taman tetapi itu jugak akan jalan, rosakkan jalan-jalan yang

masuk taman. Dan saya juga nak tahu daripada YB Bahau, apakah tindakan yang kereta-kereta yang simpan dalam, merata tempat tetapi kereta tu dah rosak, dan motosikal, lori 1 tan. Saya memang terima kasih Majlis Perbandaran Port Dickson, mereka sentiasa ambil tindakan tegas dan mereka letak satu kertas membagi tempoh 14 hari. Tetapi selepas 14 hari pun saya nampak tuan punya kereta itu langsung tidak gerak. So saya nak tahu jugak, apakah tindakan yang sepatutnya kita kena ambil. Jangan senarai hitam saja, tapi kalau boleh kita mintak daripada Majlis Perbandaran, mesti kena ada satu lori towing. Kita dah letak 14 hari notis, kalau mereka tidak ada apa-apa tindakan, saya mintak lori towing itu angkut dan simpan satu stor, sampai tuan datang ke Majlis untuk selesaikan masalah itu. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Bahau, sedikit.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya, sila.

Terima kasih. Tahniahlah ya, kepada Majlis Perbandaran Jempol menyediakan depo ataupun pelabuhan darat untuk kenderaan berat ni. So ada tak cadangan-cadangan untuk mengadakan tempat parking-parking ataupun depo kenderaan ataupun pelabuhan darat untuk kenderaan berat ni kawasan-kawasan lain seperti di Tampin, Gemencheh dan jugak Gemas? Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan, cadangan, pandangan daripada Yang Berhormat Sri Tanjung dan juga Yang Berhormat Gemencheh. Saya rasa apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Tanjung tadi itu merupakan isu kenderaan terbiarlah. Sama jugalah, kenderan itu park dekat situ, dia langsung tak bergerak, sebab kenderaan itu sudah rosak, ataupun peng, pemilik dia tak tahu mana nak pergi. Sama juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gemencheh, adakah kerajaan sedia untuk menyediakan tapak untuk membenarkan lori ataupun kenderaan-kenderaan terbiar ini kita simpan di situ.

Saya rasa perkara yang pertama kita perlu lihat, tanggungjawab untuk memastikan kenderaan dihentikan di tempat yang selamat ataupun di tempat yang ditetapkan itu, itu memang atas tanggungjawab orang awam. Itu yang pertama. Yang kedua, kita memang apalah, secara idealnya adanya depo ataupun tempat berhenti untuk kenderaan berat ini memang sangat ideal. Cuma, masalah dia, ia kebanyakan masa dia tak dapat sambutan daripada syarikat ataupun tak dapat sambutan daripada pemandu-pemandu kerana bagi mereka kalau depo itu dia berada di kawasan yang terlalu jauh, saya ambil contohlah, kalau dekat Bahau mereka nak park dekat Mahsan. Kalau nak park dekat Mahsan dia lebih

kurang dalam 5 – 6 kilometer. Jadi, bagi mereka, ini bagi pemandu ataupun bagi syarikat, dia agak menyulitkan mereka.

Tetapi saya rasa yang paling penting, memang merupakan tanggungjawab syarikat ataupun pemandu untuk memastikan kenderaan mereka selalu park di tempat yang sesuai ataupun park di tempat yang selamat. Saya boleh kata syarikat sebenarnya mereka sendiri perlu menyediakan depo diri sendiri mereka. Saya ambil contoh, kalau myBAS di Seremban, City Liner, mereka mempunyai depo mereka sendiri. Sama juga dengan syarikat-syarikat yang lain, termasuk juga PBT kita, kenderaan kita, kita park di dalam premis kita. Kita tak, tak park merata tempat. Jadi saya rasa, tanggungjawab itu sangat penting khususnya orang ramai perlu adanya tanggungjawab tersebut untuk memastikan kenderaan mereka khususnya kenderaan berat, bas, ataupun kenderaan yang mereka tak nak pakai tu, perlulah letak di tempat yang sesuai.

Mengenai apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Tanjung tadi, dia kata kalau cuma setakat keluarkan notis 14 hari itu tak mencukupi. Tetapi salah satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakan PBT kita, PBT kita memang sering mengambil tindakan terhadap ni masalah kenderaan terbiar. Cuma kita adanya kekangan dari segi tempat simpan kenderaan terbiar. Yang kedua, walaupun kita dah issue notis, tetapi kebanyakan masa dia tidak dihirau oleh pemilik-pemilik sebab kebanyakan masa pemilik-pemilik ini mereka dah hilangkan diri. Dan pada masa yang sama sebenarnya ini bukan saja isu di Negeri Sembilan, tetapi ia merupakan salah satu masalah di seluruh negara sehingga KPKT satu ketika, kalau tak silap pada awal tahun ni, mantan Menteri KPKT juga mengatakan bahawa mereka sedang membuat pe, membuat pilot project di beberapa PBT di Malaysia untuk nak lihat macam mana nak menguruskan masalah kenderaan terbiar.

Dan yang paling penting, walaupun kita boleh, kita boleh ada apa lori towing untuk mengangkat kenderaan terbiar tersebut, tetapi masalah dia kenderaan terbiar tersebut kita tak boleh nyahdaftar ataupun deregister. Kalau boleh nyahdaftar, boleh deregister, kita senang saja, PBT nyahdaftarkan kenderaan tersebut kita hantar, jadikan besi buruk, kita boleh tambahkan kita punya pendapatan. Tetapi masalah kita, undang-undang yang sedia ada, dia masih belum sampai tahap itu. Dan saya difahamkan ketika Yang Berhormat Chennah menjadi Menteri Pengangkutan, beliau telah pun berusaha untuk nak memudahcarakan nyahdaftar kenderaan-kenderaan terbiar ini. Jadi, bagi pihak Kerajaan Negeri kami amat berharaplah usaha untuk me, memudahcarakan nyahdaftar kenderaan ataupun deregistration dari register kenderan ini dapat dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan secepat

mungkinlah supaya kita dapat selesaikan masalah kenderaan terbiar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau, sekarang saya persilakan Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Mambau. Soalan Yang Berhormat Mambau mengenai padang bola sepak di Taman Rasah Jaya. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau kerja-kerja pemotongan rumput dan peng, penyelenggaraan padang umum Taman Rasah Jaya, Fasa 6 telah diserahkan kepada pihak SWCorp seperti mana memo perhubungan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembersihan Dan Kesihatan Persekitaran MBS sebanyak 2 kali pada 27 Oktober tahun 2020 dan 21 Jun tahun 2021. Perkara ini juga telah pun ditekankan oleh Setiausaha Majlis bahawa tindakan perlu diambil oleh pihak SWCorp semasa Mesyuarat Pra Belanjawan Majlis Bandaraya Seremban pada tahun 2021 sekitar bulan Julai 2021 yang lalu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan Yang Berhormat Serting.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHMenteri Besar · Bahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada sahabat saya Yang Berhormat ADUN Serting yang mengenai perkhidmatan bas percuma. Untuk makluman Yang Berhormat Serting perkhidmatan bas percuma menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam serta memberi manfaat kepada mereka yang masih memerlukan dan bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak.

Perkhidmatan bas percuma ini juga dapat menjimatkan kos sara hidup dan meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Ini kerana bas percuma disediakan di laluan tumpuan yang memudahkan dan membantu pelbagai lapisan masyarakat mendapatkan perkhidmatan dari pejabat-pejabat kerajaan selain sekolah, hospital, Ibu Pejabat Polis, taman perumahan dan pasar raya mengikut keperluan dan tujuan masing-masing. Terima kasih.

Terima kasih jiran sebelah saya, sahabat saya, Yang Berhormat ADUN Bahau. Jika ada datalah, sehingga hari ini berapa

ramaikah penduduk khususnya di Daerah Jempol iaitu di laluan yang telah pun ditetapkan menggunakan perkhidmatan ini? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Serting. Kalau tak silap, laluan Jempol salah satu laluan yang mendapat sambutan yang paling baiklah. Setahu saya kalau dari segi keseluruhan Jempol dan juga Seremban, setahun lebih kurang 36 ribu, 36 ribu. Dan untuk makluman Yang Berhormat Serting, seperti apa yang saya sebut tadi dalam jawapan saya, sebenarnya bas percuma ini khususnyalah kalau di kawasan Jempol, di kawasan Yang Berhormat dan juga di kawasan Bahau, dia memang telah pun memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya katakan untuk orang Bahau, orang yang tinggal di Kampung Tuanku Puan Chik, yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan ataupun nak berjumpa doktor di Hospital Jempol, mereka boleh menggunakan bas percuma ter, tersebut direct dari, dari Taman Tuanku Puan Chik direct sampai ke Hospital Jempol. Sama juga dengan penduduk yang tinggal di Bahau, katakan mereka nak pergi ke JKM untuk memohon bantuan, ataupun nak pergi ke KKM untuk update data mereka, mereka tak perlulah naik motor ataupun tumpang kereta orang, ataupun tak perlu bayar tambang, mereka boleh menggunakan bas percuma tersebut untuk sampai ke JKM. Jadi, ini memang memberi manfaat kepada masyarakatlah.

Dan saya juga di sini ingin apalah, mengalu-alukan Yang Berhormat, khususnya Yang Berhormat Serting-lah, boleh kita sama-sama war-warkan untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan pengangkutan awam ini. Lebih, la, la, yang, yang penting pengangkutan awam ini dia percuma dan dia memudahkan orang ramai dan dia juga boleh mengurangkan kesesakan ataupun ke, masalah kekurangan parking di kawasan bandar. Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, satu sahaja, berkenaan dengan bas percuma. Dengan izin. Ada tak jadual pergerakan bas percuma tu dipaparkan di mana-mana? Kalau tidak, saya cadangkan ia dipaparkan agar orang ramai tahu pukul berapa ada bas, di tempat tersebut. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okay, terima kasih Yang Berhormat ADUN Jeram Padang, itu cadangan yang baik. Saya akan cadangkan supaya syarikat itu dia memaparkan jadual di semua bus stop-lah untuk memudahkan orang ramai. Itu memang perkhidmatan yang amat baiklah. Saya harap kita sama-sama untuk mempromosikan supaya lebih ramai orang dapat menikmati perkhidmatan ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Temiang yang bertanya tentang pembinaan pelabuhan baru di Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah menerima permohonan dan bersetuju memberi hakmilik kepada Perbadanan NS bagi tujuan jeti tambahan di Port Dickson termasuk jeti Arang. Dalam perancangan, akan ada untuk mempertingkatkan pelabuhan di Port Dickson dengan mewujudkan home port kepada cruise liners. Namun begitu, projek ini masih di peringkat perancangan dan perincian berhubung perkara ini akan diputuskan kelak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Temiang, Yang Berhormat Ampangan. Seterusnya saya persilakan Seri Menanti.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih banyak-banyak. Saya mengemukakan soalan yang pertama.

Yang Dipertua Dewan

Haa, Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti mengenai projek Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, jumlah projek dan nilai projek menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan dalam kawasan DUN Seri Menanti bagi tahun 2021 adalah seperti berikut:

Senarai projek yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat dalam DUN Seri Menanti bagi tahun 2021:

i. Kerja-kerja pemuliharaan Sungai Terachi dan kerja-kerja lain yang berkaitan di Kampung Lanjut Manis, Mukim Terachi, Daerah Kuala Pilah – 83 ribu.

ii. Kerja-kerja pemuliharaan Sungai Terachi dan kerja-kerja lain berkaitan di Kampung Ulu Bendul, Mukim Terachi, Daerah Kuala Pilah – 100 ribu.

iii. Kerja-kerja menyelenggara Jalan Pertanian Kampung Gunung Pasir, Daerah Kuala Pilah – 92 ribu.

iv. Kerja-kerja penyaluran anak air Kampung Tanjung Beringin dan Sungai Seri Menanti serta lain-lain kerja berkaitan di Mukim Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan – 49,540.00.

v. Kerja-kerja membina struktur penahan tebing serta lain-lain kerja berkaitan di Kg. Parit Istana, Mukim Terachi – 49,455.00.

vi. Kerja-kerja pemuliharaan Sungai Parit yang mengatasi risiko banjir di Mukim Terachi, Daerah Kuala Pilah – 19,140.00.

Total: [ringgit]393,135.60 sen.

Senarai projek yang menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri dalam DUN Seri Menanti:

i. Kerja-kerja menyelenggara ibu bekalan di Skim Pengairan Tanjung Ipoh serta lain-lain kerja berkaitan, Daerah Kuala Pilah – 56,550.00.

ii. Kerja-kerja pengukuhan struktur tebing di Skim Pengairan Terachi Bt. 17 serta lain-lain kerja yang berkaitan di Daerah Kuala Pilah – 50,500.00.

iii. Kerja-kerja menaik taraf paip buang Tapak Pesta Ngoca dan lain-lain kerja berkaitan di Skim Pengairan Terachi Bt. 17, Daerah Kuala Pilah – [ringgit]415,574.40 sen.

iv. Kerja-kerja menyelenggara rumah Kuarters Ibu Bekalan Terachi Bt. 17 – 19,950.00.

v. Kerja-kerja membina struktur penahan tebing Kg. Kok Talang serta lain-lain yang berkaitan – 19,900.00.

vi. Kerja-kerja menyelenggara tali air kolam ternakan air tawar Kg. Bukit Gunung Pasir serta lain-lain kerja berkaitan – 112,380.00.

vii. Kerja-kerja membina struktur penahan tebing di kolam Londa Naga dan lain-lain kerja berkaitan – 19,246.00

viii. Kerja-kerja membina struktur penahan tebing di Kg. Hujung Tanjung serta lain-lain bekalan berkaitan di Mukim Seri Menanti – 52,670.00.

ix. Kerja-Kerja Membina Struktur Penahan Tebing Sungai Gunung Pasir serta lain-lain kerja berkaitan di Kg. Gunung Pasir, Mukim Seri Menanti – 87,220.00

x. Kerja-kerja membina struktur penahan tebing di Kg. Buyau serta lain-lain kerja berkaitan di Kg. Gunung Pasir, Mukim Seri Menanti – 35,968.00.

xi. Kerja-kerja menyelenggara Jalan Pertanian Kg. Solok Paku, Daerah Kuala Pilah – 358,750.00 ringgit.

xii. Kerja-kerja menyelenggara Jalan Pertanian Kg. Solok Mura, Daerah Kuala Pilah – 100 ribu.

xiii. Dan kerja-kerja, terakhir, kerja-kerja menyelenggara Jalan Pertanian Kok Talang, Kg. Kok Talang, Daerah Kuala Pilah – 100 ribu.

Dengan kesluruhan jumlah peruntukan kerajaan Negeri sebanyak 1.428 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Pertama saya nak ucapkan terima kasih ya, kepada Yang Berhormat Sikamat. Banyak yang diturunkan di Seri Menanti. Cuma Dato’ Yang Dipertua, ada kawasan-kawasan ni yang tak diurus dengan baik, sungai ni, dan menyebabkan banjir. Jadi, hari ni pun masih lagi banjir ni. Saya kena tengok hari ni, sekejap kang, nanti ya, untuk menguruskan banjir tersebut. Jadi harapan saya kepada JPS supaya rancang elok-elok ya. Jangan berlaku lagi banjir sebab pengalaman yang lalu pernah ya, pegawai yang dulu, buat kerja elok dan rancang elok, dan akhirnya apabila hujan yang keterlaluan, kita tak mengalami banjir. Rumah-rumah yang ada di tepi sungai tadi, tak ber, tak, tak masuk air pun ya. Tak berlaku banjir sebab apa, sungai tadi diselenggara. Yang diselenggara tadi apabila disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi di kawasan-kawasan Gunung Pasir. Tapi di kawasan-kawasan yang di Kampung Tengah dan sebagai tadi ya, dengan runtuhan tanah, dengan, dengan runtuhan apa tu, buluh-buluh menghalang ya, kelancaran air yang situ lalu, tidak diurus dengan baik. Dan saya harap ya, dalam keadaan sekarang ni ya, dapat disegerakan ya, untuk penyelenggaraan sungai ini ya, Sungai Seri Menanti ni ya. Bukan saja daripada tadi, daripada Gunung Pasir, tetapi di bawah Gunung Pasir tadi, Kampung Tengah ya, di Tanah Data, Kampung Mura dan sebagainya, hinggalah ya, sampai ke jambatan laluan Persekutuan tadi ya, diselenggara dan yang boleh mengelakkan, insyaAllah boleh mengelakkan banjir seperti pengalaman yang dulu ya, saya tengok yang

dulu pun ya, daripada pegawai daripada JPS buat, lakukan perkara ini dan alhamdulillah tak ada banjir walaupun hujan lobek.

Hari ini, semalam kita tak hujan, tapi di Seri Menanti hujan lobek, Dato’ Yang Dipertua, di Pilah hujan lobek dan akhirnya ya, tigo ompek orang dah ngadu rumah dimasuki air. Jadi hantar video dengan saya tadi, dan dah ada dah yang hantar maklumat kepada Menteri, bukan kepada Menteri Besar lagi dah, kepada Perdana Menteri, kepada Tengku Zafrul; Menteri Kewangan. Saya kata: alhamdulillah-lah, harap, kita harapkan Tengku Zafrul akan, Menteri Kewangan akan, akan turunkan duit ya. Jadi aduan mereka ni nampak eh, orang, orang Seri Menanti dia lebih advance Dato’ Dipertua, kalau tak dia mengadu Tuanku, dia mengadu kepada, kepada Menteri Kewangan. Itu handal eh orang Seri Menanti, Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, harapan saya, saya mintak ya, pihak JPS kena lihat sikitlah, buek kojo sikit, tengok sikit kek situ …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ado Dato’ Yang Dipertua, kampung dio. Jadi kampung dia tadi, sebab tu dia beri perhatian sikit. Jadi, yang kampung yang kono tadi kampung Menteri Kewangan. Jadi JPS nampak eh buek tak tahu je kek sini. Jadi harapan saya kepada Pengarah JPS, kepada JPS-lah, kepada JPS tolong ambil perhatian ya, untuk selenggara tompek ni. Kalau tak nanti bukan eh, apa ni, JPS yang kono, wakil rakyat pulak yang kono, wakil rakyat yang disalahkan. Betul tak Yang Dipertua kan? Wakil rakyat pulak disalahkan; dio tak kojo, wakil rakyat tak kojo, dio kato. Walhal eh kito dah bagitau dah supaya diselenggara kawasan-kawasan ni. Itu saja Dato’ Yang Dipertua ya. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan, atas makluman tersebut. Dia tak ngadu kat Ahli Parlimen ko? Dato’ Yang Dipertua, saya akan ambil maklum perkara tersebut untuk diambil tindakan oleh pihak JPS. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan kedua.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Rahang yang begitu prihatin

tentang atlet-atlet orang kurang upaya Negeri Sembilan. Yang Berhormat ADUN Rahang bertanyakan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan semula pasukan atlet-atlet OKU dari Negeri Sembilan dan adakah mereka menerima sebarang bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan setiap tahun kita telah melaksanakan beberapa program pembangunan sukan bagi golongan orang kurang upaya dalam mengenal pasti bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Selain itu, terdapat juga program / aktiviti berterusan bagi atlet-atlet OKU sedia ada bagi mempertingkatkan prestasi mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Antara program yang telah dilaksanakan ialah:

i. Program Inspire i-Talent – Program ini memberi peluang kepada golongan OKU untuk menonjolkan bakat-bakat mereka mengikut sukan-sukan yang diminati.

ii. Program yang kedua ialah Program Insipire i-Train – Program ini adalah untuk mengenal pasti kategori ketidakupayaan atlet tersebut dan sekaligus mencari bakat baru di kalangan atlet OKU.

iii. Program Synergy Inspired – pihak jabatan menghantar atlet-atlet OKU ke sirkit-sirkit yang telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara.

iv. Dan seterusnya adalah Kejohanan Para SUKMA – pihak jabatan turut menghantar alet-atlet OKU mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan tersebut di mana bakat-bakat mereka dicungkil dan diberikan peluang untuk mereka membuktikan keupayaan dalam peringkat kebangsaan iaitu Kejohanan Para SUKMA.

v. Pihak Jabatan dan Kerajaan Negeri juga sentiasa berkerjasama bersama Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan (PESRON) dan jugak Persatuan Sukan Orang Pekak Dan Bisu Negeri Sembilan (MSDEAF) dalam melaksanakan program-program sukan OKU. Yang terkini kita merancang untuk mengadakan Kejohanan Futsal OKU Peringkat Kebangsaan yang akan dianjurkan oleh Negeri Sembilan pada tahun 2022 nanti, insyaAllah.

Bagi pertanyaan yang kedua, Pasukan Para SUKMA Negeri Sembilan telah menerima bantuan sebanyak 50 ribu ringgit daripada pihak Kerajaan Negeri pada tahun 2018 bagi penyediaan kontinjen ke

Kejohanan Para SUKMA Kali Ke-19 yang telah dilaksanakan pada 21 sehingga 28 Oktober 2018 di Ipoh, Perak.

Selain daripada itu, pasukan, Kerajaan Negeri jugak, Kerajaan Negeri Sembilan jugak telah memberikan insentif ya, kepada mereka yang telah memenangi pingat di Kejohanan Para SUKMA hari tu sebanyak RM134,000.00 ringgit kepada kepada atlet-atlet OKU Negeri Sembilan yang berjaya memenangi pingat di Kejohanan SUKMA 2018. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, kita memberikan layanan sama adil kepada atlet-atlet kita sama ada mereka adalah pasukan daripada Para SUKMA; OKU mahupun pasukan daripada SUKMA itu sendiri ya. Tidak ada perbezaan. Setengah-setengah negeri, mereka membezakan ya, antara SUKMA lebih tinggi sikit, dan para SUKMA ini kurang sikit. Tapi Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kita bagi sama. Kalau pingat emas dapat 3,000.00 bagi SUKMA, begitu jugak Para SUKMA kita beri jugak 3,000.00 ringgit.

InsyaAllah SUKMA dan Para SUKMA pada tahun 2022 ini dijangka akan diadakan di Bukit Jalil, yang akan dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara, mengambil peluang untuk meng, selang selikan antara kejohanan yang dianjurkan di negeri dan kejohanan yang akan dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara. Bagi kita menyesuaikan dengan keadaan ekonomi yang kurang baik, maka Kerajaan Persekutuan dan, perbincangan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri untuk bersetuju supaya diselang selikan penganjuran oleh pihak Kerajaan Negeri dan pihak Majlis Sukan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih. Soalan tambahan. Bagaimanakah pencapaian pasukan atlet Para SUKMA Negeri Sembilan dalam Kejohanan Para SUKMA yang terkini?

Terima kasih ADUN Rahang. Alhamdulillah, kontinjen Para SUKMA Negeri Sembilan, kita telah menggondol 42 pingat: 11 pingat emas, 15 perak dan 16 gangsa. Antara sukan yang paling menonjol adalah sukan catur, di mana Negeri Sembilan telah memenangi 5 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa. Muncul antara negeri yang terbaik dari segi sukan catur ini. Dan olahla, olahragawati Para SUKMA yang terbaik bagi kejohanan di Ipoh itu, pada tahun 2018 adalah atlet OKU Negeri Sembilan iaitu saudari Nur Feiqha Maulad Mohd. Halil yang dinobatkan sebagai olahragawati Para SUKMA 2018. Dan secara keseluruhannya pencapaian kontinjen Para SUKMA Negeri Sembilan adalah membanggakan dan antara 5 pasukan terbaik ya, di, di kalangan negeri-negeri yang bertanding. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rahang, terima kasih Yang Berhormat Paroi. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chembong.

Dato’ Yang Dipertua, sedih semalam ada lagilah bila elaun Dato’ Yang Dipertua tak dinaikkan. Jadi hari ni saya mintak soalan lisan saya dijadikan, diberikan jawapan bertulis, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua, kita nak jawab secara lisan.

Saya mohon diberikan jawapan bertulis. Saya dah cakap tadi.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya tak dapat jawab ke Dato’ Dipertua? Saya min, mohon supaya dijawab secara lisan. Ya. Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya saya ingin kongsikan di Dewan yang mulia ini, bahawa keluarga ibu saya berasal dari Pedas. Maka saya terpanggil untuk jawab soalan daripada Yang Berhormat Chembong.

Dato’ Yang Dipertua, padanlah, orang Pedas memang cantik-cantik, Dato’ Dipertua.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Betul ya?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Chembong bertanyakan berapakah bilangan miskin tegar dalam kawasan Chembong.

Mengikut data berdasarkan sistem eKasih sehingga Oktober 2021, bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) yang disahkan miskin tegar rujukan PGK Tahun 2019 Negeri Sembilan Strata Perkapita di kawasan DUN Chembong adalah sebanyak 169, tak termasuk Yang Berhormat, walaupun tak naik elaun.

Walau bagaimanapun, JKM telah menyalurkan bantuan bagi golongan miskin di ADUN Kawasan Chembong seramai 1,510 orang. Saya ingin merakamkan tahniah dan terima kasih kepada KPWKM, Kementerian yang sudah mengambil pendekatan yang betul dari segi politik untuk meminda istilah skim bantuan. Dulu Bantuan Orang Tua, sudah ditukar kepada Bantuan Warga Emas. Sebanyak 586 jumlah penerima dengan jumlah peruntukan 293 ribu. Bantuan Kanak-Kanak seramai 270

penerima dengan jumlah peruntukan 119,450.00 ringgit. Yang ketiga, dulu panggil Elaun Pekerja Cacat, sekarang sudah tukar ke Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) 208 penerima dengan per, jumlah peruntukan 93,600.00 ringgit. Yang keempat, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) seramai 137 orang, untuk jumlah 41,100.00 ringgit. Yang kelima, Bantuan Penjagaan Pesakit/OKU Terlantar (BPT) seramai 38 orang dengan jumlah peruntukan 19 ribu. Yang keenam: Bantuan Am atau di Negeri Sembilan kita beri satu jenama (B4U) se, seramai 263 orang dengan jumlah peruntukan 69,530.00 ringgit. Untuk Bantuan Anak Pelihara – 7 orang, untuk jumlah peruntukan 2,500.00. Dan untuk Bantuan Latihan Apprentis (BLP) seorang sahaja – 200.00 ringgit. Jumlah: 1,510 orang, jumlah peruntukan sebanyak 638,380.00 ringgit. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, ado balik soalan tambahan Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, beberapa tahun lepas, Daerah Rembau pada satu ketika telah keluar daripada ataupun telah mendapat satu tahap sifar miskin tegar, Dato’ Yang Dipertua. Tapi nampaknya bilangan ini kembali datang ataupun bertambah, ada semula mungkin disebabkan beberapa faktor. Mungkin ketua keluarganya meninggal dan sebagainya. Paras Garis Kemiskinan telah naik umpamanya, Dato’ Dipertua. Saya telah merancang dengan agensi-agensi, jabatan-jabatan terutamanya di dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah untuk kita sama-sama melihat mengurangkan ataupun seboleh mungkin menjadikan golongan miskin tegar ini kosong ataupun seboleh mungkinnya kita kurangkan, Dato’ Dipertua. Saya mohon bolehkah kiranya pihak Kerajaan Negeri membekalkan kami dengan senarai penuh miskin-miskin tegar ni Dato’ Dipertua ya? Terima kasih banyak.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Chembong. Sebenarnya langkah-langkah telah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan bilangan miskin di, miskin tegar di Chembong. KIR yang produktif diberi peluang untuk menambah peluang pendapatan tambahan. Contoh, di, mereka diberikan mesin rumput untuk buat kerja part time pembersihan kawasan. AIR juga diberi latihan untuk membuat pendapatan sampingan seperti cottage industry, dengan izin, menjahit, memasak, membuat kek dan juga kraftangan. Kalau mereka tiada rumah, Unit Pembangunan akan, Pejabat Daerah akan bantu untuk dapatkan PPRT. Kalau mereka ada tanah, Pejabat Daerah membantu untuk mendapatkan Rumah Harapan. Bagi membantu mengurangkan kos hidup, Jabatan Pertanian juga ada sediakan kursus untuk tanaman sayuran bertujuan untuk menampung keperluan harian bahan makanan dan juga jualan.

Yang, Dato’ Yang Dipertua, bagi kebajikan anak-anak, Pejabat Daerah akan memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang sepatutnya. Bantuan pendidikan diberikan untuk menggalakkan anak-anak ke sekolah. Dato’ Yang Dipertua, Pejabat Daerah juga setiap tahun menyediakan Bantuan Awal Persekolahan berbentuk beg sekolah, baju sekolah, kasut sekolah, peralatan lain untuk membantu ibu bapa yang berpendapan, berpendapatan rendah menghantar anak ke sekolah. Bantuan ini juga menggunakan peruntukan di bawah Akaun Amanah Keluarga Miskin.

Dan juga, Kerajaan Negeri menyediakan tapak pusat penjaja di Rembau Central sebanyak 28 tapak, membina kiosk penjaja sebanyak 34 biji. Semuanya sudah diserahkan pertengahan November lepas. Kos pembinaan kiosk tersebut adalah sebanyak 366 ribu. Saya juga difahamkan bahawa Pejabat Penyelaras DUN telah membantu membaik pulih rumah golongan miskin tegar pada tahun 2020 sebanyak 40 biji telah dibaik pulih, 2 bijik yang terlalu daif di Kampung Solok Jelawai difahamkan tidak jauh dari kampung Yang Berhormat Chembong. Dan juga di Batu Hampar, yang telah dibaik pulih bersama pihak Angkatan Tentera dari Markas 1 Briged. Hampir 100 ribu digunakan untuk program baik pulih tahun 2020 dan, pada tahun 2021 pen, Pejabat Penyelaras telah baik pulih rumah sebanyak 33 rumah dengan peruntukan 156 ribu. Anggaran sebanyak 27 rumah lagi akan dibantu oleh Penyelaras DUN untuk tahun hadapan 2022.

Bantuan lain untuk miskin tegar adalah bantuan pengkebumian, bantuan anak sekolah, tablet PdPR, peralatan sokongan kesihatan. Dari Jun 2020 hingga November 2021, di, katil pesakit – 7 biji, wheel chair – 73 biji, alat bantuan pernafasan – 3, pampers – 188 beg, tongkat dan lain-lainnya telah disediakan oleh Pejabat Penyelaras DUN. Dan juga menyediakan kenderaan ke hospital. Maka kerajaan yang prihatin senantiasa memikirkan dan membela nasib miskin tegar. Dan kita akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan atau mensifarkan miskin tegar di semua kawasan Negeri Sembilan. Maka kita akan teruskan untuk membantu sebagai pemimpin masyarakat juga, juga perlu meng, menjentik semangat untuk miskin tegar berusaha keluar dari kemiskinan.

Dan saya harap senarai yang dimintak itu, boleh diberikan, dibekalkan kepada ADUN Chembong supaya kita sama-sama dapat membantu miskin tegar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Tadi pasal Chembong ni, rajin mengusik saya ni. Saya kena jawab jugak sikitlah. Sebenarnya pindaan elaun yang kita buat tu bukan untuk Speaker saja, untuk semua ADUN ya, ADUN. Itu yang kita luluskan

tu sebenarnya di peringkat Dewan. Cuma peringkat Kerajaan Negeri saya ingat MB ada, ada perkara-perkara yang difikirkan ditangguhkan. Jadi, yang banyaknya sebenarnya untuk tuan-tuanlah, 36 ADUN. Yang mungkin dulu ada driver, sekarang tak ada driver. Kita masukkan macam-macamlah elaun untuk keperluan semasa. Jadi, saya mintak, terpulang kepada MB untuk fikirkan semula. Tapi bukan saya seorang ya, semua. Ni Speaker dia, anak buah dia sama ada pembangkang, kerajaan, anak buah dia semua. Jadi, apa yang Chembong sobut tu, saya rasa Chembong tahu, sebab kita dah panggil semua sekali dulu untuk buat pindaan ni. Wakil kerajaan ada, wakil kita pun, wakil pembangkang pun ada. Jadi saya secara apanya, sebagai seoranglah daripada ADUN-ADUN ni, saya rasa bukan elaun saja, gaji pun kena pinda sebenarnya. Kita antara gaji yang terendah. Sekian. Saya teruskan soalan. Kang jadi satu polimik. Okay, silakan Lobak.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Saya nak bercakap sikit, sikit je, ulasan.

Yang Dipertua Dewan

Oh, apa Lenggeng? Soalan tambahan ke apa?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Saya nak tanya kepada kawan-kawan yang ada sinilah. Setuju ke supaya MB revise balik kita punya semua elaun dan, dan, dan, dan, dan seumpama dia? Yang masalah MB ni, dan saya pun, kami pun faham, backbenchers isunya nanti tak nak di, dijadikan isu politik oleh pembangkang katanya. Tu yang nak tanya kat sini aa ha. Boleh tak? Wallahu’alam.

Yang Dipertua Dewan

Dia, kalau setuju dikatakan setuju. Oh tak boleh cakap?

Kita serah kepada Speaker-lah sebenarnya.

Yang Dipertua Dewan

Dia orang serah kepada Speaker sebab Speaker ni anak buah dia yang punya punca saya buat dulu sebab apa, ada ADUN yang jumpa saya. Dia kata sekarang ni, dia kata semua naik, dia kata driver pun dah tak ada. Driver dah gaji duit sendiri, dia kata. Saya pun kesian jugak. Saya tengok YB Chembong pergi kenduri hari tu, berlolah-lolah dio bawak kereto sorang-sorang. Kenduri itu hari kan …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Pertua, Dato’ Yang Pertua. Setuju memang setuju, tapi masa tidak diizinkan kerana pandemik COVID.

Yang Dipertua Dewan

Okay. MB nak cakap tak? Taknak. Jadi, Speaker ni lotih dongar eh, rayu, apa tuan-tuan punya ni, kehendak ni. Saya kena majukan jugak kehendak tuan-tuan ni. Tapi, Dewan ni saya

nak sebutlah, bukan untuk apa, Negeri Sembilan ni antara terendahlah, sebab kita buat lebih awal dulu, pindaan gaji, elaun semua, kita lebih awal daripada Parlimen dan lain-lain. Jadi tak apa, ini akan dibincang oleh pihak kita balik semulalah. Akan perbincangan MB, saya tak berani nak cakap kat sini. Okay. Saya teruskan kepada ADUN Lobak. Lobak ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Lobak menanyakan mengenai Insolvensi. Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang mentadbir kes-kes individu yang dijatuhkan bankrap melalui Perintah Kebankrapan dan Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman sebelum pindaan Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang berkuatkuasa pada 6 Oktober 2017, jumlah kes kebankrapan di Negeri Sembilan dari tahun 2015 hingga 2021 adalah seperti berikut: 2015 – 798 kes, 2016 – 954 kes, 2017 – 743 kes, 2018 – 789 kes, 2019 – 713 kes, 2020 – 444 kes dan sehingga September 2021 sebanyak 199 kes. Berjumlah 4,640.

Untuk makluman sidang Dewan sekalian, terdapat beberapa cara untuk seseorang individu melepaskan diri dari kebankrapan, iaitu dengan perintah pembatalan di bawah seksyen 105 Akta 360, perintah pelepasan mahkamah di bawah seksyen 33(3) Akta 360 dan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta 360. Bagi tempoh dari tahun 2016 hingga tahun 2021, berikut merupakan data pecahan pelepasan kebankrapan ini:

 Bagi tahun 2016 pembatalan sebanyak 63, pelepasan mahkamah sebanyak 2, pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi – 271. Jumlah dilepaskan – 336.

 Bagi tahun 2017 sebanyak 72 kes pembatalan, pelepasan mahkamah – 5, pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi – 89. Jumlah yang dilepaskan 196.

 Bagi tahun 2018 sebanyak 88 kes pembatalan, 1 kes pelepasan mahkamah, 839 pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi. Menjadikan jumlah 928.

 Bagi tahun 2019 sebanyak 81 kes pembatalan, 5 kes pelepasan mahkamah, pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi sebanyak 1,056. Berjumlah 1,142.

 Bagi tahun 2020, pembatalan sebanyak 21, pelepasan mahmakah – 4, pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi – 520. Jumlah dilepaskan 575.

 Sehingga September 2021, pembeta, pembatalan sebanyak 24, tiada pelepasan mahkamah, dan pelepasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi sebanyak 482. Berjumlah 506.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih jawapan tadi yang jelas sekali dari SIkamat. So ini bukan masalah miskin tegar. Ini masalah kewangan. Nampak ni pandemik ni, yang di isytihar dia kurang. Tapi yang lepas tu, nampak pun lebih kurang sama. So, ada tanya macam ni, pertanyaan dari ADUN Lobak, di masa pandemik ini, kerana ni masalah kewangan, adalah Kerajaan Negeri dengan langkah apa, apa langkah boleh membantu terutama orang pemuda pemudi yang menghadapi masalah kewangan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Yang Berhormat Sikamat nak jawab?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih kepada, atas soalan tambahan tersebut. Kita di peringkat Kerajaan Negeri masih tiada inisiatif untuk membantu golongan yang da, dalam, yang menghadapi masalah insolvensi ini. Dan kita belum ada cadangan dan tiada kemampuan untuk perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Lobak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Gemas.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat ADUN Gemas. Soalan yang bertajuk “Pelebaran Jalan Negeri”, adakah Kerajaan Negeri bercadang menaik taraf jalan Gemas – Londah. Okay, Dato’ Yang Dipertua, setakat ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melebarkan jalan tersebut pada tahun 2021. Namun begitu, Kerajaan Negeri melalui pihak JKR akan membuat kajian keperluan perkara tersebut pada tahun 2022 ini, jika ada keperluan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua. Kita melihatkan jalan tersebut semakin hari semakin sesak di mana trafik yang menggunakan jalan tersebut telah pun bertambah. Yang kita risau dan gusarkan ialah banyak kenderaan-kenderaan berat – lori treler, sama ada lori sawit, lori barang dan sebagainya menggunakan jalan tersebut. Yang kita dapati adalah jalan rentasan melalui jalan asalnya Gemas – Pasir Besar. Apabila melalui jalan tersebut, jalan kampung, jadi memanglah amat merisaukan saya sementelahan berdekatan dengan jalan yang, jalan utama tersebut adalah sebuah sekolah, klinik dan sebagainya. Jadi, saya merasakan ianya perlu diambil perhatian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dan soalan kedua, saya juga nak cuba, soalan tambahan kedua, saya memberi pandangan juga, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang membina jalan baru daripada Kuala Gemas ke Londah bagi menghubungkan jalan Serting? Sebab kebanyakan lori-lori tersebut juga melalui jalan tersebut, lori treler tersebut untuk ke Muadzam ataupun ke Rompin ataupun ke Kuantan, Pahang. Jadi, saya merasakan kalau jalan daripada Kuala Gemas ke Londah tu dapat dibina, saya merasakan dapat mengurangkan juga kesesakan trafik atau kesesakan jalan kampung ini. Jadi, itu soalan saya. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas pandangan tersebut. Saya akan minta supaya pihak JKR untuk mengkaji keperluan untuk pelebaran Jalan Negeri di kawasan Gemas ke Londah. Jadi, jalan ke kuala, Kuala Gemas ke Londah, untuk soalan kedua tu, kalau tidak apa, telah diluluskan oleh KPKT, eh KPLB ya, dan saya akan semak dulu, dan saya akan jawab dalam soalan ni, bertulis.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sikamat. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan kedua. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, bagi cadangan pembinaan pasar awam di Bukit Pelandok, perkara ini telah dibincangkan sejak dari tahun 2016 yang melibatkan pengambilan balik tanah dengan kos yang agak tinggi. Sebagai alternatif bagi pihak Ahli Majlis juga diminta untuk membantu pihak MPPD mencari tapak lain (tanah kerajaan) bagi cadangan ini.

Manakala bagi pembinaan Balai Bomba di DUN Chuah pula, saya rasa ini, semalam saya dah menjawab. Pihak Bomba dalam proses mencari tapak tanah yang sesuai untuk pembinaan Balai Bomba di kawasan di Bukit Pelandok atau Chuah, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, pemilihan tapak tanah untuk pembinaan sebuah Balai Bomba baru di kawasan Lukut telah diteliti dan pihak Bomba telah membuat permohonan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Selain itu jugak, Balai Bomba Dan Penyelamat Sepang merupakan Balai Bomba yang berhampiran dengan kawasan Chuah dan response time adalah di bawah 10 minit, jika terdapat sebarang kes kecemasan seperti kebakaran atau penyelamatan. Terima kasih.

Soalan tambahan ya. Tapi sebelum itu, kalau dibina di, di, di Lukut, dia akan mengambil masa yang lebih panjang haa, sebab Sepang memang lebih cepat sikit, kalau dari Lukut yang lalu lintas sana memang sesak, jam. Soalan tambahan, mohon kemas kini sama ada Kerajaan Negeri atau PBT menyediakan satu master plan untuk dengan izin, master plan untuk memastikan pembangunan persi, persekitaran DUN Chuah tersusun dan teratur. Umpamanya Pekan Bukit Pelandok perlu kemudahan seperti pejabat pos, bank, pusat pengangkutan umpamanya stesen bas dan teksi. Semua ini tak ada di DUN Chuah. Yang paling penting saya merayu dan mohon tarikh yang, yang tepat ataupun bila kita boleh dapat sebuah Balai Bomba dan jugak sebuah pasar awam. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Mengenai master plan di kawasan DUN Chuah, saya rasa mungkin Yang Berhormat boleh merujuk kepada Rancangan Tempatan Daerah Port Dickson, kalau tak silap last year, tahun lepas kita telah pun membuat pelancaran. Jadi mungkin Yang Berhormat Chuah boleh merujuk kepada MPPD ataupun PLANMalaysia mengenai master plan di kawasan DUN Chuah.

Mengenai bilakah Balai Bomba itu dapat siap dibina, saya rasa itu apalah, tertakluk kepada kelulusan daripada pihak Kerajaan Pusat-lah. Kalau dapat peruntukan daripada pihak Kerajaan Pusat, kita akan apalah, kita akan memulakan projek pembangunan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chuah, Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Sungai Lui.

Tuan Mohd. Razi bin Mohd. AliUMNO · BNSungai Lui

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Lui yang bertanyakan berkaitan dengan harga asas bahan pertanian.

Jabatan Pertanian memang tidak mempunyai kuasa bagi mengekang ataupun mengawal turun naiknya kos bahan input pertanian. Seperti yang kita tahu kawalan harga barangan adalah di bawah Kementeian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Saya kira semalam pun ada, malah intervention daripada, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, daripada Perdana Menteri kita sendiri kan, yang mana mengumumkan atau membuat pengimportan dari negara-negara tertentu untuk mengimbangi kos barang makanan ataupun barangan-barangan tertentu di negara ini.

Walau bagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, terdapat usaha-usaha kita untuk membantu mengimbangi isu ini kepada usahawan-usahawan kita malahan ianya bersifat serampang dua mata. Selain daripada menampung kos operasi ladang pengusaha, ianya juga membantu mencapai hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha kita meningkatkan pengeluaran hasil pertanian yang selamat.

Menerusi belanjawan tahun ini 2021, Kerajaan Negeri telah melaksanakan banyak insentif di antaranya Insentif Keselamatan Makanan iaitu pemberian insentif kepada pengusaha yang mengamalkan amalan pertanian yang baik (APB) berupa infrastruktur ladang dan input pertanian dan jugak Insentif Pengeluaran Agromakanan iaitu pemberian insentif pengeluaran hasil yang boleh dituntut sebanyak 20 sen setiap KG pengeluaran ladang. Insentif ini juga dibayar secara Electronic Fund Transfer terus ke akaun usahawan yang telah menunjukkan bukti pembelian bagi Insentif Keselamatan Makanan dan juga menunjuk bukti jualan iaitu resit jualan dan rekod la, ladang bagi Insentif Pengeluaran Agromakanan.

Di kesempatan ini juga, saya menyeru kepada semua yang ber, ahli Yang Berhormat untuk membantu menyebarluaskan insentif ini kepada seluruh pengusaha-pengusaha pertanian di kawasan ahli-ahli Yang Berhormat bagi menggalakkan mereka menyer, penyertaan mem, sijil ladang dengan pelaksanaan Amalan Pertanian Baik seterusnya meningkatkan kesedaran pengguna terhadap makanan yang selamat ataupun food safety. Apa jua pun yang, Dato’ Yang Dipertua, sekarang ini kita maklumat di hujung jari, bolehlah kita pergi ke website-website dengan izin, yang berkenaan untuk kita mendapatkan maklumat-maklumat. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ada tambahan ya? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari kelima telah pun hampir tamat ya. Ada 2 minit lagi je. Saya rasa tak perlu nak bukaklah. Semua pertanyaan tidak sempat dijawab …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, lagi ada 2 minit.

Yang Dipertua Dewan

Mahu jugak? 2 minit. Tak sempat nak jawab.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya ingat sempat, pasal saya punya EXCO PBT; ADUN Bahau banyak cepat jawab.

Yang Dipertua Dewan

Okay, Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan kedua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya yang bertanya soalan mengenai gelanggang bola keranjang dan balai raya di Fasa 4 Taman Merpati. Untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, pembinaan balai raya perlu dibina di atas tanah yang disediakan oleh pemaju untuk pembinaan balai raya. Majlis Bandaraya Seremban cuba untuk mengelakkan balai raya dibina atas tanah lapang untuk mengatasi masalah timbul di kemudian hari. Bagi pembangunan baru, pemaju perlu menyediakan tapak balai raya sendiri.

Kriteria bagi pembinaan balai komuniti / balai raya mengikut Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

 tadahan penduduk antara 1,000 sehingga 5,000;  unit kediaman antara 200 sehingga 1,000;  luas binaan minima 0.25 sehingga 0.5 ekar.

Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan ada 2.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haa, ya. 2. Ni satu masalah sudah banyak lama, Dewan yang mulia ini saya sudah bangkit. Taman Bukit Seri Senawang, futsal, satu, Taman Tunku Najihah dan Bukit Seri Senawang.

2 taman pun yang besar, tapi satu tempat pun tak ada permainan. Satu. Lagi satu, apakah punca kelewatan tanah rizab atau tanah lapang taman perumahan tidak diwartakan?

Mohon saya mencelah, sebelum, perkara yang sama Dato’ Dipertua. Saya mohon supaya diadakan suatu perundangan secara pentadbiran ataupun secara dasar Kerajaan Negeri supaya tanah-tanah lapang yang diperuntukkan daripada dulu lagi, sama ada dah diwartakan belum diwartakan, itu perlu dilihat oleh Pejabat Tanah, supaya tanah-tanah lapang ini jangan diambil untuk tujuan-tujuan lain. Di kawasan saya misalnya, tanah lapang padang bola di kawasan Sendayan telah diambil setengah untuk dijadikan sebagai sekolah rendah. Walaupun keperluan untuk membina sebuah sekolah rendah itu penting, tapi boleh dibina di tempat yang lain. Tetapi jalan mudah diambil untuk membina sekolah, bangunan baru di padang sekolah. Jadi seluruh Sendayan sekarang dah tak ada padang sekolah Dato’ Yang Dipertua. Dan jugak begitu, tempat-tempat lain, balai raya ke, dewan-dewan ke, tak usahlah dibina ya, untuk, mengambil tempat tanah-tanah lapang. Ini sahajalah tempat untuk komuniti, ini sajalah tempat untuk anak muda beriadah dan jugak masyarakat setempat beriadah, Dato’ Dipertua. Saya mintak jika belum buat, saya mintak supaya Kerajaan Negeri buat suatu dasar supaya janganlah dikorbankan tanah-tanah lapang untuk pembangunan-pembangunan fizikal. Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Seremban Jaya dan juga cadangan daripada Yang Berhormat Rantau. Mengenai futsal, untuk makluman Yang Berhormat Seremban Jaya, terdapat satu gelanggang futsal di bawah MBS iaitu di Taman Seremban Jaya, Daerah Seremban. Pihak MBS telah memasukkan gelanggang futsal ini untuk pembaikan di dalam peruntukan bajet MBS pada tahun depan. Serta terdapat 2 gelanggang yang disenaraikan dan dibina oleh Kementerian Belia Dan Sukan iaitu Taman Seremban Jaya, yang pertama Taman Seremban Jaya keadaan masih baik dan telah dibaik pulih sebanyak, perun, dengan peruntukan sebanyak 60 ribu. Dan yang ke, kedua adalah Taman Seri Mawar yang masih sama dan dalam keadaan yang baik. Itu, ini adalah untuk menjawab Yang Berhormat Seremban Jaya-lah.

Mengenai apa yang telah pun disaran ataupun cadangan Yang Berhormat Rantau supaya Kerajaan Negeri dapat mengambil satu ketetapan ataupun adanya satu dasar di mana tanah lapang yang telah pun diwartakan, yang, yang telah diwartakan cuba dielakkan untuk ke, ke, kegunaan lain. Seperti apa yang dikatakan, tanah lapang separuh telah pun dijadikan sekolah. Saya rasa itu sesuatu cadangan yang baik. Cuma kadang kala oleh sebab kadang kala perancangan pada masa dahulu,

kebanyakan masa dia tidak menyediakan balai raya ataupun tidak men, menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan pada masa kini, jadi ba, bagi saya, saya lihat mungkin kita boleh mempertimbangkan perkara ini dari segi case-by-case basis.

Saya ambil contoh, katakan adanya kawasan perumahan di mana dia tak, tidak mempunyai dewan orang ramai, tetapi dia adanya satu tanah yang lapang, kemungkinan kita boleh bercadang segala projek ataupun katakan dewan yang kita ingin nak bina di atas tanah lapang tersebut, kita boleh pertimbangkan supaya dewan tersebut, dia boleh dijadikan sebagai satu tempat di mana dia integrated dengan adanya dewan dan juga adanya fasiliti sukan. So di, di samping itu dia akan jadi win-win-lah kepada masyarakat setempat. Walau bagaimanapun kita akan, kita ambil maklumlah cadangan Yang Berhormat Rantau. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa soalan lisan sudah pun tamat ya. Dah lebih sikit 5 minit, tak apa. Dan saya ucapkan terima kasih kepada yang memberi soalan, dan bagi yang tidak sempat dijawab, jawapan secara bertulis akan diberi.

Rang Undang-Undang Ketiga — Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959Bill

Yang Dipertua Dewan

“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959”

Setiausaha Dewan

Perkara-perkara keempat, Rang Undang-Undang Keempat: Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959.

[Bacaan kali pertama]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dibaca bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan bacaan kali yang kedua Rang Undang-Undang ini, sukalah saya memberikan penerangan ringkas dan tujuan dan sebab-sebab Rang Undang-Undang ini.

Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, tempoh pelantikan jawatan Menteri Besar diperuntukkan di bawah Seksyen 38 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 iaitu dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku selagi mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Menteri Besar boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa. Syarat-syarat dan kaedah lantikan jawatan Menteri Besar juga adalah tertakluk kepada pertimbangan dan sebarang pengecualian khas oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku selaras dengan Fasal 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Pindaan Perkara 38 Fasal 2 adalah selaras dengan Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang bertunjangkan 5 teras iaitu:

i. Pentadbiran Berintegriti dan Pembangunan Seimbang ii. Pemerkasaan Agama, Adat dan Budaya iii. Tanah dan Perumahan Mesra Rakyat iv. Membela Kebajikan Rakyat v. Kesejahteraan Wanita dan Anak Muda

Pelantikan jawatan Menteri Besar adalah diperuntukkan di bawah Fasal 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (selepas itu disebut UUTKNS 1959).

Justeru, pindaan Perkara 38 untuk menghadkan tempoh jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada 2 penggal ada disenaraikan dalam teras utama iaitu di bawah kategori Pentadbiran Berintegriti. Malahan tawaran yang sama juga menjadi salah satu daripada 10 Dasar Tumpuan Tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, pindaan yang dicadangkan ini datang tepat pada masanya bagi mengatasi kemelut politik yang semakin sering menjadi amalan dalam satu-satu Kerajaan Negeri. Dengan peruntukan yang jelas menghadkan tempoh seorang Menteri Besar yang boleh dilantik diyakini boleh menyumbang kepada ketelusan tadbir urus sesebuah negeri apabila seorang ketua tidak memegang kuasa dalam tempoh yang terlalu lama.

Sebagai rujukan dan perbandingan, Dewan Rakyat pada 3 Disember 2019, Dewan Rakyat (DR) 42/2019 Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 3 Disember 2019. Melalui pindaan yang dicadangkan tersebut, seorang ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri jika pernah memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh 2 penggal Parlimen.

Rang Undang-Undang tersebut dijadualkan untuk bacaan kali kedua dalam Dewan Rakyat yang bersidang pada 24 Ogos 2020. Walau bagaimanapun pada 26 Ogos 2020, Rang Undang-Undang tersebut ditarik balik oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): Yang Berhormat Datuk Takiyuddin bin Hassan, difahamkan atas sebab untuk membolehkan pihak berkenaan membuat kajian lanjut berkenaan pelaksanaan pindaan yang dicadangkan.

Manakala, DUN Negeri Pulau Pinang juga telah melaksanakan ketetapan menghadkan tempoh 2 penggal bagi jawatan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang serta telah membuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh negeri tersebut.

Maka, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan pindaan ini bukanlah suatu cadangan yang baru yang direka-reka. Ianya adalah satu keadaan yang perlu dalam sesebuah Kerajaan Negeri yang moden, telus dan berintegriti tinggi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi tujuan ketelusan juga saya ingin bangkitkan berhubung tatacara pertimbangan oleh Dewan yang Mulia ini yang mana pindaan kepada Perkara 38 ini adalah tertakluk kepada tatacara yang diperuntukkan oleh Fasal 5, Perkara 78 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan Perkara XXIV Perenggan 12, Peraturan Dewan Undangan Negeri yang mana bagi pindaan kepada Perlembagaan Negeri tidak boleh dibacakan bagi kali kedua melainkan cadangan bagi bacaan kali kedua itu mendapat undian sekurang-kurangnya 2/3 jumlah Ahli Dewan Negeri.

Dengan itu, berdasarkan perkara di atas adalah dicadangkan pindaan ini dipertimbangkan secara berasingan dengan cadangan pindaan Perkara 49.

Yang Berhormat Yang Dipertua, seterusnya izinkan saya memberikan penerangan ringkas pindaan Perkara 49. Sebagaimana yang diketahui lazim, Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda melalui Seksyen 4 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Akta A1603] yang memperuntukkan penurunan had umur seorang warganegara yang layak untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Dengan pindaan tersebut, yang telah pun berkuat kuasa mulai 11 September 2019, sekiranya terdapat sesuatu pilihan raya yang melibatkan kerusi Dewan Rakyat, maka calon berumur seawal 18 tahun boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya berkenaan. Walau bagaimanapun, sekiranya sesuatu pilihan raya yang melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri, calon berumur di bawah 21 tahun masih belum boleh bertanding sehingga pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri atau Perlembagaan Negeri dipinda dan dikuatkuasakan.

Dalam hal ini, sekiranya Kerajaan Negeri tidak meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan untuk mengikut seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan dan jika pilihan raya dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara serentak, implikasi yang mungkin timbul adalah seperti berikut:

i. kejanggalan dari segi perbezaan umur minimum calon yang boleh bertanding sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN kerana seseorang yang berumur 18 tahun boleh bertanding sebagai calon ahli Dewan Rakyat tetapi tidak boleh bertanding sebagai calon ADUN selagi belum mencapai umur 21 tahun;

ii. pelaksanaan yang tidak seragam dengan negeri-negeri lain yang telah membuat pindaan selaras dengan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan; dan

iii. petisyen pilihan raya boleh difailkan untuk mencabar keputusan Pegawai Pengurus kelak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Maka, cadangan pindaan ini melalui kedudukan undang-undang selaras dengan Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa jika didapati oleh Parlimen bahawa di mana-

mana negeri, mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri itu lazimnya tidak diendahkan, walau apa jua dalam Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi memastikan pematuhan peruntukan ini.

Sukacita juga saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada peruntukan Fasal 5A Perkara 78 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1958 yang memberi pengecualian kepada pemakaian Fasal 5 kepada perkara yang sama kepada mana-mana pindaan yang mana kesannya membawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan di bawah Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermaksud, pengecualian kepada keperluan mendapatkan undian tidak kurang daripada 2/3 jumlah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bacaan kali kedua dan ketiga bagi pindaan bagi Perkara 29 ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali yang kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sikamat telah mencadangkan …..

Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kenapa? Ya, nanti belum lagi. Sabar, sabar.

Saya cuma mohon pencerahan, tadi daripada …..

Yang Dipertua Dewan

Pencerahan?

pencerahan saja. Tadi pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Sikamat mengatakan bahawa 2 seksyen ini …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

….. dibuat secara berasingan …..

Yang Dipertua Dewan

Betul.

Ya, yang …..

Yang Dipertua Dewan

Mana satu tu dah, dah apa, Parlimen dah ni, luluskan.

Yang Dipertua Dewan

Takkan kita akta dengan enakmen pun …..

Enakmen ni …..

Yang Dipertua Dewan

….. bertentangan.

Saya faham. Cuma kita bentangkan Rang Undang-Undang ini dalam satu Rang Undang-Undang. Betul kan? Satu Rang Undang-Undang tapi 2 seksyen yang berasingan …..

Yang Dipertua Dewan

Ya, bacaan sekali.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Nanti kita akan pecahkan satu-satu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita akan buat satu-satu …..

Yang Dipertua Dewan

Buat satu-satu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bacaan sekali …..

Bawah, bawah seksyen …..

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua…..

….. manakah kita nak pecahkan nanti.

….. saya mintak penjelasan. Boleh, boleh ke satu Rang Undang-Undang tu nanti di un, di, dibacakan berasingan dan kalau satu tak lulus, satu tu lulus macam mana? Sebab dia dalam satu Rang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, memandangkan 2 pindaan yang dicadangkan ini memerlukan aturan undian yang berbeza, maka saya memohon mencadangkan agar ia diundi secara berasingan, iaitu bagi pindaan Perkara 38 Fasal 2 melibatkan undian tidak kurang 2/3 jumlah ahli Dewan Undangan manakala pindaan Perkara 49 Fasal 3 hanya memerlukan undian majoriti. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih penerangan YB Sikamat. Tapi masih lagi saya nak bertanya, sama ada dia dibentangkan dalam satu Rang, dalam satu Rang, walaupun undian berbeza, macam mana satu nanti, satu lulus, satu tak lulus? Macam mana, dia satu Rang tu.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang apa, baca, untuk bacaan kedua kita dah gugurkan. Kita undi, tak dapat sokongan, kita gugur yang tu …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. yang lagi satu. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Saya rasa perkara itu boleh selesaikan di peringkat jawatankuasa, Dato’ Dipertua. Apabila bacaan kedua kalau tak ada 2/3 tetapi kita masuk bacaan ketiga, dia boleh dipinda ataupun dipotongkan mana-mana yang kalau tak ada 2/3. Tapi kita hara harap pada 2/3 lah. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, saya merujuk kepada Peraturan XXIV, Peraturan XXIV, Peraturan XXIV seksyen 12 dan proviso seksyen 12: “Rang Undang-Undang itu hendaklah dibacakan kali yang kedua”, betul kan? Tak ada dalam peraturan ni yang mengatakan bahawa Rang Undang-Undang tu boleh dipecahkna ikut seksyen. Kita bentangkan satu Rang Undang-Undang, bukan sebahagian Rang Undang-Undang. Saya tak nampak dalam peraturan ni yang membenarkan kita membentangkan Rang Undang-Undang secara berasingan, kecuali 2 Rang Undang-Undang. Sekarang ni masalah dia, kita ada 2 seksyen, tetapi keperluan untuk meluluskan itu memerlukan majoriti yang berbeza. Saya rasa ini satu perkara yang macam after though daripada pihak kerajaan. Dan saya khuatir undang-undang ni besok kita akan luluskan secara irregular atau cacat. Kerana kalau kita lihat peraturan, seksyen 12 ini, dia tak ada peruntukan yang mengatakan “Dewan ini boleh membentangkan sebahagian Rang Undang-Undang”, dia mesti satu Rang Undang-Undang. Dan oleh kerana Rang Undang-Undang ini ada 2 seksyen, jadi saya tak nampak bagaimana kita boleh meneruskan perkara ini.

Yang Dipertua Dewan

….. keliru tu sebab umur apa tu, dah di, dah, akta Parlimen dah lulus …..

Yang Dipertua Dewan

Makna kalau kita tak ubah yang tu, besok ado orang cabar besok di mahkamah. Itu cerita dia.

Betul, kita tak ada masalah sebab, Act of Parliament take precedent to the state, tak perlu 2/3 Dato’ Dipertua. Tapi saya cuma nak, nak explore, takut nanti Rang Undang-Undang kita, yang kita luluskan ini nanti dia cacat sebab dua-dua isu ini dibentangkan dalam Rang Undang-Undang. Itu saja. Sama ada boleh tak boleh tu, saya tak tahu, saya bukan pakar undang-undang, Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kita ada ni, dipersilakan. Terima kasih Yang Berhormat Rantau, sebab kita nak dapat betul ini ya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita, sebab tu kita mohon pengecualian kepada kehendak peraturan yang disebutkan ADUN tadi. Kita mohon, kita mohon pengecualian ya.

Pengecualian di bawah peraturan mana Yang Amat Berhormat?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Peraturan XXX.

Kalau ikut faham saya, permohonan itu harus dirujuk secara khusus dan harus diundi.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, sebab itu kita baca sekali, tetapi kita akan bawa satu persatu.

Permohonan untuk menggunakan Peraturan XXX tu harus diundi dalam Dewan. Setuju tak setuju.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Sebab tu selepas ni kita ada undian. Memang ada undian selepas ni, setuju tak setuju untuk kita teruskan …..

Tak Dato’ …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. kalau tidak …..

….. YB, saya rasa elok kalau nak ubah, pakai Peraturan XXX, elok kita undi sama ada Dewan bersetuju atau tidak. Kita nak invoke Peraturan XXX tu …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay.

Bila kita dah setuju untuk invoke, XXX tu, baru kita boleh guna pakai.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, ikut, ikut skrip. Ikut skrip. Ikut skrip. Repah bangkitlah.

Yang Dipertua Dewan

Repah, bangkit dulu.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian …..

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bawah seksyen 10, saya membantah.

Yang Dipertua Dewan

10, membantah?

Haa, Peraturan XXIV seksyen 10 …..

Yang Dipertua Dewan

Cuba sebut sikit, biar semua dengar.

“seseorang ahli yang membantah Rang Undang-Undang dibaca pada kali kedua, bolehlah mencadangkan pindaan cadangan”. Kerana seperti yang saya sebut tadi, sekarang ni kita ada 2 seksyen.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Satu seksyen memerlukan 2/3. Satu seksyen hanya memerlukan simple majority. Tapi dia Rang Undang-Undang yang sama. Jadi kalau kita tak selesaikan masalah ni, kalau kita tak buat permohonan sekarang, bawah Peraturan XXX, dan diundi, kita akan jadi cacat.

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa, saya setuju untuk, untuk undi. Kalau untuk kedua-dua ini dipecahkan. Kalau setuju kita akan buat.

Dato’ Dipertua, ni kuasa Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya?

Kuasa Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya, ya, saya faham, ya. Dengan ini saya menggunakan kuasa saya …..

Janganlah macam tu. Kuasa, kuasa Dewan. Kuasa, kuasa Dewan, bukan kuasa Yang Dipertua. Yang Dipertua sarankan. Saranlah kepada kami supaya kami setuju …..

Yang Dipertua Dewan

Tak.

….. itu je ….

Yang Dipertua Dewan

Tau, tau.

….. mana ada kuasa.

Dato’ Dipertua, perlu ada permohonan …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, okay.

….. di bawah Peraturan XXX dahulu.

Yang Dipertua Dewan

Okay, tak, saya faham, saya nak mengusik Yang Berhormat Rantau. Dia kata; “kuasa Yang Dipertua” teh kan. Okay, saya mencadangkanlah, cuma perkataan “mencadang” tak keluar lagi, Yang Berhormat Rantau terperanjat. Okay. Saya mencadangkan supaya perkara ini diundi ya …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

[percakapan secara off mic].

Yang Dipertua Dewan

Ha? Ikut skrip? Tak, ikut skrip kita akan asing-asing tu. Yang sekarang ni, dia orang mintak, yang dia orang mintak sekarang ni …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

[percakapan secara off mic].

Yang Dipertua Dewan

Dah ada? Okay. Saya bacalah. Dia kata dah ada dalam ni [skrip]. Okay. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan ….. [Beberapa ahli Yang Berhormat pembangkang bercakap secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Ya, ada, ni, ahli Yang Berhormat Sikamat telah mencadangkan agar kedua-dua cadangan pindaan diundi secara berasingan dan telah mendapat sokongan. Okay. Dia mintak. Sekarang ni kita bagi kepada ahli Yang Berhormat semua kalau setuju, cadangan Yang Berhormat tadi, sila angkat tangan.

….. dulu. Ini kita kena betulkan proceeding. Dato’ Yang Dipertua mintak supaya Yang Berhormat Sikamat invoke seksyen XXX dulu ya. Invoke dulu, cadangkan supaya Dewan ya, supaya kita menggunapakai seksyen XXX yang mana Dewan boleh supaya untuk Rang Undang-Undang ini kita boleh buat 2. Kita tak guna, sebab dia satu Rang, susah …..

Yang Dipertua Dewan

Okay, betul.

….. ini peraturan Dewan, kuasa dalam Dewan, Dewan boleh luluskan.

Yang Dipertua Dewan

Apa ni, Yang Berhormat boleh sebut tum, betul tu, itu memang ni ….

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Merujuk Peraturan XXX …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. Dato’ Yang Dipertua, mencadangkan 2 pindaan yang dicadangkan ini memerlukan aturan undian yang berbeza, maka saya mohon mencadangkan agar ia diundi secara berasingan, iaitu bagi pindaan Perkara 38 Fasal 2 melibatkan undian tidak kurang 2/3 jumlah ahli Dewan, manakala pindaan Perkara 49 Fasal 3 hanya memerlukan undian majoriti.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Sekarang saya gunakan kuasa saya kan?

….. saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Okay, kita ambil undian satu-satulah ya. Dah setuju semua ya? Okay, kita …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bacolah, bacolah balik, ulang balik …..

Yang Dipertua Dewan

Bolom lagi?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ulang balik, ikut skrip …..

Yang Dipertua Dewan

Ikut skrip pulak teh, adoi. Okay, okay, okay. Ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat Sikamat telah mencadangkan agar kedua-dua cadangan ini diundi, pindaan diundi pindaan secara berasingan dan telah mendapat sokongan. Ahli-ahli Yang

Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini sila angkat tangan. Okay. Berkecuali? Tak ada. Cadangan ini diluluskan, okay. Ini pasal banyak sangat dia punya tu, kan. Ha? Adoi.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju, 11 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkan berkecuali dan 4 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Seri Menanti tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah dicadangkan untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya untuk memberikan pandangan serba sedikit berkenaan 2 usul dalam satu Rang Undang-Undang yang nak dipinda oleh Kerajaan Negeri iaitu berkenaan dengan, boleh bukak [pelitup muka] Dato’ Dipertua? Susah bernafas, saya pakai 2 lapis …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Saya tak takut Dato’ Dipertua, saya takut jiran sebelah. Dato’ Dipertua, tadi, Yang Berhormat Sikamat telah pun membentangkan satu Rang Undang-Undang pindaan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan dengan had umur untuk membolehkan seseorang rakyat Negeri Sembilan mengundi selepas berumur 18 tahun dan layak untuk menjadi calon dalam pilihan raya setelah berumur 18 tahun. Dan yang lagi satu ialah berkenaan dengan had penggal untuk seseorang yang boleh menjawat jawatan Menteri Besar di Negeri Sembilan.

Dato’ Dipertua, berkenaan dengan had umur 18 tahun ini, saya ingin memberikan pandangan bahawa ia telah diluluskan di Parlimen. Dan pada 24 haribulan tempoh hari, Mesyuarat Menteri-Menteri Besar, 24 haribulan September kalau tak salah saya ya, Yang Berhormat Sikamat kan? Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, yakni mesyuarat tahunan Federation of Malaysia dengan izin ya, dengan negeri-negeri telah pun mengambil keputusan bersetuju supaya semua negeri-negeri memberikan sokongan di atas Bill yang telah pun diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2019 iaitu membenarkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, cukup umur 18 tahun ke atas boleh mengundi, membuang undi, berhak untuk mengundi dalam pilihan raya dan jugak untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya.

Tetapi ianya perlu dilakukan jugak, kelulusan ini diikuti oleh negeri-negeri terutamanya had umur ini penting Dato’ Dipertua, kerana jika diluluskan di Parlimen dan tak diluluskan di negeri, dia tak boleh menjadi sebagai calon, boleh mengundi 18 tahun tapi tak boleh menjadi calon kerana Dewan Undangan Negeri ini mesti diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Dato’ Dipertua.

Saya berpandangan ia merupakan suatu perkara yang baik Dipertua ya, kerana banyak negeri-negeri telah pun memberikan kelulusan di dalam Dewan Undangan Negeri masing-masing termasuklah pada bulan Disember 2019 dibuat oleh Sabah, Dato’ Dipertua. Diikuti oleh Perlis pada bulan Mei, Terengganu pula bulan Ogos, Sarawak – November, Kelantan – bulan Disember pada tahun 2020. Seterusnya pada tahun 2021 Perak pada bulan Julai, Penang pada bulan September dan Kedah pada bulan November. Dan ini akan diikuti pulak, saya rasa ia tak ada masalah di Negeri Sembilan. Hari ini kita akan jugak bersama-sama menyertai semangat untuk pastikan untuk kita bersama-sama untuk melihat bahawa rakyat di negara ini terutamanya di Negeri Sembilan dapat bersama-sama mengambil bahagian di dalam menentukan masa depan negeri ini dalam sesuatu plihan raya yang akan ataupun bakal diadakan. Hal ini juga selaras dengan peruntukan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Akta 1A1603) Dato’ Dipertua ya. Yang kemudiannya diwartakan pada 10 haribulan September 2019 dan dikuatkuasakan pada 11 September 2019. Maknanya akta ini telah pun dikuatkuasakan. Makanya dibawak dalam sidang Dewan pada hari ini Dato’ Dipertua, ia cuma memerlukan simple majority sahaja untuk diluluskan.

Terdapat jugak kajian Dato’ Yang Dipertua, yang dibuat di Pulau Pinang, yang mana negeri, kajian dibuat di Pulau Pinang tersebut mendapati lebih kurang 3,000 lebih respondan yang berumur 15 sampai ke 35 tahun, Dato’ Dipertua, iaitu 65% bersetuju, Dato’ Dipertua. Bersetuju tentang had umur ini. Dan tidak menyokong cuma 34.94% sahaja, Dato’ Dipertua. Ini selaras dengan kehendak rakyat, Dato’ Dipertua. Memang kita nak lihat supaya had umur 18 tahun untuk mengundi ini diberikan peluang untuk mereka-mereka untuk menentukan masa depan mereka.

Langkah yang tepat untuk memberi ruang kepada anak muda jugak Dato’ Dipertua, untuk terlibat secara langsung dalam politik serta menyuburkan proses pembinaan negara bangsa. Ini penting. Anak muda 18 tahun ini mesti bersama-sama untuk mereka menentukan suatu pembinaan negara bangsa, Dato’ Dipertua. Walaupun calon umur 18 tahun mempunyai peluang yang nipis untuk menang, terutamanya macam baru-baru ini di Melaka-lah, letak umur 21 tahun, tak menang.

Susah, belajar lagi. Tetapi Dato’ Dipertua, tetapi menjadi satu titik penting kepada anak muda Malaysia, mereka akan terdedah kepada proses pembentukan dasar kerajaan dengan lebih awal. Dasar progresis, dasar progresif ini akan menjadi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi penggubal dasar pada masa depan, seterusnya menyediakan mereka menjadi pemimpin utama negara Dato’ Dipertua. Ini, ini penting untuk mereka bersama-sama mengambil bahagian.

Melalui pindaan ini juga golongan muda berumur 18 tahun hingga 21 tahun mempunyai wakil eksekutif di Dewan Undangan Negeri, yang akan membawa suara serta memperjuangkan hak mereka. Jadi, jika andai kata Dato’ Dipertua, ada di antara mereka yang terpilih nanti kan, mereka akan membawa suara anak muda, Dato’ Dipertua. Hal ini akan menyelesaikan persepsi yang salah terhadap ahli politik yang sering kali dikatakan gagal menjuarai isu dan permasalahan anak-anak muda. Seiring dengan usia calon, idea yang segar yang bernas yang akan ditonjolkan akan menarik minat pengundi muda untuk turut serta dalam amalan demokrasi dan menyuburkan amalan demokrasi di negara kita.

Yang ketiga Dato’ Dipertua, ini adalah pentas terbaik dalam mendidik anak muda ke arah ma, kematangan politik dan kesedaran sivik yang tinggi. Pindaan umur ini secara tidak langsung memaksa parti-parti politik menyantuni dan meraikan pemimpin muda yang sering kali terpinggir, Dato’ Dipertua. Dan dek kerana asbab daripada pindaan Rang Undang-Undang ini, keterlibatan anak muda sebagai watak penting dapat dilaksanakan ya. Jadi selalunya anak muda terpinggir. Tetapi bila had mula ini dah mula diturunkan kepada 18, maka kepentingan mereka ini akan diambil serius, akan dipandang sebagai sesuatu yang boleh menyumbang, parti-parti politik akan memberikan banyak imbangan dan sumbangan kepada golongan yang berumur, di paras ini Dato’ Dipertua. Hal ini dapat meningkatkan usaha mendidik golongan muda tentang kemahiran berpolitik yang lebih berkesan. Ia juga dapat memperkasa dan mengenengahkan sayap pemuda di kesemua parti politik Malaysia yang sering kali dibayangi orang-orang lama (lama) ya.

Yang keempat, seiring dengan peredaran zaman, ini adalah langkah progresif ke arah kematangan politik. Era globalisasi telah membantu anak muda untuk mempunyai kesedaran politik, Dato’ Yang Dipertua, yang tinggi berbanding dengan 20 – 30 tahun yang lepas ya. Sekarang ni, tek, teknologi maklumat begitu mudah, maklumat di, berada di hujung jari masing-masing. Penurunan had umur adalah langkah keterangkuman dalam amalan demokrasi. Malaysia juga tak pernah ketandusan pemimpin muda. Bahkan melalui sistem pendidikan yang mampan dan disokong oleh teknologi digital, pemimpin muda di

Malaysia akan mampu mentadbir negara walaupun masih setahun jagung.

Dan yang akhir sekali ialah, had umur yang lebih rendah akan meningkatkan kepelbagaian komposisi umur wakil rakyat di Malaysia. Kita sedia maklum Dewan Rakyat dan Dewan Negeri kita pada hari ini didominasi oleh golongan dewasa dan golongan tua, golongan tua Dato’ Dipertua ya. Saya, saya ni dewasalah, kita dewasa. Tapi bila dah lebih 80 tahun tu, itu dah tua tu Dato’ Dipertua ya.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Ha? Itu, itu warga intan tu. Bukan emas lagi dah. Dah 96 tahun, dah 80 lebih tahun kan. Tetapi ini akan memberikan imbangan. Dengan menurutkan, menurunkan had umur calon kepada 18 tahun, diharap ia dapat mengurangkan purata umur wakil rakyat seterusnya ia dapat menghasilkan kepelbagaian pandangan dari latar belakang ahli politik yang berbagai-bagai. Kehadiran ahli politik muda akan memperkukuhkan jalinan dan menyuburkan sikap positif sesama anak muda yang pada akhirnya mereka ini akan menyokong pelbagai dasar kerajaan, kebersamaan antara kerajaan dan golongan muda dapat meningkatkan mutu pentadbiran terhadap anak, isu anak muda dan golongan yang berke, yang kurang bernasib baik. Itu yang nombor satu.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

….. terpulang, itu pendaftaran ya. Dato’ yang Dipertua, yang kedua pulak berkenaan dengan had penggal. Had penggal ni Dato’ Dipertua, saya nak berikan pandangan Dato’ Dipertua. Kita di Malaysia kitalah merupakan pengamal demokrasi berasaskan Demokrasi Westminster. Demokrasi Westminster adalah Dato’ Dipertua, adalah parti menubuhkan kerajaan ya. Jadi, dalam hal ini, Dato’ Dipertua, kita bukannya dalam negara yang mengamalkan negara republik. Yang mana kita memilih Presiden dipilih oleh rakyat. Rakyat memilih terus Presiden siapa mereka mahu, ya. Itu di negara yang republik. Tapi di negara kita, kita memilih parti. Parti yang menang, mendapat majoriti besar, first to cross the poll, ataupun dalam Bahasa Inggeris dengan izin, parti yang telah pun melintasi rate line ataupun garis, garis minimum ataupun garis menubuhkan kerajaan, parti itulah yang diberikan mandat untuk menubuhkan kerajaan. Dan parti jugaklah yang akan memilih siapa yang difikirkan layak untuk menjadi Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar di negeri-negeri.

Dan pengakhir ceritanya kuasa sebenarnya adalah di tangan Raja-Raja ya. Macam di Negeri Sembilan ni, penerimaan seseorang itu sebagai

Menteri Besar, walaupun parti, misalnya parti A boleh tubuh kerajaan, dan parti A menamakan Mr. B untuk menjadi Menteri Besar, tetapi Yang di-Pertuan Besar mempunyai hak sepenuhnya. Ini dalam perlembagaan kita. Yang di-Pertuan Besar, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ataupun Raja-Raja Melayu di negeri-negeri lain, mempunyai hak mutlak untuk menerima ataupun tidak calon-calon Menteri Besar tersebut, yang dinamakan oleh parti-parti yang menubuhkan kerajaan.

Jadi Dato’ yang Dipertua, saya tak nampak ada keperluan untuk kita mengambil hak Yang di-Pertuan Besar, mengambil hak Raja-Raja, Dato’ Dipertua. Contohnya di ngara kita, dah jadi dah. Walaupun parti yang menang, Dato’ Yang Dipertua, menamakan seseorang itu menjadi sebagai Menteri Besar, di Perlis berlaku, di Terengganu berlaku, Dato’ Dipertua, walaupun parti menamakan Mr. A tapi Tuanku Sultan tak, tak, tak, tak setuju ya. Jadi, dipilih orang lain. Di Pahang berlaku 2018, Dato’ Dipertua, orang lain jadi Menteri Besar, walaupun parti yang sama menjadi kerajaan, menang dalam pilihan raya ’18.

Jadi saya mencadangkan supaya, tadi Yang Berhormat Sikamat mengatakan bersangkut paut pasal soal integriti. Dato’ Yang Dipertua, integriti ini dia tidak, dia tidak berasas kepada masa. Dia tidak berasas kepada penggal. Integriti kepada individu ya. Nak bercakap pasal integriti, ia kepada individu ya. Bukan bermakna dia dah 3 penggal, ataupun orang dah 2 penggal tak ada integriti. Tak betul tu ya. Integriti kepada individu. Walaupun dia satu penggal, tapi tak berintegriti, hanyut kita nanti ya, Dato’ Dipertua. Jadi, saya rasa jangan kita ambil hak Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Jangan kita apa, ini Tuanku.

Dan parti jugak ya, kalau parti rasa dalam masa dia sepenuh penggal, dalam penggal tu masih berjalan Dato’ Dipertua, kalau Menteri Besar, seorang Menteri Besar ataupun seorang Perdana Menteri dirasakan tidak lagi mampu menjalankan tugas, tidak berintegriti, kita ada sistem Westminster yang mana dikatakan sebagai undi confidence, vote of confidence (VOC), vote of confidence. Tidak macam di negara republik. Republik ini Presiden dia tak ada vote of confidence, dia ada impeachment of process. Proses dia tu rumit. Tapi di negara kita, di negara-negara yang mengamalkan amalan demokrasi Dato’ Dipertua, kita ada vote of confidence di dalam Dewan. Jadi kalau didapati seseorang Perdana Menteri, didapati seseorang Menteri Besar, integriti dia cacat, integriti dia tidak lagi membolehkan dia duduk sebagai seorang Menteri Besar atau Perdana Menteri, Dewan yang mulia ini boleh mengambil tindakan iaitu mengadakan vote of confidence. Ini terjadi, baru-baru ini terjadi di Parlimen kita, terjadi jugak di negeri-negeri yang lain.

Jadi Dato’ Dipertua, pada saya kalau kita bercakap kerana kita nak, penggal ini kita nak hadkan kepada 2 penggal sahaja kerana bertitik soal pasal integriti, saya rasa itu kurang tepatlah ya, kerana integriti ini kepada individu. Dan saya harap supaya hak Yang di-Pertuan Besar, hak Raja-Raja Melayu ini kita kekalkan begitu saja, Dato’ Dipertua, supaya ianya menjadi sebagai hak kepada Yang di-Pertuan. Dan sidang Dewan yang mulia ini boleh jugak menentukan, membuat undi kurang percaya ataupun undi percaya kepada seseorang Menteri Besar.

Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya, yang satu seksyen tadi, kita akan belah bahagi, berasingan ya, Dato’ Dipertua. Jadi kita tak memerlukan apa-apa, kerana yang nombor 1 tu tadi, berkenaan had umur itu, dia adalah merupakan sebagai majoriti mudah ya, Dato’ Dipertua. Terima kasih, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tak apa, Dato’ Dipertua ya, itu, terima kasih. Apa tu, Dato’ Dipertua, saya cadangkan pulak kalau nak bercakap pasal integriti Dato’ Dipertua, saya cadangkan pada sidang Dewan yang lain, yang nanti, kita pernah cadangkan dalam Dewan yang mulia ni, supaya yang paling penting bukannya menghadkan had penggal Menteri Besar tetapi yang pentingnya ialah kita membuat suatu akta anti lompat parti, Dato’ Dipertua. Itu yang pentingnya. Anti lompat parti tu penting Dato’ Dipertua ya. Dan kita buat jugak apa dipanggil sebagai recall system. Anti lompat parti ni kadang-kadang ada, tapi tak boleh diguna pakai. Tapi kalau ada recall system, Suruhanjaya Pilihanraya boleh membuat servei kalau majoriti penduduk, pengundi di kawasan tersebut mahukan supaya orang yang melompat parti, yang keluar daripada parti tersebut tidak lagi mewakili partinya, boleh diadakan pilihan raya yang baru. Itu sebenarnya yang lebih baik untuk pastikan supaya integriti Ahli Parlimen kita, integriti Ahli Dewan Undangan kita ini dapat dikekalkan, Dato’ Dipertua. Kalau tidak negara kita akan huru hara jadinya. Suka-suka hati lompat. Ada orang nak beli sana, dah jadi sebagai barangan komiditi yang boleh diniagakan. Ini amat memalukan negara kita Dato’ Dipertua. Dan alhamdulillah di Negeri Sembilan tak berlaku, walaupun dah hampir berlaku, tapi kita tak terima Dato’ Dipertua. Terima kasih.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya mohon izin mengeluarkan, tanggalkan pelitup muka untuk berucap dengan lebih lancar. Yang Berhormat Dato’ Dipertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang pindaan terhadap Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 2021 ini. Yang merupakan satu Rang Undang-Undang yang cukup bersejarah kerana

bukannya setiap tahun kita ada Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan Negeri ataupun Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Sejak saya menjadi ADUN, tahun 2004 kalau tak silap saya, ini kali pertama kita meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri kita sejak tahun 2004. Mungkin ada pada tahun 90an. Pernah ada buat pindaan undang, Undang-Undang Tubuh Negeri. Tetapi sudah lama kita tidak pernah membawa apa-apa pindaan terhadap Perlembagaan Negeri kita. Jadi ini merupakan satu pindaan yang sangat bersejarah kerana Yang Amat Berhormat Sikamat membawa 2 pindaan yang sangat fundamental, 2 pindaan yang sangat penting untuk menyuburkan demokrasi kita dan juga membawa satu politik yang lebih progresif dan lebih muda kepada lanskap politik negara kita.

Namun terlebih dahulu saya, sebelum saya beralih kepada hujahan saya terhadap kedua-dua pindaan ini, suka juga saya nak memberikan sedikit pandangan berkenaan dengan apa yang kita bincangkan tadi, ataupun putuskan tadi dari segi prosedur. Saya bersetuju bahawa kalau secara lazimnya semua pindaan ataupun apabila kita membawa satu Rang Undang-Undang, apa-apa yang di dalam pindaan tersebut ataupun di dalam fasal-fasal dalam Rang Undang-Undang tersebut perlulah diluluskan secara bersekali. Kecuali ada, kalau ada apa-apa fasal yang kita tak bersetuju, kita boleh keluarkan di peringkat jawatankuasa. Tetapi secara dasarnya bacaan kali kedua perlulah dibersekalikan ataupun diluluskan secara sekali. Kalau ada pindaan, masuk jawatankuasa, kita boleh potong ataupun kita pinda fasal-fasal yang tidak dipersetujui.

Tetapi secara lazimnya, kita tahu bahawa apa-apa pindaan terhadap perlembagaan, sama ada Perlembagaan Persekutuan ataupun Perlembagaan Negeri dalam konteks negeri, Perlembagaan Negeri kita ialah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 kerana itu merupakan satu undang-undang besar ataupun satu main law terhadap bagaimana Kerajaan Negeri kita dibentuk. Bagaimana negeri ini ditadbir dari segi pelantikan Menteri Besar, pelantikan EXCO, syarat kelayakan ADUN dan sebagainya. Itu merupakan satu Perlembagaan Negeri kita, yang memandu bagaimana Kerajaan Negeri kita dibentuk dan berfungsi. Jadi, apa-apa pindaan terhadap Perlembagaan Negeri, sudah tentunya memerlukan majoriti 2/3 kerana perlembagaan tidak boleh dipinda sewenang-wenangnya kecuali mendapat sokongan 2/3 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri.

Jadi persoalan pertama saya ialah, saya lihat bahawa walaupun tadi ada dikatakan bahawa untuk pindaan Perkara 49 untuk merendahkan umur kelayakan calon ADUN tidak memerlukan 2/3, hanya undi majoriti. Saya mendapat bahawa kedua-dua pindaan ini memerlukan 2/3 kerana

pindaan 49, perkara 49 juga pindaan kepada Perlembagaan Negeri. Satu perkataan yang kita nak pinda dalam Perlembagaan Negeri pun memerlukan 2/3. Itu saya rasa fundamental yang perlu kita jelaskan. Mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapatkan ulasan daripada Penasihat Undang-Undang supaya clear perkara ini.

Tetapi perkara pokoknya ialah saya rasa kedua-dua pindaan ini sepatutnya disokong dan tidak ada masalah untuk mendapat majoriti 2/3, sama ada daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang. Kerana mana-mana pindaan terhadap Perlembagaan Negeri salah satu syarat yang kita telah letakkan, yang saya tahu, saya baca Perintah Tetap kita ataupun Standing Orders, apabila penggal pertama saya baca, dan saya kebetulan penggal pertama saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa untuk Perlembagaan kerana pada ketika itu saya hanya salah satu daripada 2 ADUN pembangkang. Tetapi sepanjang tempoh itu, sepanjang penggal tersebut, Jawatankuasa Khas Perlembagaan ini tak pernah, tidak pernah bersidang, tidak pernah bermesyuarat kerana tidak ada apa-apa pindaan terhadap Perlembagaan Negeri kita. Tetapi salah satu perkara asas yang saya tahu bahawa ialah sebelum sebarang Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan Negeri boleh dibawa ke Dewan Undangan Negeri ini, dia mesti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas (Perlembagaan). Jawatankuasa khas, Jawatankuasa Khas (Perlembagaan) ini mesti bersidang terlebih dahulu. Mesti memutuskan apakah syor pindaan perlembagaan yang ingin dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri. Kalau jawatankuasa itu dah bersetuju bawa syor, dah bersidang, baru Rang Undang-Undang itu boleh dibawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Maka saya melihat bahawa syarat ini telah pun dipenuhi. Saya tahu bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Khas (Perlembagaan) telah pun diadakan. Saya tak ada tarikh tersebut, tetapi saya melihat kepada kertas ini, dan saya tahu bahawa saya ada baca dalam Facebook Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini telah diadakan dan bersidang. Dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas ini, dia terdiri daripada ahli-ahli jawatankuasa bypartisan, daripada kerajaan dan juga daripada pembangkang. Dan saya nak membaca senarai ahli jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Yang di, dianggotai oleh 9 ahli iaitu yang pertama, Timbalan Pengerusi; ADUN Repah, selepas itu ADUN Ampangan, ADUN Lenggeng, ADUN Chuah, ADUN Rahang, ADUN Mambau. 7 daripada jawatankuasa ini termasuk Yang Amat Berhormat Sikamat, ada daripada blok kerajaan. Ada juga 2 wakil daripada blok pembangkang iaitu ADUN Chembong dan juga ADUN Senaling. Dan Penasihat Undang-Undang Negeri merupakan ex-officio dalam jawatankuasa ini.

Jadi persoalan saya ialah, Dato’ Dipertua, sebenarnya pindaan ini tak sepatutnya ada masalah untuk mendapat majoriti 2/3 kerana wakil pembangkang yang berada dalam Jawatankuasa Khas ini telah pun bersetuju untuk membawa pindaan ini ke dalam Dewan yang mulia ini. Jadi apabila kedua-dua wakil pembangkang; Chembong dan Senaling dah bersetuju di peringkat jawatankuasa, tak sepatutnya datang ke Dewan mengatakan bahawa kita ada pendirian berbeza. Sepatutnya 2 wakil ini membawa suara pembangkang. Mereka patut ada consultation…..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Dipertua, saya mohon celah sikit daripada Yang Berhormat Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Sila.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tentang jawatankuasa tu, saya tak pasti kerana saya bukan ahlinya, saya hanya ingin tahu sama ada dalam jawatankuasa ni telah mendapat persetujuan ataupun hanya sekadar menyampaikan maklumat Undang-Undang Tubuh Negeri ini.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, kalau, bagi saya jawatankuasa ini, nanti Yang Amat Berhormat boleh memberikan penjelasan, sudah tentunya keputusan daripada jawatankuasa ini telah pun diambil, diputuskan. Kalau satu keputusan telah diambil, maksudnya dia sebulat suara. Tak ada bantahan. Kecuali ada direkodkan bahawa kita bantah, wakil pembangkang membantah. Saya tak tahulah, saya pun bukan ahli jawatankuasa. Saya pun tak baca minit mesyuarat tersebut. Tetapi kalau mesyuarat itu telah memutuskan bahawa, kalau kedua-dua wakil pembangkang bersetuju sebulat suara kita bawa syor ini, datang ke Dewan yang mulia ini tak sepatutnya kita ada soal perbezaan lagi dari segi pendapat. Sepatutnya ada consensus, kecuali kalau kedua-dua wakil pembangkang menyatakan dengan jelas, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas; kita tak bersetuju pindaan untuk 2 penggal, untuk 2 penggal untuk Menteri Besar, tak setuju, kita hanya setuju 18 tahun. Tak apalah, kalau ada direkodkan itu, maka Kerajaan Negeri tahu bahawa kemungkinan tak ada 2/3, kemungkinan fasal itu tak dibawa dalam pindaan pada hari ini. Jadi, itu yang saya nak tahu, sepatutnya dari segi prosedurnya, dari segi lumrahnya, sepatutnya apabila Jawatankuasa Khas ini yang diwakili oleh bypartisan, kerajaan dan pembangkang, dah ca, dah capai satu kata pemutus, satu keputusan bersama, maka datang ke Dewan yang mulia ini, kita sepatutnya menyokong pindaan tersebut. Kalau ada bantahan, sepatutnya di peringkat jawatankuasa telah pun membuat bantahan, itu hujah saya.

Dato’ Dipertua, saya nak masuk kepada hujah terhadap kedua-dua pindaan ini. Yang pertamanya pindaan perlembagaan, pindaan Perkara

38 yang menghadkan ataupun memberikan seseorang Menteri Besar itu tidak boleh memegang jawatan lebih daripada 2 penggal. Itu merupakan satu pindaan yang progresif, satu fasal ataupun satu langkah ke hadapan. Lebih-lebih lagi kalau kita baca perkara 2(a)(ii) iaitu: yang tidak pernah bila-bila masa memegang jawatan Menteri Besar melebihi 2 penggal, syarat ini hendaklah turut terpakai kepada ahli yang telah dan pernah dilantik sebagai Menteri Besar sebelum tarikh kuat kuasa peruntukan ini. Ini merupakan satu fasal yang sebenarnya mengikat Yang Amat Berhormat Sikamat sendiri kerana kalau mengikut fasal ini, Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun habis satu penggal. Ini penggal, penggal ini. Kalau diluluskan, kalau pilihan raya depan, kita menang lagi, Yang Amat Berhormat dilantik lagi, itu adalah penggal terakhir buat Sikamat, dia tak boleh lebih daripada itu. Tetapi beliau berbesar hati walaupun mengikat dirinya ataupun menghadkan tempoh jawatannya, beliau membawa pindaan ini. Jadi itu saya rasa perlulah diberikan satu kredit dan pujian. Ini membuktikan bahawa pentadbir, pemimpin kita; Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita berbesar hati dan menunaikan janji yang telah dibawa ataupunkita janjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan dalam PRU yang lepas.

Jadi yang keduanya ialah Dato’ Dipertua, saya bersetuju dengan hujah apa yang dikatakan oleh Rantau tadi, bahawa betul dalam konteks had penggal ini biasanya terpakai kepada negara-negara yang mengamalkan sistem Presiden ataupun Presidential System ataupun republik-republik. Umpamanya di Amerika Syarikat, ini merupakan satu hallmark demokrasi Amerika Syarikat di mana sehebat mana pun seorang Presiden itu, dia ada had penggal. Dia, bagaimana hebatnya, dia paling maksima dia boleh dapat 2 penggal je, okay. Satu penggal lepas tu dia masuk pilihan raya, dapat lagi mandat daripada rakyat, penggal kedua. Tak boleh lebih daripada itu. Dan itu merupakan satu sistem yang telah pun memandu kemajuan demokrasi dan juga kemajuan ekonomi di Amerika Syarikat supaya memastikan bahawa orang yang paling berkuasa itu, dia tak boleh pegang kuasa terlalu lama kerana kuasa ini macam candu, Dato’ Dipertua. Kalau belum dapat, kita kejar kuasa itu. Sudah dapat tak mahu lepas. Sebab ini kita lihat betul, kita lihat banyak kes-kes di seluruh dunia, bukan di Malaysia saja tetapi di seluruh dunia, apabila seseorang pemimpin itu dah mendapat kuasa, dah lama duduk dalam jawatan itu, maka dia maha berkuasa. Apabila maha berkuasa, maka banyak penyalahgunaan kuasa akan berlaku. Itu sebabnya ada cadangan seperti itu, ada langkah seperti itu untuk menghadkan kuasa seseorang pemimpin itu. Walaupun betapa hebatnya, kalau dia dapat berjasa, dapat membuat sebarang sumbangan itu dalam satu tempoh, tak terlalu panjang, 2 penggal, 10 tahun, maka buatlah yang terbaik untuk negara, untuk negeri. Jadi itu sebabnya kita ada semangat seperti itu.

Betul, dalam negara-negara yang mengamalkan ra, mengamalkan demokrasi berparlimen Westminster, tak banyak negara con, ada contoh tersebut. Tetapi itu tak bermakna kita tak boleh buat. Kita lihat betul, di negara-negara republik, selain Amerika Syarikat, Filipina juga had Presiden dia. Indonesia selepas reformasi tahun ’98, ada had Presiden dia, 2 penggal sahaja, Presiden Jokowi pun penggal kedua, dia tak boleh lebih daripada itu. Betul dalam negara-negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen tak banyak contoh. Tetapi itu tak bermakna bahawa Malaysia tak boleh menjadi satu contoh. Kita membawa pembaharuan ini dan pindaan ini sela, sebenarnya selari dengan apa yang nak bawa di peringkat Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, untuk makluman ahli-ahli Dewan, di peringkat Kerajaan Persekutuan, perjanjian persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan telah pun menyenaraikan beberapa agenda reformasi. Dan salah satunya ialah nak membawa pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh Perdana Menteri tak lebih daripada 10 tahun. Cuma di peringkat Persekutuan, ada sedikit perbezaan. Dia tak nyatakan 2 penggal. Saya tahu bab ni, Dato’ Dipertua, sebab saya terlibat secara langsung dalam rundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk kita sign MoU. Pada ketika itu, syarat 2 penggal ini juga diletak dalam MoU, tetapi cuma wakil dalam Kerajaan Persekutuan dia kata: eh ini kalau 2 penggal, tak adillah kepada yang, Yang Amat Berhormat Bera pada ketika ini; Dato’ Ismail Sabri, dia tak satu penggal pun, sekarang naik, kalau sampai pilihan raya depan, mungkin tak sampai 24 bulan, kira satu penggal. Tan Sri Muhyiddin 17 bulan je, betullah dia, dia bukannya dipilih sebagai Perdana Menteri, tebuk, tebuk atap dia masuk. Jadi, itu dikira satu penggal. Jadi, Datuk Seri Ismail Sabri, ataupun pentadbiran Yang Amat Berhormat Bera berkata, tak setuju kalau kita pakai penggal itu, kira tak sampai satu tahun, 2 tahun pun kira satu penggal. Kalau mengikut fasal ini, penggal itu tak maksud begitu. Satu penggal, walaupun dia 12 bulan, 24 bulan, kira satu penggal. Tapi tak apa, yang mereka bersetuju, peringkat Kerajaan Persekutuan bersetuju ialah hadkan 10 tahun. 10 tahun itu kita sekarang ini sedang bahas, sedang bincang bersama-sama dengan Peguam Negara, bagaimana nak definasikan 10 tahun itu. Kalau 10 tahun itu belum habis penggal, belum, perlu diadakan pilihan raya, bagaimana kita nak uruskan. Contohnya kalau ada 10 tahun dah tamat, tetapi ada 6 bulan lagi nak pilihan raya, bagaimana, boleh sambung atau tidak, itu perkara dasar yang sedang kita bincang bagaimana nak selesaikan.

Tetapi pokoknya ialah, apa yang saya nak katakan ialah. Pindaan ini sebenarnya selari dengan apa yang nak dibawa di peringkat Kerajaan Persekutuan, yang dipersetujui oleh Yang Amat berhormat Perdana Menteri pada hari ini, yang nak bawa. Dan pindaan ini akan dibawa

dalam Persidangan Pertama Parlimen tahun depan, pada bulan Mac nanti bersama-sama dengan Akta Anti Lompat Parti. Saya setuju sangat bahawa Akta Anti Lompat Parti mesti kita bentangkan. Tetapi itu perlu dilaksanakan di Parlimen terlebih dahulu sebab dia melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan pindaan Perlembagaan Persekutuan telah pun dirangka, saya pun dah lihat draf itu. Akan dibawa dalam Persidangan Parlimen bulan Mac nanti. Apabila pindaan Perlembagaan dibuat, maka seseorang yang dipilih sebagai wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen ataupun ADUN di atas tiket parti, kalau orang itu meninggalkan parti, kerusi itu mesti dikosongkan dan diadakan pilihan raya kecil semula. Itu prinsip dia. Jadi, saya setuju sangat bahawa Dewan juga, Dewan yang mulia ini juga mesti membawa pindaan terhadap Akta Anti Lompat Parti ataupun masukkan dalam Perlembagaan Negeri kita, tak boleh dibenarkan mana-mana ADUN yang dipilih atas tiket parti, melompat parti. Itu kita setuju.

Tetapi persoalan pada hari ini ialah pindaan terhadap 2 peng, 2 penggal ini. Had 2 penggal ini saya harap, dan saya ajak rakan-rakan daripada pembangkang juga sama-sama memberikan sokongan supaya mencukupkan majoriti 2/3 supaya pindaan ini dapat kita laksanakan secara bersama membawa satu politik yang progresif kepada negara kita dan khususnya kepada Negeri Sembilan.

Soal nak ambil kuasa Tuanku itu saya tak bersetuju. Itu kita tak ada niat langsung daripada pindaan ini untuk mengambil kuasa ataupun mengambil alih kuasa daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Tak timbul langsung. Cuma ada syaratnya orang tersebut, calon tersebut mesti dipersembahkan kepada Tuanku, kepada Yang di-Pertuan Besar. Cuma ada syaratnya sebelum nama itu diangkat sama ada orang itu sudah habis 2 penggal atau tidak, kalau dia tak pernah menjadi Menteri Besar, nama-nama itu boleh diangkat dan terpulanglah kepada Tuanku untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang sesuai menjadi Menteri Besar. Jadi soal kita mengambil alih kuasa daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak timbul sama sekali. Lebih-lebih lagi saya yakin bahawa sebelum Rang Undang-Undang ini dibawa ke Dewan yang mulia ini, Rang Undang-Undang ini telah pun dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dan telah pun mendapat perkenan, kalau tak silap sayalah. Ini terpulang kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan penerangan, kepastian bahawa adakah Tuanku telah memberikan perkenan terhadap pindaan ini. Jadi saya yakin bahawa proses itu telah pun dila buat, telah pun dibuat. Dan proses konsultasi dengan pembangkang pun telah dibuat. Dan ini merupakan satu pindaan yang selari dengan pindaan yang nak dibawa di peringkat Persekutuan. Saya tak nampak ada apa-apa alasan, bahawa

pihak pembangkang tak boleh bersetuju terhadap pindaan ini. Dato’ Dipertua, saya harap pindaan ini dapat kita sama-sama berikan sokongan untuk mendapat majoriti 2/3.

Dato’ Dipertua, perkara yang kedua, yang saya nak hujah, memberikan hujah ialah pindaan Perkara 49 iaitu untuk meminda perkataan 21 tahun kepada 18 tahun. Ini satu pindaan yang sangat-sangat penting, yang sangat progresif kerana ini juga selari dengan apa yang telah pun dipinda di peringkat Persekutuan. Iaitu kita menurunkan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun. Agenda pembaharuan ini, agenda reformasi ini untuk memperkasakan anak muda ini telah pun dilaksanakan semasa Pakatan Harapan menerajui Kerajaan Persekutuan.

Dan kredit kepada usaha ini sepatutnya diberikan kepada rakan kita; Yang Berhormat Syed Saddiq, seorang anak muda, Ahli Parlimen muda yang merupakan mantan belia dan sukan, mantan Menteri Belia Dan Sukan pada ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan. Beliaulah orang yang paling apa ni, proaktif untuk mendapatkan sokongan daripada kedua-dua pihak, daripada bypartisan. Saya lihat beliau pergi melobi setiap ketua parti, pergi melobi setiap Ahli Parlimen untuk menyokong usaha. Dan hasilnya, pindaan Perlembagaan itu dapat dilaksanakan di Parlimen, mendapat majoriti 2/3. Bukan sahaja dari segi undi itu diturunkan kepada 18 tahun, tetapi juga membawa satu lagi aspek yang sangat penting iaitu pendaftaran pengundi secara automatik. Pendafataran pengundi secara automatik ini memberikan peluang kepada setiap warganegara yang cukup umur 18 tahun menjadi pengundi tanpa perlu mendaftarkan diri. Dan ini akan menambah bilangan pengundi kita ni secara berjuta-juta. Kalau tak silap saya, Dato’ Dipertua, lebih 6.0 juta akan ditambah dalam senarai pemilih dalam pilihan raya depan.

Jadi Dato’ Dipertua, kalau nak bertanding lagi dalam pilihan raya depan, ini kena kempen dengan orang-orang muda ni. Dato’ Dipertua kena ada TikTok. Dato’ Dipertua ada TikTok?

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off mic]

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

2 orang? Jadi orang muda ini akan dapat menjadi penentu, sama-sama sebagai pengundi. Ada hak warganegara. Memang saya secara peribadi menyokong penuh orang muda ini diberikan hak untuk mengundi. Kita dah hujah lama dah, Dato’ Dipertua, di Parlimen kita dah berhujah sekian lama untuk menurunkan had pengundi ini kerana tidak masuk akal ataupun tak logik kalau seseorang itu yang sudah cukup umur 18 tahun, sudah boleh menentukan siapa pasangan hidup dia, boleh berkahwin secara sah dari segi undang-undang, boleh

menjadi ayah, boleh menjadi ibu, dia tak boleh menjadi pengundi. 18 tahun. Dululah. Kalau dulu 21 tahun, 18 tahun dia boleh kahwin. Tapi tak boleh mengundi. Itu tak masuk akal. Bawah 18 tahun kita tahulah. Kalau bawah 18 tahun, untuk bukan Islam nak kahwin, dia nak, kena dapatkan kebenaran daripada Menteri Besar. Saya tak tahu Sikamat ada sign berapa dah surat tu. Nak bagi kahwin bawah 18 tahun. Ini untuk anak-anak muda bukan Islam, kalau bawah 18 tahun, dia kena cari Menteri Besar nak kahwin. Bukan dapatkan persetujuan daripada ibu bapa saja, dapatkan persetujuan daripada Menteri Besar. Itu kuasa Menteri Besar yang besar. Tentukan dia boleh kahwin atau tidak. Jadi, kalau 18 tahun itu dah boleh kahwin, sudah tentu dia boleh juga ada hak untuk mengundi cukup dewasa. Jadi hujah-hujah kata, dulu kata anak muda ni 18 tahun tak cukup dewasa, tak cukup matang nak menjadi pengundi, ini tak boleh pakai lagi. Sekarang ini kita mesti sama-sama mengangkat martabat anak muda, mereka juga ada hak untuk mengundi, untuk menentukan siapa kerajaan, siapa wakil rakyat mereka.

Dan apabila hak untuk mengundi itu diberikan kepada mereka, apabila mereka boleh mengundi, mereka juga boleh diundi. Maka hak untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen adan Ahli Dewan Undangan Negeri juga mesti diberikan kepada mereka. Jadi saya bersetuju sangat bahawa umur ataupun had umur untuk calon sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri juga diturunkan kepada umur 18 tahun supaya kita berharap dalam penggal-penggal yang akan datang, kita akan ada terpilih wakil rakyat – wakil rakyat, ADUN-ADUN yang berumur 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun membawa suara anak muda ke dalam Dewan yang mulia ini, supaya kita juga nak dengar pandangan mereka daripada generasi muda, harapan dan aspirasi golongan muda ini. Jadi saya setuju sangat bahawa had umur 18 tahun ini diperkenalkan untuk calon-calon Ahli Dewan Undangan Negeri.

Dengan kata-kata itu, Dato’ Dipertua, saya menyokong penuh, bukan sahaja pindaan terhadap umur 18 tahun, tetapi juga kepada pindaan kepada Perkara 38. Saya sekali lagi mengharapkan dan mengajak dan menyeru, berharap kepada rakan-rakan daripada blok pembangkang, sama-sama kita mendukung kedua-dua pindaan ini supaya kita membawa satu politik yang progresif, yang berintegriti untuk kemajuan dan kebaikan Negeri Sembilan. Dengan kata-kata itu, saya menyokong pindaan ini. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Berhormat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana membenarkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan dalam RUU,

Rang Undang-Undang, undi 18 tahun dan juga menghadkan penggal Menteri Besar ke 2 penggal.

Dato’ Yang Dipertua, saya memang sokong, memberikan kebenaran kepada warga muda, boleh saya katakan kita sedang meremajakan undang-undang SPR dalam hal tersebut, jadi ini bermaksud para remajalah, 18 tahun ini bermaksud para remaja yang mes, sekarang ini kita boleh katakan mereka dah matang. Kerana maklumat mereka boleh perolehi dari semua pihak bukan saja di institusi-institusi pendidikan, tetapi juga melalui media massa yang bertaburan sekarang. Maklumat di hujung jari sekarang, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian 2 – 3 perkaralah.

Yang pertama ni, orang muda ni senang untuk dipengaruhi. Mudah untuk dipengaruhi. Kadang-kadang kita hilang kuasa dalam rumah, kalau ibu bapa nak beli almari ataupun katil ataupun apa-apa barangan itu, kita kena dapatkan persetujuan daripada anak muda kita ni, di rumah ni. Ibu bapa hilang kuasa, tetapi hilang kuasa atas dasar sayang kepada anak. Mereka menghormati keputusan mereka. Kadang-kadang kita beli handphone, handphone itu kalau jenamanya tak disukai oleh anak, mereka akan kata: apalah salahnya dibincangkan pada kita. Haa jadi saya berharap apa ni, undang-undang ini perlu diberi sokongan penuh sebab kita dah faham bahawa mereka ni boleh berbuat keputusan. Boleh sampai ke satu tahap yang boleh mereka ni boleh berbuat keputusan.

Tetapi parti-parti politik juga perlu bertanggungjawab, bertanggungjawab dalam hal mempengaruhi anak muda ini bukan sekadar memberikan janji-janji yang tidak boleh dipenuhkan ataupun tidak boleh di, dilaksanakan. Dan kemudian pula, manifesto itu dikatakan manifesto tu bukanlah kitab suci selepas menjadi kerajaan. Itu adalah sesuatu yang tak baik. Jadi anak muda itu akan mempunyai pandangan dan pendapat yang tak begitu baik terhadap orang-orang yang lebih tua ni. Dan mereka juga akan mempunyai pandangan yang remeh terhadap parti-parti politik kalau kita keluarkan manifesto sebelum pilihan raya tetapi selepas menjadi kerajaan, dia tidak dilaksanakan.

Sebagai contohlah kan, kita tak boleh taburkan janji sebegitu sahaja. Semalam dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Seremban Jaya mengatakan bahawa kalau PRU yang ke-15, kalau menang kita berikan air percuma kepada semua masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah, celah, sorry haa.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. jadi itu …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Cadangan, cadangan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…. itu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Cadangan, cadangan.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Cadangan pun …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay haa.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Cadangan pun, orang luar akan salah faham. Sekarang boleh buat. Sekarang ini bukan Kerajaan BN, kerajaan memang Pakatan Harapan. Cadangan itu boleh dibawa kepada Kerajaan Pakatan Harapan kalau nak bawakan usul bajet tambahan, kita boleh sokong. Tak ada hal kalau nak berikan air percuma, berilah air percuma kepada semua masyarakat di seluruh Negeri Sembilan, saya sokong.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Hello, hello.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Jadi ini …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…. tak boleh ditaburkan …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. celah, ADUN Jeram Padang …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. Yang Berhormat …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. ADUN, ADUN Jeram Padang …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. Yang Berhormat, biar saya teruskan …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. Saya cadangan untuk orang asal, Asli. Ada faham ka? Ada dengar ka?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Saya faham, saya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih haa.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

…. saya faham. Saya faham cadangan itu datang daripada Kerajaan Pakatan Harapan, ahli wakil rakyat mereka ni. Sekarang ini kerajaan pun adalah kerajaan mereka. Jadi apa salahnya nak tunggukan sampai PRU 15, sekarang buatlah. Sekarang pun boleh buat, cadangkan. Dan …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dalam 3 tahun lebih sudah banyak buat …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. dalam masa yang sama juga …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. 61 tahun, fikirlah. 61 tahun. Sekarang you tanya dalam Dewan punya, 60 tahun punya you tanya. You punya Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Hello, Seremban Jaya, 61 tahun itu, semua yang ada hari ini bukan dilaksanakan dan dijayakan dalam masa 3 tahun. Ini bergerak dari langkah demi langkah. Tahap demi tahap. Satu persatu. Apa yang, Yang Berhormat Seremban Jaya nampak hari ini, yang menikmatinya, yang melaluinya adalah sesuatu perkembangan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Bila Kerajaan BN nak, Pakatan ……

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah, celah. Ini, satu masalah, itu masalah Gatco itu saja ….

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. saya ingat Manickam naik ….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. lain semua bukan you orang punya cadangan. Semua PH punya cadangan dalam 3 setengah tahun kita sudah kita punya janji manifesto Negeri Sembilan, kita 95% kita sudah tunai.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang Berhormat, Yang berhor, Yang Dato’, Dato’ Yang Dipertua, kalau dah tunai, janji yang telah diberikan kepada peneroka Gatco ini saya tak mulakan. Yang dimulakan oleh Seremban Jaya. Saya terpaksa jawab. Takkanlah mereka nak naik bas, nak datang ke bangunan SUK, nak buat demonstrasi.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Dato’ Yang Dipertua, luar tajuk. Luar tajuk.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Haa ni dimulakan, haa ni keluar tajuk, itulah. Saya boleh, saya boleh mainkan audio yang di, dipercakapkan oleh 2, 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri di sini. Kalau dibenarkan saya boleh mainkan sekarang. Jadi janganlah kata, haa ni lagi, ada 2 – 3 orang, bila Manickam naik, Sri Tanjung mesti naik, Seremban Jaya mesti naik, Repah tak akan tahan dah. Semua akan naik.

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Sayang, sayang, sayang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Jadi Dato’ Yang Dipertua, yang saya maksudkan di sini adalah …..

Jeram Padang …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. undi …..

….. kenapa sentuh saya? Ini perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang, bahaslah Rang Undang-Undang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Bahas ini boleh merentasi ya, secara dasar kan, Dato’ Yang Dipertua? Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Hari ni Dato’ Yang Dipertua baik. Jadi kita tunggulah mungkin dalam setahun nanti, 2 ni, yang kita tangguhkan itu kita amalkan balik.

Dato’ Yang Dipertua, yang saya nak maklumkan ni adalah undi 18 tahun atau remaja yang berumur 18 tahun ini adalah begitu sensitif. Keperluan mereka adalah berlainan daripada keperluan yang kita hendakkan. Jadi ada perbezaan. Jadi saya tidak mahu parti-parti politik ini mengambil atau menyalahgunakan keremajaan mereka untuk memberikan janji-janji kosong. Haa itu perlu, itu yang saya nak katakan. Saya tahu, saya tahu benar bahawa apa yang telah dinyatakan di kawasan Gatco. Saya tahu. Semua orang tahu. Peneroka di sana pun tahu. Dulu berani turun ke perkampungan Gatco, sekarang satu orang pun tak berani pergi ke sana. Ini jelas menunjukkan bahawa apa yang telah dijanjikan itu tidak diamalkan. Sema, 2 hari lepas pun mereka demonstrasi di sini, sampai basnya ditahan di, bas peneroka itu ditahan oleh polis. Jadi perkara-perkara ini dah jelas bahawa apa yang telah dijanjikan itu tidak dilaksanakan. Jelas. Kalau tidak mereka tak akan naik turun balai polis dengan demonstrasi sekali lagi. Jadi itulah saya mintak parti-parti politik ini perlu lebih bertanggungjawab.

Dato’ Yang Dipertua, saya, ada sa, sa, 2 perkara ini. Yang saya nak maksudkan ini. Saya berharap Yang Amat Berhormat Sikamat dapat mengambil perhatian. Apa ni, pekerja-pekerja pembersihan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. di Dewan ini …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. ini keluar tajuk dah Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. atas dasar ke …..

Sejak dari tadi keluar tajuk.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. tak bolehlah cakap.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

….. masih atas dasar, itu yang saya tadi tanya. Kalau, kalau diberitahu macam tu, tak apa, itu yang saya tanya tadi …..

Dato’ Ravi a/l MunusamyPKR · PHSri Tanjung

Ikutlah Rang Undang-Undang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Okay terima kasih, itu saja daripada saya, kami, saya sokong, okay saya sokong undi 18 tahun.

Yang Dipertua Dewan

Silakan.

Okay, baik, terima kasih. Tak, bagi saya dulu ya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mohon untuk bukak mask, kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang.

Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang yang dibentangkan pada pagi ini, adalah Rang Undang-Undang yang bertujuan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Sepertimana yang disebut oleh YB Chennah tadi, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan ini selain daripada Perlembagaan Persekutuan, adalah undang-undang yang paling tinggi dalam negeri kita sehinggakan secara umumnya melainkan dikecualikan dalam hal-hal tertentu, apa-apa pindaan yang hendak kita lakukan pada Undang-Undang Tubuh ini memerlukan 2/3 majoriti. Dia memerlukan perkara yang sewajarnya diberi pertimbangan yang sangat serius dan wajar. Dan sebenarnya, sepatutnya Dato’ Dipertua, saya merasakan, oleh kerana kita nak pinda Undang-Undang Tubuh, Akta Ibu yang paling tinggi dalam negeri, ramailah kita beri ruang untuk berbahas sebab ini satu perkara yang sangat penting.

Dalam mana-mana peruntukan undang-undang yang nak digubal Dato’ Yang Dipertua, ataupun yang nak dipinda, dia mesti ada rasional, sebab mengapa kita perlu untuk gubal atau pinda undang-undang tersebut. Dan rasional atau asas ini juga akan terpakai dan ada rule of law ataupun dengan izin, rule of law kaedah undang-undang yang mengatakan setiap perundangan itu atau pindan itu mestilah selaras, konsisten dan tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang yang sedia ada. Kita ada undang-undang, satu undang-undang ataupun ultra vaires, undang-undang yang lain. Maksud dia, enakmen tak boleh ultra vaires, Undang-Undang Tubuh, Akta tak boleh ultra vaires Perlembagaan Persekutuan. Dan pada masa yang sama, semua undang-undang mesti selaras, konsisten dan tidak, tidak bercanggah. Ini penting kerana setiap undang-undang itu ada rasional dan rasional itu juga tak boleh bercanggah. Kerana pemakaian dan menguatkuasa undang-undang ini menghantar satu mesej kepada rakyat supaya rakyat senang dan faham apakah yang

nak dicapai dan bagaimanakah rakyat akan melihat undang-undang tersebut dan mengharungi kehidupan mereka mematuhi undang-undang tersebut, Dato’ Yang Dipertua.

Cuma dalam kes hari ini, ataupun dalam pembentangan undang-undang hari ini, saya merasakan bahawa rasional yang dibentangkan ataupun alasan yang dibentang oleh kerajaan itu adalah tidak cukup wajar, tak cukup jelas dan tidak memadai. Dan saya akan hujahkan bahawa ianya adalah bercanggah antara satu sama lain. Baik. Saya mulakan dengan mengatakan saya secara peribadi bersetuju tentang pindaan terhadap ADUN 18 tahun. Untuk menurunkan umur ADUN ini kepada 18 tahun. Jadi sekarang ni kita nak tanya, apakah rasionalnya? Rasionalnya Dato’ Yang Dipertua, adalah, ada yang mengatakan kerana Parlimen dah buat, betul. Tapi kena tanya dekat Parlimen, apakah rasional Parlimen menurunkan umur ini kepada 18 tahun? Dan kalau kita lihat pembentangan di Parlimen, antara perkara yang disebut adalah kerana hari ini ramai, kita yakin ramai anak-anak kita yang 18 tahun sudah lebih matang, sudah lebih bijak dan berkemampuan dan ramai yang sudah pun berjinak-jinak dengan, dengan politik. Dan difikirkan berkemampuan, cukup keikhlasannya, cukup kematangan dan kepintarannya untuk memilih yang terbaik sebagai pemimpin mereka. Ini satu perkara yang kita setuju kan.

Jadi asasnya itu adalah asas demokrasi, asasnya adalah memperluaskan, menyuburkan demokrasi. Apabila kita memberi lebih ramai rakyat kita untuk mengundi, hak untuk memilih. Dan kita yakin lebih ramai yang boleh mengundi ini, sepatutnya kita akan dapat pemimpin yang lebih baik, pasal itulah logiknya. Dan kita juga mengharapkan bila kita awalkan umur mereka ini, kematangan itu akan lebih cepat lagi di kalangan mereka yang mungkin sebelum itu kurang pemahaman ataupun dia punya kefahaman politik. Jadi semua rasional, alasan ini adalah alasan yang pro demokrasi, alasan yang bersifat optimistik dan positif. Maka itu, kita di, di Dewan ini, bersetuju sepertimana yang disebut oleh Chennah ni, kalau dia dah boleh mengundi, dah tentu dia patut dia boleh mengundi diri dia sendiri kan. Jadi it follows, the logic dengan izin, follows.

Tapi berbanding dengan pindaan yang satu lagi, iaitu menghadkan, menghadkan tempoh Menteri Besar. Ini adalah satu pindaan yang rasionalnya bercanggah dengan yang pertama tadi. Kalau pertama tadi kita memberi ruang, membuka ruang untuk demokrasi kita meraikan demokrasi, meramaikan lagi supaya mereka boleh pilih pemimpin yang terbaik untuk memimpin negara atau negeri. Kita bukan cakap pasal nak, nak, nak, nak pilih kapten bola sepak ni, Dato’ Dipertua, kita nak pilih pemimpin negara, pemimpin negeri. Sudah tentunya kita

bertanggungjawab untuk memastikan pemimpin itu yang terbaik. Apakah hujah yang mengatakan kita hanya boleh dapat pemimpin itu terbaik untuk satu atau penggal sahaja? Apa hujah dia? Apa rasional dia? Rasional yang diberi di dalam Dewan ini: pentadbiran integriti. Tajuknya integriti, tetapi bila kita hadkan 2 penggal, seolah-olah kita bersangka buruk, bahawa orang yang lebih 2 penggal ni, dia tak akan buat yang terbaik untuk negeri dia.

Kalau tadi kita mengatakan, kita setuju undi 18, atas pemikiran yang positif. Atas pemikiran untuk meraikan demokrasi. Tetapi yang ini, kita bersangka buruk dan kita kekang, kita bataskan hak atau suara rakyat untuk yang memilih terbaik. Apakah hujah dan rasional yang mengatakan seorang pemimpin itu tak boleh memimpin, tak boleh jadi yang terbaik lebih daripada 2 penggal? Apa alasan dia? Apa rasional dia? Kalau setakat kita cakap negara tu buat ni, negara ti buat ni, apa rasional dia sebenarnya. Atau kita sekadar meniru semata-mata. Kalau saya, tak setuju. Dan saya secara peribadi tidak dapat diyakinkan dengan rasional yang dikatakan ini bahawa kedua-dua pindaan ini adalah konsisten, malah saya menghujahkan bahawa kedua-dua pindaan ini adalah tidak konsisten. Satunya pro demokrasi, satu anti demokrasi. Satunya kita optimistik, satu lagi kita pesimistik. Satu kita sangka baik, satu lagi kita sangka buruk. Dan sepatutnya undang-undang ni tak boleh dibentangkan sekali kerana, yelah, kerana secara dasarnya, secara prinsipnya sangat bertentangan, Dato’ Yang Dipertua.

Seperkara lagi Dato’ Dipertua, ini, ini lebih kepada, lebih kepada undang, pemakaian undang-undang. Tadi YB Chennah merujuk kepada seksyen pindaan 38, yang mana menyatakan bahawa Menteri Besar sedia ada ini juga terikat. Betul? Itu, saya pun tak tahu macam manalah. Adakah dia mengatakan dia kali keti, penggal ketiga besok dia tak akan buat yang terbaik, saya tak tahu. Tetapi yang saya nak sampaikan di sini ialah, mengikat orang yang sebelumnya adalah saya rasa, undang-undang retrospective yang tidak boleh dikuatkuasakan. Kerana undang-undang ini mesti prostective, kan? Kita tak boleh nak, dalam kata lain menghukum orang yang sebelumnya tidak, tidak, tidak terlibat dalam undang tersebut, kalau lepas ni, kalaulah lulus undang-undang ni, lepas ni okaylah. Tapi kita tak, dari segi, dari segi rule of law-nya ataupun kaedah perundangannya kita tak boleh mengikat yang sebelum ini.

Jadi, Dato’ Yang Dipertua, sebagai kesimpulannya. Hujah saya adalah, 2 seksyen ataupun pindaan dalam, dalam Rang Undang-Undang yang satu ini, pada saya sangat berbeza dari segi rasionalnya. Bukan saja sangat berbeza, malah dia adalah bertentangan kerana untuk undi 18, kita memberi keyakinan kepada anak-anak muda kita untuk turut serta memilih yang terbaik. Tetapi pada masa yang sama kita kekang pilihan

tersebut. Dan alasan yang lebih mengecewakan lagi, alasan kita mengekang tu, berdasarkan apa yang dibentangkan, dihujahkan semata-mata adalah buruk sangka bahawa orang ini, tak ada pemimpin kita yang betul-betul, betul-betul dan akan terus memberikan yang terbaik untuk negeri atau negara tersebut. Dan saya rasa kita tidak wajar untuk mengundi atas dasar buruk sangka, Dato’ Dipertua, sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya kira masa …..

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. dah hampir 1:00.

Saya, sedikit saja untuk buatkan sedikit penjelasan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jangan lama ya, sebab kita nak rehat.

Dato’ Dipertua, saya dan jugak Yang Berhormat Senaling menjadi Jawatankuasa Khas ini Dato’ Yang Dipertua. Dan ianya telah dibincangkan di dalam mesyuarat lalu, di mana di dalam mesyuarat tersebut, Yang Berhornat Senaling telah memohon untuk diberikan lebih pencerahan daripada Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang. Dan ini bermaksud Dato’ Yang Dipertua, kami mengharapkan penjelasan yang lebih ini untuk kita membuat satu pandangan yang lebih teliti, Yang Berhormat Dato’ Dipertua. Dan kami menghadiri mesyuarat tersebut, tidak pernah memberikan persetujuan, Dato’ Yang Dipertua. Sementelah pulak, kami hanyalah beberapa orang daripada ramai jawatankuasa yang, yang hadir tersebut. Dan bagi kami jugak, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, keputusan majoriti, walaupun kami tidak memberikan sebarang persetujuan, tidaklah boleh mengikat apa-apa keputusan yang akan dibuat di dalam sidang DUN ni, Dato’ Dipertua. Itu saja pencerahan daripada saya. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chembong, sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Sikamat untuk apalah, menjawab dan menggulung berkaitan dengan Rang Undang-Undang ini.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Mengenai ucapan Rantau saya rasakan bahawa kita tidak pernah mengambil hak Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Ini kerana adalah kita tertakluk kepada peruntukan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerjaaan Negeri Sembilan. Pada masa sekarang, Fasal 2(a)

Perkara 38; Duli Yang Maha Mulia melantik ahli di, ahli Dewan yang pada pandangan baginda selagi mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Cadangan pindaan ini adalah untuk memperkemaskan urusan pelantikan seorang Menteri Besar sebagai satu langkah progresif menuju pentadbiran yang progresif. Perkara, Fasal 5A Perkara 38 memberi pengecualian undian 2/3 jumlah ahli Dewan kepada mana-mana pindaan yang mana kesannya membawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan selaras perunutkan di bawah Jadual lapan Perlembagaan Persekutuan, sebagaimana cadangan pindaan kepada Perkara 49.

Mengenai ADUN Chennah, jawatankuasa yang bersidang pada 12 haribulan 10, ’21 dan sebagaimana disebut oleh ADUN Chennah, ia turut dianggotai oleh, dan dihadiri oleh ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang. Mesyuarat telah diadakan selaras dengan Peraturan XXVIII Peraturan-Peraturan Dewan memandangkan RUU ini adalah mengenai pindaan Perlembagaan, perenggan 4 menyebut: “sebarang RUU yang mengenai pindaan Perlembagaan sebelum disiarkan menurut syarat-syarat yang berkaitan hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk persetujuannya”. Maka benar seperti yang dihujah oleh YB ADUN Chennah, RUU hari ini dibentangkan setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas untuk dibentangkan di dalam sidang DUN.

Linggi, ya, kena faham. Saya tak pernah sebut mengenai pentadbiran yang lama tak berintegriti ya. Perenggan 3, saya: “Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pindaan Perkara 38 Fasal 2 adalah selaras dengan tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang bertuju, yang bertunjangkan 5 teras pentadbiran berintegriti”. Tu je saya sebut. Saya tak kata pentadbiran lama tak berintegriti. Lebih daripada 2 penggal tak berintegriti. Jadi datang daripada mana ayat tu, saya tengok lagi sekali ucapan saya, 2 – 3 kali tadi. Tak ada pun saya sebut, ya.

Yang Berhormat, mungkin Yang Amat Berhormat ….

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. jadi …..

….. salah faham.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. ini ucapan saya, pentadbir…..

….. mungkin Yang Amat Berhormat salah faham. Mungkin …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita ada 5 teras.

Saya mohon mencerahkan. Saya tak pernah mengata begitu. Saya mengatakan tiada hujah ataupun rasional mengapa perlu 2 penggal …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yelah.

….. kena mengena dengan integriti kecuali kita beranggapan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak …..

….. orang lebih 2 penggal …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak …..

….. tak ada integriti. Itu saja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tak ada …..

Saya tak mengatakan yang, yang, yang, Yang Amat Berhormat menuduh sesiapa …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. tak sebut perkataan …..

…. tak berintegriti, tidak …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. kerana kita perlu buat kerana pentadbiran berintegriti, saya sebut di sini adalah tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan bertunjangkan 5 teras utama iaitu pentadbiran berintegriti. Saya tak sebut pun saya nak buat kerana lebih berintegriti. Tak ada ya. Jadi saya berharap bahawa, lain kali dengarlah betul-betul, ya.

Dato’ Dipertua, saya mintak maaf. Tapi saya rasa Yang Amat Berhormat salah faham. Saya tak …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Siapa yang salah faham. Saya tak sebut pun ya. Linggi yang salah faham.

Saya menyatakan …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah, dah.

….. saya cuma mengatakan …..

Yang Dipertua Dewan

…. saya, saya faham dah …..

….. tiada alasan atau rasional …..

Yang Dipertua Dewan

Linggi, Linggi, saya faham dah …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jadi, jadi saya barharap bahawa ini …..

Yang Dipertua Dewan

….. pasal tadi Linggi cakap sekarang ni Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. tidak, saya tidak pernah …..

Yang Dipertua Dewan

…. penjelasan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. saya tidak pernah ….

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, tak apa.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. menyentuh pun pentadbiran-pentadbiran lama tak berintegriti …..

Saya tak pernah mengatakan pun. Saya tak pernah mengatakan Yang Amat Berhormat menyentuh pun …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jadai saya kata, tak, tak perlu kita terasa apa ke, tak perlu …..

Tapi saya rasa terasa ni Yang Amat Berhormat …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…. sebab saya tak pernah sebut …..

….. saya tak terasa langsung …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ya.

….. saya tak pernah menyatakan ……

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Habis tu tadi sebut tadi. Dalam ucapan. Jadi saya rasa bahawa ….

….. tak ada kaitan dengan sebelum atau selepas. Tak ada …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Ya, jadi …..

….. secara dasar sahaja.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu saja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya bercadang ni, kalau setuju, setuju, semua setujulah. Saya nak habiskan semua agenda ni. Lepas tu baru kita makan, boleh? Kita tangguh sekali untuk, haa, tak payah datang balik. Kang datang balik kang lotih semua kan? Boleh kita, boleh?

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Setuju, setuju, ngam.

Yang Dipertua Dewan

Kalau setuju, katakan “setuju”. Kalau tak setuju, katakan “tak setuju”. Haa, okay, kata setuju. Saya teruskanlah.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

[percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Sokong ya? Terima kasih. Sebagaimana maklum, undian bagi kali pertama, hendak dipinda akan dilaksanakan melalui undian secara berasingan iaitu pindaan Perkara 38 Fasal 2 melibatkan undian tidak kurang 2/3 jumlah ahli Dewan. Manakala pindaan Perkara 49 Fasal 3 adalah dikecualikan kehendaknya 2/3 jumlah undi Dewan.

Kita mulakan dengan Pindaan Perkara 38 Fasal 2 terlebih dahulu iaitu berkaitan dengan had jawatan Menteri Besar. Berdasarkan Perkara 78 Fasal 5 menetapkan bahawa pindaan Perlembagaan ini perlu mendapat sokongan undian tidak kurang 2/3 daripada jumlah Ahli Dewan untuk bacaan bagi kali kedua dan bilangan undian diperlukan ialah sekurang-kurangnya 24 undi ya.

Saya dengan ini, dengan, dengan ini perintahkan ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan undian masing-masing secara berasingan dengan pilihan sama ada setuju, tidak setuju, berkecuali atau memilih untuk tidak mengundi. Di akhir undian, saya akan isytiharkan jumlah undian kepada Dewan.

Saya mulakan undian sekarang dan mohon Setiausaha Dewan untuk direkodkan. Sila, Setiausaha apa, Setiausaha. Ahli Yang Berhormat, yang setuju dengan pindaan ini, iaitu pindaan RUU bagi 38 Fasal 2, RUU ini akan dibacakan kali kedua, kan, yang setuju sila angkat tangan. Tolong kira.

[YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

19 undi.

Yang Dipertua Dewan

19 daripada 36 ya. Keputusannya tak sampai 2/3 ya. Yang, RUU bagi Perkara 38 Fasal 2 …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

[percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Haa? Tidak setuju ya? Haa, okay, undi bersaingan …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, saya rasa yang tidak setuju kena rekod jugak …..

Yang Dipertua Dewan

Rekod tidak bersetuju. Okay tidak bersetuju …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

…. supaya rekodkan dalam Dewan siapa setuju, siapa tak setuju.

Yang Dipertua Dewan

Yang tidak setuju, angkat tangan. Yang tidak setuju 1 orang ya? Yang tak setuju. Okay. Beberapa ahli Yang Berhormat: [percakapan secara off mic]

Yang Dipertua Dewan

Eh, telingo tu kono liar sikit, dah diam, diam, diam. Saya hantar keluar kang. Diam. Angkat tangan, angkat tangan dulu. Kira, kira.

Setiausaha Dewan

Tidak setuju, 13 undi.

Yang Dipertua Dewan

13. Jadi, pindaan ni tidak diluluskan ya. Berkecuali tak ya? Berkecuali? Tak ada ya. Keputusan setuju tadi 19/36 ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, saya rasa rekod tu kena betul-betul. Yang petamanya yang bersetuju 19, yang tidak bersetuju 13.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Kita ada 36 ahli Dewan. Jadi kena rekod ada 4 yang tidak hadir, ataupun tidak mengundi.

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Saya rasa rekod itu mesti lengkap. Terima kasih. Sebab pindaan Perlembagaan …..

Yang Dipertua Dewan

4 tak hadir ya, iaitu ran, Pilah, Rantau, Seri Menanti, Senaling. Okay. Yang tidak hadir ya. Makna semua dah angkat, semua terlibat kan. Ada yang tak terlibat mengundi tadi? Okay. Jadi pindaan ini tidak diluluskan ya, kalau ikut undian.

Seterusnya pindaan Perkara 49 Fasal 3 iaitu kelayakan umur minima calon Ahli Dewan Undangan Negeri. Undi, Amin sedia Min. Yang setuju? 18 tahun. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Yang tidak hadir 4. YB Chennah, ya?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Yang bersetuju berapa Dato’ Dipertua? Belum …..

Yang Dipertua Dewan

Kejap, kejap, perisytiharan dulu. Berapa? Belum keputusan lagi. Berapa Min? Yang bersetuju, saya, saya, sekali lagi. Mungkin dia tak perasan, setuju, haa. Kira betul-betul. Kira betul-betul.

[YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

32.

Yang Dipertua Dewan

Haa 32.

Setiausaha Dewan

…. yang bersetuju.

Yang Dipertua Dewan

Yang tak bersetuju tak ada ya.

Setiausaha Dewan

4 tidak mengundi.

Yang Dipertua Dewan

Yang tidak hadir 4. Okay. Jadi yang berumur ni kita semua bersetuju ya. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua dengan mengeluarkan cadangan pindaan kepada Perkara 38 Fasal 2.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang, mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Yang tidak setuju tak ada. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju dan 13 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1 dengan pindaan: digugurkan perkataan “dan Raja boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini” memandangkan cadangan pindaan Fasal 38 telah ditolak.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah, adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3 juga dipinda sebagai Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 dipinda menjadi Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang berkecuali?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua. Mohon saya mencelah sedikit.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Walaupun dikatakan untuk pindaan Perkara 49 ini tak memerlukan undi 2/3 …..

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

….. hanya undi majoriti Tetapi memandangkan pada bacaan kedua tadi, ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang telah pun bersetuju untuk meluluskan pindaan Perkara 49.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ya.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Saya pohon supaya tidak ada keraguan untuk masa hadapan, untuk pindaan bacaan kali ketiga juga perlu sama-sama mengundi supaya ada majoriti 2/3 supaya tidak ada keraguan untuk masa depan. Saya harap dapat diadakan undian semula supaya pohon jugak ahli-ahli pembangkang juga sama-sama bersetuju. Terima kasih.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Untuk 18 tahun ya?

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Perkara 49: 18 tahun.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay. Atas cadangan Chennah ya. Dia kata supaya tidak ada keraguan ya, tentang tadi, dah bersetuju kan, umur 18. Saya buat undian semula. Yang bersetuju, sila angkat tangan. Semua bersetuju ya. Okay.

[YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha

32 undian.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Yang tidak hadir 4 orang ya. Dah, Repah dah sokong dah? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat setuju. Yang tidak bersetuju, yang berkecuali taka da ya. Okay silakan. Atas permintaan Chennah tadi. Haa, okay.

Beberapa ahli Yang Berhormat: [percakapan secara off mic]

Pengerusi (Jawatankuasa)

Apa?

Beberapa ahli Yang Berhormat: [percakapan secara off mic]

Pengerusi (Jawatankuasa)

Okay, kita sekarang bersidang semula.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, belum lagi, cokmar naikkan dlu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ya, sila duduk dulu, sebab dia tak angkat lagi. Kita berseidang semula ya. Dah angkat baru boleh bersidang. Okay, silakan.

[Cokmar dinaikkan] [Dewan bersidang semula] [Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah dipertimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan, dengan pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat proses undian bagi bacaan kali kedua tadi, undian untuk bacaan kali ketiga ini juga saya akan jalankan secara berasingan. Maksudnya tadi saya, kita tak, tak perlulah yang, yang tadi tak perlu ya. Kita yang umur 18 tahun saja ya. Terus setuju semualah ya. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang bagi Fasal 38 Fasal 2 ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan jika, diluluskan, sila angkat tangan, dengan pindaan ni. Semua angkat tangan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah, dah lulus dah.

Yang Dipertua Dewan

….. dengan pindaan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dah lulus dah semua.

49 Dato’ Dipertua, bukan 38.

Yang Dipertua Dewan

Ya?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Perkara 6 dah, penangguhan. 10, 10

Yang Dipertua Dewan

10. Haa?

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Min bantu Min.

Yang Dipertua Dewan

Pindaan perkara 49 ni Fasal 3 ni. Sebelah ya? Ni kan? Betullah. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang bagi Perkara 49 Fasal 3 ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Ni kira semua tau. Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2021. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Yang Dipertua Dewan

Ahli Yang Berhormat, kita masih ada masa lagi, saya kira kita boleh tamatkan persidangan kita pada hari ini. Jadi kita sambung ke susunan mesyuarat yang seterusnya.

Usul Pindaan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan (Kertas Dewan Bil. 4/2021)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Usul Pindaan Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul supaya beberapa pindaan dibuat kepada Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan seperti yang dicadangkan dalam Kertas Dewan Bilangan 7/2021 yang telah dibentangkan sebelum ini dan seterusnya diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Dewan untuk dipertinggang, dipertimbangkan. Saya juga mencadangkan Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri turut dijemput hadir dalam Jawatankuasa Peraturan untuk memberi pandangan dan nasihat berkenaan pindaan berkaitan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong usul tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah mengemukakan usul dan telah mendapat sokongan. Saya juga telah menerima notis daripada Yang Berhormat ADUN Chennah untuk mencadangkan beberapa tambahan cadangan pindaan Peraturan. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Chennah mengemukakan cadangan beliau.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua, saya mencadangkan beberapa tambahan pindaan terhadap usul untuk kita meminda Peraturan Mesyuarat yang telah pun saya berikan notis kepada Dato’ Dipertua memandangkan bahawa usul pada hari ini bukannya kita membahaskan pindaan-pindaan tersebut tetapi lebih kepada meluluskan satu usul supaya cadangan-cadangan pindaan ini dapat diperincikan lagi dalam Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Saya tidak berhasrat untuk berbahas dalam perkara ini. Cuma saya mencadangkan supaya cadangan-cadangan pindaan ini perlulah kita perincikan, perlu kita pertimbangkan di peringkat Jawatankuasa sebelum diluluskan di peringkat Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dan dibawa semula ke Dewan yang mulia ini.

Memang saya rasa perlu bahawa ada, sudah sampai masanya kita menimbangkan pindaan-pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat kita ini. Sebab Peraturan Mesyuarat kita ini sudah lama tidak dibuat pindaan dan ada perkara-perkara yang kita perlu selarikan dengan praktis di Parlimen supaya pindaan ini akan menyebabkan ataupun membawa kepada Peraturan Mesyuarat kita lebih terperinci, lebih tertib dan juga tepat dengan keadaan semasa yang diperlukan pada hari ini. Jadi Dato’ Dipertua, saya menyokong apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat, dan disokong oleh Yang Berhormat Bahau. Dan saya juga mencadangkan supaya beberapa pindaan juga dapat dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Selaras dengan Peraturan XXVIII(C), saya serahkan kepada sidang Dewan ini usul pertama iaitu pindaan Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang berkecuali? Tak ada. Usul ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Senaling dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Seterusnya usul kedua iaitu Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri turut dijemput hadir dalam Jawatankuasa Peraturan untuk memberi pandangan dan nasihat berkenaan pindaan yang dicadangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju dengan cadangan ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Berkecuali? Tak ada. Cadangan ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju dan 12 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti, YB ADUN Senaling dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Bagi cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Chennah sebentar tadi, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan cadangan ini, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Cadangan ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju dan 13 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi. YB ADUN Rantau, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Senaling tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan ini.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sebagaimana semua ahli Yang Berhormat telah maklum, persidangan kita pada September yang lepas, berikutan kesuntukan masa, saya telah menangguh Ucapan Penangguhan bagi 5 orang ahli Yang Berhormat yang telah membuat permohonan iaitu ADUN Seremban Jaya, ADUN Jeram pa, Jeram Padang, ADUN Seri Menanti, ADUN Chembong dan ADUN Palong.

Sehubungan dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi kali persidangan kali ini. Setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan berucap Ucapan Penangguhan selama 10 minit ya. 10 minit, jangan lebih. Yang ….

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

…..silakan …..

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

….. kalau saya boleh cadangkan supaya semua consensus semua tarik baliklah. Tak payah Ucapan Penangguhan. Sebab kita dah bahas panjang dalam belanjawan, dah bahas pindaan perlembagaan …..

Yang Dipertua Dewan

Okay.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Semua consensus semua tarik balik.

Saya bangun menyokong usul tersebut.

Saya pun menyokong Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Tak payah cakap banyaklah. Terima kasih ahli Yang Berhormat yang telah membuat, bersetuju dengan cadangan Chennah. Sekarang saya persilakan pihak kerajaan jika ingin, tak ada, tak ada jugak. Kalau ada pun, tak ada. Kalau tak ada, kita tangguhkan, kita tangguhkan persidangan kita kali ini. Saya ucapkan terima kasih. Mohon maaf kerana kali ini kita tak dapat nak ni ya, tak dapat sarapan bersama, apa, apa, lunch bersama, kalau nak lunch, lunch-lah. Saya rasa, saya rasa saya nak berehatlah sebab, dah, sampai pukul 2:00 hari ni. Saya, saya tangguhkan mesyuarat kita, persidangan kita kali ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat Persidangan Dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dan semua pertanyaan lisan pada hari keenam akan diberikan jawapan secara bertulis ya. Sekian, terima kasih, saya tangguhkan, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.20 petang]