Negeri Sembilan · 10 August 2022

14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 220 turns · 37,522 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat. Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana pagi ini kita dapat sambung semula persidangan Dewan Undangan Negeri Penggal Kelima, Persidangan Kedua Penggal Kelima bagi hari yang kedua. Dan insya Allah kita harapkan hari ini sama-sama kita dapat tunaikan tanggungjawab kita dan memenuhi masa yang kita peruntukkan supaya semua perbincangan-perbincangan kita dapat kita jalankan dengan baik. Saya juga ingin mengingatkan diri saya dengan tuan-tuan, walaupun kita hari ini dah masuk endemik, kita masih lagi bersedia, berhati-hati, supaya kita dapat menghindarkan diri kita daripada jangkitan-jangkitan yang baru.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, agar mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan ketika ahli Yang Berhormat berada dalam persidangan ini. Kerjasama semua pihak dan semua yang terlibat dalam persidangan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. Dan saya juga mohon supaya semua perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan-soalan yang telah disediakan, akan, akan dijawab oleh semua pihak-pihak yang berkaitan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, yang hadir hari ini, semoga persidangan kita dapat berjalan baik dan kita akan pastikan bahawa agenda kita hari ini akan dapat kita lalui dengan masa yang telah ditetapkan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Dipertua Dewan

Soalan yang pertama daripada Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lenggeng. Soalan Yang Berhormat Lenggeng adalah mengenai inisiatif pihak Kerajaan dalam membantu penduduk Bandar Tasik Senangin (BTS) Lenggeng. Untuk makluman Yang Berhormat Lenggeng, penyelenggaraan landskap yang melibatkan cantasan pokok teduhan di Bandar Tasik Senangin masih di bawah pemaju. Segala aduan daripada pihak awam melalui sistem SISPAA dan melalui Ahli Majlis, pihak MBS akan salurkan kepada pihak pemaju untuk tindakan.

Merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan Notis Menghendaki Kacauganggu (Seksyen 82) kepada pemilik harta yang gagal menyelenggara harta masing-masing. Tindakan yang akan diambil oleh pihak MBS adalah dengan menghantar notis kacauganggu kepada pemilik harta. Sekiranya gagal patuh notis, pihak MBS akan mengambil tindakan perundangan kepada pemilik premis ataupun pemilik tanah kosong. Terima kasih.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Soalan tambahan. Untuk, untuk makluman semua, Bandar Tasik Senangin ni diwujudkan sejak 20 tahun dahulu ya. Dan boleh kita katakan projek tu projek sakit ya. Dalam keadaan kita ni bekerja nak memajukan dan nak mensejahterakan rakyat, saya mengharapkan satu jawapan yang lebih baik daripada Kerajaan Negeri untuk membantu melegakan apa yang ditanggung oleh masyarakat, penduduk di Bandar Tasik Senangin ya. Sampai bilalah agaknya ban, man, Majlis Bandaraya Seremban ya, nak biarkan ya, pemaju berkeadaan demikian ya. Dalam satu keadaan, saya duk lihat pemaju tu tak boleh nak teruskan lagi kecuali sangat perlahan. Jadi isu-isu yang bersangkut paut dengan masalah tu akhirnya kita balik di, disalahkan. Tak ambil berat tentang mereka ya. Jadi bagi saya ya, elok pandangan ni, dan saya tanya sungguh-sungguhlah, sejauh mana kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah yang dah berlarutan sejak 20 tahun di Bandar Tasik Senangin ini ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan ataupun pandanganlah daripada Yang Berhormat Lenggeng. Saya rasa selaku ADUN kawasan, Yang Berhormat Lenggeng memang telah pun setiap kalilah, saya rasa adanya sidang DUN, beliau akan membangkitkan isu ataupun masalah yang dihadapi oleh penduduk yang tinggal di Bandar Senangin. Bagi saya, saya rasa yang paling penting seperti apa yang saya jawab dalam jawapan saya tadi, situ, pada ketika ini, dia memang masih ber, berada di dalam kawal seliaan pihak pemaju. Saya rasa itu kita perlu mengakulah dari segi undang-undang. Walau, walau bagaimanapun, saya juga mengucapkan terima kasih banyak kepada seluruh anggota Majlis Bandaraya Seremban kerana walaupun situ dia masih di bawah seliaan pemaju, tetapi sepanjang masa ini Majlis Bandaraya Seremban mahupun sejak Majlis Perbandaran Nilai pada masa dahulu, memang banyak usaha telah pun dilaksanakan untuk kita cuba membantu ataupun facilitate masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk di situ.

Cuma bagi saya, bagi saya ataupun bagi pihak Kerajaan Negeri, saya rasa ini merupakan salah satu pengajaran kepada pihak kerajaan, Kerajaan Negeri ataupun pihak PBT di mana sebelum kita meluluskan sebarang projek yang berskala besar, adalah tanggungjawab pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak PBT untuk memastikan bahawa pemaju tersebut, dia benar-benar mampu memajukan kawasan tersebut dan tanpa, tanpa meninggalkan sebarang masalah yang menyebabkan kesusahan rakyat ataupun yang menyebabkan kerajaan, Kerajaan Negeri terpaksa menggunakan sumber kerajaan untuk membantu projek tersebut. Saya rasa perkara ini, Kerajaan Negeri kita sentiasa mengambil berat.

Jadi semasa Kerajaan Negeri sekarang, ketika kita meluluskan sebarang KM, kita akan me, melihat adakah projek tersebut boleh dilaksanakan ataupun tidak. Dan adakah pemaju tersebut dia mampu melaksanakan projek tersebut dengan memastikan tanpa sebarang isu yang akan diwujudkan pada masa yang akan datang. Jadi, saya rasa pandangan ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Lenggeng, kita mengambil maklum dan kita akan teruskan usaha kita untuk memastikan kita cuba sedaya upaya untuk membantu penduduk di situ. Dan saya sentiasalah mengalu-alukan pandangan dan juga cadangan. Dan kalau ada apa-apa yang memerlukan perhatian daripada MBS ataupun pihak Kerajaan Negeri, saya apalah mohon Yang Berhormat Lenggeng dapat panjangkan kepada, kepada saya. Memang kita telah pun memberi sedikit sebanyak kelonggaran kepada pemaju Bandar Tasik Senangin sebelum ini, tetapi lihatnya walaupun adanya diberi sedikit kelonggaran, tetapi saya lihat progress dia memang tak begitu memuaskanlah. Saya rasa ini sesuatu perkara yang kita perlu mengakui. Dan pada masa akan datang, sebarang KM ataupun sebarang rancangan projek yang berskala besar ini, kita perlu berhati-hati. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau, Yang Berhormat Lenggeng. Seterusnya saya persilakan Linggi.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Terima kasih Linggi atas soalan pertama. Dato’ Yang Dipertua, tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri melalui pihak PDRM ialah melakukan risikan dan serbuan terhadap premis yang menjalankan judi atas talian. Berdasarkan statistik dari Januari hingga Jun 2022 yang diperolehi, sebanyak 79 serbuan telah berjaya dibuat. Seramai 93 individu telah ditangkap dan rampasan wang sebanyak 22,680.00 ringgit berbanding dengan tahun 2021 bagi tempoh Januari hingga Disember sebanyak 71 serbuan dan seramai 78 individu ditangkap.

Strategi pihak PDRM bagi membanteras kegiatan gejala judi atas talian dengan membuat risikan secara berterusan dan tindakan secara agresif. Premis yang kerap kali diserbu akan diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air. Pihak PDRM sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia untuk menyekat laman web bagi membanteras perjudian atas talian (online gambling). Atas maksud yang sama juga di sini saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam isu ini. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang menjalankan kegiatan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan?

Ya. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Berdasarkan jawapan yang diberikan tadi, kita lihat tahun 2021 seramai 78 ya, individu yang, tangkapan dibuat. 2022 – 93. Jadi mungkin kita boleh rumuskan di sini, trend nampaknya meningkat. Soalan saya, pertamanya, adakah kita mengenal pasti siapa kumpulan sasaran kepada mereka yang me, mengusahakan judi haram ini. Dan jika kita kenal pasti, apakah usaha kita untuk memastikan kumpulan sasaran ini diberikan peringatan atau nasihat supaya mereka ini tidak terus terjerumus dalam perkara ini?

Ke, keduanya, tadi Yang Amat Berhormat Sikamat merujuk tentang premis-premis. Saya mohon sedikit pencerahan kerana saya, saya nak pastikan yang saya tanya ini adalah dijawab juga. Kerana sekarang ramai yang main judi ni, dia p akai handphone semata-mata. Dia, dia tak, kalau dulu dia pergi ada satu premis mesin kuda dipanggil, tapi sekarang dah, dah, dah kurang rasanya, dah kurang premis-premis judi yang sedemikian. Tetapi yang menular sekarang ini, yang menjadi satu perkara yang merunsingkan kita, merisaukan kita ialah judi online pakai handphone semata-mata. Jadi saya, saya mohon apakah usaha dan tindakan pihak kerajaan khusus untuk memastikan judi online pakai handphone ini dapat dibanteras. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okay, terima kasih atas soalan tambahan daripada Linggi. Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa judi haram yang kita tunjuk hari ini, walaupun nampak peningkatan, itu bukan jumlah sebenar. Kita lihat sebenarnya, sebenarnya ramai, mereka boleh lakukan di rumah, di mana-mana mereka boleh lakukan judi haram ini kerana sekarang semua dalam talian, online dan kita sedia maklum bahawa ini memang sukar untuk dibanteras. Dan ramai yang ketagih dengan judi haram ini dan menyebabkan masalah rumah tangga.

Dato’ Yang Dipertua, jadi untuk mencari kumpulan sasaran ini memang agak sukar kerana mereka melakukan ini secara individu. Dan saya berharap bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan mengadakan ataupun sentiasa membuat hebahan melalui khutbah Jumaat bagi mengingatkan supaya perkara ini dapat di, dikawal, dibanteras khususnya kepada anak-anak muda yang mulai berjinak dengan judi haram dan ketagih judi haram ini. Jadi saya berharap bahawa walaupun kita ada statistik ini, tetapi ini tidak menunjukkan keadaan sebenar yang berlaku di negara kita. Terima kasih atas soalan judi haram tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Sekarang silakan Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan pertama.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada sahabat saya YB ADUN Chuah, yang jugak pada Dato’ Yang Dipertua. Kutipan sampah di kawasan perkampungan. Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson dalam proses melantik syarikat kutipan dan pembersihan sampah bagi 3 kawasan MPKK di dalam DUN Chuah. Iaitu:

 Jalan Yap Ah Peng, Kampung India Bukit Pelandok;  Jalan 100 Ekar, Kampung Bukit Pelandok; dan juga  Jalan Bukit Pelandok, Kampung Bukit Pelandok

Kerja-kerja kutipan sampah akan dilaksanakan pada Ogos 2022 ini. Kekerapan kerja-kerja tersebut adalah sekali dalam tempoh seminggu pada setiap hari Isnin. MPKK kawasan adalah bertanggungjawab, dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan kerja-kerja kutipan dan pembersihan. MPKK yang terlibat ialah MPKK Kampung Bukit Pelandok dan MPKK Kampung India dan Bukit Pelandok.

Untuk makluman semua ADUN dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang ada dalam Dewan yang mulia ini, masalah pembuangan sampah di kampung-kampung ini sudah menjadi agak serius. Banyak kampung-kampung telah membuang sampah-sampah, kadang-kadang tidak mengikut peraturan dan dibuang di merata-rata. Sebagaimana yang telah di-mention-kan oleh semalam, oleh, dalam, seperti jalan Bukit Putus lama ya. Ini termasuklah kampung-kampung sekitar. Dan saya jugak telah mengarahkan agar semua MPKK agar mengambil maklum perkara ini dan memastikan supaya sampah-sampah di kawasan kampung masing-masing dapat dikawal. Walau macam mana pun, pengutipan sampah ini memerlukan sedikit peruntukan. Jadi buat makluman semua, hanya sekarang ni ada peruntukan di, di Pejabat Daerah Dan Tanah PD sahaja. Yang lain-lain belum lagi membuat secara teratur.

Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua dan jugak semua ADUN, sebelum proses melantik kontraktor bagi melaksanakan perkhidmatan memungut sampah di kawasan yang saya maksudkan tadi, pihak Majlis Perbandaraan Port Dickson bersama pihak SWCorp dan SWM telah menjalankan aktiviti pembersihan dan kutipan sampah secara CSR sebanyak 3 kali. Jadi walau macam mana pun, masih belum dapat diselesaikan secara sepenuhnyalah. Dan saya bercadang untuk mempertimbangkan, mengemukakan satu peruntukan bagi kita mulakan pilot project di mana-mana kampung yang telah bersedia untuk adakan, ada rumah sampah dan untuk dimulakan kerja-kerja pengutipan sampah pada tahun akan datang. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Masalah sampah ini sudah lama berlarutan. Dan 3 tempat yang disebut oleh Exco Luar Bandar tadi, adakah tidak yang 3 tempat ini adalah tapak pembuangan sampah yang rasmi. Sebab ada jugak aduan yang memintak kita tukar tapak pembuangan sampah itu. Dan saya harap PBT dapat mengenal pastikan tapak pembuangan sampah supaya penduduk tempatan dapat mematuhi arahan terutama di kawasan perkampungan. Mohon dikemas kini langkah seperti ini diambil atau tidak dan juga kekerapan kutipan sampah tersebut. Terima kasih.

Kalau menjawab daripada semua saya rasa memang ada masalahlah. Memang ada masalah. Dan juga kadang-kadang bukan tempat yang dibenarkan untuk membuang sampah. Jadi sebenar tak boleh, tak ada tempat-tempat tertentu saja, dia hanya ada tempat tertentu yang jadi hal sekarang ini di bawah seliaan SWM ataupun siapa ni, syarikat pungutan sampah ya.

Walau macam mana pun, ini kena perlukan kerjasama semua pihak. Sebenaranya kesedaran, kesedaran dan juga keprihatinan untuk membuang. Kalau setakat sikit-sikit sampah ni kita selesaikan jelah di kampung-kampung ni ada kawasan agak besar. Jadi boleh selesaikan. Sama ada dikambus dalam, dikorek lubang dikambus dalamnya ataupun dibakar kecil-kecilan. Sebab bila kita nak pungut sampah terutama di kampung-kampung ini, bukan satu masalah semudah itu. Apabila kita katakan SWM mampu atau boleh mengenakan sedikit bayaran dan membuat kutipan, tapi banyak masyarakat tidak bersedia lagi untuk membayar. Walaupun dalam jumlah yang agak kecil, 8.00 ke 10.00 ringgit sebulan.

Tapi walau macam mana pun, saya mintak kerjasama semua pihak tak kiralah daripada parti pembangkang ataupun parti pemerintah, bahawa kerja-kerja ini nanti akan memberi kesan yang buruk kepada persekitaran kita. Kita buang sampah, sampah tu bila hujan masuk dalam sungai. Bila masuk dalam parit dan sungai, dia mendatangkan kesan banjir. Dan kemudian apabila benda-benda ataupun perkara yang toksik masuk ke dalam aliran air juga memberi kesan kepada kesihatan dan kepada penghidupan dalam air. Jadi untuk itu, kita memerlukan satu gerakan yang menyeluruhlah supaya kesedaran ini dapat dipertingkatkan. Dan jangan salah menyalahkan hanya kita bekerjasama untuk memastikan, begitu jugak dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyediakan satu projek khas, untuk menyediakan untuk membina ataupun rumah sampah dan jugak pengutipan sampah, pelupusan sampah yang boeh memberi kesan yang agak baik kepada kampung, sesuatu kampung yang telah dipilihlah. Itulah harapan saya.

Dan kita pastikan bahawa ini memang menjadi masalah ya. Kalau di taman-taman pun, walaupun ada kutipan sebenarnya banyak sampah-sampah dibuang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Itulah yang sepatutnya diambil tindakan. Dan ini kerja yang berterusan, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Seterusnya saya persilakan Gemencheh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang kedua.

Terima kasih Yang Berhormat yang, Yang Dipertua. Dan terima kasih kepada Yang Berhormat Gemencheh.

Maaf Dato’ Yang Dipertua, kalau nak ikutkan soalan saya yang kedua ni adalah mengenai pencemaran udara.

Ya, tidak, dia pencemaran udara tetapi ia berkaitan dengan ternakan. Oleh itu, soalan ini diberi kepada saya untuk menjawab. Mengikut rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVNS), terdapat hanya 2, terdapat hanya sebuah ladang ayam pedaging yang dilesenkan di bawah Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 di Kampung Ulu Yoh, Tampin. Ladang ini menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak JPVNS dan telah diberikan lesen menternak unggas untuk tahun 2022.

Sekiranya pihak ladang menimbulkan kacauganggu lalat kepada masyarakat setempat, pihak JPV akan mengambil tindakan sebagaimana termaktub di dalam Seksyen 18 Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan dengan Penternakan Unggas 1996. Setakat ini, tiada bukti yang jelas menunjukkan daripada apa nama ni, pencemaran udara ini ber, berpunca daripada ternakan di sini. Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gemencheh dan Yang Berhormat Klawang. Saya persilakan Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’, Dato’ Yang Dipertua, ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan 2.

Dato’ Yang Dipertua, berikut adalah senarai jumlah bantuan yang telah diagihkan kepada pusat ataupun rumah ibadat bukan Islam dan juga pertubuhan sejak Tabung Hal Ehwal Bukan Islam ini diwujudkan pada tahun 2019: bagi tahun 2019, jumlah penerima organisasi adalah 154 organisasi, melibatkan 1.5 juta. Pada tahun 2020 – 126 organisasi dengan 1.3 juta. Pada tahun 2021 – 118 organisasi – 8.9 juta. Pada tahun ini, sehingga Jun 2022 – 65 organisasi dengan, dengan 893 ribu. Dan jumlah peruntukan adalah sebanyak 5.6 juta. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Selain daripada rumah ibadat bukan Islam, adakah NGO-NGO atau pertubuhan di peringkat negeri diberikan peruntukan untuk melaksanakan program atau aktiviti. Terima kasih Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, daripada jumlah tersebut, contoh pada tahun ini, daripada jumlah 65 organisasi yang ke, kita telah luluskan peruntukan sehingga Jun 2022 – 12 organisasi adalah persatuan ataupun NGO yang di peringkat negeri untuk mereka melaksanakan aktiviti di beberapa tempat di seluruh Negeri Sembilan dan juga beberapa program di peringkat negeri juga pernah diadakan oleh NGO ataupun organisasi tersebut di peringkat negeri untuk setiap tahun sejak 2019. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, saya nak tumpang celah sikit tentang peruntukan, kalau dibenarkan.

Yang Dipertua Dewan

Soalan kaitan, ada berkaitan dengan tadi ya?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ada kaitan. Terima kasih yang, Dato’ Yang Dipertua. Peruntukan ini adalah untuk tempat-tempat beribadat ataupun boleh juga yang pertubuhan-pertubuhan daripada masyarakat yang bukan Islam mohon, ataupun apakah syarat jika ada NGO mohon, ada tak aktiviti yang dijalankan itu berkenaan dengan agama ataupun kebudayaan ataupun kebajikan sosial dibenarkan atau tidak. Itu yang saya minta. Satu lagi saya, pada tahun 2021 itu, saya tak dapat apa yang dinyatakan di situ, berapa pertubuhan ataupun berapa jumlahnya. Terima kasih.

So yang untuk 2021 adalah 118 organisasi dengan jumlah peruntukan sebanyak 1.9 juta. Dan berkaitan dengan soalan yang pertama tadi, oleh Yang Berhormat Jeram Padang, hal ehwal bukan Islam ini bukan hanya untuk rumah-rumah ibadat bukan Islam saja, tetapi juga seperti mana yang tadi saya nyatakan, ia juga adalah kepada semua organisasi ataupun pertubuhan yang berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan seperti ROS ataupun mana-mana agensi. Dan juga melibatkan aktiviti keagamaan, kebudayaan, kesenian dan juga kemasyarakatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Senaling.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, Senaling kemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Senaling. Dato’ Yang Dipertua, status kemajuan kerja fizikal di tapak projek bina baharu Pejabat Agama Daerah Kuala Pilah adalah 97%. Status semasa kerja tapak adalah pembinaan pagar bangunan. Tarikh siap semasa projek berkenaan adalah pada 15 Ogos ini, insya Allah.

Yang Berhormat Speaker, soalan tambahan. Berkaitan dengan soalan, soalan saya tadi. Difahamkan akan ada sedikit penambahan kerja berkaitan pembinaan pejabat baru, pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah ini. Jadi, agaknya apakah bentuk penambahan tersebut dan berapakah kos yang terlibat. Dan adakah penambahan kerja ini dan kos yang terlibat ini akan memberi kesan kepada milikan kosong yang bakal diserahkan, seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat sebentar tadi. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan. Kerja yang, kerja tambahan yang diberikan kepada kontraktor adalah working station dengan pembinaan pagar bangunan tersebut. Dan, dan kerja tersebut dalam, dalam, dalam jadual kita. Dan insya Allah akan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Senaling, Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya pergi ke soalan berikutnya, Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang, Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Mambau yang bertanya tentang isu kekurangan guru di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2022, Kementerian Pendidikan telah mengisi keperluan guru bagi mengatasi kekurangan guru terutamanya di Negeri Sembilan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menerima penempatan guru baharu sebanyak 5 kali iaitu pada 1 Mac 2022, 4 April 2022, 11 April 2022, 25 April 2022 dan 25 Julai 2022.

Antara faktor kekurangan guru adalah disebabkan guru bersara tetap, bersara pilihan dan isu-isu kesihatan yang kritikal. Walau bagaimanapun Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bersama Pejabat Pendidikan Daerah sentiasa peka berkaitan dengan isu kekurangan guru di sekolah. Penambahbaikan dari semasa ke semasa sentiasa dilaksanakan dalam memastikan operasi dan aktiviti pengajaran di sekolah dapat berjalan dengan baik. Antara penambahbaikan ialah dengan melaksanakan redeployment guru dalam daerah dan antara daerah bagi memastikan keperluan guru di setiap sekolah seimbang dan aktiviti pengajaran kepada semua murid dapat berjalan dengan baik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Memandangkan aduan keku, kekurangan guru ini telah menimbulkan masalah guru-guru terpaksa menjalankan tugas mereka dengan lebih masa dan maksudnya over time-lah, minta izin. Dan tugas mereka bertambah berat. Apakah rancangan jangka masa pendek pihak kerasa, pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah yang kian lama ini? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, soalan ini sebenarnya berkaitan tentang Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Persekutuan. Namun demikian, kita memang memahami bahawa masalah ini memang berlaku dan oleh sebab itu antara perkara yang terpaksa dilaksanakan ialah bagaimana untuk kita membuat redeployment apabila berlaku kekurangan guru dalam sesuatu sekolah ataupun dalam subjek yang berkenaan ya. Dan untuk melihat ke, secara kseluruhan masalah ini, harus me, melihat bagaimana dari segi perancangan secara menyeluruh dalam Kementerian Pendidikan untuk memastikan permasalahan guru ini dapat diselesaikan secara tersusun, terancang dan juga teratur. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Mambau. Terima kasih Ampangan. Soalan berikutnya ialah daripada Yang Berhormat Palong.

Dato’ Dipertua, soalan nombor 2.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 2 ya.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan mengenai, daripada ADUN Palong mengenai kemudahan asas Sekolah Agama Rakyat Palong

9. Dato’ Yang Dipertua, Sekolah Agama Rakyat ditubuhkan di Negeri Sembilan pada tahun 1960 apabila ia telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan pada 21 Januari 1960. Sekolah Agama Rakyat adalah sekolah ataupun institusi yang didirikan dan ditubuhkan atas daya usaha rakyat atau komuniti setempat. Sekolah Agama Rakyat mempunyai Jemaah Pengurusan tersendiri dalam memastikan pengurusan sekolah teratur dan berjalan lancar. Penubuhan Sekolah Agama Rakyat terikat kepada peraturan pengoperasian di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996 yang bertujuan mengawal dan menasihatkan pihak yang berhasrat menubuhkan sekolah-sekolah agama di Negeri Sembilan.

Pada tahun ‘22, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan bagi bantuan selenggaraan kepada 21 buah Sekolah Agama Rakyat di Negeri Sembilan. Pada tahun ‘22 ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengambil inisiatif memohon bantuan peruntukan dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Dan MAINS telah meluluskan peruntukan sebanyak 10 ribu ringgit secara one off kepada 57 buah Sekolah Agama Rakyat. Peruntukan yang diberikan boleh digunakan oleh semua Sekolah Agama Rakyat untuk membuat pembelian aset alih dan aset tidak alih seperti kerusi dan meja. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat.

Soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Tambahan?

Dato’ Dipertua, ya. Berkenaan, saya khususnya perkara ini di Felda Palong 9. Dia ada satu blok baru, dan tak ada kerusi dan tak ada meja. Budak belajar ateh tikar. Jadi 10 ribu ringgit memang tidak memadai untuk kita nak membeli kerusi dan meja. Jadi adakah cadangan pihak kerajaan untuk melihat kes ini dengan lebih detail supaya dapat dibekalkan kerusi meja yang secukupnya di sekolah berkenaan sebab di sekolah ni ramai, seratus lebih, hampir 200 orang pelajar di situ. Jadi harap, adakah kerajaan bercadang untuk meleng, untuk melengkapkan kekurangan perabot atapun kerusi meja di sekolah berkenaan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya dalam minggu lepas ke 2 minggu, saya mohon dapat terima apa, surat permohonan daripada Penyelaras DUN dan pihak Sekolah Agama Rakyat untuk memohon bantuan tersebut. Dan insya Allah perkara tersebut akan saya timbangkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Palong ya, Yang Amat Berhormat telah memberi jawapan yang saya rasa memuaskan hatilah, insya Allah ya. Seterusnya kita pergi kepada soalan berikutnya ialah Temiang.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, boleh celah sikit?

Yang Dipertua Dewan

Temiang tak dak?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Oleh kerana Temiang tidak hadir di sidang Dewan pada pagi ini, bolehkah saya wakilkan Temiang untuk membangkitkan soalan lisan?

Yang Dipertua Dewan

Okay, kejap, yang saya lupa nak maklumkan ya. Ni saya baru dapat nota ni. Yang Berhormat Ng Chin Tsai; Temiang hari ni cuti sakit ya. Silakan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kedua.

Yang Dipertua Dewan

Okay, soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan daripada Yang Berhormat ADUN Temiang adalah mengenai jalan Temiang – Pantai. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan mengenal pasti satu kawasan berdekatan dengan persimpangan masuk dari Pantai ke laluan baru Jalan Temiang – Pantai yang sesuai dijadikan sebagai kawasan parkir, ya kita sedia maklum kawasan ini merupakan satu kawasan yang paling diminati masa kini oleh ramai peminat basikal, kenderaan bermotor dan orang ramai untuk melihat sendiri New Zealand Negeri Sembilan. Namun begitu, kita sedia maklum banyak masalah yang menyebabkan kacau ganggu terhadap lalu lintas dan menyebabkan ada yang telah dikenakan saman. Jadi Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan telah mengambil pendekatan ya, melihat kawasan yang paling sesuai. Walau bagaimanapun kawasan tersebut, di sepanjang jalan tersebut, walau bagaimanapun kawasan tersebut adalah tanah milik individu di Lot 20043, Mukim Pantai dengan keluasan 1.68 ekar. Dan pada yang sama

kerajaan akan mengenal pasti tempat lain yang sesuai bagi tujuan tersebut yang akan melibatkan proses pengambilan balik tanah.

JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan penambahan lampu jalan melalui surat jabatan pada 8 Februari 2022 kepada Cawangan Jalan, JKR Malaysia. Walau bagaimanapun permohonan tersebut tidak dipertimbangkan kerana skop kerja asal pemasangan lampu jalan bagi Projek Jalan Penghubung Interchange Temiang – Pantai tersebut adalah sehingga persimpangan bulatan sahaja. Sehubungan dengan itu, JKR Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan baru penambahan lampu jalan di bawah Program Keselamatan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia (Blackspots) dalam rolling plan yang akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Kejap ya [perbincangan bersama Setiausaha Dewan]. Memang you amat berguna hari ni. Terima kasih kepada yang menunggu ya. Sikit, ada ni, pasal ramai yang jumpa saya semalam, ramai yang beritahu nak selesaikan cepat. Kita punya persidangan euntuk bulan ini. Jadi, nanti saya akan maklumlah, sampai perbahasan nanti ya. Kita teruskan pada soalan seterusnya, daripada, nombor 10, Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Yang Berhormat Pertang mengenai gangguan bekalan air. Kita sedia maklum punca gangguan bekalan air semasa musim perayaan 2022:

 Isu kerosakan pada panel dan invertor pam line, inline booster di jajar paip yang melibatkan kawasan Pasoh, Simpang Pertang, Pertang hingga ke kawasan Geylang. Punca disebabkan oleh power supply shortage daripada TNB.

 Isu air tidak masuk ke kolam servis di Pasoh 4 berpunca daripada solar charger controller tidak berfungsi.

 Isu Pressure Reducing Valve (PRV) bacaan tekanan air keluar tidak stabil menyebabkan berlaku air lock dan, air lock, berlaku air lock dan paip pecah selepas PRV.

Langkah yang telah diambil oleh SAINS ialah:

 Rundingan bersama TNB telah dibuat bagi mengatasi isu tersebut. Penggantian secara panel dan invertor pam yang rosak telah dibuat oleh unit M&E secara inhouse.

 Pihak M&E juga telah menggantikan bateri solar charger controller yang baru. Pemantauan berkala telah dijalankan bagi mengelakkan kejadian berulang.

 Unit NRV, NRW telah membuat kawalan pengurusan tekanan di semua kawasan yang kerap paip pecah selepas PRV tersebut.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Tapi itu kita nampak tadi, di kawasan Pertang kalau kita, apa, dengar penjelasan daripada Sikamat tadi memang banyak masalah ya, banyak masalah di kawasan itu. Saya harap masalah-masalah ini tidak lagi berulang terutama di kawasan Pertang-lah. Pertama di kawasan, masa perayaan ni. Bila masa perayaan, bila anak nak, anak nak, nak daripada perantau dan balik, dia akan selalu telefon, ni tahun ni ada masalah gangguan bekalan air tak. Kalau bila berlakunya gangguan bekalan air, tak selesai kadang-kadang satu hari. Bila andai kata ada apa, di peringkat rumahnya belah bawah okay, yang di atas-atas bukit, mungkin makan masa 3 – 4 hari untuk pressure naik sampai ke atas. Saya harap perkara-perkara ini tidak berlaku lagi di kawasan Pertang dan di kawasan Jelebu. Saya harap ben dani dapat diselesikan secepat mungkin. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Pertang atas soalan tambahan. Insya Allah perkara tersebut akan kita teliti. Dan sebenarnya kita memang menyediakan team untuk menghadapi krisis ketika musim perayaan. Dan oleh kerana perkara ini berlaku, bagi, saya bagi pihak SAINS memohon maaf di atas perkara yang berlaku tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Rahang.

Terima kasih Yang Dipertua, Rahang mengemukakan soalan kedua.

Dato’ Yang Dipertua, antara kriteria utama yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi sebarang per, pertubuhan yang mengemukakan permohonan peruntukan adalah pertubuhan atau Badan Bukan Kerajaan tersebut mestilah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ataupun diiktiraf oleh mana-mana agensi kerajaan. Sebarang permohonan peruntukan juga hendaklah berkaitan kepada keagamaan, kebudayaan dan juga kemasyarakatan.

Bagi permohonan peruntukan sumbangan atau perbelanjaan untuk rumah ibadat bukan Islam pula khususnya, rumah ibadat tersebut mestilah terletak di atas tanah dimiliki oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau Persatuan atau Pertubuhan yang berdaftar dengan mana-mana agensi kerajaan ataupun mendapat kebenaran daripada pemilik tanah tersebut. Walau bagaimanapun, sebarang kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan yang sedia ada. Terima kasih.

Yang Dipertua, soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri pernah meluluskan peruntukan kepada mana-mana organisasi yang tidak didaftarkan dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi mempunyai akaun bank yang digunakan sejak berpuluh tahun lepas?

Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Sehingga sekarang, memang tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada mana-mana organisasi yang tidak didaftarkan dengan mana-mana agensi kerajaan tetapi mereka mempunyai akaun bank. Tidak ada. Tetapi, ini untuk kita memastikan sebarang peruntukan itu dapat diuruskan dengan baik. Jika ada suatu organisasi didaftarkan dengan mana-mana agensi kerajaan seperti ROS, sudah tentu ia akan dituntutkan oleh jawatan kuasa tersebut. Tetapi jika mereka hanya mempunyai akaun bank, mungkin peruntukan itu akan diurus oleh 2 ataupun, paling maksimum pun 3 orang saja. Maka kita tidak pernah luluskan permohonan tersebut. Tetapi jika ada permohonan itu datang daripada mana-mana rumah ibadat, kita menasihatkan mereka dan juga kita membantu mereka untuk menubuhkan organisasi ataupun jawatan kuasa di mana di, dengan ROS. Supaya mereka sudah ada ROS dan mereka ada akaun bank dan kita pernah meluluskan pun. Tetapi sekarang, selepas kita membantu beberapa organisasi seperti tu, sehingga sekarang tidak ada isu itu timbul. Jika ada pun, jika mereka memang perlu, kita menasihatkan mereka dan kita membantu pun. Ada juga membantu untuk membuka, untuk mendaftarkan jawatan kuasa di bawah ROS. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua sebentar yang perkara ini juga. Jika dibenarkan oleh Yang Berhormat Nilai, saya nak celah sikit, nak berikan cadangan sikit. Dato’ Yang Dipertua, tujuan asal penubuhan Unit Hal Ehwal Bukan Islam ini saya, pandangan saya adalah untuk membantu kuil, tokong dan tempat-tempat beribadat bukan Islam seperti church dan lain-lain lagi. Jadi itu, itu adalah penerangan asal yang telah diberikan. Jadi sekarang ini apabila peruntukan itu juga diluluskan untuk pertubuhan-pertubuhan yang bukan tempat-tempat beribadat, saya anggapkan ia adalah terkeluar daripada tujuan asal. Jadi saya cadangkan supaya pastikan segala peruntukan di bawah hal ehwal bukan Islam itu hanya ditujukan kepada tempat beribadat sahaja. Tak kira agama mana, bukan Islam itu, hanya tempat ibadat. Kalau mereka tak ada ROS, boleh kita nasihatkan untuk tubuhkan, itu adalah cadangan saya. Saya berharap Yang Berhormat Nilai dan Yang Amat Berhormat Sikamat itu lihat semula tentang perkara ini. Ini, saya anggapkan itulah tujuan asal penubuhan hal ehwal bukan Islam. Kalau begitu nanti ramai juga, banyak persatuan akan mula mohon. Ini bukan saja membebankan pihak Setiausaha Kerajaan, tetapi juga ini akan menyebabkan salah guna peruntukan tersebut oleh pertubuhan yang tak kena mengena dengan kuil ataupun bu, tempat-tempat beribadat. Sekian, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, seperti mana yang tadi saya nyatakan, tujuan asal permohonan, penubuhan Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam ini adalah berdasarkan kepada peruntukan juga hendaklah berkaitan kepada keagamaan, kebudayaan dan juga kemasyarakatan. Maka ini adalah termasuk rumah-rumah ibadat bukan Islam dan juga semua organisasi keaga, keagamaan selain Islam. Tetapi jika kita ada permohonan, kita akan lihat. Jika organisasi tu betul-betul ada buat aktiviti dengan mereka menunjukkan bukti dan juga beberapa kertas kerja, baru kita akan meluluskannya. Dan juga, dia juga dibantu, bukan selain daripada Tabung Amanah Hal Ehwal Bukan Islam, tetapi ia juga pernah dan juga sedang dibantu juga melalui Pejabat Menteri Besar juga. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Johol mengenai pembukaan tanah hutan. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, dasar Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dalam memastikan pengawalan dan penguatkuasaan pembukaan tanah hutan dalam kawalan Hutan Simpan Kekal semasa secara kecil-kecilan mahupun berskala besar adalah melalui:

i. Kerajaan Negeri Sembilan telah memutuskan tiada kelulusan baru bagi penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal seperti mana keputusan Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-79.

ii. Kerajaan Negeri Sembilan mengekalkan keputusan Majlis Tanah Negara ke-70 pada tahun 2014 iaitu tiada sebarang kelulusan aktiviti perlombongan dan pengkuarian di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal. Ianya bagi memastikan tiada pengubahan kawasan Hutan Simpan Kekal kepada kawasan tidak berhutan di samping mengekalkan kesan buruk kepada alam sekitar dan penduduk setempat.

iii. Kerajaan Negeri Sembilan menyokong komitmen negara untuk mengekalkan liputan kawasaan berhutan dengan mengekalkan 23% keluasan negeri sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal.

iv. Melaksana dan mengekalkan amalan pengusahasilan dan pengurusan hutan secara berkekalan dalam kawasan Hutan Simpan Kekal.

v. Meningkatkan dan memperkasakan aktiviti penguatkuasaan dengan menggunakan teknologi terkini bagi membanteras aktiviti penerokaan dan pencerobohan secara haram dalam Hutan Simpan Kekal.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Sikamat atas jawapan pada soalan saya tadi. Jadi saya nak tanya soalan tambahan saya, ada das, ada 5 dasar yang telah dimaklumkan tadi. Jadi salah satunya ialah berkaitan penguatkuasaan. Jadi saya nak memaklumkan, nak mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, kerana banjir di Johol pada 16 haribulan 5, sedikit sebanyak adalah berkait rapat dengan pembukaan hutan. Sebabnya saya mendapat maklum daripada pihak yang berkaitan, pihak JPS bahawa pada ketika tarikh tersebut bacaan hujan sebenarnya adalah di bawah paras yang boleh orang kata tu, menyebabkan keadaan banjir.

Tetapi saya mendapat maklum daripada kawasan-kawasan penduduk yang berkaitan, kerana banjir itu bermula daripada kawasan hulu. Seperti mana saya cakap dalam, semasa berbahas semalam ya, kawasan hulu. Jadi kalau kawasan hulu ni, dari segi teorinya tidak ada lumpur kan, kecuali ada pembukaan-pembukaan ataupun pembersihan-pembersihan muka bumi oleh individu-individu ataupun kegiatan-kegiatan seperti mana yang Labu akui ada kerja-kerja pembalakan secara haram dikatanya, dia mengaku bila dah bawak drone kan. Dah bawak drone baru mengaku ada kerja-kerja pembalakan kan. Jadi, sebenarnya apa yang saya lihat, pembukaan tanah ini seperti mana dikatakan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat tadi, ada dasar-dasar tertentu kan. Isunya ialah ada pemilik-pemilik tanah yang berskala kecil, si A ada 2 ekar, B ada 2 ekar, C ada 2 ekar. Tetapi sebenarnya mereka bebas, apa yang saya lihat, mereka bebas me, membersihkan tanah masing-masing. Mungkin si B hanya nak menebang pokok-pokok besar, tetapi mungkin si A dia nak bersihkan keseluruhan.

Jadi apa yang berlaku saya lihat ialah di kawasan ulu di mananya punca bekalan air itu sendiri. Jadi saya rasa kalau tidak ada pengawasan yang teratur perkara ini, perkara ini saya yakin akan berulang sebabnya tuan-tuan kalau sidang Dewan yang mulia ini boleh tengok kan, banyak kawasan-kawasan yang telah dibuka kan, tanpa pengawalan. Sepatutnyalah pihak jabatan hutan ya, yang orang kata tu, yang ada authority dengan perkara ini, boleh orang kata tu, dari segi teknikalnya kan, memang dasarnya sudah ada, tetapi dari segi teknikalnya kena ada satu peraturan supaya kejadian banjir kilat ini ataupun hutan ini tujuannya ialah untuk menyimpan kan, air. Jadi kalau hutan dah dibersihkan maka tidak, air tidak lagi disimpan maka terus ke dalam sungai, maka kawasan di hilir akan menjadi banjir.

Cadangan saya, pihak jabatan hutan supaya ada satu peraturan, maksudnya peraturan dari teknikalnya. Katalah kita perlu membuatkan sistem perparitan kan. Kita kena siapkan apa ni, silk pond-nya kan. Kolam tadahan. Walaupun berskala kecil, tetapi kerana berskala kecil ni lah, kalau, kalau contohnya di kawasan saya itu, walaupun keadaan berskala kecil, tetapi ada mungkin lebih 20 – 30 pemilik yang telah mendapat geran sebelum ini. Maka bila dibukak tanah-tanah ini, maka inilah yang akan, akan orang kata tu, menyebabkan banjir ni. Jadi saya mencadangkan kepada pihak jabatan hutan supaya dari segi teknikalnya ada mekanisme yang boleh di kata tu, dicadangkan dan jugak dijadikan satu peraturan yang ketat sebenarnya supaya kejadian ini tidak berulang lagi, lebih-lebih lagi di kawasan saya di Johol ini. Jadi terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, memang satu pandangan yang baik daripada Johol. Tidak dinafikan. Tetapi kita sedia maklum bahawa memang terdapat permohonan daripada pemilik-pemilik tanah ya, yang telah diberi oleh pihak terdahulu, khususnya bersempadan dengan hutan untuk dibuat kawasan pertanian. Dan kita sedia maklum bahawa ini merupakan juga satu keperluan untuk kita membesarkan lagi tanah-tanah yang, yang telah diberimilik terdahulu supaya dapat dimanfaatkan. Tetapi apabila, apabila mereka melaksanakan perkara tersebut, mereka terlupa tanggungjawab mereka untuk pastikan bahawa tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti ini. Tetapi kita sedia maklum bahawa kos untuk membina parit, apa, kalau 2 ekar nak buat pa, nak buat kolam tadahan, saya rasa kos dia cukup tinggi. Dan ini juga antara bebanan yang ditanggung oleh mereka. Dan saya berharap bahawa kita sama-sama melihat perkara ini supaya tidak berlaku, tidak berulang. Dan akan, kita akan minta supaya agensi terutamanya Jabatan Perhutanan apabila meluluskan penebangan ataupun pembersihan kawasan-kawasan tanah-tanah yang kecil ini juga, diberikan syarat supaya mereka mematuhi, supaya tidak berlaku banjir kilat seperti yang berlaku di Johol. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya mempersilakan Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan ketiga.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lobak, yang mengenai tanah-tanah, tanah persendirian. Merujuk Akta Kerajaan Tempatan tahun 1976, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan Notis Menghendaki Kacauganggu (Seksyen 82) kepada pemilik harta yang gagal menyelenggara harta masing-masing. Tindakan yang diambil oleh Majlis adalah dengan menghantar notis kacau ganggu kepada pemilik harta. Sekiranya gagal patuh notis, pihak Majlis akan mengambil tindakan perundangan kepada pemilik premis/ tanah kosong.

Dato’ Yang Dipertua, pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) akan menghantar surat kepada pemilik tanah berkenaan bagi melaksanakan kerja-kerja penstabilan cerun dengan kadar segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak MBS juga akan membantu memasang kanvas di kawasan berisiko tinggi yang memberi kesan bahaya kepada penduduk setempat dan pengguna jalan raya. Selain itu, pihak MBS akan menghantar notis kepada pemilik tanah persendirian sekiranya ada pokok-pokok berisiko atau berbahaya kepada orang awam untuk tindakan pembersihan kawasan. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, terima kasih Bahau. Nampak ni akta ni di zaman 1976. Kami difahamkan mungkin yang atau, akta ni ada kekurangan. So kami nak tanya kerajaan ada kaji ke dan lebih kesan supaya masalah-masalah ni, tanah persendirian ni dapat diatasi. Sebagai contohnya macam ganggu, gangguan tu di rumah persendirian, semak samun masih sama, atau rumah kosong tu, masih sam, penuh sampah. So saya nak tanya, tambah lagi, berapa notis dikeluarkan oleh PBT dan apa kesan dia, dan apa yang seterusnya tindakan diadakan PBT. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Mengenai berapa notis yang telah pun kita keluarkan kepada pemilik tanah kosong ataupun premis yang terbiar. Saya tak ada angka tersebut sekarang. Mungkin saya akan jawab secara bertulislah kepada Yang Berhormat Lobak. Mengenai cadangan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Lobak, bagaimanakah kita boleh memastikan bahawa rumah, rumah terbiar ataupun tanah-tanah kosong ini dapat diurus dengan lebih baik, saya rasa perkara yang pertama kita perlu mengaku bahawa memang adanya kekangan bagi pihak Kerajaan Tempatan untuk kita nak buat enforcement. Walaupun kita boleh mengeluarkan notis, kita boleh ambil tindakan susulan terhadap pemilik-pemilik tanah, tetapi saya boleh kata di sini, kebanyakan pemilik tanah yang sengaja membiarkan premis ataupun tanah mereka terbiar dan menyebabkan pelbagai masalah kacau ganggu. Ini saya rasa ini sebenarnya sebagai pemilik tanah, kita perlu bertanggungjawab untuk memastikan tak kiralah rumah-rumah kita ataupun tanah-tanah kita dapat dibersihkan atau diurus secara berkala, ataupun memastikan dia tidak akan menyebabkan sebarang kacau ganggu.

Dan saya memang amat bersetuju dan jugak saya amat apalah, menghargai usaha Yang Berhormat Lobak, memang sepanjang masa ini memperjuangkan nasib rakyat khususnya kepada orang ramai yang sentiasa menghadapi isu masalah kacau ganggu khususnya ni apa, pokok yang telah pun layu, pokok yang berisiko tinggi. Ini tidak dapat dilaksanakan kerana berada di atas tanah swasta ataupun tanah persendirian. Saya ambil contoh, dah beberapa insiden telah pun berlaku seperti apa yang telah pun YB Lobak maklumkan kepada saya di mana pokok terhempap, terhempap kenderaan yang sedang berjalan di tengah jalan. Jadi, saya rasa ini sesuatu yang kita perlu lihat. Dan saya dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri, kita memang memandang seriuslah terhadap perkara ini. Dan saya mohon kepada Majlis Bandaraya Seremban, PBT dan juga JKR, dalam perkara ini mungkin kita perlu bekerjasamalah untuk memastikan perkara yang sama tidak, tidak mengulangi lagi.

Yang paling penting satu, pemilik, sebagai pemilik yang bertanggungjawab kita perlu pastikan tanah kita, premis kita sentiasa dalam keadaan yang, keadaan yang ter, terurus. Dan bagi pihak Kerajaan Negeri, sudah tentunya akan mengkaji, lihat bagaimana kita menguatkuasakan perkara ini dan mengambil tindakanlah terhadap mereka yang engkar ataupun siapa-siapa yang tidak mematuhi undang-undang. Saya rasa jawapan saya ini dapat menjawab apa yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Tak ada undang-undang?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Ya itu saya, saya telah kata, kita, kita akan lihat dan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kita lihat macam manalah untuk kita tambah baik undang-undang yang sedia ada supaya memastikan bahawa perkara ini dapat kita selesaikanlah. Saya rasa ini bukan perkara yang berlaku pada hari pertama. Dan ini masalah bersama kitalah. Saya rasa bukan di Negeri Sembilan, tetapi di Negeri Sembilan sudah tentunya kita akan cuba buat sesuatulah. Dan saya telah pun lihat, sepanjang beberapa tahun ni, pihak khususnya pihak MBS dah adanya usaha untuk memastikan rumah-rumah terbiar ini, mereka keluar notis sehingga pasang banner di depan rumah-rumah terbiar ini. Saya harap usaha ini kita dapat teruskan untuk memastikan bahawa isu kacau ganggu ini dapat kita kurangkan. Sekian jawapan saya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Lobak.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya persilakan Kota.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ADUN Kota, jawal, jalan rosak di Kampung Legong Jaya, Kota. Dato’ Yang Dipertua, perancangan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur di Kampung Legong Jaya telah diambil kira oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau. Perbincangan dengan penduduk setempat juga perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan saliran longkang sedia ada adalah dibina secara individu dan tidak menyeluruh.

Sistem saliran yang tidak teratur dan sistematik menyebabkan terdapatnya aduan kacau ganggu dalam kalangan kejiranan tersebut. Penurapan semula jalan akan dilaksanakan setelah sistem saliran telah ditambah baik. Perancangan penyusunan infrastruktur akan dilaksanakan pada tahun ini dan pelaksanaan projek dijangka dilaksanakan setelah mendapat perun, setelah peruntukan diluluskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua saya kemuka soalan tambahan. Saya ucap terima kasih ya kepada Kerajaan Negeri memberi perhatian kepada Kampung Legong Jaya. Untuk taklimat sikit, Kampung Legong Jaya ini sebenarnya adalah kawasan yang terbiar selama 50 tahun kerana masalah pemegang amanah dulu ya, pemegang amanah kawasan tersebut telah lari ke Australia dan kita telah berjaya untuk menyelesaikan tentang pembahagian tanah kawasan-kawasan tersebut. Saya berharap, memohon kepada Kerajaan Negeri jugak supaya di samping jalan, longkang jugak yang perlu memberi, diberi perhatian ialah bekalan air dan jugak bekalan letrik kerana ramai di antara penghuni-penghuni di sini walaupun telah mendapat geran tanah masing-masing, tapi punca air terutamanya air, bekalan daripada SAINS ni kadang-kadang jauh daripada rumah masing-masing. Jadi nak mintak dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya insya Allah perkara tersebut akan menjadi perhatian pihak Kerajaan Negeri dalam, khususnya bekalan air insya Allah Dato’ Yang Dipertua. Saya rasa letrik saya rasa tidak ada masalah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya kita pergi ke soalan Yang Berhormat Chuah.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Chuah. Dato’ Dipertua, jalan laluan N04 Chuah – Bukit Pelandok merupakan jalan negeri di bawah penyelenggaraan JKR Negeri Sembilan. Semakan di tapak oleh JKR Elektrik mendapati 5 bilangan lampu JKR yang senget, tetapi tidak kritikal daripada 70 bilangan lampu keseluruhan yang ada di laluan itu. Untuk makluman, pihak JKR Elektrik telah pun mendapat kelulusan peruntukan berjumlah 462,390.00 ringgit bagi kontrak selenggaraan lampu jalan di Daerah Port Dickson di bawah peruntukan MARRIS. Kontrakt senggaran jalan ini termasuk kerja-kerja membaiki tiang lampu senget tersebut dan kerja ini telah pun bermula pada 8 Julai 2022 dan dijangka siap pada 23 Disember 2022. Pihak JKR dan juga pihak TM telah mengambil tindakan segera bagi memperbaiki tiang-tiang yang senget tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Chuah ingin tahu kekerapan TNB dan jugak Telekom untuk memantau ataupun me, memeriksa sama ada tiang lampu itu senget atau tidak. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya, kita sedia maklum bahawa ketika dalam mesyuarat infra yang kita adakan 2 kali setahun, perkara tersebut menjadi isu yang dibincangkan. Dan kita juga telah maklumkan kepada TM dan JKR, TNB mengenai apa, tempat, tiang-tiang menjadi tempat pokok-pokok naik sampai ke, sampai ke la, sampai ke talian-talian tersebut. Ini antara perkara yang kita buat aduan kepada Telekom dan meminta diambil tindakan segera. Dan perkara tersebut alhamdulillah telah diambil perhatian dan telah menjalankan kerja-kerja tersebut daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Seterusnya saya persilakan Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan kampung-kampung Orang Asli, nombor 3.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Jeram Padang yang bertanyakan soalan tentang kampung Orang Asli di Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan khas daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan semua rakyat di negeri ini termasuk masyarakat Orang Asli. Kita tidak ada second atau third ataupun ni, quard ketiga, jadi kita mintakkan samalah. Sebagaimana sedia maklum, walaupun kebajikan Orang Asli adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan sebagaimana terkandung dalam Senarai Pertama Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan tetapi di Negeri Sembilan saya terlibat jugak dengan lebih kurang 69 kampung-kampung Orang Asli seluruh negeri. Dan sebahagiannya lawatan-lawatan saya kepada semua kampung-kampung inilah. Kerajaan Negeri turut membantu meluluskan peruntukan projek-projek penyelenggaraan jalan dan perparitan yang termasuk di dalam skop MARRIS.

Walaupun dulu MARRIS ini buat jalan, tapi sekarang dah terlibat juga dengan parit, longkang dan jugak tanda-tanda jalan dan jugak perkara-perkara yang berkait dengan jambatan. Jadi saya telah berbincang dengan beberapa pegawai daripada jabatan Orang Asli supaya jangan kita hanya bergantung kepada Federal. Dan kalau ada benda-bendayang urgent ataupun segera, mintak. Kita ada beberapa bantuan terutama menggunakan peruntukan daripada MARRIS ya. MARRIS kita adalah merupakan perbelanjaan yang terbesar dan kita mendapat apa ni, merupakan negeri yang, salah satu negeri yang paling banyak membelanjakan peruntukan MARRIS.

Dan untuk maklumanlah, tambahan. Jadi pada tahun 2019, sejumlah 1.94 juta telah diurus, diluluskan untuk penyelenggaraan jalan. Seterusnya pada 2020 sebanyak 1.01 juta telah diluluskan. Dan jumlah ini telah meningkat kepada 2.35 juta pada tahun ’21. Dan pada tahun ini jumlah, sejumlah sebanyak 2.8 juta telah diluluskan. Peningkatan kelulusan peruntukan MARRIS menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan masyarakat Orang asli turut dibela bersama dengan kampung-kampung di seluruh Negeri Sembilan.

Jadi itulah, kalau boleh saya mintaklah, tak kiralah daripada mana ADUN yang terlibat, di dalam kawasan mereka masing-masing untuk menyatakan permohonan-permohonan untuk memastikan kebajikan dan kebaikan kampung-kampung Orang Asli ini dapat kita tingkatkan daripada masa ke semasa. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, yang peruntukan-peruntukan yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Labu itu adalah daripada MARRIS. Terima kasihlah. Itu memang sedia ada, saya pun faham. Selepas saya menjadi ADUN kawasan Jeram Padang, semua jalan ke kampung-kampung Orang Asli di situ telah diturap. Yang terakhir ini adalah pada 2 minggu lepas, iaitu Kampung Sungai Kelebang. Jadi saya hanya mintak daripada Kerajaan Negeri apakah ada peruntukan khas untuk kita boleh berikan kepada masyarakat, masyarakat bukan, yang, skop saya bukan infra seperti balai raya, jalan sahaja. Tetapi selain daripadanya. Seperti apa yang ada untuk masyarakat India melalui hal ehwal bukan Islam. Kita ada lagi untuk masyarakat Islam. Dan, jadi apa salahnya kita adakan sedikit peruntukan sikit khasnya untuk masyarakat Asli di mana mereka boleh mohon sebagai tambahan. MPKK di situ boleh mohon terus kepada Kerajaan Negeri untuk aktiviti kemasyarakatan di situ. Itu satu yang saya anggapkan terlalu dimintak-mintak oleh masyarakat Asli di situ. Jadi saya tak ada peruntukan, jadi nak mohon di situ pun, kita tak ada satu peruntukan khas. Jadi kita, apa salahnya Kerajaan Negeri

wujudkan satu tabung, walaupun bukan berjuta-juta tetapi sekurang-kurangnya ada untuk mereka mohon dan untuk mereka gunakan.

Dan seperkara lagi, untuk kampung Orang Asli juga di DUN Jeram Padang ini satu kampung, semua kampung sudah dapat menara telekomunikasi kecuali Kampung Sungai Kelebang. Itu satu sajalah kampung. Bila saya masuk ni sekarang jalan sudah dapat, air sekarang berjadual dihantar oleh JAKOA, terima kasih diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Tetapi menara telekomunikasi ni berpuluh surat telah saya tulis, beberapa kali saya telah sentuh tentang perkara tu di sini. Apa salahnya Yang Berhormat Labu buatlah sesuatu untuk sediakan menara telekomunikasi. Memang mereka ini tak dapat gunakan alat-alat telekomunikasi di situ. Terima kasih.

Terima kasih di atas soalan dan pandangan ADUN Jeram Padang. Sebenarnya inisiatif ni kena dibuat dan saya memang membantu dan saya telah meng, apa, berbincang dengan kebanyakan Pegawai-Pegawai Daerah ataupun Ketua Pegawai Daerah untuk memastikan segala kemudahan yang ada didapati oleh penduduk di kawasan bandar juga kita kena beri ke kawasan luar bandar, termasuk kawasan kampung Orang Asli ya, termasuk lampu jalan, termasuk kemudahan-kemudahan komunikasi dan bekalan air dan sebagainya. Walau macam mana pun kita ada banyak projek-projek yang dibuat dari semasa ke semasa melibatkan NGO dan jugak badan-badan bukan kerajaan dan jugak persatuan-persatuan dan jugak termasuk keagamaan. Termasuk jugak Jabatan Agama Islam ada masuk di kawasan di mana ada Orang-Orang Asli ataupun Orang Asal yang telah memeluk Agama Islam. Contohnya pembinaan rumah-rumah, kita ada, tinggal lagi baru ni saya dah pergi bersama Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di kawasan Kampung Panchor di mana kita telah menyerahkan 3 buah rumah ya, di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Dan saya jugak menggalakkan kepada semua, tak kira daripada ADUN, supaya menyatakan kalau tak ada peruntukan kita bincang bersama bagaimana kita cuba melibatkan badan-badan NGO ataupun korporat untuk membantu di dalam kawasan-kawasan yang terlibat ya. Untuk komunikasi kalau setakat satu saya ingat mungkin kita akan pertimbangkanlah tahun depan, insya Allah kita akan cuba bantu. Kalau semua dah dapat, jadi alhamdulillah sebab saya jugak telah memastikan supaya semua kemudahan asas telah dapat, telah ataupun akan didapati oleh semua kampung-kampung Orang Asli ya. Pada semasa pemerintahan kitalah, insya Allah, terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Yang Dipertua, sebentar saja tentang perkara yang sama. Terima kasihlah atas, tetapi kalau boleh saya mintak Kerajaan Negeri untuk, cuba untuk tahun nilah menara komunikasi. Tahun depan tu jauh lagi. Jadi kita, kalau boleh dimulakan hari ini. Dan, dan saya nak juga cadangkanlah, saya cadangkan kepada Yang Berhormat Sikamat untuk pertimbangkan mungkin 500 ribu untuk kampung-kampung Orang Asli. Mungkin JAKOA sendiri boleh memohon apabila ada keperluan dengan Kerajaan Negeri. Kalau ada peruntukan khas untuk mereka. Saya takut nak, Dato’ Yang Dipertua, saya takut nak cadang ni. Bila saya cadang ni, di sebelah sini kadang-kadang tidak dipertimbangkan. Macam semalam saya nak cadangkan juga. Tetapi saya, biasanya cadangan untuk macam, batalkan bil air ke mangsa-mangsa banjir tu tidak dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya takut nak, jadi kali ini saya berani, saya cadangkan untuk lebih kurang 500 ribu untuk …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Dipertua, bil air tu sikit, 10.00 ringgit, 30.00 ringgit. Kita bagi 1,000.00. Negeri lain tak bagi. Saya bagi 1,000.00 lagi extra. Setakat bil letrik tu, saya rasa dengan 1,000.00 tu pun boleh bayar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya kira ni soalan terakhirlah. Mr. Guna. You gunakan masa sebaiknya ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okay, Terima kasih Dato’, saya mengemukakan soalan 3.

Yang Dipertua Dewan

Soalan 3 haa.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan daripada Seremban Jaya yang menanyakan tentang jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Jabatan Perpaduan bagi pelaksanaan program kepada persatuan, NGO, RT dan MPKK ataupun individu. Dato’ Yang Dipertua, sehingga bulan Julai 2022, sejumlah 2,106,000.00 ringgit peruntukan yang berbentuk geran tahunan telah disalurkan oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional kepada 351 buah Kawasan Rukun Tetangga di Negeri Sembilan. Hanya Kawasan Rukun Tetangga sahaja yang menerima agihan peruntukan ini manakala persatuan, NGO, MPKK dan orang perseorangan tidak tertakluk untuk penerimaan peruntukan tersebut.

Dan berikut adalah pecahan agihan peruntukan Geran Rukun Tetangga mengikut daerah: Jelebu – 11 RT – 66 ribu. Jempol – 28 RT – 168 ribu. Seremban – 203 RT berjumlah 1,218,000.00. Rembau – 24 RT – 144 ribu. Kuala Pilah – 26 RT – 156 ribu. Port Dickson – 31 RT – 186 ribu. Dan Tampin – 26 RT yang berjumlah 168 ribu. Sekian.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’. Soalan tambahan Dato’.

Yang Dipertua Dewan

Soalan?

YB ADUN Seremban Jaya:. Terima kasih Dato’. Kenapa hanya kawasan Rukun Tetangga saja yang menerima agihan peruntukan daripada Kementerian Perpaduan? Persatuan dan NGO-NGO juga bantu kerajaan dalam menjalankan program perpaduan. Adakah Kerajaan Negeri membantu dalam hal ini? Terima kasih Dato’.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Seremban Jaya. Untuk makluman semua, memang peruntukan daripada Jabatan Perpaduan Negeri dan kementerian hanya disalurkan kepada Rukun Tetangga saja untuk menjalankan program-program yang berkaitan dengan perpaduan. Dan Kerajaan Negeri, kita berpandangan bahawa entiti masyarakat seperti NGO, persatuan penduduk, MPKK, masjid, orang perseorangan, banyak ruang lagi untuk mereka melakukan program-program seperti yang, yang berkaitan dengan perpaiduan, perpaduan dan memperkukuhkan lagi kerja-kerja perpaduan dalam negeri kita. Itulah sebab dalam tahun 2020, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengemukakan satu pendekatan yang baru iaitu inisiatif dana ERAT@Negeri Sembilan untuk membantu entiti-entiti masyarakat kita seperti NGO, seperti persatuan penduduk, MPKK dalam sesuatu komuniti itu supaya mereka dapat memohon peruntukan ini untuk mereka menjalankan program-program perpaduan di kawasan masing-masing.

Kami rasa bukan sahaja, saya, saya tak menafikan yang, yang Rukun Tetangga membantu dalam aspek perpaduan ni, okay. Tapi kalau dia boleh dilibatkan dengan entiti masyarakat atau aktiviti dekat kawasan masing-masing, lagi hebatlah perpaduan kita, betul? So saya rasa inilah ERAT@NS pada tahun ini kita dah peruntukkan sebanyak 1.2 juta daripada Kerajaan Negeri untuk dibahagikan di, di, dibenarkan kepada MPKK ataupun NGO-NGO untuk memohon kepada pejabat saya untuk melakukan program-program yang sama-sama boleh kita memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat kita, okay.

Dan saya ambil kesempatan ini, Dato’ Yang Dipertua, dalam sempena bulan merdeka ini, saya menyerulah tak kiralah pihak kerajaan ataupun pembangkang, sama-sama kita menyeru keseluruhan lapisan masyarakat kita, seluruh masyarakat kita untuk menggantung ataupun meletakkan jalur gemilang kita sempena bulan merdeka kita untuk sama-sama kita menyemarakkan semangat perpaduan, semangat merdeka dalam negeri kita. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang berhormat Lukut ya. Saya kira masa telah habis.

Dato’ Dipertua, boleh saya sedikit saya Dato’ Dipertua. Saya …..

Yang Dipertua Dewan

Ni apa? Soalan ke apa?

Bukan Dato’ Dipertua. Saya cuma nak cadangkan saja, ataupun memberi pandangan.

Yang Dipertua Dewan

Haa boleh.

Saya lihat Dato’ Dipertua, daripada susunan soalan ni, sahabat saya Seremban jaya dapat 2 kali Dato’ Dipertua, hari ni. Chembong langsung tak rasa Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yo ko?

Yang Dipertua Dewan

Eh, Chombong tak ado ko?

Kasih, nampaknya, nampaknya Dato’ Dipertua ni kasih bertompok-tompok agaknya.

Yang Dipertua Dewan

Jangan, jangan. Haa yelah. Soalan nombor 22, aduh, tak apa nanti kita, besok kita beri Chembong awallah. Nak, nak, nak

Saya lihat Seremban jaya 2 kali hari. Chuah 2 kali ya.

Yang Dipertua Dewan

Pasal, okay.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’, saya cadangan Dato’, besok terus nombor 1 kita punya kawan baik. Terima kasih.

Esok you sorang sajalah duduk sana.

Yang Dipertua Dewan

Tak apalah, saya, kita berilah peluang kepada ni, Chombong ni haa. Alaa kesian pulak …..

Alaa dah cross pulak.

Yang Dipertua Dewan

Muko dio sodih yo, adui.

Terima kasih sangat-sangat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih jugak sebab petang semalam ketiadaan Dato’ Yang Dipertua, seakan-akan Dewan ni kurang serinya Dato’ Dipertua. Saya, saya memberikan, bertanyakan soalan nombor 1 Dato’ Dipertua. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan masjid dan surau daripada ADUN Chembong. Dato’ Yang Dipertua, setakat 22 Julai 2022, senarai sumbangan yang telah diberikan kepada masjid dan surau di Daerah Rembau adalah seperti berikut:

 Masjid Kariah Batu 17 Chembong – 20,000.00;  Masjid Kariah Kampung Selemak – 20,000.00;  Masjid Dr Hj Mohammad Eusuff The - 3,000.00;  Surau Rumah Rakyat Chengkau – 5,000.00;  Kariah, Masjid Qaryah Pilin – 20,000;  Masjid Kariah Kampung Penajis - 5,000.00;  Masjid Jamek An-Nur – 385,000.00;  Masjid Kariah Tanah Air Hitam Chembong – 100,000.00;  Surau Al-Sharif Kampung Chembong Kecil – 40,000.00;  Surau Kampung Bintongan – 200,000.00;  Masjid Kariah Seberang Batu Hampar – 20,000.00;  Masjid Kariah Kampung Tengah Chembong Halt – 20,000.00;  Surau Ehsaniah Taman Rembau Utama dan Taman Seri Rembau Fasa 3 – 20,000;  Surau Rumah Rakyat Kota – 20,000.00;  Masjid Kariah Gadong – 15,0000.00;  Masjid Kariah Kampung Gadong – 50,000.00;  Surau Kampung Senama Ulu – 3,000.00;  Surau Ahmadiah Kampung Chengkau Ulu – 5,000.00;  Surau Kampung Kendong Lama – 3,000.00;  Surau Al-Huda – 3,000.00;  Surau Kampung Tiga Nenek, Kota – 5,000.00;  Surau Kampung Sungai Batu Pedas Tengah – 5,000.00;  Surau Al-Hidayah Kampung Paya Besar, Pedas – 10,000.00;  Masjid Kariah Panchang Linggi – 50,000.00;  Masjid Kampung Rendah – 100,000.00; dan  Surau Al-Hidayah Kampung Paya Besar – 20,000.00.

Jumlah 1.147 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Dato’ Dipertua. Banyak, terima banyak. Ini adalah untuk keperluan pembangunan syiar Islam kita Dato’ Dipertua, yang harus, seharusnya diberikan keutamaanlah. Cumanya Dato’ Dipertua, saya nak bertanya sedikit saja, hasil daripada aduan daripada pihak surau dan jugak masjid-masjid. Untuk peruntukan sumbangan baik pulih khasnya surau-surau dan masjid ni sepatutnya mereka ni perlu mintak dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ataupun kepada Majlis Agama, Dato’ Dipertua? Sebab ada jugak permohonan-permohonan yang tidak mendapat maklum balas Dato’ Dipertua. Terima kasih banyak.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Biasanya kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk diselaraskan. Itu saja Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih ADUN Chembong. Saya kira jawapan pun dah, dah diberi ya. Jadi saya nak pergi ke agenda seterusnya. Soalan-soalan pun telah di apa, dan jawapan pun telah diberikan. Mana-mana soalan yang tidak apa, tidak dijawab akan dijawab secara bertulis ya.

Usul Di Bawah Peraturan XVIIMotion

Setiausaha Dewan

Perkara Keempat, sambungan usul di bawah Peraturan XVII.

Yang Dipertua Dewan

Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat – Yang Berhormat semalam kita telah mengadakan perbahasan ya berkaitan dengan usul kenaikan kos hidup, kos sara hidup rakyat dan hari ini saya cadang nak buka kepada yang belum bercakap, kalau misalnya, kalau setuju nak terus pihak kerajaan jawab pun boleh jugak. Rasa semalam dah, ada, Serting nak cakap? Ya. Okay, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dalam salam sejahtera. Pertamanya terima kasih kerana memberi peluang untuk saya membahaskan usul daripada ADUN Chennah pada, yang dibentangkan pada hari semalam. Jadi beberapa orang rakan saya telah pun memberi pandangan-pandangan berhubung dengan usul tersebut. Sayugia kita semua maklum bahawa keadaan dunia dan juga negara kita hari ini memang berdepan dengan masalah inflasi, keadaan ekonomi dan juga kesusahan rakyat ya, keseluruhannya dan ini berpunca daripada keadaan dunia yang tidak menentu pada hari ini. Dan juga selepas kita dilanda oleh pandemik COVID-19. Dan alhamdulillah ya, sebagai kerajaan ataupun wakil rakyat, sudah menjadi tanggungjawab utama kita bersama iaituu ntuk menyantuni dan juga memberi keutamaan kepada apa juga masalah rakyat keseluruhannya tanpa mengira fahaman politik.

Dan alhamdulillah, semasa kita mengurus vaksin hari tu, dan juga banjir, dapat kita lihat di sini kematangan kita bersamalah ya, selaku ADUN-ADUN baik di pihak kerajaan/pembangkang, kita bersama ya, mengatasi masalah-masalah. Ini yang paling penting sekalilah, bila kita berpolitik dan bila kita diamanahkan ya, menjadi kerajaan ataupun pembangkang juga, kita sama-sama. Fokus kita adalah rakyat di samping pembangunan dan juga kemajuan di negeri kita ini.

Jadi, memang rakyat keseluruhannya terkesan semasa PKP hari itu ya, ramai yang tidak ada kerja ya, dalam rumah berkurung pulak. Jadi, memang terkesan keseluruhannya. Jadi, alhamdulillah nasib baiklah ya, di bawah Kerajaan Pusat ya, berbagai bantuan. Dan saya maklum juga ya, ada bantuan-bantuan daripada Kerajaan Negeri ya. Banyak juga bantuan. Dan ini adalah untuk kepentingan rakyat ya, di negeri kita ini. Jadi berbagai usaha telah kita buat. Jadi ingin juga saya menyentuh di sini, tu pun nasib baik hari ini dalam keadaan kesukaran, subsidi masih lagi diteruskan oleh kerajaan kita. Kalau ikut kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, jumlah subsidi ya, di negara kita hingga minggu lepas, ataupun minggu ini berjumlah 77.7 bilion ya, yang meliputi subsidi tunai, subsidi barang dan juga subsidi pukal. Khususnya subsidi pukal ni minyaklah, RON95 dengan harga pasaran 3.85. subsidikan oleh kerajaan 1.65, [ringgit]1.65 sen per liter. Kita bayangkanlah, daripada kita mula bersidang tadi, sampai hari ini agakanya berapa ratus ribu literya, minyak-minyak, itulah yang ditanggung oleh pihak kerajaan dan dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, subsidi untuk RON95 ni saja sudah mencecah 30 bilion. Jadi sudah tentulah kalau kita fokus kepada kesusahan rakyat pada hari ini, maka sudahlah berbagai usaha sebab saya yakin usul ini dibawah oleh pihak Kerajaan Negeri ya, untuk memastikan setakat mana yang boleh ya, Kerajaan Negeri untuk sama-sama turut serta ya, dalam menangani kes kegawatan ekonomi dan juga permasalah rakyat kita.

Jadi suka juga saya fokus ya, saya ambil fokus kepada suasana di Parlimen Jempol yang terlibat DUN Serting, DUN Palong, DUN Jeram Padang dan juga DUN Bahau ya, iaitu jenis-jenis bantuan ya, yang telah diberi melalui Kerajaan Pusat, melalui Ahli Parlimen dan juga berbagai inisiatif termasuk jugalah, alhamdulillah ya, bantuan-bantuan daripada orang perseorangan ya. Yang mampu mereka juga turut sertalah ya untuk membantu mereka yang terkesan. Saya bagi senario dia, saya fokus kepada Parlimen Jempol juga keperluan yang mendesak oleh orang ramai, oleh rakyat yang datang mengadu sendiri dan juga yang dapat kita kesan akibat daripada COVID-19 hari itu, dan juga masalah tiada pekerjaan dan juga ketiadaan suasana ekonomi negara kita dan juga negeri kita yang tidak menentu.

Pertamanya, contohnya bantuan kit makanan iaitu bermula daripada kuarantin dan juga mereka yang terkesan ya, selepas PKP dan juga mereka yang memang orang kata, susah iaitu di Jempol saja kita telah bagi bantuan kit makanan berjumlah 35 ribu ya. Kit makanan dengan peruntukan lebih kurang 3.5 juta. Itu kit makanan sahaja.

Yang kedua, bantuan katil. Ramai pulaklah, Dato’ Yang Dipertua ya, yang uzur orang-orang kita ni. Dulu saya ingat lagi, semasa saya diamanahkan menjadi Exco kesihatan di Negeri Sembilan ni, saya tekankan, bila saya buat bancian ramai di kalangan rakyat kita ni tak buek ujian darah. Ramai betul. Tu sebab saya dulu saya buat tagline di Negeri Sembilan ni “jaga kesihatan ketika sihat” pada ketika, bermakna bila kita dalam keadaan sekaranglah. Kita membuat pemeriksaan darah. Iaitu jumlah katil 282 buah dengan peruntukan RM0.7 juta. Iaitu dalam 600 ribu lebih, 648 ribu.

Kemudian, kerusi roda juga ya. Dah lah kita keadaan COVID, keadaan kesukaran, ramai juga yang memerlukan bantuan kerusi roda sebanyak 1,862 buah kerusi roda telah kita edarkan dengan peruntukan 0.6 juta ya, jumlah dia besar jugak ni. Begitu juga kepada mereka, ramai yang terkesan. Ni cerita terkesan ya, terkesan melalui JKM, melalui asnaf dan juga melalui berbagai-bagai sumber untuk kita mengenal pasti ya, mereka yang terkesan ni kita bantu juga. Di Jempol buat bantuan anak-anak sekolah “Happy To School”. 1,200 oprang telah kita bantu dengan peruntukan lebih kurang 0.5 juta iaitu lebih kurang 500 ribu. Dan juga Jualan Murah Keluarga Malaysia ya. Iaitu dah 6 tempat telah kita buat melibatkan peruntukan 0.2 juta.

Begitu juga dengan bantuan kampung Orang Asli. Saya di Serting tak adalah, di, yang banyak di kawasan Yang Berhormat saya iaitu di DUN Jeram Padang ya. Kita bantu juga masyarakat Orang Asli ini dengan peruntukan 400 ribu ya. Berbagai masalah yang ada di kawasan sana. Dan juga Kerajaan Negeri ada tabung usahawan dia, TUNS ya. Jadi kita juga, semasa PKP nanti, hari itu, kita lihat usahawan-usahawan muda, pengusaha-pengusaha muda ni dia terkesan. Jadi, seramai 1,500 orang ya, usahawan muda telah dapat kita bantu di Parlimen Jempol dan juga melibatkan 4 DUN ni keseluruhannya ya, mereka yang terkesan dapat kita bantu dengan peruntukan 1.5 juta.

Begitu juga seperti yang saya katakan di peringkat awal tadi, Kerjasama kita baik ya. Kerja, walaupun di peringkat awal tu ada sikit salah faham, maklum sajalah kita faham suasana tu, dan akhir, melalui musyawarah dan persefahaman kita dengan semua peringkat kepimpinan ya, di pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang, fokus kita pada masa vaksin hari itu adalah untuk menyelematkan rakyat. Untuk memastikan rakyat negara kita sejahtera, jadi kita juga selain daripada pusat vaksin ya, dos pertama, dos kedua yang diselia oleh Kerajaan Negeri sendiri ya. Kita juga turut sama ya, membantu dengan membuat 11 program ya, kita panggil “vaksin mencari rakyat” kerana kita dapati ya, di luar bandar, masaih ramai di kalangan orang-orang kampung yang tidak berdaftar dengan MySejahtera. Kalau kita tak usahakan begini, sampai hari ini saya rasa orang ni tak akan apa, menerima suntikan vaksin. Jadi pada masa tu, kita ambil inisiatif, kita gerakkan semua jentera yang ada ya, kita daftarkan mereka pada hari yang sama. Dan pada masa yang sama juga kita dapat suntik mereka. Dan alhamdulillah di Parlimen Jempol mendapat kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan juga dariapda Institut Jantung Negara. Jadi dapat, jadi jumlah dia ramai juga Dato’ Yang Dipertua ya. Tapi taklah semua ni apa, berdaftar dengan MySejahtera. Tapi jumlahnya 15,817 orang. Tapi, suku daripadanya tu memang tidak ada berdaftar dengan MySejahtera.

Dan begitu juga habis saja kita semua dilanda oleh banjir ya. Saya ucap terima kasih kepada JPS ya, kerana di Parlimen Jempol, beberapa sungailah, kita di Jempol ni punca banjir adalah daripada sungailah ya. Pembersihan sungai ya, cetek dan sebagainya. Dan JPS, DO Jempol saya ucap berbanyak terima kasih. Tindakan-tindakan telah mula dapat diambil supaya sekiranya berlaku hujan lebat, sekurang-kurangnya kita dapat meminimakan ya, keadaan banjir yang ada di kawasan tu. Dan saya berharap kajian-kajian terus dibuat supaya tebatan banjir ni dapat dilaksanakan. Dan bantuan banjir di Jempol hari itu 350 orang. Jumlah dia boleh tahan jugak ya, 2.2 juta. Tak dapatlah kita bayangkan di negeri Selangor dan juga yang lebih dahsyat lagi di seluruh negara kita.

Jadi, sehubungan dengan itu, bertepatanlah mungkin ya, ini saya bagi senario kita bersama ya, di seluruh Negeri Sembilan, itulah yang dihadapi oleh masyarakat kita, oleh rakyat di Negeri Sembilan ini akibat daripada pandemik COVID, kesan kepada punca pendapatan mereka, masalah kesihatannya ya, masalah dan macam-macam lagi. Dan, dan saya yakin ya, sebagai wakil rakyat yang diamanahkan, yang dipertanggungjawab bersama sudah tentulah apa juga yang nak kita lakukan, kepentingan utama adalah ya, untuk menyuantuni, membela masyarakat kita ya, keseluruhannya demi kesejahteraan ya, keharmonian dan juga kemajuan Negeri Sembilan yang kita cintai ini. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Serting. Seterusnya? Apa? Haa, Chembong. Kang merajuk deh kang. Teruskan.

Dato’ Dipertua, terima kasih banyak. Saya jugak nak turut serta mengambil bahagian membahaskan usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Chennah semalam. Saya jugak nak ambil peluang ini untuk berikan pandangan-pandangan tentang usul menyarankan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan untuk kita membekukan kadar kenaikan sewa, caj dan jugak cukai-cukai, Dato’ Dipertua. Usul ini baik. Semestinya ia lahir daripada semangat keprihatinan kita untuk terus memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya dalam keadaan kenaikan kos sara hidup sekarang. Ianya juga jugak hasil daripada semangat kebertanggungjawapan kita sebagai pemimpin khususnya ahli-ahli Yang Berhormat sidang Dewan untuk membantu rakyat supaya keluar daripada tekanan hidup dan sebagainya, Dato’ Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, secara dasarnya, secara prinsipnya saya bersetuju, saya menyokong walaupun secara ikhlasnya jugak Dato’ Dipertua, saya berpandangan apa yang diusulkan ini, apa yang dicadangkan untuk menaikkan kadar-kadar cukai ini bukanlah sebenarnya perkara yang baru sangat Dato’ Dipertua. Dan langkah-langkah untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup ni pun telah juga diambil oleh pihak-pihak yang lain, Kerajaan Pusat dan sebagainya menubuhkan jawatan kuasa menangani kos sara hidup dan sebagainya. Berbincang dengan pengeluar-pengeluar, pembekal-pembekal agar kawalan harga dapat dilakukan dan sebagainya. Sebelum ini Dato’ Dipertua, ataupun saya jugak nak mengucapkan tahniah jugaklah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri sekarang ini kerana meneruskan kelangsungan polisi-polisi yang telah dilakukan, telah dilaksanakan dengan, oleh kerajaan sebelum ini. Kalau kita sebut dengan cukai tanah Dato’ Dipertua, cukai tanah ni dari dulu dah memang tidak pernah dinaikkan oleh kerajaan sebelum ini pun. Dan lain-lain lagilah. Caj air dah sebagainya, kecuali caj untuk pihak industri dan sebagainya.

Cumanya Dato’ Yang Dipertua, untuk hal yang berkaitan jugak. Saya nak mintak ataupun nak mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan agar melihat polisi-polisi yang ada sekarang terutamanya pihak kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan. Contohnya Dato’ Dipertua, di, di Rembau, Majlis Daerah Rembau. Saya dimaklumkan, saya menerima aduan daripada peniaga-peniaga yang meniaga di gerai-gerai Majlis Daerah ni, Dato’ Dipertua. Kalau dulunya kita menetapkan harga ataupun bayaran yang minimum ataupun yang paling munasabah agar peniaga-peniaga kecil yang tiada tempat ini diberikan peluang berniaga di gerai-gerai di bawah Majlis Daerah Rembau. Tapi sekarang ni menurut mereka Dato’ Dipertua, sekiranya mereka nak memohon perun, memohon untuk mendapatkan gerai-gerai ni, proses, kaedah, tatacaranya adalah bukan dikenakan bayaran tetap yang minimum, minima tetapi ianya dilakukan dengan penawaran sebut harga ataupun tender, Dato’ Yang Dipertua. Siapa yang menawarkan harga yang tinggi, dia dapat. Dan bagi saya ianya tidak selari dengan apa yang kita bawak ini, Dato’ Dipertua. Jadi saya mohon untuk diperlihatkan perkara-perkara tersebut, seperti ini.

Dato’ Yang Dipertua, untuk kita memastikan kesejahteraan rakyat, kita bukan hanya perlu memandang dari segi aspek kemudahan, aspek ekonomi, aspek lain-lain Dato’ Dipertua, tapi aspek untuk kita membantu mereka dari segi mengurangkan kos sara hidup ini adalah perkara yang antara yang paling utama. Dan antara aspek yang perlu kita pertimbangkan dengan sebaiknya jugak adalah bagaimana kita nak merancakkan kitaran ekonomi bagi mereka-mereka yang memerlukan ini, Dato’ Dipertua. Contohnya, berkaitan dengan di kawasan jugak Dato’ Dipertua. Saya nak memberi pandangan ataupun teguran ataupun apa-apa sajalah yang berkaitan, Dato’ Dipertua. Saya nak membawa aduan daripada peniaga-peniaga pasar tani di Rembau, Dato’ Dipertua. Beberapa peniaga pasar tani ini yang duduk sedikit luar daripada kawasan pasar tana, pasar tani ini telah diberikan notis beberapa kali untuk tidak lagi berniaga Dato’ Dipertua. Saya rasa dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ini, seharusnya pihak PBT, pihak agensi-agensi yang berkaitan, FAMA dan sebagainya, memberikan peluang yang lebih besar kepada mereka Dato’ Dipertua. Jadi ini saya mintak mereka melihat agar kos sara hidup mereka ini bukan saja dapat ditolong secara langsung, tetapi jugak dengan membantu mereka membuka peluang-peluang perniagaan kecil-kecilan seperti ini Dato’ Dipertua.

Dan saya jugak nak mencadangkan ataupun untuk Pihak Berkuasa Tempatan, Dato’ Dipertua, melihat satu aduan jugak tentang pasar malam Chembong. Pasar malam Chembong. Yang dulunya pasar malam Chembong ini dibuka tak salah saya setiap Rabu petang. Dan ia memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk berniaga dan menambahkan pendapatan dan secara langsungnya akan membantu mereka dalam menangani kos sara hidup ni Dato’ Dipertua. Tapi nampaknya pasar malam Chembong ni telah ditutup dan hingga kini tidak dibuka Dato’ Yang Dipertua ya.

Jadi Dato’ Dipertua, selain daripada itu jugak Dato’ Dipertua, saya pernah menyebut dalam Dewan ini. Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita lihat untuk membantu masyarakat rakyat ni Dato’ Dipertua dalam hal isu mem, mengurangkan bebanan sara hidup mereka Dato’ Dipertua. Pada sidang yang lepas saya pernah membangkitkan langkah dan jugak perkembangan tentang pusat dialisis yang telah kita cuba untuk lakukan di Masjid An-Nur Rembau dulu Dato’ Dipertua. Tapi jawapan daripada Exco yang berkaitan pada mesyuarat yang lepas agak kurang jelas ya, pada saya, mungkin ketiadaan maklumat yang baik. Saya harap Dato’ Yang Dipertua ya, pusat dialisis yang kita fokuskan untuk pesakit-pesakit dialisis daripada kalangan B40 ini Dato’ Dipertua, dengan kerjasama masjid, pejabat agama, Majlis Agama Islam dan jugak klinik swasta diteruskan dengan segera Dato’ Dipertua, untuk meringankan kos-kos mereka Dato’ Dipertua.

Tentang hal-hal permasalahan masyarakat, rakyat Dato’ Dipertua, daripada senarai tajuk-tajuk soalan semalam dengan hari ini Dato’ Dipertua, saya melihat banyak ahli-ahli Yang Berhormat mengutarakan tentang permasalahan bekalan air yang terganggu. Saya tengok Senaling pun ada bertanya soalan pasal air, Palong, Pertang, Johol, Seri Menanti, Dato’ Dipertua, dan saya jugak sama jugak, Dato’ Dipertua. Saya mintak Dato’ Dipertua, pihak SAINS melihat permasalahan ini. Di kawasan saya contohnya Dato’ Dipertua, di persimpangan Kampung Seberang Batu Hampar, seminggu ada satu kala, satu ketika tu satu minggu sampai 2 – 3 kali Dato’ Dipertua. Saya tidak mempertikaikan kaedah penyelesaian corrective action ni Dato’ Dipertua, memang menjadi polisi pihak SAINS sebarang kebocoran ini harus ditangani dalam tempoh masa yang tertentu, 4 atau 5 jam. Tetapi yang saya nak pertikaikanlah kekerapannya Dato’ Dipertua, ia berlaku di kawasan-kawasan yang lain. Saya mintak pihak SAINS menangani isu ini Dato’ Dipertua. Kalau perlu diganti, diganti.

Jadi, selain daripada itu Dato’ Dipertua, untuk kita membantu masyarakat dalam menangani hal ehwal kos sara hidup ni Dato’ Dipertua, kita memerlukan jugak bantuan secara langsung dan tidak langsung. Kita memerlukan sumber kewangan yang baik, keadaan kewangan yang baik, Dato’ Dipertua. Semalam semasa menjawab soalan lisan saya jugak, pihak kerajaan ada memaklumkan dengan, hasil daripada soalan tambahan, kita perlu merisaukan jugak. 2020 Dato’ Dipertua, pendapatan kita kurang daripada yang kita sasarkan. 2021 pun sama. Dan kita sama-sama doakan agar tahun ini kita dapat capai Dato’ Yang Dipertua. Dapat capai apa yang kita telah anggarkan daripada semasa bajet hujung tahun lepas untuk tahun ni Dato’ Dipertua. Oleh itu, 2 tahun berturut-turut, sebab kita dalam tempoh masa yang saya yakin untuk bersedia untuk membentangkan bajet tahun depan. Dan saya harapkan walaupun kita memerlukan kaedah-kaedah, program-program ataupun peruntukan-peruntukan untuk membantu rakyat, Dato’ Dipertua, pada masa yang sama kita juga perlu risuakan jugak tentang keadaan rizab kewangan kita. Dah 2 tahun kita menggunakan rizab kewangan kita untuk buat bajet. 2020 dan jugak, 2021 dan jugak 2022, Dato’ Dipertua. Dan untuk itu Dato’ Dipertua, saya jugak nak mencadangkan agar kita sentiasa berhati-hati jugaklah tentang perbelanjaan kita. Kurang-kurangkanlah sedikit Dato’ Dipertua ya, lawatan-lawatan kerja yang me, me, apa, memakan belanja yang agak besar Dato’ Dipertua ya. Itu saja yang Dato’ Dipertua, saya nak, nak sebutkan agar kita berhati-hati.

Akhir sekali Dato’ Dipertua, saya jugak nak ambil kesempatan sebagai bekas ahli sukan jugak Dato’ Dipertua, saya ya, saya, sebab baru-baru ni Sukan Komanwel Dato’ Dipertua …..

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Chembong, sukan apa Chembong?

Saya pernah, saya pernah bertanding di peringkat akhir pertandingan badminton semasa saya zaman sekolah. Mewakili rumah merahlah, Dato’ Dipertua. Walaupun saya tewas di tangan rumah biru, Dato’ Dipertua, saya. Dato’ Dipertua, saya nak ambil kesempatan, jangan ganggu saya Dato’ Dipertua, saya nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah Dato’ Dipertua, kepada kontinjen negara kita yang telah mewakili negara, haa tepuk tangan cepat. Telah mewakili negara ke Sukan Komanwel di Birmingham, England baru-baru ni Dato’ Dipertua. Kita, tak salah saya kita telah mencapai ataupun mendapat pungutan pingat 7 emas, 8 perak dan 8 gangsa. Tahniah kepada semua kontinjen termasuk atletnya, pengurusannya, coach dia Dato’ Dipertua, semua sekalilah.

Cumanya saya nak bertanya dalam di dalam Dewan ini, tentang pembangunan sukan kita ya. Dulu di Sukan Komanwel sebelum-sebelum ini Dato’ Dipertua, kita dapati ramai ahli-ahli daripada negeri kita yang dapat mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Contohnya Dato’ Dipertua, saudara Irfan Shamsuddin ya, ni, apa tu, tak salah saya, Irfan Samsudin dalam olahraga, cakra. Tak, tak salah saya juga Phoon Eyin telah menaikkan negara kita, atlet daripada Negeri Sembilan dalam bidang wushu ke Sukan Asia dan sebagainya. So Dato’ Dipertua, mungkin kita boleh berbangga dengan sedikit penjelasan daripada Kerajaan Negeri selepas ini berapa ramaikah atlet-atlet

daripada Negeri Sembilan yang telah dapat menyertai kontinjen Komanwel kita baru-baru ini Dato’ Dipertua ya.

Dan satu lagi mungkin boleh saya bertanya, ada tak kita Kerajaan Negeri menghantar kita punya pasukan ataupun pegawai-pegawai kita untuk ke sana baru-baru ini ya. Untuk meninjau apa yang patutlah Dato’ Dipertua ya. Kalau ada, mungkin kita boleh bentangkan dalam Dewan ini, dapatan-dapatan kita, pemerhatian-pemerhatian kita untuk kita menambah baikkan pembangunan sukan kita untuk negeri ini Dato’ Dipertua. Siapa yang pergi, berapai, berapa ramai orang, berapa belanja yang telah dibelanjakan ya, daripada sumber mana dan sebagainya, Dato’ Dipertua. Jadi, itu saja yang saya nak sampaikan Dato’ Dipertua. Terima kasih banyak. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Saya buka lagi ya. Ada, Yang Berhormat Rantau, silakan.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang, YB Dato’ Dipertua kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk bersama-sama membahaskan usul yang telah pun dibawak oleh Chennah untuk kita sama-sama ahli Dewan yang mulia ini untuk kita melihat cara yang terbaik untuk memastikan penderitaan yang sedang ditanggung oleh rakyat terutamanya mereka yang kurang berkemampuan dapat kita cari cara dan jalan untuk meringankan. Kita tak boleh katakan kita hapuskan ya, meringankan bebanan mereka. Sebagai pihak berkuasa, kerajaan mempunyai tanggungjawab. Ini tanggungjawab hakiki mana-mana kerajaan pun Dato’ Dipertua, untuk melihat semasa rakyat menghadapi kesulitan, menghadapi kesulitan hidup, kerajaan mesti menjadi sebagai apa yang dipanggil sebagai the last resort untuk adakan Jaringan Keselamatan Sosial yang mesti menjadi sebagai tempat orang mengadu ataupun untuk mengadu nasib masing-masing.

Jadi, usul yang dibawak oleh Chennah ini kita bahas sampai ke hari ini, adalah merupakan usul untuk kita sama-sama mencernakan dan jugak mentelaah isu apa yang berlaku. Dato’ Dipertua, masalah inflasi ini bukan masalah dihadapi oleh Negeri Sembilan saja ya, bukan dihadapi Malaysia saja. Ia masalah dunia ya. Dunia menghadapi masalah selepas masalah pandemik COVID menyerang dunia selama 2 tahun lebih ya. Lepas tu pulak Dato’ Yang Dipertua, kita ingat pada tahun 2022 pemimpin-pemimpin dunia belajar daripada masalah pandemik COVID ini, untuk bekerjasama di antara satu sama lain. Rentas sempadan membantu ya, bagaimana cara untuk kita menghadapi kecaman, ancaman keselamatan non-traditional, Dato’ Dipertua. Sekarang ini masalah ancaman bukan lagi ancaman komunis, tak ada lagi dah ya. Ancaman serangan itu dan ini daripada luar negara. Tetapi ancaman sebenarnya ialah ancaman seperti ancaman pandemik ya, masalah kesihatan, ancaman global warming yang mana dunia menghadapi masalah dengan peningkatan suhu dunia dan berbagai-bagai lagi Dato’ Yang Dipertua, iaitu ancaman yang tak pernah kita mengadakan dasar yang sempurna untuk menghadapinya. Jadi pandemik ini masalah.

Malangnya tahun ’22 dimulakan pulak oleh serangan oleh Suria ke atas Ukraine. Yang mana 2 negara ini merupakan negara pengeluar yang banyak mengeluarkan bahan-bahan mentah untuk diedarkan ke seluruh dunia terutamanya minyak dan gas, jagung, minyak masak matahari dan jugak jagung, makanan tuan-tuan, Dato’ Yang Dipertua. Jadi, masalah COVID belum habis lagi, baru nak hidup, ditambah pulak oleh masalah kekurangan bekalan. Inflasi ini Dato’ Dipertua, ialah apa yang kita belajar di Tingkatan 6 dulu ya. Basic enonomic principle – demand and supply, dengan izin ya. Di mana inflasi akan berlaku apabila demand exceed supply ya. Apabila ada permintaan melebihi daripada pengeluaran, jadi ini suatu perkara asas yang perlu kita faham.

Orang tua-tua cakap Dato’ Yang Dipertua, sakit berpunca, mati bersebab. Jadi apa punca dia. Kita kena lihat punca dia ya. Inflasi ini apa punca dia. Jadi, kita mesti bak kata orang tu, kalau doktor tuan-tuan, Dato’ Yang Dipertua, pergi jumpa orang sakit, dia prescribe dulu ya. Apa sakit dia. Dia bukan bagi ubek toghuih doh, jangan bagi ubek, kang orang sakit kepala, kita bagi ubek sakit poghot, tak elok. Doktor mesti tahu dulu apa sakit dia, latar belakang dia. Kita jugak mesti begitu ya. Kita mesti melihat mengapa kos kenaikan sara hidup di Malaysia meningkat ya. Apa punca dia ya. Apa sebabnya. Sebabnya rantaian the global supply chain terhenti-henti, tersekat-sekat disebabkan oleh COVID dan sekarang ini disebabkan krisis Rusia dan Ukraine. Dan jugak rantaian pengeluaran pun terhenti Dato’ Dipertua. Jadi 2 sebab dia ya. Pengeluaran terhenti dan jugak bila dah ada pengeluaran, tidak dapat pulak untuk berhenti, Shanghai ditutup selama lebih 3 bulan, 4 bulan Dato’ Dipertua, Pelabuhan yang terbesar, pelabuhan kontena terbesar di dunia. Kontena tak ada, tak cukup, seluruh dunia tak cukup kontena. Pelabuhan Shanghai kerana bandaraya Shanghai ditutup oleh Kerajaan Negara China untuk memastikan dasar negara China zero COVID ya. Dia tutup semua ya. Ini, ini dasar dia. Jadi, seluruh dunia menghadapi masalah, baru nak hidup, tetapi kontena-kontena kosong, kontena yang dah berisi, semua tak boleh di-load-kan, di-unload atau di-load di Pelabuhan Shanghai. Pelabuhan ter, kontena terbesar di dunia selepas Dhubai. Jadi, Dato’ Dipertua, ini masalah dia. Jadi apa yang perlu kita lakukan di sini Dato’ Dipertua, ialah kita bincang di sini banyak kepada dasar fiskal. Dasar fiskal Dato’ Dipertua, it is a crisis management, betul, ya? Crisis management must be rapid dalam krisis kita tak boleh mengadakan dasar jangka masa panjang, jangka sederhana, tetapi dasar jangka pendek. Rapid action to produce rapid result, Dato’ Dipertua ya. Jadi kita perlukan dasar fiskal yang kuat, yang boleh menyakinkan rakyat. Itu sebabnya Kerajaan Persekutuan, negara kita telah berbelanja akan mencecah tidak kurang 80 bilion tahun ini. Dah sampai 77.7 juta, bilion dah tahun ini ya. Bayangkan Dato’ Dipertua, hasil kita Dato’ Dipertua, 230 bilion tahun ini, yang telah pun kita bajetkan, tetapi kita dah berbelanja 77 bilion untuk menampung subsidi sahaja. Ini merupakan suatu perkara yang rakyat Malaysia kita semua tahu dan mesti mengambil kira dan mesti rasa takut Dato’ Dipertua ya, kerana kita akan menghadapi masalah lebih besar lepas ini ya.

Jadi kita jangan terlampau taksub sangat dengan asas kepada dasar fiskal. Kita mesti membuat dasar-dasar lain, jadi maknanya apa yang kita nak bincangkan di sini mesti kita ambil kira jugak. Bukan dari segi fiskal sahaja, tetapi apa dasar kita, bagaimana cara kita nak mengurang kos sara hidup ya. Kos sara hidup disebabkan oleh kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang disebabkan oleh apa. Antara supply dan demand, rantaian ini Dato’ Dipertua, terdapatnya beberapa sektor-sektor compartmental yang proses pengambilan untung. Jadi ini kita kena tengok ya. Kalau tidak nanti Dato’ Dipertua, Dato’ Yang Dipertua sebagai petani, sebagai penternak, sebagai peladang, Dato’ Dipertua tak dapat apa-apa, barang yang Dato’ Dipertua jual pun tak, tak tinggi pun sampai meningkat 30 – 40%. Kalau boleh jual pun lebih 10% dah untung dah ya. Tetapi harga di pasaran Dato’ Yang Dipertua, barang yang Dato’ Dipertua jual tersebut 100 – 300% naik. Haa ini cara kita.

Yang non-fiscal interference ataupun intervention, dengan izin, kita mesti lihat supaya ini dapat kita putuskan rantaian proses pengambilan untung. Pernah kita lihat Dato’ Dipertua, ni sebabnya saya semalam semasa Exco, semasa pihak kerajaan kata Kerajaan Pusat akan meneruskan kita punya Program Jualan Keluarga Malaysia tersebut, dan mulai pada bulan ini akan dibagi 25 ribu Dato’ Dipertua, setiap DUN, 36 DUN, setiap DUN 26 ribu satu bulan, 25 ribu setiap bulan sehingga hujung tahun. Boleh digunakan setiap minggu 6,000 ataupun sekali pun boleh. Ini adalah untuk kita memutuskan rantaian.

Apa yang saya nak cadangkan kepada Kerajaan Negeri adalah, betul kita nak pastikan supaya tidak ada kenaikan sewa, membekukan kenaikan caj apa semua, tetapi itu sementara kerana berapa lama kita boleh buat begitu. Takkan sampai selama-lamanya, kerajaan perlukan pendapatan. Kalau tak ada pendapatan, nanti pulak kita susah untuk membantu, untuk membangunkan negeri. Jadi, program ini, rapid action untuk jangka pendek saja. Jangka panjangnya apa, ya. Jangka panjangnya Dato’ Dipertua ialah, kita mesti buat apa yang dipanggil dasar intervention di supply site Dato’ Dipertua. Jangan kita ganggu the demand punya site. Apa yang kita buat sekarang ialah kita mengganggu di sektor permintaan. Saya tak tahu apa sebab ya, bank pusat menaikkan kadar faedah OPR. Ini Dato’ Dipertua, menyukarkan lagi kita. Dalam orang baru nak belajar hidup Dato’ Yang Dipertua, baru nak hidupkan semula perniagaannya, baru nak bekerja semula, Dato’ Dipertua, baru nak mendapat pendapatan, kos untuk hidup dah tinggi pulak. Bila kadar faedah dinaikkan, OPR oleh Bank Negara, secara tak langsung, secara automatik, bank-bank perniagaan Dato’ Dipertua, akan menaikkan kadar faedah mereka. Orang nak bayar sewa rumah dah naik pulak dah, kan. Kalau bayar 500.00 sekarang dah jadi dekat 570.00 – 580.00 disebabkan oleh kenaikan kadar faedah.

Saya rasa ini tidak perlu kerana kita terlampau taksub melihat kepada the demand site. Kita menaikkan OPR, kita menaikkan kadar faedah semalaman oleh bank pusat dengan harapan supaya orang menyimpan duit di dalam bank, mendapat kadar faedah. The bank pusat ataupun Bank Negara nak mengambil ataupun they want to take out the liquidity form the market, dengan izin. Dia nak mengambil kecairan daripada terlampau banyak duit kerana tiba-tiba sahaja kita punya sempadan dah dibukak, Dato’ Dipertua. Tiba-tiba sahaja dunia terbukak selepas 2 tahun setengah ditutup, terbukak, maka orang akan berbelanja kerana selama ini mereka tak dapat berbelanja keluar. Jadi demand punya site tu tinggi.

Kalau ikut prinsip ekonomi, teori ekonomi basic principle daripada Harcharan Singh Khera dulu kan, Dato’ Dipertua ingat lagi kan, Harcharan Singh Khera kata demand exceed supply, then you must disturb the demand punya site. Tak boleh macam tu. Biar market ini banyak liquidity. Biar market ada banyak kecairan kerana kecairan ini akan membantu untuk menghidupkan pengeluaran. Tetapi kalau kita ambil kecairan daripada pasaran, maka kecairan ini akan menjadi sedikit, maka pihak pengeluaran melihat kecairan dah tak ada, siapa nak buat perniagaan. Jadi, ini perlu kita ingat Dato’ Yang Dipertua ya, supaya jangan kita ikut terlampau sangat asas ekonomi, jangan kita lupa. Yang patut kita buat ialah kita mesti interfere, intervene pengeluaran punya site. Mengapa ayam tak cukup ya. Mengapa ikan tak cukup. Mengapa sayur tak cukup. Jadi maknanya Dato’ Dipertua, ialah kita mesti lihat kepada sektor pengeluaran. Kita mesti memberikan nafas baru kepada kilang-kilang. Kita mesti memberi nafas kepada peniaga-peniaga. Rakan-rakan ahli Yang Berhormat tadi ada cakap, semalam ada cakap bahawa biar orang berniaga, biar orang berniaga, biar orang banyak duit ada. Orang ada duit. Kalau kita tengok, Dato’ Yang Dipertua, boleh jangka ke filem Mat Kilau collect sampai 100 juta? Kan? Orang ada duit. Orang pergi tengok wayang. So, apa yang dibuat ialah kita menarik kecairan daripada pasaran, itu tak betul. Kita jangan tarik, biar kecairan ini. Dia macam badan Dato’ Dipertua, dalam darah kita …..

[percakapan YB Yang Dipertua secara off mic]

Apa dia?

[percakapan YB Yang Dipertua secara off mic]

100 juta dalam masa 4 bulan, Dato’ Dipertua. Are we facing liquidity problem now, or what? Kita tidak. Masalah kita sekarang ialah masalah pengeluaran itu. Maka lihat kepada pengeluaran. Perbanyakkan pengeluaran. Perbanyakkan bekalan sayur. Perbanyakkan bekalan ayam. Perbanyakkan bekalan itik ko, tolo ko apo, telur, tolo pulak kan. Bekalan telur ayam. Bekalan daging. Itu kita perlu banyakkan. Bukan menarik kecairan daripada pasaran daripada tangan orang. Menaikkan kadar faedah akan menarik, merendahkan nilai ringgit dan jugak menarik kecairan daripada tangan orang, daripada poket orang. Dulu bayar sewa rumah 300.00, sekarang dah dekat 400.00. 100.00 dah diambil, Dato’ Dipertua. Bayar kereta dulu 300.00 sekarang kena bayar 320.00. Semua akan naik Dato’ Dipertua kerana bank dan pihak pemasaran, pengeluaran tidak akan absorb ataupun tidak mengambil kos, dia akan pulangkan kos kepada pembeli-pembeli.

Jadi saya mintak supaya Kerajaan Negeri betul, kita buatkan apa yang disarankan, membekukan ya, membekukan, tidak menaikkan. Actually, sebenarnya tak perlu bawak Dewan, Dato’ Dipertua, ini boleh dibuat secara pentadbiran. Dalam kerajaan semasa Kerajaan BN dulu pun kita tak pernah naikkan sewa. Kita tak pernah naikkan cukai tanah dan macam-macam ya. Tetapi nak dibawak ke Dewan ni, boleh jugaklah kita sama-sama berbahas dan membantu memberikan pandangan-pandangan.

Dato’ Yang Dipertua, yang perlu ialah sekarang ini bagaimana cara kita nak mengekalkan ataupun mempertingkatkan dia punya keupayaan. Macam dulu, semua orang terpaksa sewa rumah sebab tak cukup rumah-rumah, pembangunan rumah rakyat. Bagi seorang ibu tunggal, Dato’ Dipertua, duduk bekerja di Senawang, di kilang di Senawang. Gaji 800.00 campur overtime katakanlah overtime 200.00 = 1,000.00. Terpaksa sewa rumah. Nak membesarkan anak 3 – 4 orang ni. Sewa rumah 350.00 Dato’ Dipertua. That is the cost dia. 350.00 sewa rumah saja, yang lain-lain tak kira kan? Apa yang kerajaan buat, kita buat dulu ialah itu sebab kita buat ada buat, kita buat rumah, pembangunan rumah rakyat, Taman Jasmin, pembangunan rumah rakyat di Sri Perdana di Paroi, di bawah MPS, kita buat apa yang dipanggil sebagai council home. Di United Kingdom, Dato’ Dipertua, di England, council home ni memang menjadi sebagai sesuatu yang amat berjaya untuk mengatasi masalah perumahan. Di Singapura, HDB dia amat berjaya ya.

Saya mintak supaya Kerajaan Negeri buat ini. Buat sebanyak rumah bersama dengan KPKT, bersama dengan Kementerian Perumahaan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri cari tanah yang sesuai. Kalau tak ada tanah di pekan-pekan, ataupun di luar-luar sikit tak apa. Lepas tu, semalam kata nak buat bas percuma. Buatkan bas percuma daripada kawasan tersebut ya. Kalau dulu dai terpaksabayar sewa rumah 350.00, sekarang mana nak dapat? Sekarang 400.00 – 450.00 kan. Paling murah 500.00. Bagi ibu tunggal nak besarkan anak, Dato’ Dipertua, 500.00 – 400.00, terpaksa bayar satu penyeksaan. Satu keseksaan. Tetapi bila kerajaan buat dulu, kita buat sewa rumah dekat flat Seri Perdana Paroi tu 100.00 sebulan. Bayangkan dulu terpaksa bayar 350.00, sekarang bayar 100.00 kepada MPS ataupun sekarang Bandaraya. 250.00 ringgit dalam poket dia, additional 250.00 in their pocket, Dato’ Dipertua, bagi ibu tunggal yang nak membesarkan anak banyak besar maknanya. Dato’ Dipertua tak kesahlah kan, 250.00 tak kesah kan? Tetapi bagi mereka besar maknanya. Ini caranya yang bukan dasar fiskal, tetapi dasar intervensi mengurangkan kos sara hidup. Ini perlu kita buat. Kenderaan, kos kenderaannya macam mana ya. Kita sediakan lebih banyak lagi rangkaian-rangkaian untuk bas percuma, kenderaan percuma Dato’ Dipertua, ke pusat-pusat ke, tak payah pergi pasar apa, pergi ke hospital, pergi ke klinik, kawasan-kawasan itu disambung-sambung Dato’ Dipertua ya. Ini cara dia ya.

Itu saya mintak supaya ini dilihat jangan kita melihat dari cara fiscal saja. Kerajaan tak boleh tanggung. Kerajaan Pusat berbelanja 77 dan mungkin 80 bilion tahun ni, untuk menampung kos subsidi. 230 bilion pendapatan setahun, 80 bilion untuk subsidi saja. 80 bilion pulak bayar penjawat awam. 160 bilion dah habis. Tu tak masuk pencen lagi Dato’ Dipertua. Apakah kita masih mahu berhadapan dalam keadaan begitu? Jadi ini bukan jawapannya semestinya no. Bukan. Jawapannya ialah dasar-dasar perlu kita kena reset, kita kena dismantle semua dasar-dasar yang dah lama, kepada dasar baru yang mesra pelanggan, yang mesra kepada perniagaan ya. Kita mesti tambah pendapatan orang. Macam mana? Beri, buat satu dasar di Negeri Sembilan supaya this is the state ataupun ini negerinya yang menggalakkan orang berniaga di sini. Fikirlah sama-sama macam mana. Supaya tak ada premium ke. Orang nak bukak kilang, never mind you can pay your premium dalam masa 10 tahun. Sebab kadang-kadang membayar premium sampai 4 – 5 juta, belum start buat business lagi 5 juta dah terpaksa dikeluarkan ya, Dato’ SFINO kan. Boleh bayar 10 tahun, you bayar ansur. Jadi ini tidak membebankan. Cuba bayangkan dia nak buat conversion, tanah pertanian, nak buat kepada kilang, nak buat dia punya, nak tukar status, bayar premium berapa banyak, Dato’ Dipertua.

Jadi, ini apa yang kita buat, supaya kita buat dasar yang boleh menggamit ramai orang datang berniaga di Negeri Sembilan. Orang bila cakap pasal Negeri Sembilan, this is the state yang kita patut pergi, bawak kita punya perniagaan kerana dasar yang amat friendly kepada peniaga, dasar yang amat friendly kepada business. Tak perlu duit 1 sen pun ya. Cuma kita buat dasar yang boleh, keluarlah kita daripada sikap kita, template tahun 80an, masih kita nak bawak tahun 2020. That was 20 years ago where’s very good, tetapi kita mesti hidup sezaman dengan zaman kita, dasar kita mesti dasar yang sezaman dengan zaman kita ya. Orang muda nak berniaga macam mananya. Ini perlu kita buat Dato’ Yang Dipertua.

Yang lain-lain tu Dato’ Dipertua, buatlah ya, saya tak kesah. Tapi saya berharap supaya kita jangan lihat kepada the, the, apa orang kata the demand site. Kena tengok supply site. Orang bayar rumah tinggi, mengapa sewa rumah di bandar Seremban tinggi, antara yang tertinggi dalam negara? Ya. Sebab apa, kurang rumah. Why don’t we flush out with the government punya dasar kan, buat sebanyak rumah dengan PPRT. Kerajaan Negeri cari tanahnya kan. Cari tanah, kita buat apa ni, kerjasama dengan KPKT, buat kerjasama dengan siapa-siapa yang mahu buat. Tetapi bukanlah rumah yang mahal kan. Rumah kat Seremban ni pun, Negeri Sembilan dah mahal sangat dah ya. Rumah teres pun, link house pun dah 700 – 800 ribu lebih kan. Buat rumah yang boleh sesuai dan boleh dimiliki. Sesuai diduduki dan mampu dibeli. Jadi Dato’ Dipertua, kita kena buat ini semua.

Saya jugak cadangkan, bukan saja sewa ni dan jugak caj ini di, di, di, di, tidak dinaikkan, supaya semua denda-denda dihapuskan, Dato’ Yang Dipertua ya. Denda-denda dihapuskan, sewa rumah PPR, 2 tahun tak payah bayar ya. 2 tahun kata tak payah bayar, berapa sen sangat kita nak collect. Kita buat rumah PPR ni Dato’ Dipertua, bukan nak ambil untung pun. Ini bukan proses mengambil untung kan. Kita suspend-kan dulu ya. Kalau PBT rasa kita kehilangan duit, kerana itu menjadi salah satu daripada punca pendapatan PBT, Kerajaan Negeri tampung. Berapa banyak sangat kan. Dekat flat Seri Perdana Paroi tu katakan ada dekat ada 300 unit kan, setahun, atau sebulan 100.00. Kerajaan Negeri buatlah, pakailah duit P50 MB banyak. 50 juta ya. Yang Amat Berhormat kan, boleh pakai kan, boleh subsidikan ya. Tetapi kita kena buat betul-betul ya. Dan jugak semua kita suspend-kan kata 2 tahun. Saya mintak supaya semua denda-denda, sewa-sewa kita, kita, apa saja, kalau boleh Dato’ Yang Dipertua, SAINS kepunyaan Kerajaan Negeri, kita kurangkan tarif untuk sementara ya, sebab orang baru nak hidup. 2 tahun setengah Dato’ Dipertua terbeban, hilang mata pencarian, baru nak belajar hidup balik, ditambah pulak dengan kos, cost of doing business dah tinggi kerana kenaikan OPR. OPR ini menyebabkan kadar faedah di bank-bank tinggi. Kita sebenarnya nak membunuh apa?

Dalam badan kita, inflasi ini bagus Dato’ Dipertua, tetapi manageable inflation ya. Inflasi ini umpama darah kita mesti ada kolesterol. Kalau tak ada kolesterol pun badan kita lemah Dato’ Dipertua. Tetapi kolesterol jangan lebih pada 5.5. Antara 3.5 kepada 5.5. Kalau rendah pada 3, nak angkek tangan pun tak boleh Dato’ Dipertua, tak ada tenaga ya. Mesti ada kolesterol untuk menguatkan badan kita, tapi jangan sampai 15 kolesterol, jangan sampai, Dato’ Dipertua, kono, kono strok ya. Bahayo. Kolesterol mesti ada, tetapi kolesterol yang baik, yang boleh diurus. Inflasi mesti ada dalam sesuatu pasaran untuk to excite the supply site kerana adanya demand lebih daripada supply. Demand must be always more then supply. Kalau supply lebh banyak daripada demand kita akan menjadi sebagai recession. Orang dah tak ada duit ya. Orang tak membeli lagi dah ya. Jadi ini, ini, ini cara dia. Urus dengan baik

Dan insya Allah negara kita punya inflasi tak begitu tinggi ya, 2.8 tetapi disebabkan oleh banyak ekonomi gelap, saya rasa 5 – 6% sebenarnya kerana ekonomi, black economy kita terlampau banyak. Mamak mana apa kan, gerai-gerai mana declare, tak declare kan, jadi kita buat. Buat macam Tun Razak buat dulu. Masa zaman ‘78 – ‘77, zaman meleset. Saya ingat lagi, masa tu kami di Universiti Malaya, bumi hijau dikeluarnya, Restoran Rakyat kita buat. Saya ingat lagi, dekat PBNS tu dulu, itu bangunan tu kita buat sebagai Restoran Rakyat. Ingat lagi tak Dato’ Dipertua kan, Restoran Rakyat kan? dokek Restoran Rakyat dokek Bank Negara roundabout dokek tu kan, bulatan Merdeka, tu bawah tu Restoran Rakyat, ramai orang makan tengah hari. Bayar [ringgit]1.50 sen. Harga murah. Seghomban buek macam tu. Tampin buek macam tu. Ghombau buek macam tu. Buak Restoran Rakyat, disubsidi oleh apa, ramai orang susah nak cari makan, terutamanya anggota-anggota kerajaan dia akan makan di situ. Dan orang luar makan di situ. Buek untuk 1,000 – 2,000 orang kan. Kita bukan nak ambil untung, kita cuma nak sedokah atas asas barokah. Majlis Agama Islam banyak orang zakat, 100 juta setiap tahun. Jangan buang duit poi ramai-ramai poi luar negara buek apo, jangan macam tu. Buek ini. Kebarokahan itu mesti ada. Setuju tak dengan saya Longgeng? Mano longgeng? Hidup mesti ada barokah. Guna setuju sama saya tak? Setuju? Haa setuju, bagus ya. Hidup mesti ada barokah kan. Supaya kita membantu semasa orang susah ini ya. Katakan kita buek sampai petang, ini tak bertarikh, tak bernoktah ni, “sehingga kadar inflasi dapat dikawal”. Bila? Inflasi normally can be control dalam masa 2 tahun – 2 tahun setengah, sampai 2 tahun setengah, kita kena buat. Kalau setahun, setahunlah kan. Kalau tidak nanti, orang tak nampak, orang rasa biasa saja. Buat. Jangan pulak galakkan rakyat kita hidup sebagai orang yang tak mahu berusaha.

Dalam masa yang sama, kerajaan membuat dasar-dasar yang boleh menggalakkan orang berdikari. Yang boleh memberi peluang orang, senang orang untuk berniaga. Cakap, tadi ada kata jangan, kan, pasal gerai-gerai orang nak berniaga, berniagalah. Saya tengok selalu boli, YAB, kawasan YAB ni, di Sikamat tu. Budak-budak ni berniaga ikan fresh, dia beli daripada Kuala Selangor. Dibawaknya dokek Paroi Jaya tu, dah kena tutup. Pihak berkuasa tutup sebab orang complaint agaknya, sebab orang peniaga-peniaga depan complaint. Bagilah berniaga. Ikan dia lebih murah dan fresh Dato’ Dipertua. Saya buek ni, asas ni, Dato’ Dipertua, ambil ikan daripada Kuala Perlis saya bagi budak Rantau tu yang berniago dokek simpang 3 Linsum tu, ikan apa ni, ikan, ikan dia panggil ikan temonung, ikan panggil ikan apa, anak ikan kembung tu. Haa?

[Percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Binatang apa, ikanlah, asalkan ikan. Ikan kocik tu. Ikan, kocik pada ikan, ikan solar lagi. Jual setengah harga, sebab apa Dato’ Dipertua, kita memotong rantaian orang tengah.

[Percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Ya, cuba tanya kek Pasar Seremban berapa? Kalau ini kita boleh buatkan, YAB kan, kita buat pasar. Itu sebabnya saya mintak diperbesarkan lagi konsep Ladang Rakyat. Ladang Rakyat ni kan, siapa Exco Pertanian? Ladang Rakyat ni kita bukak dulu untuk kita, orang me, apa orang tu, menanam sayur-sayuran. Bukan tanaman kekal ya. Tanaman kontan sayur-sayuran. Pastikan diurus dengan baik, pasti ia mengeluarkan apa. Dan buat pusat pengumpulan. Pusat pengumpulan ini, Dato’ Dipertua akan menjadi sebagai pertemuan di antara penternak, peladang, petani, nelayan menghantar barang dia. Dan orang akan terus, boleh terus beli pada itu. Tak perlu lagi orang tongah, 2 – 3 tangan ya. Ini akan membantu petani, penternak dan peladang boleh menghantar dia punya hasil dia, dan pembeli boleh terus beli barang yang terus dia nak beli pada situ. Ini akan menghapuskan 3 – 4 lapisan orang tengah ya. Buat, kita buat. Kalau boleh setiap daerah, setiap apa, buat pusat pengumpulan Ladang Rakyat, pusat pengumpulan Ladang Rakyat ya. Itu sebabnya dulu kita nak buat apa orang dipanggil sebagai beef valley, 5,000 ekar, tinggal lagi diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan, tak berjaya, nak buat macam mana. Ada ladang satelit kita buat, supaya bekalan daging lembu sentiasa ada dan menggalakkan. Ada dia punya ladang sebagai dia punya ladang induk, dan ladang-ladang satelit kita buat supaya ini sebagai pembekal. Kita boleh membeli sebab kepada segala-segala hasil tu, kita buat Dato’ Dipertua ya.

Jangan kita terlampau obses, jangan kita terlampau taksub melihat kepada dasar fiskal sahaja. Dasar fiskal tak boleh bertahan lama. Kerajaan tak boleh bertahan lama Dato’ Dipertua, kerana ini akan mengurangkan pendapatan kita. Tetapi dasar-dasar intervensi di supply punya site, kan. Ayam tak ada. Ayam bukan tak ada, Dato’ Dipertua, ayam ada, kalau kita tengok daripada pembelian benih ayam, tak ada kurang pun. Tetapi mengapa ayam tak ada pasaran, dia tunggu kerajaan untuk naikkan harga, kan? Bila naik je harga, banyak ayam kat pasar. Ayam ni boleh hidup semalam ko? Kalau ayam tak ada sebelum ni, bila naik ya harga, daripada [ringgit]8.70 sen kepada [ringgit]9.80 sen, dah ada ayam. Ayam bukan boleh besar automatik semalam. Maknanya wujudnya sesuatu yang mengugut kerajaan. Kerajaan tidak boleh diugut oleh sesiapa ya. Jangan sampai kita tiba, jangan kita sampai tahap orang boleh mengugut kerajaan dan itu kerajaan bahaya, Dato’ Dipertua.

Jadi, itu yang nak saya sarankan Dato’ Dipertua. Yang lain-lain tadi rakan-rakan semua dah sebut. Be flexible during crisis. Sebab dalam krisis Dato’ Dipertua, kita kena urus secara manual, jangan pakai automatik je, jangan pakai SOP, jangan pakai General Order. General Order dibuat dalam keadaan tidak krisis. Dalam krisis, pilot must pilot ya, take over, jangan pakai automatik, memang daripada KL nak turun ke London dah set dah komputer, autopilot, landing pun autopilot. Tetapi dalam menyeberangi Teluk Benggala, antara tip off Sumatera sehingga ke Sri Lanka, di situ turbulence. Dia kena take over. Dia nak alih sikit ke, dan nak naik ke ateh ke, nak turun ke bawah. Now we in crisis. Jangan ikut SOP, jangan ikut General Order. Ikut apa yang perlu kita lakukan kerana sakit berpunca, cari puncanya dan mati bersebab, sebabnya apa. Itu kita buat. Dan kita cuba kurangkan kos sara hidup. Kos saya hidup ni bukan memberi duit, Dato’ Dipertua, tapi kos sara

hidup ni boleh dikurangkan dengan cara kita memudahkan tatacara kita mengurangkan birokrasi dan macam-macam.

Tadi Dato’ Zaiful tanya, pasal pusat hemodialisis di surau, Masjid An-Nur, dah lama dah. Kita punya dulu, harapan kita Dato’ Dipertua, orang banyak kena buat dialisis. Kita nak buat setiap daerah Majlis Agama Islam, di masjid-masjid dia, kita nak buat pusat dialisis supaya senang orang, tak perlu daripada Ghombau nak poi Seghomban, nak poi ke Tampin, macam-macam. Boleh di situ kita buat. Ini buat. Kita perlu buat. Kita perlu memudahkan dan perlu mengurangkan kos. Kalau ini boleh buat, dasar ini kita boleh buat Dato’ Dipertua, insya Allah ya.

Dasar perniagaan apa orang kata, jangka, Program Jualan Keluarga Malaysia akan bermula daripada bulan ni sampai bulan Disember. 25 ribu ringgit, ini Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan banyak bantu Dato’ Dipertua. Untuk banjir saja bantuan, Bantuan Wang Ihsan Dato’ Dipertua, kerajaan telah membantu banyak jutanya Dato’ Dipertua ya. Dia punya juta banyak Dato’ Dipertua. Nanti saya tengok dalam ni haa, saya pun tak boleh ingat semua figure, Dato’ Dipertua, dah tua ya.

[percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Haa? Itu tandanya kita semakin matang. Bantuan wang ihsan 500.00 ringgit setiap ketua isi rumah, Dato’ Dipertua, 6.3 juta. Dibantu oleh, ni daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Bantuan keperluan harian 1,000.00 ringgit setiap ketua isi rumah, dah bagi 14 juta ya. Dan bantuan keperluan, untuk barang, untuk menggantikan barang-barang yang rosak Dato’ Dipertua, perbaiki rumah, 5,000.00 ringgit setiap isi rumah, dah 85 juta. Setiap ada, semua dah bagai. Dan mana-mana yang tertinggal namanya Dato’ Dipertua, boleh diuruskan melalui Pejabat Daerah masing-masing insya Allah ya. Jadi banyak, tetapi bantuan ini bukan, jangan pulak nanti terpaksa belanja. Duit banyak, belanja. Semalam ada, siapa cakap, sahabat kata kan. Banjir, cari sebab apa banjir. Apa sebab masa saya dulu tak ada banjir, sekarang dah banjir? Naiklah sikit kan? Naiklah sikit kan? YAB, boto. Moksum tak ponah, Kampung Pasir Rantau tak ponah banjir 14 tahun ya. Tak. 14, Sikamat banjir sebab kek you. Dato’ Dipertua, kita cari punca dia apa sebab banjir tu kan. Cari punca dia. Kalau tebatan banjir Sungai Linggi tu masih lagi belum dapat, buatkan mintak, dan gali. YAB program menggali sungai ni perlu. Kalau kita ada MARRIS, setiap tahun ada wang, apa ni, di dalam Perlembagaan kita untuk menyelenggara jalan raya. Sungai kena selenggara. Ya, sungai kena selenggara. Jangan biarkan sungai tak diselenggara. Dia akan

strike back, bencana alam Dato’ Dipertua, kalau, kalau dia strike back at us, lagi besar kita punya apa ya.

[Percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Ya, ambil pasir tu. Ya, gali pasir tapi dengan syarat kita bagi kepada pengusaha, dia kena bina benteng. Jadi kerajaan tak payah keluar duit bina benteng. Biar dia buek benteng. Lebihan pasir tu biar dia jual, tak apa, dia nak hidup kan. Jadi win win situation. Masalah banjir di Dato’ Dipertua kan, YAB, kerana sungai kita kena gali. Sungai Linggi kena gali. Taman Moksum tu lama saya tak ingat dia dah banjir dah, sampai orang, takkanlah sampai nak tunggu orang sampai, sampai berpiket kan. Sebab tak ada apa pun, masalah sungai Linggi banjir Dato’ Dipertua, kerana sungai dah cetek. Dah banyak pasir. Gali pasir, timbunkan buek benteng, ban, dan tak ada masalah. Dan salah satu lagi banjir Dato’ Seri apa, kolam-kolam MASMA.

[percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Ya, boleh berkelah. Kolam MASMA YAB, beratus-ratus dalam taman-taman perumahan, semua tak diselenggara. Bila kita tanya JPS memang tak ada duit. Kita mintak supaya pemaju-pemaju. Jangan ambil alih kolam MASMA ni. Ini dasar patut kita buat. Kerana dia ambil, dia buat, dia buat kolam MASMA serah kepada kerajaan, kerajaan bagi kepada JPS. Jangan ambil. Bagi dia urus. Di Seremban 2, dia urus. Di Sendayan, dia urus Dato’ Dipertua. Jadi, dia sentiasa kena korek, sebab siltation process kan. Desilting kena buat setiap tahun. Kalau tidak, dia punya semua dah dipenuh, dah, dah berbuyau, dah, dah, dah, orang kata dah berpasir, tak bermakna tak berfungsi lagi, dia terus masuk ke sungai. Kolam MASMA ni patutnya sebagai kolam takungan, bila melimpah keluar, keluar perlahan-lahan. Tebing runtuh Dato’ Dipertua kerana cepat naik, air cepat turun, tebing runtuh ya.

So, itu saja Dato’ Dipertua ya. Saya harap supaya kita di Negeri Sembilan, kita cari cara, kita ubah dasar, kita gubal dasar. Yang ini bukan dasar, ini sebab secara pentadbiran saja. Eloklah tu bawak ke dalam Dewan ni. Kerajaan pun nak dapat milage jugak kan, seolah-olah kita, actually ni dalam pentadbiran, dalam Exco saja boleh buat. Kami dulu dalam Exco setiap tahun kita kata, nilai-nilai tak payah, tak payah apa.

[percakapan YB Yang Dipertua Dewan secara off mic]

Saya tahu, sekelimbas air, ikan di air, saya tahu jantan betina eh. Kalau nak nyorok, janganlah nyorok balik pokok pisang. Dato’ Dipertua badan gomok. Nyorok belakang pokok sono. Buek tak apo, kita ada masalah. Kita bersama-sama. Yang pentingnya di sini kita memikirkan masalah rakyat, di sini kita memikirkan macam mana kita nak selesaikan masalah rakyat ya. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Rantau. Saya kira kita boleh, haa apa? Ya, ada cadangan apa? Nak, nak cakap? Nak bahas? Haa saya bagi seorang je ya. Lepas ni kita rehat. Nanti masuk 2:30 ya. Silakan YB.

Okay terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya berbahas usul Chennah di bawah Peraturan XVII. Dato’ Yang Dipertua, untuk mengatasi kos sara hidup yang tinggi, maka kita terpaksa mengambil tindakan tactical dan strategik iaitu dengan kadar segera dan kadar jangka masa panjang. Kadar bunga naik di negara ini akibat kadar bunga naik di Amerika Syarikat. Kalau tidak, kalau tidak ikut maka wang ringgit akan keluar akan diparkir di Amerika Syarikat. Ringgit Malaysia akan jadi lemah. Inflasi akan mendedak sebab banyak makanan kita adalah import. Ini termasuk baja untuk pertanian dan juga makanan untuk ayam. Apa yang kita katakan, ini adalah apa yang kita disebutkan interest uplift trust, sebab mata wang kita lemah. Kadar naik yang disyorkan oleh Bank Negara sebab nak warga kita berjimat cermat dan tidak jadi boros.

Dato’ Yang Dipertua, saya setuju dengan Serting mengenai kerajaan mesti menyantuni rakyat, bermusyawarah, ini sememangnya dasar Kerajaan Negeri ini dan dibukti oleh Chennah yang mengebu, yang mengemukakan usul kenaikan kos sara hidup. Dato’ Yang Dipertua, penularan COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan negara ini dianggap endemik yang mengakibatkan gangguan produksi hasil keluaran sama ada makanan atau barangan. Apa lagi dengan peperangan Rusia – Ukraine yang menjejaskan bekalan makanan dunia ini, terutama gandum dan bijirin dari Ukraine. Bekalan gas dari Rusia ke Eropah terputus dan mengakibatkan kenaikan harga minyak kerana mereka beli dari sumber atau gantian yang lebih mahal. Ini menimbulkan masalah inflasi kerana kos produksi mereka naik.

Dato’ Yang Dipertua, rakyat derita kerana pendapatan kekal tetapi kos sara hidup naik mendadak. Kerajaan prihatin wajib memikul bahu bersama penduduk Negeri Sembilan dengan membekukan kenaikan kadar kutipan di bawah Kerajaan Negeri. Dato’ Yang Dipertua, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah pun secara proaktif mengadakan insentif di bajet ataupun belanjawan 2022 seperti siswazah tani, petani muda dan Tabung Usahawan Negeri (TUNS) untuk membantu rakyat berniaga dan juga menghasilkan makanan. Langkah ini memperkasakan rakyat dengan semangat berdikari. Kerajaan Negeri sentiasa bersiap sedia untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, peluang pekerjaan dan business yang memuaskan juga akan mengurangkan tekanan hidup. Dan saya mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil kesempatan ini untuk membina infra atau menambah baik semua infrastruktur yang ada di Negeri Sembilan. Umpamanya, yang dicadang oleh Chembong yang mengatakan banyak soalan mengenai isu gangguan air. Untuk mengasa, mengatasi masalah gangguan bekalan air, saya mohon semua tangki besar di taman-taman dibaik pulih secepat mungkin untuk menampung bekalan air sekurang-kurangnya sehari dua, jikalau ada gangguan air. Sistem paip seluruh Negeri Sembilan yang melebihi 25 tahun, wajib digantikan baru dengan kadar segera supaya tekanan air yang memuaskan dapat membekalkan air ke kawasan yang tinggi atau dalaman. Mengenal pasti pusat loji rawatan yang baru supaya kekurangan Loji Rawatan Linggi tidak menjejaskan bekalan air di Port Dickson. Iaitu menjaminkan bekalan air yang mencukupi di bawah pembangunan MVV 20, 2.0.

Dato’ Yang Dipertua, dengan semua masalah infra dikurangkan, maka rakyat boleh memberi tumpuan untuk selesaikan masalah kenaikan sara hidup yang memberi tekanan tinggi kepada rakyat. Marilah kita sama-sama memikul bahu menghadapi kenaikan sara hidup itu. Dato’ Yang Dipertua, dengan ini Chuah sokong usul di bawah Peraturan XVII oleh ADUN Chennah. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Chuah. Saya kira kita berhenti rehat sekarang ni. Kita tangguhkan mesy LPPOPPPPPPP’uarat dan kita akan mula 2:30 petang ya. Jadi Sri Tajung sambung 2:30 petang ya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.41 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan Timbalan Yang Dipertua Dewan]

[YB ADUN Nilai, YB ADUN Rantau, YB ADUN Juasseh dan YB ADUN Senaling tidak hadir sesi petang]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Selamat petang ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan penjawat awam. Dewan sambung semula. Saya minta yang masih, ahli-ahli Yang Berhormat belum ambil bahagian, boleh ambil bahagian untuk perbahasan. Kalau tidak, saya mintak kerajaan untuk menjawab.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih pada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai usul yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat Chennah.

Dato’ Yang Dipertua, untuk menjawab Yang Berhormat Lobak, dalam perbahasan Yang Berhormat Lobak ada menyatakan mengenai cadangan pemberian diskaun kepada penghuni perumahan, Program Perumahan Rakyat (PPR) yang membuat pembayaran penuh tunggakan. Untuk makluman Yang Berhormat Lobak, pentadbiran Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan permasalahan yang dihadapi para penghuni perumahan awam di Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, pentadbiran Kerajaan Negeri sedang mengkaji kaedah terbaik supaya penyewa yang mempunyai rekod tunggakan dapat membayar tunggakan dan sewa bulanan tanpa membebankan para penyewa. Secara ringkasnya Kerajaan Negeri, kita akan lihat macam mana cara yang terbaik untuk kita mengurangkan beban mereka kerana pada ketika ini, kita perlu juga semak dengan pihak Kerajaan Pusat adakah Kerajaan Negeri mempunyai punca kuasa, ambil contoh, untuk kita menambahkan lagi ataupun menangguh, bukan menangguhlah, menambahkan lagi, memanjangkan lagi tempoh pinjaman ataupun tempoh pembayaran sewa. Itu untuk menjawab Yang Berhormat Lobak.

Untuk menjawab Yang Berhormat Jeram Padang, mengenai isu Rumah Mampu Milik ya, isu Rumah Mampu milik. Untuk maklumat Yang Berhormat Jeram Padang, Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah berkuat kuasa sejak tahun 2015, telah pun menetapkan supaya pemaju menyediakan Rumah Mampu Milik Type A yang berharga tidak melebihi 80 ribu, Type B berharga tidak melebihi 250 ribu, Type C berharga tidak melebihi 400 ribu. Sehingga kini sebanyak 8,449 unit Rumah Mampu Milik Type A, 9,456 unit Rumah Mampu Milik Type B dan 7,327 unit Rumah Mampu Milik Type C telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 27,232 unit. Perincian saya rasa nanti saya bagi perincian secara bertulislah kepada Yang Berhormat Jeram Padang. Saya rasa dalam usaha kita untuk mewujudkan lebih banyak Rumah Mampu Milik, itu kita sentiasa laksanakan.

Seterusnya untuk menjawab apa yang telah pun diutarakan oleh Yang Berhormat Seri Menanti. Yang Berhormat Seri Menanti tak ada, saya jawab secara bertulis.

Okay Yang Berhormat Chennah. Isu yang dibangkitkan: pembekuan terhadap cukai, caj, sewaan dan sebagainya yang dikenakan kepada rakyat dilaksanakan dengan tujuan membantu mengurangkan beban rakyat. Yang kedua, kompaun atau denda yang dikenakan atas pengusaha, penjaja atau peniaga yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan perlu dipertimbang semula dan disyorkan agar jumlah denda ataupun kompuan dikurangkan atau diberikan amaran sahaja tanpa sebarang bayaran.

Untuk makluman Yang Berhormat Chennah, yang pertama, bagi kadar sewa gerai bagi penjaja yang menyewa dengan PBT, kita akan kekalkan dan tiada sebarang kenaikan. Bagi Majlis Perbandaran Port Dickson tidak menaikkan kadar sewaan premis milik Majlis secara keseluruhannya, namun telah melaksanakan kaedah bidaan kadar sewaan bagi lokasi-lokasi tertentu yang berada di kawasan tumpuan pelancongan serta mempunyai permintaan permohonan penyewaan yang tinggi. Bagi Majlis Perbandaran Jempol, sewa gerai milik PBT adalah berdasarkan pergerakan kadar sewa tahunan 5% yang telah pun dinyatakan dalam surat tawaran dan sewaan tertakluk kepada 3 tahun sahaja.

Kadar cukai taksiran PBT di Negeri Sembilan tidak dinaikkan dan masih menggunakan, mengguna pakai penilaian kadaran yang dibuat pada tahun 1980 an. Sekiranya terdapat notis peningkatan Cukai Taksiran Am, ianya adalah disebabkan oleh pertambahan keluasan binaan ataupun renovation, dengan izin. Sehingga kini PBT terpaksa menanggung segala pening, peningkatan kos penyelenggaraan dan perkhidmatan yang disediakan tanpa sebarang kenaikan kadar. Dan untuk makluman Yang Berhormat Chennah dan juga ahli-ahli Yang Berhormat, bagi pihak Kerajaan Negeri, sebenarnya sejak hari pertama pihak Kerajaan Negeri, kami telah pun menurunkan arahan supaya tiada sebarang kenaikan Cukai Taksiran Am dan juga Cukai Tanah dibenarkan.

Pada masa yang sama, ada, adanya rayuan ataupun rungutan daripada orang ramai di mana walaupun tak ada kenaikan dari segi kadar cukai, tetapi selepas penilaian dibuat, adanya peningkatan. Jadi dalam perkara tersebut, pihak Kerajaan Negeri sebelum ini juga telah pun menurunkan arahan supaya kerja-kerja penilaian semula itu kita akan teruskan, tetapi pada yang, pada masa yang sama, kadar yang perlu dibayar adalah sama, adalah kekal dan tidak akan ada sebarang peningkatan. Maksudnya, katakan Cukai Taksiran Am untuk sesuatu premis pada masa sekarang adalah 1,000.00 ringgit, walaupun selepas penilaian kita laksanakan, tetapi pada tahun depan, harga yang perlu mereka bayar kekal dengan 1,000.00 ringgit. Maksudnya nilai tersebut akan tetap kekallah sehingga satu ketika di mana kita, kita berjaya mengatasi masalah inflasi.

Yang akhir sekali untuk menjawab Yang Berhormat ADUN Juasseh. ADUN Juasseh juga tak meng, tak hadir. Saya rasa untuk perkara ini saya sampaikan secara bertulislah kepada Yang Berhormat Juasseh.

Jadi, sebelum saya menghabiskan penggulungan saya, tadi Yang Berhormat Rantau ada menyebut satu perkaralah sebab saya beberapa isu yang telah pun diutarakan oleh beberapa Yang Berhormat yang berada di sebelah sana, mereka ada memberi pelbagai pandanganlah, khususnya macam mana kita perlu mengurus peniaga-peniaga kecil ataupun peniaga-peniaga tepi jalan tanpa lesen dengan cara yang lebih baik. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, dan juga semua ahli-ahli Dewan, sebenarnya Kerajaan Negeri pada 2 tahun yang lepas, kita telah pun melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu peniaga-peniaga kecil khususnya kepada mereka yang tanpa lesen.

Saya ambil contoh, 2 tahun yang lepas, kita telah pun, pada tahun 2021, kita telah pun memperuntukkan sebanyak 1.383 juta ringgit untuk kita menempat semula sebanyak, menempat semula sebanyak 134 peniaga ataupun penjaja kecil yang tanpa lesen. Di mana kita bukan sahaja memberi penempatan yang baru, kita juga bagi elaun sebanyak 300.00 ringgit kepada mereka yang sudi untuk pindah ke kawasan yang baru. Kita sediakan tapak untuk mereka berniaga. Saya rasa ini usaha yang kita lakukan itu tak pernah dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu. Walau bagaimanapun, untuk tahun ini, tahun 2022, kita telah pun menyediakan sebanyak, bukan menyediakan, kita telah pun berjaya membantu 129 peniaga kecil untuk ditempatkan di tapak perniagaan yang baru di mana keadaan perniagaan mereka lebih selamat dan juga lebih selesa. Saya rasa itu yang saya ingin sampaikan. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Saya mintak Exco lain ambil bahagian, gulung. Bukit Kepayang? Saya nampak you standby. Kalau tidak ada saya nak mintak Yang Amat Berhormat, lepas tu tutup. Patut kena standby-lah, jangan saya nak panggil seorang-seorang. Okay, Klawang teruskan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker. Sebenarnya ada, cumanya yang latest-latest tadi tu belum adalah. Walau bagaimanapun, saya akan jawab. Assalamualaikum WBT. Bismillahhirrahamanirrahim. Alhamdulillahirabbil’alamin, wabihinasta’in, wassolatuwassalamu'ala asrofilambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Robbisrohlisodri wayassirli amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. [melafazkan bacaan ayat 36 dari Surah Al Israa]. Qala Rasulullah SAW, taraktu fikum amrain lam tadhillu huma tamassaktum bihima, Kitaballahu wa Sunnatan Nabiyi. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, sahabat-sahabat Yang Berhormat daripada saf kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang, pengarah-pengarah jabatan, semua pegawai-pegawai Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, hadirin hadirat yang berada di dalam Dewan yang mulia ini mahupun yang menonton secara langsung persidangan pada kali ini.

Banyak ahli Yang Berhormat menyentuh berkaitan dengan pertanian pada persidangan kali ini. Saya menung, Dato’ Yang Dipertua, kenapa agaknya. Sebab sebelum ni tak banyak ya. Ianya tidak lain tidak bukan, teguran Allah SWT pada kali ini, saya kira ianya menyentuh poghot orang nak makan susah, sebab, saya nak teruskan dek BN, bukan dek BN, dek harga BN. Harga barang naik ya. Jadi, bila barang mahal, poghot mungkin tak lama lagi akan kosong, haa tu banyak soalan-soalan yang dikeluarkan untuk melihat apakah yang kita buek untuk security makanan ini ya.

Sebelum saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, saya nak mengingatkan diri saya sendiri dan bukan sahaja hadirin yang berada di dalam Dewan yang mulia ini, tapi seluruhnya. Bahawa amalkan prinsip betulkan yang biaso dan biasakan yang betul. Dengan mengamalkan ajaran agama dan pastikan apo yang kito buek itu jadi ibadah. Insya Allah tak sampailah kito kek sini agaknyo ya. Rasa akan datang, insya Allah. Sebab, tak kiralah ya, muslim or non muslim, dengan izin yang, yang, Timbalan Yang Dipertua, sebab setiap am Malaysia ni mesti beragama selari dengan rukun negara yang pertama. Saya dah sebut di apa, sidang yang lalu. Dek tak ramai yang nak bercakap tentang ni, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, biarlah saya yang bercakap ya. Kalau dalam persidangan yang lalu, YB Paroi, haa ni nak, nak ambil masa lebih sikit supaya yang lain boleh sedio lopeh ni. YB Paroi membawa ayat 41 Surah Ar Rom yang menyentuh kerosakan yang berlaku kerana tangan-tangan manusia sendiri berkaitan dengan

banjir yang berlaku hujung tahun dan awal tahun ’22 tu lah, hujung tahun ’21. Terima kasih.

Ayat yang saya bacakan tadi bermakna: dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani semua itu akan diminta pertanggungjawabkan. Kalau kita nampak mungkar, kita cubolah sergah ikut kemampuan kito. Sebab manusia sekarang ini, orang ramai sekarang ini hanya ikut-ikut. Contohlah, contoh yang saya nak beri kan, kalau ada satu pemimpin dulu berkata apo, kito menontang parti itu sebab dia mengekalkan perlembagaan penjajah. Sampai ada pemimpin mereka yang mengatakan apa, kalau kita bersama dengan parti itu besok, kita bubar je lah parti kito. Dah 2 tahun dah, tak jo bubar nampak eh doh kan. Sebab, sebahagian besar daripada mereka ini dan yang lain jugak, banyak ikut-ikut. Tidak bertindak di atas fakta yang ada. Dan ini Allah larang ya, mengikut-ikut tanpa ilmu ini Allah larang, seperti ayat yang saya sebutkan tadi. Dulu pemimpin katanya haram itu, haram ini, sekarang dah halal dah kot ya. Na’uzubillah. Itu pun diikutkannya. Berubah hukum pun ikut jugak. Kalau kita nak ikutkan Al Quran dan al hadis, baru dapat kita petunjuk ke, dan keredhaan Allah SWT, menjalani kehidupan kita di dalam hatta mengendalikan negara kita yang tercinta ini.

Saya lihat dari sudut putaran ekonomi, haa ni telahan saya sendirilah Dato’ Timbalan Dipertua, saya tidak pasti berapa tahun yang digunakan sebagai asas di dalam merangka Rancangan Malaysia ni, yang kita sekarang yang ke-12, kalau saya tak silap ya. Kalau ikut Al Quran, kisah Nabi Yusuf, kitaran economic yang perlu kita membuat perancangan adalah 7 tahun. 7 tahun susah, 7 tahun prosperous, dengan izin. Bila kita tinggalkan petunjuk daripada Allah SWT ya, maka terjadilah apa yang terjadi. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada yang sebut semalam dan hari ini jugak ada sebut oleh Rantau ya, Yang Berhormat Rantau. Sudah berbelanja mungkin 8 bilion, 80 bilion, nak bantu rakyat. Alhamdulillah. Nak, dan dah tubuhkan apa, jawatan kuasa jihad dan sebagainya untuk menangani food security, dengan izin. Saya rasolah, Timbalan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, tak dah lambek ni? Ibarat, maaf cakap, nak buang air bosar baru cari cangkul. Takut-takut tak sompek. Na’uzubillah. Walau apa pun, tahniah di atas tindakan-tindakan yang telah diambil.

Kalau kita melihat ke belakang, 2018 kenaikan harga barangan jugak berlaku dengan berganda. Untuk pulih, berdasarkan firman Allah tadi itu 7 tahun susah, kemudian mungkin kita menghadapi yang, yang prosperous 7 tahun yang akan datang. Dan, yang dah, dah, dah lepas ya, 7 tahun. Dan sekarang ini kalau kita ambil ilmu hisabnya, 2008 campur 14 lebih kurang, tahun 2022. Ilmu hisab itu macam kono, wallahualam, itu adalah telahan saya secara peribadi yang, Yang Dipertua. Wallahualam.

Dato’ Yang Dipertua, kita perlu satu dasar konsisten di peringkat nasional dan perlaksanaan yang efisyen di semua peringkat. Kalau dalam awal 70an dan 80an, negara menumpukan meninggikan pengeluaran makanan domestik, tetapi setelah diubah kepada fokus kepada perdagangan dan perindustrian oleh pemimpin kita, makanya tidak dapat dinafikan SSL kita self-sufficiency level kita berkurangan. Kita mengharapkan tidak ada lagilah kes seperti NFC. Ianya mesti dicegah sebelum berlaku. Penyelewengan wang rakyat mesti dihentikan dengan segera. Belum lagi kita nak selesaikan berkaitan 1MDB, kini skandal LCS pulak muncul, na’uzubillah. Kalau ketirisan-ketirisan ini dapat kita elakkan, bayangkan berapa pembangunan berkaitan security makanan dapat kita laksanakan. Marilah kita bersama-sama betulkan yang biasa, biasakan yang betul dengan mengamalkan agama dan pastikan ibadah. Kalau dulu dah jadi biasa lompek-lompek parti, alhamdulillah di peringkat persekutuan dah ada undang-undang dia, Dato’ Yang Dipertua. So seperti yang dicadangkan oleh Chennah, YB Chennah pada ni, semalam, insya Allah kita juga akan menggubal undang-undang lompat, anti lompat parti ini.

Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Banyak berkaitan ya. Pertamanya, oleh ADUN Seremban Jaya, berkaitan dengan cadangan satu biro khas. Ini sebenarnya kalau kita nak ikutkan memang, dari sudut kerjasama di antara Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan malah FAMA ya, sentiasa menjalankan kerjasama yang strategik dan jugak dengan persatuan penanam sayur dan ternakan, dan bagi melihat perkembangan pengeluaran dan produktiviti komoditi makanan ini. Kerjasama ini memang dipupuk sejak sekian lama lagi. Kerjasama yang dilaksanakan antara penganjuran seminar dan latihan digalakkan dan peningaktan produktiviti dan jugak penganjuran hasil-hasil penjualan terus dari ladang.

ADUN Sungai Lui dan ADUN Seremban Jaya jugak, dan jugak ADUN Senaling ada menyentuh tentang aktiviti pertanian sebagai perniagaan. Syor agar Kerajaan Negeri menyediakan lebih banyak tapak-tapak untuk kegiatan penternakan dan pertanian dan memperkasakan semula tanah kebun dan tanah ladang untuk diusahakan golongan belia, dan jugak pagi tadi ada jugak disebut oleh ran, Rantau tentang perkara yang sama. Kerajaan Negeri amat komited di dalam membantu usahawantani belia bagi menyediakan peluang mencari, mencebur sektor pertanian seterusnya memastikan makanan cukup untuk rakyat Negeri Sembilan. Usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk merizabkan tanah yang khas untuk tujuan pertanian seperti TKPM dan jugak Ladang Rakyat telah dilaksanakan dari masa ke semasa. Seluas, sekarang ini 516 hektar telah dirizabkan di bawah TKPM dan Ladang Rakyat. Dan insya Allah, sekiranya pewartaan selesai nanti, kita akan mendapat lebih kurang 40 hektar lagi di, di Gemas dan insya Allah penukaran Pegawai Pengawal di Durian Tawar di, di, di, di Pertang kepa, daripada Tuan DO kepada Pengarah Pertanian, maknanya kita pada tahun ini kita akan mendapat hampir 100 ataupun 90 hektar untuk kita majukan nanti insya Allah.

ADUN Seri Menanti menyentuh tentang kelewatan projek Skim Pengairan Padi Ulu Bendul dan Terachi. Berhubung dengan isu keperluan cadangan menyediakan pampasan kepada pengusaha dan pemilik tanah yang terkesan akibat kelewatan penyiap, menyiapkan projek daripada tempoh, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan isu kebenaran oleh pemilik tanah, kelewatan seperti yang dah disebutkan, saya dah jawab semalam, lebih kurang dalam hanya semusim. Itu sebab saya, sebab, dengan Yang Berhormat Senaling semalam, jangan cenekey, dio kiro sampai daripado mulo projek. Tu tak acilah tu, dengan izin, Timbalan Dipertua ya. Maknanya semusim opportunity of production, kita, dengan izin, ter, terhindar ataupun tidak dapat kita berikan kepada pen, petani-petani ini. Dan insya Allah kita akan mengemukakan kepada MAFI untuk pertimbangan kementerian, insya Allah. 20.56

YB Temiang, aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan sektor pelancongan dan, terutamanya agro pelancongan. Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) dengan usaha dan kerjasama daripada Pejabat Daerah Dan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi berkaitan pelancongan di Negeri Sembilan telah merancang Kalendar Acara Pelancongan Negeri Sembilan (CEO), eh COE, sorry, 2022. Sebanyak 20 program/acara telah diluluskan sepanjang tahun 2022 di 7 buah daerah. Penganjuran program ataupun acara bagi segmen agro pelancongan pada tahun ini melibatkan 2 daerah iaitu Pesta Bola Ngoca di Kuala Pilah dan pesta, Pesta Mengemping Dan Mengoca di Jelebu. Tumpuan penganjuran COE ini adalah berskala besar, berimpak tinggi dan memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat khususnya di Negeri Sembilan dan amnya, di daerah tempat, ataupun amnya di Negeri Sembilan, meliputi hebahan promosi acara, aktiviti perniagaan dan kehadiran pelancong dan pengunjung.

Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan dan pelbagai agensi lagi akan juga memberi tumpuan kepada penganjuran program dan acara bersegmenkan agro pelancongan pada tahun hadapan sebagai nilai tambah kepada kepelbagaian segmen pelancongan dan usaha menarik pelancong da, pada masa akan datang.

Sungai Lui ada membangkitkan penyer, penyediaan padang ragut dan mengatasi isu lembu berkeliaran dan penternak. Sebenarnya kita sudah pun, saya menjawab persidangan yang, yang lalu, terdapat, masih lagi terdapat ya, lebih kurang dalam 224 hektar berbaki tanah padang ragut yang masih dibuka untuk diusahakan. Di awal saya mengambil alih portfolio ini, lebih 500 hektar tidak diberikan kepada pengusaha, iaitu semasa itu lebih kurang hanya 50% yang diberikan. Sekarang ni hanya lebih, tinggal lebih kurang 15%. So insya Allah, sebelum pembubaran agaknya habis insya Allah. JPN juga melalui peruntukan P52 memberikan bantuan kandang, pagar dan kemudahan-kemudahan input pertanian yang layak bagi membantu mengatasi masalah ternakan berkeliaran terutamanya di kawasan pinggir bandar.

ADUN Sungai Lui jugak, aduan mengenai sewaan padang ragut. Kerajaan Negeri telah membincangkan sewaan-sewaan ini ya, dan sebagai kadar pajakan padang, padang ragut ini, kita telah menetapkan iaitu serendah 1,500.00/sehektar/setahun iaitu hanya 30% daripada JPPH iaitu Jabatan harta, Penilaian Harta, hanya ⅓ kita mengurangkan. Kalau ikut JPPH hampir 4,500.00 – 5,000.00/sehektar/setahun. Itulah prihatinnya kita untuk memberikan kadar yang serendahnya.

ADUN Sungai Lui jugak ada membangkitkan, permohonan secara percumo ya, untuk padang-padang ragut ini. Haa ni di luar, di luar kemampuan saya untuk menjawab, mungkin Yang Amat Berhormat boleh jawab nanti.

Ingin saya terangkan di sini, kita, walaupun menghadapi berbagai cabaran untuk memberikan rizab-rizab padang ragut ini, alhamdulillah sehingga kini kita telah berjaya memberikan 80% daripada senarai yang ada. Dan penambahbaikan proses permohonan jugak, kalau sebelum ini kadang-kadang memakan masa setahun hingga, hingga ke 2 tahun, dengan proses yang baru ini, yang telah diluluskan pada tahun lepas, ianya memakan, hanya memakan masa antara 17 hingga ke 22 minggu sahaja. Dan insya Allah sekiranya setiap agensi yang berkaitan memberikan komitmen yang tinggi, insya Allah kita boleh memendekkannya sehingga hanya 15 minggu, insya Allah. Dan setiap pengusaha sekarang ini kita berikan Key Performance Index dia, KPI dia setiap tahun berapa pengeluaran yang perlu di, di, di, di, di apa, dikeluarkan dan jugak satu jawatan kuasa tanah rizab di bawah Jabatan JPVNS telah diwujudkan bagi tapisan awal sebelum diangkat ke, ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. ADUN Seri Menanti, isu yang dibangkit, peranan membantu pemasaran hasil pertanian. Banyak usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak FAMA bekerjasama dengan Jabatan Pertanian, program-program yang telah dilaksanakan seperti perjanjian jual beli, Forward Agreement (FA), jualan terus dari ladang, program rakan pemasar kontrak pemasaran, platform agro bazaar online (ABO), pasar tani yang, dan pasar tani kekal yang ini sudah lama di, di, di, di, diadakan. Dengan usaha-usaha ini kita mengharapkan, ingin saya menyentuh sedikit, ramai kadang-kadang menyatakan untuk menghapuskan ataupun tidak ada, supaya tidak ada orang tengah. This is mission impossible sebab logiknya pun tidak, dari sudut perniagaannya pun tidak, tidak kena ya. Misal kata ada petani, 100 orang petani, menghantar ke pasar borong. Takkanlah 100 petani tu nak pergi ke pasar borong? Mestilah orang tengah ini yang mengambilnya dan menghantar ke pasar borong. Cuma selalu saya tegaskan di mana-mana jugak, kita perlu mewujudkan orang tengah, kalau yang orang Islam-nya, orang tengah yang bertakwa. Kalau non muslim-nya yang bukan Islam-nya, non muslim yang berintegriti tinggi, haa sebab dengan adanya ciri-ciri itu, mereka sudah tentulah menjalankan kerja itu dengan adil, tidak makan kiri kanan, kata orang tu. Memang kalau kita tengokkan, harga-harga di, di, di, di, di, di runcit dan di ladang bezanya memang amat ketara. Seperti terung, kalau kita lihat, kadang-kadang di, di ladang tu hanyalah 2.00 – 2.50 berbanding kadang-kadang di runcit, di pasar-pasar 6.00 – 7.00 ringgit kadang-kadang, 5.00 ringgit, paling murah pun 5.00 ringgit. Di situlah letaknya perlu kita bersama-sama, di situ kita berjihad supaya tidak adanya orang tengah yang mengambil, mencedok keuntungan yang berlebihan.

Saya rasa itulah semua yang dah ada saya, kalau ada yang saya tertinggal, mintak maklumkan. Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, seperti yang saya sebutkan tadi, bagi seorang Islam, Al Quran adalah petunjuk untuk manusia, sebenarnya untuk semua manusia ya. Di dalam Al Quran Allah menyeru “yaa aiyuhannas”. Maknanya boleh dibaca oleh semua orang ya. Tetapi tanpa penghayatan dan syahadah memerhati keadaan sekeliling dan tidak diamalkan, ianya tidak akan menjadi petunjuk dan rahmat sekalian alam. Apa yang kita dapat sekarang berkaitan apa yang di, yang di, di, telah dilakukan dahulu. Apa yang kita dapat di akhirat kelak, adalah apa yang kita lakukan di dunia ini. Jadi sama-sama kita menghayati proses kehidupan kita di mana di, dimulai di dalam alam roh, alam rahim dan alam yang ada sekarang, alam dunia dan besok, entahkan lusa entahkan bila, alam barzakh-nya, dan insya Allah, bukan insya Allah, pasti kita akan menghadapi alam akhirat. Apa yang kita akan dapat di akhirat kelak, adalah apa yang kita lakukan di dunia ini. Sekian, terima kasih kerana mendengar. Insya Allah kita bertemu lagi di dunia ini, kalau tidak, pastikan kita berusaha bertemu di syurga kelak. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang dan saya silakan Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan usul Yang Berhormat Chennah berkenaan dengan kos sara hidup. Sukacita saya menggulungkan perbahasan pada kali ini dengan menekankan beberapa aspek atau langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk menangani masalah kos sara hidup yang makin meningkat yang menyebabkan rakyat tersepit dengan pelbagai masalah. Sebelum itu izinkan saya berikan serangkap pantun ya.

Sungguh sedap buah berangan, Buah masak dengan sekata, Dalam politik amalkan kematangan, Demi rakyat yang tercinta.

Apa maksudnya politik matang? Usul ini adalah satu manifestasi politik matang di mana walaupun saya setuju dengan ADUN Rantau bahawa perkara ini boleh dibawak dalam Mesyuarat Exco dan diputuskan dalam Mesyuarat Exco, tapi wa, wadah yang paling sesuai untuk kita sama-sama me, membincangkan bagaimana menangani masalah kos sara hidup ini adalah kerana ini adalah mas, masalah bersama bukan saja masalah kerajaan. Ini adalah masalah bersama di mana kerajaan ingin mendapatkan pendapat atau cadangan daripada pihak di sebelah sana untuk kita sama-sama menangani masalah ini. Dan kadang kala bukan semua cadangan boleh dilaksanakan kerana kalau kita boleh sentuh hidung dari depan, mengapa kita nak sentuh, sentuh hidung dari belakang? So kita terima semua cadangan dan akan pertimbangkan selepas ini.

Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini saya pergi hiking, dengan izin, dan digigit pacat. So selepas itu, selepas 3 minggu ada manifestasi ruam kulit yang tidak boleh disembuh, tak sembuh-sembuh lagi sampai sekarang. Masa itu ada ramai doktor yang memberi diagnosis tapi tak sembuh lagi. Inilah dia, sekarang kita mengalami satu masalah yang tidak pernah didiagnosiskan iaitu COVID dan sekarang ada peperangan Ukraine. So kita kena sama-sama diagnosis dan memberi cadangan atau bagaimana kita dapat selesaikan masalah ini. Izinkan saya bacakan apakah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dari segi kebajikan yang kita bantu secara langsung dan juga secara tidak langsung. Secara langsung adalah, boleh dicerakinkan kepada 4 bahagian. Yang pertamanya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, di mana kita ambil langkah baru, 3 langkah baru yang proaktif iaitu yang pertamanya menambahkan bantuan JKM di mana Bantuan Am yang dulu, sejak tahun 2021 daripada kadar asal, asal 140.00 ringgit, 200.00 ringgit, 270.00 ringgit kepada 2 kadar iaitu 250.00 ringgit dan 320.00. Manakala bagi bantuan persekutuan, kadar bagi skim Bantuan Warga Emas atau BWE daripada 350.00 ringgit kepada 500.00 ringgit. Bantuan Kanak-Kanak daripada minimum 100.00 maksimum 500.00 kepada minimum 150.00 kepada maksimum 1,000.00 ringgit. Manakala bagi skim Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya iaitu EPOKU daripada kadar asal 400.00 dinaikkan kepada 450.00. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT) daripada 350.00 dinaikkan ke 500.00. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) daripada kadar asal 250.00 kepada 300.00. Dan langkah kedua iaitu kita naikkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) 2016 dari, daripada 960.00, kita disemakkan semula menjadikan penggunaan PGK Makanan iaitu 1,169.00 ringgit. Ini adalah membolehkan lebih ramai yang boleh layak menerima bantuan JKM. Langkah ketiga adalah kita memberi bakul makanan melalui JKM. Sebanyak 70,106 bakul makanan, sorry, 70,106 yang kepada mereka terkesan yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh 2020 sehingga sekarang.

Kerajaan Negeri Sembilan juga melalui MAINS, haa ini adalah kedua, turut memberikan bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar beragama Islam di Negeri Sembilan. Terdapat beberapa skim dan bentuk bantuan seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan makanan asas bulanan, bantuan persekolahan dan asnaf. Bilangan kategori miskin pada tahun 2019 adalah sebanyak 4,308 orang. Bagi tahun 2020 adalah sebanyak 4,431. Sudah naik. Manakala bagi 2021 kategori fakir sebanyak 2,731 orang dan miskin sebanyak 1,712 orang. Bagi tahun 2020 sehingga Julai, kategori fakir sebanyak 2,929 orang dan miskin sebanyak 1,814.

MAINS melaksanakan had kifayah untuk menilai dan mengukur kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minima bagi me, menentukan tahap kelayakan penerima bantuan. Sehingga sekarang, sekarang, bilangan pene, penerima di, yang diberikan oleh MAINS adalah pada 2019 – 4,308, pada 2020 – 4,431, pada 2021 – 4,443 dan pada 2022 setakat hari ini adalah 4,743. Ini menunjukkan satu trend yang, yang meningkat. Dalam tempoh PKP ada di, dibahagikan kepada 4 fasa. Yang fasa pertama, iaitu jumlah bantuan keseluruhan 2020 iaitu Mac sehingga Jun sebanyak 2,761,333.00 ringgit. 2021, Jun hingga Ogos adalah 7,812,984.00 ringgit. Pada 2021, Pelan Pemulihan Negara Fasa 3, sebanyak 10,497,776.00. Pada 2021, Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, sebanyak 2,040,000.00. Untuk jumlah keseluruhannya 23,112,093.00 ringgit.

Jadual kedua iaitu ada banyak bantuan COVID semasa, dari Mac sehingga Jun 2020 iaitu bantuan tunai, bantuan barang dapur, bantuan untuk front liners, bantuan masjid dan surau, bantuan Person Under Surveillance dan macam-macam bantuan diberi. Yang tadi saya sebutkan tadi sudah di, diperincikan, tapi saya taknak nak bacalah semua, nanti 3 hari 3 malam, tapi yang pentingnya, yang pentingnya adalah jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan oleh MAINS adalah 23.1 juta, sepanjang COVID. Okay, yang keempat, haa yang ketiga adalah di mana Kerajaan Negeri Sembilan melalui SUK telah memberikan baucer makanan pada fasa yang pertama iaitu sebelum kita beri bakul makanan, kita ada baucer makanan sebanyak 4.8 juta di bawah SUK. Dan di bawah Pejabat Menteri Besar pulak, peruntukan P50 sebanyak 5.606 juta. Ini adalah menunjukkkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan Pakatan Harapan Negeri Sembilan begitu pirhatin dan cakna terhadap nasib mereka yang memerlukan kebajikan. Ini adalah secara langsung.

Secara tidak langsung, kita juga adakan Skuad Waja di mana Skuad Waja ini terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan wanita yang memberi first aid emosi. Kita pernah dengar tentang first aid fizikal. Sekarang dalam tempoh COVID kita perlukan first aid emosi di mana lebih ramai orang tertekan dan mengalami kemurungan. Dan juga melalui PH GEM, selama tempoh PKP sehingga 1 haribulan Mei, kita sudah menjalankan 204 program di mana kita memperkasakan wanita, walaupun mereka berada di rumah, bagaimana mereka boleh menjana pendapatan atau menjana lebih pendapatan untuk menampung kehidupan mereka. Dan juga ada lagi RMC (Rumah Minda Ceria) kerana dalam tem, tempoh PKP mak, mak, tersepit dengan pelbagai masalah, mungkin ada lebih ramai gelandangan. Dan RMC tugasnya, peranannya adalah kita bantu menyelamatkan gelandangan-gelandangan ini. Ini adalah secara tidak, tidak langsung. Dan saya percaya agensi-agensi yang lain juga mengadakan program pemerkasaan untuk membantu orang yang kurang kemam, kemampuan dalam tempoh PKP ini dan juga yang B40 sudah jadi, M40 sudah jadi B40. Orang-orang ini kita masih bantu mereka supaya kita sama-sama dapat mensejahterakan rakyat Negeri Sembilan.

Dan se, sebelum saya mengakhiri, saya ingin menggunakan loghat Negeri Sembilan, kita harus samo-samo kito jago Negori Sembilan. Dan

saya ingin pinjam daripada Pengarah Pendidikan haa, “Up Negeri Sembilan”. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Kepayang. Saya mintak Exco lain ambil bahagian. Silakan Yang Berhormat Paroi.

Assalamualaikum WBT. Salam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejatera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua Dewan. Saya ucapkan terima kasih di atas keizinan, berdiri pada petang ini bagi menjawab soalan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri ini yang berbahas ketika sesi perbahasan usul isu kenaikan kos sara hidup yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Chennah semalam. Seperti mana yang disebut oleh ADUN Senaling, buat awal ini saya melahirkan kekesalanlah di atas sikap ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang kerana tidak menghormati sesi penggulungan ini. Mereka bertanya, tapi bila kita nak jawab, mereka tak hadir. Ini satu sikap yang sepatutnya tidak berlaku. Seperti mana ADUN Senaling menyatakan, bahawa belia khususnya di Negeri Sembilan ini merupakan satu kelompok yang besar. Belia wanita berjumlah 235,200 orang manakala belia lelaki berjumlah 272,200 orang. Lebih ramai lelaki daripada perempuan. Dengan jumlah keseluruhannya 507,400 orang.

Dengan jumlah yang begini besar dan dengan suatu rang undang-undang yang telah diluluskan iaitu berkaitan dengan undi 18, saya yakin kita boleh menerima hakikat bahawa golongan belia adalah golongan yang penting dalam negeri dan negara kita. Orang bijak pandai mengatakan untuk melihat masa depan negara kita, 5 – 10 yang akan datang, maka lihatlah belia yang ada pada hari ini. Dan dalam konteks politik, dengan pelaksanaan undi 18 ini, golongan belia merupakan golongan undi penentu dalam menentukan kepimpinan negeri dan negara kita. Sewajarnya Dewan yang mulia ini, dan ahli-ahli Yang Berhormat memberikan tumpuan dan perhatian terhadap pembangunan belia ini.

Saya melihat sepanjang 2 hari persidangan ini, tidak ada seorang pun yang berminat dengan isu belia ya. Tidak ada soalan berkaitan dengan isu belia. Ada 2 keadaan Timbalan Yang Dipertua. Bilo tak ado orang tak bertanya tu, ada 2 keadaan. Satu mereka tak berminat, satu lagi yang baiknya mungkin Exco Belia Dan Sukan telah menjalankan tugasnya dengan baik. Itu 2 kemungkinanlah, mudah-mudahan yang kemungkinan yang kedua itulah saya harapkan.

Timbalan Dipertua, saya tanya pasal taman rekreasi dan pusat, gelanggang futsal tu, memang ditujukan untuk belialah. Jangan cakap kita tak ada tanya. Kita tanya ….

Ya. Tapi yang saya maksudkan ialah …..

….. Zaiful pun tanya pasal belia jugak.

….. soalan lisan ya, soalan lisan memang tidak ada seorang pun, hanya ada besok daripada ADUN Rahang. Okay.

Saya ingin menjawab berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui berkaitan dengan sukan permotoran di mana dibangkitkan agak, agar tapak sedia ada di, di Jempol itu digunakan sebaik mungkin bagi memperkasakan sukan permotoran di Negeri Sembilan ini khususnya yang dimaksudkan adalah suatu tanah di litar motocross di Air Hitam yang saya difahamkan tanah tersebut adalah sebahagiannya adalah milik, 10 ekar sedang diusahakan untuk diwartakan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan bakinya 30 ekar akan diusahakan dalam proses untuk diwartakan di bawah SUK.

Sebenarnya Jempol ini, khususnya di Bandar Seri Jempol, telah boleh kita isytiharkan sebagai bandar permotoran. Baru-baru ini telah dilaksanakan satu program yang bertaraf antarabangsa dan jugak bertaraf kebangsaan iaitu Petronas Cub Prix ya, yang telah dijalankan pada 16 dan 17 haribulan Julai 2022 dengan kehadiran keseluruhan hampir 20 ribu pengunjung dari seluruh Malaysia. Dia dilakukan di Litar Cub Prix Dataran Seri Jempol, yang mana litar tersebut di sepanjang 1.1 kilometer dan status tanahnya adalah jalan taman atau laluan berdaftar di bawah MARRIS ke Dataran Seri Jempol. Kita telah gunakan litar ini, penganjuran oleh Petronas bermula tahun 2013 sehinggalah tahun ini, 2020 dan tertangguh pada tahun 2020 dan 2021 kerana lantaran pandemik COVID-19. Kawasan yang sangat baik yang akan kita cuba pertahankan supaya Petronas menjadikannya sebagai litar tetap bagi setiap tahun bagi kejohanan Petronas Cub Prix ini.

Yang kedua adalah kompleks sukan permotoran dan rekreasi di, berhampiran jugak dengan Bandar Seri Jempol, iaitu jalan nak ke Muadzam ya, kalau tak silap saya iaitu keluasannya 9.672 hektar. Ianya berstatus pajakan tanah rizab kepada Majlis Perbandaran Jempol yang kini disewakan kepada PRD Empire bagi tujuan penganjuran sukan permotoran. Dan kini sedang dibaik pulih dan difahamkan telah hampir, perbelanjaan hampir 1.0 juta ringgit untuk menaik taraf kompleks sukan permotoran ini. Dan insya Allah kita akan bekerjasama bagi menganjurkan sukan permotoran bertaraf kebangsaan jugak yang akan dilaksanakan pada 26, 27 Ogos dan penutupnya pada 30 haribulan Ogos. Ini suatu perkara yang kita janjikan dalam Manifesto Pakatan Harapan ketika PRU-14 yang lalu. Seterusnya kita jugak berjaya membangunkan litar motocross di Felda Raja Alias. Kita bekerjasama dengan Majlis Belia Felda yang telah juga menganjurkan suatu kejohanan motocross pada bulan 4 yang lalu ya. Jadi mendapat sambutan yang baik. Ini berkaitan dengan permotoran oleh ADUN Sungai Lui.

Berkaitan dengan ADUN Linggi, antara yang dibangkitkan ialah berkaitan dengan taman rekreasi dan futsal ya, yang perlu diselenggara dengan baik. Yang sebahagiannya adalah di bawah Jabatan Belia Dan Sukan dan sebahagiannya ada yang di bawah PBT. Untuk kompleks sukan di bawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan adalah satunya di KOMBES, Paroi (Kompleks Belia Dan Sukan Paroi), yang kedua adalah di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol (KRM Jempol), Kompleks Rakan Muda Daerah Kuala Pilah (di KRM Kuala Pilah), Kompleks Sukan Komuniti Rantau dan Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pertang. Semua kemudahan sukan ini telah diseng, diselenggara dengan baik berdasarkan peruntukan naik taraf, baik pulih dan penyelenggaraan kecil yang diterima dari KBS dari masa ke semasa. Sejak tahun 2019 hingga 2000, sejak tahun 2009 hingga 2019, pihak JBS telah meluluskan permohonan bagi membina sebanyak 174 buah gelanggang futsal rakyat di semua daerah. Sebanyak 152 telah dibina di atas tanah milik hak Kerajaan Negeri ya, Kerajaan Negeri memberikan sokongan dengan membenarkan 152 buah gelanggang itu dibina di atas tanah milik Kerajaan Negeri Sembilan, 9 buah gelanggang di tanah Persekutuan dan 9 buah gelanggang lagi di atas tanah FELDA dan 2 gelanggang di atas tanah hak milik FELCRA. Semua gelanggang tersebut telah diserahkan kepada persatuan penduduk, KRT (Kawasan Rukun Tetangga) dan persatuan belia setempat bagi mengurus dan menjaga gelanggang futsal tersebut.

Kebanyakan gelanggang berhadapan masalah tidak diselenggara dengan baik, haa ini isunya, kerana ada pihak yang bertanggungjawab mengendalikan gelanggang ini, seperti mana yang saya sebut tadi, diserahkan kepada persatuan penduduk, KRT dan persatuan belia, mereka ini tidak mampu menguruskan gelanggang tersebut dengan baik. Pada tahun 2019, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima peruntukan 280.00 Ringgit Malaysia dari KBS bagi kerja-kerja baik pulih untuk 14 buah gelanggang futsal di seluruh Negeri Sembilan. Tahun 2020 sebanyak 920 ribu untuk baik pulih 49 buah gelanggang futsal dan sebanyak 100 ribu diterima pada tahun 2021 bagi 5 buah gelanggang futsal. Majlis Mesyurat kerajaan Negeri yang bermesyuarat pada 15 September 2021 telah bersetuju dan mengambil keputusan seperti berikut: diluluskan penyerahan sebanyak 43 buah gelanggang futsal dalam keadaan baik pada setiap daerah yang terlibat, bersetuju mengambil alih gelanggang futsal di Taman Dusun Nyiur dan Kampung Baru Jiboi Seremban. Baiki gelanggang futsal dalam keadaan baik hendaklah segera diambil alih, ya. Ada baki lagi yang masih baik hendaklah diambil alih segera dan, oleh Kerajaan Negeri secara berperingkat. Manakala gelanggang futsal yang selebihnya akan diambil alih berdasarkan keperluan.

Pada 11 Mac 2022, 10 buah gelanggang telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Seremban termasuk gelanggang futsal Dusun Nyiur dan Kampung Jiboi Baru yang saya kira ada yang merupakan gelanggang futsal ber, berbumbung yang, yang, yang telah dibina. Dalam masa yang sama pihak Jabatan Belia Dan Sukan telah menghantar permohonan peruntukan kepada KBS bagi kerja baik kesemua gelanggang futsal. Saya kira gelanggang futsal ini sangat penting untuk kita menggalakkan anak-anak muda kita terlibat dengan sukan sekaligus sebagai usaha menjauhkan mereka daripada terlibat dengan dadah.

Seterusnya ada pertanyaan berkaitan dengan ADUN Lenggeng, bertanya bagaimana usaha Kerajaan Negeri memperbanyakkan kursus-kursus kepimpinan untuk belia bagi mereka menangani kehidupan dalam keadaan kenaikan kos sara hidup ini. Pihak Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) di bawah Exco Belia Dan Sukan telah me, melaksanakan beberapa inisiatif yang berobjektif mempersiap, mempersiapkan golongan belia agar rentan terhadap situasi ketidaktentuan ekonomi semasa. Bermula dari pasca COVID-19 tahun 2021, TABAH telah membantu belia dari, dari segi aspek pendidikan, keusahawanan dan kebajikan. TABAH telah menyediakan 50 komputer riba bagi belia luar bandar yang mendapat keputusan cemerlang SPM yang menyambung pengajian di peringkat diploma dan ke atas. Seramai 50 usahawan pula, yang usahawan berbentuk usahawan penjaja kecil telah dibantu melalui pembelian peralatan perniagaan. Ada yang nak beli payung, beli khemah dan sebagaikan yang melibatkan usahawan belia bandar, belia luar bandar.

TABAH jugak telah melancarkan skim ta, takaful TABAH. Satu-satunya negeri di Malaysia yang membantu 330 orang penghantar makanan, food rider yang aktif di seluruh Negeri Sembilan. Mereka ini sangat diperlukan, ketika pandemik COVID yang lalu, merekalah yang membantu kita mendapatkan makanan yang diperlukan dan kebanyakan daripada mereka ada yang telah terlibat dalam kemalangan, yang telah cedera, yang telah cacat. Ada jugak yang telah meninggal dunia akibat kerja yang mereka buat sebagai penghantar makanan. Maka TABAH (Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan) telah melancarkan Skim Takaful TABAH ya. Di mana mereka ini akan dilindungi oleh skim takaful ya, akan dibayar dengan jumlah 10 ribu ringgit untuk kos perubatan. Dan kalau meninggal dunia akan mendapat 10 ribu ringgit untuk kos kepada untuk bayaran kepada waris mereka. Seramai 330 orang penghantar makanan telah berjaya kita bantu.

Tahun 2022, selepas kelonggaran untuk berhimpun, TABAH telah mengadakan Karnival Jom Cari Kerja ya. Disebabkan banyak masalah kehilangan pekerjaan, dengan kerjasama PERKESO, Negeri Sembilan kita telah berjaya menganjurkan 2 lokasi untuk Jelajah Mini Karnival Jom Cari Kerja ini iaitu di Seremban dan Kuala Pilah. Dan kita telah menarik lebih 500 belia yang mencari pekerjaan. Jadi kita jugak telah mengadakan khidmat kaunseling, mengajar mereka bagaimana untuk menyediakan resume, untuk mengetahui bagaimana cara menghadapi temuduga dengan pihak yang, swasta dan pihak yang ingin mendapatkan pekerja-pekerja baru ini. TABAH jugak telah memberikan bantuan kepada usahawan belia ya. Kita mengadakan Himpunan Usahawan TABAH dan Seminar Bijak Akaun yang telah dijalankan di Seremban dan Jempol, yang telah mendapat sambutan hampir 200 orang usahawan muda untuk kita perkasakan dan meningkatkan pencapaian mereka.

Untuk program-program belia di bawah inisiatif sektor pertanian, seperti mana yang disebut oleh YB Klawang, dalam inisiatif Belanjawan 2022, sehingga 10 Ogos 2022, seramai 106 orang belia telah menerima manafaat iaitu seramai 48 belia menerusi insentif Siswazah Tani dan 58 belia menerusi insentif Petani Muda dengan melibatkan peruntukan sebanyak 1.0 juta ringgit. Dan yang terakhir seperti mana bagi, berkaitan dengan kursus-kursus ini, seperti mana yang disebut oleh YB Bukit Kepayang tadi ya, sebanyak 206 kursus oleh PH GEM yang untuk membantu, 204 ya, kursus-kursus memperkasakan wanita muda yang turut dilaksanakan oleh PH GEM.

Yang seterusnya ialah soalan berkaitan dengan motocross, sudah ya. Dengan kursus MPKK tadi pun saya dah jawab. Cuma akhirnya saya mengambil kesempatan ini, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, walaupun isu ini bukanlah isu yang berkaitan dengan Kerajaan Negeri, tapi saya ingin menggunakan ruang di Dewan yang mulia ini, bagi menunjukkan keprihatinan kita kepada warga pendidik ya. Warga pendidik yang telah membantu Kerajaan Negeri, membantu Negeri Sembilan menjadi antara, atau mengekalkan selama 6 tahun sebagai negeri kedua terbaik dalam pencapaian SPM, sepanjang 6 tahun yang lalu. Golongan guru inilah yang telah menyumbang khidmat bakti mereka.

Yang menjadi isunya, Timbalan Dato’ Yang Dipertua, untuk mendapat perhatian Yang Amat Berhormat dan seluruh Dewan ini ialah bagaimana mereka hari ini berhadapan dengan masalah tekanan pekerjaan ya. Mereka, untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, guru-guru pada di Negeri Sembilan ini telah terlalu ramai yang memohon persaraan awal ya. Mereka memilih untuk pencen lebih awal. Sudah pasti antara sebabnya adalah disebabkan tekanan kerja, di mana mereka saya yakin dalam Dewan ini, YB Bahau, YB Sikamat, YB Senaling, mereka ini teman hidup mereka adalah guru. Jadi mereka sangat memahami bagaimana tekanan yang dihadapi oleh guru. Dan guru ini memilih untuk bersara awal. Tetapi yang menyedihkan, yang menjadi isunya yang saya ingin bangkitkan hari ini ialah bagaimana permohonan persaraan awal ini, sebanyak 150 orang guru yang telah ditolak untuk mereka bersawal, bersara awal. Mereka telah memohon, telah memenuhi syarat, menghantar borang, tetapi permohonan mereka telah ditolak. Maknanya mereka tidak dibenarkan bersara awal. Kenapa ini berlaku? Dan apa, apa kesannya kepada institusi Pendidikan yang akan mendidik anak-anak Negeri Sembilan ini?

Yang pertama mereka akan mengalami tekanan. Mereka akan bekerja dalam keadaan tidak bersungguh-sungguh. Walaupun kita yakin guru adalah mereka yang berdedikasi, tetapi apabila mereka telah menyatakan hasrat untuk ber, ber, bersara tapi mereka telah dilarang ataupun tidak dibenarkan, walaupun kita yakin bahawa hak menentukan persaraan ini adalah bukan hak mutlak pegawai-pegawai pendidikan ini. Mereka terikat dengan Akta Pencen 1980 (Akta 227) Seksyen 3 yang menentukan bahawa sama ada mereka boleh bersara atau tidak itu diten, bukan, bukan mereka yang boleh menentukan, tapi pihak kementerian yang menentukan.

Tetapi apa yang saya nak bangkitkan ialah, isunya terdapat 150 orang guru yang telah ditolak bersara awal. Kesannya adalah kepada anak-anak kita. Mereka ini akan bekerja dalam keadaan tekanan dan mereka jugak akan menghadapi keadaan-keadaan yang mungkin boleh menjejaskan perkhidmatan mereka untuk mendidik anak-anak kita. Apa yang kita kena buat? Ini yang saya ingin cadangkan supaya di pihak Jabatan Pendidikan, mungkin Pengarah-nya jugak akan bersara tidak lama lagi, mungkin boleh memikirkan bagaimana untuk memberikan kursus-kursus motivasi atau kursus-kursus kaunseling, memberikan sesi-sesi kaunseling kepada guru-guru ini supaya mereka boleh menerima keadaan di mana mereka tidak lagi dapat bersara awal, dan kita harapkan jugak benda, perkara-perkara ini tidak menjejaskan pencapaian anak-anak kita di Negeri Sembilan.

Kerana bila yang berlaku hari ini, ramai guru yang bersara, tetapi guru pengganti pulak tak masuk. Guru pengganti tak masuk. Guru yang tinggal pulak akan menanggung beban guru yang, yang tidak diganti. Inilah satu keadaan yang saya kira mungkin di pihak sebelah sana boleh bawakkan kepada kepimpinan di peringkat Parlimen dan sebagainya. Bawak kepada Ahli Parlimen Rembau yang menjadi Menteri, Ahli Parlimen Kuala Pilah ya, dan sebagainya supaya membawakkan isu-isu tentang profesyen perguruan ini. Saya memilih untuk bercakap dalam Dewan ini bagi menggambarkan keseriusan kita untuk bersama dengan golongan guru ini bagi mereka dapat pembelaan yang sewajarnya dan diberi ruang yang sewajarnya untuk mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Akhirnya saya sekali lagi mengambil peluang ini mengucapkan selamat menyambuat Hari Kemerdekaan. Dan terakhir ada jugak yang saya belum jawab iaitu berkaitan dengan Sukan Komanwel ya. Pertamanya ADUN daripada Chembong bertanya tentang lawatan Sukan Komanwel. Pertamanya ianya adalah merupakan jemputan daripada Majlis Sukan Negara ya. Kami mendapat jemputan daripada Majlis Sukan Negara dan ramai jugak negeri-negeri yang lain menghantar kontinjen mereka untuk ke sana. Antaranya Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, ramai yang menghantar. Ada atlet Negeri Sembilan. Kita ada 3 orang atlet Negeri Sembilan yang bertanding bagi mewakili negara. Yang pertama dalam acara lempar cakra iaitu saudara Irfan, Irfan bin Shamsuddin, olahraga lempar cakra. Dalam acara ping pong lelaki, saudara Chong Javen, seorang anak muda. Dan yang ketiga, dalam acara ragbi lelaki, jugak mewakili negara, anak Negeri Sembilan, saudara Adam Ariff bin Alias.

Disebabkan kita sedar bahawa kita perlu menjalani penjimatan, jadi alhamdulillah kita telah berjaya mengurangkan, asalnya, kos yang diluluskan agak besar ya, tetapi atas penjimatan, kita telah berjaya menjimatkan 150 ribu daripada kos yang diluluskan sebanyak 350 ribu untuk kita ke sana, lebih-lebih lagi dalam keadaan pertukaran wang Ringgit Malaysia ya, ringgit kita jatuh di mana hari ini 1 pound sterling, hanya bernilai sebanyak [ringgit]5.50 sen, berbanding dengan dahulu kita, 1 pound sterling itu kita boleh mencecah sehingga 4.00 ringgit. Jadi ini jugak menyebabkan kos tinggi. Dan jugak saya, walaupun layak mendapatkan tiket untuk business class tapi saya memilih untuk, memilih tiket ekonomi, jugak dengan hasrat untuk kita menjimatkan kos. Dan mana-mana pegawai yang membawa ahli keluarga mereka, itu ditanggung oleh, oleh, oleh, kerajaan tidak menanggung kalau ada mana-mana pihak yang membawa ahli keluarga mereka semasa lawatan ke Sukan Komanwel ini.

Jadi insya Allah ini jugak menjadi hasrat Kerajaan Negeri, kita telah lama tidak menjadi tuan rumah ya, Yang Amat Berhormat Sikamat, tuan rumah SUKMA. Yang terakhir kita jadi pada tahun 2004 tak silap saya. Zaman Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Rantau. Jadi kita bercadanglah ya, kalau boleh dalam tempoh 5 – 10 tahun lagi, kita boleh meminta untuk menawarkan diri menjadi tuan rumah SUKMA, yang jugak menjadi peluang untuk kita menaik tarafkan kemudahan-kemudahan sukan yang ada di Negeri Sembilan. Terima kasih Timbalan Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Saya mohon Yang Berhormat Repah.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua Dewan kerana membenarkan saya untuk membuat penggulungan terhadap isu-isu yang dibangkitkan semasa perbahasan tadi. Sebelum tu, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul yang dibawa oleh Chennah pagi tadi. Usul yang dibawa oleh Chennah ni tepat pada masanya. Isu kenaikan kos sara hidup memang, memang hangat pada masa kini. Dan juga ia adalah merupakan satu isu global, bukan saja di Malaysia tapi di seluruh negara. Dan saya lihat pandangan dan cadangan daripada Chennah memang cukup baik dan bagus untuk dipertimbangkan dalam Dewan yang mulia ini. Dan saya juga tertarik dengan satu cadangan yang diberi oleh Chennah iaitu supaya Dewan Undangan Negeri, ADUN bekerjasama dengan KPDNHEP untuk mengadakan penjualan di tempat masing-masing. Itu adalah cadangan yang baik, dan saya setuju. Dan saya menyeru supaya KPDNHEP Negeri Sembilan bekerjasama dengan ADUN kawasan supaya menggunakan peruntukan yang ada di bawah ADUN tu untuk memberi subsidi kepada rakyat semasa penjualan diadakan.

Dan ADUN Chembong telah membangkitkan isu berkaitan dengan pusat dialisis di Rembau, di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sebelum ni isunya adalah berkaitan dengan MAINS dengan KPJ untuk joint venture yang perlu diadakan, pada persidangan lepas saya jawab. Tapi isu sebenarnya adalah berkaitan dengan pusat hemodialisis ni dijalankan dengan kerjasama di antara Majlis Agama Islam dengan KPJ Seremban. Dan pihak majlis, MAINS melalui KPJ Seremban sedang menunggu lawatan dan pemeriksaan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (CKAPS) Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kelulusan lesen operasi. Isu-isu teknikal lain telah diselesaikan. Dan semua peralatan telah tersedia dan hanya menunggu kelulusan untuk beroperasi daripada KKM. Ni sama juga isu yang dihadapi oleh Hospital Mawar dulu. Dia ada isu berkaitan lesen operasi CKAPS. Syarat-syarat di CKAPS ni adalah sangat ketat dan perlu dipatuhi oleh operator pusat hemodialisis.

Seterusnya berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti. ADUN Seri Menanti tidak ada dekat sini. Saya rasa saya boleh jawab.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Jawab saja. Dia boleh dengar daripada kawasan.

Okay, kalau tidak saya kena jawab dengan kerusi saja. Okay. Persoalan yang dibangkitkan adalah subsidi minyak masak, penguatkuasaan lemah dan tiada tindakan tegas menyebabkan aktiviti penyeludupan minyak masak kerap berlaku sehingga rakyat tidak dapat menikmati subsidi tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Perdangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna sedar akan kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi yang berlaku di negara ini oleh segelintir individu ataupun syarikat ataupun sendiket yang tidak bertanggungjawab. KPDNHEP Negeri Sembilan memandang serius kegiatan penyelewengan tersebut dan sentiasa bertindak tegas untuk mengekang ketirisan di seluruh negara sama ada menerusi tindakan secara pro aktif ataupun berasaskan aduan oleh orang ramai.

Bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 31 Julai 2022, sebanyak 29 kes telah dihasilkan oleh Seksyen Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Sembilan bagi pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Dan nilai rampasan bagi keseluruhan kes tersebut adalah dianggarkan sebanyak 1,033,140.38. Kementerian ini juga sedar sekiranya jenayah ini tidak dicegah akan membawa kesan negatif kepada kewangan kerajaan dan menjejaskan keperluan rakyat. Untuk itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan secara berterusan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP untuk memerangi jenayah ini seperti berikut:

i. Mempergiatkan penguatkuasaan penyelewengan Barang Kawalan Bersubsidi di sempadan negara seperti melaksanakan Pelan tindakan Membanteras Penyelewengan Barang Kawalan Bersubsidi di sempadan Malaysia yang terdiri dari negara Thailand, Indonesia, Brunei dan Singapura sejak tahun 2019.

ii. Mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pasukan Polis Marin, Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Gerak Am, Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain agensi penguatkuasa bagi menangani kekurangan serta mengatasi pengaliran keluar minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

iii. Menjalankan risikan dan pemeriksaan berterusan ke atas pengilang, pembungkus dan pemborong dan peruncit.

iv. Pengauditan di setiap rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi melibatkan kilang pembungkus, pemborong dan peruncit.

v. Menggantungkan atau/dan menarik balik kuota dan lesen minyak masak ke atas syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan dan disabitkan kesalahan.

vi. Mengeluarkan arahan berhubung larangan ke atas mana-mana pemborong dan pembungkus menyalurkan minyak masak dari negeri-negeri lain ke negeri bersempadan dengan Thailand iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

vii. Menilai semula jumlah kuota minyak masak oleh syarikat pembungkus yang beroperasi di negeri-negeri bersempadan negara supaya diselaraskan dengan nisbah keperluan pengguna, penggunaan oleh isi rumah.

viii. KPDNHEP Negeri Sembilan mengeluarkan arahan kepada semua pembungkus minyak masak di Negeri Sembilan berhubung membuat penandaan pada kotak minyak masak yang dihantar kepada pemborong.

ix. Mana-mana pemborong atau peruncit di Negeri Sembilan yang mendapati masalah bekalan minyak masak boleh berhubungi dengan KPDNHEP Negeri Sembilan dan suatu arahan akan dikeluarkan kepada pembungkus untuk menghantar bekalan dengan kadar segera bagi memastikan bekalan minyak masak tidak terputus di Negeri Sembilan.

x. Dan akhir sekali adalah, lain-lain usaha yang akan dilaksanakan dari masa ke semasa oleh KPDHEP Negeri Sembilan.

Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh KPDNHEP ini adalah berterusan dan berkesan serta mampu memerangi penyelewengan daripada terus berleluasa. Dan akhirnya dapat mengurangkan beban tanggungan subsidi oleh kerajaan serta memberi manfaat kepada pengguna di negara ini. Itu saja jawapan daripada saya. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Repah. Saya mintak Exco lain. Yang Berhormat Labu.

Assalamualaikum WBT. Salam bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih jugak kepada semua sahabat-sahabat saya Exco dan jugak kepada semua ahli ADUN, Dewan Undangan yang mulia ini kerana sudi mendengar jawapan dan jugak penggulungan. Yang baik dikobakan, yang buruk dihindarkan. Dan dalam masa yang sama, siapa pun kita, kita kena donga benda yang baik dan benda yang buruk. Yang mana yang baik kita cuba perbaiki dan amalkan. Dan mana yang tidak baik, kita tinggalkan dan kita hindarkan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ADUN yang bertanya berhubung dengan portfolio saya sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar. Satu bidang tugas yang saya rasa amat berat, lebih kurang 500 kampung-kampung termasuk kampung Orang Asli yang saya kena jelajahi, yang saya kena selesaikan masalah.

Nampaknya dalam sidang kali ini tak banyak yang tanya, agak saya dah selosai banyak ya. Dan jugak kita dalam masa yang sama, kita memastikan bahawa pimpinan-pimpinan kita di peringkat akar umbi, mereka-mereka yang berkelayakan, mereka-mereka yang beretika, dan mereka-mereka yang gigih terutama dalam semasa COVID dulu, menjalankan tugas tanpa mengira kepentingan dan jugak kewangan. Dan saya ucapkan syabas kepada semua Pengerusi-Pengerusi MPKK dan kampung-kampung Orang Asli yang sanggup bekerja tanpa mengira waktu dan masa. Itu sebabnya saya katakan mereka merupakan orang-orang yang menjadi front liner, front liner semasa orang berehat ataupun dalam, dalam keadaan orang takut menghadapi COVID. Begitu jugak, dalam masa banjir, kejadian banjir. Sebelum agensi-agensi lain datang, merekalah yang mendahului, memastikan supaya keselamatan dan jugak kemudahan-kemudahan yang patutnya disediakan.

Oleh itu, kita mengadakan satu skim di mana, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana memberikan Skim Ex-Gratia kepada semua ahli-ahli jawatan kuasa MPKK yang mana apabila berlaku kemalangan ataupun kematian kita bayar sebanyak 3,000.00 ringgit. Mungkin boleh dinaikkan pada tahun depan, padangan sayalah ya. Ini satu perkara yang saya rasa kita memastikan bahawa mereka yang terlibat secara langsung ini perlu dihargai. Begitu jugak dengan mana-mana pegawai kerajaan yang bertung, bertungku, apa, bertungkus lumus memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan berada dalam keadaan yang cemerlang selama tempoh 4 tahun ini. Dan insya Allah kita akan cuba lebih baik lagi pada tahun mendatang ini. Insya Allah mudah-mudahan kita akan diberi kepercayaan lagi oleh rakyat Negeri Sembilan untuk memerintah pada penggal yang kedua.

Berhubung dengan masalah Orang Asli dan jugak kampung-kampung ni, kita tak adalah beza sangat. Tinggal lagi saya mintak sahabat-sahabat saya di sebelah sana pastikan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan lebih sedikit kepada mereka-mereka ini kerana ada banyak perkara yang perlu kita selesaikan lagi, yang masih belum selesai. Saya sebagai Exco Pembangunan Luar Bandar akan memastikan bahawa pada tahun depan, tidak ada lagi mana-mana kampung yang tidak mendapat bekalan air ataupun api letrik. Ini merupakan satu keperluan asas yang mesti disediakan, siapa pun yang memerintah untuk pastikan mereka ini mendapat sebagai rakyat yang biasa.

Kemudian kemudahan pendidikan jugak perlu kita beri. Itu sebabnya kita lihat sekarang ini makin kurang makin kurang anak-anak Orang Asli yang tidak bersekolah melanjutkan di peringkat sekolah menengah. Sebab kita pastikan bahawa sampai bila mereka perlu kena bergantung dengan kerajaan. Jadi mereka kena bangunkan diri mereka, minda mereka untuk bersama-sama menjadi warganegara Malaysia yang kita cintai.

Dan jugak, saya suka mengingatkan kepada mana-mana agensi kerajaan, tak kiralah siapa pun kita, santunilah dan layanilah mereka-mereka yang datang memohon bantuan. Yang kadang-kadang mereka datang dari jauh, dan kadang-kadang mereka datang lewat masa, kadang-kadang mereka datang semasa kita berehat. Layani mereka ini. Kalau sekali kita tidak melayaninya, mungkin mereka tidak akan datang lagi dengan kita. Inilah peluang di mana kita dalam keadaan terdesak ini sebagaimana yang telah diusulkan oleh saudara saya YB Chennah. Di masa inilah kita tolong bantu mereka. Kalau di masa susah ni pun kita tidak dapat membantu mereka, saya kira bila lagi. Di kesempatan inilah makna saya katakan, setiap kita yang diberi tanggungjawab supaya memastikan kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebaik yang mungkin ya. Saya suka menasihati diri saya dan jugak kawan-kawan yang lain, agar kita turun ke bawah selalu. Temuilah mereka-mereka. Cuba bayangkan, satu orang pemuda yang jatuh panjat petai, yang lumpuh ya, selama 31 tahun menggunakan katil biasa, tidak disantuni. 4 hari sebelum Hari Raya Korban, saya dapat bertemu dan saya selesaikan masalah beliau ya, sehari sebelum ni, Hari Raya Korban. Cuba bayangkan berapa gembira dan berapa terujanya beliau selepas sekian lama, 31 tahun daripada muda sampai berumur 57 tahun disantuni, dilayani, diberi bantuan. Inilah yang kita kena tanya.

Sebab kita tidak boleh menyalahkan orang lain, menunjukkan kelemahan orang lain tetapi kelemahan dan jugak yang kita keburukan yang ada pada kita masih banyak lagi. Oleh itu, kita marilah bersama untuk kita pastikan apa saja yang kita boleh mampu bantu, dan saya menyeru kepada Kerajaan Negeri Sembilan-lah, kalau kita ada peruntukan. Dan saya nak jawab jugak, nanti mungkin dijawab oleh Dato’ Menteri Besar. Kito bukan berbelanjo duit yang ditinggalkan. Kita masih maintain figure yang sama, walhal kita membawak investor yang banyak masuk ke negeri kita. Dalam tempoh 4 tahun, kita dapat menggandakan investor dalam negeri kita. Inilah kejayaan. Mahu tidak mahu, kena terima. Ini hakikat sebenarnya ya. Kita kena terima. Itulah yang saya cakapkan. Kita tidak berbelanja sahaja mengikut kesukaan ataupun kegembiraan yang ada pada kita. Tapi kita mesti membina dan memastikan tabungan kita akan lebih hebat, lebih besar pada masa akan datang di samping kita memberi bantuan sebanyak mungkin kepada rakyat negeri kita. Kita telah buktikan termasuk COVID, kita telah buktikan semasa banjir berlaku dan kita telah buktikan semasa malapetaka yang datang menyerang penduduk-penduduk di seluruh negeri kita.

Saya juga suka mengingatkan daripada keadaan yang katakan dari segi penebangan hutan ataupun penggunaan rizab dan tanah-tanah yang tidak mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri kita. Dulu banyak tanahptanah disewakan diberikan pajakan tapi hasilnya tidak seberapa. Jadi pastikan supaya kita memastikan pegawai-pegawai yang terlibat dapat mengesan, memantau dan seterusnya memastikan hasil masuk ke dalam kantung Kerajaan Negeri. Jangan nanti yang untungnya syarikat-syarikat besar, yang ruginya Kerajaan Negeri, yang menjadi mangsa rakyat biasa di luar-luar bandar. Inilah pandangan saya dan kita berkeyakinan bahawa dengan keadaan pengurusan yang baik, pentadbiran yang memikirkan kepentingan rakyat, makin banyak pelabur akan datang ke negara kita, sebagaimana ayat tuhan yang mengatakan kalau sesuatu buah negeri itu rakyatnya bersyukur dan jugak menghargai nikmat yang diberikan, insya Allah, Allah akan menambah ya. Tak kiralah siapa, tak kiralah agama siapa. Yang pentingnya mereka mensyukuri dan melakukan, keadilan dan kesamarataan kepada semua pihak. Saya suka menjawab beberapa permasalahan dalam usaha kita memastikan supaya ketua-ketua MPKK kita berwibawa, kita mengadakan banyak kursus-kursus di peringkat daerah, dan jugak di peringkat negeri. Sebab itu yang kita katakan dalam memperkasakan penjawat-penjawat awam dan jugak mereka-mereka yang bertanggungjawab dalam pembangunan negeri kita mesti dia tugas, beri dia peranan dan beri dia apa ni, kursus-kurus yang membaiki prestasi dan jugak pengurusan mereka. Dan saya jugak suka menyarankan mana-mana mereka yang melakukan kebaikan, prestasi cemerlang, diberi ganjaran. Dan mana-mana mereka yang melakukan kesilapan-kesilapan yang berulangan kena diberi tindakan. Sebab kita tidak boleh membiarkan keburukan berlaku berterusan. Dan kita mesti menghargai, apabila kita menghargai sumbangan orang, maka mereka akan menyumbang dan melakukan lebih baik pada masa akan datang.

Jadi kalau ada mana-mana berlaku pertukaran di kalangan pimpinan di peringkat kampung, jangan salahkan, jangan apakan, ada kebaikan-kebaikan. Sebagaimana satu pokok yang besar, yang rimbun itu, ada dahan-dahan yang mati, yang rosak, yang sakit, perlu dipotong, perlu dibuang supaya penyakit pada pokok itu tidak akan berterusan. Sama jugak dalam pentadbiran dan jugak sama jugak dalam apa-apa saja organisasi.

Jadi, oleh kerana soalan tak banyak, satu saja, pada saya. Jadi saya bacakanlah. Mintak maaf ya, Tuan Timbalan Speaker. Balai raya taman Bahau tidak selamat diduduki, perlu diroboh dan dibina baru. Ini telah bersetuju ya ADUN Jeram Padang. Pejabat Daerah Tanah Jempol telah terima penilaian tahap keselamatan balai raya Taman Bahau Fasa 1 daripada Jabatan, JK, Jabatan Kerja Raya Jempol yang mendapati bangunan tersebut tidak selamat diduduki. Pejabat Daerah Tanah Jempol dalam tindakan mengikuti tatacara perubahan aset tak alih dengan panduan Jabatan Kerja Raya dan permohonan peruntukan perobohan akan diangkat setelah cadangan perobohan ini diluluskan. Jadi cadangan perobohon ini mungkin akan dibuat secepat mungkin, memastikan supaya tidak ada nanti mangsa berlaku apabila berlaku ni, apalah, apabila mereka mengguna nanti, datangkan keburukan.

Mengenai cadangan bina baru, satu pertemuan telah diadakan bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan wakil penduduk Taman Bahau pada 5 Ogos 2022. Mereka menyatakan hasrat untuk menggantikan balai raya dengan kemudahan rekreasi dan taman mainan kanak-kanak kerana telah wujud dewan lain yang lebih besar, yang digunakan oleh penduduk setempat dekat sekitar, di bawah pentadbiran kalau tak silap saya, Pejabat Daerah ya, ataupun Majlis Daerah.

Yang kedua, lokasi balai raya ini tidak strategik, terletak di selekoh jalan dan tiada tempat parking. Jadi itu sebabnya kita berikan satu tempat. Jadi saya jugak menyeru kepada semua-semua Majlis Daerah ataupun Perbandaran supaya memastikan kemudahan-kemudahan komuniti umum ini untuk kebaikan orang hendaklah dipastikan diberi penjagaan yang baik, penyelenggaraan yang baik. Mana-mana dewan orang ramai yang rasa-rasanya dah tak ada air cond, sejak 20 – 30 tahun dulu tak ada air cond patutnyalah sampai masa untuk diberi kemudahan air condition. Dan ditambah baik, mungkin dulu kecik, sekarang ni boleh dibesarkan lagi dengan sesuai dengan pertambahan penduduk. Dan jugak pertemuan jugak akan dibuat dengan penduduk setempatlah. Jadi kita libatkan penduduk setempat. Bukan, mungkin ADUN jugak akan dipanggil untuk pastikan supaya kita bersama bersetuju untuk mengganti ataupun merobohkan dan ganti penambahan, apa ni, agensi ataupun institusi yang baik ya.

Dan yang terakhir sekalilah, saya berharap supaya kita menjalankan tugas kita dengan sebaik mungkin tak kira siapa kita. Kalau kita sebagai pegawai, kita cubalah selesaikan masalah kita secepat dan sebaik mungkin. Kalau tak ada bajet, jangan jadi dulu, jawapan yang mudah oleh pegawai-pegawai “tak ada bajet”. Kalau tuan-tuan sebagai pentadbir yang dapat pendidikan yang tinggi, memberi jawapan yang begitu, saya tidak boleh terima sebab sepanjang saya bekerja di Majlis Perbandaran dahulu saya tidak memerlukan peruntukan daripada Kerajaan Negeri, saya terus mintak kepada kementerian-kementerian yang ada, banyak ya. Kita boleh mintak, gunakan sedikit kreativiti, gunakan sedikit masa dan idea untuk kita membuat kertas kerja untuk kita panjangkan ke peringkat-peringkat di Pusat atau di Federal ya. Jadi jangan mengharapkan sangat kepada State, begitu jugak dengan kawan-kawan kita, yang ada menjadi Menteri, Timbalan Menteri, yang menjadi ketua, ataupun ketua-ketua jabatan yang besar, cuba membantu negeri kita ya. Ini yang kita kena lakukan supaya kita bersama. Yang ringan kita sama jinjing, yang berat sama-sama kita pikul. Yang baik sama-sama kita laksanakan, dan mudah-mudahan negeri kita akan menjadi negeri yang aman dan makmur dan bahagia pada masa akan datang. Terima kasih banyak, terima kasih banyak, assalamualaikum WBT.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Timbalan …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Timbalan Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua, saya mohonlah Yang Berhormat Labu tu pastikanlah saya dijemput dalam perjumpaan tentang balai raya tersebut. Terima kasih.

Insya Allah saya pun akan turun nanti tengok, insya Allah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay, Yang Berhormat lain? Ahli Exco. Nak tak nak?

Terima kasih …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay, terima kasih Yang Berhormat Ampangan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua untuk mengizinkan saya menggulung perbahasan pada petang ini. Pertama isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Linggi tentang Sekolah Menengah Agama Chuah. Untuk makluman Yang Berhormat Linggi, tak ada. Sekolah Menengah Agama Chuah ini memang menjadi perhatian dan tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan pihak JPNS sentiasa dari semasa ke semasa merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang terkini, kerana perkara ini masih lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dan sehingga tarikh 9 Ogos 2022, Bahagian Pembangunan KPM telah memaklumkan bahawa kontraktor, kontraktor bangunan telah memohon kelulusan lanjutan masa ataupun EOT (Extension of Time). Bahagian Pembangunan KPM sedang memproses permohonan tersebut sepertimana dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak, permohonan EOT tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat EOT yang akan diadakan pada 15 Ogos 2022. Setelah kelulusan EOT tersebut diperolehi, Bahagian Pembangunan akan mengesyorkan kepada Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPM untuk pengeluaran CPC (Certificate of Practical Completion) barulah kemudian bangunan berkenaan boleh digunakan.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak jugak merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Palong ya. Ini tentang birokrasi TUNS dan TUNS Plus ya. Kita maklum kecemburuan ya, pembangkang terhadap kejayaan Kerajaan Negeri Sembilan hari ini yang telah memperkenalkan dan melaksanakan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) iaitu bantuan geran maksima 3,000.00 ringgit kepada usahawan mikro di Negeri Sembilan. Dan jugak TUNS Plus iaitu bantuan pinjaman tanpa faedah sehingga 15 ribu ringgit maksima untuk setiap usahawan mikro yang terpilih.

Sejak dimulakan pada tahun 2019 sehingga akhir tahun 2022 ya, untuk tahun ini, kita telah dan akan membantu untuk TUNS Plus sahaja sejumlah 5,149 usahawan untuk TUNS. Manakala untuk TUNS Plus seramai 417 usahawan terpilih telah menerima ya, dan juga bakal menerima dari segi pinjaman tanpa faedah daripada inisiatif TUNS Plus. Untuk 2019, untuk diperincikan, dengan jumlah 3.0 juta ringgit, 1,046 usahawan. 2020 dengan peruntukan 3.0 juta ringgit, seramai 2,023 orang usahawan. Manakala 2021 dengan peruntukan yang sama, 3.0 juta ringgit, seramai 1,078 usahawan. Dan untuk 2022 ya, dengan peruntukan 3.0 juta ringgit, seramai 1,002 orang usahawan ya. Manakala untuk TUNS Plus, yang dimulai pada 2021, dengan peruntukan 3.0 juta ringgit, seramai 213 orang usahawan. Manakala untuk 2022 dengan peruntukan yang sama 3.0 juta ringgit, seramai 204 orang usahawan menerima manafaat daripada inisiatif yang dimulakan oleh kerajaan pada hari ini.

Saya nak maklumkan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, setiap sen dana yang diperuntukkan digunakan keseluruhannya untuk membantu usahawan. Tidak ada satu sen pun yang digunakan dari segi malahan untuk mengurus dan mentadbir. Apa yang kita lakukan ialah kita menggunakan ya, agensi yang sedia ada, di bawah PKNNS untuk melaksanakan. Jadi sebab tu tidak ada dana ini yang digunakan untuk pengurusan sekali pun. Peruntukan 3.0 juta ringgit yang kita terima untuk TUNS itu kita beri kesemuanya kepada usahawan. Ini penting untuk kita ketahui ya. Tidak ada satu sen pun untuk, malahan untuk pengurusan. Kita gunakan agensi sedia ada iaitu Pusat Pembangunan Usahawan di bawah PKNNS yang ini penting untuk kita mengetahui ya bahawa kita sangat, untuk memastikan bahawa setiap dana yang kita ada ini kita gunakan Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan di bawah PKNNS ya. Itu memang dah sedia ada. Di samping itu tidak ada pekerja yang kita gunakan dibayar gaji pun di, untuk kesemua peruntukan 3.0 juta ringgit yang kita ada. Ini penting untuk kita ketahui ya. Keseluruhannya setakat ini, daripada 2019 hingga 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak 18 juta ringgit ya. 18 juta ringgit satu jumlah untuk membantu usahawan-usahawan kecil, usahawan-usahawan mikro ya.

Dan tidak adil ya untuk menuduh bahawa kita memperlewatkan ataupun tidak response kerana dari segi pengurusannya, kita di, adalah di antara inisiatif yang membabitkan paling ramai Exco dalam inisiatif ini ya. Ada 5 orang Exco yang mana saya mempengerusikan, yang membabitkan 4 orang Exco yang lain. Exco Pembangunan Belia Dan Sukan, Exco Pembangunan Luar Bandar, Exco Pertanian Dan Industri Asas Tani, Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga Dan Kebajikan ya. 5 orang Exco terbabit ya, untuk mengendalikan TUNS dan TUNS Plus ya.

Dan dari segi proses permohonan, kita amat berhati-hati ya, untuk memastikan mereka yang benar-benar layak menerima ataupun yang, yang mendapat inisiatif ini ya. Sebab ada jugak kes ya, yang menipu ya, ada kes yang dari segi permohonannya kita tahu tidak jujur ya. Ini berlaku. Jadi sebab itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya orang memohon, kita beri tanpa kita menilai. Malahan dalam konteks ini PKNNS jugak menggunakan khidmat, Pusat Khidmat Rakyat DUN dan, menerusi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) ataupun Penyelaras DUN untuk menilai ya, yang perniagaan mereka itu benar-benar wujud ya. Ini penting untuk kita melihat bahawa kesungguhan kita. Dan kita juga tidak, nak memastikan bahawa tidak ada penipuan berlaku ya.

Dan, dan kita telah mempermudahkan proses permohonan. Permohonan sekarang ini boleh dilakukan secara talian. Mereka tak perlu datang ke PKNNS untuk menyerahkan borang kerana borang ini boleh dimuat turun di dalam laman sesawang yang disediakan. Kita mempermudahkan segala-galanya. Dan cuma menjadi masalah kepada kita, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua ialah ramai daripada pemohon kita tidak melengkapkan permohonan. Sebagai contoh tahun 2022, mereka yang mendaftar ya, mereka mendaftar untuk memohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) seramai 2,460 orang ya. Malangnya yang menghantar, dia mendaftar satu perkara, yang menghantar permohonan hanya 59.3% iaitu seramai 1,461 orang. Yang lebih menyedihkan lagi, yang melengkapi ya, yang melengkapi borang permohonan berkenaan hanya sekitar 34.2% iaitu sekitar lebih kurang 500 orang. Haa ini masalah yang kita hadapi. Dan kita perlu mengetahui maklumat-maklumat ini kerana kita nak memastikan mereka yang benar-benar berniaga, mereka yang benar-benar layak menerima bantuan ini, khususnya dalam bentuk geran ya. Geran ini bermakna kita memberi dana ini, walaupun jumlahnya kecil tapi amat besar maknanya kepada usahawan-usahawan mikro ini ya, kepada mereka ya. Geran ini walaupun jumlahnya 3,000.00 ringgit, tapi kepada yang berniaga murtabak, orang yang berniaga mi goreng, yang berniaga goreng pisang, jumlahnya besar kepada mereka. Sebab itu kita jugak perlu berhati-hati ya, untuk memastikan tidak ada berlaku sebarang penipuan dalam konteks ini.

Timbalan, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya nak merujuk jugak tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggeng dan juga Yang Berhormat Rantau ya. Yang berkaitan tentang ekonomi dan juga permasalahan yang berkaitan. Kita dalam untuk kita melangkah ke hadapan ya, kita akur bahawa keadaan peningkatan kos barangan dan dalam masa yang sama kita tahu bahawa tiada peningkatan pendapatan rakyat. Ini masalah yang kita hadapi. Barangan semakin meningkat tetapi pendapatan tidak meningkat ya. Dan kita jugak akur peningkatan kos barangan ini adalah sebenarnya akibat pelbagai faktor luaran. Contohnya peperangan Ukraine dan Rusia. Jadi persoalannya sekarang ini bagaimana untuk kita meningkatkan pendapatan rakyat.

Kerajaan Negeri Sembilan berusaha untuk membawa pelaburan yang berimpak tinggi yang memerlukan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan untuk memastikan ya, pendapatan yang jauh lebih baik. Ini yang kita usahakan. Untuk melangkah ke hadapan, usaha ke arah meningkatkan kualiti pelaburan, kita memfokuskan kepada pelaburan yang berorientasi teknologi agar permintaan buruh mahir dapat dipertingkat. Ini kaedah yang kita nak lakukan ya. Industri berteknologi tinggi yang difokuskan dalam pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) adalah sepeti berikut:

Yang pertama kita memfokuskan kepada industri aeroangkasa ya. Ini dulu tak pernah dibincangkan oleh kerajaan yang terdahulu, tetapi kerajaan pada hari ini memfokuskan kepada industri aeroangkasa. Persoalannya mengapa aeroangkasa? Kerana aeroangkasa adalah di antara industri yang berimpak tinggi yang memerlukan pekerja-pekerja mahir yang boleh meningkatkan pendapatan mereka yang bekerja. Dan juga boleh membuka peluang perniagaan kepada ramai usahawan-usahawan yang lain. Inilah mengapa kita menumpukan kepada industri aeroangkasa. Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah ya, usaha ini telah menampakkan hasil. Pada 7 Julai 2022 kita telah melakari sejarah pembangunan aeroangkasa negara apabila Kerajaan Negeri yang diwakili oleh Perbadanan NS (NS Corporation) menandatangi bersama Turkish Aerospace Industries untuk membangunkan NS AV (NS Aerospace Valley) dan jugak UVV (Unmanned Vehicle Valley). Dan dalam konteks ini lebih teruja kerana kita akan menjadi tempat tapak pusat pemasangan helikopter yang pertama di negara ini. Dan perjanjian ini telah disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia; Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan tim, Presiden Turki; Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan di Istana Presiden di Ankara, Turki. Ini kita, alhamdulillah ya, kita berjaya melakukan ini dan usaha ini insya Allah akan melakari sejarah baru dalam negara dalam pemasangan helikopter yang akan dilakukan di kawasan sekitar berhampiran dengan Labu ya, tak jauh daripada kawasan Enstek. Haa ini kita nak lak, itu industri aeroangkasa. Dan kita masih lagi, banyak sudah permintaan-permintaan untuk membuka kawasan industry yang berkaitan aeroangkasa yang sedang kita proses, tetapi dalam masa sama kita juga menghadapi masalah bagaimana untuk kita membuka kawasan-kawasan baru untuk menjadikan tempat untuk industri-industri aeroangkasa ini. Ini yang berlaku sekarang ya.

Dan industri kedua yang diberi penekanan kepada kita ialah industri maritim ya. Industri maritim adalah di antara yang perlu kita ambil perhatian kerana dengan kedudukan negara kita dan, yang berada di Selat Melaka, yang hampir setiap tahun 80 ribu buah kapal induk, dengan izin Timbalan Dato’ Yang Dipertua, mother vessel ya yang kapal-kapal besar, 300 meter, 400 meter panjangnya, melalui Selat Melaka secara purata satu hari 200 – 250 buah kapal yang lalu ya. Dan kita harus melihat bagaimana untuk kita mengambil urus niaga dengan kapal-kapal yang melalui di Selat Melaka ini. Sebab itu kita harus memfokuskan bagaimana untuk kita membangunkan industri maritim di perairan kita sepanjang 61.3 kilometer ya, di perairan Port Dickson. Tanpa kita melupai destinasi pelancongan menjadi, masih lagi menjadi keutamaan kita dalam pembangunan di Port Dickson.

Untuk makluman, makluman ya, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, dan ahli-ahli Dewan yang dalam Dewan yang mulia ini, bahawa, sama ada kita sedar ataupun tidak, untuk sekian lama ya, kedaulatan Negeri Sembilan, dengan izin, sovereignty state agak tergugat ya, kerana sebahagian perairan di antara Tanjung Tuan sehinggalah Linggi bukan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan tapi ditadbir oleh negeri jiran ya. Dan, tetapi Kerajaan Negeri ya, sekarang ini telah mengambil inisiatif ya, untuk memastikan kedaulatan negeri ini dipulihkan, diperbetulkan semula. Alhamdulillah ya, kita telah pun mulai beberapa minggu yang lepas, kebenaran telah diberi bahawa kawasan ini sekarang ini ditadbir urus oleh Negeri Sembilan di bawah Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson. Ini kejayaan cukup besar. Sebalum ini melak, negeri lain yang mengawal, sekarang Negeri Sembilan yang kawal. Tapi ini memang kawasan kita, perairan kita. Mengapa sebelum ini kita tak ambil peduli tentang perkara ini. Ini tentang kedaulatan ya, tetapi kedaulatan kita ini terabai untuk sekian lama kerana segala urusan urus niaga di kawasan ini dikawal oleh orang lain, bukan di Negeri Sembilan. Tapi alhamdulillah seperti yang saya nyatakan, usaha yang kita lakukan telah memperbetulkan keadaan ini. Yang dulu namanya ialah dengan izin, Dato’ Timbalan Yang Dipertua, Kuala Linggi port limit ya, ataupun had labuh Kuala Linggi telah berubah ya. Dan insya Allah kita berusaha untuk menamakan nama yang baru, Tanjung Agas NS Port Limit ataupun had labuh Tanjung Agas NS. Jadi ini usaha yang kita buat menunjukkan kesungguhan kita untuk memajukan maritim dan untuk mempertingkatan ekonomi Negeri Sembilan.

Kita jugak ya, melihat bagaimana untuk sekian lama jeti arang yang telah lama, dulu memang jeti arang batu yang kita lihat sudah rosak teruk ya, dan kita sedang mengambil usaha untuk membaik pulih dan juga membesarkan jeti arang ini supaya kita memulihkan industri perdagangan dengan menggunakan jeti ini, yang memang telah lama ya, sejak di zaman penjajah digunakan sebagai jeti yang besar untuk kita gunakan semula untuk kita memulihkan ekonomi di Negeri Sembilan ya.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua ya, saya jugak ingin membawak perhatian tentang usaha kita untuk menjadikan Port Dickson ataupun kawasan industri maritim kita dipertingkatkan dengan untuk membawa apa dikatakan sebagai, dengan izin, home port for cruise liner, ataupun istilahnya ialah pengkalan pelabuhan untuk kapal siar ya. Dan ini insya Allah kita cukup berkeyakinan dengan usaha ini, ia akan meningkatkan impak yang besar ekonomi rakyat di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson. Kita tahu untuk sebuah kapal siar, di dalam kapal siar itu ada ribuan penumpang. Kalau kita lihat sebagai contoh, kapal Genting Dream ada 3,400 orang penumpang dengan 2,000 anak kapal. Hasrat kita akhirnya ialah untuk menjadikan Port Dickson sebagai home port, home port maknanya pelabuhan pengkalan dan kita mengharapkan akan banyak kapal-kapal siar daripada seluruh dunia akan menjadikan Port Dickson sebagai pengkalan mereka ya. Apabila ini berlaku, penumpang-penumpang daripada luar negara dan Port Dickson yang paling sesuai kerana kita paling berhampiran dengan lapangan terbang utama negara iaitu di KLIA, mereka akan turun dan naik daripada KLIA dan akan terus datang kerana yang paling hampir dengan KLIA ialah Port Dickson. Datang ke Port Dickson dan ini akan memberi kesan besar. Cuba kita bayangkan hampir 5,000 orang datang ya. Dan itu kalau kita boleh lakukan setiap minggu ya, berlaku kemasukan ataupun penumpang, ini akan memberi kesan besar dari segi ekonomi. Bila mereka datang, mereka mungkin jugak terpaksa menggunakan hotel. Ini akan meningkatkan industri perhotelan. Mereka terpaksa makan. Mereka akan meningkat, membantu peniaga-peniaga kita dari segi makanan sama ada di hotel ataupun di restoran, ataupun di gerai-gerai. Ini akan meningkatkan pendapatan ekonomi rakyat. Ini nak kita lakukan.

Dalam masa yang sama, kapal besar ini memerlukan bahan bekalan sama ada minyak, air, bekalan makanan, mereka perlukan beras, mereka perlukan buah-buahan, mereka perlukan sayur-sayuran, mereka perlukan telur, mereka perlukan pelbagai lagi untuk bahan makanan untuk penumpang-penumpang mereka dan juga untuk anak-anak kapal mereka yang boleh kita bekalkan. Ini usaha-usaha yang kita

buat yang berimpak tinggi, usaha-usaha yang kita nak laksanakan di dalam konteks pembangunan maritim.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua ya, saya nak melihat industri yang ketiga, industri yang berkaitan tentang EV (Electric Vehicle) ya. Ini juga industri yang berimpak tinggi. Dan alhamdulillah kita bersyukur ya, ini telah pun bermula dengan pelaburan yang dibuat oleh Samsung SDI Energy Sdn. Bhd. yang telah komited pada 21 bulan Julai yang lepas telah melakukan pecah tenah, tanahnya untuk membina kilang baharu di Kawasan Industri Taman Tuanku Jaafar untuk pengeluaran bateri ya, untuk EV atau Electric Vehicle, dengan izin Timbalan Dato’ Yang Dipertua, adalah yang paling penting dalam industri kereta elektrik ya. Dan Samsung melabur sebanyak 6 bilion ringgit yang insya Allah akan mewujudkan peluang pekerjaan 1,300 kepada rakyat di Negeri Sembilan.

Industri yang keempat ya, yang ingin kita bangunkan adalah berkaitan tentang unmanned vehicle ya ataupun kenderaan tanpa pemandu. Ini insya Allah dalam proses perbincangan dan kita yakin ia juga memberi kesan impak yang tinggi kepada negara dengan mewujudkan industri ini. Di samping daripada itu ya, yang kelima, kita juga memfokuskan tentang industri yang berkaitan tentang Semiconductor ya, yang, yang jugak penting ya. Dan sebab itu insya Allah, dalam tempoh terdekat kita kemungkinan akan menerima pelaburan yang cukup besar yang berkaitan dalam Semiconductor ya.

Dan yang keenam kita juga nak menekankan tentang industri halal yang merangkumi sektor pharmaceutical ya, dari segi perubatan, kosmetik dan juga makanan dan minuman (F&B). Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kita jugak mengetahui bahawa intervensi yang ini ideal, apa yang saya bentangkan ini ideal tetapi ianya memakan masa, jangka masa panjang ya. Tapi itu bukan bermakna kita tak buat sekarang, kita kena buat sekarang untuk memulainya. Kerana ianya tidak boleh mendapat kesannya secara serta merta ya. Tapi kita perlu laksanakan sekarang. Sebahagian walaupun dah bermula, tapi kilang baru mula, tapi belum lagi untuk mengambil pekerja. Production masih lagi belum bermula. Ini bermaknanya memang ideal, tetapi ianya memakan masa. Jadi ada perlu ada banyak lagi usaha-usaha yang perlu kita laksanakan untuk mata, mengatasi permasalahan yang kita hadapi pada hari ini.

Dalam usaha kita untuk memastikan keterangkuman pembangunan agar manafaat pertumbuhan dapat diagihkan secara adil, kerajaan kalau kita lihat menyusun hala tuju yang strategik berdasarkan kekuatan sektor ekonomi di peringkat negeri, daerah agar kesan pengganda dan limpahan ekonomi dapat dimaksimakan ke seluruh negeri ya, dan jugak keseluruhan bandar dan juga di luar bandar dan juga semua daerah-daerah. Pendekatan ini memastikan perbelanjaan dan pelaburan ke atas pertumbuhan sektor ekonomi adalah inklusif kepada semua penduduk.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya juga nak menekankan pembangunan yang kita bawak dalam kawasan Lembah Wawasan Malaysia adalah merupakan katalis. Katalis bermakna ini akan memberi kesan besar kepada kawasan-kawasan yang lain, yang luar daripada kawasan Seremban dan Port Dickson. Itu bukan bermakna kita jugak meninggalkan kawasan yang lain untuk membangunkan industri berkaitan perindustrian di daerah-daerah yang lain ya. Kalau kita lihat insya Allah kalau semuanya berjalan lancar seperti di Kuala Pilah, di Senaling, kita kemungkinan besar akan membuka sebuah kilang untuk membuat peluru ya. Ini saya nak maklumkan di negara kita, sekarang tak ada kilang yang buat peluru. Ini di atas apa yang dikatakan dengan istilah dengan izin Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, national security ya. Dan ini dengan kerjasama syarikat tempatan dengan sebuah syarikat Switzerland ya untuk kita membuat peluru ya, sekarang ini kesemua peluru yang ada dalam negara diimport ya. Jadi dengan adanya kilang ini insya Allah ia akan boleh menampung keperluan peluru dalam negara dan jugak boleh dieksport ke luar negara ya.

Ini antara usaha-usaha yang kita buat secara keseluruhannya dan keseluruhan bidang-bidang tumpuan ini yang kita kenal pasti dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 – 2025 yang akan menjadi new game changers kepada pembangunan ekonomi negeri. Antaranya kalau kita lihat yang pertama ialah untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi melalui pengenal pastian sektor bernilai tinggi dan strategik ya. Ini saya kupas sebentar tadi bahawa kita nak membawak masuk industri yang bernilai tinggi dan strategik yang memperkuatkan, memperkukuhkan ekonomi kita. Dan jugak galakan kepada diversiti ya, yang akan memberi limpahan yang besar kepada negara, negeri dan rakyat keseluruhannya ya.

Yang kedua, kita juga nak melihat bagaimana untuk meningkatkan daya saing usahawan mikro ya, kecil dan sederhana. Ini penting. Yang saya bentangkan sebentar tadi, itu yang besar-besar ya. Bagaimana pulak kita nak bangunkan industri yang mikro yang kecil ya. Mikro kecil kita bantu dengan TUNS dan TUNS Plus. Bagaimana pulak kita nak bantu industri sederhana, bagaimana, ini semua dalam rangkaian pembangunan yang kita rangka untuk memastikan keseluruhannya ya, bagaimana kita boleh melihat kita boleh membangunkan ya. So di antara langkah yang kita buat untuk membantu usahawan-usahawan ini ialah kita telah memperkenalkan satu logo yang kita namakan sebagai NS Choice ya. Dengan logo ini kita mengharapkan dapat menilai ya, produk yang berkualiti yang dikeluarkan di Negeri Sembilan untuk kita usaha untuk pasarkan bersama supaya boleh membantu usahawan ini untuk lebih berkembang ya. Ini antara usaha-usaha yang kita buat.

Dan insya Allah kita juga dalam usaha untuk mewujudkan tempat di mana produk-produk usahawan ini dapat diletakkan satu tempat dan ini akan membantu ya, untuk memudahkan mereka memasarkan produk-produk mereka. Ini antara usaha-usaha yang kita lakukan bukan hanya menyentuh tentang projek-projek yang besar-besar, tapi juga kita melihat bagaimana kita membantu usahawan-usahawan yang kecil ya. Ini usaha yang kita lakukan.

Ketiga dengan kita jugak melihat bagaimana boleh menjana, menjana sumber ekonomi yang baru berasaskan kelesta, kelestarian alam sekitar ya. Haa ini jugak kita harus lihat. Dan ini antara fokus pembangunan yang kita fokuskan di Jelebu ya. Kita ada banyak kawasan yang cantik di Jelebu yang boleh kita manafaatkan, yang boleh, dan kita mengharapkan dengan kedatangan pelancong-pelancong daripada luar negara, kita boleh membawa mereka ke kawasan-kawasan ini yang akan memberi kesan ekonomi kepada penduduk-penduduk setempat ya.

Yang keempat, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, kita ingin melihat bagaimana untuk kita memajukan sektor pertanian secara lebih produktif dan lebih berintensifkan teknologi ya. Dan alhamdulillah kita juga menjadi tempat tarikan untuk pembangunan dalam bentuk pertanian khususnya dibuat permulaan dalam penternakan lembu tenusu yang akan bermula di kawasan di Negeri Sembilan ya. Kita tahu bahawa menternak lembu tenusu bukan satu perkara yang mudah ya, dan kerana keadaan cuaca di negara kita ini, tapi insya Allah pelaburan yang akan dibuat tidak lama lagi akan memberi kesan besar ya, kepada pembangunan yang berkaitan dalam industri lembu tenusu ya, yang membabitkan pelaburan insya Allah dipermulai dengan jumlah 700 juta ringgit dan kemungkinan akan berkembang hingga 1.3 bilion ringgit, dan mungkin berkembang hingga 2.0 bilion, yang melihat bagaimana permulaannya sebanyak 4,000 ekor lembu tenusu dan mungkin sehingga 10,000 – 20,000 ekor lembu tenusu dapat menghasilkan untuk susu di negara kita ini ya. Ini antara usaha-usaha yang kita lakukan untuk memastikan bahawa bukan hanya sektor perindustrian kita bangunkan, tapi jugak merangkumi jugak sektor yang berkaitan tentang pertanian ya. Dan di samping itu yang paling penting yang kelima ialah bagaimana kita untuk mendaya upaya modal insan ya. Dan bagaimana untuk kita menyokong pembangunan-pembangunan yang kita bawak ini supaya kita mempunyai pekerja-pekerja yang sangat komited, pekerja-pekerja yang memberi komitmen yang tinggi, pekerja-pekerja mempunyai disiplin yang sangat baik, pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran yang cukup baik, pekerja-pekerja yang mempunyai dari segi keseluruhannya ya, sangat produktif apabila mereka bekerja. Ini penting dalam usaha kita untuk menarik pelaburan, bagaimana untuk kita memastikan kita boleh membina ya, atau mendaya upaya modal insan supaya kita bersedia dengan apa yang ada, pelaburan yang ada supaya kita boleh benar, mengoptimumkan apa yang kita boleh insya Allah dalam pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan.

Setakat itu yang ingin saya sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan, sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulungkan perbahasan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Tahniah YB Chennah dalam usul di bawah Peraturan XVII dan terima kasih di atas penglibatan Yang Berhormat semua dalam perbahasan usul yang dibawa oleh ADUN Chennah.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua, inisiatif khas Kerajaan Negeri menangani kos sara hidup. Pertamanya, Kerajaan Negeri sentiasa komited dan beriltizam untuk terus memperkasa dan membela nasib rakyat khususnya dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup yang semakin getir pada ketika ini. Selaras dengan tema belanjawan tahun 2022 “mendaya upaya ekonomi rakyat” pelbagai inisiatif rakyat telah pun digerakkan. Antaranya yang katakan tadi, tabung usahawan, tabung usahawan plus, inisiatif galakan nelayan, Petani Muda dan Siswazah Tani (INSIST9). Kerajaan Negeri sentiasa peka dan amat prihatin dengan peningkatan kadar inflasi dan Indeks Harga Pengguna di Negeri Sembilan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Chennah semasa membentangkan usul di Dewan yang mulia ini.

Pada Jun 2022 kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi. Indeks Harga Pengguna Negeri Sembilan telah meningkat daripada 123.6 kepada 127.2. Peningkatan sebanyak 2.9%. Indeks Makanan, peningkatan 5.5% menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi Negeri Sembilan. Ini diikuti oleh pengangkutan – 3.7% dan restoran dan hotel – 3.6%. Peningkatan ini adalah terutama disebabkan oleh kenaikan harga daging, sayur-sayuran pada Jun 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, kadar inflasi Negeri Sembilan pada Jun 2022 iaitu 2.9% adalah lebih rendah berbanding nasional – 3.4%. Peningkatan harga barangan asas antara 20% hingga 30% benar-benar menghimpit rakyat khususnya golongan B40 dan M40.

Selain daripada faktor ekonomi global, tidak dinafikan kenaikan harga barangan ini juga turut berpunca daripada berbagai faktor domestik antaranya akibat pasca COVID-19, kenaikan gaji minimum, kekurangan tenaga buruh, kenaikan input barang makanan dan kejadian banjir yang berlaku pada penghujung tahun 2021. Berdasarkan laporan suku tahun pertama 2022, Jabatan Perangkaan Malaysia keseluruhan kerugian yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sembilan akibat banjir yang lalu berjumlah 77.1 juta ringgit merangkumi kehilangan, kerosakan kediaman sebanyak 45.7 juta, kemusnahan kenderaan sebanyak 18.3 juta, kemusnahan ruang perniagaan sebanyak 12.1 juta dan kerugian di sektor pembuatan sebanyak 1.2 juta.

Justeru itu bagi menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap nasib yang menimpa rakyat akibat daripada kenaikan kos sara hidup yang amat menekan ini, sukacita saya mengumumkan satu peruntukan khas sebanyak 5.0 juta bagi menjayakan inisiatif Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin di seluruh daerah bermula 1 September hingga 31 Disember 2022. Inisiatif ini akan menggembleng kerjasama dengan semua pihak sama ada pengeluar, penternak, petani dan agensi kerajaan supaya dapat menjual beberapa barangan asas rakyat pada harga ladang sekaligus menghapuskan elemen orang tengah. Antara item rakyat yang dijual di bawah inisiatif ini seperti ayam, daging, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan lain-lain. Barangan pada paras harga yang lebih murah antara 20 – 30% berbanding harga pasaran.

Inisiatif ini merupakan strategi serampang 2 mata yang akan memberi impak positif yang mana akan dinikmati bukan sahaja oleh rakyat sebagai pembeli malah oleh pengeluar, penternak dan usahawan tani juga terlibat secara langsung dalam membekal produk-produk ini. Saya yakin menerusi inisiatif prihatin kerajaan ini, sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban hidup yang sedang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, prestasi kutipan hasil 2018 hingga 2 September 2022. Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri

untuk tempoh 4 tahun ke belakang iaitu 2018 sehingga 2021 adalah seperti berikut:

 Kutipan tahun 2018 sebanyak 421.24 juta ataupun 102.24% berbanding sasaran yang ditetapkan 412 juta.

 Kutipan tahun 2019 adalah sebanyak 556.44 juta ataupun 129.41% berbanding sasaran yang ditetapkan berjumlah 430 juta. Pencapaian ini merupakan prestasi kutipan hasil tertinggi dalam rekod Kerajaan Negeri Sembilan.

 Kutipan tahun 2020 pula adalah sebanyak 447.88 juta ataupun 98% berbanding sasaran 457 juta.

 Prestasi kutipan tahun 2021, sejumlah 397.44 juta ataupun 88.72 juta, 88.72% berbanding sasaran 448 juta.

 Prestasi hasil yang dikutip sehingga 12:00 tengah hari, 10 haribulan Ogos, yakni hari ini adalah berjumlah 334.49 juta berbanding 278.25 juta pada 31 Ogos 2021. Ini bermakna baru 10 hari pun kita telah berjaya mengutip lebih 56 juta berbanding 31 Ogos 2021 yang lepas. Oleh kita, oleh itu, kita yakin kutipan hasil 2020 ini akan menghampiri sasaran belanjawan negeri sebanyak 432 juta, insya Allah.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, penggunaan definisi defisit bersasar. Prestasi kewangan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2020 dan 2021 merekodkan defisit sebahagian perbelanjaan mengurus melebihi kutipan hasil susulan daripada bencana COVID-19 iaitu defisit sebanyak 42.14 juta pada tahun 2020 dan meningkat kepada 100.07 juta pada tahun 2021. Namun, pengurusan kewangan masih berjalan dengan cekap dan berkesan dalam memastikan supaya semua defisit belanjawan tersebut dibelanjakan secara bersasar. Situasi ini juga telah memaksa Kerajaan Negeri untuk menggunakan rizab sedia ada bagi menampung defisit tersebut dan mengubah lanskap belanjawan negeri dari perbelanjaan berimbang kepada belanjawan defisit. Namun impak defisit tersebut tidaklah terlalu dirasai kerana defisit tersebut ditampung dari surplus tahun 2019 sebanyak 147.66 juta yang digunakan untuk bantuan kepada rakyat mengharungi COVID-19 dan merangsang ekonomi negeri.

Intervensi Kerajaan Negeri yang telah dilaksanakan ini adalah sebahagian daripada strategi ekonomi mikro negeri untuk meningkatkan KDNK Negeri di mana hasil kajian mendapat secara umumnya setiap 1% peningkatan nisbah perbelanjaan mengurus cenderung untuk menjana 1.3% KNDK. Seterusnya peningkatan 1% KDNK berpotensi menjana peningkatan hasil sebanyak 0.8%. Ini dapat menjawab sebahagian soalan teman-teman tadi.

Dato’ Yang Dipertua, berhubung soalan Chennah mengenai inisiatif pengurangan kos sara hidup, aspek pembangunan tanah. Kerajaan Negeri sentiasa peka dalam mengawal inflasi dan prihatin dalam mengurangkan beban rakyat khususnya kenaikan isu kos sara hidup pelbagai inisiatif/kaedah telah diperkenalkan dilaksanakan oleh kerajaan ya. Komitmen Kerajaan Negeri amat jelas apabila Mesyuarat MKN yang bersidang pada 28 Oktober 2020 dan 7 April ’21 memutuskan untuk menangguhkan pemakaian dan pelaksanaan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan Negeri Sembilan 2020. Kita dah buat sebenarnya Kaedah Caj Pemajuan Negeri Sembilan 2020 dan kaedah Pengawalan Am 2021 yang sememangnya berkait rapat di dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. Caj Pemajuan yang disediakan berdasarkan Seksyen 35 Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 atau Akta 172 bagi membolehkan dan membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan kutipan wang tersebut. Sesuatu pembangunan dilaksanakan berasaskan prinsip perkongsian keuntungan di, di mana pihak pemaju tanah, kesan daripada kenaikan nilai tanah melalui cadangan zon guna tanah yang ditetapkan dalam Rancangan Tempatan akan dikenakan Caj Pemajuan di mana hasil daripada Caj Pemajuan ini digunakan oleh PBT menyediakan keperluan kemudahan awam tambahan sekaligus mengurangkan kebergantungan kewangan kepada Kerajaan Negeri.

Manakala Kaedah Pengawalan Perancangan Am 2021 yang disediakan berdasarkan subseksyen 58(1) Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 atau Akta 172 merupakan kaedah membolehkan PBT mengenakan fi atau bayaran bagi setiap permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan oleh pemaju. Antara komponen pembangunan yang boleh dikenakan fi adalah seperti pembangunan kediaman, perindustrian komersial dan sebagainya. Melalui pelaksanaan kaedah ini ia dapat meningkatkan pendapatan PBT di Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pemakaian dan pelaksanaan kedua-dua kaedah ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian kerana melihat ia mampu memberi kesan kepada kenaikan kos pembangunan. Kerajaan Negeri percaya keputusan ini mampu mengawal kadar inflasi sekaligus memastikan rakyat Negeri Sembilan tidak terus menerus dibebani dengan kenaikan kos sara hidup.

ADUN Chennah, soalan berkenaan fi bayaran sebarang bentuk kenaikan atau semua kadar fi bagi perumahan awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Program Perumahan Rakyat, rumah pangsa tiada sebarang kenaikan kadar sewa dilaksanakan. Kadar semasa sewa bulanan adalah lingkungan [ringgit]138.22 sen sehingga 209.00 ringgit. Dimaklumkan bahawa jumlah tunggakan perumahan awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan adalah sebanyak 3.3 juta. Daripada jumlah tersebut 2.2 juta merupakan tunggakan yang merangkumi 14 skim perumahan awam sewa beli Negeri Sembilan.

ADUN Palong, soalan berhubung pusat penjaja. Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan bagi kajian kebolehlaksanaan Bandar Baru Palong, kawas, Palong 4, 5 dan 6 dalam Belanjawan Tahun 2022. Kajian ini perlu dilaksanakan agar Bandar Baru Palong dapat dengan dibangunkan lebih terancang mengambil kira aspek perundangan, sosial, fizikal dan ekonomi. FELDA, Majlis Perbandaran Jempol, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian, PLANMalaysia dan Unit Perancang Ekonomi Negeri adalah agensi yang terlibat dalam jawatan kuasa kajian. Kajian dan cadangan pembangunan ini adalah bagi menangani isu-su tanah kerajaan dalam kawasan felda. Pentadbiran tanah Negeri Sembilan bersama FELDA Ibu Pejabat secara serius menyelesaikan isu ini selaras Seksyen 34 Akta Penempatan Berkelompok 1960 dan perjanjian jian perancangan felda. Pejabat Daerah Jempol turut membuat libat urus dan perjumpaan bersama Bahagian Kawal Selia, Jabatan Perdana Menteri pada 3 Jun 2022.

Pada masa ini kawasan Palong 4, 5 dan 6 berlaku banyak pencerobohan tanah dan be, dan bahan haram menyebabkan isu saliran, bangunan tidak selamat, pembiakan nyamuk, kebakaran dan sebagainya. Bangunan yang diceroboh ini pasti tidak mengikut spesifikasi agensi teknikal. Kejadian terkini 4 Ogos ‘22 berlaku kebakaran bangunan kedai yang dibina tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri di Palong 6. Kerugian pada peniaga adalah, apabila bangunan tidak sah tidak dapat diinsuranskan.

Bagi isu pembinaan pusat penjaja, Kerajaan Negeri mengalu-alukan pelaburan yang memberi manfaat kepada penduduk setempat. Adalah molek jika cadangan lokasi ini dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Jempol, memandangkan kelulusan pembangunan di atas tanah kosong kerajaan dalam kawasan felda adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

ADUN Jeram Padang, isu dibangkitkan kos lawatan MAINS. Dato’ Yang Dipertua, ini dengar ya. Dakwaan mengatakan kos lawatan kerja ke Mesir dan Jordan sebanyak 1.09 juta adalah tidak tepat dan mengelirukan. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan sidang Dewan yang mulia, tujuan utama lawatan kerja berkenaan adalah untuk menerima penyerahan rasmi Rumah Negeri Sembilan di Kaherah milik Kerajaan Negeri daripada kontraktor tempatan setelah kerja-kerja pengubahsuaian siap disempurnakan dengan kos sebanyak 5.75 juta. Kos ini dibiayai bersama antara Kerajaan Negeri – 2.87 juta dan MAINS – 2.87 juta, sebelum dipajakkan semula kepada MAINS untuk tempoh selama 30 tahun pada kadar yang nominal. Keadaan asrama pelajar berkenaan dahulunya berada dalam keadaan yang sangat daif dan merbahaya kepada keselamatan anak-anak mahasiswa kita. Selain itu, lawatan kerja juga adalah untuk menjalin kerjasama strategik dengan pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah dan Jordan bagi melihat potensi dan peluang untuk menghantar lebih ramai pelajar anak-anak Negeri Sembilan ke Timur Tengah selain daripada Kaherah.

Saya ingin menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini, dari segi kos lawatan tersebut, kos lawatan ditanggung oleh MAINS hanyalah 534 ribu iaitu kos tambang dan makan minum ahli-ahli MAINS, pegawai dan urus setia MAINS termasuk seorang wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam seramai 16 orang. Manakala sebanyak 109,221.00 pula adalah sumbangan MAINS kepada pelajar-pelajar menggunakan sumber zakat. Selain daripada anggota MAINS, lawatan kerja turut disertai oleh saya bersama 3 pegawai Pejabat Menteri Besar dan 2 ADUN, 2 ADUN, Yang Berhormat pegawai ya, itu melibatkan kos 219 ribu. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan seorang Pegawai Kanan Jabatan Kewangan Negeri – 56 ribu, Pengarah JKR – 16 ribu menggunakan peruntukan pejabat masing-masing, berjumlah 292. Di samping itu juga Kerajaan Negeri, MBI juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar di Kaherah, Jordan sebanyak 46,809.00 ringgit.

Dakwaan yang mengatakan MAINS menanggung kos isteri pasangan turut serta adalah fitnah sama sekali. Sebenarnya MAINS hanyalah mendahulukan peruntukan pembelian tiket bagi memudahkan urusan logistik tetapi semua pegawai yang terlibat wajib membayar semula wang pendahuluan kenaan yang berjumlah 112,591.00 ringgit dan surat tuntutan telah pun dikeluarkan oleh MAINS pada 1 Julai 2022.

Dato’ Yang Dipertua, secara perbandingan kos lawatan pada tahun 2022 ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan kos lawatan yang pernah diadakan pada tahun 2015 berjumlah 1.41 juta. Sedangkan kos tambang penerbangan pada tahun 2022 ini rasanya lebih sedikit. Justeru itu saya memohon kepada rakan-rakan pembangkang supaya selidiklah dahulu fakta ataupun tabayyun

sebelum membuat apa-apa kenyataan yang tidak berasas dan mengelirukan.

Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, belanjawan, soalan Senaling, peranan kerajaan untuk membantu khususnya masyarakat B40 disebabkan kuasa pembeli semasa semakin berkurang dan kadar pinjaman bank komersial meningkat disebabkan OPR. Ni OPR, kita bukan bawah kuasa kita. Dan kita, saya rasa tadi soalan ataupun penerangan daripada Linggi telah dijawab oleh Yang Berhormat Chuah dengan baik ya, walaupun dia tak sepatutnya jawab, tapi saya nampak itu adalah jawapan yang paling sesuai ya, mengenai OPR ya. Kalau OPR rendah memang orang lari, tak nak, tak nak simpan duit di Malaysia, mereka akan keluarkan duit, akan melabur di luar ya. Dan kita sedia maklum bahawa bank juga tidak akan jadi satu yang baik. Itu, ini ada, ada baik dan buruknya ya. OPR naik, kita ada masalah orang tak, orang simpan duit tak belanja. Tetapi itu jugalah yang berlaku sebenarnya ya. Apabila berlaku A, dia akan buruk kepada B. Bila berlaku B, dia akan buruk kepada A. Jadi itulah keadaan ekonomi kita sebenarnya.

Dan belanjawan 2020 telah dibentangkan ya. Banyak inisiatif yang kita sedia maklum sebenarnya belanjawan kita meme, me, yang ber, yang telah kita maklum iaitu mendaya upaya ekonomi rakyat itu sendiri sebenarnya adalah satu perkara yang awal lagi kita telah pastikan supaya dapat mampu memberikan satu impak yang baik kepada rakyat ya. Jadi, untuk jawapan Senaling ini, kita tahu inisiatif tabung usahawan TUNS Plus, memperkenalkan inisiatif baru Halal Cottage ya, yang saya rasa tak ada di negeri lain, memberikan halal kepada usahawan cottage dengan percuma iaitu geran bantuan sampai 5,000.00 seorang untuk menaik taraf premis, memberi bantuan siswazah tani (INSIST9) dalam bentuk geran maksimum 10 ribu, inisiatif Petani Muda – 10 ribu, meneruskan insentif pembangunan tanah terbiar kepada, sebanyak 1.0 juta – 15 ribu perhektar, Tabung Agro bentuk pinjaman mudah tanpa faedah – nilai maksimum 50 ribu sebagai pengukuhan modal perniagaan. Ini pun penting sebenarnya. 3.0 juta diperuntukkan dalam inisiatif ini. Jadi Kerajaan Negeri bagi pinjaman kepada Tabung Agro ya, Tabung Agro menerusi Bank Pertanian, kita mintak kerjasama mereka dan alhamdulillah, kita bagi pinjaman tanpa faedah kepada usahawan kita yang ingin membuat pinjaman. Inisiatif Galakan Nelayan (INGEN) sebanyak 500 ribu, membantu nelayan membeli kelengkapan alatan baik pulih bot, geran bantuan 5,000.00 sehingga 15 ribu seorang. Ini tertakluk kepada kelayakan mereka. Dan kita rasa inilah inisiatif yang pertama kita beri kepada nelayan-nelayan. Melaksanakan job fair, Bantuan Anak Sekolah, bantuan peralatan implan ortopedik. Ini juga penting kerana kita tak nak lihat masyarakat kita, orang Negeri Sembilan yang, yang ber, yang tidak mampu, tidak mampu terpaksa menunggu lama untuk mendapat bantuan implan ortopedik. Tabung Perubatan Hemodialis kita bagi walaupun kita sedia maklum, ini bagi meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan ya, dan kita mendapat kerjasama dengan 3 buah hospital iaitu Hospital Tuanku Jaafar, perubatan, Pusat Perubatan NSMCH dan Pusat Islam Az Zahrah – 1.0 juta diperuntukkan bagi kos rawatan ya, buat tapak untuk dialisis.

Inisiatif food bank, menerusi caruman perlindungan takaful kepada rakyat yang berpendapatan rendah dari dalam, daripada senarai e-Kasih. Ini juga kita telah masukkan mereka dalam takaful. Rumah Minda Ceria seperti yang YB Nicole katakan. Pelaksanaan Desa Muafakat NS. Program Rumah Harapan, ini juga menjadi antara satu skim yang sangat menggalakkan iaitu kita membuat rumah di kawasan kampung-kampung dengan kos 75 ribu, mereka bayar 70 ribu tanpa faedah, tanah milik masing-masing. Inisiatif bas percuma ya, kita bukan saja inisiatif bas percuma, kita juga ada program bas rentas, RENTAS NS ya. Care For You. i-Suri. i-Suri ni kita, kita, kita bayar sumbangan kepada ibu-ibu tunggal ataupun suri rumah yang tidak bekerja dengan peruntukan hampir 510 ribu. PH GEM ya, dan banyak lagi.

Bagi soalan ADUN Johol, pejabat kewang, apa, apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan kutipan ya. Kerajaan negeri melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan kutipan hasil yang, alhamdulillah kita dalam tempoh 4 tahun ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah bersungguh-sungguh memastikan hasil kita dapat dikutip dengan baik dan pertama, kita melaksanakan Kempen Jom Bayar Cukai Tanah 2022, mengikut Pejabat Tanah masing-masing. Kempen ini adalah sebagai galakan menghargai pembayar cukai menjelaskan cukai tanah. Pelbagai cenderahati dberikan kepada pembayar cukai terawal dan pembayar, pembayar di kaunter. Pejabat Tanah mempergiatkan pembukaan kaunter bergerak cukai tanah di lokasi strategik dan terpilih dengan van bergerak yang telah kita sediakan. Ini bagi memudahkan mereka menjelaskan cukai tanah. Pembayaran cukai tanah secara talian e-Portal PTGNS telah menunjukkan peningkatan penggunaan oleh rakyat Negeri Sembilan. Sekarang ada kesedaran yang baik, mereka telah membayar secara e-PTGNS. Kerajaan Negeri telah memberikan bayaran tunggakan cukai secara ansuran dalam tempoh 6 bulan di samping menawarkan diskaun denda lewat bagi bayaran cukai tanah. Pejabat Tanah juga turut giat melaksanakan engagement dengan pemilik tanah swasta dan syarikat besar bagi mempunyai tunggakan cukai yang besar.

Pejabat Kewangan Negeri juga sangat aktif menuntut bayaran premium tanah milik Kerajaan Persektuan yang belum dijelaskan seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Alhamdulillah hasil dari pelbagai usaha dan strategi di atas, kutipan terkini hasil negeri, 10 Ogos adalah sebanyak 334 juta iaitu 56.24 juta lebih tinggi daripada tahun 2021. Tahniah. Untuk kutipan hingga 31 Ogos 2021, saya optimis kutipan hasil tahun ’22 melepasi sasaran 100% iaitu 432 juta.

Dato’ yang di, Timbalan Yang Dipertua, Senaling kenaikan harga barang disebabkan kebergantungan kepada produk import. Ini kita sedia maklum, tadi pun telah dijawab oleh, pembinaan pusat penempatan penjaja meneruskan inisiatif tabung, yang tadi telah dijawab oleh rakan-rakan. Johol, meningkatkan hasil Kerajaan Negeri, tadi juga telah dijawab.

ADUN Rahang langkah diambil mengatasi isu banjir. Okay, untuk maklumat Yang Berhormat kejadian tidak berlaku di Rahang ialah kerja-kerja sedang dalam berada dalam proses pelaksanaan ialah kerja pembaikan tebing dan sungai dan pengukuhan ban sungai di Kampung Batu 3 Mambau, Mukim Rasah, Daerah, Seremban sepanjang 2 kilometer bermula 10 Ogos 2022 dan dijangka siap 2 November ‘22 dengan jumlah 350 ribu. Keduanya, kerja mengorek dan mendalamkan jajaran Sungai Linggi dan Sungai Kepayang di dalam timbal balik melalui pelaksanaan kerja di lapangan oleh anak syarikat Yayasan Negeri. Kerja-kerja telah disiapkan ialah kerja mem, mem, membaik pulih rubble wall di koridor Sungai Linggi di Kampung man, da, Kampung Dato Mansor dan siap pada 14 Julai 2022 dan sepanjang 1.0 kilometer bernilai 20 ribu. Kerja-kerja memulih saluran sungai dan kerja-kerja berkaitan di Kampung Mantau, Mukim Rasah, Daerah Seremban pada 7 April 2022 dan siap pada 2 Jun 2022 sepanjang 2 kilometer – 200 ribu. Selain daripada itu, JPS turut mengemukakan permohonan melalui Kementerian Alam Sekitar Dan Air bagi perancangan jangka masa panjang dengan menyenaraikan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 berjumlah 200 juta dalam pelaksanaan Program Tebatan Banjir secara off budget di mana jajaran sungai ini melalui kawasan DUN Rahang yang diharapkan akan mengurangkan kesan banjir.

Yang Berhormat ADUN Linggi, isu banjir Darul Widad. Beberapa kerja penyelenggaran sungai telah dilaksanakan di DUN Linggi dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir di sungai Tok Alip sepanjang 5 kilometer yang melibatkan kos 36,980.00 ringgit. Manakala bagi isu di Taman Cermai, kerja-kerja penyaluran sungai telah dibuat serta merta selepas kejadian berlaku dengan melaksanakan kerja penyalur, menyalurkan air banjir ke dalam Sungai Pasir Panjang. Di samping itu juga satu perlaksanaan sebut harga bagi kerja penyelenggaraan Sungai Pasir Panjang sepanjang 2.5 kilometer akan dijalankan pada pertengahan Ogos dengan melibatkan kos 27 ribu.

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, isu banjir di Darul Widad adalah disebabkan kedudukan platform kawasan yang rendah dan mudah dinaiki air apabila berlaku kenaikan paras Sungai Linggi. Justeru itu berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh JPS, satu pelaksanaan kerja telah pun dipohon di bawah pelaksanaan Projek Tebatan Banjir secara off budget akan dilaksanakan di kawasan impak banjir di kawasan yang kerap dilaporkan banjir akhir-akhir ini. Antara skop kerja di bawah Rancangan Tebatan Banjir berkenaan adalah menaik taraf dan membina ban dan kolam takungan di Sungai Linggi, dijadualkan cadangan perolehan tender akan dilaksanakan oleh JPS seawal 2023.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, soalan Chennah, bas percuma. Pentadbiran Kerajaan Negeri daripada masa ke semasa akan mengkaji laluan baru ke, di kawasan Nilai yang melalui laluan Universiti Sains Islam Malaysia, Majlis Bandaraya Seremban Cawangan Nilai, Dataran Nilai, Chembok dan beberapa lokasi yang berhampiran sehingga ke Terminal Nilai Central. Pentadbiran Kerajaan Negeri telah melantik perunding yang kini sedang dalam proses kajian mengenai pelak, ke, keberkesanan perkhidmatan bas percuma di laluan-laluan sedia ada yang beroperasi. Penambahbaikan akan diambil berdasarkan penemuan hasil kajian tersebut nanti.

ADUN Linggi, Taman Seri Cermai, tadi saya dah jawab. Seri Menanti, ADUN Johol, banjir lumpur, aktiviti pembalakan, tadi telah dijawab oleh Yang Berhormat Labu.

ADUN Linggi, cadang, cadangan projek kecil untuk mengurangkan risiko banjir di Kamping Tampin Kanan Linggi. Pejabat Daerah telah melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan jalan di Lorong Mengkudu, Kampung Tampin Linggi, dengan jumlah kos 141 ribu bagi tempoh siap kerja selama 8 minggu. Kerja ini termasuk pembaikan culvert slab bersaiz 600mm x 600mm dan telah dimulakan pada 5 Ogos 2022.

Mengenai Sungai Menyala, ADUN Linggi dan Sua Betong, N8 adalah, ialah jalan negeri. Kerja menaik taraf longkang sedang dilaksanakan kerana longkang sedia ada telah rosak dan tidak berfungsi dengan baik. Jalan Permatang Pasir terletak di laluan persekutuan FT005 Jalan Lubok China – Port Dickson. Jabatan telah membuat permohonan peruntukan untuk melaksanakan kerja menaik taraf longkang pada September 2021 bagi pelaksanaan tahun 2022 dan jumlah kos sebanyak 5.25 juta. Kerja akan dilaksanakan sebaik saja peruntukan diluluskan ya. Kenapa kita buat di Sungai Menyala – Sua Betong, kenapa tidak buat di jalan Permatang Pasir. Tadi saya telah jawab.

Jeram Padang, isu pembina, pembinaan culvert merintangi jalan menyebabkan air tidak mengalir. Semakan JKR Jempol mendapati projek mengganti culvert ini adalah projek di bawah seliaan Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan (ICU) JPM. Lokasi projek ini adalah jambatan, di Jalan Persekutuan FT010 Jalan Gemas – Kemayan Seksyen 235, pihak JKR Jempol akan mengatur lawatan susulan bersama bagi melihat permasalahan yang timbul di kawasan tersebut.

Linggi, Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) bersekali dengan loji rawatan tambahan. Lokasi takungan air sungai (TAPS) Linggi akan dibina di Kampung Barisan, Port Dickson. Perancangan terhadap pembinaan Loji Rawatan Air Kampung Barisan pula akan dijangka bermula pada tahun 2024 dengan mengambil jangka masa proses reka bentuk dan perunding, pengambilan tanah, penyediaan dokumen tender dan proses tender. Reka bentuk bagi takungan air pinggiran (TAPS) Linggi ini tidak mengambil kira fungsi sebagai tebatan banjir kerana ia memberi kesan kepada kualiti sumber air mentah dalam takungan yang berkenaan.

ADUN Chennah, cadangan mewujudkan task force mengenai masalah banjir melibatkan pihak JPS, PBT dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa Bencana Daerah sentiasa memantau kejadian banjir di Daerah Seremban. Ahli jawatan kuasa diingatkan untuk memantau kawasan-kawasan yang berlaku banjir. Pimpinan setempat seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pengerusi Kejiranan Penduduk Rukun Tetangga (KRT) dan Penghulu diminta sentiasa berwaspada. Selain itu, jawatan kuasa bencana Seremban telah menubuhkan task force yang dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Majlis Bandaraya Seremban serta Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban. Task force ini sedang mengenal pasti dan mengambil tindakan segera bagi mana-mana isu yang dibangkitkan dalam jawatan kuasa bencana yang boleh diselesaikan mengikut tempoh serta merta, jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.

ADUN Juasseh, bencana banjir bermula tahun 2021, hujung tahun ’21 telah melanda Negeri Sembilan dan telah menyebabkan kerosakan harta benda yang amat dahsyat. Setakat Februari 2022, Kerajaan Negeri telah membantu 6.448 juta berupa sumbangan wang ihsan 1,000.00 ringgit kepada 6,448 keluarga yang terjejas akibat banjir ya. Dan itu ada lagi pengecualian fi, Carian Rasmi, sumbangan 1,000.00 kepada 482 penternak, peladang, pengusaha sayur melibatkan 482 ribu ringgit, peruntukan 1.0 juta baik pulih rumah dan infrastruktur, peruntukan 5.0 juta bagi kerja darurat baik pulih jalan, 0.7 juta diberikan bagi bantuan keperluan asas seperti pakaian dan makanan. 300 ribu dibelanjakan dalam pembersihan 4 daerah yang terlibat banjir di bawah peruntukan pembangunan 2022 oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran, kita juga telah menyediakan peruntukan 8.5 juta. Jabatan Kerja juga sedang menjalankan kerja pasca banjir yang melibatkan pembaikan jalan cerun, culvert dan jambatan rosak dengan peruntukan 24 juta yang melibatkan 20 projek. Kerajaan Negeri melalui JKM juga telah menyediakan bantuan segera, bantuan segera bencana alam – 400.00 ringgit sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan makanan, kit makanan, keperluan makanan kering – 100.00 ringgit kepada mangsa yang berpindah ke, ke PPS dan 50.00 ringgit dipertimbangkan kepada tidak berpindah. Bekalan makan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kadar 25.00 ringgit sehari dan sekurang-kurangnya 4 kali makan kepada mangsa. Bekalan keperluan lain seperti tikar, toto, selimut kain batik/pelikat, tuala dan lain-lain disediakan.

Soalan ADUN Linggi mengenai SAINS. Melihat kepada kekerapan isu gangguan bekalan air yang berlaku di Rumah Rakyat Linggi, hanya sekali pada bulan Mei iaitu 25 haribulan 5, 2022, 3 kali pada bulan Jun – 16, 17 dan 18 yang berpunca dari kerja korekan pihak ketiga membuat longkang menyebabkan tanah runtuh dan paip patah dan pecah. SAINS telah mengemukakan notis peringatan 14 hari kepada pengguna yang mempunyai tunggakan deposit untuk menjelaskan tunggakan dalam tempoh 14 hari dan sekiranya pengguna gagal, barulah SAINS mengeluarkan pengeluaran bil pemotongan. Pengguna boleh memohon ansuran kepada SAINS untuk bayaran ansuran. Untuk makluman, kaedah ini digunakan untuk menjana, menjana bil pemotongan adalah bagi akaun-akaun yang mempunyai tunggakan sekurang-kurangnya 2 bulan.

Lokasi TAPS Linggi, dah dijawab. Kita, SAINS belum ada cadangan ya, untuk beri air percuma kerana tiada kemampuan pada masa sekarang. ADUN Linggi, Sekolah Agama Chuah ya, ini memang telah dijawab oleh Exco Pendidikan.

Okay, lain-lain, ADUN Chennah, cadangan agar Kerajaan Negeri meminda perlembagaan, RUU Tubuh sedia ada bagi memembolehkan mengusulkan rang undang-undang berkaitan rang, larangan Ahli Dewan Undangan Negeri lompat atau bertukar parti. Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang masalah bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi membolehkan Rang Undang-Undang Perlembagaan Pindaan No.3/2022 mengenai Larangan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti dikuatkuasakan di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri menyambut baik berita Rang Undang-Undang (RUU) Lompat parti yang diluluskan oleh Dewan Negara semalam. Apabila pindaan berkaitan kepada Perlembagaan Persekutuan telah berkuat kuasa, Kerajaan Negeri bercadang untuk membawa agenda ini ke Persidangan Belanjawan ataupun ke persidangan khas yang akan kita tentukan kemudian ya. Kita tak ada masalah.

Agihan bantuan disalurkan NGO sangat kurang daripada jumlah yang diperlukan, ADUN Jeram Padang. Setiap permohonan sumbangan disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada peruntukan ya, sumbangan kepada NGO ya, sangat berkurangan ya. Setiap permohonan sumbangan yang disalurkan kepada pihak Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa, kelulusan jumlah peruntukan yang diberikan juga mengambil kira kutipan sedia ada persatuan atau pertubuhan daripada pihak-pihak lain dan setiap kelulusan diberikan dengan pertimbangan yang sewajarnya mengikut keutamaan.

ADUN Rantau, keperluan penyelenggaraan Sungai Linggi seperti mengorek pasir sungai dan pembinaan semula ban secara timbal balik. Kerajaan Negeri melalui JPS telah meneliti dan mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai bagi kerja-kerja mendalam sungai dan bagi mengatasi bencana banjir. Justeru itu antara sungai yang sedang dalam pelaksanaan kerja-kerja mendalamkan sungai secara timbal balik ialah Sungai Kepayang, Sungai Linggi, Sungai Pertang dan Sungai Pedas. Manakala Sungai Muar dan Sungai Kenaboi dalam proses pelantikan kontraktor. Hasil kajian juru perunding mendapati kawasan yang perlu didalamkan sepanjang 4 kilometer antara Pekan Linggi hingga Kampung Permatang Pasir dan 4 kilometer dari Batu 3, Mambau, Mantau hingga pertemuan Sungai Senawang.

Bagi soalan kedua, status kolam takungan banjir oleh pihak pemaju dan tidak perlu diserah kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah menetapkan pihak pemaju untuk membina kolam takungan banjir dengan keluasan minimum 4% daripada luas keseluruhan kawasan pembangunan pada Julai 1996. Tanggungjawab penyelenggaraan kolam takungan banjir adalah diserahkan kepada JPS Negeri Sembilan berdasarkan fungsi dan kepakaran teknikal jabatan ini. Sehingga 2, sehingga Ogos 2022, sebanyak 159 buah kolam telah, kolam takungan telah diletakkan di bawah tanggungan JPS Negeri Sembilan. Pada tahun 2022, jabatan ini menerima peruntukan sebanyak 7 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melibatkan 42 perolehan sebut harga di mana 122 kolam takungan sedang diselenggara secara berkala ataupun one off. Merujuk cadangan pihak Yang Berhormat Rantau agar kolam dan, kolam-kolam takungan ini tidak perlu diserahkan kepada kerajaan, oleh pemaju, perkara ini perlu diteliti terlebih dahulu memandangkan status tanah tersebut akan diwartakan sebagai rizab kolam takungan banjir di bawah kawalan JPS. Sekiranya tidak diserahkan dan diwartakan, dikhuatiri dia akan digunakan untuk kegunaan lain ya.

ADUN Rantau, soalan mengenai intervensi yang lebih harmoni serta mencari punca kos sara hidup. Kerajaan Negeri sentiasa meneliti dasar sedia ada dalam usaha memastikan sumber bahan mentah dan input pertanian dalam negeri mencukupi dan seterusnya dapat membantu meringankan beban hidup rakyat. Perbincangan secara mendalam bersama agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan Saliran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan juga telah diadakan untuk meneliti beberapa dasar yang Kerajaan Negeri mampu laksanakan untuk mengeluarkan produk atau input makanan bagi menampung keperluan permintaan makanan rakyat dalam negeri ini. Pendekatan ini telah dilaksanakan secara berterusan dengan belanjawan 2022 di Negeri Sembilan yang memberi tumpuan khusus kepada agenda pemulihan ekonomi. Okay sedikit sebanyak inisiatif yang saya katakan sebelum inilah.

ADUN Lenggeng, memperkukuhkan institusi agama seperti pengimarahan masjid dan surau. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah melaksanakan banyak inisiatif strategik bagi, khusus bagi memastikan institusi masjid dan surau dapat diimarahkan semaksimum mungkin. Bagi menampung dan menyokong pelaksanaan aktiviti / program pengimarahan masjid dan surau, Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah menyalurkan peruntukan kepada masjid dan surau di seluruh Negeri Sembilan sejumlah keseluruhannya 1.998 juta ringgit. Manakala untuk surau adalah 523 ribu, 523 ribu ringgit ya. Ini aspek pengisian program dengan, melalui penglibatan 289 Guru Takmir seluruh masjid dan surau, 2,070 kelas pengajian takmir setiap bulan meliputi pengajian-pengajian feqah, tasawwuf, tauhid dan Al Quran ya, dan pembayaran elaun ya, kita juga telah laksanakan.

ADUN Chuah, SAINS ya. Mengenai tangki besar di taman-taman perumahan, sistem paip yang melebihi 25 tahun, mengenal pasti loji rawatan air. Kerja-kerja penggantian tangki di Port Dickson telah diluluskan di kawasan yang dinyatakan dengan kos keseluruhan 5.5 juta. Pertamanya Taman Makmur, Lukut, Taman Lukut Indah, Taman PD Utama 1, 2 dan 5 Taman Lukut Jaya. Penggantian paip-paip baru adalah bergantung kemampuan kewangan SAINS dan kelulusan pembiayaan daripada PAAB. Loji rawatan air bagi menampung keperluan MVV 2.0 adalah Loji Rawatan Ngoi Ngoi Fasa 2 dan Loji Rawatan Air Kampung Barisan, dalam perancangan tahun 2027. Perancangan SAINS dan peruntukan yang telah diluluskan di seluruh Negeri Sembilan adalah peruntukan melalui PAAB bagi tempoh operasi OP5 2020 – 2023 seperti diluluskan ialah sebanyak 450 juta bagi menaik taraf sistem bekalan air di Negeri Sembilan. Cadangan pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi Ngoi – 150 milion liter / day, cadangan membaik pulih dan menaik taraf loji rawatan Air, sistem agihan baru (reservoir) dan storage. Saya menyeru semua pengguna dapat membantu SAINS ya.

ADUN Rantau, menurunkan tarif air, hampir ya, untuk makluman semua, 20 tahun tarif air domestik tidak pernah dinaikkan sedangkan kos operasi terus meningkat daripada tahun ke setahun ya. SAINS lagi, ADUN Chembong. Paip pecah di Seberang Batu Hampar, kekerapan paip pecah di Seberang Batu Hampar, Rembau disebabkan masih lagi menggunakan paip jenis asbestos cement bersaiz 4 inci yang berusia lebih 60 tahun ya. Julai 2022 berlaku 2 kali, Jun sekali, Mei sekali, April tiada, Mac tiada, Februari tiada, Januari ada 2 ya.

Rantau, insentif Kerajaan Negeri bagi menggalakkan perniagaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 Januari 2021 telah mengambil keputusan bersetuju insentif diskaun bayaran premium pembangunan tanah mulai 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021 dan pada mesyuarat negeri pada 28 Julai 2021 melanjutkan insentif mulai 1 Julai 2021 hingga 24 Disember 2021. Majlis mesyuarat pada 19 Januari 2022, meneruskan insentif diskaun bayaran premium pembangunan tanah 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. Pemberian diskaun premium pembangunan tanah ini ialah sebanyak 25% kepada pemohon yang menjelaskan bayaran premium sekaligus dalam tempoh 30 hari dan tarikh menerima Notis 5A ataupun 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah. Sekiranya premium dijelaskan sekaligus dalam tempoh 60 hari, diskaun sebanyak 15% diberikan. Kerajaan Negeri pada tahun 2021 memberikan pengecualian bayaran sewaan pasar, gerai Pihak Berkuasa Tempatan untuk tempoh 4 bulan ya.

Dan yang terakhir, saya turut, menolong menjawab Yang Berhormat YB Arul dan saya ingin menyampaikan takziah kerana saudara terdekatnya telah meninggal dunia ya. Jadi, soalan Jeram Padang, kepada Exco Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Terdapat rungutan daripada pihak rumah ibadah bukan Islam yang menyatakan peruntukan diterima daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam tidak seimbang dan tidak berdasarkan keperluan. Sebagai contoh kuil berada di jalan, kuil-kuil yang berada di jalan Bahau – Jelai, dan menerima peruntukan 5,000.00 saja sedangkan kos pembaikan yang perlukan 50 ribu ya. Setiap pemohon, jawapannya, setiap pemohon peruntukan hal ehwal bukan Islam adalah berdasarkan permohonan dan hanya diluluskan setelah menyemak beberapa kriteria ataupun syarat seperti status tanah serta turut mengambil kira keperluan permohonan tersebut. Jika keperluan itu masih ada, kita boleh mempertimbangkan lagi peruntukan tambahan pada masa akan datang. Setiap kelulusan peruntukan adalah berdasarkan keperluan permohonan dan pengagihan yang dibuat secara seimbang ya. Jadi kita memang melihat perkara ini sebagai satu syarat.

Dato’ Yang Dipertua, itu jawapan daripada saya. Terima kasih kepada YB Chennah dan semua Yang Berhormat yang terlibat dalam perbahasan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul ini pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dan usul ini diluluskan.

[Keputusan undian: semua 25 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju usul diluluskan. YB ADUN Bagan Pinang, YB ADUN Linggi, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol tiada dalam Galeri Persidangan]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay ahli-ahli Yang Berhormat, tadi kami buat keputusan, besok kita tak nak sambung. Hari ini kita berterus. Saya rasa kita boleh selesai dalam 1 hingga 1½ jam. Ada, kalau semua setuju, kita boleh terus? Tak cukup [kuat]. Setiausaha.

Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara Melalui Dewan Undangan Negeri (Kertas Dewan Bil. 6/2022)Motion

Setiausaha Dewan

Perkara seterusnya, Perkara Kelima, Usul Pemilihan Ahli Dewan Negara melalui Dewan Undangan Negeri melalui Kertas Dewan Bil. 6 Tahun 2022. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah yang telah tamat perkhidmatan pada 8 Mei 2022, dipilih semula di Dewan ini memegang jawatan Ahli Dewan Negara selama 3 tahun mulai dari tarikh yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Beliau ada hadir pada hari ini. Saya mohon Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah bangun sebentar. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang Dipertua saya bangun bagi menyokong cadangan tersebut.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah pun mencadangkan supaya Yang Berbahagia Dato’ Dr. Azam, Ahmad Azam bin Hamzah dipilih semula menjadi Ahli Dewan Negara dan cadangan itu telah pun mendapat sokongan. Cadangan ini saya kemukakan untuk dibahaskan jika ada.

[tiada perbahasan]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan kerajaan, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul pemilihan Ahli Dewan Negara telah pun dicadang, disokong, dibahas serta telah …..

[percakapan beberapa ahli Yang Berhormat secara off mic]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Sabar, ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Usul diluluskan dan Dewan merakam, yang berkecualian? Saya ingat setuju. Usul diluluskan dan Dewan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Azam …..

Dato’, Dato’ Yang Dipertua, saya mintak di, diulang balik semula ni, undi, sebab penting Dato’ Yang Dipertua. Nak rekod dalam Dewan kita.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Okay yang ber, yang bersetuju? Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? 1 orang saja.

Beberapa ahli Yang Berhormat [secara off mic]: 1, 2, 3.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

SU rekod. Usul diluluskan dan Dewan, Dewan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Dr., Dato’ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah.

[YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Linggi, YB ADUN Palong, YB ADUN Pertang dan YB ADUN Johol tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Keputusan undian: Semua 17 orang ahli Yang Berhormat kerajaan yang hadir bersetuju, manakala YB ADUN Juasseh, YB ADUN Kota dan YB ADUN Jeram Padang berkecuali dan yang lain-lainnya tidak mengundi]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam, Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Dato’ Timbalan Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima beberapa permohonan daripada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Dato’ Timbalan Yang Dipertua, saya ingin berucap sedikitlah, tak banyak, ada beberapa perkara yang saya nak timbulkan. Yang pertama ni saya, untuk menjimatkan masa, saya terus ke isu saja. Yang pertama, baru-baru ini pada 5 haribulan Ogos ini, dalam akhbar Tamil: Makkal Osai ada satu kenyataan daripada Yang Berhormat Repah yang mengatakan bahawa SJK(T) Ladang Sungai Gelama [Kelamah] ni akan dibina di tapak baru dan saya tak pasti kalau benar, saya gembira, saya alu-alukannya. Kalau benar, saya ingin tahu di mana dan berapakah keluasan tanah dan berapakah kos yang terlibat kerana bangunan yang sedia ada di sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Gelama [Kelamah] telah pun disahkan oleh JKR Tampin bahawa bangunan itu tak selamat. Kalau benar, Kerajaan Negeri nak ambil inisiatif untuk membina sekolah ini di tempat baru ataupun di tapak baru, saya alu-alukanlah. Saya nak pengesahan saja.

Yang kedua ni, saya ingin juga mengetahui tentang status SJK(T) Ladang Saga dan juga Simpang Pertang. Ada tak keperluan yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri sebagai contoh SAINS ataupun jalan dan lain-lain lagi kerana kedua-dua bangunan boleh dikatakan hampir 90% dah siap tetapi masih lagi belum diserahkan kepada kementerian. Yang saya tahu ini adalah SJK(T) tam, bukan Tampin, Regent, Ladang Regent itu sudah pun siap dan saya dengar pihak Majlis Daerah Tampin telah keluarkan CCC. Jadi saya memang sedang berurusan dengan kementerian untuk mempercepatkan pembukaan sekolah tersebut. Tetapi yang sekolah Saga dengan Simpang Pertang saya tak pasti apa masalahnya, ada tak apa-apa yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kalau ada saya mintak Kerajaan Negeri memberikan sokongan dan seterusnya laksanakanlah apa-apa yang tertangguh.

Dan yang ketiga ni, saya pernah mohon beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini, tentang tapak yang boleh kita tempatkan anjing-anjing liar di Jempol. Jadi saya hanya ingin tahu daripada Yang Berhormat Bahau apakah status permohonan tersebut. Itu saja daripada saya, sekian, terima kasih.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Kita ada 5 ahli berhormat ambil bahagian. Satu Jeram Padang, selesai. Masih ada 4 iaitu ADUN Gemas, ADUN Chembong, ADUN Seri menanti dan ADUN Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Lobak tarik, tarik diri.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Tarik diri. Yang lain? Gemas?

[percakapan YB ADUN Gemas secara off mic]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Chembong?

Saya tariklah diri untuk berucap.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

ADUN Seri Menanti?

Tarik diri.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

ADUN Lobak? Okay terima kasih yang, yang, ahli Yang Berhormat Jeram Padang. Saya mintak pihak kerajaan tolong jawab.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Jeram Padang. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, Pejabat Daerah Jempol memang sedang berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah yang sesuailah. Kalau kita dah kenal pasti tanah, nanti kita akan adakan satu mesyuaratlah. Dan kita juga akan panggil Yang Berhormat Jeram Padang sekalilah. Itu jawapan sayalah. Terima kasih.

Dato’ Yang, Timbalan Speaker, untuk pertanyaan daripada Jeram Padang ya, berkaitan dengan isu di surat khabar tu. Sebenarnya saya nak terangkan sedikit berkenaan sekolah ini. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Kelamah. Sekolah ini terletak dalam satu estet dan saya telah buat lawatan ke sekolah ini dan apabila saya buat lawatan ke sekolah tersebut, saya dapati keadaan sekolah ni memang uzurlah, telah, bangunan tu memang telah ada anai-anai dan tidak selamat untuk murid-murid untuk belajar di sekolah tersebut. Dan saya telah arahkan JKR untuk membuat lawatan dan membuat pemeriksaan ke atas bangunan tersebut. Dan JKR telah mengesahkan bahawa bangunan tersebut memang tak selamat untuk pelajar gunakan. Jadi, JKR telah menghantar laporan kepada pihak PPD dan PPD telah menghantar jawapan mereka dan ulasan mereka kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Dan ia akan dihantar kepada kementerian untuk mendapatkan peruntukan bagi mengubah suai bangunan tersebut. Bukannya ada tempat barulah. Itu just clarified. Terima kasih.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Yang saya tujukan itu sebab ada dalam berita surat khabar tu nyatakan bahawa seolah-olah ada tanah. Jadi memanglah saya gembira. Saya hanya nakkan pengetahuan, pengesahan. Sekian.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tanggguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih …..

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Timbalan Yang Dipertua, yang sekolah Saga dengan ni, belum ada jawapan. Kalau ada …..

Timbalan Yang Dipertua Dewan

….. dan. Dah, sudah.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Tak ada, tak ada. Itu Sungai Gelamah, gelama, Sungai Kelamah.

Kita bagi jawapan bertulis, dah nak balik dah haa.

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Jangan main-mainlah. Okay, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tanggguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan ……

[percakapan YB ADUN Seri Menanti secara off mic]

Timbalan Yang Dipertua Dewan

Mesti mahu bodek sikitlah. Yang Berhormat – Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguh di satu hari, satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Sekian, terima kasih.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.38 petang