Negeri Sembilan · 17 October 2022
14th Assembly, 5th session, 3rd meeting · 483 turns · 24,567 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Persidangan Ketiga Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan 9, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahuma’afini fibasori. Alhamdulillah, puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang berjadual berlangsung selama 1 hari iaitu hari ini; 17 Oktober 2022.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebagaimana maklum, agenda persidangan kita pada hari ini adalah khusus menimbangkan dua Rang Undang-Undang yang sangat penting untuk kita luluskan. Pertamanya Rang Undang-Undang Enakmen Pemegang Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 dan keduanya ialah Rang Undang-Undang Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Negeri Sembilan (Pindaan) 2022 yang juga dikenali sebagai Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.
Hadirin sekalian, kedua-dua Rang Undang-Undang ini mustahak untuk disegerakan khususnya Undang-Undang Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan yang sebelum ini telah dibentang serta telah dibawa semula untuk dipertimbangkan Dewan mulia ini memandangkan Rang Undang-Undang ini berkaitan khusus mengemaskini undang-undang yang berhubung dengan pemegang tanah, Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan dan perkara-perka perkara 909yang berkaitan.
Manakala, Rang Undang-Undang kedua iaitu Rang Undang-Undang pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang dikenali sebagai anti lompat parti juga adalah mustahak untuk dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini untuk diselaraskan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang juga berkaitan dengan anti lompat parti yang telah pun diperkenankan dan kuatkuasanya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini. Rang Undang-Undang ini juga adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU Yang Ke-15 di peringkat Parlimen dan Pilihan Raya Negeri.
Hadirin yang saya hormati sekalian, bagi maksud persidangan hari ini juga, saya telah memberi pengecualian ke atas tempoh notis bagi pewartaan dan edaran Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti ini bagi memberi ruang kepada Rang Undang-Undang ini dibawa terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Khas (Perlembagaan) Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 3 Oktober 2022 yang lalu.
Saya ingin memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sembilan juga sedang dalam persediaan untuk persidangan belanjawan tahun 2023 yang akan dijadualkan berlangsung pada 25 November, 28 November hingga 1 Disember 2022.
Hadirin yang dihormati sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua supaya agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita kali ini berjalan lancar dan sempurna.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 9 Ogos dan 10 Ogos 2022.
Sebelum pengesahan Penyata Rasmi persidangan ini, minit mesyuarat ini, saya ingin membangkitkan satu perkara melibatkan Penyata Rasmi kita. Iaitu saya ingin merujuk muka surat 156, Penyata Rasmi kita, iaitu jawapan daripada ADUN Klawang semasa menggulung perbahasan dalam sidang Dewan yang sebelum ini. Saya ingin merujuk jawapan beliau iaitu dalam penggulungan tersebut beliau merujuk kepada saya tentang isu berkaitan dengan padi ya. Saya, saya quote dengan izin, semula, “Itu sebab saya, sebab, dengan Yang Berhormat Senaling semalam, jangan cenekey”. Jadi ungkapan “cenekey “ini satu ungkapan tidak baiklah bagi saya. Dan isu sebenarnya, saya ingin sedikit pencerahan daripada DUN Klawang. Saya sama sekali tidak membahaskan, tidak menyentuh isu padi ini, dalam perbahasan saya. Jadi yang pertamanya, saya ingin satu pencerahan daripada ADUN Klawang sama ada ungkapan ini dirujuk kepada saya ataupun kalau ianya tidak benar, kerana konteks jawapan ini ialah ADUN Klawang menjawab soalan ADUN Seri Menanti. Jadi, soalan saya, pertama, adakah ianya dirujuk ungkapan ini kepada ADUN Senaling dan keduanya, jikalau ianya tidak bermaksud demikian, saya mohon Yang Berhormat Dato’ Speaker supaya memadamkan ungkapan ini yang dirujuk kepada ADUN Senaling. Kerana ianya akan menjadi hansard, ianya menjadi minit persidangan rasmi cawangan, persidangan dalam sidang DUN ini. Jadi saya mohon penjelasan dan jawapan. Terima kasih.
Assalamualaikum Dato’ Speaker, merujuk kepada soalan, berapa, nombor, muka surat berapa tadi Yang Berhormat.
Muka surat 156 Yang Berhormat.
156. “ADUN Seri Menanti menyentuh tentang kelewatan projek Skim Pengairan Ulu Bendul dan Terachi, berhubung dengan isu keperluan cadangan menyediakan pampasan kepada pengusaha dan pemilik tanah yang terkesan akibat kelewatan penyiapan, menyiapkan projek dari tempoh semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan isu kebenaran oleh pemilik tanah. Kelewatan seperti yang dah disebutkan. Saya dah menjawab semalam, dan lebih kurang dalam hanya semusim. Itu sebabnya saya, sebab Yang Berhormat Senaling semalam jangan cenekey. Dia kira sampai daripada mula
projek.” Maksud saya itu adalah, masa disebutkan apa nama ni, kerugian dan apa nama ni, untuk kita melihat keseluruhan, dia, kita tidak mengambil daripada mula projek tu.
Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya faham. Konteks jawapan Yang Berhormat merujuk kepada saya. Sedangkan saya sama sekali di dalam perbahasan yang …..
Oh, okay, okay.
….. saya tidak sama sekali menyebut.
Terima kasih.
Saya tidak membawak isu …..
Saya rasa itu ada satu kesilapan kalau ianya tidak merujuk kepada Senaling …..
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya tarik balik.
Mohon tarik balik.
Okay.
Terima kasih. Saya, perkataan “cenekey” ni maso kocik dulu. Kito selalu pakai. Bila kito main-main kan, kau ni cenekey ni, kan. Sekarang, hari ni baru saya dengar perkataan cenekey balik. Dah lamo saya tak dongar ni. Kito selalu main, main-main dulu, maso kecik cenekey kan. Main dam ke, main apolah kan. Okay.
Dato’ Seri, Dato’, Dato’ Speaker, saya rasa saya mintak izin pada masa tu, dengan izin, saya nak menggunakan cenekey tu.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Senaling. Kita terus kepada kita punya tadilah ya. Agenda kita.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah diadakan pada 9 Ogos dan 10 Ogos 2022 telah pun
diedarkan salinannya. Oleh itu apa-apa teguran? Ada apa-apa teguran? Tak ada kan? Okay. Tak ada lagi ya? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan …..
Dato’ Speaker, ada teguran tadi tu dengan pindaan.
Dengan pindaan? Okay.
Kita kena pinda …..
Dah dipinda. Terima kasih.
Dengan pindaan.
Ya. Dengan pindaan ya. Okay, terima kasih Rantau. Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan dengan pindaan.
Ya.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Okay, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Okay, majoriti. Dengan pindaan ya. Ya terima kasih. Semua bersetuju dengan pindaan yang disebutkan tadi ya. Terima kasih.
[YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat bersetuju manakala YB ADUN Rantau tidak mengundi]
[Peringatan Mesyuarat Kali Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 9 Ogos dan 10 Ogos 2022 disahkan dengan pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]
Membentangkan Kertas Dewan
Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu:
4.1 Kertas Dewan Bil. 7/2022 Cadangan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022.
4.2 Kertas Dewan Bil. 8/2022 Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 – Pindaan Berkenaan Dengan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Undangan Negeri Bertukar Parti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kertas Dewan Bilangan 7 dan 8 Tahun 2022 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tiada Laporan dan Penyata Kewangan untuk dibentangkan persidangan kali ini.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan LisanQuestions
Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya mempersilakan yang pertama, Lenggeng.
Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan yang pertama.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Speaker, Yang Dipertua. Terima kasih kepada sahabat saya DUN Lenggeng yang menanyakan soalan. Persoalan ini adalah satu soalan yang sangat, saya rasa sangat pentinglah. Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan, PH Negeri Sembilan dalam memberi inisiatif kepada masyarakat luar bandar. Oleh kerana dia melibatkan banyak, jadi saya akan makan masa sikitlah.
Yang pertama sekali, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dan komited dalam menunaikan setiap tawaran yang telah dijanjikan kepada rakyat Negeri Sembilan melalui beberapa Dasar Tumpuan melibatkan setiap lapisan masyarakat di bandar mahupun di luar bandar. Beberapa inisiatif telah diperkenalkan bagi memberi manafaat secara langsung dan tidak langsung kepada penduduk luar bandar. Antara inisiatif-inisiatif tersebut ialah:
i) Program Bas Henti-Henti ataupun RENTAS Negeri Sembilan. Program Bas Henti-Henti telah dilaksami, telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1 Jun 2022 bagi pelaksanaan di 2 daerah rintis iaitu di Rembau dan Tampin. Perkhid, perkhidmatan ini melibatkan laluan yang menghubungkan kawasan luar bandar dengan sasaran utama pengguna adalah di kalangan masyarakat luar bandar. Dan jugak beberapa institusi pendidikan berada di sekitar kawasan tersebut.
ii) Program Perluasan Kampung. Yang keduanya ialah Program Perluasan Kampung. Program ini meliputi pelbagai konsep mengikut kesesuaian kawasan di mana tanah-tanah Kerajaan Negeri yang telah dikenal pasti diberi milik untuk tujuan pembinaan kediaman serta penempatan yang selesa dan terancang. Sehingga tahun 2022, terdapat 3 buah kampung yang di, dikategorikan di bawah pelaksanaan segera iaitu:
Kampung Air Mawang Seri Gemencheh, Kuala Pilah. Dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Pemajuan Kawasan (PPK) dengan peruntukan 30 juta;
Yang kedua, Kampung Jeram pan, Panjang, Jempol. Kerja-kerja tanah dan infralah. Baru, baru peringkat awal;
Yang ketiga, Kampung Chennah, Jelebu. Kerja-kerja tanah dan juga infra.
Pelaksanaan akan datang melibatkan lebih banyak kampung-kampung yang telah disenarai pendekkan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Walau macam mana pun ini jugak melibatkan Kerajaan Federal ya. Kami ucap jugak terima kasihlah kerana melibatkan Kerajaan Federal dan jugak Kerajaan Negeri.
iii) Yang ketiga, Inisiatif Sektor Pelancongan, Perusahaan Kecil, Sederhana dan Mikro (PMKS) dan juga Pertanian. Penumpuan Kerajaan Negeri kepada sektor pelancongan, pertanian serta galakan berterusan untuk melibatkan lebih ramai penduduk di negeri ini menceburi bidang keusahawanan diteruskan bagi melahirkan para usahawan pelbagai bidang yang berdaya tahan, maju dan berjaya khususnya di kawasan luar bandar melalui inisiatif yang diperkenalkan antaranya seperti Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan jugak TUNS PLUS. Untuk makluman, TUNS ini ialah satu pemberian tanpa bayaran baliklah, kita beri bantuan one-off kepada semua usahawan sebanyak RM3,000.00. TUNS PLUS pula ialah merupakan satu pinjaman tanpa faedah sebanyak 5 – 15 ribu. Yang, yang seterusnya Siswazah Tani (INSIST9), Pembangunan Tanah Terbiar, Geran Petani Muda, Geran Khas TVET dan Insentif Galakan Nelayan (INGEN). Ini yang kita berikan kepada semua yang terlibat di kawasan-kawasan di luar bandar yang melibatkan orang yang belajar, petani-petani, dan jugak orang yang terpelajarlah.
iv) Yang keempat, Meningkatkan Tadbir Urus di Peringkat Akar Umbi. Ini pun saya rasa sangat pentinglah sebab kalau tak penting, Federal patutnya tak, tak, tak, tak lantik apa ni, dia punya jawatankuasa pusat. Ini sebabnya saya rasa ini penting, ya ini sangat penting kerana kita memperuntukkan 5,000.00 ringgit Geran Aktiviti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang kita tukar dulu apa, JKKK-lah bagi 433 MPKK di Negeri Sembilan dengan implikasi kewangan keseluruhannya berjumlah 2.165 juta untuk membolehkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersifat komuniti dapat dila, dijalankan dengan lebih baik dengan sokongan dana kepada Kerajaan Negeri. Elaun 900.00 ringgit jugak bagi Pengerusi MPKK dan 400.00 ringgit sebulan bagi Setiausaha MPKK turut diteruskan Kerajaan Negeri bagi menghargai jasa dan khidmat pentadbiran MPKK dalam menguruskan hal ehwal kebajikan penduduk kampung.
Dan mereka-mereka inilah yang menjadi tulang belakang kita yang dapat memastikan makna kita masuk ke para, ke fasa endemik kerana semasa ni apa, wabak COVID-19, mereka inilah yang akan terus membantu rakyat di kawasan-kawasan kampung.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan 3,000.00 ringgit untuk Geran Belia & Beliawanis MPKK dengan implikasi kewangan keseluruhan sebanyak 1.299 juta bagi membolehkan kolaborasi pentadbiran akar umbi dan belia menjalankan aktiviti-aktiviti khususnya melibatkan belia di kawasan luar bandar. Dan kalau 3,000.00 ni tak cukup, maknanya semua ahli, Ahli Undangan Negeri ataupun exco kena bantu. Ini yang kita laksanakanlah. Tapi 3,000.00 tu kita bagi direct masuk dalam akaun MPKK.
v) Pengukuhan, yang kelima ialah Pengukuhan Institusi Penghulu. Ini untuk maklumlah, ini semasa kita masuk mengambil jawatan, mengambil kerajaan ini dulu, jawatan pengusu, jawatan Penghulu dikosongkan. Saya pun tak tahu apa sebabnya. Tetapi kita merupakan sebuah negeri yang beradat, jadi kita sangat pandangan kita oranglah. Kerajaan masa itu memikirkan bahawa Penghulu ini sangat penting terutama di peringkat yang akar umbi. Institusi Penghulu turut diperkasakan dengan pelantikan Penghulu daripada kalangan individu yang kompeten dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Lantikan telah dija, dili, dilaksanakan bermula pada tahun 2021 dengan jumlah 26 kekosongan jawatan penghulu telah diisi (19 orang pada 1 Februari 2021 dan 7 orang pada 1 Mac 2021) dan ditempatkan di pejabat-pejabat daerah di seluruh Negeri Sembilan. Pengisian jawatan penghulu kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2006. Maknanya selepas lebih kurang 15 tahunlah, kalau ikutkan. 6 dengan 2021, kita isi balik ya. Pengisian jawatan Penghulu kali terakhir dilaksanakan pada 2006. Kini terdapat 27 perjawatan Penghulu yang telah diisi daripada keko, daripada keseluruhan kekosongan 30 perjawatan. Dan Penghulu ini sebenarnya sangat penting sebab mereka menyelesaikan permasalahan rakyat di peringkat mukim dan jugak di peringkat pejabat daerah-lah.
vi) Yang keenam, Infrastruktur dan Kemudahan Wifi Percuma di Luar Bandar. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah sentiasa proaktif dalam memastikan kemudahan asas di kawasan luar bandar berada dalam keadaan baik dan selesa. Jalan perhubungan dan akses utama kawasan luar bandar serta
jalan kampung yang didaftarkan di bawah MARRIS sentiasa diselenggara oleh pihak jabatan, oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah daerah masing-masinglah, merangkumi kerja-kerja naik taraf dan lain-lain kerja berkaitan. Itu sebabnya kita tak tunggu pilihan raya pun, kita buat projek kita, sejak kita menang, kita terus buat, lebih kurang berapa ribu, ada 5 ribu lebih projek berterusan kita jalankan sejak 2018 lagi.
Selain daripada itu, Projek Wifi Percuma Komuniti juga merupakan salah satu insen, inisiatif Kerajaan Negeri dalam memastikan liputan perkhidmatan jalur lebar diperluaskan di seluruh Negeri Sembilan khususnya di kawasan luar bandar. Pelaksanaan projek ini melibatkan kerja-kerja membekal, memasang, mentauliah serta mengaktifkan perkhidmatan Unifi berkelajuan 100 megabit per saat, setiap saat, di 61 buah balai raya dan perkhidmatan kelajuan 300 megabit per saat di 2 lokasi tumpuan orang ramai.
Kalau ada, elok rasanyalah saya baca lagilah yang TUNS dan TUNS Plus tadi. Inisiatif TUNS dan TUNS Plus diteruskan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2022 dengan jumlah peruntukan 6 juta bagi setiap, bagi kedua-dua inisiatif dengan pecahan peruntukan 3 juta setiap satu. Untuk makluman, kita telah memberi lebih kurang dekat 6,000 usahawan-usahawan seluruh Negeri Sembilan yang melibatkan TUNS dan TUNS Plus sejak kita memerintah lebih kurang 4 tahun yang lebih. Inisiatif ini merupakan bantuan pembiayaan serta pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah sehingga 15 ribu seorang yang disasarkan kepada Usahawan Mikro Negeri Sembilan dengan tujuan utama untuk menggalakkan aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan yang telah, yang lebih mudah dan fleksibel.
Kemudian kita ada Geran Khas TVET. Kerajaan Negeri telah memperuntukan sejumlah 500 ribu ringgit bagi Geran Khas TVET menerusi Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS), anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan. Kadar 1,000.00 ringgit seorang diberikan kepada pelajar yang belajar di Kolej Yayasan Negeri Sembilan mulai sesi akademik 2021. Untuk makluman semualah, Kolej Yayasan Negeri Sembilan ni dulu sangat daif, dan kita telah beri peruntukan 10 juta dan telah siap pun dirasmikan. Di mana lebih ramai pelajar-pelajar terutama mereka-mereka daripada luar-luar bandar untuk belajar. Ini merupakan ini satu menjadi kebanggaan Negeri Sembilan-lah sebab kita jugak mengambil penduduk-penduduk ataupun pelajar-pelajar daripada negeri-negeri yang lain. Pemberian ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri bagi memperkasakan bidang teknikal dan vokasional yang berpotensi
menawarkan pasaran tenaga buruh yang lebih luas kepada anak-anak negeri. Bagi penyaluran geran khas ini, sama, seramai 409 pelajar mendapat manafaat daripada inisiatif ini ataupun 409 ribu.
Siswazah Tani (INSIST9). Kerajaan Negeri turut memperuntukkan 500 ribu ringgit pada kadar maksimum 10 ribu seorang bagi, bagi Insentif Siswazah Tani (INSIST9) yang telah, yang, yang dengan objektif utama untuk menggalakkan siswazah berumur 40 tahun ke bawah menceburi bidang pen, pertanian dan mengubah persepsi golongan ini terhadap sektor pertanian. Yang mana sektor pertanian merupakan perniagaan. Kita galakkan ramai usahawan-usahawan kita daripada belajar dari universiti untuk menjadi usahawan yang berjaya. Bagi pelaksanaan tahun 2022, seramai 48 siswazah luar bandar menerima manafaat daripada inisiatif ini.
Kemudian kita ada satu lagi, Geran Petani Muda. Kerajaan Negeri turut memperuntukkan 500 ribu pada kadar maksimum 10 ribu seorang bagi Geran Petani Muda bagi menggalakkan penglibatan golongan petani muda dan belia yang ingin mengusahakan dan memperluaskan projek pertanian tetapi kekurangan modal. Bagi pelaksanaan tahun ini, seramai 58 petani muda luar bandar telah mendapat manafaat daripada geran ini.
Jadi itulah sebahagian daripada prestasi sebenarnya. Untuk makluman kita telah melaksanakan manifesto kita dan saya jangka lebih dekat-dekat 100% lah kita dah, telah laksanakan banyak insen, apa, insentif dan inisiatif yang kita war-warkan semasa pilihan raya. Jadi kita bukanlah kerajaan yang kata tidak menunaikan janji. Kitalah kerajaan yang telah menunaikan janji hampir 100%. Itulah prestasi yang akan dinilai oleh rakyat Negeri Sembilan pada tahun depan. Tidak tahun ini. Sebab kita ada banyak projek yang sedang kita laksanakan, dan kita akan lancarkan dan seterusnya mendapat kejayaan dan sambutan daripada masyarakat terutama masyarakat luar bandar. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Labu.
Mohon mencelah boleh Dato’ Speaker? Boleh mencelah?
Tak saya ingat tak payah kot.
Kalau boleh nak pertanyaalah.
Nak buat pertanyaan ke apa, tambahan ke apa?
Nak, nak, kalau, nak bertanya boleh?
Apa? Pencerahan?
Boleh? Saya tertarik dengan hal-hal berkaitan dengan apa tadi, pelantikan Penghulu. Saya hanya nak confirm sajalah, ya. Di Jelebu ni ada 2-4, 2-4-6 Penghulu. Saya nak confirm-lah Penghulu Mukim Ulu Klawang dan Klawang nilah, Mohamad Irfan bin Ismail ni. Dengarlah datang daripada Labu. Betul ke? Saya nak confirm saja. Nak berkenalan. Terima kasih.
Betul, betul. insya Allah, dia bekerja untuk Negeri Sembilan. Dia anak Negeri Sembilan. Dia bekerja. Walaupun dia daripada Labu, dia bekerja di Jelebu. Tak ada masalah.
[Percakapan YB ADUN Pertang secara off mic]
Ya, ya, ya.
[Percakapan YB ADUN Pertang secara off mic]
Betul, betul, betul.
Okay. Kita pergi terus kepada Yang Berhormat Rantau.
[percakapan YB ADUN Rantau secara off mic]
Soalan nombor 1.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Rantau, soalan mengenai kutipan hasil semasa prestasi kewangan Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, secara keseluruhan, prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri Sembilan sehingga 14 Oktober 2022 menunjukkan peningkatan yang lebih baik berbanding tahun 2021 iaitu bersejumlah [ringgit]408,831,982.08 sen bersamaan dengan 96.64% berbanding tahun 2021 berjumlah 317,012,963 ringgit juga bersamaan 70.76%.
Pencapaian prestasi perbelanjaan pembangunan juga telah meningkat sebanyak 11.3% iaitu perbelanjaan semasa pada 30 September 2022
berjumlah 67.6 juta bersamaan 51.56% daripada peruntukan berbanding perbelanjaan tahun 2021 sejumlah 61.06 juta yang mana bersamaan 40.26% daripada peruntukan.
Begitu juga pencapaian prestasi perbelanjaan mengurus yang mana menunjukkan peningkatan sedikit sebanyak 0.83% iaitu perbelanjaan semasa pada 30 September 2022 berjumlah 293.44 juta bersamaan 56.43% daripada peruntukan berbanding tahun 2021 iaitu berjumlah 312.46 juta iaitu 55.6% sahaja daripada peruntukan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Seterusnya saya mempersilakan YB Chuah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan kedua. Terima kasih.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Chuah untuk soalan berkenan dengan Rumah Minda Ceria ataupun RMC. Untuk makluman semua, detik bersejarah bermula pada 11 haribulan Februari 2019 apabila saya menerima kunjungan hormat daripada Dr. Siti Hazrah, di mana beliau adalah seorang pakar di Psychiatric Ward, HTJ. Beliau kata sekarang metologi rawatan untuk pesakit mental adalah supaya mereka tidak dimasukkan ke dalam Tanjung Rambutan di mana pesakit itu akan bersama-sama dengan pesakit lain dengan masalah yang sama. Maka cara rawatan yang terbaru harus, mereka harus tinggal dalam suasana seperti normal, tapi menerima rawatan yang sewajarnya. Maka beliau ada mencadangkan supaya kita mula tubuhkan satu rumah transit di mana mereka akan diberi satu tempat tinggal. Jikalau mereka pilih untuk tidur di luar, tak ada masalah. Di luar kawasan rumah tu. Bukan di luar, luar daripada rumah, kawasan rumah itu. Mereka boleh memilih untuk tinggal dalam kawasan rumah tapi mereka akan menerima rawatan sewajarnya secara berkala daripada Psychiatric Ward, HTJ.
Dengan itu idea tercetus pada hari itu, maka kita masukkan satu kertas kerja kerana masalah gelandangan yang tidur merata-rata menjadi sangat berleluasa dan kita masukkan kertas kerja untuk tubuhkan Rumah Minda Ceria. Nama Rumah Minda Ceria adalah idea, cetusan idea daripada bekas Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan iaitu Dr. Zainudin Hamzah, sebutan khas kepada beliau. Di mana kita sudah luluskan satu bajet sebanyak 405 ribu ringgit iaitu 2 ribu, sebanyak 275 ribu untuk 2 tahun, tahun 2021 dan 130 ribu untuk tahun ini. Rumah transit ini, ia akan dapat sedikit sebanyak menyelesaikan
masalah gelandangan yang selalu kita nampak di luar bank, di, di kaki lima, dan kadang kala di tempat awam. Kita tidak dapat mengenal pasti apa masalah mereka sehingga kita mengambil mereka. Istilah lama adalah kita menyelamatkan mereka. Sekarang istilah baru yang kita gunakan adalah kita ambil mereka, lepas itu kita buat saringan kesihatan di HTJ dan baru kita dapat mengenal pasti apakah masalah mereka. Ada yang dimensia, ada yang ada kesihatan mental, ada yang ada masalah ketagihan dadah, ada yang ada masalah ketagihan gam, menghidu gam. Banyak, macam-macam masalah. Selepas kita dapat kenal pasti masalah mereka, kita akan panjangkan, serahkan pesakit tersebut ke agensi-agensi yang berkenaan. Misal kata kalau ada masalah ketagihan dadah, kita akan hantar ke AADK. Adalah masalah penghidu gam, kita akan simpan dalam RMC untuk rawatan sewajarnya. Ada masalah kesihatan mental juga, kalau dia bersikap agresif, maka terpaksa diwadkan di HTJ. Kalau dia masih terkawal, pesakit tersebut akan disimpan dalam RMC dan menerima rawatan secara berkala.
Pencapaian terkini RMC adalah berjaya didaftarkan sebagai pusat penjagaan berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 pada 25 haribulan Ogos 2022. Ini merupakan usaha pertama di Negeri Sembilan yang menyediakan sebuah pusat jagaan berdaftar bagi golongan gelandangan seperti ini. Bukan saja di Negeri Sembilan kerana baru-baru ini ada pihak daripada Kementerian Pembangunan Wanita datang untuk melihat, menerima taklimat daripada RMC dan mereka berhasrat menggunakan model ini supaya dapat direplikasikan di semua negeri yang lain.
Sehingga 30 September 2022, seramai 60 orang, 61 orang telah disantuni termasuk 4 orang yang sedang dalam tindakan rawatan di HTJ. Pencapa, pecahan maklumat penghuni RMC adalah berikut:
25 orang adalah berbangsa Cina; 20 orang berbangsa India; 15 orang berbangsa Melayu ; 1 orang yang tidak diketahui latar belakangnya.
Ada juga gelandangan yang didapati mereka memiliki kad UN, di mana kami tidak boleh hantar kepada pihak Imigresen. Orang-orang ini akan dihantar ke perkampungan UN mereka. Jikalau mereka adalah PATI iaitu Pendatang Tanpa Izin, mereka akan diberikan kepada pihak Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Buat masa ini, 8 orang penghuni di RMC yang sedang menjalani proses pemulihan dan rawatan di RMC. Manakala penghuni lain telah diambil tindakan seperti berikut iaitu:
Penempatan Pekerjaan. Mereka dimandirikan. Seramai 4 orang. Ada yang boleh bekerja sebagai tukang gunting, ada yang SWM.
Dikembalikan dan diintergrasikan semula kepada keluarga dan komuniti sedia ada seramai 41 orang. Selepas kita menyantuni ahli keluarga dan kita dapat memberi latihan dan dorongan kepada mereka bagaimana nak jaga pesakit mental atau dimensia, maka mereka, ahli keluarga sudah memahami masalah dan dapat menangani masalah tersebut kerana sebelum ini mereka tidak ada ilmu pengetahuan bagaimana nak jaga pesakit seperti itu.
Menjalani rawatan psikiatri dan perubatan di hospital selama, seramai 3 orang.
Yang meninggal dunia, seorang. Malangnya ada seorang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Oktober 2021.
Manakala hala tuju RMC adalah, dalam membangunkan diri golongan gelandangan adalah menjadikan Rumah Transit ini sebagai Half Way House iaitu program pengaturan diri untuk penghuni yang telah dibeban, dibebaskan, yang tidak memerlukan lagi rawatan. Hasrat kami adalah supaya kita dapat memantau keadaan pesakit-pesakit, pesakit ini. Kita tidak terus lepaskan mereka kepada tempat-tempat kerja mereka. Kita akan buat pemantauan secara berkala, supaya jika betul-betul dia terlepas daripada masalah atau sakit mereka. Ini merupakan matlamat dan kesinambungan jangka panjang yang akan diusahakan secara berterusan oleh pihak Kerajaan Negeri dan RMC serta semua pihak yang lain bagi memastikan pembangunan holistik golongan gelandangan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mewujudkan cawangan RMC di setiap daerah kerana pada masa sekarang, RMC hanya dapat menampung pesakit-pesakit yang ada di Seremban. Kalau boleh, saya ingin menggalakkan daerah-daerah, NGO-NGO di daerah lain supaya tubuhkan satu RMC dan kami bersedia untuk membantu dalam penubuhan tersebut.
Dalam usaha untuk mencapai hala tuju RMC, misi menggalakkan gelandangan untuk dimandirikan dalam menjalani kehidupan dalam masyarakat digiatkan melalui aktiviti seperti berikut:
i. Activity Daily Living (ADL);
ii. Menjalani Rawatan Perubatan dan Psikiatri;
iii. Aktiviti Pemulihan Spiritual/Rohani, Aktiviti Pemulihan Emosi, Aktiviti Pemulihan Kemahiran 3M (sekiranya perlu) dan Aktiviti Pemulihan Kemahiran Motor Kasar/Motor Halus serta Aktiviti Kemahiran/Skil;
iv. Program Transisi Penghuni.
Berdasarkan statistik Kes Orang Papa (Pengemis dan Peleser) yang telah diambil dan diselamatkan di seluruh Negeri Sembilan umumnya dan bagi Daerah PD khasnya dari tahun 2021 sehingga September 2022 adalah seperti jadual di bawah meliputi semua DUN termasuk DUN Chuah:
Seremban pada tahun 2021 – 62. 2022 – 21.
Port Dickson: 2021 – 5. 2022 – 11.
Di Negeri Sembilan pada keseluruhannya ada, pada tahun 2021 ada 92 kes. Dan 2022 ada 38 kes.
Chuah, nasib baik ke, tidak nasib baik – 0. Tak ada kes. Mungkin tak ada masalah gelandangan lagi. Sehubungan itu, jika, jika terdapat kes di DUN Chuah, maka JKM akan mengambil tindakan bersesuaian mengikut SOP dan keperluan kes untuk ditempatkan di RMC. Terima kasih.
Terima kasih Bukit Kepayang. Chuah, ada soalan tambahan?
Soalan tambahan ya. Terima kasih atas usaha murni haa YB. Chuah mohon dikemas kini perancangan Rumah Minda Ceria selan, selanjutnya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chuah atas soalan tambahan. Memang seperti mana yang saya katakan tadi, perancangan akan datang RMC adalah supaya di setiap daerah ada cawangan RMC. Bagaimana kita dapat laksanakan hasrat kita, iaitu kita ingin menggalakkan NGO-NGO tempatan di daerah masing-masing untuk menubuhkan RMC, cawangan RMC tersebut supaya kita sama-sama dapat menangani masalah gelandangan dan pesakit-pesakit mental ini. Dan saya difahamkan ada usaha di daerah Rembau untuk menubuhkan RMC dan saya harap ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Chuah dan terima kasih Bukit Kepayang. Seterusnya saya persilakan Kota.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota. Jambatan Kampung Titian Bintangor – bila projek dimulakan dan akan siap, disiapkan.
Projek pembinaan jambatan di Kg. Titian Bintangor, Daerah Rembau telah dimulakan, mula dilaksanakan pada 7 haribulan Januari 2022 dan dijangka siap pada 31 Disember 2022 (tempoh 12 bulan). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya, bahawa memandangkan masih lambat lagi ya, jambatan ni akan disiapkan, adakah terdapat ataupun perancangan jalan alternatif buat sementara waktu?
Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kota, di atas soalan tambahan tersebut, buat masa ini projek tersebut adalah 64% daripada 69%. Dan perkara tersebut memang tidak ada dalam perancangan untuk mengadakan satu jalan alternatif. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Seterusnya saya persilakan Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan, ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan pertama. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban Jaya di atas soalan membina kilang dedak atau makanan ternakan. Tapi saya kira, soalan itu seperti, sebetulnya tidak jelas. Selepas kita tafsirkan, mungkin Yang Berhormat Seremban Jaya nakkan jumlah import makanan ternakan dari luar negara. Dan adakah sebarang cadangan membina sebuah kilang dedak bagi mengatasi import makanan ternakan yang tinggi dari luar negara. Walau bagaimanapun, saya akan memberikan dua-dua fakta ni, insya Allah.
Dato’ Yang Dipertua, Malaysia bukanlah merupakan sebuah negara yang mengeluarkan makanan ternakan untuk pasaran eksport. Kebanyakan bahan mentah seperti gandum dan soya yang merupakan
bahan utama dalam ransum makanan ternakan import, diimport dari luar negara untuk kegunaan kilang-kilang makanan ternakan di negara. Jumlah import bahan mentah bagi ransum ini bagi tahun 2021 direkodkan adalah sebanyak 8.64 bilion berbanding 6.7 bilion pada tahun 2020.
Di dalam tahun 2021, import yang terbanyak adalah hampas kacang soya yang bernilai hampir 2.61 bilion iaitu 30% daripada jumlah import. Dan jugak jagung, ia berjumlah lebih kurang 2.4 bilion yang bersamaan 27.63%. Meskipun import bahan mentah bagi ransum makanan negara adalah tinggi, negara kita juga turut berusaha mengimbangi dagangan ini dengan mengeksport bahan mentah ransum makanan ternakan keluar negara. Pada tahun 2021, negara telah mengeksport sebanyak lebih kurang 2.9 bilion bahan mentah iaitu majoritinya iaitu hampir 50% iaitu 1, lebih kurang 1 bilion ianya daripada isirung kelapa sawit berbanding dengan eksport sebanyak 16, hanya 1% daripada dieksport untuk tahun 2020.
Di Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khasnya, industri makanan ternakan telah sedia wujud dan kebanyakan diterajui oleh pihak swasta. Kebanyakan daripada pengilang makanan ternakan ini seperti Leong Hup Feedmill (M) Sdn. Bhd., Ayam Dinding, FFM Pulau Indah, NS Agriculture Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi bukan sahaja merupakan antara pengilang makanan ternakan, malah syarikat-syarikat ini jugak merupakan antara syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam sektor makanan itu sendiri sebagai integrator ternakan yang me, me, menawarkan peluang kontrak penternakan dengan penternak-penternak.
Setakat hari ini pengeluaran makanan, Dato’ Yang Dipertua, ia mencukupi tetapi aduan yang paling banyak kita terima adalah kenaikan harga kos makanan ini yang ada mencecah hingga 100%. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kebanyakan daripada bahan mentah kita import dan ia jugak kenaikan harga ini per, di dalam pasaran global dan ia men, terus, terus terkesan apabila matawang kita terus merudum ke paras terendah seperti sekarang ini.
Kerajaan Negeri Sembilan pada masa ini tidak ada bercadang untuk membina kilang ternak, makanan ternakan ini. Namun untuk feed, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, kita memang telah menggalakkan penternak-penternak ataupun pengusaha-pengusaha untuk mengusahakan tanaman-tanaman napier di mana jugak tanah-tanah kita yagn masih ada. Sebagai statistiknya pada tahun 2018, lebih kurang hanya 50% daripada padang ragut kita yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha. Setakat ini hanya tinggal 15% sahaja lagi yang
akan kita berikan kepada pengusaha-pengusaha dan itu kita iklankan di dalam website Jabatan Pertanian. Dengan kita memberikan keluasan tanah ini kepada pengusaha-pengusaha untuk mengusahakan padang ragut ini dengan menanam napier, kita mengharapkan ada sedikit kelegaan daripada kenaikan harga ini.
Sebagai contoh lagi satu, pihak MBI jugak telah di, di kawasan NFC telah memberikan seluas 160 hektar untuk tanaman napier, dan ini jugak akan membantu mengurangkan beban kenaikan harga daripada pengeluar-pengeluar ini.
Untuk makluman, memang kita, ternakan, makanan ternakan ini banyak kita bergantung kepada biji-bijian jagung dan soya. Oleh itu, kesesuaian penanaman ini dita, di, di kawasan negara kita memang agak terhad. Sekian.
Dato’ Yang Dipertua, bukan soalan tambahanlah, saya punya cadangan. Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sembilan untuk membina sebuah kilang dedak di Negeri Sembilan. Cadangan saya ini adalah supaya kita boleh mengatasi kos eksport makanan ternakan yang, tinggi daripada luar negeri dan juga luar negara. Selain daripada kita menjana pendapatan untuk kerajaan kita, kita juga boleh memberi harga yang wajar kepada rakyat yang berniaga penternakan.
Dato’ Yang Dipertua, saya memohon Kerajaan Negeri supaya memberi peluang kepada pelabur-pelabur mengadakan dialog atau perniagaan untuk membina kilang dedak di Negeri Sembilan. Lagi pun saya min, mintak exco, exco Klawang dan kita punya Dato’ kewangan dan kita punya Yang Amat Berhormat sekarang 2018 sampai sekarang memang perintah yang baik. Rancangan yang baik. Sebab itu saya ada cadangan.
Lagi satu di sini Dewan yang mulia ini, saya mahu ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Negeri Sembilan sebab Jabatan Meteorologi sudah beritahu tahun ini memang tak ada selamat pasal masalah banjir tapi Yang Amat Berhormat, tapi Parlimen sudah bubar, tapi tak ada dengar Jabatan Meteorologi. Tapi Yang Amat Berhormat Negeri Sembilan ada dengar ini, Jabatan Meteorologi dan ingat rakyat Negeri Sembilan, tak ada pilihan raya. Sebab itu saya ucapan ribuan terima kasih Dewan yang mulia ini, dan exco-exco Negeri Sembilan, dan Yang Amat Berhormat Menteri Sembilan, Negeri Sembilan. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seremban Jaya. Jauh poie eh soalan tu. Saya ambil yang, yang mulo-mulo tadi jelah ya. Terima kasih saya ucapkan kepada cadangan yang diberikan itu. Untuk kita, yang, Yang Dipertua, untuk kita mengadakan kilang di nega, di Negeri Sembilan ini sekiranya kita nak membina satu kilang makanan ianya mengambil kira-kira lebih kurang dalam antara 30 – 50 juta untuk satu kilang. Kemudian kita harus memikirkan dia punya input ya, yang mana sekiranya kita nak membuat satu kilang ini dengan inputnya yang sesuai di, sesuai tak sesuai tu pun satu, satu lagi perkiraan yang perlu kita, kita, kita kira sebelum kita mengadakan kilang ini iaitu kalau input mungkin jagung sedikit sebanyak mungkin sesuai untuk kita. Itu pun risikonya, sebab jagung ini yang, yang, Yang Berhormat Yang Dipertua, kalau di negeri luar itu, apabila musim panasnya sampai 3 bulan, sikit hujan pun tak ada, jadi bila ditanam jagung untuk masa drying process dengan, dengan izin, dia tak ada hujan. Tetapi kalau di negara kita ini, 2 minggu paneh je kadang-kadang ni, Dato’ Yang Dipertua, lopeh tu dibantainya hujan 1 jam, habis proses apa tu akan, akan, akan rosak. Oleh itu alternatifnya adalah dengan membuat proses pengeringan dengan artificial punya oven dan ianya akan meningkatkan kos.
Jadi perkara-perkara ini perlu kita fikirkan sebelum kita mendirikan kilang yang inputnya jugak daripada dalam negara, baru dia ada kesinambungan untuk kita mengurangkan tu. Kalau sekiranya semua input tu seperti yang ada sekarang, dia masih bergantung kepada import bahan mentahnya itu. Sebagai contoh, sa, untuk satu kilang ini kita mungkin memerlukan seluas 1,000 hektar tanaman jagung untuk kita, ianya viable economically. Jadi, insya Allah kita jugak akan cuba melihat di masa hadapan jikanya ianya reliable dan sustainable, dengan izin, kita akan fikirkan. Insya Allah. Terima kasih.
Terima kasih Klawang. Seremban Jaya mahu naik pangkat? Naik pangkat haa? Adoi. Silakan. Seterusnya saya persilakan …..
Pilih Timbalan ataupan Speaker.
Silakan Jeram Padang.
Terima kasih yang, Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 3.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas, Yang Berhormat ADUN Jeram Padang atas soalan menara pemancar telekomunikasi di DUN Jeram Padang. Dato’ Yang Dipertua cadangan
menara baharu bagi 2 lokasi tersebut dalam tindakan penilaian pihak industri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang dijangka akan selesai dalam suku keempat tahun 2022. Menara telekomunikasi di kawasan tersebut dijangka akan disiapkan dalam suku keempat tahun 2023 bergantung kepada penilaian dan kajian teknikal yang turut melibatkan jabatan dan agensi yang berkaitan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat.
Dato’ Yang Dipertua.
Jeram Padang ada soal?
Ya, ya ni. Saya belum jelas tentang jawapan Yang Amat Berhormat Sikamat. Ada di 2 lokasi yang saya mintak. Satu adalah Taman Desa Puteri dan satu lagi adalah Kampung Orang Asli …..
Tak ada dengar?
….. Sungai Kelamah. Yang mana satu di akan disiapkan pada 2023 …..
Ada 2 tempat, apa, Sungai Kelamah, dengan?
….. dan satu lagi. Terima kasih.
Dua-dua tempat tu dalam kajian ya. Dalam tindakan nilaian pihak industri MCMC. Dua-dua tempat tersebut. Tahun depan. Tahun ni buat penilaian, suku keempat. Tahun depan, kalau diluluskan akan ada. Terima kasih.
Terima kasih. Seterusnya saya persilakan Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Mambau yang mengemuka, yang mengemukakan soalan mengenai Lorong Seni Seremban. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi projek-
projek menaik taraf di Lorong Seni Seremban melalui Peruntukan P62 pada tahun 2019 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 466,321.40 sen dan pada tahun 2021 pula adalah sebanyak [ringgit]670,396.43 sen.
Di samping itu juga, dalam menarik lebih ramai pelancong melawat ke tapak lorong belakang, pihak Kerajaan Negeri juga berusaha mewujudkan produk-produk pelancongan baru seperti pembangunan Lukisan Dinding Visual sebanyak 153 meter dengan Peruntukan P62 sebanyak 99,800.00 ringgit pada tahun 2019 di mana ianya merupakan hasil kerjasama daripada pihak Majlis Bandaraya Seremban.
Selain itu, bagi usaha menarik lebih ramai ke tapak lorong bangunan lama, Pentadbiran Majlis perban, Bandaraya Seremban sedang berkerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam menjayakan Program Citra Lorong Seni yang akan diadakan pada minggu pertama dan minggu keempat pada setiap bulan sehingga Disember tahun ini. Selain itu, beberapa siri pengam, pengambaran telah dijalankan di Lorong Seni Seremban dan akan ditayangkan di televisyen dalam dan luar negara seperti TV Okey, Astro Ria, TV Al-Hijrah, Berita Bernama dan di TV Brunei.
Sementara itu, siri Familiarization Trip (Fam Trip) telah diadakan bersama pihak travel agents dan media influencers dalam usaha menjadikan Lorong Seni Seremban sebagai destinasi pelancongan yang wajib dilawati. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan Mambau. Jadi tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban telah berjaya mewujudkan pelbagai produk pelancongan baru yang menarik pelancong datang ke Seremban, Negeri Sembilan. Jadi soalan tambahan saya ialah, berapakah jumlah peruntukan tahunan kos penyeleng, penyelenggaraan yang akan disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan lukisan mural dinding di Lorong Seni Seremban supaya dapat diselenggarakan dengan baik dan kekalkan selama-lamanya? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Untuk makluman Yang Berhormat Mambau, sudah tentunya pihak Kerajaan Negeri dan juga Majlis Bandaraya Seremban, kita akan memantau dari masa ke semasa. Dan yang paling penting sekali, sudah tentunya setiap tahun tentunya kita akan ada peruntukan yang tertentu untuk memastikan produk-produk pelancongan yang kita hasilkan ini akan terus berkekalan supaya kita
dapat menarik lebih pelancong datang ke Negeri Sembilan. Dan pada masa yang sama saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajaklah semua ahli-ahli Dewan kalau sempat kita sama-sama turun ke Lorong Seni, saya mintak Majlis Bandaraya supaya aturkan satu sesi lawatan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita boleh sama-sama mempromosikan Seremban kepada semua. Terima kasih.
Terima kasih Bahau. Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Speaker. Hari ini Dato’ Speaker ceria hari ni ya.
Saya sebab hari ni sari yo. Kono habih copek ni, haa.
Tak apo, copek ni Dato’ Speaker. Saya mengemukakan, Timbalan Dato’ Speaker diam-diamlah. Saya mengemukakan soalan pertama.
Silakan.
Dato’ Yang Dipertua, soalan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti mengenai pelancongan di Negeri Sembilan. jawapan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan bagi, daripada ADUN Chembong yang bertajuk “Pelancongan”.
Dato’ Yang Dipertua, bedasarkan sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan, jumlah pendapatan yang direkodkan melalui pelancongan domestik di Negeri Sembilan berjumlah 1.2 bilion pada tahun 2021, menurun 45.7 peratus berbanding tahun 2020 iaitu 2.2 bilion.
Laporan Survei Pelancongan Domestik mengikut negeri pada tahun 2021 yang dikeluarkan pada 30 September 2022, seramai 5.5 juta pelawat domestik telah dicatatkan, menurun sebanyak 30.7% berbanding tahun 2020 (7.9 juta pelawat domestik). Menerusi data ini, Negeri Sembilan mendapat tempat keempat dalam senarai 5 Negeri Tumpuan Pelawat Domestik pada tahun 2021.
Dari segi jumlah pelancongan, pelancong, dari segi jumlah pelancong bilangan pelawat yang bermalam di Negeri Sembilan turut menunjukkan penurunan sebanyak 57.5% untuk merekodkan 1.2 juta pelancong domestik (pada 2020 – 2.8 juta pelancong domestik). Menerusi data ini juga menjadikan Negeri Sembilan berada di tangga
keempat bersama Negeri Selangor dalam senarai 5 Negeri Tertinggi Menerima Kedatangan Pelancong pada tahun 2021. Bagi tahun 2022 sedang dalam proses pengumpulan data dan akan diterbitkan pada tahun 2023.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga pelancong, Pelancongan Negeri Sembilan bersama agensi-agensi setiap daerah seperti Pejabat Tanah dan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa bekerjasama bagi mempromosikan pelancongan di setiap daerah Negeri Sembilan dalam pelbagai platform/medium promosi terkini. Pelbagai program, aktiviti dan acara pelancongan telah dirancang dan berjalan dalam Calendar of Event (COE) 2022 bagi merancakkan lagi pelancongan daerah seperti NS Fest 2022 di Nilai, GP Cup Prix di Jempol, Jelebu Kayak Eco Challenge dan pes, dan Pesta Mengemping di Jelebu, MTB Jamboree di Gemencheh, Pesta Bola Ngoca di Perkampungan Budaya Terachi, Seri Menanti dan pelbagai lagi.
Selain itu, inap-inap desa di Negeri Sembilan juga menawarkan pelbagai pakej bermalam bagi menarik lagi pengunjung dan pelancong hadir ke Negeri Sembilan. Pakej-pakej tersebut menyediakan pelbagai aktiviti termasuk aktiviti tradisional bagi mempromosikan lagi pelancongan Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua. Pertamanya saya dah dengar tadi ada penurunan kepada kunjungan apa ni, pelancong tempatan. Dan apa salahnya ya, untuk tahun seterusnya ya, kita melihat dengan kejatuhan ringgit ya, dengan kenaikan Dolar sekarang ni, makna pelancongan amat penting ya, kepada negara kita. Jadi, saya cadangkan supaya kita fokus kepada pelancong luar negara ya, untuk datang ke tempat kita. Yang mana kita tengok pelancong kita yang ramai hadir ya, di tempat kita ni, pelancong dalam negara. Ya, kok ngoca pun, ya, orang yang ngoca tu kebanyakan saya tengok tu, orang JPS, kakitangan kerajaan yang datang ya, yang ngoca. Main bola dalam lumpur tu lah ya. Dan jadi, dia, dia, dia tak bermalam. Bila, maknanya bila tak bermalam tu ya, kita punya pendapatan negeri kita tak lah banyak bona.
Jadi, untuk ya, kita ada tengok ada peluang yang besar ya, untuk kita meraih keuntungan ya, daripada pelancong-pelancong luar tadi. Mengapa tidak ya, kita aturkan ya, untuk pelancong-pelancong luar ya, datang ke tompek kito, datang ke tadi, biarlah dia main bola dalam lumpur tu. Ataupun dia nak ngoca ke ya, ataupun dia nak mendaki gunung dan sebagai dia ya. Kek tompek-teompek kito. Sedangkan yang kita lihat pelancong luar ni, kebanyakan mereka dio poi ke Melako, ke Pulau Pinang ya, ataupun tompek-tompek lain. Kito ni
pilihan yang ke-ompek, sedangkan kito ni adalah ya, kawasan yang paling hampir sekali ya, yang paling hampir sekali dengan airport ya. Dengan kita punya infrastruktur kita yang paling hampir untuk kemudahan pelancong. Tapi pelancong tak singgah kek kito. Pelancong luar tadi tak singgah kek kito. Yang ada pelancong tempatan. Jadi saya cadangkan supaya kita fokus ya, ke pelancong luar. Sebab sekarang ni, hari ni saja ya, kita ju, kita tengok kepada pertukaran duit kita dah 4.72. Begitu tinggi ya, duit, apa ni, duit sekarang ni. Duit kita dah rondah. Dan duit luar dah tinggi dah. Dan kita mintak apabila mereka datang nanti ya, banyaklah ya, pendapat, pendapatan kita lebih besar lagi ya, daripada apa yang kita lakukan sekarang ini.
Jadi kita kurangkan ya, main lumpur ni Dato’ Yang Dipertua, kita fokus kepada pelancong-pelancong luar yang boleh melihat ya, tompek-tompek kita ni ya. Yang menarik, banyak tompek menarik. Tompek menarik Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua ya, kalau kita tengok, saya ambil contoh Senanti-lah ya. Kalau Senanti ni Dato’ Dipertua, dibandinglah dengan, dengan apa, dengan Melako kan, banding dengan Melaka, Seri Menanti tu ada istano yang, yang real istana Dato’, Dato’ Yang Dipertua. Melako apa ada? Replika aja. Orang datang ke Melaka. Melaka ni ada sekangkang kogho je, Dato’ Yang Dipertua, hutan eh, kek Ayer Keroh. Seri Menanti ni ada hutan rekreasi di Ulu Bendul tadi yang sebosa-bosa eh boleh melawat. Jadi, orang datang jugak ke Melako. Di Seri Menanti ni ada Gunung Angsi, Dato’ Yang Dipertua. Gunung yang tertinggi dalam Negeri Sembilan ya. Orang tak singgah jugak kek apa, kek kito, orang poie jugak ke Melako.
Dan macam-macam lagi Dato’ Yang Dipertua, orang ke Melako, dia tak singgah kek kito. Jadi saya cadangkan ya, dan saya cadangkan iaitu kita sekarang fokus dan perbanyakkan ya, aktiviti ya, betul Dato’, Dato’ Timbalan Yang Dipertua ya, betul ya? Haa Dato’ Timbalan Yang Dipertua pun nyokong saya. Ya kita fokuskan ya, untuk pelancong-pelancong luar ya, datang melancong ke tempat kita terutamanya kawasan-kawasan seperti di Seri Menanti-lah, Dato’ yang Dipertua, dan juga di kawasan-kawasan yang lain. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan daripada Seri Menanti. Nampak Seri Menanti ni dia tak fokus, tak tahu apa berlaku dalam kawasan. Ketika kita mengadakan, ketika kita mengadakan ……
Kejap, kejap, Dato’ Dipertua.
….. program ngoca. Nanti, bagi saya jawab. Ketika saya mengadakan program ngoca, semua homestay di Seri Menanti penuh. Hotel di Melang penuh ya. Hotel di Melang penuh. Semalam kita ada Eco Angsi Challenge antarabangsa. 12 negara turut hadir daripada 27 peserta luar negara. Itupun tak tahu apa berlaku dalam kawasan ya. Jadi ini yang kita buat dan hari ini kita lihat bahawa Seri Menanti itu kita bangunkan sepanjang Seri Menanti dengan sekarang ada Zaini Salai. Kalau dulu bangunan itu terbiar, kita dah bangunkan supaya menjadi satu kawasan tarikan pelancongan makanan. Tak dinafikan kepentingan pelancongan luar negara. Dan kita baru bermula. Negara baru dibuka. Ini antara tumpuan kita dan kita tahu pelancong yang paling ramai hadir ke Malaysia adalah pelancong daripada China. Dan sehingga hari ini, China tak bukak lagi ya. Jadi kita berharap, bulan 11 kemungkinan, mereka akan mula dan kita akan mulakan promosi mengenalkan Negeri Sembilan ini ke peringkat pelancong-pelancong luar negara.
Pada masa yang sama juga, usaha yang dijalankan oleh Lexis Hibiscus menarik pelancong terutama dari India telah mendatangkan banyak manfaat kepada Negeri Sembilan. Dan mereka telah mengadakan majlis perkahwinan, mereka datang dengan kumpulan-kumpulan yang besar ke Lexis Hibiscus. Dan ini merupakan satu perkara yang baik dan kita berharap bukan sahaja di Port Dickson itu sendiri, mereka boleh bawa pelancong-pelancong ini ke Seri Menanti, ke Kuala Pilah, ke Jelebu dan semua tempat-tempat yang dinyatakan tadi.
Dan kita juga baru habis, Naning, TransNaning Challenge ya. Di mana kehadiran pelancong ya, yang mengi, mengikut program tersebut ada juga wakil daripada luar negara. Dan ini satu promosi sebelum kita bu, dibuka keseluruhan tempat daripada negara-negara tersebut untuk menyertai program-program yang melibatkan pelancong-pelancong antarabangsa. Jadi ini yang telah kita usahakan ya.
Di Gemencheh, apa nama panggil, Jamboree juga kehadiran pelancong daripada Singapura untuk berbasikal, masuk dalam kawasan kampung-kampung, estet ya. Dan alhamdulillah mereka juga menarik golongan-golongan yang berbasikal daripada Singapura. Jadi inilah antara yang kita usahakan. Dan insya Allah di peringkat awal ini, selepas PKP, inilah usaha kita dan saya yakin selepas ini, akan lebih ramai lagi pelancong luar untuk datang ke Negeri Sembilan, insya Allah, dengan kita siapkan kemudahan, dengan adanya penambahbaikkan terhadap kawasan-kawasan di pelancongan di negara, negeri ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, sikit je Dato’ Yang Dipertua, sikit je. Saya tak setujulah, saya setuju dengan apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, tentang aktiviti yang dilakukan. Tetapi saya tak setuju, apabila diberitahu Seri Menanti tak tahu. Memanglah saya tak tahu Dato’ Yang Dipertua, sebab saya tak ada dibagitahu. Cuba bagitahu. Sumber JPS tu, Federal, peruntukan Federal ya. Cubalah bagitahu secara rasmi, saya datanglah. Takkanlah nak saya terhegeh-hegeh datang, kan. Kalau diberitahu secara rasmi saya datang. Tak ada masalah. Janganlah dalam Dewan ni, ya, menuding kepada saya mengatakan semua tak tahu aktiviti di Seri Menanti. Tak adil bagi saya macam tu, haa ya. Tak adil.
Hari ini tak tahu pun, besok boleh tahu pasal surat khabar semua ada keluar.
Itu.
Ini saya setuju.
Itu memanglah, itu macam ni, mendiang Samy Vellu cakap dulu …..
Cukuplah Dato’ Speaker.
….. itu Pos Laju punya …..
Haa, tak ada baca ka surat khabar?
….. hari ini pos, semalam sampai. Itu macamlah kan. Dato’ Yang Dipertua, jadi itu, saya soal tadi yang tu ya. Bukan aktiviti tadi.
Dato’ Yang Dipertua, saya pun tak tahu nak jawab apa. Sebab benda tu ada banner, ada apa, datanglah jengok, tak ada siapa nak marah pun ya. Dan saya rasa itupun untuk orang-orang tempatan, peniaga-peniaga tempatan. Dan yang JPS buat tu adalah Hari Sambutan Air Sedunia ya. Dan Kerajaan Negeri bagi peruntukan untuk mereka mengadakan aktiviti. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih. Seterusnya …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. saya pergi. Ya. Apa lagi?
Dato’ Dipertua. Soalan saya …..
Nanti, nanti, karang, karang.
Tak Dato’ Yang Dipertua, menurut senarai Pertanyaan Lisan ni, adalah soalan Seri menanti tadi disekalikan dengan soalan saya Dato’ Dipertua.
Haa okay. Pandai.
Jangan cenekey, dengan izin Dato’ Speaker.
Aii keluar kang.
Dengan izin, dengan izin.
Haa dengan izin. Perkataan cenekey tadi tarik balik.
Ya, saya tarik balik.
Haa okay.
Dato’ Speaker. Apo ado hal kan. Dato’ Dipertua ….
Nanti kang duduk luar.
…..sebelum saya ada sedikit soalan tambahan. Saya nak bertanya ataupun nak melahirkan sedikit kekecewaan saya Dato’ Dipertua. Sebab saya ada hantar soalan yang bertajuk tentang peran, pelancongan. So dalam senarai Pertanyaan Lisan ini ada sebut bersekali dengan Seri Menanti. Tapi dalam buku soalan ini, ADUN Chembong punya soalan tak diterbitkan, tak ditulis Dato’ Yang Dipertua haa. Tadi Seremban Jaya cakap, Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan. Saya masih lagi wakil rakyat DUN Chembong, Dato’ Dipertua. Kenapa ni? Okay, Dato’ Dipertua, sila ambil perhatianlah ya. Apa lak kesian, ini soal pentadbiran, ini bukan soal kesian, betul tak kan. Dato’ Dipertua, ini soal pentadbiran, uruslah ni baik-baik ya.
Okay, dia, ni, duduk dulu.
Haa okay.
Banyak soalan-soalan ni yang kadang apa, sama. Jadi sebab tu kadang, lepas tu kita ada sekalikan, bila soalan tu samalah. Sebab tu dalam ni, bila saya perhatikan secara langsung, saya masukkan dalam ni, sebut mana yang ada pertalian dengan soalan Chembong. Sebab tu saya bagi cakap tadi. Kalau tak saya tak bagi cakap deh. Berkaitan. Okay.
Saya faham, saya, soalan saya, apa, apa, persoalan saya kenapa dalam buku besar ni soalan saya tak diterbitkan, tak ditulis. Itu maksud saya Dato’ Yang Dipertua. Jawab boleh bersekali Dato’ Dipertua.
Okay, nanti saya akan ambil perhatianlah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Dipertua, tentang pelancongan ini …..
Boleh, boleh cakap, pasal soalan berkaitan kan.
Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong khususnya ada jugak sektor-sektor pelancongan yang mempunyai potensi yang baik, Dato’ Dipertua. Antaranya adalah dulu taman tema air, air, di Pedas iaitu Wet World Pedas, Dato’ Dipertua. Lepas PKP itu hari, nampaknya telah berhenti operasinya. Sekadar bertanya Dato’ Yang Dipertua, apakah Kerajaan Negeri ada mengambil langkah ataupun berfikiran untuk membantu sektor-sektor pelancongan ini, walaupun ianya adalah daripada swasta, Dato’ Dipertua?
Nombor duanya, kawasan jajaran, saya pernah sebut dalam Dewan ini, Dato’ Dipertua, kawasan jajaran daripada Pedas ke Kundur sekarang ni memang terkenal dengan gerai-gerai yang menyajikan makanan Melayu tradisional yang mempunyai potensi besar untuk kita majukan pelancongan atas, tu, sektor mungkin berasaskan makanan Melayu tradisional, Dato’ Dipertua. Saya pernah bangkitkan itu hari. Adakah Kerajaan Negeri ataupun saya mintak Kerajaan Negeri, semua agensi-agensi untuk kita sama-sama gembelengkan tenaga, usaha kita untuk membantu terus mamajukan kawasan ini Dato’ Dipertua. Terima kasih.
Okay, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan mengenai air panas Pedas ya. Saya dan beberapa pimpinan Kerajaan Negeri telah mengadakan perjumpaan dengan pemaju untuk sama-sama melihat semula, bangunkan semula kawasan tersebut dan
perkara-perkara tersebut sedang dalam perbincangan. Dan insya Allah dalam masa terdekat ini kita akan membuat beberapa keputusan untuk me, untuk mem, men, membaik pulih ataupun kita apa panggil, kita bangunkan semula kawasan tersebut sebagai kawasan air panas Pedas yang, yang terkenal sebelum, seperti sebelum ini ya.
Mengenai jajaran, apa tadi, Pedas – Kundur ya, kita sedia maklum kawasan tersebut merupakan satu kawasan pelancongan makanan yang penting seperti juga dengan jajaran Seri Menanti. Kita ingin lihat bahawa kawasan ini sentiasa kita promote-kan ya, mengenai makanan-makanan Negeri Sembilan supaya mereka mengenali makanan-makanan Negeri Sembilan, masak lemak cili apinya, daging salainya, ini antara yang kita sentiasa perkenalkan dan maklumkan kepada pelancong-pelancong yang datang di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat, siapa ni, tak ada, seterusnya saya pergi ke Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih atas soalan ADUN Temiang. Pembangunan kawasan Seremban Utara. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli Dewan yang mulia, setakat ini tiada perancangan khusus untuk pihak Kerajaan Negeri dalam membangunkan kawasan Seremban Utara khususnya di kawasan lingkungan Jalan Temiang ke Pantai serta kerja-kerja landskap kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pelabur yang berminat untuk membangunkan kawasan berkenaan kerana kawasan tersebut adalah merupakan tanah milik peribadi ya, ataupun milik persendirian. Jadi kita sedia maklum kita boleh engage kepada mereka untuk mereka bangunkan kawasan-kawasan di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dan saya kira ini soalan terakhir ya. Bagan Pinang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Bagan Pinang. Nyatakan dengan terperinci projek Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Yang Dipertua, berikut adalah senarai dijalankan pada tahun 2022 di Port Dickson.
i. Pertamanya membina jalan menghubung dari Lukut ke Kampung Baru Sirusa (melalui Kampung Paya dan Kampung Bagan Pinang), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan perun, anggaran kos sebanyak 72.63 juta. Peruntukan tahun 2022 adalah sebanyak 700 ribu ringgit. Tarikh mula milik tapak adalah pada 5 haribulan 8, 2022 dan akan siap pada 4 haribulan 8, 2025.
ii. Bagi projek pembinaan rukun, pembinaan Pusat Rukun Tetangga Taman Intan Duyung, sebanyak 1.1 juta. Masih dalam peringkat reka bentuk.
iii. Sekolah Daif Negeri Sembilan – pembinaan bangunan gantian 10 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson sebanyak 15 juta. Peruntukan tahun ini – 300 ribu untuk, masih di peringkat reka bentuk.
iv. Ketiga: Pembinaan Tabika KEMAS Berkembar Taman Politeknik, Teluk Kemang – 1 juta. Peruntukan 250 ribu tahun 2022. Peringkat perolehan.
v. Bagi, keempat, projek menaik taraf Akademi Imigresen – 30.5 juta untuk Fasa Kedua, 4.8 juta. Peringkat pembinaan, tapak, milik tapak pada 2 haribulan 12, 2021 dan tarikh siap asal adalah 29 haribulan 11, 2023. Kemajuan fizikal 10%.
Dalam masa yang sama berdasarkan input yang didapati dariPejabat Daerah Tanah Port Dickson, adalah seperti berikut, berikut adalah dilaksanakan untuk projek Pejabat Daerah pada tahun 2022, kalau saya sebut, ada 143 projek di bawah MARRIS ya, untuk P132 ada 21 projek. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Pinang, Teluk Kemang banyak dapek tu, ya?
Terima kasih, alhamdulillah Kerajaan …..
143 tu.
Ya, terima kasih, tak ada soalan tambahan.
Okay tak ada.
Dato’ Speaker, mohon izin, ini soalan lisan utama. Saya mintak Lobak, giliran Lobak boleh …..
Saya bagi ni, lepas ni tak ada lagi dah.
Thank you. Terima kasih Dato’ Dipertua kerana soalan ni harmoni. So saya kemukakan soalan kedua.
Keharmonian, yang kedua, okay.
Terima kasih kepada Dato’ Dipertua. Terima kasih soalan daripada ADUN Lobak, soalan berkenaan Indeks keharmonian antara kaum di Negeri Sembilan. Okay, pada ketika ini, indeks yang digunakan bagi mengukur keamanan negara adalah melalui Indeks Keamanan Dunia Global (GPI) dimana Malaysia berada di kedudukan ke-18 negara yang paling aman di dunia tahun 2022. Okay, untuk makluman, kerajaan melalui Kementerian Perpaduan Negara sedang membangunkan Indeks Perpaduan Nasional yang boleh mengukur tahap perpaduan dan keharmonian mengikut kawasan mahupun negeri. Draf Laporan Akhir Indeks Perpaduan Nasional Tahun 2022 sedang dikemaskini dan akan dibentang di Parlimen nanti.
Berdasarkan kepada statistik jenayah kekerasan mengikut kaum dari tahun 2018 – sehingga 2022: untuk daerah Seremban mencatatkan sebanyak 52 kes dari tahun 2018 hingga tahun 2022. Nilai – 16 kes, Port Dickson – 34 kes, Rembau – 12 kes, Jempol – 13 kes, Tampin – 19 kes, Kuala Pilah – 5 kes dan Jelebu – 11 kes. Dan statistik menunjukkan tahun 2021 adalah kes yang tertinggi iaitu sebanyak 38 kes yang melibatkan pelbagai kaum. Dan manakala statistik yang terendah adalah pada tahun 2022, sehingga September ini iaitu sebanyak 19 kes. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, tahniahlah, nampak Negeri Sembilan ini keharmonian indeks memang dalam kawalan. Sama jugak keharmonian politik antara kita ni PH nampak BN pun kasi kerjasama keharmonian politik pun sama jugak. So tak, soalan tambahan saya macam ni. Yang kes pergaduhan antara kaum adalah di daerah ke atau di mana-mana tempat? Dan apa langkah dia untuk mengawal dengan tambah baik lagi? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lobak. Setakat hari ini dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, hari ini, tiada satu kes pun dilaporkan apa, kes pergaduhan antara kaum di Negeri Sembilan dilaporkan. Ini saya ucap terima kasihlah pada, bawah pimpinan Dato’ Seri Menteri Besar kita, Negeri Sembilan kita ni harmoni dan sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okay, saya kira, saya tutuplah untuk soalan lisan ni ya. Sebab kita nak pergi pada agenda lebih penting selepas ni. Min [Setiausaha Dewan].
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions
Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.
Rang Undang-Undang Pertama — Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022Bill
[Bacaan kali pertama]
Rang Undang-Undang yang pertama. Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemegangan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sejak berzaman sehingga kini, adat telah menjadi asas kepada sebahagian peraturan yang menjadi pegangan masyarakat Negeri Sembilan sehingga wujudnya suatu undang-undang bertulis iaitu Customary Tenure Enactment [F.M.S. CAP 215] dan Customary Tenure (Lengkongan Lands) Enactment 1960 [Enactment 12] (Disemak – 2017) untuk mentadbir dan memelihara pemilikan tanah adat serta melindungi kepentingan generasi masyarakat Adat Perpatih dan Adat Temenggung di Negeri Sembilan.
Pada masa ini dilihat terdapat keperluan untuk mengemaskini undang-undang bertulis yang melibatkan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan agar urusan tanah adat tersebut lebih tersusun dan sistematik. Oleh itu penggubahan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan 2022 memfokuskan kepada 5 matlamat iaitu:
Meminda Customary Tenure (Lengkongan Lands) Enactment 1960;
Menyediakan teks sahih dalam Bahasa Melayu;
Mengemas kini undang-undang tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan agar selari dengan perkembangan hal ehwal tanah masa kini;
Mewujudkan peruntukan-peruntukan baharu berkenaan pembangunan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat
lingkungan dengan mengekalkan prinsip-prinsip adat; dan yang terakhir
Menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada agar lebih mudah difahami dan dilaksanakan.
Untuk yang, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli Dewan yang mulia ini, Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan 2022 ini akan memberi manfaat yang lebih besar kepada Negeri Sembilan kerana peruntukan baru dalam Rang Undang-Undang ini akan membolehkan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan di Daerah Kuala Pilah dan Daerah Jempol dibangunkan tanpa perlu membatalkan status tanah adat dan tanah lingkungan serta sekaligus boleh menyelesaikan masalah tanah adat yang terbiar dan tidak terjaga yang membelenggu negeri ini sekian lama.
Pemakaian Rang Undang-Undang ini akan melibatkan dua luak tanah mengandung dan suku lingkungan dalam Daerah Kuala Pilah dan Jempol. Oleh yang demikian, saya bagi pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan serta Pejabat-Pejabat Daerah Tanah di Negeri Sembilan akan bergerak seiring untuk mencapai matlamat yang telah digariskan. Dan saya juga menyeru semua di dalam dewan yang mulia ini untuk sama-sama saya merealisasikan matlamat penggubalan Rang Undang-Undang Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan “bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua”. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang untuk dibaca bagi kali yang kedua. Oleh itu, saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Silakan. Ada yang nak bahas? Silakan.
Dato’ …..
Rantau.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Dipertua izinkan saya untuk memberikan pandangan berkenaan dengan cadangan daripada pihak kerajaan untuk meminda Rang Undang-Undang bagi tanah luak mengandung dan jugak lingkungan. Dato’ Dipertua, adat ini merupakan teras kepada budaya masyarakat Negeri Sembilan kerana Negeri Sembilan ini, tertubuhnya Negeri Sembilan ini berasaskan kepada adat. Tiang seri Negeri Sembilan ini berasaskan kepada adat ya. Dan ia telah lama diamalkan oleh masyarakat matrimonial di Negeri Sembilan ini berteraskan kepada adat, adat Perpatih dan jugak Temenggung-nya.
Dato’ Dipertua, adat ini jika kita, orang kata “dianjak layu, dicabut mati”. Kita jangan kita anjak-anjak, jangan kita cabut Dato’ Dipertua ya. Kerana jika ini berlaku, maka rosak adat. Bila rosak adat, rosak masyarakat di Negeri Sembilan ini, kerana masyarakat yang berteraskan kepada adat, Dato’ Dipertua, jika ini dilakukan, maka kita akan orang kata, merosakkan tiang seri itu sendiri. Rumah ni Dato’ Dipertua, tiang tengah dia tu kuat. Tiang seri itu penting. Itu sebabnya jangan diusik tiang tengah. Kalau kita usik Dato’ Yang Dipertua, maka akan rosak segala struktur yang ada di rumah tersebut.
Jadi saya mintak supaya berhati-hati untuk kita meminda kerana di Dewan ini kita meminda, membuat undang-undang. Dan nak membuat undang-undang ini kita perlu berfikir panjang, kerana jika ianya dilakukan tanpa kita membuat penyelidikan-penyelidikan, tanpa kita memikirkan impak dia Dato’ Yang Dipertua, dia akan menjadi satu masalah di masa depan. Kerana adat Dato’ Dipertua, adalah tanah. Tanah adat, adat adalah tanah. Jika tak ada tanah Dato’ Dipertua, hilang adat. Tanah inilah yang menegakkan adat ya. Itu dia telapak dia, kita panggil telapak ya, kalau kita dalam bahasa Negeri Sembilan, telapak kau di mana ya. Macam saya, arwah mak saya, telapak saya di Kundur Hilir. Itu telapak saya. Itu punca keluarga saya, Dato’ Dipertua. Tak tahulah Tiga Batu ke, apa, tak tahulah kan, Dato’ Dipertua ya. Tak perlu saya bagi tahu saya suku apa kan.
Tetapi itu dia, Dato’ Dipertua. Telapak iaitu tanah. Di situ bermulanya keluarga, di situ bermulanya kita punya clan. Dan tanah ini Dato’ Dipertua, tanah adat ini, dia dipegang oleh mereka yang mewakili keluarga. Dan dia bukan hak mutlak dia. Walaupun nama dia katakan arwah omak saya katakan, Siti Khadijah ya, memang nama dia situ kerana arwah wan saya dulu, nenek saya dulu, kepada mak saya dan mak saya memegang, arwah mak saya memegang tanah ini berasaskan kepada holding entrust. It is not the rightful owner, ya. Arwah mak saya bukan kepunyaan mutlak dia, dia memegang apa orang kata tu, holding entrust of the family, the clan. Pemegang Amanah. Dan bolehlah kita
katakan bahawa tanah-tanah adat di Negeri Sembilan ini merupakan wakaf tanah ya. Wakaf tanah, diwakafkan oleh orang tua-tua dulu, ini dia ya, untuk keluarga dan ia akan dijaga turun-temurun, Dato’ Yang Dipertua. Macam saya adik beradik saya lelaki semua, tak ada perempuan, maka jatuh kepada sepupu saya perempuan, Dato’ Yang Dipertua ya. Itu dia. Kalau ini, Dato’ Yang Dipertua, kita buat tanpa kita kaji dengan betul-betul, susah kita nanti.
Dan lagi satu saya tak nak cakap panjang sebab saya, sejak kena COVID dulu, suara saya tak berapa elok Dato’ Dipertua ya. Long COVID ya, long COVID punya cerita. Dato’ Yang Dipertua, dengan izin ya, what we are doing today, is it constitutional or not? Ya. Saya punya question sebab seingat sayalah, seingat sayalah Dato’ Yang Dipertua ya, apa saja berkenaan dengan adat, tak kira tanah atau apa ke, dia mesti diputuskan oleh Dewan Keadilan. Kerajaan Negeri tak boleh menceroboh kerana kita adanya Undang-Undang Tubuh 2 berdiri tegak sama-sama. Adat dijagakan oleh ini dan, dan tertingginya adalah Dewan Keadilan. Kita tak boleh campur melainkan kalau Dewan Keadilan memutuskan, yang mana keputusan Dewan Keadilan ini tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah. Dia merupakan keputusan tertinggi. Saya nak tahu, nak tanyalah ya, sama ada Dewan Keadilan telah pun memerintahkan ataupun telah pun, cakap Melayu dia memerintahlah ya, kalau Kerajaan Negeri untuk meminda Perlembagaan berkenaan dengan tanah adat ini. Mengarahkan, iaitu mengarahkan ya. Sama ada ada ke tidak. Kalau tidak Dato’ Dipertua, what we are doing today, kita penggubal undang-undang dalam Kerajaan Negeri, kita membuat sesuatu yang unconstitutional. Saya takut nanti kita salah, saya tanya sajalah ya. Kalau dah ada, okaylah. Tapi saya tak nampak ada dalam preamble dia mengatakan bahawa Kerajaan Negeri telah pun mendapat arahan daripada Dewan Keadilan yang bermesyuarat sekian-sekian tarikh, sekian-sekian minit dia Dato’ Yang Dipertua, ya. Itulah yang saya nak bagitahu sebab saya nanti, rakan-rakan saya akan berbincang dengan jugak memberikan pandangan. Terima kasih Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk membahaskan Rang Undang-Undang ini. Sepertimana kita sedia maklum ya, bahawa kita orang Melayu ada peribahasa yang mengatakan “biar mati anak, jangan mati adat”. Dan Negeri Sembilan ini memang terkenal ya, sebagai sebuah negeri beradat. Dan adat adalah perkara yang sangat utama di Negeri Sembilan dan ianya bukan sahaja diiktiraf malah dijamin kedaulatannya dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan. Kita sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang 2022, yang, yang di, dibentangkan ini adalah
bertujuan untuk membolehkan tanah-tanah adat di, diperkemaskan dan pentadbirannya agar boleh dimajukan sewajarnya.
Usaha ini usaha yang baik dan kita juga sedia maklum bahawa perkara ini adalah perkara yang boleh dikatakan perlu diberi perhatian sewajarnya kerana peruntukan tentang adat ini ada dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi bahas saya ini lebih kepada ingin mendapat pencerahan dan penjelasan daripada kerajaan memastikan yang semua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, semua prosedur dan tatacara yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh kita dipatuhi bagi memastikan Rang Undang-Undang ini apabila diluluskan kelak, kalau diluluskan kelak, boleh kita laksanakan dengan baik, sempurna tanpa dipersoalkan atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak khususnya dari segi perundangan.
Kalau kita lihat Dato’ Yang Dipertua, dalam Undang-Undang Tubuh kita, Bahagian Pertama – Permulaan, Bahagian Kedua, Bab 1 tentang Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Bab 2, mintak maaf saya, Bab 2 tentang agama Islam, bab 3 dan hingga 5 artikel berkenaan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin, Bab yang ke-6. Jadi ranking dia tu, lepas Islam, lepas Tuanku, lepas Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, terus kepada Dewan Keadilan. Mendahului, mendahului legislature, iaitu kita ni, mendahului exco dan mendahului mahkamah. Jadi, Dewan Keadilan ni tempatnya di dalam perlembagaan itu lebih atas, lebih utama daripada the three branches of kerajaan, dengan izin.
Secara khususnya Dato’ Yang Dipertua, Undang-Undang Tubuh Negerti Sembilan, peruntukan tentang adat adalah Artikel 16, tajuk: Dewan Keadilan yang bertanggungjawab menasihatkan atas soal-soal berkaitan adat orang Melayu. Dan seksyen, sub seksyen 3 menyatakan bahawa nasihat Dewan Keadilan ini kepada Menteri Besar dalam perihal adat adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah. Jadinya implikasinya Dato’ Yang Dipertua, peruntukan ini jelas ditujukan kepada pihak executive dan juga kepada mahkamah yang mana kuasa Dewan Keadilan mengatasi kuasa executive dan mengatasi kuasa mahkamah.
Seterusnya artikel 32. Artikel 32 – Aturan dan adat lama terpelihara. Selain daripada apa yang dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh ini, maka bahagian ini tidaklah menyentuh dan menjejaskan aturan dan adat lama terdahulu Negeri Sembilan sebaliknya aturan dan adat lama terdahulu itu, mana-mana yang tidak berlawanan dengan kehendaknya dengan Bahagian ini akan berjalan seperti dahulu juga.
Ringkasnya, Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan menetapkan bahawa undang-udang lama hendaklah terus dikekalkan. Jadi kalau artikel 31 tadi ditujukan kepada kerajaan atau exco, dan juga mahkamah, artikel 32 ni Dato’ Yang Dipertua, ditujukan khas kepada Dewan ini. Dalam kata lain, Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan mempertanggungkan jawabkan kita di Dewan ini supaya mengekalkan undang-undang lama. Kalau kita nak ubah undang-undang lama Dato’ Yang Dipertua, perlu datang daripada Dewan Keadilan kerana kuasa di bawah Dewan Keadilan ini adalah muktamad dan mengatasi kuasa executive dan mengatasi kuasa legislature. Kita tak ada kuasa sebenarnya. Ini dikuatkan lagi ya, kalau kita lihat pulak artikel 78, yang menyatakan bahawa peruntukan artikel 32 yang menghendakkan adat ini dikekalkan, hanya boleh dipinda dengan kelulusan Dewan Keadilan dan perkenan Tuanku dengan dapat majoriti 2/3 dan tak boleh cara lain Dato’ Yang Dipertua.
Hakikatnya apa yang kita buat ini ada kemungkinan atau risiko kita tukar adat menggunakan enakmen tanpa meminda dahulu Undang-Undang Tubuh. Jadi ada risiko yang enakmen ini akan jadi ultra vires. Ini saya sebut tadi, saya mintak pencerahan daripada pihak kerajaan memastikan perkara ini telah diambil kira. Dan kita punya enakmen ini telah mematuhi kehendak peruntukan undang-undang kita, Undang-Undang Tubuh. Jadi secara, secara dasarnya, kalau kita amati kita punya Undang-Undang Tubuh, iaitu undang-undang yang tertinggi dalam Negeri Sembilan ini, Adat adalah dalam bidang kuasa Dewan Keadilan sepenuhnya. Itu satu.
Keduanya, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan jelas mengiktiraf adat dan menghendaki adat lama terus dikekalkan. Dan maka itu adat secara dasarnya mempunyai bidang kuasanya yang tersendiri dan penjaga atau custodian-nya adalah Dewan Keadilan dan dewan, kuasa Dewan Keadilan ini mengatasi kuasa eksekutif, mengatasi kuasa mahkahmah dan to the last extent dengan extent, mengatasi kuasa kita untuk menggubalkan undang-undang. Jadi seperti yang sebut oleh Rantau tadi, hanya apabila kita telah meminda Undang-Undang Tubuh khususnya artikel 32 dan hanya apabila kita telah mendapat arahan secara spesifik daripada Dewan Keadilan, maka barulah kita boleh ataupun layak untuk membentangkan Rang Undang-Undang ini. Jadi setakat ini saya nak, saya nak dapatkan pencerahan sama ada adakah semua perkara ini telah diambil kira.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, sebagai sambungan untuk menjelaskan status ataupun kedudukan adat di Negeri Sembilan ini, kita lihat bahawa wujudnya pengasingan kuasa ataupun separation of powers antara bidang kuasa adat dan bidang kuasa sivil dalam Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. Ini terbukti ya, kalau kita lihat artikel 40 pula, Undang-Undang Tubuh iaitu raja hendaklah bertindak atas nasihat, artikel 40 ini, intipatinya, Duli Yang Maha Mulia Tuanku hendaklah menjalan kewajipannya atas nasihat exco. Jadi untuk, untuk perkara-perkara lain, Tuanku dikehendaki untuk menjalankan tanggungjawabnya mengikut nasihat exco kecuali, kecuali seksyen 2(d) iaitu berkaitan adat Melayu. Jadi bila berkaitan dengan adat Melayu, Duli Yang Maha Mulia Tuanku tak perlu dengar nasihat exco sebaliknya dia perlu menerima nasihat Dewan Keadilan kerana bidang kuasa adat adalah bidang kuasa Dewan Keadilan.
Jadi setakat itu Dato’ Yang Dipertua. Sekali lagi saya melihat kepada Undang-Undang Tubuh kita seolah-olah setakat ini kita tidak ada bidang kuasa untuk membentangkan tanpa kita meminda Perlembagaan dan tanpa kita mendapatkan arahan khusus daripada Dewan Keadilan. Ini, ini penting kerana ya, kerana kalau kita tidak mematuhi tatacara ini, dia boleh mewujudkan apa yang dipanggil frustration of law, yang mana kita akan menghadapi masalah untuk melaksanakan undang-undang disebut. Contohnya, kalau kita buat enakmen, dan enakmen itu sebenarnya bercanggah dengan adat, ataupun tidak mendapat persetujuan Dewan Keadilan, bila enakmen ini diluluskan dan hendak dikuatkuasakan, kemudian Dewan Keadilan pulak membantah. Kata dia tak setuju. Jadi kita ada satu peruntukan dalam perlembagaan kita yang mengatakan nasihat Dewan Keadilan in mengatasi mahkamah, betul kan? Tapi kita ada undang-undang yang dah diluluskan. Jadi nak ikut yang mana ni? Sedangkan Undang-Undang Tubuh kita mengatakan exco dan mahkamah kena ikut nasihat Dewan Keadilan. Tapi Dewan Keadilan mengatakan undang-undang ini dia tak setuju. Jadi bagi mengelakkan itu, dan kalau kita lihat kita punya Undang-Undang Tubuh, jadi memang perlu Dato’ Yang Dipertua, sebelum kita, kita bentangkan Rang Undang-Undang ini, mendapat arahan persetujuan awal daripada Dewan Keadilan. Kalau tidak, kita akan menghadapi krisis, krisis perlembagaan ya. Baik, sikit lagi …..
Ada lagi?
….. kerana akan ada khususnya mereka yang ada sedikit latar belakang undang-undang akan mempersoalkan. Jika demikian, bagaimana kita ada enakmen 1926. Bagaimana kita ada enakmen 1960. Jawapan dia Dato’ Dipertua, pertama, enakmen 1926 ini digubal sebelum Undang-Undang Tubuh ini wujud. Undang-Undang Tubuh ini paling awal 1948. Yang kita punya ini 1959. Enakmen 1926. Jadi, enakmen 1926 ini tidak terikat dengan kita punya Undang-Undang Tubuh ketika itu. Dan kalau kita sorot sejarah,
kita semua tahu bahawa ini zaman British, dan British sebenarnya dia tak masuk campur 2 perkara saja. Semua lain dia masuk campur kecuali hal agama Islam dan adat Melayu. Jadi soal dia, macam mana boleh wujud enakmen adat ’26? Kerana kita semua sedia maklum, British dari segi tanah, dia mengamalkan torrens system, style pendaftaran. Adat kita sejak turun temurun, sejak zaman kita punya, yelah zaman datuk nenek dulu-dulu, nenek moyang kita dulu, tak ada sistem berdaftar ini. Jadi, British, untuk mengiktiraf sebenarnya, untuk mengiktiraf dan mendaulatkan tanah adat ini, maka dia wujudkan enakmen 1926 semata-mata untuk tujuan pendaftaran. Dan kalau kita lihat enakmen 1926, seksyen 5, seksyen 5 enakmen tersebut, menyatakan mengekalkan adat. Tertakluk kepada enakmen ini, no customary land or interest therein may be transferred, charged, transmitted or otherwise dealt with except in accordance with the custom. Jadi enakmen 1926 ini dibuat British ni pun dia cukup cermat, dia cuma usik tentang pendaftaran sahaja. Lain-lain tentang custom dia tak usik, tak usik, dia usik custom saja. Kita lihat 1926 memang berkenaan dengan pendaftaran tanah-tanah adat ini. Dan sebenarnya seksyen 5 ini, kemudiannya dicedok dan dipahatkan dalam kita punya perlembagaan, seksyen 32 tadi. Yang mengatakan adat, aturan lama hendaklah diteruskan.
Jadi sekarang ni, tinggal 1960. Macam mana pulak. Enakmen 1960, kita gubal lepas 1959. Jawapan Dato’ Dipertua, kalau kita teliti enakmen ‘60 ia adalah mutatis mutandis. Maksud dia peruntukan dia betul-betul sama, sebijik-sebijik sama dengan enakmen ’26. Dia tak ubah apa, kan. Dia cuma perluaskan pemakaiannya daripada tanah lingkungan, daripada tanah adat kepada tanah lingkungan saja. Dia tak usik adat. Cuma dia kata teknik pendaftaran tanah adat itu juga terpakai di tanah lingkungan. Dia tak sentuh lain pasal adat. Kecuali satu, kalau kita lihat hari ini, seksyen 6 R22 ini menyatakan kita nak betulkan kesalahan untuk mereka yang orang lelaki yang didaftarkan. Betul ya? Kerana kalau tengok seksyen 26, yang boleh daftar untuk tanah ini waris wanita sahaja. Tetapi kita buat silap, kita buat silap, tahun ’60, kita tak sebut perempuan. Jadi ini contoh, contoh macam mana ada pertembungan antara adat dengan undang-undang. Maka terpaksa kita hari ini kena menggubal dan betulkan dalam seksyen, seksyen 7 tak silap, seksyen 6, mintak maaf. Seksyen 6. Mintak betulkan kesalahan. Tapi kita betulkan kesalahan yang satu ni, saya khuatir pada masa yang sama, kita buat kesalahan yang lagi besar kerana enakmen 1926 dan enakmen tahun 1960 cuma ada 24 segmen sahaja. Kita ada 40 lebih. Banyak benda-benda adat yang kita ubah, Dato’ Dipertua, tanpa kita merujuk kepada seksyen artikel 32 perlembagaan, tanpa kita merujuk kepada Dewan Keadilan. Jadi satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya kita tak ultra vires.
Okay, tanpa ya, tanpa prejudis kepada hujah-hujah saya tadi, hujah saya tadi, kesimpulan dia, kita kena pastikan yang enakmen ini mematuhi peruntukan-peruntukan, kehendak-kehendak, tatacara dalam Undang-Undang Tubuh kita, mendapat arahan daripada mahkamah keadilan, dan sepatutnya, kalau ikut faham saya Dato’ Dipertua, kita perlu pinda dulu artikel 32 supaya kita, Dewan ini ada kuasa untuk menggubal undang-undang berkenaan dengan adat. Tetapi tanpa prejudis kepada itu, saya ingin merujuk kepada beberapa seksyen di dalam Rang Undang-Undang ini.
Pertamanya seksyen 38. Seksyen 38, Dato’ Dipertua, kalau kita teliti, sebenarnya bercanggah, bercanggah dengan artikel 16 Undang-Undang Tubuh. Kerana kalau menurut artikel 16, Dewan Keadilan yang berhak untuk memberi keputusan yang tak boleh dicabar di dalam mahkamah. Tetapi enakmen ini telah mengubah ataupun bercanggah dengan artikel tersebut. Jadi, at face value, saya mengatakan, apa, artikel ataupun seksyen ni memang dah ultra vires.
Yang keduanya Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan seksyen 18. Ini lebih kepada terjemahan dan istilah. Kalau kita lihat 18(1) ini, teks Bahasa Inggeris, dia merujuk kepada “female member of the tribes”. Tetapi dalam teks kebangsaan menyatakan “anggota suku perempuan”. Jadi saya agak confuse yang mana satu. Kalau female member of the tribes, it should be anggota perempuan suku ya. Tapi ini anggota suku perempuan. Seolah-olah ada suku perempuan. Jadi mana satu? Saya mintak jelaskan.
Yang keduanya, di seksyen 18(1) yang sama juga, untuk tanah lingkungan, tanah adat lingkungan dinyatakan “atau anggota suku”. Dia tak nyatakan jantina di sini. Saya rasa nak dapat kepastian. Saya mintak maaf Dato’ Dipertua, saya tak mahir adat-adat ini. Tapi saya ada teks sahaja. Dia tak sebut perempuan. Adakah memang diniatkan 18(1) untuk tanah adat lingkungan ini boleh didaftarkan lelaki dan perempuan atau terhad kepada perempuan sahaja? Kerana kalau kita tengok seksyen, seksyen 7, eh sorry, seksyen 6 tadi, seolah-olah ada kesilapan. Orang lelaki tak boleh didaftarkan sebagai pewaris adat. Jadi jangan, jangan kita buat salah yang samalah, di, di enakmen yang sama kan.
Akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, sebagai kesimpulan. Saya rasa disebut oleh Yang Berhormat Rantau tadi. Kita perlu betul-betul cermat dan berhati-hati kalau investment boleh cermat Dato’ Dipertua, tak akan kita tak cermat kerana kita khuatir kalau kita buka pintu ini, tanpa kita mematuhi artikel-artikel dalam Undang-Undang Tubuh,
khususnya artikel 16, artikel 31 dan 32, apakah jaminan yang menghalang Dewan ini pada masa akan datang untuk menghapuskan adat sekaligus, sepenuhnya. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya kira suatu ulasan yang baik. Saya ingat tadi cukuplah 2 kan. Yang Berhormat Rantau dah ulas. Linggi pun dengan fasal-fasal ya, perkara-perkara yang terlibat dengan enakmen tadi. Rasanya cukuplah 2 orang, boleh? Boleh ya. Kalau setuju. Saya mintak pihak nilah, Yang Berhormat Sikamat untuk memberi penjelasan apa yang dipersoalkan tadi.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang ya, ini melibatkan tanah luak mengandung dan tanah adat lingkungan sahaja. Setuju dengan Yang Berhormat Rantau dan Yang Berhormat Linggi mengenai pengendalian tanah-tanah adat ini masih berteraskan adat pada setiap masa status tanah adat ini dikekalkan. Walaupun pembangun, pem, pembangunan dan pengendalian tanah adat ini digalakkan, digalakkan dalam RUU ini. Semua aktiviti ataupun juga perlu dengan, pada setiap masa mesti dengan kebenaran Dato’-Dato’ Lembaga.
Berkenaan dengan perlembagaan di mana perkara-perkara ini telah dibincangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Keadilan pada 17 Jun 2022, selepas ditarik balik tempoh hari ya, dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan untuk meneruskan penggubalan undang-undang ini untuk terpakai hanya kepada luak-luak tanah mengandung dan tanah lingkungan dan memin, menitahkan Kerajaan Negeri meneruskan deng, dengan tiada juga keperluan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 kerana RUU ini tidak meminda atau mengalihkan adat-adat berkenaan tanah-tanah adat ini. Peruntukan berkenaan adat-adat ini dikekalkan, tiada perubahan cuma penambahbaikan dari segi pelaksanaan dan prosedur bagi terus memelihara adat-adat berkenaan tanah-tanah adat ini, ya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, mintak saya, mintak pencerahan. Saya punya kekhuatiran saya Dato’ Dipertua ialah kita di Dewan ini membuat sesuatu yang unconstitutional. Saya sebut saja. The process dia itu. Kerana kita tidak boleh usik, melainkan dengan adanya keputusan Dewan Keadilan. Kami nak tahulah, mana dia keputusan Dewan Keadilan tersebut ya. Itu saja ya. Kalau kita buat sesuatu yang unconstitutional, dia ultra vires ya. Kita nanti akan susah ya. Sebab dalam undang-undang, kita berdiri tegak 2, Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Negeri, undang-undang berkenaan dengan adat, Dato’ Yang Dipertua. Tak boleh, sebab adat, agama Islam jelas sekali dalam kita punya Undang-Undang Tubuh, di bawah urusan Dewan Keadilan, Dato’ Dipertua. Itu saya tanya, prosesnya itu, itu kemudian tak apa. Saya nak tahu sama ada, apa yang kita buat ini constitutional ataupun tidak. Itu je sebab kita nak lihat kalau ada, bagi tahu bahawa Dewan Keadilan sekian-sekian telah pun memutuskan. Mengapa pada pertama kali nak diletakkan semua tanah-tanah adat di luak-luak yang lain, tapi kali ini luak mengandung saja, itu telah menunjukkan bahawa tidak adanya persepakatan dalam Dewan Keadilan. Itu pandangan saya, saya tak tahu sebab saya bukan anggota Dewan Keadilan, Dato’ Dipertua. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita, saya telah maklumkan setelah tidak mendapat perse, tidak mendapat persetujuan di saat akhir daripada, ke bawah, oleh Dewan Keadilan pada 17 Jun 2022 ya. Perbincangan di Dewan Keadilan menyebut bahawa hanya boleh dilaksanakan di kawasan tanah, tanah adat lingkungan dan tanah mengandung saja ya. Jadi, telah diputuskan dan titah untuk diteruskan, telah bersetuju dalam perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua.
Tidak ada separation, Dato’ Yang Dipertua, tanah lingkungan dan tanah, tanah luak mengandung, Dato’ Dipertua. Dia dalam satu, iaitu dalam adat ya. Kita tak boleh katakan bahawa oh, di Rembau, di Tampin, di Kuala Pilah, tak terpakai. Kita luluskan undang-undang dia akan meng, kepada semua Dato’ Yang Dipertua. Tapi mengapa pulak sekarang ini had tanah luak mengandung dan tanah, tanah lingkungan saja. Itu persoalannya. Saya tak mahu nanti Dewan ini tersilap langkah. Itu saja. Kita, penggubal undang-undang, bila kita menggubal undang-undang, sesuatu yang constitutional. Jangan kita buat sesuatu yang unconstitutional. Itu saja. Saya tak mahu nanti sebab nanti, kerana jelas separation of power tu Dato’ Dipertua ya. Jelas sekali bahawa terletak tadi seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Linggi tadi, bahawa sebelum daripada eksekutif, sebelum daripada mahkamah, Dewan Keadilan tu lebih tinggi. Jadi, kita, saya cuma nak kepastian saja. Kami nak kepastian Dato’ Dipertua. Sebab sebelum diluluskan, walaupun saya tahu bahawa tak memerlukan majoriti 2/3 akan lulus, Dato’ Dipertua, tetapi saya memberi pandangan untuk kepastian dan jangan kita silap langkah. Silap langkah nanti Dato’ Dipertua, ini merupakan pembukaan pintu gate, opening of the flood gate, Dato’ Dipertua, tanah-tanah adat nanti. Jangan kita silap langkah.
Dan saya harap supaya rakan-rakan semua jangan, sebab kita, kekuatan Negeri Sembilan ini adalah berasaskan kepada adat. Tergoncang tiang seri Dato’ Yang Dipertua, jangan dianjak. Anjak layu, Dato’ Dipertua. Dicabut mati. Jangan buat-buat ya. Silap kita nanti ya, ya. Jangan. Kalau yang tak faham pasal adat, belajar ya. Jangan kita silap langkah. Jangan kita silap buat keputusan. Malu kita nanti. Malu seorang, Dato’ Dipertua, malu tak boleh diagih Dato’ Dipertua, malu semua. Saya sekali malu nanti ya, ya. Saya malu sekali ya. Malu tak boleh diagih, malu seorang, malu semua ya. Jangan kita buat begitu. Adat ini jangan kita main-main ya. Walaupun saya tidak mengamalkan saya punya adat, tetapi kita berteraskan kepada adat Negeri Sembilan ini. Hilang teras ini Dato’ Dipertua, rosak masyarakat kita nanti ya. Itu pandangan saya.
Dato’ Dipertua.
Jadi gini …..
Dato’ Dipertua.
Nanti, jap jap. Yang ber, kejap-kejap Linggi. Kejap lagi saya bagi. Cuma sekarang ini persoalan dia, pihak ni apa, Yang Berhormat Rantau dengan Linggi tadi, dia nak kepastian adakah keputusan tu telah dipersetujui oleh Dewan Keadilan dan arahan daripada Dewan Keadilan supaya buat pindaan ini. Kalau tak ada arahan tu, tak ada persetujuan kita tak boleh buat. Itu saya faham apa yang disebut tadilah.
Supaya kita nak lihat supaya adanya arahan daripada Dewan Keadilan.
Ya ya saya faham.
Untuk memuaskan hati kita supaya kita mengikut lunas undang-undang yang sebenarnya mengikut perlembagaan Negeri Sembilan. Itu yang saya nak tahu.
Saya faham. Jadi sekarang ni, saya mintak Yang Berhormat, yang ber, Yang Amat Berhormat Sikamat untuk ni, maklumkan, berkenaan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Pada, saya nyatakan tadi pada 17 Jun ya, hari Jumaat, pada 17 Jun hari Jumaat ya, telah diadakan perbincangan dan sebelum-sebelum tu pun ada
perbincangan, sebelum dia dibawa ke dalam Dewan. Dan di saat akhir, titah Tuanku supaya ditarik balik. Okay. Selepas, pada 17 haribulan dibincangkan ya, pada 17 haribulan Jun dibincangkan semula, haa. 17 Jun 2022 dibincangkan semula ya. Dan ketika itu semua bersetuju supaya hanya berjalan, polisi ni berjalan di tanah luak mengandung dan juga tanah adat lingkungan sahaja ya. Dia hanya meli, akan terpakai undang-undang yang, undang-undang yang lama akan terus terpakai sebab ini hanya untuk kekalkan adat-adat yang ada ya. Jadi, ini telah dibincangkan. Memang bersetuju dalam mesyuarat tersebut, untuk diteruskan, minta Kerajaan Negeri teruskan tetapi hanya, hanya melibatkan tanah adat, tanah adat luak mengan, tanah mengandung dan juga tanah adat lingkungan ya. Jadi ini perkara yang telah dimaklumkan dan telah dititahkan dan kami meneruskan seperti yang ada pada hari ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Saya, yang saya katakan tadi 3. Satu tentang arahan daripada Dewan Keadilan, dijawab. Tapi ada 2 lagi perkara. Artikel 32, yang adat lama ni terpelihara. Dan juga artikel 38, keperluan untuk kita pinda istimewa kita nak, nak buat enakmen berkenaan dengan adat. Ini tak dijawab lagi kerana macam saya sebut tadi, enakmen lama ni 24 saja dia punya peruntukan. Kita ada 42. Memang banyak kita ubah ni Dato’ Yang Dipertua. Banyak kita ubah. Jadi, ada keperluan untuk kita, kita pinda Undang-Undang Tubuh kita sebenarnya. Mintak penjelasanlah.
Dato’ Dipertua, kita tak ubah tu, apa, adat-adat yang lama ya. Seperti saya katakan tadi ya. Cuma ada sedikit penambahbaikan untuk kemajuan tanah adat di kawasan tersebut. Dan ini telah dibincangkan bersama Dato’-Dato’ Lembaga di kawasan-kawasan tersebut. Dengan itu, saya rasa tidak ada masalah yang kita katakan tadilah ya. Dan kita hanya telah bincangkan semula, maklumkan ya, apa yang nak diubah. Dan kita bawa balik kepada Dato’ Lembaga. Dato’ Lembaga setuju. Dan akhirnya kita buat perkara ini. Dan kita buat kaedah-kaedah dengan lebih terperinci ya. Dan kita tak nak akan ada timbul ya, perkara-perkara yang lain yang melibatkan perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya pun tak lah mahir adat ni. Tapi tanah mengandung ni memang di bawah Yang di-Pertuan Besar. Tanah mengandung ni. Okay. Yang Amat Berhormat Sikamat dah menjawablah persoalan yang tuan-tuan risaukan tadi tu. Ada lagi?
Yang tadi berkenaan dengan waris lelaki ataupun dengan version 38 …..
Oh lelaki.
….. artikel 38.
Waris lelaki. Okay okay.
Ikut undang-undang yang lama Dato’ Yang Dipertua ya. Ahli waris perempuanlah. Apa yang ada dalam tu lah, kita tak ubah.
Pindaan atau tidak? Saya rasa mungkin tak, tak, tak, tak jelas. 18, 18(1), okay, saya, saya mohon pencerahan je ni supaya kita silap. 18(1) pertamanya dari segi istilah “tiada mana-mana tanah adat luak tanah mengandung atau tanah adat lingkungan boleh dipindah milik kepada mana-mana orang selain anggota perempuan suku ke anggota suku perempuan? Itu satu. Lepas tu kita sambung, itu bagi tanah adat luak mengandung, dengan kebenaran lembaganya. Seterusnya, dan anggota suku dalam Jadual Ketiga. Anggota suku ni memang terbuka ke atau kita nak anggota suku perempuan? Kalau anggota suku sahaja, ni sama dengan enakmen 1960. Dan seksyen 6 RUU 2020 ni kata itu adalah satu kesalahan, yang enakmen ni nak betulkan. Kalau begitu mengapa kita ulang kesalahan yang sama?
Dato’ Yang Dipertua, kita setuju dengan pindaan tersebutlah. Dibawak, bawak dalam jawatankuasalah, mengenai suku tu.
Memang penjelasan dah, dah dibuat, memang ada arahan, persetujuan daripada Dewan Keadilan. Betul Yang Amat Berhormat? Ya, okay ada. Saya nak buat pengesahan sebab dia hadir, saya tak hadir. Jadi dah ada pengesahan bahawa memang ada arahan, memang ada persetujuanlah, Dewan Keadilan, apa yang kita buat ni, sebab itu saya nampak ada soalan-soalan yang dikemukakan tadi baguslah, dikemukakan .….
Jangan pikul beban yang tak patut dipikul.
Yelah, tak apalah.
Ini pihak eksekutif. Dato’ Speaker tak campur dalam pihak eksekutif …..
Sebab tu saya nak bagi ruang …..
Speaker tolong jalankan tugas sebagai Speaker ya.
Saya tak campur ni, saya buat, saya hanya bagikan dia punya, dia punya situasi dia ya. Okay. Tadi ada persoal, dah berjawab. Jadi saya rasa dah adillah. Saya kira saya bagi masa yang panjang untuk Linggi bercakap ya, dan Rantau bercakap. Haa, saya tak pernah bagi sepanjang ni, betul ya? Betul, haa, okay. Jadi sekarang saya mohon untuk apa, Dewan ini untuk kita buat undianlah …..
Sabar dulu Dato’. Dato’, Dato’, saya nak bahas.
Nak bahas lagi, haa silakan. Satu je. Apa, ada, ada kaitan dengan ni ke apa?
Ni bahas tentang yang inilah ni.
Haa okay, okay. Tak, saya kata, nak, tak apalah pasal wakil, wakil pihak, pihak kerajaan tak apalah. Dia bahas seorang. [percakapan oleh ahli Yang Berhroamt secara off mic]
Tak payah ya? Maaf ya, lain kalilah. Pasal benda ni dah berjawab dah.
Okay, tak apa, tak apa, kejap-kejap. Secara ringkasnya begini, kita bukan anjak, kita bukan cabut, kita perkasakan. Dan kaedah perkasakan ni biasa sebenarnya dalam mana-mana kehidupan kita, aktiviti. Tak ada anjak, tak ada cabut pun.
Dato’ Dipertua …..
Dah dah.
….. apakah dengan membenarkan tanah adat ni boleh dilelong nak memperkasakan …..
Tak, tak ada cerita lelong pun kek situ.
Bacalah.
Ya.
Baca.
Benda tu ada di …..
Longgeng kalau tak ghoti tentang peraturan, Longgeng …..
Apakah ini boleh dilelong kalau tak bayar cukai.
Dikawal sebenarnya ya.
Longgeng …..
Saya mintak.
Kalau tak bayar sewa, boleh dilelong. Lelongan Awam kita tak boleh masuk campur.
Okay Lenggeng, Rantau ….
Longgeng, kalau tak ghoti …..
Pertang, Pertang.
Undilah.
….. benda ni jangan menyampuk. Baco, study dulu. Baco pun tidak Longgeng enakmen tu, tu pasal dia kata tak tahu apo tadi tu.
Baco.
Longgeng suku apo? Sayo nak tanyo. Longgeng suku apo?
Perlu ke tanya suku ni?
Bolehlah sebab ini adat.
Pasal tak faham…
Adat berkaitan dengan suku.
….. tu pasal, tu cerito tadi ….
….. adat adalah suku. Kalau tanyo kau mano asal kau, apo asal kau orang Negeri Sembilan? Kalau kau orang Negeri Sembilan. Contoh, ni contoh, contoh perbualan, bukan, bukan merujuk kepada Yang Berhormat Lenggeng ya. Kalau kitalah perbualan biasalah, kita bangga dengan Adat Perpatih. Kalau orang mempersoalkan, kalau kau Jang, kalau kau dagho, mentori ko, lobai ko, asal orang Negeri Sembilan, apo asal kando kau orang Negeri Sembilan. Kita kena jawab nun, ulu sanun tu ado, tak lebar pun, bosa tapak tangan ni ado tanah warisan pusako kito.
Iyo betul.
Haa itu yang nak kito jago. Ini yang nak kita jaga betul-betul …..
Ini yang kita …..
….. adat ini. Memang kita sukalah …..
Okay.
….. tanah ini dimajukan …..
Ini yang dipertahankan.
….. dibangunkan. Tapi tak tengok peraturan yang betul-betul supaya jangan kita dipersoalkan. Ini yang, ini bab adat. Bab adat kono jago boto-boto.
Yo, boto, boto.
….. kekuatan kita Negeri Sembilan, Adat Perpatih ini, tugas Dato’ Undang Yang Ompek, Dato’ Lembago, tak kirolah berapa lapan di hulu, lapan di hilir ko, suku-suku yang ado ni, kekuatan dia mentadbir adalah tanah adat ini. Jadi dah perjelaskan tadi, dari segi Undang-Undang Tubuh bertentangan dan juga telah disebut oleh Rantau. Jadi kita kena hati-hati. Kang saya belum mempersoalkan pihak-pihak lain. Jadi kita bertukar-tukar pandangan …..
Ya ya ya ya.
….. di sini untuk mendapat kebaikan. Jadi tu tadi ada lelong, ada kaviet. Betullah saya tengok tu ada, kebenaran daripada pihak Lembaga.
Ya.
Jadi kedaulatan kita itu.
Serting, cukup cukup cukup.
Jadi adat Negeri Sembilan ni kekuatan dia tanah.
Serting.
Kuasa Lembaga, Dato’-Dato’ Lembaga, Dato’ Undang adalah tanah. Ini kekuatan kita. Saya ingat itu sajalah. Saya ingat kita …..
ADUN Rantau dah sebut tadi.
Speaker suku apa?
Haa?
Dato’ Speaker suku apa?
Saya rajo.
Handa.
Saya lela maharaja, saya raja asal.
Itu boleh tahan tu.
Itu kalau saya pergi Rembau, saya jadi Undang.
Haa tu deh, jadi tak kan lah darah Undang tak jago bondo ni. Pastikan boto-boto, darah Undang kosan eh. Haiyo Speaker.
Dato’ Speaker, tarik balik. Jangan kato poie Rombau jadi Undang. Merbahayo.
Tak apo …..
Tarik balik.
…. kalau, bukanlah….
Jangan, marah Undang nanti.
Tapi dia orang mintak …..
Undilah, undi, undilah.
Undi. Tapi boleh ambil tanah pusakolah, tanah pusako boleh ambillah. Boleh, ada asas tu kan. Saya tahu Dato’, Dato’ Rantau dia Tiga Nenek. Saya tahu. Betul tak? Haa, betul, okay. Okay. Lenggeng saya ingat cukup dulu. Jadi kita, kita buat, selesai ni, sebab masing-masing dah buat hujah …..
Dato’ Yang Dipertua.
…. dan saya, apa. Ada nak cakap lagi?
Sedikit, sedikit je.
Sikit je, okay.
Pentadbir Tanah boleh mengisytihar melalui perintah supaya tanah adat luak mengandung atau tanah adat lingungan yang tidak dibayar sewa dilucut hak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau dijual. Jika tanah adat tanah mengandung atau tanah adat lingkungan hendaklah diisytiharkan jual, penjualan tanah adat luak tanah mengandung atau tanah adat lingkunan tersebut hendaklah bagi tanah adat luak tanah mengandung kepada mana-mana anggota suku perempuan dalam Jadual Kedua atau bagi tanah adat lingkungan kepada mana anggota suku dalam Jadual Ketiga dan tertakluk kepada prosedur yang dinyatakan dalam kaedah. Makna kita tak usik pun ya. Kalau, kalau kita rampas, Kerajaan Negeri rampas pun kena pulang balik ya, kalau dia tak bayar cukai tu, kita pulang balik kepada apa, suku dia. Jadi ini kita tak usik langsung. Tanah tu tetap kekal sampai bila-bila ya. Dan kita tak boleh tukar jadi tanah biasa, Dato’ Yang Dipertua. Kalau lelong pun kita kena lelong kepada waris-waris mereka. Waris suku dia.
Kalau tak ada orang nak beli?
Tak ado orang beli, kita cuba, Kerajaan Negeri bantulah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okay, okay. Saya ingat semua dah puas hati haa. Puas hati ya? Jadi rajo ini nak bercakap ini ya, ini bakal raja ni. Bakal, bakal rajo. Haa yo. Yelah bakal rajo nanti. Okay. Kita ni, lawak-lawak je ya. Okay. Saya persilakan. Sekarang saya nak mohon bersabar. Beri masa sikit, kita mulakan untuk ni, kita dah setuju kan untuk, untuk apa, untuk undi kan.
Dato’ Yang Dipertua.
Ada lagi?
Satu lagi.
Satu lagi.
Minit Mesyuarat Dewan Keadilan Undangan Negeri yang telah diadakan pada hari Khamis; 3 Mac 2022 dan Jumaat; 17 Jun 2022 dirujuk ya. Untuk persetujuan Dewan Keadilan, daripada Dewan Keadilan.
[percakapan oleh YB ADUN Rantau secara off mic]
Haa kejap, kejap, baru terjawab. Baru boto. Faham Rantau. Berlawak ni kan, kadang berlobih-lobih melawak tu kan. Jangan kecik hati ya.
[percakapan oleh YB ADUN Pertang secara off mic]
Haa tu lah. Okay, saya, saya saja nak ambil nafas sikit, pasal benda ni penting, saya pun fikir jugak tadi, apa disebut Rantau tadi. Kalau tak saya rosakkan benda ni. Haa betul. Sebab kita adat-adat kita yang perlu kita junjunglah, yang, yang saya rasa setakat ni bagus, pengurusan dia. Tapi kita terpaksa pinda jugak sebab arahan dah ada dikeluarkan oleh MB tadi. Jadi Yang Amat berhormat yang setuju dengan rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Mintak, kena kira. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Lain ya. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua.
[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju manakala dan semua 16 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemegangan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa
dan Rang Undang-Undang ini ditimbal, di, ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan rang undang, dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Tak ada. Dewan bersidang secara Jawatankuasa. Cokmar, cokmar.
[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju manakala dan semua 16 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi]
[Cokmar diturunkan.]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa.]
Fasal 1 hingga Fasal 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 hingga Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 5 dan 6.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 5 dan Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 7 dan Fasal 8.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 dan 8 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 9 dan Fasal 10.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 9 dan Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 11 dan Fasal 12.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, Fasal 11 dan Fasal 12 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 13 dan Fasal 14.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 13 dan Fasal 14 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 15 dan Fasal 16.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 15 dan Fasal 16 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 17 dan Fasal 18.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 17 dan Fasal 18 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Ada pindaan ke tak ada ni?
Haa ada pindaan? Okay, Linggi. Ada pindaan tadi kan? Haa. Bersetuju dengan pindaan ya?
Pihak kerajaan bangunlah kata ada pindaan. Apa yang dipinda.
Bersetuju dengan pindaan suku perempuan dengan perempuan suku.
Okay, apa, jelas?
Dan jugak bukannya satu saja iaitu suku lagi satu tu …..
Ya. Jadi, yang …..
Suku apa? Suku tu terbukak. Suku apa?
Suku dalam tanah tersebut. Suku yang dalam jadual.
Dia punya definasi. Sebab undang-undang definasi penting …..
Ikut dalam Jadual-lah.
Jadi kalau ikut faham, kalau ikut faham saya, dia akan jadi anggota perempuan suku dalam Jadual.
Perempuan suku.
Jadi untuk tanah adat lingkungan ni, memang anggota suku sahaja. Tak semestinya perempuan?
Kita letak perempuanlah.
Ya?
Anggota suku.
Ada ke tak ada perempuan? Memang tak ada ya?
Tak ada perempuan. Ikut adat. Ikut adat. Ini yang lama, kita ikut yang lama. Tak ada pun sebut.
Jadi yang seksyen 6 tadi untuk apa ni? Yang kita kata yang nak, kalau kita masuk nama lelaki tu salah, kita kena betulkan? Dato’ Yang Dipertua, seksyen, enakmen 1926 mu, kata, perempuan. ’60 tak sebut perempuan. Itu seksyen 6 ni kita nak betulkan. Tapi mengapa pulak seksyen 18 kita tak masukkan perempuan? Mengapa kita ulangi kesalahan seksyen ’60?
Penasihat Undang-Undang. Copek jawab ya, bagi rajo jawab yo. Tak gini, sementara waktu dia orang ni tengah mencari jawapan ni. Saya nak maklum pada mesyuarat semua, sidang Dewan, kita ada satu lagi Rang Undang-Undang ya. Pasal anti lompat. Saya harap tak ramai yang bercakap. Sebab itu Parlimen dah luluskan kan. Kalau boleh kita dapat 2/3 lah untuk yang tu nanti. Boleh? Nanti Negeri Sembilan buek malu pulak kan, Parlimen dah, dah setuju kita pulak yang ni. Haa?
Speaker jangan mempengaruhi ahli Dewan.
Tak ada peraturan tu.
Tak ada, Speaker buat kerja Speaker. Berkecuali.
Adoi.
Dato’ Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Ini seksyen 6 adalah mengenai apabila Pentadbir Tanah tu membuat kesilapan, tu boleh dibetulkanlah. Diperbetulkan.
Ya, kesilapan tu kerana me, meletakkan waris lelaki.
Ya. Tapi kalau itu ada kesilapan di Pejabat Tanah ya. Jadi kalau untuk kita kekalkan yang lama, kita ikut yang lama …..
Tak ada pindaan, ikut yang lamalah.
….. dengan tatacara pengendalian …..
Ini bermakna tanah adat lingkungan boleh waris lelaki?
Yang lama tu patut ikut 1926 punya enakmen. Kalau 1960 tu silap.
Okay.
Kalau nak ikut yang lama, which one? 1960 ke 1926? Sepatutnya mesti 1926.
Kalau setuju, kita ikut ’26, yang perempuan …..
Mesti tahu kalau tidak …..
….. makna waris perempuanlah.
Sekarang ni Dewan Keadilan nak yang mana? Dewan Keadilan nak suku terbuka atau suku, waris terbuka atau waris perempuan sahaja?
Suku terbuka.
Biar betul.
Bukan waris terbuka. Ikut adat. Ikut adat dia tentukan.
Jadi boleh lelaki?
Ikut adat dia menentukan.
Jadi boleh lelaki lah?
Tak bolehlah.
Tak boleh lelaki-lah.
Kenapa kita tak cakap waris perempuan dekat 18(1) ni?
Nak masukkan?
Okay, kalau kita …..
Dia ada 2 tu Dato’ Dipertua, ada 2.
Saya faham, saya faham.
18(1) ni ada 2. Satu untuk tanah adat, satu lagi tanah adat lingkungan. Satu adat mengandung, satu tanah lingkungan. Yang lingkungan ni terbuka, dia tak sebut perempuan. Saya nak, saya nak kepastian, Dewan Keadilan cakap nak yang mana. Nak terbuka, kalau nak terbuka ….
Okay, kalau 18(1) Dewan saya harap bersetuju dengan “suku perempuan” …..
Okay, itu …..
….. untuk, ya, Jadual Ketiga tu.
Okay. Bagi tanah adat lingkungan atau tanah adat luak mengandung, atau kedua-duanya?
Atau, untuk kedua-duanya.
Untuk kedua-duanya ya?
Selain anggota suku perempuan dalam Jadual Kedua bagi tanah luak mengandung dan kebenaran Lembaga-nya atau anggota suku dalam Jadual Ketiga.
Haa jadi. Yang ini …..
Suku perempuan.
Perempuan jugak?
Ya.
Ini seperti yang dikehendaki oleh Dewan Keadilan-lah?
Okay.
Tak, saya tanya ni?
Yang Berhormat, rasa dah, dah jelas tu.
Maksud dia kat sini, adat tentukan. Makna terbukalah.
Dia, kalau begitu terserahlah, cuma saya agak pelik …..
Undang-Undang kita buat Dato’ Yang Dipertua, dia tak boleh up to the interpretation, it has to be specific. How can you have undang-undang yang terbukak, interpretation and verdict, cannot. Kita tak boleh menggubal undang-undang yang tidak, yang boleh diinterprestasi orang ni macam tu, orang ni macam ni, no. It has to be specific, kalau perempuan, perempuan. And it has to be consistent. Tak boleh kejap macam tu, macam ni, cannot. Macam mana pulak nanti, susah pulak nanti kita nak, nak, nak orang membuat keputusan. Itu pandangan kami.
Sekarang ni Yang Berhormat kata suku perempuan ya? Yang Berhormat, Yang Berhormat Sikamat, perempuan ya? Perempuan ya?
Confirm betul-betul Dato’ Dipertua. Confirm betul-betul. Benda ni dia melibatkan banyak perkara. Saya harap kita confirm-kan betul-betul, biar dia jelas sejelas-jelasnya sebagaimana yang diceritakan oleh Linggi tadi ya. Jangan kita, ya, ini adat. Dan kita
akan bawak apa nanti, ya. Kalau boleh saya harap sangat benda ni jelas.
Okay. Dah dapat dah, semua perempuan ya?
Kita masih kepada, kekal 18(1) ni.
Okay. Ni, Setiausaha.
Dengan pindaan perempuan suku tadi. Suku perempuan.
Jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada bantahan? Tak ada kan? Jika tiada, Fasal 17 dan 18 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 19 dan Fasal 20.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 19 dan Fasal 20 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 21 dan Fasal 22.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 21 dan Fasal 22 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Dato’ Yang Dpertua, perkara yang sama jugaklah. Kalau kita tengok 22(3)(a) …..
Ada?
Tak, saya nak, nak pencerahan ni. Pasal 22(b), 22(2)(b) semua anggota perempuan dalam suku Jadual ya. Tapi 3, untuk subseksyen 3, dibuat oleh mana-mana anggota suku. Ni ada perempuan ke tak ada perempuan ni? Penggadai. Dan saya mintak tengok semua sekalilah. Bila merujuk kepada waris yang boleh menggadai, boleh mewarisi, saya tengok macam tak consistent di sini, saya, saya tak lah arif pasal adat, tapi dari segi, dari segi apa peruntukan undang-undangnya saya tengok tidak ada consistency. Mintak, mintak pencerahan yang betul-betullah.
Tadi kekal pada 18(1). Jadi, dia pada 22 juga, dia kekal untuk tanah mengandung kepada anggota perempuan suku.
Bagi 22(3), untuk tanah adat lingkungan ya, kepada anggota suku penggadai. Jadi kita maintain-lah. Jadi 18 dengan 22(2) dan 22(3) sama.
Ya, maksud dia memang boleh yang, yang lelaki dan perempuan boleh?
Ya.
Okay.
Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Seterusnya.
Fasal 23.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, jika tiada, Fasal 23 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 24.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 24 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 25.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 25 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 26 hingga Fasal 31.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 26 hingga Fasal 31 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 32 dan Fasal 33.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 32, Fasal 33 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 34 hingga Fasal 42.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 34 hingga Fasal 42 adalah menjadi sebahagian daripada rang, haa ada.
Seperti yang saya cadang dalam bahas saya tadi, saya percaya seksyen 38 ini bercanggah dengan artikel, artikel 16 Undang-Undang Tubuh. Artikel 38 ini bercanggah dengan artikel 16. Pasal artikel 16 menyatakan Dewan Keadilan. Saya rasa, saya cadangkan supaya consistent, kita gunalah Dewan Keadilan.
Maksud kat sini, melalui Menteri Besar kepada Raja. Raja di sini adalah Dewan Keadilan-lah, dan keputusan tersebut adalah muktamad dan kita guna enakmen lama, Ruler in conserve.
Dan saya mintak supaya berhati-hati Dato’ YAB Menteri Besar. Jangan kata Raja tu Dewan Keadilan. Dewan Keadilan, dia entiti, 2 entiti yang berbeza. Jangan kita kata Raja tu Dewan Keadilan, Dewan tu Raja, tak. Di situ different separate entity you know. Jangan kata Raja tu Dewan Keadilan, Dewan Keadilan tu Raja.
Maksud dia, kalau, kalau kita, kita bolehlah buat Dewan Keadilan kat sini, kita buat perubahan, pindaan, pindaan kepada Dewan Keadilan.
Saya, saya rasa itu yang terbaiklah.
Dengan pindaan, 38 dengan pindaan.
Jadual Pertama.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual Pertama adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual Kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual Kedua adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual Ketiga.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual Ketiga adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual Keempat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual Keempat adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. MB.
Yang Berhormat Dato’ Yang Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju manakala dan semua 16 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang yang berhubung dengan penggu, pemegangan tanah adat luak tanah mengandung dan tanah adat lingkungan serta untuk mengga, mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dan bersampingan dengannya telah dipertimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui dengan pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 19 orang ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan bersetuju manakala dan semua 16 orang ahli Yang Berhormat di pihak pembangkang tidak mengundi]
Enakmen Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Rang Undang-Undang Kedua — Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2022Bill
[Bacaan kali pertama]
Perkara kelapan, Rang Undang-Undang yang kedua. Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan satu Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dengan pindaan dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
[Bacaan kali kedua]
MB.
Yang, Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, Rang Undang-Undang yang akan saya bentangkan ini bertujuan untuk meminda, memansuh peruntukan
sedia ada, serta memasukkan peruntukan baharu dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (selepas disebut sebagai UUTKNS) bagi mewujudkan peruntukan larangan ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan bertukar parti.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri memandang serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Ini kerana ia melibatkan mandat dan kepercayaan rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di dalam Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam perkara berkenaan larangan lompat parti ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk merealisasikan melalui pindaan kepada UUTKNS ini. Selaras dengan perkara ini, di bawah Peraturan XXVIII Peraturan-Peraturan Tetap dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah bermesyuarat pada 3 Oktober 2022 dan telah mempertimbangkan sewajarnya kesemua persoalan berbangkit peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti termasuk implikasi penggubalan peruntukan-peruntukan tertentu berkaitan perkara ini kepada Ahli Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selaras dengan perkara ini, Rang Undang-Undang yang digubal ini mengandungi 4 fasal dengan perincian yang berikut:
Fasal 1 bertujuan untuk memasukkan kuasa Raja untuk menetapkan tarikh permulaan berkuat kuasa enakmen yang dicadangkan ini melalui pemberitahuan dalam Warta.
Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu iaitu “parti politik” ke dalam Fasal 1 Perkara 34 UUTKNS dan Fasal 3 bertujuan untuk memotong Fasal (5) Perkara 50 UUTKNS. Pemotongan ini akan membolehkan mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Undangan Negeri dan dengan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi tempoh 5 tahun tidak lagi terpakai.
Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan Perkara baharu 51A ke dalam UUTKNS yang memperuntukkan apabila seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah terhenti menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong jika setelah dipilih ke Dewan Undangan Negeri sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaannya dan terhenti menjadi ahli politik itu.
Peruntukan 51A(1)(a)(ii) diadakan untuk keadaan di mana ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak melepaskan keanggotaannya atau tidak dipecat tetapi telah tidak lagi menjadi anggota suatu parti politik atas sebab-sebab lain. Hal demikian itu, hal keadaan ini termasuklah sekiranya ia sebagai anggota suatu parti politik telah hilang kelayakan menjadi anggota suatu parti politik itu di bawah mana-mana peruntukan Perlembagaan sesuatu parti politik itu.
Misalan. Perlembagaan Parti A ada memperuntukkan bahawa keanggotaan seseorang ahli tergugur secara automatik jika dia membawa apa-apa perkara Parti ke mana-mana mahkamah. B adalah anggota Parti A yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri. B akan terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri jika dia, jika dia membawa tindakan terhadap Parti A di mahkamah dan keanggotaannya tergugur secara automatik.
Bagi maksud Perkara baharu 51A ini juga, perkara yang sama terpakai sekiranya seorang ahli Dewan Undangan Negeri tidak menganggotai mana-mana parti politik tetapi setelah dipilih ke Dewan Undangan Negeri, dia menyertai mana-mana parti politik sebagai anggota, maka dia akan terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Berlainan dengan hal keadaan yang berlaku sekiranya seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang menganggotai mana-mana parti politik yang merupakan anggota dalam satu gabungan (coalition) parti politik. Sekiranya parti politik Ahli Dewan Undangan Negeri itu keluar daripada gabungan parti politik atau membentuk satu gabungan politik, gabungan parti politik yang baharu, Ahli Dewan Undangan Negeri itu tidak akan terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini adalah kerana Rang Undang-Undang ini adalah untuk mengawal selia seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan bukannya parti politik.
Anggota Parti A yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri jika Parti A, yang merupakan anggota suatu parti politik, meninggalkan gabungan itu sama ada atau tidak Parti A menyertai gabungan parti politik lain atau membentuk suatu gabungan parti politik yang baharu.
Perkara baharu 51A juga memperuntukkan keadaan apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tidak terhenti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri itu hanya disebabkan oleh pembubaran atau pembatalan parti politiknya atau pelepasan keanggotaannya daripada parti politiknya apabila dipilih sebagai Yang Dipertua Mesyuarat atau pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.
Kekosongan luar jangka di Dewan Undangan Negeri hendaklah dipastikan oleh Yang Dipertua Mesyuarat apabila menerima notis bertulis daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri mengenai berlakunya kekosongan itu dan dia hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya tentang kekosongan itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh yang dia menerima notis bertulis itu. Bagi maksud Fasal (5) Perkara 56 kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah menjalankan suatu pilihan raya dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya menerima pemberitahuan itu daripada Yang Dipertua Mesyuarat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pindaan undang-undang ini bukan sahaja mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh ataupun alasan yang munasabah, ia juga dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri ini untuk suatu jangka masa yang panjang. Melalui pindaan ini juga, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri haruslah mengingat kembali supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi kepada kepercayaan tinggi kepada Ahli Dewan Undangan Negeri ketika proses pilihan raya.
Yang Berhormat Yang Dipertua, sebagaimana yang diketahui lazim, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 [Akta A1663] yang memperuntukkan berkenaan dengan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti. Akta A1663 telah mula berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 kecuali seksyen 6 Akta A1663 melalui siaran Warta pada 4 Oktober 2022. Seksyen 6 Akta A1663 mengandungi peruntukan untuk pemakaian di negeri-negeri berkenaan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri bertukar parti melalui pindaan seksyen 6 dan 7 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan (PP). Subseksyen (1)(3) Akta 1963 memperuntukkan bahawa tarikh mula berkuat kuasa seksyen 6 Akta 1663 di sesuatu negeri akan ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan persetujuan Raja-Raja yang dipertua, dan, Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Selaras dengan subseksyen (1)(3) Akta 1663, ini bermaksud Akta 1663 belum berkuat kuasa ke atas Negeri Sembilan kerana Yang di-Pertuan Agong belum mendapat persetujuan Raja dan bagi Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar berkenaan penetapan tarikh permulaan berkuat kuasa seksyen 6 Akta 1963 [1663]. Oleh itu tertakluk Fasal 5 Perkara 78 UUTKNS, Rang Undang-Undang pindaan kepada UUTKNS ini hanya boleh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dengan bacaan kali kedua dan ketiga dan mendapat sokongan undian tidak kurang daripada 2/3 jumlah bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun bagi menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.
Dato’ Yang Dipertua.
Ya.
Izinkan saya memberikan pandangan berkenaan dengan usul yang dibawak oleh Kerajaan Negeri untuk meminda Perlembagaan Negeri berkenaan dengan Rang Undang-Undang Akta (Pindaan) Perlembangaan Anti Lompat Parti yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tempoh hari dan telah pun dapat diwartakan pada 5 haribulan 10 baru-baru ini. Alhamdulillah, Dewan kita yang bersidang khas pada hari ini adalah untuk kita meminda Perlembagaan ataupun meminda enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk kita menyelaraskan apa yang telah pun dilakukan pindaan undang-undang oleh Parlimen Malaysia. Ini memang seharusnya di, dibuat kerana apa-apa yang telah pun dibuat di atas Akta Parlimen, Dato’ Dipertua, negeri terpakai di negeri-negeri. Oleh sebab ia memerlukan pindaan perlembagaan Undang_Undang Tubuh kita, enakmen kita, maka kita perlu mengadakan sidang khas pada hari ini untuk kita meminda enakmen Undang-Undang Tubuh kita.
Dato’ Yang Dipertua, selepas Pilihan Raya Ke-18, banyak perkara telah berlaku ya, Dato’ Dipertua, sehingga menyebabkan keadaan politik tanah air tidak menentu ya, disebabkan oleh, dan jugak mandat rakyat telah banyak dikhianati oleh mereka-mereka yang diberikan kepercayaan oleh rakyat. Mereka berpindah-pindah, melompat-lompat seolah-olah pada ketika itu kita sedang berhadapan dengan wabak COVID-19 begitu dahsyat, seolah-olah undang-undang lompat parti lebih penting daripada undang-undang rentas sempadan ya. Dato’ Dipertua, negara kita menghadapi masalah besar selepas daripada perkara ini berlaku Dato’ Dipertua. Untuk kita menentukan dan melihat supaya negara kita memmpunyai sebuah kerajaan yang stabil, kerajaan yang kuat, kerajaan yang kukuh Dato’ Dipertua, undang-undang ini amat perlu diadakan di negara kita dan jugak dituruti oleh negeri-negeri yang ada di dalam Persekutuan Malaysia ini.
Alhamdulillah, alhamdulillah Dato’ Dipertua, undang-undang ini telah diluluskan. Maka Dato’ Dipertua, di Negeri Sembilan ini kita memang bersama-sama bersetuju supaya pindaan perlu dilakukan di atas enakmen di negeri kita agar kita sama-sama dapat melihat. Selepas daripada pilihan raya, rakyat dah beri mandat. Maka kerajaan yang dipilih mestilah menjalankan tugas untuk mentadbir negeri, mentadbir negara. Dan kerajaan tak perlu lagi risau pagi petang siang malam, Yang Berhormat Menteri Besar tak perlu risau, bangun pagi dia cukup kerusi lagi ke tidak kan? Nasib baik kami di sebelah sini kami ni mempunyai asas-asas prinsip Dato’ Yang Dipertua. Walaupun banyak jugak orang kata, win in tie, atau didatangi-didatangi. Tetapi bagi kami Dato’ Dipertua, kami hormati mandat rakyat. Apa yang rakyat telah pun bagikan, 2018 itu kita hormati. Dan kita berjumpa semula. Walaupun Kerajaan Negeri telah pun memutuskan untuk tidak bersama-sama untuk kita mengadakan pilihan raya umum ini, tapi tak apa, dia tak lama lagi. Kita berjumpa nanti pada pilihan raya negeri dan jugak pilihan raya umum yang akan datang, tak lama lagi.
Satu saja saya nak tanya, Dato’ Dipertua iaitu ada ambiguity di situ, pandangan saya, saya ni bukan pakar dalam undang-undang saja, baca-baca Dato’ Dipertua. Saya ambil contoh satulah, Dato’ Manickam no milage behind this ya, dia tak, bukan apa. Kalau Dato’ Manickam dia daripada wakil MIC ya, tetapi dia bertanding di atas tiket BN. Kalau MIC pecat dia, apakah terlucut dia punya status sebagai wakil rakyat Dato’ Yang Dipertua? Dia tak bertanding atas tiket MIC. Dia bertanding atas tiket BN. Mandat kepada BN, bukan kepada MIC. Kalau dia dipecat oleh parti dia, apakah terlucut secara automatik mengikut pindaan yang kita nak lakukan ini, dia punya status wakil
rakyat dia ya. Melainkan dia pecat oleh BN. Rakyat memberi mandat kepada BN, parti BN ya.
Itu kita kena, itu sebab saya tadi semasa dalam undang-undang tanah tadi, Dato’ Dipertua, MB, kita buat undang-undang mesti tidak boleh diragui. Kita mesti buat undang-undang supaya tidak dapat diinterpretasi oleh berbagai-bagai pihak. Kita mesti tepat ya. Misalnya saya daripada UMNO, saya dipecat daripada ahli UMNO ya, eh diamlah [merujuk kepada YB ADUN Seri Tanjung]. Saya dipecat UMNO, tapi saya bertanding di atas tiket BN. Does it mean ataupun apakah ia bermakna bahawa terlucut dengan automatik saya punya status wakil rakyat saya, DUN Rantau, ya? Saya boleh bawak undang-undang, saya boleh bawak ke mahkamah. Dan di bawah di atas basic structure principal, Dato’ Dipertua, saya rasa boleh, boleh di-argue-kan, Yang Berhormat Loke kan? Boleh tu. Sebab saya katakan saya dipecat bukan daripada BN, tapi saya bertanding atas tiket BN. Saya dipecat oleh parti saya, UMNO. What is UMNO got to do with BN? Melainkan kalau UMNO bawak pulak kepada mesyuarat BN, memecat saya sebagai ahli BN. Saya bukan ahli BN. Ahli BN ialah parti. There’s no direct membership dalam BN ya. Macam MIC tadi kan. MIC dia parti bergabung 4 parti dalam BN. Dia bertanding atas tiket BN. Tapi MIC yang memecat dia. Macam mana kita nak mengimpretasi sama ada dia gugur status dia sebagai ahli Dewan Negeri, Negeri Sembilan. Haa itu perlu kita tengokkan lebih baiklah sebab saya bukan penggubal, saya bukannya pakar undang-undang, tetapi sometimes kita kena belajar jugak, orang kata, basic common scene untuk kita betul-betul lihat agar kita tidak nanti kita menggubal satu Rang Undang-Undang, undang-undang yang boleh diinterpretasi oleh berbagai-bagai pihak mengikut kesesuaian masing-masing ya. Itu sebab tadi kita nak tepatkan. Kalau perempuan, perempuanlah. Dan mesti konsisten, kita buat undang-undang mesti konsisten, jangan kat sana lain, kat sini lain kan.
Dato’ Dipertua, selainnya memang perlu kita adakan peruntukan undang-undang seperti ini kerana negara kita berada dalam keadaan yang amat teruk disebabkan oleh keadaan yang tidak stabil. Perdana Menteri 3 kali tukar. Sekali undi dapat 3. Beli 1 dapat 3, Dato’ Yang Dipertua. Ini macam beli kedai tikam dululah, ya, beli 1 dapat 3. Mana pernah ada dalam sejarah kita, sejarah kita yang mantap, stabil politik dia, tempat orang bertumpu kerana kestabilan politik, membawa kepada kestabilan kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Tetapi disebabkan oleh perangai, perangai setengah-setengah daripada ahli-ahli yang telah dipilih ini, Dato’ Dipertua, melompat-lompat daripada satu parti ke satu parti, satu parti. Dia bukan melompat satu kali saja Dato’ Dipertua, dia melompat 2 – 3 kali ya. Dia masuk parti ini, keluar situ, keluar situ, keluar lagi. Nak, nak pilihan
raya Dato’ Dipertua, lagi ramai nak melompat. Tak payahlah sebut daripada mana kan? Tetapi ramai. Saya tak cakap, you cakap. So Dato’ Dipertua, kalau ini tidak kita kuat kuasakan sebagai satu Rang Undang-Undang di negara dan jugak di negeri, selagi itulah nanti maka berlakulah apa yang dipanggil sebagai rasuah dan macam-macam ya.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat boleh dibeli Dato’ Dipertua. Boleh dibeli, boleh disogok. Maka amat perlu diadakan undang-undang ini di negeri dan jugak di negara. Lepas tu besok duduk diam-diam ya. Nak bertanding atas tiket ini, bertanding atas tiket ini dan buat, dan, tetapi ada jugaklah dia punya, kelonggaran-kelonggaran kan. Kalau ikut en bloc, dia tak ada masalah party-to-party secara en bloc buat ya, ataupun, dan jugak baik jugak kalau dia dah tak gugur, kalau dia gugur keahlian dia, dia boleh bertanding semula. Dulu kena tunggu 5 tahun. Sekarang dia boleh bertanding semula sebab, ini satu undang-undang yang amat baik kerana dia tak menyekat kebebasan sesiapa tetapi menyekat orang daripada merosakkan kestabilan negara dan jugak kerajaan yang sedia ada Dato’ Dipertua.
Itu saya nak tanya tadi, apakah boleh kita melihat ya, kalau macam Dato’ Manickam ataupun sayalah, nanti Dato’ Manickam kata pulak saya dipecat dari parti saya. Macam mana kita nak address isu ini kan. Sebab anggota Dewan Rakyat ataupun anggota Dewan Negeri boleh membawak ke mahkamah sebab dia tak dipecat oleh parti yang dia gunakan semasa pilihan raya. Tetapi parti yang menjadi sebagai anggota kepada parti yang, apa orang kata, yang dalam pilihan raya tersebut. Dato’ Dipertua, dari segi apa, Dato’ Dipertua, kami semua bersetuju dan menyokong Rang Undang-Undang ni, meminda Perlembagaan ataupun pindaan enakmen kita Dato’ Dipertua. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terlebih saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri kerana telah pun menepati janji untuk membawa Rang Undang-Undang, Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2022 iaitu untuk meminda Perlembagaan Negeri kita untuk memasukkan peruntukan-peruntukan untuk melarang mana-mana Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri selepas dipilih dalam pilihan raya atas kapasiti parti untuk bertukar parti. Ini adalah selaras dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah pun diluluskan di Parlimen pada tempoh hari dan telah pun digazetkan dan sudah tentu akan dikuatkuasakan menjelang PRU Ke-15 ini.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan di peringkat Parlimen adalah satu usaha bersama. Itu seperti yang dikatakan, ia menge, memberikan satu ketidakstabilan kepada negara terutamanya apabila berlakunya apa yang dipanggil sebagai langkah Sheraton di mana Ahli-Ahli Parlimen yang terpilih untuk membentuk kerajaan secara beramai-ramai keluar daripada Pakatan Harapan yang membentuk Kerajaan Persekutuan pada ketika itu untuk membentuk satu kerajaan baru dengan pihak pembangkang. Itu menyebabkan satu ketidakstabilan berlaku. Dan perancangan dan juga kerajaan yang dibentuk sebegitu, ia amat tidak stabil dan tidak akan kukuh bersama kerana mereka tidak ada satu persefahaman langsung.
Dan ini terbukti apabila langkah Sheraton yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walaupun beliau berjaya membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, tetapi tempoh hayatnya agak kurang, agak, agak pendek, tak panjang dan tak sampai 17 bulan, dia pulak digulingkan oleh kawan-kawan yang menyokong dia dulu. 15 saja Ahli Parlimen jatuh kerajaan. Dan naik pulak Perdana Menteri baru, Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri yang ke-3 dalam tempoh 3 – 4 tahun. Jadi selepas Datuk Seri Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, memang kita ada perbincangan dan ada persefahaman yang ingin dicapai. Dan saya orang yang terlibat dalam perbincangan tersebut, mewakili parti saya dan Pakatan Harapan, berbincang dengan pihak kerajaan pada ketika itu, kerajaan baru yang dibentuk pada ketika itu, bagaimana kita boleh menstabilkan keadaan untuk seketika iaitu pada bulan September 2021.
Dan dalam perbincangan yang kita bawa, salah satu syarat yang paling utama yang kita ketengahkan ialah supaya Perlembagaan Persekutuan mesti dipinda untuk melarang perbuatan lompat parti ini. Dan perbincangan itu tak panjang. Dia hanya mengambil masa 1 – 2 minggu dan termaktublah satu perjanjian persefahaman ataupun Memorandum of Understanding (MoU) transformasi politik dan juga kestabilan politik yang dicapai di antara Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Seri Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan, pada 13 September 2021. Dan itu memberikan kestabilan sehinggalah 31 Julai 2022.
Dan selepas itu, memanglah saya tahu ada pihak-pihak yang cuba menekan untuk mengadakan pilihan raya dan sebagainya. Tetapi apa pun saya nak katakan bahawa, undang-undang anti lompat parti ini adalah satu syarat utama dalam MoU yang disepakati oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan juga Pakatan Harapan pada ketika itu. Dan kita membawa pindaan itu selepas banyak perbincangan, banyak perbahasan, ada select committee di peringkat Parlimen untuk
mengkaji peruntukan-peruntukan itu. Maka ia dibawa ke Parlimen pada persidangan bulan Julai yang lalu. Dan mendapat sokongan sebulat suara daripada semua Ahli Parlimen yang hadir. 209 Ahli Parlimen yang hadir, semuanya bersetuju. Hanya 11 yang tak hadir, kita tak tahu pendirian mereka. Tetapi 209 yang hadir, setiap Ahli Parlimen yang hadir bersetuju untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, memasukkan peruntukan untuk melarang lompat parti ini.
Dan dalam perbahasan di peringkat Parlimen, dinyatakan bahawa pindaan juga dalam Jadual Perlembagaan Persekutuan dibuat, iaitu kita mengamalkan sistem Persekutuan. Walaupun Parlimen membuat sesuatu undang-undang, tetapi peringkat DUN jugak dia perlu ubah ataupun pinda perlembagaan mereka di peringkat negeri sebab Parlimen sahaja tak boleh menguatkuasakan peruntukan itu untuk semua negari, negeri, terutamanya di peringkat Dewan Undangan Negeri. Justeru itu, memang kita telah pun membahaskan perkara ini membincangkan perkara ini, termasuk dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri yang lalu. Di mana saya telah pun memintak supaya pihak Kerajaan Negeri membawa usul pindaan perlembagaan ini dalam satu sidang khas yang telah pun kita laksanakan pada hari ini. Dan saya ucapkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana melaksanakan pindaan ini sebelum, sebelum PRU ke-15. Dan terutamanya sebelum pilihan raya negeri di peringkat Negeri Sembilan.
Bagi saya, undang-undang lompat parti ni, anti lompat parti ini amat penting kerana untuk mengembalikan keyakinan bukan sahaja memastikan kestabilan politik selepas pilihan raya, selepas mandat diberikan kepada mana satu gabungan, sekarang ini kepada mandat kepada mana gabungan belum tahu lagi. Tetapi apa yang lebih penting ialah kita memerlukan undang-undang ini untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi kita yang rata-ratanya ada sebahagian besar pengundi kita yang hilang keyakinan kepada sistem politik kita. Ini bukannya kepada mana-mana satu parti sahaja. Tetapi dia pukul rata, dia pukul rata kepada semua ahli politik. Kalau tak ada undang-undang sebegitu, pengundi-pengundi merasakan bahawa tidak ada maknanya kita pergi membuang undi kerana buang undi, pilih wakil rakyat, Ahli Parlimen, ADUN, lepas pilih walaupun dalam ceramah politik, atas pentas politik dia cakap macam-macam, berjuang untuk orang, berjuang untuk rakyat sebagainya. Tetapi lepas pilihan raya, dia tukar cerita. Dia lompat. Dia boleh jual dan sebagainya. Jadi itu menjadikan pengundi muak kepada orang politik. Dan saya kata ini bukannya kepada mana-mana satu pihak saja. Dia pukul rata semua orang politik. Jadi dalam Dewan ini semua kita adalah ahli-ahli politik
yang mesti kita sama-sama cuba untuk kita memperbetulkan sistem itu untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Mengembalikan keyakinan pengundi kepada sistem politik kita. Jadi, biarlah ahli politik ini bermaruah sedikit. Menang kalah itu diputuskan oleh rakyat. Lepas kita menang, atas satu kapasiti parti yang memberikan platform kepada kita untuk menang, kita mesti kekal. Walaupun kita berada dalam apa kedudukan pun. Baik kerajaan ke, pembangkang ke. Kita mesti kekal berprinsip untuk mewakili parti yang telah memberikan platform kepada kita. Dan ini terpakai kepada semua. Prinsip ini terpakai kepada semua parti politik. Kepada semua ahli politik.
DAP amat bersetuju dan menyokong ini. Dan malah kita telah memperjuangkan undang-undang ini sekian lama. Berpuluh tahun dah. Dalam Negeri Sembilan, di Dewan Undangan Negeri ini, DAP-lah yang merupakan satu-satunya mangsa, mangsa lompat parti. Sebelum saya dilahirkan pun sudah ada. Tahun ’69 kita menang 8 kerusi DUN pada ketika itu. Lepas saja ’69 sebab ada darurat, Parlimen di, digantung, sebahagian besar ADUN DAP hilang, lompat. Saya tak nak, tak, tak, tak mahu namakan sesiapalah pada ketika tu, kerana kebanyakannya sudah tiada, kebanyakannya sudah meninggal. Saya pun tak kenal mereka. Saya tak nak sebut nama-nama ketika itu.
Tetapi yang saya tahu, yang masih hidup hari ini ada 3 orang Dato’ Yang Dipertua. Tahun 1995, Pilihan Raya Umum Ke-9, DAP hanya menang 2 kerusi iaitu DUN Temiang dan DUN Lobak. Lepas menang ’95, salah satunya ialah kali pertama dia menang, berkali-kali bertanding atas tiket DAP, tak menang, ’95 menang, namanya Khoo Seng Hock. Menang ’95 Pilihan Raya Umum Ke-9. Tak sampai setahun dia lompat ke MCA. Satu lagi yang dah lama dalam DAP, 3 penggal, namanya Lee Yuen Fong; Tiger Lee. ’95 dia menang lagi. Kali ketiga. Tapi ’96 dia bersama dengan Khoo Seng Hock, dua-dua orang ini lompat ke dalam BN pada ketika itu, kepada MCA. Jadi, menjadikan DUN Negeri Sembilan sifar pembangkang. DAP pun hilang semua kerusi.
Masuk Pilihan Raya Umum ’99, memang kita pun, orang pun tak ada harapan, tak ada keyakinan kepada DAP pada ketika itu. Kita, kita hilang, kalah semua kerusi. Sifar pembangkang. Tetapi sifar pembangkang tidak bermakna negeri lebih baik. Dia memberikan satu blank cheque kepada Menteri Besar pada ketika itu, pada Kerajaan Negeri ketika itu. Tak ada check and balance, tak ada pembangkang, tak ada sesiapa yang menegur. Sampailah 2004, PRU Ke-11. PRU Ke-11, saya kali pertama bertanding Dato’ Yang Dipertua. Saya menewaskan seorang yang keluar parti, lompat parti iaitu Khoo Seng
Hock yang saya bertanding, melawan dia di DUN Lobak dan rakyat memberikan mandat kepada saya. Walaupun saya tak ada pengalaman pada ketika itu, orang muda 27 tahun ber, hanya bermodalkan 3,000.00 ringgit sahaja untuk kempen politik. Tapi saya tewaskan dia kerana dia katak politik. Orang lebih suka untuk memberikan ruang kepada seorang anak muda. Walaupun tak ada pengalaman, rekodnya bersih, tetapi rakyat sanggup memberikan sokongan kepada saya.
Dan pada tahun tersebut juga, PRU Ke-11, tahun 2004, bukan saya saja menang. Ada seorang lagi yang menang bersama dengan saya, rakan saya yang bernama Lim Fui Ming. Ketiga-tiga nama ini masih wujud, masih hidup, itu yang saya nak sebutkan, rakamkan nama mereka ini dalam hansard supaya, ini sejarah, dia tak boleh pertikaikan. 2004 dia menang, Bahau, bukan Bahau sekarang. Bahau ketika itu. Lepas 3 tahun, dia pun lompat. Dia pun lompat bersama dengan Rantau-lah ketika itu. Rantau masih Menteri Besar ketika itu, 2004. 2007 dia lompat. 2007 dia lompat, masuk untuk menyokong Rantau pada ketika itu. 2007, antara 2007 hingga 2008 …..
Saya mencelah sikit ya, pasal sebut nama saya. Sebenar, sebab masa tu saya tak perlu pun sokongan dia …..
Saya tahu.
….. kita dah ramai. Dia nak melompat nak buat macam mana.
Saya tahu, saya bukannya, saya bukan kata Rantau pikat dia, dia yang, dia yang meminang Rantau. Okay, okay. Itulah dia tak ada harga diri tu, tak ada maruah. Saya tak. Saya kekal istiqamah. Walaupun saya satu orang sahaja, ADUN pembangkang, masa tu kalau tak silap saya Kota masa, Speaker masa tu. Haa bukan, Palong, Palong, Palong pada ketika tu. Kota belum lagi. Saya seorang sahaja ADUN Pembangkang Dato’ Dipertua. Bayangkan, saya duduk sana, kerusi DUN Johol tu. DUN Johol bukan Pertang, DUN Johol, yang pertama tu, di tengah, di hujung sekali. Saya seorang sahaja, 35 BN, saya seorang sahaja pembangkang, suara pembangkang dalam Dewan yang mulia ini. Tapi saya tak putus asa. Saya walaupun satu lawan dengan 35, tapi saya kekal dengan prinsip bahawa saya tak boleh membelakangkan parti saya.
Dan itu sebabnya 2004, 2008 saya menang. Bukan sahaja menang balik DUN Lobak, menang Parlimen Rasah sekali. Dan 3 penggal saya menang kedua-dua kerusi. Sama ada Parlimen/DUN. Dan apabila jadi
Kerajaan Persekutuan, saya jadi Menteri. Hari ini saya telah diberikan mandat oleh ahli-ahli parti saya untuk menjadi Ketua Parti DAP. Dan itu bagi saya adalah moral of the story kepada mana-mana ahli politik. Bukan saya kata saya hebat. Cuma saya kata bahawa ahli politik, pemimpin politik mesti ada maruah diri. Mesti ada prinsip kekalkan perjuangan. Kalau anda percaya kepada platform parti itu, kekal. You UMNO, UMNO, saya sokong, saya tak ada masalah, saya hormat. Kalau you orang UMNO, you kekal ahli UMNO, saya tak ada masalah, saya hormat. Saya dengan Rantau tak ada masalah. Pilihan raya tetap lawan, tak ada masalah. Tetap lawan. Tapi tak, kita hormat menghormati. You boleh ada pendirian yang berlainan. Sama ada PAS ke, UMNO ke, tak ada masalah, kita menghormati pendirian masing-masing. Tetapi orang yang paling kita tak hormat ialah orang yang lompat, yang menang atas kapasiti parti, tapi dia lompat. Ini orang yang tak, bagi saya dia tidak ada kepercayaan dalam, dalam apa ni, dalam politik. Itu sesuatu yang saya rasa keperluan kita untuk mengadakan undang-undang ini supaya memastikan bahawa sistem politik kita ini boleh dihormati dan dipercayai oleh rakyat Malaysia kita ini.
Saya nak menjawab sedikit apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Rantau tadi. Mengatakan bahawa kalau, contoh dia, kalau seseorang ADUN itu dipecat daripada parti dia. Dia tak ada masalah Yang Berhormat Rantau, sebab dalam pindaan ini amat jelas dalam Perkara 51A. 51A, perkara 2 perkara (c), seseorang ahli Dewan Negeri tidak terhenti ahli Dewan Negeri itu, menurut perkara ini hanya disebabkan oleh pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politik. Kalau dia dipecat daripada parti, dia boleh kekalkan kerusi dia. Perkara ini mengapa dia begini, ialah sebab dalam perbincangan kita di peringkat Parlimen, mengapa pemecatan itu dikecualikan. Ada hujah dia. Bukannya kita 100% setuju, tetapi ada hujah dia. Sebab ada orang yang mengatakan bahawa tak adil kalau dia kena kosongkan kerusi kalau dia dipecat, atas prinsip. Ini hujah yang digunakan oleh Tan Sri Muhyiddin; Presiden Bersatu. Dia kata bahawa dia dipecat daripada UMNO bukannya sebab dia langgar parti, sebab dia lawan 1MDB. Tu sebabnya dipecat. Jadi dia kata, kalau dia dipecat atas prinsip melawan sesuatu isu, yang dibuktikan bahawa dia betul, maka kalau dia dikosongkan kerusinya, agak tidak adil. Jadi ada hujah sebegitu, dan masa kita tak ada consensus dalam perkara ini, maka kita kecualikan pemecatan. Jadi mana-mana ahli politik, ADUN, ataupun Ahli Parlimen kalau dipecat daripada parti, dia tak payah kosongkan kerusi tetapi kita ada juga hujah, hujahan balasan bahawa kalau dalam keadaan itu, payah jugak. Kalau orang itu, dia jadi duri dalam daging. Dia nak membuat sesuatu sehingga dia dipecat. Susah jugak untuk parti. Rantau fahamlah. Sebagai top 5 dia faham. Saya sebagai Setiausaha
Agung saya faham. Ada orang dia buat sesuatu, dia sabotaj. Dia nak buat sampai dia dipecat. Kalau pecat, tak payah kosongkan kerusi. Jadi, kita ada, dia, dia ada ni, di, ki, kita ada hujah, hujahan balasannya.
Dalam perbahasan di Parlimen, ada jawapan dia. Dia terpulang kepada parti masing-masing. Dan DAP telah meminda perlembagaan parti kita yang mengatakan bahawa kalau seseoang Ahli Parlimen/ADUN dalam keadaan-keadaan tertentu, kalau dia tidak mengikut keputusan parti umpamanya dalam pemilihan, soal pemilihan Menteri Besar. Kalau ADUN itu break lines, dia tak ikut keputusan parti, maka dia akan terhenti sebagai keahlian DAP. Kalau dia terlucut sebagai keahlian DAP, maka dia kena kosongkan kerusi. Sebab dalam perlembagaan ini, dia disebut setelah dipilih ke Dewan Negeri sebagai anggota satu parti, dia tidak lagi menjadi anggota parti politik itu, maka dia kena kosongkan kerusi. Jadi kita, ada, ada, ada apa ni, remedy dia. Tapi remedy itu dia terpulang kepada parti masing-masing. Sama ada nak masuk dalam perlembagaan parti. DAP dah buat. Kita masukkan perlembagaan parti supaya kita nak apa ni, pastikan bahawa mana-mana wakil rakyat kita dalam keadaan-keadaan tertentu, dia mesti ikut keputusan parti. Ini atas prinsip. Sebab saya rasa tak ada satu, tak ada mana satu parti yang kata bagi kebebasan sepenuhnya kepada ahli Dewan untuk membuat keputusan. Sudah tentu Sikamat bersetuju dengan saya, Rantau pun bersetuju dengan saya. Tak ada satu parti kata buatlah sesuka hati kamu. Dia masuk Dewan ya, dia buat sesuka hati. Tak boleh. Sebab dalam sistem kita, kita ada system. Kita ada sistem apa ni, keputusan kolektif. Dan itu sesuatu yang kita ambil kira.
Jadi, untuk menjawab kebimbangan Yang Berhormat Rantau, tak ada. Kalau pemecatan parti itu dia tidak, dia tidak perlu kosongkan kerusi. Tetapi prinsipnya ialah, walaupun kita bertanding atas satu gabungan, tetapi prinsipnya ialah seseorang calon itu dia juga berpaksikan kepada parti dia. Kepada keahlian parti dia. Sebab parti dalam gabungan dia bukannya keanggotaan direct ataupun keanggotaan peribadi, dia keanggotaan parti. Apa yang dikatakan tadi. Dia tak ada, bukannya direct membership. Dia keanggotaan parti. Umpamanya, dalam Pakatan Harapan okay, kita juga bertanding atas satu gabungan, juga atas satu logo. Kita akan bertanding masuk PRU 15 ini, semua calon Pakatan Harapan, baik DAP, Amanah ataupun PKR, akan bertanding atas tiket lambang Pakatan Harapan. Kita punya lambang harapan. Tetapi itu bermaksud bahawa saya sudah keluar daripada DAP, tidak. Yang Berhormat, Amat Berhormat Sikamat kekal sebagai ahli Keadilan. Dia tak keluar daripada Keadilan.
Tetapi katakanlah, mana-mana Ahli Parlimen/ADUN, yang menang, yang merupakan ahli DAP, kalau dia masuk Keadilan, dia kena
kosongkan kerusi. Umpamanya saya. Walaupun itu contoh yang paling drastiklah. Kalau saya keluar dari DAP, masuk Keadilan. Tak boleh. Saya kena kosongkan kerusi sebab saya menang, walaupun atas tiket Pakatan Harapan, keanggotaan saya, keahlian politik saya ialah dalam DAP. Maka kalau saya keluar daripada parti saya, dia kena kosongkan kerusi itu. Itu prinsip yang telah pun dipersetujui di peringkat Parlimen. Dia tak boleh. Tetapi ada juga remedy dia iaitu kalau betullah seseorang kata saya dah muak dengan parti ini, pimpinan parti ni tak boleh pakai, saya nak keluarlah. Boleh, keluar, tak ada masalah. Letak jawatan, keluar, kosongkan kerusi. Bertanding semula. Dan ini dibenarkan dalam pindaan kita. Pindaan kita pada pindaan Perkara 50, memotong Fasal (5) dan memotong Fasal (5) itu, dalam huraiannya mengatakan bahawa, memotong Fasal (5) dalam Perkara 50, “pemotongan ini akan membolehkan mana-mana ahli Dewan Negeri yang melepaskan keahliannya untuk bertanding semula dalam pilihan raya pada bila-bila masa selepas dia melepaskan keahliannya dalam Dewan Negeri. Dan demikian kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negeri bagi tempoh 5 tahun tidak lagi terpakai”. Iaitu bahawa dia tak lagi terikat dengan peraturan bahawa kalau dia letak jawatan, 5 tahun tak boleh bertanding. Tak ada.
Kalau dia berprinsip kata bahawa dia tak setuju lagi dengan keputusan parti. Saya tak setuju lagi dengan pimpinan parti, saya keluar parti. Boleh, keluar parti tetapi kosongkan kerusi. Biar rakyat yang tentukan siapa penggantinya. Tetapi dengan syarat bahawa orang itu dia boleh bertanding semula. Dia boleh bertanding semula supaya boleh pilih dia semula. Dia nak masuk parti mana sekali pun, hak dia. Hak demokrasi dia. Ini merupakan sesuatu yang amat penting, Dato’ Yang Dipertua sebab dalam sejarah politik negara kita pernah berlaku. Ini pun orang, veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad yang pada ketika itu tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir. Dia keluar UMNO. Tapi dia bertanding balik di Parlimen Johor Bharu atas tiket bebas dengan menggunakan kunci. Kunci boleh kalahkan dacing pada ketika itu. Hebatlah dia. Hebatlah dia. Tapi dia menang atas calon bebas selepas dia menang, pada ketika itu Dr. Mahathir bawa pindaan perlembagaan, melarang siapa yang keluar parti ataupun meletakkan jawatan, tak boleh bertanding 5 tahun. Pindaan itu dibuat selepas tahun ’87.
Jadi dalam perbincangan kita kan, di peringkat Parlimen kata bahawa ini tak boleh. Kalau kita buat pindaan pada hari ini, nak galakkan, kalau dia keluar parti kena letak jawatan sebagai Ahli Parlimen/ADUN. Maka kena bagi balik peluang itu, hak itu kepada orang itu untuk bertanding semula. Jadi itu yang kita telah buat di peringkat Parlimen dan saya terima kasih, di peringkat negeri jugak kita membawa
pindaan yang sama iaitu dengan memotong Fasal (5) dalam perkara
50. Itu sesuatu yang amat-amat tepat sekali.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, kesimpulannya saya amat bersetuju dan menyokong penuh pindaan ini. Kerana ini adalah satu undang-undang yang amat kita perlukan untuk kita kembalikan keyakinan rakyat dalam PRU ini ya. PRU masing-masing, parti masing-masing, calon masing-masing dah bertanding, dia mesti kekal bersama. Dan saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ADUN kita terutamanya dalam Pakatan Harapan, rakan-rakan yang bersama sejak 2008. Sikamat sejak 2008, Sri Tanjung sejak 2008. Kita tak keluar parti kita. Kita tak masuk dalam kerajaan. 2008 saya penggal kedua, Sikamat penggal pertama, Sri Tanjung penggal pertama, Bahau penggal pertama, siapa lagi, Repah penggal pertama, Temiang masa tu, Seremban Jaya penggal pertama. Kita 15 orang. Haa Mambau penggal pertama. 15 orang dalam pemang, pembangkang dalam Dewan yang mulia ini. Kali pertama 15 orang. Kuat pembangkang. BN hilang majoriti. Masa tu peruntukan tak ada. Elaun pusat khidmat pun kena potong. 1,500.00 ringgit kena potong. Kita punya elaun tak sampai 5,000.00 ringgit saja. Tapi kita survive. Kita tidak lari, kita tidak apa ni, kita tak keluar, 2008 tak keluar, kita kekal. 2013, kita kekal. Sampai 2018 kita menang. Itu yang merupakan moral of the story. Sri Tanjung walaupun dia hilang Ketua Cabang sekarang, tapi dia istiqamah dengan Keadilan. Ada peluang lagilah, macam ni. Itu terpulanglah kepada Sikamat.
[percakapan YB ADUN Sri Tanjung secara off mic]
Saya kata saya sokonglah. Saya tak tahu peluang ada tak ada, saya tak tahulah. Tapi kalau diberikan peluang, saya akan berkempen untuk Sri Tanjung. Jadi saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada ADUN-ADUN kita. Walaupun di peringkat Federal kita hilang kuasa, tapi 20 ADUN Pakatan Harapan kekal bersama, kita kekalkan Kerajaan Negeri Sembilan sampai akhir tempoh. Ini sesuatu yang amat kita banggakan berbanding dengan negeri-negeri lain yang kita jatuh di separuh jalan, kita di Negeri Sembilan kita kekal, kita yakin bahawa kita dengan prinsip kita, kita akan diberikan mandat semula oleh rakyat Negeri Sembilan. Saya juga ucapkan syabas kepada rakan-rakan daripada pembangkang kerana 16 orang pembangkang di Dewan yang mulia ini, mereka juga kekal. Lepas tahun 2018, parti mereka kalah di peringkat negeri, kalah juga di peringkat persekutuan. Tapi Negeri Sembilan tak ada seorang yang keluar daripada parti mereka untuk joint join kerajaan. Itu sesuatu yang saya rasa patut diberikan kredit jugak okay. Itu sesuatu yang kita harap di Negeri Sembilan ini, tak ada lagilah katak-katak politik ini.
Saya berterus terang bahawa saya, bagi saya orang yang paling saya tak, tak percayai adalah kalau orang yang melompat-lompat ni. Termasuklah orang yang melompat nak ingin jadi calon. Saya bagitahu, ada jugak. Saya didatangi jugak daripada rakan parti komponen sebab kerusi itu telah di, diagihkan kepada parti saya. Dia kata: boleh tak saya masuk parti kau. Saya nak jadi calon. Biarlah, saya kata tak payah. Kita bukannya tak ada calon. Saya tak nak sebut namalah. Tapi ada orang macam ni. Ada jugak bekas ADUN, ada juga bekas ADUN daripada, ada parti lain, dia mas, dia kata boleh tak nak jumpa, nak masuk parti. Nak masuk DAP. Saya tahulah tujuan sekarang ni, kalau nak masuk parti nak jadi calon je. Jadi itu sesuatu yang tak ikhlas. Kalau ikhlas dalam perjuangan, kita berjuang bukannya soal nak jadi calon. Kalau berjuang betul-betul, mesti ada peluang jadi calon. Dan saya rasa ini terpakai kepada semua parti.
Dan saya berharap Dato’ Dipertua, ini dijadikan pengajaran kepada semua supaya kita mesti memilih orang politik yang berprinsip. Dan kita harap ini dapat dijadikan satu teladan. Lepas pilihan raya, yang pentingnya dalam prinsip pindaan perlembagaan ini, dia mengikat individu. Dia tidak mengikat parti ya. Parti gabungan-gabungan itu, itu lain cerita, itu yang saya rasa telah pun dihuraikan dalam pindaan itu. Tapi saya tak nak menghuraikan itu. Yang pentingnya ialah bahawa setiap calon yang berpan, bertanding atas tiket sesuatu parti itu mesti kekalkan pendirian, mesti hormat mandat yang diberikan kerana mana-mana wakil rakyat yang dipilih atas kapasiti parti, dia bukan menang atas kapasiti individu dia. Dia menang atas kapasiti parti dia. Dan itu mesti dihormati. Kecuali kalau dia kata dia hebat sangat, lawanlah calon bebas. Kalau dia menang sebagai bebas, itu saya tak boleh cakap apa. Dia menang sebagai bebas, dia boleh sesuka hati dia, dia buat macam mana pun kita tak boleh ikat. Tapi kalau atas kapasiti parti, pendirian parti itu mesti dihormati. Dan dengan kata-kata itu, Dato’ Dipertua, saya menyokong Rang Undang-Undang pindaan perlembagaan dan, dan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2022. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau dan Yang Berhormat Chennah. Saya kira cukup dulu kot, 2 orang cakap, cukup ya. Kita, kedua-duanya telah mengulas begitu baik, boleh jadi pemidatolah dua-dua ni. Tak perlulah orang lain nak, nak tambah-tambahya. Jadi, tak perlu, okay. Setuju. Setuju? Okay, kalau setuju kata setuju ya. Jadi kita teruskan. Saya mohon pihak kerajaan untuk, untuk jawablah. Nak, dengan pindaan. Gulung, gulung. Taklah, bukan. Sila jawab.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya rasa RUU ini nampak kita dapat pencerahan ya, daripada awal lagi. Tidak ada ya, saya rasa semua tak ada halangan dan saya rasa semua telah dijawab tadi mengenai kalau parti, kalau anggota parti dia kena pecat, bagaimana. Itu termaktub dalam Perkara 51A(4), (2)(c) ya, ya, tak, tak dia tidak terbatal. Dia masih boleh meneruskan. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Berdasarkan Perkara 78 Fasal 5 menetapkan bahawa pindaan perlembagaan ini perlu mendapat sokongan undian yang tidak kurang 2/3 daripada jumlah ahli Dewan untuk bacaan bagi kali kedua dan bilangan undian perlu, yang diperlukan ialah kurangnya 24 undi. Saya dengan ini perintahkan ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan undian masing-masing secara berasingan dengan pilihan sama ada setuju …..
[percakapan YB ADUN Rantau secara off mic]
Dengan ini perintahkan. Rajo. Tak ado, maaf kita arahkanlah ahli-ahli Yang Berhormat, tak ada tulis sini perintah, kita perintahlah. Kita tulis. Saya diperintahkan ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan undian masing-masing secara berasingan dengan pilihan sama ada setuju tidak setuju, berkecuali atau memilih untuk tidak mengundi. Tak mengundi pun boleh ya. Di akhir undian, saya akan isytiharkan jumlah undian kepada Dewan. Saya mohon, saya mulakan undian sekarang. Dah bersedia dah? Sedia ya. Dan mohon Setiausaha Dewan untuk rekodkan. Apa, Amin, Setiausaha Dewan tolong rekodkan ya. Saya Menteri Besar saya nama Amin, Setiausaha saya bernama Amin juga, tu kadang panggil Amin dua-dua pandang. Setuju sila angkat tangan. Waah, ini kali pertama saya dapat persetujuan 100% ya. Tak perlu sebut lagilah. Keputusannya adalah, ada siapa?
[percakapan ahli Dewan secara off mic]
Pilah tak ada. Keputusan 35/36 ya. Okay. Pilah?
[percakapan ahli Dewan secara off mic]
Pilah sokonglah. 35/36. Okay, okay. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian Rang Undang-Undang ini telah mendapat sokongan 2/3 ahli Dewan, Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang kedua. Rang Undang-Undang ini tidak mendapat, haa, okay, mendapat kali kedua, kita baca bagi kali kedua.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju dengan, bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Okay, majoriti setuju ya. Dewan bersidang secara Jawatankuasa. Turunkan Cokmar.
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya. Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Semua setuju ya. Setuju? Pasal Yang Berhormat Rantau tak angkat tangan tadi tu. Haa dah angkat dah, haa okay, okay. Dewan bersidang semula. Tak terdayo angkek tangan dah, tak makan lagi.
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah …..
Nanti, nanti. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Amin, Amin, Setiausaha. [perbincangan YDP dengan Setiausaha Dewan].
Okay, oleh itu saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah mendapat sokongan 2/3 ahli Dewan.
[percakapan YB ADUN Rantau secara off mic]
Oh, yang tadi belum lagi ya. Kita buat undianlah, ya. Yang setuju dengan Rang Undang-Undang ini, tak ada,
banyak kali dah. Okay 2/3 ya. Rang Undang-Undang ini telah dibacakan bagi kali ketiga. Banyak kali tanya, dia, 3 kali bentang.
Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2022. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
[perbincangan YB Yang Dipertua Dewan dengan Setiausaha Dewan]
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara kesembilan, Penangguhan Mesyuarat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima beberapa permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini.
[percakapan oleh ahli Yang Berhormat secara off mic]
Tarik balik. Okay. Itu tanda lapar sangat tu. Walau bagaimanapun, memandangkan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang. Oh tadi penangguhan semua tarik balik kan semua ya. Setiap ahli Yang Berhormat yang di, okay. Terima kasih Yang Berhormat yang telah memberi ucapan, dan, yang menyokong Rang Undang-Undang tadi. Dan saya sebenarnya nak ambil kesempatan tadi saya ada bergurau dengan Dato’, Dato’ Rantau. Cakap lela maharaja. Memanglah saya keturunan lela maharaja. Tapi bergurau balik Rembau jadi rajo tu sajo gurau. Jadi Rantau pun takut jugak, balik rembau kan, Rantau bawah Rembau. Jadi saya bergurau. Bukan, bukan saya setuju ya. Saya mohon maaf kepada semua. Mohon maaf kepada anak buahlah yang mungkin ada secara langsung dia tengok, melampau Dato’ Speaker ni kan. Okay. Jadi saya mohon kepada semua.
Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan lancar. Dan ucapkan terima kasih. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat ya, kerana telah dapat menyampaikan hasrat Kerajaan Negeri untuk meminda 2 Rang Undang-Undang ini dan saya bercadang hari ini untuk menangguhkan kita punya persidangan ini pada 25 November, 25 November kita akan, sehingga 1 Disember iaitu bagi sesi pembentangan belanjawan 2023.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.50 petang]
Pertanyaan-pertanyaan lisan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat berikut diberikan jawapan secara bertulis:
i. YB ADUN Chuah (No. 1); ii. YB ADUN Seremban Jaya (No. 2 dan 3); iii. YB ADUN Mambau (No. 1); iv. YB ADUN Temiang (No. 1 dan 3); v. YB ADUN Lobak (No. 1 dan 3); vi. YB ADUN Jeram Padang (No. 1 dan 2); vii. YB ADUN Gemas (No. 1, 2 dan 3); viii. YB ADUN Sungai Lui (No. 1 dan 2); ix. YB ADUN Linggi (No. 1, 2 dan 3); x. YB ADUN Gemencheh (No. 1, 2 dan 3); xi. YB ADUN Senaling (No. 1 dan 2); xii. YB ADUN Palong (No. 1 dan 2); serta xiii. YB ADUN Pertang (No. 1 dan 2).