Negeri Sembilan · 8 May 2023

14th Assembly, 5th session, 5th meeting · 257 turns · 20,648 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kelima Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14. Susunan Mesyuarat, Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Allahuma’afini fibadani, allahuma’afini fisam’i, allahumaa’afini fibasori. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat Baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, selamat datang ke Dewan Undangan Negeri hari ini. Hari ini, 8 Mei 2023 Masihi bersamaan dengan 17 Syawal 1444 Hijrah, kita bersidang hari ini lagi, bagi Persidangan Kelima Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Yang Ke-14. Persidangan kali ini adalah persidangan paling singkat, dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, memandangkan kita masih berada dalam bulan Syawal, saya sekeluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin. Dan hari ini juga merupakan hari yang ke-17 Syawal. Namun,

kemeriahan Syawal pastinya masih lagi terasa. Sama-samalah juga kita berdoa supaya semoga semua ibadah yang kita buat di bulan Ramadhan yang lalu diterima oleh Allah SWT.

Hadirin sekalian, Dewan yang mulia ini ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Razali bin Ab Malik; mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang telah bersara pada 6 Januari 2023 yang lalu. Beliau telah menjalankan tugas yang cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau mulai 11 Jun 2018 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Semoga jasa dan bakti yang dicurahkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan diberkati, diberi ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Dewan yang mulia ini juga ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Arul Kumar a/l jambutan. Haa? Nasib baik tak sebut rambutan ya. Jambunathan. Mintak maaf ya, mintak maaf YB. Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai di atas pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia; Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook; Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah merangkap Ahli Parlimen Seremban. Beliau telah dilantik pada 26 Januari 2023 yang lalu. Dan tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau yang telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan.

Dewan yang mulia ini juga turut merakamkan syabas kepada, dan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Chew Seh Yong; Ahli Dewan Undangan Negeri Lobak atas pelantikan beliau sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang baru berkuat kuasa 10 Februari 2023 yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan serta selamat maju jaya di atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sehubungan dengan itu juga, saya telah menetapkan bahawa perubahan kedudukan kerusi Dewan berlaku secara one to one basis yang melibatkan antara YB Nilai dengan YB dolak, YB Lobak dan lain-lain kedudukan kerusi adalah dikekalkan seperti sedia kala.

Dewan yang mulia ini juga turut mengalukan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Nahar bin Mohd. Sidek yang turut hadir bersama dalam persidangan Dewan kali ini atas kapasiti menanggung kerja jawatan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’.

Dewan yang mulia ini seterusnya merakamkan ketidakhadiran Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Mohamad Nazaruddin bin Sabtu

yang sedang dalam cuti sakit. Marilah kita sama-sama berdoa agar beliau segera sembuh daripada penyakitnya. Hadirin sekalian, persidangan kali ini menimbangkan satu Rang Undang-Undang iaitu cadangan pindaan kepada Enakmen Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 berkenaan hak pencen ganjaran bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian, ahli-ahli Yang Berhormat adalah diharapkan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat memberi perbahasan yang baik sepanjang persidangan kali ini , yang dijangkakan sebagai persidangan terakhir bagi Dewan Undangan Negeri Kali Ke-14 ini.

Saya menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Dan Perintah-perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dan insya-Allah di hujung nanti saya akan berpantun balik dengan tuan-tuan. Dah lama tak pantun kan. Hujung penangguhan aku pantunkan semua. Haa? Ini sebagai tanda hari ni yang kali terakhir persidangan dan insya-Allah saya doakan semua akan jumpa lagi dalam persidangan akan datang ya. Jadi sekian, terima kasih wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 25, 28, 29 dan 30 November 2022.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada-ada, ada apa-apa teguran? Ada? Tak ada. Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang lagi menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Dipertua, Dato’, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Tak ada ya. Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Chennah tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan. Manakala YB ADUN Rantau tidak mengundi]

[Peringatan Peringatan Mesyuarat Kali Keempat (Belanjawan) Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 25, 28, 29 dan 30 November 2022 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang berhor, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas-Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu pertama, Kertas Dewan Bil. 1/2023 – Cadangan Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 Berkenaan Hak Pencen Dan Ganjaran Bagi Jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Bilangan 1 Tahun 2023 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan Laporan dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu pertama, Laporan Ketua Audit

Negara Tahun 2021 Siri 2 mengenai Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan.

Yang Dipertua Dewan

Kita mulakan dengan pertanyaan daripada Lenggeng.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Dato’ Yang Dipertua, saya bertanyakan soalan yang pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Dengan izin Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menjawab bagi pihak Yang Berhormat Pilah. Terima kasih atas soalan Yang Berhormat Lenggeng yang berkaitan dengan kraftangan di Negeri Sembilan. Dan ini menunjukkan keprihatinan Yang Berhormat tentang suatu industri yang penting jugak iaitu industri kraftangan yang berkaitan dengan pelancongan dan ekonomi di Negeri Sembilan ini.

Soalan yang pertama berkaitan dengan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi memperkasakan bidang kraftangan. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) adalah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah merangka hala tuju bagi pembangunan industri kraf bermula tahun 2020 hingga 2030 berteraskan agenda pembangunan sosial dan ekonomi rakyat dengan tema “Kraf Memperkasa Sosioekonomi Rakyat”. Hala tuju ini dapat memperkukuhkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kualiti hidup, mewu, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dan menjana ekonomi rakyat di bandar apatah lagi di luar bandar. Bagi membangun dan memperkasakan industri kraf tempatan, Kraftangan Malaysia telah menggariskan 3 teras utama iaitu:

i. Yang pertama: Pemerkasaan Komuniti Kraf. Teras ini merupakan inisiatif untuk membangun dan memperkasakan komuniti kraf serta penghasilan produk berdasarkan trend semasa, berdasarkan permintaan semasa bagi memastikan produk tersebut mempunyai nilai komersial yang le, yang boleh

diterima di dalam pasaran. Kebolehcapaian pasaran produk kraf juga ditingkatkan menerusi saluran pemasaran secara fizikal dan digital serta diperkukuhkan dengan hebahan publisiti melalui media utama. Teras ini dilaksanakan melalui beberapa strategi:

• Yang pertama: strateginya adalah Pembangunan Komuniti Kraf Yang Mampan Dan Berdaya Saing. Ia memberi fokus kepada usaha membangun dan memperkasa komuniti kraf merangkumi aspek pengeluaran produk, pemantapan keusahawanan dan pembangunan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan menerusi stra, strategi ini ialah pembangunan komuniti kraf dan jugak pemerkasaan komuniti, komuniti kraf.

• Strategi yang kedua bagi memperkasakan komuniti kraf ini adalah pengkomersialan kraf. Ia merangkumi pembangunan reka bentuk produk kraftangan tersebut yang menepati kehendak pasaran agar dapat meningkatkan permintaan sama ada pening, pasaran domestik mahupun pasaran antarabangsa. Pengukuhan saluran pemasaran kraf secara fizikal dan digital jugak akan meningkatkan lagi kebolehcapaian produk kraf di pasaran dengan peranan media massa terus diperkasa bagi menghebah dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan produk kraftangan ya, khususnya media sosial. Antara aktiviti yang dilaksanakan menerusi strategi ini ialah, ialah yang pertama pembangunan reka bentuk produk baru kraf, kajian bahan penggantian kepada penghasilan produk kraf. Ya makna kita cuba mencari bahan-bahan yang baru. Dan yang ketiga kebolehcapaian pasaran kraf menerusi pemasaran secara fizikal, pemasaran secara digital, galakan penggunaan produk kraf melalui kempen industri dan pembangunan pakej kraf merangkumi insentif lawatan ke kompleks kraf, publisiti dan pengiklanan.

ii. Dan yang seterusnya ialah teras berkaitan dengan untuk kita memperkasakan industri kraftangan ini. Yang pertamanya tadi pemerkasaan komuniti kraf. Yang keduanya pembangunan modal insan. Teras ini dilaksanakan bagi membangun dan mengukuhkan modal insan yang berkemahiran, cemerlang dalam industri kraf melalui pengukuhan institusi, Institut Kraf Negara (IKN) sebagai pusat latihan kemahiran kraf yang terkemuka serta mewujudkan anggota kerja yang memiliki budaya kerja berprestasi tinggi. Teras ini memberi penekanan kepada strategi:

a. Pengukuhan Dan Pemantapan Modal Insan. IKN iaitu Institut Kraf Negara merupakan institusi pendidikan tunggal, satu-satunya pendidik, institusi pendidikan yang bertanggungjawab menawarkan latihan kemahiran kraf secara formal sama ada di peringkat sijil mahupun diploma yang ada di Malaysia. IKN berpotensi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan cemerlang dalam bidang kraf serta mematuhi keperluan industri. Peranan IKN terus dimantapkan melalui penawaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada para belia terutamanya dari keluarga yang berada dalam golongan B40. Kampus Satelit Sabah dan Sarawak diperkenalkan bagi menawarkan pengajian ini kepada golongan belia dan beliawanis untuk mengikuti pengajian tersebut. IKN juga berperanan sebagai pusat kecemerlangan kraf yang berperanan sebagai pusat peningkatan kemahiran teknikal dan industri, pengembangan dan pemantahapan ilmu serta pentahapan kemahiran dan kreativiti.

iii. Seterusnya 3, teras ketiga bagi pemerkasaan industri kraf tempatan ini ialah Pemeliharaan, Pemuliharaan Dan Perlindungan. Pembangunan industri kraf yang dilaksanakan juga merangkumi usaha memelihara dan memulihara kraf warisan yang menjadi identiti kebangsaan serta khazanah berharga negara kita. Jadi di Negeri Sembilan jugak kita banyak kraf warisan yang boleh kita perkenalkan. Dan penekanan terhadap teras ketiga ini dirancang secara inklusif bagi memastikan seni kraf terus diwarisi oleh generasi akan datang melalui strategi:

• Pemeliharaan dan pemuliharaan kraftangan dan perlindungan kraf negara di mana perlindungan seni kraf warisan perlu diberi perhatian supaya berada pada tahap sewajarnya. Mycraftmuseum.com merupakan portal yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan seni kraf negara dengan lebih meluas.

Perbadanan Kemajuan Kraf Malaysia sedang berusaha untuk melatih dan memperkasa usahawan dalam memelihara hasil seni khususnya kraf. Sehingga 31 Disember 2022, jumlah keseluruhan usahawan kraf di Negeri Sembilan yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia adalah seramai 179 orang dengan tenaga kerja sebanyak 304 orang dengan

nilai jualan kraftangan yang dihasilkan, yang berjaya dijana adalah sebanyak RM3.8 juta Ringgit Malaysia.

Kraftangan Malaysia sedang berusaha secara berterusan mendaya upayakan usaha melatih dan memperkasakan usahawan melalui program pembangunan produk, pembangunan kemahiran teknikal dan keusahawan serta pemasaran kraf. Usahawan kraf diberi bimbingan dari aspek pembangunan rekaan baru, penggunaan teknik dan bahan baru dalam penghasilan produk serta trend fesyen dan warna terkini bagi memastikan produk yang dihasilkan menepati kehendak pasaran domestik dan pasaran antarabangsa.

Kraftangan Malaysia juga memberi bimbingan dari segi pengeluaran produk dengan memfokuskan kepada peningkatan kemahiran teknikal untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dan kualiti produk. Usahawan kraf juga dibekalkan dengan kemahiran softskill dari segi komunikasi, pemasaran dalam talian (online business) dan pengiraan kos dan kewangan agar mereka dapat menjadi usahawan yang berdaya maju, berdaya saing dan kompetitif.

Kemahiran usahawan kraf turut diperkasa dari aspek pemasaran dengan menye, dengan menyediakan peluang penyertaan di dalam program-program promosi secara fizikal anjuran Kraftangan Malaysia seperti Hari Kraf Kebangsaan, Festival Kraf Tekstil Pantai Timur, Festival Kraf Borneo dan Festival Kraf Johor. Jadi ramai usahawan-usahawan Kraf Negeri Sembilan yang telah dijemput untuk membuka ruang-ruang perniagaan atau pameran di festival-festival tersebut. Akhirnya, bimbingan ini dilaksanakan bagi membolehkan usahawan kraf melaksanakan memasarkan produk melalui platform MYCRAFTSHOPPE yang dibangunkan oleh Kraftangan Malaysia. Jadi sudah ada platform di media sosial iaitu MYCRAFTSHOPPE. Platform ini merupakan platform jual beli digital yang khusus memasarkan produk kraf Malaysia di samping menawarkan maklumat berkaitan industri kraf seperti senarai pembekal bahan mentah, rekaan produk, penyediaan perkhidmatan berkaitan kraf serta informasi tentang kraftangan, kraf tempatan. Terima kasih yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Apa? Soalan tambahan?

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Soalan lanjut.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Soalan lanjut. Soalan tambahan.

Tuan Haji Suhaimi bin KassimAMANAH · PHLenggeng

Bulan Mac lepas saya ada melawat Expo Kraftangan Malaysia ya, di Kuala Lumpur. Antara keluhan mereka ialah tiadanya pusat jualan kraftangan di Negeri Sembilan. Apa usaha Kerajaan Negeri Sembilan ya? Cadangannya untuk mewujudkan pusat jualan ni? Dan satu lagi untuk menyemarakkan dia mengadakan pula ekspo kraftangan di Negeri Sembilan ini pulak, khusus untuk anak-anak Negeri Sembilan ya. Mereka ini ramai rupanya tetapi tulah tak nampak pulak keadaan dia orang tu ya, di-highlight-kan. Sekian.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya sebelum ini kita ada suatu bangunan atau satu tempat yang menjadi pusat untuk kraftangan iaitu berhadapan dengan Muzium Negeri yang sepatutnya boleh kita manafaatkan sebagai pusat untuk jualan kraftangan yang dihasilkan oleh usahawan kraftangan di Negeri Sembilan. Tetapi sejak di disiapkan, tempat tersebut tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya sebagai suatu tempat untuk menjadi pusat bagi jualan kraftangan yang dihasilkan di Negeri Sembilan ini. Jadi Yang Berhormat Ampangan jugak telah berusaha untuk menaiktarafkan bangunan tersebut untuk dijadikan sebagai pusat untuk jualan produk-produk termasuk produk makanan dan sebagainya yang sedang jugak diusahakan.

Dan di dalam masa terdekat ini, kita akan ada Negeri Sembilan Fest yang kita akan buka kepada usahawan-usahawan kraf untuk mendapat tempat bagi mereka mengadakan jualan kraf mereka. Nanti boleh berhubung dengan penganjur NS Fest yang akan dilaksanakan kalau tak silap saya dalam bulan 5 atau bulan 6 ini. Jadi saya harap melalui pemajuan, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Sembilan, maklumat ini akan kita sampaikan kepada usahawan kraf kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya apa lagi? Pertang.

Tuan Noor Azmi bin YusofUMNO · BNPertang

Pertang, Pertang. Sikit je, setengah minit. Ya, apa di Simpang Pertang di kawasan saya, ada satu pusat kraf lah iaitu di sempadan, antara sempadan apa, Pertang dengan Jempol tu ada satu. Tapi status dia saya tak berapa nak nampak apakah produk-produk dan apakah status terkini pusat kraf tersebut, ya. Kalau tak dapat jawapan pun kalau dapat jawapan bertulis pun tak apa. Pusat kraf tak

silap saya buluh dan rotan Dato’ Dipertua. Di Simpang Pertang ada satu pusat kraf tetapi saya lalu situ macam nampak tak ada, ada produk atau tidak atau macam mana operasinya ya pusat kraf itu. Kalau tak dapat jawab soalan, apa, lisan pun bertulis pun tak apa. Daripada saya kalau dapat jawapan. Minta hanya status tu nanti. Okey terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Ya memang banyak Negeri Sembilan ini ada yang terlibat dengan penghasilan keris ya di, tak silap saya di Jelebu jugak. Dan ada yang menghasilkan tengkolok ya. Ramai memang usahawan-usahawan kraf yang telah berjaya di Negeri Sembilan ini. Insya-Allah kita akan pastikan Perbadanan Kemajuan kraf ne, Kraftangan Negeri Sembilan akan mengambil maklum pertanyaan Yang Berhormat Pertang dan akan kita maklumkan secara bertulis. Dan jugak difahamkan Kerajaan Negeri jugak sedang cuba membangunkan satu kawasan yang berhampiran dengan Stadium Ngoca ya, di mana sebelum ini ada apa, kawasan untuk kita, kita bangunkan sebagai tempat budaya dan jugak mungkin akan ada ruang untuk kita pamerkan kraftangan yang dihasilkan oleh usahawan kraf di Negeri Sembilan ya. Itu saja, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Paroi, Pertang. Seterusnya saya persilakan Kota.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ yang, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Kota mengenai Masjid Kariah Kampung Bongek yang telah lama terbakar. Apa status kerja di masjid ini dan bila dijangka siap. Dato’ Yang Dipertua, Projek Roboh Dan Bina Masjid Kariah Kampung Bongek, Rembau telah diluluskan dalam Belanjawan 2022. Bagi status pelaksanaan projek, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kerja awalan di tapak seperti penyia, pe, penyiasatan tanah (soil investigation) dan kerja ukur. Projek pembinaan dijangka siap pada tahun 2026.

Dan kita sedia maklum, kita juga baru mendapat kebenaran ataupun daripada Kementerian Pengangkutan dan JKPTG mengenai tanah RAC ya, yang ada di situ untuk kita gunakan sebagai rizab ya, supaya bangunan yang, sebagai set back, supaya bangunan yang dibina dapat dibina dengan lebih baik lagi. Dan untuk untuk maklum, untuk

makluman juga kita juga telah mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan ya, sebanyak 3.6 juta iaitu 60% daripada kos keseluruhan projek yang dimohon untuk dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan ya. Ini termasuk dalam 31.8 juta. Pembinaan Masjid Baru Terapung Port Dickson – 15 juta, pembesaran Masjid Diraja Tuanku Munawir Seri Menanti, Kuala Pilah – 6 juta, roboh dan bina Masjid Kariah Ulu Beranang, Seremban – 3.6 juta, roboh bina Masjid Talang Tengah, Kuala Pilah – 3.6 juta. Jadi ini antara yang diluluskan oleh Perdana Menteri tempoh hari kepada Kerajaan Negeri untuk kita bina masjid-masjid ini. Dan insya-Allah kita dalam proses untuk membina masjid-masjid ini insya-Allah. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Pertama saya nak ucap terima kasih atas peruntukan yang dipersiapkan untuk buat Masjid Kampung Bongek ini. Cuma masjid ini sebenarnya dah lama. Masalah yang timbul ini banyak faktor antaranya ialah permasalahan jawatankuasa dalam memikirkan tempat tapak yang baik untuk diadakan ataupun dibina masjid baru ini.

Dato’ Dipertua, saya berharap Kerajaan Negeri apabila mengambil, perlu mengambil kira tentang jalan yang ada di situ memandangkan jalan tu bersebelahan dengan ceruman daripada jamba, apa, jambatan daripada Chengkau. Dikhuatirkan satu hari kalau takut berlaku kemalangan, masjid tulah tempat yang akan diarahkan. Kalau lori contohnya, breknya rosak dia tak dapat nak lari dia mesti arah ke situ. Jadi Dato’ Yang Dipertua saya berharap Kerajaan Negeri mengambil kira ini. Dan kalau boleh dicari tapak baru, itu lagi baik sebenarnya ataupun dianjakkan jauh ke belakang.

Dan diharapkan jugak memikirkan jalan masuk jemaah ke dalam masjid ni. Sekarang ni kalau jemaah daripada sebelah rumah rakyat nak pergi ke masjid, dia terpaksa melintas jalan 2 kali ya. Pertama melintas daripada rumah rakyat ke jalan seberang. Kemudian daripada seberang tu dia melintas melanggar undang-undang, sebab situ double line, dia masuk ke dalam kawasan masjid. Jadi saya harap, yang sepatutnya mereka pergi ke Jalan Bongek, U-turn, baru boleh masuk. Jadi memandangkan perkara ni, saya ingat apa pun kita buat, orang kampung dia takkan buat begitu. Dia takkan buat U-turn di masjid, jalan depan tu. Jadi nak tak nak kita kena, mungkin buatkan cara membesarkan jalan di situ jugak supaya masjid ini mempunyai akses masuk yang mengikut spec JKR.

Saya nak ambil contoh Dato’ Yang Dipertua ialah di Masjid Kendong. Masjid Kendong ni dulu asalnya dia 2½ meter bawah. Dan pihak JKR dan jugak Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam mengambil

kira apabila kita bawak perkara ini. kalau boleh buat masjid baru ini diselaraskan pembinaannya. Sehinggakan sekarang masjid itu dinaikkan sebanyak lebih kurang 2½ meter kalau tak silap saya. Dan cantiklah keadaan masjid itu, bermakna orang boleh datang mudah untuk mereka pergi masjid.

Jadi Dato’ Yang Dipertua saya nak bertanya satu soalan ialah apakah perkara-perkara yang yang saya sebutkan ini diambil kira terutamanya bukan sahaja infra masjid itu tapi infra bagi kegunaan orang ramai untuk ke masjid tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya ada beberapa cadangan untuk memindahkan tapak masjid ini tetapi kita sedia maklum bahawa ada bantahan daripada penduduk dan kita mengambil kira perkara tersebut. Dan mengenai keadaan jalan raya tersebut, saya harap bahawa ini harus diberi perhatian oleh pihak JKR dalam memastikan keselamatan penduduk. Dan saya harap boleh dimasukkan dalam, dalam apa, cadangan tersebut dimasukkan dalam hansard. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Boleh satu lagi Dato’ Yang Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

….. Yang Amat Berhormat.

Dato’ Speaker boleh satu lagi?

Yang Dipertua Dewan

Eh, panjang nampak eh ni.

Kita dah hujung ni, kita bagilah sikit peluang. Tak ada, Cuma

Yang Dipertua Dewan

Karang nak ucapan penangguhan lagi Gemencheh ni.

Tak sikit je.

Yang Dipertua Dewan

Sikit je.

Pasal masjid ni hanya sebagai pandanganlah.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Sejak saya dah 2 penggal saya selaku ADUN Gemencheh, tak ada satu pun masjid baru di daerah Tampin. So

mungkin penggal akan datang, kita utamakanlah bagi daerah Tampin. Terima kasih Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Tampin, Tampin.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Masjid Tengku Besar Tampin sebenarnya memang dalam perbincangan dan dalam, kita telah bincang untuk kos, kos pembinaan sekali.

Yang Dipertua Dewan

Ya, okey.

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih ya. Seterusnya saya persilakan YB Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, Chuah mengemukakan soalan kedua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Chuah yang mengenai rumah mampu milik di Ladang Tanah Merah. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, PPR Ladang Tanah Merah (Desa Tanjung) terdiri daripada 100 unit teres setingkat yang dibangunkan di atas tanah keluasan 20 ekar di Port Dickson, Negeri Sembilan. PPR yang dibangunkan ini turut menyediakan fasiliti kemudahan seperti dewan serbaguna, tadika dan taska, surau, medan selera dan taman permainan. Sijil Perakuan Siap Kerja (CCC) bagi PPR ini adalah pada 29 Disember tahun 2022 dan PPR ini telah diserahkan kepada Jabatan Perumahan Negara pada 5 Januari 2023.

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menerima 221 permohonan daripada pekerja-pekerja ladang di sekitar PPR Ladang Tanah Merah yang berminat untuk menduduki PPR ini. Justeru itu, di Bahagian Perumahan perlu menjalankan proses saringan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) sebelum mengemukakan senarai permohonan yang layak kepada jabatan ini. Pengisian PPR ini dijangkakan akan diselesaikan sebelum Jun tahun 2023.

PPR Ladang Tanah Merah merupakan program PPR yang akan diuruskan di bawah skim PPR Sewa-Untuk-Milik atau Rent-To-Own, dengan izin. Harga jualan bagi unit-unit PPR ini adalah berjumlah 40,000.00 ringgit dengan kadar faedah sebanyak 3% setahun dikenakan kepada peserta PPR ini untuk tempoh RTO berkenaan.

Tempoh tawaran Rent-To-Own (RTO) maksimum bagi PPR ini adalah 20 tahun di mana peserta PPR dibenarkan untuk membeli unit-unit berkenaan pada tahun ke-6, ke-11 dan ke-16. Syarat permohonan bagi PPR ini adalah seperti berikut:

• Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia; • Berumur 18 tahun ke atas; • Pendapatan isi rumah di bawah 5,000.00; • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah; dan • Tidak diisytihar muflis.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau.

Dato’ Yang Dipertua. Chuah ada soalan tambahan. Yang, yang pertama, sila nyatakan taraf ataupun status tanah sama ada geran kekal ataupun pajakan. Dan jugak, dari maklumat yang saya terima mula-mula tanah ini adalah, apa ni, rumah ini adalah untuk pekerja ladang. Jadi ada ke tidak perubahan mengenai hal ini? Terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan tambahan daripada yang Berhormat Chuah mengenai status tanah. Kebiasaannya untuk rumah PPR, status tanahnya kebiasaannya Pajakan 99 tahun. Dan mengenai status pemohon ataupun senarai pemohon-pemohon yang kita terima, kita memang memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja ladang yang berada di sekitar ladang tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Seterusnya saya persilakan Jeram Padang.

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 3.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeram Padang atas soalan berkenaan dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu pejabat, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol telah mengadakan pertemuan 3 penjuru antara pihak pengurusan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Rompin bersama Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu pada 25 haribulan April 2022. Hasil perbincangan, PPDK Rompin diberikan tempoh masa untuk mengosongkan premis sedia ada mengikut fasa yang berikut: Fasa yang pertama: 1 haribulan Mei 2022 sehingga 30 haribulan Oktober 2022, Fasa yang kedua: 1 haribulan November 2022 sehingga 30 April 2023.

Rentetan daripada ini, pihak pengurusan PPDK telah mengambil inisiatif untuk mencari beberapa lot kawasan yang bersesuaian dan akhirnya telah membuat permohonan semakan plot tanah kepada Pejabat Tanah Dan Daerah Jempol pada 12 haribulan Jun 2022. Jawapan balas telah diterima pada 25 haribulan November 2022 yang menasihatkan PPDK untuk memohon Pelupusan Tanah ke atas lot tersebut sama ada secara Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau perizaban ataupun pemberimilikan, walaupun secara dasarnya Kerajaan Negeri tidak memberi pemberimilikan, tapi mengikut case-by-case basis. Memandangkan lot tersebut telah merupakan tanah kosong kerajaan yang masih belum dirizabkan untuk sebarang kegunaan. Tanah tersebut yang berkeluasan 4 ekar bersebelahan dengan perpustakaan desa dan terdapat sebuah Wisma Belia yang telah dibina di atasnya.

Saya menerima maklumat bahawa pada 8 Disember 2022 memang ada satu permohonan atau surat tapi ia tidak mengikut prosedur. So pihak PPDK dan juga JKM dinasihatkan, PKMD Daerah Jempol dinasihatkan supaya memohon melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan kerana mereka adalah agensi persekutuan. Mereka tidak boleh memohon secara, melalui NGO. So menggunakan PTP untuk memohon pelupusan tanah tersebut.

Anggaran kos yang diperlukan bagi tujuan penyambungan bangunan sedia ada adalah di antara 80 ribu hingga 150 ribu manakala bagi mendirikan sebuah bangunan yang baru adalah dalam anggaran 200 ribu hingga 250 ribu mengikut nilaian pasar, harga pasaran semasa. Berikut adalah justifikasi dan pecahan kos bagi kedua-dua tersebut:

i. Nombor satu, Penyambungan bangunan sedia ada. Bangunan yang sedia ada mempunyai ruang tamu yang beranggaran 20 meter persegi dan sebuah tandas. Bangunan ini secara dasarnya tidak mampu untuk menampung bilangan penyelia, petugas dan pelatih sebanyak 25 orang. Sekiranya permohonan pelupusan tanah, pemberikan, pemberimilikan diluluskan kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam komuniti , makanya kos bagi penyambungan bangunan sedia ada adalah 80 ribu sehingga 150 ribu. Pembinaan atau penyambungan bangunan ini juga mengambil kira nisbah 1:5 (petugas:pelatih) mengikut

Akta Pusat Jagaan 1993 memandangkan PPDK dalam proses ke arah Pusat Jagaan.

ii. Nombor 2, mendirikan sebuah bangunan yang baru. Terdapat tanah kosong yang telah dikenal pasti bersebelahan dengan wisma belia. Anggaran kos bagi untuk membina bangunan baru bersaiz 2,250 kaki persegi adalah 200 ribu sehingga 250 ribu ringgit mengikut nilaian semasa.

Sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bukit Kepayang Jeram Padang ada tambahan eh?

Dato’ Manickam a/l LetchumanMIC · BNJeram Padang

Ya terima kasih, ada tambah sikit. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, PDK yang wujud di situ adalah di rumah kediaman, bekas rumah kediaman di sekolah rendah, Sekolah Kebangsaan Rompin. Memang tak cukup dengan bilangan pelajar di situ seramai lebih kurang 25 orang. Jadi saya mintak daripada ia dibesarkan ataupun diperluaskan, kita perlu bina satu bangunan baru untuk, dengan segala kemudahan yang diperlukan di tapak barulah. Itu adalah cadangan saya. Itu adalah permintaan kami. Harapan kami jugalah. Jadi saya berharap tapak kosong yang telah dikenal pasti itu digunakan untuk tujuan pembinaan pusat didikan kanak-kanak ya, PDK. Itu saja daripada saya. Dan cadangan, satu lagi, saya setujulah tentang tapak kosong itu sesuai untuk binaan PDK. Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas cadangan atau ulasan daripada Yang Berhormat Jeram Padang. Memang sebelum kita boleh melaksanakan pembinaan bangunan baru tersebut, PPDK tersebut diminta supaya membuat permohonan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Selepas dapat kelulusan tersebut, baru mungkin kita boleh beri cadangan untuk buat jamuan pungutan, pengumpulan dana atau apa. Tapi dari segi dana, JKM cuma membiayai kos pengoperasian setiap tahun sahaja. Okey, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Bukit Kepayang. Seterusnya saya pergi kepada Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2022, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak 8.5 juta merangkumi 7 Inisiatif

utama berkaitan pendidikan di mana 0.9 juta telah diberikan manfaat kepada 1,500 orang murid sekolah yang menerima Bantuan Anak Sekolah ataupun (BAS).

Seramai 1,600 pelajar sekolah menengah telah menerima Biasiswa Anak Negeri, jumlah keseluruhan sebanyak 800 ribu. Sebanyak RM1 juta digunakan bagi tujuan Fast Track Tahfiz SPM melibatkan 2 buah sekolah iaitu SRI Seremban dan juga Maahad As-Saidiyah. Sebanyak 2 juta telah me, telah memberi manfaat kepada lebih 100 buah sekolah tahfiz, SJKC dan SJKT seluruh Negeri Sembilan serta 1 juta telah digunakan bagi penyelenggaraan sebanyak lebih 50 buah sekolah. Sebanyak 2.8 juta telah digunakan untuk membaiki Rumah Negeri Sembilan bagi anak-anak kita yang sedang melanjutkan pengajian di Mesir dan baki digunakan untuk menambah elaun guru KAFA.

Dalam tahun yang sama juga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 1 juta bagi bantuan pembedahan fistula khusus untuk mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang dan bakal memerlukan rawatan dialisis. Dan Kerajaan Ngeri juga telah memberikan manfaat kepada lebih 35 orang penerima sumbangan Bantuan Implan Ortopedik Negeri Sembilan yang menelan belanja setengah juta untuk tahun ini. Untuk makluman, keseluruhan 740 ribu diperuntukkan ya, sebanyak, sepanjang 3 tahun ini. Itu 740 ribu kepada membuat fistula ya, di, dan hospital yang kita, hospital yang kita pilih adalah hospital Negeri Sembilan Chinese Maternity, Mawar dan Az-Zahrah di Bangi.

Manakala bagi peruntukan ortopedik bermula dari tahun 2020 hingga April 2023, sebanyak 1.24 juta telah dibelanjakan bagi membiayai kos pembedahan implan ortopedik di negeri ini kerana inisiatif ini memanfaatkan 210 orang yang memerlukan pembedahan implan ortopedik secara segera. Jadi itu yang telah kita laksanakan bagi membantu mereka dalam bidang pelajaran, dalam bidang kesihatan yang ditanya oleh pihak YB ADUN Seremban Jaya. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’, Dato’ Yang Dipertua, ini bukan soalan tambahan. ADUN Seremban Jaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan sebab banyak masalah, masalah-masalah kebajikan, masalah hospital, macam-macam yang masalah sudah tolong di DUN Seremban Jaya. Sebab itu saya ucapan ribuan terima kasih Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Seremban Jaya. Seterusnya saya persilakan YB Serting.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Serting. Yang Berhormat, Yang, Dato’ Yang Dipertua untuk makluman, buat masa ini pihak Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan Kajian Laluan Alternatif Jalan Seremban – Kuala Pilah, Serting yang, yang dijangka akan berakhir pada 26 Julai 2023. Sebulan setengah yang lepas, saya bersama dengan Kementerian Kerja Raya Pusat telah berbincang mengenai alternatif jalan ini dan insya-Allah kita berharap dan berdoa supaya ini dapat diluluskan pada bajet yang akan datang di, oleh Kerajaan Persekutuan.

Di samping itu juga, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan Projek Membina Jalan Baharu Dari Ulu Bendul Ke Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, RP4 ke Kementerian Kerja Raya pada 27 Februari 2023 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas respon tadi. Jadi harapan kita semua di Negeri Sembilan lah ya, semoga lebuh raya Seremban – Jempol ni yang mana saya sebut dalam Parlimen “lebuh raya madani” ya, lebuh raya madani ni akan menjadi kenyataan sebagai pemangkin ya kepada pembangunan di kawasan Negeri Sembilan Timur melibatkan daerah Kuala Pilah, Jempol dan juga kawasan sekitar. Dan juga mengatasi kesesakanlah yang amat teruk ya, di laluan Kuala Pilah- Seremban iaitu di hujung minggu sampai 2 – 3 jam. Dan di musim perayaan hari itu melibatkan 6 hingga 7 jam. Mudah-mudahan ya usaha bersama kita buat di peringkat Dewan Undangan Negeri ini dan juga di peringkat Parlimen ya, kita sebut juga, satu hari menjadi kenyataan lebuh raya ini di Negeri Sembilan sebagai satu landskap baru ya, lebuh raya kemudahan infrastruktur akses ke kawasan Negeri Sembilan Timur. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Serting.

Dato’ Yang Dipertua, tambah sikit.

Yang Dipertua Dewan

Tambah Seri Menanti.

Semalam Dato’ Yang Dipertua, saya dengar daripada PM kita tak disebut tentang Seremban dan apa, lebuh raya Seremban – Serting ni. Jadi saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Sikamat supaya meletakkan ya, projek ini sebagai priority-lah utama.

Sobab eh orang yang menjadi mangsa, macam sey ni nak balik kawasan ni Dato’ Dipertua kan, saya ingat saya mangsa pertamolah, setiap hari mengalami keadaan macam ni. Nasib baiklah ado jalan belakang.

Yang Dipertua Dewan

Oh jalan belakang.

Jalan tikus. Kalau tak, saya ingat saya nak balik kawasan pernah 3 jam daripada Senawang, Taman Guru tu, Senawang, nak ke Mompeh, Terachi, 3 jam. Tak masuk akal. Jadi kalau boleh saya mintak Yang Amat Berhormat Sikamat membagi keutamaan. Kalau, saya ingat, semalam saya dengar juga PM, PM sobut pasal projek itu. Rupa tak ada. Jadi mintaklah ya Yang Berhormat Sikamat terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, saya respon sikit. Sebenarnya ini antara yang kita mohon, keutamaan yang kita mohon untuk, kepada Kementerian Kerja Raya untuk diutamakan pada projek yang akan datang insya-Allah.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Seterusnya saya persilakan Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Mambau atas soalan berkenaan dengan negara tua menjelang 2030. Definisi negara menua mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah apabila 15% daripada jumlah penduduk di sesebuah negara mencapai usia 60 tahun ke atas. Dan mengikut unjuran yang dibuat, Malaysia bakal akan mencapai status negara menua pada 2030. Apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini.

Pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama jabatan dan agensi lain dalam persediaan untuk menghadapi cabaran dan isu penunu, penuaan di Negeri Sembilan. Menjelang tahun 2030, tak lama lagi, 7 tahun saja, kita perlu melahirkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif bagi meningkatkan kesejahteraan hidup dan menyumbang kepada pembangunan negara. Antara inisiatif utama adalah:

i. Yang pertamanya: Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan jawatan, Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah. Jawatankuasa ini berperanan untuk memandu dan memantau pelaksanaan dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara di peringkat negeri dan daerah. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di peringkat negeri manakala di peringkat daerah dipengerusikan oleh, oleh Ketua Penolong Pegawai Tadbir (Pembangunan). Di Negeri Sembilan, Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri dan Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah telah pun ditubuhkan di peringkat negeri dan di semua daerah. Pelbagai program dan aktiviti bagi pembangunan dan kesejahteraan warga emas jangka masa pendek dan jangka, jangka masa panjang boleh dilaksanakan melalui platform ini oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua agensi jabatan, dan jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama Islam, Jabatan Penerangan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Perpaduan dan juga Majlis Kerajaan Tempatan.

ii. Nombor dua adalah Promosi Dan Advokasi. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi dan, akan terus menyokong dan membantu dalam pelaksanaan program untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu penuaan dan mengukuhkan hubungan di kalangan warga emas. Ia juga akan terus mempromosikan pelbagai saluran seperti jabatan dan agensi. Antara contoh program yang diadakan untuk warga emas adalah Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sembilan, Program Inter Generasi Warga Emas, Ih’ya Ramadan dan lain-lain program.

Dan suka saya beritahu, maklumkan bahawa Inisiatif Pemerkasaan Wanita iaitu Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah pun melaksanakan program, 3 jenis program. Yang pertamanya adalah kesedaran awal berkenaan dengan topik penuaan ini. Topik penuaan ini saya rasa tidak diberi keutamaan, masih tidak diberi keutamaan yang sewajarnya. Jepun sudah mencapai status negara menua lebih daripada 50 tahun yang lalu dan mereka memang sudah siap siaga dalam bab ini, bab penuaan. Di mana mereka sudah mewajibkan pencaruman insurans untuk setiap rakyat Jepun. Bukan sahaja insurans kesihatan, insurans penjagaan warga emas. Di mana apabila mereka perlu rawatan kesihatan, kerajaan akan membiayai rawatan tersebut, kos rawatan tersebut se, sekurang-kurangnya 80% untuk B40. Dan juga dalam penjagaan warga emas, Kerajaan Jepun juga akan membiayai

kerana mereka sudah ada caruman yang mungkin kita boleh cadangkan kepada pihak Kerajaan Persekutuan untuk adakan caruman Akaun 1 KWSP kita. Bukan terlambat, kita harus mula mengorak langkah untuk menangani masalah penuaan ini.

Dan di peringkat Negeri Sembilan. Tadi saya sudah beritahu kita, PH GEM telah melaksanakan program kesedaran awam di sekolah-sekolah di 8 Parlimen. Di mana budak-budak sekolah diberi kesedaran awal berkenaan dengan penuaan, bagaimana menjaga warga emas sehingga ada budak-budak sekolah yang terharu dan menangis dan mengatakan bahawa, “oh sekarang saya sudah tahu bagaimana nak jaga atuk saya, nenek saya”. Itu penting. Perbualan tentang topik ini harus diteruskan supaya orang ramai lebih ramai cakupan orang yang sebut tentang topik ini harus diluaskan.

Dan kedua adalah workshop di mana kita memberi latihan asas bagaimana menjaga warga emas di rumah masing-masing. Bukan saja kita boleh menggunakan ilmu pengetahuan ini untuk jaga warga emas, nanti apabila kita sudah meningkat usia, kita tahu jaga diri sendiri. Dan juga kita sediakan kem untuk kita nak come out sekarang, kita sudah dapat satu perjanjian, saya sudah, baru-baru ni saya pergi Hokkaido dan Datuk Bandar Hokkaido sudah berjanji untuk memberi 5 biasiswa kepada anak Negeri Sembilan untuk mempelajari ilmu penjagaan warga emas. Di Jepun, mereka cuma sebut “kaigo”. Semua orang Jepun tahu apa maksudnya “kaigo” iaitu penjagaan warga emas. Dan mereka sudah mencapai satu tahap yang begitu advance, dengan izin. Dan kita akan menggunakan kem yang dijalankan oleh PH GEM untuk mengenal pasti penerima biasiswa ini dengan harapan mereka boleh balik dengan ilmu yang dipelajari untuk mencurah bakti kepada Negeri Sembilan.

iii. Nombor tiga: Pemerkasaan Program Berasaskan Komuniti. Kerajaan Negeri melalui JKM menyediakan pelbagai program dan perkhidmatan seperti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang berfungsi sebagai hab aktiviti pembangunan, pembelajaran dan latihan bagi warga emas. Selain itu, Program Khidmat Bantu di Rumah (homehelp) dengan izin, bagi warga emas yang memerlukan disediakan oleh sukarelawan berjumlah 86 orang yang terlatih secara berkala agar kesejahteraan mereka sentiasa terjamin. Jabatan juga menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran tahunan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang menjalankan Pusat Jagaan Warga Emas (Rumah Sejahtera) dan Pusat Aktiviti

Warga Emas (PAWE). Di Negeri Sembilan terdapat 9 buah PAWE dan 6 buah Rumah Sejahtera seperti berikut:

• Di Seremban ada PAWE Sikamat, PAWE Labu, PAWE MyAgeing, Gedung Ladang. • Di Jelebu, ada PAWE Jelebu, Kuala Klawang. • Di Tampin ada PAWE Tampin. • Port Dickson, PAWE Port Dickson Kampung Paya. • Jempol ada PAWE Jempol. • Serting. • Kuala Pilah, PAWE Kuala Pilah, Jalan Melang. • Rembau - PAWE Rembau. • Rumah Sejahtera ada di Sikamat, Jelebu, Tampin, Jimah, Mahsan dan juga pekan Rembau.

iv. Nombor empat: Penjagaan Dan Institusi Dan Bantuan. Di Negeri Sembilan kita ada Rumah Seri Kenangan di mana ia merupakan pusat jagaan kerajaan yang boleh menampung seramai 240 orang dan juga JKM menyediakan perkhidmatan sosial berbentuk bantuan kebajikan dan kewangan iaitu bantuan warga emas sebanyak 500.00 ringgit setiap bulan.

v. Nombor lima adalah pembelajaran sepanjang hayat. Kita harus menggalakkan warga emas untuk jadi lebih produktif serta menyumbang kepada sosial dan ekonomi negara. Pembelajaran sepanjang hayat dipromosikan di kalangan warga emas. Kerajaan Negeri melalui JKM dan agensi lain banyak mengadakan aktiviti pembelajaran kepada warga emas. Contohnya, kerjasama dengan universiti, kolej komuniti dan lain-lain agensi serta pihak swasta mengadakan program berbentuk pembelajaran.

vi. Izinkan saya cerita sedikit tentang dapatan yang di, kita dapatkan, dapat, mendapati daripada hasil daripada lawatan kerja di Hokkaido baru-baru ini daripada 5 haribulan Mac sehingga 12 haribulan Mac:

• Yang pertamanya, seperti saya maklumkan kita berjaya mendapat 5, tajaan 5 orang pelajar daripada Negeri Sembilan untuk bidang care giving di Asahikawa Welfare Professional Training College. Proses pemilihan melalui program PH GEM.

• Nombor dua, kita perlu wujudkan satu ekosistem atau rantaian perkhidmatan penjagaan emas, warga emas perlu diwujudkan iaitu:

- Kita perlu ada pusat latihan khusus berkaitan care giving.

- Nombor dua: kita harus wujud kilang pembuatan peralatan (alat bantu) warga emas dan care giving.

- Dan nombor tiga, syarikat jualan syarikat pembekal peralatan, alat bantu warga emas dan care giving.

- Kita harus membina hospital dan pusat jagaan kesihatan, mengambil kira peranan dan skop baharu dengan pertambahan warga emas.

• Dan juga peluang perlu di, diberikan kepada belia untuk mendapatkan pembelajaran dan pengalaman berkaitan care giving.

• Insentif khas perlu diwujudkan bagi menarik minat belajar pelajar yang belajar di luar negara. Contohnya pelajar di negara Jepun untuk kembali dan berkhidmat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan mengambil kira jumlah gaji dan manfaat yang tinggi semasa kerja di sana.

• Kita harus wujudkan insurans penjagaan dan kesihatan warga emas seperti caruman KWSP perlu diwujudkan bagi menampung keperluan kos penjagaan harian warga emas sebagaimana yang dipraktikkan di negara Jepun.

• Had umur bekerja bagi sektor-sektor tertentu perlu dinilai dan diteliti semula kerana apabila kita tiba di Lapangan Terbang Jepun, kita nampak ada ramai warga emas yang sedang mengambil placard. Tugas yang amat simple tapi mereka produktif, “jangan lupa untuk buka apps anda”, haa macam tu. Mereka bekerja. So kita boleh beri peluang pekerjaan kepada mereka ataupun saya nampak ada papan tanda kata, dengan izin, “free English speaking tourist guide”, setelah saya menjejaki lapangan terbang Haneda. Rupa-rupanya adalah warga emas, mereka ingin meng meng menggunakan Bahasa English mereka yang, mereka pelajari, mereka tak nak lupa Bahasa English. Mereka nak nak nak berbual dengan kita tapi dia tak tak berbayar, secara

percuma. Dia akan bawa kita naik kereta api, naik bas. Dan setiap kali dia, kita berbual dalam Bahasa English. Kita boleh wujudkan peluang pekerjaan seperti itu untuk warga emas.

• Mewujudkan galakan kerjasama dengan sektor swasta dan kerajaan berhubung penyediaan pusat jagaan warga emas secara tidak langsung mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas dan dapat menggalakkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita seperti, sebagaimana dapatan kajian input-output Negeri Sembilan untuk bekerja dan juga dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan dalam tempoh masa yang panjang.

• Promosi kesedaran dan galakan kerjasama antara kerajaan dan komuniti setempat juga perlu segera diadakan bagi memastikan masyarakat dapat membuat persediaan awal ke arah negara menua pada tahun 2030.

Sebagai persediaan Malaysia dalam menghadapi status negara menua pada 2023, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan memastikan warga emas dapat mengekalkan keupayaan untuk menjaga diri sendiri untuk terus menikmati kesihatan, kehidupan sihat, aktif dan berdikari (Healthy Ageing), dengan izin, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan 5 Teras Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas iaitu:

i. Yang pertamanya: Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas Di Klinik Kesihatan.

• Pendaftaran warga emas sekali seumur hidup.

• Saringan kesihatan menggunakan Borang Saringan Status Kesihatan yang dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

• Rawatan akut dan kronik (pemeriksaan, perubatan, kaunseling dan rawatan dan rujukan) di semua klinik kesihatan perkhidmatan

• Perkhidmatan Rehabilitasi (fisioterapi dan terapi carakerja)

ii. Nombor dua: Perkhidmatan Jagaan Dalam Komuniti.

• Perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas terlantar di rumah dan institusi jagaan warga emas. Perkhidmatan ini diberi secara lawatan oleh kakitangan kesihatan.

• Perkhidmatan Perawatan Domisilari (PPD) kepada pesakit terlantar di rumah (70% klien adalah warga emas). Pada tahun 2023, perkhidmatan diperluaskan lagi dengan skop perubatan positif, paliatif. Negeri Sembilan telah mempunyai 10 pasukan PPD dan PPD Paliatif.

• Latihan kepada penjagaan warga emas.

• Perluasan penjagaan kesihatan warga emas di Klinik Desa telah dimulakan pada 2022 di mana sebanyak 20 Klinik Desa di seluruh Negeri Sembilan telah terlibat dalam perlaksanaan perhidmatan ini.

iii. Promosi kesihatan

• Pendidikan kesihatan kepada masyarakat.

• Penubuhan kelab warga emas di klinik-klinik kesihatan (sehingga ini terdapat 25 buah) dalam melancarkan perjalanan aktiviti melibatkan golongan emas, warga emas.

• Kem-kem kesihatan bagi perluasan promosi dan saringan.

Kementerian Kesihatan juga dalam proses memuktamadkan pelan tindakan perkhidmatan kesihatan warga emas Kementerian Kesihatan Malaysia pada 22, 23, 2030 bagi memastikan dasar perkhidmatan kesihatan warga emas kekal dan relevan dengan isu dan cabaran semasa dan selaras dengan strategi peringkat global. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga bekerjasama dengan pelbagai agensi dan NGO dalam perancangan perkhidmatan kesihatan kepada golongan warga emas. Pada pendapat saya, itu tidak memadai. Yang saya harus, kita harus mendesak pihak Kerajaan Persekutuan supaya dalam white paper yang bakal dibentang dalam Parlimen hari ini, mereka harus masukkan caruman insurans ini. Saya rasa sudah agak mendesak agak kritikal kalau tidak bab kesihatan dan juga penjagaan warga emas ini tidak dapat ditangani apabila kita mencapai negara menua.

So, sebelum saya mengakhiri jawapan saya, saya ingin memberi serangkap pantun,

Negeri Sembilan indah permai, Ramai datang hari Sabtu, Marilah hidup aman dan damai, Hidup saling bantu-membantu.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Sikitlah berkaitan dengan …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua.

….. jagaan tadi kan, jagaan orang tua tadi. Boleh ya, sikit ya, bagi laluan ya? Penjagaan orang tua ni Dato’, Dato’ Yang Dipertua, memanglah di Jepun itu saya tengok memang terbaiklah. Tetapi kalau kita nak mengamalkan macam Jepun, dia punya cukai dan bayar bayaran kepada rakyat tinggi. Cukai dia sampai 300 – 400% lebih tinggi daripada kita. Apa cukai baik di Jepun? Itu dia punya keburukan dia. Tapi saya nak mencadangkan supaya kita menerapkan ya, memberi pendidikan untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang anak-anak kepada ibu bapa, Dato’ Yang Dipertua. Banyak kes yang saya tengok, anak-anak tak peduli dengan ibu bapak. Kadang-kadang betul jugak orang tua kata, 10 orang apa, seorang apa ibu dia boleh jaga 10 orang anak-anak dia, tetapi 10 orang anak tadi, walaupun dah berjaya ya, tetapi belum tentu dia boleh jaga ibu dia yang sorang tadi. Banyak kes. Saya sendiri pun tengok kes-kes yang macam ni. Jadi kalau kita boleh tadi kepada Exco, dapat kita cari satu lagi apa ni kaedah ya, bagaimana kita nak mendidik ya, anak-anak muda sekarang, sekarang supaya menjaga kasih, memberi kasih sayang ibu bapa. Saya depan mata saya pun berlaku Dato’ Yang Dipertua. Saya ingat Dato’ Yang Dipertua pun pernah, semua Wakil-Wakil Rakyat ni semua pernah tengok ya, kita semua YB-YB semua pernah tengok kes-kes yang ni. Saya depan mata, baru meninggal. Jadi, saya tengok anak-anak tak pedulikan. Jadi kalau boleh kita ada kempen atau apa kaedah sekalipunlah ya, untuk kita memberi kesedaran kepada anak-anak supaya mereka ada kasih sayang kepada orang tua mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Bukit Kepayang nak cakap lagi?

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Dato’ Speaker, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih atas cadangan yang begitu mantap daripada Yang Berhormat Seri Menanti. Memang ini menjadi masalah setiap kali kita terima aduan berkenaan dengan gelandangan, ada ramai juga yang kerana ahli keluarga tidak ingin tahu bagaimana nak jaga mereka atau tidak tahu bagaimana nak jaga mereka. Itu sebabnya kita memang sedang, melalui PH GEM, kita adakan program kem dan juga workshop, dengan izin, untuk mengajar ahli-ahli keluarga bagaimana nak jaga warga emas. Dan isu kasih sayang semua memang banyak sangat jabatan dan agensi kerajaan sedang membuat, PPKN, JKM. Tapi saya rasa kita harus ada satu polisi atau dasar yang menjurus kepada insurans wajib. Kalau tidak, memang saya rasa berapa banyak kali kita memberi kesedaran atau apa workshop pun tak akan berjaya. Kena serentak. Okey terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Jadi Bukit Kepayang dah berpantun. Saya jawablah ya.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Kain buruk jadikan alas …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

….. kain cantik jadikan pakaian, yang buruk jangan dibalas, yang baik dan cantik jadi amalan. Silakan.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan.

Yang Dipertua Dewan

Oh tambahan?

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ya boleh ah?

Yang Dipertua Dewan

Nanti dia jawab panjang lagi tau. Ini hari paling panjang.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Okey Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasihlah kepada Exco kita yang memberi jawapan yang jelas sekali tadi. Dan soalan tambahan saya ialah, pusat penjagaan warga emas swasta zaman sekarang sudah moden. Bukan setakat jaga makan minum sahaja, kesihatan mental, fisikal, fizikal dan emosi warga emas pun perlu sentiasa dipantau oleh pakar pembantu yang terlatih secara harian dan sepenuh masanya. Jadi soalan saya, setakat hari ini, berapakah jumlah pusat penjagaan warga emas berlesen yang sedia ada di daerah Seremban? Dan apakah perancangan pihak jabatan yang

terbabit untuk memastikan pusat penjagaan tersebut dalam keadaan jagaan yang baik dan teratur? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Mambau.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua dan juga soalan tambahan daripada Yang Berhormat Mambau. Setakat hari ini ada 22 buah pusat jagaan warga emas di daerah Seremban dan di seluruh Negeri Sembilan cuma ada 26 pusat jagaan warga emas yang berdaftar, NGO ataupun swasta. Dan langkah-langkah yang diambil oleh JKM adalah untuk memastikan atau menggalakkan pusat jagaan untuk berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan. Itu amat penting. Dan selepas itu pusat jagaan ini akan dipantau 2 kali setahun. Dan juga lawatan mengejut akan diadakan oleh pihak JKM untuk, lebih awal, supaya melihat keadaan sebenarnya. Dan tindakan penguatkuasaan seperti arahan bertulis, kompaun dan, akan diambil kepada pusat jagaan berdaftar yang terbukti melanggar undang-undang.

JKM juga akan menjalankan siasatan dan tindakan segera terhadap sebarang aduan yang diterima berkaitan kebajikan penghuni. Itu adalah masa yang saya katakan kadang kala kita terpaksa menjaga tepi kain orang kerana kalau anda tidak endahkan, memang JKM tak tak mampu untuk memantau keseluruhan pusat jagaan yang sedia ada. Bukan saja warga emas, kanak-kanak, macam-macam institusi di bawah JKM. Kalau ada apa-apa maklumat, jumpa apa-apa yang mencurigakan, mohon laporkan, adukan kes-kes itu supaya kita dapat mengambil langkah-langkah. Pusat jagaan akan, yang yang telah dikenal pasti bersalah akan disenaraihitamkan dan sebarang, jika terdapat sebarang kes penderaan kepada penghuni. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

YB Bukit Kepayang, terima kasih di atas maklumat. Bermaklumat betul kita ini pasal berkaitan apa ni golongan ni warga emas. Yelah kita pun dah masuk warga emas kebanyakan ni. Seri Menanti masuk dah, apa dia? Silakan Seri Menanti, soalan yang akan, seterusnya.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan yang pertama, kenaikan harga makanan. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Seri Menanti berkaitan soalan kenaikan harga makanan. Seperti yang semua maklum Dato’ Yang Dipertua, apa jugak barangan di dalam pasaran ini,

dia bergantung kepada supply and demand, dengan izin. Walau bagaimanapun menerusi pembangunan belanjawan yang telah kita bentang dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita tempoh hari, sektor pertanian memang menjadi fokus untuk kita memastikan produk Negeri Sembilan khususnya mempunyai bekalan yang mencukupi untuk rakyat kita. Secara keseluruhan, insentif-insentif yang telah kita ben, kita bentangkan dan dilaksanakan sekarang ini. 6 insentif yang di di di di di, dibentangkan sebenarnya 7 ya. Saya akan sebut satu persatu.

i. Sejahtera Tani. Iaitu galakan belia yang bawah 40 tahun untuk mencuri, menceburi bidang pertanian. Yang diperuntukkan sebanyak, sejumlah 550 ribu. Sebanyak 60 permohonan telah diproses dan akan diangkat, yang diangkat kepada jawatankuasa kelulusan peringkat jabatan berbanding asalnya kita mensasarkan 55. Makna dah over subscribe lah tu ya. 14 projek berbentuk projek sayuran, 39 projek berbentuk projek buahan dan 7 projek untuk tanaman industri yang berpotensi.

ii. Pembangunan tanah terbiar yang kita telah mulakan 3 tahun yang lalu. Tahun ini kita memperuntukkan 1.0 juta. Seramai 48 pemohon telah diproses permohonan dan akan diangkat juga ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelulus di peringkat jabatan. Sasaran awal kita melibatkan 30 peserta dan dengan kelulusan, keluasan 60 hektar kini telah menjangkau seluas 162 hektar. Insentif ini dilaksanakan secara reinvestment dan peserta yang diluluskan akan melaksanakan pembangunan ladang dengan pembiayaan sendiri terlebih dahulu dan seterusnya Kerajaan Negeri akan melaksanakan bayaran setara setelah menilai perlaksanaan di tempat projek.

iii. Sekuriti makanan. Pemberian secara in-kind contribution untuk pertanian sebanyak 3.5 juta dengan sasaran awal kita mensasarkan 200 hektar. Sekarang ini permohonan sudah mencapai 630 hektar ya, merangkumi tanaman sayuran, buah-buahan termasuk padi dan tanaman industri berpotensi yang melibatkan 221 pengusaha. Insya-Allah status sekarang di peringkat perolehan jabatan dan kita dijangka memberikan in-kind ini pada Jun ataupun Julai pada tahun ini insya-Allah.

iv. Muafakat Tani. Dengan peruntukan 500 ribu sedang di dalam jugak perolehan dan seramai 20 komuniti, 200 peserta individu telah memohon. Sekarang di di lapangan kita akan memberikan dia punya segala keperluan itu mengikut yang telah kita tentukan.

v. i-SmarTANI. Pemberian secara in-kind jugak contribution insentif iaitu insentif-insentif (IoT) berkaitan dengan isu. Ini penggunaan akan, pembangunan akan dibuat di Pusat Pertanian Sendayan yang kini sedang giat di dalam proses perolehan dan penyeliaan tapak insya-Allah.

vi. i-NPAK. (Insentif Penanaman Napier, Pastura dan jugak Kekacang). Keseluruhan 500 ribu dan telah pun dipohon keseluruhannya. Insya Allah.

vii. Yang saya sebutkan tadi yang ketujuh kita jugak ada Tabung Agro iaitu pinjaman tanpa faedah yang telah pun habis di dipohon.

Alhamdulillah inisiatif sekuriti makanan yang menjadi matlamat utama kita untuk mengurangkan jurang pengeluaran dan penggunaan di Negeri Sembilan. Kini berlakunya peningkatan harga di peringkat input benih baja, racun dan sebagainya. Trend ini menunjukkan peningkatan ketara seiring dengan isu-isu semasa di dalam dan luar negara. Bagi mengimbangi isu ini, Kerajaan Negeri melalui mengadakan satu insentif yang bersifat booster iaitu dilaksanakan secara pembelian In-Kind Contribution insentif pertanian sebagai pemangkin kepada pengusaha-pengusaha industri agro makanan melalui pemberian insentif input pertanian termasuk juga infrastruktur ladang. Mengambil kira kadar pembangunan setiap hektar 12 ribu sehektar insya-Allah dia dapat mengurangkan kos sehingga 15% peratus kepada pengusaha.

Penstabilan harga yang Yang Dato’ Yang Dipertua memang agak sukar. Ianya seperti yang saya sebutkan tadi berasaskan prinsip supply dan demand, dengan izin. Contoh yang saya dapat berikan baru-baru ini dalam masa 2 bulan sahaja ya, timun dia naik sampai ke 4.00 ringgit dan pada masa yang, dalam masa 2 bulan sebulan itu dia turun sampai 60 sen. Jadi beginilah kadang-kadang keadaannya apabila, memang agak sukar untuk kita menstabilkan harga-harga di di di di pasaran ini. Walau bagaimanapun, kita mohon pihak FAMA untuk apa memantau dan bagaimana kita boleh menstabilkan harga-harga ini mengikut kemampuan kita insya-Allah. Di dalam apa jugak yang kita usahakan, setakat ini kita mampu meningkatkan pengeluaran sebanyak 1,560 tan metrik dan jugak moga-moga ianya jugak mampu mengimbangi harga di pasaran. Sekian.

Dato’ Yang Dipertua, tambahan. Saya juga, Dato’ Yang Dipertua, ingin mengaitkan jugaklah tentang kenaikan harga barangan ni selain daripada sumber tadi dan jugak sekuriti makanan dan termasuklah jamin, jaminan bekalan jugak kestabilan harga sayuran dan termasuk jugaklah yang lain. Mungkin dalam melibatkan exco-exco yang lain jugaklah. Iaitu harga barangan sekarang ni Dato’ Yang Dipertua mungkin tak logik ya, kita tengok. Saya nak ambil contohlah kalau kita pergi ke kedai apa, kedai kedai teh lah, kedai teh. Kalau kita tahu teh, susu, gula, itu semua barang kawalan, tepung barang kawalan tetapi ya, mereka sewenang-wenangnya menaikkan harga tadi ya, daripada 70 sen pergi seringgit setengah harga dia, tak munasabah kan. Apa yang saya nak perkatakan iaitu kita perlu ada kawalan, kita perlu ada kawalan. Kerajaan perlu mengawal ya tentang kenaikan-kenaikan yang sebegini yang tak sepatut dia naik. Sebab sumber dia adalah daripada barang-barang, barang-barang kawalan yang harga tak naik pun ya.

Dan satu lagi iaitu kita menggunakan kuasa membeli, purchasing power ya kepada rakyat supaya rakyat ya, boleh memainkan peranan untuk menurunkan harga barang. Saya nak ambil contoh, bulan puasa hari itu. Ada pasar Ramadan tutup sebab apa, sebab dia tengok, orang ramai tengok barangan terlalu, terlalu mahal. Jadi mereka menggunakan kuasa mereka. Makna dia mereka boleh. Boleh mereka menggunakan kuasa mereka untuk tidak membeli ya di masa bulan Ramadan tersebut dan menyebabkan ada kedai yang half way saja tutup. Ada pasar Ramadan tutup sebab apa, tak tak dikunjungi oleh apa ni, orang ramai sebab mereka melihat harga yang tak munasabah yang ditawarkan ya kepada mereka. Jadi makna dia ya, purchasing power jugak ataupun kuasa membeli ini memainkan peranan. Jadi kita kena ada kaedah jugaklah untuk mendidik mereka ini, rakyat, supaya mereka menggunakan juga ya kuasa membeli mereka untuk mengawal harga-harga kenaikan yang tak munasabah ya di pasaran sekarang ini. Itu cadangan saya Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti di atas huraian. Seperti yang kita tahu Dato’ Yang Dipertua, keseluruhan harga barangan dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Di pihak portfolio pertanian dan keterjaminan makanan, kita cuba ya, menambah input makanan ini. Sebagai contoh, input makanan ternakan pihak, pihak saya sedang berusaha menambah makanan untuk binatang ini dengan kita menggalakkan seperti yang saya sebut sebentar tadi penanaman asas seperti penanaman rumput Napier yang boleh sebenarnya lebih baik daripada makanan-makanan yang yang berbentuk palet.

Kita jugak telah berjaya beberapa pengusaha yang mengeluarkan tanaman Napier ini contoh seperti di di di Mentaus, seorang pengusaha telah berjaya membangunkan seluas 30 ekar tanaman untuk Napier dan insya-Allah first harvest-nya akan bermula dalam masa seminggu dua lagi isnya-Allah.

Yang Dipertua Dewan

Okey saya kira masa untuk soalan lisan telah tamat. 11:30 eh. Hari ni kita nak habiskan pukul berapa? Nak habiskan setengah hari ke? Haa? Haa? Sampai selosai? Tidur sini boleh ya? Okey. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada yang telah majukan soalan. Terima kasih juga kepada Exco dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh oleh ADUN-ADUN kita.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Agenda seterusnya, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti yang dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli Dewan yang mulia ini, Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah berhubung cadangan pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (selepas dikenal sebagai “Enakmen Saraan 1980”) berkaitan hak pencen dan ganjaran bagi jawatan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 29 April 2019 telah meluluskan pindaan kepada Enakmen Saraan 1980, melalui Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019 (seksyen 2) yang telah mula berkuat kuasa pada 2 Julai 2018 melalui Warta No.18 bertarikh 29 Ogos 2019, yang menyentuh berkenaan takrifan jawatan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan iaitu Timbalan Yang Dipertua Dewan yang dipilih mengikut ceraian (2A) Perkara LVII Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019 telah memasukkan takrifan saraan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan di bawah seksyen 4A iaitu berupa gaji bulanan sebanyak 5,444.00 ringgit selain elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Undangan di bawah seksyen 3 Enakmen yang sama.

Tempoh permulaan kuat kuasa pembayaran gaji dan elaun bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan juga dimasukkan di bawah seksyen 7 dengan memasukkan perkataan “seksyen 4A” selepas perkataan seksyen 4 iaitu mulai tarikh Kuatkuasa Enakmen atau tarikh pemilihan (yang mana terkemudian).

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019 ini melalui seksyen 13A, seterusnya telah memberi kuasa kepada Yang Dipertua, kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melalui perintah, untuk meminda Jadual kepada Enakmen Saraan 1980.

Pada masa ini terda, terdapat keperluan untuk mengemaskini Enakmen Saraan 1980 bagi memastikan terma jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan ini tersenarai sebagai sebahagian daripada tafsiran “Ahli atau Anggota” untuk melayakkan jawatan ini mendapat hak dan keistimewaan khususnya berkaitan faedah pencen dan ganjaran perkhidmatan. Pindaan ini juga perlu bagi memastikan kaedah pemberian hak pencen dan ganjaran bagi jawatan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri teratur dan sempurna.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah bersidang pada 12 April 2023 melalui Kertas Mesyuarat No.1038/2023 telah menimbangkan dan seterusnya bersetuju dengan cadangan pindaan ke atas Enakmen Saraan 1980 ini. Secara asasnya, pindaan ke atas Enakmen Saraan 1980 yang dicadangkan ini melibatkan 2 kaedah. Kaedah pertama adalah melalui pindaan kepada beberapa peruntukan dalam Enakmen Saraan 1980 iaitu melibatkan pindaan ke atas seksyen 2 (tafsiran) dan seksyen 5 (lain-lain keistimewaan). Manakala kaedah kedua adalah melalui pindaan ke atas Jadual-Jadual kepada Enakmen Saraan 1980 iaitu pindaan Jadual Pertama yang melibatkan perenggan 3 (peruntukan khas bagi Ahli dan Anggota yang menjadi back benchers dan lain-lain) dan perenggan 4(1) dan 4(2) (Ganjaran bagi Ahli dan Anggota); serta pindaan ke atas ruang II kepada Jadual Kedua (Bencana dan Faedah kepada Ahli dan Anggota Dewan Undangan Negeri, Yang di-Pertua dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan).

Butiran pindaan peruntukan Enakmen Saraan 1980 yang dimaksudkan adalah seperti yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Jilid 76 Nombor 16 bertarikh 20 April 2023 yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan. Sejurus selepas pindaan kepada kaedah pertama ini, pindaan peruntukan Enakmen Saraan 1980 telah sempurna dilaksanakan, tindakan susulan adalah proses pindaan yang berkaitan ke atas Jadual-Jadual kepada Enakmen Saraan 1980 tersebut

yang akan diangkat untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan selaras dengan seksyen 13A Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2019.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini juga, anggaran implikasi kewangan bagi faedah pencen dan ganjaran perkhidmatan bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan ini, selaras dengan Jadual Pertama Enakmen Saraan 1980, iaitu seperti berikut:

• Pertamanya berkaitan hak pencen, pencen bulanan yang dianggarkan sebanyak (ringgit) 2,306.13 sen bersamaan (ringgit) 27,673.66 sen setahun;

• Kedua berkaitan ganjaran perkhidmatan yang diberikan secara one off dianggarkan sebanyak 83,021.00 ringgit.

Kedua-dua anggaran ini mengambil kira tempoh perkhidmatan selama 61 bulan dan jumlah sebenar yang tepat adalah tertakluk kepada tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-14 nanti. Peruntukan bagi kemudahan pencen dan ganjaran ini juga telah diperuntukkan dalam Belanjawan Tahun 2023 di bawah Vot T06 – Pencen dan Ganjaran.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, demikianlah dahulu penerangan saya dan saya dengan ini mencadangkan “bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang ini dibacakan bagi kali yang kedua”. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua. Hemm? Perbahasan? Oh okey, maaf, ya, bahas dululah, terlupa, terlanjur kita, nak cepat sangat ni. Chembong tadi bagi tahu jam kat saya “hari ni setengah hari je”, masuk-masuk dia bagi tahu. Okey haa? Tak apalah. Kita bahas dulu ya? Kita bahas dulu. Silakan ahli Yang Berhormat yang, tadi dah, Yang Berhormat sekalian dalam undang-undang ni telah dicadang dan untuk dibacakan kali kedua. Oleh itu saya seterusnya kemukakan perbahasan pada dasarnya sahaja. Tak

payah ramai-ramailah. Haa? Okey, silakan Kota. Sorang dua pun cukuplah.

Bagi pihaklah.

Yang Dipertua Dewan

Bagi pihak.

Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan; ADUN Sikamat, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, rakan-rakan ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama saya nak ucapkan tahniah dulu kepada Dewan kerana mengambil kira tentang rang undang-undang ini. Walaupun rang undang-undang ini nampaknya mudah tetapi ia merupakan salah satu rang undang-undang yang untuk memperkemaskan pentadbiran kita di peringkat pentadbiran negeri kita.

Tentunya perkara ini kita perhalusi dan jugak ini merupakan kalau tak silap saya hari Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua merupakan kali pertama kita mengadakan ataupun melantik seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan. Mana pergi apa ni, Timbalan ni?

Yang Dipertua Dewan

Dia malu dia pi buang …..

Yang Dipertua Dewan

Kita bincang pasal dia.

Kalau macam ni susahlah Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Tak dia memang yang macam tu …..

….. kena tarik balik ni …..

Yang Dipertua Dewan

….. bila bincang pasal diri kita, kita malu …..

Ni nak cerita pasal dia ni. Jadi Dato’ Yang Dipertua, selepas saya ingat semenjak daripada apa hari PRU yang ke-14 yang lepas kita telah melantik seorang Timbalan Yang Dipertua dan telah pun membantu Dato’ Yang Dipertua dalam menjalankan tanggungjawab dalam Dewan. Dan saya ucapkan banyak-banyak tahniah jugak kepada beliau. Ado kadang-kadang sakit jugak hati tengok eh tu. Bila nak bercakap tak dibagi eh kan, tapi oleh itu sebagai

apa, garis panduan yang beliau ada, kita ucapkan banyak tahniah kepada beliau kerana berjaya.

Dan selepas ini nanti tentunya kita dalam memperkemaskan enakmen ini supaya kita dapat menyusun kembali supaya bila-bila masa kalau kita kalau kita ada Timbalan dapat diselaraskan sama ada elaunnya ke, termasuk juga ini, kalau pencen kan. Kalau tidak itu tak berpencen dia kan? Jadi kesian kita bagi dia pencen. Dan jugak apa gratuitilah kan. Kojo eh setahun 3 kali je Dato’ Yang Dipertua. Tapi peranannya besar ya, sebagai Anggota Pentadbiran di bawah Dato’ Yang Dipertua. Saya ingat wajar kita menyokong dan jugak meluluskan rang undang-undang ini. Terserah pada kerajaan nanti nak berapa penetapannya tetapi saya yakin rakan-rakan, kami daripada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tentu kita menghargai jasa yang telah beliau laksanakan, membantu Dato’ Yang Dipertua.

Saya Dato’ Yang Dipertua amat memahami. Saya ulang balik, saya Dato’ Yang Dipertua amat memahami duduk situ kalau daripada pagi sampai potang, kalau tak ada orang ganti, faham sangatlah ya, kadang-kadang saya fikir Dato’ Yang Dipertua ni macam mana keadaan eh kan. Bukan mudah nak jadi Dato’ Yang Dipertua, kena sihat. Kalau tak kang, sekojap itu keluar. Kejap akan pergi keluar, rasa kacau juga kan. Jadi dengan adanya Timbalan ini alhamdulillah dapat kita selaraskan. Ini jugak mengikut yang di, yang di apa, yang dilaksanakan di peringkat Dewan Rakyat kita. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya dengan itu ingin memberikan bahas saya dengan mengucapkan tahniah dan jugak memberi sokongan. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota. Orang berpengalaman ya. Jadi seterusnya ada yang nak bahas lagi? Kalau tak ada kita terus ya, cukuplah. Chembong nak cakap jugak? Boleh boleh. Jam jangan panjang-panjang. Karang kang ada ucapan penangguhan kan? Tak ada, haa?

[percakapan secara off line]

Yang Dipertua Dewan

Haa okey sila. Boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, boleh, silakan.

[percakapan secara off line]

Yang Dipertua Dewan

Jangan, jangan, jangan, silakan. Jangan, jangan, jangan. Jangan merajuk, jangan merajuk, silakan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, beri saya peluang jugak untuk turut serta bahas dalam untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini khususnya Dato’ Dipertua tentang Timbalan Yang Dipertua kan, tentang saraan, elaun dan jugak pencen dia Dato’ Dipertua ya. Saya, Chembong setuju Dato’ Yang Dipertua tapi, Chembong setuju Dato’ Yang Dipertua, tapi pertamanya Dato’ Dipertua kenalah sikit assignment dengan kerja dia Dato’ Dipertua kan. Dato’ Dipertua, kadang-kadang beri dia peluang, pergi bilik air ke apa untuk, jadi dia boleh bertugas Dato’ Dipertua ya.

Dato’ Dipertua, kalaulah boleh saya nak cakap Dato’ Dipertua, hari ni punya persidangan mungkin persidangan yang terakhir untuk penggal inilah kan. Dan lepas ni Dato’ Dipertua mungkin tak mendengar lagi saya berucap berbahas dalam Dewan ni Dato’ Dipertua. Sebab Dato’ Dipertua mungkin tak ada dalam Dewan ni ya, Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, jadi izinkan saya lagipun nampak tak macam cantik sangat kalau Dewan ini sidang kali ini hanya diadakan untuk membincangkan tentang Timbalan Yang Dipertua. Izinkan saya jugak Dato’ Dipertua, untuk membawa beberapa isu permasalahan rakyat sebab saya wakil rakyat Dato’ Dipertua. Inilah tempatnya saya nak membawa permasalahan rakyat, Dato’ Dipertua, boleh? Saya ada 4 – 5 perkara je Dato’ Dipertua. Satu perkara dalam 10 – 15 minit Dato’ Dipertua. Saya ambil kesempatan nak ucapkan …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Dato’ Dipertua, saya seorang je Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Bahas. Penangguhan saya tak ambil Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Saya maafkan semua. Dato’ Yang Dipertua punya kesalahan pada saya, saya dah maafkan terutama segala apa-apa Yang Dipertua kata pada saya semasa belum perpaduan dulu Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Ya, walaupun perpaduan ke tak perpaduan, tugas tanggungjawab kita masih ada Dato’ Dipertua. Saya nak bawa beberapa perkara Dato’ Dipertua. Musim-musim raya ni itu hari, saya pergi ke Hospital Rembau Dato’ Dipertua. Saya nak ucapkan terima

kasih banyak, tahniah kepada semua doktor-doktor, missy-missy, staf-staf Hospital Rembau, Dato’ Dipertua. Tempat parking-nya cantik luas tak ada masalah. Kalau orang-orang tua, orang kampung masuk situ, Dato’ Dipertua, missy dia senyum. Baru senyum dia, sakit dah kurang Dato’ Dipertua ya. Tambahan pulak raya-raya ni ramai yang pergi hospital. Cumanya berbangkit sepertimana yang sahabat saya, siapa cakap tadi, tentang apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri semalam. Dapat tambahan peruntukan 1.0 bilion ringgit untuk Negeri Sembilan. Saya rasa untuk dilihat sedikitlah tentang Hospital Rembau ni Dato’ Dipertua. Hospital Rembau ni. Sebab pertamanya tentang peralatan-peralatan dia. Sebab dulu telah diluluskan tentang untuk mendapatkan ataupun telah luluskan untuk menjadi sebilangannya ada doktor pakar Dato’ Speaker ya. Tentang peralatan-peralatan asasnya untuk buat surgeri dan sebagainya Dato’ Dipertua, saya mintak ianya diperlihatkan jugalah. Dan untuk sahabat saya Repah, kalau ada mesyuarat-mesyuarat dengan menteri di peringkat kebangsaan, di peringkat federal, boleh bawak jugalah beberapa perkara ni tentang perjawatan Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Tak, maksud saya ini tugas Dato’ Dipertua ya. Selain daripada itu, saya yakin, menteri-menteri kabinet yang jugak ada sekarang ini, banyak Dato’ Dipertua, Rantau, Chennah dan sebagainya akan bawak. Dato’ Dipertua, kena rekodkan Dato’ Dipertua. Sebab ni orang Chembong sedang tengok saya bercakap ni Dato’ Dipertua. Perjawatan yang telah diluluskan 398 tetapi yang hanya sekarang, yang waran dia turun hanya 200 lebih saja. So, ada beberapa, 80 lebih lagi yang belum turun warannya Dato’ Dipertua. Jadi saya mintak lihat ini sedikit ya. Repah tolong bawak ya. Sempat lagi. Kalau tak sempat ada lagi, kalaupun paling cepat bubar bulan 6 bulan 7 Dato’ Dipertua. So Repah boleh pergi jumpa menteri dan sebagainya.

Dato’ Dipertua, selain daripada tu jugaklah, mintak perjawatan ini, banyak U29 yang kontrak, Juru X-ray yang kontrak pertengahan tahun ini, bulan Jun mereka tak disambung lagi. Cuma ada 4 – 5 orang saja yang tinggal kalau kontrak ini tidak disambung dan ia menyebabkan kekangan operasi mereka Dato’ Dipertua ya. High defensive punya wad terganggu, terkekang dan sebagainya. Saya melihat ini. Tapi kalau Repah nak tanya saya, bolehlah kita duduk tentang kekurangan-kerangan ini Dato’ Speaker.

Keduanya Dato’ Speaker saya nak ucapkan terima kasih Dato’ Dipertua. Nak bagi tahu ini, Dato’ Dipertua, saya dimaklumkan Seri

Menanti banyak-banyak projek tahun ini ataupun tahun lepas telah dimaklumkan ada satu projek bina baru jalan antara Sepri ke apa, Seri Menanti. Telah diluluskan Dato’ Speaker. Ianya bukan saja akan merapatkan hubungan Chembong dengan Seri Menanti, Dato’ Dipertua ya, tapi akan membuka ruang ataupun merancakkan sektor ekonomi ya. Dato’ Dipertua, 10 kilometer daripada Sepri ke Seri Menanti, yang tembus di Gunung Pasir itu Dato’ Speaker. Terima kasih banyak kepada kerajaan. Cumanya saya mohon dalam ini, Dato’ Yang Dipertua, ini bukan cerita Dewan Undangan Negeri kepada khususnya agensi JKR. JKR untuk sedikit melihat ataupun berbincang dengan pimpinan masyarakat Dato’ Dipertua.

Secara teknikalnya betul. Kita serahkan kepada agensi teknikal JKR dan sebagainya tapi daripada aspek pandangan masyarakatnya. Berapa banyak contohnya kawasan-kawasan kampung yang mungkin terlibat, kawasan-kawasan tadahan air, Kampung Orang Asli dan sebagainya Dato’ Dipertua, saya minta kami juga, pemimpin-pemimpin masyarakat ni dilibatkan untuk kita memutuskan dan memuktamadkan terutamanya tentang dia punya alignment dan jajaran dia Dato’ Speaker ya. Jadi Seri Menanti kalau ajak saya minum teh daripada Chembong ke Seri Menanti, 10 kilometer kalau bawak 60 kilometer sejam tak sampai 10 minit saya sampai Seri Menanti ya. Terima kasih banyak.

Yang Dipertua Dewan

Seri Menanti, Seri Menanti percaya ke dia janji ni?

Eh dah lulus Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Bukan.

Yang Dipertua Dewan

Janji belanja ni tak belanja lagi sampai sekarang ni.

Janji orang politik Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, ada sikit saja lagi. Saya mintak Lukut, ini pasal Kawasan Rukun Tetangga, Dato’ Dipertua. Kawasan saya ada lebih kurang 19 Kawasan Rukun Tetangga. Sebahagian kecilnya 7 ataupun 8 dah dapat dana kawasan, KRT ni. Yang selebihnya tak ada pengerusi. Jadi nak menjawabnya susah dan mereka perlu. Saya rasa Lukut kenalah tengok benda-benda macam ni. Sebahagian besarnya Kawasan Rukun Tetangga belum lagi

menerima dana peruntukan untuk program-program aktiviti tahunan Dato’ Dipertua ya. Come on Lukut ya.

Dato’ Dipertua, satu lagi tentang Kawasan Rukun Tetangga ataupun KRT ini ya, di bawah perpaduan. Saya mintak sedikit perkembangan tentang apa yang saya telah bangkitkan sebelum ini. Taman Pedas Perdana, dia punya Tabika Perpaduan-nya telah berpindah menggunakan Dewan Komuniti yang tidak kondusif untuk anak-anak pelajar-pelajar Dato’ Dipertua. Jadi saya dah sebut ya, dulu mungkin belum berperpaduan ke apa ke, tapi sekarang ni apa yang nak tunggu Dato’ Dipertua? Anak-anak kita, cucu-cucu kita yang pergi Tabika Perpaduan ini di ditempatkan di taman balai komuniti itu yang sangat tidak selesa untuk mereka. So saya mintak dengarnya, dengarnya Dato’ Dipertua, dah nak lulus ke apa, saya mintak sedikit penjelasan dalam Dewan ini.

Akhirnya Dato’ Dipertua, Dato’ Dipertua pun saya tengok kasih ada sikit bertompok-tompok Dato’ Dipertua sebab setiap kali soalan, saya nombor 11, nombor 12. Nombor 12, nombor 13 Dato’ Dipertua. Asyik, dulu Seremban Jaya dan Lenggeng dulu, saya, jadi saya bawak ni tadi Yang Dipertua, soalan saya tentang gerai-gerai Majlis Daerah Rembau, Dato’ Dipertua. Saya dah sebut sebelum ni, saya mohon, saya mohon sangat Dato’ Dipertua, demi kepentingan kebajikan masyarakat rakyat khususnya peniaga-peniaga kecil di Ghombau, Dato’ Dipertua. Saya minta polisi yang saya sebutkan sebelum ini digubal, ditukar, Dato’ Dipertua. Dulu dikenakan bayaran tetap yang minimal, tetap. Kalau satu gerai 100.00 ringgit, 120.00 ringgit, 50.00 ringgit. Tapi sekarang dikenakan secara sistem bidding ataupun tender. Siapa dapat paling tinggi, dapat. Memanglah Dato’ Yang Dipertua, siapa yang tinggi dapat. Tetapi kadang-kadang mereka yang berniaga kecil ini terpaksa menawarkan harga yang tinggi yang mereka memang sendiri tak mampu tapi sekadar untuk mendapatkan Dato’ Dipertua. Ada seorang itu datang mengadu dengan saya terpaksa menawarkan 800.00 ringgit untuk sebuah gerai Majlis Daerah, Dato’ Dipertua. Untungnya habis pergi bayar, bayaran sewa ya Dato’ Dipertua. Saya mintak, Bahau. Saya dah 2 – 3 kali sebut ini. Saya masukkan masalah ni dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah supaya bawa dalam Mesyuarat Majlis Daerah. Mesyuarat Majlis Daerah Rembau menolak. Saya nak Dato’ Yang Dipertua, ada sampai 800.00, 600.00, saya rasa ini satu polisi yang tidak mesra rakyat Dato’ Dipertua. Adakah Majlis Daerah Rembau tidak merasakan ini adalah satu polisi yang kurang mesra rakyat Dato’ Dipertua. Saya mohon Bahau, Kerajaan Negeri melihat ini, Dato’ Dipertua ya.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Siapa yang, siapa yang menawarkan yang tinggi Dato’ Dipertua, saya kalau tawarkan yang tak, tak tinggi, saya tak dapat tapi saya nak meniaga. Ini bukan meniaga bosa-bosa Dato’ Dipertua, meniaga makan, meniaga minum. So saya mintak polisi ini ditukarkan semula dengan satu kadar tetap yang minimal, Dato’ Yang Dipertua. Jadi Dato’ Dipertua, terima kasih banyak ya, terima kasih banyak Dato’ Dipertua.

Satu sahaja yang terakhir saya janji Dato’ Dipertua. Tentang peruntukan-peruntukan semalam dan sebagainya kalau ada, tak ada pun, saya nak sebut satu Dato’ Dipertua, Sekolah Menengah Agama Haji Hassan Sail, Dato’ Dipertua, di Podeh ya, Pegawai Kewangan kena tolong tengok sikit ni. Asrama puteranya, aspuranya, asrama lelakinya terbakar, Dato’ Dipertua, satu blok asrama ni terbakar bulan 7 tahun lepas Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

[percakapan secara off line]

Tak, saya maksud kat sini Dato’ Dipertua, tentang peruntukan-peruntukan yang kita dapat yang diumumkan oleh PH semalamlah. Kok dapek, solit-solitkan lah sikit Dato’ Dipertua, itu maksud saya, itu maksud saya. Ataupun kekanda saya daripada Ampangan bolehlah tolong-tolong bawa perkara ini, ya. Dato’ Dipertua, tahun lopeh, bulan 7 terbakar satu blok asrama. Sekarang ni, pelajar-pelajar itu ditempatkan, memang betullah, biliknya dikongsi lebih ramai ya, kuarters-kuarters gurunya dijadikan penempatan asrama mereka Dato’ Dipertua. Sekali lagi menjadi rungutan pelajar-pelajar dan jugak ibu bapa, Dato’ Dipertua.

Jadi Dato’ Dipertua, itu saja. Terima kasih jomput saya open house Longgeng itu hari ya. Ya pergi. Saya pergi tak Dato’ Dipertua? Sedap, meriah, lancar, ramai. Saya rasa Dato’ Dipertua elok sesuai bertanding Lenggeng, Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua, terima kasih, ini saya punya floor lah abang ya. Saya cakap eh, sokong salah, tak sokong pun salah ke?

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Dato’ Dipertua, terima kasih banyak. Tahniah Dato’ Dipertua, menjadi seorang Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Speaker yang hebat di legasi Dato’ Yang Dipertua lah. Di legasi dia, di legasi ni. Yang dulu ada yang baik Dato’ Dipertua. Terima kasih banyak …..

Yang Dipertua Dewan

Marah Dato’ Awaluddin kaghang.

Tak, masa zaman Dato’ Dipertua lah Dato’ Dipertua, dalam penggal ini, Dato’ Yang Dipertua yang terbaik.

Yang Dipertua Dewan

Yelah.

Terima kasih banyak.

Yang Dipertua Dewan

Timbalan, Timbalan tadi tak ada kan? Timbalan tadi.

Dato’ Yang Dipertua, Chembong dia senang je, beri apa dia nak, dengar apa dia cakap, selesai Dato’ Dipertua. Saya akan sokong. Terima kasih banyak wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT. Ada lagi nak bahas? Tak ada kan? Tak ada ya. Tak ada. Kita pergi teruslah. Saya persilakan pihak kerajaan lah untuk ni, untuk menjawab, silakan.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Okey terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Saya bangun untuk menjawab bagi soalan yang telah dilontarkan apa, oleh kawan daripada Chembong, okey okey. Senang je. Text saya aja. Tak payah, takyah tunggu sampai Dewan baru tanya. Ini soalan yang berkenaan dengan pengagihan geran. Pengagihan geran adalah secara berfasa okey, di mana RT yang paling aktif telah menerima agihan geran untuk fasa yang pertama dan manakala fasa yang seterusnya, MOF baru sahaja, saya difahamkan baru saja dilulus, meluluskan geran untuk agihan fasa selanjutnya. So saya aa rasa dalam seminggu dua inilah geran yang seterusnya akan diagihkan kepada RT yang pada fasa yang kedua.

Dan berkenaan dengan Taman Pedas Perdana, Tabika Perpaduan. Okey masalah ini telah dikemukakan kepada Kementerian Perpaduan dan saya percaya masalah ni, masalah ini tengah dikaji oleh kementerian dan masa terdekat ada solusi akan dibawa turun untuk selesaikan masalah yang dihadapi dekat Tabika Perpaduan itu, okey. Sekian saja jawapan saya, terima kasih.

Yang Berhormat Chembong ini, ini perbahasan lain tapi kita jawab jugaklah tentang masalah sekolah.

Yang Dipertua Dewan

Bagi puas semua.

Hari pertama …..

Yang Dipertua Dewan

Hari ini bagi puas semua.

….. sepatutnya dia gulung, baru kita gulung baliklah kan, betul kan?

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, saya akan, saya ini nak nak ringkaskan. Bagi jawab sekarang.

Bangunan yang terbakar yang terjejas asrama berkenaan, ubah suai penempatan sementara telah selesai pada tahun 2022. Pembaikan asrama yang terbakar telah pun ada dalam senarai peruntukan tambahan JKR ya. Blok C akademik, Jabatan Pendidikan Negeri telah pun selesai kerja-kerja pembaikan pada tahun 2022 lagi ya. Bengkel KH telah pun termasuk dalam senarai peruntukan tambahan bawah JKR ya. Jadi peruntukan yang telah diluluskan berjumlah 3.89 juta ringgit untuk pembaikan blok asrama lelaki dan juga blok KH. Telah pun adalah ya, Yang Berhormat Chembong ya.

Kalau ikut pekeliling, projek ini akan dibenarkan pecah ikut pakej. Pakej maksudnya akan dipecahkan kepada beberapa projek kecil untuk mempercepatkan perlaksanaan ini insya-Allah ya. Untuk keseluruhan pecahan projek ini JKR sedang mendapat kelulusan daripada peringkat PKR ya. Jadi untuk peringkat itu, pecahan kecil secara pakej tak dianggap sebagai pecah kecillah. Jadi insya-Allah sekarang ni telah pun kita ambil kira dan saya fikir itu akan selesailah dalam tempoh tak berapa lama lagi insya-Allah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Ampangan.

Okey Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Silakan Paroi, silakan.

Saya ingin berkongsi pengalaman di DUN Paroi berkaitan dengan penjaja lah, penjaja dan peniaga-peniaga kecil. Saya kira apa yang Kerajaan Negeri cuba buat ialah kita ada 2 keadaan di mana bagi penjaja-penjaja kecil yang mungkin tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk bayar sewa dan sebagainya, mereka boleh memilih untuk berniaga di medan penjaja. Saya kira di Chembong antara medan yang berjaya adalah di belakang Family Store yang mana setiap petang saya tengok ramai peniaga, penjaja-penjaja kecil yang berniaga di situ. Yang saya kira kalau pengalaman dalam DUN Paroi, tidak ada bayaran dikenakan. Mereka hanya perlu menjaga kebersihan dan bahkan mereka yang berniaga di medan penjaja atau tapak-tapak penjaja yang disediakan oleh PBT, diberikan lesen penjaja

dan diberikan sagu hati 300.00 ringgit kerana bersetuju berpindah daripada tepi-tepi jalan yang menyebabkan kesesakan dan berpindah ke medan penjaja yang disediakan oleh PBT.

Manakala gerai-gerai yang dibina dengan peruntukan, yang ada bangunan kekal, di sini ada sedikit keperluanlah untuk membayar terutama bagi pihak PBT nak mengutip sampah, menjaga kebersihan dan jugak untuk memastikan mereka yang benar-benar ingin berniaga di sanalah. Sebab ada jugak kadang-kadang pihak yang meng, yang ambil tapak tersebut tapi mereka menyewakan pula kepada pihak yang lain kerana mereka ni nak ambil kesempatan. Jadi sebab itu kerajaan terpaksa menggunakan kaedah, menentukan siapa yang boleh beri bidaan sewa yang tinggi itu merekalah yang benar-benar berminat berniaga dan sesuai dengan bentuk perniagaan yang mereka jalankan.

Jadi itulah harapan kerajaan melalui PBT, kita melaksanakan 2 keadaan medan penjaja dan jugak pusat-pusat penjajaan yang di, yang dibina dengan binaan yang kekal. Untuk sekadar perkongsian Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okey, Ampangan.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai tambahan kepada Chembong, saya juga dimaklumkan kemungkinan besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Hassan Sail ni dalam tempoh yang terdekat. Untuk makluman, terima kasih.

Dato’ Speaker, tak sio-sio saya bangun tadi Dato’ Speaker. Kan? Terima kasih banyak ya, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, saya disebabkan soalan-soalan saya, terima kasih kepada Exco-Exco, Yang Berhormat Exco menjawab juga. Tapi saya nak dengar Bahau jawab Dato’ Speaker. Majlis Daerah ni bawah dia Dato’ Speaker. Mintak tolong, ya.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dato’ Yang Dipertua ni, Yang Berhormat Chembong, saya bersama dengan Yang Berhormat Chembong sebab sejak tahun 2008. Untuk apa, menjawab Yang Berhormat Chembong, saya rasa Yang Berhormat Chembong dan juga ahli mesyuarat sedia maklum di peringkat Majlis Daerah Rembau, sebab sebelum ini Yang Berhormat Chembong telah pun mengutarakan masalah yang sama. Kami telah pun mengarahkan supaya dasar tersebut dapat dikaji semula. Tapi salah satu perkara kita juga perlu lihat kerana untuk tunggakan sewa gerai, dia merupakan salah satu beban kepada Majlis Daerah juga. Jadi

demi kepentingan Majlis Daerah dan juga orang ramai, sudah tentunya Majlis Daerah Rembau dengan adanya, dengan adanya sokongan dan juga dokongan daripada Ahli-Ahli Majlis, sudah tentunya perlu adanya dasar di mana adanya usaha untuk meningkatkan pendapatan di peringkat Majlis Rembau.

Dan pada masa yang sama, saya rasa Yang Berhormat Chembong, dalam isu konteks sewa ini, saya rasa tak ada masalah untuk Kerajaan Negeri ataupun Majlis Daerah Rembau untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Kalau kita nak lihat apa yang kita telah pun laksanakan sepanjang 5 tahun ini, kita bagi bantuan tabung usahawan untuk bantu peniaga-peniaga kecil setiap tahun. Sama juga dengan peniaga-peniaga ataupun peniaga-peniaga gerai PBT. Semasa COVID kita bagi pengecualian sewa, saya rasa sekurang-kurangnya 4 bulan, kita dah bagi pengecualian sewa. Jadi ini adalah usaha yang telah pun dilaksanakan. Mungkin adanya isu-isu yang terpencil tapi saya rasa itu kita juga perlu lihat secara serius. Dan sudah tentunya dengan adanya kerajaan yang dipimpini oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita, kita akan cuba laksanakan yang terbaik untuk semua termasuklah dengan kerjasama dan juga pandangan, input daripada yang Berhormat Chembong. Dan saya harap ini dapat menjawab Yang Berhormat Chembong lah.

Dan bagi yang Berhormat Speaker saya ucapkan terima kasih. Speaker cukup friendly sekali. Yang Berhormat Chembong seorang bahas, semua kita jawab. Haa ni telah pun menunjukkan bahawa keterbukaan kita dan kesamaan kita dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.

Saya mohon penjelasan sikit Dato’ Speaker boleh? Penjelasan saja, penjelasan. Saya mohon penjelasan. Yang Berhormat Bahau, adakah polisi tatacara mendapat menyewa gerai Majlis ini, di Rembau ini, secara tender, bidding, adakah semua Majlis Daerah lain pun sama?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tidak.

Kalau tak sama …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Tidak, tidak.

Kalau yang lain tak sama …..

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

…. tidak, yang lain tak sama.

….. kenapa Rembau saja, Datuk Speaker? Dato’ Speaker.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Dia case to case basic, basis lah. Tapi kebiasaannya dia akan mengikut normal, kadar yang telah pun ditetapkan oleh PBT masing-masinglah. Saya rasa ini mungkin kes yang terpencil. Dan seperti apa yang saya katakan tadilah we will look into it. Don't really ya Yang Berhormat Chembong, kita akan solve kan masalah ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya kira, ada yang nak jawab lagi, tak ada ya? Kita pergilah terus ya? Ahli-ahli Yang Berhormat setuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua sila angkat tangan. Alhamdulillah. Bagus kerajaan perpaduan ya. Yang berkecuali, semua dah angkat tangan kan? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Jumlah undian: 31 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Chennah, YB ADUN Rantau, YB ADUN Serting dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya rang, supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Okey, semua bersetuju ya. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Jumlah undian: semua 31 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Chennah, YB ADUN Rantau, YB ADUN Serting dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan.

[Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada ya. Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Tak ada. Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Okey, 100% setuju. Dewan bersidang semula. [Jumlah undian: 31 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Chennah, YB ADUN Rantau, YB ADUN Serting dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan.

[Cokmar dinaikkan] [Dewan bersidang semula] [Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang berkenaan hak pencen dan ganjaran bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga, diluluskan sila angkat tangan. 100% ya. Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Jumlah undian: 31 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Chennah, YB ADUN Rantau, YB ADUN Serting dan YB ADUN Palong tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan.

Setiausaha Dewan

Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2023. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Penangguhan Mesyuarat.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya menerima 6 permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan.

Berdasarkan Peraturan XXIX(1) Peraturan-Peraturan bagi Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan, hanya 5 nama sahaja akan dipilih untuk memberikan ucapan penangguhan. Permohonan daripada Yang Berhormat ADUN Jeram Padang adalah digugurkan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang belum pernah berpeluang memberikan ucapan penangguhan, selaras dengan Peraturan XXIX(1)(a) Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Setiap ahli Yang Berhormat yang dibenarkan untuk membuat Ucapan Penangguhan selama 10 minit. Tapi mungkin bagi lebih sikit kalau yang, kalau yang sedih kan, bagi lebih sikit ya. Yang ni yang terakhir, bulan depan kita tak ada lagi. Yang bulan depan apa, apa, Dewan akan datang. Tapi rasa ada, insya-Allah, Kerajaan Perpaduan kan? Boleh menang kan? Insya-Allah. Setiap ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat ucapan, saya mempersilakan sahabat saya ADUN Gemencheh. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membuat ucapan penangguhan. Bagi saya inilah kali pertama saya buat ucapan penangguhan. So sebab ruang yang diberi saya ucapkan terima kasih. Sesungguhnya peritnya perpisahan tidaklah seberapa dibandingkan dengan bahagianya pertemuan. Apa, apa lagi pertemuan baru setelah perpisahan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, kepada Unit Dewan, kepada semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan rakan-rakan ADUN-ADUN di Negeri Sembilan baik Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional. Dan 2 penggal yang dilalui, saya sebagai ADUN, penuh dengan pahit manisnya kan. Dan sebagai kerajaan, kita, saya dapat lalui sebagai ADUN sebagai ADUN kerajaan dan jugak penggal yang kedua saya sebagai ADUN pembangkang dan tetapi manisnya di penghujungnya, kita tak ada pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ini, alhamdulillah. Satu langkah yang baik untuk kita meneruskan memperjuangkan nasib rakyat.

Dan sebagai kerajaan, memang sukar untuk kita membangunkan negeri tetapi sebagai pembangkang amat mudah berkata-kata kan. Saya masih ingat satu kes dululah. Semasa saya sebagai ADUN kerajaan, Yang Berhormat Repah kan, bertanyakan soal kenapa ambulans ni tak ada kat Gemencheh, hanya satu ambulans. Kita jawab. Tetapi apabila Yang Berhormat Repah jadi Exco Kesihatan, jawapan adalah sama seperti mana kita jawab dulu kan. Haa itulah sukarnya kan, bercakap memang mudah tetapi untuk melaksanakannya penuh dengan kesabaran yang tinggi kan. Dan sinaran mata cerita segalanya,

duka lara terpendam memori semalam, tinggal segala cinta, tiada kembalinya abadi kasih kita ya.

Dan ucapan tahniah saya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat dan pasukan Kerajaan Negeri, sejujurnyalah Kerajaan Negeri penggal yang ke-14 ni telah melaksanakan tanggungjawab dengan amat baik sekali. Saya ucapkan tahniah kepada para, Yang Berhormat Sikamat dan Exco kan, dan juga ADUN-ADUN yang bertugas. Dan saya yakin dan percaya bahawa Kerajaan Negeri ni akan terus kekal dipimpin oleh Kerajaan Perpaduan pada penggal akan datang, insya-Allah kan. Dan kita sifar pembangkang. Dan saya, saya tahu bahawa ada parti yang akan cuba untuk merobek kita di Negeri Sembilan ni tapi saya yakin Dato’ Yang Dipertua kan, saya yakin dan percaya bahawa Perikatan Nasional akan zero di Negeri Sembilan ini. Insya-Allah kan. Bukan nak cakap bosarlah kan. Kita telah buktikan baru-baru ni di PRU yang ke-15 untuk peringkat Parlimen, kita sapu bersih Dato’ Yang Dipertua. Cuma nasib yang Dato’ Yang Dipertua belumlah diperkenankan lagi ya.

Dan, dan kita mengharapkan kerajaan akan datang, penggal akan datang akan lebih fokus untuk membantu masyarakat terutamanya bagi daerah-daerah yang ketinggalan terutamanya di Tampin ya, di Jempol dan jugak di Jelebu kan. Kita berlaku adil kepada semua daerah kan. Teruskan untuk membantu masyarakat dan menaikkan Negeri Sembilan menjadi negara, negeri maju pada masa yang akan datang.

Kalah itu Bukan mati Menang itu rezeki Asal kebajikan rakyat diperhati Majukan negeri kotakan janji

Doa saya kepada rakan-rakan yang akan berjuang di PRU yang ke-15, PRN yang ke-15 ini agar boleh menanglah eh termasuk Dato’ Yang Dipertua kan. Saya tak pastilah Dato’ Dipertua tak, bertanding atau ataupun tidak ya. Saya doakanlah kejayaan rakan-rakan. Saya tidak akan lagi bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yang Dipertua. Makna Gemencheh kosonglah Dato’ Yang Dipertua kan. Saya ingin, saya ingin fokus saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia kawasan Tampin ya. Saya nak fokus kepada Ahli Parlimen. So Gemencheh kosong, kalau Dato’ Speaker berminat bolehlah, tetapi sebelum tu kena meminanglah, tapi meminang dia bukanlah ibarat nak meminang Puteri Gunung Ledang, mudah je kan, syarat dia yang pertama mestilah masuk UMNO kan. Itu je.

Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, saya mungkin rakan-rakan …..

Dato’ Speaker, saya mohon mencelah. Saya mohon izin Gemencheh untuk mencelah.

Silakan, silakan. Boleh Dato’ Dipertua, sebab …..

Kerana saya tidak submit, saya tidak submit, bagi notis untuk berucap dalam penangguhan ini.

Boleh Dato’ Dipertua, sebab saya, kami …..

Mohon izin daripada Gemencheh.

Kami di Dewan Undangan Negeri ini sebelah, di Parlimen pun duduk sebelah. Saya, saya bagi laluan.

Yang Dipertua Dewan

….. nak berucap ni, penggal akan datang, tak tahu lagi ni.

Terima kasih Gemencheh dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya juga mengambil kesempatan ini ialah untuk, untuk memberi sedikit apa, mungkin ucapan. Dan mungkin ucapan terakhir sebagai ADUN lah. Mungkin ya, Datuk Speaker ya. Saya berlapik saya bercakap itu. Saya ambil kesempatan ini untuk pertama sekali nak ucap dan mohon zahir, mohon maaf zahir dan batin kepada Yang Berhormat Speaker dan rakan-rakanlah ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dan juga kepada semua ketua jabatan di belakang sana kerana saya yakin dan saya percaya sepertimana doa yang selalu dibacakan oleh ADUN Lenggeng, matlamat ataupun wahdatul fiqh kita, matlamat kita untuk hadir dalam sidang dewan ini untuk kita berbincang, untuk kita melontarkan pandangan serba sedikit untuk kemaslahatan rakyat. Tapi dalam proses untuk kita mencapai matlamat kita itu, dah tentulah mungkin ada penyampaian saya …..

Yang Dipertua Dewan

Ya.

….. dari segi kata-kata, tutur kata saya, gerak mata, saya punya body language, dengan izin, mungkin menyakitkan beberapa pihak yang mendengar dan melihat. Dan oleh kerana itu, jauh daripada sudut hati saya, saya mohon ampun dan maaf Dato’ Speaker dan saya mengucapkan, jika inilah merupakan mungkin ucapan terakhir saya sebagai ADUN di di dalam DUN Negeri Sembilan ini, saya ucap terima kasih kepada semua pihaklah, semua DUN, unit sekretariat-sekretariat, protokol, sekretariat Dewan yang cukup baik

Negeri Sembilan yang telah mengendalikan kita punya persidangan dewan, Encik Amin terima kasih, Dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat SS, mantan kita dan juga sekarang yang memangku jawatan SS, Setiausaha Kerajaan Negeri kita dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita. Kerana kita, saya rasa telah berjaya mengadakan suatu perhubungan yang cukup baik di antara semua Wakil Rakyat, di atas lontaran-lontaran soalan-soalan Dewan dan di atas isu-isu yang telah di address, dengan izin, oleh pihak kerajaan sendiri. Saya ucap terima kasih. Dan untuk segala apa juga kesilapan tuan-tuan dan puan-puan dalam Dewan yang mulia ini, saya maafkan lama dah, Dato’ Speaker. Terima kasih Dato’ Speaker. Wabillahhitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT. Terima kasih Gemehcheh.

YB Yang Dipertua Dewan. ….. Senaling. Silakan …..

Terima kasih …..

Yang Dipertua Dewan

…. okey sambung balik Gemencheh.

….. Yang Berhormat Senaling ya, rakan saya di Parlimen. Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, saya seperti rakan saya, ADUN Senaling, saya pun jugak menyusun 10 jari, mohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran, keceluparan dan mungkin andai kata menyakitkan hati rakan-rakan di dalam Dewan ini, saya mohon maaf. Dan mungkin hari ni hari-hari terakhir saya selaku ADUN kawasan Gemencheh dan mungkin hari terakhir saya di dalam Dewan ini, saya mengambil peluanglah untuk mohon ampun dan maaf kan. Dan mungkin, mungkin penggal-penggal akan datang saya masih lagi diperlukan, mungkin diarahkan kembali ke ADUN, mungkin sebagai jadi MB sebagainya kan, mana tahu. Mana tahu kan, itu rezeki kan …..

Yang Dipertua Dewan

Tak apa, bercita-cita tak apa, tak salah, bercita tak apa.

Mungkin, mana tau nasib kita Dato’ Yang Dipertua. Nasib kita ni kadang-kadang berbeda kan. Walaupun peringkat awal mungkin orang menggelarkan saya budak hitam ataupun pengkhianat ya, ataupun pengkhianat tetapi akhirnya rezeki itu Allah yang menentukan insya-Allah.

Yang Dipertua Dewan

Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam dipadang manis.

Ya Dato’ Speaker, memang walaupun hitam, ramai yang minat Dato’ Dipertua. Tapi saya setia pada yang satu. Dan akhir sekali izinkan saya mengungkap beberapa pantun kan.

Apabila kita menuding jari, siasat dulu pada diri Apabila kita mula curiga, soal dulu pada yang ada, Apabila kita tersalah lidah, ringan mulut maaf bermadah Apabila kita ingin bersuara, ingat-ingat pesan orang tua Apabila kita berkawan, jangan jadikan lawan Apabila kita tersilap langkah, baiki diri awas melangkah Apabila kita berhadapan yang muda, jangan cepat mendabik dada Apabila kita berhadapan yang tua, dengar-dengarlah pesan mereka Apabila kita tidak suka, jangan pula cepat mencela Apabila kita memuji, biar ikhlas niat di hati Apabila kita, apabila gagal menimpa, janganlah cepat putus asa Apabila kita berbahasa, di situ kenal bangsa Apabila kita sudah berjaya, ingat-ingat rahmatNya Apabila kita hanya, hidup kita hanya sekali, di dunia kita berbudi

Itu sahaja Dato’ Speaker, saya doakan Dato’, kejayaan Dato’ Speaker dan rakan-rakan yang lain, insya-Allah kita berjumpa lagi di lain masa. Kita ni hidup tak lama Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Kita saling bermaaf-maafan dan jika ada terhutang, tolong halalkanlah ya. Boleh tuntutlah kan. Boleh tuntut kan. Dan jika abang-abang saya ada hutang dengan saya, saya halalkanlah ya, di dunia dan di akhirat. Itu saja Dato’ Speaker. Terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gemencheh. Hitam-hitam si tampuk manggis ya, walaupun hitam kupandang manis ya. Saya pun nak pantun jugak ni. Ramai yang berpantun kan?

Lima tahun sudah bersidang Berbagai ragam sudah dirakam Suka duka berlainan padang Sudah menjadi asam garam

Seri Menanti Bandar DiRaja Tempat orang mengoca ikan YB nya pula berseloka

Tindakannya selalu menggemparkan

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey, saya nak maklumkan ni, Yang Berhormat Dato’ Samad; ADUN Seri Menanti, dia menjemput semua ya, Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker dan semua sekali Ahli Dewan Undangan Negeri ni, Exco-Exco sekali, termasuk pegawai-pegawai kerajaan ya, yang ada di atas haa, tarikh dia 16 Mei, kalau buat 14 Mei hari jadi saya itu. Haa kalau buat 14 Mei, hari jadi saya. Tapi tak tahulah hari jadi saya ni, siapa nak bagi hadiah ni. Kena bagi hadiah.

Saya orang pertama yang akan bagi hadiah Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

16 Mei 2023. Hari apa itu Mad? Hari Selasa ya? Selasa, masa 8:00 malam hingga 11:00 malam ya. Tempat: Dewan Tengku Ampuan Najihah, Seri Menanti. Dijemput semua hadir ya, boleh? Kita pergi ramai-ramai lah. Nak jamu apa ya? Landak ada? Haa okey okey. Saya jemput, dia wakilkan saya jemput semua. Boleh datang ramai tak? Pegawai kerajaan ramai kan, dia boleh pergi kan? Malam ya. Saya persilakan, siapa pulak lagi tadi, ada 6 orang kan? Yang Berhormat ADUN Chembong, silakan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih banyak. Saya tarik diri, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih. Yang Berhormat ADUN Rahang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan khususnya Yang Amat Berhormat selaku Menteri Besar Negeri Sembilan yang begitu prihatin dan sentiasa mengambil berat dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Semasa penyakit COVID melanda di Malaysia pada awal tahun 2020, kebanyakan penduduk-penduduk B40 di kawasan DUN Rahang telah terjejas dan kehilangan sumber pendapatan disebabkan perintahan kawalan pergerakan yang berterusan sehingga beberapa bulan lamanya. Pada ketika itu, pihak Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Berhormat Sikamat telah mengambil inisiatif dengan

mengagihkan baucer bantuan makanan kepada seluruh Negeri Sembilan. Beliau telah membantu mereka yang miskin tegar dan juga hilang pendapatan.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri juga telah meluluskan permohonan untuk mengadakan satu dewan orang ramai di Kampung Pasir bagi menyenangkan penduduk-penduduk setempat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti komuniti dan juga berpeluang untuk menyertai sukan dan latihan tarian singa. Ini telah menjadi aktiviti mingguan untuk penduduk-penduduk dan para remaja bukan sahaja berasal dari Kampung Pasir malah ada juga yang hadir dari luar kawasan Rahang. Sekali lagi ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat YB Sikamat.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih, jutawan terima kasih kepada Datuk Bandar Majlis Bandaran Seremban kerana beliau sudi turun padang bersama dengan saya dan juga pihak kuasa dan juga pihak pusat khidmat di berapa kawasan khusnya, khususnya di Kampung Pasir. Beliau telah memberikan kerjasama penuh dan juga sangat komited kepada penduduk-penduduk kampung pasir semasa lawatan. Penduduk-penduduk di situ juga amat gembira apabila diberitahu bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka untuk sekian lama akan diselesaikan dalam masa yang terdekat terutamanya isu longkang dan isu banjir.

Datuk Bandar telah memberitahu kepada pengarah jabatan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu-isu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang, yang sewajarnya bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di Kampung Pasir. Saya juga amat yakin dengan adanya kerjasama daripada pihak MBS, isu-isu di Kampung Pasir dapat diselesaikan dengan sempurna. Malangnya apabila penduduk-penduduk dari Kampung Pasir telah dimaklumkan oleh pegawai MBS, pegawai-pegawai MBS bahawa semua isu yang sepatutnya dapat diselesaikan dalam masa singkat telah ditangguhkan tanpa sebarang sebab-sebab yang tertentu. Ini telah menimbulkan perasaan ketidak berpuas hati di kalangan penduduk-penduduk di Kampung Pasir.

Saya juga amat kecewa dengan modus operandi pihak MBS di mana pihak pusat khidmat atau saya selaku ADUN sendiri tidak dimaklumkan sebarang kegiatan atau aktiviti yang dilakukan dan dijalankan oleh MBS di kawasan DUN Rahang. Saya mengambil satu contoh di Kampung Sigh di mana perkara ini berlaku pada bulan Mac yang lalu. Terdapat pasukan penguat kuasa yang menjalankan operasi

di Kampung Sigh tetapi saya tidak dimaklumkan oleh sesesiapa sehinggakan saya terpaksa memanggil pengarah perlesenan MBS untuk turun padang bersama-sama.

Satu lagi isu di Jalan Zaaba di mana peniaga-peniaga telah diarahkan untuk menanggalkan konkrit di atas longkang kerana MBS akan menaik taraf saluran tetapi sudah lama mereka telah berbuat sedemikian, namun pihak MBS masih belum mengambil tindakan selanjutnya. Ada juga peniaga yang memarahi MBS di surat khabar kerana tidak mengambil tindakan sekian lama. Bukankah MBS seharusnya memberikan penjelasan dan keterangan kepada pihak pengadu? Saya juga berasa amat dukacita apabila pihak pusat khidmat dan saya selaku ADUN telah tidak mendapati maklum balas daripada pihak MBS apabila aduan dihantar kepada pihak berkenaan. Pengadu-pengadu yang menelefon ke pusat khidmat untuk membuat aduan dan seterusnya aduan akan dipanjangkan kepada MBS. Malangnya, setiap kali aduan-aduan yang dipanjangkan tidak mendapat maklum balas. Kami terpaksa dimarahi oleh pengadu-pengadu kerana tidak tahu apakah perkembangan atau tindakan yang telah diambil oleh MBS. Saya harap MBS dapat bertindak lebih profesional dan lebih proaktif semasa menangani aduan-aduan rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JKR Negeri, pada pihak JKR Daerah Seremban kerana sentiasa proaktif dan mengambil inisiatif dalam membantu saya, sorry, dalam membantu saya dalam menangani isu-isu yang berbangkit khususnya isu di sepanjang Jalan Tok Ungku dan Tuanku Antah. Tidak lupa juga kepada pihak JKR Negeri yang sentiasa mengambil berat tentang isu banjir di Jalan Rasah. Walau bagaimanapun, pada beberapa minggu yang lalu berlakunya isu banjir kilat di Jalan Tuanku Antah di mana hujan hanya turun tidak lebih 20 minit dan menyebabkan kedai-kedai telah dimasuki air hujan yang bertakung di atas jalan raya. Setelah aduan ini dipanjangkan beberapa kali kepada JKR Negeri, saya dimaklumkan bahawa saluran longkang adalah di bawah penyeliaan MBS. Dan MBS pulak katakan di bawah pihak JKR Negeri. Ini telah menimbulkan keliruan dan mendatangkan pelbagai masalah kepada peniaga-peniaga di sepanjang Jalan Tuanku Antah. Setelah 2 penggal saya menjadi ADUN Rahang isu ini sering saya bangkitkan di Dewan yang mulia ini, dan jawapan yang diberikan adalah disebabkan tiada, ketiadaan peruntukan. Adakah ini adil kepada peniaga-peniaga yang membayar cukai setiap tahun dan mereka terpaksa menghadapi masalah ini setiap kali hujan lebat? Saya yakin bahawa mesti ada cara, cara penyelesaian walaupun tiada peruntukan yang disediakan. Tetapi pihak yang terlibat dapat cari

masalah terutama yang menyebabkan banjir kilat di jalan Tuanku Antah.

Akhir sekali, sebagai penggulungan ucapan penangguhan saya untuk kali ini, saya pun kali pertama, dua penggal, kali penama. Izinkan saya mengakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau kain sudah bersih Elok disimpan di dalam peti Kalau pemimpin sudah dipilih Elok ingatkan sumpah dan janji

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih kasih Rahang. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Nilai.

Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Hari ini adalah hari terakhir kepada kita semua dalam Persidangan Kelima Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-

14. Dan hari ni juga adalah lengkap 5 tahun kita semua dalam Dewan yang mulia ini dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu pada PRU 14 iaitu pada 9 Mei 2018. Sudah tentu Dewan Undangan Negeri ini adalah satu-satunya Dewan Undangan Negeri di negeri ini yang sangat unik, yang sangat lain daripada yang lain di mana dalam tempoh 5 tahun yang lepas, di beberapa Dewan Undangan Negeri yang lain di negara ini dan termasuk di Parlimen, kita telah melihat pelbagai gelagat ahli-ahli dewan undangan dan juga ahli-ahli Parlimen pada masa itu yang telah pun lompat ke sini dan ke sana yang menyebabkan negara dan juga negeri menjadi tidak stabil. Tetapi di Dewan yang mulia ini, perkara seperti itu tidak berlaku. Dan kita tidak ada mana-mana pergolakan politik di, khususnya di Negeri Sembilan ini. So ini adalah satu contoh. Dan sudah tentu kita pada masa itu sebagai kerajaan dan juga sebagai ahli-ahli pembangkang, kita telah pun memainkan peranan kita, peranan masing-masing dengan baik. Sudah tentu sebagai ahli dalam kerajaan dan juga sebagai pembangkang. Kalau ada kritikan, kalau kritikan itu adalah kritikan yang munasabah dan boleh diterima kerajaan dengar dan beberapa pembetulan sebelum ini dalam Dewan Undangan Negeri ini sendiri pun telah dilakukan. Dan ini adalah suatu fungsinya Dewan Undangan Negeri ini kerajaan dan pembangkang itu berfungsi dengan baik. Dan ini kita telah buktikan di Dewan Undangan Negeri ini. Dan sudah tentu PRU 14, kita dalam Barisan Nasional, 16 Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih melalui Barisan Nasional. Walaupun pada masa itu selepas 60 tahun kerajaan bertukar di persekutuan dan juga di negeri, tidak ada

mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri walaupun dalam barisan pembangkang lompat masuk kerajaan. Sama jugak di pihak kerajaan pada tahun 2020, Langkah Sheraton menyebabkan berlakunya perubahan di peringkat persekutuan tetapi di negeri ini, 20 kerusi yang dimenangi di negeri ini oleh wakil daripada Pakatan Harapan kekal berdiri ataupun berada di pihak Pakatan Harapan dan tidak berlaku apa-apa perubahan. Dan setiap ahli dalam Dewan Undangan Negeri ini menghormati mandat yang telah pun diberikan oleh rakyat oleh pengundi pada PRU 14. Dan oleh, sudah tentu Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ini adalah salah satu Dewan Undangan Negeri yang boleh dijadikan contoh kepada sistem demokrasi negara kita. Dan kestabilan politik ini adalah sangat penting untuk kita menumpukan kerja khususnya kita dalam kerajaan dan untuk mentadbir negara, negeri ini dengan baik dan dapat memberikan kebaikan kepada rakyat kita.

Hasil kestabilan politik ini telah pun menyebabkan, telah pun membawa banyak pencapaian khususnya dalam 5 tahun ini di peringkat negeri, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Antaranya hasil negeri bertambah setiap tahun. Ini adalah usaha daripada semua pihak. Contoh tahun 2019 Ringgit Malaysia 556 juta kita berjaya kutip iaitu surplus lebih, surplus Ringgit Malaysia 150 juta. Sama juga tahun lepas, tahun 2022, kita berjaya mengutip 521 juta ataupun 120.64% daripada sasaran iaitu Ringgit Malaysia 432 juta bagi tahun 2022. Dari segi reserve tunai, ia meningkat setiap tahun. Disember 2018 – Ringgit Malaysia 687.7 juta. Tahun 2019 – Ringgit Malaysia 875 juta. 2020 ada seketikanya reserve tunai kita telah pun mencecah Ringgit Malaysia 1.06 bilion dan rizab ini dapat digunakan khususnya pada, untuk sediakan belanjawan tambahan sebanyak 50 juta semasa kita menghadapi pandemik COVID-19, untuk kita membantu rakyat.

Dan satu lagi indikator yang kita boleh lihat adalah jumlah pelaburan yang terus meningkat di negeri kita. 2018 – 2.86 bilion. 2019 – 6.96 bilion. 2020 – 7.93 bilion. 2021 – 5.76 bilion. Dan saya pasti tahun lepas lebih daripada angka yang kita catatkan sebelum ini. So ini semua adalah hasil yang kita dapat. Dan sudah tentu hasil daripada ini kita terjemahkan dalam pelbagai inisiaitf melalui pengumuman setiap kali belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan. 2019, Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun memperkenalkan 13 inisiatif. Ia ditingkatkan pada tahun 2020 kepada 29 inisiatif. 2021 – 53 inisiatif dengan 69.58 juta ringgit. 2022 – 52 inisiatif dengan 64 juta ringgit. Dan tahun ini, 64 inisiatif dengan 107 juta ringgit. Ini adalah usaha yang dilakukan oleh semua anggota pentadbiran mahupun kerajaan ataupun mahupun daripada pegawai-pegawai kerajaan kita.

Dan oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ini dan tidak lupa juga atas usaha dan juga komitmen daripada pegawai, daripada ketua-ketua jabatan dan juga pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Sembilan yang telah pun memberikan komitmen dan juga melaksanakan tanggungjawab dengan baik untuk kita sama-sama mencapai satu kejayaan yang kita boleh banggakan sama-sama di Dewan Undangan Negeri ini.

Dan hari ini selepas 5 tahun kita melalui beberapa minggu yang akan datang ini, Dewan Undangan, Dewan Undangan Negeri ini akan dibubarkan untuk kita mendapatkan satu lagi mandat yang baharu daripada pengundi di Negeri Sembilan untuk dipilih sebagai wakil ataupun ADUN di kawasan masing-masing untuk ke dalam Dewan Undangan Negeri ini. Dan sudah tentu pada PRU 15 iaitu pada November 2022, kita dapat lihat satu perubahan landskap politik yang besar berlaku di negara kita. 2 gabungan besar iaitu Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan yang menjadi permusuhan dalam politik sebelum ini, atas titah ataupun nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong telah pun membentuk satu kerajaan yang bersama iaitu Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan.

Ini adalah satu keadaan di mana kita telah pun meletakkan kepentingan parti, prinsip ataupun kepentingan parti itu adalah ditepikan dan kepentingan negara ataupun rakyat itu didahulukan. Dan kita telah pun menubuhkan satu kerajaan yang bersama dengan gabungan daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan daripada gabungan parti Sarawak, Sabah dan juga beberapa parti lain. Dan ini satu keadaan yang, yang telah pun mengubah landskap politik negara kita. Kita sudah tentu kita semua ada banyak perbezaan. Parti kita ada banyak perbezaan pendapat tetapi kita juga ada persamaan yang kita boleh dibawa ke depan untuk kita memperjuangkan, untuk kita membawa satu perubahan ataupun kebaikan kepada rakyat di negara kita.

Dan sudah tentu sekali lagi selepas landskap politik negara kita pada PRU 15, Dewan Undangan Negeri menjadi tumpuan lagi. 2 orang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ini iaitu Yang Berhormat Chennah dipilih, dulu dia adalah ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, dipilih sebagai Menteri Pengangkutan. Sama jugak Yang Berhormat Rantau, dulu sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Negeri

Sembilan dipilih sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Bukan itu sahaja, 4 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri dipilih juga sebagai Ahli Parlimen. Kita didahului dengan Yang Amat Berhormat Sikamat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Yang Berhormat Serting sebagai Ahli Parlimen Jempol, Yang Berhormat Senaling sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah dan Yang Berhormat Gemencheh sebagai Ahli Parlimen Tampin.

Dan kita harap kestabilan politik yang kita telah pun ada pada hari ini adalah sangat penting untuk kita memacu negara kita ke satu tahap yang lebih baik. Dan sudah tentu ini akan meyakinkan negara-negara luar untuk membawa pelaburan masuk ke dalam negara kita. Apabila banyak pelaburan kita dapat tarik, sudah tentu banyak peluang pekerjaan, peluang ekonomi, peluang perniagaan dapat diwujudkan di negeri, di negara ataupun di negeri kita. Dan sudah tentu ini akan mengubah nasib setiap keluarga di negara kita. Dan kita harap 2 gabungan yang ada pada hari ini dalam, di bawah Kerajaan Perpaduan kita akan lihat dalam Pilihan Raya Negeri akan datang sebagai satu kekuatan yang ada di parti ataupun di gabungan masing-masing yang boleh digabungkan, digembelengkan untuk kita memenangi hati pengundi di Negeri Sembilan. Dan sekali lagi pokoknya adalah kestabilan politik itu sangat penting untuk kita memastikan sesuatu kerajaan itu ditadbir dengan baik. Sesuatu kerajaan itu diuruskan dengan baik tanpa ada apa-apa pergolakan dalam politik.

Dan akhirnya saya berharap harapan yang diletakkan oleh rakyat dan juga harapan kita adalah untuk memastikan kita dapat menjadi satu kerajaan yang sangat stabil untuk memastikan segala agenda ataupun kesinambungan yang berlaku berpuluh tahun ini mahupun daripada kerajaan sebelum ini dan kerajaan pada hari ini dapat diteruskan dengan kekuatan masing-masing untuk kita sama-sama membawa satu perubahan yang besar ataupun satu perubahan yang positif kepada negeri yang tercinta ini. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Nilai. Sekarang beliau adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan, Menteri Kerja Raya ya? Pengangkutan dan Kerja Raya. Menteri Pengangkutan. Menteri Pengangkutan, minta maaf. Okey, the last one, Chuah ya, okey.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam ucapan penangguhan Persidangan Kelima Penggal Kelima DUN Negeri Sembilan Darul Khusus Yang Ke-14. Salam Malaysia Madani. Chuah mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri, maaf

zahir batin. Saya, dalam ucapan penangguhan ini, saya ingin meng, menyentuh sedikit sebanyak mengenai Negeri Sembilan ke arah ekonomi digital.

Pada 12 haribulan Februari 1996, Kerajaan Malaysia melancarkan koridor, Koridor Raya Multimedia ataupun, dengan, izin Multimedia Super Corridor (MSC) untuk mencipta ekonomi berasas pengetahuan atau (K-Ekonomi) yang digerakkan oleh teknologi dan inovasi. MSC direka untuk membantu mencapai objektif dengan menyediakan infrastruktur teknologi bertaraf dunia dan men, dan mencipta persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan industri multimedia dan teknologi. Inilah pembawa perubahan dari E-Ekonomi ataupun production, dengan izin, ke K-Ekonomi (knowledge based economy). Kita mempelajari kelemahan dan kekurangan MSC dan mewujudkan polisi suasana mesra dagang dan pendidikan supaya ini dapat membawa Negeri Sembilan ke arah ekonomi digital.

Langkah-langkah berikut boleh diambil untuk menjayakan inisiatif ini. Membangun infrastruktur digital yang kukuh untuk menyediakan penyambungan internet yang pantas dan memperluaskan infrastruktur digital di kawasan luar bandar. Berikan tumpuan kepada 5G. 5G ah, dan jalur lebar yang stable. Mempromosikan literasi digital dan menggalakkan penggunaan teknologi digital dengan menyediakan latihan dan pelengkapan kepada penduduk tempatan. Mulakan dengan murid Tahun 1 dengan pembukaan akaun simpanan dan gunakan E-Banking. Saya yakin Kerajaan Negeri boleh melaksanakan projek seperti ini. Memberi sokongan kewangan dan kawal selia kepada perniagaan yang ingin mengadopsi teknologi digital dan meneroka model, model haa, perniagaan baru, berikan insentif kewangan. Menggalakkan penggunaan platform e-Dagang dan pembayaran digital untuk memudahkan urus niaga atas talian dan mempromosikan perniagaan tempatan.

Usahasama dengan bank supaya semua kedai runcit atau perniagaan peruncitan menggunakan e-payment. Mendorong inovasi dan keusahawanan dalam sektor digital melalui program dan insentif seperti inkubator, hackathon dan geran kewangan iaitu grant, dengan izin. Membangunkan bandar pintar dan komuniti dengan memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. Meningkatkan perancangan bandar dan meningkatkan kualiti hidup. Memesyaratkan, memasyarakatkan IOT dengan izin, internet off things atau smart city di MVV 2.0. Mempromosikan penggunaan analisa data untuk meningkatkan pembuatan keputusan mengenai pasti, mengenal pasti peluang

perniagaan baru dan meningkatkan kecekapan dalam pelbagai industri.

Gangguan bekalan air (downtime), dengan izin, dapat dikesan dan tindakan mengatasi masalah dipercepatkan. Membangunkan langkah-langkah keselamatan siber yang kukuh untuk melindungi daripada ancaman siber dan memastikan keselamatan infrastruktur digital. Secara keseluruhannya langkah-langkah ini dapat membantu Negeri Sembilan bergerak ke arah ekonomi digital dan memanfaatkan pelbagai peluang yang ditawarkan.

Untuk melatih tenaga kerja untuk mengadapsi digitalisasi, langkah-langkah berikut boleh diambil:

• Jalankan analisa jurang kemahiran untuk mengenal pasti kemahiran digital yang kurang dalam tenaga kerja.

• Pembangunan pelan latihan yang memenuhi keperluan kemahiran digital yang dikenal pasti dan menetapkan objektif yang jelas untuk program latihan.

• Menyediakan latihan yang sesuai dengan keperluan kursus tenaga kerja termasuk kursus dalam talian, bengkel dan latihan praktikal.

• Mendorong budaya pembelajaran dalam organisasi dengan mempromosikan peluang pembelajaran dan pembangunan berterusan.

• Menyediakan pelengkapan dengan izin, resources dan sokongan yang diperlukan seperti teknologi, alat dan mentor untuk membantu tenaga kerja mengadapsi teknologi digital.

• Memperlihatkan kelebihan digitalai, digit, digitalisasi kepada tenaga kerja seperti meningkatkan produktiviti, peningkatan kecekapan dan peningkatan peluang kerja.

• Mendorong kerjasama dan perkongsian pengetahuan di kalangan tenaga kerja untuk menfasilitasi pengadapsian yang digital, digitalisasi dan mendorong budaya inovasi.

Saya juga mengingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai Lembah Wawasan Malaysia 2.0 iaitu Malaysian Vision Valley 2.0, lebih dikenal sebagai MVV 2.0. Dato’ Yang Dipertua, MVV 2.0 berpotensi untuk memantu, membantu Negeri Sembilan dalam mempromosikan negeri

ke arah ekonomi digital sebagai projek langkah panjang yang bertujuan untuk mengubah kawasan tersebut menjadi pusat ekonomi utama dengan fokus kepada industri berteknologi tinggi dan bandar pintar. MVV 2.0 dijangka dapat menarik pelaburan domestik dan asing, mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhan kawasan tersebut. Ini akan memberi suasana kondusif untuk pertumbuhan ekonomi digital di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, pembangunan projek infrastruktur seperti lebuh raya, kereta api, lapangan terbang dan pelabuhan serta penubuhan pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan dan taman perindustrian akan menyediakan landasan yang diperlukan untuk pertumbuhan industri digital di kawasan tersebut. Tambahan pula MVV 2.0 bertujuan untuk memasukkan konsep bandar pintar yang melibatkan penginterasian teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan kelestarian bandar dan dengan itu mempromosikan pertubuhan ekonomi digital. Secara keseluruhan MVV 2.0 berpotensi untuk menyokong pembangunan ekonomi digital yang berjaya saing di Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya.

MVV 2.0 dari Seremban hingga Port Dickson yang merangkumi 33,227 ekar untuk, dan di kepada 4 bahagian. Perancangan bermula 2021 hingga 2045 dengan Parcel A (Technologi Park) merangkumi 2,838 ekar, Parcel B (Smart City) merangkumi 8,796 ekar, Parcel C (Aerospace Valley) 15,373 ekar, Parcel D (Maritime Hub) 6,220 ekar. Syabas, YB Dato’ Exco Pelaburan kerana bertungkus lumus menjayakan rancangan MVV 2.0 bersama dengan pegawai Kerajaan Negeri. Mohon agar Kerajaan Negeri tidak lupa untuk memastikan kemudahan di kawasan tersebut mempunyai bekalan air yang mencukupi, bekalan elektrik, trafik terkawal dan juga pengambilan tenaga orang tempatan. Tidak ketinggalan kutipan sampah.

Di Port Dickson, kita sering menghadapi masalah gangguan bekalan air terutama di kawasan Chuah. Tekanan air rendah. Itu satu kebiasaan dan ini akan menjejaskan pelaburan untuk industri teknologi tinggi yang menggunakan air dan memerlukan bekalan air tidak terputus. Teknologi jugak boleh terima maklumat dari pelanggan untuk mengesan gangguan bekalan air dan waktu gangguan iaitu dengan izin, downtime supaya bekalan air disalurkan secara lebih efisien.

Selain dari itu, penggunaan sistem e-wallet dan e-payment memberikan pelbagai kebaikan kepada negara dan rakyat seperti berikut:

• pembayaran menggunakan e-payment meninggalkan jejak digital yang yang paling mudah dijejaki dan diaudit, mengurangkan kemungkinan mengelakkan cukai dan meningkatkan pendapatan cukai kerajaan.

• E-payment boleh diproses dengan lebih cekap dan kos rendah berbanding kaedah, pembayaran tradisional seperti tunai dan cek. Ini dapat menjimatkan wang kerajaan pada percetakan, pengangkutan dan penyimpanan tunai dan cek.

• Sistem e-payment boleh meningkatkan ketelusan dan accountability dalam urus niaga kewangan, mengurangkan risiko rasuah dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kerajaan.

• E-wallet dan sistem e-payment boleh membantu orang yang kurang berurusan dengan bank atau tidak mempunyai akaun bank untuk mengakseskan perkhidmatan kewangan tradisional meningkatkan inklusif kewangan di negara.

• Kebaikan kepada rakyat. Kemudahan sistem e-wallet dan e-payment menawarkan cara pembayaran yang mudah dan tanpa kesulitan, menghapuskan keperluan untuk tunai fizikal dan mengurangkan risiko kehilangan atau kecurian.

• E-payment boleh diproses dengan segera, menjimatkan masa dan usaha berbanding kaedah pembayaran tradisional yang mungkin memerlukan perjalanan fizikal ke lokasi pembayaran.

• Sistem e-payment menggunakan ciri keselamatan canggih seperti penyulitan dan pengesahan 2 faktor untuk memastikan keselamatan urus niaga kewangan, mengurangkan risiko penipuan dan pencurian identiti.

• Ramai E-Wallet dan sistem e-wallet menawarkan cashback ganjaran yang menggunakan perkhidmatan untuk mereka …..

Yang Dipertua Dewan

Chuah, panjang lagi ke?

Sikit lagi, 2 minit.

Yang Dipertua Dewan

Seminitlah.

Ya.

Yang Dipertua Dewan

Lama dah ni.

2 line saja. Jadi ramai e wallet dan sistem epayment menawarkan cashback dan ganjaran untuk menggunakan perkhidmatan mereka memberikan insentif kewangan tambahan kepada pengguna. Secara keseluruhan, penggunaan sistem e-wallet dan e-payment memberikan manfaat yang signifikan kepada negara dan rakyat termasuk peningkatan kecekapan, ketelusan dan inklusif kewangan. Mudah-mudahan berjalan lancar ke dunia digital dan Negeri Sembilan mencapai matlamat sebagai negeri yang maju.

Di sini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai kerajaan terutama penjawat awam Negeri Sembilan yang berusaha dan menjayakan Kerajaan Negeri Negeri, Negeri Sembilan. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Sebab ini sidang kita terakhir, saya pun tak sampai hati ada kawan-kawan mintak nak berucap 5 minit. Jadi Serting mintak 5 minit nak berucap. Jadi saya, sebab tak ada dalam senarai. Boleh ya? Dibenarkan ya?

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jadi sekali lagi saya ucap berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi laluan, mungkin ini yang terakhirlah bagi saya ya. Alhamdulillah, ini bak kato orang tu sebagai budi bahaso lah.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Jadi saya di sini dulu sejak 2008, sudah 3 penggal, ramai rakan-rakan saya di sini juga ya, jadi mungkin ini yang terakhir bagi saya. Dan sekarang ni saya diamanahkan ya, selaku Ahli Parlimen Jempol. Jadi bak keteh orang Negeri Sembilan tu, kalau datang tu nampak muko eh kan. Jadi kalau balik nampak belakang. Kalau tidak, saya hilang saja. Tak bolehlah macam tu. Jadi ni, ya, betul tu, datang nampak muko kan, balik nampak belakang. Jadi begitulah. Jadi saya juga ambil kesempatan di sini, alhamdulillah …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan tak nampak langsung jelah.

….. dalam masa 3 penggal ni banyak asam garam kitalah, pahit manis bersama dengan rakan-rakan. Seperti rakan saya di Tampin dan juga di Kuala Pilah tadi ya, kita di Parlimen sekarang bersama Yang Berhormat ADUN Rantau. Jadi dulu berpengalaman ya, di sini ya, macam-macamlah kita lalui ya, dalam kita sama-sama

mengurus negara kita untuk menjaga kepentingan rakyat dan juga memajukan Negeri Sembilan ni secara keseluruhannya. Jadi, dah pernah jadi kerajaan ya, kemudian jadi pembangkang dan hari ini di bawah Kerajaan Perpaduan, alhamdulillah. Ini semualah pengalaman-pengalaman manis ya, jadi kerajaan ada, jadi pembangkang ada dan juga hari ini bersama di bawah Kerajaan Perpaduan ya. Sebagaimana hasrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong bila pilihan raya hari tu, fokus Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara kita ni stabil ya, politik negara kita stabil, ekonomi stabil, semuanya mantap. Insya-Allah ya, dengan dokongan yang ada pada hari ini, Kerajaan Perpaduan ini akan dapat terus mantaplah ya.

Yang Dipertua Dewan

Insya-Allah.

Sebab cukuplah pengalaman sebelum ini yang mana hari ini, itu sebab kerajaan yang ada hari ini, kita cuba memulihkan semula ekonomi negara kita ya, yang telah pun tersasar. Jadi mudah-mudahan ya, kerajaan kita ada ini dan tak lama lagi pilihan raya ya, insya-Allah kita yakin ya, dengan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri, rakyat kita dapat membuat penilaian ya, yang waras untuk menentukan, membentuk sebuah kerajaan baru yang mantap ya. Dan alhamdulillah saya ucap terima kasih ya, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, yang dapat mengemudi Kerajaan Negeri Sembilan. Alhamdulillah kita bersama dan dapat kita lihat ya, kemajuan-kemajuan yang mana telah pun diusahakan dulu oleh Yang Berhormat Rantau, kemudian disambung, dibuat penambahbaikan oleh kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat. Dan alhamdulillah kita lihat pencapaian-pencapaian kita dari segi keseluruhannya. Apa yang penting di sini kita lihat Negeri Sembilan bertambah maju.

Cuma di akhir ni di, kalau di Jempol lah yang belum selosai tadi tulah dia lebuh raya Seremban – Jempol. Kemudian ada saya sebutkan tadi juga yang masalah kalau di Serting, di Jempol, tebatan banjir ya, Sungai Serting dan juga Sungai Jempol. Perumahan generasi kedua dalam felda dan juga perumahan rakyatlah. Ini bukan saja di Jempol tapi keseluruhanlah. Inilah desakan-desakan iaitu permasalahan perumahan rakyat Negeri Sembilan dan di tanah rancangan FELDA, perumahan generasi kedua dan juga kawasan tebatan-tebatan banjirlah keseluruhannya.

Jadi itu sikit sajalah yang nak sampaikan. Jadi saya ucap banyak terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi laluan khas kepada saya dalam mungkin ucapan saya yang terakhir di Dewan yang mulia

ini. Jadi banyak jugalah pengalaman pahit manis di sini. Dan semasa saya 3 penggal di sini, sekiranya ada tutur bicara, tingkah laku saya yang sumbang kata tu, sumbang pemandangan, sumbang pendengaran, sumbang pertuturan, jadi saya juga memohon ya, berbanyak-banyak ampun apa, kemaafanlah kepada tuan-tuan dan puan-puan. Dan tahniah jugalah kepada Dato’ Speaker ya, selama menjadi Speaker ini dapat mengurus ya, mengurus tadbir perjalanan persidangan kita dengan jayanya. Syabas dan tahniah semua. Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Nampaknya 3 Ahli Parlimen kita daripada BN semua nak tumpu Parlimen. Jadi Menteri kot lopeh ni? Insya-Allah. Jadi Mentori sonanglah kito sok, jumpo ya. Saya, sebelum saya nak persilakan MB saya nak pantun dululah ya.

Kalau tuan pergi ke ladang Jangan lupa membawa parang Sudah lama kita bersidang Hanya yang baik kita bawa pulang

Silakan MB.

Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada ucapan penangguhan daripada rakan-rakan Yang Berhormat dan saya harap bahawa ketua-ketua jabatan dapat memberikan respon yang baik selepas ini terhadap aduan-aduan yang diberikan. Kita tak perlu jawab pun sebenarnya tetapi saya harap bahawa jangan diambil ringan, diberi perhatian dan diambil tindakan oleh semua ketua jabatan mengenai perkara-perkara yang ditimbulkan oleh ketua jabat, oleh Yang Berhormat ADUN kita yang menyampaikan pandangan, masalah permasalahan di kawasan masing-masing.

Jadi terima kasih kepada Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Timbalan Speaker, semua Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat ADUN, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, tak lupa buat Unit Dewan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang terlibat dalam persidangan DUN, terima kasih atas kerjasama selama penggal ini. Semoga khidmat bakti yang dicurahkan ini mendapat pahala dan keredhaan Allah SWT. Saya juga memohon maaf jika ada salah silap dan, daripada tutur kata yang erti kata penglihatan, pendengaran itu cukup akan mencacatkan, saya mohon ampun dan maaf. Dan semoga kita berjumpa lagi di persidangan yang akan datang. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sodih lak saya dongar, ni kali pertama saya dongar MB cakap pendek tu tau. Jadi saya, saya pertamanya saya, dah 5 tahun saya dengan tuan-tuan ni kan, saya mohon maaflah. Ada yang saya marah, ada yang saya tegur, ada yang saya suara tinggi. Biasolah kan? Kita adik-beradik lah eh, dalam ni. Banyaklah, ada perkataan-perkataan yang tak sesuai saya gunakan saya mohon maaf, ada gurau-gurauan yang terlebih ya, pun saya mohon maaf. Saya pun harap kita dapat jumpalah sidang akan datang, haa jumpa, jumpa di mana-mana. Yang mana tak bertanding DUN pun, insya-Allah jadi Mentori Parlimen esok, kita jumpa di Parlimen pulak kan. Dan ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, selama 5 tahun dia berjaya mengendalikan Kerajaan Negeri yang baik, prestasi kewangan yang baik. Tak lupa pada Exco-Exco, tak lupa kepada sabahat-sahabat saya Ampangan, Paroi, Labu, Klawang, Repah, siapa lagi ni? Haa Lukut, Bukit Kepayang, Pilah, semua Exco lah. Lenggeng? Lenggeng dia tak masuk Exco. Saya sebut Exco je dulu. Dan semua ADUN-ADUN ya, ADUN, ADUN ada kerajaan dan Kerajaan Perpaduan lah, yang hari ni kita duduk sama. Dia, dia kalau kang pantun pulak saya kat sini kang ni haa. Apa nama tu,

Minum pagi kuih manis, YB Chembong sangat sinis.

Pantun 2 kerat. Pantun 2 kerat. Dio memang, memang sinis tu. Saya tak tahu yang mana dia gurau, mana dia serius, saya tak tahulah. Haa okey. Okey. Tapi dia tak belanja saya lagi tau, ya. Elaun dah naik dah. Dapat kan? Tapi tak ada belanja lagi. Jadi saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah berjaya mengendalikan Kerajaan Negeri dan termasuk kepada Exco-Exco yang ada, Exco pelaburan yang telah meningkatkan pelaburan kita. Haa tinggi pelaburan ya. Saya harap kita bergabung ni kita akan terus maju ke depan.

Boleh tak maafkan saya semua ni? Boleh ya? Saya mohon maaf daripada hujung rambut sampai hujung kakilah. Kadang-kadang saya pun kat tak boleh control juga duduk atas ni. Tuan-tuan ingat senangkah duduk sini? Bak kata, kata apa ni sahabat saya daripada Kota tadi, dia pernah duduk sini 5 tahun. Sama dengan saya 5 tahun. Bukan sonang. Kadang-kadang kita tengok je kan, kita, kita, tengoklah macam mana. Yang mana boleh kita duduk esok, kita duduklah. Tadi siapa Gemencheh, dia offer saya pergi Gemencheh. Tak apalah, saya nak balik kampunglah cadangan saya ni. Saya nak balik kampung sey lah. Susah bona kan? Balik kampunglah, insya-Allah. Jadi saya ucapkan terima kasih. Saya mohon maaf, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT, saya tangguhkan persidangan kita buat kali ini.

Kita jumpa insya-Allah dalam sidang akan datang kalau dipanjangkan umur ada rezeki kita. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.20 petang]