Negeri Sembilan · 9 October 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 18 turns · 1,170 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.

[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengucapkan selamat datang kepada para hadirin sekalian dan dengan izin Allah jua, dapat kita berkumpul bagi Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. InsyaAllah, sidang kali ini dijadualkan akan berlangsung selama 5 hari mulai dari hari ini, 9 haribulan Oktober 2023, hingga 13 haribulan Oktober 2023 nanti, iaitu hari Jumaat.

Persidangan hari ini, persidangan hari ini ialah, akan dirasmikan sebentar nanti oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Saya berharap para hadirin sekalian dapat memberikan tumpuan kepada Titah Ucapan Perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebentar nanti dan dapat dibahaskan oleh semua ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan nanti.

Hadirin sekalian, saya seterusnya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook; Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Negeri Kawasan Chennah telah sempurna mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Penggal Dewan Undangan Negeri Ke-15 ini di hadapan saya sekitar jam 8:00 pagi tadi, selaras dengan Peraturan I, Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan tahun 1960.

Saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini kelak, akan ketidakhadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau tidak dapat hadir pada hari ini atas tugasan di Parlimen bagi menjawab soalan lisan dan sesi Minister Question Time untuk Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Saya telah mengaturkan agar Yang Berhormat ADUN Rantau untuk mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan saya esok, iaitu hari Selasa, 10 Oktober 2023.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini bahawa saya telah menerima notis daripada Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu; Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan melalui surat beliau kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri bertarikh 25 September 2023 berhubung penetapan Yang Berhormat Tuan Ridzuan bin Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemas sebagai Ketua Pembangkang bagi sesi Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15 ini. Sehubungan itu juga, kedudukan kerusi Yang Berhormat ADUN Gemas, Yang Berhormat ADUN Paroi ditukarkan secara one to one basis. Manakala kedudukan kerusi bagi lain-lain ahli Yang Berhormat adalah kekal sebagaimana hari Persidangan Pertama pada 26 September 2023 lalu.

Hadirin sekalian, saya amat berharap dan sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta dalam keadaan penuh harmoni dan berharap ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat menjaga nama baik dan etika sebagai ahli Yang Berhormat dalam Dewan Yang Mulia ini. Sekian dulu perutusan saya dan saya akhiri dengan lafaz wabillahitaufik wal hidayah

wassalamualikum warahmatullahi taala wabarokatuh selamat bersidang. Terima kasih.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Terdapat 2 Peringatan Mesyuarat untuk disahkan pada hari ini. Pertama, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Kelima Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 8 Mei 2023.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Kelima Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diedarkan pada 8, yang telah diadakan pada 8 Mei 2023 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang di, Yang Dipertua, Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[Keputusan undian: semua 35 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Peringatan Mesyuarat Kali Kelima Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 yang telah diadakan pada 8 Mei 2023 disahkan tanpa pindaan]

Setiausaha Dewan

Kedua, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 26 September 2023.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada

26 September 2023 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan.

[Keputusan undian: semua 35 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 26 September 2023 juga disahkan tanpa pindaan. Seterusnya YB Yang Dipertua Dewan menandatangani kedua-dua Peringatan Mesyuarat yang telah disahkan]

Titah Ucapan DirajaAddress / budget

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan menyampaikan Titah baginda dalam Dewan yang mulia ini. Dan sekarang Dewan ditangguhkan sebentar untuk keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Tuanku.

[YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan]

[Persidangan Dewan ditangguhkan seketika]

Setiausaha Dewan

Ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin. Ketibaan Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau. Ketibaan Yang Teramat Mulia Undang Luak Johol. Ketibaan Yang Teramat Mulia Undang Luak Jelebu.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Mengadap Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ampun Tuanku, patik memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melafazkan Titah kepada sidang hadirin dalam Dewan yang mulia ini. Mohon perkenan Tuanku.

[YAB ADUN Sikamat menyembahkan Teks Titah Ucapan DiRaja kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]

[DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyampaikan Titah baginda]

[YAB ADUN Sikamat mengambil semula Teks Titah Ucapan]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Menjunjung kasih Tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan. Dewan akan disambung semula pada hari Selasa; 10 Oktober 2023 bersamaan 24 Rabiulawal 1445 Hijrah mulai jam 10.00 pagi.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan.

[Bentara Dewan menanggung Cokmar mendahului DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]

[YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan]

[YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan]

Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada jam 11.03 pagi.