Negeri Sembilan · 10 October 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 186 turns · 30,635 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Johol.
[YB ADUN Johol telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, muka surat 11 di dalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitubillahirobba, wabil islamidiina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Hadirin sekalian, alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi persiapan kedua, Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini, 10 Oktober 2023 bersamaan 24 Rabi’ulawal 1445 Hijrah dan kita telah masuk hari kedua persidangan.
Saya seterusnya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau telah sempurna mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan bagi Penggal Dewan
Undangan Negeri Ke-15 ini di hadapan saya tadi, sekitar jam 9:30 pagi tadi, selaras dengan Peraturan I, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan tahun 1960.
Hadirin sekalian, sebagaimana maklum, agenda persidangan ini, kita adalah pada hari ini selain Menyusun mesyuarat utama, kita juga akan mula membahas usul Menjunjung Kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan Baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Pertama pada hari semalam, 9 Oktober 2023. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan itu nanti.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sembilan juga sedang dalam persediaan untuk bersidang, untuk persidangan Belanjawan Tahun 2024 yang dijadualkan pada 1, 4 hingga 7 dan 11 Disember 2023 nanti.
Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan ini, kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.
Membentangkan Kertas Dewan
Perkara ketiga, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu Kertas Dewan Bil. 2/2023; Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Tahun 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan bahagian kedua Tahun 2023 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tiada Laporan dan Penyata Kewangan untuk dibentangkan di persidangan kali ini.
Pertanyaan-PertanyaanQuestions
5.1 Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Yang pertama, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Saya menjemput Temiang, Yang Berhormat Temiang, untuk soalan ya. Ni mana? Oh. Mintak maaf. Saya menjemput Yang Berhormat Rantau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bertanyakan soalan nombor 1 berkenaan dengan status Pusat Rekreasi Air Panas Pedas. Nombor 1, mengapa ia ditutup? Nombor 2, bila dia nak bukak balik? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Rantau atas soalan berkenaan dengan mengapa pusat rekreasi air panas ditutup dan apakah perancangan Kerajaan Negeri Sembilan di atas tapak air panas tersebut. Sebelum tu ingin saya memberi serangkap pantun.
Mari kita pergi ke Dungun, Sambil bawa barang sepeti, Daerah Rantau pesat membangun, Marilah kerja bersatu hati.
Sebenarnya saya berasal daripada Pedas. Saya berasal dari Pedas, di mana ibu saya memaksa saya menghabiskan kebanyakan masa cuti sekolah saya untuk menoreh getah bersama-sama beliau supaya tidak, tidak hilang daratan. Oleh saya rasa saya ingin nak, memang ingin melihat kawasan Pedas ini dibangunkan.
Jawapan saya adalah, Wet World Air Panas Pedas tidak beroperasi sepenuhnya sekitar tahun 2019 apabila pandemik COVID-19 melanda. Impak dari pandemik tersebut, pihak pemaju tidak dapat beroperasi semula atas faktor kekangan kewangan. Pihak pemaju Wet World Air Panas Pedas telah berbincang dengan Kerajaan Negeri dan juga Majlis
Daerah Rembau dengan cadangan pelaburan baru di tapak tersebut. Rentetan dari cadangan tersebut, pihak pemaju memohon untuk lanjutan pajakan dari perjanjian asal yang tamat pada 2058 iaitu lanjutan selama 30 tahun. Melalui permohonan tersebut, beberapa siri rundingan telah dibuat dan sehingga kini proses rundingan sedang dijalankan dan perjanjian belum dapat dimeterai. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayang ya. Yang Berhormat Kepayang di atas penerangan berkenaan dengan status Pusat Rekreasi Air Panas Pedas. Dato’ Yang Dipertua, seperti mana yang kita maklum Pusat Rekreasi Air Panas Pedas ni merupakan salah satu daripada tarikan pelancong datang ke Negeri Sembilan. Malahan pulak, ia berhampiran dengan exit tol kita ya. Dan ia merupakan salah satu daripada produk pelancongan Negeri Sembilan, dulu. Walaupun diuruskan dengan serba kekurangan, tetapi ini adalah merupakan salah satu produk pelancongan. Saya berharap ya, supaya Kerajaan Negeri benar-benar melihat Pusat Rekreasi Air Panas Pedas ini kerana ia akan dapat menambah nilai produk pelancongan di negeri kita. Dan pelancongan adalah merupakan salah satu daripada sumber pertumbuhan GDP kita yang perlu kita beri tekanan ya. Kerana pelancongan ini dia merupakan satu orang kata, bukan sahaja kalau perkilangan itu dia banyak kepada machineries, tapi pelancongan ini semua orang akan dapat merasa, orang jual makan, macam-macam ya, produk-produk kraftangan.
Saya nak tanya satu, bila boleh kita memuktamadkan perundingan ini kerana saya rasa, Dato’ Dipertua, perundingan ini banyak bergantung dan jugak berkisar kepada untuk menambah tahun untuk mereka menyewa tanah tersebut 30 tahun, dan dia nak membesarkan sebab operator ni operator yang amat besar, dia merupakan pemegang kepada produk Smurfs dan yang lain-lain seperti di Genting Highland. Dia operator, dia untuk Asia Tenggara. Bagi mereka, mereka amat berminat untuk memulakan semula dan membesarkan kawasan yang mereka nak buat sebab dia nak Smurfs world di situ. Jadi saya harap ya, dan saya mintak Kerajaan Negeri segerakan perundingan ini ya, 30 tahun untuk mereka tambah dia punya lease hold tersebut, saya rasa Majlis Daerah Rembau mesti memberikan suatu orang kata, sokongan kuat kepada Kerajaan Negeri untuk kita pastikan produk pelancongan untuk Negeri Sembilan, menambah pendapatan, menambah GDP negeri kita itu, dapat direalisasikan kerana kita lihat GDP kita banyak bergantung kepada sektor pelaburan awam dan jugak kepada perkilangan. Pelancongan dan agriculture ini perlu kita beri penekanan untuk kita ada satu sustainable yang mampan ya, produk ataupun pemangkin GDP kita yang sustainable. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Terima kasih yang, Yang Berhormat Rantau. Memang dalam perbincangan kita tempoh hari adalah mengenai tempoh lanjutan ya. Mereka mohon untuk 60 tahun, kita bagi 30 tahun. Jadi perbunci, perbincangan ini kita telah luluskan, dan perbincangan di peringkat, ini adalah di antara Majlis Daerah Rembau dengan pihak Wet World Air Panas Pedas dan ketika mereka memohon tambahan itu, kita telah luluskan 30 tahun. Tetapi pihak pemaju inginkan 60 tahun tambahan. Jadi kita akan balik kepada Majlis Daerah Rembau untuk mereka mohon semula, untuk mohon semula supaya kita tambah lagi 60 tahun, supaya ada pembangunan yang lebih besar di situ. Seperti yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Rantau, memang dalam perbincangan kita di peringkat awal, tetapi kelulusan itu menyebabkan, 30 tahun itu mereka kurang bersetuju. Dan insyaAllah kita akan minta supaya Majlis Daerah Rembau supaya memohon semula tambahan lagi 30 tahun, menjadikan 60 tahun, insyaAllah. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Gemas.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya bertanyakan soalan Jalan Gemas – Tampin. Jalan Gemas – Tampin merupakan jalan utama dari utara Johor dan laluan utama kenderaan angkatan tentera dari Kem Tentera Gemas. Kem Tentera Gemas ini merupakan kem yang terbesar di Asia Tenggara. Apakah perancangan tindakan pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan pelebaran jalan bagi menjimatkan masa perjalanan dan jugak penambahbaikan pencahayaan sepanjang perjalanan antara …..
[pencelahan oleh ADUN Seremban Jaya]
Soalan dia, soalan, soalan 1. Soalan 1. Penambahbaikan untuk berkaitan pelebaran jalan dan pencahayaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN Gemas. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, cadangan pelebaran Jalan Gemas – Tampin masih dalam pertimbangan pihak negeri sebelum diangkat permohonan ke Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan. Pelebaran jalan Gemas – Tampin ini penting bagi kita kerana ia juga melibatkan keluar masuk ya, angkatan tentera yang, yang kita sedia maklum ada Kem Gemas di sana, dan banyak kemudahan-kemudahan ketenteraan ada di sana, yang memerlukan satu jalan yang lebih baik, lebih besar. Dan saya yakin bahawa ini akan dibawa sekali oleh Yang Berhormat Rantau untuk pastikan bahawa jalan tersebut memudahkan gerakan pihak-pihak tentera untuk keluar masuk di kawasan ini.
Dan jalan yang dinyatakan adalah Jalan Persekutuan FT001, Jalan Gemas – Tampin. JKR Negeri sedang dalam tindakan mengenal pasti lokasi penambahbaikan untuk sementara waktu dan menyediakan anggaran kos untuk permohonan peruntukan bagi, pada tahun 2024 ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan, boleh saya mintak soalan tambahan, bagi pihak ya? Dato’ Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, soalan tu amat baik. Dan saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Sikamat supaya Kerajaan Negeri Sembilan memberikan penekanan yang kuat kepada isu membesar dan melebarkan jalan daripada Seremban – Tampin kerana bagi pihak angkatan tentera mereka menghadapi banyak masalah kerana mereka nak bawak, kalau ada apa-apa emergency Dato’ Yang Dipertua, kalau kita nak bawak battle tank tu Dato’ Dipertua, kita terpaksa pakai loader. Kalau loader tu jalan Dato’ Dipertua, jalan terpaksa tutup, dia satu sorang je jalan. Jadi in case of emergency, perkara begini perlu kita lihat. Dan saya mintak Yang Amat Berhormat beri sokongan kuat dan saya akan menyokong saranan Kerajaan Negeri untuk kita melebarkan dan membesarkan jalan Seremban – Tampin untuk kita pastikan supaya jalan yang lama ini dinaik taraf dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan kecemasan dan yang lain-lain. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya rasa cadangan tu amat baik dan saya rasa keperluan yang harus diutamakan pada tahun hadapan adalah untuk pembesaran daripada Seremban ke Tampin, ke Gemas, sampai Gemas-lah. Sampai ke Gemas. InsyaAllah ini akan menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam permohonan untuk Rancangan Malaysia Yang Ke-12. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Klawang kemukakan soalan yang pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya pilih soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada soalan nombor 2 daripada ADUN Klawang. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah meletakkan piawaian di dalam spesifikasi kerja kepada pihak kontraktor di bawah item pembersihan tapak di mana pihak kontraktor wajib membersihkan tapak pembinaan sekitar jajaran sungai sebelum Perakuan Siap Kerja dikemukakan kepada kontraktor. Ini isu dia adalah apabila mereka membuat kerja, diletakkan pasir-pasir sungai di tebing-tebing. Dan apabila hujan, dia turun balik. Jadi ini antara yang diperkatakan oleh ramai masyarakat. Dan soalan ini baik
untuk pastikan bahawa teknik menggali dasar sungai berpasir ini harus mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Pihak Kerajaan Negeri juga bersama-sama pihak JPS telah melaksanakan satu kaedah langkah pembaikan dengan kaedah timbal balik pasir di mana segala kerja penyelenggaraan Sungai yang terlibat dalam timbal balik tan, pasir akan dilaksanakan oleh kontraktor tanpa sebarang peruntukan atau kos oleh pihak Kerajaan Negeri dan JPS. Ini sedang berjalan, dan alhamdulillah nampaknya dapat membantu mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan-kawasan tertentu. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan yang, Dato’ Yang Dipertua. Saya mencadangkan perlunya ada kajian kedalaman sungai-sungai terpilih supaya satu proses mendalamkan sungai dapat kita dalamkan ke kedalaman asal ya, untuk mengurangkan risiko banjir kilat ini ya. Itu cadangan.
Soalan yang kedua, tambahan, ini kita dah bulan Oktober, Dato’ Yang Dipertua, musim tengkujuh menghampiri kita. Jadi bagaimanakah persediaan ataupun siapsiaga kita untuk menghadapinya di, di, apabila masanya datang kelak, insyaAllah.
Terima kasih Klawang atas soalan tambahan. Dan kita sedia maklum bahawa cadangan supaya mereka gali sampai ke asal, dasar asal, itu adalah perkara yang harus diberi kajian oleh pihak JPS ya. Dan saya rasa itu adalah perkara yang sebetulnya, kalau tak dia makin lama makin dalam, makin lebar sungai kita. Dan, dan ini antara yang perlu diberi perhatian oleh pihak JPS supaya mereka tidak terlalu mendalamkan sungai-sungai yang ada.
Dan yang keduanya tadi tentang persediaan. Memang kita dalam mode persediaan. Dan kita sedia maklum bahawa bencana ya, telah di mode bersedia oleh SUK sendiri, di bawah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri. Dan ini antara yang akan diberi tumpuan di semua daerah dan di mana Pegawai-Pegawai Daerah adalah merupakan Pengerusi Bencana di peringkat daerah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput YB Klawang, YB Paroi.
Auzubillah himinasyaitan nirrajim, bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan daripada Paroi nombor 1, yang pertamanya ialah tentang apakah dasar Kerajaan ya, Negeri tentang permohonan baru lesen menjual minuman keras ya, di Negeri Sembilan, iaitu berkenaan liquor-lah 35% ke atas.
Yang tu, yang keduanya, nyatakan pecahan mengikut kategori lesen yang telah dikeluarkan di peringkat daerahlah ya, di Negeri Sembilan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Berkaitan dengan statistik jumlah lesen penjual minuman keras yang diluluskan oleh Lembaga-Lembaga Pelesen di daerah-daerah Negeri Sembilan sehingga tahun, bulan Ogos tahun 2023 di bawah Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban adalah 55, di bawah Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson – 34, di bawah Pejabat Daerah Tanah Dan Jelebu – 24, pejabat tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau – 6, Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol – 9, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah – 9. Dan ini adalah berkaitan dengan lesen yang diluluskan oleh lembaga pelesen, Lembaga-Lembaga Pelesen di semua daerah.
Berkaitan dengan dasar, merujuk kepada sidang media yang diadakan pada bulan Jun tahun 2020, yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada masa, Menteri Besar, menerima permohonan memperbaharui lesen arak dan juga untuk permohonan-permohonan baru. Syarat-syarat yang lebih ketat dikenakan setelah mendapat ulasan daripada pihak Polis, daripada Kastam dan juga Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Lembaga Eksais di setiap daerah tersebut. Sama jugak, walaupun diberi kelulusan, tetapi ada juga beberapa permohonan yang tidak patuhi syarat ditamatkan juga, ada juga beberapa kes seperti itu dalam permohonan ataupun renew lesen-lesen berkaitan dengan lesen arak. Terima kasih.
Okey soalan tambahan ya. Berkenaan dengan penjualan arak ni, ia berkisar kepada liquor. Kalau kita tengok dalam Akta Eksais Seksyen 35 tu, maknanya, soalan saya ialah bagi minuman bir yang 5% yang banyak dijual ya, di Speedmart, apa dasar Kerajaan. Boleh mengurang kadang-kadang kita tengok di kedai-kedai, banyak yang menjual arak yang bir, bir ya, beer. Dan ini saya rasa kena ambil di peringkat kerajaan kena ambil perhatianlah. Kadang dia ada di di Speedmart, di kawasan berpenghuni orang Islam ya, kadang 90% pun ada di situ, saya rasa kena ambil perhatian tentang perkara tersebut. Kalau mengikut Akta Eksais Seksyen 35 ni, memang pada dasarnya benda tu tidak, tidak ada lesen yang 5% tu. Tetapi tindakan kerajaan sebab benda ni, benda yang memabukkan, wallahualam.
Okey, terima kasih atas cadangan. Memang penjualan bir itu adalah tidak termasuk dalam mendapatkan kelulusan kebenaran daripada Lembaga-Lembaga Pelesen di semua daerah. Tetapi yang berkaitan dengan barang, kedai-kedai 24 jam seperti 7-Eleven ataupun ini, memang pada hari ini pun di beberapa kawasan
yang penduduknya adalah, majoritinya adalah beragama Islam, memang tidak jugak di, ada juga beberapa yang tidak dibenarkan. Dan kita mengambil cadangan tersebut untuk kita melihat kembali. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Chembong.
Dato’ Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1 berkenaan jalan jugak, Jalan FT001 Seremban – Tampin tapi khususnya Dato’ Yang Dipertua, jajaran antara Sungai Gadut ke Rembau ataupun Sungai Gadut ke Pedas, Dato’ Dipertua. Terima kasih. Kesesakan yang melampau terutamanya di hujung minggu dan jugak hari-hari perayaan, Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Chembong, tadi kita dah sedia maklum bahawa kita telah jawab soalan untuk Seremban ke Gemas. Dan ini akan kita beri tumpuan untuk pastikan bahawa jalan ini akan diberi keutamaan kerana ini adalah sambungan ya, sambungan untuk kita pastikan jalan ini dapat diteruskan ya, dari Seksyen 298.00 hingga Seksyen 302.00 Daerah Rembau, Negeri Sembilan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-5 (RP5) akan datang. Ni akan, antara keutamaan tadi yang kita katakan jajaran jalan tersebut sampai ke Gemas akan diberi tumpuan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Tak ada tambahan?
Dato’ Yang Dipertua, saya nak, nak tekankan perkara ini sangat penting saya rasa, sepertimana yang juga telah dipanjangkan, disebut oleh Gemas dan jugak ADUN Rantau pun sokong, Yang Amat Berhormat Sikamat pun nampak keperluannya Dato’ Speaker. Cumanya saya nak sebut FT001 ini panjang, daripada utara ke selatan Dato’ Dipertua. Jadi, dulu pada era zaman Kerajaan sebelum ini telah dibuat, dilebarkan, dinaik taraf antara pekan Seremban ke Sungai Gadut. Pandangan saya, Dato’ Yang Dipertua, kalau nak dinaiktarafkan haruslah bermula daripada Sungai Gadut hingga ke Rembau dulu, dan diikuti, Dato’ Dipertua. Sebab di Sungai Gadut menjadi satu orang panggil bottle neck Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya harap Kerajaan Negeri memberi penekanan terhadap perkara ini Dato’ Dipertua. Terima kasih. Tak ada soalan tambahan. Ianya merupakan pengharapan yang tinggi oleh masyarakat, Dato’ Dipertua. Terima kasih.
Saya mohon ap ani, ahli-ahli Yang Berhormat bila mengemukakan soalan, hanya sebut nombor saja ya. Kalau kita nak baca semua soalan tu balik, nanti ambil masa yang panjang. Kita ada
sejam lebih sikit je untuk sesi soal jawab lisan ni. Jadi saya jemput Yang Berhormat Serting.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1. Terima kasih.
Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih YB Serting atas soalan. Okey di sini saya akan menyatakan statistik kes anak tak sah taraf serta kes buang bayi di Negeri Sembilan. Melalui rekod Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan, pada tahun 2018 sehingga 2022 ia melibatkan mangsa bawah 16 tahun iaitu Negeri Sembilan berjumlah, seluruh daerah ya, 8 daerah berjumlah 52 kes. Di mana pada tahun 2018 dan 2019 mencatatkan kes tertinggi iaitu 14 kes. Manakala bagi tahun 2022 adalah sebanyak 9 kes dan tahun 2020 – 8 kes serta tahun 2021 sebanyak 7 kes.
Statistik anak tidak sah taraf ini melibatkan yang belum berkahwin iaitu mangsa atas 16 tahun, dari tahun 2018 hingga 2022 berjumlah 9 kes iaitu mela, merangkumi 8 daerah di Negeri Sembilan. Melalui statistik ini mencatatkan 6 kes pada tahun 2018 dan kes, dan pada tahun 2020 sehingga 2022, ia melibatkan 1 kes.
Bagi kes buang bayi, tahun 2018 hingga tahun 2022 berjumlah 15 kes. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, kes buang bayi tertinggi adalah pada tahun 2018 dan 2019. Ni masing-masing me, merangkumi 5 kes. Jadi, pa, bagi tahun 2021 sebanyak 3 kes, manakala bagi tahun 2020 dan 2022, masing-masing sebanyak 1 kes. Di mana pada tahun 2018 sehingga 2022, apa ni, kes ataupun yang laporan yang diterima daripada statistik Polis Diraja Malaysia melibatkan tangkapan hanya 1 kes. Pada tahun 2018, sebanyak 1 kes pembuangan bayi iaitu pembuangan bayi matilah ya, yang ber, mempunyai tangkapan pelaku melibatkan bawah umur. Pada tahun 2019, sebanyak 2 kes pembuangan bayi dan mem, mempunyai tangkapan iaitu 1 kes buang bayi iaitu bayi hidup. Manakala pada tahun 2021, sebanyak 1 kes buang bayi iaitu hidup dan mempu, dan mempunyai tangkapan. Dalam kejadian ini, pelaku melibatkan bangsa India-lah, berumur 25 tahun dan tiada pengakuan daripada pelaku iaitu ayah kandung. Pada tahun 2022, sebanyak 1 kes buang bayi iaitu mati dan mempunyai tangkapan.
Bagi statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, merekodkan statistik kes, apa, pembuangan bayi ini. Bagi tahun 2018 hingga Ogos 2022, JKM telah merekodkan sebanyak 5 kes buang bayi. Kes tertinggi direkodkan iaitu pada tahun 2021 sebanyak 2 kes manakala bagi tahun 2018, 2019 dan 2022 sebanyak 1 kes. Dan tahun 2020, tiada rekod catatan.
Melalui Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan, pendaftaran anak tak sah taraf terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori 1, Pendaftaran bagi kelahiran hasil perhubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah tetapi ada orang mengaku sebagai bapa atau kelahiran berlaku selepas ada perkahwinan yang sah bagi pasangan Islam tetapi kelahiran dalam tempoh kurang dari 6 bulan Qamariah dari tarikh nikah.
Mengikut statistik Pendaftaran Negara Negeri Sembilan, dia berbeza statistik Dato’ Yang Dipertua, melalui 3 agensi. Melalui Jabatan Pendaftaran Negeri Sembilan, ia melibatkan statistik pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf ini di bawah Seksyen 13 Akta 299 di JPN Negeri Sembilan, sebanyak 2,998 statistik kelahiran anak tak sah taraf. Jadi mengikut pecahan ini, statistik Daerah Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,671 diikuti dengan Daerah Port Dickson – 390, Daerah Jempol – 328, Daerah Tampin – 268, Daerah Kuala Pilah – 175, Daerah Rembau – 102 dan Daerah Jelebu – 64.
Di mana soalan 1.2, Kerajaan Negeri melalui Polis Diraja Malaysia mengambil langkah-langkah untuk mengekang dan mengawal masalah-masalah ini dengan mengadakan Program Kesedaran iaitu program kesedaran, dengan izin, Woman Awareness Campaign dan Child Awareness Campaign di peringkat sekolah/ instutisu, institu, institusi pengajian tinggi dan juga masyarakat di bandar dan di luar bandar. Tujuannya untuk menyampaikan makumat, mesej, isu-isu semasa kepada pelajar, masyarakat melalui kempen bersemuka, ceramah dan pameran. Selain itu, memberi nasihat kepada ibu bapa untuk memantau, mengas, mengawasi pergaulan anak-anak dan menerangkan penyampaian trend jenayah terkini.
Selain itu, pihak PDRM melaksanakan program, program walkabout iaitu melibatkan lebih mendekati masyarakat melalui konsep turun padang, memberi informasi serta pendedahan kepada orang ramai serta mengedarkan risalah kesedaran berkaitan isu gejala sosial dan pergaulan bebas remaja.
Selain itu, ada juga, kesedaran, program Baby Hatch di mana baby hatch ni diwujudkan untuk mene, menempatkan bayi dari hasil hubungan luar nikah di mana dapat diselamatkan di baby hatch di KPJ Seremban bagi tujuan me, tidak, untuk menggalakkan remaja supaya tidak melakukan hubungan bebas ini.
Selain itu, di peringkat Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, dengan mengambil langkah mengekang dan mengawal dengan mengadakan apa, program advokasi iaitu jabatan atau agensi terus kepada maklumat pengawasan dan pemantauan
kanak-kanak oleh ibu bapa ataupun penjaga yang permulaannya untuk mencegah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini ini. Selain itu JKM juga memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa amat penting dalam era zaman ini mendidik anak-anak mencabar terutamanya ibu bapa dan penjaga yang sukar membahagikan masa terutamanya dalam mencari nafkah keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian. Jadi, oleh yang demikian, hubungan kekeluargaan perlu dieratkan dan institusi kekeluargaan diperkukuhkan kembali melalui penganjuran program keibubapaan secara kolaboratif dengan jabatan/agensi seperti LPPKN, PDRM, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Pendidikan.
Peranan komuniti dalam Perlindungan Kanak-Kanak iaitu PPKK, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) sangat penting untuk menjadi mata dan telinga serta bertindak melalui pelaksanaan program pencegah di peringkat komuniti setempat.
Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan program Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak di mana 9 buah PPKK dan PAKK telah diwujudkan di Negeri Sembilan. PPKK merupakan satu program yang menjalankan, yang dijalankan oleh pihak JKM di komuniti bersama komuniti untuk komuniti. Manakala PAKK berperanan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan advokasi kanak-kanak yang berisiko tinggi dalam aspek penderaan, pengabaian dan pemulihan dalam sesebuah komunikasi. PAKK berperanan untuk mengurangkan masalah sosial dengan mengadakan pelbagai aktiviti kanak-kanak remaja seperti membanteras jenayah seksual kanak-kanak dalam talian, program ziarah kasih, program kecerdasan, kecerdasan minda, Sambutan Hari Kanak-Kanak, lawatan sambil belajar, lawatan muhibbah, dan Body Safety, Jom Mengaji.
Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan program menyelaras perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak. Selain itu Jabatan Kebajikan Masyarakat mengadakan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak di mana ia telah ditubuhkan pada 2011 bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada potensi kanak-kanak serta penyeda, penyertaan untuk menyumbang idea atau pendapat dalam menyuarakan hak-hak selari dengan prinsip utama Convention On The Rights of The Child di mana MPKK yang dike, dianggotai oleh peserta berusaha, berusia 17 sehingga 17 tahun yang mewakili suara kanak-kanak di Malaysia.
Jadi, budaya pritahin dan ambi pedulu, ambil peduli perlu diterapkan kembali di kalangan jiran, komuniti dan masyarakat sebagai langkah mengawal atau mencegah kejadian kanak-kanak hamil luar nikah atau buang bayi. Orang, orang awam disarankan melaporkan sekiranya
mengetahui seseorang kanak-kanak itu menjadi penderaan seksual dan terlibat dalam masalah sosial hingga menyebabkan hamil luar nikah atau buang bayi dengan menggunakan saluran berikut: dengan terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, membuat aduan di Balai Polis ataupun hospital berhampiran, atau menghubungi Talian Kasih 1599 atau WhatsApp 019-2615999, ini di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, di mana ahli Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak, Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak atau Pusat Aktiviti Kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya pengabaian, seksual dan masalah. Okey sekian daripada itu, terima kasih Yang Dipertua, jawapan saya.
Tak ada soalan tambahan ya. Dah panjang lebar tu.
Okey terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Seremban Jaya.
Dato’ Speaker.
Sebutkan nombor soalan je tuan.
Dato’ Yang Dipertua, selamat pagi, saya mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Seremban Jaya. Terima kasih soalan mengenai kemudahan bank di DUN Seremban Jaya. Kita sedia maklum semua tempat memerlukan kemudahan bank dan bukan sahaja di Seremban Jaya, di kawasan-kawasan felda, di kawasan-kawasan pedalaman juga memerlukan sebuah bank. Namun begitu, pihak bank tidak dapat menyediakan semua kemudahan kerana ia bergantung kepada kesesuaian perancangan perniagaan sesebuah bank. Kerana itu, pihak bank menawarkan, contohnya Affin Bank ada berjumpa saya dalam 2 – 3 minggu lepas, jika ada kawasan-kawasan yang sesuai, yang di mana terdapat pam minyak ataupun stesen petrol, boleh mencadangkan kepada Affin Bank untuk mengadakan mesin ATM di sana. Jadi itu yang mereka boleh lakukan kerana mereka juga melihat bahawa keperluan sebenar di satu-satu kawasan dan jarak di antara satu kawasan dengan bank-bank yang berhampiran juga menjadi keutamaan mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Speaker, soalan tambahan. Dato’ Speaker, waktu pilihan raya 15 Parlimen, kita jalan ke rumah-rumah, kedai-kedai, mereka tanya ini satu masalah yang besar. Pilihan raya 15
DUN, serupa masalah macam ni. Mereka tanya. Tapi saya mahu beritahu dalam Dewan yang mulia, Taman Seremban Jaya, 1 hingga Fasa 10, satu fasa ada lebih kurang 500 rumah, 10 fasa sudah 5,000 rumah. Lagi satu Taman Senangin, Taman Seremban Jaya Idaman, Bandar Seremban Selatan, Taman Tuanku Jaafar, Taman Bukit Seri Senawang, Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Pinggiran Senawang, Taman Bukit Senawang Perdana, Taman Senawang Perdana dan taman, taman baru dalam proses pembinaan, sebab itu banyak taman di keliling di Seremban Jaya. Sebab itu, saya rayu dan mintak tolong ADUN Sikamat boleh satu bank-lah, satu bank. Saya tolong rayu. Terima kasih.
Terima kasih, ADUN Sikamat dia tak ada bank ya. Kalau ada bank, saya buat satu bank di Seremban Jaya. Tapi seperti yang saya katakan tadi, dia bergantung kepada kesesuaian logistik. Dan kita sedia maklum yang dulu ada berhampiran situ ada CIMB. CIMB berhampiran dengan Seri Mawar, dia pun pindah ke, ke kawasan perindustrian, kawasan apa, di, di Paroi, di Senawang. Ini menunjukkan bahawa mereka membuat kajian ya, tentang pasaran mereka dan juga saingan mereka kerana itu kita lihat bahawa CIMB berpindah daripada kawasan Seremban Jaya, dulu ya. Itu, iaitu di Seri Mawar. Dan ini antara faktor mereka berpindah. Contohnya di Chuah dulu ada CIMB, sekarang dah tutup. Nak kena ke Lukut ataupun ke Sepang, ataupun ke Sungai Pelek, memang itu antara yang berlaku. Di Tampin ya, tak silap saya sebuah bank, CIMB jugak tutup ya, di Tampin. Jadi ini antara faktor perkiraan mereka kerana bank-bank banyak tumpukan ke hari ini untuk keuntungan ya. Jadi itu antara yang menyebabkan mereka menutup bank-bank yang ada. Jadi ini antara perkara yang memang menjadi masalah kepada masyarakat, bukan sahaja di Seremban Jaya tetapi di kawasan-kawasan lain terutama di kawasan-kawasan felda ya, yang kita sedia maklum mereka hari ini juga memerlukan kemudahan-kemudahan bank bagi keperluan mereka untuk pinjaman, kemudahan-kemudahan yang lain. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ada soalan kedua? Tak ada lagi, okey. Saya menjemput Yang Berhormat Labu.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk bertanya masalah sampah pukal, soalan nombor 1. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, semua premis di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan dan diserahkan beserta sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) akan diberi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan
pembersihan awam. Frekuensinya adalah 2 kali kutipan sisa isi, isi rumah dan 1 kali adalah kutipan sisa kebun, sisa pukal dan sisa boleh kitar semula dalam seminggu. Papan Tanda Perkhidmatan telah dipasang di setiap kawasan dan juga penduduk, dan penduduk boleh merancang untuk mengeluarkan sisa sehari sebelum atau pada hari kutipan dijalankan khususnya untuk sisa pepejal.
Selain itu, pihak atau agensi yang bertanggungjawab di kawasan luar tanggungjawab PBT boleh membuat lantikan kontraktor kutipan sisa pepejal yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan juga boleh berurusan terus dengan pihak kontraktor kutipan sisa pepejal yang akan dilantik bagi menentukan kadar bayaran, frekuensi kutipan, bilangan tong, jenis tong dan saiz tong.
Bagi kawasan luar pentadbiran PBT, yang ditanya oleh ADUN, Yang Berhormat Labu, pihak SWCorp bersedia memberi khidmat nasihat dan juga pandangan dalam aspek penyediaan kemudahan penstoran, kutipan, pengangkutan dan pelupa, pelupusan sisa pepejal. Sebagai contoh, pihak SWCorp telah memberi pandangan, cadangan serta anggaran kos yang terlibat bagi penyediaan perkhidmatan kutipan di beberapa buah kampung di kawasan Lenggeng seperti pilot project di bawah Pejabat Tanah Dan Daerah Seremban. Pihak SWCorp sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Daerah Dan Tanah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, UPEN bagi memudahkan proses perancangan penyediaan kemudahan berkenaan dapat dilaksanakan.
Seterusnya bagi kawasan yang sedang dalam pembinaan, pemaju atau kontraktor pembinaan bagi kon, tapak projek berkenaan bertanggungjawab untuk melantik kontraktor sendiri.
Mengikut rekod Majlis Bandaraya Seremban, sebanyak 66 kampung telah pun diserah untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh pihak SWCorp. Sehubungan dengan itu, tindakan mengatasi masalah sampah-sampah longgok adalah di bawah tanggungjawab pihak SWCorp termasuk tindakan penguatkuasaan. Antara, daripada 66 kampung di kawasan Majlis Bandaraya Seremban yang telah pun diberikan kepada SWCorp untuk mengutip kutipan sisa, kutipan adalah seperti Kampung Penghulu, Kampung Limbok Atas, Kampung Bukit Temiang, Kampung Tersusun Galla, Kampung Pasir dan juga 66 kampung di bawah kawasan ini. Dan semua kawasan ini apabila di, di, di, diambil tindakan untuk pengutipan sampah, sudah tentu kawasan-kawasan ini adalah kawasan-kawasan yang dikenakan Cukai Taksiran oleh Majlis Bandaraya Seremban. Sekian, terima kasih.
Isu sampah pukal ini sebenarnya kita perlu ada penekanan segera. Di kawasan saya, di kawasan Labu, ia adalah kawasan pinggiran bandar. Jadi, kalau kita lihat kebiasaannya di kawasan pinggiran bandar ni, kampung-kampung ni, orang-orang kampung ni sampah dia tak banyak, tapi isunya adalah sampah-sampah peniaga dalam kawasan kampung. Jadi, peniaga-peniaga dalam kawasan kampung ni, mereka berlesen, tapi mereka tidak ada sampah, tong sampah di dalam kawasan perniagaan mereka. Jadi apa yang berlaku, mereka akan letak, kumpulkan sampah di satu kawasan yang menjadikan kesan tu kepada penduduk-penduduk kampung. Jadi, saya setuju SWCorp bersedia untuk memberi tong sampah, tetapi masalahnya adalah untuk menempatkan tong sampah tu. Jadi, saya minta kerajaan jika dapat memberi arahan kepada Pejabat Tanah untuk menyedia, memberikan tanah-tanah rizab kerajaan ni supaya tong sampah ini dapat diletakkan.
Jadi isu ini sebenarnya telah berlaku sejak 2018. 5 tahun. So 5 tahun masalah ni terus berlanjutan sehingga sekarang. Jadi masalah yang berkait dengan sampah ni pulak, sampah-sampah orang-orang kampung dah mula rasa, rasa mungkin dah fed up ataupun sebaliknya dah mula membuang sampah di dalam kawasan sungai. Jadi itu pun akan menjadi satu kos tambahan kepada Kerajaan Negeri ya, jika perkara ini tidak boleh diselesaikan. Jadi saya rasa kalau kerjasama SWCorp, Majlis Perbandaran dan jugak Pejabat Tanah, isunya adalah hanya tempat saja. insyaAllah, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang dinyatakan, memang penyediaan kawasan untuk kita buat kutipan sampah ini, kita juga menghadapi beberapa cabaran, terutamanya di kawasan-kawasan kampung di mana jalannya adalah jalan yang sangat sempit dan juga lori yang ambil sampah tu tidak sampai, tidak dapat ke semua rumah kalau kita sediakan sampah, tong sampah individu kepada setiap rumah. Dan satu lagi cadangannya adalah untuk menyediakan satu tong sampah di sesuatu kawasan yang membolehkan penduduk kampung dapat membuang di tong sampah itu jugak, ada beberapa masalah yang terpaksa dihadapi. Contohnya SWCorp telah buat satu pilot project di kawasan kampung di Lenggeng, di mana atas permintaan telah pun dibuat tetapi isunya adalah apabila disediakan satu tong sampah di kawasan kampung, orang luar pula yang datang buang dekat kawasan itu. Ini selepas itu, penduduk kampung sendiri meminta untuk supaya tidak diteruskan. So ini adalah satu cabaran yang kita terpaksa hadapi tetapi pada masa yang sama, kita cuba untuk kenal pasti satu jalan supaya dapat disediakan dan pada masa yang sama kita juga dapat mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka yang biasa berlaku di beberapa kawasan kampung dan juga yang terus buang ke sungai. Sudah
tentu ini juga akan memberikan kesan negatif dalam aspek pencemaran. Dan kita harap kita dapat bekerjasama dan kita cari satu jalan untuk kita membolehkan.
Dan sepertimana yang tadi saya nyatakan, 66 kampung yang telah pun diserah untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal kepada pihak SWCorp di kawasan Majlis Bandaraya Seremban adalah kawasan-kawasan yang dikenakan Cukai Taksiran. Dikenakan Cukai Taksiran, tidak ada masalah, pihak SWCorp akan membuat kutipan sampah setelah diserahkan kepada mereka. Tetapi yang masalah yang kita hadapi adalah kawasan-kawasan kampung yang tidak dikenakan Cukai Taksiran. Tapi sepertimana yang tadi saya katakan, kita akan berbincang untuk melihat kesesuaian untuk menyediakan beberapa tapak sampah di beberapa kawasan kampung mengikut kesesuaiannya. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Saya sebelum saya jadi Yang Dipertua ni, saya Ahli Majlis Bandaraya Seremban. Benda ni saya fahamlah, bagi dua-dua pihak yang bertanya dan menjawab ya, sama-sama kita selesaikan. Jadi saya jemput YB Lukut.
Terima kasih Yang Dipertua, Lukut kemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Lukut atas soalan bekalan air di Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, bekalan air di Port Dickson sehingga hari ini berada pada paras yang sederhana. Pengoperasian LRA Sawah Raja Fasa 2 berkapasiti 150MLD pada April ’23 adalah untuk memenuhi keperluan pembangunan baru dan permintaan sedia ada sebahagian dari, Daerah Port Dickson pada masa kini. Kerajaan Negeri melalui SAINS dalam usaha untuk mempertingkatkan dan memperluaskan lagi rangkaian sistem agihan bekalan dari LRA Sawah Raja menerusi projek pembinaan paip baharu dari LRA Sawah Raja ke Kolam Teluk Kemang yang di, akan dilaksanakan di dalam Pelan Perniagaan ke-6 SAINS bermula tahun 2024 sehingga 2028. Dan alhamdulillah beberapa perkara telah di, kita telah buat di Lukut untuk memastikan air dapat, bekalan yang agak stabil sehingga hari ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Sikamat yang menjawab soalan. Soalan tambahan Yang Dipertua. Baru-baru ini saya dikunjung hormat oleh beberapa developer, pemaju dekat kawasan Port Dickson yang mengatakan Kebenaran Merancang dekat OSC, mereka telah diminta untuk ditangguhkan pembangunan, pembangunan ataupun permohonan Kebenaran Merancang mereka (KM), okey,
disebabkan bekalan air tak cukup sehingga tahun, ada yang, yang, ulasan mereka sampai tahun ’25, 2025 dan ada ulasan yang dibagi sampai 2028. Mintak mereka tangguhkan apa, pembangunan mereka. So saya tak tahu apa, adakah ini sahih ataupun benar. Kalau macam tu, Port Dickson, adakah Pembangunan Port Dickson untuk beberapa tahun ni akan ditangguhkan. Ini soalan saya.
Okey, terima kasih ADUN Lukut. Perkara tersebut merupakan satu salah, salah maklumat. Saya telah berjumpa balik kepada SAINS dan saya telah panggil teknikal untuk pastikan bahawa apa yang ditulis itu adalah tidak tepat kerana pembangunan boleh diteruskan di Port Dickson, dan kita telah mengambil langkah khususnya menyambung kolam tadahan, kolam takungan air di, daripada, daripada Teluk Kemang ke Si Rusa, itu antara yang kita sedang lakukan segera. Dan juga kita sedang dalam program untuk menyiapkan TAPS di Kampung Barisan. Itu antara perkara-perkara yang sedang kita laksanakan dan insyaAllah dalam usaha yang sama juga, pembangunan boleh dijalankan terus di Port Dickson. Dan kita telah panggil pemaju-pemaju ataupun mereka yang ingin bangunkan kawasan tersebut dan kita telah bagi taklimat kepada mereka semula. Dan kita telah ambil maklum tentang perkara tersebut. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Lukut, terima kasih.
Lukut, YB Lukut, ada soalan lagi? Nombor 3, nombor 4, tak ada? Satu je. Saya jemput Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, maklumat mengenai jumlah kereta dan motosikal yang terbiar yang ditarik oleh PBT setiap daerah Negeri Sembilan hingga Jun 2023 adalah seperti berikut:
• Majlis Bandaraya Seremban – 43 kereta, 43 kereta dan 5 jumlah motosikal. • MPPD tidak ada, motosikal pun tidak ada. • Majlis Perbandaran Jelebu, kereta – 0, motosikal – 0. • Majlis Daerah Tampin – 1 kereta. • Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Jempol – tidak ada.
Jumlah tempat penyimpanan kereta terbiar di setiap daerah di Negeri Sembilan untuk soalan kedua, adalah disimpan di Pusat Penyimpanan Kereta serta tindakan selanjutnya yang diambil adalah:
• Di bawah Majlis Bandaraya Seremban, ada 2 tempat. Jumlah bilangan yang, kereta yang tersimpan setakat hari ini adalah 236. Jika tiada tuntutan, barang sitaan akan dilupuskan secara lelongan lupus sisa.
• Bagi Majlis MPPD, jumlah penyimpan, tempat adalah, jumlah Pusat Penyimpan Kereta Terbiar adalah 1. Kosong, tiada, tiada mana-mana kereta yang disimpan setakat hari ini.
• Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Jempol pun kosong.
• Majlis Daerah Tampin tidak ada tempat, tetapi ada 1 kereta disimpan. Kenderaan terbiar diletakkan di kawasan parkir Pejabat Majlis Daerah Tampin.
• Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan Majlis Daerah Jelebu tidak ada tempat dan juga tidak ada kenderaan yang disimpan setakat hari ini.
Terima kasih.
Dato’ Dipertua, terima kasih Nilai dengan jawapan yang jelas sekali. Tetapi khasnya kawasan di MBS, saya dimaklumkan bahawa pusat simpan kereta tu, makluman saya, sudah penuh. So jadi, yang aduan tu, kereta terbiar khasnya di kawasan perumahan, hanya di DUN Lobak saja, jikalau tak salah saya, saya pernah buat aduan, masih tak kurang dari 20 kes kereta tu masih disimpan di tepi jalan, ataupun di tapak-tapak perumahan. So saya nak tanya, berapa lelong sudah ada, diadakan dan kereta-kereta terbiar, apa tindakan selanjutnya kerana saya dimaklum dan buat, masih kereta, walaupun aduan lebih setahun atau 2 tahun, kereta tu masih simpan tempat yang sama ataupun dia sudah keluar notis yang surat merah tu, lepas tu tindakan selanjutnya tak ada. So saya pun ada dapat makluman dari Perbandaran Kajang, saya cadangkan mungkin MBS boleh, boleh kaji cara Perbandaran Kajang atau dengan cara yang kesan sekali, lantik agensi atau kontraktor meselesai, menselesaikan masalah-masalah kereta-kereta terbiar yang di kawasan MBS. Dan bukan kereta saja, sebagai contoh, motosikal di rumah pangsa. Rumah pangsa kawasan Lobak, aduan sudah buat, tapi motosikal yang rosak atau macam-macam tu, masih simpan tempat yang sama. Ini pertanyaan saya. Terima kasih.
Okey, terima kasih. Setakat maklumat yang saya terima daripada Majlis Bandaraya Seremban, sepertimana yang tadi saya nyatakan, MBS ada 2 tempat penyimpanan kereta terbiar. Dan jumlah kereta yang disimpan setakat hari ini, yang belum dilupus secara lelongan lupus sisa ini adalah 236, yang masih ada dalam stor mereka. Sudah tentu ini juga adalah salah satu halangan yang menyebabkan operasi yang berterusan dilaksanakan. Kerana kita buat operasi, kita tidak ada tempat untuk kita simpan. Dan kita harap dalam masa ini, kita dapat laksanakan proses lelongan lupus sisa ini dipertingkatkan dan bila ada tempat, notis yang kita telah serahkan itu, kita akan ambil tindakan sitaan. Dan setakat ini, bilangan kenderaan terbiar yang dilupuskan oleh Majlis Bandaraya Seremban adalah sebanyak 388 buah. Terima kasih.
Dato’ Speaker, terima kasih Nilai, dengan jelas sekali. Kami harap tindakan lelong diadakan dengan segera. Terima kasih.
Dijemput YB Sungai Lui.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 3.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Lui di atas soalan yang berkaitan dengan felda sebagai hab penternakan. Dato’ Yang Dipertua, suka saya nyatakan Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan industri penternakan khususnya di Negeri Sembilan ini terus berkembang pesat bagi menjamin bekalan makanan terutamanya yang berasaskan kepada daging, yakni hasil ternakan mencukupi untuk kegunaan rakyat.
Oleh yang demikian, pelbagai inisiatif jangka masa panjang telah direncanakan khusus di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dato’ Yang Dipertua. Ada 11 elemen penting yang nak kita beri kepada rakyat di Negeri Sembilan dan tidak terkecuali kepada golongan peneroka yang ada di 47 kawasan felda. Saya nak baca satu persatu, panjang Dato’ Yang Dipertua, tapi saya pendekkan.
Yang pertama: bantuan ternakan dalam bentuk Geran Pemadanan. Yang kedua: bantuan menaik taraf premis ternakan. Yang ketiga: bantuan menaik taraf kolam kumbahan. Yang keempat: bantuan mesin perincih. bantuan penyediaan petak ragutan persendirian. Bantuan pam air pun kerajaan ada siapkan, Dato’ Yang Dipertua. Bantuan pagar elektrik. Bantuan surveillance dan kawasalan penyakit kebangsaan. Latihan penternakan. Naik taraf premis ataupun peralatan Industri Asas Ternakan. Dan Transformasi Industri Desa. Ini semua kita bagi Dato’ Yang Dipertua untuk penternakan di kampung tradisional termasuk di kawasan felda.
Cumanya yang penting Dato’ Yang Dipertua, saya nak mintak tolong kepada Yang Berhormat Lui dan jugak ahli-ahli Yang Berhormat bagi 47
kawasan felda ni, nak jelaskan kepada peneroka felda terutamanya golongan muda felda ni Dato’ Yang Dipertua, program untuk asas pertanian, ataupun program daging ni, penternakan Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seiring di dalam memberikan bantuan semaksima mungkin. Cumanya mereka ini perlu dijelaskan ini adalah antara program suntikan Kerajaan Perpaduan yang boleh menjamin masa depan mereka bagi tempoh 5 dan 10 tahun.
Jadi kerana itu Dato’ Yang Dipertua, saya nak mintak tolong kepada ahli-ahli Yang Berhormat, terutamanya bagi kawasan felda dan jugak ahli Yang Berhormat di kawasan pembangkang, supaya penjelasan yang dibuat ini program kerajaan. Ini adalah program Kerajaan Perpaduan yang boleh memberi manfaat kepada mereka, bagi masa depan dan keluarga mereka. Tapi Dato’ Yang Dipertua, saya nak baca yang penting, ni ada yang penting ni untuk felda ni. Pada Pelan Ruminan FELDA (PRF) yang telah mula dirancang bermula pada tahun 2022. PRF ini akan melihat potensi tapak projek khas ternakan sedia ada di felda dan kawasan pengembangan yang sesuai di kawasan felda dengan menggunakan business model ataupun model bisnes yang baharu. Secara keseluruhan Pelan Ruminan FELDA melibatkan anggaran peruntukan sebanyak 312 juta ringgit untuk pelaksanaan bagi tempoh 10 tahun yang akan datang. Ekosistem yang terlibat di dalam PRF adalah bentuk Pembangunan Ladang Nukleus, Ladang Satelit, Ladang Pastura, Ladang Fidlot dan jugak bentuk ladang, ataupun bentuk yang lain.
Ladang Nukleus ini Dato’ Yang Dipertua, akan memfokuskan kepada aktiviti pembiakan bakaan dan ia akan dikembangkan melalui pembangunan ladang satelit di beberapa kawasan yang dikenal pasti di tanah FELDA/ termasuk tanah peneroka dan luar mengikut kesesuaian topografi kawasan.
Dan suka saya nak nyatakan untuk rekod di dalam Dewan yang mulia ini, Dato’ Yang Dipertua, bagi pembangunan PRF di Negeri Sembilan, terdapat beberapa projek yang bernilai tinggi yang sedang di dalam perancangan. Antaranya ialah di kawasan Parlimen Yang Berhormat Lui jugak, kawasan Parlimen sayalah, Projek Khas GMN ataupun Gedung Makanan Negara yakni di, yang ada di kawasan felda Titi akan dibangunkan sebagai ladang nukleus khusus untuk bebiri baka dorper. Manakala Projek Khas Kampung Londah di kawasan Parlimen, ataupun DUN Gemas, ini pun Kerajaan Perpaduan buat ni DUN Gemas, kita dah buat banyak di Kampung Londah, tapi …..
Terima kasih.
….. ADUN Gemas kena jaga jugaklah …..
Sokong.
…. kena bagi tahu jugalah yang ini adalah projek dan program yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Baik EXCO Kanan. Saya yang menurut perintah.
Manakala, terima kasih Yang Berhormat. Manakala projek khas di Kampung Londah ni Dato’ Yang Dipertua, akan dibangunkan sebagai pusat fidlot lembu dan terdapat juga pembangunan semula ladang fodder di, dan jugak di, di kawasan Projek Napier Raja Alias 5. FELDA kini di dalam proses penyediaan kertas kerja yang komprehensif untuk kelulusan Lembaga FELDA dan selulus, seterusnya kelulusan penggunaan dana kerajaan di bawah Program Pembangunan Peneroka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Perlu tak, apa ni, supaya kita, dicadangkan supaya penternak-penternak ni kita gabungkan dan kita beri pendedahan kepada khususnya kepada penternak-penternak yang ada supaya mereka boleh menjalankan sistem penternakan yang lebih baik khususnya untuk meningkatkan pendapatan pada penternak-penternak khususnya di kalangan warga muda ni lah Datuk Seri.
Dato’ Dipertua, ini memang program yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kerana selain daripada bantuan sokongan kepada semua penternak-penternak yang menerima bantuan dan bahan sokongan daripada pihak kerajaan, kita tidak lepaskan mereka sebagai penternak tipikal atau penternak biasa. Tentunya Jabatan Veterinar akan di, bantuan akan diikuti dengan latihan-latihan yang komprehensif untuk memastikan kesemua penternak-penternak terutamanya di dalam bentuk komersial ini untuk memberikan pendapatan sampingan kepada mereka untuk diberi latihan yang sewajarnya. Cumanya yang penting bagi kerajaan, ialah supaya bantuan ini dapat dimaksimakan penggunaan dan jugak penghayatan oleh mereka yang telah dipilih ataupun yang telah diberi bantuan oleh pihak kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput YB Juasseh.
Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Juasseh atas soalan berkenaan pelancongan di DUN Juasseh. Berdasarkan maklumat daripada Jabatan
Perhutanan Negeri Sembilan, ada 2 pusat pelancongan rekreasi iaitu yang pertamanya di Taman Eko Rimba Jeram Tengkek dan juga kawasan pendakian Bukit Baginda. Di Jeram Tengkek telah selesai dilaksanakan penyelenggaraan laluan pejalan kaki manakala di Bukit Baginda akan diselenggarakan kemudahan infrastruktur, infrastruktur pada 2024.
Dan LPNS dan Majlis Daerah Kuala Pilah dalam usaha merangka pakej-pakej pelancongan di mana mereka akan keluarkan pakej pelancongan dengan kerjasama agensi pelancongan supaya kita boleh membina pakej-pakej sekurang-kurangnya 2 malam 3 hari. Di mana kita ada banyak produk tapi masalah dia kita tak ada satu fokus untuk mengadakan pakej dan di mana agensi pelancongan juga tidak memberi kerjasama. So itu sebabnya kita ada usaha untuk mendapatkan kerjasama daripada agensi pelancongan untuk membina pakej-pakej ini supaya kita dapat membina pakej eco challenge, eco tourism, dengan izin, pakej warisan budaya di Daerah Kuala Pilah. Dan ini secara tidak langsung akan menggerakkan ekonomi masyarakat setempat di mana ada, kita ada satu perancangan untuk mengadakan kampung taman budaya di Terachi, one stop center, kita ada jual produk, ada persembahan, ada F&B, dan juga banyak juga perancangan supaya kita dapat tarik pelancong.
Bagi Pembangunan Pelancongan Vot P62 Tahun 2023, sebanyak 18 projek diluluskan yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf dan juga baik pulih produk pelancongan dengan peruntukan sebanyak 5.1 juta. Di samping itu, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak 500,000.00 bagi projek camper van. Manakala bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri sedang dalam peringkat penelitian ke atas cadangan penambahbaikan sektor pelancongan Negeri Sembilan bagi tujuan Belanjawan Negeri tahun 2024.
Mari cari kedai makan, Kedai tutup hari cuti, Jeram Tengkek mengasyikkan, Jemputlah datang untuk nikmati.
Terima kasih.
Saya ada soalan tambahan. Kita ambil contoh kepada Negeri Melaka. Negeri kecil tetapi banyak kawasan pelancongan yang dijadikan menarik dan ramai pelancong yang akan datang, dan datang ya. Jadi, saya nak bertanya kepada ADUN Bukit Kepayang, adakah pihak Kerajaan Negeri Sembilan mempunyai kawasan tumpuan pelancongan ataupun membuka kawasan-kawasan baru untuk pelancongan seperti di luar bandar iaitu di kawasan saya untuk menjadikan pelancongan ini
lebih menjadi penyumbang ekonomi kepada Kerajaan Negeri Sembilan ya.
Terima kasih Yang Berhormat Juasseh atas soalan tambahan. Memang Kerajaan Negeri, kita ada, sedia ada 200 lebih produk di dalam 9 daerah kita. Tapi masalah dia sepertimana yang saya terangkan tadi, kita tak ada pakej-pakej pelancongan. Fokus, tak ada fokus untuk membina pakej pelancongan dengan agensi pelancongan. Itu sebabnya sekarang kita sudah ada usaha di setiap daerah kita bina pakej pelancongan dan kerjasama, kita, LPNS akan buat matching dengan agensi pelancongan supaya kita dapat mempromosikan pakej-pakej ini.
Pada masa yang sama, memang ada banyak usaha untuk menaik taraf, penambahbaikan produk-produk pelancongan sedia ada. Pada tahun 2024, pelancongan Vot 62 melibatkan 6 projek iaitu:
• pembersihan infrastruktur dan kemudahan produk pelancongan di semua taman eko rimba di Negeri Sembilan termasuk Jeram Tengkek;
• menaik taraf struk, infrastruktur dan kemudahan produk pelancongan Jeram Enggang dan Jeram Tiga Lapis di Daerah Jelebu;
• menaikkan taraf infrastruktur dan kemudahan produk pelancongan eko rimba di Ulu Bendul, Daerah Kuala Pilah;
• menaik taraf infrastruktur dan kemudahan produk pelancongan Taman Eko Rimba Jeram Tengkek, Daerah Kuala Pilah;
• menaikkan infrastruktur dan kemudahan produk pelancongan Taman Eko Rimba Lenggeng, Daerah Seremban; dan juga
• kerja menaik taraf Rumah Penginapan dan kemudahan produk pelancongan Taman Negeri Kenaboi di Daerah Jelebu.
Selain dari itu, Jabatan Perhutanan juga telah membuat permohonan bagi peruntukan inisiatif Belanjawan 2024, Kementerian Kewangan cadangan inisiatif oleh negeri melalui UPEN iaitu Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan, untuk melaksanakan 2 projek iaitu kerja-kerja menaik taraf dan membina baru infrastruktur dan bangunan dan lain-lain kerja berkaitan di Taman Eko Rimba Batu Maloi, Daerah Tampin; dan menaik taraf Taman Eko Rimba Jeram Toi, Daerah Jelebu. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Temiang. Tajuk dia perlombongan nadir bumi di Negeri Sembilan. Kita sedia maklum bahawa, mengikut laporan bahawa Kerajaan Negeri ataupun Negeri Sembilan ini mempunyai simpanan nilai NR-REE ini bernilai lebih kurang 30 bilion ya. Kalau kita proses sehingga habislah, kita boleh dapat sekitar, Kerajaan Negeri boleh dapat 4.5 bilion daripada hasil royalti. Jadi ini adalah satu perkara yang amat besar yang Kerajaan Negeri harus beri tumpuan tahun hadapan untuk memastikan bahawa lesen dan perlombongan ini dapat mengikut SOP yang ditetapkan dan juga kita berharap bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada alam sekitar. Itu keutamaan yang kita berikan.
Untuk menjawab soalan ini, buat masa ini tiada kelulusan perlombongan NR-REE yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan sehingga kini. Namun begitu, satu kelulusan Lesen Penjelajahan telah diluluskan kepada satu syarikat dalam tempoh kelulusan bermula 27 Oktober 2020 hingga 26 Oktober 2022. Kelulusan Lesen Penjelajahan ini adalah untuk membolehkan syarikat menjalankan penjelajahan bagi mendapatkan kawasan yang berpotensi untuk dijalankan aktiviti perlombongan NR-REE jika diberikan kelulusan oleh Kerajaan Negeri. Selain itu juga, perkongsian maklumat rizab REE yang diperolehi membolehkan Kerajaan Negeri untuk membuat anggaran kasar bagi perolehan hasil yang akan didapati jika aktiviti perlombongan NR-REE ini dijalankan. Namun, oleh kerana, oleh kerana ketika itu berlaku COVID, maka syarikat ini juga tidak dapat menjalankan Lesen Penjelajahan tersebut.
Sehingga 20 September 2023, terdapat 2 perlombongan haram nadir bumi telah dikesan di Negeri Sembilan iaitu Kampung Sikai, Mukim Seri Menanti, Daerah Kuala Pilah dan Mukim Glami Lemi, Daerah Jelebu pada bulan Mei 2023. Kedua-dua kes perlombongan haram ini sedang disiasat oleh PTGNS (Pejabat Tanah Galian Negeri Sembilan), pejabat daerah tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah di bawah Seksyen 158 Enakmen Mineral tahun 2002 iaitu melombong tanpa lesen ataupun pajakan dan Seksyen 169 Enakmen Mineral Negeri Sembilan 2002 iaitu bersubahat melakukan kesalahan. Sekiranya disabit kesalahan, boleh dihukum denda tidak melebihi 500,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya atau tawaran kompaun tidak melebihi 250,000 ringgit di bawah Seksyen 174(1) Enakmen Mineral Negeri 2002. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan. Tadi yang ber, Yang Amat Berhormat memaklumkan ada 2 perlombongan haram telah berjaya dikesan oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya nak tanya, adakah sebarang tangkapan berjaya di, di, dijalankan. Kalau tidak, saya takut kegiatan-kegiatan haram ini akan berlanjutan dalam, kalau sekiranya tiada apa-apa tangkapan berjaya ditangkap.
Dato’ Yang Dipertua, pihak Polis juga telah menjalankan siasatan selain daripada, selain daripada Pejabat Tanah dan PTG ya. Jadi untuk makluman YB ADUN Temiang, memang tidak ada tangkapan ketika operasi dijalankan. Kita tak jumpa, mereka lari, mungkin ke dalam. Dan kita ketika itu juga, yelah, hanya, tidak ada kemudahan untuk kita buat, buat pengesanan, dan apabila kita tapak tersebut, tapak tersebut kosong, apabila kita buat rampasan, terdapat banyak barang-barang perlombongan yang Kerajaan Negeri telah rampas dan letak di Pejabat Daerah Tanah Jelebu dan juga di Kuala Pilah. Dan rampasan tersebut telah dilakukan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dan untuk jawapan tadi, memang tidak ada satu pun tangkapan tetapi pengesanan sedang dijalankan oleh pihak Polis. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput YB Johol.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 2.
Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih YB Johol atas soalan. Okey, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah telah menyalurkan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat di kawasan Johol pada Ogos 2023 berjumlah 482 kes dengan jumlah perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia 195,180.00.
Berdasarkan statistik, penerima Bantuan Warga Emas adalah yang paling ramai iaitu seramai 181 orang, diikuti dengan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja seramai 113 orang. Seterusnya iaitu Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya iaitu seramai 75 orang, Bantuan Am seramai 73 orang, Bantuan Penjagaan Pesakit/OKU Terlantar – 19 orang dan bagi Bantuan Anak Pelihara adalah seramai 1 orang. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak seperti yang saya sebut tadi, Ringgit Malaysia 195,180.00 iaitu melibatkan kewangan JKM kawasan Johol.
Manakala bagi jumlah penerima bantuan kewangan JKM yang ditamatkan dari Januari hingga Ogos 2023 adalah sebanyak 30 kes. Antara sebab penamatan disebabkan pelbagai faktor ya, Yang Dipertua,
iaitu meninggal dunia sebanyak 13 kes, berpindah ke luar daerah sebanyak 8 kes, tidak layak melebihi PGK JKM iaitu pendapatan dari Ringgit Malaysia1,169.00 sebanyak 5 kes dan kanak-kanak telah capai umur 18 tahun, bagi kanak-kanak melibatkan 4 kes. Penamatan dari JKM ini melihat daripada pendapatan isi rumah itu, peningkatan ekonomi mereka daripada anak yang sudah di bawah tanggungan 18 tahun ke atas dah, dan mereka telah bekerjaya membantulah sedikit sebanyak membantu ekonomi keluarga. Jadi, JKM membuat kajian dan pemantauan, jadi keluarga tersebut ditamatkanlah daripada menerima bantuan JKM, okey.
Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan merekodkan penerima bantuan tunai bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan daripada dana zakat seramai 197 orang dan tiada penerima yang ditamatkan namun pemutihan yang telah dibuat oleh MAINS didapati seramai 8 orang yang telah meninggal dunia dan 24 orang telah melebihi had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAINS.
Jadi had kifayah ini yang ditetapkan oleh MAINS adalah Ringgit Malaysia 2,418.00 dan bantuan minima untuk kewangan bulanan bagi fakir dan miskin bermula Ringgit Malaysia 250.00 untuk seorang. Manakala bantuan maksima untuk kewangan bulanan fakir hingga Ringgit Malaysia 800.00 sebulan. Bagi bantuan maksima untuk kewangan bulanan bagi fakir miskin pula sehingga 550.00 ringgit sebulan.
Jadi pecahan menerima bantuan daripada MAINS ini mengikut kariah masjid di kariah kawasan Johol-lah. Ia terdiri daripada, ada beberapa kariah masjid ni lah: Masjid Kariah Kampung Geduhum – 22, Masjid Kariah Kampung Tulang Rimau – 3, Masjid Kariah Ulu Inas – 21, Masjid Kariah Kampung Gating – 4, Masjid Kariah Kampung Kabong – 5 kes, Masjid Kariah Kampung Dingkir – 18 kes, Masjid Kariah Kampung Melekai – 10 kes, Masjid Kariah Jamek Pekan Johol – 15 kes, Masjid Kariah Kampung Nuri – 5 kes, Masjid Kariah Kampung Tanggai – 11 kes, Masjid Kariah Tangkoh – 13, Masjid Kariah Gemencheh Ulu – 8, Masjid Kariah Dato Undang keramat – 7, eh, Masjid Kariah Undang Kamat – 22, maaf Dato’ Yang Dipertua. Kamat ya. Masjid Kariah Nursalbiah Selaru – 7 kes, Masjid Kariah Kepis Ulu – 11 kes, Masjid Kariah Kepis Hilir – 8 …..
YB, YB Kuala Pilah, saya rasa jawapan tu susah nak baca.
Okey.
Biar saya mintak data ni dibagi jawapan bertulis.
Okey, baik Yang Berhormat Johol
Sebab apa ni, saya nak tanya berapa yang ditamatkan yang utamanya. Itulah aduan kita kepada ADUN biasanya ya …..
Okey baik, terima kasih.
Yang kata data detail tu mungkin boleh dibagi jawapan bertulis. Kesian dia.
Okey, terima kasih YB Johol.
Ada, soalan tambahan tak ada ya? Soalan tambahan tak ada ya?
Ada lagi 2 masjid, tak payah ya? Okey, okey, baik. Okey. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan…..
Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada Johol tu tadi, mengapa ditamatkan. So, buat jawapan bertulislah, dah panjang sangat dah tu.
Terima kasih YB Rantau.
Okey, jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan …..
Dato’ Yang Dipertua, minta izin. Dato’ Yang Dipertua, minta izin. Bolehkah bagi peluang kepada Mambau untuk mengemukakan soalan seterusnya? Saya rasa soalan ini penting untuk rakyat jelata.
Soalan nombor berapa?
Saya minta izin.
Soalan nombor? Kita sebenarnya masa tak banyak. Kita banyak agenda ni.
Okey, terima kasih. Jadi Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.
Okey, okeylah.
Okey, terima kasih Mambau. Dia pendek, saya jawab pendek. Dato’ Dipertua, Kerajaan Negeri sedang memperhalusi dan meneliti setiap usul yang dicanangkan dalam Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Walau apa pun yang terjadi, inisiatif bantuan khususnya kepada rakyat tetap akan diteruskan dan semua inisiatif daripada Kerajaan Negeri masih disambung ketika ini tanpa ada sebarang pengecualian. Dan kita juga sedang selaraskan dengan bajet yang akan kita buat pada bulan November ini, insyaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Bagaimanakah tindakan pihak Kerajaan Negeri untuk memudahkan serta mencari jalan penyelesaian agar permohonan inisiatif ini berjalan dengan lancar? Terima kasih.
Okey, saya rasa tadi saya dah maklumkan tadi bahawa kita sekarang bersama dengan UPEN sedang mengkaji satu persatu daripada manifesto yang kita telah maklumkan, untuk kita letakkan di dalam bajet kita pada tahun 2024 yang akan kita bentangkan pada bulan November ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa bagi Pertanyaan Lisan Hari Kedua telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions
Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentang di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.
Usul Di Bawah Peraturan XVIMotion
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun memohon izin mencadangkan supaya Dewan ditangguhkan menurut Peraturan XVI, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap dalam
dewan, Perhimpunan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1960 untuk saya mengemukakan usul khas dan mustahak dalam Persidangan Dewan yang mulia ini seperti berikut “Bahawa Dewan ini, menzahirkan pendirian menolak dan mengutuk tindakan kejam dan jenayah aparteid Rejim Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin.”
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya bangun cadangan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah mengemukakan cadangan untuk menangguhkan Dewan bagi membolehkan Usul: Bahawa Dewan ini, menzahirkan pendirian menolak dan mengutuk tindakan kejam dan jenayah aparteid Rejim Israel dan, yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin, dibentangkan kepada Dewan. Cadangan ini telah disokong oleh Yang Berhormat ADUN Pertang.
Saya berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Amat Berhormat Sikamat ini memenuhi kehendak-kehendak di bawah Peraturan XVI Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan sekaligus membolehkan perkara ini ditimbang, ditimbangkan oleh sidang Dewan pada hari ini jugak. Oleh itu, saya kemukakan perkara ini kepada sidang Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Usul ini dibentangkan sila angkat tangan. Jadi cadangan tersebut diterima ya? Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Linggi dan YB ADUN Chennah tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul yang pertama yang berbunyi “Bahawa Dewan ini, menzahirkan pendirian menolak dan mengutuk tindakan kejam dan jenayah aparteid Rejim Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin.”
Sebagaimana sidang hadirin maklum, sesungguhnya dunia terkesan dengan perkembangan terbaru konflik di Semenanjung Gaza, Palestin yang menggugat keselamatan dan keamanan rakyat di sana. Dewan yang mulia ini memohon untuk menyatakan penegasan kita menolak dan mengutuk siri keganasan, kekejaman dan jenayah apartied Rejim Israel yang dengan terang melanggar undang-undang dan hak
kemanusiaan termasuk mencemar kesucian Masjidil Aqsa yang merupakan salah satu Kota Suci penganut Agama Islam.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Dewan Yang Mulia pada hari ini dimohon untuk turut menuntut masyarakat antarabangsa supaya bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera mengatasi krisis ini. Satu tekanan antarabangsa perlu dilaksanakan segera bagi menghentikan segala kegiatan yang melanggar undang-undang dan hak kemanusiaan seperti ini; dan semua pihak hendaklah menghormati hak dan kedaulatan rakyat Palestin di atas muka bumi mereka sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, atas prinsip inilah, saya menyeru Dewan yang mulia ini turut sama menggerakkan suatu usaha menyalurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan dengan kadar segera. Justeru, saya mencadangkan Dewan yang mulia ini meluluskan penubuhan Tabung Amanah bagi mengutip sumbangan di segenap lapisan masyarakat Negeri Sembilan ini yang ingin menyumbang untuk membantu perubatan rakyat Palestin.
Saya dengan ini sekali lagi mencadangkan suatu usul “Bahawa Dewan ini, menzahirkan pendirian menolak dan mengutuk tindakan kejam dan jenayah apartied Rejim Israel yang mencetuskan pergolakan terkini di Palestin”. Sekian, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, saya mohon mencadang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk menyokong usul yang telah dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Sebelum saya meneruskan ucapan, untuk memberikan sedikit input berkaitan dengan usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, suka saya nak nyatakan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan pada hari ni juga mengambil ketetapan untuk melahirkan rasa dukacita di atas pemergian 2 pelajar siswazah dan juga 20 ahli keluarga mangsa akibat serangan bom Rejim Zionis di Gaza, Palestin pada hari Ahad yang lalu.
Saya baru saja menerima e-mel berkaitan dengan kejadian yang menimpa siswazah USIM, antara yang terkorban di dalam keganasan Rejim Israel di Gaza pada Ahad yang lepas. Mohammed Alzaanin, calon Doktor Falsafah Pengurusan Sumber Manusia dan isterinya, Kholoud Elzaneen pelajar Program Sarjana Sains, Fakulti Sains dan Teknologi USIM, terkorban di dalam serangan bom yang berlaku di perkampung mereka di Bait Hanon pada ketika jam 8.00 pagi. Perkara ini telah disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia; Ammar Mahariq. Turut terkorban di dalam peristiwa yang amat sedih ini adalah 4 orang anak mangsa. Hanya seorang, hanya seorang anak
mangsa, yang dilaporkan terselamat. Menurut Badereddin Seyam, Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, turut terkorban adalah 20 ahli keluarga mangsa di dalam serangan bom oleh Rejim Zionis di Gaza ini. Mohammed Alzaanin baru sahaja selesai menjalani sesi viva di USIM pada 5 Julai yang lalu. Manakala isterinya dijadualkan untuk menduduki ujian viva pada 20 oktiber, 20 Oktober ini. Ini adalah antara perkara dan kezaliman yang melampau terhadap masyarakat Islam di kawasan Palestin oleh Rejim Zionis, Israel.
Saya bangun pada pagi ini, di Dewan yang bertuah ini, di Dewan yang mulia ini, untuk bersolidariti dan menyokong pendirian Kerajaan Negeri Sembilan seja, serta Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar; ADUN Sikamat sebentar tadi. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Perpaduan terutamanya bagi, kepada kerajaan, Kerajaan Negeri yang tidak menunggu lama untuk membawa isu ini di Dewan Undangan Negeri supaya dapat dibincangkan dan bersolidariti bersama antara kerajaan dan pihak pembangkang.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah membawa usul melalui Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi; Timbalan Perdana Malaysia di dalam Dewan Rakyat pada petang semalam. Semalam, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, di Dewan Rakyat, kita dapat melihat satu solidariti yang penuh di antara pihak kerajaan dan pembangkang yang bersatu hati menyokong penuh Palestin di dalam isu ini. Bila berkait isu kemanusiaan, Dato’ Yang Dipertua, kita perlu mengenepikan sebarang perbezaan politik yang ada di antara kita.
Tindakan zalim, kejam dan ganas yang menimpa rakyat Palestin selama ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Siapa sangka tanah Palestin yang begitu luas sebelum tercetusnya konflik, sudah menjadi sekecil-kecilnya. Serangan roket Hamas baru-baru ini yang mengakibatkan lebih daripada 123,000 rakyat Palestin di Gaza, hilang tempat tinggal dan sekitar 74,000 orang ditempatkan di pusat pemindahan adalah merupakan satu situasi yang amat membimbangkan. Pencerobohan demi pencerobohan darat yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza serta pendirian Israel untuk menjadikan Palestin sebagai padang jarak padang tekukur, sememangnya perlu ditentang. Hakikatnya Israel itu merupakan sebuah negara haram kerana pembentukannya telah menindas dan menganiaya rakyat Palestin sejak beberapa dekad sehinggalah hari ini.
Untuk, umum mengetahui, Dato’ Yang Dipertua, Israel sudah lama mengimpikan tanah Palestin dan mahu menjadikannya sebagai negara mereka dengan alasan kepentingan dari segi sejarah kaum mereka. Oleh sebab itu, mereka sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat dan tujuan mereka. Saya percaya, pelbagai lagi tindakan zalim yang akan dilakukan oleh rejim ganas ini selepas ini. Perkara ini akan menjadi lebih parah, Dato’ Yang Dipertua, apabila terdapat pihak yang berkepentingan yang menyorok di belakang Israel dan memberikan sokongan. Rentetan itu, Israel menjadi semakin berani dengan mengambil langkah esktrem untuk mencapai impian mereka.
Sehubungan itu, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Sembilan agar bersama-sama memberikan sokongan dan bersolidariti terhadap malapetaka yang menimpa rakyat Palestin. Misi-misi bantuan kemanusiaan hendaklah digerakkan dengan segera. Kita juga perlu memperbaharui komitmen Malaysia di dalam menyokong perjuangan Palestin seperti yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak; selaku mantan Perdana Menteri Ke-6, yang telah menjadi Perdana Menteri pertama yang menjejakkan kaki ke lokasi konflik di bumi Palestin. Kita juga perlu bersama-sama memberikan sokongan penuh terhadap mana-mana NGO di dalam misi kemanusiaan yang dianjurkan.
Dato’ Dipertua, akhir sekali, saya juga ingin menggesa kepada kuasa-kuasa besar dunia supaya tidak lagi mendiamkan diri dan menjadi penakut serta pengecut dengan hanya menjadi pemerhati. Mereka ini juga sepatutnya campur tangan dan mempertahankan kedaulatan Negara Palestin melalui PBB, OIC dan sebagainya demi hak asasi manusia.
Tuan Yang Dipertua, sekian sahaja daripada saya. Dan saya menyokong sepenuhnya usul dan ketetapan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Pertang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul sebagaimana yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi sudah dicadang dan disokong. Sekarang saya kemukakan jika ada apa-apa perbahasan. Saya benarkan 2, kalau siapa-siapa nak, kalau ada Yang Berhormat.
Dato’ Dipertua.
Ya, Rantau.
Terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai usul tergempar yang dibawak oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat iaitu menyatakan betapa dahsyatnya rejim Zionis Israel yang telah pun selama 78 tahun masuk ke negara yang mana ketika dulu sebuah negara yang amat aman damai, tetapi disebabkan oleh kuasa-kuasa besar yang mahu melihat supaya keadaan di Timur Tengah tersebut diimbangkan dan meletakkan sebuah negara kecil yang bernama Israel, pada tahun 1948. Bermula daripada tahun 1948, Dato’ Dipertua, maka terjajahlah tanah air Palestin yang mana penduduknya hidup dalam keadaan damai. Dan penderitaan rakyat Palestin bermula daripada tahun tersebut. Mana-mana rakyat Palestin yang berumur 75 tahun ke bawah adalah merupakan anak bangsa yang terjajah negaranya, yang dihalau daripada kampung halamannya, yang dibunuh tanpa ada berasa belas kasihan. Seolah-olah nyawa orang Palestin ini tidak ada satu sen pun berharga.
Dato’ Yang Dipertua, inilah yang telah dilalui oleh rakyat Palestin. Isu Palestin ini, Dato’ Dipertua, bukan berkenaan isu agama. Jangan kita silap faham ya. Orang Palestin bukan semua orang Islam. Palestin ada orang Kristian, Arab Kristian dan macam-macam, ramai ya, kerana mereka mempunyai satu kelompok rakyat yang hidup secara aman damai, orang Islam dan jugak orang-orang Kristian di situ. Jadi, jangan kita pulak bercakap nanti orang kata, oh ini Malaysia ni kerana kita mengangkat kerana Islam. Bukan, ini adalah isu kemanusiaan. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pertang tadi ya, dan jugak Yang Amat Berhormat Sikamat.
Isu kemanusiaan yang telah berlangsung, yang telah berlaku selama 78 tahun, orang-orang Palestin, rakyat Palestin terhina, negara mereka dijajah, mereka terhalau dan dikeluarkan daripada kampung halaman tanpa sebarang pembelaan. Berpuluh-puluh resolusi daripada sama ada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mahupun Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi semuanya tidak diendahkan. Tidak siapa pun, tidak ada mana kuasa pun yang mahu menguatkuasakan resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ini yang menyebabkan ramai suara-suara negara ketiga telah menyuarakan supaya Bangsa-Bangsa Bersatu ini perlu dirombak semula bahawa keberadaan Bangsa-Bangsa Bersatu sekarang ini tidak mencerminkan hasrat ataupun niat negara-negara yang merdeka menubuhkan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kerana Majlis Keselamatan cuma dikuasai oleh 5 negara. Dan mereka mempunyai kuasa veto. Dan apa sahaja resolusi yang dibawak oleh Majlis Keselamatan dan jugak majlis, Bangsa-Bangsa Bersatu, Dewan Bangsa-Bangsa Bersatu, semuanya diveto oleh mereka-mereka yang mempunyai kuasa-kuasa yang mempunyai kepentingan-kepentingan yang tertentu di kawasan Timur Tengah.
Dato’ Dipertua, kita tak boleh mengatakan bahawa ini pengganas daripada Hamas. We cannot term them as a terrorist kerana mereka ini bukan mengganas. Mereka nak mendapatkan tanah air mereka semula. Mereka mahukan supaya tanah air mereka yang dijajah selama 78 tahun oleh penubuhan negara Zionis Israel ini, dan mereka mendapat pembelaan. Mereka telah pun bersetuju pada satu ketika untuk ada genjatan senjata, tetapi apa yang berlaku? Apakah pihak rejim Zionis Israel menghormati genjatan senjata yang telah pun diuruskan oleh beberapa negara Timur Tengah dan jugak Eropah? Tidak. Mereka terus menekan bahawa daripada 250,000 pendudukan, mereka telah pun menjadi hampir lebih daripada 700,000. Berpuluh-puluh kampung, bahkan pihak-pihak yang ada di dalam negara Israel sekali pun tidak bersetuju dengan cara iaitu settlers-settlers yang mengambil alih ataupun menghalau orang-orang Palestin daripada kampung halaman mereka.
Jadi Dato’ Dipertua, amat bertepatan, Dewan Undangan Negeri Sembilan yang bersidang hari pertama hari ini, Dato’ Yang Dipertua, usul Yang dibawak oleh Yang Amat Berhormat daripada Sikamat dan disokong oleh Yang Berhormat daripada Pertang ini dibahas dan kita perlu membuat satu resolusi hari ini. Di Dewan yang mulia yang bersidang pada 10 haribulan 10 hari ini, Dato’ Dipertua, mesti memutuskan dan membuat satu resolusi mengutuk sekeras-kerasnya bahawa apa yang berlaku, apa yang dilakukan oleh pihak rejim Zionis Israel ini mesti dikutuk dan campur tangan pihak Bangsa-Bangsa Bersatu, OIC, GCC, NATO dan yang lain-lain perlu mengambil bahagian dan menentukan supaya pembunuhan tanpa belas kasihan terhadap rakyat Palestin ini dapat dihentikan segera dan satu genjatan senjata yang perlu dilakukan oleh semua pihak. Pihak daripada Hamas ke, daripada Gaza ke, daripada Westbank, mereka bukan pengganas Dato’ Dipertua, mereka nakkan pembelaan. Mereka nak negara mereka semula. Telah pun diadakan. Bayangkan terkurung dalam penjara yang paling besar dalam dunia. Mereka terkurung Dato’ Yang Dipertua, mereka tak boleh keluar daripada kawasan mereka. Kalau kita lihat terdapatnya tembok, terdapatnya jaring besi yang mengawal mereka dan mereka boleh duduk dalam kawasan mereka sahaja. Dan sekarang mereka ditembak bertalu-talu tanpa belas kasihan seperti apa yang disebut oleh YB Pertang tadi, satu keluarga, 2 pelajar kita daripada USIM telah pun meninggal dunia bersama-sama dengan keluarga besar mereka. Apakah Malaysia dan jugak negara-negara yang merdeka di dalam dunia ini, hanya menutup mata dan berdiam diri melihat kekejaman Zionis Israel melakukan pembunuhan tanpa belas kasihan terhadap orang-orang Palestin?
Saya berharap supaya Dewan yang mulia hari ini, Dewan Undangan Negeri Sembilan bersama-sama sebulat suara, ini bukan masalah kerajaan ataupun pembangkang, ini masalah kemanusiaan sejagat, masalah Palestin yang ditindas begitu lama, berpuluh-puluh tahun. Maka seharusnyalah Dewan yang bersidang hari ini membuat satu resolusi mengutuk dan mengecam pembunuhan beramai-ramai. Dato’ Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua. Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, tak, saya mewakili 5 ADUN Perikatan Nasional menyokong usul yang dibawa oleh DUN Sikamat, yang disokong oleh DUN Pertang, ditambah pula dengan isi-isi yang cukup baik, berinfo daripada DUN Rantau. Bagi kami ini adalah yang kita lahirkan di sini pada hari ini, kesepakatan kita untuk meminta Wisma Putra dan Kementerian Luar menghantar satu mesej kepada PBB, mengatakan ini adalah daripada Dewan Undangan Negeri bersama Kerajaan Pusat seiring membantah untuk resolusi mengatakan tindakan kejam daripada pihak Zionis ini adalah satu tindakan di luar kemanusiaan yang sewajarnya. Mohon, kami pihak DUN daripada Perikatan Nasional menyokong usul yang dibawa sebentar tadi. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul sebagaimana yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi sudah dicadang dan disokong. Sekarang saya, ada yang ingin berbahas, tolak? Tak ada. Jadi, berkecuali? Tak ada …..
Assalamualaikum WBT. Assalamualaikum, ADUN Paroi. Tuan Yang Dipertua, sedikit penambahan daripada usul yang dicadangkan oleh DUN Sikamat. Saya me, me, bersetuju ya, mengutuk dan jugak mengecam. Tapi saya mintak dibuat penambahan membantu ya, membantu rakan-rakan kita, Kerajaan Negeri Sembilan, rakan-rakan kita di Palestin, penduduk mereka. Saya rasa dibuat sedikit penambahan untuk membantu rakan-rakan kita di Palestin. Itu salah satu cadangan daripada, daripada DUN Paroi.
Menambah macam mana, dia punya tadi? Yang Berhormat Paroi. Paroi. Menambah macam mana? Teks dia?
Tadi kita mengecam, mengutuk, mengecam ya. Dan satu lagi penambahan ialah kita kena membantu rakan-rakan kita di Palestin. Mungkin Kerajaan Negeri Sembilan, mungkin beri, memberi bantuan ya, kepada rakan-rakan kita ya. Wallahu’alam.
Saya tanya, boleh tambah daripada pencadang usul. Okey. Jadi, dengan demikian, kita dah bentangkan, telah bahas dan semua telah setuju. Maka usul ni diluluskan. Kita terus ke agenda yang seterusnya. Silakan Setiausaha.
Perkara keenam …..
Biar, nanti. Ya?
Sebelum kita menerima usul tersebut, saya mencadangkan juga kepada Jabatan Agama Islam untuk menyediakan khutbah Jumaat minggu ini bertajuk Palestin yang kena tindas hari ini supaya tajuk, khusus untuk Palestin diadakan untuk Khutbah Jumaat minggu ini. Keduanya tabung masjid, saya harap dapat disegerakan, dapat digerakkan ya, di masjid-masjid selama sebulan. Dan bacaan Qunut Nazilah di semua masjid dan solat-solat hajat boleh diteruskan di masjid-masjid.
Keduanya, sumbangan daripada syarikat berkait dengan Kerajaan Negeri dan MAINS amat diwajibkan. Dan juga menggalakkan pihak-pihak swasta untuk sama-sama memberi sumbangan kepada tabung yang kita ingin sediakan. Ini kepada Tabung Amanah. Dan kita, ini akan memberikan satu sokongan secara keseluruhan daripada kita keseluruhannya.
Kita maklum perkara ini, harus disegerakan memandangkan 2.0 juta lebih penduduk yang terkesan memerlukan banyak keperluan terutamanya perubatan ya, kita tahu memang keperluannya perubatan hanya ada sebuah hospital untuk 2.0 juta penduduk. Dan ini merupakan satu perkara yang cukup menyedihkan kita dan kalau kita boleh di peringkat awal ini, boleh segerakan sumbangan mengenai perubatan itu amat-amat kita raikan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan. Itu tambahan saya, Dato’ yang Dipertua, terima kasih.
Setiausaha.
Perkara keenam, Usul menjunjung kasih titah …..
Dato’ Yang Dipertua. Baik usul yang digazetkan, diwartakan untuk dibahas ataupun usul tergempar, mesti diundi ya, sebelum kita terima. Sebelum kita terima, Dato’ Speaker nanti, bila dah undi, kita kata usul diterima, usul tergempar diterima ya. terima kasih.
Tadi macam saya dah sebut dah, undi. Jadi kita buat sekali lagi. Bagi yang bersetuju dengan usul ini, sila angkat tangan. Berkecuali? Yang tak setuju? Usul ini diluluskan.
Lulus dengan sebulat suara, Dato’ Yang Dipertua. Itu me, mem, memperkuatkan
Sebulat suara, semua angkat tangan sebulat suara ya.
[Keputusan undian: semua 36 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju.]
UsulMotion
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.”
Perkara keenam, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Sikamat, barisan EXCO Kerajaan Negeri serta Yang Berhormat – Yang Berhormat di barisan kerajaan dan pembangkang yang hadir pada persidangan hari ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul yang berbunyi “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15”.
Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana telah sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal seterusnya. Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Pertang kerana telah dipilih sebagai Exco Kanan. Pelantikan bersejarah ini adalah satu manifestasi kepada kerjasama di antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan. Tahniah Yang Berhormat Pertang.
Juga ucapan tahniah kepada semua, kesemua Yang Berhormat sekalian kerana telah dipilih untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing melalui satu proses demokrasi yang telah dilaksanakan dengan telus dan yang paling penting dalam suasana yang begitu aman dan harmoni tanpa sebarang kejadian-kejadian yang tidak mahu berlaku sewaktu tempoh berkempen tempoh hari. Tahniah kepada semua.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan secara rasminya, kita yang ada di dalam Dewan ini telah pun dipilih oleh rakyat di kawasan masing-masing untuk berkhidmat kepada mereka. Mereka memilih kita untuk mewakili mereka bagi menentukan segala dasar yang terbaik untuk dibincangkan di Dewan yang mulia ini. Maka, dengan menjunjung kasih, menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, saya menyeru kepada rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Kita bincanglah apa jua yang perlu dibincangkan di Dewan ini secara berhemah. Janganlah kita amalkan provokasi atau mengadu domba dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan. Sama-samalah kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ini tunjukkan contoh yang baik dalam kita mendebatkan sesuatu isu dengan penuh kematangan. InsyaAllah.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Keputusan Pilihan Raya Negeri ke-15 lalu, menunjukkan bahawa rakyat di Negeri Sembilan terutamanya masyarakat Melayu dapat menerima formula acuan Kerajaan Perpaduan ini dengan baik. Jumlah pembahagian kerusi antara komponen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan juga nampak seimbang. Daripada 31 kerusi yang dimenangi oleh parti kerajaan, 17 datangnya daripada Pakatan Harapan dan 14 lagi dari Barisan Nasional. Oleh kerana itu, Negeri Sembilan boleh menjadi contoh kepada keberkesanan pemerintahan Kerajaan Perpaduan ini.
Saya yakin, formula Kerajaan Perpaduan ini adalah formula yang terbaik. Dan rakyat akan dihidangkan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri yang camerlang dan gemilang menerusi kerjasama erat antara gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ini. InsyaAllah, gelombang perpaduan ini akan kita mulakan di negeri kita ini. Yakinlah, menerusi gabungan kepimpinan yang baik antara Yang Amat Berhormat Sikamat dan Yang Berhormat Pertang, rakyat di negeri kita ini akan terus memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, penggal ini adalah penggal kedua saya diberi kepercayaan oleh warga Johol untuk berkhidmat kepada mereka. Dan daripada kali pertama saya menjadi wakil rakyat sekali
pun, saya telah beberapa kali membangkitkan mengenai isu tanah terbiar melibatkan tanah-tanah adat di negeri kita ini. Kita di Negeri Sembilan ini amat bertuah dan beruntung kerana mempunyai Raja yang sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat mengenai tanah-tanah adat ini.
Semalam, Baginda juga menyentuh mengenai tanah-tanah terbiar dan ini membuktikan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar sentiasa cakna dan prihatin mengenai isu ini. Bagi tujuan itu, walaupun saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang memperkenalkan perlaksanaan Enakmen Rang Undang-Undang pemegang, Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan tahun 2022 dan RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) tahun 2022, tetapi pada masa yang sama saya merasakan perlaksanaannya perlulah dilakukan dengan lebih menyeluruh lagi.
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar ini harus dijunjung dengan memastikan Enakmen yang diperkenalkan ini bersifat lebih inklusif supaya permasalahan tanah-tanah terbiar dapat diselesaikan dengan penglibatan pihak-pihak yang berkenaan seperti To’-To’ Adat dan lain-lain lagi. Jika perlaksanaannya dimudahkan, ini akan memudahkan untuk tanah-tanah yang melibatkan tanah-tanah adat yang terbiar ini dapat dimajukan sekaligus memberi manafaat kepada negeri kita secara keseluruhannya.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti yang saya nyatakan di awal perbahasan saya tadi, negeri kita ini mempunyai poten, pelbagai potensi untuk dibangunkan. Bukan sahaja daripada sektor hartanah tetapi juga dari beberapa sektor lain termasuk pelancongan. Untuk itu, saya minta supaya Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat melakukan kerjasama erat bagi mempromosi negeri kita ini untuk menarik pelabur-pelabur besar untuk melabur di negara kita. Dengan pelaburan yang besar daripada luar ini, ia sekali gus mampu mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti tinggi kepada rakyat di Negeri Sembilan. Kita semua telah sedia maklum bahawa Kerajaan Negeri sebelum ini telah pun mengorak langkah untuk menerokai pelaburan dalam bidang aeroangkasa dan maritim. Dan alhamdulillah, beberapa tahun ini kita dapat melihat hasilnya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat di atas inisiatif menarik pelaburan ke Negeri Sembilan menerusi sektor ini.
Tetapi hari ini, saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri juga dapat menerokai pelaburan daripada pemain-pemain antarabangsa daripada sektor seperti Renewable Energy, dengan izin, mewujudkan
Data Centre di negeri kita selain menjadikan Negeri Sembilan sebagai Hab Logistik dengan mengambil kesempatan di atas faktor geografi negeri kita, yang berhampiran dengan sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa iaitu KLIA di Sepang. Jika potensinya ada, saya mencadangkan supaya kita terokai kedua-dua bidang ini. Bangunkan infrastruktur yang bersesuaian dengan, dengannya agar pelabur luar dalam bidang ini minat untuk ke negeri kita. Dan akhirnya, sudah pasti rakyatlah yang akan mendapat manafaat besar hasil daripada pelaburan mereka.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam kita bercakap mengenai menarik kemasukan pelaburan luar untuk datang ke negara, negeri kita, suka untuk saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian untuk memperkesakan syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri supaya ia lebih inovatif dan progresif. Misalnya, kita ada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan atau PKNNS yang sentiasa menjadi peneraju kepada pembangunan di negeri kita ini. Antara lain objektifnya adalah untuk menggalakkan pembangunan di Negeri Sembilan. Ia juga merupakan agensi amanah bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan terutama di bawah Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional serta Rangka Rancangan Jangka Panjang 2. Ia memainkan peranan yang cukup besar terutamanya dalam soal Pembangunan ekonomi di negeri kita ini. Peranan yang sama dengan apa yang ada di Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS dan di Johor menerusi Johor Corp, Johor Corporation. Kedua-duanya ada, yang ada di Selangor dan Johor ini memainkan peranan yang amat penting kepada usaha membangunkan ekonomi di negeri masing-masing.
Namun, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya merasakan PKNNS masih jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan kedua-dua ini. Malah, setakat semalam, maklumat yang saya terima menerusi carian di laman web rasminya, jawatan Ketua Eksekutif PKNNS masih belum diisi. Sebaliknya, ia disandang oleh seorang pemangku yang saya dimaklumkan bahawa pemangkuan ini telah dibuat sejak lebih dari setahun lalu. Saya tidak tahu di mana silapnya Dato’ Dipertua, tetapi pada saya, dengan ketiadaan Ketua Eksekutif sepenuh masa ini seolah-olah memberi gambaran bahawa kita tidak serius dalam soal pengurusan agensi pembangunan di bawah kita. Sedangkan ini adalah perkara yang perlu kita perlihatkan.
Bercakap mengenai PKNNS ini juga, saya mencadangkan supaya agensi ini diberi pendekatan untuk bertindak lebih agresif dalam soal pembangunan perniagaannya. Mereka perlu berani menerokai bidang-bidang perniagaan konvensional yang berpotensi memberi keuntungan
maksimum kepada mereka. Kita ambil contoh, Johor Corporation sekali lagi, bagaimana mereka berani melebarkan sayap perniagaan dalam bidang kesihatan melalui KPJ Healthcare yang mempunyai beberapa hospital di seluruh negara. Ini belum kita cakap mengenai perniagaan perladangan kelapa sawit mereka yang terbaru mereka sedang mengintai potensi kerjasama pelaburan dengan syarikat gergasi antarabangsa dalam penubuhan Data Centre di negeri itu.
Dato’ Yang Dipertua, mengambil contoh daripada itu, saya mencadangkan supaya PKNNS dan lain-lain agensi Kerajaan Negeri perlu diperkasakan untuk menjadi peneraju kepada pembangunan sosio ekonomi di negeri ini. Ini bermakna, kita mahu PKNNS memainkan peranan penting untuk membantu golongan usahawan-usahawan tempatan terutama golongan belia dan bumiputera di negeri ini. Kita mahu agensi-agensi Kerajaan Negeri tidak melupakan social obligation mereka kepada negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, jika kita mampu tarik pelaburan berimpak tinggi selain dapat memperkasakan lagi agensi di bawah Kerajaan Negeri, kita dapat membina lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat kita. InsyaAllah. Ketahuilah bahawa rakyat-rakyat di Negeri Sembilan perlukan lebih banyak peluang pekerjaan. Mereka mahu berbakti di negeri mereka sendiri. Kita juga tidak mahu, bakat-bakat yang ada di dalam negeri kita ini mencipta nama dalam kerjaya mereka di negeri-negeri lain. Biarlah mereka kekal di Negeri Sembilan. Tinggal di bawah negeri ini dan bersama-sama membangunkan negeri yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini untuk membangkitkan mengenai pembangunan belia dan sukan. Seperti yang kita sedia maklum, pembangunan infra untuk belia dan juga Pembangunan sukan di kawasan-kawasan bandar terutamanya di Seremban berada pada keadaan yang baik walaupun ia memerlukan beberapa penambahbaikan. Saya melihat kemudahan untuk belia kita di luar bandar masih berada dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak disediakan dengan program-program keusahawanan yang membolehkan untuk mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Justeru, saya mencadangkan supaya satu pusat belia diwujudkan di setiap daerah di negeri ini. Pusat ini menyediakan beberapa kemudahan kepada belia untuk berniaga roduk mereka sendiri. pusat ini juga boleh diwujudkan studio rakaman yang percuma supaya mereka dapat berniaga secara bersiaran langsung di media-media sosial dengan
memanfaat teknologi e-commerce yang sedang berkembang ketika ini. Dato’ Yang Dipertua, di kemudahan ini juga, kerajaan boleh menganjurkan program-program latihan kepada belia kita selain menganjurkan program promosi bagi membantu mereka berniaga.
Untuk kemudahan sukan pula, saya melihat ia masih memerlukan satu perhatian khusus daripada Kerajaan Negeri terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Sebagai contoh adalah kemudahan bola, gelanggang bola sepak, gelanggang serbaguna untuk permainan sepak takraw, bola keranjang dan badminton masih di tahap yang tidak memuaskan. Dalam kita mahu menggalakkan rakyat mengamalkan cara hidup sihat melalui penyertaan dalam sukan, kita perlu serius melakukan penambah bagi tujuan infrastruktur sukan di negeri kita. Taman-taman awam untuk rakyat beriadah perlulah diperbanyakkan bukan sahaja di dalam bandar tetapi juga di luar bandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bercakap mengenai kawasan luar bandar pula, jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar di negeri kita perlu dirapatkan. Kemajuan di kawasan kampung, luar bandar dan kampung baru perlu dipertingkatkan lagi. Ini terutamanya melibatkan pembangunan infra di kawasan-kawasan luar bandar itu sendiri. Kita akui bahawa pengurusan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) di Negeri Sembilan ini adalah antara yang terbaik di negara kita. Tetapi ia boleh diperhebatkan lagi dengan mewujudkan satu jaringan kemudahan infra yang lebih menyeluruh dan inklusif. Pembangunan infra di kawasan luar bandar ini adalah penting kerana ia adalah cerminan kepada kemajuan sesebuah negeri. Kita tidak mahu negeri kita hanya gah di kawasan bandar sahaja, sebaliknya pembangunan di negeri kita, di negeri kita ini perlulah seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan terakhir saya adalah mengenai menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan di negara kita. Untuk makluman semua, pada Pilihan Raya Negeri yang lalu, saya telah memperkenalkan Tekad Hebatkan Johol pada satu, dan salah satu daripadanya adalah mengenai menjadikan Johol sebagai lokasi pelancongan pilihan. Saya ambil contoh Johol adalah kerana di kawasan saya sendiri banyak lokasi-lokasi menarik yang mampu menarik pelancong domestik dan antarabangsa. Antaranya adalah kewujudan lebih banyak kawasan yang berstatus outdoor adventure. Cuma ia perlu mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu mempromosikannya lagi secara agresif. Kita tidak boleh terlalu selesa dengan menjadikan hanya Port Dickson sebagai produk pelancongan kita. Walhal, ada banyak lagi tempat-tempat menarik di daerah lain di negeri ini misalnya di Jelebu, di Rembau, Kuala Pilah,
Tampin dan lain-lainnya lagi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan di negeri kita.
Bagi tujuan itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya satu Masterplan, dengan izin, pelancongan dapat diwujudkan dan dilancarkan dalam masa terdekat supaya satu strategi pemerkasaan produk pelancongan di negeri dapat dikenalpasti dan ditingkatkan. Jika ini dapat dijayakan, percayalah bahawa aspirasi untuk menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan pilihan akan dapat dijayakan. Insya-Allah.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, secara rumusnya, rumusannya, perbahasan saya kali ini mempunyai fokus untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya membawa negeri ini lebih dinamik, berdaya maju dan mampan. Seperti mana yang dititahkan beberapa kali oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar semalam, Baginda mahu melihat negeri ini menjadi sebuah negeri yang berpendapatan tinggi. Saya yakin dan percaya, jika kena pada strateginya. Kena pada caranya, aspirasi ini akan dapat kita laksanakan bersama. InsyaAllah.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Johol kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka bagi penggal kedua untuk saya ini. Sesungguhnya, saya berjanji akan sedaya upaya saya untuk mewakili warga Johol di Dewan yang mulia ini bagi membangkitkan segala permasalahan dan membincangkan apa jua perkara secara berhemah demi kebaikan mereka secara keseluruhannya. Sekali lagi saya ajak semua rakan-rakan seperjuangan saya di Dewan ini termasuk di blok pembangkang supaya kita dapat berbakti kepada rakyat dengan baik. Janganlah kita cemarkan dewan ini dengan perkara yang tidak sepatutnya yang akhirnya akan merugikan kita. Ingatlah, kita orang adat. Orang adat ni ada adab dan budi pekertinya.
Sopan dan santun pekerti mulia, Sombong dan takbur jangan diamal, Masyarakat Madani penuh ceria, Negari harmoni terus terkenal.
Dengan ini Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, assalamualaikum WBT.
Saya jemput YB Chennah untuk menyokong.
Terima kasih kepada Dato’ Dipertua. Dato’ Dipertua saya bangun untuk menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat ADUN Johol untuk mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.
Sebelum saya memulakan perbahasan saya, Dato’ Dipertua, saya juga ingin menyatakan semangat solidariti bersama dengan rakyat Palestin yang ketika ini menghadapi satu keadaan yang cukup mencabar. Apa yang berlaku di Palestin beberapa hari ini tidak boleh dilihat dalam konteks hanya 3 hari ini, tetapi konteks yang lebih lama iaitu sejarah yang berlaku di bumi Palestin selama lebih 75 tahun. Jadi, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Rantau bahawa apa yang berlaku ini tidak boleh dilihat ataupun bukannya satu isu pertembungan agama tetapi satu isu kemanusiaan. Mengapa ada berlakunya pertelingkahan ataupun keganasan ini, ia berpunca daripada pencerobohan dan penjajahan tanah di kawasan tersebut selama berpuluh tahun dan rakyat Palestin dikurung di Gaza dengan begitu teruk sekali. Dan sudah tentu keamanan di Timur Tengah tidak akan dapat dicapai sehinggalah tanah ataupun bumi Palestin ini dibebaskan daripada penjajahan. Jadi saya menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan juga menyokong pendirian yang telah pun dibawa oleh Kerajaan Malaysia selama ini.
Dato’ Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi-pengundi di DUN Chennah yang telah pun sekali lagi memberikan mandat kepada saya untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan DUN Chennah, bagi penggal ke-3 untuk DUN Chennah. Dan justeru itu, penggal ke-5 sebagai ahli dalam Dewan yang mulia ini selepas dipilih dalam Pilihan Raya Negeri baru-baru ini. Saya berasa amat merendah diri dan boleh dikatakan amat menghargai dan tersentuh dengan sokongan yang telah diberikan oleh pengundi-pengundi di DUN Chennah. Malah majoriti saya di kawasan tersebut telah pun meningkat satu kali ganda daripada 1,100 undi, majoriti, meningkat kepada majoriti lebih daripada 2,000 undi. Dan saya merasakan bahawa ini adalah satu kepercayaan dan satu mandat yang besar daripada pengundi-pengundi untuk terus saya berkhidmat dan juga membawa suara pengundi Chennah dalam Dewan yang mulia ini. Dan seterusnya untuk memberikan bakti dan juga khidmat kepada Negeri Sembilan khususnya.
Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucap, merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana sekali lagi diberikan mandat untuk menerajui Kerajaan Negeri Sembilan bagi
penggal yang kedua. Seperti titah ucapan Tuanku semalam, landskap dan juga corak pentadbiran Negeri Sembilan mengalami satu perubahan yang cukup drastik, satu perubahan yang cukup besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 dan khususnya selepas PRN Ke-15. Kerajaan Negeri yang terbentuk selepas Pilihan Raya Negeri Ke-15 baru-baru ini merupakan Kerajaan Negeri yang paling kuat dan paling kukuh sejak tahun 2008.
Kalau kita mengimbas kembali rekod dalam Dewan ini, sejak tahun 2008, tidak ada Kerajaan Negeri yang mempunyai sokongan majoriti 2/3. Pada penggal DUN Yang Ke-12, iaitu selepas Pilihan Raya Umum tahun 2008, pembangkang mempunyai 15 kerusi berbanding dengan pihak kerajaan 21 kerusi pada ketika itu. Buat kali pertama, Kerajaan Negeri hilang majoriti 2/3. Selepas itu dalam penggal ke-13, Pilihan Raya Umum tahun 2013, walaupun pihak kerajaan pada ketika itu meningkat kerusi mereka, daripada 21 menjadi 22, namun begitu masih kurang daripada majoriti 2/3. Dalam penggal ke-14, apabila kerajaan bertukar tangan, Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri, kita hanya menguasai Kerajaan Negeri dengan majoriti yang tipis. Di pihak kerajaan – 20 kerusi, berbanding dengan pihak pembangkang 16 kerusi. Tetapi Kerajaan Negeri yang terbentuk pada hari ini, adalah kerajaan yang mempunyai 31 daripada 36 kerusi dalam Dewan un, yang mulia ini. Maksudnya kita mempunyai majoriti lebih daripada 2/3. Dan ini sudah tentu merupakan satu kekuatan baru dalam Kerajaan Negeri Sembilan di mana buat kali pertamanya kita ada gabungan di antara 2 gabungan politik besar di Negeri Sembilan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan. Dan menunjukkan bahawa perpaduan itu membawa kekuatan kepada Kerajaan Negeri. Kita mempunyai 31 kerusi di blok kerajaan pada hari ini.
Namun, saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Gemas, yang telah pun dipilih sebagai Ketua Pembangkang. Pembangkang mempunyai peranan mereka sebagai semak dan imbang. Pembangkang, blok pembangkang pada penggal kini ada 5 kerusi. Jadi Yang Berhormat Gemas saya nak katakan, 5 kerusi itu agak bertuahlah. Ketika pada satu ketika saya menduduki kerusi Ketua Pembangkang, saya seorang saja. Ketua Pembangkang pun saya, penyokong pembangkang pun saya. Apabila saya cadang usul, tak ada penyokong, saya tak boleh bawa usul sebab hanya saya seorang, pada satu ketika. Saya duduk kerusi di sana hampir 14 tahun, daripada tahun 2004 sehingga tahun 2018. Jadi Yang Berhormat Gemas ada rakan yang boleh menyokong usul Yang Berhormat pada hari ini. Jadi, saya tidak memperkecilkan, walaupun 5 ahli Dewan pembangkang, saya tidak memperkecilkan sama sekali peranan yang dimainkan oleh pembangkang. Sudah tentu kita mengharapkan bahawa pembangkang
pada hari ini meneruskan tradisi pembangkang dulu iaitu kita membawa satu semangat dan juga peranan dan tanggungjawab dengan penuh berhemah.
Dan kita selalunya amat berbangga dengan budaya dalam Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan kerana kita antara DUN Negeri Sembilan, DUN yang paling harmoni di negara kita. Tak ada pertelingkahan, tak ada pergaduhan dalam Dewan. Dan apa sahaja perbezaan pendapat itu kita sampaikan dengan berhemah. Dan kita me, mem, mempunyai satu perasaan hormat menghormati antara satu sama lain. Jadi saya berharap semangat ini terus dibawa oleh pembangkang pada hari ini. Kalau dulu, masa saya Ketua Pembangkang, saya duduk bertentangan dengan Yang Berhormat Rantau. Yang Berhormat Rantau; Menteri Besar, saya Ketua Pembangkang. Dia duduk sini, saya duduk saya. Di kerusi Gemas. Tapi hari ini, kita dah duduk bersebelahan. Jadi ini, ini dinamiknya politik, dan bahawa kita menampakkan bahawa politik negara kita mempunyai satu perubahan yang cukup besar. Dan kita mengharapkan bahawa perubahan ini membawa kepada satu kekuatan baru kepada negara dan kepada negeri kita.
Dato’ Dipertua, dengan kekuatan politik pada hari ini, di mana Kerajaan Persekutuan telah pun berjalan dengan lancar selama hampir 10 bulan, dengan kekuatan majoriti di Dewan Rakyat. Dan Kerajaan Negeri mempunyai kekuatan majoriti lebih daripada 2/3. Kita mengharapkan dengan kestabilan dan kekuatan politik pada hari ini, kita dapat sama-sama memfokus kepada pertumbuhan negara kita. Kepada kemajuan negara kita. Apa yang penting ialah kita mesti menggunakan keamanan dan kestabilan politik dalam negara kita untuk kemajuan negara dan juga kepada pertumbuhan ekonomi. Kalau kita lihat negara-negara yang mempunyai konflik pada hari ini, umpamanya apa yang berlaku di Timur Tengah, apabila tidak ada kestabilan, tidak ada keamanan, maka ti, sudah tentu rakyat tidak boleh hidup dengan baik. Jadi apa yang ada dalam negara kita pada hari ini ialah ada keamanan, kita ada kerajaan yang dipilih melalui sistem pilihan raya, melalui sistem demokrasi. Dan kita mesti menggunakan faktor ini demi pertumbuhan negara yang lebih baik. Jadi, dengan adanya kerajaan yang stabil dan kukuh pada hari ini, kita mesti fokus kepada pertumbuhan ekonomi.
Saya amat bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Johol tadi, bahawa kita mesti fokus kepada pelaburan kerana tanpa pelaburan, pertumbuhan ekonomi tak boleh berkembang. Dan Negeri Sembilan, walaupun negeri kita bukannya sebuah negeri yang besar, kita ada kekuatan kita tersendiri. Kita mempunyai kelebihan dari segi kedudukan geografi. Banyak sektor-sektor yang boleh kita terokai. Dan sudah tentunya selama ini banyak juga pelaburan yang telah dibawa
masuk ke Negeri Sembilan. Termasuklah sektor-sektor yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Johol tadi, termasuk sektor aero angkasa, sektor maritim, sektor berteknologi tinggi dan sebagainya. Pada hari ini kita lihat bahawa beberapa kawasan perindustrian sudah penuh sesak dan sudah semakin berkembang termasuklah bukan saja di Senawang, di Nilai, di Bandar Enstek, di Sendayan, penuh dengan kilang-kilang yang berteknologi tinggi. Dan juga ada antaranya adalah syarikat-syarikat pelaburan daripada sektor aero angkasa.
Dan saya juga amat bersetuju bahawa kita mesti menggunakan kedudukan geografi kita yang dekat dengan Lembah Kelang, dengan sebaik-baiknya iaitu untuk kita memperkembangkan Negeri Sembilan sebagai satu hab logestik, logistik. Dalam perkara ini sudah tentu saya amat berminat kerana ia berkaitan dengan portfolio saya di peringkat Persekutuan sebagai Menteri Pengangkutan iaitu sektor logistik itu memainkan satu peranan yang cukup penting dalam pertumbuhan ekonomi kerana tanpa sokongan logistik yang baik, perindustrian negara kita tak boleh berkembang. Eksport dan import negara kita tak boleh tumbuh sekiranya tanpa satu sokongan logistik yang baik.
Jadi Negeri Sembilan mempunyai kelebihan dari segi menjadikan kawasan kita ini sebagai satu hab logistik terutamanya di kawasan-kawasan strategik di Negeri Sembilan. Di kawasan Nilai umpamanya, Bandar Enstek, dan di kawasan-kawasan bersempadan dengan KLIA. Itu merupakan kawasan-kawasan yang sangat strategik untuk dibangunkan sebagai hab logistik negara kita. Terutamanya di kawasan Nilai kerana ianya merupakan satu kawasan persimpangan Lebuh Raya Utara Selatan yang menghubungkan antara kawasan-kawasan ataupun negeri-negeri di selatan dengan negeri-negeri di utara. Di mana kita ada hubungan Lebuh Raya Elite yang menghubung daripada Nilai, daripada selatan terus ke utara tanpa melalui Kuala Lumpur. Jadi kawasan tersebut merupakan satu kawasan yang cukup strategik. Dan sudah tentu kita boleh menggunakan kekuatan ini, kelebihan ini untuk menarik pelaburan-pelaburan daripada industri logistik ataupun syarikat-syarikat logistik ini untuk menubuhkan pangkalan mereka ataupun menubuhkan warehouse mereka di kawasan-kawasan tersebut.
Saya tahu bahawa umpamanya selama ini, banyak syarikat logistik, mereka berpusat di kawasan Shah Alam, di kawasan Klang, kerana berdekatan dengan Pelabuhan Kelang. Tetapi di kawasan-kawasan seperti Shah Alam dan Klang sekarang ini sudah begitu sesak, penuh, tak ada tanah lagi untuk dibangunkan. Jadi saya mengharapkan pihak UPEN, Kerajaan Negeri Sembilan, boleh memberikan fokus bersama-sama dengan Invest Negeri Sembilan untuk cuba mendapatkan pelaburan dalam, daripada sektor logistik di kawasan-kawasan ini. Dan kita kenal
pasti kawasan-kawasan tapak-tapak perindustrian ataupun tapak-tapak yang boleh dibina warehouse ini, gudang-gudang besar ini untuk kita menarik pelaburan dalam sektor tersebut.
Baru semalam saya juga dibentangkan satu kertas cadangan daripada sebuah syarikat tempatan yang merupakan pengasasnya orang Seremban, untuk menubuhkan satu fasiliti cold chain ataupun satu gudang yang memberikan kemudahan pembekuan sejuk kepada, kepada kilang-kilang di, di kawasan sekelilingnya. Jadi, facilities seperti ini amat penting dan kita mengharapkan bahawa ada tapak-tapak yang sesuai dapat dikenal pasti untuk tujuan itu.
Kita juga mesti terus memberikan fokus kepada perindustrian, pertumbuhan perindustrian. Dan pertumbuhan perindustrian yang kita nak kenal pasti ialah berteknologi tinggi yang dapat mem, meningkatkan daya saing negara kita untuk dieksport ke luar negara. Dan selama ini salah satu kekurangan di Negeri Sembilan ialah bahawa kita tidak ada port, tak ada airport ataupun port. Kita tak ada pelabuhan mahupun lapangan terbang. Lapangan terbang sudah tentu Negeri Sembilan tak perlu sebab kita berdekatan dengan KLIA. Malah kita antara negeri yang paling dekat dengan KLIA. Jadi, tidak ada keperluan lapangan terbang di Negeri Sembilan.
Tetapi saya rasa bahawa ada pelbagai cadangan, pelbagai permintaan supaya pelabuhan diadakan. Saya nak memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, kepada Kerajaan Negeri, bahawa di atas kapasiti saya sebagai Menteri Pengangkutan, baru-baru ini ada sebuah syarikat swasta yang telah berhubung dengan saya, untuk menyatakan cadangan untuk membina sebuah pelabuhan kecil di Port Dickson, secara usahasa, usaha swasta. Saya mengalu-alukan cadangan tersebut kerana ia pertamanya bukannya permohonan daripada kerajaan untuk membina pelabuhan itu, sebab pelabuhan-pelabuhan negara kita ini secara umumnya telah pun diswastakan. Jadi sebarang pembinaan pelabuhan itu adalah usaha daripada pihak swasta. Dan ada minat daripada sebuah syarikat swasta ini yang mempunyai sebuah, sebidang tanah yang besar di Port Dickson untuk mereka membina satu pelabuhan kecil ataupun mini port di Port Dickson. Mereka telah bentang kepada Kementerian Pengangkutan tetapi pihak Kementerian Pengangkutan memohon mereka supaya terlebih dahulu mendapatkan sokongan daripada pihak Kerajaan Negeri, merujuk perkara ini kepada UPEN dan juga kepada Pejabat Menteri Besar.
Jadi saya mohon supaya pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk melihat kepada kertas cadangan ini, adakah ia bersesuaian dengan Negeri Sembilan. Sekiranya
pihak Kerajaan Negeri memberikan sokongan secara prinsip, maka di pihak Kementerian Pengangkutan, kita akan memberikan facilitation untuk membantu merealisasikan projek ini. Sudah tentu ia tertakluk kepada kajian-kajian teknikal yang perlu di …..
Pada dasarnya Kerajaan Negeri telah menyokong permohonan ini. Dan saya telah, minta untuk UPEN untuk buat kajian perkara tersebut.
Ya, terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya mengalu-alukan sokongan daripada Kerajaan Negeri ini. Jadi di peringkat Kementerian Pengangkutan, sudah tentu apabila ada sokongan daripada Kerajaan Negeri, kita akan cuba bantu. Tapi ia tertakluk, masih tertakluk kepada kajian-kajian fizikal, sama ada ia sesuai feasibility dan sebagainya. Termasuklah kajian alam sekitar, sama ada ia bersesuaian untuk di, dibina sebuah pelabuhan mini di kawasan tersebut. Namun begitu, saya rasa sekiranya projek ini dapat direalisasikan, ia merupakan satu nilai tambah kepada Negeri Sembilan kerana dengan adanya infrastruktur seperti ini, ia dapat menarik minat syarikat-syarikat pelaburan ataupun syarikat-syarikat perindustrian untuk membinakan kilang-kilang di kawasan tersebut.
Boleh mencelah? Mohon mencelah Dato’ Dipertua ya. Saya amat tertarik dengan apa yang disebutkan oleh ADUN Chennah ya, rakan saya di Kabinet, yang menyatakan bahawa Negeri Sembilan akan ada, akan mendapat dan disokong oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, pelabuhan. Tetapi saya ingin mencadangkan ya, Yang Berhormat Chennah, bahawa pelabuhan yang nak kita adakan itu jika boleh jangan pelabuhan biasa. Buat pelabuhan yang mana memberikan kemudahan kepada kapal-kapal yang telah pun memunggah barang-barang mereka di Pelabuhan Kelang ataupun di Singapura. Pelabuhan di Port Dickson ini sebagai feeder port yang boleh memberikan kemudahan untuk mereka replenish apa sahaja ya. Dan kalau boleh, jadikan ianya jugak sesuai untuk mana-mana sebagai port on call oleh kapal-kapal tentera yang besar kerana jika mereka berlabuh di satu-satu tempat itu, dekat 1,000 ke 2,000 anggota akan turun, duduk dalam seminggu dan hotel-hotel dan perniagaan akan menjadi, mendapat banyak peluang-peluang perniagaan. Saya cadangkan supaya cadangan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan tadi itu kita jangan buat bersaing dengan pelabuhan yang dah ada kerana Westport dan jugak Pelabuhan Utara pun akan membesarkan dia punya terminal, dia punya wharf tambah lagi 3 ke 4. Singapura dan Pasir Gudang pun ada jadi kita, kita ambil satu niche yang berlainan iaitu pelabuhan yang menyediakan kemudahan kepada mereka nak replenish dia punya bahan-bahan ataupun apa sahaja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau. Memang apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Rantau itu amat tepat sekali. Kita tidak bercadang untuk reinvent the wheel, dengan izin, iaitu kita memang sudah tentu kita tahu bahawa di sepanjang Selat Melaka ini kita sudah ada banyak pelabuhan. Dan pelabuhan utama negara kita adalah Pelabuhan di Port Klang, iaitu Westport dan juga North Port di Pelabuhan Kelang dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor. Itu 2 pelabuhan yang besar. Dari segi container terminal memang kapasitinya besar dan mereka memang sudah establish dari segi kapasiti mereka. Jadi apa yang nak dilaksanakan di Port Dickson ini, nak dicadangkan oleh pihak syarikat swasta ini, dia merupakan satu dedicated port. Satu port yang kecil, bukannya besar, bukannya dengan kren yang besar, sebab kapasitinya kita tak boleh bersaing dengan Port Klang sebab Port Klang pun bukan jauh sangat, ataupun dengan PTP. PTP sudah ada niche dia. Dia ada usahasama dengan syarikat perkapalan terbesar dunia, Maersk.
Jadi apa yang dicadangkan di Port Dickson ini ialah satu dedicated port, satu port yang bersifat smart port, dengan menggunakan teknologi baru dan sebagainya. Dan saya mengambil maklum apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Rantau yang juga Menteri Pertahanan, sekiranya ada dibenarkan kapal-kapal tentera yang boleh berlabuh untuk mendapatkan bahan mereka untuk kru mereka bertukar, untuk mereka bercuti sekejap ataupun turun untuk beriadah dan sebagainya. Kalau itu dibenarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan, Pertahanan, saya rasa itu merupakan satu nilai tambah kepada apa yang dicadangkan. Kerana itu juga merupakan satu ekonomi tambahan kepada, kepada negeri kita terutamanya di Port Dickson.
Dan sudah tentu pelabuhan, apabila ada satu kemudahan tersebut, dia banyak lagi yang boleh dibuat, dilaksanakan selain daripada supply untuk kapal-kapal. Satu lagi, satu lagi sektor yang penting juga ialah kapal-kapal Persiaran. Kapal-kapal persiaran yang pernah dia, mereka berlabuh di Port Dickson, tak ada port. Dia terpaksa buat tender boat untuk masuk melalui jeti. Jadi, sebab dia tak ada satu pelabuhan yang boleh mereka berlabuh. Melaka sekarang ini juga nak bangunkan cruise terminal. Jadi Port Dickson ini juga ada, ada tarikan dia sendiri sekiranya ada kemudahan seperti ini, ia boleh ada pelbagai kegunaan dan juga kita harap ia dapat mem, mem, membantu dari segi pertumbuhan ekonomi di Port Dickson khususnya, dan juga Negeri Sembilan.
Jaga, jadi saya mengharapkan bahawa facilitation seperti ini dapat kita usaha secara bersama. Dan itulah saya nak nyatakan bahawa apabila kita ada kestabilan politik, kita ada kerjasama yang baik di antara persekutuan dengan negeri, banyak projek pembangunan seperti ini dapat dilaksanakan. Kerana yang pentingnya apa yang kita lihat ialah
kita memberikan keyakinan kepada pelabur. Tak ada pelabur yang akan nak melabur dalam sesuatu negeri itu sekiranya tidak ada satu kedudukan kerajaan yang kukuh. Kalau dasar-dasar kerajaan berubah dari masa ke semasa tanpa, tanpa berhenti ataupun tanpa satu kepastian, sudah tentu tak ada sesiapa nak melabur. Tetapi mereka melihat bahawa kerajaan pada hari ini sudah kukuh, sudah stabil, dan sudah ada minat-minat seperti ini yang lebih serius pada ketika ini. Dan mereka mengharapkan bahawa kelulusan dapat diberikan dengan lebih segera. Jadi kita sudah tentu memberikan facilitation kepada Kerajaan Negeri.
Dato’ Yang Dipertua, yang kedu, perkara yang kedua yang saya nak nyatakan sedikit ialah berkenaan dengan Bandaraya Seremban, okey. Seremban telah dinaik taraf sebagai bandar raya. Kita status kita ini sekarang ini bukan saja sebagai bandar biasa, kita merupakan ibu negeri, kita juga merupakan status bandar raya. Jadi, dengan status bandar raya ini, saya mengharapkan bahawa pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada menaiktarafkan kemudahan-kemudahan di Bandaraya Seremban. Dan juga mengindahkan, memberikan satu semangat ataupun satu persekitaran yang lebih indah, lebih cantik kepada Seremban. Sebab Seremban selama ini orang tak begitu tengok kita sebagai satu bandar raya yang menarik sebab dari segi aktivitinya tak banyak. Dari segi perhiasan-perhiasan bandar raya kita tak begitu menarik. Jadi saya mengharapkan bahawa pihak Kerajaan Negeri memberikan lebih banyak perhatian termasuklah kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban. Saya tengok dalam titah ucapan Tuanku semalam ada menyebut bahawa tahun lepas pun, daripada defisit, kita menjadi surplus, jadi kita ada peruntukan lebihan sebab hasil kita meningkat. Jadi Kerajaan Negeri bolehlah membelanjakan sedikit tambahan untuk menghiaskan Bandaraya Seremban terutamanya untuk musim-musim perayaan; Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina, akhir tahun dan sebagainya. Hiaslah Bandaraya Seremban kita ini supaya ada sedikit mood yang lebih baik, mood yang positif. Supaya apabila mood yang positif, rakyat pun gembira, rakyat pun bahagia. Jadi saya mengharapkan bahawa ada tumpuan kepada perkara-perkara seperti ini. Dan saya mengharapkan Majlis Bandaraya Seremban dapat membantu dan memberikan fokus kepada mengindahkan dan menghiaskan Seremban ini.
Saya juga ada, sebagai Ahli Parlimen Seremban, saya juga cuba mendapatkan sokongan dan juga peruntukan daripada pihak Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Baru-baru ini memang ada beberapa projek yang telah pun diluluskan termasuklah membina Dataran Lobak, kita memberikan kemudahan riadah tambahan kepada warga di Bandaraya Seremban ini.
Satu perkara yang saya nak sebut di sini, dan memberikan cadangan ialah kita di Bandaraya Seremban ini ada 2 landmark yang penting. Kerana bandar, pertumbuhan sesuatu bandar itu, dia amat berkaitan dengan pengangkutan. Seremban ini sejarahnya ada kereta api. Stesen Keretapi Seremban ini merupakan antara stesen yang paling bersejarah di negara kita. Dan stesen kereta api itu merupakan nadi kepada pertumbuhan Seremban ini selama berpuluh tahun ini. Tetapi stesen kereta api pada hari ini memang amat mundurlah dari segi fizikalnya, dari segi bangunannya. Dia bangunan bersejarah yang kita kekalkan tetapi saya sudah tentu sebagai Menteri Pengangkutan akan membuat, memainkan peranan untk cuba menaik taraf Stesen Keretapi Seremban.
Tetapi apa yang saya nak cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri ialah melihat secara strategik bagaimana kita membangunkan semula kawasan, boleh dikatakan kawasan segi tiga di Bandaraya Seremban ini. Iaitu antara Stesen Keretapi Seremban dengan Terminal 1, bas Seremban dan juga tapak Sekolah Convent dulu. Yang merupakan Dataran Seremban pada hari ini, tetapi kita ada satu kolam renang yang paling besar dalam dunia yang tak boleh renang. Yang dah ber, dah berapa, 30 tahun dah. Kita nampak pun sedih ya. Tapak yang besar itu, di tengah-tengah Bandaraya Seremban, tetapi tak dapat dimajukan. Saya difahamkan ada pelbagai cubaan nak menghidupkan semula projek itu. Tetapi masih belum berjaya. Saya harap pihak Kerajaan Negeri tidak berputus asa, terus cuba mendapatkan pihak tuan punya tanah ataupun ada pihak yang lain yang nak memajukan kawasan itu, sebagai satu commercial center yang penting kepada Seremban, kepada Bandaraya Seremban. Tetapi projek itu tidak boleh stand alone, dia mesti diintegrasikan dengan hab pengangkutan kita iaitu ada Terminal 1, ada jaringan bas, dan juga kereta api, Stesen Keretapi Seremban ini bakal menjadi satu stesen yang penting. Walaupun HSR belum lagi. Tetapi stesen keretapi ini yang pertamanya ada beberapa projek yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan. Kita sedang menaik taraf landasan berkembar antara Lembah Kelang dengan Seremban. Jadi apabila landasan berkembar ini siap kelak dinaik taraf semula, dibaiki semula, kita akan dapat menambah trip commuter di antara Seremban dengan Kuala Lumpur. Itu pertama yang sudah tentu saya akan laksanakan.
Yang keduanya ialah, di antara Gemas ke Johor Bahru landasan berkembar sedang pun dilaksanakan dan akan siap tak lama lagi. Dalam, mungkin dalam setahun lagi dia akan mula beroperasi. Maksudnya daripada Seremban kita boleh terus ke Johor Bahru. Kalau dulu-dulu memang daripada Seremban boleh terus ke Singapura, tetapi sekarang ini sebab telah dinaiktarafkan kepada landasan berkembar, jadi ETS pada ketika ini dia hanya sampai ke Gemas. Tetapi apabila siap di antara
Gemas dengan Johor Bahru, ETS ini akan dapat disambung sehingga ke Johor Bahru. Jadi daripada Johor Bahru boleh datang ke Seremban ataupun ke utara. Jadi, di antara utara dengan selatan, Seremban ini di tengah-tengah. Jadi Stesen Keretapi Seremban ini amat penting untuk kita naik tarafkan dan mengintegrasikannya dengan Terminal 1. Dan juga saya berharap kita boleh membawa semula projek pembangunan di Dataran Seremban, terutamanya sebagai satu commercial center.
Apa yang saya harapkan daripada Kerajaan Negeri ialah supaya pastikan supaya pihak Majlis Bandaraya Seremban memastikan projek untuk menaik taraf Terminal 1 itu dapat dilaksanakan dengan baik. Setakat ini walaupun saya difahamkan bahawa sudah ada pelantikan syarikat baru untuk menaik taraf semula Terminal 1 itu, tetapi projek itu masih belum dapat dilaksanakan. Saya harap ini dapat diberikan fokus ataupun diberikan perhatian.
Satu jang, projek jangka pendek yang telah pun saya bantu untuk laksanakan ialah menaik taraf terowong pejalan kaki di antara Stesen Keretapi Seremban dengan Terminal 1. Di antara, Dato’ Dipertua, di antara stesen keretapi boleh jalan kaki sampai ke Terminal 1 melalui satu terowong bawah, terowong pejalan kaki bawah tanah. Tetapi terowong itu amat teruk sekali, banyak vandalism berlaku dan sebagainya. Saya telah pun memihak, meminta pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk membelanjakan peruntukan ratus ribu untuk naik taraf terowong itu. Dan kita bakal merubah wajah terowong tersebut supaya menggalakkan lebih ramai orang menggunakan terowong itu sebagai penghubung di antara stesen kereta api dengan Terminal 1. Jadi projek itu akan disiapkan menjelang akhir tahun ini, satu projek jangka pendek, mengambil masa beberapa bulan saja. Kita tambah landskap, tambah design, naik tarafkan terowong itu menjadikan dia lebih selamat, lebih indah dan lebih selesa digunakan oleh pihak orang ramai.
Satu lagi perkara yang saya nak sebut di sini berkenaan dengan perkhidmatan pengangkutan di Seremban ialah MyBAS. MyBAS Seremban ini memang telah dimulakan sejak 7 – 8 tahun yang lalu. Yang Berhormat Rantau pun tahu bahawa MyBAS ini antara MyBAS pertama di negara kita di bawah Program SBST di mana pihak Kerajaan Persekutuan membelanjakan satu jumlah yang besar setiap tahun untuk memastikan kita ada perkhidmatan bas berhenti-henti yang lebih efisyen. Jadi kontrak itu pun hampir tamat akhir tahun ini. Kita akan buat tender untuk, untuk kita apa ni, memanjangkan ataupun kita melantik kon, pihak operator yang baru untuk memastikan MyBAS ini dapat terus berjalan.
Tetapi kita apabila melantik ataupun ada kontrak yang baru untuk MyBAS ini, yang pertamanya kita sudah tentu ada beberapa syarat baru. Kita nak bas yang lebih baru. Bas yang lebih efisyen. Kalau tengok MyBAS hari ini, memang basnya dah agak usang, dah agak lama. Kita nak memperbaharui flick tersebut, kalau boleh kita juga nak memastikan juga ada bas EV yang dapat digunakan di Bandaraya Seremban ini, sebab semua orang bercakap pasal sustainability, semua orang bercakap pasal EV. Kita juga perlu pastikan bas awam kita ke arah bas EV.
Dan satu lagi perkara yang telah pun dilaksanakan baru-baru ini, untuk makluman Dewan yang mulia ini ialah kita telah memulakan dasar untuk memberikan pas konsesi secara percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan juga pelajar-pelajar sekolah di bawah, pelajar sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Hampir 4,000 pas konsesi ini telah pun dipohon oleh warga Negeri Sembilan. Jadi untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan telah pun memberikan perkhidmatan ini secara percuma. Mengapa kita buat begitu sebab kita tahu bahawa SBST, berapa penumpang pun kita bayar kadar yang sama. Jadi saya apabila mengambil alih Kementerian Pengangkutan, saya kata lebih baik kita bagi percuma. Sebab telah membelanjakan satu, satu jumlah yang besar. Berapa penumpang pun kita kena bayar yang sama. Kita hanya dapat balik sedikit daripada kutipan tambang. Jadi kita merasakan bahawa kita membantu golongan OKU, golongan warga emas dan juga golongan pelajar. Jadi kita bagi pas konsesi secara percuma. Apabila mereka ada pas konsesi itu, mereka boleh menggunakan perkhidmatan MyBAS secara percuma. Jadi ini merupakan satu complimentary service kepada pihak Kerajaan Negeri dan kita sama-sama memberikan bantuan kepada rakyat Negeri Sembilan.
Dato’ Dipertua, point yang terakhir berkenaan, sedikit berkenaan dengan kawasan iaitu di Chennah khususnya dan di Jelebu secara umumnya satu faktor yang penting yang mesti diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri ialah pembangunan sektor eko pelancongan. Eco tourism itu merupakan satu sektor yang sangat berpotensi khususnya di Daerah Jelebu. Kerana Jelebu ini ada, ada persekitaran semulajadi yang sangat baik, ada banyak gunung, bukit dan juga udaranya nyaman. Dan ramai yang, orang yang suka Jelebu ini sebab alam semulajadinya. Ada air terjun, ada sungai dan sebagainya. Jadi saya mengharapkan bahawa Kerajaan Negeri memberikan fokus bagaimana untuk membangunkan sektor eco tourism di Jelebu ini.
Khususnya di kawasan DUN Chennah, eko pelancongan ini juga amat diberikan perhatian. Banyak juga pihak swasta yang telah membeli tanah di kawasan tersebut yang menjadikan tanah mereka sebagai tapak untuk eko pelancongan. Tetapi apa masalah yang dihadapi ialah, di
pihak PBT dia tak ada satu garis panduan yang jelas bagaimana untuk meluluskan projek-projek eko pelancongan ini. Umpamanya nak buat camping site ataupun nak buat tapak untuk caravan dan sebagainya. Dia tak ada satu garis panduan. Kita tak mahu apa yang berlaku di Batang Kali pada tahun lepas berulang. Jadi mesti ada garis panduan yang jelas supaya kita pastikan aspek keselamatan mesti terjamin dan kita sama-sama dapat bangunkan, memberikan kelulusan dengan lebih cepat bagaimana eko pelancongan itu dapat diluluskan.
Mintak izin Yang Berhormat Chennah. Mengenai garis panduan untuk pelancongan ni, kita sedang menunggu garis panduan dari Kementerian Pelancongan untuk kita selaraskan di seluruh negara. Dan PLANMalaysia sedang, sedang me, menyiapkan perancangan tersebut. Terima kasih.
Ya, kita harap dapat dipercepatkan supaya projek-projek yang nak dibawa oleh pihak swasta ini dapat kita hidupkan sebab apabila mereka menyediakan resort, tapak penginapan dan sebagainya ia dapat menarik lebih ramai orang untuk, untuk bermalam di Jelebu. Antara masalah yang berlaku di Jelebu sekarang ini ialah walaupun ada pengunjung, walaupun ada pelancong nak datang, tetapi tak, kawasan penginapan tak banyak. Hotel pun tak banyak, tak ada hotel pun. Ada hotellah, hotel bajet dan sebagainya, 1, 2. Kebanyakannya kalau pergi dia buat homestay saja. Tapi dia perlukan tapak untuk mereka bermalam, menginap 2, 3 malam dan sebagainya. Itu akan menambah pendapatan kepada rakyat Jelebu.
Satu perkara cadangan khusus yang saya nak juga cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri, dan saya akan mem, memberikan sokongan sebagai ADUN, ialah bagaimana kita dapat memasarkan produk-produk pertanian di kawasan sekeliling untuk dijual terus kepada, kepada pengunjung. Satu perkara yang saya nak laksanakan di kawasan DUN Chennah iaitu kita sudah naik taraf Dewan Orang Ramai Titi. Di luar Dewan Orang Ramai Titi itu ada satu tapak parkir, parking yang besar, yang telah pun diturap dengan cantik. Itu sebenarnya di bawah kawasan Klawang. Ramai orang Titi menggunakan dewan orang ramai itu, tetapi dewan itu berada di kawasan Hosapa, di kawasan Klawang. Saya nak cadangkan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Pertanian melalui FAMA dan sebagainya, boleh mengumpulkan petani-petani ataupun mana-mana orang yang ada hasil pertanian, termasuk masyarakat orang Asli untuk mereka membuat pasar tani secara mingguan di tapak dewan orang ramai itu.
Saya berharapkan bahawa mendapat sokongan daripada Exco Pertanian; Yang Berhormat Pertang yang juga Ahli Parlimen Jelebu, juga
Yang Berhormat Klawang; mantan Exco Pertanian, sama-sama kita bekerjasama, dapat menghidupkan satu tapak pasar tani. Sebab di sana, yang pertamanya tapak itu cukup besar untuk disediakan pasar tani itu secara mingguan, pada hari Sabtu ataupun hari Ahad setiap pa, setiap minggu. Yang keduanya, sudah ada pasaran sedia ada. Sebab setiap hujung minggu ramai orang daripada Lembah Kelang, mereka pergi ke Titi, pergi ke Klawang untuk bersarapan pagi, membeli produk-produk pertanian dan sebagainya. Jadi apabila kita ada satu pasar tani yang menghimpunkan petani-petani ini, kita ada satu pasaran yang lebih besar. Jadi saya mengharapkan bahawa mendapat sokongan daripada pihak FAMA supaya mengumpulkan petani-petani ini. Dari segi prasarana, kemudahan dan sebagainya pihak Pejabat ADUN boleh memberikan bantuan, menyediakan khemah dan sebagainya. Dan kita akan buat promosi secara besar-besaran supaya ia mendapat perhatian daripada lebih ramai orang, luar daripada Jelebu supaya datang ke Jelebu pada hujung minggu. Dan mereka juga boleh dapatkan produk-produk pertanian. Silakan.
Celahan yang, Dato’ Speaker. Saya ingin membangkitkan sedikit apa nama ni, satu isu, jalan yang antara DUN Chennah jugak ke Hulu Langat. Masih lagi tidak di, boleh dilalui oleh kenderaan 4 roda. Saya mintak perkara ini perlu di, di, dipercepatkan di belah Selangor, insyaAllah.
Ya, terima kasih. Memang itu satu masalah yang besar jugak sebab kawasan jalan yang menghubungkan ja, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan dengan Daerah Hulu Langat di Selangor, ia terputus sejak banjir besar berlaku tahun 2021 lagi. Banyak kawasan tanah runtuh di sepanjang jalan tersebut yang belum diperbaiki. Dan saya mengharapkan bahawa pihak Kerajaan Negeri dapat memberikan perhatian supaya cuba mendapatkan kerjasama daripada pihak persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor supaya membaiki tebing-tebing tanah runtuh di sepanjang jalan tersebut. Ia amat menyusahkan orang Jelebu sekarang sebab orang Jelebu menggunakan jalan itu untuk balik ke Kuala Lumpur ataupun daripada Kuala Lumpur balik ke Jelebu pada hujung minggu. Tanpa jalan itu, mereka terpaksa menggunakan sama ada Lebuh Raya Utara Selatan ataupun LEKAS sahaja. Jadi kalau ada jalan pintas itu, yang menghubungkan Jelebu dengan Hulu Langat, ia amat memudahkan perjalanan di antara 2 kawasan itu dan juga memudahkan lebih ramai pengunjung daripada Lembah Kelang ke Jelebu pada hujung minggu. Jadi saya mengharapkan bahawa pihak Kerajaan Negeri dapat membantu dalam perkara ini dan kita dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi di Daerah Jelebu dan DUN Chennah secara khususnya.
Tuan Yang Dipertua, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan. Dan saya mengharapkan bahawa kerjasama kita pada hari ini, di antara 2 gabungan politik besar; Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan ini dapat berjalan dengan baik, berjalan dengan lancar. Ini hanya permulaan. Banyak perancangan yang boleh kita buat sekali. Dan banyak pelaksanaan projek-projek yang memberikan manfaat kepada rakyat yang kita yakin akan membawa kesejahteraan dan kemajuan kepada Negeri Sembilan. Dengan kata-kata itu, Dato’ Dipertua, saya menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Johol. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan, Dewan ditangguhkan dan bermula semula pada pukul 2:30 petang ini bagi menyambung bahas, perbahasan usul menjunjung kasih titah Duli Tuanku ya, tangguh.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 1.05 petang]
[Mesyuarat Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang]
Assalamualaikum WBT. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, serta hadirin sekalian, seterusnya Dewan menyambung semula perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Diraja. Dipersilakan YB Gemas.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Bismillahhirrahmanirrahim. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua; Dato’ M K Ibrahim Abd Rahman, Dato’, ADUN Sikamat belum masuk lagi, ahli-ahli Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, tuan-tuan, puan-puan yang, hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah pertamanya saya meluahkan kesyukuran dengan izinNya kita masih lagi diberi kesempatan dan kesihatan untuk sama-sama hadir ke Dewan yang mulia untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab kita. Walaupun negeri kita dilanda dengan kualiti udara jerebu di sesetengah tempat, tapi kita masih hadir hari ini untuk bersama-sama meneruskan sidang pada hari ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk memberikan ucapan menjunjung kasih selaku Ketua Pembangkang sempena Persidangan Kedua Penggal Pertama, DUN Negeri Sembilan Yang Ke-15 ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua di atas pelantikan yang di, sebagai
Yang Dipertua Negeri, negeri, Negeri Sembilan pada kali ini. Tahniah Dato’.
Terima kasih.
Alhamdulillah, kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas rahmatNya kesejahteraan dan kemakmuran yang telah kita nikmati di negara Malaysia khususnya di negeri beradat Perpatih ini. Berkat kepimpinan terdahulu, kini gabungan Kerajaan Perpaduan malah dikuatkan lagi dengan 5 wakil rakyat daripada Perikatan Nasional ini. Kami ini datang sebagai semak dan imbang untuk bersama-sama tuan-tuan dalam memajukan negeri ini.
Tahniah Kerajaan Negeri yang diterajui Yang Amat Berhormat Sikamat yang telah berjaya meningkatkan hasil negeri, mengurus kewangan dengan penuh integriti. Kutipan hasil sebanyak 521 juta bersamaan 20.6% melebihi sasaran tahun lalu iaitu 432 juta. Malah tahniah juga atas pencapaian merekodkan pelaburan yang tertinggi sebanyak 8.9 bilion berbanding pada tahun 2021 iaitu sebanyak 5.8 bilion sahaja. Keluaran negeri, Dalam Negeri Kasar negeri ini juga berjaya mencatat kadar pertumbuhan sebanyak 6.4% berbanding 2021. Tahniah kepada semua agensi-agensi kerajaan yang bertungkus lumus bersama dengan kita dalam menjana kemajuan dan pendapatan untuk negeri ini. Tahniah tuan-tuan.
Dalam pada itu, Gemas serta 4 lagi Yang Berhormat Perikatan Nasional daripada Paroi, daripada Labu, Bagan Pinang dan Serting menjunjung titah Yang di-Pertuan Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenaan perkara utama yang perlu diterjemahkan dalam setiap pencapaian cemerlang negeri kita ini. Kesannya kepada rakyat yang masih dibelenggu dengan 3 perkara semalam, yang dibangkitkan oleh Baginda Tuanku.
Pertama: isu kos sara hidup. Kedua: peluang pekerjaan. Yang ketiga: jurang pendapatan antara kawasan bandar dan luar bandar. Oleh itu, kami bertegas mahu Kerajaan Negeri melaksanakan langkah proaktif dan tepat bagi menangani isu kos sara hidup terutamanya berkaitan makanan untuk mendapatkan beras yang jadi isu sekarang ini, lain-lain seperti minyak masak dan segala keperluan di rumah hari ini. Sebagai permulaan, isu ini diketengahkan akibat keresahan rakyat dalam mendapatkan bekalan terutamanya golongan berpendapatan rendah. Izinkan saya berkongsi serangkap pantun.
Kalau tuan pergi ke Gemas, Lihat-lihatlah sawah di Londah, Kalau isu beras dan barangan ini membuatkan rakyat cemas, Marilah kita di Dewan, Dewan Rakyat ini kita pastikan kita mencari nokhtah.
Jadi saya percaya semua pihak di peringkat pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco Kerajaan Negeri yang berkaitan, dan kita semua wakil rakyat ini bersama untuk menjamin kesejahteraan rakyat di bawah ini. Kos barangan yang melambung tinggi ini perlu kita atasi bersama. Kita akui kos ini memang setiap tahun akan meningkat, tapi kita berilah khabar gembira kepada rakyat di bawah ini.
Masalah rakyat seperti mendapatkan kediaman mampu milik dan peluang pekerjaan adalah perkara isu yang tidak pernah diberhentikan oleh semua wakil rakyat. Tapi hari ini, isu ini lebih kepada isu kemanusiaan di mana, kalau kita katakan isu kemanusiaan, sukarnya keluarga-keluarga kita di desa, keluarga-keluarga kita yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan bekalan barangan.
Kesukaran membeli beras putih tempatan (BPT) dengan harga kawalan antara RM26.00 ringgit bagi 10 kilo di setiap kampung daerah perlu diatasi dengan segera. Untuk langkah pendek dan jangka masa panjang perlu kita bersama-sama dalam Dewan ini memastikan kesinambungan bekalan beras ini tidak terganggu, bekalan minyak masak ini tidak terganggu. Kita jadikan negeri kita ini ibarat kata YB Chennah tadi, negeri kita ni tak besar. Kita ada 36 DUN sahaja. Kita dudukkan sekali, kita bincang di meja yang sama, bagaimana kita nak atasi, sebab rakyat tidak membeli beras mengikut hari yang ditentukan oleh agensi. Rakyat membeli beras bila mereka perlu, bila mereka rasakan. Jadi janganlah kita jadikan rakyat sebagai eksperimen untuk kita mengagihkan beras ini. Biar rakyat memilih bila masa mereka nak membeli seperti biasa dahulu.
Memang saya akui langkah yang diambil oleh pihak kerajaan melalui outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan usahawan terpilih dalam menjual 100 kampit atau lebih bagi individu-individu di kawasan melalui harga, Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin dapat membantu rakyat. Cuma keadaan jualan ini hanya di tempat-tempat tertentu, hari-hari tertentu. Katakan buat di pekan Tampin, cuma kampung yang jauh sikit, kalau di Gemas itu, bayangkan Kampung Pasir Besar, Kampung Kurnia Diraja yang jaraknya 20 kilometer pergi dan balik semata-mata nak dapatkan hanya sekampit beras. Bukan boleh beli 2 kampit, Dato’ Speaker. Sekampit saja Dato’ Speaker. Ini yang dikatakan jarak yang mungkin mengganggu perbelanjaan isi rumah
mereka. Nak jimat, katakan beras sekarang 40.00 ringgit beras import, nak dapat 26.00 ringgit, kos untuk masa, kos untuk duit minyak menyebabkan kos tu hampir sama. Dan ada rakyat-rakyat di luar sana memikirkan takkan nak berbaris 2 jam semata-mata nak dapat beras 10 kilo ini. Bayangkan dengan jumlah penduduk kita yang seramai 1,132,000 orang, rakyat yang sukar mendapat akses untuk membeli, mendapatkan beras ini, seperti golongan warga emas, orang Asli, miskin tegar. Mereka ini benar-benar terhimpit dengan, untuk mendapatkan beras dan barang kawalan yang lain. Jadi kita kena putuskan bersama-sama, bersama-sama dengan, di Dewan ini untuk memastikan barangan di Negeri Sembilan ini kekal relevan untuk kita pastikan rakyat kita tidak dibelenggu dengan permasalahan ini. Masih belum terlambat untuk agensi kerajaan melalui FAMA ini, jangan buat hanya di setengah tempat saja, tumpukan kawasan yang berpendapatan rendah seperti Desa e-Kasih, kawasan PPRT dan kawasan-kawasan yang sewajarnya.
Antara cadangan kami, 2 cadangan antara jangka masa pendek dan jangka masa panjang untuk kita bincangkan bersama dengan Yang Amat Berhormat Sikamat. Satu: Kerajaan Negeri untuk, harus mengetengahkan kepada Kerajaan Pusat untuk meletakkan harga siling bagi beras import. Beras tempatan dah tak ada yang, Dato’ Yang Dipertua. Harga beras import perlu dikawal, ada harga siling sebab 2 minggu lepas harga beras import 33.00 ringgit, minggu lepas, 2 minggu lepas 33.00, minggu lepas 38.00, minggu ini kalau Dato’ Yang Dipertua, orang rumah suruh boli bogheh, dah jadi 40.00 ringgit. Bogheh yang samo, cap yang samo, boghek yang samo. Jadi kita samo-samo memikirkan. Hari ini bukan nak cari salah siapa, tapi kita bina balik kerajaan ini, yang sama dititahkan semalam, bersama dalam satu pasukan yang dipimpin oleh CEO untuk kerajaan ini, iaitu Yang Amat Berhormat Sikamat, kita pastikan permasalahan rakyat ini. Sejahteralah negeri kita ini, dapatlah rakyat dia hidup dengan sejahtera, lagi banyak pendapatan untuk negeri ini nanti.
Yang kedua: mohon kerajaan memanggil dan berjumpa dengan semua pengilang dan pemborong. Hari ini di media sosial asyik menyalahkan mereka. Kita di Negeri Sembilan ini kita panggil mereka. Kita mintak Yang Amat Berhormat Sikamat melalui agensi-agensi atau Exco Kerajaan Tempatan memanggil, berjumpa dengan semua pengilang dan pemborong ini, kita akui permasalahan mereka, kita dengar permasalahan mereka, kita dengar daripada sudut lain mengatakan mereka untuk diberikan 20% untuk kampitkan beras tempatan. Tapi mereka elakkan, ada yang mengatakan keuntungan yang kurang, ada yang mengatakan tak untung. Tapi kita dengar, mungkin Kerajaan Negeri boleh membantu pengilang dan pemborong ini. Difahamkan daripada pertanyaan saya kepada pengilang, mereka hanya untung tidak
lebih daripada 1.00 ringgit untuk 10 kilo. Mana mungkin. Ibarat tadi Chennah dan Rantau mengatakan, kalau orang nak datang berniaga ke Negeri Sembilan ni pun, dia nak mengaut keuntungan, tapi ia tidak keterlaluan. Saya bukan nak mempertahankan pengilang atau pemborong, kita nak berlaku adil kepada mereka, mereka boleh berniaga dengan baik, bekalan berterusan. Isunya sekarang, apabila mereka tidak packing beras ini, beras ini tidak berada di pasaran.
Dan yang ketiga: mohon pihak FAMA jangan mengambil kuota daripada pemborong yang, untuk mengadakan jualan rakyat. Mohon pihak FAMA mengambil ko, adakan kuota mereka sendiri daripada pusat. Sebab apabila saya tanyakan kepada pekedai-pekedai kecil, di kampung-kampung, mengapa bekalan beras tempatan tak ada, mereka mengatakan pemborong yang menghantar beras mengatakan beras ini telah diambil kuota. Kalau saya salah, saya mohon maaf, pihak FAMA. Tapi pihak FAMA dikatakan telah mengambil kuota beras daripada, untuk dihantar ke kedai-kedai outlet-outlet ini tapi dijadikan sebagai tempat jualan berpusat di suatu kawasan yang lain. Tapi dalam daerah yang sama. Jadi maksud saya tadi, orang Kurnia Diraja, orang Pasir Besar, terpaksa bergerak, bukan membeli di Pasir Besar atau di Kurnia Diraja itu. Jarak di antara satu-satu kawasan ini adalah 10 ke 15 kilometer, agak membelenggu mereka untuk bergerak untuk membeli beras ini.
Yang keempat: mohon apa saja tindakan kita ini, kita dahulukan rakyat tempatan. Kita akui tanpa pendatang, pendatang tanpa izin, pendatang izin ke, yang ada di tanah air kita, terutamanya di Negeri Sembilan ini, mereka pun nak makan, tapi apa solusinya untuk kita bekalkan keutamaan jualan beras tempatan ini untuk rakyat tempatan. Mungkin kita gunakan penggunaan cip kad pengenalan, itu yang diketengahkan. Tapi kita fikirkan bersama di Dewan yang mulia ini untuk pastikan di Negeri Sembilan ini tiada permasalahan bekalan beras ini.
Untuk jang, langkah jangka masa panjang, mohon Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat melalui Kerajaan Negeri yang, ini mengambil langkah ke hadapan dengan merizabkan tanah pertanian sawah padi sebagai jaminan sekuriti makanan di negeri ini. Saya bimbang tanah-tanah ini akan diubah menjadi taman perumahan, atau ditukar menjadi, jika kita tidak rizabkan, ia akan ditukar kepada penempatan atau ditukar tanaman kepada sawit atau getah. Ini perlu kita buat segera supaya ia tidak menjejaskan akan datang. Kita tidak boleh mengharapkan lagi import beras daripada Vietnam, daripada India, tapi kita mempunyai sumber tempatan itu sendiri.
Mengikut rekod dikongsi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Sembilan, lebih kurang 500 hektar tanah sawah diusahakan bagi tanaman padi berbanding keseluruhan 1,194,000 hektar. 1,194.49 bukan 1.0 juta. 1,194 hektar. Menunjukkan separuh daripada tanah-tanah ini, Yang Berhormat, tidak diusahakan. Jadi, di kesempatan ini, contohnya Kuala Pilah membabitkan keluasan 541 hektar, Jempol – 265 hektar. Jadi kita hasilkan, kawasan penanam padi kita usahakan untuk Kerajaan Negeri. Bina satu entiti syarikat berasaskan Kerajaan Negeri untuk mengambil tanah-tanah ini menjadi orang tengah. Jika kita mampu menjemput kontraktor atau operator daripada luar yang berpengalaman daripada Sekinchan, daripada Tanjung Karang untuk mengusahakan tanaman ini, tapi mereka mesti melalui Kerajaan Negeri kita sendiri, iaitu anak syarikat. Kalau batu pun kita boleh jual melalui anak syarikat, kalau pun pasir kita boleh jual melalui anak syarikat, kenapa padi yang menjadi makanan utama rakyat di Malaysia, terutamanya kita ini, kita tak letakkan satu entiti kerajaan yang kita buat sendiri.
Sebab hari ini, yang nombor 2 yang saya maksudkan, kita boleh merealisasikan kilang beras sendiri. Hari ini kalau kita mampu, kilang beras hari ini tidak ada diswastakan. Memang siapa-siapa boleh mohon daripada Kawalan Beras Negara, untuk memohon. Tapi kalau kita ada anak syarikat kita sendiri, insyaAllah kita mampu mengawal ini semua. Dan untuk Kerajaan Negeri, setiap bulan Yang Amat Berhormat Sikamat, kita ada pembeli kita yang tetap iaitu Pusat Zakat dengan kebajikan masyarakat. Setiap bulan Yang Amat Berhormat menghantar bekalan kepada penerima-penerima asnaf. Kenapa kita tak buat sendiri kilang atau merealisasikan kilang beras sendiri sebelum 2025. Ini cadangan kami.
Yang ketiga: mohon Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian (MARDI) menghasilkan benih padi yang tahan lasak dan berkualiti bagi mendapat tuaian lebih tinggi. Benih juga yang sesuai dengan sawah padi di, di negeri ini. Contohnya, Sarawak bakal mempunyai kemampuan memenuhi 80% daripada keperluan berasnya melalui Projek Perintis Penanaman Padi Secara Benih Hibrid. Mungkin tak sesuai di negeri kita, tapi benih daripada, yang dikeluarkan dikaji oleh MARDI ini mesti tahan lasak. Maksud saya tahan lasak dari serangan serangga. Yang kedua, dengan cuaca. Saban tahun kita akan disajikan kalau jerebu atau elnino, jumlah hasil tuaian akan merosot. Jadi kita mahon, kita mohon yang bijak pandai di MARDI hasilkan. Buek kajian. Jangan buek kajian di Sekinchan. Jangan buat kajian di Hulu Perak. Jangan buat kajian di Besut, Terengganu. Tapi buat kajian di tanah Negeri Sembilan ini. Sesuai tak benih ini untuk dijadikan menjadi benih yang berkualiti tinggi, menghasilkan kualiti padi yang baik dan menghasilkan tuaian yang baik.
Ini dapat menghasilkan jumlah padi yang berkekalan cukup tinggi untuk bekalan rakyat di Negeri Sembilan. Kita wajib duduk bersama untuk rakyat di Negeri Sembilan ini.
Itu saja yang saya nak sentuh tentang permasalahan rakyat pada Dewan hari ini. Cuma Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua, ini agak perlahan sikit. Nak mintak, titah Yang di-Pertuan Besar semalam, sidang Dewan ini menyatakan bahawa ahli-ahli Yang Berhormat perlu fokus kepada agenda membangunkan negeri, mensejahterakan rakyat. Harus diingat Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan semua, buat semua rakyat di negeri ini tanpa bersikap pilih kasih, kerana rakyat mempunyai hak dalam mendapatkan kesamarataan dalam pelbagai aspek. Ianya tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak hanya kerana DUN berkenaan diwakili oleh pembangkang seperti kami, selepas kami mendapat mandat daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Hari ini, dengan rendah hati, Yang Amat Berhormat Sikamat, Yang Amat Berhormat pernah duduk di sini, Yang Berhormat Rantau pernah duduk di sini, Yang Berhormat Chennah pernah duduk di sini. Hari ini jangan kita ulangi. Hari ini bukan kita mintak untuk saya, hari ini mungkin saya berada di sini, mungkin akan datang, mungkin tuan-tuan jugak mungkin berada di sini. Mungkin satu hari nanti, kawan kita, kawan kita yang baru pun mungkin duduk di sini. Hari ini bukan untuk saya, bukan untuk 5 yang sahabat-sahabat saya ini. Saya mohon, sebagai CEO, saya katakan CEO Kerajaan Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Sikamat, bantu-bantulah kami ini. Kami faham, kami akan mengadap Yang Amat Berhormat tidak lama lagi. Kami mohon kesejahteraan ini kita berlaku, kita akan bersama Yang Amat Berhormat untuk menjamin Kerajaan Negeri Sembilan ini sebuah kerajaan yang stabil dan kekal hingga 5 tahun ini.
2 minit Yang Berhormat. 2 minit, boleh?
Saya gulung yelah. Boleh, habiskan, boleh habiskan. Pendek dah. Bagi Kerajaan Negeri, kita mohon Yang Amat Berhormat bantu kami sebab, sebab di negeri lain, contoh di Pulau Pinang yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan jugak, untuk pembangkang mereka bagikan bantuan untuk pengurusan sebanyak 6,000.00 ringgit, untuk di Perak, mereka diberikan pengurusan 7,000.00 ringgit dan bantuan mensejahterakan rakyat iaitu sebanyak 30,000.00 ringgit sebulan. Jadi jika ini boleh membantu kami, kami amat bersyukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kepimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat. Kita tak ulangi perkara ini perkara yang sama. Dahulu perkara ini dibawa oleh Chennah, Chennah pulak diteruskan oleh Sikamat, Sikamat pulak diteruskan oleh, dia berada dalam Dewan yang mulia ini.
Semalam juga, apabila saya dinamakan sebagai Ketua Pembangkang, ada sahabat yang bertanya; apakah kelebihan sebagai Ketua Pembangkang. Saya katakan; tiada. Sebab Negeri Sembilan belum mewartakan apa-apa kelebihan kepada Ketua Pembangkang. Hari ini saya katakan seperti yang tadi, semua tuan-tuan yang saya hormati tadi berada di sini, hari ini saya mohon jika ada ruang dan peluang bantulah Ketua Pembangkang ini untuk bersama-sama berada bersama sebaris dengan tuan-tuan untuk memajukan negeri ini.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun 10 jari mohon maaf sekiranya tersalah silap dalam ucapan saya sebentar tadi. Kali pertama bergelar Yang Berhormat ni banyak keterlanjuran yang kurang kemampuan untuk menjadi jurucakap yang baik. Kita di Negeri Sembilan ni cukup bersyukur, kita ada 4 pemimpin hebat yang berada di peringkat pusat. Tidak hilang rasa hormat dan kasih saya kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat merangkap Ahli Parlimen Port Dickson; Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamad Hasan selaku Ahli Parlimen Rembau, selaku Menteri Pertahanan; Yang Berhormat Chennah merangkap Ahli Parlimen Seremban sebagai Menteri Pengangkutan; Yang Berhormat Datuk Seri Jalal, Exco Kanan merangkap Ahli Parlimen Jelebu. Segala isu dalam Dewan ini, saya nampak tadi kita boleh berada lebih tinggi daripada negeri lain, sebab boleh dibawa ke peringkat pusat dengan lebih segera. Salah silap, saya mohon maaf. Dengan rendah hati, dengan segala kekurangan saya mohon mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Yang Amat Berhormat dan barisan Exco-Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Menyokong usul tak? Usul tu. Menyokong usul.
Maaf Tuan Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul yang dibawa oleh jo, Yang Berhormat Johol tadi. Terima kasih.
Ya, terima kasih. Selepas ini para pembahas dibenarkan bercakap 10 minit ya, kerana kita kekurangan masa. Jadi, selepas saya jemput Yang Berhormat Seremban, Seremban Jaya, ia akan terbuka kepada siapa yang ingin berbahas. Jadi, saya jemput Seremban Jaya.
Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan atas titah ucapan baginda merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Negeri Ke-15 telah pun berlalu dan dilaksanakan dalam suasana yang aman dan harmoni. Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan semua agensi kerajaan dan rakyat yang telah melaksanakan kewajipan masing-masing.
Dato’ Yang Dipertua, Baginda juga mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah mendapat semula mandat untuk mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan. Tahniah juga kepada semua wakil rakyat yang telah dipilih. Baginda telah menyentuh berbagai aspek seperti ekonomi dan prestasi kewangan negeri, pembangunan dan penyampaian perkhidmatan, ke, kebaikan dan kesejahteraan rakyat di mana saya tertarik titah baginda yang turut menyentuh bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang dan rakyat memperoleh bekalan makanan yang mencukupi. Untuk tujuan tersebut, pelbagai program pemeriksaan [pemerkasaan] ekonomi rakyat telah dilaksanakan meliputi pembangunan tanah-tanah terbiar.
Dato’ Yang Dipertua, bila mana sebut sahaja tanah-tanah terbiar yang dimiliki oleh pihak Kerajaan Negeri atau tanah-tanah miliki agensi-agensi lain yang boleh diusahakan untuk pertanian, penternakan, penternak ikan dan sebagainya, bukan sahaja boleh meningkatkan sosio ekonomi pengusaha tetapi hasil keluarannya akan turut membantu meningkatkan sosio ekonomi pihak Kerajaan Negeri sendiri tanpa bergantung kepada pihak luar. Dalam mencapai matlamat, pihak Kerajaan Negeri atau mana-mana agensi yang mempunyai tanah terbiar seharusnya memberi galakan dan sokongan padu kepada pengusaha tanpa meletakkan syarat yang terlalu ketat atau bertanyakan pengalaman sehingga niat untuk mendapatkan tanah terbiar terhalang.
Saya selaku ADUN Seremban Jaya sering berhadapan dengan masalah bagi mendapatkan tanah-tanah terbiar kepada para permohonan yang sering kali datang ke pejabat saya untuk mencari dan memohon tanah-tanah terbiar untuk diusahakan. Permohonan-permohonan saya bagi pihak permohonan sering ditolak dan tidak mendapat sebarang maklum balas bagi kadar masa yang terlalu lama. Kita lebih suka agaknya tanah-tanah terbiar ini ditumbuhi semak samun tanpa dimajukan dan tidak
mendatangkan sebarang hasil. Jika tanah-tanah terbiar ini dimajukan, pihak Kerajaan Negeri akan mendapat banyak manfaat yang juga boleh digunakan semula dalam membantu me, meringankan bebanan rakyat yang kini berhadapan dengan kenaikan harga barang kerana produk tempatan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan menjamin bekalan makanan berterusan.
Manakala bagi penternak ikan pelbagai inisiatif dan bantuan boleh disalurkan agar pembiakan ikan secara komersial yang dilakukan dalam kawasan terkawal untuk menjamin bekalan ikan. Teknik-teknik menternak ikan juga boleh dipergiatkan agar hasil meningkat.
Sini mahu terima kasih, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ MK Ibrahim bin Abd Rahman atas perlantikan sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 26 September 2023 dan tahniah juga kepada semua pemimpin kerajaan gabungan PH dan BN yang diberi mandat.
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan telah melaksanakan pelbagai inisatif dan insentif kepada rakyat Negeri Sembilan dalam tempoh 5 tahun yang lepas. Dalam 5 tahun, dalam 5 tahun, kira:
• pengurusan kewangan berhemah tanpa ketirisan dan pembaziran • rizab Kerajaan Negeri Ringgit Malaysia 734 juta pada tahun terakhir 31 Disember 2022 • sistem tender terbuka • meningkatkan pelaburan asing FDI RM23.51 bilion dengan lebih 17,227 peluang pekerjaan dapat ditawarkan • menaikkan elaun daripada Ringgit Malaysia 900.00 sebulan kepada Ringgit Malaysia 950.00 sebulan untuk 1,100 Guru KAFA • Elaun Bilal daripada 200.00, Ringgit Malaysia 200.00 dinaikkan kepada Ringgit Malaysia 500.00 • 6: Elaun Siak daripada Ringgit Malaysia 200.00 dinaikkan kepada Ringgit Malaysia 450.00 • 7: bantuan sara hidup mahasiswa Ringgit Malaysia 100.00 setiap bulan golongan B40. • 8: peruntukan Ringgit Malaysia 3.0 juta setiap tahun kepada pusat tahfiz swasta, SJKC dan SJKT • 9: bantuan one off Ringgit Malaysia 200.00 kepada 4 ribu 500 ribu tunggal • 10: menaikkan bantuan bulanan OKU daripada 140.00 kepada 200.00 sebulan untuk 2,491 penerima manfaat
• 11: Program Powerhouse Wanita Gemilang (PH GEM) 30,000 peserta telah mendapat manfaat • 12: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan RM15 juta – 5,147 usahawan kecil mendapat manfaat • 13: Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS Plus) dana Ringgit Malaysia 6.0 juta – 413 usahawan kecil mendapat manfaat • 14: menukar status tanah kediaman daripada pajakan kepada hak milik kekal • 15: menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak zaman Kerajaan Negeri yang terdahulu tempatan hingga Kuala Pilah • 16: tidak kenaikan Cukai Tanah dan Cukai Taksiran selama5 tahun. • Perkhidmatan bas percuma.
Saya ucapan ribuan terima kasih dalam 4 tahun dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Terima kasih. Akhirnya Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Harapan telah melaksanakan pelbagai inisiatif insentif kepada rakyat Negeri Sembilan dalam 5 tahun yang lepas. Kerajaan gabungan PH dan BN di bawah Kerajaan Malaysia Madani akan terus maju ke hadapan jika kita mempelbagai lagi bantuan, inisiatif dan intensif demi rakyat yang mana rakyat akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan Malaysia Madani. Saya sokong oleh, ucapan, titah ucapan, terima kasih.
Okey. Terima kasih. Saya buka kepada Dewan siapa nak. Klawang?
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi menjunjung kasih titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah merasmikan persidangan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Tuanku atas penghargaan baginda, yang telah diberikan oleh Baginda kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memegang kerajaan pada penggal lepas. Penghargaan ini adalah amat penting dan membuktikan pihak, pilihan rakyat pada, pada masa lepas adalah tepat sekali.
Saya juga ucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota pentadbiran negeri yang telah membantu Kerajaan Negeri mengutip, berjaya mengutip hasil sebanyak Ringgit Malaysia 521 juta dan angka ini telah melebihi sasaran tahun lepas. Di samping itu, pada penggal lepas Kerajaan Pakatan Harapan telah banyak menjalankan inisiatif seperti yang dikatakan oleh ADUN Seremban Jaya tadi, rakyat telah menerima inisiatif-inisiatif tersebut dan bolehlah meringankan beban mereka.
Di sini Tuanku telah, amat menyokong usaha agar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET perlu diperkasakan di negeri ini. Jadi satu ketika dahulu, dahulu, kerajaan telah mewujudkan satu majlis iaitu Majlis Perundingan TVET Negeri Sembilan. Jadi saya nak tahu, apakah perkembangan Majlis Perundingan ini dan fungsinya. Dan juga kewangan yang disalurkan kepada, kepada Majlis ini, sekiranya ada bagi mengerakkan gerak kerjanya.
Yang kedua adalah Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang mana telah memperuntukkan hampir kurang, lebih kurang 8.0 juta peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di kawasan Teming, yang meliputi 3 kerja di kawasan Temiang. Jadi, ketiga-tiga projek ini memang telah ditunggu lama oleh penduduk-penduduk kawasan Temiang dan boleh menyelesaikan masalah-masalah kawasan Temiang terutamanya banjir kilat. Jadi saya berharap usaha ini boleh diteruskan supaya kawasan Temiang ini boleh di, boleh dimajukan dari semasa ke semasa. Kerana telah ditinggalkan lama. Kemudahan asasnya lama ditinggal. Jadi saya berharap kerajaan baru ini boleh meneruskan usaha ini.
Yang pertama adalah projek menyeng, menyelenggara longkang di Jalan Temiang, iaitu sebanyak 4.0 juta. Yang kedua: projek naik taraf jalan Kampung Bukit Merbah sebanyak 3.0 juta dan yang ketiga, yang ketiga adalah projek rancangan tebatan banjir Sungai Temiang sebanyak 1.0 juta. Jadi saya amat gembira dan teruskan usaha ini di kawasan Temiang.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang ini untuk menyeru pihak MBS supaya melihat satu permohonan saya iaitu menambah lampu-lampu awam di kawasan perniagaan Jalan Seng Meng Lee dan sekitar Temiang. Mengikut jawapan yang saya terima, jawapan bertulis yang saya terima, memang semua lampu, tiang TNB telah dipasang lampu, tetapi tidak mencukupi. Dan ia hanya adalah di sebelah kiri sahaja. Jadi amatlah, amatlah gelap pada waktu malam. Dan kawasan-kawasan jalan Taman Unian, Jalan Seng Meng Lee ini adalah kawasan perniagaan. Jadi penduduk-penduduk dan peniaga amat harap, amat mengharapkan permohonan ini dapat diluluskan supaya mereka boleh menjalankan perniagaan pada waktu malam.
Yang seterusnya, saya juga nak tanya berkenaan dengan status permohonan membina sebuah kolam takungan air di kawasan Temiang yang saya telah bercadang pun sejak 2019. Saya difahamkan pihak JPS Malaysia berkenaan dengan cadangan ini, sedang membuat kajian. Saya
rasa cadangan, saya rasa kajian tersebut pun telah siap di, dikaji untuk semua pengaliran sungai di Negeri Sembilan. Jadi saya nak tahu, sama ada cadangan ini diterima ataupun tidak. Dan ini bukan untuk menyelesaikan masalah Temiang sahaja, dia boleh menyelesaikan masalah, masalah banjir di kawasan Rahang dan Rantau ataupun Siliau yang telah terletak di bahagian bawah Sungai Linggi.
Perkara seterusnya adalah saya nak tanya apakah usaha untuk pem, pembelian, permohonan pemilikan tanah hak milik kekal untuk penduduk-penduduk Kampung Baru di mana ini adalah Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan penggal lepas, kita pun telah berjaya memberikan pemilikan hak milik kekal kepada pemilik-pemilik tanah berstatus kediaman di taman-taman sahaja. Jadi saya berharap usaha ini boleh diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan, dan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pun adalah Kerajaan yang sama. Jadi saya nak tahu apakah status terkini dan perkembangan dengan perkara ini. Jadi dengan ini saya menyokong usul ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Assalamualaikumhitaala WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil ‘alamin wabihi’ nasta’in wassolatu wassalamu ‘ala ashrofil ‘anbiyaa’i walmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Bismillahirrahmanirrahim [melafazkan bacaan ayat 21 surah Al-Ahzaab] Masih lagi di dalam, Dato’ Yang Dipertua, bulan kelahiran Rasulullah SAW. Ayat yang saya bacakan tadi; demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu satu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan yang baik di Hari Akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya.
Hadis Rasulullah SAW yang mungkin perlu kita perhatikan di dalam kita menjalankan tugas kita sebagai wakil rakyat ataupun sebagai pejuang di dalam politik [melafazkan hadith Riwayat Abu Daud: 5121]. Bukan dari golongan kami sesiapa saja yang mengajak kepada assobiyah iaitu kebangsaan. Dan bukan pula dari golongan kami orang-orang yang berperang karena kebangsaan. Dan tidak juga termasuk golongan kami, Rasulullah kata, yang mati karena kebangsaan.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Haji Harun, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, pengarah-pengarah jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil jabatan, hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Di kesempatan ini, ingin saya mengucapkan tahniah, walaupun
dah banyak yang mengucapkannnya, saya nak ucap jugaklah ya, tahniah kepada yang, Dato’ Yang Dipertua kita yang dilantik sebagai Yang Dipertua penggal ini. Tahniah juga kepada Dato’ Seri Yang Amat Berhormat MB yang dilantik semula untuk penggal kedua. Tahniah juga kepada Datuk Seri, Yang Berhormat Pertang yang dilantik sebagai Exco Kanan, tahniah kepada semula Ahli Majlis Kerajaan yang telah dilantik. Moga-moga kesemua kita berusaha dan bertambah keberkatan kepada negeri kita ini. Dan tidak lupa jugak saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi di Klawang yang memberikan kepercayaan kepada saya sekali lagi untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang mulia ini.
Dato’ Yang Dipertua, sudah tentunyalah tahniah kepada semua ADUN yang dipilih oleh rakyat di kawasan mereka, walaupun kita pada sebelum pilihan raya itu, kita canang-canangkan 36-0 ya, tetapi alhamdulillah kita dapat 31-5. Kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan. Itulah keputusan Allah SWT, apa pun, pasti ada hikmahnya. Memang dalam politik, Dato’ Yang Dipertua, tiada kawan, tiada lawan yang kekal, tetapi pastikan untuk kita beristiqamah di dalam prinsip yang betul. Prinsip ini tidak akan berubah-ubah mengikut masa, kawan ataupun lawan bersama kita. Ini satu sikap yang perlu dikikis sekiranya prinsip diubah-ubah terutamanya di dalam apa juga keadaan kita tidak sampai memfitnah. Janganlah tabur fitnah dulu, kemudian bila kono saman, Dato’ Yang Dipertua, mintak maaflah ya, sebab apabila kita fitnah itu telah lepas, Rasulullah kata apa; ibarat anak panah terkeluar daripada busarnya.
Dato’ Yang Dipertua dan semua ahli Dewan yang mulia ini, tadi YB Pertang ada menyebutkan, eh YB Chennah ada yang menyebutkan tentang mini pelabuhan yang akan dicadangkan dan disokong oleh Yang Berhormat Rantau tadi. Tetapi peringatan beliau adalah supaya kita tidak bersaing dengan pelabuhan-pelabuhan yang ada di, di Malaysia ini ataupun di negara asing. Maka mungkin saya boleh cadangkan di sini, untuk kita fokus jugak pelabuhan mengambil kira pesatnya e-Dagang yang sedang ada di dalam pasaran memandangkan lokasi yang begitu strategik di Negeri Sembilan ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak bawak Dewan ini ke Jelebu-lah ya. Sebab saya kira Jelebu merupakan salah satu daerah yang agak amek perlahanlah kan dalam pembangunan. Walaupun pada satu ketika dulu sinar pembangunan itu amat cerah dan terang apabila adanya cadangan stesen ECRL di DUN Chennah. Tetapi oleh kerana kerajaan tebuk atap pada ketika itu, maka ianya terbantut dan terus terbatal ya. Walau bagaimanapun, kita harus maju ke hadapan. Jelebu kalau kita perhatikan ianya merupakan laluan utama kenderaan dari Lembah
Kelang iaitu di barat ke timur. Kalau hujung minggu Dato’ Yang Dipertua, berderet kenderaan terutamanya petang Sabtu ataupun petang Jumaat dan petang Ahad. Laluan di sini memang sibuk ya, tapi tidaklah sampai jammed macam di, di Kuala Pilah saya kira ya, tetapi mereka lalu saja, tidak ada apa-apa tempat ataupun persinggahan yang boleh mereka manafaatkan. Kadang-kadang aktiviti santai berbasikal pun ada, motoran yang besar yang kocik, malah kereta antik lalu.
Oleh itu saya telah mencadangkan supaya ada, adanya pembangunan ala R&R di satu lot 2328, Mukim Ulu Klawang. Moga-moga, dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri pada, pada yang lepas apabila telah meluluskan sebidang tanah lebih kurang, dekat lot itu, lebih kurang 10 ekar dengan premium yang istimewa. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Cuma saya mengharapkan sebarang proses di masa akan datang dapat dipercepatkan sebab sehingga sekarang masih lagi belum dapat diselesaikan.
Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menitahkan bahawa kerajaan kita jangan hanya memfokuskan pembangunan fizikal. Mestilah jugak pembangunan modal insan perlu dipergiatkan. Sekarang kita li, agak gusar kenaikan kes mental amat tinggi. Statistik menyatakan, kalau dibandingkan bilangan pada 2020 berbanding dengan 2022, ianya meningkat sehingga 5 kali ganda. Sumber daripada Portal Majlis Keselamatan Negara.
Dato’ Yang Dipertua, rosak rakyat maknanya rosak negara. Malah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Kementerian Kesihatan jugak melalui program talian ban, bantuan perkhidmatan sokongan psikososial telah mencatatkan peningkatan ini jugak. Penyelesaian hos, holistik perlu dirancang dan dilaksanakan di peringkat awal pembangunan insan itu sendiri. Malah kes melibatkan kanak-kanak pun jugak amat membimbangkan. Statistik menunjukkan kanak-kanak yang melebihi 16 tahun ke atas 1/3 daripada mereka mengalami masalah mental. Ini kalau tidak ditangani dengan berkesan ianya akan menjadi barah, Dato’ Yang Dipertua. Bagi saya, setelah saya berkhidmat sebagai wakil rakyat lebih dari 5 tahun ini, tidak ada jalan keluar kecuali kita mengamalkan agama dan pastikan ianya ibadah. Selari dengan Rukun Negara nombor wahid kita iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Ini bermakna, rakyat di Malaysia ini keseluruhannya pasti, pastikan ianya beragama dan tiada agama yang menyuruh kepada perkara-perkara yang mungkar. Di sinilah titik pertemuan kita jugak sebagai Kerajaan Perpaduan.
Bagi orang Islam kembali ke sumber asalnya, garis panduan kehidupan yang telah diberikan oleh Allah SWT melalui Al Quran dan al hadis.
Rasulullah SAW telah bersabda [melafazkan bacaan hadis berkenaan]; Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu sekali-kali tidak akan sesat lantadillu. Allah menggunakan, Rasulullah menggunakan perkataan “lan” di situ, iaitu jaminan 100%, tidak akan sesat apabila kamu berpegang dengan Al Quran dan al hadis.
Dato’ Yang Dipertua, kita di dalam menjalani kehidupan kita ini, tidak lain tidak bukan untuk kita menuju ke alam akhirat. Tanpa kita memfokuskan bagaimana keadaan kita di sana besok, sudah tentulah kita akan banyak tersasar. Oleh itu, saya menyeru semua lapisan masyarakat, kita memahami roh Rukun Negara itu, insyaAllah kita akan dapat mengharungi kehidupan ini walaupun berlainan pendapat, walaupun berlainan pandangan, sudut pandang kita, daripada sisi kita mungkin berlainan dengan yang lain, tetapi objeknya itu jugak sama. Jadi tak perlulah kita menggunakan apa-apa yang tidak sesuai berkait, berkaitan di dalam politik oleh kerana politik, kita tidak menjaga tatasusila yang perlu kita jaga.
Dato’ Yang Dipertua, saya tak banyak nak, nak tu, sebab, kebanyakannya telah disentuh tadi. Oleh kerana yang, apa nama ni, yang disebut oleh Ke Bawah Duli Tuanku, pembangunan modal insan ni tidak disebut, itu sebab saya ambil point ini untuk kita sama-sama menghayati. Semoga kita diju, dirahmati oleh Allah SWT dan insyaAllah kita bertemu di syurga kelak. Sekian, dengan ini saya menyokong usul Yang Berhormat Johol. Sekian kita berjumpa lagi, wabillahitaufik walhidayah, assalamaulaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Mintak, mintak, mintak Yang Berhormat yang nak berucap untuk membahaskan usul. Atau saya sebut je nama? Haa ya, Labu. 10 minit ya.
Baik. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Menjunjung kasih titah Duli Tuanku. Yang dihormati Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin Harun dan rakan-rakan Yang Berhormat Negeri Sembilan. Pertama, saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Labu yang telah mengun, memberi peluang kepada saya dan Perikatan Nasional untuk mewakili suara mereka di Dewan Undangan Negeri.
Yang Dipertua, saya jugak mengucapkan tahniah kepada Sikamat atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan bagi penggal yang kedua. Jugak ucapan tahniah saya kepada Yang Dipertua Dewan atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baru.
Yang Dipertua, negara dan negeri ini menghadapi cabaran ekonomi pada masa sekarang dan pada masa hadapan. Keadaan pada masa lalu, orang-orang yang lebih dahulu daripada kita berjuang untuk merdekakan negara, negeri ini dan membangunkan negara ini. Pada masa akan datang, anak-anak cucu kita akan berjuang untuk kehidupan. Rakyat meng, me, merupakan keutamaan dalam semua perkara dalam apa sahaja perancangan yang dibawa oleh pihak kerajaan. Dalam cabaran ekonomi masa kini, budi bicara ketika menyelesaikan permasalahan rakyat perlu lebih diguna pakai.
Yang Dipertua, akhir ini masalah kampung tradisional menjadi satu masalah yang serius. Labu ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia berke, berkenaan kawasan kampung-kampung tradisional yang jauh daripada kawasan pembangunan. Jika kita perhatikan, taraf ekonomi penduduk kampung kini amat rendah kerana punca pendapatan mereka hanya bergantung kepada kerja-kerja kampung. Jika tiada usaha membantu mereka dalam masalah, masa terdekat, Labu berpandangan kampung-kampung tradisional ini akan luput ditelan zaman. Saya mengambil contoh di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sebab ayah saya berasal daripada sana, ada rumah dekat sana kan. Jadi banyak rumah-rumah kampung sudah kosong sekarang di Kampung Tengkek ni. Penghuni, selepas peneroka asal ataupun ibu bapa meninggal dunia, ini kerana anak-anak mereka memilih hidup di bandar kerana peluang pekerjaan di kampung-kampung tradisional ini agak terhad dan jugak tiada pembangunan di kawasan sekitar. Jadi mereka tak ada pilihan kecuali berpindah ke kawasan-kawasan bandar. Jadi apa yang berlaku akhirnya kampung-kampung tradisional ini akan luput. Jadi sebenarnya perkara ini bukan satu perkara yang, yang remeh. Kalau kita perhatikan dalam tempoh 20 tahun akan datang, kalau tidak ada pemantauan ataupun kerjasama bantuan daripada Kerajaan Negeri, dan agensi yang berkaitan, saya yakin kita akan kehilangan kampung-kampung ini dan tak ada apa yang nak kita wariskan kepada anak-anak kita satu masa nanti.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, Labu mencadangkan kawasan-kawasan kampung tradisional diberi perhatian dan bantuan kerajaan yang secukupnya dari sokongan kewangan dan kemudahan agar mereka kembali menjalankan kerja-kerja kampung selaras dengan kepakaran dan kemahiran mereka. Yang kedua, Labu mencadangkan pembangunan di kawasan sekitar kampung, kalau contoh kita ambil di Jempol, Rembau atau mungkin di Kuala Pilah, kita jadikan satu kawasan pembangunan supaya ada kilang-kilang berdekatan. Jadi anak-anak muda di kampung ni boleh bekerja di kawasan berhampiran. Jika mereka tidak bekerja kampung, mereka boleh bekerja di kawasan berhampiran agar mereka terus kekal tinggal di kawasan kampung.
Yang kedua, yang kedua, Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan pekerja asing di Negeri Sembilan. Tindakan penguatkuasaan kepada pekerja asing ini haruslah lebih ketat memandangkan mereka kini lebih menyalahgunakan permit kerja mereka malah ramai antara mereka adalah pendatang asing haram. Dan mereka terlibat aktif dalam perniagaan-perniagaan di kawasan-kawasan PBT. Jadi kalau kita lihat, saya ulas sedikit, kalau kita lihat hari ini kalau kita lihat dalam sektor pembinaan, kebanyakan sektor-sektor pembinaan dikuasai oleh pekerja-pekerja asing. Mereka tidak mempunyai syarikat, mereka tidak berdaftar dengan SSM, mereka tidak berdaftar dengan CIDB. Tetapi mereka boleh membina rumah daripada rumah tu kosong, sampai siap. Yang saya hairan, di mana penguatkuasa di kawasan Negeri Sembilan ataupun di peringkat Persekutuan?
Jadi, mereka ini jugak tidak perlu membayar apa-apa cukai daripada keuntungan mereka kepada negeri dan jugak negara. Keseluruhan keuntungan mereka dibawak pulang kepada kampung, negara asal mereka. Jadi apa keuntungan kepada Kerajaan Negeri dan jugak negara ini? Malahan kadang-kadang kita di peringkat PBT lebih keras kepada penduduk-penduduk tempatan. Kalau kita lihat hari ini, kita sentuh sikit di tapak pasar malam, setahu saya tapak pasar malam ni, yang boleh berniaga adalah penjaja tempatan sahaja. Malahan kalau penjaja menggunakan pekerja asing pun tidak dibenarkan. Tapi kalau kita tengok di pasar-pasar malam, dulu mereka berniaga taghuk ikan saja di jalan, hari ini mereka dah letak meja berniaga ikan.
Jadi baru-baru ini saya ada rujuk di taman, pasar malam Taman Cempaka, bila saya bertanya, mereka menunjukkan lesen perniagan daripada warga tempatan. Persoalannya hari ini, bila perkara sama dibuat peniaga-peniaga kecil berniaga di kaki-kaki lima ataupun di tepi-tepi jalan, saya masih ingat lagi Rantau semasa memegang jawatan Menteri Besar, pernah mengatakan jangan gogham sangat dengan peniaga-peniaga tepi jalan ni. Tapi hari ini apa yang kita tengok, peniaga-peniaga di tepi jalan mula ya, yang berniaga nasi lemak di tepi jalan mula telah diganggu. Tetapi peniaga-peniaga asing ni tidak diganggu langsung. Mungkin boleh pergi tengok di pasar malam Cempaka. Bagaimana mereka berniaga tanpa apa-apa gangguan dalam tempoh yang lama. Jadi, mustahil kalau tak ada, tidak dilindungi, mustahil mereka akan seberani itu.
Jadi, perkara yang seterusnya saya nak sentuh berkenaan isu pendidikan sedikit. So kalau saya rujuk pada YB Rafizi dulu, dia pernah mengatakan pada tahun 2018, masa dia berkempen; IPTA last sekali ditubuhkan adalah pada tahun 2016. Jadi saya tidak pastilah, selepas daripada itu ada IPTA baru ditubuhkan ke tidak. Jadi kalau tidak ditubuhkan
bermaksud dah hampir 20 tahun kita tak ada IPTA baru. Jadi pada masa sekarang budak-budak makin ramai, makin cerdik. Jadi kita terhad, terhad untuk kemasukan budak-budak ataupun pelajar-pelajar ni ke IPTA. Jadi saya mohon di peringkat Negeri Sembilan, saya tengok di kawasan Nilai, kita banyak universiti-universiti. Jadi apa kata kalau Negeri Sembilan kita jadikan satu pusat pelajaran, mungkin kerajaan boleh mohon kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menambah IPTA di Negeri Sembilan supaya peluang kepada anak-anak, anak-anak muda ni lebih tinggi untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka.
Dalam masa yang sama, mungkin satu persoalan yang telah dibangkitkan kepada PM-X, boleh terjawablah. Sebenarnya anak-anak muda untuk yang bukan beragama Islam, non-bumi, kita tahu kuota mereka tu kurang. Kuota mereka kurang. Jadi nak atasi masalah tu, sepatutnya penambahan IPTA ni adalah cara terbaik ataupun membesarkan IPTA yang sedia ada. Dalam masa yang sama, tidak akan mengacau kuota yang bumiputera dan jugak boleh menambah kuota kepada non-bumi iaitu cadangan daripada Labu.
Jadi, seterusnya saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan di atas penubuhan Kerajaan Perpaduan. Ini adalah satu Sejarah dalam politik Negeri Sembilan melihat kerjasama antara PH dan Barisan Nasional. Tahniah saya ucapkan. Ini jelas menunjukkan tanpa sokongan antara satu sama lain, mustahil Kerajaan Negeri dapat ditubuhkan. Kejayaan PN baru-baru ini memenangi 5 DUN di Negeri Sembilan menunjukkan kami semakin hampir. Justeru itu, Labu memohon Sikamat dapat mempertimbangkan dan jugak meluluskan cadangan daripada Ketua Pembangkang agar permohonan peruntukan kepada ADUN-ADUN Pembangkang dipertimbangkan dan diluluskan. Sikamat pasti memahami kesukaran berada di pihak pembangkang tanpa peruntukan. Yang pernah merasa sudah pasti memahami termasuk di pihak Barisan Nasional jugak. Jadi kerajaan sedia ada, PH dan BN sudah berdepan kesukaran sebagai pembangkang, saya percaya politik lebih terbuka tanpa ada sikap balas dendam. Dan percayalah jugak, di kawasan Labu saya menang dengan majoriti 11,000 sorry, dengan undi 11,000 tetapi ada jugak penyokong PH 10,000 di kawasan tu. Tetapi saya yakin, dengan live ni mungkin Sikamat akan mempertimbangkan permohonan daripada pihak pembangkang. InsyaAllah suatu masa apabila PN menjadi kerajaan, kami akan bersikap adil dalam hal peruntukan kepada pembangkang pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kalau saya jemput, boleh? Mambau, belum? Jeram Padang, besok?
Besok, besok, sebab saya tak bersedia lagi.
Chuah, besok? Siapa nak besok angkat tangan. Senang saya nak tu, eh, lepas ni kita tangguhlah nampaknya.
Barisan atas semua besok Yang Dipertua. Bermula sebelah kanan.
Sungai Lui. Sungai Lui, bersedia untuk berucap?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana bagi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ucapan menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam perasmian ya, Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 9 haribulan 10, 2023 yang lalu.
Dato’ Yang Dipertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku sangat-sangat menyambut baik semangat muafakat yang telah ditunjukkan di dalam pembentukan Kerajaan Negeri Sembilan selepas PRN yang telah berlangsung iaitu dengan mengambil kira roh pembentukan Kerajaan Perpaduan daripada pusat di mana Baginda menyarankan supaya kerajaan ini akan berdiri utuh kekal sehingga ke akhirnya dan jugak untuk sama-sama kita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk sama-sama bekerja di dalam kita memacu Kerajaan Negeri Sembilan ini untuk menjamin kesejahteraan dan juga pembangunan Kerajaan Negeri Sembilan dalam keadaan yang ter, dalam keadaan yang baik.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak mengambil peluang di sini untuk membawak permasalahan di kawasan saya sendiri ya, bersempena dengan semangat kita untuk menjamin kesejah, kesejahteraan negeri yang, yang sangat kita cintai ini. Pertama sekali tentang masalah yang telah dialami iaitu kita menghadapi masalah tentang kekerapan gangguan bekalan air di mana berlaku kebocoran ataupun paip pecah sehinggakan mengganggu kehidupan masyarakat khususnya di kawasan felda, di kawasan DUN Sungai Lui, di mana ini disebabkan oleh keadaan paip yang telah lama dan juga usang. Dan ini memerlukan bantuan ataupun bajet yang besar untuk kita mengatasi masalah paip, air paip ini khususnya di kawasan-kawasan felda, di kawasan Negeri Sembilan ini.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya untuk makluman Yang Dipertua, DUN Sungai Lui ni merupakan pintu masuk daripada Pahang ya, bersempadan dengan Bera dan diharapkan jugak kita pembesaran tadi kita dah tengok tentang jalinan, jaringan jalan raya khususnya di, di
mana sebelum PRN itu, kalau kita tengok kemampuan ataupun kapasiti jalan antara Bahau – Kemayan tu merupakan satu, sekarang ni menjadi jalan tumpuan utama yang telah digunakan oleh kenderaan perdagangan. Dan jugak di hujung-hujung, di hujung-hujung minggu di mana menjadi jalan pintas di antara LEKAS untuk, kepada timur jugak ya. Dan jalan ni kalau boleh kita naik taraf supaya dia dapat diperbesarkan dan jugak keadaan bahu jalan yang merbahaya, ada lubang dan sebagainya. Supaya jalan ni dapat dinaik taraf dalam keadaan yang sempurna.
Dato’ Yang Dipertua, satu permasalahan, saya mengambil, mengucapkan ribuan terima kasih jugak kepada Kerajaan Negeri yang telah mengadakan khususnya di kawasan felda jugak, iaitu pemberian lot-lot bagi penempatan bagi generasi kedua ataupun generasi baru dalam kawasan felda. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah mengumumkan dan juga ingin melaksanakan program penyerahan lot perumahan generasi kedua ataupun generasi baru felda ini. Diharapkan ianya akan dapat direalisasikan secepat mungkin untuk kita membuktikan bahawa ini merupakan janji kita dalam pilihan raya untuk terus menjamin kesejahteraan masyarakat khususnya dalam kawasan felda.
Dato’ Yang Dipertua, satu lagi ya. Tentang pembangunan belia ataupun untuk menjadikan supaya belia-belia ini merupakan satu ataupun merupakan generasi penerus kepimpinan pada masa akan dapat, akan datang, saya sebenarnya kalau kita tengok supaya pembangunan belia ni akan lebih bersifat holistik keseluruhannya supaya apa, kita dapat menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis yang mempunyai jati diri, semangat cintakan tanah air pada masa akan datang. Justeru itu, saya sebenarnya menyokong penuhlah segala program pembangunan belia ke arah bersifat, bersifat patrio, apa ni, semangat kenegaraan, cintakan tanah air dan juga bagi membentuk kepimpinan belia untuk sebagai pelapis pada masa akan datang melalui persatuan-persatuan belia khususnya di kawasan felda supaya persatuan-perstuan belia ni akan terus diperkasakan.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya Jempol sebagai pusat bandar permotoran supaya aktiviti-aktiviti permotoran ni yang dapat menarik persa, anak-anak muda khususnya akan dapat kita laksanakan, kita galakkan lagi supaya apa, supaya dapat membentuk generasi muda khususnya di dalam bidang permotoran ni, dapat, dapat apa tu, mengalih ataupun dapat menjadikan sukan permotoran tu sebagai satu sukan permotoran yang sihat kepada generasi muda, mahupun generasi belia pada masa akan datang. Dan seterusnya dapat mencegah belia-belia ni daripada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat contohnya lumba haram dan
sebagainya. Dan ini kalau boleh kita lakukan ataupun kita perbanyakkan aktiviti-aktiviti permotoran di kawasan Jempol, khususnya di Bandar Baru Serting.
Dato’ Yang Dipertua, saya jugak nak bawak satu isu tentang isu pencahayaan di mana jalan hubungan antara simpang kampung ke kampung yang lain, kalau boleh ini dapat kita perbanyakkan lagi apa, dengan limpahan lampu dan sebagainya supaya, kadang-kadang kita tengok jalan Lui Selatan ke, ke Serting Hilir dan sebagainya tu kadang-kadang malam bahaya, lembu dan sebagainya, ini boleh membantu kepada pengguna-pengguna untuk mereka melalui jalan-jalan yang gelap ini.
Dato’ Yang Dipertua, saya jugak ya, memohon seperti yang telah sedia maklum supaya kita jugak mengambil perhatian jugak kepada rumah-rumah generasi ataupun projek-projek yang terbengkalai tadi. Saya setujulah seperti yang telah diperkatakan tentang rumah-rumah terbengkalai termasuk rumah-rumah dalam kawasan felda, PGF dan sebagainya supaya kita menjadi pendesak ataupun kita membantu supaya rumah-rumah ini akan dapat dilaksanakan ataupun disiapkan untuk kesejahteraan masyarakat kita khususnya golongan-golongan generasi muda ataupun generasi baru yang ada di tanah-tanah rancangan. Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menyokong.
Terima kasih saya ucapkan. Saya masih buka lagi kalau ada ahli Yang Berhormat yang sedia untuk beri, berbahas. Saya tanya YB Lobak, boleh?
Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lobak akan mensuarakan bahawa Jalan Lingkaran Tengah, MRRS, iaitu sepanjang 20.5 kilometer. Ini projek ni start sejak tahun, RMK-8. Ini projek ni start sejak RMK-8. Sekarang kami sudah RMK-12. So pandangan saya, kerana sebahagian besar tu, jalan yang belum sambung tu ialah sebahagian besar di DUN Lobak. So saya nak mohon supaya kerajaan atau bantuan dari Kerajaan Pusat bahawa Jalan Lingkaran Tengah ini kena diutamakan kerana Jalan Lingkaran Tengah ni bukan sahaja khasnya bukan untuk memajukan bandar raya, Bandaraya Seremban dan amnya sekali ekonomi Negeri Sembilan. Kerana Jalan Lingkaran Tengah ni, ini mula sejak tahun lepas, tahun, RMK-8 tu, hanya tiggal sebahagian. So kami harap, harap kerajaan sekarang, Kerajaan Perpaduan kena dengan mohon atau bantuan dari pusat supaya, supaya jalan yang ini boleh dapat disambung. Bukan sahaja untuk membangunkan kawasan Lobak, dan sambungkan ekonomi utara Negeri Sembilan sama ertinya Mantin, Ulu Beranang sambung ke Jalan Templer. So jadi yang dengan Highway LEKAS ni kami akan, dengan lebih cepat kesan sekali membangunkan
ekonomi di sebahagian utara Negeri Sembilan. Inilah permintaan dan cadangan dari Lobak.
Dato’ Yang Dipertua, yang tentang manifesto. Pagi tadi yang disuarakan untuk Mambau, dan dijawab oleh Sikamat, saya ada sikit pandangan. Bahawa memang manifesto ni ditawarkan oleh Kerajaan Perpaduan, ramai yang tanya-tanya tu, yang khas sekali yang bantuan warga emas, umur 70 ke atas. Kerana yang warga emas ini memang di PRN lepas jikalau tak salah saya, semua DUN ni kasi sokongan penuh untuk semua DUN kita ni. Barulah kita memenang dan memerintah di Negeri Sembilan. So kami harap bawah bimbingan Sikamat, kami jangan tunggu lagi, ataupun kami secara bukaan mulakan pendaftaran, kerana mereka pun tunggu-tunggu, tahun ni 2023 ada ke tak ada, wangnya walaupun hanya 200.00 ringgit sahaja. Tapi bagi orang warga emas tu, 200.00 memang utama untuk mereka.
So kami harap, jangan tunggu lagi, kami mungkin sediakan borang, setiap DUN boleh usahasama, biarlah orang warga emas ni tak payah selalu tanya-tanya, kami bantuan mereka isi borang. Tapi saya punya harap tahun 2023 jangan dikecualikan, kena bagi. Tapi jikalau tak nak bajet tahun 2023, kami masuk bajet 2024, ’24 kasi jumlah 400.00, pun tak ada masalah. Tapi sekarang setiap hari pusat khidmat saya ditanya setiap hari, setiap hari berpuluh-puluh orang tanya. Selain daripada pusat khidmat tanya, pun telefon, telefon tanya lagi. Tadi, sidang sini pun sudah terima 3 panggilan. YB, ramai ini baik Bahau, Mambau saya, semua orang cakap ada warga emas, boleh dapat 200.00. Semua tanya bila boleh dapat ni. Janji ni boleh ditunaikan ni. Ini paling utama.
Tapi yang dikahwin tu, saya beritahu tak apa. Kahwin ni lain. Kahwin hanya satu umur sekali saja. Tak apa. Kahwin tu pun berikan mereka daftar, isi borang, hantar itu copy sijil perkahwinan, simpan dulu. Lepas tu, ini sekali, bagi sekaligus saja. Kami bayar tahun ‘24 tak salah. Tapi jangan mereka tanya. Kami kena sediakan borang untuk setiap DUN, kami tolong dia isi, hantar, beritahu mereka kena proses. SOP-nya kena 3 bulan ke, ataupun 4 bulan. Biarlah kan mereka senang hati kerana mereka memang sokong Kerajaan Perpaduan. Jikalau mereka fikir perpaduan, sampai borang pun tak dapat di sini, kerana mereka kena tunggu tak ada satu gambar yang positif. So ini kena diutamakan.
Dato’ Dipertua, selain tu Lobak kena men-highligt sikit tentang PPRT. Rumah PPRT, Lobak ada 1. Saya ucap terima kasihlah kepada Sikamat bahawa dapat sokongan dari Sikamat, PPRT yang rumah 60 biji ni sudah rosak. Fasa 1, sudah diuruskan. 20 buah ni sudah akan siap bulan November. Tapi pusat saya dengan kerjasama dengan Bandaraya, kami buat pendaftaran. Hingga hari ini, walaupun hanya 20 unit saja, tapi
permintaan 3 ganda, mintak. So kami harap Fasa 1 ni jikalau siap dari November, yang lain Fasa 2 dengan Fasa 3, 2020 lagi tambah, boleh dapat dijalankan, diuruskan dalam bajet akan datang. Iaitu bajet 2024. So harap PPRT ini macam tunggu durian, cakap ni, orang miskin kena diutamakan kerana mereka sekarang sewa rumah di satu perumahan yang mahal ribu-ribu, yang rumah teres pun 700.00/600.00 kena bayar sebulan. PPRT Lobak ni, hanya kena dibayar 150.00 sahaja, tapi ramai lagi yang di luar yang pun sokongan kita ni atau rakyat-rakyat yang miskin ni, mereka memang mintak rumah untuk diduduk saja. Mereka pun ada anak. Kita pun anak kita. Kami harap yang orang miskin ni, golongan miskin ini, golongan miskin tegar ni kena diutamakan. Walaupun yang siap yang lain tu, 20 rumah tu satu rumah baik untuk berbaik usaha ni hanya 10,000.00. 20 unit hanya 200,000.00 saja. So kami harap boleh tambah dana lagi untuk membaiki rumah murah yang, yang rosak lagi supaya dapat mengisikan orang-orang miskin, khas sekarang ekonomi ni bolehlah kasi peluang mereka pindah masuk, tinggal di rumah PPRT. Jangan mereka tinggal sana tak bayar, dihalau, tinggal di rumah teres ni, walau 400.00 pun tak dapat dibayar pun dihalau. Jadi DUN-DUN atau ahli-ahli Dewan, bukan saya Lobak saja, saya pun fahamkan lain ADUN pun menghadapi masalah yang sama.
Dato’ Dipertua, kami harap lagi selain geran JMC dan MC, inilah saya, lagi nak ucap tahniah dan terima kasih bahawa kerajaan masa tu Kerajaan PH sokong dari Sikamat, kami dapat geran JMC dan MC. Jikalau tak salah saya hanya satu Negeri Sembilan yang adakan dana geran JMC/MC ini. Geran JMC ini tahun pertama 5,000.00 untuk setiap rumah pangsa untuk mohon. Walaupun ini wang kecik, 5,000.00 setahun, tapi projek-projek kecik yang tinggal rosak, yang kebersihan, yang keselamatan tu, semua dapat dirancangkan dengan teliti. Lepas tu tahun kedua, dapat 7,000.00, dapat 7,000.00. So cadangan saya ini, kena bajet kena sediakan tahun ‘24 ni, kami harap, harap dari 7,000.00 boleh meningkat hingga 12,000.00. Sekurang-kurang sebulan dapat 1,000.00 untuk MC, untuk menguruskan kerja-kerja mereka. Kerana MC ini semua ni pengerusi atau setiausaha, dia tak ada elaun macam MPKK, MPKK, atau ketua kampung atau ketua kampung Cina, mereka langsung tak dapat untuk elaun. Meeting allowance pun tak ada. Tapi mereka kerja sebagai volunteer. Volunteer. Walaupun volunteer pun dimarah oleh penduduk penghuni-penghuni rumah pangsa. So kami harap ini satu langkah yang, geran JMC, MC yang baik ini boleh ditambah lagi geran ini supaya, supaya masalah-masalah di rumah pangsa khasnya yang kos rendah dan kos sederhana ni masalah yang paling lumayan ni, dapat diselesaikan dengan licin sekali.
Dato’ Yang Dipertua, tentang yang tu, satu perkara yang lain tu, ialah pembangunan di Lobak. Pagi tadi walaupun DUN Chennah tu dia bukan
kawasan Lobak saya, tapi dia Ahli Parlimen Seremban. DUN Lobak bawah kawasan Ahli Seremban. Bahawa pekan Seremban nampak satu pekan yang lama dan tak ada kurang aktiviti. So kami usaha dengan Ahli Parlimen Seremban, berusahasama supaya sekurang-kurang tu yang Lobak ni, Jalan Tan Sri Manickavasagam boleh menceriakan satu pekan jalan atau satu jalan ni. Sekarang Dataran Lobak akan siap dibina tu. Lepas tu, kami kerjasama dengan Ahli Parlimen kami akan cuba menceriakan lampu-lampu macam yang hari itu, di Lake Garden, tu, Luna. Kami cuba buat satu jalan yang penuh dengan lampu-lampu Luna tu. So jadi sekurang-kurang tu, pelancong yang dari lain tempat boleh masuk ke, ke pekan lama Seremban ni. Inilah kami berharap dapat sokongan dari pelancongan Exco atau Kerajaan Tempatan, sumbangan sikit dana untuk memajukan Jalan Tan Sri Manickavasagam ni. Memang kertas kerja sudah ada. Kami harap dapat sikit sumbangan dari kerajaan atau Exco Pelancongan.
Dato’ Yang Dipertua, selain itu, dengan HEBI (Hal Ehwal Bukan Islam), kerana saya pernah pegang jawatan ni hanya tak sampai 5 bulan, walaupun tak sampai 5 bulan, saya faham yang masalah Hal Ehwal Bukan Islam ni amat penting, amat penting untuk diperhatian. Kerana yang kuil, yang tokong, yang church yang bukan Islam tu, memanglah banyak sekali. Jikalau tak salah saya anggaran church lebih kurang di Negeri Sembilan ni 100 lebih. Yang kuil, yang daftar pun ada 200 lebih. Yang tidak daftar sama jugak 200 lebih. Yang tokong-tokong berdaftar tu, lebih kurang 300 lebih. Selain tu, kepu, perkuburan, kuburan India lebih kurang 100, eh lebih kurang 40 lebih. Yang Cina – 77. Tapi yang tanah untuk perniagaan memang tak cukup. Walaupun tahun ni, dapat 1.8 juta, tapi tangan saya dinasihatkan, kami sudah pakai habis, PRN 15. Sebelum PRN 12, bukan PRN-lah, ini bukan kempenlah. Tapi sebelum PRN telah sudah habiskan pakai. Tapi sekarang Teo angkat post ni, dia marah saya, mengapa wang cepat-cepat pakai habis. Tapi, Bahau dapat banyak ada. So kami harap …..
Yang Berhormat Lobak, saya tak pernah marah Yang Berhormat.
Yelah, kami faham kerana permintaan banyak sekali. Walaupun tangan saya pun tak sampai nak sampaikan permintaan.
Dia kata …..
So saya akan tolong …..
….. Bahau marah, tapi you tunjuk atas.
Saya tolong Bahau, jikalau nanti besok ke tu, ada bajet tambahan, jangan tunggu ‘24, kena tambah sikit untuk HEBI. Sekurang-kurangnya tu pembiayaan boleh dapat diselesaikan tahun ini jugak. Kami harap. Kerana Lobak kawasan saya, kurang dapat. Walaupun masa tu, saya Lobak, kawasan saya kurang dapat. Saya bagi DUN-DUN lain.
Dato’ Yang Dipertua, lagipun yang masalah di rumah pangsa. Dato’ Dipertua, rumah pangsa memang satu masalah yang sudah lama, dan masalah tu memang banyak sekali, kebersihan, keselamatan dan harmoni atau macam-macam tu. Dan kerosakan tu, maintenance dana memang tak ada. Setiap tahun kena mohon dari KPKT. Tapi bila KPKT, kadang kala dapat, kadang kala tak dapat. So kami mohon kerana kerajaan ada dana perniagaan rumah swasta kos rendah, ada dana itu. Kami harap bajet akan datang, boleh, boleh menambah sikit dana sekurang-kurang sejuta untuk 180 skim rumah pangsa di seluruh Negeri Sembilan. Bukan untuk Lobak saja, untuk semua. Kami harap ini boleh dapat di, disalurkan.
Dato’ Dipertua, selain tu, saya pernah suara di Dewan yang mulia ni, bahawa DUN Lobak walaupun satu DUN yang paling lama dengan perumahan, tapi saya sudah ulang-ulang banyak kali nak dapat satu dewan, dewan hingga sekarang tak berjaya. Walaupun tapaknya kami dapat bola keranjang di Desa Temiang tu, kami sudah bantuan dari DO, DO ada sini? Ada. Dia walaupun kerana perbezaan har, yang tu, kos dia, sudah meningkat sampai ratus-ratus ribu, tapi belum dapatlah peruntukan tu. Kami harap, harap bajet akan datang, ‘24 ni, kami harap kerajaan bolehlah kesian sikit untuk penduduk-penduduk di DUN Lobak ini kerana berbanding dengan DUN lain, setiap DUN pun kurang-kurang ada satu dewan yang besar sekali. DUN hanya ada balai raya saja, kecik saja, tak sampai boleh isi 100 orang. Satu dewan yang senonoh macam orang Melayu nak kahwin, di Mutiara dia selalu tanya saya mengapa Sikamat ada dewan besar, Lobak tak ada. Saya beritahu; you mesti tahulah. Saya ADUN kecik. Sikamat Menteri Besar, tentu ada beza dia. Tapi kami faham, ini, tak apa, janji kami kena fight di Dewan, kena fight di Dewan, kami faham setiap DUN sudah mintak, tak akan semua akan dibagi. Tapi Lobak sudah mintak lebih dari 5 tahun. Saya pun ada lobby dengan Kewangan, dengan DO Office, sampai Ahli Parlimen dia cakap; Chew you tak dapat ni, saya kena keluar wang sendiri. Dia akan cari korporat, orang ni akan dibuat. Tapi ini janganlah, kerana Lobak kena usaha, usaha kuat sekali. Jikalau boleh, janganlah Ahli Parlimen cari wang dari lain tempat. Kami harap wang ini, dana ini boleh disalurkan untuk DUN Lobak supaya dewan rakyat, dewan serbaguna ni boleh dijayakan di Desa Temiang. Sekarang sebagai satu tapak bola keranjang,
hanya tambah saja bumbung. Ini akan jadi dewan. Sekian, terima kasih. Dan saya sokong usul ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Lukut, nak bercakap hari ini? Nak berbahas hari ni? Terima kasih.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Diberi saya kesempatan untuk memba, mengambil bahagian dalam membahas usul titah junjung kasih, titah Tuanku, okey. Terutama sekali saya ingin mengucap ribuan terima kasihlah, selama saya jadi Exco sebelum ni, 5 tahun, saya ingin memberi kredit kepada semua pengarah-pengarah yang telah memberi kerjasama, yang telah memberi tunjuk ajar, yang telah ajar saya banyak benda. Saya dekat sini, saya ingin ambil kesempatan ini untuk ucap ribuan terima kasihlah kepada mereka. Banyak benda saya sudah belajar sebagai seorang Exco. Walaupun saya dah jadi backbencher tetapi saya rasa, saya rasa watak tu akan tukar pergi nak tanya soalanlah sekarang, okey. Mungkin banyak lagi benda saya boleh belajar, okey.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin ucap tahniahlah kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang 5 tahun lepas, yang telah mencapai kutipan hasil. Saya tengok kutipan hasil yang paling cemerlang pada last year iaitu 521.22 juta yang telah melebihi apa, sasaran 20, lebih daripada 20% daripada sasarannya. Saya ucap ribuan tahniah dan ribuan terima kasihlah kerana telah mencapai satu usaha, satu pencapaian yang begitu cemerlang, okey. Tahniah kepada mereka, okey.
Dan saya ingin juga membangkit beberapa isu dekat kawasan saya, dekat sini, okey. Terutama sekali yang sering saya, saya di, dihubungi berkaitan dengan traffic light ataupun traffic jam dekat kawasan Lukut. Memang kita faham kawasan Lukut memang merupakan satu pintu masuk ke Port Dickson, kawasan destinasi pelancongan Negeri Sembilan yang terkenal dalam negeri, mahupun dekat luar negara. Pintu masuk ke Lukut, pintu masuk ke Port Dickson, Lukut ni memang dalam weekend ataupun penghujung minggu, ataupun sebelum hari cuti, memang jammed. Orang Lukut takut nak keluar rumah pada masa tu.
So saya ada buat tanyalah beberapa penduduk; apakah perancangan ataupun cadangan daripada mereka. Mereka kata; YB memang yang buat jammed bukan pasal kereta, yang buat jam tu yang, yang, yang buat traffic jam tu pasal traffic light yang tak cukup smart, dengan izin. Traffic light yang, yang kurang cekap tu yang buatkan jammed. So saya mintak dekat sini, JKR kalau boleh bantu saya, mengkaji ataupun meng-upgrade okey, naik tarafkan smart traffic light dekat kawasan sepanjang Lukut. Sebab kalau nak masuk Lukut, masuk PD tu tak kurang daripda 10 traffic
light saya kena lalu. Masa kalau tak ada traffic light, mungkin 10 minit saya susah sampai Port Dickson. Tapi dengan ada traffic light tu mungkin 25 minutes saya baru boleh sampai. Saya mohon jasa baik JKR, kalau boleh kaji macam mana kita boleh bertambah baikkan apa, traffic dekat kawasan Lukut terutama sekali masa apa, penghujung minggu, okey.
Dan seterusnya, masalah, masalah, kita faham, dekat Port Dickson merupakan satu kawasan pelancongan dan masalah burung gagak ini memang membawa satu masalah besar kepada saya. Mahu, mahupun kepada pelancong yang menga, datang mengadu saya. Saya minum dekat Starbuck pun ada burung gagak teman saya untuk minum Starbuck. Dekat kawasan Taman Bandar Spring, apa, Dataran Segar pun, kalau lewat petang, saya, saya boleh ajaklah sama-sama kita pergi tengok berapa banyak itu burung gagak pada lewat petang, dia balik rumah. Saya kereta parking sana, satu kereta boleh dipenuhi dengan taik burung gagak dekat bawah pokok. Ini benar. So saya mintaklah, saya mintak, masalah ni dah dibawak beberapa kali, mohon di, di, di, diselesaikan. Tapi jawapan yang saya bagi, dapat tu; peluru mahallah, kita tak dapat izin apa, PDRM dekat pusatlah. Macam-macam apa, alasan yang telah dibagi. Saya mohon sangat, kalau boleh kita selesaikanlah isu burung gagak walaupun nampak remeh, tapi dia membawa kesan kepada pelancong, sektor pelancongan kita, okey.
Dan seterusnya untuk merancakkan apa, pelancongan dekat kawasan Port Dickson. Saya ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya mewujudkan 2 benda dekat Port Dickson untuk kita menaikkan nama lagi kawasan Port Dickson sebagai tapak pelancongan yang terkenal, okey. Saya ingin memohon, mencadang kepada Kerajaan Negeri supaya mendirikan ataupun wujudkan satu CCNS; Convention Center Negeri Sembilan di Port Dickson supaya ia dapat boleh apa, menarik as a figure ataupun yang membuat apa, pameran antarabangsa dekat Port Dickson. Dia secara tidak langsung akan membawa banyak pelancong ataupun membawak banyak orang peniaga masuk ke Port Dickson. Dan secara tidak langsung akan merancakkan lagi ekonomi dekat Port Dickson. Dan bila ada pertunjukan ataupun pameran antarabangsa dekat Port Dickson, ramai lagi akan nampak Port Dickson, seluruh dunia akan terkenal; oh Port Dickson kita akan datang sebab Lapangan Kapal Terbang KLIA memang dekat dengan Port Dickson. 45 minutes daripada, dari KLIA, KLIA Tour boleh sampai ke Port Dickson. Saya percaya, kalau adalah Convention Center Negeri Sembilan, dapat dibina dekat Port Dickson, saya percaya dia boleh dapat membawa lagi pelancongan ataupun pelabur datang ke Port Dickson.
Selain tu, saya ingin juga mencadang kepada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu pasar malam, tourism night market, dengan izin, pasar malam tourist, pelancong. Di mana dia bukan, sebelah malam saya, saya memang bawak, bawak pelancong datang ke PD, dia orang kata Port Dickson dekat malam tak ada tempat nak pergi, tak ada tempat nak, nak, nak pergi apa, nak spent money. Saya bawak duit, tapi tak ada tempat nak bagi saya untuk men, apa, menggunakan wang. Dekat malam, dia biasa kita pergi melancong, kita akan cari tempat-tempat mana kita boleh pergi. Kita pergi Taiwan, Taiwan jadikan pasar malam sebagai apa, satu destinasi pelancongan. Pelancong akan pergi cari makan dekat pasar malam. Kita pergi Thailand, kita ada pasar malam Chatuchak, kita boli cari makan dokat sano. Tapi Malaysia, kita, dekat Port Dickson, pelancong datang dekat PD tu, susah nak cari produk pelancongan yang sebegini, yang boleh menarik pelancong datang ke tempat tu. Saya rasa benda ni kita kena wujudkan supaya pelancong-pelancong boleh tertarik, ditarik untuk datang ke PD untuk spent money dekat PD pada waktu malam.
Dan, dan elemen-elemen dalam pasar apa, night market ni dia kena ada unsur kebudayaan, dia ada unsur tempatan, jual barang-barang tempatan, dia ada unsur jugak apa, elemen untuk gamming, dia, dia, untuk macam, what is that, fun fair-lah. Dia corak dia macam fun fair-lah, dia boleh main apa. So dia ada, ada, ada tarikan tersendiri, daya, apa, budaya Negeri Sembilan boleh dibawak dekat sana. Saya rasa pelancong lebih suka benda ni, kalau kita banding sekarang, waktu malam nak, nak pergi, pergi cari tempat untuk melancong tu sukar sikit untuk Port Dickson. So 2 cadanganlah saya ingin membawa kepada Kerajaan negeri untuk dipertimbangkan untuk mewujudkan produk pelancongan tersebut, okey.
Seterusnya saya ingin juga membawa isu keku, kekurangan tanah perkuburan non muslim yang saya rasa memang merupakan sa, satu asasi kemanusiaan ataupun dalam PLANMalaysia, perancangan kawasan tempatan tu memang kena dimasukkan untuk perancangan tanah-tanah perkuburan Islam dan selain Islam. Sekali ini, kali ni sekarang kita menghadapi masalah. Orang Cina, tak silap saya, saya ingin ceritakan, kalau orang Cina, tak ada duit jangan mati, sebab mati itu memakan banyak duit. Sebab tanah perkuburan untuk membeli satu tapak, 10K, 8K. Kalau, kalau letak pergi bakar, letak dalam abu tu, 8K. 6,000.00. Itu baru petak kecik je. Lagi-lagi itu petak besar apa, tanam dalam tanah. Saya rasa benda ni, sebagai Kerajaan Negeri saya rasa adalah tanggungjawab sebagai Kerajaan Negeri untuk fikirkan macam mana kita nak membawa kurang wang untuk apa, tanah-tanah perkuburan ini. Sebab benda ini adalah penting, ada hak asasi manusia. Dan UPEN mahupun PLANMalaysia kena duduk bersama, fikirkan
macam mana kita nak, nak, nak kurangkan kos pengebumian ataupun tanah perkuburan ini, okey.
Dan seterusnya saya ingin membawa isu jugak. Dasar Kampung Baru 99 tahun yang telah dikemukakan last year, sebelum apa, pembubaran DUN. Saya menyambut baik dasar ini, memang satu dasar yang bagus. Tapi kalau boleh di-extend-kan ditambahkan kepada kampung tradisi. Kampung tradisi tempat lain dia nampak kampung baru ada dapat, mereka, air, air liur mereka leleh saja, mereka tak dapat. Mereka tanya saya; YB kenapa kampung baru saja ada, kampung tradisi tak ada? So saya mohon pertimbangan Kerajaan Negeri supaya dimasukkan jugak kampung tradisi dalam dasar ini, okey.
Dan seterusnya saya nampak MBS dalam Facebook, media sosial dia, baru-baru ini ada mempamerkan tindakan yang telah diambil terhadap, dalam sistem SISPAA yang telah cara, yang sudah selesaikan masalah aduan rakyat. Dan di, diletakkan dalam FB untuk di, dimaklumkan kepada orang ramai. Saya rasa ini satu tindakan yang baik, satu, satu cara untuk maklumkan kepada public, kepada orang ramai bahawa kita telah ambil tindakan terhadap aduan mereka. Sebab saya rasa penyampaian maklumat adalah penting untuk semua agensi mahupun setiap jabatan. Selepas kita selesaikan masalah, ataupun masalah aduan rakyat, ataupun apa yang telah kita lakukan dalam jabatan ataupun agensi, saya rasa kita kena maklum pada orang ramai. Kita kena bagitahu kepada orang ramai supaya apa yang telah berlaku, mereka tahu. Contoh, kalau itu longkang dah rosak, ya kita dah ambil tindakan, kita telah lantik kontraktor, kita lantik apa, kena buat pengukuran semua, kita ambil masa mungkin 4 bulan, setengah tahun. Tapi rakyat bila dah 2 minggu; YB you tak nampak ke, longkang rosak tak buat ke? So benda mungkin salah faham akan berlaku. So saya rasa adalah penting penyampaian maklumat status terkini kepada orang ramai itu adalah penting supaya mereka ambil maklum, ambil tahu apa yang telah kita ambilkan, tindakan yang sudah diambil un, oleh jabatan-jabatan ataupun agensi untuk menolong mereka untuk selesaikan isu mereka. Saya rasa kita boleh contohi MBS yang baru-baru ini saya nampak FB mereka ada update apa, dalam aduan SISPAA mereka, dan kalau boleh tu, semua jabatan tu kalau ada terima aduan, kita update dekat FB, okey.
Seterusnya yang last sekali saya ingin membawak satulah, yang baru-baru, last sekali haa Dato’ Speaker. The last one. Penerokaan sumber REE, non-radioactive yang perlu, yang telah saya nampak Kerajaan Negeri tiada halangan untuk menerima apa, garis panduan untuk penerokaan REE dekat Negeri Sembilan. Saya tiada bantahan untuk penerokaan apa, SOP penerokaan REE ini. Tapi saya ingin apa, memaklumkan dekat sini, memberi cadangan dekat sini, bahawa
penerokaan sumber REE ini perlukan penyele, penyelidikan yang lebih kukuh dan pertimbangan yang secukupnya kena dibagi. Sebab dia kena dipandukan dengan ilmu dan pengetahuan yang mantap. Dan selain disokong oleh apa, penyelidikan yang kukuh, dia, dia perlu pakar-pakar masuk, tengok, dia punya prosedur. Adakah dia betul-betul mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Sebab saya khuatir, saya risau, kalau ketidakcekapan dalam proses penerokaan sumber REE ini, dia boleh menyebar, menyebabkan pencemaran melalui resapan ke dalam sistem ekologi okey. Dan seterusnya keseluruhan ekosistem termasuk rantaian makanan okey, yang akan membabitkan kema, manusia secara langsung ataupun tidak langsung pada masa hadapan. Ini, benda ni, dia terhadap cucu kita, terhadap cicit kita, kita tak tahu adakah dia akan membawa kesan pada masa akan datang. So saya mintak supaya penero, sebab benda ni adalah penting, saya mohonlah kita kena kaji betul-betul, tengok betul-betul, set-kan law yang ketat untuk mengawal penerokaan REE ini, okey. Dengan ini saya mohon, saya ingin menyokonglah usul yang dibawa oleh Johol, okey, sekian terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih YB Lukut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, esok kita akan sambung perbahasan usul menjunjung kasih ucapan, titah ucapan Diraja. Jadi saya harap, ahli-ahli Yang Berhormat yang belum lagi beri, ambil bahagian hari ini, ambil bahagian, bersedia ya. Tapi dah bersedia pun, kita hanya hadkan 10 minit seorang. Jadi hari ini saya bebaskan apa ni, beri peluang apa ni, peluang besar kepada Lobak dan Lukut, pasal tak ada siapa lagi nak cakap. Jadi besok 10 minit seorang. Kita harap kita dapat tumpukan supaya kita dapat selesaikan agenda kita pada penggal inilah dengan sebaik-baiknyalah. Jadi ahli-ahli Berhormat sesi perbahasan Usul akan disambung esok dan kita akan sambung pada hari Rabu; 11 Oktober 2023 bersamaan 25 Rabiulawal 1445 Hijrah. Dewan ditangguhkan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.