Negeri Sembilan · 11 October 2023

15th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 312 turns · 36,080 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti.

[YB ADUN Seri menanti telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian, alhamdulillah, hari ini, 11 Oktober 2023 bersamaan 25 Rabi’ulawal 1445 Hijrah dan kita telah pun masuk hari ketiga persidangan. Selain sesi soalan lisan, hari ini kita akan sambung perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sempena pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Memandangkan masih ramai ahli Yang Berhormat yang belum mengambil bahagian, saya berharap kita dapat pastikan semua dapat mengambil bahagian membalas usul, membahas usul menjunjung kasih titah perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Saya seterusnya ingin memaklumkan ketidakhadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Utama, Haji Mohamad bin Haji Hasan; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau tidak dapat hadir ke Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 11 dan 12 Oktober 2023 iaitu hari ni, Rabu dan Khamis, esok kerana perlu menjalankan tugas rasmi luar negara. Manakala Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias; Exco Kanan pula tidak dapat hadir pada 11 Oktober 2023 hari ni kerana menghadiri Mesyuarat Penyelarasan antara Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Exco-Exco Luar Bandar di Sarawak.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Ketiga.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

ADUN Sri Tanjung: Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1. Apakah ada perancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan Program Insentif Perkahwinan Belia?

Terima kasih Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Sri Tanjung. Untuk makluman ADUN Sri Tanjung, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan tiada perancangan ya, dalam memperkenalkan Program Insentif Perkahwinan Belia ya. JBS tak ada ya. Walau bagaimanapun dalam Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang telah kita dokumenkan bahawa anak-anak Negeri Sembilan yang pertama kali mendirikan rumah tangga bakal menerima bantuan 500.00 ringgit ya. Cumanya yang ni Sri Tanjung tak ada chance lagilah ya.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Yang atas umur boleh lagi?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Yang atas umur.

Ya. Jadi, mana-mana anak-anak Negeri Sembilan yang pertama kali mendirikan rumah tangga akan menerima bantuan 500.00 ringgit. Justeru itu, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan merealisasikan ya, manifesto ini dengan baik terutama kepada anak-anak Negeri Sembilan yang baru melangsungkan perkahwinan. Cumanya buat masa ini, kita sedang meneliti kaedah pelaksanaan yang terbaik ya, kita teliti supaya ianya dapat dijalankan dengan bagus, tidak bertindan dan semua yang berhak menerima ini akan dapat kita laksanakan dalam, kita akan bawa dalam bajet datang untuk kita laksanakan dalam kadar masa secepat mungkin. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ada tambahan? Tak ada. Yang Berhormat Gemas, tak ada.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tak ada soalan tambahan, Dato’ Dipertua, untuk soalan kedua? [merujuk kepada YB ADUN Sri Tanjung]

Yang Dipertua Dewan

Kedua, dia, soalan nombor 1, satu soalan saja. Tak ada.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tadi, tak ada soalan tambahan? Terus. Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya merujuk kepada soalan kedua saya, pertama saya, pintu gerbang dan landskap di Gemas, okey.

Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang dinyatakan, Gemas merupakan pintu utama dari selatan ke Negeri Sembilan, dari selatan ke negeri kita, iaitu Negeri Sembilan. Kerja-kerja yang berkaitan dengan pintu gerbang membersihkan dan mengecat pintu gerbang akan dilakukan oleh kontraktor pada penghujung tahun 2023 di bawah peruntukan Majlis Daerah Tampin. Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual juga telah dijalankan setiap bulan oleh kakitangan Majlis Daerah Tampin melibatkan pemotongan rumput dan penyelenggaraan landskap di kawasan berkenaan. Namun sekiranya kerja naik taraf yang melibatkan kos yang, yang besar, Majlis Daerah Tampin bercadang untuk memohon peruntukan dari kementerian KPKT. Terima kasih.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon kerajaan bagi pintu masuk ini ada perbezaan cukup ketara antara Gemas, Negeri Sembilan dengan Gemas Baru, Johor. Jadi, apabila kita dari Johor melihat pencahayaan, dari segi landskap, dari segi, pintu

gerbang yang ada di negeri kita berkarat, memang saya akui rumput dipotong, cuma landskap tu landskap yang lama. Pintu gerbang berkarat. Pencahayaan untuk malam tiada di kawasan tersebut.

Bagi kita mengelakkan kerajaan mengeluarkan perbelanjaan tambahan, saya mencadangkan kawasan tersebut di, diberikan tawaran kepada syarikat McDonald’s sebab syarikat McDonald’s senang membina restoran sendiri independent, independent restaurant, bukan bergabung dengan kedai, yang berhadapan dengan pintu gerbang ini. Ini dapat mengurangkan kos kepada Kerajaan Negeri jika pihak PBT; Majlis Daerah Tampin dapat bekerjasama dengan pihak syarikat tersebut, saya rasa kawasan tersebut boleh diperindahkan dan kita berikan sesuatu kepada pihak McDonald’s dari segi pengiklanan. Itu mohon kepada YB Nilai untuk response. Terima kasih YB.

Okey, terima kasih. Satu cadangan yang baik. Memang kita mahukan setiap pintu masuk utama ke negeri kita adalah dalam keadaan yang baik dan juga dalam, dapat menarik perhatian. Kalau tidak, ia akan mencerminkan sesuatu yang tidak baik kepada negeri kita. Sepertimana yang dicadangkan, dan semalam pun telah maklumkan kepada saya, iaitu kita boleh berbincang ataupun Majlis Daerah Tampin dapat berbincang dengan McDonald’s, McDonald’s untuk sebagai satu projek CSR. Kerana di beberapa negeri, khususnya di Melaka dan juga di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, saya, semasa kita lihat ada beberapa persimpangan itu dihiasi oleh beberapa pemaju ataupun beberapa syarikat swasta. So kita akan cuba untuk memastikan semua pintu masuk kita dalam keadaan yang baik. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih. Saya jemput Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahhirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada ADUN Paroi. Berkenaan kesesakan lalu lintas di Senawang. Kita sedia maklum bahawa ….

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Seri Menanti.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Seri Menanti. Mintak maaf. Seri Menanti. Mintak maaf Paroi. Okey. Okey, masalah kekerapan paip pecah di jalan utama Kuala Pilah – Seremban dan kawasan Seri Menanti. Terima kasih atas soalan ADUN Seri Menanti. Dato’ Yang Dipertua, buat masa ini kita sedia bahawa mengawal tekanan air pada kadar yang paling optimum ya.

Pihak SAINS juga telah membuat cadangan gantian paip bagi laluan jalan Seremban ke Kuala Pilah yang kerap mengalami kero, kerosakan melalui peruntukan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Buat permulaan projek penggantian paip di kawasan Kampung Gedang ke Terachi sepanjang 3 kilometer dengan anggaran kos 1.69 juta akan dirancang di bawah Pelan Perniagaan ke-6 SAINS yang bermula pada tahun 2024 hingga 2028.

Kekerapan paip pecah ini berlaku disebabkan faktor usia paip yang telah lama melebihi 35 tahun dan dari jenis paip asbestos cement yang terletak di bahu atau bawah jalan dan tidak dapat menahan gegaran aliran trafik yang tinggi. Sepanjang 2023, bagi bulan Januari ada 4 paip pecah, Februari ada 6, Mac ada 4, April ada 1, Mei ada 17, Jun ada 3, Julai ada 9, Ogos ada 5 dan September ada 5. Jadi ini yang berlaku di Seri Menanti. Dan kita akan cuba perbaiki daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan, tak ada? Saya jemput, Paroi.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Paroi ya, nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey, terima kasih Yang Berhormat ADUN Paroi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum bahawa kawasan di Paroi sekarang merupakan kawasan yang padat penduduknya dan bilangan taman juga agak besar. Kerajaan Negeri khususnya melalui Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) berpenda, berpandangan bahawa kesesakan lo, di lokasi tersebut tidak begitu kritikal dan tidak melibatkan isu keselamatan ataupun menjadi punca kemalangan jika dibandingkan dengan beberapa lokasi sesak lain di dalam Daerah Seremban.

Namun demikian, pemantauan lalu lintas secara berkala sering dilakukan bagi mengelakkan kesesakan luar biasa yang, dari berlaku. Bagi isu yang sama, JKR Negeri, Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan Kajian Trafik ke Bahagian Kejuruteraan Trafik, Cawangan Jalan, JKR Malaysia di bahagian persimpangan yang melibatkan Jalan Persekutuan FT001 untuk mendapatkan cadangan serta kaedah penyelesaian terbaik isu kesesakan di kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan sedang melaksanakan projek jalan alternatif bagi menghubungkan penduduk TTJ ke Bandar Senawang, Bandar Baru Senawang melalui projek membina jalan baru dari Kem Senawang ke Taman Bandar

Senawang, Daerah Seremban. Pada masa ini sedang dalam fasa pelaksanaan pengambilan balik tanah. Projek ini dijangka akan ditender pada bulan September 2024 sebaik sahaja pengambilan tanah selesai sepenuhnya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Serba sikit untuk, saya nak tahu tentang perancangan, tindakan jangka pendek. Sekarang ini kalau kita tengok di Taman Tuanku Jaafar, ada pembangunan di peringkat industri yang besar di sana. Dan pada 6 bulan lepas, kesesakan ni tidak seteruk sekarang ya. Apabila kita masuk ke Taman Tuanku Jaafar, dan soalan ni pun sama gak soalan daripada Dato’ Mat ni sebenarnya. Kita tengok kesesakan bertambah-tambah. Bermula pukul 6:15 pagi sehingga dah sampai kepada 8:30 pagi atau 8:45. Itu di Taman Tuanku Jaafar. Saya rasa tindakan jangka pendek, kawalan Trafik dan juga timer lampu isyarat tu, saya rasa itu sikit cadanganlah untuk, untuk dilihat.

Yang keduanya ialah berkenaan di Taman Pinggiran Senawang. Sama jugak. Dia bermula, dulu pukul 6:30 masih boleh, boleh lagi keluar, sekarang ni 6:15 terpaksa berkejar-kejar dan dia habis 7:30. Saya rasa jalan masuknya satu, aksesnya tak ada, aksesnya sama jugak. Dia pun perlukan akses yang, yang, yang banyak jugaklah di Taman Pinggiran Senawang Perdana. Itu dua, dua kawasan yang perlu, saya mohon diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Wallahualam.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey terima kasih atas soalan tambahan dan cadangan. Bagi TTJ tadi saya telah maklumkan bahawa kita sedang membuat pengambilan tanah untuk menyambung TTJ terus kepada Bandar Baru Senawang. Jadi dia akan mengurangkan trafik di kawasan sedia ada khususnya kepada pekerja-pekerja kilang ya. Yang keduanya tadi dijawab untuk, soalan untuk Taman Pinggiran Senawang, kita sedia maklum kesesakan disebabkan jambatan tu yang agak terhad. Dan kita sedang mengkaji sebab kajian, akan dibuat kajian mengenai jalan baru yang akan melibatkan kawasan-kawasan tersebut. Jadi, itu antara yang akan kita lakukan. Dan kita akan ambil perhatian perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 3.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang, yang berkenaan dengan dasar

Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu rumah ibadat dan persatuan bukan Islam dalam Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam di bawah Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan bagi menyalurkan dana/bantuan mengikut permohonan yang diterima dan dipertimbang dengan sebaiknya oleh Pejabat Exco Hal Ehwal Bukan Islam. Selain itu, penyelenggaraan rumah ibadat dan pelaksanaan aktiviti keagamaan, peruntukan turut disalurkan kepada persatuan bukan Islam untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan. Ini memang selaras dengan manifesto Kerajaan Perpaduan, Aspirasi Perpaduan kita, di mana pentabiran negeri yang inklusif dan menjamin kebebasan agama yang meliputi pelbagai kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan? Tak ada. Okey saya jemput Serting. Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat Serting.

Asslamualaikum dan juga selamat sejahtera. Soalan nombor 1, Tuan Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan ADUN Serting, adalah berhubung dengan kemalangan jalan raya serta lampu jalan. Terima kasih.

Sepanjang bulan Januari hingga Ogos 2023, sebanyak 23 kes kemalangan jalan raya kategori rosak sahaja dilaporkan pada waktu malam di Jalan Baru Seri Jempol menghala ke Serting Hilir Kompleks. Sepanjang jalan tersebut, tiada lampu jalan, tiada bahu jalan dan garisan pembahagi jalan yang kabur. Jalan ini ialah Bandar Baru Seri Jempol ke Bandar Serting Hilir FT1268 yang telah disenaraikan dalam rancangan, perancangan tahun 2024 untuk pemasangan lampu baru.

Pihak JKR juga sedang mengenal pasti beberapa lagi kawasan berisiko tinggi untuk permohonan peruntukan pada tahun 2024. Pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan telah pun melaksanakan inisiatif pencahayaan negeri, bagi jalan-jalan utama di jalan-jalan di Negeri Sembilan dan Jalan Kampung.

Namun begitu, bagi Jalan Persekutuan pula, permohonan pemasangan lampu jalan perlu diangkat terlebih dahulu kepada Kementerian Kerja Raya untuk kelulusan. JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan pemasangan lampu jalan solar baharu dalam, di jalan FT1268, jalan yang dimaksudkan, sebanyak 20 buah batang pada 27

September 2023. JKR Negeri Sembilan juga telah mohon peruntukan sebanyak 250,000.00 pada 27 September 2023 yang lalu untuk pemasangan 20 lampu jalan tersebut dan kelulusan permohonan tersebut adalah tahun 2024. Pada tahun ini tiada lagi bilangan lampu jalan yang diluluskan. Walau bagaimanapun, JKR Negeri Sembilan akan mohon peruntukan pemasangan lampu jalan setiap tahun secara berterusan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 1 berkaitan dengan pembangunan ekonomi belia.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih YB ADUN Kota. Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan beberapa program galakan usahawan yang berbentuk bantuan pembiayaan sejak 2019 lagi ya, melalui inisiatif yang kita panggil TUNS, TUNS Plus dan TUNS Extra di bawah seliaan PKNNS ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan yang bertujuan agar lebih ramai penjaja dan peniaga kecil berjaya dikembangkan melalui bantuan pembiayaan ini.

Kumpulan sasar yang diberikan tumpuan adalah terdiri daripada Usahawan Belia, Usahawan Wanita, Usahawan Tani, Usahawan Luar Bandar dan Usahawan kurang, Orang Kurang Upaya. Inisiatif-inisiatif yang disediakan adalah seperti berikut:

• Yang pertama adalah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan ataupun TUNS yang diberikan dalam bentuk geran ya, geran berjumlah 3,000.00 ringgit bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan sedia ada yang disasarkan kepada penjaja dan peniaga kecil dalam jualan tahunan mereka kurang daripada 100,000.00 ringgit. Itu yang pertama, TUNS.

• Yang kedua, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus ataupun TUNS Plus ya. Bantuan ini pula dalam bentuk pinjaman, pinjaman mudah tanpa faedah ya, yang tadi adalah geran 3,000.00 ringgit yang pertama. Yang kedua adalah pinjaman mudah tanpa faedah berjumlah di antara 5,000.00, 10,000.00 ataupun 15,000.00 dalam tempoh maksimum 5 tahun bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan yang disasarkan kepada perusahaan mikro yang mana nilai jualan tahunan mereka kurang daripada 300,000.00 ringgit ya.

• Kemudian yang ketiga, Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Extra ataupun TUNS Extra. Bantuan ini pulak merupakan

bentuk geran padanan (matching grant) pada nisbah 50:50, maksima 30,000.00 ringgit ya. Kalau nilainya 40,000.00, kita akan beri 20,000.00. Kalau 60,000.00 – 30,000.00. Maksimumnya 30,000.00 ya. Bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan melalui pelaksanaan projek yang mempunyai ciri-ciri kreatif, inovatif dan nilai tambah di dalam perniagaan sedia ada yang disasarkan kepada usahawan Negeri Sembilan.

Selain daripada itu, bantuan pembiayaan, Kerajaan Negeri turut menyediakan platform pameran dan jualan untuk usahawan yang mempunyai produk atau perkhidmatan yang berpotensi melalui penganjuran Karnival Negeri Sembilan Fest. Karnival ini merupakan gabungan 3 program tahunan utama iaitu Arena Usahawan anjuran PKNNS; Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan; dan Negeri Sembilan Food Festival anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.

Manakala, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula, tadi adalah PKNNS, KBS pula melalui Jabatan Belia dan Sukan pada tahun 2023 ini akan menganjurkan 2 program iaitu Jelajah Genta Belia dan Program MyPreneur. Ya, 2 program untuk ekonomi ni. Jelajah Genta Belia dilaksanakan di 3 buah daerah iaitu Seremban, Jempol dan Tampin. Program ini mengambil pendekatan street market sebagai konsep utama pelaksanaan. Antara aktiviti pengisian dalam program ini adalah seperti jualan komuniti yang memfokuskan usahawan belia untuk mengenengahkan produk mereka, aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat oleh agensi-agensi kerajaan, NGO dan usahawan-usahawan yang dikenal pasti. Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk menyediakan platform janaan ekonomi secara langsung melibatkan belia dan komuniti setempat.

Manakala bagi program MyPreneur pula adalah sebuah kursus keusahawanan yang dilaksanakan di peringkat negeri. Kursus yang diadakan selama 2 hari ini akan membantu dalam menerapkan pembudayaan dan penggalakan keusahawanan serta menyediakan ekosistem sokongan kepada usahawan belia melalui kerjasama antara kementerian, agensi dan badan penguatkuasaan melalui penggunaan teknologi internet dan komunikasi masa kini. Kursus ini juga turut bertujuan untuk membimbing belia berkaitan pengurusan keusahawanan yang sistematik secara praktikal dan teori melibatkan asas keusahawanan. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Palong. Soalan tambahan. Apakah cadangan untuk mempromosikan inisiatif yang baik ini, iaitu TUNS tersebut agar

manfaatnya dapat disampaikan kepada belia akar umbi, terutamanya belia-belia di kawasan kampung? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Dato’ Yang Dipertua, sekiranya program ini diteruskan lagi pada tahun hadapan, pandangan saya perkara-perkara yang kita boleh buat, kita boleh lakukan kita promosikan inisiatif TUNS ini ialah yang pertama, memperluas maklumat dan bantuan yang diberikan melalui TUNS ke semua Pusat Khidmat ADUN ya, ke semua Pusat Khidmat ADUN. Kerana rakyat di kawasan luar bandar terutamanya akan sentiasa berhubungan dengan Yang Berhormat ADUN di pejabat ADUN masing-masing, pertama.

Yang kedua, menyebarluas maklumat TUNS melalui NGO belia, NGO belia yang mesra kerajaan, NGO belia yang mesra dengan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan untuk mereka, kita laksanakan sesi libat urus untuk berikan maklumat dan pemahaman supaya mereka boleh sampaikan kepada belia-belia dalam kawasan kampung.

Yang ketiga, kita membudayakan semangat keusahawanan melalui penerapan elemen keusahawanan dan perniagaan dalam program dan aktiviti belia supaya golongan ini dapat melihat sektor ini sebagai salah satu bidang pekerjaan pilihan. Dengan cara ini, golongan belia akan dapat melihat faedah dan kepentingan TUNS dalam membantu memulakan atau memajukan lagi perniagaan ke satu tahap yang lebih baik.

Untuk maklumat tambahan Yang Berhormat Kota, berdasarkan kepada statistik permohonan TUNS bagi tahun 2023, sebanyak 61.7% penerima adalah daripada golongan belia berumur dari 18 hingga 40 tahun. Jumlah ini bersamaan dengan kira-kira 600 orang. Sebagai maklumat tambahan juga, TUNS diperkenalkan pada tahun 2019. Golongan belia adalah merupakan kumpulan umur majoriti yang menerima bantuan pembiayaan TUNS melebihi lebih 50% setiap tahun. Dan inisiatif TUNS ini jugak adalah terbuka kepada semua golongan belia tanpa mengira kelayakan akademik. Maknanya sama ada mereka ada kelayakan akademik ataupun tidak, mereka boleh mohon TUNS ini.

Untuk makluman juga, permohonan bagi tahun 2023 telah tutup. Tiada lagi. Yang Berhormat – Yang Berhormat, ahli Exco dan ADUN dipohon untuk sama-sama mempromosikan inisiatif TUNS ini, insyaAllah ia akan dibuka semula seperti maklum pada saya oleh PKNNS, akan dibuka semula pada awal tahun hadapan ya. Jadi, sama-samalah kita war-warkan program TUNS ini kepada semua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan seterusnya, daripada Yang Berhormat ADUN Labu. Saya nak maklumkan, bahawa soalan ni melibatkan Yang Berhormat Pertang yang tak bersama kita pada pagi inilah. Jadi saya akan forward ini, soalan ini ketika Yang Berhormat ada, esok ada ya. Jadi saya jemput, Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Chuah. Soalan mengenai pembinaan jalan, jambatan Sepang ke Chuah. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, projek, jajaran projek telah dipersetujui oleh pihak Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah serta jajaran projek ini juga telah dibentangkan dalam mesyuarat SPC ya. Dan, dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri, Negeri Sembilan Bil.6/2023 yang telah bersidang pada 19 September 2023 oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan. Untuk tujuan pemakluman kepada Kerajaan Negeri. Jawatankuasa telah meneliti dan seterusnya membuat keputusan untuk mengambil maklum mengenai cadangan jajaran projek tersebut dengan kos siling sebanyak 160 juta dan diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (Rolling Plan Ke-3) di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah ya. Jadi kita telah bersetuju pada dasarnya dan sekarang kita sedang menunggu keputusan untuk mereka ya, untuk pembinaan tersebut. Iaitu skop projek tersebut ialah membina jalan baru sepanjang 4.4 kilomter dengan piawaian R2 membina sebuah jambatan konkrit 1,300 meter, membina sistem perparitan dengan pembentung baru, kerja-kerja geoteknik, pengam, pengalihan utiliti, pengambilan balik tanah, kerja-kerja ukur dan siasatan tanah, kerja-kerja perlindungan alam sekitar dan lampu jalan. Okey terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. So nak dapat apa ni, info-info yang telah disampaikan. Tapi yang dibawa ni, ataupun di kalangan masyarakat, cuma yang lebih prihatin adalah agak-agaknya bila boleh jalankan sebab projek ni dah lama di, di, apa ni, mungkin dibincangkanlah. So dah lebih 2 tahun dengar khabar-khabar kata nak, nak buat nak, nak apa ni, pembinaan nak jalankan. So sehingga hari ini nampaknya masih lagi atas kerja sahaja. So adakah maklumat, bilakah agak-agak dapat dijalankan?

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan tambahan ya. Memang kita bukannya mudah nak, nak apa, nak siapkan sebuah jambatan. Kalau jambatan itu tidak disambungkan dengan jalan-jalan sedia ada. Dan kita sedia maklum bahawa tanah tersebut juga merupakan tanah milik orang. Jadi ada pengambilan tanah. Dan kerja

juga melibatkan negeri lain, bukan Negeri Sembilan sahaja. Jadi, dia akan melibatkan Kerajaan Negeri Selangor yang juga ada isu pengambilan tanah, apa, laluan ataupun jajaran tersebut ya. Jadi ini melibatkan 2 negeri, dia tak mudah. Kalau satu negeri tu lebih mudah ya. Jadi apabila melibatkan 2 negeri, Selangor kena buat kerja, Negeri Sembilan pun kena buat kerja. Dan dia melibatkan jajaran dan apabila dipersetujui dan bagaimana jajaran tersebut. Jadi ini juga melibatkan kos yang mana kita apabila kita dah selesai kita punya nampaknya dah tak ada masalah, tetepi kita sedia maklum bahawa ada kerja pengambilan tanah yang perlu diambil ya. Jadi mereka kena maklumlah. Kelulusan telah ada, bukannya apabila kelulusan terus buat ya. Tak ada kelulusan terus buat. Dan kita sedia maklum perkara tersebut ya. Dan kita harap penduduk di Chuah dapat tunggu sekejap. InsyaAllah tahun hadapan saya rasa banyak kerja-kerja yang boleh berjalan ya, apabila selesai pengambilan tanah dan juga persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor tentang jajaran di sebelah Selangor. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput YB Lenggeng.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, ada satu je soalan.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, mengenai, terima kasih juga ADUN Lenggeng; naik taraf perparitan, pembersihan sistem aliran sungai di kawasan berisiko banjir iaitu di Pantai dan Lenggeng. Dato’ Yang Dipertua, satu permohonan bagi pelaksanaan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 telah dimohon bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lenggeng kepada Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC), namun pihak kementerian belum memberikan keutamaan terhadap pelaksanaan projek tersebut bagi permohonan tahun semasa.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengairan Saliran sentiasa melaksanakan rutin kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan pembaikan tebing di jajaran Sungai Lenggeng. Setakat ini 12 kerja-kerja sebutharga telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan mencecah 3.07 juta.

Beberapa jajaran sungai seperti Sungai Batang Penar, Sungai Batang Jerlang dan Sungai Emi telah termasuk dalam perancangan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai tanpa melibatkan kos ataupun peruntukan Kerajaan Negeri keadaan ia melalui program Kaedah Timbal Balik. Kini, perolehan projek tersebut dalam proses pelantikan kontraktor. Bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Lenggeng, peruntukan bagi pelaksanaan yang dipohon melalui Rolling

Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-12 adalah berjumlah 92.8 juta. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Menteri Besar. Soalan tambahan saya, di Pantai ada kawasan yang selalu banjir di, jadi, saya nak tanya kepada MB, di depan Veterinar tu ada satu restoran, saya rasa milik MBS. Dulu penuhlah pelancong datang situ, dia masuk dalam Veterinar, dia, burung unta ada, kuda dan sebagainya. Tapi selepas 2 kali dilanda apa, banjir melanda kawasan restoran d’Pantai itu, so dia orang semua tutup dan pindah. So soalan saya adakah, adakah apa-apa perancangan daripada Kerajaan Negeri untuk baik pulih ataupun counter-lah banjir supaya masuk balik apa, peniaga boleh masuk balik ke kedai MBS berkenaan. Sekian terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Tadi saya telah maklumkan bahawa kita ada program Timbal Balik ya, program Kaedah Timbal Balik yang mana kontraktor masuk, dia akan korek, akan buat tebing, mereka akan pastikan bahawa mereka ikut spec kerana mereka kena siapkan drawing sebelum mereka menjalankan kerja-kerja mengambil alih, mengambil pasir di kawasan tersebut, bersama dengan Yayasan Negeri Sembilan. Dan apa yang kita buat adalah di Sungai Batang Penar dan Sungai Batang Jerlang. Dan ini 2 sungai kalau kita dapat buat dengan segera, dia akan dapat membantu kawasan tersebut supaya tidak berlaku banjir kilat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Gemencheh nombor 1 mengenai Kampung Orang Asli Kampung Sungai Lerek. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan tanah seluas 8.02 hektar bagi bertujuan kampung Orang Asli, Kampung Asli Sungai Lerek. Tanah yang berkeluasan 40 hektar (100 ekar) yang bersebelahan perkampungan tersebut adalah merupakan rizab Hutan Simpan Tebong.

Tanah yang diberimilik kepada masyarakat Orang Asli Sungai Lerek adalah kategori bangunan dengan syarat nyata kediaman dan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar Cukai Tanah. Permohonan rayuan pengecualian denda dan tunggakan Cukai Tanah sebanyak 26,564.00 ringgit ini telah dikemukakan kepada Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan pada 19 September 2023 dan

sedang dalam tindakan untuk mendapatkan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Jadi, itu yang berlaku. Dan kita tidak ganggu di tanah 100 ekar yang dimaksudkan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan, tak ada?

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Yang Dipertua. Soalan tambahan dia lagi satu di Kampung Orang Asli Ulu Pondoi, terdapat tanah dekat digunapakai tu lebih kurang 100 ekar, telah, kita sudah, dah lihat plan dan ada, dekat, ada tanah lot di atas tanah rizab Orang Asli tu. Tapi tu belum diwartakan. Lebih kurang 20 ekar termasuk, kita dapat maklum termasuk 20 ekar lebih saya ingat dah termasuk dalam kawasan rizab tu dan kena dengan kawasan kolam ikan Tok Jenang nilah, Kampung Orang Asli Ulu Pondoi tu. Ada saya lihat ada lot-lot yang dah termasuk dalam kawasan rizab Orang Asli tu. Tapi kawasan tu belum diwartakan, mohon diwartakan, Yang Dipertua.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Gemencheh. Saya mintak supaya Gemencheh boleh detail-kan dan tulis kepada pejabat saya untuk saya ambil tindakan segera perkara tersebut.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput YB Klawang.

Terima kasih yang, Dato’ Yang Dipertua. Saya memilih soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan …..

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan 1? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, ADUN Klawang, soalan nombor 1 bertajuk Pembelajaran Hadis 40. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Ogos lepas, telah melancarkan modul pembelajaran Hadis 40 karangan Imam An-Nawawi bertujuan untuk memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah, selain memupuk semangat kasih sayang dan menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar dan guru-guru beragama Islam.

Program rintis modul itu akan dilaksanakan di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara bermula pada tahun 2024. Semua pihak perlu faham bahawa modul ini hanya diajar kepada para pelajar beragama Islam sahaja dan bukan kepada pelajar bukan Islam. Konsep yang sama telah diterapkan saban tahun sejak tahun 90-an di mana Subjek

Pendidikan Moral diperkenalkan agar para pelajar selain daripada beragama Islam boleh diterapkan dengan nilai-nilai murni.

Kedua-dua mata pelajaran ini iaitu Pendidikan Islam serta Pendidikan Moral yang memberi tumpuan kepada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang bertujuan untuk melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangasaan iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani danm emosi serta jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.”

Penetapan silibus bagi mana-mana mata pelajaran akan dikaji terlebih dahulu oleh pihak Kementerian dan sudah pastinya tidak akan berlaku unsur-unsur perpecahan perpaduan dan perkauman. Dengan kata lain, isu ini sebenarnya hanyalah isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan kerana modul tersebut yang merupakan antara asas utama kepada masyarakat Islam tidak diajar kepada para pelajar bukan Islam. Perkara ini amat mudah dan jelas.

Atas kesempatan ini, saya menyeru kepada rakan-rakan ahli Yang Berhormat sekalian termasuk rakan-rakan daripada kaum Cina dan India untuk memperjelaskan isu ini dan platform kalian kepada masyarakat sekeliling agar tidak dipecah belahkan dengan sentimen perkauman dan agama.

Kita berdiri dan berikrar melaungkan Rukun Negara yang pertama iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan” dan dalam masa yang sama kita tidak menghalang sebarang agama untuk diamalkan di negara kita selagi mana ianya selari dengan prinsip dan nilai murni negara. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita lebih terbuka di dalam anutan agama. Adakah rancangan pihak kerajaan untuk mengadakan forum-forum seperti comparative religious di masa hadapan?

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kita sedia maklum bahawa kita tidak ada halangan ya, untuk program-program tersebut dijalankan dan harus mengikut tatasusila yang betul tentang negara kita dan tidak melanggar Rukun Negara kita. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chembong.

Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1 daripada saya iaitu tentang apakah perancangan Kerajaan Negeri Sembilan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pelancongan khususnya di Daerah Rembau, Dato’ Dipertua.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Chembong atas soalan berkenaan dengan pelancongan di Daerah Rembau. Bagi merancakkan lagi ekonomi sektor pelancongan di Daerah Rembau, beberapa cadangan dan usaha sedang dilaksanakan. Antaranya dengan menjalankan promosi produk eko pelancongan secara berterusan di Daerah Rembau seperti Denai Alam Sungai Timun, Taman Eko Rimba Gunung Datuk, Kawasan Rekreasi Lubok Talan dan beberapa lagi kawasan tarikan pelancongan.

Selain daripada itu, Daerah Rembau juga sedang dalam usaha mempromosikan destinasi makanan tradisi seperti gulai kuning ataupun masak lemak cili api. Yang selaras dengan cadangan oleh Yang Berhormat ADUN Chembong untuk mengadakan, agar destinasi makanan tradisi masakan lemak salai tersebut dapat dijadikan street food atau zon destinasi masakan tradisi di sepanjang Jalan Pedas – Linggi (kawasan Kampung Kundur).

Antara lokasi berpotensi untuk dibangunkan ialah Pengkalan Nelayan Sungai Timun dengan mewujudkan pakej pelancongan aktiviti memancing udang sepit biru, yang saya rasa agak menarik, di samping menaiki bot melihat kelip-kelip. Di samping itu, penganjuran Acara Cabaran Sopit Biru Sungai Timun 2023 telah berjaya dijalankan pada 27 haribulan Ogos 2023 yang dapat menarik penduduk setempat untuk datang kerana memang tak ada banyak program di, di situ. Dan saya rasa program kita boleh masukkan ke dalam acara tahunan atau calendar event, dengan izin. Acara ini dicadangkan untuk dijadikan salah satu program ikon khas Daerah Rembau dan diadakan acara tahunan.

Selain itu, Rembau juga merupakan antara daerah yang mempunyai kepelbagaian hasil tani yang mampu menarik kedatangan pelancong. Antaranya adalah tanaman nanas di tanah berkeluasan 3.64 hektar yang diusahakan oleh Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan di Pedas. Ini seterusnya mampu menjadi tarikan dan menjana ekonomi penduduk Daerah Rembau. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, tadi Yang Berhormat Kepayang ada sebut tentang kawasan memancing Sungai Timun,

Gunung Datuk, Lubok Talan, itu semuanya Dato’ Yang Dipertua, adalah kawasan-kawasan pelancongan semulajadi. Namun apa yang saya nak tekankan Dato’ Dipertua, di Dewan Undangan Chembong, Dewan Undangan Negeri di kawasan Chembong, ada satu kawasan jajaran daripada Pedas melalui Kundur ke Pilin, Dato’ Dipertua, sangat-sangat berpotensi untuk dinaikkan sebagai, dijadikan kawasan pelancongan berasaskan kawasan, berasaskan makanan Melayu tradisional Dato’ Speaker. Jadi apakah Kerajaan Negeri boleh bersedia untuk memberikan bantuan-bantuan kepada pengusaha-pengusaha makanan ni Dato’ Dipertua. Contohnya dari segi khidmat nasihat, peluang-peluang pembiayaan, Dato’ Yang Dipertua, selain daripada mungkin kalau boleh dalam bentuk bagaimana kawalan mutu boleh dijalankan, Dato’ Dipertua. Dan soalan saya Dato’ Dipertua, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mengambil usaha menghubungkan pengusaha-pengusaha makanan tradisional ni, Dato’ Yang Dipertua, dengan agen-agen pelancongan. Bukannya pelancong-pelancong datang sendiri saja Dato’ Dipertua. Kaitkan, hubungkan pengusaha ini dengan agen-agen pelancongan Dato’ Yang Dipertua.

Dan keduanya, Dato’ Dipertua, adakah Kerajaan Negeri bersedia ataupun boleh untuk kiranya membekalkan ataupun mengadakan latihan berkenaan pelancongan makanan ni kepada pengusaha-pengusaha yang sedia ada, Dato’ Dipertua. Terima kasih banyak Dato’ Dipertua, harap Kerajaan Negeri memberikan penekanan tentang perkara ini.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan, Yang Berhormat Chembong. Sepertimana yang saya jawab tadi, memang itu menjadi tumpuan Kerajaan Negeri iaitu jalan Pedas – Linggi, kawasan Kundur, makanan tradisi, di mana kita akan ada satu program, saya akan cadangkan satu program training of trainers di mana semua pengusaha tempatan, kita beri latihan untuk menda, mendalami pakej-pakej pelancongan. Seper, satu contoh, kalau singgah dekat kedai masak lemak salai, dia akan ada maklumat-maklumat tentang produk pelancongan yang lain. So itu memang menjadi satu daripada usaha atau inisiatif yang bakal akan kita usahakan.

Dan dari segi mengaitkan agen, agensi pelancongan itu juga di atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, beliau sudah menetapkan supaya setiap daerah mengeluarkan pakej-pakej pelancongan. Di mana pakej pelancongan ini kita akan buat matching, dengan izin, dengan agensi-agensi pelancongan supaya pakej ini dapat kita promosikan kepada pelancong. Ada 3 jenis pelancong. Yang pertamanya adalah pelancong local. Local bermakna pelancong dari Negeri Sembilan. Kedua adalah pelancong domestik iaitu dari

negeri lain di Malaysia. Yang ketiganya adalah pelancong antarabangsa di mana kita akan war-warkan pakej-pakej pelancongan ini di luar negara. Dan memang sekarang setiap daerah sedang mengusahakan pakej-pakej pelancongan ini yang melibatkan juga bukan sahaja produk asas tani, di mana kita kalau musim durian, kita akan bawa mereka pergi ke dusun durian. Kalau ada produk nanas, dusun nanas, kita akan bawa mereka pergi ke ladang tersebut. Dan juga kita akan memberi khidmat nasihat supaya ladang tersebut buat produk. Misal kata kalau kita pergi ke Hawaii di ladang nanas tersebut dia bukan sahaja ada jual nanas, dia ada jual aiskrim nanas, candy nanas, kek nanas, macam-macam. So itu adalah satu, satu inisiatif supaya kita dapat membina produk-produk pelancongan yang lebih mantap dan supaya kita dapat tarik lebih ramai pelancong. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey Chembong, puas hati? Dia sebenarnya yang viral …..

Saya mana tak pernah tak puas …..

Yang Dipertua Dewan

…. yang, yang viral …..

Dato’ Speaker, saya tak pernah tak puas hati dengan Dato’ Speaker. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kedai yang banyak viral ni di DUN Kota dengan Linggi. Lomak salai tu semua kan. Kita nak dekat Chembong-lah. Saya jemput Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tuan Dato’ Speaker. Saya mengemukakan, patut saya ingat mahu kemukakan soalan nombor 3, tapi saya tengok Exco Pertanian tiada di dalam Dewan, sebab itu saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih soalan Seremban Jaya mengenai duty free ataupun bebas cukai di Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, Zon Bebas meliputi Zon Perdagangan Bebas yang membenarkan aktiviti perdagangan termasuklah berniaga (kecuali perniagaan runcit), pecah pukal, menggred, pembungkusan semula dan melabel semula manakala Zon Perindustrian Bebas pula adalah khusus bagi aktiviti pengilangan.

Selain daripada Zon Perdagangan Bebas dan Zon Perindustrian Bebas, Kerajaan Persekutuan telah memberi status pulau bebas cukai kepada Labuan, Langkawi dan Tioman bagi merangsang lagi pembangunan di ketiga-tiga pulau tersebut dengan status pulau bebas cukai. Barang-

barang yang dibawa masuk dari Kawasan Utama Kastam ke Labuan, Langkawi dan Tioman selain daripada barangan yang diisyaratkan oleh Menteri Kewangan adalah dibebaskan daripada duti import, cukai jualan, duti eksais dan cukai perkhidmatan.

Dalam pembangunan sesuatu kawasan Zon Bebas, adalah penting agar perkara berikut dikenal pasti terlebih dahulu:

• Pertama: Kesesuaian kawasan meliputi lokasi, topografi, persekitaran dan milikan kawasan cadangan Zon Bebas;

• Kedua: Pihak Berkuasa Zon iaitu mana-mana badan berkanun atau syarikat atau jabatan bagi Kerajaan Malaysia atau bagi mana-mana negeri dalam Malaysia yang dilantik di bawah peruntukan subseksyen 3(2) Akta Zon Bebas 1990 untuk mentadbir, menyenggara dan mengendali mana-mana Zon Bebas;

• Ketiga: operator iaitu entiti yang telah diberikan kelulusan untuk menjalankan aktiviti dalam suatu Zon Bebas;

• Keempat: Pemain utama (anchor tenant);

• Kelima: Kos pembangunan infrastruktur berkaitan; dan • Yang keenam: Penentuan langkah-langkah keselamatan (dari segi membenteras pelarian cukai);

Selain daripada itu, terdapat Kedai Bebas Cukai di Malaysia dilesenkan di bawah Seksyen 65D Akta Kastam 1967. KBC lazimnya beroperasi di lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan, pusat bandar di sempadan-sempadan. KBC diwujudkan bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia, terutamanya kepada pelancong asing. Pelancong-pelancong asing dan juga pelancong-pelancong tempatan yang layak dan boleh membeli barang bebas dari duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan di mana KBC.

Pada dasarnya, terdapat beberapa jenis Kedai Bebas Cukai yang beroperasi di Malaysia seperti:

• KBC di lapangan terbang yang biasanya terletak di bahagian pinggiran di bangunan terminal lapangan terbang. Ia bertujuan untuk membekalkan barang kepada krew dan penumpang pesawat.

• KBC di pelabuhan seperti di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Terminal Feri Pasir Gudang, Terminal Feri Tanjung Belungkor di Johor Bahru.

• Yang ketiga: KBC sempadan yang terletak di tempat pemeriksaan sempadan tertentu di Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam, untuk membekalkan barang-barang bebas cukai kepada pelancong-pelancong.

• Keempat: KBC ataupun Kedai Bebas Cukai dalam negeri seperti di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor yang terletak dalam Kawasan Utama Kastam.

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat akan kemajuan ekonomi di negeri ini dan perkara sebegini ada dalam penelitian perancangan pembangunan negeri khususnya potensi Port Dickson yang merupakan lokasi pelancongan utama Negeri Sembilan untuk menerima limpahan pelancong terutamanya pada hujung minggu. Untuk itu, pentadbiran Kerajaan Negeri akan meneliti kemungkinan kesesuaian membangunkan kawasan seumpamanya di Port Dickson dengan mengambil kira kriteria seperti faktor-faktor ekonomi yang berkaitan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, DUN Seremban Jaya puas hati jawapan oleh ADUN Sikamat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Mungkin kita tak akan mulakan trend itu ya. Okey saya jemput Lukut. YB Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya, Lukut kemukakan soalan nombor yang pertama, nombor 1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Kepada, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lukut atas soalan berkenaan dengan eko pelancongan Kerajaan Negeri.

Buah naga isinya merah, Hidang banyak untuk dijamu, Lukut adalah tempat bersejarah, Pelancongannya hebat penuh berilmu.

Jawapannya adalah Kerajaan Negeri telah mewujudkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025 yang menetapkan Pembangunan Pelancongan Negeri Sembilan pada nisbah 60:30:10 iaitu pelancongan pantai (60%), eko pelancongan (30%), pelancongan adat dan warisan (10%). Pembangunan eko pelancongan Negeri Sembilan ini juga telah dimasukkan di dalam Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2016-2025 oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC).

Dalam perkara ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyenaraikan 4 fokus utama dalam konteks eko pelancongan iaitu PD Forest @ Sungai Menyala; nombor 2: Taman Negeri Kenaboi; nombor 3: Taman Eko Rimba; dan keempat: aktiviti pendakian.

Selain itu, Jabatan Perhutanan bekerjasama dengan pelbagai jabatan serta agensi sedang berusaha ke arah meningkatkan penarafan kawasan eko pelancongan di bawah seliaan Jabatan Perhutanan. Selain itu, ianya dijadikan sebagai destinasi eko pelancongan utama di Negeri Sembilan melalui pengiktirafan MyParks Award 2023, dengan izin, dan Malaysian Tourism Quality Assurance.

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak 1.6 juta bagi tujuan naik taraf dan penyelenggaraan Taman Eko Rimba adalah seperti berikut:

• Nombor 1: Kerja-kerja Menaiktaraf Infrastruktur Kemudahan Produk Pelancongan di PD Forest @ Sg. Menyala, Port Dickson sebanyak 200,000.00;

• Kerja Penyelengaraan dan Pembersihan Infrastruktur Kemudahan Produk Pelancongan Taman Eko Rimba sebanyak 500,000.00;

• Ketiga: Kerja-Kerja Pembinaan Infrastruktur Kemudahan Produk Pelancongan Taman Eko Rimba Jeram Toi, Jelebu sebanyak 903,000.00.

Terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Okey, soalan tambahan. Terima kasih Bukit Kepayang memberi jawapan mantap. Sebagaimana yang kita tahu eko pelancongan merupakan satu pelancongan yang berasaskan alam semulajadi yang mempunya, mempunyai potensi yang besar di Negeri Sembilan dengan Negeri Sembilan yang kaya dengan sumber biodiversiti. Dan banyak pelabur swasta yang berminat untuk melabur dalam bidang apa, eko pelancongan dekat Negeri Sembilan. Seperti jawapan yang Bukit Kepayang bagi tadi adalah kebanyakan adalah agensi kerajaan ataupun jabatan yang usahakan. So apa perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu pelabur swasta ini yang, yang

berminat untuk melabur dalam, dalam sektor eko pelancongan ini? Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan. Memang kita ingin mempergiatkan lagi sektor eko pelancongan dan kita sedia maklum bahawa Jabatan Perhutanan mempunyai kekanganlah dari segi kerana kakitangan ataupun dari segi pengutipan yuran kemasukan dalam lokasi-lokasi. Cuma sekarang, kita kena kenal pasti apakah tatacara supaya kita dapat wujudkan produk-produk pelancongan seperti di China ataupun di Taiwan yang dikendalikan dan di, diuruskan oleh pihak swasta. Tapi ini masih dalam peringkat yang pra matang kerana kita belum buat apa-apa kajian.

Saya memang ber, berminat jikalau kita dapatlah outsource produk-produk ini. Saya bagi contoh seperti di Penang, di mana Penang Hill sudah menjadi top-15, top-14 destinasi di dunia dan kerana ia sudah diswastakan. Tapi saya rasa sepertimana yang saya cadang, kata tadi, dia masih dalam peringkat pra matang kerana kita belum buat kajian tertentu. Dan saya harap ini adalah hala tuju supaya kita, kerana kerajaan bukan dalam business of doing business. Kalau kita dapat swastakan, maka mereka dapat menjalankan dan menguruskan produk eko pelancongan dengan lebih baiklah. Itu saja. Sekian, terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Sikit lagi Dato’ Yang Dipertua. Apa yang saya nak dimaksudkan, maksudkan dekat sini, swasta ni sudah mempunyai sumber wang, kewangan. Dia dah ready nak masuk ke Negeri Sembilan. Dia nak melabur. Cuma kekangan yang mereka hadapi ataupun masalah yang mereka hadapi, mungkin dari segi tanah, permohonan tanah. Permohonan lesen dekat PBT. Adakah kita sedia untuk membantu mereka? adakah permohnan tanah untuk kegunaan sementara, mungkin dalam permohonan KMTT, kita bantu dari segi tu saja. Sebab mereka dah ready untuk masuk untuk bantu kita untuk mempromosikan sektor pelancong, eko pelancongan. Cuma adakah kita, agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan yang berkenaan dah ready untuk bantu mereka untuk sama-sama kita merancakkan sektor ini? Itu saja. Sekian.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas soalan tambahan yang kedua. Memang sepertimana yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bahawa SOP sedang kita tunggu daripada pihak pusat, Kerajaan Pusat se, kalau kita tak ada SOP tersebut, memang menjadi satu masalahlah, jikalau kita nak bantu tanpa garis panduan daripada Kerajaan Pusat. So saya harap kita dapatlah, dapat garis panduan tu dalam masa yang terdekat supaya kita dapat membantu merancakkan sektor pelancongan ni. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Lobak mengemukakan soalan nombor 2.

Dato’, Dato’ Yang Dipertua, sehingga 31 Ogos 2023 terdapat 4 skim PPR di Negeri Sembilan di mana 2 daripadanya adalah terletak di daerah Seremban dan 2 daripadanya adalah di Daerah Port Dickson. Soalannya berkaitan dengan laporan terkini di mana di Seremban adalah PPR Senawang, jumlah rumah yang dibina adalah 420 rumah, unit dan telah diserahkan 420, diduduki 415 dan kosong adalah, yang belum diduduki adalah 5. Untuk PPR Rantau: yang dibina adalah 100, diserah 100, diduduki – 85 dan kosong adalah, masih belum diduduki adalah 15. Unit kosong akan dibuat pengisian oleh KPKT selepas senarai dikemukakan oleh SUK Negeri Sembilan.

Berkaitan dengan Daerah Port Dickson, PPR Ladang Siliau adalah 150 unit dibina, yang telah diserah juga adalah 150, yang diduduki adalah 145 dan 5 unit telah pun rosak. Di PPR Tanah Merah, yang dibina dan diserah adalah 100, belum diduduki, kosong adalah 100 kerana selepas buat pengundian, telah menerima surat bantahan daripada penduduk berkaitan dengan 49 nama. So masih dalam proses meneliti bantahan tersebut. Dari segi kaum, PPR Senawang: kaum Melayu 396, Cina adalah 5, India adalah 13. PPR Rantau: 72 orang Melayu, 1 – Cina, 12 – India. PRT Ladang Siliau: 40 Melayu, kosong Cina, Cina – 0 dan India adalah 105. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Nilai. Soalan tambahan macam ni, kerana dengan masyarakat yang kami bangun hingga Malaysia Merdeka 66 tahun, so nampak ni golongan bujang yang semakin ramai. Masa dia muda, ibu pak dia ada lagi, boleh dia tanggung. Tapi sekarang masuk tahun merdeka yang 66, kami nampak permintaan yang bujang-bujang ni sekarang masuk warga emas, sampai mereka tempat duduk pun tak ada. Rumah pun tak ada. Adik beradik dia mereka menumpukan keluarga masing-masing. So jadi permintaan yang bujang-bujang ini khasnya yang warga emas tu, tak ada tempat nak duduk. So kami nak tanya, kerana syarat-syarat PPR tu, dia kena ikut, kena ikut syarat ada berkeluarga dengan anak sekali. So saya nak tanya adalah kerajaan sedia bantu yang golongan bujang-bujang ini dapat satu rumah atau tengok dengan cara apa tu, membantu yang golongan bujang yang semakin ramai ni dapat rumah tinggal. Terima kasih.

Setakat ini, syarat yang dikenakan adalah diberi keutamaan kepada keluarga-keluarga yang sudah pun berumah,

berumahtangga, ataupun telah berkahwin kerana setiap rumah ini sudah tentu ada 3 bilik dan kalau kita bagi untuk seorang bujang saja tinggal dalam 1 bilik, ini kita tidak dapat memaksimumkan penggunaan rumah tersebut. Itu saja, terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, cadangan. Kerana memang permintaan tu untuk golongan bujang ni, khas di DUN Lobak sebenarnya semakin serius, dengan izinnya, kerana mereka ni, makluman yang saya dapat tu, mereka sekarang kongsi tinggal di rumah swasta tu, dia cara dia, 3 orang atau 4 orang berkumpul satu tempat rumah papan ke atau rumah perumahan kawasan tu, tapi nampak cara ni nampak lagi mahal, mereka satu rumah ni 700.00. So dia kena tinggal 7 orang, seorang bayar 100.00. Jikalau makluman dari JKM tu, bantuan, bantuan tu JKM bujang, ramai sekali. Lagi pun, bila dia masuk warga emas tu, mereka tak dapat jadi, hidup pun income pun tak ada, dengan izinnya, so masalah tinggal dia akan jadi masalah komuniti dan masyarakat. Terima kasih.

Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Lobak. Kita akan melihat kesesuaian tersebut setelah merujuk kepada KPKT kerana semua rumah PPR ini adalah di bawah KPKT. Dan kita ambil pandangan tersebut supaya orang yang tidak berkahwin, yang bujang pun dapat tinggal bersama.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya sebenarnya nak kemukakan soalan nombor 1 berkenaan tentang lot perumahan generasi kedua felda di kawasan felda. Saya mohon sebab apa ini satu tajuk yang ditunggu-tunggu warga felda khususnya anak-anak peneroka.

Yang Dipertua Dewan

Soalan. Soalan nombor berapa?

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Saya mohon soalan ni dibawak pada besok pagi. Untuk dijawab oleh Exco berkenaan pada besok pagi.

Yang Dipertua Dewan

Macam mana? Kita ada soalan nombor 2. Pasal Yang Berhormat Pertang tak ada.

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Bawak kepada besok.

Yang Dipertua Dewan

Soalan yang ke, 2?

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Saya mintak semula soalan ni dibawak kepada besok, okey.

Yang Dipertua Dewan

Ya ya ya. Hari ini?

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Untuk hari ini kalau dibenarkan kepada apa, soalan tu dibawak kepada hari besok, dan kalau dibenarkan ….

Yang Dipertua Dewan

Ya ya ya.

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

….. saya bawak kemukakan soalan nombor 2 untuk hari ini.

Terima kasih YB Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada Lui berkaitan dengan bantuan komputer riba. Sebenarnya dari segi latar belakangnya, pembekalan peranti komputer melalui Program Cerdik telah dilancarkan pada April 2021 yang lalu yang bertujuan memberi bantuan bersasar kepada murid yang terpillih dalam kalangan kelompok B40 untuk menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Sewaktu tu COVID-lah kita mulakan bantuan komputer ni.

Jadi pada tahun 2021, program ini melibatkan peranti komputer disalurkan terus kepada 150,000 orang murid di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2023, peranti komputer disalurkan ke sekolah terpilih sahaja yang mempunyai statistik pelajar B40 yang tertinggi untuk kegunaan pelajar sewaktu sesi PdP dalam kelas. Dato’ Dipertua, pemilihan sekolah adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia serta Yayasan Hasanah, pembekallah.

Di Negeri Sembilan pula, sebanyak 5,095 unit peranti telah diagihkan kepada murid-murid di 58 sekolah pada tahun 2021 yang lalu. Pembekalan peranti bermula pada 12 April 2021 dan berakhir pada 20 September 2021. Untuk makluman, di Negeri Sembilan 11 syarikat penyumbang peranti di Negeri Sembilan antaranya ialah Yayasan Sime Darby, TNB, RHB, MBSB dan jugak beberapa syarikat swasta yang lain.

Kalau dizinkan untuk saya baca sikit, pecahan sekolah-sekolah ya, mengikut daerah ya, yang telah menerima bantuan ini:

• 8 buah sekolah di PPD Seremban menerima 1,450 unit peranti;

• 21 buah sekolah di PPD Jempol & Jelebu telah menerima 1,454 unit peranti;

• 10 buah sekolah di PPD Port Dickson menerima 993 unit;

• 9 buah sekolah di PPD Kuala Pilah menerima 499 unit;

• 4 buah sekolah di PPD Tampin menerima 384 unit; dan

• 6 buah sekolah di PPD Rembau menerima 315 unit peranti.

Manakala pada tahun 2023, sebanyak 20 buah sekolah rendah di Negeri Sembilan yang terpilih yang mempunyai statistik pelajar B40 yang tertinggi masing-masing telah menerima 10 unit komputer riba untuk kegunaan pelajar di dalam kelas. Sumbangan 200 unit peranti ini adalah daripada Syarikat SNS Network menerusi peranan Yayasan Didik Negara yang telah dilaksanakan pada 13 Julai 2023.

Ini juga saya bacakan sedikitlah senarai yang menerima ni: pertama: Sekolah Kebangsaan Dato’ Shah Bandar Abu Bakar, Labu Hilir; Sekolah Kebangsaan Batang Benar; Sekolah Kebangsaan Raja Melana; Sekolah Kebangsaan Dato’ Ahmad Manaf; SJK(T) Ladang Regent; SK Air Kuning Selatan; SJK(T) Ladang Repah; SK Tuanku Abdul Rahman; SK Senaling; SK Rembang Panas; SK Ampang Tinggi; SK Palong 4; SK Undang Jelebu; SK Durian Tipus; SK Sungai Lui, sekolah kebangsan YB, Sungai Lui pun dapat. Sekolah Kebangsaan Datuk Undang Abdullah; SJK(C) Chun Yin, Jelebu; SK Lukut; SK Kampung Gelam; dan juga SK Panglima Adnan. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Yang Berhormat Juasseh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Juasseh. Soalan berkenaan dengan sukan wanita dan jugak berkenaan perancangan dengan Kerajaan Negeri menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri yang cemerlang dalam sukan.

Dato’ Yang Dipertua, perancangan bagi program pembangunan sukan bukan hanya menumpukan penglibatan gender tertentu sahaja, ianya melibatkan penyertaan menyeluruh dari atlet lelaki dan wanita, kaum serta agama. Di Negeri Sembilan tiada program khusus untuk pembangunan sukan wanita. Walau bagaimanapun, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara Malaysia telah melaksanakan program khas sukan wanita bersama Persatuan Sukan Kebangsaan. Antara sukan yang terlibat dalam projek khas pembangunan sukan wanita ini adalah bola jaring, hoki, bola sepak dan ragbi. Persatuan Sukan Negeri yang proaktif sudah semestinya akan menyambut baik pelaksanaan program ini kerana pelbagai kemudahan diberikan antaranya bayaran elaun jurulatih, bayaran peralatan asas latihan, bantuan penyertaan ke kejohanan dan kursus serta kem latihan kepada atlet dan jurulatih. Latihan atlet lebih teratur menggunakan modul yang dibekalkan oleh jurulatih kebangsaan dan program ini akan dipantau serta diselia oleh jurulatih yang berkemahiran, mempunyai pengetahuan yang khusus dalam sukan berkenaan.

Secara keseluruhannya, penyertaan atlet wanita dalam temasya besar khasnya contohnya Sukan Malaysia tidak pernah berkurangan. Untuk rekod Yang Berhormat Juasseh, pada SUKMA 2018, seramai 120 atlet wanita menyertai temasya tersebut. Peningkatan telah berlaku pada tahun 2022 di mana seramai 145 orang telah menyertai SUKMA edisi ke-20 di Kuala Lumpur. Jadi maknanya ada peningkatan dari segi penglibatan wanita dalam sukan.

Dari segi pencapaian Pasukan Bola Keranjang Wanita pula ya, contohnya pada Temasya Sukan Malaysia 2022, Pasukan Bola Keranjang Wanita merupakan antara yang terbaik apabila berjaya menyumbangkan 1 emas dan 1 gangsa ya. Bagi sukan petanque, menembak, wushu, pencak silat dan, dan juga lain-lain, juga sukan termasuk gimrama, pingat emas, perak dan gangsa telah disumbangkan oleh sebahagian besar atlet wanita yang berasal dari Negeri Sembilan. Pemecah rekod kebangsaan juga adalah di kalangan atlet menembak wanita anak kelahiran Negeri Sembilan bagi acara 3 Posisi Berpasukan di Temasya Sukan Malaysia 2022 yang lalu dan yang lebih membanggakan atlet wanita dari sukan Pencak Silat juga telah memenangi Anugerah Khas dari Kerajaan Negeri Sembilan bagi pencapaian hat-trick emas untuk 3 kali berturut-turut bermula dari Temasya Sukan Malaysia 2016, 2018 dan 2022.

Harapan Kerajaan Negeri di masa akan datang supaya pemimpin-pemimpin sukan akan lebih proaktif dalam memastikan program-program pembangunan sukan dirancang dengan baik melalui persatuan-persatuan sukan yang aktif. Itu berkenaan dengan penglibatan wanita.

Keduanya, pelaburan Kerajaan Negeri kepada industri sukan memberikan impak yang besar dalam keseluruhan anggaran belanjawan kerajaan setiap tahun. Pengukuran prestasi kejayaan pasukan akan dinilai ke atas setiap pencapaian tertinggi yang dicapai khasnya melibatkan penyertaan kontinjen negeri di temasya besar khasnya Temasya Sukan Malaysia.

Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri telah membuat perancangan bagi program pembangunan sukan khasnya melibatkan sukan-sukan wajib yang akan dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia. Program ini perlu digerakkan bersama Persatuan Sukan Negeri dalam usaha memastikan bekalan tenaga jurulatih dan kepakaran teknikal berkaitan sukan berkenaan diperolehi dari Persatuan Sukan Negeri. Persatuan juga perlu mempunyai perancangan program pembangunan yang komprehensif dan struktur tadbir urus yang stabil bagi meyakinkan Kerajaan Negeri untuk menyalurkan dana.

Selain program usahasama bersama Persatuan Sukan Negeri, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri telah menyambut baik program-program latihan yang dirancang oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dalam usaha Pembangunan sukan terpilih. Perlaksanaan Program Pelapis dan Bakat di Negeri Sembilan melibatkan 13 jenis sukan yang secara konsisten di pertandingkan di Temasya Sukan Malaysia. Melalui program ini, pihak Majlis Sukan Negara Malaysia menyalurkan geran bantuan elaun jurulatih, bantuan penyertaan ke kejohanan, bantuan sewaan venue latihan dan kemudahan peralatan asas latihan. Bagi memastikan kesinambungan program ini dapat dilaksanakan dengan baik, Kerajaan Negeri juga memberikan peruntukan tambahan mengikut keperluan sukan berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, bagi sukan-sukan yang tidak tersenarai dalam program usahasama bersama Majlis Sukan Negara ini, Majlis Sukan Negeri ya, akan menubuhkan pusat-pusat latihan secara berfasa dalam usaha memastikan semua 28 jenis sukan wajib yang akan dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia akan mempunyai Pusat Latihan di negeri bersama sturuktur pembangunan sukan yang mampan.

Sukan-sukan yang berada dalam kategori sukan pilihan seperti silambam, e-Sports, muay thai, softball dan kriket, Majlis Sukan Negeri akan memberikan geran bantuan kepada persatuan sukan berkenaan mengikut permohonan yang dibuat. Biasanya jika permohonan untuk menyertai sesuatu kejohanan akan sentiasa mendapat perhatian dan bantuan dari Majlis Sukan Negeri dengan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dato’ Yang Dipertua, penumpuan Kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan cemerlang dalam bidang sukan adalah kepada sukan-sukan yang telah menyumbang pingat secara konsisten di Temasya Sukan Malaysia. Antara sukan yang konsisten menyumbang pingat adalah sukan wushu, menembak, olahraga dan ragbi. Sukan-sukan ini telah mendapat peruntukan yang berbeza dari sukan-sukan lain

khasnya melibatkan peralatan latihan, program latihan dan bayaran jurulatih.

Antara usaha lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kecemerlangan sukan diteruskan, Majlis Sukan Negeri telah mengadakan perkongsian pintar bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Akademi Kejurulatihan, Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan universiti tempatan dalam program-program kursus dan bengkel pemantapan tadbir urus Persatuan Sukan Negeri. Kerjasama dan penyertaan dari Persatuan Sukan Negeri adalah amat digalakkan dalam usaha memberikan pengetahuan dalam tadbir urus persatuan.

Dan akhirnya, secara keseluruhannya, dalam usaha memastikan kecemerlangan sukan di negeri untuk terus cemerlang, untuk terus cemerlang faktor utama yang harus diberikan perhatian adalah tadbir urus persatuan yang cekap dari segi pengurusan, kejurulatihan, kepegawaian dalam pembangunan Persatuan Sukan Negeri. Ini secara tidak langsung akan meyakinkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Sembilan untuk menyalurkan lebih banyak dana kepada Persatuan Sukan Negeri untuk lebih berjaya dan cemerlang di dalam bidang sukan masing-masing. Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan perhatian kepada Persatuan Sukan Negeri yang sentiasa cemerlang dan menyumbang pingat khasnya melibatkan Temasya Sukan Malaysia. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Tak ada soalan tambahan Dato’, cukup jelas. Terima kasih YB.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Juasseh. Saya persilakan Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’, boleh kasi masa tambahan untuk saya? Nombor 2-lah Dato’, soalan.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 2.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Temiang yang bertanyakan soalan berkaitan kilang kitar semula. Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan rekod yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, jumlah kilang kitar semula sisa plastik yang berlesen di Negeri Sembilan adalah seperti berikut: di Daerah Seremban terdapat 2 kilang kitar semula sisa plastik yang berlesen, di Port Dickson terdapat 1 kilang kitar semula sisa plastik yang berlesen dan Jempol ada 1 kilang. Dan jumlah kilang kitar semula sisa plastik yang tidak berlesen adalah

seperti berikut: di Daerah Port Dickson terdapat 1, di Jempol ada 1, dan di Rembau ada 1.

Dari tahun 2019 hingga kini, sebanyak 2 kes kilang kitar semula sisa plastik yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan kilang yang sama iaitu Zheng Xing Plastic Sdn. Bhd. Tarikh kesalahan dilakukan adalah 13 Julai 2020. Kesalahan adalah di bawah Peraturan 11(1)(b), Peraturan-Peraturan Kawalan Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2007. Keputusan Mahkamah dalam kes tersebut adalah pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie. Dan kesalahan tarikh kedua adalah 12 Mei 2021. Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Kes ini masih ditetapkan untuk perbicaraan pada 31 Januari 2024. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih jawapan YB Exco dan soalan tambahan saya adalah dulu pernah satu ketika waktu dulu, pihak JAS banyak menjalankan operasi terhadap kilang-kilang yang menjalankan memproses plastik-plastik haram di negeri ini, yang dibawa masuk dari negara asinglah. Tapi sejak kebelakangan ini saya nampak usaha ini berkurangan dan saya tak apa yang telah berlaku. Saya tak pasti pihak JAS sedar ke atau tidak sedar bahawa terdapat ramai ini, sisa-sisa plastik haram yang telah dibawa masuk ke dalam negeri untuk diproses. Saya harap perkara ini perlu dipantau. Dan saya pun terperanjat tadi ada satu kes telah didakwa tapi tak berjaya. Jadi sesuatu yang amat mengejutkan sayalah mengapa terdapat bukti tapi tidak boleh didakwa.

Terima kasih kepada ADUN Temiang bertanyakan soalan berkaitan dengan pemeriksaan kilang-kilang haram sekiranya ada di Negeri Sembilan. Saya nak maklumkan bahawa ada satu kilang kitar semula sisa plastik yang tidak berlesen di Daerah Rembau telah diambil tindakan. Kilang ini telah dikompaun, walau bagaimanapun syarikat ini telah mendapat kelulusan bersyarat daripada Jawatankuasa Perancangan Negeri berdasarkan rayuan dari pihak mereka. Namun, sehingga kini mereka masih belum mengemukakan sebarang permohonan baru untuk pertimbangan pihak Majlis Daerah Rembau. Dan saya juga ingin menekankan di sini, Jabatan Alam Sekitar sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan dan sekiranya ada kilang-kilang sisa plastik yang dijalankan secara haram, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha kilang tersebut. Dan buat masa ini, sekiranya ahli-ahli Yang Berhormat ada aduan berkenaan kilang-kilang yang beroperasi, sila maklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Apakah dasar Kerajaan Negeri untuk memajukan kawasan tanah adat dan tanah terbiar. Enakmen Pemegangan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan 2022 (Enakmen No. 20/2022) telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 29 Disember 2022 dan memansuhkan Customary Tenure Enactment (Lingkungan Adat) Enactment 1960 (Enactment 12). Enakmen ini diwujudkan bagi membolehkan Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan dibangunkan dengan mengekalkan status tanah adat tersebut.

Enakmen ini mengemaskini peruntukan-peruntukan lama dengan mewujudkan peruntukan-peruntukan baru antaranya permohonan untuk mengubah syarat, sekatan dan kategori, Pihak Berkuasa Negeri untuk menetapkan atau mengubah syarat, sekatan dan kategori, pecah bahagi, penyatuan lot-lot tanah, kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan penyerahan balik dan pemberimilik semula serta pengambilan tanah bagi Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan. Peruntukan-peruntukan baru ini diwujudkan agar urusan hal ehwal Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan selari dengan perkembangan pembangunan tanah masa kini.

Walau bagaimanapun, Enakmen No. 20/2022 ini hanya terpakai kepada Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan di Daerah Kuala Pilah dan Jempol sahaja. Namun bagi tanah adat lain yang memakai Customary Tenure Enactment (Chapter 215), undang-undang tersebut masih tidak memperuntukkan hal berkenaan dengan pembangunan tanah.

Bagi memajukan kawasan tanah terbiar termasuk tanah adat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan Pakej dan skop Pembangunan merangkumi pembangunan infrastruktur pertanian seperti pembinaan jalan ladang, sistem pengairan dan perparitan. Selain itu, bekalan input pertanian seperti baja dan kelengkapan kecil pertanian seperti pam air dan jentera kecil turut dijadikan skop pembangunan. Pakej ini ditetapkan dengan kadar 15,000.00/hektar dengan maksimum keluasan 5 hektar dengan kaedah reimbursement iaitu bayaran balik kepada penerima insentif yang telah mendahulukan wangnya untuk menjelaskan bayaran atas bekalan dan perolehan skop pembangunan tanah terbiar.

Sepanjang pelaksanaan Inisiatif ini yang bermula pada tahun 2021 sehingga 2023, seramai 256 pengusaha sama pemilik tanah terbiar itu sendiri ataupun penyewa tanah telah menerima manfaat dengan keluasan pembangunan fizikal seluas 653 hektar berbanding sasaran awal keluasan iaitu 200 hektar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Dipertua, sedikit soalan tambahan ya. Berkaitan dengan tanah terbiar ya, yang bersifat pemilikan individu ya, apa yang saya lihat, contohnya di kawasan saya, pemilikan yang secara skala kecil, 2 ekar, 1 ekar, tapi kalau kita jumlahkan dah menjadi satu jumlah yang banyak ya. Inilah apa yang saya lihat timbul masalah untuk kita majukan kerana katalah yang 2 ekar tu bersetuju tapi 1 ekar tu tak bersetuju tapi kedudukan lokasinya mungkin di tengah-tengah di antara dan 2 dan 2, dia, dia apa ni, tanah-tanah tersepit dipanggil kan. Jadi, saya mencadangkn kepada Kerajaan Negeri ataupun pejabat Pentadbir Tanah Daerah Ya, supaya diwujudkan satu peraturan yang lebih tegas berkaitan dengan tanah terbiar ini. Kerana kalau di kawasan sayalah, tanah terbiar ini kebanyakan di jalan utama. Itu yang orang kata, memburukkan pandangan bila orang luar datang tengok kawasan di Negeri Sembilan ni penuh dengan tanah terbiar ya. Jadi saya mencadangkan diwujudkan satu peraturan yang lebih tegas kepada pemilik tanah ini supaya dapat kita usahakan ataupun ada jalan untuk kita majukan tanah-tanah yang bermilikan individu ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, atas pandangan daripada Yang Berhormat Johol. Dan kita sedia maklum inilah peranan yang harus dimainkan oleh pemimpin masyarakat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri ataupun ADUN dan juga ketua-ketua adat untuk memastikan bahawa mereka boleh bekerjasama bagi melaksanakan perkara ini. Untuk cadangan tersebut, saya akan lihat kesesuaian dan kebo, bagaimana untuk kita melaksanakan kalau ada berlaku perkara pertindihan seperti itu, supaya ia dapat kita bangunkan kawasan-kawasan khususnya yang berhampiran jalan-jalan utana. Dan ini kalau boleh akan mengurangkan lagi bilangan tanah-tanah terbiar di Negeri Sembilan ini. Jadi untuk tahun 2021 hingga 2023, kita dah bantu 256 pengusaha melibatkan 653 hektar, dan ini merupakan satu perkembangan yang terbaik. Terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan (Hari Ketiga) telah tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

[Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja]

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja. Dipersilakan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian. Saya jemput YB Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih YB Dato’ Yang Dipertua Dewan, kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi menjunjung kasih titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah merasmikan persidangan kali ini.

Jadi saya ucapkan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua, M K Ibrahim dilantik sebagai Speaker, Dato’ Yang Dipertua, dalam Dewan yang mulia ini pada penggal ini jugak. Demikian juga saya ucapkan tahniah dan syabas kepada DUN, ADUN Sikamat dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, dan tahniah dan syabas kepada barisan pimpinan Exco. Demikian juga tahniah dan syabas kepada semua ADUN-ADUN yang dipilih pada 12 haribulan Ogos yang lepas. Dan kita haruslah menerima keputusan daripada rakyat jelata dan haruslah kita selaku ADUN menjala, menjalankan amanah kita untuk membantu, untuk membantu rakyat jelata.

Di sini saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan yang terlibat untuk apa ni, menjayakan Pilihan Raya Umum yang, yang, 8, 12 haribulan Ogos ini. Kepada, saya terima kasih kepada jabatan SPR, barisan anggota PDRM dan semua pegawai-pegawai jabatan yang terbabit untuk memberi bantuan kepada apa ini, pilihan raya yang lepas ini.

Dato’ Yang, Dato’ Yang Dipertua, salam, salam sejahtera dan selamat, salam perpaduan kepada semua dan sebagai semua orang tahu sekarang kita sudah jadi Kerajaan Perpaduan. Jadi saya harap gelombang perpaduan ini dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat pada masa yang akan datang. Jadi, kita harus menerima keputusan pilihan raya ini dan jadi apa ni, Kerajaan Perpaduan dan saya di dalam, pernah di dalam Dewan ini, dekat 3 penggal. Saya pun tak sangka, saya pun tak sangka tempat duduk di sebelah kiri kanan sekarang adalah kawan daripada Barisan Nasional. Jadi, jadi saya rasa saya harap semua kita harus bekerjasama dan memberi kepentingan kepada rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, Dipertua, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar ada menyuntuh, menyentuhkan supaya pihak Kerajaan Negeri melaksanakan lebih banyak atau pelbagai insentif bagi memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang dan rakyat memperoleh bekalan makanan keperluan yang mencukupi. Jadi kita, saya pun setuju dengan, dengan kenyataa, kenyataan ni dan saya rasa sekarang ekonomi makin hari makin merosot, boleh dikatakan apa yang kita selalu terima aduan daripada aduan awam bahawa menyatakan sekarang harga barang naik, gaji tak naik. Jadi mereka akan ada serba sedikit kesusahan dalam kehidupan harian mereka. Jadi untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, sekarang apa barangan, betul, apa barangan pun sudah mahal. Kita satu sarapan pagi, sarapan pagi, pagi mi, satu mi kicap, satu kopi-O pun sudah dekat 10.00 ringgit. Keep the change, no change. Jadi ini memang inilah kuasa, kuasa rakyat jelita, mereka yang memberitahu, memberitahu kepada, kepada ADUN-ADUN sekalian.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memberi beberapa pandangan dan cadangan untuk meyakinkan penduduk-penduduk atau rakyat jelata dapat menandingi cabaran ekonomi yang kian meningkat setakat hari ini iaitu kita semua ketahui pada penggal yang lepas Manifesto Pakatan Harapan penggal yang lepas mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penduduk-penduduk di Negeri Sembilan. Seperti insentif TUNS untuk bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah 3,000.00 ringgit seorang, seorang pemohon. Dan TUNS Plus berbentuk pinjaman mudah tanpa faedah sehingga 15,000.00 yang disasarkan kepada usahawan mikro di Negeri Sembilan.

Jadi saya berharap dan bercadang supaya pihak Kerajaan Negeri dapat meneruskan, dapat meneruskan atau melanjutkan insentif-insentif yang bagus, yang baik ini seperti TUNS dan TUNS Plus sekali lagi atau boleh lagi baik bertambah lagi geranlah, bertambah lagi banyak. Mungkin tambah sampai 5,000.00 kepada TUNS dan 20,000.00 kepada TUNS Plus. Jadi, untuk, ini semua untuk rakyat jelata yang ingin meneruskan perniagaan dan mencari rezeki mereka. Cara inilah salah satu pandangan daripada saya.

Dan nombor 2, iaitu Program Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin. Dan program ini pun dapat sambutan yang hebat daripada rakyat jelata sebab setiap bulan atau setiap 2 bulan, setiap DUN pun ada program macam ni dan mendapat sambutan yang ba, yang baik. Dan saya rasa, program dia mula pada pukul 8:30 tapi pukul 8:00 pun sudah ramai orang dah tunggu dah. Sampai sampai tunggu di sana dan apabila mula program pada 8:30, tak sampai setengah jam, pukul 9:00 sudah

habis jual barangan dapur ke, barangan keperluan, keperluan harian telah habis jual.

Jadi di, di pendirian, pendirian ADUN kawasan, saya rasa bukan sangat gembira, bukan sangat gembira, tidak, kerana ini menunjukkan, menunjukkan penduduk-penduduk mereka memerlukan, memerlukan harga barangan yang murah untuk, untuk menampung kehidupan mereka. Jadi, saya harap kalau boleh pada masa yang akan datang, kita, kita bagi tambahan barangan dapur. Maksud, contohnya kalau ayam tak cukup untuk 300 ekor, tapi kita boleh tambah sehingga 500 ekor ayam untuk orang awam. Kalau ayam tak cukup, tambah ayam. Kalau minyak tak cukup, tambah minyak. Kalau beras tak cukup, tambah beras. Itu, itu macam, macam ini punya, macam kaedah macam ni jadi, tambahan stok pembekalan, pembekalan ini mungkin boleh, boleh memberi bantuan kepada orang-orang awam yang per, yang betul-betul memerlukan, memerlukan ini barangan keperluan ini.

Jadi, seterusnya saya rasa dengan pelaburan asing supaya pihak Kerajaan Negeri dengan lebih menarik pelabur asing untuk menubuhkan kilang pelaburan di Negeri Sembilan supaya menyediakan industri hijau dan industri tek, berteknologi tinggi dan pekerja mahir, menambah baik peluang pekerjaan dan tahap gaji keseluruhan mereka, meningkatkan daripada ini, kita dapat meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri juga dan juga meningkatkan kebahagiaan rakyat. Jadi ini salah satu cara yang boleh kita mem, menangani apa ni, kos, kos hidup, kos apa ni, kos kehidupan yang tinggi pada, pada masa setakat ini. Jadi saya harap lebih ramai menarik pelabur asing masuk ke Negeri Sembilan untuk me, melabur ke, di Negeri Sembilan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

….. semalam soalan lisan, Mambau ada tanya soalan satu mengenai Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Jadi ini ialah salah satu manifesto …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, satu minit lagi. Kita sebenarnya hadkan peruntukan 10 minit.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Okey, terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, ini ialah satu manifesto yang di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Dan selepas kita mengumumkan, ada Manifesto Aspirasi Perpaduan

Negeri Sembilan jadi betullah ramai orang tertanya-tanya; bila akan dimulakan. Jadi saya dapat dari, jawapan daripada Menteri Besar semalam bahawa, Menteri Besar menyatakan; akan berunding, berunding dengan UPEN dan mungkin, mungkin akan dilaksanakan pada tahun depan. Jadi, saya harap, saya harap manifesto ini akan disegerakan supaya lebih ramai orang boleh mendapat muafakatlah daripada, daripada manifesto ini.

Jadi, di sini juga saya bercadang pihak, pihak Kerajaan Negeri supaya mewujudkan jaringan kemudahan dan keselamatan untuk rakyat jelata untuk memohon sebarang bantuan, bantuan Kerajaan Negeri dan tidak menghadapi masalah apabila mereka membuat permohonan. Dan kalau boleh abaikan syarat-syarat yang ketat atau syarat-syarat kompleks dalam permohonan mereka. Jadi inilah untuk menyenangkan pemohon-pemohon, rakyat jelata supaya tidak susah payah, tidak sudah payah untuk memohon permohonan bantuan daripada Kerajaan Negeri. Orang putih cakap soft landing-lah, soft landing supaya lembut sikit, jangan terlalu syarat-syarat yang terlalu ketat, jadi untuk mereka. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat. Masa dah tamat.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, ada 2 lagi apa ini, aduan, aduan kawasan, DUN kawasan. Jadi, saya di sini ingin na …..

Yang Dipertua Dewan

Dia tak boleh ikut skrip, dia ikut masa.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ada dua, dua aduanlah daripada kawasan DUN Mambau …..

Yang Dipertua Dewan

Itu simpan kepada aduanlah. Kita ni ucapan usul, usul menyokong usul, ucapan terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Okey, Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada usul, usul junjung kasih.

Yang Dipertua Dewan

Menyokong usul.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Saya menyokong usul.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Siapa nak bercakap. Saya kasi Paroi dulu boleh? Paroi.

Paroi dulu.

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni Juasseh.

'Auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim, bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil’alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-iwal mursalin saidina muhammadin wa’ala alihi washahbihi ajmain. Rabbi yassir wala tuassir, ya karim. Ya aziz ya jabbar ya mutakabbir alhamdulillah. Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan, pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua atas pelantikan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri. Yang keduanya saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada ahli-ahli Yang Berhormat semua atas kemenangan dan dipilih sebagai ADUN di Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam pilihan raya yang lalu.

Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pengundi-pengundi DUN Paroi yang memberi kepercayaan kepada saya dari Perikatan Nasional sebagai ADUN N25 Paroi. Tahniah juga diucapkan ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah kerajaan kerana berjaya membentuk kerajaan yang datang bersamanya amanah bagi melaksanakan tanggungjawab kepada semua 1.2 juta rakyat Negeri Sembilan. Bukan hanya kepada pengundi yang memberi undi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Begitu juga tahniah diucapkan kepada rakan-rakan saya di sebelah blok pembangkang. Cuma peranan kita sahaja kita berbeza tapi masih bermatlamat atau niat yang sama iaitu bekerja sebagai wakil rakyat DUN masing-masing dan bersuara bagi pihak 1.2 juta rakyat Negeri Sembilan, merentas bangsa, agama, fahaman politik, sosio ekonomi, latar belakang di Negeri Sembilan. Meskipun bilangan kami kecil, namun kami mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai agen semak dan imbang kepada pentadbiran negeri yang kita cintai ini.

Dato’ Yang Dipertua, suka saya maklumkan bahawa saya dan rakan-rakan dalam barisan pembangkang nekad akan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab, berwibawa, matang dan sedia menegur kekurangan di pihak kerajaan yang harapnya diterima dengan hati terbuka dan positif oleh ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan. Walaupun tidak ada kuasa secara langsung dalam menentukan hala tuju pentadbiran negeri, tetapi kami mempunyai tanggungjawab langsung kepada rakyat dalam sempadan DUN yang kami menangi. Ia adalah hak rakyat kami perlu dipenuhi. Dan atas keperluan yang sama, kami ADUN pembangkang juga ada hak kepada pentadbiran untuk dilayan sama adil oleh Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, barisan ahli Yang Berhormat pembangkang adalah satu institusi yang perlu dihormati oleh kawan dan juga lawan selaras dengan sistem demokrasi yang kita amalkan. Sebaik sahaja keluar

keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri pada Ogos lalu, selepas angkat sumpah Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan yang saya kenali ya, memberi response spontan seolah-olah membayangkan tidak melayan ADUN pembangkang. Bagi saya kata-kata itu tidak membayangkan kematangan, kata-kata seorang pentabir yang memegang amanah. Oleh itu, saya menggesa Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan pentadbiran Kerajaan Negeri memberi layanan sama termasuk peruntukan yang sama banyak terus kepada ADUN pembangkang yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi. Jika engkar, ia adalah kezaliman kepada diri sendiri dan pengkhianatan kepada amanah yang dipertanggungjawabkan.

Saya ingin membawa contoh kematangan dalam konteks ini. Sukacita saya sebut dalam Dewan ini, bahawa semua Dewan Undangan Negeri di 4 negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional yakni Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ya, Terengganu, Terengganu masih lagi kosong kan? Memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang sebagaimana peruntukan kepada ADUN kerajaan mereka. Ini bermakna setiap undi dan pilihan yang dizahirkan oleh rakyatnya diterima dengan baik walaupun tidak memihak kepada pihak kerajaan. Inilah salah satu ciri keadilan dalam demokrasi dan keadilan Islam.

Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, tidak hilang maruah Yang Amat Berhormat jika membuat perkara yang betul selepas tersalah kata. Tetapi Yang Berhormat akan lebih dihormati kerana membuat pembetulan ketika di tangan ada kuasa. Ini selaras dengan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan beberapa hari yang lalu bahawa mandat yang diberi kepada kita semua adalah amanah yang perlu diterjemahkan dengan penuh tanggungjawab. Kita semua ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini perlu fokus kepada agenda membangunkan negeri, mensejahterakan rakyat. Jangan berbalah, jangan mengamalkan politik dendam dan akhirnya menyimpang daripada kewajipan yang perlu ditunaikan dengan penuh integriti, akauntabiliti, tatakelola yang betul tanpa ada agenda kepentingan mana-mana parti politik ataupun peribadi.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyatakan tentang ekonomi dan prestasi kewangan. Sebagai seorang anak jati Negeri Sembilan, dan juga mempunyai darah keluarga daripada suku Payakumbuh, saya mempunyai kebanggaan yang sangat tinggi dengan budaya dan Adat Perpatih yang menjadi imej kita dan rakyat Negeri Sembilan. Jika kita membuka mata dan melapangkan dada, kita perlu menerima realiti bahawa tidak ramai rakyat Malaysia dan antarabangsa yang memahami, mengenali keunikan Adat Perpatih dan kebudayaan yang hanya ada di satu negeri sahaja di Malaysia iaitu negeri kita. Malah, tidak keterlaluan

jika saya katakan terdapat sebahagian rakyat Malaysia memandang serong Adat Perpatih kita ini pada sebahagian perkara kerana tidak menerima maklumat yang cukup dan jugak tepat.

Lihat saja kepada sistem raja, adat dan budaya kita di Negeri Sembilan. Sistem syura memilih Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, memilih Undang. Ia bukan sahaja amalan kita dalam pentadbiran, berperaturan dan pendekatan kita dalam segenap kehidupan seharian tetapi keunikan ini boleh menjadi tarikan pelancong ya, kepada Bukit Kepayang ya, yang hanya boleh ditawarkan oleh Negeri Sembilan jika diterokai lebih mendalam. Adakah kita sedar ya, terdapat rakyat Malaysia yang mengakui bahawa mereka lebih memahami adat dan budaya Negeri Sembilan hanya selepas berkunjung ke Barat Sumatera khususnya seperti Bukit Tinggi, Padang, Payakumbuh, Padang Panjang, Pariaman, Sawahlunto dan Solok dan sebagai, contohlah. Itu sebagai contoh. Dengan ini saya mencadangkan Kerajaan Negeri membuat kajian mengenal pasti inisiatif di tempat-tempat saya sebutkan tadi sebagai benchmark ya, penanda aras dan jugak panduan bagi kita. Saya amat yakin usaha ini belum diterokai sepenuhnya oleh kita untuk memperkasakan lagi sektor pelancongan ya, kebudayaan, seni, warisan dan seterusnya memperkasakan ekonomi di negeri kita yang kita cintai ini bagi industri kecil dan juga sederhana.

Dato’ Yang Dipertua, sebagaimana turut disentuh dalam titah di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tidak terkecuali daripada menerima tempias cabaran ekonomi pasca pandemik, ditambah lagi ketidak te, ketidaktentuan geopolitik dunia semasa dan perubahan iklim yang menjejaskan akses makanan. Ahli ekonomi mengistilahkan kombinasi cabaran ini sebagai the perfect storm. Realitinya, bagi sebahagian rakyat di bawah hari ini, ada yang masih bertatih mengukuhkan ekonomi diri dan keluarga. Kerajaan Negeri boleh menjadi pemangkin dalam pelbagai peringkat usaha dan pendekatan. Salah satu contohnya, mengurangkan birokrasi ketika permohonan lesen dan permit dan memberi inisiatif tertentu kepada perniagaan tertentu dalam keadaan tertentu. Tindakan penguatkuasa perlu ditimbang dengan budi bicara khususnya kepada peniaga kecil dan juga sederhana untuk rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, untuk pembangunan dan penyampaian perkhidmatan. Saya adalah ADUN Paroi yang sememangnya tinggal di DUN Paroi. Oleh itu, rakyat di Paroi adalah jiran tetangga saya, kawan-kawan saya, saudara mara saya, dan telah menjadi ahli keluarga saya sendiri. Justeru saya sememangnya sangat memahami segala permasalahan di DUN Paroi. Apatah lagi sejak menjadi wakil rakyat, saya didatangi rakyat untuk berkongsi permasalahan, kesulitan, kegusaran dan harapan mereka. Sudah pasti itu menjadi tanggungjawab

saya untuk ambil peduli dan sudah pasti juga saya bertanggungjawab untuk memaklumkan luahan hati rakyat itu kepada Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi, jabatan atau apa saja jentera kerajaan untuk mengambil tindakan proaktif, reaktif dan progresif demi kebaikan rakyat.

Sebagai contoh ingin saya bawakan untuk maklumat ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, ini di Paroi ya, kerja-kerja pem, pembaikan cerun runtuh di jalan berhampiran masjid bandu, Masjid Bandar Baru Senawang, berhadapan Balai Polis Senawang ya. Sudah lama ya, sudah lama dan tidak siap-siap lagi. Dan juga keadaan jalan berombak-ombak, Taman Bandar Senawang ke Klinik Kesihatan Senawang. Keadaan ini menjejaskan kelancaran trafik yang tinggi kerana terletaknya di penempatan yang padat, membahayakan pengguna. Mohon dapat diberi perhatian.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat. Yang Berhormat, masa cukup ya.

Sikit lagi, satu lagi. Okey yang keduanya ialah masalah lembu, anjing yang berulang-ulang ya, di Taman Pinggiran Senawang, Taman Senawang Perdana, Taman Bukit Senawang. Dan akhir sekali, untuk pembinaan ya, benda ini, pembinaan kuil yang dibina secara haram di Taman Bukit Senawang Perdana. Dan kuil ini dia sebenarnya untuk Majlis Perbandaran Nilai pada 26 November 2019 ya, notis mengarahkan pemilikan rumah ini dirobohkan. Sudah 4 tahun perkara ini berlalu. Dan saya difahamkan ya, telah dimasukkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan masih lagi, dan jawapannya saya telah, telah, telah diberi oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 30 Mac 2022 melalui, mengambil keputusan kuil yang berada di atas lot ya, supaya dirobohkan dan rizabkan sebagai tapak gerai di bawah kawalan Majlis Bandaraya Seremban. Jawapannya, Majlis Mesyuarat Kerajaan juga mengambil keputusan operasi perobohan akan diselaraskan oleh Pentadbiran Tanah Seremban, tapi masih, sudah 4 tahun ya. Dan pengusaha kuil pulak bersetuju untuk kuil ini dirobohkan ya, selepas kuil baru dibina. Saya rasa, adakah satu polisi kerajaan benda ini. Dan memandangkan terdapat perjanjian untuk mendapatkan peruntukan bagi perkara tersbut. Ini jawapan yang diberi secara bertulis kepada saya. Oleh yang demikian ya, saya memohon perkara ini diselesaikan secepat yang mungkin, sudah 4 tahun ya, rakyat di sana menginginkan jawapan yang yang tuntas di pihak kerajaan.

Yang akhirnya ialah berkenaan dengan, saya sentuh sikit untuk kebaikan, isu berkaitan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sebelum ini ada surat ya, yang ditujukan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri

Sembilan. Surat terbuka ni ya, dalam Facebook dan saya mohon sekira isu ini adalah benar, kerajaan perlu selesaikan isu ini. Tetapi sekiranya tidak benar, pihak, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga institusi agama Islam Negeri Sembilan ya, Yang Berhormat Pegawai Undang-Undang pun ada di sini.

Dan akhir sekali ya, yang akhir sekali …..

Yang Dipertua Dewan

Dah banyak kali akhir tu Yang Berhormat.

Okey, alhamdulillah. Saya ambil, 'auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim, rabbana zalamna anfusana wa in-lam tagfir lana watarhamna la-nakunanna minal khasirin. Ya tuhan kami, kita doalah sama-sama, kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya ya, kami termasuk daripada orang-orang yang rugi. Zalim tu ertinya meletakkan satu benda pada tempatnya. Dan itulah saja daripada saya.

Negeri Sembilan kaya budaya, Rakyat sopan bukan kasar, Sekian Sahaja ucapan saya, Tanda kasih pada yang di-Pertuan Besar.

Dengan ini saya menyokong dan menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 9 Oktober 2023. Wabillahitaufik assalamualaikum WBT.

Dato’ Dipertua, Klawang minta mencelah. Terima kasih di atas apa yang diucapkan oleh Paroi.

Yang Dipertua Dewan

Klawang, boleh saya …..

Sikit saja, satu minit saja, Yang Dipertua, mintak. YB Paroi nampaknya macam, macamlah Perikatan Nasional bersih sangat di dalam gelanggang politik. Sedangkan sebelum pilihan raya fitnah ditebar atau ditabur, rasuah diguna seperti apa yang telah terbukti. Janganlah, nasihat saya kepada semua, bukan kepada Paroi sahaja, kuman di seberang laut nampak ya, tetapi gajah di depan mato buek boto yo. Mintak maaf Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tuan Speaker.

Yang Dipertua Dewan

….. Juasseh.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tuan Speaker, apa yang dimaksudkan oleh fitnah oleh Klawang, ADUN Klawang. Sebab ini ucapan …..

Yang Dipertua Dewan

Saya tak nak buat perbahasan ini kepada polimik politik. Nanti masa yang lain, kita boleh bincang. Tapi ini pasal usul.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Jangan mudah sangat melemparkan …..

Yang Dipertua Dewan

Nanti dibalas balik oleh …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tak urusan Speaker-lah …..

Yang Dipertua Dewan

….. benda ni takkan …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

….. untuk menenangkan keadaan Dewan sebab kita memutuskan ucapan titah tadi ya. Mohon bantuan Tuan Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Dipertua, saya bangkit mohon izin daripada Dato’ Yang Dipertua. Tadi ada berkenaan dengan MAINS. Saya tak, tak, tak, tak, tak diterangkan. Jadi, ada pertuduhan ke, ada apa tu, tolong sampaikan kepada Dato’ Yang Dipertua-lah supaya kita dapat ambil tindakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Juasseh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima memberikan kesempatan kepada saya membahaskan titah ucapan Tuanku pada hari ini. Saya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku kerana berangkat merasmikan Persidangan Kedua Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Ke 15. Banyak perkara penting mengenai Negeri Sembilan disentuh dalam titah ucapan Tuanku pada hari tersebut.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana dilantik semula menerajui Kerajaan Negeri Sembilan dan kepada Yang Berhormat Exco Kanan yang telah dilantik dan Dato Yang Dipertua kerana dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri. Tahniah juga kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berjaya dengan kemenangan pilihan raya baru-baru ini.

Dato Yang Dipertua, dalam titah ucapan Tuanku ada menyentuh tentang pelaburan tertinggi direkodkan di Negeri Sembilan iaitu sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2022. Tahniah kepada Kerajaan Negeri, atas usaha pelabur, atas usaha menarik pelaburan ini. Namun demikian saya berharap segala pelaburan yang berjaya dibawa dapat dilaksanakan. Saya berharap semua agensi dan jabatan kerajaan yang terlibat akan menjadi pemudah cara bagi pelabur-pelabur melaksanakan pelaburannya. Dengan pelaburan yang banyak, ia akan mewujudkan dan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan lebih baik khususnya untuk anak-anak negeri.

Saya, Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan titah ucapan Tuanku berkenaan dengan pembangunan jaringan komunikasi untuk kawasan di luar bandar. Rangkaian internet yang menyeluruh sama ada 4G atau 5G, dengan izin, perlu dirangka dan dilaksanakan dengan segera terutamanya di kawasan luar bandar, ladang-ladang, perkampungan Orang Asli, di kampung-kampung baru seperti di kawasan saya iaitu di DUN Juasseh ataupun DUN-DUN yang lain. Kita tahu sudah maklum ramai rakyat menggunakan media sosial untuk kehidupan seharian dan ia menjadi keperluan kepada mereka berbanding masa-masa dahulu. Oleh yang demikian, saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempertimbangkan pembinaan starlink internet, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, terutamanya di DUN Juasseh.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan telah, Kerajaan Perpaduan yang telah melaksanakan pelbagai inistiatif Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin dan juga termasuk Jualan Rahmah. Saya berharap agar inisiatif yang baik ini dapat diperbanyakkan dan diperluaskan lagi kepada masyarakat di luar bandar bagi memberikan kemudahan kepada rakyat membeli barangan lebih murah dan secara terus. Inisiatif Jualan Rahmah ini menunjukkan bagaimana seriusnya kerajaan tentang isu kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. Memang diakui dan kita semua sedar tentang isu kenaikan harga barang pada masa kini, namun ingin saya ingatkan isu ini juga berlaku pada masa-masa yang lalu, harga barang senantiasa naik, ini kerana melibatkan isu krisis antarabangsa, hampir seluruh dunia menghadapi yang sama. Namun, saya percaya subsidi yang diberikan oleh kerajaan ini menujukkan betapa seriusnya kerajaan menangani isu ini dan kerajaan tidak pernah berdiam diri, khususnya Kerajaan Persekutuan, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang lain. Tahniah kepada Kerajaan Madani yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Dato Yang Dipertua, dalam titah ucapan Tuanku juga menyentuh tentang latihan teknikal dan vokasional (TVET). Ucapan terima kasih saya

kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan khususnya kepada Yang Berhormat Datuk Seri Noraini; Pengerusi RISDA yang telah pun melancarkan program TVET ini seperti JELITA pada bulan Ogos 2023 dan sekarang ini program tersebut sedang dilaksanakan dan berlangsung di Pacific Regency Port Dickson. Program ini membuka peluang khususnya kepada wanita dan wanita muda untuk mengambil peluang meningkatkan kemahiran bagi diri mereka. Ini sangat diperlukan untuk mereka menjana ekonomi mereka walaupun bekerja sendiri atau dari rumah, ataupun dari rumah. Syabas dan tahniah.

Dato Yang Dipertua, saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan sukan di Negeri Sembilan, seperti yang dijawab oleh YB Palong sebentar tadi. Saya berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dan YB Palong dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha mempertingkatkan mutu sukan di Negeri Sembilan dan dapat membuat persediaan awal bagi contoh untuk menghadapi SUKMA 2024 yang akan datang. Bukan sahaja kepada sukan-sukan yang telah menyumbang emas ya, YB Palong. Saya harap dapat diseratakan kepada semua sukan dan pengilapan ini harus dibuat segera bagi mencari atlet-atlet baru dan pelapis di dalam negeri. Dan saya berharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi semua persatuan sukan ini. Inilah caranya untuk kita menarik minat anak-anak muda khususnya di Negeri Sembilan ini kerana kerajaan, kepada kerajaan kerana melalui sukanlah dapat diterapkan semangat kenegaraan kepada belia-belia di dalam negara kita ini.

Dato Yang Dipertua, saya turut bersolidariti dan menyong, menyokong usul khas tentang isu Palestin yang telah dibawa, dicadangkan dan disokong dibahas Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan YB Exco kanan pada sidang Dewan semalam. Inilah semangat yang ingin kita lihat pada para pemimpin negara menunjukkan kesatuan hati dan suara di dalam isu Palestin ini demi memartabatkan hak asasi manusia terutamanya bagi saudara-saudara Islam iaitu yang telah lama ditindas. Saya juga menyokong cadangan bahawa misi-misi bantuan kemanusiaan perlu disegerakan melalui NGO-NGO terlibat demi kesejahteraan saudara sesama Islam kita.

Akhir kata, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri supaya memenuhi, memenuhi atau melaksanakan apa-apa yang tercatat dalam manifesto yang kita janji pada pilihan raya baru-baru ini. Kita tidak boleh menganggap manifesto ini bukan kitab suci seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Untuk me, mengelakkan daripada memenuhi janji dalam manifesto ini. Saya yakin dan percaya Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang ditubuhkan ini akan dapat memenuhi semua janji

untuk kesejahteraan rakyat. Dan saya berharap Kerajaan Perpaduan ini akan senantiasa membantu semua rakyat walaupun ada di sesetengah ADUN memikirkan kerajaan ini tidak memberikan apa-apa hak istimewa kepada mereka. Sekian Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Juasseh atas ucapan yang baik dan menepati waktu. Saya jemput Jeram Padang. Jeram Padang.

Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, PRU Negeri Yang Ke-15 telah pun berlaku dan dilaksanakan dalam keadaan suasana yang aman dan harmoni. Tahniah kepada Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah memperoleh mandat untuk terus mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan untuk penggal yang kedua. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi Jeram Padang yang telah memberi mandat kepada saya untuk menja, untuk mewakili suara rakyat Jeram Padang di dalam Dewan ini.

Untuk makluman ahli Dewan semua, DUN Jeram Padang merupakan contoh kepada terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada hari ini di mana Masyarakat Jeram Padang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain. Jeram Padang merupakan kawasan luar bandar di mana rata-rata masyarakat di sini melakukan aktiviti pertanian, perladangan, penternakan. Maka di sini saya mencadangkan bahawa diwujudkan semula kereta api, stesen kereta api di Pekan Rompin. Ini yang telah lama dihentikan. Ini akan menambah peluang pekerjaan dan perniagaan di sekitar Pekan Rompin khususnya di kawasan Jeram Padang. Dengan adanya kiosk ataupun gerai di sekitar stesen hentian kereta api, ia akan menambah peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada penduduk Jeram Padang. Selain itu juga, ia menambah kemudahan pengangkutan untuk rakyat Jeram Padang untuk ke Bahau mahupun ke Gemas, menambah aktiviti pelancongan di kawasan Jeram Padang di mana pengunjung boleh menikmati kemudahan kereta api dengan jarak dekat.

Mengikut apa yang dicadangkan oleh Paroi tadi, betul, ada betulnya. Di Jeram Padang ini juga terdapat Rumah Gadang yang bercirikan Minang Kabau. Jadi, saya cadangkan supaya ia menjadikan pusat pelancongan di mana kediaman itu telah siap dengan nilai 4.5 juta. Pemiliknya sendiri yang membina tanpa pun apa, peruntukan daripada kerajaan. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri Sembilan mempromosikan apun, ataupun

menyahut ataupun menyokong agar tempat ini dijadikan pusat pelancongan. Ini akan menjadikan DUN Jeram Padang sebagai pusat pelancongan Adat Perpatih. Ia akan juga menambah peluang pekerjaan dan perniagaan dan akan mewujudkan industri homestay di kawasan kampung lebih bergiat aktif dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk kampung.

Seterusnya untuk makluman Yang Dipertua, Jeram Padang telah melahirkan ramai pemain bola sepak mewakili negeri mahu negara. Namun Jeram Padang tidak mempunyai padang atau mini stadium. Jadi, saya merayu kepada pihak kerajaan untuk mengangkat cadangan saya agar pembinaan mini stadium ini di Jeram Padang masa akan datang. Ditambah pula di kawasan Jeram Padang, mempunyai 8 sekolah SJKT di mana rata-ratanya sekolah ini tidak mempunyai padang yang sempurna. Maka cadangan saya mempunyai as, mempunyai, mempunyai asas yang kukuh untuk dilaksanakan demi kesejahteraan masyarakat dan anak-anak sekolah. Mengikut apa yang, Duli Yang Maha Mulia titah untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan masyarakat di Jeram Padang.

Yang Dipertua, saya juga mencadangkan bahawa jalan utama Gemas – Rompin perlu dinaik taraf di mana jalan ini perlu dilebarkan untuk keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Ini kerana jalan ini mempunyai jalan utama untuk ke Johor. Banyak lori dan jentera berat menggunakan jalan ini. Untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, di sebelah malam, maka pencahayaan lampu di sepanjang jalan perlu dilaksanakan terutamanya, dimula, bermulanya dari simpang Taman Bahau hingga ke Pasir Besar.

Untuk makluman Yang Dipertua, di sini saya juga ingin memaklumkan bahawa jalan utama Palong di simpang per, di simpang Pasir Besar ke Palong 2 perlu dinaik taraf. Jalan ini terlalu bahaya pengguna jalan raya di mana saya sendiri telah mengalami kemalangan di jalan ini. Jadi pelebaran jalan setiap selekoh perlu dilaksanakan. Papan tanda jalan raya perlu diperbanyakkan dan garisan jalan perlu diselenggara dengan baik. Ini kerana statistik telah menunjukkan bahawa boleh dikatakan setiap minggu berlakunya kemalangan di kawasan ini. Saya juga ingin menambah bahawa perlu juga diadakan pencahayaan di sepanjang jalan ini di mana jalan, jalan ini di sebelah malamnya agak terlalu gelap dan bahaya untuk pengguna jalan raya.

Yang Dipertua, saya juga merayu bahawa sistem perpaipan bekalan air di kawasan Jeram Padang perlu dilaksanakan dan tangki-tangki di kawasan perumahan perlu penambahbaikan dan penaik tarafan. Ini kerana saya selaku ADUN Jeram Padang sering menerima aduan dari

masyarakat Jeram Padang mengenai gangguan bela, bekalan air dan paip pecah.

Akhir sekali Yang Dipertua, saya merayu dan ingin mencadangkan bahawa mewujudkan rumah kos rendah di kawasan Jeram Padang. Ini kerana rakyat Jeram Padang sangat memerlukan kerana rata-rata masyarakat sans tidak mempunyai pemilikan rumah sendiri. Perkara ini lebih merumitkan lagi ada pihak pemilik ladang ingin menutup ladang getah mereka, mereka akan dibayar pampasan oleh majikan. Namun saya risau, apa yang mereka perolehi tidak digunakan sebaiknya. Jadi saya mohon pihak Kerajaan Negeri untuk mengangkat cadangan saya ini supaya diadakan kos apa, rumah kos rendah yang menjunjung titah Tuanku untuk harapan rakyat.

Akhir, dengan ini, saya ingin mengakhiri ucapan saya, bahas saya dengan pantun,

Di dahan ara hinggap kenari, Hinggap sekawan di pohon jati, Terima kasih Ahli Dewan Undangan Negeri, Memberi tumpuan sepenuh hati.

Dengan ini saya menjunjung kasih dan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya menjemput Sri Tanjung.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Di kesempatan ini, saya ingin menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Negeri Sembilan di atas titah ucapan baginda merasmikan Persidangan Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.

Dato’ Yang Dipertua, titah ucapan, titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyambut baik permuafakatan yang tercapai di antara pemimpin parti untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh. Seterusnya, kerajaan ini dapat menumpukan sepenuh daya usaha untuk memperkuatkan tekad bagi membangunkan negeri yang menjana pertumbuhan ekonomi dan secara langsung menjamin kesejahteraan rakyat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sebelum mengorak kata lebih jauh, izinkan saya mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pimpinan Yang Amat

Berhormat Dato' Seri Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan atas membentuk barisan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang baharu. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima katih, terima kasih atas kepercayaan pengundi di DUN Sri Tanjung kerana memilih saya. Dan kerana anda semua saya berada di sini pada hari ini. Sesungguhnya, kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pengundi Sri Tanjung ini amat dihargai dan disanjung tinggi, serta akan digalas dengan sehabis baik dan sepenuh hati.

Dato’ Yang Dipertua, saya bersetuju dan menyokong cadangan YB Chennah untuk membina pelabuhan kecil atau smart port di Port Dickson. Saya juga memohon Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan untuk membuat kajian menyeluruh mengenainya. Sekiranya projek itu berjaya direalisasikan ia akan memberi nilai tambah kepada Kerajaan Negeri, sekaligus dapat menarik minat syarikat pelaburan atau industri untuk membina fasiliti lain termasuk kilang di kawasan Port Dickson dan bakal memberi pulangan ekonomi terbaik selain mewujudkan lebih peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

Saya ingin mencadangkan beberapa cadangan untuk pembangunan Port Dickson. Cadangan nombor 1 iaitu jambatan baru – (4 lorong 2 hala). Cadangan jambatan baru merintangi muara Sungai Lukut Besar adalah bertujuan menghubungkan pusat Bandar Port Dickson dan Pekan Lukut dengan petempatan sekitar kawasan Chuah dan Jimah Power Plant melalui jalan Kuala Lukut. Dengan ini meningkatkan aksesibiliti dan kemudahan sampai antara pusat bandar dengan kawasan sekitar KLIA. Kedua: jaringan rangkaian jalanraya yang baik. Memperbaiki tahap perkhidmatan jalan raya dan kelancaran trafik pada waktu kemuncak. Mengurangkan konflik lalu lintas di jalan raya.

Cadangan kedua merupakan permohonan untuk membina jejantas pejalan kaki berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Port Dickson dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Jumaat. Sebelum ini, banyak kemalangan berlaku di kawasan ini terutamanya yang melibatkan para pelajar kerana kenderaan yang melalui jalan ini kebanyakan memandu dengan laju. Walaupun garis kuning dan papan tanda kawasan sekolah serta lampu isyarat telah disediakan tetapi kebanyakan pemandu memandu terlalu laju tanpa memikirkan pengguna jalan raya yang lain. Jejantas itu juga akan memudahkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak serta dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutamanya di waktu puncak dan mengelakkan kemalangan jalan raya.

Cadangan ketiga: isu rokok elektronik atau vape semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat pada masa kini

khususnya melibatkan pelajar sekolah. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia yang melaporkan jumlah perokok elektronik dalam kalangan pelajar mencecah hingga 43,000 pelajar sekolah menengah dan 341 murid bagi sekolah rendah. Statistik ini memberi bayangan betapa seriusnya isu penggunaan rokok elektronik dalam kawasan, di kalangan generasi remaja yang menjadi sebahagian daripada 1.52 juta penduduk Malaysia yang menggunakan rokok elektronik ini.

Trend penglibatan belia dengan dadah dijangka meningkat tahun ini seperti jangkaan Majlis Penyaahgunaan Bahan Malaysia (MASAC). Salah satunya faktornya adalah penjualan peranti vape tidak berdaftar yang memudahkan belia mengambil dadah jenis perisa mushroom. Selain itu, faktor tekanan hidup serta bekalan dadah yang semakin mudah diperoleh juga mendorong kepada peningkatannya. Saya di sini memohon kepada Kerajaan Negeri untuk mengetatkan lagi proses pormohonan lesen premis perniagaan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada IPD Port Dickson atas penahanan seorang suspek minggu lalu, hasil maklumat dan risikan terhadap kegiatan pemilik kedai vape itu selepas dikesan aktif menjual dadah dalam bentuk cecair vape atau magic mushroom kepada remaja dan belia.

Cadangan keempat: saya mencadangkan Kerajaan Negeri Sembilan untuk bantuan khas makanan dalam pelbagai program untuk pelajar di negeri ini menjelang peperiksaan untuk membantu ramai pelajar terutama dari golongan B40 dan luar bandar Tingkatan 4 dan Tingkatan

5. Bantuan khas makanan yang disediakan sangat membantu pelajar golongan B40 dan luar bandar. Ini mendorong pelajar untuk terus berada di sekolah bagi mengikuti kelas tuisyen pada sebelah petang. Sebelum ini, ramai, tidak ramai pelajar yang dapat hadir kelas tambahan sebelah petang kerana kekangan dari segi kewangan. Kadang kala pelajar sudah makan pukul 10:00 pagi, jika tambah belanja untuk makan tengah hari, ini membebankan mereka. Jadi sukar untuk mereka terus berada di sekolah bagi mengikut kelas tambahan pada petang. Tetapi apabila ada bantuan khas makanan yang disediakan pada tengah hari, pelajar tidak perlu pulang atau keluar untuk makan tengah hari, mereka terus berada di sekolah untuk kelas tambahan.

Akhir sekali, saya di sini berhasrat untuk menambah bilangan prasekolah di sekolah rendah jenis, sekolah rendah kerajaan Negeri Sembilan ini bagi penuhi keperluan anak-anak golongan B40. Penambahan prasekolah ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan awal kepada murid sebelum memasuki Tahun 1. Dan kita berharap adanya peruntukan meneruskan belanjawan kerana kita memerlukan

dana untuk memperluaskan ke seluruh sekolah rendah di Negeri Sembilan. Untuk makluman Yang Berhormat semua, di Negeri Sembilan, di Port Dickson sahaja kami mempunyai 17 SJKT dan hanya 3 SJKT sahaja menawarkan pra sekolah. Kerajaan Negeri Sembilan perlu terlibat secara langsung untuk menyelesaikan isu infrastrukur sekolah seperti menyediakan pantri, tandas untuk pelajar pra-sekolah dalam usaha memastikan sekolah rendah terutama di kawasan luar bandar dapat terus beroperasi. Kita harap pihak kerajaan mengambil langkah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sekian terima kasih. Dengan ini saya sokong usul.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya jemput Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang dipada, Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Sikamat, Exco Kanan, barisan Exco dan juga sahabat-sahabat Yang Berhormat serta ketua-ketua jabatan yang hadir pada pagi ini. Pertamanya saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk merakamkan ucapan atas titah menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz ibni Alharhum Tuanku Munawir. Dan juga saya ucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi Seri Menanti kerana memberikan mandat dan peluang kepada saya untuk berbakti sebagai wakil rakyat di kawasan Seri Menanti.

Alhamdulillah di Seri Menanti ini merupakan satu bandar yang dipanggil Bandar Diraja yang mana di situ terletaknya istana dan juga beberapa kawasan yang menarik. Dan saya mengharapkan kepada Kerajaan Negeri khususnya Exco Pelancongan memberikan penumpuan yang lebih kepada kawasan Seri Menanti terutamanya untuk kita membangkitkan berkenaan dengan hab pelancongan Perpatih yang ada di Negeri Sembilan ini. Kerana kita sedia maklum kalau kita tidak meningkatkan lagi pengetahuan berkenaan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, saya risau ia akan ditelan zaman.

Berkenaan dengan beberapa perkara di Seri Menanti ini terutama daripada segi infrastruktur sepertimana yang telah dibangkitkan tadi berkenaan dengan terutama jalan utama dan juga air di kawasan Seri Menanti. Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana bermula tahun depan akan bermulanya penukaran paip air di kawasan Seri Menanti ini. Dan juga berkenaan dengan jalan terutama jalan daripada Kuala Pilah sehinggalah kawasan Ulu Bendul yang mana kalau hari minggu ataupun hari cuti, ia akan, dia merupakan satu jalan utama. Sama ada daripada Seremban nak balik ke Pantai Timur ataupun daripada kawasan Pantai Timur nak balik ke Seremban ataupun Kuala

Lumpur. Jadi ia melibatkan kenderaan yang banyak dan akan mengakibatkan jalan, kesesakan jalan yang melampaui masa, masa sehingga berlakunya kekecohan di dalam media sosial sehingga 4 ke 6 jam daripada Kuala Pilah nak sampai ke Seremban. Jadi, saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat menilai semula berkenaan dengan pelebaran jalan di kawasan Seri Menanti ini ataupun ada kaedah yang terbaik untuk kita memudahkan pengguna jalan raya di kawasan Kuala Pilah ke Seremban ini.

Berkenaan dengan rangkaian liputan mudah alih. Kita dah sedia maklum bahawa kita menuju ke negara yang sentiasa mendapat maklumat yang begitu mudah. Jadi kalau di kawasan Seri Menanti ini masih lagi ada kawasan-kawasan yang sukar nak mendapat liputan rangkaian mudah alih dan juga internet. Dan apabila, kalau kita baca kembali titah Duli Yang Maha Mulia berkenaan dengan, ada satu Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan. Ramai di kalangan anak-anak muda kita yang menggunakan media sosial sebagai ruang mereka berniaga. Jadi saya mengharapkan agar dipertingkatkan lagi berkenaan dengan jalur lebar ataupun rangkaian mudah alih di kawasan Seri Menanti.

Dan juga berkenaan dengan eko sistem pelancongan. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa sekarang ini ramai di kalangan masyarakat kita yang berminat dengan eko pelancongan ini, terutama berkenaan dengan camp site. Kalau boleh saya mengharapkan di bawah pelancongan, kita menyediakan satu dasar yang baik untuk pelan, eko pelancongan ini terutama berkenaan dengan camp site – camp site yang di, yang dibuat begitu banyak sekarang ini supaya keselamatan lebih terjamin untuk orang yang menyewa ataupun tuan tanah ber, camp site ini. Ini penting kerana kita tak mahu lagi perkara-perkara yang terjadi di dalam negara kita yang mana ada kejadian tanah runtuh, ada kejadian ibu air yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Dan juga saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana semalam telah membuat satu pembentangan usul berkenaan dengan Palestin yang mana Palestin ini begitu dekat dengan hati kita kerana ia bukan berkaitan dengan agama tetapi ia berkaitan dengan keamanan sejagat, kemana, kemanusiaan sesama kita. Kalau kita ada sifat ehsan di dalam diri kita, kemanusiaan ini sangat penting. Hablum minallah, hablum minannas. Adanya hubungan kita dengan Allah SWT dan juga hubungan kita sesama manusia, maka hubungan kita sesama manusia inilah yang mendekatkan diri kita bersama dengan rakyat Palestin yang berada jauh dengan diri kita.

Berkenaan dengan isu perpaduan. Saya mengharapkan agar kita sama-sama, sama ada di pihak kerajaan dan juga pembangkang, kita fikir

kembali agenda perpaduan ini. Jangan kita mainkan lagi isu perkauman, isu agama kerana perpaduan dalam negara kita, kita kena tengok kembali bahawa dalam negara kita ini berbilang kaum dan juga berbilang agama. Kalau kita masih lagi memainkan isu perkauman, isu agama dan juga isu-isu lain, sampai bila kita nak bersatu padu, sampai bila masyarakat kita ini masih lagi dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah terutama kemakmuran dalam negeri dan juga negara kita.

Saya berpendapat, bahawa kita kena perkasakan kembali institusi-institusi keagamaan terutama kalau Islam kita perkasakan kembali institusi masjid dan juga surau. Kalau agama lain, mungkin perkasakan kembali institusi rumah agama ini supaya kita menekankan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita terutama, untuk makluman Yang Amat Berhormat Sikamat, ramai pengerusi-pengerusi masjid memaklumkan kalau boleh Kerajaan Negeri pertimbangkan mereka ini diberikan imbuhan sama ada elaun ataupun perkara-perkara yang boleh mendatangkan, memudahkan kemaslahatan mereka kerana ada di, ada, ada di antara mereka ini kalau berurusan dengan Pejabat Agama, mereka ni ada yang jauh. Mereka kata; tak akan nak ambil duit masjid. Jadi sebaiknya kita fikirkan yang terbaik untuk kita memudahkan kemaslahatan mereka. Termasuk juga dengan pegawai-pegawai masjid yang lain.

Dan juga bagaimana kita fikirkan di bawah institusi agama Islam ini, bagaimana kita nak mencari pelapis-pelapis imam. Kerana kebanyakan imam-imam di masjid-masjid kita ini ramai yang dah terlebih umur. Bukan kita nak kata mereka ini dah tua, tetapi kita kena cari pelapis. Kerana kita menyediakan elaun 1 dan juga Iman 2, tetapi kalau tidak ada pelapis, rugilah kariah di kawasan tersebut. Jadi ada sebaiknya, saya memuji Kerajaan Negeri kerana telah membuat satu inisiatif ke, kepada pelajar-pelajar tahfiz berkenaan dengan pendidikan fast track kita. Kita nak lahirkan anak-anak tahfiz kita yang mana berumur daripada umur 17 tahun sehingga 21 tahun, kita nak berikan mereka ini pendidikan perdana, mereka diberikan, dimasukkan di dalam sekolah-sekolah yang boleh mengambil peperiksaan SPM. Dan tidak salah sekiranya kita beri peluang kepada mereka untuk kita tempatkan mereka di masjid-masjid kariah yang ada dalam negeri kita.

Dan juga saya nak bangkitkan sedikit berkenaan dengan kemaslahatan yang mana berlaku kekecohan sebelum pilihan raya baru-baru ini berkenaan dengan penggali kubur yang kita bagi, saya tak, tak diberikan makluman yang je, maklumat yang jelas sama ada penggali kubur ini diberikan elaun secara one off ataupun secara bulanan. Kerana di kariah-kariah kita, penggali kubur ini bukannya seorang. Ada yang satu kariah

sampai 4 – 5 orang. Jadi yang kita mintak maklumat hanya seorang. Jadi ia menimbulkan satu kesulitan ataupun menimbulkan satu perkara yang tidak menyenangkan di peringkat kariah, akhirnya menyebabkan pergaduhan dan juga pecah belah. Kalau nak bagi, kena ambil maklumat data yang tepat, kita bagi. Kalau 4 penggali kubur, kita bagi 4 penggali kubur. Jangan kita bagi seorang.

Dan juga akhir, saya nak masuk sedikit berkenaan dengan kemakmuran rakyat. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan kerana telah menyediakan satu inisiatif kita membantu rakyat terutama Jualan Ladang Prihatin dan juga Jualan Rahmat yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Kita sedia maklum, kita kena bantu rakyat. Rakyat dalam keadaan yang susah. Jadi nak tak nak, kita kena buat inisiatif ini. Kalau boleh jangan adakan sebulan sekali ataupun 2 bulan sekali di kawasan-kawasan tertentu. Kita kerap lakukan perkara ini untuk kita memudahkan membantu rakyat terutama dalam keadaan isu sekarang ini, dengan kekurangan beras, kekurangan gula dan juga minyak, kalau boleh kita adakan kerap di kawasan DUN-DUN yang ada di dalam negeri kita. InsyaAllah kita dapat memudahkan membantu rakyat dalam jualan-jualan inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.

Dan juga saya mengharapkan agar dipercepatkan pembinaan berkenaan dengan kilang beras yang telah diumumkan oleh Exco Kanan kita untuk kita bina kilang beras untuk negeri kita. Mungkin kita boleh perkenalkan bahawa inilah hasil beras yang tumbuh di kawasan di negeri kita dan kita perkenalkan beras yang berasal daripada Negeri Sembilan sepertimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Gemas, bahawa biarlah pihak yang berwa, yang, yang terlibat berkenaan kita nak membina benih padi yang, yang kuat, yang, yang bagus untuk kita edarkan ke seluruh negeri dan juga negara kita.

Dan saya mohon kepada Kerajaan Negeri, kalau boleh kita timbang kembali sepertimana yang telah diucapkan oleh Yang Berhormat Johol berkenaan dengan kita perkasakan kembali GLC-GLC di dalam negeri kita. Kerana kalau boleh kita nak bantu rakyat ini, bagaimana kita nak buat satu penempatan rakyat yang mana sebelum ini ada projek perumahan kos, kos rendah. Yang mana, kita tahu nilai rumah sekarang ini dalam negeri dan juga negara kita kadang-kadang melampaui harganya dan juga kemampuan masyarakat kita untuk membeli rumah. Kalau Kerajaan Negeri menye, menyediakan satu inisiatif projek perumahan kos, kos rendah sepertimana yang ada di kawasan saya sebelum ini, contohnya rumah di Taman Pemarak, Taman Seri Terachi dan juga Taman Seri Ulu Bendul. Saya yakin kita dapat memudahkan

rakyat untuk, untuk mendapat kediaman yang terbaik buat diri mereka. Di kawasan saya, contohnya kawasan kampung, mungkin tak sama dengan kawasan bandar yang ada rumah, rumah, rumah apa dipanggil, apartmen. Mungkin kalau di kawasan kita, kawasan saya ini mungkin sesuai kita buat rumah kos rendah. Kita boleh bantu rakyat kita memiliki rumah kediaman di bawah harga 100,000.00 ringgit. Saya mohon pertimbangan daripada Kerajaan Negeri kerana di dalam keadaan yang sukar ini, kita boleh membantu rakyat mendapat satu kediaman yang terbaik buat diri mereka dan juga keluarga mereka.

Yang Dipertua Dewan

Mohon Yang Berhormat.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Baik, satu lagi Yang di, Yang, Dato’ Yang Dipertua. Berkenaan dengan pendidikan dan juga modal insan. Saya mengharapkan kepada Kerajaan Negeri dan juga Exco Pendidikan dan juga Modal Insan, kita dapat menyediakan satu, membina satu lagi, sepertimana yang kita bina di ITQAN di Gemencheh. Kita bina satu lagi pusat tahfiz kerana kalau boleh kita mahu melahirkan lebih ramai anak-anak kita yang alirannya menjaga Al Quran dan juga sesuai dengan keadaan zaman, mereka juga, menjaga, dapat pendidikan di bidang sains dan juga alir, aliran perdana. Kalau kita dapat melahirkan, memperbanyakkan sekolah sebegini, insyaAllah Negeri Sembilan akan sentiasa mendapat rahmat dan juga keberkatan daripada Allah SWT.

Saya memetik sedikit ayat Al Quran [melafazkan bacaan ayat 155 dari Surah Al Baqarah]. Jadi saya mengharapkan kepada sahabat-sahabat daripada pembangkang, banyak-banyaklah bersabar di dalam perjuangan ini, haa ya. Kerana kalau kita banyak bersabar di dalam perjuangan ini dan juga bersama dengan kami dalam Kerajaan Perpaduan, dan insyaAllah kita dapat sama-sama merealisasikan membantu rakyat dan juga kita menjaga keharmonian dan juga perpaduan dalam negeri kita. Terima kasih, saya menyokong usul daripada Yang Berhormat Johol berkaitan dengan ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita akan sambung perbahasan ini pada pukul 2:30. Sekarang Dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 12.57 tengah hari]

[Mesyuarat Dewan disambung semula pada jam 2.35 petang]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum. Dijemput, kita sambung perbahasan, dijemput YB Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Saya jugak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri atas pelantikan sebagai Menteri Besar buat kali kedua.

Dato’ Yang Pertua, saya jugak ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi DUN Rahang yang telah memberi mandat kepada saya untuk mewakili mereka. Saya akan cuba sedaya upaya untuk berkhidmat dan mengutarakan suara rakyat DUN Rahang di Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan agar Pihak Berkuasa tempat, Tempatan dan semua agensi kerajaan dapat meneruskan usaha bertindak pantas terhadap aduan rakyat. Ini adalah harapan rakyat DUN Rahang dan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, kini beban kehidupan rakyat semakin meningkat. Saya amat berharap Kerajaan Negeri dapat meneruskan dasar atau polisi yang mengurangkan beban rakyat seperti Jualan Harga Ladang, meneruskan bantuan kewangan pelajar yang masuk ke universiti, Tabung Usahawan Negeri Sembilan dan sebagainya.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mencadang kepada pihak Kerajaan Negeri supaya meneruskan usaha untuk menarik lebih banyak pelabur di dalam dan luar negara untuk melabur di Negeri Sembilan kerana ia akan menjana ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kerja, pekerjaan kepada rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Pertua, saya ingin mengucap ribun, ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Seremban kerana telah meluluskan peruntukan menaik taraf longkang di depan kedai-kedai dalam kawasan Rahang. Saya amat berharap projek ini dapat dilaksanakan dalam masa yang terdekat demi kesejahteraan rakyat di situ. Akhir sekali, saya menyokong usul ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Speaker. Tahniah di atas pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, di atas pelantikan sebagai

Menteri Besar Negeri Sembilan. Dan juga tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Dato’ M K Ibrahim bin Abd Rahman sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada SPR dan juga seluruh agensi kerajaan telah menjayakan dan membantu kejayaan PRN Yang ke-15 yang lepas.

Yang Berbahagia Dato’ Speaker, izinkan saya mulakan perbahasan Titah Diraja ini dengan serangkap pantun.

Harum mewangi bunga kenanga, Disusun bersama belahan pinang, Perpaduan nasional agenda negara, Bagan Pinang tampil bicara.

Dato’ Yang Dipertua, firman Allah SWT; ‘auzubillahhiminashaitan nirrajim [melafazkan bacaan ayat 162 dari Surah Al An’aam]. Yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah SWT memelihara dan mentadbir sekalian alam.”

Dato’ Yang Dipertua, menjunjung kasih Titah Diraja yang menzahirkan kecaknaan kepada negeri dan juga kebajikan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya dan menggambarkan kepimpinan cukup berhemah, berhikmah dan selaras dengan Maqasid Syariah terutamanya keperluan menunaikan amanah sebagai kerajaan dan wakil rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

Dato Yang Dipertua, saya ingin menyentuh 5 isu penting yang begitu rapat dengan kehidupan warga di Bagan Pinang: yang pertama, pelancongan; yang kedua: nelayan; ketiga: Bandar Tentera Darat; keempat: pusat kemahiran minyak dan gas, dengan izin, oil and gas; yang kelima: pendidikan.

Dato’ Yang Dipertua, kita semua maklum bahawa Port Dickson merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbe, tersohor bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di seluruh Malaysia. Industri pelancongan telah menjadi faktor penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan kawasan, serta telah memberi peluang yang banyak kepada penduduk tempatan. Pantai Bagan Pinang dan Pantai Telok Kemang dengan pantai yang cantik, putih yang menawan dan landskap indah, menawarkan pelbagai tarikan kepada para pelancong dari dalam dan luar negeri. Tumpuan kepada aktiviti air seperti berenang, berkayak, menyelam, sehingga kita dapat menyaksikan daya tarik pelbagai jenis yang ditawarkan oleh destinasi ini.

Dato’ Yang Dipertua, kedatangan para pelancong bertambah setiap tahun, ini dapat dilihat dengan kesesakan lalu lintas pada setiap hujung minggu atau cuti-cuti umum. Peningkatan jumlah pelancong telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, penginapan, makan, rekreasi, tandas, tempat persalinan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan fasiliti seperti tempat parkir yang mencukupi, tandas awam dan tapak-tapak perkhemahan tersusun serta landskap yang menarik dan jalan-jalan yang ditata dengan baik dan sempurna.

Dato’ Yang Dipertua, persoalan yang timbul dalam perancangan dan perlaksanaan pembangunan pelancongan adalah kesan-kesan pembangunan yang secara sedar atau sebaliknya tanpa mengambil kira kesan ke atas eko sistem habitat hidupan laut dan keindahan pantai peranginan di Bagan Pinang dan Telok Kemang. Bangunan-bangunan terbengkalai yang ditinggalkan tanpa disiapkan juga menjejaskan pandangan dan mencacatkan panorama. Akhirnya tempat-tempat ini menjadi sarang penagihan dadah, aktiviti tidak bermoral dan juga tempat pembiakan nyamuk.

Dato’ Yang Dipertua, adalah penting untuk menyedari bahawa perkembangan industri pelancongan perlu berlaku secara mampan dan bertanggungjawab. Penyediaan lebih banyak tong sampah dan kekerapan untuk pengumpulan, menjaga persekitaran marin daripada pencemaran minyak dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar oleh projek-projek pembinaan hotel dan penginapan. Selain itu juga, industri pelancongan juga membawa manafaat kepada masyarakat tempatan dalam pelbagai cara. Ia mencipta peluang mendorong pembangunan peniaga kecil dan sederhana.

Dalam usaha meningkatkan industri pelancongan di Bagan Pinang, adalah penting untuk bergiat secara kolektif bersama kerajaan tempatan, pengusaha pelancongan dan komuniti tempatan. Kesedaran masyarakat berkaitan alam sekitar, mesra terhadap pelancong adalah kunci kepada kejayaan industri ini. Saya berharap bahawa kita boleh bersama-sama mencapai matlamat untuk menjadikan Bagan Pinang sebagai destinasi pelancongan utama yang tidak hanya menarik pelancong dari seluruh tempatan tetapi juga meletakkan lesta, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat tempatan sebagai keutamaan.

Dato’ Yang Dipertua, pembangunan sektor perikat, perikatan, peringatan, sektor peringan, perikanan perlu terus diberikan perhatian oleh kerajaan terutamanya kepentingan nelayan kecil atau nelayan pelancongan sebagai sumber pendapatan di samping menyediakan

latihan dan kemahiran serta peluang pekerjaan terutama dalam bidang perikanan marin dan juga penternakan akuakultur di kalangan kebanyakan daripada mereka yang sekarang berdepan dengan pelbagai masalah cabaran ekonomi, sosial, dan alam sekitar.

Dato’ Yang Dipertua, dalam memenuhi keperluan dan permintaan untuk membangunkan industri pelancongan, banyak kemudahan-kemudahan baru dan hotel-hotel mewah akan dibina sepanjang pantai Port Dickson. Ini akan menyebabkan sebahagian nelayan tidak dapat turun ke laut kerana penutupan laluan dan kawasan penangkapan ikan ditutup. Ini akan menjejaskan aktiviti harian dan pendapatan mereka yang semakin terikat, terhimpit dengan tekanan dan kos hidup yang semakin tinggi. Ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh Jabatan Perikanan dan Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, merujuk kepada cadangan membina sebuah pelabuhan mini di Port Dickson, saya berharap tidak dilupakan untuk buat satu kajian yang komprehensif dan teliti kesan sampingan kepada sosio ekonomi penduduk, nelayan dan alam sekitar. Selain itu, tumpahan minyak yang mencemar perairan Port Dickson bukanlah perkara asing, malah ianya berlaku hampir setiap tahun. Tumpahan minyak ini berpunca daripada pelepasan minyak secara haram oleh kapal-kapal yang berlabuh di sekitar Port Dickson dan Kuala Linggi. Ini bukan sahaja menjejaskan hasil tangkapan nelayan, eko sistem hidupan laut dan industri pelancongan di pantai Port Dickson. Untuk itu, saya memohon pihak berkuasa untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti berkaitan kapal dagang yang berlabuh di perairan Port Dickson dan pelabuhan berhampiran.

Dato’ Yang Dipertua, Bagan Pinang juga terkenal sebagai “Bandar Tentera Darat” yang telah diisytiharkan pada tahun 2009 sebagai ikonik kepada Port Dickson yang menjadi tarikan pelancongan dan di antaranya adalah Muzium Tentera Darat. Keberadaan Pusat Latihan Tentera Darat sejak tahun 1933 memainkan peranan penting dalam menyediakan anggota tentera yang menjaga keamanan dan keselamatan negara. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas pengorbanan dan jasa bakti yang telah dicurahkan oleh semua seluruh anggota ATM dan keluarga mereka dalam menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Pembangunan Pusat Latihan Asas Tentera Darat atau PUSASDA adalah projek yang besar dan penting untuk memastikan pasukan tentera darat sentiasa berada dan berkemampuan untuk menghadapi apa jua ancaman yang mendatang. Dalam konteks ini, saya ingin mencadangkan supaya dibina monumen-monumen simbolik aset tentera darat dan

memasukkan acara pembarisan tamat latihan perajurit muda dan lain-lain acara ketenteraan dalam kalendar tahunan pelancongan bagi Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, Port Dickson terkenal dengan industri minyak dan gas sejak terbinanya 2 kilang penapis minyak; Petron Refinery Port Dickson dan Hengyuan Refining Company sejak tahun 1960, menjadi pelopor industri minyak dan gas di Malaysia. Ramai di kalangan warga Port Dickson yang terlatih dan berkemahiran dalam bidang ini. Oleh itu saya mencadangkan supaya satu pusat kemahiran berlandaskan minyak dan gas diwujudkan di Port Dickson. Dengan adanya …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

….. pusat kemahiran …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat masa dah ….

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

minyak ……

Yang Dipertua Dewan

Masa.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

3 minit, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Yang ke, terakhir. Demi meningkatkan intelektual anak-anak di Bagan Pinang, saya merasakan perlu adanya sekolah berasrama penuh di Bagan Lalang, di Bagan Pinang atau di Port Dickson amnya. Kerana dalam pemerhatian saya di Daerah Port Dickson tiada satu pun sekolah yang berprestasi tinggi seperti Sekolah Menengah Sains ataupun Sekolah Berasrama Penuh ataupun MRSM sekalipun. Saya mencadangkan diwujudkan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Bagan Pinang atau Port Dickson.

Dan sebagai akhirnya, saya memohon menyokong usul. Sekian, wabillah assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Dijemput ADUN, YB Kota. Tolong hadkan 10 minit kita nak habiskan apa ni, usul ni pada hari ini dan …..

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Belum mula dah kena warning.

Yang Dipertua Dewan

….. penggulungan sekali ya.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertu Dewan, Yang Amat

Berhormat Sikamat, barisan Exco Kerajaan Negeri, ahli-ahli Dewan, ahli-ahli Yang Berhormat di barisan kerajaan dan pembangkang yang berada di dalam dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul yang berbunyi bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan kali yang Ke-15.

Ucapan tahniah kepada kesemua Yang Berhormat kerana telah dipilih untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing melalui satu proses demokrasi yang telah dilaksanakan dengan telus pada Pilihan Raya Negeri yang lalu. Dengan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sama-samalah kita menunaikan amanah ini dengan sebaiknya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, penggal ini merupakan penggal pertama saya diberi kepercayaan oleh warga Kota untuk berkhidmat kepada mereka. Dan untuk kali pertama ini saya ingin menyentuh beberapa perkara. Yang pertama berkaitan dengan pembangunan infra di kawasan Kota. Di kawasan saya ini kurang kemudahan-kemudahan awam. Antaranya tiada kemudahan untuk beriadah disediakan seperti taman-taman awam sebagaimana yang ada di kawasan-kawasan lain. Program kemasya, kemasyarakatan juga terhad untuk dilaksanakan kerana kawasan Kota ini tiada dewan yang besar mampu menampung kapasiti yang ramai sehinggakan jika hendak mengadakan majlis-majlis yang memerlukan penggunaan dewan dalam kapisiti yang ramai seperti majlis kenduri kahwin, terpaksa ke da, ke daerah yang berdekatan iaitu Daerah Tampin.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, suka saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, di Kota terdapat beberapa destinasi yang berpotensi dalam sektor pelancongan yang boleh dimajukan ya, dan menjadi tarikan kepada pengunjung-pengunjung dari luar Negeri Sembilan. Antara kawasan yang menjadi tempat berpo, antara kawasan yang menjadi tempat berpotensi sebagai destinasi pelancongan ini ialah Gunung Datuk, Sungai Timun dan juga Lubok Talan. Kawasan-kawasan ini telah tersedia dengan baik malah telah pun menjadi destinasi kunjungan orang ramai. Namun begitu, destinasi-destinasi ini kurang dikenali secara meluas kerana kurangnya promosi yang dijalankan.

Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, hujung Ogos yang lalu Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau telah menganjurkan pertandingan Cabaran Sopit Biru iaitu pertandingan memancing udang galah di salah satu destinasi

pelancongan yang terdapat di Kota iaitu di Sungai Timun. Program ini dihadiri sendiri oleh yang, dan dirasmikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Program yang sangat baik pengisiannya dan telah menerima penyertaaan serta pengunjung seramai 3,000 hingga ke 4,000 orang. Saya amat berharap program ini dapat dijadikan sebagai program tahunan kerana ianya sebagai salah satu cara kita untuk mempromosikan di samping dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

Terima kasih di atas inisiatif Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau dan juga Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. Namun begitu, Yang Dipertua, diharapkan Kerajaan Negeri dapat meningkatkan lagi fasiliti di sekitar Sungai Timun begitu juga dengan 2 destinasi yang, yang lain iaitu di Gunung Datuk dan juga Lubok Talan.

Dato’ Yang Dipertua, ingin juga saya maklumkan juga dalam Dewan yang mulia ini, anak-anak Kota juga ramai yang terlibat dengan pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa. Antaranya mereka ini tidak diwar-warkan penglibatannya sedangkan mereka sangat berpotensi dan boleh mengharumkan nama negeri dan juga negara. Dalam keadaan serba kekurangan, tempat latihan yang tidak lengkap dan juga kemudahan yang tidak mencukupi, namun penglibatan mereka dalam pertandingan-pertandingan kebang, di peringkat antarabangsa amat membanggakan. Semuanya dengan perbelanjaan sendiri.

Mereka ini adalah anak-anak yang menyertai Kelab Muay Thai yang bertapak di Pekan Kota. Kelab Muay Thai Bullet ini hanya mampu menyediakan atau memberikan latihan kepada anak-anak ini di gelanggang futsal dengan kemudahan yang sangat minimum tetapi Dato’ Yang Dipertua, mereka berjaya memperolehi 8 emas, 4 perak dan 5 gangsa di Kejohanan Remaja Dunia dan Grand Slam pada tahun 2022 yang lalu. Banyak lagi pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa yang telah di, disertai oleh anak-anak ini dengan pencapaian yang sangat membanggakan. Mereka ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar atlet-atlet yang berpotensi ini tidak diambil oleh negeri lain dan kemudiannya akan merugikan Negeri Sembilan.

Saya mohon Dato’ Yang Dipertua, agar Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang berkaitan dapat membina sebuah pusat latihan yang lengkap dan setaraf dengan pencapaian yang telah mereka perolehi. Jika pusat latihan ini dapat diberi perhatian untuk direalisasikan, Kelab ini juga akan dapat menganjurkan pertandingan-pertandingan peringkat kebangsaan atau dunia di mana akan dapat menarik penglibatan

peserta-peserta dari dalam dan juga luar negara. Ini secara tidak langsung akan membantu menjana ekonomi Kota khususnya.

Walau bagaimana pun Dato’ Yang Dipertua, pembinaan fasiliti-fasiliti yang saya sebutkan tadi juga perlulah dibina bersama dengan fasiliti-fasiliti lain yang menyokong pembinaannya. Sebagai contoh, penyediaan tempat-tempat penginapan, premis-premis perniagaan dan juga keceriaan Pekan Kota itu sendiri perlu ditingkatkan lagi. Kota perlu diberi nafas baru oleh Kerajaan Negeri agar kawasan-kawasan yang berpotensi di Kota ini dapat dibangunkan dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk.

Dato’ Yang Dipertua, semua yang sebu, saya sebutkan tadi telah saya kenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembinaannya. Semua apa yang saya sebutkan ini, ini adalah harapan penduduk Kota. Semoga ada berita baik dari Kerajaan Negeri untuk penduduk Kota nanti. insyaAllah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti, sepertimana yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar, Baginda mahu melihat negeri ini menjadi sebuah negeri yang berpendapatan tinggi. Oleh yang demikian, saya yakin dan percaya jika kita semua yang berada di dalam Dewan ini, yang telah diberikan mandat oleh rakyat di kawasan masing-masing, berusaha dengan gigih untuk meningkatkan hi, taraf hidup dan juga pendapatan rakyat, hasrat Tuanku supaya Negeri Sembilan menjadi negeri yang berpendapatan tinggi akan dapat direalisasikan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Kota kerana telah memberi mandat kepada saya untuk mewakili mereka di dalam Dewan yang mulia ini. Saya akan sedaya upaya saya berusaha untuk memperjuangkan hak dan keperluan warga Kota secara keseluruhannya. Dengan itu, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Dijemput YB Serting.

Assalamulaikum dan juga selamat sejahtera. Alhamdulillah wassalatuwassala muala rasulullah allahummas soli’ala Muhammad wa’ala alihi wasohbihi wabarik wasalim. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut bersama membahaskan usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Saya nak jawab pantunlah Dato’.

Muhammad Fairuz nama diberi, ADUN Sering penggal ini, Membawa suara tak kira parti, Itulah asas pegangan diri.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Serting kerana memberikan saya mandat sebagai wakil rakyat di DUN Serting pada PRN Kali Ke-15 baru-baru ini. Sesungguhnya saya bukanlah yang terbaik di kalangan yang baik. Namun insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya yang ada untuk menunaikan tanggungjawab ini dengan baik kepada rakyat khususnya di DUN Serting tanpa memilih latar belakang politik, bangsa dan juga agama. Seterusnya saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah dilantik di dalam PRN baru-baru ini. Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat selaku Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah dilantik untuk penggal seterusnya. Semoga mandat yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan serta dedikasi. Sesungguhnya amanah kepimpinan ini bukan satu tasyrifan ataupun kemuliaan, bahkan ianya adalah satu taklifan iaitu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Sabda Nabi Muhammad SAW, dengan izin, kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun an ra'iyyatihi. Setiap kalian adalah pemimpin dan tiap-tiap pemimpin akan diminta untuk dipertanggungjawabkan. Sesungguhnya, amanah adalah satu yang berat, yang akan diperhitungkan oleh Allah SWT nanti di akhirat. Segala kerja buat kita ada perhitungan pahala dan dosa, termasuklah hal kepimpinan ini. Oleh kerana beratnya tanggungjawab ini, maka saya berazam untuk buat yang terbaik sekadar kemampuan yang ada bagi rakyut di, bagi rakyat di DUN Serting khususnya dan di Negeri Sembilan amnya. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada kita ahli-ahli Yang Berhormat untuk melakukan kerja kita semua, insyaAllah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian sidang Dewan yang mulia ini akan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai agenda mengutamakan hal rakyat kepada seluruh wakil rakyat di dalam Dewan yang mulia ini. Umum mengetahui bahawa ada di kalangan kita, wakil rakyat yang berada dalam Dewan ini, senior sepertimana saya, iaitu orang baru. Begitu jugak ada yang telah berada 2, 3 bahkan melebihi 5 penggal. Tahniah saya ucapkan kerana tuan-tuan Yang Berhormat adalah mereka yang dipilih dan disukai oleh rakyat kerana dah dapat memenuhi tanggungjawab.

Suasana yang berlaku pada hari ini, dengan kemerosotan ekonomi, rakyat yang semakin tersepit akibat daripada krisis sumber makanan

asas yang kurang dan melambung naik harga, ditambah pula dengan sumber pendapatan rakyat yang tidak menentu. Saban hari saya secara peribadi didatangi oleh rakyat ke pusat khidmat inginkan makanan, inginkan duit dan juga inginkan keperluan harian. Dan ada jugak yang mengadu tentang masalah rumah tanggo, tak dapek den nak jawab doh. Namun sekadar yang termampu, dapat disalurkan kepada yang mengharap. Selebihnya apa yang boleh diberikan dengan memberikan borang mohon sumbangan. Contohnya daripada JKM, MAINS, FELDA ataupun agensi-agensi tertentu yang mana boleh kita katakan sebagai sokongan. Harapan saya, sokongan daripada wakil rakyat pembangkang kepada rakyat yang mohon bantuan dapatlah diterima oleh semua agensi kerajaan tanpa ada diskriminasi sedikit pun termasuklah di peringkat Yang Amat Berhormat Sikamat selaku Menteri Besar Negeri Sembilan.

Oleh kerana agenda khidmat kepada rakyat ini adalah satu agenda besar kepada seluruh ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan masing-masing, sekali lagi Serting ingin menyuarakan bersama sahabat-sahabat ADUN pembangkang yang lain agar peruntukan ADUN dapat disalurkan secara saksama, sama ada kepada ahli Yang Berhormat kerajaan mahupun pembangkang. Jika dilihat, negeri-negeri yang diperintah oleh Kerajaan Perikatan Nasional, wakil rakyat pembangkang tetap diutamakan oleh kerajaan iaitu mendapat peruntukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Negeri Sembilan tak ramai pembangkang Dato’ Yang Dipertua, baru 5 orang. Apalah sangat dengan kami berlima ini untuk diberikan peruntukan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Berhormat sidang Dewan, menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkaitan khidmat dan kesejahteraan rakyat. Serting ingin memberi beberapa maklum balas berkenaan permasalahan yang kelap ber, yang kerap berlaku di Serting. Berkenaan isu permasalahan air yang kerap terputus bekalan dan ada tempat-tempat tertentu tekanan air yang sangat rondah. Kebanyakan penghuni di DUN Serting adalah kampung tradisi serta kawasan felda. Ada rumah yang tiada tangki air. Dan ada yang mempunyai tangki tapi kurang baik dan kecil. Antara kampung tradisi yang terlibat contohlah; Serting Hilir dan beberapa tempat di Felda Raja Alias. Baru-baru ini, terjadi musibah kepada pekerja FGV Felda yang menghuni rumah felda lama, rumahnya hangus terbakar walaupun peringkat awal dikatakan apinya kocik, ataupun kecil yang boleh kita padamkan, tetapi disebabkan tekanan air yang rondah, mereka tidak memadakam kebakaran tersebut. Sering kali juga terjadi paip pecah di tepi-tepi jalan bahkan sudah menjadi lumrah di Serting. Saya mohon kepada SAINS agar dapat usahakan menggantikan paip-paip yang lama kepada baharu, semoga manfaat dapat dirasai oleh semua rakyat di sana.

Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin membawa suara dari penduduk kampung dan juga felda dalam DUN Serting mengenai isu tong sampah serta sistem kutipan yang, yang lebih teratur. Saya berterima kasih kepada response yang diberikan iaitu daripada Yang Amat Berhormat kepada soalan-soalan yang diajukan, antaranya Labu sebelum ini. Perkara yang sama saya rasakan berlaku jugak di peringkat Serting iaitu memohon tong sampah. Begitu jugak saya mengucapkan terima kasih kepada yang, Yang Amat Berhormat yang telah response akan soalan tentang lampu yang tiada di jalan-jalan utama khususnya Serting. Dan saya mengucapkan terima kasih.

Tuan Yang Dipertua, Serting memohon supaya dipertimbangkan supaya Serting boleh dijadikan hab pendidikan dengan ditambah lagi daripada sudah ada sekarang ini kepada lebih lagi. Untuk makluman Dewan yang mulia, di kawasan DUN Serting sekarang ini adanya sebuah MRSM, sebuah sekolah menengah agama iaitu Sekolah Menengah Agama Dato’ Mustafa, 4 buah tahfiz swasta, 8 buah sekolah rendah, 4 buah sekolah menengah, 2 buah sekolah jenis kebangsaan dan 1 buah kolej komuniti. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar Serting menjadi hab pendidikan dengan diwujudkan pusat pengajian tinggi seperti wujudnya UiTM di Kuala Pilah dan juga di Rembau. Sebagai contoh, bagi tujuan hab pendidikan yang dicadangkan, di samping dapat mengembangkan sosio ekonomi Bandar Seri Jempol dan masyarakat tempatan. Di samping itu juga, saya mencadangkan agar diwujudkan sekolah aliran tahfiz ataupun TVET tahfiz di Serting sebagai rangsangan kepada anak-anak tempatan menghafaz Al Quran di samping mereka juga berkemahiran sepertimana yang telah ada di MRSM, Jasin Melaka.

Saya menyokong akan usul yang telah disebut oleh Seri Menanti tadi untuk memperbanyakkan sekolah-sekolah tahfiz kerajaan, kerana sekolah tahfiz kebanyakan yang ada di Negeri Sembilan ini yang dibuat ataupun ditubuhkan oleh persendirian ataupun swasta. Mudah-mudahan, insyaAllah kita berharapkan agar Negeri Sembilan ini akan menjadi lebih baik daripada masa-masa yang datang. Dan apa yang Serting ingin cadangkan adalah hab pendidikan itu berada di Serting.

Tuan Yang Dipertua, sebagai penutup, saya berpesan kepada diri saya dan semua ahli Berhormat akan satu kata-kata, dengan izin, annasualadin mulukihim; manusia mengikut akan cara hidup pemimpin mereka. Semestinya kita selaku pemimpin hendaklah menjadi role model, dengan izin, kepada rakyat yang menjadi pengikut kita agar kebaikan melekat di hati mereka dan menjadi ikutan. Oleh kerana saya mulakan dengan pantun, nak tutup jugak dengan pantun. Dato’ Yang Dipertua tak boli lagi, tak

Buah cempedak sedap rasanya, Makan dengan buah dokong, Berakhir sudah ucapan saya, Titah Diraja saya pohon menyokong.

Dengan ini saya Serting menerima dan menyokong penuh usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dibawa oleh YB Johol. Qulu qauli haza astaghfirullah, mohon ampun dan maaf, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih YB. Lepas ni kena beli buku pantunlah. Hari ni banyak pantun. Boleh, Chembong dah sedia? Boleh? Sila, YB Chembong.

Bismillahhirrahmanirrahim. Segala puji kepada Allah; Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kita ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Baginda. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, panggil Chombong untuk turut sama membahaskan usul menjunjung kasih Titah DiRaja semasa Baginda merasmikan persidangan kita pada Isnin lepas.

Pertama-tamanya Dato’ Yang Dipertua, saya nak rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas kepada Dato’ Yang Dipertua, di atas lantikan Speaker Undangan Negeri penggal ke-15 ni Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, pada pengamatan saya memang seorang yang hebat. Saya Dato’ Speaker, bertanding, kempen 2 minggu, siang malam, menang besar dengan majoriti yang baik, Dato’ Speaker. Tapi tak dapat jadi apa. Dato’ Speaker tak bertanding pun dapat jadi Speaker. Hebat Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Itu namanya dia rezeki.

Dato’ Speaker tahniah.

Yang Dipertua Dewan

Itu namanya dia rezeki.

Ya betul.

Yang Dipertua Dewan

Masih 10 minit jugak.

Dato’ Speaker, satu lagi perkara yang Dato’ Speaker ambil maklum, saya adalah merupakan satu-satunya ahli Yang Berhormat dicalonkan sebagai Speaker, tempoh hari Dato’ Speaker. Terima kasih kepada ADUN Paroi di atas cadangan, terima kasih kepada ADUN Labu yang menyokong. Kalau bukanlah Dato’ Speaker calon yang

bersaing dengan saya, mungkin lain pertimbangannya Dato’ Speaker. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Dah tinggal 9 minit.

Jadi jangan samakan saya 10 minit dengan orang lain Dato’ Speaker. Satu perkara je Dato’ Speaker, untuk kepentingan Dewan, untuk kesejahteraan Dewan, Dato’ Speaker, sukacita saya nak mencadangkan peranan Dato’ Speaker ini amat penting. Betul? Dato’ Speaker. Jadi keberadaan, kesediaan Dato’ Speaker dalam Dewan ini amat penting. Saya risau-risaukan Dato’ Speaker sekiranya Dato’ Speaker ada hal yang lain. Saya mohon maaf, ada kalanya saya keluar Dato’ Speaker, untuk ke bilik air, menghirup air dan sebagainya Dato’ Speaker. Dato’ Speaker tak boleh, Dato’ Speaker. Jadi saya mencadangkan agar Timbalan Speaker dilantik sesegera mungkin Dato’ Speaker. Betul? Kita semua tidak mahu kerana masalah ke, ada apa-apa hal yang, terhadap Dato’ Speaker besok, terpaksa Dewan ditangguhkan Dato’ Speaker. Jadi Dato’ Speaker, saya mencadangkan Timbalan Speaker dilantik sesegera mungkin.

Dato’ Speaker, saya berterima kasih, mengucapkan tahniah juga kepada semua di antara kita dapat menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan ini Dato’ Speaker. Kalau dulu di zaman era Barisan Nasional, Kerajaan Negeri kita hebat, masa di bawah era Kerajaan PH pun baik. Rakyat, masyarakat mendambakan Kerajaan BN yang hebat dulu dicampur dengan PH yang baik ni, seharusnya jauh lebih hebat, Dato’ Speaker. Rakyat memerhatikan kita sekarang Dato’ Speaker. Jadi, saya nampak keserasian, kesepaduan yang baik. Menteri Besar daripada PH, Exco Kanan daripada BN.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

BN.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

BN.

Dan saya, Dato’ Speaker, saya mencadangkan kalaulah Speaker-nya dari PH untuk merealisasikan kesepaduan, kepadanan ini Dato’ Speaker, Speaker-nya daripada PH, Timbalan-nya daripada BN, Dato’ Speaker. Itu cadangan sayalah Dato’ Speaker, ya.

Sokong, sokong.

Ya, terima kasih Dato’ Speaker. Ya. Dato’ Speaker, itu cadangan Dato’ Speaker, sebab rakyat memerhatikan kesepaduan,

keserasian Kerajaan Perpaduan ini, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, kita telah melalui satu proses demokrasi yang sangat baik bulan Ogos lepas Dato’ Speaker. Saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah, syabas kepada semua pihak, agensi yang telah menjalankan proses ini dengan baik terutamanya pihak SPR dan mana-mana pihak, jabatan-jabatan kerajaan, penjawat-penjawat awam yang sama-sama memastikan perjalanan proses demokrasi ini berjalan baik Dato’ Speaker.

Di kawasan saya, proses pilihan rayanya, Dewan Undangan Negeri Chembong di, di apa, diurusetiakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Rembau. Saya ucapkan tahniah, berjalan dengan sangat baik Dato’ Speaker. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada semua pihak, pasukan penguatkuasaan, pihak Polis, RELA, Angkatan Perkhidmatan Awam dan sebagainya Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, sehubungan dengan itu jugak, saya nak cadangkan kepada pihak SPR agar dapat mungkin mengadakan perbincangan, postmortem dan sebagainya, ada aspek-aspek, sudut-sudut yang mungkin boleh ditambahbaikkan untuk proses pelaksanaan pilihan raya ni Dato’ Speaker. Sebagai contoh, di Dewan Undangan Negeri Chembong, mungkin perlu dilihat semula, ada kawasan-kawasan daerah mengundi yang perlu ditambah tempat mengundinya Dato’ Speaker. Contohnya di Pusat Daerah Mengundi Chembong yang mempunyai pengundi lebih daripada 4,000. Yang kini hanya ada satu sekolah, satu tempat mengundi. Untuk kelancaran yang lebih, mungkin boleh ditambah lagi satu sekolah, Dato’ Speaker. Itu satu.

Nombor 2 nya Dato’ Speaker, dari satu sudut lain jugak, mungkin boleh dilihat semula, disemak semula lokaliti-lokaliti yang tidak lagi relevan dengan pilihan raya – pilihan raya sebelum ini Dato’ Speaker. Contohnya, pengundi-pengundi di Kampung Seberang Batu Hampar, di kampung tersebut ada tempat mengundi tetapi mereka terpaksa pergi ke Pekan Rembau melangkaui tempat mengundi yang ada di kampung mereka Dato’ Speaker. Dan saya yakin ini terjadi di kawasan-kawasan yang lain jugak Dato’ Speaker. Jadi, saya mohon pihak SPR, kalau boleh datang, turun berbincang dengan pihak-pihak parti, berbincang dengan wakil-wakil rakyat untuk kita melihat bagaimana kita boleh tambah baikkan perkara-perkara ini Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, isu-isu hangat di pasaran, di kalangan masyarakat netizen sekarang Dato’ Speaker, antaranya adalah isu kekurangan beras jugak dan diikuti oleh makanan-makanan ruji yang lain, makanan-makanan asas, keperluan asas yang lain Dato’ Speaker. Jadi saya ingin bertanya dan mohon untuk Kerajaan Negeri, apakah langkah-langkah, tindakan jangka masa pendek, jangka masa panjang, sederhana panjang untuk mengatasi masalah ni Dato’ Speaker. Pada masa yang sama, saya nak

ucapkan terima kasih banyak kepada jabatan-jabatan yang tertentu, yang terbabit. Contohnya Jabatan Pertanian, FAMA di bawahnya Dato’ Speaker, minggu lepas mengadakan jualan prihatin Negeri Sembilan, selain daripada membawa, membekalkan beras yang banyak, tetapi jugak dengan bahan-bahan yang lain. Terima kasih Dato’ Speaker. Cumanya ucapan terima kasih saya ni haruslah disambut dengan perbanyakkan, kerapkan lagi program-program yang sangat dinanti-nanti, diharapkan oleh masyarakat ni Dato’ Speaker.

Keduanya, masalah yang saya rasa bukan sahaja di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong, adalah masalah yang mungkin kita anggap yang biasa, tetapi ianya makin lama makin mencengkam, menghantui masyarakat Dato’ Speaker, iaitu masalah haiwan perosak tanaman. Kogho, beghuk, babi dan sebagainya Dato’ Speaker. Saya belum lihat lagilah, ataupun dalam erti kata lain, saya mohon agar Kerajaan Negeri boleh melihat, mempertimbangkan, mungkin untuk membentuk satu jawatankuasa khas, pasukan khas, pasukan yang kuat berkesan untuk menangani perkara ini Dato’ Speaker. Bukan sekadar dia merosakkan hasil-hasil tanaman orang kampung, membuatkan orang kampung tak boleh nak mengharapkan hasil tanaman mereka lagi Dato’ Speaker, tetapi pada masa sama ianya telah merupakan satu ancaman kepada keselamatan penduduk, Dato’ Speaker. Beruk-beruk, monyet-monyet tu, Speaker, dah sampai masuk ke dalam rumah. Dan ada satu kejadian di kawasan saya Dato’ Speaker, ada orang kampung yang cedera parah diserang dan dicederakan oleh haiwan-haiwan seumpamanya Dato’ Speaker. Jadi saya mencadangkan pihak Kerajaan Negeri mungkin boleh tubuhkan pasukan, mungkin boleh diketuai oleh PERHILITAN dan dianggotai oleh pasukan-pasukan yang lain, Polis, RELA dan sebagainya Dato’ Speaker. Saya mohon penca, mencadang perkara yang sangat penting ini Dato’ Speaker.

Seterusnya Dato’ Speaker, sekadar nak berkongsi bahawasanya pelaburan bagi tujuan membangunkan infrastruktur dan jugak kemudahan asas adalah merupakan satu elemen yang sangat penting bagi pertumbuhan ekonomi jangka masa panjang selain daripada mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Dato’ Speaker. Sehubungan dengan tu, saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah, ataupun dulunya kemajuan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, di atas pelaksanaan projek jalan baru di antara Ulu Sepri, Rembau ke Seri Menanti, Dato’ Speaker. Saya yakin projek jalan ini, yang dilaksanakan oleh JKR, akan dapat dilaksanakan dengan baik, tepat masanya Dato’ Speaker. Namun dalam konteks yang sama, saya mohon kiranya Dato’ Speaker, kalau pihak Kerajaan Negeri, JKR, UPEN dan sebagainya dapat explore ataupun apa tu, menerokai keperluan untuk kita melihat kewajaran membina satu jalan baru Dato’

Speaker, di antara Kampung Kundur Hilir ke Linggi. Iaitu kalau Jalan Negeri-nya tak salah saya N114, kalau tak salah sayalah ya, melalui Bukit Kunyit, Dato’ Speaker. Dan ini sudah pastinya akan merancakkan lagi sosio ekonomi kawasan di Rembau dan jugak kawasan sebelah, Port Dickson. Saya yakin, saya percaya ADUN Linggi pun setuju, Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, tolong jangan on-kan speaker tu, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Dah lebih dah.

Dato’ Speaker, ini untuk kepentingan rakyat, satu, betul. Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Satu saja.

Dato’ Speaker, ADUN Rantau mintak saya gunakan masa dia, Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Dia mintak, dia mesti mintak daripada Yang Dipertua.

Ya. Dato’ Speaker, ya, Dato’ Speaker, saya nak membangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, masalah-masalah lama yang masih lagi belum diberikan perhatian yang sebaiknya, Dato’ Speaker. Kerajaan dah bertukar dah ni. Dulu Kerajaan BN, tukar PH, sekarang Perpaduan, Dato’ Speaker. Menteri Besar ya belum tukar, Speaker pun dah bertukar, Dato’ Speaker ya. Dato’ SS pun dah bertukar Dato’ Speaker.

Saya nak menyebut hal-hal pentadbiran, hal-hal di, di Majlis Daerah Rembau, Dato’ Speaker. Exco, Exco Kerajaan Perumahan Kerajaan Tempatan pun dah bertukar sekarang ni, betul kan? Kepada Nilai, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, perkara senang tapi penting, Dato’ Speaker. Saya mohon, saya cadangkan dah 2, 3 kali Dato’ Speaker, pindahkan semula tapak pasar tani di bersebelahan Balai Polis Rembau ke tapak asalnya dulu, di Pekan Rembau, Dato’ Speaker. FAMA setuju, pengusaha sangat mendambakan, wakil rakyat pun setuju, lagi apa ni, Dato’ Speaker. Tu satu Dato’ Speaker.

Keduanya, haa ni perkara penting. Dulu, Exco Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dah janji dengan saya untuk lihat, sekarang saya mintak Exco baru pulak. Dato’ Speaker, polisi menyewakan gerai-gerai Majlis Daerah Rembau dalam Daerah Rembau berasaskan tender. Siapa tender tinggi, dapat. Saya rasa ini bukannya satu dasar yang mesra rakyat, Dato’

Speaker. Kita membina kemudahan-kemudahan ini bukan berasaskan untuk tujuan untung dan rugi. Buat satu had bayaran yang minimal, yang ter, te, tetap, Dato’ Speaker. Saya mohon dikaji semulalah. Yang herannya pulak, Majlis Daerah lain, okey. Majlis Daerah Rembau yang gunakan sistem ni Dato’ Speaker. Saya mohon sangat Dato’ Speaker, kalau dululah saya sebagai pembangkang, tak didengar suara saya, sekarang ni, saya adalah sebahagian daripada kerajaan. Jangan pandang-pandang. Dato’ Speaker, saya mohon ini Dato’ Speaker, ya. Bukan untuk saya Dato’ Speaker, untuk, Dato’ Speaker jangan tekan dulu.

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah.

Ada 1, 2 je lagi Dato’ Speaker, jangan risau …..

Yang Dipertua Dewan

Satu saja, satu saja.

Eh, Dato’ Speaker, semuanya hal rakyat Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Semua hal rakyat di sini.

Dato’ Speaker, saya ingin menyebut tentang hal kemudahan prasarana pendidikan Dato’ Speaker. Pun saya dah sebut dulu, tentang pra sekolah. Tabika Perpaduan di Taman Pedas Perdana, daripada penggal lepas saya sebut, tak buat-buat lagi Dato’ Speaker, dengar-dengarnya peruntukan dah ada. Speaker tolong, saya pihak Kerajaan Negeri. Keduanya tentang Tabika KEMAS Mampong, Dato’ Speaker, saya dimaklumkan ditutup oleh kerana tabika tersebut yang sebelum ini menggunakan balai raya, keadaannya tidak begitu baik, perlu dibaik pulih. Sekarang ni anak-anak di Tabika Mampong tersebut terpaksa ditumpangkan di kampung bersebelahan yang agak jauh. Atuk, uwan, ayah, ibu yang menghantar anak cucu mereka terpaksa menghantar ke kampung sebelah yang jauh Dato’ Speaker. Saya mohon agar Tabika Kampung Mampong ini dibaik pulih semula, Dato’ Speaker, mudah aja, ya. Saya yakinlah dengan sentuhan sedikit daripada Yang Amat Berhormat Sikamat, selosai ni, Dato’ Speaker ya.

Dato’ Speaker, tentang kemudahan pendidikan ni jugak Dato’ Speaker, iaitu kebakaran satu blok asrama Sekolah Menengah Agama Haji Hassan Sail, Dato’ Speaker. Terbakar dah setahun lebih dah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dah turun, Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun turun, terima kasih. Sekadar saya mohon untuk dipercepatkan proses baik pulih ni, Dato’ Speaker. Itu saja, Dato’ Speaker, boleh, ini tentang semua dah.

Dan akhirnya sekali Dato’ Speaker, satu last, Dato’ Speaker, janganlah camtu, Dato’ Speaker ya. Dato’ Speaker, ini tentang kita berada di hujung tahun yang sudah mestinya kerajaan sedang sibuk untuk menyediakan bajet, Dato’ Speaker, bajet. Saya nak cadangkan, Dato’ Speaker, bukan, bukan untuk tambahan elaun Speaker dan wakil rakyat, itu lain kali Dato’ Speaker, ini lain. Dato’ Speaker, saya ingin mencadangkan, sebab salah satu aspek penting tentang kehebatan, kemajuan pencapaian yang baik negeri kita adalah berasaskan, disebabkan penjawat-penjawat yang kita melakukan tugas tangggungjawab mereka dengan penuh komited dan berjaya, Dato’ Speaker. Jadi, saya nak cadangkan kalau tahun sebelum ini, bonus mereka sebulan setengah, apalah kiranya tahun ini kita bagi lebih Dato’ Speaker, sikit. 2 bulan Dato’ Speaker, ya, Dato’ Speaker, boleh? Sebab saya tengok dalam titah ucapan DiRaja ni itu hari, tempoh hari Dato’ Speaker, tahun lepas kita anggarkan kita punya belanjawan defisit, tapi akhirnya sudah tukar jadi surplus, Dato’ Speaker. Saya cadangkan 2 bulan, Dato’ Speaker.

Dan keduanya tentang bonus ni, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya cadangkan, ada jugak penjawat-penjawat awam daripada federal, dari federal yang bertugas sama-sama membantu menaikkan, memajukan negeri kita tetapi, Dato’ Speaker, kita tambahlah dia sebab federal dapat sikit Dato’ Speaker. Rakan sebelah dia, semeja, sebelah meja sebelah dia, state, dapat lebih. Dia duduk satu bumbung, satu jabatan dapat kurang disebabkan dia federal punya, government punya pegawai, Dato’ Speaker. Saya cadangkan untuk mereka-mereka ini, kita tambahlah agar mereka dapat jumlah yang sama Dato’ Speaker. Mohon mencadang.

Dan 2, satu lagi, Dato’ Speaker, tentang bajet jugak, saya mohon untuk Kerajaan Negeri memberikan perhatian untuk peruntukan di dalam belanjawan besok nanti, kepada persatuan-persatuan belia ni, khususnya Majlis-Majlis Belia, Dato’ Speaker. Majlis Belia Negeri bagilah sikit, Majlis Belia di peringkat-peringkat daerah-daerah, Dato’ Speaker, saya yakin Exco Belia daripada Palong pun akan menyokong.

Dan tentang bajet ini, akhirnya Dato’ Speaker, saya nak sebut ada masalah kerap berlaku tentang hal-hal bencana Dato’ Speaker. Orang kampung, rakyat yang memerlukan, di rumahnya ditiup angin ribut, Dato’ Speaker. Proses permohonan untuk baik pulihnya ada, tetapi agak lambat, panjang, Dato’ Speaker. Saya mohon mencadang, apalah kiranya untuk diwujudkan Tabung Amanah Bencana Peringkat Daerah, Dato’ Speaker. Kerajaan Negeri peruntukkan sebilangan, sebahagian, tak banyak, mungkin 300 – 400 ribu mungkin, ke peringkat daerah, jadi untuk kerja-kerja baik pulih yang kecil, kita hadkan, contohnya di bawah 5,000.00 Dato’ Speaker, kita berikan, turunkan kuasanya kepada

peringkat daerah. Jadi Pegawai Daerah, DO tak perlulah mengambil langkah yang panjang, untuk buat permohonan ke peringkat Negeri, Dato’ Speaker. Jadi orang kampung ni pun setuju, orang kampung pun riang Dato’ Speaker, dan kita dapat mempercepatkan proses baik pulih ni Dato’ Speaker.

Jadi, itu saja yang saya nak sampaikan untuk kali ini Dato’ Speaker. saya sekali lagi nak mengucapkan sebab ramai orang Chembong tengok live ni Dato’ Speaker. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada semua pengundi-pengundi Dewan Undangan Negeri Chembong. Sama ada yang mengundi ataupun tak mengundi Dato’ Speaker. Yang belum dapat mengundi pun terima kasih di atas doa dan sokongan. Yang saya nak nyatakan Dato’ Speaker, insyaAllah saya akan terus memperjuang membela nasib-nasib sedara-sedara tuan-tuan di Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker. Terima kasih banyak, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya jemput Chuah, YB Chuah. 10 minit ya. Bukan macam tadi ya.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Okey, boleh, boleh. Salam sejahtera, salam perpaduan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya berbahas dalam usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terlebih dahulu saya mengu, mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Dato’ Yang Dipertua yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan dan juga tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang telah dilantik sebagai Menteri Besar untuk men, terus mengetuai kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan. Tahniah juga ucapkan kepada ahli-ahli Exco dan juga ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menang dalam PRN pada Ogos yang le, lalu.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana dalam 5 tahun yang lalu, banyak pembangunan telah dibuat di kawasan Chuah. Banyak kemudahan telah dinaik taraf. Namun, masih ada lagi yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, parit monsun di Jalan Bukit Pelandok. Parit tanah tersebut telah sekian lama terhakis sehingga tebingnya telah runtuh dan permuka, permukaan Jalan Bukit Pelandok tersebut telah mula retak. Dan penduduk sekarang sedang risau jalan tersebut akan runtuh dan akan bawa kesan kepada kedai di sebelah jalan tersebut. Untuk makluman semua, Jalan Bukit Pelandok ini merupakan laluan utama ke sekolah SJK(C) Yik Chiao, Bukit Pelandok. Oleh itu, saya memohon agar jabatan yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi menjamin keselamatan pengguna

jalan tersebut terutamanya pelajar-pelajar dan ibu bapa – ibu bapa serta guru-guru sekolah tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, saya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan untuk membina sebuah dewan serbaguna di Kampung Sawah, di DUN Chuah. Sekali lagi terima kasih daripada Chuah. Penduduk DUN Chuah memang menanti-nantikan projek ini sebab di DUN Chuah memang kekurangan kemudahan sukan. Untuk makluman semua, tapak untuk pembinaan dewan tersebut seluas 6.5 ekar, manakala cadangan dewan serbaguna hanya menggunakan tanah seluas 1 ekar sahaja. Maka saya ingin mencadangkan supaya tapak tersebut dibangunkan sebagai kompleks sukan Chuah yang merangkumi dewan serbaguna, padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola keranjang, peralatan kecergasan, kelengkapan permainan kanak-kanak dan sebagainya. Saya yakin dengan adanya kemudahan ini, sudah tentu aktiviti riadah dan kemasyarakatan dapat terus digalakkan di kalangan warga Chuah.

Dato’ Yang Dipertua, semalam, isu perkuburan bukan Islam dibawa oleh Lukut. Tapi untuk makluman semua, isu kekurangan tanah perkuburan bukan Islam bukan sahaja isu di Chuah, di, di, Lukut. Tapi di Chuah adalah satu perkara yang agak serius. Baru-baru ini saya berjumpa dengan pihak pengurusan tanah perkuburan Cina dan pihak pengurusan tanah perkuburan India di Bukit Pelandok, dan saya difahamkan setelah diukur semula tapak perkuburan mereka, didapati kegunaan tanah kedua-dua tapak ke, apa ni, perkuburan tersebut telah memasuki tanah jiran mereka, iaitu tanah hak milik persendirian. Maknanya kubur atas tanah persendirian sudah. So oleh itu, saya ingin nak apa ni, memohonlah supaya Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti tapak baru di kawasan Chuah ataupun boleh mengaji, meng, mengkaji kesesuaian untuk membuat pengambilan yang terlibat tersebut menjadi rizab perkuburan bukan Islam untuk kegunaan warga bukit ting, Bukit Pelandok dan kawasan sekitar.

Dato’ Yang Dipertua, semalam bila mendengar pemohon, permohonan Yang Berhormat serem, Seremban Jaya, tentang keperluan cawangan bank di kawasan beliau. Baru saya dapati bukan sahaja kawasan saya yang tidak ada kemudahan perbankan. Saya setuju jawapan Yang Amat Berhormat Sikamat di mana pihak swas, syarikat bank komersial akan menimbang keuntungan sebelum mewujudkan cawangan mereka di sesuatu tempat. Tetapi kita perlu ingat juga, kita mempunyai beberapa syarikat perbankan milik kerajaan yang melaksanakan program-program kerajaan dan mendapat peruntukan kerajaan seperti Agro Bank dan Bank Simpanan Nasional yang menguruskan bantuan kewangan Jabatan Kebajikan dan persaraan. Seharusnya mereka

mempunyai tanggungjawab sosial dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat terutamanya di kawasan pinggiran luar bandar. Oleh itu, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri dapat mengenal pasti DUN-DUN yang masih tiada kemudahan perbankan dan memohon kepada syarikat bank milik kerajaan bagi mewujudkan cawangan mereka di tempat-tempat yang ada keperluan.

So dengan ini, saya menyokong usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia yang, Yang di-Pertuan Besar yang dibawa oleh ADUN Johol. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Dijemput YB Lenggeng.

Terima kasih. [melafazkan bacaan penuh Selawat Tafrijiyah]. Terima kasih Yang Dipertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Dipertua kerana telah terpilih menjadi Speaker pada Dewan yang mulia ini. Ingin juga saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun kerana telah, sekali lagi telah dipilih menjadi Menteri Besar untuk Negeri Sembilan. Terima kasih juga, dan juga saya ucap tahniah kepada Exco, Exco Kanan, telah bantu bertungkus lumus memastikan penubuhan gabungan Kerajaan Madani adalah pilihan yang terbaik untuk semua rakyat Negeri Sembilan.

Dan di kesempatan saya mengucapkan tahniah juga kepada semua ADUN-ADUN, daripada Pakatan Harapan, daripada Barisan Nasional, daripada Perikatan Nasional kerana telah memenangi pilihan raya yang baru-baru diadakan. Dan tidak lupa saya ucapkan kepada pengundi saya di DUN Lenggeng kerana telah memilih saya menjadi wakil mereka untuk hadir di Dewan yang mulia ini.

Alhamdulillah, Yang Dipertua, kita tengah, negara kita sedang mengalami situasi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini ya. Dari kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah melihat satu situasi di mana rakyat beratur begitu panjang untuk membeli beras ya, yang viral baru-baru ini dan masih hangat diperkatakan, hanya semata-mata untuk dapat diskaun beras. Diskaun dalam 5.00 ringgit, 5.00 ringgit ke 10.00 ringgit. Hanya kerana 10.00 ringgit, mereka sanggup beratur hampir 2 jam – 3 jam dan di-viral-kan. Mereka melihat kejayaan kepada organizer yang membuat. Saya melihat kesedihan melihat rakyat beratur begitu panjang, lama Yang Dipertua, 2 jam. Bayangkan kalau ibu kita yang beratur, bayangkan kalau anak kita beratur, pakcik kita, ayah-ayah kita, keluarga kita yang beratur semata-mata untuk dapatkan beras.

Yang Dipertua, di zaman PKP, di zaman COVID-19 ya, beras begitu, begitu banyak di pasaran. Beras begitu banyak lambakan. Sampai masa tu kita buat, NGO, kita menghantar beras-beras kepada rumah ke rumah. Satu rumah ada 10 beras. Begitu banyaknya lambakan beras ketika musim COVID-19. Kita tidak pernah mendengar masalah beras. Tetapi setelah habis musim COVID-19, kita berhadapan dengan kekurangan beras. Jadi, atas kesedihan ini saya melihat bahawa kita, negara kita, negeri kita sama-sama mengalami masalah beras yang begitu run, yang begitu runcing.

Jadi Yang Dipertua, saya melihat ini adalah kerana keadaan ekonomi dunia yang melanda negara kita dan negeri kita. Tetapi kita tidak boleh melihat ini sekadar alasan, jawapan sebagai ADUN-ADUN, sebagai apa, penjawat-penjawat awam. Kita kata ini adalah kerana ekonomi global, kerana ekonomi dunia. Kita kena melihat bagaimana cara kita di, di, Negeri Sembilan ini untuk menyelesaikan masalah ini supaya kita tidak dimalukan oleh negeri-negeri lain. Supaya kita tidak, tidak, tidak menghampakan rakyat-rakyat yang telah mengundi kita.

Jadi Yang Dipertua, kita kena, kita, saya mencadangkan untuk membuat sesuatu supaya kesusahan rakyat hari ini dibantu. Seperti yang Chembong cakap tadi, belanjawan yang akan datang, belanjawan sudah hampir, sudah hampir tiba, jadi saya mencadangkan Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri mencadangkan bajet untuk subsidi khas beras. Maksudnya Yang Dipertua, sekiranya beras di pasaran tu berharga 30.00 ringgit, Kerajaan Negeri mengambil insentif untuk membeli subsidi 10.00 ringgit, contohnya. Kerana dulu pernah berlaku di Negeri Selangor, ketika harga ayam melambung, saya ingat lagi, Selangor telah memberi subsidi khas ketika harga ayam di seluruh Malaysia 9.00 ringgit lebih, Selangor dia maintain harga dia 8.00 ringgit lebih dia tidak, men, me, Kerajaan Negeri membayar subsidi menggunakan duit tabung Kerajaan Negeri.

Jadi salah satu Yang Dipertua, yang kita kena melihat isu ini begitu serius untuk kita bantu. Kita kena melihat bahawa yang beratur tu mak kita, kita kena melihat yang beratur saudar kita, dan ayah dan beli barang. Setelah kita melihat isu itu seperti saudara kita, barulah kita bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat yang menghadapi situasi yang mencengkam ini, Yang Dipertua.

Yang seterusnya yang Dipertua, untuk mengatasi masalah ini saya me, saya melihat faktor pelancongan. Faktor pelancongan akan membawa pulangan ekonomi kepada warga setempat. Kita melihat semua DUN, semua DUN, Johol, Seri Menanti, Rahang, kawan-kawan saya, semua menceritakan sektor pelancongan, untuk membangunkan sektor

pelancongan. Jadi saya, saya melihat ini Yang Dipertua, sektor pelancongan ini kena menjadi ekonomi ketiga untuk Kerajaan Negeri Sembilan. Kita tahu semalam Rantau bagitahu ekonomi Negeri Sembilan ini bergantung kepada perkilangan awam, awam dan kita, saya mengharapkan bahawa sektor pelancongan menjadi ekonomi ketiga kita Yang Dipertua. Jadi ini perlulah memandangkan serius, Exco Pelancongan kenalah pandang ini begitu serius, maksudnya kita kena engage dengan pihak-pihak swasta. Kita, kita ada, kita ada kelebihan di tempat-tempat kita. Port Dickson kita ada, Lenggeng, jangan sebut Port Dicson je, Lenggeng pun ada, kan, Chembong pun ada. Masing-masing ada kelebihan masing-masing Yang Dipertua. Tetapi sekiranya kelebihan-kelebihan ini tidak di, di, diangkat di peringkat international. Kita nak international, kita tak nak local, local dah ada. Di Lenggeng setiap minggu, Sabtu Ahad, kalau datang Yang Dipertua, Yang Dipertua pun daripada DUN Lenggeng. Kalau datang, kita akan tengok basikal penuh di jalan-jalan raya DUN Lenggeng. Motosikal. Jadi di, apabila pelancongan tempatan masuk Sabtu Ahad, maka sektor-sektor ekonomi tempatan akan meningkat. Mereka akan dapat meniaga, jadi dapat sara anak mereka, keluarga mereka, membayar cukai-cukai untuk kerajaan Yang Dipertua.

Jadi sekarang kita ingin, ingin pelancongan sektor international bagaimana kita, kita ber, ber, engage dengan swasta supaya bersama-sama dengan kita punya pelancongan. Saya banyak berjumpa dengan travel agency yang di peringkat antarabangsa Yang Dipertua. Mereka datang dan mereka, mereka iklankan supaya datang ke Malaysia, bawak daripada Taiwan, daripada Korea ya. Bila bersembang, mereka datang ke, datang ke Malaysia, airport dia KLIA, sedangkan Negeri Sembilan yang paling hampir, tetapi mereka tidak singgah ke Negeri Sembilan. Mereka bawak ke Sabah, mereka bawak ke Sarawak, mereka bawak ke Langkawi. Kenapa? Persoalan dia mereka, travel agency suka bawak mereka ke tempat-tempat selain daripada Negeri Sembilan. Sedangkan Negeri Sembilan sangat hampir, KLIA sangat hampir dengan Negeri Sembilan. Tak sampai 20 minit. Kalau ke Lenggeng tu 30 minit saja Yang Dipertua. Tetapi kerana tidak ada engagement dengan, dengan swasta, maka kita hanya melihat sahaja pelancong tu lalu di KLIA, singgah, dan pergi ke negeri-negeri, negeri-negeri jiran kita.

Dan Yang Dipertua, saya ingin, saya ingin kita melihat semua, ahli-ahli Dewan semua melihat, setiap hujung minggu ataupun setiap kali cuti sekolah ya, kita melihat jalan raya – jalan raya penuh, mereka bawak pergi bercuti. Dan kalau kita tanya ke mana mereka pergi, mereka tidak akan sebut ke Negeri Sembilan. Mereka akan pergi Pulau Pinang ya, baru-baru ni sahabat saya pergi ke Pulau Pinang 12 jam, sesak di highway, berkoyan, berduyun-duyun pergi ke Pulau Pinang. Kerana

Pulau Pinang dia ada banyak faktor-faktor pelancongan yang menarik minat. Bukan sahaja menarik minat, malah mereka berjaya mem-viral-kan tempat-tempat mereka sehingga begitu, sehingga anak-anak kita okey, keluarga, adik-adik kita semua kata, bila, mana nak cuti, kita ke Pulau Pinang. Ada taman dinosaur kalau kita pergi ke sana, kemudian kita ada Bukit Bendera. Walaupun Bukit Bendara tu telah lama Yang Dipertua, tapi itulah faktor yang membuatkan ramai orang berkunjung ke Negeri Sembilan, ke Pulau Pinang dan ekonomi setempat sangat, sangat memberi apa, bantuan kepada penduduk sekitar.

Jadi Yang Dipertua, saya mencadangkan Yang Dipertua, sekiranya selepas ini dalam masa 5 tahun ini, kita jadikan Negeri Sembilan ni tempat destinasi pelancongan yang utama dalam Malaysia okey, kita tak nak dengar lagi mereka ke Pulau Pinang, mereka ke Melaka, mereka ke Johor kerana ada Legoland, tapi lepas ni kita nak dengar mereka ke Negeri Sembilan kerana ada kereta, kereta apa, apa kereta, kabel? Kita pun nak buat kereta kabel, Yang Dipertua. So kita kena buat ni Yang Dipertua. So perlahan-lahan kita buat. Tapi yang pentingnya Yang Dipertua, apa yang kita ada sekarang kita mantapkan dan kita buat engagement dengan swasta. Kemudian yang paling penting, kita kena viral-kan. Sekarang semua viral. Kalau kita tak viral Yang Dipertua, apa saja produk kita tak akan laku ya.

Yang Dipertua, yang seterusnya berkenaan dengan pertanian, Yang Dipertua saya nak sentuh pertanian sebab saya telah melihat di kawasan-kawasan di DUN Lenggeng, ada tanah-tanah besar yang bukan terbiar, tetapi tidak digunakan sepenuhnya. Apabila saya bertanya dengan mereka yang duduk situ, mereka kata itu adalah tanah, tanah padang ragut. Tetapi apabila saya pergi berjumpa dengan pihak yang berkenaan, mereka mengatakan padang ragut ini dalam status permohonan, belum lagi lulus untuk di, di, digunapakai. Tetapi bagaimanapun mereka hanya pakai, mereka pakai jugak, walaupun masih tidak lulus, sebab, sebab tidak lulus, saya pun tidak tahu Yang Dipertua. Tetapi masalahnya Yang Dipertua, sekarang ini isu dia adalah isu ramai orang-orang kampung yang tidak ada kerja. Sekiranya di tanah tu ada 200 ekar, padang ragut 200 ekar terbiar begitu sahaja, yang kita nak sekarang adalah berkenaan dengan pertanian. Tanam cili 2 bulan, 3 bulan boleh dapat duit. Tanam sayur-sayuran, sawi, kobis. Sekiranya kita, Kerajaan Negeri memberi kebenaran untuk digazet balik padang ragut ni untuk bukak kepada mereka-mereka yang berkeupayaan, berkeinginan atau yang tak bekerja untuk menyumbangkan, untuk menggunakan tanah tu untuk memantapkan sektor ekonomi di kampung mereka. Ini dapat, sangat-sangat dapat membantu Yang Dipertua, kan. Apa, maksudnya sekiranya sebulan mungkin mereka dapat menjana income 2,000.00 – 3,000.00 – 4,000.00 bergantung

kepada berapa tanah mereka dapat dan bagaimana subsidi kerajaan yang kita boleh bagi kepada penduduk-penduduk.

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan YB.

Ya?

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan, dah habis masa.

Baiklah Yang Dipertua. Jadi penggulungan saya Yang Dipertua, saya melihat kesusahan rakyat pada hari ini dan kerajaan, Kerajaan Negeri haruslah melihat kesusahan ini dengan cara mem, membantu memberikan subsidi, memperbanyakkan lagi Jualan-Jualan Rahmah dan membawa agensi-agensi lain bersama-sama dengan Kerajaan Negeri untuk membuat Jualan-Jualan Rahmah ni, seperti contohnya seperti Pusat Zakat ya, kemudian mungkin daripada sektor-sektor GLC-GLC yang berada di Negeri Sembilan. Saya pun faham mereka ada bagi barang-barang bantuan. Saya nak dia orang rancakkan barang keperluan, kerana ekonomi kita berada di dalam keadaan yang sagnat sudah. Yang Dipertua saya tutup perbahasan ni, maka saya menyokong usul daripada Johol. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Dijemput YB Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ini merupakan ucapan sulung saya sebagai ADUN Gemencheh, Dato’ Yang Dipertua. Dalam perbahasan yang pertama ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi di N25 Gemencheh kerana telah memberi kepercayaan kepada saya dan ini adalah tanggungjawab yang amat besar. Justeru itu, saya akan terus komited dan terus berkhidmat demi warga Gemencheh.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, dan tahniah juga kepada barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah dilantik. Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang menjalankan tanggungjawab dengan amat baik bagi pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Di samping Kerajaaan Negeri telah melaksanakan Jualan Ladang Negeri Sembilan Prihatin untuk menangani masalah kenaikan harga barang dan keperluan asas yang sekarang ini kami di peringkat DUN Gemencheh, telah memperluaskan di seltiap kampung-kampung di DUN Gemencheh.

Dato’ Yang Dipertua, yang pertamanya, baru-baru ini sedang berlangsung promosi filem Gemencheh Boy di seluruh negara. Filem ini yang menceritakan tentang sukan kriket di Gemencheh. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri memberi sokongan dan dokongan dan sama-sama mempromosikan filem ini yang berlatarbelakangkan kehidupan felda di Felda Bukit Rokan Utara di Gemencheh. Saya mengharapkan juga agar Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan untuk sukan kriket di Negeri Sembilan. Dan kita juga, kita juga di Negeri Sembilan adalah antara juara kebangsaan kriket.

Dato’ Yang Dipertua, yang keduanya saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri mengkaji semula elaun Ketua-Ketua Adat yang saya dimaklumkan elaun Datuk Lembaga cuma ada RM200.00 dan tiada elaun kepada datuk, Datuk-Datuk Buapak dan Ibu Soko. Diharapkan kerajaan mempertimbangkan baliklah elaun bagi Datuk-Datuk Adat ni.

Yang ketiganya, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mohon Kerajaan Negeri Sembilan melalui agensi-agensi memperluaskan atau menaik taraf eko pelancongan di kawasan Gemencheh. Ini kerana di Gemencheh, kami ada produk maman, iaitu makanan yang tersenarai antara makanan yang tersedap di dunia. Dan kami juga ada Estet Ikan MyKP Sungai Jerneh. Estet ikan ini kami jadikan pusat rekreasi yang telah mendapat perhatian daripada stesen televisyen negara Jepun yang telah datang membuat rakaman program mengoca. Dan kami juga menjaga, menjalankan program Pesta Mengoca pada setiap kali ikan ini dituai hasil. Terima kasih kepada Jabatan Perikanan yang sentiasa membantu kami di Gemencheh.

Di Gemencheh juga terdapat bukit-bukit tempat para hikers menjalankan aktiviti-aktiviti con, contohnya di Bukit Tok Saih di kampung saya sendiri di Kampung Tenai; Bukit Ramunia di Kampung Air Rawa. Dan mohon juga Jabatan Perhutanan mewartakan tempat Bukit Ramunia ni sebagai tempat, tempat rekreasi pendakian. Dan juga Bukit Motohorn di Felda Sungai Kelamah. Diharapkan pihak Kerajaan Negeri dapat membantu memperluaskan eko pelancongan yang berpotensi di Gemencheh.

Yang keempatnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin me, isu, isu gerai penjaja di Gemencheh yang mendapat notis pemutihan atau dirobohkan pada hujung tahun ini. Untuk maklumat Yang Dipertua, permohonan lesen Majlis ini perlu ada permohonan LPS yang bayarannya sebanyak 1,500.00 ringgit setahun. Dan deposit 1,500.00 bayaran untuk, satu kali bayaran. Dan tak ada, orang cakap tak ada kompromilah. 1,500.00, 3,000.00 tu dah tentu untuk bayaran permohonan lesen untuk LPS dan

sebagainya. Dan belum lagi apa, permohonan pelan dan sebagainyalah. Ini adalah antara yang membebankan peniaga-peniaga di Gemencheh. Dan harap Kerajaan Negeri mempertimbangkanlah bayaran ni, macam mana kita mendekatkan pihak kerajaan untuk memudahkan serta mencari jalan penyelesaian agar permohonan lesen peniaga kecil ni tidak membebankan merekalah. Kita harapkan, kita kaji baliklah bayaran-bayaran ni yang dikenakan kepada penjaja.

Dan akhir sekali Dato’ Dipertua, sekian ucapan dari, saya menjunjung penuh titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Saya mohon menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita bahas semua ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih kepada ucapan Tuanku. Jadi sekarang saya buka pada ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan untuk berbahas. Saya buka, saya tak perlu sebut nama, siapa boleh dulu. Ampangan, boleh Ampangan? Belum lagi. Linggi?

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada semua ahli yang, ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Dan telah menyentuh isu mengenai portfolio perindustrian dan juga hal ehwal bukan Islam.

Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin menjawab isu yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lobak dan juga Yang Berhormat Lukut. Ni mengenai isu perkuburan, isu perkuburan yang tidak mencukupi. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Lobak dan juga Yang Berhormat Lukut, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perancangaan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia Negeri Sembilan) telah menyediakan Laporan Inventori Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Sembilan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan Dan Hal Ehwal Bukan Islam yang ber, bersidang pada 11 Mei 2023. Laporan inventori ini akan mengandungi maklumat berkaitan lokasi, luas, badan pengurusan dan lain-lain, lain-lain lagi bagi setiap jenis rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, tokong, gereja dan sebagainya. Penyediaan laporan inventori ini juga melibatkan kerjasama daripada semua Pejabat Daerah Dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan dalam membekalkan maklumat berkaitan dengan rumah ibadat bukan Islam yang terdapat di daerah masing-masing.

Melalui penyediaan inventori ini, dapat membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengawal, memantau kemudahan ibadat bukan Islam dan juga kubur yang tidak berdaftar. Dan sudah tentunya bagi pihak

Kerajaan Negeri, kita akan sentiasa dari masa ke semasa mendengar pandangan dan juga cadangan daripada ahli Yang Berhormat serta NGO-NGO yang berkaitan dengan pengurusan perkuburan bukan Islam agar kita dapat sama-sama untuk menyelesaikan isu kekurangan perkuburan bukan Islam di Negeri Sembilan.

Seterusnya mengenai isu, yang isu ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lukut, di mana rakyat bukan Islam di Negeri Sembilan terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan juga budaya. Maka kaedah pengebumian juga adalah agak unik mengikut amalan agama masing-masing. Sebab sebelum ini Yang Berhormat Lukut ada mengutarakan bahawa kos untuk pengebumian bagi bukan Islam agak tinggi. Jadi dalam perkara ini, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa terbuka untuk mendengar cadangan atau pandangan mengenai kaedah pengebumian bukan Islam daripada NGO ataupun persatuan keagamaan.

Dan seterusnya mengenai perkara yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Paroi tadi, mengenai isu kuil di Taman Bukit Senawang Perdana. Yang Berhormat Paroi ada dalam Dewan, oh tak ada dalam Dewan. Jadi saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa sebenarnya sepanjang 5 tahun ini, sejak 2018, banyak usaha ataupun perundingan telah pun dijalankan oleh ahli Yang Berhormat daripada Nilai, ahli Yang Berhormat yang daripada Lobak dan juga mantan Yang Berhormat Paroi, mereka telah pun banyak kali berjumpa dengan jawatankuasa kuil tersebut. Dan sebenarnya kami telah pun berjaya membantu kuil tersebut untuk menga, mengenal pasti sebidang tanah di mana sepatutnya kuil tersebut perlu pindah ke tanah tersebut. Tetapi padahalnya, pada awalnya Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa ni apa, perbelanjaan untuk memindahkan kuil tersebut, dia cuma melibatkan lebih kurang dalam 40,000.00 sahaja. Dan pada masa itu, pihak pemaju juga telah pun bersetuju untuk menampung perbelanjaan tersebut. Tetapi selepas tanah telah pun dikenal pasti, dan kami pulak dimaklumkan oleh pihak kuil, perbelanjaan keseluruhan untuk memindahkan kuil tersebut ia meningkat kepada lebih kurang 400,000.00 ringgit ini. Jadi ini, dia secara langsung telah pun sedikit sebanyak men, melambatkan proses kami untuk memindahkan kuil tersebut.

Saya rasa kami yang berada di dalam Dewan ini, kami memang adanya harapan untuk nak memastikan bahawa isu ini dapat diselesaikan dalam keadaan yang harmoni. Dan di sini saya juga mengambil kesempatan untuk, saya secara rasmilah, saya menjemput Yang Berhormat Paroi, sebab ini isu bersama kita. Jadi saya rasa, untuk pertemuan ataupun untuk perundingan yang pada, yang akan datang, saya, saya akan

menjemput Yang Berhormat Paroi untuk kita sama-sama turun sekali untuk kita selesaikan perkara ini. Saya rasa tanah kita telah pun kenal pasti dan seterusnya saya rasa dari segi kewangan dia, kita perlu lihat macam mana kita boleh membantu mereka. Dan yang paling penting, kita nak situ sentiasa kekal harmoni.

Dan untuk makluman Yang Berhormat Paroi, kalau tak silap, pengerusi ataupun jawatankuasa taman tersebut telah pun berjumpa saya, 2 minggu yang lepas, dan saya juga memaklumkan kepada mereka; ini sesuatu yang memang di dalam tindakan Kerajaan Negeri. Jadi saya rasa, saya berharap Yang Berhormat Paroi, boleh balik memberi penjelasan kepada penduduk di situ. Dan saya sudi turun bersama dengan Yang Berhormat Paroi untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Dan sama juga untuk jawatankuasa kuil, kita juga akan berjumpa dengan mereka dan lihat macam mana kita boleh mengharmonikan keadaan tersebut. Itu apalah, jawapan saya kepada Yang Berhormat Paroi dan juga untuk maklumat semua ahli Yang Berhormat. Jadi saya rasa itu sahaja. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya jemput YB Kepayang. Bukit Kepayang.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang menekankan kepentingan perpaduan dan kebersamaan demi keharmonian rakyat, sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin bin Harun, dilantik sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal yang kedua. Dan kepada Dato’ M K Ibrahim yang baru dilantik sebagai Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan yang mulia ini.

Harapan rakyat. Baru-baru ini kita dapat melihat perubahan besar dalam landskap politik dan corak pentadbiran kerajaan. Kami berjaya membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan yang stabil dan utuh susulan daripada permuafakatan yang tercapai di kalangan pimpinan parti. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Perpaduan ini harus melalui proses perbincangan untuk mencapai permua, permuafakatan ini, baik untuk peruntukan pembangkang ataupun untuk lantikan Timbalan Speaker. Baik, saya percaya, permukatan, permuafakatan ini akan dicapai kelak setelah proses perbincangan ini selesai dijalankan. Suka saya untuk kongsikan serangkap pantun yang saya pinjam daripada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Kalau anda ingin pergi memancing, Jangan lupa bawa umpan, Sekarang kita sudah kamceng, Demi generasi masa depan.

KPI saya sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian. Penghargaan kepada pengundi DUN Bukit Kepayang yang memilih saya sekali lagi untuk penggal kedua sebagai ADUN Bukit Kepayang. Saya ingin juga menzahirkan ucapan terima kasih saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang memberi kepercayaan kepada saya dengan melantik saya sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian pada tanggal 24 haribulan Ogos 2023. Hari ini adalah genap 1 bulan 17 hari saya dinobatkan sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian. Namun begitu, saya rasa saya ada satu, dengan izin, big shoes to fill, ataupun kerana beliau sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian semasa, beliau sebagai Exco Pelancongan, beliau telah raise the bar, dengan izin, dengan semangat dan inisiatif dan begitu apa nama, ke, kewibawaan beliau. Itu sebabnya saya masih perlu tunjuk ajar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya saya dapat melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya.

KPI saya yang pertama, sebagai Exco Pelancongan adalah untuk menswastakan LPNS. LPNS walaupun namanya “Lembaga”, LPNS ni cuma satu unit yang duduk di bawah SUK. Saya rasa untuk kita dapat menjalankan promosi pelancongan Negeri Sembilan, kita harus ada satu pendekatan swasta iaitu kita kena, dengan izin, GLC-kan LPNS. Dan saya akan cadang, kertas kerja saya rasa sudah naik ke bahagian UPEN, untuk di, dikaji dan di, diteliti supaya LPNS dijadikan sebagai satu anak syarikat di bawah MBI. Dan saya rasa ini akan banyak membantu untuk gerak kerja promosi pelancongan Negeri Sembilan sebab kita dapat capai satu tahap yang Lenggeng inginkan.

KPI yang kedua adalah supaya kita adakan pakej pelancongan. Semasa saya, saya sudah men, dapat mengenal pasti apa masalah sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Mengapa pelancong-pelancong, dia cuma singgah di Negeri Sembilan, mungkin untuk makan ataupun shopping, selepas tu dia mungkin pergi ke Perak, ke Penang ataupun Pahang, ataupun Melaka. Tapi dia suka, dengan izin, skip Negeri Sembilan. Masalah kita adalah kita tak ada pakej pelancongan. Walaupun kita ada 200 lebih produk pelancongan, kita sudah ada banyak produk pelancongan yang sungguh mantap, tapi tak ada pakej. Ini bermakna, kalau Mat Saleh dia sampai ke KLIA, dia nampak, oh Gunung Angsi. Gunung Angsi, tapi dia tak ada pakej pelancongan. Dia terpaksa Google pergi Gunung Angsi, cari penginapan sendiri, cari logistik sendiri. So itu sebabnya setiap daerah di, di, dilontarkan cabaran

untuk mengeluarkan pakej pelancongan sekurang-kurangnya 2 malam 3 hari. Kalau kita boleh, kita laksanakan mungkin 3 malam 4 hari. Tapi setelah kita dapat pakej pelancongan ini, kita akan padankan dengan agensi-agensi pelancongan supaya agensi pelancongan ini tidak ada alasan kata; oh tak ada produk yang menarik di Negeri Sembilan.

Daripada 200 lebih agensi pelancongan yang berdaftar di bawah MATTA dan NCTA di bawah Negeri Sembilan, 95% adalah mereka buat pakej umrah dan haj. Yang 5% ini, dia buat pakej outbound iaitu dia membawa Negeri Sembilan keluar melancong di luar Negeri Sembilan. Ada 0% yang buat inbound. Itulah cabaran yang saya, supaya kita dapat, kalau tidak mendorong, mendesak atau memaksa agensi pelancongan untuk jual pakej inbound, untuk buat pakej inbound. Ini adalah inisiatif atau usaha yang sedang dilaksanakan oleh LPNS.

Cabaran ketiga, KPI ketiga, saya sebagai Exco Pelancongan, adalah untuk menarik pelancong asing. Bagaimana kita boleh tarik mereka masuk ke Negeri Sembilan. Saya boleh bagi contoh di Sarawak ada Festival Rain Forest. Kita boleh adakan festival yang memaparkan keunikan Negeri Sembilan. Kerana unik, Negeri Sembilan sendiri adalah unik kerana inilah satu-satunya negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. Daripada 13 negeri di seluruh Malaysia, kita mengamalkan Adat Perpatih dan kita ada sistem matrilineal, kita boleh menggunakan keunikan ini untuk memasarkan Negeri Sembilan. Dan juga identiti, Negeri Sembilan identiti termasuk kerongsang ini, bunga lado. Kita boleh pasarkan baju separuh tingkat, atau setengah tingkat. Kita akan cuba dapat mem, production untuk cenderahati-cenderahati dan dapat dijualkan kepada pelancong-pelancong asing.

Suka saya bagi contoh tentang engagement dengan swasta. Baru-baru ini saya dapat lebih kurang 120 pelancong dari, bangsa Cina daripada Vietnam, Singapura, Indonesia, Mainland China, Taiwan, mereka datang untuk satu pesta kebudayaan Guan Gong, pesta kebudayaan Cina di Seremban dan saya sudah, pihak LPNS telah engage dengan kilang di Pantai; Far East Foam supaya mereka menerima pelancong ini, dan kerana produk mereka diimport, sebelum ini mereka mengimport produk mereka ke luar negara. Dan sekarang kami bawa pelancong ini pergi ke kilang pan, di Pantai. Dan juga kita bawa mereka pergi ke shopping untuk Siew Pow.

Saya bagi contoh di Kuala Pilah, dia sangat famous, popular dengan emas yang paling murah di seluruh Malaysia. So apabila kita bawa pelancong ke Kuala Pilah, wajib untuk bawa mereka ke kedai emas. Itulah engagement yang kita sedang buat. Dan juga gula enau. Gula enau Kuala Pilah juga sangat unik, negeri lain. Dan dari segi penceritaan itu amat

penting. Kalau kita beritahu gula enau, tak menarik. Tapi kalau kita guna penceritaan yang melibatkan apa tu, sedikit cerita dongeng, yang kita ha, ada licence untuk memberitahu, kita kata; kalau kita ketuk gula enau, kalau dia rasa sedih, gula tu tak manis. Benda ini kita akan buat melalui training of trainers di mana pelan, tourist guide akan diberi training untuk membawa penceritaan yang menarik ini untuk menarik pelancong.

Mohon mencelah?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya?

Mencelah?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Mencelah okey.

Berkenaan dengan engagement dengan swasta. Saya ingin bertanyakan dengan Exco Pelancongan, di DUN Lenggeng contohnya kita ada hutan lipur. Ada pihak swasta yang berminat untk bangunkan chalet di kawasan tu. Tapi tu milik kerajaan, Pengarah hutan dan sebagainya. Adakah dibenarkan di sini? Contohnya di, di Selangor, di Kemensah kita lihat dia punya hutan lipur ada chalet dan sebagainya. So mungkin kita boleh di sini, engagement dengan swasta. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Memang kita menggalakkan pengusaha untuk mendirikan chalet. Tapi mereka terpaksa melalui proses KM dengan MBS, kena buat permohonan. Dan sekarang, kita cuba ya, sorry ….

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Untuk jawapan soalan tersebut. Kita tak benarkan untuk kawasan tanah, tanah Hutan Simpan kita tak benarkan. Terima kasih.

Saya minta mencelah sikit, boleh? MB mintak maaf saya tanya, kalau sekiranya dia hanya letak macam kabin, maksudnya tidak, tidak, bukan bangunan kekal. Adakah dibenarkan? Sebab ramai yang berminat untuk buat macam tu. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Itu yang kita katakan, kita tak benarkan apa-apa pembangunan di kawasan di tanah simpanan, tanah Hutan Simpan. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya rasa Yang Amat Berhormat sudah jawab soalan tu. Penghargaan saya juga diberikan kepada ADUN yang berbahas dalam sesi menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang

di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Dan juga penghargaan kepada semua warga LPNS yang bekerja keras untuk mempromosikan pelancongan.

Izinkan saya untuk jawab beberapa isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Lui, yang bertanyakan Jempol sebagai salah satu pusat sukan permotoran. Jawapannya adalah Daerah Jempol telah mempunyai 3 tarikan. Sungai Lui tak ada, so saya skip. Nak, nak, okey, yang perlu ditingkatkan aktiviti yang menarik …..

Tak apa, tak apa. Saya wakil Jempol, boleh? Boleh, boleh, teruskan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Daerah Jempol mempunyai 3 tarikan utama sukan permotoran iaitu Kompleks Sukan Permotoran Jempol; Jempol Drag Racing yang diusahakan oleh Syarikat PRD Empire, yang kedua: Dataran Seri Jempol; Litar Kejohanan Cub Prix, diselenggara oleh Majls Perbandaran Jempol (MPJL), yang ketiga: Litar Motorcross Air Hitam. Dan di antara aktiviti yang telah dijalankan selepas PKP seperti berikut:

• 16 – 17 Julai 2022: Kejohanan Cub Prix Petronas Pusingan Kelima Musim 2022 di Dataran Bandar Seri Jempol.

• Pada 11 dan 12 Februari 2023: MYFIT@motocross. Perlumbaan Motocross KBS Peringkat Zon Selatan, Litar Motocross Air Hitam.

• Pada 11 dan 12 Mac 2023: Kejohanan Cub Prix Petronas Pusingan Kedua Musim 2023, Dataran Bandar Seri Jempol.

Pihak MPJL akan menganjurkan Kejohanan Motocross Jempol 2023 pada 4 dan 5 haribulan November 2023. Dan telah mengemukakan permohonan kepada pihak penganjur Cub Prix bagi persediaan perlumbaan tahun 2024.

Pihak MPJL akan sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk penganjuran sukan permotoran dalam Daerah Jempol sekaligus menaikkan imej daerah sebagai hab permotoran.

Boleh saya mencelah?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ya.

Saya nak tanyalah, pasal yang drag, litar drag tu, saya nampak dulu telah dilantik satu agensi tetapi tidak berfungsi pun. Adakah perlu di, ditender semula ataupun dilantik agensi baru. Saya cadangkan elok dibagi peluang kepada orang lainlah sebab yang lama tu tidak berminat dan merosakkan imej Menteri Besar kita. Dah beri peluang, tapi tak, tak bangunkan. Mohon apa ni, pencelah, penjelasan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Sekarang saya tak ada jawapan. Saya akan jawab secara bertulis, okey. Untuk menjawab Yang Berhormat Chembong, yang membangkitkan tentang Pengkalan Nelayan Sungai Timun diwu, mewujudkan pakej memancing udang galah sepit biru untuk menarik pelancong setempat, domestik dan antarabangsa. Jawapannya adalah; Pengkalan Nelayan Sungai Timun merupakan salah satu pengkalan nelayan berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan. Terdapat 8 orang nelayan berlesen di Pengkalan Nelayan Sungai Timun, yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai dengan menggunakan peralatan menangkap ikan antaranya jaring hanyut, bubu dan rawai. Namun, mereka tidak terlibat dengan eko pelancongan yang membawa pem, penumpang memancing. Terdapat 3 pengusaha persendirian yang membawa pemancing-pemancing udang galah di Sungai Rembau. Kekerapan pemancing bergantung kepada musim udang galah dan berdasarkan faktor pasang urut, surut dan kualiti air Sungai. Dianggarkan setiap pengusaha bot membawa 15 orang pemancing sebulan dengan pendapatan 1,000.00 ringgit sebulan.

Okey, untuk menjawab Yang Berhormat Seri Menanti dan Paroi. Untuk, yang mencadangkan untuk mewujudkan hab pelancongan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Jawapannya; Adat Perpatih meliputi pra syarat kepimpinan dan persempadanan, matrilineal, bahasa dan budaya, ekonomi, kesopanan dan harta dan cerita rakyat. Di Minangkabau, adat mereka juga mempunyai terasnya. Perbezaan dengan Negeri Sembilan adalah dari segi kearifan local atau local genius masing-masing. Di Minangkabau, iaitu Sumatera berat, Barat yang mempunyai Nagari-Nagari, sekitar 700 Nagari seperti Nagari Payakumbuh, Nagari Sarisemalak, Nagari Simanglagang dan lain-lain pelancongan adat Minangkabau dapat diketengahkan mengikut keunikan nagari-nagari ini.

Sehubungan dengan itu, pelancongan Adat Perpatih Negeri Sembilan dapat dilaksanakan dan usaha-usaha ini telah berjalan dengan mengetengahkan konsep Jelajah Keilmuan Adat Perpatih seperti pernah dilaksanakan di Luak Gunung Pasir pada tahun 2022, di Luak Ineh tahun 2023, dan untuk 2024, Luak Inas, bukan Ineh, dan 2024 adalah Luak Terachi. Pakej Jelajah Adat ini telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia atas dasar Luak ini di bawah Payung Duli Tuanku. InsyaAllah Jelajah Keilmuan ini akan diteruskan ke Luak-Luak lain. Dalam pakej ini dapat ditonjolkan keunikan Adat Perpatih untuk pelancongan ilmu di

mana keunikan Syura pemimpin-pemimpin Adat, keindahan Luak-Luak seperti gunung, sungai dan lain-lain. Begitu juga keunikan senibina, kulinari adat, pencerahan-pencerahan Adat dengan Ketua-ketua Adat. Jadi keunikan Adat Minangkabau dengan kelebihannya dan Adat Perpatih dan dengan kelebihannya adalah di Luak-Luak yang kesemuanya adalah di Luak yang 20 Luak termasuk Luak Naungan.

Yang Dipertua Dewan

YB, YB.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Ada, ada 2 lagi.

Yang Dipertua Dewan

Kita bukan jawab soalan-soalan satu. Kita menggulungkan aja. Kalau boleh ringkaskan.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okey …..

Yang Dipertua Dewan

Ini menggulung ucapan dasar, ucapan ….

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Untuk menjawab …..

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kenapa?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Boleh tak saya pendekkan …..

Memberikan panduan, terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas pedoman.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Boleh mencelah lagi tak? Dato’ Speaker boleh mencelah lagi Dato’ Speaker?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okey. Saya ikut petua Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Boleh saya mencelah? YB Exco, saya nampak dari keterangan dari YB Exco tadi, kita dah ada pelancongan dalam, dalaman. Dan yang dibangkitkan daripada 100% yang agensi, 95% melibatkan haji dan umrah, 5% adalah membawa pelancong tempatan ke luar. Kenapa kita, Kerajaan Negeri tidak memfokus kepada pelancongan perubatan sebab kita lihat ramai pelancong daripada Indonesia, daripada negara luar nak datang ke Malaysia pakej perubatan. Kita dekat dengan KLIA. Itu yang pertama.

Yang kedua, pakej pelancongan sukan. Apabila pakej, contoh, di Australia, di Melbourne setiap bulan akan diadakan maraton. Apabila setiap bulan, dia dah jadikan satu takwim iaitu orang luar akan datang ke Melbourne untuk menyertai half or full marathon, dengan izin, 42 dengan 21 iaitu, jadi setiap bulan akan aktiviti sukan maraton.

Yang ketiga, saya nak sebutkan apabila saya melihat satu tindakan yang cukup baik daripada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat apabila turut bersama-sama turun ke padang dalam aktiviti mengoca, mengoca atau pertandingan di sawah yang dibuat setiap tahun. Untuk orang Singapura, aktiviti-aktiviti ini cukup menarik hati mereka. Mereka tak pernah rasa ber, berada dalam situasi begini. Dan mereka juga sudi duduk 3 hari 2 malam untuk, dan satu ketika dahulu mereka sudi untuk mengadakan, untuk agama Islam, mereka membuat korban. Maksud dia, sekarang ni, saya setuju dengan YB Speaker itu hari, orang Negeri Sembilan buat korban di Kemboja, buat korban di negara luar, tapi sebenarnya kita ambil dari sudut pelancongan. Saya tak sebut dari sudut agama, sudut pelancongan. Kenapa kita tak tarik orang-orang dari negara maju ini, datang untuk mengadakan program-program ini, 3 hari

2. Mereka akan menetap, mereka akan menetap menyambut Aidiladha bersama. Jadi saya lihat ini adalah peluang yang, yang ada di Negeri Sembilan sebab kita berhampiran dengan lapangan terbang. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas pencelahan daripada Yang Berhormat Gemas. Memang ini menjadi KPI kami yang ketiga iaitu menarik pelancong asing melalui pelancongan yang berbagai sektor, perubatan. Kita ada banyak international school juga, dengan izin, kita ada festival kebudayaan, kita boleh adakan dan dapat memaparkan keunikan Negeri Sembilan. Dan juga sukan, baru-baru ini kita ada satu international skuasy event di mana top 5 player in the world, dengan izin, akan datang ke Negeri Sembilan untuk satu tournament skuasy pada bulan 11. Dan kita akan menggunakan kesempatan ini untuk membawa pemain-pemain antarabangsa ini untuk melawat lokasi pelancongan kami seperti Lorong Seni yang paling seni yang paling panjang di Malaysia iaitu 500 meter. Kita akan buat sesi meet and greet fans dengan pemain international ini, dari Egypt, top player skuasy sekarang di dunia adalah dari Egypt. So kita bawa mereka dan saya rasa, mereka ada ramai peminat-peminat yang akan ikut dengan Youtube mereka, dengan, itu yang kita dapat viral-kan tempat-tempat pelancongan di Seremban.

Okey, dengan ini saya sekali lagi memberi penghargaan kepada semua warga LPNS yang bekerja keras untuk mempromosikan pelancongan di Negeri Sembilan dan juga warga JKKN juga untuk mempromosikan kebudayaan dan keseniaan, sama juga dengan warga Kraftangan, dan

juga warga UPEN yang banyak membantu. Sebutan khas untuk Puan Razmona yang banyak membantu LPNS untuk buat dasar-dasar kami. Dan, dan juga kepada semua penjawat awam yang secara langsung atau tidak langsung membantu saya melaksanakan tugas saya sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Keseniaan. Saya mengakhiri dengan pantunlah kerana Kerajaan Perpaduan kan.

Sedap sungguh buah bidara, Sedap lagi buah pulasan, Jangan lupa Rukun Negara, Kesopanan Dan Kesusilaan.

Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama. Jadi saya pun ada pantunlah. Sebab Chembong tadi kan, jadi

YB Chembong datang berkunjung, YB Nicole Exco Pelancongan, Amanah rakyat kita junjung, Beban rakyat kita mahu ringankan.

Okey, saya jemput Palong.

Dato’, Dato’ Speaker, saya nak bertanya sikit. Yang sekarang ni kita dalam sesi menggulung ya, penggulungan. Jadi adakah sesi, Dato’ Speaker membenarkan mencelah ataupun apa ni, pertanyaan-pertanyaan daripada kami.

Yang Dipertua Dewan

Tapi, dia nanti jadi soalan macam sesi soalan lisan baliklah. Tapi ni, sesi membahas usul untuk apa, ucapan menjunjung kasih kepada Tuanku. Tapi boleh, tapi kita tak nak balik kepada terlalu banyak pencelahan kan, penerangan. Jadi kita nak selesaikan perbahasan ini, penggulungan Exco petang ni ya. Besok insyaAllah apa ni, Menteri Besar boleh gulung keseluruhannya. Saya, Palong bersedia? Belum. Pilah?

Assalamualaikum, salam Sejahtera. Yang, Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah memperolehi mandat untuk terus mengetuai kepimpinan kerajaan, kerajaan. Tahniah juga kepada Dato’ Yang Dipertua atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dan seluruh ahli Dewan atas kemenangan pada PRN yang lepas.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga DUN Pilah kerana memberi mandat kepada saya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 yang lalu. Tidak lupa juga kepada seluruh petugas SPR, pegawai-pegawai kerajaan, anggota keselamatan yang bekerja keras sepanjang tempoh pilihan raya yang lepas. Tahniah juga diucapkan kepada Yang Dipertua, kerana dilantik sebagai Speaker.

Dato’ yang Dipertua, dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyeru seluruh warga Negeri Sembilan agar mengekalkan keharmonian institusi kekeluargaan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan. Wanita merupakan golongan yang memberi, yang memainkan peranan penting dalam pembinaan sebuah negara bermula daripada rumah sehingga pentadbiran. Oleh itu, golongan wanita perlu seiiring dengan arus pemodenan masa kini. Bukan setakat itu sahaja, saya juga berharap agar warga Negeri Sembilan sentiasa peka terhadap ahli keluarga agar tidak melibatkan diri dalam masalah sosial yang akan mengganggu gugat kesejahteraan rakyat. Rakyat di Negeri Sembilan seharusnya melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi.

Dato’ yang, Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Lobak iaitu mengenai manifesto kerajaan bantuan kewangan sebanyak 200.00 ringgit kepada warga emas 70 tahun ke atas. Untuk maklum balas ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku agensi pemberi bantuan kini sedang menguruskan Bantuan Warga Emas di bawah peruntukan Persekutuan iaitu sehingga bulan Ogos 2023 sebanyak 8,078 kes dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak Ringgit Malaysia 35,030,000.00. Kadar bagi penerima bantuan adalah Ringgit Malaysia 500.00 sebulan dan kelayakan asas adalah berumur 60 tahun ke atas, warganegara Malaysia dan berba, berpendapatan bawah Ringgit Malaysia 1,169.00 sebulan.

Merujuk kepada Manifesto Kerajaan Perpaduan, bantuan 200.00 ringgit bagi warga emas berumur 70 tahun ke atas oleh pihak Kerajaan Negeri Sembilan perlu ditentukan ataupun menentukan tatacara pemberian dan agihan bantuan supaya bantuan akan dapat diagihkan dengan cekap, betul dan memberi manafaat kepada kumpulan sasar. Dalam hal ini, urusan ini, pandangan daripada agensi-agensi yang berkaitan seperti UPEN, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri, Pejabat Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan diambil kira untuk melaksanakan Manifesto Kerajaan Perpaduan ini. Jadi, semua tindakan yang di atas akan dijangka mengambil masa. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan segera yang mungkin bagi memastikan manifesto ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Penjelasan. Yang 200.00 tu, tawaran 200.00 tu, dia akan agih tahun bila? Agak ambil kira tahun ‘23? Termasuk? Jikalau dia agihkan on next year.

YB, RM200.00 itu adalah merupakan manifesto yang baru untuk Kerajaan Perpaduan. Jadi, mekanisma yang perlu kita laksanakan perlu melihat pada perbincangan di peringkat UPEN, Pejabat Menteri Besar, Pejabat Kewangan Negeri dan agensi-agensi yang terlibatlah. Jadi, keputusan semua kita melihat pada agensi-agensi itu sebelum dilaksanakan. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Erti itu yang umur 70 tahun ke atas kami pun tak tahu bilangan berapa. Agak-agak jikalau kos jumlah berapa.

Belum, belum lagi.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Belum dapat tau.

Okey, nanti mungkin saya akan menyemak dan memberi jawapan bertulis, YB Lobak …..

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Okey, terima kasih.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey, sila, Senaling.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya menjawab beberapa persoalan yang disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat, saya juga seperti ahli Yang Berhormat yang lain, ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pengundi-pengundi saya di DUN Senaling dan jugak di atas sokongan. Dan jugak, nak juga merakamkan ucapan terima kasih kepada warga DUN Juasseh-lah sebab saya lama di Juasseh, jadi, berpindah kawasan, jadi saya nak ucap terima kasih juga kepada warga DUN Juasseh.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam perbahasan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Yang pertamanya Yang Berhormat Temiang ada menyentuh tentang penubuhan Majlis Perundingan TVET. Kita semua tahu bahawa ini satu perkara yang penting dan Kerajaan Negeri tidak ketinggalan untuk menubuhkan satu majlis perundingan kerana tumpuan kita sekarang ni

kepada pendidikan ataupun pembelajaran vokal, ni, teknikal ya, dan juga vokasional. Jadi untuk TVET di Negeri Sembilan ni memanglah sepertimana yang disebut oleh YB Temiang tu, memang telah pun dicadangkan. Dan sekarang ni pihak UPEN sedang dalam peringkat memuktamadkan deraf terakhir kita. Kerana nak menubuhkan jawatankuasa ataupun majlis perundingan ni kita perlu tentukan dia punya terms of reference dia Yang Berhormat ya, dengan izin, dan jugak cadangan keanggotaan dia, ahli majlis ni. Jadi kita di Kerajaan Negeri sedang memuktamadkan ya, penubuhan jawatankuasa TVET peringkat Negeri Sembilan ni.

Yang keduanya, YB Bagan Pinang menyentuh beberapa perkara. Yang pertamanya cadangan daripada Bagan Pinang tentang penubuhan ya, penubuhan Sekolah Berasrama Penuh ke, Sekolah Berprestasi Tinggi ni YB?

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Untuk di, untuk ditubuhkan di Port Dickson.

Sekolah Berprestasi Tinggi?

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Betul tu.

SBP ke SBT, saya pun salah catit. Berprestasi tinggi. Jadi untuk, berprestasi tinggi, memanglah ini satu cadangan yang baik. Tapi apa pun kita perlukan orang kata, persetujuan daripada kementerian melibat, apa juga yang melibatkan sekolah ni, kita perlu ada persetujuan daripada kementerian. Dan kalau kita lihat pada garis panduan kementerian ni, cadangan boleh kita buat tetapi Kementerian Pendidikan, mereka ada jawatankuasa pemilihan dia sendiri, SBT ya, dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi Pendidikan) dan banyak lagilah, pihak-pihak yang terlibat. Tapi apa pun cadangan ni cadangan yang baik. Dan kita akan teliti cadangan ni dan kalau ada kesempatan dan keperluan, kita kena panjangkanlah permohonan ini melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan atas permohonan YB Bagan Pinang untuk menubuhkan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di Daerah Port Dickson.

Di masa yang sama kalau, jugak YB sebut MARA tadi, MRSM. MRSM ni bawah MARA-lah, di bawah Majlis Amanah Rakyat. Pun boleh kita panjangkan kerana MARA pun duduk di bawah portfolio pendidikan jugak.

Dan seterusnya YB Bagan Pinang jugak menyebut tentang di Port Dickson ni dah ada yang terkenal dengan industri oil and gas ya, dan

mintak, cadangkan kemahiran ya, pusat kemahiran berkaitan oil and gas ni di Port Dickson. Ini permohonan Bagan Pinang dalam ucapan tadi. Dan untuk itu, saya nak maklumkan bahawa buat ketika ini memang terdapat beberapa pusat latihan yang bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di Negeri Sembilan yang sedia ada menjalankan program berkaitan dengan oil and gas ini. Yang pertamanya ialah, Kolej Vokasional Port Dickson. Dia ada kursus KV dan jugak pemban, Pembantu Jurutera Welding Fabrication berkaitan dengan oil and gas. Yang keduanya Institut Latihan Perindustiran Pedas (ILP Pedas) yang juga ada menawarkan kursus oil and gas, Operasi Fabrikasi Struktur Logam (Minyak, Gas & Petrokimia). Jadi dah ada YB ya. Di Negeri Sembilan memang sedia, tainggal lagi nak, di PD pun, yang mereka untuk nak dapatkan kemahiran dalam bidang ini boleh masuklah ke kedua-dua kolej sepertimana yang saya sebutkan sebentar tadi.

Seterusnya Yang Berhormat Gemencheh ya. Gemencheh ada sebut tentang sukan kriket ni. Saya tahu yang terlibat ni adalah sekolah, Sekolah Bukit Rokan rasanya, Rokan Utara. Memang kita ucap tahniahlah kepada sekolah luar bandar yang jauh ni, di Gemencheh ni, menjadi johan ya, mendapat melahirkan pemain-pemain kriket yang, yang baik. Sebenarnya Negeri Sembilan ni, selain daripada sukan kriket ni Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kita pun ada sukan lain jugak yang kita hebat ni. Seperti contohnya softball ya, softball pun kita johan kebangsaan jugak. MSSM kita baru saya raikan baru-baru ni, dia pun johan bawah 18 tahun, wanita, lelaki. Johan keseluruhan baru-baru ini.

Jadi untuk ini, yang Berhormat mintak kalau ada perhatian. Memang kita beri perhatian, kita memang memberi perhatian kerana kita bukan sahaja menumpu dalam soal pendidikan, pencapaian akademik ni, tetapi jugak kita melihat kepada bakat ya, khususnya dalam bidang sukan ni. Jadi kita akan bincang apakah insentif yang boleh kita salurkan sedikit sebanyak kepada sekolah-sekolah yang memang excellent dengan izin, atau memang terbilanglah dalam sukan-sukan tertentu ni. Ini pun kita kena bincanglah. Apa pun terima kasih YB kerana highlight-kan sukan kriket di Sekolah Bukit Rokan Utara ni.

Kemudian satu lagi perkara yang disebut, Seri Menanti pun ada sentuh jugak sikit soal pendidikan ni, iaitu tentang fast track kita di sekolah tahfiz. Dan ini memang kita akan teruskan insyaAllah Kerajaan Negeri akan teruskan. Kita nampak kesan dia. Dan kita nampak pencapaian mereka pun baik setakat ni. Ada pelajar-pelajar yang telah berjaya kita hantar ke pusat pengajian tinggi, ke luar negara pun ada rasanya, ada beberapa yang kita hantar ke luar negara walaupun mereka lulusan tahfiz, mereka duduk SPM, balik balik ke, ke orang kata, ke pendidikan

perdana ni, tapi mereka mampu untuk orang kata, mereka mampu untuk bersaing ya, dengan pelajar-pelajar yang memang dalam aliran perdana. Dan memang telah mencapai kejayaan. Oleh itu, apa yang sebut oleh Yang Berhormat Seri Menanti tu tentang fast track ni, insyaAllah ya, kerajaan pertimbangkan untuk, kita bawaklah bulan, belanjawan besok, insyaAllah akan ada peruntukan untuk kita teruskan fast track kepada sekolah-sekolah lepasan tahfiz ni.

Akhir sekali yang saya nak sentuh ialah soal Chembong tadi sebut sekolah tu. Jadi saya jawablah, mungkin Yang Amat Berhormat sebagai pengerusi infrastruktur nak jawab jugak, tapi saya jawab sini. Asrama Sekolah Menengah Agama Haji Hassan Sail tu, saya dimaklumkan bahawa dari segi pelantikan kontraktor tu dah selesailah untuk baik pulih ni. Tinggal lagi hanya menunggu JKR mengeluarkan surat SST dia, dalam masa yang terdekat. Saya rasa pelantikan dah selesai, jadi SST akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Terdekat tu mungkin minggu depan ke, tak tahu lah kan. Jadi insyaAllah asrama sekolah ni akan kita baik pulih dengan kadar yang segeralah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Dijemput Repah.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli-ahli Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan hari ini. Dan ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat.

Untuk Mambau, Mambau membangkitkan persoalan Kerajaan Negeri melaksanakan insentif untuk meringankan beban rakyat, ekonomi makin merosot, harga barang naik dan gaji tidak naik. Dan ada cadangan daripada ADUN Mambau bahawa TUNS yang kini diberi geran sebanyak 3,000.00 dinaikkan kepada 5,000.00 ringgit dan TUNS Plus daripada 15,000.00 dinaikkan kepada 20,000.00 ringgit.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, cadangan tersebut akan dibincangkan dan dipertimbangkan di dalam Sesi Konsultasi Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang akan diadakan pada 15 dan 14 Oktober. Dan kita juga akan ada beberapa cadangan penambahbaikan dan tambah nilai kepada inisiatif-inisiatif yang lain yang akan dibentangkan dalam masa Sesi Konsultasi Belanjawan Negeri Sembilan kelak.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Gemas membangkitkan isu bekalan beras, minyak masak dan lain-lain keperluan dan juga berkaitan dengan isu barangan yang melonjak tinggi. Untuk makluman ahli-ahli Yang

Berhormat, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan sentiasa memandang serius berhubung isu keberadaan bekalan dan kenaikan harga barangan ataupun harga makanan dan keperluan asas di pasaran. Antara tindakan dan langkah yang telah diambil dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Negeri Sembilan bagi mengatasi perkara ini adalah seperti berikut:

• Pertama: menjalankan pemeriksaan harian dan pemantauan berkala di premis-premis perniagaan di kawasan bandar dan luar bandar bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi di semua peringkat rantaian perniagaan dan peniaga sentiasa mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dalam menjalankan operasi perniagaan mereka. Pemeriksaan ini meliputi hypermarket, supermarket, minimarket, kedai runcit, pasar-pasar awam dan lain-lain premis perniagaan. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 28,833 premis perniagaan meliputi pelbagai peringkat perniagaan telah diperiksa bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 10 Oktober 2023.

• Kedua: bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam negeri, KPDN juga telah melaksanakan operasi-operasi penguatkuasaan seperti berikut:

- Pertama: Ops Jamin. Ops Jamin merupakan kolaborasi bersama Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan keberadaan bekalan beras. KPDN Negeri Sembilan memastikan tiada penyelewengan berkaitan label jenis beras import ataupun tempatan. Sehingga 10 Oktober 2023, sebanyak 251 pemeriksaan telah dilaksanakan. Dari pemeriksaan tersebut terdapat sebanyak 3 kes dihasilkan. Dan antara tindakan yang boleh diambil adalah rampasan barangan kawalan tersebut; kedua: tindakan kompaun dikenakan; ataupun ketiga: pendakwaan di mahkamah.

- Yang kedua: Ops Manis. KPN juga memastikan isu dan pengedaran gula pasir putih bertapis secara lebih komprehensif serta mengambil tindakan ke atas pemborong-pemborong atau peruncit gula. Sehingga Oktober, 10, sehingga 10 Oktober 2023, sebanyak 1,202 pemeriksaan telah dilaksanakan. Dari pemeriksaan tersebut, terdapat 2 kes dihasilkan dan antara tindakan yang boleh diambil adalah; pertama: rampasan barangan kawalan tersebut; kedua: tindakan kompaun boleh dibuat; atau pendakwaan mahkamah.

• Dan ketiga: selain daripada itu, KPDN Negeri Sembilan juga turut mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengeluar, pemborong dan pemain industri bagi memastikan pengeluaran dan bekalan berada di, pada tahap yang tinggi, stok barangan ataupun bekalan dalam pasaran sentiasa berada dalam keadaan stabil.

• Keempat: KPDN juga melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaaan. Penentuan harga maksimum minyak masak kelapa sawit tulen dalam botol dan juga penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam bagi mengawal harga barangan kawalan yang terpilih.

• Kelima: selain daripada itu, dalam menimbang usaha meringankan kos sara hidup, kerajaan juga telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan. Salah satu inisiatif iaitu Program Jualan Rahmah adalah program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barangan makanan mentah ataupun siap dan barangan bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan harian. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit, hypermarket, pasar besar, pasar raya, pasar raya mini dan juga kedai runcit yang mana digalakkan untuk memberi pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung antara 10 hingga 30% berbanding dengan harga pasaran semasa berdasarkan tempat untuk dinikmati oleh rakyat yang bertujuan utuk melaksanakan mengurangkan kos sara hidup. Antara senarai barangan keperluan harian asas yang boleh diberikan diskaun harga adalah seperti berikut:

- Pertama: ikan, ayam dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran ataupun buah-buahan, barangan penjagaaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barangan keperluan harian, makanan dan bukan makanan yang bersesuaian.

Sehingga 10 Oktober 2023, sebanyak 187 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh 36 DUN dalam Negeri Sembilan dengan 111 model pelaksanaan dalam premis, 4 Jualan Rahmah terbuka dan 72 pelaksanaan Jualan Rahmah secara bergerak (mobile). Sehingga kini, hampir Ringgit Malaysia 800,000.00 ringgit telah diperuntukkan untuk subsidi Jualan Rahmah. Anggaran jumlah penduduk yang mendapat manafaat daripada program ini adalah seramai 370,522 orang dengan anggaran jualan sebanyak 4.9 milion, juta. Itu saja.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya jemput Ampangan.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun yang telah memperolehi mandat untuk terus mengetuai kepimpinan kerajaan. Tahniah juga kepada Dato’ Yang Dipertua atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dan seluruh ahli Dewan atas kemenangan pada PRN yang lalu. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kepercayaan yang diberi bagi menggalas tanggungjawab sebagai Exco Kesihatan, Penerangan, Perpaduan Integrasi Nasional Dan NGO. Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga di DUN Ampangan kerana memilih saya sebagai wakil rakyat bagi Pilihan Raya Negeri Ke-15 yang lalu. Tidak dilupakan juga kepada seluruh petugas SPR, pegawai-pegawai kerajaan, anggota keselamatan yang bekerja keras sepanjang tempoh pilihan raya tempoh hari.

Dato’ Yang Dipertua, dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menyeru seluruh warga Negeri Sembilan agar mengekalkan semangat perpaduan di antara kaum. Menjadi tanggungjawab bersama para pemimpin dan rakyat dalam, dalam bukan sahaja memelihara dan mengukuhkan lagi keharmonian serta perpaduan yang dikecapi selama ini. Malah menyemarakkan lagi semangat perpaduan yang ada pada ketika ini. Bukan setakat itu sahaja, saya juga berharap agar warga Negeri Sembilan sentiasa kekal sihat dengan cara melibatkan diri dalam program sukan, program-program yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, seperti semua sedia maklum, negara kita telah melalui satu fasa di mana penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020. Kini kita masih di fasa pasca COVID atau fasa pemulihan ekonomi negara dan negeri khasnya. Di sebalik, di sebalik peristiwa ini, rakyat telah menyerlahkan semangat kekitaan, iaitu kebersamaan dan penyatuan dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan pangkat bagi membantu kejiranan mereka yang kurang berkemampuan pada ketika itu.

Dato’ Yang Dipertua, penggal ini pastinya akan mempunyai kisah dan peristiwa yang tersendiri. Cabaran yang datang mungkin berbeza dari apa yang pernah kita alami. Ayuh kita berusaha sama mendepaninya dengan kesungguhan, keberanian dan penuh semangat perpaduan antara kita. Marilah kita sama-sama berusaha memastikan Negeri

Sembilan terus maju jaya. Saya juga ingin meng, meningkatkan diri saya dan seluruh Malaysia amnya, seluruh warga Negeri Sembilan khasnya, agar sentiasa mempastikan kebenaran sesuatu berita agar tidak sesekali kita menyebarkan berita palsu.

Seterusnya saya ingin menjawab persoalan yang diajukan berkenaan kesihatan oleh Yang Berhormat ADUN Kuala Klawang. Penyelesaian secara holistik bagi peningkatan kes mental. Antara penyelesaian secara holistik bagi meningkat, pening, peningkatan kes mental adalah dengan menjalankan promosi minda sihat melalui aktiviti berterusan melalui kempen-kempen kesihatan umum atau khusus seperti:

• Kempen Let’s TALK Minda Sihat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang gejala-gejala masalah kesihatan mental untuk mengke, menggalakkan mereka atau membawa ahli keluarga mereka tampil untuk mendapatkan rawatan. Penempatan 11 orang Pegawai Psikologi (Kaunseling) secara tetap dan kontrak telah ditempatkan di fasiliti setiap daerah di Negeri Sembilan untuk memberi perkhidmatan pengurusan dan intervensi bagi masalah kesihatan mental.

• Saringan Minda Sihat pula mampu mengesan individu yang mempunyai masalah kesihatan mental. Sekiranya skor penilaian mereka dalam kategori sederhana, teruk atau sangat teruk, mereka akan dirujuk kepada sama ada kepada Pegawai Psikologi (Kaunseling), Pegawai Perubatan atau Pakar Perubatan Keluarga untuk intervensi di mana-mana fasiliti KKM. Saringan Minda Sihat juga telah diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah. Pelajar yang mempunyai isu berkaitan kesihatan mental akan dirujuk ke klinik untuk intervensi selanjutnya.

• Program Outreach juga dijalankan di sekolah-sekolah. Program ini dilaksanakan bersama para pelajar dengan menjalankan aktiviti secara berkelompok bersama dengan Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah memfokuskan kepada yang banyak dihidapi oleh pelajar.

• Memberi rawatan susulan secara berkala kepada pesakit di klnik kesihatan sama ada pengambilan ubat makan atau suntikan bulanan.

• Talian HEAL 15555 yang diperkenalkan dan dikelola oleh Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) yang beroperasi pada setiap hari dari pukul 8:00 pagi hingga 12:00 malam. Perkhidmatan yang menawarkan bantuan psikososial melalui atas talian dalam isu kesihatan mental. Itu sahaja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Jadi saya jemput, ada tak, Palong.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, di atas ruang dan peluang untuk saya membuat penggulungan bagi sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja dalam sesi persidangan kali ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam menyentuh isu-isu berkenaan dengan belia dan sukan. Kepada Yang Berhormat Johol, Yang Berhormat Sungai Lui, Yang Berhormat Juasseh, Yang Berhormat Jeram Padang, Yang Berhormat Kota, Yang Berhormat Gemencheh dan juga Yang Berhormat Chuah yang telah mengemukakan persoalan-persoalan.

Saya ingin mulakan, Dato’ Dipertua, dengan jawapan kepada yang Berhormat ADUN Johol yakni berkenaan dengan perhatian khusus bagi pembangunan infrastruktur sukan di kawasan luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Johol, pihak Kerajaan Persektuan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan sedang membina sebuah kompleks sukan mini di kawasan luar bandar iaitu di kawasan Gemas dengan kos keseluruhan projek sebanyak 8.0 juta ringgit. Projek tersebut dijadualkan siap pada 17 Oktober 2023. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka jadual siap bagi projek ini dijangka berubah pada bulan April 2024. Selepas lawatan saya yang telah saya lakukan bersama Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan tempoh hari, pihak perundingan dan kontraktor utama projek ini, pada September yang lepas, memalumkan bahawa mereka akan cuba siapkan seawal bulan April pada tahun hadapan.

Untuk makluman, selain daripada itu pihak Kementerian Belia Dan Sukan juga dalam proses membina sebuah kompleks sukan berkapasiti penuh di Daerah Rembau yang meliputi pembinaan padang bola sepak sintetik termasuk lampu high-mast, balapan larian, astaka berkapasiti 800 orang, gelanggang futsal, sepak takraw serta dewan serbaguna berkapasiti 1,500 orang yang dijadualkan siap juga pada April 2024.

Setakat ini, Majlis Daerah Kuala Pilah telah mempunyai Kompleks Rakan Muda yang terletak di kawasan Melang, di, yang sesuai digunakan oleh masyarakat di Kuala Pilah. Namun demikian, yang Berhormat Johol, bolehlah kemukakan permohonan kepada kementerian dengan tapak yang sesuai untuk kita angkat, untuk kita perjuangkan untuk kompleks yang sesuai di kawasan Yang Berhormat.

Terima kasih YB Palong. Johol mintak, bagi kat Gemas. Tu salah tadi tu Yang Dipertua kan.

Apa dia?

Dimaklumkan tadi, Gemas tu kan.

Nak bagitahu bahawa ada.

Okey, okey.

Di Gemas ada, di Rembau ada …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih.

Cuma di Johol belum sampai lagi.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih.

Seterusnya juga daripada Yang Berhormat ADUN Johol yakni berkenaan pembangunan belia dan sukan di luar bandar, perlukan pusat belia. Diwujudkan satu pusat belia yang mempunyai pelbagai kemudahan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Johol, bermula pada bulan Februari 2023, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan bersama dengan Majlis Belia Daerah Rembau telah menyediakan satu pusat aktiviti belia yang dinamakan sebagai Rembau Youth Hub. Maknanya ada ya. Pusat aktiviti belia ini telah beroperasi sepenuhnya di bawah kendalian Majlis belia Daerah Rembau, dipantau oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau. Fungsi Rembau Youth Hub adalah sebagai one stop centre kepada belia di Daerah Rembau khususnya, untuk menjalankan aktiviti dan mendapatkan pelbagai info yang ditawarkan kepada belia di Daerah Rembau. Antara kemudahannya ialah Wifi percuma yang boleh diakses oleh para belia yang berkunjung di pusat ini, kemudian ada permainan Play Station 4 dan juga ada meja bagi permainan pool dan sebagianya. Jadi ini adalah usaha yangdibuat di Rembau Youth Hub. Jadi konsep yang sama boleh kita buat di kawasan Johol, kita jadikan dia Johol Youth Hub, haa ya.

Seterusnya adalah jawapan dari, kepada persoalan YB ADUN Sungai Lui. Ini berkenaan dengan pembangunan belia lebih bersifat holistik bagi membentuk pimpinan pelapis masa hadapan ya, khususnya di kawasan felda dan, dan juga sukan permotoran. Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Sungai Lui, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan ataupun i-LEAD adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan

melaksanakan program belia yang dibagikan mengikut kluster seperti kluster kepimpinan, kerjaya, modal insan dan kenegaraan. Antara objektif program-program ini adalah untuk membentuk pembangunan secara holistik dan melahirkan kepimpinan pelapis dari golongan belia dan menerapkan semangat cintakan negara.

Selain daripada itu, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri sentiasa menyokong dan membantu persatuan-persatuan belia secara keseluruhannya dalam melaksanakan program-program yang boleh meningkatkan semangat patriotism di kalangan belia termasuk belia-belia di kawasan felda. Untuk pengetahuan ADUN Sungai Lui, yang tak ada dalam Dewan, dia keluar ya, yakni saya juga telah berbincang dengan Pengarah i-LEAD ni supaya kursus-kursus yang diadakan di peringkat Negeri Sembilan akan ada elemen ataupun modul tambahan yang akan menyuntik semangat cintakan Negeri Sembilan, yang akan kita modifikasikan sikit untuk program-program pada tahun hadapan.

Kementerian Belia Dan Sukan juga melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah merancangkan untuk melaksanakan program dalam sukan permotoran bagi menggalak dan menarik golongan belia untuk menyertai sukan permotoran di Negeri Sembilan. Antara program yang, yang akan dilaksanakan adalah seperti KBS Motosport Carnival pada 2 hingga 3 Disember di Litar Jempol Motorplex Jempol. Kemudian Klinik Cub Prix 2022, ini berumur 18 tahun ke atas, Klinik Cub Prix 2023 ya, 18 tahun ke atas, pada 18 hingga 19 November di Perkarangan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi. Yang ketiganya Klinik Motocross 18 tahun ke atas yang dijadualkan pada 9 Disember 2023 di Litar Motocross Gemencheh dan Klinik Go Kart untuk peserta berumur 7 hingga 25 tahun, bertarikh 10 Disember 2023 di Litar Go Kart X Park D’Tempat, di, di D’Tempat Country Club, Sendayan. Inilah di antara program-program permotoran.

Seterusnya adalah persoalan dibangkitkan oleh YB Jeram Padang. YB Jeram Padang mengenai pembinaan kompleks sukan mini yang mempunyai jeram, yang mempunyai padang di Jeram Padang. Jeram Padang tapi tak ada padang ya.

Tolong, YB.

Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, KBS melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri buat masa ini tiada perancangan dalam membina kompleks sukan mini yang mempunyai padang di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri DUN Jeram Padang setakat ini. Namun demikian, permohonan Yang Berhormat YB boleh buat permohonan untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Belia Dan

Sukan sekiranya ada kawasan atau tanah yang sesuai untuk kita bangunkan sebuah kompleks sukan mini di Jeram Padang.

Okey YB, baik YB.

Okey.

InsyaAllah.

Seterusnya daripada YB ADUN Juasseh yakni berkenaan dengan penumpuan prestasi mutu sukan negeri, persediaan awal Temasya Sukan Malaysia dan lain-lain. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Juasseh, sukan merupakan salah satu kaedah untuk memupuk perpaduan dan semangat kenegaraan khasnya di kalangan anak muda di negara ini. Dalam usaha memastikan rakyat negeri ini aktif dalam bidang sukan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan serta Kerajaan Negeri Sembilan.

Dari aspek pembangunan dan kecemerlangan sukan, seharusnya penumpuan sukan perlu diberikan bagi memastikan sukan-sukan utama khasnya melibatkan penyertaan atlet ke temasya-temasya besar seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan SEA dan Sukan Malaysia. Sukan-sukan pilihan yang tidak tersenarai dalam temasya sukan utama dan sukan teras negara, fokus sukan negeri masih boleh melaksanakan program pembangunan sukan masing-masing dengan bantuan daripada Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan telah merangka program persediaan Sukan Malaysia 2024 dan semua 37 Persatuan Sukan Negeri yang terlibat dengan penyertaan atlet telah dipanggil untuk menghadiri taklimat pada 6 September yang lalu. Dipengerusikan oleh Pengarah sendiri, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan. Semua wakil Persatuan Sukan Negeri yang telah hadir telah memberikan maklum balas berkaitan penyertaan serta prestasi semasa atlet sukan masing-masing. Antara butiran yang telah dibentangkan semasa perjumpaan bersama persatuan adalah:

• Yang pertama: dasar penyertaan pasukan ke Temasya Sukan Malaysia adalah dengan mengambil kira pencapaian pingat pasukan berkenaan di 3 temasya sebelum ini. Bagi penyertaan di Temasya Sukan Malaysia 2024, Majlis Sukan Negeri telah memaklumkan hanya mengambil kira pencapaian di 2 temasya iaitu Temasya Sukan Malaysia 2018 dan 2022. Pencapaian di temasya 2016 tidak diambil kira, tidak diambil kira kerana faktor jarak masa yang terlalu jauh dan tidak relevan.

• Yang keduanya adalah semua atlet ataupun pasukan perlu melepasi had kelayakan yang telah ditetapkan. Bagi sukan yang boleh diukur adalah tidak menjadi masalah untuk melepasi kelayakan, tetapi bagi sukan-sukan berpasukan, penetapan telah dibuat di mana perlu berada di kelompok 4 terbaik di bawah 21 tahun, dan syarat tambahan ialah 70% atlet masih boleh beraksi di tahun 2024. Penetapan penyertaan ini selaras dengan ucapan disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Dan Pegawai Di Temasya Sukan Malaysia 2022, pada 16 Mac 2023 yang lalu.

• Antara faktor lain diambil kira bagi penyertaan ke Temasya Sukan Malaysia adalah struktur tadbir urus Persatuan Sukan Negeri yang baik dan teratur, mempunyai kemudahan pusat latihan dan program pembangunan yang berterusan. Persatuan juga perlu mempunyai perancangan program pembangunan yang komprehensif dan struktur tadbir yang stabil bagi meyakinkan Kerajaan Negeri untuk menyalurkan dana.

Dato’ Yang Dipertua, pencarian bakat-bakat baru dalam bidang sukan bukan hanya tanggungjawab utama Majlis Sukan Negeri semata-mata. Ianya merupakan usahasama di antara pemegang taruh yang lain iaitu Persatuan Sukan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah sukan negeri. Kolaborasi ini akan mewujudkan satu usahasama yang baik dalam mencungkil bakat-bakat baru di dalam pelbagai jenis sukan. Untuk makluman, pusat-pusat latihan yang telah ditubuhkan kebanyakannya beroperasi di sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti di mana kepakaran kejurulatihan terdapat di situ. Kepakaran jurulatih di kalangan guru merupakan salah satu perkara penting dalam mengenal pasti bakat-bakat yang ada di peringkat umur seawal 6 tahun. Majlis Sukan Negeri Sembilan juga turut mendapatkan khidmat Institut Sukan Negara Malaysia dan kepakaran dari Fakulti Sains Sukan UiTM Seremban 3 dalam mengaplikasikan sains sukan untuk ujian prestasi dan pengukuran tahap kecergasan atlet supaya atlet sentiasa berada di tahap yang memuaskan sebelum menyertai Temasya Sukan Malaysia.

Kesimpulannya, Dato’ Dipertua, penyertaan pasukan atau atlet menyertai Temasya Sukan Malaysia bukanlah semata-mata untuk penyertaan pendedahan, tetapi sebaliknya adalah menyertai kejohanan yang melibatkan persaingan tertinggi di peringkat kebangsaan yang dianjurkan di negara kita. Temasya Sukan Malaysia yang dianjurkan berselang seli dangan Temasya Sukan SEA adalah merupakan satu platform untuk negara untuk memilih atlet. Temasya Sukan Malaysia tahun hadapan akan dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024.

Temasya Sukan Malaysia bukanlah merupakan kejohanan pendedahan yang boleh disertai oleh semua atlet dari Persatuan Sukan Negeri. Temasya ini merupakan pengumpulan atlet-atlet terbaik di peringkat negeri, seluruh negara untuk bertanding untuk menempatkan diri dalam program-program latihan di peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara ke temasya utama. Sebagai makluman tambahan, semua keputusan penyertaan pasukan ke Temasya Sukan Malaysia akan dibawa dan diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum pendaftaran dikemukakan kepada Sekretariat Jawatankuasa Induk Sukan Malaysia.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, ialah berkenaan soalan dikemukakan oleh YB ADUN Kota. Yang menyuarakan tentang tiada perhatian daripada Kerajaan Negeri kepada atlet Muay Thai dari segi sokongan kewangan dan kemudahan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Kota, ada tak ADUN Kota? Ada, okey. Majlis Sukan Negeri Sembilan mempunyai dasar bagi pemberian bantuan atau sumbangan yang hanya disalurkan kepada Persatuan Sukan Negeri, Persatuan Sukan Negeri sahaja. Persatuan Sukan Negeri yang dimaksudkan adalah Persatuan Sukan Negeri yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah kategori sukan berprestasi tinggi ataupun high performance sport, ya, high performance sport sahaja. Bagi menjawab soalan ini, atlet muay thai yang dimaksudkan tersebut adalah datangnya daripada Kelab Muay Thai Bullet ya. Untuk sumbangan dan bantuan Kelab Muay Thai Bullet ini, mereka perlu bergabung di bawah Persatuan Muay Thai Negeri Sembilan bagi sebarang program atau aktiviti yang dilaksanakan yang melibat penganjuran atau penyertaan atlet ke peringkat negeri mahupun peringkat luar negara. Semua permohonan bantuan perlu dikemukakan melalui Persatuan Muay Thai Negeri Sembilan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Dalam isu pusat latihan muay thai pula, setakat ini Majlis Sukan Negeri mempunyai satu gelanggang muay yang diletakkan, diletakkan secara kekal yang dijadikan pusat latihan muay negeri di arena kompleks; Kompleks Sukan Tan Sri Dr Hj Mohd Said, Seremban 2 ya. Ada di Seremban 2. Gelanggang ini terbuka penggunaannya kepada semua atlet dari persatuan negeri atau kelab muay yang berhasrat untuk menggunakannya dengan menyediakan jadual latihan mengikut kekosongan tarikh dan masa yang ada.

Bagi cadangan pembinaan pusat latihan di Pekan Kota, pusat latihan muay di Pekan Kota, YB ADUN bolehlah mengemukakan permohonan rasmi untuk pertimbangan yang selanjutnya. Jadi sekurang-kurangnya bekas, kerana ADUN Kota ni adalah bekas pegawai JBS, jadi kalau boleh

kita buat di situ, adalah satu pengiktirafan kepada seorang bekas pegawai Jabatan Belia Dan Sukan.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Exco boleh mencelah?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Mohon izin, tadi disebut, tadi saya tak nak ganggu daripada awal, Kompleks Mini Sukan Gemas yang sepatutnya siap pada Oktober 2023, saya difahamkan ini kali ketiga diberikan kelebihan kepada kontraktor untuk menangguhkan. Jika daripada ucapan YB Exco tadi, dikatakan, dijanjikan pada April 2024 akan siap. Adakah ini adalah permohonan terakhir atau ada lagi permohonan untuk menangguhkan siapnya projek tersebut?

Yang kedua, maaf, pendek. Tahniah kepda pasukan sepak takraw Negeri Sembilan yang menjadi juara Piala Kejuaraan STL di Johor, Johor tempoh hari. Ini satu, sebab saya lihat Dato’ Seri, Yang Amat Berhormat Sikamat turut hadir semasa pusingan awal di Dewan MBS, cukup ramai Dato’ Seri. Masa tu saya bawa pasukan negeri sebelah, tapi saya tengok semangat Dato’ Seri walaupun malam tu, kita berhadapan pasukan Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, tapi semangat juang, kita perlu ada satu strategi untuk memastikan pasukan sepak takraw Negeri Sembilan Antlers ini membawa satu, sebab brand sepak takraw apabila kita lihat di Astro, follower, pengikut, maaf Tuan Speaker, pengikut dia cukup ramai, jadi kita, brand kita dah ada dah, kita dah bawak, dah tunjuk dah kejuaraan. Yang main pun, contoh Dik Ma ni, Dik Ma dengan keluarga dia ni memang orang Negeri Sembilan. Sayang kalau esok, tahun 2024, tiba-tiba kita gagal mempertahankan atau berada dalam 6 pasukan terbaik. Jadi kita mohon melalui Exco Belia Dan Sukan, fikir-fikirkan, insyaAllah Gemas sedia membantu.

Terima kasih Gemas. Berkenaan dengan, berkenaan dengan kompleks Sukan Gemas ini, setakat ini komitmen mereka adalah menyiapkan pada April 2024. Jadi kita tunggu dah lihatlah sampai April 2024 tahun depan ya.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Adakah ini yang terakhir atau ….

Tak tahu lagi, itu bergantung kepada prestasi yang akan dibuat oleh kontraktor tersebut ya. Saya sempat pergi, melawat, dan saya tanya sendiri, sebenarnya bukan ada struktur yang hebat mana pun, tinggal hari tu sebabkan oleh COVID dan sebagainya, dia jadi lambat, dengan masalah pekerja. Dan tempoh hari mereka beri komitmen untuk menyiapkannya pada bulan April pada tahun hadapan.

Jadi marilah kita berdoa agar kompleks sukan di Gemas tu akan dapat direalisasikan sebab …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Aaminn.

Aaminn, okey. Seterusnya ialah soalan daripada YB ADUN Gemencheh berkenaan dengan peruntukan untuk sukan kriket. Haa? Takraw tu okey dah tu, terima kasih atas sumbangan untuk membantu, Gemas. Saya akan, saya akan tuntutlah pertolongan tu. Seterusnya berkenaan dengan kriket oleh ADUN Gemencheh. Baik, untuk makluman YB ADUN Gemencheh, sukan kriket merupakan salah satu sukan yang telah disenaraikan untuk dipertandingan di Temasya Sukan Malaysia 2024, tahun depan. Pada tahun 2022, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalurkan sebanyak 63,000.00 ringgit dan 17,000.00 ringgit pada tahun 2023 kepada Persatuan Kriket Negeri Sembilan bagi menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan, pembelian peralatan dan subsidi makan bagi latihan. Bagi bantuan akan datang, pihak Persatuan Kriket Negeri Sembilan boleh mengemukakan permohonan rasmi ya, kepada Majlis Sukan Negeri untuk dipertimbangkan penyaluran geran ataupun bantuan ya. Dan apa pun tahniah kepada Moncheh Boys.

Seterusnya Dato’ Dipertua, adalah soalan terakhir daripada ADUN Chuah yakni cadangan pembinaan Kompleks Sukan Chuah. Di Chuah juga sama, dia tak ada padang ya, dia langsung tak ada padang. Haa sama Jeram padang-lah, dia tak ada padang. Ada DUN tu pulak banyak padang, tak ada orang nak main. Yang ni padang yang tak ada. Jadi untuk yang ini, Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua, tanah yang dimaksudkan merupakan tanah kerajaan seluas 6.5 ekar di kawasan lapang Kampung Sawah, Chuah dan telah dirizabkan seluas 1.0 ekar untuk tujuan pembinaan Dewan Serbaguna Kampung Sawah. Manakala baki 5.5 ekar merupakan tanah kosong kerajaan. Berdasarkan cadangan yang diusulkan, pentadbiran Kerajaan Negeri akan melihat dari segi kesesuaian lokasi untuk pembangunan akan datang supaya Kompleks Sukan Chuah. Itu saja Dato’ Dipertua, jawapan-jawapan kepada persoalan yang telah dikemukakan. Terima kasih, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam. Terima kasih. Silakan YB Linggi.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam perpaduan. Akhirnya dapat juga saya berucaplah dalam Dewan yang mulia ni, selepas 3 hari. Pertamanya saya ingin merakamkan jutaan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana telah dipilih dan juga dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri pada penggal kali ini. Dan saya juga ingin merakamkan

setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana telah dipilih dan juga dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan untuk penggal yang kedua. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ju, tahniah kepada Yang Berhormat ADUN Pertang ya, kerana telah dipilih dan juga dilantik sebagai Exco Kanan. Dan yang keempat, saya mengambil kesempatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pengundi-pengundi saya di dalam DUN Linggi terutamanya kepada 7,832 pengundi yang telah mengundi ya, Barisan Nasional bersama dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya yang lalu. Dan saya harap pengundi-pengundi tak, mengundi saya tu tak perlu bimbang kerana menjadi amanah dan tanggungjawab kita semua untuk kita jaga semua yang ada dalam DUN kita.

Saya tidaklah berhasrat untuk mengambil, menggulung, mengambil masa yang lama. Cuma dalam perbahasan yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat daripada DUN Seri Menanti. Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua pelaksanaan di bawah inisiatif JENDELA melibatkan peruntukan melalui 2 sumber iaitu satu daripada kerajaan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun USP dan pelaburan komersial oleh Syarikat Pemberi Perkhidmatan. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 projek menara baru di Kampung Mampas dan juga Kampung Orang Asli Langkap di dalam DUN Seri Menanti di mana ianya dibina melalui dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat ataupun USP yang dikawal selia oleh, oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia iaitu MCMC. Manakala satu menara telah selesai dinaik taraf iaitu di Kampung Meruas.

Pihak TM juga telah menyediakan perkhidmatan jalur lebar di kawasan DUN Seri Menanti yang telah tersedia perkhidmatan fiber jalur lebar Unifi sejak dari tahun 2021 lagi. Untuk makluman pihak semua, TM telah memasang sejumlah 1,376 port di DUN Seri Menanti. Dan bilangan port yang telah dilanggan adalah sebanyak 588 ataupun 43%. Masih terdapat lagi access port untuk dilanggan dan TM telah mengumumkan harga pakej internet yang terbaru yang jauh lebih murah untuk kemudahan rakyat.

Pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa juga dilaksanakan oleh pihak MCMC untuk memastikan kualiti liputan kualiti dalam keadaan baik. Dalam masa yang sama pihak MCMC juga turun padang bagi menyantuni penghuni berkaitan aduan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat.

Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh ADUN Juasseh. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 23 menara telah selesai dinaik taraf di kawasan DUN Juasseh dan sebanyak 1,617 premis telah tersedia dengan

sambungan gentian optik bagi memberikan liputan yang lebih baik. Pihak MCMC juga telah menyantuni aduan yang telah diterima di kawasan Masjid Kariah Pelangai dan Balai Raya Kampung Pelangai, di mana masalah telah diselesaikan hasil dari penilaian audit dibuat bersama penduduk, hasil dari penilaian tersebut mendapati purata kelajuan, kelajuan di kawasan tersebut telah bertambah baik iaitu kepada 62 megabyte. Pemantauan secara berkala dari semasa ke semasa juga dilaksanakan oleh pihak MCMC bagi memastikan kualiti liputan dalam keadaan baik. Dalam masa yang sama, pihak MCMC juga turun padang bagi menyantuni aduan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh mesyuarat Dewan. Mesyuarat Dewan akan disambung semula pada hari Khamis; 12 Oktober 2023 bersamaan 26 Rabiulawal 1445 Hijrah mulai jam 10.00 pagi. Jadi hari Khamis secara tradisinya, Yang Berhormat dan hadirin boleh memakai baju, baju batiklah, kecuali saya terpaksa jubah jugaklah ya. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

Persidangan ditangguhkan pada jam 5.25 petang