Negeri Sembilan · 12 October 2023
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting (Opening) · 171 turns · 23,940 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT, Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dengan limpah dan izinNya, dapat kita bersama-sama bersidang pada hari ini, hari Khamis; 12 Oktober 2023 bersamaan 26 Rabi’ulawal 1445 Hijrah. Persidangan kita telah pun masuk ke hari keempat.
Pada hari ini, insyaAllah, kita akan menyempurnakan susunan mesyuarat sebagaimana yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya masa mengizinkan, kita akan cuba selesaikan susunan mesyuarat hari esok iaitu Hari Jumaat pada hari ini.
Untuk makluman hadirin sekalian dan khususnya kepada ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana makluman saya semalam, urusetia Dewan Undangan Negeri pada masa ini juga sedang bertungkus lumus untuk proses penyediaan notis-notis dan persiapan untuk Persidangan Bajet
Tahun 2024 yang telah diperkenankan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bermula pada 1 Disember 2023 nanti, insyaAllah. Sehubungan dengan itu, saya telah membenarkan notis panggilan persidangan tersebut diedarkan segera dan pihak urusetia Dewan diminta memastikan notis berkenaan dapat diedarkan pada hari ini juga.
Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika bagi ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat Bersidang
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Keempat).
Saya, dijemput Labu, ADUN Labu.
No. 1 ya. Saya bangun untuk bertanyakan soalan nombor 1. Terima kasih.
Bismillahhirrahmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan, pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Brhormat ADUN Labu yang bertanyakan soalan berkaitan dengan kenaikan harga beras import ya. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, harga beras import ini sememang mempu, menjadi satu fenomena luar biasa kali ini. Kenaikan harga beras import mendatangkan selain daripada mendatangkan satu lagi beban kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan beras import dengan harga yang hampir 2 kali ganda berbanding dengan harga sebelum ini, ia juga memberi kesan kepada kekurangan ataupun penambahan permohonan dan permintaan kepada beras putih tempatan.
Kerana itu untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat ADUN Labu, bekalan beras tempatan kita mempunyai kekurangan hasil daripada kenaikan harga beras import dan jugak hasil daripada pengeksportan oleh negara-negara jiran seperti India, Cambodia, Vietnam dan jugak Thailand yang semakin kurang peratusannya kepada negara kita. Walau bagaimanapun, untuk
makluman ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri khususnya Negeri Sembilan telah mengambil beberapa langkah intervensi bagi mengatasi masalah kekurangan beras putih tempatan kerana permintaan yang semakin hari semakin banyak, semakin tinggi, maka beras putih tempatan kita kurang. Jabatan Pertanian melalui FAMA telah melakukan beberapa langkah intervensi bermula daripada 20 september yang lalu, Dato’ Yang Dipertua, yakni telah membantu menyediakan 20 metrik tan ataupun 2,000 pek beras 10 kilo dengan harga 26.00 ringgit di Negeri Sembilan. Ini harga memang tak naik, kalau ada dia orang kata bagitau ada pihak-pihak kata harga beras tempatan ni nak naik harga, tak ada. Itu pembohong Yang Berhormat. Saya sebut di Dewan ini, harga tetap 26.00 ringgit.
Dan kali ini edaran dibuat melalui FAMA di beberapa lokaliti. Daripada fasa pertama 20 haribulan kita edarkan 20 metrik tan, 22 haribulan kita edarkan lagi 25 metrik tan dan pada 26 haribulan kita edarkan 60 metrik tan. Bekalan yang diterima oleh FAMA ini, untuk makluman ahli Dewan, telah pun kita edarkan ke 5 outlet pemasaran FAMA Negeri Sembilan iaitu Pusat Operasi FAMA Senawang, Pusat Operasi FAMA Kuala Pilah, Pusat Operasi FAMA Jelebu dan juga PTKM Palong dan Agro Bazaar Sendayan.
Selain daripada itu, untuk makluman ahli Dewan, 16 outlet usahawan Agro Bazaar FAMA di 7 daerah di Negeri Sembilan akan menerima bekalan beras putih tempatan daripada FAMA untuk dipasarkan kepada penduduk sekitar Negeri Sembilan. Saya mengharapkan dengan adanya inisiatif Kerajaan Negeri melalui FAMA dan juga Jabatan Pertanian ini, akan memberikan sedikit sebanyak bantuan bagi menyelesaikan masalah kekurangan beras putih tempatan. Pesawah dan, inisiatif yang telah dijalankan ini adalah merupakan antara beberapa perkara untuk membantu bagi mengisi kekurangan ini.
Perkara kedua, untuk makluman ahli Dewan, inisiatif kerajaan melalui Jabatan Pertanian di bawah Pakej Peningkatan Hasil Padi, ini adalah satu program lagi untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras kita pada tempoh-tempoh yang akan datang. Kerajaan Negeri telah pun mengambil beberapa tindakan jangka panjang dari segi pembangunan tanah sawah yang merangkumi pembaikan infrastruktur ladang, sistem pengairan, peralatan tanah, program peningkatan hasil padi dan program tranformasi teknologi seperti penggunaan dron bagi, bagi tujuan pembajaan dan racun di sawah. Untuk makluman Yang Berhormat Labu dan juga makluman Dewan yang mulia ini, program-program peningkatan pada penghasilan padi ini, untuk makluman Dato’ Speaker, telah pun kita rancang dan juga pihak jabatan telah menyediakan kertas dasar bagi kita laksanakan bagi tempoh 5 tahun
yang akan datang, bagi memastikan bekalan beras putih tempatan kita ini tidak akan mengalami shortage, dengan izin, pada tempoh 5 tahun yang akan datang. Terima kasih.
Soalan tambahan, Tuan Speaker. Yang di, Yang Dipertuan, rakyat sekarang terutama yang berpendapatan rendah benar dalam keadaan dalam tertekan dalam menguruskan perbelanjaan harian mereka dalam keadaan kebanyakan barangan keperluan asas meningkat naik. Di Malaysia ni, kita ada pokok sawit tapi kita minyak paket susah nak dapat. Kita ada tebu, sekarang kalau kita tengok di pasar raya, gula-gula semua dicatu. Kita ada padi, tetapi kita ada masalah beras. Jadi, soalan saya kepada Dato’, kepada, soalan saya Dato’ Speaker, dengan hanya kemampuan pengeluaran dalam negara dalam lingkungan 67%, apakah langkah yang diambil bagi memastikan hak membeli beras putih tempatan diutamakan dahulu kepada rakyat tempatan. Dan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan strategik jangka pendek, sederhana dan panjang seperti membuka kawasan tanaman padi yang baru bagi mencapai 80% pengeluaran dalam negara seterusnya memastikan visi kadar sara diri (SSR) Kerajaan Perpaduan pada tahun 2030 tercapai? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, seperti yang saya jelaskan tadi, sememangnya kita akui bahawa bekalan beras putih tempatan ini agak kurang sekarang. Bukan saja di dalam negara kita, malah di beberapa negara, kita mengalami kekurangan beras, ataupun bekalan beras terutamanya di seluruh nega, di seluruh negara. Faktornya ialah saya dah sebut, kerana India dia sekat eksport kita hampir 40% ke dalam negara kita kerana mereka memastikan bekalan makanan di India itu dapat di, dikawal dahulu.
Yang keduanya ialah kerana beras import ini harganya naik. Negara tak boleh kawal. Kita tak boleh letakkan harga siling bagi beras import tempatan. Kalau dulu 32.00 ringgit, sekarang 38.00, sekarang 40.00 ringgit dan peningkatan ini meningkat begitu mendadak hingga menjejaskan kemampuan ataupun menjejaskan keperluan masyarakat golongan-golongan tertentu untuk meneruskan bagi mendapatkan bekalan beras import. Sebagai contoh, saya nak bagitahu, ada sekelompok golongan masyarakat, dulu beli beras import dengan harga 25.00 ringgit, tetapi apabila beras, dengan harga 32.00 ringgit, tetapi apabila beras import ini naik sampai 38.00 ringgit, naik sampai 40.00 ringgit, dia dah tak beli beras import Dato’ Dipertua, dia pergi beli beras putih tempatan. Sedangkan pembelian atau permintaan beras putih tempatan ni cukup untuk menampung bagi keperluan masyarakat yang daripada dulu membeli dan jugak mengisi keperluan beras putih tempatan kepada keluarga mereka. Jadi permintaan tu dah jadi banyak.
Bila permintaan tu jadi banyak Dato’ Yang Dipertua, maka bekalan kita jadi shortage, jadi, dengan izin, jadi kurang untuk keperluan masyarakat ni.
Hasil daripada itu, Dato’ Dipertua, langkah intervensi jangka pendek telah pendek telah kita ambil. Jangka panjang di Negeri Sembilan, kita telah pun, saya telah pun sebut tadi, kita telah mengemukakan beberapa langkah-langkah jangka pendek, sederhana dan panjang bagi kita tidak lagi boleh menghadapi masalah kekurangan ini pada masa akan datang. Di Negeri Sembilan ni, Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Labu, labu ni tak ada kawasan tanam padi. Kawasan lain ada banyak kawasan tanam padi. Kita nak tambah 20 hektar lagi di Londah, Kampung Londah, Gemas. Kampung Londah. Kita nak tambah lagi kawasan penanaman padi. Dan kawasan-kawasan tanah terbiar juga kita nak tambah.
Kemudian kita ambil lagi langkah untuk meningkatkan kualiti benih kita. Dan kita akan wujudkan kawasan pembenihan padi ini di Negeri Sembilan, supaya dapat menampung keperluan bekalan beras tempatan bagi rakyat Negeri Sembilan. Pihak kerajaan belum lagi mengambil keputusan untuk mengenakan syarat tertentu bagi pembelian beras putih tempatan. Maknanya belum lagilah kepada untuk orang tempatan, bagi orang asing ni, dia tak boleh beli ni, belum lagi. Kerana bekalan kita masih cukup. Cuma harapan saya dan kerajaan, supaya rakyat Negeri Sembilan tidak panik dan tidak membuat pembelian panik kepada bekalan ini. InsyaAllah Kerajaan Negeri sentiasa memantau soal bekalan ini, dan saya yakin bekalan ini dapat kita tampung dari semasa ke semasa asalkan keadaan dan suasana pengedaran dan pembelian ini dapat kita kawal. Terima kasih.
Datuk Exco, boleh saya tambahan?
Yang Berhormat kalau tanya, kena bangun mintak pada Speaker, bukan mintak pada saya.
Sebab dah sentuh, sebab, terima kasih Dato’ Exco. Sebab sebut Londah tadi. Kita ada satu masalah lagi di Tampin iaitu Bangka Hulu, Kampung Bangka Hulu apabila penduduk kampung memberikan kebenaran kepada kontraktor luar iaitu kita maksudkan syarikat luar untuk mengusahakan. Tapi apabila mereka tidak, ada tak kuasa daripada Kerajaan Negeri untuk, sebab dia tak buat pun sawah ni. Sayang. Di Bangka Hulu tu ada keluasan yang sepatutnya diusahakan, tapi apabila kontraktor telah membuat perjanjian dengan pemilik tanah, tapi mereka tak usahakan. Jadi pemilik tanah tak buat, dua-dua rugi, tiga-tiga rugi. Kerajaan Negeri rugi, operator tak buat, tak buat memang
dia rugilah, pemilik tanah tak dapat apa sebab perjanjian tu. Mohon Datuk Exco.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya nak ucap terima kasih pada pandangan Yang Berhormat Gemas. Ini satu tanggungjawab Yang Berhormat. Akan datang Yang Berhormat kena educate, dengan izin, bagitahu kepada pemilik, pesawah padi, ni usahakan tanah ni sendiri. Kerana kerajaan bagi subsidi banyak Yang Berhormat kepada penanaman padi ni. Kita bagi bantuan bekalan apa yang kita nak bekal, apa, input pengairan air, kolabrasi antara jabatan dengan jabatan, kita beri penumpuan kepada pesawah padi ni Yang Berhormat.
Jadi Yang Berhormat, masalah kita sekarang ni ialah ada orang tengah offer harga lebih tinggi. Sekarang ni kerajaan harga kita ialah 1,200.00 ringgit/tan untuk padi proses, ada juga kilang, pengilang offer 1,700.00 kerana bekalan beras putih tempatan kita tinggi kualitinya Yang Berhormat. Jadi dia boleh packing, dia boleh repack kepada barang, kepada barang, kepada beras import, ini masalah kita. Tetapi akhirnya, kawasan, keadaan ini di dalam pemantauan dan pemerhatian kita, insyaAllah. Dan saya mengharapkan supaya enforcement, dengan izin, daripada Badan Kawal Selia Beras Negara dapat kita perhebatkan dan insyaAllah bekalan beras di Negeri Sembilan akan semakin hari semakin bertambah.
Kerana untuk makluman Yang Berhormat Gemas, sekarang ini kawsan penanaman padi di Negeri Sembilan ni, in total 1,200 hektar. Keperluan untuk kita mengeluarkan bagi keperluan mini factory, ataupun dengan izin ya, kilang sederhana skala kecil dalam sekitar 1,500. Kita ada shortage about 300 hectares lagi. Dan ini dalam pemerhatian kita untuk kita buat dari masa ke semasa. Kertas dasar dan konsep ini akan saya bentangkan dalam Mesyuarat MMK, dan insyaAllah Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat akan memberikan kelulusan total kepada perancangan ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih. Saya jemput YB Sungai Lui.
Yang Amat Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1, tentang lot perumahan generasi kedua felda dan jugak kalau boleh, bersekali dengan rumah-rumah yang terbengkalai di kawasan felda sekali.
Saya lagi, mintak maaf Dato’ Speaker. Semalam, inilah kesan apabila tak ada, Dato’ Speaker, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Lui. Ini memang forte saya, Dato’ Yang Dipertua, pasal lot generasi, rumah generasi kedua felda,
selain daripada forte ataupun dengan izin, ADUN bagi kawasan felda ni, saya percaya 40 kawasan felda di Negeri Sembilan menunggu jawapan kita ini.
Yang pertama Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua, pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat dan prihatin akan isu permasalahan yang dihadapi oleh generasi felda di Negeri Sembilan. Pihak FELDA bersama agensi teknikal yang lain telah mengadakan beberapa siri libat urus secara bersama bagi mengeluarkan satu garis panduan dan terma rujukan di dalam pelaksanaan Lot Generasi Kedua FELDA di Negeri Sembilan. Selain itu, FELDA telah mengadakan sesi taklimat kepada pengurusan dan generasi di Rancangan bagi menerangkan proses dan kaedah pelaksanaan LGF ini bagi mengelakkan kekelirauan, ke, ke kekeliruan, confuse, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, bagi mengelakkan, di peringkat bawahan Dato’ Yang Dipertua, mintak maaf. Dato’ Dipertua, senyum sikit, saya tengok muka masam.
Pada tahun 2022, yang ni saya nak ucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, kerana telah melaksanakan dan memperkenalkan pemberian lot tanah kediaman bagi Generasi Baharu Felda yang telah dimulakan Di daerah Jempol dengan lokasi khusus iaitu di Felda Palong 12. Kita tepuk sikit pada ADUN Sikamat. Pemberian lot tanah ini adalah bagi lot kediaman dengan jumlah 4,000 kaki persegi. Dato’ Dipertua, pemberian lot generasi ni adalah untuk mengisi keperluan yang diperlukan oleh generasi kedua, ketiga dan keempat felda. Masalah kita Dato’ Yang Dipertua, sekarang ini kita kena siapkan dulu, nak kenal pasti di manakah lokaliti kawasan yang sesuai untuk diberikan dan juga dipecah-pecahkan 4,000 kaki persegi ni, di seluruh kawasan felda di 49 kawasan felda di Negeri Sembilan. Dan yang penting bagi kita ialah sebagai contoh, di Felda Palong 12 yang dibuat oleh Kerajaan Negeri tu, dia tak boleh kawasan ini kita bagi 10 tapak, kemudian di sudut Palong tu pulak bagi 12 tapak, termasuk di kawasan felda yang lain. Dia, maknanya dia tak boleh scattered, dengan izin, kalau scattered dia tak jadi program ni. Kita akan ambil dan buat penumpuan kepada, kenal pasti bagi kawasan-kawasan tertentu.
Contoh di Felda Sungai lui, untuk maklumat Yang Berhormat Sungai Lui, kita akan tengok, kita ada kawasan sekitar 10 ekar untuk projek lot generasi kedua felda. Dan apabila sudah dikenal pasti, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, barulah kita pergi ke fasa kedua untuk membuat proses bagi mendapatkan agihan kepada generasi kedua. Generasi kedua felda ni pulak kita nak tengok Yang Berhormat, kita tak boleh bagi semua. Generasi kedua felda daripada kalangan guru, tidak ada masalah. Daripada kalangan ahli peniaga, tidak ada masalah. Di kalangan yang mempunyai kerjaya tertentu, tidak ada masalah. Masalah
kita sekarang ini untuk mengisi keperluan dan permintaan kepada generasi kedua, ketiga, keempat felda yang mempunyai kerjaya, yang memerlukan, maknanya yang pemandu lori umpamanya, pekerja ladang umpamanya, yang duduk di rumah ibu bapa umpamanya. Yang ini kita nak bagi tumpuan. Dan insyaAllah apabila semua ni selesai, maka pemberian ataupun penyediaan lot-lot generasi kedua felda ini, lot generasi kedua felda ini dapat kita laksanakan di Negeri Sembilan melalui fasa-fasa tertentu yang akan kita laksanakan, insyaAllah. Terima kasih.
Soalan tambahan ya. Kalau boleh disentuh jugak ya, agak-agak berapa, berapa, mengambil masa berapa lama proses ini dan jugak tentang perumahan-perumahan terbengkalai di kawasan PGBF yang berada di kawasan-kawasan felda khususnya di kawasan Jempol dan sekitarnyalah. Itu saja.
Yang Berhormat Lui sabar sikit. Kerajaan Negeri sedang buat perkara ini. Kita sedang melaksanakan proses kerana kita tak boleh buat ad hoc action ataupun tindakan secara ad hoc. Kita cross, cross the board Dato’ Yang Dipertua, dengan izin, kita melakukan beberapa tindakan supaya perkara ini dapat berjalan secara baik dan tersusun kerana kita tidak mahu nanti masalah-masalah yang berkaitan dengan pemilikan dan jugak masalah kepada pemilihan peserta LGF ini menghadapi masalah kerana kita terpaksa menguruskan permohonan dan jugak permintaan di kalangan generasi kedua felda ini yang terlalu ramai.
Tetapi untuk makluman Dewan, Kerajaan Persekutuan melalui FELDA, Kerajaan Negeri melalui intervensi dan jugak pendekatan pelbagai untuk memenuhi keperluan generasi kedua felda dilakukan dari masa ke semasa. Saya nak bagitahu kepada ahli Dewan, tidak ada kerajaan selain daripada Kerajaan Perpaduan yang memberikan penumpuan khusus kepada keperluan generasi kedua felda dari masa ke semasa. Ini harus dihargai oleh peneroka dan jugak generasi kedua felda.
Dan saya nak maklumkan juga kepada Yang Berhormat Lui, sekarang ini kita ada beberapa masalah berkaitan dengan, apa ni, penyelamatan ataupun apa, untuk menyiapkan rumah generasi kedua felda yang terbengkalai. Di Felda Pasoh 2 sekarang Yang Berhormat di, sedang dilaksanakan dan hampir siap. Dan ada lagi Felda Pasoh 3. Pihak Kerajaan Negeri sedang mendapatkan peruntukan tambahan daripada FELDA untuk kita melengkapkan bagi rumah generasi kedua felda yang sedang terbengkalai sekarang. Semalam, untuk makluman ahli Yang Berhormat, saya sudah mengemukakan hal ini ke dalam Jawatankuasa
MEXCLUB semalam untuk tindakan segera FELDA bagi perkara-perkara ini dapat kita execute, dengan izin, secepat mungkin.
Di Felda Pasoh 2 tu, untuk makluman Yang Berhormat, saya sudah maklum kepada RGM, saya sudah maklumkan kepada Pengurus supaya pengisian rumah generasi kedua felda ini mesti dilakukan serta merta sehingga, selewat-lewatnya penghujung bulan kerana kita tidak mahu apabila rumah ini siap nanti, vandalism berlaku sekali lagi dalam projek perumahan ini. Terima kasih Dato’ Speaker.
Meneruskan soalan, saya menjemput YB Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, Projek Residensi Seremban Sentral merupakan salah satu projek perumahan di bawah perbandaran, Perbadanan PR1MA Malaysia yang terletak di Negeri Sembilan. Projek ini terdiri, terdiri daripada 1,504 unit apartmen dan 881 unit ataupun 59% telah terjual. Kontraktornya adalah Brunsfiel. Projek ini telah siap dibina dan telah menerima Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) pada 31 Mei 2023. Penyerahan kunci telah dilaksanakan bermula pada 26 Jun 2023 dan setakat 7 September 2023, sebanyak 626 unit telah berjaya diserahkan kepada para pembeli.
Berhubung dengan isu kesukaran bagi kelulusan pemasangan meter air dan elektrik, PR1MA telah mengambil langkah proaktif bagi menangani isu tersebut dengan mengadakan perjumpaan pihak syarikat utiliti yang terlibat. Berikut adalah status terkini berka, berkenaan isu-isu tersebut:
• Berkaitan dengan bekalan elektrik. Bekalan elektrik utama telah disambung ke tapak mulai pada Jun 2023. Bagi permohonan meter untuk unit, pemasangan meter telah mula dibuat oleh pihak TNB pada 28 Julai 2023. Setakat 20 September, sebanyak 154 unit telah dibekalkan dengan meter dan 114 unit sedang dalam proses pendaftaran permohonan. Proses ini dianggarkan akan mengambil masa 14 hari sebaik permohonan diluluskan.
• Berkaitan dengan bekalan air. Bekalan air telah disambung ke tapak mulai Jun 2023. Permohonan bekalan air individu kepada SAINS pada 17 Julai 2023 telah ditolak kerana pihak SAINS mensyaratkan agar permohonan dilakukan secara pukal iaitu melibatkan 1,504 unit sekaligus. PR1MA telah membuat rayuan berkaitan dengan permohonan bekalan air secara individu dan rayuan telah diluluskan
pada 21 Ogos 2023. Pihak kontraktor telah menghantar semula borang-borang permohonan kepada SAINS bagi pemasangan meter individu.
Pihak PR1MA telah mengalih, mengambil inisiatif segera dengan mendahulukan deposit bekalan air secara individu bagi pihak pembeli kepada SAINS untuk semua permohonan unit-unit yang telah terjual iaitu 656. Proses pematang, pemasangan meter air ini dianggarkan akan mengambil masa 14 hari jugak.
Pihak PR1MA bersama Brunsfield juga telah mengadakan sesi libat urus yang dipanggil PR1MA Community Coordination (PCC) bersama wakil-wakil pembeli residensi ini pada 7 September 2023 bagi menerangkan tentang proses Serahan Notis Milikan Kosong, tuntutan dan pembayaran Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD), pengurusan strata, pengurusan fasiliti, penyerahan kunci, pembaikan kecacatan dan perkara berbangkit yang lain.
Pihak PR1MA sentiasa memastikan kediaman yang berkualiti dapat disediakan kepada semua pembeli-pembeli Residensi Seremban Sentral dan akan mematuhi ter, terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam perjanjian jual beli bersama pihak pembeli.
Maka, mengikut apa yang dinyatakan, kedua-dua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Mambau, telah pun diselesaikan. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, ada aduan-aduan seperti ni yang agak sama di kawasan DUN Mambau jugak, pada tempoh hari. Jadi saya ada terima aduan berkenaan dengan, dengan tiada bekalan air dan, dan, dan tiada bekalan elektrik di Pangsapuri Perkhidmatan Universiti Mall di Seremban 3. Jadi ini amat menyusahkan pelajar-pelajar UiTM yang tinggal di situ. Dan saya nak ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Exco Nilai kerana Exco Nilai sanggup dengan serta merta bersama saya turun padang berjumpa dengan pihak wakil pihak, wakil pihak pemaju dan pengadu-pengadu, pemilik unit di situ, dan jabatan COB MBS. Jadi, di sini, saya nak mohon tanya pada Exco Nilai, ada apa-apa status perkembangan terkini terhadap isu ini untuk menyelesaikan aduan masalah ini? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, di Universiti Mall di Seremban 3 ini sekarang berhadapan dengan pemotongan bekalan elektrik di common area ataupun di kawasan bersama menyebabkan lif untuk 16 tingkat itu tidak dapat digunakan. Dan hampir 30 hingga 40 unit yang
digunakan sebagai hostel untuk pelajar-pelajar UiTM Seremban 3 itu menggunakan tangga ke unit-unit mereka.
Dan baru-baru ini, hari Selasa lepas, bekalan air jugak tidak dapat sampai ke setiap unit kerana meter pump pun tidak dapat digunakan kerana tiada bekalan elektrik. So keadaan ini menyebabkan ada banyak isu, dan jugak saya bersama dengan Mambau juga telah berjumpa dengan sekumpulan pemilik rumah, pemilik unit tersebut di mana isunya adalah hampir 70% pemilikan di situ adalah masih di bawah pemaju. Pemilik pulak sanggup untuk membayar maintenance fee setiap bulan. COB MBS jugak bersedia untuk memberikan pengakuan Sijil Pengakuan kepada JMB. Tetapi masalah yang dihadapi adalah, kalau pemilikan 70% unit itu masih di bawah pemaju, kalau pemaju tidak bayar maintenance fee untuk 70% tu, 30% kesemua bayar maintenance fee oleh pemilik-pemilik itu pun tidak dapat diselesaikan masalah ni. Ini adalah masalah berpunca daripada pemaju tersebut. Dan kita, saya dalam satu dua hari ini jugak akan berjumpa dengan pemaju tersebut, kerana pemaju tersebut jugak tidak bertanggungjalab, jawab dalam isu ini kerana 70% pemilikan, pemilikan itu masih di bawah pemaju tersebut. Dan kita harap satu perbincangan dapat dijalankan dengan sebaik mungkin supaya isu ini dapat diselesaikan. Dan satu keadaan tempat yang sangat baik, sangat strategik, kita tidak mahu ia akan menjadi terbengkalai selepas ini. Terima kasih.
Dijemput Gemas.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemas bertanyakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan perkhidmatan komuter Gemas, perkhidmatan komuter Gemas. Perkhidmatan KTM Komuter tidak lagi beroperasi sehingga ke Gemas sejak tahun 2016 susulan jumlah penumpang yang naik dan turun di Stesen Gemas merekodkan bilangan yang rendah iaitu 10 orang penumpang sahaja untuk setiap sehari. Atas penilaian faktor ini membawa kepada rasional, rasionalisasi operasi Perkhidmatan KTM Komuter yang berhenti sehingga ke Stesen Pulau Sebang sahaja. Tambahan lagi, dengan hasil kutipan tiket dari jumlah bilangan penumpang yang, yang rendah iaitu 10 penumpang setiap hari di Stesen Gemas tidak dapat menampung kos operasi tren KTM Komuter untuk ke Stesen Gemas sekitar Ringgit Malaysia 300,000.00 setahun.
Walau bagaimanapun, KTMB bersedia untuk menyemak semula perancangan operasi Perkhidmatan KTM Komuter ke Stesen Gemas dengan kerjasama Kerajaan Negeri untuk meningkatkan jumlah
penumpang di stesen ini serta pertimbangan untuk menanggung kos operasi yang berkaitan secara bersama.
Untuk, sebagai alternatif jugak, KTMB juga menyediakan sebanyak 4 perkhidmatan ETS yang berhenti di Stesen Gemas. Perincian masa tren ETS di Stesen Gemas adalah seperti berikut: berlepas daripada Stesen Gemas pada 8:05 pagi dan 3:20 petang, 2 lagi yang tiba di Stesen Gemas adalah pada 2:52 petang dan juga 12:10 pagi, awal pagi. Terima kasih.
Soalan tambahan Tuan Speaker. Saya akui, jumlah penumpang memang 10 orang. Tapi jadual perjalanan untuk perjalanan pertama komuter di Gemas ini bermula pukul 4:30 pagi, itu yang pertama. Gemas juga merupakan hab untuk penduduk dari kawasan sekitar; Palong, persekitaran terdekat untuk ke Kuala Lumpur, selain orang Gemas tu sendiri dan Segamat, Segamat jugak, Segamat Baru. Ini adalah alternatif sebab perjalanan, soalan pertama saya tempoh hari melibatkan jalan raya. Ini adalah alternatif perjalanan untuk orang ramai menggunakan perkhidmatan komuter. Cuma kami mohon jika KTM boleh meng, menjadualkan semula perjalanan untuk komuter di, bermula daripada Gemas. Untuk makluman YB Exco perjalanan bermula pukul 4:30 pagi. Itu trip yang satu saja. Kami tak mintak trip yang banyak, satu saja.
Untuk ETS, bukan kami tak naik, tak nak naik ETS, tambang ETS ni, dua kali ganda daripada tambang komuter. Jika daripada Gemas nak ke Kuala Lumpur, 30.00, hampir 30.00 lebih ringgit. Jadi, mohon untuk, YB Exco untuk 10 orang tu dinilai pada pukul 4:30 pagi. Terima kasih.
Okey, terima kasih atas cadangan tersebut. Kita akan cuba berbincang dengan KTM berkaitan dengan penyelarasan masa tersebut. Pada masa yang sama, sepertimana yang semalam, 2 hari lepas dinyatakan oleh Yang Berhormat Chennah, beberapa projek menaik taraf laluan landasan kereta api daripada, ke Johor Bahru, daripada Gemas sedang dilaksanakan. Dan sudah tentu selepas dinaik taraf, kemungkinan besar kita dapat menyediakan perkhidmatan itu mengikut masa yang sesuai. Terima kasih.
Dijemput Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Sri Tanjung, yakni berkenaan dengan Kerajaan Negeri memperuntukkan geran bantuan, ada atau tidak. Untuk makluman ADUN Sri Tanjung,
Kerajaan Negeri telah pun perkenalkan beberapa produk ya, di bawah PKNNS (Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan) yang bertujuan agar lebih ramai penjaja, peniaga kecil berjaya dikembangkan melalui bantuan pembiayaan. Di antara produk-produk ini, yang pertama, kita sebut Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) ya. TUNS adalah bentuk berjumlah 3,000.00 ringgit bagi peniaga-peniaga kecil yang jualan tahunan mereka kurang daripada 100,000.00 ringgit, ya. Itu produk pertama, TUNS.
Produk kedua adalah TUNS Plus ataupun Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Plus. Ia ini adalah dalam bentuk pinjaman mudah tanpa faedah ya, yang berjumlah 5,000.00, 10,000.00 ataupun 15,000.00 untuk tempoh maksimum 5 tahun. Ini adalah bagi peniaga-peniaga yang jualan tahunan mereka kurang daripada 300,000.00.
Dan produk ketiga adalah Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan Extra ataupun TUNS Extra. Yang ini dalam bentuk geran padanan ataupun matching grant pada nisbah 50:50, maksima 30,000.00 ya.
Jadi inilah 3 bentuk tabung yang disediakan oleh Kerajaan Negeri kepada peniaga-peniaga, kebanyakannya adalah orang-orang muda ya. Hampir 60% penerima ini adalah orang-orang muda. Kemudian tumpuannya adalah kepada Usahawan Belia, Usahawan Wanita, Usahawan Tani, Usahawan Luar Bandar termasuk juga Usahawan Orang Kurang Upaya.
Sementara itu, itu dari pihak Kerajaan Negeri. Manakala dari, oleh Jabatan Belia Dan Sukan melalui KBS pula ada 2 program iaitu Jelajah Genta Belia yang akan dilaksanakan di 3 daerah untuk tahun ini iaitu Daerah Seremban, Jempol dan Tampin yang disediakan dana sebanyak 36,000.00 ringgit. Manakala bakinya 10,000.00 ringgit lagi adalah untuk program MyPreneur iaitu kursus di peringkat negeri bagi membantu anak-anak muda untuk mulakan perniagaan dan seterusnya.
Bagi menjawab soalan yang kedua, yakni yang berkenaan rancangan kerajaan untuk menyediakan pemimpin pelapis, untuk makluman Yang Berhormat Sri tanjung, Jabatan Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ada beberapa program yang disediakan bagi menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis masa hadapan.
Yang pertama, adalah Anugerah Perdana Belia Negara. Anugerah ini ialah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara. Yang keduanya memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas
pencapaian masyarakat belia pelbagai bidang di peringkat negeri. Seterusnya menggalakkan penglibatan para belia dalam kerja-kerja sukarela yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Dan menjana sokongan masyarakat umum terhadap usaha-usaha pembangunan belia hingga ke peringkat akar umbi. Itu yang pertama, program pertama iaitu Anugerah Perdana Belia Negara.
Proram yang kedua adalah Parlimen Belia Malaysia. PBM ataupun Parlimen Belia Malaysia ini berperanan sebagai platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan. Pewujudan PBM ini hampir menyamai Parlimen Belia di 33 buah negara ya, seperti kebanyakan negara-negara maju dan membangun seperti Australia, United Kingdom, New Zealand, Timor Leste, Filipina, Bangladesh dan beberapa Negara Eropah. Dan objektifnya adalah pertamanya: meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan negara jangka masa panjang kepada belia-belia ini; dan sebagai pendedahan kepada belia dalam mendalami bagaimana proses undang-undang digubal serta memahami sistem pentadbiran sebuah negara.
Program seterusnya adalah Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Semua ini Yang Berhormat, adalah untuk melatih, menyediakan belia untuk masa hadapan negara. Program Pertukaran Belia Antarabangsa pulak bertujuan untuk mengukuhkan persahabatan dan perhubungan antara belia secara berterusan selain menjadi platform untuk belia bertukar maklumat terutamanya di dalam bidang pembangunan belia.
Program keempat adalah Felo Perdana atau Felo Korporat. Yakni sebuah program inteship, internship merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia Dan Sukan untuk melahirkan golongan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengetahuan yang relevan berkaitan sistem pentadbiran korporat bertaraf antarabangsa serta dapat membangunkan negara pada masa yang akan datang. Sebagai perintis kepada program ini, Kementerian Belia Dan Sukan akan bekerjasama dengan GLC ya (Government linked Companies) untuk menempatkan pelajar Malaysia yang menuntut di dalam dan luar negara bersama mentor yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ataupun CEO syarikat-syarikat Korporat Malaysia di negara ini. Pemilihan mentor yang terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat-syarikat korporat Malaysia adalah bagi memberikan pendekatan contoh kepimpinan korporat yang boleh dicontohi oleh belia-belia kita.
Dan objektif Program Felo Perdana ialah pertamanya: menyediakan dan mendedahkan belia-belia Malaysia yang berpotensi terhadap kompetensi kepimpinan berasaskan perniagaan ya, seperti kepintaran perniagaan, pemikiran strategik perniagaan dan pembinaan rangkaian
perniagaan. Dan yang keduanya ialah melahirkan kepimpinan pelapis kepada Ketua Pegawai Eksekutif ataupun CEO syarikat-syarikat korporat negara ini yang mampu berdaya saing di peringkat global dan untuk menyambung kesinambungan korporat pada masa-masa yang akan datang.
Seterusnya adalah program Felo Korporat Siswazah. Program felo korporat, felo, Program Felo Korporat Siswazah ini pula terbuka kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan ya. Kemudian kita ada Felo Korporat Graduan. Felo Korporat Graduan pulak terbuka kepada semua graduan baru daripada Institut Pengajian Tinggi, tertakluk kepada syarat-syarat juga ya.
Dan akhir sekali kita ada satu lagi program yang kita beri nama Majlis Perundingan Belia Negara. Fungsi Majlis Perundingan Belia Negara adalah untuk bertindak sebagai badan perunding dalam hal yang berhubungan dengan pembangunan belia di peringkat negeri. Bertindak sebagai badan perunding dan penasihat kepada pertubuhan belia di peringkat negeri dan juga daerah ya. Objektifnya adalah pertamanya: mempertingkatkan pelaksanaan program pembangunan kepimpinan dan pengurusan organisasi belia. Yang keduanya: membincangkan isu dan masalah-masalah yang dihadapi oleh belia. Yang ketiganya: dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat. Meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa. Dan akhir sekali ialah menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia kesan daripada kemelesetan ekonomi semasa. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Sebilangan besar penggunaan vape adalah belia. Vape berpotensi digunakan dalam penyalahgunaan pelbagai jenis dadah yang berbahaya. Apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi isu ini?
Terima kasih Sri Tanjung. Soalan berkenaan dengan penyalahgunaan vape, apakah tindakan kerajaan. Yang pertamanya, saya yakin dan percaya adalah kita perlu perhebatkan kesedaran, kesedaran kepada pengguna-pengguna vape, pengguna, kesedaran tentang penyalahgunaan penggunaan vape. Mungkin juga kesedaran kepada penyalahgunaan ataupun perokok, pun kita kena masukkan jugak. Bila rokok ramai mula pandang saya nampaknya ya. Rokok, vape dan penyalahgunaan vape, ia perlu diberikan kesedaran, diperhebatkan kesedaran. Bukan saja pihak kerajaan secara total, tetapi oleh institusi pendidikan perlu bantu, di sekolah-sekolah, di universiti kerajaan kita
kena bantu, persatuan-persatuan belia kena bantu, semua pihak kena bantu memberikan kesedaran tentang penyalahgunaan vape ini.
Yang keduanya pada hemat saya ialah kita perlu penguatkuasa, menguatkuasakan undang-undang dengan kita menyelia tempat-tempat yang menjual vape ni supaya tidak ada elemen-elemen yang boleh di apa nama, penyalahgunaan bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang ya, yang, yang dijual di premis-premis ini. Maka kita perlu pergiatkan lagi.
Dan yang ketiga, yang saya fikir masih kontroversi, ialah adakah kerajaan bersedia untuk wujudkan undang-undang ataupun legalize untuk penggunaan vape ataupun industri vape. Ini perkara ketigalah saya fikir yang perlu kita ambil tindakan sewajarnya. Terima kasih Sri Tanjung.
Dijemput YB Paroi.
Assalamualaikum WBT. Soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Paroi yang bertanyakan berkenaan Pusat Kualiti Alam Sendayan. Dato’ Yang Dipertua, pada 3 Ogos 2018, Kerajaan Negeri telah mengemukakan surat cadangan penempatan semula ataupun penutupan Kualiti Alam Sdn. Bhd. di Sendayan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan juga Perubahan Iklim melalui surat yang ditandatangani oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga telah membangkitkan isu berkenaan status penempatan semula Kualiti Alam Sdn. Bhd. di negeri dalam Mesyuarat MEXCOE Bil.2/2020 pada 23 Oktober 2020.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan memaklumkan hak eksklusif Kualiti Alam Sdn. Bhd. telah tamat pada tahun 2015 dan cadangan untuk diperbaharui hak eksklusif tersebut tidak dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan. Hak eksklusif kepada Kualiti Alam Sdn. Bhd. sebelum ini adalah untuk tujuan pelupusan akhir bahan buangan terjadual daripada industri dengan fasiliti insinerator, solidifikasi, chemical/physical treatment dan juga secured landfill. Ini dipanggil konsep sebagai konsep cradle to grave. Selepas tahun 2015, Kerajaan Persekutuan telah membenarkan Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual lain dilesenkan untuk tujuan menggalakkan industri mengguna, mengitar semula dan recover bahan-bahan buangan terjadual tersebut iaitu dengan konsep cradle to cradle ataupun circular economy. Buat masa ini, Kualiti Alam Sdn. Bhd. beroperasi seperti pusat, Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual seperti yang lain tanpa hak eksklusif daripada
Kerajaan Persekutuan. Dan lesen operasi pula akan diperbaharui pada setiap tahun dan dikeluarkan oleh JAS sekiranya tidak berlaku sebarang pelanggaran syarat.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Kalau kita, sedikit soalan yang saya nak cadangkan di sini. Kalau kita lihat Kualiti Alam ya, dia menguruskan lebih kurang 70 jenis toksik ya, yang pertamanya ialah rawatan fizikal dan jugak kimia; yang kedua: tapak penstoran untuk sisa berjadual dan yang ketiga: tapak pelupusan selamat landfill.
Dalam suasana sekarang ini ya, Kualiti Alam tu dia berlaku kebakaran ya, pada bulan Oktober 2019. Dan ini saya rasa dia akan me, pelepasan gas-gas merbahaya kepada penduduk. Dan suasana yang berlaku di Kualiti Alam tu kita tengok penduduknya berdekatan ya, berdekatan dengan kawasan Kualiti Alam. Dalam Sinar, pada bulan, 2 Oktober 2018; buffer zone ni hanya berdekatan 500 meter daripada penduduk. Saya rasa, Kualiti Alam ni telah diuruskan 25 tahun ya. Dan tempat pelupusan ni adalah tempat yang cukup bahaya asapnya dan jugak dia apabila buat landfill tempat 70 benda toksik yang, yang kita uruskan.
Oleh yang demikian, saya rasa Jabatan Alam Sekitar pada tiap-tiap tahun dia akan keluarkan lesen ya. Satu kajian ya, kita tak naklah pulak ya, 70 toksik itu, satu Malaysia dihimpunkan ke Negeri Sembilan. Dan kita tengok suasana tempat tersebut, dengan masjidnya yang cantik ya, dengan pembangunannya yang begitu, di Sendayan. Dan ini saya rasa, saya mintaklah dibuat satu kajian …..
Soalannya apa?
Soalannya, perlu atau tidak ya, kita tukarkan Kualiti Alam ke tempat lain? Itu soalan saya yang, yang jelas setelah berlaku 2 kebakaran besar; 2015 dan 2019. Dan ini adalah bom jangka. Kalau berlaku saja kebakaran, Bomba nak masuk pun takut. Wallahualam.
Terima kasih kepada soalan tambahan tersebut. Sebenarnya Kualiti Alam ni, sebelum ni memang ada berlaku insiden kebakaran tetapi ia tidak menjejaskan keselamatan penduduk di sekitar. Dan Kualiti Alam ni mempunyai sistem keselamatan yang baik. Mereka ada bomba sendiri, jika berlaku kebakaran, mereka ada sistem bomba mereka untuk mengambil tindakan pantas sebelum kita ada Bomba daripada kerajaan.
Walau bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau keadaan di persekitaran Kualiti Alam ni dan memastikan udara yang bersih dan
juga jika ada apa-apa pencemaran di sekitar, akan dimaklumkan dan tindakan segera akan diambil. Tetapi buat masa ni, memang tidak ada apa-apa isu yang menjejaskan kesihatan penduduk di sekitar. Sebab memang Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan yang kerap dan rapi. Dan kita juga lihat buat masa ini Kualiti Alam ni ditukar kepada proses recovery, bukannya terus buangan terjadual ni dilupuskan di landfill. Dan setiap negeri juga mempunyai premis yang ditetapkan untuk buangan terjadual masing-masing. Jadi, proses untuk recovery ini dibuat di Kualiti Alam ni. Jadi bukannya semua bahan buangan terjadual ni dilupuskan di landfill. Jadi itu adalah perkara yang kita buat. Dan kita akan pastikan pemantauan akan dibuat kerap dan berkala di Kualiti Alam ni. Terima kasih.
Dijemput Seri Menanti.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan terima kasih kepada ADUN Seri Menanti. ADUN Seri Menanti dia bertanyakan tentang soal menara telco di Kampung Mampas dan juga Kampung Orang Asli Langkap. Dan dalam soal, soalan beliau telah pecah kepada 2 iaitu apakah tindakan daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan juga bilakah jangka pemasangan talian telco di pemancar menara ini akan siap.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, menara telekomunikasi di Kampung Mampas dan Kampung Orang Asli Langkap merupakan inisiatif pihak Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) di bawah Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA, dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesalinghubungan digital dan perkhidmatan kualiti jalur lebar di kawasan luar bandar yang turut meliputi di kawasan DUN Seri Menanti.
Pihak MCMC sentiasa memantau dan meneliti pelaksanaan JENDELA yang dijalankan oleh penyedia perkhidmatan di Negeri Sembilan termasuk di kawasan DUN Seri Menanti agar dapat diselesaikan mengikut perancangan, peruntukan dan juga kelulusan yang ditetapkan.
Dia sememangnya kalau ikut mata kasar, memang menara tu telah pun siap tetapi setakat ini, status pelaksanaan menara telekomunikasi di kedua-dua kawasan tersebut adalah di dalam fasa penyediaan perkhidmatan telekomunikasi yang merangkumi kepada skop kerja penilaian dan juga keselamatan tapak, penyediaan backhaul fiber, pemasangan komponen elektronik komunikasi dan pelaksanaan
pengukuran kualiti perkhidmatan agar mencapai standard rangkaian komunikasi yang telah ditetapkan.
Untuk jawapan yang kedua, perancangan bagi memastikan kedua-dua menara telekomunikasi tersebut beroperasi selaras dengan kualiti pengalaman yang ditetapkan adalah disasarkan selesai sepenuhnya menjelang suku kedua 2024. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini dijangka dapat disegerakan secara berperingkat melalui peruntukan dan kelulusan yang diberikan.
Perkhidmatan rangkaian utama talian tele, telekomunikasi yang bakal dinikmati oleh penduduk di kedua-dua kawasan tersebut adalah daripada rangkaian Celcom Digi dan akan disusuli dengan talian telekomunikasi dari Maxis serta U Mobile melalui teknologi perkongsian rangkaian. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Berkenaan dengan rangkaian liputan mudah alih yang sering terputus bermula daripada jalan Bukit Putus sehinggalah sampai ke Ulu Bendul. Dan kemudian di kawasan, kawasan Kampung Bukit Perah dan juga Kampung Juah di kawasan Seri Menanti. Jadi, apakah tindakan daripada pihak MCMC berkenaan dengan rangkaian yang sering terputus ini? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada ADUN Seri Menanti. Bekalan ataupun rangkaian yang selalu kadang-kadang terputus ini, dia mungkin disebabkan ada faktor bekalan elektrik yang berpanjangan ataupun dia berkaitan dengan kerja-kerja pembaikan pulih ataupun ada kabel yang terputus ya, pada ketika itu, dan perlu ambil masa untuk dibaik pulih. Dan sebarang aduan berkenaan dengan apa nama ni, rangkaian internet boleh diadu terus kepada pihak MCMC. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Serting.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor 1.
Dato’ Dipertua, ini berkaitan dengan perkhidmatan kutipan sampah di kawasan bukan seliaan PBT. Sama jugak adalah, 2 hari lepas saya, jawapan yang di, apa, soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labu di mana semua kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, kutipan sampah ini, perkhidmatannya disediakan oleh PBT melalui SWCorp ataupun SWM. Berkaitan dengan kawasan luar PBT, boleh membuat lantikan kontraktor kutipan sisa pepejal yang berlesen
dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan juga mengikut kadar bayaran dan juga frekuensi kutipan, bilangan tong, jenis tong dan saiz tong.
Pihak SWCorp bersedia untuk memberikan khidmat nasihat dan juga pandangan dalam aspek penyediaan kemudahan penstoran, kutipan penghan, kutipan pengangkutan dan pelupusan sisa, sisa pepejal. Berkaitan dengan kawasan luar bandar, kawasan di luar kawasan PBT, kita sedang mengkaji bagaimana dapat kita membantu supaya penduduk di sekitar kawasan luar bandar ini tidak akan membuat, apa ni, pembakaran secara terbuka ataupun membuang sampah di sungai.
Pihak SWCorp sentiasa bekerjasama dengan agensi seperti Pejabat Daerah Dan Tanah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan juga Unit Perancang Ekonomi Negeri bagi memudahkan proses perancangan penyediaan kemudahan berkenaan. Terima kasih.
Dijemput Rahang.
Terima, terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya meng kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rahang. Untuk maklumat Yang Berhormat Rahang, sebanyak 3 kawasan industri baharu yang bakal dibuka di Negeri Sembilan dan kini dalam peringkat pembangunan. Pertama adalah kawasan industri XME Business Park di Nilai Impian yang merupakan sebuah fasiliti Managed Industrial Park yang pertama di Negeri Sembilan seluas hampir, hampir 70 ekar yang dijangka setiap, yang dijangka siap pada penghujung tahun, tahun 2023. Pemaju projek ini adalah Sime Darby Property Berhad. Selain daripada XME Business Park Nilai Impian, juga sedang, Sime Darby Property Berhad juga sedang membangunkan kawasan Perindustrian Hamilton, Parcel A, MVV 2.0 di Nilai dengan keluasan keseluruhan 867 ekar.
Seterusnya adalah kawasan perindustrian Techpark @ Enstek Fasa 3 dengan kawasan seluas lebih kurang 650 ekar akan dibangunkan di Bandar Enstek oleh TH Properties. Pembangunan kawasan industri di Enstek ini secara umumnya memfokuskan kepada industri berkaitan halal. Di samping itu, terdapat juga potensi pembangunan kawasan industri baharu di Negeri Sembilan dalam peringkat perancangan seperti berikut: yang pertama: Seri Pajam Development (SPD) Techvalley di Senawang dengan keluasan 520 ekar; yang kedua: NS Semiconductor Valley di Sg. Gadut dengan keluasan 837.8 ekar; dan Eka
Smart Industrial Park di Labu, Sendayan dengan keluasan 200 ekar. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Labu.
Assalamualaikum Yang Dipertua, saya bangun untuk bertanya soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan peniaga warga asing di mana semua PBT sama sekali tidak membenarkan dan juga memberi lesen atas nama mereka iaitu warga asing untuk berniaga di mana-mana tempat; di kaki lima, di pasar pagi ataupun di pasar malam ataupun di mana-mana premis. Pentadbiran Majlis khususnya di Majlis Bandaraya Seremban membuat pemantauan operasi secara berkala terhadap premis-premis perniagaan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban.
Pada 31 haribulan 8, 2023, sitaan juga telah dijalankan ke atas perniagaan MS Ayu Khan Enterprise di Jalan Sheikh Ahmad yang telah melanggar syarat lesen dan 1 kompaun yang telah dikeluarkan kepada pemilik perniagaan. Manakala pada 17 haribulan 9, 2023 sitaan ke atas premis 104 dan 105, Jalan Dato’ Bandar Tunggal perniagaan Siti Mobile & Trading dan 1 kompaun telah dikeluarkan kepada pemilik perniagaan. Kedua-dua premis ini dilesenkan atas nama isteri yang berwar, berstatus warganegara untuk menjalankan, untuk menjalankan perniagaan tersebut. Selain itu, sebanyak 22 kompaun tanpa lesen juga telah dikeluarkan terhadap premis di kawasan Nilai yang juga disyaki diuruskan oleh warga asing namun menggunakan nama isteri berstatus warganegara untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Di mana semua PBT tidak mengeluarkan lesen kepada mana-mana warga asing. Tetapi isunya adalah mereka menggunakan isteri ataupun pasangan mereka untuk mendapatkan lesen ataupun ada jugak segolongan warganegara kita yang tidak bertanggungjawab, menyewakan lesen tersebut kepada warganegara asing untuk berniaga. Dan ini menyebabkan hari ini kita dapat lihat di beberapa kawasan, warga asing ini memonopoli perniagaan di beberapa kawasan tertentu. Dan oleh itu, kita sedang mengambil tindakan yang tegas dan sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, pada minggu lepas, di mana satu task force yang diketuai oleh Dato’ SS (Setiausaha Kerajaan) akan mengambil tindakan yang sewajarnya khususnya dalam meletakkan syarat-syarat yang lebih ketat dalam pengeluaran setiap lesen kepada mana-mana premis perniagaan. Dan ini diikuti dengan penguatkuasaan yang lebih ketat. Kita berharap perniagaan yang dijalankan oleh warganegara asing, atas nama
warganegara Malaysia ini dapat di, dikurangkan ataupun dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Yang Dipertua, soalan tambahan. Keadaan dalam PBT di kawasan Majlis Bandaraya Seremban terutamanya telah dijelaskan monopoli warga asing dalam perniagaan telah meningkat dengan ketara dan mereka ini terdiri daripada yang masuk ke Malaysia sebagai pekerja buruh. Saya memahami ada peniaga warga asing ni berselindung, berkahwin dengan warga tempatan dan menggunakan lesen-lesen atas nama isteri mereka. Tapi ada di kawasan terutama dalam kawasan penjaja, pasar malam, mereka tidak menggunakan lesen, lesen isteri tetapi menggunakan lesen daripada peniaga tempatan. Tapi perkara ni berlarutan daripada penggal yang sudah. Jadi ini dah masuk penggal kedua. Jadi, kalau satu isu sebegini makan masa 5 tahun nak diselesaikan, dah tentu jelas ada kerjasama jugak, saya tak segan cakap, sebab saya dulu Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Nilai, ada kerjasama daripada penguatkuasa sebab ada penguatkuasa ni sepatutnya dia kena ada sistem bergilir 3 tahun sekali di Majlis Perbandaran Nilai yang sudah hampir 11 tahun, di, dikuasai oleh satu kumpulan. Jadi saya pun ada memberitahu perkara ini kepada YB Nilai.
Jadi, perkara nak sentuh berkenaan pekerja asing ini adalah berkenaan kontrak, pekerja-pekerja kontrak warga asing. Ia menjejaskan kontrak, peniaga-peniaga mempunyai lesen G1, G2 ya, yang berdaftar dengan CIDB. G1, G2 tu tak semestinya dapat kontrak kerajaan, mereka jugak mengharapkan kontrak-kontrak kecil seperti membuat rumah, renovation rumah di kawasan-kawasan perumahan. Tapi, hari ini, kalau kita lihat, peniaga warga asing dalam bidang kontrak kerja kasar, buruh ni, daripada warga Indonesia dan jugak Bangladesh ya, mereka mengambil keuntungan atas kelemahan penguatkuasaan yang berlaku lebih daripada 20 tahun. Saya rasa mungkin lebih. Mereka tidak mempunyai permit, kadang-kadang mereka tidak mempunyai permit yang sah, tetapi mereka boleh mengambil kontrak. Kesan tu adalah kepada penguat, peniaga ataupun kontrak-kontrak Bumiputera. Jadi, dan jugak pendapatan jugak kepada negara. Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Negeri peka juga ke atas perkara yang melibatkan pekerja asing yang dalam bidang construction ini memandangkan masalah ini dibangkitkan dan jugak Ahli Majlis Perbandaran, PBT, sejak dulu, tetapi sehingga kini, masih berlarutan. Jadi, saya nak tahu jangka masa bila perkara-perkara sebegini dapat diselesaikan sepenuhnya. Tak perlulah sampai ada ustaz daripada Pulau Pinang datang ke, datang ke Nilai. Itu jelas menunjukkan kekecewaan rakyat di Negeri Sembilan, peniaga-peniaga di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Sepertimana tadi yang saya nyatakan di mana terdapat ramai warganegara kita sendiri yang tidak bertanggungjawab dan juga memberikan lesen kepada warganegara asing. Di mana isu ini bukan setakat hanya diselesaikan oleh PBT sahaja, tetapi sudah tentu dengan kerjasama daripada pejabat, Jabatan Imigresen Malaysia. Di mana warga asing yang berada di Malaysia terdiri daripada 2 kategori iaitu Pendatang Asing Dengan Izin dan juga Pendatang Asing Tanpa Izin. Di mana Pendatang Asing Dengan Izin ini berada di Malaysia dengan dokumen dan pas yang sah sama ada sebagai pelancong ataupun diberikan Pas Lawatan Sosial (PLS) ataupun pekerja asing diberikan Pas Lawatan Kerja Sementara ataupun pasangan asing yang diberi Pas Isteri/Suami Kepada Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang diberi pas-pas lain di bawah Imigresen.
Di mana pada 2 mingu lepas, saya juga telah berjumpa dengan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, di mana semasa membuat penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, jika mereka adalah pendatang asing tanpa izin, mereka, pendatang asing tanpa izin dan juga pendatang, warganegara, pendatang asing, pendatang asing yang telah pun tamat tempoh. Untuk 2 ini, Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengambil tindakan yang segera iaitu dengan menahan mereka. Tetapi untuk yang menyalahgunakan permit mereka. Semasa membuat apa ni, semasa membuat operasi, ki, mereka juga menghadapi beberapa masalah. Apabila mereka buat operasi dan warga asing itu declare mereka sebagai customer untuk kedai tersebut, adalah datang jumpa kawan di kedai tersebut. So semasa ada isu-isu seperti ini, ini yang memberikan kesan ataupun memberikan halangan dalam mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebab itu, satu jawatankuasa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, dan juga kita sedang mengkaji supaya setiap lesen yang dikeluarkan itu dengan adanya syarat-syarat yang lebih ketat, sudah tentu isu ini dapat kita selesaikan.
Dan satu lagi adalah berkaitan dengan penguatkuasaan. Penguatkuasaan kita akan lihat cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labu supaya penggiliran itu juga dapat dilakukan supaya tidak ada mana-mana penguatkuasa dengan senang mengawal sesuatu kawasan. Dan kita harap dengan penggiliran, dengan tindakan dalam penguatkuasaan ini, isu ini juga dapat diselesaikan, ataupun dapat mengurangkan peniaga-peniaga warga asing ini terus berniaga di negara kita. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1 berkaitan dengan perumahan belia.
Dato’ Yang Dipertua, merujuk kepada Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019, golongan belia ditafsirkan sebagai seorang yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun. Di mana Kerajaan Negeri telah menyediakan Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) bagi membantu rakyat Negeri Sembilan untuk memiliki rumah yang mampu dimiliki. Melalui DPNS, pemaju swasta adalah diwajibkan untuk menyediakan keperluan sebanyak 20% Rumah Mampu Milik Type A yang berharga tidak melebihi 80,000.00 ringgit, 15% Rumah Mampu Milik Type B yang berharga tidak melebihi 250,000.00 ringgit dan 15% lagi Rumah Mampu Milik Type C yang berharga tidak melebihi 400,000.00 ringgit.
Di mana setiap projek yang dibangunkan oleh pihak swasta, 50% daripada jumlah rumah yang dibina itu adalah mesti terdiri daripada Rumah Mampu Milik yang berharga 400,000.00 ke bawah, mengikut pecahan yang tadi saya nyatakan. Di mana ini akan memberikan peluang kepada setiap golongan yang berpendapatan rendah, berpendapatan sederhana dan juga berpendapatan tinggi dapat memiliki rumah.
Selain daripada itu, dalam beberapa tahun ini juga, Kerajaan Negeri telah juga menyedia, melaksana, melaksanakan beberapa projek selain daripada PPR, rumah PPR di, di beberapa kawasan di mana Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan projek Perumahan Rimbun Harapan iaitu 351 buah rumah yang berharga 90,000.00 dan juga 250,000.00. Satu lagi adalah di bawah PR1MA iaitu Seremban Residensi. Dan baru-baru ini, pada bulan, beberapa bulan lepas, Kerajaan Negeri juga telah memberi, menyerahkan sebidang tanah seluas 45 hektar kepada KPKT di Kampung Pantai untuk menyediakan 700 unit rumah. Ia diserahkan kepada KPKT dan dibangunkan oleh mereka. Dan semua ini akan memberikan keperluan kepada golongan belia yang mempunyai pendapatan rendah ataupun sederhana untuk memiliki rumah sendiri. Terima kasih.
Terima kasih. Dijemput Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Terima kasih soalan Chuah. Dato’ Yang Dipertua, Parcel C pembangunan MVV 2.0 di Tanah Merah, Bukit Pelandok dirangka bagi pembangunan Lembah Aeroangkasa Negeri Sembilan ataupun NS Aerospace Valley (NSAV) yang menumpukan kepada pembangunan sektor perindustrian aeroangkasa.
Bagi pertimbangan kebolehlaksanaan perancangan pembangunan tersebut, satu Kajian Kemungkinan mengenai cadangan, mengenai cadangan pembangunan NSAV telah disediakan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (kini Kementerian Ekonomi) menunjukkan perancangan pembangunan NSAV adalah berdaya maju dan pelaksanaannya adalah perlu bagi mengukuhkan ekonomi negara. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. So perancangan awal kita memang adalah tapak tersebut memang dikhususkan oleh aerospace di Negeri Sembilan. Tapi pada Februari yang lalu, ataupun September yang lalu, tak ada tambahan lagi daripada Negeri Selangor. Dia juga telah melancarkan pembangunan serantau bersepa, bersepadu selatan Selangor yang juga apa ni, ada sebanyak 2,000 ekar tanah untuk juga di, apa ni, diperuntukkan untuk Selangor Aerospace Park juga di Sepang. Maknanya sangat berdekatan dengan kita. So adakah apa langkah kita ke, ataupun disegerakan perancangan kita di kawasan ni sebab memandangkan di sebelah sana, dia ada kelebihan dari segi apa ni, lokasi dan infrastructure serta mungkin daripada tapak tu pun lebih bersedia daripada kita. So saya nak tahu adakah kita teruskan dengan rancangan yang asal ataupun mungkin ada perubahan perancangan kita di sini. Sebab dia akan melibatkan masa depan di Chuah dan juga di Port Dickson juga. Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan. Kita sedia maklum, tadi saya telah maklumkan bahawa Kajian Kemungkinan telah dilakukan oleh EPU, kini di Kementerian Ekonomi, dia menunjukkan perkara yang positif dan kerana itu NS Corp yang lepas, telah mengadakan beberapa siri kerjasama ataupun perjanjian bersama pelabur yang berminat ketika itu ya. Jadi, kita menunggu dan insyaAllah kita akan lihat perkembangannya. Walaupun ada di sebelah kita, tapi ini mungkin akan menjadikan satu sempadan yang baik, Selangor 2,000 ekar, kita ada lebih kurang, yang kita cadangkan adalah seluas lebih kurang seluas yang sama. Jadi menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai satu hab ya, yang baik di dua-dua negeri ini ya. Kita tak kata Selangor buat, kita akan kalah. Mungkin ini akan menjadi satu faktor tambahan yang menarik di antara dua yang bersempadanan. Dan kita boleh buat kerjasama dengan Selangor, insyaAllah, terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Lenggeng.
Terima kasih Yang Dipertua, soalan saya berkenaan Fast Track SPM Lepasan Tahfiz. Terima kasih.
Terima kasih. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Berkaitan dengan Fast Track (SPM) Lepasan Tahfiz ni. Dalam usaha kerajaan melaksanakan arus perdana bagi pelajar tahfiz dalam sistem pendidikan negara, inisiatif Program Fast Track (SPM) Lepasan Tahfiz mula diperkenalkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu di mana Kerajaan Negeri pada waktu itu telah memperuntukkan sebanyak 500,000.00 ya, buat permulaan ya, bagi membiayai anak-anak tahfiz memperolehi Sijil Peperiksaan SPM dalam tempoh yang singkat ataupun Fast Track. Manakala dalam Belanjawan 2022 dan 2023, telah diluluskan peruntukan pelaksanaan program ini ditingkatkan kepada RM1.0 juta ringgit bagi memberi peluang kepada lebih ramai anak-anak hafiz dan hafizah mengikuti program ini.
Berdasarkan keputusan SPM tahun 2023 baru-baru ini, semua 51 orang pelajar Fast Track intake kedua iaitu pada tahun 2022 di Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah telah berjaya memperolehi sijil yang melayakkan pelajar-pelajar tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di mana 8 orang pelajar telah lulus dengan cemerlang memperolehi keputusan 8A dan juga 7A. Sehubungan dengan itu, ia menjadikan rekod seramai 99 orang pelajar sepanjang tempoh 2 tahun pelaksanaan program Fast Track ini pada tahun 2021 sehingga 2022 telah berjaya memperolehi sijil SPM. Pada tahun ini pula, seramai 72 orang pelajar sedang mengikuti program ini iaitu 50 orang di As’Sa’idiyyah dan 22 orang di Sri Seremban. Di Sri Seremban tu, alirannya adalah aliran, aliran Sains ya, Dato’ Yang Dipertua.
Sehubungan dengan itu, ini saya dah dalam penggulungan semalam, saya dah sebut, saya rasa Seri Menanti ada tanya hal ini. Program ini wajar diteruskan pada tahun 2024 yang akan datang, kerana melihat kepada prestasi program ini yang amat baik dan memberi manafaat kepada pelajar lepasan tahfiz terutamanya. Sekiranya program ini ingin diteruskan, soalan daripada Lenggeng, jumlah peruntukan yang sama iaitu, insyaAllah 1.0 juta juga akan dibawa pada tahun akan datang, di mana sasaran pengambilan pelajar ialah lebih kurang 80 orang. Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baikkan program smart tahfiz ni contohnya seperti yang YB bagitahu tadi, telah ada yang berjaya masuk ke universiti. So adakah kita ingin berhasrat membawa pelajar-pelajar smart tahfiz ke luar negara contohnya seperti ke Morocco, Mesir, Universiti Al Azhar supaya dia menjadi satu trademark kepada Kerajaan Negeri untuk dasar pelajar tahfiz? Terima kasih.
Terima kasih Lenggeng. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, pencapaian setakat ni amat memberangsangkan. Tinggal lagi hanya dari segi aliran perdana sains ni, baru pertama kali kita perkenalkan tahun ni Sekolah Sri Seremban. Saya fikir kita nak tengok dululah keputusan dia. Keputusan SPM dia. Tapi yang aliran agama kita dah terbukti, saya dah sebut tadi berapa ramai dapat 7A, 8A. Dan ini kita sebenarnya tak ada halanganlah, saya rasa Kerajaan Negeri tak ada halangan kalau keputusan ni melayakkan mereka mendapat tempat di mana-mana institusi, menyambung di luar negara, I think they are most welcome-lah. Amat kita alu-alukan. Dan satu pencapaian yang baik kepada program Fast Track ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan hari ini, Hari Keempat telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Usul — Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DirajaMotion
Perkara keempat, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.
Penggulungan ya. Saya jemput, Yang Berhormat Nilai.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Lobak di mana berkaitan dengan peruntukan Kerajaan Negeri untuk rumah PPRT Lobak. Majlis telah mohon untuk mendapat, Majlis telah mohon untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Negeri tetapi ia masih belum dapat maklum balas untuk memperbaiki kerosakan di PPRT Lobak tersebut. Kerja-kerja membaiki kerosakan buat masa ini adalah dengan menggunakan bajet daripada KPKT.
Yang kedua adalah berkaitan dengan status agihan peruntukan kewangan kepada JMB ataupun MC. 113 skim strata kos rendah yang layak dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban iaitu untuk tahun 2023 – 77 skim sudah disalurkan baki 2 skim dalam proses bayaran dan 34 skim dalam proses permohonan iaitu untuk tahun ni. Pada tahun lepas, tahun 2022 – 103 skim bantuan, peruntukan tersebut telah pun disalurkan, baki 2 skim dalam proses bayaran dan 8 lagi dalam proses permohonan. Ini berkaitan dengan PPRT Lobak dan juga status agihan.
Daripada ADUN Temiang, kos pembinaan jalan Temiang iaitu peruntukan sebanyak 4.0 juta. Dan status terkini laporan penilaian tender telah dihantar ke Urusetia Lembaga Perolehan Negeri pada 6 Oktober 2023 iaitu pada minggu lepas bagi pemilihan kontraktor yang berjaya.
Seterusnya adalah berkaitan jugak ADUN Temiang jugak, iaitu memohon pengarah kejuruteraan melaporkan status pemasangan lampu di DUN Temiang. Pihak Majlis telah membuat 8, telah membuat 18 unit iaitu tahun 2013 hingga tahun 2020, penambahan baru jalan, lampu jalan di kawasan perniagaan di kawasan DUN Temiang. Manakala 5 unit sehingga penambahan jalan khususnya di, di Jalan Seng Meng Lee, Temiang. Bilangan pemasangan lampu jalan di kawasan DUN Temiang secara keseluruhan adalah seperti berikut: 2013 – 19 unit, 2017 – 43 unit, 2018 – 27 unit, 2019 – 28 unit, 2020 – 33 unit, 2022 – 62 unit menaik taraf LED kepada lampu sedia ada, dan 2023 sehingga sekarang adalah 1 unit.
Seterusnya berkaitan dengan ADUN Temiang, kos pembinaan jalan Kampung Bukit Merbah iaitu peruntukan ialah sebanyak 3.0 juta dan mohon MBS kenal pasti kontraktor yang menyelenggara jalan tersebut. Bagi kos pembinaan jalan Kampung Bukit Merbah, projek tersebut adalah di bawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya. Dan kita, dan isu ini akan dirujuk kepada, kita akan mendapatkan maklumat daripada JKR dan saya akan maklumkan kepada Yang Berhormat Temiang.
Berkaitan dengan ADUN Temiang jugak, iaitu Jabatan Pengairan Dan Saliran menyediakan dan membuat kolam takungan air di Temiang. Cadangan kolam takungan ini tidak, tidak dikemukakan kepada MBS. Mengikut RTMVV, tidak ada kolam takungan yang baru yang dikenal pasti dan belum lagi dikenal pasti.
Berkaitan dengan ADUN Paroi, permohonan lesen baru untuk lesen minuman yang keras dibekukan pada 2 haribulan 5, 2014. Lesen minuman di kawasan Seremban dan Nilai dikeluarkan oleh Lembaga Eksais Daerah Seremban. Manakala penguatkuasaan dilaksanakan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat minuman beralkohol yang tidak ditakrifkan di bawah minuman keras. Majlis Bandaraya Seremban tiada kepakaran untuk menentukan kelas minum beralkohol di bawah minuman keras dan itu adalah di bawah tanggungjawab jabatan, Lembaga Eksais Daerah Seremban. Tetapi, kita akan melihat jika ada aduan kita akan rujuk balik kepada Lembaga, Lembaga Eksais Daerah Seremban di mana permohonan renewal ataupun pembaharuan itu dilaksanakan.
Berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Labu, isu penguatkuasaan ke atas permit pekerja asing dan juga isu penguatkuasaan PBT terhadap pekerja asing. Untuk makluman, bagi tahun 2023, sejumlah 66 kompaun telah dikeluarkan ke, di atas kesalahan penjaja pasar malam, peniaga tanpa lesen iaitu UUK 6 Undang-Undang Kecil Penjaja dan pemegang lesen hendaklah sentiasa hadir. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 kompaun telah dikenakan di kawasan Pasar Malam Desa Cempaka dan 2 tindakan sitaan telah diambil di kawasan tersebut, yang melibatkan warga asing menjual bahan basah seperti ikan, sotong dan juga udang.
Ini berkaitan dengan ADUN Paroi, lesen dan permit untuk penjaja dipermudahkan. Penjaja dikecualikan lesen dan permit oleh Majlis Bandaraya Seremban seperti ketetapan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Berkaitan dengan pihak jabatan mengemukakan status terkis, terkini pembaik, pembaikan di hadapan Balai Polis Senawang dan dia di bawah, tindakan sedang diambil oleh pihak JKR. Jabatan, yang ketiga, pihak jabatan mengambil tindakan terhadap jalan di Taman Bandar Senawang kerana jalan tersebut tidak rata. Pihak Majlis Bandaraya Seremban akan membuat siasatan tapak dan jika ada berlaku permasalahan jalan berombak, pentadbiran Majlis akan memohon peruntukan untuk melaksanakan perka, pembaikan tersebut.
Yang keempat, mohon pihak jabatan jelaskan isu masalah lembu, anjing dan, di Taman Bukit Senawang Perdana. Pihak Majlis Bandaraya Seremban merancang untuk melesenkan setiap lembu dan juga kandang lembu yang diternak di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban selepas pewartaan Undang-Undang Kecil yang baharu. Kaedah-kaedah yang diambil oleh Majlis Bandaraya Seremban untuk menangani aduan anjing liar ialah melantik syarikat Furrykids Safehaven, sebagai kontraktor untuk menyelematkan haiwan di seluruh kawasan MBS. Prosedur yang telah diguna pakai adalah tangkapan anjing di kawasan aduan, pemandulan anjing yang berjaya ditangkap dan juga simpanan anjing di tempat kontraktor.
Yang seterusnya, apakah status kuil di Taman Bukit Senawang Perdana. Saya ingat semalam Yang Berhormat Bahau telah pun menjawab. Seterusnya berkaitan dengan ADUN Lobak iaitu kenderaan terbiar. Haa ini pun semalam saya telah pun menjawab. ADUN Lobak, pembangunan di Lobak, mohon peruntukan menyediakan kawasan, buat masa ni pentadbiran Majlis tiada peruntukan khusus untuk menceriakan jalan ini, kecuali hiasan untuk masa, untuk musim perayaan ada, ada disediakan. Pentadbiran Majlis akan memohon peruntukan daripada KPKT berhubung perkara ini. Berkaitan dengan ADUN Lobak, mohon untuk pembinaan dewan dibagi untuk setiap DUN. Majlis Bandaraya
Seremban akan melihat keperluan pembinaan dewan baharu di bawah pentadbiran MBS. Dewan yang terbaharu dibina di kawasan MBS adalah Dewan Coral Heights, dewan terbuka Desa Kiara dan juga Dewan Serbaguna Pasar Ampangan. Pada tahun 2024, MBS telah mengangkat permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi pembinaan 3 buah pusat komuniti dan, di 3 kawasan DUN berlainan di kawasan pentadbiran MBS melalui Belanjawan MBS 2024.
Berkaitan dengan ADUN, ADUN Labu. Isu warga asing berniaga di pasar malam. Ini tadi, saya telah pun jawab. Yang berhor, Yang Berhormat ADUN Lukut iaitu masalah burung gagak. Pihak Majlis telah cuba menangani isu ini dalam beberapa kaedah yang bersesuaian. Antara tindakan yang telah diambil pada tahun lepas dan tahun ini ialah dengan menjalankan 5 aktiviti pemangkasan pada pokok-pokok yang menjadi tempat hinggap burung gagak. Pihak Majlis juga sedang mendapatkan kebenaran pihak PDRM untuk mengadakan program menembak burung gagak bersama pelesen awam senjata api bagi mengurangkan populasi gagak di kawasan Port Dickson. Selain itu, pihak Majlis bersama-sama dengan SWCorp dan juga SWM telah menjalankan aktiviti kawalan berkaitan pengurusan sisa pepejal yang merupakan antara punca hurungan gagak di kawasan awam dengan melaksanakan operasi sampah haram sebanyak 15 kali sepanjang tahun 2023. Penduduk setempat juga dimintak untuk memastikan sisa makanan dilupuskan di dalam sampah bertutup untuk mengelakkan isu ini terus berulang.
Yang berkaitan ADUN Seri Menanti. Penyediaan rumah kos rendah berharga 100,000.00 di dalam kawasan DUN Seri Menanti. Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan keperluan bagi menyediakan perumahan mampu milik dengan penepatan harga bersesuaian melalui penyediaan dan pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri, Negeri Sembilan bagi membantu rakyat Negeri Sembilan untuk memiliki rumah. Secara umumnya matlamat DPNS adalah bagi menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu di, mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan hidup rakyat. Perumahan kos rendah, perumahan kos sederhana rendah dan perumahan kos sederhana di bawah Dasar Perumahan Negeri dikenali sebagai perumahan mampu milik. Pembangunan perumahan mampu milik dalam satu kawasan pembangunan perumahan ditetapkan sebanyak 50%. Transformasi dilaksanakan dalam komponen pembangunan perumahan kos rendah sepertimana yang saya tadi nyatakan dalam satu soalan lisan iaitu 20% adalah Type A – 80,000.00, 15% adalah 250,000.00 Type B dan 15% lagi adalah di bawah 400,000.00 di bawah Type C dan 50% daripada komponen perumahan ditentukan oleh pemaju iaitu Type D.
Berkaitan dengan ADUN Lobak, iaitu pemberian geran JMB/MC dicadangkan peruntukan ditambah daripada 2,000.00 kepada 12,000.00 Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat bagi setiap usaha penambahbaikan yang dilaksanakan. Kerajaan Negeri turut fokus kepada kemandirian dan juga kemampanan daya hidup rakyat Negeri Sembilan. Inisiatif pemberian geran kepada badan peru, Badan Pengurusan Bersama iaitu JMB ataupun Perbadanan Pengurusan (MC) ini diwujudkan melalui objektif pengukuhan ahli jawatankuasa pengurusan JMB/MC yang dibentuk di kalangan penghuni melalui mandat secara kolektif untuk menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran dalam kawasan pemajuan berstrata.
Pemberian geran ini adalah untuk menggalakkan program-program berkaitan dengan kebersihan, keselamatan, kemasyarakatan serta kesedaran penghuni kawasan pemajuan berstrata supaya kualiti dan juga kesejahteraan hidup para penghuni dapat dipertingkatkan. Inisiatif geran JMB/MC ini di, mula dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga tahun ini. Sehubungan dengan itu, selaras dengan dasar semasa kerajaan, Bahagian Perumahan sedang meneliti impak dan juga outcome daripada pelaksanakan inisiatif dalam tempoh 2 tahun pemberian geran kepada JMB dan juga MC. Di samping itu pelaksanakan inisiatif ini akan disusun selaras dengan keperluan perumahan di Negeri Sembilan berdasarkan keutamanan permintaan dan juga penawaran perumahan mampu milik rakyat di Negeri Sembilan. Jika ada impak positif, mungkin cadangan daripada Yang Berhormat Lobak ini dapat kita, dipertimbangkan.
Berkaitan dengan ADUN Gemas, kerjasama dengan McDonald’s, semalam saya telah pun jawab dalam soalan lisan. Berkaitan dengan ADUN Lukut, iaitu mohon semua jabatan yang terlibat untuk mempamerkan segala tindakan yang telah diambil berdasarkan aduan rakyat di SISPAA, di social media. Pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ada mempamerkan tindakan berdasarkan aduan rakyat di SISPAA melalui media sosial rasmi MPPD iaitu Facebook dan Instagram seperti operasi besar-besaran berkaitan lembu dan anjing berkeliaran, isu, berkeliaran, isu khemah di pantai, kemudahan awam serta lain-lain isu untuk maklumkan kepada rakyat. MPPD juga ada menyediakan aktiviti dan program seperti yang diusulkan masyarakat dalam SISPAA seperti mengadakan penganjuran program mesra rakyat di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Linggi yang telah diadakan pada 10 Jun 2023 dan telah dimuat naik dalam media sosial. Pihak MPPD akan sentiasa memuat naik tindakan penyelesaian aduan rakyat melalui media sosial rasmi Facebook dan Instagram sebagai platform untuk hebahan umum dari semasa ke semasa setiap tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sama jugak untuk Majlis Bandaraya Seremban pun.
Berkaitan dengan ADUN Chennah, isu memperindahkan Bandaraya Seremban, pengindahan semula segitiga kawasan strategik dan juga mohon pengarah penilaian dan pengurusan strata mengemukakan maklumat terperinci berkaitan naik taraf Terminal 1. Untuk yang pertama: pihak Majlis telah memperuntukkan 450,000.00 untuk kerja-kerja pemasangan lampu hiasan bagi 4 perayaan utama bagi tahun 2023. Yang kedua: untuk makluman, buat masa ini Majlis Bandaraya Seremban sedang giat melaksanakan kerja-kerja naik taraf landskap ataupun mengindahkan lagi Bandaraya Seremban di lokasi-lokasi yang strategik iaitu antaranya:
• kerja-kerja menaik taraf landskap, infrastruktur dan lampu di Dataran Seremban yang sedang dilaksanakan;
• kerja-kerja menaik taraf landskap di hadapan KTM Seremban dan Seremban Prima, sama jugak yang sedang dilaksanakan;
• kerja-kerja membaik pulih laluan pejalan kaki dan kolam pancur di tepi padang MBS, Jalan Datuk Bandar tuga, Tunggal, juga sedang dilaksanakan;
• kerja-kerja menaik taraf kemudahan riadah, water casket serta kerja-kerja berkaitan di Laman Basikal dan Laman Awam, Jalan Keliling;
• yang seterusnya kerja-kerja menaik taraf kemudahan riadah, pam air serta kerja-kerja berkaitan di sekitar Taman Tasik Seremban;
• yang seterusnya menaik taraf Padang Lobak, Dataran Lobak;
• yang seterusnya kerja-kerja pembangunan taman permainan mega kanak-kanak di Taman Tasik Seremban;
• menaik taraf laluan pejalan kaki Lee Sam, Jalan Lee Sam;
• dan juga menaik taraf landskap pengindahan di persimpangan lampu isyarat Persiaran Pusat Bandar di persimpangan Tol Nilai, Bandar Baru Nilai.
Semua kerja-kerja ini adalah kerja-kerja yang sedang dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan Majlis Bandaraya Seremban.
Yang ketiga: pihak MBS telah mengemukakan surat permohonan peruntukan di bawah Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan
kepada Bahagian Perumahan SUKNS melalui surat bertarikh 31 Julai, tapi sehingga kini belum ada menerima sebarang maklumat. Sementara itu, kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kerosakan di PPR Paroi dan juga PPR Lobak sedang dilaksanakan adalah di bawah peruntukan Jabatan Perumahan Negara, KPKT dengan peruntukan sebanyak 2.5 juta bagi pelaksanaan 11 projek.
Seterusnya adalah berkaitan dengan ADUN Lukut, aktiviti pelancongan malam di Port Dickson dilihat tidak menggalakkan pelancong luar. Aktiviti seperti urban street dining perlu diwujudkan di PD bagi menarik kehadiran ramai. Maklum balasnya: aktiviti pelancongan malam sentiasa menanti para pengunjung di mana ianya memeriahkan lagi industri pelancongan Port Dickson yang melibatkan tourism players secara langsung yang di antaranya adalah seperti berikut:
• segmen pelancongan pantai, eko dan juga riadah kombinasi di mana yang pertama: perkhidmatan basikal pintar iaitu di PD Waterfront. laypark santai di pantai dengan pencahayaan lampu limpah di Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang; jeti memancing di Jeti Telok Pelandok dan Jeti Pasar Panjang; mural berlampu di Bandar Port Dickson; jungle tracking di Dataran Astronomi PD Forest; Extreme Park di Pasir Panjang; pasar malam setiap Sabtu malam di Batu 4; camping site di Pantai Nelayan, Pantai Purnama.
• Dan juga berkaitan dengan segmen pelancongan makanan, gastronomy tourism. Yang pertama: Medan Ikan Bakar MPPD; Medan Ikan Bakar Kampung Telok, Benteng Malam Port Malam, Benteng Malam Bagan Pinang, King’s Char Kuey Tiow dan juga Pasma Night.
Berkaitan dengan ADUN Labu, warga asing, warga asing berniaga di pasar malam. Tindakan memang diambil secara berterusan. Sebanyak 50 operasi yang melibatkan penjaja pasar, kedai runcit di Negeri Sembilan mulai tahun, Januari hingga September 2023. Dan jumlah tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin adalah seramai 46 orang. Jumlah operasi yang telah pun dijalankan sejak 2021 adalah 131 orang, operasi, 131 operasi, jumlah orang yang diperiksa adalah 573 orang, jumlah tangkapan PATI adalah 127 orang daripada jumlah 573 orang ini. Hasil daripada operasi yang dijalankan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan mendapati bahawa kebanyakan warga asing yang terlibat dalam aktiviti perniagaan merupakan pemegang Pas Pasangan Kepada Warganegara Malaysia dan memiliki Pas Kebenaran Bekerja Yang Sah atau pekerja asing memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara bagi sektor-sektor yang dibenarkan.
JIM Negeri Sembilan akan meneruskan aktiviti penguatkuasaan bagi membanteras isu warga asing yang berniaga tanpa mempunyai lesen yang sah. Selain itu, JIM Negeri Sembilan akan turut melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan dalam pelaksanaan operasi dan penyaluran maklumat keberadaan PATI bagi menangani masalah PATI khususnya yang berniaga tanpa lesen yang sah. Kerjasama serta kepri, keprihatinan rakyat negara ini adalah elemen yang penting dan berkesan untuk menangani isu ini dalam jangka masa yang panjang dengan tidak menyokong mana-mana perniagaan-perniagaan warga asing yang dilaksanakan secara tidak sah di samping menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan dengan peniaga warga asing yang tidak sah ini kepada JIM Negeri Sembilan dan juga usaha, kerjasama daripada setiap agensi, kita harap dapat diselesaikan itu perniagaan warga asing ini.
Berkaitan dengan ADUN Serting, iaitu mohon sediakan tong sampah. Saya tadi jawab dalam soalan bertulis, soalan lisan. Berkaitan dengan ADUN Sri Tanjung, isu rokok vape elektronik, pihak PBT dimintak mengetatkan lagi. Pihak MPPD hanya meluluskan 5 permohonan lesen premis menjual barangan elektronik vape sehingga 2023 di Daerah Port Dickson. Dan permohonan-permohonan lain yang diterima telah ditolak oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan MPPD. Setiap permohonan perlu mendapat ulasan jabatan teknikal dalaman MPPD, dan juga ulasan daripada pihak Pejabat kesihatan Daerah beserta IPD Polis Daerah, IPD Polis sebelum diluluskan. MPPD mengambil serius tentang perkara ini dan telah mula mengambil langkah mengetatkan lagi syarat permohonan lesen premis perniagaan barangan elektronik vape agar isu rokok vape elektronik ini tidak menular di kalangan remaja di bawah umur dan juga pelajar sekolah. Selain itu, pihak agensi seperti KKM juga sentiasa menjalankan penguatkuasaan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bagi membendung masalah ini.
Yang berkaitan dengan Yang Berhormat Jeram Padang, penyediaan rumah kos rendah di dalam kawasan DUN Jeram Padang. Bahagian Perumahan dan dimaklum, Bahagian Perumahan telah dimaklumkan oleh pihak KPKT berkaitan perkara ini, setelah pihak KPKT menerima permohonan terus daripada ADUN Jeram Padang. Lanjutan dari itu, Bahagian Perumahan telah mengemukakan maklum balas kepada pihak KPKT sebagaimana yang dipohon melalui e-mel bertarikh 28 Julai tahun 2023 dengan membekalkan maklumat pelan GIS9 kawasan yang dimohon dan jumlah permohonan rumah rakyat di kawasan Jempol. Tindakan selanjutnya kini adalah di kawal, di bawah kawalan KPKT dan Unit Perumahan akan membantu dalam menyelaras, menyelaraskan permohonan tersebut.
Yang akhir sekali, berkaitan dengan perkhidmatan tong sampah. Haa ini pun saya telah pun jawab, ini adalah daripada, berkaitan dengan Majlis Perbandaran Jempol, iaitu di mana melalui pihak konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. telah menyediakan tong sampah individu bagi setiap premis perniagaan dan rumah di dalam kawasan operasi Majlis Perbandaran Jempol iaitu kawasan taman perumahan dan juga kawasan perniagaan sahaja. Manakala di kawasan kampung dan felda, ianya di luar bidang kuasa Majlis Perbandaran Jempol. Terima kasih.
Yang Dipertua mintak penjelasan sedikit. ADUN Labu ada bertanya berkenaan isu sampah pepejal di kawasan Majlis Perbandaran Seremban. Jadi, apabila kita naik taraf daripada Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran ke Majlis Bandaraya, banyak perkara kita terus naik taraf termasuk cukai dan undang-undang, tetapi kita tidak peka berkenaan masalah sampah, masalah sampah ni, sebab dia tak semestinya jadi menjadi bandar raya isu sampah ni, sepatutnya diambil kira dalam menyelesaikan. Jadi, saya nak tahu, isu sampah, sampah pepejal ni, jangka masa berapa lama lagi boleh selesai? Sebab rakyat di luar sana tak nak, tak nak tunggu lagi dah isu, sebab lori sampah tak boleh masuk, mereka tak mintak lori sampah tu dalam kampung. Kita pun tahu jalan kampung 6 kaki ni, lori sampah tak boleh masuk. Tapi mereka perlukan kawasan kampal, sampah yang boleh dipusatkan. Jadi saya tak tahu bila masalah boleh diselesaikan, tak boleh tunggu lagi satu penggal.
Dan kedua, berkenaan isu penguatkuasa warga asing tadi, tadi Nilai bagitahu berkenaan laporan daripada penguatkuasa agensi Pusat tetapi saya nak tahu laporan penguatkuasa, penguatkuasa Majlis Perbandaran tempatan, berapa penguatkuasaan yang mereka buat sebab mereka biasanya ada penguasaan, penguatkuasaan secara mingguan. Jadi dalam tempoh setahun, berapa penguatkuasa yang telah dilakukan? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan isu sampah. Saya ingat saya, dah ada apa, jawapan daripada 2, 3 kali untuk beberapa soalan yang di, dibangkitkan. Di mana walaupun kawasan itu adalah terletak di bawah Majlis Bandaraya Seremban, tetapi dia di luar kawasan seliaan PBT, kawasan seliaan PBT. Di mana setiap kawasan yang diambil ataupun dibayar Cukai Taksiran, diberikan perkhidmatan untuk kutipan sampah. Semua tempat yang di luar, yang tidak dikenakan Cukai Taksiran itu adalah di luar tanggungjawab PBT. Sebab itu, beberapa kali saya telah pun menyatakan bahawa kita akan melihat beberapa cara, jalan, untuk kita melihat, untuk kita sediakan tempat pelupusan sampah berpusat. Sudah tentu tidak dapat disediakan untuk setiap individu ataupun secara individu. Tetapi secara berpusat itu, kita akan lihat
bagaimana dapat diambil tindakan, sudah tentu melalui KPLB ataupun melalui beberapa agensi kerajaan.
Berkaitan dengan penguatkuasaan PBT, makluman tersebut saya akan dapatkan daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Terima kasih. Bagi meneruskan penggulungan daripada pihak kerajaan, saya menjemput Yang Berhormat Pertang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya akan mulakan penggulungan pada hari ini dengan menjawab beberapa perkara yang telah ditimbulkan ahli-ahli Yang Berhormat di dalam perbahasan hari pertama dan kedua, semalam. Dan saya maklumkan kepada ahli Yang Berhormat, saya akan menggulung perkara-perkara yang berasaskan kepada perkara-perkara yang tidak disebut di dalam jawapan saya, dan ahli Yang Berhormat boleh mencelahlah kalau ada perkara-perkara yang boleh memerlukan penjelasan lanjut.
Pertama, Yang Berhormat ADUN Chennah ya, yang menimbulkan soal pembukaan pasar tani di kawasan parkir Dewan Orang Ramai Titi. FAMA Negeri Sembilan akan membuat permohonan kepada Majlis Daerah Jelebu bagi membolehkan penggunaan tapak parkir Dewan Orang Ramai Titi ini untuk kita jadikan sebagai pasar tani seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ADUN Chennah. Dan saya nak ucapkan terima kepada Yang Berhormat ADUN Chennah di atas keprihatinan ini. Sememangnya bagi kawasan Parlimen Jelebu dan kawasan Majlis Daerah Jelebu ini, kita sedang kenal pasti beberapa kawasan tapak untuk dijadikan sebagai tapak pasar tani kekal dan jugak tapak pasar tani sementara bagi kita kita laksanakan secepat mungkin. InsyaAllah dalam jangka masa terdekat kita akan laksanakan.
Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua, ialah daripada ADUN Seremban Jaya yang telah menimbulkan perkara yang berkaitan dengan pembiakan ikan secara komersial yang perlu diperbanyakkan bagi memastikan bekalan ikan untuk tujuan penggunaan domestik mencukupi. Bagi makluman yang, ahli Yang Berhormat, untuk mempertingkatkan pengeluaran ikan negara, Jabatan perikatan, perikanan, Perikanan Malaysia telah merangka pelan pembangunan baka dan benih dengan memperkasakan beberapa program dan aktiviti penyelidikan serta pengembangan bersama dengan pelbagai pihak. Penubuhan Institut Penyelidikan Perikanan Air Tawar di Glami Lemi adalah satu tindakan untuk membantu Jabatan Perikanan di dalam penyelidikan berkaitan ikan air tawar di Negeri Sembilan. Antara aktiviti yang telah dijalankan,
banyak perkara, Dato’ Yang Dipertua, pengenalan kepada penggunaan teknologi, taklimat dan jugak sesi-sesi libat urus dan jugak yang penting ialah untuk kita update semua senarai pengusaha-pengusaha akuakultur dan jugak menjalankan aktiviti pemantauan serta pemilihan teknologi dari masa ke semasa. Yang penting yang saya nak nyatakan di Dewan pada pagi ini ialah untuk dijadikan sebagai satu rekod kita ialah Jabatan perikatan, peri, Perikanan Negeri Sembilan telah mendaftarkan seramai 33 pengusaha hatchery swasta dengan pengeluaran sebanyak 18,674,691 ekor dengan nilai 6,833,629.00 ringgit pada tahun 2023.
Seterusnya ADUN Seremban Jaya juga menimbulkan tentang tanah-tanah terbiar yang berkaitan milik Negeri Sembilan dan juga milik swasta yang boleh diusahakan bagi tujuan pertanian dan penternakan, tetapi permohonan dibuat ke Pejabat ADUN dari masa ke semasa telah ditolak oleh pihak kerajaan. Saya ingin nyatakan kepada Yang Berhomat bahawa tanah-tanah kerajaan di bawah kawalan Pengarah Pertanian, dia ada 2 kaedah tanah kerajaan ni. Satu: di bawah Kerajaan Negeri, satu adalah di bawah kawalan agensi kerajaan. Tanah yang di bawah keraja, kawalan pertanian, Jabatan Pertanian Negeri ataupun Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Ladang Rakyat dan pusat pertanian, ketika ini sedang dibangunkan dan tidak termasuk dalam tanah kerajaan terbiar. Mana-mana tanah yang kita dapati terbiar itu akan dibuat pengisian dari masa ke semasa untuk kegunaan ataupun untuk dilaksanakan oleh pihak-pihak yang telah berjaya di dalam permohonan mereka.
ADUN Labu juga telah membangkitkan soal yang berkaitan dengan kampung tradisi, maaf, dia tersalah paper ni. Saya juga nak pergi kepada isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Lui yakni isu projek rumah-rumah terbengkalai di kawasan felda. Saya dah sebut di dalam jawapan saya tadi, cumanya sebagai penambahan, ingin saya nyatakan di Dewan yang mulia ini, FELDA telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan tapak-tapak projek perumahan generasi baru yang berada pada tahap 70% penyiapan mereka di kawasan tapak pembinaan yang melibatkan dania, dana penyiapan kertas putih di Negeri Sembilan.
Tetapi ada 3 lagi projek PGBF yang terbengkalai iaitu Felda Pasoh 3, Felda Palong. Felda Pasoh 3 sebanyak 150 unit Yang Berhormat, kemudian Felda Palong 12 – 200 unit, Felda Palong 16 – 210 unit serta satu Projek Sentuhan Kasih di Felda Palong 16 sebanyak 100 unit. Bagi 3 projek PGBF yang terbengkalai, FELDA sedang dalam proses lantikan konsultan bagi mendapatkan semula kelulusan pembangunan ataupun developement order yang dijangka ditender semula pada suku tahun pertama 2024. Namun ianya tertakluk kepada peruntukan yang dimohon oleh kerajaan, kepada Kerajaan Persekutuan. Bagi Projek
Sentuhan Kasih di Felda Palong 16, FELDA sedang dalam proses tender penyiapan semula dan dijangka kerja pembinaan akan bermula seawal suku pertama tahun 2024.
Untuk makluman Dewan, bagi projek perumahan generasi baru ataupun generasi felda ini, saya juga sedang menyediakan beberapa kerja, kertas konsep untuk kita selesaikan mengikut peratusan daripada tahun ke tahun kerana beberapa pendekatan telah pun dibincangkan dengan pihak FELDA dan jugak Kerajaan Persekutuan bagi dapat suntikan dana untuk kita perbaiki rumah-rumah yang terbengkalai yang menjadi isu dari masa ke semasa.
Yang Berhormat ADUN Lui juga telah menimbulkan tentang pemberian lot-lot penempatan generasi kedua dan jugak generasi felda yang telah saya jawab sebentar tadi. Dan sebagai contoh yang terbaik di Felda Palong 12, yang telah dijalankan program ini. Dan dari masa ke semasa program ini dilaksanakan seperti yang telah saya jelaskan di dalam menjawab soalan lisan tadi. Cumanya untuk makluman Yang Berhormat, program ini sedang dilaksanakan oleh pihak FELDA Wilayah Raja Alias dan pihak Yang Berhormat yang terlibat dengan kawasan felda ini akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasan secara detail dalam, tentang program lot generasi kedua felda ini. ADUN Gemas …..
Yang Berhormat, mintak penjelasan sikit. Berkenaan Felda, saya nak bertanya sikit. Generasi kedua di kawasan felda, saya sokong untuk ada kawasan perumahan, perumahan untuk generasi kedua. Tapi satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah pendapatan generasi kedua di kawasan felda ni. Saya ambil kira di kawasan, di kawasan Felda Palong 1 mungkin sampai Palong 16, jadi dulu kawasan-kawasan Felda Palong ni dulu adalah kawasan kebun getah. Palong ni dulu. Tapi sekarang dah dijadikan kawasan kelapa sawit. Jadi, kepakaran anak-anak kawasan Palong ni, terutama Fasa 1, 2 mungkin sampai 6 ni dulu, dia, mereka tidak berapa pakar dalam kelapa sawit ni. Dan sekarang ni yang berlaku kebanyakan pekerja-pekerja kontrak Indonesia dan jugak hanya ada peluang pekerjaan kepada kontrak-kontrak lori kan.
Jadi, saya agak risau ya, kalau pembangunan perumahan kepada generasi kedua dititikberatkan tanpa menitikberatkan kembali pendapatan. Jadi akhirnya apa yang berlaku sekarang, contoh di Felda Palong 2, ayah saya, saya anak peneroka Felda Palong 2 jugak, sekolah menengah ni sekarang ni pelajar dia lebih lingkungan dalam 200 orang sahaja. Di, di, Darjah 1 sekolah kebangsaan ada satu kelas 27 murid saja disebabkan isu pendapatan, bukan isu rumah, isu pendapatan di, mohon
jugak kepada Pertang supaya menitikkan beratkan pendapatan anak-anak felda ni. Terima kasih.
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, 2 isu ya, generasi kedua felda ni dan soal pendapatan, bahagian portfolio saya menekankan kepada penambahan minat generasi kedua terhadap aktiviti yang berkaitan dengan pertanian, penternakan dan jugak keterjaminan kos sara hidup. Jadi, program ini, saya dah sebut dalam jawapan saya pada hari pertama, beberapa pendekatan oleh Kerajaan Negeri, bagi mendatangkan minat di kalangan generasi kedua felda untuk terus terlibat dalam aktiviti pertanian. Selain daripada itu, pihak kerajaan sudah memperkenalkan pelbagai pendekatan yang berkaitan dengan keusahawanan, yang berkaitan dengan kerjaya untuk generasi kedua felda untuk mereka terlibat. Itu pertama ya, iaitu telah kita jalankan. Cumanya sekarang ini terpulang kepada pihak ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat untuk mengadakan sesi libat urus dengan generasi kedua ketiga felda supaya mereka berminat dengan program yang telah kita laksanakan dan perkenalkan.
Yang kedua, Yang Berhormat, sekolah kawasan felda yang sikit ni, kalau dia 1,000 pelajar, sekarang 200 pelajar. Ini bukan soal yang berkaitan dengan pembangunan generasi kedua felda, tidak. Ini kerana produktiviti di kawasan felda sekarang ni semakin hari semakin kurang. Jadi, anak-anak yang belajar di sekolah ni kebanyakannyalah cucu-cucu bagi generasi pertama felda, generasi kedua felda ni dia orang kadang-kadang dah ada sekatan sikit, iaitu Exco Hal Ehwal Wanita bolehlah buat pelbagai pendekatan di kawasan felda. Okey, saya terus Yang Berhormat ya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, ADUN Gemas ni banyak dia bagi kat saya ni. Yang saya dapat makluman dan saya juga, walaupun semalam saya tidak ada di Dewan, tetapi saya telah melihat perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat melalui live kita. Dan beberapa perkara yang telah diberi pandangan oleh Yang Berhormat Gemas ini adalah merupakan pandangan yang baik. Dan kita pihak kerajaan akan laksanakan beberapa pandangan ini. Cumanya ada beberapa perkara yang berkaitan dengan penjelasan daripada Yang Berhormat Gemas ini, antaranya ialah Kerajaan Negeri tentang meringankan kos sara hidup rakyat, yakni Jualan Harga Ladang Negeri Sembilan Prihatin yang telah dijalankan sejak pertengahan tahun, tahun yang lepaslah. Jualan ini diadakan sekali setiap minggu di 8 lokasi berlainan mengikut Parlimen seluruh negeri pada masa yang sama. Seluruh kawasan negeri Yang Berhormat, kita telah jalankan program jualan ladang ini sejak penggal-penggal yang lepas. Dan sambutan sangat baik. Dan harga di dalam
program jualan ladang ini adalah harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan harga pasaran sekarang.
Cumanya untuk makluman Yang Berhormat, setiap jualan diadakan, lokasi ini akan diubah bagi meluaskan penerimaan pasaran kepada rakyat. Dengan kata lain, dalam minggu jualan Nismilan Prihatin akan diadakan di tempat yang berlainan bergantung kepada keadaan dan suasana yang telah diputuskan bersama pemimpin-pemimpin tempatan.
Dalam masa yang sama, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan 4 langkah intervensi di dalam mengatasi masalah isu bekalan beras. Ini saya dah sebut jelas tadi. Soal beras putih tempatan, soal beras import, soal program jangka panjang kita semua saya dah sebut. Cumanya sekarang kita mengharapkan supaya program kita, untuk membina kilang beras di Negeri Sembilan ini dapat kita terjemahkan bagi tempoh yang akan datang.
Boleh saya mencelah?
Ya.
Maaf Tuan Speaker, saya cuma, bukan isu tentang kos tadi, saya cuba memberi pandangan dalam ucapan titah Tuanku tempoh hari, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jangka masa panjang saya lebih menekankan tentang reserve tanah kampung, mungkin ini di bawah bidang Yang Amat Berhormat Sikamat, cuma kita tak nak tanah yang ada sekarang ni, ditukar menjadi taman perumahan, sebab sawah tadi kita tadi niat kita untuk pastikan sawah padi ni kekal dan 500 eh, 1,000 ekar yang Datuk maklumkan tadi, semua kita buat sawah padi. Sebab kita tak nak isu hari ini, bukan kami nak cari salah, kita sama-sama dalam Dewan ini memastikan sawah padi di Negeri Sembilan ni kita tak, negeri lain baru nak bukak, baru nak bukak sawah padi, nak, baru nak bagi tanah. Tapi Negeri Sembilan, kita memang dah ada. Cuma kita tak nak kita tak buat satu ketetapan merizabkan dalam tajuk Sekuriti Makanan, tanah-tanah ini boleh ditukar milik, last-nya besok jadi taman perumahan atau ditukar dari padi jadi pokok sawit. Itu yang kebimbangan.
Yang kedua, pasal saya sebut jugak, saya setuju dengan YB Klawang, eh YB Pertang, isu beras import ni, memang kita tak ada kawalan, tapi sekarang ni dia berubah-ubah, Datuk. Minggu lepas beli 38.00, minggu ni jenama yang sama, berat yang sama, import, kita tak, kita dah faham tadi beras local kita memang ada ke, kekurangan sekarang, tapi import ni, mohon Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri ni, kita bagi satu mesej mengatakan ada harga siling buat sementara ni. Kalau tak sampai
harga 42.00 ringgit dah, dah terlampau tinggi dah Datuk. Terima kasih Datuk.
Terima kasih ADUN Gemas. Beras import ni, Yang Berhormat saya dah sebut ya, kerana ini di luar kawalan ataupun di luar bidang kuasa ya, pihak kementerian untuk mengadakan sekatan harga. Kita tak ada harga siling. Tetapi ini sudah dibangkitkan berkali-kali oleh Ahli-Ahli Parlimen di sidang Parlimen sekarang ini, antara menjadi topik hangat di dalam perbahasan, termasuk saya juga telah mengemukakan beberapa pandangan berkaitan dengan beras import ini. Itu telah pun dilaksanakan.
Cumanya dalam soal pendekatan kita sekarang di Negeri Sembilan ini ialah untuk menambah bekalan kita. Saya dah sebut tadi, beberapa tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang sedang kita laksanakan. Intervensi kita untuk mempercukupkan bekalan beras putih tempatan kepada rakyat Negeri Sembilan sedang dan terus berjalan. Program jangka sederhana kita supaya beras kita jangan keluar lagi. Sekarang ni masalahnya Yang Berhormat, 1,200 hektar penanaman padi di Negeri Sembilan dihantar ke Melaka, dihantar ke Selangor dan hantar ke negeri lain. Apabila beras ni dihantar ke kawasan luar daripada Negeri Sembilan, dia tak balik dalam Negeri Sembilan balik, beras tu akan diedarkan daripada negeri ataupun kilang yang dihantar. Ini jadi masalah kita. Kita ada cukup beras.
Kemudian bila kita tidak lakukan sesuatu untuk bagi tempoh yang akan datang, maka kita akan sentiasa mengalami kekurangan yang sedemikian rupa. Dan itu pelan jangka panjang kita supaya Negeri Sembilan, insyaAllah apabila mendapat segala bentuk bantuan dan jugak support kita, maka kilang berskala kecil sederhana dahulu dapat kita bina di Negeri Sembilan dengan keluasan pengeluaran padi 1,500 hektar. Cumanya sekarang ini kawasan penanaman padi kita di Gemas kita nak tambah 20 hektar lagi, di Jelebu kita akan ada penambahan, di Jempol kita akan ada penambahan dan beberapa kawasan lain.
Cumanya sekarang ini, shortage kita, dengan izin Dato’ Yang Dipertua, 300 hektar ni, shortage kita ini, concurrently kita akan dapatkan daripada luar. Maknanya bekalan beras, padi daripada luar kita bawak masuk ke Negeri Sembilan untuk tampung keperluan kilang padi yang berskala sederhana ni tadi dan dalam masa yang sama beberapa pendekatan ataupun beberapa pengisian supaya penanaman padi di Negeri Sembilan ni dapat kita tambah. Dan insyaAllah dalam tempoh 3 tahun yang akan datang, keperluan kilang ini dapat di-supply, dapat bekalan daripada penanam padi tempatan. Itu yang bekalan beras ya.
Kemudian soal kegunaan tanah ni, Yang Berhormat kita tidak convert. Dulu masalah kita ialah penanam padi ni dijadikan sebagai kerjaya kedua bagi masyarakat kita. Masyarakat kita yang tanam padi ni, dia tidak menjadikan satu pendapatan utama kepada mereka. Dia jadikan pendapatan kedua. Jadi maknanya tidak, buat kerja tu sampinganlah. Kerana itu, pengeluaran padi kita tidak mencapai tahap ataupun standard seperti yang diperlukan. Kualiti, ataupun jumlah pengeluaran padi kita. Kerana itu sekarang kita sedang jalankan kempen supaya semua golongan masyarakat terutamanya golongan belia remaja ni berminat dan menjadikan penanaman padi dan pengeluaran beras ini sebagai pendapatan utama mereka. Jadi pendekatan yang akan kita jalankan oleh pihak Kerajaan Negeri di masa ke semasa akan dapat mengisi keperluan seperti yang telah saya sebut tadi.
Saya juga nak balik balik kepada ucapan perbahasan yang Berhormat tentang harga beras ya, bukan harga beras, tentang perkara yang berkaitan dengan Kawalselia Padi Dan Beras di Negeri Sembilan. Kita telah adakan sesi libat urus Yang Berhormat, bersama pemborong beras yakni 3 syarikat ya, pada 11 September yang lalu, bagi mendapatkan input dan isu secara langsung ekoran keputusan kawal, kawalan, KPKM ini untuk melaksanakan Program Khas Beras Putih Tempatan mulai bulan, itu dah saya jelaskan tadi ya. Kita dah jalankan dan kesemua itu, sekarang ini cuma untuk Yang Berhormat, kita juga melibatkan LPP ataupun PPK apa ni, di seluruh Negeri Sembilan untuk membantu kita kerana kita boleh hantarkan melalui pembekal-pembekal atau pengedar-pengedar di seluruh daerah, tetapi buat masa ini kita gunakan FAMA dahulu, LPP dan jugak Agro Bazaar dan sebagainya. Ini semua telah kita laksanakan.
Cuma saya nak mintak kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat di seluruh di Negeri Sembilan, sama ada daripada pihak kerajaan dan jugak pihak pembangkang, supaya sama-sama menjelaskan di kalangan rakyat. Kadang ada rakyat ni Yang Berhormat, bukanlah saya nak mencari, mendatangkan masalah tetapi ada di kalangan mereka menimbulkan isu kepanikan ataupun isu, atau sentimen yang boleh mendatangkan kemarahan kepada rakyat. Sebenarnya ini boleh kita selesaikan dengan baik. Dan beberapa pendekatan yang kita laksanakan ini dapat menampung keperluan bagi masyarakat. Jadi saya mohon ahli-ahli Yang Behormat juga dapat membantu kerajaan di dalam memberikan penjelasan sebaik mungkin.
ADUN Gemas juga telah menimbulkan soal yang berkaitan dengan merizabkan tanah pertanian. Ini seperti yang Yang Berhormat sebut tadi ya. Saya nak sebut Yang Berhormat ya, sejak tahun 2013, Kerajaan Negeri telah memutuskan ya, bahawa semua tanah kategori pertanian
dengan syarat nyata tanaman padi dan sawah, tidak dibenarkan sama sekali untuk menukar syarat kegunaan tanah bagi menjamin bekalan padi di Negeri Sembilan. Itu dah jelas Yang Berhormat ya.
Kemudian saya nak pergi juga kepada perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Johol, Seremban Jaya, Seri Menanti dan Gemas. Gemas lagi. Gemas ni saya ingat pandangan bagus, idea cantik, tetapi haluan tak berapa betul ya, betulkan.
Guru yang sama.
Ni kita runding dalam ke, runding luar, Yang Berhormat?
Nanti saya jumpa Sikamat-lah.
Saya sambung ya Dato’ Speaker. Ni Gemas lagi, mohon penyelesaian tanah adat terbiar dan permohonan tanah berkenaan di Negeri Semilan. Untuk makluman insentif pertanian di bawah Kerajaan Negeri melalui portfolio jawatankuasa saya, adalah terbuka kepada semua pihak dan kategori tanah termasuk tanah adat setelah memenuhi syarat-syarat permohonan bagi setiap insentif tersebut. Antaranya memenuhi keluasan minimum dan mendapat kebenaran bertulis untuk mengusahakan tanah tersebut. Antara insentif ya, ni saya nak sebut jelas Yang Berhormat, antara insentif dan peruntukan kepada permohonan ini bagi projek pembangunan pertanian P51, di bawah Jabatan Pertanian adalah seperti berikut: yang pertama …..
Yang Berhormat, bukan soalan saya tu.
Haa? Haa yelah, ADUN Johol, Seremban Jaya, Seri Menanti dan Gemas. Gemas adalah sangkut-sangkut agaknya. Ke saya tengok Gemas ni perlu perbetulkan haluan cepat, jadi itu yang sebut selalu tu.
Ni kena baca Yasin-lah ni.
Pertama: insentif Peningkatan Hasil Tanaman, bantuan maksima sehingga 12,000.00/hektar dan setiap peserta meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang dan bekalan input pertanian. Perkara kedua: Insentif Pembangunan Tanah Terbiar, bantuan maksima sehingga 15,000.00 setiap hektar ataupun setiap peserta meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang dan input pertanian. Insentif ketiga ialah Insentif Latihan Petani meliputi skop
pemindahan teknologi pertanian dan khidmat nasihat teknikal. Insentif latihan ini diberikan secara percuma kepada semua yang berminat untuk menceburi bidang pertanian.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bantuan, bagi bantuan berkaitan dengan industri penternakan pula, yang boleh dipohon adalah seperti berikut:
• bantuan baka ternakan di bawah Skim Double Up 2.0. Penternak membeli ternakan dari jabatan pada kadar 30% daripada harga perolehan ternakan.
• Yang kedua: bantuan naik taraf ladang, naik taraf kandang dan reban. Bantuan pembinaan dan peralatan pembinaan kandang dan reban ternakan juga yang tidak melebihi 20,000.00 kepada setiap penternak. Buat reban pun kita bagi jugak bantuan, Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat belah sana, yang belah sini kita tahu, insyaAllah.
• Kemudian yang ketiga: bantuan naik taraf infrastruktur kawalan pencemaran di ladang seperti kolam kumbahan, pun ada bantuan yang tidak melebihi 20,000.00 setiap penternak.
• Bantuan Homeplot. Bantuan peralatan dan benih rumput bagi membangunkan kawasan pastura persendirian tidak melebihi 20,000.00 bagi setiap penternak.
• Bantuan peralatan dan mesin bagi aktiviti penternakan dan juga latihan.
• Bantuan transformasi ekonomi desa untuk peningkatan ekonomi rumah dengan nilai tidak melebihi 1,200.00 kepada setiap penternak.
• Lain-lain bantuan am seperti khidmat nasihat, bantuan berkaitan bidang pertanian, kursus berkaitan dan program persampelan dijalankan di masa ke semasa.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang seterusnya adalah perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Johol dan juga ADUN Labu berkaitan dengan jurang kemajuan antara bandar dan luar bandar yang mesti dikurangkan melalui pembangunan infrastruktur, terdapat keperluan untuk mewujudkan jaringan infrastruktur bagi, yang menyeluruh bagi tujuan tersebut. Yang Berhormat ini jawapan ni agak panjang sikit, berdasarkan kepada beberapa fakta dan data, saya mohon kebenaran
kepada Yang Berhormat untuk tidak membacakan dan menghantar jawapan bertulis kepada semua ahli Dewan bagi menjmatkan masa, boleh Yang Berhormat? Terima kasih. Johol dengan Labu, saya mintak, boleh Yang Berhormat? Terima kasih Yang Berhormat ya. Jadi pasal ni, bagi, jadi Yang Berhormat lebih fokus baca ni, kang saya sebut kang Yang Berhormat tak berapa nak dengar, dah tengah hari ni. Jadi Yang Berhormat saya jawab bertulis.
Cadangan pe, ni Yang Berhormat ADUN Seri Menanti dan ADUN Gemas. Gemas lagi. Cadangan pembinaan kilang padi. Saya dah sebut secara detail tadi, tak perlu saya ulas ya. Kemudian cadangan ADUN Sikamat, program harga, harga jualan ladang prihatin yang dapat diteruskan dengan tambahan barangan stok barangan dapur, seperti bekalan ayam, minyak, beras dan lain-lain. Pandangan daripada Yang Berhormat ADUN Sikamat ini, akan saya ambil perhatian secara jelas bagi menambah stok bekalan asas makanan keperluan rakyat ini dan harga, kita akan pastikan harga ini tentunya lebih murah daripada ….[percakapan YB ADUN secara off mic]. Haa? Ni ADUN Sikamat. Oh sorry, la ilahaillallah, mintak maaf bos.
Betul tu, dah tengah hari ni.
Setiausaha MMK, air kena siapkan, ni masalah. ADUN Mambau dan Seri Menanti. Ini rujuk ADUN Sikamat, pasal apa masuk fail saya, kadang-kadang. Dato’ Speaker, mintak maaf Dato’ Speaker, saya ingat Dato’ Speaker pun nanti kita akan lapik dengan Timbalan Speaker, supaya tak penat, insyaAllah. Ni saya skip. Okey, yang akhir sekali ni, Dato’ Speaker, pasal, yelah dah 12:20, akhir sekali Dato’ Speaker. ADUN yang dibangkitkan oleh ADUN, Yang Berhormat Fatah, daripada Bagan Pinang kan?
Ya Datuk.
Ya. Yang dibangkit tentang perancangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk membantu nelayan tradisi dan penternak yang terkesan daripada projek pembangunan Negeri Sembilan. Ini penting Yang Berhormat ya. Antara usaha yang dibuat oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Yang Berhormat, daripada, pertama: daripada jumlah orang nelayan berdaftar bawah Jabatan Perikanan, 22 orang nelayan adalah daripada Bagan Pinang yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan jaring hanyut, bubu dan rawai. Yang kedua: dengan mengambil kira perairan Port Dickson yang sempit untuk tujuan penangkapan ikan, Jabatan perikatan, Perikanan berinisiatif meningkatkan stok sumber perikanan dengan melabuhkan tukun tiruan sebanyak 62 unit daripada tahun 2008
hingga 2020. Semoga usaha ini dapat menambahkan, tentunya akan menambahkan pendapatan nelayan bagi kawasan yang berkenaan. Dan yang ketiga Yang Berhormat, Jabatan Perikanan telah mewujudkan program Komuniti Perikanan di Bagan Pinang yang dikenali sebagai MyKP Bagan Pinang dengan berkonsepkan komuniti perikanan tempatan, yang menjalankan aktiviti pengurusan sumber perikanan, perikanan tangkapan akuakultur, industri asas tani perikanan, industri sokongan perikanan termasuk agro pelancongan dan perikanan rekreasi. Pada tahun 2021 Yang Berhormat, Jabatan Perikanan telah memberikan bantuan alatan projek hiliran ikan masin berjumlah 50,000.00 kepada MyKP Bagan Pinang, ahli-ahli MyKP juga kerap dihantar menjalani kursus dan latihan bagi peningkatan pengendalian dan pemprosesan produk-produk penghiliran yang berkaitan dengan soal yang berkaitan dengan perikanan.
Dato’ Yang Dipertua, saya jangka saya telah pun menjawab kesemua perkara yang ditimbulkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat. Cuma satu perkara yang berkaitan dengan tadi akan dilaksanakan dan dijawab secara lisan kepada semua ahli …..
Ada soalan sikit ….
….. Yang Berhormat.. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk, ada soalan sikit Datuk.
Ya.
Isu panik yang Datuk nyatakan tadi, tentang jualan panik oleh FAMA. Apa pendekatan?
Bukan jualan panik FAMA ….
Dan saya tengok …..
…. pembelian panik oleh masyarakat.
Jualan panik oleh FAMA kepada kita punya di, di, macam di Kuala Pilah ya. Dan apa pendekatan pihak kerajaan sekarang supaya suasana panik ni tak wujud?
Yang Berhormat, saya dah sebut tadi, kita ada beberapa pendekatan berterusan daripada masa ke semasa untuk membekalkan bekalan beras putih tempatan mengikut FAMA, Agro Bazaar dan jugak beberapa lokaliti termasuk LPP bagi mencukupkan
permohonan dan permintaan bekalan beras putih tempatan di kawasan-kawasan seluruh Negeri Sembilan. Ini yang kita buat. Cumanya pembelian panik ini, ada di kalangan masyarakat yang rasa bekalan ini tak cukup. Mereka tak boleh dapat beras ni. Saya akui beberapa tempat memang tak ada Yang Berhormat. Dekat kedai sekarang beras putih tempatan tak ada. Dekat kedai biasa tak ada. Jadi, apabila bekalan ni sampai, tidak mencukupi untuk menampung keperluan masyarakat tempatan, mereka beli secara melam, melebihi daripada keperluan harian. Satu keluarga beli sampai 6 beg. Kadang-kadang sampai 8 beg. Maknanya 8 beg kali 10 dah 60 kilo, 80 kilo. Sedangkan keperluan keluarga itu cuma 1 beg saja untk setiap pembelian. Jadi, ini yang boleh menimbulkan shortage, dengan izin Yang Berhormat.
Kerana itu saya nak mintak dan juga war-warkan, melalui FAMA dan sebagainya, bahawa bekalan yang kita salurkan melalui outlet-outlet seperti yang saya sebutkan mencukupi bagi kawasan yang berkenaan. Cuma, saya maklumkan juga, bagi kawasan yang agak distance sedikit, dengan izin, jauh sedikit daripada FAMA dan jugak pusat-pusat pengedaran ini, itu mendatangkan sedikit masalah bagi mendapatkan beras putih tempatan ini. Dan insyaAllah kita sedang kaji dan teliti untuk kita perbaiki dari masa ke semasa Yang Berhormat ya. Terima kasih Dato’ Speaker.
Exco, Exco Pertang. Terima kasih lagi satu …..
Seremban.
….. saya mintak …..
…. Seremban, sekejap.
Mintak izin. Satu minit. Mintak izin. Ini jualan ladang ….
Yang Berhormat, tunggu saya terangkan sikit boleh tak?
Boleh, boleh.
Saya perhatikan memang sidang kita memang ada harmonilah. Dan apabila pihak tu ada floor, kadang-kadang kita mencelah. Mencelah tu boleh, tapi dia mengikut peraturanlah. Dia tak boleh ambil mic tu terus cakap. Terus soal situ. Kurang-kurang dia kena berdiri dululah, ambil perhatian. Dan mungkin saya akan beri
perhatian kepada yang ada floor tu, ada Yang Berhormat nak mencelah. Jadi kita tak nak apa ni, apa ni, yang ada floor tu, tiba-tiba dicelah dengan secara verbal tanpa, dan persetujuan tu mesti diberi oleh yang ada floor tu. Saya tak ada, tak boleh halang. Tapi kalau yang ada floor tu dia tak boleh kasi, saya pun tak boleh kasi. Okey, itu yang saya nak terangkan. Daripada sini, kita terus, okey. Boleh ni …..
Dato’, Dato’ Speaker.
Pertang?
Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Pertang, boleh?
Boleh haa?
Boleh? Okey.
Okey. Terima kasih Dato’ Speaker, bagus. Terima kasih. Tadi, Exco Pertang memang saya terima kasih. Lagi satu kira sekarang jualan ladang, jualan ladang boleh Kerajaan Negeri support yang banyak, pasal bulan-bulan, saya satu bulan satu kali DUN Seremban Jaya, jualan ladang, mereka turun memang keliling tempat itu, mereka happy. Saya rayu, mintak kepada Exco Pertang, esok pun 13 haribulan, saya ada jualan ladang di DUN Seremban Jaya, Taman Seri Kamban memang satu cara yang bagus. Sekarang masalah barang-barang mahu dapat pun ada susah bukan, mereka sudah turun, adalah, memang bagus. Saya mintak Kerajaan Negeri boleh jualan ladang FAMA, boleh bantu lebih sikit. Terima kasih.
Ini saya dah jelaskan Yang Berhormat. Memang kita akan tambah lagi dan jugak harga kos lebih murah pada pasaran. Dan bekalan untuk keperluan harian ni yang kita beri tumpuan. Cuma Yang Berhormat, apabila ada barang yang kita hantar tu murah, ada, sebagai ADUN Seremban Jaya, besok tambah lagi subsidi kepada barang itu, untuk pengundi. Jadi lebih baik. Jadi, Yang Berhormat membawa satu imej baik untuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan. Terima kasih Speaker.
Saya minta laluan Speaker, boleh cakap?
Ada lagi?
Tak, saya mahu terima kasih. Terima kasih.
Haa sudah, okey.
Terima kasih.
Terima kasih Speaker.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulung perbahasan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya menjawab soalan ADUN Johol ya, ADUN Johol, mohon penyelesaian isu tanah adat terbiar dan permohonan pembangunan tanah berkenaan di Negeri Sembilan.
Enakmen Pemegangan Tanah Luak Tanah Mengandung Dan Tanah Adat Lingkungan 2022 (Enakmen No.20/22) telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 29 Disember 2022 dan memansuhkan Customary Tenure yang saya jawab sebelum ini. Enakmen ini mengemaskinikan peruntukan lama dengan mewujudkan peruntukan baru, antaranya permohonan untuk mengubah syarat sekatan dan kategori kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk menetapkan atau mengubah syarat sekatan dan kategori pecah bahagian, penyatuan lot-lot tanah, kuasa Pihak Berkuasa Negeri untuk meluluskan penyerahan balik dan berimilik semula, pengambilan tanah bagi Tanah Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan.
Peruntukan-peruntukan ini diwujudkan agar urusan hal ehwal Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan selari dengan perkembangan pembangunan tanah masa kini. Walau bagaimanpun, Enakmen 20/22 ini hanya terpakai pada Adat Luak Tanah Mengandung dan Tanah Adat Lingkungan Daerah Kuala Pilah dan Jempol sahaja. Namun bagi tanah adat lain ia memakai Customary Tenure Enakmen Chapter 215, undang-undang tersebut masih tidak, memperuntukkan hal berkenaan dengan pembangunan tanah.
Bagi soalan Johol juga, mengenai memperkasakan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS). Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri prihatin dengan, dan peka dengan peranan Government Link Agency (GLC) di Negeri Sembilan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS). Seawal 2018, Manifesto Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14, antaranya ialah mengembalikan peranan PKNNS sebagai pemaju perumahan Negeri Sembilan. Apabila Kerajaan Negeri Sembilan mengambil alih pentadbiran Negeri Sembilan bermula 2018, PKNNS telah diberi peranan yang aktif dalam membantu Kerajaan Negeri membangun
Negeri Sembilan khasnya dalam sektor ekonomi. Fokus utama PKNNS adalah pertama: menggerak pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan melalui pembangunan hartanah. Pada tahun 2020, PKNNS telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek Perumahan Penjawat Awam Negeri Sembilan, projek perumahan rakyat, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Sembilan adalah dibangunkan di atas tanah seluas 45.96 ekar di Mukim Labu, Daerah Seremban. Projek ini telah berjaya merealisasikan impian 351 orang penjawat awam yang memiliki rumah sendiri iaitu teres 1 tingkat Type A dengan harga 90,000.00 dan Type B dengan harga 250,000.00 ringgit. Projek ini siap sepenuhnya pada bulan April 2022.
PKNNS telah terlibat juga dalam melaksanakan Projek Perumahan Rimbun Aman, yang melibatkan pembinaan 71 unit rumah teres 2 tingkat Type C dengan harga rumah minimum 498,000.00 ringgit seunit, di tanah berkeluasan 7 ekar di Mukim Labu, Daerah Seremban. Pembangunan projek ini telah mencapai kemajuan sehingga 99% dan dijangka siap pada akhir tahun 2023 ini.
Selain itu, PKNNS juga telah membangunkan projek perumahan di tanah seluas lebih kurang 45 ekar di Mukim Chembong, Daerah Rembau. Projek perumahan ini akan merangkumi lebih kurang 624 unit rumah Type A, B dan C. Pembinaan projek akan dimulakan setelah urusan tanah diselesaikan dalam masa terdekat. Ini juga bagi menjawab soalan ADUN Chembong ya, mengenai apakah peranan yang dimainkan oleh GLC di, di Rembau.
Fokus PKNNS yang kedua adalah menyokong pembangunan ekonomi negeri melalui inisiatif pelaburan dan pembangunan business dalam Kumpulan PKNNS. PKNNS telah menetapkan pelaburan dalam syarikat-syarikat anak, syarikat-syarikat anak pada tahun 2020 melalui penstrukturan semula ekuiti dalam Syarikat Negeri Roadstone Sdn. Bhd. (NRSB), pegangan ekuiti PKNNS dalam syarikat tersebut telah meningkat daripada 51% kepada 80%. Hasil syarikat NRSB telah bertambah baik dan memperolehi pendapatan sebanyak 178.23 juta pada tahun 2022 berbanding pendapatan sebanyak 49.26 juta pada tahun 2018. Kenaikan pendapatan pada tahun 2018 adalah sebanyak 72%. Peningkatan ini adalah berlaku kerana peningkatan pendapatan projek yang amat ketara pada tahun 2022 berbanding pendapatan projek yang diterima pada tahun 2018. Dengan peningkatan hasil NRSB ini, dividen tahunan yang dibayar oleh NRSB kepada PKNNS telah meningkat iaitu 1.5 juta pada tahun 2020, 2.8 juta pada tahun 2021 dan 4.0 juta bagi tahun 2022.
Di samping itu juga, pada tahun 2021, PKNNS telah meluaskan pelaburannya dengan mengambil alih sepenuhnya anak Syarikat Pati Nilai Quarry Sdn. Bhd. Pegangan saham asal PKNNS dalam Syarikat PNQ adalah sebanyak 30%. Manakala nilai pengambilan Syarikat PNQ pada 2021 tersebut adalah sebanyak 6.93 juta. PKNNS akan terus meneroka business baru apabila pada tahun 2023 ini. PKNNS telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi menubuhkan satu lagi anak syarikat baru iaitu syarikat yang membangunkan longkang konkrit pra-tuang (precast concrete).
Fokus utama PKNNS yang ketiga adalah sebagai pelaksana inisiatif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. PKNNS ini, PKNNS kini adalah agensi pelaksana bagi inisiatif Kerajaan Negeri iaitu bagi Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang telah dimulakan pada tahun 2019 hingga 2023. Program TUNS dan TUNS Plus telah memanfaatkan seramai 6,135 orang usahawan kecil dan seramai 621 usahawan mikro.
Selain itu PKNNS adalah agensi pelaksana bagi inisiatif Kerajaan Negeri bagi Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan (RHR) yang dimulakan pada tahun 2021. Bagi tahun 2021 dan 2022, sebanyak 112 permohonan telah dilulusan dan jumlah tersebut 57 unit rumah telah siap dibina dan telah diserah kepada peserta. Manakala 5 unit lagi adalah dalam pembinaan.
PKNNS adalah agensi pelaksana yang menyalurkan peruntukan dari Kementerian Ekonomi bagi program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Program ini menyasarkan kepada golongan miskin bagi membasmi kemiskinan tegar di Negeri Sembilan. Sejak tahun 2019, PKNNS telah mempertingkatkan kecekapan tadbir urus dengan Menyusun semula fungsi bahagian dan menambah baik Standard Operating Procedure (SOP) bagi setiap aktiviti dalaman, tatacara kutipan sewaan premis dan tanah telah dimantapkan bagi memastikan PKNNS memperolehi hasil pendapatan yang baik, aset-aset telah sekian lama tidak menjana pendapatan telah dilupuskan dan diganti dengan perolehan aset yang baru. Dengan pelbagai program pembangunan dan juga penambahbaikan ini, PKNNS memperolehi pendapatan sebanyak 14.04 juta pada tahun 2022, berbanding pendapatan sebanyak 10.2 juta yang diterima pada tahun 2018.
Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha dalam memperkasakan PKNNS agar bersaing dengan sekurang-kurangnya setara dengan J-Corp dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Tapi malang ya, kita tak ada tanah simpanan yang besar untuk kita bersaing, kita tak ada ladang, kita tak ada, kita ada tanah yang kecil-kecil, 50 ekar di setiap daerah lebih
kurang ada 100 ekar, begitu je, kita tak ada ladang. Jadi untuk bersaing besar kita tak ada kemampuan yang agak besar setakat ini. Tapi kita akan ke arah tersebut.
Bagi menjawab soalan ADUN Johol dan Mambau. Mempromosikan Negeri Sembilan kepada pelabur antarabangsa untuk melabur selain aeroangkasa, bagi sektor lain, mungkin telah dijawab oleh YB Teo, jawab dah? Mengenai program pelaburan antarabangsa. Dah jawab kan? Hab, hab logistik juga diwujudkan, dah jawab kan yang ni? Belum jawab lagi? Okey, Kerajaan Negeri melalui Invest NS sentiasa mempromosikan peluang-peluang pelaburan di Negeri Sembilan di peringkat antarabangsa melalui pelbagai kaedah dan platform. Antaranya adalah dengan mengadakan edaran brochure dan risalah NS Investment Guide ke pejabat MIDA di luar negara. Pada tahun 2023, Invest NS menumpukan edaran brosur/risalah ke negara Jerman, China, Thailand, Korea Selatan dan Ibu Pejabat ASEAN di Bangkok. Selain itu pentadbiran ini turut mengadakan misi gerakan, misi galakan pelaburan ke negara luar serta mewakili Negeri Sembilan dalam expo-expo antarabangsa seperti musu, MUSIAD Expo di Instanbul Turki, Expo International Greentech & Eco Products Malaysia (IGEM 2023), International Rubber Industry Convention & Expo (IRICE) dan Selangor Business Summit - Selangor Industrial Park Expo (SPARK) anjuran Selangor pada bulan Oktober ini.
Proses pelaburan di negeri ini juga telah diselia dan ditambah baik dengan adanya mesyuarat pra teknikal dan pelarasan dan, di peringkat Invest NS, sebelum dibawa ke mesyuarat OSC di peringkat PBT. Proses ini tertumpu pada projek-projek perkilangan dan perkhidmatan terpilih di mana bertujuan untuk memudahcara urusan para pelabur serta memastikan urusan projek mempercepat dan berjalan lancar. Tempoh kelulusan KM, tanah dan, dan pendirian bangunan adalah dalam tempoh 1 bulan tertakluk kepada status permohonan lengkap dan memenuhi syarat keperluan agensi teknikal yang ditetapkan.
Oleh itu, berdasarkan kepada gerak kerja dan aktiviti promosi dan pemasaran ini hasilnya, pada suku kedua tahun ini, Januari hingga Jun, Negeri Sembilan telah berjaya memperolehi 89 projek diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak 1.95 bilion direkodkan oleh MIDA. Walau bagaimanapun, berdasarkan unjuran pipeline Invest NS sehingga bulan September ini, Negeri Sembilan berkemungkinan mampu mencapai 5 bilion jumlah pelaburan melalui beberapa projek yang telah berjaya ditempatkan di negeri ini dan kini sedang dalam rundingan MIDA bagi mendaftarkan pelaburan baru antaranya projek F&N di Gemas (1.0 bilion), Projek Data Centre (1.0 bilion), Nexperia Tuanku
Jaafar Industrial Park (300 juta), Sandvik Group di Sendayan (150 juta), Farm Fresh di Enstek (100 juta) dan lain-lain lagi.
Untuk makluman, sektor ini, Renewable Energy (RE) adalah satu sektor yang disasarkan dalam pembangunan industri di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri sedia maklum dengan keperluan para pelabur di mana mereka mematuhi Standard ESG yang ditetapkan untuk melayakkan syarikat eksport produk keluar negara. Oleh itu Kerajaan Negeri melalui Invest NS berhasrat untuk mewujudkan program Corporate Green Power Programme (CGPP) dengan kerjasama pihak swasta bagi membantu pelabur-pelabur di negeri ini mengurangkan carbon footprint dan mematuhi standard ESG untuk pasaran eksport. Tapak cadangan bagi program CGPP ini adalah di Bahau, Negeri Sembilan seluas 200 ekar bagi pembangunan loji tenaga solar yang dijangka membekalkan 70, megawatt.
Untuk makluman juga, pada 7 September 2023 yang lalu, cadangan program ini telah dibentangkan kepada 7 buah syarikat utama di Techpark@Enstek yang berminat seperti Ajinomoto Berhad, Kellogg's Asia Product (M) Sdn. Bhd., Sunshine Bread Sdn. Bhd., Dutch Lady Milk Industries Berhad, Mahsuri Food dan Taison Group dan Mission Foods Malaysia Sdn. Bhd.
Berkenaan maklumat peluang pelaburan pula, para pelabur boleh melayari laman web investns.com.my bagi mendapatkan info terkini. Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses menaik taraf sistem Gis9 yang bakal mengandungi modul pelaburan. Kerajaan Negeri turut menitikberatkan hab logistik untuk menarik pelabur berskala besar di Negeri Sembilan. Antara usaha yang dilaksanakan Kerajaan Negeri adalah untuk mewujudkan zon perindustrian bebas ataupun zon perdagangan bebas di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, cadangan itu masih dalam peringkat kajian oleh pihak UPEN.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Chennah, pelaburan sektor logistik, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan kita sedia maklum kita amat strategik, berhampiran dengan KLIA dan Port Klang, 35 minit ke KLIA, Port Klang – 90 minit. Oleh itu, bagi fasiliti pembekuan sejuk ini lokasi yang bersesuaian adalah di sekitar kawasan industri Nilai, Enstek, Senawang dan Sungai Gadut. Dan kita akan membantu pihak yang berminat ini untuk sama-sama mengenal pasti tapak dan kita akan berunding dengan tuan-tuan punya tanah kawasan-kawasan tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, Chennah dan Rantau mengenai feeder port, ya, feeder port. Cadangan ini mewujudkan Pelabuhan Port Dickson amat disambut baik, ya, perkara ini juga pernah dikaji dalam pelaksanaan
Kajian Kemungkinan mengenai cadangan Pembangunan Lembah Aeroangkasa di Negeri Sembilan mengambil kira Port Dickson yang terletak berhadapan dengan Selat Melaka, manakala berdasarkan kepada Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan ’21 – ’25 dan hala tuju hubung kait antara sektor ekonomi pembangunan industri maritim meningkatkan, dan akan meningkatkan input pengeluaran industri utama dan seterusnya menggalakkan ekonomi bidangan dan aglomerasi aktiviti ekonomi dalam Negeri Sembilan. Justeru pentadbiran Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan pihak swasta berkenaan untuk mengusulkan pemajuan ini.
Bagi soalan ADUN Chennah, jalan antara Chennah ke Hulu Langat. Jalan yang ditutup adalah Jalan N32 Jalan Kuala Klawang – Genting Peras bermula di seksyen 18 ya, di seksyen 18 dan kerja-kerja cerun yang kritikal sedang dilakukan dan insyaAllah siap pada penghujung Disember 2023. Bagi jalan Daerah Hulu Langat, Selangor, Jabatan Kerja Raya Selangor memaklumkan kerja pembaikan cerun masih dalam pening, peringkat pembinaan dan dijangka siap pada Februari 2024. Jadi kita dah boleh bukak tapi Selangor takleh bukak lagi.
Untuk jawapan ADUN Temiang. Pemilikan tanah kekal bagi Kampung Baru. Kita sedia maklum untuk taman-taman kita telah laksanakan, Kampung Baru juga kita telah, Kerajaan Negeri pada 15 Jun 2022 mengambil maklum akan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-73 pada 30 November 2013 telah membuat ketetapan semula berkenaan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-42 pada 8 Januari 1988 dan Majlis Tindakan Tanah Negara Ke-53 pada 25 April 1997 berkenaan dasar berkaitan Kampung Baru iaitu pertama: tempoh pelak, pajakan (lease hold) bagi Kampung-Kampung Baru dinaikkan daripada 30 tahun kepada 60 tahun; dan yang kedua: tempoh pajakan (lease hold) bagi Kampung-Kampung Baru tersebut hendaklah kurang, sekurang-kurangnya 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. Oleh itu, Kerajaan Negeri pada 8 Februari 2023, mengambil keputusan bersetuju bagi Kampung Baru dilaksanakan kaedah pelanjutan tempoh pajakan di bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan telah mengeluarkan pekeliling pada 21 Februari 2023 berkaitan garis panduan dasar pelaksanaan pelanjutan tempoh pajakan bagi tanah-tanah yang berstatus kediaman di Kampung Baru di bawah Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Akta 828) iaitu sehingga 99 tahun.
Soalan ADUN Temiang. Kolam takungan ya. Kolam takungan. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan JPS, tadi saya rasa dah dijawab, oleh YB Nilai. Melan, telah melantik ya, telah melantik perunding bagi melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) pada tahun 2022 bagi mengkaji beberapa cadangan bagi mengatasi masalah
banjir di kawasan Temiang termasuk cadangan membina sebuah kolam takungan. Kajian dijangka siap seawal suku pertama 2024. Bilangan kolam takungan sekarang kita ada 166. Dan juga kita sedia maklum kita perlukan 10 juta untuk buat maintenance bagi memastikan kolam takungan kita dapat berfungsi dengan baik.
Soalan ADUN Klawang. Kesiapsiaga, kajian untuk menentukan aras sungai yang asal dan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut. Jabatan Pengairan Saliran (JPS) merupakan salah satu agensi teknikal yang bertanggungjawab memberi ulasan teknikal berkaitan permohonan pengambilan pasir sungai. Manakala kuasa melulus sesuatu permohonan permit, pengambilan pasir di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diberikan kepada Pihak Berkuasa Melulus di mana Negeri Sembilan adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. JPS Malaysia menge, mengguna pakai Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai 2022 di mana pengusaha perlu mengemukakan pelan kerja ukur yang disediakan oleh juruukur berlesen yang mengandungi maklumat topografi, keratan rentas sungai dan keratan memanjang. Selain itu pengusaha perlu menjalankan kerja penyiasatan tanah dan mengemukakan profil borehole log yang menentukan isipadu pasir sungai yang boleh dikeluarkan. Kadar pengambilan isi padu pasir adalah bergantung kepada aras reka bentuk dasar sungai manakala bagi sungai yang tidak mempunyai aras rekabentuk, kedalaman maksimum pengorekan pasir hendaklah tidak melebihi 1.5 meter atau ketebalan yang akan ditetapkan oleh JPS. Semua pengorekan pasir perlu meninggalkan satu meter minima lapisan pasir di dasar sungai sebagai penapis semulajadi untuk mengekalkan kestabilan morfologi sungai dan pengambilan pasir hanya dibenarkan dalam lingkungan 1/3 kawasan tengah sungai.
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Bencana Negeri dan Daerah telah diaktifkan di mana arahan telah diberikan kepada semua agensi yang terlibat bagi membuat persediaan pelarasan agensi. Antara persiapan yang telah diadakan oleh JPS adalah Program Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir, program pemuliharaan muara-muara sungai, program penyelenggaraan kolam-kolam takungan, penyelenggaraan pam bergerak dan kelengkapan kesiapsiagaan menghadapi banjir, penyelenggaraan pintu-pintu air dan penyelengaraan stesen hujan, aras air dan siren. Terima kasih.
Untuk soalan Klawang mengenai tempat persinggahan R&R di Lot 2328 Mukim Klawang. Lot 2328 telah diluluskan pemberian kepada Majlis Daerah Jelebu. Ketika ini, lot tersebut dalam proses pembatalan rizab
pembangunan akan datang dan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Klawang juga, berkenaan dengan, dah ni dah jawab, mengenai menentukan aras sungai. Tuan Razi Mohd Ali, insentif pemberian lot tanah kawasan felda oleh Kerajaan Negeri, tadi dah dijawab oleh YB Exco Kanan. Insentif pemberian lot kepada kawasan felda, tadi dah jawab.
Sungai Lui, adalah pintu masuk daripada Pahang sempadan Bera, mohon naik taraf jalan antara Bahau – Kemayan kerana keadaan bahu jalan yang bahaya. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan pernah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri pada Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan 1 (RP1) diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya di bawah tajuk Menaik Taraf Jalan Sedia Ada Dari Serting Tengah Bandar Seri Jempol – Air Hitam – Kemayan Jempol, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun ia ter, ia tidak termasuk dalam senarai keutamaan. Dan kita sedia maklum jalan, jalan ini kita, daripada Kuala Pilah akan ada satu highway baru yang, dan nampaknya sedang dalam proses kelulusan.
Soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui, paip pecah di felda, paip usang, uzur, SAINS mengambil tindakan segera membaiki paip-paip pecah dan tidak mengganggu aktiviti harian. Bagi jangka masa panjang, pihak SAINS membuat permohonan kepada FELDA untuk menggantikan paip-paip yang uzur atau usang di kawasan felda. Ada banyak, memang kita akui seperti di, di, paip pecah di felda ini, bagi bulan Jun sahaja, Januari – 7, Februari – 8, Mac – 4, April – 6, Mei – 20, Mei tu musim hari raya, Jun – 17, Julai – 19, Ogos – 8, September – 9. Jadi, kita akan mohon kepada pihak FELDA bagi menggantikan paip-paip usang di kawasan-kawasan felda.
Pencahayaan Negeri Sembilan, Sungai Lui. Pada 2022, sebanyak 413 lampu jalan telah dipasang di Daerah Jempol melalui Program Pencahayaan Negeri daripada jumlah ini, 158 jalan telah dipasang di DUN Sungai Lui yang tertumpu di kampung, di kawasan Kampung Felda Sungai Lui, Kampung Sungai Sampo, Kampung Baru Air Hitam, Kampung Dusat dan Kampung Serampang Indah. Bagi tahun 2023, sebanyak 140 tiang lampu dan 70 lampu telah diangkat permohonan melalui program Pencahayaan Negeri dengan pecahan 10 tiang dan 5 lampu dipasang di DUN Sungai Lui.
Bagi soalan DUN Lobak, isu masalah penyelenggaran rumah pangsa, mohon peruntukan belanjawan ‘24 sebanyak 1.0 projek penyelenggaraan rumah swasta 2024 diberikan 180 skim rumah pangsa di seluruh Negeri Sembilan. Ini saya rasa, dah dijawab oleh ADUN Nilai.
ADUN Lobak juga, isu Lingkaran Tengah Seremban (Middle Ring Road Seremban), mohon sambungan Jalan Lingkaran Tengah kawasan DUN Lobak termasuk jalan menghala ke Mantin, Ulu Beranang, Jalan Templer untuk meningkatkan ekonomi di kawasan sekeliling. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan bagi menyambung baki jalan Lingkaran Tengah Seremban kepada pihak Kementerian Kerja Raya pada 28 Februari 2023 di bawah 2 tajuk iaitu membina jalan Lingkaran Tengah Seremban dari interchange Labu ke FT001, Jalan Tun Dr. Ismail ke ta, ke Temiang, Daerah Seremban Negeri Sembilan serta membina Lingkaran Tengah Seremban ke interchange Temiang/LEKAS ke interchange Jalan Dato Siamang Gagap, Daerah Seremban bagi Rolling, RMK Ke-12, Rolling Plan Ke-4. Walau bagaimanapun, projek ini belum diluluskan dan JKR Negeri akan melaksanakan kerja-kerja ini sebaik sahaja peruntukan diluluskan.
ADUN Lukut, REE. Sebelum penerokaan sumber nadir bumi dijalankan di Negeri Sembilan, satu garis panduan atau SOP yang ber, yang komprehensif akan disediakan dengan melibatkan pandangan dan kepakaran jabatan-jabatan teknikal. Penyediaan garis panduan ataupun SOP nadir bumi Negeri Sembilan akan berpandukan kepada SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan ia diharap akan lengkap dan dirangka oleh pakar dalam bidang perlombongan dan pemuliharaan alam sekitar daripada jabatan dan agensi peringkat persekutuan. Sehubungan itu, dia akan menjimatkan masa dan kos bagi tujuan penyelidikan yang mana SOP tersebut akan dikaji, disesuaikan, ditambah baik mengikut keperluan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan memastikan penerokaan nadir bumi ini akan dijalankan secara terancang bagi mengelakkan sebarang isu pencemaran dan kemasyarakatan khususnya untuk jangka masa yang panjang.
ADUN Lukut, Kampung Baru 99 tahun, kampung, dipanjangkan kepada kampung tradisional, ini telah, kampung tradisional memang 99 tahun. YB Choo, Lukut, kawasan Lukut dapat dikurang, lampu isyarat, okey. Kementerian Kerja Raya dalam proses percubaan penggunaan smart traffic light di lokasi tertentu di Negeri Sembilan. Dicadangkan jalan Sungai Ujong sekitar tol Seremban dan juga sekitar Port Dickson. Untuk tahun 2024, sememangnya ada peruntukan untuk Negeri Sembilan bagi pemasangan smart traffic light oleh Kementerian Kerja Raya dan mungkin kita akan bawa ke, ke Lukut ya, untuk bagi mengatasi masalah yang berlaku.
YB Choo, ini, ini bukan Choo ni rasanya, ni Chennah, Hulu Langat ya. Tadi saya dah jawab. Cerun ya, untuk makluman ya, untuk makluman tambahan, cerun di Jalan Genting Peras, kita ada 5 pembinaan yang melibatkan 10.5 juta, jangka siap pada Disember 2023. Dalam reka
bentuk ataupun 4 kos lebih kurang 11.52 juta ya. Ada lagi cerun-cerun yang berbahaya di kawasan tersebut, 9 ya.
Mambau, mani, manifes, manifesto aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan. Menyorak, men, mesyuarat penyelarasan pertama oleh agensi pelaksana akan diadakan pada 3 November ‘23 bagi memulakan segera gerak kerja pelaksanaan manifesto untuk manfaat kepada rakyat. Pelaksanaan aspirasi ini akan dipantau secara berkala untuk memastikan 70 aspirasi perpaduan ini dilaksanakan seperti yang dijanjikan.
ADUN Paroi, kerja pembaikan mas, jalan ya, jalan di depan Masjid Bandar Baru Senawang ya. Kerja pembaikan Masjid Bandar Baru Senawang sedang dilaksanakan tanpa menggunakan peruntuk, peruntukan pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui pihak JKR mahupun pihak Jabatan Agama Islam. Kerja pen, ini soalan dia, jalan ni, okey. Melaksanakan kerja pembaikan cerun di hadapan Balai Polis Senawang, kerja tersebut dijangka siap pada November 2023 dengan anggaran kos 1.74 juta. Pihak JKR Negeri Sembilan juga telah mengambil maklum permasalahan jalan Senawang 3 yang beralun dan berombak ya. Nanti kita lihat bagaimana untuk diselesaikan.
Gemas, peruntukan, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang perkara ini dan akan membincangkan isu ini dalam masa terdekat.
Mengenai ADUN Paroi juga, surat terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pihak MAINS menafikan semua dakwaan yang dinyatakan dalam surat terbuka tersebut. Ianya merupakan isu yang sentiasa diulang-ulang oleh pihak tertentu bagi memberi gambaran tidak baik kepada pihak MAINS. Untuk makluman, pihak MAINS telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 14 Februari 2023 bertajuk Kerjasama Penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Mengenai Dakwaan Penyelewengan Wang Zakat. Susulan itu juga beberapa laporan Polis telah dibuat oleh pihak MAINS berkaitan isu yang dibangkitkan untuk tindakan pihak berkuasa. Pihak MAINS juga telah mengadakan taklimat bersama Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 17 April 2023 bagi menjelaskan tentang perkhidmatan MAINS dan isu-isu yang berkaitan. Isu ini telah disiasat oleh pihak berkuasa bermula tahun 2019 lagi.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengalu-alukan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan pihak Polis (PDRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat di Negeri Sembilan. Laporan hasil siasatan tersebut juga amat penting bagi membersihkan imej MAINS dan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tatakelola pengurusan zakat di Negeri Sembilan ini. Ya, kita, kerana itu
saya mula lantik jadi Menteri Besar, dia tak benarkan saya jadi Pengerusi MAINS sekali ya. Kena berasingan. Jadi, sekarang dia berasingan.
Dan kita sebagai wakil rakyat, dan rakyat Negeri Sembilan kena yakin ya, apa jua ada perkara-perkara yang tidak baik, tidak betul, harus kita laporkan tetapi kita tidak boleh merosakkan imej MAINS ya, bagi memastikan bahawa kepercayaan yang meningkat saban tahun, kita nampak peningkatan bayaran zakat tersebut. Tapi kalau ada perkara-perkara sebegini, dia hanya akan merosakkan, yang akan rugi adalah penerima-penerima zakat. Kalau dulu penerima-penerima zakat hanya mendapat 250.00 ringgit satu keluarga. Sekarang bergantung kepada tanggungan keluarga tersebut. Dari bermula dari 350.00 sehinggalah 800.00 ringgit. Bermakna kita tambah lagi bantuan kepada keluarga yang dapat tu lebih banyak, sampai 800.00 ringgit. Jadi kalau kita hanya nak merosakkan, nama baik MAINS, kutipan Baitulmal, pengagihannya, akhirnya yang rugi adalah masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Sedangkan kita berbanding dengan negeri jiran kita, kita jauh beza, kutipan mereka lebih banyak berkali-kali ganda. Kita sebelah pun kita hanya dapat sekitar 160 juta ya. Dia hampir 1.0 bilion. Jadi kita rugi. Sepatutnya kita juga lebih dapat limpahan yang lebih. Jadi, kita hari ini kena memberikan imej yang baik, pastikan keluarga miskin dapat bantuan, orang susah dapat bantuan, itu yang perlu kita sampaikan kepada MAINS, tindakan mereka perlu segera, ini yang harus kita lihat, bantuan kepada pelajar-pelajar, bantuan kepada anak-anak yang belajar di sekolah harus diberikan perhatian, jumlah mereka lebih banyak, tak apa. Jadi ini yang harus kita lihat, dan saya berharap kepada seluruh pimpinan di Negeri Sembilan ini, tak kira kerajaan ataupun pembangkang, pastikan bahawa inilah satu-satunya yang boleh bantu masyarakat Islam untuk keluar daripada kemiskinan dan keluar. Dan kita berharap ramai lagi boleh membayar zakat pada masa akan datang.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Jeram Padang, Sungai Lui, jalan Rompin – Gemas perlu dibesarkan dibaiki, ini saya pun dah jawab dalam soalan lisan tempoh hari. Dan insyaAllah, dan disokong oleh Menteri Pertahanan, antara jalan-jalan yang perlu kita beri perhatian supaya aset-aset ketenteraan juga boleh dibawa bukan sahaja melalui Gemas – Tampin, tetapi melalui Pasir Besar ke, ke Selatan, ke banyak arah supaya kita, jika ada emergency, ini akan memudahkan jalan, apa, kemudahan ataupun memudahkan peralatan-peralatan tentera kita dapat digerakkan ya.
Ini, saya dah, Jeram Padang. Projek naik taraf sistem bekalan air, tangki di kawasan perumahan bagi mengatasi gangguan bekalan air dan kes paip pecah. Bagi DUN Jeram Padang, terdapat 3 bilangan tangki servis terletak di DUN Jeram Padang iaitu Rumah Rakyat Rompin, Felcra
Rompin dan Kampung Orang Asli Batu Peti, berkapasiti keseluruhannya 0.98 juta liter yang aktif dan diselenggara secara berkala daripada pihak SAINS. Bagi kerja-kerja pembaikan paip pecah, ia akan dilaksanakan secara berterusan dalam tempoh 24 jam mengikut piagam pelanggan SAINS. Yang ketiga, untuk menjamin kecukupan air pada masa akan hadapan, terdapat beberapa projek yang dalam peringkat pembinaan, reka bentuk dan perancangan bagi DUN Jeram Padang seperti senarai berikut:
• Projek Bekalan Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022, perancangan jangkaan pembinaan pada tahun 2024 iaitu di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Pemasangan paip retikulasi 100mm dan 150mm serta, serta 100mm dan 155mm di MMU PVC.
• Projek, kedua adalah Projek Air Luar Bandar Sistem Retikulasi Negeri Sembilan 2021. Rekabentuk jangka pembinaan pada 2024, Kementerian Desa Dan Wilayah. Pemasangan paip yang sama dan juga pembinaan tangki sedutan dan rumah pam.
• Yang ketiga: Projek Bekalan Air Luar Bandar. Rekabentuk dijangka pembinaan 2024. Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Kerja pemasangan retikulasi 100 mm dan DMMS dan MU PVC.
• Projek Bekalan Air Ladang RISDA, Palong Negeri Sembilan. pembinaan dijangka siap 2024. Kementerian Desa. Yakni pemasangan paip retikulasi 100mm. Kerja pembinaan 1 unit tangki menara jenis RC dan tangki sedutan serta rumah pam.
Jadi kita harap dengan projek-projek ini juga dapat membantu dan saya juga berharap bahawa banyak lagi tangki-tangki dapat disediakan di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah.
ADUN Mambau, Seri Menanti, Jualan Harga Ladang telah dijawab oleh ADUN Pertang. Kesesakan jalan waktu puncak, jalan utama Seremban – Kuala Pilah, cuti hujung minggu. Untuk makluman, kerja-kerja, kerajaan, Kementerian Kerja Raya telah siap melaksanakan kajian awal jalan alternatif Kuala Pilah – Seremban dan telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri, laporan akhir kajian tersebut seiring dengan, itu hasil inisiatif Kerajaan Negeri, JKR Negeri Sembilan juga telah mengangkat permohonan ke Kementerian Kerja Raya bagi tajuk projek Membina Jalan Baru Dari Ulu Bendul Ke Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi pelaksanaan Rancangan Malasyia Ke-12 Rolling Plan 4 (RP4). JKR Negeri Sembilan akan melaksanakan kerja sebaik sahaja peruntukan diluluskan. Yang Berhormat Tuan Abdul Fatah Zakaria, ADUN Bagan Pinang bangkit isu pencemaran kapal-kapal perairan. Pemantauan kapal-kapal di perairan Port Dickson adalah dibuat oleh Jabatan Laut. Jabatan Alam Sekitar sedia, bersedia setiap waktu bagi, jika berlaku tumpahan minyak dan pembersihan akan dilaksanakan. Kerajaan Negeri bersedia untuk kerja pembersihan pantai melalui Pelan Tindakan Pembersihan Pantai (PTPP) yang tersedia. Tiada kes tumpahan minyak sepanjang tahun 2023, tahun 2022, hanya yang terakhir berlaku pada 12 Oktober 2020 di Pantai Cermin Port Dickson ya. Jadi, itu kira peringkat Kerajaan Negeri Sembilan, kawasan kita, kita telah selesaikan dalam tempoh tak sampai sebulan ya. Kita telah selesaikan.
DUN Serting, kerap terputus bekalan air. ADUN Serting. Okey, kawasan Felda Raja Alias, tindakan telah diambil adalah dengan pemasangan alat kawalan tekanan secara automatik bagi mengurangkan kes pecah, paip pecah bagi kawasan Kampung Serting Hilir. Sebahagian daripada paip telah dibuat penukaran pada tahun 2021 sepanjang 1.5 kilometer dengan kos 320,000.00. Bagi usaha penggantian paip-paip lama, buat masa ini penggantian dibuat pada skala kecil di kawasan yang kritikal mengikut kemampuan kewangan SAINS. Penggantian skala besar perlu mendapat kerjasama dari pihak pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan juga FELDA.
Chembong, lantikan Timbalan Speaker, insyaAllah saya akan bincangkan dalam masa terdekat. Masalah kera, beruk, musim dan musuh tanaman, isu ni perlu diberi perhatian berkaitan musuh tanaman kera, beruk. Jabatan PERHILITAN sebagai pengimbang kepada kehendak manusia yang inginkan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta keperluan hidupan liar untuk terus hidup, untuk terus hidup dan dipelihara. Kera merupakan salah satu spesies hidupan liar, menimbulkan konflik antara manusia dan, terutama di daerah-daerah yang mempunyai pembangunan yang kita pesat ya. Punca utama konflik manusia dan hidupan liar berlaku disebabkan persaingan mendapatkan makanan dan ruang untuk hidup.
Antara usaha kerajaan dan jabatan dalam mengatasi konflik spesies kera dan, di Negeri Sembilan adalah program bersepadu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ya, dialog, taklimat, operasi basmi musuh tanaman. Matlamat program mengurangkan masalah, memastikan ancaman, gangguan hidupan liar kera, inisiatif sumbangan perangkap kera ya, daripada kerajaan, lepas tu siasatan pemasangan perangkap bagi aduan, gangguan kera, tapi masih tak selesai juga, penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Hidupan Liar Peringkat Negeri Sembilan ya, dan khidmat nasihat. Ini antara yang dapat dilakukan sekarang. Dan dulu kita ada isu babi hutan ya. Jadi,
sekarang tak ada bunyi dah. Dah tak ada kan? Sebab dia ada satu hari, sekali tu dia kena virus. Jadi dah nampak tak, tak, tak ada isu tersebut.
Mohon kaji teroka keperluan kewajaran jalan baru Kundur Hilir. JKR Negeri Sembilan mengambil maklum perkara tersebut dan akan semak dengan, di tapak. Akan dilaksanakan mengikut keperluan projek ini. Kita akan buat kajian.
ADUN Chuah, rizab kubur India telah memasuki tanah lot 20240 dan lot 20241, Mukim Jimah. Pejabat Daerah Tanah Port Dickson mencadangkan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1990 bagi kerja-kerja, kedua-dua terlibat dan telah mendapat nilaian awal daripada Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi, pada Mei 2021. Bagi pihak JPPH, setelah mengemukakan anggaran nilaian awal pada 13 Ogos 2021 dan PTG mengemukakan anggaran nilaian ini kepada YB Chuah pada 7 September 2021 ketika itu, bagi mendapatkan peruntukan pengambilan tanah. Walau bagaimanapun, tiada maklum balas diterima sehingga hari ini. Status terkini bagi pemohon pengambilan dibuat, dan tiada peruntukan pengambilan disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Kalau ada yang, jadi saya, bagi pihak ya, bagi pihak kerajaan juga mencadangkan supaya ada pihak-pihak di kalangan masyarakat Cina ataupun India yang boleh mewakafkan, kalau orang Melayu dia wakaf untuk kubur, sebab kita orang Melayu tak ada dalam, tak kritikal isu tanah kubur ini, sebab kita ada perkataan “wakaf”. Itu kampung-kampung dia wakafkan tanah, siapa ada tanah, dia wakafkan tanah dia, untuk kubur-kubur. Jadi itu yang orang Melayu ada tanah. Kita tak ada buat pengambilan tanah untuk kubur di Negeri Sembilan ini. Jadi, saya juga bercadangkan supaya masyarakat Cina dan masyarakat India supaya boleh ya, nak sebut nama apa, nak sedekah ke, wakaf ke, itu perkataan yang sama, yang kalau boleh masyarakat Cina juga boleh meniru masyarakat Islam, masyarakat India, untuk mewakafkan sebahagian tanah mereka untuk digunakan sebagai tapak-tapak kubur ataupun mereka berkongsi beli tapak-tapak baru yang mana sesuai untuk kemudahan perkuburan masyarakat Cina dan India. Itu saja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul menjunjung kasih Titah Ucapan Diraja telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara ya.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Repah, ADUN Chembong, ADUN Lukut, ADUN Lenggeng dan ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Kita akan bersambung pada pukul 2:30, sekarang ni Mesyuarat Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 1.12 petang]
[mesyuarat disambung semula pada jam 2.35 petang]
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2023Bill
Perkara kelima, Rang Undang-Undang. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Bacaan kali pertama]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya “Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu” dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan Yang Amat Berhormat Sikamat tadi, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, saya bangun memohon izin untuk membentangkan Rang Undang Undang perbelan, Perbekalan Tambahan 2023. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengeluarkan wang sebanyak 8,960,000.00 ringgit dari Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita diberi peluang untuk berkumpul di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, penutup tahun 2022 menyaksikan Kerajaan Negeri berjaya mencapai surplus ataupun lebihan sebenar sebanyak 30.98 juta berbanding anggaran defisit sebanyak 88.0 juta dalam, dalam Belanjawan Tahun 2022.
Lebihan sebenar tersebut berjaya dicapai apabila kutipan hasil tahun 2022 telah dengan izin, significantly exceed target berjumlah 521.22 juta atau 120.65% berbanding sasaran hasil sebanyak 432 juta ringgit. Kutipan hasil 2022 tersebut merupakan antara rekod terbaik dalam sejarah Negeri Sembilan. Antara penyumbang utama peningkatan kutipan hasil tahun 2022 adalah Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan sebanyak 148.06 juta, diikuti dengan bayaran Premium Tanah sebanyak 142.26 juta dan Permit Tanah Dan Galian sebanyak 33.92 juta.
Dengan tema “Melunas Janji, Menggalas Harapan”, Kerajaan Negeri telah menyediakan Belanjawan Tahun 2023 dengan anggaran kutipan hasil sebanyak 450 juta, manakala Anggaran Belanja Mengurus sebanyak 550 juta termasuk Anggaran Belanja Pembangunan sebanyak 130 juta. Fokus Belanjawan 2023 adalah melaksanakan inisiatif-inisiatif yang diyakini dapat mengimbangkan di antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan.
Walaupun demikian, terdapat keperluan untuk menyelaras semula keperluan Belanjawan Tahun 2023, dan dengan ini saya mohon izin untuk membentangkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2023 sebanyak 8,960,000.00 ringgit Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, peruntukan tambahan ini melibatkan pelbagai faktor seperti perubahan dasar polisi kerajaan, penumpuan kepada cadangan Ketua Audit Negara serta impak peningkatan kos sara hidup. Tambahan ini adalah untuk menampung kekurangan peruntukan akibat Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas, Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Bantuan Khas Kewangan
(BKK) Aidilfitri 2023 serta bayaran balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan.
Untuk itu, Kerajaan Negeri bersetuju membuat tambahan peruntukan berjumlah 8,960,000.00 ringgit bersamaan dengan 1.63% daripada peruntukan asal Belanjawan Tahun 2023 berjumlah 550 juta. Peruntukan tambahan ini akan menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2023 meningkat kepada 558.96 juta dengan anggaran defisit sebanyak 108.96 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 2 Vot Tanggungan iaitu T01 yakni Peruntukan Diraja akan ditambah sebanyak 88,000.00 manakala T04 – Bayaran Hutang Kerajaan ditambah peruntukan sebanyak 550,000.00 ringgit menjadikan keseluruhan berjumlah 638,000.00 ringgit. Tambahan pada T04 adalah selaras dengan penekanan khas berkaitan kepentingan untuk membayar hutang Persekutuan oleh Ketua Audit Negara.
Sebanyak 17 Vot Bekalan melibatkan jabatan-jabatan akan ditambah peruntukan dalam jumlah keseluruhan sebanyak 8.322 juta yang merangkumi peruntukan pertama, Emolumen sebanyak 6,256,000.00 ringgit; kedua: Bekalan dan Perkhidmatan sebanyak 1,346,000.00 ringgit; ketiga: Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap sebanyak 720,000.00 ringgit.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di bawah butiran Emolumen, peruntukan tambahan diperlukan untuk penyelarasan bayaran Kenaikan Gaji Tahunan serta Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam sebanyak 100.00 ringgit sebulan untuk penjawat awam lantikan negeri. Ia selaras dengan pemanjangan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 – Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Pelaksana Dan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Bagi Tahun 2023 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak 4.8 juta ringgit.
Seterusnya, tambahan peruntukan diperlukan bagi penyelarasan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan gaji yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2023 pada 25 November 2022 yang lalu, serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak 1,000.00 ringgit seorang. Bantuan Khas Kewangan ini adalah manifestasi penghargaan Kerajaan Negeri kepada penjawat awam Kerajaan Negeri Sembilan di atas pencapaian kutipan hasil tahun 2022. Kerajaan Negeri juga prihatin dalam usaha meringankan beban kos sara hidup yang dialami oleh penjawat awam.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi butiran Bekalan dan Perkhidmatan, peruntukan sebanyak 1,346,000.00 ringgit diperlukan bagi menampung bayaran bil elekrik lampu jalan negeri yang bertambah sebanyak 2,475 kepada 16,346 serta kesan pelarasan tarif elektrik lampu jalan mulai bulan Januari 2023 susulan pelaksanaan dengan izin, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) sebanyak 846,000.00 di bawah Vot B11 – Jabatan Kerja Raya Negeri.
Selain itu, peruntukan sebanyak 500,000.00 ringgit ditambah kepada Vot B10 – Pejabat Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Maha Mulia bagi menampung kos-kos penyelenggaraan dan perubatan.
Bagi butiran Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, peruntukan tambahan berjumlah 720,000.00 ringgit disediakan untuk perbelanjaan Anggota Pentadbiran di bawah Vot B02 – Dewan Undangan Negeri sebanyak 500,000.00 ringgit selaras dengan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980.
Tambahan sebanyak 220,000.00 juga disediakan untuk Vot B13 – Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menampung Bayaran Bantuan Am melalui pelarasan senarai kelayakan penerima bantuan. Secara purata, Kerajaan Negeri memperuntukkan di antara 14.38 juta hingga 16.13 juta setahun bagi tahun 2018 bagi bayaran Bantuan Am. Bermula tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menaikkan kadar bantuan di antara 50.00 hingga 60.00 ringgit yang menjadikan jumlah bantuan bulanan meningkat di antara 250.00 hingga 320.00 ringgit.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sehingga 30 September 2023, prestasi perbelanjaan Pembangunan adalah sebanyak 64.24 juta ataupun 49.41% berbanding Anggaran Belanja Pembangunan Tahun 2023 berjumlah 130 juta. Berdasarkan prestasi belanja membangun tersebut, pembangunan tersebut, saya telah meluluskan sekatan perbelanjaan sebanyak 6.125 juta ringgit di beberapa vot Pembangunan, hasil. Hasil sekatan berkenaan, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak 1.5 juta kepada Vot P51 – Jabatan Pertanian Negeri bagi menyelesaikan pembayaran kemajuan siap kerja projek Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri, Rembau dan seterusnya menjadikan siling P51 tahun 2023 meningkat daripada 11.350 juta kepada 12.850 juta.
Selain itu, tambahan sebanyak 700,000.00 kepada Vot P59 – Bangunan Kerajaan Negeri bagi bayaran kemajuan siap kerja 2 projek iaitu Pembinaan Bangunan Baharu Mahkamah Syariah Jempol dan Kerja-kerja Mengubahsuai Ruang Kerja / Pejabat Badan Kawal Selia Air Negeri
Sembilan (BKSA) Di Pusat Perniagaan Paroi. Pertambahan ini akan meningkatkan siling Vot P59 daripada 15.650 juta kepada 16.350 juta.
Walau bagaimanapun, tambahan peruntukan kepada 2 vot Pembangunan berkenaan tidak akan meningkatkan Anggaran Belanja Pembangunan 2023 yang diluluskan sebanyak 130 juta. Ini kerana tambahan tersebut dibiayai melalui penjimatan atau sekatan yang telah dilakukan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan saya dan dengan ini saya mencadangkan agar Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 dibacakan untuk kali pertama. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 telah dicadangkan untuk dibacakan buat kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu saya, seterusnya saya kemukakan untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jadi untuk ini saya menjemput 2 apa, 4 pembahas. 2 daripada pihak pembangkang dan 2 daripada pihak kerajaan. Saya mulakan dengan pihak, Gemas ada cadang nak siapa-siapa, atau nak kemudian?
Kami bagi laluan kepada, kami masih baru.
Johol nak berucap?
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Sikamat, Yang Berhormat Exco Kanan; Pertang. Di kesempatan ini saya ingin mengambil sedikit berkaitan dengan isu perbahasan anggaran perbelanjaan tambahan mengurus tahun 2023. Bagi pihak kami, kami menyambut baik apa yang telah dibentangkan oleh Sikamat sebentar tadi, yang berkaitan dengan anggaran ataupun tambahan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2023 seperti yang telah diedarkan kepada kami. Rata-rata apa yang kami tengok, lihat apa yang telah dinyatakan ialah berkaitan dengan lebih kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga mahupun Persekutuan dan jugak perkara-perkara yang berkaitan dan sebenarnya ini lebih kepada pengurusan Kerajaan Negeri sendiri pada tahun 2023.
Sukacita saya sedikit nak bertanyakan jugaklah, berkaitan dengan rang undang, Rang Undang-Undang ini dan jugak anggaran tambahan perbelanjaan mengurus ini. Sepertimana yang kita sedia maklum ya,
sekarang ini kita dah berada dalam satu situasi sepertimana yang kita bahaskan tempoh hari, daripada hari kedua sehingga semalam, yang berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan kita ya. Jadi apa yang saya lihat, kita akan, keterlibatan ADUN-ADUN di kawasan, ADUN kerajaan ialah berkaitan dengan pelantikan JPKK iaitu Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung, dan jugak Jawatankuasa Kemajuan Rancangan ya.
Jadi, saya ingin bertanya, adakah pihak negeri telah mengambil kira tambahan anggaran perbelanjaan mengurus ini sejajar dengan adanya pelantikan-pelantikan yang telah kita putuskan untuk kampung-kampung ataupun kawasan-kawasan yang terlibat dengan JPKK termasuk kampung-kampung tradisional, Kampung Baru Cina ya, dan jugak kawasan-kawasan felda iaitu JKKR. Jadi saya mohon penjelasan ataupun jika ada keperluan pihak Kerajaan Negeri berkaitan dengan anggaran perbelanjaan mengurus yang melibatkan perkara yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dijemput lagi. ADUN yang bersedia untuk berbahas? Untuk itu, seorang jelah. Seri Menanti? Klawang.
Terima kasih yang, Dato’ Yang Dipertua. Alhamdulillah ya, walaupun kita merancang defisit, tetapi kita dah dilimpahi rezeki daripada Allah SWT surplus dan hanya kita nak menggunakan tak sampai beberapa peratus ini, daripada surplus yang akan kita gunakan itu, saya kira ianya adalah satu keperluan ya, yang perlu kita pertimbangkan bersama dan perlu kita sokong untuk kelancaran pengurusan perbelanjaan negeri. Saya tidak nampak sebarang tu, apa nama ni, kekangan di sana. Dan sudah tentulah, boleh kita semua bersetuju termasuk pihak pembangkang untuk kita menyokong. Sekian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 telah pun selesai. Saya seterusnya mempersilakan pihak kerajaan untuk menjawab, ya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya jawablah, tadi mintak Exco Kanan tadi nak jawab, saya kata saya jawablah sebab satu soalan je yang perlu dijawab. Okey, JPKK, JPKR, kampung tradisional, kampung baru dan ketua-ketua kampung yang kita sedia maklum akan tamat pada bulan Oktober ini. Dan pelantikan juga isyaAllah dalam bulan Oktober ini. Dan bajet itu adalah bajet yang telah di, disediakan ya. Memang telah ada sehingga bulan 12. Jadi, itu tak ada masalah dan tidak melibatkan bajet tambahan. Dan peruntukan itu masih mencukupi.
Dan untuk Klawang, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong dan saya rasa, bajet ini hanyalah untuk pengurusan pentadbiran untuk perkara-perkara yang di luar, di luar makluman kita sebab bajet oleh Kerajaan Persekutuan adalah pada tahun ini. Sepatutnya tahun lepas, kita telah ikut. Tapi ada tahun ini ada tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, jadi terpaksa kita adjust bajet tersebut pada kali ini. Jadi itu sahaja Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulung perbahasan. Tadi jawab soalan tadi ….
Saya dah gulung dah tadi. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang memahami tujuan bajet tambahan ini dikemukakan ya, dan saya rasa keperluannya amat penting untuk kita memastikan bahawa Kerajaan Negeri akan mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Di samping itu juga, kita memberi perhatian terhadap satu teguran audit iaitu bayaran, bayaran hutang kita kepada Kerajaan Persekutuan. Kita bayar secara agak minima, tetapi teguran tu mintak kita bayar lebih sikit, jadi kita telah lakukan ini. Jadi kita telah lakukan yang terbaik. Dan insyaAllah, sebenarnya kita bukan tak nak bayar, Kerajaan Persekutuan pun ada hutang dengan Kerajaan Negeri ya, yang belum di, dapat diselesaikan iaitu bayaran di Kem Gemas ya. Kalau itu dapat dibayar, kita juga akan ada pendapatan yang baik untuk kita pastikan pembangunan negeri dapat lebih bangun. Jadi, dia tak bayar kito, kito pun tahan sikitlah. Jadi kalau kita dapat duit tersebut, kita akan dapat bayaran yang banyak dan kerana itu, banyak kita, kita lakukan perbincangan bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan bagi memastikan bahawa kita boleh dapat duit tersebut pada masa terdekat ini insyaAllah. Jadi itu saja daripada saya, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang berkecuali? Yang tidak bersetuju? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Nilai, ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini perditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Nilai, ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar Diturunkan]
[Dewan Bersidang Secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ yang, Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Sidang, Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar Dinaikkan]
[Dewan Bersidang Semula]
[Bacaan kali ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Tahun 2023 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan pada kali, bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang berkecuali? Yang tidak setuju? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan pada kali yang ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Enakmen Perbekalan Tambahan Tahun 2023. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Penangguhan PersidanganAdjournment
Perkara keenam, Penangguhan Persidangan.
Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya menganda, mengendalikan Persidangan Dewan ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun dengan cadangan itu. Terima kasih. Menyokong cadangan penangguhan itu, terima kasih.
Ahli-ahli Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya ada menerima satu permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi sidang kali ini. Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti.
Saya tarik balik, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Saya bukan satu lagi. Sebenarnya kita ada 2 permohonan. Satu daripada Chembong. Chembong tak dapat hadir petang ni kerana hal yang kecemasan, jadi. Diberi saya, Chembong dan Seri Menanti-lah. Jadi saya nak, tak ada siapa nak sambut, okey, tak ada ya. Pihak kerajaan pun tak ada apa nak jawab kan? Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tanggguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah bersama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguhkan ke tarikh 1 Disember 2023. Sebagai makluman, Persidangan Ketiga
(Belanjawan) akan diadakan pada 1 haribulan, 4 hingga 7 dan 11 haribulan Disember 2023. Persidangan ditangguhkan. [Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 3.05 petang]