Negeri Sembilan · 4 December 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 206 turns · 25,962 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Jeram Padang.
[YB ADUN Jeram Padang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiyaa iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke hari kedua sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.
Di sini saya ingin maklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Nagoor; ADUN Palong tidak dapat hadir pada hari ini, 4 Disember kerana tidak sihat. Manakala Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada 4, 5 Disember 2023 kerana menjalankan tugas rasmi di luar negara.
Hadirin sekalian saya ingin, juga ingin memaklumkan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital masih membuka kaunter aduan di Aras G, Bangunan Dewan Undangan Negeri. Dan hari ini merupakan hari terakhir kaunter mereka akan dibuka khas untuk Yang Berhormat ADUN-ADUN di dalam Dewan ini. Justeru, mana Yang Berhormat ADUN-ADUN yang mempunyai masalah capaian jalur lebar di kawasan masing-masing bolehlah berkunjung ke kaunter mereka untuk berbincang mahupun membuat aduan.
Seperti sedia maklum, sesi perbahasan akan dimulakan pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan seterusnya memberikan pendapat-pendapat yang dapat meningkatkan mutu penyampaian kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya.
Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebahagian, etika sebagai yang, ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidara, persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih, selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Jadi untuk kita mulakan pertanyaan-pertanyaan lisan ya. Saya jemput Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, selamat pagi. Saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT, bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Seremban Jaya mengenai peruntukan P50 Menteri Besar. Bagi tahun 2019 dan 2020, jumlah peruntukan P50 adalah sebanyak 10.0 juta setahun. Daripada jumlah itu, 9.98 juta telah digunakan bagi
kesejahteraan rakyat melalui Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan meliputi sumbangan dan bantuan termasuk kepada rakyat dan NGO tempatan.
Pada tahun 2021, jumlah peruntukan P50 adalah sebanyak 40.0 juta. Sebanyak 5.0 juta telah diperuntukkan untuk Inisiatif Bantuan AV Fistula, mesin krematorium dan pembinaan pusat penjaja seluruh negeri. Selain itu juga, sebanyak 25.7 juta telah diagihkan kepada 36 Pusat Khidmat DUN dan 3.0 juta telah diagihkan untuk bantuan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. 6.3 juta digunakan untuk kesejahteraan rakyat melalui Pejabat Menteri Besar mela, meliputi sumbangan dan bantuan termasuk kepada masyarakat yang memerlukan bantuan segera dan NGO tempatan.
Pada tahun 2022, jumlah peruntukan bagi P50 Pejabat Menteri Besar adalah sebanyak 30.0 juta ringgit. Sebanyak 1.0 juta telah diperuntukkan untuk Inisiatif Bantuan AV Fistula dan 3.0 juta bagi pembinaan pusat penjaja seluruh negeri. Selain itu juga, sebanyak 20.0 juta telah diagihkan kepada 36 Pusat Khidmat DUN. Manakala baki 6.0 juta telah digunakan bagi kesejahteraan rakyat melalui Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan meliputi sumbangan dan bantuan termasuk kepada sekolah, PIBG, surau, masjid serta persatuan, NGO yang berdaftar.
Bagi tahun 2023 ini pula, peruntukan P50 Pejabat Menteri Besar adalah sebanyak 18.0 juta sahaja. Daripada keseluruhan peruntukan tersebut, hanya 15.0 juta di, telah diagihkan kepada 36 Pusat Khidmat DUN manakala 500,000 digunakan untuk bantuan AV Fistula. Manakala 2.5 juta digunakan untuk kesejahteraan rakyat melalui Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan meliputi sumbangan dan bantuan kepada rakyat dan NGO tempatan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, dalam 5 tahun, memang satu cara yang bagus. Kira P50 gunakan yang baik. Lagi satu kali saya terima kasih Yang Amat Berhormat dan Exco-Exco. Lagi satu, jikalau boleh, tambahkan peruntukan DUN sebab apa, sekarang after pandemik COVID, kira banyak masalah, banyak orang cari, jiran-jiran pun ada cari. Sebab itu boleh kalu, tambah peruntukan DUN. Terima kasih. Thank you.
Ada soalan tak ni? Soalan dia, tambah ya? Dato’ Yang Dipertua, minta maaf. Tambah peruntukan. Kita, kita telah buat bajet. Dan insyaAllah ya, kalau kita lihat kepada tahun depan, pelaksanaannya kalau boleh bagaimana kita lihat kalau bersesuaian
perlu ditambah, kita tambah, kalau ada, oh, kalau ikutkan daripada peruntukan lepas, kita tambah lagi 3.0 juta Dato’ Yang Dipertua. Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Gemas.
Assalamualaikum, Gemas bertanya soalan 1, Ladang Satelit Nasional dan Pusat Fidlot Nasional.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Gemas di atas soalan yang berkaitan dengan Ladang Satellite, Satelit Nasional dan jugak Pusat Fidlot Nasional.
Gemas adalah antara daerah yang terlibat dengan program Ladang Satelit Nasional ataupun kita panggil LSN dan jugak National Feedlot Centre ataupun Pusat Fidlot Nasional. Perancangan yang telah kita buat untuk makluman Dewan yang mulia ini, ialah ianya telah dibangunkan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bermula pada tahun 2006. Objektifnya adalah untuk mewujudkan rangkaian pengeluaran daging lembu secara perladangan kontrak dengan jaringan pemasaran yang bersepadu di seluruh negara. Namun demikian, projek ini tak dapat dilaksanakan kerana atas isu-isu yang kita semua telah sedia maklum.
Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri amat komited dan sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran daging dalam negara khususnya di Negeri Sembilan. Ini adalah selari dengan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021 dan 2025 yang meletakkan sasaran tahap sara diri ataupun Self-Sufficiency Ratio (SSR) bagi daging lembu dan kerbau sebanyak 38 – 48% bagi tempoh, ataupun menjelang tahun 2025. Tapi untuk makluman Dewan, pada tahun 2022, sekarang ini kita dah capai dah 40%. Dan jangkaan kementerian ataupun jabatan Kerajaan Negeri, jangkaan Kerajaan Negeri menjelang 2025, kita akan mencapai 43%. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah meneruskan perlaksanaan projek Ladang Satelit Nasional atau LSN yang merupakan sebahagian daripada komponen ladang kontrak di bawah NFC.
Untuk makluman Yang Berhormat Gemas ya, terdapat 2 buah LSN di Gemas iaitu Londah dan jugak di Ulu Ladang. Di kawasan Londah dibangunkan di atas tanah keluasan 128 hektar dan di Ulu Ladang tanah seluas 40 hektar. Kedua-dua LSN ini dibina atas padang, rizab Padang
Ragut di bawah kawalan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Ianya dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan asas penternakan yang, termasuk 14 unit kandang yang berkapasti 200 unit setiap, 200 ekor setiap unit ya.
Bagi memperkasa dan meningkatkan daya saing projek LSN tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan tindakan-tindakan seperti berikut:
i) Pertama ialah untuk mengenal pasti dan melantik penternak-penternak yang berkelayakan dan kompeten. Kita tak mahu lagi penternak yang macam Chipsmore. Dia ambil tanah, dan lepas tu dia sub-con dan sebagainya. Kali ini Kerajaan Negeri meneliti sepenuhnya di bawah pentadbiran Yang Berhormat Klawang tempoh hari, dan daripada 14 unit kandang ini, kita telah kenal pasti 13 penternak dan jugak yang begitu kompeten untuk diberikan lot-lot di kawasan, di kawasan 14 kandang ini. Sehingga 31 Oktober 2023, JPTR telah menyokong permohonan pajakan melibatkan 13 unit kandang, seperti yang telah saya nyatakan, dan kini sedang dalam proses kelulusan MMKN. Manakala satu lagi unit kandang masih lagi kosong dan dibuka kepada penternak untuk permohonan bagi memasuki satu lagi kawasan ya.
ii) Setiap penternak yang lulus pajakan akan dipantau oleh pihak Jabatan Veterinar dan diberi sasaran petunjuk KPI. Kali ini dia ada KPI dia, supaya, KPI yang diberikan ini mesti, wajib dicapai dalam tempoh 3 tahun. Jika KPI ini tidak dapat ataupun penternak ini tidak capai KPI dalam tempoh 3 tahun, maka tindakan untuk menamatkan kontrak ini akan diambil oleh pihak kemen, jabatan ataupun pihak kerajaan serta merta dan diberi peluang kepada penternak ataupun permohonan yang baru.
iii) Bermula tahun 2020 sehingga tahun 2023, Jabatan Veterinar melalui peruntukan pembangunan P52, telah membelanjakan sebanyak 163,050.33 bagi tujuan menaik taraf infrastruktur ladang dan bantuan baka ternakan kepada penternak di kedua, di kedua-dua Ladang Satelit Nasional.
Di samping itu, untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar juga turut memberikan perkhidmatan konsultasi dan teknikal veterinar kepada para penternak dalam pelbagai aspek seperti pengurusan kesihatan, pemakanan ternakan, pembiakan, pembiak, pembiakan termasuk untuk mengenal pasti baka yang baik serta lain-lain untuk membantu mereka bagi meningkatkan produktiviti ternakan dan juga ladang. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Terima kasih atas pra syarat ketatkan untuk 3 tahun yang pertama ini, sebab sebelum ini kita menawarkan kepada kontraktor-kontraktor ini, mereka masuk satu ladang diberikan kepada yang kita sebut, daripada 13 ladang ini, contoh, dia ada 14 ladang, 13 kontraktor hanya masuk tak bawa lembu pedaging khas untuk tanam, ada yang tanam napier tapi tidak diketatkan dalam usaha ini. Jadi usaha Kerajaan Negeri, Veterinar setiap tahun mengeluarkan bajet tambahan membetulkan ladang, membetulkan pagar, jadi kontraktor ini, kalau betul apa yang disyaratkan dalam, oleh kerajaan, tahniah kepada YB Exco.
Terima kasih Gemas di atas pandangan itu. Dan insyaAllah Kerajaan Negeri akan meneliti dan memantau perjalanan dan pengurusan LSN ini supaya bekalan ataupun matlamat untuk mendapatkan 43% bagi tahun 2024 itu dapat kita capai. Terima kasih.
Saya jemput Serting.
Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera, Tuan Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Ampangan. Exco Ampangan.
Terima kasih Yang Dipertua. Bilangan Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat Berdaftar di Hospital Jempol setakat November 2023 adalah 2 Pegawai Perubatan pakar sepenuh masa, 40 Pegawai Perubatan dan 108 Jururawat. Selain itu, terdapat 8 jenis perkhidmatan kepakaran yang dilaksanakan secara konsep kluster. Perkhidmatan kepakaran yang terlibat adalah Perubatan Dalaman, Oftalmologi, Perubatan Kecemasan, Ortopedik, Anaestesiologi, perbi, Perbidanan dan Sakit Puan, Psikiatri, Pembedahan Am. Perkhidmatan pekar, kepakaran ini diperolehi daripada Hospital Tuanku Ampuan Najihah (Pengetua Hospital Kluster).
Manakala bilangan Doktor Pakar, Pegawai Perubatan dan Jururawat ber, mendaftar di Klinik Kesihatan di Jempol sehingga November 2023 terda, terdapat sejumlah 3 orang Pakar Perubatan Keluarga, 64 Pegawai Perubatan dan 154 orang Jururawat Kesihatan di 7 buah Klinik Kesihatan di, di Daerah Jempol.
Bahau: Pakar Perubatan Keluarga ada 1, Pegawai Perubatan – 19, Jururawat Kesihatan – 29. Bandar Seri Jempol: Pakar Perubatan – 1, Pegawai Perubatan – 11, Jururawat Kesihatan – 22. Lui Muda: tak ada Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan ada 4, Jururawat Kesihatan ada 8.
Serting Hilir: Pakar Perubatan tak ada, Pegawai Perubatan ada 6, Jururawat Kesihatan ada 11. Palong 4,5 dan 6: tak ada Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan ada 12, Jururawat Kesihatan ada 20. Palong 7 dan 8: satu Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan – 9, Jururawat Kesihatan – 22. Palong 9, 10, 11: tak ada Pakar Perubatan Keluarga, 3 Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan ada 12. Jumlah keseluruhannya adalah Pakar Perubatan Keluarga ada 3, Pegawai Perubatan – 64 dan 124 Jururawat Kesihatan.
Berdasarkan Piagam Pelanggan Hospital Jempol, keutamaan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dan masa menunggu adalah seperti berikut:
Kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta. Antara contoh kes di kategori kritikal ada seperti berikut: serangan jantung; pendarahan otak; kemalangan yang melibatkan kecederaan parah dan pendarahan dalam badan; sesak nafas akibat kegagalan jantung dan peparu; dalam keadaan septik/kejutan septik komplikasi jangkit, jangkitan kuman.
Kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit. Antara contoh kes di kategori separa kritikal adalah seperti berikut: jangkitan kuman dalam peparu; dehidrasi akibat cirit birit yang berterusan; demam denggi; keradangan apendiks, apendiks.
Kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan pesakit (dalam masa 90 minit). Antara contoh kes yang dirawat di Zon Hijau adalah seperti berikut: demam biasa; batuk, selesema; sakit kaki; sakit perut akibat gastrik; sakit kepala; luka-luka kecil; lenguh badan; sakit pinggang.
Itu sahaja Yang Dipertua. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Dipertua dan juga sidang, apa yang dapat saya simpulkan di sini iaitu ada di kalangan, aduanlah, aduan yang mana ramai yang membuat rawatan di Hospital Jempol yang mengadu dalam keadaan sepertimana, tidak sepertimana yang disebutkan oleh Exco sebentar tadi, iaitu masa menunggu tu melebihi daripada, kalau hijau tu 90 minit katanya tadi, melebihi 2 hingga ke 3 jam. Dan juga yang lain-lainlah. Itu antara yang diadu oleh pesakit-pesakit yang ada sana. Begitu jugak dengan pakar, terpaksa menunggu 2, 3 hari untuk datangnya pakar daripada Hospital Kuala Pilah ataupun daripada Seremban. Itu yang dimaklumkan kepada kita. Wallahualam. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Serting. Bagi perincian perkara berkenaan, jawapan tersebut saya akan jawab secara bertulis. Mohon izin Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.
Assalamualaikum WBT, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Klawang mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Klawang di atas soalan ini. Penubuhan IPTA di Negeri Sembilan ni, keputusannya memerlukan, memerlukan satu kajian yang menyeluruh dan pastinya kosnya adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Jadi, untuk setakat ini Dato’ Yang Dipertua, tidak ada perancangan lagilah daripada Kerajaan Negeri untuk menubuhkan apa-apa IPTA di Daerah Jelebu. Walau bagaimanapun, ini tidaklah kita kata, meninggalkan kemajuan fizikal di Daerah Jelebu ni, kerana dalam perancangan kita, Daerah Jelebu adalah kawasan yang menumpu kepada soal eko pelancongan ataupun eco tourism. Dan banyaklah yang akan kita cuba buat di Jelebu ini supaya kemajuan fizikal di Jelebu juga akan selari dengan kemajuan fizikal di daerah-daerah lain, walaupun tidak ada IPTA di Jelebu. Apa pun, cadangan daripada, apa-apa cadangan untuk menubuhkan IPTA ini bolehlah kita kemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Tambahan ya. Kalau kita lihat Dato’ Yang Dipertua, di negara-negara maju, kawasan-kawasan hanya akan berkembang ya, dan maju mengikut tempat-tempat tertentu iaitu apabila adanya pusat pengajian tinggi ya. Terutamanya kalau macam di US tu tiap-tiap kawasan, tiap-tiap daerah ada dia punya, kalau kita, dia punya universiti. Kalau kita pergi ke sana, kadang-kadang, itulah ada town dia itu town universiti dia. Jadi saya kira, kalau, apa nama ni, Jelebu ini, ia akan dibangunkan dengan biodiversiti punya konsep, sudah tentulah kita boleh merangka ataupun merancang dengan persetujuan kerajaan, Kerajaan Persekutuan untuk kita mewujudkan suatu universiti di, di, di Jelebu berkaitan dengan biodiversiti punya pembangunan. Jadi ini saya mencadangkan.
Terima kasih. Cadangan yang baik. Dan seperti kata saya tadi, boleh kita pertimbangkanlah kalau cadangan ni, khususnya di Daerah Jelebu pun ada juga universiti-universiti tempatan yang mempunyai, orang kata landbank di Jelebu ini sebenarnya. Hanya belum dibangunkan lagilah. Kita akan tengoklah. Kita cadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Labu.
Assalamualaikum Yang Dipertua, saya bangun untuk bertanya soalan nombor 1. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Kepada, terima kasih kepada YB Labu yang bertanyakan soalan berkenaan dengan kembalikan kegemilangan tempat pelancongan utama Negeri Sembilan seperti Port Dickson serta kawasan lain. Izinkan saya mula dengan serangkap pantun,
Port Dickson tempat berkelah, Pantai menghala ke Selat Melaka, Tidak kenal erti kalah, Timba ilmu minda merdeka.
Okey, faktor-faktor kegemilangan Port Dickson, saya rasa ada 2 faktor. Yang pertamanya adalah faktor sejarah. Faktor sejarah pula ada 2 bahagian. Yang pertamanya adalah geopolitical. Dahulu Port Dickson sebelum Port Dickson, namanya adalah Tanjung. Orang Melayu panggil “Tanjung” kerana tempat itu berada di sebuah tanjung yang kecil. Orang Cina pulak panggil “alang”. Sebenarnya “arang”, tapi tahulah, pelatlah orang Cina, kerana ada pulau arang yang menghasilkan banyak arang. Dan tempat itu masa banyak barang, arang, sehingga pada masa itu, Sir, Sir Dickson. Namanya penuhnya Sir John Frederick Dickson. Beliau adalah Setiausaha kepada Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements). Beliau mencadangkan supaya kerana ada banyak penghasilan arang di situ, di, diwartakan Tanjung iaitu Port Dickson, dijadikan satu tempat pelabuhan yang strategik dan juga satu tempat istirehat untuk peladang dan pegawai British. Itu sebabnya ia jadi gemilang kerana masa itu 1889, masa itu Port Swettenham atau Port Klang belum lagi ditubuhkan. Port Klang ditubuhkan pada 1901.
Dan Sir Dickson juga, commission satu railway dibina dari, dulu Sungei Ujong, Seremban: Sungei Ujong. Dari Sungei Ujong ke Port Dickson pada tahun 1891. Laluan kereta api, landasan kereta api itu yang merupakan yang kedua tua, lama di Malaysia. Yang pertamanya adalah Kuala Sepetang. Itu sebabnya Port Dickson dapat di, berkembang sebagai satu tempat yang cukup gemilang. Itu adalah faktor geopolitik.
Dan dari segi faktor peredaran masa. Itu saya cakap masa 1889. Itu adalah abad 19, memasuki abad ke-20. Dan saya, saya masih ingat, masa saya kecil-kecil lagi, masa tu tak ada Facebook, tak ada Twitter, tak ada computer game, tak ada ICQ Chats pun. So saya, yang saya nanti-nantikan adalah berkelah kat Port Dickson. Itu abad ke-20. Sekarang
21, abad ke-21. Macam-macam ada untuk budak-budak. Dan Port Dickson sudah, sudah tidak jadi satu tempat yang menarik perhatian budak-budak. Sekarang kita sedia maklum, siapa yang membuat keputusan nak pergi melancong itu adalah anak-anak dalam keluarga.
Itu adalah 2, dari segi geopolitik dan peredaran masa lah. Mengenai, mengenai mengapa dulu Port Dickson gemilang. Tapi kami ada cadanganlah bagaimana nak mengembalikan kegemilangan tersebut. Iaitu satu strategi serampang 3 mata. Yang pertamanya adalah kita harus menyediakan ketersambungan atau connectivity. Sekarang highway dekat KLIA tak boleh disambung terus ke Port Dickson. Itu, itu wajib. Yang keduanya kita harus kembalikan landasan kereta api, untuk kita kena bina balik, kita buat satu, mungkin ada banyak cadanganlah untuk buat satu ENO Cruise, I mean, railway, pakej seperti yang kita dapat di Napa Valley-lah, untuk, untuk pelancongan sahaja. Atau kita apa, tambah lagi dari segi prasarana berkenaan dengan ketersambungan, itu penting. Itu Kerajaan Negeri haruslah mendesak atau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk bantulah.
Yang keduanya adalah berkenaan produk-produk. Dari segi produk-produk, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah pun mengambil tindakan agar tempat-tempat pelancongan dapat menjadi tumpuan pelancongan, pelancong dalam dan luar negeri. Produk-produk yang sedia ada banyak, dekat 200 lebih, tapi adakah ia bersedia untuk menerima pelancong-pelancong, pertama. Adakah pemandu atau agensi pelancongan di Negeri Sembilan dia betul-betul faham atau mendalami tentang produk tersebut, itu penting. So apa yang Perhutanan buat adalah dia:
menyediakan satu SOP berkaitan aktiviti di Taman Eko Rimba, Hutan Taman Negeri dan kawasan eko pelancongan agar keselamatan pelancong sentiasa selamat.
melaksana pendaftaran Pemandu Pelancong (Malim Gunung Perhutanan) dan juru, Juru Pandu Gua yang terlatih bagi mengendali aktiviti meneroka Gua Batu Maloi, meneroka sungai ke Jeram Berungut di Taman Negeri Kenaboi, trekking di PD Forest dan aktiviti pendakian bukit di kawasan seliaan Jabatan Perhutanan.
Yang ketiganya: melaksanakan kolaberasi dengan Rakan Strategik Jabatan dalam menyedia dan mengemaskini pakej-pakej pelancongan secara lebih bersepadu.
Dan keempatnya: menyediakan, meningkatkan infrustruktur, infrastruktur kemudahan asas dan mempelbagai produk eko pelancongan di TER Ulu Bendul, TER Batu Maloi, TER Jeram Tengkek, Jeram Toi, Serting Ulu, Taman Negeri Kenaboi, PD Forest, Gunung Datuk dari semasa ke semasa.
Dari segi Majlis Perbandaran Port Dickson pula, MPPD juga melaksanakan tindakan seperti berikut:
Yang pertamanya: memperluaskan lagi promosi melalui berbagai kaedah di antaranya konvoi promosi pelancongan di Telok Intan Perak, Johor, Melaka dan Jelajah Daerah Negeri Sembilan;
Menyertai pameran-pameran pelancongan seperti MATTA Fair, NS Fest, pameran anjuran agensi kerajaan dan jemputan pameran pelancongan anjuran penggiat industri seperti Persatuan Hotel;
Penyediakan fun map secara hard copy, digital dan boleh di Clique MPPD; dan
Mempelbagaikan acara yang berimpak tinggi terutamanya seperti Segmen Sukan Pelancongan, Port Dickson Triathlon, PD Joran, SWIMON Series, International Volleyball.
Dan tak lupa Pesta PD yang dulu kita pernah ada kan? Saya sudah terima permohonan daripada MPPD untuk menganjurkan Pesta PD ini untuk tahun depan, Disember tahun depan. Dan saya rasa, Ehsan, kita kena menggalakkan produk seperti Ehsan Theme Water Park, itu penting untuk menarik keluarga.
Dari segi LPNS pula, kita pergi Misi Jualan untuk mempromosikan. Promosi itu nampaknya senang, tapi dia, dia seperti pepatah kata “tak kenal maka tak cinta”. Maka pertama kali saya pergi London, World Travel Mart, saya mengenali lebih kurang 50 individu dan syarikat pemegang taruh industri pelancongan yang bawa pelancong masuk ke Malaysia. Dan itu merupakan satu titik permulaan yang bagus. Kami mengenali mereka dulu. Tapi tak semestinya mereka akan terus bawa pelancong asing masuk ke Malaysia.
Ya, fasa kedua adalah kami akan jemput mereka ke familiarisation trip atau fam trip supaya mereka faham tentang produk-produk kami. Kalau mereka tidak diberi satu fam trip berkenaan Istana Seri Menanti, mereka tidak tahu bahawa Istana Seri Menanti adalah istana yang paling besar di dunia dan architecture tanpa paku. Benda-benda ni mereka harus pergi sana, baru tahu. Ada banyak lagi produk yang kami perlu memberi ilmu pengetahuan kepada pemegang-pemegang taruh yang bakal membawa pelancong asing masuk ke Negeri Sembilan supaya mereka dapat membawa maklumat ini balik ke negara-negara masing-masing dan promosi bagi pihak kami.
Saya rasa itu sahaja. Oh, untuk, oh, ada satu lagi cabang ya, bahagian, iaitu mengapa pelancong asing tidak begi, berminat mengunjungi tempat pelancongan di Negeri Sembilan. Untuk maklumat Yang Berhormat, terdapat kemungkinan pelancong asing sepertimana yang saya beritahu tadi, mereka tidak tahu tentang produk-produk kami. Kemungkinan besar kami, satu bulan kami mempromosikan produk-produk, 200 lebih produk kami di KLIA. Memang, pelancong asing akan turun, nampak “oh, Gunung Angsi, very interesting”, dengan izin, tapi dia tak tahu tentang produk ini. Akan, akan, adakah mereka akan pergi, terus pergi ke Gunung Angsi atau produk-produk yang di, dipampangkan di KLIA? Tidak, kerana tiada agensi pelancongan di negara mereka yang bantu promosi. Itu penting. Kita harus ada kerjasama dengan agensi pelancongan di luar negeri, di lu, di luar negara supaya kita dapat betul-betul nampak hasil daripada promosi. Itu saja, sekian, terima kasih.
Tambahan Yang Dipertua. Saya rindu cikgu sejarah saya kat sekolah. Terima kasih Bukit Kepayang. Penjelasan tu agak panjang, saya nak cakap bagi, bagi jawapan bertulis tapi, tapi tak apa. Cuma saya nak, nak bagitahu, maksud saya kegemilangan tu, kalau boleh masa dalam tempoh kita, kita dah lahirlah, tahun 1891 ni dah jauh sangat. Tahun ’85-’86, masa umur saya 6 tahun, 7 tahun, Port Dickson ni, Port Dickson tak perlu laluan kereta api, tak perlu apa. Tapi semua dalam Negeri Sembilan tahu, bila bulan 8, bulan merdeka saja, kita tahu, Port Dickson tu, bukan di Negeri Sembilan sahaja, malahan daripada semua negeri akan hadir. Tapi, masalah kita adalah mengekalkan minat masyarakat untuk datang ke tempat pelancongan Negeri Sembilan. Jadi soalan tambahan saya Speaker, bagaimana perancangan dan rancangan kerajaan untuk mengekalkan minat dan masyarakat untuk datang ke tempat pelancongan di Negeri Sembilan agar dia tidak macam, sekejap ada, sekejap tak ada, sekejap ada, sekejap tak ada. Itu yang paling mustahak. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan Labu. Tadi saya sudah beritahulah, mungkin Labu terlepas pandang, dengar. Bahawa ada 2 faktor. Faktor geopolitical dan juga faktor peredaran masa. Saya, macam Labu jugalah, 80an, memang look forward-lah, dengan izin, pergi Port Dickson kerana masa itu tak ada Twitter, Facebook, apa tu, TikTok, video game, tak ada ICQ Chat pun. Saya rasa di sini pun ada ramai yang tak tahu apa ICQ Chat kerana saya, saya
sudah, pecah rahsialah saya umur berapa. Memang masa itu memang tempat itu merupakan satu-satunya tempat pelancongan yang diidam-idamkan oleh budak-budak semasa cuti sekolah dan cuti awam.
Sekarang bagaimana kita nak mengembalikan kegemilangan tersebut, kami sudah, tadi saya sudah, sudah jawab, dia merupakan strategi 3, serampang 3 mata. Ketersembangun, ketersambungan itu adalah satu. Yang kedua adalah bab produk. Adakah projek itu bersedia menerima? Kita harus mantapkan produk-produk tersebut. Kita ada banyak produk di PD. Ada itu, ikan, ada tempat tentera, ada taman herba, ada ostrich farm. Banyak-banyak, selain daripada pantai. Tapi adakah produk itu kita boleh, kita cuba nak mantapkan. Dan dari segi promosi, yang ketiga. Itu amat penting dan saya dah, dah beritahu kita sudah 3 tahun sebelum COVID pun, dah kurang pergi misi jualan untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk-produk kami. Tadi saya kata kami sudah pergi, fasa pertama adalah mengenali mereka. Dan tak semestinya mereka akan datang terus. So itu perlu masa. Kita harus masuk ke, fasa kedua untuk bawa mereka mengenali produk-produk kami seterusnya mereka akan bawak pelancong. Dan insyaAllah dia akan berlaku dalam masa terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin untuk tambah sedikit jawapan tersebut, ya. Untuk Port Dickson ni, saya sebenarnya tidak merasa, merasa khuatir tidak dihadiri oleh orang ramai kerana setiap saban minggu lebih kurang 40,000 ke 50,000 orang akan hadir ke Port Dickson yang merupakan satu destinasi pelancongan domestik ya, untuk orang di sekitar Lembah Kelang, yang berhampiran untuk datang mandi manda kerana kita antara negeri yang mempunyai kawasan pantai yang bertambah. Maksud dia, dulu kita hanya ada Pantai Telok Kemang saja. Sekarang kita Batu 4, kita ada pantai di Batu 5 ya, yang sekarang luas. Tetapi masalah yang dihadapi oleh orang Port Dickson adalah setiap hujung minggu, contohnya Lukut, jammed, ya. Lukut, mana Lukut? Ya, dia nak keluar dia pun susah. Betul Lukut? Nak keluar hari Sabtu Ahad pun, nak balik kampung susah. Begitu juga Bagan Pinang, tau nak kenduri kendara pun ambil masa ya. Sebab jalan jammed, nak parking tak ada. Ini menunjukkan kepada kita bahawa pelancongan di Port Dickson tak ada masalah ya. Memang ramai orang berkunjung. Dan kita kena iktiraf bahawa Port Dickson antara satu-satu tempat di Malaysia yang tidak ada hotelnya ditutup. Maksud saya bankrap ketika COVID-19 ya. Selepas sahaja, mereka terus balik modal berniaga mereka. Mereka terus dikunjungi sehingga hari ini.
Pelancong domestik, kita tak ada masalah. Yang kita cerita tadi YB panjang lebar tadi, dia nak ambil pelancong luar negara. Memang kita akui orang datang keluar negara itu, kurang datang ke Port Dickson. Itu
kita akui. Tetapi untuk domestik, kalau hujung minggu itu, Batu 4 malam minggu takleh lalu ya. Itu menunjukkan apa kepada kita? Kita jangan semborono nak kata orang tak datang Port Dickson, hilang ya. Kita dulu memang ada, sebab dulu pantai kita hanya ada satu je, Telok Kemang. Lepas tu kita ada di Port Dickson tu kita buatlah Pesta Port Dickson. Kita panggil band, band-band ketika itu yang hebat, band-band rock, semua ada kan? Jadi semua datanglah. Sekarang boleh buat, kalau Bagan Pinang setuju. Saya panggil semua band-band tu semua, kita rasa kita akan lebih ramai lagi. Tapi akan jammed, macam malam-malam minggu, malam-malam biasa, hujung minggu, Port Dickson akan jammed terutama di Batu 4, di Telok Kemang, orang nak keluar susah. Itu antara puncanya.
Dan antara faktor juga, kita sekarang sedang siapkan jalan-jalan, jaringan jalan yang lebih baik supaya orang dah tak, datang ke Port Dickson dengan kenderaan dan boleh mereka tidur di sana, bukan sahaja di hotel, tetapi hari ini kalau kita lihat di depan persimpangan Batu 4, di kem tu, penuh dengan khemah-khemah orang dirikan, yang mana mereka juga minat untuk tidur dalam khemah. Jadi ini antara yang kita nampak tapi tak, saya tak tahu kenapa orang kata suram. Mungkin dia tak datang ya. Cuba datang malam minggu, Sabtu ya, dia memang tumpuan hujung minggu kerana pelancong domestik. Dan kita juga ada Lexis Hibiscus, yang kita sedia maklum, dan akan menambah lebih kurang sekali ganda besarnya, satu, lebih besar daripada sedia ada untuk menarik pelancong-pelancong luar negara datang ke Lexis Hibiscus. Dan ini juga akan menambah bilangan pelancong luar negara datang kerana mereka yang datang daripada luar negara ini ingin tinggal di kawasan yang lebih, lebih premium pada mereka. Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, tambah sikit, soalan tambahan, boleh? Berkaitan.
Port Dickson je ke?
Ya, Port Dickson.
Dah berapa orang dah …..
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Okey, saya terima kasihlah kepada Dato’ Seri Aminuddin sebab telah membawa Port Dickson ke satu ke, apa, zaman kegemilangan yang buat sampai jammed dekat Lukut. Tak ada masalah, memang dah, dah terbukti banyak pelancong dah masuk ke kawasan Port Dickson. Tapi kita pada tahun 2021, MPPD bersama dengan PLANMalaysia telah mengemukakan satu
RKK (Rancangan Kawasan Khas) Persisiran Port Dickson sebagai destinasi pelancongan Port Dickson. Bukunya setebal macam ni. So, saya nak tahu apakah, apakah status terkini dalam pelaksanaan PLANMalaysia itu. RKK Persisiran Pantai Port Dickson sebagai destinasi pelancongan apa, antarabangsa. Terima kasih.
Itu patutnya masuk dalam soalan Lukut-lah patutnya. Tak, kita masuk soalan Lukut.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Lukut.
Ni YB, kita nak …..
Saya akan sediakan jawapan secara bertulis …..
Kita nak teruskan ke cerita Lukut, pasal soalan ni, tambahan dia, Lukut boleh buat soalan ni sekali, kita …..
Tak, secara bertulis …..
Okey okey.
….. saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Amat Berhormat Menteri Besar yang, yang memperingatkan kami tentang jammed. Memang setiap minggu, siapa-siapa pergi Port Dickson akan mengalaminya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di Speaker, tadi saya tanya soalan nombor
1. Tapi Bukit Kepayang dah jawab sekali soalan saya yang kedua, berkenaan, berkenaan ….
Kita stu soalan je YB. YB, satu soalan je.
Satu soalan, tetapi Bukit Kepayang tadi dia dah jawab sekali soalan mengapa pelancong asing tidak begitu minat di Negeri Sembilan.
Tak ada …..
[percakapan secara off mic]
Dah jawab, saya nak tambah, boleh?
Tak, itu soalan tambahan ke apa?
Soalan tambahan untuk soalan yang tidak ada dalam, dalam list hari ni. Bukit Kepayang tadi dah jawab soalan saya yang kedua tak ada dalam list ni. Ada, ada jawab, tapi cuma saya nak tambahanlah sebab nanti dijawab nanti saya takut tak, tak diberi peluang. Boleh?
Tak ada, saya tengok soalan dia sama juga yang soalan, tambahan tu sama juga soalan asal.
Tak, soalan tambahan saya tak sama.
Okey okey, cepat.
Boleh ya? Okey. Berkenaan pelancong asing, pelancong asing di Negeri Sembilan, saya rasa semua sedarlah keadaan ni, kita dekat dengan airport ya, Labu, Nilai dalam lebih kurang dalam 15 minit daripada airport. Tapi di kawasan Nilai dan jugak Labu, sebenarnya kehadiran pelancong asing agak, agak mengecewakan, sangat kurang kan. Kita maklum kawasan Labu ni kawasan kampung, jadi sepatutnya YB, pelancong asing ni lebih berminat datang di kawasan-kawasan kampung ya. Mereka hidup di, di bandar metropolitan jadi bila dia hadir ke Malaysia ni sepatutnya mereka lebih berminatlah nak hadir di kawasan-kawasan kampung. Jadi saya minta supaya pihak kerajaan lebih cenderung ke arah memastikan pelancong-pelancong asing ni dan kita ambil kelebihan kita dekat dengan airport. Kita tak nak pelancong asing yang turun, terus pergi ke negeri-negeri lain. Sedangkan di Negeri Sembilan, tidak dapat kesan daripada kehadiran pelancong asing walaupun kita dekat dengan, dengan airport. Terima kasih.
Ni soalan tambahan. Itu ada satu kenyataan tambahan saja. Saya rasa bukan satu soalan. Tapi terima kasih kepada ADUN Labu. Dan sepertimana yang saya ingin mengulangi bahawa ini merupakan fasa pertama, belum genap lagi saya dilantik sebagai Exco Pelancong. Bagi saya sikit masa. Memang kita nak ingin membangun, membangunkan homestay di Pelegong dan, untuk menerima pelancong asing dan memberi mereka satu pengalaman berkenaan dengan 9 identiti Negeri Sembilan. Kita akan menonjolkan lagi adat dan semua identiti kami. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Lukut, YB.
Lukut kemukakan soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, terdapat 3 lot tanah yang terlibat dalam tuntutan premium Kem Sirajuddin, Gemas iaitu Parcel H, Parcel J dan Parcel L dengan anggaran premium sebanyak 2.162 bilion. Isu berhubung premium tanah di kem Gemas ini telah bermula sejak tahun 2013. Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan tuntutan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan bayaran premium tanah berkenaan. Pelbagai usaha perundingan melibatkan pelbagai peringkat Pegawai Tertinggi Kerajaan sehingga ke peringkat Menteri telah dilakukan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Perkara ini telah dibangkit dalam pelbagai mesyuarat utama Persekutuan termasuk semasa Majlis Kewangan Negara.
Walau bagaimanapun, Kementerian Pertahanan telah berjaya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri, kepada Kerajaan Negeri bahawa terdapat warta bagi Military Firing Ground J pada tahun 1941 dan memohon supaya kawasan tersebut kekal sebagai tanah yang diwartakan sahaja. Sehubungan itu, kawasan Military Firing Ground J tersebut dikeluarkan menjadi nilai bayaran premium tanah yang perlu dijelaskan kepada Kerajaan Negeri hanya berjumlah 1.272 bilion ringgit sahaja. Okey, Kerajaan Negeri juga pernah menawarkan bayaran 10 kali, 10 kali iaitu setahun 100.0 juta kepada pihak Persekutuan supaya dibayar. Dan sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa keputusan rasmi daripada kerajaan.
Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.
Assalamualaikum WBT. Soalan daripada Paroi soalan nombor 1, pelantikan AJK masjid.
Terima kasih Paroi. Soalan Paroi adalah melibatkan pelantikan AJK masjid. Kita sedia maklum bahawa proses pelantikan jawatankuasa masjid diurussetiakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berdasarkan garis panduan Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Sembilan Bagi Sesi 2023 – 2024 yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Proses pemilihan tersebut adalah melalui kaedah pencalonan daripada ahli kariah masing-masing. Tetapi keputusan pelantikan masih bergantung kepada pihak jawatan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Assalamualaikum WBT. Ada 2 soalan, celahan. Yang pertamanya ialah kita, berkenaan Pengerusi, pegawai masjid
menghalang jemaah solat berjemaah di masjid. Soalan ni saya telah tanya dan jawapannya telah diberi pada sedang, sidang Dewan yang lepas ya. Maknanya jawapan daripada sedang, sidang Dewan yang lepas: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan melalui Bahagian Penguatkuasa telah menyiasat dan merakam percakapan pegawai masjid berkenaan dan Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Yang Ke-256 pada 14 September ya, 2023 telah membuat keputusan menamatkan pelantikan pegawai, pegawai masjid yang berkenaan. Maknanya telah ditamatkan. Tetapi apabila saya membuat siasatan ya, dan pergi kepada Jabatan Agama Islam sendiri, maknanya tindakan tidak diambil. Sudah 2 bulan lebih, 2 bulan setengah dah, tidak, tidak di, diambil tindakan apa-apa. Saya mohon ya, supaya diberi perhatian, apabila kita di Dewan kita bercakap “telah ditamatkan” ya, tetapi tindakan tidak diambil. Itu anna rasa, saya rasa perlu diambil perhatianlah ya. Maknanya kita bercakap ni berdasar, dalam Dewan yang mulia ni, maknanya, yang berlakunya ialah, saya rasa di Masjid At-Taufiqiah Taman Pinggiran Senawang ya, isu menghalau jemaah masa ingin bersembahyang. Maknanya telah dibuat keputusan oleh Majlis Agama Islam dan telah direkodkan dalam Dewan yang mulia ini. Itu soalan saya yang pertama.
Soalan yang kedua ialah kita, berkenaan pada 25 Disember 2022 ya, melantik, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah melantik Pengerusi, SU, Bendahari Masjid di Daerah Seremban. Dan pada 30 Disember ya, ada 6 masjid ya, pembatalan surat pemakluman pelantikan jawatankuasa, pengerusi dan pada 30, 5 hari selepas tu ada pulak pembatalan ya, pelantikan Pengerusi, SU dan jugak Bendahari ya, pada 2022, tahun lepas. 6 masjid telah pun kita berlaku ya, perkara ini iaitu Masjid At-Taufiqiah, Masjid Bandar Baru Senawang, Masjid Rasa Sayang, Masjid Paroi dan ada 2 masjid lagi. Dan saya mohon sangat-sangatlah ya, pelantikan oleh Jabatan Agama Islam ya, ada prosesnya, saya rasa telah, telah fail ya.
Saya mohon sangat-sangat kita, dikembalikan ya, mandat ya, kepada kariah untuk me, melantik Pengerusi, SU dan Bendahari ini. Ini satu proses demokrasi ya, satu proses demokrasi untuk kebaikan kita, ahli kariah. Dan, ini sebagai satu contoh ya, apabila kita dapat isu-isu yang sedemikian, saya rasa ambil satu contoh, proses yang dilakukan ya, pelantikan Pengerusi, SU dan juga Bendahari dan juga AJK ni oleh Jabatan Agama Islam, adalah satu, satu proses yang tidak memberi mandat kepada ahli kariah untuk melantik sendiri. Kita dah banyak tahun dah. Pelantikan Pengerusi Masjid ni kita bagikan balik kepada ahli kariah untuk kebaikan bersama supaya ahli kariah dapat memantau secara dekat.
Dan banyak aduan-aduan yang telah diberi kepada saya. Di Paroi sendiri saya, untuk makluman Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat ya, di Paroi sendiri daripada 6, 3 ya, dilantik, lepas 5 hari dilucutkan jawatan. Dan apabila kita telefon ya, Jabatan Agama Islam, apa justifikasi, tak boleh nak jawab. Makna itulah sedikit kelemahan yang perlu kita ambil, ambil, ambil kira. Kita bagikan balik mandat itu kepada ahli kariah untuk melantik. Sebab institusi Pengerusi Masjid di besar, ada 318 masjid di Negeri Sembilan. 1,800 lebih surau. Dan peruntukan kita tengok dalam belanjawan, 52.0 juta, paling besar. Itu serba sedikit daripada saya, untuk perhatian di pihak Dato’ Yang Amat Berhormat.
Terima kasih. Untuk soalan pertama tu, saya sedia maklum bahawa kita kena, saya akan dapatkan detail kenapa penamat, jawapan bertulis tersebut, saya tak, tak, tak, tak dimaklumkan. Dan saya akan semak semula. Dan saya akan jawab secara bertulis.
Yang keduanya mengenai pelantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari yang telah ditarik balik semula, okey. Itu perkara biasa dalam pelantikan. Kita lantik JKK pun, kalau apabila ada semakan semula, kita rasa tidak sesuai, kita terpaksa tamatkan ya, ataupun kita tarik balik pelantikan tersebut. Begitu juga dengan Ahli Majlis, walaupun kita dah serah surat, kita akan tarik balik, kita perlu tarik balik. Kerana pelantikan masjid ini juga kita ada tatacara. Yang paling penting adalah tidak terlibat dengan politik ya. Dia ada jawatan, dia ada apa, tiba-tiba orang, Jabatan Agama bukan tau dia lantik siapo ya, walaupun awal tu dia setuju. Kerana itu pada kali ini, pihak Kerajaan Negeri telah bertegas bahawa keperluan untuk mereka serahkan senarai itu kepada MMK supaya dinilai semula sebelum surat itu dikeluarkan kepada pihak masjid supaya kita tak nak esok masjid, apabila dilantik jadi Pengerusi ya, jadi Pengerusi, dia tamatkan orang ni patut mengajar, ada tauliah pun takleh ngajar situ. Jadi ini tak, perkara yang tidak harus berlaku. Lepas tu dijemput penceramah-penceramah luar datang, yang mendatangkan mudarat, lebih datangkan mudarat kepada masyarakat tempatan di Negeri Sembilan.
Jadi itu antara punca, antara sebab dan kita harus ambil maklum bahawa tak semua keputusan di peringkat apa, kariah masjid itu tepat. Kadang-kadang yang hadir mengundi tu pun, yang hadir sebahagian besar pun tak pernah datang masjid ya. Jadi kita bukan tak nak serah, tapi apabila kita pernah buat. Di peringkat awal, 2018, kita telah mula, kita melihat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Dan kelemahan-kelemahan tersebut harus menjadi iktibar kepada kita supaya kita nak lihat masjid ini menjalankan fungsinya sebagai satu tempat yang tidak, yang tidak mengguna, digunakan oleh politik-politik tertentu. Baru-baru ini pun ada berlaku Dato’ Yang Dipertua. Tetapi
kita harus kawal. Dan saya harap bahawa Negeri Sembilan ini dapat mengawal supaya tidak dijadikan masjid sebagai tempat politik untuk berpolitik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Sedikit celahan, pandangan Dato’ Yang Dipertua.
Dah habis dah Dato’ Yang Dipertua.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat DUN Sikamat ya, isu ni saya nak jelaskan ialah berkenaan tentang pelantikan. Kita dah lantik orang …..
Saya rasa dah jawab dah Dato’ Yang Dipertua.
Tak, nanti dulu. Kita dah lantik orang, lantik, apabila kita lantik apda 25 haribulan, orang yang kompeten …..
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membawa kepada Peraturan Dewan. Ini adalah ketika sesi soal lisan. Apabila jawapan sudah diberi oleh pihak kerajaan, maka ADUN layak bertanya kepada satu soalan saja. Saya memberi pandangan Dato’ Yang Dipertua, supaya Dato’ Yang Dipertua membawa satu petua untuk dibawa kepada sesi perbahasan. Terima kasih Yang Dipertua.
Saya menjemput …..
Boleh?
….. Lobak.
Boleh tak boleh?
Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, penyediaan perkhidmatan jalur lebar talian tetap merupakan antara inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia ataupun MCMC dengan kerjasama Kerajaan Negeri menerusi Pelan Jalinan Digital Negara atau dipanggil JENDELA. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesalinghubungan digital dan juga kualiti jalur lebar talian tetap di seluruh Negeri Sembilan, setakat suku ketiga tahun 2023, sebanyak 193,193 premis daripada 221,627 premis sambungan talian tetap
berasaskan gentian optik telah siap tersedia. Baki sebanyak 28,434 premis lagi akan siap secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.
Secara keseluruhan, liputan perkhidmatan jalur lebar talian tetap TM (Unifi) sehingga Oktober 2023 di Negeri Sembilan berdasarkan kepada premis pass adalah sebanyak 84% dengan peratusan mengikut daerah seperti berikut: Seremban – 94%, Tampin – 86%, Port Dickson – 71%, Jempol – 78%, Rembau – 65%, Kuala Pilah – 56% dan Jelebu – 55%. Jumlah ports Unifi TM yang telah dipasang seluruh Negeri Sembilan adalah 267,000 ports dengan langganan tertinggi di Daerah Seremban berjumlah 64% dan langganan terendah di Daerah Kuala Pilah sebanyak 49%.
Bagi liputan Unifi di kawasan perindustrian, pusat pentadbiran, hospital dan juga PBT di semua daerah telah pun mencapai 100%. Untuk projek jalur lebar sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, TM telah pun mendapat mandat menyediakan Unifi bagi 62 buah sekolah di Negeri Sembilan dan ianya telah siap 100%.
Perancangan litup, liputan Unifi bergantung kepada permohonan pengguna setempat. Pihak Telekom Malaysia mengesyorkan agar semua entiti yang berkepentingan dalam pembangunan premis untuk memaklumkan kepada TM pelan perancangan dan jangka masa pelaksanaan agar perancangan liputan Unifi dapat diselarikan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dipertua, terima kasih Linggi yang dimaklumkan bahawa di kawasan perindustrian capai 100%, 100%, dengan izinnya. Tapi makluman yang tu di sekolah hanya 62 buah sekolah ada. So saya nak tanya, apa perancangan fasa by fasa bahawa termasuk sekolah atau kawasan MPKK, kampung tradisional atau Kampung Baru Cina ataupun di rumah pangsa kerana yang penduduk di kawasan ni semua yang percentage yang tertinggi ialah B40. So kami harap kerajaan kita atau kerjasama dengan Kerajaan Pusat supaya, supaya yang kawasan ni, kawasan golong, yang golongan B40 dapat, tak akan ditinggalkan zaman Unifi. Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lobak, TM hanya mendapat mandat menyediakan Unifi bagi 62 buah sekolah ya, di seluruh Negeri Sembilan dan ianya telah pun siap sebanyak 100%. Dan di bawah Program JENDELA ataupun PoP 2.0, yang mana pihak kerajaan telah pun meluluskan sebanyak 200 unit PoP ini untuk dipasang ya, di seluruh, terutamanya di seluruh sekolah di luar-luar bandar. Dan insyaAllah saya yakin dan percaya bahawa proses ini akan dapat diselesaikan menjelang tahun 2025 nanti insyaAllah. Terima kasih.
Kampung ini, bila kita PoP di kawasan-kawasan sekolah, meliputi kawasan yang di luar bandar. Kebanyakannya sekolah adalah di luar bandar dan ianya juga akan dapat dicapai oleh penduduk-penduduk ataupun masyarakat setempat di sekitar kawasan sekolah tersebut.
Terima kasih Linggi. Tapi yang di bandar raya, saya dimaklumkan yang kebanyakan di rumah pangsa, jikalau tak salah saya, satu Negeri Sembilan ada 180 skim rumah pangsa atau rumah pangsa kos sederhana dan rendah. So yang kebanyakan penghuni ni orang miskin. Mereka walaupun dulu pun tak, masa COVID time, nak belajar pun susah, nak dapat yang tu Wifi. So kami harap atau nak tanya kerajaan ada plan ke untuk membantu golongan-golongan yang duduk di rumah pangsa khasnya orang-orang yang miskin ataupun tak mampu nak bayar, bayar itu Unifi bagi anak-anak sekolah untuk belajar. Terima kasih.
Untuk penduduk-penduduk di kawasan perumahan atau di kawasan bandar, kita akan berbincang dengan pihak PBT untuk memberi ataupun memasang Wifi percuma di setiap kawasan-kawasan tumpuan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okey terima kasih. Tapi haraplah rumah pangsa diutamakan. Rumah perumahan tak payahlah. Rumah pangsa ni macam saudara atau lain tu, tinggal di banglo, tak payahlah. Tapi yang tinggal di rumah teres 2 tingkat pun tak payahlah. Rumah teres setingkat pun tak payah. Ada landed rumah pun tak payah. Yang tinggal di rumah pangsa tu memang orang golongan yang miskin. Terima kasih.
Saya mintak Yang Berhormat nanti senaraikanlah mana-mana rumah pangsa supaya saya dapat berbincang dengan pihak PBT untuk memasang Wifi percuma. Terima kasih.
Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.
Dato’ Dipertua, terima kasih soalan Bagan Pinang mengenai Masjid Terapung dan Pejabat Agama Daerah Port Dickson. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan sekalian, Masjid Terapung merupakan, anggaran kos pembinaan Masjid Terapung adalah sebanyak 25.0 juta di mana Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri kita pada 18 Februari 2023 telah mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak 15.0 juta. Baki 10.0 juta akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Status semasa adalah di peringkat penilaian teknikal kesesuaian tapak lokasi pembinaan projek. Jadi pihak Pejabat Daerah telah, dan Pejabat Agama Daerah bersama dengan Pejabat Agama Negeri telah me, me, menilai 3 tapak yang bersesuaian dan akan kita putuskan bersama untuk memastikan bahawa tapak yang dipilih itu adalah bersesuaian dan akan me, menjadikan sebagai ikon di Port Dickson.
Keduanya, Pejabat Agama Daerah Port Dickson. Kerajaan Negeri telah meluluskan Projek Pembinaan Baharu Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson pada Belanjawan 2023 dengan kos siling sebanyak 5.0 juta ringgit. JKR Negeri Sembilan telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek dan pengesahan status tanah bagi tapak pro, cadangan projek telah diperolehi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. JKR Negeri Sembilan dalam proses melaksanakan kerja awalan iaitu kerja ukur dan pemetaan utiliti yang berse, yang bermula di tapak pada 14 November 2023 yang lalu. Penyediaan rekabentuk konsep dan pelan susun atur tapak dijadualkan bermula pada 2023 selepas kerja ukur dan pemetaan utiliti ini selesai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Amat Berhormat Sikamat, adakah kedua-dua pelan tersebut bercirikan tradition Melayu Negeri Sembilan ataupun tradisi Arab? Sebab banyak bangunan masjid dan sebagainya melambangkan seolah-olah kita berada di Timur Tengah. Saya berharap supaya Masjid Terapung bercirikan Melayu Negeri Sembilan untuk menjadi satu mercu tanda bagi Daerah Port Dickson. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, kerana masjid ini berada di atas air, Masjid Terapung, jadi kita kena menilai mengikut keperluan dan kesesuaian yang baik kerana kita tak nak apabila kita bina esok, kita ada hadapi masalah bumbung, masalah struktur. Jadi itu antara yang perlu kita pertimbangkan. Tetapi mengenai design, itu, saya ucapkan terima kasih, memang itu antara keutamaan kita untuk memperkasakan pembinaan masjid yang ber, yang ada ciri-ciri kemelayuan ya. Dan kadang-kadang itu yang jadi masalah kita. Kita buat ciri Melayu, dia kata ni masjid bukan bangunan muzium ya. Apabila kita buat Arab, dia kata ni negara, negeri Melayu. Jadi kita kadang-kadang ada dalam keadaan dilema dan kita berharap kita tunggu ya, JKR untuk menyediakan apa, design ataupun architecture-nya siap, esok kita boleh melihat dan akan kita pilih yang bersesuaian dan akan menepati citarasa kita di Negeri Sembilan ini. InsyaAllah. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya mahu satu rekodkan dalam Dewan mulia ini. Sebab 2008 sampai hari ini 2023, kali pertama saya nampak 5 ADUN Pembangkang, ADUN Gemas, ADUN Serting, ADUN Labu, ADUN Paroi, ADUN Bagan Pinang, 5 orang boleh ada peluang soalan lisan. Ini kira satu rekod. Kita Pakatan Harapan dan Barisan Nasional sudah ada satu adil, adilan di dalam Dewan yang mulia ini. Patut mahu terima kasih, Pengerusi Pembangkang, thank you, okey.
Sabarlah. Belum selesai lagi, ada 5 hari lagi.
Okey, saya jemput ADUN, Yang Berhormat Sungai Lui.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya, sebelum saya jawab soalan ni, Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya harap supaya ahli-ahli Dewan supaya tengok buku tatacara sidang Dewan. Kita sidang Dewan Undangan Negeri, we have to reform untuk kebaikan Dewan Undangan Negeri. Mintak maaf Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Dipertua, untuk jawapan bagi soalan nombor 1 untuk kawasan DUN Lui ini, saya ucapkan terima kasih kerana pertanyaan yang melibatkan lot-lot rizab kawasan FELDA.
Untuk lot-lot rizab paya yang berada dalam perimeter tanah rancangan yang dikategorikan sebagai lot kosong, pembangunan lot kosong adalah di bawah bidang kuasa FELDA kerana kawasan ini terletak di bawah perimeter GSA. Ini adalah berdasarkan kepada Surat Perjanjian FELDA dan Kerajaan Negeri yang telah dimeterai untuk diisytiharkan kawasan berkenaan sebagai kawasan penempatan berkelompok yang akan dibangunkan oleh FELDA. FELDA maklum terdapat sebahagian peneroka dan generasi baharu yang turut mengusahakan lot-lot rizab paya yang tidak diusahakan oleh FELDA.
Buat masa ini, FELDA membenarkan lot kosong yang telah dibangunkan peneroka dan generasi baru untuk terus mengusahakan kawasan tersebut sehingga program tanam semula akan datang. Walau bagaimanapun, FELDA tidak membenarkan hasil tersebut dihantar ke kilang dengan menggunakan akaun peneroka tersebut atau ditumpang ke akaun peneroka yang lain. Hal ini kerana semua rancangan sawit FELDA terikat dengan peraturan dalam Pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil ataupun MSPO, serta Perlesenan MPOB yang memerlukan pematuhan yang ketat. FELDA juga melalui Pekeliling 1/2020 (Permohonan Penggunaan Tanah Dalam Rancangan FELDA)
membenarkan peneroka dan generasi baharu membuat permohonan menggunakan kawasan di dalam rancangan. Kelulusan penggunaan tanah adalah tertakluk kepada jawatankuasa di peringkat Ibu Pejabat.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, mengikut seksyen 4 Akta GSA, tanah rizab apa ni, FELDA ni hanya boleh ditanam dengan tanaman kontan sahaja yakni tanaman kontan termasuk kolam ikan dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali tanaman kekal seperti sawit dan sebagainya. Buat masa ini, program-program pemutihan tidak lagi diambil tanggungjawab ini oleh pihak FELDA tetapi pada waktu-waktu yang akan datang, kawasan ini bakal dibangunkan, maka tanaman yang dilaksanakan oleh golongan peneroka ini terpaksa mengosongkan kawasan berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya mengucapkan terima, terima, ribuan terima kasih atas jawapan tersebut kerana telah memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha mengusahakan tanah yang telah diusahakan sampai kepada waktu pembangunannya nanti. Dato’ Yang Dipertua, saya nak kemukakan soalan berkenaan tentang, tadi Exco Kanan ada mengatakan tentang lot-lot perumahan generasi kedua ataupun lot rumah bagi generasi kedua felda ini. Dan, boleh tak dapat perincian tentang jangka berapa mas, jangka berapa, berapa lama pelaksanaan ni akan dilaksanakan khususnya untuk kita realisasikan tentang untuk kita memberi lot perumahan kepada generasi felda yang berada di tanah rancangan.
Soalan ni lari betul daripada tajuk pertama, Dato’ Yang Dipertua. Daripada lot rizab tanaman paya sampai ke lot perumahan. Tapi tak apalah, saya ambiklah sekali dalam bentuk kenyataan secara umum. Lot generasi kedua felda ini, Dato’ Yang Dipertua, memang menjadi forte, dengan izin, memang menjadi objektif dan matlamat Kerajaan Negeri untuk mengklasifikasikan lot-lot kosong di kawasan felda untuk diagihkan kepada generasi kedua felda. Tetapi proses ini bukan mudah kerana ia melibatkan Akta GSA, melibatkan perubahan ataupun naik taraf infrastruktur yang memakan belanja dan bajet yang terlalu tinggi. Kerajaan Negeri sedang dalam proses perundingan dengan pihak PBT, proses perundingan dengan pihak FELDA, termasuk Kementerian untuk membolehkan supaya hasrat dan matlamat ini dapat kita terjemahkan.
Tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini Dato’ Seri Yang Dipertua, ialah kita memberikan penumpuan kepada pembaikpulihan ataupun untuk orang kata apa, untuk memastikan projek rumah generasi kedua yang terbengkalai ini dahulu dapat kita laksanakan. Untuk makluman Dewan yang mulia, kita ada 510 unit rumah generasi kedua yang masih
terbengkalai, yang masih belum lagi ada sebarang tindakan untuk dibaik pulih dan juga dilaksanakan. Ini adalah merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Negeri untuk kita laksanakan sesi libat urus dengan pemegang taruh bagaimana mungkin untuk kita selesaikan rumah, 510 unit rumah generasi kedua yang masih terbengkalai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.
Soalan nombor 1, Yang Dipertua. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Juasseh atas soalan pengairan dan saliran. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Pilah telah mengenal pasti antara punca kejadian banjir di Daerah Kuala Pilah disebabkan hujan yang turun sangat lebat melebihi 60 milimeter per jam ya, yang menyebabkan berlakunya kejadian banjir di rumah yang dibina di kawasan rendah atau dataran banjir berhampiran sungai. Pembinaan rumah kampung tradisi yang dibina di atas tanah persendirian hendaklah dirujuk kepada agensi teknikal yang berkaitan bagi memastikan rumah tidak dibina di kawasan aras banjir. Kejadian banjir juga disebabkan terdapat crossing culvert yang dibina merentangi sistem perparitan atau anak sungai yang tidak mengikut kelebaran parit atau anak sungai menyebabkan berlakunya bottle neck yang membuat aliran air terganggu dan melimpah ke kawasan yang rendah.
Bagi perancangan jangka pendek, pihak JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai serta kolam bagi memastikan aliran tidak terganggu serta memastikan agar kolam dapat menampung aliran air sebelum disalurkan ke sungai. Program timbal balik pasir yang sedang dilaksanakan di Sungai Muar juga dapat mengurangkan risiko limpahan air sungai ketika hujan lebat berlaku. Bagi perancangan jangka panjang, JPS akan memastikan crossing culvert yang telah dibina tetapi tidak mengikut saiz, akan digantikan bagi memastikan aliran air tidak terganggu dan pembinaan ban akan dibina di kawasan lebih rendah. Dalam masa yang sama, penyelenggaraan sungai yang lebih kerap akan dilaksanakan untuk memastikan aliran air sungai tidak menghadapi apa-apa halangan.
Dan Kerajaan Negeri telah meluluskan 200,000.00 ringgit di 10 lokasi melalui dana Akaun Bencana yang berlaku di Juasseh dan pelantikan terus telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri, minggu lepas. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Tetapi saya nak tanya satu soalan. Perancangan JPS ataupun Kerajaan Negeri ini untuk menyelesaikan masalah banjir yang berulang di DUN Juasseh, ataupun di mana-mana DUN, seperti Yang Amat Berhormat kata tadi, saya nak tanya, pelaksanaan segera, kerana ini adalah bencana ataupun kita kena tunggu 2, 3 minggu untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Tadi saya dah jawab tadi dah, dah, apa, ADUN Juasseh. Bahawa kita telah luluskan 200,000.00 ringgit di 10 lokasi, yang telah dipilih oleh JPS. Di kawasan tersebut, bukan kawasan lain, di kawasan yang berlaku banjir tersebut, dan melalui dana Akaun Bencana dan pelantikan terus kita telah lakukan. Jadi, saya harap bahawa ini dapat membantu dalam masa terdekat. Dan kita kena maklum bahawa, kerana itu saya selalu minta supaya apabila berlaku banjir, segerakan laporan kepada pejabat supaya kita dapat memastikan bahawa tindakan segera dapat diambil oleh pihak-pihak yang berwajib. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih juga kepada DUN Temiang yang kemukakan soalan berken, berkenaan dengan Genting Dream Cruise ke Port Dickson. Jabatan Laut Malaysia (JLM) adalah agensi yang bertanggungjawab terhadap urusan ketibaan dan pelepasan kapal di Pelabuhan Malaysia. Urusan ini adalah bagi memastikan kapal berkaitan adalah selamat untuk belayar. Jadual pelayaran sesebuah kapal ditentukan oleh syarikat yang mengendalikan sesebuah kapal tersebut.
Bagi kapal Genting Dream Cruise, kapal ini dimiliki oleh Syarikat Resort World Cruises. Oleh itu, segala jadual pergerakan kapal ini adalah tertakluk di bawah perancangan pihak syarikat tersebut. Genting Dream Cruise telah singgah di Port Dickson pada 11 haribulan Julai 2022, 14 haribulan Julai 2022 dan juga 27 Oktober 2022 selepas pasca COVID-19. Walau bagaimanapun, setakat ini tiada lagi perancangan Genting Dream Cruise untuk membuat persinggahan di Port Dickson.
Untuk jawab bahagian dua, pada awalnya Jeti Penumpang Port Dickson adalah dibina untuk memberi perkhidmatan kepada feri dan pelan konsep jeti ini adalah mengambil kira kesesuaian feri. Bagi memberi perkhidmatan kepada cruise, kapal cruise tidak boleh merapat ke jeti ini
dan kapal tersebut perlu berlabuh di satu kawasan yang ditetapkan dan menggunakan perkhidmatan bot bagi membawa penumpang ke jeti.
Selain itu, kemasukan cruise di Port Dickson adalah pada tahun 2019 di mana Jeti Penumpang Port Dickson hanya menjadi pelabuhan transit bagi penumpang cruise. Penumpang-penumpang yang turun dari kapal ini akan melawat mana-mana negeri mengikut pakej yang disediakan oleh pihak ejen pelancongan dan naik semula ke kapal pada waktu petang. Perbincangan lanjut bersama agensi-agensi berkaitan dan ju, dan pihak cruise perlu diadakan agar pihak cruise dapat menjadikan Port Dickson sebagai salah satu destinasi persinggahan di samping tawaran pakej pelancongan yang menarik kepada pelancong.
Jeti Penumpang Port Dickson dilihat berpotensi menjadi destinasi persinggahan penumpang cruise selain daripada Pelabuhan Klang. Antara cadangan untuk penambahbaikan adalah dengan menambah kaunter mobil dan Pegawai Imigresen mengikut keperluan bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih efektif dan efisyen di jeti tersebut. Cadangan perancangan masa hadapan adalah untuk mendalamkan lembangan hadapan jeti bagi memudahkan cruise berlabuh rapat. Terima kasih.
Terima kasih jawapan daripada YB Exco. Jadi persoalan tambahan saya adalah, apakah kemudahan-kemudahan asas ataupun kemudahan infrastruktur yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri untuk menarik cruise ini datang semula ke PD? Yang mana tadi Exco jawab tahun ini tak pernah ada cruise datang. Jadi saya rasa sesuatu kita kena buat penambahbaikan dari segi infrastruktur.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada ADUN Temiang. Memang sebelum COVID, memang ada ramai juga pelancong asing yang datang melalui cruise, Genting Dream Cruise. Dan sehingga penari-penari di JKKN merungut bahawa mereka terlalu letih, terpaksa menari 3 kali sehari untuk membuat persembahan kepada pelancong-pelancong tersebut. Mas, pada masa itu kerana Pelabuhan Klang sedang menjalankan projek penambahbaikan. Saya juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan Genting Dream Cruise bahawa sekarang pun mereka menghadapi masalah di mana Pelabuhan Klang tidak dapat menampung bilangan pelancong asing yang pergi ke Pelabuhan Klang. Maka saya ada memberi cadangan supaya alihkan se, sedikit kapal persiaran ke Port Dickson.
Cuma dari segi kemudahan asas tu memang perlu ada penambahbaikan. Tapi saya pun pernah menaiki beberapa kapal persiaran antarabangsa, di mana saya perhatikan bahawa di negara seperti Stockholm, di
Sweden, Stockholm pun tak ada satu Pelabuhan yang cukup, yang dalam supaya kapal persiaran dapat berapat berlabuh, berlabuh rapat ke pelabuhan tersebut. Ini saya rasa kita boleh buat penambahbaikan dengan mendalamkan lagi jeti penumpang. Dan mungkin kita boleh lihat kepada alternatif di mana baru-baru ini ada cadangan untuk membuat pelabuhan kecil yang baru yang dirancangkan dibina secara swasta di PD. Dan pelabuhan ini dikatakan adalah satu pelabuhan pintar ataupun niche di mana ia tidak bersaing dengan Pelabuhan Klang. Dan jikalau ia dapat dilaksanakan, memang itu akan menjadi satu pemangkin yang cukup baiklah untuk kita menerima pelancong-pelancong asing melalui kapal-kapal persiaran. Sekian, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions
Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi Pertanyaan-Pertanyaan Bertulis adalah dibentangkan.
USUL PELANTIKAN JAWATANKUASA-JAWATANKUASA DEWAN BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI SEMBILAN YANG KE-15 DI BAWAH PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI 1960 (Kertas Dewan Bil. 6/2023)Motion
Perkara keempat, Usul Pelantikan Jawatankuasa-Jawatankuasa Dewan Bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15 Di Bawah Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri 1960. Rujukan Kertas Dewan Bil. 6/2023. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
4.1 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVII, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
i) ADUN Pertang; ii) ADUN Bahau; iii) ADUN Pilah; iv) ADUN Johol; v) ADUN Lukut; vi) ADUN Gemas; dan vii) ADUN Serting.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa Dewan ini juga dipohon mengambil ketetapan bagi korum mesyuarat iaitu Pengerusi dan 3 ahli-ahli Jawatankuasa bolehlah dikira cukup bilangannya untuk menjalankan mesyuarat. Yang be, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan saya dan dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Jika tidak, ada yang tidak bersetuju? Ada yang berkecuali? Usul ini diluluskan.
4.2 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIII, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
i) ADUN Sikamat; ii) ADUN Pertang; iii) ADUN Repah; iv) ADUN Klawang;
v) ADUN Bukit Kepayang; vi) ADUN Senaling: vii) ADUN Ampangan; viii) ADUN Johol; ix) ADUN Gemas; x) ADUN Paroi; dan xi) ADUN Serting; dan xii) Penasihat Undang-Undang sebagai ex-officio”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini telah, sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk perbahasan, dibahaskan [tiada perbahasan]. Jika tiada, saya ingin bertanya, ada yang tidak bersetuju? Ada yang tidak bersetuju?
Yang bersetuju dulu Dato’ Speaker.
Ada yang bersetuju? Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.
[Keputusan undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Dato’ Speaker, supaya tidak mendatangkan sebarang masalah di kemudian, saya ingin membawa kepada rujukan Teks 1 oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat tadi, dianggap sebagai persetujuan semua ahli Dewan, untuk rekod. Terima kasih.
Sebulat suaralah. Okey. Kita rekodkan ya.
4.3 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Kerajaan yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIA, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
i) ADUN Seremban Jaya; ii) ADUN Klawang; iii) ADUN Lenggeng; iv) ADUN Juasseh; v) ADUN Gemas; vi) ADUN Paroi; dan vii) ADUN Labu”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Tiada ya? Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Gemencheh, Gemencheh, haa. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
4.4 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIB, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
i) Yang Dipertua Dewan;
ii) ADUN Pilah; iii) ADUN Klawang; iv) ADUN Seremban Jaya; v) ADUN Jeram Padang; vi) ADUN Gemas; dan vii) ADUN Paroi”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
4.5 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut menurut Peraturan XXVIIIC, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Sembilan:
i) Yang Dipertua Dewan; ii) ADUN Chuah; iii) ADUN Sri Tanjung; iv) ADUN Chembong; v) ADUN Temiang; vi) ADUN Gemas, dan vii) ADUN Paroi.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini dije, diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Jika tiada, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir menyokong]
[YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul, ya? Encik Amin. Perkara 5, Setiausaha Dewan, perkara 5.
5. USUL PELANTIKAN JAWATANKUASA TERPILIH BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI SEBILAN YANG KE-15 DI BAWAH PERATURAN XXVII, PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN UNDANGAN NEGERI 1960. (Kertas Dewan Bil. 7/2023)
Perkara seterusnya, perkara kelima, Usul Pelantikan Jawatankuasa Terpilih Bagi Dewan Undangan Negeri Sebilan Yang Ke-15 Di Bawah Peraturan XXVII, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri 1960. (Kertas Dewan Bil. 7/2023). Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
5.1 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan di Negeri Sembilan (NS-CAT) yang dianggotai oleh ahli-ahli yang, yang, ahli-ahli seperti berikut:
i) Yang Dipertua Dewan; ii) ADUN Klawang; iii) ADUN Kota;
iv) ADUN Seremban Jaya; v) ADUN Sri Tanjung; vi) ADUN Gemas; dan vii) ADUN Paroi.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa Dewan ini dipohon mengambil ketetapan bagi korum mesyuarat iaitu Pengerusi dan 3 Ahli-ahli Jawatankuasa bolehlah dikira cukup bilangannya untuk menjalankan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang, yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
5.2 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah (JP-PADAT) yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:
i) ADUN Klawang; ii) ADUN Sungai Lui; iii) ADUN Chuah; iv) ADUN Jeram Padang; v) ADUN Mambau; vi) ADUN Serting; dan vii) ADUN Bagan Pinang.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa Dewan ini dipohon mengambil ketetapan bagi korum mesyuarat iaitu Pengerusi dan 3 Ahli-ahli Jawatankuasa bolehlah dikira cukup bilangannya untuk menjalankan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Yang
Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan [tiada perbahasan]. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.
[Keputusan undian: semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
5.3 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:
i) ADUN Seri Menanti; ii) ADUN Sri Tanjung; iii) ADUN Rahang; iv) ADUN Lenggeng; v) ADUN Paroi; dan vi) ADUN Bagan Pinang.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa Dewan ini juga dipohon mengambil ketetapan bagi korum mesyuarat iaitu Pengerusi dan 3 orang ahli-ahli Jawatankuasa bolehlah dikira cukup bilangannya untuk menjalankan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. [Tiada perbahasan]. Ahli-ahli Yang
Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan.
[Keputusan undian: semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir menyokong]
5.4 YAB ADUN Sikamat: Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Usul:
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun Dan Anak Syarikat (JP-ABAS) yang dianggotai oleh ahli-ahli seperti berikut:
i) ADUN Johol; ii) ADUN Lukut; iii) ADUN Seri Menanti; iv) ADUN Lobak; v) ADUN Gemencheh; vi) ADUN Serting; dan vii) ADUN Labu.”
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bahawa Dewan ini juga dipohon mengambil ketetapan bagi korum mesyuarat iaitu Pengerusi dan 3 Ahli-ahli Jawatankuasa bolehlah dikira cukup bilangannya untuk menjalankan mesyuarat. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan ini saya mencadangkan agar usul ini diterima dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong usul tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahaskan. [tiada perbahasan]. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul ini, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill
Perkara keenam, Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 telah dicadang dan dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sepertimana yang telah dipersetujui pada hari Jumaat yang lepas, Usul Anggaran belanjawan, belanja, Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024 akan dibahaskan bersekali dengan rang undang-undang ini. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan kedua-dua perkara ini untuk diperbahaskan pada dasarnya sahaja. Saya jemput YB Johol.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Sikamat di atas kejayaan dalam membentangkan ucapan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat yang lepas. Kita bangga, dalam perbentangan Belanjawan 2024 itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyebut beberapa angka dan fakta kejayaan ekonomi negeri sepanjang tahun lalu. Tahniah kepada semua termasuk kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang membantu merencanakan setiap kejayaan ekonomi di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan pada Jumaat, saya dengar dengan penuh teliti setiap butir ucapan daripada beliau yang mengambil masa kira-kira satu jam itu. Kelangsungan tanggungjawab saya selaku wakil rakyat Johol, memaksa diri saya yang, saya untuk meneliti, mengkaji dan memahami aspirasi Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan yang bertemakan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan itu. Ini bermakna, tidak ada sebutir pun perkara yang saya tinggalkan dan tidak ada sepotong ayat pun daripada ucapan beliau yang saya abaikan. Semua ini adalah untuk saya fahami dan tekuni supaya saya dapat membahaskan Belanjawan 2024 ini, negeri ini dengan baik demi rakyat negeri ini khususnya, rakyat Johol secara keseluruhannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar memulakan ucapan perbentangan Belanjawan 2024 beliau dengan membentangkan kepada kita semua mengenai prestasi ekonomi negeri sepanjang tahun lalu, beliau juga memberi pende, penekan, penekanan kepada kita semua mengenai situasi ekonomi global dan ekonomi
negara pada tahun ini dan tahun lalu serta apa yang bakal disasarkan pada tahun hadapan. Penerangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Sikamat mengenai prestasi ekonomi ini, memberi kelegaan yang dipuji kerana ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sedar atau aware, dengan izin, dengan apa yang bakal berlaku. Dan mengambil tindakan proaktif untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi yang tersedia maklum.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, peningkatan jumlah kemasukan pelaburan di negeri pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 31.76%, yakni daripada 1.48 bilion pada 2022 kepada 1.95 bilion pada 2023, membuktikan bahawa negeri ini mempunyai potensi untuk menarik minat pelabur dari luar untuk membuat pelaburan di negeri kita. Untuk itu, saya mengharapkan Kerajaan Negeri tidak terlalu complacent, dengan izin, dengan kejayaan ini. Sebaliknya, ini perlu menjadi morale booster, dengan izin, kepada negeri, Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi usaha untuk menarik pelaburan luar ke negeri kita ini. Dalam usaha untuk meningkatkan minat pelabur ke Negeri Sembilan, kita hendaklah memastikan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air hendaklah mencukupi tanpa memberi kesan kepada kehendak rakyat.
Semasa menyampaikan perbahasan Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Besar pada sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu, saya telah pun menyuarakan pandangan untuk diambil pertimbangan oleh Kerajaan Negeri supaya kita ambil peluang dengan kedudukan geografi negeri ini yang strategik iaitu berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Kedudukan negeri kita yang terletak hanya satu jam perjalanan dari ibu kota metropolitan Kuala Lumpur juga wajar dianggap sebagai peluang untuk menarik kehadiran pelabur asing ke negeri kita. Potensi itu ada, kita hanya perlu mengambil setiap peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.
Sebab itulah, saya juga menye, menyambut baik usaha untuk membuka kawasankawasan baharu di kawasan pembangunan Lembah Wawasan Malaysia (MVV) dengan memberikan pendenga, pende, penekanan kepada industri big data, kenderaan elektrik (EV), advanced electronic, pharmaceutical dan agrivalley. Saya menyokong penuh segala daya usaha dan perancangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk meningkatkan prestasi ekonomi negeri. Buatlah yang terbaik. Ikhtiarkanlah apa pun caranya supaya jumlah pelaburan di negeri kita terus meningkat pada tahun-tahun akan datang apatah lagi untuk mencapai jumlah pelaburan sebanyak RM7.0 bilion yang disasarkan akan dicapai pada hujung tahun ini, insyaAllah.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Exco Kanan, yang Pertanian, kerana serius dan peka dalam mengatasi dan menyelesaikan isu keterjaminan makanan di Negeri Sembilan kita ini. Peningkatan peruntukan dalam bidang pertanian dari tahun ke tahun membuktikan komitmen tinggi Kerajaan Negeri dalam memelihara kesejahteraan rakyat. Statistiknya peruntukan Kepada dalam Bidang Pertanian: pada tahun 2022 sebanyak 13.5 juta iaitu 10% daripada belanja Pembangunan, tahun 2023 – 15.92 juta yakni bersamaan 12.25% dari belanja Pembangunan dan pada tahun 2024, yang dicadangkan sebanyak 16.71 juta iaitu 11.94% daripada belanja Pembangunan.
Apabila bercakap tentang soal keterjaminan makanan ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan Tahap Sara Diri atau lebih biasa disebut sebagai Self Sufficiency Level di tahap yang tidak membebankan rakyat. Saya memerlukan jaminan daripada Yamg Berhormat Exco Kanan Pertanian supaya bekalan-bekalan makanan utama yang menjadi makanan ruji dan mempunyai nilai permintaan yang tinggi untuk rakyat sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau ternakan, sentiasa mencukupi di negeri kita. Peratusan SSL bagi setiap makanan-makanan ruji ini hendaklah berada di tahap yang baik dan sentiasa dapat memenuhi segala keperluan rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 pada hari Jumaat yang lalu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebut tentang Kerajaan Negeri akan melaksanakan Program Jualan Agro MADANI dengan peruntukan sebanyak 3.0 juta ringgit. Jualan Agro MADANI ini adalah penjenamaan semula program Jualan Nismilan Prihatin yang telah dimulakan pada tahun 2022 khusus bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan penjimatan antara 10 hingga 30% barangan dari harga pasaran. Jualan ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat di lokasi-lokasi terpilih mengikut kawasan DUN secara giliran.
Secara peribadi, saya menyokong penuh apa sahaja usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan bebanan ekonomi rakyat. Akan tetapi, saya melihat ada beberapa perkara atau ruang yang mungkin boleh dilakukan sedikit penambahbaikan dari segi pelaksanaannya. Contohnya kalau kita pergi ke suatu kawasan, contoh di kawasan saya, ada pembekal-pembekal sedia ada, pembekal ayam, pembekal sayuran atau telur, maka saya mencadangkan pembekal-pembekal tempatan ini haruslah diberikan keutamaan dalam kita mengadakan Jualan Agro MADANI ini. Selain
Jualan Agro MADANI, kita di Negeri Sembilan juga ada Jualan Ladang di bawah seliaan Jabatan Pertanian dan juga Jualan Rahmah di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.
Semua pihak mahu melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat, tapi kadangkala jika berlaku kelemahan dari segi pelaksanaannya, ia boleh tersasar daripada matlamat asal yang direncanakan. Sebab itu di sini saya ingin mencadangkan, bermula tahun 2024 nanti, setiap jualan murah yang ingin dibuat, perlulah melakukan perbincangan dan penyelarasan bersama-sama ADUN ataupun Ahli Parlimen bagi kawasan yang berkenaan. Cadangan ini dibuat tanpa sebarang niat untuk mencampuri urusan pentadbiran atau pengurusan jabatan, tetapi dengan penuh keinsafan agar segala inisiatif yang dibuat oleh kerajaan itu memberi manafaat dan impak semaksima mungkin kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Belanjawan 2024 ini dilihat juga telah merangkumi keperluan rakyat daripada pelbagai latar belakang tanpa mengira kaum, agama dan juga latar belakang politik. Salah satu kelompok masyarakat yang tidak ketinggalan menjadi perhatian Kerajaan Negeri adalah kelompok masyarakat Orang Asli. Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan ini benar-benar mengotakan apa yang mereka janjikan di dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan sewaktu Pilihan Raya Negeri yang lalu.
Dalam perbentangan Belanjawan 2024 itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada menyebutkan bahawa mulai tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan geran aktiviti Kampung Orang Asli, dan ianya akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak 315,000.00. Penerangan secara terperinci berkenaan dengan jumlah peruntukan geran aktiviti yang telah disalurkan kepada kampung-kampung Orang Asli sepanjang tahun 2023 oleh Yang Berhormat Exco Kanan akan dapat memberi gambaran yang sewajarnya tentang penglibatan perkampungan Orang Asli dan aktiviti yang dianjurkan.
Kaedah pemantauan dan accountability hendaklah dilakukan bagi memastikan setiap aktiviti dan peruntukan yang dibelanjakan itu memberikan impak dan hasil yang baik kepada komuniti di kampung berkenaan. Namun yang demikian, apabila kita melihat pada di laman web JAKOA, terdapat lebih 200,000 jumlah masyarakat Orang Asli di seluruh negara dan di Negeri Sembilan kita sahaja, terdapat lebih 12,000 masyarakat Orang Asli melibatkan lebih kurang 70 buah kampung perkampungan Orang Asli. Angka ini bukanlah satu angka yang kecil untuk kita ambil mudah dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan kemanusiaan mereka. Maka, saya
mencadangkan agar jumlah peruntukan ini dikaji semula dan dipertingkatkan sebaik mungkin.
Yang Amat Berhormat Dato’, Yang Berhormat Dato’ Speaker, maaf Yang Berhormat, Seksyen 62 Kanun Tanah Negara memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk merizabkan mana-mana tanah Kerajaan Negeri bagi maksud awam. Peruntukan ini digunakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri untuk merizabkan tanah Orang Asli selain daripada peruntukan dalam Akta 134. Masalah yang berlaku pada hari ini adalah Orang Asli ini sukar mendapat pembiayaan daripada institusi pemberian pen, pinjaman disebabkan tanah mereka tidak mempunyai geran persendirian. Ramai masyarakat Orang Asli yang sudah bekerja dan mampu untuk membina rumah tetapi disebabkan masalah geran, mereka ini tidak boleh membina dan membuat pinjaman daripada pihak bank, apatah lagi untuk mendapat bantuan daripada agensi seperti SPNB dan lain-lain lagi. Sebab itu, dengan mengambil kira hak asasi manusia, dan keperluan asas masyarakat Orang Asli ini, saya berharap kerajaan dapat melihat bagaimana Orang-Orang Asli terutamanya generasi muda dapat kita bantu bagi memiliki rumah mereka sendiri.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyokong pengumuman Kerajaan Negeri untuk memperuntukkan dana sebanyak 28.05 juta untuk perkembangan teknologi di negeri ini termasuk kepada kemajuan digital. Pengenalan platform N9Pay akan membangunkan sistem kewangan negeri yang lebih efisien dalam bentuk Cukai Tanah, Cukai Taksiran, pembayaran zakat dan lain-lain bayaran. Selain daripada itu, pembangunan digital di Negeri Sembilan ini sebolehnya diperkembangkan lagi. Kerajaan Negeri menerusi agensi berkaitan di bawahnya mengenai pembangunan digital perlu diberi sokongan untuk bekerjasama dengan lebih erat lagi bersama Kerajaan Persekutuan.
Ini kerana, Kerajaan Persekutuan menerusi MOSTI juga mempunyai pelbagai inisiatif untuk memastikan pembangunan digital di seluruh negara dapat dilaksanakan dengan lebih pesat lagi. Untuk memastikan usaha membangunkan teknologi digital ini, kita di Negeri Sembilan tidak boleh bertindak bersendirian. Kita perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam agenda pembangunan digital yang telah menjadi salah satu agenda nasional. Dan kita harap, kita harus ambil peluang dan segala insiatif yang disediakan untuk kemajuan bersama.
Dato’ Dipertua, Dato’ Speaker, secara keseluruhannya, setiap kali ucapan belanjawan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, secara pokoknya, perkara asas yang diperkatakan adalah mengenai hasil atau pendapatan Kerajaan Negeri. Dan kita, dan jika kita
lihat daripada ucapan Belanjawan 2024 Kerajaan Negeri Sembilan kali ini sekali lagi kita terdengar bahawa pendapatan atau hasil Kerajaan Negeri hanya banyak tertumpu kepada kutipan cukai. Bagaimanapun, saya mendapat maklum, tanah-tanah di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor mendapat hasil sebanyak lebih kurang 30% daripada nilai tanah untuk pembangunan projek seperti projek ECRL di negeri mereka.
Jadi saya berpandangan, perkara yang sama sepatutnya diberikan di Negeri Sembilan iaitu projek-projek Persekutuan yang melibatkan tanah Kerajaan Negeri perlu mendapat manafaat yang sama. Bermakna same principal should apply di negeri kita. Ini perlu juga mengambil kira bukan sahaja projek yang akan datang tetapi juga projek berskala besar seperti yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lukut, dalam soalan lisannya tadi, yang telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di Negeri Sembilan sebelum sebelum ini. Untuk itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri melihat semula segala projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri, di tanah-tanah negeri yang kita telah terlepas pandang sebelum ini kerana cukai atau premium merupakan salah satu daripada punca hasil Kerajaan Negeri yang boleh membantu pembangunan negeri secara keseluruhannya.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar juga telah memperuntukkan sejumlah dana untuk mempromosi produk-produk eko pelancongan di negeri ini. Umum mengetahui bahawa negeri kita mempunyai potensi produk pelancongan yang boleh dibangunkan. Dalam Tekad Hebatkan Johol yang saya rencanakan untuk Johol tempoh hari, salah satu daripadanya adalah untuk memajukan produk pelancongan di kawasan saya.
Oleh itu, saya berharap Kerajaan Negeri tidak mengenepikan Johol dalam merealisasikan aspirasi ini. Ia kerana, jika projek, jika produk eko pelancongan di Johol dapat dibangunkan, ia sedikit sebanyak meren, merancakkan ekonomi yang secara langsung mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat di Johol khususnya dalam bidang pelancongan dan keusahawanan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, Negeri Sembilan hari ini dilihat sebagai negeri contoh kepada acuan Kerajaan Perpaduan dalam mengetuai Kerajaan Negeri. Pengagihan jawatan-jawatan kepimpinan masyarakat telah dibuat secara bijaksana dan harmoni di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Oleh yang demikian, kesepakatan tanpa batasan ini mestilah dipertingkatkan lagi.
Sebagai contoh, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri telah diberikan kepada rakan seperjuangan di Pakatan Harapan, apakah, apalah salahnya jawatan Timbalan Speaker diberikan pula kepada Barisan Nasional. Sesuai dengan pelantikan Menteri Besar daripada Pakatan Harapan dan Exco Kanan pula dilantik dari kalangan Barisan Nasional. Untuk mengukuhkan lagi institusi pentadbiran Kerajaan Negeri, dicadangkan juga supaya jawatan Exco Kanan ini diwartakan secara rasmi dalam waktu yang terdekat. Ini membolehkan Kerajaan Negeri dapat ditadbir dengan baik sesuai dengan ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa berteraskan good governance dan accountability, dengan izin.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, dalam kita mengumumkan pelbagai perancangan untuk merealisasikan pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri memerlukan sokongan dan dokongan daripada agensi di bawah, di bawahnya terutamanya GLC milik negeri. Isu-isu kekosongan jawatan-jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah pun dibangkitkan sebelum ini, dan adalah menjadi harapan saya agar jawatan-jawatan ini dapat disisikan, diisikan secepat mungkin agar pelan tindakan pembangunan negeri tidak terganggu.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, secara keseluruhannya, pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan dapat diterjemahkan sebagai sebuah belanjawan yang bersifat inklusif. Ini kerana, dari segenap lapisan masyarakat, tidak kira kaum mahupun latar belakang ekonomi, semuanya mendapat manafaat daripada inisiatif Belanjawan 2024 Negeri Sembilan ini. Diharapkan segala perancangan dan perincian yang dinyatakan dapat dilaksanakan dengan baik oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT, supaya setiap apa yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan setiap matlamatnya dapat dicapai demi kebaikan rakyat di negeri kita keseluruhannya. InsyaaAllah. Sekian, Johol menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Johol. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Gemas.
Bismillahirrahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Tuan Yang Dipertua, izinkan saya mengucapkan rasa hormat kepada Yang Dipertua memberi kesempatan saya untuk saya berbahas di hadapan Yang Dipertua mengenai belanjawan 2024. Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada Menteri Besar; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana memikirkan dengan baik belanjawan untuk 2024 ni.
Meskipun terdapat perbezaan parti politik, saya ingin melahirkan rasa hormat dan menghargai usaha beliau sehingga dapat membentangkan belanjawan 2024 berjumlah 555.0 juta dengan anggaran hasil sebanyak 520.0 juta dan belanjawan pembangunan mencecah 140.0 juta. Tahniah Dato’ Seri, walaupun angka 555 ini ibarat buku hutang, tapi saya yakin dengan iltizam Dato’ Seri, kita dan kerjasama barisan kakitangan-kakitangan kerajaan, ketua-ketua kerajaan, kita mampu untuk mendapat pendapatan lebihan untuk tahun 2024, seperti tahun 2023.
Daripada 555.0 juta belanjawan dibentangkan, lebih 40% telah diperuntukkan khusus untuk melaksanakan pelbagai program dan projek di bawah 9 Teras Aspirasi dan Skim Sejahtera Rakyat. Mohon Dato’ Seri jangan tinggalkan kami yang berlima ini. Belanjawan ini diharap mampu melonjakkan lagi potensi Negeri Sembilan dan dalam masa yang sama menjaga kebajikan rakyat. Namun ada beberapa pe, kebimbangan sekiranya belanjawan ini tidak sampai ke peringkat asasnya terutamanya dalam beberapa sektor dalam usaha memastikan Negeri Sembilan mampu memberi jaminan terhadap sekuriti makanan negeri kita sendiri.
Sebagai contoh, kita ambil belanja Pembangunan Peningkatan Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar hanyalah berjumlah 1.69 juta. Adakah jumlah ini mencukupi untuk menjadikan negeri kita mampu mempunyai sekuriti makanan sendiri? Negara kita mengimport sehingga 80% bekalan daging luar negara, ibarat soalan saya sebentar tadi kepada Datuk Exco, kita lupakan seketika, bukan lupakan, kita lupakan sejarah lama tentang NFC ini. Namun projek terbengkalai ini kita harus kembali dengan cerita baru. Saya mohon barisan kita ini, baik daripada kerajaan kita di blok pembangkang dan bantuan daripada semua agensi kerajaan, kita bangunkan semula idea ini. Kita perlu kembalikan idea ini untuk memastikan bekalan daging, hanya mencu, boleh memenuhi permintaan dan keperluan daging di seluruh negara. Sudah tentu bagi merealisasikan hasrat ini, peruntukan 1.6 juta terlalu kecil. Namun tetap baik untuk membantu penternak sedia ada. Ia bermaksud dalam sektor yang kecil kita mampu untuk 1.69 juta ini. Saya harap dengan kepakaran unit pelaburan dan kepakaran Datuk Seri, kita mampu menarik pelabur-pelabur baru untuk menghidupkan balik semula lembah daging di Gemas ini.
Soalan, saya juga memohon untuk Kerajaan Negeri, tadi Datuk Exco telah menjawab Ladang Satelit ini. Ia cukup menyentuh hati saya sebab daripada ladang yang dikeluarkan dana daripada kerajaan, daripada duit kerajaan, tapi hasilnya tidak nampak. Kontraktor hanya membayar premium dengan kadar rendah, tapi apabila kita tengok, hasilnya tidak ada. Ada kandang, kita kata ladang ini 10 ekar ke 20 ekar, diberikan
kepada kontraktor, hanya keluarkan, ada yang keluarkan napier saja, bukan pendaging. Jadi ini kita harap apabila Datuk Exco memberikan jawapan secara lisan tadi, terima kasih Datuk Exco, kita harap 3 tahun ini kita pastikan syarat-syarat untuk kontraktor yang baru kita tawarkan ini diperketatkan. Kita letakkan satu garis panduan. Kita letakkan satu syarat yang khusus supaya sejarah 10 tahun lepas tidak berulang untuk 10 tahun akan datang.
Saya juga un, nak menyentuh tentang Teras Aspirasi perkara nombor 6, Aspirasi Perpaduan Pengeluaran Ternakan Genetik bernilai 2.24 juta dapat mewujudkan ternakan berskala besar di negeri ini kerana saya difahamkan projek terbengkalai NFC ini di bawah Menteri Besar Incorporated, dengan izin, Perbadanan Menteri Besar akan dibangunkan dengan tanaman jagung, bijiran dan rumpur napier. Saya faham ada permintaan daripada industri iaitu kilang F&N yang akan didirikan di Gemas. Tapi jika ini dapat menjadi pemangkin yang baik, teruskan Datuk Seri. Kami menyokong supaya pembangunan ini dapat dirasai oleh penduduk Gemas sendiri.
Selain itu saya harap Kerajaan Negeri lebih serius dalam Rancangan Kawasan Khas Gemas yang memandangkan program ini telah dirancang pada tahun 2020 lagi. Rancangan ini antara lainnya membabitkan pembangunan perumahan dengan harga mampu milik di Gemas. Selain itu, limpahan kewujudan, limpahan daripada pembangunan kem Gemas itu di mana lebih ramai tentera yang duduk di luar berbanding di kem telah menyebabkan mereka ada terpaksa menyewa sampai Batu 6, Segamat. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri memikirkan sebab saya bawa, Deraf Rancangan Kawasan Khas ini telah dibang, telah diwartakan pada tahun 2020 oleh PLAN. Tapi sampai sekarang tidak nampak lagi ke mana hala tuju untuk Deraf Rancangan Kawasan Khas Gemas Negeri Sembilan ini.
Di peringkat negeri pula, saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri meminta bantuan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf seperti soalan lisan saya sebelum ini, jalan utama Seremban – Tampin – Gemas kepada laluan daripada 2 lorong menjadikan 4 lorong secara keseluruhan. Jandi, janji dan pelaksanaan Yang Amat Berhormat amat kami ha, tunggu-tunggukan dan nanti-nantikan. Ini berikutan kesesakan luar biasa yang dihadapi pengguna bukan setakat hujung minggu, Yang Amat Berhormat, tapi se, setiap masa, boleh kata setiap Jumaat, Sabtu, Ahad nak, daripada Ghombau nak pergi ke Tampin, Tampin nak poi Gomeh memang, kita tak sentuh dulu Kuala Pilah. Kuala Pilah memang Dato’ Mail, Dato’ Exco tahu, setiap masa jalan ini memang sesak. Jadi kalau boleh bajet ini kita minta sama untuk kita perolehi
untuk 2024 untuk Kerajaan Pusat turunkan peruntukan untuk pembangunan jalan ini.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga boleh mengambil langkah pertama untuk menghulurkan bantuan kepada petani-petani berskala kecil iaitu 0.5 hektar pada bajet kali ni. Saya mohon, difahamkan bajet ini telah dilaksanakan sebelum ini, tapi ditambah supaya ramai pekebun-pekebun kecil ini mendapat nikmat ini.
Teras nombor 3: Kesejahteraan Rakyat. Kerajaan Negeri melalui kerajaan, Berkuasa Tempatan (PBT) juga perlu kreatif dalam menceriakan bandar utama di setiap daerah. Tahniah kepada Datuk Bandar dan semua Majlis Bandaraya Seremban atas penganugerahan pada tahun ini. Saya juga amat menghormati Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua dalam seluruh jawatan di Negeri Sembilan ini. Tapi, saya ingin menyentuh membabitkan landskap, pencahayaan dan juga kebersihan. Kita tak perlu jauh. Hari ini, kita balik nanti, kita melalui Jalan Yam Tuan di hadapan ini. Daripada Wisma Punca Emas bawalah sampai ke kereta api itu, stesen kereta api. Dato’ Seri dan semua barisan Yang Berhormat akan melihat kekotoran di mana tiada keceriaan, hanya depan, hanya depan padang MPS sahaja nampak cerianya. Tapi apabila kita melalui selekoh, kita akan lihat pool yang, papan tanda atau tiang amaran itu telah hitam, ada yang patah, batu-batu hasil binaan terletak di tepi jalan itu. Saya harap pihak Datuk Bandar, pegawai-pegawai, takkan cerita kecil ni Datuk Bandar nak, nak fikirkan. Tapi pegawai-pegawai yang menjaga PBT-PBT ini harus mengambil tindakan segera.
Hari ini, kalau tuan-tuan daripada Senawang nak ke pergi Lavender, melalui pembahagi jalan, boleh lihat rumput setinggi pinggang, lalang setinggi pinggang. Kalau Dato’ Seri tak percaya, tengah hari ni jom kita jalan sama-sama, kita lihat jalan itu daripada, ini bukan kawasan saya, tapi ini cermin kepada Kerajaan Negeri Sembilan. Saya harap bermula daripada Taman Seri Pagi, kita menghala ke Lavender, kita lihat bukan di kiri dan kanan, di tengah-tengah. Ini cukup menyentuh hati saya melihat apabila rumput ini bukan cerita 2 bulan, 3 bulan tidak dipotong. Kita lihat supaya benda ini diperhalusi oleh pihak Majlis Tempatan. Ibarat ada pasu tak ada bunga, ada bunga tidak dibaja, sudah dibaja tidak dijaga, akhirnya bunga mati begitu sahaja.
Seterusnya, saya pasti benda ini melibatkan kos. Dari ini saya mencadangkan, tahun lepas PB, melalui Pejabat Tanah kita mendapat hasil yang cukup besar, tapi hari ini kita mencadangkan PBT untuk lebih agresif mendapatkan bayaran lesen iklan untuk semua premis perniagaan. Kalau sebelum ini kerajaan boleh meletakkan sasaran yang cukup tinggi untuk mendapat Cukai Tanah yang tertunggak, tidak
mustahil untuk kita wujudkan satu pasukan di setiap Majlis Tempatan untuk mengkaji lesen-lesen iklan ini. Contoh, saya tak nak sebut orang lain, saya sendiri dahulu masa mula-mula daftar perniagaan, ditanyakan, berapa saiz lesen iklan itu, saya nyatakan 3 x 20. Tapi hari ini, selepas 10 tahun, lesen iklan saya, kiri kanan, depan belakang, cuma saya membayar lesen satu sahaja. Sepatutnya lesen ini dinilai semula. Ini bukan nak menyusahkan peniaga-peniaga ini, sebab mereka mengiklankan perniagaan mereka. Hari ini, kita juga mencadangkan kepada Kerajaan Negeri jika lesen iklan itu berlampu, ia boleh menceriakan kawasan sekitar. Jadi, iklan yang berlampu, separuh harga daripada iklan secara tidak berlampu. Ini akan menambahkan hasil pendapatan sambil itu ia menambahkan keceriaan untuk seluruh barisan kedai-kedai sepanjang perjalanan ini.
Dalam bajet 2024, yang berlandaskan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan ini, bagi Teras nombor 1: Ekonomi, Pelaburan Dan Infra bernilai 22.75 juta. Dari jumlah itu, sejumlah 10.06 juta bagi menaik taraf jalan dan lampu yang, negeri yang telah disediakan. Banyak jalan di negeri ini yang masih bergelap dan merbahaya kepada pengguna jalan raya pada waktu malam. Di samping itu, jalan-jalan di tengah jalan itu, penanda jalan itu tidak kelihatan Dato’ Seri. Di musim hujan, jika kita me, memandu dalam keadaan hujan lebat, tidak nampak pembahagi jalan antara kawasan putih kiri dan kanan. Jadi saya harap benda ini diperhalusi. Saya mohon Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar dan saya lihat ada negeri-negeri telah mewujudkan satu entiti perniagaan sendiri. Ini bukan untuk saya Dato’ Seri, ini bukan untuk kita barisan-barisan jawatan, jawatankuasa, ADUN-ADUN ini, kita wujudkan melalui perbadanan, duit ini kita bagi mereka yang uruskan. Di mana, kita lihat di peringkat Pusat, kita bagi satu konsesi yang besar, tapi hari ini, dia patah balik, patah balik, jalan Negeri Sembilan macam tu je jalan, jalan utama. Tapi untuk negeri, jangan 10.0 juta ini, tahun depan kita bercerita masih tentang lampu jalan, tak ada penambahan, tak ada pembaikan, tak ada sebarang usaha untuk Jalan Negeri.
Di sini saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Pengangkutan, tapi tak ada, YB Chennah tak ada hari ini, tapi saya menzahirkan di Dewan ini, tahniah. Jika cadangan pembinaan pelabuhan di Port Dickson menjadi kenyataan, tahniah Dato’ Seri, ini permulaan yang bagus. Ia merupakan pelaburan baik untuk negeri kita untuk jangka masa panjang. Pastikan kita rebut, kalau di Thailand sekarang telah merancang untuk membina Segenting Kra, iaitu pelabuhan darat daripada sebelah kiri Andaman ke lautan China Selatan. Tapi kita pun jangan ketinggalan sebab mana mungkin mereka dapat membina dalam masa sekejapan, untuk membina lebuh darat,
dipanggil lebuh darat di sana. Jadi teruskan Dato’ Seri, kami di blok ini tidak akan was-was kalau ini membawa kebaikan kepada negeri kita.
Bagi Teras nombor 5, membabitkan tanah dan perumahan. Saya mohon kepakaran Dato’ Seri, kepakaran Dato’ Setiausaha Kerajaan dan semua, dan barisan agensi-agensi kerajaan dan melalui PKNNS jangan tertumpu di Bandar Seremban ini dan Nilai sahaja untuk pembinaan rumah-rumah. Sebab kita lihat, pembinaan rumah-rumah di kawasan ini nampaknya telah dimonopoli oleh orang Kuala Lumpur nak duduk di kawasan negeri kita. Tak apa Dato’ Seri, dia datang elok, tapi jangan lupo wilayah barat kita, Tampin, Jelebu dan Jompo, PKNNS kita ada PKNNS kita ada banyak dana, kita binalah, kita bantulah isu permasalahan. Isu setiap kali Dewan kita akan membawa isu tentang perumahan generasi kedua felda. Bukan tak boleh selosai Dato’ Seri, tapi penawaran di kawasan tersebut tiada. Jika ada, mereka pun tak nak duduk kawasan tu. Mereka pun akan duduk di Pekan Bahau, akan duduk di Pokan Gomeh, akan duduk jugak, tak maun deh duduk di Jolai tu doh Dato’ Seri, tak maun deh duduk di Pasir Bosa tu doh. Dia akan turut keluar untuk mencari rezeki dan berdekatan dengan tempat kerja mereka.
Bagi sektor pelancongan, iaitu Teras nombor 7. Saya mohon yang amat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tadi telah disebutkan, berbincanglah bersama Ahli Parlimen Port Dickson, Yang Amat Berhormat Menteri Besar berbincanglah dengan Yang Berhormat Ahli Parlimen Port Dickson, untuk menghidupkan kembali Pesta Port Dickson. Sebab, tadi telah dibincangkan oleh Bukit Kepayang, ditanya oleh Labu, benda ini cukup sinonim dengan kita. Dahulu pada bulan 8, kenapa tidak, kalau boleh ditanya kat saya, kenapa tidak dicadangkan walaupun telah diberitahu tadi bulan 12, bulan 12 ni musim tengkujuh. Bulan lepas, bulan 8 ini musim yang sesuai pada cuti sekolah. Dahulu telah dianjurkan Pesta Port Dickson ni satu, satu bulan di mana ia menjadi tempat pameran kepada agensi kerajaan, swasta. Ia juga menjadi tempat permainan sukan air dan sukan darat. Ia juga menjadi tempat hiburan yang kita bueklah acuan kita Dato’ Seri. Mungkin Dato’ Seri tanya tadi, konsep. Kita buat acuan kita, acuan Negeri Sembilan, tidak keterlaluan yang boleh mengganggu gugat kita punya negeri.
Di sini juga apabila kita buat Pesta Port Dickson. Betul, saya setuju dengan Dato’ Seri, jammed tetap berlaku. Tapi kalau tak jammed tak meriah Dato’ Seri. Jadi, kesan dia kepada peniaga-peniaga kecil, peniaga-peniaga kedai makan, malah makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang berniaga pelampung pun mendapat hasil daripada limpahan ini, Dato’ Seri. Kalau mereka …..
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Boleh saya mencelah Dato’ Speaker, boleh?
Jika mereka cukup makan, peniaga-peniaga ini saya tidak rasa mereka akan mempunyai masalah untuk terus membantu kita di Kerajaan Negeri ini. Hari ini, kita jugak melihat pusat yang baru iaitu Pusat Buaya Tembaga di Pengkalan Kempas. Untuk makluman Bukit Kepayang, saya cukup tertarik dengan Pusat Buaya Tembaga di Pengkalan Kempas, walau kawasan itu berada di Port Dickson, cuma kalau saya pergi di negara luar, saya nak tengok, kalau Australia-lah katakan, saya sanggup memandu begitu jauh untuk tengok penguin. Saya sanggup tengok kanggaru. Tapi kenapa produk ini ada di, di Port Dickson, di Pengkalan Kempas, kita tak war-warkan. Untuk makluman Dato’ Seri dan Bukit Kepayang, tengok boyo di zoo tak samo tengok boyo di Pengkalan Kempas. Boyo di zoo ni, boyo ni “buaya” Dato’ Speaker. Maaf. Kadang-kadang terkeluar jugak cakap. Buaya di zoo ini jinak eh sebab selalu diberi makan. Buaya di Pengkalan Kempas ini, anak-anak kita ini nak melihat bagaimana habitat ini duduk, bukan setakat tengok di, di tv Astro saja.
Jadi hari ini, kita mintak Kerajaan Negeri bangunkan semula, jangan kita tumpu pada pro, agro, balik-balik kita cerita pasal Ulu Bondo, balik-balik kita cerita pasal Port Dickson. Kita kembangkan, kita jalurkan lagi pembangunan untuk pelancongan Negeri Sembilan. Untuk itu juga saya mencadangkan untuk Kerajaan Negeri melalui Unit Pelancongan, orang muda sekarang suka mendaki hujung minggu. Jadikan ia satu sirkit di mana sirkit ini bukan hanya setahun sekali, di mana ada mengutip point untuk, hadiah bukan keutamaan, mereka ini untuk menyertai acara-acara ini secara santai bersama keluarga. Gunung Datuk, Gunung Tampin, Gunung Angsi di, dijadikan satu program pelancongan yang terbaik untuk negeri kita. Ini tidak langsung meningkatkan ekonomi penduduk setempat melalui penawaran penginapan dan juga homestay serta produk-produk tempatan.
Perkara terakhir yang ingin saya sentuh, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, ini negeri kita. Mungkin kita berbeza, tapi kita dibesarkan dengan adat dan adab. Kita semua bersaudara, mungkin kita berda, berbeza pandangan. Tapi doa dan impian kita tetap sama. Demi rakyat Negeri Sembilan kita bekerja untuk memajukan negeri ini dan memberikan penawaran yang terbaik untuk rakyat kita. Ucapan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri saya ambil “hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”. Surat telah saya hantar tapi pertemuan belum dapat bersua muka. Kami berharap dapat berjumpa Dato’ Seri. Kami 5 orang ini tidak rasa, hilang rasa hormat dan kasih kami kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri. Tidak juga luntur atau luak sebarang kehebatan
Dato’ Seri sebagai ketua eksekutif untuk Kerajaan Negeri Sembilan. Apa salahnya mendengar jugak, kata Seremban Jaya, oh dah keluar Seremban Jaya, dia kata: tahun ini penggal ini cukup istimewa, semua soalan lisan DUN speak, DUN pembangkang diberikan. Apalah salahnya, tak dapek bagi 10 bagi 7, Dato’ Seri. Tak dapek bagi 7, beri 5. Kok tak dapek beri 5, beri salam pun tak apolah Dato’ Seri. Tapi ibarat anak, mana mungkin anak kalau dapek nombor 1, nombor 2, takkan Dato’ Seri nak beza-bezakan.
Hari ini, 5 tahun ini kita memacu Negeri Sembilan bersama. Hari ini, ia bukan melibatkan, negeri ini negeri contoh yang seperti Dato’ Seri katakan, kita jangan tunjukkan permasalah kita, perselisihan pendapat kita, pandangan berbeza kita kepada anak-anak kita di luar sana, mereka akan menggantikan kita untuk penggal akan datang. Mereka akan gantikan kita satu ketika nanti. Kita jadikan negeri ini negeri yang terlatih, negeri yang beradab, negeri yang beradat. Kita mulakan dengan Negeri Sembilan. Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya tersalah silap dalam hujah saya, perbahasan saya ini. Kami di pihak pembangkang tidak mahu mencari salah. Dato’ Seri teruskanlah segala idea Dato’ Seri, dibantu oleh Yang Amat Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri, dibantu oleh Penasihat Undang-Undang Negeri, dibantu oleh Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri, dan dibantu oleh ayah, nak panggil ayah ke abang ni? Dio ni guru, kekanda saya, Tuk Jalal. Dio kalau rotan saya kang, saya terus balik je. Tapi, Tuk, kita buat bersama-sama barisan To’ Mail ada. To’ Mail maaf, panggil To’ Mail je, saya bermula dengan To’ Mail. Ini semua keluarga kita. Ini negeri kita. Kita jana sama-sama. Apolah makno eh Dato’ Seri, 36 DUN, Dato’ Seri handa – 31 DUN. Tak jadi juara esok deh, lawan bola kono monang semuo Dato’ Seri. Kita buek samo-samo. Tahun terakhir sok kito poranglah balik Dato’ Seri. Ompek tahun ni kita buek untuk rakyat. Boghi bogheh samo rato. Bantuan banjir samo rato …..
Jatuh sokongan tu, jatuh sokongan.
Jadi, hari ini kita, kami ini ibarat anak, 5-5 ni ada yang biasalah Dato’ Seri. Kok bega tu rotan-rotanlah Dato’ Seri. Sekian, salah silap saya, saya mohon untuk menyo, saya menyokong belanjawan 2024. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Sekarang saya buka pada ADUN-ADUN yang ingin berucap, membahaskan belanjawan ni. Saya buka, saya tak ada urutan. 12:30, rehat dulu? Semua dah, dah penat dah? Saya rasa, dalam Dewan ni saya
paling tua sekali. Okey, jadi kita, kalau begitu kita mula balik dalam pukul 2:00 ya. Pasal kita dah rehat awal, 12:30. Kita datang balik pukul 2:00 tepat ya. Jadi, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 12.33 tengah hari]
[Mesyuarat Dewan disambung semula pada jam 2.15 petang]
Kita sambung perbahasan pagi tadi, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Lenggeng.
Bismillahhirrahmanirrahim. Nahmaduhu warasulullah kareem, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih yang, Dato’ Yang Dipertua kerana mem, memberi izin lalu saya untuk berbahas bagi Belanjawan Negeri Sembilan 2024. Pertama kali saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kepada Exco Kanan, kepada Dato’ SS, kepada Dato’ Khidir dan Exco-Exco Kanan yang lain kerana sama-sama menggembleng tenaga bagi membentangkan, bagi sama-sama merumuskan ya, berkampung di Alson Klana Resort untuk membincangkan Belanjawan 2024.
Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat baru-baru ini okey, dan sekarang kita dilanda musim tengkujuh. So, tempat saya Lenggeng, sangat terlibat dengan masalah banjir. Hampir setiap hari, setiap kali hujan ya, kalau lebih satu jam, dia akan mengalami banjir. Maka saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti MAINS, saya call terus, besok tengah hari tu hantar bantuan ya, Setiausaha MAINS, saya call YB Anthony Loke; Menteri, dia han, dia terus memanggil jentera-jenteranya termasuk YB Arul untuk datang membantu. Dan ini menunjukkan satu kesepaduan di antara Kerajaan Perpaduan yang berada pada hari ini.
Antara permasalahan yang berlaku di Lenggeng berkenaan dengan banjir adalah kerana keadaan sungai di mana sungai, dasar sungai yang telah saya pergi, telah hampir sama, telah hampir sama tinggi dengan tebing sungai. Jadi bermakna sekiranya hujan lebih satu jam lebat, kalau renyai-renyai okey, kalau lebih satu jam saja, air akan melimpah masuk ke rumah orang kampung. Memang dia banjir kilat ya, dia masuk sekejap, lepas tu dia hilang. Tapi kesannya sofa-sofa rosak, permaidani, katil-katil ya, sehingga melibatkan banyak kerugian kepada orang kampung.
Jadi saya mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, salah satu kaedah untuk meringankan banjir adalah timbal balik pasir. Saya dimaklumkan timbal balik pasir ini diuruskan oleh Yayasan Negeri Sembilan. Dan saya sangat setuju dengan timbal balik ini kerana dia meletakkan deposit sebanyak 100,000.00 ringgit dan dia menjaga tebing pasir. Sekiranya apa-apa keadaan pasir itu, kontraktor itu bertanggungjawab untuk membetulkan balik dengan, sekiranya kontraktor itu tidak bertanggungjawab, disedut pasir dantidak bertanggungjawab, maka 100,000.00 ringgit deposit akan hangus dan kerajaan, Yayasan akan menggunakan dana itu untuk membetulkan tebing-tebing pasir itu.
Tapi ada beberapa masalah berkenaan dengan timbal balik pasir ini di mana sekiranya satu-satu syarikat tu gagal untuk menda, untuk mendapatkan persetujuan daripada orang kampung untuk digunakan tanahnya bagi mengambil pasir, maka proses timbal balik pasir itu mengeluarkan pasir itu tidak dapat dilakukan, Yang Dipertua. Ni, kadang-kadang satu proses setelah letter award tu di-award kepada sesuatu kontraktor tu, mengambil masa sehingga 3 – 4 bulan masih lagi tidak dapat kerana untuk proses, untuk proses berurusan dengan orang kampung saja mengambil masa 3 – 4 bulan. Kemudian selepas dapat proses tu, untuk meratakan tanah dan pelbagai bagai lagi. Sehingga 4 – 5 bulan, di Lenggeng ada satu, satu timbal balik yang telah dapat kelulusan. Kelulusan diberi sebelum pilihan, Pilihan Raya Negeri, sampai sekarang belum keluar lagi pasir dia disebabkan permasalahan gagal untuk dapatkan kebenaran daripada orang kampung. Orang kampung kat Longgeng ni garang-garang. Dia kalau marah, dia bawak parang je kat rumah, kan.
Jadi, saya tadi dah berbincang dengan Dato’ Khidir, YB SFINO untuk mungkin mempertimbangkan cara lain bagi mempermudahkan sebab ketika ini kita berhadapan dengan musim banjir. So di sini pun ada, kita pun tak nak menggunakan dana Kerajaan Negeri yang banyak untuk mengu, untuk mengatasi masalah ni. Jadi dengan, dengan keadaan timbal balik ini kita ada pendapatan kepada Kerajaan Negeri. Kalau dulu, sebelum ni dia tidak ada pendapatan, mungkin hanya pada doket saja. Tapi sekarang Yayasan pun dapat, apa, Pejabat Daerah pun dapat, kontraktor pun dapat. So win-win situation, maka saya, saya berbincang dan saya mengadukan permasalahan ni kepada Dato’ Khidir. Dan alhamdulillah mungkin nanti Dato’ Khidir akan dapat men, membantu kamilah untuk menyelesaikan masalah ini.
Okey, berkenaan dengan Aspirasi Teras 6: Pertanian ya. Yang Amat Berhormat telah membentangkan bajet sebanyak 22.75 juta di mana program-program, program-program seperti program tingkatan,
tingkatkan hasil sayur termasuklah Program Jualan Agro Madani yang telah dibahaskan oleh Johol ya, Peningkatan Kualiti Dan Pengeluaran Veterinar, Transformasi Kaedah Pertanian, Pengeluaran Ternakan Genetik yang dibahaskan oleh Gemas dan Pelbagai sebanyak 7.5 juta.
Saya ingin mencadangkan, saya, saya, saya ingin menarik kepada perhatian Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan Transformasi Kaedah Pertanian di mana saya mencadangkan kepada Pertanian, kita memperkenalkan satu dasar. Yang pertama, kita memperkenalkan satu dasar pertanian. Mungkin dulu kita pernah dengar, kita, sekarang kita ingin menarik minat ramai orang muda, belia untuk masuk dalam bidang pertanian. Yang Dipertua, untuk makluman, orang muda banyak datang jumpa saya, semua tanya pasal berkenaan dengan projek G1, G2, G3. G1, G2, G3. Jadi kita ni tak banyak projek hujung-hujung tahun. Jadi, mentaliti orang-orang muda dan orang belia ni, projek, mereka hanya memandang kepada projek G1, G2 yang, yang di, yang di, dibuat oleh kerajaan. Tetapi sebenarnya pertanian ialah satu pendapatan ya.
Pertanian ni kalau dulu kita pernah dengar “pertanian adalah perniagaan”. Tapi kita kena buat satu anjakan, anjakan paradigma dan minda oleh, oleh belia-belia dan orang muda supaya masuk ke dalam bidang pertanian. So kita banyak, kita ada, kita peruntukkan 22.75 juta untuk bidang pertanian ni. Jadi bagi menggalakkan orang-orang muda ni, saya mencadangkan kita kenalkan satu dasar pertanian, kita, kita, kita war-warkan satu bahawa pertanian adalah jaminan pendapatan contohnya. Pertanian adalah perniagaan, contohnya. Perniagaan memberi pulangan yang besar, contohnya ya. Itu, pihak Pertanian kena, kena bincanglah.
Dan yang kedua, kita jugak kena memperbanyakkan ya, bawah Transformasi Kaedah Pertanian, melaksanakan latihan ataupun kursus kepada golongan belia ataupun golongan orang muda untuk menarik minat mereka masuk ke dalam bidang pertanian. Sekiranya mereka minat, tapi mereka blur, apa bidang yang mereka nak buat, apa, apa tanaman yang mereka nak tanam. Adakah cili, adakah sawi, adakah nanas, adakah kobis, ada banyak. Jadi dengan ada latihan dan kursus pertanian, maka orang muda dapat membuka minda mereka, bahawa oh aku ada tanah setengah ekar, boleh buat cili yang mungkin memberi pulangan modal mungkin sebulan 3 – 4 ribu ringgit kan. Aku ada tanah 2 ekar, boleh tanam sawi yang buat pulangan 4 – 5 ribu ringgit. Dan pulangan setiap bulan ya. Kalau kita ambil G1, sekali award saja habis, settle. Lepas tu tak dapatlah bagi dia lagi dah. Kenalah tender ataupun cari kontraktor-kontraktor lain ataupun undi dan sebagainya. Tapi kalau kita gerakkan dia, bukak minda dia untuk masuk bidang-bidang seperti ini, dengan mengadakan latihan, kursus-kursus, maka ini akan
menarik minat mereka dan mereka, mungkin mereka akan terus dalam bidang pertanian.
Kemudian kita libatkan agensi-agensi kerajaan seperti FAMA. Dan saya memang maklum bahawa FAMA memang mengambil semua produk-produk pertanian yang tidak laku. Saya ada sembang dengan Timbalan Pengarah FAMA, dia kata mana-mana orang yang buat tanaman, sekiranya tanaman tu tidak laku, dia akan ambil, tetapi pada harga, harga, ada harga, ada harga lantai dia ya, supaya win-win, kerajaan tak rugi, dia pun tak rugi. Tetapi perkara ini tidak diwar-warkan dan tidak tahu, orang muda, orang belia dan orang-orang kampung mungkin dia tidak tahu adanya program seperti ni. Maka kita libatkan agensi-agensi ni bahawa mengatakan bahawa untuk orang new player ini, siapa-siapa yang masuk, siapa yang telah buat latihan, setelah pergi ke kursus, bahawa produk dia akan dijamin. Dan kita tahu cili memang makan habis. Kita tahu sawi makan habis. Kita tahu kalau buat ikan keli, ikan keli pun makan habis. Semua produk-produk ni yang saya dengar di pasaran memang sentiasa habis, malah tak cukup, malah kita import daripada luar kan. Jadi, tetapi sekiranya tidak ada latihan, tidak ada penerangan, tidak melibatkan agensi-agensi, tu, orang-orang muda ni tak tahu. Maka banyak tanah-tanah terbiar di semua kawasan-kawasan kampung di sekitar Negeri Sembilan, amnya di DUN Lenggeng ya.
Kalau Yang Dipertua lalu kan, masuk kawasan kampung tu, kiri kanan Yang Dipertua tengok, banyak semak. Padahal tanah tu boleh keluarkan produk. Dan kerajaan sangat support untuk bagi sekuriti makanan, di bawah Exco Kanan kita. So saya harap Exco Kanan, saya mengharapkan Exco Kanan dapat melihat perkara ini untuk dibawa ke tengah, supaya mengadakan libat urus semua agensi dalam bidang sekuriti makanan.
Dan yang terakhir, keempat, kita, sesiapa yang telah pergi kursus, pergi latihan sebagainya, maka kita sediakan pinjaman mudah ataupun geran-geran. Dan saya dimaklumkan oleh pengarah, Pengarah Pertanian bahawa memang ada geran. Cuma, yelah, macam saya kata tadi, ramai yang tak tahu, saya pun tak tahu, lepas dah tanya baru tahu. Tapi bagaimana kaedah dia untuk kita sampaikan maklumat ni. So bila semuanya, bila ramai dapat kita generate, orang-orang muda masuk dalam bidang pertanian, maka kita akan melihat bahawa kita sendiri akan keluarkan produk makanan kita sendiri. Kalau di, disokong oleh pegawai-pegawai kerajaan, disokong oleh kita di dalam Dewan yang mulia ini, semuanya memberikan sokongan, makan Negeri Sembilan akan menjadi hab pertanian yang besar ya.
So kita ada tabung TUNS Plus. Mungkin boleh pakai untuk bidang ni. Kita ada FAMA punya geran, mungkin boleh pakai. Mungkin, kita ada
pinjaman geran daripada Veterinar. Kita tahu ada 2.11 juta di bawah Veterinar. So saya harapkan ki, dengan membukak minda orang muda ni dapat menjana satu pendapatan dan sekuriti makanan untuk Kerajaan Negeri Sembilan.
Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Rumah Harapan Rakyat. Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah membentangkan bahawa tahun 2024, belanjawan bagi membina Rumah Harapan Rakyat adalah sebanyak 5.0 juta dan tambahan daripada MAINS sebanyak lagi 5.0 juta kepada mereka yang berla, berkelayakan. Itu bermaksud lebih kurang 10.0 juta diperuntukkan untuk Rumah Harapan Rakyat. Saya melihat ini adalah satu program yang sangat menarik dan sangat bagus. Dan dia hampir sama dengan SPNB, skim perumahan, Skim Perumahan Nasional Berhad, yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan. Cuma bezanya pada harga dan pada kaedah ya.
Bagi Rumah Harapan Rakyat, untuk makluman Yang Dipertua ya, harganya adalah, harga yang 2023, saya tak tahu harga 2024, tapi harga 2023 sebanyak 85,000.00 ringgit untuk satu Rumah Harapan Rakyat. Untuk makluman, pinjaman yang disediakan oleh, bagi Rumah Harapan Rakyat ini, 75,000.00 ringgit di mana pemohon kena sediakan lebih kurang RM10,000.00 ringgit. Dia berbeza dengan rumah SPNB. Kalau rumah SPNB dia akan bagi full loan, full dan dapat subsidi. Dan saya pun tak mintak subsidi kan. 75,000.00 ringgit, ada subsidi 20,000.00 ringgit, kemudian bayar bulanan lebih kurang bawah 200.00 ringgit, di bawah SPNB.
Tapi dalam rumah Pakatan Harapan ni, pemohon kena sediakan RM10,000.00 ringgit dan syarat-syarat yang ketat adalah, syarat utama adalah kepada mereka yang miskin tegar. Yang, untuk makluman Yang Dipertua, dalam 4 bulan, 3 bulan ke 4 bulan saya menjadi ADUN kawasan Lenggeng ni, kalau yang datang …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. kalau dia kata …..
Boleh sedikit?
Haa?
Yang pencerahan sikit?
Haa okey.
Yang berkaitan dengan Rumah Harapan Rakyat. Rumah itu bernilai 85,000.00 ringgit, hutang ataupun pinjaman kepada pemohon adalah 75,000.00 ringgit dan 10,000.00 itu adalah ditanggung oleh kerajaan.
Semua ditanggung?
Tidak perlu bayar.
Okey. Okey, kalau macam tu Yang Dipertua, saya tutuplah perbahasan. Dah tak ada apalah kita nak ni, tapi mungkin ada, ada sedikit dalam, dalam Yayasan Negeri Sembilan dia tulis 5% kena sediakan, 5%, betul tak YB Arul? 3,500.00 ringgit.
Itu adalah caj pengurusan.
Pengurusan, okey. So kita bahas kat 3,500.00 lah, yang 10,000.00 tak payahlah. Sebab Kerajaan Negeri dah tanggung, kan? So yang 3,500.00 Yang Dipertua, untuk makluman, mungkin boleh dikurangkan, atau mungkin buat 10 kali bayar, 20 kali bayar, sebab saya berhadapan dengan rakyat yang miskin tegar ni mintak saya 200.00 ringgit untuk makan. Bukan satu orang Yang Dipertua, kalau tengok Pusat Khidmat tu, kalau saya datang saja, saya ingat ada 50 orang beratur, semua datang mintak, duit pampers tak ada, duit anak tak ada, yang paling saya sedih, dia kata: tuan, saya duit PIBG sekolah pun belum bayar lagi 150.00 ringgit. Jadi kalau saya tengok syarat kelayakan ni 3,500.00 kena sediakan, saya rasa memang dia tak ada, dan dia akan cari sayalah. Jadi, sebelum dia cari saya, saya, saya bentangkan kat Dewan yang mulia ini supaya kita tak, tak hapuskan, tapi mungkin kita bayar secara ansuran ya. Itu kita mintak ya, aduan Yang Dipertua. So saya, saya masuk tajuk lainlah Yang Dipertua. Itu Rumah Harapan Rakyat ya.
Okey, seterusnya berkenaan pelancongan ya. Kita tadi dengar okey, daripada pihak Gemas, pihak Labu berkenaan dengan Port Dickson. Dan telah diberi jawapan yang panjang. Untuk makluman semua Dewan, dalam seminggu atau 2 minggu ni, saya ada pergi ke Port Dickson, dan memang, saya kata Port Dickson tidak perlu dipromosi lagi. Cukup apa yang ada sekarang. Kalau dulu kita cuma ada Batu 8, bila saya pergi saja Batu 8, nak mandi, saya tengok penuh Batu 8 tu. Saya gerak ke Batu 6. Batu 6 pun ada tempat mandilah. Betul kata Yang Amat Berhormat MB tadi. Kemudian saya pergi ke Batu 2, pun ada tempat mandi jugak. Batu 4 pun ada tempat mandi jugak. Maksudnya telah dibesar luaskan kawasan-kawasan mandi dan tempat tu telah menjadi tumpuan pelancongan domestik sebab kita tengok, kenapa saya kata
domestik, sebab saya tengok kebanyakan orang Melayu yang datang ke situ ya.
Dan berkenaan dengan kita ingin me, mengajak orang luar, luar negara datang ke Port Dickson ya. Hotel-hotel Port Dickson ya, contohnya saya nak, saya nak tidur kat Port Dickson kan, saya telefon Hotel Lexis contohnya, penuh, full booked. Harga satu malam 600.00, 700.00, 800.00. Saya kata memang orang Malaysia ni tak ada, tak ada yang miskin-miskinlah kata. Tak ada, semua, full booked. Semua hotel majoriti full booked kalau Jumaat, Sabtu, Ahad ni. Ahad mungkin dia orang balik lah ya. Dan bila kita tanya-tanya lagi, kebanyakan datang pelancong, pelancong daripada China. So maksudnya Port Dickson ni telah terkenal, maksudnya ada agensi-agensi pelancongan telah bawak China, Korea datang ke Port Dickson.
Jadi Yang Dipertua, kat ini saya nak ingin menyampaikan satu bahawa dana pelancongan ni jangan bawak ke PD. Bawaklah ke Lenggeng, ke Gemas ke, kan ada banyak ni, ada 13.14 juta. Kita promosi kawasan-kawasan yang kurang tumpuan. Contohnya mungkin, Ulu Bendul tu saya rasa tu memang dah jammed, tapi saya tak tahu sama ada tumpuan ataupun tidak kan. Jeram Padang tumpuan atau tidak, tak ada kan, hantar kat Gemencheh sikit, sahabat saya kata hantar kat Gemencheh sikit. Tapi kalau boleh saya nak mohon 1.0 juta kat Lenggeng, boleh ke YB Nicole? Boleh ya? Sebab kawasan-kawasan yang lain selain daripada Port Dickson dalam Negeri Sembilan ni memang kurang tumpuan, memang kurang tempat orang nak datang ya. Jadi, itulah berkenaan dengan pelancongan.
Dan berkenaan dengan ADUN Gemas tadi, saya nak mencelah tadi tu, saya nak bercakap pasal, dia kata nak buat balik berkenaan dengan Pesta PD. Saya bukan nak membantah ataupun nak menghalang kerana saya bukanlah ADUN atau Parlimen, cuma saya nak memaklumkan bahawa Pesta PD ni banyak yang baik, banyak yang tak baik daripada baiknya, okey. Saya ingat dulu, masa muda-muda ketika ada Pesta PD dulu, di belakang-belakang tu, konsert tu banyak botol-botol arak ya, bertempiaran botol-botol bir. Dan yang sedihnya adalah orang kita yang enjoy sama-sama dengan Pesta PD tu. Dan ada jugak bila dibawak fun fair dalam Pesta PD tu, banyak perjudian. Dan saya dimaklumkan Gemencheh yang, dia langsung tak kasih fun fair masuk kat kawasan dia kan Gemencheh. Itu hari dia sembang tadi, fun fair dia tak kasi masuk kerana fun fair ini melibatkan judi. Jadi kita fikir-fikirkanlah dan renungkanlah.
Dan yang terakhir berkenaan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada JPKK yang baru-baru ini dilantik. Kita telah menjayakan satu aspirasi,
kita telah menjayakan satu formula Kerajaan Perpaduan pada hari ini. Kita berjaya lantik JPKK dalam pelbagai parti. Ada daripada Pakatan Harapan, daripada Barisan Nasional ya. So dalam pembahagian-pembahagian tu alhamdulillah semuanya setuju, dan kita pun tak ada nampak gaduh baling kerusi, tak ada nampak keluar berita mana-mana, maksudnya aman dan damai.
Cuma saya ingin, saya ingin bertanyakan soalan, sebab JPKK ni, untuk maklumat Yang Dipertua, mereka adalah umpama jentera pihak kerajaan. Contohnya ketika banjir berlaku pukul 2:00 pagi, saya melihat sendiri, saya bersama-sama JPKK ber, berada di kawasan tersebut keluar pada pukul 2:00 pagi. Dan kita sedia maklum bahawa tidak ada overtime untuk JPKK ni keluar. Tetapi mereka keluar jugak atas dasar tanggungjawab mereka menggalas jawa, apa, jawatan JPKK. Begitu juga dengan Setiausaha dan AJK-AJK mereka ya. So saya melihat mereka ni bekerja tidak mengira masa.
Dan semua tembakan-tembakan ya, hentaman-hentaman akan terkena pada beliau, dia orang ni dulu sekiranya sesuatu perkara yang berlaku di kawasan kampung tersebut ya. Kalau, kalau longkang tak diselenggara, JPKK kena. Kalau sungai tak diselenggara, JPKK jugak kena. Kalau lampu malam tak ada, JPKK jugak kena. Dan JPKK ni jadi penyelaras, dia akan tulis suat kepada Pejabat Daerah. Saya terima kasih kepada Tuan DO Najib yang baru pindah ke Pejabat Daerah kerana sangat respons apabila JPKK kami menghantar aduan ya. So, jadi untuk makluman Yang Dipertua, beginilah cara kerja JPKK yang dilantik.
Maka saya ingin bertanya kepada kerajaan atas belanjawan yang baru ni, bolehkah ataupun adakah elaun yang diterima oleh JPKK hari ini boleh ditingkatkan ya. Kerana yang kita tahu sekarang JPKK punya elaun sekarang adalah bawah 1,000.00. Setiausaha pun bawah 1,000.00. Tapi mereka bekerja siang malam, segala tohmahan, segala penghinaan, segala cacian, segala makian di dalam Facebook tu, semua ditujukan kepada JPKK barulah terkena sikit kat YB ADUN. Tu pun dah elak-elak sikitlah ya. So saya mencadangkan supaya belanjawan yang ada hari ini di, diperuntukkan sedikit untuk naikkan elaun JPKK sekurang-kurangnya, sekurang-kurangnya gaji minima. Sama, setaraf dengan gaji minima.
Okey Yang Dipertua, saya, dan terakhir sekali, saya mengucapkan syabas dan tekyah, tahniah kepada pasukan kerajaan yang berada pada hari ini kerana berani membentangkan belanjawan defisit. Belanjawan defisit ni bukanlah bermakna kita ni miskin ataupun tak ada duit, tak. Belanjawan defisit ni ketika dalam keadaan ekonomi ni, memang kita kena bentangkan belanjawan yang berani begini supaya dapat
merancakkan ekonomi negeri. Dan saya yakin, diterajui oleh Dato’ Khidir, dia boleh pasti dapat collect and defisit akan menjadi surplus. So kalau, kalau perlukan bantuan bagitahu kita datang sama-sama untuk kita fikirkan bagaimana untuk dapatkan supaya Kerajaan Negeri di hujung 2024, surplus 100.0 juta. Sekian saya dengan ini, Lenggeng dengan ini menyokong Belanjawan 2024. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih YB Lenggeng.
Assalamualaikum.
Saya mempersilakan …..
Assalamualaikum.
….. YB …..
ADUN Paroi.
….. Mambau.
ADUN Paroi nak buat celah sikit, boleh tak? Tentang ucapan sahabat saya daripada Lenggeng.
Tak ada, kita telah atur. Kamu, bila masa …..
Ini …..
….. bila masa Paroi nanti boleh, boleh …..
Ini …..
….. boleh …..
Ini bukan ucapan menentang. Ini ucapan kepada ADUN Lenggeng ni tentang Rumah Harapan Rakyat. Saya rasa supaya …..
Kita tak ada masa lagi YB kalau kita semua ucapan, kita nak ulas balik …..
Okey, okey.
Masa sampai nanti, YB boleh sebut balik.
Okey.
YB Mambau. Lain kali tunggu saya panggil.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua bagi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan juga Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan 2024. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas di atas pembentangan belanjan, belanjawan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat pada hari Jumaat yang lalu di mana Kerajaan Negeri dijangkakan akan menjana pendapatan sebanyak 555.0 juta. Angka yang cantik sekali. 555. Jadi, 550.0 juta ringgit yang bertambah daripada tahun yang lepas.
Dato’ Yang Dipertua ada beberapa perkara atau elemen dalam pembentangan yang telah dibuat. Harus saya rasakan untuk saya berikan pujian kepada, di mana pada ciri-ciri yang akan terus memberikan manafat, manafaat kepada rakyat jelita secara langsung sepertimana yang telah disebut seperti yang dijanjikan dan janji ditepati. Salah satu iaitu Manifesto Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang di, yang di, yang di apa, yang ditubuhkan di tahun, tahun lepas. Jadi, untuk manifesto ini, untuk golongan belia sebanyak 5.0 juta, bagi bantuan perkahwinan Ringgit Malaysia 500.00 ringgit kepada anak negeri yang mendirikan rumah tangga kali pertama. Kedua, sebanyak 14.8 juta kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas, Sumbangan Keceriaan one-off sebanyak 200.00 ringgit kepada pemohon yang merupakan pengundi berdaftar di Negeri Sembilan. Dan ketiga, sebanyak 1.60 juta, 1.6 juta untuk bayi dan kanak-kanak iaitu caruman one-off Skim Simpanan Pendidikan Nasional sebanyak 100.00 ringgit seorang kelahiran baru anak-anak Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, selain daripada 3 insentif yang terbaru ini, kita masih ada banyak insentif-insentif yang lain dan akan memberikan manafaat kepada rakyat Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas sekali lagi kepada Kerajaan Negeri saya ucapkan, yang berjaya dapat menandingi cabaran, dapat menandingi cabaran dan berjaya melaksanakan insentif-insentif yang amat baik kepada rakyat Negeri Sembilan.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil peluang pada ucapan perbahasan kali ini bahawa saya ingin, saya ingin memperingatkan kepada pihak yang terbabit supaya mewujudkan jaringan kemudahan untuk rakyat jelata untuk memohon sebarang permohonan insentif Kerajaan Negeri ini. Dan pastikan tidak menghadapi apa-apa masalah
apabila mereka membuat permohonan. Dan kalau boleh, abaikan syarat-syarat yang ketat dan secara, secara mudah untuk kemudahan rakyat jelata.
Dan satu, dua soalan saya ingin pihak Kerajaan Negeri memberi penjelasan terhadap insentif ini agar bilakah insentif, insentif yang diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri akan di, dapat dilaksanakan. Pada bulan April ke, pertengahan tahun ke? Lagi satu, yang di luar ramai orang tertanya-tanya bahawa insentif ini adakah termasuk pada tahun 2023. Biar bayar, biar bayar sekaligus wang, one-off adakah dia termasuk tahun 2023 dan 2024. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri kalau boleh serba sedikit memberi penjelasan terhadap perkara ini.
Jadi, Dato’ Yang Dipertua, perkara yang seterusnya saya ingin sentuh di sini ialah berkenaan dengan pelaburan luar negara. Dato’ Yang Dipertua, pendapatan Kerajaan Negeri seremban, Sembilan, dari pelbagai industri. Dan salah satu industri yang sangat penting dan menyumbangkan pendapatan dari segi cukai dan bukan cukai iaitu pelaburan luar negara. Negeri Sembilan berpotensi untuk dijadikan tumpuan pelaburan luar negara. Kita ada Sendayan Tech Valley yang penuh dengan kilang-kilang besar dari luar negara. Kita ada ON Semi dan Samsung di Senawang. Dan kita ada Kellogg's, Kellogg's di Enstek. Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan projek yang cukup baik iaitu MVV 2.0. Dan ia akan menarik, tarikan hati pelaburan luar negara.
Jadi, saya nak tanya sikit, adakah Kerajaan Negeri telah bersiap sedia, bersiap sedia untuk mendapatkan pelaburan luar negara ini? Saya difahamkan kebanyakan kawasan berindustri yang sedia ada di Negeri Sembilan sudah penuh dan tidak, sudah penuh dan tiada lagi tanah yang kosong. Saya juga difahamkan Kerajaan Negeri telah mengambil usaha yang insentif dan memberi kelulusan kepada pemaju-pemaju untuk membina banyak kawasan industri di Seremban. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan di mana lokasi kawasan industri tersebut dan jumlahnya, luas kawasan, saiz tanah dia.
Dan juga Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan Negeri berapa pelabur luar negara telah diluluskan di Negeri Sembilan pada tahun 2023? Dan sasaran Negeri Sembilan untuk mendapatkan pelaburan luar negeri, luar negara pada tahun 2024 juga? Siapakah pelaburan, pelabur luar negara yang berminat melabur di Negeri Sembilan? Kilang-kilang yang bakal dibina di Seremban akan memberi man, manfaat kepada warga Negeri Sembilan kerana memberi peluang bekerja, melatih pekerja yang mempunyai teknik yang berkemahiran. Ia akan men, memanfaat seluruh, seluruh warga Negeri Sembilan. Jadi
saya berharap Kerajaan Negeri boleh serba sedikit memberi penjelasan terhadap pelaburan luar negara ini.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, sini ada satu atau 2 aduan tempatan kawasan DUN Mambau iaitu berkenaan dengan University Mall di Seremban 3, yang baru-baru ini, 2 bulan yang lepas, mereka menghadapi tiada bekalan air dan tiada bekalan letrik. Jadi, masalah ni telah berterusan, sudah 2 bulan. Tapi sampai hari ini masih belum selesai lagi. Di sini saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Exco Nilai yang sempat turun padang bersama saya berjumpa dengan pengadu-pengadu dan pemaju. Tapi penyelesaian masih tidak dapat diwujudkan dan saya berharap pihak Kerajaan Negeri kalau boleh mendapat pandangan apa ni, mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri terhadap perkara ini dan kepada pihak Kerajaan Negeri, macam mana untuk menyelesaikan masalah University Mall Seremban 3 ini.
Sebab saya selaku Wakil Rakyat di DUN Mambau sini, saya tidak mahu, tidak mahu macam projek macam ni jadi projek gajah putih. Seperti di Mambau sudah ada satu projek gajah putih iaitu semua orang pun tahu, Flat Desa Rasah dan lagi dua ada di Bandar Seremban, satu Wisma Punca Emas dan satu Wisma Peninsular di Templer sana. Jadi kita, pihak Kerajaan Negeri harus memberi prihatin untuk mengelakkan projek gajah-gajah, projek gajah putih yang akan wujud di Negeri Sembilan. Jadi, saya harap pandangan dan cadangan daripada Penasihat Undang-Undang boleh bagi sikit pandangan kepada pihak Kerajaan Negeri dan kita sama-sama menyelesaikan masalah University Mall Seremban 3 ni, di sebelah UiTM.
Jadi akhir sekali, Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya terima kasih kepada Dato’ Yang per, Dipertua, memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam ni, dalam perbahasan perbelanjaan pada kali ini. Saya menyokong perbelanjaan Belanjawan 2024 yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Saya menjemput Yang Berhormat Seri Menanti.
Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum dan salam perpaduan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, dengan segala hormat dan takzimnya saya memohon izin membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2024. Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini bagi membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2024. Terlebih dahulu saya dengan hormat ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan atas pembentangan belanjawan negeri 2024 yang bertemakan Bersama Membina Negeri Madani, Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang berjumlah 555.0 juta. Saya juga mengalu-alukan inisiatif serta agenda yang bakal dilaksanakan di bawah 9 Teras yang berjumlah 201.73 juta beserta Skim Sejahtera Rakyat yang berjumlah 29.75 juta. Ini bersesuaian dengan ayat Al Quran, a’uzubillahiminasshaitan nirrajim [melafazkan bacaan ayat 97 surah Al Nahl]. Yang bermaksud: sesiapa yang beramal soleh, yakni lelaki atau perempuan, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan memberikan mereka dengan pahala yang lebih dari apa yang mereka lakukan.
Ini sesuai dengan maqasid syariah iaitu kese, kesempurnaan di dalam keperluan kehidupan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, saya cukup berbesar hati untuk bersama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan di Dewan yang mulia ini bagi mencurahkan segala inspirasi, keperluan dan keluhan rakyat terutama di kawasan saya Seri Menanti.
Yang pertama berkenaan dengan Pendidikan Dan Modal Insan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya menyambut baik Teras yang ke-2 yang berkaitan dengan pendidikan dan modal insan yang berjumlah RM11.8 juta. Adalah sebaiknya peruntukan bagi Program Pembinaan Karakter Bangsa perlu ditambah bagi membolehkan program berbentuk membina sahsiah serta jati diri yang kuat untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara. Saya juga ada mendengar rungutan, suara-suara dari kalangan penjaga berkenaan dengan Bantuan Awal Persekolahan dan Biasiswa Anak Negeri ini kerana ada di kalangan penjaga yang masih lagi tidak memahami aspek pemilihan pelajar-pelajar yang berdasarkan daripada Sistem eKasih. Saya mencadangkan adalah sebaiknya bantuan BAS dan juga BAN ini perlulah permohonannya melalui daripada sekolah dan Pusat Khidmat Masyarakat Yang Berhormat – Yang Berhormat di kawasan bagi memastikan bahawa tiada yang tertinggal untuk menerima bantuan ini. Justeru itu, saya percaya elemen suntikan peruntukan tambahan ini akan dapat membantu masyarakat kita untuk kemudahan anak-anak kita mendapat pendidikan yang baik dan sempurna. Syabas kepada Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan bantuan BAS dan BAN ini.
Yang kedua berkenaan dengan infrastruktur. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan berkenaan dengan isu jalan raya yang menghubungkan jalan utama Kuala Pilah – Seremban di mana penyeliaan dan baik pulih jalan ini
adalah melalui Selia Selenggara Sdn. Bhd. Tetapi di dalam musim monsun ataupun musim hujan ini, amatlah mengecewakan saya kerana tampalan jalan yang dilaksanakan oleh syarikat Selia Selenggara ini langsung tidak berkualiti serta banyak meng, menyebabkan kemalangan jiwa yang berlaku di kawasan jalan utama Kuala Pilah – Seremban ini.
Masa, berkenaan dengan masalah perparitan serta sungai yang tidak diselenggara dengan baik dan berkala. Kita sedia maklum bahawa setiap hujung tahun di negeri kita akan mengalami musim monsun tetapi kita seolah-olah tidak bersedia serta tidak ada contingency plan untuk menghadapi musim monsun dan banjir ini terutama di kawasan saya Yang Berhormat Dato’ Speaker, banyak berlaku banjir kilat yang kita tidak pernah jangkakan kerana masalah perparitan dan sungai yang di, yang tidak diselenggara dengan baik. Besarlah harapan saya agar agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dengan isu banjir ini sentiasa berhubung dengan mana-mana YB-YB kawasan yang terlibat dengan masalah banjir ini untuk kita berkolaborasi menyelesaikan masalah banjir ini. Amatlah saya harapkan agar Kerajaan Negeri dapat melantik salah satu Exco ataupun melantik Exco Kanan kita untuk mengetuai dan mempengerusikan Jawatankuasa Bencana Negeri untuk diselaraskan bersama menyelesaikan masalah berkenaan dengan banjir ini.
Berkenaan dengan masalah ketiadaan air yang kerap berlaku di kawasan saya, Yang Berhormat Dato’ Speaker, terutama yang melibatkan kawasan kampung-kampung tradisi ini, serta Kampung Orang Asli di kawasan saya. Boleh dikatakan hampir setiap minggu berlaku perkara ketiadaan air ini. Ada kadang masalah sistem loji airnya, sistem mesinnya dan juga sistem piping yang berada di bawah tanah sering bocor, boleh katakan hampir setiap hari berlaku masalah ini. Jadi apa penyelesaian yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri terutamanya Syarikat Air Negeri Sembilan. Amatlah saya harapkan agar pihak SAINS dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan piping tangki air yang berada di jalan utama terutama di kawasan kampung untuk kita mengurangkan masalah ketidak, ketidak, ketiadaan air ini.
Yang ketiga berkenaan dengan pertanian dan makanan. Yang Berhormat Dato’ Speaker, Seri Menanti dikenali sebagai tempat, kawasan jelapang padi. Dan insyaaAllah pada bulan 12 ini akan dilancarkan beras Seri Menanti. Jadi, amatlah diharapkan agar di kawasan di Seri Menanti ini terus diperkasakan untuk menjadikan bahawa di Seri Menanti ini bermulanya daripada kawasan di Terachi sehinggalah ke Tanjung Ipoh, ada penambahan untuk kita menambah lagi kawasan tanah untuk yang sesuai dijadikan sebagai jelapang padi. Sekarang ini, sebelum ini memang ada tetapi apabila berlakunya
masalah perparitan dan juga yang lain-lain, maka masalah isu tanaman padi ini ditangguhkan sehinggalah selesai masalah berkenaan dengan isu perparitan ini. Jadi, mohon kepada Yang Berhormat Datuk Exco Kanan untuk ambil maklum berkenaan dengan isu sa, tanah padi ini.
Kemudian berkenaan dengan masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan saya baru-baru ini, ramai pengusaha pertanian menyatakan keluh kesah mereka untuk memulakan semula tanaman dan usaha tani mereka selama ini. Saya mengharapkan agar kerajaan dapat membantu petani-petani kita yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Ini sesuai dengan Teras 6 yang berkait rapat dengan Pertanian di bawah Transformasi Kaedah Pertanian.
Berkenaan dengan perkara yang keempat, iaitu Agama, Adat Budaya Dan Masyarakat Orang Asli. Yang Berhormat Dato’ Speaker, sesuai dengan Teras 8, saya mewakili masyarakat Seri Menanti, memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar pada tahun 2024 nanti peruntukan membina baru Masjid Kariah Kampung Talang Tengah dapat diberi semula dan dapat dibina untuk kegunaan dan kese, keselesaan masyarakat kariah Kampung Talang Tengah.
Berkenaan dengan Adat Budaya. Festival Perpatih Dan Aktiviti Adat di Negeri Sembilan ini perlu diperkasakan dan mendapat liputan meluas terutama bagi masyarakat Negeri Sembilan. Saya mengesyorkan agar satu syllabus pendidikan berkenaan dengan Adat Perpatih dapat diperkenalkan untuk ilmu dan pengetahuan masyarakat kita.
Berkenaan dengan Geran Kampung Orang Asli, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu kekurangan rumah, isu bekalan air bersih dan juga bekalan elektrik di rumah-rumah masyarakat Orang Asli di kawasan saya. Saya membawa hasrat mereka agar kita dapat membantu mereka terutama berkenaan dengan bekalan air bersih, kemudian berkenaan dengan bekalan elektrik untuk rumah mereka kerana kita sedia maklum masyarakat Orang Asli ini, kadang-kadang satu buah rumah tu, hampir 3 – 4 keluarga yang duduk. Sedangkan satu rumah ada 2 ataupun 3 bilik sahaja. Jadi sebaiknya, kalau boleh kita perkenalkan Rumah Harapan untuk masyarakat Orang Asli itu pun satu kaedah yang terbaik untuk kita membantu mereka.
Berkenaan perkara kelima yakni Kesejahteraan Rakyat. Yang Berhormat Dato’ Speaker, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000.00 bagi setiap JPKK. Selaku pemimpin di kawasan yang telah dipilih, saya mengharapkan agar ada penjelasan yang tepat berkenaan dengan peruntukan tersebut dan bagaimanakah prosedurnya untuk mengurus
dan membelanjakan peruntukan tersebut. Jumlah 100,000.00 ini bagi kami sangat besar dan juga membantu Yang Berhormat – Yang Berhormat di peringkat kawasan. Dan sekiranya apabila bermulanya tahun 2024, peruntukan sebanyak 100,000.00 ini dapat memberikan satu faedah yang terbaik untuk masyarakat di kampung tersebut sama ada daripada segi ekonominya, sama ada daripada segi infrastrukturnya, maka ia dapat memberi satu ke, keselesaan dan kesempurnaan kehidupan masyarakat kita di kampung-kampung dan juga taman-taman.
Berkaitan dengan JPKK, saya memohon kepada Kerajaan Negeri dapat meneruskan bantuan kepada JPKK sepertimana di, di penggal yang lepas, Kerajaan Negeri memberikan peruntukan kepada MPKK sebelum ini sebanyak RM10,000.00 untuk, ada pembahagiannya iaitu untuk utiliti dan juga program-program kemasyarakatan di setiap JPKK. Jadi kami mengharapkan agar peruntukan tersebut dapat diteruskan di penggal ini untuk kita sama-sama membantu JPKK kita mengadakan program-program kemasyarakan, kemasyarakatan bersama dengan masyarakat-masyarakat di kampung-kampung dan juga taman-taman.
Dan yang terak, berkenaan dengan isu tanah dan perumahan, ini juga ada dalam Teras 9 kita. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memohon agar setiap permohonan Rumah Harapan Rakyat ini dapat disegerakan dan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kadang-kadang masyarakat kita masih belum faham bagaimana permohonan mereka ini. Kadang-kadang mereka pun tak tahu permohonan mereka ini diluluskan ataupun tidak diluluskan. Dia berbalik balik ke, apabila timbulnya isu ini, dia akan berbalik kepada Pusat Khidmat. Jadi kami mengharapkan ada satu prosedur yang terbaik bagaimana kita nak memudahkan masyarakat di negeri kita mendapat rumah yang terbaik untuk mereka dan juga keluarga mereka.
Berkenaan dengan Rumah Rakyat ataupun Projek Perumahan Rakyat. Saya sekali lagi memohon kepada Kerajaan Negeri dapat melihat ataupun kita gubal semula Dasar Perumahan Negeri untuk diberikan task force kepada agensi kerajaan ataupun GLC Kerajaan Negeri terutama keapda Perbadanan Kemajuan Negeri untuk membuat semula projek perumahan ataupun taman perumahan kos rendah ini di kawasan-kawasan kampung untuk kita meramaikan semula komuniti di kampung-kampung. Untuk makluman kepada semua ahli Dewan, ada kadang-kadang di kampung kita ini nak sembahyang Jumaat pun tak cukup korum sehinggakan Pejabat Mufti mengeluarkan fatwa boleh sembahyang di kawasan kariah tersebut. Ini ada berlaku di kawasan saya. Jadi kalau kita tidak, kita tidak melihat balik atau kita tidak boleh menggubal Dasar Perumahan Negeri, saya rasa kita boleh gubal kembali
Dasar Perumahan Negeri untuk kita membantu rakyat kita, untuk kita membuat semula projek perumahan kos rumah rendah bagi kita membantu rakyat-rakyat ataupun masyarakat di negeri kita mendapat rumah yang terbaik buat mereka dan juga keluarga mereka.
Dan yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Speaker, berkenaan dengan Teras yang terakhir, iaitu Teras yang ke-9, Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dapat memberikan insentif kepada To’-To’ Penghulu kita kerana Penghulu-Penghulu kita yang menjaga di setiap DUN ini, mereka ini tak ada elaun perjalanan sedangkan di dalam Mesyuarat JPKK, kadang-kadang ada JPKK buat mesyuarat hari Sabtu, Ahad. Ada JPKK yang buat mesyuarat jawatankuasanya pada waktu malam. Mereka bukannya duduk di kawasan tersebut. Mereka duduk di kawasan lain. Jadi bila mereka nak keluar nak pergi ke Mesyuarat JPKK, mereka tidak diberikan elaun ataupun orang panggil TNT-lah untuk Dato’-Dato’ Penghulu kita. Jadi saya harapkan Kerajaan Negeri dapat menilai dan memberikan insentif kepada Dato’-Dato’ Penghulu kita untuk mereka melakukan gerak kerja yang cemerlang demi pembangunan JPKK di kawasan-kawasan kita. Ini juga bersesuaian dengan tema belanjawan kita untuk membina, Bersama Membina Negeri Madani, Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya menutup ucapan perbahasan saya, saya menyambut baik anggaran perbelanjaan untuk Belanjawan Negeri Sembilan 2024 berjumlah 555.0 juta. Walaupun di sebalik cabaran ekonomi dunia yang begitu besar, Kerajaan Negeri Sembilan masih boleh memberikan banyak bantuan kesejahteraan rakyat serta bonus buat penjawat awam Negeri Sembilan. Ini sesuai di dalam ayat Al Quran, a’uzubillahhi minashaton nirrajim [melafazkan bacaan ayat 7 surah Ibrahim]. Dan juga ini juga dalam salah satu kaedah yakni adamul haraj iaitu menghilangkan, menghilangkan kesulitan dan tidak membebankan. Firman Allah SWT [melafazkan bacaan sebahagian dari ayat 286 surah Al Baqarah].
Akhir sekali, pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Ilahi, semoga Allah sentiasa memelihara dan menjaga Negeri Sembilan ini serta sentiasa mengurniakan rahmat dan keberkatanNya buat Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan dan rakyat Negeri Sembilan. Saya mengucapkan terima kasih dan Seri Menanti mohon menyokong Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Jeram Padang.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum WBT, salam madani bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dipertua Dewan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada YAB Dato' Seri Aminuddin Menteri Besar Negeri Sembilan di atas kejayaan pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan pada hari Jumaat minggu lepas. Saya yakin dan percaya dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan, setiap agenda yang dirangka oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dapat direalisasikan hasil kerjasama erat antara pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.
Merujuk kepada perbentangan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan pada hari jumaat yang lepas. Teras 1 menyatakan peruntukan sebanyak 10.06 juta untuk naik taraf jalan dan lampu jalan. Di sini saya mengambil peluang untuk diberi perhatian di Jalan FT10 (Bahau – Pasir Besar) dan FT1283 (Pasir Besar – Palong 2) agar kerja naik taraf melebarkan jalan utama ini, melebarkan persimpangan Felda Palong 2, menyelenggara papan tanda dan pencahayaan sepanjang kedua-dua jalan ini. Untuk makluman Yang Dipertua saya juga ada memohon garisan jalan glow in the dark untuk kedua-dua jalan ini kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Jalan ini merupakan jalan utama untuk ke selatan dan pantai timur maka ia amat penting untuk dinaik taraf.
Yang Dipertua, sebanyak 5.68 juta pula telah diperuntukkan untuk projek tebatan banjir dan lembangan sungai. Untuk makluman, di kawasan Jeram Padang, Sungai Muar di Pekan Rompin perlu diselenggara dengan baik terutamanya tebing di sepanjang sungai. Sungai ini merupakan tempat utama untuk aktiviti sukan kayak pada suatu ketika dahulu namun sekarang ia jadi kenangan dan cerita sahaja. Saya harap ia diberikan keutamaan kerana aktiviti sukan lasak, sukan kayak ini akan diteruskan sebagai prodok, produk pelancongan di kawasan Jeram Padang di masa akan datang.
Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak 3.0 juta untuk penggalakan pelaburan. Saya juga ingin menyatakan bahawa ada syarikat di kawasan saya ingin menawarkan pembinaan pusat pemeriksaan kenderaan. Syarikat ini juga sudah mempunyai tanah untuk dijadikan tapak cadangan pusat pemeriksaan kenderaan. Saya mohon agar syarikat ini diberi peluang untuk memajukan kawasan saya. Ini kerana di Jempol juga telah ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maka ia akan memudahkan lagi urusan yang melibatkan pemeriksaan kenderaan, seterusnya mengurangkan kesesakan pusat
pemeriksaan sedia ada di Senawang. Sekiranya ini dapat dibangunkan maka ia akan memberi kemudahan kepada orang awam di sekitar Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah. Di samping itu juga, industri ini akan memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.
Yang Dipertua, saya juga ingin memohon agar 9 buah SJKT di kawasan Jeram Padang perlu diberi keutamaan kerana banyak infrastruktur perlu dinaik taraf dan dibaik pulih bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada guru dan pelajar sekolah khususnya bangsa India. Di samping itu juga saya mengambil peluang ini bahawa terdapat taman permainan di kawasan Jeram Padang yang uzur dan perlu dibaiki.
Yang Dipertua, banyak aduan telah diterima kawasan saya mengenai ketidakmampuan rakyat untuk membayar kos untuk membuat tapak rawatan haemodalisis. Ini kerana rata-rata kos yang dikenakan juga agak terlalu mahal sehingga mencecah 3,000.00 – 3,500.00. Mohon cadangan dan penjelasan bagaimana bantuan yang boleh disalurkan kepada pesakit-pesakit ini demi memudahkan dan membantu urusan mereka.
Yang Dipertua, di kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang di dalam pembentangan Belanjawan 2024 bahawa 1.0 juta telah diperuntukkan untuk Perpatih Fest dan Aktiviti Adat. Maka dengan itu saya mohon agar kawasan jeram padang diberikan peluang diadakan aktiviti ini supaya menjadi produk pelancongan di kawasan saya.
Yang Dipertua, terdapat isu terpencil di kawasan Jeram Padang maka saya mahu penjelasan dari pihak berwajib atau agensi yang terlibat bahawa Projek Mesra Rakyat (PMR) yang merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2021. Pada tarikh 30 September 2021, TNB telah menganugerahkan bantuan bina rumah baru PMR ini kepada Puan Yellamah a/p Subrareddy. Namun sehingga hari ini masih tidak dimulakan malah TNB menerima surat JKM, saya tak tahulah, sebab ini projek CSR TNB, tetapi perlu ambil pengesahan daripada JKM. Padahal dah ditawarkan, ada sijil. Jadi, saya nampak TNB ni menjadikan JKM ni agensi untuk tidak meneruskan projek ini. Ini tak boleh tuan-tuan. Sebab apa Yang Dipertua, kita ni nak bina negeri madani, benda dah ditawarkan, dah dianugerahkan, pa, lepas tu mintaklah ulasan daripada JKM. Masa nak award dulu tak mintak lak ulasan JKM. Sekarang mintak ulasan JKM. Mana yang, mana satu betul ni? Saya mohon pihak yang terbabit bagi penjelasan. Jangan hanya bagi WhatsApp – WhatsApp tak ada urusan rasmi, saya dah pun dah berjumpa dengan JKM. JKM pun tak tahu hal ni. Pihak TNB dah tawarkan, dah anugerahkan sijil untuk
membuat rumah PMR ni, tahun 2021. Sekarang dah 2023. Masih tak dijalankan dengan alsasan, JKM kata penerima rumah ni tidak bantuan JKM. Saya rasa bukan salah JKM, ini TNB punya masalah, dia dah award. Sekarang nak laporan daripada JKM pulak, tak bolehlah. Tak boleh macam tu. Jangan lepas tangan ya. Sebab kita tak nak cemuhan dan hinaan masyarakat kepada kerajaan yang baik hari ini, kita dapat buruk padahnya nanti. Saya nak agensi yang bertanggungjawab sila selesaikan dengan berhemah dan baik.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan bahawa jalan raya di kawasan Kampung Orang Asli perlu dinaik taraf memandangkan rata-rata jalan Kampung Orang Asli banyak yang telah rosak seperti Kampung Orang Asli Batu Peti yang mana jalan raya ini telah diturap pada tahun 2011 namun sehingga hari ini tiada kerja-kerja menurap semula atau naik taraf. Maknanya sudah 12 tahun tidak diselenggara. Maka saya merayu dan memohon agar ada 9 Kampung Orang Asli di kawasan saya perlu diberi per, diberikan perhatian. Saya juga telah mengajukan permohonan ini kepada Yang Amat Berhormat Menteri agar diberikan peruntukan demi memastikan kesejahteraan masyarakat Kampung Orang Asli.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama Pegawai Daerah Jempol dengan pasukannya yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang baik. Ini kerana beliau telah mencari tanah untuk merealisasikan pembangunan mini stadium Jeram Padang baru-baru ini. Terima kasih Puan Nawal. Semoga segala usaha dan perancangan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Sekian, Jeram Padang menyokong, Bersama Membina Negeri Madani. Assalamualaikum WBT.
Saya membuka kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin berucap pada sidang ni, sekarang ni. Kalau tak ada volunteer lagi. Chombong? Boleh tak berucap hari ni?
Boleh hari ni Dato’ Dipertua, tapi bagi saya hari ni sekali, besok sekali.
Hari ni, hari ni saya kasi setengah jam. Besok saya kasi 10 minit.
Dato’ Dipertua, besoklah.
Tak boleh hari ni? Tak boleh? Besok? Chuah, Chuah? Chuah tak ada ya? Gulung? Juasseh, Juasseh?
Saya besok.
Mana? Tak ada?
Dato’ Dipertua, saya tengok Dato’ Dipertua dah penat tu.
Tak, saya tak penat. Saya boleh sampai pukul 8:00 malam. Tak ada, sebenarnya kita bentang pada hari Jumaat, beri 2 hari untuk persediaan. Jadi patutnya semua ahli-ahli Yang Berhormat dah bersedia. Dan kita nak save waktulah. Kalau boleh saya nak habiskan sesi ni pada hari Khamis. Jadi kalau kita ada perbahasan, ramai daripada ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin kita boleh sampai tu. Kalau semua nak ambil besok, kita kekurangan masa. Jadi besok saya kasi 10, semua 10 minit je berucap. Atau, kita gulunglah.
Dato’ Yang Dipertua.
Serting?
Lukut boleh? Since tak ada orang, saya ambillah.
Beri tepukanlah.
Okey, terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, dalam memberi peluang saya untuk mem, membahas untuk Belanjawan 2024 pada Dewan yang mulia ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan dan agensi-agensi se, yang khususnya pejabat apa, Bahagian Kewangan yang telah bertungkus lumus, yang telah susah dua, dua bulan ini untuk menyediakan Belanjawan 2024 ini. Saya nampak secara keseluruhan nampaknya bagus untuk belanjawan ni tapi ada sikitlah tambahan saya untuk dalam belanjawan ini.
Okey, Dato’ Yang Dipertua, saya nampak dalam ucapan Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat yang katakan dalam untuk penggubalan dan penjanaan kekayaan kejaja, Kerajaan Negeri telah komited untuk meneroka sumber hasil yang baharu secara mampan dan berdaya jika dan terancang supaya tidak terlalu gantung kepada sumber hasil konvensional seperti Cukai Tanah, Premium, Caj Air Mentah, Royalti dan lain-lain. So untuk itu, saya, saya difahamkan Kerajaan Negeri dalam, dalam keadaan sediakan apa, SOP, garis, satu garis panduan yang
komprehensif sedang disediakan untuk penerokaan sumber REE non-radioactive.
Apabila Jumaat yang lepas ucapan ni dah dikeluarkan, dah disiarkan, hari Sabtu, hari Ahad saya ada minum kopi pagi-pagi, awal pagi dekat pasar, dekat kedai kopi, so saya telah menerima banyak pandangan berkenaan dengan penerokaan REE non-radioactive ini. Dia kata: YB dulu you cakap kita tak nak REE, sekarang kita pulak nak pergi menerokai REE ini. Satu lagi uncle kata: YB, REE ini bahaya tau, dia akan merosakkan sumber alam sekitar kita. YB, apa jaminan anda, adakah dekat Dewan ni mana-mana Menteri, mana-mana Exco ke, mungkin ketua jabatan yang memboleh, boleh menjamin semasa penerokaan REE non-radioactive ini tidak merosakkan sumber alam sekitar kita?
Saya kata: saya tak dapat jawab, tapi inilah hala tuju kita pada masa hadapan di mana Kementerian telah mula langkah dari tahun lepas sudah menyediakan garis, satu garis panduan untuk menerokai REE non-radioactive ini. Dan saya rasa ini kita kena terangkan kepada rakyat jelata kita sebab dari dulu kita kata REE ini bahaya, REE ini merosakkan alam sekitar. Tapi, kalau sekarang kita, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menambahkan hasil negeri dengan menggunakan penerokaan REE ini, non-radioactive ini, saya rasa kita kena membuka peluang kepada rakyat jelata, memberi penjelasan kepada rakyat jelata yang bahawa, yang terangkan kepada mereka penerokaan REE ini tidak, mungkin tidak bahaya ataupun cara penerokaan ia, macam mana kita nak hasilkan sumber REE ini, macam mana dia boleh di, dari, dari bawah bumi kita ni, boleh dihasilkan sampai boleh jadi dikeluarkan untuk mendapat, menjanakan hasil untuk Kerajaan Negeri.
Saya rasa adalah penting untuk kita menjelaskan kepada public, kepada uncle-uncle tua ni, sebab mereka tak tahu. Dulu kita bantah, kita jalan 10 kilometer bantah kata tak nak REE, tak nak Lynas, betul? Tapi sekarang kita pulak kena terima. Tapi saya tak ada hal untuk menerima apa, non-radioactive REE ini sebagai sumber hasil yang baru untuk Kerajaan Negeri. Saya harap Kerajaan Negeri dapat, seterus ni kalau nak apa, betul-betul nak menerokai sumber ba, hasil baru ini, kita bagi peluang kepada public untuk tengok macam mana kita boleh mengawal supaya penerokaan ini di, dijalankan secara selamat, dijalankan secara boleh apa, menjaga alam sekitar kita.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membangkitkan berkenaan, yang kedua, gangguan bekalan air dekat PD. Ya, cerita lama, memang setiap kali Lukut saja, air. Lukut saja, air, okey. Gangguan air bukan saya saja, Chuah pun kena, Sri Tanjung pun kena, tiap-tiap hari tak ada air
kita kena. Telefon tak habis-habis, bila air dekat loji rawatan dekat Linggi apa, kotor saja, kena minyak itu hari diesel, kita yang kena. Tapi saya rasa kerajaan ni, Kerajaan Negeri telah ada satu apa, perancangan yang pendek dengan perancangan panjang untuk mengatasi masalah ini.
Dan baru-baru ini dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri, saya, kita di, di, di apa, di-presentation, di, di, dibentangkan satu pembentangan daripada KASA (Kementerian Alam Sekitar Dan Sumber Asli), berkenaan dengan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS), dengan izin okey. Masa pembentangan tu, semasa kita dibentangkan berkenaan dengan TAPS, kita ingat kita, yang TAPS ini merupakan sumber air kedua apabila ada gangguan dengan Loji Rawatan Air Linggi yang sedia ada, immediate TAPS ini akan ambil alih tugas Loji Rawatan Air Linggi ni. Tapi bila dibentangkan oleh Pegawai KASA, dia kata: YB, projek ni kita hanya menyediakan kolam takungan air saja, kita tak ada pam, kita tak ada loji rawatan yang baru dekat sana.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa kita kena mempercepatkan untuk mengatasi masalah ini. Saya rasa saya ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri bahawa apabila TAPS project ini tengah jalan, kita boleh rangka, SAINS boleh rangka supaya TAPS sekali dengan loji rawatan yang ada, yang, yang, yang, yang kita tak payah tunggu 2 – 3 tahun TAPS project siap, lepas tu baru masuk projek yang baru untuk bina loji rawatan air ataupun sediakan satu pam untuk pergi ke Loji Rawatan Air Linggi. Dia boleh dijalankan sekali, dia tak payah tunggu. Mungkin projek TAPS 2 – 3 tahun siap, lepas tu 2 – 3 kita nak buat loji, dah sampai tahun 2028, dah lama, dah lama tunggu dah apa, minit, apa, tempoh ni. Saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan macam mana kita boleh mempercepatkan projek ini supaya gangguan bekalan air di Port Dickson ini dapat diminimakan.
Dato’ Yang Dipertua, point yang ketiga saya ingin bawa dekat Dewan yang mulia ini ialah Jualan Agro Madani yang telah diperuntukkan 3.0 juta pada tahun depan untuk kita menjaga rakyat menjual barang yang 20 hingga 30% lebih rendah harganya berbanding pasaran. Saya rasa dua, sema, kelmarin saya ada Jualan Agro Madani dekat kawasan Lukut. Saya turun padang. Dekat sana, bila saya turun saja, dia kata: YB, minyak dah habis, beras elek, tak ada, so YB boleh tak tambah tahun depan? Sebab kita datang, aunty datang dia kata semua dah habis. Gula pun tak ada. So benda ni kalau boleh kalau dapat pertimbangan daripada Kerajaan Negeri untuk menambahkan sumber ataupun bekalan jualan berkenaan dengan beras, berkenaan dengan minyak, berkenaan dengan gula dalam Jualan Agro Madani ini. Sebab kita sewa satu khemah, saya nampak kita sewa satu khemah 200.00 ringgit tapi
jual sayur sana tak sampai 200.00 ringgit pun. Kalau boleh tu khemah saya pasang, saya tak nak pasang, saya jual sayur semua terus dapat 200.00 sayur ada, kan. Okey, saya harap Kerajaan Negeri dapat metim, mempertimbangkan untuk menambahkan apa, bekalan minyak, bekalan gula dengan bekalan beras semasa jualan nanti, okey.
Yang point keempat, saya nak bentangkan dekat di sini, saya ucap ribuan terima kasihlah kepada bekas ahli-ahli Majlis, bekas ketua-ketua kam, MPKK yang telah berkhidmat kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2018 hingga 2023. Yang, di mana saya rasa bekas-bekas ahli, Ahli Majlis dengan bekas-bekas ketua MPKK ni sepatutnya kerajaan memberi, kerajaan ni, Kerajaan Negeri memberi satu pengiktirafan ataupun penghargaan, majlislah, kepada mereka yang telah menyumbangkan tenaga kepada masyarakat, okey. Bukannya sudah tak ada lantik, lupa mereka. Dia pun ada jasa 5 tahun sebelum ini. So kalau boleh tu Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk membuat satu majlis perpisahanlah, ataupun penghargaanlah kepada mereka, okey …..
Setuju, saya 5 tahun Ahli majlis. Saya Ahli majlis dulu.
Okey, mungkin satu sijil penghargaan pun jadilah okey. Dan seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membangkitkan berkenaan perkhidmatan Pegawai JKM dekat Pusat Khidmat, okey. Sebelum ini, tahun 2023, awal, apa, sebelum PRN, saya, kita Pusat Khidmat biasa ada seorang Pegawai JKM yang hadir ke Pusat Khidmat kita untuk bertugas setiap hari Khamis. Dan rakyat sudah tahu. Dia ada berkenaan dengan permohonan JKM, ada berkaitan dengan permohonan mereka, hari Khamis mereka akan datang ke Pusat Khidmat. Tapi sekarang saya tak nampak lagilah, pegawai tersebut, Pegawai JKM datang ke Pusat Khidmat untuk berkhidmat. Memberi khidmat nasihatlah di Pusat Khidmat. Kalau boleh tu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan kembalikan servis ini di Pusat Khidmat, okey.
Dan seterusnya saya ingin membangkitkan juga kerja-kerja naik taraf jalan, okey. Kita dah sedia maklum hari minggu okey, hari minggu, setiap hari minggu Lukut, PD akan jammed. Tapi kebetulan hari itu, saya dekat PD, saya jammed pasal apa tau, naik taraf jalan. Buat jalan pada hari minggu. Kita dah tahu pengunjung, pelancong akan datang, pengunjung akan datang PD, kenapalah buat kerja pada hari Sabtu, kenapalah hari, buat kerja dekat, dekat orang ramai punya jam. Tak boleh ke pilih week, weekday ataupun tengah malam? Janganlah ganggu, nanti pelancong sekali, marah sekali Dato’ Seri kan. Betul? Ini yang, yang, yang sepatutnya jabatan bincang, buat penyelarasan bersama
dengan kontraktor. Jangan buat kerja semasa peak hour, semasa jammed. Tambah lagi jammed. Saya menyerulah supaya semua jabatan dan agensi yang berkenan kalau boleh adjust time kerja, masa kerja itu jangan pada peak hour, jangan pada waktu lepas kerja ataupun masa pergi kerja ataupun hari hujung minggu, okey. Itu saya menyerulah, okey.
Dan seterusnya Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan hasil pertanian. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana ada bagi banyak masa saya.
Lagi setengah jam lagi boleh.
Boleh haa?
Tak kesah.
Okey, okey. Dato’ Yang Dipertua, hasil pertanian. Kelmarin, kelmarin apa tu, saya ada berdepan dengan pengusaha pertanian yang kata: YB, kalau hasil pertanian ni boleh tak Kerajaan Negeri memberi ataupun men, mengawal minimum harga, harga minimum untuk apa, hasil pertanian mereka. Sebab mereka kata bila hasilan mereka, dia planning, dia bukan hari ini plan esok keluar hasil. Hari ini plan mungkin 9 bulan pisang belum keluar, let say okey. Ambil contoh, okey. Harga minimum apabila dah pengeluarannya banyak harga akan dijatuhkan, ataupun di, di, ditekan rendah harga. Dia kata: YB, kita itu baja pun tak mampu beli, YB kita bila didekat, tekan harga, tak ada kawalan harga minima tu kita sia-sia saja 9 bulan kita tanam itu pisang. Saya rasa kerajaan ataupun jabatan yang berkenaan boleh duduk, tengok, boleh tak kita kawal harga minima sesesuatu hasil pertanian tu. Contohnya ikan. Bila hasil ikan banyak sekali sudah ke pasaran, mesti akan harga jatuh. Boleh sampai tak ada orang nak, nak ikan tu, dibuang ikan tu. Ada, berlaku dekat pasaran sekarang. So dia mintak saya sampaikan dalam Dewan ini, angka itu, supaya Kerajaan Negeri tengok macam mana kita boleh men, mengawal harga pertanian, hasil pertanian ni di satu garis minima tu supaya mereka tidak rugi. Itu saja, Dato’ Yang Dipertua.
Lepas tu, saya juga ingin membawa satu pandangan daripada uncle jugak, uncle ini saya duduk minum pagi semalam, dia kata: YB, PBT dia luluskan bunting ataupun banner untuk digantung untuk apa, dia, mereka ada bagi job apa, ada sticker PBT, untuk apa, mereka untuk membuat promosi ke publisiti dekat medium jalan, tengah jalan. Tapi, ada bunting ataupun papan tanda ataupun banner yang dipasang di persimpangan jalan yang sampai boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya. Saya rasa ini perlu ada satu kawalan kepada
sesiapa syarikat ataupun jabatan yang menggantung banner di sepanjang jalan untuk membuat promosi ke, publisiti ke, supaya mengambil kira kese, apa, faktor keselamatan ini. Tidak gantung, mungkin 2 ke 3 tiang di persimpangan jalan supaya tidak mengganggu penglihatan pemandu kereta. Sebab kita nak jaga keselamatan jalan raya. Kalau boleh tu, kalau siapa, mana-mana yang pasang banner dekat persimpangan tu, kita cabut saja. Saya risau nanti satu hari nanti, tak nampak kang, accident berlaku okey.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membangkitkan berkenaan dengan Lesen Kraf Air laut dekat Port Dickson. Yang sebelum ini dah kita luluskan Lesen Kraf Air. Saya tak tahu apakah status terkini, berapakah operator kraf air, motorbot ke, banana boat ke, yang telah memohon mendapatkan lesen kraf air ini dekat Port Dickson. Sebab kita wujudkan Lesen Kraf Air ni untuk menjaga apa, peng, pengunjung ataupun pelancong yang bermain peralatan dekat Port Dickson, mungkin banana boat, dia kena sediakan apa, insurans kepada sesiapa yang naik banana boat. So saya rasa Lesen Kraf Air ini telah lama dikemukakan dekat Port Dickson. Saya nak tahu apa status terkini, berapa orang yang telah mohon lesen ni di kawasan perairan Port Dickson yang telah memberi apa, peralatan, permainan air ini, okey.
Seterusnya, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin samalah, Pesta Port Dickson. Saya tertulis dekat sini. Saya memang hasrat saya kecil, dari kecil tau, dulu saya pergi Pesta Port Dickson. Pesta Port Dickson ini memang satu, satu branding Negeri Sembilan. Satu budak kecil, siapa tak dengar, tak pernah pergi Pesta Port Dickson, dia bukan PD-lah, bukan orang negeri. Dan Pesta Port Dickson ini saya rasa dia boleh dikembalikan kegemilangan mereka, apa, Pesta Port Dickson ini. Dia menjadikan satu trademark kepada Port Dickson, dengan izin, yang mana dulu, orang dulu PD yang sela, sudah keluar dekat, mungkin pindah ke KL ke, Singapore ke, mana ke, bila ada kita buat Pesta Port Dickson ni, saya dapat, saya boleh jangka mereka akan bali, kembali merasai apa yang mereka harungi pada mu, budak kecil kan. Sana ada pertandingan cheongsam, dia ada pertandingan perahu naga, dia ada pertandingan tarian tradisi, dia tak ada arak, saya boleh guarantee, memang tak ada arak, okey. So benda ini kita kena kembalikan. Kenapa dulu boleh buat, sekarang kita tak mampu nak buat benda ini. Saya rasa ini adalah satu trademark orang dah lama kenal benda ni. So harap pihak Pelancongan, pihak UPEN, pihak berkena, Lembaga Pelancongan pun sama-sama kita fikir macam mana ki, boleh kembalikan kegemilangan Pesta Port Dickson ini, okey.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya satu lagi cadangan daripada saya. Saya ada bertemu dengan operator, terima kasih bagi masa. Satu lagi saya
nak bercerita dengan produk pelancongan, okey. Saya memang suka pelancongan. Saya suka tarian. Saya rasa, saya rasa keunikan tarian ….
YB ADUN ……. : Setuju, setuju.
….. dekat Negeri Sembilan dapat menarik pelancong untuk datang beli tiket 200.00 ringgit pun tak ada hal, mereka sanggup beli untuk tengok pertunjukkan tarian Negeri Sembilan yang unik ini. Saya rasa JKK, JKKN Negeri Sembilan ni dah ada satu pasukan yang sedia ada, okey. Yang mereka boleh mempersembahkan keunikan tarian tradisi pelbagai bangsa ataupun apa, permainan muzik, muzik pelbagai bangsa ataupun permainan gong pelbagai bangsa dalam satu dewan. Dan saya rasa pelancong dia cari benda ni. Tapi malangnya tak dapat benda ni. Kalau JKKN dia boleh sediakan apa, dia ada auditorium ataupun dewan yang begitu cantik sekali, Dato’ Yang Dipertua, saya rasa kita kena guna kelebihan ini untuk buat satu apa, teater ataupun pertunjungkan, pertunjukan keunik, yang me, me, menunjukkan keunikan tarian ataupun tradisi kita dekat dewan ini dan kita mengumpulkan semua operator pelancongan untuk membawa pelancong datang. Kita pergi merata-rata dekat negara lain, mereka ada teater-teater sebegini untuk menarik pelancong. So saya harap Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan boleh menjadi ketua untuk tengok kita dapatkan JKKN untuk bekerjasama, kita dapat kerjasama dengan YB Nicole Tan, tengok macam mana kita boleh bekerjasama untuk mewujudkan benda ini dekat Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, satu lagi point yang saya, saya nak kemukakan dekat sini berkenaan dengan insentif untuk membantu NGO-NGO dekat masyarakat untuk menjalakkan, menjalankan aktiviti seperti kebajikan, aktiviti yang berasaskan perpaduan dekat kawas, masyarakat kita. Saya rasa kita kena sokong mereka. Kita kena mendorong mereka untuk mewujudkan program-program mesra rakyat. Bersama wakil rakyat sama tu boleh dijemput sekali bersama dengan rakyat. Saya rasa NGO-NGO ini, Badan-Badan dan Bukan Kerajaan ini, dia memainkan peranan yang penting untuk kita, dia menjadikan jambatan antara kerajaan dengan rakyat. Mereka anjurkan program. Dan saya rasa Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberi sedikit geran ataupun bantuan insentif kepada mereka untuk memupuk mereka buat lagi banyak projek, program, buat banyak lagi aktiviti, jemput ADUN-ADUN kita, turun padang, jumpa dengan rakyat. Saya rasa adalah penting untuk kita mewujudkan geran ataupun peruntukan ni supaya program-program NGO ini dapat dijalan, dijalankan.
Banyak lagi ni. Dato’ Yang Dipertua, okey, saya sambung esok tak? Okeylah, yang last sekalilah Dato’ Yang Dipertua, okey. Saya rasa
Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pada Jumaat yang lalu, banyak yang dah rakyat dah nampak apa, publi apa, apa yang di, di, diberikan ataupun diinspirasikan oleh Kerajaan Negeri, Skim Sejahtera Rakyat yang ber, berjumlah 29.0 juta ni, banyak manfaat. Dari bayi kita lahir, dari kita menjadi pelajar, Kerajaan Negeri bantu. Belia kita bantu. Kahwin kita bantu. Ibu tunggal kita bantu. Siswazah-siswazah kita bantu. Masuk universiti, masuk apa, diploma, sijil kita bantu.
Tapi satu saja boleh tambah, kalau, ni, kalau ada mati kita boleh ban, tambahlah. Kalau orang mati, meninggal dunia, Kerajaan Negeri boleh, Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberikan sikit wang ihsanlah kepada yang meninggal dunia supaya, men, untuk menunjukkan simpati atau menunjukkan, kepada rakyat. Saya rasa, dia ada complete, dari lahir sampai mati, Kerajaan Negeri bantu. Ini, ini yang kita nak Kerajaan Negeri, betul? Dato’ Yang Dipertua, saya ucap ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, memberi masa terlebih-lebih ini bagi saya, okey. Saya, dengan ini saya menyokong Belanjawan 2024 pada sidang ini. Terima kasih.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Lukut. Kita nak kerajaan bantu dari lahir ke, sampai ke, bahasa omputeh kata from womb-to-tomb. Daripada rahim ke, ke nisan. Saya masih lagi mempelawa ahli-ahli Yang Berhormat. Jika tidak, kita apa ni, saya akan menangguhkan mesyurat. Dan kita akan mula balik esok, pukul 10:00, 5 haribulan Disember 2023 bersamaan dengan 21 Jamadil Awal 1445 Hijrah ya. Ada? Mesyuarat Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 4.23 petang]