Negeri Sembilan · 5 December 2023

15th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 179 turns · 34,009 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa, dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kota.

[YB ADUN Kota telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiyaa iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke hari ketiga sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Nagoor; ADUN Palong tidak dapat hadir pada hari ini; 5 Disember kerana masih belum sihat sepenuhnya. Seperti sedia maklum, sesi perbahasan akan disambung semula pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dengan lebih proaktif dan, dalam perbahasan belanjawan pada hari ini.

Sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuh peraturan, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan, tata kelakuan dan etika

sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanayan-Pertanyaan. menyatakan perkara mesyuarat. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung pada perbahasan belanjawan. Jadi saya mulakan pada hari ini, dengan menjemput.

Soalan lisan, soalan lisan.

Yang Dipertua Dewan

Oh, soalan lisan. Maaf, terima kasih. Oh ni, okey. Okey. Selingan pagi ya. Jadi saya mulakan dengan soalan lisan, saya jemput Johol.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mulakan soalan lisan, saya nak menarik perhatian, point of order, Peraturan Dewan, perkara XIV(8) iaitu berkaitan dengan pertanyaan yang, yang melibatkan ada pembahas-pembahas berkaitan dengan soalan Dewan itu. Sebab semalam saya perhatikan kita terlalu mengambil masa yang panjang untuk soalan daripada pembahas, apa ni, soalan lisan. Yang bertanya berbahas dengan soalan, tetapi dalam peraturan 8 ya, XIV(8) hanya tidak boleh berhahas apa, soalan yang telah dikemukakan. Sebab apa yang saya tengok semalam, daripada 30 soalan, rakan-rakan kami hanya dapat 13 soalan sahaja, yang dapat dijawab dalam soalan lisan. Jadi kepada, saya harap, saya mohon Yang Dipertua untuk membuat satu petualah supaya soalan tambahan ini dihadkan kepada yang bertanya ataupun budi bicara Yang Dipertua. Jadi, Johol soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Dato’ Yang Dipertua, penyelenggaraan pili-pili Bomba adalah terletak di bidang kuasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia sentiasa

memastikan setiap pili Bomba diselenggara dan berfungsi dengan baik dengan, dengan melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan di pili Bomba setiap tahun bagi setiap pili Bomba.

Berkaitan dengan bilangan, di Daerah Kuala Pilah ada1,057 pili Bomba di Daerah Kuala Pilah dan 113 daripadanya adalah terletak di DUN Johol di bawah seliaan Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Pilah. Daripada 113 pili Bomba tersebut, 14 pili Bomba rosak disebabkan oleh pili Bomba patah, tertimbus serta kehilangan ataupun kerosakan pada komponen termasuk penutup chamber pili Bomba tersebut. Walau bagaimanapun pili Bomba yang berhampiran masih boleh digunakan bagi tujuan bekalan air bagi pemadaman kebakaran di kawasan tersebut.

Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah telah menjalankan penilaian risiko di kawasan DUN Johol dan juga mencadangkan keperluan penambahan pili Bomba di Balai Raya Kampung Johol dan juga Kampung Padang Jual Johol bagi permohonan peruntukan bagi tahun 2024 termasuk juga kerja-kerja pembaikan pili Bomba dan juga cadangan menaik taraf satu unit pili Bomba ground hydrant kepada pili Bomba jenis pillar di DUN Johol di Pekan Air Mawang. Dan juga untuk tahun ini pemasangan pili Bomba baru juga akan dilak, akan dilakukan di Klinik Desa Betong Johol. Terima kasih.

Terima kasih YB Exco atas jawatan, jawapan tadi. Soalan tambahan saya, memang harapan pihak kami, kawasan, seperti dinyatakan agak detail daripada YB Exco tadi, terima kasih YB Exco. Memang berlaku kebakaran bulan lepas sebabkan ground hydrant ya, yang tidak diselenggara menyebabkan pihak Bomba terpaksa menggunakan paip yang panjang untuk mendapatkan bekalan air. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri ataupun untuk mempercepatkan menaik taraf pili-pili Bomba di kawasan DUN Johol. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang tadi saya nyatakan, kita akan pastikan semua perancangan tersebut dapat dilakukan dalam masa terdekat melalui juga peruntukan bagi tahun 2024 di beberapa kawasan. Dan juga yang dinyatakan jugak akan ditukar daripada ground hydrant kepada pili Bomba jenis pillar di Pekan Air Mawang juga. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Gemas bertanyakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri sem, Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Tampin telah menyediakan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas di mana dokumen perancangan ini telah diwartakan pada 8 Oktober 2020.

RKK Gemas yang merupakan pelan perancangan pembangunan terperinci telah menetapkan hala tuju untuk menjadikan Bandar Gemas sebagai “Pusat Katalis Yang Berdaya Maju Dan Berdaya Tahan Serta Ke Arah Pembangunan Bandar Yang Kondusif Dan Mampan”. Bagi memastikan hala tuju pembangunan ini dapat dijelmakan, sebagai 4 fokus, sebanyak 4 fokus utama pembangunan Bandar Gemas telah digariskan iaitu: Pertama: Gemas sebagai Pusat Agropolis Timur Negeri Sembilan; kedua: Gemas sebagai Hab Transit ataupun TOD; ketiga: Gemas sebagai Bandar yang Indah Beridentiti; dan yang keempat, Gemas sebagai Bandar Berdaya Huni dengan Prasarana Terbaik.

Selain itu bagi memacu pembangunan Bandar Gemas mengikut acuan halatuju yang digalas, yang digagaskan, sebanyak 106 projek dicadangkan yang merangkumi 32 projek dengan izin, Quick Win, dan 62 dengan izin, Entry Point Project dan 32 projek Berimpak Tinggi. Cadangan projek pembangunan yang akan menjadi pemangkin kepada perkembangan perbandaran Bandar Gemas akan dilaksanakan mengikut fasa pelaksanaan iaitu Fasa Jangka Masa Pendek (Tahun 2019 sehingga 2023), dan Jangka Masa Sederhana (2023 – 2027) dan Jangka Masa Panjang (2027 hingga 2030).

Hasil daripada Laporan Pemantauan RKK Gemas yang dijalankan oleh pihak PLANMalaysia bagi pelaksanaan projek di bawah Fasa 1 ataupun Jangka Masa Pendek (Tahun 2019 – 2023) melibatkan sebanyak 54 cadangan projek telah merekodkan sebanyak 15 cadangan projek ataupun 27.78% telah dilaksanakan, 10 projek atau 18.52% sedang dilaksanakan dan 29 projek ataupun 53.7% belum dilaksanakan. Di antara projek-projek yang telah dilaksanakan adalah Memajukan Premis Perniagaan Kosong Di Dataran Satria, Menaik Taraf Infrastruktur Gerai Taman Rekreasi Gemas, Menaik Taraf Pasar Besar Gemas dan beberapa lagi projek pembangunan.

Kerajaan Negeri percaya dokumen RKK Gemas ini akan terus menjadi rujukan dan panduan utama kepada semua agensi di semua peringkat dalam merancakkan lagi pembangunan Bandar Gemas dan seterusnya menjadi pemacu kepada pencapaian sasaran serta hala tuju yang digagaskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Soalan tambahan, Tuan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Daripada hu, penerangan daripada Yang Amat Berhormat sebentar tadi, daripada 2019 kita, sehingga 2023, hari, hari ini, bulan yang terakhir untuk 2023, 53% masih belum dijalankan. Adakah projek yang tidak dijalankan tersebut, akan dibawa untuk pertengahan iaitu perancangan untuk 2023 hingga 2027? Kalau kita serius untuk membangunkan Pekan Gemas ini untuk RKK ini, saya harap pertimbangan, pertimbangan daripada Kerajaan Negeri untuk membawa yang tak, yang tidak disiapkan tu atau tidak, belum dibangunkan tersebut dibawa dalam rancangan pertengahan ini. Mohon bantuan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat.

Okey, terima kasih. Pastinya 53.7% ini akan kita teruskan kerana ia melibatkan perancangan kita. Dan insyaaAllah ya, antara yang kita sedang rundingkan bersama dengan KTM dan beberapa lagi syarikat, untuk memastikan bahawa projek ini dapat kita laksanakan dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh PLANMalaysia, insyaaAllah. Dan mungkin ada perubahan-perubahan pun sedikit tak terlalu besar, insyaaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Mambau. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan sekalian, hakmilik tanah yang tersebut kepada, hakmilik tanah tersebut telah diluluskan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) pada April 2023 dengan keluasan yang diluluskan sebanyak 30.363 hektar ataupun 75.028 ekar.

Kelulusan pemberimilikan tanah ini adalah sebahagian daripada penyelesaian kes di luar mahkamah yang telah dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Negeri Sembilan dan pada Mac 2021 di antara syarikat NS Water Konsortium Sdn. Bhd. dengan Kerajaan Negeri, di mana antara syarat penyelesaian kes tersebut adalah pembangunan tanah tersebut perlu dilaksanakan secara usahasama di antara MBINS dan NSWK Sdn. Bhd.

Sehingga kini, pihak MBI dan NSWK Sdn. Bhd. masih dalam tindakan memuktamadkan pelan pembangunan tanah tersebut. Sesi engagement, dengan izin, dengan pihak-pihak setinggan yang menduduki tanah tersebut hanya akan dimulakan setelah perancangan

pelan pembangunan dimuktamadkan di antara kedua-dua belah pihak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Mambau ingin nak tanya agak bilakah masanya akan memaklumkan kepada penduduk-penduduk setinggan di sana bahawa, bahawa tanah ini akan dibangunkan? Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa ada dalam jawapan saya tadi bahawa kita masih dalam perancangan. InsyaaAllah, apabila pelan siap dan kita akan memberi masa yang agak, agak lama, mungkin dalam 6 ke setahun untuk kita maklumkan apakah perancangan kita di tanah tersebut dalam, jika ada perancangan dan kelulusan pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, pasar tani hari Sabtu, soalan saya nombor 1. Terima kasih.

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Dato’ Seri Yang Dipertua saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan. Saya mengucapkan terima kasih di atas soalan Yang Berhormat ADUN Serting berkaitan dengan status penggunaan Kompleks Rakan Muda serta padang awam di Daerah Jempol.

Untuk makluman ADUN Serting dan ahli Dewan yang mulia ini, penggunaan kemudahan Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol terbuka kepada orang awam dan juga semua agensi di daerah ini termasuk pihak Serting Wonderkids. Sesiapa yang ingin menggunakan kemudahan ini boleh membuat permohonan seperti biasa, permohonan bertulis kepada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Daerah Jempol bagi permohonan penggunaan padang bola sepak dan lain-lain kemudahan sukan termasuk bilik asrama yang berkapasiti sebanyak 120 bilik. Setakat ini JBS Negeri Sembilan melalui Persatuan Belia ataupun Pejabat Belia Daerah Jempol telah bekerjasama dengan Akademi Tunas Jempol melalui MSN Negeri Sembilan bagi latihan bola sepak secara mingguan di Kompleks Rakan Muda Jempol bermula pada awal tahun 2022 yang lalu.

Majlis Perbandaran Jempol tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan kemudahan di bawah Majlis Perbandaran Jempol.

Kompleks Rakan Muda Jempol telah siap seperti semua sedia maklum, dan mula beroperasi pada tahun 2004. Sehingga tahun, 31 Oktober 2023, untuk saya juga ingin maklumkan untuk rekod di Dewan yang mulia ini, jumlah hasil kutipan penggunaan di Kompleks Rakan Muda Jempol adalah berjumlah [ringgit] 46,527.50 sen dengan 5,120 orang pengguna yang telah membuat tempahan sejak Januari 2023. Jumlah hasil, jumlah kutipan hasil di Kompleks Rakan Muda Jempol ini merupakan antara yang tertinggi di Negeri Sembilan berbanding dengan Kompleks Rakan Muda yang lain.

Antara perancangan KBS melalui Kerajaan Persekutuan ialah menaik taraf fasiliti di KRM ataupun Kompleks Rakan Muda Jempol ini pada tahun hadapan dengan kos sebanyak lebih kurang 12.0 juta untuk 3 tahun. Pihak Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi tujuan menaik taraf Kompleks Rakan Muda di daerah seperti di Jempol, Kuala Pilah yang dijangka akan dimulakan pada tahun 2024 yang akan datang.

Kerja-kerja menaik taraf tersebut meliputi hampir keseluruhan Kompleks Rakan Muda seperti padang bola sepak, asrama, dewan badminton, pusat skuasy dan gelanggang-gelanggang sedia ada bagi tujuan keselesaan pengguna yang diharapkan dapat menarik minat lebih pengunjung menggunakan kemudahan di kompleks tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

Salam sejahtera, Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.

Dato’ Yang Dipertua, semua projek terbengkalai akan ditangani dan diurusetiakan oleh se, satu unit khas di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini kerana segala pembangunan hartanah yang tertakluk di bawah projek sakit atau projek terbengkalai adalah terletak di bawah bidang kuasa KPKT sepenuhnya. Kerajaan Negeri hanya bertindak sebagai penyelaras sahaja.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan akan sentiasa bekerjasama meneruskan usaha-usaha pemulihan dan kawalan yang bersesuaian bagi memastikan masalah projek sakit dan terbengkalai dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Ini adalah merupakan satu bentuk kawalan bagi memastikan pemaju tidak lepas

tangan sekali gus membendung kekerapan berlakunya projek perumahan dalam kategori projek sakit ataupun projek terbengkalai.

Bagi sebarang projek yang terbengkalai, pemaju atau pihak berkaitan yang terlibat berkewajiban untuk melaporkan terus kepada KPKT. Secara dasarnya langkah-langkah/ inisiatif yang akan diambil oleh KPKT adalah seperti berikut: iaitu KPKT akan mengenal pasti pemaju-pemaju yang berkeupayaan dan berpengalaman untuk mengambil alih projek perumahan swasta yang terbengkalai. Yang keduanya: bekerjasama dengan Jabatan Insolvensi Malaysia/Pelikuidasi swasta bagi membantu memulihkan projek perumahan terbengkalai dengan bertindak sebagai mediator bagi membantu pelikuidasi dan kontraktor penyelamat untuk berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan, agensi teknikal serta pihak pembiaya.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan dan juga beberapa agensi lain akan membantu dan juga memastikan memudahkan proses agar projek tersebut dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan ialah di Sri Tanjung ada 2 buah bangunan yang terbengkalai dan mencemarkan pemandangan Port Dickson. Apakah kerajaan untuk mengatasi projek ini?

Boleh nyatakan projek tersebut secara, kepada saya. Dan kita akan cuba untuk me, memanjangkan isu ini kepada KPKT untuk kita mencari satu jalan penyelesaian ataupun untuk melantik satu pihak penyelamat untuk kita selesaikan isu tersebut. Dan di Negeri Sembilan jugak ada banyak, beberapa projek perumahan yang diklafi, diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai ataupun projek sakit sedang diambil tindakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Assalamualaikum Yang Dipertua, saya bangun untuk bertanya soalan nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, yang berkaitan lot gerai milik Majlis Bandaraya Seremban dan PBT di Negeri Sembilan. Semua gerai milik Majlis tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak ketiga. Perkara ini telah dinyatakan secara jelas di dalam Perjanjian Sewaan dalam perkara 6(6.01) iaitu tidak akan menyewa kecilkan ataupun melepaskan posesi, posesi premis tersebut atau sebagainya kepada

orang lain atau mengambil orang-orang tumpuan, tumpangan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa.

Penetapan ini dapat membantu pihak Majlis terhadap penyewaan sesuatu premis bagi memastikan sebarang permalah, permasalahan di premis terseb, seperti tuntutan sewa, kerosakan gerai, pengubahsuaian gerai dan lain-lain dapat dikawal melalui penyewa asal sahaja. Untuk di MBS jugak telah mengambil tindakan terhadap beberapa gerai yang telah pun disewakan dan ditarik balik dan juga dikembalikan ataupun diberikan kepada peniaga-peniaga yang memang berniaga di kawasan tersebut, tanpa menyewakan kepada pihak lain. Terima kasih.

Yang Dipertua, saya bangun bertanya soalan nombor 2.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Kecuali ada soalan tambahan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. soalan satu soalan tambahan saja.

Yang Dipertua Dewan

Okey, jadi kita jemput Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN, ADUN Seri Menanti yang bertanyakan tentang hidupan liar di kawasan Seri Menanti mengganggu ternakan rakyat termasuk kumbang, harimau kumbang. Saya mengambil pan, masa sedikit untuk menjawab pasal harimau kombang, kumbang ni banyak kek Negeri Sembilan ya. Johol jangan marah saya, Johol pun ada harimau kumbang ni.

Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan tidak mempunyai sebarang insentif berkaitan kemusnahan atau kematian ternakan yang disebabkan oleh serangan binatang liar ataupun binatang buas. Insentif berkaitan kematian atau kemudahan ladang ternakan hanyalah terhad kepada kemusnahan yang dibebabkan oleh bencana sahaja di mana peruntukan adalah daripada pihak Persekutuan. Namun begitu, para penternak yang terjejas akibat ancaman bima, binatang buas boleh memohon bantuan baka ternakan untuk membangunkan semula aktiviti penternakan mereka melalui skim double up, dengan izin, 2.0 yan disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar Negeri

Sembilan. melalui skim ini penternak boleh mendapatkan baka ternakan yang berkualiti pada kadar harja, pada kadar harga 70% lebih murah berbanding harga pasaran melalui kaedah Geran Padanan atauupun matching grant tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Peranan Jabatan PERHILITAN, Dato’ Yang Dipertua, sebagai pengimbang kepada kehendak manusia yang inginkan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta keperluan hidupan liar untuk terus hidup dan dipulihara. 2 kehendak yang berbeza.

Kehilangan habitat, tahap kemandirian serta kadar pembiakan yang tinggi adalah antara faktor penyumbang kepada permasalahan ini. Aduan konflik manusia – kehidupan liar yang diterima setiap tahun adalah melibatkan spesies kera, mana-mana ada, babi hutan, pun ada, harimau kumbang di tempat-tempat tertentu seperti Seri Menanti, beruang matahari, tapir dan lain-lain.

Punca utama konflik manusia dan hidupan liar ini berlaku ialah disebabkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan ruang untuk hidup antara manusia dan hidupan liar. Usaha-usaha yang dijalankan ini adalah dilaksanakan secara berterusan berdasarkan penerimaan aduan yang diterima oleh pihak Jabatan, pihak PERHILITAN. Bagi aduan yang telah selesai dengan tindakan, pihak PERHILITAN turut memantau juga keadaan di lokasi aduan dari masa ke semasa.

Antara usaha yang diambil dalam mengatasi konflik spesies hidupan liar terutamanya bagi spesies harimau kumbang dan kera yang menimbulkan konflik di Negeri Sembilan adalah pertama: Program Bersepadu bersama Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Pemegang taruh ataupun Stake holder, dengan izin, bagi mengan, menangani konflik hidupan liar. Pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar oleh pemaju atau Penggerak Projek Pembangunan di sekitar kawasan habitat asal hidupan liar. Yang ketiga: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Hidupan Liar Peringkat Negeri Sembilan. Dan yang keempat: siasatan dan Pemasangan Perangkap bagi aduan gangguan. Dan yang akhir sekali ialah khidmat nasihat yang telah disediakan. Terima kasih Dato’ Seri yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Soalan tambahan tak ada? Okey. Saya jemput Yang Berhormat Paroi.

Assalamualaikum WBT. Soalan nombor 1, Paroi.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan pulak dengan anjing dan juga lembu liar. Jumlah, jumlah tangkapan anjing yang telah ditangkap pada tahun 2023 adalah sebanyak 2,177 ekor dengan perincian setiap bulan, tetapi pada bulan Mac dan Mei tiada tangkapan dibuat kerana pihak Majlis dalam proses lantikan kontraktor dan proses perlu mendapat kebenaran daripada Kerajaan Negeri kerana ianya adalah Lantikan Terus. Jumlah peruntukan yang diberikan berkaitan dengan penangkapan 2,177 anjing liar ini adalah sebanyak 324,000.00.

Pihak Majlis Bandaraya Seremban jugak telah mengambil beberapa inisiatif untuk kita menyelesaikan isu anjing liar adalah berkaitan dengan melancarkan Program Insentif Pemandulan Anjing yang bermula pada bulan September 2023 sehingga Disember 2023. Setiap pemilik anjing berlesen di MBS akan menerima insentif Ringgit Malaysia 100.00 per ekor (maksima 2 ekor) untuk setiap rumah bagi anjing yang dimandulkan dalam tempoh kempen tersebut.

Untuk kawasan di Senawang, jumlah aduan diterima adalah lebih kurang dalam, 93 aduan dan juga tangkapan telah dilakukan di Taman Tuanku Jaafar sebanyak 26 ekor, di Taman Sena, Sena Parc – 32 ekor, Senawang Perdana – 11 ekor, Pinggiran Senawang – 44 ekor, Taman Satria – 18 ekor dan jumlahnya adalah 131 ekor.

Yang berkaitan dengan lembu, lembu liar di mana jumlah kompaun yang telah pun diberikan pada tahun 2023 adalah sebanyak 2 dan setiap tahun diberikan kompaun iaitu pada tahun 2027, 2021 – 5, 2022 – 9 dan tahun ini adalah 2 kompaun. Dan juga beberapa tangkapan jugak, beberapa, sejak tahun 2022 dan 2023, tiada tangkapan lembu dibuat, hanya kompaun dikenakan. Dan memang dalam perancangan kita adalah untuk tangkapan dibuat untuk memastikan lembu-lembu liar ini pun, yang, yang dibiarkan secara ini dapat dikawal di kawasan-kawasan perumahan ataupun di kawasan-kawasan selain daripada kawasan yang sepatutnya adalah. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB. Sikit, sedikit pertanyaanlah, sistem pengurusan aduan awam dalam SISPAA. Aduan isu ini berulang-ulang, macam tak ada penghujung. Dan isu anjing ini sebenarnya melibatkan isu kebersihan, isu keselamatan penduduk digigit dan juga menakutkan penduduk ya. Dikejar apabila ber, beriadah ya. Apa tindakan jangka panjang, mungkin kita nak tengok macam Bandaraya Melaka ya, tak ada anjing apa semua tu, supaya bandar raya kita ni bersih dan jugak kita, isu-isu ini tidak berulang-ulang dan, dan menyukarkan kamilah kadang tu, kang datang ke Pusat Khidmat, aduan-aduan yang berulang-ulang. Itulah soalan saya.

Terima kasih. Yang berkaitan dengan perancangan jangka masa panjang, memang ini adalah satu isu yang, yang perlu diambil tindakan. Dan juga selain daripada tangkapan dilakukan, dan dengan kerjasama daripada pihak NGO di kawasan Seremban dan juga di beberapa PBT lain, pada bulan lepas, pihak MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) jugak telah pun meluluskan salah satu cara untuk kita mengawal apa ni, bilangan anjing, anjing liar yang banyak ini adalah melalui pemandulan. Di mana setiap anjing yang ditangkap bukan sahaja sepertimana yang saya nyatakan, kepada pemilik anjing yang berlesen, perlu dimandulkan dengan pemberian insentif tetapi anjing-anjing liar yang ditangkap oleh NGO jugak, perlu dimandulkan. Dan Kerajaan Negeri untuk tahun ini jugak sediakan sejumlah peruntukan untuk memastikan pe, pemandulan ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Dan sudah tentu, pengawalan itu akan ambil masa tapi kita akan cuba dengan sebaik mungkin untuk memastikan dalam tempoh masa panjang, isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Dato’ Yang Dipertua, saya mengkemukakan soalan nombor 2.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Rahang yang bertanyakan soalan berkenaan harga barangan keperluan semakin meningkat. Dato’ Yang Dipertua, jawapan saya ini juga akan menjawab Pertanyaan Bertulis, soalan nombor 4 ADUN Mambau yang bertajuk “Kenaikan Harga Barang-Barang Keperluan Asas”.

Dato’ Yang Dipertua, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan sentiasa memandang serius berhubung isu keberadaan bekalan dan kenaikan harga makanan dan keperluan asas di pasaran. Antara tindakan dan langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Negeri Sembilan bagi mengatasi perkara ini adalah seperti berikut:

i) Pertamanya: Menjalankan pemeriksaan harian dan pemantauan berkala di premis-premis perniagaan di kawasan bandar dan juga luar bandar bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi di semua peringkat rantaian perniagaan dan peniaga sentiasa mematuhi akta-akta dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh KPDN Negeri Sembilan dalam menjalankan operasi perniagaan. Pemeriksaan ini meliputi hypermarket, supermarket, minimarket, kedai runcit,

pasar-pasar awam dan lain-lain premis perniagaan. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 28,833 premis perniagaan meliputi pelbagai peringkat perniagaan telah diperiksa bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 7 November 2023.

ii) Keduanya: bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam negeri, KPDN Negeri Sembilan juga melaksanakan operasi-operasi penguatkuasaan seperti berikut:

 Pertama: Ops Jamin. Ops Jamin merupakan kolaborasi bersama Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan keberadaan bekalan beras. KPDN Negeri Sembilan juga memastikan tiada penyelewengan berkaitan label jenis beras atau, import ataupun tempatan. Sehingga 7 November 2023, sebanyak 251 premis telah diperiksa. Dari keseluruhan pemeriksaan tersebut, telah menghasilkan 3 kes di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal menyelenggara Buku Stok, menjual barang kawalan tanpa lesen dan juga kesalahan jualan bersyarat.

 Kedua: Ops Manis. Ops Manis adalah memastikan isu dan pengedaran gula pasir putih bertapis secara lebih komprehensif serta mengambil tindakan ke atas pemborong dan peruncit gula. Sehingga 8 November 2023, sebanyak 1,202 premis telah diperiksa. Dari keseluruhan pemeriksaan tersebut telah menghasilkan 2 kes dibawah Seksyen 5(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan antara kesalahan adalah menjual melebihi harga yang diwartakan.

iii) Ketiga: kesemua kes-kes yang tertangkap semasa Ops Jamin dan Ops Manis pada tahun ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, penguatkuasaan KPDN Negeri Sembilan.

iv) Selain dari itu, KPDN Negeri Sembilan juga turut mengadakan sesi libat urus bersama pihak pengeluar, pemborong dan pemain industri bagi memastikan pengeluaran dan bekalan berada pada tahap yang tinggi, stok barang/bekalan dalam pasaran sentiasa berada dalam keadaan stabil.

v) KPDN Negeri Sembilan juga melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan, Penentuan Harga Maksimum Minyak Masak Kelapa Sawit Tulen Dalam Botol dan juga

Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam bagi mengawal harga barangan kawalan yang terpilih.

vi) Selain itu, dalam menimbang usaha meringankan kos sara hidup, kerajaan juga telah memperkenalkan Konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada usaha membantu golongan susah dan rentan. Salah satu inisiatif iaitu Program Jualan Rahmah adalah program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barang makanan (mentah atau siap) dan barang bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan asas. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit (hypermarket, pasar raya besar, pasar raya, pasar raya mini dan kedai runcit) yang mana digalakkan untuk memberikan pengurangan harga barangan semasa penjualan berlangsung antara 10% sehingga 30% berbanding harga pasaran semasa berdasarkan tempat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup.

Antara senarai barangan keperluan harian asas yang boleh diberikan diskaun harga adalah seperti berikut: ayam; ikan dan hasil laut; telur ayam; gula putih bertapis; minyak masak botol; tepung gandum; beras; sayur-sayuran / buah-buahan; barangan penjagaan diri; barangan pembersihan rumah; lampin pakai buang; barangan keperluan sekolah; ubat-ubatan; dan lain-lain barangan keperluan harian (makanan dan bukan makanan) yang bersesuaian.

Sehingga November 2023, sebanyak 248 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh Negeri Sembilan dengan pecahan seperti berikut: Jelebu – 23 Jualan Rahmah telah dilaksanakan, Jempol – 26 Jualan Rahmah telah dilak, laksanakan, Kuala Pilah – 27, Port Dickson – 32, Rasah – 34, Rembau – 34, Seremban – 48 dan Tampin – 24. Jadi jumlah keseluruhannya adalah 248 Juala Rahmah di Negeri Sembilan.

Jualan Rahmah di Negeri Sembilan ini dilaksanakan dengan 157 model pelaksanaan dalam premis, 5 pelaksanaan Jualan Rahmah secara terbuka dan 86 pelaksanaan Jualan Rahmah secara bergerak (mobile). Anggaran jumlah penduduk yang mendapat manfaat dari program ini adalah seramai 412,122 orang dengan anggaran jumlah jualan sebanyak 6.2 juta.

Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup juga dipertanggungjawabkan untuk menyelaras permohonan, sumbangan dan agihan Bakul Rahmah di atas permintaan yang bertujuan meringkan, meringankan beban golongan B40 dan miskin

tegar melalui pemberian dalam bentuk barangan keperluan asas. Sehingga November 2023, sebanyak 1,554 Bakul Rahmah telah diselaraskan dan diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Soalan tambahan. Rahang bagi peluang Lukut untuk tanya, okey. Dato’ Yang Dipertua, ada aduan telah didapat daripada kalangan rakyat. Dikatakan bahawa kalau nak pergi kedai untuk beli gula, dia kena beli dengan pakej. Dia beli satu bungkus murah punya, dia kena tambah lagi satu gula yang berharga tinggi. So adakah ini ada penyelesaian ataupun jawapan daripada KDN, KPDN untuk pertanyaan public ini. Dia beli satu gula yang murah, dia kena tambah lagi satu gula yang, yang mahal, baru dia jual. Kedai itu nak, baru boleh jual. Okey, sekian, terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Lukut. Sekiranya ada aduan seperti itu, boleh disampaikan kepada saya ataupun kepada pejabat KPDN Negeri Sembilan. Dan kita, sekiranya ada aduan tersebut, kita akan periksa dan siasat dan ia merupakan, seperti yang diadukan oleh ADUN Lukut, ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 5(1)(b) iaitu kesalahan jualan bersyarat. Jadi, sekiranya ada aduan tersebut, sila berikan butir-butir kedai yang melakukan kesalahan tersebut supaya kita dapat ambil tindakan terhadap peniaga tersebut. Sekian, terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Tambahan sikit. Sebab, saya rasa bukan kedai punya isu, Exco, Yang Berhormat. Saya rasa pembekalan daripada pembekal yang memaksa kedai tu kena ambil gula yang mahal bersama dengan apa, gula yang murah. So dia terpaksa, kedai tu terpaksa dan, jual gula berpakej. Satu murah, satu mahal. So saya rasa bukan salah pada kedai, dia salah kepada pembekal. Saya mohon apa, jabatan ataupun agensi berkenaan semak benda ni, keadaan ni. Sekian, terima kasih.

Terima kasih, kita akan ambil tindakan dan siasatan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.

Terima kasih. Terima kasih Bagan Pinang yang bertanyakan tentang jumlah kuarters guru di Daerah Port Dickson ya. Jadi untuk pengetahuan Dewan, terdapat 210 unit kuarters guru di

Daerah Port Dickson. Di mana sebanyak 106 unit adalah berpenghuni dan yang bakinya 104 unit lagi adalah kosong. Pecahan, kalau nak bagi pecahan kepada 210 unit ni, Kompleks institut, Institut Pendidikan Lukut – 100 unit; Kompleks Pendidikan Bagan Pinang – 6 unit; SMK Dato Haji Abdul Samad – 11 unit; Datuk Muhamad Yusof – 4 unit; Sekolah Tinggi Port Dickson – 23 unit; Kampung Baru Si Rusa – 16 unit; Tanjung Agas – 6 unit; Jimah Baru – 4 unit; Telok Kemang – 30 unit; Kampung Baru Si Rusa = 8 unit dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah – 2 unit.

Jadi untuk unit-unit yang kosong ni Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang tidak berpenghuni ini, bolehlah dicadangkan. Dan kadang kala digunakan juga sebagai bilik-bilik khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran, bilik kemahiran hidup, bilik muzik dan sebagainya. Kuarters guru juga boleh dicadangkan bilik penginapan bagi tujuan kursus ataupun bengkel peringkat sekolah, daerah mahu, mahupun negeri, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jadi, saya jemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada DUN Kota yang bertanyakan berkaitan dengan penyelenggaraan dan binaan baru Tabika KEMAS. Ini adalah soalan yang baik kerana ia juga menjadi satu persoalan kepada ibu bapa yang terlibat dalam Tabika KEMAS di seluruh Negeri Sembilan.

Bagi menjawab soalan yang berkaitan Dato’ Yang Dipertua, Tabika KEMAS khususnya ya, Tabika KEMAS Kampung Sawah Raja yang mula beroperasi pada tahun 1988 di balai raya lama Kampung Sawah Raja. Pada tahun 2017, tabika tersebut telah berpindah lokasi ke balai raya baru iaitu bangunan baru, bangunan sekarang, selepas balai raya lama tidak dapat diduduki lagi disebabkan oleh faktor keselamatan dan juga tanah tabika berkenaan, tanah persendirian.

Pada awal Februari pada tahun 2023, kanak-kanak telah berpindah ke Tabika Titian Akar disebabkan masalah kekurangan guru dan kemudian berpindah lagi ke Balai Raya Kampung Sawah Raja pada bulan September tahun 2023.

Tabika ini mempunyai bilangan kanak-kanak seramai 10 orang sahaja, ADUN Kota, 10 orang sahaja iaitu 2 orang kanak-kanak berumur 4 tahun, 6 orang kanak-kanak berumur 5 tahun dan 6 orang kanak-kanak berumur 2, yang, yang berumur 5 tahun. Unjuran kanak-kanak

setiap tahun adalah dalam anggaran 7 ke 11 kanak-kanak sahaja. Cuma maksimum dia dapat tahun 2019 – 11 orang. Lain, pada tahun 2018, 2020, ‘21, ’22, ’23 – maksimum dia ada 7 ke 10 orang sahaja, Dato’ Yang Dipertua ya.

Merujuk kepada permohonan bangunan baru, permohonan tersebut boleh buat, dibuat berdasarkan syarat berikut: yang pertama sekali, bilangan hitung kanak-kanak belajar mesti 15 orang. Jadi, ADUN Kota, kena tambah kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS Kampung Sawah Raja ni. Dia kurang, short ada 3 orang lagi. Saya ingat anak ADUN Kota boleh hantar ke tabika ni untuk memboleh melayakkan permohonan tabika baru ini.

Pertama Dato’ Yang Dipertua, Tanah Milik Kerajaan PTP mempunyai geran, rizab, warta dan TOL. Tu pertama, syarat pertama ya. Kedua: saiz keluasan tanah diukur dengan tepat dan bersesuaian untuk dibina baru. Ketiga: dilengkapi dengan surat kebenaran ataupun dokumen berkaitan selain daripada jumlah kanak-kanak mesti 15 orang. Yang 15 orang ni, mandatori. Kurang 1 orang pun tak boleh, tak layak untuk dapat tabika baru. Tetapi, walau bagaimanapun, mengambil kira premis tabika dan taska yang disewa dengan kadar tinggi dan permohonan yang tidak diluluskan oleh EPU sebelum ini diangkat semulalah untuk dipertimbangkan.

Selain daripada Tadika dan Taska KEMAS yang berada di bawah kelolaan pihak KEMAS, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Negeri Sembilan, pentadbiran tersebut telah menerima peruntukan berjumlah 546,965.00 ringgit bagi pelaksanaan projek membaik pulih dan menyelenggara 2 buah Pejabat Perpaduan dan 15 Tabika Perpaduan di seluruh Negeri Sembilan.

Manakala bagi tahun 2024, pihak Jabatan Perpaduan telah diluluskan peruntukan yang berjumlah sebanyak 449,899.00 ringgit untuk pelaksanaan 6 projek pembaikan dan penyelenggaran yang melibatkan satu Pusat Aktiviti Perpaduan dan 5 buah Tabika Perpaduan.

Pembinaan tabika baru adalah tidak bersesuaian berdasarkan ketiadaan tapak tanah di Kampung Sawah Raja ini, khusus untuk pembinaan tabika dan unjuran bilangan kanak-kanak yang tidak menggalakkan seperti yang saya sebut tadi. Ini kerana, antara syarat pembukaan tabika seperti yang saya sebut yakni 15 orang. Tetapi Dato’ Yang Dipertua, saya ataupun kita cadangkan balai raya sedia ada yang digunakan sebagai tabika sekarang ini, iaitu tabika sementara sekarang ini, diserahkan kepada pihak KEMAS untuk kegunaan kekal sebagai tabika agar dapat dibuat penyelenggaraan dan juga dibaik pulih untuk

kemudahan pembelajaran kanak-kanak di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ADUN Kota beri keizinan untuk buat soalan tambahan. Berkenaan dengan Tabika KEMAS ni, Yang Berhormat Datuk Exco, di kawasan saya di Tabika KEMAS Kampung Baru Lanjut Manis ada kekurangan pelajar. Dan menimbulkan kerisauan keluarga di sana kalau sekiranya kekurangan pelajar ini, pihak KEMAS akan menutup Tabika KEMAS tersebut. Jadi, apakah tindakan KEMAS sekiranya pelajar semakin kurang kerana kurangnya produktiviti di kampung tersebut? Terima kasih.

Ini soalan, boleh jawab, tapi Yang Berhormat ADUN main perananlah, kempen untuk tambah supaya bilangan anak kecil ini diperbanyakkan dalam komuniti ADUN masing-masing. Tapi saya tak boleh lanjutkan jawapan itu kerana itu mendatangkan kemarahan Yang Amat Berhormat Sikamat nanti. Tapi, untuk makluman Dato’ Speaker, KEMAS tidak akan menutup Tadika KEMAS, waima, walaupun kekurangan murid di kebanyakan tabika menampakkan penurunan yang begitu ketara. Cumanya sekarang ini, Dato’ Yang Dipertua, kita harapkan supaya anak-anak di kawasan komuniti kita, di DUN ini, dapat digalakkan untuk dihantar ke Tabika KEMAS di setiap kawasan yang telah pun wujud Tabika KEMAS.

Apatah lagi buat masa ini, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, yakni Menteri KKDW telah pun mengarahkan supaya semua Tabika KEMAS memperkenalkan kurikulum baru. Sekarang ini Tabika KEMAS bukan macam dulu, kita ada kurikulum baru dan antara kurikulum yang sangat bermanafaat sekarang ini ialah kurikulum hafazan Al Quran ataupun bacaan Al Quran yang telah pun diperkenalkan untuk melahirkan hafazan di kalangan pelajar-pelajar seawal Tabika KEMAS ataupun seawal umur di peringkat tadika di seluruh negara apatah tabika di Negeri Sembilan ini. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Chuah mengenai projek baik pulih tangki air di DUN Chuah. Dato’ Yang Dipertua, adalah dimaklumkan bahawa pihak SAINS telah menjalankan

kerja-kerja penukaran tangki sedutan dan tangki simpanan air di kawasan Lukut iaitu melibatkan Taman Lukut Makmur, Taman Indah Jaya, Taman Indah Baru, Taman PD Utama 1 serta Taman PD Utama 2 yang melibatkan 6 buah tangki dengan peruntukan sebanyak 5.8 juta ringgit. Projek telah bermula 23 September 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Disember 2023.

Tangki Perumahan Rakyat Kampung Sawah tidak termasuk di dalam Projek penggantian 6 buah tangki sedutan dan tangki simpanan seperti yang dinyatakan. Namun demikian, SAINS dalam Pelan Perniagaan Yang Ke-6 (2024 – 2028) OP6 telah mengemukakan beberapa permohonan kepada SPAN untuk menjalankan projek bagi menja, memanjangkan bekalan air bersih daripada Loji Rawatan Sawah Raja ke kawasan Lukut dan Chuah. Pihak SAINS juga akan membuat kajian terhadap tangki simpanan yang, air yang ada di kawasan Chuah serta pam sedutan yang ada di DUN Chuah dan kita akan melihat keperluan kalau perlu dibaiki, kita akan perbaiki tempat-tempat tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.

Terima kasih Yang Dipertua, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Lenggeng, soalan yang sama mengenai tekanan air rendah ya. Dato’ Yang Dipertua, masalah tekanan air rendah di Kampung Daching adalah disebabkan sistem retikulasi yang telah lama dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air semasa. Manakala masalah tekanan air di Mukim Pantai adalah disebabkan Loji Pantai yang tidak dapat beroperasi secara penuh akibat banjir besar pada tahun 2021. Masalah tekanan air rendah di Kampung Rawa dan Kampung Tengah adalah disebabkan kedudukan rumah yang jauh dan, dan tinggi daripada sistem paip retikulasi SAINS. Bagi Kampung Sompo masalah bekalan air adalah disebabkan kes paip pecah dan bocor.

Secara keseluruhan, masalah air di kawasan Lenggeng dapat ditambah baik dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi Fasa 2 yang dijangka siap pada tahun 2024. Buat masa ini juga, satu sebutharga telah dikeluarkan bagi kerja-kerja penggantian paip bersaiz 150mm sepanjang 3 kilometer di Kampung Daching.

Bagi masalah di Mukim Pantai, buat sementara, bekalan air dibantu daripada sumber air Loji Ngoi-Ngoi manakala kerja baik pulih muka sauk Loji Pantai sedang giat dijalankan bagi memastikan loji dapat

beroperasi secara penuh. Tambahan lagi, pembinaan Kolam Imbangan Pantai juga telah dirancang bagi menampung keperluan kawasan Mukim Pantai. Bagi masalah air di Kampung Rawa, pengaktifan projek bekalan luar bandar telahpun dibuat pada bulan Mei 2023.

Bagi masalah di Kampung Tengah disebabkan rumah pengguna yang terletak jauh dari, dan tinggi daripada paip air, air SAINS, permohonan melalui Program Bekalan Air Luar Bandar akan dimohon melalui Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah. Masalah bekalan air di Kampung Sompo kawasan, Sompo kawalan tekanan air akan dibuat bagi meminimakan kes paip pecah dan bocor. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Yang Dipertua, assalamualaikum WBT. Soalan saya nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui pihak JKR Negeri Sembilan telah mengemukakan permohonan pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko kemalangan di laluan FT1276 Daerah Tampin bagi perancangan APJ Tahun 2024.

Permohonan tersebut telah dimajukan kepada JKR Malaysia pada 27 September 2023 dengan kos anggaran 450,000.00 ringgit. Kerja pemasangan lampu jalan akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan diluluskan.

Kerajaan Persekutuan juga telah memperuntukkan pemasangan lampu jalan bagi 35 buah tiang bagi setiap Rancangan FELDA di bawah bajet Rancangan Malaysia Ke-11. Progres peran, pemasangan yang telah dijalankan oleh pihak FICFM telah selesai 100% di semua Rancangan tersebut. Dan saya juga mohon di, soalan ini supaya dapat detail-kan kawasan yang dipohon bagi memudahkan tindakan pihak JKR Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Assalamualaikum WBT, dan selamat pagi. Terima kasih yang, yang, Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Klawang juga mengenai JKR. Untuk makluman, pada tahun 2023 JKR Negeri Sembilan telah selesai melaksanakan kerja penambahbaikan

daripada segi ciri-ciri keselamatan di jalan tersebut seperti papan tanda amaran serta garisan jalan ya. Ni di Bukit Tangga, Jelebu. Pada masa kini JKR telah, tiada perancangan bagi menaik taraf jalan di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, JKR Negeri Sembilan telah memohon peruntukan bagi tahun 2024 untuk melaksanakan kerja pembaikan ciri-ciri keselamatan dan penyelenggaraan di jalan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, sejumlah 9.179 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan kerja-kerja di kawasan ini pada tahun 2023 di mana 2.075 juta adalah di bawah Peruntukan Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR dan sejumlah 7.104 juta adalah di bawah Peruntukan Cawangan Selenggara Fasiliti Jalan (CFSJ) Ibu Pejabat JKR Malaysia. Terdapat 2 kerja utama yang dilaksanakan di kawasan ini iaitu pertama adalah kerja penyelenggaraan cerun di Jalan Persekutuan, Reka dan Bina dan dilaksanakan oleh pihak konsesi Pintas Utama Sdn. Bhd. dan dija, di jalan Kuala Klawang – Seremban FT086 Seksyen 16.8 dan Seksyen 20.4. Kedua-dua pembaikan cerun kawasan tersebut telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Kedua adalah kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan di Jalan Kuala Klawang – Seremban FT086. Kerja pembaikan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak konsesi Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. dan juga telah siap sepenuhnya pada tahun ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, kesesakan hujung minggu di jalan ini amat ketara pada saat ini. Saya menjangkakan kesesakan ini akan bertambah ya, nanti mungkin macam Kuala Pilah – Seremban-lah yang sekarang ni amat teruk ya. Saya mencadangkan supaya ada perancangan untuk kita merancang jalan 2 carriage disambung daripada atas Bukit Tangga itu sehingga ke Temiang sekarang ya, yang ada bypass Temiang untuk kita melancarkan perjalanan di antara Pekan Seremban yang boleh bypass sekarang melalui bypass Temiang sekarang ini dan ke Bukit Tangga. Jadi, saya harap adanya perancangan di, di peringkat tertentu supaya dalam jangka panjang nanti, projek ini boleh dilaksanakan, insyaaAllah. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, atas cadangan pandangan daripada Yang Berhormat ADUN Klawang. Dan kita sedia maklum bahawa dengan jalan Bukit Tangga menjadi alternatif kepada jalan Kuala Pilah – Seremban, kita lihat bahawa hari ini terdapat banyak peniaga-peniaga khususnya di, di tepi-tepi di, di sepanjang jalan tersebut telah mula tumbuh dan ini merupakan satu perkara yang positif dan kita lihat bahawa ini akan mendatangkan manfaat ekonomi kepada kawas, penduduk setempat. Dan kita nampak khususnya di hujung minggu, dia menjadi alternatif utama penduduk, pengguna jalan raya daripada Kuala Pilah ke kuala, ke Seremban menggunakan jalan

kuala, Bukit Tangga, jalan Kuala Klawang – Seremban. Jadi ini, dalam mas, pandangan tersebut akan kita bawa dan untuk kita mohon mulai masa yang terdekat ini supaya jalan tersebut dapat ditingkatkan bagi, sebagai satu jalan alternatif yang lebih baik, insyaaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker, terima kasih. Soalan nombor 17 sudah naik, bagus, terima kasih. Saya mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih Dato’ Speaker.

Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan pumah PPR dan juga Rumah Mampu Milik untuk menangani masalah unit rumah PPR dan juga Rumah Mampu Milik yang dibeli oleh golongan B40 dan kemudiannya disewakan.

Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan sentiasa melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil sekiranya terdapat penyewa melanggar syarat perjanjian seperti menyewakan unit rumah kepada pihak kedua bagi perumahan awam seperti PPR dan juga Rumah Awam Harga Rendah yang ditadbir oleh Bahagian Perumahan. Setakat ini, Bahagian Perumahan menerima satu aduan bertulis iaitu terdapat premis di Blok Chempaka Flat PKNNS Jalan Tun Dr Ismail Seremban yang disewakan kepada warga asing dari Myanmar. Selanjutnya siasatan dijalankan dan laporan siasatan diangkat bersama syor untuk pertimbangan dan arahan lanjut kepimpinan pentadbiran negeri. Seterusnya, laporan siasatan dipanjangkan kepada pihak berbajib, berwajib untuk tindakan yang selanjutnya sebagaimana dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.

Yang kedua, bagi setiap pelanggaran perjanjian oleh penyewa seperti tidak mendiami sendiri rumah berkenaan atau mana-mana kesalahan dan juga pelanggaran dalam perjanjian yang telah ditandatangani, maka kerajaan boleh menamatkan perjanjian dengan memberi 1 bulan notis kepada penyewa secara bertulis dan seterusnya mengambil semula rumah tersebut tanpa menjejaskan hak kerajaan menuntut daripada penyewa untuk apa-apa ke, kemungkinan perjanjian yang telah dilakukannya terlebih dahulu. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker, soalan tambahan saya. Adakah sebarang sekatan untuk Rumah Mampu Milik Type A? Terima kasih.

Yang tadi saya nyatakan berkaitan dengan Rumah Awam Harga Rendah dan juga Rumah PPR. Dan untuk rumah Type A di

mana rumah Type A ini adalah berharga 80,000.00 ringgit dan pilih, pemilihan untuk rumah itu juga dibuat oleh Unit Perumahan dan juga Kerajaan Negeri di mana dalam Dasar Perumahan Negeri Sembilan, ia dengan jelas menyatakan setiap rumah yang dibeli iaitu Type A, 80,000.00 ini adalah tertakluk kepada 5 tahun moratorium iaitu tidak boleh dijual untuk 5 tahun tersebut. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, ada berkaitan dengan soalan yang di Templer tu, orang asing yang sewa di rumah pangsa. Okey, Dato’, terima kasih. Saya nak tanya tu, yang perjanjian pensewaan, saya nak tahu ni, di rumah PPR yang rumah Templer tu, berapa lama pensewaan, janji sewaan tu? Dia setiap tahun untuk renew ke atau dia kaji semua ke, atau dia langsung tak ada perjanjian sewa atau berapa lama dia akan renew, dengan izinnya, dengan janji sewa tu?

Tempoh masa tu nanti saya akan maklumkan secara bertulis. Tetapi apa yang saya tadi nyatakan adalah jika kita mendapat aduan ataupun siasatan dilakukan oleh Unit Perumahan dan didapati bahawa penyewa itu tidak tinggal di situ, dan juga diberikan kepada orang lain, kita akan ambil tindakan. Jika ada beberapa, mana-mana tempat ada dapat maklumat tersebut, boleh panjangkan kepada Unit Perumahan negeri untuk kita tindakan dapat diambil.

Dan berkaitan tempoh itu, saya akan rujuk balik kepada Unit Perumahan dan akan maklumkan kemudian. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Saya rasa cukuplah, saya ingat YB cukup. Dah jadi perbahasan kepada detail yang kecik. Mintak Lukut sekarang.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Okey, Lukut mengemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Lukut mengenai pelaburan di Negeri Sembilan. 2 sektor tumpuan di Negeri Sembilan adalah sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Kedua-dua sektor ini merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Negeri Sembilan. Sektor berkenaan juga menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan di samping meningkatkan sektor pembinaan di negeri ini ketika fasa pembangunan. Oleh itu, oleh yang demikian, sektor-sektor tersebut terus menjadi tumpuan bagi tarikan pelabur pada tahun 2024.

Secara spesifiknya bagi sektor pembuatan, subsektor yang diberi tumpuan adalah industri berteknologi tinggi yang boleh menawarkan

pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang seperti: pertama, Electrical dan Electronic (Semiconductors); Electric dan Vehicles Battery dan component; aerospace industry dan component; Pharmaceuticals; Medical Devices and Technology; Automotive; Agriculture dan Agro-Based; dan Halal-based industry.

Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, jenis industri yang ditumpukan adalah pembangunan hospital baharu, hotel, projek infrastruktur, digital dan data centre dan hab logistik.

Kerajaan Negeri sentiasa memastikan peningkatan pelaburan dan ekonomi di Negeri Sembilan dan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, penekanan awal akan diberikan kepada sektor pembuatan untuk menghasilkan lebih banyak produk berkualiti tinggi, pelbagai dan kompleks. Dalam hal itu, penekanan akan diberikan untuk pengukuhan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta subsektor industri yang berlandaskan pembangunan hijau dan lestari. Untuk itu, Kerajaan Negeri mensasarkan angka 7 bilion ringgit bagi dicapai sebagai sumbangan pelaburan ke Negeri Sembilan tahun 2023 meliputi sektor yang dikenal pasti tersebut.

Sesungguhnya peranan dan semua pihak amat diperlukan. Kerjasama erat yang berterusan akan menyumbang kepada usaha pembangunan dan memastikan kesejahteraan rakyat. Kerajaan yakin dasar dan strategi yang dirangka akan memperkasakan ekosistem pelaburan dan merancakkan aktiviti pelaburan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi serta meletakkan ia sebagai satu destinasi pelaburan utama. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelaburan asing dan kerjasama antarabangsa mengambil kira bahawa Foreign Direct Investment (FDI) melalui kegiatan dan aktiviti seperti berikut.

Antara usaha dan gerak kerja yang dirangka dalam menarik pelaburan ke negeri ini meliputi usaha-usaha mempergiatkan program promosi seperti berikut: pertama: penyertaan ke misi galakan pelaburan ke luar negara anjuran MIDA ataupun MITI. Kedua: menganjurkan seminar pelaburan Negeri Sembilan. Ketiga: menyertai ekspo dalam, dalam dan luar negara. Keempat: edaran risalah NS Inves Guide ke pejabat MIDA ataupun Kedutaan malay, Malaysia di luar negara. Dan yang kelima: pengiklanan secara digital atau dalam laman web. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Kita dapat tahu banyak pelabur-pelabur asing yang datang ke, mela, nak melabur, ada hasrat nak melabur dekat Negeri Sembilan. So kadang-kadang dia cari YB ataupun

ADUN dekat kawasan tu, tanya: YB, ada, kita nak labur, apa cara kita boleh nak, nak masuk ataupun interfere, dengan, dengan pihak kerajaan. So kita, dalam tangan kita, kita boleh rujuk pada mungkin NS Corp, kita boleh rujuk pada Negeri Sembilan Invest Centre (NSIC). So saya tak tahu, NSIC dengan apa, NS Corp ni, apakah job scope dia ataupun kerja mereka bertindih. Nak rujuk pada, kepada siapa? So bolehkah, adakah Kerajaan Negeri adakah satu apa, satu, macam OSC dekat MPPD, PBT yang boleh dirujuk. Mana-mana pelaburan yang nak, berhasrat nak masuk tu, kita boleh, boleh rujuk kepada pegawai ataupun jabatan tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Untuk soalan siapa yang nak dirujuk, pastinya NS Invest untuk pelaburan yang nak masuk ke negara, negeri kita ini. Bagi NS, NS Corp pula, peranan dia adalah untuk memastikan bahawa perancangan di MVV itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama, contohnya penyediaan kawasan perindustrian, kawasan pembangunan, perumahan. Itu dirancang dan kawasan-kawasan perindustrian itu di, di, disektorkan mengikut kawasan-kawasan tertentu. Jadi, supaya ini memudahkan. Dan kita di NS Corp hanya sebagai pelaksana untuk memastikan bahawa kemudahan ataupun persiapan infrastruktur itu dapat dilaksanakan, disediakan. Manakala NS Invest adalah sebagai tempat untuk mereka berjumpa, melihat apakah tawaran-tawaran yang boleh diberikan, kemudahan-kemudahan ataupun kawasan-kawasan perindustrian manakah yang boleh mereka nak ketahui di mana tempat ataupun tempat yang sesuai untuk mereka melabur di Negeri Sembilan ini.

Jadi itu peranan yang berasingan. Tidak, tidak ada yang sama ya. Kalau mungkin sebelum ini ya, tetapi kita telah, selepas kerajaan yang ditubuhkan baru ini, kita telah asingkan peranan ini dan saya berharap ini dapat berjalan dengan sempurna, insyaaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, mengemukakan soalan yang kedua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Lobak yang bertanyakan soalan keselamatan pekerja kilang. Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2020, jumlah kes kemalangan pekerjaan di Negeri Sembilan yang dilaporkan ke Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (JKKP) adalah sebanyak 1,461 kes, pada tahun 2021 pula sebanyak 882 kes dilaporkan dan pada tahun 2022 sebanyak 1,484 kes telah dilaporkan.

Kes-kes kemalangan yang direkodkan merangkumi kece, kes kecederaan maut, kecederaan hilang upaya kekal dan kes kecederaan tidak hilang upaya kekal. Ia boleh dipecahkan seperti berikut:

 Pada tahun 2020 kes kecederaan maut semasa kemalangan pekerjaan direkodkan sebanyak 7 kes, kecederaan hilang upaya kekal sebanyak 14 kes, kecederaan tidak hilang upaya kekal sebanyak 1,440 kes.

 Pada tahun 2021 kes kecederaan maut sebanyak 14 kes direkodkan, kecederaan hilang upaya kekal sebanyak 9 kes dan kecederaan tidak hilang upaya kekal sebanyak 859 kes.

 Pada tahun lepas, 2022, kes kecederaan maut menurun kepada 9 kes yang dilaporkan diikuti kecederaan hilang upaya kekal sebanyak 16 kes dan kecederaan tidak hilang upaya kekal sebanyak 1,459 kes.

Kes-kes kemalangan atau kecederaan pekerjaan ini telah disahkan oleh pihak JKKP bersama PERKESO dan juga JPA. Kebanyakan kes kecederaan pekerjaan berlaku dalam Daerah Seremban. Kes-kes kecederaan pekerjaan yang direkodkan juga mendapati pekerja lelaki lebih ramai terlibat dengan kemalangan di tempat kerja berbanding dengan pekerja wanita. Daripada data yang telah disahkan oleh JKKP untuk tahun 2020, pekerja lelaki yang terlibat dengan kemalangan pekerjaan adalah seramai 1,216 orang berbanding 245 orang pekerja wanita.

Pada tahun 2021 pula, seramai 775 orang pekerja lelaki terlibat dengan kemalangan pekerjaan berbanding 107 orang pekerja wanita diikuti pada tahun 2022 seramai 1,243 orang pekerja lelaki dan 241 orang pekerja wanita yang terlibat dengan kemalangan di tempat kerja.

Dilihat pada julat umur, data JKKP menunjukkan julat umur pekerja yang terlibat dengan kemalangan pekerjaan yang tertinggi untuk tempoh tahun 2020 sehingga 2022 adalah julat umur antara 20 sehingga 39 tahun iaitu julat peringkat umur belia. Pekerja yang berumur 60 tahun ke atas juga merekodkan terlibat dengan kemalangan di tempat kerja.

Sebagai makluman tambahan, sektor pekerjaan yang menyumbangkan bilangan kes kemalangan pekerjaan tertinggi di Negeri Sembilan adalah sektor perkhidmatan, pengilangan dan pertanian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Repah. So soalan saya macam, yang tambahan tu, nak tanya yang kes-kes yang tersebut ni, accident tu, kemalangan tu, adalah mereka ada bawak coverage dengan izinnya, dengan PERKESO? Dan apa nak tanya tu, yang khas khususnya yang hilang hilang upaya kekal tu, adalah mereka dapat memohon ilat yang sepenuhnya? Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan tadi. Bagi mereka-mereka yang hilang upaya kekal, mereka, dan juga tidak hilang upaya kekal, mereka boleh membuat permohonan tersebut kepada PERKESO supaya tuntutan mereka ini dapat disiasat. Dan sekiranya mereka berjaya, mereka akan ditawarkan pampasan daripada PERKESO. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan, nak buat penjelasan tu. Yang kami dimaklumkan bahawa yang mohon ilat tu, yang mohon ilat tu, saya terima 2 kes kerana tak diterima ilat. So kami pun harap secara jasa rakyat, bila yang pekerja ni, kalau dia ada bawak PERKESO tu, kami harap doktor jemaah ke, apa tu, kami tengoklah, kena membantu kerana pekerja ini dia hilang upaya kekal tu, satu ahli keluarganya menghadapi masalah. So kami harap yang pihak berkenaan bertimbanglah. Jikalau bila mereka layak untuk memohon ilat tu, mohon diluluskan.

Lagipun tadi tak jawab ni, adalah yang kemalangan, semua ada di-coverage dengan PERKESO ke?

Terima kasih kepada soalan tambahan tadi. Sebenarnya untuk tuntutan hilang upaya kekal dan hilang upaya, tidak hilang upaya kekal ni, permohonan dibuat kepada PERKESO dan jemaah doktor akan menyiasat kes tersebut. Dan sekiranya mereka dapati mereka layak, sudah tentu mereka akan ditawarkan dengan pampasan oleh pihak PERKESO. Sebenarnya ini boleh dirujuk kepada pihak PERKESO dan juga Jemaah Menteri. Dan saya mintak ADUN Lobak untuk memberikan maklumat berkenaan dengan OB yang diadukan itu kepada saya. Dan saya boleh menyemak dengan jabatan PERKESO. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan 1.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan lisan daripada ADUN Sungai Lui berkaitan dengan

tuntutan bayaran SES FELDA terutamanya khususnya bagi kawaan DUN Sungai Lui. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) ataupun biasanya disebut sebagai Tabung Wang SES telah ditubuhkan di bawah peruntukan seksyen 3, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952. Kutipan SES pada kadar 9.92 sen sekilogram getah yang dieksport dimasukkan ke dalam Tabung Wang SES dan digunakan bagi membiayai program tanam semula bagi sektor pekebun kecil, pemulangan wang SES kepada sektor estet dan kegunaan lain yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah yakni RISDA. Dato’ Yang Dipertua, melalui peraturan RISDA 1952, bantuan tanam semula diberikan kepada peneroka dan pekebun kecil yang telah tanam semula 16 jenis tanaman tetapi tidak termasuk sawit. Namun pada pembentakan, pembentangan Belanjawan 2018, pemulangan wang SES kepada peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit dari tahun 2010 sehingga 2016 telah diumumkan. Untuk tahun 2010 sehingga 2016. FELDA telah menerima peruntukan pemulangan bantuan SES tanam semula getah kepada sawit daripada Kementerian Kewangan, bayaran ini telah dibuat bayaran kepada 2,503 orang peneroka dengan jumlah sebanyak [ringgit]11,941,889.83 sen di Negeri Sembilan. Daripada jumlah ini, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lui, 595 orang peneroka adalah daripada DUN Sungai Lui yang menerima bayaran sebanyak [ringgit]3,605,161.66 sen.

Setelah bayaran ini dibuat, ada lagi permohonan tambahan daripada 83 peneroka di seluruh Negeri Sembilan bagi mendapatkan pemulangan wang SES tanaman semula getah ke sawit dengan jumlah 4 juta, 509 ringgit, 252 ringgit, aa maaf, [ringgit]4,509,252.08 sen. Daripada jumlah ini Dato’ Yang Dipertua, 62 orang peneroka adalah daripada DUN Sungai Lui yang memohon bayaran sebanyak [ringgit]400,503.80 sen.

FELDA telah membuat permohonan kepada kementerian yang terlibat bagi mendapatkan peruntukan tambahan seperti yang dipohon oleh peneroka kerana jumlah ini adalah melebihi jumlah peruntukan asal yang diterima daripada Kementerian Kewangan. Namun begitu, untuk makluman Dewan yang mulia termasuk untuk makluman ADUN Lui, sehingga kini FELDA masih belum mendapat maklum balas positif untuk permohonan ini. FELDA masih meneruskan usaha bagi mendapatkan pemulangan bantuan wang SES tanam semula getah kepada sawit.

Saya mintak supaya ADUN Lui maklumkan kepada peneroka yang terlibat bahawa pihak FELDA dan pihak Kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan wang tambahan ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput YB Juasseh.

Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Dato’ Seri Haji Aminuddin b. Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih saoaln ADUN Juasseh bertajuk “Jalan Raya Juasseh Ke Seremban”. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan sekalian, Kementerian Kerja Raya telah siap melaksanakan Kajian Awalan yakni Jalan Alternatif Kuala Pilah – Seremban dan telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri laporan akhir kajian tersebut.

Seiring dengan itu, hasil inisiatif Kerajaan Negeri, JKR Negeri Sembilan juga telah mengangkat permohonan ke Kementerian Kerja Raya bagi tajuk projek Membina Jalan Baharu Daripada Ulu Bendul ke Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan-4 (RP4). JKR Negeri Sembilan juga akan melaksanakan kerja-kerja ini sebaik sahaja peruntukan tersebut diluluskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang, ada, menjemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Temiang yang mengenai Tabung Hal Ehwal Bukan Islam. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak Ringgit Malaysia RM1.8 juta pada tahun 2022 dan 2023 bagi kegunaan Inisiatif Hal Ehwal Bukan Islam. Bagi tahun 2022, sebanyak 129 permohonan telah diluluskan bagi kegunaan persatuan dan rumah ibadat bukan Islam dan bagi tahun 2023 pula, sebanyak 179 permohonan telah diluluskan bagi kegunaan yang sama.

Inisiatif Hal Ehwal Bukan Islam memberikan manfaat melalui sumbangan atau perbelanjaan untuk rumah ibadat berdaftar iaitu rumah ibadat yang terletak di atas tanah yang dimiliki oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau persatuan atau pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang hakmilik tanah tersebut dinyatakan kategori tanah sebagai bangunan dengan syarat nyata sebagai rumah ibadat.

Dato’ Yang Dipertua, dalam masa yang sama, inisiatif ini juga memberikan manfaat kepada mana-mana Badan Bukan Kerajaan Bukan Islam yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

bagi melaksanakan program-program berkaitan keagamaan atau perayaan serta program berkaitan pembasmian kemiskinan, kemanusiaan, pembangunan modal insan dan kemasyarakatan.

Dato’ Yang Dipertua, Inisiatif Penyelengaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Seluruh Negara bagi tahun 2023 adalah di bawah Inisiatif Belanjawan Tahun 2023 oleh Kementerian Kewangan (MOF). Pelaksanaan bantuan kewangan kepada RIBI dari tahun 2019 hingga 2022 adalah di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Sebanyak 42 persatuan keagamaan bukan Islam di Negeri Sembilan telah berjaya menerima sumbangan peruntukan sejumlah 2.3, maaf, Ringgit Malaysia 2,325,400.00 ringgit melalui Program Bantuan Kewangan Pembaikan, Penyelenggaraan Dan Kerja-kerja Kecemasan di Rumah Ibadat Selain Islam, Kementerian Perpaduan Negara pada tahun 2022.

Walau bagaimanapun, mulai April tahun 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diberikan tanggungjawab berkenaan dengan peruntukan sebanyak 50.0 juta. Sehingga November tahun 2023, sebanyak 1.22 juta telah disalurkan kepada RIBI yang layak dan sebanyak Ringgit Malaysia 1.06 juta sedang dalam proses agihan dengan mengambil kira tempoh agihan adalah sehingga bulan Mac tahun 2024. Namun begitu, butiran terperinci RIBI tidak dapat disenaraikan kerana di, diklasifasi, diklasifa, klasifikasikan sebagai data terperingkat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya, soalan tambahan saya adalah, saya menerima banyak panggilan dan pertanyaan kepada ini bantuan daripada pihak KPKT inilah, dana bukan Islam ini, di mana mereka telah mohon lama tetapi tiada kelulusan sehingga hari ini. Dan saya agak, saya mohon ini, YB Exco dapatkan data-data senarai tersebutlah di mana supaya kita boleh memberi penerangan dan penjelasan kepada mereka yang tidak terima bantuan ini.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okey terima kasih soalan dan jugak cadangan daripada Yang Berhormat Temiang. Saya rasa untuk permohonan kepada Kerajaan Pusat, pejabat saya akan bantu untuk penyelarasan dan juga cuba untuk mendapat maklum balas daripada pihak Jabatan Menteri KPKT. Dan pada masa yang sama, untuk tahun ini, Kerajaan Negeri, untuk tahun depan Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak 2.0 juta kepada Hal Ehwal Bukan Islam. Saya rasa, saya mohon dalam Dewan ini, saya jugak mohon kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat supaya war-warkan perkara ini kepada semua badan bukan Islam ataupun rumah ibadat bukan Islam agar mereka dapat

memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat supaya sekurang, se, se, se, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat sedikit sebanyak bantuan ataupun sumbangan daripada Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapannya bertulis.

Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023. Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya hanya hadkan 10 minit bagi setiap pembahas, setiap Yang Berhormat yang berbahas, dan kita cubalah tetapkan masa kita, padukan apa ni, bahan-bahan kita supaya dia nampak, kita dapat tamatkan apa ni, perbahasan tu dengan lebih cepat lagi ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker, terima kasih. Salam Bersih, Muafakat, Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan Negeri Sembilan 2024 Negeri Sembilan Darul Khusus. Terlebih dahulu saya ingin megucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun merangkap ADUN Sikamat dan Ahli Parlimen Port Dickson, dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Memang ahli-ahli Exco Negeri Sembilan semua rajin, yang kerja kuat. Saya ucapan ribuan terima kasih. Okey, bila saya cakap dia bangun, jalan [merujuk kepada YB ADUN Chembong yang kembali ke kerusi melalui belakang beliau].

Okey, kasi sambung.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, terima kasih Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, dan ribuan terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Mohd Khidir …..

Yang Dipertua Dewan

Sudah, sudah 3 minit habis. YB, sudah 3 minit habis.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Atas usaha bersama dalam merancangan dan membentangkan belanjawan mesra rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan Kerajaan Madani. Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang berjumlah RM 3-5. 3-5. Dulu ada rokok. Tapi sekarang tadak, itu 3-5. Ringgit Malaysia 555.0 juta terus menunjukkan peningkatan berbanding Ringgit Malaysia 550.0 bagi tahun 2023 di bawah belanja, Belanjawan Madani. Belanjawan kali ini bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” yang mengutamakan inisiatif pembaharuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, menggunakan kelangsungan perniagaan, menggalakkan ke, kemurahan [kemakmuran] ekonomi serta menambah sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi mengelakkan [mengekalkan] momentum pertumbuhan ekonomi. Dato’ Yang Dipertua, belanjawan tersebut dirangka berdasarkan 3 Bidang Tumpuan Utama iaitu memperkukuhkan momentum pemulihan ekonomi, membina daya tahan ekonomi dan memacu pembaharuan yang komprehensif demi rakyat Negeri Sembilan.

Pembentangkan belanjawan kali ini memberi 9 Teras tumpuan yang terdiri daripada Jaminan Bekalan Makanan, Ekonomi Rakyat, Pendidikan, Kebajikan, Pemerkasaan Komuniti, Belia Dan Wanita, Kerohanian Dan Agama, Adat Dan Pelancongan dan Pentadbiran. Saya berharap Kerajaan Gabungan PH-BN di bawah Kerajaan Malaysia Madani dapat terus mengorak langkah ke hadapan untuk terus maju dan mempelbagaikan berbagai inisiatif untuk rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya membawa beberapa isu di Persidangan Dewan kali ini demi kebajikan masyarakat DUN Seremban Jaya. Dato’ Yang Dipertua, membina sebuah balai polis di Taman Seremban Jaya. Penduduk Taman Seremban Jaya yang mempunyai fasa 1 hingga fasa 10 sahaja mempunyai kepadatan penduduk mencecah seramai 19,466 orang. Itu pengundi saja, pengundi. Keluarga mereka, nanti saya cakap. Sebuah balai polis demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Taman Seremban Jaya adalah sangat penting dan adalah wajar didirikan atau dibina di Taman Seremban Jaya sendiri.

Dato’ Yang Dipertua, terdapat sebuah tanah Rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lot 18362, GRN 2412621 dengan keluasan tanah 1.7272 hektar di Jalan SJ 8/1 Taman Seremban Jaya sudah lama terbiar dan kini telah disewa oleh seorang individu untuk diusahakan. Dato’ Yang Dipertua, saya juga difahamkan tanah ini kini sudah berada di dalam siasatan pihak PDRM dan kerja-kerja ukur tanah juga telah dilakukan. Saya telah dimaklumkan bahawa PDRM mempunyai perancangan untuk mendirikan kuarters polis. Saya berharap sebuah balai polis boleh turut dibina demi kesejahteraan dan kebajikan penduduk Taman Seremban Jaya dan masyarakat DUN Seremban Jaya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi mencecah lebih 30,000 orang dan dengan mengambil kira tidak kemudahan awam balai polis di DUN Seremban Jaya. Jikalau ada satu balai polis, saya percaya bank-bank berani, mereka boleh buka di DUN Seremban Jaya. Dato’ Yang Dipertua, second. Lampu isyarat di Jalan Persiaran Forest Heights. Ini Forest Heights, Dato’ Yang Dipertua, di, di, dekat di Majlis Bandaraya Seremban, itu Forest Heights, saya ingin menarik perhatian pihak Majis Bandaraya Seremban dan Jabatan Kerja Raya Negeri serta pihak Pemaju MCL bagi membina lampu isyarat di perantaraan jalan menuju ke Taman Dusun Nyiur, SMK Forest Heights dan Chinese school. 4 fasa di dalam Forest Heights, dan ada satu laluan boleh masuk Dusun Nyiur ke arah Port Dickson, Rasah macam-macam, itu jalan dia orang guna. Sebab itu penting, ada kemalangan, sudah, selalu saya dengar ada kemalangan. Tapi sebab itu saya rayu dalam Dewan yang mulia ini, boleh kalu cepat dan segera buat satu lampu isyarat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ada masa lagi, okey.

Dato’ Yang Dipertua, jawapan juga telah diterima di mana pihak Majlis telah melantik pihak kontraktor bagi membina jalan susur di bahagian center median di Jalan Utama Persiaran Forest Heights 1 dari persimpangan tersebut ketika masalah ini dibangkit pada Persidangan Dewan 2020. Sudah 4 tahun, belum masuk, 3 tahun. Next year 4 tahun. Surat juga telah dihantar kepada pemaju Forest Heights bagi menyediakan lampu isyarat tersebut sebagai syarat pada pembangunan akan datang. Namun begitu masih belum ada sebarang pelaksanaan oleh mana-mana pihak sehingga ke hari ini meskipun kepesatan penduduk dan taman semakin bertambak, bertambah. Dato’ Yang Dipertua, sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik semua pihak yang berkaitan dapat membuat kajian atas keperluan dalam membina lampu isyarat bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dengan mengambil kira faktor pertambahan penduduk di taman di Taman Forest Heights ini.

Dato’ Yang Dipertua, isu jalan di bawah jambatan Taman Bidara yang ke arah Seremban 2, Port Dickson, Labu, banyak taman, di Balai Polis

Seremban 2. Seterusnya saya mencadangkan untuk melebarkan jalan Taman Bidara yang ke arah Seremban 2 bagi mengelakkan isu kesesakan lalu lintas. Pihak JKR telah, pagi memang sesak, ada masalah besar, meninjau jalan tersebut dan meminta untuk menulis surat kepada Kerajaan Pusat. Surat juga telah dihantar kepada pihak berkenaan tetapi masih belum dapat sebarang maklum balas. Saya mahu rekodkan Dewan yang mulia ini, saya mintak tolonglah, ada jabatan kita hantar surat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri. Tapi bila sudah kita hantar surat, patut dia boleh jawapan surat itu kita sudah terima, surat itu kita sudah terima, itu jabatan sudah terima. Jawab. Itu pun tak ada. Kita sebagai ADUN. Tapi MBS saya terima kasih.

Jabatan mana? [pencelahan secara off mic]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Banyak jabatan.

Mention, mention [pencelahan secara off mic]

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Itu mention saya belum tulis lagi, sudah tulis. MBS, Majlis perbandaran saya memang terima kasih. Boleh tak boleh, sudah hantar, sudah terima. Okey, kira bagus. Ada jabatan, banyak tak ada jawab, okey.

Isu penebang di jalan, isu pokok penebang di jalan Seremban ke arah MBS. Dato’ Yang Dipertua, isu ini yang penting, saya rekodkan di Dewan yang mulia. Satu hari, tak ada ingat punya benda sudah jadi, masa itu kita sudah lambat. Itu jawab, saya tak ada tunjuk Chembong, saya sayang Chembong, saya. Memang satu masalah yang besar. Satu hari berlaku itu, saya pun boleh jadi. Sebab apa, saya boleh baca sini. Selain itu, disebabkan cuaca hujan yang berharian, mungkin pokok-pokok yang besar akan runtuh di jalan Seremban ke arah MBS. Jikalau pokok-pokok tersebut runtuh, ia akan menyebabkan pihak kerajaan membayar ganti rugi kepada mangsa yang terlibat. Oleh itu, saya mencadangkan untuk menebangkan pokok-pokok tersebut. Memang di bawah Taman Bidara, okey. Dato’ Yang Dipertua, lagi ada masa. Okey.

Dato’ Yang Dipertua, ini satu masalah yang besar Dato’ Yang Dipertua. Ini cakap, tapi cakap kita longkang, tapi itu longkang, itulah masalah besar. Kita cukupi jaga longkang, penduduk-penduduk semua sudah tengok, dia sudah lihat kita turun padang. Waktu pilihan rakyat, sokongan penuh pilih sebagai ADUN.

Isu longkang runtuh di seluruh Negeri Sembilan. Nanti, isu longkang runtuh atau rosak adalah masalah besar dan bukan sahaja masalah ini dihadapan oleh penduduk DUN Seremban Jaya tetapi seluruh rakyat

Negeri Sembilan. Saya memahami bahawa peruntukan untuk menaik taraf longkang-longkang tersebut akan terlibatan kos yang tinggi. Oleh itu saya mencadangkan, oleh itu saya mencadangkan untuk memohon peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk menaik taraf sekaligus.

Dato’ Yang Dipertua, isu, ini betul-betul Dato’ Seri, Dato’ Seri, memang Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini sudah banyak kali. Bila saya sudah cakap, saya baca, Dato’ Seri sudah faham. Aiyo ini, ini ADUN Seremban Jaya banyak kali sudah bangkit. Bukan sini, Pejabat Daerah bila meeting, saya sudah panggil, kira kita punya Exco saudari Nicole Tan sudah ada sini, ADUN Temiang sudah ada sini, ADUN Mambau sudah ada sini, Rahang baru, ini semua Daerah Seremban jugak. Ini satu masalah saya selalu kepala sakit. Waktu hujan orang sudah telefon. Telefon tak apa, marah. Okey. Saya telah pun membangkitkan isu air bertakung di Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Bukit Emas dan Kampung Baru Rahang di Dewan Undangan, Pejabat Tanah dan JKR tetapi isunya belum diselesaikan sehingga hari ini. Isu ini telah pun mengakibatkan banyak kemalangan. Ini air takung. Itu 3 tempat, air takung. Waktu hujan itu Kampung Baru Rahang, kereta ada terbabas, bukan satu dua kali, banyak kali.

Okey, cadangan lampu jalan. Ini satu cadangan. Saya mencadangkan untuk menggantikan lampu LED kerana lampu LED memerlukan tenaga elektrik yang rendah dan kos bayaran kepada TNB juga mungkin rendah dan lebih cerah berbanding dengan lampu yang diguna sekarang.

Dato’ Yang Dipertua, cadangan memberi anak ayam kampung. Ini Datuk Seri, kira Datuk Seri saya ingat, Jalal, memang ini saya satu cadangan haa. Tapi saya cadangan satu, nanti Datuk Seri boleh banyak beri peluang kepada rakyat. Okey. Dari segi pendapatan dan kesihatan masyarakat, ayam kampung adalah sangat baik kepada kesihatan dan selalu dapat jumpa di kawasan kampung-kampung tetapi sekarang agak susah untuk dijumpai. Oleh itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri untuk memberi 50 atau 100, atau berapa pun bolehlah, ekor anak ayam kampung kepada penduduk yang mempunyai kesesuaian untuk membela.

Dulu kita, jalan Kuala Pilah, jalan Tampin, jalan Jelebu, jalan Pantai, Port Dickson pun ada, jalan Port Dickson banyak, jalan Rantau, jalan Ulu Sawah, kita tengok kampung banyak ayam kampung. Sekarang satu ekor harga ayam kampung satu kilo 23.00 ringgit hingga 25.00 ringgit. Itu pun original tak boleh dapat. Itu kacau, tipu punya ada. Itu 15.00 ringgit boleh dapat. Haa itu kacau ke kacuk, haa itu. Tapi ori punya susah Dato’, Dato’ Yang Dipertua. Sebab itu saya cadangan, tengok macam mana.

Dato’ Yang Dipertua, saya amat berterima kasih kepada MB Negeri Sembilan dan pihak MBS yang meluluskan pembinaan futsal di taman, Taman Tuanku Ampuan Najihah dan Bukit Sri Senawang. Memang saya ucapan ribu ribu ribu ribu ribu terima kasih kepada, kepada Dato’ Yang Amat Berhormat Sikamat dan MBS. Pasal 2008 sampai 2022, saya selalu, saya mohon, saya tanya, Dato’ Seri cakap janji last sudah janji, you jangan risau, saya mesti tunaikan. Saya ucapan ribuan terima kasih. Sudah tunai. Itu saya terima kasih, okey.

Itulah saya punya ucapan. Lagi saya mahu terima kasih kira Belanjawan 2024. Lagi satu saya pasal, saya Pengerusi backbenchers haa, Pengerusi backbenchers. Bukan lepas, sekarang punya. Okey, ini memang Pengerusi saya dengar, dia marah sama saya. Tapi saya punya rapat, saya punya ADUN-ADUN selalu ada beritahu sama saya, tapi ini bukan negeri ya. Johor ada naik. Melaka ada naik. Penang ada naik. Sabah ada naik. Sarawak ada naik. Tapi Negeri Sembilan belum lagi. Mintak tolong, okey, terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih Seremban Jaya.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Seremban Jaya naik apa? Apa naik?

Yang Dipertua Dewan

Okey, saya jemput …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Cakap terus teranglah.

Yang Dipertua Dewan

….. Yang Berhormat Klawang.

Assalamualaikum WBT dan selamat tengah hari. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil’alamin wabihi nasta’in wassholatu wassalamu ala asyrofil anbiyai wal mursalin wa‘ala alihiwassohbihi ajma’in. Auzubillah minashaitan nirrajim [melafazkan bacaan ayat 38 dari Surah As-Syuura]. As-Syuura ayat 38. Dan bagi orang-orang yang menerima yakni mematuhi seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedangkan urusan mereka diputuskan di dalam mesyuarah di antara mereka, dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka. Qola Rasulullah SAW taraktu fikum amrain lan tadhilluu tamassaktum bihimaa kitaballah wa sunnatan nabi. Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada keduanya iaitu kitaballah wa sunnatan nabi.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua yang mengizinkan saya untuk bangun berbahas pada kali ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin bin Harun; Menteri, Menteri Besar Negeri Sembilan, barisan

Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang, pengarah-pengarah jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil jabatan, tidak lupa kepada Setiausaho kito dan Penolong dia yang sentiasa mencatitkan apo kita cakap, hadirin hadirat sama ada yang berada di dalam Dewan ini mahu juga yang mengikuti secara live di mana jua berada.

Di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan belanjawan pada 20, untuk 2024 pada 1 haribulan 12 yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada pegawai Kewangan Negeri dan bersama dengan team-nya yang bertungkus-lumus mengutip apa sahaja yang boleh, cukainya, bukan cukainya, Hasil, tak hasil dan sebagainya serta menyediakan segala dokumen yang terlibat untuk pembentangan pada kali ini. Tahniah saya ucapkan.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum, kali ini saya tengok kurang pantun, jadi biarlah saya berpantun.

Ke jelobak ke Jelobu, Tuai padi tiga tangkai, Kok dapek kawan baru, Sahabat lamo jangan tinggai.

Menara MAINS megah berdiri, Alhamdulillah segala tugas terus terlaksana, Keadilan pasti Allah SWT beri, Kalau tak di sini, pasti di sana.

InsyaaAllah. Bukan apa Dato’ Yang Dipertua, perpaduan ini mestilah menatijahkan kepada yang lebih baik di sisi Allah SWT. Ini nak mintak maaf awal-awal dulu ya. Kepada semua sahabat-sahabat Yang Berhormat kita yang merokok, hormatilah peraturan larangan merokok di dalam bangunan yang mulia ini. Jangan baling saya dengan telur telimbang lopeh ni sudahlah. Tak merokok kan? [menujukan pertanyaan kepada YB ADUN Chembong yang duduk di sebelah beliau]. Oh, selamat selamat. Sebelum ini, sebelum saya terlupa, izinkan saya Dato’ Yang Dipertua, untuk menyeru muslimin muslimat sama ada di dalam Dewan ini dan di luar sana yang mengikuti secara live untuk kita menghadiahkan Al Fatihah kepada para syuhada’ di Palestin. Al-Fatihah [dengan bacaan].

Dato’ Yang Dipertua, penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih saya ucapkan di sini kepada semua mantan-mantan Pengerusi, Setiausaha

dan seluruh barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Keselamatan Kampung dan jugak Ahli Majlis yang telah berkhidmat dengan cemerlang pada penggal yang lalu. Walau bagaimanapun, tetap ada yang ada direhatkan di dalam pengujupan, pewujudan kombinasi baru di dalam menjelmakan Inspirasi Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan di akar umbi. Macam-macam yang kita donga ya, Dato’ Yang Dipertua, tapi apa pun kito tolan jo lah dulu. Kepada yang baru dilantik dan yang dilantik semula, teruskanlah berkhidmat dalam kerangka mematuhi tuntutan dan ayat Al Quran [bacaan ayat 56 dari Surah Adz-Dzaariyaat], tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah. Termasuklah kojo-kojo politik ni, Dato’ Yang Dipertua, kita mesti jadikan ianya ibadah, jangan sambil-sambil tu kok ado, maaf cakap, kok ado yang menyakau antaro kito, Negeri Sembilan rasonyo bersih, insyaaAllah, sebab dia motto pun Bersih, Muafakat Dan Sejahtera. Kita berikan kepada yang hak, jangan sekali-kali kita ikut warna atau bangsa, sebab Rasulullah SAW telah memberi peringatan laisa minna man da'a ila 'assobiyyah: bukan daripada kumpulan aku orang-orang yang mengajak kepada assobiyyah. Walaisa minna man qotala 'ala 'assobiyyah: dan bukan daripada kumpulan aku orang-orang yang berperang kerana kebangsaan. Walaisa minna man mata 'ala 'assobiyyah: dan bukan dari golongan aku atas, orang yang mati di atas assobiyyah.

Tidak lupa kepada semua Tuan-Tuan DO kita and the team, yang mewakili jugak pemungut hasil di bahagian daerah. Dan tahniah saya ucapkan, ado yang capai apa nama ni, KPI, ado yang tak capai, tapi Dato’ Menteri, eh Menteri pulak, Pegawai Kewangan janganlah jahat sangat condemn, mana yang tak tu kita tengok apo yang tak kono eh.

Dato’ Yang Dipertua, ramai ahli Yang Berhormat telah sentuh belanjawan kali ini, jumlah-jumlah yang disebutkan itu memanglah boleh dibahas dan boleh dipertikaikan. Biarlah pihak yang berkenaan mengendalikannya dengan penuh bijaksana. Saya nak sentuh satu dua sahaja.

Peruntukan yang banyak saya kira untuk Sektor Agama. Kalau diikutkan dalam Terasnya itu 32.76 juta. Tetapi sebahagian besarnya saya kira baik pulih dan pembinaan baru masjid-masjid tertentu sedangkan kalau kita melihat, Dato’ Yang Dipertua, masjid-masjid yang ado, yang ado ni manjang kosong jo ya. terutamanya Subuh-lah, Dato’ Yang Dipertua ya. Tu saya tengok di Jelobu-lah, tompek lain mungkin ponoh agak eh. Saya mencadangkan mungkin sudah ada, mungkin, saya tak dimaklumkan, untuk mengambil umat ini semula adanya perancangan menggalikan, mengembalikan umat ini ke landasan yang betul di dalam kehidupan ini dengan menghayati dan mengamalkan

agama kita termasuk rukun-rukunnya, Rukun Agama kita ada 3 semuanya, akidahnya, syariatnya, tasawufnya iaitu akhlak.

Sebagaimana contoh, saya sendirilah Dato’ Yang Dipertua ya, kalau kocik-kocik maghin bukan dikenalkan dongan Allah, dikonalkan dengan hantu dulu, sampai sekarang takut dengan hantu ya. Kalau dikenalkan dengan Allah mungkin kita sampai, kita konal dan konal Allah, kita taklah takut dengan hantu. Mari kita ambil prinsip Rasulullah SAW, dah tunjukkan awaluddin makrifatullah ya. Saya mencadangkan adanya program-program berskala besar dan impak yang berterusan dilaksanakan di semua peringkat, kek kampung ko, kek daerah ke, malah di peringkat negeri untuk umat ini mencapai tahap selosai akidah dia, sempurna syariat dia, cantik akhlaknya. Berpandukan akhlak Rasulullah SAW seperti yang ditegaskan, innama buistu liutammima sholihan akhlak: sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.

Dato’ Yang Dipertua dan ahli Dewan sekalian, pembangunan yang bertumpukan hanya kepada fizikal tanpa disertakan dengan pembangunan rakyat yang, yang juga mesti madani akhirnya akan menatijahkan kepada negara yang sudah dikatakan maju sekarang ini kita lihat tetapi mundur dari akhlaknya. Seperti yang kita lihat sekarang, adanya negara yang menerima gaya hidup gay dan lesbian sesuatu yang normal. Dan berbagai lagi gaya hidup songsang di sisi Allah SWT diterima atas alasan hak asasi manusia. Malah ada negara yang telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Ini bagi saya amat penting Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, sekiranya kita benar-benar hendak mencapai Bersama Membina Negara Madani, kita membangunkan negeri kita ini dari sudut fizikalnya dan kita jugak mesti mempastikan kita membangun negara kita ini dengan rakyatnya yang madani.

Dato’ Yang Dipertua, saya melihat isu kesihatan amat penting ditangani di peringkat awal. Walaupun tiada tajuk Teras saya kira, tapi saya melihat adanya insentif kesihatan di dalam Kesejahteraan Rakyat yang mana Implan Ortopedik Dan Hemodialisis diperuntukkan sebanyak 1.0 juta. Bagi saya elok benar kita cegah sebelum kono terutamanya penyakit-penyakit yang 3 serangkai ni, yang cukup popular: darah tinggi, koncing manih, jantung, serangan jantung. Insentif implan ini saya kira hanyalah sebagai insentif jangka pendek yang merupakan, walaupun begitu, ianya hanya merupakan ibarat kita membersihkan sungai yang kotor di muara. Dah kono, dah kono, dah, dah ni, dah tu perlunya kita membersihkan darah oleh kerana kegagalan buah pinggang dengan dialisis dan sebagainya. Lotih kita sebenarnya Dato’

Yang Dipertua, sebab puncanya kalau dibiarkan berterusan maknanya perkara ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

Oleh itu, untuk inisiatif jangka panjang, saya mencadangkan ya, supaya insentif general health screening diadakan, diwujudkan. Dengan ini pencegahan awal dapat dibuat dan mengelakkan kos yang tinggi apabila sudah dihadapi dan ianya bersifat sampai mati. Maknonya, kalau, kalau, kalau macam ni Dato’ Yang Dipertua, kayo pengeluaran ubat ya, yang mengeluarkan ubat. Oleh itu, apa ni, peruntukan-peruntukan tertentu elok kita salurkan dalam bentuk-bentuk promosi atau bentuk-bentuk program yang diadakan supaya kita me, mengamalkan gaya hidup sihat.

Tadi saya terdengar Yang Berhormat Seremban Jaya sebut pasal balai polis. Saya pun teringat jugak ya, Balai Polis Jelobu tu memang adolah Dato’ Yang Dipertua ya, tetapi keadaannya tu agak menyedihkan dia punya bila kita lihat dari luar dan ianya merupakan pintu masuk Pokan Pilah, eh ke pekan Klawang tu. Kalau boleh kita min, saya men, mencadangkan supaya Kerajaan Negeri melihat bagaimana untuk membantu keadaan ini supaya ianya dapat dipercantikkan sedikitlah Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya kira itulah yang saya nak sebut sedikit sebanyak kepada kali ini. Kita mendoakan, sebelum saya menutup, kita mendoakan rakyat Palestin diberikan kerahmatan oleh Allah SWT, moga-moga para syuhadah itu mendapat highway to heaven. Marilah kita sama-sama menghayati pantun ini:

Amal agama pastikan ibadahnya, Selalu diulang supaya tak berkarat, Walau mungkin tak selamat di dunia, Tetapi pasti selamat di akhirat.

Dengan ini saya menyokong usul Belanjawan 2024 dengan tema Ber sama Membina Negeri Madani. Jumpa lagi, kalau tidak di dunia ini, pastikan kita bersua di syurga kelak. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya ucap tahniah kerana Sikamat membangkitkan bajet yang terbaik sekali. Saya berdengar tu jelas dan insentif-insentif yang dulu tu dapat disambungkan. Macam ni TUNS, TUNS Plus, C4U, lagi pun BAS ke,

semua ada. Tapi kami difahamkan bahawa yang Geran JMB dan Geran MC tahun 2022 dapat sejuta lebih, dan tahun 2023 pun dapat sejuta lebih. Kerana JMB dan MC ini, dia ini bantuan dengan rumah pangsa kerana kami fahamkan yang JPKK, Ketua Kampung ada elaun. MPKK Ketua Kampung atau AJK dia, meeting pun ada elaun, walaupun sudah dapat elaun, Lenggeng pun cakap nak tambah lagi elaun tu. Tapi kesian sekali yang MC, tak salah saya di Negeri Sembilan ni skim ada 180 lebih, yang MC tu, dia bawah akta tu dia kena dipantau dan kerjanya lebih kurang sama dengan ketua MPKK atau, atau JPKK. Kerjanya lebih kurang sama.

Satu skim rumah pangsa, duduk semua sekali 100 unit ke, atau yang besar sekali, 205 ada. Dia seumpama satu kampung tradisi atau Kampung Baru Cina. Tapi yang dasar kerajaan kita ni, Pusat, dia ada elaun bagi, bagi JPKK dan MPKK. Tapi, yang masalah yang utama sekali, paling masalah yang belum diselesaikan adalah di kawasan rumah pangsa. Jikalau yang macam Nilai, sama jugak, walaupun dia sekarang bukan Unit Perumahan, masalah ni di Lobak, rumah pangsa paling kritikal. Sampai kebersihan pun tak akan dapat diselesaikan. Walaupun dia ada bayaran yuran, bayar yuran pun kurang, tak sampai 20%, atau tak sampai 30%. Itulah masalah yang utama dia.

So jadi yang MB jasa rakyat ni, kami suara, berterus 2 tahun adalah Geran JMC dan MC. So harap kali ini kecewa sikitlah, sudah dengar ucapan dan baca teks dari Sikamat, memang tak nampak, tapi mungkinlah kami pun harap boleh tengok macam adjust. Kerana sampai geran Orang Asli, Geran KOA tu pun dapat 0.3 juta, mengapa orang yang tinggal di rumah pangsa termasuk orang Melayu, termasuk orang India, dan termasuk orang Cina jugak, ini golongan yang B40. Yang Geran MC ni sebenarnya dia bantu yang orang miskin, tinggal di rumah pangsa khasnya ni untuk geran rumah pangsa sederhana dan rumah pangsa miskin. Dia masalah tu, macam-macam, termasuk kebersihan, jenayah, narkotik, kesihatan, warga emas, budak kecik-kecik tu belajar. Dia satu masalah besar di masa sekarang.

So saya harap bawah bimbingan Sikamat dan kewangan, boleh kaji semula bahawa Geran MC ini boleh dapat diteruskan kerana negeri ada salah satu negeri yang pertama bagi Geran JMB dan MC ini. Pertama satu di Malaysia ni. Saya punya harap Kerajaan Negeri ini mengusaha lagi, baik lagi supaya jadi satu model yang baik di seluruh Malaysia. Kerana saya pun dah tanya KPKT, dia cakap ni satu Malaysia, lebih dari 10,000 skim, Kerajaan Pusat tak mampu nak kasi elaun untuk yang pengerusi ke, atau AJK dia elaun. So jadi satu Negeri Sembilan ni, walaupun geran ni tak tinggi sangat, tahun pertama, fasa 1 – 5,000.00 saja. Tahun ini fasa kedua – 7,000.00. Sebenarnya saya angka ni tahun

akan datang, mungkin akan naik sampai 8,000.00 atau 10,000.00. Tapi berasa kecewa sangat kerana nampaknya tak ada sebarang geran yang dibagi.

So kami harap kaji semula kerana orang yang duduk di rumah pangsa ni tak salah saya lebih kurang 15%, di kawasan saya sampai 25% pengundi saya di rumah pangsa. Nilai pun sama jugak, ramai rumah pangsa. So, lain kawasan, kalau kampung mungkin kuranglah. Di kawasan bandar lebih ramai sekali. Tapi masalah di rumah pangsa ni memang satu cabaran yang terkini untuk setiap bandar raya, sampai Datuk Bandar kita ni pergi lawat ke Johor Bharu. Itu bandar, Rumah Pangsa Orkid. Belajar lawatan kerja supaya macam mana bertambah baik untuk setiap skim rumah pangsa yang sekarang menghadapi masalah yang besar sekarang ni. So kami harap geran ni boleh disambungkan.

Yang selanjutnya, saya pun mengucap tahniah dan terima kasih kerana Sikamat beri bantuan yang PPR, rumah pangsa jugak, Lobak ni dapat ban, peruntukan yang 60 unit yang rosak ni, sudah dibaiki. 20 unit, tapi mendaftar nak masuk 60 lebih. Erti ni sekarang tu, di luar tu, ramai orang yang miskin kena menyewa satu rumah untuk duduk saja. Memang ni murah, sebulan yuran 150.00, tapi permintaan ramai sekali. Kami pun dimaklumkan dapat lagi fasa dua, 20 unit lagi, tapi belum, belum ditender. Kami harap boleh teruskan. Dan harap dengan selenggara rumah, perumahan awam tu, yang 4.0 juta tu, boleh salurkan masuk lagi. Jadi yang tertinggal, fasa ketiga tu pun boleh dibaiki dan untuk orang yang nak sewa masuk di PPR Lobak ini. Kami harap ini boleh dapat ditimbang dan dapat ditunaikan.

Dato’ Dipertua, terima kasih lagi kerana DUN Lobak, yang saya penggal masuk kedua, tapi satu kegagalan yang terbesar sekali bagi sebagai Wakil Rakyat di DUN Lobak, kerana saya sudah ulang beberapa kali, DUN Lobak walaupun undi dia ramai jugak, tapi tak ada satu dewan serbaguna. Balai raya kecik ada. Tapi dewan tak ada. Walaupun kami ada merancang atau bantuan dari Ahli Parlimen; Anthony Loke, kawasan ni kawasan Ahli Parlimen Seremban, kami sudah dapat tapak di Desa Temiang, BQ pun sudah hantar, tapi hingga sekarang pun belum dapat peruntukan. So kami harap kegagalan, kegagalan yang terbesar saya ni jikalau boleh tahun ni, boleh dapat disempurnakan kerana memang di kawasan DUN Lobak, satu dewan pun elek, dengan izinnya. So kami harap, jikalau boleh, boleh dapat ditunaikan tahun akan datang.

Dato’ Dipertua, saya pun nak highlight itu tentang yang tentang eKasih kerana Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri bantuan dia, dia ikut pendaftaran eKasih. Saya baru dapat jawapan bertulis yang berjaya daftar di bawah eKasih seramai 10,000 lebih. Tapi yang jawapan

bertulis ini, pun menunjukkan bahawa seramai 5,000 lebih ditolak. So saya nak faham, dia tolak ni, dia tak layak ke apa tu? Kerana dalam masa tempoh ni, orang yang, yang mohon tu dia memang menghadapi susah, mungkin sebahagian kecik tu dia tak sempurna atau sebahagian tu dia cari peluang dia. Tapi tak akan sampai 5,000 itu ditolak. Saya sedia kerjasama dengan jabatan Pembangunan Negeri supaya kami beri bantuan golongan-golongan yang miskin, bukan miskin, miskin tegarlah, tapi miskin jugak, dia nak daftar eKasih kerana banyak bantuan dia, sebelum dapat lulus, dia kena daftar sebagai eKasih. Ramai lagi termasuk saya pun tak faham, kerana mengapa ramai orang yang mohon ditolak, tolak, tolak, kalau tak kerana yang dasar tu, dia kena berjaya daftar eKasih. So kami harap kerjasama dengan jabatan Pembangunan Negeri, kami cuba bantu keluarga-keluarga atau individu yang memang susah tu, berjaya berdaftar di bawah eKasih.

Dato’ Dipertua, tentang HEBI. HEBI saya pernah jadi Exco, walaupun 4 bulan sahaja, tapi 1.8 juta ni, ikhlas saya cakap ni, permohonan ni memang banyak sekali. 1.8 juta ni, 4 bulan habis dimohon. Sampai tak cukup. So walaupun kali ini kami dimaklumkan bahawa HEBI dapat bertambah hingga 2.0 juta, tapi saya sini nak sampaikan kerana jikalau ikut church yang ada sekarang lebih 100 church di Negeri Sembilan, kuil – 400 lebih, tokong Cina – 300 lebih. Jumlah ini sudah 800 lebih. Kubur Cina – 78, kubur India lebih 100, church tak sampai 10, campur sekali, jikalau satu NGO dapat 5,000.00, dengan izinnya, pun tak cukup. Kami harap jikalau boleh, boleh mengikut tahun bertambah tambah tambah untuk keperluan. Kami pun sokong …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, celah sikit boleh tak?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Boleh.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ada point. Ada banyak kuil di ladang. Memang tapak itu kira itu estet punya, dia orang tak dapat surat. Tapi memohon peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam, susah. Macam mana Lobak?

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih. Memang betul, di tangan saya walaupun 4 bulan saja, banyak yang mohon tu saya pun tak dapat nak isikan permintaan tu. So kami harap, kami bukan buat sensitif kerana ini memang keperluan kerana kami pun sokong, sokong ni Malaysia yang madani ini, agama, kami harap sama-sama dimajukan kerana macam Gemas setuju, kami jadi satu Malaysia yang madani. Memang baik ni orang Islam, kami sokong jugak, church kami sokong jugak, tokong, kuil, sama-sama dimajukan. Dia akan jadi satu lambang yang

baik, bukan sahaja pelancongan, bukan sahaja satu negara yang agama madani di rantau Asia ni. Dia akan betul-betul menggambarkan satu Malaysia yang bergaya dan bermadani. Itu kami harapkan. So kami harap jikalau boleh, boleh ditambah lagi yang dana HEBI. So Dato’ Yang Dipertua, saya Lobak menyokong bajet tahun 20, yang kali ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Tuan Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahhirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, pemilik sega, pemilik ke atas negeri ini dan penyedia segala sumber yang Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjunan besar kita Nabi kita, Muhammad SAW yang telah diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam. Pada diri Baginda-lah terhimpun seluruh bentuk kebaikan yang seharusnya menjadi contoh ikutan. InsyaaAllah.

Ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang telah membenarkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, pada tarikh 1 haribulan 12, 2023 hari Jumaat yang penuh barakah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar; ADUN Sikamat telah membentangkan Bajet Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” yang berjumlah 555.0 juta.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kerajaan yang mana bajet kali ini bersifat inklusif dengan pelbagai bantuan serta inisiatif yang meliputi pelbagai lapisan umur, bermula hingga lahir hingga ke usia emas termasuk para belia, pelajar, siswa dan juga siswazah. Kesemua aspirasi ini adalah didasarkan kepada manifesto dalam PRN yang lalu dan diimplimenkan dalam pembentangan bajet dan sesungguhnya negeri ini seharusnya dijadikan model Kerajaan Perpaduan melalui, melalui konsep perkongsian kuasa yang dilaksanakan pada kala ini.

Sebelum itu, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang mulia ini, untuk mengucapkan sekalung syabas dan tahniah buat FAMA Negeri Sembilan di atas kecemerlangan yang telah ditunjukkan sehingga berjaya merangkul 2 anugerah iaitu Anugerah Pembangunan FAMA Negeri Terbaik dan Anugerah Keseluruhan FAMA Negeri Terbaik yang disampaikan di Konvensyen FAMA Kebangsaan Tahun 2024. Yang pastinya anugerah ini mencerminkan FAMA Negeri Sembilan sentiasa membudayakan budaya kerja cemerlang dalam merealisasikan aspirasi perpaduan untuk rakyat. Tahniah juga diucip, diucapkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ke atas

kejayaan pihak FAMA ini. Semoga dengan kejayaan ini akan menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada semua jabatan untuk sama-sama bekerja di dalam membangunkan Negeri Sembilan sebagai role model Kerajaan Perpaduan di negara kita. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Dato’ Yang Dipertua, dari bajet yang telah dibentangkan, saya ingin menyentuh beberapa aspek atauoun inisiatif yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat iaitu yang telah memperuntukkan sejumlah 38.8 juta bagi Teras Pendidikan Modal Insan bagi menjadikan Negeri Sembilan sebagai Lembah Ilmu dengan melahirkan modal insan yang cemerlang, seimbang dan kompetitif.

Saya ingin kongsikan bersama ucapan terima kasih daripada ibu bapa dan penjaga serta pentadbiran sekolah di atas Program Bantuan Anak Sekolah (BAS) dan Biasiswa Anak Negeri Sembilan yang telah disampaikan sebelum ini. Dan untuk 2024, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak 0.90 juta iaitu peruntukan untuk Bantuan Anak Sekolah dan sebanyak 800,000.00 ringgit untuk bantuan Biasiswa Anak Negeri. Dan sudah semestinya program ini amat membantu kepada golongan yang terlibat.

Iltizam kita sebagai kerajaan hendaklah menoktahkan kadar buta huruf dan pendidikan separa, separa masa bagi anak-anak ini dengan menyediakan pelbagai instrumen pendidikan secara, secara tidak langsung menarik minat serta memberitahu mereka betapa perlunya ilmu untuk kelangsungan hidup. Pendidikan boleh merubah nasib serta masa depan seseorang juga mengangkat harakat dan juga martabat mereka di kalangan masyarakat di Malaysia ini. Ibarat kata pepatah “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Oleh yang demikian, kerajaan wajib memastikan keciciran khususnya di kalangan masyarakat Orang Asli yang boleh dilihat kadar kecicir, keciciran mereka ini semakin meningkat dalam arus perdana pada masa kini. Perkara ini menurut kesedaran dan juga kerjasama semua pihak terutama ibu bapa penjaga, pimpinan masyarakat, agensi kerajaan seperti JAKOA, PPD serta pihak lain yang dipertanggungjawabkan. Ramai di kalangan anak-anak Orang Asli ini hanya bersekolah di peringkat sekolah rendah. Mereka menguasai hanya 3 iaitu membaca, menulis dan mengira. Dan ini angat, amat membimbangkan untuk masa depan mereka.

Program-program berbentuk motivasi yang dapat meningkatkan kesedaran semua pihak perlu dipergiat bagi mencapai hasrat dan juga matlamat yang telah digariskan oleh pihak kerajaan. Ini bagi

memastikan jurang keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan sekitar khususnya masyarakat Orang Asli. Keberhasilan daripada program ini akan membentuk komuniti yang berilmu di mana akhirnya nanti akan melahirkan cerdik pandai bagi menggalas tanggungjawab memaju serta mensejahterakan negeri dan juga masa, di masa hadapan.

Langkah kerajaan memprogram, memperkenalkan Program Fast Track merupakan usaha yang sangat baik. Saya menyokong penuh usaha program ini dan da, dan diharap akan kekal berterusan serta diperluaskan mengikut kehendak dan keperluan pendidikan kini dan juga masa hadapan. Usaha untuk memperkasakan bidang teknikal dan vokasional dengan meluncurkan Majlis perun, Perundingan TVET Negeri Sembilan merupakan satu langkah mendepani hasrat yang diutarakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tempoh hari. Pembinaan pembangunan akademik, pusat aktiviti pelajar serta dewan konvokesyen Kolej Yayasan Negeri Sembilan melalui peruntukan yang, yang besar adalah manifestasi tehadap saranan serta cabaran TVET yang ditagih oleh pimpinan utama negara.

Dasar TVET kebangsaan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk mampu menguasai pengetahuan dan juga kemahiran praktikal dengan lebih baik seiring dengan lulusan akademik. Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET ini. Justeru itu, saya menyokong penuh juga terhadap usaha dalam kita mempertingkatkan program TVET yang dise, yang dilaksanakan di negeri ini.

Saya juga berharap supaya kita ada program Sekolah Magnet supaya kita dapat menjadikan Sekolah Magnet ni sebagai sekolah yang mempunyai alisan vokay, teknik dan juga vokasional untuk mengatasi masalah kekurangan ataupun kekurangan pelajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih.

Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 48.37 juta ringgit diperlu, yang diperuntukkan untuk memastikan kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik dan galakan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat. Sudah tentunya kemudahan-kemudahan infrastruktur sukan yang ada perlu dibaik pulih serta dinaik taraf seiring dengan kehendak dan keperluan komuniti khususnya generasi baharu di kampung-kampung. Di kawasan DUN, DUN Sungai Lui, terdapat 9 buah gelanggang futsal yang menuntut perhatian dan juga tindakan segera daripada pihak kerajaan untuk dibaik pulih kerana berada dalam keadaan yang uzur. Dan harapan saya, hal ini diberi keutamaan dan juga perhatian.

Dato’ Yang Dipertua, baik pulih balai raya serta dewan yang ada di kampung-kampung juga perlu diper, diberi perhatian dan tindakan segera dari pihak kerajaan. Banyak balai raya dan dewan dalam keadaan uzur yang tidak selesa untuk digunakan. Contohnya kalau di DUN Sungai Lui: Dewan Besar Pasoh 3, Pasoh 2 dan, dan juga di Lui Timur.

Di kawasan saya khususnya di kawasan felda-felda berlaku kekerapan gangguan bekalan air dan juga tekanan air yang rendah, dan ada kalanya mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan. Ini menimbulkan keadaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Perkara ini disebabkan oleh keadaan paip yang telah lama dan juga uzur. Mohon juga perkara ini diambil perhatian dan juga tindakan serius.

Saya juga memohon supaya peruntukan daripada, daripada KKDW untuk di, dilaksanakan di dalam kawasan felda khususnya seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika Hari Peneroka yang lepas dapat dilaksanakan dengan segera. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana sehingga ke hari ini, Kerajaan Negeri cukup prihatin dan juga cakna terhadap, terhadap isu-isu yang melibatkan peneroka dan kawasan rancangan FELDA tanpa memikirkan soal sentimen kepartian dan, dan juga tahap sokongan.

Namun begitu, antara isu yang masih disebut-sebut sehingga hari ini iaitu isu perumahan PGBF yang masih belum lagi menemui titik penyelesaian total khususnya. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa, dalam Hari Peneroka telah menyentuh tentang isu ini. Beliau menyatakan bahawa kerajaan akan memberi keutamaan terhadap penyelesaian isu perumahan generasi kedua, ketiga di felda seluruh negara. Justeru itu, saya mohon perkara ini diambil perhatian serius.

Dato’ Yang Dipertua, pertanian adalah satu bidang ataupun sektor yang sangat penting di Negeri Sembilan. Jika tidak penting, masakan pula pertanian diberikan peruntukan pembangunan sebanyak 22.75 juta daripada keseluruhan peruntukan bagi tahun 2024. Kita mempunyai penternak berskala kecil di kawasan-kawasan felda khususnya yang diusahakan oleh warga felda di kawasan ladang mereka. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kawasan ladang felda juga dijadikan sebagai hab pengeluaran ruminan di negeri ini. Ini akan meningkatkan pengeluaran bekalan daging haiwan ruminan dan secara terus, secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan bagi pengusaha yang terlibat.

Justeru itu, bantuan khidmat nasihat dan juga kewangan serta pemantauan daripada pihak, daripada pihak jabatan adalah amat

diperlukan bagi menjayakan matlamat ini. Dicadangkan juga boleh diwujudkan satu sis, sistem data bersepadu di peringkat Kerajaan Negeri yang mempunyai data penerima bantuan pelbagai agensi dan juga jabatan di dalam Negeri Sembilan ini. Difahamkan, banci pertanian ini akan dimulakan pada bulan Julai 2024 selama 3 bulan. Saya berharap kita di Kerajaan Negeri Sembilan ini dapat mengambil langkah yang sewajar, sewajarnya bagi memastikan semua pemegang taruh akan dapat melibatkan diri dalam bancian ini. Semenjak merdeka, bancian pertanian ini hanya dilakukan sebanyak 3 kali sahaja iaitu di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Tunku Abdul Rahman (1960), di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Tun Hussein Onn (1977) dan juga di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Tun Abdullah Badawi (2005). Ini bermaksud, data-data terperinci yang dipegang dan dijadikan asas oleh jabatan-jabatan kerajaan pada hari ini sudah lagi, sudah tidak dikemas kini sejak 18 tahun yang la, yang lalu.

Menerusi perancangan yang baik, daripada data yang lengkap, disusuli oleh pelaksanaan yang berfokus, saya pasti kita akan dapat merungkai masalah keterjaminan makanan serta kestabilan penawaran dan juga permintaan makanan daripada satu tahun ke satu tahun. Hala, hala tuju pertanian negara pada masa akan datang juga adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengujudan, pewujudan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar.

Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak 3.0 juta bagi proses, bagi program Agro Madani di, di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri. Ini merupakan usaha yang sangat baik daripada kerajaan dan wajar diteruskan bagi meringankan beban kos sara hidup. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada yang amat, Yang Amat Berhormat Sikamat, YB Exco Kanan, barisan Exco dan juga ketua-ketua jabatan serta semua yang terlibat dalam menghasilkan belian, belanjawan yang mencakupi keperluan segenap lapisan rakyat di negeri ini “Bersama Membina Negeri Madani”. Sungai Lui mohon menyokong Belanjawan 2024. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Pertama sekali Juasseh ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Belanjawan 2024. Syabas dan tahniah saya ucap kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; ADUN Sikamat atas pembentangan Belanjawan 2024 Aspirasi Perpaduan Negeri

Sembilan. Saya berpendapat bajet ini adalah bajet yang begitu baik untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, tahniah juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco Kanan atas usaha dan kerjasama yang utuh. Hasilnya Kerajaan Perpaduan semakin kukuh di Negeri Sembilan. Saya ingin menyentuh tentang pembentukan JPKK baru-baru ini. Alhamdulillah pelantikan telah pun dapat disempurnakan dengan baik yang mewakili pelbagai kaum di sesetengah tempat. Namun demikian, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menganjurkan kursus-kursus kepimpinan, program-program pendedahan bagi menjadikan pimpinan baru di kampung-kampung ini memahami kewujudan Kerajaan Perpaduan dan di samping memahami konsep Malaysia Madani yang dipertengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Jabatan Perpaduan juga mestilah memainkan peranan yang penting di dalam KRT dengan program-program kemasyarakatan yang lebih berkesan dan dinamik. Sebagai kepimpinan di peringkat akar umbi, mereka mestilah menyahut usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dari sagi, dari segi pembangunan, pembangunan modal insan, penyampaian maklumat tentang saluran bantuan dan insentif-insentif supaya ia dapat disampaikan terus kepada rakyat tentang apa yang berlaku hari ini dan akan datang. Ini kerana kita pun ambil maklum ada sesetengah pihak cuba mengambil kesempatan mengelirukan rakyat tentang konsep madani semata-mata untuk political milage mereka, dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Peruntukan yang diberikan bukan sahaja untuk keharmonian kampung-kampung tradisional atau Kampung-Kampung Baru, atau taman-taman tetapi kita juga mestilah melahirkan pimpinan yang faham untuk menzahirkan Kerajaan Perpaduan ini sehingga diterima oleh rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, dalam Belanjawan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, saya ingin menyentuh tentang pembangunan infrastruktur luar bandar. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menggariskan Dasar Pembangunan Luar Bandar dengan pendekatan kepada Wawasan Luar Bandar Sejahtera. Semua juga ambil maklum tentang ketidakimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar adalah satu isu global yang masih dihan, dihadapi kebanyakan negara termasuklah di Malaysia. Justeru itu, keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar begitu penting untuk memastikan kesepaduan dan kesejahteraan rakyat. Kita ingin membentuk sebuah luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan, holistik bagi menyahut aspirasi 10 Teras dalam Belanjawan 2024.

Kalau boleh, saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Exco Kanan, apakah langkah jangka masa yang melibatkan tempoh ini bagi memperkasakan pembangunan dan infrastruktur luar bandar di Negeri Sembilan termasuklah di DUN Juasseh dengan bajet 10.0 juta pada tahun 2024 ini. Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dengan meluluskan sebanyak 200,000.00 untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan sungai di DUN Juasseh ketika banjir yang melanda pada bulan Oktober yang lalu sehinggalah ke hari ini, Yang Amat Berhormat. Ianya adalah satu permulaan yang baik, namun saya masih juga mengharapkan jabatan-jabatan yang lain, daripada JPS terutamanya KKDW agar dapat sama-sama membantu untuk menyelesaikan masalah ketetapan banjir dan masalah-masalah infrastruktur luar bandar yang lain daripada segi menaikkan taraf, membaik pulih dan sebagainya.

Saya juga ingin menyentuh tentang proses penambahan jalan-jalan negeri, penambahbaikan jalan-jalan negeri, jalan-jalan kampung, kemudahan-kemudahan asas seperti air dan elektrik, juga sangat diharapkan dapat diberikan perhatian oleh kerajaan dan KKDW dengan peruntukan yang ada dan diharap dapat ditambah dari masa ke semasa untuk kita cuba merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar menerusi rancangan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang memperkasakan wanita di dalam Teras 4: Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, Belanjawan 2024. Sebelum itu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kerana dilihat ramai wanita yang dipilih untuk memainkan peranan-peranan penting di dalam JPKK, Ahli Majlis, ketua-ketua jabatan, guru-guru, Guru-Guru Besar yang sudah pastinyalah kita nampak ramainya wanita. Cuma yelah, seperti yang sedia maklum, belum lagi cukup 30% itu Yang Dipertua. Maka dengan ini saya ingin mencadangkan kepada Exco Wanita dan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan program dan advokasi dalam memperkasakan wanita agar ia dapat menonjolkan bakat wanita di Negeri Sembilan ini sama ada wanita di bandar, ataupun wanita di luar bandar dalam menceburi semua bidang yang disediakan, yang disediakan.

Dengan bajet sebanyak 1.5 juta itu, saya mencadangkan kita perlu senantiasa berhubung dengan Kementerian Wanita agar ada kesinambungan dalam usaha memperkasakan wanita untuk mencapai target sustainable development gold (STG5), dengan izin Dato’ Dipertua, yang mana ini adalah telah diinspirasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. InsyaaAllah, dalam usaha-usaha Kerajaan Perpaduan, atas konsep Malaysia Madani ini, Negeri Sembilan akan menjadi negeri

pertama untuk mencapai 30%, 30% penglibatan wanita di dalam semua sektor untuk sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan dan ekonomi Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan pelancongan negeri supaya dapat melihat sikit Jeram Tengkek di kawasan saya di Juasseh sebagai satu destinasi pelancongan yang potential. Usaha ini memang dah, dah pun dilaksanakan beberapa tahun tetapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Sebagaimana yang kita ketahui, peruntukan memajukan kawasan ini sangat terhad dan ianya masih di bawah kawal selia Jabatan Hutan. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan supaya NGO-NGO diberi peruntukan untuk menjadi agen pelancongan bagi menjalankan operasi-operasi dan aktiviti-aktiviti di Jeram Tengkek ini yang boleh menarik lebih ramai pelancong datang ke situ dengan adanya bajet sebanyak 2.5 juta untuk geran pengurusan dan aktiviti-aktiviti pelancongan di dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Jika usaha ini dapat dilaksanakan oleh pelbagai pihak, jika usaha ini dapat dilaksanakan oleh pelbagai pihak, nam, maknanya manfaat dan jugak kebaikan ini dapatlah dirasa dan dapat diberi, dapat membantu ekonomi masyarakat setempat ya, masyarakat setempat di situ terutamanya kepada Orang-Orang Asli yang berdekatan dengan jeram tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh tentang produk-produk pertanian. Mungkin masih ada di antara kita yang tidak mengetahui tentang Sijil myGAP. Secara ringkasnya myGAP adalah sijil pensijil, adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktirafkan ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja. Ini adalah termasuk tanaman organik. Berdasarkan carian data, jumlah keseluruhan kawasan pertanian yang sudah menerima Sijil Pensijilan myOrganic di seluruh kawasan Malaysia adalah masih berada di bawah tahap yang sangat rendah. Saya difahamkan hanya 349 kawasan pertanian telah berjaya mendapat Sijil myOrganic ini melibatkan kawasan seluas 2,217.46 hektar dan Negeri Sembilan hanya ada 20 kawasan sahaja berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Johor yang ada 79, Pahang yang ada 63, Selangor – 39 dan juga Sabah – 29 kawasan. Justeru itu, langkah proaktif perlu dilakukan segera oleh Kerajaan Negeri bagi memperkasakan lagi bidang pertanian organik di negeri ini di mana kita mempunyai banyak tanah-tanah terbiar. Oleh itu, saya cadangkan agar pihak kerajaan terutamanya kepada Yang Berhormat Exco Kanan dapat mempertimbangkan dan mengkaji semula untuk kita mewujudkan satu

kawasan khas bagi penanaman organik ini. Dan ianya tidaklah sukar dilakukan dengan adanya 2.5 juta dalam Belanjawan Transformasi Kaedah Pertanian, Belanjawan 2024 Negeri Sembilan.

Akhir sekali, Dato’ Yang Dipertua. Tentang Skim Kesejahteraan Rakyat. Saya ingin ucapkan terima, tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana banyak insentif yang baik untuk rakyat digariskan dalam Skim Kesejahteraan Rakyat yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Pada dasar dan penglihatannya saya lihat ini adalah belanjawan-belanjawan yang sudah bermula memenuhi janji-janji manifesto pilihan raya. Saya berharap ianya dapat dilaksanakan dengan baik dan penyaluran yang betul dan telus dan yang paling penting belanjawan ini dapat menemukan satu titik persepaduan untuk semua melaksanakan tugas dan peranan masing-masing serta kesinambungan menjaga kebajikan rakyat di negeri kita yang tercinta ini. Dengan itu, Juasseh mohon menyokong. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Kita akan sambung perbahasan ni selepas kita rehat. Jadi lepas kita bersambung nanti kita, saya nak umumkan giliran yang memberi perbahasan ya supaya semua ada. Pertama, lepas ni pertama, yang pertama kita ada Temiang, lepas tu Sri Tanjung, Rahang, lepas tu Serting, Kota, Labu, Chuah, Bagan Pinang, Gemencheh, Paroi, last boleh ya, Paroi, kira gulunglah tu, dan Chembong. Jadi kita sambung giliran. Kita harapkan kita dapat habiskan perbahasan hari ini, supaya kita dapat penggulungan esok ya. Sekian, sidang Dewan ditangguh.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:03 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang]

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung perbahasan belanjawan. Jadi saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam perpaduan. Sebagai pembahaluan, pendahuluan, Chuah ingin merakamkan setinggi-tinggi dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2024 bertemakan Bersama Membina Negeri Madani pada hari Jumaat minggu lalu. Tahniah dan syabas juga kepada kepimpinan Kerajaan Negeri dan semua penjawat awam yang telah bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berusaha untuk menjalan, men, merealisasikan Aspirasi Perpaduan yang telah ditawarkan kepada rakyat semasa PRN-15. Ini telah membuktikan

Kerajaan Perpaduan berpegang kepada janji-janji yang telah diberikan kepada rakyat Negeri Sembilan. Dan saya yakin Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mampu mencapai kesemua janji-janji yang ditawarkan dalam manifesto.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pada Belanjawan 2024 yang berjumlah sebanyak 555.0 juta Ringgit Malaysia, kita dapat melihat Kerajaan Perpaduan yang berjiwa rakyat ini telah merancangkan pelbagai inisiatif untuk rakyat Negeri Sembilan. Dalam Aspirasi Perpaduan, ia bermula daripada saat dilahirkan sehingga melanjutkan pelajaran, perkahwinan sehinggalah ke usia bersara. Kerajaan Negeri menjaga sepanjang hayat warga Negeri Sembilan. Namun, ada yang cukup baik, ada yang perlu ditambah baik. Terdapat beberapa perkara yang ingin saya membawa untuk perhatian dalam Dewan yang mulia ini.

Yang pertama, adalah tentang isu yang pernah saya bawa dalam sidang Dewan yang lepas iaitu di Chuah sangat kekurangan kemudahan sukan awam. Buat masa ini, hanya terdapat 2 buah gelanggang futsal sahaja yang juga telah dalam keadaan yang uzur. Pada Teras 3 Belanjawan 2024, berkenaan Kesejahteraan Rakyat, kerajaan telah sediakan sejumlah 5.5 juta untuk projek-projek kecil termasuklah infra sukan. Sehubungan itu, saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri supaya memberi perhatian terhadap isu kekurangan kemudahan sukan awam di Chuah dan dapat menyalurkan peruntukan yang cukup untuk menaik taraf kemudahan sedia ada dan menambah baik kemudahan, dan menambah kemudahan baru terutamanya padang bola sepak dan gelanggang sepak takraw.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua adalah mengenai pencahayaan jalan Sepang – Lukut. Mula daripada sempadan dengan Negeri Selangor sehingga ke SMK Tanah Merah, sepanjang lebih kurang 12 kilometer di bahagian jalan Sepang – Lukut ni, hanya berapa simpang sahaja yang terdapat lampu jalan dan sebahagian besar daripada jalan tersebut masih dalam keadaan yang gelap pada waktu malam. Keadaan sebegini sangat membahayakan pengguna jalan tersebut terutamanya di selekoh-selekoh yang sering berlaku kemalangan. Pada Teras 1 Belanjawan 2024, sebanyak 10.6 juta telah diperuntukkan untuk naik taraf jalan dan lampu jalan. Oleh itu, saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dan agensi yang berkenaan, beri perhatian kepada perkara ini dan mengambil tindakan segera menambah pencahayaan di jalan Sepang – Lukut ini demi keselamatan pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bekalan air bersih merupakan satu komponen penting dalam kehidupan harian kita. Dan Chuah ingin

mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri dan SAINS dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di negeri ini. Namun untuk maklumat Dewan yang mulia ini, di kawasan DUN Chuah masih lagi menghadapi masalah bekalan air yang agak kritikal. Gangguan bekalan air sering berlaku terutamanya pada bulan November 2023 sahaja. Hampir setengah bulan terputus bekalan air di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Kampung Bukit Pelandok, Kampung Chuah dan yang lebih menyedihkan adalah kampung India yang bakal menyambut Deepavali, tetapi tidak mendapat bekalan air waktu perayaan Deepavali. Gangguan air telah banyak menjejaskan rutin kehidupan seharian ramai penduduk terutamanya kepada rumah yang mempunyai warga emas, anak kecil serta mengganggu sektor perniagaan terutamanya yang menjalankan perniagaan makanan.

Dan saya difahamkan bahawa pihak Kerajaan Negeri dan SAINS telah merancangkan beberapa langkah penyelesaian untuk mengasa, mengatasi masalah ini. Tetapi perancangan berkenaan dijangka mengambil masa beberapa tahun. Sehubungan itu, saya berharap Kerajaan Negeri dapat memikirkan langkah segera bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri ini terutamanya di kawasan Chuah. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak SAINS supaya mengadakan perbincangan dengan Syarikat Air Selangor bagi menyalurkan bekalan air sekiranya terdapat sebarang masalah bekalan air di kawasan Chuah terutamanya di Kampung Baru Tanah Merah Site A seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, isu pembuangan sampah kini menjadi topik utama di Chuah terutamanya selepas penutupan tapak pembuangan sampah di Lorong Yap Ap Peng dan Jalan 100 Ekar, Bukit Pelandok. Saya dengan kerjasama agensi-agensi terlibat seperti Pejabat Daerah Port Dickson, Majlis ban, Perbandaran Port Dickson dan SWCorp telah menjalankan beberapa aktiviti bagi mengekang pembuangan sampah haram di Chuah. Namun usaha berkenaan kurang berkesan. Masih terdapat longgokan sampah di beberapa lokasi lagi. Dan saya difahamkan Majlis Perbandaran Port Dickson sedang merancang untuk memperluaskan kawasan pentadbiran yang merangkumi kawasan-kawasan kampung di Chuah. Sehubungan itu, saya memohon usaha ini dapat disegerakan supaya kutipan berjadual dapat dijalankan untuk mengatasi isu buangan sampah haram di kawasan Chuah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti sedia maklum, Chuah mempunyai sebuah kilang memproses sisa buangan iaitu Cypark Smart Technology di Tanah Merah. Setiap hari compactor-compactor yang membawa sampah serta lori-lori sampah pukal daripada beberapa daerah akan melalui jalan Sepang – Lukut ke kilang tersebut bagi

membuang sisa-sisa kutipan mereka. Saya telah menerima banyak aduan dari pengguna jalan raya dan penduduk kawasan terbabit mengenai sampah-sampah dan lebihan air sisa yang sering bertaburan dari lori-lori terbabit sehingga mengotorkan jalan dan kawasan terbabit. Sehubungan itu, saya berharap agensi-agensi berkenaan dapat melakukan penguatkuasaan dan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memastikan permasalahan ini dapat diatasi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi mengakhiri ucapan, saya dengan ini menyokong Usul Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan serangkap pantun.

Indah sungguh Kampung Pachitan, Masyarakat hidup aman harmoni, Aspirasi Perpaduan kami kotakan, Bersama membina Negeri Madani.

Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana menepati masa ya. Kita, saya berikan 10 minit kerana kita cuba habiskan sesi perbahasan pada petang ini. Dan saya ingin memaklumkan bahawa Yang berhormat Serting telah minta saya, apa, kebenaran saya untuk meninggalkan, dia tak hadir pada petang ni kerana kurang sihat ya. Jadi saya mintak semua Yang Berhormat jaga Kesihatan. Sekarang ada, macam ada wabak sikitlah. Jadi untuk meneruskan, saya jemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang saya, kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berkenaan dengan belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat pada Jumaat yang lepas. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan barisan Exco serta semua penjawat awam yang telah berusaha menyiapkan belanjawan untuk tahun depan.

Tahun depan dijangkakan akan mengalami defisit tetapi saya rasa ini adalah sesuai dengan keadaan ekonomi negara dan global. Malah saya juga bercadang kepada Kerajaan Negeri Sembilan agar perlu menambah pembangunan dari, daripada 140.0 juta kepada 200.0 juta pada tahun depan. Ini adalah kerana untuk dapat memberangsangkan ekonomi di negeri ini. Negeri, Kerajaan Negeri perlu menjadi pemangkin dalam membangunkan ne, ekonomi negeri ini dengan menambah kewangan di samping mencari pelabur-pelabur dari luar negara.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara kedua adalah berkenaan dengan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri menghadapi kemungkinan berlakunya banjir pada hujung tahun ini. Jadi kita telah melalui satu pengalaman yang amat pahit pada tahun 2021 di mana satu tragedi banjir besar berlaku di Negeri Sembilan. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah awal supaya kerugian pada penduduk boleh dikurangkan kepada paling minima sekiranya berlaku masalah banjir.

Perkara ketiga adalah tentang proses semakan persempadanan semula oleh SPR di Negeri Sembilan. Kita tahu pada masa sekarang, jumlah pengundi di setiap kawasan DUN adalah tidak sama. Ada yang melebihi 40,000, ada yang 10,000, ada yang 20,000. Jadi ini tidak mencerminkan keadaan di masa satu rakyat satu undi. Saya berharap mungkin proses tu telah dalam rangka dan saya juga ingin tahu apakah faktor-faktor ataupun pertimbangan yang diambil semasa proses ini dilakukan. Sama ada keluasan kawasan ke ataupun kepe, kepadatan penduduk di suatu, di, di sesuatu kawasan tersebut ataupun faktor-faktor lain untuk menentukan sesuatu kawasan DUN.

Perkara ke, seterusnya adalah berkenaan dengan peruntukan Projek-Projek Kecil untuk DUN-DUN. Saya berharap Kerajaan Negeri menambah peruntukan ini di mana kita sedia maklum peruntukan ini telah habis digunakan pada pertengahan tahun yang lepas. Jadi, selepas PRN, kita tidak dapat membantu rakyat untuk Kerja-Kerja Kecil ini seperti membina atap, membaik pulih atap yang rosak, ataupun longkang-longkang kecil selepas PRN. Jadi ramai penduduk telah mintak dan banyak kes telah tertangguh. Jadi, sememangnya tahun depan kita perlu memperbanyakkan peruntukan ini supaya kita boleh membantu rakyat, membantu lebih banyak rakyat, meringankan beban mereka.

Perkara yang seterusnya adalah juga berkenaan dengan peruntukan untuk Ahli-Ahli Majlis di mana saya difahamkan pada masa sekarang, hanya Ahli Majlis MBS saja yang mendapat peruntukan dengan sejumlah wang yang sangat kecil. Jadi mereka tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah ringan dalam segera. Kita, kita difahamkan pihak PBT mengambil masa yang sangat lama untuk melengah, menyelesaikan masalah-masalah yang kecil sahaja. Mungkin mereka kena mengumpul sejumlah peruntukan ataupun kerosakan barulah boleh meluluskan peruntukan tersebut. Jadi, Ahli-Ahli Majlis ini sangat penting untuk meringankan beban ADUN di mana mereka boleh men, menyelesaikan masalah dalam segera. Kita, semasa kita melawat ataupun kita berjalan-jalan bertanya khabar dengan penduduk, inilah

masalah yang selalu ditanya, bilakah itu lubang diturap, bilakah jalan dibuat, longkang dibaik pulih. Selalu kita mendatang, mendapat aduan begini dan apa yang kita dapati adalah masa yang diambil oleh pihak PBT terlalu lama. Kadang-kadang menunggu satu tahun pun belum disiapkan. Jadi saya berharap peruntukan ini boleh disalurkan sebanyak 50,000.00 kepada semua Ahli-Ahli Majlis supaya mereka boleh membantu meringankan beban ADUN.

Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan satu permohonan saya iaitu menaik taraf saluran longkang di Jalan Seng Meng Lee, Temiang. Di mana saya telah membuat permohonan pada 17 Februari 2023 iaitu tahun ni, awal tahun ni, kerana kawasan tersebut sering berlaku banjir kilat sewaktu hujan. Tetapi belum ada apa-apa kelulusan lagi. Jadi saya berharap mendapat maklum balas dan berharap permohonan ini boleh diluluskan dan tahun depan boleh dijalankan kerja ini.

Yang seterusnya adalah berkenaan dengan peruntukan 5.0 juta untuk Rumah Harapan Rakyat. Pada masa sekarang, kita dimaklumkan peruntukan ini adalah hanya untuk membina rumah baru sahaja. Jadi, kita mendapat banyak permohonan terutamanya penduduk-penduduk kampung, Kampung Baru, mereka nak baik pulih rumah mereka, atap telah rosak, dinding telah retak dan saluran longkang telah rosak dan kos baik pulih hanyalah 5,000.00 ataupun 10,000.00 sahaja. Jadi mereka pun mengalami, mengalami masalah kewangan. Jadi saya berharap permo, tahung ini boleh dibuka permohonan untuk mereka-mereka ini supaya lebih banyak lagi rakyat dibantu melalui program tabung harapan rakyat. Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan tabung TUNS Plus di mana saya difahamkan keadaan sekarang adalah terdapat segelintir peminjam yang telah membuat pinjaman daripada tabung TUNS Plus ini enggan membuat bayaran semula kepada kerajaan ini, Kerajaan Negeri. Jadi ini telah menyukarkan peminjam-peminjam yang lain untuk meminjam tabung TUNS Plus ini. Jadi, saya berasa Kerajaan Negeri kena meletakkan satu syarat yang lebih ketat supaya jangan, tunggakan pinjaman bayaran ini tertunggak begitu lama sehingga orang tu mungkin tak ada ataupun dia tak sanggup lagi membuat bayaran kepada Kerajaan Negeri. Jadi ini akan menyebabkan tabung ini menghadapi kewangan sekiranya, sekiranya pembayaran tu tidak memuaskan.

Yang ke, yang seterusnya adalah berkenaan dengan, berkenaan dengan kecekapan kontraktor zon yang dilantik oleh PBT. Seperti yang saya kata terdahulu, banyak masalah aduan yang remeh temeh, yang kecik-kecik, zon kontraktor itu tidak diambil, tidak mengambil kerja-kerja dengan efisien. Mereka mengambil kerja yang lebih masa yang lama

untuk men, membantu kita. Tetapi kita telah dimarah oleh penduduk-penduduk setempat. Jadi saya nak tahu terutamanya, terutamanya MBS berapakah zon kontraktor yang telah dilantik dan berapakah pembayaran kepada zon-zon kontraktor ini. Dan kawasan setiap zon kontraktor tersebut. Apakah nombor telefon mereka supaya kita boleh call mereka dan terus membantu menye, menyelesaikan masalah rakyat.

Yang seterusnya apa yang saya nak ber, bertanya adalah berkenaan dengan kadar tarif air yang, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat telah, akan dinaikkan untuk tahun depan. Jadi memang ini menjadi pertanyaan kepada penduduk-penduduk, berapakah kadarnya, adakah ia mem, men, membebankan kehidupan mereka ataupun kewangan mereka. Jadi saya berharap satu penjelasan yang lebih teliti boleh diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar semua orang boleh faham.

Yang ke, yang seterusnya juga berkaitan dengan per, pemberian pengurangan ini, bil kepada pengguna-pengguna SAINS terutamanya mereka yang mengalami kerosakan kebocoran paip air di rumah. Hal ini berlaku apabila seseorang tu dia men, mendapat bil air dan mendapat, mendapati bil air menaik mendadak begitu tinggi. Barulah dia sedar, mung, kerosakan kebocoran paip air di rumah mereka. Jadi apabila mereka membuat permohonan untuk mengurangkan ini, pembayaran, selalunya ditolak. Jadi saya, nak cadangkan perlulah beri pengurangan kerana ini pun bukan kehendak mereka. Dan perkara ini dilakukan, berlakunya perkara ini di luar jangkaan mereka. Mereka terima bil baru sedar ada berlakunya kebocoran paip di rumah. Kalaulah Kerajaan Negeri boleh membiri, memberi ini rebate, ini rebate premium kepada pemilik tanah yang membuat penukaran syarat tanah kepada, daripada pertanian kepada komersial, daripada pertanian kepada industri, kenapa tak bolehlah beri sedikit pengurangan kepada pengguna-pengguna yang menghadapi, menghadapi masalah ini untuk meringan beban. Kita pun faham SAINS telah mengalami kerugian tetapi perkara ini di, berlaku di luar jangkaan penduduk-penduduk. Tak akan penduduk itu dia sengaja nak bocorkan itu paip. Jadi saya berharap kalaulah boleh beri ini rebate kepada pemilik-pemilik tanah yang merupakan orang kaya, jadi ini, pengguna-pengguna mohon beri pertimbangan yang sewajarnya.

Yang seterusnya Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Dipertua Dewan, saya juga tadi ADUN Seremban Jaya cadangkan nak naik. Jadi saya juga setuju dengan cadangan beliau di mana keistimewaan-keistimewaan ADUN dikaji semula dan diselaraskanlah. Kita bukan mintak naik, kita cuma mintak selaraskan kerana di, kita banyak ketinggalan berbanding

dengan negeri-negeri lain seperti kita punya elaun, kita punya rawatan perubatan, kita punya insurans. Dulu kita, I think kita pernah diwajibkan untuk semakan kesihatan, tetapi tak tahu kenapa tidak diwajibkan untuk beberapa tahun ni, untuk menjaga kesihatan kita semualah. Jadi saya rasa perkara ini perlu diselaraskan supaya kita menikmatilah manfaat daripada semua ini. Jadi saya, akhir sekali saya menyokong usul ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato’ Dipertua, kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan. Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada Dato’ Yang Dipertua dan juga Dewan yang mulia ini, kerana saya tak sempat hadir pada hari pembentangan belanjawan pada hari Jumaat yang lalu dan semalam kerana saya ada urusan rasmi di luar negara. Namun begitu, semasa Yang Amat Berhormat membentangkan belanjawan, saya sempat mengikuti sebahagian ucapan itu melalui Facebook live. Jadi saya nak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana membentangkan Belanjawan 2024 yang lalu dengan jumlah anggaran sebanyak 555.0 juta.

Belanjawan tahunan adalah sangat penting kerana yang pertamanya ber, belanjawan Kerajaan Negeri itu memastikan kelangsungan pentadbiran Kerajaan Negeri. Yang keduanya ialah untuk memacu pertumbuhan ekonomi dalam negeri. Dan yang ketiga memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Saya rasa apa yang telah dibentangkan itu merangkumi ketiga-tiga aspek ini. Dan sudah tentu apa yang telah pun dibentangkan juga mengambil kira manifesto dan juga janji-janji pilihan raya yang telah pun kita janjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri yang lalu. Dan pelbagai dasar-dasar kebajikan dan inisiatif-inisiatif untuk rakyat telah pun diterjemahkan melalui belanjawan ini. Dan ini merupakan tahun pertama kita nak melaksanakan janji-janji dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu.

Saya mengalu-alukan semua inisiatif ini yang dapat membantu kesejahteraan rakyat. Dan apa jua bantuan, inisiatif termasuklah bantuan dan juga insentif kewangan kepada pasangan muda yang baru berkahwin, untuk kahwin pertama. Itu diberikan 500.00 ringgit. Itu angpau besar daripada Kerajaan Negeri untuk mereka yang kahwin. Jadi saya harap ini dapat menggalakkanlah perkahwinan lebih muda di, di usia lebih muda, bukannya kahwin muda, Dato’ Dipertua. Perkahwinan pada usia lebih muda sebab saya mengambil pengalaman, saya kahwin pada usia yang agak meningkat. Jadi, sekarang ini dah rasa

kesal sikit, sepatutnya kahwin lebih, lebih muda. Jadi dengan insentif yang diberikan itu, saya harap dapat menggalakkan pasangan ataupun orang-orang muda di Negeri Sembilan kahwin lebih muda.

Dato’ Yang Dipertua apa jua insentif yang kita nak berikan dan juga kesejahteraan yang kita nak bawa kepada rakyat, pokoknya ialah kita mesti ada ekonomi yang kuat. Pertumbuhan ekonomi itu adalah faktor penting untuk memastikan supaya Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat kerana ahli-ahli Dewan boleh cadangkan sapa saja insentif, inisiatif, bantuan, dasar, naik gaji penjawat awam termasuklah ada yang cadang nak naik elaun ADUN. Semua itu tak menjadi masalah sekiranya ada pertumbuhan ekonomi. Jadi asas dan pokoknya ialah, ekonomi kita mesti kuat. Jadi ahli-ahli Dewan yang mulia ini, ahli-ahli Yang Berhormat mesti fokus kepada ekonomi kerana tanpa pertumbuhan ekonomi, kita boleh cakap apa saja, tetapi tak ada kemampuan untuk nak laksanakan. Jadi nak laksanakan sesuatu inisiatif itu, Kerajaan Negeri mesti ada keadaan kewangan yang kukuh. Kewangan yang kukuh, saya tengok Pegawai Kewangan Negeri mengangguk, dia setuju dengan saya, itu kerana lumrahnya ialah Kerajaan Negeri hanya boleh melaksanakan inisiatif itu sekiranya ada kemampuan kewangan.

Dan kemampuan kewangan itu datangnya daripada pertumbuhan ekonomi. Hanya ada pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan kuat, baru hasil Kerajaan Negeri meningkat. Melalui cukai-cukai yang dikutip oleh Kerajaan Negeri. Jadi, teras yang paling penting ialah pertumbuhan ekonomi. Dan saya lihat kepada Teras pertama yang diletakkan oleh Kerajaan Negeri: Ekonomi, Pelaburan Dan Infrastruktur. Memanglah dari segi peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri tu tak besar, hanya 22.0 juta. Tetapi pembangunan sesebuah negeri itu merangkumi bukan sahaja Kerajaan Negeri, dia juga merang, merangkumi perancangan dan juga peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, PBT dan sebagainya. Ketiga-tiga cabang kerajaan ini mesti bergerak seiring dan selari supaya pembangunan negeri kita ini dapat dijaminkan.

Yang pertamanya saya rasa yang paling penting ialah kita mesti melihat kepada sektor perindustrian. Industri ini cukup penting kerana ia akan, yang pertamanya menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Sembilan. Yang keduanya apabila lebih banyak kawasan perindustrian maka, maksudnya lebih banyak kilang akan datang, lebih banyak syarikat akan ditubuhkan di Negeri Sembilan. Dan itu secara langsung akan meningkatkan hasil negeri kerana melalui Cukai Tanah, cukai PBT dan hasil-hasil yang lain, yang, yang akan

dikutip oleh Kerajaan Negeri. Jadi perindustrian itu adalah sesuatu enjin kepada pertumbuhan ekonomi negeri kita.

Dato’ Dipertua, yang pen, yang kita lihat sekarang ini ialah Dasar Luar Negara kita semakin kukuh, di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menter; Datuk Seri Anwar Ibrahim, hubungan negara kita dengan dunia luar cukup kukuh. Sepanjang tahun yang lalu, dengan usaha yang berterusan daripada Perdana Menteri dan juga Kementerian Luar, kita dapat melihat bahawa hubungan Malaysia dengan negara-negara kuasa besar bertambah baik dan juga dengan negara-negara jiran kita. Terutamanya dengan China, dengan India, dengan Eropah, Amerika Syarikat, Singapura dan sebagainya. Jadi dengan hubungan luar yang baik ini, kita mesti mengambil peluang kerana hubungan yang baik ini menjamin kepada lebih banyak peluang pelaburan dalam negara kita.

Dan memang kebelakangan ini, banyak pelabur-pelabur asing datang ke Malaysia untuk melihat peluang untuk mereka melabur. Dan oleh kerana juga faktor-faktor geopolitik antara negara, ada juga kilang-kilang yang mereka nak relocate daripada negara China ke Rantau Asia Tenggara. Dan Malaysia mesti mengambil peluang ini. Negeri-negeri lain memang banyak pelaburan masuk termasuk di Johor, di Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya. Negeri Sembilan berdekatan dengan Lembah Kelang. Kita mesti mengambil peluang supaya lebih banyak pelaburan ini akan masuk ke Negeri Sembilan. Jadi yang pertamanya saya mintak yang Kerajaan Negeri untuk berikan fokus ialah bersama-sama dengan pihak swasta untuk kita mengenal pasti lebih banyak kawasan perindustrian yang boleh dibuka. Saya tahu bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam perkara ini.

Dan saya mengharapkan bahawa kita lebih konsisten dan lebih agresif dalam membangunkan kawasan-kawasan perindustrian yang baru dengan kemudahan-kemudahan yang penting kepada industri seperti tenaga, seperti fibre optic, internet dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan itu mesti disediakan. Dan itu sudah tentunya disediakan oleh pihak-pihak yang, yang berkaitan termasuk daripada TNB, termasuk daripada Telekom dan sebagainya. Jadi itu yang saya rasa adalah satu faktor penting, Kerajaan Negeri mesti fokus kepada pembukaan kawasan perindustrian baru. Kawasan perindustrian baru ini, kita banyak tempat yang boleh kita terokai di seluruh Negeri Sembilan, di pelbagai daerah di seluruh Negeri Sembilan. Di Seremban, sudah tentu kita mempunyai jaringan pengangkutan yang baik. Di Port Dickson umpamanya juga mempunyai potensi yang baik. Malah di daerah-daerah lain juga perlu kita promosikan supaya lebih banyak industri ini dapat dinaikkan ataupun dibangunkan di beberapa daerah ini.

Untuk kawasan Port Dickson umpamanya, ini kawasan yang amat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Ahli Parlimen. Memang saya tahu bahawa Kerajaan Negeri, susulan daripada apa yang saya bahaskan dalam sidang yang lalu, Kerajaan Negeri telah berjumpa dengan sebuah syarikat yang ingin melabur untuk membuka sebuah pelabuhan di Port Dickson. Dan saya tahu bahawa perbincangan agak positif di antara Kerajaan Negeri dengan syarikat tersebut. Malah syarikat tersebut juga telah menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan. Dan sukacita saya nak maklumkan kepada Yang Amat Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, Jabatan Laut telah pun pergi turun padang melihat kepada viability kawasan tersebut, dan memang Jabatan Laut memberikan ulasan yang positif. Dan sekarang ini menunggu ulasan daripada Bahagian Maritim, sama ada kelulusan prinsip boleh diberikan kepada syarikat tersebut untuk melaksanakan projek membina sebuah pelabuhan di Port Dickson itu. Jadi itu memang saya akan follow up dan harapan kita ialah supaya Negeri Sembilan akan diberi, akan dapat melihat pembangunan sebuah pelabuhan berskala tak besar ataupun satu smart port di Port Dickson ini. Supaya ia juga dapat merupakan satu pemangkin dan juga merancakkan pembangunan sektor perindustrian di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson.

Yang keduanya Dato’ Dipertua, ialah berkenaan infrastruktur ialah bahawa Negeri Sembilan dari, kalau kita lihat sejarah pembangunan kita, banyak pembangunan kita ini berkisar kepada landasan kereta api. Kerana dari segi sejarah pembangunan negeri kita, ia bermula dari sektor bijih timah. Dan antara landasan kereta api ini ialah daripada Seremban menghala ke Selatan, ke Johor Bharu, ke utara Kuala Lumpur, Ipoh dan sebagainya. Dan sektor rel ini memang Kerajaan Persekutuan telah memberikan banyak perhatian, banyak pelaburan dan memperuntukkan banyak dana besar untuk membangunkan sektor rel ini. Dan satu la, satu projek yang sedang dilaksanakan dan hampir siap ialah pembesaran ataupun double track di antara Gemas ke Johor Bharu. Ini antara sektor yang terakhir untuk melengkapkan di seluruh Semenanjung ada double track, ada landasan berkembar. Landasan berkembar dengan electrification. Maksudnya ada kereta api – kereta api secara elektrik boleh dioperasikan daripada Padang Besar sampailah ke Johor Bharu. Sekarang ini memang daripada Seremban, daripada Gemas sampai ke Padang Besar sudah ada perkhidmatan ETS. Cuma daripada Gemas sampai ke Johor Bharu, belum lagi siap kerana landasan itu sedang dibina. Dan landasan itu hampir siap dan akan siap menjelang tahun depan. Dan perkhidmatan ETS daripada Johor Bharu ke Kuala Lumpur yang sudah tentu akan melalui Seremban akan bermula pada awal tahun 2025.

Lagi satu perkara yang saya nak maklumkan juga, atas kapasiti saya sebagai Menteri Pengangkutan, ialah Kementerian Pengangkutan juga sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi untuk kita membina stesen baru, stesen kereta api baru di Seremban. Ini merupakan satu janji ataupun satu projek yang sepatutnya telah pun dibangunkan sebelum ini, kerana selari dengan pembangunan Seremban Sentral. Di mana pada ketika itu, patutnya ada facilitation fund daripada Kerajaan Persekutuan untuk membina stesen baru di Stesen Keretapi Seremban. Tetapi facilitation fund itu sudah tiada, maka sekarang ini Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif untuk memohon daripada Kementerian Ekonomi supaya jadikan ia sebahagian daripada projek KVDT 2 iaitu rehabilitation track di antara Seremban dengan Kuala Lumpur supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih cepat. Saya berharap bahawa kelulusan itu akan dapat diluluskan oleh Kementerian Ekonomi tak lama lagi. Dan sejurus kita mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi, maka projek ini akan dilaksanakan iaitu membina satu stesen baru, stesen kereta api di tapak yang sedia ada, dengan janji bahawa bangunan ataupun fasad yang bersejarah stesen kereta api itu akan dikekalkan. Jadi kita akan build on top fasad sedia ada, dan akan satu stesen kereta api yang moden, yang bernilai lebih daripada 100.0 juta ringgit, akan dibangunkan di tapak Stesen Keretapi Seremban ini.

Ini merupakan satu projek yang sangat penting bagi Kementerian Pengangkutan dan juga bagi saya sebagai Ahli Parlimen Seremban dan juga kepada Kerajaan Negeri, kerana yang pertamanya, kita nak menjadikan stesen kereta api tu sebagai satu pusat pembangunan ataupun satu identiti ataupun satu trade, landmark yang penting di Bandaraya Seremban. Dan itu sudah tentu memerlukan juga kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri. Apabila kita nak mulakan projek itu, kita perlukan kerjasama daripada pro, daripada pihak Majlis Bandaraya Seremban sebagai PBT, untuk memberikan semua kelulusan yang diperlukan dengan kadar yang segera. Saya berharap bahawa Kerajaan Negeri akan melihat projek ini sebagai satu projek yang penting untuk Negeri Sembilan dan memberikan kerjasama sepenuhnya supaya kita dapat melaksanakan projek ini dalam tempoh 24 bulan supaya menjelang tahun, sebelum 2026, iaitu Tahun Melawat Malaysia, kita ada sebuah stesen kereta api yang moden, yang cantik, yang besar dan yang baru di Seremban. Jadi saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan sokongan dan juga kerjasama.

Berkaitan dengan projek ini juga, memang ada perancangannya untuk mengintegrasikan stesen kereta api itu dengan terminal bas, yang dihubungkan dengan satu terowong bawah tanah, pejalan kaki yang saya telah pun memintak RAC supaya naik tarafkan sementara ini

supaya kita cantikkan kawasan itu, cantikkan terowong itu supaya ada perintegrasian di antara kereta api dengan terminal bas. Dan terminal bas, saya difahamkan Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya telah pun melantik operator yang baru dan saya mintak supaya Kerajaan Negeri pastikan projek penaiktarafan dan juga pengindahan terminal bas itu dapat disegerakan dan dapat dijalankan dengan baik.

Satu perkara yang penting apabila kita nak mengadakan projek-projek ini ialah ia mesti mendapat kerjasama daripada pihak PBT. Saya juga ingin menyeru kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban supaya merancang bersama-sama, seiring dengan pembangunan stesen kereta api ini, supaya Bandaraya Seremban mesti ada satu walk way ataupun jalan, pejalan, laluan pejalan kaki yang khas di Bandaraya Seremban dan juga laluan micro mobility. Ini satu perkara yang penting. Dan saya berharap Majlis Bandaraya Seremban antara PBT awal yang dapat menyediakan satu laluan micro mobility sebagai contoh kepada bandar raya – bandar raya yang lain di, di seluruh negara.

Baru-baru ini PLANMalaysia telah pun meluluskan satu garis panduan. Saya juga menyeru supaya Kerajaan Negeri untuk meluluskan ataupun mengguna pakai garis panduan tersebut. Sebagai satu guide line kepada PBT untuk menaik taraf laluan-laluan micro mobility ini. Laluan micro mobility ini maksudnya ada laluan khas di jalan kita, yang diasingkan dengan kenderaan bermotor yang lain supaya laluan itu boleh digunakan untuk kenderaan atau untuk micro mobility umpamanya untuk e-scooter dan sebagainya supaya kita dapat menggalakkan penggunaan e-scooter dalam Bandaraya Seremban dengan selamat dan dengan efisien. Yang ini sangat penting untuk kita integrasikan pengangkutan awam dengan laluan micro mobility dan juga pejalan kaki. Ini juga berkaitan dengan pembangunan pelancongan kita. Kerana Bandaraya Seremban ini kita adalah satu bandar raya yang ada sejarah dan ada warisannya. Terutamanya di kawasan Bandaraya Seremban, beberapa tahun kebelakangan ini saya tahu bahawa Kerajaan Negeri telahpun memberikan banyak usaha ataupun memberikan banyak dana untuk yang pertamanya, umpamanya ada projek mural yang panjang di beberapa lokasi di Bandaraya Seremban, di Taman Tasik, Lake Garden telah pun ada pelbagai aktiviti, dicantikkan, diceriakan dan sebagainya. Itu satu usaha yang baik, tetapi tak mencukupi.

Saya mahu menja, mencadangkan supaya PBT tu, iaitu Majlis Bandaraya Seremban supaya menjadikan Bandaraya Seremban kita ini antara bandar raya yang mesra kepada pejalan kaki. Supaya vision kita ialah dengan adanya stesen kereta api moden, dengan adanya komuter servis yang baik, dengan adanya ETS daripada Johor Bharu sampai ke Kuala

Lumpur, orang akan berhenti di Seremban. Bukannya hanya lalu di Seremban. Kita nak ada pelancong-pelancong ataupun pelawat-pelawat daripada negeri lain, mereka berhenti di Seremban. Nak berhenti di Seremban, mesti ada tarikan dia. Tarikannya ialah apabila kita berhenti di Stesen Keretapi Seremban, mereka tak perlu ambil kereta, boleh jalan kaki pergi ke tapak-tapak lokasi yang sesuai ini dengan pejalan kaki yang selesa, selamat dan juga mesti, mungkin ada covered walk way, kalau boleh. Mesti ada kawasan-kawasan yang covered walk way supaya ia dapat kita menghubungkan Bandaraya Seremban ini. Sebab Bandaraya Seremban ini, bandar lama ini tak besar, boleh menja, berjalan kaki sekiranya ada pejalan, laluan pejalan kaki yang selamat dan efisien. Saya pernah juga membawa wartawan untuk round dengan jalan kaki.

Bayangkan di Jalan Yam Tuan umpamanya, jalan Yam Tuan ini merupakan satu jalan yang sangat menarik. Kalau kita lihat bahawa keharmonian dalam masyarakat kita terbukti di Jalan Yam Tuan. Di Jalan Yam Tuan itu ada beberapa tempat beribadat yang bersejarah, yang, daripada semua agama besar ataupun agama utama yang dianuti dalam masyarakat kita. Masjid Negeri berada di Jalan Yam Tuan, gereja apa ni, Katolik yang lebih 100 tahun berada di Jalan Yam Tuan, ada tokong Cina yang lebih 100 tahun juga di Jalan Yam Tuan dan ada sebuah kuil Hindu, Kuil Sri Balathandayuthapani, betul haa Guna? Kuil Sri Balathandayuthapani, kuil yang sangat cantik, Jalan Yam Tuan, yang juga sangat bersejarah, yang saya tahu setiap tahun ada upacara sembahyang mereka yang menarik ramai pelancong ataupun pelawat asing, termasuk saya tahu bahawa ada seorang Menteri Kabinet dari Singapura datang khas ke Seremban untuk bersembahyang di kuil tersebut, sebelum ini. Jadi, kuil-kuil dan tempat-tempat beribadat yang bersejarah ini dan berwarisan ini merupakan tarikan pelancong. Dan saya harap kita dapat ada satu ekosistem pejalan kaki yang baik dalam Bandaraya Seremban. Dan satu perkara yang saya mintak Kerajaan Negeri bagi perhatian, supaya kita mesti berusaha untuk mencantikkan lagi Bandaraya Seremban terutamanya pada waktu malam. Saya lihat pada waktu-waktu malam ini, lampu-lampu jalan ini kita ni malap saja. Ada banyak lampu jalan tak berfungsi dalam Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, Jalan Tuanku Munawir, banyak lampu-lampu jalan kini tak berfungsi. Ini perkara yang simple tetapi penting, kerana ini imej kita, imej negeri kita, imej Bandaraya Seremban. Saya pohon Menteri Besar pastikan Exco-Exco, ADUN-ADUN, Exco Pelancongan, Exco PBT kena tengok perkara ini. Dulu masa saya ADUN penggal pertama, kerja-kerja malam saya ialah saya pergi round semua taman perumahan di kawasan saya, di Lobak, di kawasan jalan-jalan, mana satu tiang lampu yang tak bernyala, saya tulis, saya catitkan dan

besok saya pergi adu kepada TNB, saya adu kepada Majlis Perbandaran Seremban. Jadi sekarang ini saya mintak Exco, ADUN, kena pergi round tengok mana satu kawasan yang tak bernyala, pastikan lampu yang paling simple, lampu jalan mesti menyala. Selain daripada jalan mesti rata dan juga selamat. Jadi perkara-perkara ini adalah perkara fundamental, perkara basic tetapi mesti diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dan saya juga pohon supaya ada juga usaha untuk menghidupkan Bandaraya Seremban ini pada waktu malam. Saya rasa perlu ada juga inisiatif umpamanya ada, ada teknologi cahaya sekarang ini yang boleh memberikan life kepada bandar raya kita pada waktu malam. Jadi usaha-usaha ini sangat penting terutamanya di bawah Portfolio Pelancongan. Dan saya harap ini dapat diberikan perhatian kerana sekarang ini pelancongan merupakan satu industri, sektor yang penting.

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan dasar pengecualian visa kepada pelancong daripada negara China, negara India dan beberapa negera daripada Timur Tengah. Sudah tentu lambakan ataupun kemasukan pelancong asing dijangka bertambah meningkat menjelang tahun depan. Malah beberapa hari ini lapangan terbang di seluruh negara pun sudah mula sesak kerana ada pertambahan pelancong asing daripada negara luar dengan dasar kita mengecualikan visa.

Jadi saya berharap Negeri Sembilan juga mendapat tempias daripada kedatangan pelancong ini. Jadi mesti kita usahakan supaya Bandaraya Seremban dapat menarik, Port Dickson boleh dapat menarik lebih ramai pelancong, Jelebu boleh dapat menarik lebih ramai pelancong, Kuala Pilah dan sebagainya. Semua daerah kita ada tarikan dia. Jadi mesti ada usaha berterusan, mesti ada promosi Negeri Sembilan. Apa yang kita nak menarik pelancong datang untuk lihat di Negeri Sembilan. Jadi saya berharap usaha ini mesti dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan ada strategi-strategi tertentunya. Exco Pelancongan perlulah bawa fam trip, bawa agen-agen pelancong ke Negeri Sembilan, tengok apa yang ada di negeri kita supaya mereka boleh promosikan, bawa influencer datang, video influencer, social media punya influencer. Haa ini Lenggeng pun tahu, Lenggeng pun pandai, dia pun influencer jugak. Dia ada juga macam-macam idea yang baik, daripada ADUN Lenggeng.

Jadi kerjasama, kita kena berfikir di luar kotak sekarang ini. Cara promosi tak boleh cara lama dah lah. Tak bolehlah pakai leaflet macam ini dah. Kalau leaflet macam ini, orang tak pakai, tak tengok dah.

Sekarang ini mestinya ada, ada menggunakan penggunaan sosial media, penggunaan pelbagai medium supaya ia dapat sampai kepada golongan sasar kita. Dan ini mesti menjurus kepada orang tertarik untuk datang ke Negeri Sembilan. Baik dari segi budayanya, dari segi makanannya dan juga tempat-tempat menarik.

Saya tahu Dato’ Dipertua, sedikit lagi, ada satu point lagi saja. Yang saya nak sentuh juga berkenaan dengan pelancongan di kawasan saya, di DUN Chennah. DUN Chennah ini di bawah kawasan Daerah Jelebu. Kita juga ada banyak produk pelancongan yang boleh dipasarkan khususnya eko pelancongan. Di Jelebu ini memang daerah yang ada semula, alam semulajadi yang cantik dan kita mesti mensasarkan supaya Daerah Jelebu ni dibangunkan seiring dengan dasar eko pelancongan kita.

Dan ada satu usaha ataupun satu operator yang saya difahamkan bahawa mereka telah pun ingin melabur di satu tapak untuk membuat satu ecotourism resort berdekatan dengan Pekan Titi. Jadi saya berharap pihak Majlis Daerah Jelebu dan juga Pejabat Tanah Daerah Jelebu memberikan sokongan dan saya harap Majlis Daerah Jelebu mengambil perhatian dalam perkara ini supaya facilitate apa-apa sahaja pelaburan kepada ecotourism resort berdasarkan kepada garis panduan yang telah pun ada, yang, ataupun yang baru disediakan oleh pihak PLANMalaysia ataupun oleh KPKT. Memang kita tahu bahawa aspek keselamatan mesti dijaga terutamanya di camping site, glamping site dan sebagainya. Sekarang ini bukan saja camping site, ada glamping site. Ada camping, ada glamping.

Satu lagi perkara, satu lagi sektor, sub sektor yang baru sekarang ini, yang juga baru diketengahkan di negara kita ini ialah berkenaan dengan tapak recreational vehicle (RV). Ini merupakan satu industri baru dalam negara kita. RV ini untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat ialah recreational vehicle. Itu dia ada kereta yang menarik, yang tarik kepada satu, satu apa, satu kenderaan yang di dalamnya ada di, ada katil, ada tempat untuk mereka memasak dan sebagainya. Jadi ini ada pernah di, dipromosikan semasa hari JPJ di Seremban 2 beberapa bulan yang lalu. Dan RV, ini baru-baru ini telah pun pihak MITI telah membawa satu kertas pertimbangan untuk kita tarik pelaburan ini untuk memasang RV ini di Malaysia.

Jadi saya difahamkan bahawa RV ini akan dipromosikan dengan besar-besaran di pasaran Malaysia ini. Dan mungkin lebih ramai orang akan, kalau yang mampu, mereka membeli RV ini sebagai satu, satu apa ni, satu, bukannya tempat, sebab RV ini boleh di, ditarik, boleh dibawa ke mana-mana. Sebab ini ada tempat tidur dalam, boleh memasak, mereka boleh bawa perkakas perabot dan sebagainya dalam RV tersebut. Boleh

pergi ke mana-mana. Konsepnya macam pergi camping. Jadi dia adanya dengan perkakas, ada dengan peralatan yang lebih moden, yang lebih baik, sudah tentu orang yang mampu itu dia boleh bawak RV itu ke mana-mana. Jadi tapak-tapak RV ini mesti disediakan.

Dan saya rasa di Jelebu ada banyak kawasan yang sesuai kerana apabila kita dapat menarik orang ini datang untuk mereka duduk di sana, ataupun park RV di sana, yang pertamanya kita boleh charge kenderaan tersebut. Ada hasil kepada pihak PBT. Mungkin ada operator-operator swasta yang mereka menyediakan kemudahan. Ini boleh ada pendapatan kepada kita. Apabila orang datang, sudah tentu mereka juga berbelanja di kawasan setempat, di kawasan tersebut. Jadi sudah ten, tentu ada tempias ekonominya. Dan saya berharap tapak-tapak yang sesuai ini dapat disediakan di kawasan-kawasan perkelahan dan sebagainya dan di Jelebu saya yakin banyak.

Dan yang terakhir untuk DUN Chennah, ialah saya berharap Yang Berhormat Exco Pertanian yang juga Ahli Parlimen Jelebu dapat sama-sama memberikan sokongan supaya, saya dah beberapa kali membangkitkan bahawa di tapak letak kereta di Dewan Orang Ramai Titi, telah pun kita naik taraf, kawasan itu agak luas, dan tapak tanahnya agak rata, telah pun ditarkan. Dan itu amat sesuai untuk dijadikan sebagai tapak pasar tani pada hujung minggu kerana hujung minggu memang ada, ada ramai pelawat-pelawat daripada luar dan saya berharap Exco Pertanian juga boleh dapat membantu untuk menganjurkan pesta, pasar tani di kawasan tersebut supaya ia memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada peniaga atau, kepada petani-petani kecil di sekitar Jelebu dan sudah tentu ia juga merupakan satu tarikan kepada pelawat-pelawat daripada luar.

Jadi Dato’ Dipertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada masa yang diberikan. Saya mengharapkan supaya Dewan yang mulia ini dapat kita bersama-sama untuk pastikan Negeri Sembilan terus sejahtera, Negeri Sembilan akan terus membangun dan sebagai anggota Jemaah Menteri, bertanggungjawab ke atas pengangkutan dan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN di Negeri Sembilan, sudah tentu saya akan memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Negeri dalam pelbagai projek berkaitan dengan pengangkutan yang akan memberikan satu, satu katalis ataupun tempias kepada pembangunan Negeri Sembilan. Dan apa, seperti yang telah saya nyatakan dari segi pelabuhan, stesen kereta api dan sebagainya akan terus diusahakan termasuklah sistem bas berhenti-henti yang lebih cekap dan lebih efisien sedang ditender sekarang ini, dan tahun depan kita mengharapkan ada operator baru. Dan dengan pengenalan bas-bas yang baru di Seremban dan di daerah-daerah di seluruh Negeri Sembian. Dengan kata-kata itu saya mohon

menyokong Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chennah. Saya mempersilakan Sri Tanjung.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam Bersih, Muafakat, Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Pada Jumaat yang lalu, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan telah membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang merupakan belanjawan defisit sebanyak 35.0 juta. Belanjawan tahun 2024 ini telah disedia dan disesuaikan dengan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang ditawarkan semasa Pilihan Raya Negeri Sembilan yang lalu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, mengucapkan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan kerana membentangkan satu bajet yang komprehensif dan merangkumi menyentuh semua lapisan masyarakat yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani, Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan”. Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, penekanan kepada kebajikan rakyat serta pembangunan sosial membuktikan acuan Kerajaan Perpaduan di negeri ini berjaya serta wajar dijadikan contoh. Saya yakin dan percaya dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan, setiap agenda yang dirangka oleh Menteri Besar ini dapat direalisasikan hasil kerjasama erat antara pimpinan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri saya cukup berbesar hati untuk bersama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan di Dewan yang mulia ini bagi mencurahkan segala inspirasi, keperluan serta keluhan rakyat di kawasan saya di Sri Tanjung.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan sungai nadi kehidupan dengan izin, river of life, di sungai Kampung Paya di Port Dickson. 3 skop utama pelaksanaan sungai nadi kehidupan ialah ialah pengindahan serta pembersihan sungai dan kesedaran dalam kalangan penduduk yang akan memberikan impak kepada kelestarian dan juga kehidupan ekologi tawar. Ini akan melibatkan pembangunan di sepanjang koridor Sungai Kampung Paya dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti air Sungai Kampung Paya. Sungai ini bukan sahaja menarik perhatian warga Bandar Port Dickson, malah pelancong-pelancong yang datang kelak disebabkan keindahannya yang terletak di Kampung Paya ini. Projek ini bakal menyuntik nafas baharu kepada sungai kita agar tidak lagi mengalir lesu, bahkan berubah menjadi sungai yang bersih dan segar bertenaga, lantas mampu menjadi

sandaran kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekaligus melonjakkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai.

Dato’ Yang Dipertua, saya ada mendengar rungutan dari kalangan guru sekolah menengah bahawa RMT perlu diperluas ke sekolah menengah di Negeri Sembilan, program rancangan makanan tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar yang akan menduduki SPM kurang berkemampuan menikmati makanan pada tengah hari. Kita perlu memberikan perhatian kepada mereka supaya pelajaran mereka tidak akan terjejas kerana di peringkat ini mereka memerlukan makanan untuk fokus semasa pembelajaran. Pemberian makanan tambahan kepada murid-murid sekolah menengah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi memperbaiki keadaan kesihatan, fizikal, amalan pemakanan sekaligus meningkatkan kehadiran pelajar dalam kelas.

Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Port Dickson menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 – RM15,000.00 untuk pelajar-pelajar SPM kepada 13 buah sekolah di Parlimen Port Dickson pada minggu lalu. Sumbangan ini akan digunakan untuk persediaan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan SPM termasuk Rancangan Makanan Tambahan bagi membantu pelajar yang akan menduduki SPM kurang berkemampuan menikmati makanan pada tengah hari. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat MB Negeri Sembilan atas keprihatinan.

Justeru itu, saya percaya dengan penglibatan Kerajaan Negeri Sembilan ke dalam program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke sekolah menengah bagi membantu pelajar yang akan menduduki SPM kurang berkemampuan menikmati makanan pada tengah hari akan memberi impak yang besar serta mendapat pendidikan yang baik dan sempurna.

Dato’ yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta ahli-ahli Berhormat berkenaan Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin. Program ini merupakan inspirasi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah diterjemahkan perlaksanaannya oleh pelbagai jabatan dan agensi di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah. Saya ingin memberi cadangan kepada agensi berkenaan untuk membawa bekalan yang mencukupi. Saya menerima keluhan rakyat DUN Sri Tanjung bahawa yang hadir pada pukul 8:30 pagi, barang-barang yang dibawa oleh agensi telah habis dijual, hanya ada ayam sahaja dan mereka terpaksa pulang dengan kecewa.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan yang prihatin perlu mewujudkan pelbagai program untuk dinikmati oleh rakyatnya melalui program skim khairat kematian. Melalui skim khairat kematian ini, apabila berlaku kematian, penama atau waris yang sah dan berdaftar layak untuk menuntut wang manfaat daripada mana-mana Pusat Khidmat ADUN yang diwujudkan. Ini adalah sebagai tanda simpati dan menzahirkan rasa prihatin Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban waris.

Pengurusan mayat bukan Islam yang dikenakan bayaran terlalu tinggi oleh pihak tertentu sehingga membebankan keluarga B40. Bayaran bagi kematian biasa adalah sekitar Ringgit Malaysia 4,000.00 hingga 5,000.00 untuk satu pakej. Kerajaan Negeri Sembilan perlu meneliti dan mengawal harga pengurusan mayat bukan Islam khususnya keluarga B40.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya menutup ucapan perbahasan saya, saya menyambut baik anggaran perbelanjaan untuk Belanjawan Negeri Sembilan 2024. Ini merupakan belanjawan pertama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Ogos lepas. Kita tekad jadikan Negeri Sembilan sebagai model negeri maju, bersatu padu, bertamadun, serta kehidupan rakyat aman dan sejahtera. Bersih, Muafakat, Sejahtera. Dengan ini Sri Tanjung menyokong Bajet 2024.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjung. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambilkan bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan untuk tahun 2024. Ini adalah satu masa yang penting dalam kalendar kita sebagai wakil rakyat, di mana kita bersama-sama menentu hala tuju pembangunan negeri kita.

Saya ingin memulakan ucapan saya dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan semua pihak yang terlibat dalam penyediaan belanjawan ini, khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Proses penyediaan belanjawan adalah satu tugasan yang rumit dan melibatkan penilaian mendalam mengenai keperluan serta aspirasi rakyat kita. Sekali lagi tahniah dan syabas saya ucap kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana berjaya membentangkan Belanjawan 2024 sejumlah 555.0 juta ringgit yang bertema “Bersama Membina Negeri Madani”.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengalu-alukan insentif dan sumbangan tunai sebagai tanda ihsan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang memerlukan. Insentif ini yang juga dikenali sebagai Skim Sejahtera Rakyat (SSR) telah diperuntukkan sebanyak 29.75 juta ringgit pada tahun 2024.

Saya ucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat atas insentif-insentif di atas kerana kebanyakan terkandung dalam manifesto gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang namanya Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan semasa menghadapi Pilihan Raya Negeri yang lepas. Dengan ini, kita boleh membuktikan kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan adalah satu kerajaan yang sentiasa mengutamakan rakyat dan akan menaikkan [menunaikan] janji, janji kita.

Dato’ Yang Dipertua, Skim Sejahtera Rakyat sudah tentunya akan memanfaatkan anak-anak Negeri Sembilan. Namun, sejahtera, sejak Belanjawan 2024 dibentangkan pada hari Jumaat yang lepas, ramai yang telah datang ke Pusat Khidmat saya untuk bertanya tentang cara permohonan. Banyak yang juga bertanya tentang kelayakan kerana mereka tidak pasti bahawa sama ada mereka berlayak untuk memohon ke tidak. Saya berharap agar pihak Kerajaan Negeri dapat mengadakan lebih banyak sesi penerangan kepada awam supaya mereka dapat tahu tentang cara-cara membuat permohonan. Prosedur permohonan juga harus dipermudahkan terutamanya untuk warga emas. Kita perlu memastikan segala bantuan yang kerajaan tawarkan boleh sampaikan kepada rakyat yang memerlukan. Publisiti juga pa, patut ditingkatkan khusus di kawasan-kawasan luar bandar supaya lebih ramai orang yang layak dapat menerima bantuan Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai wakil rakyat, saya berjanji akan terus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri dalam menjalankan tanggungjawab kita untuk memastikan pelaksanaan belanjawan ini berjalan lancar dan memberikan impak positif yang sebab, sebesar-besarnya kepada rakyat kita. Saya akan memperjuangkan kepentingan kawasan saya dengan sepenuh hati dan melebih, melibatkan diri dalam setiap langkah ke arah pembangunan yang mampan.

Akhirnya kata, saya mengajak semua pihak dari pelbagai lapisan masyarakat dan fahaman politik, untuk bersatu hati dalam menyokong Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan 2024 ini. Melalui kerjasama yang padu, kita mampu mencapai kejayaan yang lebih besar Bagai negeri, bagi negeri kita. Dengan ini, saya menyokong penuh Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2024. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Rahang. Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Yang Dipertua, assalamualaikum WBT. Yang Dipertua, ahli Dewan dan jugak para pema, para pemerhati dan selamat sejahtera kepada ahli Dewan dan pemerhati yang bukan beragama Islam. Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih dan jugak tahniah atas pembentangan belanjawan oleh Yang Berhormat Sikamat. Saya ingin menyentuh beberapa perkara, menambah baik agar belanjawan ini diguna dengan berhemah demi manfaat kepada masyarakat di Negeri Sembilan.

Yang Dipertua, berkenaan tebatan banjir dan lembangan sungai. Saya melihat peruntukan yang diperuntukkan sebanyak 5.68 juta ini tidaklah besar jika dibandingkan dengan permasalahan yang dihadapi di kawasan di kesemua DUN di Negeri Sembilan. Yang Dipertua, di Negeri Sembilan walaupun kita tidak menghadapi musim tengkujuh, tetapi kita seling, sering menghadapi banjir kilat yang mengakibatkan kawasan-kawasan sekitar di kawasan pembangunan terutama di kawasan-kawasan kampung dalam kawasan bandar sering menghadapi kawasan banjir. Jadi, saya mengambil contoh di kawasan Labu baru-baru ini, 3 hari berturut-turut banjir di Labu Hilir, di Kampung Pulau. Apa yang menyedihkan Yang Dipertua, kesan banjir ini adalah sebab pembangunan di kawasan sekitar di kawasan kuari dan jugak di kawasan pembangunan perumahan. Dan jugak sampah-sampah kelapa sawit di kawasan estet-estet berhampiran mengakibatkan longkang ataupun sungai di kawasan terbabit penuh dengan sampah sarap. Dalam masa yang sama, saya jugak amat kesal kerana sudah begitu lama mereka memohon untuk membina tebatan banjir di kawasan sungai, di kawasan sungai-sungai berhampiran kesan daripada pembangunan dilakukan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, mereka tidak dapat manfaat berkenaan ataupun manfaat daripada bajet daripada kerajaan sebelum ini. Jadi saya mengharapkan benar supaya peruntukan yang diperuntukkan sebanyak 5.68 juta ini dapat digunakan sebaik mungkin di kawasan-kawasan yang terjejas.

Yang Dipertua, sungai di kawasan, saya ambil di kawasan saya Labu, kalau kita perhatikan sungai dah jadi makin besar. Bila akibat banjir kilat ni, dia tidak macam musim tengkujuh, bila musim tengkujuh hanya air saja. Tapi bila banjir kilat, sampah-sampah jugak, kayu, semua lalu di kawasan sungai mengakibatkan tanah-tanah berhampiran tu runtuh. Jadi, ada di satu kawasan di, di Kampung Pulau, laluan, laluan kereta api, jadi di situ ada 3 culvert. Hanya 3 culvert sebesar saya ingat dalam 6 inci. Jadi kalau culvert tu tertutup, banjirlah kawasan perumahan tu. Jadi benda ni sepatutnya saya, mungkin di bawah Menteri

Pengangkutan; YB Chennah dapat memberi perhatian sebab kalau tidak dapat diselesaikan, saya khuatir YB, landasan kereta api itu pun boleh, boleh runtuh. Dan saya rasa itu akan memberi kesan yang lebih besar lagi kepada, kepada masyarakat.

Yang kedua saya nak menyentuh berkenaan Sumbangan Keceriaan kepada warga emas. Jadi saya mohon kepada Sikamat, supaya dapat mempertimbangkan menaikkan kadar sumbangan kepada warga emas daripada 200.00 ringgit kepada 500.00 ringgit. Di pusat khidmat saya, dalam tempoh 3 bulan ni, permohonan daripada warga emas cukup banyak. Jadi saya rasa one off sebanyak 200.00 ringgit ni tak dapat menampung. Saya tahu kita ada, boleh buat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jugak Baitulmal, tapi syarat Jabatan Kebajikan Masyarakat, saya rasa jugak perlu diubah, tidak, tidak sebegitu mudah untuk mereka terima.

Yang kedua jugak saya memohon had penerima Sumbangan Keceriaan ini harus diubah daripada umur, kalau boleh kita ikutlah had umur warga emas yang diiktiraf oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat iaitu 60 tahun. Kalau 70 tahun ni, saya rasa dah, dah tak begitu adillah, kalau kita sebut warga emas, kita sebutlah, ikutlah had umur tu, 70 tahun tu tak adillah kepada yang 60. Jadi ini pun saya rasa akan jadi isu jugak kepada semua YB ADUN bila perkara ini nanti dah di, tersebar kepada masyarakat, ramai akan datang mohon. Jadi mereka akan tanya jugak, kenapa kami 60, 60 dah warga emas, kenapa kami tak layak. Jadi, saya berharap Sikamat dapat mengambil pandangan saya.

Jadi saya jugak melihat peruntukan di dalam bidang pertanian yang boleh dikatakan agak besar bagi menjamin sumber makanan negeri. Jadi saya memang menyokong belanjawan kepada pertanian diberi, diberi peruntukan yang besar. Tapi saya jugak berharap agensi dan jabatan berkaitan dapat membantu petani dan penternak yang benar-benar mengusahakan, mengusahakan bidang ini. Kita tidak mahu petani atau penternak yang bidan terjun. Sebelum ni banyak jugak insentif ataupun, insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada penternak dan petani, tapi banyak insentif ini gagal kerana penerima adalah di kalangan mereka yang tidak benar-benar menjalankan bidang ini. Jadi akhirnya hasrat Kerajaan Negeri agar memastikan sumber pertanian terjamin tidak akan tercapai.

Saya jugak nak memaklumkan, mintak jugak pihak Exco dapat memantau pemberian apa sahaja bentuk bantuan dalam bidang pertanian sebab pernah berlaku, memang berlaku di, di Jabatan Pertanian walaupun penternakan, mereka akan memilih juga di

kalangan kroni untuk menerima. Contoh, saya masih ingat lagi zaman, zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri, banyak bantuan diberi kepada penternak seperti lembu ternakan, tapi bila habis tempoh matang tu dalam sebulan, dah pindah tangan, jual. Jadi akhirnya segala bentuk perancangan yang dirancang tidak akan tercapai.

Yang Dipertua, saya jugak mencadangkan agar belanjawan pelancongan dikaji semula. Dan kalau boleh ditambahlah peruntukan kepada pelancongan. Pelancongan merupakan satu pendapatan sebenarnya kepada negeri sebab kita di Negeri Sembilan ini banyak tempat-tempat pelancongan bukan, soalan saya semalam, tidak menjurus sahaja kepada Port Dickson, tapi menjurus jugak sebenarnya kepada tempat-tempat pelancongan di seluruh Negeri Sembilan dan lain-lain di, mungkin di kawasan-kawasan jeram. Tetapi saya lihat dengan peruntukan yang diberi ini, mungkin Exco Pelancongan tidak dapat man, mampu membuat apa.

Dan jugak saya jugak mencadangkan supaya tempat-tempat jeram pelancongan diserahkan di bawah Exco, tidak lagi di bawah Jabatan Perhutanan. Sebab Jabatan Perhutanan ni tidak pakar pun dalam pelancongan. Jadi itulah yang berlaku, banyak tempat pelancongan yang terbengkalai, tidak dapat memajukan kawasan pelancongan. Peruntukan setiap tahun diberi tapi akhirnya semua sia-sia. Jadi kita tak nak duit kerajaan, duit rakyat hangus begitu saja dengan perancangan yang tidak betul di peringkat pengurusan.

Saya jugak mencadangkan agar beberapa sektor pelancongan di Negeri ini diswastakan, diswastakan supaya tempat-tempat pelancongan di Negeri Sembilan ni sentiasa berada di tahap siap sedia untuk menerima pelancong. Jadi kita sebut di macam di Juasseh, kalau pergi kat jeram, Jeram Tengkek, kalau macam tu rupo eh YB Juasseh, saya kata tak adalah siapa nak datang, dengan jambatan runtuh semua. Siapo nak datang? Takkan kita nak serahkan kepada MPKK untuk menguruskan. Mereka tiada kepakaran. Jadi, saya mohon Exco Pelancongan dapat mempertimbangkan perkara ini. Jadi saya nak menyentuh berkenaan tadi saya tersilap masa soal, sesi soal saya bersama dengan Nilai. Di lot kedai PBT ini, saya mohon supaya dapat semak semula agar peniaga yang benar-benar berniaga di lot kedai-kedai PBT ini sahaja yang dibenarkan berniaga. Sebab banyak lot-lot ni disewakan, mereka mungkin dapat sewa daripada 150.00 – 250.00. Tapi di kawasan Labu, di Taman Cempaka ada lot disewakan sehingga 700.00 ke seribu lebih. Jadi saya rasa untuk memantau bukan susah. Kadang-kadang bila kita pergi, penyewa lesen akan datang, akan datang, cakap saya yang berniaga sini. Mintak mereka bagi SSM dan boleh jugak semak akaun, akaun, mohon jugak bagi akaun perniagaan.

Jadi kalau berniaga, dah tentu mereka akan ada keluar masuk duit. Kita tak nak orang yang berniaga dengan benar tidak mendapatkan keistimewaaan ini, tetapi orang yang mengambil keuntungan, mendapat keuntungan atas angin, atas kelebihan-kelebihan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Jadi, Yang Dipertua, saya ingin menyentuh jugak perkara-perkara lain. Baru-baru ini juga satu konsert Coldplay dianjurkan di Stadium Bukit Jalil. Yang Dipertua, satu persembahan dari individu kumpulan dari Britain, Chris Martin memakai topeng mata satu. Jadi kita sebagai orang Islam, kita tahu topeng mata satu tu apa dia. Jadi, semasa menyampaikan satu lagu yang berjudul Something Just Like This, benar-benar tidak menghormati perasaan umat Islam di negara ini, begitu banyak topeng atau maskot yang ada, mengapa topeng mata satu yang dipilih. Lebih-lebih lagi konsert ini dihadiri oleh ramai anak-anak beragama Islam. Walau apa pun alasan penganjur, akidah anak-anak muda beragama Islam jangan dibawak sebagai bahan untuk mengaut keuntungan.

Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan PH-BN Negeri Sembilan kerana baru-baru ini menyokong penganjuran satu konsert yang dijalankan dengan maksud untuk menggalakkan sektor pelancongan di Nilai. Saya ingin menyampaikan beberapa komen daripada penduduk dan pandangan masyarakat sekitar berkenaan konsert ini. Mereka bertanya kepada saya: YB, Nilai kini pesat membangun dan elakkanlah ia menjadi bandar hiburan atau tempat maksiat di Negeri Sembilan; YB, Nilai ini banyak rumah urut berlesen tetapi aktiviti maksiat di sebaliknya berlaku; YB, hotel-hotel di Nilai dah mula bagi servis aktiviti pelacuran; YB, peniaga asing dah tak payah sebut macam warga Malaysia dah tak layak berniaga di Nilai. Jadi isu ni tak perlu, tak perlu dibahas, sebab kalau bahas nanti akan jadi panjang.

Yang Dipertua, yang di, yang terbaru di Nilai satu tempat yang diberi nama Game Box yang disifatkan sebagai pasar malam kebudayaan simbolik Malaysia. Saya ulang, pasar malam kebudayaan simbolik Malaysia kini pula menganjurkan konsert liar dan tiada langsung ciri-ciri kebudayaan simbolik Malaysia. Penduduk dan, penduduk negara dan negeri ini masih lagi bersimpati dengan apa yang berlaku di Palestin dan pelbagai usaha dilakukan oleh penduduk negeri ini yang beragama Islam untuk menunjukkan sokongan kepada Palestin mengikut kemampuan mereka. Apakah Kerajaan Negeri tidak mengambil maklum sentimen ini hingga membenarkan penganjuran konsert seumpama ini?

Saya sekali lagi mengucapkan tahniah, sekejap, sikit lagi yang, Yang Dipertua, mengucapkan tahniah kepada Datuk Bandar Seremban dan jugak Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat kerana menjayakan program seumpama ini di negeri beradat ini. Semoga program-program seperti ini terus dianjurkan bagi terus mempromosi negeri ini dengan adat resam barat dan seiring dengan kesesuaian zaman. Tidak perlulah lagi mengambil kira perasaan orang Islam dan adat-adat orang Melayu di negeri ini. Kita bila berbicara berkenaan hal seumpama ini, jangan dikatakan kolot ataupun rasis. Yang Dipertua, sebagaimana kita mahukan pembangunan dan pemodenan, tetapi janganlah sampai adat dan sentimen penduduk tidak diberi perhatian. Pembangunan dan jugak adat dan jugak agama perlu seiring supaya sentimen semua agama diambil kira.

Jadi, sebelum saya nak mengakhiri ucapan saya Yang Dipertua Speaker, saya sebenarnya kesian tengok Yang Dipertua Speaker ni sobab dia seorang je tak keluar pergi toilet. Saya takut kono batu karang ko, apo kan. Jadi Speaker saya mohonlah Kerajaan PH-PN ni copek-copeklah berbincang lantik Timbalan. Timbalan Yang Dipertua Speaker. Jadi saya agak risau jugak, sebabnya kalau tak sihat, hari ni pun banyak YB tak sihat. Kalau Yang Dipertua tak sihat masa sidang DUN akan datang, masalah jugak pada kami semua kan. Jadi, ado Chombong ni haa boleh jadi Timbalan, kan. YB Guna ada, 7 kali bertanding, 4 kali menang kan, tak pernah jadi Exco lagi, apo salah eh. Kalau susah bona pun, lantik interim di kalangan kami ini, insyaaAllah, sehinggalah semua perbincangan semua selesai. Ada 56 bulan lagi boleh bincang. Jadi, YB …..

Setuju, Setuju.

Jadi Yang Dipertua, saya gurau aje kan. YB Labu menyokong belanjawan ini dengan penambahbaikan kepada beberapa perkara. Terima kasih. Assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Saya menjemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, assalamualaikum wbt, Salam Perpaduan, Salam Madani. Datuk Yang Dipertua, 1. Izinkan saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang hadir pada hari ini di atas ruang yang diberikan kepada, diberikan bagi membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan tahun 2024.

Terlebih dahulu saya dengan hormat ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, atas pembentangan Belanjawan Negeri 2024 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan”. Tahniah juga kepada semua pihak termasuk pegawai-pegawai Kerajaan Negeri yang membantu merencanakan setiap kejayaan ekonomi di negeri ini.

Saya juga amat berbesar hati untuk membahaskan intipati berkaitan inisiatif-inisiatif kepada para belia di Negeri Sembilan iaitu melalui Teras 4: Belia, Wanita, Keluarga, Sukan dan juga Keusahawanan dengan memperuntukkan kos sebanyak 10.2 juta ringgit. Dato’ Yang Dipertua, melalui Teras 4 ini sebanyak 4.68 juta ringgit telah digazetkan khas kepada golongan belia di Negeri Sembilan untuk menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan di negeri ini, melalui pecahannya seperti yang berikut: yang pertama, Program Pembangunan Sukan di bawah Majlis Sukan Negeri sebanyak 3.0 juta, Dana Selenggara Kemudahan Sukan 640,000.00, Program Pemerkasaan Belia 500,000.00 dan juga Baucer Bantuan Lesen Motosikal 540,000.00. Jumlah keseluruhan menjadikan sebanyak 4.68 juta ringgit.

Untuk makluman semua ahli Yang Berhormat, atlet Para ataupun kelainan upaya adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, dan melalui bajet yang dibentangkan tiada sebarang dana khusus yang digazetkan untuk Pembangunan Sukan Para. Oleh itu, saya amat berharap agar perkara ini dapat diteliti dan diperhalusi agar golongan ini tidak disisihkan daripada segenap aspek terutama hal-hal berkaitan kebajikan mereka.

Dato’ Yang Dipertua, dana di bawah Program Pembangunan Sukan berjumlah 3.0 juta ringgit ini juga perlu diteliti pecahannya, agar tidaklah hanya tertumpu kepada program-program sukan semata-mata, dan ianya perlulah bersifat lebih menyeluruh termasuk penyediaan insentif kemenangan kepada atlet yang menyertai pertandingan atau kejohanan bukan temasya.

Baru-baru ini kita diajukan dengan isu atlet orang pekak yang tidak ada sebarang peruntukan khas kepada mereka terutama dalam aspek pembangunan dan penyertaan sukan seperti Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 yang sedang berlas, yang sedang berlangsung ketika ini. Di kesempatan ini, saya memuji pihak Kerajaan Negeri Sembilan terutama Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan kerana dapat menyelesaikan isu berkenaan sesegera mungkin, setinggi-tinggi ucapan tahniah saya ucapkan. Bagi memastikan setiap penggiat sukan

terutama kepada atlet yang mewakili dan mengharumkan nama Negeri Sembilan terus mendapat pembelaan sewajarnya, Persatuan Sukan Orang Pekak ini juga seharusnya berada di bawah pemerhatian dan tanggungjawab Kerajaan Negeri bagi memastikan mereka turut menikmati kelebihan seperti yang dirasai oleh persatuan-persatuan di bawah naungan Majlis Sukan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, saya menyambut baik inisiatif berkaitan Selenggaraan Kemudahan Sukan berjumlah 640,000.00 ringgit yang turut diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi memastikan infrastruktur sukan yang ada di seluruh Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Melalui pengumuman ini, kita boleh memastikan agenda Kerajaan Perpaduan dapat dicapai kerana saya percaya, sukan mampu menjadi mekanisma paling berkesan dalam menyemai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Namun, kaedah pelaksanaannya haruslah diteliti sebaiknya, agar pembangunan ini dapat dirasai sehingga ke peringkat akar umbi dengan mengambil kira jumlah maksimum yang boleh disalurkan bagi sesuatu projek baik pulih serta harus memastikan prosedur kewangannya sentiasa efisien tanpa mengenepikan nilai-nilai integriti.

Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga melalui perbentangannya turut mengumumkan sejumlah 500,000.00 ringgit di bawah inisiatif Pemerkasaan Belia Negeri Sembilan bagi melahirkan generasi belia yang mampu berdikari dan berdaya saing. Melalui inisiatif ini, saya mencadangkan pemberian geran pentadbiran kepada persatuan-persatuan belia yang aktif dan persatuan-persatuan ini haruslah memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Bantuan seperti ini mampu mengupayakan persatuan untuk terus bergerak sekaligus melahirkan generasi belia yang aktif. Bagi melicinkan, melicinkan pengurusan dan juga pelaksanaannya, saya mencadangkan agar dana ini diletakkan terus di bawah Exco Pembangunan Belia Dan Sukan serta melibatkan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan sebagai panel penilai yang bertanggungjawab menilai setiap permohonan daripada, daripada persatuan-persatuan belia ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menyediakan Kertas Belanjawan 2024 kali ini kerana terus memberikan pengiktirafan kepada generasi belia di Negeri Sembilan tanpa mengira latar belakang serta pekerjaan mereka. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mengumumkan Baucer Bantuan Lesen Motosikal berjumlah 540,000.00 ringgit yang akan melibatkan seramai 100 orang belia

daripada setiap DUN di Negeri Sembilan dalam usaha menunjukkan sokongan terhadap mereka yang menceburi profesion pekerjaan ekonomi gig. Besar harapan saya, agar pelaksanaan program ini haruslah melalui, pelaksanannya haruslah melalui Pejabat ADUN setiap kawasan masing-masing, supaya masyarakat lebih mengenali dan dapat membina ukhwah bersama wakil rakyat di kawasan mereka.

Saya menyambut baik inisiatif berkaitan menaik taraf jalan dan juga lampu jalan yang diletakkan di bawah Teras 1 Aspirasi Perpaduan ini. Suka untuk saya maklumkan kepada semua yang berada di Dewan ini, dalam perbahasan saya pada sidang yang lepas ada saya suarakan berkaitan dengan perkara ini. Semoga dengan inisiatif ini warga Kota akan mendapat manafaatnya dan permohonan saya untuk mendapatkan lampu jalan terutama di persimpangan jalan dan pencahayaan di Pekan Kota dan Pekan Chengkau akan dapat direalisasikan.

Tidak lupa juga untuk saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran yang sangat komited membantu kami warga DUN Kota setiap kali hujan lebat melanda. Banyak aduan dari warga DUN Kota dan juga, dan pihak JPS sentiasa cepat mengambil tindakan untuk mengelak masalah banjir sebelum tiba musim tengkujuh. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

Di sini juga saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan kita agar jangan melupakan pembangunan di Kampung Orang Asli. Di bawah Teras 8 Aspirasi Perpaduan juga ada inisiatif yang bernilai 315,000.00 ringgit untuk Geran Kampung Orang Asli. Untuk makluman Yang Dipertua, di Kota ada 2 lokasi perkampungan Orang Asli. Yang pertama Kampung Paabai, Miku. Yang kedua, Dusun Paya, Kendong. Saya amat berharap agar Kerajaan Negeri dapatlah kiranya menaik taraf sistem perparitan kerana keadaan longkang dan juga sungai yang agak membimbangkan dan tidak selamat. Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat melihat dan menilai semula keadaan jambatan-jambatan yang menjadi laluan utama motor dan juga kenderaan untuk melen, melintasi sungai ini. Jika dilihat dari pandangan mata kasar mungkin tidak nampak risikonya kepada pengguna namun jika kita sendiri melaluinya setiap hari, pasti terasa berdebar, takut tak sampai ke hujung jambatan.

Dato’ Yang Dipertua, di bawah Teras 6 …..

Yang Dipertua Dewan

Tu Sungai Timun ke? Sungai Timun ke?

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Pabai, Pabai. Miku. Di bawah Teras 6 juga sejumlah peruntukan sebanyak 3.0 juta ringgit telah diperuntukkan bagi Program Jualan Agro Madani. Saya menyokong program ini diteruskan kerana banyak memberi manafaat dan membantu terutamanya kepada penduduk-penduduk kampung. Namun begitu, mungkin kita boleh sama-sama fikirkan bagaimana untuk menjadikan Program Jualan Agro Madani ini dapat memberikan impak yang lebih besar kepada seluruh rakyat di Negeri Sembilan. Antara perkara yang perlu ditangani, ditangani adalah isu kekurangan beras dan jika ada sekalipun, jumlah jualannya sangat-sangat terhad.

Dato’ Yang Dipertua, walaupun diuji dengan cabaran besar ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan Negeri Sembilan masih mampu mengimbangi serta memberikan pelbagai bentuk bantuan demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Diharapkan belanjawan 2024 dengan 9 Teras yang dibentangkan akan berhasil, berjaya mencapai Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan untuk membina Negeri Madani. Semoga segala usaha dan perancangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan juga kemakmuran Negeri Sembilan. Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Ilahi semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan juga menjaga Negeri Sembilan ini sebagai sebuah negeri yang dilimpahi berkah serta subur hendak-Nya. InsyaaAllah. Sekian, Kota menyokong belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum WBT, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. A’uzubillahhiminasshaiton nirrajim, bismillahirrahmanirrahim. [melafazkan bacaan ayat 7 dari Surah Al-Hasy-r]. Maksud; apa sahaja harta rampasan diberi Allah kepada Rasul-Nya, yang berasal dari penduduk kota-kota, maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang dalam perjalanan supaya harta ini jangan beredar di kalangan orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan kepada Rasul, kepadamu, maka terimalah. Dan apa dilarang bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.

Dato’ Yang Dipertua, semen, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat atas pembentangan belanjawan pada 1 Disember yang lepas dan juga terima kasih kepada barisan Exco,

penjawat-penjawat awam yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan dan menyiapkan bajet ini. Dato’ Yang Dipertua, semua sedia maklum bahawa belanjawan negeri ini amat penting bagi memenuhi keperluan matlamat pembangunan negeri. Ia adalah satu panduan strategik yang menentukan bagaimana dawa, dana awam akan diperolehi dan digunakan untuk memajukan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyokong pelbagai inisiatif pembangunan.

Pengurusan belanjawan negeri yang amat cermat dan bijak adalah asas untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kelestarian kesejahteraan rakyat. Sebuah negeri yang berjaya bukan hanya bergantung kepada jumlah dana yang dilaburkan, tetapi juga pada cara bagaimana dana tersebut diperuntukkan dan dilaksanakan. Pengajaran kisah Nabi Yusof AS memberikan inspirasi bahawa, pada kita bahawa dalam konteks ekonomi, sepertimana kebijaksanaan Nabi Yusof merencanakan untuk menyimpan sejumlah besar hasil pertanian untuk jangkaan masa-masa kelapang yang akan datang. Ini adalah contoh yang nyata dan prinsip perancangan ekonomi jangka panjang untuk mengatasi ketidakpastian ekonomi.

Belanjawan negeri yang berjadual memegang peranan penting dalam membentuk lanskap ekonomi, sosial dan kelestarian negeri. Perancangan terancang dengan baik dapat membuka peluang untuk pembangunan berterusan dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Lukut, Yang Berhormat Chuah, beberapa Yang Berhormat telah menceritakan isu air khususnya Port Dickson. Kita harus tahu bahawa pembekalan air di Port Dickson adalah daripada Loji Rawatan Air Linggi yang berkapasiti 30 juta gelen sehari. Dan kalau kita melihat bahawa pertumbuhan rumah-rumah, pembangunan taman-taman yang baru mungkin perlu satu perancangan baru untuk memberi kemudahan air ini. Dan saya tidak pasti sama ada Kerajaan Negeri telah melaksanakan projek yang telah dinyatakan pada sesi yang lepas iaitu pembinaan loji di Kampung Barisan yang di, dijangkakan boleh mengeluarkan 55 juta gelen sehari.

Dan kalau kita melihat keperluan air, pada setiap hujung minggu di Port Dickson khususnya, banyak permasalahan sama ada paip bocor, paip pecah dan sebagainya, dan juga ketirisan-ketirisan yang berlaku di bawah tanah. Dan ini memerlukan Kerajaan Negeri untuk melihat dan mengkaji kawasan air tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, yang kedua tentang Pasar Teluk Kemang. Kalau kita melihat bahawa peniaga-peniaga kecil di Teluk Kemang khususnya

menghadapi dan kesukaran untuk memasarkan produk-produk mereka. Ini kerana keadaan kesesakan yang berlaku di Port Dickson. Dan kedua, keadaan atur urus kedai-kedai tersebut, dan gerai-gerai tersebut telah menjadikan suasana tersebut agak padat. Dan saya mencadangkan supaya satu kajian dibuat supaya Pasar Teluk Kemang itu dinaiktarafkan supaya bolehlah produk-produk pelancongan diurus di sana. Dan juga memberi satu kesan ekonomi kepada penduduk setempat. Dan kedua dapat menjadi pemusatan kepada produk-produk tertentu untuk kita pasarkan di situ.

Dato’ Yang Dipertua, pusat hiasan, ikan hiasan di Teluk Kemang. Kalau kita melihat pusat ini adalah cantik, menarik. Permasalahan yang timbul adalah laluan masuk ke pusat tersebut menjadikan kawasan tersebut amat tidak kesesuaian, tidak ada laluan yang sempurna. Dan saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri melihat supaya pusat hiasan ikan itu menjadikan satu perkara yang menarik di Port Dickson untuk kita lawati. Dan kadang-kadang ada orang tidak tahu bahawa kewujudan pusat ikan hiasan itu. Ini kerana suasana jalan masuk itu tidak menggambarkan situasi yang berada di pusat itu.

Dato’ Yang Dipertua, kalau kita melihat aset-aset kerajaan, khusus Kerajaan Negeri, mungkin adalah perlu Kerajaan Negeri melihat ada aset-aset Kerajaan Negeri yang dah usang dan tidak diselenggara baik kerana maintenance atau kos maintenance itu tidak di, diberi. Dan kedua kerana mungkinlah orang kata tu dah out of date penggunaan tersebut. Kita boleh tengok di jabatan-jabatan mana-mana ada kenderaan-kenderaan terbengkalai begitu. Sedangkan penggunaan mereka perlu untuk masa-masa tertentu.

Dato’ Yang Dipertua, peruntukan 100.00 ringgit untuk baby yang baru dilahirkan adalah satu inisatif terbaik untuk memberi satu ucapan terima kasih kerajaan kepada mereka yang telah, orang kata, untuk membina masyarakat akan datang. Cuma isu yang kedua, akan timbul satu perkara macam manalah baby-baby tersebut ditempatkan. Dan kita harus tahu bahawa di Malaysia sekarang, ramai perempuan-perempuan yang bekerjaya dan memerlukan pusat-pusat pengasuhan. Dan saya mencadangkan supaya diadakan pusat asuhan kanak-kanak dan baby ini di premis-premis kerajaan supaya memudahkan para-para pekerja yang wanita ini, dan juga lelaki untuk menempatkan anak-anak mereka di pusat-pusat pendidikan awal ini di premis masing-masing.

Dan yang akhirnya, kalau kita melihat bahawa sumbangan 500.00 ringgit kepada mereka yang akan berkahwin pada pertama kali, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membuatkan satu, orang kata, melahirkan satu perkahwinan perdana, dianjurkan konsep

perkahwinan perdana di setiap daerah bagi mereka, golongan B40. Sebab kita tahu bahawa kadang-kadang kita, ada mereka yang boleh membuat grand perkahwinan mereka dan ada mereka tidak mampu kerana keadaan kesempatan ekonomi mereka. Dan saya mencadangkan supaya kahwin perdana ini dianjurkan bagi setiap daerah.

Tuan Dipertua, ‘auzubillah himinasshaitonnirrajim, bismillahhirrahmanirrahim [melafazkan bacaan ayat 96 dari Surah Al-A’raaf]. Sekiranya penduduk ini beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka pintu-pintu limpah kerahmatan dari langit dan bumi. Dan jika mereka mendustai, Kami akan timpakan mereka dengan azab seksa yang disebabkan apa yang telah mereka usahakan. Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong perbelanjaan 2024. Sekian, wabillah assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih. Yang Berhormat Gemencheh, saya jemput.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan peluang kepada saya ADUN Gemencheh untuk memberi sedikit ucapan perbahasan pada petang yang mulia ini.

Yang pertamanya saya ingin menyentuh Teras ke-4 dalam belanjawan baru-baru ini berkenaan program pemerkasaan belia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Saya memohon agar kerajaan memberi pertimbangan Cadangan untuk meneruskan peruntukan belia kepada JPKK yang baru sebanyak 3,000.00 ringgit yang pernah disalurkan kepada MPKK bagi memperkasakan persatuan belia di peringkat cawangan atau kampung.

Dato’ Yang Dipertua, yang keduanya saya ingin, saya di sini membawa suara daripada Majlis Belia Negeri Sembilan dan gabungan belia supaya kerajaan memberi geran pengurusan kepada persatuan-persatuan di bawah gabungan Majlis Belia Negeri Sembilan. Ini kerana mereka belum pernah mendapat peruntukan atau bantuan dana dari Kerajaan Negeri. Harap cadangan ini dipertimbangkan dan termasuk di dalam peruntukan yang dija, yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak 0.5 juta di dalam belanjawan baru-baru ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil peluang ini untuk menyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang pengumuman peruntukan sebanyak RM0.54 juta bagi memiliki lesen motosikal kepada golongan B40 dan di kalangan belia. Saya juga

menyokong peruntukan 1.0 juta bagi TUNS dan RM1.0 juta lagi kepada TUNS Plus. Ini memberi peluang besar kepada usahawan muda atau belia untuk berdaya saing dalam bidang perniagaan dan, atau keusahawanan yang diceburi.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin memberi cadangan, bagi memperkasakan sukan di Negeri Sembilan. Mohon Kerajaan memberi, Negeri menaik taraf kemudahan sukan di peringkat DUN atau kampung. Contohnya di padang Kompleks Gemencheh dan di padang Dataran Kampung Tengah Gemencheh, yang memerlukan penambahbaik fasiliti seperti tandas awam, pencahayaan dan membaik pulih permukaan padang. Harap pihak kerajaan dapat menyalurkan sedikit peruntukan yang diumumkan sebanyak RM5.5 juta projek-projek kecil termasuk infra sukan dan 1.0 juta dana penyenggaraan taman-taman awam yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di dalam Teras ke-3 Kesejahteraan Rakyat kepada DUN Gemencheh.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mencadangkan dan memohon pihak berkenaan untuk mengkaji semula pemilihan, pemilihan penerima bantuan Bantuan Anak Sekolah dan Bantuan Biasiswa Anak Negeri. Ini kerana pihak Pejabat ADUN menerima aduan dari penerima bantuan tersebut iaitu ada di kalangan keluarga 3 anak mendapat tiga-tiga sekali. Dan ada yang keluarga yang satu lagi, 3 anak, dapat satu je penerima bantuan. Haa itu kita harus kaji baliklah. Masa kita menyerahkan bantuan tu pun kita dah kena soal dah. Itu yang kita lihat perlunya ada kajian semula untuk penerima-penerima ni. Kalau kita nak bagi 3, kita bagi 3 sekali kan, senang.

Dan, Dato’ Yang Dipertua, di bawah peruntukan belanjawan Teras Ke-8, Geran Kampung Orang Asli sebanyak RM0.315 juta. Saya mencadangkan supaya pihak Pertanian, Veterinar dan Perikanan membantu atau menyalurkan sebarang bentuk bantuan yang ada kepada Kampung-Kampung Orang Asli atau kampung tradisi bagi menambah pendapatan mereka. Saya lihat di Gemencheh contohnya, di Kampung Orang Asli Sungai Lerek, belia-belia mereka sangat komited dengan projek cendawan tiram, ternakan kambing dan sebagainya.

Dato’ Yang Dipertua, memandangkan Pihak Berkuasa Tempatan telah, ini amat penting ni Dato’ Yang Dipertua, telah mengeluarkan notis pemutihan kepada gerai-gerai di kawasan Tampin khususnya Gemencheh, kebanyakannya pengusaha atau peniaga gagal memohon lesen penempatan sementara dan lesen perniagaan. Saya memohon agar Pihak Berkuasa Tempatan dapat menyediakan gerai-gerai atau kiosk kepada peniaga-peniaga tersebut supaya mereka dapat meneruskan perniagaan mereka.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga menyentuh Teras Ke-5 tentang peruntukan RM5.0 juta bagi Rumah Harapan Rakyat supaya peruntukan ini diberikan kuota kepada golongan belia untuk menerima atau memiliki rumah pertama mereka.

Dan akhir sekali, Dato’ yang Dipertua, saya ingin menyatakan sokongan penuh dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco dan tahniah, dan pegawai-pegawai kerajaan yang merangka Belanjawan 2024. Saya melihat belanjawan yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” ini adalah belanjawan yang amat baik demi kemakmuran rakyat di Negeri Sembilan. Sekian, ucapan perbahasan dari saya untuk DUN Gemencheh. Mohon sidang Dewan menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.

A’uzubillahissamiul‘alim minas syaitanirajim bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan Tahun 2024 Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Sembilan pada Jumaat yang lepas. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, ketua-ketua jabatan dan semua penjawat-penjawat awam Negeri Sembilan atas satu pembentangan belanjawan yang menggunakan pendekatan pengurusan kewangan madani. Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri menekankan ianya disediakan secara mampan, saling menghormati dan bersifat ihsan.

Dato’ Yang Dipertua, dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang disebut P55 Jabatan Kerja Raya Negeri bawah belanja Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak 9.55 juta untuk memperkukuhkan accessibility dan meningkatkan keselamatan jalan raya, penggantian jambatan dan menaik taraf Jalan Negeri. Dalam perihal ini, saya ingin memanjangkan keluhan rakyat DUN Paroi yang saya terima mengenai keadaan Jalan Persiaran Senawang 2 di antara Klinik Kesihatan Senawang ke Taman Matahari Heights yang tidak rata, beralun-alun, berpotensi merisikokan kecelakaan jalan raya. Rakyat sana berulang-ulang membuat aduan. Begitu juga jalan Paroi – Senawang, mempunyai banyak lubang dan kerap dinaiki air ketika hujan lebat, keadaan jalan

Paroi – Senawang berkeadaan begini mungkin disebabkan ianya kerap dilalui oleh jentera berat selain laluan domestik yang digunakan setiap hari. Terdapat tanah runtuh dan pokok bakal tumbang dari arah Paroi sebelah di Restoran Casa Lagenda.

Seperkara lagi berkenaan jalan raya yang saya ingin utarakan di sini ialah mengenai inisiatif baru 8 iaitu projek pembinaan jalan baru dari Kem Senawang di Taman Bandar Baru Senawang bernilai 8.0 juta yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada 20 November 2022. Dalam Dewan ini juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memaklumkan status kemas kini pada 11 Oktober 2023 yang lalu, yang lepas bahawa projek ini sedang dalam fasa pelaksanaan pengambilan tanah yang dijangka ditender pada September 2024 sebaik sahaja pengambilalihan, pengambilan tanah selesai sepenuhnya.

3 perkara yang saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar mengenai perkara ini. Pertama, adakah status, apakah status terkini projek ini sehingga tarikh ini? Yang keduanya, ketika projek ini masih belum sempurna, kerja-kerja fizikal mungkin masih belum bermula pada hujung 2023, bagaimana status projek ini kerana ia tidak disebut secara khusus dalam Belanjawan 2024 yang baru dibentangkan? Dan yang ketiga, mengambil kira realiti semasa, bilakah projek ini dijangka dapat disempurnakan seterusnya boleh digunakan oleh rakyat di Paroi kerana faktor kesesakan teruk di Taman Tuanku Jaafar dan kawasan industri Taman Tuanku Jaafar.

Seterusnya pada Teras yang ke-4 ya, Keusahawanan. Dato’ Yang Dipertua, pasca pandemik COVID menyaksikan rakyat bangkit semula selepas tempoh susah yang amat menguji termasuklah dalam soal mata pencarian, serta mencari nafkah buat diri dan keluarga. Oleh itu, perniagaan dan pemerkasaan keusahawanan adalah satu pintu keluar dalam membantu mereka yang terkesan. Justeru, segala yang baik dalam usaha ini akan saya sokong dan dokong demi kebaikan rakyat. Salah satunya saya menjadi tertarik inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) yang menjadi tonggak kepada usaha murni ini dalam Teras 4 Belanjawan 2024 ini. Daripada laporan yang telah dibentangkan, ribuan telah menerima manafaat daripadanya. Namun, bidang keusahawanan ini belum tepu, masih banyak ruang keusahawanan boleh dikuasai dan lebih ramai usahawan yang perlu dilahirkan.

Saya tertanya-tanya mengapa peruntukan untuk TUNS dan TUNS Plus yang masih-masing diperuntukkan 3.0 juta dalam Belanjawan 2023 diturunkan kepada masing-masing 1.0 juta sahaja dalam Belanjawan 2024. Begitu jugak TUNS Extra yang mempunyai tujuan yang khusus

ditiadakan dalam Belanjawan 2024 tanpa inisiatif lain yang setara. Dato’ Yang Dipertua, saya tidak pasti pertimbangan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri dalam perkara ini. Cuma saya rasa, perjalanan usaha ini masih jauh dan tidak wajar diperlahankan atau dikecilkan saiznya. Jika ianya tidak disambut, bukanlah bermakna ianya tidak diperlukan. Mungkin sesi promosi dan penerangan perlu diperkasakan. Mungkin juga kerenah birokrasi perlu diringankan. Mungkin usaha memberi kesedaran perlu ditingkatkan dan pelbagai intervensi lain yang sesuai. Saya sendiri pernah didatangi rakyat di Pusat Khidmat DUN memohon bantuan memulakan dan meluaskan perniagaan. Mereka tahu mereka susah, dan mereka mahu menggunakan kudrat tulang empat kerat untuk terus berusaha. Cuma tinggal tangan jentera kerajaan membahu mereka dan limpahan belanjawan ini sampai ke tangan mereka.

Dalam perkara yang sama, saya mengalu-alukan inisiatif TUNS Perintis sebanyak 500,000.00 untuk mewujudkan budaya dan semangat usahawan di kalangan pelajar sekolah. Mereka inilah penerus legasi kita di masa akan datang. Di tangan merekalah negara kita akan berubah dari negara membangun kepada negara maju. Begitu jugak program NS Choice yang bakal dimulakan pada tahun 2024 dengan peruntukan permulaan 1.0 juta dan penerusan Halal Cottage sebanyak 500,000.00 sewajar ke arah peningkatan produk dari segi kualiti, branding, dengan izin, pembungkusan dan pensijilan dan saya yakin dengan usaha kuat pelbagai pihak pasti membuahkan matlamat akhir yang menaikkan nama Negeri Sembilan di persada dunia dan usaha ini juga diteruskan pada pelaksanaan akan meletakkan kita di landasan yang tepat untuk mencapai status negeri maju seperti, seperti yang sering diulang-ulang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Yang Dipertua, sentuhan belanjawan pada perkara berhubung pendidikan. Ada disentuh dalam beberapa inisiatif dalam Belanjawan 2024. Pendidikan adalah usaha sepanjang hayat bagi manusia. Pendidikan di peringkat awal dan kanak-kanak perlulah lebih berstruktur dengan kata lain, bersalibus. Berbanding pendidikan berterusan kepada golongan dewasa yang lebih fleksibel. Apa dan bagaimana usaha yang dilaburkan hari ini dalam pendidikan awal anak-anak akan menentukan bentuk modul insan yang kita wariskan untuk mentadbir negeri dan negara pada masa akan datang. Justeru, ia menjadi perhatian saya dalam setiap kali belanjawan dibentangkan.

Pada Belanjawan 2023, yakni tahun lepas, menaik taraf fasiliti Sekolah Agama Rakyat diberi peruntukan sebanyak 1.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf fasiliti. Ini memana, memanfaatkan 21 buah Sekolah Agama Rakyat yang memerlukan penyelenggaraan. Namun,

peruntukan bagi tahun yang sama dikurangkan hanya 760,000.00 bawah maksud P63 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, pengubahsuaian serta pembaikan asrama dan Sekolah Agama Rakyat, dan 360,000.00 penyelenggaran Sekolah Agama Rakyat di bawah Teras 8 Belanjawan 2024. Ini kelihatan tidak selari dengan realiti di mana Sekolah Agama Rakyat. Realitinya lebih daif berbanding dengan sekolah swasta atau sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya jugak tertanya-tanya tentang ketiadaan elaun Guru KAFA dalam Belanjawan 2024, tika mana ia diperuntukkan sebanyak 1.3 juta dalam Belanjawan 2023. Mohon perkara ini menjdapat perhatian Yang Amat Berhormat ya, Yang Amat Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang mengendalikan ya, kono tengok benda ni.

Dato’ Yang Dipertua, bidang fokus utama ialah Key Result Area. Saya tertarik dengan petikan ayat, surah Yusof ayat yang ke-47 dalam ucapan berkenaan membawa panduan kepada aplikasi bagi mewujudkan 3 Bidang Fokus Utama (Key Result Area) seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Cuma saya ingin mengupas sedikit berkenaan dengan KRA ya, Key Result Area kedua yang disebut perlindungan dan pengagihan kekayaan. Yang Amat Berhormat menyebut belanjawan yang dibentangkan ini adalah untuk membiayai keperluan operasi dan tanggungan kerajaan. Pengagihan kaya, kekayaan akan dibuat secara berhemah dan inklusif supaya tidak ada satu pun kumpulan yang tercicir.

Dalam sistem demokrasi, jentera operasi yang bekerja untuk rakyat tidak hanya merujuk kepada pihak kerajaan yang mempunyai kuasa bagi memandu hala tuju kerajaan. Institusi pembangkang juga merupakan sebahagian daripada jentera operasi di kawasan masing-masing dan juga bertindak sebagai agen semak dan imbang yang sentiasa bersama meluruskan perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk kebaikan 1.2 juta rakyat di Negeri Sembilan. Justeru, saya ingin mengingatkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang saya hormati, semua ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan yang ada dalam Dewan yang mulia ini, kami 5 ADUN pembangkang juga adalah sebahagian daripada jentera operasi yang juga bekerja untuk rakyat. Di dalam DUN yang diamanahkan kepada kami, rakyat juga bervariasi status sosial dan ekonominya seperti rakyat di dalam DUN ahli Yang Berhormat yang lain. Sebahagiannya memerlukan sentuhan limpah daripada belanjawan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bentangkan bagi memastikan tidak ada satu pun kumpulan yang tercicir. Dalam memenuhi tanggungjawab besar sebagai ADUN rasmi, serta agen semak dan imbang kepada pentadbiran negeri yang kita

cintai ini, ADUN pembangkang juga memerlukan kos yang perlu ditanggung seperti Pusat Khidmat DUN, petugas yang turun ke lapangan untuk menjiwai jerih payah rakyat, Pegawai Penyelidik yang meneliti permasalahan mengumpul maklumat dan mencari jalan penyelesaian dan lain-lain lagi. Jika Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai jiwa yang besar, benar-benar bersifat inklusif supaya tidak ada satu pun kumpulan yang tercicir, saling menghormati dan bersifat insan, sewajarnya peruntukan ADUN pembangkang tidak dilupakan. Dalam banyak ruang, kedua ADUN kerajaan dan ADUN pembangkang want to complete but not to compete. Bukan untuk bersaing, tetapi untuk saling melengkapkan. Oleh itu, dalam soal hak dan tanggungjawab kepada rakyat, kedua-duanya perlu dilayan sama adil oleh pentadbiran negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar pimpin hari ini.

Yang akhir sekali ialah tentang solidariti kepada rakyat Palestin. Setelah kita sama-sama dalam Dewan yang mulia, unsur, usul tergempar sesi lepas mengutuk rejim Zionis dan memberi bantuan kepada penduduk Palestin. Saya ingin mengambil sedikit masa untuk membawa empati kita kepada rakyat Palestin seketika. Perang Palestin – Israel sebenar, sebenarnya bukanlah episod perang, tetapi ialah episod genocide atau pembasmian kaum yang disengajakan dan diwujudkan sebagai alasan untuk menghalalkannya. Semua lapisan masyarakat boleh berperanan dalam kempen terbuka ini. Yang mampu boleh hadir dalam perhimpunan aman, lantas berkongsi rasa. Yang berduit boleh menyumbang kewangan sebanyak yang Ikhlas. Tidak hanya kita yang dewasa, penolakan total kepada genocide gila ini juga perlu difaham, difahami oleh anak-anak kita. Kerana itu saya menyambut baik lampu hijau oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengadakan minggu solidariti Palestin di sekolah-sekolah. Tetapi sedihnya usaha ini sedikit tercalit cemar oleh kata-kata Nista pemimpin masyarakat yang barang kali sedikit berbeza interpretasi dalam pelaksanaannya.

Dato’ Yang Dipertua, salah satu, saya cukup terguris dan terkilan bila-bila, bila mana ADUN, ADUN Chennah ya, Menteri sekarang ini, mengaitkan senjata mainan dalam program berkenaan ya. Dikaitkan dengan ekstremis. Kenyataan rasmi dalam FB pada 28 Oktober. Bagi saya, senjata mainan hanyalah tools atau alat dalam memberi gambaran yang lebih jelas kepada anak-anak kita tentang peristiwa yang berlaku di Palestin. Apa saja acara, sama ada ucapan, lakonan, pantomim, tayangan video, deklarasi sajak dan lain-lain adalah pelajaran kepada anak-anak untuk menggambarkan kekejaman zionis dan perjuangan menegakkan kebenaran oleh rakyat Palestin.

Daya dan kemampuan belajar anak-anak berbeza mengikut individu. Untuk meme, memahami proses ini, ahli dalam pendidikan secara umumnya membahagikan kaedah pem, pembelajaran kepada 3 visual,

3. Iaitu yang pertamanyalah visual – belajar melalui penglihatan. Auditori – belajar melalui pendengaran. Kinestetik – belajar melalui pergerakan, sentuhan dan pengalaman. Justeru, senjata mainan ada peranan di situ dalam memahamkan pelajar dalam memahami dan merasai nasib rakan sebaya mereka yang merupakan lebih 40% daripada jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh zionis. Nasihat saya, janganlah kita terlalu obses kepada perkara yang tidak perlu atau dibuat-buat seperti peribahasa: air diminum terasa duri, nasik dimakan terasa sekam. Jangan berpura-pura atau membesar-besarkan isu kecil sehingga menjadi hangat di peringkat nasional. Ibarat peribahasa: air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. Semoga naratif yang digambarkan mengajar anak-anak secara visual ini berjuang untuk kebenaran mempertahankan tanah air mereka.

Sebelum menutup ucapan perbahasan saya, saya ingin menekankan pembentangan belanjawan dan perbahasannya bukanlah ritual tahunan untuk melihat perbezaan dan garis mula merebut laba tetapi ialah medan untuk menyusun kesepaduan dari pelbagai pihak berbeza untuk menyusun langkah mula bersama. Sedikit pantun yang saya tujukan kepada Dato’ Yang Dipertua:

Ibu negeri Bandar Seremban, Warganya manis berbilang bangsa, Belanjawan mampan bersifat insan, Rakyat terbela negeri terpelihara.

Akhir kesempatan ini, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah pelihara Negeri Sembilan yang kita cintai, mengurniakan petunjuk, hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita untuk sentiasa berlaku adil kepada kita semoga, mogah, moga, moga-moga Negeri Sembilan menepati baldatun toyyibatun warrobun ghofur. Kepada pihak yang menjayakan bajet 2020, saya ucapkan ucapan tahniah ya, mudah-mudahan keberkatan kepada semua. Dengan ini Paroi menyokong dan dibuat sedikit penambahbaikan untuk Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang telah dibentangkan pada 1 September 2023. Wabillahitaufik assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Chembong.

Bismillahhirrahmanirrahim. Saya mulakan perbahasan pada petang ini, Dato’ Yang Dipertua, dengan menyebut nama Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga dan sahabat handai Baginda. Terima kasih Dato’ Dipertua, bagi saya ruang jugak untuk turut serta membahaskan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri Sembilan bagi tahun 2024.

Dato’ Yang Dipertua, saya tahu daripada pengamatan saya Dato’ Speaker sukakan pantun. Bila saya tengok terutamanya Kepayang berpantun, Dato’ Dipertua, dia punya fokus tu lain macam Dato’ Yang Dipertua ya, sehinggakan terlepas, kadang-kadang Kepayang mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, namun saya petang ni nak berkongsi ataupun belanja Dato’ Speaker, sesuai dengan konteks belanjawan kita pada petang ini, iaitu perbidalan ataupun pepatah orang tua-tua Dato’ Dipertua; “kalau ada padi semuanya jadi, kalau ada beras semuanya deras”, Dato’ Speaker. Pepatah ini menterjemahkan betapa peri pentingnya keadaan kewangan ataupun kedudukan perbelanjaan kita Dato’ Speaker.

Sehubungan dengan itu, saya nak rakamkan ucapan tahniah kepada khususnya Yang Amat Berhormat Sikamat di atas pembentangan belanjawan negeri kita untuk tahun depan, dan secara amnya tahniah kepada semua pegawai, ketua jabatan, kakitangan kerajaan, Dato’ Speaker, kerana kejayaan ini, pembentangan, sebuah negeri yang kecil tetapi berjaya membentangkan belanjawan untuk tahun depan melebihi 500.0 juta. Bagi saya dah cukup baik, sebuah negeri yang kecil dan pendapatan pun begitu, 520.0 juta. Dan belanjanya adalah 555.

Dato’ Speaker, watak utama, peranan, kejayaan ini bagi saya adalah semua pegawai dan kakitangan kerajaan, Dato’ Speaker. Tapi kurang gembira sedikitlah apabila dalam sidang yang lepas, saya mencadangkan agar bonus, elaun ni diberikan 2 bulan Dato’ Speaker. Tapi nampaknya dapat sebulan setengah saja, dan kepada semua kakitangan kerajaan, abang mintak maaf sebab, sebab abang dah cuba payung tapi Kerajaan Negeri payungnya tak besar Dato’ Speaker ya.

Dato’ Speaker, sekali lagi belanjawan ini dibentangkan belanjawan yang defisit. Namun, saya faham, kita perlu faham di atas keperluan dan keutamaan ya, Dato’ Speaker, dan saya jugak perlu merakamkan ucapan tahniah di atas usaha Kerajaan Negeri untuk meneroka bidang potensi baru untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik supaya sekurang-kurangnya tahun depan dan tahun mendatang kita dapat membentangkan, kalau pun bukan belanjawan yang surplus, tetapi sekurang-kurangnya belanjawan yang berimbang Dato’ Speaker.

Bercakap tentang potensi pendapatan meneroki, menerokai bidang pendapatan yang baru, terutamanya apabila yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tentang menerokai bidang galian yang berpotensi tinggi, bahan mineral, silica dan jugak nadir bumi, Dato’ Speaker, sukacita saya untuk kita sama-sama boleh pastikan sebelum ianya dilakukan, agar pihak kerajaan memberikan perhatian yang sangat serius tentang perkara ini terutamanya apabila ianya dilakukan kelak sekiranya Dato’ Speaker, aspek-aspek, faktor-faktor keselamatan, faktor-faktor supaya ianya dilakukan dengan terbaik mungkin kerana kita bukan hanya untuk mengutamakan dari segi aspek pendapatan, namun apa yang lebih penting adalah ianya supaya dapat dielakkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada rakyat jelata, sama ada dalam jangka masa pendek, sederhana panjang ataupun jangka masa panjang, Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, saya nak ambil kesempatan untuk sedikit memberikan pandangan tentang apa yang telah dibentangkan melalui 9 Teras iaitu Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang mana 9 Teras ini merangkumi lebih daripada 200.0 juta, Dato’ Speaker. Pertamanya saya nak kaitkan tentang Teras pertama iaitu mungkin berkenaan dengan kawasan hal-hal yang berlaku di kawasan kita terutamanya kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker. Teras 1 tentang ekonomi, pelaburan dan infrastruktur, Dato’ Speaker, 10.06 juta diperuntukkan. Dan bercakap tentang infra ini, Dato’ Speaker, secara ringkasnya saya mohon untuk Kerajaan Negeri melihat keperluan lampu jalan. Ada 2 Dato’ Speaker, iaitu lampu jalan di kam, ke Kampung Orang Asli Ulu Chuai sepanjang 1.2 kilometer yang gelap gelita Dato’ Speaker. Orang Asli nak keluar pergi bekerja seawal 5:00 pagi, 6:00 pagi, yang balik kerja kilang Dato’ Speaker, pukul 11:00 – 12:00 malam, me, me, me, merentasi kawasan yang sangat gelap, Dato’ Speaker. Binatang-binatang lalu lintas, Dato’ Speaker. Satu lagi adalah di kawasan apa yang dinamakan Jalan Paya Tengkuluk antara Kampung Rendah ke Kampung Air Hitam, Dato’ Speaker, yang menuju kepada Kawasan Perindustrian Chembong, Dato’ Speaker. Kawasan yang sangat gelap.

Seterusnya Dato’ Speaker, tentang jalan jugak dan mungkin ini tidak berkaitan dengan kewangan peringkat negeri, tetapi sukacita saya nak mengambil kesempatan tentang peruntukan apa yang dinamakan peruntukan MARRIS, Dato’ Speaker. Kita faham, MARRIS ini adalah peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, namun, saya pernah cakap dalam se bidang DUN ni Dato’ Speaker, agar peruntukan MARRIS ini diberikan khusus dan secara totalnya kepada agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan projek-projek ni Dato’ Speaker. Sama ada JKR, Majlis Daerah, Pejabat Daerah, JPS dan

sebagainya tanpa memberikan ataupun mengarahkan pelaksanaannya dilakukan oleh pihak GLC, Dato’ Speaker. Sebab, GLC ini ataupun syarikat-syarikat, syarikat swasta ini, mereka berasaskan untung dan rugi, mereka mengutamakan keuntungan. Dan secara rekodnya Dato’ Speaker, saya nak menyatakan di sini mutu kerja yang dilakukan oleh pihak GLC ini sangat rendah berbanding sekiranya ianya dilakukan, dipantau terus oleh agensi-agensi kerajaan dan kontraktor kecilnya dilantik terus oleh pihak agensi kerajaan, Dato’ Speaker.

Teras 2 tentang pendidikan dan modal insan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas skim apa yang dinamakan Bantuan Anak Sekolah dan jugak Biasiswa Anak Negeri. Tempoh hari saya bagi pihak Kerajaan Negeri menyampaikan kepada 51 orang untuk Bantuan Anak Sekolah dan 70 orang Biasiswa Anak Negeri di, kepada pelajar-pelajar di kawasan saya, Dato’ Speaker. Namun dalam konteks ini saya nak ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri supaya sekiranya dapat mempertimbangan untuk melonggarkan syarat-syarat kelayakan bantuan dan biasiswa ini, Dato’ Speaker, kerana kalau dari segi zahirnya, 50 orang dan 70 orang, saya rasa terlalu sedikit dan lebih ramai lagi sebenarnya yang memerlukan bantuan ini Dato’ Speaker. Dan kalau boleh syarat-syarat kelayakan ini dapat dilonggarkan sedikit Dato’ Speaker.

Teras 3, Dato’ Speaker, projek-projek ataupun kesejahteraan rakyat, saya mohon untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk melihat kemudahan sukan di padang awam Rembau, Dato’ Speaker, dan jugak untuk membina sebuah gelanggang bola tampar di Taman Pedas Indah.

Dato’ Speaker, saya dipanggil untuk berbahas di antara yang terakhir, Dato’ Speaker, semuanya kawan-kawan dah cakap, Dato’ Speaker. Namun saya nak gulung jelah, saya sokong semua usul-usul yang dibahaskan oleh rakan-rakan ahli Yang Berhormat, tapi daripada kerajaan sahajalah dulu ya. Contohnya Dato’ Speaker, daripada Johol saya sokong. Daripada tak salah saya, Lenggeng menyatakan untuk menaikkan elaun Pengerusi dan Setiausaha JPKK. Saya sokong apa yang dikatakan oleh Kota dan jugak Gemencheh tentang, saya dah sebut dulu Dato’ Speaker, supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan dana pengurusan kepada persatuan-persatuan belia di bawah Majlis Belia Negeri, Dato’ Speaker ya. Ini adalah untuk menggalakkan belia untuk terus berpersatuan Dato’ Speaker.

Speaker, Teras 5, Tanah Dan Perumahan. Saya nak nyatakan di sini Dato’ Speaker, untuk makluman terutamanya pihak Jabatan Pendidikan dan agensi-agensi yang berkenaan, Dato’ Speaker, di Pekan Rembau

benar-benar di persimpangan masuk Pekan Rembau, di traffic light tu Dato’ Speaker, ada sebuah, adapun sekeping tanah yang nombor lotnya Dato’ Speaker, nombor 776 di bawah Warta Kerajaan Negeri nombor 1424, yang disiarkan pada 4 Julai 1965, dan di bawah kawalan Nazir Sekolah Negeri Sembilan seluas lebih kurang 8,000 lebih meter persegi, Dato’ Speaker, tanah lapang, kosong, dan ianya bersebelahan dengan Sekolah Menengah Agama Rembau, Dato’ Speaker. Untuk makluman Dewan ini, Dato’ Speaker, Sekolah Menengah Agama Rembau tidak ada padang. Saya mencadangkan dalam Dewan ini, agar tanah tersebut diberikan kebenaran ataupun milik kepada sekolah tersebut, biar agar pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Rembau dapat menjalankan aktiviti riadah dan jugak kokurikulum, Dato’ Speaker.

Dan saya sukacita untuk merekodkan, saya tidak menyokong sebarang pembangunan di kawasan tanah lapang tersebut, Dato’ Speaker, sebab lebih afdal kawasan lapang tersebut digunakan sebagai padang ataupun tempat riadah Sekolah Menengah Agama. Kalau nak buat sebarang pembangunan, buat di kawasan lain Dato’ Speaker, sebab pembangunan boleh berada di tempat lain, tetapi padang, kawasan tersebut hanya untuk, saya cadangkan untuk Sekolah Menengah Agama.

Dato’ Speaker, tentang Teras 5 jugak, saya mohon kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah rasanya, untuk melihat keadaan longkang dan saluran pembentungan kumbahan di rumah-rumah rakyat, Dato’ Speaker. Di Rembau ada 2 – 3 perumahan rakyat yang sudah lama Dato’ Speaker, daripada tahun 70an, 80an dulu Dato’ Speaker, Rumah Rakyat Bunga Raya Pekan Rembau, Rumah Rakyat Pedas, Rumah Rakyat Chembong, Dato’ Speaker, keadaan longkang di belakang rumahnya sangat-sangat tidak kondusif, Dato’ Speaker. Saya melihat keperluan untuk sedikit daripada peruntukan belanjawan ini, digunakan untuk tujuan tersebut.

Seterusnya Dato’ Speaker, pelancongan, Teras, dalam Teras 7. Dalam sidang lepas sekali lagi saya dah sebut, Dato’ Speaker, untuk kita memberikan tumpuan tentang aspek pelancongan. Di Dewan Undangan Negeri Chembong ada kawasan Pedas ke Kundur yang sangat berpontesi untuk dijadikan hab pelancongan yang berasaskan masakan Melayu tradisional, Dato’ Speaker, ya, mintak tolong. Dan kalau boleh dalam peruntukan tersebut, saya mintak untuk diadakan aktiviti karnival makanan Melayu tradisional dan sebagainya di kawasan tersebut, Dato’ Speaker, dan Dato’ Speaker, dengar kan? Haa, okey.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Mana boleh tak dengar, semua dengarlah.

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, tak apa, Dato’ Speaker, sebelum tu lah, sebelum Teras 8, saya nak sebut ni, biar Dato’ Speaker lebih fokus. Dato’ Speaker, saya jugak nak memberikan ucapan tahniah dan terima kasih, ni apa, Skim Sejahtera Rakyat, Dato’ Speaker, banyak ni. Bayi dan kanak-kanak dapat 100.00 ringgit seorang, kelahiran baru anak-anak Negeri Sembilan, tahniah 100.00 ringgit. Bersalin je dapat 100.00. Tapi ini Dato’ Speaker dah tak layak, Dato’ Speaker.

Begitu jugak dengan, apa lagi, nak kahwin, Dato’ Speaker, kali pertama dapat ya, Dato’ Speaker pun dah tak layak Dato’ Speaker. Jadi, saya cadangkan di atas keprihatinan saya, rasa kasih sayang saya terhadap Dato’ Speaker, saya cadangkan supaya elaun Speaker ni dinaikkan Dato’ Speaker ya, ya. Dato’ Speaker, sebab dengan itu saya bersetuju dengan cadangan daripada Seremban Jaya tadi, Speaker ya, naikkan, betul kan? Okey.

Dato’ Speaker, seterusnya kepada 8, Dato’ Speaker, Teras 8 – Agama, Adat Budaya Masyarakat Orang Asli. Haa ini Dato’ Speaker, nak maklumkan kat kawasan saya ada 2 perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Orang Asli Ulu Chembong dan Kampung Orang Asli Ulu Chuai, Dato’ Speaker, 2 ya, dua Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, Kampung Orang Asli Ulu Chembong ada JPKKOA dia. Tetapi Ulu Chuai tak ada JPKKOA dia. Jadi, saya nak ucapkan terima kasih Kerajaan jugak memberikan dana peruntukan kepada Orang Asli ni, betul. Tetapi yang tak ada JPKKOA ini, jadi saya harapkan Dato’ Speaker, termasuk jugaklah Kampung-Kampung Orang Asli yang tidak ditubuhkan JPKKOA ini Dato’ Speaker. Sebab Orang Asli dia, kita kena, apa, nak panggil apa, perhatian lebih dan adil. Kang kampung sebelah dapat, kampung ni tak dapat Dato’ Speaker, dan dengan ini saya mohon kampung-kampung ini jugak diberikan peruntukan dana geran yang sama Dato’ Speaker.

Tentang Kampung Orang Asli jugak, saya mohon untuk diberikan perhatian Dato’ Speaker. Saya bawak perkara ini dalam Mesyuarat Tindakan di peringkat daerah ataupun apa yang dipanggilkan Mesyuarat Focus Group, Mesyuarat Pembasmian Kemiskinan tentang saranan saya untuk diberikan peruntukan baik pulih rumah Orang Asli, Dato’ Speaker. Namun jawapan dalam mesyuarat mengatakan jabatan ataupun Kampung orang asal, Orang Asli ni tidak tertakluk baik pulihnya di bawah Mesyuarat Focus Group tersebut. Jadi, Dato’ Speaker, di bawah Teras 8 ini, saya mohon apalah kiranya terdapat 10 buah kampung, rumah Orang Asli di Ulu Chuai dan 6 buah rumah di Kampung Ulu Chembong, Dato’ Speaker, untuk diberikan perhatian membaik pulih rumah-rumah yang, yang uzur ini, Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, saya maklum secara lazimnya Dato’ Speaker mengadakan apa yang dinamakan mesyuarah Mesyuarat Pre Council sebelum setiap kali sidang Dewan, Dato’ Speaker. Satu perkara yang baik untuk membincangkan siapa nak jawab soalan mana, siapa yang nak bangun “saya bangun untuk mencadang”, siapa yang dicadangkan untuk bangun “saya bangun untuk menyo, menyokong”, Dato’ Speaker, satu perkara yang baik. Dan di, dibincangkan jugak siapa nak baca doa. Besok rasanya Chembong akan baca doa Dato’ Speaker, ya. Namun, apa yang lebih penting saya nak nyatakan ni Dato’ Speaker, Pre Council-nya baik, tetapi apa yang lebih pentingnya Dato’ Speaker, adalah apa panggil tu, selepas kita bersidang ini, mungkin dipanggilkan post council. Apa yang perkara yang dibincangkan di Dewan ini, diberikan perhatian sebaik mungkin Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, sidang lepas, ada beberapa perkara yang saya bangkitkan tetapi rasanya belum lagi diberikan perhatian yang boleh dikatakan positif.

Dato’ Speaker, saya bangkitkan sekali lagi Dato’ Speaker, kebakaran yang berlaku di asrama Sekolah Menengah Agama Haji Hassan Sail, Dato’ Speaker, berlaku pada bulan 7, Julai 2022. Kini dah nak masuk 2024, Dato’ Speaker. Dulu dikatakan dah nak buat tapi semalam saya semak dengan Pejabat Daerah belum lagi bermula Dato’ Speaker. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri mengambil perhatian yang seberat-beratnya Dato’ Speaker, ya.

Dato’ Speaker, begitu jugak saya bangkitkan tentang hal perkara masalah tabika KEMAS di Mampong, Dato’ Speaker, sidang lepas. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Kanan, Dato’ Speaker ya, tapi saya rasa janggal sikitlah nak sebut Exco Kanan ni Dato’ Speaker. Kalau ada pun besok, Timbalan Speaker, dia tak dipanggil Speaker kanan. Betul? Dia panggil Timbalan Speaker. Begitu jugaklah Exco Kanan ni dicadangkan dipanggil Timbalan Menteri Besar. Tepuklah tangan kalau setuju. Dato’ Speaker, itu secara analoginyalah.

Dato’ Speaker, terima kasih kepada Exco Kanan yang sedikit memberikan pencerahan tentang tabika-tabika KEMAS ni Dato’ Speaker. Banyak terdapat tabika KEMAS di semua kawasan yang menumpang, istilahnya menumpanglah, menggunakan balai raya – balai raya, Dato’ Speaker, sebagai Tabika KEMAS. Di Mampong pun sama Dato’ Speaker, itu hari. Tetapi apabila balai raya tersebut mengalami kerosakan dan perlu dibaik pulih, tabika itu ditutup dan dipindahkan, disekalikan, dicampur dengan, kan, tabika yang di kampung di sebelah. Apabila kita mohon peruntukan daripada pihak KEMAS, KEMAS cakap tak boleh sebab balai raya itu kepunyaan Kerajaan Negeri. Jadi Dato’ Speaker, ini antara kerajaan dengan kerajaan, tetapi yang, yang tidak selesanya adalah masyarakat Dato’

Speaker. Saya mohon Dato’ Speaker, keluarkanlah sedikit peruntukan untuk membaik pulih balai raya tersebut. Kalau itu pun menjadi alasannya, tukarkan hak milik tanah tersebut kepada pihak KEMAS, Dato’ Speaker. Sementelah pulak di Kampung Mampong telah ada balai raya yang lain. Balai raya yang itu bagilah kepada pihak KEMAS, Dato’ Speaker. Apa yang penting bagi saya, tabika KEMAS tersebut boleh dibuka semula untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Speaker, seterusnya saya nak sebut jugak tentang sekolah ataupun Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja Rembau, Dato’ Speaker. Kolej yang sangat baik, beroperasi dengan baik, pencapaian yang baik, Dato’ Speaker. Namun, ada sedikit masalah tentang keperluan pelajar-pelajar lelaki untuk mencari rumah sewa Dato’ Speaker. Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja tersebut, asramanya hanya dikhususkan untuk pelajar perempuan, Dato’ Speaker. Apalah kiranya kita dapat membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi, kementerian dan sebagainya untuk memohon di, dibina asrama lelaki bagi sekolah ataupun Kolej Dato’ Lela Maharaja Rembau, Dato’ Speaker.

Dan akhir sekali Dato’ Speaker, saya nak sebut, nak mintak perhatian daripada Kerajaan Negeri, minggu lepas, 2 minggu lepas, kita banyak pergi ke sekolah-sekolah terutamanya untuk merasmikan sukan, kejohanan sukan dan sebagainya, Dato’ Speaker. Tapi, banyak sekolah ataupun ada beberapa sekolah yang menyatakan kekurangan guru, Dato’ Speaker. Yang terakhir itu hari, saya pergi ke Sekolah SK Chembong. Yang pihak sekolah menyatakan ada kekurangan 2 orang guru, Dato’ Speaker. Dan saya rasa bolehlah kalau untuk Dewan ini menjelaskan keadaan sekiranya berapakah sebenarnya kekurangan guru ini sekiranya ada, Dato’ Speaker. Dan diberikan perhatian yang sebaiknya.

Dato’ Speaker, itu saja yang saya nak sampaikan, Dato’ Speaker. Kalau yang lain-lain Dato’ Speaker, saya nak bagikan ucapan tahniah, terima kasih khusus kepada Bahagian, Unit Dewan, Dato’ Speaker, kerana dapat menguruskan perjalanan sidang Dewan kita dengan baik. Dekat bawah ada refreshment, semalam makan pun baik Dato’ Speaker. Namun ada, mintak yang saya mencadangkan, ada cadangan untuk saya mencadangkan kepada Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, kita punya ahli-ahli pemandu ahli-ahli Yang Berhormat, Dato’ Speaker, semalam kita makan dia duduk kat tangga. Apalah kiranya pelawa dia sekali Dato’ Speaker. Ni bukan soal duit, Dato’ Speaker. Mereka cakap, alangkah bangganya mereka kalau sesekali dapat makan dengan Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, betul kan. Kalau pun tidak, kalau pun tidak semeja, sekurang-kurangnya sama bilik, Dato’ Speaker. Jadi saya menyampaikan hajat mereka.

Yang Dipertua Dewan

Ya, saya tak tahu pun dia orang tak dijemput.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak tahu. Kita mula besoklah boleh, insyaaAllah.

Besok, saya boleh umumkan bagi pihak mereka, Dato’ Speaker, saya menjemput bagi pihak Dato’ Speaker, semua pemandu-pemandu ahli-ahli Yang Berhormat untuk makan bersama kita Dato’ Speaker, besok hari. Terima kasih di atas kebenaran Dato’ Speaker.

Satu lagi yang terakhir Dato’ Speaker, saya ucapkan terima kasih. Saya tengok gambar saya Dato’ Speaker, handsome, bukan soal tu. Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, ini adalah hasil kerja yang baik daripada pengamal media Dato’ Speaker. Saya dimaklumkan, Dato’ Speaker nak cakap ke?

Yang Dipertua Dewan

Tak, tak apa.

Okey. Dato’ Speaker, saya dimaklumkan terdapat lebih kurang 60 orang yang ahli berdaftar di Persatuan Pengamal Media Negeri Sembilan, Dato’ Speaker. Kita bercakap tentang belanjawan, kita bercakap tentang bonus, mereka yang ambil gambar Dato’ Speaker, dengar je Dato’ Speaker. Apalah kiranya saya mencadangkan jugak, Dato’ Speaker, mereka-mereka ini yang buat kerja kuat untuk mewar-warkan kejayaan apa usaha baiknya Negeri Sembilan ini kepada pihak luar jugak dipertimbangkan sedikit untuk mereka, Dato’ Speaker.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

One off-lah, one off.

Yang Dipertua Dewan

Jadi, mengenai gambar ni kan, saya rasa bukan Chembong je nampak handsome, Paroi pun saya nampak handsome tu kalau melalui kamera ni. Semualah kan.

Dato’ Speaker, Dato’ Speaker, saya nak buat rekod dalam Dewan ini, bahawasanya Yang Berhormat ADUN Paroi sekarang ini pernah bertanding di Chembong dulu Dato’ Speaker ya. Lawan saya Dato’ Speaker ya. Itu saja saya nak beritahu. Tapi Dato’ Speaker, dan saya benar setuju dengan Dato’ Speaker, bahawasanya Yang Berhormat ADUN Paroi dalam Dewan ini adalah nombor 2 handsome, Dato’ Speaker. Terima kasih banyak …..

Yang Dipertua Dewan

Nombor 1, nombor 1 Chembong ke Yang Dipertua?

…. Kerajaan Negeri ya, tahniah, tahniah kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Itu goes without says. Terima kasih Dato’ Speaker, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Sokong ke tidak? Menyokong? Menyokong?

Saya sokong Dato’ Speaker. 2 kali sokong kalau Kerajaan Negeri mempertimbangkan apa yang saya sarankan tadi Dato’ Speaker …..

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih.

….. terima kasih banyak.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Okey terima kasih Yang Berhormat Chembong. Jadi, sebentar lagi saya akan tangguh Dewan ini, jadi kita akan sambung balik sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan usul ini pada hari Rabu, esok, 6 haribulan Disember 2023 bersamaan dengan 22 jumaat, Jamadil Awal 1445 Hijrah. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 5.10 petang]