Negeri Sembilan · 6 December 2023
15th Assembly, 1st session, 3rd meeting (Budget) · 177 turns · 34,741 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Chembong.
[YB ADUN Chembong telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiyaa iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke hari keempat; 6 Disember 2023 sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Palong, masih tidak dapat hadir pada hari ini hinggalah 8 Disember kerana tidak sihat. Saya turut menerima Sijil Cuti Sakit daripada beliau. Manakala Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada hari ini kerana perlu menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri. Yang Berhormat ADUN Chennah juga tidak sempat hadir pada hari ini kerana menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri.
Hadirin sekalian, saya telah menerima undangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, keterjaman, Keterjaminan Makanan
Dan Kos Sara Hidup yang menjemput Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Sembilan ke Program Promosi Jom Makan Buah-Buahan Tempatan pada hari ini; 6 Disember 2023, selepas selesai sidang, sidang Dewan Undangan Negeri, sesi pagi. 1:30 petang ni. Betul Yang Berhormat? Di tempat di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri.
Seterusnya bagi, sebagaimana dimaklumkan agenda persidangan kita pada hari ini telah selesai sesi soalan lisan selama satu jam 30 minit, maka kita akan menyambung sesi perbahasan belanjawan, belanjawan. Seterusnya barisan Exco dan Yang Amat Berhormat Menteri akan memulakan ucapan penggulungan. Setelah itu pihak kerajaan akan membentangkan satu Rang Undang-Undang.
Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).
Saya menjemput Yang Berhormat Gemas.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya bertanyakan soalan 1.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang Dipertua, saya bangun bagi menjawab soalan lisan daripada ADUN Gemas berkaitan dengan Ladang Rakyat di Gemas. Untuk makluman Dewan yang mulia, Gemas ni antara kawasan DUN yang menjadi hab bekalan makanan kita, food security. Kita ada Ladang Satelit, kita ada NFC, kita ada Ladang Rakyat, kita ada sawah padi, malah kita nak tambah lagi 20 hektar bagi kawasan tambahan penanaman padi.
Oleh itu, saya, urusan Ladang Rakyat ini adalah merupakan progam pembangunan kawasan zon kekal pengeluaran makanan yang dilaksanakan bagi tujuan pengeluar, pengeluaran bahan makanan secara berterusan di tanah-tanah milik kerajaan.
Status pelak, pelaksanaan Ladang Rakyat Gemas kini telah memasuki fasa akhir untuk melengkapkan kemudahan infrastruktur asas ladang seperti penyediaan kawasan tanaman, pembinaan jalan ladang dan utamanya sistem pengairan ladang termasuk kolam takungan dan pam air.
Berhubung dengan perancangan Kerajaan Negeri seterusnya adalah dengan memulakan aktiviti penanaman yang akan dilaksanakan oleh pengusaha yang dilantik menerusi proses temuduga. Ketika ini, kita masih di peringkat penilaian Jawatankuasa dan adalah diharapkan pelaksanaan tanamannya akan bermula seawal Januari 2024.
Berhubung dengan sumbangan projek ini kepada rakyat tentunya khusus untuk penduduk Gemas, semestinya dengan adanya pengeluaran hasil ini akan menyediakan bahan makanan terutamanya sayuran kepada penduduk sekitar. Selain itu, dicadangkan juga serta diselaraskan kepada mana-mana agen pemasaran yang berminat bekerjasama bagi mewujudkan ekosistem dan rantaian pengeluaran hasil kepada penduduk sekitar yang berminat dan rundingan akan melibatkan pengusaha yang boleh diatur bersama agensi FAMA. InsyaaAllah jika perkara dapat dilaksanakan dengan baik, ianya akan tentunya akan memberi peluang ekonomi dan juga sumber pendapatan kepada yang berminat. Terima kasih Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Okey. Untuk makluman Datuk Exco, kita ada satu ladang yang baru dibuka sebanyak 40 ekar. Yang dimaklumkan 15 ekar telah ditemuduga untuk seorang kontraktor, satu syarikat untuk menanam jagung. Cuma kita sayang, ada 25 ekar ni belum diisi, bukan kerana kontraktor tidak berminat, ada permasalahan banjir. Banjir. Ada tak cadangan, soalan saya, bagaimana kerajaan nak membantu kontrak, pemohon untuk memastikan kawasan itu, dari segi kerajaan kita mendapat hasil daripada cukai, daripada sewaan ladang, cuma untuk kita membantu kontrak, penyewa jugak untuk mereka dapat hasil yang maksimum. Sebab kalau, kawasan ini berada di kuala Sungai Gemas. Kita bukan nak menghukum Datuk Exco, cuma kita sayang, kawasan ini ada 25 ekar yang telah ditebus guna, kawasan cantik, cuma ada risiko banjir. Terima kasih Datuk Exco.
Dato’ Yang Dipertua, tentunya apabila sesuatu kawasan yang diperuntukkan bagi kawasan penanaman ataupun
pertanian, apatah lagi bagi kawasan setiap kawasan untuk membuat sebarang pembangunan, tentunya kesemua keseluruhan kawasan itu tidak boleh kita manafaatkan 100%. Saya nak bagi contoh di Gemas ya, tanah LSN, kita ada 1,500 hektar, tetapi kesemua tanah itu berba, ber, berlainan landskap dari segi yang kita kata contour tanah. Ada yang berbukit, ada yang tidak sesuai untuk penanaman, tidak sesuai untuk diteroka. Ada jugak kawasan yang disebut oleh ADUN Gemas yang menjadi tempat ataupun banjir, kawasan yang dilan, selalu kerap dilanda banjir. Kita tidak mahu mengambil risiko apabila kita mengambil ataupun kita mintak supaya mana-mana pengusaha masuk ke kawasan yang kita dah kenal pasti sebagai kawasan banjir dan peng, pengusaha ini akan tentunya akan mengalami kerugian apabila mengusahakan tanah ini. Jadi, kerana itu tempat itu kita rizabkan ataupun kita simpan sebagai tempat yang tidak boleh diusahakan. Tetapi untuk jangka masa panjang, pihak kerajaan terutamanya melalui portfolio Jabatan Pertanian, akan lihat bagaimanakah pendekatan dan alternatif yang boleh kita ambil untuk kita perbaiki dan jugak kita jadikan kawasan tu sebagai kawasan yang tidak lagi menjadi kawasan banjir, melalui kolaborasi jabatan dengan JPS termasuk dengan pihak-pihak yang berkaitan. Kalau ini dapat kita lakukan, insyaaAllah kawasan berkenaan akan kita buka kepada pengusaha-pengusaha yang berminat. Terima kasih.
Saya menjemput, oh Klawang tak ada ya. Klawang dia lewat sikit hari ini kerana ada kematian. Saya jemput Serting.
Assalamualaikum selamat sejahtera. Tuan Yang Dipertua, buah biaweh buah batu, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Tak ada. Oh, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Serting yang bertanya tentang status kelebihan Guru-Guru KAFA ya, di Negeri Sembilan. Kerajaan sedar tentang permasalahan yang dihadapi oleh Guru KAFA terutamanya masalah perjawatan dan juga gaji. Oleh itu, kerajaan melalui JAKIM sedang berusaha utk menaik taraf perjawatan guru KAFA ke jawatan tetap.
Pada masa yang sama, seramai 35,000 orang Guru KAFA yang dilantik oleh agensi pelaksana di negeri dengan syarat kelulusan minima adalah Sijil Pelajaran Malaysia tanpa ada kelayakan ikhtisas perguruan. Walau bagaimanapun latihan Kemahiran keguruan, keguruan dan jugak pembelajaran diberikan kepada Guru KAFA melalui kerjasama antara JAKIM, JHEAINS dan juga Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Realitinya norma kerja Guru KAFA semakin berat walaupun jumlah purata PdP adalah 3 jam sehari selama 3 atau 5 hari bekerja seminggu, namun tugas sebenar Guru KAFA adalah melebihi waktu tersebut bagi melaksanakan tugas-tugas di luar kelas termasuk persediaan PdP, urusan pentadbiran KAFA di sekolah dan jugak sebagainya.
Oleh itu, pihak kerajaan dimaklumkan JAKIM akan meneruskan kajian terperinci terhadap keperluan jawatan tetap kepada guru KAFA melalui dengan program libat urus bersama agensi pelaksana KAFA di setiap negeri.
Kerajaan sedang melihat banyak aspek terutamanya kelulusan pihak-pihak berwajib diperolehi terlebih dahulu seperti kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam urusan pemberian gaji yang sudah pastinya akan meningkatkan lagi pertambahan peruntukan tahunan kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam urusan pelantikan perjawatan.
Usaha penyerapan Guru KAFA ke jawatan tetap juga perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: yang pertama: guru mestilah memenuhi semua syarat kelayakan yang ditetap, yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa yang Melantik. Yang kedua: waktu bekerja Guru KAFA yang melayakkan perjawatan dan serta bayaran gaji tetap. Dan yang ketiga: guru-guru yang memenuhi syarat kelayakan akan diberi latihan bagi memenuhi kelayakan ikhtisas keguruan. Pelaksanaan latihan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia ataupun IPGM.
Mengenai insentif, antara insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah penambahan elaun 50.00 ringgit bagi setiap lantikan Guru KAFA bermula tahun 2019 melalui Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan termasuk Elaun Tanggungjawab Guru Besar Sekolah Kebangsaan sebanyak RM100.00 ringgit. Selain itu, bermula Julai 2023, MAINS bersetuju menambah elaun sebanyak 100.00 ringgit lagi bagi Guru KAFA Tulen di Negeri Sembilan melalui peruntukan disalurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Selain itu, Guru KAFA Tulen di Negeri Sembilan turut diberikan sumbangan Bantuan Khas Kewangan sebanyak 500.00 ringgit sempena Hari Raya setiap tahun bermula tahun 2010 yang lalu.
Kerajaan Persekutuan juga telah menaikkan jumlah elaun Guru KAFA dengan jumlah RM100.00 ringgit bermula Januari 2023 melalui Belanjawan Malaysia Madani 2023. Kerajaan Persekutuan turut mengambil kira kebajikan Guru-guru KAFA di mana guru-guru diberikan sumbangan khas setiap tahun iaitu 600.00 ringgit bagi tahun
2023 berbanding 500.00 ringgit pada tahun 2022. Begitu juga, seperti yang telah diumumkan melalui Belanjawan Malaysia Madani 2024, Guru-guru KAFA bakal menerima RM700.00 ringgit melalui peruntukan yang akan disalurkan oleh pihak JAKIM.
Semua insentif dan kenaikan elaun ini menjadikan keseluruhan Elaun Guru KAFA Tulen Negeri Sembilan sebanyak [ringgit]1,420.05 sen dengan tempoh mengajar hanya 36 jam sebulan termasuk caruman KWSP dan jugak SOCSO tidak termasuk Bantuan Khas Kewangan yang diterima oleh Guru KAFA setiap tahun. Itu saja, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Saya menjemput Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Saya mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih Dato’.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada ADUN Seremban Jaya berkaitan dengan bantuan peralatan nelayan. Saya tak tahu, Seremban Jaya ada nelayan eh? Seremban Jaya ada nelayan, tak apa, saya jawab juga Dato’ Yang Dipertua kerana ADUN Seremban Jaya ni dia memperjuangkan para nelayan yang berada di seluruh Negeri Sembilan. Ini satu contoh ADUN daripada Kerajaan Perpaduan yang baiklah. Tahniah ya, Seremban Jaya.
Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa prihatin tentang kebajikan rakyat terutamanya para nelayan di perairan Daerah Port Dickson. Port Dickson, Seremban Jaya ya. Buat pertama kalinya bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan peruntukan khas kepada nelayan berdaftar dan berlesen di bawah Jabatan perikatan, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dengan jumlah 500,000.00 ringgit melalui Bantuan Insentif gerak, Galakan Nelayan ataupun INGEN. Peruntukan ini diselaraskan oleh Jabatan perikatan Negeri Sembilan, Jabatan Perikanan, mintak maaf, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Sembilan.
Bantuan ini bagi meringankan beban yang ditanggung oleh para nelayan dengan kenaikan kos sara hidup, alat ganti dan perkakasan menangkap ikan. Bantuan ini berbentuk peralatan atau sebarang bentuk bantuan yang bersesuaian kepada nelayan yang tergolong dalam golongan kurang kemampuan bagi meringankan beban mereka. Dengan bantuan ini, hasil tangkapan dapat ditingkatkan dan secara tidak langsung boleh menjana dan menambah pendapatan nelayan.
Kriteria nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan ialah nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan, Perikanan Negeri Sembilan dan mempunyai kad pendaftaran nelayan; dan kedua: keutamaan kepada pemohon yang berdaftar sebagai ahli persatuan nelayan kawasan Negeri Sembilan.
Jenis dan kadar bantuan yang diberikan kepada nelayan ialah peralatan menangkap ikan dengan kadar maksimum 5,000.00 setiap nelayan; bot ataupun sampan dengan kadar maksimum 15,000.00/seorang; dan enjin dengan kadar maksimum 10,000.00/seorang yang mana kesemua, setiap kategori yang telah diberi bantuan berjumlah sebanyak 424,570.00 ringgit. Terima kasih Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Saya pun terima kasih kepada Exco Kanan dalam Dewan ada rekod, ada puji. Saya ribu terima kasih, okey. Okey, soalan tambahan. Berapakah jumlah nelayan yang telah mendapat manfaat atau kira kita boleh nampak FAMA, pertanian-pertanian, kira itu barang orang yang tanam, pertanian dia orang hantar FAMA. Adakah macam itu kita boleh lantik FAMA atau satu agensi yang baik? Pasal nelayan memang dia orang tangkap ikan, bukan taruh dedak, itu sendiri. Kita tara apa-apa untuk nelayan itu kita tadi Exco Kanan apa yang beritahu, kita ada masalah bot repair atau dia punya motor, macam-macamlah. Tapi saya tanya, soalan, bolehkah, pasal mereka bila sudah tangkap ikan, dia orang jual kepada agen. Agen sudah hantar kedai, dia punya harga sudah different. Sebab itu serupa FAMA ada satu, boleh lantik ka satu, satu agensi bila tu, dalam Negeri Sembilan, mereka tangkap ikan, itu agensi sudah beli, dia orang kasi edarkan harga yang patut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, nelayan ini ataupun hasil tangkapan nelayan ni, ikan, udang dan sotong dan sebagainya, adalah di bawah kawalan Lembaga Ikan Negeri ya, ataupun Malaysia. Cumanya yang saya faham, soalan daripada Seremban Jaya ialah ada tak agensi kerajaan seperti FAMA untuk menjalankan peranan sebagai agensi pemasaran bagi menjamin harga bekalan ataupun tangkapan ini.
Untuk makluman Dewan, di, contoh di Port Dickson-lah, saya mintak maaf kepada Yang Amat Berhormat Sikamat sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, tangkapan hasil ni pun tak cukup untuk local. Hasil tak cukup kerana permintaan kepada hasil nelayan ini terlalu besar. Kerana itu untuk makluman Dewan yang mulia ini, apabila hasil tangkapan ini naik saja daripada laut, maka dia sudah ada pembeli. Jadi, untuk pemasaran bab hasil nelayan ini tidak ada masalah, mafi mushkila, kata orang Islam.
Tetapi walau bagaimanapun, Jabatan Perikanan akan sentiasa memantau supaya orang tengah ini tidak menjadi satu agensi yang boleh menekan dan menaikkan harga hasil tangkapan ini yang akhirnya akan menyusahkan pihak pengguna. Ini akan dijalankan oleh pihak kerajaan melalui Lembaga Perikanan. Terima kasih Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Labu.
Assalamualaikum WBT. Saya bangun untuk bertanya soalan nombor 2.
Terima kasih. Yang Berhormat Labu, tajuk pengeluaran bahan batuan, batu, pasir, tanah dan berkaitan. Dato’ Yang Dipertua, semua pemegang permit bahan batuan merangkumi pasir sungai, pasir daratan, kuari, pasir laut dan tanah merah adalah tertakluk kepada semua peraturan yang telah ditetapkan. Selain daripada pematuhan kepada syarat-syarat berkaitan tanah, pemegang permit bahan batuan juga perlu mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan oleh agensi ter, teknikal.
Sehubungan itu, pemantauan sentiasa dijalankan oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG) Negeri Sembilan bersama-sama Pejabat Daerah Dan Tanah di seluruh Negeri Sembilan serta agensi-agensi teknikal yang berkaitan. Sebarang ketidakpatuhan kepada syarat kelulusan permit akan menyebabkan pemegang permit boleh dikenakan tindakan lucut hak deposit keseluruhan, penggantungan permit ataupun pembatalan permit mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) bertanggungjawab mengeluarkan ulasan teknikal bagi Permohonan Pengeluaran Bahan Batuan yakni batu, pasir dan tanah, berdasarkan Garis Panduan Ulasan Guna Tanah (JMG.GP.04). Antara syarat oleh JMG ialah:
Pertama: pengusaha hendaklah memaklumkan kepada pihak JMG dan juga PTG sekiranya menjumpai sumber mineral yang lain selain bahan batuan yang dipohon.
Kedua: bagi mengambil, pengambilan pasir sungai, pengusaha disyaratkan tidak boleh mengambil pasir di liku-liku sungai dan juga tebing. Walaupun bagai, walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada garis panduan daripada pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) yang berkaitan.
Dan yang terakhir, manakala untuk pasir daratan dan juga tanah, pengusaha tidak boleh mengambil sumber melebihi datum ataupun datum kawasan yang dipohon.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya mohon Sikamat minta semak kembali pengeluaran pasir daratan tanah yang tidak berpermit. Di, di kawasan ban, Parlimen Seremban ada 2 ke 3 tempat mengeluarkan pasir tidak berpermit. Jadi Sikamat, pasal mereka tidak memerlukan masa yang lama, hanya perlukan masa dalam lebih kurang 4 ke 5 bulan untuk mengaut keuntungan dan mereka berpindah. Sekarang ni pun saya rasa di kawasan, di kawasan DUN Nilai ada dua, dua kawasan. Yang sudah berlaku di, di kawasan Nilai jugak, Nilai Spring, pengeluaran tanah hampir 2 tahun tidak berpermit. Sebab masa tu saya pun ada beli tanah, dan mereka maklumkan tak ada permit. Bila Pejabat Tanah datang, mereka dah maklum dan mereka stop-kan sementara. Jadi itu menga, mengakibatkan pendapatan kepada negeri terjejas. Berlaku. Dan banyak negeri, banyak kawasan berlaku di Negeri Sembilan, saya dihubungi oleh sahabat-sahabat Perikatan Nasional untuk datang, untuk datang melihat. Jadi saya mintak pandangan, pandangan serius masalah ini.
Yang kedua, masalah lori yang keluar tidak mengikut waktu iaitu biaso waktu yang dibenarkan 8:00 sehingga pukul 5:00 petang. Jadi sekarang ini lori-lori di kawasan Nilai dan jugak Labu, Nilai ada satu kawasan dan Labu di kuari, keluar sebelum pukul 7:00. Jadi aduan di sekolah Labu Hilir ban, kerap berlaku. Di waktu sekolah dalam pukul 7:00, 6:45 lori dah, dah keluar, jadi membahayakan. Dan yang terbaru di Nilai Square, pukul 7:00 pagi lori tanah dah keluar. Jadi saya, saya agak heranlah kenapa pemantauan tidak dilakukan oleh agensi yang berkaitan. Terima kasih.
Okey, terima kasih atas soalan tersebut. Dan kita sedia maklum bahawa memang tidak kita nafikan terdapat kecurian-kecurian yang berlaku di kawasan kita. Dan saya mohon kepada semua, bukan sahaja kepada Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing tetapi juga kepada masyarakat untuk sampaikan ya, sampaikan maklumat-maklumat yang mereka perolehi kepada kami terus untuk kita ambil tindakan segera. Di mana itu adalah merupakan satu kesalahan dan kita boleh ambil tindakan dengan menyita kenderaan-kenderaan tersebut jika mereka didapati bersalah.
Dan yang kedua mengenai waktu. Sekarang waktu dia 8:00 ke, 8:00 ke 6:00 ya. Jadi kalau sebelum itu juga, itu merupakan satu kesalahan. Dan
saya harap bahawa boleh diambil gambar, boleh maklum kepada kita supaya kita boleh ambil tindakan segera untuk tindakan tersebut.
Dan yang terbaru, Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk permit baru tahun 2024, mereka hanya boleh mengeluarkan mulai jam 8:30 mal, pagi sehingga 6:30 petang. Mereka tak boleh lagi keluar pukul 8:00 pagi, 8:30 pagi bagi mengelakkan masalah jalan raya di sekitar Nilai dan kawasan-kawasan seperti Seremban. Jadi ini yang kita telah minta supaya penguatkuasaan itu bermula daripada 8:30 pagi sehingga 6:30 petang. Jadi bagi, juga bagi mengelakkan berlaku kesesakan jalan raya di kawasan-kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Kuala Klawang, Klawang.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ADUN Klawang atas soalan berkenaan dengan ekopelancongan di Jelebu. Saya ingin buat se, sedikit apa tu, teguranlah. Bukan, cadangan, bukan teguran. ADUN Klawang mengatakan bahawa ekopelancongan di Daerah Jelebu itu dianggap suram. Saya rasa perkataan yang lebih sesuai adalah malap kerana pasca pandemik [YB ADUN Klawang mencelah secara off mic] diterima, terima kasih. Pasca pandemik saya rasa di seluruh dunia, produk-produk pelancongan di seluruh dunia adalah amat dikesan oleh pandemik. Dan saya rasa pemulihan memerlukan masa. Kita ada satu, merangka satu strategi pemulihan serampang 2 mata.
Yang pertamanya adalah kita mesti memastikan produk-produk, umpamanya di Jeram Toi, Taman Negeri Kenaboi dan juga Gua Pelangi, ia adalah bersedia untuk menerima pelancong. Kita sedia maklum, selepas banjir yang begitu teruk, Jeram Toi sebenarnya sudah tidak wujud lagi. Cuma sekarang adalah satu proses pemulihan di mana Fasa Pertama sudah berjaya dijalankan, hampir siap. Manakala bagi Fasa 2, untuk perancangan tahun 2024, juga telahpun dimohon sebanyak 3.0 juta. Selain itu, Jabatan Mineral Dan Geosains juga sedang memasang tolok hujan dan siren amaran untuk mitigasi risiko tanah runtuh dan kepala air di Jeram Toi ini.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah membantu menambah baik perkara ini dengan mempergiatkan aktiviti promosi kawasan ekopelancongan hutan melalui pameran pelancongan di dalam dan di luar Negeri
Sembilan. Pada tahun ini, Jabatan Perhutanan telah menyertai 7 pameran pelancongan dan khususnya 2 kali pameran pelancongan di Daerah Jelebu dalam menyebar maklumat mengenai kawasan ekopelancongan hutan di kawasan Taman Negeri Kenaboi.
Pihak Jabatan PERHILITAN sedang membangunkan, ini menarik ya, Pusat Konservasi Tapir yang dijangka beroperasi pada tahun 2026 dan dapat dikunjungi oleh pelawat.
Bagi Gua Pelangi pula, ia merupakan salah satu tapak cadangan geopark dan telah dijalankan kajian awal kesesuaian oleh PLANMalaysia. Lokasi ini dilihat sangat berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu produk pelancongan di Negeri Sembilan. Selain itu, pihak JMG juga dalam proses untuk menyerah beberapa infrastruktur yang telah dibangunkan sebelum ini di Gua Pelangi kepada Jabatan Perhutanan untuk diselia urus selanjutnya.
Pada masa yang sama, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan atau LPNS, sentiasa mempromosikan produk ekopelancongan di seluruh Negeri Sembilan termasuk Taman Negeri Kenaboi melalui platform media sosial rasmi LPNS dan medium promosi FAM Trip. Ianya selaras dengan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025 di bawah Bab 7: Mengoptimumkan Potensi Pelancongan, Potensi Pelancongan telah menetapkan strategi penumpuan produk pelancongan 60:30:10 nisbahnya, iaitu pelancongan pantai (60%); ekopelancongan (30%); pelancongan adat dan warisan (10%). Antara usaha lain adalah untuk menggiatkan pemasaran pakej ekopelancongan yang telah disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan di Taman Negeri Kenaboi. Terda, terdapat juga pakej yang disediakan oleh operator di Gua Pelangi yang menerokai, mendaki, aktiviti perkhemahan, menyelusuri jeram dan melawat Kampung Orang Asli berhampiran. Sekian, terima kasih.
Terima kasih di atas jawapan. Dato’ Yang Dipertua, ekopelancongan ni biasanya berkaitan dengan aktiviti hiking, dengan izin, nak cari bahaso kebangsaannya tak jumpo. Nak pakai kembara pun tak kono, jadi ‘hiking’ lah ya. Saya difahamkan untuk aktiviti hiking ini, dengan izin, sekarang ini sudah, jabatan yang bertanggungjawab telah mensyaratkan supaya ianya diadakan, digunakan khidmat malim gunung ya. Aduan saya terima di mana ahli, malim gunung yang di luar negeri boleh memberikan khidmat di Negeri Sembilan ini. Saya kira perlunya ada sedikit apa nama ni, penjelasan supaya malim, diutamakan atau malim gunung disyaratkan malim, untuk aktiviti apa nama ni, hiking ini di, di, di tempat di, di Negeri Sembilan disyaratkan malim gunung itu diambil daripada malim gunung yang berdaftar di
Negeri Sembilan. Kalau tidak tu, miss jugaklah apa nama ni, malim gunung – malim gunung tempatan kita. Sebab apabila malim gunung di luar, di luar Negeri Sembilan diguna, boleh digunakan untuk men, menjadi malim gunung di aktiviti tempat-tempat di Negeri Sembilan.
Terima kasih ADUN Klawang atas cadangan. Dan saya rasa masalah sekarang adalah tiada satu senarai malim-malim gunung. Dan saya rasa ini adalah peranan LPNS bersama-sama dengan Jabatan Perhutanan untuk menyediakan satu senarai malim-malim gunung dan juga ini selaras dengan inisiatif traning of trainers yang baru, yang terkandung dalam belanjawan ini, yang bakal diluluskan, selam, sebanyak 500,000.00 untuk kita memperkasakan pemandu pelancongan setempat ataupun komuniti termasuk malim-malim gunung. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Lukut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut nak mengemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan pening, penginapan komersial di kawasan perumahan teres. Aktiviti penginapan komersial di kawasan perumahan tertakluk kepada Kebenaran Merancang (KM) Tempoh Terhad di bawah kategori Perubahan Material Penggunaan Bangunan.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan dalam tindakan untuk membangunkan satu garis panduan pengoperasian penginapan komersial jangka pendek (AirBNB ataupun Homestay) di seluruh kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan termasuk kawasan perumahan teres. Garis panduan ini bertujuan untuk memberi panduan praktikal dan juga nasihat berkaitan pengoperasian penginapan komersial jangka pendek kepada PBT ketika mereka mengurus, mengawal selia kawalan dan juga menangani pengoperasian penginapan komersial jangka pendek yang dijalankan di sesuatu kawasan, di sesuatu kawasan terutamanya di kawasan-kawasan perumahan.
Walau bagaimanapun, tidak, tidak punca kuasa pada Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171 yang membolehkan untuk melesenkan pengoperasian penginapan komersial jangka pendek ini. Penyediaan UUK Tred sebagai punca kuasa untuk pelaksanaan pelesenan sedang dibuat pindaan bagi membolehkan pelesenan dan penguatkuasaan dibuat ke atas peng, penginapan komersial ini. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri yang telah menyediakan garis panduan untuk permohonan apa, aset ataupun kawasan perumahan rumah dia sebagai AirBNB ataupun homestay ataupun rumah penginapan komersial di kawasan perumahan. Kita banyak terima aduan daripada penduduk-penduduk di kawasan perumahan di mana selepas apa, pengunjung ataupun pelawat homestay ini dah tinggal satu malam, wujud banyak sampah ataupun di kawasan tersebut. Dia, sampah mungkin dalam kawasan perumahan, tong sampah tu mungkin dia boleh cukup untuk menampung 2 – 3 hari sebelum SWM me, datang untuk kutip. Tapi bila ada datang pengunjung yang tinggal dekat satu malam, boleh sampah dia jadi 2 tong, 3 tong dekat sana. Dan pada masa tu, gembiralah itu kucing ke, anjing ke, burung gagak ada, makanan sudah ada sebab sisa-sisa makanan, mereka semua buang dalam tong sampah tu. So ini akan menjadi apa, kacau bilau ataupun gangguan kepada penduduk sekitar.
So saya harap Kerajaan Negeri ambil perhatian ber, apa, berkenaan dengan aduan ini dan saya harap dapat dipercepatkan garis panduan, panduan ini boleh dikeluarkan dan saya harap, saya tak tahu maksud KMTT tu berapa lama untuk dimohon oleh apa, tuan punya rumah untuk memohon KMTT ini. So saya tadi, YB ada jawab tadi, pemohon dia kena mohon KMTT untuk jadikan dia punya aset sebagai kawasan komersial penginapan, tapi saya rasa dia memerlukan masa yang panjang untuk memohon sesuatu KMTT itu. So adakah kaedah ini akan diperincikan ataupun di, dikaji untuk mem, permudahkan permohonan dia. Sekian, terima kasih.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Lukut. Memang betul, tidak dinafikan selepas homestay ataupun AirBNB ini ber, selepas digunakan, memang ada sampah yang banyak yang menyebabkan pelbagai isu. Isu sampah dan juga isu gang, pencemaran bau dan pelbagai isu lagilah. Sebab itu, dengan pelaksanaan pindaan itu, dalam penyediaan UUK Tred ini sebagai punca kuasa, saya yakin isu-isu seperti ini juga dapat dimasukkan sebagai salah satu syarat untuk memastikan isu ini tidak akan berulang pada masa akan datang. Dan tempoh masa itu, nanti kita akan perincikan dalam buat, semasa buat pindaan tersebutlah. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Paroi.
Assalamualaikum WBT. Soalan nombor 1 daripada Paroi.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi mengambil tanggungjawab untuk menjawab bagi pihak Yang
Berhormat ADUN Palong. Soalan daripada ADUN Paroi yang berkaitan dengan Tabung Belia Harapan yang kita panggil sebagai TABAH ya.
Untuk makluman, melalui laporan kewangan perbelanjaan yang diterima daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, peruntukan di bawah Tabung Belia Harapan ataupun TABAH ini telah pun dibelanjakan sebanyak 1.2 juta untuk 182 program di seluruh Negeri Sembilan. Saya sudah, akan minta supaya Yang Berhormat Palong untuk memperincikan secara bertulis kepada Yang Berhormat program yang dilaksanakan di, untuk 182 program ini.
Untuk makluman semua Ahli Dewan Undangan Negeri, Tabung Belia Harapan (TABAH) tidak akan diteruskan lagi pada tahun hadapan 2024. Namun, pelbagai insentif telah pun dirangka bagi meneruskan agenda pembangunan belia di Negeri Sembilan. Kali ini, pihak Kerajaan Negeri melalui Portfolio Pembangunan Belia Dan Sukan merancang untuk mengiktiraf sepenuhnya fungsi agensi-agensi yang bernaung di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi memperkasakan agenda pembangunan belia.
Melalui pembentangan kertas cadangan Belanjawan Negeri Sembilan 2024, Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah mencadangkan beberapa inisiatif ke arah memperkasa agenda pembangunan belia di Negeri Sembilan. Antara inisiatifnya pembangunan dan pengiktirafan kepada pertubuhan belia, pembudayaan sukan di kalangan masyarakat Negeri Sembilan, serta mengupaya kepimpinan, keusahawanan dan sahsiah belia madani. Dana inisiatif ini dicadangkan diletak di bawah tabung pembangunan belia agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.
Dana ini dicadangkan untuk diletakkan di bawah agensi pentadbiran Negeri Sembilan supaya sentuhan secara terus dapat dise, disalurkan daripada pihak Kerajaan Negeri Sembilan kepada masyarakat dan belia di negeri ini. Sentuhan secara terus ini amat penting bagi memberi, bagi memberi dan membina imej yang baik kepada pihak Kerajaan Negeri sekaligus memberi gambaran bahawa Kerajaan Negeri sentiasa bersama dan sering, dan seiring dalam pembentukan dan pembangunan belia di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Sedikit soalan tambahan. Mengikut peruntukan tambahan ni, dia dah keluarkan 4.6 juta bermula 2019. Dan saya lihat
pada tahun lepas, peruntukan 1.5 juta. Tapi tahun ni, dalam Teras Ke-4 ya, untuk program anak-anak muda ni, Program Pemerkasaan Belia, peruntukan hanya 500,000.00 aje. Saya rasa mintak tolong kita beri peruntukan yang lebih kepada belia ni, mudah-mudahan kita, kepada NGO, mudahan memberi kebaikan kepada belia kita. Terlampau kecil sangat. Pada tahun lepas 1.5. Tahun ni hanya 500,000.00 saja Program Pemerkasaan Belia dalam kita punya bajet ya, tahun ini.
Dato’ Dipertua, sememangnya kita tahu bahawa pengupayaan kepada kepimpinan belia, apatah lagi belia dalam penyediaan mereka sebagai successor ataupun pelapis kepada kepimpinan untuk Negeri Sembilan terutamanya. Kerana itu, saya sebut tadi, dalam pengagihan bantuan dan dana kepada belia ini akan distrukturkan semula bagi memastikan pengagihan dan penyaluran dana ini akan disalurkan kepada program-program dan entiti yang boleh memberikan kesan semaksima mungkin kepada kepimpinan dan jugak pengupayaan persatuan dan jugak kepentingan belia itu sendiri di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan kamera litar tertutup (CCTV). Maklumat terperinci berkaitan dengan PIhak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan sejak tahun 2020 sehingga 31 Oktober 2023. Di MBS ada 71 unit; di MPPD ada 20 unit; di Majlis Daerah Tampin ada 44 unit; di Majlis Daerah Kuala Pilah ada 3 unit. Jumlahnya adalah 138 unit. Dan jumlah peruntukan penyelenggaraan CCTV ini pada tahun 2023 yang telah diperuntukkan oleh Majlis, semua Majlis itu adalah sebanyak 1.0 juta ringgit.
Perancangan masa hadapan PBT bagi memastikan kawasan penduduk sentiasa dipantau dan selamat adalah dengan memastikan pemasangan CCTV berdasarkan lokasi yang strategik dan juga mengikut kadar statistik jenayah yang tinggi berpandukan laporan serta saranan dari pihak PDRM. Selain itu, pemasangan untuk pemantauan aktiviti pembuangan sampah haram juga telah dilaksanakan di beberapa tempat. Majlis Daerah Tampin juga merancang bagi memasang CCTV di persimpangan jalan-jalan utama di Bandar Tampin, Gemencheh dan Gemas bermula tahun 2025 secara berperingkat mengikut kemampuan dan juga kelulusan peruntukan, mengikut setiap tahun. Terima kasih.
Terima kasih Nilai, Exco. Nampak ni kamera litar tertutup ni amat penting di zaman sekarang. Baru baca ni, maklumat dari Johor Bharu, dia ada 3 bandar raya penuh dengan CCTV. So adalah kerajaan PBT atau khasnya di MBS atau merancang supaya Bandaraya Seremban di-cover dengan CCTV. Macam Exco cakaplah, keselamatan, kebersihan, jadilah satu bandar yang bawah pemantauan CCTV. Terima kasih.
Memang betul, di beberapa bandar raya, CCTV ni menjadi tumpuan kerana dari segi untuk kita mencari jalan untuk kita menyelesaikan ataupun mengelakkan isu jenayah, isu kesesakan di beberapa persimpangan dan juga pelbagai isu kita dapat selesaikan melalui, pengawasan melalui CCTV ini. Tetapi sudah tentu ini adalah mengikut kemampuan kita di setiap PBT. Di MBS, setakat ini kita ada lebih kurang dalam 74 CCTV, 71. Dan di Majlis Daerah Tampin kita ada 44 unit. Dan memang kita harapkan kawasan-kawasan tumpuan itu adalah dapat dipasang dengan CCTV ini agar beberapa isu dapat diselesaikan. Tetapi kita akan cuba dan saya pun berbincang dengan Majlis Bandaraya Seremban untuk kita menambahkan lagi setiap tahun secara berperingkat untuk memastikan semua kawasan kita, yang menjadi tumpuan itu dapat dipasang dengan CCTV dan dapat memantau. Yang pemantauan itu adalah lagi penting untuk memastikan sebarang isu tidak akan berulang ataupun kita dapat mengurangkan isu jenayah, isu kesesakan dan juga pelbagai isu lagi pada masa akan datang.
Terima kasih. Kami pun ucapkan terima kasih bahawa Unit Perumahan yang bawah itu Rumah Pangsa Templer 1 memang, dia ada 36, kalau tak salah saya, dia mantau dengan CCTV. Jadi, rumah pangsa di rumah Templer 1 ni jadi bersih, changing dan selamat.
Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum Dato’ Dipertua, soalan saya nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan laluan kereta api Seremban ke Port Dickson. Mengikut daripada RAC iaitu Perbadanan Aset Keretapi, landasan kereta api Seremban ke Port Dickson sepanjang 36 kilometer ini telah digunakan untuk perkhidmatan kargo dan juga ditamatkan, dan ditamatkan pada tahun 2009. Untuk mengaktifkan jajaran ini, satu kajian menyeluruh perlu dilaksanakan merangkumi kesediaan peralatan dan juga aspek teknikal
kereta api, permintaan pengguna, kesediaan operasi dan juga perkara-perkara lain berkaitan.
Sudah tentu setakat ini tidak ada apa-apa perancangan tetapi kita akan cuba untuk membuat kajian secara menyeluruh dan setiap tindakan yang kita buat ni adalah perlu ada suatu hasil yang baik. Sama jugak seperti permintaan pengguna dan juga beberapa perkara lain. Kalau kita perlukan perkhidmatan itu, adalah dapat dimaksima, dapat digunakan semaksimum yang boleh. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, kalau kita melihat bahawa kita boleh menjadikan satu alternatif lain, bukan semestinya menjadikan jalan kereta api itu sebagai jalan kereta api. Mungkin kita boleh melihat membuat satu alternatif lain supaya penggunaan itu dapat dibuat untuk memecahkan tembok jammed yang berlaku di Port Dickson. Alternatif lain untuk mengelakkan kesesakan di Port Dickson. Sebab kita, litar tersebut tu cantik dan jalan menuju ke Port Dickson untuk mengelakkan kesesakan berlaku jammed kita boleh jadikan alternatif lain sama ada train yang biasa ataupun benda lain. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, sepertimana yang tadi saya katakan kita akan lihat, kajian secara menyeluruh, jika memang perlu, kita mungkin boleh mempertimbangkan pembinaan ataupun mengaktifkan semula laluan perkhidmatan kereta api daripada Seremban ke Port Dickson ini. Terima kasih.
Saya mempersilakan Sungai Lui.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Mintak maaf Dato’ Yang Dipertua, saya tak jelas tadi. Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada ADUN Lui yang berkaitan dengan agro makanan. Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucap tahniah kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri terutamanya daripada blok kerajaan dan juga pembangkanglah, kerana begitu mengambil perhatian yang berat kepada sekuriti makanan di Negeri Sembilan ini. Saya harapkan supaya komitmen dan tanggungjawab ini dapat kita laksanakan sepanjang masa bagi menjamin keterjaminan makanan untuk masyarakat di Negeri Sembilan ini dapat kita tambah baik pada setiap tahun, insyaaAllah.
Usaha yang digerakkan bagi meningkatkan sumber bekalan makanan ini dikategorikan kepada 4 komponen utama iaitu menerusi Insentif
Sekuriti Makanan, galakan kepada golongan belia menceburi bidang pertanian dan Pembangunan Tanah Terbiar serta galakan Pengamalan Pertanian Baik yakni myGAP.
Pelaksanaannya yang kita pergiatkan bermula bagi tahun 2021 sehingga terkini telah memberi manafaat kepada 1,074 pengusaha, melibatkan 931 hektar kawasan pembangunan berjumlah 11.248 juta.
Merujuk kepada rekod sumbangan pengeluaran hasil pertanian bagi tahun 2021 dan 2022, sektor pertanian ini telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 230,928 tan dengan nilai 807.14 juta merangkumi kategori tanaman seperti tanaman buahan, sayuran, padi, herba dan tanaman kontang, kontan.
Berhubung dengan cadangan kerajaan dalam mempertingkatkan penanaman padi di negeri ini, kita telah merangka malah permohonannya turut telah diangkat kepada Kerajaan Persekutuan dengan bantuan dan Kerjasama oleh Kementerian Kewangan iaitu dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Sekuriti Makanan Negeri Sembilan dan Lembah Kelang yakni kita kenal sebagai PRISMA pada, untuk 2023 sehingga 2028 telah pun diperkenalkan.
6 pelan tindakan dalam PRISMA yang akan saya serahkan jawapannya secara bertulis kepada ADUN Sungai Lui kerana panjang 6 perkara ini. Dan keenam-enam pelan tindakan ini adalah di bawah Inisitif Pelestarian Sawah Nogori menerusi komponen Peningkatan Pengeluaran Hasil Sawah Sedia Ada. Selain itu, terrdapat juga komponen lain yang dirangka iaitu Pelan Pembukaan Kawasan Baru Tanaman Padi seperti yang telah banyak saya sebut di dalam Dewan yang mulia ini serta cadangan pembinaan Pusat Pengumpulan Padi di Negeri Sembilan yang juga telah saya jelaskan dalam jawapan sebelum. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh pihak kerajaan untuk kita menarik minat golongan-golongan muda untuk melibatkan diri untuk menjadikan pertanian ni sebagai kerjaya ataupun pertanian ni sebagai satu perniagaan?
Dato’ Yang Dipertua, pertanian sebagai perniagaan. Perniagaan yang menguntungkan. Saya sudah kategorikan dan saya juga sudah perincikan tentang bidang-bidang pertanian baru terutamanya dalam peningkatan kajian dalam i-SmarTANI yakni yang boleh mendatangkan pendapatan 4 angka kepada setiap pengusaha dan jugak penternak. Ini adalah satu peluang yang dibuka luas dalam bidang pertanian untuk diceburi dan juga untuk disertai oleh golongan muda.
Kerana kita nak menghilangkan sindrom ataupun yang kita panggil sebagai kebiasaan, typical, dengan izin, menganggap pertanian ini adalah satu bidang kerjaya yang tidak boleh mendatangkan keuntungan apatah lagi kekayaan. Saya yakin, apabila pendekatan dan jugak apa ni, promosi ke arah pendapatan yang lebih baik, yang berkaitan dengan pertanian ini, yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri daripada masa ke semasa akan mendatangkan dan jugak menanam minat yang lebih tebal kepada penyertaan golongan belia.
Malah sekarang ini pun mengikut peratusan, sudah menampakkan peningkatan penglibatan golongan belia dan jugak orang-orang muda ini terhadap aktiviti pertanian di Negeri Sembilan, insyaaAllah. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.
Soalan saya nombor 1.
Juasseh tanya sawah lagi. Saya ingat kalau Negeri Sembilan kalau macam nilah minat dan jugak sensitifnya ADUN terhadap keperluan sawah, beras dan sebagainya, saya ingat dalam sidang Dewan yang akan datang, antara portfolio yang tidak menjawab ialah sayalah. Kalau dah semua dah ada. Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat pulak bagi sokongan dan kelulusan sepenuhnya kepada food security Negeri Sembilan, saya ingat insyaaAllah boleh selesai.
Juasseh tanya tentang perihal tanaman sawah padi yang terbiar. Ini pun untuk makluman Juasseh, saya dah jawab banyak kerana pemulihan tanah terbiar. Tetapi tak apa, Juasseh tanya, saya jawab secara detail untuk rekod dan jugak untuk pengetahuan serta makluman ahli Dewan yang mulia pada pagi ini.
Berhubung dengan rancangan untuk memulihkan bendang-bendang sawah yang telah lama terbiar di kawasan kampung-kampung tradisi, di bawah Jawatankuasa Bertindak Pertanian ini, kita telah merangka malah permohonannya turut telah diangkat ke Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan iaitu dengan memperkenalkan Pelan Pembangunan Sekuriti Makanan Negeri Sembilan dan Lembah Kelang (PRISMA) 2023 – 2028.
PRISMA ini merupakan perancangan dan, dan melaksanakan projek ekonomi di bawah sektor pertanian di bawah Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan Dan Kos Sara Hidup yang berteraskan kepada Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 dan
berlandaskan kepada Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 dan 2024 sebagai instrumen Pelan Tindakan-nya.
Daripada 14 inisiatif di dalam PRISMA, inisiatif pertamanya adalah Pelestarian Sawah Nogori, Yang Berhormat ADUN Juasseh, Pelestarian Sawah Nogori, iaitu program yang memberi fokus kepada pengekalan kawasan tanaman padi sedia ada dan pembangunan kawasan baru padi. Ketika ini kita sedang giat mengenal pasti lokasi pembangunan yang berpotensi dan seterusnya turut dirangkakan penyediaan pakej infrastruktur ladangnya.
Terbaru di Kuala Pilah, di Kuala Pilah ya, kita telah mengenal pasti malah telah memasuki fasa rundingan bagi persetujuan bersama tuan-tuan tanah dan pengusaha bagi cadangan pembangunan kawasan tanaman padi di kawasan yang berikut:
Pertama: Kampung Sawah Liat – 20 hektar, luas berpotensi yang boleh ditanam juga 20 hektar. Sawah ni di dalam DUN Seri Menanti. Dalam DUN Seri Menanti kan? Yang baru umumkan beras Seri Menanti. Beras Seri Menanti. Saya beli, nak beli di Seremban tak ada beras Seri Menanti. Saya mintak ADUN Seri Menanti tambah lagi pengeluaran beras Seri Menanti tu.
Kampung Padang Lebar dan Kampung Gedang. Ini DUN Senanti juga. 52 hektar dan ditanam 35 hektar.
Kampung Pauh dan Kampung Mampas Kecil. Seri Menanti juga. Yang luasnya 50 hektar, 45, yang ditanam 45 hektar.
DUN Juasseh saya nak tengok nanti. Saya tengok mana kawasan yang boleh ditanam, tapi Juasseh asyik banjir je macam mana nak tanam.
Datuk Seri, saya banyak tanah-tanah sawah yang terbiar ni adalah tanah-tanah adat …..
….. Yang Berhormat …..
….. ada jugak.
….. saya tengah jawab ni Yang Berhormat.
Okey.
Nak masuk ni Yang Berhormat, sabar. Tanah adat ni Yang Berhormat, saya akui, masalahnya tanah adat ni dia, dia tanah, dia terbiar kerana masalah pemilikan tanah ini. Dia ramai pemilikan. Bila kita nak baik pulih, ada kekangan daripada pemilikan yang terlalu ramai Yang Berhormat. Ini peranan Yang Berhormat ADUN Juasseh saya mintak supaya dapat mengharmonikan secara blok, secara blok Yang Berhormat ya, jangan lopak ni buat, lopak ni tak buat. Jadi musuh sawah ni nanti akan mengurangkan hasil tuaian. Jadi, Yang Berhormat balik karang, buat, harmonikan semua pemilik tanah lot terbiar tanah adat ni supaya kita boleh laksanakan secara kelompok dan apabila ini sudah siap, bagi bagitau saya, saya akan laksanakan secepat mungkin untuk DUN Juasseh ni, insyaaAllah. Terima kasih.
Terima kasih Datuk Seri. Nanti balik saya pergi tengok.
Saya jemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Temiang yang mengenai tanah perkuburan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebanyak 72 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan iaitu seluas 125.21 hektar. Daripada jumlah tersebut, di Daerah Seremban sebanyak 19 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan iaitu seluas 102.25 hektar.
Di Daerah Kuala Pilah dan Daerah Jelebu masing-masing sebanyak 11 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan iaitu seluas 22.16 hektar di Daerah Kuala Pilah dan 38.15 hektar di Daerah Jelebu. Di Daerah Port Dickson sebanyak 9 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan dengan keluasan 17.94 hektar.
Di Daerah Jempol, Daerah Tampin dan Daerah Rembau masing-masing sebanyak 6 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan iaitu seluas 13.45 hektar di Daerah Jempol, 12.33 hektar di Daerah Tampin dan 10.3 hektar di Daerah Rembau. Di Daerah Kecil Gemas pulak sebanyak 4 tapak perkuburan Cina yang telah diwartakan iaitu seluas 10.88 hektar. Terima kasih.
Ya, Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan. Saya nak tanya adakah tapak-tapak perkuburan baru yang telah dikenal pasti untuk kemajuan pada masa akan datang? Yang kedua adalah saya, kita memang faham tanah perkuburan ini semakin berkurangan dan harganya semakin meningkat. Ini kos pengemian, pengebumian, jadi saya selalu mendapat rungutan daripada orang ramai di mana kenapa
tanah ini terutamanya mereka yang di, di, diuruskan oleh masyarakat, NGO-NGO masyarakat Cina-lah di mana mengenakan kos pengebumian semakin tinggi. Ini orang ramai pun semakin tertekanlah. Jadi adakah sebarang bantuan ataupun sebarang garis panduan tentang harga, ni kos pengebu, pengebumian daripada Kerajaan Negeri supaya tidak membebankan masyarakat-masyarakat Cina ini untuk mereka yang di, diuruskan oleh masyarakat Cina?
Yang kedua adalah berkenaan dengan krimatorium yang berstatus komersial di mana kita faham tanah semakin berkurangan dan adakah ni, per, pembinaan komersial, komito, krimatorium komersial yang bersifat komersial ini diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Temiang atas soalan tambahan. Sebenarnya soalan tambahan Yang Berhormat Temiang agak banyak. Yang pertama, beliau tanya mengenai tapak perkuburan yang baru ataupun tapak, tapak perkuburan bukan Islam yang tengah dirancang. Untuk maklumat Yang Berhormat Temiang, sebenarnya untuk Kerajaan Negeri Sembilan, kita sentiasa, kita sentiasa mengambil berat penyediaan tapak perkuburan untuk semua agama. Dan, bagi ni, tapak perkuburan bukan Islam, Kerajaan Negeri khususnya di Majlis Bandaraya Seremban sebenarnya untuk setiap pembangunan perumahan, kita ada mengutip setiap unit rumah daripada setiap pembangunan itu kita akan mengutip 1,000.00 ringgit untuk diletakkan di satu tabung amanah untuk kita membeli ataupun menyediakan tapak perkuburan. Jikanya ada keperluan. Itu yang pertama.
Yang kedua, Kerajaan Negeri melalui portfolio hal, Hal Ehwal Agama Islam, kita sentiasa meneliti dan sentiasa mendengar pandangan daripada NGO-NGO yang menguruskan tapak perkuburan. Jadi, kalau adanya keperluan, sudah tentunya Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk memberi bantuan ataupun akan bantu dalam, dari segi penyelarasan.
Dan yang kedua mengenai apa yang di, ditanyakan oleh Yang Berhormat Temiang mengenai kos pengurus, pengurusan pengebumian. Kerajaan Negeri juga sedia maklum ini memang salah satu masalah yang sentiasa, yang dihadapi oleh rakyat di mana kalau jika berlaku sebarang kematian, pengurusan pengebumian itu harga dia agak tinggi. Sebab, sebab itu, sebelum ini Kerajaan Negeri kita telah pun menyediakan satu krimatorium di Daerah Port Dickson. Itu sebenarnya adalah salah satu usaha kita untuk nak mengurangkan beban rakyat.
Dan pada masa yang sama, mengenai krimatorium swasta yang bakal atau, krimatorium swasta yang diuruskan oleh pihak NGO ataupun pihak swasta, kalau adanya pihak swasta berhasrat untuk mengusahakan krimatorium ataupun membina krimatorium, sudah tentunya mereka perlu mengemukakan permohonan kepada pihak Kerajaan Negeri kerana saya rasa kita semua sedia maklum, kalau kita nak sediakan tapak krimatorium pun, kita perlu pastikan tapak yang dikenal pasti itu perlulah merupakan salah satu tapak di mana ia boleh diterima oleh orang ramai. Kerana kita juga nak pastikan bahawa ia tidak menyebabkan apa-apa isu sensitif jikalau kita membenarkan krimatorium tersebut dibinakan di tempat yang kurang sesuai. Itu memang sesuatu dasar yang sentiasa dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa kesejahteraan rakyat itu sentiasa terjamin. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Johol.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. YB Johol tanya tentang kantin sekolah ya. Jadi memanglah sekarang ini memang kita menghadapi sedikit masalah dari segi mendapatkan kakitangan berdaftar yang tetap untuk kantin-kantin sekolah di, saya ingat bukan saja Negeri Sembilan, di seluruh negara kot ya. Sebab masalah pekerja kantin ni, yang ada kaitan dengan faktor gaji dan jugak caruman KWSP. Jadi kebanyakan sekolah kita sekolah-sekolah kecil mungkin kakitangannya tak, nak cari kakitangan yang tetap mungkin susah sikit.
Jadi apa pun, ada garis panduan tentang kakitangan kantin ni, Dato’ Dipertua, iaitu kakitangan yang bekerja di kantin ni mestilah berumur 18 atas, ni agak standardlah ya. Dan jugak mesti mengambil suntikan pengendalian makanan serta lain-lain amalan pengendalian makanan yang ditetapkan, yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan jugak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang seterusnya ialah berkenaan mutu kawalan makanan di kantin sekolah. Ada beberapa kaedah ya, dan aktiviti yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan mutu makanan di kantin-kantin sekolah kita ini dalam keadaan yang baik.
Yang pertamanya, ada Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat yang diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM 2011 yang meliputi aspek bangunan, kemudahan kantin sekolah, pengendalian makanan, garis penjualan makanan di kantin
sekolah, kawalan kebersihan dan keselamatan kantin dan jugak pengurusan kantin sekolah itu sendiri.
Yang kedua: kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri – Pemeriksaan Pengredan Kantin oleh bahagian Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri yang dilaksanakan secara 2 pusingan setiap tahun.
Yang ketiga: kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri – Pemeriksaan Kesihatan Persekitaran Sekolah secara 2 pusingan setahun oleh Bahagian Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri. Ini juga dibuat di, dilakukan di kantin-kantin sekolah.
Yang keempat: juga kerjasama bersama Jabatan Kesihatan – Perlaksanaan Program Hidangan Berkhasiat Di Sekolah oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehingga November 2023, sebanyak 4 buah di Negeri Sembilan sudah melaksanakan program dan 6 buah sekolah sedang dalam proses bimbingan perlaksanaan program ini oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
Yang kelima: juga program bersama Jabatan Kesihatan Negeri iaitu Perlaksanaan Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” kepada kantin premis makanan bagi menggalakkan pengusaha mengekalkan premis yang bersih, menyediakan makanan yang selamat dan pilihan makanan yang lebih sihat kepada pelanggan ataupun kepada anak-anak kitalah. Sehingga 8 November 2023 terdapat 29 buah kantin/Dewan Makan Asrama yang telah mendapat pengiktirafan sebagai Premis BeSS ataupun dipanggil tadi “Bersih, Selamat dan Sihat” tadi.
Yang keenam: Pemantauan Kendiri Kantin Sekolah yang dilaksanakan secara harian oleh Pihak penguasa, Pengusaha Kantin dan diverifikasi oleh Guru Penolong Kanan HEM dan guru, Guru Besar ataupun Pengetua secara dwi bulanan.
Dan yang akhir sekali, pemantauan kantin sekolah berdasarkan Instrumen Pemantauan Pengoperasian Kantin Sekolah yang melibatkan 20% jumlah kantin dan dilaksanakan secara 2 kali setahun. Ini dilak, dilaksanakan oleh Pegawai HEM PPD dan juga Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan Program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Program pengasingan sisa pepejal, Program Pengasingan Sisa Di Punca telah bermula sejak 1 September 2015 dan juga penguatkuasaan telah bermula 1 Jun 2016 di 7 negeri yang menerimapakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan juga Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis. Bagi Negeri Sembilan, pelaksanaan melibatkan 7 PBT di Negeri Sembilan. Pengasingan pepejal di punca ini melibatkan pengasingan 3 pecahan iaitu: satu: sisa plastik; kedua: sisa kertas; dan ketiga adalah sisa lain-lain seperti besi, aluminium, kaca dan fabrik.
Setakat ini kita berada dalam Fasa Ketiga iaitu Enforcement iaitu penguatkuasaan. Tindakan kompaun akan dikenakan kepada individu yang gagal melakukan pengasingan sisa. Sekiranya kompaun tersebut tidak diselesaikan dalam tempoh 14 hari, tindakan pendakwaan ke mahkamah akan diambil dan denda maksimum adalah 1,000.00 ringgit boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
Tetapi semakan dalam Fasa 3 ini, dari rumah ke rumah dilakukan oleh anggota penguatkuasaan SWCorp, anggota penguatkuasaan akan mengeluarkan Notis Pemberitahuan Kesalahan terlebih dahulu sebelum dikompaun. Di samping memberi nasihat kepada individu yang tidak melakukan pengasingan. Dan untuk beberapa tahun ini, sejak tahun 2017 sehingga 2023, Oktober 2023, sebanyak 46 Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan di Negeri Sembilan.
Dan kalau kita lihat data kutipan sisa ku, sisa kitar semula di Negeri Sembilan ni adalah menunjukkan peningkatan sejak 2017 sehingga 2022, kita berjaya mengutip sisa di, pepejal di punca ini sebanyak 3.6 juta kilogram untuk, sejak 2017 sehingga tahun 2022. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Jadi, terima kasih kepada Exco Nilai. Jadi, kami pernah selalu terima aduan program pengasingan sisa pepejal yang dilaksanakan masih mendapat sambutan yang kurang memberangsangkan. Apakah perancangan pihak yang terbabit untuk menggalakkan lebih ramai orang untuk menjayakan program seperti ini? Terima kasih.
Memang betul, kalau kita lihat untuk beberapa tahun ni, peningkatan itu adalah bukan sangat besar dalam masyarakat mengambil bahagian dalam program ini. Tetapi sejak beberapa bulan ini, beberapa bulan ni, pihak SWCorp telah pun mengambil satu usaha iaitu kita me, memintak pihak swasta iaitu syarikat-syarikat besar ataupun pihak pemaju untuk membina pusat pandu lalu KITARecycle. Iaitu dengan kerjasama dengan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan membina satu pusat di laluan utama masuk ke kawasan perumahan khususnya kawasan-kawasan yang ada persatuan penduduk, yang ada gated and guarded, yang boleh dikawal. Di mana persatuan penduduk boleh menguruskan pusat tersebut. Di mana satu pusat itu diwujudkan dengan kerjasama daripada pihak swasta. Contohnya di Bandar Enstek, pusat pandu lalu KITARecycle ini dibina oleh Syarikat Coca Cola. Dan 2 minggu lepas saya hadir dalam satu majlis pecah tanah di Iringan Bayu, di Mambau, di mana pemaju itu membina satu, akan membina satu pusat pandu lalu KITARecycle ini di mana penduduk di situ boleh membawa ki, barangan-barangan yang boleh kitar, boleh recycle ini ke tempat tersebut dan akan diuruskan oleh persatuan penduduk melalui kerjasama dengan SWCorp. Dan pulangannya adalah persatuan penduduk itu boleh menerima bayaran ke atas barangan-barangan sisa pepejal ini yang dijual kepada SWCorp.
So saya, saya yakin ini adalah salah satu kaedah yang baik untuk kita membolehkan lebih ramai masyarakat di sesuatu kawasan dan, khususnya di kawasan-kawasan yang ada persatuan penduduk di mana persatuan penduduk boleh memainkan peranan yang penting dalam menjayakan program ini dan kita harap peningkatan ini, itu dapat dicapai dalam masa yang akan datang. Di mana kadar kitar semula di Malaysia ini jugak sejak 2005, kita hanya 5% sahaja. Di 2015 – 15.7%. Di 2020 – 30%. Tapi dia ada, ada menunjukkan trend peningkatan, tetapi saya yakin dengan kaedah-kaedah yang lain, kita dapat lagi meningkatkan peratusan kitar semula di Negeri Sembilan ini. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Sri Tanjung yang bertanyakan soalan berkaitan direktori pementoran usahawan. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri tidak mempunyai panel mentor tapi sentiasa bekerjasama dengan jabatan/agensi yang berkaitan pembangunan usahawan di peringkat
Negeri dan Persekutuan yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan kursus-kursus keusahawanan termasuk untuk golongan muda. Kursus-kursus dan latihan-latihan keusahawanan yang banyak dijalankan melalui SME Corp. Malaysia Negeri Sembilan, MARA, Jabatan Pertanian, Jabatan Belia Dan Sukan, SIRIM, INSKEN, MATRADE dan lain-lain.
Bagi memastikan inisiatif-inisiatif bantuan keusahawanan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan seperti TUNS dan TUNS Plus bebas dari amalan kronisme, terma rujukan Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan TUNS dan TUNS Plus telah menggariskan keahlian mesyuarat seperti berikut:
Pengerusi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan Negeri. Ahli-ahlinya terdiri daripada Pengarah/ Timbalan Pengarah UPEN Negeri Sembilan/wakil; Ketua Eksekutif, PKNNS/wakil; Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Sembilan/wakil; Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Sembilan/wakil; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan/wakil; Pengarah SME Corp. Malaysia, Negeri Sembilan/wakil; Pengarah jabatan, ataupun Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan/wakil; Ketua Penolong Pengarah UPEN, Negeri Sembilan Bahagian Usahawan/wakil; Pegawai dari Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan/wakil; dan wakil daripada jabatan lain yang dirasakan bersesuaian.
Selain itu juga, portal TUNS melalui pautan www.tuns.my boleh mengesan sekiranya terdapat permohonan berulang ataupun permohonan yang berkaitan sekiranya dari satu keluarga atau dari kediamanan yang sama. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Seri Menanti.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya yang pertama.
Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Seri Menanti mengenai Masjid Kampung Talang Tengah yang dibina di taman, tanah persendirian. Pembinaan baru Masjid Qaryah Talang Tengah ditangguhkan ekoran masalah tapak baharu tersebut yang terletak di dalam tanah persendirian. Oleh kerana terdapat isu berkaitan cadangan pemilikan tapak baharu Masjid Kampung Talang Tengah yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan Bil.3/2023 yang turut dihadiri oleh Yang Amat, Yang
Berhormat ADUN Seri Menanti pada tarikh 20 Oktober 2023 tersebut telah bersetuju bahawa peruntukan tersebut dipindahkan kepada Masjid Tanah Melintang dalam DUN Pilah.
Kewajaran projek ini dipindahkan ke Tanah Melintang oleh kerana tapak masjid ini telah diwartakan dan bangunan Masjid Tanah Melintang yang telah berusia 45 tahun dan sering berlaku kerosakan yang ketara.
Soalan keduanya mengapakah terlalu lama untuk proses menyiapkan sebuah masjid, okey. Kelewatan penyiapan sebuah projek masjid di luar bandar, ada beberapa tempat sahaja, kebanyakannya adalah berpunca daripada kesukaran pihak kontraktor dalam mendapatkan bahan binaan dan sumber tenaga kerja selain daripada masalah pengurusan di peringkat kontraktor itu sendiri, ya. Tapi ada banyak lagi yang telah menyiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Cuma ada 2 – 3 projek yang kita lihat masih belum dapat diselesaikan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih, Pengerusi Yang Dipertua, Dato’ Dipertua, terima kasih kepada ADUN Rahang, soalan, soalan peruntukan kesihatan, bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk memastikan bahawa peruntukan kesihatan mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk negeri ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melihat perancangan pembangunan dan penaiktarafan hospital serta klinik kesihatan di seluruh negara termasuk di Negeri Sembilan perlu dilaksanakan dengan bersepadu dan holistik di samping mengambil kira kriteria-kriteria yang komprehensif dan relevan dengan pembangunan semasa.
Antara kriteria yang dipertimbangkan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan sebelum sebarang inisiatif pe, penaiktarafan fasiliti kesihatan dapat di, dilaksanakan ialah:
i) Pertambahan beban kerja dan bilangan penduduk;
ii) Keperluan perluasan perkhidmatan;
iii) Akses kepada perkhidmatan kesihatan terdekat di sekitarnya; dan
iv) Ketersediaan tapak yang sesuai dan peruntuk, peruntukan Kerajaan.
Buat masa ini, KKM sedang melaksanakan satu kajian iaitu Pelan Induk Fasiliti Kesihatan 2023 – 2045, ianya mengandungi perancangan pembangunan yang melibatkan hospital dan klinik kesihatan bagi jangka masa panjang. Justeru, pelaksanaan inisiatif ini diharapkan dapat memberikan landskap baharu dalam pendekatan perancangan fasiliti kesihatan yang menyeluruh dan teratur agar selaras dengan Reformasi Sistem Kesihatan yang bakal dilaksanakan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya persilakan YB Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Kota pembinaan Balai Polis DUN Kota dan Kuarters Polis Astana Raja. Dato’ Yang Dipertua, setakat hari ini, Kerajaan Negeri melalui pihak PDRM mendapati bahawa masih tiada keperluan bagi pembinaan baharu Balai Polis Kota kerana balai tersebut telah dibuat penambahbaikan daripada segi struktur bangunan. Kerajaan Negeri dan pihak PDRM akan meneliti cadangan ini dengan sewajarnya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi Pertanyaan Lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberi jawapan secara bertulis.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023Bill
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagaimana pemakluman saya semalam, hari ini saya persilakan ADUN Serting untuk mengambil bahagian membahaskan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023. Silakan.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dibawa si anak dara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka cara.
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah wassalatuwassala mu’ala rasullillah allahummasoli’ala saidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wabarikwassalim. Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, ahli-ahli Yang Berhormat, semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada Serting untuk berucap membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan bagi tahun 2024. Terlebih dahulu saya ingin mengucap, ingin memohon maaf kepada Dato’ Yang Dipertua dan seluruh ahli-ahli Yang Berhormat kerana ketidakhadiran saya petang semalam kerana kurang sihat, yang sepatutnya pada hari ini Yang Dipertua akan meneruskan agenda seterusnya sekiranya perbahasan selesai semalam. Saya mohon maaf sekali lagi.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik sidang Dewan yang mulia dengan firman Allah SWT seperti yang dirakamkan di dalam ucapan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat semasa membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 baru-baru ini, yang berbunyi [melafazkan bacaan ayat berkenaan]. Surah Saba’ Ayat 15: “(Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”.
Sekiranya kita merujuk kepada kitab-kitab Tafsir, ayat tersebut menceritakan akan kisah negeri Saba’ iaitu pemimpin mereka ketika itu bernama Ratu Balkis yang digambarkan di dalam Al-Quran negerinya yang makmur dengan sumber bumi berupa makanan dan negeri yang kaya akhirnya dimusnahkan oleh Allah SWT atas kekufuran dengan banjir. Arkeologis mengatakan yang dimaksudkan adalah The Lost City of Ubar. Tempat itu walaupun di padang pasir akan tetapi ia subur kerana adanya empangan yang bernama Ma’rib. Air dari empangan ini menga, mengairi tanah yang memberikan kesuburan kepadanya. Akan tetapi penjagaan empangan besar ini sangat susah dan bermula dari kurun ke-5 ia sudah mengalami masalah sehinggalah ia terus hancur pada tahun 570 Masihi. Ibrah ataupun pengajaran yang boleh diambil ialah, sumber kekayaan negeri kita adalah anugerah Allah SWT. Kita kena makmurkan mengikut acuan dan juga kehendak-Nya.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat di atas pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2024 yang ianya sebagai asas kepada urus tadbir negeri dan juga pembangunan. Semoga ianya berjaya dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan perbentangan belanjawan Jumaat yang lalu, saya ingin menyentuh beberapa teras penting yang begitu rapat dengan kehidupan rakyat. Walaupun ahli-ahli Yang Berhormat telah banyak membahaskan namun saya ingin membahaskan mengikut acuan saya sebagai mewakili Serting khususnya dan Negeri Sembilan amnya. Saya ingin mengikut kepada Teras yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Teras Pertama: Ekonomi, Pelaburan dan juga Infrastruktur. Serting ingin merujuk kepada belanjawan P54, 55 dan juga 57. Baru-baru ini dalam bulan September dan November, berlaku banjir kilat di beberapa buah tempat di kawasan Serting khususnya iaitu di Kampung Gajah Mati, Kampung Serting Ilir, Kampung Dato’ Johan, Kampung Jawa dan juga Kampung Bayai akibat daripada saliran yang semak dan tidak dalam kedudukannya, begitu juga sungai yang agak cetek. Maka saya ingin mencadangkan agar perkara ini tidak berulang apatah lagi di musim tengkujuh, walaupun tidak sehebat negeri pantai timur, tetapi apabila turun hujan 1 ke 2 jam ada rumah-rumah penduduk di tempat yang saya sebutkan tadi akan dinaiki air. Sehubungan itu mohon kepada pihak JPS khususnya di Daerah Jempol dan lain-lain yang terbabit agar dapat menyelesaikan perkara tersebut apatah lagi Jempol telah bertaraf Majlis Perbandaran.
Seterusnya, Teras Kedua dan juga Kelapan, saya gabungkan: Pendidikan dan Modal Insan begitu jugak perkara yang tersebut dengan Agama. Saya ingin menarik perhatian Dato’ Yang Dipertua kepada peruntukan sekolah tahfiz dan pondok khususnya di Negeri Sembilan yang telah berkembang yang mana perkembangan bilangan jumlahnya termasuklah di Serting. Apabila kita melihat peruntukan sebanyak RM2.0 juta apatah lagi berbahagi dengan SJKC, SJKT dan juga swasta yang lain, pada pandangan saya ianya perlu ditambah lagi kerana suatu peruntukan, ke suatu peruntukan yang boleh meningkatkan infrastruktur sekolah tahfiz yang ada di seluruh Negeri Sembilan.
Ada orang kata, dah dia orang nak buat sekolah sendiri, pandai-pandailah cari duit sendiri. Bagi saya, oyang, orang yang berkata demikian adalah orang yang tidak pandai menilai bahawa sekolah-sekolah tahfiz tersebut telah membantu perkembangan pendidikan negeri dan juga negara. Sepatutnya dengan wujudnya aliran tahfiz atau
pondok swasta pada hari ini telah meringankan sedikit beban kepada sistem pendidikan negara yang diuruskan oleh kerajaan namun sekolah-sekolah tersebut perlu dibantu dan jangan ditinggalkan.
Saya dimaklumkan, sekolah tahfiz di bawah kerajaan iaitu di Maahad Ahmadi akan dihentikan tidak lama lagi bagi meneruskan tentang aliran, selain daripada tahfiz. Seperkara lagi Dato’ Yang Dipertua, setelah dirujuk P63, Negeri Sembilan sebelum ini adalah satu-satunya sekolah, ada satu, adanya satu-satu sekolah yang mana berpendidikan 4 Thanawi tarafnya iaitu Maahad Ahmadi. Darinya lahir pemimpin politik, masyarakat, guru-guru agama, pentadbir-pentadbir di pejabat, di pejabat-pejabat kerajaan. Bahkan, sebahagian daripada alumni Maahad Ahmadi adalah pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang ada pada ketika ini. Tahniah diucapkan. Bila disebut sahaja keluaran Maahad Ahmadi, pasti akan tergambar kehebatan sekolah tersebut sementelah pencapai, pencapaian akademik dari sudut SPM dan juga STAM antara yang, antara yang terbaik di Negeri Sembilan bahkan di Malaysia. Keluaran Maahad Ahmadi dapat menyambung pelajaran ke Mesir ataupun ke Timur Tengah khususnya di Al-Azhar Kaherah, Jordan dan juga Maghribi dan juga lain-lain.
Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri sepatutnya mengadakan sebanyak mungkin sekolah seperti Maahad Ahmadi walaupun telah guna silibus daripada ma’albus Al-Azhar, namun ianya adalah berperanan dapat mencetak lebih ramai lagi agamawan di Negeri Sembilan ini agar kita dapat mencetak lebih ramai agamawan di Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah ini di bawah pentadbiran MAINS atau JHEAINS contohnya, sekiranya banyak, yang boleh menyelaraskan kurikulum acuan Al-Azhar begitu jugak silibus-silibus lain contohnya sepertimana Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Kelantan yang menjaga iaitu sekolah-sekolah yang berada di bawahnya. Sekolah pelbagai tetapi berada di bawah satu pentadbiran. Dengan adanya sedemikian akan wujud pemimpin seperti Yang Berhormat Seri Menanti contohnya, keluaran Al-Azhar.
Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, Teras Ketiga: Kesejahteraan Rakyat. Kerja-kerja kecil bagi pembangunan infra di Negeri Sembilan, saya ingin menegaskan agar peruntukan tersebut dapat dirasai bersama dan diuruskan oleh wakil rakyat Pembangkang yang ada ini. Apabila rakyat memohon perkara berkaitan maka kami ini tidak dapat membantu melainkan menyerahkan kepada DO Pejabat Daerah dan juga agensi yang lain. Saya mengucapkan terima kasih kepada Puan Nawal yang merupakan DO Daerah saya, setakat ini amat bekerjasama di atas aduan-aduan yang telah disampaikan. Terima kasih banyak-banyak. Dari sudut flow kerja dah betul dah tu, tapi paling
tidak hal berkaitan bantuan membaiki atap bocor, dinding roboh dan lain-lain kerja kecil sepatutnya wakil rakyat dah boleh settle tapi bila kita tiada saluran bantuan maka dibebankan kepada pihak terbabit tersebut. Oleh itu, Serting mencadangkan agar peruntukan kesejahteraan rakyat diberikan secara saksama kepada semua. Janganlah ada ‘ADUN angkat’ yang menguruskan 5 kawasan pembangkang ini kerana kami pun mampu untuk menguruskan kawasan kami sekiranya Kerajaan Negeri bertindak sepertima kerajaan di Negeri Kedah dan juga Kelantan yang memberikan ruang dan peluang kepada ADUN Pembangkang menguruskan DUN mereka.
Teras Keempat: Belia, Keluarga, Sukan Dan Usahawan. Saya ingin menarik perhatian Dato’ Yang Dipertua tentang insentif lesen motosikal kepada belia sebanyak 150.00 seorang bagi 100 orang per DUN. Tahniah saya ucapkan. Satu langkah yang baik sebagai permulaan. Namun pada masa akan datang kita mungkin boleh mencontohi Negeri Terengganu yang memberikan lesen percuma kepada belia di negeri tersebut mengikut jumlah per tahun. Yelah mungin negeri tersebut adalah negeri yang dapat duit royalti minyak, namun kita takde royalti, tapi tuan-tuan, ataupun sidang hadirin, kita boleh mengikut apa yang baik untuk negeri tersebut, daripada negeri tersebut, insyaaAllah pada masa akan datang.
Dato Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang berhormat, Teras Kelima: Tanah dan Perumahan. Mengenai Penyelengaraan Rumah Awam Harga Rendah (RAHR) dan juga ramah, Rumah Mampu Milik di bawah seliaan PKKNS, saya ingin mencadangkan agar diperbanyakkan di kawasan Serting mengikut kepada keadaan tanah dan juga infra di sana. Ini memandangkan keperluan penempatan di Serting adalah tinggi kerana memenuhi keperluan penduduk di sana. Di sana, adanya ramai anak-anak peneroka felda generasi kedua dan ketiga dan juga kakitangan kerajaan. Saban tahun, permintaan bertambah apatah lagi perlu diperbanyakkan Rumah Harga Rendah dan berpatutan setanding dengan pendapatan yang kecil yang ada pada mereka. Setakat hari ini, taman-taman perumahan yang ada di Bandar Seri Jempol sold out dan juga penuh.
Teras Keenam: Pertanian. Sidang Dewan yang mulia, saya ingin mencadangkan agar segala peluang kepada masyarakat khususnya pertanian dapat dibuka seluas-luasnya. Saya tertarik dengan ucapan penutup Yang Amat Berhormat Sikamat tempoh hari agar pengarah dan pegawai kerajaan serta GLC terbabit memudahkan dan juga jangan memayahkan. Mood rakyat sekarang ini adalah mood ingin bangkit semula setelah 2 tahun pasca COVID yang amat memeritkan. Ada di kalangan mereka yang mengadu, dah cuba minta bantuan kepada pihak
terbabit untuk infra kebun ataupun sebagainya, tetapi amat payah katanya. Begitu juga kepada pengusaha kecil yang ingin mohon sumbangan modal dan mengumbang, mengembangkan perusahaan. Harapan dapat disalurkan dengan sebaik mungkin tanpa memilih latarbelakang parti atau warna kulit termasuklah semua agensi yang ada. Nabi SAW pernah bersabda: Yassiru wala tu’assiru; permudahkanlah dan jangan dipersusahkan.
Dato’ Yang Dipertua, Dewan yang mulia, Teras Ketujuh: Pelancongan. Saya juga ingin menarik perhatian seperti Yang Berhormat Juasseh semalam inginkan agar agro pelancongan diperhebatkan di kawasannya, maka Serting pun sama. Di sana adanya jeram ulu, Serting Ulu. Dimaklumkan di bawah seliaan Majlis dan persendirian yang uruskan tempat tersebut. Ingat saya, satu ketika dahulu, masa muda-muda dulu, antara tempat yang menjadi kunjungan pelancong tempatan dan luar kerana keindahan prasarana dan airnya yang mencurah-curah. Namun hari ini, ianya tempat sepi dan kurang kunjungan pelancong. Yang ada ialah mereka yang membuat program perkhemahan yang dianjurkan oleh konsultan persendirian di sana pada hari-hari minggu atau cuti persekolahan. Harapan saya, itulah tempat yang boleh menarik pelancong di Serting, makanya mohon kepada pihak kerajaan membuat sesuatu tindakan agar Majlis Perbandaran Jempol dijulang bukan kerana infra di Bandar Seri Jempol semata-mata tetapi juga eko pelancongan yang terbaik di sana, insyaaAllah.
Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai kesimpulannya, saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat selaku Menteri Besar yang telah membentangkan Belanjawan Negeri Sembilan 2024, yang saya rasakan memenuhi aspirasi rakyat di Negeri Sembilan. Saya mengharapkan agar segala kebaikan hasil daripada belanjawan ini akan dapat dirasai manisnya oleh rakyat tanpa mengira agama, warna kulit dan fahaman politik. Dapat dilaksanakan oleh semua wakil rakyat ADUN membantu rakyat tanpa ada diskriminasi sama ada pro kerajaan ataupun pembangkang. Sekiranya kita berlapang dada dalam mengurus tadbir negeri ini dan ikhlas kerana Allah SWT, pastinya keredhaan Allah itu masuk ke dalam hati rakyat jelata. Barulah definasi ayat baldatun taoyyibatun wa robbun ghofur wujud dalam negeri kita ini, insyaaAllah.
Firman Allah SWT, dengan izin, [melafazkan bacaan ayat 96 dari Surah al-A’raf]. Yang bermaksud: sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan juga bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan
mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan oleh mereka. Surah al-A’raf ayat 96.
Bunga dedap di atas para, Anak teruna pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.
Serting mohon ribuan kemaafan atas kekhilafan kata-kata sekiranya ada kepada Dato’ Yang Dipertua dan seluruh ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pepatah Arab ada mengatakan kasratul kalam, kasratul khoto. Banyak bercakap, banyaklah silapnya. Makanya saya mohon maaf, dan oleh itu marilah kita sama-sama berazam untuk banyakkan bekerja untuk rakyat demi memajukan negeri tercinta ini. Dengan ini Serting menyokong usul Belanjawan Negeri Sembilan 2024 kali ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Serting. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan tahun 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 telah pun selesai. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di dalam perbahasan. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab. Saya, perlu saya sebut ya, Ampangan.
Dato’ Yang Dipertua.
Okey.
Dato’ Yang Dipertua, dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024 dan Rang Undang Perbekalan (2024) 2023 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin bin Harun dengan tema “Bersama Membina Negeri Madani”. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek belanjawan yang telah menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dalam sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat dan sejahtera, sesuai dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya mendedikasikan pantun kepada Dewan yang mulia ini.
Bukan lebah sebarang lebah, Lebah menghinggap cucuran atap, Bukan sembah sebarang sembah, Saya mohon bercakap.
Biar mati anak jangan mati adab, ertinya sebelum bertanya, ada adab sopan yang perlu kita ikuti. Menteri Besar mahu mendekati anak muda. Secara adabnya mari kita sama-sama dekati anak muda. Mana yang baik kita jadikan teladan.
Kain pelekat panjang Sembilan, Panjang serta kepalanya, Kerja baik Menteri Besar ibarat intan, Rakyat menumpang sinar cahayanya.
Kalau kita tak tahu bertanya, silap bertanya sesat jalan. Ya, saya yakin Menteri Besar kita bersifat terbuka jika mahu berbincang dengan baik.
Lembu baru pedati baru, Lembu masuk kota Melaka, Multimedia korider, koridor baru, Pembangunan rakyat, Menteri Besar tak pernah lupa.
Untuk menjawab soalan ADUN Lukut berkenaan dengan pertunjukan seni tarian, muzik dan lain-lain yang menunjukkan tradisi. Memang itu menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang Exco Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan. Contohnya masa, hari ini, pakaian saya hari ini merupakan salah satu identiti, 9 Identiti Negeri Sembilan yang dilancarkan baru-baru ini, pada bulan Julai dalam Perpatih Fest oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, iaitu setengah tiang. Cantik tak? Ini melambangkan kemajmukan masyarakat Malaysia. Mengapa, kerana kain ini adalah kain sari. Kita inovasi, buat baju setengah tiang. Speaker nak ambil gambar. Dan tengok ini, ini bunga lado, kerongsang bunga lado juga menjadi identiti Negeri Sembilan iaitu bunga rasmi Negeri Sembilan. Mengapa kita pilih bunga lado, kerana kita suka makan lemak masak cili api. Ini bunga cili api. So, sudah 3. Keempatnya adalah alat muzik, caklempong. Kelima adalah permainan tradisional dam harimau. Keenam, adalah lagu identiti Negeri Sembilan. Saya rasa Negeri Sembilan adalah satu-satu negerinya yang di mana Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar telah melancarkan lagu identiti Negeri Sembilan termasuk lagu Moh Dogheh oleh Dato’ Aishah. Nombor 7 – tarian piring lambung. Sesiapa era saya pernah belajarlah di sekolah. Yang kelapan adalah, Yang Kesembilan adalah senibina atap panjang.
Ini adalah 9 Identiti Negeri Sembilan yang kita sebagai rakyat Negeri Sembilan harus selalu mengulangi dan mempraktikkan dengan memakai baju setengah tiang, kerongsang bunga lado atau kita akan, LPNS akan bekerjasama dengan Kraftangan untuk kita buat batik bunga lado, atau apa nama, busana bunga lado yang ber, yang ada ciri-ciri bunga lado. Kemungkinan kita akan cadangkan supaya pada hari Khamis kita semua pakai batik bunga lado.
Program yang menampilkan keunikan serta kepelbagaian kebudayaan dan kesenian masyarakat Negeri Sembilan sering diberi keutamaan oleh pihak Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan. Antaranya Program Citra Malaysia atau Colours of Malaysia 2023, dengan izin, mengangkat seni persembahan beridentitikan Negeri Sembilan melalui pengisian melibatkan senitari, muzik dan lakon. Selain itu, Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya Warisan Akar Umbi 2023 juga telah dilaksanakan pada 29 September 2023 bertempat di Ladang Alam Warisan seri, Seri Menanti.
Elemen kebudayaan seperti kendiri rakyat, sukan rakyat, pertandingan memasak yang beridentiki, identitikan Negeri Sembilan juga menjadi keutamaan dalam perlaksanaan sesebuah majlis. Sementara itu, elemen kesenian Negeri Sembilan juga tidak dilupakan seperti randai yang asalnya dari Minang dan caklempong yang dipersembahkan di dalam persembahan khas di dalam pelaksanaan majlis ini.
LPNS akan bekerjasama dengan operator-operator pelancongan tempatan mahupun luar Negeri Sembilan untuk memasukkan persembahan kebudayaan sebagai salah satu pengisian dalam pakej yang ditawarkan kepada pelancong. Ini juga antara usaha bagi mempromosikan dan menggalakkan aktiviti seni dan kebudayaan Negeri Sembilan agar tidak pupus ditelan zaman. Saya bagi comtoh, contoh, kalau kita pergi Pulau Bali, kalau tak tengok tarian kecak, maka kita dianggap tidak pernah pergi ke Bali. Sama, kalau kita datang ke Negeri Sembilan, mesti menyaksikan persembahan caklempong dengan piring lambung dan juga randai.
Ini untuk menjawab YB Chembong berkenaan dengan promosi makanan Melayu tradisional di Kundur. Memang, LPNS akan mengadakan lawatan turun padang bersama agensi yang berkaitan bagi melihat potensi makanan dan masakan seperti yang berasaskan community-based tourism, dengan izin. LPNS akan bekerjasama dengan Majlis Daerah bagi meneliti dan merancang kertas kerja bagi mengangkat cadangan penjenamaan ikon makanan tradisional setiap daerah atau Luak yang terdapat di Negeri Sembilan di mana ia
merupakan salah satu usaha mempromosikan lagi segmen makanan tradisional ini.
LPNS juga akan bekerjasama dengan Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi menganjurkan food festival atau karnival makanan tradisional mengikut Luak-Luak yang terdapat di Negeri Sembilan semasa penganjuran Perpatih Fest 2024. Penganjuran program ini bertujuan untuk mengetengahkan keunikan rasa makanan tradisional mengikut Luak dan secara tidak langsung mempromosikan makanan tradisional yang merupakan salah satu identiti Negeri Sembilan iaitu gulai kuning.
Selain mempromosikan makanan tradisional Negeri Sembilan, akan diadakan juga segmen demonstrasi makanan tradisional Negeri Sembilan dalam memperkenalkan juga produk-produk kampung yang sangat unik di Negeri Sembilan yang dijadikan bahan makanan seperti daun maman, itik salai, daging salai, buah kadam, buah cepu dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, lokasi dan perincian program ini masih dalam perancangan dan penelitian semua, semasa, dari semasa ke semasa.
Untuk menjawab Jeram Padang berkenaan dengan Perpatih Fest diadakan di Jeram Padang. Ini akan kita pertimbangkan. Dan Jeram Padang juga ingin mengadakan aktiviti lasak seperti kayak, juga boleh dipertimbangkan.
Dan Yang Berhormat Gemas, ingin mencadangkan sirkit pendakian bukit. Memang sedang dijalankan, Yang Berhormat. LPNS menerima baik pandangan yang diterima dan akan merancang acara-acara sirkit pendakian ini yang melibatkan gunung dan bukit yang terdapat di setiap daerah di Negeri Sembilan secara acara bersiri. Kemungkinan besar jikalau dapat sponsor, kita hadiahkan sebiji kereta, contoh, contoh, untuk keluarga yang dapat menghabiskan sirkit-sirkit yang disediakan yang terdapat di setiap daerah di Negeri Sembilan secara acara bersiri untuk berta, tujuan mengetengahkan produk-produk ekopelancongan dan seterusnya menarik minat pengunjung dan juga pelancong luar negara, pelancong luar, sama ada dalam atau luar negara yang berminat aktiviti hiking ini.
Akan dimaklumkan bahawa LPNS bersama Pejabat Daerah dan daerah, Tanah Jempol pernah melaksanakan program 4 Sirkit Bukit di bawah Calendar of Events, dengan izin, Tahun 2021 yang melibatkan Bukit Penarikan, Bukit Beruang, Bukit Bunga dan Bukit Taisho dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada setiap siri tersebut.
Selain itu, LPNS bersama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga telah menganjurkan Angsi Forest Challenge di bawah CoE tahun 2022 dan acara ini dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024 juga.
Untuk menjawab Yang Berhormat Gemas berkenaan dengan Pusat Buaya Tembaga Pengkalan Kempas, Kerajaan Negeri Sembilan melalui LPNS dengan usahasama UPEN dan PERHILITAN telah menjalankan Kajian Induk Ekopelancongan Pusat Santuari Buaya Tembaga pada tahun 2021, pihak PERHILITAN Negeri Sembilan telah membentangkan Projek Pembangunan Pusat Santuari Buaya Tembaga Sungai Linggi dalam RMK12, namun tidak dapat diteruskan kerana status pemilikan tanah Kerajaan Negeri, pihak Kerajaan Negeri melalui MOTAC, Pejabat Daerah Port Dickson dalam usaha membangunkan Pusat Ekopelancongan Pusat Santuari Buaya Tembaga Sungai Linggi seerusnya dipromosikan sebagai antara tarikan ekopelancongan di Daerah Port Dickson.
Untuk menjawab Yang Berhormat Johol, pihak LPNS mengambil maklum akan tarikan produk-produk pelancogan yang berpotensi di Johol. Antaranya adalah Lubuk Bungo dan Bukit Gediu sebagai antara produk segmen rekreasi dan produk makanan tempatan iaitu apam Johol. Stesen minyak Shell yang begitu ikonik, saya rasa sangat ikonik, itu akan jadi satu pack project kami, dengan izin, yang terletak di Pekan Johol, juga antara stesen minyak yang paling tua di Malaysia dan juga boleh dipromosikan sebagai salah satu tarikan produk pelancongan. Sehubungan itu, pihak LPNS akan mengadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Tanah Dan Daerah Kuala Pilah untuk mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi selain yang telah dinyatakan tersebut.
Untuk menjawab ADUN Juasseh. Pada dasarnya sekiranya ada NGO yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam pengendalian aktiviti pelancongan, pihak kerajaan boleh menimbangkan peruntukan dari bajet yang berkaitan. Jabatan Perhutanan pada dasarnya tiada halangan sekiranya aktiviti tersebut tidak melibatkan hal-hal pengurusan dan pembangunan di Taman Eko Rimba Jeram Tengkek. Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti yang hendak dijalankan itu perlulah dibincangkan bersama Jabatan Perhutanan agar ia mematuhi garis panduan pelaksanaan aktiviti dalam kawasan Hutan Lipur di Hutan Simpanan Kekal. Mintak izin, minum.
Untuk menjawab ADUN Juasseh juga. Cadangan menjadikan Jeram Tengkek di bawah kawal seliaan Jabatan Perhutanan sebagai sebagai destinasi pelancongan di Negeri Sembilan. Memang kita sedia maklum Taman Eko Rimba Jeram Tengkek melupakan, merupakan salah satu
daripada 11 Taman Eko Rimba di bawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan. Kawasan Negeri Sembilan, melalui Jabatan Perhutanan dan juga LPNS yang giat mempromosikan Taman Eko Rimba Jeram Tengkek sebagai salah satu produk ekopelancongan. Di samping itu, Taman Eko Rimba Jeram Tengkek juga berhampiran dengan perkampungan Orang Asli, Kampung Guntur, Batu Kikir dan ia berpotensi untuk dijadikan pakej pelancongan domestik dan antarabangsa.
Untuk menjawab Yang Berhormat Chennah, dimohon diwujudkan tapak recreational vehicle. Kerajaan Negeri melalui inisiatif Belanjawan 2023 telah memperuntukkan 0.5 juta bagi menyediakan tapak camper van yang telah siap sepenuhnya 2 buah lokasi. Satu di Taman Eko Rimba Lenggeng dan satu lagi di Pantai Batu 5, Port Dickson. Pemilihan lokasi tapak yang bersesuaian juga memainkan peranan dalam pembinaan sesebuah tapak camper van/RV. Sekiranya projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan, penyediaan tapak tersebut boleh dipertimbangkan pada masa hadapan bagi menggalakkan aktiviti pelancongan rekreasi, rekreasi.
LPNS telah mewujudkan platform digital dalam promosi pelancongan Negeri Sembilan yang mana dalam e-brochure LPNS juga merangkumi maklumat berkaitan pelancongan daerah. Dalam masa yang sama, familiarization trip atau FAM Trip, dengan izin, juga turut dijalankan bersama key of, Key Opinion Leaders (KOL) dan yang berpengaruh bagi membantu promosikan pelancongan di Negeri Sembilan. LPNS juga turut menyertai misi jualan dan pameran dalam dan di luar negara seperti MATTA Fair, Malaysian International Travel Mart, Negeri Sembilan Travel Fair, NS Fest, World Travel Mart London, ITB Berlin dan juga roadshow di China, macam-macam lagi, ATM di Dubai, supaya kita wujudkan satu hubungan baik dengan pemegang-pemegang taruh untuk kita mulakan Fasa 1. Dan kita akan teruskan dengan Fasa 2 untuk memperkenalkan produk kepada mereka dengan membawa mereka ke produk-produk kami, familiarization trip. Dan Fasa 3 adalah di mana mereka bantu untuk promosikan produk-produk tersebut.
Yang Berhormat Chennah juga ada bertanyakan tentang ecotourism. Majlis Daerah Jelebu amat menggalakkan dan sentiasa memudahcara permohonan pembangunan ecotourism di Daerah Jelebu. Sehingga kini sebanyak 3 permohonan pembangunan yang berkonsepkan ecotourism telah diluluskan di peringkat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Jelebu dan telah mematuhi syarat-syarat pembangunan dari jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan iaitu nombor 1: Pemajuan Agro Pelancongan Atagho Durio, Lot 1830, Kampung Gedang, Mukim Ulu Klawang. Yang kedua: Cadangan Pembangungan Pertanian
Pelancongan Di Atas Lot 1202, Mukim Glami Lemi. Dan yang ketiga: Pemajuan Agro Pelancongan Di Atas Lot 6684, Mukim Glami Lemi.
Untuk menjawab ADUN lebu, Labu, lebu, tersasul. Pada dasarnya keupayaan Jabatan Perhutanan dalam mengurus kawasan-kawasan agro pelancongan telah meningkat baik sejak beberapa tahun yang lepas. Jabatan Perhutanan juga telah memberi perhatian serius bagi, dari segi pembangunan infrastruktur dan juga penyelenggaraan kawasan, promosi serta pengiktirafan perak, pihak luar. Aktiviti ekopelancongan telah mula menjadi salah satu core business, dengan izin, dalam pengurusan hutan di Negeri Sembilan berbanding aktiviti pengusahasilan yang semakin dikurangkan. Oleh yang demikian, Jabatan Perhutanan masih lagi relevan untuk mengendalikan kawasan ekopelancongan kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup dan berpengalaman. Justeru itu, belum ada keperluan lagi kawasan ekopelancongan diserah kepada Exco Pelancongan untuk mengendalinya. Jabatan perhunan, Perhutanan juga mendapat sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri di bawah P62, MOTAC dan juga Kementerian Kewangan untuk tujuan mengurus kawasan ekopelancongan. Cadangan untuk menswastakan beberapa kuwa, kawasan ekopelancongan akan menyebabkan pihak pengunjung atau pengguna terpaksa membayar harga yang tinggi untuk masuk dan mengguna kemudahan yang disediakan. Pihak swasta boleh dicadangkan untuk bersama-sama menginterasikan, integrasikan infrastraktur, infrastruktur atau pembangunan baru di bawah seliaan Jabatan Hutan.
Untuk menjawab Yang Berhormat Lenggeng, Gemas dan juga Lukut berkenaan dengan Pesta Port Dickson. LPNS bersama dengan MPPD akan meneliti dan merancang konsep baru penganjuran program bagi menggantikan Pesta PD ini dengan pengisian acara yang lebih berfaedah dan lebih membawa manfaat kepada pelancong dan pengunjung yang hadir. LPNS juga telah menerima kertas cadangan daripada pihak MPPD di bawah Calender of Events, dengan izin, tahun 2024 yang sedang meneliti program tersebut. Program ini selaras dengan identiti daerah yang berkonsepkan hiburan keluarga di mana setiap aktiviti yang dijalankan akan di bawah seliaan pihak MPPD. Cadangan penganjuran program ini adalah bagi mengembalikan semula kegemilangan Pesta Port Dickson di Port Dickson.
Manakala bagi pengisian aktiviti program ini akan melibatkan aktiviti sihat, bersih dan selamat untuk semua peringkat umur di antaranya persembahan kebudayaan, malam cinta Rasul, PD Night Run, persembahan bunga api pada Ambang Malam Tahun Baru 2024 dan lain-lain lagi. Di, di mana sepanjang penganjuran juga tiada aktiviti
perjudian dan penjualan alkohol dibenarkan. MPPD dengan kerjasama bagi pihak PDRM dan juga agensi lain akan membuat pemantauan sepanjang program ini berlangsung. Tambahan itu pula, penganjuran program ini dijangka akan dapat merancakkan dan memberi limpahan ekonomi yang baik pada komuniti setempat dan secara langsung kepada pengusaha-pengusaha kawasan sekitar terutama sektor makanan dan juga penginapan.
Untuk menjawab YB Lenggeng, berdasarkan Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021 – 2025 di bawah Bab 7: Mengoptimumkan Potensi Pelancongan yang telah menetapkan strategi penumpuan produk pelancongan 60:30:10. Nisbah ini adalah melambangkan pantai – 60%, ekopelancongan – 30% dan warisan, adat dan warisan – 10%. Setiap daerah di Negeri Sembilan telah pun mempunyai produk-produk pelancongan sedia ada meliputi 9 segmen iaitu kebudayaan dan warisan, homestay, pelancongan eko, pantai, makanan, kraftangan, sukan dan rekreasi, penginapan, kesihatan dan pendidikan. Melalui pembangunan signature, dengan izin, pelancongan daerah, setiap daerah telah mengenal pasti 9 produk pelancongan utama di samping produk-produk sokongan. LPNS giat mempromosi produk-produk pelancongan ini melalui medium-medium sosial selain menganjurkan FAM Trip ke daerah bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Sembilan.
Last, yang, jawab, menjawab ADUN Sri Tanjung. Pihak JPS mengambil maklum terhadap cadangan tersebut iaitu mengadakan river of life di sungai Kampung Paya dan akan berbincang dengan lebih lanjut perkara berkenaan bersama-sama dengan Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung. Namun, di Kampung Paya terdapat projek tender iaitu projek membina kolam takungan banjir di Kampung Paya dan lain-lain kerja-kerja lain berkaitan yang melibatkan pembinaan kolam takungan banjir dan naik taraf longkang dengan nilai kos sebanyak 1.0 juta. Yang dijangka dilaksanakan awal 2024.
Oh, ada satu lagi, mintak maaf. Ini betul-betul last. Untuk menjawab ADUN Bagan Pinang, pusat hiasan Port Dickson di bawah pengurusan dan pengoperasian Jabatan Perikanan Negeri Sembilan giat mempromosikan melalui platform media sosial. Antaranya TikTok, Facebook, laman web, pameran, seminar, sesi business-to-business, dengan izin, B2B dan lain-lain. Hasil daripada promosi yang dilaksanakan mulai Januari sehingga November 2023, bilangan pengunjung yang direkodkan adalah seramai 222,779 orang dengan pecahan 219,621 orang tempatan dan 2,498 orang luar negara. Pentadbiran Kerajaan Negeri pernah mengenal pasti keperluan pelebaran dan naik taraf jalan masuk ke pusat hiasan Port Dickson yang
melibatkan proses pengambilan tanah. Walau bagaimanapun, cadangan pengambilan tanah berkenaan tidak dapat diteruskan berikutan keperluan menyediakan peruntukan yang amat tinggi. Laluan masuk sedia ada merupakan rizab jalan dan keperluan penyelenggaraan boleh dilaksanakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa oleh pihak MPPD menggunakan peruntukan baru. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, izinkan saya untuk memberi jawapan ataupun mengulas sedikit sebanyak tentang persoalan yang ditimbulkan dalam konteks pendidikan dan modal insan ya. Yang pertama, Dato’ Dipertua, ialah daripada YB ADUN Seri Menanti yang menyebut tentang cadangan beliau mencadangkan bahawa bantuan BAS ataupun Bantuan Anak Sekolah dan jugak Biasiswa Anak Negeri ini diputuskan oleh Yang Berhormat kawasan. Untuk ini, Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan ini. Apa pun asasnya tetap sama, iaitu kita memberikan bantuan BAS dan bantuan Biasiswa Anak Negeri ini kepada pelajar-pelajar yang daripada kalangan keluarga B40 dan jugak daripada senarai eKasih. Jadi sama ada, ini kita tengok baliklah, kalau, kalau sama dan tak ada masalahlah. Apa pun kita beri perhatian tentang cadangan ni.
Mengenai cadangan daripada YB Jeram Padang mengenai naik taraf 10, mintak 10 naik taraf sekolah SJKT di Jeram Padang ni. Ini Kerajaan Negeri tak ada halangan kalau YB nak memohon daripada kementerian untuk naik taraf ni, kita mengalu-alukan.
Yang ketiganya tentang pandangan daripada YB Sungai Lui iaitu program motivasi perlu dipergiatkan untuk merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan Orang Asli yang hanya bersekolah sehingga tahap sekolah rendah sahaja. Yang Berhormat Dato’ Dipertua, dalam konteks ini, sepertimana kita sedia maklum bahawa kita senantiasa ya, memberikan galakan kepada semua masyarakat khususnya termasuklah Orang Asli. Dan di mana dalam konteks Orang Asli ini, kita di bawah Inisiatif 57 iaitu kesaram, kesamarataan akses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid Orang Asli dan pribumi sering, seiring dengan arus perdana dalam menyokong transisi murid Orang Asli dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Program-program motivasi ini tetap kita teruskan. Dan ada program-program khusus yang kita buat juga iaitu seperti program ziarah cakna yang dilaksanakan oleh JPN, PPD, JAKOA, Pengetua dan Guru Sekolah bagi usaha meningkatkan transisi murid dari sekolah rendah ke sekolah
menengah. Jadi usaha berterusan memang kita buat untuk memberikan galakan kepada anak-anak masyarakat Orang Asli ini, masyarakat asal ini untuk meneruskan pendidikan sehingga sekolah menengah.
Selain daripada itu Karnival Pendidikan Murid Orang Asli Peringkat Negeri Sembilan juga dilaksanakan sebagai satu usaha untuk mengekalkan momentum pendidikan murid Orang Asli. Jadi kita buat pelbagai program ni supaya ada momentum supaya anak-anak Orang Asli ini tidak berhenti setakat di sekolah rendah tetapi meneruskan pelajaran mereka sehingga sekolah menengah.
Usaha juga telah disanakan, dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama-sama PIBG dalam menyuntik semangat dan motivasi kepada murid dengan melaksanakan pelbagai program di sekolah. Contohnya kehadiran ke sekolah iaitu pemberian insentif berbentuk hadiah yang, dengan kehadiran penuh murid dan sebagainya. Ini pun memang dilaksanakan. Dan baru-baru ini di Sekolah Kebangsaan Orang Asli Tekir ya, Yang Amat Berhormat pun pergi baru-baru ni, kita melalui syarikat swasta ataupun badan korporat, kita berikan galakan, insentif supaya anak Orang Asli ni rajin ke sekolah, bagi hadiah kalau kedatangan penuh dan sebagainya. Dan ini akan kita buat, akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa.
Mengenai ADUN Sri Tanjung, yang bertanya tentang sama ada RMT dapat kita teruskan ke sekolah menengah. Yang Berhormat Dato’ Dipertua, RMT ini Rancangan Makanan Tambahan sebenarnya ya. Perlu kita fahami bahawa tujuan Rancangan Makanan Tambahan yang dikelola oleh pihak Kementerian Pendidikan ni tidaklah bermaksud untuk menggantikan makanan yang disampaikan kepada seseorang murid oleh ibu bapa dan penjaganya ya. Ini tambahan saja Dato’ Dipertua ya. Rancangan ini bermaksud untuk memberi makanan tambahan, ⅓ atau ¼ daripada jumlah keperluan harian bagi seorang murid sekolah dari segi taraf pemakanan dan tidaklah untuk memberi keperluan harian sepenuhnya. Jadi, bajet belanjawan yang dibuat oleh kementerian ialah untuk sekolah rendah kerana mereka dalam proses pembesaran dan mereka perlukan makanan yang mungkin lebih berkhasiat, makanan tambahan kalau mereka daripada keluarga miskin dan tidak berkemampuan, mungkin di rumah kurang dapat makanan berkhasiat dan kurang makanan sebagainya, maka sekolah bagi Rancangan Makanan Tambahan ni makanan percuma di bawah Kementerian Pendidikan.
Kita tak menghalanglah kalau adanya cadangan untuk sampai, disampaikan ke peringkat sekolah menengah ataupun kepada murid-murid sekolah yang akan mengambil peperiksaan ni, cadangan baik.
Kalau ada kementerian buat keputusan, dasar dari segi ini, kita akan teruskan. Walau bagaimanapun, saya faham ada ahli-ahli Yang Berhormat yang di musim peperiksaan ni seperti yang disebut semalam, di Ahli Parlimen Port Dickson, dia beri makanan untuk murid-murid yang masuk peperiksaan dan sebagainya, ini satu langkah yang amat baiklah.
Jadi yang seterusnya ialah tentang apa yang disebut oleh Paroi ya, Paroi ada sebut tentang minggu solidariti. Sepertimana yang kita sedia maklum, Dato’ Yang Dipertua, minggu solidariti Palestin ni, sekolah-sekolah pun mengambil bahagian. Dan saya nak maklumkan di sini bahawa semua sekolah dalam Negeri Sembilan ni terlibat. Dan pungutan kita pada tabung Palestin ni mencecah lebih 500,000.00. Dan tak ada sekolah, termasuk sekolah SJKT, SJKC, semuanya ada menyumbang kepada tabung soladiriti Palestin. Jadi ini satu langkah yang baik dan patut kita hargai kerana di sini melihat, kita dapat lihat bahawa semua orang tanpa mengira agama dan bangsa, semuanya menyumbang ke arah tabung. Ini semangat yang paling baiklah yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia ke arah penderitaan, terhadap penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin pada hari ini.
Yang seterusnya, terakhir rasa saya ialah Chembong ya. Chembong menimbulkan banyak perkara tentang pendidikan ini. Yang pertama, tentang kebakaran asrama Sekolah Menengah Agama Hassan Sail ya. Untuk ini, ingin saya maklumkan bahawa kontraktor sebenarnya telah pun dilantik. Peruntukan sebanyak 3.89 juta telah diluluskan oleh KPM dan kontraktor telah pun dilantik. Surat Setuju Terima pun dah dikeluarkan pada 17 Oktober yang lalu. Dan tarikh milik tapak pun dah diberikan pada 31 Oktober 2023 yang lalu. Ma, manakala tarikh jangkaan siapnya ialah pada 27 Januari 2025. Ini sumber daripada JKR ya. Pada masa ini kerja-kerja awalan sedang berjalan di tapak. Dan skop yang terlibat termasuk pembinaan roof, roof trusses ni, baru untuk kedua-dua blok pembinaan atap, kejap, atap baru untuk kedua-dua blok; pembaikan lantai dan dinding asrama Blok C Tingkat 3; pembaikan keseluruhan tandas asrama Blok C Tingkat 3; pembaikan lantai dan dinding Bengkel Kemahiran Hidup serta kerja mengecat asrama Blok C dan blok Kemahiran Hidup. Ini ambil masa sikit Dato’ Dipertua kerana ada kerja teknikal ya. Seperti atap tadi ada keperluan-keperluan tertentu yang memang dah mula, tapi, dah ambil alih tapak, tapi akan ambil masa sikit untuk menyiapkan. Apa pun tarikh siap dah ditentukan iaitu pada tahun, sebagaimana saya sebut tadi, pada tahun 27 Januari 2025 besok. Jadi, isnyaaAllah projek ni akan diteruskan dengan baik sekalilah, insyaaAllah.
Mengenai isu kekurangan guru yang ditimbulkan oleh Chembong. Saya nak menya, menyatakan bahawa di Rembau, di Daerah Rembau, bukan merupakan isu kekurangan guru ni kritikal sangat, tidak. Hal ini kerana berdasarkan pengisian semasa perjawatan guru sekolah rendah Daerah Rembau adalah sebanyak 533 orang berbanding jumlah keperluan secara keseluruhan sebanyak 562 orang guru. Yang mana kekurangan di Daerah Rembau sekarang ni hanya 28 orang guru sahaja di sekolah rendah. Manakala di sekolah menengah, keperluan ialah seramai 311 orang, guru yang ada sekarang ni 292 orang. Jadi kekurangannya ialah sebanyak 19 orang. Jadi, bukanlah satu kekurangan yang kritikal. Apa pun, saya di, kita dimaklumkan bahawa pada 28 haribulan Disember ni, akan ada penempatan-penempatan baru gurulah di Negeri Sembilan. Dan kita harap akan dapat mengisi kekurangan-kekurangan yang ada di, di Negeri Sembilan dan termasuklah di Daerah Rembau.
Yang seterusnya tentang Chembong juga menyebut tentang Kolej Vokasional Dato’ Muhamad Maharaja Rembau, keperluan pelajar lelaki mendapatkan rumah sewa kerana asrama sedia ada disediakan untuk pelajar perempuan sahaja. Untuk makluman Dewan, KV Dato’ Lela Maharaja Rembau mempunyai asrama murid lelaki dan juga perempuan. Bilangan murid yang menginap di asrama dan tidak menginap adalah seperti berikut: asrama lelaki, yang duduk di asrama – 271 orang, yang duduk luar – 53 orang; asrama perempuan …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. yang duduk di asrama …
Mohon Dato’ Yang Dipertua.
….. 271 orang.
Dato’ Dipertua, saya, dia ada 2 kolej vokasional. Yang saya sebut tu adalah Kolej Vokasional Dato’ Undang Muhamad Sharip bukan Dato’ Lela Maharaja.
Rekod, Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat rekod saya menyebut Dato’ Maharaja Rembau, Maharaja Rembau. Mungkin ada kesilapan teknik di sini.
Tak apa, tak apa. Yang, yang pentingnya adalah saya mohon ya, terima kasih Dato’ Dipertua.
Haa ya, mungkin kalau yang tu kita jawab lain kalilah. Dan seterusnya, akhir sekali, tentang Rembau juga
menimbulkan soal tanah ya, asrama, kejap, padang, soal padang Sekolah Menengah Agama Rembau dan tanah yang bersebelahan tu ialah, Sekolah Agama Rembau tak ada padang sendiri tapi di sebelah tu ada sekeping tanah, Lot 776. Memang benar, Lot 776 ni memang di bawah Kementerian Pendidikan. Dan Kementerian Pendidikan, kita tak ada masalah untuk padang ni diguna pakai oleh Sekolah Menengah Agama Rembau kalau, buat permohonanlah Yang Berhormat. Kalau buat permohonan kita akan selesaikanlah, insyaaAllah.
Jadi, saya rasa itu sahaja daripada Chembong yang dapat saya jawab pada hari ini. Akhir sekali daripada Serting yang baru sebut tadi, tentang peruntukan sekolah tahfiz. Memanglah kita, alhamdulillah kerana dengan keadaan Kerajaan Negeri hari ini kita dapat, sebanyak itulah yang dapat kita bagi. 2.0 juta untuk sekolah tahfiz, sekolah rendah SJKT, SJKC ini. Jadi kalau orang kata, pendapatan Kerajaan Negeri besok bertambah-tambah lagi, boleh kita tambah. Seperti kata Chennah semalam tu kan, permintaan kita macam-macam tapi akhirnya semuanya bergantung kepada berapa banyak pendapatan kita ada. Jadi insyaaAllah kalau pendapatan Kerajaan Negeri bertambah di masa-masa yang akan datang, mungkinlah kita boleh bincang untuk tambahkan lagi peruntukan-peruntukan kepada semua yang memerlukan dalam Negeri Sembilan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan di mana yang telah menyentuh isu yang berkaitan dengan portfolio perindustrian dan juga hal ehwal bukan Islam.
Dato’ Yang Dipertua, bagi merancakkan ekonomi negeri, pimpinan Kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Sikamat telah memperkenalkan agenda pembangunan bagi tarikan penduduk untuk tinggal, bekerja dan beriadah di Negeri Sembilan. Live, work and play in Negeri Sembilan. Kesemua usaha ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri makmur, inklusif dan mampan menjelang tahun 2045.
Usaha yang direncanakan ini meli, membabitkan kawasan pembangunan seluas hampir 40,000 ekar dalam rangka pembangunan sehingga tahun 2045 iaitu Malaysian Vision Valley 2.0 ataupun MVV 2.0. Ini adalah bagi meningkatkan pelaburan dan secara langsung akan membuka peluang pekerjaan, peluang perniagaan serta dapat meningkatkan pendapatan atau hasil Kerajaan Negeri. Dalam tempoh
tahun 2018 sehingga 2022, kita telah berjaya membawa nilai pelaburan bernilai melebihi 32.0 bilion ringgit khususnya dalam sektor perindustrian.
Dato’ Yang Dipertua, selaras dengan Agenda Pembangunan Negeri Sembilan, juga bagi melonjakkan ekonomi dengan menarik pelaburan, pembangunan fasa pertama pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 menumpukan kepada pembangunan taman perindustrian di Parcel A MVV 2.0, Nilai dengan kerja-kerja tanah dan infrastruktur asas yang sedang giat dijalankan. Pembangunan Bandar Hamilton yang telah diaktifkan pada tahun 2021, dijangka siap dibangunkan pada tahun 2027 dengan jangkaan nilai pembangunan kasar GDV melebihi 900.0 juta ringgit. Taman Perindustiran Hamilton seluas 288 ekar meliputi plot 1 hingga 5 di Parcel A, Nilai.
Dato’ Yang Dipertua, susulan daripada kejayaan Kawasan Perindustrian Techpark Enstek yang berjaya menarik pelbagai syarikat multinasional seperti Kellogge’s, Ajinomoto, Cola Cola dan sebagainya yang kini menempatkan ekosistem sektor pembuatan halal di kawasan berkenaan, pihak pemaju TH Properties telah melancarkan peluasan fasa terbaru iaitu Techpark 3, Enstek pada 16 November pada tahun ni, yang mana melibatkan kawasan seluas 652.19 ekar.
Pada masa yang sama, pembangunan MVV Industrial Park di Parcel B, Labu seluas 760 ekar yang terletak bersebelahan dengan Techpark Enstek juga kini dalam peringkat pertimbangan kelulusan Kebenaran Merancang yang mana sekiranya direalisasikan, dapat mencapai nilai pembangunan kasar, GDV sehingga 2.8 bilion ringgit. Pembangunan ini dijangka bakal dilancarkan pada tahun hadapan iaitu tahun 2024.
Selain itu, SME Business Park di Nilai Impian juga merupakan managed industrial park pertama di Negeri Sembilan. Pihak pemaju akan meluaskan kawasan perindutrian berkenaan dengan pembangunan SME 2, 3 dan 4 melibatkan keluasan 132 ekar dengan anggaran nilai pembangunan kasar menjangkau 950.0 ringgit juta. SME Business Park 2 melibatkan keluasan sebanyak 29.39 ekar. Manakala SME 3 dan 4 pulak seluas 103.54 ekar ini dalam peringkat perancangan bagi pembangunan akan datang. Antara kawasan pembangunan perindustrian lain turut melibatkan Pekan Sungai Gadut iaitu seluas 96.52 ekar.
Kesemua pembangunan kawasan perindustrian baru ini telah dirancang bagi memberi faedah limpahan pembangunan kepada kawasan berhampiran yang sedia ada. Manakala bagi memastikan kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik, jaringan internet dan
gas di kawasan tersebut mencukupi bagi pihak industri tanpa memberi kesan kepada rakyat sekeliling, diambil kira dan diteliti secara teknikal di peringkat OSC Pihak Berkuasa Tempatan bagi pertimbangan Kebenaran Merancang. Bahkan skala pembangunan seperti ini turut diteliti dan dipertimbang di peringkat Jawatankuasa Perancang Negeri ataupun SPC. Semua inisiatif pembangunan ini direncanakan bagi memastikan pelaburan ke Negeri Sembilan kekal kompetitif bagi merancakkan pembangunan, meningkatkan ekonomi, membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2022, Negeri Sembilan telah mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak 8.0 bilion ringgit, dan daripada jumlah itu, 6.6 bilion ringgit adalah merupakan pelaburan asing, Foreign Direct Investment, dengan pelaburan terbesar daripada Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. dengan jumlah pelaburan sebanyak 6.2 bilion bagi projek membina kilang pembuatan sel bateri kenderaan fasa kedua. Pelaburan lain yang diterima daripada syarikat Dutch Lady Milk Industry Berhad dengan pelaburan bernilai 450,000.00 ringgit, maaf, 450.0 juta ringgit bagi kerja-kerja pembinaan fasiliti di Bandar Baru Enstek. Diikuti dengan pelaburan daripada Syarikat Mahsuri Malaysia Sdn. Bhd., Macfood Services (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Ajinomoto (Malaysia). Jumlah pelaburan ini dijangkakan mampu menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, bagi tahun ini, berdasarkan data rasmi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Sembilan, Negeri Sembilan mencatatkan prestasi pelaburan yang kekal positif sehingga suku kedua tahun 2023 iaitu sebanyak 1.95 bilion yang mana terdapat peningkatan kenaikan sebanyak 30% berbanding dengan pencapaian pada suku kedua tahun 2022 iaitu 1.48 bilion. Negeri Sembilan mengan, mengunjurkan tambahan rekod pelaburan sehingga 5.0 bilion bagi tahun 2023. Angka ini diunjurkan berdasarkan kepada rekod kelulusan di peringkat Invest Negeri Sembilan pada suku ketiga tahun 2023 adalah sebanyak 1.57 bilion ringgit. Dengan tambahan ini, in the pipeline, mencecah 3.0 bilion ringgit lagi. Dijangkakan pelaburan asing ini bakal meningkat dengan projek-projek baru asing yang sedang di dalam proses kelulusan MIDA bagi suku ketiga dan keempat tahun ini. Dengan projek seperti F&N Agrivalley iaitu sebanyak 1.0 bilion ringgit, projek Pusat Data – 1.0 bilion ringgit, pembesaran fasiliti ON Semiconductor – 900.0 juta ringgit, projek pemasangan kereta EV dan lain-lain lagi.
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga akan mempermudahkan keseluruhan proses dengan fasilitasi dari peringkat awal bagi memastikan kelancaran merealisasikan pelaburan dan pembangunan di Negeri Sembilan. Dan Kerajaan Negeri juga sentiasa bersedia dengan
kemasukan lebih banyak pelabur asing ke negeri ini dengan menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan industri baru dengan kerjasama pemaju swasta.
Dato’ Yang Dipertua, ini, apa yang saya telah pun jawab tadi meng, ia adalah telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chennah, Yang Berhormat Johol dan juga Yang Berhormat Mambau. Dan untuk tiga-tiga Yang Berhormat ni nanti saya akan bagi butiran secara details kepada mereka kerana masa tak berapa mengizinkan.
Dan yang akhir sekali untuk menjawab Yang Berhormat Sri Tanjung dan juga Yang Berhormat Lobak, yang senteri, yang sentiasa prihatin kepada nasib rakyat. Yang Berhormat Lobak dan juga Yang Berhormat Sri Tanjung telah pun menyuarakan kebimbangan mereka terhadap isu kos pengurusan pengu, pengebumian yang terlalu tinggi oleh masyarakat bukan Islam. Dan sebenarnya dalam jawapan lisan tadi saya telah pun menjawab apakah langkah yang akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Dan saya mohon Yang Berhormat kalau adanya isu-isu yang memerlukan bantuan Kerajaan Negeri, bolehlah tuju kepada pejabat saya ataupun mana-mana ahli Yang Berhormat, dan kami akan sentiasa membantu. Saya rasa itu sahaja yang saya ingin sampaikan untuk sesi penggulungan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan, dan salam Malaysia Madani. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2024. Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Behormat Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun yang telah membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani”. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan agensi yang telah menyediakan Belanjawan 2024. Kepada jabatan dan agensi di bawah Portfolio Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional Dan NGO, insyaaAllah kita akan bekerja lebih gigih dalam memastikan belanjawan ini mencapai objektif dalam me, men, mensejahterakan rakyat di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, bagi menjawab perkara yang berbangkit berkenaan insentif untuk badan bukan kerajaan (NGO), yang diajukan oleh Yang Berhormat Lukut, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong badan-badan bukan kerajaan dalam usaha memajukan dasar serta memainkan peranan dalam membangunkan sektor sosio, sosio ekonomi negeri kita. Kerajaan Negeri tidak menyediakan suatu peruntukan khas bagi membantu mana-mana badan NGO di Negeri Sembilan. Ini adalah kerana peruntukan yang disalurkan untuk kese,
kesejahteraan rakyat telah disalurkan melalui insentif-insentif tahunan yang dikelolakan oleh agensi-agensi kerajaan serta Pusat Khidmat ADUN. Dato’ Yang Dipertua, walau bagaimanapun sebarang NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia boleh memohon peruntukan dengan Kerajaan Negeri tertakluk kepada peruntukan sedia ada.
Dato’ Yang Dipertua, berkenaan soalan Yang Berhormat Klawang, mengenai isu untuk mengada, mengadakan insentif general health screening bagi mencegah, pencegahan awal penyakit dan disalurkan dalam bentuk promosi dan program amalan gaya hidup sihat, insentif, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau National Health Screening Initiative (NHSI) merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Inisiatif ini bertujuan memperkasakan kawalan kesihatan kendiri dalam memastikan individu, keluarga dan komuniti mempunyai keupayaan, kemampuan serta kemahiran dalam menangani ancaman penyakit tidak berjangkit. Perkhidmatan saringan kesihatan ini disediakan di semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan secara percuma.
Selain itu NHSI juga di, dilaksanakan di luar fasiliti kesihatan contohnya semasa program bersama wakil-wakil penduduk setempat dan aktiviti melibatkan sukarelawan kesihatan seperti My Champion, Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Jelajah ANMS, Wellness on Wheel dan Wellness Hub secara percuma. Keputusan saringan individu yang disaring akan direkodkan ke dalam MyVAS dan akan terpapar di dalam aplikasi MySejahtera individu. Berdasarkan keputusan lengkap saringan yang dilakukan, pemeriksaan kesihatan yang lebih menyeluruh serta rujukan lanjut kepada pakar bidang perubatan yang berkaitan akan dilakukan. Dengan pendekatan holistik ini, NHSI bukan, bukan hanya sebuah inisiatif saringan tetapi juga suatu langkah ke arah peningkatan kesedaran kesihatan masyarakat. Kesannya diharapkan dapat merangsang ke, tanggungjawab individu terhadap kesihatan diri serta menyokong pembinaan masyarakat yang sihat dan lestari.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Klawang di atas nasihat dan pening, peringatan kepada seluruh rakan-rakan Yang Berhormat dan warga Negeri Sembilan berkenaan larangan merokok di tempat yang telah diwartakan semalam. Nanti jangan pula ada yang minta untuk pengurangan nilai kompaun apabila dikenakan tindakan oleh penguatkuasa kesihatan. Saya yakin Yang Berhormat Klawang dan yang lain sayang dan, akan rakan-rakan Yang Berhormat. Betul tak Yang Berhormat Klawang? Saya mendoakan agar Yang Berhormat semua sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tercinta.
Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, saya berdiri di hadapan ahli Yang Berhormat sebagai Exco Kesihatan, komitmen terhadap kesejahteraan rakyat kita di Negeri Sembilan. Hari ini saya mendesak sokongan ahli Yang Berhormat dalam pelaksanaan larangan merokok menyeluruh di dalam Bangunan Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Cadangan ini tidak hanya selaras dengan peraturan dan Akta Larangan Merokok, tetapi juga langkah penting untuk menjaga kesihatan dan produktiviti badan regulatif kita. Merokok seperti yang kita, yang kita sedar dengan jelas bahawa kesan buruk kepada kesihatan manusia. Lebih daripada 16.0 juta orang Amerika hidup dengan penyakit yang disebabkan oleh merokok. Dan untuk setiap kematian, keberkaitan merokok 30 individu bergelut dengan penyakit serius.
Di samping Malaysia, di Malaysia kira-kira 20,000 kematian berlaku saban tahun dan 2.9 bilion ringgit Malaysia dihabiskan untuk merawat penyakit-penyakit hasil dari amalan merokok. Itu adalah 0.6% dari GDM Malaysia dan kira-kira 16.5% dari belanjawan yang diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah fakta yang sudah terbukti bahawa perokok menyebabkan kanser, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, kencing manis dan penyakit paru-paru obstruktif kronik, kesannya meluas kepada peningkatan risiko tuberculosis, penyakit mata, gangguan sistem imun dan arthritis rheumatoid.
Asap rokok kedua seakan teman yang licik kepada merokok secara langsung menyumbang kepada kira-kira 41,000 kematian dalam kalangan dewasa yang tidak merokok dan 400 kematian dalam kalangan bayi setiap tahun di Amerika. Okey, ia adalah kenyatakan yang menyatakan bahawa asap rokok kedua (second hand smoke) menyebabkan strok, kanser paru-paru dan penyakit jantung koronari dalam kalangan dewasa. Manakala kanak yang terdedah terhadap risiko tinggi sindrom kematian bayi mendadak, jangkitan saluran pernafasan akut, penyakit telinga tengah, asma yang lebih teruk, simptom pernafasan dan pertumbuhan paru-paru yang terjejas.
Dengan bukti yang mengesahkan ini, saya mohon agar Yang Berhormat menyokong usaha, usaha larangan merokok di dalam Dewan kita yang mulia. Peranan kita sebagai pemimpin menuntut komitmen kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita. Dan dengan menerima larangan ini, kita menyampaikan mesej tanggungjawab kepada rakyat yang kita wakili.
Dato’ Yang Dipertua, selanjutnya untuk menangani kepada merokok, saya mencadangkan penubuhan ruang luar atau satu ruang yang
ditetapkan dengan kemudahan yang sesuai. Ini akan membolehkan individu membuat pilihan untuk merokok secara bertanggungjawab tanpa membahayakan kesihatan rakan di sekeliling kita. Pengetahuan seperti ini sejajar dengan komitmen kita kepada kebebasan peribadi sambil menjaga kesihatan kolektif. Saya juga mencari sokongan tak ternilai dari Yang Dipertua dalam usaha ini. Dengan sokongan yang mulia kita dapat menyampaikan mesej yang berkesan kepada Dewan Undangan Negeri kita, mengutamakan kesihatan, menetapkan contoh tingkah laku yang bertanggungjawab dan memastikan kesejahteraan semua yang memasuki Dewan ini. Mari kita bersatu dalam usaha ini untuk melindungi kesihatan, alam sekitar dan generasi masa depan. Terima kasih atas perhatian ahli Berhormat dan saya berharap untuk mendapatkan sokong ahli Berhormat dalam perkara, perkara ini.
Untuk menjawab, untuk menjawab apa ni, soalan daripada YB Jeram Padang, bagi perkhidmatan yang disediakan di hospital kerajaan, kos rawatan pesakit adalah di bawah tanggungjawab, adalah di bawah tanggungan kerajaan. Di Negeri Sembilan, terdapat 7 buah hospital kerajaan dan 7, dan ketujuh-tujuh hospital mempunyai Unit Hemodialisis. Kos rawatan untuk seorang pesakit di hospital kerajaan sebulan, 3 kali seminggu iaitu 13 sesi ialah anggaran 1,500.00 hingga 1,800.00 ringgit yang dibiayai oleh kerajaan. Bayaran yang dibayar oleh pesakit adalah sebanyak 13.00 ringgit/sesi, 156.00 ringgit sebulan sahaja. Rawatan termasuk ubatan seperti EPO, iron supplement dan juga ubat-ubatan lain untuk penyakit kronik. Manakala bayaran separuh harga bagi pesakit warga emas iaitu 6.50 sen, [ringgit]6.50 sen/sesi, kira sebulan [ringgit]84.50 sen sebulan. Dan bayaran percuma bagi staff kerajaan, ibu bapa staff kerajaan, dan suami/isteri staff kerajaan, penerima Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).
Bagi perkhidmatan di hospital atau pusat dialisis swasta, pasa, pesakit yang mempunyai kelayakan tertentu boleh memohon tajaan JPA, PERKESO, MAINS, agensi-agensi lain atau badan-badan amal. Pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah memulakan Skim Tabungan Inisiatif Bantuan Dialisis Kos Rawatan Pembedahan AV Fistula bagi pesakit kurang berkemampuan yang memerlukan rawatan hemodialisis. Untuk makluman, untuk makluman, pusat dialisis di bawah kelolaan MAINS ialah, nombor 1: Pusat Dialisis Wakaf Annur Rembau; nombor 2: Pusat Dialisis Wakaf Annur Senawang; nombor 3: Pusat Hemodialisis MAINS PNB USIM di Nilai.
Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya membaca serangkap pantun.
Belanja rakan makan di Ampangan, Tempat indah suasana nyaman, Bajet belanjawan sudah dibentangkan, Harap dapat memberi kesenangan.
Saya juga berharap seluruh, seluruh warga kerja jabatan dan agensi untuk bekerja lebih sistematik untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Sembilan. Di kesempatan ini saya ingin, saya juga ingin merakam ucapan takziah kepada keluarga almarhumah Puan Roslina binti Azali; Ketua Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan almarhum Encik Samsul Kahar bin Alias; Pegawai Perpaduan Daerah Jempol di atas pemergian mereka. Semoga, semoga mereka berdua digolongkan di kalangan orang beriman.
Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW, maksudnya sesungguhnya Allah azzawajalla mencintai seseorang yang, seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja dilaksanakan dengan cemerlang. Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsath. Bekerjalah dengan penuh ketekunan dalam menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan daripada seseorang sebagaimana yang dikehendaki oleh orang tersebut, tanpa kurang sedikit pun, dengan sempurna. Mungkin disertai dengan usaha yang kuat, agar tidak terlewat daripada waktu yang telah ditetapkan. Akhir kalam, semoga kita semua dapat menjaga nikmat perpaduan yang ada di negeri ini serta menjaga kesihatan diri dan keluarga agar negeri ini terus mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah SWT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Tula deh, Linggi bangun ni pun dia terperanjat sebenarnya walaupun jiran dengan Ampangan. Saya rasa kalau larangan merokok ni besok dia just dengan apa nama ni penanam-penanam tembakau ni kita mintak Exco kanan-lah besok jelaskan. Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya bangun untuk menjawab beberapa soalan yang telah ditimbulkan dalam perbahasan yang baru lalu.
Soal yang pertama daripada Yang Berhormat Johol iaitu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan menerusi MOSTI adalah perlu untuk memanfaatkan peruntukan yang disediakan dalam bidang pendigitalan. Untuk makluman semua, kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi ataupun MOSTI adalah penting untuk memanfaatkan peruntukan yang disediakan dalam bidang pendigitalan. Dasar Sains Teknologi Dan Inovasi Negara ataupun DSTIM 2021 sehingga 2030 merupakan komitmen kerajaan
dalam memanfaatkan mengguna dan memajukan sains dan teknologi ke arah pendigitalan. Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui MOSTI memungkinkan pemanfaatan peruntukan yang disediakan dalam bidang pendigitalan. Ini termasuk peruntukan untuk memacu pendigitalan dengan lebih baik, memajukan sains dan teknologi serta memastikan teknologi yang dibangunkan memberi manfaat kepada semua. Antara manfaat yang boleh kita perolehi adalah seperti memperkukuhkan pendigitalan sektor awam dan swasta, memajukan sains dan teknologi ke arah yang lebih maju serta memastikan teknologi yang dibangunkan memberi manfaat kepada semua.
Bila kita membicarakan soal jenis kerjasama yang boleh dibina, berikut adalah beberapa contoh kerjasama yang mungkin kita boleh lakukan. Pertamanya ialah soal bidang pendigitalan, bidang pembangunan infrastruktur, bidang pendidikan, bidang kesihatan, bidang ekonomi serta bidang kebudayaan dan pelancongan serta bidang alam sekitar. Ini hanyalah beberapa contoh kerjasama yang boleh dibina dengan Kerajaan Persekutuan. Jenis kerjasama yang sesuai akan bergantung kepada keperluan dan matlamat yang ingin kita capai. Kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan melalui MOSTI adalah penting untuk manfaatkan peruntukan yang disediakan dalam bidang pendigitalan. Ini memungkinkan pemanfaatan peruntukan tersebut untuk memacu pendigitalan yang lebih baik, memajukan sains dan teknologi serta memastikan teknologi yang dibangunkan memberikan manfaat kepada semua.
Yang kedua, Dato’ Yang Dipertua ialah soal yang ditimbulkan oleh daripada ADUN Lobak. Dan saya ambil kesempatan ini untuk menjelaskan serba sedikit tentang soal teknologi dan juga digital yang ada pada hari ini. Untuk makluman semua ahli-ahli Yang Berhormat dan juga mereka yang mendengar, mengikuti secara langsung sidang Dewan pada hari ini, pihak Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia ataupun MCMC dan Digital Nasional Berhad (DNB) juga sedang membangunkan pelaksanaan rangkaian 5G dengan perancangan sebanyak 230 tapak yang telah bermula pada suku ketiga tahun 2022 melalui pembinaan struktur baharu serta struktur sedia ada yang bertumpu di kawasan utama di setiap daerah di Negeri Sembilan. Setakat suku ketiga tahun 2023, sebanyak 171 tapak 5G telah dibangunkan dan siap beroperasi. Manakala baki sebanyak 59 tapak masih dalam pelaksanaan sehingga penghujung tahun 2023. Manakala kadar liputan rangkaian 5G di kawasan berpendudukan ataupun CoPA di Negeri Sembilan telah mencapai sebanyak 63.6%.
Selain daripada itu, kita juga sedang, di Negeri Sembilan terdapat 51 buah Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDi di Negeri Sembilan yang menawarkan penyediaan akses internet secara kolektif dan meningkatkan peningkatan taraf sosioekonomi masyarakat melalui penyediaan latihan berasaskan ICT. Oleh yang sedemikian pihak Kerajaan Negeri dengan usaha sama pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) dengan penyedia perkhidmatan akan melaksanakan projek Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDi yang baharu di 11 lokasi di Negeri Sembilan untuk merealisasikan aspirasi Kementerian Komunikasi Dan Digital ataupun KKD melalui Inisiatif Satu DUN Satu PEDi. Pewujudan, pengwujudan 11 buah PEDi baru ini adalah dikhususkan di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri yang tidak mempunyai PEDi di kawasan tersebut. Senarai 11 lokasi kawasan DUN yang terlibat dalam pelaksanaan ini adalah kawasan DUN Sikamat, DUN Ampangan, DUN Temiang, DUN Johol DUN Pilah, DUN Seri Menanti, DUN Bukit Kepayang, DUN Mambau, DUN Rahang, DUN Seremban Jaya dan juga DUN Chuah. Sasaran bagi pelaksanaan tambahan 11 buah PEDi baru ini disasarkan bermula pada akhir Disember 2023. Oleh yang sedemikian, sokongan dan kerjasama kesemua ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam pelaksanaan PEDi baharu ini adalah perlu bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan jayanya mengikut perancangan dan sasaran masa yang ditetapkan.
Untuk makluman semua, ini ada tambahan tentang soalan yang ditimbulkan oleh ADUN Lobak. Setakat suku tahun kedua 2023, kadar penebusan jalur lebar talian tetap bagi 100 premis di Negeri Sembilan adalah sebanyak 44.6%. Bagi kesediaan sambungan gentian optik di kawasan DUN Lobak terdapat 4,096 premis disediakan di kawasan tersebut. Manakala terdapat satu Pusat Ekonomi Digital ataupun PEDi di Rumah Pangsa Templer yang menawarkan kemudahan penyediaan akses internet secara kolektif dan meningkatkan peningkatan taraf sosio ekonomi masyarakat melalui penyediaan berasaskan ICT, keusahawanan dan juga multimedia. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lobak pihak, Unifi ya, telah pun nak memasang di beberapa kawasan PPRT dan juga Rumah Pangsa KPKT DUN Lobak dengan langganan seperti berikut: flat MBS – 38%, Rumah Pangsa PPRT Lobak – 28%, Rumah Pangsa Jalan Tun Dr. Ismail -50%, Flat Bunga Raya, Seroja, Kemuning dan juga Melur 68%.
Selain daripada itu, kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi Dan Digital telah memperkenalkan Inisiatif Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet) dengan kelajuan sehingga 30 megabit per second bersama data tanpa had dengan hanya bayaran sebanyak 69.00 ringgit sebulan. Pakej ini dia tak diberi secara automatik, jadi pengguna perlu
memohon untuk mendapatkan inisiatif ini. Pakej ini memang 30% lebih murah daripada pakej yang disediakan untuk orang lain. Pakej semasa adalah sebanyak 99.00 ringgit sebulan. Dan tujuan inisiatif ini adalah untuk mengurangkan bebanan golongan sasar iaitu golongan B40, veteran angkatan tentera dan juga pesara dan juga agensi penguatkuasa yang kurang upaya serta warga emas. Sehubungan dengan itu, semua pihak boleh berhubung dengan penyedia perkhidmatan yang terlibat bagi mendapatkan perincian lanjut berkenaan inisiatif ini.
Maklum balas daripada orang awam bagi kawasan masalah perkhidmatan adalah amat dialu-alukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Repah, kita rehat dulu. Kita, kita sambung eh, kita sambung pukul 2:30. Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 1.01 petang ]
[Mesyuarat Dewan disambung semula pada jam 2.35 petang]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Kita sambung perbahasan penggulungan oleh pihak kerajaan.
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum WBT. Sebelum saya memulakan penggulungan bagi pihak kerajaan, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Jabatan Pertanian dan FAMA di atas promosi buah-buahan tempatan pada tengah hari ini. Bagi, bagi pihak ahli Dewan dan jugak ketua-ketua jabatan, ramai ahli-ahli Yang Berhormat belum masuk. Sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker makan durian ni pun tak boleh banyak dia bahaya tetapi saya tidak menghentikan daripada makan durian. Kita kurangkan makan durian, boleh terus makan durian tapi kurang. Begitu jugak macam Yang Berhormat Ampangan sebut tadi, jangan tiba berhenti merokok, bahaya Dato’ Speaker, kurangkan. Sebagai permulaan Dato’ Yang, Dato’ Speaker, tapi saya ucap terima kasihlah kepada ADUN Ampangan di atas tazkirah yang memberi manafaat kepada rakan-rakan yang hisap rokoklah. Jadi saya harap rakan-rakan semua.
Bismillahirrahmanirrahim assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, salam Negeri Sembilan Bersih Muafakat Dan Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Speaker pertama sekali saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, juga yang Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah mengemukakan pertanyaan serta memberikan pandangan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan, Kos Sara Hidup Dan Juga Kemajuan Desa Perladangan Dan Komoditi sewaktu sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 di Dewan yang mulia ini. Terdapat 15 orang ADUN, terma, 16 termasuk ADUN Serting, yang telah membahaskan dan membangkitkan isu di bawah kedua-dua portfolio yakni ADUN Johol, Gemas, Lenggeng, Seri Menanti, Jeram Padang, Lukut, Seremban Jaya, Sungai Lui, Juasseh, Chennah, Sri Tanjung, Labu, Kota, Gemencheh, Chembong dan juga Serting. Semua Yang Berhormat ADUN telah membangkitkan pelbagai isu. Ada isu yang sama dan ada juga isu yang berbeza. Saya mendengar dengan penuh teliti setiap perbahasan daripada ahli-ahli Yang Berhormat dan selepas saya buat penelitian, terdapat lebih kurang 33 isu sahaja berkaitan perkara yang dibangkitkan. Saya menyedari bahawa semua isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN semua adalah bertujuan untuk memakmurkan Negeri Sembilan sekaligus bersama-sama dalam mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk “Bersama Membina Negeri Madani”. InsyaaAllah saya akan memberikan maklum balas dalam jangka masa yang ditetapkan dan saya berharap agar jawapan-jawapan yang diberikan akan menjawab semua persoalan yang timbul. Dan sebelum itu jika ada perkara yang tidak dapat saya jawab, maka saya akan hantar secara jawapan bertulis.
Pertama Dato’ speaker bagi menjawab pertanyaan dan juga perkara yang ditimbulkan oleh ADUN Johol yang membangkitkan berkenaan dengan keterjaminan bekalan makanan ruji di Negeri Sembilan dan juga berkenaan dengan pelbagai program jualan murah di Negeri Sembilan seperti Agro Madani, Jualan Rahmah dan Jualan Negeri Sembilan Prihatin. Isu Jualan Agro Madani juga telah membangkitkan oleh ADUN Lukut, Sri Tanjung dan Kota.
Untuk makluman ahli Yang Berhormat pengukuran indikator bagi menggambarkan ketersediaan bekalan makanan yang mempunyai permintaan tinggi di Negeri Sembilan dikira menerusi kiraan kadar kecukupan makanan. Ianya mengambil kira komoditi ataupun keluaran bekalan makanan terpilih yang menjadikan kegunaan utama di Negeri Sembilan melalui kiraan penggunaan per kapita dan melihat peratusan setelah dibandingkan dengan sumbangan pengeluaran hasil makanan di Negeri Sembilan. Perkara ini merupakan soalan lisan daripada Yang Berhormat ADUN Rantau juga pada hari pertama, bagi sesi pertanyaan lisan.
Dan untuk, saya nak jelaskan, untuk tanaman sayuran sebahagiannya telah mencapai sumbangan melebihi 100% bagi kebenaran Negeri Sembilan, Dato’ Speaker yakni bendi – 106% terung – 166%. Bagi tanaman sayuran yang berada pada paras 70% ke atas pula adalah bayam – 82%, sawi – 94% kacang pandang, kacang panjang – 73%. Tumpuan harus diberikan kepada tanaman cili kerana pada tahun 2022 hanya mencatatkan 32% dan kita perlu pergiatkan pengeluaran kerana masih bergantung kepada negeri-negeri sekitar.
Bagi buahan pula, Dato’ Yang Dipertua, tanaman seperti nangka, manggis, durian, belimbing dan buah naga sudah melebihi dari keperluan. Malah kita menyumbang kepada penggunaan di Lembah Klang. Bekalan ini akan menjadi lebih dan juga lambakan kepada permintaan rakyat di Negeri Sembilan untuk 5 tahun yang akan datang. Dan insyaaAllah, Kerajaan Negeri sedang merangka tentang kualiti dan juga penyediaan pemasaran yang boleh memberikan pendapatan lebihan kepada pengusaha-pengusaha bagi item-item yang telah saya sebutkan. Tumpuan harus diberi kepada tanaman seperti jambu batu – 69%, pisang – 74%, betik – 44% dan nenas yang paling rendah sekali Dato’ Yang Dipertua, 6% kerana masih lagi di bawah paras kecukupan negeri.
Perlu diakui dengan sekitar lebih kurang 800, untuk padi Dato’ Yang Dipertua, perlu diakui sekitar lebih kurang 800 hektar kawasan padi buat masa ini dengan purata hasil sekitar 4 tan sehektar, kita masih jauh untuk mencapai kecukupan bagi tanaman padi. Ini kita tak boleh nafikan. Seperti yang telah saya sebut dalam jawapan-jawapan soalan lisan, Kerajaan Negeri sekarang ni melipat kali gandakan dalam soal kemudahan infrastruktur pengairan padi, dalam soal mengerjakan dan menguruskan tanah-tanah terbiar untuk mendatangkan minat serta me, apa orang kata, mempromosikan lagi produk-produk dan jugak aktiviti penanaman padi untuk meningkatkan sumbangan kepada 13% sahaja menjelang tahun 2024. Kita tak boleh lebih daripada itu, Dato' Yang Dipertua, the maximum percentage yang, dengan izin, yang kita boleh capai 13% pada tahun 2024.
Berkaitan dengan cadangan penambahbaikan program Jualan Agro Madani, yang dijeni, yang dijenamakan semula daripada Jualan Negeri Sembilan Prihatin, kita mengucapkan terima kasih atas saranan dan cadangan insyaaAllah setiap perkara, cadangan itu akan diberikan perhatian dan juga diambil kira sebagai salah sebahagian daripada pendekatan yang, yang akan dilakukan oleh kerajaan.
Cadangan Yang Berhormat tentang berkaitan dengan program apa ni, pembekalan telur dan jugak tentang penglibatan pembekal tempatan
terhadap Jualan Agro Madani ini akan dapat, akan dilaksanakan mengikut keadaan dan suasana. Tentunya setiap program jualan prihatin, Jualan Agro Madani, sesi libat urus dan juga rujukan akan dilakukan bersama dengan ahli-ahli Yang Berhormat di, bagi setiap kawasan DUN yang terlibat.
Bagi tahun 2024, Dato’ Yang Dipertua, pelaksanaan akan diteruskan malah menggabungkan, ini saya nak sebut, kita tiada, kita ada jualan ladang kita ada Jualan Nismilan Prihatin, kita ada Jualan Rahmah, tetapi bagi tahun 2024, kesemuanya itu akan digabungkan dan dinamakan, seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, ADUN Sikamat dalam perbelanjaan, belanjawan tempoh hari sebagai Jualan Agro Madani yang boleh memberikan impak lebih banyak dan juga semaksima mungkin kepada masyarakat dan penduduk di seluruh Negeri Sembilan.
Johol juga membangkitkan berkaitan dengan isu pemilikan tanah oleh masyarakat Orang Asli yang menyukarkan mereka yang ingin memohon pinjaman dari mana-mana institusi kewangan komersial dengan tujuan untuk membina rumah sendiri. Kawasan penempatan Kampung Orang Asli adalah kawasan yang di-reserve sama ada seksyen 6 atau 7 Akta Orang Asli. Kedua-dua seksyen ini, Dato’ Yang Dipertua, tidak mempunyai geran individu dan Ketua Pengarah sebagai Pegawai Pengawal terhadap kawasan tersebut. Peraturan untuk tujuan membina rumah terletak kepada kerajaan, terletak kepada Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan seperti KKDW untuk menggubal berkaitan dengan kegunaan tanah rizab.
Untuk menjawab sebagai soalan daripada ADUN Gemas yang berkaitan dan membangkitkan isu peruntukan khas kepada petani berskala kecil di Negeri Sembilan. Isu yang lebih kurang sama diungkitkan dan dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lenggeng. Dan isu ini juga telah pun saya jawab secara detail dalam ses, semasa sesi pertanyaan jawapan lisan. Tetapi ADUN Gemas membangkitkan dalam soal yang berkaitan dengan, tentang kadar sara diri bagi daging seterusnya menjamin sekuriti bekalan daging negara khususnya di Negeri Sembilan. Untuk makluman Dewan, Yang Berhormat Gemas juga, untuk makluman kesemua ahli Dewan, saya ingin menyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, ada satu projek khas kerjasama antara Kerajaan Negeri dan syarikat swasta iaitu syarikat F&N, sedang dalam proses perancangan untuk dijalankan dilaksanakan. Syarikat F&N akan membangunkan satu projek lembu tenusu mega di Gemas, untuk makluman ADUN Gemas ya, projek ini dijangka akan bermula pada tahun 2024. Syarikat ini juga telah memulakan kerja-kerja awal di tapak projek. Sasaran F&N, apabila projek ini beroperasi secara kapasiti penuh, mereka akan
dapat membela 20,000 ekor lembu tenusu. Mereka menjangkakan kapasiti penuh itu akan dapat dicapai dalam tempoh seawal 4 tahun. Maknanya by 2028, 20,000 ekor lembu akan berada di kawasan projek ataupun di kawasan operasi.
Kaedah pembiakan secara perma, permanian beradas (Artificial Insemination – AI) akan digunakan bagi projek ini. Dalam kaedah AI, semen beku lembu jantan akan disuntik ke lembu betina bagi menghasilkan anak. Tiada lembu penjantan yang akan digunakan di ladang untuk membuntingkan lembu betina. Ini konsep dan kaedah yang akan digunakan. Dalam kaedah AI, Syarikat F&N akan menggunakan semen di mana jantina anak yang bakal dilahirkan dipilih sebelum suntikan AI dibuat. Bagi projek lembu tenusu, hanya semen yang menghasilkan anak lembu betina sahaja yang akan dipilih. Tetapi walau bagaimanapun apa pun usaha yang dijalankan peratus kejayaan ini adalah hanya sebanyak 90% sahaja. Ini bermakna baki 10% daripada lembu yang disuntik ini akan tetap menghasilkan anak Jantan. Anak jantan yang dilahirkan ini akan dijual sebagai lembu pedaging kepada penternak dan pengusaha yang berminat.
Dianggarkan lebih kurang 200 ekor lembu jantan akan dihasilkan dalam, dari projek ini setiap tahun bermula tahun 2024. Selepas 5 tahun projek berjalan iaitu pada tahun 2029 nanti, produktiviti 2,000 ekor lembu betina yang dibawa masuk di peringkat awal projek akan mula menurun. Maknanya kualiti ataupun susu yang dihasilkan itu akan menjadi bertambah kurang. Maka apabila ia menyebut, berkurangan, ia tidak lagi sesuai untuk dijadikan sebagai induk tenusu. Lembu-lembu ini akan dijual dan disembelih sebagai lembu pencen dan daging yang dihasilkan boleh menyumbang kepada pendekatan SSR (self sufficiency rate) bekalan daging tempatan untuk Negeri Sembilan. Kerajaan amat berharap agar projek yang dirancang ini berjaya dilaksanakan kerana saling menyumbang kepada peningkatan SSR susu lembu. Ia juga akan membantu menyumbang kepada peningkatan SSR lembu daging di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, bagi menjawab soalan daripada ADUN Lenggeng, yang memberikan cadangan berkenaan kenaikan kadar elaun Pengerusi dan Setiausaha JPKK. Untuk makluman Kerajaan Persekutuan memberikan elaun sebagai penghargaan sebanyak 500.00 ringgit sahaja, ADUN Lenggeng ya, 500.00 ringgit sahaja kepada setiap pengerusi JPKK dan juga 300.00 bagi Setiausaha. Tetapi Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran yang amat berhormat ADUN Sikamat telah mengekal dan bersetuju untuk mengekalkan kadar elaun sedia ada 500.00 ringgit dan 300.00 tetapi menambah dan menyumbang kepada elaun tersebut sebagai tambahan sebanyak
400.00 ringgit bagi Pengerusi dan 100.00 bagi Setiausaha. Maknanya kekal status quo bagi tahun 2024.
Yang Berhormat Lenggeng juga membangkitkan berkenan bantuan pertanian dan latihan untuk golongan belia di Lenggeng. Saya sudah maklumkan perkara ini tetapi secara detail-nya bagi DUN Lenggeng seramai 14 orang beliau melibatkan kawasan seluas 10 hektar dan telah menerima manafaat daripada program fokus kepada belia dan sebanyak 8 lokasi melibatkan kawasan seluas 8.5 hektar di bawah pembangunan tanah terbiar. Keseluruhannya melibatkan peruntukan Yang Berhormat, 277,080.00 ringgit, untuk makluman ADUN Lenggeng.
Bagi ADUN Seri Menanti yang membangkitkan berkenaan dengan peruntukan Komuniti Madani, Geran JPKK pada tahun 2024 dan kemudahan asas bagi mesyuarat, masyarakat Orang Asli. Peruntukan Komuniti Madani, Dato' Speaker, bagi komuniti yang layak 50,000 ke 100,000 yang diumumkan oleh PMX dalam Belanjawan 2024. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan komuniti setempat. Kerajaan juga menyediakan dana awalan sebanyak 1.0 bilion bagi program ini tetapi program ini adalah merupakan program peningkatan pendapatan yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti melibatkan 5 sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. Kerajaan komited di dalam melaksanakan program Komuniti Madani ini. Dan bagi tujuan itu belum ada lagi satu kata pemutus ke arah bentuk pelaksanaan bagi program yang berkenaan. InsyaaAllah apabila semuanya dan penyelarasan sudah dilaksanakan oleh Unit ICU Jabatan Perdana Menteri, maka program ini tentunya akan dapat diselaraskan di peringkat Negeri Sembilan.
Berkenaan dengan Geran Aktiviti JPKK, Dato’ Yang Dipertua, geran yang diterima oleh MPKK bagi sesi yang lepas adalah berjumlah 8,000.00 ringgit bagi setiap MPKK. Pecahan geran tersebut adalah seperti berikut Geran Aktiviti Dan Pengurusan 5,000.00, Geran Belia Dan Beliawanis adalah 3,000.00. Geran tersebut adalah dasar sedia ada dan akan diteruskan bagi semua JPKK bagi tahun 2024.
Bagi isu kemudahan asas kemudahan Orang Asli di DUN Seri Menanti, 2 kampung Orang Asli, ADUN Seri Memanti, Kampung Orang Asli Kampung Hulu Mampas, Terachi dan Kampung Orang Asli Langkap, kemudahan asas yang disediakan di 2 kampung Orang Asli ini bekalan elektrik dan bekalan air, sudah pun dilengkapkan. Cumanya bekalan air ini untuk makluman Yang Berhormat, sekarang ni dia menggunakan
kemudahan air asli tetap, ada pada sumber air bukit tetapi perkara ini akan dinaik taraf kepada bekalan air bersih oleh Kementerian KKDW ya.
Untuk lot sawah Seri menanti, saya dah sebut tadi jawapan, ketika soalan ADUN Juasseh pagi tadi.
Dan bagi menjawab soalan ataupun perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Jeram Padang yang berbangkitkan berkenaan dengan isu kerja naik taraf jalan bagi jalan Kampung Orang Asli Batu Peti. Untuk rekod Dewan yang mulia, JAKOA telah melaksanakan kerja membina jalan di perkampungan Orang Asli DUN Jeram Padang bermula tahun 2012 sehingga tahun 2023. Boleh dikatakan setiap tahun Dato’ Yang Dipertua, JAKOA melaksanakan kerja-kerja di DUN Jeram Padang ini. Dalam rekod JAKOA sebanyak 21 projek naik taraf jalan telah dilaksanakan di, di DUN Jeram Padang. Kerja pembinaan naik taraf terutamanya kepada jalan yang rosak, yang teruk. Pada tahun 2024 akan terus dilaksanakan dan terutamanya bagi jalan Kampung Orang Asli Batu Peti dan jugak Air Kuning.
ADUN Lukut membangkitkan, memberikan pandangan ya, majlis penghargaan dan apresiasi kepada barisan ahli pengurusan MPKK 2018-2023. Pandangan, saya ambil sebagai pandangan yang baik dan insyaaAllah Kerajaan Negeri akan atur mengikut waktu yang sesuai.
ADUN Seremban Jaya cadangan 50 ke 100 ekor anak ayam. ADUN Seremban Jaya, anak ayam dekat bandar dah tak boleh tu, YB Arul dia bagi tahu saya tak boleh. Dia kata, nanti bela ayam itu jiran komplen. Saya kata dengan YB Arul, ini Seremban Jaya jaga untuk rakyat Negeri Sembilan dia memperjuangkan rakyat Negeri Sembilan. Maka dengan itu, Kerajaan Negeri menggalak dan mengalu-alukan penglibatan penduduk kampung Seremban Jaya ya, untuk mengusahakan ternakan ayam kampung secara kecil-kecilan bagi menjana sumber pendapatan tambahan seterusnya mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat. Sehubungan dengan itu bagi membantu penduduk kampung yang berhasrat untuk menternak ayam kampung, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan ada menyediakan pakej bantuan berupa bekalan anak ayam kampung, dedak, ubat-ubatan di bawah Program Transformasi Ekonomi Desa. Bagi tahun 2023, sebanyak 80,000.00 diperuntukkan bagi program tersebut dan melibatkan 40 orang penerima bantuan. Bagi tahun 2024 pula, tambahan 20,000.00 lagi menjadikan 100,000.00, telah diluluskan bagi program ini dan sasaran penerima manfaat sebanyak minimum 50 orang. Penduduk kampung yang berminat untuk mendapatkan bantuan ini boleh mohon di Pejabat Veterinar Daerah seperti biasa. Ada
syaratnya YB ya. Jadi apabila dia ikut syarat tu dan kita akan beri kelulusan.
Untuk menjawab perkara yang ditimbulkan oleh ADUN Sungai Lui berkaitan dengan soal banci pertanian. Untuk makluman Dewan, Bantuan Pertanian Malaysia akan diadakan pada 7 Julai tahun 2024, yang merupakan bancian ke-4 selepas kemerdekaan. Saya mohon kerjasama daripada semua Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan dan Pembangkang untuk memberikan kerjasama di dalam proses bancian yang bakal dijalankan pada 7 haribulan Julai tahun 2024 nanti, insyaaAllah. Bancian pertanian 2024 melibatkan sektor tanaman, ternakan, perikanan, perhutanan, pembalakan yang mana sumber data primer merangkumi Data Bancaan Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2020 dan Malaysia Statistical Business serta sumber data pentadbiran meliputi semua Kementerian, agensi, jabatan yang melaksanakan aktiviti pertanian.
Berkenaan dengan balai raya ya, Yang Berhormat ADUN Lui, secara keseluruhan 6 balai raya dan dewan yang berada di bawah seliaan Pejabat dadah, Tanah Dan Daerah Jempol di DUN Sungai Lui, sepanjang tempoh 2018 dan 2023, dua balai raya dan dewan telah dibaik pulih, Kampung Serampang Indah dan juga Kampung Baru Air Hitam. Pemain, per, permohonan baik pulih balai raya ini di DUN Sungai Lui telah diangkat untuk pertimbangan dan akan dilaksanakan sebaik permohonan diluluskan.
Saya nak sentuh tentang Rumah Generasi Kedua yang disebut oleh ADUN Sungai Lui. Saya sebut sekali lagi, untuk rekod di Dewan yang mulia ini, di Negeri Sembilan masih terdapat 3 projek perumahan PGDF, PGBF yang terbengkalai oleh kerana kekurangan peruntukan. Pertama: Pasoh 4 – 150, Palong 12 – 150, Palong 16 – 210. Pasoh 4 – 55% siap, Palong 12 – 50%, Palong 16 – 45%. Kerajaan Negeri …..
Yang Berhormat Datuk Seri, Pasoh 3 Datuk Seri.
Pasoh 3? Pasoh 3, bukan sekarang ni dalam proses pembaikan?
Tak, yang tu Pasoh 2.
Oh Pasoh 2. Pasoh 3 ada, saya dah tertinggal. No, no sorry, Pasoh 3 – 150, Pasoh 4 tak ada. Ni DUN saya. DUN saya, saya bagi laluan kepada DUN Sungai Lui dulu. Kemudian saya akan buat DUN saya kemudianlah. Bagi 510 terbengkalai ni, Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri dan FELDA sedang dan proses lantikan konsultan bagi
mendapatkan kelulusan pembangunan semula ya. Dan kita sedang kaji sekarang ni apakah bentuk pendekatan terbaik untuk kita selesaikan masalah 510 ini. Saya yakin dan percaya apabila kesemuanya ni dapat kita timbulkan dan dapat kita bincang secara lebih detail, maka satu pendekatan yang lebih bersistem akan dapat kita ambil supaya program 510 kepada pembaikan rumah yang terbengkalai ini dapat kita laksanakan di peringkat Negeri Sembilan dahulu insyaaAllah. Ini pun sudah termasuk dalam program aspirasi perpaduan ketika, waktu kita menghadapi PRN tempoh hari.
Yang Berhormat ADUN Juasseh membangkitkan berkenaan dengan keseimbangan pembangunan infrastruktur di antara bandar dan luar bandar. Kerajaan Negeri sentiasa peka akan jurang pembangunan yang terdapat antara kawasan bandar dengan luar bandar, ADUN Juasseh, bagi tujuan tersebut RPNS ‘21 – ‘25 menerusi Bab 8 luar bandar mendasari pertumbuhan mampan dan inklusif yang telah dirangka bagi merancang pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar lebih teratur dan juga menyeluruh. Secara detail-nya akan saya sampaikan kepada Yang Berhormat ADUN Juasseh berkaitan dengan perkara rancangan pembangunan Negeri Sembilan 2021 – ‘28 ya, ‘25 sorry minta maaf.
Bagi jawapan ADUN Chennah, Yang Berhormat Chennah ada membangkitkan berkenaan dengan pelaksanaan pasar tani di Pekan Titi. Suka saya umumkan pada hari ini, di Dewan yang mulia ini, insyaaAllah saya, jabatan, pihak kerajaan, jabatan pertanian negeri akan berurusan dengan Majlis Daerah bagi mendapatkan kebenaran penggunaan tapak parkir Dewan Orang Ramai Titi untuk membuka pasar tani seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat ADUN Chennah. InsyaaAllah kalau tidak, semuanya tidak ada perkara tidak ada masalah, seawal suku tahun pertama 2024, maka satu lagi pasar tani akan dilaksanakan, dibuka di DUN Chennah seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat ADUN Chennah. Dan satu lagi di DUN Pertang di Dataran Simpang Pertang untuk dijadikan sebagai tapak pasar tani kekal. FAMA Negeri Sembilan juga mencadangkan agar pelaksanaan Jualan Agro Madani ni akan, yang menawarkan jualan barang keperluan harian yang segar dengan harga berpatutan yang akan menggunakan sepenuhnya tempat yang multipurpose seperti yang saya sebut di felda, di Pekan Titi dan jugak di Simpang Pertang sebentar tadi.
Yang berhormat ADUN Labu membangkitkan berkenaan dengan bantuan kepada petani dan penternak yang diberikan kepada yang, mereka yang benar-benar layak sahaja. Yang Berhormat yang ini juga saya dah sebut ketika saya menjawab ADUN Labu, Yang Berhormat ini juga saya dah sebut ketika sesi pertanyaan lisan. Kali ini kita teliti
secara terperinci. Kita tengok mana-mana penternak, mana-mana petani, mana-mana pengusaha yang betul-betul kompeten untuk kita bagi bantuan dan juga bagi peluang untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar kerajaan dalam produk-produk pertanian termasuk penternakan Yang Berhormat ya.
ADUN Kota yang membangkitkan isu yang sama, berkenan Jualan Agro Madani. Saya dah jawab tadi.
ADUN Gemencheh mencadangkan agar Jabatan Pertanian dan Jabatan Veterinar menyalurkan bantuan geran berkenaan kepada Kampung Orang Asli Sungai Lerek yang mana penduduknya berminat dan komited dalam penghasilan cendawan tiram dan ternakan kambing. Yang ini saya akan ambil perhatian ADUN Gemencheh, ADUN Gemencheh ya. Saya akan ambil tindakan ini kerana kita akan menjalankan pelbagai program pendekatan, penambahan pendapatan bagi masyarakat Orang Asli.
ADUN Chembong membangkitkan persoalan mengenai Persoalan mengenai isu tabika KEMAS di Mampung yang menumpang di Balai Raya Mampung. Ini juga adalah sama kes dengan ADUN, dengan ADUN Kota tak silap saya. Waktu soalan lisan. Yang mana tempat Tabika KEMAS menumpang di balai raya. Ini akan dilaksanakan dan juga akan diteliti satu persatu kerana sekarang ini masalahnya untuk naik taraf Tabika KEMAS yang berada di balai raya kita tak boleh buat kerana itu adalah bangunan balai raya. Yang ni peruntukan Kerajaan Persekutuan. Saya mencadangkan di Dewan hari tu supaya balai raya itu diserahkan kepada Tabika KEMAS untuk dibuat kerja-kerja pembaikan dan naik taraf.
Untuk makluman Yang Berhormat, Tabika KEMAS Mampung tidak ditutup ya, pengoperasian. Tak ada tutup Yang Berhormat ya. Tabika ini masih berstatus, beroperasi cuma menumpang sementara di Tabika Seberang Hampar. Bagi keselesaan kanak-kanak dicadangkan tabika ini beroperasi pagi dan petang kerana jarak kedua-dua tabika, tabika ini adalah 4 kilometer. Bagi, ni saya nak jelaskan sikit pasal Chembong ni, pasal status tanah tabika ya. Yang Berhormat timbulkan status tanah ya? Chembong.
Dato’ Speaker boleh saya pergi, minta penjelasan ataupun saya menjelaskan. Tabika KEMAS Mampung tu memanglah KEMAS tidak boleh menurunkan peruntukan dia. Jadi saya mengharapkan belas ihsan Kerajaan Negeri untuk baik pulih. Itu satu. Keduanya, sekiranya hak milik tanah tu yang menjadi persoalan, kita
percepatkan untuk diserahkan kepada pihak KEMAS Persekutuan. Dato’ Speaker, terima kasih.
Okey, saya ambil maklum Yang Berhormat ya. Cuma untuk makluman Yang Berhormat, yang membangkitkan jugak isu baik pulih rumah Orang Asli di Chembong dan isu berkenaan dengan Geran Aktiviti JPKK Orang Asli. Pada tahun 2024, JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima peruntukan bagi projek bantuan rumah Orang Asli, baik pulih dan bina baru sejumlah 1.11 juta iaitu 13 unit untuk dibina baru dan 10 unit untuk dibaik pulih. Pada tahun 2023, projek bina baru rumah satu unit telah dilaksanakan di Kampung Orang Asli Ulu Chembong. Justeru itu bagi tahun 2024, tiada perancangan untuk bina baru. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bina baru rumah Orang Asli ini sangat limited pada setiap tahun. Tetapi kita kena ambil kira ni 69 perkampungan Orang Asli yang perlu kita beri perhatian. Tetapi walau bagaimanapun Kerajaan Negeri juga akan memperuntukkan sebahagian ataupun peruntukan tertentu bagi membina rumah Asli yang berkeluarga Islam apatah lagi bagi membaiki rumah Asli yang betul-betul daif.
Yang Berhormat Dato' Speaker saya, akhirnya saya mengharapkan jawapan yang saya berikan terhadap perkara yang telah dibangkit dan dibahaskan oleh Yang Berhormat semua mendapat pencerahan kecuali ada satu dua tu saya akan hantar secara lisan dan bertulis. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Yang Berhormat Dato’ Speaker saya bangun sekali lagi bagi men, bagi menjalankan tanggungjawab untuk menggulung bagi pihak Yang Berhormat ADUN Palong. Suka saya mengambil perhatian penggulungan bagi Yang Berhormat ADUN Palong akan saya sampaikan secara bertulis kepada semua ahli Yang Berhormat ADUN yang terlibat. Terima kasih.
Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan salam Malaysia Madani. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan Belanjawan 2024 dengan tema “Aspirasi Perpaduan Bersama Membina Negara Madani”.
Dato’ Yang Dipertua menjawab soalan yang berhormat ADUN Lobak berkenaan mengapa sekitar 5,000 permohonan ekasih ditolak ya. Hasil semakan dari Sistem eKasih sehingga 30 November 2023 mendapati sebanyak 5,991 permohonan ditolak atas pelbagai sebab. Di antaranya
enggan bekerjasama, tidak dapat dikesan, apa, tiada sesiapa di rumah setelah 3 kali lawatan dibuat, tempat kediaman kosong, meninggal dunia dan penyisihan awal. Itu antara sebab mengapa permohonan ditolaklah YB ADUN.
Penjelasan. Kalau boleh maklumkan kepada DUN-lah. Kami mungkin akan susun. Jikalau tidak, dia tak, orang tak ada, tak kerjasama. Kadang kala you call orang pun takut, scammer call ke, orang tua pun tak berani nak jawab. Okey terima kasih.
Okey baik. Untuk makluman ahli Dewan yang mulia ini, dalam minggu ini sedang dilaksanakan program pemutihan data eKasih ya, melibatkan seluruh daerah bertujuan mengemaskini data individu dalam eKasih bagi memastikan status mereka dapat dikenal pasti sama ada miskin, miskin tegar ataupun bebas dari kemiskinan. Siasatan ini dilakukan oleh Pejabat Daerah melalui Unit Masyarakat yang diketuai oleh Penghulu dengan kerjasama wakil Pejabat Pembangunan Negeri. Proses ini penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan ke arah miskin sifar.
Dato' Yang Dipertua, menjawab soalan yang berhormat ADUN Lukut mengenai Pegawai JKM ya, bertugas di setiap pusat khidmat. Jabatan Kebajikan Masyarakat memandang perkara ini, mengambil tanggungjawab tentang perkara ini ya. InsyaaAllah jadual berkenaan pegawai yang bertugas di setiap daerah telah disediakan berdasarkan persetujuan Pusat Khidmat Masyarakat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di setiap daerah ini akan membantu dari segi penyediaan laporan, penyediaan penyata bayaran dan bencana dan siasatan kaji semula bantuan JKM. JKM juga akan memberi taklimat kepada petugas di pusat khidmat untuk lebih jelas berkenaan perkhidmatan bantuan JKM dan membantu pemohon-pemohon untuk mengisi borang JKM yang disediakan. Setakat ini maklumat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson telah mengambil maklum berkaitan perkara ini dan tindakan segera telah diambil dengan membuat jadual penugasan semula Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Khidmat DUN sebulan sekali mulai bulan Disember 2023. Jadual penugasan pegawai telah ditetapkan pada hari Khamis minggu kedua setiap bulan mulai 14 Disember 2023. Dan jadual penugasan telah pun diemelkan ke Pejabat YB ADUN. Sekian, itu, saya menjawab ya YB ADUN Lukut? Okey.
Dato’ Yang Dipertua, merujuk soalan Yang Berhormat, YB ADUN Juasseh mengenai apakah inisiatif dan usaha untuk memperkasakan wanita ya. Untuk, untuk menjawab soalan ini, mengikut pengiktirafan penyertaan wanita sebagai pembuat Keputusan, mula dikuatkuasakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-19 dan dasar sekurang-kurangnya 30% wanita di peringkat membuat keputusan diperkenalkan dalam sektor awam, memastikan penyertaan wanita di peringkat pengurusan tertinggi. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 pula, dasar ini ditambah baik dengan memasukkan penyertaan 30% wanita dalam sektor swasta perlu dicapai dalam meningkatkan pengurusan membuat Keputusan. Sehingga Disember 2022, untuk sektor awam, peratus jawatan awam wanita di peringkat keputus, membuat keputusan di gred Utama C dan ke atas adalah 38%. Bagi sektor swasta pula, peratus wanita sebagai ahli lembaga pengarah di 100 syarikat tersenarai awam teratas adalah pada 30.6% sehingga Jun 2023 mengikut laporan daripada Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun matlamat sekurang-kurangnya 30% telah dicapai namun pemantauwam, pemantauan akan terus dijalankan bagi memastikan peratusan wanita sebagai membuat keputusan akan terus meningkat dan tidak hanya di tahap 30% sahaja.
Usaha, usaha ini dapat, usaha dan inisiatif ini harus berterusan dan diambil kira dengan penglibatan wanita lebih meluas. Pencapaian ini bukan setakat memberi manafaat kepada kaum wanita tetapi membangun negara lebih mampan. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan bersama PHGEM akan bekerjasama dalam merangka program memperkasakan wanita. Untuk tahun 2024, 4 kelas, 4 kluster akan memberi fokus utama dalam program-program pembangunan wanita salah satunya wanita dan ekonomi, wanita sejahtera, wanita selamat, wanita dan kepimpinan.
Untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Juasseh, salah satu inisiatif Kerajaan Sembilan adalah Powerhouse Wanita Gemilang di mana program ini melibatkan manafaat kepada golongan wanita. Antaranya terdiri daripada program-program 5 kluster iaitu pendidikan, kesihatan, perundangan dan hak asasi, ekonomi dan alam sekitar. Salah satu program yang telah memberi impak yang tinggi adalah Program Simulasi Sidang Wanita di mana wanita diberi peluang menjadi ADUN sehari. Program ini telah diadakan selama 2 tahun dan berjaya melahirkan kepimpinan wanita di jawatan Exco wanita iaitu saya sendiri dan beberapa kepimpinan wanita dalam lantikan Ahli Majlis dan Pengerusi JPKK wanita. Selain itu, 50% daripada peserta yang mengikuti program PHGEM ini berjaya menjalankan operasi perniagaan mereka hanya dari rumah dan secara atas talian seperti aplikasi Facebook, Shopee PHGEM Mall, Instagram dan juga TikTok.
Dato’ Yang Dipertua, menjawab soalan Yang Berhormat Labu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membuat semakan. Syarat kelayakan berikutan kenaikan kadar garis kemiskinan iaitu akan
berkuatkuasa pada 2024 dari Ringgit Malaysia 1,169.00 kepada 1,198.00. Itu kadar yang baru ya.
Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Jeram Padang mengenai program CSR TNB di mana Jabatan Kebajikan Masyarakat menyokong sepenuhnya program dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh pihak TNB demi kebajikan masyarakat khususnya rakyat Negeri Sembilan. Oleh itu, JKM tiada halangan bagi melaksanakan program ini dan harus terus diberikan kepada Puan Yellamah a/p Subrareddy ya, YB Jeram Padang.
Dato’ Yang Dipertua, di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ucapan dan penghargaan kepada LPPKN, PHGEM, JKM, JPW, FAMA, Majlis Daerah Kuala Pilah, jabatan, Pejabat Daerah Kuala Pilah serta suruh warga kerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Negeri Sembilan Goes Orange bersempena majlis penutupan Bulan Keluarga Kebangsaan ‘23 di Dataran Melang minggu lalu. Orange day merupakan program tahunan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang isu keganasan terhadap wanita, kanak-kanak yang sejajar dengan kempen kebangsaan iaitu “16 Hari Membanteras Keganasan Terhadap Wanita”. Ini adalah salah satu program advokasi yang dilaksanakan untuk wanita. Manakala sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2023, ia bertujuan bagi meraikan perpaduan dan kepelbagaian setiap konsep utama kempen ini akan menyerahkan kepentingan peranan institusi kekeluargaan dalam membina generasi dan warga yang lebih baik.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan Pegawai Kewangan Negeri di atas keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat dan pemerkasaan wanita di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga peka mengenai perihal kanak-kanak, ibu tunggal serta warga emas yang mengalami masalah dari segi ekonomi dan sosial dalam, bawah Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga Dan Masyarakat. Ini jelas, ini jelas lagi di atas pembentangan Belanjawan 2024 terdapat pengkhususan sejumlah Ringgit Malaysia 1.5 juta bagi pemerkasaan wanita Negeri Sembilan dan inisiatif yang diperuntukkan sebagai contoh, bayi dan kanak-kanak yang berjumlah Ringgit Malaysia 1.6 juta, ibu tunggal sebanyak RM1.0 juta dan warga emas sebanyak Ringgit Malaysia 14.8 juta. Dato’ Yang Dipertua, hasrat saya untuk melihat wanita Negeri Sembilan terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi di peringkat yang lebih tinggi dan memanfaatkan inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Saya akhiri ucapan penggulungan saya dengan serangkap pantun.
Tak kalah dek lawan tak kekok dek zaman, Wanita sekarang bukan sebarangan, Tak gentar melawan tak kisah berdepan, Misi dan perjuangan menjadi panduan.
Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih. Okey, Repah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam Negeri Sembilan Bersih Muafakat Sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani. Pertama sekali saya ucapkan syabas dan tahniah atas pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ADUN Sikamat. Dan saya juga mengucapkan syabas dan tahniah ke atas semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam belanjawan Persidangan Ketiga Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-15. Dalam beberapa perbahasan tadi, ada isu yang disentuh berkaitan dengan portfolio saya.
Pertamanya adalah ADUN Temiang berkaitan dengan isu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meng, mengelakkan tunggakan pembayaran balik yang tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Temiang, untuk mengelakkan jumlah tunggakan pembayaran balik pembiayaan TUNS, TUNS Plus, TUNS Plus, Unit Kutipan Inisiatif Belanjawan PKNNS telah melaksanakan beberapa langkah kawalan iaitu pertamanya menghantar notis peringatan kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran kurang daripada 3 bulan. Kedua: melaksanakan tindakan undang-undang melalui panel peguam PKNNS kepada semua peminjam yang mempunyai tunggakan 3 bulan dan ke atas. Yang ketiga: melaksanakan tindakan CTOS kepada peminjam yang telah diberi notis penamatan perjanjian.
Selain itu juga, sebagai langkah kawalan sebelum sebarang pembiayaan TUNS Plus diluluskan, bermula tahun 2024 PKNNS akan membuat semakan skor kredit (credit score) dengan pihak CTOS. Melalui kaedah ini, pihak urusetia akan mendapat gambaran awal berkenaan disiplin bayaran balik pemohon-pemohon ke atas apa-apa pinjaman yang disediakan. Maklumat skor kredit ini akan menjadi salah satu asas pertimbangan kepada para panel penilai dalam membuat keputusan ke atas permohonan-permohonan yang diterima yang mana hanya pemohon yang mempunyai skor kredit yang baik sahaja akan dipertimbangkan untuk diluluskan.
ADUN Lukut membangkitkan isu berkenaan dengan, bolehkah kawalan harga minima hasil pertanian dengan lebih baik agar dapat membantu pengeluar hasil pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Lukut, secara umumnya pendapat, penetapan harga jualan atau harga pasaran ditentukan oleh pelbagai faktor penyumbang. Dalam konteks pertanian ia melibatkan komponen hasil atau produk pertanian, kebolehpasaran produk, permintaan dan nilai yang tinggi, input yang terlibat seperti kos benih, baja, racun, tenaga buruh dan kos overhead yang lain yang mana perkara ini adalah di dalam pengetahuan Jabatan Pertanian.
Walau bagaimanapun KPDN Negeri Sembilan dari masa ke semasa sentiasa dan boleh melaksanakan pemeriksaan harian ke atas premis dan perniagaan yang menjual atau meletakkan harga yang tidak munasabah. Siasatan lanjut boleh dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999. KPDN Negeri Sembilan juga sentiasa terbuka dan mengalukan sebarang aduan berkaitan harga seperti pelabelan, harta, harga yang tidak munasabah, tidak mengikut penetapan harga kawalan dan sebagainya. Aduan berkenaan boleh disalurkan ke saluran aduan KPDN seperti yang dipaparkan dalam laman web rasmi KPDN.
Berkaitan dengan ADUN Paroi yang membangkitkan isu mengapakah peruntukan TUNS dan TUNS Plus diturunkan daripada 3.0 juta pada tahun 2023 kepada 1.00 juta pada tahun 2024 dan keduanya mengapakah inisiatif TUNS Extra tidak diteruskan pada tahun 2024. Untuk makluman ADUN Paroi, sejak inisiatif-inisiatif sektor keusahawanan diperkenalkan di dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 5 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri sembilan telah memperuntukkan sebanyak 18.0 juta untuk TUNS yang mana 6,135 usahawan telah mendapat manafaat dan sebanyak 8.92 juta untuk TUNS Plus telah diperuntukkan di mana 616 usahawan telah mendapat manfaat. Inisiatif-inisiatif ini telah membantu mengembangkan perniagaan usahawan dari aspek pembelian mesin dan peralatan niaga sebagai usaha untuk meningkatkan lagi kadar pengeluaran syarikat yang mana kebanyakannya mamas, mensasarkan pasaran tempatan.
Sehubungan dengan itu pada tahun 2024, Kerajaan Negeri akan lebih memfokuskan untuk melonjakkan lagi perniagaan atau produk penerima-penerima TUNS dan TUNS Plus melalui Program NS Choice berbanding membangunkan usahawan-usahawan baru. Dengan peruntukan berjumlah 1.0 juta mana-mana usahawan yang terpilih akan dibimbing ke arah peningkatan kualiti produk, penjenamaan pembungkusan dan pensijilan seperti halal dan MeSTI. Peningkatan di dalam aspek-aspek berikut adalah bertujuan untuk memastikan
produk-produk tempatan telah menepati sebahagian besar syarat asas untuk menembusi pasaran eksport dan global. Produk-produk ini kemudiannya akan diangkat sebagai produk yang berkualiti di bawah jenama NS Choice sekalijus, sekaligus menjadi signature product dari Negeri Sembilan.
Untuk makluman semua Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan TUNS Extra telah bersidang dan mempertimbangkan permohonan-permohonan pada 20 November 2023. Permohonan yang berjaya perlu melaksanakan projek sehingga selesai dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat setuju terima ditandatangani sebelum tuntutan semula dibuat. Projek-projek yang dijalankan kemudiannya perlu diproses, proses semakan dan verifikasi oleh urus setia program sebelum tuntutan geran padanan ini disalurkan. Sehubungan dengan itu, bagi tahun 2024 urus setia program akan memfokuskan kepada proses-proses tuntutan semula semakan dan verifikasi projek yang dijangka akan mengambil masa kira-kira 4 hingga 5 bulan untuk diselesaikan.
Namun begitu, pada tahun 2024 Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan satu inisiatif baru yang diberi nama TUNS Perintis yang bertujuan untuk mewujudkan budaya dan semangat usahawan di kalangan pelajar sekolah. Program ini akan menyediakan program pembelajaran, latihan dan pendedahan selok-belok perniagaan secara entiti perniagaan tunggal mahupun perniagaan secara berkoperasi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Itu sahaja Dato’.
Dato’ Yang Dipertua, saya mulakan dengan bahagian kerajaan, pembangunan kerajaan tempatan. Untuk Yang Berhormat Chembong berkaitan dengan gelanggang bola tampar di Taman Pedas. Pihak Majlis Dalam Rembau akan melihat kepada kesesuaian dan juga membina satu gelanggang bola tampar di Taman Pedas Indah dan juga membuat permohonan kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan untuk kelulusan peruntukan.
Yang kedua berkaitan dengan Yang Berhormat Gemencheh, berkaitan menyediakan gerai dan kiosk kepada peniaga yang dipindahkan. Mengikut Majlis Daerah Tampin, tiada sebarang arahan pindahan dikeluarkan kepada mana-mana peniaga atau penjaja. Cuma arahan agar penjaja yang akan, yang ada mematuhi syarat lesen penjaja yang telah diberi. Lesen penjaja dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tampin di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja 1987. Lesen ini dikeluarkan untuk mereka yang berniaga secara menjaja, menjaja di kawasan terbuka atau awam tanpa mendirikan struktur kekal. Tetapi ada yang mendirikan struktur kekal. Itu yang menyebabkan beberapa penjaja ataupun peniaga yang melanggar syarat tersebut.
Isu ini berkaitan, bermula apabila pemilik lesen penjaja melanggar syarat dengan mendirikan struktur kekal. Majlis Daerah Tampin pada awalnya telah memberikan notis pelanggaran syarat kepada mereka tetapi ramai yang tidak mengendahkannya. Isu menjadi semakin kritikal apabila Majlis Daerah Tampin menerima aduan berkaitan keselamatan, kacau ganggu, pencerobohan tanah dan juga kebersihan berpunca daripada penjaja-penjaja yang telah pun melanggar syarat tersebut. Oleh itu, dalam Mesyuarat Penuh MDT yang bersidang pada April tahun 2021, telah memutuskan untuk melaksanakan operasi pemutihan penjaja bermula Mei 2021 hingga April 2022. Melalui operasi ini penjaja yang melanggar syarat lesen penjaja dengan mendirikan struktur kekal diberikan tempoh setahun untuk merobohkan struktur dan juga struktur berkenaan dengan mematuhi semua syarat lesen penjaja bekalan berkenaan. Namun begitu, disebabkan kurangnya tindakan dari pihak penjaja untuk mematuhi arahan tersebut, memberi ruang kepada pena, penjaja menyelesaikan permohonan permit menduduki sementara, tempoh pemutihan itu telah pun ditangguhkan sebanyak 4 kali sehingga Disember tahun 2023 ini.
Bagi membantu penjaja Majlis Tampin telah pun menyediakan kiosk, gerai dan juga ruang menjaja kepada mereka di lokasi yang lebih sesuai. Sejak 2021 hingga 2023 melalui peruntukan di bawah Inisiatif Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan serta peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, pihak MDT telah menyediakan 36 unit penjaja dan juga menerima 22 unit kiosk dan diletakkan di beberapa kawasan di Bandar Tampin, Gemencheh dan juga Gemas. Ini adalah antara usaha yang telah diambil oleh Majlis Daerah Tampin untuk menyelesaikan isu-isu penjaja dan juga peniaga-peniaga kecil ini.
Seterusnya daripada Yang Berhormat Labu. Ini berkaitan dengan Gembox di mana penganjuran program Peakstorm Festival: Return of a new era di Gembox@Nilai oleh PT Technologies Sdn. Bhd. telah mendapat sokongan dan juga kelulusan daripada Tourism Malaysia. Program ini juga telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan juga Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD). Pihak penganjur telah disyaratkan untuk memastikan program ini tidak akan mengganggu ketenteraman awam dan juga pihak penganjur menyediakan kawalan keselamatan secukupnya bagi mengawal sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa program diadakan. Selain itu, lokasi penganjuran festival muzik ini juga diadakan di kawasan persendirian dan juga dikawal ketat. Program ini adalah
salah satu program tertutup dan juga melalui penjualan tiket yang mencecah hampir 700.00 – 800.00 ringgit.
Program ini juga membuka peluang ekonomi kepada 40 usahawan di Gembox Nilai dan juga 15 sehingga 20 peniaga-peniaga kecil di sekitar Nilai dan Seremban dan juga turut disertai oleh 15 vendor daripada pihak penganjur yang diberikan peluang. Dalam program ini, tidak ada sebarang perkara yang tidak diingini ataupun sepatutnya tidak berlaku, memang tidak berlaku dan juga arahan dan juga pematuhan itu telah pun dilaksanakan sebelum program itu di, di, dijalankan.
Dan juga kita juga sangat sensitif. Tapi gambaran digambarkan seolah-olah kita sangat kita tidak sensitif tetapi kita sangat sensitif dalam isu-isu seperti ini. Saya ingin menyatakan bahawa sebelum ini, di kawasan yang sama, ada satu konsert 2 – 3 hari saja sebelum dimulakan, dilakukan, dilaksanakan apa, dipromosikan tetapi itu adalah satu konsert yang mempromosikan arak. Pihak Berkuasa Tempatan tidak memberikan kelulusan. Dan kita sebagai wakil rakyat, saya sebagai ADUN kawasan pun saya pun tidak bersetuju apabila program-program tersebut dijalankan secara terbuka. Dan kita harap, kita memang sangat sensitif dan juga ada timbul beberapa isu dan kita cuba untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Seterusnya adalah berkaitan dengan ADUN Chennah iaitu pelan pembangan, pembangunan laluan micro mobility di Bandar Seremban. Pentadbiran Majlis ada mewujudkan satu bentuk dokumen seragam untuk diguna pakai oleh juru perunding dan juga kontraktor bagi kerja-kerja merekabentuk dan membina laluan pejalan kaki dan kerja-kerja berkaitan di kawasan Majlis Bandaraya Seremban khususnya di ban, pusat Bandar Seremban. Anggaran kos dijangka melibatkan Ringgit Malaysia 1.0 juta untuk laluan sepanjang 1 kilometer.
Yang kedua adalah menaik taraf lampu di pusat bandar. Majlis dalam perancangan untuk memohon peruntukan dari pada KPKT di bawah BP1 sebanyak Ringgit Malaysia 1.0 juta bagi menaik taraf lampu jalan di pusat bandar untuk peruntukan tahun 2024. Untuk pemantauan dan pembaikan lampu yang segera, pentadbiran Majlis telah pun menubuhkan jabatan penyelenggaraan khusus untuk menyelesaikan aduan di samping menyediakan pasukan rondaan lampu jalan.
Yang ketiga: tapak recreational vehicle (RV) di kawasan seremban buat masa ini tapak sedia ada untuk recreational vehicle (RV) di kawasan Seremban adalah terletak di Taman Malaysia Seremban iaitu sebanyak 10 tapak. Kemudahan yang disediakan adalah seperti bekal elektrik dan air untuk RV, surau, taman permainan dan juga tandas awam. Cadangan
aktiviti pelancongan di Bandar Seremban, kita di Seremban kita ada Malam Persona Seni Seremban dan juga Citra Lorong Seni.
Seterusnya adalah daripada ADUN Lukut iaitu kawalan ke atas penggantungan banner di persimpangan. Tiada kebenaran diberi terhadap pemasangan gegantung ataupun kain rentang di persimpangan jalan sehingga boleh mengambil, menimbal, menimbulkan kacau ganggu keselamatan pengguna jalan raya. Mana-mana pihak yang engkar akan dikenakan kompaun maksimum sebanyak 250.00 ringgit di bawah Undang-Undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sembilan 1992. Dan sepanjang tahun 2023, sebanyak 19 operasi telah dilaksanakan dan 874 unit kain rentang ataupun banner ataupun banting diturunkan.
ADUN Lukut jugak, apakah status pengeluaran lesen kraf air ataupun peralatan air di Port Dickson. Pihak MPDD telah mula membuka permohonan Lesen Kraf Air Peribadi sejak pertengahan tahun 2023. Setakat ini telah menerima satu permohonan sahaja daripada pengusaha kraf air peribadi. Walau bagaimanapun permohonan tersebut masih dalam proses untuk mendapatkan dokumen insurans tanggungan awam dan juga license board yang telah tamat tempoh. Setakat ini, sambutan permohonan daripada pengusaha kraf air kurang memberangsangkan dan pihak jabatan akan meningkatkan lagi hebahan mengenai perkara ini melalui pelbagai saluran termasuk media sosial. Untuk makluman permohonan Lesen Kraf Air Peribadi juga boleh didapati di Jabatan Pelesenan MPPD. Kita mohon ADUN Lukut dapat mempromosikan sekali untuk memastikan semua pengusaha-pengusaha ini dapat dilesenkan.
Seterusnya adalah ADUN Lobak yang berkaitan dengan permasalahan isu geran peruntukan kepada pengurusan rumah pangsa. Bagi tahun 2022, sebanyak 7 JMB/MC masih belum meng, mengemukakan permohonan geran JMB/MC kepada COB MBS. Ini kerana ketiadaan anggota jawatankuasa pengurusan ataupun AJK di skim terlibat menyebabkan permohonan tidak dapat dihantar. Namun COB MBS telah mencadangkan penyelesaian kepada pihak Bahagian Perumahan SUKNS supaya gang, penggunaan peruntukan geran tersebut digunakan untuk pembayaran bil utiliti seperti bil Cukai Tanah, bil SAINS ataupun bil TNB dan ianya masih dalam tindakan peringkat akhir penyelarasan Bahagian Perumahan SUKNS.
Manakala bagi 2023, permohonan geran masih belum dikemukakan adalah berbaki 36 berbanding 77 yang telah disalurkan, disalurkan. COB MBS berusaha untuk menyelesaikan permohonan JMB/MC dan dijangka dapat dihabiskan pada tahun ini. JMB/MC sangat menghargai
dan juga memerlukan peruntukan ini kerana dapat dilihat semasa program penyampaian geran JMB/MC tahun 2022 yang disembat, yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat, memang dalam program telah mendapat sambutan serta penghargaan dan juga maklum balas yang baik.
Seterusnya daripada ADUN Gemas. Ini berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Jalan-jalan yang disebut adalah merupakan jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan kontraktor-kontraktor yang dilantik, atau secara konsesi sebagai penyelesaian sementara. Majlis Bandaraya Seremban telah menubuhkan unit khas bagi membuat pembersihan jalan-jalan ini bagi meningkatkan lagi kekerapan kerja pembersihan yang dibuat. Dalam pada masa yang sama, MBS sentiasa membuat teguran kepada pihak-pihak yang tidak memenuhi skop pembersihan di kawasan selian masing-masing. Bagi kerja landskap, MBS sentiasa menaik taraf kadar landskap di dalam Bandaraya Seremban. Antaranya adalah cadangan membaik pulih laluan pejalan kaki dan kolam pancur di tepi padang MBS, Jalan Dato’ Bandar Tunggal; kedua: kerja-kerja menaik taraf kemudahan riadah water cascade serta kerja-kerja berkaitan di sekitar kawasan laman basikal dan juga Taman Awam Jalan Keliling; ketiga: kerja-kerja menaik taraf kemudahan riadah, pam air serta kerja-kerja berkaitan di sekitar Taman Tasik dan juga terakhir: cadangan kerja-kerja menaik taraf landskap di hadapan KTM Seremban.
Seterusnya Gemas jugak yang berkaitan dengan kerja-kerja penyelenggaran berkala seperti pemotongan rumput juga tidak dilaksanakan sepanjang Persiaran Senawang dari Taman Seri Mawar ke Lavender Heights. Untuk makluman lokasi yang dimaksudkan adalah di Jalan Persekutuan FT242 Jalan Persiaran Senawang ke Lavender Heights. Kerja pemotongan rumput dilaksanakan oleh pihak konsesi sebanyak 9 pusingan setahun mengikut jadual. Bagi bulan November, tiada program kerja-kerja pemotongan rumput dilaksanakan. Walau warna pun kerja tersebut sedang dilaksanakan untuk bulan Disember ini
Seterusnya adalah ADUN Mambau, Yang Berhormat Mambau berkaitan dengan bangunan University Mall di Seremban 3. Majlis Bandaraya Seremban dalam proses akhir untuk melantik agen pengurusan di mana agen pengurusan ini nanti akan menguruskan bangunan University Mall ini. Antara tanggungjawab awal agen pengurusan nanti adalah menguruskan isu gangguan bekalan elektrik dan air selain bertindak mencari penyewa yang berpotensi untuk berniaga seterusnya mengaktifkan University Mall tersebut. Selain daripada itu, pihak pemaju masih lagi bertanggungjawaba antaranya membayar caj
penyenggaraan bagi petak-petak yang masih belum dijual. Memandangkan pegangan pemaju yang agak besar iaitu 358 petak daripada keseluruhan 708 petak yang, 708 petak, maka bayaran caj penyenggaraan oleh pihak pemaju akan membolehkan kerja-kerja penyenggaraan dilakukan dengan lebih sempurna. Tetapi di situ masalahnya adalah berpunca daripada pemaju tersebut sendiri. Dan kita akan cuba satu jalan agar penyenggaraan dan juga maintenance fee ini dapat dikutip dan membolehkan agen yang akan dilantik oleh MBS, mungkin dalam satu dua minggu ini dapat menghidupkan semula University Mall ini.
Kedua Wisma Punca Emas. Bagi Wisma Punca Emas pihak pemaju dalam usaha untuk membawa pelabur untuk membangunkan semula Wisma Punca Emas. Walau bagaimanapun, usaha ini perlu melibatkan JMB memandangkan ia mewakili pihak pembeli. Sebagai rekod AGM kali ketiga oleh pihak JMB telah dijalankan pada 2 hari lepas iaitu pada 3 Disember, 3 hari lepas pada 3 hari bulan Disember. Oleh yang demikian, niat pemaju tersebut akan dibanja, akan dibincangkan lanjut dengan pihak JMB.
Terakhir, Plaza Peninsular. Bagi Plaza Peninsular, Majlis Bandaraya Seremban menghadapi kesukaran dalam usaha untuk membentuk JMB memandangkan pemaju tidak dapat dikesan selain tidak mendapat kerjasama daripada pihak pembeli. Dalam pada itu, usaha lain seperti melantik agen pengurusan agar sukar juga kerana keadaan semasa fizikal dan juga bangunan tersebut yang tidak memberangsangkan.
Seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Jeram Padang berkaitan dengan tapak permainan kanak-kanak di DUN Jeram Padang, untuk Taman Sri Rompin memang sedang dilaksanakan iaitu akan siap pada 19 haribulan 12, 2023 dengan melibatkan kos 50,000.00. Dan yang lain di Taman Desa Puteri, Taman Melur, Taman Kasih Putra pada tahun, 2 tahun lepas ada peruntukan tapi kita akan cuba untuk membaiki kerosakan-kerasakan di taman-taman permainan tersebut.
Seterusnya adalah ADUN Chembong, pihak Majlis Daerah Rembau mengambil maklum isu yang dibangkitkan iaitu isu longkang di Rumah Rakyat Chembong dan juga Rumah Rakyat Bunga Raya dan akan memohon peruntukan daripada KPKT untuk penyelenggaraan longkang bagi rumah rakyat berkait.
Seterusnya adalah daripada ADUN Temiang iaitu supaya memperuntukkan 50,000.00 untuk setiap Ahli Majlis. Pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban ada menyediakan peruntukan kepada Ahli Majlis sebanyak 5,000.00 seorang pada tahun 2023 dan 10,000.00
seorang untuk bagi tahun 2024 bagi program kemasyarakatan dan juga local agenda ’21.
Bagi mengatasi masalah, seterusnya adalah berkaitan dengan permohonan membaik pulih longkang di Jalan Seng Meng Lee. Majlis dalam perancangan untuk memohon peruntukan MARRIS sebanyak 500,000.00 bagi menaik taraf membayar pulih longkang di Jalan Seng Meng Lee bagi tahun 2024.
Ketiganya adalah kontraktor zoning. MBS telah pun melantik 7 kontraktor zoning bagi tahun 2023. Secara keseluruhannya melibatkan 1.5 juta. Bagi zoning BP1 – 250,000.00, BP2 – 500,000.00, BP3 – 131,000.00, BP3, satu lagi BP3 – 171,000.00 dan juga BP4 – 260,000.00 dan BP5 – 170,000.00.
Seterusnya adalah berkait, daripada Yang Berhormat Seremban Jaya mencadangkan supaya mendirikan lampu isyarat. MBS telah pun mengenakan syarat kepada pihak pemaju untuk mendirikan lampu isyarat di Persiaran Forest Heights sejak tahun 2020. Dan dalam perancangan pemaju ia akan dijangka akan melakukan pemasangan pada tahun hadapan.
Keduanya adalah pentadbiran Majlis, ini berkaitan dengan isu longkang di beberapa kawasan, pentadbiran Majlis mengambil maklum dan juga permohonan peruntukan penyelenggaraan longkang akan dibuat melalui peruntukan MARRSI bagi tahun 2024.
Seterusnya adalah bagi cadangan menggantikan lampu jalan LED adalah dibuat secara berperingkat, kerana sama ada melalui peruntukan Majlis ataupun peruntukan KPKT. Bagi tahun 2023 sebanyak 396 unit lampu LED telah pun dipasang yang melibatkan peruntukan Majlis sebanyak 125,680.00 ringgit dan juga peruntukan BP1 daripada KPKT sebanyak 1.15 juta.
Seterusnya adalah berkaitan dengan status pembinaan padang futsal di Bukit Seri Senawang. Ia telah pun dimulakan pada 23 Oktober dan siap pada 17 Disember, melibatkan 8 minggu dan kemajuan kerja pada hari ini adalah 75%. Dan satu lagi di Taman Ampuan Najihah. Majlis akan membuat lawatan tapak di kawasan tersebut bagi melihat kesesuai, kesesuaian untuk membina padang futsal.
Dan juga seterusnya adalah berkaitan dengan, daripada Yang Berhormat Chennah, berkaitan dengan terminal bas kita di Seremban di mana Terminal 1 Seremban itu MBS telah pun melantik Syarikat Energetic Point Sdn. Bhd. untuk menaik taraf sistem pengurusan
terminal dan juga bangunan tersebut dengan kos dianggarkan sebanyak 13.0 juta. Kerja-kerja naik taraf dijangka siap sepenuhnya pada tahun, pada Mac 2025. Dan sekarang pengurusan terminal tersebut jugak telah pun menggunakan pusat penjualan tiket secara bersepadu di mana semua tiket dijual secara bersepadu dan juga melalui online.
Seterusnya adalah berkaitan dengan masalah sampah, Yang Berhormat Chuah. Ini berkaitan dengan jalan daripada, daripada Ladang Tanah Merah bertera, berterabur di Jalan Sepang – Lukut. Minggu lepas, Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun berjumpa dengan pihak pengurusan tinggi SWCorp dan telah pun memberikan satu amaran yang keras dan juga cadangan kepada pihak SWCorp untuk mengambil tindakan di laluan tersebut. Dan kita harap masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Seterusnya berkaitan dengan perumahan di mana, ini dijawab untuk YB Gemas dan juga Yang Berhormat Serting. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin atas kebaikan rakyat Negeri Sembilan. Sehubungan itu Dasar Perumahan Negeri, Negeri Sembilan diwujudkan untuk mengawal selia pembinaan Rumah Mampu Milik dalam pembangunan perumahan swasta di Negeri Sembilan. Secara dasarnya Dasar Perumahan Negeri Sembilan ini menetapkan 50% daripada jumlah unit rumah yang dibuat itu adalah mesti melibatkan Rumah Mampu Bilik iaitu Type A sebanyak 80,000.00 ringgit sebanyak 20%, Type B sebanyak 15%, 15% melibatkan 250,000.00 dan ke bawah dan Type C adalah berharga 400,000.00 dan ke bawah meli, melibatkan 15% lagi. Dan dengan, dengan, namun, dengan ini, isu pembinaan rumah yang pelbagai harga daripada rendah dan juga harga sederhana dan juga harga tinggi dapat dilaksanakan.
Seterusnya daripada ADUN Gemas jugak iaitu mintak PKNNS bertumpukan juga projek perumahan di kawasan luar bandar. Dan PKNNS adalah satu agensi untuk membangunkan perumahan dan juga mereka fokuskan juga di kawasan luar bandar, bukan setakat di, di bandar sahaja. Antara projek yang dicadang, dirancangkan adalah projek perumahan di atas tanah seluas 45 ekar di Mukim Chembong, Daerah Rembau. Projek ini adalah bagi membina lebih kurang 619 unit Rumah Mampu Milik Type A, B, C berharga 80,000.00 sehingga 350,000.00 satu, seunit. Selain itu PKNNS juga sedang dalam peringkat awal merancang untuk melaksanakan projek perumahan di atas tanah seluas 30 ekar di Mukim Gemas, Daerah Tampin bagi membina lebih kurang 377 unit Rumah Mampu Milik Type A, B, C yang juga berharga 80,000.00 hingga 350,000.00 seunit. PKNNS akan terus berusaha untuk berancang, merancang pembangunan projek perumahan yang memberi manfaat kepada semua golongan rakyat Negeri Sembilan.
Seterusnya adalah daripada ADUN Lobak. Ini berkaitan dengan PPR. Program Perumahan Rakyat adalah satu program Kerajaan Persekutuan untuk penempatan semula setinggan dan juga memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia. PPR ini terdiri daripada 2 kategori iaitu yang boleh disewa dan juga dimiliki. Sehingga kini, kita ada 4 skim iaitu di PPR Senawang – 420 unit, di PPR Rantau – 100 unit, di PPR Port Dickson – 100 unit, sorry, di PPR Ladang Siliau – 150 unit dan di PPR Ladang Tanah Merah – 100 unit. Dan jumlahnya adalah 770 unit yang sudah ada. Dan yang ada dalam perancangan kita adalah 100 unit di PPP Jempol dan juga 442 unit di PPR Chembong yang telah pun siap hampir 90% melibatkan jumlahnya adalah 450 unit. Selain itu, Kerajaan Negeri juga pada tahun ini telah pun menyerahkan sebidang tanah kepada KPKT untuk kita membina satu lagi projek PPR yang melibatkan lebih kurang maksimumnya 700 unit rumah di DUN Lenggeng iaitu di Pantai, Seremban.
Seterusnya berkaitan dengan ADUN Lenggeng, berkaitan dengan perumahan iaitu Rumah Harapan Rakyat, di mana semalam, 2 hari lepas saya telah pun menyatakan jumlah kos untuk kita guna, kos pembangunan untuk seunit rumah Rumah Harapan Rakyat adalah 85,000.00 ringgit. Tetapi Kerajaan Negeri memberikan subsidi sebanyak 10,000.00 dan kos yang perlu dibayar oleh peserta adalah 75,000.00 saja. Dan daripada situ, 5% iaitu 3,750.00 perlu dibayar sebagai pendahuluan. Dan juga setiap bulan mereka hanya bayar dalam 238.00 ringgit sebulan sahaja selama 25 tahun ataupun mengikut dalam perjanjian. Semua permohonan yang berjaya telah dikenal pasti kalau mereka tidak mampu menyediakan wang pendahuluan akan dicadangkan untuk menggunakan peruntukan Rumah Harapan Rakyat di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, di bawah peruntukan asnaf sekiranya mereka layak.
Seterusnya adalah Yang Berhormat Seri Menanti. Ini juga sama Program Rumah Harapan Rakyat, kerana memang mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan tempoh iklan dan juga menerima permohonan sebanyak, selama 3 bulan. Selepas tu perlu dilakukan prom, proses saringan awal. Proses, lepas proses saringan awal, perlu jugak melakukan proses saringan tapak dan juga penilaian panel pelulus dan juga selepas itu perlu melantik kontraktor. Ini adalah satu proses yang memang mengambil masa yang lama tapi kita akan cuba untuk dapat disiapkan dalam masa yang, yang singkat.
Seterusnya adalah tera, terakhirnya adalah berkaitan dengan pengangkutan. Pembinaan pelabuhan, Yang Berhormat Gemas, pembinaan pelabuhan di Port Dickson merupakan cadangan yang baik perlu dilihat, direalisasikan. Untuk maklumat Dato' Yang Dipertua, cadangan berkenaan pembangunan sebuah pelabuhan baru di Port Dickson telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Seremban semasa sesi Persidangan Kedua. Susulan daripada itu pentadbiran Kerajaan Negeri telah pun menerima surat daripada Syarikat Tanco Holdings Berhad (THB) bertarikh 2 Oktober 2023 berkenaan permohonan untuk mengadakan taklimat mengenai pembangunan pelabuhan Midport@NS di Dickson Bay, Daerah Port Dickson. Lanjutan daripada itu satu sesi pembentangan khas berkenaan cadangan pembangunan pelabuhan baru di Port Dickson yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan disertai oleh jabatan kerajaan dan agensi yang berkaitan telah diadakan pada 24 Oktober 2023. Secara dasarnya, kesemua jabatan kerajaan dan agensi yang terlibat telah pun menyatakan sokongan dan tiada halangan terhadap cadangan tersebut tertakluk kepada cara syarat duluan yang, yang nanti akan dinyatakan. Pentadbiran Kerajaan Negeri turut memaklumkan keputusan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan menerusi surat bertarikh pada 1 November 2023.
Seterusnya adalah berkaitan dengan, berkaitan dengan stesen kereta api yang moden di Seremban. Sepertimana yang dinyatakan oleh yang, Yang Berhormat Chennnah, Kerajaan Negeri, kita mengalu-alukan projek tersebut di Seremban sebagai satu projek yang boleh memberikan banyak peluang dan juga pembangunan di negeri kita iaitu dengan anggaran kos lebih kurang dalam 100.0 juta. Dan kita sudah tentu PBT akan bekerjasama untuk memastikan semua proses tu dapat dijalankan dengan, dengan, dengan cepat untuk memastikan projek itu dapat dilaksanakan di Negeri Sembilan ini.
Dan terakhirnya adalah daripada ADUN Seri Menanti juga iaitu lesen motosikal B40. Dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun menyatakan setiap DUN akan diberikan 100 orang untuk program lesen motosikal B40 melibatkan insentif sebanyak, baucar sebanyak 150.00 ringgit. Saya dimintak, apa, beliau dimintak untuk diuruskan oleh Pusat Khidmat. Memang kita tidak ada masalah, kita harap program itu dapat mencapai matlamat.
Tapi cadangan saya di mana sebelum ini di bawah, di bawah Kementerian Pengangkutan ada Program myLicense B2 di mana program tersebut dijalankan dengan kerjasama daripada JPJ. Apabila kita buat sejak, sebagai satu program, kita boleh menjimatkan kos dan
juga kita boleh menggunakan khidmat daripada JPJ. Apabila kita buat sebagai satu program, kos untuk mendapatkan lesen B2 tu dapat dikurangkan. Dan orang yang terima itu hanya mengeluarkan sebahagian sahaja. Dan kita cadangkan agar program itu dapat dijalankan dalam, dapat dijalankan sebagai satu kelompok bersama-sama dengan JPJ dan juga sekolah-sekolah memandu yang berdekatan. So itu saja, terima kasih.
Dijemput Yang Amat Berhormat Sikamat untuk menggulung perbahasan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada semua apa, pembahas-pembahas yang telah mengusulkan banyak perkara.
Pertama, YB Johol. Kebanyakan GLC milik Kerajaan Negeri masih mempunyai banyak kekosongan ya. Jadi, kita juga sedia maklum bahawa, maklum bahawa ada lagi GLC-GLC yang masih menunggu tamat tempoh dia. Dan insyaaAllah itu akan saya bincangkan. YB Johol mengenai permo, pertimbangan Kerajaan Negeri melantik Timbalan Yang Dipertua juga telah saya sampaikan kepada Timbalan, kepada Presiden UMNO sendiri untuk dibincangkan dengan Perdana Menteri kerana ia melibatkan 2 parti.
ADUN Johol, Projek Persekutuan seperti pembinaan ECRL yang merentasi negeri tertentu, peluang kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri pada 15 Oktober 2014 telah bersetuju dan meluluskan kaedah pengiraan premium dan premium tambahan ke atas pemberimilikan tanah seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965. Pengena, pengenaan premium pemberianmilikan tanah kepada Kerajaan Persekutuan juga adalah selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan, selaras dengan Keputusan Majlis Tanah Negara Ke-49 pada 7 April 1994 dan ke-53 pada 25 April 1997. Kadar premium untuk pemberimilikan tanah kerajaan adalah mengikut nilai Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta Negeri Sembilan dan dikenakan mengikut jenis kegunaan tanah seperti berikut:
Jenis kegunaan tanah untuk faedah langsung kepada negeri adalah ¼ harga pasaran, premiumnya dikenakan ¼.
Bagi Kegunaan yang memberi faedah secara langsung kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri – kadar premiumnya adalah ½ daripada harga pasaran.
Dan kegunaan untuk memberi faedah secara langsung kepada Kerajaan Persekutuan – mengikut harga pasaran.
Dan tanah-tanah Kerajaan Negeri yang diberi milik kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan mendirikan sekolah adalah 1,000.00 ringgit (nominal).
Manakala kadar premium pemberikan milik tanah kerajaan akibat daripada pengambilan tanah di bawah seksyen 3(1)(a), (b) dan (c), Akta Pengambilan Tanah 1960 termasuk pemberimilikan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (akibat pengambilan tanah) adalah ditetapkan pada kadar 2,000.00 ringgit setiap lot.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Gemas, ada bertanyakan tentang taraf jalan utama Seremban – Tampin – Gemas kepada 2 lorong. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan bagi menaik taraf Jalan Persekutuan FT001, Jalan Seremban – Tampin – Gemas kepada pihak keraja, kepada Kementerian Kerja Raya bagi Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan ke-5 di bawah 2 tajuk projek iaitu:
Menaik Taraf Laluan FT001, Jalan Sungai Gadut ke Pedas, Seksyen, Seksyen 305.00 hingga 295.00, Daerah Rembau, Negeri Sembilan.
Kedua: Menaik taraf Jalan Senawang – Gemas, Laluan FT001, Melalui Tampin – Gemencheh – Gemas (Sempadan Negeri Johor), Daerah Tampin, Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Gemas juga, me, ada bertanya mengenai pencahayaan Jalan-Jalan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif sejak tahun 2018 dengan mencahayakan Jalan-Jalan Negeri yang masih gelap melalui program Pencahayaan Negeri Sembilan (PPNS) yang telah dilaksanakna setiap tahun sehingga kini. Malah, program ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak 1.0 juta pada tahun 2024. Pada tahun 2020 – 2023, sebanyak [ringgit]56,595.38 sen, telah diperuntukkan melalui program ini untuk Jalan Negeri dalam DUN Gemas iaitu melibatkan pemasangan 34 bilangan tiang lampu, 88 bilangan lampu dan 5 bilangan meter bacaan bil. Bagi permohonan PPNS 2024, sebanyak 6 lokasi telah dicadangkan bagi Jalan Negeri Daerah Tampin dan 2 lokasi di DUN Gemas untuk dipertimbangkan dalam permohonan PPNS 2024. Bagi Jalan Negeri di DUN Gemas, dijangka akan melibatkan peruntukan sebanyak 40,000.00 bagi pemasangan 20 bilangan tiang dan 20 bilangan lampu dan 2 bilangan meter bacaan iaitu kelulusan adalah mengikut keutamaan dan keperluan tapak. Penanda, penanda jalan (garis jalan). Untuk makluman Yang Berhormat, kerja-kerja pembaikan jalan termasuk skop mengecat garisan dan pemasangan perabot jalan bagi tujuan panduan dan pemakluman pengguna jalan raya khususnya Jalan Negeri telah dilaksnaakan di kawasan DUN Gemas setiap tahun bermula 2018. Hingga ini jumlah peruntukan diluluskan adalah sebanyak 23.75 juta melalui peruntukkan Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS). Ada senarai, kalau Gemas ingin nak senarai, saya akan lampirkan.
Lenggeng, projek pengeluaran pasir sungai. Pada dasarnya Yayasan Negeri Sembilan bersetuju dengan cadangan ADUN Lenggeng untuk menambah bilangan operator pasir projek timbal balik di jajaran Sungai Lenggeng. Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syor pihak JPS dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk permit Lesen Pendudukan Sementara kepada Yayasan Negeri Sembilan.
YB Lenggeng juga mengenai JPKK merupakan jentera kerajaan akar umbi. Tadi rasanya telah dijawab oleh Yang Berhormat Pertang.
ADUN Mambau, ketiadaan bekalan air dan elektrik sejak 2 bulan lalu di Uni City, telah dijawab oleh YB Nilai.
ADUN Sungai Lui, bagaimana hendak selesai masalah gangguan bekalan air, masalah tekanan air rendah. Gangguan bekalan air di Gugusan Felda Lui Selatan 1 dan 2 berpunca daripada siri kerosakan sistem dan aset bekalan air SAINS di LRA Kuala kerai, Kuala Jelai seperti kerosakan di muka sauk sungai, sistem mekanikal pam dan gangguan bekalan elektrik dari TNB. SAINS telah mengambil tindakan drastik dengan membuat pencucian serta pembaikan di muka sauk, pembaikan atau menggantikan pam-pam lama di LRA Kuala jerai, Jelai dan menjalankan kerja-kerja pembaikan paip utama pecah pada kadar segera. Pada masa ini, terdapat 2 projek yang sedang berjalan dan penambahbaikan sistem bekalan air untuk DUN Sungai Lui yang, yang pertama, mengalihkan paip air masuk ke kolam Sungai Lui bersaiz 300 milimeter daripada jenis mild Steel, dan keduanya menggantikan paip bersaiz 200 milimeter dari jenis UPVC sepanjang 600 meter di Felda Lui Timur. Projek ini akan memberikan hasil serta impak ke arah bekalan air yang lebih efisien di kawasan yang terlibat.
Mambau, isu yang dibangkitkan, insen, insentif dilaksanakan, insentif ini dibayar bermula 2023 hingga ’24, mohon penjelasan. Selaras dengan pembentangan belanjawan yang telah diberikan pada hari Jumaat yang lalu, Inisiatif Aspirasi ini bermula pada tahun 2024 iaitu bulan Januari ini, dan Kerajaan Negeri sedang dalam fasa akhir menyediakan penetapan kriteria serta tatacara permohonan dan pembayaran yang
sesuai agar memudahkan rakyat, ya. Jadi kita mula dengan bulan Januari ini.
Soalan daripada ADUN Seri Menanti, tampalan jalan berlubang yang tidak berkualiti, longkang tepi jalan. JKR Negeri Sembilan sentiasa membuat pemantuan berterusan bagi kerja-kerja penampalan pothole mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Kerja-kerja penampalan ini adalah pembaikan bagi jangka masa pendek dan kerja-kerja penurapan keseluruhan jalan akan dilaksanakan bagi pembaikan jalan masa, jalan jangka masa panjang. Dalam masa, dalam tahun 2023, sebanyak 3 bilangan kerja turapan semula jalan telah dilaksanakan di FT051 dengan kos berjumlah 3.4 juta ringgit. JKR Negeri Sembilan juga mohon peruntukan bagi kelulusan tahun 2024 kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan bagi mengatasi masalah kerosakan jalan untuk jangka masa panjang. Untuk makluman, kerja pembersihan longkang dan pembentungan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun oleh pihak Selia Selenggara mengikut kontrak. Namun, sekiranya terdapat keperluan seperti banjir, kerja pembersihan tersebut akan dilaksanakan secara kecemasan.
Seri Menanti, kekerapan gangguan bekalan air di kampung tradisi. Tindakan SAINS dalam mengurangkan gangguan bekalan air di DUN Seri Menanti adalah dengan membuat penutupan bekalan sementara dan melaksanakan kerja pembaikan dengan segera. Sekiranya terdapat permintaan, SAINS akan membuat penghantaran bekalan air lori tangki bagi membantu penduduk yang memerlukan. Buat permulaan, projek penggantian paip di kawasan Kampung Gedang di Terachi sedang, sepanjang 3 kilometer dengan anggaran kos 1.69 juta dirancang di bawah Pelan Perniagaan Ke-6 SAINS yang bermula pada tahun 2024 hingga 2028. Status terkini cadangan projek pemasangan paip untuk Kampung Ulu Mampas di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar, Laporan Rekabentuk Terperinci telah disiapkan oleh pihak perunding dan akan dibawa untuk diputuskan pada Mesyuarat Status Rekabentuk Projek Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung Bilangan 4/2023 pada 6 Disember 2023 ini.
Seri Menanti, isu peruntukan Komuniti Madani bagi setiap JPKK. Ini tadi rasanya telah dijawab oleh Pertang. Kerja-kerja bagi mengatasi masalah banjir yang melibatkan DUN Seri Menanti. Untuk maklum balas, Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menjalankan kerja penyelenggaraan yang melibatkan skop pembaikan tebing dan pembersihan sungai di saliran, antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Talang, saliran di Seri Menanti, saliran Gunung Pasir, di Kampung Pulau, Pulau Jelebu dan saliran Kampung Buyau. Kos peruntukan terlibat adalah sebanyak 100 ribu ringgit. Malahan
Kerajaan Negeri melaui JPS telah meluluskan program penyelenggaraan sungai tanpa melibatkan kos atau peruntukan kepada negeri dengan kaedah timbal balik kepada pihak Yayasan Negeri Sembilan di Sungai Seri Menanti dan Sungai Terachi yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2024 di mana ianya akan dijadikan sebagai aktiviti penyelenggaraan secara berkala yang melibatkan DUN Seri Menanti.
Bina baru Masjid Kariah Talang Tengah. Pembinaan masjid baru Kariah Talang Tengah ditangguhkan ekoran masalah tapak yang terletak dalam tanah persendirian. Oleh kerana terdapat isu berkaitan cadangan pemilikan tapak baru masjid ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Bilangan 3/2023 yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, pada tarikh 20 Oktober 2023 bersetuju bahawa peruntukan tersebut dipindah kepada Masjid Tanah Melintang dalam DUN Kuala Pilah. Kemajuan projek ini dipindahkan ke Masjid Tanah Melintang kerana tapaknya telah diwartakan dan telah berusia lebih 45 tahun yang juga sering mengalami kerosakan yang ketara.
Jeram Padang, Projek Mesra Rakyat TNB, tadi telah dijawab oleh ADUN Pilah. Jeram Padang, tiada turapan dibuat Kampung Orang Asli Batu Peti, Jempol. Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol telah melaksanakan penyelenggaraan penurapan jalan Kampung Batu Peti, Jempol pada tahun 2022. Projek berjumlah 100,000.00 ringgit ini telah menurap jalan sepanjang 1.0 kilometer.
Yang Berhormat Jeram Padang, syarikat ingin membina pusat pemeriksaan kenderaan di Jeram Padang. Pihak Majlis Perbandaran Jempol menerusi lawatan turun padang pada 16 November 2023 telah dimaklumkan oleh pihak pemilik tanah berkaitan cadangan untuk mempelawa pihak PUSPAKOM bagi mengadakan perkhidmatan pemeriksaan bergerak yang kini diadakan di Feldajaya, Bandar Seri Jempol di tapak miliknya di Jeram Padang. Sehingga ke hari ini masih belum ada permohonan rasmi yang diterima oleh pentadbiran ini untuk tindakan selanjutnya. Pihak Majlis Perbandaran Jempol sentiasa mengalu-alukan para pelabur yang ingin membuat pelaburan di Daerah Jempol dengan mengemukakan permohonan atau kertas cadangan untuk disemak dan disesuaikan mengikut keperluan semasa.
Jeram Padang, tiada turapan, Kampung Asli Batu Peti, tadi telah dijawab. Jeram Padang, Jalan Persekutuan FT10 dan FT1282 dinaik taraf dari segi turapan, road furniture. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan telah memohon peruntukan ke JKR Malaysia untuk kelulusan pada tahun 2024 bagi permohonan kerja-kerja naik taraf turapan dan penyelenggaraan perabot jalan untuk Jalan FT10 dan FT1282. Bagi
cadangan garisan jalan yang menggunakan bahan glow in dark pula, jabatan ini telah mengenal pasti 2 lokasi di jalan Negeri Sembilan iaitu Jalan Pantai – Temiang by pass (FT366) dan Jalan Lukut – Sepang (FT005) yang akan menggunakan bahan tersebut dan permohonan peruntukan bagi tujuan ini telah dimajukan kepada JKR Malaysia untuk dilaksanakan pada tahun 2024. Kerja-kerja akan dilaksanakan setelah peruntukan diperolehi.
Jeram Padang, Projek Mesra Rakyat TNB, Puan Yellamah, okey ini telah tadi dijawab. Kerja bagi mengatasi masalah banjir Jeram Padang, yang melibatkan Sungai Muar. Buat masa ini kerja-kerja penyelenggaraan sungai tanpa melibatkan kos atau peruntukan Kerajaan negeri dengan kaedah timbal balik di Sungai Muar oleh Kumpulan Yayasan Negeri Sembilan yang melibatkan jajaran sepanjang 32 kilometer sedang diselenggara dengan tempoh tamat sehingga 11 haribulan November 2025.
ADUN Lukut, permohonan ADUN Lukut agar negeri, agar Kerajaan Negeri dapat mewujudkan insentif/peruntukan mendorong NGO mengadakan program mesra rakyat. Untuk makluman ADUN Lukut, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan spesifik untuk NGO-NGO. Namun begitu, Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai peruntukan melalui program seperti Pemerkasaan Wanita sebanyak 1.5 juta, program berbentuk perpaduan melalui ERAT@Negeri Sembilan sebanyak 1.5 juta. Selain itu Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan melalui Program Pembinaan Karakter Bangsa sebanyak 500,000.00 dan Pemerkasaan Belia sebanyak 500,000.00. Peruntukan Hal Ehwal Bukan Islam juga boleh di, disediakan sebanyak 2.0 juta, boleh digunakan bersama NGO-NGO yang berkaitan. Yang Berhormat juga boleh menggunakan peruntukan ADUN untuk menjalankan program bersama-sama NGO-NGO tersebut.
Berkenaan soalan ADUN Lukut, agar bantuan wang ihsan kepada waris warga Negeri Sembilan yang meninggal dunia ya. Sama dengan soalan Sri Tanjung. Kerajaan Negeri telah melaksanakan Takaful Khairat Kematian – Islam dan Hibah Takaful Bukan Islam pada tahun 2021 dan 2023, sehingga 2023, bagi membantu meringankan beban waris yang kehilangan Ketua Isi Rumah dari kumpulan eKasih. Ini merupakan salah satu Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah Bidang Tumpuan Kebajikan. Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif ini, agensi pelaksana yang dilantik adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bagi penerima Agama Islam manakala Pejabat Menteri Besar pula dilantik sebagai agensi pelaksana bagi penerima bukan beragama Islam.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah membayar caruman khairat kematian kepada, dengan kadar [ringgit]43.40 sen seorang dengan keseluruhan perbelanjaan sebanyak [ringgit]972,941.20 sen pada tahun 2021 hingga 2023 seperti berikut:
Pada tahun 2021, jumlah caruman 467,721 kepada 10,777 Ketua isi Rumah.
2022 – 38,409.00 ringgit kepada 885 yakni Fasa 2 (tambahan daripada Fasa 1)
Dan tahun 2023 – 466,810.00 ringgit kepada 10,756. Ini kita perbaharui.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak meneruskan bantuan khairat Kematian pada tahun 2024 atas faktor berikut:
Pertama: kebanyakan yang telah dicarumkan sebagai penerima Inisiatif Khairat Kematian tidak mengetahui diri mereka telah dicarum.
Kedua: Data eKasih yangditerima daripada pihak ICU juga tidak dikemas kini menyebabkan sukar untuk mengenal pasti penerima inisiatif. Usaha mengenal pasti penerima telah dilakukan di peringkat MPKK, Pusat Khidmat, Ahli jawatankuasa Masjid dan sebagainya, namun masih terdapat lagi isu nama penerima ada, tetapi tidak dikenal oleh penduduk sekitar. Isu penghantaran sijil kepada penerima Inisiatif Khairat Kematian juga sukar untuk dilaksanakan kerana melibatkan bilangan Ketua Isi Rumah yang ramai.
Kelemahan di peringkat syarikat juga yang dilantik kerana tidak mempunyai data yang terkini dan praktikal untuk mengenal pasti peserta.
Bagi masyarakat bukan beragama Islam, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan krematorium di Port Dickson dengan peruntukan 1.0 juta di mana ketika cadangan dikemukakan, kos pengurusan dijangka akan lebih rendah sekitar 50% berbanding kos yang dikenakan oleh pihak swasta.
Bagi soalan Lukut, pemeriksaan naik taraf jalan dengan teratur agar tidak mengganggu aktiviti pelancongan ya, naik taraf jalan, pemasangan banner, tadi telah dijawab oleh Nilai. Untuk makluman, JKR Negeri
Sembilan sentiasa memantau kerja kontraktor supaya mengikut jadual yang ditetapkan dan dipersetujui dari masa ke semasa. Pemberitahuan pelaksanaan kerja juga dimaklumkan kepada orang awam melalui medium elektronik seperti laman web rasmi jabatan serta Facebook jabatan. Ya, jadi ini kita maklum, tetapi saya juga bersetuju dengan pandangan Lukut supaya waktu cuti ataupun waktu cuti umum tidak diadakan kerja-kerja menaik taraf jalan.
ADUN Lukut, Chuah, permohonan ADUN Lukut agar SAINS merangka proses mempercepatkan pelaksanaan pewujudan pam dan rawatan air Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dalam Negeri Sembilan. Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sungai Linggi adalah projek menyediakan untuk sumber air mentah yang kini di peringkat rekabentuk akhir oleh perunding dan dijangka ditender pada tahun 2024. Mengikut perancangan, projek ini akan siap pada tahun 2029.
Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Barisan akan dibina bagi membuat rawatan terhadap sumber air mentah TAPS Sungai Linggi, seterusnya menyalurkan air terawat ke kawasan Port Dickson dan Seremban. Projek LRA Kampung Barisan akan dilaksanakan di bawah Pelan Bisnes Ke-6 (OP6) SAINS melalui peruntukan pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Lantikan perunding akan dibuat pada tahun 2024 dan dijangka siap pada tahun 2032 berdasarkan perancangan semasa.
Dalam pada itu, bagi mengurangkan gangguan, SAINS juga telah melaksanakan beberapa langkah penyelesaian jangka masa pendek seperti berikut:
Memantau semua kolam yang aktif menggunakan sistem telemetri bagi memastikan paras air dalam kolam stabil;
Kedua: membuat penghantaran air melalui lori tangki dan tangki statik pada kawasan gangguan mengikut kemampuan pihak SAINS;
Ketiga: melaksanakan kerja pembaikan paip pecah dengan segera dalam tempoh yang ditetapkan;
Keempat: pemasangan alat kawalan tekanan pada sistem perpaipan bagi mengelakkan kekerapan paip pecah; dan
Yang kelima: pelaksanaan projek Rumah Pam Telok Kemang bagi meningkatkan simpanan air bagi Kolam Telok Kemang di Port Dickson. Projek telah bermula pada 1 November 2023 dan siap pada 31 Julai 2024.
ADUN Lukut, REE. Kerajaan Negeri sedia untuk membenarkan penerokaan Non-Radioactive Rare Earth Elements (NR-REE) bermula 2024. Bagi tujuan tersebut, Standard Operating Procedure (SOP) sedang dirangka oleh PTGNS dengan mengambil contoh SOP Negeri Perak. SOP Negeri Perak ini telah dirangka oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) dengan melibatkan pakar dalam bidang perlombongan dan pemuliharaan alam sekitar daripada jabatan dan agensi di peringkat Persekutuan. SOP tersebut merangkumi semua perundangan yang sedang berkuat kuasa seperti Akta Pembangunan Mineral 1994, Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976. Sebarang perlombongan NR-REE juga tertakluk kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga kelulusan Skim Pengendalian Melombong (OMS – Operating Mining Scheme) oleh JMG. Kerajaan Negeri juga selari degan pendirian NRECC yang tidak menyokong dan tidak meluluskan sabarang aktiviti perlombongan termasuk NR-REE dijalankan di kawasan Hutan Simpan Kekal, rizab perlindungan dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.
Perlombongan NR-REE akan menggunakan kaedah perlombongan secara in-situ ya, secara in-situ, in-situ leaching ya, yang mana ia kurang memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia hanya melibatkan pembukaan tanah yang minimum untuk pengekstrakan mineral. Kaedah ini diyakini boleh, lebih selamat dan mesra alam berbanding dengan perlombongan secara terbuka yang mengakibatkan lebih banyak pembersihan hutan akibat penebangan pokok.
Kejayaan perintis projek perlombongan NR-REE yang mematuhi semua syarat teknikal dalam SOP memberikan keyakinan kepada Kerajaan Negeri bahawa perlombongan NR-REE ini adalah selamat dan juga akan membantu meningkatkan hasil Kerajaan Negeri melauli kutipan royalti yang akan dibayar oleh pelombong. Bagi tujuan makluman dan pencerahan kepada rakyat berkenaan penerokaan NR-REE di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri akan merangka program sebaran maklumat dengan baik, insyaaAllah.
Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Seremban Jaya. Pelebaran jalan Taman Bidara, isu pokok merbahaya di tepi jalan Taman Bidara, air bertakung di jalan utama Taman Tuanku Ampuan Najihah, Taman Bukit Emas dan Kampung Baru Rahang (FT001) yang masih berlaku dan sering menyebabkan kemalangan. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan menaik taraf simpang jalan FT001 ke Kementerian Kerja Raya dengan jumlah sebanyak 1.0 juta. Kerja-kerja naik taraf akan dilaksnakan setelah peruntukan diluluskan.
Kedua, Negeri Sembilan mengambil perhatian akan isu ini, tindakan melaksanakan kerja mencantas dan menebang pokok yang berbahaya akan dilaksanakan sekiranya pokok berkenaan berada dalam rizab jalan JKR. Ketiga: JKR Negeri sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan di laluan tersebut melalui kontrak konsesi yang sedia ada.
Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Sungai Lui, masalah tekanan air rendah. Gangguan bekalan air di Gugusan Felda Sungai Lui Selatan dan 2 berpunca daripada, 1 dan 2, berpunca daripada siri kerosakan sistem dan aset bekalan air Selangor, air, syarikat air SAINS di LRA Kuala Jelai yang saya rasa dah jawab sama dengan di, tadi, seperti kerosakan di muka sauk sungai, sistem mekanikal dan pam. Tadi saya rasa saya dah jawab tadi, saya rasa.
ADUN Chuah, masalah bekalan air di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Kampung Bukit Pelandok, Kampung India, menghadapi bekalan terputus, tempoh setengah bulan dalam tempoh November. Diharap Kerajaan Negeri dapat memikirkan, okey. Gangguan bekalan air di kawasan Port Dickson terutama di kawasan Lukut hingga ke Chuah seperti dimaklumkan adalah berpunca daripada masalah air mentah di Sungai Linggi yang menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Linggi tidak dapat beroperasi secara penuh dan berterusan. Bagi langkah penyelesaian jangka masa pendek, SAINS telah melaksanakan langkah-langkah seperti berikut, pertama: Memantau kolam yang aktif menggunakan sistem telemetri yang, bagi memastikan paras air dalam kolam stabil. Membuat penghantaran, melaksanakan kerja-kerja pembaikan. Tadi dah jawab sekali dengan Lukut, rasa tadi.
ADUN Chuah, pencahayaan di Jalan Sepang – Lukut. JKR Negeri Sembilan telah mohon peruntukan Kementerian Kerja Raya dengan jumlah sebanyak 400,000.00 bagi program Pencahayaan di kawasan tersebut pada, untuk kelulusan tahun 2024 kerana jalan ini adalah Jalan Persekutuan. Kerja pemasangan lampu jalan akan dilaksanakan jika peruntukan diluluskan.
YB Ng, Temiang, apakah faktor penentuan pertimbangan persempadanan DUN dalam penetapan kawasan pengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan urusan kajian semula persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan tatacara persempadanan yang ditetapkan di bawah Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan serta menurut bidang kuasa SPR yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan
peruntukan yang ditetapkan oleh perlembagaan, prinsip persempadanan yang dipegang oleh SPR adalah seperti berikut:
Pertama: kemudahan diadakan bagi pemilih-pemilih keluar mengundi semasa pilihan raya;
Kedua: mengambil kira kemudahan pentadbiran yang boleh didapati dalam Bahagian Pilihan Raya itu untuk mengadakan jentera yang perlu bagi pendafataran dan pengundian;
Ketiga: jumlah pengundi yang lebih kurang sama bagi setiap Bahagian Pilihan Raya dalam sesebuah negeri kecuali apabila terdapat kesukaran perhubungan dan pengangkutan yang dihadapi di luar bandar, luas Bahagian Pilihan Raya patut diberi pertimbangan; dan
Dan yang keempat: mengekalkan hubungan masyarakat tempatan.
YB Labu dan YB Kota, soalan yang hampir sama, menaikkan sumbangan keceriaan warga emas daripada 200.00 ringgit kepada 500.00 ringgit, mohon ubah had umur daripada 70 kepada 60 tahun. Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2024, kriteria yang ditetapkan adalah mengambil kira kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan syarat-syarat permohonan serta tatacara pembayaran masih dalam peringkat perbincangan di fasa terakhir sebelum dilaksanakan bermula Januari 2024 ya. Kita, kita boleh bagi, mintak 1,000.00 kita boleh bagi, tapi akhirnya esok kita tak mampu nak bagi kerana kekangan hasil yang kita ada.
YB Temiang, mohon agihkan peruntukan projek kecil menyelesaikan permintaan penduduk yang tidak berkemampuan agar dapat meringankan beban, mohon agihan peruntukan 50,000.00 kepada Ahli Majlis, dan yang ketiga program baik pulih rumah menggunakan peruntukan Tabung Harapan Rakyat. Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2024, seperti yang telah Kerajaan Negeri peruntukkan pada tahun 2020, sejak tahun 2020, setiap DUN akan diperuntukkan sejumlah dana bagi penggunaan projek kecil yang diurusetiakan oleh Pejabat Daerah. Dana ini adalah dilihat mencukupi untuk membantu menyelesaikan sebarang masalah melibatkan serta pembaikan infrastruktur atau kerosakan berskala kecil yang dialami oleh rakyat. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk memperuntukkan sebarang peruntukan kepada Ahli Majlis yang telah dilantik kerana mereka tidak menjalankan tugas sebagai ADUN, tugas mereka adalah sebagai Ahli Majlis, sebagai pembuat dasar melalui keanggotaan dalam jawatankuasa tetap PBT, dan menjadi perantara di antara PBT dengan penduduk setempat bagi menyelesaikan masalah penduduk. Tapi kalau ADUN rasa perlu dibagi, share-lah sikit ya, ADUN punya tu, bagi 50,000.00 dekat.
Temiang, juga cadangkan elaun Yang Dipertua DUN dinaikkan, ya. Temiang dan apo, Temiang dan Chembong ya. Jadi, kita belum ada apa, belum ada semakan semula tentang elaun bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi, makna kita tak ada nak bawaklah.
Kadar caj air bakal naik tahun hadapan, ADUN Temiang. Untuk makluman pihak, pihak ya, mohon pertimbangan untuk memberi pengecualian pengurangan rebat kadar bil air kepada penduduk yang mengalami masalah kebocoran paip, okey. Untuk makluman, pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) mensasarkan untuk membentangkan memorandum Jemaah Menteri pada bulan Disember 2023 bagi cadangan pelaksanaan pelarasan tarif bagi kategori Domestik secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Januari 2024. Sekiranya cadangan tersebut diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk pelaksanaan tarif air yang dijangka bakal naik pada tahun hadapan, ia akan melibatkan tarif domestik sahaja. Kali terakhir kenaikan tarif domestik untuk Negeri Sembilan adalah pada tahun 2002 iaitu 21 tahun yang lalu.
Untuk makluman juga, kaedah penetapan kadar tarif baru untuk semua negeri termasuk Negeri Sembilan adalah menerusi mekanisme yang dibangunkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikenali sebagai Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM) yang merupakan suatu mekanisme seragam yang membolehkan operator untuk menampung segala kos yang berkaitan dalam penawaran perkhidmatan yang berkualiti, menjadi lebih efisien dalam membekalkan perkhidmatan kepada pengguna dan melangkah ke arah pemulihan kos penuh. Kos yang berkaitan merangkumi perbelanjaan operasi harian, operator termasuk kos elektrik, bahan kimia, kakitangan dan penyelenggaraan serta perbelanjaan modal bagi tujuan pembangunan infrastuktur bekalan air termasuk sewaan pajakan yang dibayar kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi infrastruktur baru yang dibiayai oleh PAAB dan hutang-hutang lama yang diinovasi kepada PAAB, yang diinovasi kepada PAAB semasa penstrukturan semula.
Secara ringkasnya pelarasan tarif adalah penting bagi membolehkan operator untuk membina kedudukan kewangan yang mampan bagi membolehkan untuk terus menambah baik kualiti perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pengguna. Tanpa pelarasan tarif, ianya dijangka akan memberikan kesan langsung pengoperasian harian operator seterusnya menjejaskan tahap perkhidmatan dan kemampanan operator pada jangka masa panjang.
Pihak SAINS tidak memberi sebarang pengecualian atau pengurangan rebat pada bil tinggi disebabkan oleh kebocoran sistem dalaman selepas meter. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa peka dan menyemak bil yang diterima pada setiap bulan dan menggunakan air secara berhemah ya. Kita sedia maklum, kita punya NRW juga telah capai 36% ya, sekarang, dan kita harap juga penduduk yang selepas paip itu adalah tanggungjawab tuan rumah untuk mereka pastikan bahawa paip mereka tidak bocor. Mereka boleh kesan apabila terima bil. Kadang-kadang kalau, kalau bulan pertama tu dia, dia nampak dah, tapi kadang-kadang orang sampai 3 bulan dia biarkan. Jadi ini yang menyebabkan berlakunya ya, berlakunya perkara bil tinggi selepas 3 bulan, 4 bulan mereka sudah. Sebenarnya kalau mereka sentiasa lihat bil, sebab bil air ni selalu 20, biasa 20.00 ringgit, dia campak je, dia tak tengok. Tiba tengok sekali tu dia dah jadi beratus-ratus, jadi mereka menjadi panik ketika itu.
Dato’ Yang Dipertua, mohon Kerajaan Negeri mengambil langkah awal menghadapi isu banjir. Ini ADUN Temiang. Kerja-kerja membaik pulih jambatan jalan Kampung Bukit Jong serta lain-lain berkaitan bernilai 432,600.00 ringgit merupakan salah satu langkah kerja, jangka masa pendek bagi mengurangkan risiko banjir bagi salah satu kawasan hotspot banjir di Daerah Seremban iaitu Kampung Bukit Jong ataupun Ulu Temiang di DUN Temiang. Kejadian banjir saban tahun berlaku berpunca daripada beberapa faktor, di antaranya struktur jambatan yang dibina oleh Masjid India Muslim yang rendah dan menjadi halangan semasa paras air Sungai Temiang tinggi. Selain daripada itu juga, kontraktor bagi pelaksanaan projek di bawah Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temiang berjumlah 892,900.00 ringgit yang melibatkan jajaran sungai di Jalan Seng Meng Lee juga telah dilantik, dan kerja-kerja berkenaan akan bermula pada 12 Disember 2023 dan dijangka siap pada 2025.
ADUN Labu, isu banjir di Kampung Pulau. JPS Negeri Sembilan sentiasa membuat kerja penyaluran berkala sungai-sungai di DUN Labu bagi langkah jangka masa pendek. Yang mutakhir ini Sungai Batang Labu telah disenaraikan dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai melibatkan kos ataupun peruntukan kerajaan dengan kaedah timbal balik hasil daripada mengeluarkan, mengalih dan mengangkut bahan batuan pasir sungai yang akan dilaksanakan oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan. Bagi langkah jangka masa panjang
pula, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan Ke-3 berjumlah 61.7 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilaksanakan bermula 2023 hingga 2030 yang melibatkan fasa pelantikan perunding, rekabentuk, perolehan tender, pembinaan, sehinggalah perakuan akuan muktamad.
Bagi masalah sampah sarap. Komitmen daripada pemilik estet yang terlibat adalah diharapkan supaya sampah atau pelepah sawit tidak dibiarkan begitu sahaja dan perlukan dibuang keluar supaya ianya tidak hanyut dibawa air hujan dan seterusnya menghalang pembentung ataupun masuk ke dalam sungai.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Kota, bantuan baucar lesen motosikal, 540,000.00 ya. Selaras dengan pengumuman Belanjawan 2024, ditetapkan adalah mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan saya yakin tadi telah dijawab oleh, oleh ADUN Nilai ya.
Pencahayaan di Pekan Kota dan Pekan Chengkau. Pihak Majlis Daerah Rembau akan membuat permohonan bagi kerja-kerja pencahayaan di Pekan Kota dan Pekan Chengkau bagi tahun 2024 ya.
Kota, mohon mendapatkan lampu jalan persimpangan, di persimpangan jalan. Program Pencahayaan Negeri Sembilan telah bermula sejak 2008 dan pada tahun 2023, JKR telah memasang sebanyak 318 tiang dan 325 lampu jalan secara keseluruhan di Negeri Sembilan dengan jumlah 1.0 juta. Di Daerah Rembau sahaja sebanyak 8 tiang 5 lampu telah dipasang pada tahun 2023. Dan kos keseluruhan 21,174.00. Pada tahun 2024 ini kita harap akan, akan diberi tumpuan kepada kawasan, kawasan yang dipohon insyaaAllah.
Bagan Pinang, majlis perkahwinan perdana di setiap daerah ya. Jadi sebenarnya, dulu isu dia, kita takleh nak bagi semua, tetapi sekarang kita dah bagi semua, jadi saya rasa tak perlulah kita buat program perkahwinan perdana. Jadi, dengan 500.00 ringgit tu, dia buat kenduri dekat rumah dia tu lebih baik, ya, dengan saudara mara dia. Saya rasa, yelah tak cukup tetapi dia dapat membantu insyaaAllah. Tapi, program ini sebenarnya sebelum ini telah dilaksanakan di Tampin pada 24 Jun 2023, di jem, melibatkan 4 pasangan, di Jempol – 7 Julai 2023 – 7 pasangan, di Jempol – 8 pasangan pada 3 Jun 2022. Di Jempol juga pada 28 Oktober 2022 – 10 pasangan dan di Kuala Pilah – 7 pasangan pada 5 Disember 2022, ya, ini kita bagi jamuan makan, pelamin, persalinan pengantin, jurugambar, goodies dan keluarga. Jadi saya rasa dengan pemberian terus kepada pengantin itu, saya rasa ia lebih memberikan manfaat yang besar.
Dato’ Yang Dipertua, Bagan Pinang, status berkaitan pembinaan loji Air Kampung Barisan, membekalkan 55 gelen air per hari. Tadi dah dijawab. Gemencheh, Majlis Belia Negeri tidak pernah mendapat peruntukan, tadi saya rasa akan dijawab oleh, oleh, oleh Palong secara bertulis.
Elaun Guru KAFA, DUN Paroi, ketiadaan Elaun Guru KAFA 2024 dalam belanjawan negeri. Sebenarnya walaupun tidak disebut, memang ada, akan berterusan ya. Dia akan terus dibayar 50.00 ringgit oleh Kerajaan Negeri. Begitu juga dengan MAINS akan terus memberi sokongan.
Yang Berhormat ADUN Paroi, keadaan Jalan Persiaran Senawang dari Klinik Kesihatan Senawang – Taman Matahari Heights yang tidak rata dan beralun, keadaan, Paroi – Senawang berlubang, kerap dinaiki air serta tanah runtuh, pokok tumbang di Restoran Casa Lagenda, status terkini pembinaan jalan baru Kem Senawang melibatkan peruntukan 8.0 juta. JKR Negeri Sembilan telah mendapat kelulusan peruntukan di bawah peruntukan MARRIS untuk menyelenggara Jalan Persiaran Senawang 2 dengan status semasa bagi kerja tersebut adalah dalam peringkat perolehan dan dijangka dilaksanakan pada bulan Januari 2024. Bagi soalan kedua, JKR Negeri Sembilan telah membuat permohonan untuk penyelenggaraan jalan Senawang – Paroi (FT097) bagi kelulusan kos, bagi tahun kelulusan 2024. Kerja pembaikan yang dilaksanakan selepas peruntukan diluluskan.
Bagi kerja penyelenggaraan longkang, ianya akan dilaksanakan secara 2 kali setahun, manakala kerja pembersihan sisa pokok tumbang, telah siap dilaksanakan. Kerja pembersihan sisa tanah runtuh dan pemasangan kanvas bagi tindakan awalan akan dilaksanakan segera.
Untuk makluman, projek membina jalan baru dari Kem Senawang, Batalion Ke-15 Askar Melayu Diraja ke bulatan Taman Bandar Senawang adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kesesakan yang sering berlaku di Taman Tuanku Jaafar dengan mewujudkan laluan alternatif kepada penduduk kawas, sekitar kawasan ini. Ia dapat memendekkan masa perjalanan daripada 20 minit kepada 10 minit. Status projek ini: dalam pelaksanaan pengambilan balik tanah. Ia tak mudah ya. Semua ada itu adalah tanah milik orang dan kita terpaksa, pihak Pejabat Daerah terpaksa memastikan bahawa kita dapat jumpa semua tuan tanah. Dan kita harap dapat mengeluarkan tender seawalnya Oktober 2024 ini dengan tempoh pembinaan selama 2 tahun ya. Jadi kita harap kita dapat selesaikan isu tanah. Kalau dapat selesai isu tanah, kita akan dapat segerakan pembinaan isu itu insyaaAllah.
ADUN Paroi, ahli politik jadi AJK, apa kriteria seorang yang dipilih sebagai AJK kariah masjid. Ini saya rasa semua dah tahu ya. Menurut Tatacara Pemilihan Pencalonan AJK Masjid 2023/2024, perkara 4.4 diluluskan oleh MAINS, tidak, telah, tidak dinyatakan individu yang memegang jawatan dalam mana-mana politik tidak boleh dicalonkan sebagai AJK Masjid. Walau bagaimanapun, Majlis Agama Islam telah menge, mengeluarkan satu pekeliling pada 29 Mac 2023, telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan melarang sebarang aktiviti politik kepartian di masjid-masjid selain menetapkan bahawa mana-mana AJK Masjid atau Pegawai Masjid yang telah disahkan dalam peraturan pilihan raya sebagai calon pilihan raya atau seumpamanya, perlu meletakkan jawatan atau akan ditamatkan jawatan oleh Majlis Agama Islam secara serta merta. Antara kriteria yang ditetapkan ialah mempunyai pengetahuan agama Islam, berakhlak mulia dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid, berpegang dan beramal dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui manhaj al-Imam Abu Hasan al- Anshari.. al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Matrudi.. Matrui.. Matridi.. Maturidi, mematuhi dan melaksanakan undang-undang dan peraturan serta arahan Pihak Berkuasa Negeri Sembilan yang dikeluarkan serta dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dari semasa ke semasa dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah ya.
Lot 776 Bandar Rembau, ya, ni ADUN Chembong, merupakan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang dirizabkan sebagai sekolah perempuan di bawah seliaan Nazir Sekolah Negeri Sembilan. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan melalui surat bertarikh 17 November 2023 telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKTPTG) bagi tujuan pelepasan tanah PTP untuk tujuan pembinaan Mahkamah Syariah Daerah Rembau dan ianya tertakluk kepada kelulusan pihak PTP ya. Ada permohonan tapak tersebut.
Lampu jalan Kampung Orang Asli Ulu Chuai dan air, air hitam, Kampung Air Hitam serta Kampung Rendah di Taman Perindustrian Chembong. Pejabat Daerah Tanah Rembau mengambil maklum ke atas permohonan untuk memasang lampu jalan di kawasan tersebut, dalam peruntukan bagi tahun 2024.
Chembong, sumbangan kepada pengamal media. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan sumbangan bergantung kepada permohonan yang telah diberi, yang dipohon oleh pihak pengamal media, persatuan pihak pengamal media. Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk mengadakan satu inisiatif khas
bagi pengamal media Negeri Sembilan ya. Kita tak adalah lagi. Tetapi setiap permohonan itu kita selalu pertimbangkan dari tahun ke tahun.
Mesyuarat Pasca DUN. Perkara yang dibangkitkan oleh YB Chembong. Perkara ini seharusnya diambil tindakan serta merta oleh jabatan yang berkaitan. Namun begitu, kebiasaan terdapat perkara yang melibatkan kajian teliti dan menyeluruh oleh jabatan berkenaan. Walau bagaimanapun cadangan mengadakan mesyuarat Pasca DUN ini adalah suatu cadangan yang baik. Saya mencadangkan sebarang perkara yang diputuskan oleh Dewan yang mulia ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Dewan yang telah diluluskan dalam persidangan mengikut Jawatankuasa berkenaan sama ada dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah Dan Tanah, Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa Pilihan Agensi Badan Berkanun Dan Anak Syarikat mengikut tajuk atau isu yang berkaitan ya.
Saya setuju tetapi kita sedia maklum, bajet ini adalah bajet yang terhad, tak semua kita boleh buat ya, waima di Kerajaan Persekutuan pun tak boleh nak bagi semua. Namun, apa yang ada itu kita berikan keutamaan kepada yang benar-benar yang memerlukan dan boleh mengatasi beberapa masalah. Jadi, itu yang sebenarnya, tapi kalau kita semua kata apa kita mintak mesti lulus, apabila kita bercakap dalam Dewan kita semua dapat, itu memang saya tak pernah, sepanjang saya berada dalam Dewan ini, saya juga pernah memohon, tak semua saya dapat. Saya dapat satu pun saya syukur, dapat 2 pun syukur. Itu adalah, yang penting bagi kita adalah bagaimana ya, kita melihat bahawa bajet ini dapat memberi keutamaan kepada rakyat yang seluruhnya.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Chembong, cadangan pelaksanaan kerja MARRIS diberikan kepada agensi kerajaan tanpa GLC. Secara keseluruhannya Kerajaan Negeri Sembilan menerima peruntukan MARRIS di antara 230.0 juta hingga 374.0 juta pada tahun 2018 hingga 2023. Peruntukan yang diterima pada tahun ‘23 adalah sebanyak 374.0 juta. Jumlah ini amat signifikan dan, untuk rekod sebanyak 1,962 projek telah diberikan kelulusan sepanjang 2023. Dari jumlah tersebut 29.62 juta merangkumi 11 projek telah diluluskan kepada Gemencheh Granite Sdn. Bhd., daripada 374.45 hanya 29.62 merangkumi 11 projek diluluskan kepada Gemencheh Granite dan sebanyak, dan jumlah ini adalah bersamaan 7.91% sahaja berbanding terimaan peruntukan MARRIS pada 2023. Sepanjang 2023 sebanyak 41.99 juta merangkumi 29 projek telah dibuat secara Tender Terbuka ya, 41.99 juta, 123.49 juta ataupun 1,188 telah dibuat secara Sebutharga, 69.666 merangkumi 69 projek telah dibuat secara undian dan 30.78 juta merangkumi 47 projek dibuat secara Rundingan Terus seperti berikut ya, Tender Terbuka –
41.99 juta (29 projek); Sebutharga – 123.49 adalah sebanyak 1,188 projek; Undian – 69.66 juta (698 projek); dan Rundingan Terus – 30.78 adalah, dari, sebanyak 47 projek. Sebanyak 265.92 juta ringgit telah dibelanjakan untuk 1,962 projek.
Peranan kedua-dua GLC ini amat penting dalam memastikan projek MARRIS dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban agensi pelaksana di samping mengurangkan aduan rakyat ya. Dia juga bukannya, dia juga mesti di-monitor ataupun diberi perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ataupun pihak yang telah menjaga projek tersebut.
Oleh makluman, Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang tidak melantik syarikat konsesi untuk pelaksanaan projek-projek MARRIS. Sebaliknya melalui pendekatan secara hibrid iaitu melantik 2 buah syarikat GLC yang mempunyai kuari sendiri selaku rakan strategik. Ini merupakan satu langkah yang bijak apabila bukan saja membantu mempercepatkan pelaksanaan projek MARRIS, malah dapat membantu meningkatkan nilai jualan kuari GLC sekaligus memberikan GLC berkenaan membayar dividen yang tinggi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan.
ADUN Seremban, ADUN Seremban Jaya. Ni dah ya. Dah kan? Dah habis dah. Itu saja Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2024, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan.
Yang tak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ke, yang kedua.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju] [YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) 2023 ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa
pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Enakmen Perbekalan (2024) 2023. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Rang Undang-Undang Peruntukan Diraja (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2023Bill
“Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960.”
Perkara kelima, Rang Undang-Undang Kedua: Rang Undang-Undang Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2023. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Bacaan kali pertama]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960, dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, saya bangun mohon izin untuk membentangkan “Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan Diraja (Negeri Sembilan) 1960 dalam Jadual di bawah Class I(a) – The Privy Purse dan di bawah Class VI – Grants and Assistance to Istana, Balai Undang and Tengku Besar Tampin”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua, izinkan saya memberikan penerangan ringkas tujuan dan sebabnya, sebab-sebabnya Rang Undang-Undang ini dimajukan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Enakmen ini adalah untuk bertujuan meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960 bagi kali ke-20 untuk menambah peruntukan di bawah Class I(a) – The Privy Purse dan di bawah Class VI – Grants and Assistance to Istana, Balai Undang and Tengku Besar Tampin. Enakmen ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Julai, 1 Januari 2023. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan agar Rang Undang-Undang ini dibaca kali kedua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ini telah dicadangkan untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.
[tiada perbahasan]
Jika tidak, ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan Rang Undang-Undang ini untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960 telah, tak ada, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan pada kali kedua, sila angkat tangan.
Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bali kali kedua, bagi kali yang kedua.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Keputusan undian: semua 26 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Klawang, YB ADUN Sungai Lui, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: semua 28 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Nilai, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]
[YB ADUN Pertang, YB ADUN Juasseh, YB ADUN Seri Menanti dan YB ADUN Lenggeng tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2023. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Perkara keenam, Penangguhan Persidangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu, saya ada menerima satu permohonan daripada ahli Yang Berhormat untuk membuat Ucapan Penangguhan bagi persidangan ini. Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Saya persilakan Yang Berhormat ADUN Chembong.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini menariklah, Dato’ Dipertua, terima kasih.
Ahli-ahli Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan persidangan ini, kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat – Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah bersama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini.
Saya juga dengan ini memerintahkan agar semua Pertanyaan Lisan bagi Hari Kelima dan Hari Keenam diberikan jawapan secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang akan diberitahu kelak. Persidangan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 5.00 petang]