Negeri Sembilan · 6 May 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 12 turns · 1,024 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti.

[YB ADUN Seri Menanti telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Yang Berhormat; ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian, alhamdulillah, saya mengucapkan selamat datang kepada para hadirin sekalian dengan izin Allah jua, dapat kita berkumpul bagi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15. Insya-Allah, sidang kali ini dijadualkan akan berlangsung selama 5 hari, bermula hari ini, 6 Mei 2024; hari Isnin sehingga 10 Mei 2024 nanti iaitu hari Jumaat.

Persidangan hari ini akan dirasmikan sebentar lagi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Saya berharap para hadirin sekalian dapat memberikan tumpuan kepada Titah Ucapan

Perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebentar nanti dan dapat dibahaskan oleh semua ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan nanti.

Hadirin sekalian, saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan ketidakhadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Utama, Haji Mohamad bin Haji Hasan; Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rantau tidak dapat hadir sepanjang persidangan kali ini atas tugasan di Parlimen di mana beliau akan mewakili Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi mengetuai delegasi Malaysia ke sesi Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di Banjul, Republik Gambia dan seterusnya beliau akan menyertai lawatan rasmi ke Republik Senegal.

Seterusnya, saya juga menerima pemakluman ketidakhadiran Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook; ADUN Chennah sepanjang persidangan pada kali ini kerana beliau telah telah diarah, di, beliau telah dititahkan untuk menjadi Menteri Pengiring kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Republik Singapura pada tarikh yang sama. Surat permohonan mereka telah saya terima dan saya telah memberi keizinan kepada mereka.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa saya telah menerima notis daripada Setiausaha Badan Perhubungan Negeri, Perikatan Nasional Negeri Sembilan; Encik Muhammad Noraffendy bin Mohd Salleh melalui surat beliau kepada saya bertarikh 12 Februari 2024 berhubung pelantikan Yang Berhormat Tuan Mohamad Hanifah bin Abu Baker; ADUN Labu sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan Yang Berhormat Tuan Haji Ridzuan bin Ahmad; ADUN Gemas. Sehubungan dengan itu juga, terdapat perubahan kedudukan kerusi di blok pembangkang dalam Galeri Persidangan ini sebagaimana pemakluman oleh Setiausaha Dewan sebelum ini. Manakala kedudukan dewan, kedudukan kerusi bagi ahli-ahli Yang Berhormat adalah kekal sebagaimana hari persidangan yang lalu.

Hadirin sekalian, saya amat berharap dan sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar persidang, persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta dalam keadaan penuh harmoni. Dan saya seterusnya berharap ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dapat menjaga nama baik dan etika sebagai ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Sekian dulu perutusan saya, saya akhiri dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum WBT dan salam sejahtera, dan selamat bersidang. Terima kasih.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 1 Disember, dan 4 hingga 6 Disember 2023.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diben, diadakan pada 1 Disember, dan 4 hingga 6 Disember 2023 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap seorang yang, ahli mencadangkan dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan sebulat suara ya.

[Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 1 Disember, dan 4 hingga 6 Disember 2023 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

Titah Ucapan DirajaAddress / budget

Setiausaha Dewan

Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan / puan-puan sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar

Negeri Sembilan akan menyampaikan Titah Baginda dalam Dewan yang mulia ini. Dan sekarang Dewan ditangguhkan sebentar untuk keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Tuanku.

[YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Tunku Besar Tampin]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Johol]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Jelebu]

[Setiausaha Dewan mengumumkan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan diiringi YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ampun tuanku, patik memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melafazkan Titah kepada sidang hadirin dalam Dewan yang mulia ini. Mohon perkenan tuanku.

[YAB ADUN Sikamat menyembahkan Teks Titah Ucapan DiRaja kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]

[DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyampaikan Titah baginda]

[YAB ADUN Sikamat mengambil semula Teks Titah Ucapan]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Menjunjung kasih tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan. Dewan akan disambung semula pada hari Selasa; 7 Mei 2024 bersamaan 28 Syawal 1445 Hijrah mulai jam 10:00 pagi.

Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan. Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan.

[Bentara Dewan menanggung Cokmar mendahului DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]

[YB Yang Dipertua Dewan mengumumkan YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan] [YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan] [YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan] [Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada jam 11.00 pagi]