Negeri Sembilan · 7 May 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 278 turns · 34,913 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.

[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Yang Berhormat; ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Hadirin sekalian, alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Pertama iaitu peras (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Hari ini, teks bila ni, hari, bulan semalam ya, lapan, tujuh Mei 2024 bersamaan 28 Hijrah dan kita telah pun memasuki ke hari kedua persidangan. Sebagaimana maklum, kita akan mula membahaskan usul menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan Baginda sempena Istiadat Perasmian Penggal Kedua pada hari semalam, 6 Mei 2024. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan itu nanti. Saya juga berharap ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil peluang bagi membahaskan usul tersebut nanti semaksima mungkin bagi hari ini dan esok.

Saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan ketidakhadiran Yang Berhormat Puan Sri Hajah Bibi Shahliza binti Haji Mohamad Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Juasseh pada hari ini. Sijil Cuti Sakit beliau telah pun saya terima.

Hadirin sekalian, di dalam persidangan kali ini, saya telah menetapkan penggiliran soalan lisan disusun mengikut giliran berdasarkan nisbah 5:1 berdasarkan komposisi blok kerajaan dan blok pembangkang, iaitu dimulai dengan 5 ahli Yang Berhormat dari blok kerajaan dan diikuti dengan seorang ahli Berhormat yang blok, dari blok pembangkang, seperti senarai giliran yang diedarkan pada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Susunan giliran mengikut nisbah 5:1 ini diharap dapat memastikan blok kerajaan dan blok pembangkang dapat peluang sama berdasarkan nisbah komposisi kerusi di dalam DUN sekarang.

Hadirin sekalian, sebahagian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Membentangkan Kertas Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga membentangkan kertas dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian iaitu satu, Kertas Dewan Bilangan 1/2024-Cadangan Rang Undang-Undang Pindaan Enakmen, Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996. Dan yang kedua, Kertas Dewan Bilangan 2/2024 - Cadangan pindaan enakmen perbadanan, ke Negeri Sembilan 1969. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 1 dan 2 tahun 2024 adalah dibentangkan.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya bangun membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat. Iaitu:

 Pertama: Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

 Kedua: Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2022.

 Ketiga: Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

 Keempat: Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

 Dan yang kelima: Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2022.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, laporan dan penyata kewangan adalah dibentangkan.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Dipertua Dewan

Saya persilakan YB Klawang.

Saya mengemukakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Klawang mengenai penghinaan terhadap kalimah Allah. Dalam bulan Mac, soalan ya, “dalam bulan Mac 2024 ini riuh isu berkaitan dengan penghinaan kalimah Allah yang disulam pada stokin dan dijual kepada awam melalui rangkaian supermarket KK Mart. Adalah mustahil untuk ini, satu kesilapan tapi ialah satu kesalahan. Dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sebagai pencegahan supaya perkara serupa tidak berulang di masa hadapan di mana-mana jua. Apakah tindakan pihak berkuasa setakat ini dalam menangani isu ini dan tindakan jangka panjang untuk memastikan tiada perkara serupa di negeri ini di masa hadapan. Saya mencadangkan diterapkan kepada rakyat prinsip amal agama pastikan ibadah dan Rukun Negara dan perlembagaan negara kerana tiada agama yang menyuruh kepada keburukan.”

Okey, terima kasih kepada soalan ini dan kita sedia maklum bahawa isu ini merupakan satu isu yang melibatkan seluruh negara dan alhamdulillah kita di Negeri Sembilan ini sedia maklum bahawa tidak ada satu pun, kejadian yang berlaku ataupun stokin ini berada di Negeri Sembilan dan juga kita bersyukur bahawa tidak ada kejadian yang buruk berlaku di KK Mart di Negeri Sembilan. Jadi kita sedia maklum bahawa perkara ini sedang dalam siasatan pihak keselamatan dan sedang dalam, juga sedang dalam tindakan mahkamah. Dan saya, saya rasa kita bersyukur di Negeri Sembilan ini perkara-perkara yang sensitif begini tidak berlaku. Dan saya rasa bahawa isu ini telah berada di mahkamah. Elok untuk kita rasa bahawa kita serahkan kepada mahkamah untuk menentukan kes ini pada masa yang terdekat ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat YB Sikamat. Dato’ Yang Dipertua, agama Islam ianya inviting in delivery, dengan izin, iaitu mengajak di dalam menyampaikan. Bukan rejecting and confronting, dengan izin, seperti yang kita tahu setengah pihak mengamalkannya sebegitu dan kadang-kadang dengan mudah mengkafirkan yang dah Islam. Na’uzubillah. Untuk memahami amalan agama di antara kita semua di negeri ini khasnya supaya tiada lagi masalah terlepas pandang, salah faham dan sebagainya di antara kita, apakah perancangan Kerajaan Negeri di masa hadapan. Saya mencadangkan supaya kita sudah mungkin boleh mulakan usaha-usaha, kalau di luar negara itu interfaith punya forum antara agama biasa dilakukan. Mungkin sudah sampai masanya yang, Yang Amat, Yang diper, Dato’ Yang Dipertua kita memulakan usaha-usaha ini supaya masing-masing memahami limit ataupun hudud antara masing-masing supaya kita tidak cross the border. Bila cross the border, dengan izin, lepas tu mintak maaf tak jadi Dato’ Yang Dipertua ya, kita melihat supaya kita berilmu dan selepas itu kita jaga dia punya sempadan-sempadan. Jangan kita cross. Itu saya apa, apakah, mungkin ada perancangan di peringkat negeri untuk kita mengadakan interfaith punya forum ini. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey, terima kasih Klawang atas soalan tambahan tersebut. Dan kita sedia maklum bahawa negara kita ataupun negeri ini adalah merupakan negeri majmuk. Dan saya sentiasa, selalu bersyukur kerana apa yang berlaku di negeri ini sepanjang, pem, pentadbiran ini kita lihat bahawa tidak ada isu sensitif yang ditimbulkan sama ada di pihak politik ataupun masyarakat itu sendiri. Ini menunjukkan kematangan. Dan apa yang penting bagi kita solat, toleransi di antara kaum yang ditunjukkan di negara kita, antara kaum dan agama, itu yang kita lihat bahawa menunjukkan bahawa satu kematangan inilah yang menyebabkan kita saling hormat-menghormati. Dan kita sedia maklum Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi akan sentiasa mempertingkatkan kesedaran ataupun inisiatif-inisiatif program kesedaran dan kefahaman agama, ya.

Kita kadang-kadang kita bawa walaupun program itu kita lihat bahawa program itu melibatkan agama Islam tetapi kita bawa ADUN-ADUN kita untuk sama-sama mendengar, untuk mereka menilai apakah sebenarnya yang berlaku. Itulah kita panggil bahawa kita nak melihat supaya mereka memahami supaya mereka mengenali dan itu yang paling penting bagi kita hari ini. Khususnya kepada, bukan sahaja kepada pimpinan politik tetapi kepada semua yang bukan Islam juga memahami. Dan kerana itu saya lihat pada rama, pada Syawal ini ada di, ada banyak masjid yang menganjurkan program rumah terbuka yang menjemput rakan-rakan kita daripada bukan Islam untuk menunjukkan rasa sikap toleransi di antara masyarakat itu sendiri. Jadi saya mengucapkan tahniah kepada pihak-pihak masjid, surau yang mengadakan program sambutan hari raya. Dalam masa yang sama menjemput rakan-rakan kita yang bukan Islam daripada masyarakat-masyarakat majmuk di negeri ini untuk sama-sama meraikan Syawal yang kita sambut ini.

Jadi ini merupakan satu perkara penting, titik penting bagi kita untuk sentiasa mengambil iktibar supaya tidak ada pergeseran yang boleh merosakkan ya, merosakkan hubungan kita yang telah kita bina sejak negara kita merdeka. Konsep “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami” hendaklah dipupuk masyarakat majmuk di negeri ini khususnya di Negeri Sembilan tanpa membahas atau mengulas tentang suatu agama. Dan kerana itu saya ingatkan bahawa kita juga, masyarakat Islam harus menghormati mereka dan, untuk mereka menjalankan agama mereka ataupun menjalankan ibadah agama mereka. Dan apa yang penting juga kita, mereka juga menghormati kita. Dan saya nampak di Negeri Sembilan ini kematangan inilah.

Jadi saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat bukan Islam di Negeri Sembilan yang sentiasa memberikan

satu, apa, ingat ataupun satu pengiktirafan ya, ataupun satu proses, saling hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain. Jadi kita teruskan dan semoga perkara ini terus berjalan dengan baik dan kita harap Negeri Sembilan dalam keadaan yang cukup matang dan aman. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ada soalan daripada Rantau. Ada YB nak kemukakan?

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin untuk mewakili Yang Berhormat ADUN Rantau, yang kini mempunyai ataupun menjalankan tugas rasmi di luar negara, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Dengan itu, saya mengemukakan soalan Yang Berhormat ADUN Rantau nombor 1 mengenai kos sara hidup bagi rakyat di luar bandar dan golongan miskin bandar. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum itu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua Ahli Dewan dan hadirin di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Rantau yang diwa, yang diwakilkan oleh ADUN Chembong dalam soalan yang berkaitan dengan kos sara hidup.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri sentiasa peka kepada masalah dan juga kos sara hidup yang terpaksa ditanggung bukan sahaja oleh masyarakat luar bandar ataupun golongan miskin luar bandar tetapi oleh, juga kepada masyarakat di seluruh yang berada di Negeri Sembilan termasuk bagi golongan B40 dan juga M40 dan juga golongan miskin bandar. Oleh itu untuk makluman Dewan yang mulia ini, melalui belanjawan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2024 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dalam sesi belanjawan tempoh hari, Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan dan langkah untuk memperkenalkan skim sejahtera rakyat yang merupakan satu bentuk bantuan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang memerlukan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak 29.75 juta. Bantuan ini disalurkan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang memenuhi kriteria layak menerima bantuan untuk memastikan bantuan yang dirangkumkan di bawah SSR ini dapat dinikmati oleh golongan sasar. Untuk makluman Dewan yang mulia, bantuan ini juga bagi mengisi sebahagian besar ataupun keseluruhan aspirasi kerajaan perpaduan yang telah, telah dikemukakan oleh kerajaan ketika menghadapi Pilihan Raya Negeri yang lalu.

Saya minta izin kepada Dato’ Yang Dipertua untuk membacakan sebahagian daripada bantuan SSR yang sedang dan akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri. Yang pertama ialah bantuan kemasukan ke sekolah asrama penuh sebanyak 300.00 ringgit untuk setiap pelajar yang menerima, menerima tawaran untuk masuk ke sekolah asrama penuh, anak Negeri Sembilan, 300.00 ringgit.

Yang kedua: bantuan perkahwinan Dato’ Yang Dipertua. Bantuan perkahwinan ni agak kurang popular. Saya tak tahu kenapa kurang popular tapi kita tengah kempen sekarang. Perkahwinan pertama kali kepada setiap pasangan. Kalau suami isteri orang Negeri Sembilan, kita bagi 500.00 campur 500.00 dapat 1,000.00 ringgit. Itu yang kali pertaman je. Kali yang kedua belum lagi. itu Kerajaan Negeri belum lagi menawarkan sebarang bantuan. Kalau kali kedua, kali ketiga. Kalau, kalau, kalau Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat buat satu perubahan drastik untuk perkahwinan kedua dan ketiga, kita tunggu pengumuman yang akan datang Dato’ Yang Dipertua. Ini juga adalah bagi mengurangkan kos bagi mengadakan kos kenduri kahwin, ijab kabul dan sebagainya bagi pasangan luar bandar dan juga kawasan bandar. Jangan malu-malu. Saya sebut dalam Dewan ini, bila kahwin saja, hantar kad kahwin itu, undangan kahwin itu atau sijil sah nikah, kalau nikah luar negara tak bolehlah. Sijil sah nikah di dalam negeri dan dalam negara kita akan keluarkan bantuan.

Yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua, Sumbangan Keceriaan tahunan 200.00 ringgit kepada ibu tunggal yang berpendapatan 2,000.00 ke bawah. Semua ibu tunggal, pendapatan 2,000.00 ke bawah tuntut kita akan bagi 200.00 ringgit. Dan yang penting sekali ialah bagi warga emas yakni yang melebihi umur 70 tahun ke atas. Setiap warga emas 70 tahun ke atas tak kira T20, B40 ataupun M40 kita bagi bantuan 200.00 ringgit mengikut bantuan tahunan, Dato’ Yang Dipertua. Ini jugak telah pun dilaksanakan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri. Dan saya dapati bahawa sambutan di kalangan warga emas sangat memuaskan. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah pun, yang telah pun membawa ataupun menguruskan bantuan kepada warga emas dengan begitu teliti.

Yang kelima: Bantuan Food Bank untuk keluarga termiskin yang juga telah dijalankan yang keluarga miskin yang terlibat dalam golongan eKasih.

Dan untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, untuk golongan belia pun, Kerajaan Negeri beri untuk makluman Exco Belia, Kerajaan Negeri jugak memberikan perhatian kepada golongan belia. Bagi mereka yang mendapatkan lesen motosikal, 100 permohonan pertama bagi setiap

DUN untuk setiap tahun kita bagi subsidi sebanyak 150.00 ringgit. Kesemuanya ini, bantuan SSR ini adalah bantuan yang dikekalkan dan teruskan oleh Kerajaan Negeri dan sebahagian besar daripada isi bantuan ini ialah Bantuan Anak Sekolah dengan peruntukan keseluruhan 900 ribu ringgit dan Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah dengan peruntukan 800 ribu ringgit. Sebanyak 3.6 juta turut diperuntukkan bagi Skim Dermasiswa Sara Hidup yang merupakan bantuan sara hidup 150.00 ringgit sebulan untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dari keluarga yang berkemampuan.

Dato’ Yang Dipertua, selain daripada bantuan secara berkala dan one off, antara intervensi Kerajaan Negeri dalam mendepani masalah kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Negeri Sembilan secara amnya adalah dengan melalui inisiatif-inisiatif peningkatan pendapatan yang melibatkan golongan miskin tegar, miskin dan B40 di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Inisiatif seperti Tabung Usahawan Negeri Sembilan yang telah berjalan lama, TUNS seumpamanya, dan TUNS Plus dapat memberi manfaat kepada usahawan berskala kecil untuk mengembangkan perniagaan dan produk usahawan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka. Untuk rekod Dewan yang mulia, suka saya nyatakan bahawa sehingga kini seramai 6,135 usahawan telah menerima manfaat daripada inisiatif TUNS sejak diperkenalkan pada tahun 2019 yang melibatkan 2,616 usahawan dari luar bandar yakni Jempol, Jelebu, Tampin, Kuala Pilah dan Rembau. Manakala inisiatif TUNS Plus telah memanfaatkan seramai 616 usahawan sejak tahun 2021.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri, selain pada itu ya, selain yang dah saya sebut, Kerajaan Negeri turut menjalinkan kerjasama erat bersama Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kos sara hidup yakni di bawah program inisiatif pendapatan rakyat (IPR). Yang dalam IPR ni Dato’ Yang Dipertua, ada 4 perkara. Pertama: Inisiatif Usahawan Tani yakni INTAN. Yang kedua: Inisiatif Usahawan Makanan yakni INSAN. Yang ketiga: Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) dan Program Pembasmian Kemiskinan (BMT). Objektif IPR seperti yang telah saya sebut merupakan objektif yang untuk orang kata apa, meringankan kos, bebanan kos sara hidup bagi masyarakat seluruh Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, selaras dengan usaha Kerajaan Negeri ya, bagi mengurangkan beban tanggungan rakyat, Kerajaan Negeri telah meneruskan dan memperkenalkan Program Jualan Negeri Sembilan Prihatin yang telah dijalan sejak sekian lama. Kita ada 3, satu Program Negeri Sembilan Prihatin yang dia langgar setiap minggu di kawasan DUN secara bergilir. Kemudian kita ada Jualan Agro Madani yang

dianjurkan oleh FAMA yang dianjurkan sebulan sekali. Kemudian kita ada lagi satu jualan, Jualan Rahmah yang dianjurkan oleh KPDNKK yang dianjurkan sebanyak 2 bulan, 2 minggu sekali.

Dato’ Yang Dipertua, apa dia keistimewaan ketiga-tiga jualan ini. Selain daripada harga barangan, keperluan asas harian yang dijual lebih murah 20 ke 30% daripada harga pasaran, harga ini jugak turut mendapat sumbangan dan bantuan daripada ahli-ahli Wakil Rakyat, Yang Berhormat DUN. Saya dapati dan juga saya dapat report, Yang Berhormat DUN mengeluarkan subsidi daripada poket sendiri untuk mengurangkan lagi harga barangan di dalam program-program, ketiga-tiga program ini. Bagi pihak kerajaan, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat yang telah keluarkan duit poket. Dan saya harap pengeluaran duit poket ini dapat diterus dan ditambah lagi supaya dapat dinikmati, kongsi rezeki bersama rakyat di seluruh Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, secara rumusannya Kerajaan Negeri memang tidak pernah melupakan dalam soal untuk orang kata, memberikan keprihatinan dan juga rasa peka kepada permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya bagi rakyat luar bandar, terutamanya bagi rakyat yang golongan miskin, dan apatah lagi bagi golongan miskin bandar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, tiada soalan tambahan daripada ADUN Rantau. Cumanya ADUN Rantau maklum dengan saya, selain daripada mewakili soalan lisan ni, dia juga mohon saya untuk gunakan waktu perbahasan dia nanti Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih. Untuk makluman Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Chembong. Soalan.

Kali ni saya mewakili semua pengundi-pengundi DUN Chembong lah, Dato’ Dipertua. Dengan itu saya mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Chembong ialah berkenaan dengan SUKNES yang telah dianjurkan pada 16 Februari hingga 18 Februari. Dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri bagi pengajaran sukan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Chembong, Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak 500 ribu ringgit untuk menganjurkan Sukan Negeri Sembilan melalui agensinya, MSN dan sebanyak 469,308.00 ringgit yang telah dibelanjakan bagi kejohanan tersebut. Di mana pecahannya, yang pertama adalah bantuan kewangan pada semua

Pusat Khidmat DUN, sebanyak 36 DUN, setiap DUN 10,000.00 ringgit bagi mereka mengadakan kejohanan di peringkat DUN masing-masing dan menghantar pasukan ke peringkat negeri. 10,000.00 setiap DUN jadi, menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 360 ribu ringgit. Yang kedua ialah pembayaran teknikal dan pertandingan kepada persatuan bola sepak dan bola jaring, badminton dan takraw sebanyak 40,030.00 ringgit. Dan yang ketiga ialah persiapan logistik kejohanan merangkumi bayaran petugas RELA, petugas pasukan perubatan, urus setia kejohanan, sewaan peralatan, wang tunai kemenangan, hadiah kemenangan, bunting banner, majlis perasmian, perasmian dan majlis penutup sebanyak 69,278.00 ringgit. Menjadikan jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah 469,308.00 ringgit bersamaan 93.86% daripada peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, dengan jumlah perbelanjaan yang dimaklumkan tadi, saya berikan pandangan Dato’ Yang Dipertua, ianya sangat berbaloi dibandingkan manafaat dan kebaikan yang kita kecapi melalui perlaksanaan program SUKNES ini, Dato’ Dipertua. Sekiranya pihak Kerajaan Negeri nak menambah lagi peruntukan untuk penganjuran tahun-tahun depan Dato’ Yang Dipertua, saya yakin semua rakan-rakan ahli Yang Berhormat pun setuju Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, bagi saya eloklah kiranya Kerajaan Negeri memaklumkan jugak dalam Dewan ni, siapakah johan-johan bagi acara-acara kejohanan, Dato’ Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, semua peserta pasukan-pasukan yang menang telah diberikan hadiah. Terima kasih. Tapi saya juga ingin mencadangkan Dato’ Yang Dipertua ataupun bertanya soalan tambahan saya. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk memberikan hadiah kepada Dewan Undangan Negeri yang menang, sebab ini perlawanan, pertandingan di antara Dewan Undangan Negeri. Contohnya kalau Dewan Negeri tu menang acara itu, bagilah hadiah dalam bentuk pembangunan kemudahan sukan. Contohnya saya menang kejohanan A, bagilah kemudahan sukan di, jadi ianya akan menggalakkan lagi untuk Dewan Undangan Negeri yang lain untuk terus bekerja kuat untuk menang tahun hadapan, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih banyak.

Tuan Dipertua, terima kasih kepada Chembong yang memberikan pandangan dan soalan tambahan. Jadi saya nak mulakan dengan ucapan syabas dan tahniahlah kepada Chembong yang sebenarnya jadi johan untuk bola jaring. Itu sebenar nak bagi tahu tu, ya. Haa tepuklah tangan. Chembong johan bola jaring dan sebenarnya Chembong hampir menjadi juara keseluruhan. Tapi telah dipotong di minit terakhir oleh Ampangan, haa ya. Ampangan telah berjaya menjadi johan sepak takraw dan tempat ketiga untuk acara futsal dan jugak bola

jaring. Ia menyebabkan, menjadikan beliau ataupun Ampangan menjadi johan keseluruhan pada hari tersebut.

Dato’ Dipertua, terima kasih kepada Chembong yang berikan pandangan tadi. Saya akan, akan membuatkan kertas kerja untuk tahun hadapan dengan mengambil kira pandangan-pandangan telah diberikan oleh ADUN-ADUN sekalian, bagaimana boleh kita menambah baik lagi Kejohanan SUKNES ini pada tahun hadapan. Pastinyalah dengan mengambil kira tambahan perbelanjaan dan sebagainya. Dan insya-Allah sekiranya ianya mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri, kita akan buat lagi pada tahun hadapan dengan penambahbaikan seperti yang disarankan oleh rakan-rakan sekalian. Sekian terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua …..

Dato’ Yang Dipertua, mohon mencelah, boleh?

Saya benarkan Dato’ Dipertua.

Assalamualaikum WBT. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas penganjuran Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) yang berjaya. Tapi cuma saya nak bertanya sedikit yang peruntukan dan dimaklumkan tadi perlu jelas. Tidak disalurkan kepada ADUN-ADUN pembangkang. Jadi kita sedia maklumlah memang di Negeri Sembilan ADUN pembangkang tidak akan diberi sebarang peruntukan. Mungkin tak tahu kalau Yang Berhormat Sikamat ada pendirian yang baru. Cuma saya nak bagi tahu, kalau tidak memberi peruntukan di negeri, kepada ADUN pembangkang tiada masalah, tapi perlu dijelaskan sebaik mungkin di kawasan ADUN pembangkang, siapa yang bertanggungjawab untuk di kawasan pembangkang, menyelia program-program ni. Sebab kami di kawasan ADUN pembangkang menerima banyak persoalan daripada penduduk-penduduk ataupun anak-anak muda di kawasan pembangkang dan mereka menganggap kami menerima peruntukan. Walhal banyak aktiviti ini mungkin tidak, tanpa keterlibatan daripada DUN pembangkang, kawasan pembangkang disebabkan pada masa itu belum ada penyelaras. Jadi saya mohon pada masa akan datang jangan jadikan sukan ni satu politik. Walhal walaupun tak memberi peruntukan kepada kami insya-Allah kami sebagai ADUN pembangkang ingin menyertai dengan kos yang kami tanggung sendiri. Jadi itu untuk manfaat kepada penduduk-penduduk di kawasan kami. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Klawang ada nak mencelah?

Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya ni soalan di luar jadual ni. Pasal apa, kita tidak ada soalan. Tapi oleh kerana mendapat keizinan Dato’ Yang Dipertua, saya jawab bagi pihak kerajaan. Untuk makluman ADUN Labu, peruntukan yang disalurkan untuk peruntukan SUKNES ini adalah daripada peruntukan Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada semua DUN dan juga kepada semua kawasan Dewan Undangan Negeri. Bagi kawasan, sama ada DUN yang diwakili oleh kerajaan ataupun DUN yang diwakili oleh pembangkang akan diuruskan peruntukan yang telah pun diluluskan kepada apa, Biro Belia Dan Sukan Negeri untuk dimanfaatkan bagi membiayai kejohanan yang sekitar dalam 30 ke 40% bagi kejohanan di peringkat negeri. Itu saja yang kita benar dan kita luluskan untuk kejohanan di peringkat negeri. Tidak ada sebarang diskriminasi antara DUN kerajaan ataupun DUN pembangkang. Cumanya penyaluran itu adalah penyaluran yang diuruskan melalui peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Cuma apa nama ni, peruntukan yang diberikan kepada DUN-DUN itu sebonar eh tak, tak, tak cukup Dato’ Yang Dipertua. Seperti Klawang, kita terpaksa me, menampung perbelanjaan tambahan lebih kurang dalam 9,000.00 lagi untuk kita, di peringkat DUN itu cukuplah 10,000.00 tu, tapi bila kita nak ngantar ke peringkat negeri, kita terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri. So saya harap tahun depan bolehlah tambah ni, Dato’ Dipertua. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, pandangan daripada Klawang ya, saya ucapkan terima kasih. Sebenarnya betul kata Klawang tu. Inilah di antara pandangan-pandangan yang saya terima daripada rakan-rakan termasuk Chembong tadi pun sebut. Jadi yang saya sebut tadi insya-Allah saya akan bentangkan untuk tahun depan supaya dia dapat ditambah baik lagi ya.

Dato’ Dipertua, saya, saya tak cakap tak cukup, Dato’ Dipertua, tadi. Itu tadi ….

Oh tak cukup Klawang …..

Itu tadi, saya cakap tadi, untuk ditambah Dato’ Yang Dipertua, tahun depan. Saya tak cakap ….

Tahun ni cukup.

Tahun depan kena tambah.

Jadi, makna itulah kehebatan Chembong dengan 10,000.00 dia mampu menjadi juara bola jaring, ya. Jadi insya-Allah kita tambah baik lagi pada masa-masa yang akan datang. Terima kasih Klawang.

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya, soalan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 3. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Seremban Jaya pembinaan jambatan daripada Tol Senawang ke Taman Tasik. Alhamdulillah kita mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri yang telah, telah men, apa, menziarahi kita ataupun datang ke Negeri Sembilan pada 2 Februari 5:00 petang di Alson Klana dan kita telah menyambut rombongan tersebut. Turut hadir pada perjumpaan tersebut adalah saya, Dato’ SS, Datuk Seri Jalal; Exco Kanan, ketua-ketua jabatan, Exco eh, dan kita, kita telah maklumkan tentang status ya, permohonan kita untuk pembinaan terkini jambatan daripada Tol Senawang ke, ke jalan, ke, ke Taman Tasik tu, ke LEKAS, menghubungkan LEKAS. Dan alhamdulillah insya-Allah pada dasarnya mereka telah meluluskan cuma sekarang mereka sedang bid untuk harga ya, sebab harganya berubah daripada masa ke semasa. Dan kita harap bahawa dapat, mendapat kelulusan daripada MOF dan Kementerian Kewangan supaya perkara ini dapat dilaksanakan dengan segera insya-Allah. Jadi kita ucap terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menimbang dan meneruskan. Dan saya juga ucap terima kasih kepada Datuk Seri Jalal yang ketika itu menjadi Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia ya, yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kelulusan pembinaan jalan daripada Tol Senawang ke LEKAS, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua terima kasih Menteri Besar Negeri Sembilan. Ini satu masalah yang besar pasal banyak lama. Ini masalah sudah bangkit dalam dewan ini. Saya ingat kalau salah satu tahun dulu Datuk Seri Jalan Jalal pun ada beritahu Timbalan Menteri Kewangan; Steven Sim ada satu meeting di MBS Hall. Masa itu Itu peruntukan 954 juta. Sudah ada. Tapi saya pun sudah beritahu pengundi dan ada orang tanya sama saya, saya pun sudah beritahu. Tapi ini satu masalah, satu jalan 8 lampu isyarat. Kira Tol Senawang hingga Tasik Jaya. 8 lampu isyarat. Lagipun hari Jumaat kiraan daripada luar punya orang mahu pergi Pahang dan Kelantan mereka guna itu jalan. Sebab itu saya mintak, rayu kepada Yang Amat Berhormat dan Exco Kanan; Datuk Jalal cepat dan segeralah boleh kasi tunai. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Soalan tambahan ya, merupakan pandangan daripada Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya. Memang, saya pun sendiri lihat bahawa keperluan ini amat penting, perlu diutamakan. Dan kita sedia maklum kos membina elevated highway ini agak tinggi. Dan saya berharap bahawa ya, untuk perkara ini juga saya dapat maklumat baru, oh tak, okey, ni tak ada, okey. Jadi saya berharap bahawa elevated highway daripada LEKAS sampai ke tol itu memang kos dia tinggi dan yelah sekarang dalam keadaan, sebab kita nak memastikan bahawa ini dapat dilaksanakan dengan segera ya. Kita memang, setiap kali Menteri datang kita akan tanya perkara yang sama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lukut kemukakan soalan nombor 3.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Lukut, tajuk dia “Rancangan Kawasan Khas Persisiran Pantai Port Dickson. Sila nyatakan status perlaksanaan RKK; Rancangan Kawasan Khas Pesisiran Pantai Port Dickson sebagai destinasi pelancongan antarabangsa setelah dilancarkan pada tahun 2020”. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Sembilan (PLANMalaysia) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menyediakan Rancangan Kawasan Khas Persisiran Pantai Port Dickson di mana dokumen perancangan ini telah diwartakan pada 9 Disember 2021. RKK Pesisiran Pantai Port Dickson merupakan pelan perancangan pembangunan terperinci telah menetapkan matlamat pembangunan untuk memperkukuhkan peranan Port Dickson sebagai bandar pelancongan persisiran pantai bertaraf antarabangsa. Bagi memacu pembangunan persisiran Pantai Port Dickson mengikut acuan hala tuju yang digagaskan, sebanyak 59 projek dicadangkan yang merangkumi 31 projek strategik ataupun berimpak tinggi, 12 projek utama dan 16 projek sokongan yang akan dilaksanakan mengikut fasa perlaksanaan iaitu Fasa 1 (Tahun 2020 dan 2023), Fasa 2 (2023 – 2026), dan Fasa 3 (2026 – 2030).

RKK Persisiran Pantai Port Dickson, yang disediakan untuk tindakan perlaksanaan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson melibatkan projek berkaitan cadangan jalan laluan kereta api dan landskap sepertimana saranan dan kelulusan Jawatankuasa Perancangan Negeri Khas Negeri Sembilan Bilangan 5/2021 pada 4 Mei 2021.

Salah satu projek yang telah dijang, dirangka pelaksanaannya oleh PLANMalaysia dan Majlis Perbandaran Port Dickson adalah penyediaan

Pelan Tindakan Khas (Bandar), lady, Lady Dickson Park, Port Dickson. Perancangan projek ini yang berkonsepkan taman bandaran atau taman linear park ataupun akan melibatkan komponen pembangunan seperti berikut: Zon A: Kawasan Arca, Railway Gate dan 3D Signage, Zon B: Historical Interactive Zone (Rail Pump Car and Train Signal Pole), Zon C: Taman Laluan Kereta Api berlandskap dan laluan pejalan kaki, Zon D: Outdoor Playground dan Outdoor Gymnasium, Zon E: Skate Park, Zon F: Ampitheater, dan yang ke, tujuh, Smart Crossing.

Agensi-agensi lain yang berkaitan juga telah sedia maklum berkaitan cadangan dalam RKK Pesisiran Pantai Port Dickson dan akan mempertimbangkan pelaksanaannya mengikut keutamaan projek tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih jawapan daripada Sikamat. Saya nak mintak Kerajaan Negeri untuk mencerahkan, memberi pencerahan bahawa saya terbaca satu liputan berita yang mengatakan Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan semula landasan kereta api Port Dickson supaya dia memberi satu imej baru dan boleh digunakan sebagai landasan untuk menghantar barang, barangan, satu landasan penjajaran baru di mana saya tak nampak ada pun dekat dalam apa, dalam perancangan tersebut. So saya mintak kerajaan untuk memberi pencerahan berkenaan mengenai perkara ini.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Lukut, kita sedia maklum bahawa kita sedang dalam perancangan untuk membina sebuah Pelabuhan AI ya, di Pasir Panjang. Dan, dan saya telah berbincang untuk supaya apa, ran, rantaian ataupun landasan baru ya, ataupun aliran baru kereta api ya. daripada Seremban itu dihidupkan semula bagi membantu industri pengangkutan dan juga industri pelabuhan logistik yang ada di Negeri Sembilan ini. Jadi itu antara cadangan kita yang telah kita kemukakan. Dan insya-Allah kita mintak supaya pihak RAC juga menimbang supaya perkara ini boleh dilaksanakan pada masa yang terdekat ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Labu.

Assalamualaikum Yang Dipertua. Saya bangun bertanya soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Masalah banjir kilat daripada ADUN Labu, yang sering berlaku di kawasan Labu, “masalah banjir kilat dan sering berlaku di kawasan labu terutama di kawasan kampung mengakibatkan penduduk berada dalam keadaan

tidak selesa ketika waktu hujan. Apakah tindakan menangani isu ini memandangkan dalam setiap kawasan banjir adalah ada beberapa punca yang berbeza. Apakah kerajaan mempunyai kaedah agar isu banjir kilat dapat dilihat diatasi segera?”.

Dato’ Yang Dipertua, indakan awal oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) adalah mengenai, mengenal pasti punca banjir kilat berpunca daripada isu pembentung dan aliran anak air Sungai Batang Labu dan Sungai Jerangkang yang tersekat. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dalam perancangan bagi melaksanakan kajian terperinci Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu di mana kajian terperinci ini dijangka akan dimulakan oleh pihak perunding pada pertengahan tahun 2024.

Isu banjir kilat ini dijangka dapat diatasi dengan kerja-kerja kecil naik taraf pembentungan dan selenggara aliran air sungai. Dalam hubungan ini, Pejabat Daerah Tanah Seremban sedang dalam tindakan memohon peruntukan naik taraf pembentung melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Sembilan dan, dan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak 500 ribu bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan yang melibatkan kerja penyelenggaraan jambatan Jalan Panglima 1, Batu 9, pemuliharaan tebing di Sungai Batang Labu, Kampung Pasir, dan kerja-kerja pemulihan saliran Kampung Lambar dan Kampung Gadong. Terima kasih.

Tambahan Dato’ Yang Dipertua. Mungkin saya boleh menambah sikit. Yang Berhormat Sikamat, salah satu punca banjir di Labu dan kawasan sekitar adalah disebabkan pembangunan yang saya rasa tidak begitu terancang. Saya menyentuh berkenaan satu taman perumahan Yayasan Negeri Sembilan. Kawasan pembangunan itu sendiri pun tidak diselia dengan baik. Baru-baru ni saya ada turun bersama dengan Exco KPKT; YB Arul dan melihat di kawasan terbabit, kolam takungan pun berada di satu kawasan, saya rasa YB Arul pun mungkin bersetuju, tidak begitu selamat dan tiada penyeliaan. Dan apabila pada musim hujan, off flow air itu terus ke kawasan jalan raya menyebabkan sering berlaku banjir terutama di Sekolah Dato’ Shahardin. Yang pertama.

Yang kedua adalah berkenaan sungai-sungai di sekitar Labu. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua keadaan sungai di Labu ini adalah pada zon merah pada kiraan sayalah, disebabkan tebing dan jugak pasir itu berada lingkungan dalam lingkungan 2 kaki sahaja. Jadi untuk sekarang

ni jika berlaku hujan saja, akan menyebabkan banjir. Jadi perkara ini dah berlaku, saya ulang, berulang kali dah berlaku lama. Tapi sejak beberapa tahun yang lepas tak ada usaha untuk mengatasi masalah ni. Jadi saya harap kerajaan yang, negeri, Yang Berhormat Sikamat dapat memandang serius perkara ini. Kita tak, tidak mahu kecuaian kita menyebabkan rakyat-rakyat di Labu terutama yang berdekatan dengan sungai sering kali menghadapi masalah dan menyebabkan kerugian harta benda. Sekian terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih kepada Labu atas soalan tambahan. Dan kita sedia maklum bahawa projek Yayasan Negeri Sembilan ya, kita telah maklum. Dan saudara YB Arul telah maklum kepada saya selepas lawatan tersebut. Dan saya telah minta supaya penyediaan kolam tadahan air di di perumahan tersebut dapat dibina dengan segera dan disiapkan bagi memastikan keadaan itu tidak berulang. Dan yang keduanya tentang masalah sungai, memang kita sedia maklum sungai-sungai tersebut semua berada di tanah persendirian sebahagian besarnya. Dan kita telah, kita telah juga memohon supaya disediakan Rancangan Tebatan Banjir Labu ya, untuk program ini kita mohon supaya Kerajaan Persekutuan meluluskan. Jadi, sebab ia melibatkan kos yang tinggi, melibatkan tanah-tanah persendirian, jadi kita berharap bahawa RTB Labu ini dapat disegerakan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan saya yakin ini akan menjadi keutamaan kita dalam memastikan pembangunan di Sendayan ataupun di Labu itu tidak mengganggu penduduk-penduduk di di kawasan perkampungan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Isu yang berkaitan. Saya rasa, saya mencadangkan supaya satu dasar supaya kita mengeluarkan mendapan-mendapan daripada dalam sungai-sungai yang, dengkat, yang mana sekarang ni kalau di Klawang itu hampir pasirnya 2,3 meter tebalnya ya, secara berkala di tempat-tempat yang sesuai. Kalau mendapan pasir mungkinlah kita boleh jual baliklah pasir tu, tapi kalau lumpur mungkin satu kaedah ataupun peruntukan tertentu perlu di di di disediakan supaya lumpur-lumpur ini ataupun mendapan-mendapan ini dapat dikeluarkan dan apa nama ni, banjir kilat ini dapat di di di dielakkan. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey terima kasih Yang Berhormat Klawang atas pandangan. Dan kita sedia maklum bahawa program timbal balik ini juga berlaku di kawasan Labu dan saya berharap mendapat sokongan daripada ADUN kawasan. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 1.

Okey, Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan taman permainan kanak-kanak. Jumlah bilangan tapak permainan kanak-kanak yang masih berfungsi di DUN Lobak adalah sebanyak 13 buah taman permainan. Dan juga taman-taman permainan yang, yang rosak akan dinaiki taraf bergantung kepada peruntukan tahun semasa. Berkaitan dengan di Taman Makmur, Taman Bukit Belian dan King Wong, Temiang. Taman-taman permainan kanak-kanak yang terbiar telah disiasat di peringkat jabatan di Majlis Bandaraya Seremban dan taman-taman permainan tersebut jugak akan dinaik taraf mengikut peruntukan tahun-tahun semasa. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih, Nilai. Dato’ Dipertua, dimaklumkan bahawa di DUN Lobak ada sebanyak 50 lebih perumahan, erti tu taman. Jikalau ikut dasar tu, setiap perumahan itu kena ada tapak pemain kanak-kanak. So terima kasihlah. Nilai nak maklumkan hanya 13. So memang DUN Lobak ni kawasan perumahan lama. So erti itu, banyak tapak pemain kanak-kanak itu sudah rosak tak dibaiki, tak diganti. Baru saja Bukit Berlian yang rosak tu sudah bukak, sampai sekarang pun tak akan diganti baru. So saya nak tahu kerajaan apa langkah itu, kerana 13 di satu DUN Lobak yang dengan berbanding 50 lebih kawasan perumahan, tak seimbang dia. So kami nak tahu dasar kerajaan, apa atau perkembangan atau kaji semula bahawa tapak permainan kanak-kanak itu kena kena diadakan ke, kena diadakan atau tidak. Sekian terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua berdasarkan di kawasan DUN Lobak yang saya tadi nyatakan 13 buah taman yang mempunyai taman-taman permainan, Berbanding dengan 50 taman. Mungkin dulu, syarat-syarat untuk membina taman-taman permainan itu mungkin tidak disyaratkan sebelum ini kerana sepertimana yang dinyatakan, taman-taman perumahan ni adalah taman-taman yang berpuluh tahun. Dan juga ada beberapa taman yang mengalami kerosakan iaitu di Taman Makmur, di Taman Bukit Berlian dan juga King Wong di Temiang. Dan untuk pada sekarang, sudah tentu setiap kawasan pembangunan ataupun taman perumahan, ada disyaratkan untuk mesti sediakan taman permainan untuk kegunaan penduduk di kawasan tersebut. Oleh itu, mungkin selepas ini ataupun sejak beberapa tahun ni, kelulusan itu diberikan mengikut bilangan-bilangan perumahan ataupun rumah yang dibina. So dulu mungkin tak adalah, tapi sekarang ini sudah ada. Dan sepertimana yang tadi saya nyatakan kita akan mempertimbangkan dan memberikan keutamaan kepada padang-padang permainan yang sedia ada yang telah pun rosak. Kita akan cuba untuk membaiki dalam masa terdekat ataupun mengikut peruntukan yang ada. Terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, terima kasih Nilai yang cekap sekali. Kami haraplah kerajaan kena bersalurkan sumbangan ataupun peruntukan mungkin ikutlah fasa by fasa. Janji yang tapak permainan kanak-kanak itu kena disediakan. Dan keselamatan tapak permainan kanak pun terkena utamakan kerana kawasan ni budak, ada tempat untuk budak kecik, generasi baru kita ni. Jikalau ni tak cukup keselamatan akan membahayakan budak-budak kita. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lui di atas soalan yang berkaitan dengan pendidikan di kawasan felda dan juga program-program TVET bagi sekolah-sekolah di kawasan felda. Untuk rekod Dewan, Yang Berhormat Dato’ Dipertua, Negeri Sembilan ni terdapat 34 buah sekolah rendah dan 13 sekolah menengah, di kawasan felda. Seluruh Negeri Sembilan. Jadi, bagi peningkatan prestasi sekolah dan jugak murid, pelbagai rancangan atau program di bawah pengurusan Bahagian Pengurusah Sekolah Harian (BPSH) ni bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah pun dilancarkan, dan aktiviti ini adalah melibatkan Sesi Libat Urus Hala Tuju Sekolah-Sekolah Di Kawasan Tanah Rancangan Felda bagi tahun 2023 dan juga bengkel latihan guru program Felda Digital Maker Hub-Coding & Robotic tahun 2023. Ini adalah antara program yang, dan aktiviti yang dijalankan bagi peningkatan pencapaian sekolah-sekolah di kawasan Felda.

Bagi perlaksanaan TVET pula, di sekolah menengah terdapat 13 sekolah ya, menengah yang melibat, yang ada program-program TVET di kawasan felda. Dan untuk program TVET ni, kita bahagikan kepada 3 kategori Dato’ Yang Dipertua. Yang pertama ialah Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI), yang kedua, Mata Pelajaran Vokasional (MPV), dan ketiga Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang menyediakan pelajar yang akan melanjutkan pelajaran lebih tinggi dan berkemahiran ke peringkat seterusnya. Bagi untuk sekolah di kawasan felda ni, di, saya nak nya, nyatakan sikitlah ya, bagi program MPEI tadi ada 11 sekolah yang terlibat, bagi MPV ada 6 sekolah dan PVMA ada 8 sekolah. Di mana pengkhususan pertanyaan daripada Lui ialah berkenaan sekolah di Lui ini sekolah SMK Felda Lui Barat, dia terlibat dengan MPV. TVET nya ialah Produksi Reka Tanda dan jugak Landskap Dan Nurseri. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Okey ya, sekarang ni kalau kita tengok sekolah-sekolah di kawasan felda khususnya, kita dah masuk sekolah kekurangan pelajar, kurang murid. Dan untuk makluman Ahli Dewan, di kawasan DUN Sungai Lui, Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Pasoh 2, kita dah memperkenalkan Sekolah Magnet di situ. Ada tak perancangan kita untuk kita upgrade Sekolah Magnet ni untuk kita perkenalkan mata, mata pelajaran TVET di Sekolah Magnet khas bagi sekolah.

Terima kasih YB. Memang dalam perhatian jabatan sebenarnya ya tentang Sekolah Magnet ni kerana dulu sewaktu kita lancarkan beberapa tahun dulu, niatnya ialah untuk menambahkan pelajar-pelajar di situ. Tapi kelihatannya rekodnya pada hari ini taklah bertambah sepertimana yang kita harapkan. Jadi memang dalam perhatian jabatan untuk kita fikirkan apakah program TVET yang paling bersesuaian dan yang boleh menambahkan kemasukan pelajar ataupun enrolmen pelajar ke Sekolah Magnet ni. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ada Yang Berhormat nak bawa soalan untuk Juasseh? Dan kita teruskan kepada Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan masalah anjing liar. Di mana Majlis Bandaraya Seremban telah pun bekerjasama dengan Furrykids Safehaven dan juga melantik syarikat tersebut sebagai pembekal perkhidmatan untuk menangkap, memandul dan juga menyimpan anjing ataupun kucing di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Seremban sejak tahun 2020.

Yang kedua, bayaran oleh MBS kepada NGO tersebut sepanjang 5 ini. Jumlah bayaran yang dibayar kepada Furrykids Safehaven ini adalah sebanyak 992,070.00 ringgit melibatkan 12,449 tangkapan anjing. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih jawapan Exco. Saya nak tahu berapakah kes yang ada dalam senarai PBT di mana anjing, kes anjing yang menggigit orang ramai yang telah dilaporkan dan pusat berapakah pusat perlindungan anjing liar yang ada di Negeri Sembilan?

Berkaitan yang yang soalan tambahan yang pertama itu saya akan jawab secara bertulis, berkaitan dengan kes. Yang keduanya, buat masa ini kita ada 2 tempat, satu di Jempol yang telah pun dirizabkan sebagai tempat untuk kita menyimpan anjing-anjing yang ditangkap ini. Dan ada satu lagi di kawasan Mantin ke Lenggeng. Dan itu juga Majlis

Bandaraya Seremban telah pun menyewakan tapak tersebut kepada satu lagi NGO iaitu PAWS untuk diuruskan sebagai tempat untuk menyimpan anjing-anjing yang ditangkap ini. Selepas dimandulkan. Terima kasih.

Mohon mohon mohon mencelah dengan izin. Dato’ Yang Dipertua, berkenaan isu anjing ni saya nak sedikit penjelasan. Jadi sistem yang dipakai di Negeri Sembilan adalah sistem TNR iaitu memandulkan anjing dan melepaskan kembali anjing itu dengan beberapa jumlah bayaran akan dibayar kepada kontraktor. Jadi persoalannya adalah ada ke jumlah berapa ekor anjing liar yang ada di Negeri Sembilan? Sebab satu kos bayaran adalah tinggi. Saya dimaklumkan mungkin kerajaan, PBT membayar 50 dan sebahagian lagi ditanggung oleh NGO. Jadi kalau kita tak ada jumlah, kita tak nak kos ni, kalau satu ekor anjing 100.00 ringgit. Jadi dia akan menyebabkan satu jumlah kewangan yang besar. Jadi bila anjing dilepaskan kembali selepas lakukan proses TNR, masalah tidak akan selesai sebab masalah aduan yang saya rasa kebanyakan DUN adalah isu keselamatan. Bukan isu pembiakan anjing. Jadi kalau anjing ni tempoh jangka hayatnya adalah panjang. Jadi yang pertamanya melakukan TNR ni tidak memberi penyelesaian kepada aduan-aduan daripada masyarakat iaitu daripada segi keselamatan. Yang keduanya adalah berkenaan kos itu sendiri. Jika tiada jumlah yang tetap, saya rasa kontraktor mungkin akan mendapat keuntungan yang besarlah. Bayangkan kalau satu hari dia boleh tangkap 20 ekor anjing, 2,000.00 pendapatan satu hari. Satu bulan boleh cecah sampai 60,000.00. Jadi mungkin ini kena ada satu penjelasan daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua mencelah, boleh?

Yang berkaitan dengan apa ni tangkap, mandul dan melepaskan itu, program ini bukan dilaksanakan di semua tempat, hanya di beberapa tempat yang dipilih sahaja. Tapi kita menggalakkan supaya NGO-NGO yang terlibat ini buat tangkapan, memandul dan juga menyimpan anjing tersebut di kawasan-kawasan yang disediakan. Oleh itu, kita, Kerajaan Negeri jugak sedang mengenal pasti beberapa tapak yang sesuai. Dan kita jugak telah menghantar permohonan kepada beberapa agensi kerajaan seperti RAC untuk mereka menyewakan dengan sewaan yang ren, minimum untuk membolehkan kita membuka lagi beberapa tempat-tempat penyimpanan anjing ini di setiap daerah supaya program ini dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Dan saya juga me meminta kepada NGO-NGO yang terlibat ini jugak supaya tidak melepaskan anjing-anjing ini di tempat-tempat, kawasan-kawasan perumahan. Terutamanya untuk kita menjaga sensitiviti di, penduduk di setiap kawasan tersebut.

Berkaitan dengan bilangan, tadi saya telah pun nyatakan hampir 1.0 juta telah dibayar sepanjang 5 tahun dan melibatkan tangkapan sebanyak 12,449 ekor anjing itu. Anjing tersebut.

Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, Jeram Padang.

Terima kasih di atas apa, tindakan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat ya. Tetapi benarkan saya memberi pendapat, pandangan terhadap sekiranya ditangkap, dimandul dan tiada takers, dilepaskan semula ini tidak seperti yang, saya bersetuju dengan dengan YB Labu, ia tidak menyelesaikan masalah. Oleh itu satu dasar yang lebih komprehensif saya kira sekiranya tiada tackers ataupun tiada yang hendak membelanya sebab ini binatang peliharaan, jadi tak ada yang nak pelihara kita tidak boleh lepaskan di tempat-tempat di mana pun sebab dia akan mengganggu penduduk setempat. Jadi saya kira sekiranya tiada takers dalam masa yang tertentu perlunya, kalau tidak tu kita jugak terpaksa menanggung kos apa nama ni, ternakan atau ni, binatang yang telah di di ditangkap ni ya. Oleh itu saya mencadangkan, banyak, apa nama ni, Pihak Berkuasa Tempatan yang lain, dia menangkap, memandulkan dan serta certain time, tidak ada takers untuk yang memeliharanya, ianya di, dilupuskan. Jadi itu pandangan saya.

Assalamualaikum WBT. Berkenaan anjing, isu anjing ni, saya lihat dia berulang-ulang. Daripada sidang DUN yang lepas saya tengok isu ni, dijawab. Dalam sidang DUN yang hari ni pun dijawab. Dan kita dah nyatakan ya, apabila benda ni berulang-ulang, saya nak tanya pada YB Exco ya, berapa laporan ya, daripada penduduk dalam SISPAA, berapa ribu? Sebab apabila benda ni berulang-ulang, saya rasa, yelah isu keselamatan, isu kebersihan ya, dan isu dikejar oleh anjing apabila beriadah ni dah kita nyatakan. Tapi peringkat kita sekarang ni, aduan ni daripada rakyat ya. Di Paroi, apabila kami di pejabat sendirilah. Berulang-ulang benda ni berlaku dan tindakan pun macam tak ada apa-apa. Itulah yang perlu di peringkat YB Exco dan kerajaan memikirkan cara yang terbaik. Dan saya setuju dengan pendapat daripada YB Labu dan juga Klawang, maknanya ada pendekatan lain yang perlu kita ambil dan kita nampak nyatanya kita sekarang ni melihat pada tekanan daripada NGO itu sendiri ya, supaya bela, tapi kita tak dapat menyelesaikan masalah. Itu sedikit pandangan daripada saya. Mudah-mudahan diambil tindakan dengan jelaslah ya.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, ini berkenaan dengan anjing jugak.

Dato’ Dipertua, saya mintak dulu.

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jeram Padang dulu …..

Tuan Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Di benda ni …..

Dato’ Yang Dipertua, saya bawa Peraturan Dewan, Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Peraturan 14 Perkara 1, Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon supaya Dato’ itu memberikan petua dalam soalan lisan. Kerana ini adalah waktu soalan lisan Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Betul.

Kalau kita buka terlalu panjang pada ini, this is not a debate, dengan izin. Ini bukan hujah dan juga perbahasan. Kalau tidak, peluang untuk ahli Dewan bertanyakan soalan orang kata apa, terkecuali. Jadi saya mintak supaya ahli Dewan mengemukakan ketika bahas titah tuanku, Dato’ Dipertua, terima kasih.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Nanti Yang Berhormat, nanti kejap. Apa ni, memang masalah anjing ni semua ada di DUN ada. Jadi saya ingat, saya tutupkan dengan jawapan YB ni, Nilai.

Okey. Kita memang menggunakan kaedah TNR di mana melakukan penangkapan, memandulkan dan juga menyimpan ataupun melepaskan. Sepertimana yang tadi saya nyatakan, melepaskan itu bukan di semua tempat. Dan saya sendiri telah berjumpa dengan beberapa NGO tersebut supaya di beberapa kawasan yang memang tak sesuai, kita tidak boleh lepaskan di kawasan tersebut. Dan sudah tentu apabila satu program ini kita laksanakan, dia perlukan satu tempoh masa. Contohnya di Pulau Pinang, kita juga melihat perlaksanaan program ini di di singa, singa, di Singapura. Dan memang ada kesannya tetapi kita perlukan satu tempoh masa dan kita akan cuba untuk menambah baik. Sebab itu beberapa tambah, beberapa penambahbaikan itu kita sedang dilaksanakan. Dan kita harap

kerjasama daripada setiap pihak kita dapat selesaikan isu ini dalam masa terdekat.

Berkaitan dengan SISPAA ini saya akan dapatkan maklumat berapa yang selesai, berapa aduan dan juga berapa yang selesai kepada ADUN Paroi, secara bertulis. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Johol, soalan nombor 2.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Johol. Dato’ Yang Dipertua, tajuk: Masjid Dan Surau. “Apakah status cadangan pelantikan Pengerusi dan Pentadbiran Masjid di semua kariah Negeri Sembilan”. Dia juga menjawab soalan Pertanyaan Lisan Hari Kelima (No. 1) daripada ADUN Seri Menanti yang bertajuk “Kaedah Pelantikan Pihak Pentadbiran Masjid Dan Surau”.

Kita sedia maklum bahawa jawatankuasa sedia ada akan tamat tempoh pelantikan pada 31 Disember 2024. Proses pelantikan Jawatankuasa Masjid diurus oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan berdasarkan Tatacara Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Seluruh Negeri Sembilan yang diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Proses pemilihan adalah melalui Kaedah Pencalonan dari ahli kariah dan calon akan disaring oleh sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk memastikan calon-calon menepati kriteria seperti di dalam tatacara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Saya mencadangkan sebagai, supaya pelantikan pengerusi dan pentadbiran masjid ini seharusnyalah kita kemas kini selepas daripada tarikh kita mengadakan pilihan raya pada bulan Ogos yang lepas. Kerana apa yang saya lihat banyak pengerusi-pengerusi ataupun pengurusan masjid itu sendiri yang mungkin bagi pandangan kami tidak begitu menjalankan tugas yang agak efektif. Sebagai contoh saya mengambil kira semasa bulan Ramadan yang lepas ya, kita ada peruntukan-peruntukan yang agak banyak daripada Kerajaan Negeri kan, kepada masjid seperti daripada MAINS, daripada Jabatan Agama Islam. Dan saya lihat ada masjid-masjid yang nampaknya agak kurang apa dia itu mengguna pakai dana yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada mereka. Jadi saya amat berharap dalam konteks ini, pelantikan pengerusi dan pentadbiran masjid ini saya mencadangkan harus dipercepatkan supaya kita sebagai ADUN di setiap kawasan dapat mengemukakan, kata

menggunakan masjid tetapi dapat bekerjasama dengan masjid itu dalam merangka aktiviti-aktiviti kerana dana masjid, pada pandangan kami memang agak selesa di kalangan semua masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, terima kasih soalan tambahan daripada ADUN Johol. Kita sedia maklum bahawa perkara ini antara yang berlaku dan kita lihat ada masjid yang aktif, ada masjid yang tidak aktif. Dan saya saya harap bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam boleh mula daripada sekarang untuk membuat hebahan supaya tepat pada 1 hari bulan satu, Januari, 1 Januari 2025 insya-Allah, kita dapat jawatankuasa yang baru insya-Allah. Jadi ini penting. Dan saya juga mohon supaya pihak-pihak yang terlibat boleh mendapatkan prestasi ya, prestasi semasa daripada kalangan pengerusi dan jawatankuasa sedia ada ini daripada kalangan masyarakat supaya dapat dinilai dan dapat, apabila pelantikan itu dapat satu yang lebih baik ataupun mengekalkan mereka yang lama dan memastikan bahawa penerusan, kesinambungan pada program-program yang lebih memberi manafaat. Dan tadi dimaklumkan bahawa banyak peruntukan yang disampaikan melalui MAINS ya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk memastikan program-program dapat dilaksanakan di masjid-masjid dan surau. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Soalan tambahan, Dato’ Seri.

Yang Dipertua Dewan

Saya bagi dulu Serting.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Yang Amat Berhormat atas jawapan tadi. Cuma ada sedikit berkenaan dengan kaedah pelantikan ini termasuk di antara masjid dan juga surau di semua kariah. Kalau boleh Yang Amat Berhormat, kaedah pelantikan ini perlu kita segerakan. Dan juga ia perlulah, pelantikan ini perlulah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri di Negeri Sembilan ini supaya mereka tidak lari daripada aspek mengharmonikan dan juga memakmurkan masjid dan juga surau di kawasan-kawasan di semua DUN. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua saya menyokong cadangan daripada Seri Menanti dan saya harap bahawa pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan MAINS memberi perhatian pada cadangan tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera. Soalan nombor 1, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Serting. Soalan pertamanya ber, berbunyi “Pada 4 Mac 2024, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz telah menitahkan bahawa beberapa enakmen berkaitan Agama Islam di negeri ini akan dipinda. Bagaimana perkembangan Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan kajian peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan? Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan sebagaimana Kerajaan Negeri Kedah meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memastikan Mahkamah Syariah khususnya Enakmen Syariah dilindungi dan dapat diperkasakan dan tidak boleh digugat oleh mana-mana pihak dan entiti?”.

Terima kasih soalan tersebut. Dato’ Yang Dipertua, Peruntukan Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan masih di peringkat kajian semula bagi memastikan setiap peruntukan dalam Enakmen tersebut tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan (rentetan keputusan kes Nik Elin) tempoh hari, dan juga perlu diselaraskan juga dengan kajian oleh Jawatankuasa Khas kebangsaan, Majlis Kebangsaan Islam (MKI) berkaitan kompetensi Badan Perundangan Negeri dalam menggubal undang-undang jenayah syariah yang akan dibentangkan dalam Majlis Raja-Raja yang terdekat.

Keperluan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi memastikan kedudukan Mahkamah Syariah khususnya Enakmen Syariah dilindungi dan dapat diperkasakan serta tidak dapat boleh digugat oleh mana-mana pihak dan entiti adalah masih di peringkat kajian dan juga diselaraskan dengan perkembangan kajian yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Khas MKI yang akan dibentangkan ya. Jadi kita menunggu supaya kita, perlaksanaan ini diselaraskan di antara Kerajaan Negeri juga di, kajian yang dilaksanakan oleh MKI pakar-pakar perundangan kita sekian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Mambau atas soalan berkenaan dengan homestay dan kampungstay. Program Pengalaman Homestay Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Ini merupakan satu program pengalaman. Di mana di bawah program ini perkhidmatan yang ditawarkan tidak terhad kepada lojing sahaja seperti premis penginapan yang biasa. Di mana melalui program ini, pelancong tinggal bersama-sama dengan keluarga tuan rumah, pengusaha homestay, kebanyakannya adalah rumah-rumah tradisional

yang telah berdaftar dengan MOTAC menjalani gaya hidup harian, seharian masyarakat Malaysia dan turut serta dalam aktiviti pelancongan berasaskan komuniti seperti sukan rakyat, tarik upih, dam harimau, apa lagi congkak, gasing dan juga acara kebudayaan seperti tarian piring lambung, tarian randai dan macam-macam lagi pengalaman. Merewang, mereka juga diberi pengalaman merewang, gotong-royong untuk kenduri dalam kampung tersebut dan juga perayaan, diberi, pergi ke majlis rumah terbuka. Jikalau bertembung dengan Hari Deepavali mungkin bawa mereka ke rumah terbuka Deepavali dia, untuk merasai kemajmukan masyarakat. Memasak, saya bagi contoh, jikalau mereka tinggal di program homestay, kampung, homestay di Gunung Pasir mereka boleh belajar bagaimana masak kari kepala kambing. Tak, bagaimana pengalaman tersebut dan sebagainya. Konsep utama yang ditekankan bagi program ini adalah lebih kepada pelancongan pengalaman dan pelancongan berasaskan komuniti.

Selaras dengan perkembangan dan trend industri pelancongan global, MOTAC telah memperluaskan konsep homestay ini kepada kampungstay di mana perbezaannya adalah homestay; pelancong tinggal bersama-sama dengan pengusaha homestay. Tapi kampungstay mereka tidak tinggal bersama, cuma mereka tinggal berdekatan dalam suasana perkampungan. Kemudahan penginapan tapi dia tidak tinggal bersama dengan tuan rumah. Para pelancong masih berpeluang untuk berinteraksi dan serta mengikuti aktiviti seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka. Rumah yang disediakan tersebut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas untuk keselesaan pelancong dan bercirikan kehidupan masyarakat kampung.

Kategori kampungstay didefinasikan sebagai premis penginapan yang berasingan dan terletak berhampiran serta di kawasan yang berdekatan dalam kampung yang sama dalam rangkaian yang sama, dalam liputan yang sama, lipuan yang sama dengan premis penginapan pengusaha Program Pengalaman Homestay Malaysia.

Berdasarkan sumber daripada Pejabat MOTAC Negeri Sembilan terdapat sembilan kluster homestay yang aktif dan berdaftar di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia dan MOTAC iaitu Seremban ada 2: Homestay Pelegong dan Homestay Rawa. Di Jelebu ada 3: Homestay Kuala Klawang, Homestay Sungai Buloh dan Homestay Pasoh. Di Port Dickson ada 2: Homestay D’Pelandok Best dan Homestay Kampung Pachitan. Di Gemas ada Homestay Gemas. Di Jempol ada Homestay Kampung Lonek. Manakala jumlah kampungstay yang terdapat di Negeri Sembilan adalah sebanyak 32 buah seperti pecahan berikut: Homestay Kampung Lonek, Jempol ada 3, Homestay Kampung Pachitan ada 5, Homestay Rawa ada 5, Homestay Sungai Buloh ada 4,

Homestay D’Pelandok ada 5, Homestay Kuala Klawang ada 5, Homestay Pelegong – 3, Homestay Gemas – 2.

Saya ingin berkembangkan dan mengatakan di sini bahawa peranan homestay dan kampungstay amat penting untuk merancakkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan kerana hanya mereka iaitu komuniti setempat yang tahu apa keunikan di tempat masing-masing, apakah produk tempatan yang boleh dibeli daripada tempat masing-masing. Dan saya boleh bagi contoh seperti Kampung Baru Mambau, mereka boleh wujudkan satu homestay dan tinggal bersama-sama dengan pengusaha homestay dan di persekitaran anda boleh wujudkan satu itinerari yang menarik untuk mereka. Seperti mengunjungi Seremban yang berdekatan, tempat-tempat seperti Jejak Warisan, tempat menarik yang terkandung dalam peta Jejak Warisan. Dan selepas itu, boleh, mereka pergi ambil gambar di, di Kampung Baru Mambau, di situ ada banyak mural yang menarik. Dan juga makan di satu restoran yang cukup unik yang, yang menghidangkan, menghidangkan makanan tempatan yang juga berdekatan dengan Balai Raya Mambau. Dan itu, itu itinerari boleh dibentuk. Dan seperti kampung JPKK Batu Tiga Mambau, mereka juga ada keunikan mereka yang masing tersendiri. Cuma mereka yang boleh bina satu itinerari. Dan selepas itinerari disediakan, kita akan memudahcarakan supaya bas-bas pelancong boleh bawa makcik Kiah dari negeri lain datang untuk sehari. Dan sebelum ini makcik Kiah – makcik Kiah Negeri Sembilan selalu pergi melancong di Sipitang, di tempat-tempat yang menarik luar negeri kita.

So sekarang misi kami adalah supaya local host, local, hos tempatan ini boleh bawa pelancong-pelancong dari luar negeri masuk ke Negeri Sembilan dan melawat tempat-tempat yang menarik di di di di tempat mereka masing-masing. Dan peranan local host ini amat penting. Saya bagi satu contoh di Selangor, dia ada satu tempat The Sky Mirror. Kerana inisiatif sekumpulan orang muda yang membina itinerari yang yang berdasarkan kepada Sky Mirror dan tempat-tempat yang yang berdekatan dengan Sky Mirror, mereka telah berjaya membina satu tempat pelancongan yang cukup menarik sehingga ia popular di seluruh dunia. So itulah misi dan visi yang saya ingin lontarkan cabaran kepada local-local host.

ADUN kawasan masing-masing juga boleh menjadi local host. Saya boleh bagi contoh di yang yang cukup berjaya adalah ADUN Sekinchan. Di mana beliau betul-betul membina itinerari di tempat beliau dan membawa pelancong, bas-bas pelancong yang datang berpusu-pusu ke kawasan mereka. Itulah jawapan saya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Jeram Padang. Soalan No. 2.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Jeram Padang nombor 2. “Tangki Air Yang Rosak. Terdapat tangki air yang rosak dan tidak boleh digunapakai untuk masyarakat. Contohnya tangki di Taman Seri Rompin yang telah terbiar sekian lama. Adakah tangki ini akan digantikan dan diselenggarakan dalam masa yang terdekat?”.

Dato’ Yang Dipertua, tangki air di Taman Seri Rompin jenis Elevated Permaglass yang berkapasiti 60,000 gelen telah dibina pada tahun 1995 dan telah tidak aktif semenjak tahun 2014. Tangki tersebut telah dibaiki pada tahun 2014, namun telah berlaku kecurian dan vandalisme pada tangki tersebut oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kerja pembaikan tangki Taman Seri Rompin telah disenarai untuk dilaksanakan dalam Pelan Bisnes ke-6 (OP 6) 2024 hingga 2026 mengikut kemampuan kewangan SAINS. Dan insya-Allah, kita akan beri keutamaan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Sri Tanjung.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua, soalan tambahan, tentang tangki air.

Yang Dipertua Dewan

Sri Tanjung, Sri Tanjung.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 1.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Sri Tanjung atas soalan ya, mengenai Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam ya. Untuk makluman, berdasarkan Laporan Pemeriksaan Fizikal Kelas Program Pendidikan Khas, Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, didapati bangunan kabin yang digunakan tidak kondusif dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Tiada tapak tersedia bagi cadangan pembinaan bangunan baharu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mencadangkan semua pelajar yang belajar di, di bawah Program Pendidikan Khas ini, di kabin dipindahkan ke bangunan sedia ada sekolah. Itu jawapan dia Dato’ Yang Dipertua.

Terima kasih. Adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan kemahiran JKKP (Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) bagi memantau keselamatan sekolah dan fasiliti seperti fire prevention tools?

Keselamatan sekolah ini memang kita ambil perhatian melalui pemeriksaan berkalalah ke bangunan-bangunan sekolah. Tinggal lagi ada jugak satu dua insiden yang di luar jangkaan

kerana kita tak dapat kesan tanda-tanda awal ya, tentang apa juga aspek keselamatan. Tapi di secara keseluruhannya memang kita membuat pemeriksaan berkala di sekolah-sekolah kita untuk memastikan anak-anak belajar di sekolah itu dalam keadaan yang selamat. Terima kasih Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya yang soalan nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan Rumah Harapan Rakyat. Di mana Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021. Bagi tahun 2023, jumlah yang terlulus, telah diluluskan permohonan Rumah Harapan Rakyat dalam kawasan DUN Seri Menanti adalah sebanyak 2 unit iaitu pesertanya Puan Farah Nadhrah binti Sabudin beralamat di Lot 543, Kuala Pilah, dan Puan Sharidah Hanim binti Sharudin yang beralamat di Kampung Simpang Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

Berkaitan dengan jumlah seluruhan peruntukan, bagi tahun 2024, permohonan telah dibuka pada 8 Januari dan telah ditutup pada 19 April 2024. Sehingga 12 April 2024, iaitu urusetia program ini, PKNNS telah menerima sebanyak 97 permohonan. Urusetia akan memproses permohonan dan melaksanakan siasatan kesesuaian tapak bermula pada bulan Mei 2024 dan dijangka bahawa Panel Pelulus Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan akan dapat bersidang pada akhir bulan Jun 2024 bagi membuat Keputusan berkaitan kelulusan tersebut. Dan dalam belanjawan, Kerajaan Negeri telah pun meluluskan 5.0 juta untuk program Rumah Harapan Negeri Sembilan ini. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dipersilakan YB Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang per, Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan 1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Rahang atas soalan berkenaan dengan sektor pelancongan. Antara usaha-usaha yang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) untuk mempromosikan destinasi pelancongan di Negeri Sembilan adalah seperti berikut: yang pertamanya adalah melalui misi jualan dan pameran dalam dan luar negara seperti MATTA Fair, NS Travel Fair@ NS Fest, World Travel Market 2023 London, Misi

Jualan China (Shenyang, Changchun, Jilin, Harbin), Asean Festival Thailand serta ITB Shanghai 2024.

Mengapa kita perlu pergi ke misi jualan seperti ini? Ada seperti tak kenal maka tak cinta, pepatah Melayu. Kerana jikalau kita tidak ada hubungan yang baik dengan pemegang-pemegang taruh yang membawa pelancong inbound ke Malaysia maka mereka tidak akan memilih berbuat demikian. Mereka akan pilih sebuah negeri yang selalu menyantuni mereka, selalu berinteraksi dengan mereka. Melalui misi jualan ini, maka kami dapat berjumpa, menyantuni mereka dan juga ada sesi pertukaran maklumat dengan mereka. Misal kata, di Harbin, Shenyang, Harbin dan Changchun baru-baru ini ia adalah di mana saya ada sesi B2B iaitu kami berkenalan dengan pemegang-pemegang taruh seperti produk-produk, agensi pelantongan, pelancongan yang ingin mengenali produk-produk kami. Di sana saya mendapati bahawa itu adalah satu wadah yang paling sesuai di mana saya diberi satu slot ucapan dan saya memberi ucapan berkenaan dengan keunikan Negeri Sembilan. Mereka rasa terkejut Negeri Sembilan wujud kerana mereka tak pernah dengar Negeri Sembilan sebelum ni. Sebelum ini mereka cuma pernah dengar Langkawi, Penang, KL, Port Dickson. Mereka ingat Port Dickson adalah satu negeri. Selepas saya memberi pencerahan, mempromosi produk-produk yang begitu menarik di Negeri Sembilan, maka mata-mata mereka terbuka dan mereka ada niat untuk datang.

Tapi itu cuma satu titik permulaan kerana selepas itu kami terpaksa bawa mereka untuk FAM Trip. Untuk memberitahu mereka ten, secara mendalam tentang produk-produk kami. Jikalau saya beritahu ada produk gula anau. Kalau mereka pergi, dia, dia tengok dia nampak satu pokok anau, tak menarik. Tapi jikalau kita beritahu penceritaan tentang gula anau itu, bagaimana kita harus ketuk mayang anau dan nyanyi lagu, cerita sikit, selepas 15 – 21 hari maka air nira yang keluar akan manis. Kalau mayang tersebut tidak suka dengan nyanyian dan cerita itu, maka nira yang keluar akan menjadi masam. Benda-benda ini akan, mereka dapat penceritaan ini baru membuat pokok anau yang nampak tak menarik, jadi sangat menarik. Itu adalah titik permulaan saja ada banyak lagi produk yang kami akan memberitahu lebih mendalam. Ini adalah satu proses yang akan ambil masa.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh tunggu sampai kita selesaikan proses ini. Itu sebabnya saya katakan local host itu adalah penting. Local host diibaratkan sebagai sebiji buah yang yang yang rendah. Low hanging fruits, dengan izin, izin. Di mana sesuatu yang kita dapat laksanakan dan mendatangkan satu keputusan yang cepat dan bagus ialah local host. Kita bawa pelancong-pelancong datang ke tempat kami, kita perkenalkan apa yang menarik di tempat kami. Dan promosi media,

sosial media juga penting dan kami bukan sahaja nak mengharapkan KOL, dan juga influencer, kalau mereka ada ramai Like dan banyak peminat, maka harga mereka pun sangat tinggi. Kami tidak mampu nak bayar mereka. So saya boleh cadangkan, saya selalu kata kita harus menggembleng tenaga. Masing-masing ada akaun IG, Twitter, Facebook, sosial media seperti TikTok. Kami juga boleh war-warkan tempat yang menarik. Misal kata jikalau anda pergi ke Kuala Pilah dan jumpa tangga bewarna warni, 113 tangga berwarna-warni itu, masukkan dalam IG. Jumpa sesuatu yang menarik, yang tak pernah anda tahu, tapi sudah membuka mata anda, anda boleh war-warkan dalam IG.

Saya pernah baca tentang satu laporan bahawa terdapat satu tapak ke perkhemahan Payo Campsite, Kampung Paya, Renggoh, Johol. Saya tidak tahu tentang tempat ini. So saya dapat tahu kerana saya nampak YouTube di mana ADUN Johol dan juga Exco, ADUN Pilah memberitahu tentang tempat tu. Jikalau anda semua boleh main peranan masing-masing …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tuan Speaker.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

…..war-warkan tempat tu.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Boleh mencelah?

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Boleh boleh.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tuan Speaker boleh saya mencelah? Dalam persoalan ini yang ditanyakan ADUN Rahang bertanyakan apakah pelan tindakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menarik pelancong. Bukan bercerita tentang produk yang ada di Negeri Sembilan sampai ketuk anau, bagi saya agak mendalam sangat. Saya mencadangkan kepada Exco Pelancongan, kita belajar dari negeri yang boleh kita bekerjasama contohnya Melaka. Apa salahnya. Sebab di Melaka setiap pelancong yang datang akan pergi ke Melaka, pergi ke Kuala Lumpur dan pergi ke Genting.

Yang Dipertua Dewan

Okey Yang Berhormat. Okey, Yang Berhormat.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Mohon menjawab soalan yang dibentang, ditanyakan oleh ADUN Rahang.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, okey.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas pandangan Gemas cuma saya, saya tak setuju dengan pandangan Gemas kerana itulah pelan tindakan supaya kita menja, melaksanakan sesuatu yang low hanging fruit, dengan izin tu, dengan memperkenalkan produk dengan menggunakan media sosial. Itulah pelan tindakan Kerajaan Negeri supaya dapat menggembleng tenaga semua orang dan tidak memakan tak ada implikasi kewangan yang begitu tinggi. Tadi saya sudah cakap panjang lebar, tak nak dengar lagi ya. Tentang local host. Okey tak apa.

Selain daripada tiru, itu, Kerajaan Negeri melalui LPNS dengan kerjasama semua agensi termasuk penggiat industri pelancongan Negeri Sembilan juga telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Tahun Melawat Negeri Sembilan Tahun 2026, akan mengadakan pada bulan Mei 2024. Saya rasa ini adalah satu, satu bengkel yang cukup penting. Dan saya akan men, menjemput semua pemegang-pemegang taruh untuk memberi pandangan supaya kita tak, sama-sama boleh jayakan dan keluarkan satu pelan tindakan. Tak semestinya kita kena ikut Melaka. Melaka, dia berlainan. Kita ada keunikan diri sendiri. Jangan ikut Melaka. Kita ikut cara sendiri, cara Negeri Sembilan. Melalui bengkel itu kita akan merangka pelan tindakan perancangan persediaan ke arah Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Di samping itu Kerajaan Negeri juga melantik Sekretariat Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 bagi tujuan perancangan serta tindakan menyeluruh.

Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan 5.5 juta melalui peruntukan P62 Pelancongan bagi penyelenggaraan serta menaik taraf produk-produk pelancongan yang berpotensi di Negeri Sembilan pada 2024. Kerajaan Negeri juga dalam usaha memohon peruntukan daripada pelbagai agensi seperti pihak MOTAC untuk pembangunan produk aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan. Terima kasih.

Yang Dipertua, minta mencelah sikit, boleh? Boleh? Sikit je. Tadi Bukit Kepayang ada memberitahu bahawa ada orang tak tahu pasal Port Dickson, tak kenal. Jadi secara tak langsung Bukit Kepayang beritahu bahawa kerajaan ataupun Exco yang terdahulu gagal memperkenalkan Negeri Sembilan kepada masyarakat dan mungkin secara tak langsung jugak kepada sahabat-sahabat yang kerajaan sudahlah. Jadi adakah Bukit Kepayang bersetuju?

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya Saya, saya setuju Exco lamo tak buat kerja, tapi Port Dickson setiap hujung minggu jammed. Terima kasih.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Saya rasa Labu dia tak, tak dengar dengan telitilah. Saya cakap Port Dickson cukup terkenal. Saya kata cukup

terkenal sehingga, sehingga mereka tahu Port Dickson tak tak pernah dengar dengan Negeri Sembilan. Then, tapi tak apa, kita sudah sangat, pelancongan di Negeri Sembilan pada 2019, 2018, kami sudah ada lebih kurang 7.8 juta pelancong. Domestik dan juga tempatan. Antarabangsa sikit-sikit sedikit sajalah. Itu sebabnya saya tadi memberitahu tentang misi jualan ke luar negara supaya kita memperbanyakkan lagi promosi ini. Kita memulakan promosi dan ada kesinambungan promosi ini untuk meletakkan Negeri Sembilan di peta pelancongan. Saya ingin akhiri dengan satu, serangkap pantun ya,

Terbang sekawan cari rezeki, Burung merpati jelajahi buana, Tiada bezanya luar negeri, Keunikan Negeri Sembilan jadi tarikan utama.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian masa bagi Pertanyaan Lisan (Hari Kedua) telah pun tamat. Semua pertanyaan …..

Yang Dipertua Dewan

Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara lisan.

Dato’, Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Ada satu soalan Paroi tu, 18, terlampau lama sangat menjawab tadi itu. Berilah ruang kepada pembangkang.

Yang Dipertua Dewan

Masa dah habis. Nanti kita, kita bawa soalan …..

Ini penting sangat ni, soalan ini.

Yang Dipertua Dewan

Masa dah habis.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Kedua, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.”

Setiausaha Dewan

Perkara Keenam, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, barisan Exco Kerajaan Negeri serta Yang Berhormat – Yang Berhormat barisan kerajaan dan pembangkang yang hadir pada hari ini. Saya bangun mengemukakan usul yang berbunyi bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan Baginda bagi merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15. Mewakili seluruh rakyat khususnya kawasan saya Dewan Undangan Negeri Johol didoakan agar Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar akan sentiasa dirahmati Allah dalam memayungi sekalian Patik. Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Besar diberikan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usianya oleh Allah SWT, insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, negeri kita ini amat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang sangat prihatin dan sentiasa

meletakkan negeri ini dan rakyatnya sebagai keutamaan baginda serta senantiasa memberi panduan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri untuk memberi yang terbaik kepada rakyat secara keseluruhannya. Oleh kerana itulah, dalam titah ucapan baginda, kandungannya dengan angka dan fakta mengenai kejayaan serta pencapaian yang telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri setakat ini. Ini membuktikan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar prihatin serta ambil tahu setiap apa yang berlaku di negeri kita terutama mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagai seorang ahli Dewan, saya sentiasa membaca dan merenung setiap butir perkataan titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku selama ini ternyata baginda tidak pernah jemu mengingatkan kita semua sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri supaya sentiasa menjalankan tanggungjawab serta amanah dengan baik. Sudah pasti setiap ahli Dewan ini memainkan peranan sebagai penggubal undang-undang dan ada juga di kalangan kita yang diberikan kuasa eksekutif untuk melaksanakan setiap apa yang dirancang dengan baik, telus dan saksama. Maka oleh kerana itulah kita perlu serius dalam melaksanakan tanggungjawab ini kerana apa sahaja keputusan yang kita ambil akan memberi impak serta kesan kepada negeri serta masyarakat secara keseluruhannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, walaupun Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar dalam titah baginda amat bangga dengan pencapaian ekonomi dan pelaburan di negeri kita, tetapi baginda juga menyentuh supaya lebih banyak kawasan perindustrian baru diwujudkan di negeri ini bagi menyokong inisiatif pembangunan yang telah direncanakan selama ini. Saya menyambut baik titah baginda ini Kerajaan Negeri Sembilan diminta supaya melihat juga potensi-potensi daerah lain untuk dibangunkan serta menjadikan destinasi pilihan pelabur dari segi, dari dalam mahupun di luar negara. Janganlah hanya setakat Seremban, Port Dickson, Nilai dijadikan hab perindustrian semata-mata sebaliknya tengoklah dan juga kawasan lain seperti kawasan saya di Johol dan lain-lain kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dimajukan. Apabila lokasi perindustrian melibatkan syarikat-syarikat besar ini diwujudkan di daerah-daerah ini, ia sudah semestinya akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. Peluang pekerjaan bukanlah bermaksud hanya mewujudkan pekerjaan buruh kasar sahaja tetapi ia merangkumi peluang pekerjaan bertaraf eksekutif dan pekerja berkemahiran tinggi atau high skill workers untuk anak-anak muda kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, suka saya menggunakan ruang ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat

Pertang yang juga merupakan Exco Kanan kerana keprihatinannya dalam melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat dalam mengurangkan beban kos sara hidup ketika ini. Suka ataupun tidak, kita perlu terima hakikat bahawa rakyat kini dihimpit dengan peningkatan kos sara hidup yang membebankan. Semua ini adalah kerana pelbagai masalah ekonomi global yang akhirnya memberi kesan kepada kita semua. Tetapi saya puji peranan Yang Berhormat Pertang yang bersifat proaktif dalam menguruskan kos sara hidup rakyat dengan penganjuran pelbagai karnival jualan yang sedikit sebanyak membantu rakyat secara keseluruhannya. Kita la, kita dapat lihat dalam tempoh tidak sampai pun setahun memegang jawatan itu, puluhan malah mungkin ratusan program Jualan Rahmah, Agro Madani, Negeri Sembilan Prihatin telah digerakkan di pelusuk negeri kita. Johol juga tidak terkecuali mendapat manafaat ini. Dan boleh saya katakan sejak memegang jawatan itu, penganjuran Jualan Rakyat serta ada, sentiasa ada di negeri kita hampir setiap minggu beberapa lokasi di negeri kita. Terima kasih dan tahniah kepada Yang Berhormat Pertang. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, peranan yang cukup baik ditunjukkan oleh EXCO Kanan ini perlulah mendapat pengiktirafan sewajarnya oleh pentadbiran Kerajaan Negeri. Seperti yang pernah kami cadangkan sebelum ini jawatan Exco Kanan perlu diwartakan secepat mungkin demi kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, jika sebelum ini saya ada menyentuh mengenai prestasi kewangan syarikat, syarikat seperti PKNNS. Dan hari ini saya pula ingin menyentuh Syarikat Air Negeri Sembilan ataupun yang kita panggil SAINS. Saya lihat dalam soalan-soalan Dewan secara lisan sebelum ini tadi banyak perkara-perkara yang dapat menyentuh berkaitan dengan hal SAINS ini. Yang saya ingin sentuh bukanlah mengenai prestasi kewangan mereka. Saya tidak mahu sentuh bukan bermakna saya berpuas hati dengan prestasi kewangannya sebaliknya kerana prestasi kewangan mereka tidak diperolehi secara rasmi. Di laman web ataupun website tidak ada. Edaran kepada Ahli Dewan Negeri juga tidak ada. Dia, ini menunjukkan seolah-olah beroperasi seperti syarikat persendirian berstatus Sendirian Berhad, biasa-biasa.

Baiklah, yang saya mahu sentuh adalah berkaitan mengenai prestasi perkhidmatan mereka kepada rakyat. Satu keperluan asas yang paling penting dalam kehidupan manusia iaitu air. Infrastruktur paip air di negeri ini tidak ditambah baik sejak agak sekian lama. Banyak paip-paip yang berkeadaan usang dan perlu penggantian dalam tempoh waktu yang mendesak. Ini secara tidak langsung bermakna kualiti bekalan air secara keseluruhannya di negara kita ini boleh kita dipertikaikan. Justeru, saya mohon satu laporan mengenai prestasi perkhidmatan

mahupun kewangan serta dengan prestasi kerja SAINS dapat dimaklumkan kepada ahli Dewan yang mulia ini supaya rakyat tahu yang kita sebenarnya sedaya upaya memastikan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Pembentangan laporan ini juga penting supaya kita dapat membantu pengurusan SAINS supaya tidak terlalu selesa dengan prestasi mereka. Mereka perlu tahu setiap apa yang mereka lakukan akan dinilai dan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya lebih-lebih lagi, lebih-lebih lagi yang melibatkan seluruh semua masyarakat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri ini, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri; Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah mengumumkan kenaikan gaji kakitangan awam sebanyak 13%. Dan kenaikan gaji ini dikatakan adalah sebagai yang tertinggi dalam sejarah. Sudah pasti berita kenaikan gaji ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana ia akan memberi kesan yang positif kepada demografik pekerjaan di negara kita. Secara tidak langsung, syarikat swasta juga akan rasa tertekan untuk juga menawarkan gaji yang kompetitif kepada pekerja mereka. Ini sekaligus selari dengan aspirasi kita yang mahu menjadikan negara kita ini sebagai negara berpendapatan tinggi. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana beliau adalah Menteri Besar yang pertama yang memberi respond baik terhadap pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu dan diselaraskan di peringkat negeri iaitu Negeri Sembilan kita ini. Ini menunjuk bahawa pentadbiran Yang Amat Berhormat Sikamat juga menanti-nantikan pengumuman Perdana Menteri itu kerana ia akhirnya memberi manafaat kepada kakitangan awam khususnya di negeri kita, Negeri Sembilan ini. Apa pun kepada kakitangan awam kita janganlah hanya, kerana gaji sahaja naik sebaliknya rakyat juga mengharapkan kualiti kerja anda semua perlu dipertingkatkan sesuai dengan kenaikan itu. Semalam, kita ada mendengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan semua kakitangan awam untuk meningkatkan produktiviti kerja masing-masing.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bercakap mengenai kakitangan awam ini, saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada jabatan-jabatan Kerajaan Negeri kerana sentiasa membantu dan memberikan yang terbaik bagi memudahkan saya dan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini untuk berkhidmat dengan baik kepada rakyat. Terima kasih dan tahniah kepada semua penjawat awam, sememangnya anda layak untuk menerima kenaikan gaji ini. Pun begitu, dalam kita memberikan penghargaan kepada peranan kakitangan awam, ingin saya maklumkan di sini mengenai hubungan antara jabatan khususnya pejabat, antaranya

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri khususnya dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan ini seolah-olah terdapat jurang hubungan tertentu. Hubungan ini perlu kita rapatkan kerana sebagai penjawat, orang nombor satu di kalangan kakitangan awam di negeri ini, ianya seharuslah bersifat inklusif membantu kami dan melaksanakan tanggungjawab dengan yang baik. Dan tidak dinafikan Yang Berhormat Dato’ Seri SS kita ini orang yang selalu senyum. Jadi saya yakin dan percaya, ianya boleh dilaksanakan sepertimana yang saya sarankan tadi insya-Allah. Ingin saya cadangkan di sini kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri anjurkanlah program libat urus yang melibatkan semua ADUN kerajaan khususnya, kita perlu ada hubungan yang baik kerana kami semua mewakili rakyat yang memilih untuk mewakili mereka di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkembangan ekopelancongan di negeri ini, kita masih berada pada tahap yang tidak memuaskan pada pandangan kami. Kita sebagai negeri yang berpotensi kerana keindahan alam sekitarnya masih dilihat tidak berjaya menjadikan negeri ini dikenali sebagai destinasi ekopelancongan pilihan di negara kita. Justeru, saya menyeru kepada Yang Berhormat Bukit Kepayang yang merupakan Exco Pelancongan supaya lebih aktif dalam mempromosikan negeri kita. Kerja-kerja promosi perlu aktif dan kreatif kerana rajin dan tidak boleh hanya rancang dan rancang tetapi tindakannya tidak memberi kesan kepada industri itu. Bantulah pengusaha-pengusaha yang, atau mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang pelancongan ini. Saya diberitahu Yang Berhormat Bukit Payang telah mengadakan lawatan kerja ke luar negara termasuk ke Eropah untuk belajar sesuatu. Apa yang telah dipelajari di luar negara itu seharusnyalah dibawa balik dan juga diperkenalkan di negeri kita pula. Jangan hanya bawak key chain saja ya, Dato’ Seri ya ya. Kita ada potensi untuk bangunkan produk-produk pelancongan.

Kedudukan geografi kita yang strategik perlu kita manfaatkan. Di Johol sendiri sepertimana yang dikatakan oleh ADUN Bukit Kepayang tadi, banyak kawasan-kawasan yang boleh diterokai dan dibangunkan sebagai lokasi ekopelancongan. Selain mewujudkan peluang pekerjaan dan mewujudkan lebih ramai usahawan pelancongan, ia juga sedikit sebanyak membantu kita mengatasi masalah tanah-tanah terbiar di kawasan luar bandar. Oleh itu, saya suka mencadangkan di sini supaya satu pelan strategik pelancongan Negeri Sembilan yang komprehensif diwujudkan untuk menjayakan hasrat tahun 2026 akan menjadi Tahun Melawat Negeri Sembilan yang akan datang. Maka kita perlu persiapkan supaya pelancong tertarik menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan mereka. Sama-samalah kita prosi, mempromosikan produk pelancongan, kita promosikan makanan-

makanan kita, kita jadikan pelancongan adat sebagai temanya dan kita jadikan keindahan flora dan fauna kita sebagai tarikan kepada pelancongan untuk datang ke Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan menyeru Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan, dalam menyediakan peruntukan khas pembelajaran tambahan ataupun dikenali sebagai tuisyen yang boleh disediakan untuk rakyat di negeri ini terutama di kawasan luar bandar. Tidak seperti di bandar, ada kalanya anak-anak kita di luar bandar mempunyai akses yang terhad kepada pusat tuisyen. Satu-satunya ruang pembelajaran mereka adalah secara formal di sekolah. Sebab itulah di Johol, bermula pada tahun 2019 di pusat khidmat saya, walaupun ketika itu saya tidak berada dalam kerajaan, saya telah memperkenalkan tuisyen yang telah dikenakan, dikenal, dikenali sebagai Johol Ace Centre untuk membantu anak-anak luar bandar meningkatkan ilmu pengetahuan. Alhamdulillah, sejak pengenalan kelas tuisyen ini, pelajar-pelajar yang menyertainya ramai yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama penuh dan ada juga yang telah berjaya memasuki universiti tempatan. Ternyata anak-anak di luar bandar ini juga mampu memperoleh keputusan cemerlang sekiranya diberi peluang sama rata kepada rakan-rakan mereka di bandar. Maka saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menyalurkan peruntukan melalui pejabat khidmat wakil-wakil rakyat melalui, supaya program pendidikan ini dapat diperluaskan di seluruh negara. Dan harus ingat pendidikan ini amat penting dalam pembentukan sebuah bangsa sepertimana kata tokoh dunia; mendiang Nelson Mandela yang pernah berkata bahawa hanya dengan pendidikan yang sempurna kita semua dapat mengubah dunia.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di dalam era telekomunikasi yang semakin canggih ini, tidak dinafi, tidak lengkap sekiranya saya tidak sentuh mengenai keperluan untuk kita digitalkan urusan kerajaan negeri bagi memudahkan rakyat. Ini bermakna, kita perlu ada satu aplikasi khas yang mempunyai pelbagai perkhidmatan Kerajaan Negeri. Misalnya pembayar cukai, cukai pintu, malah pembayaran letak kereta di bawah Kerajaan Tempatan boleh diletakkan dalam satu aplikasi supaya segala urusan dan pembayaran untuk rakyat dapat dipermudahkan. Kita himpunkan perkhidmatan Kerajaan Negeri ni di dalam satu aplikasi sahaja. Dengan cara ini segala urusan dan pembayaran dapat dibuat dengan mudah oleh rakyat. Kita sedar sekarang ini pun Kerajaan Negeri sudah ada aplikasinya tetapi ia masih tidak menyeluruh dan banyak kekurangan lagi. Dan apa yang saya cuba sampaikan adalah ia perlu ditambah baik kualiti perkhidmatannya.

Banyak lagi pengendali-pengendali aplikasi tempatan yang mampu menjadikannya lebih baik.

Dato’ Yang Dipertua, dalam titah tuanku semalam, baginda juga ada bertitah mengenai seruan menjadikan masjid, mahu melihat, beliau, baginda mahu melihat masjid-masjid dan surau-surau di negeri ini dijadikan tempat untuk, menjadi tempat untuk penyebaran syiar Islam dan juga berkaitan dengan ekonomi. Atas seruan itu, saya mencadangkan supaya Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu bersifat lebih proaktif dalam mengurus kawal selia masjid. Rajin-rajinlah turun padang dan melihat sendiri keadaan masjid dan surau-surau kita. Buat perancangan sebaik mungkin, mana-mana yang perlu diperbaiki termasuk urus takbirnya baiki dan perbetulkan. Sebarang pelantikan jawatan tertentu sebalik, sebaiknya berbincanglah dengan ADUN kawasan. Jangan tunggu wakil rakyat minta dan tegur, baru diambil tindakan. Selain daripada itu, saya saya dimaklumkan kelas-kelas fardu ain dan KAFA, atau KAFA untuk anak-anak kita masih lagi menumpang kemudahan sekolah-sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan. Sepatutnya dengan dana yang ada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan telah pun membangunkan fasiliti sekolah KAFA itu sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tidak lengkap ucapan saya ini, sekiranya saya tidak menyentuh mengenai kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan saya di Johol. Atas kesempatan ini, saya menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk menggerakkan agensi-agensi serta jabatan-jabatan Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan kualiti infrastruktur di Johol demi kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Di Johol masih banyak jalan-jalan yang perlu ditambah baik, lampu jalan, untuk keselesaan penggunanya. Perlu juga dilihat potensi untuk mewujudkan jalan-jalan baru seperti jalan pintasan supaya boleh diakses untuk penempatan baru mahupun mewujudkan jalan hubungan baru antara bandar ataupun intercity. Selain daripada itu, di Johol juga, kami memerlukan lebih banyak dewan-dewan terbuka kerana ini supaya dapat dijadikan sebagai lokasi bagi tujuan penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat seperti program riadah, kenduri dan sebagainya. Jika dewan terbuka dapat diperbanyakkan, saya pasti ianya adalah satu berita gembira buat kami seluruh rakyat di Johol. Diharapkan permintaan ini dapat dipertimbangkan dan tidak hanya sekadar menjadi satu cadangan kosong yang diambil ringan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ucapan saya telah sampai ke penghujungnya. Atas kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana berjaya menguruskan pengendalian Dewan ini dengan baik dan cemerlang

selama ini. Tapi saya juga simpati dengan Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana masih berseorangan. Yang Berhormat Dato’ Speaker langsung tidak diberi masa untuk berehat. Sebaliknya dipaksa untuk duduk di kerusi Yang Dipertua Dewan ini untuk mendengar keseluruhan sesi dewan yang mulia ini. Kerana itu saya memohon supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk pelantikan Timbalan Yang Dipertua dengan sesegera mungkin. Kasihanilah Yang Berhormat Dato’ Speaker kita, beliau juga perlukan pembantu, perlukan teman. Ambillah cadang supaya jawatan Dato’, timbalan, jawatan Timbalan Speaker ini diisi dengan serius dengan formula yang pernah saya sarankan terdahulu. Jangan pandang enteng dan kepentingannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali, percayalah setiap cadangan dan teguran sepanjang perbahasan saya tadi adalah demi kepentingan rakyat khususnya dan negeri tersayang kita amnya. Sebagai seorang yang mewakili backbenchers, saya perlu adil dalam melaksanakan tanggungjawab untuk melaksanakan semak dan imbang terhadap Kerajaan Negeri. Sama-samalah kita bersangka baik dan melaksanakan tanggungjawab untuk negeri kita. Terimalah setiap teguran dan cadangan saya ini dengan hati yang terbuka. Jangan pula ada yang emosi ataupun bermasam muka selepas ini. Kita perlu matang dalam proses demokrasi. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada prinsip agree to disagree. Dengan itu Yang Berhormat Dato’ Speaker, Johol, mohon mencadang. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat Johol, saya tak terasa terpaksa pun duduk sini. Saya bertugas sebagaimana saya semampulah. Okey Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Salam sejahtera salam madani dan salam bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja kali ini di Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15.

Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik titah tuanku dalam ucapannya bahawa Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencabar sasaran sifar miskin tegar melibatkan seramai 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR) di seluruh Negeri Sembilan pada pengunjung tahun, penghujung tahun 2023. Pencapaian sifar tiada lagi miskin tegar di Negeri Sembilan ini perlu dikekalkan dalam memastikan seluruh rakyat Negeri Sembilan hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan. Saya ingin mengambil

peluang mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan Menteri Besar; Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, dan kerjasama semua jabatan yang turut memberi kekhidmat menjayakannya. Tidak boleh lupa Dato’ SU, Dato’ Kewangan, dan Dato’ Undang-Undang.

Dato’ Yang Dipertua, dari sektor pelaburan pula, Kerajaan Negeri Sembilan telah mencatatkan pelaburan tertinggi bagi tahun 2023 dengan jumlah 10.1 bilion berbanding RM8.9 bilion bagi tahun 2022. Saya mahu ucapan ribuan terima kasih Yang Amat Berhormat dan Exco-Exco, SU, Dato’ SU, Dato’ Kewangan dan Dato’ Undang-Undang dan jabatan-jabatan. Saya mahu terima kasih sebab mereka boleh dapat 10.8, 10.1 bilion. Bukan tapi ini benar-benar cakap. Sumbangan dan nilai pelaburan diperoleh daripada berbagai sektor pem, pembuatan dan perkhidmatan, pembinaan dan pembangunan projek perumahan turut membuka ruang dan memberi peluang pekerjaan perlu difokuskan kepada pekerja-pekerja tempatan yang boleh mengendalikan kenderaan-kenderaan berat seperti JCB, kren dan sebagainya setanding dengan tenaga pekerja luar.

Dato’ Yang Dipertua, pembinaan dan pembangunan dan ladang dalam ladang. Kita boleh lihat pekerja-pekerja itu, kenderaan berat memang gaji yang tinggi, kurang-kurang 5,000.00 ke atas sampai 10,000.00 Tapi pekerja itu bukan pekerja di Malaysia. Pekerja itu daripada asing. Kita boleh lihat banyak tempat kita boleh lihat. Ini saya minta seriuslah. Kita mahu hati-hati. Pasal semalam ucapan tuanku memang dia cakap pekerja-pekerja. Haa ini kita mahu serius. Kita mahu lihat. Okey ini banyak tempat kita boleh nampak.

Dato’ Yang Dipertua dalam pembertingkatkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi yang positif, perindustrian baharu arus terus digiatkan bagi menggalakkan Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi utama pelaburan di Malaysia.

Dato’ Yang Dipertua akhir kata adalah menjadi tanggungjawab semua ADUN-ADUN kawasan dan semua jabatan-jabatan untuk bersama-sama dalam pemimpin dan membimbing rakyat agar sama-sama bersedia bergerak membina sebuah negeri dan negara yang teguh Bersatu, sejahtera dan makmur.

Lampu hiasan beraneka di Bandar Seremban di Negeri Sembilan dan peruntukan Exco Pelancongan. Tadi saya ada lihat Exco memang ada beritahu ada peruntukan, dia macam-macam punya produklah. Tapi saya pun mahu terima kasih. Lagi satu Dato’ Yang Dipertua, saya cadanganlah, saya cadangan. Baru-baru saya ada pergi lebih kurang

dalam 3 hari. Malam saya pergi Melaka saya ada lihat. Saya memang ada lihat. Sebab itu saya Dewan mulia ini saya berbahas ini masalah. Ini pandangan sayalah, Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua. Saya ingin menarik perhatian dan mencadangkan kepada pihak persidangan Dewan yang mulia ini bagi usaha menceriakan Negeri Sembilan dengan limpahan hiasan lampu bagi menerangi kawasan pada waktu malam yang berpotensi menarik pelancong di Negeri Sembilan sebagaimana yang dilaksanakan oleh bandaraya bersejarah Melaka. Dato’ Yang Dipertua, Negeri Melaka masih berhutang dengan Kerajaan Pusat mampu menyediakan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 500 ribu untuk dimanfaatkan bagi menaik taraf limpahan lampu hiasan sebagai satu langkah menarik pengunjung dalam negeri dan pelancongan luar negara sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Dato’ Yang Dipertua, saya percaya bahawa Negeri Sembilan juga boleh mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat bagi menceriakan Negeri Sembilan dengan lebih banyak lampu hiasan bagi menarik pelancongan dalam negeri dan luar negara ketika Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026. Dekorasi lampu-lampu hiasan beraneka corak berwarna-warni boleh dipasang di pusat-pusat bandar terutamanya di Jalan Yam Tuan Seremban, sepanjang bus-bus stop, Seremban ke Jalan Sungai Hujung dan bangunan-bangunan lama yang menjadi simbol sejarah. Masjid, tokong, kuil, gereja, Sikh Temple, jejantas, jejambat, Pantai, lokasi ikonik dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pelancongan juga boleh diberi perhatian bagi hiasan lampu bagi menarik pelancong.

Dato’ Yang Dipertua, peruntukan kepada Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memang Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan perlu disediakan segera bagi mengurus tadbir portfolio yang dipegang dengan mudah dan lancar. Kejayaan dan pencapaian beliau dalam PHGEM (Powerhouse Wanita Gemilang) ketika memang Portfolio Exco Hal Ehwal Wanita Keluarga Dan Kebajikan Negeri Sembilan sudah terserlah. Dato’ Yang Dipertua, peruntukan ini perlu bagi tujuan promosi dan acara pelancongan memajukan kraftangan dan menarik taraf produk-produk pelancongan di samping mempromosikan pusat-pusat pelancong yang berpotensi yang dapat memberikan impak kepada industri pelancongan Negeri Sembilan dan menarik pelancongan dalam dan luar negara.

Dan saya percaya kebolehan Exco ini menyediakan skim perlindungan insurans kepada semua Ahli Majlis dan JPKK. Dato’ Yang Dipertua, memang saya mahu terima kasih, Yang Amat Berhormat memang cukupi jaga Ahli Majlis dan JPKK. Sebab itu saya ada cadangan. Saya juga pertangkapan bahawa pihak Kerajaan Negeri atau mana-mana PBT

berkaitan dapat menyediakan skim perlindungan insurans yang boleh dimanfaatkan oleh semua Ahli-Ahli Majlis, JPKK atau mana-mana lantikan yang berkhidmat kepada masyarakat. Jika skim perlindungan insurans ini dapat disediakan, Ahli Majlis dan JPKK yang mendapatkan perkhidmatan di mana-mana hospital, klinik-klinik swasta dan kerajaan dapat membuat tuntutan semula ke atas perbelanjaan yang digunakan bagi tujuan kesihatan bagi me me meringan, meringankan beban kewangan yang ditanggung serta menjaga kebajikan mereka.

Aduan-aduan yang berisiko dan membabitkan keselamatan perlu diberi keutamaan dan ke, diselesaikan segera. Dato’ Yang Dipertua, Dewan yang mulia ini 2008 hingga sampai hari ini memang kita pun kawasan kita ada masalah-masalah. Masalah kita pun ada bangkit. Tapi ada sudah buat ada belum lagi. Kita pun mahu jaga rakyat. Pasal kita sayang rakyat, pilihan raya kita tak payah takut. Hari ini kita tak ada nampak rakyat, waktu pilihan raya susah. Kita sebagai ahli politik memang kita mahu jaga rakyat. Sebab itu saya ada cadangan di sini. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menegaskan kepada semua PBT dan jabatan-jabatan yang berkaitan memandang serius semua masalah atau aduan-aduan yang disalurkan yang membabitkan keselamatan masyarakat perlu dipandang serius dan diselesaikan segera demi kebajikan masyarakat. Antara isu-isu yang perlu diberi keutamaan memasang lampu isyarat di Persiaran 1 Forest Heights yang sentiasa sesak dan mengundang bahaya, memandang serius isu pokok beri, berisiko dan mengundang bahaya, jalan yang berlubang dan membanyakkan penggunaan jalan dan isu besi penutup jalan yang rosak dan memberi kesan kepada laluan kenderaan dan keselamatan awam, isu tanah runtuh, banjir, banjir, isu-isu tiang lampu TNB, Majlis dan TM yang hampir tumbang atau condong dan kabel-kabel wayar yang terkulai atau kendur yang mengancam keselamatan penduduk perlu diselesaikan segera dalam menjaga kebajikan dan bagi mengelak sebarang kejadian buruk untuk boleh mengancam nyawa.

Saya juga percaya bahawa jika setiap Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang mempunyai pengalaman tersendiri dan bidang masing-masing boleh menjalankan peranan masing-masing dalam mencapai misi dan membangunkan ekonomi Negeri Sembilan. Baru-baru ini Exco Kanan; Kemajuan Desa Perladang dan Komuniti dan juga Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Sara Hidup berpeluang ke negeri, berpeluang ke negeri China membawa balik ilmu dan berbagai teknik yang pasti memberi manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan. Saya pasti hasil tempatan seperti daging-daging tenusu, sayur-sayuran dan padi dapat dikeluarkan dan dihasilkan di Negeri Sembilan dalam jangka waktu singkat sebelum tahun 2026. Saya percaya Exco Kanan memang ada pengalaman. Ini benda makanan, memang kita sudah cukup jaga

kita sudah kira harga itu kita sudah beri kepada murah. Kita tak payah takut. Waktu pilihan raya kita tutup mata, kita boleh menang 36 DUN. Tak payah risau. Kita itu mesti kita penting, satu tanggungjawab yang besar, itu benda makanan. Saya harap Exco Kanan mesti boleh tunaikan sebab Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan; Dato’ Seri Utama boleh give right and love, sayang Exco Negeri Sembilan sebab saya percaya ‘26 kita semua boleh dapat tunai. Ini bukan waktu pilihan raya kita kempen, kita percaya kita punya Exco, kita punya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ini kita percaya punya pasal, Dewan yang mulia, DUN Seremban Jaya berani boleh cakap. Okey. Jika ini, jika tercapai rakyat dapat membeli hasil keluaran tempatan dengan harga yang lebih murah dan import dapat dikurangkan, sosioekonomi Negeri Sembilan juga akan meningkat bertambah, rakyat Negeri Sembilan akan lebih yakin dengan Kerajaan Negeri Sembilan dan pasti menjadi contoh dan sebutan.

Dato’ Yang Dipertua, memang, ada ada ada, memang hari ini saya pun mintak tolong, sebelah saya right hand side pembangkang, sebelah sini left hand side backbencher, boleh kalu, belakang belakang, belakang boleh, hari ini semua saya mintak tolong, minta rayu boleh dapat hari ini gulunganlah tapi, bukan bukan bukan, berbahas titah ucapan dan berbahas tapi tadi pun saya pun tahu memang Dato’ Yang Dipertua satu orang duduk, memang lambat. Kita pun ada faham. Ada hati-hati …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tapi hari ni sabar sikit …..

Yang Dipertua Dewan

…. masa dah habis Yang Berhormat.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okey. Saya sokong …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, masa dah dekat habis.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

….. dan mengucapkan terima kasih atas titah ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia, saya, di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, saya, Yang Berhormat Dato’ Dipertua, saya menyokong usul tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang Berhormat sekalian. Usul ini sudah dicadang dan disokong. Sekarang dikemukakan untuk dibahas, dibahaskan. Saya jemput.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Terima kasih Yang Dipertua. Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera.

Yang Amat ber, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Yang Berhormat Datuk Seri Haji Jaudin Haji Alias; Exco Kanan, Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan seterusnya Yang Berhormat ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Segala puji bagi Allah Maha Memiliki dan menguasai alam semesta, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya dapat saya mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih titah, titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam perasmian Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-15 pada kali ini. Kita sesungguhnya sangat bertuah kerana mempunyai seorang raja yang berjiwa rakyat yang mementingkan kesejahteraan dan juga pembangunan Negeri Sembilan demi untuk rakyat Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, melalui kerjasama yang kukuh selepas pilihan raya yang lepas, dalam Kerajaan Perpaduan pelbagai pencapaian yang cemerlang telah berjaya dicapai. Antara pencapaian, pencapaian sasaran miskin tegar pada penghujung 2023 ini dapat kita sifarkan di Negeri Sembilan. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa fokus dan memberi penekanan dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa, kondusif kepada rakyat Negeri Sembilan yang mana negeri ini diiktiraf sebagai negeri yang paling bahagia di Malaysia.

Prestasi ekonomi negeri mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan serta prestasi pengurusan kewangan negeri amat menggalakkan apabila kutipan hasil dapat ditingkatkan serta mengubah belanjawan defisit kepada surplus RM4.93 juta. Maka dapat kita lihat rizab negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu 410.48 juta seperti yang dinyatakan. Dalam mencapai kesemua kejayaan ini, kesungguhan pimpinan dan semua barisan Exco Kerajaan Negeri seharusnya diberi pujian serta penghargaan atau usaha, idea serta rencana yang digembleng bersama jentera kerajaan yang lain bagi memastikan segala rakyat dapat menikmati impak dari usaha-usaha yang telah digerakkan bagi menangani pelbagai permasalahan yang timbul. Ke, kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya menjadi agenda utama dengan mengenalkan pelbagai program yang dapat meringankan beban kehidupan dalam menghadapi cabaran hidup, hidup seterusnya. Pelbagai program seperti aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan yang melibatkan keseluruhan masyarakat di dalam Negeri Sembilan ini. Ada bantuan kahwin seperti yang dikatakan oleh Exco Kanan, ada

bantuan warga emas, ada bantuan melanjutkan pelajaran sebagainya. Ini semua untuk kesejahteraan rakyat khususnya di Negeri Sembilan ini.

Namun usaha ini bukan setakat di situ saja malah telah selangkah ke hadapan dengan pendekatan yang lebih efisien mengambil contoh daripada negara-negara yang telah berjaya dalam bidang-bidang kritikal terutama sumber makanan, penternakan serta pertanian. Eko, contohnya kita menarik pelabur-pelabur asing, F&N, contohnya macam Exco Kanan pergi ke negeri China dan melalui, telah mengumumkan bahawa kita akan juga sebagai pengeluar daging dan juga tenusu yang akan kita laksanakan di peringkat Negeri Sembilan. Kita mengharapkan segala usaha itu akan dapat di, direalisasikan dengan kadar segera agar nikmatnya nanti dapat dirasai keseluruhan rakyat di Negeri Sembilan khususnya.

Saya menyokong usaha serta perancangan kerajaan berkenaan Malaysian Vision Valley 2.0 ataupun MVV 2.0 dan diharapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin semoga limpah kemajuan ini saya percaya akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi di negeri ini meliputi kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar juga, serta mampu memberi faedah serta peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya. Saya berharap juga usaha-usaha memperkasakan pendidikan berteras TVET mampu melahir serta memenuhi tenaga mahir dalam membangunkan negeri ini. Usaha ini sangat baik lebih, lagi lebih-lebih lagi mendapat hubungan kerjasama pintar daripada sektor industri yang lain.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tidak lengkap jugalah kalau tidak, saya tidak menyebutkan kawasan dalam sidang Dewan ya. Apabila bocor, apabila berbicara soal liputan internet serta telefon selular, di DUN, di DUN Sungai Lui, capaiannya jauh tidak memenuhi kepuasan pengguna. Kala ini perkhidmatan ini adalah merupakan satu keperluan yang menjadi medium utama dalam soal komunikasi. Saya mohon kerajaan melihat semula perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat telco khususnya di kawasan luar bandar bagi aspirasi kita dalam pendigitan, pendigitalan khususnya di dalam bidang pendidikan.

Dato’ Yang Dipertua, Jalan Bahau – Kemayan merupakan laluan utama sejumlah kenderaan menuju ke Bera, Temerloh serta kawasan-kawasan lain di Pantai Timur. Namun kawasan-kawasan selekoh serta berbahaya yang perlu ditambah lampu tiang demi menjamin keselamatan para pengguna jalan raya yang menggunakan jalan tersebut. Juga tidak lupa juga jalan antara Pasoh ke Simpang Pertang dan Lui Selatan ke Serting Hilir. Di mana jalan ini merupakan, digunakan pada waktu malam sebagainya sangat merbahaya disebabkan banyak berlaku-berlaku

kemalangan disebabkan lembu-lembu ataupun binatang liar dan sebagainya. Yang ini memerlukan pencahayaan bagi kesejahteraan pengguna. Persimpangan empat Ayer Hitam menuntut untuk dibina lampu isyarat. Dan khabarnya peruntukan ataupun permohonan ni telah diluluskan dan dimohon supaya kerja-kerja perlaksanaan dapat dilak, disegerakan tanpa sebarang kesulitan lagi.

Kesihatan adalah aspek utama dalam menjalani kehidupan seharian di persekitaran golongan orang lama yang memerlukan khidmat dalam setiap inci kehidupan mereka. Justeru itu, mohon Klinik Kesihatan Lui Muda sudah tiba masanya dinaiki taraf mengikut kesesuaian dan tuntutan masa kini dengan menaik taraf bangunan serta kemudahan yang sedia ada.

Isu penyelesaian tidak cukup lot tanah telah membelenggu seramai 36 peserta Peringkat 1 Felcra Ayer Hitam. Dalam, dalam sesi DUN yang yang terdahulu telah saya bangkitkan permasalahan ini. Ada jawapan yang telah diberikan hingga kini tiada sebarang tindakan tuntas di kerajaan untuk mengatasinya. Saya berharap Kerajaan Negeri dan juga agensi dapat menyelesaikan permasalahan besar ini mengikut saluran, saliran yang telah digariskan. Juga terlibat juga di Kampung Melur dan juga Kampung Keretapi.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, mintak ringkaskan. Masa dah tamat.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Begitu juga hak pendapatan peserta Felcra Ayer Hitam Peringkat 2 pada, 2 dan 3 pada ketika ini di dalam peserta-peserta felcra di kawasan lain menepati hasil yang lumayan pada ketika ini. Namun di Peringkat 2 dan 3 dimaklumkan sekitar pendapatan mereka antara 500.00 sebulan. Dan ini berla, dan kita harap agensi dapat memikirkan satu mekanisme yang terbaik mengatasi, mengatasi masalah ini.

Dato’ Yang Dipertua, terdapat 8 skim Rancangan Felda di DUN Sungai Lui. Kerajaan harus memberi tumpuan terhadap kebajikan warga peneroka yang dilihat semakin berterusan meningkat usia akibat daripada masalah kesihatan. Saya mencadangkan diwujudkan skim kebajikan peneroka bagi membantu menampung sebahagian perbelanjaan untuk merawat penyakit yang mereka hadapi. Taraf pendidikan generasi baru felda seharusnya diberi perhatian menerusi peningkatan bantuan pinjaman ataupun dermasiswa bagi kemasukan ke mana-mana institusi pengajian tinggi ataupun pusat-pusat kemahiran yang di, yang diiktiraf. Kerana apa, hari ni generasi kedua, generasi felda khususnya generasi baru felda yang ada di tanah rancangan terdiri

daripada generasi ketiga dan juga keempat. Ramai di kalangan mereka mengadu bahawa bantuan IPT ataupun melanjutkan pelajaran mereka tidak layak terima sebab alamat mereka di kawasan felda. Diharap ini dapat kita bantu supaya mereka juga dapat mendapati bantuan daripada kerajaan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, dah tamat, masa dah habis dah.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Saya ringkaskan ya.

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan satu minit je lah.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Okey, saya jugak ya mohon supaya di kawasan DUN Sungai Lui, kawasan felda ni dulu sejarahnya tanaman getah. Dan kini telah beralih ke sawit. Dimohon supaya kita permudahkan untuk, untuk apa ni, untuk status ataupun pindah syarat kepada tanaman getah daripada sawit kita dapat memudahkan hanya kita boleh lakukan secara berkelompok dan sebagainya demi untuk mengatasi masalah-masalah yang kebelakangan nanti akan timbul pewarisan dan sebagainya.

Seterusnya terima kasih juga kepada FELDA dan juga kerajaan. Baru-baru ni telah menurunkan peruntukan jalan pertanian dan juga peruntukan infra di seba, di 22 buah tanah Rancangan Felda yang terlibat dalam program ini ya, terima kasih. Namun begitu masih lagi banyak terdapat keperluan-keperluan di kawasan felda khususnya untuk kita bantu contohnya jalan pintas antara Pasoh 2 ke Pasoh 1 ini dapat kita tambah jumlah pelajar dan juga memudahkan peneroka-peneroka merasa hasil ke ladang ya.

Satu lagi isu saya nak bawak tentang pelupusan sampah di kawasan felda juga ya. Ini telah berlarutan dan diharap kita ambil serius tentang pelupusan sampah di kawasan felda ini. Perlu ada satu mekanisme untuk kita laksanakan semoga pelupusan sampah di kawasan felda ini akan dapat kita atasi dengan segera, dengan dengan baik mungkin.

Dato’ Yang Dipertua itu saja daripada saya. Lui mohon menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya beri laluan untuk satu orang lagi, satu, YB, 10 minit ya, kalau tidak kita lambat makan.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

10 minit?

Yang Dipertua Dewan

10 minit ya.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Start sekarang. Okey. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua untuk memberi peluang saya untuk mengambil bahagian dalam pembahasan menjunjung kasih titah tuanku dalam Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 ini. Saya ingin ucap terima kasihlah kepada pasukan Kerajaan Negeri yang telah sentiasa membeli penekanan dan fokus dalam penyediaan persekitaran kehidupan yang selesa dan konduktif kepada penduduk setempat. Seperti yang disebut dalam titah tuanku yang mengatakan Negeri Sembilan telah diiktirafkan sebagai negeri yang paling bahagia di Malaysia. Dan Bandar Port Dickson pulak disebutkan sebagai salah 10 apa, bandar yang diiktiraf paling bahagia. Okey saya tahniah kepada pasukan Kerajaan Negeri yang telah bertungkus lumus untuk menjadikan Port Dickson sebagai tempat terkenal di seluruh Malaysia.

Tapi mungkin ada pertambahan sikit, kalau isu air di Port Dickson boleh di pertambahbaikkan lagi. Semalam saya, saya sendiri, wakil rakyat, YB Chuah, DUN Sri Tanjung, namun MB sendiri ahli majlis, ketua kampung, semua kena marah Pasal air tak ado. Saya masih ingat lagi, sejak 2018, saya jadi wakil rakyat dekat PD, Lukut, saya rasa is lebih daripada 50 kali tak ada air datang. Isu ini telah menjejaskan kehidupan rakyat di Lukut dengan PD. 50 kali. Saya ucap terima kasih pada SAINS sebab saya tahu bukan SAINS punya isu. SAINS telah bantu banyak dalam penghantaran air kepada penduduk. Mereka menjalankan tugas mereka. Saya ucap terima kasih. Sebab ini isu raw water, air Sungai Linggi. 80%, 80% pengguna di Port Dickson, di Lukut menggunakan air Sungai Linggi. Raw water the dari Sungai Linggi. Dan saya rasa kita belum ada siap sedia untuk protect sungai kita. Air merupakan sumber yang penting bagi manusia. Kita kena bertekad, kita kena berhati-hati dalam urusan ini. Kalau air sungai ini di di masuk racun, dimasuk DSL seperti yang berlaku kelmarin. Semua akan tak dapat air. Ini akan menggugat keselamatan negara. Ini akan mengancam nyawa manusia.

Saya mintak tolong semua kita jalankan satu team, sebagai satu team. Saya mintak kerjasamalah daripada JAS, daripada BKSA, daripada SAINS, daripada MKN. Sebab sumber raw water ini penting, sumber asli kita yang penting. Kita tak nak orang masukkan benda yang bukan-bukan dalam sungai. Kita minum hari-hari, orang Port Dickson. Kesian orang Port Dickson, peniaga tak dapat jalankan apa perniagaan mereka, pelabur datang tengok air tak ada dia pun lari, pelancong datang, dia pun tak nak datang dah. Sebab air tak ado. Ini yang kita kena pi tengok, Dato’ Yang Dipertua.

Minta maaf, sebab semalam telefon pun dah sampai tak ada elektrik. Sampai pukul 2:00 pagi saya jawab, dah tak ada, tak ada bateri sampai semalam. Sebab air. Semua tanya pasal air. Mintak izin. Saya sebut

pasal ini adalah penting. Saya minta kerjasama semua jabatan yang berkaitan kita turun padang tengok sama-sama. Macam mana kita boleh protect sungai kita. Macam kita, kita boleh apa, memberi penjaminan kepada penduduk supaya sungai kita dipelihara dengan baik. Beri pendidikan kepada public, beri, bagitahu mereka, jaga sungai kita, jangan buang yang bukan-bukan dalam sungai kito.

Dato’ Yang Dipertua, saya rasa kita perlu wujudkan satu jawatankuasa khas di antara wakil rakyat bersama dengan jabatan-jabatan yang berkenaan untuk sama-sama kita perlihatkan, perhalusi macam mana kita nak menjaga sungai ini. Rakyat marah sebab air tak ada, dia akan cari wakil rakyat. Dia akan cari kita. Dia tak akan cari pengarah pun. Kita yang berhadapan dengan mereka. Tapi itu yang sebab saya saya saya ingin Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan, okey. SU, apa, Setiausaha SUK bantu kita wujudkan satu jawatankuasa khas untuk sama-sama kita mengatasi air ini. Kita ada saya saya saya difahamkan ada projek jangka panjang. TAPS project. Dia ambil masa 2 tahun. Ia menyimpan raw water untuk kegunaan bila, bila diperlukan. So saya rasa projek ini bagus. Tapi kena percepatkan. Kita maklum pada rakyat, 2 tahun kita akan siapkan. Saya pun tahun depan kita akan siapkan projek ini. Kerajaan Pusat kena bantu negeri untuk mengatasi masalah ini. Dan dan saya saya harap bila air ini isu ini, Dickson akan jadi lebih bahagia. Betul? Kita sama-sama. Saya bukan nak tegur. Saya ucap terima kasih pada semua jabatan yang bantu. Tapi kita nak protect rakyat kita. Kita sama-sama kita perhalusi macam mana kita nak selamatkan sungai kita, okey.

Dato’ Yang Dipertua, susulan daripada isu pencemaran air. Saya juga nak sentuhkan juga perlaksanaan program kitar semula. Di mana dulu saya nampak tong sampah kitar semula yang terletak di sekolah, di pasar raya, di di stesen minyak bangunan kerajaan, sekolah, kawasan pelancongan, kita ada nampak banyak. Tapi sekarang rasa dah tak adalah tong-tong sebegini. Rakyat nak buang minyak masak terpakai. At least dia dalam Google Map dia search nak cari, haa dia tahu buang dekat ke mana. Nak buang bateri terpakai, dia tahu nak buang dekat mana. Kalau dia nak tahu, nak pakai dekat, macam macam tayar terpakai. Dia Google Map, dia search, dia tahu dah buang dekat mana. Kerajaan ataupun agensi yang berkenaan perlu menyediakan tempat-tempat ini supaya rakyat, dia orang tahu buang sampah ini dia bukan dalam longkang, bukan dalam kawasan terbiar, pedalaman kampung dia tahu buang benda-benda terpakai ini dekat tempat yang sesuai. Saya rasa rakyat sudah faham macam mana kita nak protect dengan izin, mother earth kita, bumi ibu kita. Saya rasa inilah penting salah satu langkah yang boleh membantu kita untuk melangkah ke satu masyarakat yang hijau okey.

Dan saya rasa kurang beg plastik. Kurangkan guna beg plastik. Biasa kita pergi pasar raya, okey, diminta bayar 20 sen kalau tak ada bawa beg plastik. Tapi saya rasa saya perhati banyak aunty-aunty ataupun pengguna, pembeli, dia dah sediakan. Dia dah tahu, tahu, automatik sediakan beg plastik. Pergi beli-belah, guna, ambil sendiri apa, recycle bag dengan izin, masuk barang. Saya saya mohon benda ni dilanjutkan lagi. Kalau boleh sepanjang masa, kita tak gunakan beg plastik sebab dalam sungai saya rasa, dalam loji rawatan air, dia banyak nampak apa? Plastik. Dalam air sungai, dalam air air laut pun. Nelayan bukan tangkap ikan. Nelayan apa, apa dia orang tangkap? Beg plastik, botol plastik. Ini yang kita nampak sekarang.

So kita kena tegas untuk kita sama-sama apa, melancarkan program-program sebegini sekitar semula, kempen apa, kurangkan beg plastik. Even PBT boleh bantu dalam kita menyelia satu low carbon city. Satu bandar raya yang karbon rendah. Kita galakkan EV car. Kita galakkan jangan guna beg plastik. Kita periksa, pergi kilang-kilang periksa, mana kilang yang lepaskan itu asap hitam, kita tak bagi dia lesen bagi dia. Inilah yang satu PBT yang tanggungjawab untuk menjaga kehidupan rakyat. Sama jugak peruntukan, saya rasa Kerajaan Negeri juga boleh memperuntukkan dalam bajet nanti supaya kita boleh satu bandar raya khususnya yang dekat Seremban atau PD untuk untuk apa, kita sama-sama menjaga kehijauan bandar kita. Dato’ Yang Dipertua, saya mohon dua minit lagi. Okey.

Yang Dipertua Dewan

Satu, satu.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Penginapan, saya ingin menyentuh jugak penginapan pelancong di Port Dickson. Selain kita, pelancong datang ke PD, dia yang, selain dia tinggal dekat hotel berbintang ataupun budget hotel, dia juga tadi ada sebut berkenaan dengan homestay. Kita sering aduan daripada public, apa kawasan perumahan, penduduk yang katakan homestay. Jiran saya dia jadikan homestay ataupun rumah sewa jangka pen, jangka pendek. Sampai mereka buat, lebih 4-5 kali ganda kalau banding dengan biasa. Masuk pukul 12:00 bising, masih tak tidur lagi. Ni berlaku dekat taman-taman. Saya mohon izin PBT supaya kaji dasar ataupun undang-undang kecil untuk mengawal homestay. Mana-mana yang yang yang nak berniaga homestay ni dia kata kena patuh undang-undang yang dikeluarkan oleh PBT. Supaya dia tidak mengganggu kehidupan penduduk di taman-taman.

Dato’ Yang Dipertua, susulan daripada topik pelancongan, apabila pelancong datang PD dengan izin, the first impression, pandangan pertama adalah penting untuk kita kita, ke tempat pelancongan. Kita

kena, selain kita sediakan infrastruktur yang lengkap, perhiasan bandar raya yang cantik okey, tapak peranginan yang yang yang cantik satu, satu benda yang saya minta PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) untuk pertimbangkan lampu hiasan apa semasa perayaan, sambutan perayaan. Sebab ini penting. Saya nampak jiran kita, negara jiran kita Singapore, dia menggunakan lampu yang cantik untuk untuk menarik pelancong. Tapi bila kita sampai perayaan, saya nak, mahupun Tahun Baru Cina, mahupun Hari Raya, Deepavali. Ini 2,3 lampu gantung saja, tak ada pun suasana. Saya mintak, mintak jasa baik PBT mempertimbangkan bajet untuk tahun depan. 2 minggu sebelum raya tolong pasang. Pasang lampu hiasan supaya pelancong datang, rakyat kita pun rasa happy. Gembira bila nampak PBT ada ada apa sama-sama kita nak meraikan suasana perayaan. Okey.

Yang Dipertua Dewan

Okey Yang Berhormat masa dah lama dah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, saya pun lapar, saya tahu.

Yang Dipertua Dewan

Saya bukan pasal lapar, pasal soal masa.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Sorry, sorry. Satu minit okey. Jambatan saya mintak PBT untuk mengkaji juga jambatan yang merentasi Taman Wawasan dengan Rumah Rakyat Pekan Lukut di mana dia boleh membantu untuk apa, meringankan kesesakan jalan raya, jalan utama di Lukut. Taman Wawasan ke Rumah Rakyat Pekan Lukut. Dia ada satu sungai, saya minta jasa baik PBT untuk pertimbangkan untuk mewujudkan satu sungai, sebab ini apa isu-isu dekat kawasan. Saya kena bawak.

Dan pemadam api dekat sekolah. Dato’ Yang Dipertua, ini penting. Budak-budak kita, murid-murid kito, pemadam api dekat sekolah, saya difahamkan ada yang lebih 10 tahun tak tukar. Bila berlaku kebakaran siapa nak ambil tanggungjawab? Saya difahamkan pemandangan api ini, either, sama ada sekolah ataupun PIBG yang tanggungjawab saya tak tahu. Mungkin pihak pihak bomba boleh bantu kita soal macam mana kita, Kerajaan Negeri boleh membantu dalam, kepada sekolah untuk apa semak semua pemadam api ini supaya dia boleh berfungsi dengan betul.

Dato’ Yang Dipertua saya sikit untuk gulung …..

Yang Dipertua Dewan

Dah, dah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. gulung saja okey. Dengan last isu saya bawa. Isu lembu yang menggugat ataupun mengancam keselamatan jalan raya. Satu enakmen yang kita sediakan, Veterinar sediakan untuk unggas. Tapi saya rasa Kerajaan Negeri perlu, perlu sediakan satu enakmen

untuk kita kawal lembu jugak. Kita tak nak kita punya rakyat sia-sia saja dia punya nyawa, pergi langgar lembu, tengah malam, tepi jalan. Tak ada kawal. Jiran bela lembu, dia tak ada akta ataupun pun tak ada enakmen yang kita boleh ambil tindakan terhadap dia. Hari-hari hidu bau tahi lembu. Tahi lembu bila cuci, semua masuk sungai. Saya rasa semua wakil rakyat ada menghadapi masalah sebegini.

Yang Dipertua Dewan

Yelah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Saya mohon jasa baik Veterinar bersama dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan enakmen untuk macam mana kita nak kawal lembu ini. Sekian …..

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. saya mohon untuk terima kasihlah untuk saya berbahas, ambil bahagian dalam perbahasan junjung kasih …..

Yang Dipertua Dewan

Menyokonglah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

….. titah. Saya mohon menyokong.

Yang Dipertua Dewan

Menyokong usullah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Okey. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat dan para hadirin dewan akan berehat sekejap, kita akan sambung balik perbahasan usul ini pada jam 2:30. Jadi Dewan ditangguhkan.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.03 petang]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.35 petang]

[Setiausaha Dewan: mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum, salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, para hadirin dipersilakan duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat kita sambung perbahasan usul menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Saya menjemput Yang Berhormat Labu eh, haa Labu.

Terima kasih Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT. Yang dihormati kesemua ahli-ahli Dewan. Usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Yang Dipertua, mewakili rakyat, mewakili rakyat Labu, saya berdiri petang ini untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan dan mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyembah ucapan terima kasih serta menjunjung kasih ke atas titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sempenna, sempena istiadat pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sembilan pada pagi semalam. Saya menzahirkan rasa hormat, rasa kasih dengan titah ucapan tuanku yang sarat dengan nasihat, pedoman dan petua untuk Dewan yang mulia ini berperanan secara efektif dan berpegang pada prinsip keadilan bagi menjamin keharmonian dalam bicara, kelakuan dan tindakan dalam memastikan rakyat di Negeri Sembilan mendapat manfaat sepenuhnya tanpa mengira pegangan politik.

Yang Dipertua, Negeri Sembilan memulakan langkah 2024 dengan pelbagai insentif kepada rakyat Negeri Sembilan. Tetapi setelah 9 bulan berlalu, kebanyakan daripada insentif ini tidak sampai kepada golongan rakyat yang sepatutnya menerima insentif ini. Segala insentif kerajaan harus sampai kepada golongan sepatutnya melalui wakil-wakil kerajaan seperti ketua kampung, ahli-ahli Majlis dalam memastikan segala insentif ini sampai kepada kesemua penduduk di kampung, felda, dan taman.

Negeri Sembilan dikatakan telah mencapai sasaran sifar kemiskinan pada penghujung 2023. Ini adalah satu kenyataan bagi saya yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Perangkaan Malaysia di (DOSM) melaporkan bahawa kemiskinan tegar di bandar meningkat daripada 3.8% dalam tahun 2019 kepada 4.5% dalam tahun 2022. Jabatan juga melaporkan 20 isi rumah M40 telah jatuh ke B40 akibat daripada pandemik COVID-19. Seramai 1,746 daripada ke, daripada 3,530 ketua isi rumah (KIR) di Negeri Sembilan telah berjaya dikeluarkan daripada status miskin tegar. Jumlah ini direkodkan sehingga 31 Oktober 2023 berdasarkan statistik data eKasih seperti yang dilapor oleh Pejabat Pembangunan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, keadaan yang dihadapi rakyat di luar sana adalah harga barangan akan naik dahulu sebelum gaji naik. Kebanyakan anak-anak muda yang mula bekerja menerima pendapatan lebih kurang 2,000.00 ringgit sebulan jika dika, dicampur gaji basic dan elaun. Saya ingin menya, tegaskan ketika saya mula bekerja 24 tahun yang dahulu, saya juga menerima gaji yang serupa. Cuma bezanya harga barangan

kini dan dahulu jauh berbeza. Di pusat khidmat Labu, kehadiran ramai rakyat meluahkan masalah dan kesusahan mereka mengharungi zaman kenaikan barangan yang menggila ini menjadi bukti miskin tegar masih banyak di Negeri Sembilan. Kerajaan perlu menyemak semula pendirian mereka berkenaan miskin tegar ini. Kajian yang lebih teliti harus dijalankan. Statistik data eKasih tidak boleh dijadikan panduan semata-mata.

Yang Dipertua, titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menzahirkan agar masjid dan surau dapat dijadikan untuk menyebarkan lagi syiar Islam. Jadi saya memohon Jabatan Agama Islam mempertimbangkan agar elaun-elaun imam-imam masjid dinaikkan agar imam-imam di seluruh masjid di Negeri Sembilan ini dapat lebih memberi tumpuan untuk mengimarahkan aktiviti-aktiviti di masjid. Kita sedia maklum imam-imam jugak tidak lari daripada kos sara hidup yang tinggi sekarang. Jadi saya cerita sikit, saya lihat ada di kawasan Labu, ada satu masjid, imam, lepas habis saja mengimamkan solat dan kita ada program, imam tu tolong tarukkan makanan. Jadi bila saya tanya, imam tu yang buat katering kat situ. Jadi itulah situasi yang di dihadapi. Kalau kita perhatikan elaun imam di mas, lebih kurang dalam 800.00 ringgit dan jugak 300.00 ringgit untuk Siak, 300.00 ringgit untuk Siak. Jadi bagaimana keinginan Yang di-Pertuan Besar, Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dapat kita zahirkan kalau elaun imam di peringkat 800.00. Malahan mungkin elaun-elaun, walaupun Ahli Majlis yang pun dah cecah sampai 2,000.00. Jadi saya mohon kepada Jabatan Agama Islam dan Kerajaan Negeri mempertimbangkan perkara ini demi memastikan saranan yang, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dapat direalisasikan.

Dato’ Yang Dipertua, saya tidak mahu mempunyai masalah dengan mana-mana pihak terutama kakitangan kerajaan. Malah tempoh 9 bergelar YB, saya mendapat kerjasama yang baik dengan semua jabatan kerajaan di negeri sini. DUN Labu berada dalam kawasan seliaan Majlis Bandaraya Seremban. Sama ada YB kerajaan atau YB pembangkang pasti mempunyai hak untuk mendapat maklum balas segera terutama perkara melibatkan kepentingan masyarakat. Sumpah perjawatan kita harus hormati untuk menjalankan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada masyarakat dengan adil dan saksama. Kadang-kadang kita perlu menggunakan budi bicara dalam kita membuat keputusan.

Cuma saya agak kecewa dengan Datuk Bandar Seremban yang tidak mahu atau mengelak berjumpa dengan YB daripada pembangkang. Permohonan berjumpa dengan Datuk Bandar akan dijawab berjumpa dan berurusan dengan Setiausaha Majlis. Kalau kami nak berjumpa

dengan Setiausaha Majlis, tahulah kami tulis surat kepada Setiausaha Majlis. Kalau kami tulis surat kepada Datuk Bandar, bermaksud ada masalah yang perlu diselesaikan di bawah budi bicara Datuk Bandar. Bayangkan kalau kami sendiri susah nak jumpa, bagaimana pulak rakyat di luar sana. Jadi saya mohon kalau Datuk Bandar dengar ni, ini bukan satu, untuk kita berlawan tapi untuk menasihat mungkin ini ruang terbaik sebab surat yang kami hantar tidak di respond dengan baik.

Masalah, banyak masalah diseliaan MBS ini yang perlu kami dapat penjelasan. Apa yang kami hendak, kami jelaskan pula di kawasan kami. Jika kami tak ada maklumat, bagaimana kami nak menjelaskan kepada masyarakat dan penduduk di kawasan kami? Saya sentuhkan balik. Saya tidak bawak isu anjing ni di Dewan. Tapi saya nak memaklumkan isu anjing, aduan di MBS sahaja ada 3,000 aduan. Perbelanjaan dah mencecah lebih 1.0 juta ringgit tetapi isu tidak selesai. Jadi persoalan, perkara-perkara ini yang nak kami bincangkan bersama dengan Datuk Bandar dan memberi pandangan. Jadi kita tidak mahu duit rakyat digunakan semata-mata untuk menangkap anjing. Dan kita biarkan lagi untuk tempoh tertentu dan digunakan tanpa ada penyelesaian.

Yang kedua, berapa banyak pusat hiburan yang tidak berkesan, yang tidak berlesen beroperasi begitu lama tanpa apa-apa tindakan. Untuk makluman, aktiviti ini adalah satu aktiviti yang tidak memberi pendapatan kepada Kerajaan Tempatan tetapi memberi masalah moral kepada anak-anak. Kalau ada tindakan kepada peniaga-peniaga yang berlesen, mengapa pulak pusat-pusat hiburan yang tidak memberi manfaat atau pendapatan kepada Kerajaan Negeri dibiarkan bagi tempoh begitu lama tanpa apa-apa tindakan? Dan akhir sekali, persoalan jugak saya nak tanya jugak, siapa Datuk Bandar sebenarnya? Setiausaha Majlis atau Datuk Bandar, kalau segala persoalan kami harus dijawab oleh Setiausaha Majlis?

Yang Dipertua laporan Institut Pendidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) meramalkan negara ini akan mengalami kemarau panjang untuk tempoh tahun-tahun yang mendatang. Kerajaan Negeri perlu bersedia menghadapi situasi ini tidak kira, kita tidak mahu Kerajaan Negeri terlalu lama menjalankan kajian dan fikirkan kaedah yang bersesuaian menghadapi kemarau yang diramal akan berlaku pada tahun 2025. YB, Yang Amat Berhormat Sikamat selaku Pengerusi SAINS tentu maklum tentang ramalan kemarau ini dan jika tindakan, jika tiada tindakan segera ia akan menjadi satu isu kemanusiaan yang serius. Contoh sepertimana berlaku di Kelantan dan Kedah, di mana para petani terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Hasil sawah padi mereka merosot akibat daripada El Nino pada tahun 1997. Kita jugak sedar pada masa kini kita menghadapi krisis beras. Jadi pada, jika ramalan ini

berlaku, kita akan ada krisis air yang akan menjejaskan turut pengeluaran beras terutamanya di Negeri Sembilan. Krisis air yang serius akan berlaku pada penduduk yang di kawasan bandar dengan kebadatan yang tinggi. Banyak lagi kesan sampingan akan berlaku dari kemarau ini, saya memohon Yang Berhormat Sikamat selaku Pengerusi SAINS dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengarahkan tindakan segera SAINS berada dalam keadaan siap siaga dan agar perkara yang saya bangkitkan ini ada penyelesaian jika ramalan ini berlaku.

Yang Dipertua, umum sedia maklum berlakunya bencana banjir pada tahun 2021 yang mengakibatkan kerugian harta benda SAINS terutama di loji dan intake di Daerah Jelebu dan beberapa daerah lain. Saya ingin pengesahan di dalam Dewan yang mulia ini, atas kepentingan rakyat dan jika perkara ini benar berlaku, perlu ada penyelesaian. Jika tidak kita menjadikan ia sebagai satu panduanlah supaya tidak berlaku. Adakah Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan peruntukan tambahan bagi kerja membaik pulih bekalan air yang terjejas akibat banjir, beberapa operator air yang terjejas telah menerima peruntukan termasuk SAINS dengan jumlah melebihi 11.0 juta ringgit pada tahun berkenaan? Benarkah satu, salah satu daripada peruntukan ini adalah bagi membaik pulih pam intake Petaseh yang terjejas teruk semasa banjir? Dikatakan pada awalnya sebut harga berjumlah 1.3 juta telah ditawarkan pada tahun 2022. Namun ditolak kerana alasan terlalu tinggi. Namun begitu, pada tahun awal 2024 kerja baik pulih dimulakan dengan kontraktor yang sama memberi sebut harga tetapi kali ini dengan kos yang lebih tinggi 1.9 juta. Kerja ini dimulakan dengan tergesa-gesa berikutan krisis air di Daerah Seremban dan Port Dickson. Dan kos ini akan dibayar menggunakan duit SAINS kerana peruntukan MOF telah ditarik semula kerana SAINS tidak menggunakan kesemua peruntukan tersebut setelah 2 tahun. Persoalan ingin dibangkit, jika benar perkara ini, kenapa kerja ini tidak dimulakan lebih awal menggunakan peruntukan MOF? Akibat kecuaian pengurusan tertinggi membuat Keputusan, kerja baik pulih paip intake Petaseh tidak dilakukan dan peruntukan MOF telah diguna, dan tidak digunakan sebaiknya. Kegagalan intake Petaseh beroperasi mengakibatkan berlakunya kekurangan bekalan air dan menjadi krisis bekalan air di bahagian Daerah Port Dickson dan Seremban. Mungkin ini menjadi jawapan kepada Lukut.

Bagi menampung krisis tersebut, pengurusan tertinggi telah membuat keputusan menyewa lori swasta untuk memastikan air bersih ke dalam tangki simpanan air bagi membolehkan pengguna menerima air melalui paip di mana cara ini dilakukan bagi mengurangkan aduan oleh pengguna. Dan cara ini saya rasa tidak pernah digunakan oleh mana-mana operator sebelum ini. Dimaklumkan berpuluh-puluh lori telah

disewa, memenuhi air yang berkapasiti besar. Dan memeranjatkan bagi kos ini adalah berjumlah hampir 4.0 juta ringgit. Boleh membeli 2 pam intake yang baru. Pengurusan tertinggi SAINS juga telah membuat keputusan melakukan kerja bypass paip air mentah di Daerah Jelebu dengan harapan bekalan air pulih. Kos bagi kerja bypass ni gagal, yang gagal ini dianggarkan berjumlah 200 ribu.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat ringkaskan. Masa dah cukup.

Sikit lagi Yang Berhormat. Lanjutan dari itu krisis, lanjutan daripada krisis air tersebut, kerja-kerja segera bagi membaiki paip intake Petaseh telah dimulakan dengan kos yang melebihi daripada kos asal menggunakan duit SAINS dan bukan peruntukan MOF. Okey, saya pendekkan, bagi saya dalam 2 minit lagi Yang Dipertua.

Berikutnya, benarkah pemohon, permohonan lesen individu perkhidmatan oleh SAINS diluluskan untuk tempoh 3 tahun saja berbanding 5 tahun yang di apply oleh SAINS dan sebab tempoh ini diluluskan 3 tahun adalah kerana ketidakcapaian sebahagian besar KPI dan bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi ke atas prestasi dan penambahbaikan oleh SAINS? Jadi ini adalah menjadi punca salah satu mengapa lesen ini tidak di renew untuk 5 tahun disebabkan kegagalan-kegagalan oleh SAINS sebelum ini. Jadi saya memohon Yang Berhormat Sikamat sebagai Pengerusi SAINS dapat menjelaskan perkara ini jika benar supaya dapat diketahui oleh semua YB-YB agar dapat memberi manfaat kepada mereka di kawasan setempat.

Yang Dipertua, pada sidang DUN yang lepas, sahabat saya Paroi jugak atau, ada membangkitkan isu berkenaan pusat sisa pepejal Kualiti Alam di Sendayan. Jadi kita sedia maklum, baru-baru ni berlaku kebakaran kali kedua. Dan ada ditegur jugak oleh YB Rantau. Jadi saya mohon kerajaan dengan serius memandang kesesuaian lokasi ini memandangkan lokasi ini mempunyai, menguruskan jugak sisa-sisa berbahaya. Saya takut jika berlaku kebakaran akan datang akan menyebabkan keselamatan nyawa memandangkan kawasan di tempat loji ini berdekatan dengan taman-taman perumahan yang baru kan, yang pesat membangun.

Yang Dipertua Dewan

Berhormat.

Saya tadi dapat masa yang banyak, bagi saya dalam 2 – 3 minit sebagai ketua pembangkang.

Yang Dipertua Dewan

Kita 2 – 3 minit, 2 – 3 minit.

Baik. Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa kerajaan mempunyai kekangan kewangan, jadi sentuh berkenaan kawasan saya. Ada dari kerosakan dan kerosakan ini adalah sebab kegagalan pihak kerajaan sendiri mengatasinya di peringkat awal. Baru-baru ini saya selaku YB Labu telah membongkarkan kegiatan mencuri pasir di Batu 9 dan Batu 10. Kegegiatan, kegiatan ini berlaku lebih daripada 10 tahun. Lokasi ini lebih kurang hanya jarak 500 meter daripada pejabat Pusat Khidmat YB, mantan YB yang lama. Dan jugak ditambah jugak dengan kekuatan jentera kerajaan, ahli Majlis, ketua-ketua kampung, aktiviti ini berlaku hampir 10 tahun tanpa apa-apa aduan. Cuma saya nak memberitahu di sini, soalnya mengapa tiada aduan? Untuk makluman kira-kira mereka yang mencuri pasir ini mendapat manfaat hampir 200 ke 300 ribu ringgit sebulan. Kalau dikali hampir, setahun mencecah hampir 3.0 juta ringgit. Mustahil lokasi yang berlaku di jalan besar tidak dipantau. Jadi saya mohon sebagai, kepada Yang Berhormat Sikamat agar dapat mengarahkan kesemua jentera kerajaan, peka pada perkara ini. Jika benar kawasan itu sesuai untuk aktiviti pengorekan pasir, berilah lesen supaya ada manfaat jugak kepada Kerajaan Negeri. Dalam masa yang sama, kita tidak mahu ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mendapat kepentingan daripada aktiviti ini. Jadi Yang Dipertua …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat.

Akhir sekali. Yang ini saya kena sebut …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat.

Mustahak sikit. Yang Dipertua, dalam belanjawan, YB Sikamat banyak menyebut berkenaan keadilan dalam menjawabkan tanggungjawab, menjalankan tanggungjawab sebagai Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Ketika, ketika PRU 14, Bersatu, Bersatu dengan Pakatan Harapan dalam ceramah-ceramah kami, antara yang disebut oleh Yang Berhormat Sikamat pada itu adalah reformasi. Jadi kalau bersebut, menyebut berkenaan reformasi adalah menambah baik kepada suatu perkara yang tidak baik pada masa itu. Jadi, tetapi kini apabila telah menjadi kerajaan, Yang Berhormat Sikamat meneruskan tradisi daripada kerajaan sebelum ini tidak memberi peruntukan kepada YB-YB pembangkang.

Jadi saya memohon Sikamat, kita ingat balik apa-apa kempen, ceramah kita pada dulu. Dan dapat mempertimbangkan, memberi peruntukan kepada pembangkang. Mungkin ini adalah permintaan kami yang terakhir. Dan kami tidak akan bangkitkan pada sidang-sidang yang akan

datang. Di Selangor ada Amirudin, di Negeri Sembilan ada Aminuddin. Kedua-duanya Naib Presiden PKR. Cuma Amiruddin bertimbang rasa sikitlah memberi peruntukan kepada pembangkang di Selangor. Jadi akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Dewan. Masa pun tak cukup, mungkin akan datang boleh tambahlah sikit Yang Dipertua kepada YB pembangkang takkan lebih 22 minit saja. Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Dah lebih 22 minit.

….. dengna lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya menyokong, Labu menyokong …..

Yang Dipertua Dewan

Okey.

…. mohon menyokong. Terima kasih …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat.

….. assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lenggeng.

Bismillahhirrahmanirrahim. Nahmaduhu wa nusalli ala rasool ya kareem, Allahumma salli’ala sayyidina Muhammadin tibbil qulubi wa dawaa’iha, wa’afiyatil abdaani wa shifaa’ha, wa nuril absari wa dhiya’iha, wa’ala aalihi wa sahbihi wa barik wa sallam. Assalamualaikum WBT. Yang dikasihi Yang Dipertua dan semua ahli-ahli Dewan. Terutama dulu, terutama saya ingin membahaskan ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar ya, yang menyentuh serba sedikit yang di dititahkan oleh Yang Yang Duli Yang Maha Mulia.

Saya mengucapkan, ingin mengucapkan tahniah kepada pentadbiran Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip hasil sebanyak 541.0 juta berbanding anggaran 450.0 juta. Prestasi ini juga telah mengubah belanjawan defisit daripada 100.0 juta kepada surplus 4.0 juta. Walaupun baru masuk bulan April ya. Susulan daripada kutipan supply ini rizab negeri bagi Akaun Hasil Disatukan kini berada pada tahap yang amat baik iaitu sebanyak 410.0 juta. Alhamdulillah dalam perbahasan dulu saya pun menyentuh bahawa, saya yakin bahawa pentadbiran kita mampu mencapai target walaupun kita membentangkan belanjawan defisit. So, saya harap untuk 2025 belanjawan, kita bentang belanjawan lebih besar lagi supaya Negeri Sembilan tidak dipandang enteng di mata negeri-negeri lain.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Exco Kanan ya, yang menjaga perihawan, perihal keterjaminan makanan. Saya sendiri dilantik dalam jawatankuasa. Saya lihat bersungguh-sungguh Exco Kanan dalam memastikan tanah-tanah yang berada di dalam Negeri Sembilan ni diguna habis pakai ya, tidak dibazirkan walau seinci pun. Ini adalah arahan tegas daripada Exco Kanan kepada semua pengarah-pengarah jabatan yang di bawah Exco Kanan.

Dan tahniah dan syabas juga, kita ada 3 jualan yang mendapat sambutan besar penduduk seluruh Negeri Sembilan. Itu jualan, Jualan Agro Madani, Jualan Rahmah, Jualan Ladang ya, jualan prihatin, dengan izin. Saya melihat kalau, kepada ketika itu Lenggeng masih belum masuk lagi Jualan Agro Madani. Jadi saya personal mesej kepada Exco Kanan dan terus Exco Kanan jawab, dan dalam masa tidak sampai setengah jam pegawai Exco Kanan terus hubungi saya untuk pastikan Jualan Agro Madani dibuat dan dilakukan di Lenggeng, alhamdulillah ya. Dan sehingga hari ini masih ada Jualan Agro Madani aktif di Lenggeng. So kita ada 3 jualan, jualan yang memberi bantuan kepada rakyat iaitu Jualan Rahmah saya kat tadi, Jualan Ladang, Jualan Agro Madani. Ketiga-tiga jualan ni, malah seperti Exco Kanan bagi tahu tadi bahawa ADUN-ADUN memberi sumbangan supaya mereka dapat lebih diskaun lagi.

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tehniah, tahniah kepada program panggil apa? Masa Ramadan itu hari, haa? Bukan ihya Ramadan. Program pasar-pasar itu. Yang jual-jual tu.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Mantai, mantai.

Haa. Tak, saya sebenarnya nak tarik perhatian. Saya tengok ada yang tidur.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Mantai rayo.

Jadi program mantai Raya kan? Program mantai raya sangat sukses. Pukul 6:30 pagi dia announce, saya pun tak sempat sampai ke tempat, lembu semua dah habis dia kata. Jadi, saya datang tu untuk tambah lagi. Dan saya diarahkan oleh Exco Kanan kita supaya semua ADUN di bawah kawal selia beliau supaya tambah peruntukan yang ada kepada, diskaun itu kita tambahkan lagi. So kita pun berlumba-lumbalah dalam tambah diskaun. Kita ingat, saya ingat saya menang, rupanya Exco Kanan yang paling menang. Paling murah lembu adalah di tempat Jelebu ketika itu. Cuma …..

Chembong donga jo tu.

Alamak tak, di Rembau saya tahu di satu-satu tempat kan. Okey. Kesempatan ini juga saya nak, saya ingin mengucapkan syabas kepada pegawai-pegawai kerajaan kerana PMX baru sahaja mengumumkan kenaikan sebanyak 15% kenakan gaji. 15 kan?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

13.

Apa 13 lak? Sajo nak kono an den. Okey. So tahniah kepada semua pegawai-pegawai kerajaan. So saya berharap pegawai kerajaan, amnya pengarah-pengarah kerajaan di Negeri Sembilan memberi respond apa saja aduan dan keluh-kesah ADUN-ADUN yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Ada di kalangan pengarah-pengarah yang memandang enteng kedudukan ADUN-ADUN yang ada pada hari ini. Kita, saya tak sampai hatilah nak sebut mana-mana pengarah. Ada pengarah yang baik dengan saya, rapat dengan saya betul-betul, kan. Tapi ada yang langsung tak nak layan. Ada yang saya kena salai, salai itu apa salai? Lama-lama. Saya kena salai satu jam dekat office dia. Wah ini, ini satu, tapi tak apalah. Kita bagi chance lah kali ini kan.

Tapi saya nak bagi tahu bahawa kedudukan kami adalah mewakili rakyat. Kami datang ke sini mewakili rakyat. Kami bukan datang untuk bawak kami punya peribadi punya interest, Dato’ Yang Dipertua ya, dengan izin. So apa saja aduan rakyat, saya kena bawa kan. Tapi kalau kami dilayan seperti orang yang tak ada kelas kan, kita akan, kita akan bertindak balik kan. Kita ada ramai kawan-kawan kat sini. Adakah pengarah-pengarah yang berasa diri dia terlalu besar sangat, apa, nak menunjukkan dia punya power dan kita yang ADUN ni juga mempunyai power untuk ditunjukkan. Tapi, tapi kali ni saya sentuh sikit sajalah, Yang Dipertua. Kita raya-raya ni kita tak nak gaduh-gaduh, kan? Lagipun dia orang dah dinaikkan pangkat ni, dah dinaikkan gaji ni 15% ni, kan. So, kita tak nak gaduh-gaduhlah, ya.

So, bagi membahas ucapan yang, yang seterusnya, membahas ucapan Duli Yang Maha Mulia. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan TVET. TVET ni kita tahu, apa sekarang TVET ni adalah satu skim yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliaulah Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tindakan TVET Negara ya. Sebanyak, dalam dalam belanjawan 2024, TVET diluluskan sebanyak 6.8 bilion. Satu angka yang sangat besar untuk kita melihat TVET di Negeri Sembilan turut berkembang bangun ya. Dan dalam ucapan Perdana Menteri, PMX, beliau menyatakan bahawa pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta ya, iaitu 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat

dalam pemeterai 61 memorandum persefahaman. Setakat 5 Oktober yang lepas. Jadi, isunya adalah, adakah GLC Negeri Sembilan ya, iaitu Kolej Yayasan Negeri Sembilan yang yang menjalankan pendidikan TVET mewakili Negeri Sembilan termasuk dalam pemeterai perjanjian yang disebut. Atau sekiranya kita terlepas pandang, maka saya mencadangkan kerajaan masuk ke dalam perjanjian dan kita mempunyai, kita mempunyai ramai, apa, orang-orang politik yang yang apa, boleh diketengahkan mewakili kerajaan berunding dengan pihak-pihak TVET di Federal bagi membawa masuk, bagi membawa masuk TVET apa, bajet yang disediakan ke dalam Negeri Sembilan.

PMX juga mengumumkan 17.0 juta disediakan untuk melaksanakan program tahfiz TVET. Program tahfiz TVET ni diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri dan disambut oleh Perdana Menteri ya. Kita sedia maklum bahawa di Negeri Sembilan ada banyak madrasah-madrasah tahfiz di mana pelajar selepas Darjah 6, dia masuk untuk menghafal Al-Quran. Jadi pelajar, lebih kurang ya, banyak tempat dalam Negeri Sembilan sentiasa aktif. Saya rasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar arif tentang ini kerana saya salah, saya juga mempunyai madrasah dan salu, dan setiap kali saya memberikan sumbangan, Pejabat Menteri Besar akan bagi sumbangan. Jadi saya saya saya amat, saya rasa perkara madrasah yang berada di Negeri Sembilan ni memang di dalam pengetahuan beliau ya.

Jadi saya, tetapi adakah TVET yang diuar-uarkan oleh kerajaan, Kerajaan Pusat dibawa ataupun dibawa masuk ke dalam Kerajaan Negeri pada hari ini? Kan. So sekiranya belum masuk lagi kan, dan kita ingin, kita perlukan kepastianlah. Saya saya ingin mengesyorkan supaya Kolej Yayasan Negeri Sembilan yang ada pada hari ini melancarkan program tahfiz TVET ya, supaya pelajar-pelajar kita yang berada yang mengambil, yang mengambil hafiz Al-Quran setelah 30 juzuk masuk untuk untuk mengambil Sijil TVET. Sijil TVET ni ada banyak. Ada tadi yang di dicerita, di apa yang diberitahu bahawa TVET yang berada ni sekarang ni banyak lebih kepada automotif dan memang senang dapat kerja, ada elektrik, ada air cond ya, ada setiausaha dan pelbagai. Dan kita kita kita melihat bahawa bagaimana kita nak, kita nak cadangkan kepada pusat-pusat tahfiz yang ada dalam Negeri Sembilan ini supaya supaya di diberi sama, bersama-sama dengan kerajaan untuk mengambil TVET.

Pihak MARA juga, Majlis Amanah Rakyat juga memaklumkan bahawa lebih 90% daripada 1,013 lepasan TVET tahfiz, maksudnya MARA, pihak Majlis Amanah Rakyat juga pun telah melaksanakan TVET ni dan mereka telah menyatakan bahawa lepasan TVET tahfiz di bawah kelolaan mendapat pekerjaan sekaligus menjadi bukti keberhasilan ekosistem TVET tahfiz yang baru diamalkan dan diuar-uarkan sekarang. Kita

jangan terlepas bas ya, dan kita ke, kasihan kepada pelajar-pelajar tahfiz kita. Kemudian MARA maklumkan lagi seramai 558 pelajar kini mengikuti 67 program tahfiz, TVET tahfiz yang dijalankan di GIATMARA, di Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, UniKL di seluruh negara bagi peringkat sijil, diploma serta ijazah sarjana muda.

Jadi Yang Dipertua, saya mencadangkan dan saya ingin supaya pihak, supaya semua yang berada bersama saya menyokong supaya kita mengambil berat berkenaan dengan TVET tahfiz ya. Dan baru-baru ini dilaporkan bahawa sebanyak 17 institusi latihan teknikal dan vokasional di China bersetuju dan bersedia untuk bersama dalam Malaysia-China Institute. Ini adalah satu institut baru yang ditubuhkan yang di, yang di apa, yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi TVET Kebangsaan. Dan dalam pelancaran Malaysia Chinese-Institute ni, China bersetuju menawarkan 2,000 kuota latihan sepanjang tahun bagi meningkatkan kemahiran kepada pelajar TVET Malaysia.

Jadi saya sekali lagi mencadangkan bahawa TVET kita yang berada Negeri Sembilan ini mengambil, mengambil peluang ataupun memohon ataupun meminta supaya kuota 2,000 itu diberi sedikit kepada Negeri Sembilan. Jadi saya mencadangkan 100 kuota daripada Lenggeng. 100 kuota daripada yelah, semua dah mintak dah. Jadi katalah, ikutlah berapa kuota yang kita dapat. Tapi yang penting bahawa kita hantar kita punya delegasi kepada Pengerusi TVET supaya memberi kuota kepada kita sebab kita maklum bahawa untuk belajar TVET ni mahal, kan. Dia ada kos yang perlu ditanggung, Tuan Speaker, ya. Tetapi sekiranya kita ada hubungan yang baik, kita boleh dapatkan kuota, pelajar-pelajar kita dapat belajar secara percuma, kan. So, mereka tak payah bayar balik.

Dan kita faham bahawa TVET ni, sekarang ni pelajar dah tak nak ambil dah. Bukan tak nak ambil. Mereka lebih fokus kepada TVET berbanding dengan diploma atau degree. Diploma belajar tiga tahun, TVET belajar 6 bulan. Dia ada tahap satu, dia ada tahap dua, dia ada tahap tiga. Kalau dia belajar sampai tahap dua saja, belajar setahun, dia keluar gaji dia tinggi, gaji dia 2,000.00 – 2,500.00. Dan kita pun sedia maklum bahawa pelajar-pelajar TVET kita yang, keluaran daripada Kolej Negeri Sembilan ni pun, keluar-keluar dapat kerja YB Arul, kan. Apa, apa salahnya kalau kita memperbanyakkan lagi ya, tapi yelah, dia ada kos yang kita perlu tanggung dan kita kena pandai mencari di mana kita nak ambil kan, supaya pelajar-pelajar di dalam Negeri Sembilan ni dapat peluang belajar TVET.

Yang Dipertua Dewan

Lenggeng ringkaskan.

Ada, kan tadi kita dah bincang tadi dah, kan? Kita nak borak lama sikit, kan? Tadi Dato’ Dipertua setuju.

Yang Dipertua Dewan

Dah lepas …..

Ni ada, ada, ada dah macam-macam cadangan. Okey sikit eh. Kemudian berkenan dengan okey, ini ini adalah menyeluruh. Saya mencadangkan supaya pembinaan sebuah universiti di Negeri Sembilan. Hak milik Negeri Sembilan. Kita dengar, saya ingat 10 tahun yang lepas, saya dengar, ataupun 15 tahun yang lepas, Universiti Selangor ditubuhkan, UNISEL ya. Kemudian Universiti Islam Melaka baru ditubuhkan, hak milik Kerajaan Negeri Melaka. Apakah kesan-kesan apabila sesebuah universiti ditubuhkan dalam sesebuah negeri? Dia ada banyak domino effect. Domino efffect yang akan membawa kebaikan kepada negeri ya. Dan yang paling penting adalah university, sekiranya universiti ini ditubuhkan dan kita sedia maklum bahawa kita punya, dalam ucapan titah, titah yang, Duli Yang Maha Mulia kita ada memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar untuk belajar. Malah kita pun tahu ada ada pelajar kita yang dapat bantuan 100.00 setiap bulan. So apa kata kalau kita pandang jauh lebih ke depan, kita pandang sesuatu yang lebih besar untuk membina Universiti Negeri Sembilan. Kita boleh namakan Universiti Perpaduan Negeri Sembilan, contohnya atau Universiti Lenggeng Negeri Sembilan. Lagi sedap bunyi dia, kan. Jadi jadi universiti ni bagus. Dia modal insan untuk kepada semua kita punya belia.

Dan kita sekarang, kita tahu kita faham bahawa belia ni, pemuda ni sangat jauh daripada kerajaan. Mereka leka dengan TikTok, mereka leka dengan Instagram, leka dengan Facebook dan mereka kadang-kadang apa yang dibaca dalam itu, itu yang mereka percaya. Sedangkan itu bukanlah fakta yang sebenar….

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, ringkaskan.

Bagaimana cara menegaskan. Haa?

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni saya suruh duduk je.

Jadi bagaimanakah …..

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan.

…. Cara. Apa dia Yang Dipertua?

Yang Dipertua Dewan

Ringkaskan, cepat.

Tadi kita setuju tadi …..

Yang Dipertua Dewan

Satu minit je.

….. kat luar tadi, dah sign.

Yang Dipertua Dewan

Tak.

Baru 10 minit.

Yang Dipertua Dewan

Lepas ni saya suruh duduk je.

Okey okey okey okey. Nilai last saya habiskan. Jadi pembinaan universiti ini dapat memberi pendapatan kepada, kepada kerajaan. Kemudian kalau kita buat universiti yang boleh dapat, boleh, bukan saja kita dapat pelajar daripada seluruh di sekitar Malaysia, malah sekiranya kita dapat international student, kita boleh pelajar daripada China, kita boleh dapat pelajar daripada Indonesia, kita boleh dapat daripada pelajar daripada negara-negara Arab kerana mereka negara-negara Arab, negara China, daripada Indonesia suka datang ke Malaysia berbanding dengan negara-negara lain kerana negara Malaysia aman, politik mereka stabil. Saya temu duga antara pelajar-pelajar yang datang ke sini kenapa mereka suka datang ni berbanding ke luar negara ya, kerana mereka ingin belajar Bahasa Inggeris, mereka ingin mahir Inggeris sebab kita bahasa kedua kita dalam bahasa Inggeris ya.

So kita, dalam masa yang sama kita juga dapat selesaikan masalah YB Bukit Kepayang, selaku Exco Pelancongan yang diasak, dihentam berkenaan dengan pelancongan. Sebab apabila kita mengambil apa, pelajar-pelajar daripada negara tidak semena-menanya kita dapat pelancong-pelancong daripada luar negara duduk tempat kita. So pelajar dapat belajar duduk di sini. Katalah kita dapat 2,000 intake, ibu bapa ya, mereka datang hantar semua automatik semua naik. Negeri Sembilan akan naik. Kita boleh tengok contoh-contoh negeri-negeri yang naik. Contoh negeri Melaka kan? Negeri Melaka pelancongan dia terbaik. Selangor pun terbaik. So Negeri Sembilan pun akan jadi terbaik sekiranya kita merancang sesuatu yang terbaik.

Dan itu akan menjadi pendapatan yang tinggi. Contohnya saya saya tanya universiti-universiti yang lain berkenaan dengan pelajar-pelajar luar negara kos untuk mengambil degree di universiti berkenaan mencecah lebih kurang 60,000.00. Kalau kita berjaya bawak 2,000 pelajar, kita dapat 120.0 juta pendapatan. Dan ini bukanlah angan-angan kosong ya. Ini adalah sesuatu benda yang kita fikir bersama-sama, untuk

Exco Pendidikan bawak ke dalam perbincangan secara serius untuk kita kita bina satu universiti di Negeri Sembilan ya.

Yang Dipertua Dewan

Baik, Yang Berhormat.

Okeylah, yang terakhir. Terakhir dan terakhirlah Dato’ Dipertua ya. Banyak lagi sebenarnya tapi terpaksalah saya masuk kawasan itu pulaklah. Di, okey, Yang Dipertua, untuk maklum di Bandar Tasik Senangin di kawasan Lenggeng adalah satu bandar yang baru ya. So developer masih lagi belum dapat serahkan jalan itu kepada JKR ataupun Majlis Bandaraya. So apabila tidak dapat diserahkan, permintaan-permintaan banyak yang telah tak dapat ditunaikan. Contohnya, permintaan penduduk berkaitan dengan traffic light. Apabila ditanya, jalan masih belum diserahkan. Jadi saya harap supaya penyerahan ini diberi pengecualian kerana berlaku accident ya, saban hari. Dan orang pertama yang dibalun adalah saya. Yang kedua adalah, tu lah Yang Dipertua lah sebab Yang Dipertua pun duduk di Lenggeng jugak. So daripada kita kena balun bersama-sama, lebih baik, lebih baik kita mintak bekerja bersama-sama supaya traffic light ni diadakan ya.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Kemudian berkenaan dengan sekolah. Sekolah kita sedia maklum sebab kita nak mintakkan bajet daripada kerajaan federal memakan masa yang lama. Jadi saya saya mohon supaya satu sekolah, di, sekolah agama didirikan di kawasan Lenggeng kerana developer menyediakan lebih kurang 20 ekar tanah untuk persekolahan, untuk dibina sekolah. Jadi kalau kita nak dapat dana yang lama sebab sekarang ni pelajar, pelajar daripada Selangor pun yang melimpah saya dapat tahu daripada pengetua, pelajar daripada Selangor, Ulu Beranang pun masuk ke dalam kawasan Lenggeng untuk belajar sebab mereka pun dah tak diterima sebab penuh. Jadi sekolah sekolah di Lenggeng pun dah melimpah pelajar dia. Jadi saya rasa paling dan saya paling-paling bernilai tinggi adalah kita bina sekolah agama. So saya mohonlah supaya MAINS …..

Yang Dipertua Dewan

Okey, terima kasih Yang Berhormat.

….. bersetuju untuk membina sekolah. Kemudian, yang terakhir Yang Dipertua. Baru-baru ni saya mengadakan apa, jamuan hari raya dan saya mengucapkan semua terima, kasihlah kepada semua yang datang. Tapi nak bagi tahu Yang Dipertua, bila kita nak buat saja jamuan hari raya, rupanya di kawasan Lenggeng ni tak ada dewan. So terpaksalah kita buat kat padang. So saya pun cemburu tengok kawasan-kawasan lain ada dewan. Saya mohonlah supaya satu dewan

terbuka diadakan di tempat Yang Dipertua sendiri. Kita pilihlah kat mana ada padang-padang, di kawasan Panchor tu, kat kawasan Ampangan supaya diluluskan satu dewan terbuka untuk semua, untuk kemudahan penduduk-penduduk …..

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat, masa dah cukup.

….. dan untuk mereka masih melaksanakan ini. Jadi saya menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Tuan Besar assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Klawang.

Betullah Dato’ Yang Dipertua, orang politik ni tak boleh kasi mic. Susah dia nak berhenti. Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirabbil’alamin wabihi nasta’in wassholatu wassalamu’ala asyrofil anbiyai wal mursalin wa‘ala alihiwassohbihi ajma’in. Amma ba’. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua yang memberi peluang untuk saya membahas, menjunjung kasih kepada titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada semalam ya. Atas kesempatan ini saya mengucapkan jugak, saya rasa tidak terlewat pada 2, 2,3 hari lagi, 3 hari lagi selamat menyambut Idulfitri maaf zahir dan batin.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk Seri Utama Jalaludin bin Haji Alias; Exco Kanan Negeri Sembilan, Yang Berhormat barisan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, barisan ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, pengarah-pengarah jabatan negeri dan persekutuan. Hadirin hadirat sama ada yang berada dalam Dewan yang mulia ini ataupun yang mengikuti persidangan ini melalui media massa.

Ke Bawah Duli ada yang menyebut iaitu menegakkan syiar Islam yang mana selari dengan pemerkasaan agama oleh Kerajaan Persekutuan Madani. Saya kira disebut oleh Yang Berhormat Labu tadi. Cuma dari sudut perlaksanaan itu perlunya ada kajian ya, mungkin kita perlu mengkaji negara, negeri-negeri lain yang telah melaksanakan adanya gred perkhidmatan pegawai-pegawai masjid. Saya kira di Negeri Sembilan ni hanya terhenti di peringkat Masjid Negeri. Negeri, masjid-masjid lain saya kira tidak ada. So mungkin satu kajian yang holistik perlu di di di dibuat supaya tok-tok imam kita ini, pegawai-pegawai masjid boleh full time untuk bertugas di di di di masjid. Kemudian apa nama ni, boleh mengendalikan apa juga bentuk program, apa juga

bentuk aktiviti yang boleh bersifat kemasyarakatan dibuat ya. Sebab sekarang ini, pegawai-pegawai masjid ini hanya datang ke masjid semasa solatlah. Selepas itu kadang-kadang tak sompek kito nak apo nama ni, nak nak nak solat sunat lobih sikit, dah golap sebab mereka ikut timing cukup, cukup cepat ya.

Saya amat setuju dengan Johol tadi kan. Perkara yang kedua, di mana keseimbanganlah, sebelum YB Lenggeng nak mem, apa, menyamaratakan di peringkat DUN biarlah di peringkat di peringkat daerah dulu YB. Sebab saya kira pembangunan di Jelobu, Daerah Jelebu, mungkin nanti bersama dengan Exco Kanan kita, kita boleh menggembleng tenaga bentuk pembangunan yang boleh kita usahakan di di Jelebu ya. Keseimbangan pembangunan antara daerah. Saya kira kalau kita bandingkan dari sudut pembangunannya itu, Jelebu saya tidak, orang kata itu tidak segan mengatakan agak jauh tertinggal malah kalau dibandingkan dengan Ghombau pun agaknya jauh tinggal ya. Seperti yang disebutkan tadi kalau kita nakkan mencari dewan bosar di Jelobu tu tak adolah ya, apa nama ni terutamanya di Klawang, di kawasan Klawang.

Dato’ Yang Dipertua, jugak disebutkan, sudah disebutkan tadi dan saya sudah sebut daripada tahun, persidangan yang lalu lagi di mana perlunya ada usaha mewujudkan satu universiti ataupun IPT di Jelebu ya, untuk menjadi pemangkin kemajuan kawasan setempat seperti yang dijelaskan panjang lebar oleh YB Lenggeng tadi kan. Apabila adanya IPT ataupun universiti di satu-satu kawasan itu, pembangunan di sekitarnya akan ikut sekali membangun.

Naik taraf jalan saya kira salah satu lagi punca ataupun kristal untuk kemajuan satu-satu kawasan itu. Sekarang ini kalau kita lihat jalan ke Klawang – Seremban sudah tentulah yang di Bukit Tangga arah ke Jelebu tu dah, orang kata itu dah dua carriage lah. Tetapi yang di antara Bukit Tangga ke Pantai ya. Ianya agak sempit dan selalu berlaku kemalangan. 2 tahun lepas kalau saya tak silap, ada kemalangan bas yang melibatkan kemalangan jiwa. Oleh itu, saya menga, saya minta apa nama ni, pihak-pihak yang terlibat membuat kajian supaya menaik taraf jalan di antara Bukit Tangga ini ke Pantai itu dapat di di di dibuat dan dilaksanakan dalam masa akan datang.

Saya nak menyentuh sedikit tentang musuh tanaman. Semasa saya menjadi Exco dulu memang salah satu perkara yang selalu dibangkitkan iaitu musuh tanaman kalau yang biasanya babi dan monyet. Oleh itu, saya kira satu dasar ataupun satu usaha yang holistik jugak perlu kita buat untuk mencari penyelesaiannya ya. Sebab beruk ni pun kadang-kadang bila kita datang dengan apa, dia tak ada. Bila pasang perangkap

kadang-kadang dia pun susah nak masuk ya. Tetapi inilah kadang-kadang apabila saya bercakap kepada dengan orang kampung kenapa tak tanam ni banyak tanah terbiar ini, inilah salah satu puncanya, patah hati mereka sebab kadang-kadang belum sompek kita nak menuainya dituai dek boghuk dulu. Jadi perlunya usaha-usaha yang bersepadu untuk kita mengatasi masalah ini.

Dato’ Yang Dipertua, yang ini pun selalu jugak saya sebut dan selalu jugak saya apa kepada pihak TM ni, perkhidmatan jalur lebar di Jolobu ni kengkadang toghok bona. Kalau pukul, pagi pukul 5:00 ke pukul 7:00 itu manjang tak ado ya. Dia mungkin ada adanya penyelenggaraan, apa haa itu saya tak tak pasti tapi selalu ya apa, 10 minit kadang-kadang setengah jam ataupun satu jam apa nama ni signal itu hilang ya. Saya minta sangat pihak yang tertentu supaya melihat keadaan ini dari sudut teknikalnya apa masalah dia ataupun masih lagikah di dalam fasa-fasa transferring daripada 4G kepada 5G ni masih belum selesai. Wallahu’alam ya.

Pembangunan tanah pertanian. Saya kira kita sudah ada garis panduan di mana pembangunan tanah pertanian ini perlu mengikut panduan yang telah dikeluarkan. Malangnya saya difahamkan penguatkuasaannya tidak tidak ada ya. Oleh itu, baru-baru ini di di Jambatan Serong ya di di DUN saya ada satu pembangunan tanah pertanian yang dibuat tidak langsung memikirkan kesan apabila berlakunya hujan. Dan hampir-hampir saja ia melibatkan kemalangan di jalan, jalan utama itu ya. Oleh itu, saya saya kira perlunya pihak yang berwajib melihat dari sudut penguatkuasaan undang-undang pembangunan tanah pertanian ini supaya, kita bukan menolak pembangunan itu tetapi kita nak membuat pembangunan yang terkawal dan tidak melibatkan kemusnahan kepada pihak yang lain.

Duli Yang Maha Mulia, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia jugak ada menyebut tentang modal insan. Ini saya kira dari sudut Islamnya apa nama ni, pandangan saya tidak lain tidak bukan kita kembali kepada “amal agama pastikan ibadah”. Dan untuk mencapai ketakwaan, untuk mencapai kesempurnaan seperti yang disebut oleh di di di diriwayatkan oleh Imam Ahmad; innama buistu liutammima solehal akhlak. Maknanya apa? Penyudahnya yang boleh kita lihat adalah bagaimana kalau perkataan sekarang ini bagaimana cunnya akhlak seseorang itu dengan kesempurnaan syariatnya, selosai akidahnya dan akhlaknya, sudah tentulah mencerminkan kedua-duanya nanti. Untuk kita mencapai kemuncak sebagai insan wa maa khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun; tidak aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah. Ini amat penting bagi saya sebab sekiranya kita membina negara ini hanya

melihat kepada materialisik sahaja, maka rakyat yang tidak terdidik dari sudut akhlak ini juga yang akan meruntuhkan negara itu balik.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Dato’ Yang Dipertua, timing dah 10 minit, sikit lagi ya. Syariat yang perlu kita perhatikan adalah ianya sampai ke tidak kepada siapa tinggalkan taraktu fikum amraini lan tadhilluu maa tamassaktum bihimaa, kitaballah wa sunnata nabi. Aku tinggalkan 2 perkara, sekali-kali kamu tidak akan sesat jika berperang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Bersambung atau berkait dengan modal insan tadi, kita perlulah memastikan ajaran agama kita ini berpandukan kepada keduanya itu dan bukan hanya kita mendengar mengikut-ikut orang-orang tertentu, kumpulan-kumpulan tertentu di mana di akhirnya ianya akan menjurus kepada kesesatan.

Saya kira itulah yang saya nak sampaikan pada petang ini Yang Dipertua. Jelebu dengan ini, Klawang dengan ini menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia pada hari semalam. Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Paroi.

A’uzubillahissamiul‘alim minas syaitanirajim bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah, assalamualaikum WBT. Alhamdulillahhirabbil 'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiyaa iwalmursalin saidina muhammadin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbi yassir wala tu'assir ya karim. Ya aziz ya jabbar ya mutakabbir. Alhamdulillah, Dato’ Yang Dipertua pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan usul menjunjung kasih ucapan ucapan DiRaja dalam Dewan yang mulia ini. Sebagai sebahagian daripada rakyat Negeri Sembilan, saya mengambil cakna dengan banyak perkembangan seperti yang diucapkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan seperti pertumbuhan ekonomi, prestasi, produktiviti, prestasi pengurusan kewangan, pelaburan masuk, pertumbuhan sektor pembuatan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, jika kita memberi fokus kepada perkembangan tersebut ingin saya mengajak ahli Yang Berhormat sekalian kepada berapa isu keselamatan di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, keselamatan adalah isu yang sangat penting dan berkait dengan maqasid syariah. Yang pertama ialah menjaga agama, kedua nyawa, akal, keturunan dan harta. Dengan mula menjaga 5 perkara inilah barulah kita dapat menikmati kemakmuran ekonomi, perkembangan industri dan merasa kekayaan negeri seperti yang saya

sebut di awal ucapan tadi. Allah WBT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195 ya, yang bermaksud dan belanjakanlah harta bendamu di jalan Allah dan janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri di dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. Salah satu saranan daripada ayat ini ialah melaksanakan langkah pencegahan, preventive Malaysia supaya tidak terdedah kepada bahaya dan kebinasaan yakni menekan aspek keselamatan.

Saya ingin bangkitkan beberapa isu keselamatan yang sebahagiannya pernah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Namun saya dapati tiada tindakan reaktif atau proaktif dari pihak Yang Berhormat Exco yang bertanggungjawab mahupun ya, pihak kerajaan. Disebabkan itu beberapa insiden dan kemalangan yang sepatutnya boleh dicegah, telah berlaku dan menimpa rakyat di negeri kita akhir-akhir ini. Tambah mendukacitakan ada insiden yang menyebabkan kehilangan nyawa. Insiden pertama, pada awal pagi 3 April 2024 baru-baru ini, seorang warga emas berusia 62 tahun telah maut setelah motosikal yang ditunggangi oleh beliau telah merempuh sebatang pokok yang tumbang dan melintang di Jalan Persiaran Senawang 1. Betul ya? ADUN, apa, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan kemudiannya telah disahkan meninggal dunia dan pasuk, dan pasukan, oleh pasukan perubatan. Insiden yang kedua pada keesok harinya pada 4 April ya 2024 sekitar jam 4:00 petang, seorang lelaki berumur 48 tahun telah meninggal dunia serta-merta ya, di tempat kejadian yang berdekatan Taman Rashidah Utama, Jalan Senawang – Paroi selepas keretanya dihempap pokok yang tumbang.

Dato’ Yang Dipertua, saya telah memaklumkan perkara ini dalam sidang Dewan ya, Disember 2023 yang lalu. Spesifik tempat tu saya bagi tahu. Jalan Paroi – Senawang, sempadan DUN Paroi dan jugak DUN Ampangan ya. Saya yakin Yang Berhormat Exco Yang Bertanggungjawab turut maklum perkara ini. Bagi saya ya pihak yang Berhormat Exco perlu bertanggungjawab di mana responsibility lah ya dan dipertanggungjawabkan atas kematian ini. Namun saya tidak nampak sebarang respond serius dari pihak Yang Berhormat Exco dalam permasalahan yang saya lontarkan itu. Oleh itu saya ingin tegaskan sekali lagi saya mohon ya, sangat-sangat kepada yang Berhormat Exco bertanggungjawab meneliti tempat-tempat yang mempunyai risiko seumpamanya untuk mengambil tindakan pencegahan yang pantas ya, sebelum insiden yang tidak diingini berulang lagi ya. Kehilangan nyawa adalah perkara yang tidak boleh kami terima di pihak pembangkang.

Setakat pemerhatian saya antara lokasi yang perlu diambil perhatian oleh pihak YB Exco bertanggungjawab ialah Senawang; YB Guna, saya

sendiri; Paroi dan jugak Ampangan ya, di mana ia adalah kawasan yang padat penduduk dan dikelilingi oleh banyak pokok besar yang telah tua dan reput ya, kawasan kita, Speaker jugak ya. Saya yakin ada beberapa lagi lokasi Negeri Sembilan ini yang mempunyai risiko yang sama. Saya berharap ya, tindakan reaktif dan proaktif ya, benar-benar dibuat kali ini supaya insiden pokok tumbang dan seterusnya menyebabkan kematian kepada rakyat tidak berulang. Saya juga berharap tidak ada lagi mana-mana ahli Yang Berhormat atau Pihak Berkuasa Tempatan memberi alasan hujan ataupun faktor cuaca yang tidak dapat dikawal. Sewajarnya bila menyedari wujudnya risiko lebih besar seperti hujan lebat berterusan, pihak Yang Berhormat sepatutnya sedia maklum untuk mengambil tindakan pencegahan, proaktif yang lebih serius ya. Ramai lagi tenaga-tenaga pakar dalam bidang keselamatan dan kesihatan yang di kerajaan yang boleh membantu.

Bukan saja, satu lagi, satu lagi, bukan sahaja pokok tumbang, aduan-aduan berkaitan risiko kemalangan seperti jalan tidak rata, beralun-alun, jalan berlubang ya, risiko tanah runtuh yang telah pernah saya sebut sebelum ini perlu diambil tindakan oleh pihak Yang Berhormat. Banyak aduan daripada rakyat DUN Paroi telah dibuat berulang kali berkaitan isu ini dalam SISPAA, Dato’ yang di, Speaker ya. Namun ya, pihak Exco Kerajaan cuai dalam menguruskan aduan melibatkan keselamatan rakyat hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Dato’ Yang Dipertua, isu yang kedua ialah, perkara yang ingin saya bangkitkan sini adalah berkaitan risiko bahaya-bahaya kimia. Pada 13 Oktober 2024, tempat simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sendirian Berhad (Kualiti Alam) ya, di di Ladang Tanah Merah, Bukit Pelanduk, Port Dickson, telah musnah akibat terbakar. Bom jangka ya, yang saya sebut dalam sidang DUN yang lepas, kini telah meletup dan kini menjadi kenyataan. Disebabkan ianya adalah kebakaran melibatkan sisa bahan toksik berjadual, kita sepatutnya lebih khuatir ya, akan kesan pencemarannya terhadap udara dan air di sekeliling yang mungkin boleh mendatangkan bahaya kesihatan ya, kepada penduduk sekeliling. Yang Berhormat ADUN Repah ya, selaku Exco bertanggungjawab telah memberi respond ketika itu bahawa pihak Yang Berhormat ya, sedang menunggu laporan terperinci termasuk daripada pihak Jabatan Alam Sekitar. Saya mohon ya, Yang Berhormat membentangkan laporan tersebut dalam Dewan ini untuk diambil maklum dan juga perhatian oleh kita semua.

Dato’ Yang Dipertua kebakaran ini bukanlah insiden yang pertama berlaku. Insiden seumpama ini pernah berlaku pada Februari 2015, Oktober 2019. Jika kita, jika kita teliti perkembangannya banyak cadangan, langkah pencegahan telah dibincangkan. Bukan sahaja di

peringkat negeri, tetapi juga telah diangkat di peringkat Kerajaan Persekutuan. Namun ya, insiden kebakaran yang merisikokan ya, kesihatan dan nyawa penduduk sekitar masih lagi berlaku. Dengan kekerapan ya, insiden kebakaran ya 3,4 tahun bagi industri yang berisiko tinggi, ia adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco bertanggungjawab, apakah status cadangan Kerajaan Negeri untuk memindahkan Pusat Kualiti Alam selepas insiden kebakaran Oktober 2019? Hujah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ya, Exco ketika itu adalah jarak lokasi dengan perumahan awam yang kurang daripada 500 ratus meter. Berapa zon ya? Selain itu, Yang Berhormat juga berkata faktor arah angin turut diambil kira kerana boleh menyebabkan udara beracun dari kawasan kebakaran itu kepada penduduk sekitar. Saya difahamkan ya, cadangan ini telah dibawa dan dibincangkan dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam ini dibina pada tahun 1992. YB Guna kena tangkap isu ini, betul? Di tanah kosong ketika itu. Namun kini, ia telah berbeza di mana ia telah dikelilingi banyak perumahan dan aktiviti manusia. Saya dengan ini mewakili rakyat Negeri Sembilan menuntut kerisauan Yang Berhormat Exco yang bertanggungjawab untuk benar-benar serius ya, pada kali ini.

Isu keselamatan yang ketiga Dato’ Yang Dipertua, ingin saya bangkitkan pada hari ini adalah tanda kasih dan hormat saya kepada kekanda Dato’ Yang Dipertua. Jika semua ahli Yang Berhormat masih ingat kita pernah mencadangkan dan membincangkan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri bagi mengurangkan beban Dato’ Yang Dipertua yang terpaksa bertugas secara solo ya, sejak awal penggal ini yang hampir, hampir satu tahun ya. Maknanya bermula pukul 10:00 sampai pukul 1:00. 3 jam duduk ya, di bangku tersebut. Ini merupakan juga isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Di mana ia berkait rapat dengan bahaya kesihatan dan juga ergonomik ya. Ini isu betul ni. Dalam Seksyen 15 Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan ya, 1994 (Pindaan) 2022. Majikan ya, bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan jugak kebajikan pekerjanya di tempat kerja perlu dipatuhi. Jika tidak patuh, majikan boleh dikenakan penjara tidak lebih 2 tahun dan denda tidak lebih 500 ribu. Ni pindaan 2022 ya, bulan Jun ni akan dilaksanakan.

Maka dengan itu, saya ingin menarik perhatian semua ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar ya, selaku majikan kepada Dato’ Yang Dipertua mengambil perhatian serius kepada cadangan pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang pernah dibangkitkan sebelum ni. Dato’ Zaiful bangkitkan,

betul? Johol baru saja dibangkitkan hari ni ya. Isu ini sangat signifsyen, signifikan kerana perlu …..

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Mencelah.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Saya nak tanya Dato’ Speaker, Dato’ Speaker ada masalah ke? Kalau ada, kita tukar baru. Speaker serba salah dah.

Yang Dipertua Dewan

Tak, saya, majikan kita ialah di sini, majikan saya ialah Dewan Undangan Negeri, yang dicadangkan dan dipersetujui 100, sebulat suara.

Tuan Haji Kamarol Ridzuan bin Mohd ZainPAS · PNMenteri Besar · Paroi

Okey, saya setuju tu.

Yang Dipertua Dewan

Termasuk Yang Berhormat.

Okey itulah saya cadangkan hari ini …..

Yang Dipertua Dewan

Jadi sekarang ni, saya tak ada masalah, jadi janganlah YB-YB semua petik nama saya, saya terseksa macam saya kena dera …..

Kita kesiannya ni Dato’ Speaker. Bukannya kita ni ….

Yang Dipertua Dewan

Arguement lain bolehlah, tapi jangan petik nama saya ataupun kesihatan saya. Saya bila keluar makan kambing semua tak sebut apa-apa, kat sinilah.

YB pembangkang cukup prihatin perkara ini.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih.

Okey isu ni sangat signifikan kerana Dato’ Yang Dipertua perlu duduk lama ya, 3 jam dalam satu-satu masa. Tidak menepati garis panduan keselamatan kesihatan ya, dan pekerjaan dalam bidang ergonomik. Ni check balik. Saya mintak apa, Exco Kesihatan check balik. Benda benda ni betul. Sebab saya, ditambah usia yang lanjut dan mungkin ada keadaan ya …..

Haa itu saya bangkang, saya bangkang. Mana ada lanjut.

Umumnya seorang yang berusia tidak digalakkan duduk lama secara berterusan untuk jangka masa yang lama ya. Sebaiknya diberi ruang untuk istirahat berkala, melakukan aktiviti fizikal ringan dan senaman regangan untuk mengurangkan kesan duduk terlalu lama. Ia dapat mengelakkan mudarat yang tidak diingini. Bagi kita ahli Yang Berhormat yang lain, kita ada peluang kan, untuk bangun dan berbuat demikian dari masa ke semasa. Kita tengok Dato’ Zaiful. Dia kadang dia ada, dia hilang satu jam ya, tetapi tidak …..

Sekarang ada masalah dengan saya pulak sekarang ni, Paroi.

Yang Dipertua Dewan

Paroi, dah lebih masa.

Okey, tetapi bagi Dato’ Yang Dipertua kerana tidak ada pengganti. Yang pentingnya, tidak ada pengganti untuk bertugas secara bergiliran ya. Untuk makluman semua ahli Yang Berhormat, duduk terlalu lama tanpa bergerak ditambah faktor umur dan keadaan kesihatan tertentu boleh meningkatkan risiko pembekuan darah dalam pembuluh darah. Ianya lebih bahaya dan berisiko tinggi jika darah beku tersebut bergerak ke organ seperti jantung dan otak. Saya yakin ya, saya cukup yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai pilihan individu yang sesuai untuk dilantik bagi menggalas tugas Timbalan Yang Dipertua Dewan. Boleh ya? Negeri Sembilan ya. Jika sukar sangat kami pihak pembangkang boleh juga membantu. Tidak ada niat lain saya mengulangi cadangan yang pernah kita sama-sama sentuh dan bincang ini, saya memikirkan kebajikan Dato’ Yang Dipertua yang telah masuk 3 sidang DUN bertugas secara bersendirian dan berterusan. Selain itu pematuhan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dipatuhi di Dewan Undangan Negeri akan menjadi teladan yang baik ya, kepada agensi Kerajaan Negeri khususnya dan rakyat Negeri Sembilan amnya.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membawa perhatian semua ahli Yang Berhormat khususnya kepada Yang Berhormat Exco bertanggungjawab kepada satu isu tempatan DUN Paroi iaitu berkenaan 54 peniaga yang sebelum ini berniaga di kawasan yang dipanggil Uptown Dataran Senawang. Saya telah bertemu ya, beberapa peniaga berkenaan yang datang meluahkan rasa hati dan memohon jasa baik pihak kerajaan negeri untuk membantu saya. Saya dimaklumkan kawasan perniagaan mereka sebelum ini telah ditutup oleh tuan tanah atas sebab tertentu. Peniaga-peniaga ini masih berminat meneruskan perniagaan yang sama tetapi memerlukan kawasan alternatif supaya boleh berniaga secara berkelompok seperti konsep uptown sebagaimana sebelumnya. Saya melihat ya, sebahagian besar peniaga tersebut adalah daripada kalangan anak muda ya, yang sedang meningkat taraf ekonomi masing-masing

dan kita perlu santuni ya. Saya juga mendapat respond daripada rakyat DUN saya, mereka merasa apabila kawasan perniagaan begini ditutup. Seperti sedia maklum konsep uptown begini menawarkan kepelbagaian variasi keperluan rakyat marhain ya, pada harga yang lebih murah berbanding sebahagian kedai dan jugak pasar raya.

Seperkara lagi saya dimaklumkan ya, ada tapak perniagaan di bazar Ramadan ya, baru-baru ini dijual ya, mencecah ya 17,000.00. Dia tidak kata ya, ada yang 10,000.00 dan saya mohon ya, benda-benda ini diambil perhatian oleh PBT dan jugak kerajaan ya. Justeru itu, saya mohon respond daripada Yang Berhormat Exco berkenaan ya, Exco PBT berkenaan untuk mengambil cakna permintaan ini. Saya dan pasukan saya daripada Pusat Khidmat DUN Paroi sedia menjadi pemudah cara bagi melancarkan perbincangan antara pihak Kerajaan Negeri dan juga peniaga berkenaan bersama dengan Dato’ Speaker sendiri ya, sebagai orang-orang yang penting ya, di DUN Paroi. Saya bersungguh-sungguh dengan perkara ini kerana yakin ya, perniagaan uptown berkenaan dan rakyat di DUN Paroi saling memerlukan antara samu, satu sama lain.

Dan akhir sekali supaya menutup ya Dato’ Yang Dipertua, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berpesan kepada kita semua supaya mengenepikan agenda politik sempit sebaiknya bekerjasama atas nama perpaduan dan juga kebajikan rakyat. Inilah semangat dan kematangan yang saya dan jugak rakan-rakan daripada ADUN pembangkang ingin bawa. Meskipun dinafikan beberapa hak seperti hak penglibatan dalam mesyuarat yang sepatutnya melibatkan ADUN setempat, dan dinafikan hak peruntukan ya, surat pun dah dihantar tapi tiada respond, kami masih komited meletakkan hati, fikiran, mata dan jiwa kami kepada rakyat Negeri Sembilan demi kebaikan semua. Tahniah ya, kepada Dato’ Yang Dipertua yang telah diberi peruntukan sebagai ADUN angkat Paroi ya, peruntukan semua pada ADUN angkat, walaupun kalah dalam pilihan raya tapi peruntukan dapat ya. Saya berharap Dato’ Yang Dipertua dapat memanfaatkan peruntukan tersebut untuk rakyat DUN Paroi yang saya sayangi. Moga pejabat ADUN angkat ini dibuka secepat mungkin ya, dan memaklumkan kepada rakyat Paroi. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud; dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada Kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung. Dalam ayat ini Allah mengarahkan kita sentiasa mengajak kepada kebaikan dan perkara makruf serta mencegah perbuatan salah dan zalim. Saya yakin sikap ini akan menjadi pemangkin yang proaktif kepada kita semua untuk saling ya, bekerjasama secara positif dalam menambah baik masyarakat dan menjadikan negeri kita ini sebagai tempat yang lebih baik.

Kepada ADUN Lenggeng ya, dia sebenarnya ADUN pembangkang ini ya, yang kena salai, isu kena salai tadi. Saya jawab ya, ada pembangkang, bukan saja disalai tapi telah didiskriminasikan. Tak ada masalah ya. Sempena Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja pada semua YB-YB ya, semua penjawat awam dan jugak Kerajaan Negeri dan jugak kepada semua pekerja. Wabillahi taufik assalamualaikum WBT. Menepati masa ya, Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat.

Dan akhir sekali, dengan ini saya menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 6 Mei 2024. Wabillahi taufik assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat, yang ambil berat tentang kesihatan saya. Nak katalah Yang Dipertua dah tua, sakit-sakit pula itu, patut diringankan kerjanya. Tapi bagi saya itu terpulang pada Dewan. Bagi saya, saya selesa satu hari di sini dan seterusnya. Yang lainnya saya serah kepada Dewan. Jadi, Yang Berhormat seterusnya, Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam perpaduan, salam Malaysia Madani, Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua atas ruang yang diberikan untuk berucap bagi membahaskan sesi sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15. Tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua ahli Dewan dan rakyat di kawasan saya khususnya di N16 Seri Menanti. Dan tahniah saya ucapkan kepada penjawat awam atas pengumuman kenaikan gaji oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya juga berharap agar Kerajaan Negeri Sembilan menaikkan juga gaji penjawat awam Negeri Sembilan dan juga gaji Yang Berhormat Negeri Sembilan kerana mengikut kajian ahli, gaji ahli Yang Berhormat Negeri Sembilan antara yang terendah di dunia. Di dunia tuan-tuan, Yang Berhormat yah aa.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, Yang Berhormat ahli Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat ahli-ahli Dewan sekalian, saya berbesar hati untuk menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Dalam ucapan kali ini, saya yakin kerajaan mempunyai satu misi dan visi yang besar untuk kita majukan dan memakmurkan Negeri Sembilan yang kita sayangi ini. Banyak yang saya belajar dan juga banyak isu

dasar yang saya telah angkat di dalam Dewan yang mulia ini. Saya amat mengharapkan agar isu-isu yang dibangkit dan dibahaskan di Dewan ini dapatlah kiranya Kerajaan Negeri dan juga pegawai-pegawai kerajaan dapat melaksanakan kerja dengan lebih berkesan serta dapat bekerjasama dengan Yang Berhormat ADUN kawasan. Saya percaya Dewan Undangan Negeri Sembilan ini bukan sahaja satu tempat yang mulia tetapi ia juga ada potensi yang besar untuk membawa Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri yang berdaya saing dan juga maju. Maka suka untuk saya angkat misi dan visi di dalam ucapan saya ini iaitu transformasi dan reformasi di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan kali ini.

Firman Allah SWT [melafazkan bacaan Ayat 159 Surah Al Imran]. Yang bermaksud maka berkat rahmat Allah SWT, engkau wahai Muhammad berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau berkeras dan bersikap kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah meningkatkan tekad maka bertawakallah engkau kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakal.

Bagi yang pertama berkenaan dengan perubahan iklim serta agenda utama, sebagai agenda utama. Baru-baru ini pada malam semalam kawasan saya telah dilanda banjir. Maka isu banjir dan bencana alam yang melanda negeri ini telah memberikan impak besar kepada struktur pembangunan dan kemajuan Negeri Sembilan. Walaupun sudah ada usaha untuk tangani isu ini, saya percaya perlu juga ada usaha lebih untuk menjamin keselamatan rakyat Negeri Sembilan ini. Contohnya di kawasan saya sekarang yang baru ini, malam tadi berlakunya hujan lebat, maka penduduk akan mula risau kerana di dalam pemikiran mereka apabila berlakunya hujan, maka kawasan mereka akan dinaiki air dan berlakulah banjir kilat. Kerana rumah mereka ini berdekatan dengan sungai, berdekatan dengan parit yang tidak pernah dicuci, yang mungkin mengambil masa yang lama untuk dicuci dan juga berdekatan dengan bukit dan juga tebing yang tinggi. Dalam keadaan dunia sekarang ini dengan taburan hujan yang tidak dijangka, kawasan saya kerap berlaku banjir di beberapa kawasan yang teruk terjejas termasuklah antaranya Kampung Talang, Langkap dan juga Gugusan Seri Menanti. Saya amat harapkan agar jabatan kerajaan dapat menyusun semula jadual pembersihan sungai dan parit agar ia dapat mengurangkan isu banjir yang berlaku sekarang ini.

Sistem amaran awal banjir bagi penduduk di lapangan. Isu banjir bukanlah satu isu yang baru di dalam negeri kita. Bahkan ia juga bagi mangsa-mangsa banjir yang menjadi satu kebiasaan setiap kali

berlakunya hujan lebat tanpa henti. Ini bukan fenomena normal dan ia adalah wajar untuk diberikan perhatian sepenuhnya terhadap isu banjir yang melanda sekarang ini. Ini bukan sahaja isu di peringkat Kerajaan Persekutuan bahkan ia juga melibatkan Kerajaan Negeri. Maka kedua-dua ini perlu mengambil tanggungjawab untuk kita menyelesaikan bersama berkenaan dengan isu masalah banjir.

Perkara yang berkaitan dengan perubahan iklim dan bencana alam bukanlah isu yang hanya dihadapi oleh Malaysia semata-mata. Bahkan negara-negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan juga Bangladesh turut mengalami cabaran yang sama. Di Jakarta, Indonesia sistem kawalan banjir yang digunakan adalah bersifat untuk memberi amaran awal kepada penduduk dan pihak berkuasa sebelum berlakunya bencana banjir. Sistem ini berbentuk berbentuk sensor facility, amalan awal seperti siren dan kemudahan lain terutama di kawasan hotspot yang mampu meramalkan kemungkinan berlakunya banjir serta mempertingkatkan kaedah menangani dalam keadaan berlakunya banjir. Di negara kita juga mempunyai satu sistem yang serupa iaitu sistem kawalan banjir yang dikenali sebagai info banjir ataupun update terkini berkaitan ramalan hujan dan juga paras air diberikan pada laman web tersebut. Tetapi Ia tidak menyeluruh. Bahkan kita di peringkat, kepimpinan di peringkat kawasan juga kita hanya dimaklumkan oleh masyarakat di kampung ataupun pengerusi-pengerusi JPKK kita, sekiranya berlaku hujan lebat dan air mula menaiki kawasan mereka. Maka saya harap agar Pihak Berkuasa menjadi lebih peka dengan situasi di lapangan dan meningkatkan penyampaian maklumat dan juga kesedaran kepada masyarakat kita di kawasan-kawasan yang dilanda banjir ini.

Yang kedua, dengan permasalahan rakyat. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Exco Kanan kerana Jualan Nismilan Prihatin dan juga Jualan Rahmah serta Jualan Agro Madani berjaya membantu masyarakat khususnya di kawasan kampung dapat meringankan bebanan mereka di kala di dalam negara kita ini, kos barang semakin lama semakin meningkat. Maka saya syorkan kepada Kerajaan Negeri sekurang-kurangnya kita dapat mengadakan jualan-jualan ini dengan lebih kerap lagi. Kalau sebelum ini mungkin dalam tempoh 4 ataupun 5 minggu baru kita dapat di kawasan kita, sebaiknya cadangan saya kalau kita dapat lebih kerap kurang-kurangnya 2 minggu sekali kita dapat adakan di kawasan kita dan juga kita dapat lakukan rotate di kawasan-kawasan yang kita boleh bantu penduduk kerana dengan adanya jualan sebegini, ramai penduduk kampung keluar untuk membeli barang keperluan mereka dan juga kita dapat membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi ini.

Yang kedua berkenaan dengan jalan utama daripada Ulu Bendul sampailah di sempadan kawasan saya. Yang mana selama ini jalan utama ini dikawal ataupun dibaik pulih oleh Syarikat Selia Selenggara. Kadang-kadang apabila, sekarang ini taburan hujan semakin lama semakin banyak jadi jalan akan mudah rosak dan juga berlopak. Tapi kadang-kadang Syarikat Selia Selenggara ini hanya ambil tampalan secara mudah. Jadi yang kena balunnya wakil rakyat. Wakil rakyat kena balun dalam media sosial dalam macam-macam lagi. Sedangkan yang buat kerja adalah Selia Selenggara dan dikawal selia oleh JKR. Banyak perkara ini kita telah adukan tetapi tiada tindakan yang diambil. Jadi adalah sebaiknya, mungkin agensi kerajaan dan juga Yang Berhormat kawasan kita dapat kerjasama yang baik dan kalau kita dapat bekerjasama dengan baik, insya-Allah isu ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya. Dan juga kalau kita kawal, bukan kita tak lalu, kita lalu setiap hari. Bahkan ramai penjawat awam yang tinggal di Seremban bekerja di Kuala Pilah, takkan perkara ini pun kita tidak sedar. Jadi benda ini kalau boleh dapat kita kawal, dapat kita selia dan juga dapat kita nasihatkan syarikat yang telah menjadi konsesi di jalan utama antara Ulu Bendul sehinggalah di jalan utama peringkat Persekutuan ini.

Yang ketiga berkenaan dengan pemerkasaan pertanian dan industri asas tani. Tatkala dunia sekarang ini risau dengan masalah simpanan bekalan makanan ataupun food bank, adalah sebaiknya Kerajaan Negeri mengambil langkah segera agar negeri kita tidak mengalami masalah bekalan makanan di masa yang akan datang. Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, Seri Menanti terkenal dengan industri udang galah di mana industri ini telah mengeksport udang galah sehinggalah kena ke Singapura. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memperkasakan lagi industri udang galah ini serta melebarluaskan lagi industri ini.

Berkenaan dengan status Beras Seri Menanti yang telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sewaktu karnival Pesta Ngocha Negeri Sembilan Yang lepas yang mana Beras Seri Menanti ini terus senyap. Saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri kita ambil manfaat tanah terbiar, tanah sawah yang ada di kawasan Ulu Bendul sehinggalah ke Tanjung Ipoh ini, untuk kita kawasan sebagai, boleh dijadi mungkin boleh dijadikan sebagai jelapang padi Negeri Sembilan ataupun di kawasan-kawasan DUN yang lain untuk kita kembalikan kecemerlangan negeri kita sebagai antara salah satu negeri yang boleh mengeluarkan beras di dalam negara kita.

Kemudian yang keempat, Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan skim insurans bagi golongan B40 dan juga M40. Tadi Yang Berhormat daripada Seremban Jaya mencadangkan insurans untuk ahli Majlis, JPKK

dan juga sebagainya. Tetapi saya skim insurans bagi golongan B40 dan juga M40. Sepertimana negeri jiran kita juga buat yang dipanggil dengan nama insurans ataupun nama singkatannya INSAN, di negeri Selangor. Jadi kalau kita boleh bantu dengan sekadar yang baik, yang boleh untuk kita membantu rakyat ataupun masyarakat di negeri kita. Jadi insya-Allah kita dapat meringankan lagi dan juga kita dapat membantu rakyat kita, walaupun sekarang ini kalau kita sedia maklum ada yang, masyarakat, rakyat kita yang accident masuk hospital kerajaan, kena tukar itu ini, tukar itu ini, itu pun sekarang dah kena bayar. Kadang-kadang kita, mereka datang kepada kita, mereka mengadu tukar besi, tukar plat, accident itu ini, patah kena bayar kita juga yang …..

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Mintak izin YB. Untuk accident, kalau dia menyebabkan apa, peralatan tu, Kerajaan Negeri bayar sekarang. Kita dah 4 tahun. Terima kasih.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Jadi sistem sekarang ini kita tidak buat secara skim insurans, kita hanya lebih kepada one-off. Jadi saya mencadangkan agar skim insurans bagi golongan B40 dan juga M40 dapat kita perkenalkan di masa yang akan datang.

Yang kelima berkenaan dengan pendidikan dan juga TVET. Pemerkasaan pendidikan bermula dari pendidikan rendah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Johol agar tuisyen atau kelas tambahan ini dapat diberikan secara percuma khususnya kepada anak-anak yang berada di luar bandar ataupun anak-anak di bandar yang di, yang dikategorikan antara B40 ataupun M40 ini, untuk kita berikan mereka ini pendidikan tambahan secara percuma yang dikendalikan bersama dengan Yang Berhormat ADUN-ADUN kawasan. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana pelajar STAM kita bagi tahun 2023 yang mana kita telah mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 2.35 mata dan masih kekal melepasi Gred Purata Nasional 3.09. Cuma saya nak bertanya di dalam Dewan yang mulia ini, bagaimana dengan pelajar-pelajar lepasan STAM Negeri Sembilan dan di manakah mereka menyambung pengajian tertinggi mereka selepas mereka mendapat keputusan STAM, STAM yang, yang, yang baik bagi tahun 2023.

Dalam titah duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan agar memperkasakan latihan teknikal dan vokasional, vokasional ataupun dipanggil dengan TVET kerana kebolehpasaran pelajar lepasan TVET ini adalah potensi besar untuk kita membekalkan tenaga kerja serta menghasilkan pekerja yang berkualiti, sesuai dengan bidang yang mereka ceburi. Sebaiknya, kita tidak mahu anak negeri kita

terlepas peluang mengejar impian mereka. Walaupun mereka tidak cemerlang di arus pendidikan perdana tetapi mereka mungkin berkebolehan besar di dalam bidang teknikal mahupun vokasional.

Yang keenam berkenaan dengan belia dan sukan. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan di atas kejayaan menganjurkan sukan, Sukan Negeri Sembilan ataupun dengan nama singkatannya SUKNES serta 7even Wonders Challenge yang baru dirasmikan pada 27 April yang lepas di, di Ulu Bendul. Saya amat berharap agar Sukan Negeri Sembilan ini dapat dianjurkan secara tahunan untuk kita dapat mencungkil bakat anak-anak muda kita yang ada di kawasan DUN. Dan kita gilap mereka untuk menjadi atlet terbaik di Negeri Sembilan kelak.

Dato’ Yang Dipertua buat anak-anak muda kita ini, ramai yang mohon Tabung Usahawan Negeri Sembilan atau nama singkatannya TUNS tetapi ramai yang mengadu permohonan mereka tidak diluluskan atas beberapa asbab. Saya memohon agar Kerajaan Negeri dapat meringan dan melonggarkan sedikit syarat agar anak-anak muda kita yang baru menceburi bidang perniagaan kecil ini diberikan tabung usahawan nasional ini untuk mereka meneruskan perniagaan kecil mereka.

Yang ketujuh berkenaan dengan telekomunikasi dan liputan internet. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ataupun MCMC kerana mereka bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk di Negeri Sembilan. Cuma ada sedikit teguran terutama berkenaan dengan liputan talian telefon mudah alih yang sering terputus terutama apabila kita berada di laluan utama dan kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai. Liputan internet 5G yang tidak menyeluruh bahkan walaupun di kawasan tersebut 5G, tetapi bila kita nak tengok gambar ataupun kita nak loading gambar dekat WhatsApp, itu pun mengambil masa yang sangat lama. Jadi saya mahukan agar dapat menyemak kembali kualiti 5G yang berada di dalam negeri kita ini supaya ia sesuai dan berkualiti dengan kadar bayaran yang telah kita lakukan pada setiap bulan.

Dan yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, iaitu berkenaan dengan agama Islam dan juga pengembangan syiarnya. Tahniah kepada kerajaan Negeri Sembilan di atas pembinaan baru masjid serta surau serta baik pulih yang menelan belanja, perbelanjaan hampir 42.3 juta. Saya berharap agar dengan peruntukan perbelanjaan yang besar ini pemahaman dan syiar Islam dapat dapat diperkasakan dengan memeriahkan majlis ilmu serta aktiviti kemasyarakatan kerana masjid adalah tempat yang perlu dimakmurkan dengan penuh keharmonian

dan kemakmuran selari dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan ini. Kita tidak mahu ada di kalangan masjid-masjid dan juga surau-surau yang mempunyai fikrah berbeza. Saya faham, kita bukan boleh menentukan fikrah manusia ini tetapi kita tidak mahu institusi masjid ini seolah-olah dimonopoli untuk kegiatan tertentu sahaja. Yang kadang-kadang tidak melibatkan ahli-ahli Yang Berhormat di kawasan, tidak melibatkan masyarakat-masyarakat yang lain. Dan kita tidak mahu masjid dan juga surau yang sepatutnya menjadi tempat meng, kita imarahkan dengan program yang melibatkan masyarakat tetapi mereka menjadikan masjid dan juga surau ini sebagai satu tempat perpecahan yang boleh menyebabkan perpecahan dan juga ketidakharmonian di sesuatu kawasan tersebut.

Dan juga saya berharap agar Majlis Agama Islam dapat memaklumkan kepada Yang Berhormat – Yang Berhormat kawasan berkenaan dengan peruntukan-peruntukan yang telah disalurkan kepada masjid-masjid dan juga surau-surau di setiap kawasan DUN. Kerana baru-baru ini, semasa bulan puasa, saya ucap terima kasih kepada Majlis Agama Islam kerana memberi peruntukan sebanyak 5,000.00 ringgit kepada masjid dan juga 3,000.00 ringgit kepada surau-surau yang telah berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Cuma adalah sebaiknya dapat dikongsikan maklumat ini kepada Yang Berhormat di kawasan. Sekurang-kurangnya kita dapat bersama dengan mereka di dalam setiap penganjuran-penganjuran program di masjid dan juga surau. Dan adalah sebaiknya yang Yang Amat Berhormat Sikamat, sekiranya ahli Majlis Negeri Sembilan ini dapat dilibatkan bersama dengan ahli-ahli Yang Berhormat di dalam kerajaan aspirasi perpaduan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Diper semoga dengan keprihatinan dan semangat aspirasi kerajaan perpaduan, perpaduan di Negeri Sembilan ini kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan juga amanah ini dengan sebaiknya. Seri Menanti menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya buka lagi. Oh Jeram Padang.

Bismillahirrahmanirrahim. Allahummasoli’ala saidina Muhammad, wa’ala alihi saidina Muhammad. Salam Madani bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang telah merasmikan persidangan ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan kerana Negeri Sembilan telah diiktiraf sebagai negeri yang paling bahagia di dalam Malaysia. Namun, saya rasa tidak cukup bahagia sekiranya masalah kesesakan yang raya di laluan utama Seremban – Kuala Pilah yang masih tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, saya merasakan perlu ada inisiatif bagi menyelesaikan masalah ini. Perkara ini sering menjadi rungutan kepada pengguna jalan raya terutamanya bagi masyarakat Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol. Baru-baru ini kalau kita tengok masa menyambutnya perayaan Aidilfitri, di mana laluan utama Seremban – Kuala Pilah ni memang teruk jammed nya. Saya pula mengambil inisiatif untuk mengikut Jalan Jelebu. Namun Jalan Jelebu pun sama, 3 jam juga sampai ke Kuala Pilah. Jadi saya mencadangkan supaya pihak Jabatan Kerja Raya mengadakan satu pelan strategik macam mana untuk mengenasi, mengatasi masalah jalan raya ini di samping juga walaupun kita telah didendangkan dengan adanya Lebuhraya Madani menghubungkan LEKAS ke Jempol, namun kita tidak boleh tinggalkan jalan lama ni sebab banyak apa ni, usahawan-usahawan kecil (IKS) yang berniaga di tepi jalan. Sekiranya kita tidak ambil alih ataupun tidak ada jalan penyelesaian, maka usahawan-usahawan kecil ini tidak akan berkembang maju di masa akan datang.

Yang Dipertua, di kesempatan ini juga saya ingin memohon membina jalan baru luar bandar di antara Felcra Rompin B ke Felda Palong 2. Justifikasinya memudahkan pelajar-pelajar di kawasan sekitar Rompin B dan sekitar Rompin bersekolah di SMK Palong 2 bagi memastikan SMK Padang 2 terus berfungsi kerana pada hari ini bilangan pelajarnya semakin berkurangan. Di samping itu juga jalan ini akan menjadi jalan pintas ke Palong 1 dan 2 dan dapat membangunkan kawasan sekitar Rompin dan sekitar Pekan Rompin. Maka dengan adanya jalan ini kegiatan ekonomi di kalangan masyarakat DUN Jeram Padang dapat dirancakkan secara menyeluruh mohon tindakan dan sokongan dari KKW.

Yang Dipertua, perbahasan kali ini saya ingin menyatakan masalah di kalangan peneroka felda. Di antara rungutan peneroka mengenai hutang peneroka. Mereka tidak dapat penyata hutang di mana mereka ingin tahu berapa jumlah hutang yang telah dibayar dan berapa pula baki hutang yang masih belum dibayar, dibayar. Selain itu juga, saya ingin memaklumkan bahawa tanah rancangan felda adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak FELDA. Jadi menjadi persoalan saya, FELDA merupakan agensi di bawah pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Pusat ataupun persekutuan. Namun ada di antara pengurus tidak peka. Apa yang saya maksudkan ada tanah rizab kerajaan telah diberi keizinan untuk diguna pakai untuk berniaga dan kegunaan awam. Yang saya kecewa ada peniaga seolah-olah mencabar kerajaan pada hari ini.

Sebagai contoh setelah diberikan keizinan untuk berniaga mereka sewenang-wenangnya menaikkan bendera dan poster parti mereka. Kalau kita tengok di DUN Sikamat pun, dah 4 penggal dah Dato’ Seri Utama kito monang, takdo pulak bendero sebesar-besar pacak di tengah-tengah. Seolah-olah ini mencabar. Bila kita kerajaan membahagi peluang untuk berniaga kita berniaga elok-elok. Janganlah mencabar pihak kerajaan hari ni. Kita tak salah berlainan parti tapi masanya sudah tiada lagi dah. Sok sampai berkempen sok, berkempen bonalah. Kok nak selubung bendera itu dalam rumah pun boleh tak ada masalah. Saya tak marah tapi perkara macam itu tak eloklah ya. Saya tak, saya saya tak sukalah macam tu ya.

Dan seterusnya ada jugak yang tanah tu dibagi pinjam, ada pulak di kawasan felda ni dibuat rumah untuk kediaman sendiri. Pun saya tak setuju. Besok yang jadi masalahnya kepada pentadbiran. Contohnya kepada anak-anak generasi keduo. Bilo dio besok dapek buek rumah atas izin untuk buat rumah tadi, tapi disalah guna untuk kediaman. Jadi apakah, kepada peluang kepada anak-anak peneroka yang lain? Jadi menjadi masalah kepada pengurus FELDA. Jadi saya harap pengurus FELDA ambil tindakan di tempat masing-masing supaya lebih peka untuk diambil tindakan.

Selain itu juga, saya harap pihak berwajib ambil tindakan mengenai masalah di felda di mana kerja-kerja penyelenggaraan seperti cerun, tebing runtuh dan longkang tidak dipedulikan kerana ini melibatkan penghuni rumah termasuklah rumah ni YB DUN Labu. Rumah eh di Palong tu, rumah mak eh tu. Dah 3 tahun dah tebing rumah eh tu dah runtuh. Pihak pengurusan FELDA pun tidak ambil tahu. Saya rasa kalau lagi, tunggu lagi hujan lobek ataupun 2,3 bulan ni, saya rasa rumah eh pun, sebolah rumah pun runtuh. Kita pun walaupun kita pembangkang, berlainan parti, tapi ADUN Labu ni sahabat saya jugak dulu. Jadi dia mengadu, abang dia, saya pun dah tengok rumah dia. Jadi saya minta pihak FELDA kena peka. Sebab benda ni dah berlarutan, 3 tahun dah lama sangat. Jadi besok kalau perkara ni runtuh rumah dia yang masalahnya kita.

Selain daripada itu juga, masalah gangguan air juga sering berlaku di kawasan felda dan sering berlakunya paip pecah. Saya harap pihak SAINS mengambil tindakan dan inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Mohon penjelasan kepada agensi yang terlibat.

Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan kerana telah menyelesaikan projek Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) yang terbengkalai di Felda Pasoh 3, Felda

Palong 12, Felda Palong 116 sebanyak 510 unit. Tak lupa juga terima kasih kita ucapkan kepada YB Datuk Seri Haji Jalaludin Alias; Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan kerana telah menyelesaikan, menoktahkan 909 unit Perumahan Generasi Baru Felda di Rancangan Felda Pasoh 2, Felda Bukit Jalur, Felda Bukit Rokan Utara dan Felda Palong 8.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan bahawa jalan utama ke kawasan orang Asli Panchor perlu jajaran baru dan dibina baru memandangkan jalan sedia ada yang melalui tanah milik ladang Sime Darby telah rosak teruk akibat kenderaan berat oleh pihak ladang. Adalah menjadi kerugian besar kepada kerajaan sekiranya masih lagi menggunakan jalan ini. Kita dah buek jalan ini dah berjuta-juta tapi sebab kita lalu di kawasan ladang Sime Darby kita tak boleh buat, tak boleh nak halanglah pengangkutan beratnya terutamanya lori-lori yang bawak hasil. Akhirnya jalan itu rosak. Oleh itu, saya mohon pihak JAKOA dan KKW memandang serius perkara ini demi memudahkan ataupun memberi kemudahan asas bagi penduduk Kampung Orang Asli Panchor, Kampung Orang Asli Sungai Klebang dan Kampung Orang Asli Lubuk Lawang. Jadi kita, tempat itu saya dah tengok. Jadi saya mohon ada lawatan oleh pihak KKW dan JAKOA lah untuk mengatasi masalahnya. Isunya nak merentasi jalan kereta api itu. Kalau tak kira syarat dia, RAC kata, pengawal untuk laluan kereta api tak apalah, saya kalau JAKOA ataupun KKW luluskan saya ambillah peruntukan daripada DUN ni, bayarlah jaga itu untuk lalu lintas kereta api ni untuk tutup dan buka. Sampai tahap macam itu nak memastikan bahagianya orang Kampung Orang Asli di Panchur, Lubuk Lawang dan Sungai Klebang.

Akhir sekali Yang Dipertua, saya di sini ingin mengadu, merayu dan memohon kepada Kerajaan Negeri agar segera mengambil tindakan untuk kerja-kerja pembaikan bumbung dan siling di Tadika Perpaduan Taman Sri Rompin. Tadika ini telah mengalami kerosakan dan kebocoran bumbung yang begitu teruk. Saya amat risau dengan keselamatan anak-anak kecil yang ada di tabika ini. Adalah lebih kita mengambil tindakan segera untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Perkara ini, pihak Pegawai Daerah Jempol pun sudah maklum dan saya telah membuat lawatan bersama beliau pada awal, pada hujung tahun lepas. Jadi kalau nak nak, untuk makluman Yang Dipertua kalau hujan lobek tu karang, tabika tu bocor. Bumbungnya dah berombak. Bila bocor, dia masuk air yang tadika itu, tadika itu terpaksa tutuplah seminggu. Saya dah pergi lawat dah, memang tak boleh dah. Saya tahu apa ini, di bawah Portfolio Pperpaduan, memang tak ada duit. Jadi saya mohonlah, kalau berlakunya benda yang tak diingini besok melibatkan anak-anak kecil, yang rosaknya kita besok. Kita dihentam oleh pengundi-pengundi kita sendiri.

Terima kasih saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Jempol, Penguasa Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Jempol dan kepimpinan masyarakat setempat kerana telah mengambil tindakan tuntas apabila berlakunya banjir di Felda Palong 1, pada hari Sabtu yang lalu. Bila saya dapat tahu ada banjir pukul 5:00 pagi itu, ketua kampung bagi, pagi itu saya bagi buat serahan bakul makanan dan sumbangan wang ringgit, lebih kurang dalam pukul 10:00 pukul 11:00. Pihak JPS dah hantar excavator untuk selesaikan semua sungai-sungai yang tersumbat tu sebab dia melimpah. Sebab ada sekatan apa ni rumpai-rumpai dan sampah sarap. Terima kasihlah pihak JPS. Tindakan tuntas. Jadi pengajarannya apa tuan-tuan, kalau besok janganlah sampai dah banjir baru nak datang excavator bersih. Jadi kena buat kerja ni apa orang cakap, kena buat rutinlah supaya tidak berlaku lagi banjir.

Oleh itu semoga segala usaha dan perancangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Dengan ini saya menjunjung kasih dan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Bersama membina Negeri Madani. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua kasi peluang Lobak untuk mengambil bahagian dalam bahas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia. Dato’ Dipertua, DUN Lobak adalah di kawasan bandar raya kerana Lobak ni pekan lama tapi dia di bawah kawasan bandar raya. Antara masare, masalah yang utama di bandar raya ialah satu rumah pangsa. Rumah swasta itu. So rumah swasta di Lobak ada 15 skim tapi di seluruh Negeri Sembilan ada 282 skim. So antara tu jikalau kira untuk penduduk atau penghuni dia, jikalau tak kira saya salah saya, ada jumlah 150 orang di seluruh 280 skim, yang rumah pangsa rumah swasta di Negeri Sembilan. So rumah pangsa swasta yang rumah pangsa masalah dia macam-macam ada. Yang utama sekali kebersihan. So ini kerja-kerja PBT lah. Tapi nampak PBT ada tempat yang baik, ada tempat boleh tambah baik lagi atau kekurangan. Lagipun yang kes-kes jenayah, kami pun ada dapat kerjasama dengan PDRM. Ada kawasan ada bertambah baik, ada kawasan hantar kawalan tapi masih ada beberapa kawasan kena dikawal dengan baik sekali, boleh tambah baik lagi. Kerana manusia dia

berulang-ulang bila baik sebahagian itu lepas datang lagi. Macam narkotik, dia akan berulang-ulang tu. Okey, bila kami rajin ronda-ronda bersama PDRM tu, dia akan kurang. Tak apa. Lepas tu 2,3 bulan dia datang balik. So kerja-kerja ini kena mantau tadi masa ke masa demi kepentingan rakyat kita. Yang khasnya tinggal di rumah pangsa ni, kebanyakan mereka ialah golongan B40. B40 itu jumlah dia 150 ribu orang tu, jikalau tak salah saya yang Negeri Sembilan tak sampai lebih kurang 100.0 juta orang tu. So antara dia erti yang tinggal di rumah swasta atau rumah pangsa ni lebih kurang 15%.

So kami syabaslah kerana tahun dua, tahun tahun lepas dua, kami ada dana JMB atau MC. So 2 tahun berturut-turut, 1.4 juta. Tapi tahun ni kerana kekurangan peruntukan, tahun ni tak ada. Tapi kami harap kerana duduk di rumah pangsa tu kebanyakan orang yang kurang pendidikan atau kekurangan berbanding dengan yang tinggal di rumah teres atau rumah teres bertingkat. Golongan ni memang kena di perhatian lebih dari kerajaan kita. So kami Seterus itu, saya cadangkan bahawa kerajaan yang selalu prihatin dengan rakyat kita ni khasnya golongan B40, saya cadangkan bahawa kerajaan menubuhkan majlis perundingan swasta, rumah kos rendah supaya berkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh yang golongan yang B40 ini di rumah pangsa dapat diselesaikai, diselesaikan kerana masalah di luar pangsa ni bukan hari saja, sudah berlama-lama dulu. Tapi yang selama ini masalah dia tidak dapat diselesaikan sepenuhnya. So inilah cadangan saya.

Dato’ Yang Dipertua, kami pun syabas kerana kerajaan baru menubuhkan Majlis Perundingan TVET, yang titah, tadi titah ucapan Duli Yang Maha Mulia memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal dan vocational school iaitu TVET. So yang TVET tu kami sebenarnya setiap ADUN, kami sedia nak kerjasama dengan kerajaan kerana ikut perancangan perindustrian Malaysia 4.0, perindustrian atau utama di negara kita ni. So kami pun cadangkan jikalau boleh Majlis Perundingan Negeri itu bolehlah menubuhkan Majlis Perundingan Daerah. Dan kami backbencher pun sedia nak kerjasama nak bertolong supaya TVET ini dimajukan dari peringkat daerah dan hingga negeri. Jadikan Malaysia, Negeri Sembilan ini boleh menjadikan satu negeri yang makmur dan maju.

Dato’ Dipertua, tadi yang banyak ADUN cakap ni pokok. Tapi pokok ni bila hentam, dia tak ada mata tu. Kadangkala kena kereta, nasib baik atau kereta rosak saja. Tapi yang nasib tak baik ni di kawasan Senawang tu, hari Sabtu ni dihempap dan terus mati di bawah itu pokok tumbang. Sama jugak di Lobak, kawasan DUN lobak, kami kerjasama dengan DUN Sikamat: MB ada bagi bantuan dan Ahli Parlimen Seremban; YB Loke pun ada bantuan. Kami sudah cantas sepanjang Seremban – Mantin. Tapi

walaupun sudah cantas sepanjang Mantin tu, 3 kawasan yang bahaya. Tapi ulang lagi kerana yang sebelah dekat Kota Mas. Kami tak cukup ni peruntukan. Tapi yang dahan sakit tu, 2 kali tumpang. 2 kali pun kena kereta. Tapi nasib baik sikit, kereta rosak, orang tak ada masalah. So kami harap kerana jalan ni Jalan Persekutuan, kami harap JKR atau Selia, kami tengok usahakan sama. Kami sedia nak usaha sama haa, ataupun atau ni doktor pokok, arborist, boleh check, mohon check yang dahan-dahan mungkin dia sudah sakit atau mungkin akan dia tumbang tu, kena check tengah betul, kena dicantaskan sebelum dia tumbang.

Macam ni kami bersetujulah yang selalu cakap ni, akibat hujan hebat ke atau macam-macam. Tapi sebagai kerajaan yang bertanggungjawab atau ADUN-ADUN yang bertanggungjawab, kami kena selalu menyemak bahawa pokok-pokok yang bahaya tu kena buat tindakan yang sepatutnya. Macam ni, di Jalan Tan Sri Vasagam [Manickavasagam], hari tu satu pokok, nampak dia tak sakit langsung. Daun masih hijau. Tapi hari hujan tu, terus tumbang. Yang satu motorcycle tu kena. Sampai kakinya patah macam ‘S’. Tapi dia sue, dia buat saman untuk MBS. So kes ini sudah jadi saman di court. So pandangan saya simple. Mengapa kami sebagai PBT atau ADUN atau Ahli Majlis Bandaraya, kami kena maklumkan. Hari itu kami maklumkan yang sebelah ni, 3 pokok pun kena disemak bahawa dia sakit ke akar dia, akar dia dia base dia adalah akar dia berdalam. Dia mungkin tumbang tak tumbang tu, kena belajar. So kami harap PBT sekarang dan tahap dewan bandar raya, kena ada satu doktor pokok, arborist tu kena check sepanjang jalan khasnya adalah laluan motosikal, kereta. Inilah kena dipastikan tak akan ulang lagi, bila pokok tumbang kena motorist atau kereta. Dato’ Yang Dipertua, inilah cadangan dari Lobak.

Lagipun tentang anjing. Isu anjing yang terbiar tu sudah lama. So sebagai ADUN ni, tadi nak, bila lisan tu nak angkat bahagian bahas, bukan bahas, nak maklumkan kerana 2 minggu lepas, di kawasan saya Taman Sri Amber, 20 ekor anjing diracun, semua mati. Semua mati. Anjing pun ada jiwa dia, tak akan sampai dilan, diracun mati. Tapi sebagai ADUN yang bertanggungjawab atau kerajaan yang bertanggungjawab, kami kena cari solution kerana gangguan anjing di setiap taman memang ada. Ada sampai orang tak puas hati, dia racunkan. Kami pun faham mengapa dia racun mungkin dia tak puas hati kerana kawasan tu, satu taman kecil saja. Sebanyak 20 ekor anjing. Dia ada buat complaint gangguan bising, malam tak boleh tidur. Lagipun kebersihan, sampah dia cari makan. Lagipun kejar orang, budak atau warga emas. So kami kena cari solution. Satu solution yang untuk manfaat rakyat kita ni. Tak akan saja setle satu tak cukup. 2 tak cukup. 3 pun tak cukup. Solution macam mana? So kami harap yang penduduk sana ada cadangkan bawa shelter setempat kawasan. Mungkin ada cadangan yang baik, tapi saya cakap ni, kami

kena mohon kena dapat consent yang penduduk jiran itu. Lagipun kena terhad berapa ekor. Tak boleh lebih dari berapa ekor tu kena dimantau. Jadi, isu-isu anjing liar, terbiar ini dikurangkan.

So kami harap PBT kena buat kajian dengan dalam dan teliti sekali bahawa anjing ni, jikalau selalu buat di Dewan yang mulia ni, ADUN-ADUN cakap ni, berulang-ulang anjing. Ini macam Dewan apa? Kami kena serve rakyat saja. Tapi ni pun masalah rakyat. Tapi tapi anjing isu ini, saya pun masuk tahun yang 11. Dulu saya di Bahau, sama jugak isu anjing. Sampai 11 tahun ni masih isu anjing. So kami harap ini kena dapat satu solution yang paling baik, jangan tu berulang lagi. Lukut sama juga, sana pun 11 ekor diracun. Tapi jangan sampai yang berjiwa anjing itu diracun mati. So kami mungkin setiap PBT buat cadangan, apa yang terbaik, apa yang terbaik TNR lepas, TNR lepas di kawasan yang sama mungkin boleh tambah baik lagi. So ini kami ya, kena dikaji betul-betul.

Dato’ Dipertua tentang tangki air. Tangki air kawasan saya Kota Mas. Saya baru dimaklum dan baru difaham, satu tangki kecil dia kena sumbang 4 taman. Taman Chip Aik, Taman Mida, Taman itu Sentosa. Tapi satu tangki kecil saja. Ini kerana mungkin pemaju atau perumahan zaman dulu. Tapi apa, bila satu tangki air ni, tekanan air tak cukup, menganggukan bekalan air yang beratus-ratus rumah tu. Kerana ikut syarat, tak mungkin tu. Satu tangki kecil yang berisi 200 tan ke apa itu, itu isi air. So kami harap PBT atau SAINS atau bila ada pemaju baru tu kena dengan teliti bahawa kes yang tersebut jangan diulang dan mesti pastikan bekalan air cukup untuk penduduk yang jelata.

Dato’ Dipertua, di Lobak ni walaupun di bandar raya, tapi sistem perparitan adalah zaman dulu. Hari itu hujan tak panjang sangat, setengah jam saja, jadikan satu Jalan Tan Sri Vasagam [Manickavasagam] tu pun banjir kilat. Air kaki, air ini dalam lebih kurang 6 inci. So ini satu menggambarkan sistem perparitan di bandar yang lama tu kena di upgrade, dengan izinnya. Kena upgrade. Jikalau tidak, kerana air dari sungai-sungai itu lebih, yang saluran keluar pun rendah sangat atau sumbat dengan sampah. Kami ada mendidik bahawa penduduk sana kena jaga bersih. Tapi nasib baiklah kami kerjasama dengan JPS, kami kerja baik dengan PBT atau DO office memang di Sungai Temiang tu, sebahagian Templer ni memang tak ada sampah. Tak ada sampah. Tak ada sampah, dia cantik sampai itu air, ikan pun ada. Dato’ Dipertua, itu saja.

Dato’, last sekali. Dan tentang warga emas. Kami syabaslah kerana kerajaan bagi keceriaan warga emas yang umur 70 ke atas. Di kawasan DUN Lobak, kami lebih kurang 2,000 lebih orang sudah terima bantuan tapi dia menimbulkan, dia menimbulkan masalah satu yang lain. Kerana

sekarang ramai orang warga emas dia tinggal satu orang, ada yang bujang, ada ada masih ada anak, tapi anaknya kerja di luar dari kawasan. Dia orang tua tu, satu orang tinggal. So dia akan jadi masalah warga emas di kawasan bukan Lobak sahaja, mungkin di kawasan masing-masing ada masalah warga emas. Lagipun mereka yang sebahagian tu sampai nak cari rumah, sekarang mereka kongsi rumah. Jadi satu rumah teres 4 orang Kongsi. Tapi kadangkala selalu gaduh, selalu ada kemasalah dia, bayar pun tak ada. Tak tempat duduk. Walaupun mereka ada rumah pangsa di tingkat lima, 14 tingkat ni, ramai sekali mohon tapi tak cukup. Kami cadangkan atau memohon kerajaan mengkaji supaya jikalau boleh mengkaji membina yang sohor, satu orang tinggal, simple punya, tak payah itu dapur untuk warga emas atau dengan sewa, secara sewa dia. Itu yang Lobak akan sampaikan. Dan Lobak menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya jemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, untuk untuk saya berucap berbahas dalam titah ucapan Duli Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 semalam. Jadi Dato’ Yang di, Yang Dipertua, apa yang dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ada menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa fokus dan memberi penekanan dalam menyediakan persekitaran kehidupan yang selesa dan kondusif kepada penduduk-penduduk setempat. Saya memang, kita memang setuju dengan perkara ini kerana khasnya yang saya ingin di sini mengucapkan terima kasih kepada barisan pimpinan di bawah Dato’ Seri, Dato’ Seri Sikamat dan barisan pimpinan Exco kerana telah me, berjaya menyediakan itu apa keceriaan 70 tahun ke atas warga emas, untuk warga emas 70 tahun ke atas. Dan ini telah dapat sokongan yang hebat sekali daripada kalangan rakyat di tempat masing-masing. Jadi apa yang saya cuba nyatakan, insentif 200.00 kepada warga emas ini memang dapat sambutan yang hebat sekali. Apabila terdapat pengumuman, saya rasa setiap kawasan, pejabat khidmat kawasan masing-masing kecoh sekali. Bagi kawasan Pusat Khidmat Mambau saya, apabila dapat pengumuman boleh didaftarkan, lebih daripada 200 orang pagi-pagi sudah beratur di pusat khidmat. Jadi saya rasa ini satu insentif yang bagus.

Dan saya ingin juga mengucapkan terima kasih kepada penyelia peja, peja, pejabat Menteri Besar selalu membantu untuk kita melaksanakan insentif ini kerana apa yang, apa perkara yang baru mesti ada ke, kelemahan dia. Kadang-kadang dalam sistem kerana di kawasan saya

contohnya ada warga emas yang lebih daripada 100 tahun. Ada seorang 100, 100, 105 lima tahun. Jadi sistem tak boleh masuk. Jadi itu kita cuba cuba dapat penerangan daripada penyelia Pejabat Menteri Besar dan kita telah menyelesaikan masalah tersebut. Jadi kan, saya ucapkan terima kasih kepada semua.

Jadi satu soalan saja Dato’ Yang Dipertua untuk insentif ini. Sebab ramai-ramai orang yang tertanya-tanya adakah insentif ini akan berterusan? Ini 2024 atau ada akan berterusan ke 2025, 2026 atau 2027 atau sampai habis penggal ini. Jadi saya harap pihak Kerajaan Negeri serba sedikit boleh maklum ada memberi penjelasan terhadap perkara ini.

Dato’ Yang Dipertua, perkara isu yang pertama saya ingin saya sentuhkan ialah kawasan DUN Mambau membangun, boleh, kawasan membangun dengan pesat dan banyak projek perumahan baru sedang dilaksanakan terutamanya di jalan utama Kayu Ara. Jadi di sekeliling, pihak pemaju yang membangunkan tempat tersebut seperti IJM Land, ada Seremban 2, Seri Pajam, ada Nada Embun, Matrix Concept, ada Bandar Sendayan dan OSK, Iringan Bayu dan sebagainya. Dan kalau projek-projek perumahan ini berjaya sempurnakan dan projek perumahan yang tersebut diduduki dalam masa yang, dalam masa 2 tahun ini, saya rasa lintasan sepanjang jalan utama Kayu Ara ini akan bertambah sesak dan tidak dapat menampung pengguna lalu lintas yang harian di situ yang kian menambah pada setiap hari. Kerana apa saya yang dirisaukan sepanjang Jalan Kayu Ara sana, terutamanya Kampung Kayu Ara, jalan sana jalan sempit dan kereta laju dan amat membahayakan penduduk-penduduk Kampung Kayu Ara dan orang awam di situ. Dan juga jalan sesak setiap, jalan tersesak atau jammed pada setiap pagi dan petang. Jadi saya, Kerajaan Negeri dan pihak JKR akan, saya haraplah pihak pihak JKR dan pihak Kerajaan Negeri akan merancang sesuatu untuk melebarkan jalan di situ.

Demian juga, demikian juga saya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR Negeri yang sentiasa memandang berat terhadap Jalan Kayu Ara ini seperti selalu men, meninjau ke kawasan apabila mendapat aduan jalan di situ. Dan kalau boleh saya rasa saya ingin berharap tambahkan lebih banyak papan tanda keselamatan di sana atau untuk menghalang kereta membawa dengan laju di sepanjang jalan tersebut demi keselamatan pengguna lalu lintas di situ.

Jadi Dato’ Yang Dipertua okey hari ini dua-dua perkara saja isu perkara yang terakhir ini ialah isu berkaitan dengan isu Jalan Kayu Ara jugak iaitu isu lot tanah TOL di tepi Jalan Kayu Ara. Dan dari, lokasinya dari simpang Seremban 2 sehingga ke simpang bulatan Matrix di sebelah kiri dan kanan ada lebih, ada lebih kurang 80 ekar tanah. Kebanyakannya

ialah pengusaha kolam ikan. Dan pengusaha kolam ikan, isu perkara tanah TOL ni Mambau pernah membangkit dalam Dewan yang mulia ini pada 2 tahun yang lepas. Jadi masa itu jawapan daripada Kerajaan Negeri bahawa sementara tak ada apa-apa, tak ada apa-apa tindakan untuk menghalau atau meng, menghalau itu pengusaha kolam ikan di sana. Jadi baru-baru ini penduduk-penduduk atau pengusaha kolam ikan telah menerima surat daripada peguam bela iaitu wakil kepada pemaju dan menghantar notis kepada semua pengusaha kolam ikan supaya mengosongkan tanah tersebut di situ dalam tempoh masa 7 hari. Jadi untuk makluman kepada Dato’ Yang Dipertua, jadi pusat khidmat saya dan pejabat Ahli Parlimen Rasah telah berjumpa, telah menerima aduan daripada jumlah 43 pengusaha kolam ikan di situ dan kita telah berjumpa dan mengadakan perbincangan serta mengada perbincangan dengan mereka, cuba mencari satu, satu penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengusaha kolam ikan yang mencari rezeki yang berpuluh-puluh tahun di situ. Jadi saya di sini ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pengusaha kolam, pengusaha-pengusaha kolam ikan ini, mereka dari dulu berpuluh-puluh tahun dulu mereka pernah ada tanah TOL dan mereka membayar membayar cukai tanah TOL setiap tahun.

Dan dengan berpuluh tahun ada memilik, mereka membuat tetapi dengan masa yang sama jugak mereka pun juga ada membuat permohonan kepada Pejabat Daerah untuk memohon tanah TOL ke, tanah TOL tersebut tetapi tidak berjaya dan ditolak. Semua permohonan telah ditolak tanpa tanpa apa-apa alasan. Jadi apabila kita berjumpa dan berbincang dengan ini wakil pengusaha atau 40 segolongan 43 ini pengusaha kolam ikan ini, mereka ada bagi satu pertanyaanlah mengapa permohonan mereka ditolak pada masa beberapa tahun yang lepas dan sekarang telah, tanah tersebut telah ke, telah milik kepunyaan kepada apa ni, MBI dan satu, MBI dan satu pemaju yang join venture untuk membangunkan tanah tersebut.

Jadi saya ingin memohon kepada, memohon kepada apa ni, pihak Kerajaan Negeri supaya memberi serba sedikit kisah benar sebenarnya, kisah benar apa yang berlaku, mengapa tanah tersebut berpuluh-puluh tahun yang di, yang diusahakan oleh pengusaha di situ telah di di di diambil oleh pihak yang yang lain. Jadi ini saya pun tolong tolong ini penduduk untuk membuat pertanyaanlah. Saya rasa saya mintak Kerajaan Negeri boleh serba sedikit membeli penjelasan terhadap perkara ini.

Jadi, jadi sekarang kita, bila kita berbincang dengan mereka, jadi kita ada, hari itu kita telah berbincang dengan wakil, wakil peguam bela, wakil pemaju dan peguam bela pemaju. Dan sama-sama kita telah

mengadakan perbincangan dan ada, kita meng, telah men, men, ada ada satu jawapan bahawa kalau boleh, kalau boleh pihak pemaju boleh menyewa balik, menyewa balik tanah tersebut kepada kepada mereka untuk terus ber, terus membela ikan di situ. Jadi ada 2,3 cara yang kita telah ber, telah bincang. Salah satu ialah menyewa balik dan satu lagi ialah untuk membayar balik pampasan. Jadi cuma boleh pilih satu sajalah. Jadi kita akan terus berbincang lagi. Kita masih dalam dalam apa ni, perbincangan awal, perbincangan permulaan saja.

Jadi di sini juga saya mengambil peluang ini kalau boleh, saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh menyediakan satu tapak baru, menyediakan satu tapak baru untuk pengusaha, pengusaha kolam ikan ini yang mencari mencari rezeki yang berpuluh-puluh tahun di situ. Mencari satu lokasi yang baru, satu tempat yang baru untuk mereka memohon untuk mereka meneruskan perniagaan atau membela ikan mereka untuk mencari rezeki mereka. Jadi, jadi saya berharap semua cadangan ini dan pandangan ini dapat di diper, di dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk cuma kita dapat win-win situation lah, saya mintak izin, kalau boleh kita dapat win-win situation di antara apa ini, pengu, pengusaha kolam ikan dan pihak ini MBI dan satu pemaju yang yang yang berkaitanlah untuk menyelesaikan masalah ini.

Jadi Dato’ Yang Dipertua saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana kerana kerana bagi saya peluang untuk berbahas pada petang ini. Dan saya mengucap, saya sokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Salam Malaysia Madani, salam perpaduan, salam bersih, muafakat sejahtera. Bersyukur pada petang ini dapat saya mengambil bahagian berbahas dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan – Barisan Nasional yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun.

Kerjasama yang kukuh dalam Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan prestasi yang cukup cemerlang dan efisien. Seperti yang telah disebut dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar semalam, Negeri Sembilan telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin

tegar dan negeri kesayangan kita telah juga diiktiraf sebagai negeri paling bahagia dalam negara. Saya berasa bangga dengan pencapaian tersebut. Ini juga membuktikan apabila kita menumpukan perhatian dan mengambil tindakan yang serius dan teliti dengan usaha sama pegawai-pegawai kerajaan yang ada, kita akan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bila kita sebut bahagia, kita akan fikirkan suatu suasana yang senang, aman dan gembira. Tetapi terdapat segolongan rakyat Negeri Sembilan yang tidak dapat kongsi kebahagiaan tersebut. Di kawasan saya, penduduk tidak merasa senang dan gembira malah mereka rasa tertekan dan kerisauan kerana berlaku terputusnya bekalan air. Rutin kehidupan harian penduduk terganggu, sektor perniagaan pun terjejas. Bayangkan kalau setahun 365 hari, 100 hari tiada bekalan air. Ini, apa yang kerajaan buat? Ini adalah petikan daripada mesej WhatsApp yang saya terima daripada penduduk. Ayat ini sudah saya cantikkan. Kalau ikut mesej yang asal tu, bahasa tu boleh tahanlah. Sebab apa ni, masalah air macam-macam tohmahan dan kemarahan telah viral dalam media sosial. Kerana ini bukan saja akan menjejaskan nama kawasan saya, sudah tentu juga akan mencemarkan nama baik Negeri Sembilan dan Port Dickson yang merupakan salah satu destinasi pelancongan terpilih dalam negara.

Pelbagai alasan diberikan kepada kami bila berlakunya gangguan bekalan air. Salah satu punca utama adalah pencemaran air di Sungai Linggi. Di sini saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri, SAINS dan agensi-agensi yang terlibat supaya memandang serius terhadap isu ini. Di sini juga saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak SAINS yang memberikan banyak bantuan untuk menghantar air ke kawasan saya bila berlakunya gangguan bekalan air dan menyampaikan maklumat terkini dalam masa yang secepat mungkin. Tetapi saya berharap selain daripada pihak SAINS yang merancangkan penyelesaian jangka masa panjang untuk mengatasi masalah kekurangan air, saya ingin memohon dan merayu kepada agensi-agensi yang berkenaan khususnya Jabatan Alam Sekitar supaya mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat dan serius, mencari punca pencemaran, menuduh pihak yang terlibat dan memastikan hukuman setimpal yang, dengan kesalahan dilakukan. Kalau hukuman sekarang tidak cukup berat, saya bercadang Kerajaan Negeri mengkaji membuat dasar yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah pencemaran air ini supaya seluruh pen, penduduk Negeri Sembilan dapat menikmati perkhidmatan bekalan air bersih dan stabil.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tadi ada 2 sahabat saya yang sentuh tentang kejadian di Pusat Kualiti Alam. Saya juga nak sentuh

tentang perkara ini sebab dia melibatkan kawasan saya. Pada 12 April 2024, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Pusat Kualiti Alam. Walaupun laporan pemantauan Jabatan Alam Sekitar menunjukkan udara dan air di kawasan berhampiran dalam keadaan terkawal selepas insiden tersebut, tetapi penduduk berhampiran terutamanya di kawasan Sendayan dan Kampung 107 Ekar dalam kawasan saya yang sangat khuatir dengan kejadian ini. Mereka bimbang kemungkinan berlaku pencemaran udara atau air akibat insiden tersebut yang akan mengancam kesihatan mereka. Selain kawasan kediaman, kita juga harus mengambil kira kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan pekerja-pekerja di kawasan perindustrian yang hanya lebih kurang 300 meter sahaja dari Kualiti Alam. Ini bukan kali pertama berlaku kebakaran di Kualiti Alam. Ia pernah berlaku pada 2015 dan 2019. Sudah 3 kali kejadian yang sama. Ini telah menunjukkan terdapat kelemahan operasi di pusat tersebut. Yang rakyat di luar tertanya-tanya adalah, sudah 3 kali kejadian kebakaran, adakah kemungkinan pada masa akal akan datang akan berlaku juga insiden luar jangkaan yang mungkin akan membawa bencana kepada kawasan sekitar. Oleh itu, kerajaan harus mengkaji semula cara pengurusan dan teknologi yang diguna pakai oleh Kualiti Alam untuk pelupusan sisa bahan kimia yang masa ini masih sesuai dan selamat lagi atau tidak mengikut piawaian terkini dan keadaan sekitar. Adakah lokasi kualiti alam sekarang masih sesuai lagi untuk aktiviti pelupusan sisa bahan kimia? Kerajaan perlu memberi perhatian ke tentang kebim, kebimbangan rakyat dan mengambil tindakan sewajarnya untuk, supaya dapat meyakinkan rakyat kita.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pencahayaan jalan merupakan salah satu kemudahan yang amat penting untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya pada waktu malam. Jalan Sepang – Lukut adalah salah satu laluan utama pelancong dari Selangor datang ke pantai Port Dickson. Bermula dari sempadan dengan Selangor sehingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah sepanjang 12 kilometer, hanya beberapa simpang sahaja terdapat lampu jalan dan sebahagian besar daripada jalan tersebut masih dalam keadaan yang sangat gelap pada waktu malam. Keadaan sebegini sangat membahayakan pengguna jalan tersebut terutamanya di selekoh-selekoh yang sering berlaku kemalangan. Mengikut info yang saya dapat, bagi tempoh Januari 2023 hingga Disember 2023 terdapat 61 kes kemalangan dan satu kes kemalangan maut di jalan tersebut. Manakala bagi tempoh Januari 2024 hingga 6 Mei 2024, kes kemalangan di jalan tersebut mencatit 32 kes. Menunjukkan peningkatan kes kemalangan. Dan lebih 80% daripada kemalangan tersebut adalah berlaku pada waktu malam. Oleh itu, sekali lagi saya ingin memohon kepada Kerajaan Negeri dan JKR supaya memberi perhatian yang serius kepada perkara ini dan mengambil

tindakan segera menambah pencahayaan di Jalan Sepang – Lukut demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya berharap perkara-perkara yang saya bawa berkaitan dengan kawasan saya dapat menarik perhatian daripada agensi berkenaan dan mengambil tindakan segera untuk mengatasinya. Semoga penduduk di kawasan DUN Chuah juga dapat merasa bahagia seperti rakyat Negeri Sembilan yang lain. Dengan ini, Chuah menyokong usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh Mesyuarat Dewan. Sesi perbahasan usul ini akan disambung semula pada hari Rabu; 8 Mei 2024 bersamaan 29 Syawal 1445 Hijrah, jam 10:00 pagi. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.02 petang