Negeri Sembilan · 8 May 2024

15th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 175 turns · 35,285 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

(Pembukaan)

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ahli-ahli yang Berhormat dan para hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Susunan Mesyuarat, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.

[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun, Haji Amirudin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah hari ini 8 Mei 2024, kita telah pun masuk ke hari ketiga persidangan. Selain sesi soal lisan, hari ini kita akan menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sempena pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, Yang Ke-15. Memandangkan masih ramai ahli Yang Berhormat yang belum mengambil bahagian, saya berharap kita dapat pastikan semua dapat mengambil bahagian membahas usul menjunjung kasih titah perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Hadirin sekalian, saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan ketidakhadiran Yang Berhormat Tuan Siau Meow Kong; Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rahang pada hari ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput ADUN Paroi.

Assalamualaikum WBT. Soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan Lot PT 5900, Mukim Rantau, Daerah Seremban yang berkeluasan 5 ekar. Merujuk kepada dokumen hakmilik bagi lot ini, Syarat Nyata yang ditetapkan adalah untuk Bangunan Perniagaan sahaja. Lot ini juga mempunyai taraf pegangan selama-lamanya yang telah didaftarkan di bawah nama Majlis Bandaraya Seremban sejak Oktober 1998. Memang Majlis Bandaraya Seremban mempunyai satu cadangan untuk menjual sebidang tanah milik MBS di Taman Pinggiran Senawang bagi tujuan pembangunan komersial. Walau bagaimanapun, majlis mesyuarat MMK yang bersidang pada 17 April 2024 telah membuat keputusan untuk menolak cadangan tersebut atas kepentingan dan juga keperluan penduduk setempat di kawasan tersebut. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sedikit cadangan ya, memandangkan ya, tapak ya, padang ini yang telah digunakan ya, ada padang bola, gelanggang futsal, trek jalan, riadah dan jugak taman permainan. Ini cadanganlah, saya mohon sangat-sangat ya, di peringkat kerajaan, buatlah stadium ini ya, di di tapak ini ya. Yang berkeluasan 5 ekar kerana kerana ada 3 taman besar ya yang merangkumi Taman Pinggiran Senawang, Taman Serawang Perdana dan juga Taman Bukit

Senawang yang ada lebih kurang 3 ke 5,000 ribu buah unit rumah. Itu cadangan di peringkat saya.

Dato’ Yang per, Dato’ Yang Dipertua, mengikut kawasan tersebut, kawasan tersebut memang mempunyai 15 lot kawasan lapang dan juga rekreasi yang menawarkan kemudahan padang bola sepak dalam radius 2 kilometer. 16 lot ini, 15 lot ini yang kita jadikan sebagai tapak padang permainan ini, jumlah keluasannya adalah 32.78 ekar. Keperluan itu memang ada dekat sana dan juga ada di 15 kawasan. Dan cadangan untuk kawasan yang dinyatakan tadi itu, kita akan mempertimbangkan mengikut kemampuan kita pada masa yang akan datang. Terima kasih.

Okey, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dari Kota soalan nombor 1.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua dan kepada Kota yang mengajukan soalan berkenaan dengan pelancongan. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) sentiasa mempromosikan produk ekopelancongan, eh sorry. Berkenaan dengan pelancongan, perancangan menjadikan Gunung Datuk sebagai fokus ekopelancongan.

Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan tiada halangan untuk menyokong mana-mana ipok, pihak meneruskan projek canopy walk (walkway) dengan izin, dan Rock Garden di Gunung Datuk sekiranya projek yang akan dilaksanakan itu tidak memberi impak negatif kepada dirian pokok di Taman Eko Rimba Gunung Datuk sepertimana cadangan terdahulu. Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan melihat kaedah stand-alone tower dengan izin, boleh digunakan untuk pembinaan canopi walk (walk way) sepertimana model skywalk di Forest Research Institute Malaysia atau FRIM, Kepong dengan panjang minimum Sky Walk 250 meter. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menjalankan semakan bersama FRIM dengan kos binaan pada masa ini sekitar 6.0 juta ringgit.

Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sebelum ini tidak bersetuju dengan perlaksanaan projek tersebut setelah mengambil kira penggunaan pokok-pokok yang sedia ada di situ dalam keadaan kurang memuaskan kekuatan fizikal pokok khususnya pokok dari spesies kayu lembut.

Selain dari itu, faktor jarak pokok yang berada berjauhan di antara satu sama lain tidak berupaya untuk menanggung bebanan berat (load weight capacity) canopy walk yang akan dibina. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua. Soalan Chuah nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan longgokan sam, sampah dan juga pewartaan kawasan tersebut. Pihak Jabatan Ukur Dan juga Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Sembilan telah pun mendaftarkan pelan warta kawasan pentadbiran MPPD. Nombor warta PW5957 pada 26 hari bulan 2, 2024. MPPD telah pun mengemukakan draf Warta Kerajaan bagi pelan tersebut kepada Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan pada 29 hari 2, 2024 untuk tindakan pewartaan. Pihak MPPD akan mengadakan program bersama penduduk telah selesai pelan persempadanan kawasan MPPD ni diwartakan.

Yang keduanya adalah penyediaan tong sampah merupakan antara syarat dalam permohonan license. Pihak MPPD telah pun menetapkan penyediaan tong sampah di premis perniagaan merupakan sebahagian syarat perlesenan yang perlu dipatuhi dan, oleh pelesen dan telah dinyatakan dalam syarat-syarat Syarat-syarat Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Lain-lain Profesyen. Kegagalan pelesen untuk mematuhi syarat tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kegagalan pelesen untuk mematuhi syarat tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah UUK lesen Tred, Perniagaan, Perindustrian dan Lain-lain Profesyen (MDPD) 1983, UUK Mencegah Kekotoran (MDPD) 1986 atau UUK Pengendali Makanan (MPPD) 2010. Pemantauan dan juga penguatkuasaan berterusan telah dijalankan bagi memastikan syarat-syarat tersebut dipatuhi sepertimana yang ada dalam syarat semasa kita mengeluarkan lesen kepada setiap perniagaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Lenggeng.

Terima kasih soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama daripada ADUN Lenggeng mengenai Hutan Lipur Lenggeng. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dalam perancangan pelaksanaan untuk penyediaan tapak berniaga di dalam kawasan Taman Eko Rimba Lenggeng pada tahun 2024 ini. Bagi peringkat permulaan, jabatan akan menyediakan tapak

perniagaan bagi food truck ataupun gerai bergerak dengan kapasiti maksimum 3 unit Tapak pada satu-satu masa. Ini saya rasa adalah selaras kawasan tersebut yang hanya dikunjungi terutamanya pada hujung minggu. Jadi dengan penggunaan food truck ia lebih bermakna dan akan lebih bersih insya-Allah.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bajet yang telah diluluskan bagi penambahbaikan Taman Eko Rimba Lenggeng, pada tahun 2024 adalah sebanyak 495 ribu peruntukan tersebut adalah digunakan untuk pembaikan tebing sungai lama kepada jenis konkrit bertangga dan empangan untuk tujuan mengadakan kolam mandi, naik taraf tapak perkhemahan, pembinaan tapak gerai dan pembersihan sisa konkrit kolam lama ini. Ya, jadi kita harap ia dapat menjadi satu tarikan di kawasan Lenggeng. Dan saya rasa tahun lepas juga ada peruntukan yang telah dapat diselesaikan iaitu projek pembinaan yang lepas. Jadi nampak dia berterusan dan saya harap ia menjadi tumpuan kepada masyarakat setempat untuk menjadi tempat kunjungan baru kawasan Lenggeng. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Yang Dipertua. Gemencheh soalan nombor 2.

Tuan Veerapan a/l SuperamaniamDAP · PHMenteri Besar · Repah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Gemencheh bertanyakan soalan Jualan Rahmah. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat pada tahun 2023, sebanyak 300 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh 36 DUN dalam Negeri Sembilan dengan 191 model perlaksanaan dalam premis, 5 perlaksanaan Jualan Rahmah secara terbuka dan 104 perlaksanaan Jualan Rahmah secara bergerak (mobile). Sejumlah hampir 2.0 juta telah dibelanjakan untuk subsidi Jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada lebih dari 600 ribu orang rakyat dan juga Jualan Rahmah mencecah hampir 10.8 juta.

Manakala bagi tahun 2024 bermula Januari sehingga 7 April 2024, sebanyak 156 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh 36 DUN dalam Negeri Sembilan dengan 121 modal perlaksanaan dalam premis, 9 perlaksanaan Jualan Rahmah secara terbuka atau premium, dan 26 perlaksanaan Jualan Rahmah secara bergerak atau mobile. Sejumlah 1.6 juta telah dibelanjakan untuk subsidi Jualan Rahmah yang memberi manfaat kepada lebih 130 ribu orang rakyat dan juga jumlah jualan mencecah 4.5 juta.

KPDN Negeri Sembilan juga telah bekerjasama dengan rakan strategik juga telah memberi cadangan supaya untuk menerima sebarang pandangan ataupun cadangan bagi mempelbagaikan stok keeping unit dan item jualan bagi memenuhi permintaan ataupun keperluan masyarakat setempat lokasi perlaksanaan Jualan Rahmah. Terima kasih.

Dato’ Dipertua, mohon mencelah. Gemencheh, boleh? Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah tahniah kepada Kerajaan Negeri atau Jualan Rahmah. Cuma saya nak bagi sedikit aduan daripada kawasan Beras Rahmah yang dijual mungkin Kerajaan Negeri boleh menyemak kembali sebab beras tu, aduan daripada masyarakat adalah jika mereka masak sebelah petang, sebelah pagi tu basi. Jadi ini aduan daripada daripada rakyat. Yang pertama.

Yang kedua adalah beras kebanyakannya dalam lingkungan 100 beg, pack saja bila dalam satu kawasan. Jadi mohon dapat kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Tengok cara jualan sekarang ni adalah open dan rakyat yang benar-benar memerlukan tidak dapat manfaat ini. Terima kasih.

Terima kasih atas pertanyaan tadi, daripada Labu. Setakat ni KPDNHEP Negeri Sembilan tidak menerima apa-apa aduan berkenaan aduan yang disampaikan oleh ADUN Labu tadi. Tetapi kita akan semak dan sekiranya ada, kita akan ambil tindakan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ada ada siapa ahli Yang Berhormat yang bawa soalan untuk Rantau? Atau …..

Dato’ Yang Dipertua, saya mewakili Yang Berhormat ADUN Rantau mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan daripada ADUN Rantau melalui Chembong. Iaitu peningkatan hasil Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah melaksanakan Kajian Pembinaan Jadual Input-Output dan Akaun Satelit Negeri untuk penyediaan Dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan tersebut, penjanaan, penjanaan hasil Kerajaan Negeri kepada komponen Hasil Bukan Cukai perlu dipertingkatkan bagi mengimbangi kutipan daripada Hasil Cukai, cukai. Tumpuan kepada Hasil Bukan Cukai dicadangkan berdasarkan kepada 2 pertimbangan.

Analisis kajian mendapati keupayaan Hasil Bukan Cukai dalam menjana nilai KDNK adalah lebih tinggi berbanding hasil cukai dan Terimaan

bukan cu, Bukan Hasil. Kedua, Hasil Bukan Cukai bersifat dinamik dan berkobe, berkorelasi dengan prestasi ekonomi negeri berbanding dengan Hasil Cukai yang lebih bersifat statik. Justeru, berdasarkan analisis dan kedudukan semasa ekonomi Negeri Sembilan, terdapat beberapa bidang berpotensi meningkatkan kutipan hasil antaranya transformasi komoditi air serta pengenaan, pengenal, pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi.

Pertama: Transformasi Sumber Air sebagai Komoditi Perniagaan. Bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri tahun 2024, Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah membuat semakan semula ke atas kadar caj air laut dan Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kenaikan caj air laut dari 1 sen/m3 kepada 3 sen/m3 Melalui kenaikan caj baharu ini BKSA dapat meningkatkan hasil sebanyak 46.036 juta setahun.

Caj BKSA juga, telah mengenakan caj yang baru iaitu Caj Struktur atas badan Perairan berkuatkuasa mulai 1 Julai, 1Januari 2024. Dan melalui pengenaan caj baru ini, BKSA dapat meningkatkan hasil dengan anggaran sebanyak 302,776.10.

Yang kedua: Pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah, ke arah kelestarian ekonomi. Selain itu, pelbagai bentuk caj baru yang menjurus kepada kelestarian pembangunan ekonomi boleh diperkenalkan kepada sektor ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber yang cekap. Oleh itu, transformasi kepada kualiti perkhidmatan berkenaan alam semula jadi akan ditambah baik secara menyeluruh bagi menyokong usaha melestarikan alam sekitar.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 32, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 18 Ogos, 18 Oktober 2023 juga telah bersetuju dengan pelaksanaan caj pemajuan bermula 1 Januari 2024 di peringkat PBT Negeri Sembilan. Mesyuarat telah bersetuju agar 20% daripada hasil kutipan Caj Pemajuan yang diterima di PBT dicarum kepada wang, Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) Negeri. Caj Pemajuan ini sebahagiannya dijadikan hasil PBT serta akan dibelanjakan oleh PBT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Caj Pemajuan yang dilevi ini secara tidak langsung akan mengimbangi peruntukan pembangunan Negeri dan juga peruntukan yang disalur kepada PBT di Negeri Sembilan untuk tahun-tahun perancangan berikutnya.

Selain itu, bayaran perkhidmatan ekosistem akan dikaji semula bagi menampung kos penyelenggaraan kemudahan awam serta menambah baik program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan biodiversiti. Justeru, langkah ini mencapai matlamat pengurusan hutan dan

biodiversiti secara mampan. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah mengkaji semula Kaedah-Kaedah Hutan yang telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mengenakan caj bayaran berkaitan ekopelancongan iaitu caj fi konservasi bagi Taman Eko Rimba terpilih sebanyak 3.00 ringgit untuk warganegara dan 6.00 ringgit untuk bukan warganegara serta dikecualikan bayaran untuk kanak-kanak dan warga emas. Caj fi konservasi ini yang sedang dalam tindakan Penasihat Undang-Undang untuk diwartakan sebelum, sebelum ia dapat dilaksanakan kutipan.

Bagi tahun’19, bagi tahun 2024, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan (PTGNS) dan Pejabat Daerah Tanah telah dibajetkan kutipan hasil tanah sebanyak 315.55 juta merangkumi 151.71 juta di bawah Hasil Cukai dan 163.0 juta di bawah Hasil Bukan Cukai.

Kerajaan Negeri melalui PTGNS telah menguatkuasakan Jadual Keenam (Rate of Office Fees), Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Sembilan (Pindaan) 2021. Pelaksanaan pindaan ini melibatkan kenaikan 4 item sedia ada yang telah ditambahbaik dan 19 item baru yang diwujudkan bagi tujuan pengenaan bayaran kos pentadbiran ke atas urusan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam urusan Jadual Keenam. Dalam masa singkat, pelbagai langkah proaktif telah diambil untuk mengembalikan Negeri ke atas, ke landasan pertumbuhan yang betul. Walhasil dalam tempoh suku pertama tahun 2024, kutipan Hasil Negeri bagi bayaran ikhtisas yang lain telah mencatatkan peningkatan sebanyak 80.13% bersamaan 10.86 juta berbanding 2023 yang lepas sebanyak 6.03 juta.

Kedua: Anggaran rizab sumber mineral di Negeri Sembilan ialah sebanyak 3,573.0 juta tan metrik. Salah satu sumber mineral tersebut adalah unsur nadir bumi bukan radioaktif iaitu sebanyak 200 ribu tan metrik. Namun, peningkatan hasil Kerajaan Negeri melalui sumber NR-REE mestilah mengambil kira aspek kesejahteraan masyarakat setempat dan alam sekitar.

Ketiga: Selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan; saya semasa sesi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan pada 1 Disember 2023, Kerajaan Negeri telah menyatakan untuk menye, untuk semakan kadar Cukai Tanah bagi meningkatkan Hasil Negeri. Semakan Cukai Tanah Negeri Sembilan (selepas ini akan dirujuk sebagai PCT) ternyata bukan pendekatan biasa bagi pelaksanaan pindaan cukai tetapi adalah meliputi dasar dan kaedah baharu untuk menghadapi tantangan semasa. Perubahan ini mencakup rangka memperbaiki tatakelola, melakukan anjakan dasar dan memperkenalkan kaedah serta pendekatan baru dalam kutipan hasil mengikut tuntutan semasa.

PCT yang bakal diluncurkan pada tahun 2025 akan mula dilaksanakan selaras dengan matlamat Belanjawan 2024 “Bersama Membina Negeri Madani”. Pembaharuan fiskal ini adalah langkah strategik di bawah bidang fokus Pengumpulan dan Penjanaan Kekayaan dan ia merupakan salah satu daripada 3 Bidang Fokus Utama yang telah ditetapkan bagi memastikan pengurusan kewangan negeri lebih berkesan dan mampan. Maka kerajaan telah mengikti, mengikhtiarkan semakan cukai tanah dan menyusul dengan kerangka PCT Peringkat Negeri. Kerangka dasar tersebut adalah perkara baharu bagi memacu pertumbuhan sosioekonomi negeri untuk tempoh 10 tahun dengan anggaran peningkatan sebanyak 330.79 juta yakni sebanyak 221.69% berbanding tahun 2024 sebanyak 149.21 juta.

Namun harus ditegaskan bahawa kerajaan, harus ditegaskan kerajaan berkhidmat demi rakyat dan tidak akan sesekali membebankan rakyat dengan ketetapan cukai di luar kemampuan mereka. Prinsip yang diangkat ialah pemerataan ekonomi yang adil demi kesejahteraan seluruh rakyat. Ini merupakan petanda yang positif, bahawa usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pertumbuhan hasil dan penambah, pembaharuan fiskal dapat mengukuhkan semula kemampatan, kemampanan fiskal negeri serta mencapai sasaran hasil Negeri mencapai 500 juta pada tahun 2025. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya silakan Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Bagan Pinang mengenai pembinaan bangunan di atas tanah rizab kerajaan di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, kebanyakan pihak PBT termasuk pihak JKR menyedari tindakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pembinaan dan gerai di atas rizab jalan dan dalam perhatian dan pemantauan. Bagi Jalan Persekutuan di bawah seliaan JKR, JKR Negeri Sembilan telah pun mengumpulkan maklumat struktur-struktur yang berada di dalam rizab Jalan Persekutuan dan telah pun menyerahkan maklumat berkenaan kepada JKR Malaysia untuk semakan dan pengesahan ya. Ketika Kementerian Kerja Raya mengunjungi kita tempoh hari bersama dengan Timbalan dan ketua-ketua jabatan, kita juga telah bincangkan perkara ini kerana ia, di setengah-setengah tempat tertentu amat membahaya kepada kepada pengguna lalu lintas kawasan tersebut.

Pihak PBT pula sedar akan kewujudan bangunan seperti gerai, garaj persendirian yang didirikan di atas tanah rizab jalan melalui rondaan berkala dan aduan yang diterima. PBT telah mempunyai maklumat terperinci berkenaan bangunan-bangunan yang didirikan di atas tanah rizab jalan kerajaan. Walau bagaimanapun, PBT mengambil tindakan terhadap bangunan yang didirikan atas tanah rizab melalui tindakan notis, kompaun, meroboh serta memfailkan kes ke mahkamah mengikut seperti mana diperuntukkan oleh undang-undang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Soalan tambahan, adakah kerajaan bersedia untuk memberi geran ataupun menjual tanah-tanah tersebut jika sekiranya bersesuaian untuk diusahakan? Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan daripada ADUN Bagan Pinang. Kita sedia maklum tanah rizab tersebut terlalu kecil ya, untuk buat jalan. Dan kita sedia maklum bahawa ada setengah-setengah itu amat berbahaya kepada pengguna lalu lintas. Dan kita rasa kita tak perlu untuk kita jual ya, tanah-tanah rizab ini, tanah rizab jalan kadang-kadang lebih kurang 40 kaki, 60 kaki, paling besar pun 60 kaki ya. Jadi kalau kita jual, esok akan datang apabila kita nak besarkan jalan, kita buat pengambilan semula. Dan kos pengambilan semula selalunya lebih mahal daripada kos kita ya, serah kepada orang-orang tertentu. Jadi ini telah menjadi pengajaran kepada kerajaan hari ini, apabila kita nak buat projek-projek yang sedia ada ni sekarang ni pun kita berhadapan dengan kos pengambilan tanah yang cukup tinggi. Jadi saya rasa keperluan untuk kita jual rizab jalan ini tidak ada. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Saya silakan Klawang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya memilih soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan statistik kemalangan jalan raya melibatkan binatang daripada tahun 2019 sampai 2023. Untuk 5 tahun ini, kemalangan maut disebabkan oleh binatang ataupun, adalah kemalangan maut adalah sebanyak 31, kemalangan parah 62, kemalangan ringan 187, kemalangan yang biasa ataupun kerosakan yang kecil 5,011. Jumlah kemalangan yang melibatkan binatang sejak 2019 sehingga 2023 adalah sebanyak 5,291 kes.

Pihak PPT, pihak yang, pihak PBT mengguna pakai peruntukan ditetapkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, UUK Pelesenan Anjing

PBT dan UUK Kawalan Lembu Kerbau PBT untuk menguruskan isu binatang terbiar serta mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh akta keba, Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Di samping itu Kerajaan Negeri Sembilan juga meluluskan dasar pemandulan anjing berlesen dan anjing terbiar sebagai langkah kawalan populasi anjing di Negeri Sembilan untuk diguna pakai oleh semua PBT di mana daripada semua kes kemalangan itu, kebanyakan kemalangan itu adalah berpunca daripada lembu. Dan ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan telah pun menjalankan secara agresif untuk menangkap lembu-lembu yang ada di kawasan-kawasan awam ataupun di tepi-tepi jalan sejak beberapa bulan ini. Dan contohnya di Majlis Bandaraya Seremban, sejak awal tahun ni beberapa tangkapan telah pun dilakukan. Setiap lembu yang ditangkap perlu dibayar kompaun sebanyak 2,000.00 ringgit dalam tempoh 7 hari jika dituntut oleh pemilik tersebut. Jika lembu tersebut tidak dituntut, ia akan dilelong. Dan beberapa tempat apabila tangkapan ini dilaksanakan secara agresif, dan kita dapat lihat ada perubahan. Dan kita harap ini kita akan laksanakan secara berterusan supaya isu-isu lembu-lembu ini dapat dikawal dan juga tidak mendatangkan kemalangan kepada pengguna-pengguna jalan. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Dato’ Yang Dipertua, bila ada konflik antara manusia dengan binatang ni, kita harus mengutamakan manusialah Yang Dipertua. Saya kira saya difahamkan ataupun saya rasa Negeri Sembilan telah mengamalkan tangkap, mandul dan sekiranya tidak ada apa-apa, dilepaskan balik ya, seperti yang diumumkan semalam ya. Tapi saya mencadangkan ya, Dato’ Yang Dipertua ya, sebab kalau anjing ini hayat dia 8 tahun ke 15 tahun, kalau saya tak silap ya. Maka persoalan itu ber, berterusan. Saya mencadangkan supaya pelupusan di di di di apa, di di dijalankan seperti yang dibuat di saya rasa di Manjung ya, saya difahamkan. Dan mungkin kita mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti, walaupun kita lupuskan tapi pastikan ianya masih ibadahlah insya-Allah. Jadi saya mencadangkan.

Cadangan tersebut kita akan dipertimbangkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Silakan persilakan YB Chembong.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya tarik balik soalan saya berkenaan miskin tegar kerana sepertimana yang disebut dalam titah ucapan perasmian tuanku Isnin lepas bahawasanya

negeri kita telah mencapai sasaran sifar miskin tegar. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, DUN Seremban Jaya kemukakan soalan kedua.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ADUN Seremban Jaya yang mengemukakan soalan berkenaan pencemaran sisa kimia, pembakaran bahan kimia. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, sehingga kini tiada kes yang melibatkan pembakaran bahan kimia dalam kilang tanpa kawalan di Negeri Sembilan. Bagi mengelak berlakunya tindakan pembakaran bahan kimia di dalam kilang, JAS selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 mengkehendaki premis dilengkapkan dengan sistem kawalan pencemaran udara SKPU bagi mengawal apa-apa pelepasan pencemaran ke udara.

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 terpakai kepada mana-mana premis yang digunakan bagi apa-apa maksud perindustrian dan perniagaan melibatkan apa-apa pembakaran. Sebarang pelanggaran peruntukan di bawah peraturan-peraturan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi daripada 100 ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat. Walau bagaimanapun tindakan perundangan akan diambil bagi setiap kesalahan yang melibatkan pencemaran udara terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan haa. Apakah jenis-jenis tindakan yang telah diambil, berapa kes dalam ni 3 tahun jangka. Benda itu memang tidak boleh dibakar. Ada tempat. Tapi macam mana, itu charge di dalam mahkamah.

Terima kasih kepada ADUN Seremban Jaya. Untuk data-data itu saya akan berikan soalan, jawapan bertulis. Untuk makluman Dewan ini, bilangan IP dan kompaun untuk pencemaran udara dari tahun 2022 sehingga 2024, untuk tahun ‘22, 2022 bilangan IP sebanyak 31 dan untuk tahun 2023 sebanyak 27 IP dan sehingga Mac 2024 – 3 IP telah dibuka. Dan bilangan kompaun untuk tahun 2022 adalah sebanyak 489, untuk tahun 2023 – 209 kompaun telah

dikeluarkan dan sehingga Mac 2024 sebanyak 46 kompaun telah dikeluarkan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato’ Yang Dipertua, Lukut kemukakan soalan nombor 2.

Puan Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Lukut juga atas soalan berkenaan dengan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan. “Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan LPNS kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (Pemerbadanan) dan apakah fungsi yang ditambah dan apakah status perlaksanaannya?”

Pada dasarnya, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan LPNS kepada Lembaga pelancong, Lembaga, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (Pemerbadanan). Satu sesi pembentangan berhubung hala tuju cadangan pengkorporatan LPNS sebagai anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) telah diadakan pada 24 hari bulan Februari 2024 lalu, semasa Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan). Walau bagaimanapun keputusan Ahli Lembaga Pemegang Amanah bersetuju supaya LPNS dikekalkan sebagai unit di bawah UPEN Negeri Sembilan dengan fungsi dan peranan yang sedia ada. Perkara ini akan diteliti semula dengan mengambil kira sudut kemudahan pengurusan organisasi serta peranan LPNS yang lebih efisyen dalam merancakkan industri pelancongan Negeri Sembilan terutama sebagai persediaan Negeri Sembilan bakal mengadakan Tahun Melawat Negeri Sembilan pada 2026. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Silakan Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya kemukakan soalan nombor 3.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman, buat masa ini, MBS tidak mempunyai inventori khusus untuk pokok-pokok di dalam kawasan DUN Lobak, yang mana jumlah pokok-pokok yang rosak ataupun sakit tidak dapat dinyatakan. Namun demikian, pemantauan akan terus dibuat oleh pihak MBS terutamanya kepada pokok-pokok yang berada di dalam kawasan rizab Majlis. Dan pemantauan itu jugak akan dilaksanakan jugak kepada semua pokok yang terutamanya yang terletak di sebelah jalan-jalan utama, yang kita tahu beberapa bulan ini telah berlaku beberapa kes yang telah pun melibatkan nyawa dan juga

beberapa kemalangan yang melibatkan pokok-pokok ini. Dan kita jugak akan lihat beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini, pokok-pokok itu adalah di kawasan persendirian. Yang berada di kawasan persendirian, yang telah pun tumbang ataupun jatuh ke kawasan jalan yang menyebabkan kemalangan. Dan kita jugak akan melihat untuk jugak kepada beberapa pokok-pokok yang terdapat di kawasan persendirian supaya Majlis dapat mengenal pasti dan juga memintak pihak pemilik tanah ataupun pemilik tanah ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya insiden-insiden yang seperti ini tidak akan berlaku pada masa akan datang.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Nilai. Jawapan yang agak ni sempurna. Tapi jikalau ikut rekod pusat khidmat kita ni, Lobak, sebenarnya ada panjangkan khasnya di Jalan Seremban – Mantin, tapi bukan bawah PBT, ini bawa JKR. Tahun ni 2 kes pokok tumbang. Tapi tadi nyatakan tu katakan tak ada kes yang pokok tumbang. Tapi ini antara hubungan dengan PDRM atau, dia memang ada buat report, tapi di Jalan Tan Sri Wasagam [Manickavasagam] pun sama jugak, sampai kaki patah. Kami pun ada buat report, buat rayuan bahawa yang sebelah pokok tumbang itu, ada pokok bahaya jugak. Kena dicantas atau ditebang. Semalam saja di Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, sampai seluruh pokok besar, tumpeng, 17 kereta kena. Lagipun satu orang mati, jiwa terkorban. So kami tak harap kes-kes ini berulang-ulang lagi.

So saya cadangkan atau pakai peruntukan yang khas. Kerana masih musim hujan. Semasa hujan, ahli Majlis saya, saya sendiri tak senang hati itu. So kami takut ini ulang-ulang lagi. So kami harap PBT atau JKR atau jabatan yang berkenaan tu, jabatan bertanggungjawab tu, tolonglah turun padang, tengok. Bukan sampai pokok dia nak kering baru dia cantas atau pokok bunga condong tu, 35 degree ke atau 45 degree ke. Jalankan tugas. So kami harap Exco Nilai tolong kasi arahan kerana jiwa amat dihargai. I think bukan Lobak sahaja. Semua sama juga. Tak kan kes ini lepas berlaku kami baru akan perhatian atau, sorry haa, satu perkara dan highlight ini. PBT dia tumbang, dia cantas, dia dia kasi bersih. Tapi saya cadangkan PBT mungkin kaji semula bahawa pokok dia agak bahaya kena tindakan seterusnya. Jangan dia tumbang. Saya tanya itu Landskap, dia ada SOP dia. So kami harap setiap PBT mungkin akan kaji semula jikalau terima aduan dari rakyat atau Ahli Majlis atau ADUN, turunlah. Jangan ikut SOP yang sekarang tu, mungkin saya pun faham, SOP pokok yang tak bahaya, tak tumbang sampai jalan, tak ada kerja untuk landskap atau apa tu. Tapi kena kaji semula. Zaman sudah lain, Perbandaran pun jadi Bandaraya. So kami harap ni kerana kaji semula bahawa bila terima tu tak sampai jiwa manusia terkorban. Terima kasih.

Okey memang kita tidak menafikan kes-kes pokok tumbang, jatuh di atas jalan ni menye, menyebabkan beberapa kemalangan termasuk kemalangan maut. Dan ia melibatkan jalan JKR dan juga jalan Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk jalan-jalan negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri telah pun meluluskan peruntukan MARRIS setiap tahun untuk kerja-kerja potong pokok ataupun mencantas pokok supaya ia tidak berbahaya kepada masyarakat ataupun pengguna-pengguna jalan.

Dan berkaitan dengan cadangan kaji balik ataupun mengkaji balik, itu adalah sesuatu cadangan yang bagus. Kerana hari ini telah berlaku perubahan iklim dan juga beberapa kes jugak disebabkan masa hujan dan juga masa angin kuat. Dan kita akan kaji balik. Dan cadangan ini kita akan pertimbangkan supaya tidak mahu ada lagi kes-kes disebabkan oleh pokok ini sehingga hilang nyawa. Kita akan mempertimbangkan.

Terima kasih, assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Paroi.

Saya memintak sedikit masa tentang isu keselamatan ya, pokok ini. Dan sebagaimana dinyatakan oleh YB tadi tentang tanah persendirian yang pokoknya tidak diuruskan oleh pemilik. Saya rasa benda ni kena ambil perhatian. Kalau kita tengok jalan antara Paroi sama Senawang tu, kebanyakannya tanah, tanah persendirian. Dan kita tengok dahan pokok itu betul-betul dah ada dekat jalan. Sepatutnya ada buffer zone. Sepatut tindakan kena ambil tindakan proaktiflah bagi tahu tuan tanah ataupun kita bertindak. Sebab ini melibatkan. Ni tak boleh main-main ni. Dah 2 meninggal kat situ. Dan saya rasa tindakan pantas kena ambil, ya. Dan sekarang ni kalau saya, saya, saya, saya, saya minta ya, Yang Berhormat Exco lawat kawasan tersebut dan kawasan itu ialah line of fire. Benda ni kalau kita bila-bila boleh berlaku. Dan semalam di Sungai Gadut ya, Sungai Gadut pun cerita pokok tumbang. Dan benda ni saya rasa kena ambil perhatian dengan serius ya. Kena cepat. Kalau tidak, dia kata, isu keselamatan ni adalah isu yang pertama.

Okey terima kasih atas cadangan. Memang betul, beberapa kes yang berlaku ini adalah melibatkan tanah-tanah persendirian. Pokok-pokok yang jatuh daripada tanah-tanah persendirian. Dan saya pun telah minta kepada pihak PBT untuk kita, jika ada pokok-pokok yang berisiko di tepi-tepi jalan utama ataupun di kawasan-kawasan perumahan yang memang ada tanah persendirian bersebelahan itu, pokok-pokok itu perlu kita kenal pasti dan kita akan, kita akan hantar notis kepada pemilik-pemilik tanah tersebut supaya tindakan diambil. Kalau mereka tidak ambil tindakan, kita akan kaji

balik bagaimana untuk kita dapat ambil tindakan terhadap pemilik-pemilik tersebut.

Berkaitan dengan beberapa kes yang sebelum ini berlaku. Mungkin ada satu kes kematian itu disebabkan oleh angin kuat, bukan masa hujan, tapi angin kuat yang jatuh pokok dan seorang meninggal dunia. Tetapi sebuah, satu lagi kes di Paroi adalah bukan disebabkan oleh pokok jatuh tapi semasa pembersihan pokok dilakukan. Pemandu itu membawa kenderaan dan langgar pokok yang telah pun jatuh dan sedang dibersihkan oleh pihak bomba pada masa itu. Dan bukan semuanya berpunca daripada ini. Tetapi kita memang mengambil maklum dan juga tindakan terhadap pokok-pokok yang ada di kawasan-kawasan persendirian. Memang saya telah minta pun kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kita kenal pasti. Sebelum berlaku apa-apa, kita kenal pasti, kita ambil langkah proaktif supaya perkara-perkara seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua.

Satu lagi, ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya terima kasih Dato’ kewangan pasal peruntukan keluar daripada MARRIS. Saya ingat, saya haraplah memang boleh settle lah. Ini masalah boleh settle. Saya harap Dato’ Kewangan boleh tolong Exco Nilai dan PBT. Saya pun ada satu tempat ada masalah, dekat Taman Bidara, jalan, Jalan Tampin, jalan ke arah Tampin, Taman Bidara pun ada masalah jugak. Saya dalam Dewan ini, boleh kalu mari peruntukan itu sikit DUN Seremban Jaya. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemas bertanyakan soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Gemas kerana kemukakan soalan berkenaan dengan Kompleks Mini Sukan Gemas dan mahu maklumat berkenaan dengan kemajuan ataupun status sebenar projek berkenaan. Untuk makluman Dewan, pihak Kementerian, Belia Dan Sukan telah mengeluarkan Perakuan Kerja Tidak Siap ya, Perakuan Kerja Tidak Siap kepada ke pihak kontraktor pada 16 April 2024. Dan pada masa sekarang, pihak kontraktor telah dikenakan tindakan denda mengikut kepada syarat di dalam kontrak kerja ini.

Pihak KBS juga telah mengadakan Mesyuarat Pra Contract Coordination Panel ya, pra Contract Coordination Panel pada 24 April yang lalu dan dijangka Mesyuarat Contract Coordination Panel ini akan diadakan pada bulan Mei ini bagi membincangkan dan mempertimbangkan langkah pemulihan bagi projek sakit ini. Sekian terima kasih.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Soalan tambahan. Ini merupakan kali ketiga tambahan masa. Saya ambil maklum daripada ucapan Yang Amat Berhormat Sikamat semasa, selepas Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri pada hujung 2023, yang, Yang Amat Berhormat berkata jika kontraktor masih gagal memperbaiki prestasi tindakan penamatan kontrak akan dilaksanakan dan pelantikan Kontraktor Penyelamat akan dilakukan dengan seberapa segera.

Saya mengharapkan sebab kita dah bagi kerajaan telah memberikan ruang yang cukup besar pada kontraktor bermula daripada EOT yang pertama, 7 Februari. Kemudian diberikan tambahan masa yang kedua pada Oktober 2023. Seterusnya diberikan masa lagi. Tapi kita sampai hari ini kalau ditik, dilihat pada keadaan di kawasan tiada sebarang kerja-kerja dibuat di tapak pembinaan. Mohon jawapan daripada Exco.

Yang Dipertua soalan tambahan. Soalan tambahan. Kalau kita tengok eh pasal saya sokonglah DUN Gemas cakap tadi. Di Jempol ni pun ada jugak projek sakit ni. Dah setahun lebih dah. Iaitu projek Pusat Penjaja Jempol lah. Dalam Mesyuarat JPTG pun dah dibincang, 1 April untuk dibuat. Tetapi saya tengok, ni kampung saya ni Batu Kikir ni, tak ada jalan. Jadi saya sokonglah DUN Gemas ni disyorkan kontraktor yang tidak menunjukkan prestasi yang baik ni tamat je lah kontrak. Ramai lagi kontraktor yang tak dapat kerja boleh bagi peluang pada dia orang untuk siapkan. Setuju Gemas?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Gemas kerana soalan tambahan tadi. Untuk makluman dewan sekalian, kontrak yang disebutkan oleh Gemas tadi ialah projek pembinaan Kompleks Mini Sukan Gemas yang telah pun dimula kerja pada 24 Mei 2021 dan ia benar, telah diberikan EOT sebanyak 3 kali. Dan untuk makluman Gemas, opsyen yang ada sekarang ini ialah yang pertamanya projek ini akan dibawa masuk ke Mesyuarat CCP sepertimana saya sebutkan tadi pada bulan Mei ini. Ia akan dikongsikan oleh TKSU sendiri. Untuk makluman ini adalah projek di bawah Kementerian Belia Dan Sukan. Hasrat Kerajaan Negeri sememangnya kita mahu projek ini bukan siap hari ni, 2 tahun lepas kita nak benda ni siap ya, sebab sudah disebut oleh Yang Amat Berhormat dalam Mesyuarat Tindakan Negeri baru-baru ini,

Kerajaan Negeri telah pun melahirkan rasa kecewa rasa hampa di atas kelewatan projek ini. Namun demikian, kita telah syorkan pada kementerian supaya mengambil tindakan tuntas mengikut perlembagaan atau mengikut peraturan yang ada ataupun undang-undang yang ada di dalam kontrak ini supaya dia tidak menjadi masalah pada kemudian hari. Jadi mesyuarat akan dibuat dalam bulan 5 ini untuk memutuskan sama ada penamatan kontrak tersebut boleh dilakukan ataupun tidak, ataupun nak diberikan EOT seterusnya. Ini akan diputuskan oleh KBS dan yang pentingnya kita hendak apa pun keputusan dibuat oleh KBS itu memberi kesan yang baik kepada rakyat sepertimana diharapkan juga oleh Gemas supaya Kompleks Sukan Gemas ini akan dapat disediakan dan diguna pakai oleh rakyat di sana. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Lui di atas pertanyaan yang berkaitan dengan pertanian dan penternakan di dalam kawasan felda. Untuk makluman Yang Berhormat serta ahli Dewan, terdapat program pembangunan peneroka yang kita panggil sebagai 3P ya, PPP di bawah FELDA, di mana objektif utama program tersebut adalah untuk memberikan pendapatan tambahan kepada peneroka dan menjamin keselamatan makanan negara yang melibatkan hampir 115,000 peneroka di seluruh negara dan di 317 cawangan rancangan di seluruh Malaysia.

Untuk rekod, di Dewan yang mulia ini, terdapat 587 Projek Plasma ataupun Individu dan 4 Projek Badan dan Koperasi yang dijalankan di dalam kawasan kosong di seluruh tanah Rancangan Felda di seluruh Negeri Sembilan. Projek PPP ini melibatkan pemberian geran sebanyak 9.5 juta. Dan di antara projek yang terlibat ialah projek madu kelulut, projek ayam kampung, projek arnab pedaging, projek bebiri, projek sayuran hidroponik dan projek ikan talipia serta projek cili fertigasi.

Secara amnya kawasan felda dalam Daerah Jempol adalah merupakan salah satu kawasan yang terletak dalam kawasan agropolitan yakni kawasan tumpuan pembangunan pengeluaran makanan di Negeri Sembilan. Penumpuan pembangunan sektor ternakan khasnya menggunakan kaedah penternakan secara integrasi dengan tanaman sawit dan getah.

Kerajaan Negeri melalui ataupun menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan turut memperkenalkan pelbagai bantuan dan inisiatif yang berkaitan dalam bidang penternakan bagi menggalakkan para peneroka felda terutamanya golongan generasi kedua felda untuk turut terlibat dalam aktiviti pertanian seperti yang telah disenaraikan.

Saya mengambil sedikit masa untuk menyenaraikan antara bantuan ataupun di dalam aktiviti PPP ini. Pertama ialah bantuan baka ternakan dalam bentuk Geran Pemadanan (Skim Double Up 2.0). Yang kedua ialah bantuan menaik taraf premis ternakan lembu, kerbau, kambing dan bebiri. Ketiga: bantuan menaik taraf kolam kumbahan. Keempat: bantuan mesin perincih rumput. Kelima: bantuan penyediaan petak rambutan persendirian ataupun homeplot. Yang keenam: bantuan pam air. Ketujuh: bantuan pagar elektrik. Kelapan: latihan penternak. Dan kesembilan: Transformasi Ekonomi Desa.

Kesemua yang telah disenaraikan itu, Kerajaan Negeri juga menerusi Jabatan Pertanian bersedia untuk melaksanakan kolaborasi bersama FELDA dalam membangunkan kawasan pertanian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, insentif-insentif itu terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan termasuk usahawan-usahawan tanaman makanan di kawasan felda. Dan sehingga kini untuk rekod, seramai 477 orang telah pun disenarai pendek untuk menerima manafaat dapat insentif dengan nilai peruntukan berjumlah 6.024 juta yang melibatkan 635 hektar kawasan pembangunan bagi tahun 2024.

Untuk makluman Dewan, saya sebut juga senarai secara terperinci bagi peserta PPP di bawah FELDA bagi DUN Sungai Lui yakni ADUN yang bertanya ya. Sungai Lui, bagi kawasan Sungai Lui saja jumlah keseluruhan peserta seramai 246 orang yang meliputi Pasoh 3, Lui Timur, Lui Selatan 1 dan 2, Lui Muda dan Sungai Lui. Bagi pengusaha JP, Jabatan Veterinar, bidang penternakan yang merangkumi lembu-lembu tenusu, kerbau, kambing bebiri, ayam kampung, itik pedaging dan sebagainya.

Yang Berhormat juga bertanya secara detail perkara yang berkaitan dengan peserta dan senarainya panjang, Dato’ Speaker. Kalau saya baca karang lambat kita nak habis soalan lisan ini, saya mintak supaya senarai ini akan saya sampaikan secara lisan kepada Yang Berhormat ADUN Lui. Terima kasih.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada Exco Kanan yang telah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil makanan khususnya bagi Negeri Sembilan. Ada tak perancangan kita untuk kita jadikan kawasan-kawasan felda ni kerana dia banyak atau apa

ni, bank apa ni, bank untuk makanan ternakan ya, land bank ni, untuk kita jadikan kawasan felda ni salah satu daripada pusat pengeluaran makanan ruminan bagi negara khususnya Negeri Sembilan.

Dato’ Speaker, seperti yang telah saya jelaskan dalam jawapan Dewan sebelum ini, bahawa kawasan pengeluaran makanan ataupun state food security dengan izin, untuk menjamin kecukupan bekalan makanan kita terutamanya bagi Negeri Sembilan, kawasan felda tidak terkecuali sebenarnya. Dan saya sebut sekali lagi di Dewan yang mulia bahawa beberapa plot pertanian di dalam kawasan felda yang sedang beroperasi dan yang akan beroperasi mengikut sistem ataupun mengikut keadaan yang tertentu sedang dan akan dilaksanakan.

Cumanya yang penting bagi saya ialah supaya Yang Berhormat ADUN di setiap kawasan felda termasuk pengurusan FELDA untuk memastikan setiap plot pertanian ini dapat diurus secara bersistem tanpa ada sebarang pencerobohan tanah-tanah kosong felda. Kerana apabila adanya pencerobohan kawasan tanah kosong felda, ini akan mendatangkan masalah apabila pengeluaran hasil dia keluarkan ataupun sampai tibanya peluang hasil untuk dikeluarkan oleh pengusaha-pengusaha berkenaan. Jadi saya nak sebut kepada Lui bahawa state food security dengan izin, ataupun apa ni, jaminan makanan untuk Negeri Sembilan juga turut disumbangkan oleh beberapa kawasan felda yang ada di Negeri Sembilan insya-Allah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Juasseh.

Terima kasih Yang Dipertua. Soalan saya nombor 2.

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Juasseh. Dato’ Yang Dipertua, Power House wanita Gemilang (PH GEM) adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk memperkasakan wanita tanpa mengira kaum, umur dan latar belakang. PH GEM adalah sebuah manifesto Pakatan Harapan untuk memperkasakan wanita di Negeri Sembilan. PH GEM telah diluluskan pada 16 Ogos 2018 menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan dengan fasa pertamanya dijalankan di 3 parlimen iaitu Kuala Pilah, Seremban dan Tampin.

Pada Februari 2022, 2020 program PH GEM dijalankan secara menyeluruh di 8 Parlimen dengan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 1.5 juta. Bagi tahun-tahun seterusnya, untuk tahun 2021, peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 1.6 juta dan tahun 2022 sebanyak Ringgit Malaysia 1.6 juta dan tahun 2023 sebanyak 1.6 juta,

dan pada tahun 2024 peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 1.5 juta telah dibentangkan pada Belanjawan 2024.

Program-program di bawah PH GEM ini secara amnya disertai oleh suri rumah, ibu tunggal dan anak muda yang berminat dalam deraftangan, kraftangan dan kegiatan ekonomi yang lain. Dalam peruntukan-peruntukan ini ya, seterusnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan agensi/jabatan dan NGO yang berminat untuk melaksanakan program bersama di bawah inisiatif PH GEM ini boleh memilih dan melaksanakan program dari 5 kluster yang ditetapkan seperti kesihatan, ekonomi, pendidikan dan alam sekitar, dan perundangan dan hak asasi.

Dato’ Yang Dipertua, PH GEM telah menepat, menempatkan ya, Penyelia dan Pembantu Penyelia untuk mengurus dan menyelaraskan program-program di setiap Parlimen. Setiap, sejak PH GEM ditubuhkan, ramai yang telah menerima manfaat daripada program-program yang dianjurkan. Antaranya salah satu impak program besar yang dianjurkan oleh PH GEM adalah Hari Wanita setiap tahun, Orange Day dan simulasi Sidang Wanita yang melahirkan wanita kepimpinan dan keberanian untuk ke hadapan. Peruntukan melalui program, bengkel yang meliputi kesihatan, pendidikan, sosio ekonomi dan hak, dan alam sekitar dengan kerjasama dengan JPKK dan badan-badan NGO dapat, telah menyantuni pelbagai golongan wanita dan masyarakat setempat.

Untuk makluman sidang DUN yang mulia ini jumlah program PH GEM pada 2018 sehingga 2023 adalah sebanyak 518 program telah dilaksanakan. Manakala setakat April 2024 tahun ini, sebanyak 5 program telah dijalankan di Parlimen Kuala Pilah, Seremban dan Rembau yang melibatkan seramai 467 orang. Jadi program PH GEM ini bukan sahaja memberi impak dari segi kemahiran serta ekonomi malah ia merupakan sebuah program yang boleh membantu mempertingkatkan status wanita dalam masyarakat. PH GEM juga bertekad ingin melahirkan golongan wanita yang berdaya saing, berkeyakinan dan mempunyai etika sebagai seorang pemimpin. Ini boleh dilihat melalui beberapa program seperti simulasi sidang DUN yang diwakili oleh wanita daripada setiap kawasan DUN.

Jadi harapan saya, info-info ini perlulah ADUN-ADUN kawasan menyampaikan maklumat-maklumat kepada golongan wanita di DUN masing-masing untuk sebarang program dan permohonan boleh dibuat di Pejabat Exco Wanita. Sekian terima kasih, Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okey, saya jemput Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama daripada Temiang mengenai sumber hasil bumi. Dato’ Yang Dipertua, sumber hasil bumi Negeri Sembilan meliputi bahan batuan dan mineral. Untuk bahan bantuan sumber hasil bumi yang terlibat ialah batu kuari, pasir sungai, pasir daratan, pasir laut, tanah merah, rumput, batu kapur, batu bata dan tanah liat. Manakala dari sumber hasil bumi bagi mineral pula ialah pasir silika, bijih besi, bijih timah, batu putih, granite berdimensi dan emas.

Kutipan hasil sumber hasil bumi bagi bahan batuan pada tahun 2018 saja adalah sebanyak 33.9 juta, pada tahun 2019 sebanyak 38.6 juta, pada 2020 – 35.7 juta dan pada tahun 2021 sebanyak 32.8 juta. Manakala bagi tahun 2022, sebanyak 33.9 juta dan pada tahun 2023 sebanyak 35.1 juta. Kutipan sumber hasil bumi bagi mineral pada tahun 2018 sebanyak 400 ribu bagi tahun 2019 – 2.1 juta, pada tahun 2020 – 900 ribu pada tahun 2021 – 1.1 juta, pada tahun 2022 sebanyak 2.0 juta dan pada tahun 2023 menurun kepada 1.2 juta ringgit. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua Dewan. Seperti yang kita telah ambil maklum, Kerajaan Persekutuan telah meneruskan ini SOP ya, bagi perlombongan REE di seluruh Malaysia untuk menambah sumber hasillah bagi negeri-negeri kita. Jadi soalan tambahan saya adalah, berapakah permit kelulusan telah diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri kepada perlombongan REE di Negeri Sembilan? Dan di manakah lokasi-lokasi perlombongan tersebut? Dan bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan perlombongan tersebut tidak menjejaskan pencemaran kepada alam sekitar di Negeri Sembilan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan tambahan mengenai REE. Kita sedia maklum bahawa REE pada satu ketika dulu merupakan satu perkara yang diwar-warkan dan di ditimbulkan sebagai satu hasil yang baru yang boleh mendapat pendapatan yang besar. Tetapi oleh kerana di saat ini harganya telah menurun hampir separuh, agak agak perlahan. Jadi kita Kerajaan Negeri sentiasa, baru selesai menyediakan SOP untuk perlombongan REE ini dan baru selesai. Dan kita juga buat masa ini apa, menawarkan tanah-tanah yang sesuai iaitu di kawasan Jelebu. Dan jika ada tanah-tanah persendirian di kawasan-kawasan lain juga, kita boleh pertimbangkan dan harus mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Dan kita nak pastikan juga bahawa perlombongan ini adalah perlombongan yang tidak memberi kesan alam sekitar. Jadi itu antara faktornya. Dan kita telah

meletakkan SOP yang agak ketat di Negeri Sembilan ini. Buat masa ini kita hanya mendapat tawaran secara lisan saja dan belum ada yang secara secara terus ataupun secara diluluskan, diluluskan tawaran tersebut. Jadi masih dalam rundingan dan rundingan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Johol, soalan nombor 2.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Johol. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Johol mengenai urus tadbir perkhidmatan Kerajaan Negeri, okey. Dato’ Yang Dipertua, perkhidmatan secara dalam talian yang semakin bertambah di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan membuktikan Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat sejajar dengan perkembangan teknologi digital terkini. Ianya bukan sahaja memudahkan golongan sasar dalam melaksanakan urusan dengan Kerajaan Negeri malahan ianya dapat menggalakkan penglibatan masyarakat melakukan transaksi digital agar tidak ketinggalan dalam era digital ini.

Perkembangan ini selaras hasrat Kerajaan Negeri untuk memacu transformasi perkhidmatan digital sektor awam dalam menyediakan kaedah transaksi yang lebih berkesan dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Antara perkhidmatan digital yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama: penyediaan Platform Permohonan Bantuan Rakyat (N9Digital). Bayaran Cukai Tanah, permohonan carian persendirian, carian rasmi, semakan status perserahan secara dalam talian (e-PTGNS). Ketiga: pembangunan Gerbang Pembayaran Setempat Kerajaan Negeri melalui N9PAY. Permohonan dan Bayaran Rumah Awam Kos Rendah secara dalam talian (ePENS). Dan yang kelima: perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi urusan bayaran bil taksiran, kompaun serta permohonan-permohonan yang melibatkan kelulusan One Stop Centre dan permohonan lesen/permit yang berkaitan.

Selain itu, Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan (PEDNS) 2027 telah memfokuskan kepada 4 strategi utama yang akan dilaksanakan dalam mencapai matlamat “kerajaan dipacu digital” iaitu pertama: mengguna pakai data raya sektor awam. Kedua: memacu ke arah e-Kerajaan. Ketiga: meningkatkan kemahiran digital tenaga kerja sektor awam. Dan yang keempat: mentransformasi ke arah Bandar Pintar Berdaya Digital.

Keempat-empat strategi yang dinyatakan dijangka akan dapat memperkasakan sektor awam untuk membuat keputusan yang lebih baik, cepat dan berkesan berdasarkan data-data utama yang disatukan dalam pengkalan data dan berkesinambungan. Selain itu, proses pendigitalan perkhidmatan dan proses kerja kerajaan dapat dipercepatkan dengan dapat memberi manfaat kepada penerapan minda digital serta meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat di Negeri Sembilan. Keupayaan digital penjawat awam juga dapat ditingkatkan yang memberikan impak kepada peningkatan produktiviti serta memberi mutu perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

Dalam perkembangan Negeri Sembilan ke arah pertumbuhan dan pembangunan yang lebih hos, lebih kukuh, aspek digital akan jadi nadi utama dan Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan utuh bagi mencapai matlamat tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan dan terima kasih Yang Amat Berhormat Segamat. Berkaitan dengan digital ini, saya tidak nafikan ya, penggunaan sistem digital di Negeri Sembilan kita ini boleh dikatakan mula diperluaskan sepertimana borang-borang permohonan ya, boleh didapati melalui website, N9 dan sebagainya. Jadi saya memeri cadangan di sini sebab saya rasa ia juga melibatkan maklumat-maklumat daripada jabatan-jabatan ataupun agensi Kerajaan Negeri Sembilan sendiri seperti agensi-agensi yang terlibat dengan mempromosi Negeri Sembilan ya, supaya laman-laman website, sistem maklumat ya, dapat pertingkatkan dari segi penggunaan. Kerana saya apa yang saya lihat ada juga agensi-agensi Negeri Sembilan ini yang website nya masih lagi kadang-kadang itu tidak di update kan, mungkin telah agak sekian lama.

Begitu jugak dengan sekarang ini telah ada kaedah-kaedah digital yang, dia teknologi ni berkembang agak pantas ya, sistem pencapaian sepertimana yang saya cakap semalam, semasa mencadangkan dalam perbahasan titah tuanku iaitu penggunaan super apps, apss kedua apps saja, sekarang ni dah ada super apps pulak dah kan. Jadi saya harap kita, Kerajaan Negeri ke arah satu sistem pendigitalan yang lebih efektif atau efisien dan saya harap benda ini akan dapat dilaksanakan di negeri kita ini. Terima kasih Dato’ Seri.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih atas pandangan daripada Kota, Johol, minta maaf, atas pandangan Johol, dan kita akan ambil maklum dan kita sentiasa memastikan bahawa perkembangan ini dapat kita laksanakan berperingkat-peringkat. Dan insya-Allah kita akan selesai pada tahun 2027 dan kita berharap semua sektor dapat kita link kan dan tidak lupa

kita dapat link juga dengan Kerajaan Persekutuan dalam data-data untuk dikongsi bersama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Membawa kemukakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua ya, menga, soalan Mambau adalah surat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung dengan permohonan penukaran nama pemilik kilang perindustrian mengambil masa yang lama. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri amat menitikberatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam proses membuat keputusan bagi suatu permohonan. Permohonan kebenaran pindah milik tanah perlu melalui proses kerja bermula di Pejabat Tanah. Seterusnya ke Pejabat Pengarah Tanah Galian Negeri dan Bahagian Dewan Undangan Negeri diangkat untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKNS).

Berdasarkan arahan Pengarah Tanah Galian Negeri Sembilan, bilangan 16/2022 tempoh masa bagi permohonan kebenaran pindah milik tanah yang melibatkan pertimbangan MMKNS tidak melibatkan tanah di kawasan perempatan berkelompok adalah sebanyak 41 hari bekerja tidak termasuk ulasan daripada agensi jabatan luar tertakluk kepada dokumen permohonan adalah lengkap dan teratur. Proses kerja dan tempoh masa bagi permohonan kebenaran pindah milik tanah telah ditambah baik namun masih perlu mengikut syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua soalan tambahan. Jadi Dato’ Yang Dipertua, isu permohonan surat persetujuan iaitu consent letter, mintak izin, MMK ini adalah berkaitan dengan pelaburan negeri jugak. Pelaburan merupakan sektor yang sangat penting kepada Negeri Sembilan. Satu laporan daripada Malaysia Investment Development Payment Authority, itu MIDA Negeri Sembilan menyatakan Negeri Sembilan berjaya mendapatkan hasil pelaburan sebanyak 10.1 bilion pada tahun 2023. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin kerana kepimpinan beliau, Negeri Sembilan menjadi salah satu tempat pilihan pilihan untuk pelabur tempatan dan luar negara.

Jadi soalan tambahan saya, adakah MMKNS berhasrat untuk mewujudkan satu sistem untuk mempercepatkan proses penukaran, penukar, penukaran nama penukaran penukaran lama pemilik kilang Perindustrian. Dan adakah pelan perancangan jangka pendek dan pelan

perancangan jangka panjang untuk menarik perhatian daripada pelabur asing ke Negeri Sembilan dan ia akan memberi kesan persaingan antara negeri berdekan, berdekatan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

….. atas soalan ADUN Mambau berhubung dengan apa persetujuan untuk kita, untuk menyegerakan ya. Sebenarnya untuk pindah milik ya, nama kilang ni sebenarnya tak banyak ya, tak banyak ya. Tak yang kalau berlaku pun dia boleh kita bilang dengan jari ya, tetapi pelaburan baru itu yang menjadi keutamaan. Dan saya rasa kalau tanah tersebut kawasan kawasan daripada tanah ladang yang memerlukan pembatalan apa semua, rizab apa semua, jadi itu mengambil masa yang agak panjang, ya. Dan itu pun Kerajaan Negeri hari ini mengambil tindakan supaya proses ini berjalan bersekali makna mempercepatkan proses itu bagi memendekkan usaha untuk kita memastikan bahawa perlaksanaan ini dapat kita segerakan. Dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Invest NS yang selalunya memberikan tumpuan bagi memastikan kelulusan-kelulusan tambahan di peringkat PBT, peringkat pejabat tanah semuanya dilalui dengan segera dan jika ini dimaklumkan kepada pihak Invest NS, pastinya dia akan mendapat keutamaan dalam kelulusan-kelulusan yang kita luluskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Pencelahan, dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Saya lihat berkenaan permohonan MMK ini biasanya lewat adalah disebabkan di peringkat Pejabat Tanah. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri semak balik jumlah kakitangan kerajaan yang berada dalam PBT-PBT. Contoh di Seremban, di Jempol, di Kuala Pilah. Kadang-kadang jumlah kakitangan tu sama ramai di Seremban dua ataupun di Jempol ataupun di Jelebu. Tetapi permohonan jumlah yang banyak contohnya di Seremban 2, permohonan lebih banyak, tapi stafnya kurang. Jadi ini mungkin menjadi salah satu faktor segala permohonan masyarakat ataupun pelabur adalah lewat. Jadi saya mungkin Dato’ SS boleh semak perkara ni. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Kalau ikut bilangan pekerja ataupun kakitangan kita di Seremban 2 adalah paling tinggi di seluruh Negeri Sembilan ya. Mengikut Pejabat Tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah. Kita lihat di ini paling ramai ya. Yang keduanya kita melihat bahawa apabila satu kelulusan itu ada masalah teknikal, kita bagi balik kepada tuan tanah. Tuan tanah sebenarnya yang ambil masa yang lama khususnya kadang-kadang lawyer dia ataupun konsultan dia ya. Ini yang menyebabkan apabila dia lambat lepas itu dia pulang balik fail itu lambat, lepas tu dia mintak seperti awal dihantar, peringkat awal. Jadi ini yang berlaku sebenarnya.

Dan saya juga minta supaya pihak pengusaha ataupun pihak pelabur melihat apa sebenarnya punca dia. Kalau konsultan dia, dia kena mengakulah konsultan dia ya, bukan di bawah peringkat teknikal, di peringkat Kerajaan Negeri. Kerana kita akan sentiasa mengadakan mesyuarat melihat apakah perkembangan setiap permohonan-permohonan tersebut. Ya, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya mintak, saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Assalamualaikum WBT. Saya bangun bertanya soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan kawasan-kawasan perumahan baru dalam pembinaan di dalam kawasan Labu. Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan juga pemantauan kepada pemaju di kawasan-kawasan perumahan baru di dalam kawasan PBT dari semasa ke semasa. Sudah tentu setiap pembangunan di setiap kawasan perlu melalui beberapa peringkat dan juga mendapatkan kelulusan daripada semua agensi ataupun jabatan yang berkaitan sebelum mereka memulakan sesuatu projek. Dan juga mengambil kira semua faktor sebelum sesuatu projek itu diluluskan di peringkat negeri ataupun di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

Dan pihak ataupun Majlis Bandaraya ataupun semua jabatan yang terlibat sentiasa melakukan pemantauan terhadap setiap projek yang dilaksanakan di sesuatu kawasan. Dan sudah tentu jika sesuatu pembangunan itu tidak mematuhi syarat-syarat yang telah pun ditetapkan semasa mereka mendapatkan kelulusan, tindakan seterusnya mesti akan diambil. Dan sudah tentu di kawasan Labu, semalam Yang Berhormat Labu telah pun membangkitkan isu berkaitan dengan projek pembinaan kawasan perumahan ataupun Taman Bakti YNS yang telah pun menyebabkan beberapa isu. Dan semua PBT ataupun semua jabatan telah pun mengambil tindakan dan saya bersama Yang Berhormat Labu pun telah melawat kawasan tersebut yang satu isunya adalah kolam tadahan ataupun kolam takungan yang tidak dibina di tempat yang ditetapkan. Selepas itu, saya telah pun mendapat maklumat bahawa bulan lepas kolam takungan yang telah disyaratkan itu telah pun dibina dan bulan ini kolam takungan yang temporary itu ataupun sementara itu akan ditutup. Sama jugak untuk setiap projek ataupun kawasan-kawasan pemajuan, tindakan pemantauan akan dilaksanakan.

Yang kedua berkaitan dengan kalau penduduk mengalami kerugian. Kalau sebarang kerugian oleh mana-mana pihak boleh dituntut kepada

pihak berkenaan ataupun pihak pemaju. Dan sekiranya pihak berkenaan enggan bertanggungjawab, kita di peringkat wakil rakyat ataupun di peringkat negeri, kita boleh menjadi orang tengah untuk kita selesaikan isu ini. Kalau pun pihak tersebut tidak dapat memberikan ke, apa, ganti rugi, pihak yang terlibat boleh menuntut, boleh mengemukakan permohonan ke mahkamah yang akan memutuskan kelayakan tuntutan berkenaan. Terima kasih.

Tambahan Yang Dipertua. Berkaitan yang sama jugak, saya nak dapat penjelasan daripada Exco Kerajaan Tempatan dalam ucapan titah, Duli Yang Amat Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan mengatakan memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal vokasional di Negeri Sembilan adalah salah satu cabang baru dalam dunia pendidikan. Tapi kalau kita biarkan di tempat-tempat perumahan ni, kita memberi kebenaran kepada warga-warga asing dengan bebas. Saya ulang lagi sekali, dengan bebas berniaga menjalankan aktiviti kontrak, saya rasa niat Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan tercapai.

Saya mohon kerjasama kerajaan, Exco Kerajaan Tempatan dengan CIDB pertamanya memantau kawasan-kawasan perumahan yang menjalankan, membenarkan warga asing menjalankan renovation rumah ataupun termasuk apa saja kerja yang tanpa mengikut undang-undang yang dibenarkan dalam negara ini. Sebagai contoh, saya ambil banyak kawasan ya, bukan Negeri Sembilan saja banyak perumahan, warga asing Indonesia dan jugak Bangladesh bebas menjalankan renovation rumah, mereka tidak perlu SSM, mereka tidak perlu CIDB. Walhal benda ni dah berlaku sekian lama. Sekian lama dah berlaku tapi tindakan kita agak, agak longgar. Yang pertama.

Yang kedua, bagaimana anak-anak kita satu masa nanti nak nak menceburi bidang ini. Kalau setakat renovation, renovation pun dikuasai oleh mereka untuk membaik pulih elektrik aircond jugak dikuasai oleh mereka dan mereka ni tidak memerlu bayar cukai apa, apa-apa cukai dan meletakkan harga yang rendah. Jadi kita tak boleh langsung bersaing dengan mereka. Jadi saya mintak Exco Kerajaan Tempatan melalui PBT bertindak tegas kepada termasuk juga kepada termasuk jugak kepada tuan-tuan rumah yang membenarkan renovation dilakukan oleh warga asing. Tidak salah kalau dilakukan warga asing kalau mereka adalah pekerja. Kita kena pastikan bahawa di negara ini hanya rakyat Malaysia sahaja yang dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja renovation mengikut lunas-lunas sedia ada. Jadi saya harap Kerajaan Negeri di bawah Exco Kerajaan Tempatan memandang serius perkara ini. Kita tidak mahu anak-anak kita pada masa depan tidak ada mendapat apa-apa ruang dan ruang ini digunakan sebaik mungkin oleh warga-warga asing. Terima kasih.

Kerajaan Negeri memang memandang serius perkara ini. Sebab itu beberapa tindakan penguatkuasaan telah dan juga sedang dikaji untuk diambil. Bukan sahaja terhadap perniagaan-perniagaan warga asing tetapi jugak terhadap kontraktor-kontraktor warga asing yang membina ataupun melaksanakan kerja-kerja renovation ataupun membaik pulih rumah-rumah di kawasan-kawasan perumahan yang memang sedang bertambah. Tapi apa yang kita perlu adalah, tahu adalah setiap kerja-kerja ini memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti plan dan juga beberapa perkara yang perlu dipatuhi supaya setiap kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan sela, dengan baik dan juga ia selamat kepada semua. Dan kita harap ini perlu dipatuhi juga oleh setiap pemilik rumah. Bukan dilakukan dengan tanpa kebenaran. Dan kalau berlaku apa-apa, ia juga memberikan bahaya, membawa bahaya kepada pemilik rumah tersebut.

Maka saya juga, kita akan lihat cara-cara untuk kita memperkuatkuasakan ataupun mengambil tindakan yang lebih agresif terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh mana-mana kontraktor. Kontraktor itu boleh terdiri daripada sesiapa tetapi mereka adalah perlu mendapatkan kelulusan sebelum memulakan sebarang kerja. Dan perlu ada seorang majikan ataupun seorang kontraktor yang mempunyai kelulusan ataupun mempunyai, mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Dan saya ingat isu ini kita dapat diselesaikan dengan penguatkuasaan yang lebih agresif daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Jeram Padang.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Jeram Padang bertajuk kerja naik taraf persimpangan Felda Palong 2, kerana kawasan tersebut jalannya tidak lebar, kawasannya gelap, berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman persimpangan tersebut terletak di Jalan Persekutuan laluan FT1283 Jalan Palong Utama. JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan ke laluan FT1283 ini bagi tujuan projek Menaiktaraf Serta Melebarkan Jalan Utama Palong FT1283 Kepada Standard R3 Berserta Hard Shoulder Selebar 2 Meter Bagi Laluan Kecemasan, Jempol, Negeri Sembilan pada Rolling Plan Ke-5, RMKe-12 yang lalu ya.

Tapi kita sedia maklum bahawa kita akan angkat semula kalau, ke, tidak disenaraikan ya, jadi kita akan angkat semula projek tersebut di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan yang akan datang untuk kelulusan kelak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Okey, ahli-ahli Berhormat sekalian masa bagi pertanyaan lisan hari ketiga telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

UsulMotion

Yang Dipertua Dewan

Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan DiRaja.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan DiRaja. Saya mempersilakan ahli-ahli Yang Berhormat yang bersedia sekarang untuk menyampaikan perbahasan, ucapan perbahasan. Ya sila Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ya terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Seperti yang kita sedia maklum, tuanku telah menyatakan kebanggaan baginda dengan pencapaian-pencapaian kerajaan perpaduan Negeri Sembilan dalam titah ucapan baginda. Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah berjaya mengikuti hasil sebanyak Ringgit Malaysia 541.42 juta pada tahun lepas. Dan berjaya mengubah belanjawan defisit kepada surplus sebanyak Ringgit Malaysia 4.93 juta. Rizab Kerajaan Negeri juga semakin bertambah kukuh dan bertambah baik. Jadi saya yakin semua inisiatif yang telah diumumkan dalam belanjawan untuk tahun ni tentu boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan demi menjaga kebajikan rakyat Negeri Sembilan. Jadi saya berasa baginda amat berpuas hati dengan pelbagai kejayaan yang telah dicipta dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga ingin mengambil peluang ini menanyakan beberapa isu berkenaan dengan isu kawasan projek menaik taraf infrastruktur abang di kawasan Temiang. Yang pertama sekali adalah berkenaan dengan ucapan bertulis pada sidang kali ini. Saya dimaklumkan bahawa terdapat 3 projek MARRIS telah diluluskan untuk kawasan DUN Temiang berjumlah dengan peruntukan Ringgit Malaysia 3.6 juta. Jadi saya berharap mendapat maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan 3 projek MARRIS tersebut dan bilakah tiga projek tersebut akan dilaksanakan supaya saya boleh mengwar-warkan maklumat ini kepada orang ramai.

Yang kedua adalah saya nak tanya tentang status permohonan projek menarik taraf saluran longkang di Jalan Seng Meng Lee di mana saya membuat, telah membuat permohonan ini pada tahun lepas iaitu Februari, 15 Februari 2023 untuk mengatasi masalah banjir di kawasan perniagaan tersebut tetapi sehingga hari ini, masih tak ada apa-apa kelulusan. Dan mengapa belum diluluskan permohonan ini ini kerana telah tunggu selama setahun.

Saya juga ingin bertanya tentang status permohonan pembinaan sebuah balai raya di Taman Sri Pulai 3. Di mana ini tiada apa-apa tempat yang sesuai untuk pihak saya menjalankan apa-apa aktiviti kemasyarakatan dan pihak saya terpaksa menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di tepi jalan di mana yang tidak selesa dan tidak selamat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan tanah, berkenaan dengan tanah-tanah persendirian yang tepiar, yang terbiar. Di mana saya telah menjadi wakil rakyat sejak 2008 dan perkara ini sering kita bangkitkan tanah-tanah persendirian yang terbiar ini pemiliknya sengaja membiarkan tanah-tanah mereka secara terbiar dan menjadikan kacau gangguan kepada jiran-jiran sebelah. Saya ambil satu contoh di mana di Taman Temiang Jaya di mana ada sebidang tanah persendirian yang tanahnya telah terbiar dan penuh dengan semak samun pokok-pokok yang layu dan tinggi. Pada 15 Mac yang lalu, ahli Majlis kawasan Temiang telah turun bersama dengan Pengawai Jabatan Landskap untuk mengenal pasti status tanah tersebut dan telah dikenal pasti tanah tersebut adalah kawasan persendirian, persendirian. Tetapi setelah menunggu 3 minggu tak ada apa-apa tindakan dan pada 4 hari bulan 4 yang lalu, berlakunya pokok tumbang telah merosakkan bumbung depan rumah seorang warga tua yang beralamat nombor 277, Lorong Rahmat 3, Taman Temiang Jaya dan menyebabkan kerosakan pada rumah warga tua tersebut. Jadi saya berharap, perkara ini telah lama dan Kerajaan Negeri perlu mengambil satu tindakan yang tegas dan hukuman yang berat kepada pemilik-pemilik, pemilik-pemilik tanah ini kerana telah menyebabkan kacau gangguan kepada penduduk-penduduk setempat. Dan saya juga menyeru kepada pihak Jabatan Landskap MPS supaya bertindak secara pro aktif terhadap kerja-kerja kecemasan ini. Walaupun tak dapat berhubung dengan pemilik bolehlah masuk terus mencantas pokok-pokok tersebut supaya tidak menyebabkan masalah pokok tumbang kepada penduduk-penduduk setempat. Jadi saya rasa Kerajaan Negeri kena bertindak tegas dan memberi hukuman yang lebih kerap, lebih keras kepada mereka ini.

Yang yang ke, yang seterusnya, saya juga bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya menaikkan kadar denda LAD kepada kontak-kontak yang selalu tidak menyiapkan projek-projek kerajaan dalam jangka masa, jangka waktu yang ditetapkan. Kita sebagai wakil rakyat sering mendapati projek-projek Kerajaan Negeri sering disiapkan tidak mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Kontraktor-kontraktor sering menyiapkan projek-projek kerajaan melebihi jangka waktu yang ditetapkan. Jadi ini telah menjejaskan imej Kerajaan Negeri Sembilan kerana kontraktor-kontraktor tidak takut dengan kadar LAD yang begitu rendah. Kalau kalau mengikut jawapan bertulis pada sidang kali ini, kadar LAD hanya 50.00 ringgit Malaysia, 50.00 ringgit sehari untuk had nilai perolehan 20,000.00 ke 200 ribu. Kadar LAD hanya 100.00 sehari sahaja untuk nilai perolehan perolehan 200 ratus ribu sehingga 500 ratus ribu. Kadar LAD lebih kurang 200.00 sehari bagi mereka projek-projek yang melebihi 500 ribu. Jadi kadar LAD ini yang begitu rendah mereka mampu bayar. Mereka tidak takut. Dan ini dalam menjejaskan wakil rakyat dimarah. Padahal kontraktor-kontraktor ini yang cari untung bukan wakil rakyat, cari untung tapi kita dimarah oleh penduduk-penduduk setempat kerana kerja tidak dapat disiapkan dan menyebabkan banyak masalah kepada peniaga-peniaga ataupun penduduk-penduduk setempat. Jadi saya rasa. saya cadang kepada Kerajaan Negeri, naikkan kadar LAD ini kepada 100 kali ganda supaya kontraktor-kontraktor boleh menyiapkan kerja-kerja projek Kerajaan Negeri.

Perkara seterusnya adalah berkenaan dengan permohonan saya iaitu menambah lampu-lampu awam MBS di pusat perniagaan Jalan Seng Meng Lee, sepanjang Jalan Dr. Chen Man Hin, dari bulatan Taman Desa Temiang sehingga ke persimpangan trafik light Jalan Tun Dr. Ismail. Di mana saya telah banyak kali berjumpa dalam Datuk Bandar tentang permohonan ini. Dan kawasan tersebut amat gelap pada waktu malam. Dan membahayakan penduduk-penduduk setempat serta peniaga di sana.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah juga tentang projek penurapan jalan dan menyelenggara longkang serta kerja berkaitan di Jalan Temiang Seremban yang telah pun dijalankan pada awal tahun ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, setelah pihak kerajaan meluluskan peruntukan untuk projek ini pada tahun lepas, saya telah berjumpa beberapa kali dengan pihak berunding projek ini dan pihak MBS supaya, untuk memastikan projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan lebih sempurna. Tetapi saya amat kecewa dengan sikap syarikat perunding yang telah dilantik oleh MBS ini, bagi projek ini iaitu Perunding Sinar Teguh Sendirian Berhad di mana sebelum projek ini di dijalankan saya telah memberi

beberapa cadangan untuk menambah baik projek ini. Tetapi, tetapi yang mengecewakan saya adalah semua cadangan saya tiada ditolak dan tidak dimasukkan dalam skop kerja projek ini. Keadaan ini tanah menyebabkan projek ini terpaksa ditangguh sementara waktu untuk memohon peruntukan tambahan. Jadi sebagai wakil rakyat, kita memang kecewa dan berasa tidak dihormati kerana kita tahu apa keadaan di sebenar di projek tersebut. Dan cadangan-cadangan kita amatlah benar dan bernas tetapi tidak dilayan ataupun tidak dipedulikan oleh syarikat ini. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri perlu menentukan satu dasar baru iaitu pelaksanaan sesuatu projek perlu mendapat pandangan dan pengesahan siap kerja daripada wakil rakyat tempatan agar projek tersebut, agar projek, projek tersebut betul-betul memanfaatkan penduduk-penduduk setempat, supaya tiada lagi projek-projek yang tidak disempurnakan tidak akan, dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, yang perkara seterusnya ada berkenaan dengan Anugerah Siswazah Cemerlang Khas Pertama Kerajaan Negeri Sembilan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana setiap tahun memberi sumbangan kepada siswazah-siswazah yang mendadak mendapat keputusan Kelas Pertama. Saya ingin mengambil peluang ini bercadang kepada Kerajaan Negeri agar dapat memberi sumbangan anugerah Siswazah Cemerlang ini kepada pelajar-pelajar yang mendapat kepetusan khas pertama daripada Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman. Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman merupakan sebuah institut pendidikan tinggi yang bukan keuntungan. Saya telah menerima banyak permohonan daripada pelajar-pelajar universiti ini di mana mereka telah mendapat kelulusan kelas pertama tetapi mereka dimaklumkan bahawa universiti ini tiada dalam senarai IPTA Anugerah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan. Maka permohonan mereka telah ditolak. Ini memang amat mengecewakan merekalah kerana mereka juga merupakan anak Negeri Sembilan dan daripada kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan rendah. Mereka telah rajin belajar sehingga memperolehi keputusan Kelas Pertama dalam pembelajaran mereka. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri menerima cadangan ini dan memberi sumbangan Anugerah Siswasah Cemerlang kepada pelajar-pelajar daripada universiti ini.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang bertanyakan tentang kempen pengurangan kompaun atas kesalahan tempat lekak, letak kereta oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap tahun kita dimaklumkan Pihak Berkuasa Tempatan ada menganjurkan kempen pengkulangan kompaun. Kempen pengurangan kompaun ini telah memberi pengurangan sebanyak 50%. Dan ada satu kali pernah MBS

telah memberi kekurangan sebanyak 80% pada tahun 2021. Jadi persoalan saya adalah, mengapa kempen ini diteruskan tahun demi tahun? Berapakah jumlah kompaun yang masih tunggu, masih tertunggak dan perlu dibayarkan oleh orang ramai di di tentang kesalahan ini, tentang kesalahan ini sehingga hari ini? Kempen ini adalah amat tidak adil untuk mereka yang telah bayar awal dan mematuhi undang-undang. Mereka yang bayar apa dalam tempoh yang kita tahukan sepatutnya yang diberikan diskaun bukan mereka yang lambat. Mereka yang lambat patut diberi denda tambahan. Bukan diberikan kekurangan. Ini adalah amat tidak adil. Saya bayar awal sepatutnya dapatlah diskaun. Mereka yang lambat bayar sepatutnya denda lebih hebat, lebih keras lagi. Jadi ini seakan-akan MPS menggalakkan orang ramai membuat kesalahan yang tidak mengikuti undang-undang undang, yang tidak mengikuti undang-undang. Jadi saya berharap YB Exco meneliti perkara ini supaya keadilan boleh dibela untuk mereka yang mematuhi undang-undang. Kompaun perlulah dibayar mengikut waktu yang ditetapkan supaya orang ramai tidak melanggar undang-undang.

Jadi perkara terakhir adalah berkenaan dengan sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Seperti yang kita maklum ada beberapa waktu Bandar Seremban memang sesak dan orang ramai masih tidak suka menggunakan pengangkutan awam disebabkan mereka perlu tunggu lama, kita, walaupun kita telah menyediakan ini bas percuma, tetapi tempoh menunggu tu memang agak lama. Jadi saya nak tanya Kerajaan Negeri, apakah inisiatif lain ataupun inisiatif baru untuk membaiki sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan. Seperti yang saya saya sedia maklum ada bas, perkhidmatan bas henti-henti dan apakah status projek ini, inisiatif ini. Jadi Ini beberapa isu yang saya berharap Kerajaan Negeri boleh meneliti supaya kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan dapat terbela. Jadi saya menyohong, menyokong usul ini. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih YB, saya menjemputkan Yang Berhormat Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Nak dulu ke? Bayar 20.00 ringgit. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang, Yang Dipertua, terima kasih. Sekali lagi yang dihormati dikasihi Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, barisan Exco Kerajaan Negeri dan sahabat-sahabat Yang Berhormat semua. Belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin daripada saya dan seluruh penduduk DUN Gemas. Terima kasih Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk berbahas, menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang

di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15. Kami semua rakyat DUN Gemas mendoakan semoga Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar diberikan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usianya oleh Allah SWT. Aaminn.

Dato’ Yang Dipertua, pertama saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat kerana membantu menyelesaikan projek penurapan semula jalan-jalan di sekitar Gemas. Alhamdulillah dalam masa 8 bulan ini pelbagai penurapan jalan di sekitar Gemas dan daripada jalan Gemas, Tampin dan daripada Gemas ke Londah telah diselesaikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jurutera Daerah Tampin yang melayan aduan tentang kualiti kontraktor yang menjalankan kerja. Cuma saya mohon Yang Amat Berhormat dan juga JKR Daerah Tampin untuk memantau sebab dalam masa tak sampai 6 bulan ini, turapan ini sering rosak kembali. Saya faham dengan keadaan cuaca dengan keadaan kenderaan tapi dimaklumkan dengan teknologi, menggunakan teknologi terkini ini, sepatutnya turapan ini boleh bertahan 2 ke 3 tahun. Saya harap tindakan sewajarnya.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih, hari ni nak ucapkan terima kasih je Yang Berhormat. Yang kedua, loji rawatan air DUN Gemas yang telah dinaik taraf oleh Kerajaan Negeri telah berjaya mengatasi permasalah tekanan air rendah di DUN Gemas terutamanya sepanjang cuti perayaan tempoh hari. Alhamdulillah, tak ada aduan, tahun ni raya dengan aman dan tenteram Yang Amat Berhormat. Cuma saya mohon bantuan daripada Yang Amat Berhormat, saya maklum permasalahan ini melibatkan 2 entiti iaitu Syarikat Air Negeri Sembilan dan Kementerian Pertahanan di mana saya mendapat aduan daripada ramai anggota dan pegawai, permasalahan air, tekanan air rendah di dalam kawasan kem Gemas. Di mana apabila, kita ada berhubung dengan syarikat SAINS, syarikat SAINS mengatakan tekanan air cukup untuk dibekalkan ke dalam kem. Tapi apabila sampai di dalam kem, permasalahan mula timbul. Saya tidak tahu bagaimana, tapi saya tahu kepakaran syarikat air di bawah Kerajaan Negeri boleh membantu Kementerian Pertahanan untuk membantu pegawai-pegawai ini, anggota-anggota ini. Simpati kepada mereka kerana selepas, ada yang suami yang terlibat di, bekerja luar, jadi isteri dan anak terpaksa mengangkat air daripada luar atau terpaksa pergi ke surau dan masjid untuk mendapatkan sumber air.

Yang ketiga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Nilai kerana aduan saya tentang permasalahan pintu gerbang yang

berkarat, uzur telah mula dibaiki walaupun tidaklah seperti yang diinginkan tapi alhamdulillah ada perkembangan yang baik. Cuma saya bersyukur, apabila saya pergi ke Tampin pun, pintu gerbang yang sama telah dicat. Cuma dalam dua ini, macam ada perbezaan. Sayang. Kita ada pintu gerbang yang cantik di satu kawasan ada tulis selamat datang di sebelah kanan ada selamat jalan. Tapi ada satu pintu gerbang tanpa pematuhan, kerja yang sama tak ada, papan tanda tersebut. Jadi saya harap ada pemantauan daripada pihak YB Nilai melalui Majlis Tempatan untuk melihat isu ini.

Dan saya juga bersetuju dengan YB Lenggeng tentang kesukaran kami untuk bertemu pegawai. Saya, pegawai-pegawai yang terlibat di daerah, saya ada menghantar surat dah 8 bulan Yang Amat Berhormat untuk bertemu. Saya bertemu bukan untuk mintak kerja. Saya bertemu bukan tak nak melobi apa-apa. Cuma saya ingin menyampaikan hasrat daripada rakyat, permasalahan rakyat, malah ingin memberikan cadangan supaya keharmonian rakyat di DUN Gemas dan sekitarnya mendapat manafaat daripada kestabilan hari ini. Saya puji Yang Berhormat tapi kita tak, bukan nak mencari masalahlah Yang Berhormat. Hari ini saya katakan permasalahan seperti landskap di daerah Gemas yang agak uzur, 20 tahun dulu begitu dengan bunga mengkuang. Kalau Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat dan seluruh Yang Berhormat datang ke Gemas, jika lalu di kem Gemas, persimpang kem Gemas yang merupakan kem terbesar di Asia Tenggara, tidak menggambarkan itu adalah kem yang terbesar. Sepi dan landskap yang kurang menceriakan. Saya juga ter, terkesan apabila sahabat saya Jeram Padang terlibat dalam kemalangan. Jalan tersebut seharusnya dinaik taraf, diberi pencahayaan yang cukup walaupun kami sering berbalah antara itu, kami katakan itu jalan orang Palong tapi sebenarnya orang Gemas, orang Pasir Besar tetap menggunakan. Semoga ada jalan penyelesaian untuk jalan Gemas, Palong ini, daripada Pasir Besar ini untuk diceriakan di, pencahayaan. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Saya menghantar surat pada bulan sepuluh tentang memohon naik taraf pencahayaan walaupun dimaklumkan kawasan tersebut agak sukar untuk dijadikan lampu tiang daripada TNB tapi mendapat maklum balas daripada pejabat Yang Amat Berhormat untuk diangkat kepada pihak atasan.

Di sini juga saya merayu kepada Majlis Tempatan, sekarang ni kita ada satu masalah kecil Yang Berhormat. Itu, yang kami mohon Yang Dipertua untuk saya katakan kepada Majlis Tempatan, sekarang ni saya hanya ada saluran melalui SISPAA. Di mana di Gemas ada individu-individu mendirikan rumah ibadat kecilan, persendirian di taman permainan di simpang jalan. Kita khabarkan, kita buat aduan kepada Majlis sebab jika, saya tidak mengganggu mana-mana agama atau

kepercayaan semua orang tapi kawasan didirikan itu adalah reserve jalan atau reserve taman permainan. Jika kita tidak mengawal keadaan ini hari ini, jika keadaan itu jadi lebih besar, masa tu agak sulit untuk kita semua. Hari ini kita berberbincang supaya tindakan dapat di diselesaikan.

Saya juga ingin memohon bantuan daripada Pihak Kerajaan Tempatan. Jika ada mesyuarat, ada simulasi tentang, hari ini saya bersimpati sahabat saya di Gemencheh, setiap malam ada saja air naik, air lalu. Di tempat kami ni air lalu. Di Gemas, dijalankan di Tampin, dijalankan simulasi banjir. Tapi tidak, tiada penglibatan pihak kami. Saya akur, saya YB pembangkang, tapi ini bencana Yang Amat Berhormat. Ini bencana Yang Dipertua. Bila berjadinya perkara tersebut, rakyat akan bertanya, contoh saya ambil ayat Lukut semalam. Isu air sampai pukul 3:00 pagi kenapa kami terpaksa jawab bagi pihak syarikat air tapi kami melayani mereka dengan baik sehinggalah selesai. Tapi untuk menyelesaikan, orang tengah marah Yang Amat Berhormat, Yang Dipertua, kami layan sehabis baik. Tapi jika kami tidak dibawa dalam pelan tindakan bencana, bagaimana kami nak menerangkan, bagaimana kami nak menyampaikan hasrat. Kata dalam keadaan hari ini, kita berpolitik dalam keadaan yang matang.

Saya seterusnya, ingin menegaskan pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah melaksanakan satu majlis pecah tanah tapak Masjid Baru Gemas. Sehingga hari ini, kawasan itu terbiar menjadi tempat membuang sisa binaan dan pagar zink, holding yang memagari kawasan tersebut, kawasan tersebut, saya rasa Yang Amat Berhormat perasan, ramai yang perasan di tepi jalan utama berhadapan Sekolah Menengah Gemas di mana ia telah rosak, telah tertanggal zinknya. Saya mohon, saya telah buat aduan melalui sistem online. Sampai hari ini, tiada sebarang tindakan. Jadi ini menjejaskan imej yang baik, kurang baik kepada Jabatan Agama Islam sebab di pagar di tanah tersebut telah diberikan satu papan tanda, tanah ini milik Hal Agama Islam Negeri Sembilan. Saya harap kalau kita tidak boleh buat apa-apa Yang Berhormat Yang Dipertua, boleh tak tanah ini disewakan supaya ada pengusaha-pengusaha tanaman sayuran boleh mengusahakan supaya kawasan ini laluan utama. Somak samun Yang Dipertua.

Seterusnya saya ingin membangkitkan juga berkenaan dengan isu tanah seluas 6,653 hektar di Kem Gemas, Mukim Air Kuning yang menjadi rizab kawasan latihan dan tembakan tentera yang telah diwartakan. Saya difahamkan pemberian milikan daripada Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat telah diluluskan pada 2014. Dengan nilai premium semasa ketika itu adalah sebanyak 2.0 bilion. Akan tetapi, saya mendapat maklumat bahawasanya sehingga hari ini, setelah bertukar

beberapa kali kerajaan, proses penukaran hak milik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat masih belum diselesaikan. Ketika ini tanah milik Kerajaan Negeri ini digunakan oleh Kerajaan Pusat. Jadi ia tidak mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri. Saya percaya selama bertahun-tahun ini Kerajaan Negeri mengalami kerugian atau menanggung kos bayaran premium tanah dan juga bayaran cukai tanah. Saya percaya kebijaksanaan Yang Amat Berhormat mampu mencari jalan memuktamadkan isu ini kerana Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah kerajaan yang seiring. Ini bukan kerana saya nak merebutkan tanah ini. Kita sayang. Setiap tahun kita mencari dana walaupun kami pembangkang, kami tetap menghormati Yang Amat Berhormat untuk bersama-sama kita menjadikan negeri ini negeri yang cukup mampan.

Seterusnya isu kenaikan harga barang. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Pertang yang, Exco Kanan yang begitu berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala langkah madani. Saya tidak ada halangan. Saya menyokong apa saja walaupun saya hanya di dikhabarkan di di poster-poster. Tak apa. Janji rakyat di Gemas, sekitarnya mendapat nikmat daripada program-program ini. Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani, Jualan Negeri Prihatin secara bermusim, tidak boleh diteruskan kerana ada pendapatan, saya ingin mencadangkan saya bukan kata tak sesuai, saya katakan 3 jualan yang ini telah diwujudkan ini bagus cuma mohon ditakwimkan, tak dijadualkan secara, sebab saya difahamkan Jualan Negeri Sembilan Prihatin secara perminggu, Jualan Rahmah dwi mingguan, Jualan Agro Madani secara bulanan. Jika ditakwimkan jadi ada rakyat di kawasan saya ini, pendapatan mereka harian, Yang Dipertua. Jadi ado kang, ado kang, ado lah. Hujan kang takdo lah kang. Saya harap Yang Dipertua faham bahaso orang Negeri Sembilan tu, kang ini. Tak faham, kang saya toghang kan lagi kang. So pendapatan harian ini mereka membeli mengikut acuan pendapatan harian, bukan bulanan. Saya faham usaha kerajaan ni cukup baik cuma ditakwimkan. Saya bukan membantah. Saya merasa ditakwimkan, dijadualkan di supaya dipaparkan supaya, supaya semua rakyat mendapat nikmat ini keseluruhan.

Saya juga bimbang, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dalam titah tuanku tempoh hari menyatakan Negeri Sembilan telah sifar kemiskinan tegar. Tapi tahun ini Yang Amat Berhormat, Yang Dipertua, seluruh Kerajaan Negeri, saya agak bimbang sebab kenaikan harga barang, pendapatan masih sama. Pendapatan masih sama iaitu tahun 2000, kenaikan gaji itu pada hujung tahun nanti. Tapi pendapatan bulan 1 sampai bulan 5 ini, sama seperti tahun lepas. Tapi kenaikan barang-barang yang cukup, tidak dapat dikawal. Contohnya hari ini kepada kaum ibu yang biasa tahun lepas membeli bawang hanya 3.00 ringgit

sekilo, hari ini telah naik menjadi 6.50 sekilo. Peningkatan 100%. Saya bimbang pendapatan isi rumah yang kekal yang sama, sebelum bulan 12 nanti akan menyumbang kepada sifar itu pecah menjadi, kemiskinan itu menjadi semula. Saya harap kita ada pelan tindakan seterusnya untuk memastikan sifar kemiskinan tegar ini tetap sifar Yang Amat Berhormat dan Yang Dipertua.

Seterusnya saya membawa isu anak muda di zon felda. Saya bersetuju dengan Jeram Padang semalam, yang isu perumahan. Tapi hari ini saya nak bawakan isu projek guna tanah lot kosong di kawasan felda. Di mana untuk makluman Dewan, Wilayah Raja Alias mempunyai 49 rancangan tanah felda dan permohonan guna tanah kosong felda ini perlu disegerakan membantu generasi baru memohon pemilikan tanah. Pihak FELDA telah mengamanahkan kepada 2 entiti iaitu Majlis Belia Felda (MBFM) dan Kami Anak Felda (KAF) sebagai wakil dalam pengurusan isu berkenaan permohonan ini. Bagaimanapun, isu telah timbul masalah dari segi kemampuan persatuan ini untuk menjalankan kerja-kerja bagi permohonan ini kerana dana yang ada dalam tabungan mereka tidak mampu untuk membantu sahabat-sahabat mereka dalam permohonan.

Jadi saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, pada Hari Belia yang akan menjelang tiba ini, umumkanlah sesuatu berita gembira dalam bentuk geran untuk Majlis Belia Felda dan kami, Kami Anak Felda (KAF) ini dalam menjalankan permohonan, permudahkan sebab mereka bergerak ini secara sendirian untuk membantu anak-anak felda ini. Saya ambil satu contoh di Felda Jelai 4, ada 300 kekosongan tanah kalau kita bahagikan 3,000 kaki persegi Yang Amat Berhormat. Sayang kalau tanah ini tidak di dimohon dengan segera untuk menyelesaikan pemilikan tanah lot ini.

Seterusnya saya tertarik dengan satu perkara yang dibawa oleh YB Johol iaitu tentang tuisyen percuma. Saya bersetuju dengan idea beliau, kami di kawasan luar bandar ini amat memerlukan platform pendidikan tambahan seperti ini. Di Gemas, alhamdulillah setelah 3 tahun saya melaksanakan program ini boleh rujuk melalui PPD, di mana saya mencari dana sendiri. Tahun lepas seramai 423 pelajar, tak kira apa bangsa, semua layak, daripada 5 sekolah untuk mendapat peluang tuisyen percuma. Saya menjalankan tuisyen percuma ini di sekolah menggunakan tenaga pengajar sekolah tersebut. Tapi dana iaitu sedikit imbuhan atau dalam token, dia bukan gaji, kepada guru-guru yang sanggup mengajar pada waktu hari minggu akan diberikan kepada guru ini.

Dan, sebentar Yang Dipertua. Last dah ni. Tinggal satu saja lagi. Bantuan ini juga untuk bahan bantu mengajar, fotostat, alat ini semua, semua

diban, diberikan. Alhamdulillah Yang Amat Berhormat, 2022. 2023 keputusan belum keluar lagi. 2022 Felda Pasir Besar, semua pelajar mendapat 100% mendapat sijil. Di Jelai ada 4 Gugusan Jelai, ada satu sekolah menengah daripada dahulu dalam lingkungan 84% mendapat dapat sijil, tahun lepas meningkat menjadi 92% mendapat sijil. Bermaksud mereka lulus Sejarah dan Bahasa Melayu. Ini kerana hajat, impian saya kita keluarkan anak-anak kita ini daripada kampung-kampung ini, apabila mereka keluar, selesailah sedikit isu tentang masalah-masalah sosial seperti penglibatan dadah. Jadi ini mengurangkan risiko kepada anak-anak ini. Mereka, apabila mereka keluar melanjutkan pelajaran, insya-Allah cabaran baru mereka bukan lagi tertumpu dan mereka duduk di kawasan itu akan menyebabkan peningkatan ini berlaku.

Seterusnya perkara terakhir. Saya mohon, tadi yang untuk tuisyen itu, saya mohon GLC-GLC kerajaan, tak payah guna mereka setiap tahun mengadakan program khidmat bakti. Bantulah sekolah-sekolah menengah ini untuk mengadakan tuisyen rakyat ini kepada seluruh, tak kira di mana pun. Yang penting tak kira anak Cina, Melayu, India, semua mendapat, kita berikan ruang. Jika ada keluarga yang mampu nak hantar ke tuisyen swasta, silakan. Tapi untuk yang tak mampu, disediakan oleh Kerajaan Negeri. Ini memberikan imej yang baik kepada kita semua dalam Dewan ini tak kiralah kerajaan atau pembangkang, kita perjuangkan. Insya-Allah kita mampu bersaing dengan negeri Terengganu satu hari nanti sebagai antara sekolah yang menghasilkan anak-anak yang berjaya dan mendapat sijil. Insya-Allah. Akhir kata …..

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Untuk pengetahuan, Negeri Sembilan keputusannya dia lebih baik daripada Terengganu. Terima kasih.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Kena maklumkan kepada semualah tu Dato’ Yang Berhormat, sebab selalunya Terengganu mengwar-warkan, biasa dia mendapat keputusan cukup baik setiap tahun dalam keputusan SPM. Maaf Yang Berhormat. Akhir kata, sebelum saya akhiri ucapan ini dengan rendah hati, saya menjemput Yang Amat Berhormat Sikamat datang ke DUN Gemas untuk lawatan. Kehadiran Yang Amat Berhormat amat kami tunggu-tunggukan oleh penduduk DUN Gemas. Perbezaan pandangan kita, kita ketepikan dulu demi kepentingan rakyat. Kasih dan hormat saya dan penduduk Gemas tetap tinggi kepada Yang Amat Berhormat. Dengan ini mohon, saya mohon menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia yang, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di istiadat pembukaan ini. Sekian terima kasih. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Saya jemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil’alamin. alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rabbishrahli sadri wayassirli amri wahlul uqdatan minlisaani yaf qahu qauli. Assalamualaikum WBT. Salam perpaduan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Exco Kanan, ahli-ahli Exco, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi ruang dan ruang, ruang dan peluang kepada saya mewakili Dewan Undangan Negeri kawasan Kota untuk turut serta dalam sesi perbahasan menjunjung titah, menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Pembukaan Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 pada 6 Mei lalu.

Dato’ Yang Dipertua dalam titah tuanku ada menyebut harapan tuanku agar keharmonian dan juga kesejahteraan rakyat di negeri ini sentiasa terpelihara. Melalui Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan ini iaitu persefahaman dan juga kerjasama antara Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan telah menunjukkan dan membuktikan betapa berjiwa besarnya kedua buah parti ini membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dengan meletakkan agenda rakyat sebagai keutamaan untuk mengurus, mentadbir Negeri Sembilan agar rakyat di negeri ini mendapat manafaat dari kerajaan yang stabil.

Tahniah kepada semua penjawat awam dan terima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam semasa sambutan Hari Pekerja baru-baru ini dan disambut baik oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk turut sama menaikkan gaji penjawat awam di Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, dalam usaha mensejahterakan rakyat, Kerajaan Perpaduan memerlukan pengemblengan usaha tenaga, idea dan juga kerjasama maksimum dari semua pihak. Jabatan kerajaan dan juga agensi yang berkepentingan untuk menyelesaikan isu dan juga permasalahan rakyat perlu lebih proaktif. Perlu memberi kerjasama yang terbaik kepada wakil rakyat dan juga kepimpinan setempat. Semalam kedengaran teguran serta rungutan dari wakil-wakil rakyat kepada ketua-ketua jabatan serta agensi yang berurusan secara langsung dengan hal ehwal rakyat yang kurang memberikan kerjasama kepada wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat. Suka saya ingatkan di Dewan yang mulia ini, sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi penubuhan Kerajaan Perpaduan ini adalah persefahaman 2 parti yang besar di negeri ini.

Ketua jabatan serta agensi perlu tahu dan fahami akan perkara ini. Kami mengharapkan kepakaran dan juga kemahiran dari jabatan kerajaan serta agensi agar dapat bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Tidak sepatut dan tidak seharusnya berlaku ketidakseimbangan dalam apa jua bentuk perkhidmatan yang perlu diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang membawa suara rakyat dari kawasan masing-masing. Malahan jika adanya, jika adanya kerjasama yang baik, akan lebih memudahkan jabatan serta agensi selaku pelaksana, dan wakil rakyat yang mewakili rakyat di kawasan demi untuk mensejahterakan rakyat di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, dalam sidang Dewan yang lalu, saya ada menyebut beberapa perkara berkaitan ekopelancongan. Dalam soalan lisan persidangan kali ini juga saya bangkitkan sekali lagi. Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang telah menyalurkan peruntukan untuk mengekalkan penganjuran program sepit biru iaitu pertandingan memancing udang galah di Sungai Timur untuk kali yang kedua, yang akan berlangsung pada 25 Mei ini ya, bagi tahun ini. Walau bagaimanapun, bagi pihak penganjur, mohon agar peruntukan untuk penganjuran program tersebut dinaikkan lagi amaunnya ya, di masa yang akan datang.

Kemudahan lain di Sungai Timur juga perlu dilihat secara serius untuk dinaiki taraf serta untuk dibangunkan. Chalet, medan selera udang galah, floating market perlu diwujudkan di kawasan tersebut untuk membantu menghidupkan hujung minggu dan juga hari cuti. Di Pengkalan Pengkalan Nelayan Sungai Timun. Perkara ini telah saya sebutkan dalam persidangan yang lalu tetapi sehingga kini, masih belum ada apa-apa tindakan yang positif yang berlaku di kawasan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, pada 15 April 2024 telah berlaku banjir kilat di Pekan Kota. Sebanyak 15 buah kedai dan sebuah stesen minyak dinaiki air sedalam hampir 2 kaki. Tak sampai sebulan, semalam pada jam 6:00 petang kejadian yang sama berulang kembali. Pekan Kota sekali lagi dinaiki air. Isunya yang, Dato’ Yang Dipertua, masalah perparitan. Longkang tidak lagi mampu menambung, menampung jumlah hujan yang banyak datang dari kawasan perumahan, sekolah, kedai-kedai yang ada di sekitar Pekan Kota tersebut. Kejadian yang sama kali terakhir berlaku pada tahun 2021. Malangnya sehingga kini tiada apa-apa penambahbaikan terhadap sistem perparitan yang sedia ada. Mohon kerja, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat memberikan perhatian yang serius dalam soal menurunkan peruntukan terhadap permohonan yang telah dibuat oleh agensi pelaksana yang bertanggungjawab supaya longkang yang perlu dibesarkan, yang perlu diselenggara dapat

dilaksanakan dalam tempoh segera supaya kejadian yang sama tidak berulang untuk kali yang ketiga dalam tempoh sebulan ini.

Dato’ Yang Dipertua, di Kota terdapat 2 pusat program pemulihan dalam komuniti iaitu PDK. Program pemulihan untuk orang kurang upaya. Yang pertama ada di Kendong. Yang kedua, PDK Permata Bonda di Kampung Haji Sulaiman. Untuk makluman ahli Dewan, PDK Seri Kendong beroperasi di rumah sewa dalam kawasan ataupun dalam Daerah Alor Gajah. Pada waktu ini, sedang mencari lokasi baru dalam Negeri Sembilan iaitu dalam kawasan DUN Kota.

Untuk makluman Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua dan juga ahli Dewan, setiap PDK mempunyai 10 ke 15 orang petugas yang dibayar elaun setiap bulan oleh jawatankuasa yang menguruskan PDK-PDK ini menggunakan geran yang disalurkan kepada PDK-PDK secara bulanan. Pada tahun ini, untuk makluman yang, Dato’ Yang Dipertua, geran tersebut dikurangkan pada setiap PDK-PDK. Oleh yang demikian, setiap PDK terpaksa memberhentikan seorang petugas kerana tidak lagi mampu menanggung kos untuk membayar elaun petugas. Perkara ini Dato’ Yang Dipertua amat malang kepada pelatih-pelatih OKU, pelatih-pelatih orang kurang upaya dalam usaha kerajaan untuk memastikan golongan kurang upaya ini terutamanya pelatih kanak-kanak mendapat pemulihan yang terbaik yang sepatutnya disediakan oleh pihak kerajaan.

Dato’ Yang Dipertua, di Kota terdapat sebuah tadika di bawah seliaan KEMAS, seliaan Jabatan Perpaduan. Di pekan Kota terdapat sebuah bangunan KRT yang agak lama tidak diguna pakai. Hari ini di Dewan yang mulia ini, saya mohon Jabatan Perpaduan untuk meneliti semula kesesuaian lokasi dan juga bangunan tersebut untuk dibaik pulih dan dijadikan tadika yang kedua di DUN Kota, di bawah seliaan Jabatan Perpaduan.

Permohonan bina baru Pusat Aktiviti KRT Taman Gadong masih belum ada khabar berita sehingga hari ini. Mohon perhatian dan juga kerjasama agensi berkaitan untuk melihat secara serius perkara ini.

Dato’ Yang Dipertua, meroboh dan bina baru Masjid Bongek telah dimulakan pada 24 April 2024 setelah 3 tahun lebih selepas terbakar Masjid Bongek tidak beroperasi. Alhamdulillah, terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan yang telah berjaya menyelesaikan isu ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan yang telah memilih lokasi Gunung Datuk yang berada dalam DUN Kota sebagai

lokasi terakhir dalam siri 7even Wonders Challenge. Program yang saya kira amat baik untuk semua golongan yang melibatkan diri dalam aktiviti riadah dan juga sebagai tarikan untuk pelancong datang ke Gunung Datuk kerana saya difahamkan penyertaan 7even Wonders Challenge ini turut disertai bukan sahaja di seluruh Malaysia malah turut melibatkan peserta dari luar negara seperti Singapura.

Dato’ Yang Dipertua, pencawang telekomunikasi yang telah lama siap di Kampung Sungai Timun dijangka beroperasi pada 15 Mei 2024 yang akan meliputi kawasan-kawasan sekitar dengan liputan talian yang lebih baik. Terima kasih MCMC yang pantas dan segera mengambil tindakan terhadap aduan orang ramai untuk perkara ini.

Dato’ Yang Dipertua, segala perkara boleh dicapai, segala isu boleh diselesaikan dengan syarat kita bersama-sama menggembleng tenaga sebagai satu pasukan. Dato’ Yang Dipertua, Kota menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Yang Berhormat Sri Tanjung.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Salam bersih, muafakat, sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato Seri Utama, Yang Berhormat Exco Kanan Datuk Seri, Yang Berhormat Exco-Exco dan para pegawai kerajaan dan Yang Berhormat sekalian. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah menyambut baik apabila Kerajaan Negeri Sembilan telah mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2023. Kita merupakan negeri pertama yang menoktahkan miskin tegar di Malaysia. Pencapaian pelaburan Negeri Sembilan pada tahun 2023 pula mencatatkan pelaburan tertinggi yang pernah direkodkan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas pencapaian Negeri Sembilan sebagai Negeri Paling Bahagia dan bandar Port Dickson atas penganugerahan Bandar Paling Bahagia di Malaysia. Saya percaya kerajaan ni dapat menumpukan sepenuh daya usaha untuk memperkuatkan tekad bagi membangunkan negeri yang menjana pertumbuhan ekonomi dan secara langsung menjamin kesejahteraan rakyat di bawah naungan Duli Yang

Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sebelum menggunakan kata lebih jauh, izinkan saya mengambil peluang, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, hari ni sektor pelancongan perubatan dengan izin, medical tourism kurang dihargai dan kebanyakannya dilihat sebagai satu bentuk pelancongan kecantikan. Tambahan kepada perkhidmatan dermatologi, pergigian, rawatan jantung, IVF, pelbagai terapi lain tersedia secara meluas dalam rancangan perjalanan pelancongan perubatan. Malaysia juga muncul dengan pantas sebagai pesaing yang kuat dalam sektor pelancongan kesihatan dan perubatan global. Atas sebab ini saya mencadangkan Kerajaan Negeri Sembilan perlu berusaha dan memperkasakan pelancongan perubatan di Port Dickson dan dan di Negeri Sembilan. Harus menyediakan promosi, Kementerian Kesihatan harus bekerjasama dengan Perbadanan Pelancongan Malaysia membuat promosi di luar negara seperti di Eropah dan negara-negara Arab. Kerjasama pelbagai pihak secara bersepadu, pengamal perubatan Kerajaan Negeri, bandar pelancongan dan pihak swasta menyediakan pakej pelancongan kesihatan iaitu syarikat penerbangan memberi tambang istimewa kepada pelancongan untuk tujuan rawatan.

Seterusnya, Dato’ Yang Dipertua, pendidikan awal dan masalah kurang minat terhadap aliran Sains di kalangan pelajar menengah. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang merealisasikan tandas yang bersih dan cantik di semua sekolah. Saya juga mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang mewajibkan pendidikan awal di semua sekolah. Dato’ Yang Dipertua, kita harus memberi tumpuan yang utama kepada pendidikan awal. Pendidikan awal adalah asas kepada semua. Jika seseorang kanak tidak mendapat pendidikan awal yang sempurna dari golongan B40 disebabkan oleh masalah kewangan, jika dia dimasuk ke Darjah 1, dia akan mengalami tekanan yang dipanggil dengan izin, low inferiority complex di mana dia takut bergaul, takut berucap, dan perasaan takut ini akan membawa ke sampai alam dewasa. Untuk mengelakkan ini, kita harus mewajibkan pendidikan awal di semua sekolah seperti yang diamalkan di negara Japan. Persoalannya, setakat ini, berapa buah sekolah yang akan terlibat dalam program ini? Dato’ Yang Dipertua, isu kurang minat terhadap aliran Sains di kalangan pelajar menengah. Ini sesuatu yang amat membimbangkan. Ini akan menjadikan kita hilang pakar dan akan bergantung kepakaran dari luar negara pada masa yang akan datang.

Isu keselamatan pelajar sekolah. Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa kita mencadangkan kerajaan untuk menggunakan kemahiran JKKP (Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) bagi memantau keselamatan sekolah dan fasiliti seperti fire prevention tools. Apa yang Yang Berhormat Lukut beritahu semalam adalah benar. Masih banyak sekolah mempunyai tong pemadam api yang lebih 10 tahun. Di sini saya ingin memberitahu bahawa SJK Tamil Port Dickson dimaklumkan bahawa status kurang selamat dari segi pendawaian pada 2019 dari JKR. Dan tiada tindakan diambil sehingga hari ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada SAINS yang bertungkus-lumus mengatasi isu bekalan air di Port Dickson dan terima kasih kepada semua operator air daripada negeri lain dari Johor, dari Melaka yang memastikan air sampai kesemua taman dan kampung. Isu paip usang, punca kegagalan bekalan air tidak berjadual. Paip usang berusia lebih 50 tahun dan melepasi jangka hayat reka bentuk antara faktor utama gangguan bekalan air secara tidak berjadual kepada pengguna di Negeri Sembilan khususnya di Port Dickson. Lebih 20% masalah air tidak terhasil (NRW) dengan izin, non-revenue water berpunca daripada kebocoran paip. Dan angka ini, pada Disember 2023, di PD angka ini meningkat kepada 30%. Dan ini akan dijangka meningkat ke 50% pada tahun 2030. Ini akan membebankan dan merugikan Kerajaan Negeri. Apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini?

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri, saya dengan penuh harapan memohon Kerajaan Negeri untuk mencegah jualan vape yang dikaitkan dengan magic mushroom yang amat bahaya kepada anak muda kita. Di Singapore tiada vape. Di Johor tiada vape. Harap di Negeri Sembilan tiada vape. Dengan di sini saya dari DUN Sri Tanjung menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Juasseh.

Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani. Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada kali ini.

Dato’ Yang Dipertua, di dalam titah ucapan, tuanku telah pun menyentuh 3 pelan jangka panjang dan jangka pendek yang telah disediakan oleh

Kerajaan Negeri untuk pembangunan ekonomi dan lain-lain berkaitan rakyat di Negeri Sembilan. Titah tuanku juga menyentuh pada kestabilan politik Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan. Gabungan parti-parti ini adalah bertujuan untuk menubuhkan Kerajaan Madani yang majoritinya lebih daripada dua pertiga di peringkat nasional ianya juga telah di peringkat negeri khususnya di Negeri Sembilan. Gabungan ini perlu diimplikasikan dengan telus agar kekuatan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan ini dapat diperkukuhkan dan diterima rakyat di negeri ini. Hanya dengan kestabilan politik tidak cukup untuk memberi makna kepada rakyat. Malah ianya perlu diterjemahkan dengan dasar-dasar perlaksanaan pembangunan yang perlu dilakukan dengan segera bagi menjamin kesejahteraan dan kehidupan rakyat di negeri kita.

Pembangunan secara fizikal berkaitan ekonomi, kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur, jaringan komunikasi dan lain-lain juga perlu disegerakan. Sebagai contoh di kawasan saya, tadi ADUN Gemas pun sebut 8 bulan. Kawasan saya pun yang Dato’ Yang Dipertua, semasa berlaku banjir pada bulan Oktober 2023, banyak lagi kerja-kerja baik pulih yang masih belum dapat dilaksanakan. Antaranya membina semula dengan izin Dato’ Yang Dipertua, brickwall yang runtuh di Rumah Rakyat Padang Lebar Juasseh yang melibatkan bahaya kepada penduduk masih belum ada apa-apa kata putus yang kini sudah hampir 8 bulan. 8 bulan ini satu jangka yang panjang Yang Dipertua. Tanah yang atas itu pun dah mula nak runtuh. Ini sangat membimbangkan penduduk di kawasan tersebut dan saya berharap pembangunan melaksanakan kerja-kerja ini dapat dilaksanakan dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku semula.

Kerajaan Perpaduan bukan sahaja menguruskan dalam melaksanakan pembangunan tetapi juga melalui pembangunan modal insan dan program-program kesejahteraan rakyat. Dalam titah Tuanku juga menyentuh skim kesejahteraan rakyat menerusi aspirasi perpaduan Negeri Sembilan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dan juga kepada ADUN-ADUN yang telah sama-sama terlibat dalam menjayakan perlaksanaan ini. Skim ini cukup membantu meringankan beban rakyat dengan pelbagai bantuan yang telah diberikan. Kita sebenarnya mempunyai banyak penggerak-penggerak yang cukup baik dan harus diperkasakan seperti Jabatan Perpaduan yang ada KRT, di bawah KKDW yang ada KEMAS, ada JPKK, NGO-NGO sama ada wanita atau belia yang menyokong kerajaan dan bermacam-macam lagi.

Di sini ingin menekankan kepada jabatan-jabatan yang terlibat, di samping Exco-Exco yang memegang portfolio berkenaan, memfokuskan dan memperbanyakkan program-program berimpak tinggi dan turun

padang bersama ADUN-ADUN di kawasan ini untuk memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan lebih berkesan. Masih ramai lagi rakyat negeri ini belum faham tentang hasrat kita. Kita perlu senantiasa cakna dengan mereka secara fizikal juga secara digital.

Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong penuh titah tuanku tentang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat perpaduan ummah dan penyebaran syiar Islam. Dengan ini, saya sangat bersetuju dengan ADUN Seri Menanti untuk Kerajaan Negeri dan Jabatan Agama Negeri Sembilan melihat dan memperhalusi semula peranan yang dimainkan oleh pentadbir-pentadbir masjid dan surau di dalam negeri ini khususnya di dalam DUN saya sendiri iaitu DUN Juasseh.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan untuk melaksanakan program Jualan Agro Madani dengan peruntukan sebanyak 3.0 juta. Secara peribadi saya menyokong penuh apa saja usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan bebanan ekonomi rakyat. Akan tetapi saya melihat ada beberapa perkara atau ruang yang mungkin boleh dilakukan sedikit penambahbaikan dari segi perlaksanaannya. Selain jualan Agro Madani di Negeri Sembilan kita juga ada Jualan Ladang di bawah seliaan Jabatan Pertanian dan juga Jualan Rahmah di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Semua pihak mahu melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat tapi kadangkala jika berlaku kesilapan dari segi perlaksanaannya, ianya akan bertukar kepada kemarahan rakyat. Saya memberi cadangan ini, bukanlah bermaksud mahukan mahukan campur tangan politik dalam pengurusan jabatan tetapi saya mahukan segala inisiatif yang dibuat oleh kerajaan ini memberikan manfaat dan impak semaksima yang boleh untuk rakyat di luar sana. Di dalam situasi sekarang ini, barang seperti minyak masak, ayam, telur, beras, gula, tepung adalah barang-barang yang penting dan mempunyai demand yang tinggi setiap kali jualan murah dilakukan. Tetapi beberapa insiden yang berlaku di sesetengah kawasan termasuk kawasan saya, barangan yang dibawa ini terlalu sedikit dan boleh dikatakan sekadar cukup syarat untuk melihat khemah itu terisi sahaja. Rakyat beratur panjang dalam keadaan panas sambil bergilir, barang sudah habis. Manalah mereka tak marah. Kita faham ada sesetengah barang ini mengalami krisis bekalan seperti yang kita hadapi dengan beras, dengan telur, tetapi saya mintak jabatan agar usahakan sebaik mungkin untuk sediakan barang-barang tersebut. Sediakan satu senarai barang yang wajib ada pada setiap jualan murah tak kiralah jualan agro ke, Jualan Rahmah ke ataupun sebagainya. Dan lihat jugak komposisi penduduk di kawasan tersebut. Jika jika, jika kita

buat jualan di kawasan yang padat naikkanlah sedikit volume barangan yang kita bawa. Jangan pukul rata volume yang sama di semua tempat.

Jualan-jualan murah ini selain membeli ruang kepada rakyat untuk mendapat barangan dengan harga rendah daripada pasaran, ianya juga adalah peluang untuk pengusaha dan peniaga untuk mendapatkan pendapatan lebihan. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, berapakah jumlah peniaga yang telah dilihat terlibat dengan jualan-jualan murah ini sama ada di Agro Madani, Jualan Rahmah ataupun Jualan Ladang? Adakah pihak jabatan yang berkaitan mempunyai kaedah penggiliran dari segi penglibatan peniaga-peniaga ataupun menggunakan peniaga-peniaga yang sama pada setiap jualan yang dilaksanakan? Jika dapat, bukalah ruang yang lebih ramai kepada peniaga untuk sama-sama terlibat dalam jualan murah ini dan yang lebih baik penglibatan peniaga setempat di kawasan tersebut diutamakan. Saya percaya, peniaga-peniaga di luar sana ingin turut terlibat sama dalam jualan murah ini jika diberi peluang. Justeru itu, saya mohon kepada Yang Berhormat Exco Kanan untuk memberikan penerangan tentang apakah persetujuan perlu dilakukan oleh mana-mana peniaga ataupun pengusaha yang ingin terlibat sama ada dalam jualan-jualan murah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua, salah satu kelompok masyarakat yang tidak ketinggalan menjadi perhatian Kerajaan Negeri adalah kelompok masyarakat Orang Asli. Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan geran aktiviti Kampung Orang Asli dan ianya akan diteruskan pada tahun 2024 dengan peruntukan sebanyak RM315 ribu. Berkenaan dengan Geran Aktiviti Kampung Orang Asli ini saya mohon YB Exco dapat memberikan penerangan secara terperinci berkenaan dengan jumlah peruntukan geran aktiviti yang telah disalurkan kepada kampung-kampung orang Asli sepanjang tahun 2023. Berapakah kampung yang terlibat dan apakah antara bentuk aktiviti yang dilakukan? Bagaimana pula dengan kaedah pemantauan yang dilakukan bagi memastikan segala aktiviti dan peruntukan yang diper, dibelanjakan itu memberikan impak dan hasil yang baik kepada komuniti dan kampung berkenaan?

Jika saya lihat pada data yang ada di laman web Jabatan Orang Asli ni terdapat lebih kurang 209,000 jumlah masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Di Negeri Sembilan terdapat lebih kurang 12,0000 masyarakat Orang Asli melibatkan lebih kurang 70 buah kampung. Saya bantu sikitlah YB Exco Kanan ni, data ni. Jadi, angka ini bukanlah satu angka yang kecil untuk kita ambil mudah …...

ADUN Juasseh. Saya minta mencelah ya. Sebenarnya untuk makluman ADUN Juasseh, data ni dalam kepala saya.

Terima kasih Exco.

….. jadi saya nak betulkan Dato’ Speaker …..

Itu yang dapat kanan tu …..

Terima kasih Speaker.

Angka ini bukanlah satu angka yang kecil untuk kami ambil mudah dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan dan hak kemanusiaan mereka. Dalam kehidupan ini, antara keperluan asas yang perlu ialah tempat tinggal, makanan, pakaian, kesihatan dan lain-lain lagi. Ramai di antara kita merungut berkenaan dengan keperluan keperluan asas kita kerana tidak mencapai tahap yang dimahukan. Tetapi di waktu kita merungut, kita mahukan lebih daripada apa yang kita ada, ada sesetengah masyarakat Orang Asli ini, keperluan asas pun masih belum dapat kita sempurnakan.

Isu yang paling utama, apabila apabila kita bercakap berkaitan dengan Orang Asli sudah semestilah berkaitan dengan isu tanah. Bagi masyarakat orang asli 3 jenis tanah yang menjadi perjuangan mereka adalah tanah penempatan, tanah pertanian dan juga kawasan rayau. Berkenaan dengan tanah penempatan Orang Asli, saya mendapat makluman bahawa masih terdapat perkampungan Orang Asli di Negeri Sembilan yang belum diwartakan penempatan mereka. Adakah terdapat sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu tersebut dengan pewartaan kawasan-kawasan penempatan ini?

Selain daripada soal tanah lain bagi masyarakat Orang Asli ini sudah semestinya adalah isu berkaitan dengan perumahan. Seksyen 62 Kanun Tanah Negara memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk merizabkan mana-mana tanah Kerajaan Negeri maksud awam. Peruntukan ini juga digunakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri untuk merizabkan tanah orang asli selain daripada peruntukan dalam Akta 134. Masalah yang berlaku pada hari ini adalah Orang Asli sukar dapat pembiayaan daripada institusi pemberi pinjaman disebabkan tanah mereka tidak mempunyai geran persendirian. Ramai Orang Asli sudah bekerja dan mampu untuk bina rumah sendiri tetapi disebabkan masalah geran, mereka tidak boleh bina dan mendapat pinjaman. Sebab itu, dengan mengambil kira hak asasi manusia dan keperluan asas masyarakat Orang Asli ini, saya berharap kerajaan dapat melihat

bagaimana Orang-Orang Asli terutamanya generasi muda dapat kita bantu untuk memiliki rumah sendiri.

Selain itu juga, selain daripada isu tanah YB Exco, isu rumah, apa yang paling serius sekali yang saya nak bawak hari ini adalah berkenaan dengan kesihatan Orang Asli ini. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri apakah status terkini tahap kesihatan dan vaksinasi di kalangan masyarakat Orang Asli ini? Apakah agenda yang dan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah baik tahap kesihatan Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan? Saya mencadangkan diadakan kempen kesihatan menyeluruh kepada masyarakat ini melalui Klinik Desa ataupun mana-mana NGO yang menyokong kerajaan kerana bukan sahaja kerja-kerja gotong-royong dapat menyelesaikan kebersihan dan kesihatan, tetapi mereka mestilah sentiasa dengan izin Yang Dipertua, diberi awareness untuk menjaga kesihatan dan kebersihan mereka. Apa yang penting, semua agensi kerajaan sama ada di peringkat pusat dan negeri yang berkaitan perlu bekerjasama dan main peranan masing-masing dalam menjayakan matlamat ini. Dan di pihak kami, ADUN-ADUN ini akan terus mendokong dan menjalankan program-program untuk mendekatkan masyarakat Orang Asli dengan kerajaan.

Akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, mutakhir ini telah banyak kes-kes berkaitan penderaan, pengabaian anak-anak di dalam kereta, sumbang mahram yang melibatkan wanita dan kanak-kanak di negara kita, juga kes-kes ini adalah terlibat di negeri kita sendiri. Pada bulan April dilaporkan di Tampin, baru-baru ini bulan Mei baru dilaporkan di Port Dickson sebagai wakil rakyat kita haruslah sama-sama cakna dalam isu ini, menjadi telinga dan mata untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Kita bukan sahaja perlu fokus kepada memperkasakan dan kebajikan sahaja kepada wanita dan kanak-kanak ini, tetapi kita perlu prihatin kepada masalah sosial yang berlaku dan masalah inilah yang harus kita titik beratkan dan kita laksanakan, selesaikan dengan baik. Jadi saya menyeru kepada jabatan-jabatan yang terlibat seperti pembangunan wanita dan keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, pihak polis, kaunselor di sekolah-sekolah dapat berganding bahu bersama-sama dalam menangani isu ini sebaiknya khususnya di negeri kita sendiri iaitu di Negeri Sembilan.

Semoga segala hasil, semoga segala usaha dan perancangan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang didukung oleh Exco Kanan dan Exco yang lain dan juga ahli-ahli Yang Berhormat, direalisasikan demi kesejahteraan dan kemajuan Negeri Sembilan. Dengan itu, saya Juasseh menjunjung kasih dan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat, ucapan yang bersemangat. Dah pulih dah demam?

Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, barisan Exco ahli-ahli Yang Berhormat, para penjawat awam yang dirahmati Allah sekalian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk membahas menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di atas cicah [titah] ucapan baginda daripada merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan Ke-15.

Dato’ Yang Dipertua, saya bersetuju sebagaimana Juasseh sekarang semua rakyat menceritakan tentang kenaikan harga barang dan juga kenaikan kos sara hidup. Kalau kita melihat Juasseh itu pun menceritakan tentang Jualan Rahmah, Jualan Madani, Jualan Agro Madani dan sebagainya. Tapi kalau kita melihat suasana sebenar seolah-olah satu perkara yang tidak memberi satu kesan yang besar. Walaupun pada dasarnya memberi satu impak yang besar, tapi perlaksanaan tersebut lebih kepada seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Sebab kadang-kadang lalu jualan itu bermula jam 7:00, jam 8:00 sudah clear. Dan saya mohon kepada Exco Kanan supaya menambahkan waktu dan juga jualan supaya kita boleh melihat bahawa rakyat di sana hadir dengan hati terbuka dan rasa tidak kecewa sebab sebagai seorang yang memerlukan barangan tersebut, akan kecewa apabila ia tidak mendapat barangan keperluan pada hari tersebut. Dan ini adalah sensitif, makan dan minum benda sensitif. Dan tahniah juga kepada kerajaan kerana mengadakan inisiatif itu.

Cuma saya mohon untuk bertanya, berapakah kos pada setiap penganjuran tersebut? Dan kadang-kadang kita melihat sebagaimana yang Juasseh cerita bahawa setiap tempat berbeza. Contohlah di Bagan Pinang kadang-kadang sebab terlalu banyak pasar malam dan juga pasar tani, jadi kita melihat bahawa perkara itu menjadi saingan kepada peniaga tersebut. Walau macam mana pun, perkara tersebut perlu dibuat untuk memberi satu kesan kepada penduduk-penduduk yang dikira sebagai B40 ke bawah. Dan insya-Allah mudah-mudahan kita berharap supaya kerajaan memikirkan selain daripada Jualan Madani, jualan agro dan juga jualan ladang supaya memikirkan apakah kaedah lain yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Dato’ Yang Dipertua yang kedua tentang isu air. Hampir kesemua ahli Yang Berhormat menceritakan bab isu air. Memanglah kita harus tahu bahawa isu air adalah sumber kehidupan kita. Cuma kalau kita melihat di Port Dickson bekalan air itu kerap berlaku dan sering kali berlaku. Tapi tahniah dan alhamdulillah kepada pihak SAINS yang telah berusaha keras bagi mengatasi permasalahan ini. Namun ianya bukanlah cukup sekadar SAINS sahaja yang bekerja. Kita berharap juga agensi kerajaan, pihak-pihak pengilang dan pengusaha serta individu itu sendiri memain peranan dalam menjaga dan menyayangi sumber air dan sungai. Kalau kita lihat pada lepas, Dewan Rakyat telah meluluskan satu usul iaitu mendenda kesalahan pencemaran alam sekitar sehingga 10.0 juta ringgit selain daripada penjara mandatori. Ini menerangkan bahawa keseriusan Kerajaan Pusat dan insya-Allah Kerajaan Negeri juga akan sama-sama menjaga khazanah orang kata alam semulajadi ini iaitu sungai dan air supaya dapat kesinambungan ini dapat diteruskan. Sebab kita tahu bahawa pertambahan penduduk penambahan penempatan memerlukan keperluan air yang banyak. Ditambah pula sekarang musim kemarau walaupun kadang-kadang sebagaimana yang dicerita oleh Kota, banjir. Tetapi kita tahu bahawa kadang-kadang banjir juga, keadaan air pun boleh terganggu. Dato’ Yang Dipertua, dan saya mengharapkan supaya dipercepatkan, kerajaan mempercepatkan pembinaan TAPS agar ianya dapat mengurangkan masalah ini seberapa segera.

Dato’ Yang Dipertua Port Dickson adalah bandar yang sebagaimana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat orang kata, berlaku kesesakan pada setiap minggu dan saya mengharap supaya projek jalan Kampung Baru ke Dataran segar di Lukut dipercepatkan. Dan juga pada masa yang sama juga mengambil kira teguran aduan rakyat untuk merasa keselesaan kepada mereka apabila datang ke Port Dickson ini. Apabila projek disiapkan, insya-Allah akan menyuraikan sedikit masalah kesesakan di bandar Port Dickson.

Dan saya sedia maklum bahawa kalau kita melihat waktu sekarang pun hampir pukul 1:00, dan dan yang ketiga, tahniah dan terima kasih kerana Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya orang kata mencapai sifar miskin tegar. Dan saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri mengekalkan sifir tegar ini dan menggunakan kaedah-kaedah tertentu itu untuk mengekalkan prestasi ini. Ini bukan senang untuk mengekalkan tetapi adalah satu cabaran kepada sama ada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang.

Dan sebagaimana yang kita war-warkan bahawa Port Dickson adalah di antara 10 bandar bahagia di Malaysia. Cuma saya tidak pasti kriteria

mana yang dipilih sebab kalau kita tengok orang Kuala Pilah lagi lagi bahagia. Tetapi oleh kerana telah dinobatkan, maka kita terima. Tak tahulah macam mana. Tetapi mungkin atas, atas kapasiti Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebagai Ahli Parlimen kot. Walau macam mana kita mengharapkan supaya perancangan yang lebih teliti untuk melihat Port Dickson lebih bahagia, lebih harmoni, lebih aman dan kondusif untuk dihuni oleh pelbagai jenis masyarakat dan pelbagai, dari pelbagai tempat di seluruh Malaysia.

Dan kali ketiga adalah apabila kita melihat untuk melahirkan keharmonian, maka kita mestilah ada sebuah fasiliti kemudahan hospital. Dan saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri melalui Kerajaan Persekutuan supaya melihat bilakah akan bermulanya projek penambahan Hospital Port Dickson. Saya ingat banyak kali dah projek ini diwar-warkan tapi masih lagi belum menjadi realiti. Dan insya-Allah mudah-mudahan sebelum berakhirnya penggal ini kita akan melihat sebuah hospital akan terbina di Port Dickson. Dan insya-Allah akan lebih membahagiakan penduduk Port Dickson. Sebab kita tahu bahawa keadaan Port Dickson makin padat dengan penduduk dan juga pertambahan kem-kem tentera yang memerlukan katil yang banyak dan kemudahan hospital untuk orang.

Dato’ Yang Dipertua, pada Mac 2024 yang lalu, berlaku pertukaran besar-besaran oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Cuma saya nak tanya apakah perkiraan rasional di atas pertukaran tersebut dan atau, apalah tidak diambil kira tentang guru, murid dan sekolah dan juga adakah pertukaran tersebut boleh menjejaskan pembelajaran di sekolah tersebut? Dan saya mengharap supaya untuk pertukaran akan datang, sebab kita dah tahu berapa perkara itulah hak mutlak Jabatan Pendidikan, cuma supaya mengambil kira kesan pembelajaran dan pembelajaran kepada guru dan juga murid-murid.

Oleh kerana masa saya tengok hampir pukul 1:00 dan yang terakhir adalah Skim PERKESO untuk suri rumah. Cuma saya nak tanya, saya nak tahu bahawa Skim PERKESO untuk suri rumah telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2022. Dan apakah dan langkah kerajaan dalam membantu PERKESO mempromosikan produk ini dan berapakah jumlah pencarum skim ini di Negeri Sembilan? Dan sebagai akhirnya Bagan Pinang menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sekian, wabilahi assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang.

Biduk berlalu di Tasik Chini Redup di payung awan mega

Cukup dahulu sampai di sini Mesyuarat kita berehat seketika

Jadi kita akan sambung balik perbahasan usul menjunjung kasih titah tuanku pada jam 2:30. Dewan Mesyuarat ditangguhkan.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.00 petang]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.45 petang]

[Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, hadirin di di jemput duduk. Kita sambung pada perbahasan usul ya. Saya jemput Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Dipertua Dewan dan ahli-ahli Dewan Undangan, Undangan Negeri sekalian. Alhamdulillah memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana izin dan limpah kurnia-Nya jua saya masih diberikan kesempatan untuk menyampaikan ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali Ke-15 ini.

Dato’ Yang Dipertua, dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tempoh hari, saya menyokong penuh titah tuanku dalam memperkasakan pendidikan dan latihan vokasional (TVET) dalam meningkatkan jumlah tenaga pekerja mahir khasnya golongan belia untuk menyokong pembangunan ekonomi jangka masa panjang Negeri Sembilan. Oleh itu, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk melaksanakan program train and place yang pernah dilaksanakan pada tahun 2007 hingga 2009. Di mana peserta program tersebut dilatih dalam bidang mereka ingin ceburi yang dalam pelbagai sektor seperti spa, kecantikan, ejen insurans, kejuruteraan, electrical dan pelbagai lagi bidang tenaga mahir di mana mereka akan mengikuti kursus dan latihan yang membolehkan mereka terus diserapkan ke ke alam pekerjaan mengikut bidang kepakaran masing-masing. Apa yang boleh saya lihat dari program ini adalah kadar tenaga mahir akan meningkat dan jumlah pengangguran dalam kalangan anak muda atau belia dapat diatasi.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh prestasi Kerajaan Madani di bawah kepimpinan Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin Harun yang ini ini yang mendapat pujian daripada warga emas yang sangat berterima kasih dengan skim kesejah, skim sejahtera rakyat

menerusi aspirasi perpaduan. Sumbangan wang tunai RM200.00 ringgit kepada warga emas sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Sebanyak 23,776 orang telah diberi melalui pusat khidmat rakyat DUN dan sebanyak 647 orang pelajar IPTA telah diberikan bantuan khas untuk kemasukan ke IPTA. Bagi belia yang pertama kali bernikah seramai 135 orang telah diberikan RM500.00 seorang. Terima kasih juga kepada pasukan Kerajaan Negeri Sembilan yang sangat komited membantu masyarakat.

Dan juga prestasi Jualan Nismilan Prihatin, agro bazar, madani dan baru-baru ini Mantai Rayo sangat-sangat membantu meringankan beban kenaikan harga barang dengan potongan 20 hingga 30%. Dan program-program dijalankan di bawah Exco Kanan; YB Simpang Pertang, terima kasih juga Datuk, Datuk Seri di atas keprihatinan kepada rakyat Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, ketiganya saya ingin membawa tentang faktor pelancongan dan masyarakat datang ke sesuatu tempat adalah untuk melihat dan merasai keindahan kawasan di dilawati agar boleh dibawa pulang pengalaman yang, dan memori indah. Sebenarnya Gemencheh mempunyai banyak tempat yang boleh dibangunkan untuk dijadikan tempat pelancongan dan rekreasi seperti Bukit Ramunia, Estet Ikan Sungai Jernih, Bukit Tok Saih, Bukit Materhon dan pelbagai yang telah mendapat kunjungan pelancong daripada luar negara iaitu Jepun, Indonesia dan sebagainya. Dan selain itu, Gemencheh juga terkenal dengan masakan rendang maman iaitu antara masakan yang tersenarai sebagai masakan yang tersedap di dunia. Dahsyat. Justeru itu, saya memohon agar agensi-agensi yang terlibat contohnya Majlis Daerah Tampin menaik taraf landskap dan pencahayaan yang ada supaya lebih menarik minat masyarakat unjuk, untuk mengunjungi Gemencheh. Contohnya landskap yang seperti diperkatakan oleh YB Seremban Jaya tempoh hari, tentang landskap di Melaka kan? Kita boleh contohi.

Yang keempatnya yang, Dato’ Yang Dipertua, setiap tahun sekolah-sekolah atau agensi akan mengadakan temasya temasya sukan tahunan. Acara yang paling dinanti-nantikan semestinya adalah acara balapan. Namun menjadi rungut, rungutan setiap peserta atau penganjur di mana Gemencheh tidak terdapat trek balapan. Terdapat padang kompleks di Gemencheh yang boleh dinaik taraf kepada trek balapan serta serta tempat rekreasi dan di padang SMK Bukit Jalur yang mempunyai keluasan yang yang sesuai untuk dijadikan trek balapan agar Gemencheh dapat melahirkan atlet balapan negeri dan negara. Justeru itu, saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menaik menaik taraf atau membina trek balapan di Gemencheh. Yang di Tampin pun ada trek balapan, tapi trek dia tu daripada tar je.

Orang pun takut nak lari. Kalau jatuh, habis kan? Habis calar-balar kalau jatuh kan? Trek yang standard dia seperti di Paroi, kita tak ada di kawasan Tampin atau Gemencheh. Dan mohon kerajaan mempertimbangkan.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya baru-baru ini saya ada melawat sekolah-sekolah agama rakyat di Gemencheh. Dan saya melihat sekolah agama rakyat ini boleh dikatakan kekurangan dana dan daiflah. Dan ada di antara mereka terpaksa mencari dana-dana sendiri, PIBG yang terpaksa saya cari cari dana sendiri untuk pembangunan sekolah. Saya saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri menambah peruntukan untuk sekolah agama rakyat khususnya di kawasan Gemencheh yang saya lihat perlu perlu dipertimbangkan bagi keselesaan murid dan guru-guru di sekolah.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh masalah sistem pengairan di kawasan felda dan kebanyakan tidak diselenggara dengan baik. Malam kelma, malam kelmarin juga telah berlakunya banjir di Felda Bukit Rokan Utara dan saya telah melawat mendapati longkang ini tidak diselenggara dengan baik. Saya memohon agar pihak FELDA membeli, memberi perhatian lebih kepada masalah ini di kawasan felda di Gemencheh khususnya. Ini kerana, ini kerana jika selalu berlakunya kejadian banjir di banjir ini, penduduk akan mengalami kerugian yang besar. Dan juga baru malam tadi juga, malam tadi baru berlaku lagi di Gemencheh di Taman Regent yang menyebabkan beberapa kedai tengge, berapa kedai dan kenderaan tenggelam. Banjir kilat ini selalunya berlaku di kawasan Jalan Batang Melaka, Jalan Gemencheh ke Batang Melaka. Saya ingin memohon agar pihak JPS dan Majlis Daerah berbincang ya, berbincang dan menjalankan kajian tentang permasalahan pengairan di kawasan tersebut. Dan dan di Taman Regent ini, perkara begini tidak tidak akan berulang. Saya harap, fasal boleh dikatakan hampir setiap tahun. Setahun sampai 2 kali pun, 3 kali pun ada di kawasan, jalan tu terputus hubungan. Malam tadi pun terputus hubungan, lori pun tak boleh lalu. Saya pun tak tahu mana poie air itu kan. Apo-apo pun memohon pihak JPS dan Majlis Daerah berbincang untuk penyelesaian masalah ini supaya tidak berulang.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin merayu kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Dato’ Seri Utama Menteri Besar agar anak-anak muda di Negeri Sembilan ini dikurniakan lot-lot perumahan generasi kedua di kawasan kampung. Juga selaras dengan pembangunan generasi kedua di felda-felda. Ini sangat kepada anak muda yang menetap di kampung-kampung untuk memiliki tanah lot atau rumah untuk kediaman mereka. Dan perlu juga bagi perluasan kampung-kampung yang masih ada kawasan rizab kerajaan untuk dikurniakan kepada generasi belia di

kampung tersebut. Kita, kita lihat, saya rasa banyak lagi tanah-tanah apa, kerajaan di kawasan kampung-kampung untuk di diberi perluasan kampung untuk diberi kepada anak-anak belia kita yang masih ada di kampung.

Seterusnya Dato’-Dato’, Dato’ Yang Dipertua, hari ini boleh li, dilihat di kawasan Gemencheh, permasalahan yang sangat besar jugak di Gemencheh dikelilingi oleh di, dikelilingi oleh reban-reban ayam. Penekan, pener, penternakan ayam ni dari pandangan saya sangat tidak terkawal pembinaannya. Boleh dikata Moncheh ni dah keliling tu roban ayam yo, ya. Kita juga selalu menerima aduan, bukan selalu, boleh kata hari-hari menerima aduan tentang apa, pencemaran bau dari kilang-kilang ayam yang menjadi isu yang sangat kritikal jugaklah di Gemencheh kan. Saya saya memohon, justeru itu saya, pihak Veterinar atau agensi terlibat perlu sentiasa memantau pembinaan atau sistem pengoperasian mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan supaya masalah masalah pencemaran bau ini tersebut dapat diatasi. Kalau Dato’ Yang Dipertua datang Gemoncheh pun, saya rasa Dato’ Dipertua pun lari, kan. Bau itu sentiaso yo datang bau, nak-nak masa Maghrib. bau itu Dato’ Dipertua pun raso lari. Manakan orang Moncheh kan. Itu mohon Veterinar untuk dan agen-agensi lain mengkaji balik atau menetapkan spesifikasi yang yang yang baiklah.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya juga, saya juga ingin menyentuh tentang isu coverage talian telefon di kawasan Tampin yang terdapat aduan dari Taman Rasa Sayang dan sekitarnya, Taman Kasturi, Gemencheh dan Kampung Tengah yang juga terdapat pejabat khidmat DUN di sana, dan juga Kampung Tenai. Dan mohon solusi daripada pihak MCMC untuk mencari jalan penyelesaian seiring kita ke arah negara maju.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang berkenaan lawatan Exco Kanan bersama NS Invest dan juga F&N ke China tempoh hari bagi melihat teknologi dan kaedah yang akan digunakan di kawasan Gemas bagi projek ternakan lembu tenusu. Saya memohon agar YB Exco Kanan dapat berkongsi serba sedikit hasil lawatan yang telah dibuat. Berapakah jumlah pelaburan yang dibawa masuk oleh F&N dan bagaimanakah rakyat setempat akan menerima tempias daripada projek ini ini nanti? Saya melihat projek ini adalah satu projek yang baik dan ianya amat bertepatan dengan dasar kerajaan untuk menambah kapasiti pengeluaran susu segar tempatan dalam negara dan sasaran pengeluaran sebanyak 20 juta liter melalui peningkatan populasi 10,000 ekor induk induk dalam tempoh 5 tahun.

Saya memetik sedikit laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia, pada 2023 kadar purata penggunaan susu segar di Malaysia bagi setiap individu adalah 2.1 liter. Namun penduduk Malaysia pada suku ke empat 2023 adalah lebih kurang 33.7 juta. Jadi secara kasarnya keperluan susu segar di dalam negara adalah lebih kurang 70.77 juta liter. Sedangkan dalam laporan yang sama disebutkan kadar pengeluaran susu segar di Malaysia hanyalah 38.73 juta liter sahaja. Ianya jauh lebih rendah untuk kita memenuhi keperluan susu segar di Malaysia. Kita hanya berja, kita hanya berjaya mengeluarkan lebih kurang 54.7% sahaja daripada keperluan yang hendak kita penuhi. Sebab itu saya lihat projek ini sangat baik dan mempunyai dasar pasaran yang sangat luas jika kita berjaya melaksanakannya dengan baik. Saya ingat, saya ingin bertanya kepada YB Exco sempena, sebenarnya berapakah tempoh, berapakah anggaran permintaan susu segar di Negeri Sembilan ini? Dan ada adakah kadar SSL susu segar di Negeri Sembilan berada kadar peratusan yang baik? Adakah jika ladang tenusu di Gemas ini beroperasi pada skala penuh kelak, ianya akan dapat membantu untuk memenuhi keperluan susu segar rakyat Negeri Sembilan? Saya juga ingin bertanya adakah tem, terdapat sebarang perjanjian secara rasmi antara pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak F&N untuk mendahulukan pasaran Negeri Sembilan bagi produk-produk tenusu yang akan dihasilkan kelak memandangkan ladang tenusuk ini terletak atau dibina di kawasan Negeri Sembilan iaitu Gemas?

Saya harap ia, saya harap ianya tidak akan berlaku seperti isu beras sebelum ini. Beras yang ditanam di Negeri Sembilan apabila selesai diproses dan dibungkus, ianya tidak pulang kembali ke Negeri Sembilan. Rakyat Negeri Sembilan sendiri susah hendak un, susah hendak mendapatkan beras tempatan. Akan tetapi isu ini berjaya diselesai diselesaikan oleh YB Exco apabila penubuhan pusat pengumpulan padi di Melang, Kuala Pilah. Beras yang ditanam oleh rakyat Negeri Sembilan diproses oleh syarikat dan dipasarkan kembali ke Negeri Sembilan. Walaupun ianya tidak dapat menampung 100% keperluan beras tempatan oleh rakyat Negeri Sembilan, tapi sekurang-kurangnya ia mendapat menambah dan memenuhi serba sedikit keperluan sedia ada rakyat. Tahniah saya ucapkan atas langkah-langkah, langkah yang sangat baik yang diambil oleh Exco dan Kerajaan Negeri. Saya harap perkara yang sama dapat dilakukan bagi isu segar, bagi isu susu segar ini.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, sebentar tadi YB Gemas ada membangkitkan berkenaan dengan isu kem tanah Gemas. Sebagai ADUN di kawasan berjiran dan di dalam parlimen yang sama, saya terpanggil untuk mengulas sedikit isu ini. Dalam keadaan kewangan

negeri yang tidaklah sebesar negeri-negeri lain seperti Johor atau Selangor, isu penukaran hak milik tanah kem Gemas ini pastinya akan memberi memberi kesan yang besar kepada kewangan negeri. Kita difahamkan keadaan kewangan Kerajaan Pusat sekarang berada di di dalam fasa pemulihan pas, pasca pandemik dan kemelesetan ekonomi global atas pelbagai faktor. Tapi sebagai Kerajaan Negeri, saya melihat kita tidak boleh membiarkan isu isu ini bergantung tanpa sebarang keperluan untuk satu tempoh yang lebih lama. Saya bukanlah hendak meramal apa yang berlaku kepada masa akan datang, tapi saya merasakan sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk kita cari titik noktah penyelesaiannya. Kenapa saya kata waktu yang ini sesuai? Ketika ini Kerajaan Negeri dan kerajaan pusat adalah daripada Kerajaan Perpaduan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan daripada Pakatan Harapan kita juga ada Exco Kanan dan Menteri Pertahanan daripada Barisan Nasional patutnya tidak ada masalah untuk perkara ini ini diselesaikan. Jika Kerajaan Pusat tidak mampu untuk membayar secara lump sum, kepada Kerajaan Negeri, mungkin lebih dipertimbangkan pembayarannya melalui kontra akaun hutang negeri, Kerajaan Negeri. Apa pun kaedahnya, penyelesaian ini segera harus diambil. Saya percara, saya percaya jika perkara ini dapat dilaksanakan ianya akan mendapat membantu meningkatkan pelbagai bantuan dan khidmat Kerajaan Negeri khususnya kebajikan rakyat Negeri Sembilan dan khususnya kenaikan gaji peke apa, pekerja Kerajaan Negeri Sembilan atau elaun-elaun Kerajaan Negeri Sembilan, kan? Setidak-tidaknya elaun kita boleh apa, apa menaikkan elaun atau atau bukan elaun, gaji ADUN kan. Antaranya gaji-gaji ADUN ni Negeri Sembilan antara yang terendah di di di negara, di negeri-negeri yang lain. Mohon mohon menyokonglah kan. Mohon menyokong. Ini ini orang cakap, kalau kita dapat menyelesaikan masalah hutang apa, pembayaran kem Gemas ni insya-Allah, rasa MB pun sonyum jo kan.

Dato’ Yang Dipertua, saya, sekian saja ucapan daripada saya. Saya mewakili suara rakyat DUN Gemencheh mengharapkan isu yang diketengahkan ini dapat diberi perhatian yang yang sewajarnya untuk kesah, kesejahteraan bersama dan menyokong ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum WBT dan juga selamat sejahtera. Alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Amma’bakdu. Terima kasih

kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang dikasihi ahli-ahli Berhormat.

Dari lembah tuju ke tanjung Lelah si teruna membuat batas Merafak sembah kasih dijunjung Saya mohon izin untuk berbahas

Serting mengambil kesempatan merakamkan ucapan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sewaktu merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-15. Awalan saya ingin memulakan dengan sepotong ayat Al-Quran dengan izin [melafazkan bacaan Surah Al-Ahzab Ayat 72]. Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah yang ditanggungjawab kepada langit dan bumi serta gunung ganang untuk memikulnya. Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya. Dan pada ketika itu manusia sanggup memikulnya. Ingatlah sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat jahil. Surah Al-Ahzab ayat 72. Ayat ini adalah firman Allah perihal pemimpin yang padanya jawatan ataupun kedudukan yang menjadi amanah paling besar bagi manusia yang ditolak oleh makhluk langit dan bumi kerana takutkan balasan Allah SWT. Kedudukan seorang pemimpin menjadi rebutan pada akhir zaman kerana ia merupakan peluang untuk mendapatkan kekayaan dan juga kesenangan dunia semata-mata akan tetapi melupakan tanggungjawab yang akan dibawa ke hari akhirat. Dan segalanya akan dihisab kelak. Apabila seorang pemimpin itu leka atau lemah imannya, maka sering kali jawatan paling tinggi itu dijadikan tempat bagi mengejar kekayaan sehingga tiada lagi kepuasan. Begitu juga para pemimpin yang dikeliling oleh para pengampu yang menipu dan melalaikan bersamanya. Mereka itu dianggap sebagai kawan yang setia tetapi sebenarnya makhluk perosak yang mengipasnya supaya terus lalai dan leka. Namun begitu, fadilat yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menunaikan amanah kepimpinan mengikut perintah Allah SWT sehingga mendapat kedudukan pertama untuk mendapat, untuk berada di bawah naungan Allah SWT di padang mahsyar yang menakutkan kelak. Sabda tersebut, sebagaimana sabda Nabi SWT [melafazkan bacaan Sahih Bukhari, Hadis No 620]. 7 jenis manusia yang dinaungi Allah pada hari yang tiada tempat bernaung iaitu hari kiamat melainkan naunganNya. Pertamanya ialah imam ataupun pemimpin yang adil.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan sidang Dewan Undangan Negeri, saya ingin menyentuh beberapa isu berkaitan agama, kesihatan,

pelancongan, infra dan kebajikan penjawat awam. Pada bulan Mac yang lalu, Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah bertitah supaya enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini dipinda yang melibatkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam, Enakmen Mahkamah Syariah dan juga Enakmen Undang-Undang Kekeluargaan Islam. Negeri Sembilan, jika diikutkan sejarahnya enakmen perundangan ini telah pun berada sejak 32 tahun yang lalu. Satu jawatankuasa harus dibentuk bagi merencanakan pemerkasaan perundangan syariah ini. Kita telah lihat bagaimana perundangan Islam di negeri Kelantan telah berjaya disekat oleh mereka yang anti dengan perundangan Islam. Mereka menggunakan Perlembagaan Malaysia untuk melawan perundangan Syariah ini di Mahkamah Persekutuan. Usaha perlu dilakukan segera agar pemerkasaan Mahkamah Syariah ini perlu dilaksanakan agar pihak yang ingin mencabar, tiada ruang dan peluang untuk berbuat demikian.

Pada tahun 2012 hingga 2015 yang lalu, kalau kita tengok Enakmen Syariah Negeri Sembilan pernah dicabar oleh Seksyen 66, pernah dicabar bagi Seksyen 66 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana dikatakan melanggar Article 5(1), 8(1), 8(2), 9(2), dan juga 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Hal tersebut berkaitan dengan 3 orang lelaki Islam yang dikatakan berpakaian wanita, ditangkap dan dijatuhkan hukuman di Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan. Namun, mereka telah mencabar kesahihan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan dan didapati menang kerana berlawanan dengan article Perlembagaan Malaysia yang disebut tadi tentang hak asasi rakyat Malaysia.

Makanya, saya mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Sembilan di bawah sama ada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ataupun Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan ataupun lain-lain, yang mana mereka hendaklah membuat kajian dan memperkasakan semula Enakmen Undang-Undang Syariah yang sedia ada agar tiada ruang bagi pihak tertentu mengambil peluang untuk menghapuskan segala undang-undang berkaitan syariah di Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan juga ahli-ahli Yang Berhormat, kesihatan merupakan perkara penting dalam membangunkan masyarakat dalam negeri dan juga negara. Kesihatan mental dan fizikal yang baik akan menjadikan masyarakat sentiasa dalam keadaan kehidupan yang lebih baik. Persoalan saya setakat mana Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat membantu masyarakat di Negeri Sembilan kerana pemakluman yang saya dapat, ada ramai yang tidak mengetahui akan kewujupan, kewujudan skim ini. Juga bagaimana keadaan penyakit berjangkit sepertimana tibi, influenza,

H1N1, COVID dan sebagainya. Apakah status statistik bagi penyakit-penyakit tersebut.

Umum mengetahui bahawa fasiliti perubatan antara perkara penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ataupun di Negeri Sembilan. Saya mencadangkan agar klinik kesihatan yang sedia ada ditambah baik lagi kemudahan seperti adanya doktor pakar setiap masa, rawatan yang cepat tanpa ada tempoh menunggu yang panjang khususnya kepada warga emas yang ingin mendapatkan rawatan, kemudahan jururawat yang mahir, kemudahan alatan medical dan juga lain-lain hal yang berkaitan. Saya juga ingin mencadangkan agar klinik desa yang berada di ceruk-ceruk desa, dinaikkan taraf sepertimana klik kesihatan atau sebahagian kemudahan klinik kesihatan ada padanya. Tidak lain adalah memudahkan warga emas dan juga penduduk tempatan yang tiada kemampuan untuk mendapatkan rawatan, agar mereka mendapat rawatan di Klinik Desa itu sahaja tanpa pergi ke klinik kesihatan yang terletak di pekan. Sudah tiba masanya kita melonjakkan perkhidmatan kesihatan ke ke tahap yang lebih baik daripada 20 tahun yang lalu di bawah kerajaan yang ada pada hari ini.

Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sidang Dewan Undangan Negeri pada 20 Februari 2024, DUN Serting mendapat perkhabaran duka bahawa berlaku kemalangan melibatkan 2 orang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 ke 7 tahun, ditimpa pokok ketika berkelah di Hutan Lipur Serting Ulu. Seorang daripada mereka telah pun meninggal dunia. Dan seorang lagi mengalami kecederaan parah. Saya telah melawat kawasan tersebut sebelum kejadian dan mendapati infrastruktur dan kawasan hutan lipur itu tidak terjaga dengan baik. Perkara ini juga pernah saya bangkitkan dalam sidang sebelum ini dengan merujuk kepada pihak berkenaan iaitu Exco Pelancongan, Majlis Perbandaran Jempol dan juga Jabatan Perhutanan. Saya mengharapkan pihak berkenaan untuk mengambil tanggungjawab membersihkan juga menjaga kawasan pusat rekreasi ini yang menjadi tumpuan keluarga untuk berkelah. Ini juga termasuk tempat rehlah yang lain di sekitar Jempol, termasuklah Air Terjun Tengkek yang perlukan tindakan susulan pihak yang berkenaan di Kuala Pilah.

Di sini saya ingin sebutkan antara tempat rekreasi dan rehlah yang menjadi menjadi apa, menjadi tempat tumpuan di Serting. Antaranya, yang pertama: hutan lipur ataupun Air Terjun Serting Hulu. Kedua: Teratak Zaaba. Yang ketiga: Homestay Lonek. Yang keempat: Circuit motocross Bandar Seri Jempol. Yang kelima: trekking Bukit Besar Bayai dan juga juga, yang lain-lain sebagai makluman dalam Dewan yang saya hormati.

Yang Berhormat Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, untuk sekian kalinya saya juga memohon supaya pihak yang bertanggungjawab kepada saliran perparitan yang sama ada di bahagian jalan utama, kampung-kampung atau taman-taman boleh menjalankan tugasan dengan yang baik untuk membersih dan juga menambah baik jika perparitan tersebut perlu diubahsuai. Kita tidak ingin mendengar masalah banjir kilat disebabkan kawalan atau sistem perparitan kita tidak terjaga. Perkara ini saya suarakan kerana pada bulan Ogos hingga Disember akan datang merupakan musim angin monsun yang membawa hujan lebat ke Semenanjung Malaysia termasuklah Negeri Sembilan. Saban tahun akan berlaku kejadian banjir kilat di seluruh Negeri Sembilan termasuklah di kawasan saya di Serting atau tempat yang menjadi spot kejadian ini termasuklah Kampung Dato’ Johan, Kampung Jawa, Kampung Bayai, Kampung Serting Hilir, Kampung Air Bong, persimpangan Air Hitam, Felda Raja Alias dan juga lain-lain. Saya sebutkan nama dia itu agar lebih spesifik kan.

Di samping itu, saya mengharapkan kepada ketua-ketua kampung yang dilantik memainkan peranan yang penting dalam menjaga keindahan serta kebersihan kawasan mereka. Jika di taman tiada masalah kerana SWM sentiasa menjalankan tugas mereka dengan baik tetapi jika di kampung pula, tugasan selenggaraan itu adalah dalam tatakelola jawatankuasa kampung itu sendiri. Kepada mereka yang mengambil berat urusan kampung, saya ucapkan terima kasih. Semoga Allah SWT. membalas dengan sebaik balasan.

Yang Berhormat Dato’ Speaker saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah menjalankan baik pulih jalan di Kampung Bayai Lama pada masa ini walaupun tempoh menunggu 5 bulan selepas kejadian. Bukan apa, kita melihat kepada keselamatan penduduk yang menggunakan jalan tersebut setiap hari dan dikira sebagai jalan utama untuk keluar daripada kampung tersebut. Sekiranya apa-apa berlaku, akan menjadi isu utama kepada semua pihak. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penjawat awam di atas kenaikan gaji 13% yang sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Kita menyedari bahawa kakitangan awam merupakan tenaga penting kepada pembangunan negeri dan juga negara ini. Tidak munasabah jika ada pihak yang mempertikaikan kewujudan entiti ini sehingga sanggup syor ataupun mencadangkan untuk melupuskan pencen yang telah dilaksanakan sekian lama sejak daripada selepas merdeka lagi. Sistem pencen adalah inisiatif kepada jasa yang telah dilakukan oleh penjawat awam. Di samping itu juga, saya mencadangkan

agar gaji wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri Sembilan ini dikaji semula. Saya menyokong Yang Berhormat – Yang Berhormat antara Lenggeng, juga Gemencheh yang mengatakan gaji, elaun wakil rakyat DUN Negeri Sembilan antara yang rendah apatah lagi kami pembangkang ini yang tidak mendapat peruntukan.

Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, itulah gaji dan itulah juga peruntukan bagi Kamilah, kepada rakyat dan juga DUN kami, realiti, hari ni dapat gaji dan hari esok duit tersebut habis untuk 1/3 pusat khidmat DUN, 1/3 bantuan kepada rakyat dan 1/3 kegunaan sendiri. Umpama hari ini menjadi M40, esok jadi B40 telah bagi kami. Lagi bawah ya? Semoga perkara ini mendapat perhatian Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat dan juga Kerajaan Negeri Sembilan. Bagi kami Perikatan Nasional sekiranya diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 16 nanti memerintah, kami akan pastikan penjawat awam akan mendapat kebajikan terbaik di samping ahli dewan undangan yang dilantik sama ada pro kerajaan ataupun pembangkang akan mendapat peruntukan yang sama atau hampir sama bagi kepentingan rakyat di bawah ADUN tersebut.

Ini terbukti, di bawah negeri yang diperintah oleh kerajaan Perikatan Nasional yang berlaku adil kepada semua. Budaya balas dendam bukan satu amalan yang baik bahkan ianya satu kezaliman kepada pihak yang lain. Firman Allah yang berbunyi [melafazkan bacaan sebahagian Ayat 8 Surah Al-Maaidah]. Yang bermaksud berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Suratul Maaidah ayat 8.

Akhir sekali, saya mohon maaf atas kekhilafan dalam kata-kata,

Cantik kebarung Puspa menghantar, Kemas disimpan elok di raga Isu dan ilham sama dilontar Kebajikan jelata pasti terjaga.

Sekian dari Serting, dengan ini Serting menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sekian.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Serting.

Pucuk paku di atas para Buat hidangan anak teruna Titah Tuanku jangan dilupa Agar rakyat sentiasa terbela

Saya jemput Yang Berhormat Chembong.

Chombong 30 minit ya, 30.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Amat Berhormat, Exco Kanan, barisan Exco, rakan-rakan Yang Berhormat ahli Dewan, ketua-ketua jabatan. Dato’ Speaker, terima kasih beri saya peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih ke atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semasa merasmikan sidang kita Isnin lepas. Dato’ Yang Dipertua,

Kalau tidak kelapa puan Tidaklah puan kelapa bali Kalaulah bukan kepada tuan Kepada siapa saya nak harapkan lagi.

Dato’ Speaker, saya ada 2 cerita saja. Cerita lama dan cerita baru. Satu cerita lama setengah jam, cerita baru pun setengah jam Dato’ Speaker. Saya mulakan dengan cerita barulah Dato’ Speaker. Saya mulakan perbahasan dengan menyatakan permohonan maaf saya kepada Dewan kerana dalam sesi perbahasan sidang lepas, saya telah tanpa sengaja, tanpa niat tersalah sebut Dato’ Speaker, bila menyatakan Kolej Vokasional tidak mempunyai kemudahan asrama lelaki. Saya tersalah sebut, nama kolej itu Dato’ Speaker. Yang nak saya sampaikan sebenarnya adalah Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mohd Sharif. Saya tersalah sebut namanya Dato’ Speaker. Jadi dengan itu lantaran itu, sehubungan itu saya mohon Kerajaan Negeri, Exco Pendidikan, Jabatan Pendidikan untuk menyampaikan hasrat saya, cadangan saya, hasrat kolej, Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mohd Sharif, Dato’ Yang Dipertua. Hasrat PIBG khususnya pelajar-pelajar di sana untuk mendapatkan untuk memohon dibina kemudahan asrama pelajar laki-laki bagi Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mohd Sharif dalam Rembau, Dato’ Dipertua. Walaupun pelajar lelakinya tidak banyak seperti pelajar perempuan, sudah pastinya kemudahan ini akan memberikan penambahbaikan dan jugak keselesaan kepada pelajar-pelajar Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya terlupa saya ingin sampaikan pesanan daripada beberapa pemimpin masyarakat di kawasan Dato’ Yang Dipertua. Sepanjang berada dalam Dewan ini, saya menerima beberapa WhatsApp untuk mereka mohon saya sampaikan kepada Dewan, kepada Kerajaan Negeri, kepada Dato’ Yang Dipertua. Secara khususnya WhatsApp daripada pengerusi JPKK Kampung Pilin, Dato’ Dipertua. Minta saya. Ini saya baca dia punya kenyataan WhatsApp saya “anjing telah sampai ke tahap mengejar orang. Memakan ayam dan kucing peliharaan. Pakaian kasut habis digonggong”. Ini WhatsApp Dato’

Speaker, nanti saya boleh forward kan kepada Dato’ Speaker. Katanya lagi “jika boleh dikeluarkan surat kebenaran pihak pengurusan kampung untuk tindakan penghapusan”. Bagi Kerajaan Negeri, bagi barisan Exco-Exco yang saya hormati, ketua-ketua jabatan, saya mohon untuk diberikan maklum balas tentang hal-hal yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin oleh masyarakat ini.

Keduanya daripada Pengerusi JPKK Kampung Kundur Hulu “jangan lupa bawa isu jalan JKR Pedas Linggi perlu dilebarkan kerana kawasan tersebut adalah kawasan tumpuan orang luar datang untuk menikmati makanan masakan salai. Minta Jabatan Veterinar teruskan program pemberian lembu pawah. Banyakkan peruntukan agar orang kampung dapat lembu pawah ini” Dato’ Speaker ya. Tentang jajaran Pedas – Linggi ini Dato’ Speaker, saya telah berkali-kali bahawa perkara ini dalam Dewan untuk pihak kerajaan memberikan perhatian yang serius. Kawasan yang sangat berpotensi untuk dijadikan kawasan pelancongan yang berasaskan masakan Melayu tradisional, Dato’ Yang Dipertua. Seterusnya, yang ketiga daripada pengerusi KRT Taman Desa Permai Kundur, dalam Dewan Undangan Negeri Chembong “mohon agar geran sejati madani diperluaskan dan boleh dibolehkan KRT (Kawasan Rukun Tetangga) untuk sama memohon Dato’ Yang Dipertua, ya.

Dato’ Yang Dipertua, dimaklumkan dan kita semua bersukacita, kerajaan ataupun negeri kita kini telah keluar bebas daripada belenggu miskin tegar. Saya berasa sukacita dalam konteks ini Dato’ Speaker, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah, terima kasih terutamanya kepada penjawat-penjawat awam, Dato’ Speaker, mereka adalah nadi utama penggerak untuk memastikan pencapaian perkara yang baik ini Dato’ Speaker ya. Khususnya kepada pentadbiran di daerah Rembau, Dato’ Speaker, kerana Rembau, Dato’ Speaker, saya dimaklumkan daripada datanya, Rembau adalah daerah yang pertama menjadi bebas daripada miskin tegar, Dato’ Dipertua ya, tak nak, ya terima kasih banyak. Ini tak mungkin dicapai tanpa kerjasama semua. Terima kasih kepada Pegawai Daerah, Timbalannya, semua Penolong-Penolong Pegawai Daerah, ketua-ketua jabatan, agensi-agensi pemberi bantuan JKM, Baitulmal, Pejabat Agama, Dato’ Yang Dipertua, Pendidikan, Pertanian dan termasuk pemimpin-pemimpin parti, ketua-ketua kampung, pengerusi taman-taman, pengerusi masjid, Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, dalam titah ucapan tuanku ada menyebut tentang bidang pendidikan yang perlu diberikan perhatian bagi kelas pembangunan modal insan, Dato’ Yang Dipertua. Bagi saya, saya ingin menambah, selain daripada aspek pendidikan sukan juga adalah memainkan, adalah juga merupakan medium aspek yang penting dalam

pembangunan modal insan Dato’ Yang Dipertua. Itu sebabnya dalam sesi soalan lisan semalam, saya ulangi, saya akan menyokong, akan mencadangkan dan menyokong kuat agar kerajaan menambah peruntukan perlaksanaan Sukan Negeri Sembilan untuk tahun-tahun mendatang Dato’ Yang Dipertua. Sukan bukan hanya soal menjaga kesihatan, sukan bukan hanya soal mencari bakat, Dato’ Yang Dipertua, melalui sukan di padang, di gelanggang kita boleh menerapkan banyak nilai-nilai murni di kalangan ahli masyarakat Dipertua. Semangat sepasukan, semangat toleransi. Contohnya Dato’ Yang Dipertua semasa Kejohanan Sukan Negeri Sembilan bulan Februari lalu, Chembong menghantar pasukan yang sebenarnya bukan kuat sangat. Pasukan netball dia Dato’ Dipertua, tapi telah berjaya keluar sebagai johan Dato’ Yang Dipertua ya. Kami hantar pelapis saja sebenarnya tu, Dato’ Dipertua, dianggotai oleh pemain remaja dan sebilangannya daripada pelajar sekolah. Namun kami berjaya terapkan nilai murni di kalangan pemain-pemain. Kalau mahukan kejayaan, pasti, mesti ada semangat dahagakan kejayaan, Dato’ Yang Dipertua. Itu pentingnya sukan, Dato’ Dipertua.

Nilai-nilai murni boleh diterapkan di dalam seharian kita di tempat kerja, di kalangan ahli keluarga kita, di perniagaan kita, di dalam kerjaya kita sebagai orang politik, Dato’ Yang Dipertua. Saya, tapi selain daripada itu Dato’ Yang Dipertua, banyak nilai-nilai murni yang lain. Netball, Chembong menjadi juara tetapi kami hantar pasukan futsal yang kuat. Tak menang pun Dato’ Dipertua. Mulanya futsal, Chembong kalahkan Kepayang 2 – 0. Lepas tu Chembong kalahkan Mambau 3 – 0. Tapi melalui sukan kita jugak menerapkan nilai murni menghormati, bukan sahaja menghormati pasukan se, rakan sepasukan tapi jugak menghormati pihak lawan. Itu sebabnya Exco Belia Dan Sukan daripada Palong, apabila pasukan Chembong jumpa Palong, kami tidak mampu untuk menang. Kami tidak bersedia untuk menang. Kami hanya seri dengan Palong dua sama. Dan malangnya masuk kepada pusingan kalah mati, berjumpa Sikamat, kami terus kalah dengan 0 – 3, Dato’ Yang Dipertua. Tanda hormat tanda kasihnya Chembong kepada Sikamat, Dato’ Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker tau tak …..

Senyaplah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Speaker tau ke you bekas ….. [percakapan secara off mic]

Dato’ Speaker, begitulah juga harapan Chembong betapa perlukan kasih sayangnya daripada Sikamat, Dato’ Yang

Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membawa pembangunan pelaburan kilang kereta tanpa petrol, tanpa minyak di Chembong, Dato’ Dipertua ya. Bukannya tanpa elektrik, tanpa minyak. Kalau Johol mahukan kilang jugak ya, yang kilang tanpa minyak, tanpa elektrik boleh ya, Dato’ Dipertua. Itu yang kereta tolak Dato’ Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Pakai basikal.

Dato’ Dipertua, begitu juga saya mengharapkan kasih perhatian daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan, Dato’ Yang Dipertua. Saya nak saya repost di sini, Yang Berhormat Lenggeng, adinda Lenggeng, abang kena salai lagi panjang, kan, Dato’ Dipertua. Saya, Dato’ Speaker, kalau boleh dijadikan iktibar juga. Pada 1 Ramadan Dato’ Speaker, saya pergi ke Pejabat Dato’ Setiausaha Kerajaan kerana ada hal yang sangat penting bagi saya untuk diperbincangkan. Saya berjumpa dengan pegawai di pejabat tersebut, Dato’ SUK nya tak ada, saya sampaikan salam saya, saya sampaikan saya nak buat appointment Dato’ Yang Dipertua. Tapi hingga kini, Syawal pun dah nak berakhir Dato’ Yang Dipertua, ya. Saya mohon kasih sayang daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan Dato’ Speaker. Bukan apa, saya nak berbincang banyak perkara tentang masyarakat, Dato’ Speaker.

Di kawasan saya terdapat Projek Perumahan Rakyat dipanggil PPR Chembong di bawah perlaksanaan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Saya nak bincang itu Dato’ Yang Dipertua. Kita kini telah bebas daripada masalah miskin tegar. Kalau boleh kita nak kurangkan pulak ataupun keluar daripada masalah setinggan. Di kawasan saya terdapat beberapa penduduk yang tinggal di rumah PPRT di atas kawasan tanah kerajaan yang sama maksudnya bagi saya jugak seperti setinggan. Saya nak mohon saya nak minta jasa baik Kerajaan Negeri kepada UPKT, Exco Kerajaan Perumahan Tempatan untuk memanjangkan nasihat kami ini kepada KPKT, agar mereka-mereka yang tinggal di kawasan tanah kerajaan di rumah PPRT di atas tanah kerajaan ni diberikan keutamaan, Dato’ Speaker. Insya-allah kalau ianya berlaku, berjaya dilakukan, kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong khususnya Daerah Rembau amnya, Negeri Sembilan amnya akan berkuranglah masalah setinggan Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, saya jugak pernah menulis surat baru-baru ini, Yang Amat Berhormat, tentang cadangan saya, pihak kerajaan memberikan kelonggaran ataupun mengubah polisi supaya membenarkan penjawat-penjawat awam boleh memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah, Dato’ Yang Dipertua ya. Justifikasi saya, rasional saya bukannya ramai sangat Dato’ Speaker,

ianya tidak akan boleh menggugat kerja-kerja ataupun pentadbiran kerajaan. Ada penjawat awam yang benar-benar mempunyai bakat, mempunyai kebolehan untuk disumbangkan kepada masyarakat. Biarkan mereka menjadi pemimpin masyarakat, Dato’ Speaker. Dengan syarat kita letakkan mereka mendapat, perlu mendapat kebenaran jabatan, Dato’ Speaker. Sementalah pula kenapa Majlis Daerah sahaja PBT saja yang kita tidak benarkan penjawat awam untuk menjadi ahli Majlis sedangkan penjawat-penjawat awam dibenarkan untuk jadi pemimpin masyarakat yang lain. Penjawat awam ramai yang menjadi imam di masjid-masjid. Penjawat awam dibenarkan menjadi pengerusi KRT. Tetapi tidak dibenarkan menjadi Ahli Majlis Daerah, Dato’ Dipertua. Saya mohon untuk Kerajaan Negeri sedikit melihat ini dan berikan kelonggaran ini kepada penjawat awam yang benar-benar dapat membantu masyarakat, Dato’ Dipertua. Sementelah pulak, jika peluang ini diberikan kepada penjawat awam nescaya moral pandangan masyarakat terhadap penjawat awam akan terus berada dalam keadaan yang ting, tinggi Dato’ Dato’ Yang Dipertua.

Jadi, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ada beberapa perkara yang saya perlu sebut jugak. Haa ni masuk cerita lama Dato’ Speaker. Tadi cerita baru. Cerita lama ni bermaksud adalah perkara-perkara yang telah saya sebut berulang kali. Dan saya pohon, saya pohon Dato’ Speaker ya, untuk diberikan perhatian. Saya ringkaskan Dato’ Yang Dipertua. Mengenai aduan, keluhan daripada pengerusi-pengerusi Kawasan Rukun Tetangga. Di kawasan saya dapat, terdapat beberapa Kawasan Rukun Tetangga, sebahagian kecilnya dah dapat geran pentadbiran, geran pengurusan, tapi sebahagiannya masih lagi menunggu Dato’ Dipertua. Taman sebelah dapat buat beria-ria meriah sambutan hari rayanya. Taman yang sebelah tak dapat ni, monung Dato’ Yang Dipertua ya. Jadi, ketidakadilan mungkin berlaku. Tetapi apa pun Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan agar semua Kawasan Rukun Tetangga ini diberikan peruntukan ini Dato’ Yang Dipertua.

Bercakap tentang Kawasan Rukun Tetangga, saya jugak sekali lagi nak membawa perkara ini Dato’ Dipertua, agar pembinaan Tabika Perpaduan Taman Pedas Perdana dipercepatkan Dato’ Dipertua. Sekarang ini mereka menumpang di balai komuniti yang tidak kondusif untuk pelajar-pelajar yang berusia rendah. Masalah ini telah lama Dato’ Speaker, dan saya mohon untuk pihak kerajaan memberikan maklum balas tentang perkembangan progress pembinaan ini Dato’ Dipertua.

Begitu jugak sebelum perkara-perkara yang kurang baik ataupun perkara-perkara masalah berlaku, saya juga ingin mencadangkan agar Tabika Perpaduan Pinggiran Pedas, sekarang ini menyewa di kawasan persendirian, di rumah persendirian Dato’ Speaker, untuk kita bina

sebuah tabika mereka sendiri Dato’ Dipertua. Sebelum ianya berlaku masalah seperti Taman Pedas Perdana.

Dato’ Dipertua bercakap tentang tabika-tabika, isu pendidikan ni juga saya mohon sekali lagi, pihak kerajaan melalui KEMAS dan sebagainya tolong sedikit melihat, berikan perhatian kepada Tabika KEMAS Mampong, yang tempoh hari telah ditutup kerana memerlukan baik pulih tabika ni ditutup dan dipindahkan ataupun disekalikan dengan tabika di kampung sebelah Dato’ Dipertua. Perkara kecil dan saya yakin ianya dapat diselesaikan sekiranya diberikan perhatian yang serius.

Dato’ Speaker, sedikit saya ingin bawa keluhan daripada masyarakat di Jalan Pedas – Kundur Ulu khususnya Taman Pedas Perdana kerana sentiasa diganggu dengan pencemaran bau yang didakwa ataupun di dikatakan besar kemungkinan datangnya bau yang tidak menarik tersebut daripada Kawasan Perindustrian Halal Hab Pedas, Dato’ Dipertua. Saya mohon pihak kerajaan melalui Jabatan Alam Sekitar melihat perkara ini seseriusnya Dato’ Dipertua. Saya pernah bawa dulu jawapannya tidak terdapat sebarang pencemaran bau Dato’ Speaker. Tetapi ianya perlu dilakukan pemantauan secara berkala. Pergi sekali mungkin tak terbau Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, satu lagi saya ingin bawa adalah tentang hasrat permohonan saya tempoh hari tentang kampung orang Asli. Terdapat 2 kampung orang Asli di kawasan saya. Satu Kampung Orang Asli Ulu Chembong dan satu lagi Kampung Orang Asli Ulu Chuai. Satu terdapat jawatankuasa JPKK Orang Asli dan satu lagi tidak. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Yang Amat Berhormat besar bagi 5,000.00 setiap JPKKOA. Saya itu hari nak mencadangkan yang satu lagi tak ada ni ditubuhkan Dato’ Yang Dipertua ya, ataupun jawatankuasa ini.

Dato’ Yang Dipertua itulah sedikit sebanyak yang saya nak sampaikan Dato’ Yang Dipertua ya. Saya sekali lagi mohon atau ingin menyatakan kejayaan kita adalah kejayaan disebabkan kerja berpasukan. Tahniah saya ucapkan terima kasih kepada penjawat-penjawat awam. Yang Berhormat ADUN Lenggeng bukan semua penjawat awam, pengarah-pengarah jabatan yang tidak bekerjasama dengan kita. Hanya segelintir saja ya, Dato’ Dipertua. Contoh Dato’ Yang Dipertua, saya pernah menelefon. Haa ni satu-satulah terpencillah, seorang pengarah, dia tengah bermesyuarat. Dia jawab mesej saya “saya tengah meeting”. Saya balas balik “tuan kalau lapang, tolong telefon saya” Dato’ Dipertua. Tetapi telah berpurnama, Dato’ Dipertua, saya masih lagi menunggu panggilannya Dato’ Dipertua ya. Jadi pengarah-pengarah tolong check handphone masing-masing, bukan semua, ada di handphone masing-

masing Dato’ Dipertua ya. Yang jan, yang saya mohon nak telefon saya balik Dato’ Dipertua.

Dato’ Dipertua, banyak perkara yang saya nak bawak, Dato’ Dipertua. Jalan FT001,001. Perbincangan di antara PBT, Majlis Bandaraya Seremban dengan JKR. Pokok-pokok di kiri kanan jalan, siapa yang patut maintain Dato’ Speaker? Siapa yang patut maintain? Sama ada JKR ataupun Majlis Bandaraya? Di Sungai Gadut Dato’ Yang Dipertua, pokok yang dah tumbang, ada 2 ke 3 batang, nasib baik, syukur tumbangnya pokok besar itu menghala ke tepi jalan. Kalau menghala ke jalan, saya yakin mungkin ada yang terkena ataupun terlibat dalam kemalangan Dato’ Yang Dipertua.

Dan bercakap tentang kawasan tersebut, musim hujan ni Dato’ Dipertua, sedikit saja hujan akan menyebabkan air bertakung yang agak banyak di kawasan sekitar tersebut. Berhadapan dengan Pejabat Ahli Parlimen Rembau hingga membawa kepada depan JPJ, Pejabat JPJ Seremban, Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon, saya mohon …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kampung Baru Rahang [percakapan secara off mic].

Tadi you tak mahu cakap, Kampung Baru Rahang apa semua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tak apa, saya mintak sikitlah mohon [percakapan secara off mic].

Ya, silakan cepat sikit. Cakap. Okey. Dato’ Dipertua. Tak apa, sila.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Saya, mintak tolong [percakapan secara off mic].

Okey, Dato’ Speaker tolong masukkan jugak termasuk Kampung Baru Rahang, Dato’ Speaker ya. Dato’ Speaker, sikit saja lagi Dato’ Speaker, saya menyokong, banyak yang mencadangkan ahli-ahli Yang Berhormat, kawan-kawan, rakan-rakan ahli Yang Berhormat mencadangkan supaya dikaji, dinaikkan semua elaun dan gaji ahli-ahli Yang Berhormat ni Dato’ Speaker. Tetapi tak ada seorang pun yang menyebut termasuk Dato’ Yang Dipertua. Betul kan, Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, itu yang saya mulakan dengan pantun saya tadi, kalau bukan kelapa puan, Dato’ Yang Dipertua, kalaulah bukan tuan, saya mengharapkan Dato’ Speaker yang mengepalai proposal ini kepada Kerajaan Negeri, Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, saya sayangkan Dato’ Speaker ya. Saya ucapkan tahniah dah 3 hari masuk sesi petang, Dato’ Speaker kelihatan masih bersemangat, masih bertenaga menyangkal kerisauan ADUN Paroi tentang tahap kesihatan ya Dato’ Speaker ya, Dato’ Speaker. Jadi kalaupun sementara ini tiada timbalannya, masih okey lagi. Saya rasalah sementara ini. Yang pentingnya besok, kalau ada timbalan pastikan daripada Barisan Nasional, Dato’ Speaker. Itu saja, Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, saya ingin mengambil kesempatan yang ringkas nak menjemput semua ahli Dewan, Yang Amat Berhormat Exco Kanan, Exco-Exco, ketua-ketua jabatan ke majlis rumah terbuka Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker. Pada 26 hari bulan 5, Dato’ Speaker kan.

Hari raya dah habis.

Ini kenduri saya, pandai sayalah nak buat bila Dato’ Dipertua. Saya jemput, saya tidak pernah mempertikaikan sahabat-sahabat punya tarikh Dato’ Speaker. Dengan penuh rasa rendah diri, sukacita saya menjemput. Tema pakaiannya bebas Dato’ Speaker, bebas ikut kesesuaian ya. Konsepnya kalau boleh potluck, Dato’ Yang Dipertua. Dan tagline majlis saya adalah dengan izin, no come no friend, Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, dengan itu, saya Chembong menyokong usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Ahli Yang Berhormat, kita telah pun mendengar perbahasan oleh ahli-ahli Yang Berhormat yang yang telah mengambil bahagian. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab. Ampangan. Nampaknya ahli Yang Berhormat lain teratur …..

Lain tak sedia lagi? Okey. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kerana beri peluang pada saya untuk menggulung pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi kepada semua yang telah pun menyentuh berkenaan dengan Portfolio Sukan, Belia Dan Sukan termasuk Seri Menanti, Chembong dan lain-lain lagilah ya, semua sekali ya.

Pertamanya saya nak sentuh berkenaan dengan SUKNES, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Untuk makluman ahli Dewan sekalian, penganjuran Kejohanan SUKNES ini bertujuan ialah untuk mewujudkan sport awareness di kalangan masyarakat. Selain itu, ia juga dijadikan medan untuk memilih atlet-atlet terbaik yang boleh mewakili Negeri

Sembilan di dalam kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan khususnya temasya Sukan Malaysia, ataupun SUKMA. Untuk makluman ahli Dewan, kali terakhir penganjuran SUKNES ini adalah pada tahun 2017 dan selepas itu penganjuran tertangguh akibat penularan wabak COVID-19. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Majlis Sukan Negeri telah menyatakan hasrat untuk melaksanakan semula penganjuran SUKNES dengan menggunakan konsep dan kaedah penyertaan pasukan yang berbeza. Pada awalnya, penyertaan pasukan di Kejohanan SUKNES melibatkan daerah-daerah sahaja. Tetapi pada tahun 2023, penyertaan ini dibuka sehingga ke peringkat Dewan Undangan Negeri bagi memberikan peluang untuk lebih ramai atlet menonjolkan bakat seterusnya dinilai untuk diserapkan ke dalam pasukan ataupun program pembangunan persatuan sukan negeri.

Dato’ Yang Dipertua, Kejohanan SUKNES yang sepatutnya berlangsung pada Disember 2023 telah kita laksanakan pada 16 hingga 18 Februari 2024 yang lalu. Penganjuran kali ini sedikit berbeza dari penganjuran sebelum-sebelum ini. Di mana penyediaan pasukan melibatkan 36 ADUN kawasan. Jadi saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ADUN yang telah pun mengetuai, menjadi ketua kontinjen dan menjayakan Sukan Negeri Sembilan 2024. Berikan tepukan kepada semua.

Dato’ Yang Dipertua, Chembong selalu sebut tentang kejayaannya menjadi johan bola jaring. Jadi saya nak sebutkan jugak ya, DUN-DUN lain yang telah menjadi johan dalam Kejohanan SUKNES 2024 yang lalu. Pertamanya futsal telah dijuarai oleh DUN Sikamat, bola jaring oleh Chembong, badminton oleh Lukut, dan sepak takraw oleh Ampangan. Dan jualan keseluruhan untuk SUKNES 2024 jatuh kepada DUN Ampangan. Dengan mendapat satu johan dan 2 tempat ketiga. Menjadikan dia, Ampangan adalah johan keseluruhan.

Untuk makluman di dewan sekalian, secara dasarnya penganjuran SUKNES ini dibuat secara berselang-seli dengan tahun berlangsungnya Temasya Sukan Malaysia ataupun SUKMA. Itu dasar dia. Tahun di mana tidak berlangsungnya Temasya Sukan Malaysia, MSN akan membantu Persatuan Sukan Negeri untuk menyediakan pasukan untuk menghadapi temasya akan datang melalui penganjuran SUKNES. Penganjuran SUKNES setiap tahun juga akan memberikan implikasi kewangan yang besar kerana pada tahun berlangsungnya Temasya Sukan Malaysia, Kerajaan Negeri akan menyalurkan peruntukan yang besar bagi penyertaan kontinjen Negeri Sembilan ke Sukan Malaysia.

Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri melalui MSN, insya-Allah akan menganjurkan Sukan Negeri Sembilan pada tahun tidak berlangsungnya

Temasya Sukan Malaysia selari dengan tujuan penganjurannya. Di masa akan datang, kajian akan dibuat bagi menambah baik, menambah baik terutamanya dari segi acara sukan yang bersesuaian untuk dipertandingkan selari dengan sukan-sukan yang akan dipertandingkan di Temasya Sukan Malaysia akan datang. Khasnya yang melibatkan sukan-sukan teras negara serta mengambil kira sukan yang mempunyai populariti di kalangan masyarakat pada masa ini selain daripada melihat kepada kemudahan gelanggang sukan yang mencukupi juga menjadi salah satu faktor dalam kita menganjurkan kejohanan di samping melihat kemampuan ataupun kewangan kita. Maka semua ini akan dijadikan panduan dalam kita melaksanakan kejohanan ini pada tahun-tahun yang akan datang dengan jayanya insya-Allah.

Perkara yang kedua Dato’ Speaker, yang ingin saya sentuh ialah berkenaan dengan Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge yang disebut oleh Seri Menanti. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge ini adalah satu program yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bertujuan untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat. SUKNES juga adalah program untuk membudayakan sukan di kalangan rakyat. Kempen yang kedua adalah melalui Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge yang bertujuan untuk menggalakkan budaya bersukan di kalangan rakyat Negeri Sembilan sambil kita mempromosi tempat-tempat menarik dalam Negeri Sembilan. Sebab itulah program ini kita buat bersama dengan Exco Pelancongan dan juga Exco Kesihatan, bagi melahirkan rakyat sihat di Negeri Sembilan.

Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge ini bermula pada bulan April sehingga bulan Oktober, selama 7 bulan. Satu bulan satu daerah. Dan bulan April yang lepas telah pun kita adakan yang pertamanya adalah di Daerah Kuala Pilah dan lokasinya adalah Gunung Angsi. Dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah hadir dan merasmikan program tersebut dan turut dihadiri oleh Dato’ Yang Dipertua bersama-sama dengan Dato’ Setiausaha Kerajaan, ahli-ahli Exco dan ADUN-ADUN yang yang lainnya. Dato’ Yang Dipertua, itu adalah yang pertama. Yang keduanya besok akan akan dibuat di Daerah Seremban pada 1 Jun bertempat di Bukit Melati, Nilai. Kemudian bulan berikutnya di Gunung Tampin di Daerah Tampin. Kemudian pada bulan Julai di Jempol di Bukit Penarikan. Pada bulan Ogos di Bukit Batu Sawa di Daerah Jelebu. Pada bulan September di PD Forest di Port Dickson. Dan akhirnya pada bulan Oktober di Gunung Datuk, Rembau. Jadi ini adalah tujuh destinasi yang kita pilih.

Dan untuk makluman Dato’ Dipertua juga, setiap daerah yang kita kunjungi akan di, akan peserta akan mendapat medal seperti inilah Dato’

Dipertua ya. Ini medal ini bukan saya ambil ini memang saya dapatkan, saya pun panjat ya. Jadi saya ambil kesempatan di sini untuk untuk berkempen pada semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk rakan-rakan di atas untuk sama-sama terlibat kerana setiap peserta yang yang yang menyertai akan mendapat medal ini. Dan medal ini merupakan peta daerah tersebut. Ni ada peta Daerah Kuala Pilah. Maknanya kita akan ada tujuh medal dan bila kita cantumkan ketujuh-tujuh medal ini, kita akan dapat peta Negeri Sembilan. So itulah uniknya. Maka saya menyeru kepada semua untuk sama-sama berkempen supaya rakyat kita akan terus minat ataupun budaya diri, dengan sukan.

Di samping itu Dato’ Yang Dipertua, setakat ini untuk, untuk penyertaan bulan bulan ini, di Bukit Melati, sudah ada hampir 600 penyertaan. Bermakna hanya ada 400 saja lagi ketinggalan sebelum menjelangnya 1 Jun yang akan datang. Maka saya menyeru kepada rakan-rakan, kepada semua yang di luar sana, boleh ikuti FB, Facebook Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge dan boleh mendaftar melalui pautan tiketmasuk.my. untuk menjadi peserta kepada program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge.

Dato’ Dipertua, perkara yang ketiga yang saya nak sentuh ialah masih mengenai inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam terus membudayakan sukan di kalangan rakyat. Buat pertama kalinya Kerajaan Negeri menyediakan bajet untuk menambah baik fasiliti sukan ya. Kerajaan Negeri menyediakan dana sebanyak 500 ribu ringgit ya, saya tahu ia bukan jumlah yang besar tetapi cukup untuk kita menyantuni mana-mana fasiliti sukan yang memerlukan sedikit tambah baik supaya ianya boleh digunakan. Contohnya ada di kampung yang mereka mempunyai court takraw contohnya, tapi mungkin mengalami kerosakan. Jadi boleh digunakan dana ini. Dan dana ini ada di pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kaedahnya cukup mudah, semua ADUN boleh terus memohon melalui pejabat saya dan saya akan angkat ke pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dan sejurus mendapat kelulusan, boleh terus mintak supaya kontraktor kampung ya, tak perlu pakai G1, G2, G3 dan sebagainya terus buatlah dengan kos yang seminima mungkin. Dan ia boleh memberikan kelegaan kepada anak-anak muda di kampung tersebut.

Untuk pusingan yang pertama ini, setiap DUN kita sediakan dana 10,000.00 ringgit untuk diguna pakai bagi mengesyorkan ya, mesti disyorkan oleh wakil rakyat, ya. ADUN mesti mengesyorkan mana nak buat ataupun kampung mana yang nak buat. Dan untuk kita round yang pertama ini untuk kita bantu sebanyak 10,000.00 untuk 36 DUN bermakna 360 ribu akan kita guna pakai. Dan selebihnya itu first come

first serve. Mana-mana ADUN first come first serve kita akan berikan untuk diberi dibaik pulih tempat-tempat tersebut.

Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, setakat ini sebanyak 10 Dewan Undangan Negeri telah pun menghantar permohonan, yang boleh mendapat kelulusan bila-bila masa. Pertamanya DUN Palong, Jeram Padang, Gemencheh, Chuah, Serting, Johol, Seri Menanti, Lobak, Sungai Lui dan Pertang. Ini adalah 10 DUN yang telah pun menghantar. Dan saya mohon pada yang selebihnya untuk segerakan proses supaya duit ini dapat kita belanjakan ataupun dapat dimanafaatkan oleh anak-anak muda yang berada di kampung-kampung ataupun di taman-taman. Sekian Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.

Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih ahli-ahli yang berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan, Dewan Undangan Negeri Ke-15 2024. Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada, syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh jentera dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan di atas prestasi pentadbiran yang sema, nampaknya semakin memberangsangkan. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan agensi yang telah bersama-sama dalam menggembleng tenaga membantu dalam urus tadbir negeri ini. Kepada jabatan dan agensi di bawah Portfolio Wanita Keluarga Dan Masyarakat, insya-Allah kita akan lebih bekerja gigih dalam memastikan portfolio ini mencapai objektif dalam mensejahterakan rakyat di Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus tempoh hari, tuanku ada menyebut perihal prestasi Kerajaan Madani Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mendengar keluhan dan denyut nadi rakyat. Dan disebabkan itu, Kerajaan Negeri memperkenalkan dan menawarkan Skim Sejahtera Rakyat menerusi Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Saya berkongsi sedikit ya, data permohonan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan. Yang pertama: Bantuan Keceriaan Warga Emas di DUN Pilah di mana penerima seramai 633 orang warga emas telah menerima di peringkat fasa ketiga dan bantuan khas kemasukan ke Universiti Pengajian Tinggi (IPTA) yang telah membantu anak muda dalam melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Yang Berhormat Dato’ Yang Yang Dipertua, saya berterima kasih di atas usaha murni Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha membasmi kemiskinan di Kuala Pilah dan kesannya dapat dilihat dengan banyak

pemutihan telah berlaku dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal dan Pejabat Daerah. Ini memberikan kesan positif kepada pembangunan masyarakat. Saya harap lebih banyak lagi bantuan daripada Kerajaan Negeri Sembilan untuk pembangunan infrastruktur di Kuala Pilah bagi menambah nilai pembangunan dalam usaha ke arah Perbandaran Kuala Pilah 2025. Cabaran besar yang akan dihadapi di dalam usaha perbandaran ini adalah dari segi pertambahan penduduk. Justeru itu, saya berharap agar penambahbaikan dari segi pembinaan infrastruktur baharu seperti perumahan, sekolah, hospital dan pusat-pusat tumpuan masyarakat dapat dibina memberikan keselesaan kepada penduduk Kuala Pilah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di dalam titah tuanku pada tempoh hari juga ada menyentuh mengenai kadar kemiskinan tegar di negeri ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya menyifarkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini. Di dalam titah tuanku, ada juga menzahirkan rasa gembira kerana Negeri Sembilan telah pun berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2023. Pencapaian ini amatlah membanggakan dan ia perlu dikekalkan bagi memastikan tiada lagi miskin tegar di negeri ini. Ucapan syabas juga dan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, Pejabat Daerah dan semua agensi yang terlibat dalam usaha keras dan kerjasama dalam membantu Kerajaan Negeri Sembilan mensifarkan miskin tegar. Semoga prestasi dan momentum ini berkekal agar kebajikan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan terpelihara.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat terperinci bagi inisiatif yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan dan Agensi yang berkaitan seperti insentif C4U untuk membantu golongan ibu tunggal yang tergolong di dalam kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dibantu oleh pelbagai aspek meliputi ekonomi, emosi, hak asasi dan sebagainya. Pelbagai bentuk bantuan dan program sokongan telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk sentiasa memastikan golongan ibu tunggal ini disantuni terutamanya bagi yang kurang kemampuan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menjawab isyu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labu mengenai insentif rakyat miskin Negeri Sembilan ya, mohon kajian dilaksanakan bagi perlaksanaan insentif kepada rakyat miskin Negeri Sembilan dan tidak bergantung kepada statistik eKasih semata-mata. Untuk yang berhor, untuk makluman Yang Berhormat Labu, sistem eKasih merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan data kemiskinan di kalangan rakyat dapat direkodkan

bagi membolehkan kerajaan melalui agensi-agensi berkaitan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan dapat menjadikannya sebagai satu rujukan dalam apa jua inisiatif pembasmian kemiskinan yang melibatkan rakyat. Jadi melalui arahan No.1/2023, Mekanisme Penyelarasan Perlaksanaan Pembangunan Negara Jabatan Perdana Menteri Malaysia bertarikh 7 Februari 2023 dan dibaca bersama surat arahan Ketua Setiausaha Negara untuk rujukan UPPBPK/177/674/3 KLT.8(62) bertarikh 6 Januari 2020 yang menjelaskan dan menyatakan bahawa: sehubungan dengan itu semua agensi persekutuan dan negeri digesa menjadikan sistem eKasih sebagai rujukan utama dalam mengenal pasti kumpulan sasar bagi program pembasmian kemiskinan yang dirancang dan dan yang dilaksanakan.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh ADUN Kota iaitu pemberhentian, pemberhentian petugas di Pertubuhan Pemulihan Komuniti (PPDK) Permata Bonda, Rembau. Untuk maklum balas YB Kota, Pertubuhan Pemulian Dalam Komuniti iaitu PPDK adalah sebuah pertubuhan yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Di mana program dalam komuniti PDK atau Community-Based Rehabilitation (CBR) adalah satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan, peluang dan integrasi sosial OKU. Program ini merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalankan pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Untuk makluman YB Kota, pengiraan sagu hati penyelia dan petugas adalah menggunakan kaedah ratio iaitu 1:5 di mana satu penyelia ataupun petugas nisbah 5 orang pelatih OKU di pusat PPDK bagi bilangan penyelia dan petugas di program PDK yang diluluskan. Pemberhentian petugas di PPDK Permata Bonda adalah kerana PPDK Permata Bonda mempunyai seramai 13 orang pelatih, satu orang penyelia dan 2 orang petugas yang tidak memenuhi keadaan ratio 1:5. Berdasarkan ratio dan pengiraan peruntukan maka PPDK perlu mengurangkan seorang petugas. Sekiranya ada peningkatan bilangan pelatih di PPDK dan berdasarkan kepada nisbah satu petugas, satu petugas nisbah lima pelatih, maka PPDK boleh mempertimbangkan untuk mengambil petugas baru dan seterusnya memohon bantuan kewangan tambahan daripada pihak JKM. Keputusan permohonan bantuan kewangan kerajaan kepada PPDK adalah tertakluk kepada Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan Kewangan kepada PPDK yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk makluman, bantuan kewangan kerajaan yang telah diluluskan bagi tempoh Mac 2024 sehingga Februari 2025 kepada PPDK Permata Bonda adalah sebanyak Ringgit Malaysia 101,958.00 ringgit yang merangkumi elaun pelatih, sagu hati petugas, saguhati penyelia, sewaan dan utiliti. Bantuan kewangan kerajaan ini juga telah mengambil kira kenaikan elaun pelatih iaitu sebanyak 300.00 ringgit seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Sekian, Dato’ Yang Dipertua, isu, dua isu yang telah dibangkitkan dan telah di, yang telah saya beri maklum balas. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Yang Berhormat Ampangan.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua Dewan, terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; Tuanku Mukhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Banyak perkara yang disentuh oleh ahli-ahli Yang Berhormat, antaranya berkaitan kesihatan dan perpaduan.

Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Exco Kanan, rakan-rakan Exco, ahli-ahli Yang Berhormat kerajaan dan pembangkang, kakitangan kerajaan dan seluruh warga Negeri Sembilan atas kejayaan meraih pengiktirafan Negeri Paling Bahagia di Malaysia. Ini dapat dijelaskan dari pelbagai aspek antaranya semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, keselesaan dan persekitaran yang kondusif juga menjadi faktor utama bagi mewujudkan keharmonian antara antara masyarakat di Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, bukan itu sahaja, aspek kesihatan juga menjadi faktor utama dalam memastikan kesejahteraan masyarakat di Negeri Sembilan. Untuk memak, untuk makluman semua, kesemua daerah di Negeri Sembilan telah pun mempunyai hospital daerah. Ia juga dibantu dengan 90 buah klinik desa yang beroperasi dan dapat menampung keperluan penduduk di setiap kampung di dalam daerah Negeri Sembilan. Perancangan terkini terhadap klinik desa adalah dengan menaik taraf infrastruktur fasiliti klinik desa. Projek naik taraf ini mengambil masa selama 3 tahun dan bermula pada tahun 2023 sehingga 2025. Pada tahun 2023, sebanyak 30 buah, 31 buah klinik desa telah menjalani pembaikan. Pada tahun 2024, sebanyak 10 buah klinik desa sedang dalam proses roboh bina dan 10 buah akan menjalani proses

pembaikan. Dengan projek naik taraf ini, maka perkhidmatan di klinik desa akan bertambah baik kepada penduduk.

Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Lui, permohonan bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Lui Muda telah dibawa ke Kementerian Kesihatan Malaysia untuk projek Rancangan Malaysia Malaysia Ke-13 untuk penggantian Klinik Kesihatan Jenis 4 beserta kuarters. Pihak jabatan juga telah menaik taraf pendawaian elektrik, bangunan Klinik Kesihatan Lui Muda.

Dato’ Yang Dipertua, bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Jeram Padang, Jabatan Perpaduan Negara Interaksi Nasional Daerah Jempol telah dimaklumkan berkaitan kerosakan tadika perpaduan, Taman Sri Rompin pada 13 November 2023. Pada 14 November 2023, kerja-kerja pembaikan bumbung secara sementara telah dilaksanakan dan selesai pada 15 November 2023. PPD Jempol telah membuat permohonan pembaikan Tadika Perpaduan Taman Sri Rompin dalam Sistem MyRepair jabatan pada 17 November 2023 dan disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara Integrasi Nasional Negeri Sembilan pada hari yang sama permohonan kedua telah dikunci masuk pada 12 Januari 2024. Dan telah disokong oleh JPNIN Negeri Sembilan. Seterusnya permohonan telah dikemukakan ke Unit Pembangunan, Ibu Pejabat JPNIN pada 24 Januari 2024. Hasil semakan rujukan JPNIN Negeri Sembilan dengan Unit Pembangunan Ibu Pejabat JPNIN pada 7 Mei 2024, adalah dimaklumkan bahawa permohonan pembaikan bagi Tadika Perpaduan Sri Rompin dan lain-lain permohonan pembaikan akan diteliti pada 13 Mei 2024 ketika mesyuarat pemantauan kerja-kerja pembaikan dan pemantauan, pemantau projek pembangunan JPNIM. Sebarang keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kelak.

Dato’ Yang Dipertua, ahli Yang Berhormat dikasihi sekalian, usaha membentuk dan menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dicapai dalam jangka masa yang singkat. Ia adalah satu proses yang panjang dan berterusan serta menuntut komitmen semua pihak. Sehubungan, sehubungan itu, program bersepadu telah dilaksanakan dan dirancang bagi penyediaan tapak integrasi, perpaduan adalah sangat penting sebagai satu usaha berterusan bagi memupuk, memupuk semangat perpaduan. Contohnya Program Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Negeri Sembilan yang dijalankan pada bulan Ramadan tempoh hari turut dihadiri oleh Yang Berhormat Chembong dan masyarakat pelbagai kaum. Terima kasih Yang Berhormat Chembong.

Ingin menarik perhatian Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan, bagi menjawab DUN Juasseh, Kawasan Rukung Tetangga (KRT) diiktiraf

sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi tonggak dan penggerak kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi. Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 – 2023, merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara. Untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi peranan rukun tetangga sebagai sebagai sebuah organisasi sukarela dalam komuniti di mana 4 gerak kerja diperkenalkan iaitu: KRT Sejahtera – projek ekonomi rukun tetangga, Program Sayangi Komuniti, Program Mediasi Komuniti. KRT Selamat – contoh Program Jom Ronda, program keselamatan kejiranan, skuad UNITI. Yang ketiga: KRT Bersih Dan Indah – contoh program KRT bersih seperti program 3R, jom kompos, gotong-royong. Manakala contoh program KRT Indah seperti program kejiranan hijau, kebun komuniti. Keempat: KRT Sihat – contoh Program Jom Sihat, KOSPEN dan COMBI.

Di bawah Seksyen Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) fungsi dan Tugas Rukun Tetangga adalah seperti berikut:

 menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengkukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan, ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.

 Menerima maklumat mengenai untuk …..

Dato’ Yang Dipertua, boleh saya mencelah sikit? Terima kasih Yang Berhormat Exco. Berkenaan dengan perpaduan ini, boleh saya nak mohon, saya dengar tadi banyak program-program yang diatur ya di peringkat perpaduan dalam KRT. Inilah yang maksud saya tadi bahawa kita banyak jentera tetapi peringkat kami ADUN-ADUN ini kena maklum jugaklah ya. Sebab untuk melaksana, untuk dasar-dasar ini untuk dilaksanakan dengan lebih baik adalah kerjasamanya dengan ahli-ahli Yang Berhormat kawasan. Jadi saya mintak supaya peringkat Jabatan Perpaduan bersama dengan Exco kalau boleh memberikan penerangan dan perjumpaan dengan ADUN-ADUN, apakah program-program yang boleh kita buat bersama untuk mengukuhkan lagi ya, perpaduan dan jugak program-program yang boleh dibuat bersama dengan rukun tetangga. Terima kasih.

Baik, terima kasih YB Juasseh. Okey saya teruskan

 Menerima maklumat mengenai untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah.

 Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pe, pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana.

 Menyediakan penghantaran dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat.

 Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh ketua pengarah dari semasa ke semas

ERAT@Negeri Sembilan merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan yang menyediakan insentif dan galakan kepada organisasi komuniti di Negeri Sembilan bagi perlaksanaan program dan aktiviti perkukuhan perpaduan secara kerjasama strategik. Berikut merupakan jumlah peruntukan di bawah Erat@Negeri Sembilan mengikut tahun. Tahun 2020 ERAT menerima 500 ribu, 2021 – 1.0 juta RM, 2022 – 1.2 juta RM, 2023 – 1.0 juta RM, dan 2024 – 1.5 juta RM. Sehubungan itu, pelaksanaan inisiatif ERAT@Negeri Sembilan ini sangat penting untuk memastikan NGO dan organisasi komuniti terus diperkasakan sebagai ejen kerajaan menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus diperkukuh di peringkat akar umbi.

Dato’ Yang Dipertua, pelancongan perubatan memainkan peranan penting memberikan banyak kesan ekonomi untuk ekonomi negeri. Keseluruhan rantaian bekalan penjagaan kesihatan merangkumi penginapan, makanan dan minuman, logistik, runcit pelancongan dan pengangkutan.

Dato’ Yang Dipertua, dalam memastikan keharmonian antara kaum dan masyarakat umum tidak tergugat oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang memainkan sentimen agama dan kaum dalam cubaan memecahbelahkan rakyat, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan disokong erat oleh agensi kerajaan di peringkat negeri mahupun persekutuan telah mengambil langkah-langkah berikut bagi menangani percubaan tersebut. Antara langkah yang telah dan sedang diambil oleh pihak kerajaan adalah: pemerkasaan peranan organisasi komuniti di peringkat akar umbi, penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan semangat

patriotism dan perlaksanaan aktiviti dan program berteraskan perpaduan iaitu Semarak Kenegaraan, semarak perpaduan, program komuniti rahmah. Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya membaca serangkap pantun.

Teguhkan ikatan eratkan persaudaraan Rukun perpaduan mesti bersatu Kuatkan hubungan jauhi persengketaan Harmoni negara berkat berpadu

Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Negeri Sembilan agar sentiasa memelihara keharmonian negeri seperti yang dititahkan dalam ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus; Tunku Mukhriz ibni almarhum Tunku Munawir. Dato’ Yang Dipertua, saya juga berharap suruh warga kerja jabatan dan ageni, agensi untuk bekerja lebih sistematik dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Sembilan. Di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima katih, terima kasih di atas kehadiran warga Ampangan, rakan-rakan Exco, ketua-ketua jabatan di sambutan majlis rumah terbuka DUN Ampangan pada 1 Mei bersamaan sambutan Hari Pekerja.

Dato’ Yang Dipertua, ingin saya kongsikan maksud ayat surah Al-Hujurat ayat 13; wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kalian berbagai-bagai bangsa dan bersyukur puak supaya kelian berke berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kalian. Bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kalian”.

Ayat ini menegaskan bahawa kehidupan bermasyarakat madani dalam konteks hubungan sesama manusia yang diciptakan dari berbagai-bagai suku kaum dan bangsa adalah wajib dijalinkan. Termasuklah hubungan sesama manusia yang diciptakan dengan perbezaan dari sudut kemampuan akal, ilmu, tenaga serta pendapatan. Kebaikan bagi setiap manusia itu adalah ukuran sebenar ketakwaan dan kepatuhan mereka kepada perintah Allah SWT. Akhir kalam, semoga kita semua dapat menjaga nikmat perpaduan yang ada di negeri ini serta menjaga kesihatan diri dan keluarga agar negeri ini terus mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah SWT. Bersama membina negeri madani, Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Sedikit celahan.

Paroi dulu, Paroi dulu. Lepas ni baru saya.

Dan ucapan saya sebelum ini, saya ada minta tolong dibuat sedikit sedikit panduan ya, tentang isu risiko ergonomik di tempat kerja. Isu ini isu Yang Dipertua lah. Apabila kita duduk ni ya, kita duduk lebih kurang 3 jam berterusan. Dengan kerusi yang cukup cantik. Kerusi kita cantik. Tapi di di peringkat ergonomik ni maknanya kesesuaian kita duduk dengan tempat kerja kita itu. Sebab kita duduk lebih 3 jam, ada 3 jam. Dan saya mintak, hari itu minta buat sedikit Analisa. Jabatan Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan, ada tak tentang panduan daripada Jabatan Keselamatan Pekerjaan ya, makna garis panduan keselamatan, kesihatan, pekerjaan dalam bidang ekonomi. Sebab saya lihat benda ni ya dia berdasarkan kepada kadang-kadang kerusi yang kita duduk ni, kalau kita adakah dia sesuai ya, sesuai untuk kita. Kadang kita kena tolak ya, itulah serba sedikit ya. Ada saya saya mintak hari tu.

Terima kasih YB Paroi. Saya akan apa, bagi apa, jawapan bertulis. Terima kasih.

Soalan ya, apa ni, YB Ampangan. Tadi ada aduanlah, saya nak tanyalah dan penjelasan daripada YB Exco. Tadika Perpaduan dah 5 bulan berlangsung tetapi anak-anak tabika ni tak dapat baju tadika perpaduan dan beg sekolah. Adalah adakah benar tak benar tuduhan ni saya nak YB Exco jawab. Yang keduanya fasal tabika perpaduan di Taman Sri Rompin ni, terima kasihlah YB Exco dah panjangkan permohonan saya. Tapi saya nak ucapkan ribuan terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat. Semalam lepas saya cakap dia terus panggil saya dan terus luluskan 100 ribu untuk repair tabika perpaduan tu. Jadi permohonan yang dah dipanjangkan oleh YB Exco jangan di di apa pulak, ditunda pulak ambil je duit itu. Saya nak tabika perpaduan dinaiki taraf supaya tadika perpaduan ni ada penghawa dingin supaya selesa untuk anak-anak sekolah untuk dia orang menerima pelajaran. Sebab apa, banyaknya tabika perpaduan di Jeram Padang ni, saya dah round, saya buat permohonan tu, saya check memang banyak yang dah uzurlah. Jadi kalau dah dimohon itu duit itu jangan dipulangkan. Walaupun Yang Amat Berhormat dah luluskan peruntukan untuk membaik pulih, jadi duit itu eloklah dibagi kepada tabika perpaduan untuk kesejahteraan anak-anak tabika perpaduan di DUN Jeram Padang. Sekian terima kasih YB Exco mohon menjawab.

Terima kasih Jeram Padang. Mengenai beg dapat free itu, saya belum, tak ada pun, memang tak ada pun beg free untuk tadika, tadika apa, perpaduan ni. Back to school tu saya ada lah tapi tabika …..

Tapi tadi dia ada cakap, ada yang, selalunyalah, tadika ni dapat baju. Tapi dah masuk bulan 5 ni, baju dapek. Jadi macam mano tu? Saya pun menjawab nak nak sampaikan soalan daripada rakyat sayalah. Dah masuk bulan 5, rayo pun dah habih.

Terima kasih puan.

Saya, belum ada lagi guru-guru tabika perpaduan yang minta baju tu kat, dekat pejabat saya. Belum ada lagi. Beg pun belum ada. Tapi saya tak tahulah sama ada, ada ataupun tidak, saya tak pasti. Pasal yang back to school tu saya adalah tapi yang tabika tu saya tak pasti. Jadi, tak apa nanti saya akan berbincang dengan apa, Pengarah Perpaduan macam mana. Boleh kan?

Yang Dipertua Dewan

Okey terima kasih.

Boleh ya YB? Insya-Allah, insya-Allah, insya-Allah. Okey.

Yang Dipertua Dewan

Okey.

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih. Linggi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua hadirin Dewan khasnya dan kepada semua rakyat Negeri Sembilan umumnya. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dan juga komponen-komponen pentadbiran negeri atas kejayaan-kejayaan yang telah pun dipamerkan, dan telah mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan semasa baginda bertitah merasmikan sidang Dewan tempoh hari. Tanpa kerjasama daripada semua, kejayaan-kejayaan ini sukar untuk diterjemahkan dan dinikmati oleh sekalian rakyat Negeri Sembilan. Alhamdulillah.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini terutamanya dalam menyentuh isu-isu di bawah tanggungjawab Portfolio Warisan, Adat Istiadat Melayu,

Teknologi, Inovasi dan juga Digital. Saya telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan dan terdapat beberapa ahli Yang Berhormat telah pun membangkitkan isu menyentuh tentang tugas dan fungsi Portfolio Warisan, Adat Istiadat Melayu, Teknologi, Inovasi Dan Digital. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Johol, Yang Berhormat Sungai Lui, Yang Berhormat Klawang, Yang Berhormat Seri Menanti dan juga Yang Berhormat Gemencheh.

Antara isu utama yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat, antaranya ialah isu pendigitalan perkhidmatan Kerajaan Negeri Sembilan melalui pengenalan aplikasi tunggal atas talian ataupun super apps. Yang kedua iaitu seperti biasa ialah kualiti dan juga liputan perkhidmatan telekomunikasi di Negeri Sembilan ini. Insya-Allah saya akan menjawab sebaik mungkin persolaan-persoalan yang timbul mengikut fungsi-fungsi agensi yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, umum telah sedia maklum bahawa terdapat 8 strategi dalam Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan tahun 2023 sehingga 2027. Iaitu:

 Yang pertama: mengguna pakai data raya sektor awam. Ini dalam peringkat kajian melibatkan kerjasama daripada Jabatan Digital Negara sebagai perunding dan juga penasihat kepada pentadbiran negeri.

 Yang kedua ialah memacu ke arah e-Kerajaan. Sehingga suku terakhir tahun 2023 terdapat 1,223 daripada 1,753 perkhidmatan End-to-End bagi pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan telah melalui proses pendigitalan menjadikan peratusan keseluruhan adalah sebanyak 69.77%. Di samping itu juga, pentadbiran negeri juga telah mengamalkan penggunaan portal MyGovUC yang disediakan oleh jabatan digital negara dalam mengoptimumkan sumber kerajaan dan juga automasi tugas penjawat awam.

 Yang ketiga ialah meningkatkan kemahiran digital tenaga kerja sektor awam pentadbiran negeri terutamanya bahagian pengurusan sumber manusia sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengetahuan dan mengadakan latihan yang bersesuaian kepada semua penjawat awam negeri agar sentiasa mahir dengan penggunaan teknologi digital yang terkini.

 Yang keempat: mentransformasi ke arah bandar pintar berdaya digital. Bahagian Kerajaan Tempatan dengan kerjasama daripada Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa sedang dalam usaha untuk

mewujudkan satu blueprint bandar pintar untuk Negeri Sembilan yang berpaksikan kepada MS ISO 3712 2019 demi memastikan sekurang-kurangnya satu PBT telah mencapai penarafan Tahap 2 iaitu developing smart city menjelang tahun 2027.

 Yang kelima: memangkin pendigitalan industri. MIDA bersama dengan NS Invest dalam proses perundingan dengan sebuah syarikat digital yang terkemuka untuk menempatkan operasi mereka di Negeri Sembilan. Insya-Allah sehingga kini syarikat berkenaan sudah dalam proses memperolehi sebidang tanah untuk dijadikan sebagai pusat operasi.

 Yang keenam: memperkukuhkan ekosistem industri. Memandangkan talian internet merupakan satu komponen utama dalam ekosistem pendigitalan industri, perluasan ketersambungan talian tetap jalur lebar sedang giat dijalankan dengan tumpuan terkini diberi kepada kawasan industri Nilai 1 dan juga Nilai 2.

 Yang ketujuh iaitu meningkatkan kemahiran digital di kalangan masyarakat. Pentadbiran negeri sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia ataupun MCMC dalam mewujudkan Program Pusat Sebaran Maklumat Nasional ataupun NADI di seluruh Negeri Sembilan yang mana ia telah membantu usahawan luar bandar dalam pengetahuan berkenaan perniagaan secara dalam talian. Buat ketika ini terdapat 51 buah NADI sedang beroperasi dan terdapat 11 lagi dalam perancangan.

 Yang kelapan: memperkasa kerangkuman digital. Pentadbiran negeri juga dengan kerjasama MCMC sedang sedang berusaha untuk memperluaskan liputan telekomunikasi di Negeri Sembilan yang mana 98.35% kawasan berpenduduk telah mendapat liputan jalur lebar mudah alih generasi yang keempat ataupun 4G. 76.6% kawasan berpenduduk telah mendapat liputan jalur lebar mudah alih 5G ataupun 5G yang bercirikan kelajuan capaian sehingga 1 gigabyte sesaat. Dan yang ketiga, 66 buah sekolah luar bandar telah mendapat kemudahan sambungan fibre optic di bawah program Point of Presence ataupun PoP Kementerian Komunikasi dan sebanyak 189 sedang dalam perlaksanaan. Insya-Allah mungkin dalam masa tahun ini akan dapat diselesaikanlah 189 ini.

Dato’ Yang Dipertua, terdapat soalan-soalan lain yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti iaitu tentang aduan dropcall di kawasan berpenduduk dan capaian liputan 5G ya, yang tidak menyeluruh. Jadi

untuk Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan juga MCMC, sedang giat melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA dalam usaha untuk mengembangkan tahap kesalinghubungan diri kita. Dan juga infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan termasuk di dalam kawasan DUN Seri Menanti. Setakat 29 Februari 2024, bagi perlaksanaan JENDELA di DUN Seri Menanti sebanyak satu daripada tiga menara telekomunikasi baharu yang telah, yang rancangkan telah berjaya disiapkan dan sebanyak 20 buah stesen pemancar sedia ada telah siap dinaiki taraf bagi perluasan liputan komunikasi di kawasan tersebut. Bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optic, sebanyak 433 daripada 1,567 premis telah pun dilengkapi dengan kesalinghubungan perkhidmatan gentian optik berkeupayaan gigabyte. Kesemua inisiatif yang dinyatakan dijangka siap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

Bagi perlaksanaan rangkaian 5G di negeri, sebanyak 225 daripada 233 tapak telah siap dibangunkan dan tertumpu di Daerah Seremban dan juga Port Dickson serta kawasan-kawasan utama bagi daerah-daerah lain yang mencapai sasaran nasional iaitu 80% liputan di kawasan berpenduduk ataupun CoPA. Perlaksanaan rangkaian 5G di daerah Kuala Pilah, 2 daripada 3 tapak yang dirancang dan telah siap dibangunkan. Manakala perluasan rangkaian 5G di kawasan-kawasan lain pula, termasuk DUN Seri Menanti, perkara ini sedang diperhalusi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia serta Digital Nasional Berhad. Pihak MCMC juga sedang menjalankan audit perkhidmatan dalam mengenal pasti kawasan berpenduduk dan jalan utama yang masih mempunyai masalah panggilan terputus.

Maklum balas daripada Yang Berhormat ADUN kawasan dan juga orang awam bagi kawasan yang mempunyai masalah perkhidmatan amat dialu-alukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil oleh MCMC. Sebarang aduan yang berkaitan kualiti perkhidmatan juga rangkaian telekomunikasi boleh disalurkan terus kepada pemberi perkhidmatan serta MCMC, the portal aduan menerusi pautan laman web di aduan.mcmc.government.my. Jadi selain mengadu dalam Dewan ni, boleh mengadu dalam pautan emel ya. Itu kita boleh adulah. Maknanya masyarakat, sebab MCMC juga dia memerlukan aduan yang secara detail daripada masyarakat.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, maklum balas untuk ADUN Klawang iaitu masalah capaian internet atau jalur lebar yang tidak konsisten terutamanya pada waktu pagi. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia ataupun MCMC akan berhubung lanjut dengan ahli Yang Berhormat bagi

mendapatkan lokasi atau kawasan yang mempunyai masalah internet yang tidak konsisten. Perlaksanaan audit perkhidmatan akan dijalankan setelah menerima maklumat yang lengkap untuk tindakan pematuhan dapat dilaksanakan. Maklum balas daripada Yang Berhormat ADUN kawasan dan juga orang awam bagi kawasan yang mempunyai masalah perkhidmatan amat dialu-alukan bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil oleh MCMC. Seperti biasa sebarang aduan berkaitan kualiti perkhidmatan hendaklah disalurkan terus kepada pemberi perkhidmatan serta MCMC di pautan aduan.mcmc.gov.my.

Dato’ Yang Dipertua, ini ada apa nama, isu yang dibangkitkan oleh ADUN Johol iaitu cadangan satu aplikasi khas yang menyeluruh supaya segala urusan Kerajaan Negeri dapat dibuat dengan mudah oleh rakyat. Usaha-usaha ke arah menyatukan perkhidmatan kerajaan secara bersepadu telah dimulakan menerusi pembangunan inisiatif N9PAY. N9PAY Cloud merupakan gerbang pembayaran kepada perkhidmatan kerajaan negeri yang melibatkan agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perhutanan, Pentadbiran Tanah Negeri dan juga lain-lain agensi yang mengutip hasil.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut mewujudkan aplikasi N9 Digital yang bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan secara atas talian. Antara bantuan yang ditawarkan adalah bantuan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi yang bermastautin di Negeri Sembilan, bantuan perkahwinan kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga kali pertama, bantuan kepada warga emas dan juga bantuan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang baru lahir. Kerajaan Negeri Sembilan tetap komited untuk memperluaskan perkhidmatan secara dalam talian kepada rakyat seperti yang terkandung dalam Strategi 2 Pelan Ekonomi Digital Negeri Sembilan 2027 iaitu inisiatif pembangunan e-Kerajaan itu sendiri dan pewujudan sistem pembayaran berpusat iaitu pembangunan aplikasi N9PAY itu tadi.

Seterusnya Dato’ Yang dipertua aduan daripada ADUN Sungai Lui, Sungai Lui iaitu liputan internet capaian liputan talian internet tidak memenuhi kepuasan pengguna di Sungai Lui. Untuk makluman semua dan maklumat ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri Sembilan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang giat melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA dalam usaha untuk mengembangkan tahap kesalinghubungan digital infrastruktur telekomunikasi di Negeri Sembilan termasuk di dalam kawasan DUN Sungai Lui. Setakat 29 Februari 2024 bagi perlaksanaan JENDELA di DUN Sungai Lui, sebanyak satu menara telekomunikasi

baharu telah dirancangkan dan kini dalam proses pembangunan. Selain itu, sebanyak 26 buah stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf bagi perluasan liputan komunikasi di kawasan tersebut. Bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optik, sebanyak 1,337 daripada 2,481 premis telah pun dilengkapi dengan kesalinghubungan perkhidmatan gentian optik berkeupayaan gigabait. Kesemua inisiatif yang dinyatakan dijangka siap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

Untuk tahun 2023 sebanyak 3 lokasi yang telah diaudit oleh MCMC di kawasan DUN Sungai Lui untuk perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar iaitu telefon bimbit. Hasil daripada perlaksanaan audit tersebut, kita mendapati sebanyak 2 daripada 3 lokasi di DUN Sungai Lui tidak mematuhi, mematuhi standard yang telah ditetapkan dan penambahbaikan kualiti liputan telah dilaksanakan oleh syarikat telekomunikasi. Manakala bagi baki perlaksanaan audit perkhidmatan yang dijalankan iaitu di Sekolah Kebangsaan Lui Timur mendapati telah mematuhi standard yang telah pun ditetapkan.

Bagi tahun 2024, MCMC telah merancang sebanyak 8 lokasi aktiviti audit di kawasan di sekitar kawasan DUN Sungai Lui untuk perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang disasarkan bermula pada pertengahan suku kedua. Maklum balas daripada orang awam bagi kawasan yang mempunyai masalah ataupun yang, cadangan amatlah dialu-alukan.

Seterusnya untuk isu yang dibangkitkan oleh ADUN Gemencheh. Jangan keluar dulu. Baru nak jawab, dia dah keluar. Tahan sikit kalau nak kencing. Okey, bagi isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Gemencheh, setakat 29 Februari 2024 bagi perlaksanaan JENDELA di Tampin sebanyak 7 daripada 8 menara telekomunikasi baharu yang dirancangkan telah disiapkan dan baki perlaksanaan kini dalam proses pembangunan. Selain daripada itu, kesemua 82 buah stesen pemancar ya, sedia ada telah siap dinaiki taraf bagi perluasan liputan komunikasi di kawasan tersebut. Bagi perlaksanaan perkhidmatan gentian optic, sebanyak 18,714 premis telah dilengkapi dengan kesalinghubungan perkhidmatan gentian optik berkeupayaan gigabait. Kesemua inisiatif yang dinyatakan dijangka siap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.

Manakala bagi perlaksanaan rangkaian 5G di daerah Tampin, kesemua 8 tapak yang dirancangkan telah siap dibangunkan yang tertumpu di kawasan-kawasan utama. Bagi aduan komunikasi yang tidak memuaskan, Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia Malaysia telah mengambil maklum dan akan melaksanakan audit perkhidmatan komunikasi di kawasan-kawasan yang dinyatakan. Antara inisiatif yang

telah dilaksanakan MCMC setakat ini ialah 3 daripada 4 aduan ya, telah dimasukkan di bawah pemerhatian MCMC iaitu bagi Taman Rasa Sayang: pihak pemberi perkhidmatan telah merancang untuk meningkatkan liputan di kawasan tersebut dengan cadangan pembinaan menara baharu di Taman Woon Estet yang dijangka dapat menambah baik liputan di Taman Rasa Sayang. Walau bagaimanapun perancangan menara baharu di kawasan tersebut ditangguhkan berikutan terdapat bantahan daripada penduduk. Dan pihak telco memerlukan pencarian lokasi baru yang bersesuaian serta memenuhi aspek teknikal yang diperlukan.

Manakala bagi Taman Kasturi Gemencheh dan juga Kampung Tengah, terdapat perancangan menara baharu di kawasan ini yang sedang dalam penilaian teknikal oleh pihak MCMC bagi me, untuk memberikan liputan di kedua-dua kawasan ini. Perancangan dan juga pembangunan ini dijangka beroperasi pada tahun 2025. Bagi kawasan-kawasan lain pihak MCMC akan melaksanakan audit perkhidmatan dan kualiti komunikasi dari semasa ke semasa.

Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menutup, saya ingin menarik satu, menarik perhatian semua ya, sukacita dimaklumkan bahawa program advokasi dan jangkauan di kampung orang asli Negeri Sembilan telah berjaya merangkul kejayaan di persada antarabangsa dalam Anugerah World Summit on the Information Society 2024 ataupun WSIS 2024 kerana telah terpilih sebagai juara bagi Kategori 5 iaitu ALC5 membina keyakinan dan keselamatan dalam penggunaan ICT yang mana majlis penganugerahannya akan diadakan di Geneva, Switzerland pada 30 Mei 2024 ini. Kalau Dewan lulus, bolehlah saya pergi. Terpulang pada SFINO lah. Program ini merupakan kolaborasi strategik Kerajaan Negeri, MCMC bersama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Melaka, dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Negeri Sembilan dan juga Jabatan Penerangan Malaysia ataupun JAPEN Negeri Sembilan. Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan besar dunia kepada Malaysia khususnya Negeri Sembilan dalam merealisasikan aspirasi untuk meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya komuniti orang Asli di Negeri Sembilan tentang manfaat dan juga risiko keselamatan dalam talian serta, selain memperkukuhkan kemahiran teknologi dan juga literasi ICT mereka. Pencapaian ini juga membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dan juga MCMC bagi mengatasi jurang digital di kalangan penduduk termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman seiring memacu gerbang digital Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi dan juga penghargaan kepada ahli-ahli Yang Berhormat

yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Setakat ini penjelasan yang dapat saya berikan. Dan jika ada isu-isu yang dibangkitkan sepanjang perbahasan, insya-Allah ya, saya akan memberikan tumpuan dan perhatian di masa akan datang. Jadi saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Repah.

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, salam Malaysia Madani, salam perpaduan, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat sejahtera. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan Syabas kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan semalam dan hari ini. Ada beberapa isu yang telah disentuh berkenaan portfolio saya. Dan saya akan menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat bermula dengan DUN Labu.

Soalan ataupun isu yang dibangkitkan adalah setiap program Jualan Rahmah, Madani, Negeri Sembilan Prihatin, bilangan beras yang dijual terlalu sedikit sekitar 100 kampit setiap lokasi. Untuk makluman Yang Dipertua Dewan dan juga ahli-ahli Yang Berhormat bagi, perlaksanaan Jualan Rahmah sahaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan, KPDN Negeri Sembilan menyediakan sekurang kurangnya 1,500 kilogram beras, bekalan beras bersamaan dengan 300 kampit bagi kandungan 5KG. Kuantiti ini akan berubah mengikut lokasi, populasi dan juga kepadatan penduduk serta kebolehcapaian penduduk terhadap bekalan barangan kawalan di setiap lokasi perlaksanaan Jualan Rahmah.

Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Juasseh di mana kuantiti barangan Jualan Madani, Rahmah, Negeri Sembilan Prihatin sedikit. Keduanya beberapa, berapa jumlah penjaja yang terlibat dalam program jualan di atas. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga ahli-ahli Yang Berhormat, kuantiti barang dan jenis barangan jualan dalam program Jualan Rahmah anjuran KPDN Negeri Sembilan bergantung kepada permintaan terperinci daripada penganjur populasi dan penduduk serta kese, keter, ketersediaan barangan tersebut di setiap lokasi jualan. KPDN Negeri Sembilan dengan kerjasama rakan strategik boleh mengatur sebarang permohonan atau permintaan untuk jualan barangan tertentu untuk menjadi permintaan dalam kalangan penduduk. Bagi perlaksanaan Jualan Rahmah anjuran KPDN Negeri Sembilan, pada masa ini terdapat 3 operator utama yang melaksanakan Jualan Rahmah bergerak iaitu Mydin, MS Group dan Segi Fresh. Manakala bagi perlaksanaan Jualan Rahmah kaedah premis, operator

atau peniaga yang terlibat adalah pemilik premis pasar raya, kedai runcit di setiap lokasi.

Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Gemas. Pertamanya syor Jualan Rahmah, Madani Negeri Sembilan Prihatin disedia, disediakan takwim. Keduanya, kenaikan barang tidak dapat dikawal. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, pada masa ini jadual perlaksanaan Jualan Rahmah anjuran KPDN Negeri Sembilan adalah pada setiap minggu dengan anggaran bilangannya adalah antara 8 hingga 12 lokasi tertakluk kepada penggiliran bagi setiap Parlimen dan DUN. Jadual, tarikh dan lokasi perlaksanaan Jualan Rahmah seluruh negara ada dimaklumkan kepada setiap pejabat DUN dan boleh diakses di laman rasmi KPDN www.kpdn.gov.my.

KPDN Negeri Sembilan sentiasa melaksanakan operasi pemantauan melalui Ops Manis, Ops Tiru dan selainnya bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi. Selain itu, Ops ini juga bertujuan untuk memastikan para peniaga mematuhi semua perundangan di bawah seliaan KPDN bagi memastikan tidak berlaku isu manipulasi harga dan pelanggaran undang-undang.

Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bagan Pinang iaitu kenaikan harga barang dan kos sara hidup Jualan Rahmah, Agro Madani dan sebagainya program tidak memberi kesan yang besar kepada perlaksanaannya seperti melepas batuk di tangga. Isu pertama, isunya penambahan bilangan bekalan bagi program-program tersebut. Keduanya, berapakah kos bagi setiap penganjuran tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 2 kaedah perlaksanaan Program Jualan Rahmah di Negeri Sembilan iaitu premis dan bergerak. KPDN Negeri Sembilan sentiasa mengutamakan perlaksanaan di dalam premis bagi memastikan keperluan bilangan barang bekalan mencukupi untuk dijual kepada setiap pengunjung mengikut waktu operasi premis. Ini juga dapat menjimatkan kos logistik. Bagi perlaksanaan Jualan Rahmah bergerak pula, ia bergantung kepada permohonan penganjuran program Jualan Rahmah dengan mengambil kira sasaran pengunjung oleh penganjur serta tertakluk kepada tempoh masa program yang agak singkat. Jualan di kebanyakan program jualan ramah bergerak ini juga kebiasaannya operator pelaksana masih membawa balik barangan jualan yang tidak habis dijual.

Bagi soalan mengenai kos penganjuran pula secara purata subsidi yang dibayar hanya mengikut jualan yang terjual mengikut point of sale system, sistem perakuan penjualan operator. Ia tertakluk kepada barangan yang dijual serta jumlah kehadiran pengunjung bagi setiap program. Bagi tahun 2024, sejumlah 1.6 juta telah ditanggung oleh

Kementerian untuk menampung subsidi jualan bagi perlaksanaan 170 program sehingga hari ini. Anggaran penerimaan manafaat ataupun pengunjung program Jualan Rahmah adalah seramai 155,464 orang.

Seterusnya isu yang dibangkitkan oleh ADUN Sri Tanjung iaitu meminta bantuan JKKP untuk membuat pemeriksaan fire prevention tools di sekolah. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun ini JKKP telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk melakukan audit KKP keselamatan dan kesihatan pekerja pada sekolah-sekolah terpilih. Selain itu, JKKP juga melalui Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja (MNKKP) telah menganjur program OSH in School pada tahun sebelum-sebelum ini. OSH bersingkatannya adalah occupational safety and health. Pada tahun 2023 program Adopt a school for OSH telah diperkenalkan bagi mewujudkan satu jaringan kerjasama di antara organisasi swasta, kerajaan dan badan bukan kerajaan dapat membantu institusi pendidikan terutamanya sekolah bagi meningkatkan tahap kesedaran KKP dan berkongsi kepakaran dalam membantu pihak sekolah memantau masalah-masalah berkaitan KKP di sekolah. Apabila sekolah mendapat ilmu yang lengkap tentang KKP, diharap seterusnya sekolah boleh melakukan audit kendiri untuk KKP. Untuk menyertai program ini, boleh menghubungi Sekretariat MNKKP, atau berhubung dengan pejabat JKKP.

Seterusnya adalah isu yang dibangkitkan oleh ADUN Gemencheh yang berkaitan dengan isu pencemaran daripada ternakan ayam. Saya percaya ini akan dijawab oleh Exco Kanan.

Seterusnya adalah berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Menanti, cadangan agar permohonan TUNS dilonggarkan syarat-syaratnya. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024 merupakan tahun keenam TUNS, Initiatif TUNS dilaksanakan. Dan sepanjang tempoh perlaksanaan ini bermula dari tahun 2019 sehingga kini seramai 6,459 orang penerima telah menerima manafaat darinya melalui agihan peruntukan sejumlah 19.0 juta. Berdasarkan statistik ini menunjukkan bahawa syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah relevan dan tidaklah sukar untuk dipenuhi.

Untuk makluman semua, syarat-syarat permohonan TUNS pernah dipinda dan dilonggarkan pada tahun 2021. Pindaan adalah berkaitan dengan tempoh perniagaan yang didaftarkan dengan SSM dikurangkan daripada 6 bulan kepada 3 bulan sahaja. Syarat ini boleh dianggap sebagai syarat paling minima bagi memastikan perniagaan-perniagaan tersebut benar-benar beroperasi dan bukannya didaftar semata-mata untuk mendapatkan inisiatif TUNS dan TUNS Plus.

Selain daripada memastikan bantuan ini betul-betul sampai ke kumpulan sasar, syarat-syarat ini ditetapkan bagi memberi kesedaran kepada penjaja dan peniaga kecil tentang kepentingan untuk memformulasasikan entiti perniagaan mereka yang seterusnya memudahkan mereka mendapat bantuan dan sokongan perniagaan yang ditawarkan oleh jabatan atau agensi kerajaan yang lain mahupun dari mana-mana institusi kewangan. Setiap permohonan TUNS diproses berdasarkan status sesuatu permohonan sama ada lengkap, memenuhi syarat mengikuti asas yang dahulu didahulukan, first come first serve basis. Walau bagaimanapun, jumlah kelulusan permohonan setiap tahun adalah tertakluk kepada peruntukan yang diterima. Oleh itu, mana-mana permohonan yang permohonannya lengkap, memenuhi syarat dan dihantar lebih awal akan diutamakan untuk disenarai pendek dan seterusnya dibentangkan dalam jawatankuasa kelulusan TUNS.

Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah sebanyak 1.0 juta yang telah disalurkan kepada 324 penerima bulan April yang lalu. Untuk makluman ahli-ahli yang Berhormat juga, sebenarnya bulan April kita telah menerima permohonan sebanyak 2,000 permohonan dan apabila kita telah tapis dan dinilai semula, sebanyak 1,700 pemohon adalah layak untuk menerima TUNS. Tetapi memandangkan dana yang disediakan untuk tahun ini adalah 1.0 juta, hanya seramai 324 orang penerima sahaja yang dapat bantuan TUNS pada kali ini. Dan saya rasa permohonan untuk TUNS sendiri adalah wajar untuk di semak semula dan kemungkinan tahun depan, bajet ni perlu dinaikkan supaya pemohon-pemohon yang layak ini dapat menerima bantuan tersebut.

Seterusnya berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi dan juga ADUN Chuah iaitu berkenaan soal, isu berkaitan dengan kebakaran sisa toksik berbahaya di Kualiti Alam. Untuk makluman yang, ahli-ahli Yang Berhormat, Kualiti Alam Sendirian Berhad merupakan fasiliti pelupusan sisa toksik dan berbahaya buangan terjadual yang pertama di Malaysia. Kualiti Alam Sendirian Berhad telah mendapat kelulusan detailed environment impact assessment pada 26 Ogos 1993 dan mula beroperasi pada tahun 1998. Premis Kualiti Alam Sendirian Berhad berada dalam kategori industri berisiko tinggi dipantau secara rapi oleh Jabatan Alam Sekitar melalui program pemantauan berskala.

Pada masa sekarang, Kualiti Alam Sendirian Berhad ada 2 insinerator untuk bakar buangan terjadual sebelum, kemudian ia menjalani proses solidafikasi dan ditanam. Dalam usaha untuk mengurangkan peresapan air laut, larut resap ke tapak pelupusan selamat (secured landfill), Kualiti Alam Sendirian Berhad menggunakan liner dengan bahan tetap, dengan bahan telap air dan air dikumpulkan akan dipam masuk ke dalam sistem

rawatan larut resap (Leachate Treatment Plant). Sebelum ini insinerator yang dibina di Kualiti Alam ni adalah sebanyak 4 unit. Dan dalam masa terdekat ini kita telah memberi tekanan supaya insinerator ni dikurangkan kepada 2. Dan akhirnya sekarang kita ada 2 insinerator di Kualiti Alam bagi proses pelupusan chemical waste dan juga clinical waste.

Untuk makluman Yang Berhormat ahli-ahli Dewan, jarak Kualiti Alam Sendirian Berhad dari kawasan penempatan terdekat adalah jauhnya 2 kilometer iaitu dari Felda Sendayan 3.2 kilometer, dari Kampung Jimah Baru 3.79 kilometer dari Hijayu 3 dan 3.48 kilometer dari Idaman Villa Sendayan. Jadi jaraknya sekarang adalah lebih daripada 500 meter iaitu mengikuti perundangan yang sedia ada. Dan kalau kita lihat di Kualiti Alam, perancangan pembangunan semakin mendekati Kualiti Alam ni. Jadi kita harap, tidak ada pembangunan akan datang yang mendekati Kualiti Alam ni. Sebab Kualiti Alam ni memang dah wujud lama.

Ada satu kes di Templer, insinerator untuk bakar mayat yang terletak di Templer telah wujud lama dan di sekitarnya ada kawasan perumahan. Dan kawasan perumahan ini semakin mendekati insinerator tersebut. Dan apabila penduduk memfailkan kes ke mahkamah, akhirnya mahkamah menolak permohonan daripada penduduk sebab insinerator untuk bakar mayat ni memang telah lama wujud dekat sana. Jadi kesnya adalah seperti sama dalam kes Kualiti Alam Sendirian Berhad.

Jadi seterusnya insiden yang berlaku pada 12 April 2024 merupakan satu kemalangan industri yang ketiga iaitu kemalangan di kawasan penyimpanan buangan berbahaya di set A yang berkeluasan 10,000 kaki persegi. Kebakaran ini telah berjaya dipadamkan oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Negeri Sembilan dalam tempoh 2 jam 30 minit. Ini merupakan kejadian yang ketiga. Dan saya sentiasa memantau keadaan Kualiti Alam ini secara berkala. Pegawai-pegawai saya juga, kejadian ni berlaku semasa perayaan Aidilfitri dan ada pegawai yang bercuti terpaksa datang ke Kualiti Alam untuk memantau keadaan, untuk memeriksa keadaan udara dan juga keadaan air di kawasan sekitarnya. Dan pemantauan ini kita lakukan sehingga tidak ada apa-apa insiden yang berlaku. Dan kita juga pastikan sama ada apa-apa laporan ataupun kejadian yang tidak diingini di klinik-klinik berdekatan dengan Kualiti Alam ni. Dan setakat ni tidak ada apa-apa tindakan ataupun insiden yang dilaporkan.

Dato’ Yang Dipertua, susulan kejadian ini, Jabatan Alam Sekitar telah mengenakan perintah larangan ke atas Kualiti Alam Sendirian Berhad bagi menghalang premis berkenaan daripada menerima sebanyak 9 jenis buangan berbahaya mudah terbakar iaitu SW421, SW430,

SW418, SW422, SW426, SW101, SW319, SW323, dan SW324 yang terkesan dengan kemusnahan tempat simpanan. Perintah larangan tersebut hanya akan ditarik balik setelah Kualiti Alam mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan termasuk menyiapkan tempat penyiapan baru.

Dan kejadian yang berlaku pada 14 April yang dahulu adalah berpunca daripada satu chemical yang mudah terbakar. Nitrogen yang dihantar ke Kualiti Alam tanpa diperiksa oleh operator tersebut. Dan kita telah maklumkan supaya apabila menerima chemical waste ni ataupun barang-barang buangan terjadual ini, memastikan mematuhi standard operating process yang perlu dipatuhi oleh Kualiti Alam. Dan kita telah minta Jabatan Alam Sekitar supaya memantau keadaan di Kualiti Alam supaya ditambah baik dan juga memastikan keselamatan di kawasan tersebut.

Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan pemantauan kualiti udara di 2 stesen pengawasan di kawasan berisiko dari 14 April sehingga 2 Mei yang lalu. Dan hasil pemantauan mendapati bacaan gas-gas toksik berada di paras, di bawah had Acute Exposure Level Guidelines level dan serapan gas-gas toksik menunjukkan trend penurunan setiap hari sehingga program pemantauan ditamatkan pada 2 April 2024. JAS juga turut membuat pemantauan air di 2 lokasi alur air yang keluar dari Kualiti Alam Sendirian berhad dan hasil pemantauan mendapati kualiti air adalah di bawah batas yang ditetapkan.

Berkaitan juga isu yang dibangkitkan oleh ADUN Paroi berkenaan pemindahan Kualiti Alam. Sebenarnya Kerajaan Negeri telah menulis surat kepada Kementerian Alam Sekitar sebelum ini. Walau bagaimanapun kementerian tidak setuju dan pemindahan tersebut tidak berjaya. Tetapi apa yang kita buat adalah melalui JAS, operasi Kualiti Alam itu dikawal dengan ketat. Dan operasi Kualiti Alam buat masa ini adalah mengikut perundangan yang betul. Tetapi perancangan dan pembangunan di sekelilingnya sedang menghampiri kawasan tersebut dan mengikut undang-undang zon penampanan adalah 500 meter. Dato’ Yang Dipertua, buangan schedule waste sepatutnya tidak dibebankan kepada satu fasiliti sahaja tetapi agihan perlu mengikut zon dan JAS kini sedang menilai kedudukan had ataupun kod yang boleh dikawal untuk sekatan terutamanya buangan yang mudah terbakar seperti yang saya sebut tadi.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya adalah isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bagan Pinang iaitu isu air di Port Dickson kerap berlaku gangguan air, jabatan selain SAINS perlu menjaga sumber air dan sungai di Negeri Sembilan denda pencemaran alam sekitar sehingga 10.0 juta mandatori. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, status pindaan rang-rang, Rang

Undang-Undang Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 bagi menaikkan jumlah denda telah diselesai dibentang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Rang Undang-Undang tersebut sedang dalam tindakan pihak Parlimen untuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum mendapat, dapat diwartakan bagi pemakaiannya.

Seterusnya adalah isu yang dibangkitkan, apakah perancangan atau, bagi mengawal pencemaran air sungai sehingga menjejaskan bekalan air di Negeri Sembilan bermula Januari 2024 sehingga sekarang. Ini termasuk tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh JAS. Jabatan Alam Sekitar telah sentiasa, maaf, Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam mengawal apa-apa pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melalui program pengawasan alam sekitar dan penguatkuasaan. Bagi melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 tindakan perundangan diambil ke atas pelaku sebagai pengajaran dan peringatan kepada pemain industri yang, agar tidak mencemarkan alam sekitar. Bagi tujuan memperkasakan tindakan penguatkuasaan, jabatan ini sedang meminda peraturan-peraturan alam sekitar yang sedia ada dengan memperuntukkan jumlah denda yang lebih tinggi bagi kesalahan-kesalahan tertentu.

Rentetan kes penutupan loji rawatan air Sungai Linggi baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan melalui mesyuarat task force yang dipengerusikan oleh saya sendiri, dan juga telah melaksanakan program pemantauan bersepadu di lokasi-lokasi yang dikenal pasti, hotspot di sepanjang Sungai Linggi. Selain Jabatan Alam Sekitar, antara agensi yang terlibat termasuk Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Syarikat Perkhidmatan Air Negeri Sembilan dan juga Bandaraya Seremban untuk mengawasi dan memastikan pencemaran punca air dapat dicegah dan dibanteras. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Alam Sekitar dan agensi lain yang berkaitan mengawal sumber air mentah akan mengambil tindakan perundangan di bawah bidang kuasa masing-masing terhadap pihak yang telah melakukan pencemaran ke atas Sungai Linggi sehingga menyebabkan hentinya tugas Loji Rawatan Air Sungai Linggi. Buat masa ini JAS sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan mahkamah ke atas pihak yang berkenaan.

Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2023 pada 4 April 2023. Antara intipati rang undang-undang yang dibentangkan adalah untuk meminda Akta Kualiti alang, Alam sekeliling 1974 (Akta 127) yang bertujuan memperkasakan fungsi Jabatan Alam Sekitar dan aspek pemulihan serta pemuliharaan alam sekitar. Antaranya ialah individu disabitkan kesalahan berkaitan

pencemaran bakal berdepan penalti sehingga 10.0 juta atau tempoh pemenjaraan lebih lama berbanding peruntukan sedia ada dalam Akta Kualiti Alam, Alam Sekeliling 1974. Keduanya pesalah berdepan julat kadar penalti antara 5 hingga 10.0 juta selain penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun. Dan ketiganya adalah kadar kompaun ditingkatkan daripada 2,000.00 ringgit kepada tidak melebihi 50% daripada penalti maksimum kesalahan berkaitan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, status kes dalam Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan yang berlaku pada 10 Disember 2023, penutupan Loji Rawatan Air Sungai Linggi akibat bau diesel. Kertas tindakan yang telah diambil adalah melengkapkan kertas siasatan. Kejadian kedua 17 Januari 2024 kes pencemaran Sungai Linggi akibat buangan disyaki minyak berwarna hitam. Tindakan yang diambil adalah penyediaan kertas siasatan telah dibuat. Untuk kes ketiga 4 Mei 2024 kes penutupan Loji Rawatan Air Sungai Linggi akibat bau diesel. Kes ni dalam siasatan dan seletak, selepas selesai siasatan, kertas siasatan akan diangkat untuk kelulusan Attorney General.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya adalah berkaitan dengan isu yang dibangkit oleh ADUN Chembong, Taman Pedas Perdana. Isu pencemaran bau daripada kawasan Halal Hub Pedas perlu perhatian dan pemantauan daripada Jabatan Alam Sekitar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara aduan baru ini adalah dalam perhatian Jabatan Alam Sekitar dan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar bau busuk ini di kawasan Halal Hub Chembong memandangkan banyak premis yang beroperasi di kawasan tersebut. Dan saya setuju dengan perkara yang dibangkitkan oleh ADUN Chembong ini. Semasa saya lalu dari Seremban ke Tampin, apabila melintasi kawasan Chembong itu, memang ada satu bau yang sangat-sangat kuat sampai menembus, boleh masuk kereta, boleh hidu bau tersebut. Jadi saya mintak Jabatan Alam Sekitar mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas isu yang dibangkitkan oleh ADUN Chembong itu. Itu sahaja yang sampaikan terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyentuh perkara mengenai Portfolio Industri ketika perbahasan. Dato’ Yang Dipertua, untuk maklumat Yang Berhormat ADUN Johol, ADUN Seremban Jaya dan juga ADUN Gemencheh, dalam memacu pembangunan Negeri Sembilan Moden menjelang tahun 2025, konsep pembangunan bersepadu negeri ini dibahagi kepada 3 komponen utama iaitu agropolis, biodiversiti dan Malaysian, Malaysia Vision Valley 2.0. Agropolis yang melibatkan Daerah

Jempol, Tampin, Rembau dan Kuala Pilah akan memberi tumpuan kepada industri pertanian meliputi perladangan pertanian, pengeluaran produk makanan, promosi dan pemasaran serta pengedaran. Manakala bagi kawasan biodiversiti di Daerah Jelebu pulak memainkan peranan penting sebagai elemen kestabilan biodiversiti di Negeri Sembilan serta sumber air utama negeri. Matlamat biodiversiti adalah pembangunan mampan dan pemuliharaan sumber asli. Untuk itu, ia berpotensi sebagai destinasi ekopelancongan dengan promosi dan kemudahan pelancongan yang luas. Dato’ Yang Dipertua, bagi pembangunan MVV 2.0, tumpuan diberikan bagi memperkemaskan ekosistem industri dan pembangunan pemangkin dalam usaha memberi manfaat inklusif merentas sektor ekonomi dan daerah.

Berdasarkan kepada dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan tahun 2021 sehingga 2025. Penumpuan diberikan bagi mempertingkatkan lagi aktiviti ekonomi melalui pertumbuhan not di kawasan titik tumpuan. Hal ini adalah untuk membantu mengimbang jurang pertumbuhan ekonomi antara daerah, membantu menarik pelaburan strategik meningkatkan kesan limpahan ke kawasan sekitar dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi baru yang berdaya saing tinggi. Pembangunan kawasan MVV 2.0 merupakan pembangunan pemangkin yang dirancang untuk menyediakan pertumbuhan baru.

Dato’ Yang Dipertua, pelaburan infrastruktur banyak bertumpu di kawasan membangun seperti Seremban berbanding di daerah-daerah lain. Hal ini dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu lokasi dan tumpuan industri. Hal ini akan mendorong peningkatan pembukaan kawasan perumahan baru yang memerlukan tindakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan ketersediaan infrastruktur kemudahan awam dan ICT yang lebih menyeluruh. Selain daripada itu, kebanyakan kawasan perindustrian di Negeri Sembilan juga berada di dalam Daerah Seremban kerana ketersediaan kemudahan infrastruktur yang lebih baik daripada daerah lain. Hal ini mengakibatkan wujudnya jurang pelaburan, infrastruktur antara kawasan membangun dan kurang membangun.

Pertumbuhan pesat yang berfokus di kawasan bandar memberikan cabaran kepada penyediaan infrastruktur yang lebih seimbang kepada daerah yang lain. Jurang pelaburan infrastruktur antara daerah merupakan isu pembangunan yang dihadapi secara berterusan. Hal ini menjadi faktor pemisah ketara antara kemajuan ekonomi antara daerah dalam Negeri Sembilan. Bagi mengurangkan jurang ini, usaha akan diambil bagi memastikan perancangan pembangunan boleh memberi limpahan ekonomi merentasi daerah.

Dato’ Yang Dipertua, mengambil kira ketersediaan ekosistem industri yang berada di Daerah Seremban dan Port Dickson dengan kawasan perindustrian Techpark@Enstek yang menempatkan sektor pembuatan halal, Sendayan TechValley bagi sektor automotif, Taman Perindustrian Tuanku Jaafar dengan sektor elektrik dan elektronik memacu pembangunan bagi mengembangkan aktiviti pembuatan tersebut ke kawasan berhampiran. Disokong dengan infrastruktur sedia ada dalam memacu pembangunan tersebut seperti jaringan lebuh raya, jalan raya, kereta api, internet dan gas membolehkan limpahan pertumbuhan secara organik ke kawasan berhampiran Lembah Klang.

Bahkan cadangan pembangunan pelabuhan di Pasir Panjang, Port Dickson yang akan dilaksanakan oleh pihak swasta secara private finance initiative (PFI) dipertimbangkan bagi menyokong ekosistem perindustrian di Negeri Sembilan kelak. Oleh yang demikian pembangunan MVV 2.0 direncanakan dengan pembangunan fasa pertama di Parcel A MVV 2.0, Nilai menerusi pembangunan Bandar Hemilton, Parcel B dilabur menerusi pembangunan Vision Business Park dan Smart Park serta Parcel F di Senawang menerusi rencana pembangunan Negeri Sembilan Semiconductor Valley.

Walau bagaimanapun, pembukaan kilang-kilang baru bukan hanya tertumpu di daerah berkenaan sahaja. Kini pelabur-pelabur telah mula berminat untuk membuka perusahaan di daerah-daerah yang lain di Negeri Sembilan yang dapat dibuktikan dengan kemasukan projek-projek seperti F&N Agri Valley di Gemas dengan nilai sebanyak ringgit Malaysia 1.3 bilion dan projek NexV Manufacturing bagi pemasangan kereta EV di Chembong, Vdengan nilai pelaburan mencecah 840.0 juta. Akan ada lagi pelabur, pelaburan-pelaburan lain yang bakal dilaksanakan di kawasan luar bandar yang pada ketika ini dalam peringkat cadangan dan rundingan.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif dan agresif serta melipat ganda usaha dalam menambah lagi pelaburan-pelaburan dari kawasan luar bandar. Kerajaan tidak mengenepi, tidak mengenepikan sebarang potensi pelaburan dan pembangunan di daerah-daerah lain selain MVV 2.0. Penetapan lokasi pelaburan yang berkaitan pula adalah tertakluk kepada daya maju projek serta pertim, pertimbangan komersial. Apa yang penting adalah kesemua pelabur masuk akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri ini. Ini meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar dengan peningkatan rantaian nilai kepada industri terbabit. Ini akan memberi peluang perniagaan di samping memberi kesan limpahan positif kepada pembangunan ekonomi setempat. Semua inisiatif pembangunan ini adalah bagi untuk memastikan pelaburan ke Negeri

Sembilan kekal kompetitif bagi merancakkan pembangunan, meningkatkan ekonomi, membuka lebih peluang pekerjaan kepada masyarakat. Sekian penggulungan saya, terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh Mesyuarat Dewan. Sesi penangguhan, penggulungan perbahasan ini akan disambung esok. Mesyuarat Dewan akan disambung semula pada hari Khamis; 9 Mei 2024 bersamaan 1 Zulkaedah 1445 Hijrah, mulai jam 10:00 pagi mesyuarat dewan ditangguhkan.

[Persidangan ditangguhkan pada jam 5.20 petang]