Negeri Sembilan · 9 May 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting (Opening) · 245 turns · 29,166 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan Doa
Susunan mesyuarat, perkara pertama Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kota.
[YB ADUN Kota telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah hari ini 9 Mei 2024 kita telah pun masuk ke hari keempat persidangan. Pada hari ini kita akan menyambung kembali sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah perasmian oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Seterusnya akan disambungkan dengan pembentangan rang undang-undang. Saya harap semua ahli dapat manfaatkan masa yang ada. Dan sekiranya sesuai, kita akan cuba selesaikan agenda persidangan kita kali ini pada hari ini. Saya amat berharap kerjasama ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bagi memastikan kelancaran persidangan kita pada hari ini.
Hadirin sekalian, saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan ketidakhadiran Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Tuan Siau Meow Kong; Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Rahang yang masih tidak dapat hadir pada hari ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.
Sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan, mematuhi Peraturan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.
Pertanyaan-PertanyaanQuestions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).
Saya menjemput Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 2 dari Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Sri Tanjung yang bertanyakan tentang pemakanan sihat di sekolah iaitu tentang status kantin ya. Berapa banyak sekolah-sekolah yang ada kantin, berapa banyak yang tak ada kantin. Untuk makluman Dewan, mengikut data di Negeri Sembilan ada 7 buah sekolah yang tak mempunyai bangunan kantin iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Seremban, Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Chai Johol, Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Siliau, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ladang Regent, Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Bukit Kledek, Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Sungai Kelamah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Kelpin. Sekolah-sekolah ni setakat ni tidak mempunyai kantin.
Dia ada 2 kedudukan Dato’ Yang Dipertua. Yang pertama sekolah yang tak ada kantin. Yang keduanya sekolah yang ada bangunan kantin tetapi tak ada operator. Tak ada orang sanggup buat kerana jumlah enrolmen pelajar yang terlalu sedikit. Contohnya ada 15 buah sekolah. Jadi tak ada orang yang nak buat kantin. Bangunan ada tapi operator tak ada. Contohnya Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Labu Bahagian 4. Pelajar dia ada 19 orang. Jadi tak ada siapa yang yang setuju nak nak
jalankan kantin di situ. So ada 15 buah sekolah yang ada bangunan, tapi tak ada operator.
Bagi tujuan tersebut, untuk menjaga kesihatan anak-anak supaya mereka makan dan sebagainya. Maka Jabatan Pelajaran mengambil beberapa langkah.
Yang pertamanya memastikan murid membawa bekal makanan sendiri daripada rumah yang mana dibekalkan oleh ibu bapalah.
Yang keduanya: sekolah dengan usaha sama persatuan ibu bapa ataupun guru-guru dan juga lembaga pengelola sekolah mengambil inisiatif menyediakan makanan untuk murid. Contohnya ada NGO yang mengambil bahagian. Contoh The Budimas Charitable Foundation yang membekalkan makanan kepada murid yang tidak menerima tajaan makanan daripada projek Rancangan Malaysia Tambahan ni, RMT ni.
Yang ketiga: sebilangan besar murid mendapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) baki enrolmen murid yang tidak mendapat RMT adalah kecil, tidak ada pengusaha kantin yang bersedia memasuki tender kerana margin keuntungan membeli murid adalah sangat kecil.
Yang keempat: sekolah juga mengambil inisiatif dengan memberi kebenaran pembekalan makanan kepada murid oleh pembekal makanan sekolah ya, ditentukan oleh pihak sekolah. Makna bawak nasi lemak, bawak apa ke sekolah, walaupun tak ada kantin.
Yang ke, yang kelima: Pelaksanakan Pematauan Bersepadu Amalan Pemakanan Sihat di sekolah antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang melibatkan pemantauan aktiviti pemakanan di sekolah dalam meningkatkan kepatuhan penyedian menu RMT dan penjualan makanan serta minuman di kantin sekolah dilaksanakan secara 2 kali setahun oleh pihak.
Maknanya dalam konteks ini walaupun tidak ada operator yang menjalankan kantin di sekolah itu tetapi usaha-usaha memang dijalankan oleh pihak guru dan juga oleh pihak PIBG ataupun Lembaga Pengelola sekolah untuk memastikan anak-anak yang datang sekolah tetap ada makanan sama ada bekalan kerajaan di bawah RMT ataupun kaedah-kaedah yang lain. Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memberi RMT atau subsidi kepada golongan B40 di semua sekolah termasuk sekolah menengah?
Dato’ Yang Dipertua, RMT ini diberikan dibekalkan kepada anak-anak yang dikategorikan di bawah, keluarga di bawah B40 khusus untuk sekolah rendah. Untuk sekolah menengah tak ada perancangan setakat ni. Dan kita nilai semula dari setahun ke setahun. Jumlahnya ni berubah-ubah Yang Dipertua, RMT ni. Tengok kepada laporan berapa ramai kajian dibuat kepada anak-anak sekolah itu sama ada mereka ni memang amat memerlukan makanan percuma ataupun mereka, keluarga mereka mampu untuk membiayai pemakanan mereka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih pada Dato’ Yang Dipertua. Soalan Seri Menanti nombor 1.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Seri Menanti atas soalan. Masalah kehidupan liar di kawasan Seri Menanti semakin membimbangkan. Ini ialah konflik manusia dan binatang di seluruh tempat di seluruh dunia. Dan ini merupakan satu perkara yang amat membimbangkan kita.
Dato’ Yang Dipertua, peranan Kerajaan Negeri melalui Jabatan PERHILITAN adalah bertindak sebagai pengimbang kepada kehendak manusia yang inginkan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta keperluan hidupan liar yang terus hidup dan dipelihara. Kehilangan habitat, tahap kemandirian serta tahap pembiakan yang tinggi adalah antara faktor penyumbang kepada permasalahan ini.
Aduan konflik manusia dan hidupan liar yang diterima oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan setiap tahun adalah melibatkan spesies kera, babi hutan, harimau kumbang, beruang matahari, tapir dan lain-lain. Bagi Januari 2023 hingga September 2023 jumlah aduan baru yang diterima oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan adalah sebanyak 542 aduan. Majoriti aduan adalah gangguan daripada spesies kera iaitu sebanyak 400 aduan baru manakala bagi spesies harimau kumbang pula sebanyak 36 aduan baru.
Punca utama konflik manusia dan hidupan liar ini berlaku ialah disebabkan persaingan untuk mendapatkan makanan dan ruang hidup antara manusia dan hidupan liar. Usaha yang dijalankan ini
dilaksanakan secara berterusan berdasarkan penerimaan aduan yang diterima oleh Jabatan PERHILITAN. Fokus diberi tidak hanya sekadar mengambil tindakan terhadap aduan tetapi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kepentingan awam lebih diutamakan bagi menangani isu musuh tanaman dan ancaman kepada nyawa manusia. Bagi aduan yang tidak selesai dengan tindakan pihak Jabatan PERHILITAN juga turut memantau juga keadaan di lokasi aduan daripada masa ke semasa.
Antara usaha kerajaan dan jabatan dalam mengatasi konflik spesies hidupan liar terutamanya bagi spesies harimau kumbang dan kera yang menimbulkan konflik di Negeri Sembilan.
Pertama program bersepadu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) ataupun JPKK, pemegang taruh stakeholder menangani politik hidupan liar. Jabatan mengambil inisiatif mengadakan program bersepadu seperti mengadakan sesi dialog taklimat dan operasi basmi musuh tanaman. Ia bertujuan menanamkan kesedaran dan tanggungjawab bersepadu daripada penduduk setempat. Pemilik tanah terbiar dan juga agensi yang terlibat mengalami konflik manusia – hidupan liar bagi menangani permasalahan rakyat. Menyedari hakikat kelestarian hidupan liar adalah satu keperluan bersama kehidupan manusia sejagat maka pengurusan manusia – hidupan liar memerlukan pendekatan yang proaktif daripada semua pihak yang perlu dijalankan dengan berhemat demi menjaga keharmonian hidup bermasyarakat.
Matlamat program bersepadu ini ialah mengurangkan masalah konflik hidupan liar dengan kerjasama dan sokongan pelbagai pihak terutamanya Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan untuk kesedaran rakyat. Keduanya memastikan ancaman gangguan hidupan liar yang sering menjadi kegusaran rakyat di Negeri Sembilan dapat ditangani berterusan dan konsisten dengan kesedaran bersama.
Ketiga: inisiatif sumbangan perangkap spesies yang mendatangkan konflik kera, babi hutan dapat memastikan tindakan yang lebih konsisten berbanding kaedah operasi tembak yang hanya bergantung kepada kehadiran spesies tersebut dalam satu-satu masa. Perangkap yang telah disumbangkan untuk manfaat penduduk setempat akan sentiasa diaktifkan oleh penduduk setempat untuk memastikan populasi spesies konflik dapat dikurangkan secara berterusan. Pergerakan perangkap tersebut akan dipantau selia oleh JPKK yang berkaitan.
Bagi tahun 2023 sehingga Oktober, tiada program bersepadu yang dijalankan di kawasan Seri Menanti tetapi jika keperluan tidak, tapi
jika ada keperluan pihak jabatan akan merangka program bersesuaian.
Yang keduanya pematuhan Pelan Pengurusan Hidupan Liar oleh pemaju ataupun penggerak projek pembangunan sekitar kawasan habitat asal hidupan. Pihak pemaju ataupun penggerak projek bagi sebarang pembangunan yang menjejaskan kawasan habitat asal hidupan liar harus mengambil segala langkah kawalan serta memastikan supaya tidak timbul impak negatif terhadap hidupan liar di kawasan tapak projek berhampiran serta kawasan penempatan manusia secara peringkat, semasa peringkat pembinaan dan selepas peringkat setiap, siap sepenuhnya.
Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Konflik Hidupan Liar Peringkat Negeri Sembilan. Pihak jabatan juga telah menyelaraskan dan mengadakan kerjasama bersepadu melalui penubuhan jawatankuasa teknikal pengurusan konflik hidupan liar di peringkat Negeri Sembilan yang bertujuan membincang dan mencadangkan keputusan bagi perkara-perkara yang berkaitan pengurusan konflik manusia – hidupan liar berdasarkan perundangan dan peraturan sedia ada. Dan ahli-ahli jawatankuasa tetap ini terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan daerah, Jabatan Bomba Negeri Sembilan, Jabatan Angkatan Pertahanan Awam dan ahli-ahli jawatankuasa yang yang boleh ditambah atas pertujuan ahli-ahli mesyuarat ataupun mengikut keperluan.
Keempat: siasatan dan pemasangan perangkap bagi aduan gangguan. Setiap aduan konflik spesies hidupan liar yang disalurkan kepada jabatan akan direkod dan dipantau setiap bulan berpandukan piagam pelanggan jabatan. Sebarang aduan konflik hidupan liar dengan mak, dengan maklumat lengkap akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam. Pengadu akan terus dihubungi oleh anggota PERHILITAN yang akan hadir ke lokasi aduan bagi urusan siasatan kesahihan spesies dan khidmat nasihat kepada pengadu sebagai langkah awal.
Dan bagi memas, dan begitu juga, ada hit, yang terakhir adalah khidmat nasihat. Ada ketikanya tindakan tidak dapat diambil segera disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak kehadiran hidupan liar semasa bantuan kawalan hendaklah diberikan. Dalam kes ini, khidmat nasihat akan diberikan tentang bagaimana langkah dapat diambil bagi mengurangkan risiko gangguan hidupan liar ini. Ini termasuk memastikan pengurusan kawasan semak samun, tempat pembuangan sampah di sekitar perumahan sentiasa dibersihkan dan kawasan tanah terbiar perlu diusahakan supaya tidak menjadi
habitat sementara dan punca kehadiran hidupan liar terutamanya spesies yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan daripada Rahang, saya mintak ahli Yang Berhormat …..
Dato’ Yang Dipertua, Lukut mewakili Rahang mengemukakan soalan nombor 1.
YB Nilai.
Dato’ Yang Dipertua, dari segi perancangan kawasan-kawasan, dari segi perancangan kawasan-kawasan perumahan awam dirancang melalui pengesanan dalam dokumen Rancangan Tempatan (RT) bagi setiap daerah di Negeri Sembilan. Pengesanan kawasan-kawasan perumahan dibuat dengan mengambil kira unjuran keperluan serta perancangan dari segi lokasi dan strategik berkaitan dengan kemudahan awam seperti pendidikan, kesihatan, kawasan lapang dan lain-lain. Melalui perancangan ini, pemajuan perumahan yang akan dilaksanakan kelak akan menjadi lebih berdaya huni dan juga menghasilkan persekitaran yang lebih sejahtera untuk didiami.
Dari segi keperluan Rumah Mampu Milik, Dasar Perumahan Negeri Sembilan 2021 (DPNS) menjadi rujukan utama yang perlu dipatuhi oleh semua pemaju bagi memastikan komponen Rumah Mampu Milik disediakan dengan mencukupi di dalam Kebenaran Merancang atau KM yang diberikan oleh PBT. Kerajaan Negeri telah pun menyediakan Dasar Perumahan Negeri, Negeri Sembilan (DPNS) bagi membantu rakyat Negeri Sembilan untuk memiliki rumah yang mampu dimiliki. Melalui DPNS, pemaju swasta adalah diwajibkan untuk menyediakan keperluan sebanyak 20% Rumah Mampu Milik Type A berharga tidak melebihi 110 ribu, 15% Rumah Mampu Milik Type B yang berharga tidak melebihi daripada 250 ribu dan 15% lagi Rumah Mampu Milik Type C yang berharga tidak melebihi 400 ribu dan Type C (ii) yang berharga tidak melebihi 450 ribu.
Selain itu bagi mengawal kualiti penyediaan perumahan mampu milik di Negeri Sembilan, pemaju swasta adalah diwajibkan untuk mematuhi spesifikasi minimum yang telah pun disyaratkan, yang telah pun diletakkan dalam Dasar Perumahan Negeri untuk setiap jenis iaitu Type A, Type B dan juga Type C. Terima kasih.
Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, Dasar Perumahan Negeri Sembilan adalah salah satu dasar yang amat berkesan untuk memastikan semua projek pembangunan mempunyai Rumah-Rumah Mampu Milik. Oleh itu, soalan tambah saya adalah berapakah jumlah unit rumah mampu milik mengikut jenis Type A, Type B dan Type C yang telah diluluskan di Negeri Sembilan sejak tahun 2018 sehingga 2023? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua rumah mampu milik sepertimana yang tadi dimaklumkan ada Type A, Type B dan juga Type C. Type A sejak 2018 sehingga 2023 yang diluluskan untuk Type A adalah sebanyak 10,681 unit, Type B sebanyak 11,351 unit dan Type C sebanyak 13,837 unit. Maka jumlah rumah mampu milik Type A, B, C berharga bawah 400 ribu yang telah pun diluluskan sejak 2018 sehingga tahun 2023 adalah sebanyak 35,869 unit. Terima kasih.
Mohon pencelahan Yang Dipertua. Labu. Berkenaan Rumah Mampu Milik ni, saya ada sikit pertanyaan kepada Exco. Pemberian Rumah Mampu Milik ni, kita tak tahu kaedah yang diguna pakai. Tapi cuma di kawasan Labu, banyak aduan daripada penduduk. Penduduk sekitar tidak diberi keutamaan. Jadi sebagai contoh di Batu 9, Ladang Kirby, ada perumahan lampu aa mampu milik di sana. Ada satu penduduk di sana dah duduk sana lebih daripada 70 tahun. Dan perumahan itu dibuat hanya dalam lingkungan 50 meter daripada rumah yang disewa dekat hampir 70 tahun menetap di sana. Tapi dia tidak diberi peluang ataupun keutamaan untuk mendapat Rumah Mampu Milik ini. Jadi apa gunanya kalau kerajaan membuat Rumah Mampu Milik tapi yang duduk di sana bukannya kelebihan tidak dapat kepada penduduk di sana dan dibuka kepada mungkin dalam kawasan Seremban. Kalau orang tanah situ, yang duduk lebih daripada 60 – 70 tahun tidak diberi keutamaan, saya rasa tidak ada faedahlah. Sebab kawasan sekitar pun ada penduduk yang susah, tidak mendapat peluang. Sebagai seorang Islam kalau kita nak berzakat, kita tengok keluarga kita dulu. Sama juga dalam kerajaan. Kalau kita nak memberi bantuan, utamakan orang yang berada dalam kawasan itu dulu. Kawasan yang buat perumahan adalah tempat yang mereka duduk ke, daripada kecil tapi mereka tidak langsung diberi peluang.
Jadi saya, yang ini saya bagi tahu, peranan daripada ketua-ketua kampung untuk menasihati ataupun mencadangkan kepada Exco memberi keutamaan dalam penduduk dalam kawasan …..
Yang Berhormat.
….. pembinaan perumahan. Terima kasih.
Okey. Berkaitan dengan proses pengisian Rumah Mampu Milik Type A ini adalah berdasarkan beberapa kriteria iaitu yang pertama, mereka adalah daripada daerah tersebut. Yang keduanya, mereka adalah berpendapatan kurang daripada 3,500.00 ringgit. Yang ketiganya, mereka mesti berkahwin. Dan juga yang terakhir, yang paling penting adalah mereka tidak bo, tidak boleh memiliki rumah ataupun tanah semasa mereka memohon rumah ini.
Maka semua ini kita lakukan setelah kita menerima permohonan melalui online ataupun Google Form, Unit Perumahan akan melakukan tapisan. Dan juga dibantu oleh beberapa agensi kerajaan seperti PTG dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya yang betul-betul layak dan juga mematuhi semua kriteria ini saja diberikan peluang untuk memiliki rumah tersebut. Maka selepas itu, ia akan, kalau rumah yang ada itu adalah kurang daripada pemohon yang layak, kita akan buat pengundian secara terbuka. Dan sesiapa yang datang, memang mereka tahu, kita membuat proses ini secara terbuka dan juga adil kepada semua pihak.
Berkaitan dengan beberapa penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan itu, kita telah pun menerima beberapa permohonan dan permohonan itu akan dibawak kepada pejabat Menteri Besar dan kalau mereka layak kita akan memberikan keutamaan. Dan daripada situ, kita memang dah terima. Ada beberapa penduduk yang tinggal di kawasan Ladang Kirby bukan mereka adalah bekas pekerja ladang yang tergolong dalam 36 orang yang layak itu tetapi Kerajaan Negeri masih memberikan keutamaan kepada mereka. Mungkin ada satu dua yang terlepas tetapi beberapa nama daripada pemimpin tempatan yang telah pun dicadangkan oleh ketua-ketua kampung di situ dan juga ketua-ketua komuniti, kita memang ada dan kita akan cuba untuk menyelesaikan melalui beberapa kuota yang belum lagi diisi untuk projek perumahan di Ladang Kirby Type A ini. Terima kasih.
Yang Berhormat Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dari Kota soalan nombor 1.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menjawab soalan YB Kota, apakah langkah inisiatif bagi memudahkan urusan baharu di JKM tanpa membelakangi prosedur yang telah digariskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih berkualiti. Secara prinsipnya, skim bantuan yang
diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan perintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Ini bermakna, proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup yang lebih berdikari. Permohonan bantuan JKM adalah melalui 3 kaedah iaitu: Pertama: pemohonan, pemohon hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat di daerah tempat tinggal pemohon dan mengisi borang pemohonan secara manual iaitu JKM 18. Yang kedua: pemohon hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat tinggal pemohon dan mendaftar secara atas talian Sistem eBantuanJKM bagi pemohon yang hadir ke pejabat tanpa mengisi borang. Yang ketiga, permohonan secara atas talian iaitu Sistem e-BantuanJKM.
Selain itu, bagi memudahkan urusan permohonan bantuan baru, JKM juga telah mengadakan pelbagai langkah alternatif antaranya ialah penugasan pegawai JKM di pusat khidmat DUN. Kedua: program outreach dengan izin, iaitu Pegawai JKM hadir ke lokasi-lokasi terpilih yang memudahkan orang ramai hadir dan tidak perlu hadir ke pejabat. Yang ketiga: bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung iaitu JPKK dalam merujukkan kes-kes yang memerlukan bantuan segera. Keempat: mewujudkan team on call di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang akan menangani kes-kes rujukan dengan segera. Yang kelima: mewujudkan secara berkala pasukan task force dengan izin, bagi mengendalikan kes-kes permohonan baru dan rujukan dengan lebih berkesan.
Dato’ Yang Dipertua, setiap permohonan yang diterima oleh Pegawai Kes Jabatan Kebajikan Masyarakat ini akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi menyediakan laporan permohonan bantuan. Berdasarkan laporan yang disediakan penilaian bagi kelulusan bantuan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat adalah berdasarkan pelbagai aspek seperti latar bala, latar belakang keluarga keadaan keadaan sosioekonomi, bilangan tanggungan serta pendapatan dan perbelanjaan. Semua permohonan yang lengkap akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu dan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tempoh diterima.
JKM sentiasa menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar dan telah memurnikan syarat-syarat mengikut keperluan semasa berdasarkan Garis Panduan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah dikeluarkan. Pihak JKM juga telah memudahkan tatacara penilaian kelulusan bantuan dengan menilai kelayakan pemohon dari 2 kriteria iaitu itu, PGK semasa, semasa
memohon atau PGK perkapita pemohon. Dengan cara ini, pertimbangan kelulusan dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menjawab soalan YB Kota, soalan kedua iaitu: wajarkah wang ihsan pemberian anak diambil kira sebagai sumber pendapatan dan mempanga, mempengaruhi proses kelulusan permohonan sedangkan jumlahnya bukanlah tetap pada kadar tertentu dan tidak diberikan secara tetap pada setiap bulanan juga hanya bergantung kepada ihsan anak-anak sahaja.
Menjawab soalan dari YB Kota, JKM melalui Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan dan Negeri yang sedang berkuat kuasa telah menetapkan maklumat sumber pendapatan perlu diberikan oleh pemohon menerusi ruang Perkara Ke 7 iaitu maklumat pendapatan dan bulanan pemohon / isi rumah di dalam borang permohonan (Borang JKM18) seperti di jadual ya. Garis panduan JKM ini menetapkan jumlah pendapatan yang diterima sama ada berpunca daripada bekerja atau menerima sumbangan secara berkala adalah sebagai sumber pendapatan.
Penilaian kelulusan, bantuan dengan menilai kelayakan pemohon dari 2 kriteria iaitu melalui PGK semasa memohon dan PGK per kapita Pemohon. Bantuan kewangan akan diberikan kepada pemohon yang memenuhi syarat bantuan yang ditetapkan dan bantuan ini bagi membantu pemohon yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan.
Bagi pertimbangan kelulusan bantuan selain pendapatan keluarga, JKM turut mengambil kira faktor-faktor lain seperti bilangan ahli isi rumah yang perlu ditanggung, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga, tahap ketidakupayaan kelu, ketua keluarga atau ahli keluarganya dan faktor-faktor yang munasabah serta boleh memberi gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan keluarga. Pegawai penyiasat akan meneliti maklumat yang diberikan oleh pemohon dan menilai keperluan sebenar pemohon menggunakan ilmu kemahiran dalam kajian kes dan konteks kerja sosial. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan Chuah nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, soalan ni berkaitan dengan PPR Ladang Tanah Merah ataupun Desa Tanjung, Negeri Sembilan. Susulan
daripada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Rumah PPR kepada Ladang Tanah Merah atau Desa Tanjung, Port Dickson pada 19 Jun 2023. daripada jumlah 94 orang pemohon yang telah berjaya, Kerajaan Negeri telah pun menyerahkan senarai nama penerima sebanyak 45 orang yang tidak terlibat dengan bantahan kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) untuk tindakan penyerahan kunci rumah. Untuk makluman, JPN telah menerima bantahan daripada 49 orang penerima iaitu baki daripada jumlah keseluruhan 94 orang pemohon yang ditawarkan unit rumah PPL ladang Tanah Merah. Senarai bantahan ini telah pun dipanjangkan kepada pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dalam sedang dalam tindakan. Daripada jumlah 49 penerima tersebut, Kerajaan Negeri telah menghantar senarai nama sebanyak 7 orang penerima kepada JPN. Sehubungan itu, pengisian PPR ini ditangguhkan sehingga semakan terhadap bantahan tersebut selesai.
Selain daripada isu bantahan, pada Disember 2023 jugak telah berlaku kejadian pembuangan sisa terlarang ke dalam sistem pembentungan PPR ini. Bagi mengelakkan sisa terlarang tersebut terlepas ke sungai dan juga seterusnya menyebabkan pencemaran, loji rawatan kumbahan LRK di PPR ini terpaksa ditutup dan juga digantikan operasi. Proses pembersihan LRK ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum proses pengisian peserta PPR untuk projek ini. Bagi tujuan pembersihan LRK ini, Jabatan Perumahan Negara sedang dalam proses menyediakan dokumen sebut harga bagi melantik kontraktor pakar bagi melaksanakan proses pembersihan. Selepas proses-proses pembersihan ini telah selesai, kita akan menyerahkan ataupun memberikan surat pengisian itu akan dijalankan dengan lebih baik selepas itu. Terima kasih.
Yang Berhormat Labu.
Assalamualaikum WBT. Saya bangun tanya soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan pusat-pusat hiburan tidak berlesen di dalam kawasan Majlis Bandaraya Seremban. Pihak Majlis Bandaraya Seremban telah pun menjalankan aktiviti pemantauan secara tetap dan juga berjadual bagi membendung aktiviti hiburan tidak berlainan. Berikut adalah jumlah tindakan penguatkuasaan yang telah pun dijalankan: tahun 2022 – 35 kompaun telah pun dikeluarkan dan juga sitaaan berjumlah satu. 2023 – 50 kompaun, sitaan – 2 dan 2024 – 8 kompaun telah pun dikeluarkan. Dan jumlahnya adalah 93 kompaun dan juga sitaan adalah 3.
Ada jugak beberapa pusat-pusat hiburan ini masih meneruskan operasi walaupun kompaun telah dikeluarkan. Maka, Kerajaan Negeri sedang mengambil beberapa tindakan yang lebih agresif iaitu untuk kita menyita keseluruhan barangan ataupun peralatan yang ada dalam premis-premis yang dijalankan tanpa lesen dan juga pemotongan bekalan elektrik ataupun air yang yang terla, yang terdapat dalam premis tersebut. Jika mereka masih meneruskan operasi walaupun pihak Majlis ataupun Pihak Berkuasa Tempatan telah pun mengeluarkan kompaun untuk menutup premis ataupun perniagaan tersebut selepas diberikan kompaun. Terima kasih.
Tambahan Yang Dipertua. Tahniah kepada Exco. Cuma saya nak bagitahu berkenaan pusat hiburan tidak berlesen ni, ada yang pusat hiburan yang mungkin terlampau kuat dia punya kabel. Lebih daripada 10 ke 15 tahun. Kerugian pada kerajaan adalah langsung tidak menerima apa-apa pendapatan daripada aktiviti ini. Jadi yang saya maksudkan yang YB cakap tu kita faham, tu yang kecil-kecil. Saya cakap dalam Bandaraya Seremban ni yang besar. Kalau tidak dapat, itu saya bagi tahu saya nak jumpa dengan Datuk Bandar, kalau mereka tidak dapat selesaikan perkara ini, saya akan umumkan ataupun dalam media sosial sebut …..
Yang Berhormat.
….. satu-satu pusat hiburan…..
Sebenarnya, apa soalan dia? Apa soalan tambahan dia …..
Itu, itu penjelasan saya tadi, saya bagi penjelasan.
Saya mintak Yang Berhormat, fokus pada soalan tambahan.
Baik-baik.
Fokus. Kalau kita ulaskan, benda itu menjadi, jadi perbahasan.
Baik. Jadi saya mintak kepada, mintak pada Exco supaya dapat selesaikan masalah pusat hiburan yang beroperasi lebih daripada 15 tahun yang tiada tindakan. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang tadi tadi nyatakan sebab itu kita akan mengkaji satu kaedah yang lebih agresif
supaya premis-premis pusat-pusat hiburan yang dijalankan tanpa license ini kita akan lihat kaedah yang lebih agresif untuk diambil tindakan. Kita tahu memang ada kompaun, tadi saya nyatakan, kompaun dikeluarkan bukan tak dikeluarkan, bukan pemantauan tak, tidak dilaksanakan tetapi dilaksanakan dan kompaun dikeluarkan tapi beberapa premis itu masih melaksanakan perniagaan mereka. Oleh itu, kita dalam proses kita untuk membawa satu cadangan kepada MMK untuk tindakan yang lebih agresif iaitu sitaan keseluruhan peralatan ataupun barangan yang ada. Bukan kita nak pergi ambil satu dua peralatan untuk just untuk complete kita punya pemeriksaan. Tetapi satu sitaan yang lebih keseluruhan juga termasuk juga pemotongan bekalan elektrik ataupun air. Yang memang ada diberi kuasa ataupun mempunyai punca kuasa untuk kita laksanakan supaya isu-isu ini kita dapat diselesaikan dengan dengan lebih baik supaya premis-premis yang dijalankan tanpa license, tanpa kebenaran ini kita dapat diatasi dengan lebih baik dan juga lebih efektif. Terima kasih.
Lenggeng. Yang Berhormat Lenggeng.
Lenggeng, Lenggeng tanya soalan nombor 7, Yang Dipertua.
Eh, soalan apa?
Soalan 1.
Soalan pertama, satu kan? Satu saja.
Mintak maaf. Nombor nombor 1.
Kalau 7, saya tak ada jawapan. Sebab dia tak pakai, dia tak pakai baju batik hari ni.
Tak apa Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Terima kasih YB Lenggeng bertanya tentang sekolah. YB Lenggeng kita dia amat mengambil berat tentang sekolah di kawasan beliau. Jadi Yang Berhormat bertanya tentang pembinaan sekolah baru di DUN Lenggeng. Yang pertama, dia bertanya sama ada Sekolah Menengah Agama boleh dibuat di kawasan yang diperuntukkan seluas, difahamkan seluas 20 ekar ya, dah diperuntukkan di di kawasan Lenggeng oleh pemaju perumahan.
Jadi untuk jawapan yang pertama ni, saya nak maklumkan, pembinaan sekolah baharu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan memerlukan tapak minimum seluas 8 ekar bagi sekolah menengah harian dan minimum seluas 15 ekar bagi sekolah menengah Berasrama berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan. Pembinaan sekolah baru juga memerlukan kos penyelenggaraan jangka jangka pendek dan panjang yang perlu diteliti mengikut konsep pengoperasian sekolah, jumlah murid, jumlah guru dan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta kos utiliti. Selain daripada itu, pembukaan sekolah baru memerlukan waran perjawatan melibatkan pelantikan tenaga pengajar dan anggota kumpulan pelaksana. Penyediaan waran perjawatan ini melibatkan peruntukan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Ini kalau mohon sekolah agamalah ya.
Dalam dalam konteks yang lain untuk pembinaan sekolah di bawah kementerian, soalan 2, apakah status permohonan pembukaan sekolah baru di DUN Lenggeng bagi sesi persidangan yang lepas. Yang Berhormat dah bertanya dalam sidang lepas, saya dah jawab. Sekali lagi saya nak nyatakan status permohonan pembukaan sekolah baru di DUN Lenggeng ialah pihak jabatan sedang memohon semula status tanah dengan KPTG ya. Permohonan telah dikemukakan ke PTG pada 4 April baru-baru ini. Tanah tersebut berada di Bandar Tasik Senangin.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Yang Dipertua, justifikasi pembinaan sekolah baru ialah yang pertama kepadatan penduduk di komuniti dan berhampiran dan berhampiran semakin meningkat dan padat. Yang kedua: enrolmen murid sekolah berhampiran menunjukkan kepadatan dan melebihi jumlah optimum bilik darjah seperti 40 ke 45 orang murid dalam satu bilik darjah. Jumlah yang optimum ialah 30 ke 35 murid. Yang ketiga: sekolah sekitar telah melaksanakan 2 sesi persekolahan. Yang keempat: status tanah kepunyaan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Itu kalau nak mohon tanah di bawah Kementerian, yang Jabatan Agama Islam yang sepertimana disebut di awal jawapan saya tadi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Adakah peluang untuk Lenggeng mohon sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam atau perlu bajet tambahan?
Sekolah di bawah Jabatan Agama Islam ni kita, peluang ni memang ada sepertimana saya sebutkan tadi, Jabatan Agama Islam dah berikan dah, jawapan beliau yang saya yang saya sebut di awal
tadi iaitu yang pertamanya beberapa perkara kena kita kajilah ya. Bukan saja dari segi pembinaan itu memang memerlukan perbelanjaanlah, yang keduanya dari segi perjawatan-perjawatan tu memerlukan ketelitian ya, waran perjawatan dan sebagainya. Jadi apa pun kita akan panjangkan jawapan ni kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk diberi diambil tindakan yang sewajarnya Yang Berhormat. Terima kasih.
Yang Berhormat Gemencheh.
Gemencheh, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Gemencheh atas soalan: jabatan penerokaan jalan rangkaian baru ya. Apakah langkah kerajaan untuk mengawal selia laluan jalan utama sedia ada yang kerap sesak apabila waktu puncak atau waktu perayaan. Yang keduanya: apakah badan swasta atau kerajaan yang mengkaji keperluan untuk mewujudkan jalan baru atau jalan pintas di lokasi penting untuk mengelakkan kesesakan serta keselesaan pengguna dalam, di negeri tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, JKR Negeri Sembilan sentiasa bekerjasama dengan pihak PDRM bagi mengawal selia laluan jalan utama yang kerap sesak pada waktu perayaan, contoh waktu puncak. Selain daripada itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas semasa musim perayaan kelak, JKR Negeri Sembilan akan melaksanakan tindakan serta langkah-langkah pemantauan yang terkandung dalam surat daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia berhubung operasi bersepadu (Ops Bersepadu) bagi program pemantauan keselamatan jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ya. Sebab tu kalau kita lihat kalau musim perayaan ada jalan-jalan tertentu atau persimpangan tertentu terpaksa kita tutup.
Yang keduanya bagi Jalan Persekutuan, Bahagian Perancang Jalan Kementerian Kerja Raya adalah badan kerajaan yang akan mengenal pasti serta menguruskan perancangan mewujudkan jalan-jalan baru ini. Manakala bagi Jalan Negeri pula, pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan (UPEN) adalah badan kerajaan yang menguruskan maklumat seperti cadangan mewujudkan jalan-jalan baru ini. Cadangan-cadangan tersebut kemudian akan dikumpul, disemak serta dinilai dari segi kos, manfaat kepada penduduk serta kepada pembangunan setempat sebelum diangkat oleh Kerajaan Negeri dan, kepada Persekutuan untuk kelulusan peruntukan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.’
Dato’ Dipertua, mohon mencelah. Soalan tambahan Dato’ Seri. Mohon Dato’ Seri di Parlimen untuk mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Dan Pengajian Tinggi jadual untuk persekolahan masa cuti perayaan. Contoh pada perayaan tahun ini, UiTM dan persekolahan mendaftar masuk pada hari yang sama pada cuti yang Sabtu dan Ahad tersebut menyebabkan semua kenderaan masuk di Negeri Sembilan. Contoh di Kuala Pilah 3,000 kenderaan yang mendaftar anak untuk masuk UiTM, Jalan Kuala Pilah itu memang dah jammed. MRSM Gemencheh yang memang jalan itu memang dah jammed ada seribu kenderaan masuk semata-mata nak hantar anak pada hari yang sama. Jadi boleh tak Yang Berhormat di Parlimen nanti bentangkan kepada kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Dan Pengajian Tinggi untuk drag kan sikit jadual pendaftaran baru atau kemasukan asrama tu satu atau dua hari selepas ibu bapa yang berada di kawasan kampung. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju pandangan Yang Berhormat dan saya rasa perkara tersebut pernah dicadangkan. Dan kita harap bahawa ada kajian terhadap perkara ini kerana kita tak nak pada masa yang sama juga ya, waktu hari yang akhir ya, minggu pertama tu ya, dah masuk sekolah saya nampak memang berlaku kesesakan yang amat teruk ya bukan sahaja di Kuala Pilah. Di semua tempat di Sikamat pun ada beberapa sekolah asrama penuh yang menyebabkan lalu lintas agak terganggu. Tapi kita sedia maklum bahawa ya, ini kita boleh bawa dan saya rasa perkara tersebut perlu diperhalusi supaya waktu masuk ya pelajar-pelajar ini boleh dilewatkan. Kerana saya lihat pada tahun ini, UiTM contohnya, mereka mengadakan pengajian secara ketika Ramadan ya, ketika Ramadan itu sebulan itu beliau mengadakan secara apa online. Kalau Ramadan itu boleh online, apa salahnya dalam tempoh selepas hari raya itu dua tiga hari boleh online jugak. Jadi saya rasa ini juga boleh membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Terima kasih Yang Berhormat Gemas.
Dato’ Speaker, saya nak pencelahan sedikit berkaitan dengan soalan Gemencheh peneroka jalan baru ni. Saya rujuk kepada yang 1.2, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat ya, berkaitan dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan ataupun satu master plan jalan-jalan pintasan atau bypass ataupun new road lah dalam erti kata lain, kawasan-kawasan kita di Negeri Sembilan ini. Kerana mewujudkan jalan-jalan baru ataupun jalan pintasan ini, ia boleh jugak membawa kepada perancangan pembangunan di kawasan itu sendiri. Katakan, ada contohnya ada jalan pintasan daripada Kuala Pilah pergi ke Jelebu katakan. Jadi kita boleh terlibat dalam perancangan di kawasan yang terlibat itu. Terima kasih.
Terima kasih pandangan daripada Johol ya. Saya ucapkan terima kasih. Kita sedia maklum bahawa perkara ini memang ya, kita sekarang ini kita suka tak suka semua tempat di Negeri Sembilan ini sekarang jammed ya. Itu saya kata bahawa kehadiran orang ke Negeri Sembilan ini makin ramai. Dan jumlah pemilik kenderaan juga di Negeri Sembilan makin meningkat. Dan itu antara petanda yang baik dalam ekonomi kita ya. Kita suka tak suka Jelebu pun jammed ya. Tadi di Gemencheh, di Gemencheh pun jammed. Jadi ini menunjukkan kepada kita bahawa kehadiran itu memang ramai. Jadi itu yang kita lihat bahawa kita memang, kita tak dapat ya yang luar negara tetapi saya rasa dalam negara pun untuk domestik itu sudah mencukupi untuk kita dan untuk kita tambah baik itu itu kita harus ada perancangan pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput Yang Berhormat untuk membawa soalan daripada Rantau. Ahli-ahli?
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya sekali lagi mewakili Yang Berhormat ADUN Rantau mengemukakan soalan nombor
1. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ yang, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Rantau yang, status projek pembangunan Kerajaan Negeri suku tahun. Nyatakan status semasa projek-projek pembangunan yang telah diluluskan bagi tahun 2024 bagi suku tahun pertama iaitu mulai Januari hingga Mac 2024.
Dato’ Yang Dipertua, status semasa projek-projek pembangunan perbelanjaan yang telah diluluskan bagi tahun 2024 bagi suku pertama tahun ini iaitu mulai Januari hingga Mac 2024 adalah sebanyak 14.81% iaitu 20,732,163.55 daripada jumlah peruntukan tersebut 140 daripada kelulusan peruntukan sebanyak 140.0 juta. Prestasi perbelanjaan 3 Vot tertinggi yang dicatatkan bagi suku tahun pertama tahun kewangan 2024 berdasarkan Vot Pembangunan adalah Vot P50 (Menteri Besar) dengan peratusan perbelanjaan sebanyak 50.35%; diikuti oleh Vot P55 (Jabatan Kerja Raya) dengan peratusan perbelanjaan sebanyak 15.95%; dan seterusnya Vot P54 (Jabatan Pengairan dan Saliran) perbelanjaan sebanyak 3.87%.
Jumlah projek-projek yang dinyatakan sehingga bagi suku tahun pertama tahun kewangan 2024 berdasarkan Vot Pembangunan adalah sebanyak 418 projek di mana status fizikal projek-projek tersebut adalah seperti berikut: 77 projek dalam kategori Belum Mula, iaitu 18.42%; 201 projek dalam kategori Pra-Pelaksanaan, iaitu 48.09%, 129
projek dalam kategori Dalam Pelaksanaan, iaitu 30.86%; dan 11 projek lagi dalam kategori Siap, iaitu 2.63%. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput YB Klawang.
Assalamualaikum WBT. Terima kasih aa Dato’ Yang Dipertua Klawang mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Klawang. Soalan pertama: memperkasakan institusi masjid. Institusi masjid adalah merupakan pemangkin pembangunan modal insan di dalam satu-satu kariah malangnya tiada insentif yang diberikan kepada Ahli Jawatankuasa terlibat selain daripada saraan kepada pegawai masjid seperti Imam, Bilal dan siak. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk menambah baik dan memperkasakan institusi masjid serta memberikan insentif munasabah kepada AJK masjid yang dilantik?
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Peningkatan Jemaah Masjid (JEMAAH) 2023 – 2024 yang merangkumi 4 inisiatif strategi bertujuan mengimarahkan dan memakmurkan masjid Negeri Sembilan iaitu mempromosi pertama, mempromosikan kempen ke masjid. Kedua: melaksanakan program pengimarahan yang menarik. Yang ketiga: meningkatkan tadbir urus yang cekap dan sistematik. Keempat: menjadikan masjid sebagai sumber sebagai ummah ummah stop center.
Dan Kerajaan Negeri juga pada tahun ini melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak 624 ribu sebagai insentif kepada seluruh jawatankuasa kariah Masjid Negeri Sembilan. Insentif telah bermula pada tahun 2022 dengan jumlah peruntukan 600 ribu ringgit dan jumlah diteruskan pada 2023. Walau bagaimanapun jumlah jumlah masjid meningkat pada tahun 2024 iaitu akan pertambahan masjid-masjid baru.
Jadi kita sedia maklum bahawa lantikan ini juga merupakan volunteer dan kita, yang kita boleh bagi adalah peruntukan untuk program-program masjid. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Adakah mana-mana pegawai di mana-mana masjid aa selain daripada Masjid Negeri aa berada di dalam Skim Perkhidmatan Awam. Pegawai masjid.
Dato’ Yang Dipertua, saya akan jawab ya, saya akan jawab, jawapan ini secara bertulis. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
YB Seremban Jaya.
Boleh celahan tak sikit, isu masjid? Assalamualaikum WBT. Sedikit saja, elaun untuk imam-imam kita, saya difahamkan 850.00 ya. Sekarang ni had kemiskinan, makna 1,500.00. Ada tak cadangan daripada Kerajaan Negeri, macam mana cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk meningkatkan, sebab gaji imam datang 5 kali sehari tu untuk bertugas. Tapi elaun terlalu rendah. Inisiatif daripada Kerajaan Negeri saya mohon sangat-sangatlah diberi perhatian benda tersebut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum bahawa imam, kalau ada Imam 1, Imam 2, Imam 3. Ada separuh itu ada Imam 4 ya. Dan kita yang dibayar ni Imam 1 dan Imam 2 dan selebihnya pihak masjid kadang-kadang ada menambah ya, yang yang ada pihak masjid sendiri yang top up ya. Kerana kita sedia maklum pendapatan masjid di suatu-suatu masjid juga kadang-kadang ada yang banyak ya dan lebih. Dan kerana itulah saya melihat bahawa buat masa ini kita masih melihat kepada, melihat ya, untuk Kerajaan Negeri bagi kita, masjid yang tidak mampu lagi untuk menanggung ya, ataupun menambah. Dan kita tunggulah kalau ada Kerajaan Persekutuan insya-Allah, kalau ada tambahan daripada kerajaan Persekutuan insya-Allah kita akan maklumkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Boleh mencelah? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan memperkasakan institusi masjid ni, sekarang ini kebanyakan masjid, Imam 1, Imam 2 ni, kebanyakan masjid Imam 2 nya tidak ada kerana pelapis semakin lama semakin pupus kerana penduduk kampung semakin lama semakin berkurangan. Yang, dan yang berkebolehan untuk memimpin solat dan juga memimpin di masjid ini semakin berkurangan. Jadi apa hasrat daripada Jabatan Agama Islam untuk kita, kaedah untuk menarik orang kampung yang boleh memimpin ataupun kita cari pelapis-pelapis ini untuk membolehkan menjadi Imam dan juga memimpin solat-solat, solat di masjid-masjid yang ada di kawasan kita. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum isu yang berlaku ini adalah isu di kawasan kampung ya. Yang kita tahu anak-anak muda ya, apabila dia habis belajar, dia pun tak duduk di kampung ya. Dia lebih suka berada di bandar. Isu di bandar pula terlampau ramai Imam ya, sampai semua nak jadi Imam. Terpaksa buat interview apa semua. Tapi di kampung ini isu yang memang berlaku dan kita maklum perkara tersebut. Dan ini kita juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam kena melihat bagaimana untuk kita melihat bagi mengatasi isu-isu yang berlaku ini. Dan kita berharap juga akan ada satu formula
untuk kita selesaikan sebelum ia menjadi satu permasalahan kepada ummah ya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, DUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor 3. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan Seremban Jaya berhubung isu rumah lelong. Kebanyakan kediaman dilelong disebabkan pemilik terkesan perlaksanaan PKP dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) ya. OPR masih maintain rendah ya. Apakah jalan penyelesaian berkenaan masalah yang rumah dilelong akibat penangguhan bayaran semasa pengalaman PKP yang menimbulkan hutang sehingga 10,000.00 ringgit?
Okey, Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri tidak, tiada hak untuk campur tangan dalam urusan mana-mana individu atau institusi berkaitan dengan kes hutang pinjam, pinjaman yang, dengan bank, atau mana-mana institusi kewangan. Dalam usaha untuk membantu pemilik rumah yang akan dilelong rumah kediaman mereka, Kerajaan Negeri berpandangan, pihak bank perlu mempertingkatkan untuk melanjutkan tempoh masa sebelum tindakan melelong diambil bagi membolehkan mereka menyelesaikan tunggakan ansuran pinjaman. Pihak bank juga perlu berunding terlebih dahulu bersama pemilik rumah tersebut bagi menyelesaikan, menyelaraskan semula baki-baki pinjaman sedia ada untuk membolehkan mereka membayar secara ansuran setiap bulan mengikut kemampuan mereka.
Saya syorkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian serta masyarakat agar sentiasa peka dengan komitmen kewangan kita, sentiasa rancang dengan belajar pengurusan kewangan dengan pihak yang lebih mahir seperti agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) ya, kita boleh berhubung dengan mereka dan merujuk kepada mereka semula dan dengan pihak bank bagi sebarang bentuk bantuan moratorium ataupun khidmat nasihat ya. Kalau kita ya, selalunya di kawasan saya saya akan minta supaya mereka berhubung dengan AKPK ya, supaya mereka mendapat maklumat dan mereka boleh berunding semula dengan pihak bank supaya mendapatkan apa, nasihat kalau mereka ada EPF contohnya, itu juga boleh dipertimbangkan oleh pihak bank. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Jawapan yang jelas, saya pun ucapan terima kasih. Tapi masalah B40 masa PKP, waktu pandemik
COVID. Masa itu kerajaan zaman itu, kerajaan yang beritahu sekarang tak payah bayar. Bukan cakap rumah, kereta dan barang-barang hire purchase tak payah bayar, dia orang boleh cerita kepada bank. Tapi mereka pun pandemik COVID mereka tak dapat bayar. Satu. Masa itu kerajaan yang beritahu. Masa itu Perdana Menteri Malaysia zaman itu beritahu. Sebab itu kita mahu faham.
Lagi satu bila satu rumah kena lelong, itu agensi-agensi tak tahu macam mana, dia orang mari tampal itu notis, rumah ini mahu lelong tapi rumah itu ada orang tinggal, owner ada tinggal. Bila sudah tampal, angkat gambar, lepas itu koyak, mereka pun tak tahu. Macam ini banyak berlaku. Sebab itu saya tahu kerajaan memang agensi kira bank tak boleh campur tangan. Tapi ini kita mahu fikir ini kita punya rakyat sebab itu saya rayu apa cadangan boleh kita buat. Ini kita mesti mahu bincang bank atau mahkamah, mesti mahu, kita mahu lantik satu satu ahli jawatankuasa. Sebab 10,000.00 ke bawah pun kena lelong. Haa ini satu masalah yang besar B40 ini selalu, pasal bukan cakap saya punya kawasan seluruh Negeri Sembilan menghadapi ini masalah.
Sebab itu saya rayu Dewan yang mulia, ini boleh kalu kita macam-macam punya committee ada. Saya ingat kita punya Dato’ Undang sudah ada di sini, Dato’ Undang tengok macam mana, rancang ini masalah kita boleh settle. Itulah, saya ingat ini saya punya cadanganlah. Bukan soalan tambahan. Saya punya cadangan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Okey.
Ya terima kasih. Terima kasih ADUN Seremban Jaya. Bukan Dato’ Undang, Dato’ Penasihat Undang-Undang ya. Dato’ Undang lain, nanti nanti susah kita ya. Ini Dato’ Penasihat Undang-Undang, jadi kasi betulkan perkataan tersebut. Yang tentang pandangan tadi kita sedia maklum, itu melibatkan bank. Dan apa yang menyedihkan kita apabila mereka keluarkan 10,000.00 ya, tempoh hari ketika KWSP, mereka sepatutnya itu urusan selesaikan adalah urusan mengenai perumahan ya. Tapi mereka keluarkan dan akhirnya hari ini banyak masalah yang berlaku melibatkan pekerja-pekerja yang membeli rumah ya. Jadi saya berharap bahawa urusan kewangan ini merupakan satu urusan yang penting dalam kehidupan. Dan apa yang kita lihat, apa yang berlaku sebenarnya apabila kita gagal menguruskan kewangan dengan bijaksana ya. Dan ini yang akhirnya memberikan kesan kepada sebahagian penduduk kita pada hari ini. Jadi kita boleh memberikan pandangan kita di atas, pihak atasan supaya melihat perkara tersebut, memberi ruang sedikit untuk peminjam-peminjam yang menghadapi masalah. Dan saya juga berharap bahawa dalam kehidupan kita, keutamaan kita adalah perumahan yang harus diberi tumpuan ketika kita mendapat pendapatan tu keutamaan kita untuk bayar pinjaman
kita. Jadi itu yang paling penting sekali. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Serting.
Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Serting, rumah transit untuk mualaf oleh MAINS. Apakah kerajaan bersedia membuat atau membina rumah transit bagi mualaf supaya dapat berteduh serta belajar berkenaan Islam? Apakah inisiatif terbaik daripada kerajaan untuk menjaga kebajikan mualaf ini?
Dato’ Yang Dipertua, setakat kemasukan Islam Negeri Sembilan bagi tahun 2018 hingga 2023 adalah seperti berikut 2018 seramai 233, 2019 – 315, 2020 – 246, 2021 – 267, 2022 – 310, 2023 – 285. MAINS telah menyediakan 2 buah rumah transit untuk mualaf di Taman Golf Heights, Paroi termasuk 2 buah rumah, transit untuk golongan yang memerlukan Rumah Pangsa Lobak, Seremban. MAINS menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada asnaf mualaf bagi menjaga kebajikan mereka melalui Pengurusan Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Antara bantuan yang disediakan ialah pertama: bantuan bulanan mualaf. Kedua: bantuan kebajikan. Ketiga: bantuan Aidilfitri. Keempat: bantuan pendidikan. Kelima: bantuan makanan. Keenam: bantuan kediaman. Dan yang ketujuh: kursus kefahaman Islam. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya, Lukut.
Dato’ Yang Dipertua. Lukut kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya bangun untuk menjawab soalan daripada Lukut berkenaan pembangunan inovasi kepintaran buatan ataupun AI. Untuk makluman semua, buat masa kini Kerajaan Negeri, Negeri belum memperkenalkan lagi hala tuju dan dasar bagi pembangunan ekosistem inovasi kepintaran buatan ataupun Artificial Intelligence (AI), dengan izin dalam sektor-sektor yang berpotensi. Walau bagaimanapun terdapat beberapa langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan kecerdasan buatan dan juga meningkatkan kualiti kehidupan rakyat iaitu:
Yang pertama: dasar dan inisiatif pembangunan teknologi. Kerajaan Negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan dasar dan juga inisiatif yang bertujuan untuk membangunkan infrastruktur, teknologi yang diperlukan untuk menyokong pembangunan AI dalam pelbagai sektor.
Yang kedua: kolaborasi bersama dengan sektor swasta dan juga institusi pengajian tinggi. Terdapat kemungkinan untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat berteknologi tinggi dan juga institusi pengajian tinggi untuk membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan ini. Ini boleh berlaku sekiranya dasar yang turut menyentuh soal kerjasama ini diperkenalkan. Faedah kolaborasi ini akan memungkinkan penubuhan pusat-pusat penyelidikan peningkatan latihan kemahiran AI dan kemudahan pertukaran pengetahuan antara sektor awam dan juga swasta.
Yang ketiga ialah penyediaan sokongan kewangan. Sekiranya kedudukan kewangan kukuh dan stabil. Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberikan insentif kewangan seperti subsidi ataupun pemotongan cukai atau pemberian geran kepada syarikat-syarikat tempatan yang terlibat dalam pembangunan dan juga penggunaan teknologi AI untuk menggalakkan inovasi dan juga penggunaan teknologi ini dalam pelbagai sektor. Satu contoh yang dapat kita lihat adalah dengan projek pertanian pintar berasaskan Internet of Things di kawasan Sendayan yang melibatkan peruntukan yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Negeri berjumlah 300 ribu ringgit yang buat masa kini dalam peringkat percubaan dengan memberi tumpuan kepada latihan dan juga pembelajaran kepada para peserta.
Yang keempat ialah: pendidikan dan juga kesedaran awam. Kerajaan negeri melalui pemimpin masyarakat tempatan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang potensi dan juga implikasi teknologi AI. Ini termasuk mengadakan kempen kesedaran awam mengenai kepentingan dan juga cabaran yang berkaitan dengan kecerdasan buatan. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah mula mengorak langkah dengan mewajibkan semua penjawat awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan untuk melengkapkan pembelajaran kendiri melalui program AI untuk rakyat secara dalam talian. Pembelajaran tersebut boleh dilihat sebagai satu langkah awal dalam usaha Kerajaan Negeri kepada peningkatan kesedaran penjawat awam terhadap penggunaan teknologi termaju dan dilihat berupaya meningkatkan pencapaian perlaksanaan inisiatif pendigitalan dan perkhidmatan awam. Selain daripada itu, merujuk kepada dokumen New Industrial Master Plan 2030 ataupun NIMP 2030, oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan juga Industri yang telah dilancarkan pada 1 September 2023 yang lalu, terdapat penyataan secara spesifik akan fokus Kerajaan dalam menekankan teknologi dalam perindustrian. NIMP 2030 telah menggariskan 21 strategi dan 62 pelan tindakan merentasi 4 penyataan misi. Misi ini secara kolektif akan membimbing industri Malaysia ke arah kemajuan teknologi, kemampanan dan juga penyepaduan yang lebih mendalam ke dalam rantaian nilai global.
Misi ke-2 dalam NIMP 2030 iaitu Tech Up for a Digitally-Vibrant Nation menggariskan usaha untuk meningkatkan program Industry4WRD untuk meningkatkan penggunaan teknologi bertujuan bagi menerima teknologi dan pendigitalan dalam memacu inovasi, meningkatkan produktiviti dan mencipta peluang baru untuk pertumbuhan ekonomi. Kecerdasan mencipta, kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence ini merupakan enabler utama yang dikenalpasti dalam analisis ramalan untuk reka bentuk dan pembangunan produk di samping pengoptimum, pengoptimuman kendiri berterusan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih jawapan daripada Linggi. Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Kita dah sedia maklum sekarang pembangunan AI (artificial intelligent) ni dah memang tengah pesat berkembang sekarang pada zaman sekarang dan susulan daripada itu wujudlah kes-kes penipuan yang kita sekarang nampak dekat surat khabar dia mungkin menyamar Dato’ Seri MB punya suara, dia pergi pinjam wang. So wujudlah kes-kes penipuan dengan menggunakan teknologi AI sekarang. So apa yang, soalan saya adakah Kerajaan Negeri dah bersedia ataupun apa, langkah-langkah preventive dengan izin, pencegahan dah dirangka untuk isu ini? Terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat ADUN Lukut atas soalan tambahan. Sepertimana yang kita sedia tahu, maklum, sebelum AI ni wujud pun skim-skim penipuan ini telah pun lama wujud. Dan pihak penguat kuasa seperti polis dan juga MCMC memang senantiasa ya, senantiasa memantau perkara ini supaya tidak tidak berulang. Dan saya yakin dan percaya atas kepakaran yang kita ada, perkara-perkara ini dapat kita atasi. Tetapi yang lebih penting ialah kesedaran kepada masyarakat ya, kerana kadang-kadang masyarakat kita ini dia, mereka tak perasan ataupun tidak mahu, tidak mahu untuk orang kata apa, mendapatkan maklum balas ataupun menyiasat sendiri ya, mempastikan apa yang jua berita yang mereka terima adalah berita yang betul-betul benar. Ya okey, alright thank you. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Lobak.
YB ADUN lOBk: Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1 berkaitan dengan isu tanah runtuh di Taman Sentosa Templer. Laporan keselamatan dan juga kajian kualiti tanah telah pun disediakan oleh pihak IKRAM. Sehubungan itu, pihak Majlis Bandaraya Seremban telah menerima peruntukan daripada KPKT sebanyak 2.5 juta bagi kerja-kerja pengukuhan cerun tersebut. Pada masa ini, pihak Majlis sedang menyediakan kertas kerja pelantikan perunding untuk kelulusan pihak KPKT sebelum kerja-kerja reka bentuk dimulakan. Projek ini dianggarkan siap dalam tempoh 8 bulan selepas ditawarkan kepada kontraktor yang berjaya. Berkaitan dengan status keselamatan pihak Majlis tidak mengeluarkan arahan untuk mengosongkan premis bagi penduduk kawasan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Nilai yang jelas sekali. Tapi kawasan yang belakang bukit itu, semua ada batu-batu besar. So saya nak dapat tu, makluman bahawa kerana MBS tak kuat notis langsung. So sebagai penduduk sana dia nak tanya adalah kawasan itu selamat ditinggalkan? Terima kasih.
Yang tadi saya nyatakan pihak Majlis tidak mengeluarkan sebarang notis untuk mengosongkan. Maka bermaksud kawasan tersebut selamat. Tetapi kalau ada sebarang isu yang dikatakan terdapat batu-batu besar itu, kita mintak Majlis Bandaraya Seremban dan juga Pejabat Tanah untuk kita melihat supaya tindakan diambil supaya ia tidak memberikan sebarang kesan kepada penduduk di sanalah. Terima kasih.
Okey terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Lui.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Sungai Lui bertajuk Pembangunan Tanah Terbiar. Sejauh mana usaha kerajaan mengoptimumkan potensi kawasan tanah terbiar yang ada di negeri ini? Apakah perkembangan perusahaan padi dan beras Negeri Sembilan? Ini Dato’ Jalal. Tapi saya tolong jawab sekalilah.
Soalan ini juga menjawab Pertanyaan Lisan Hari Kelima (No. 1) dan (No. 2) daripada ADUN Rantau yang bertajuk “Pembangunan Tanah Kosong Terbiar” dan Pemulihan Tanah Terbiar.
Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Request For Proposal (RFP) bagi Pajakan Tanah-Tanah Rizab di bawah Kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUKNS) di mana semua permohonan pajakan tanah rizab yang melibatkan tanah rizab di bawah SUKNS sama ada ditawarkan secara RFP ataupun diproses secara pajakan tanah rizab.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui peruntukan Seksyen 63 Kanun Tanah Negara [Akta 828] membenarkan permohonan bagi tujuan pajakan tanah rizab dalam tempoh 3 tahun hingga 21 tahun dan juga melalui peruntukan Seksyen 65 Kanun Tanah Negara [Akta 828] membenarkan permohonan Lesen Pendudukan Sementara bagi tujuan mengusahakan tanah kerajaan yang diluluskan secara tahunan.
Data tanah yang dirizabkan disimpan dalam sistem e-spata yang telah dibangunkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin membangunkan tanah mereka dengan pertanian tanaman makanan. Sejak diperkenalkan inisiatif tanah terbiar yang dimulakan pada tahun 2021. seluas 2016 hektar kawasan telah dibangunkan dengan melibatkan peruntukan negeri sebanyak 2.803 juta dan telah memberi manfaat kepada 135 pengusaha di seluruh Negeri Sembilan.
Melalui kadar kecukupan makanan iaitu kiraan penggunaan perkapita dan melihat ke peratusan setelah dibandingkan dengan sumbangan pengeluaran hasil padi Negeri Sembilan, kita berada di paras 8%. Kadar baru yang disasarkan menjelang 2025 adalah sebanyak 13% melalui usaha mengekalkan, pengekalan 1,200 hektar kawasan padi yang lazim bertanam dapat dilaksanakan dengan purata hasil sebanyak 5 tan sehektar. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan tadi, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pemberian inisiatif, insentif berupa pembaha, penambahbaikan infrastruktur sawah serta, secara berperingkat dan berfasa agar kawasan sawah dapat mengoptimumkan penggunaan tanah.
Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan perkembangan perusahaan beras di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri berusaha menerusi Jabatan Pertanian telah menggerakkan usaha malah telah mula menjual menerusi kerjasama melibatkan operator pemprosesan beras. Usaha ini
dimulakan dengan penuaian padi pertama di Skim Terachi di Kuala Pilah dan dikuti dengan Skim Londah di Tampin.
Kita sedang menggiatkan kerjasama antara pengusaha padi dan pengilang dalam pelaksanaan penuaian bagi musim-musim mendatang agar penjualan beras tempatan pengeluaran dari Negeri Sembilan ini sendiri dapat dinikmati oleh rakyat Negeri Sembilan dengan pada harga yang amat berpatutan. Beras yang dibungkuskan dengan spesifikasi 5KG bagi setiap beg dijual pada kadar 13.00 ringgit/per beg ini telah mula terjual menerusi Program Jualan Nismilan Prihatin yang diadakan secara santai setiap hari Jumaat di setiap Parlimen seluruh negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Juasseh.
Soalan saya nombor 1.
Terima kasih YB Juasseh. Soalan, soalannya nombor satu ialah nyatakan keberkesanan peranan KRT di dalam DUN masing-masing dan apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam kukuhkan perpaduan di kalangan di kalangan KRT?
Dato’ Yang Dipertua, Kawasan Rukun Tetangga diiktiraf sebagai salah satu jentera perpaduan yang menyumbang kepada keselamatan, keharmonian dan ke kesejahteraan komuniti setempat yang menjadi tongkak, tonggak dan kepada inisiatif membangun dan menyatupadukan komuniti Malaysia di Malaysia khususnya di peringkat akar umbi. Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 hingga 2030 merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk memperkasa dan memperkukuhkan lagi peranan rukun tetangga sebagai sebuah organisasi sukarela dalam komuniti di mana empat gerak kerja diperkenalkan iaitu: nombor satu KRT Sejahtera projek ekonomi tetangga, program Sayangi Komuniti, Program Mediasi Komuniti. Nombor dua: KRT Selamat contoh program Jom Ronda, program keselamatan, kejiranan, skuad unity. Nombor tiga: KRT bersih dan indah. Contoh program KRT Bersih seperti Program 3R, Jom Kompos, gotong-royong, manakala contoh program KRT Indah seperti program kejiranan hijau, kebun komuniti. Dan nombor empat: KRT Sihat. Contoh program Jom Sihat KOSPEN dan COMBI.
Di bawah Seksyen Akta Rukun Tetangga 2012 (Akta 751) satu fungsi dan tugas rukun tetangga adalah seperti berikut:
menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan,
keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat.
Nombor dua: menerima maklumat mengenai untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat pemerhatian dan penyiasatan itu kepada pengarah.
Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa aktiviti jenayah atau bencana.
Nombor 4: menyediakan menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya, menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat.
Nombor 5: menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
ERAT@Negeri Sembilan merupakan satu inisiatif baharu Kerajaan Negeri Sembilan yang menyediakan insentif dan galakan kepada organisasi komuniti di Negeri Sembilan bagi pelaksanaan program dan aktiviti pengukuhan perpaduan secara kerjasama strategik. Berikut merupakan jumlah peruntukan di bawah ERAT@Negeri Sembilan mengikut tahun: tahun 2020 setengah juta, 500 ribu ringgit, 2021 – 1.0 juta RM, 2022 – RM1.2 juta, 2023 – RM1.0 juta dan 2024 – RM1.5 juta.
Sehubungan itu, perlaksanaan inisiatif ERAT@Negeri Sembilan ini sangat penting untuk memastikan NGO dan organisasi komuniti terus diperkasakan sebagai ejen kerajaan menjadi mata dan telinga kerajaan bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus diperkukuhkan di peringkat akar umbi. Itu saja Yang Dipertua, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, terima kasih YB Exco penjelasan ini. Tapi saya nak minta tolong kepada YB dan juga Pengarah Perpaduan untuk melihat sedikit persempadanan kawasan Rukun Tetangga ya. Mungkin di kawasan ADUN-ADUN lain tidak berlaku tetapi dia berlaku di kawasan saya yaa, kerana ada pertindihan kawasan yang digazetkan sama ada dia berada dalam DUN saya ataupun DUN yang bersebelahan. Jadi program-program yang dianjurkan oleh rukun tetangga itu tidak melibatkan ADUN kawasan. Jadi saya mintak tolong kepada Jabatan
Perpaduan Daerah Kuala Pilah dan juga Exco yang terlibat supaya melihat sedikit persempadanan ini kerana kita nak memfokuskan dengan bajet yang ada dan mestilah mendapat perhatian daripada wakil rakyat kawasan supaya program-program ini dapat kita awasi dan kita dapat bekerjasama dengan baik dengan jabatan tersebut. Terima kasih.
Terima kasih YB Juasseh. Itu satulah satu idea yang bagus. Insya-Allah saya akan apa, bekerjasama dengan Pengarah Perpaduan dan juga KRT di kawasan-kawasan yang terlibat. Insya-Allah. Terima kasih Yang Dipertua.
Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan Tabung Rumah Harapan. Bagi Program Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan, harga rumah adalah sebanyak 85,000.00 ringgit seunit. Setelah ditolak subsidi oleh kerajaan sebanyak 10,000.00, pinjaman pembiayaan setiap Rumah Harapan yang perlu dibayar oleh peserta adalah sebanyak 75,000.00 sahaja.
Kemudiannya peserta dikehendaki untuk membayar deposit sebanyak 5% iaitu sebanyak 3,750.00 ringgit ketika mereka menandatangani perjanjian pembiayaan tersebut. Oleh itu, baki iaitu adalah sebanyak 71,250.00 ringgit adalah dibayar balik secara ansuran sebanyak 238.00 ringgit selama 300 bulan ataupun 25 tahun. Bayaran balik secara ansuran ini adalah bermula sebulan selepas serah milik rumah dibuat kepada peserta.
Yang keduanya berkaitan dengan peserta yang berjaya memohon Rumah Harapan mengikut kaum. Tahun 2021, jumlah pemohon, jumlah permohonannya adalah sebanyak 205. Daripada 205, Melayu, pemohon Melayu adalah sebanyak 193, Cina sebanyak 10 dan India sebanyak 2. Daripada situ jumlah permohonan yang berjaya adalah peserta Melayu, pemohon Melayu sebanyak 58, Cina tiada dan India – 1. Bagi tahun 2022, jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 261. Jumlah permohonan daripada pemohon, pemohon Melayu adalah sebanyak 246, China – 8, India – 7. Jumlah permohonan yang berjaya mengikut kaum Melayu – 51, Cina tiada, India – 2. Tahun 2023, jumlah permohonan adalah 306. Jumlah permohonan mengikut kaum Melayu – 299, Cina – 5 dan juga India – 2. Dan jumlah permohonan berjaya setakat ini adalah 50 sahaja dan masih dalam pertimbangan. Terima kasih.
Terima kasih jawapan daripada YB Exco berkenaan dengan soalan Tabung Rumah Harapan. Di sini saya nak ucapkan syabas dan tahniahlah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya melaksanakan inisiatif untuk, inisiatif ini untuk membantu mereka yang susah tetapi Exco telah menjawab dengan sangat teliti berkenaan dengan pecahan kaum mereka yang telah percaya mendapat bantuan ini. Jadi saya nak bercadang ataupun soalan tambahan saya adalah kita selalu, kita selaku ADUN wakil rakyat kita selalu menerima permohonan terutamanya penduduk-penduduk daripada Kampung Baru di mana mereka menghadapi kebocoran sink yang rosak, rumah telah uzur, lantai telah bocor dan sebagainya. Jadi syarat untuk mendapat tabung ini adalah untuk mendirikan rumah baru di tanah, tapak yang kosong. Jadi saya, adakah soalan tambahan saya adalah, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan kategori permohonan ini di mana untuk membantu mereka-mereka ini yang mungkin kos baik pulih ataupun penyelenggaraan hanya 5,000.00 hingga 10,000.00. Di mana setiap tahun kita terima banyak permohonan daripada penduduk-penduduk Kampung Baru Cina terutamanya mereka tidak mempunyai sumber kewangan untuk membaiki rumah-rumah kediaman mereka. Jadi ini soalan tambahan saya.
Dato’ Yang Dipertua, untuk Rumah Harapan Rakyat ini adalah bukan untuk penyelenggaraan. Ini adalah untuk kita membina rumah, seunit rumah yang baru berharga 85,000.00 dan juga diberi subsidi oleh Kerajaan Negeri sebanyak 10,000.00 ringgit. Maka secara jelas bukan untuk penyelenggaraan. Tetapi di Kampung Baru ataupun di beberapa tempatan, di beberapa kawasan, Kampung-Kampung Baru ni adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dan di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan memang ada peruntukan untuk kita menyelenggara. Dan di Negeri Sembilan pun setiap tahun pun, kita memang menerima kelulusan permohonan untuk menyelenggara. Ada yang 10,000.00, ada yang 15,000.00 mengikut permohonan daripada setiap JPKK Kampung-Kampung Baru. Kalau ada kita boleh mintak pengurusan ataupun jawatankuasa JPKK Kampung-Kampung Baru ni menghantar permohonan kepada pegawai perkampungan baru di setiap Parlimen untuk dibawa kepada KPKT untuk kita mendapatkan kelulusan. Terima kasih.
Yang Berhormat Paroi.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor soalan nombor 2 ya, Pengurusan SISPAA MBS.
Dato’ Yang Dipertua berkaitan dengan pengurusan SISPAA MBS tempoh masa yang diambil. Secara amnya aduan yang diterima oleh MBS akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja mengikut operasi, SOP yang ditetapkan oleh MBS. Walau bagaimanapun terdapat jugak aduan yang terpaksa diselesaikan melebihi tempoh 15 hari bekerja jika ianya melibatkan peruntukan yang besar yang memerlukan proses perolehan seperti sebut harga dan juga tender. Kalau berlaku kerosakan yang kecil, saya ingat dalam beberapa hari kita dapat selesaikan. Tetapi kalau ia melibatkan kos sudah tentu kita memerlukan sedikit masa untuk kita mendapatkan kelulusan peruntukan daripada Kerajaan Negeri ataupun daripada KPKT ataupun peruntukan sendiri daripada Majlis Bandaraya Seremban dan juga ada proses untuk kita melantik kontraktornya. Sebab itu ada beberapa kes memang mengambil tempoh masa yang lebih daripada 15 hari sebab melibatkan proses untuk mendapatkan peruntukan dan juga proses untuk melantik kontraktor. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Mengapa ada aduan yang berulang kali ya, dibuat ya, tetapi aduan tersebut ya, dalam status itu “telah selesai” sedangkan aduan tersebut masih belum selesailah. Sebagai contoh saya bagilah. Ada 3 contoh aduan berkenaan jalan berlubang di Jalan Senawang ya, dalam SISPAA, Senawang 2 berhadapan kilang ON Semi. Masih terdapat lagi lubang-lubang di jalan tersebut tetapi aduan ya, status telah ditutup, selesai. Itu contoh ya. Yang keduanya aduan berkenaan jalan berlubang di Persiaran Senawang 4 ya. Simpang hadapan Masjid Bandar Baru Senawang, status ditutup, selesai ya, tetapi dalam SISPAA, jalan berlubang tersebut masih lagi dalam proses pembaikan. Yang ketiga ya, aduan anjing di Taman Lavender Heights telah pun, status selesai aa tetapi seekor anjing pun tak dapat di kawasan aduan tersebut. Ni semua dalam SISPAA ni. Itu yang kadang-kadang kita pelik ya. Dan ada jugak aduan, contoh saya bagi aduan dalam SISPAA. Pokok ya, di simpang empat Taman Exora masuk ke, ke masjid ya, Bandar Baru Senawang, dah satu bulan lebih dekat 2 bulan lebih tak ada tindakan diambil. Itu soalan sayalah. Maknanya isu ni saya rasa isu aduan awam ni penting sebagai rujukan kami lah ya, untuk, saya rasa cadangan saya, tolong ambil perhatian.
Dan satu lagi, dalam MBS dia selesai apabila dibagi pada jabatan lain. Dalam MBS selesai, tapi dibagi pada jabatan lain, tindakan itu belum diambil tapi dalam MBS itu sendiri dah selesai. Wallahua’lam.
Okey, kita akan mengambil maklum beberapa perkara yang telah dimaksudkan. Dan memang SISPAA kita akan, kita akan kepada MBS untuk kita tambah baik dari segi pelaksanaannya. Dan juga beberapa aduan yang dinyatakan sebagai selesai sebab mungkin,
kemungkinan besarnya itu adalah bukan di bawah tanggungjawab Majlis Bandaraya Seremban. Mungkin ia terletak di bawah JKR ataupun Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban. Mungkin mereka telah panjangkan aduan tersebut kepada agensi tersebut dan bagi rekod mereka adalah selesai. Tapi kita akan cuba untuk mengkoordinasi supaya setiap aduan yang dibuat itu dapat dapat ambil tindakan dan maklum balas itu adalah secara keseluruhan kepada setiap yang diberikan aduan kepada Majlis Bandaraya Seremban ini. Terima kasih.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian masa bagi Pertanyaan Lisan (Hari Keempat) telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
UsulMotion
Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.
Perkara keempat Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, saya sambung semula sesi pihak kerajaan memberikan maklum balas bagi perbahasan usul menjunjung kasih titah, ucapan DiRaja. Saya persilakan jika ada ahli Yang Berhormat yang ingin memberikan maklum balas. Bukit Kepayang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus yang menekankan kepentingan keharmonian dan kesejahteraan Negeri Sembilan kekal dipelihara. Sukacita saya menggulungkan perbasah, perbahasan perbahasan kali ini. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Menteri Besar; Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun kerana atas kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar, Negeri Sembilan telah berjaya diiktirafkan sebagai negeri yang paling bahagia. Atas kepimpinan beliau juga sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, Port Dickson diiktirafkan sebagai salah satu bandar yang paling bahagia. Atas kepimpinan beliau juga, MBS menerima ASEAN Clean Tourist City 2024-2026 peringkat kebangsaan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf dan zahir, maaf zahir dan batin. Serangkap pantun kepada mereka yang pernah terguris atau saya tersalah bahasa, terlebih
bisa tutur bicara, disimpan jangan ampun dipinta, Syawal sudah, Syawal dinantikan sudah tiba, dengan ikhlas …..
Dah habis.
Sudah tiba dan akan habis. Ikhlas daripada hamba cantik jelita. Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang memberi kepercayaan kepada saya dengan melantik saya sebagai Exco Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan. Kewibawaan dan semangat inisiatif beliau semasa beliau memegang Exco Pelancongan telah membuahkan banyak hasil di mana bilangan pelancongan domestik dan tempatan naik ke 7.9 juta pada 2018. Saya masih perlu banyak juga tunjuk ajar daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya saya dapat melaksanakan amanah yang diberikan kepada saya. Setelah saya meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan, dan terdapat beberapa isu yang menyentuh tugas dan fungsi Portfolio Pelancongan, Kesenian Kebudayaan Negeri Sembilan.
Untuk menjawab soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Johol, berkenaan dengan cadangan Pelan Strategik Pelancongan Negeri Sembilan perlu diwujudkan agar Tahun Melawat Negeri Sembilan akan dapat direalisasikan. Untuk makluman, Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 – 2025 (RPNS) telah menetapkan hala tuju pelancongan Negeri Sembilan sehingga tahun 2025. Perancangan hala tuju sektor ini juga akan diselaraskan untuk pembangunan sektor pelancongan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK 13). Selain daripada itu bengkel bagi Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 perbincangan dan perancangan untuk RMK-13 sedang giat diadakan.
Untuk menjawab ADUN Seremban Jaya berkenaan dengan peruntukan JKB pelancongan perlu diwujudkan. Semua permohonan bagi aktiviti promosi dan acara pelancongan negeri dari jabatan dan agensi di bawah JKB Pelancongan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan ketika ini adalah melalui peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS). Selain itu, terdapat juga peruntukan yang dimohon daripada MOTAC bagi, Kementerian Pelancongan, bagi tujuan penganjuran acara serta projek pemuliharaan dan penyelenggaraan produk pelancongan.
Mohon mencelah YB ya. Kejap.
Ya.
Terima kasih atas respond kepada titah ucapan ataupun ucapan perbahasan saya. Satu perkara yang saya nak minta penjelasan kepada Exco keraja, ya apa ni pelancongan. Semasa menjawab soalan semalam, saya mendengar Yang Berhormat Kepayang memaklumkan bahawa Lembaga Penggalakan Pelancongan Negeri Sembilan ini berada di bawah satu unit ya, ya, kalau tak silap saya semalam ya, satu unit kan. Which is kalau kita talking about dalam pentadbiran ya, dalam pengurusan, unit ni adalah kecil seksyen, unit, jabatan, kementerian kan, dia ada dia punya turutan dia ya. Jadi saya rasa kalau kita nak mewujudkan satu kawasan apa ni, Negeri Sembilan ni kita nak mempromosikan dengan lebih hebat lagi ya, to make it orang kata, dengan izin, tourist friendly lah kepada kerajaan kita di, ataupun tempat-tempat dengan kita, saya rasa keadaan struktur unit itu perlu diperbesarkan kan. Sebab namanya ialah Lembaga Penggalakan Pelancongan, tapi tak silap saya, semalam YB Bukit Kepayang maklumkan dia dia terletak di bawah satu unit kan, tetapi atas nama lembaga.
Jadi saya rasa benda ini perlu pemerhatian daripada pihak pentadbiran Negeri Sembilan supaya isu menggalakkan pelancongan Negeri Sembilan ni perlu kita perluaskan ya. Sebab kita ada masa lebih, before 2026. Kita ada masa merancang ya, untuk tahun 2025 kan, supaya benda ni dapat kita realisasikan, jadikan Negeri Sembilan itu betul-betul tempat tarikan pelancong. Terima kasih.
Terima kasih ADUN Johol atas cadangan. Memang itu menjadi perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mewujudkan satu unit yang khas khususnya untuk menggalakkan pelancongan. Cuma cadangan yang awal iaitu sebuah anak syarikat di bawah MBI itu, tidak begitu sesuai. Mungkin kita akan buat perancangan yang lain untuk kita wujudkan satu perbadanan yang khususnya untuk penggalakan pelancongan.
Okey untuk menjawab ADUN Seremban Jaya, berkenaan dengan usaha menceriakan Negeri Sembilan dengan lampu hiasan. Kerajaan Negeri juga sentiasa mengkaji perkara ini bagi mengindahkan landskap lokasi tarikan pelancongan termasuk hiasan lampu dan lampu limpah. Antara lokasi di daerah yang telah mendapat manfaat peruntukan ini seperti di Perkampungan Budaya Terachi, Pantai Teluk Kemang dan Taman Tasik Seremban. Permohonan peruntukan pemasangan lampu hiasan bagi tujuan keceriaan bandar termasuk kawasan tumpuan pelancongan di kawasan MBS telah dimasukkan di dalam permohonan peruntukan Belanjawan 2025. Permohonan belanjawan tahun seterusnya juga dikaji. Potensi lokasi tumpuan pelancongan juga akan dilaksanakan bagi yang sama.
Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh YB ADUN Serting. Berkenaan dengan infrastruktur Hutan Lipur Serting Hulu yang tidak diselenggara dengan baik. PDT Jempol telah mengambil tindakan bagi membaik pulih kemudahan tandas dan dewan terbuka di kawasan hadapan Taman Eko Rimba Serting Hulu melalui peruntukan Vot 60, T62 bagi tahun 2022 dengan peruntukan sebanyak 200 ratus ribu.
Itu saja. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi penghargaan kepada semua ADUN yang berbahas dalam sesi menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Duli Negeri Sembilan Darul Khusus, semua warga LPNS yang bekerja keras untuk mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan termasuk semua jabatan dan agensi serta semua penjawat awam yang secara langsung atau tidak langsung membantu saya melaksanakan tugas saya sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan Dan Kesenian. Saya mengakhiri dengan serangkap pantun.
Terbang sekawan cari rezeki Burung merpati jelajahi buana Keunikan kito dijadikan promosi Agar Negeri Sembilan harum di persada dunia.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Saya silakan Yang Berhormat Nilai.
Dato’ Yang Dipertua untuk menjawab beberapa isu yang telah ditimbulkan oleh ahli-ahli Dewan ini. Beberapa perkara saya telah pun jawab dalam soalan lisan semalam dan juga sebentar tadi. So saya tidak mahu mengulang kembali.
So yang pertama, berkaitan dengan daripada ADUN Lukut, berkaitan dengan lampu-lampu hiasan bagi musim perayaan. Setiap tahun Majlis ada membuat pemasangan lampu-lampu hiasan sempena musim perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Peruntukan yang dibajetkan adalah di antara 70,000.00 hingga 100,000.00 setiap tahun. Peruntukan ini melibatkan kos kelengkapan, pemasangan dan juga lampu hiasan bagi keseluruhan perayaan sepanjang tahun. Keutamaan lokasi pemasangan lampu-lampu hiasan ini juga adalah di Bandar Port Dickson, Pekan Lukut, Pekan Chuah, Pekan Linggi dan juga Pekan Pasir Panjang. Majlis dari semasa ke semasa akan memperluaskan dan juga menambah peruntukan pemasangan lampu hiasan tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa jabatan masing-masing.
Keduanya adalah berkaitan dengan ADUN Lukut jugak. Majlis, ini berkaitan dengan kawalan tempat inap persendirian ataupun homestay di Port Dickson perlu digubal. Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengemukakan Draf Undang-Undang Kecil Hotel MPPD 2023 kepada Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Negeri Sembilan untuk semakan dan juga kelulusan. Peruntukan berhubung homestay, townstay dan juga kampung stay telah diperuntukkan di dalam draf undang-undang kecil tersebut. Di samping itu Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan kini dalam proses menyedia garis panduan berhubung tempat indah persendirian untuk dikuatkuasakan di seluruh Negeri Sembilan.
Seterusnya berkaitan dengan tong kitar semula ataupun pusat pandu lalu kitar semula sekitar sekolah, stesen minyak dan juga tempat awam. Buat masa ini penempatan tong kitar semula tertumpu di kawasan perumahan bertingkat. Selain itu, satu pusat pandu lalu kitar semula atau Drive Through Cycle Centre (DTRC) di kawasan Port Dickson iaitu di Pusat Perniagaan Cahaya Suria juga disediakan untuk kemudahan penduduk sekitar. Pengurusan bagi penempatan tong kitar semula dilaksanakan oleh pihak SWCorp dan juga kutipan akan dilaksanakan oleh pihak SWM Environment secara berjadual. Lokasi baru bagi penempatan di DTRC juga sedang dikenal pasti dan juga mengambil kira penglibatan dan juga tanggungjawab organisasi-organisasi masyarakat setempat agar lokasi tong kitar semula tidak dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah, yang telah pun berlaku sebelum ini telah pusat-pusat kitar semula ini diwujudkan sebelum ini. Penyediaan tong kitar semula di premis persendirian seperti pasar raya dan stesen minyak adalah di bawah inisiatif pemilik sendiri.
Dan kita jugak melalui SWCorp kita sedang merancang ataupun melihat pusat-pusat pandu lalu kitar semula ini dapat dipertingkatkan di setiap daerah yang di mana organisasi-organisasi masyarakat yang ada mempunyai tanggungjawab untuk menguruskannya melalui program ataupun sejati madani yang akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.
Seterusnya berkaitan dengan Port Dickson antara 10 bandar oleh Yang Berhormat Bagan Pinang, bagi penganugerahan Bandar Bahagia, MPPD telah mengeluarkan soal selidik indeks kebahagiaan ini melalui Ahli-Ahli Majlis mengikut kawasan area official di seluruh daerah Port Dickson. Soal selidik ini meliputi 14 komponen penilaian indeks kebahagiaan di Malaysia. Bagi tahun 2020, MPPD telah memperolehi 4.99 daripada 5, jumlah 5 markah dan mendapat anugerah di antara sepuluh bandar paling bahagia di Malaysia. Bagi memastikan pembangunan daerah Port Dickson lebih mampan, MPPD sentiasa memastikan aspek kehidupan, kesihatan, hubungan kekeluargaan dan jiran tetangga, pengurusan
kewangan, aktiviti komuniti, keselamatan, penyediaan kemudahan masyarakat dan juga perkhidmatan PBT dan wakil rakyat serta kualiti alam sekitar dipraktikkan sepenuhnya seperti yang telah ditetapkan dalam 14 komponen indeks kebahagiaan Malaysia tahun ini.
Seterusnya berkaitan daripada ADUN Temiang, kompaun trafik. MBS ada 600 ribu keping kompaun yang masih belum diselesaikan. Untuk makluman, semua kompaun yang dibayar awal dikenakan caj minimum sebanyak 10.00 ringgit setiap kesalahan. Tidak membayar cukai. Dan nilai kompaun ni akan bertambah kepada 50.00 jika tidak diselesaikan dalam tempoh-tempoh tertentu. Kempen pengurangan kompaun yang diberikan kepada pelaku-pelaku kesalahan trafik di Seremban adalah bertujuan meringankan beban mereka yang mempunyai tunggakan kompaun yang banyak. Kempen ini akan menggalakkan mereka menyelesaikan kompaun mereka bagi membolehkan mereka berurusan dengan Majlis seperti permohonan lesen perniagaan itu semua tidak ada apa-apa sekatan. Kalau tidak bayar, PBT akan mengenakan sekatan. Dan pengurangan kompaun ini dapat membantu mereka untuk mereka tidak mempunyai sebarang halangan.
Daripada Yang Berhormat Gemas, pintu gerbang dan landksap. Sepanjang tahun 2024, Majlis Daerah Tampin (MDT) telah pun membelanjakan sebanyak 50,000.00 bagi menaik taraf pintu gerbang sempadan Tampin dan juga Segamat setiap satu. Kerja-kerja meliputi mengecat semula struktur dan penambahbaikan papan tanda “Selamat Datang”. Selain itu, Majlis Daerah Tampin telah bekerjasama dengan pihak McDonalds untuk menyediakan landskap iaitu art scrap untuk tulisan “Gemas” di kawasan sekitar pintu gerbang berkenaan. Pihak MDT juga akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk menaik taraf landskap kepada kawasan berkenaan kepada pihak Jabatan Landskap Negara agar lebih ceria dan menarik. Permohonan ini adalah untuk kedua-dua tempat di Tampin dan juga di Segamat. Maka kita tidak menganaktirikan mana-mana kawasan kerana kawasan itu adalah kawasan masuk ke Negeri Sembilan. Bukan kepada DUN Gemas sahaja. Kita akan melihat keperluan di setiap kawasan. Dan juga untuk tindakan serta-merta, pihak MDT telah menggantikan pokok-pokok renek yang kurang ceria dengan pokok-pokok renek yang baru agar lebih menarik. Selain itu, kerja penyelenggaraan seperti pemotongan rumput dan juga pembersihan kawad kawasan akan kerap dilaksanakan.
Seterusnya, daripada Yang Berhormat Razi daripada Sungai Lui. Pengurusan sisa pepejal sampah di kawasan felda adalah di luar skop perkhidmatan syarikat konsesi SWM Environment lantikan Kerajaan Persekutuan. Pengurusan sistem pepejal di kawasan felda perlu diuruskan oleh badan berkenaan dengan melantik syarikat kontraktor
yang melaksanakan kutipan sampah dan juga pembersihan awam yang berlesen daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).
Seterusnya berkaitan dengan ADUN Lobak, penghuni rumah pangsa di Negeri Sembilan yang terdiri daripada golongan B40 dan juga memerlukan lebih perhatian daripada Kerajaan Negeri. Lazimnya antara masalah yang dihadapi oleh penghuni dari golongan B40 rumah pangsa adalah penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan, kesihatan, sosial dan budaya. Selain itu, pengurusan rumah pangsa adalah terikat kepada Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) di mana Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan klusterian, Akta 757 bagi memastikan keseragaman undang-undang dan juga dasar berkaitan penyelenggaraan dan juga pengurusan bangunan strata. Di bawah akta tersebut, satu badan pengurusan bersama iaitu Joint Management Body (JMB) ataupun MC hendaklah ditubuhkan setelah memenuhi syarat. Namun begitu, bagi menangani pemasaran penghuni rumah pangsa swasta yang terdiri daripada golongan B40, cadangan penubuhan majlis perundingan swasta rumah kos rendah, hendaklah diperhalusi dengan lebih mendalam dan juga kajian keberkesanan majlis tersebut.
Selain daripada ini, setiap pemilik rumah juga mempunyai tanggungjawab walaupun itu adalah kawasan apa ni, flat sederhana ataupun rendah, kos rendah, tapi kita sebagai pemilik kita perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kita dapat menjaga kebersihan dan juga keselamatan di kawasan tersebut dan sudah tentu beberapa peruntukan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan juga dapat dimohon untuk kerja-kerja menyelenggaraan di kawasan. Dan di Negeri Sembilan sepanjang 5,6 tahun ni banyak projek daripada KPKT telah pun peruntukannya disalurkan kepada beberapa kawasan-kawasan pangsapuri, sederhana dan juga kos rendah.
Seterusnya adalah berkaitan dengan PBT melaksanakan skim insurans kepada Ahli-Ahli Majlis. Kemudahan penyediaan skim perlindungan insurans kesihatan kepada Ahli Majlis adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan dan juga keputusan pihak pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing.
Seterusnya pembinaan dewan serbaguna di Lobak. Pejabat Daerah Tanah Seremban telah mengenal pasti tapak berkeluasan 2,030 meter persegi bersamaan dengan setengah ekar di Mukim Bandar Seremban berhampiran dengan Petronas Lobak, di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dirasakan sesuai untuk balai komuniti. Untuk pembinaan dewan, tiada lokasi yang sesuai kerana memerlukan keluasan tanah yang agak besar. Sekiranya dipersetujui, cadangan
pembinaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) melalui peruntukan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan tertakluk kepada kelulusan peruntukan daripada JKT.
Seterusnya ADUN, Yang Berhormat Jeram Padang, status Pusat Penjaja Jempol yang dikategorikan sebagai projek sakit. Untuk makluman pusat, pusat penjaja yang dilaksanakan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan iaitu Pusat Penjaja Kecil Bandar Palong dan seterusnya adalah Pusat Penjaja Kecil Felda Palong 7,8 dan Jeram. Status pembinaan bagi kedua-dua projek adalah sebanyak 98%. Sehingga kini penyambungan utiliti, elektrik dan air dalam proses tindakan syarikat utiliti berkenaan. Pihak PP, Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah pun mengadakan mesyuarat dengan TNB dan juga SAINS dan juga konsultan dan pihak kontraktor pada 7 Mei 2024. Dua hari lepas, pada hari Selasa lepas. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk menyelaras dan juga mempercepatkan proses permohonan penyambungan utiliti di antara pihak kontraktor dan syarikat utiliti bagi memastikan kedua-dua projek ini dapat segera diselesaikan dan juga digunakan dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Pembayaran caj sambungan modal telah dihantar oleh pihak kontraktor pada hari, pada hari semalam 8 Mei. Syarikat utiliti sedang proses menguruskan penyambungan tersebut dalam tempoh terdekat. Dijangka kedua-dua pusat penjaja ini dapat beroperasi pada bulan Jun 2024.
Seterusnya berkaitan dengan ADUN Lobak, isu kebersihan. Ini pun saya tadi telah jawab. Seterusnya daripada Chembong iaitu cadangan agar kelonggaran untuk membenarkan penjawat awam boleh memegang jawatan Ahli Majlis. Kerajaan Negeri telah pun mem membuat keputusan untuk tidak membenarkan pada 6 Julai 2018, dan pada 17 Januari 2024, Kerajaan negeri telah pun mengekalkan keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, selepas itu kita telah pun mempertimbangkan dan pengecualian telah diberikan kepada penjawat awam yang mendapat kelulusan daripada ketua-ketua jabatan masing-masing. Kita telah pun mendapati ada 5 orang Ahli Majlis yang telah dilantik adalah terdiri daripada penjawat awam. Kita setelah mendapat maklum balas daripada ketua jabatan masing-masing, 3 orang telah pun dapat kelulusan daripada ketua jabatan dan kita akan teruskan jawatan tersebut. Tetapi 2 orang tidak mendapat kelulusan daripada ketua jabatan dan kita telah pun, akan menggantikan 2 orang di Majlis Daerah Kuala Pilah.
Seterusnya adalah daripada ADUN Gemencheh, berkaitan dengan isu menggantikan pokok renek yang sudah layu dan kurang menarik. Itu
kita akan ambil tindakan. Dan seterusnya adalah masalah banjir yang sering kali berlaku di Taman Regent, Gemencheh. Satu lawatan telah dibuat pada hari semalam, 8 hari bulan 5, oleh pihak Majlis Daerah Tampin bersama dengan Jabatan Pengairan Dan Saliran Tampin. Hasil lawatan didapati punca banjir kilat adalah disebabkan sekatan aliran air yang berlaku di longkang yang disediakan di situ. Sekatan berpunca daripada pela, pelepah sawit yang hanyut dari ladang berkenaan, berdekatan. Selain itu, saiz longkang sedia ada juga didapati kurang mencukupi berlaku hari hujan. Bagi mengatasi isu ini, pihak Majlis Daerah Tampin akan memantau longkang berkenaan secara berkala bagi memastikan tiada sampah yang boleh menyekat aliran air serta kerja-kerja menaik taraf, cadangan menaik taraf longkang berkenaan juga akan dilaksanakan supaya menampung aliran air yang luar biasa apabila berlaku hujan yang lebat.
Dan seterusnya berkaitan dengan isu ternakan, isu ternakan ayam di kawasan Gemencheh. Bagi mengatasi isu kacau ganggu berkenaan dengan ternakan ayam. Majlis Daerah Tampin akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar untuk memantau pembangunan kawasan ternakan mengikut pelan KM Bersyarat yang telah pun diluluskan terutama bagi mana-mana reban di luar kawasan Majlis Daerah Tampin. Pemantauan Majlis Daerah Tampin mendapati terdapat penternak yang tidak menyediakan kolam tadahan ataupun kolam rawatan seperti yang nyatakan dalam pelan KM. Berdasarkan lawatan berkenaan, kita akan mencadangkan kepada Jabatan Veterinar untuk membatalkan lesen unggas sekiranya pihak penternak masih gagal mematuhi pembangunan mengikut KM yang telah diluluskan.
Akhir sekali, berkaitan dengan PPR Chembong. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan juga Kerajaan Tempatan (JPN, KPKT) telah pun membuka permohonan Program Perumahan PPR Rembau Chembong pada 7 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024 dan sedang dalam tindakan semakan dan saringan ke atas permohonan yang telah diterima. Pentadbiran Kerajaan Negeri juga akan mengemukakan hasrat pihak KPKT, hasrat pihak Kerajaan Negeri dan juga pemimpin tempatan kepada pihak KPKT untuk mempertimbangkan dan juga memberi keutamaan kepada peserta-peserta di bawah senarai PPRT di dalam Daerah Rembau. Dan juga beberapa cadangan daripada Yang Berhormat Chembong jugak, Pejabat Menteri Besar dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri jugak telah kita cadangkan kepada KPKT supaya diberi ruang dan juga peluang kepada Kerajaan Negeri dan juga pemimpin tempatan untuk terlibat sama dalam beberapa aspek dalam proses pengisian rumah PPR di Chembong ini. Itu saja, terima kasih.
Dato’ Speaker, boleh saya sedikit mohon penjelasan ataupun mencadangkan kepada Exco Perumahan. Dato’ Speaker, permohonan rumah PPR Chembong tempoh hari dibuat secara online. Saya mendapat cadangan, saranan ataupun sedikit keluhan daripada orang ramai terutamanya mereka-mereka yang ingin memohon tetapi tidak berkebolehan, tiada kemudahan untuk memohon secara online, Dato’ Speaker. Bolehkah pihak kerajaan negeri mencadangkan kepada KPKT untuk kiranya membuka kuanter permohonan secara manual terutamanya kepada mereka-mereka yang tidak boleh membuat permohonan secara online, Dato’ Speaker? Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, sebab itu kita telah pun menghantar daripada pejabat Menteri Besar dan juga Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kita, pihak Kerajaan Negeri juga dan juga tempatan untuk terlibat sama dalam sebahagian proses pengisian tersebut. Sudah tentu adalah kepada beberapa yang yang terlepas daripada memohon. Jika kita diberi peluang kita juga turut dapat terlibat dalam pengisian tersebut. Dan sudah tentu beberapa pandangan ini akan diambil kira.
Satu isu yang saya tadi terlepas, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Temiang, berkaitan perkhidmatan bas henti-henti (SBST) di Negeri Sembilan. Kontrak perkhidmatan telah pun tamat sebelum ini, yang telah ada 7 tahun pada 31 hari bulan Mac 2024. Dan Kementerian Pengangkutan Malaysia telah pun melantik 2 kontrak, kontrak operator baru bagi melaksanakan perkhidmatan bas henti-henti (SBST) di Negeri Sembilan bermula pada 1 hari bulan 4, 2024, selama 5 tahun. Dan 3 bulan ini iaitu daripada April, Mei dan Jun adalah tempoh peralihan di mana diberikan ruang kepada operator baru untuk mereka menambahkan beberapa perkara. Dan selepas 1 Julai 2024, dalam kontrak baru untuk 5 tahun yang akan datang, setiap operator itu perlu menyediakan 100 bas yang baharu termasuk beberapa bas elektrik untuk melaksanakan perkhidmatan ini di seluruh Negeri Sembilan. Dan semasa dalam beberapa tempoh 3 atau 4 bulan ni, satu kajian secara menyeluruh juga akan dilaksanakan yang untuk kita kenal pasti laluan-laluan yang baik ataupun laluan-laluan yang boleh mempertingkatkan ridership ataupun penggunaan kepada bas henti-henti di seluruh ini. Dan juga beberapa inisiatif baru juga akan diperkenalkan untuk memastikan lebih ramai penduduk di Negeri Sembilan dapat menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh Negeri Sembilan yang akan dijangka beroperasi dengan full capacity bermula pada 1 Julai 2024 dengan 100 bas yang baru, bermula 1 Julai 2024. Terima kasih.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, sedikit celahan. Okey, saya rasa jawapan berkenaan dengan kematian ya, penyebab utama kematian pokok tumbang. Semalam Yang Berhormat dia kata, ada menyatakan sebab utama sebab angin yang kuat. Yang keduanya sebab tanah individu yang tidak diuruskan oleh pemilik. Dan saya dah bagi sebenarnya saya dah bagi signal dah. Spesifik tempat, 4 bulan yang lepas ya. Sepatutnya tindakan pantas dan proaktif ya, diambil ya, terhadap kita, kawasan tersebut ya. Saya dah bagi tahu ya, mesej saya dalam ucapan saya, saya penyebab utama adalah sebab cuai ya. Dalam sebenarnya, patut tindakan pantas ialah kita kenal pasti ya hazard yang ada, tempat pun saya dah bagi tahu dah. Kita nilailah risiko ya, mana pokok yang perlu kita tebang, mana pokok reput ya, mana pokok yang perlu kita buat maintenance dan akhiri itulah control kita ya. Tapi kita katakan sebabkan, penyebab pertama ialah angin kuat. Sepatutnya kita dah banyak pakar-pakar Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan. Kita dah buat root cause analysis belum, penyebab utama. Sebab ini melibatkan nyawa ni, melibatkan nyawa. Sebab bagi kami, bagi saya sendirilah, sebagai pengamal bidang keselamatan kesihatan ya, kami, saya rasa mesej dah jelas. 4 bulan dah kita bagi. Oleh yang demikian, macam saya contoh YB Repah hari itu isu isu Kualiti Alam. Dia buat root cause analysis. Terima kasih Jabatan Alam Sekitar dan jugak DOSH, dibentangkan. Tapi di peringkat kita sendiri …..
Ringkaskan sikit.
Itulah serba sedikit saya nak saya nak …..
Ringkaskan.
Saya nak ulas, saya rasa kena buat ya, sebab kena buat tindakan pantas sekarang ni. Tanah individu sekarang ni …..
Yang Berhormat.
….. ada yang reput …..
….. ni soalan tambahan, bukan …..
Itu itu pandangan saya pada YB Arul lah supaya benda ni diselesaikan secepat yang mungkin.
Okey terima kasih. Saya memang, kita tidak menafikan, itu kita mempunyai tanggungjawab untuk kita menyelesaikan isu-isu ini walaupun ia terli, terdi, terletak di kawasan-kawasan persendirian. Sebab itu semalam saya telah pun jawab dalam soalan lisan, kita akan
mintak kepada setiap PBT untuk kenal pasti mana-mana pokok, walaupun dia terletak di persendirian, apa tindakan yang kita dapat ambil supaya ia tidak membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan supaya isu-isu ini, seperti ini tidak akan berulang pada akan datang. Dan memang kita akan lihat supaya tindakan diambil supaya isu-isu seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang.
Silakan Yang Berhormat Senaling.
Dato’ Speaker, boleh saya mintak pencelahan. Di mana …..
Tuan.
Di mana soalan saya tidak dijawab oleh Exco …..
Saya, saya …..
….. dalam perbahasan saya.
Saya teruskan kepada Yang Berhormat Senaling.
Saya mintak penjelasan saja. Soalan saya tidak dijawab, permohonan saya. Sudah lama. Untuk kerja-kerja …..
Ini bukan soalan, ini penggulungan. Jadi …..
Dia tak jawab soalan saya. Exco tak jawab soalan saya.
Okey Yang Berhormat.
Saya tanya 5, dia baru jawab 2. Yang 3 tu, saya nak tahu status itu macam mana. Yang pertama berkenaan dalam permohonan saya menaik taraf saluran longkang di Jalan Seng Meng Lee, pada tahun lepas, 15 Februari tahun lepas. Jadi saya nak tahu apakah status sehingga sekarang. Yang kedua permohonan saya untuk membina balai raya di Taman Seri Pulai 3, Temiang sehingga hari ini pun tak tak ada apa maklum balas. Yang ketiga adalah permohonan saya untuk menambah lampu-lampu awang, lampu-lampu awam MBS di sepanjang Jalan Seng Meng Lee, Jalan Dr. Chen Man Hin.
Nanti saya akan, akan dijawab secara bertulislah untuk beberapa, tiga perkara ini. Yang berkaitan dengan peruntukan MARRIS akan dijawab oleh Yang Amat Berhormat Sikamat.
Okey saya persilakan Yang Berhormat Senaling.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang menyentuh soal pendidikan dalam perbahasan menjunjung kasih ke bawah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku tempoh hari.
Yang pertamanya saya nak mengulas tentang cadangan ya, ADUN Lenggeng. Johol pun ada sentuh sikit iaitu berkaitan dengan pembinaan universiti di Negeri Sembilan, hak milik Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, kita di Negeri Sembilan sebenarnya di pihak Kerajaan Negeri Sembilan belum ada ketetapan nak buat universiti sendirilah, hak milik sendiri. Walaupun kita Negeri Sembilan mempunyai setakat ni, banyak juga universiti. Kita ada USIM, kita ada UiTM, tiga lagi Negeri Sembilan ni. Dan di di Kuala Pilah, kita ada Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) yang merupakan institusi pengajian milik kerajaan sepenuhnya yang sentiasa membuka peluang kepada anak-anak Negeri Sembilan menyertai kursus kemahiran dan jugak sepenuh masa ya. Jadi untuk jawapan kepada Yang Berhormat Lenggeng ni, jawapannya ialah kita belum ada ketetapan untuk buat universiti kerana ini memerlukan pertama sekali peruntukan yang besarlah. Yang keduanya kita perlukan kajian ya, dari segi banyak perkara yang berkaitan dengan penubuhan sebuah universiti.
Itu yang pertama, yang kedua Yang Berhormat Lenggeng juga ada menyebut tentang, Lenggeng banyak sebut ya, tentang TVET ni, meningkatkan modal insan berasaskan TVET di Negeri Sembilan. Adakah institusi syarikat Negeri Sembilan termasuk dalam perjanjian. Ini dalam ucapan Yang Berhormat Lenggeng. Saya nak jawab, satu, setakat ni satu saja di Negeri Sembilan. Satu perjanjian MoU telah ditandatangani oleh Kolej Yayasan Negeri Sembilan dengan Laser Motor Group (LMG) Toyota pada Oktober 2023 dalam usaha memperkasakan bidang automotif bagi tujuan transfer of knowledge. Yang mana selain daripada para pelajar menerima sijil Kemahiran (SKM), mereka juga akan turut menerima pengiktirafan daripada pihak industri iaitu Toyota sendiri. Jadi Negeri Sembilan terlibat satulah Yang Berhormat ya.
Yang keduanya program tahfiz TVET. Program tahfiz TVET ni kita di Kerajaan Negeri, di peringkat Negeri Sembilan tak ada masalah untuk
mengadakan program ya, untuk libatkan lebih ramai anak-anak tahfiz kita terlibat dengan TVET kerana kita nak bukak jugak peluang-peluang kemahiran ni kepada anak-anak tahfiz ni. Kerana kalau ada kemahiran, mungkin peluang bagi mereka untuk mendapat pekerjaan ya, agak mudah. Jadi kita Negeri Sembilan tak ada masalah dari segi tu Yang Berhormat Dato’ Dipertua, tinggal lagi kita nak penglibatan lebih ramai daripada anak tahfiz. Setakat ni kita kena kempenkan lagilah ya.
Kalau saya nak jawab, program tahfiz TVET merupakan agenda nasional yang bertujuan untuk melonjakkan penghasilan hufaz berkemahiran. Di Negeri Sembilan, pihak Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah ada memberikan peruntukan untuk melaksanakan program training on demand atau TOD kepada 30 orang pelajar tahfiz daripada Maahad As-Salihin (Seremban), Maahad Tahfiz Yamin (Jelebu) dan Pusat Tahfiz al-Goniah (Tampin). Ini akan diuruskan oleh GIAT MARA lah ya, di tiga-tiga kawasan iaitu Seremban, Jelebu dan Tampin. Ia termasuklah kursus pendakwaan elektrik, kursus teknologi motosikal dan kursus baik pulih teknolo, telefon bimbit yang akan diadakan pada bulan depan pada bulan Jun.
Dan seperti kata saya tadi, kita di peringkat Kerajaan Negeri tak ada masalah nak aturkan program. Tinggal lagi kita mintak lebih ramai anak tahfiz ke hadapanlah. Dan saya difahamkan madrasah ataupun pusat-pusat tahfiz ini dinaungi oleh satu badan iaitu PINTA nama dia, Persatuan Institut Tahfiz Negeri Sembilan. Jadi kalau PINTA ni boleh galakkan anak-anak tahfiz daripada madrasah-madrasah ni, nak buka minda, sebenarnya lebih kepada buka minda supaya mereka faham bahawa apa yang kita buat ini ialah untuk kebaikan masa depan ya, maknanya mereka tak adalah pengkhususan dari segi haf hafaz Al-Quran saja tapi mereka juga mempunyai kemahiran-kemahiran yang boleh di dimanafaatkan di dalam bidang pekerjaan di masa-masa akan datang.
Yang ketiganya, Yang Berhormat Seri Menanti ada sebut sepintas lalu sebab macam titah Tuanku ada sebut tentang keputusan STAM Negeri Sembilan yang agak baik, yang kekal baik seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Jadi YB Seri Menanti ada tanya apa hala tuju lepasan STAM ni? Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Dato’ Yang Dipertua Dewan, STAM ni lepasan STAM, STAM ni dia equivalent dengan dengan izin ya, dengan STPM dan juga diploma. Jadi lepasan STAM ni berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat mana pun, peringkat degree boleh, dalam negeri boleh, luar negeri boleh, masuk IPG, Institut Perguruan boleh. Jadi, tak ada masalah ya, lepasan STAM ni. Yang penting mereka mendapat keputusan yang baik.
Yang ketiganya, saya nak ulas tentang Yang Berhormat ADUN Sri Tanjung yang membangkitkan soal pendidikan awal persekolahan. Jadi ini satu perkara yang penting. Memang kita akui bahawa pendidikan awal adalah satu yang amat penting. Tinggal lagi Yang Berhormat Menteri dah wajibkan dan ini memang menepati kesesuaian anak-anak kita hari ini tak adalah macam zaman kita dulu kan? Masuk Darjah 1, itulah pertama kali jumpa cikgu. Hari ini pendidikan awal ini merupakan suatu yang penting. Dan dia tertakluk kepada Akta Pendidikan jugak ya, peruntukan pendidikan prasekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan. Melalui kenyataan dasar ni Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun.
Jadi kita di Negeri Sembilan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kita mempunyai, saya sebagai statistik ya, sebab ada dia nak tanya berapa banyak ya, prasekolah di Negeri Sembilan. Jadi saya jawab di sini, ada 227 institusi atau sekolah yang mengadakan prasekolah yang melibatkan 365 bilik darjah. Dan kita baru-baru ni yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri perluasan, maknanya perluasan ni ialah sekolah yang dah ada prasekolah ni menambah bilik darjah maksudnya begitu ya. Daripada tahun ini kita tambah 11 lagi darjah milik darjah. Pada tahun 2023 dulu daripada 224 sekolah, 344 kelas. Dan hari ini kita ada 227 sekolah dengan 365 bilik darjah. Makna ada pertambahan 11 bilik darjah untuk prasekolah di Negeri Sembilan.
Seterusnya Yang Berhormat Sri Tanjung juga menyentuh soal keselamatan ya. Saya rasa Yang Berhormat Repah dah jawab semalam sebahagiannya ya, tentang tentang keselamatan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang memantau keselamatan sekolah. Jadi keselamatan sekolah memang satu yang kita berikan keutamaan. Dan hari ni dia mencadangkan soal pemadam api. Yang Berhormat Sri Tanjung bertanya tentang soal pemadam api ya. Ia, saya nak jawab, sebanyak 479 buah sekolah Negeri Sembilan dibekalkan alat pemadam api. Ada, semua sekolah-sekolah kita ada alat pemadam api ni. Tinggal lagi alat pada api ni memang perlu diselenggara Yang Berhormat Dato’ Dipertua ya. Dia ada tempoh-tempoh masa dia. Dan kita serahkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Jadi Pejabat Pendidikan Daerah dia kena ambil tahu soal sekolah-sekolah di kawasan mereka masing-masing. Soal pedalam api kalau dah expired ke, tamat tempoh dan sebagainya perlukan penggantian dan sebagainya. Ini tanggungjawab kepada PPD kita. Jadi dalam soal ini, memang Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan memang ambil berat sebab kita tak nak ya, perkara-perkara yang boleh menyebabkan mudarat kepada sekolah seperti terbakar dan sebagainya tak dapat kita uruskan dengan baik.
Berkaitan dengan SJKT Port Dickson yang telah menerima status kurang selamat berkaitan pegawai daripada semakan JKR. Ya. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menerima surat pemakluman daripada pihak JKR berkaitan perkara berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengemukakan permohonan peruntukan penyelenggaraan pendawaian sekolah daripada Bahagian Aset, Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi kita dah dah ambil tindakan pun, kita sedang menunggu peruntukkanlah untuk kita baik pulih pendawaian di sekolah SJKT tersebut.
Jadi yang seterusnya ialah soalan daripada ataupun cadangan daripada YB ADUN Lukut juga mengenai penyemakan peralatan pemadam api di sekolah dan menggantikan pemadam api yang lama. Itu jawapan saya tadilah. Memang kita dah serah kepada, arahan kita kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk memastikan ya, ada status pemadam api ni supaya sama ada yang dah tamat tempoh dan sebagainya kena ambil tindakan dan sebagainya.
Yang seterusnya berkaitan dengan ADUN Lobak yang mencadangkan wujudkan Majlis Perundingan TVET di peringkat daerah. Setakat ini Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kita dah tubuhkan Majlis Perundingan TVET di peringkat Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. Dan ada satu lagi jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Eksekutif Majlis Perundingan TVET yang yang ini lebih orang kata, dari segi operasinya inilah jawatankuasanya kerana di sini ada pemain-pemain industri yang akan dimasukkan dalam jawatankuasa ini. Jadi kalau kita ada keperluan untuk menubuhkan ke peringkat daerah kita akan maklumkan kemudianlah. Tapi saya rasa buat setakat ni belum ada keperluan lagi kerana jawatankuasa eksekutif nilah yang akan mengendalikan, yang akan memanggil industri-industri yang terlibat supaya kita dapat mengolah ya, apa program-program TVET seterusnya di Negeri Sembilan.
Akhir sekali, no, bukan akhir sekali, YB ADUN Gemencheh pun ada mintak jugak, TVET jugak iaitu meningkatkan pembangunan belia untuk menyokong kegiatan ekonomi, menyeru kerajaan melaksanakan place and train, place and train yang pernah dilaksanakan. Ini akan meningkatkan kadar tenaga mahir dan mengurangkan. Place and train merupakan salah satu inisiatif yang telah digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 – 2025 untuk meningkatkan kadar tenaga mahir. Justeru itu Kerajaan Negeri sedang merangka kerjasama dengan pihak pemain industri telah menyediakan peluang pekerjaan dan pendidikan melalui konsep place and train. Maknanya kita masih di fasa awal Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Place and train ini bukan
kita boleh buat-buat sendiri. Kita perlukan sokongan daripada industri, daripada syarikat-syarikat ni. Jadi dia yang akan kita letakkan, yang kita placement, akan kita punya budak-budak ni. Dan mereka pun ada juga permintaan-permintaan mereka, mereka minta status pengecualian itu, macam-macamlah. Jadi kita perlukan satu kerjasama yang baik daripada industri sendiri. Jadi kita masih di peringkat fasa pertamalah, fasa awal yang kita dalam mengenal pasti industri mana yang hendak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri dari segi place and train TVET ini.
Akhir sekali, Dato’ Dipertua ialah Yang Berhormat ADUN Chembong semalam membuat pembetulan sedikit tentang sekolah ni, Kolej Vokasional Dato’ Undang Haji Mat Sarip. Jadi untuk ni tak ada masalah ya, sekolah ni, yang Yang Berhormat Chembong pun kata, budak lelaki taklah ramai sangat di sekolah tu, tapi mungkin nak perlukan asrama YB ya. Jadi kalau untuk itu, minta pihak kolej ni buat suratlah kepada, kita akan tengok, kita akan buat kajian dari segi aspek perbelanjaan dan sebagainya tapi boleh buat suratlah. Minta kolej vokasional mohon secara bertulis dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Saya mempersilakan Yang Berhormat Pertang.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Negeri Sembilan bersih, muafakat dan sejahtera. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberikan keizinan untuk saya me, meng, merumuskan bagi pihak Jawatankuasa Bertindak Pertanian Keterjaminan Makanan Dan Kos Sara Hidup serta Kemajuan Desa, Perladangan Dan Komoditi sewaktu sesi perbahasan titah DiRaja 2024 di Dewan yang mulia ini. Terdapat 12 ADUN yang telah membangkitkan isu di bawah kedua-dua portfolio ini yakni ADUN Johol, Seremban Jaya, Sungai Lui, Lenggeng, Klawang, Seri Menanti, Jeram Padang, Gemas, Juasseh, Bagan Pinang, Gemencheh dan juga Chembong. Semua Yang Berhormat ADUN telah membangkitkan pelbagai isu, ada isu yang sama dan ada juga yang berbeza. Saya mendengar dengan teliti dan saya dapati perbahasan kesemua Yang Berhormat ADUN adalah merupakan perbahasan yang sangat baik, berkualiti dan bermanfaat kepada rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhan. Tahniah kepada semua ahli Yang Berhormat ADUN yang telah mengemukakan perbahasan yang sangat baik.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terdapat lebih kurang 15 isu utama yang akan saya jawab. Saya menyedari bahawa semua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN adalah bertujuan semata-
mata yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat dan untuk memakmurkan lagi Negeri Sembilan selari dengan hasrat yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di dalam titah tuanku pada awal sidang yang lalu.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Johol mengemukakan dan menyentuh soal keterjaminan bekalan makanan ruji di Negeri Sembilan dan juga berkenaan dengan pelbagai program jualan murah di Negeri Sembilan, Jualan Agro Madani, Rahmah dan Jualan Negeri Sembilan Prihatin. Isu jualan murah ini juga dibangkitkan oleh ADUN Lenggeng, Seri Menanti, Gemas, Juasseh, Bagan Pinang dan juga Gemencheh. Dato’ Yang Dipertua, apabila melihat trend ya, dengan izin, tempoh jualan Negeri Sembilan Prihatin ni selesai dengan pantas sekitar satu jam pengoperasian jualan. Ini menunjukkan program jualan Negeri Sembilan Prihatin ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan kepada rakyat. Saya nak jelaskan Dato’ Yang Dipertua ya, Program Negeri Sembilan Prihatin sebenarnya program kerajaan, ADUN dan rakyat. Saya nak bagi tahu kepada semua ADUN, pandang sini bukan pandang sana, saya pandang sini, kepada semua ADUN, Negeri Sembilan Prihatin sumbangan ADUN juga dengan bersama Kerajaan Negeri. ADUN kerana contribute, contribute itu maknanya menyumbang bersama.
Memang kita dah buat Datuk Seri.
Nanti saya jelaskan Juasseh, jangan sentap Juasseh, sabar dulu, sabar. Maknanya ADUN dengan jabatan bersama-sama mengumpulkan semua rakyat di dalam kawasan ADUN berkenaan untuk mendapatkan pasaran bagi jualan harga murah bagi jualan Negeri Sembilan Prihatin. Maknanya apa, kalau dia kata satu jam habis, maknanya ADUN mestilah melipat gandakan lagi pasaran di kawasan berkenaan untuk memberi manafaat seramai mungkin kepada masyarakat di kawasan DUN yang berkenaan. Kerana itu ADUN bagi khemah, okey. Kemudian ADUN pulak, kalau misal kata dulu Yang Amat Berhormat Sikamat, kalau tak silap saya, waktu tu saya pembangkang. Tapi waktu Yang Berhormat Sikamat memperkenalkan program ni, barang jualan yang tak jual itu ADUN kena beli. ADUN kena beli betul tak? ADUN kena beli. Jadi maknanya kontribusi ADUN itu sangat besar. Saya mengharapkan pada waktu selepas Dewan ini, jualan Negeri Sembilan Prihatin akan berlipat kali ganda lagi jumlah jualan di setiap Negeri Sembilan Prihatin yang dianjurkan. Terima kasih ya, Juasseh ya, mengingatkan saya untuk perkara itu.
Pihak jabatan sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan penambahbaikan. Kalau saya dapati ada setiap DUN yang membuat jualan, lonjakan jualan yang terbaik kita akan tambah lagi bekalan
makanan, bekalan supply dan selepas ini insya-Allah kita akan kaji pulak semua pembekal setempat dapat memainkan peranan di dalam jualan Negeri Sembilan Prihatin dan juga Agro Madani ini Dato’ Yang Dipertua.
Berkaitan kos yang terlibat, secara keseluruhannya barangan yang dijual ini ditawarkan 20 – 30%. Ini dah saya jelaskan berkali-kali ya. Tak termasuk ataupun tidak termasuk daripada subsidi poket sendiri. Kongsi rezeki oleh Yang Berhormat ADUN dan juga yang, ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Sebagai contoh minyak masak harga 2.50, kita jual 2.00 ringgit. Telur ayam [ringgit]12.50 sen kita jual 10.00 ringgit ataupun malah lebih murah ataupun mungkin percuma diberikan oleh ADUN berkenaan yang membayar zakat setiap minggu kepada pengundi-pengundi mereka di kawasan DUN yang berkenaan.
Peruntukan Negeri Sembilan Prihatin 3.0 juta, yang telah mendapat kelulusan dalam Bajet 2024. Dan untuk makluman Dewan, ADUN Juasseh mempe, bukan mempertikai ya, bertanya mana pergi 3.0 juta ni? Saya nak jelaskan satu poin 1.5 juta pergi kepada Jabatan Pertanian untuk diberikan, untuk membayar menampung kos jualan Negeri Sembilan Prihatin dan juga menampung kos apa, perbezaan harga yang diskaun 20 – 30% tadi. 1.0 juta kita serah kepada Veterinar untuk menampung kos subsidi telur ayam. Setakat ni kita baru berbelanja sekitar dalam 220 ribu dan selepas ini perbelanjaan itu akan diteruskan bagi memenuhi keperluan untuk setahun. Dan 500 ribu kita stand by dekat dengan izin, dekat Pejabat Menteri Besar, kalau ada program kontigensi, termasuk program-program jualan rakyat ketika menghadapi perayaan dan juga waktu-waktu yang kritikal.
Dato’ Yang Dipertua, secara purata ya, untuk makluman ADUN Juasseh, kita belanja 236 ribu, perlaksanaan program di 32 lokasi bagi setiap bulan, untuk membuat pembelian barangan jualan termasuk kos logistik. Pertama, saya nak bagi tahu kepada ADUN dan juga Dewan yang mulia, jualan Negeri Sembilan Prihatin ni dianjur dan juga dilaksanakan oleh kakitangan Jabatan Pertanian, Veterinar dan juga jabatan yang terlibat. Pegawai-pegawai kerajaan ini Dato’ Yang Dipertua, mengambil inisiatif pergi beli barang di kilang untuk mendapatkan harga yang murah, bawak ke tempat yang ADUN bagi tahu dan mereka jual. Saya nak ucap terima kasih kepada semua kakitanganlah kerajaan yang terlibat. Mereka korbankan waktu bersama anak isteri. Kerana itu kita tak boleh buat Sabtu Ahad. Ada DUN bagi tahu nak buat Sabtu Ahad. Kalau buat Sabtu Ahad, kita terpaksa tabung, tampung, menanggung kos OT yang tinggi. Jadi kita tak dapat kualiti harga yang begitu baik. Kerana itu tuan-tuan dan, Yang Dipertua, Ahli Dewan Undangan ni, kita kena faham suasana dan jugak Nismilan Prihatin ini untuk kita maksimumkan harga serendah mungkin bagi memenuhi keperluan rakyat dalam
menampung kos sara hidup. Dato’ Yang Dipertua, saya harap penjelasan ini dapat dijiwai oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga dapat kita lipat gandakan lagi hasil daripada program pendekatan Negeri Sembilan Prihatin, Agro Madani termasuk Jualan Rahmah.
ADUN Seremban Jaya, saya nak ucapkan terima kasih …..
YB Exco, boleh mencelah sikit. Exco Kanan, mencelah?
Ya Yang Berhormat.
Saya nak bertanyakan dengan tadi berkenaan bajet tadi. So ada di, ada di separuh-separuh kawasan itu jumlah pengundi dia lebih tinggi berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Contohnya saya, banyak, tapi dia punya amount sama je jualan dia. Boleh tak kita bahagi mengikut jumlah pengundi?
Saya ikut Yang Berhormat. Yang Berhormat nak berapa, saya ikut je.
Macam tu, steady saya order lah ya.
Order je. Dapat nanti Yang Berhormat beli balik barang daripada saya.
Boleh tak ada masalah. Kalau tak laku saya belilah semua.
Boleh Yang Berhormat kita atur. ADUN Seremban Jaya, dah kosong kerusinya, tapi saya saya nak bagi kredit kepada ADUN Seremban Jaya, cadangan untuk mewujudkan insurans kepada JPKK dan juga Ahli Majlis adalah merupakan cadangan yang baik. Saya akan angkat, teliti cadangan ini untuk pertimbangan kerajaan ataupun Kerajaan Persekutuan bagi kita menterjemah isu insurans dan jugak kos rawatan bagi semua pengerusi JPKK dan juga Ahli Majlis.
Selain daripada tu, Seremban Jaya dan juga Gemencheh juga membangkitkan tentang hasil daripada lawatan Kerajaan Negeri yang saya sertai ke China bersama dengan NS Invest, Pertanian dan juga Veterinar. Saya nak maklumkan pada 23 dan 24 Mei yang lalu, satu sesi lawatan kerja dibuat ke negeri China atas jemputan Syarikat F&N Berhad bagi melawat ladang tenusu di Nanjing iaitu Wei Gang Dairy Farm dan juga Weigang Taichuangyuan Smart Farm. Lawatan tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan dan gambaran sebenar model ladang
lembu tenusu bersepadu yang moden dan berteknologi tinggi yang mana ianya bakal dibina di Ladang Pasir Besar, Gemas, Mukim Gemas, Negeri Sembilan.
Secara keseluruhan value, yang terkini, intotal dengan izin, F&N bersetuju untuk membuat pelaburan 1.7 bilion. Dijangkakan setelah projek ini siap sepenuhnya, ladang tenusu ini mampu menempatkan 20 ekor, 20,000 ekor lembu tenusu yang akan menghasilkan 200.0 juta liter susu segar setahun untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ini sekaligus menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk tempatan. Maknanya Gomeh itu besok ramailah yang boleh poi kojo, poi kek ladang tenusu tu, menerusi pewujudan peluang-peluang pekerjaan. Ladang lembu yang dilawati di China ini juga menggunakan sistem pengudaraan terowong untuk mengekalkan suhu optimum dan juga kerahan, kaedah perahan rotary parlour berskala besar.
Selain daripada produk susu segar, mereka juga berjaya mengeluarkan produk-produk sampingan hasil susu tenusu yang akan dilakukan sama seperti di China untuk dilakukan di Gemas. Umpamanya produk-produk industri hiliran, yogurt nya ataupun perkara yang berkaitan dengan krim, keju yang telah berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa dan tidak mustahil hasil daripada Gemas ni nanti akan mendapat memenuhi pasaran tempatan dan juga antarabangsa.
Ladang ini juga merupakan ladang pintar automatik 100% dan paling maju di negara China. Teknologi yang digunakan di sini adalah merangkumi sistem perahan susu secara automatik, pembersihan najis secara automatik menggunakan saliran anti bau, kawalan pengudaraan automatik dan semula jadi serta sistem nyah bau yang tercanggih di dunia. Proses perahan susu lembu akan menggunakan kaedah rotary parlour seperti yang saya sebut berskala besar robot ataupun mesin pemerah susu, pengudaraan terowong, tunnel ventilation dengan izin, yang berfungsi untuk mengekalkan suhu optimum di dalam ladang, menghilangkan dan menyerap bau dan juga dalam soal hygienic dengan izin, proses kebersihan di peringkat ataupun menggunakan sistem antarabangsa ya. Sistem berkenaan mempunyai penapis kelengkapan rendah untuk menyerap segala bau sebelum ia melepaskan semula udara yang bersih tanpa bau yang tidak menyenangkan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, suka saya rekodkan pembinaan fasiliti dewan sedang giat dijalankan di Gemas sekarang ini. Dan kumpulan pertama lembu tenusu akan masuk ke Gemas sebanyak 2,000 ekor lembu yang dijadualkan masuk pada suku tahun ketiga ini, November 2024, daripada apa ni, Amerika. Kawasan pemprosesan dan pembungkusan ini diletakkan bersebelahan dengan kawasan
pemerahan susu dan tanaman pertanian ini akan ditempatkan di kawasan yang sama. Keseluruhan jumlah kawasan yang digunakan seluas 6,000 ekar yang dimiliki oleh F&N, Syarikat F&N ya.
Berkenaan dengan self-sufficient rate ataupun SSR mengikut data bancian asas yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan, kadar SSR bagi susu segar di Negeri Sembilan pada tahun 2023 adalah sebanyak 122.83% meningkat 3.5% berbanding dengan tahun 2022 seperti yang ditanya ataupun diminta penjelasan oleh ADUN Gemencheh. Manakala kadar SSR bagi susu segar di peringkat nasional pula adalah 57.3% pada tahun 2022. Ini bermaksud tidak timbul isu tidak kecukupan ataupun ketidakcukupan susu segar di Negeri Sembilan. Dan dengan adanya ladang tenusu di Gemas ni nanti, ianya akan menambahkan lagi bekalan di pasaran tempatan di samping akan menambahkan lagi bekalan di pasaran tempatan di samping memenuhi keperluan pasaran negeri lain dan juga peringkat antarabangsa. Saya harap supaya program ini sudah pastinya akan membuka peluang pekerjaan dan memberi kesan domino ekonomi kepada penduduk setempat khususnya di daerah ataupun mukim Gemas.
ADUN Sungai Lui. Yang Berhormat Sungai Lui membangkitkan berkenaan dengan beberapa isu berkaitan dengan FELCRA. Untuk makluman Yang Berhormat, Rancangan Ranah Pinggir Ayer Hitam telah dibuka oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1961 ya. Kawasan berkaitan dibangunkan secara berperingkat daripada keluasan 1,058 ekar dan juga daripada jumlah keluasan yang ada, seramai 167 orang peserta terlibat dalam pemilihan ataupun program FELCRA ini. Daripada 167 orang ni Yang Berhormat, seramai 130 orang mendapat pegangan lot ladang dan lot dusun manakala 37 orang hanya mendapat lot ladang sahaja.
Saya nak jelaskan secara jelas Dato’ Yang Dipertua, supaya tidak ada timbul persoalan tentang berkaitan dengan peserta. Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri melalui Kertas Mesyuarat 2285/2008 bertarikh 17 Disember 2008 telah meluluskan baki 35 peserta yang tidak mempunyai lot dusun tetapi berbeza luas dan ada yang diluluskan lot kurang daripada 2 ekar, 2 orang dan telah mendapat hak milik awal di tapak cadangan di lot kosong projek 12 daripada senarai asal 37 orang. Pihak FELCRA Berhad telah mengemukakan Cadangan Draf Pelan Susun Atur Projek Taman 12 ke pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol pada 7 Jun 2022 berkaitan hal yang ini dan proses pengeluaran hak milik 35 orang peserta selaras dengan Keputusan MMK Negeri Sembilan 2285/2008. Sehingga ini isu berkaitan tambahan 2 ekar lot dusun di peringkat akhir semakan senarai nama di Pejabat Daerah Dan Tanah
Jempol. Dan saya juga kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada puan Pegawai Daerah Jempol yang telah memberikan kerjasama dan juga komitmen sepenuhnya di dalam penyelesaian isu FELCRA Air Hitam ini.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, projek Ayer Hitam 2 dan 3 telah ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 2001. Pokok kelapa sawit berusia 23 tahun dengan keluasan yang telah saya sebutkan. Jumlah peserta juga telah saya nyatakan. Dan yang penting saya nak nyatakan untuk rekod Dewan, Yang Berhormat, pada Januari 2024, seorang peserta menerima bayaran 500.00 ringgit ya. Februari 2024, seorang peserta menerima 500.00 ringgit lagi. Mac 2024 seorang peserta menerima 1,200.00 ringgit. Pendapatan yang berlipat kali ganda kerana setiap tan, setiap hektar mengeluarkan hasil 5.7 metrik tan. Makno dio dah, dia taruk baja lah itu. Dan April 2024 – 700.00 ringgit seorang. Saya mendapat laporan daripada kawasan Yang Berhormat, ada di kalangan peserta felcra ini tidak menerima setiap bayaran pada setiap bulan. Saya nak, akan dapatkan laporan khusus daripada FELCRA tentang kes-kes yang seperti ini.
Bagi bulan Januari sehingga April 2024, Projek Ayer Hitam 2 dan 3 telah mencapai pengeluaran hasil sebanyak 5.52 metrik tan per hektar iaitu 104% melebihi potensi hasil yang ditetapkan. Beberapa langkah telah diambil bagi memastikan agar pengeluaran hasil dan pendapatan peserta terus ditingkatkan melalui beberapa kaedah iaitu kempen tiada kehilangan hasil, no loses, penjualan hasil dalam tempoh 24 jam, kawalan keselamatan hasil daripada kecurian dan menjaga kualiti buah tandan segar (BTS) supaya kadar perahan minyak OER menjadi lebih baik. Ahli jawatankuasa projek ataupun kemajuan projek ditubuhkan yang dianggotai oleh peserta bersama-sama FELCRA Berhad dalam memantau operasi dan perbelanjaan projek. Mesyuarat diadakan setiap 2 bulan sekali untuk memastikan P&L ataupun profit and loss of report dapat dibentangkan mengikut keadaan.
Dato’ Yang Dipertua, bagi isu pertukaran status tanah pula. Masalah yang dihadapi oleh generasi felda dalam menguruskan permohonan menukar syarat nyata tanah yang melibatkan kategori pertanian daripada getah kepada kelapa sawit adalah berpunca daripada masalah pewarisan yang tidak selesai. Seksyen 124(1) Kanun Tanah Negara (Akta 828) berkehendakkan hanya pemilik berdaftar yang sah atas tanah boleh memohon untuk menukar syarat nyata tanah. Kebanyakan generasi felda hanya dilantik sebagai pentadbir sahaja. Sehubungan dengan itu, waris perlu menyelesaikan urusan pusaka terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tukar syarat nyata tanah.
Bagi bantuan pendidikan untuk anak-anak …..
Datuk Seri, mohon mencelah sikit ya.
Ya.
Boleh tak kalau kita bagi kelonggaran sikit kepada masalah ini, kita buat, contohnya kelulusan berkelompok atau ataupun daripada sebagainya melalui FELDA sebagainya, untuk kita memudahkan isu perwarisan ni agar dapat diselesaikan.
Yang Berhormat, saya dah bawak isu ini di Dewan Rakyat, ini melibatkan dasar. Walaupun tanah, urusan tanah di bawah Kerajaan Negeri, tetapi Akta GSA 1961 telah menetapkan hal ehwal yang berkaitan dengan urusan ini di bawah Akta 1961 Akta GSA. Saya dah kemukakan di peringkat ucapan dasar, di peringkat kementerian dan juga di peringkat Kementerian Kewangan dan insya-Allah beberapa perkara perubahan sedang dalam kajian kuasa tertinggi FELDA sekarang.
Untuk makluman Yang Berhormat ya dan jugak ahli-ahli yang lain, Dewan yang mulia, bagi bantuan pendidikan anak-anak felda pula. FELDA menyediakan bantuan pendidikan kepada anak atau cucu peneroka untuk melanjutkan pelajaran. Contoh bantuan seperti Skim Insentif Anak peneroka. Saya nak jelaskan tujuan skim insentif ini adalah bagi membantu meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka. Saya menerima laporan daripada beberapa kawasan felda terutamanya yang menyatakan generasi kedua, ketiga dan keempat tidak mendapat sebarang bantuan yang berkaitan dengan pendidikan, berkaitan dengan biasiswa, berkaitan dengan bantuan universiti dan jugak IPTA dan jugak IPTS.
Secara jelasnya Yang Berhormat ya, dan juga Dato’ Yang Dipertua, bantuan untuk meringankan beban kepada anak dan cucu peneroka yang berjaya memasuki universiti tempatan dan universiti swasta di peringkat diploma, ijazah dalam negara dan luar negara seperti kadar yang berikut: ijazah, diploma 500.00, ijazah dalam negara 1,000.00 ringgit, ijazah luar negara 1,500.00 ringgit.
Soal sampah telah dijelaskan oleh rakan saya Yang Berhormat ADUN Nilai sebentar tadi. Tetapi sampah ni, oleh kerana ia berkaitan dengan felda, saya akan kemuka, pihak kerajaan akan kemukakan, mengadakan satu task force committee bersama dengan FELDA dan juga pentadbir Pejabat Daerah untuk mencari bagaimanakah satu solusi dapat dicapai supaya urusan pelupusan sampah di semua kawasan felda di dalam
Negeri Sembilan terutamanya dapat diurus dengan baik. Kita, pihak kerajaan faham dan juga dapati bahawa urusan sampah dan pelupusan sampah ini suka atau tidak, perlu diuruskan dalam tempoh yang terdekat bagi menyelesaikan masalah supaya ia tidak menjadi satu time bomb dengan izin, pada waktu-waktu yang akan datang.
ADUN Klawang, Dato’ Yang Dipertua, membangkitkan berkenaan isu musuh tanaman seperti babi dan monyet. Punca utama konflik musuh tanaman ini berlaku disebabkan persaingan bagi mendapatkan makanan dan ruang di dalam habitat mereka. Pelbagai usaha dijalankan dan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan. Dan juga pihak kerajaan memanjangkan aduan ini kepada pihak PERHILITAN. Dan di bawah Jabatan Pertanian, pencegahan serangan musuh ini dibuat melalui insentif infrastruktur ladang seperti memberikan kemudahan ataupun bantuan pagar kepada semua pengusaha yang memerlukan mengikut skim ataupun peraturan yang telah ditetapkan.
Dato’ Seri Dipertua, ADUN Seri Menanti membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan soal pertanian dan juga keterjaminan bekalan makanan. Saya menumpukan kepada ADUN Seri Menanti tentang bekalan udang galah dan juga soal tanah terbiar di Ulu Bendul, Tanjung Ipoh dan juga beberapa kawasan yang lain untuk dijadikan jelapang padi. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, ternakan udang galah merupakan aktiviti ternakan akuakultur yang cukup sinonim dengan Negeri Sembilan. Permintaan yang tinggi terhadap sumber ini terutamanya dalam aktiviti sport fishing dengan izin, bukan sahaja menjadi perhatian pengusaha kolam pancing tempatan malah sehingga ke Singapore. Secara amnya, pengeluaran udang galah di Negeri Sembilan pada tahun 2023 adalah sebanyak 51.13 tan metrik dengan nilai sebanyak 3,480,585 juta ringgit. Aktiviti ternakan secara konvensional ini melibatkan seramai 41 orang penternak udang galah yang berdaftar dengan jabatan dan juga daerah Kuala Pilah, Seri Menanti terutamanya, yang merupakan daerah pengeluar tertinggi sumber perikanan ataupun udang galah ini.
Dalam usaha memperkasakan industri udang galah di Negeri Sembilan, jabatan akan terus mempertingkatkan pembangunan modal insan di kalangan penternak melalui galakan menyertai kursus-kursus khas seperti pengurusan ternakan bagi meningkatkan ilmu sedia ada dengan lebih praktikal bersama dengan penternak. Jabatan turut memberikan pendedahan terhadap pengaplikasian industri 4.0 dalam pengurusan ternakan seperti penggunaan kincir air, teknologi solar teknologi biofloc ataupun aplikasi internet of things seperti yang dikatakan oleh ADUN ataupun Exco daripada Linggi sebentar tadi. Selain daripada itu, bagi meningkatkan hasil pengeluaran melalui pembangunan baka dan benih,
kerjasama berterusan antara jabatan, Institut Penyelidikan Perikanan Gelami Lemi dan penternakan seperti yang lain juga sentiasa diwujudkan dalam membantu golongan sasar meningkatkan mutu kualiti hasil ternakan dan juga pertanian mereka.
Usaha dalam memajukan industri ternakan galah ini bukan sahaja dipikul oleh pihak kerajaan, jabatan turut bekerjasama dengan pihak swasta dalam menghasilkan baka yang bermutu dan makanan untuk ternakan yang lebih murah. Di samping itu Dato’ Yang Dipertua, selain memenuhi permintaan tempatan benih udang galah, Negeri Sembilan juga telah mula mendapat permintaan luar negara terutamanya Taiwan dan Bangladesh. Dan untuk rekod pada tahun 2023 sebanyak 132 ribu ekor benih udang galah telah dieksport ke Taiwan dan Bangladesh dengan nilai US Dolar 3,855.00 ataupun 18,195.00.
Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan isu tanah kosong, kalau kita nak buat kawasan jelapang padi, Yang Berhormat ADUN Seri Menanti ya, kita perlukan 4,500 sektor tetapi di Negeri Sembilan, kita tak ada kawasan seluas itu. Kerana itu di Negeri Sembilan dikenal pasti sebagai kawasan luar jelapang. Terbaru di Kuala Pilah, saya pun dah sebut dalam dalam rumusan saya pada sesi Dewan yang lepas, sebanyak 89 hektar tanah akan dibangunkan bagi kawasan tanaman padi di Kuala Pilah dalam jangka masa terdekat.
ADUN Jeram Padang, membangkitkan berkenaan dengan isu laluan Kampung Orang Asli Panchor, Lubuk Lawang, Sungai Klebang yang mana laluan sedia ada sudah bermasalah dengan keadaan jalan yang rosak serta kesukaran untuk merentasi laluan kereta api bagi penduduk setempat. Untuk makluman Yang Berhormat Jeram Padang, JAKOA sudah mengambil maklum berkenaan dengan perkara tersebut yang melibatkan 650 orang penduduk di 3 kampung yang berkaitan.
ADUN Gemas, Yang Berhormat Gemas dan juga Gemencheh membangkitkan berkenaan lot generasi kedua felda. Untuk makluman Yang Berhormat, pembelian, pemberian lot generasi felda di Palong 12 dan 13 adalah merupakan projek perintis bagi skim pemberian lot kediaman generasi baru di Negeri Sembilan. Sehingga kini Kerajaan Negeri dalam proses untuk menetapkan kaedah dan kaedah perlaksanaan pemberian lot generasi baru felda di Negeri Sembilan. Kita perlu muktamadkan terlebih dahulu konsep perlaksanaan yang terbaik sebelum sebarang pengumuman dibuat. Dan untuk makluman Dewan yang mulia juga, projek pertama yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri di Palong 12 sebanyak 100 lot dalam proses penelitian untuk diumumkan tentang kaedah pemberian lot berkenaan. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, lot generasi kedua felda sekarang ini
akan masuk kepada fasa kedua di mana pocket land dengan izin, atau lot-lot yang yang tertinggal, yang kosong, di seluruh kawasan felda yang telah dikenal pasti sebanyak 587 lot yang bakal kita serahkan kepada generasi kedua, ketiga dan keempat felda untuk diberi hak milik dan juga mendirikan kediaman mereka sendiri di seluruh kawasan felda. Proses ini juga sedang berjalan. Potensi untuk diwujudkan peluang lot generasi kedua felda ini dapat kita jalankan pada masa yang akan datang.
ADUN Juasseh sekali lagi, membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan orang Asli berkenaan dengan gerak aktiviti JPK Orang Asli. Untuk makluman ADUN Juasseh, 43 Kampung Orang Asli telah terpilih untuk mendapat van JPK Orang Asli dengan nilai geran sebanyak 5,000.00 bagi setiap kampung. 315 ribu diperuntukkan bagi tujuan ini dan juga 100 ribu bagi program-program yang berkaitan dengan ilmu, bukan dengan ilmu, dengan program kebatinan dan juga program yang melibatkan masyarakat orang Asli. Peruntukan ini disalurkan kepada Jawatankuasa Penilaian Geran JPK, JPKK Orang Asli yang akan dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.
Bagi isu pewartaan Kampung Orang Asli yang juga ditimbulkan oleh ADUN Juasseh. Untuk makluman ADUN Juasseh dan juga makluman Dewan yang mulia, 69 Kampung Orang Asli, 58 kampung telah pun diwartakan penempatan mereka. Kampung yang terkini ialah Kampung Orang Asli Ulu Pondoi. No no, maaf, Kampung Orang Asli Rangoi daripada Daerah Jelebu. Ada 9 lagi perkampungan orang asli yang di dalam proses untuk diwartakan kawasan penempatan mereka. Dan insya-Allah program dan proses ini berjalan seterusnya.
ADUN Gemencheh. Berkenaan dengan isu ladang ayam yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gemencheh, dan untuk makluman Yang Berhormat, petang ini juga kita ada pewartaan bagi Seksyen 9, Enakmen Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas untuk menyelesaikan masalah Gemencheh menyelesaikan masalah Gemas, menyelesaikan masalah Jelebu dan semua masalah ADUN yang berkaitan dengan unggas. Saya anggap, saya harap supaya pewartaan hari ini diterima sebulat suara tanpa bahas, insya-Allah. Yang Berhormat donga tak tu?
Last, ADUN Chombong. Pasal ADUN Chombong dah pegang mic tu, dia ingat saya tak jawab dia punya hal. Saya jawab.
Macam tulah Dato’ Speaker.
Sekojap lagi. Yang Berhormat Chombong membangkitkan berkenaan dengan isu lombu pawah. Untuk makluman
Yang Berhormat, sekarang ni kita tambah baik lembu pawah. Dulu kita beri lembu pawah free of charge. Lepas tu lembu dia dijual eh. Dia di pawah, dia dapat. Walaupun kita ada skim kita, kita ada syarat kita. Dia pergi dia jual Dato’ Yang Dipertua. Jadi dia tak menambah hasil. Sekarang ini 70% kerajaan bayar, 30% pemawah, apanya pesawah, pemawah tanggung. Dan dia boleh ambil lembu ni untuk dimiliki secara persendirian. Tapi kita akan melalui beberapa proseslah. Dan program lembu pawah ini sentiasa dijalankan dan juga apa ni, di bawah program ni jugak, kita akan bekalkan lembu yang berkualiti tinggi seperti lembu pedaging, tenusu, kambing bebiri dan bekalannya akan dibeli oleh pihak jabatan sendiri. Ini untuk makluman Yang Berhormat ADUN Chembong ya.
Yang Berhormat ADUN Chembong ada juga soal tentang tabika KEMAS ni, ni saya minta maaf kepada ADUN Chembong lah. Pasal saya teliti semula handsard Dewan yang lepas, dan Yang Berhormat Chembong mengemukakan tentang tabika KEMAS, saya nak bagi tahu Yang Berhormat Chembong ada sedikit teknikal. Maka kita terlepas pandang beri saya 3 bulan untuk kita lengkapkan pembaikan tabika Chembong. Dan pelajar-pelajar tabika itu boleh pindah semula kepada tabika Yang Berhormat setuju ya, iaitu di balai raya apa Yang Berhormat?
Kampung Mampung.
Balai Raya Kampung Mampung ya. Ada Yang Berhormat sebut fasal orang Asli juga ni. Yang Berhormat Chembong juga ada membangkitkan berkenaan dengan keperluan tambahan JPKK Kampung Orang Asli Chembong iaitu di Ulu Chembong dan juga di Ulu Chuai. Untuk makluman Yang Berhormat, JPKK Orang Asli di Ulu Chombong telah pun dilantik dan berkuatkuasa pada 1 Oktober 2023. Di Ulu Chembong ya, dan Pengerusi baru dilantik ialah Saudara Helmi bin Naim Ahmad. Bagi Ulu Chuai pula, buat masa kampung ni hanya mempunyai Batin sahaja ya, dia tak ada Pengerusi JPKK. Walau bagaimanapun atas keperluan penduduk yang telah melebihi 250 orang, JAKOA Negeri telah mengangkat permohonan kepada JAKOA Ibu Pejabat untuk mempertimbangkan kuota tambahan bagi mewujudkan JPKK Orang Asli di Kampung Ulu Chuai namun, sehingga hari ini masih lagi mendapat, belum mendapat sebarang keputusan atau tindakan daripada pihak Kementerian Kewangan tentang kelulusan kuota tambahan dan peruntukan.
Dato’ Yang Dipertua, saya janji saya tidak melebihi waktu yang ditetapkan. Dan saya berharap jawapan yang saya berikan kepada semua ahli-ahli Dewan yang telah menimbulkan perkara ini telah pun saya jawab secara detail dan insya-Allah saya akan memperincikan
semua isu yang dibangkitkan ahli, oleh ahli Dewan untuk saya angkat di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi tindakan dan juga perhatian Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat. Dato’ Yang Dipertua akhirnya
Anak kancil lompatnya tinggi Berhenti rehat di tepi perigi Harapan rakyat negeri sangat tinggi Insya-Allah kerajaan madani akan penuhi.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulung perbahasan.
Dato’ Yang Dipertua kasih atas peluang yang diberikan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih semua Exco-Exco Kerajaan Negeri yang telah menjawab bagi portfolio masing-masing. Bagi, yang pertama saya ingin menjawab mengenai isu agama. ADUN Gemencheh, sekolah agama rakyat. Untuk makluman bahawa terdapat 2 buah sekolah agama rakyat di DUN Gemencheh iaitu Sekolah Agama Rakyat Bukit Rokan dan Sekolah Agama Rakyat Bukit Rokan Utara dan 5 kelas masing-masing iaitu sebanyak 10 buah kelas, sejumlah pelajaran 102 orang. Bagi penambahan kelas ianya bergantung kepada permohonan masyarakat dan komuniti. Kekurangan jumlah SAR di DUN Gemencheh kerana ibu bapa ramai yang menghantar anak-anak mereka ke Kelas Agama Petang yang berjumlah 9 buah Kelas Agama Petang yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan. Manakala jumlah pelajar di KAP di DUN Gemencheh adalah seramai 1,027 orang bagi tahun 2024.
Berhubung dengan bantuan sumbangan SAR terima bagi tahun 2022-2023. SAR Felda Bukit Utara pada tahun 2022 menerima 68,800.00 untuk naik taraf bangunan, 2023 – 6,730.00 bantuan aset keperluan sekolah. Bagi SAR Felda Bukit Rokan: 2022 – 69,000.00 bantuan naik taraf bangunan, pada tahun 2023 – tiada. Kerajaan dengan kerjasama agensi seperti MAINS sentiasa membantu daripada masa ke semasa.
Bagi pentadbiran dan kewangan, soalan daripada ADUN Serting, kenaikan gaji penjawat awam. Kita sedia maklum semakan ini masih dalam kajian dan semakan. Dan kita berharap bahawa apabila diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan pada bajet yang akan datang mengenai apakah faedah-faedah ataupun bagaimana caranya kita akan ikut sepenuhnya insya-Allah pentadbiran mengambil maklum. Begitu juga dengan soalan mengenai gaji Yang amat, Yang Berhormat ya, kita
sedia maklum di bawah Perenggan 20(1) Jadual Pertama Enakmen (Saraan) 1980. Okey. Ini telah dikaji pada tahun 2014 dan gaji termasuk pada 1 hari bulan 1, 2015. Telah genap 10 tahun ya. Kita insya-Allah kita boleh buat kajian tersebut. Kerajaan Negeri akan menimbangkan semakan dan kajian semula gaji ini untuk mengambil kira pelarasan dan perbandingan di antara DUN-DUN negeri seMalaysia dan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri.
ADUN Johol Kerajaan Negeri percepatkan urusan berhubungan pelantikan timbalan. Ini saya telah maklumkan beberapa kali. Dan saya telah berjumpa dengan kedua-dua presiden ya, daripada Keadilan dan UMNO. Nampaknya mereka belum dapat berjumpa dan untuk memberikan keputusan putus ini. Jadi kita hormati kata putus mereka insya-Allah.
Dato’ Yang Dipertua, ADUN Johol, isu inisiatif tuisyen. Kerajaan Negeri tiada halangan bagi mana-mana pusat khidmat DUN untuk menggunakan peruntukan sedia ada untuk mengadakan tuisyen ataupun kelas tambahan bagi mana-mana penduduk sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar. Perkara ini salah satu inisiatif yang amat bagus kepada ADUN untuk memberikan bantuan kepada rakyat khususnya di anak-anak di peringkat sekolah. Namun bagi Yayasan Negeri Sembilan, dia akan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri untuk memastikan bahawa ada tuisyen di saat akhir ataupun tuisyen yang boleh dilaksanakan di pihak, di peringkat sekolah. Jadi itu boleh dibincangkan.
Dato’ Yang Dipertua untuk ADUN Labu, mohon pertimbangan untuk pemberian peruntukan kepada Yang Berhormat pembangkang. Kita tak nafikan bahawa kita tidak meminggirkan kawasan-kawasan pembangkang dalam agihan peruntukan selaras dengan prinsip ihsan kerajaan madani. Walau bagaimanapun penyaluran peruntukan akan diagihkan dalam bentuk projek-projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh pada tahun ‘23 sebanyak 34.49 juta merangkumi 119 projek diluluskan di 5 buah DUN pembangkang ya. DUN Bagan Pinang: 25 projek berjumlah 5.84 juta bagi tahun 2023, 11 projek sebanyak 2.34 bagi tahun 2024. Di DUN Gemas: 29 projek sebanyak 6.09 juta tahun 2023 dan 39 projek – 6.34 juta bagi tahun 2024. DUN Labu: 10 projek sebanyak 2.1 juta bagi tahun 2023 dan 11 projek sebanyak 2.06 juta bagi tahun 2024. DUN Paroi pula sebanyak 19 projek dengan jumlah peruntukan 12.07 juta bagi tahun 2023 dan 13 projek berjumlah 3.22 juta bagi tahun 2024. DUN Serting: 36 projek – 8.48 juta bagi tahun 2023 dan 17 projek berjumlah 2.5 juta bagi tahun 2024.
Selain daripada peruntukan tersebut, turut mengagihkan peruntukan seimbang ialah kepada 5 DUN pembangkang di bawah peruntukan pembangunan pada tahun 2023 sebanyak 5.15 juta dan 5.4 juta pada tahun 2024 mengikut pecahan, Gemas pada tahun 2023 – 1.41 juta, pada 2024 – 1.88 juta. Labu: 210 ribu dan pada 2024, baru 90,000.00 ringgit. Paroi: 1.75 juta bagi tahun 2023 dan 2.24 – 1.35 juta. Serting: 1.515 juta dan 2024 – 1.88 juta. Bagan Pinang: 270 ribu bagi tahun 2023 dan 2024 – 200 ribu.
Bagi ADUN Labu, soalan mohon kajian perlaksanaan insentif kepada rakyat miskin. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sembilan tidak bergantung kepada statistik eKasih semata-mata. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa ada data statik daripada pihak yang tidak, dari satu pihak adalah tidak mencukupi untuk pengesahan kelayakan. Maka ia turut kepada semakan oleh data penerima asnaf Baitulmal serta penerima bantuan JKM. Penerima bantuan Baitulmal JKM sentiasa dipantau dan di dua agensi utama ini menjalankan bancian secara bulanan dan tahunan bagi memastikan hanya yang layak sahaja berhak menerima bantuan tersebut. Ini adalah sumber data utama Negeri Sembilan Digital yang digunakan oleh Kerajaan Negeri khususnya. Sistem ini bukan sahaja digunakan untuk permohonan serta pengagihan insentif dan bantuan tapi turut menjadi pusat maklumat setempat (OSC) dan rujukan. Kerajaan Negeri sedang menunggu green light daripada pihak Kerajaan Persekutuan agar data serta maklumat dapat diintegrasikan dengan Sistem PADU yang lebih teliti dan berfokuskan. Mohon penjelasan tak ada celahan.
Mohon pencelahan.
Tak ada pencelahan. Saya mohon tak ada celahan ya. Kalau ada nanti bagi nota untuk saya jawab secara bertulis. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, bagi soalan tanah. Memudahkan permohonan tukar syarat nyata pertanian kepada getah, tadi telah dijawab oleh Exco berkenaan.
ADUN Gemas, Jawatankuasa Penternak Kewangan, Tanah Dan Sumber Alam, Latihan Gabungan Tempur Tentera Darat, isu pemilikan tanah. Ini juga dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Tanah Persekutuan Peringkat Negeri Sembilan 2/2023 bertarikh 20 Oktober 2023 bahawa MINDEF memaklumkan sedang dalam tindakan penyediaan kertas per pertimbangan Memorandum Jemaah Menteri bagi hala tuju penyelesaian tanah ini. Perkara itu dibangkitkan pada Mesyuarat Kewangan Negara pada 4 April 2024 yang lalu.
Mambau, pihak pengusaha kolam ikan mohon kepada Kerajaan Negeri sekiranya mereka boleh diberikan hak untuk menyewa tapak tersebut dengan pihak pemaju atau diberikan satu tapak baru untuk pengurusan kolam ikan ya. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, hak milik untuk tanah-tanah tersebut telah diluluskan oleh Menteri Besar (Pemerbadanan) pada April 2023 dengan keluasan yang diluluskan iaitu sebanyak 30.363 hektar. Kelulusan pemberian tanah ini adalah sebahagian daripada penyelesaian kes di luar mahkamah yang dipersetujui oleh pihak berkuasa Kerajaan Negeri pada Mac 2021 antara syarikat NS Water Consortium dengan Kerajaan Negeri di mana antara syarat penyelesaian kes tersebut adalah pembangunan tanah tersebut perlu dilaksanakan secara usahasama antara MBI NS dan NSWK. Sebarang permohonan untuk menyewa atau memajak tanah berkenaan adalah tertakluk kepada jadual pembangunan projek di tapak berkenaan oleh pihak pemaju. Pengusaha disaran untuk berbincang secara terus dengan pihak pemaju yang berkenaan bagi mendapatkan penyelesaian terbaik. Walau bagaimanapun MBI Menteri Besar (Incorporated) bersedia membantu memudah cara rundingan tersebut bagi menjaga kepentingan semua pihak.
ADUN Lobak, isu tanah tepi jalan Kampung Kayu Ara, terdapat pengusaha kolam ikan. Semakan pentadbiran mendapati bahawa terdapat 4 permohonan pemberimilikan tanah kepada 74 ekar yang saya katakan tadi. Mengikut rekod Pejabat Daerah Tanah Seremban, tiada kelulusan LPS diberikan dalam masa terdekat. Semakan di lokasi mendapati tanah yang diusahakan dengan bangunan kediaman, kolam ikan, kebun dan dusun buah-buahan. Jika benar LPS telah dikeluarkan, ianya hanyalah bersifat sementara. Tiada kebenaran untuk mendirikan rumah atau kolam ikan yang bersifat kekal. LPS hanya diluluskan untuk, secara tahunan dan perlu diperbaharui setiap tahun. Adalah menjadi kesalahan dan pelanggaran perjanjian sekiranya pembinaan secara kekal dilaksanakan. Mengusahakan tanah kosong kerajaan tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara. ADUN Lobak, isu, tadi dah jawab.
Kecurian pasir di Batu 9. Rentetan daripada aduan kecurian pasir Batu 9 Labu, Pejabat Daerah Tanah Seremban telah melaksanakan mesyuarat bersepadu dengan pelbagai agensi pada 3 Mei 2024 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban. Hasil mesyuarat tersebut, satu operasi bersepadu telah dibuat di kawasan tersebut pada 6 Mei 2024. Hasil operasi tersebut, sememangnya diakui telah berlaku kecurian pasir di kawasan tersebut dan pejabat daerah telah menyita stockpile di kawasan tersebut. Tiada tangkapan dan sitaan mesin ataupun jentera kerana tiada jentera pada masa operasi. Di dalam operasi yang sama, Jabatan Imigresen telah menahan 11 pekerja asing kilang batu-bata di kawasan tersebut.
ADUN Juasseh, soalan yang dibangkitkan isu perumahan orang Asli. Seksyen 62 tadi saya rasa tadi telah di telah dijawab oleh YB Exco berkenaan.
Infrastruktur dan kemudahan awam. Soalan yang dibangkitkan, banjir di Pekan Kota. Kejadian banjir di Pekan Kota berlaku pada tahun, sejak tahun 2021. Ia berpunca daripada hujan yang sangat lebat serta longkang JKR bersaiz 1200mm x 1200mm tidak dapat menampung kapasiti air di kawasan tersebut. Terdapat kira-kira 7 punca air yang masuk ke ke longkang JKR iaitu daripada kawasan bukit belakang deretan kedai, 2 di kawasan perumahan serta satu di Sekolah Menengah Undang Haji Adnan. Ini tidak termasuk air larian permukaan jalan raya. Pihak JKR Rembau telah permohonan peruntukan bagi menaik taraf longkang tersebut. Namun sehingga kini belum diluluskan.
Majlis Daerah Rembau bercadang untuk menaik taraf longkang di hadapan Sekolah Menengah Undang Haji Adnan, Kota yang telah berfungsi sebagai on-site detention ya (OSD) sebelum mengalir masuk ke longkang JKR. Permohonan peruntukan telah dimasukkan, ada lipas. Majlis Daerah Rembau bercadang untuk menaik taraf longkang di hadapan Sekolah Menengah Undang Haji Adnan, Kota yang boleh berfungsi sebagai on-site detention (OSD) untuk mengalir masuk ke longkang JKR. Permohonan peruntukan telah dimasukkan ke dalam sistem MARRIS untuk pertimbangan kelulusan. Ini saya rasa tak ada masalah.
ADUN Labu telah dibangkitkan isu berkenaan perancangan pembangunan oleh taman perumahan Yayasan Negeri Sembilan okey, lepas itu keadaan sungai di Labu dan yang ketiga dasar Kerajaan Negeri mengatasi masalah mendapan di sungai selain dari pasir. Keraja, kerja-kerja pemajuan perumahan di Taman Bukti, Taman Bakti, oleh Yayasan Negeri Sembilan masih dalam pembinaan di mana pembinaan kolam takungan masih dalam tanggungjawab pemaju. Namun, pemantauan pelbagai agensi melalui operasi Ops lumpur dalam memastikan pembangunan yang terkawal di kawasan berkenaan. Seperti yang telah dinyatakan bagi tujuan perlaksanaan jangka panjang, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Batang Labu sedang dalam perlaksanaan di peringkat reka bentuk terperinci bagi pihak JPS Malaysia. Bagaimanapun kerja penyelenggaraan Sungai Batang Labu ini selain daripada perlaksanaan sebut harga di peringkat JPS Daerah, sungai ini juga turut disenaraikan dalam program timbal balik pasir tanpa sebarang kos oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan di mana kelulusan bermula 3 November 2023 selama 2 tahun. Perlaksanaan di lapangan akan dimulakan oleh pihak YNS dalam masa terdekat. Kerajaan Negeri
Sembilan menyalurkan peruntukan secara tahunan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemuliharaan sungai di mana skop pelaksanaan secara tidak langsung melibatkan kerja membuang kelodak dan mendapan. Skop perlaksanaan ini turut dilaksanakan melalui pendekatan projek-projek semasa di JPS termasuk melalui program timbal balik pasir yang sedang dilaksanakan. Penetapan pengeluaran mendapan adalah bergan, adalah berpandukan kepada garis panduan pengambilan pasir sungai yang telah digariskan oleh pihak JPS Malaysia.
Bagi ADUN Seri Menanti, soalan berhubung dengan kejadian hujan lebat di kawasan perumahan yang berhampiran sungai menyebabkan berlakunya banjir kilat di Kampung Talang Tengah dan Gugusan Seri Menanti, apakah penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan telah merun, memperuntukkan sebanyak 423,602.00 ringgit bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan pengukuhan tebing di Sungai Talang, Sungai Seri Menanti, Sungai Buyau dan Sungai Terapi pada tahun ‘23. Selain itu pada tahun 2024 sebanyak 99,620.00 ringgit telah diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sungai dan penggubahan tebing di Sungai Gunung Pasir dan Sungai Mertang. Kerajaan Negeri juga, dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran telah menambah baik sistem amaran banjir di Negeri Sembilan melalui Program Ramalan Dan Amaran Banjir Fasa Dua di mana terdapat penambahan pembinaan stesen hujan telemetri sebanyak 141 buah peningkatan sebanyak 96%, stesen aras air telemetri 48 buah peningkatan 108%, dan stesen siren 27 buah peningkatan 17% dan webcam sebanyak 25 buah – peningkatan 100%. Pembinaan ini dijangka siap pada 26 Mei 2024. Bagi Daerah Kuala Pilah, penambahan satu stesen hujan telemetri di kawasan Seri Menanti namun pihak JPS akan sentiasa melakukan pemantauan bagi keperluan tambahan pada masa akan datang.
Soalan daripada ADUN Paroi, pokok tumbang, saya rasa telah dijawab oleh ADUN eh, Exco daripada Nilai. ADUN Lobak, Jalan Persekutuan Seremban – Mantin, mohon JKR, Selia Selenggara mengambil tindakan terhadap pokok yang berisiko tumbang. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT001 Jalan Seremban – Kuala Lumpur. Merujuk Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan telah diberi kuasa bagi tindakan penyelenggaraan pokok iaitu pokok, bagi kerja-kerja memangkas dan membuang pokok. Walau bagaimanapun JKR Negeri Sembilan akan membantu Pihak Berkuasa Tempatan bagi melaksanakan kerja memangkas dan menebang pokok selaras dengan kontrak bersama pihak konsesi bagi mengurangkan risiko dahan patah ataupun
pokok tumbang di Jalan Persekutuan ya. Jadi saya mohon kepada JKR untuk memberi tumpuan kerana itu merupakan jalan protokol.
ADUN Johol menggerakkan agensi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan infrastruktur di kawasan Johol yang masih banyak perlu ditambah baik. Majlis Daerah Kuala Pilah sentiasa memastikan tahap infrastruktur di kawasan Johol berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi dengan, permohonan dan perlaksanaan projek-projek berkaitan infrastruktur jalan di bawah peruntukan MARRIS dan dan peruntukan negeri dan Persekutuan bagi infrastruktur yang lain. Bagi pembinaan dewan yang lengkap dengan kemudahan riadah pula, bergantung kepada peruntukan yang diterima dan kesesuaian tapak yang ada. Walau bagaimanapun pihak pentadbiran akan meneliti cadangan permohonan sekiranya terdapat kawasan rizab kerajaan yang sesuai dan berhampiran dengan kawasan penempatan serta tidak melibatkan proses pengambilan tanah kerana ia melibatkan kos dan masa yang panjang untuk dilaksanakan.
Johol juga, mengenai infrastruktur. Kerajaan Negeri sentiasa menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur, jalan dan longkang di daerah melalui peruntukan MARRIS. Pada tahun 2023 sebanyak 4.5 juta diperuntukkan bagi menyelenggara infrastruktur di jalan Johol melalui peruntukan MARRIS. Sehingga 2024 pula, sebanyak 900 ribu peruntukan telah diterima bagi MARRIS bagi tujuan penyelenggaraan infrastruktur. Selain itu, Kerajaan Negeri juga sentiasa mengambil inisiatif memanjangkan permohonan menaik taraf infrastruktur melalui agensi-agensi Pejabat Pembangunan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah serta Kementerian Ekonomi ya.
Soalan ADUN Serting, sistem perparitan jalan utama kampung untuk dibersihkan dan ditambah baik. Pejabat Daerah Jempol telah melaksanakan kerja di Kampung Bukit Laka, DUN Serting pada tahun 2023 dan 2024 dengan peruntukan 75,000.00 serta kerja-kerja penyelenggaraan longkang dan sekitar DUN Serting pada tahun 2022 dan 2023 dengan peruntukan 920 ribu. Dan termasuk pengurusan bencana daerah juga sentiasa memantau pembersihan saliran di kawasan hotspot banjir seperti sebagai, persediaan menghadapi monsun melalui perlaksanaan agensi di bawahnya.
DUN Juasseh, tembok brick wall di rumah rakyat Padang Lebar, Juasseh masih tidak dibaiki. Pada, pihak Majlis Daerah Kuala Pilah telah mengambil tindakan segera semasa kejadian tembok runtuh tersebut dengan memasang kanvas keselamatan di kawasan berkenaan sebagai langkah jangka pendek bagi mengurangkan risiko tanah runtuh. Untuk tindakan pembaikan, Majlis Daerah Kuala Pilah telah kemukakan
permohonan untuk baik pulih tembok tersebut kepada JKR dengan anggaran kos 900 ribu ringgit. Setelah penelitian dan penghuraian skop kerja yang diperlukan di tapak oleh pihak teknikal JKR, satu mesyuarat telah diadakan pada 1 April 2024 dan diputuskan kerja pembaikan tersebut diambil oleh pihak JKR melalui agensi pelaksana JKR Kuala Pilah. Kerja tersebut akan dilaksanakan menggunakan peruntukan Akaun Amanah Bencana Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
ADUN Seri Menanti, syarikat konsesi Selia Selenggara membuat tampalan yang mudah di jalan Seremban – Kuala Pilah ya. Untuk makluman JKR Negeri Sembilan, untuk makluman JKR Negeri Sembilan sentiasa memantau kerja tampalan pothole ataupun, oleh syarikat konsesi mengikut spesifikasi setiap piawaian yang ditetapkan sepertimana di dalam kontrak bersama pihak konsesi. Pada tahun ini sejumlah 1.0 juta diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya bagi kerja-kerja pembaikan jalan rosak di Negeri Sembilan. Dan kerja ini juga dapat dilaksanakan pada Jun 2024.
ADUN Klawang, cadangan, satu kajian holistik untuk gred perkhidmatan pegawai masjid. Pegawai masjid berjawatan tetap dalam bergred bukan hanya terdapat di Masjid Negeri tetapi 7 buah masjid daerah dan satu masjid DiRaja. Walau bagaimanapun pewujudan jawatan tetap bagi 300 buah masjid kariah memerlukan kajian terperinci tentang perlaksanaannya.
ADUN Chuah, Jalan Sepang – Lukut perlukan penambahan Cahaya. Untuk makluman pada tahun ini kelulusan 100 ribu telah pun diterima daripada Kementerian Kerja Raya bagi pemasangan 7 buah lampu solar di laluan FT005 Jalan Lukut – Sepang. Kerja pemasangan dijangka akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2024.
ADUN Johol penambahbaikan lampu jalan dan potensi mewujudkan jalan baru di Jalan Pintasan ya. Untuk makluman, JKR Negeri Sembilan telah memasang sebanyak 22 buah lampu solar di kawasan DUN Johol pada tahun 2022 dan sebanyak 44 buah lampu solar telah dipasang pada tahun 2023 di Jalan Persekutuan, bagi tahun 2024 masih tiada kelulusan permohonan bagi pemasangan lampu solar diterima di DUN Johol. Walau bagaimanapun, JKR akan melaksanakan siasatan di tapak terlebih dahulu bagi mengenal pasti kawasan yang berisiko dan merbahaya untuk diangkat permohonan pemasangan lampu.
Bagi mewujudkan jalan-jalan baru di jalan pintas, JKR Negeri Sembilan sentiasa proaktif dalam membantu Kerajaan Negeri bagi memberikan khidmat nasihat teknikal dan perancangan jalan baru di Negeri Sembilan dan Jalan Persekutuan. Bagi Jalan Persekutuan, Bahagian Perancang
Jalan, Kementerian Kerja Raya adalah badan kerajaan yang akan mengenal pasti menguruskan perancangan jalan-jalan baru manakala jalan Negeri ialah oleh UPEN.
ADUN Jeram Padang, Jalan Seremban – Kuala Pilah sesak ya, hujung minggu dan hari perayaan dan soalan kedua membina jalan daripada Felcra Rompin ke Felda Palong 2. Pembinaan jalan dari, okey. JKR mengambil maklum isu yang berbangkit ini dengan memaklum, untuk makluman JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan di bawah Rolling Plan Ke-5 (RP5) Rancangan Malaysia Ke-12, tajuk projek: Cadangan Jalan Kuala Pilah Bypass Dari Tanjung Ipoh Ke Kampung Gentam Tengah, Kuala Pilah ke Kementerian Kerja Raya bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Bagi pembinaan jalan baru, keperluan cadangan jalan ini akan disemak terlebih dahulu dari segi kos, manfaat kepada penduduk serta kepada pembangunan setempat sebelum diangkat kepada, ke Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
YB Mambau, pembangunan pesat di DUN Mambau terutama di sepanjang Jalan Kayu Ara menyebabkan kesesakan. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Negeri N179 Jalan Gadong Jaya – Kampung Kayu Ara. JKR Negeri mengambil maklum akan isu kesesakan yang berbangkit di jalan ini. Untuk makluman sebarang pembangunan bersebelahan dengan Gadong Jaya dan Kayu Ara, JKR Negeri Sembilan mensyaratkan supaya pemaju dikehendaki menaik taraf jalan sedia ada daripada satu ke dua Lorong, ke dua hala, kepada dua lorong dua hala. Pada masa ini JKR Negeri Sembilan telah pun mensyaratkan kepada pemaju untuk menaik taraf jalan tersebut kepada dua lorong dua hala, bermula daripada jalan hadapan Kedai Perabot KK sehingga ke bulatan Nusari Bayu di Sendayan berdekatan Soka International School Malaysia.
YB ADUN Sungai Lui, Jalan Bahau – Kemayan. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan Jalan FT010 Jalan Bahau – Kemayan, FT009 Jalan Tampin – Kuala Pilah – Mancis serta FT1271 Jalan Lui Selatan – Tembangau pada tahun ini masih tiada kelulusan permohonan diterima bagi pemasangan lampu jalan yang dinyatakan. Bagai, walau bagaimanapun JKR Negeri Sembilan akan melaksanakan siasatan di tapak terlebih dahulu bagi mengenal pasti kawasan yang berisiko merbahaya untuk diangkat permohonan pemasangan lampu jalan pada tahun ini. Manakala bagi pemasangan lampu isyarat di persimpangan Ayer Hitam, kelulusan pemasangan telah pun diterima dan kerja-kerja pemasangan lampu isyarat akan bermula pada bulan Jun 2024 ini.
ADUN Seremban Jaya, memasang lampu isyarat di Forest Heights di Persiaran 1. Pemasangan lampu isyarat Forest Heights 1, berhadapan
Taman Tasik Forest Heights adalah satu, adalah syarat yang dikenakan oleh pema, kepada pemaju bagi pembangunan akan datang. Sehubungan dengan itu, pemaju akan membuat pemasangan dan pemajuan yang akan datang dilaksanakan nanti.
Jawatankuasa, yang, ADUN Paroi, banyak pokok besar, reput, tumbang yang telah dijawab. Jawatankuasa bertindak, ADUN Lobak ya, kepada Jawatankuasa Bertindak Pelaburan. Jalan Persekutuan Seremban – Mantin, JKR Selia Selenggara. Tadi saya rasa saya dah jawab. ADUN Seremban Jaya, Jawatankuasa Bertindak Pelaburan ya. Aduan berkaitan isu keselamatan perlu diselesaikan segera. Cadangan supaya PBT dan jabatan berkaitan memandang serius masalah dan aduan yang melibatkan isu keselamatan perlu diselesaikan, memasang lampu isyarat tadi dah jawab.
ADUN Lenggeng, pengecualian serahan bagi tujuan pembinaan lampu isyarat di Bandar Tasik Senangin. Untuk makluman, mana-mana pembangunan yang melibatkan jalan seliaan JKR, serahan adalah sepertimana yang tertakluk pada Arahan Teknik Jalan (ATJ-3 tahun 2021). Bagi pembinaan lampu isyarat yang dinyatakan kepada pemaju ianya bergantung kepada kajian impak trafik di sesuatu kawasan pembangunan. Berdasarkan kepada laporan tersebut, sekiranya terdapat keperluan untuk mengadakan lampu isyarat, jabatan ini akan mensyaratkan pembinaan lampu isyarat kepada pihak pemaju. Manakala pengecualian lampu isyarat yang melibatkan jalan-jalan bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban bagi pemajuan di Bandar Tasik ianya adalah di bawah bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Seremban.
ADUN Gemas, pantau turapan jalan yang rosak selepas 6 bulan dilaksanakan dan Jalan Gemas Pasir Besar perlu penambahbaikan daripada segi pencahayaan. Jalan yang dimaksudkan adalah laluan FT001 Jalan Tampin – Gemas. Kerosakan yang berlaku di jalan tersebut masih di bawah tanggungjawab kecacatan dan pembaikan juga jalan telah pun dilaksanakan. JKR Negeri Sembilan bersama pihak konsesi akan melakukan pemantauan berterusan di tapak dari masa ke semasa bagi memastikan jalan ini selesa dan selamat digunakan oleh pengguna jalan raya. JKR Negeri Sembilan telah mengangkat permohonan pencahayaan di Jalan FT010 Jalan Gemas – Pasir Besar di Kementerian Kerja Raya dengan jumlah sebanyak 200 ribu ringgit bagi peruntukan 2024 di bawah program jalan gelap. Walau bagaimanapun kelulusan bagi peruntukan ini masih belum diterima dan kerja-kerja akan dilaksanakan sebaik penerimaan peruntukan tersebut. Untuk makluman juga, 100 ribu ringgit telah diluluskan bagi pemasangan
lampu jalan di DUN Gemas iaitu laluan FT1283 Jalan Utama Palong yang akan dilaksanakan pada Jun 2024.
ADUN Bagan Pinang mohon Projek Jalan Baru Kampung Paya Serusa dipercepatkan. Untuk makluman, kemajuan kerja bagi projek membina jalan dari Lukut ke Kampung Sri Rusa melalui Kampung Paya dan Kampung Bagan Pinang, Port Dickson adalah mengikut jadual. Pada masa ini, proses siasatan bicara pengambilan tanah bagi 40 lot tanah yang terlibat telah dilaksanakan pada 29 April hingga 30 April 2024 yang lalu. Hasil daripada sesi bicara tersebut, pemilik tanah yang terlibat meminta tempoh lanjutan selama 2 minggu lagi bagi mereka untuk melantik penilai swasta untuk menilai harga semasa tanah mereka sebelum dibicara sepenuhnya untuk tujuan pampasan. Kerja-kerja fizikal di tapak juga sedang dilaksanakan dan difokuskan pada kawasan yang tak terlibat dengan pengambilan balik tanah iaitu di depan Dataran Segar dan kilang kilang sabut dan dan Jalan Razak.
Untuk soalan ADUN Lukut, pembinaan jambatan menghubung Taman Wawasan, Rumah Rakyat Pekan Lukut. Lokasi yang dimaksudkan adalah di luar bidang kuasa JKR dan berada di bawah kuasa PBT kerana melibatkan Jalan Majlis. Pemohon, perkara ini dirujuk kepada Majlis Perbandaran Port Dickson ya. Saya harap Majlis Perbandaran Port Dickson dapat melihat perkara ini. ADUN Chembong, JKR, Pedas – Linggi perlu dilebarkan FT001 pokok-pokok tepi jalan diselenggara, diselenggara oleh siapa dan air bertakung di jalan berhadapan Pejabat Ahli Parlimen Rembau. Okey. Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Negeri N9 Jalan Linggi – Pedas. Bagi cadangan pelebaran jalan, keperluan cadangan pelebaran jalan ini akan disemak terlebih dahulu dari segi kos, manfaat kepada penduduk serta pembangunan setempat sebelum diangkat ke Kerajaan Negeri untuk kelulusan peruntukan. Walau bagaimanapun JKR Negeri Sembilan akan melaksanakan siasatan di tapak terlebih dahulu bagi mengenal pasti keperluan serta outcome daripada pelebaran jalan ini kelak sebelum diangkat untuk keputusan permohonan.
Rujuk kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Pihak Berkuasa Tempatan telah diberi kuasa untuk menyelenggara pokok iaitu kerja-kerja memantas dan membuang pokok tersebut. Manakala bagi isu air bertakung di hadapan Pejabat Parlimen Rembau sehingga ke JPJ, pihak JKR akan membuat permohonan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaik taraf longkang dan akan dilaksanakan kerja sebaik sahaja peruntukan diluluskan. Bagi isu air bertakung di Kampung Baru Rahang, JKR telah melaksanakan kerja memecah kerb di median jalan bagi membolehkan air mengalir dengan lebih cepat. Pemantauan berterusan
akan dilaksanakan untuk melihat kebersa, keberkesanan kerja yang dilaksanakan.
ADUN Juasseh mohon projek bina semula cerun brick wall, dah dijawab. ADUN Temiang mohon perincikan 3 projek diluluskan di bawah peruntukan MARRIS dan keduanya menaik taraf longkang Jalan Seng Meng Lee, permohonan telah dikemukakan berulang kali. Berikut adalah senarai 3 projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan MARRIS di DUN Temiang 2024: kerja membaik pulih runtuhan cerun di Taman Chip Aik, Seremban dan lain-lain kerja berkaitan – 3.0 juta, cadangan menyelenggara longkang serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Kilat 2 Seremban 500 ribu dan kerja-kerja menyelenggara longkang dan jalan serta kerja-kerja berkaitan di Kampung Bukit Temiang – 100 ribu ringgit.
Merujuk rekod kelulusan peruntukan MARRIS, kerja-kerja menyelenggara jalan dan longkang di Jalan Seng Meng adalah seperti berikut ya, sebanyak daripada tahun ‘22, ‘21, menyelenggara pembetungan – 270 ribu, menurap jalan dan mengangkut dan berkaitan di di kawasan perniagaan Jalan Seng Meng Lee – 220 ribu tahun ‘22, cadangan menyelenggara longkang dan berkaitan di lorong belakang Jalan Seng Meng Lee – 100 ribu, 202, tahun 2022 dan membaik pulih longkang dan menurap semula jalan berkaitan Jalan Temiang – 500 ribu tahun 2022.
Bagi ADUN ADUN Kota, jawatankuasa bertindak, masalah perparitan, tadi telah dijawab. ADUN Serting, hujan Lebat, tadi juga telah dijawab. ADUN Gemencheh, berlaku kejadian banjir kilat di kawasan Gemencheh iaitu Jalan Gemencheh menuju Batang Melaka. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan telah menyiapkan kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Pekan Gemencheh pada tahun 2023. Kajian tersebut tujuan untuk mengenal pasti masalah perparitan di sungai sekitar Pekan Gemencheh terutama di Jalan Tampin – Gemas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohamad Tahar dan Jalan Batang Melaka – Gemencheh serta Taman Impian Jaya, Taman Regent. Beberapa cadangan menambah baik serta perparitan dan sungai, mengurangkan risiko banjir di sekitar Pekan Gemencheh termasuk Jalan Gemencheh – Batang Melaka N26 telah dinyatakan dan laporan tersebut telah diedarkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan pelarasan. Dalam masa yang sama, JPS telah melaksanakan kerja penyelenggaraan Sungai Cemangkoh, Sungai Gemencheh, Mukim Gemencheh sebanyak 134 ribu bagi mengurangkan risiko banjir sebagai langkah jangka masa pendek pada tahun 2023 dan 2024. Majlis Daerah Tampin turut dalam tindakan memohon melalui saluran peruntukan Akaun amanah penyelenggaraan jalan MARRIS bagi
menaik taraf sistem perparitan Jalan Gemencheh – Batang Melaka N26 seperti mana cadangan mengenai kajian yang bersesuaian di sesuatu, di sesua, di di situasi semasa di lapangan.
ADUN Jeram Padang, agar masalah gangguan dan kejadian paip pecah di kawasan felda. Masalah bekalan air dan paip pecah adalah disebabkan oleh sistem bekalan air yang lama dan paip yang telah uzur. Penambahbaikan sistem bekalan air dan penggantian paip telah dirancang. Namun, perlaksanaan tersebut dibuat secara berperingkat berdasarkan kemampuan kewangan SAINS dan sumber peruntukan luar seperti FELDA dan Program Bekalan Air Luar Bandar. Buat masa ini terdapat projek penambahbaikan sistem bekalan air di Gugusan Palong yang dilaksanakan oleh FELDA. Pada yang sama juga projek penggantian paip secara berskala kecil dibuat menggunakan peruntukan CAPEX SAINS dan dibuat secara berperingkat berdasarkan kemampuan syarikat.
Isu tangki air, ADUN Lobak. Untuk makluman kawasan lobak menerima air terawat daripada sumber loji rawatan air Sungai Trip yang disalurkan ke Kolam Imbangan Batu 5, berkapasiti 4.0 juta gelen sehari. Pada masa ini, terdapat 23 bilangan tangki servis yang bertindak sebagai tangki simpanan di kawasan Lobak dan kesemuanya aktif dan berfungsi baik. Walau bagaimanapun terdapat kebocoran tangki di Taman Kota Mas yang sedang dalam proses perolehan oleh pihak SAINS. Pada masa ini, pihak SAINS dalam kerjasama pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) sedang melaksanakan kerja pembinaan Kolam Imbangan Batu 5 tambahan, yang ni berkapasiti 6.0 juta gelen bagi meningkatkan kapasiti simpanan ke kawasan Seremban dan Lobak khususnya. Bagi, berikut adalah maklumat tersebut: projek meroboh dan membina semula Tangki Air Imbangan Batu 5 Fasa 3, Sungai Terip dan kerja membaik pulih Makmal Kualiti Air LRA Sungai Linggi – 30 Mac 2022 dan selesai siap pada 13 Julai 2024. Kemajuan semasa adalah 90.69%. Bagi kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan secara berkala dan pembaikan tangki servis di kolam kawasan Lobak akan dilaksanakan ikut keperluan daripada masa ke semasa.
ADUN Sri Tanjung, isu paip usang punca gangguan. Pencapaian NRW Negeri Sembilan secara keseluruhannya adalah 38.8% pada tahun 2023 dan Daerah Port Dickson mencapai 37.8% pada tahun ’23. Mengikut rekod SAINS sehingga kini paip usang berjenis asbestos cement (AC) di Port Dickson adalah sejumlah 334.81 kilometer dan perlu ditukar daripada masa ke semasa mengikut perancang Pelan Bisnes Ke-6 (OP6) tahun 2024 – 2026 yang telah diluluskan oleh pihak SPAN. Kerja penggantian paip agihan terutamanya melibatkan penggantian paip
berjenis AC akan dilaksanakan dan akan turut melibatkan Daerah Port Dickson. Perincian lokasi akan ditentukan bersama oleh pihak PAAB.
Untuk makluman pada masa ini SAINS sedang melaksanakan beberapa projek perlaksanaan Program Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil (NRW) Kebangsaan melalui pendekatan dua di bawah Rancangan Malaysia Ke-2 untuk Negeri Sembilan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah 24.35 juta yang turut melibatkan Daerah Port Dickson. Perincian adalah seperti berikut: penggantian meter pengguna, pemasangan air valve sebanyak 14 bilangan di sekitar Port Dickson bertujuan membuang air valve dalam paip. Yang ketiga: pemasangan pressure reducer valve (PRV) sebanyak 3 bilangan di sekitar kawasan kritikal di Port Dickson di bawah program pengurusan tekanan. Yang keempat: kerja pengesanan kebocoran dan pembaikan kebocoran dilaksanakan secara jabatan dan kontrak panel.
Di samping itu, di bawah panel Pelan Bisnes Ke-6 (OP6) yang berlangsung pada tahun 2024 hingga 2026, pihak SAINS dengan kerjasama PAAB telah melaksanakan projek N047 di cadangan kerja pengurangan air tidak berhasil di Negeri Sembilan yang akan dijalankan secara pakej berikut iaitu pertama: penggantian paip retikulasi dan komunikasi di Negeri Sembilan, dan kedua: pemasangan penggantian flow meter, pressure logger dan kerja-kerja berkaitan di Negeri Sembilan. Kedua-dua pakej melibatkan Daerah Port Dickson di mana bagi pakej pertama akan melibatkan 450 lokasi dan bagi pakej kedua melibatkan penggantian 10 bilangan flow meter serta 35 bilangan pressure logger di tempat yang dikenal pasti.
ADUN Gemas isu dalaman bekalan air di kem Gemas. Bekalan air SAINS sehingga ke bulk meter Kem Askar Gemas adalah mencukupi. Isu sistem perpaipan dalaman Kem Gemas perlu dilihat dan dibaiki. SAINS telah membantu dalam memberikan khidmat nasihat teknikal serta menyarankan pihak kem untuk memohon peruntukan daripada Kementerian Pertahanan bagi menambah baik keseluruhan sistem bekalan air dalam kem tersebut. SAINS juga sentiasa memantau pengoperasian LRA Gemas agar berada dalam keadaan yang baik.
ADUN Labu, SAINS, panjang sikit ya. Persediaan SAINS untuk menghadapi kemarau, masalah kerosakan loji intake Petaseh, lesen individu berkait, perkhidmatan SAINS. Persediaan SAINS untuk menghadapi musim kemarau, SAINS telah mengambil beberapa langkah siap siaga bagi menghadapi musim kemarau iaitu persediaan dengan lori tangki, persediaan tangki statik, permohonan bantuan bekalan air terawat, kajian semula perubahan sistem agihan air terawat dan operasi daerah, pengaktifan kod Emergency Response Plan (ERT) dan juga kita
juga telah melihat bahawa penggunaan air bawah tanah itu juga adalah penting dan kita insya-Allah antara negeri yang pertama akan mendapat peruntukan untuk membuat kajian air bawah tanah di negara kita, insya-Allah. Dan kita doa dalam masa terdekat ini peruntukan tersebut dapat disalurkan. Dan kita tahu kawasan-kawasan mana yang kita boleh dapatkan air bawah tanah yang boleh kita gunakan jika berlaku masalah kekurangan air.
Masalah kerosakan di loji intake Petaseh ya. Keputusan mengenai kelulusan, yang ni dengar ya, keputusan mengenai kelulusan peruntukan 11.0 juta dimaklumkan kepada SAINS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Mac 2022. Nombor rujukan surat adalah SPAN-102(50). Salah satu projek yang diperuntukkan adalah membaik pulih intake Petaseh. Perlantikan kontraktor telah dibuat dengan jumlah tawaran sebanyak 359,500.00 ringgit. Ketika dalam proses perlaksanaan pembaikan, kontraktor telah mengemukakan permohonan kerja tambahan dengan kos sebanyak 1.303 juta bersamaan 339% daripada kos asal. Permohonan di bawah Lembaga Tender SAINS, permohonan dibawa kepada Lembaga Tender SAINS yang memutuskan untuk menamatkan kontrak dan bayaran dibuat bagi kerja yang telah disiapkan sahaja serta kerja tambahan perlu dibuat secara tender terhad dan mempelawa kontraktor panel mekanikal dan electrical science dan syarikat yang pernah menyertai tender ataupun sebut harga yang berkaitan. Setelah proses penamatan kontrak selesai sepenuhnya, maka senarai kontraktor yang berkelayakan diserahkan kepada Lembaga Tender. Setelah dikenal pasti jemputan dibuat kepada kontraktor yang berkelayakan dan melalui proses penilai yang sewajarnya dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Penilaian Tender dan seterusnya kepada Lembaga Tender untuk urusan. Pemakluman untuk tempoh sah penggunaan dana MOF hanya tertakluk kepada penggunaan peruntukan bagi tahun ‘22 sahaja, 2022 sahaja dan hanya diperolehi pa, diperolehi pada Disember 2022.
Bagi menampung krisis air di Seremban dan Port Dickson selain telah menyewa lori swasta untuk menghantar air bersih ke tangki simpanan dalam kos hampir 4.0 juta. Untuk makluman, Januari 2024 berlakunya krisis bekalan air yang menyebabkan gangguan bekalan beberapa kawasan Daerah Seremban dan Port Dickson disebabkan kekurangan bekalan air mentah di LRA Ngoi-Ngoi, Seremban. Setelah mengambil kira beberapa kaedah penyelesaian maka pengurusan memutuskan untuk mendapat khidmat lori tangki untuk membekalkan air daripada penduduk yang terjejas melalui 2 kaedah. Pertama: penghantaran terus kepada pengguna secara fizikal, isi ke dalam tong-tong baldi. Kedua: mengepam air ke dalam tangki sedutan kolam servis ataupun pili hidrat. Kawasan yang mengalami gangguan terlibat bagi pembekalan air adalah
seperti berikut: Nusari Bayu – kaedah satu dan kaedah 2. Nusari Aman – kaedah satu dan kaedah 2. Laman Sendayan – kaedah satu dan kaedah
2. Hijayu – kaedah satu dan kaedah 2. Ara Sendayan – kaedah satu dan kaedah 2. Bukit Sendayan – kaedah satu dan kaedah 2. Taman Sendayan Indah – kaedah satu dan kaedah 2. Kuarters KLIA – kaedah satu. Taman Kelab Tuanku – kaedah satu. Bandar Springhill – kaedah satu dan 2.
Jumlah keseluruhan, untuk makluman, tentang bypass pipe di Jelebu dengan kos 200 ribu tetapi tidak berjaya, pemasangan paip bypass inilah bertujuan bagi mencari punca kepada pengurangan air daripada Empangan Triang. Kaedah ini adalah yang paling cepat, mudah dan murah berbanding melantik penyelam pakar bagi memeriksa paip outlet screen di dalam empangan paip bypass yang, dan juga digunakan bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan check valve tanpa memerlukan penutupan paip air mentah yang akan mengakibatkan gangguan kepada Loji Ngoi-Ngoi serta melibatkan anggaran 100 ribu akaun pengguna.
Lesen individu perkhidmatan SAINS, diluluskan 3 tahun berbanding 5 tahun. Kelulusan lesen individu perkhidmatan operator di bawah kawalan selia Suruhanjaya Perkhidmatan Air (SPAN) adalah berdasarkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan pembekalan air berasaskan syarat lesen dan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI). Secara amnya lesen perkhidmatan yang diluluskan oleh SPAN kepada operator air adalah sebagai tempoh 3 tahun. SPAN memberi perhatian yang serius kepada pencapaian KPI SAINS terutamanya terhadap pematuhan kualiti air terawat. Ketidak, ketidakcekapan parameter kualiti air terawat adalah akibat daripada kejadian banjir luar jangka pada tahun 2021 yang memberi kesan perubahan kualiti air mentah melebihi daripada kadar biasa dan menjejaskan kestabilan bekalan air di beberapa daerah terutamanya di Daerah Jelebu. Tindakan penambahbaikan bagi memastikan pematuhan terhadap kualiti air terawat yang dirancang dan dilaksanakan adalah seperti berikut, pertama: pembinaan Empangan Sabo yang dicadangkan bagi menangani masalah kualiti air mentah di Daerah Jelebu. Kedua: pencucian kolam, imbangan untuk menyingkirkan mendapan kesan daripada kualiti air terawat sewaktu kejadian banjir, dan yang ketiga: penukaran pasir, penapis serta nozzle di tangki penapis yang telah rosak dan dipenuhi dengan lumpur di Loji Rawatan Kuala Klawang.
Dato’ Yang Dipertua, tempoh lesen perkhidmatan operator bekalan air, saya mohon ya, Syarikat Air Negeri Sembilan tempohnya 3 tahun bermula daripada 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026. Ranhill SAJ, Syarikat Air Johor Sendirian Berhad: 3 tahun, 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2026. Syarikat Air Melaka Berhad: 3 tahun 1 – November 2021 sehingga 31 Oktober 2024. Pengurusan Air Selangor
(AIS), 4 tahun, 4 September 2022. Kita tadi 2024, dia 2022, 31 Disember hingga 31 Disember 2026. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang: 4 tahun – 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2026. Lembaga Air Perak: 3 tahun – 1 Mei 2021 hingga 30 April 2024. Syarikat Air Terengganu 1: 4 tahun – 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2026. Syarikat Air Darul Aman Sendirian Berhad (SADA): 5 tahun daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2026. Air Kelantan: 1 tahun – 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024. Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIB): 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2024 – 3 tahun. Syarikat Air Perlis: 3 tahun – 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024. Saya harap ini dapat ya menjawab semua ya.
Okey. Sungai air, Lukut, masalah sumber air di Linggi. Saya saya rasa ya, Lukut telah memberikan makluman bahawa kita kena ya, bersama-sama menjaga, memastikan bahawa kita kena ambil maklum, kena jaga sumber air itu daripada puncanya. Dan saya berharap semua mengambil maklum perkara tersebut.
ADUN Johol, prestasi perkhidmatan air kepada rakyat, infrastruktur tidak ditambah baik sekian lama, kualiti bekalan air tidak boleh, air boleh dipertikai, mohon supaya pelaporan prestasi. Okey. SAINS telah menyenaraikan banyak projek-projek pembangunan air melalui Pelan Bisnes ke-6 (OP6) yang bermula pada tahun 2024 sehingga 2026. Untuk makluman ya, ketika COVID-19 kita tidak mendapat apa-apa peruntukan mungkin disebabkan oleh pergerakan itu, kita tidak dapat kelulusan untuk program selama 3 tahun tersebut. Selepas itu, baru kita bermula dan pada OP3, ke-6 ini kita telah, 2024 – 2026 kita telah mendapat 585.8 juta telah diluluskan bagi melaksanakan projek infrastruktur bekalan air. Laporan prestasi kerja dan prestasi perkhidmatan pemantauan kualiti air, air mentah dan air terawat adalah penting untuk memastikan air terawat dihasilkan adalah selamat untuk kegunaan pengguna. Pada tahun 2023, SAINS mencapai pematuhan 80% terhadap Standard Program Jaminan Mutu Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana terdapat satu ketidakpatuhan terhadap parameter baki aluminium di dalam air terawat.
Dalam memastikan kualiti air mematuhi spesifikasi, SAINS telah membuat perancangan bagi pencucian kolam imbangan serta tangki perkhidmatan. Hasil ujian ketebalan sludge yang di, berlaku ke atas 333 buah tangki air sejumlah 6 buah tangki air di Daerah Seremban, Tampin, Jelebu telah dicuci pada tahun 2023. Perkhidmatan bekalan air yang berterusan tanpa gangguan menunjukkan kecekapan pengagihan sumber serta pengurusan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. Pembaikan dan pemuliharaan kerosakan dan kebocoran paip
sistem agihan dalam tempoh pembaikan yang ditetapkan telah mencapai 92%.
Laporan prestasi kewangan bagi, kewangan SAINS, laporan kewangan SAINS bagi tahun 31 Disember 2023 masih lagi dalam proses audit oleh pihak ketiga. Untuk makluman, bagi tahun kewangan 31 Disember 2022, SAINS telah merekodkan keuntungan sebanyak 4.37 juta ringgit. Pecahan peruntukan projek infrastruktur mengikut kategori: pembinaan agihan baru kolam imbangan dan kolam simpanan peruntukan 553.53 juta, peruntukan NRW sebanyak 31.5 juta, Loji Rawatan Air Kampung Barisan peruntukan 35.0 juta, pembaikan ataupun berbaik pulih dan menaik taraf LRA peruntukan 60.0 juta, sistem agihan baru kolam imbangan dan kolam simpanan – 195.0 juta, pengagihan pemulihan dan pengalihan paip – 79.0 juta, program NRW 24.4 juta dan kontijensi sebanyak – 12.0 juta.
Projek Membina LRA Ngoi Ngoi Fasa 2. Pakej satu Pembinaan LRA Ngoi-Ngoi Fasa 2, sejumlah 150 juta liter per hari. Jadual kemajuan 75.3, sebenarnya 67.95 per, kelewatan 7.4 disebabkan ada batu-batu ya. Pakej kedua menaik taraf pam air mentah, skrin sampah serta kerja-kerja pembaikan di kawasan muka sauk Petaseh telah di award ke syarikat Adasa Sendirian Berhad tarikh pembinaan 1 April 2024, kemajuan projek – 0.01%, sebenar 0.03%, ke hadapan 0.02%. Cadangan memasang paip air jenis keluli lembut dengan sistem paip bergaris pusat nominal 1,400 meter dari Loji Ngoi-Ngoi 2 ke Kolam Takungan Air Mendom sedia ada dan sistem paip bergarisan pusat 700mm dari pusat rawatan Loji Rawatan Air Terip ke Kolam Takungan Air Batu 5 sedia, sedia ada serta kerja-kerja pembaikan telah ditender pada 18 Mac 2024, dalam proses penilaian tender oleh PAAB. Pakej 4: Tangki Mendom 2 akan ditender pada Mei 2024. Dan Pakej 5: Sanitasi Landfill Sludge Treatment Facility dijangka tender pada Julai 2024. Projek major PAAB sedang berjalan meroboh dan membina semula tangki air imbangan batu 5 Fasa 3 Sungai Terip dan kerja-kerja menambah baik makmal kualiti air LRA Sungai Linggi, Negeri Sembilan Darul Khusus, EOT sehingga 13 Julai 2024. Tarikh milikan tapak – 20 Mac 2022. Kerja, jadual 90.68, sebenar 90.69. Cadangan pembinaan satu tangki konkrit tetulang berkapasiti 990 ribu gelen dan kerja-kerja berkaitan atas slot 2362 – 2363 di Pekan Batu Kikir, Mukim Kuala Jempol pemilikan tapak 9 November 2023 siap – 8 Mei 2025, jadual – 27.52, sebenar – 22.71. Cadangan menjalankan kerja pembaikan pagar, cerucuk dan kerja berkaitan di pintu sungai Loji Air Sungai Linggi, Mukim Rantau, pemilikan tapak – 29 Februari 2024, siap – 28 Februari 2025. Jadual – 4.6%, sebenarnya – 22.16%, ke hadapan – 17%.
Dato’ Yang Dipertua, itu saja jawapan yang ada di hadapan saya. Jika ada, tiada jawapan yang masih tidak dapat saya jawab, saya mohon supaya pihak ADUN dapat memberikan nota kepada saya untuk saya jawab sebagai jawapan bertulis. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli yang berhormat sekalian, usul menjunjung kasih, titah ucapan DiRaja telah pun dicadang, disokong, dibahas dan telah pun dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara.
[Keputusan undian: semua 28 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Nilai, ADUN Seremban Jaya, ADUN Seri Menanti, ADUN Chuah dan ADUN Paroi tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan].
Rang Undang-UndangBill
5.1 Rang Undang-Undang Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (Pindaan) 2024.
Perkara kelima, Rang Undang-Undang yang pertama. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Bacaan kali pertama]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 dibacakan. Sebelum saya mencadangkan pindaan tersebut, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan pindaan yang dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dibaca bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan sebarang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, saya mohon untuk menerangan, penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan yang mulia, rang undang-undang ini bakal dibentangkan pada hari ini adalah berhubung dengan Cadangan Pindaan Enakmen Kawalan Dan Perlesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996. Enakmen ini merupakan enakmen pertama berkaitan perlesenan unggas di Malaysia dan perlaksanaannya tidak teragam, tidak seragam dengan peruntukan enakmen negeri-negeri lain yang telah, yang lebih bersesuaian dan keperluan industri unggas masa kini. Oleh yang demikian, beberapa penambahbaikan telah dibuat daripada segi penggunaan terma dan definisi yang lebih relevan dan jelas agar mudah difahami oleh pemain industri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan pindaan ini turut bertujuan untuk mengenal, me, mengemaskinikan dan penambahbaikan peruntukan-peruntukan sedia ada Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996. Dalam mengukuhkan peruntukan-peruntukan sedia ada, ada 2 peruntukan baru dicadangkan dimasukkan dalam Rang Undang-Undang Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (Pindaan) 2024 iaitu bagi Seksyen baru 5A yang memperuntukkan kuasa pegawai pelesen boleh mengeluarkan arahan kepada pemegang lesen dan Seksyen baru 18A Dipertua, untuk mengadakan peruntukan mengenai kesalahan penyalahgunaan ubat bahan biologik veterinar, vaksin, racun dan bahan terlarang yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan awam. Oleh itu dengan penambahbaikan seksyen baru ini, perlaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan dalam enakmen akan lebih kukuh dan mantap.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan yang mulia, antara implikasi pindaan enakmen tersebut adalah berikut: pertama: isi kandungan enakmen lebih jelas dan mudah difahami. Kedua: tadbir urus dan penyeliaan enakmen menjadi lebih efisien. Ketiga: penguatkuasa enakmen dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dan berkesan.
Dan yang keempat: syarat enakmen dapat diseragamkan di antara negeri-negeri seterusnya memudahkan pihak industri untuk memohon lesen.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan rang undang-undang sekarang dibacakan bagi kali kedua.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi menyokong cadangan tersebut. Terima kasih.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu seterusnya saya buka untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. [tiada perbahasan]
Jadi seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk memberikan maklum balas. Tak ada ya. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk menggulung perbahasan. Tak ada jugalah, tak ada. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan rang undang-undang ini dibacakan kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini dibacakan kali kedua, bagi kali yang kedua.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Nilai, ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya rang, Dewan bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika ada, jika tiada, Fasal 1 dan Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal ke-3.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 4 hingga Fasal 7.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiad,a Fasal 4 hingga Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 8 hingga Fasal 10.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tidak, jika tiada, Fasal 8 hingga Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 11 hingga Fasal 14.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 11 hingga Fasal 14 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 15 dan Fasal 16.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 15 dan Fasal 16 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 17 hingga Fasal 23.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 17 hingga Fasal 23 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan sidang semula.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Dan Perlesenan Perternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas (Pindaan) 2024 telah ditimbang sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Bacaan kali ketiga]
ENAKMEN KAWALAN DAN PELESENAN PENTERNAKAN UNGGAS DAN AKTIVITI BERKAITAN PENTERNAKAN UNGGAS (PINDAAN) 2024. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
5.2 Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (Pindaan) 2024.
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Kedua. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Bacaan kali pertama]
Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya undang-undang bernama suatu enakmen untuk memindah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan1969 dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang pertama.
Satu rang undang-undang bernama Suatu Enakmen untuk Meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Untuk makluman Yang Berhormat Yang Dipertua dan ahli-ahli mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang mulia, rang undang-undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah berhubung dengan cadangan pindaan pindaan Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969. Sejak penubuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan pada tahun 22 Mac 1969, tadbir urus Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan adalah berasaskan Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri 1969. Enakmen ini sentiasa menjadi rujukan terutama perkara-perkara yang melibatkan hal-hal perundangan. Antara perkara yang penting yang termaktub dalam enakmen ini adalah berkaitan dengan keahlian Lembaga Pengarah, peranan PKNNS sehinggalah kepada jenis perniagaan yang dibenarkan.
Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah melalui beberapa proses pindaan namun hanya melibatkan seksyen-seksyen tertentu sahaja. Pada tahun 1971, pindaan hanya melibatkan Seksyen 6, Seksyen 13 dan Seksyen 14. Begitu juga pada tahun 1972, pindaan telah dilaksanakan melibatkan Seksyen 4, Seksyen 11 dan Seksyen 17A. Manakala bagi tahun 1974, seksyen yang terlibat untuk pindaan adalah Seksyen 5 dan Seksyen 9 serta Seksyen 15. Pindaan juga dilakukan pada tahun 1979 iaitu ke atas Seksyen 6, Seksyen 15 dan Seksyen 16. Sehinggalah pindaan yang terakhir pada tahun 1982 yang melibatkan Seksyen 7, Seksyen 8 dan Seksyen 11. Sehingga kini iaitu hampir 42 tahun sejak 1982, Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan tidak menjalani sebarang proses pindaan walhal enakmen tersebut sentiasa menjadi sumber rujukan PKNNS dan juga pihak luar yang diberi mandat serta mempunyai kepentingan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pada masa ini dilihat terdapat keperluan untuk meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969. Justeru, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pada 6 Mac 2024 melalui Kertas Mesyuarat nombor 866/2024 telah menimbangkan ketetapan dasar untuk meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969. Pandangan dan nasihat Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri juga dimohon bagi mengesahkan dan memperhalusi pindaan terhadap Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan.
Pindaan ini adalah perlu bagi memastikan agar Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969 sentiasa kekal relevan dan dikemaskini sesuai dengan keperluan masa kini dan memastikan agar tadbir urus Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan dapat dilaksanakan dengan teratur dan cekap. Butiran pindaan yang dimaksudkan adalah yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan bertarikh 6 Mac 2024
yang telah diedar kepada semua ahli Dewan. Selepas pindaan yang dinyatakan diluluskan, pindaan yang berkaitan akan diangkat untuk perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Yang Berhormat Dato’ Yang saya mencadangkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Segala yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu saya seterusnya buka untuk perbahasan pada dasarnya saja. [tiada perbahasan]
Jika tidak, sekarang, ahli-ahli Yang Berhormat perbahasan rang undang-undang ni telah diberi maklum balas, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.
[Keputusan undian: semua 29 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Nilai, ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu rang undang-undang bernama Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan 1969.
Dato’, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya rang, supaya Dewan bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara jawatankuasa. [Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan] [Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 3 hingga Fasal 7.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, adalah, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 hingga Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 8 hingga Fasal 11.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 8 hingga Fasal 11 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 12 hingga Fasal 15.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 12 hingga Fasal 15 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 16 hingga Fasal 19.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 16 hingga Fasal 19 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 20 hingga Fasal 22.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 20 hingga Fasal 22 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya memohon mencadangkan supaya undang-undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat bersetuju sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Negeri Sembilan (Pindaan) 2024 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini akan dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: semua 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. ADUN Chembong, ADUN Temiang, ADUN Jeram Padang dan ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Bacaan kali ketiga]
“ENAKMEN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN (PINDAAN) 2024. Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.
Penangguhan PersidanganAdjournment
Perkara ketujuh, Penangguhan Persidangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan pada kali ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu, saya ada menerima permohonan daripada Yang Berhormat ADUN Chembong untuk melafazkan Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat dibenar, ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya sentiasa menghormati pandangan, cadangan rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Dengan itu saya menarik diri, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya tangguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-
ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini.
Saya juga menetapkan agar semua Pertanyaan Lisan (Hari Kelima) bertarikh 10 Mei 2024 diberikan jawapan secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Persidangan Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 2.20 petang]