Negeri Sembilan · 5 August 2024
15th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · 231 turns · 19,731 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
[Mesyuarat dimulakan pada jam 10.08 pagi]
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, para hadirin dijemput duduk. Okey.
Membaca Doa
Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.
[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Kedua Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.
Hadirin sekalian, sebagaimana maklum, antara agenda utama persidangan kita pada kali ini adalah untuk membahaskan
pembentangan Rang Undang-Undang Belanjawan Tambahan, Belanjawan Tambahan Negeri Sembilan Tahun 2024 dan, yang akan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa sebagai, sebelumnya, pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Pejabat Negeri Sembilan akan membuka kaunter aduan di Aras G, Bangunan Dewan Undangan Negeri pada persidangan kali ini. Ini bagi membolehkan Yang Berhormat ADUN menyalurkan isu-isu capaian serta rangkaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN masing-masing. Saya berharap semua ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian untuk membangkitkan isu-isu capaian kemudahan jalur lebar di kawasan DUN ahli Yang Berhormat sekalian.
Saya seterusnya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini akan ketidakhadiran Yang Berhormat Tuan Muhammad Hanifah bin Abu Baker; Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Labu. Tidak hadir pada persidangan ini kerana masih menerima rawatan di Hospital Columbia, Columbia Asia Seremban.
Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan.
Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.
Mengesahkan Peringatan Mesyuarat
Perkara ketiga, Mengesahkan Peringatan Mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 6 Mei hingga 9 Mei 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Pertama iaitu (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 6 haribulan hingga 9 haribulan Mei 2024 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu, ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada,
diharap seorang ahli mencadang dan seorang ahli yang menyokong supaya disahkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon untuk mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan tan, dengan tanpa pindaan.
[Keputusan undian: semua 35 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]
Membentangkan Kertas Dewan
Perkara keempat, Membentangkan Kertas Dewan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin membentangkan Kertas Dewan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, iaitu Kertas Dewan Bilangan 3/2024 – Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Tahun 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Kertas Dewan Bilangan 3 Tahun 2024 adalah dibentangkan.
Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan
Perkara kelima, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tiada Laporan dan Penyata Kewangan untuk dibentangkan di persidangan kali ini.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Pertama)Questions
Perkara keenam, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan lisan (Hari Pertama).
Saya menjemput ahli Berhormat Rantau.
Yang Berhormat Dato’ Speaker soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan Rantau bertajuk “Pelaksanaan Penjajaran Semula Subsidi Kerajaan Di Peringkat Negeri”. Kerajaan Negeri menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan penjajaran semula subsidi. Justeru di peringkat Kerajaan Negeri, pelbagai inisiatif belanjawan telah dilaksanakan dan sebagai, sebahagiannya akan diteruskan pada belanjawan tahun 2025 terutama inisiatif yang memberikan impak langsung dalam membantu golongan rentan menghadapi kenaikan kos sara hidup yang sangat getir pada ketika ini.
Antara contoh inisiatif Belanjawan 2024 adalah Nismilan Prihatin iaitu program jualan ladang dan bahan-bahan keperluan harian seperti ikan, minyak, telur, sayur sayuran pada harga potongan sehingga 30% daripada harga pasaran dan diadakan secara mingguan di setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri secara giliran. Inisiatif ini telah di, dimulakan semenjak tahun 2022 dengan peruntukan sehingga RM5 juta setiap tahun.
Selain itu, pelbagai bantuan tunai dengan peruntukan berjumlah RM29.75 juta di bawah Inisiatif Belanjawan 2024 melalui Skim Sejahtera Rakyat turut disediakan untuk pelbagai golongan seperti ibu tunggal, belia, warga emas, siswa dan siswazah serta pelajar. Tidak dilupakan, sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri, setiap kelahiran bayi yang layak juga diberikan 100.00 ringgit sebagai modal pelaburan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
Walaupun Kerajaan Negeri tidak mampu melaksanakan subsidi secara langsung kepada rakyat dalam skala yang besar, namun pelbagai inisiatif
terus disediakan dalam belanjawan tahunan bagi memastikan beban yang digalas oleh golongan rentan dapat dikurangkan dengan inisiatif-inisiatif tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Mohon soalan tambahan Dato’ Dipertua. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri boleh menambah usaha ataupun inisiatif untuk membantu memberikan penerangan dan jugak menjadi sebagai ejen untuk kita memudahkan mereka-mereka yang kadang-kadang tidak faham tentang untuk mendapatkan apa yang dipanggil sebagai premium card dan yang lain-lain. Kerana balik kadang-kadang di kawasan banyak kedengaran bahawa mereka-mereka ni tidak termasuk di dalam daftar yang layak mendapat kerana agaknya boleh jadi tidak berada di dalam radar Kementerian Kewangan. Kalau boleh, saya nak bertanya Kerajaan Negeri wujudkan satu unit di setiap satu Dewan Undangan Negeri untuk membantu. Umpamanya ramai belia-belia yang duduk di luar bandar, di felda-felda, mereka menggunakan Hilux tetapi mereka tak masuk di dalam daftar yang mendapat premium card ini Dato’ Dipertua. Boleh tak kalau Kerajaan Negeri membantu, umpamanya untuk kita menjadi sebagai pusat mereka ini memberi penerangan dan mendaftar. Dan kita ambil, kumpulkan maklumat ini dan kita hantar kepada Kementerian Kewangan. Kerana ramai dan banyak jugak sektor yang tidak termasuk di dalam bantuan penjajaran skim subsidi ini kerana terlepas pandang ataupun tidak di da, berada dalam daftar ataupun radar Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya berasakan soalan tersebut merupakan soalan yang baik dan untuk kita ambil tindakan segera. Apa yang berlaku di NS FEST tempoh hari, saya sempat ke satu booth iaitu booth PADU ya, di mana di situ saya lihat bahawa ada program yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rantau tadi, bahawa terdapat bagaimana untuk kita mendapatkan peluang ataupun kita mendapatkan subsidi yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Dan kita rasa kita boleh kembangkan kepada Kerajaan Negeri. Dan saya berharap selepas ini pihak di bawah kerajaan, di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri boleh mengadakan program turun padang untuk memastikan program-program bersasar ini dapat kita laksanakan. Dan saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Rantau dan saya yakin bahawa ini dapat dilaksanakan segera bagi membantu golongan-golongan yang tidak berpengetahuan ataupun mereka tidak dapat peluang untuk dapat bersama dengan, mengetahui apakah subsidi ataupun bantuan-bantuan yang boleh diperolehi oleh mereka. Dan saya harap bahawa ini dapat dilaksanakan. Dan kita boleh turun sebagai satu team untuk memastikan bahawa mereka mendapat maklumat yang tepat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput Yang Berhormat Klawang.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan Klawang mengenai Inovatif Kutipan Cukai. Kutipan Cukai Tanah secara penda, pendahuluan merupakan salah satu perancangan oleh Kerajaan Negeri sebagai mekanisme untuk kutipan hasil. Kita sedia maklum kadang-kadang ada cukai yang seringgit, ada cukai di bawah 10.00 ringgit, mereka terpaksa hadir untuk mereka membayar cukai. Dan alhamdulillah kita, hari ini juga telah memperkenalkan N9PAY. Namun kalau seringgit kos dia lagi mahal, ya, jadi dengan itu ya kita yakin Kerajaan Negeri mendahulukan pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah (PCT) bagi menggantikan jadual kadar cukai tanah N.S.P.U. 7/2005 yang tidak pernah dibuat semakan menyeluruh hampir 20 tahun sejak tahun 2006. PCT ini akan mula berkuatkuasa 1 Januari 2025 dengan jadual kadar cukai tanah yang baru. Selepas PCT selesai dilaksanakan, pelaksanaan kutipan cukai tanah secara pendahuluan boleh diperbuat tertakluk kepada kelulusan dasar Kerajaan Negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kemudahan untuk membayar tunggakan cukai secara 6 kali ansuran bagi memberikan kemudahan kepada pembayar cukai di di negeri ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput ADUN Klawang, Chembong.
[percakapan secara off mic]
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Chembong di atas soalan yang bertanyakan tentang pencapai pendidikan di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, untuk untuk menjawab soalan ni saya, Yang Berhormat Chembong merujuk kepada keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang telah diumumkan pada 27 hari bulan Mei 2024 yang lalu. Untuk makluman semua, keputusan dan prestasi pencapaian SPM adalah diukur dengan pencapaian gred purata negeri ataupun disebut GPN eh.
SPM 2023 telah mencatatkan pencapaian Gred Purata Negeri 4.33 mata berbanding SPM 2022 – 4.50 mata. Oleh yang demikian ini menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 0.17 mata. Untuk makluman ahli Dewan, GPN yang semakin kecil adalah semakin
bertambah baik. Di masa yang sama, pencapaian GPN 4.33 mata juga adalah melepasi Gred Purata Kebangsaan iaitu empat 4.60 mata. Melepasi Gred Purata Kebangsaan menunjukkan prestasi pencapaian SPM di Negeri Sembilan adalah lebih baik berbanding pencapaian SPM peringkat kebangsaan sendiri. Oleh itu, tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik di Negeri Sembilan yang telah bekerja kuat untuk terus bekerja, memacu kecemerlangan pendidikan di Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat ADUN Senaling sebentar tadi, saya jugak nak ambil kesempatan nak ucapkan penghargaan tahniah kepada semua warga pendidik di Negeri Sembilan, Dato’ Dipertua. Namun, soalan saya adalah di sebalik ramai yang cemerlang dalam bidang pendidikan, pendidikan Negeri Sembilan ni cemerlang sejak dulu lagi Tuan Yang Dipertua, dulu lagi, 10, 7-8 tahun, 10 tahun dulu. Di sebalik ramai yang cemerlang dalam pencapaian pendidikan ni Dato’ Dipertua, ada jugak yang kurang cemerlang ataupun yang tidak begitu baik. Jadi apakah usaha, tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan-golongan pelajar yang mungkin kurang cemerlang ni Dato’ Yang Dipertua? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chembong di atas soalan tambahan. Memang benar ya, pencapaian di Negeri Sembilan memang meningkat dari setahun ke setahun. Dan pada tahun ini, setakat ini, inilah yang tertinggi. Mungkin tahun depan akan ada meningkat lagi, insya-Allah. Jadi memang kita tahu kalau saya nak sebutkan sikit tentang yang cemerlang ya, Yang Berhormat tanya yang cemerlang ya. Daripada 14,158 calon yang menduduki SPM, seramai 631 orang calon, di Negeri Sembilan ni, yang memperolehi keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-), ramai juga Dato’ Yang Dipertua. Ini juga merupakan satu peningkatan ya, di mana pada tahun lepas, 2022 kita ada 533. Ini cemerlang yang A+ ni ya, A+, A dan A-, dengan izin ya. Jadi pada tahun ni 631. Memang ada peningkatan sebanyak 0.14% lah daripada, jadi yang kepada yang tidak cemerlang memang kita tahulah kita pun faham bahawa bukan semua pelajar kita yang mendapat gred terbaik, bukan semua yang cemerlang, ada juga yang kurang cemerlang. Tapi yang pentingnya mereka luluslah, kita Negeri Sembilan yang lulus ya, saya bagi tahu lulus. Yang lulus tahun ni paling baik iaitu 93.90%. Yang lulus sijil ya, termasuk yang cemerlang dan tidak cemerlang lah. Berbanding dengan 92.03% pada tahun 2022 yang lalu.
Untuk yang tidak cemerlang Dato’ Dipertua, ini bukanlah satu pengakhiran kepada, kepada usaha mereka untuk mendapat pendidikan
ya. Kita, sekarang ni sepertimana yang kita semua maklum, kita di Negeri Sembilan kita sedang berusaha ke arah mempromosikan TVET (Technical Vocational Engineering) ya, iaitu Kerajaan Negeri dah menubuhkan Majlis Perundingan TVET yang dipengerusikan oleh YAB daripada Sikamat sendiri dan kita jugak mempunyai Jawatankuasa Eksekutif TVET yang yang diamanahkan kepada Exco Pendidikan untuk menjadi pengerusinya. Dan kita memang sedang berusaha, sedang mempromosikan soal TVET ini di sekolah-sekolah supaya mereka faham, walaupun sebahagian daripada anak-anak kita ni tidak cemerlang dalam bidang akademik tetapi ini tidak menutup peluang mereka untuk meneruskan pendidikan untuk mendapat kemahiran dalam pelbagai institusi kemahiran yang ada dalam negara dan jugak dalam Negeri Sembilan sendiri.
Jadi itu usaha kita dan memang ini telah pun kita uar-uarkan, kita promosikan di semua peringkat. Dan kita sedang berkolaborasi ya, dengan, sebab peruntukan TVET ni Dato’ Dipertua, dia turun melalui Kementerian, semua kementerian, saya rasa ada 11 kementerian yang mempunyai, diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia untuk tujuan TVET ini. Dia tak turun kepada Kerajaan Negeri semata-mata. Dia tak turun pun Kerajaan Negeri. Dia turun kepada semua kementerian. Oleh itu jawatankuasa di peringkat negeri terpaksa berkolaborasi dengan kementerian-kementerian ini yang mempunyai belanjawan TVET ini, yang diberikan oleh kerajaan belanjawan untuk tujuan TVET ni supaya kita dapat mengadakan pelbagai promosi di peringkat Negeri Sembilan sekaligus memberi peluang kepada anak-anak kita yang dikatakan kurang cemerlang, tak dapat masuk ke institusi, institut pengajian tinggi, university ni, dalam bidang akademik tapi mereka boleh meneruskan pengajian mereka dalam bidang kemahiran Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Seremban Jaya.
Dato’ Speaker, saya mengemukakan soalan nombor 3.
Terima kasih ucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua dan kepada Seremban Jaya atas soalan berkenaan dengan perancangan sedia ada dan pelan masa depan yang telah disediakan bagi membangunkan sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Dan juga bagaimana lawatan ke sesebuah destinasi boleh digunakan untuk menambah baik sektor pelancongan di negeri kita.
Untuk makluman, Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021 sehingga 2025 iaitu RPNS telah menetapkan hala tuju pelancongan Negeri Sembilan dengan nisbah 60% pantai, 30% ekopelancongan dan 10% warisan. Perancangan hala tuju sektor ini juga akan diselaraskan untuk Pembangunan Sektor Pelancongan bagi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Selain itu, Bengkel Jawatankuasa Kerja Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 telah dianjurkan pada 13 sehingga 14 Jun 2024. Manakala perbincangan dan perancangan untuk RMK13 juga sedang giat diadakan dengan mengambil kira semua pandangan dan cadangan daripada semua pihak terutamanya daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun.
Sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong, adalah penting bagi Kerajaan Negeri memperkasakan produk-produk tumpuan pelancong dengan cadangan pelaksanaan seperti berikut:
i) Yang pertamanya adalah kita harus mewujudkan tourist centre di mana setiap tempat pelancongan harus diperkasakan. Di mana pelancong apabila sampai ke tempat tersebut disambut baik dengan satu tourist center. Itu kita akan cuba dapatkan bantuan daripada MOTAC kerana ini akan mengambil belanja yang banyak. Jikalau kita bergantung kepada pihak swasta untuk membuat demikian mungkin kita akan ada satu masalah tentang garis masa menghadapi Tahun Melawat Negeri Sembilan. Dan kemudahan seperti kemudahan tandas yang bersih mesra pengguna, surau atau gerai menjual cenderahati dan kraftangan mesti diadakan. Penyediaan kemudahan yang baik dan lengkap ini akan memberi first impression yang baik kepada pelancong-pelancong seterusnya hebahan promosi dari mulut ke mulut dan media sosial daripada pelancong yang datang.
ii) Keduanya adalah membangunkan ekosistem pelancongan di persekitaran produk pelancongan. Sebagai contoh, Homestay Hanya D’Pasoh di daerah Jelebu mempunyai tarikan pakej pelancongan yang unik dan menarik. Antara yang ditawarkan adalah pakej penginapan di rumah-rumah pengusaha homestay yang terdapat di Felda Pasoh 1 dan Pasoh 4 di samping aktiviti-aktiviti menarik seperti demontrasi makanan; persembahan kebudayaan; lawatan dan jualan produk IKS seperti produk makanan tempatan dan madu; dan memancing di kolam;
Selain itu, tawaran aktiviti di persekitaran adalah: eksplorasi Gua Pelangi, Gua Tirai dan Gua Kelawar; mendaki; berkhemah; dan lawatan ke Orang Asli Ulu Lakai. Kami difahamkan oleh pakar-
pakar, geo, geotrail bahawa ini adalah satu tempat yang telah menetapi syarat-syarat untuk diadakan satu geotourism. Di mana faktor-faktor seperti ada perkampungan Orang Asli, ada komuniti setempat, ada tempat penginapan dan yang saya beritahu tadi, ada pengalaman kepada pengunjung-pengunjung. Dan ini kami akan usaha supaya kita wujudkan satu geotrail. Selepas itu kami akan cuba memohon untuk satu geotrack UNESCO di mana kerana Gua Pelangi telah masuk ke, Eksplorasi Gua Pelangi sudah masuk ke fasa ketiga dan di mana, fasa ke empat mungkin kita akan dapat menjumpai bukti-bukti bahawa ada Jelebu Man atau Negeri Sembilan Man yang berusia 14,000 tahun.
Kewujudan ekosistem atau tawaran pakej pelancongan yang lengkap ini dilihat mampu meyakinkan agensi berkaitan pelancongan seperti MATTA, MICA, MITA, pengamal media dan pempengaruh media sosial untuk menyertai lawatan FAM Trip ke Negeri Sembilan. Seterusnya mereka dapat merasai sendiri pengalaman unik ketika berada di sesebuah produk pelancongan dan secara tidak langsung akan membantu mempromosikan destinasi pelancongan Negeri Sembilan kepada pelancong.
Ini juga di mana kita selalu menekankan bahawa local host adalah sangat penting. Komuniti setempat mereka yang bantu membangunkan produk pelancongan tersebut. Mereka yang cuba usaha untuk cari pengisian untuk produk mereka. Dan kami amat menggalakkan dan mengalu-alukan. Dan juga di, mereka juga digalakkan untuk menggunakan Geran SejaTi untuk mungkin dapatkan bagi digunakan mengelingi, mengelilingi geotrail tersebut dan kita boleh, mereka akan kenal pasti rumah-rumah yang boleh membuat biskut atau produk-produk IKS yang menjadi salah satu pengisian kepada geotrail tersebut.
iii) Penghasilan sesuatu pakej pelancongan perlu mengambil kira golongan sasaran dan hala tuju agar ianya relevan dan sesuai untuk dipasarkan. Misalnya, pakej yang mensasarkan kepada pesara dan suri rumah untuk pakej lawatan ke perusahaan IKS di sesebuah destinasi. Di sana mereka akan didedahkan dengan cara pembuatan produk-produk IKS tempatan dan selanjutnya boleh membeli belah produk-produk tersebut. Aktiviti ini akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dan persekitarannya juga. Program NS Fest juga antara program yang boleh dijadikan seba, sebahagian pakej lawatan bagi golongan tersebut. Pembangunan pakej pelancongan mengikut golongan sasaran serta tahap kesediaan sesebuah produk pelancongan akan
membolehkan penganjuran acara atau aktiviti pelancongan dijalankan di lokasi tersebut. Selanjutnya ianya boleh dipromosikan menggunakan pelbagai medium mengikut segmen dan sasaran pelancong.
Lawatan ke sesebuah destinasi sama ada dalam atau luar negara adalah sebagai penanda arus, aras, penanda aras atau benchmark dengan izin, bagi mempelajari pengurusan dan pembangunan industri pelancongan di destinasi berkenaan dan seterusnya boleh dilaksanakan di negeri sini, di Negeri Sembilan. Program lawatan ini juga akan membolehkan para peserta merasai sendiri pengalaman dan keunikan di sesebuah produk pelancongan yang dikunjungi seterusnya mereka dapat mempromosikan produk-produk dan tempat menarik di Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu, LPNS akan meneruskan siri lawatan ke produk-produk pelancongan menarik di daerah dengan penglibatan bersama pihak daerah, MOTAC dan Tourism Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Speaker, memang saya terima kasih Exco, jawapan yang panjang dan lebar, bagus. Ssaya pun mahu beritahu dalam Dewan yang mulia ini, Yam Tuan kita Negeri Sembilan memang mereka interest pelancong, pelancongan ada beritahu macam mana kita, apakah kaedah yang telah diguna pakai untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan. Kita pergi luar negara, banyak barang kita boleh dapat beli, tapi negeri kita macam mana 2026, kira satu pelancongan yang satu Malaysia punya, negeri ada apa rancangan Exco Pelancongan, apa ada rancangan lagi benda-benda dibuatkan di di di Negeri Sembilan? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan. Berkenaan dengan produk-produk, memang yang menjadi cadangan kami kepada semua pengusaha untuk menerapkan 9 identiti Negeri Sembilan seperti Adat Pepatih, bunga lado, dam harimau, tarian piring lambung, know, untuk diterapkan. Semalam saja saya sedang minum kopi di Apacaba dan saya memberi pandangan kepada mereka supaya menerapkan ciri-ciri identiti Negeri Sembilan dalam design mereka, dalam souvenir atau cenderahati mereka. Saya, kami akan cuba untuk mengumpulkan pengusaha-pengusaha supaya kita dapat menyantuni mereka dan memberi maklumat berkenaan identiti ini supaya diterapkan dalam produk di mana mereka setiap kali pelancong mengunjungi Negeri Sembilan, mereka harus menyaksikan persembahan piring lambung sebelum mereka balik. Atau mereka harus beli sesuatu cenderahati yang ada ciri-ciri Adat Pepatih, bumbung panjang, bunga lado, baju kebaya setengah tiang atau permainan
tradisional dam harimau. So ini adalah usaha yang sedang dijalankan. Terima kasih.
Dato’ Dipertua, saya sikit soalan tambahan kepada ni, Exco. Berkaitan dengan, saya tertarik dengan maklumat yang disampaikan tadi iaitu 30% daripada peruntukan itu ialah untuk ekopelancongan ya. Saya nak mencadangkan kepada pihak Exco ya, kepada, apa ni Bukit Kepayang ya. Apa yang saya lihat kita Negeri Sembilan ini, saya tengok tadi Exco bercakap soal identiti Negeri Sembilan itu ya, Pepatih dan sebagainya. Tapi sebenarnya kita harus ingat, kita di Negeri Sembilan ini kita banyak tempat-tempat yang menarik dari segi ekopelancongan.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Palong; Exco Belia kerana beliau secara tidak langsung membuat satu program iaitu Seven Wonders yang meliputi kawasan-kawasan yang cukup menarik. Walaupun kawasan saya tidak tak masuk ya dalam apa yang dibuat oleh Exco Belia, tetapi sebenarnya ada kawasan-kawasan yang menarik di kawasan saya. Dan saya ucap terima kasih jugak Exco Belia walaupun tak masuk, dia bagi juga peruntukan untuk program-program.
Isunya saya amat berharap kepada pihak Jabatan pelancong, ni Exco kan, saya melihat bila bercakap soal ekopelancongan ini dia banyak agensi yang terlibat ya. Contohnya kalau di Gua Batu Maloi di kawasan saya kan. Saya bercakap dengan soal bagaimana nak memajukan itu. Saya harap pihak ini, pihak Kerajaan Negeri mempermudahkan sebabnya kalau lihat satu kawasan ekopelancongan, sungainya melibatkan Jabatan JPS (Jabatan Pengairan Saliran), kawasan itu ialah kawasan Jabatan Perhutanan tetapi dari segi aktivitinya Lembaga Penggalakan Pelancongan ataupun Jabatan Belia. Jadi saya melihat benda ini perlu kita selaraskan supaya banyak tempat-tempat yang menarik di Negeri Sembilan ini dapat kita ketengahkan dan jugak kita dapat menarik orang-orang luar dari segi kalau kita bercakap soal adat ini memang inilah warisan kita. Kita tak nafikan. Tetapi dari segi nak mempromosi kawasan kita yang banyak tempat-tempat yang hebat, saya rasa pihak Exco perlu memandang ataupun melihat secara, perkara ini secara serius. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dipertua ya.
Terima kasih atas pandangan dan soalan tambahan daripada Johol. Memang pada sesi, sidang yang lalu, saya ada sebut tentang tempat-tempat pelancongan yang amat menarik di Johol termasuk stesen minyak 100 tahun, Payo Campsite, Gua Batu Maloi. Dan setiap kali kami pergi misi jualan, saya akan sebut bahawa Gua Batu Maloi adalah gua batu granit yang paling panjang di Malaysia iaitu 2.4
kilometer. Dan untuk pengetahuan Johol, sekarang Majlis Daerah Kuala Pilah telah mewujudkan satu pakej pelancongan yang melibatkan tempat-tempat yang disebutkan tadi dan dengan kerjasama semua pihak Perhutanan dan JPS. Jikalau, saya bagi contoh di Kenaboi, Sungai Kenaboi dulu ada aktiviti yang cukup menarik iaitu white water rafting dengan izin, tapi difahamkan sekarang tidak sesuai. Kami juga minta bantuan daripada pihak JPS untuk bantu supaya tempat ini di dikembalikan kepada zaman kegi, kegima, kegime, kegemilangannya dulu. Maaf, tersasul pula. So jangan jangan risau Johol memang ini adalah tanggungjawab kami, LPNS dan juga semua Persona yang terlibat. Setiap daerah ada Persona Kuala Pilah, Persona Jelebu, Persona Rembau, kami akan sama-sama menggembleng tenaga termasuk juga peranan Johol sebagai ADUN kawasan bertindak sebagai local host untuk bantu kami. Terima kasih.
Saya jemput Lukut.
Dato’ Yang Dipertua, Lukut mengemukakan soalan nombor.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan ADUN Lukut: “Inisiatif-Inisiatif Pelaburan”. Kerajaan Negeri menyambut baik dasar ekonomi terbuka dan penggalakan pelaburan asing oleh Kerajaan Persekutuan. Melalui kemasukkan pelaburan asing ke negeri ini ianya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan.
Kerajaan Negeri mensasarkan agar setiap pelaburan baru khususnya dalam sektor perkilangan hendaklah projek-projek yang berteknologi tinggi, menjalankan aktiviti automasi dan robotik serta menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Menerusi hasrat ini, Kerajaan Negeri berharap dapat membantu meningkatkan pendapatan isi rumah di negeri ini.
Antara inisiatif dan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pelaburan baharu ke Negeri Sembilan dengan menggalakkan pemajuan dan pembukaan kawasan industri baru di negeri ini bagi tujuan penyediaan kawasan perindustrian yang strategik serta dilengkapi infrastruktur yang menepati keperluan industri. Banyak kawasan industri baru telah berjaya dirancang dan diselaraskan pembangunannya seperti di SPD Techvalley, Techpark 3 @Enstek dan Hamilton Industrial Park (Parcel A, MVV) dan Springhill Industrial Park di Fasa 3. Manakala yang masih di dalam fasa perancangan adalah di Eka Smart Industrial Park di Mukim Labu, NS Semiconductor Valley, Labu
Smart Park, Sikamat Industrial Park, MVV Central (Parcel B) dan lain-lain lagi. Inisiatif ini adalah amat penting untuk mengatasi kekurangan tanah industri di negeri ini serta memenuhi permintaan para pelabur.
Kerajaan Negeri juga menyediakan galakan insentif pelaburan seperti penetapan diskaun kadar bayaran premium iaitu sebanyak 15% untuk tempoh 30 hari dari tarikh menerima Notis 5A atau 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah berkuatkuasa 1 Januari 2024.
Dalam pada itu, pentadbir, Pentadbiran Kerajaan Negeri kini sedang dalam gerak kerja bagi memperincikan dan mempertimbangkan penaan, pelaksanaan inisiatif fast lane di Negeri Sembilan. Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang mana dapat memendekkan tempoh kelulusan pemajuan kawasan perindustrian terancang dari peringkat proses kelulusan kerja awal di tapak, proses kelulusan pelan, proses sokongan kelulusan CCC dan lesen operasi. Ia merupakan satu penambahbaikan tadbir urus yang boleh dilaksanakan di Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri mendapat kerjasama daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dalam penyediaan pelan perancangan inisiatif ini. Cadangan awal bagi pelaksanan inisiatif fast lane di Negeri Sembilan adalah di peringkat proses pemajuan kawasan perindustrian di Daerah Seremban melibatkan Majlis Bandaraya Seremban.
Selain itu, terdapat satu inisiatif di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Akademi dan Industri yang mana merupakan program kolaborasi inovatif di antara industri, akademia dan agensi kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan negara, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing yang berkemahiran rendah dan mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dalam industri. Pemantauan inisiatif ini dilaksanakan oleh pemegang taruh iaitu kementerian, agensi, industri dan akademia melalui pelbagai platform seperti Majlis Produktiviti Negara, PEMUDAH dan lain-lain.
Kerajaan Negeri juga menjalinkan hubungan baik dengan pihak Dewan Perniagaan Antarabangsa seperti Jepun, China, New Zealand dan pihak Kedutaan Antarabangsa. Inisiatif ini diambil sebagai salah satu langkah usaha untuk mendekati para pelabur antarabangsa serta platform terbaik dalam mempromosikan peluang pelaburan di Negeri Sembilan. Melalui hubungan baik ini juga beberapa siri misi galakan pelaburan telah diadakan dengan kerjasama dewan perniagaan seperti di, ke China, Jepun dan New Zealand.
Selain daripada itu, dalam usaha memastikan tenaga kerja di Negeri Sembilan kompeten dan berdaya tahan dalam arus pembangunan industri global, Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan NS telah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui Memorandum of Understanding (MOU) telah, yang telah ditandatangani pada 23 Mei 2024. Kerjasama ini adalah bagi menggalakkan dan menghubungkan pembangunan kemahiran dengan industri yang berkompe, berpotensi di Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama antara Perbadanan NS dan CIDB dilihat mampu meningkatkan kualiti industri pembinaan melalui pembangunan tenaga kerja, peningkatan kualiti, keselamatan dan kesihatan serta penempatan kakitangan dan kontraktor terlatih. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri menyambut baik dan menyokong hasrat CIDB bagi membangunkan Kompleks CIDB Wilayah Tengah Semenanjung Malaysia di Negeri Sembilan. Semoga usaha ini dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. Dengan adanya kerjasama strategik dengan pihak swasta dan Kerajaan Negeri, kita berharap dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan menyeluruh, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, antara usaha lain Kerajaan Negeri melalui Perbadanan NS dalam menarik pelabur asing adalah melalui kerjasama dengan pelabur tempatan dan mewujudkan kawasan perindustrian baru untuk menarik pemain industri antarabangsa. Antaranya NS Semiconductor Valley di Senawang yang berkeluasan kira-kira 837.8 ekar telah mula menjadi tumpuan beberapa syarikat semikonduktor terkemuka dunia antaranya dari Korea Selatan dan China. Kawasan ini telah membuktikan keberkesanannya dalam menarik minat syarikat gergasi dalam industri semikonduktor ini.
Perbadanan NS juga sedang merancang untuk mewujudkan 2 lagi kawasan perindustrian baru iaitu NS Smart Park dan MVV City di kawasan Labu yang masing-masing berkeluasan kira-kira 1,281 ekar dan 1,382 ekar. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak kawasan perindustrian dengan perancangan holistik bagi menarik lebih banyak pelabur dan, yang berimpak tinggi dari luar negara. Selain itu, Perbadanan NS sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mempromosikan kawasan perindustrian baru dengan memastikan syarikat-syarikat multinasional untuk bertapak di sini. Usaha ini adalah bagi menggalakkan peningkatan peluang pekerjaan yang berkualiti untuk rakyat Negeri Sembilan. Selain daripada itu, dalam usaha memastikan tenaga kerja di Negeri Sembilan kompeten dalam, dan berdaya tahan dalam arus pembangunan industri global, Perbadanan NS telah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB) melalui memorandum tersebut. Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Soalan tambahan. Okey terima kasih kepada jawapan daripada, jawapan daripada Sikamat. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana telah mendapat mencapai nilai sasaran pelaburan dalam sejarah Negeri Sembilan yang telah melebihi 10.1 bilion ringgit, telah mencatatkan satu sejarah yang begitu cemerlang untuk Kerajaan Negeri. Tepuklah sikit. Soalan saya, adakah Kerajaan Negeri berkeyakinan, berkeyakinan untuk mencapai nilai sasaran pelaburan yang melebihi 10.1 bilion ringgit ni untuk tahun ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lukut. Kita sedia maklum bahawa antara usaha kita untuk memastikan bahawa apabila kita mencapai sasaran pada tahun sebelumnya, sasaran baru kita telah letakkan semula bagi memastikan paling kurang kita dapat pelaburan 10.0 bilion ringgit pada tahun ini. Dan alhamdulillah kita telah cuba dan kita lihat bahawa dalam, dalam apa yang kita dapat hari ini, kita nampak dalam perkara yang positif. Dan kita berharap ianya dapat kita teruskan sehingga hujung tahun ini dan sepanjang 6 bulan pertama itu menampakkan positif. Dan saya berharap bahawa untuk 6 bulan terakhir ini juga kita mendapat lagi ya, mendapat lagi pelaburan-pelaburan baru. Dan apa yang menjadi masalah kita hari ini adalah kawasan perindustrian sedia ada telah penuh dan kawasan yang saya sebutkan tadi masih dalam pembinaan. Dan kita berharap dapat disegerakan, yang akhirnya akan dapat menggalakkan pelabur-pelabur luar untuk datang ke Negeri Sembilan. Dan tak lupa juga pelabur domestik, antara perkara yang menjadi satu, satu pelaburan yang penting juga bagi Negeri Sembilan. Kerana tahun lepas kita melihat pelaburan domestik itu juga menunjukkan peningkatan yang baik. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ya Paroi, eh Serting. Oh, soalan untuk Lukut ya?
Labu. Mohon izin daripada Dato’ Yang Dipertua. Saya mewa, diwakili, mewakili YB Labu untuk bertanya soalan nombor 1.
Okey.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita, didoakan supaya ADUN Labu cepat sembuh. Soalan ADUN Labu adalah keperluan
lampu isyarat simpang empat Taman Taman Gadong ya. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman persimpangan tersebut berada di laluan persekutuan FT1266, Jalan LBJ. Hasil siasatan di tapak mendapati Lokasi Persimpangan yang dimaksudkan adalah berhampiran dengan persimpangan utama berlampu isyarat di Laluan Persekutuan FT1265, Jalan Sendayan dan Jalan Negeri N179, Jalan Gadong Jaya – Kayu Ara. Pemasangan lampu isyarat di persimpangan ini dilihat akan menyebabkan berlakunya masalah kesesakan jalan raya di kawasan tersebut kelak. Ya kita ada pengajaran kita di Senawang ya, apabila terdapat lebih kurang 13 lampu isyarat di satu kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, JKR Negeri Sembilan akan mengangkat permohonan pembaikan persimpangan bagi penambahbaikan ciri-ciri keselamatan jalan kepada Kementerian Kerja Raya di bawah Program Blackspot.
Lampu isyarat merupakan kaedah yang amat efektif bagi mengawal lalu lintas, namun ia memerlukan kos yang tinggi dalam fasa pemasangan dan penyelenggaraan. Pemasangan lampu isyarat hanya boleh dilaksanakan sekiranya persingan, per, persimpangan tersebut menepati syarat-syarat pemasangan lampu isyarat. Kaedah bancian trafik perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk menentukan keperluan waran daripada segi operasi kenderaan, keselamatan pejalan kaki dan sejarah kemalangan. Sebarang pemasangan lampu isyarat hanya boleh dilakukan apabila satu atau lebih daripada waran yang digariskan dipenuhi.
Perlu diberi perhatian akan terdapatnya kesan negatif akibat daripada pemasangan lampu isyarat yang tidak sesuai. Antara kesan negatif adalah kesesakan lalu lintas, risiko pelanggaran/kemalangan bela, bel, belakang kenderaan serta keperluan kos penyelenggaraan setelah siap dibina kelak. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput Lobak.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya kemukakan soalan kedua, Banjir Kilat.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Lobak, “Banjir Kilat”. Dato’ Yang Dipertua, jalan yang dimaksudkan, Jalan Tun Dr Ismail adalah Laluan Persekutuan FT001, Jalan Seremban – Kuala Lumpur. Didapati kawasan tersebut adalah kawasan titik terendah yang menyebabkan air mudah bertakung apabila hujan lebat. Hasil siasatan di tapak juga, mendapati saluran keluar ke longkang tepi jalan melalui kerb jalan sering kali terhalang dengan sisa sampah seperti
plastik-plastik menyebabkan air dari permukaan jalan mengalir perlahan dan akhirnya bertakung.
Kerja-kerja selenggaraan dilaksanakan pada setiap bulan di laluan ini. Namun sekiranya berlaku kecemasan seperti bencana, kerja penyelenggaraan dilaksanakan serta-merta mengikut keperluan di tapak. Untuk langkah awal bagi mengatasi masalah air bertakung di kawasan tersebut, pihak JKR melalui konsesi akan melaksanakan pemecahan kerb bagi membolehkan air dapat mengalir dengan lebih cepat ke dalam longkang di tepi jalan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, yang ni salah satu jalan, Jalan Tun Dr Ismail, saya pun ada tanya yang Jalan Tan Sri Manickavasagam, ini Jalan Lobak, nanti saya mengharap boleh jawablah. Tapi soalan tambahan saya, yang Jalan Tun Dr Ismail itu memang satu jalan yang 4 lorong, ini jalan utama, macam Dato’ yang Sikamat cakap ini dia bersambung dengan LEKAS Highway, lebuh raya. So kami harap selain tadi banjir kilat, masalah itu dan kami mengharap yang jalan ni boleh ditambah sebagai jalan yang berempat lorong tu hingga sampai LEKAS Highway. Kami nak tahu kerajaan sedia atau ada peruntukan dia berapa dan bila akan bersambungkan yang Jalan Tun Dr Ismail sambung dengan Lebuhraya LEKAS Highway. Kerana ini tempat ni tempat ni pekan lama, jikalau jalan ni dipenuhkan mungkin ni akan jadikan ringroad, ringroad yang di Bandar Seremban itu, nampak tak sambung lagi. So kami nak tanya yang Jalan Tun Dr Ismail itu akan dinaik taraf bila atau kosnya sudah jangka ke atau tak ada. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sedia maklum bahawa permohonan kepada penyambungan ring road masih dalam permohonan dan belum ada keputusan lagi. Dan kita berharap bahawa jalan ini dapat disambungkan dalam masa yang terdekat. Dan permohonan tersebut telah kita kemukakan kepada pihak Kementerian Kerja Raya dan kita berharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Dan kita juga telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Pejabat Perdana Menteri supaya disegerakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, kami harap ni, belum jawab tu, Jalan Tan Sri Manickavasagam tu, kami harap PBT boleh menaiktarafkan sistem perparitan itu kerana memang tu, sistem perparitan tu, longkang kecil saja. So kami harap jikalau boleh, harap PBT menaik taraf di Jalan Tan Sri Manickavasagam. Terima kasih.
Saya jemput Sungai Lui.
Dato’ yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada DUN Lui kerana telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan tanam semula FELDA. Antara langkah yang telah diambil oleh FELDA dalam persediaan menghadapi Program Tanam Semula pada masa akan datang ialah:
i) Yang pertama: memfokuskan perancangan dan penyediaan blueprint yang lebih rapi dalam soal perancangan kerja-kerja tanam semula, keadaan topografi ladang, memperbaiki jalan pertanian dan membuat kawalan musuh penyakit bagi mencapai kos yang seoptimum untuk peneroka.
ii) Yang kedua ialah menyediakan kawasan tapak semaian bagi membekalkan keperluan benih berkualiti seperti Yamgambi 3 Way. Ini benih yang berkualiti Dato’ Yang Dipertua ya, untuk penanaman kelapa sawit, di mana benih tersebut mampu memaksimumkan jumlah bilangan pokok dalam 1 hektar. Maknanya 160 pokok per hektar, kalau kita gunakan benih yang saya sebutkan tadi.
iii) Yang ketiga ialah penyediaan fasiliti yang lengkap dan menaiktaraf infrastruktur seperti stor baja dan asrama pekerja.
iv) Yang keempat: bekerjasama bersama Rancangan bagi menyelesaikan segala isu yang berkaitan pewarisan yakni soal pemilikan tanah.
v) Mendapatkan khidmat, yang kelima Dato’ Yang Dipertua, mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Negeri bagi proses penukaran status tanaman dari, dan yang yang tercatat ataupun dalam geran tanah peneroka khususnya.
vi) Dan yang ke akhir sekali ialah, khususnya bagi program tanam semula getah ke sawit, khusus untuk peneroka sawit, caruman tabung tanam semula telah diwujudkan di mana setiap peneroka akan mencarum sebanyak RM120 setiap bulan melalui potongan pasysheet dan ianya akan digunakan sepenuhnya bagi menampung kos perbelanjaan tanam semula yang akan datang. Sebagai contoh, saya nak nyatakan untuk rekod Dewan, anggaran caruman sebanyak RM28,800 setiap peneroka: RM30 x 4 hektar x
12 bulan x 20 tahun. Ini adalah contoh pengiraan bagi Program Tanah Semula.
Rancangan yang telah menerima kelulusan dan akan terlibat dengan Program Tanam Semula di Felda Wilayah Raja Alias:
• Zon Rokan: Bukit Rokan Utara ya. • Zon Jelai: Jelai 1, Jelai 3 dan Jelai 4 • Zon Palong: Palong 1, Palong 2, Palong 4, Palong 6 dan Palong 7 • Zon Lui: yakni bagi kawasan Yang Berhormat ADUN Lui adalah kawasan Lui Timur
Antara insentif yang ditawarkan oleh FELDA adalah Insentif Tanam Semula Akan Datang di mana ianya telah ditawarkan kepada peneroka yang tiada hutang dengan FELDA dan hanya menikmati pelupusan hutang tidak melebihi 5,000.00 ringgit yakni Projek Wajar. Yang kita namakan Projek Wajar. Dan yang akhir sekali Dato’ Dipertua, nilai asasnya adalah 10,883.00 ringgit per hektar bagi yang bersama FELDA, manakala 5,442.00 ringgit per hektar bagi peneroka mandiri. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Exco Kanan tadi, iaitu tentang apakah proses yang perlu dilakukan bagi penukaran status penanaman getah kepada kelapa sawit dan adakah pihak kerajaan boleh meluluskan sebarang permohonan penukaran status penanaman tanah dalam bentuk blanket approval?
Dato’ Yang Dipertua, tidak ada sebarang kelulusan secara blanket approval dengan izin ya, bagi permohonan untuk menukar status daripada tanah getah kepada sawit. Tetapi proses penukaran ni Dato’ Yang di-Pertua, untuk penukaran status tanah pertanian kecuali padi. Untuk penukaran status tanah pertanian ke tanaman sawit di bawah 40 hektar boleh mohon melalui Pentadbir Tanah Daerah dan kuasa telah pun diturunkan kepada Pegawai Daerah untuk beri kelulusan. Bagi 40 hektar ke atas akan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mendapatkan kelulusan. Tetapi bagi tanaman padi ke sawit, itu memerlukan kelulusan daripada pejabat ataupun daripada kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Juasseh.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan ADUN Juasseh “Hasil Negeri”. Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan telah menguatkuasakan Jadual Keenam (Rate of Office Fees), Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Sembilan (Pindaan) 2021 [N.S.P.U. 27/2021]. Pelaksanaan pindaan ini melibatkan kadar sedia ada, ada ditambah baik dan diwujudkan kadar baru bagi bertujuan pengenaan bayaran kos pentadbiran ke atas urusan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Jadual Keenam (Rate of Office Fees) Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Sembilan 2002 [N.S.P.U. No.25/2005]. Pelaksanaan pindaan pada kadar fi pejabat telah menunjukkan hasil positif di mana bagi tempoh suku kedua 2024, kutipan hasil negeri bagi bayaran ikhtisas menunjukkan kadar fi pejabat telah mencatatkan peningkatan sebanyak 70.32% bersamaan 22.8 juta ringgit berbanding dengan 2023 yang hanya mencatat kutipan 13.38 juta.
Antara langkah lain yang telah dilak, diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri adalah dengan memberikan fokus kepada sumber hasil melibatkan bahan batuan dan mineral melalui kelulusan untuk lesen melombong tuan punya dan pajakan melombong. Antara sumber hasil bahan batuan ialah batu kuari, pasir sungai, pasir daratan, pasir laut, tanah merah, rumput, batu kapur, bata-bata dan tanah liat. Manakala sumber hasil bumi bagi mineral pula ialah pasir silika, bijih besi, bijih timah, batu putih, granite berdimensi dan emas. Hasil kutipan royalti mineral telah menyumbangkan sebanyak 1.18 juta pada tahun 2023 sehingga 23 Julai 2024, sebanyak 1.24 juta disumbangkan kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pelombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (Non – Reactive Rare Earth Element) pada bulan Januari 2024. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan pindaan SOP NR – REE yang terbaharu dengan memasukkan keperluan untuk lesen mencarigali dan lesen penjelajahan NR – REE. Kerajaan Negeri menjangkakan dengan pindaan ini, usaha untuk pelombongan NR – REE ini dilaksanakan pada tahun 2024 dan pada tahun 2025 seterusnya menyumbang hasil baharu kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri juga mengkaji semula kadar bayaran yang dikenakan untuk royalti bahan batuan yang telah lama digunakan melebihi tempoh 10 tahun termasuk semakan pada kadar bayaran Lesen Pendudukan
Sementara dan Pajakan Tanah Rizab. Keraja, kadar bayaran yang baru akan dilaksanakan pada hujung tahun 2024 dan ianya akan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri.
Dalam masa yang sama, berdasarkan analisis dan strategi yang telah digariskan dalam perancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025 (RPNS 2021-2025), terdapat beberapa bidang berpotensi untuk meningkatkan kutipan hasil antaranya transformasi komoditi air serta pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi.
Pertamanya: Transformasi Sumber Air sebagai Komoditi Perniagaan. Bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2024, BKSA telah membuat semakan semula ke atas kadar caj air laut dan Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kenaikan caj air laut daripada 1 sen/m3 kepada 3 sen/m3 melalui kenaikan caj baru ini BKSA dapat meningkatkan hasil sebanyak 46.03 juta setahun.
Selain itu, BKSA juga telah mengenakan caj yang baharu iaitu Caj Struktur atas badan Perairan berkuatkuasa 1 Januari 2024 dan melalui pengenaan caj baru ini, BKSA dapat meningkatkan hasil dengan anggaran sebanyak 302,776.10.
Kedua: Pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi. Selain itu, pelbagai bentuk caj baharu yang menjurus kepada kelestarian pembangunan ekonomi boleh dikenakan kepada sektor ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber yang cekap. Oleh itu, transformasi kepada kualiti perkhidmatan berkenaan alam semula jadi akan ditambah baik secara menyeluruh bagi menyokong usaha melestarikan alam sekitar.
Selaras dengan peruntukan Seksyen 32, Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN) pada 18 Oktober 2023 juga bersetuju dengan pelaksanaan caj pemajuan bermula 1 Januari 2024 di peringkat PBT Negeri Sembilan. Mesyuarat telah bersetuju agar 20% daripada hasil kutipan Caj Pemajuan yang diterima di di PBT dicarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) Negeri, Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. Caj Pemajuan ini sebahagiannya dijadikan hasil PBT serta akan dibelanjakan oleh PBT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Kutipan Caj Pemajuan yang dilevi ini secara tidak langsung akan mengimbangi peruntukan pembangunan negeri dan juga peruntukan yang disalur kepada PBT di Negeri Sembilan untuk tahun-tahun perancangan berikutnya.
Selain itu, bayaran perkhidmatan ekosistem akan dikaji semula menampung kos penyelenggaraan kemudahan awam serta menambah baik program pemuliharaan dan pem, pemeliharaan hutan dan biodiversiti. Justeru, langkah ini mencapai matlamat pengurusan hutan dan biodiversiti secara mampan. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah, sedang mengkaji semula Kaedah Hutan dan telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mengenakan caj bayaran berkaitan ekopelancongan iaitu caj fi konservasi bagi Taman Eko Rimba terpilih sebanyak 3.00 ringgit untuk warganegara dan 6.00 ringgit untuk bukan warganegara serta dikecualikan bayaran untuk kanak-kanak dan warga emas. Pelaksanaan caj bayaran Fi Konservasi ekopelancongan di beberapa Taman Eko Rimba terpilih akan dikenakan selepas Kaedah-Kaedah Hutan Negeri Sembilan siap diwartakan. Proses pewartaan sedang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang.
Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk terus menjana sumber baru selaras dengan Pelan Pengurusan Kewangan MADANI Negeri Sembilan. Antara pelan tindakan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
• Pertama pelaksanaan perlombongan sumber mineral galian unsur nadir bumi bukan radioaktif;
• Pelaksanaan pindaan, kedua, Pelaksanaan Pindaan Cukai Tanah (PCT);
• Ketiga, pelaksanaan Request For Proposal (RFP) untuk tanah rizab kerajaan;
• Keempat, pelaksanaan Caj Atas Badan Air;
• Kelima: Pelaksanaan Fi Lestari;
• Keenam: Inisiatif Industrial Green Lane (IGL);
• Ketujuh: Inisiatif Smart Team bagi penguatkuasaan;
• Kelapan: semakan dan penambahbaikan kadar, fi atau caj bagi sewaan dan urusan atau perkhidmatan dengan Kerajaan Negeri; dan
• Dan yang kesembilan: pendigitalan dan integrasi pelaksanaan pembayaran secara atas talian melalui gerbang pembayaran N9Pay.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okey. Saya jemput, saya jemput Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan pertama ADUN Temiang “Jalan Lingkaran Tengah Seremban Fasa 3”. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan kepada pihak Kementerian Kerja Raya dibawah tajuk Membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban Daripada Interchange Labu FT001 (Jalan Tun Dr Ismail) Dan Ke Temiang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus pada 28 Februari 2023 bagi RMK12, Rolling Plan Ke-4 (RP4). Namun permohonan projek fizikal ini masih belum mendapat kelulusan.
Namun begitu, pada masa ini pihak Kementerian Kerja Raya telah meluluskan sejumlah 500 ribu ringgit bagi melaksanakan kajian trafik serta kajian impak sosial terlebih dahulu di bawah tajuk Kajian Trafik Dan Impak Sosial Bagi Projek Membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban Negeri Sembilan. Dijangkakan kajian ini akan mula dilaksanakan pada bulan September 2024.
Pada masa ini pihak JKR Negeri Sembilan hanya mempunyai kos anggaran awal, semasa permohonan projek ini diangkat kepada pihak Kementerian Kerja Raya dengan anggaran kos sebanyak 1.2 bilion. Walaupun bagaimanapun, anggaran kos ini akan berubah bergantung kepada kelulusan selepas semakan bajet di antara Kementerian Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dimuktamadkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan. Jadi Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Dipertua Dewan, seperti yang kita ambil maklum jalan lingkaran tengah ini di Negeri Sembilan telah bermula 21 tahun yang lepaslah iaitu 2003. Jadi dalam ambil masa 21 tahun. Tetapi ini fasa 3 ini masih belum disiapkan oleh kerajaan. Jadi, saya berharap di bawah Kerajaan Perpaduan ini, kita boleh menyiapkan fasa ketiga kerana ia dapat mengurangkan ini kesesakan dari Temiang ke Seremban 2 khususnya. Dan saya juga difahamkan ada sebuah syarikat swasta dimaklumkan dia berminat. Dan saya nak tahu apakah perjalanan sama ada syarikat tersebut, macam mana dia punya offer ataupun perjalananlah bersama Kerajaan Negeri bersama dengan syarikat ter, tersebut untuk menyempurnakan fasa ketiga ini.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Seperti yang saya katakan tadi semua permohonan telah kita kemukakan kepada pihak Kementerian Kerja Raya untuk dikenal pasti. Dan alhamdulillah, tadi saya katakan tadi bahawa kerja-kerja, kajian sedang dilaksana, akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dijemput jemput Johol.
Johol soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan ADUN Johol yang berkaitan dengan makanan. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui PKNNS ya, ataupun Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah memperkenalkan 2 inisiatif. Yang pertama, Inisiatif Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan dan yang kedua Tabung Usahawan Negeri Sembilan Plus (TUNS PLUS) bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing.
Selain daripada insentif ataupun apa yang telah saya nyatakan tadi, Kerajaan Negeri melalui UPEN ataupun Unit Perancang Ekonomi Negeri, dan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan di bawah Kementerian saya, maaf, di bawah jabatan saya, yakni akan membawa usahawan-usahawan tempatan untuk menyertai karnival/program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri di dalam dan luar negera. Cumanya di luar negara tu dia kurang sikit Dato’ Yang Dipertua kerana kos kita banyak. Dalam negeri kita ke pelusuk, seluruh yang ada dalam negeri kita, kita akan bawak usahawan kita asalkan boleh memberikan segala bentuk bantuan dan juga promosi. Selain itu, saya nak ucapkaan terima kepada Exco Pelancongan kerana bawah Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan juga sentiasa mempromosikan industri makanan tempatan Negeri Sembilan melalui Segmen Gastronomi di setiap daerah.
Kerajaan Negeri telah mewujudkan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan yang tertumpu di daerah Tampin dan Rembau. Dan pusat ini bertujuan untuk memudahkan proses pemasaran hasil pertanian sama ada melalui agensi pelaksana mahupun petani sendiri. Antara lokasi yang telah dikenal pasti ialah Tampin Tengah, Gemencheh dan Gemas.
Turut diwujudkam adalah zon promosi produk tempatan secara bersasar dan berpusat seperti hab pemasaran produk agro dan industri makanan seperti di Kuala Pilah. Maknanya semua daerah di dalam
Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, adalah merupakan satu lokaliti dan premis untuk kita memprosi, mempromosi dan memperkenalkan produk-produk usahawan tempatan. Antara kawasan, saya sebut secara detail, antara kawasan tumpuan pemasaran yang berpotensi adalah di R&R Ulu Bendul, Medan Selera Parit Tinggi dan Jemapoh. Zon promosi ini akan berfungsi untuk memasarkan hasil pertanian dengan sokongan pembangunan Agrobazaar Rakyat ataupun ABR dan Gerai Buah-Buahan Segar yang berskala besar.
Akhir sekali, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan NS Fest seperti baru saja dilakukan penutupan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat baru-baru ini, pada setiap tahun sejak daripada tahun 2019. Dan pada setiap tahun, respons dengan izin, atau sambutan daripada para usahawan untuk terlibat sama dalam NS Fest ini bertambah dari tahun ke tahun. Sehinggakan kita lihat bahawa NS Fest pada tahun 2024 yang telah pun mencapai jumlah, orang kata apa, jumlah kunjungan, jumlah pengunjung yang hampir ke 1.0 juta, 950 ke 1.0 juta penganjung dan mencipta ataupun mencapai jumlah jualan yang di luar jangka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan ya. Terima kasih Yang Berhormat Pertang atas jawapan yang cukup panjang. Saya nak bertanyakan dalam soalan tambahan saya, adakah pihak Kerajaan Negeri Sembilan ya, mempunyai perancangan, kita tahu sepertimana yang dikatakan oleh Exco Kanan tadi banyak produk-produk kita. Saya mencadangkan supaya ada tak, saya nak tanyakan sama ada ada perancangan untuk menubuhkan satu one stop center produk-produk kampung ni, produk makanan ini di kawasan-kawasan yang, mungkin tadi yang Exco Kanan maklumkan mungkin di jalan-jalan utama ya, tetapi ada jalan-jalan atau kawasan-kawasan yang pekan-pekan kecilnya, orang lalu dan sebagainya boleh singgah untuk membeli makanan-makanan tempatan ini. Jadi sekaligus sebenarnya ia boleh menarik orang, pelancong-pelancong datang ke kawasan kita ni sebenarnya. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, Johol jangan risau kerana kita di Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua, memang menyediakan pelbagai premis untuk kita longgokkan kesemua produk-produk tempatan kita. Kalau di Ghombau kita ada, apa nama kita panggil tu, apam, no no, apam Johol. Kalau di Jelebu kita ada penganan. Kalau di Ghombau kita ada rendang hitam. Kalau di Ghombau kita ada rendang hitam. Kalau di Tampin kita ada, apa nama dia tu, maman. Pilah belum ada apa lagi raso eh doh. Ada
Ada, ada.
Kalau di Port Dickson, kita ada lobster. Kesemua produk ni Dato’ Yang Dipertua, dalam pemikiran saya, macam mana kita nak letakkan, bukan pemikiran saya, pemikiran Kerajaan Negeri lah, macam mana kita nak lotak dan pusatkan di dalam satu tompek supaya dijadikan sebagai pusat one stop centre dengan izin. Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah bersetuju hendak memberikan hak milik, bukan hak miliklah, mengguna pakailah, Pasar Lama Ampangan sebagai pusat one stop centre tetapi oleh kerana pasar lama ni Dato’ Yang Dipertua, ada lagi peniaga yang nak kita pindahkan itu belum habis pindah lagi, Datuk Mayor kata belum boleh pindah sekarang kerana pasar baru itu belum boleh guna pakai lagi. Saya kata, Datuk Mayor tolong copek sikit. Jadi bila pindah ini pada satu, dalam pada bulan Ogos dalam masa yang sama concurrently jabatan saya telah mohon peruntukan daripada pusat untuk naik taraf pusat ini supaya dijadikan one stop centre. Peruntukan sekitar 8 ke, 800 ribu ke 1.0 juta, dan insya-Allah peruntukan ini turun, harap-harap dapek turun pada tahun ini. Kalau Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat gasak sikit di Kementerian di ateh ni, kita dapat lebih kurang dalam tahun ini insya-Allah, without fail dengan izin, pada 01-01 2025, kita akan lihat one stop center akan dapat terjemahkan di Negeri Sembilan insya-Allah. Terima kasih.
Saya jemputkan YB Serting.
Terima kasih kepada Yang Dipertua. Soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih ADUN Serting, soalan Kurikulum KAFA: Pada persidangan lepas pada tarikh 13 Oktober 2023, jawapan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai bilangan murid yang tidak mengikuti KAFA/KAP/SAR adalah seramai 25,999 orang ataupun bersamaan 31% dari jumlah keseluruhan murid Islam di Negeri Sembilan. Apakah punca sebab.
Okey. Dato’ Yang Dipertua untuk makluman ya, dan pembetulan ya, kepada ADUN Serting, pelajar, seramai 25,999 ini tidak termasuk ya, dia dimasukkan ke jumlah itu adalah termasuk pelajar Tahun 6, seramai ya, dan yang tidak, sebenar sebenar-benarnya pelajar yang tidak mengikuti kelas KAFA/SAR dan KAP adalah seramai 9,402 kalau kita tolak dengan pelajar Tahun 6. Berdasarkan daftar terkini Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, murid Islam yang tidak mengikuti KAFA Negeri Sembilan adalah seramai 9,402 orang.
Antara faktor yang dikenal pasti adalah kekurangan kelas dan tempat ya, khususnya di daerah Seremban ini, kita sedia maklum kelas untuk ke pengajian KAFA ini tidak mencukupi. Kadang-kadang sam, kelas sedia ada pun sampai ke petang. Jadi hanya sedikit kelas di, disediakan oleh pihak sekolah. Kedua: kekangan kewangan keluarga untuk menghantar anak ke kelas KAFA berikutan jarak rumah dan jarak sekolah yang jauh yang melibatkan penambahan kos pengangkutan. Ini berlaku di beberapa kawasan ya, apabila dia dah balik nak datang semula mereka tak dapat nak lakukan.
Untuk makluman Yang Berhormat, lantikan Guru KAFA adalah berdasarkan kuota terkini yang diberikan oleh pihak JAKIM, seramai 2,130 orang. Secara umumnya, terdapat 321 premis KAFA yang berdaftar dengan pecahan 214 Kelas Agama Petang (KAP) di premis Kementerian Pendidikan Malaysia, 56 di (SAR) Sekolah Agama Rakyat dan 51 buah di KAFA (swasta) yang menjalankan program KAFA Negeri Sembilan. Premis KAFA yang beroperasi di Negeri Sembilan melibatkan jumlah pelajar seramai 59,401 orang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Saya dimaklumkan ada, sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi, ada sesetengah sekolah yang tidak dapat dilaksanakan kelas pengajian KAFA ni disebabkan oleh ramainya pelajar-pelajar iaitu dua sesi, sesi pagi dan petang. Jadi, adakah inisiatif yang lain yang membolehkan anak-anak, pelajar-pelajar ataupun murid-murid ini belajar sepertimana masjid ataupun tempat-tempat tertentu sepertimana surau dan sebagainya yang mana tiada keciciran lagi, yang diharapkan tiada keciciran lagi bagi pelajar-pelajar untuk mengikuti kelas KAFA ini kerana ia lebih kepada pendidikan agama yang aset kepada kehidupan mereka di peringkat awal. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Serting. Kita sedia maklum kalau di Seremban ini kita lihat pelbagai inisiatif dijalankan sama ada peringkat surau, masjid yang mengadakan program masing-masing. Dan mereka tubuhkan KAFA swasta dan saya amat mengalu-alukan. Tetapi mereka juga menghadapi masalah yang sama, penyediaan tempat untuk anak-anak kita belajar. Kita sedia maklum kawasan surau, kawasan masjid itu amat berkurangan. Dan yang terbaru saya lihat di Warisan Puteri, insya-Allah kalau masjid itu selesai pembinaannya insya-Allah surau sedia ada akan menjadi, dijadikan sebagai tempat pendidikan KAFA. Jadi itu antara inisiatif yang kita boleh lakukan dalam keadaan yang cukup terhad khususnya di dalam daerah Seremban ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dijemput YB Mambau.
Terima kasih Dato’ yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan kedua. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, “Isu Pencemaran Sungai Linggi: Kami menerima laporan isu pencemaran Sungai Linggi adalah kesan daripada pelepasan cecair seakan minyak kian lama sungai menyebabkan LRA Linggi terpaksa memberhentikan proses rawatan air mentah dan mengakibatkan gangguan bekalan air di persekitaran kawasan. Bagaimana dan apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan masalah pencemaran Sungai Linggi tidak akan berulang lagi demi kesihatan rakyat jelata pada masa yang akan datang?”.
Terima kasih Dato Yang Dipertua. Ini merupakan satu isu yang penting yang kita sedia maklum air merupakan satu perkara yang amat penting kepada manusia khususnya kalau di Sungai Linggi ini, melibatkan Port Dickson dan sebahagian Seremban, Rantau ya. Jadi kita sedia maklum bahawa ini harus diberi perhatian oleh semua agensi bagi memastikan bahawa tidak berlaku lagi pencemaran Sungai Linggi pada masa akan datang. Jabatan Alam Sekitar sentiasa mengambil tindakan proaktif dalam mengawal apa-apa pencemaran tertakluk di bawah Akta Kualiti Sekeliling (AKAS) 1974 melalui program pengawasan alam sekitar dan penguatkuasaan.
Rentetan kes penutupan Loji Rawatan Air Linggi baru-baru ini, jabatan ini melalui Mesyuarat Task Force yang dipengerusikan oleh YB Veerapan a/l Superamaniam selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi Dan Kepenggunaan telah menggerakkan pemantauan bersepadu antara agensi merangkumi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan, Syarikat Perkhidmatan Air Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban untuk mengawasi dan memastikan pencemaran punca air dapat dibanteras.
Pada 25 Mac 2024, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang kualiti air, Kualiti Alam Sekitar (Pindaan) 2023 bagi meminda 28 seksyen dalam Akta 127. Antaranya:
• Individu disabitkan kesalahan berkaitan pencemaran bakal berdepan denda 10.0 juta ringgit dan tempoh penjaraan lebih lama, berbanding peruntukan sedia ada dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling.
• Pesalah berdepan julat kadar denda antara 5,000 hingga 10.0 juta, selain penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun.
• Ketiga: kadar kompaun ditingkatkan daripada maksimum RM2,000 kepada tidak melebihi 50% daripada denda maksimum kesalahan berkaitan.
Ini yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Alam Sekitar. Kita pula di pihak Kerajaan Negeri, saya telah tegaskan kepada Datuk Bandar supaya mana-mana kilang haram di sepanjang sungai tersebut harus diambil tindakan dan mereka perlu menyegerakan ya, pemutihan kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput YB Jeram Padang.
Yang Dipertua, saya soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan daripada ADUN Jeram Padang: Isu Penyelenggaraan Jalan FT10 (Bahau – Gemas. Jalan utama sepanjang jalan Bahau – Gemas sepanjang 39km telah tidak diselenggara dengan baik. Terdapat perabot jalan yang telah rosak dan tidak berfungsi, papan tanda yang telah rosak, garisan jalan yang telah pudar malah hilang dari penglihatan serta permukaan jalan raya yang licin dan haus. Maka semua, semua perkara ini telah menyebabkan kerap kali berlakunya kemalangan dan merisaukan keselamatan pengguna jalan raya. Tambahan pula, sepanjang jalan ini adalah kawasan gelap, menambah lagi kemungkinan berlakunya kecelakaan kepada pengguna jalan raya. Apakah tindakan dan inisiatif pihak Jabatan Kerja Raya terhadap jalan utama FT10 (Bahau – Gemas) untuk memastikan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat seterusnya mengurangkan risiko berlakunya kemalangan? Apakah, kedua, soalan, apakah pihak Jabatan Kerja Raya mempunyai perancangan untuk menambah lampu jalan untuk pencahayaan sepanjang jalan utama FT10 ini terutamanya di kawasan maut dan selekoh tajam?
Dato’ Yang Dipertua, JKR Negeri Sembilan mengambil maklum akan keperluan penambahbaikan perabot jalan dan garis jalan di Laluan Persekutuan FT010, Jalan Gemas – Rompin – Ayer Hitam – Kemayan. Bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut, JKR Negeri Sembilan telah pun mengambil inisiatif melaksanakan kerja mengecat garisan jalan sementara yang, sementara yang pudar untuk dilang, untuk
langkah jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, bagi jangka masa panjang, JKR Negeri Sembilan, JKR Negeri telah pun memohon peruntukan di ke Kementerian Kerja Raya pada Julai 2024 sebanyak 500 ribu di bawah program keselamatan jalan untuk kelulusan tahun 2024. Kerja-kerja akan dilaksanakan sebaik sahaja peruntukan diluluskan.
JKR Negeri Sembilan telah pun memohon permohonan pemasangan lampu jalan solar di, di Laluan Persekutuan FT010 kepada Kementerian Kerja Raya pada tahun ini sebanyak 700 ribu ringgit. Kerja pemasangan lampu solar ini akan dilaksanakan juga sebaik sahaja peruntukan diluluskan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, ada soalan tambahan. Kalau kita tengok Jalan FT10 ni, dia merupakan jalan Federal. Saya mohon penjelasan, adakah di bawah seliaan JKR Negeri ataupun di bawah seliaan pihak Selenggara. Kalau kita tengok jalan ni kalau kita selenggara, namanya Syarikat Selia Selenggara, menyenggara. Tapi saya dengar, saya nampak memang tak ada selenggara. Sam, sehinggakan jalan raya pun yang dah crack tu sampai tumbuh rumput eh. Semalam, hari tu, ada lawatan bersama TKSU bersama Ahli Parlimen Jempol ke jalan utama Palong, tengok persimpangan Palong 2 dan Palong 1. Dah lalu situ, pihak JKR Negeri Sembilan pun tak bawak pun tengok jalan di FT10 ni. Padahal lalu situ. Saya semak dengan Pegawai Khas Ahli Parlimen Jempol, Ketua Pengarah Negeri Sembilan pun tak hadir. Jadi kita kena ambil alert lah. Jangan, kesianlah pada YB Sikamat. Asyik jawab ambil tindakan, cadangan, permohonan. Kalau ada permohonan, makna tak ada inventori. Tak ada routine maintenance. Di mana salahnya? Takkan YB Sikamat yang salah? Pengarah JKR Negeri Sembilan kena turun padang, tengok. Jangan pakai baju tie duduk dalam bilik. TKSU turun, Ahli Parlimen turun, kena turun. Ni yang menjawab Menteri Besar kita. Yang buruk kena Menteri Besar kita. Para pegawai-pegawai JKR, Pengarah duduk bilik. Kita bagi soalan, jawab, kita ambil permohonan, tindakan. Tolong semak kembalilah. Mintak maaf YB Sikamat. Saya nak betulkan mana yang tak betul. Yang betul, kita kata betul, yang salah kita tetap salah. Terima kasih YB Sikamat.
Terima kasih. Tu nak kata soalan tambahan ke, perasaan? Okey. Dua-dua bolehlah. Jadi bagi saya, itulah ya, sebenarnya isu ini adalah isu di bawah. Dan saya berharap bahawa ketua-ketua jabatan mengambil maklum atas pandangan tu. Tak semua, bukan sahaja berlaku kepada JKR, mungkin kepada semua jabatan supaya kita sama-sama turun padang melihat sendiri. Dan saya harap Selia dapat melihat tugasan mereka supaya dapat diberi perhatian. Kerana dia pun dekat dengan apa, Gemencheh Granite. Jadi kalau perlu diberi perhatian
serius, beri perhatian serius oleh Selia Selenggara. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat dan Yang Berhormat Jeram Padang. Saya jemput Sri Tanjung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih kepada ADUN Seri Tanjung di atas soalan nombor 1. Yang Dipertua, soalan nombor 1 ialah “Medical Tourism Di Negeri Sembilan”. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan pihak Medical Healthcare Travel Council (MHTC) dalam perancangan mempro, mempromosikan medical tourism di Negeri Sembilan. Buat masa ini, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mengambil inisiatif bagi menubuhkan Pasukan Pelaksana Pelancongan Kesihatan (PPPK) Negeri Sembilan yang terdiri daripada agensi Kerajaan Negeri termasuk agensi Persekutuan. Pasukan pelaksana ini terus, seterusnya akan berperanan dalam merangka gerak kerja yang holistik, membangunkan Pelan Tindakan Pelancongan Kesihatan Negeri Sembilan serta membina jaringan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dalam membangun dan mempromosikan pelancongan kesihatan di Negeri Sembilan.
Dalam perancangan promosikan Medical Tourism di Negeri Sembilan ini, Kerajaan Negeri dicadangkan untuk menyertai ekspo yang pihak MHTC kelolakan di luar negara terutamanya di Indonesia seperti di Jakarta dan Surabaya. Selain itu, Kerajaan Negeri juga dicadangkan untuk mengadakan lawatan kerja serta bench, benchmark ke luar negara untuk jaringan kerjasama dua hala dan seterusnya membangunkan pakej Medical Tourism Negeri Sembilan dengan keunik, keunikan atau identiti yang tersendiri. Sekian, terima kasih Yang Dipertua.
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa bagi Pertanyaan Lisan (Hari Pertama) telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberi jawapan secara bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions
Pertanyaan-pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi Pertanyaan-Pertanyaan Bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu seperti dibentangkan di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian jawapan bagi Pertanyaan-Pertanyaan Bertulis adalah dibentangkan.
USUL DI BAWAH PERATURAN XVI
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun memohon izin mencadangkan supaya Dewan ditangguhkan menurut Peraturan XVI, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan, Dewan Undangan Negeri Sembilan 1960 untuk saya mengemukakan usul khas dan mustahak dalam persidangan Dewan yang mulia ini. “Bahawa dengan ini, menzahirkan pendirian bersolidariti bersama rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Allahyarham Ismail Abdel Salam Ahmed Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin pada 31 Julai 2024 yang lalu”. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua ..…
Yang Berhormat Dato’ Yang Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat telah mengemukakan cadangan untuk menangguhkan Dewan bagi membolehkan usul khas dibintang, dibentangkan kepada Dewan. Cadangan ini telah disokong oleh Yang Berhormat ADUN Pertang. Saya berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat itu memenuhi kehendak-kehendak yang di, di bawah Peraturan XVI Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap bagi Dewan Undangan Negeri Sembilan. Sekaligus membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh sidang Dewan pada hari ini jugak. Oleh itu saya kemukakan perkara ini kepada sidang Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju usul ini dibentangkan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Cadangan ini diterima sebulat suara. Saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Linggi, YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah, YB
ADUN Chembong dan YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya membentangkan usul tersebut pada pagi ini, dalam Dewan yang mulia ini, di tapak istana demokrasi yang berkeramat, kita sama-sama berkumpul dengan satu tekad, satu matlamat dan satu suara tanpa dikekang batas agama, bangsa mahupun haluan politik, untuk mengangkat satu isu penting yang bukan sahaja menyentuh hati rakyat Malaysia, bahkan majoriti warga antarabangsa.
Sebelum tercetusnya serangan Rejim Zionis Isreal secara besar-besaran ke atas bumi Palestin pada 7 Oktober 2023, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyuarakan sebanyak 5 kali isu Palestin di pentas antarabangsa bagi menarik perhatian dunia kepada isu yang tidak pernah selesai sejak 75 tahun yang lalu. Penegasan oleh Malaysia di pentas antarabangsa adalah hasil dari kerja jahat Rejim Zionis Israel yang tidak henti-henti menindas rakyat Palestin sehingga mengakibatkan ratusan ribu nyawa tidak berdosa terkorban dan puluhan ribu dipenjara tanda pengadilan.
Teraji, tragedi Naqbah tahun 1948, penduduk Palestin telah dihalau dari kampung halaman masing-masing secara kejam oleh Rejim Zionis Israel yang telah buat pertama kali ketika itu memperkenalkan terorisme sebagai kaedah untuk mencapai matlamat mereka. Sekitar tahun 60-an, selepas apa yang digelar peperangan 6 hari, di atas tanah-tanah yang dirampas oleh rakyat, daripada rakyat Palestin, didirikan pula penempatan-penempatan haram tanpa rasa bersalah atau segan silu. Pada tahun 1982, tentu tidak dapat dilupakan yakni tragedi pembantaian ganas ke atas kanak-kanak, wanita dan mereka yang tidak berdosa di kem pelarian Shabra dan Shatila. Peristiwa-peristiwa berdarah ini tidak terhenti begitu sahaja. Kawasan yang didiami oleh rakyat Palestin semakin mengecil sehinggakan ramai dari kalangan mereka menjadi pelarian bagi meneruskan hidup.
Jadinya, demi menyuarakan ketegasan Kerajaan Negeri Sembilan tentang peristiwa berdarah yang telah terjadi, saya menyeru semua ahli Yang Berhormat sekalian, bersama-sama saya, sepakat, seia sekata, sederap menyampaikan kepada seluruh dunia akan pendirian Kerajaan Negeri Sembilan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak ber, berperikemanusiaan oleh Rejim Zionis Israel ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selaras dengan Peraturan XVI, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri 1960, saya dengan ini mencadangkan Dewan Yang Mulia ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut:
Bahawa Rejim Zionis Israel di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, perlu bertanggungjawab atas serangan ke atas Ketua Biro Politik Hamas, Asy-Syahid Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran pada 31 Julai 2024 yang lalu. Kejadian ini membuktikan bahawa Rejim Zionis Israel sememangnya sentiasa merancang secara agresif dengan menyasarkan pemimpin Hamas sepertina, sepertimana yang berlaku kepada Asy-Syahid Sheikh Ahmad Yasin dan Asy-Syahid Dr. Abdel Aziz Ar-Rantisi yang telah menjadi sasaran pembunuhan kejam Rejim Zionis pada tahun 2004.
Bahawa, pembunuhan Ismail Haniyeh itu merupakan tindakan yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Bahawa, serangan secara terancang yang berlaku di luar kawasan pergolakan boleh mencetuskan regional war dengan izin, yang mencetuskan peperangan yang lebih besar dengan melibatkan negara yang tidak terlibat dengan konflik tersebut.
Bahawa, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada pendirian, iaitu tiada alasan yang boleh diberikan bagi membunuh mana-mana pemimpin Hamas yang dilihat sentiasa berusaha untuk menuju kepada proses pendamaian bagi memastikan rakan Palestin mendapat kembali hak mereka di tanah air mereka.
Bahawa, rakyat Malaysia sangat kecewa dengan ketidakmampuan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat bantahan keras terhadap tindakan ganas Rejim Zionis Israel. Pembunuhan Ismail Haniyeh yang sepatutnya mendapat kecaman dari semua entiti antarabangsa dilihat sunyi tanpa sebarang usaha mengheret pihak terbabit dalam, dengan jenayah terancang tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saterusnya, seterusnya menegaskan bahawa Dewan yang mulia ini menzahirkan solidariti bersama rakyat Palestin seperti berikut iaitu:
Pertamanya: Mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Rejim Zionis Israel di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, ke atas jenayah terancang dengan membunuh Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas yang berada di Tehran.
Keduanya: Merakamkan rasa kecewa tidak terhingga tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di atas kenyataan yang begitu lemah terhadap serangan ganas rejim Zionis Isreal terhadap Gaza dan Rafah sejak 7 Oktober 2024 yang lalu.
Ketiga: Memutuskan untuk mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu supaya mencela Rejim Zionis Israel dan bukannya semata-mata membuat kenyataan yang lemah.
Keempat: Memutuskan agar Kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Negara-Pegara Anggota Pertubuhan Persidangan OIC, Pergerak Negara-Negara Berkecuali (NAM), Liga Arab dan negara-negara ber, bersependapat untuk mendukung prinsip undang-undang antarabangsa termasuk undang-undang hak asasi manusia, undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani krisis kemanusiaan di Gaza.
Kelima: Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi merujuk situasi akibat serangan tentera Rejim Zionis Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Keenam: Menggesa negara-negara sependapat untuk mengemukakan usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi mendapatkan Advisory Opinion Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Ketujuh: Memohon supaya negara Turki mempertimbangkan untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rome, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Kelapan: Menyeru supaya satu siasatan bebas yang penuh dibuat terhadap serangan tentera Rejim Zionis dan bukannya setakat siasatan yang tidak berpihak.
Kesembilan: Menyokong sepenuhnya desakan masyarakat antarabangsa, terutamanya Majlis Hak Asasi Manusia melalui resolusi yang telah diterima pada 2 Jun 2010, supaya siasatan yang berakauntabiliti dan bebas sepenuhnya dibuat mengenai serangan ini.
Kesepuluh: Mengalu-alukan tindakan negara Mesir membuka sempadan Rafah tanpa syarat bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sebarang halangan.
Ke-11: Merayu supaya masyarakat antarabangsa supaya terus menghulur bantuan kemanusiaan kepada penduduk pales, Wilayah Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar kepada ancaman Rejim Zionis.
Ke-12: Menyeru rakyat Palestin supaya bersatu dengan tujuan mempertankan, mempertahankan hak mutlak mereka bagi menubuhkan negara Palestin yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Terakhirnya: Menzahirkan sokongan padu rakyat Negeri Sembilan kepada perjuangan rakyat Palestin ke arah pembentukan negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam pada Malaysia kecewa atas kegagalan masyarakat antarabangsa mengambil tindakan keras sewajarnya terhadap Rejim Zionis, Malaysia akan tetap berusaha keras untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang sedang menderita. Perjuangan ini tidak akan tamat sehingga sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat dan kendiri ekonomi dapat dibangunkan. Selagi sokongan Amerika kepada rejim Zionis Israel bersifat menyeluruh bukannya bersyarat kepada pematuhan nilai-nilai kemanusiaan yang universal, selagi itulah keangkuhan rejim ini tidak akan ada kesudahannya.
Namun kita menyedari bahawa tidak semua orang Yahudi menyokong dan bersekongkol dengan Rejim Zionis Israel. Ramai orang Yahudi juga cintakan keamanan dan mahukan keadilan diberi kepada bangsa Palestin. Jelaslah, situasi yang menimpa rakyat Palestin, khususnya di Gaza, bukan sahaja penindasan terhadap umat Islam, tetapi suatu yang melangkaui kepercayaan agama, melibatkan hak asasi, keadilan dan kemanusiaan. Bersama-samalah kita memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, agar bencana kemanusiaan yang menimpa rakyat Palestin ini, dapat dihentikan dengan serta-merta.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya dengan ini memohon izin untuk menjemput Dewan Yang Mulia ini, bagi yang beragama Islam, menghadiahkan bacaan Al-Fatihah [YAB ADUN Sikamat membacakan surah berkenaan]. Dan yang bukan beragama Islam untuk bertafakur selama satu minit sebagai penghormatan kepada Allahyarham.
Al-Fatihah, sekali lagi [YAB ADUN Sikamat membacakan surah berkenaan].
From the river to the sea, Palestine will be free, dengan izin, Palesti Merdeka. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bangun untuk menyokong usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Negeri Sembilan bersih, muafakat dan sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk bersolidariti dan menyokong pendirian Kerajaan Negeri Sembilan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri di atas kecakna, kecaknaan terhadap perkembangan global semasa. Dan membawa di dalam Dewan Undangan Negeri supaya dapat dibincangkan dan bersolidariti bersama antara kerajaan dan pembangkang.
Sebelum saya melanjutkan ucapan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada gabungan di antara pihak kerajaan dan NGO yang telah menganjurkan himpunan pembebasan Palestin dengan jayanya sekali. Himpunan malam tadi jelas menunjukkan bahawa kesepakatan, kesepaduan dan solidariti rakyat Malaysia dalam soal Palestin merentasi perbezaan kaum, bangsa bahkan agama. Bukan sahaja Melayu Islam yang berani menzahirkan secara terbuka sokongan terhadap Palestin tetapi terda, terdapat juga wakil daripada kaum Punjabi, kaum India, kaum Cina bahkan ada juga wakil NGO Kristian yang berpidato menuntut kebebasan Palestin. Saya melihat satu lagi kecantikan ataupun another beauty of our Unity Government. Kecantikan di dalam Kerajaan Perpaduan ini yang berjaya mengenepikan perbezaan, menyatukan semua pihak berdiri teguh bersama-sama Palestin yang hari demi hari dirogol dan dicabuli hak kemanusiaan mereka.
Saya memetik laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA), jumlah terkini korban di Palestin sejak serangan pada 7 Oktober 2023 yang lalu sudah mencecah 39,853 kematian dengan tambahan 91,398 lagi mangsa yang cedera. Tanpa kita sedari Dato’ Yang Dipertua, hari ini detik ini, sudah masuk 3-0-3 atau 303 hari Palestin diserang. Rakyatnya dibunuh, kemudahannya dimusnahkan, mereka hidup merempat dan mengemis di negara sendiri
gara-gara Rejim Zionis Israel. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya 23 daripada 39 hospital di Gaza tidak lagi berfungsi.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri pada Himpunan Pembebasan Palestin malam tadi, ada menyebut bahawa Malaysia berhasrat untuk membawa rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia bagi menerima rawatan di negara ini tetapi sebagai langkah tambahan bagi menyokong sistem kesihatan di Palestin. saya ingin mengusulkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mendirikan Hospital Medan di mana-mana negara yang bersempadan dengan Palestin seperti Mesir ataupun Jordan. Ketika ini negara, antara negara yang sudah mendirikan hospital adalah Emiriah Arab Bersatu atau UAE, dan juga jawatankuasa antarabangsa Palang Merah.
Pembunuhan Ismail Haniyeh, yang merupakan pemimpin utama Hamas merupakan satu tamparan yang cukup besar kepada dunia Islam. Tambahan pula ianya berlaku di Iran yang merupakan antara kuasa besar negara Islam. Ini seolah-olah merupakan satu cabaran terbuka kepada masyarakat Islam di seluruh dunia. Iran perlu mengambil tindakan yang tegas dalam hal ini kerana jika tidak, ianya adalah satu signal yang jelas bahawa selain daripada tanah di Palestin, Israel juga boleh mencemarkan kedaulatan negara-negara yang lain.
Tindakan Amerika Syarikat yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengiktiraf negara Palestin juga saya lihat sebagai satu langkah terkutuk dan perlu dikecam dunia. Alasan yang diberikan Amerika Syarikat bahawa sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan pihak berkuasa Palestin dan bukan melalui tindakan PBB adalah satu alasan yang dangkal dan tidak boleh diterima. Bagaimana mungkin Palestin boleh perlu berbincang dengan pihak yang menceroboh dan membunuh rakyat mereka untuk mendapatkan kedaulatan di tanah air mereka sendiri.
Bulan Ogos ini adalah bulan kemerdekaan kepada rakyat Malaysia. Sudah pasti banyak sambutan dan juga aktiviti yang dilakukan untuk meraikan kemerdekaan Malaysia yang sudah mencecah usia 67 tahun. Dalam kita meraikan kemerdekaan yang lebih 6 dekad kita kecapi, kita tidak boleh lupakan saudara kita yang masih berjuang untuk menuntut kemerdekaan dan pembebasan negara mereka. Oleh itu, saya ingin mengusulkan kepada kerajaan agar dapat selitkan sedikit pengisian terhadap perjuangan Palestin dalam semua program kemerdekaan yang dilaksanakan. Malaysia bakal menjadi pengerusi ASEAN 2025 pada
tahun hadapan. Kerajaan juga telah 3 tonggak utama dalam persidangan kali ini iaitu keselamatan dan politik, ekonomi dan sosiobudaya. Malaysia selaku pengerusi perlu mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan satu resolusi khas yang menggabungkan seluruh suara komuniti ASEAN untuk mendesak PBB bagi mencari jalan penyelesaian segera terhadap isu pencerobohan Palestin ini.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi telah menyebut pelbagai kecaman dan pendirian Kerajaan Negeri Sembilan terhadap isu ini. Dan saya merasakan tidak ada sebab untuk usul ini tidak mendapat sokongan 100% dari ahli Dewan yang mulia ini. Akhir sekali, saya sekali lagi ingin menggesa kepada kuasa-kuasa besar dunia supaya tidak lagi mendiamkan diri, sekadar melihat kezaliman yang dilakukan oleh Rejim Zonis terhadap Palestin. Negara-negara kuasa besar dunia ini perlu segera campur tangan dan mempertahankan kedaulatan negara Palestin melalui PBB, OIC dan sebagainya demi hak manusia. Malaysia, Negeri Sembilan dan Malaysia akan berdiri teguh bersama dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan kedaulatan negara Palestin. Sekali lagi saya menyokong penuh usul tergempar dan ketetapan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi ini. Sekian wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, usul sebagaimana yang telah dibacakan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat sebentar tadi dan sudah dicadang dan disokong. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan usul ini sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Usul ini diluluskan sebulat suara. Kita teruskan ke agenda yang seterusnya dipersilakan Setiausaha Dewan.
[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah, YB ADUN Temiang, YB ADUN Gemencheh dan YB ADUN Gemas tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Rang Undang-Undang — Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2024Bill
“Satu Rang Undang-Undang bernama Satu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun
2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.”
[Bacaan kali pertama]
Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang yang pertama. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang, satu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk mem, perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu dibacakan bagi kali pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.
Satu Rang Undang-Undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.
[Bacaan kali kedua]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua. Saya bangun memohon izin untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2024. Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi mengeluarkan wang sebanyak 11,900,000.00 ringgit daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita diberi peluang untuk berkumpul di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, penutup tahun 2023 menyaksikan Kerajaan Negeri Sembilan sekali lagi berjaya mencapai surplus atau lebihan sebenar
sebanyak 4.93 juta berbanding dengan anggaran defisit sebanyak 108.96 juta dalam Belanjawan Tahun 2023.
Lebihan sebenar tersebut berjaya dicapai apabila kutipan hasil pada tahun 2023 adalah sebanyak 541.42 juta ataupun 120.32% berbanding sasaran hasil sebanyak 450.0 juta ringgit. Kutipan hasil 2023 tersebut merupakan antara rekod terbaik dalam sejarah Negeri Sembilan. Antara penyumbang utama peningkatan kutipan hasil tahun 2023 adalah bayaran Premium Tanah sebanyak 161.55 juta, diikuti dengan Cukai Tanah Semasa dan Tunggakan semasa 142.0 juta dan Permit Tanah dan Galian sebanyak 35.13 juta.
Dengan tema “Bersama Membina Negeri Madani”, Kerajaan Negeri telah menyediakan Belanjawan Tahun 2024 dengan anggaran kutipan hasil sebanyak 520.0 juta, manakala Anggaran Belanjawan adalah sebanyak 555.0 juta termasuk Anggaran Belanja Pembangunan sebanyak 140.0 juta ringgit. Fokus Belanjawan 2024 adalah melaksanakan inisiatif-inisiatif yang diyakini dapat mengimbangkan di antara keperluan sara hidup dan pengukuhan ekonomi supaya terus berdaya tahan. Kendatipun begitu, terdapat keperluan untuk menyelaraskan semula keperluan Belanjawan Tahun 2024. Dan dengan ini saya mohon izin untuk membentangkan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan 2024 sebanyak 11,900,000.00. ringgit.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, peruntukan tambahan ini adalah impak daripada pelbagai faktor termasuk perubahan dasar polisi kerajaan, penumpuan kepada cadangan Ketua Audit Negara serta peningkatan bayaran utiliti. Antara faktor yang tidak dapat dielakkan untuk pertambahan peruntukan ini adalah bagi menampung ketidakcukupan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan gaji dan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri 2024 sebanyak 500.00 ringgit serta bayaran bil utiliti terutamanya bil elektrik kesan daripada perubahan tarif mulai tahun 2023.
Selain itu, tambahan peruntukan juga diperlukan bagi menampung perolehan perkhidmatan, bekalan dan aset bagi melancarkan task force semas, semakan kadar cukai tanah Negeri Sembilan yang diselaraskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan. Justeru, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat tambahan peruntukan berjumlah 11,900,000.00 ringgit bersamaan dengan 2.14% daripada peruntukan asal Belanjawan Tahun 2024 yang berjumlah 555.0 juta. Peruntukan tambahan ini menjadikan peruntukan keseluruhan tahun 2024
meningkat kepada 566.9 juta ringgit dengan anggaran defisit sebanyak 46.9 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Sebanyak 10 Vot Bekalan melibatkan jabatan-jabatan memerlukan pertambahan peruntukan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 11,900,000.00 ringgit yang merangkumi peruntukan: pertama: Emolumen sebanyak 2,774,000.00 ringgit; Bekalan dan Perkhidmatan sebanyak 5,565,000.00 ringgit; Harta Modal, ketiga, sebanyak 561,000.00 ringgit; dan yang keempat, Pemberian dan Kenaan Tetap sebanyak 3.0 juta ringgit.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di bawah butiran Emolumen, peruntukan tambahan diperlukan untuk penyelarasan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu setengah bulan gaji yang telah saya umumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 1 Disember 2023 serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 sebanyak 500.00 ringgit seorang. Bantuan Khas Kewangan ini adalah simbolik penghargaan Kerajaan Negeri kepada penjawat awam Negeri Sembilan di atas pencapaian kutipan hasil 2023 selain membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh penjawat awam.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bagi butiran Bekalan dan Perkhidmatan, peruntukan sebanyak 5,565,000.00 diperlukan bagi menampung beberapa keperluan tambahan yang paling signifikan ialah sebanyak 3,733,000.00 diberikan di bawah Vot B09 – Pelbagai, Vot B11 – Jabatan Kerja Raya Negeri dan Vot B29 – Pejabat Balai Undang Yang Empat Serta Tunku Besar Tampin bagi menampung bayaran bil utiliti yang meningkat kesan dari perubahan tarif semenjak tahun 2023.
Selain itu, peruntukan sebanyak 777,000.00 ringgit ditambah kepada Vot B05 – Pejabat Pengarah Tanah dan Galian bagi membiayai keperluan perolehan perkhidmatan dan bekalan task force semakan kadar cukai Tanah Negeri Sembilan. Bagi butiran Harta-harta Modal Yang Lain peruntukan tambahan diperlukan sebanyak 561,000.00 ringgit bagi menampung perolehan peralatan ICT untuk melancarkan task force semakan kadar Cukai Tanah Negeri Sembilan yang diselaraskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan.
Bagi butiran Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, peruntukan 3.0 juta ringgit di Vot B18 – Caruman Kepada Kumpulan Wang Pembangunan/ Badan Berkanun dan Pelbagai disediakan untuk penyaluran ke akaun-akaun amanah berkaitan dengan khid, dengan khidmat masyarakat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sekian penerangan saya dan dengan ini saya mencadangkan agar Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Tahun 2024 dibacakan untuk kali pertama. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2024 telah dicadang dan dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu, seterusnya saya persilakan untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.
Dato’ Yang Dipertua, saya, pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan kerana dalam kita merangka bajet tahun 2024, sepertimana yang telah dibentangkan pada tahun lepas sehingga ke tahun ini kita tidak banyak melibatkan bajet-bajet tambahan kan. Sepertimana yang kita tahu asas pembentukan belanjawan itu sebahagiannya adalah kita nak lihat sejauh mana kesan kepada dasar belanjawan itu kepada pembangunan dan jugak kita bercakap soal komponen-komponen penting dalam dasar belanjawan itu sendiri.
Jadi dalam Dewan yang mulia ini, saya jugak nak mengambil kesempatan saya menyokong apa yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat berkaitan dengan Rang Undang-Undang untuk perbekalan tambahan ini ya. Saya ingin mengharapkan urus tadbir yang baik di kalangan penjawat-penjawat awam di Negeri Sembilan yang melaksanakan peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan sejajar dengan, sepertimana yang dikatakan oleh ADUN Pertang tadi berkaitan dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan ini yang telah bergerak dengan begitu baik sekali dalam melaksanakan apa juga kdasar-dasar ataupun kaedah-kaedah pembangunan di Negeri Sembilan ini. Perkara ini perlu seiring dengan politiknya, dengan pentadbirannya. Maka perkara ini akan dapat kita laksanakan dengan baik. Insya-Allah sepertimana dikatakan tadi dengan belanjawan kita yang surplus ya, ada lebihan dari segi pendapatan Kerajaan Negeri maka perbelanjaan tambahan ini yang pada asasnya tidak pun melebihi 10% daripada yang telah kita luluskan pada tahun lepas ya.
Dan apa harapan kami di peringkat pentadbir ataupun ADUN-ADUN yang mungkin terlibat dari segi perbelanjaan belanjawan ini, harapan kami adalah agar belanjaan tambahan ini akan dapat memberi impak yang lebih kepada kawasan-kawasan kami ya, khususnya kawasan-
kawasan DUN yang berada di luar bandar. Sejajar dengan apa yang telah kita luluskan pada hari ini insya-Allah ya, akan mendapat impak kepada kawasan-kawasan khususnya kawasan-kawasan yang berada di kawasan luar bandar.
Jadi Dato’ Yang Dipertua di kesempatan ini jugak, walaupun dalam membahaskan secara dasar ini. saya ambil kesempatan jugaklah ya, sebab Dewan kita bersidang agak pendek ya. Saya nak mengucapkan, di Dewan ini, kita mengucapkan tahniah kepada pasukan Olimpik kita sebenarnya ya, pasukan Olimpik kita yang telah berjaya mendapat pingat gangsa semalam, di badminton dan semua atlet-atlet yang terlibat. Walaupun tidak ada nama-nama besar daripada Negeri Sembilan, tapi ini menunjukkan jika, jika ada semangat kerjasama di antara semua pihak, maka kita akan dapat melaksanakan suatu perkara itu dengan lebih baik lagi.
Jadi saya menyokong apa yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat tadi. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Satu lagi YB. Kalau tidak saya tutup ya.
Dato’ Yang Dipertua, saya yakin bahawa perbelanjaan tambahan sebanyak 11.900 juta yang dinamakan Enakmen Perbekalan Tambahan 2024 pada tahun 2024 akan meningkatkan perkhidmatan dan kualiti setiap jabatan kerajaan yang disenaraikan dalam warta kerajaan. Oleh itu, saya mengucapkan terima, terima kasih dan tahniah kepada Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan and ADUN, ADUN Sikamat dan Kerajaan Negeri Sembilan atas perbelanjaan tambahan ini urusan yang baik. Saya mahu terima kasih kepada yang, Yang Amat Berhormat dan Exco Kanan dan Exco-Exco, Dato’ SS, Dato’ Kewangan, Dato’ Undang-Undang dan backbencher dan pembangkang. Terima kasih. Saya sokong. Okey.
Yang Berhormat Seremban Jaya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sesi perbahasan Rang Undang-Undang ini telah pun tamat. Terima kasih kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Sekarang saya persilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat untuk memberikan maklum balas dan menggulung perbahasan. Ada?
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, nampaknya tiada maklum balas daripada pihak kerajaan kerana mereka menyokong
dan melihat bahawa perkara ini positif untuk kepentingan Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan rang undang-undang ini telah diberi maklum balas ataupun dipersetujui oleh semua pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.
[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Satu rang undang-undang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perbelanjaan tambahan bagi perkhidmatan tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu bagi maksud yang tertentu bagi tahun itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan un, bersidang secara jawatankuasa dan rang undang-undang ini ditimbang sefasal demi sefasal sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara jawatankuasa.
[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar diturunkan]
[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]
Fasal 1.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Fasal 2.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Jadual.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan sebarang undang-undang ini dikemukakan kepada Dewan.
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang-undang ini dimaklumkan pada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dia diangkat, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.
[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
[Cokmar dinaikkan]
[Dewan bersidang semula]
[Bacaan kali yang ketiga]
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2024 telah dipertimbangkan sefasal demi sefasal dan
telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju rang undang-undang ini dibacakan bagi kali ketiga diluluskan secara, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang-undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Rantau, YB ADUN Chennah dan YB ADUN Gemencheh tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]
Enakmen Perbekalan Tambahan Pertama Tahun 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri”.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan kita masih ada masa, saya menetapkan kita teruskan dengan agenda berikutnya yang mana telah disusun lebih awal iaitu agenda bagi hari kedua dan hari ketiga iaitu pada 6 dan 7 Ogos 2024. Mohon Setiausaha Dewan meneruskan agenda berikut.
Penangguhan PersidanganAdjournment
Perkara kelapan, Penangguhan Persidangan.
Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin penjelasan. Kenapa penangguhan Dewan hari yang, hari yang kedua dan dan ketiga nak ditangguhkan? Ini saya nampak, kalau ikut Peraturan XVI, menangguhkan mesyuarat, salah satu perkara penting ialah setelah
habis semua pertanyaan itu dijawab. Ini luar tabii ni, dalam Dewan. Satu hari tak sampai untuk ditangguhkan.
Dato’ Yang Dipertua, kita, Amin nak jawab ke Min? Kita telah melalui proses Dewan ini secara betul dan tepat, bukan luar tabii. Saya berharap bahawa ahli Dewan pembangkang dapat belajar daripada, apakah yang sebenarnya berlaku ya. Dia walaupun kita tetapkan tiga hari, tak semestinya kita berjalan 3 hari. Soalan hari pertama telah kita jawab. Soalan lisan kita telah jawab. Soalan yang bertulis kita telah bagi jawapan. Dan soalan hari kedua dan ketiga, kalau dia tidak bersidang, kita akan jawab secara bertulis ya. Sebab kita telah ikut. Tadi kita pun ada rang, RUU bekalan tambahan. Saya nampak hanya 2 orang saja yang mengambil bahagian. Selebihnya tak ambil bahagian. Macam mana kita nak panjangkan lagi? Kita nak bercerita apo lagi? Ya. Jadi saya berharap bahawa ADUN pembangkang belajar Peraturan-Peraturan Dewan dengan rakan-rakan di negeri-negeri lain. Ini berlaku di negeri Kelantan, ini berlaku di negeri Kedah, berlaku di negeri Perlis. Bukan luar tabii, yang luar tabii, kita sebab kita tak faham Dewan. Jadi saya berharap kita kena belajar dan gunakanlah bahasa yang elok. Janganlah gunakan bahasa luar tabii. Perkataan-perkataan yang elok kan lebih baik. Kalau kita tak faham, kita tanya. Kita ada Setiausaha Dewan, kita ada Yang Dipertua Dewan untuk menjawab perkara tersebut dengan lebih betul. Ini luar Dewan, persidangan lepas luar, kata oh ini Dewan disegera, tamat habis. Kalau dah tak ada apa nak dibincangkan sebab kita sepatutnya kita ada 2 rang undang-undang tetapi yang tidak dapat dimasukkan. 2 lagi rang undang-undang yang tidak dapat kita masukkan dalam persidangan kali ini kerana keperluan, keputusan daripada Duli Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat tapi tak sempat nak masukkan ya. Kalau ikutkan dalam jadual kita ada. Insya-Allah kita bawa kepada persidangan akan datang. Itu maksudnya, sebab itu kita bersiap dengan 3 hari, kalau ada keperluan. Kalau dah tak ada selesai. Jadi lepas ni ada Ucapan Penangguhan. Kalau ada ya. Jadi saya serahkan kepada Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua. Bagi saya ruang untuk memberi pandangan ya. Saya rasa kita telah keluarkan surat bahawa 3 hari Dewan. Dan secara mengejut kita nak tangguhkan terus pada hari ini. Ini satu benda yang kadang-kadang …..
Yang Berhormat Paroi, nak teruskan dengan apa?
Teruskan …..
Kita nak teruskan dengan apa?
Ada soalan lisan …..
Kita …..
….. 3 hari soalan lisan …..
….. ikut peraturan …..
….. ditukarkan kepada soalan …..
….. soalan hanya dibenarkan …..
….. bertulis.
….. satu hari satu jam setengah saja. Itu peraturan. Lepas itu dia baru kita soalan kita pergi kepada agenda lain. Lepas satu jam setengah tu, apa-apa soalan baik bertulis, lisan yang tak dapat di di tak sempat dijawab, kita akan jawab secara bertulis. Itu yang di di di disebutkan …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. oleh Yang Amat Berhormat tadi.
Soalan lisan adalah …..
Jadi sekarang ni …..
Soalan lisan adalah soalan yang amat penting.
Yelah, tau. Tapi …..
…. untuk rakyat kami. Kami wakil rakyat.
….. itu, kami hanya satu jam setengah saja.
Ya, kami ni wakil, ada benda-benda yang kami nak kita …..
Dia dah dijawab …..
….. bagi jawapan kepada soalan lisan….
….. dia akan dijawab, dan dah dijawab dalam jadual, okey Yang Berhormat.
Dan kami pihak pembangkang memang tidak bersetuju ya, untuk ditangguhkan pada hari ini. Saya jelas, betul.
Tadi saya tanya siapa tak setuju, semua angkat tangan setuju penangguhan tadi.
Tapi tak apalah.
Saya tanya, saya tanya tadi …..
Saya tengok peraturan …..
Saya tengok ada usul untuk tangguh …..
….. peraturan XVI ya. Itu yang saya saya saya naik tadi, sebelum di di disokong.
Saya, saya beri tadi …..
….. peraturan: maka tiada boleh dicadang penangguhan mesyuarat bagi maksud yang tersebut kalaulah dengan dengan tiada izin lebih daripada separuh. Saya di peringkat kami memang saya rasa, kami tak setuju. Makna soalan lisan ada 2 lagi hari soal lisan tidak dijawab. Itu saya concern tentang …..
Yang Berhormat.
Dato’ Yang Dipertua, bagi sekejap Exco Kanan. Saya menjadi pembangkang 2 penggal. Ramai antara rakan-rakan pun jadi pembangkang, yang jadi kerajaan pun sedia ada, bahawa ini biasa dalam persidangan. Kalau tidak ada apa-apa perkara lagi dalam per apa, dalam peraturan yang kita nak bawa, kita akan tangguh ya. Walaupun dia setengah hari, walaupun dia sehari, walaupun dia 3 hari, walaupun kita rancang untuk 7 hari. Kerana itu dalam bajet pun kadang-kadang kita rancang untuk seminggu tetapi dia berakhir dengan 5 hari. Dan soalan-soalan biasanya dijawab dengan soalan lisan ataupun soalan bertulis. Itu adat di mana-mana dalam Dewan Undangan Negeri sekalipun. Dan saya juga berharap dan ini dapat dirujuk kepada rakan-rakan kita di negeri Kelantan, di negeri Kedah, Terengganu. Dan mereka juga ada Speaker yang sama, perjalanan yang sama, tidak ada banyak
beza dia. Dan saya harap bahawa ini boleh diberi penerangan kepada ADUN-ADUN pembangkang di Negeri Sembilan. Kerana ini akan memberikan satu perkara yang cukup ganjil ya, apabila ditulis. Dan orang akan merasakan bahawa ADUN-ADUN pembangkang kita tidak mempunyai pengetahuan tentang perjalanan Dewan. Ini amat serius dan ini agak, bagi saya agak, kalau nak saya sebut agak memalukanlah bagi kita tidak tahu peraturan Dewan. Dato’ Jalal nak sambung. Mintak izin.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan Peraturan XVI menangguhkan mesyuarat yang tertentu. Perkara kedua dikemukakan oleh ADUN Paroi, maka tiadalah boleh, saya mintak izin baca Dato’ Dipertua ya, “maka tiada, tiadalah boleh dicadangkan penangguhan mesyuarat bagi maksud yang tersebut kalaulah dengan izin lebih separuh daripada ahli-ahli yang hadir”. Ahli Dewan selebih pada separuh Dato’ Yang Dipertua. Apabila dikemukakan cadangan penangguhan Dewan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat dan selepas disokong maka Dato’ Yang Dipertua perlu buat ruling ataupun petua untuk sidang ditangguhkan. Terima kasih
Dato’ Yang Dipertua, mintak sikit ya …..
Saya ingat gini …..
….. saya mintak izin ya, saya mintak tolong sikit, atas jasa baik Yang Dipertua Dewan lah. Kalau kita tengok ya, daripada Peraturan XVI ini, dengan syarat Yang Dipertua Dewan boleh menahan cadangan itu jika itu pada fikirannya perkara yang dicadangkan hendaklah dirundingkan. Maknanya kita runding sekarang ni. Maknanya saya mencadangkan soalan-soalan lisan yang belum dijawab besok dan hari yang ketiga ya, dijawab secara lisan. Dan ini …..
Kita tak boleh bawak hari besok pada hari ini …..
….. bidang kuasa Dato’ Yang Dipertua. Ini dalam Peraturan XVI ni.
Kita dah dah tetapkan tu, Peraturan XVI tu tadi. Jadi saya, kita dah tetapkan soalan-soalan sampai tahun depan pun nak bawa hari ini tak boleh. Jadi sekarang ini saya rasa kita …..
Adakah kita takut nak menjawab secara lisan?
Dah banyak dah soalan-soalan …..
Dato’ Dipertua. Saya bangun sekali lagi membawa Peraturan XVI, Dato’ Yang Dipertua, Perkara 4, walaupun ada apa-apa yang disyaratkan dahulu dari ini sesuatu mesyuarat dewan boleh ditangguhkan oleh Yang Dipertua pada bila-bila masa dengan tidak payah dicadangkan dan diundi. Saya mohon Dato’ Yang Dipertua membuat ruling sekarang.
Okey.
Terima kasih.
Okey. Jadi kita pergi kepada agenda seterusnya iaitu, ahli-ahli Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. persidangan dewan telah pun …..
Dato’ Yang Dipertua.
….. dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu saya …..
Saya belum sokong lagi.
….. ada menerima, ada menerima permohonan, dah dah sokong tu tadi, ada menerima permohonan daripada ahli Yang Berhormat yang untuk menyampaikan Ucapan Penangguhan bagi persidangan hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Silakan. Yang ni pun, apa ni, peringatan ni dah bagi pada semua ADUN ya, supaya siapa yang nak berucap pada hari, penangguhan pada hari ini kemukakan. Dan kita terima 4 saja ya, 4 tak diterima pun daripada pihak pembangkanglah. Jadi saya saya jemput Yang Berhormat ADUN Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada yang Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Sikamat, Yang Berhormat Exco Kanan, ahli-ahli Dewan. Terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk Ucapan Penangguhan pada hari ini.
Alhamdulillah rasa berbesar hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana pada hari ini dalam dewan kita telah membentangkan satu usul untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin. Dan ini adalah perkara yang wajar untuk kita kutuk mereka kerana mereka tanpa segan silu, tanpa ada rasa bersalah untuk terus membunuh rakyat-rakyat yang ada di Palestin buat masa sekarang ini.
Dan juga saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah membentangkan rang undang-undang perbelanjaan tambahan sebanyak 11,900,000.00 bagi tahun 2024 ini. Ini merupakan satu perkara yang baik kerana di dalam ayat al-Quran, Allah SWT berfirman [membacakan sebahagian dari ayat 2, Al-Maaidah]. Dan bersegeralah kamu untuk melakukan perkara-perkara yang baik, dan janganlah kamu membantu kepada perkara yang mengajak ke arah kebinasaan.
Alhamdulillah, bagi bajet 2024 yang telah dibentangkan pada tahun lepas, banyak inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri yang membantu rakyat Negeri Sembilan bukan sahaja daripada warga emasnya tetapi juga membantu rakyat kita bermula kelahiran anak-anak di Negeri Sembilan ini sehinggalah kepada peringkat warga emas. Yang mana warga emas di seluruh DUN, Kerajaan Negeri telah membantu sebanyak 200.00 ringgit bagi yang berumur 70 tahun ke atas. Termasuk juga kepada anak-anak belia, Kerajaan Negeri membantu bermula dengan bantuan untuk lesen memandu, kemudian yang baru berkahwin kali pertama. Ini yang kita nakkan kerana kita mahu menggalakkan anak-anak muda di Negeri Sembilan ini berkahwin, kali pertama dan juga menambahkan penduduk-penduduk di Negeri Sembilan ini. Khususnya di kampung-kampung tradisi dah banyak warga yang tiada. Kalau kita nak menambah, tak boleh. Bukan tak boleh, boleh tapi tak adalah inisiatifnya. Tetapi ini satu inisiatif yang terbaik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri untuk kita menggalakkan anak-anak muda kita teruskan niat untuk berkahwin dan Kerajaan Negeri bantu.
Termasuk jugak, saya ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan kerana meneruskan lagi bantuan Bantuan Anak Sekolah dan juga Biasiswa Anak Negeri. BAS dan juga BAN, yang diberikan terus kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Ini membantu keluarga mereka, dapat membantu anak-anak kita meneruskan pembelajaran mereka dan juga membeli peralatan-peralatan yang sesuai buat mereka di sekolah menengah dan juga sekolah rendah.
Dan Kerajaan Negeri jugak memperkenalkan untuk anak-anak kita yang baru lepas pada SPM, yang telah diumumkan pada bulan lepas, yang mana boleh mendaftar bantuan di bawah Yayasan Negeri Sembilan dan juga Kerajaan Negeri. Bahkan bantuan laptop jugak dibagi kepada anak-anak kita yang dapat melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam di dalam negara kita. Ini satu inisiatif yang terbaik buat anak-anak kita yang hendak menyambung pelajaran mereka di peringkat tertinggi. Kerana Kerajaan Negeri memerlukan anak-anak kita yang ada ilmu. Walaupun sekarang ini kerajaan giat memperkenalkan sistem pembelajaran TVET, tetapi kerajaan tidak meninggalkan pembelajaran arus perdana supaya anak-anak kita terus merebut peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat pengajian tinggi, sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Alhamdulillah, saya ucapkan tahniah lagi sekali kepada Kerajaan Negeri kerana hasil inisiatif inilah kita dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dan kita mendapat keputusan SPM yang terbaik bagi tahun 2023 yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Bagi di peringkat belia, di peringkat sukan pulak, sama-sama kita doakan anak-anak kita yang akan mula menabur bakti untuk menaikkan nama Negeri Sembilan di Sukan Malaysia pada minggu hadapan. Saya ucapkan tahniah kepada Exco Sukan kerana sering memberi, memberi bimbingan dan juga sentiasa memberikan idea bagaimana kita hendak memajukan sukan di peringkat Negeri Sembilan ini. Kerana kawasan saya di Seri Menanti mendapat satu peruntukan yang mana kita boleh membaik pulih demi untuk sukan anak-anak kita. Khususnya di kawasan saya kalau minat main sepak takraw, kita repair gelanggang tu. Kita repair untuk kita memastikan anak-anak kita ini dapat main dengan tempat yang selesa untuk kegunaan harian mereka. Dan insya-Allah, saya yakin Seri Menanti dapat melahirkan pemain sepak takraw yang terkenal di peringkat Malaysia nanti.
Ini, dan juga saya juga telah diberikan amanah oleh Kerajaan Negeri untuk menjaga memanah. Dan saya dah bincang dengan pengurus termasuk kita punya jurulatih, rupanya jurulatih Negeri Sembilan ini yang pernah mewakili Malaysia di peringkat Olimpik di Rio pada tahun 2020 yang lepas. Ini satu kebanggaan kepada kita kerana jurulatih ini merupakan satu produk daripada sekolah sukan Za'ba di Kuala Pilah, yang mewakili Malaysia di peringkat Sukan Olimpik. Tetapi kalau di Negeri Sembilan ini, insya-Allah kita yakin dapat membawa pulang pingat untuk kita harumkan nama Negeri Sembilan di Sarawak pada, yang bermula pada 14 haribulan nanti insya-Allah.
Dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, marilah sama-sama kita berganding bahu untuk kita terus memajukan negeri yang amat kita cintai ini. Kerana kalau kita tidak bersatu padu, kita tidak membawa satu pemikiran yang kita hendak memecah-belahkan masyarakat ini akhirnya merugikan kita. Kerana kalau kita tengok mana-mana negeri yang maju, mereka sentiasa berganding bahu sama ada di peringkat pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Mari sama-sama kita bina negeri kita ini kerana negeri kita ini tidak boleh ketinggalan. Negeri kita ini bersebelahan dengan Klang Valley. Takkan kita nak jauh ketinggalan. Kalau kita berganding bahu bersama-sama untuk kita memberikan idea, memberikan kudrat kita untuk kemajuan Negeri Sembilan ini, saya yakin negeri kita akan dapat terus diharmonikan demi kemakmuran bersama, insya-Allah. Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan saya peluang untuk berbahas bagi Ucapan Penangguhan pada hari ini. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Chembong.
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya tadi saya berhasrat nak berbahas dalam perbahasan usul tadi. Tapi saya macam nak bangun Dato’ Dipertua buat-buat tak nampak saya Dato’ Dipertua. Tapi apa-apa pun terima kasih Dato’ Dipertua. Kita walaupun sidang dewan, banyak tugasan kita demi rakyat, demi masyarakat, tapi jangan gaduh-gaduh. Happy happy chill chill Dato’ Yang Dipertua ya. Kepada Yang Berhormat Sikamat, jangan risau, kan itu benda-benda macam itu biasalah karakter daripada pembangkang. Kan? Saya dengan Yang Berhormat Sikamat ni ada persamaan Dato’ Yang Dipertua.
Dulu.
Betul. Sebab dulu Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat pernah jadi pembangkang. Saya pun pernah jadi pembangkang. Kan sama. Ya. Betul-betul ah. Satu kali. Cumanya ada perbezaanlah Dato Dipertua, saya belum pernah jadi Menteri Besar. Itu jelah kan, Dato’ Dipertua. Dato’ Dipetua, saya saya mohon walaupun ini dalam Ucapan Penangguhan, tapi apa yang saya nak perkatakan, apa yang nak saya hujahkan, diambil berat sama seperti kalau ucapan saya semasa dalam perbahasan yang sebelum ini Dato’ Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, kalau sebelum ini dalam sidang Dewan yang lalu, bulan Mei yang lepas, saya mengambil kesempatan di dalam Dewan ini,
Dato’ Dipertua, untuk saya menjemput ahli-ahli rakan Yang Berhormat ke majlis saya, rumah terbuka, kan dengan tagline nya, no come, no friend, Dato’ Yang Dipertua. Jadi wajarlah saya mengambil kesempatan dalam sidang yang mulia ini jugak, untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada yang datang Dato’ Dipertua ya. So yang datang semua, you are all my friend, Dato’ Dipertua ya. Ramai yang datang Dato’ Dipertua. Dato’ Yang Dipertua pun datang. So Dato’ Yang Dipertua, dalam sidang Dewan ni saya nak sebut Dato’ Yang Dipertua you are my friend. Dan disebabkan itu Dato’ Dipertua, please give me little bit of extra time Dato’ Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, sekarang ni sedang ataupun musim demam sukan, Sukan Olimpik. Saya pun nak sebut jugak. Saya nak mengambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada kontinjen negara kita yang sedang berjuang di Paris sekarang, Dato’ Dipertua, untuk mengharumkan nama negara dalam bidang sukan. Malam tadi kita dapat satu pingat gangsa melalui acara beregu badminton lelaki Dato’ Yang Dipertua, iaitu daripada atlet kita Aaron Chia dan jugak Soh Wooi Yik. Tepuklah meja tuan-tuan puan-puan. Dato’ Dipertua, saya dalam badminton ni pun ada kesamaan dengan Aaron Chia dengan Soh Wooi Yik, Dato’ Dipertua, sebab saya pun jugak dulu bekas pemain badminton jugak, ada kesamaannya, ya. Cumanya bezanya Yang Berhormat Sikamat, dia main beregu, saya perseorangan. Ya. Dato’ Dipertua, dan beza yang lagi satu dia sampai ke Olimpik lah. Saya hanya peringkat Rumah Merah saja Dato’ Dipertua.
Dan cakap pasal sukan ini saya jugak nak ucapkan selamat maju jaya kepada pasukan kontinjen SUKMA kita yang akan bertanding di Kuching, Sarawak, Dato’ Dipertua. Sama-sama kita doakan. Selain daripada bidang-bidang lain kebajikan, pembangunan ekonomi, sukan juga akan mengharumkan nama negeri kita. Sekarang ni maklumkan, Dato’ Yang Dipertua, semua atlet-atlet SUKMA kita sedang giat menjalankan centralize training ataupun dengan izin, latihan berpusat. Saya berpeluang juga nak meninjau 2-3 kali anak-anak buah kita, atlet-atlet kita. Saya pun pergi tinjau pasukan pétanque, Dato’ Yang Dipertua, sedang menjalankan latihan berpusat di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negeri di Seremban 2. Haa ni Dato’ Yang Dipertua, sedang bergiat dan saya yakin Dato’ Dipertua, pétanque ini, insya-Allah saya boleh jadi penyumbang terbesar pingat emas berbanding acara-acara lain, Dato’ Dipertua. Insya-Allah. Tapi ada syaratnya Dato’ Dipetua. Itu hari saya pergi tinjau latihannya, mereka berlatih siang dan malam. Tapi malamnya agak malang Dato’ Dipertua, lampu tak cukup di Kompleks Majlis Sukan Negeri itu. Mereka berlatih dalam keadaan yang agak suram, sebab dikhabarkan nanti di Kuching mereka jugak akan
bertanding waktu malam, Dato’ Dipertua. Jadi dalam Dewan ini saya mintak Dato’ Dipertua. Saya dah tanya, kalau nak pasang lampu, tambah lagi 2-3 batang, 2 hari siap. Apalah kiranya Yang Berhormat Sikamat boleh keluarkan peruntukan segera. Tak banyak pun. Saya rasa lebih kurang 10,000.00. Saya yakin dengan lampu ni Dato’ Dipertua, saya yakin pétanque akan menghasilkan lebih banyak pingat emas Dato’ Yang Dipertua. Saya mintak ianya Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa perkara yang saya nak sebut jugak. Tentang permasalahan rakyat, Dato’ Yang Dipertua. Di kawasan saya, pertamanya saya nak sebut tentang, apa yang telah selalu saya sebutkanlah. Di Jalan FT001, di sekitar Sungai Gadut, Dato’ Yang Dipertua, kalau untuk lebih tepat, di kawasan sekitar Kuari Eng Lian, Dato’ Yang Dipertua. Itu hari lagi sekali, ketika saya melalui kawasan tersebut ada makcik yang menaiki motosikal jatuh disebabkan simpang masuk ke Kuari Eng Lian itu tidak berturap. Jadi batu-batu kecil tu bertaburan di atas jalan besar menyebabkan makcik ini jatuh Dato’ Dipertua. Jadi apakah langkahnya Kerajaan Negeri untuk melihat perkara ini Dato’ Yang Dipertua.
Nombor duanya, Dato’ Dato’ Dipertua, seterusnya adalah saya nak menyebut satu perkara Dato’ Yang Dipertua, tentang sekolah agama rakyat. Ada sebuah sekolah agama rakyat di Kampung Kundur Hulu, yang saya dimaklumkan ianya berada di tanah persendirian, hak milik Dato’ Yang Dipertua. Jadi apabila bangunan ini berada di tanah milik ianya mendapat ataupun agak sedikit kesukaran mendapatkan bantuan-bantuan, dana-dana, peruntukan daripada agensi-agensi ataupun daripada kerajaan. Saya mohon agensi-agensi yang terlibat, Kerajaan Negeri, Majlis Agama, Jabatan Agama dan sebagainya, apalah kiranya dapat ini ataupun dapat pindahkan Sekolah Agama Rakyat Kampung Kundur ini di kawasan yang lebih baik. Di sekitar tersebut ada tanah wakaf. Tak salah saya di bawah hak milik Jabatan Agama, Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Pertang sebab sidang Dewan yang lepas, saya menyebut ada satu permasalahan kecil iaitu tentang Tabika KEMAS di Kampung Mampung. ADUN Pertang cakap, dalam tempoh 3 bulan selesai. Terima kasih. Belum sampai 3 bulan selesai, ya. Jadi saya nak mintak tolong jugaklah. Saya nak menjemput Yang Berhormat ADUN Pertang ke kawasan saya, sebab perkara ni saya dah sebut dua tiga kali iaitu saya mohon untuk diberikan perhatian sedikit kepada sektor pelancongan. Ekopelancongan yang berteraskan makanan Melayu tradisional di sekitar jajaran Pedas ke Kundur Dato’ Yang Dipertua.
Kalau susah sangat tak apalah, saya ajak Yang Berhormat Exco Pertang datang Chembong, tengok. Saya belanja makan Dato’ Yang Dipertua. Saya jemput juga Yang Berhormat ADUN Palong datang sebab dekat situ Yang Berhormat ADUN Palong ….. [pencelahan YB ADUN Seremban Jaya secara off mic]. You tak mahulah, you tak datang pun itu hari saya punya open house. You are not my friend.
ADUN Palong, dekat kawasan Sabak Salai itu ada sebuah gelanggang futsal yang kini tak digunakan lagi, dah agak usang. Jadi ada permohonan, saranan daripada penduduk kampung, pelancong-pelancong yang datang, apalah kiranya kalau dapat gelanggang futsal itu kita buka ataupun, tidak pakai lagi, dengan izin Kerajaan Negeri dan sebagainya, boleh dijadikan tempat parking. So Dato’ ADUN Palong turunlah. Kalau boleh saya belanja besok dekat Sabak Salai dan sebagainya. Saya juga jemput Yang Berhormat ADUN Linggi, kan. Sebab dekat situ …..
Semua panggillah.
You are not my friend. Okey, okey. Yang Berhormat ADUN Linggi saya jemput datang, sebab ketika saya berada di kawasan tersebut itu hari, saya nampak ada seorang kakak itu dengan pasangan keluarga dia agak terkial-kial Dato’ Speaker, apa mereka, apabila mereka nak membayar secara apa tu, bukan tunai. Dengan susah, sebab liputan perkhidmatan coverage internetnya tak berapa baik situ Yang Berhormat ADUN Linggi. Sekarang mana ada pakai tunai Dato’ Speaker. Kita gunakan QR-code, e-Wallet dengan izin, dan sebagainya. Saya mohon. Yang Berhormat Linggi turun besok, tengok apa kiranya, apa boleh kita buat untuk memperbaiki, menaiktarafkan perkhidmatan coverage internet, liputan internet di kawasan itu. Banyaklah. So datang Dato’ Dipertua. Saya jemput pengarah JKR turun ya, Pengarah JKR, maan maan lai aaa, jangan risau, ya. Saya, saya jemput sebab kat situ bolehlah, kalau nak tengok bahu jalannya, dan sebagainya, Dato’ Dipertua, ya. Jadi itulah antara yang saya nak sebut. Insya-Allah kita akan cuba buat yang terbaik untuk masyarakat kita.
Dato’ Yang Dipertua, ada satu perkara lagi aa saya dimaklumkan ataupun ada jemputan bahawasanya Kerajaan Negeri akan buat apa, Yang Berhormat Pegawai Kewangan nak buat majlis ataupun bengkel Mesyuarat Konsultasi Bajet untuk 2025. Tapi sebelum buat saya nak bagi cadangan Dato’ Dipertua, sebabnya, selalunya bila kita buat sidang Dewan belanjawan, beria-ria kita bagi cadangan, tapi akhirnya sokong apa yang sedia ada jugak Dato’ Dipertua. Jadi saya nak bagi cadangan dulu Dato’ Dipertua, ya. Pertamanya pandangan saya Dato’ Dipertua,
apalah kiranya dapat kita pertimbangkan untuk kita naikkan sedikit elaun Ketua-Ketua Kampung kita Dato’ Dipertua ya. Kalau ahli Yang Berhormat tak tepuk tangan, saya cakap Ketua Kampung; eh ADUN-ADUN semua tak setuju. Siapa setuju, tolong tepuk tangan. Haa, ADUN Palong setuju tak? Tepuk tangan. So kita pertimbangkan untuk naikkan elaun wakil, apa Ketua Kampung ni. Sekarang ni mereka dapat 900.00 ya. SU 500.00. Saya rasa naikkan sedikit sekurang-kurangnya 1,500.00. Kalau tak 1,500.00 pun, 1,300.00, 1,200.00 Dato’ Dipertua.
Keduanya, Dato’ Yang Dipertua saya nak cadangkan jugaklah, tadi Yang Berhormat Seri Menanti cakap banyak imbuhan-imbuhan dan jugak insentif dapat. Saya nak bagi pandangan Dato’ Yang dipertua. Saya ucapkan terima kasih, tahniah ada imbuhan bantuan sumbangan kepada yang pasangan yang baru ni Dato’ Dipertua. Tapi saya nak cadangkan penambahbaikan. Kalau tak salah saya Dato’ Dipertua, itu hari ado orang mengadu dengan saya, mereka yang kali pertama kahwin mohon, gagal, tak layak, disebabkan had umurnya Dato’ Dipertua. Tak salah saya had umurnya sekarang 35 Dato’ Dipertua. Kadang-kadang ada jugaklah kan, kita-kita ni jodohnya lambat Yang Berhormat Kewangan. 36, 37 baru sam, sampai. Kadang-kadang sebab-sebab yang tertentu, dia tak nak kahwin cepat sebab nak menjaga mak ayah dia yang sedang sakit dan sebagainya. Dan saya rasa kita revise sikit had umur ni untuk melayakkan ya. 40, kalau jodohnya baru sampai umur 50 Dato’ Dipertua kan, apa nak buat dah jodoh dia macam tu. Saya cadangkan dinaikkan had umur ini Dato’ Yang Dipertua….[YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic]. Ya? Sukalah, ya.
Dato’ Yang Dipertua, satu lagi saya nak menyebut, ramai yang menghargai tentang bantuan daripada pihak Kerajaan Negeri tentang Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Dato’ Dipertua. Walaupun ianya tak banyak 3,000.00 ringgit. Tapi ianya sangat-sangat membantu untuk merancakkan ekonomi akar umbi ini Dato’ Dipertua, ya. Ramai yang mintak, banyak membantu. Dan saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri untuk sidang bajet kita hujung tahun ini, menaikkan sedikit ataupun dana bantuan ataupun jumlah untuk kita kekal, bekalkan peruntukan untuk Tabung Usahawan Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, yang lain, sekejap Dato’ Dipertua. Mana saya punya nota tadi?
Tak ada puji Speaker.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa itu sajalah yang saya nak sebutkan.
Okey terima kasih.
Dato’ Speaker, ya, memang baik Dato’ Speaker, memang baik, ya. Terima kasih Dato’ Dipertua. Saya dengan ini menjun, apa tu, mengakhiri ucapan saya dengan wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjung. Tak ada? Tak ada? Tarik diri. Okey Yang Berhormat Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih haa. Saya ingat, dua tiga ada paper ada, tapi saya tak mahu cakaplah pasal apa haa, tak mau baca. Pasal saya pun kesian Dato’ Yang Dipertua, saya pun main point saya mahu cakap. Sebab 2018, sebelum itu saya mahu ucapan sikit. Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian menyampaikan Ucapan penang, Penangguhan dan Persidangan Kedua penggal Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang ke-15 kali ini.
Dato’ Yang Dipertua, Dewan yang mulia ini, ini masalah, main, main lah. Ini kira PBT punya. Bukan saya punya tempat, seluruh daerah, seluruh daerah, Belanjawan 2025 dirangka oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu tekad merencana dan merancang secara bijak dan dapat menyediakan satu belanjawan yang menjamin kesejahteraan rakyat. Dato’ Yang Dipertua, bila kita masuk satu restoran atau melawat taman atau pasar malam, ada dua masalah. Sekarang satu, dia orang tanya; harga barang naik. Lagi satu, masalah diesel. Ini kira lebih kurang ini 20%. Tapi 80% masalah PBT. Bukan masalah itu baru, sudah lama. Sebab itu, kali ini saya minta rayu kepada yang, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberi, Negeri Sembilan dan yang, Exco-Exco dan SS, Dato’ SS, Dato’ Kewangan. Ini Dato’ Kewangan lah. Fasal saya dah pernah dengar Dato’ Kewangan punya masih ucapan, dia beritahu, saya tara suka dengar tak ada peruntukan. Itu Alson Klana. Saya dah dengar. Tapi memang masa tu, satu cakapan yang banyak baik. Saya pun puji, banyak bagus. Tapi saya tengok, sudah lebih kurang itu masalah bila saya sebelum jadi ADUN, pasal itu taman pun sudah lama. Taman pun sudah lama. Saya mintalah satu, kira ini masalah longkang, kira tu masalah. Masalah longkang, masalah jalan, playground, macam-macamlah. Tapi kali ini peruntukan, bila bajet 2025, satu bajet yang besar. Pasal kita Negeri Sembilan, kita tara hutang kepada Pusat. Tak apa, PBT punya fasal boleh pinjam sikitlah. Boleh pinjam, boleh minta hutang. Kita buat ini. Pasal rakyat 80%, dia orang cakap dulu, dulu dia
orang cakap pembangkang, sekarang sudah jadi kerajaan, sudah dua penggal, tengoklah, minta tolonglah. Macam inilah. Sebab itu saya rayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, tolonglah kali ini sikit peruntukan lebih kasi PBT semua daerah. Tengok macam mana boleh kasi settle. Khasnya Bandar Seremban, Majlis Bandaraya, Bandaraya Seremban. Memang saya ada faham. Itu landskap punya problem, banyak besar punya problem. Banyak pokok belum dapat selesaikan. Saya ada mohon lebih kurang tujuh tempat baru, MARRIS dapat dua tempat. Itu masalah pokok. Sebab itu, sebab mereka tak ada peruntukan. Itulah saya mintak tolong. Kali ini bajet, lebih kasi peruntukan kepada PBT. Itulah ucapan saya penangguhan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Okey.
Terima kasih Yang Berhormat. Ada. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan jika pihak kerajaan ingin memberi maklum balas.
Sorry sorry Dato’ Yang Dipertua. Sudah dua tiga kali ini parti pembangkang, jiran saya, kasi satu peluang. Nanti itu pun nanti jadi masalah pulak. Beri satu peluang.
Okey, YB.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang Berhormat boleh tak?
Yang Berhormat kita ada peraturan …..
Bagilah ruang …..
Yang, yang …..
…. sikit kepada pembangkang …..
….. yang, yang …..
Yang, yang, yang Yang Dipertua. Pihak kerajaan pun …..
Sasya, saya nak ikut peraturan ni. Kita beri notification, pemberitahuan. Siapa yang nak berucap penangguhan, mesti beritahu Setiausaha Dewan. Yang dah beritahu nama, empat. Jadi satu dah tarik diri. Saya benarkan ni saja. Saya tak boleh benarkan lagi dah …..
Makna pembangkang tak dimaklumkan benda itu.
Jangan bagitau macam tu, semua dah dimaklumkan. Jangan, Yang Berhormat, saya mintaklah ya …..
Tak, seperkara lagi, pihak, Ketua Pembangkang kami pun masuk hospital. Mungkin makluman tu tak sampai …..
Ada beberapa peluang tadi. Perbahasan rang undang-undang ada. Perbahasan penangguhan pun ada. Tapi …..
Tapi saya mintak jasa baik yang di, Yang Dipertua lah. Bagilah ruang kepada pembangkang sikit. Ini …..
Jangan macam tu. Semua peluang daripada Yang Dipertua …..
Ini hak rakyat kami nak mintak sikit apa, permasalahan nak di di ketengahkan di peringkat Dewan.
Saya terus dulu, saya teruskan agenda. Silakan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebenarnya dalam surat, untuk soalan Dewan pun kita telah maklum berapa soalan dewan yang nak kita hantar setiap hari, untuk soalan lisan ya, dan kita juga arahkan supaya siapkan soalan bertulis. Dan juga kita tulis kat situ supaya menjawab sama ada ada Ucapan Penangguhan atau tidak sebelum beberapa hari bulan ya, betul ya? Kita hantar kepada semua.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, tadi Seri Menanti usul Palestin, belanjaan tambahan. Terima kasih atas sokongan. Bajet 2024 inisiatif-inisiatif yang telah disebutkan, saya ucapkan terima kasih. Dan saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dapat melaksanakan dan menjayakan program-program tersebut. Dan saya juga berharap Sukan SUKMA di bawah Yang Berhormat Seri Menanti dapat menyumbangkan beberapa pingat emas kali ini ya. Lawan sikit Chembong ya. Dan ucapan yang terakhirnya mengenai memecah-belahkan masyarakat. Dan saya ucapkan tahniah kepada rakyat Negeri Sembilan yang hari ini masih kekal, masih utuh untuk memastikan kebersamaan dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan segalanya berjalan dengan baik dan kita dapat melaksanakan inisiatif dan insentif kepada rakyat Negeri Sembilan.
Chembong ya, Chembong mesej dia jelas dia nak jadi, dia yang belum dapat jadi Mentori Bosa jo lagi. Insya-Allah saya doakan satu hari, ya. Terima kasih atas kehadi, jangkauan dio yang datang rumah terbuka. Saya mintak maaf tak dapat hadir. Jadi bukan bermakna saya tak kawan dengan Chembong. Saya kawan Chembong. Cumo saya tak sempat datang.
Yang Berhormat Dato’ Seri Sikamat, you also my friend.
Thank you very much. Terasa jugak hati tadi. Kontinjen Olimpik, ini pétanque, saya harap bahawa dapat kita, dapat kita pastikan ya, pétanque setiap tahun saya rasa dapat pingat ya. Jadi tahun ini supaya semua emas bersinar di pétanque, padang pétanque. Tadi walaupun kita dalam gelap, itu sebenar ujian ya. Kita belajar dalam gelap, besok terang lagi senang untuk kita menang. Jadi insya-Allah yang tu kita tak ada masalah, tapi tak sempat nak pasang pun. Dah nak, dah nak hantar, dah nak hantar. Dio orang nak pergi bilo?
Kita lagi seminggu lebih Dato’ Seri.
Okey kalau ada, kita mulakan, boleh, kita hantar pasang.
Terima kasih di atas kelulusan Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Kita pasang, apa lampu padang tu ya. Jangan esok tak ada emas esok katakan, salahkan sayo. Jadi kita rasa bolehlah untuk itu. Mengenai jalan Eng Lian ini, saya berharap bahawa pihak JKR dapat ya, dan Selia dapat pastikan bahawa isu ini dapat kita selesaikan, dah beberapa kali. Sekolah Agama Rakyat Kundur ya. Ini kita mintak supaya Jabatan Agama dan MAINS dapat melihat kesesuaian ya. Dia ucap terima kasih kepada DUN Pertang, Ahli Dewan Undangan Negeri Pertang selosai masalah dio. Cumo dio jemput tu pergilah. Orang dah jomput tu ya. Dia bagi makan. Jadi saya harap bahawa ini juga akan meningkatkan lagi ekonomi di Pedas ya. Dan kita sedia maklum, kita ucap terima kasih kepada peniaga-peniaga di tol ya, di Tol Pedas yang kita sedia maklum sekarang menjadi tumpuan Sabak Salainya dan lain-lainnya, menjadi pemangkin kepada ekonomi di kawasan tersebut.
Konsultasi Bajet, Elaun Ketua Kampung itu kita tengok kemampuan Kerajaan Negeri ya. Umur kahwin tu saya rasa memang tak sesuailah kalau 35 tahun sebab sekarang ramai yang kahwin, eh lewat sikit. Kalau
kita bukak pun tak adalah masalah. Baru pertama kali kahwin. Kalau 60 dia kahwin pun okey lagi. Jadi saya harap bahawa ini boleh dibuka dan saya harap ya. Dana TUNS itu pun juga kita lihat keadaan, keadaan kita bagaimana kita mampu atau tidak tambah pada tahun ini.
Seremban Jaya, isu bajet, isu perkara-perkara yang disebut tadi ya. MBS kata dia tak ada bajet ya. MBS dia kutip pun banyak juga ya. Ratus juta dia kutip, dekat ratus juta dia kutip. Jadi suruhlah dia belanja sikit untuk tebang pokok. Janganlah serah kat kito semuo, ya. Jadi MBS minta tolong tengok, isu-isu yang kena segerakan, kita segerakan supaya tidak memberi kesan kepada masyarakat. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya ucap sekali lagi ribuan terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Dipertua, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Tadika Perpaduan Taman Sri Rompin pun telah mula dibaiki. Terima kasih Dato’ Seri.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya tangguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urus setia persidangan yang telah bersama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini.
Saya juga menetapkan agar semua Pertanyaan Lisan (Hari Kedua) bertarikh 6 Ogos 2024 dan Pertanyaan Lisan (Hari Ketiga) bertarikh 7 Ogos 2024 diberikan jawapan secara bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan dewan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.04 petang]