Negeri Sembilan · 25 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · not final · 194 turns · 32,932 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan Mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillah Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil‘alamin wassalatu wassalam’ala ashrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasahbihi ajma'in. Raditubillahi rabba wabil islami dina, wabi muhammadin nabiya warosula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SWT, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini; 25 November 2024 merupakan hari kedua persidangan. Di sini saya ingin maklumkan berkenaan ketidakhadiran iaitu Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada 25 hingga 27 November kerana beliau perlu mengiringi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi lawatan rasmi ke Republik Korea. Manakala Yang Berhormat ADUN Chembong tidak dapat hadir pada hari ini kerana hal keluarga yang tidak dapat dielakkan.
Hadirin sekalian, sebagaimana maklum sesi perbahasan akan dimulakan pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang
Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan seterusnya memberikan pendapat-pendapat yang dapat meningkatkan mutu penyampaian kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya.
Hadirin sekalian sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).
Saya jemput dan persilakan ADUN Klawang.
Assalamualaikum WBT. Saya mengemukakan soalan yang pertama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Klawang atas soalan pertama. Berhubung dengan isu GISB Holding. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah mengambil tindakan membincang dan membawa isu GISB Holding ini dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bil.7/2024 pada 27 hingga 29 September 2024 yang lalu. Berdasarkan hujah dan pandangan ahli Majlis Jawatankuasa Fatwa bersetuju memutuskan bahawa ajaran yang dibawa oleh Nasiruddin (pemimpin GISB) adalah sama dengan ajaran al-Arqam dan Rufaqa’ mengenai Aurad Muhammadiah yang telah diharamkan. Muzakarah juga menegaskan bahawa ajaran al-Arqam yang diwartakan pada 2016 boleh dijadikan asas kepada penguatkuasaan ke atas sebarang usaha untuk menghidupkan kembali ajaran al-Arqam atau seumpamanya walaupun atas nama yang berlainan.
Jabatan Mufti juga sentiasa menyebarkan maklumat mengenai kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang telah difatwakan melalui program-program Jabatan Mufti di peringkat daerah. Pihak PDRM Kontinjen Negeri Sembilan telah membuka 12 kertas siasatan terhadap
GISB di mana 12 kertas siasatan tersebut hanya 7 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah manakala 5 masih lagi menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara. Bagi pihak polis akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap apa jua pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh pihak GISB dan juga syarikat-syarikat, dan syarat-syarat, dan syarat, dan syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pihak GISB.
Isu ini juga telah dihebahkan melalui beberapa platform media seperti berikut:
• Berita Harian – Percetakan pada 12 September 2024; • Facebook Rasmi Jabatan Mufti Negeri Sembilan - Social Media – 11 September dan 12 September 2024; • Berita Harian – online pada 7 Oktober 2024; • Harian Metro – online pada 7 Oktober 2024; • Buletin TV3 – online – 7 Oktober 2024.
Kerajaan Negeri melalui pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam komited untuk mengambil tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Enakmen Syariah ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar apa-apa keputusan fatwa Negeri Sembilan termasuk mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang telah diwarta, difatwakan sesat pada 2016. Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menjalankan pemeriksaan di 2 buah madrasah di bawah pentadbiran GISB iaitu Madrasah Dinul Hayah, Ulu Beting, Kuala Pilah dan Madrasah Hayatul Islam di Kampung Senama, Rembau. Hasil pemeriksaan, tindakan penutupan di bawah Seksyen 25c Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan telah dilaksanakan ke atas kedua-dua madrasah tersebut. Manakala 4 orang yang disyaki telah ditahan dalam pemeriksaan tersebut. Orang yang disyaki ditahan terdiri daripada Pengerusi dan Mudir Madrasah Dinul Hayah, Ulu Beting, Kuala Pilah serta Mudir dan Timbalan Mudir Madrasah Hayatul Islam, Kampung Senama, Rembau.
Penahanan dan siasatan ke atas 4 orang yang disyaki tersebut adalah di bawah seksyen kesalahan
• Pertama: Seksyen 22 Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Sembilan 1996 iaitu di atas kesalahan menubuhkan, mengurus atau mengendalikan sekolah Islam tanpa Perakuan Pendaftar atau bertindak dengan melanggar enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 2,000.00 ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. • Yang kedua: Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Pindaan 2019 iaitu perbuatan ataupun ajaran salah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 5,000.00 ringgit atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
• Seksyen 53 Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 Pindaan 2019 iaitu Mengajar Agama Islam Tanpa Tauliah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda tidak melebihi 3,000.00 ringgit.
Kedua-dua orang yang disyaki dilepaskan dengan bon jaminan mahkamah dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 12 November 2024 di Mahkamah Syariah Seremban, Sendayan. Program Pemulihan Aqidah dan rehabilitasi telah dilaksanakan bermula seawal 15 Oktober 2024 kepada ahli GISB yang sukarela menyertainya. Selaras dengan program adalah, oleh Majlis Keselamatan Negeri, Negeri Sembilan (MKN). Modul akan digunakan disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam bertanggungjawab sebagai urusetia pendaftar. Ya, jadi kita telah panggil mereka untuk kita minta mereka mengha, menghadiri program akidah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, itu jawapan saya.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Dato’ Yang Dipertua, rukun agama ini terbahagi kepada 3. Iman iaitu kredit, apakah ibaratkan sebagai pokok, akarnya, syariat sebagai batangnya, akhlak sebagai buahnya. Dalam banyak keadaan saya kira perkara ini yang berulang kalau al-Arqam telah diharamkan 1994, Faqa’ 2006 saya kira, dan sekarang ni timbul GISB. Mungkin kita hanya memotong pokoknya Dato’ Yang Dipertua ya, tetapi akarnya masih dalam masih subur. Jadi saya kira pencegahan dari sudut bagaimana akar itu boleh kita cabut dan ianya terus dapat kita matikan dan ianya tidak berulang di masa hadapan. Sekian terima kasih.
Saya jemput Seremban Jaya.
Selamat pagi Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan 2.
Bismillahhirrahmanirrahim assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua. Pertama saya nak ucap terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Senawang, Seremban Jaya di atas soalan yang luar biasa pada pagi ini. Kerana saya pun lama dalam Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, saya belum dengar lagi soalan kelapa laut ni. Kelapa lauk, kelapa lauk, laut, sorry. Sebut pun dah tak betul dah. Tapi
walau bagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, ini adalah satu soalan yang luar biasa dan baik untuk kita ketengahkan. Saya buat research berkaitan dengan kelapa laut ini. Kelapa laut ini Dato’ Yang Dipertua, ialah dalam bahasa sainsnya lodocea maldivica. Untuk makluman Subang Jaya ya. Itu nama, nama saintifiknya. Dia memerlukan keadaan persekitaran yang sangat khusus untuk pertumbuhan yang sihat. Bukan semua kawasan boleh Dato’ Yang Dipertua ya. Habitat semula jadinya ada di kepulauan Seychelles iaitu satu negara yang paling kecil di Afrika yang penduduknya sekitar 130 ribu orang sahaja tahun 2024. Tahun 2014 – 100 ribu. You bayangkan, dalam tempoh 10 tahun hanya 30 ribu saja penduduk yang bertambah di situ.
Dan di kawasan ini, Seychelles ini, mempunyai kawasan yang berlatar belakang tanah berpasir, yang kaya dengan bahan organik serta iklim tropika yang konsisten. Tidak seperti Malaysia ya. Yang ketara perbezaannya, di Malaysia yang beriklim tropika, yang hangat dan lembap. Pokok ni juga Dato’ Yang Dipertua, tumbuh dengan perlahan mengambil masa puluhan tahun untuk mencapai kematangan. Kita tanam pokok ni untuk makluman Seremban Jaya, ditanam memakan masa 25 ke 50 tahun. Dan apabila dia berbuah, nak tunggu kematangan buah itu 7 tahun. Saya ingat kalau Seremban Jaya tanam sekarang, belum tentu itu boleh makanlah. Saya ingat tak sempatlah nak makan. Dia makan masa terlalu panjang. Tak tahulah kalau Seremban Jaya hidup lagi lama, lagi 50 tahun. Itu yang saya tahu. Dan dia memerlukan kawasan yang luas untuk sistem akar dia. Keperluan agronomi ini menjadikan pokok kelapa laut kurang sesuai untuk penanaman meluas di negara ini.
Selain itu, pokok kelapa laut ini dilindungi di bawah Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam ataupun dengan izin, Convention of International Trade of Endangered of Wild Fauna and Flora (CITES) ya, yang juga dikenali sebagai Konvensyen Washington sebagai spesies yang terancam. Sebarang usaha untuk penanaman dan pemindahan spesies ini daripada habitat asalnya, yakni Seychelles ini, memerlukan kelulusan ketat dan pengawasan antarabangsa untuk memastikan keseimbangan ekologi. Dahsyat soalan Seremban Jaya ni, antarabangsa, international, pertanian di peringkat international. Oleh itu, kita memilih untuk menyokong pemilihan spesies ini di habitat asalnya di Seychelles ini serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan spesies terancam. Pendekatan ini selaras dengan komitmen kita terhadap kelestarian alam sekitar dan pemeliraan, pemulih, pemeliharaan biodiversiti global selain daripada kita menghormati perundangan antarabangsa. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Exco Kanan, memang jawapan yang lebar. Banyak terima kasih. Bagus. Ini kelapa laut memang satu benda itu tarak rugian. Dia punya daun, dia punya, semua benda boleh pakai. Sekarang waktu hujan, memang minta maaf, sorry, sorry, sorry, sorry. Selalu lupa. Sorry, sorry, sorry Dato’ Yang Dipertua. Tapi dalam mahkamah kalau kena tarik telefon. Tapi Speaker baik. Memang waktu hujan dalam Malaysia air banyak. Bila waktu panas memang kita ada masalah air. Waktu panas memang kita sudah 8 tahun dulu pun kira 45 celcius. 8 tahun dulu. Masa itu kita punya loji pun sudah 3-4 sudah tada air, memang susah. Masa itu kita pun banyak kuat sembahyang doa. Tapi ini pokok ini, pokok kelapa sawit satu hari 60 gelen air dia boleh minum. Tapi pokok ini bila waktu panas dia boleh tarik kasi air kepada bumi. Sebab itu saya ada fikirlah, kira teman-teman, lagipun maintenance banyak senang, tapi lambat. Tapi sudah tanam, memang itu benda semua itu kelapa pun banyak sejuk. Banyak baik kesihatan. Sebab itu saya punya cadanganlah. Tapi saya punya soalan tambahan. Belum lagi, belum lagi. Cakap sikit. Okey, memandangkan penanaman pokok kelapa laut mempunyai kegagangan [kekangan] dari sudut mengundang dan peliharaan bio, biodiversiti, apakah jenis pokok alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk ditanam di taman perumahan dan ditanam di taman perindustrian yang bersifat selamat, mudah dijaga dan juga mempunyai nilai komersial atau manfaat kepada masyarakat? Itu soalan tambahan, terima kasih Dato’.
Terima kasih Seremban Jaya. Saya dah jelaskan ya, kelapa laut ni dia perlukan kawasan yang beriklim tropika dan konsisten ya. Dia punya suhu 24 – 28 darjah Celsius. Di negara kita juga begitu tapi dia tak konsisten. Dia perlukan tanah berpasir yang ada nutrien dan lembap. Dia tak boleh air lebih. Kalau kita hujan yang lebat, macam baru-baru ni berlaku, ada beberapa kawasan yang ditakungi air, itu pokok kelapa laut dia tak boleh. Dia boleh mati. Akar dia, dia boleh mati. Dia tak boleh keluarkan hasil. Mungkin dia boleh keluarkan hasil selepas 80 tahun, daripada 50 tahun dia jadi 80 tahun. Dia dia tak komersial. So kenapa dengan izin Dato’ Speaker, kenapa kita tak tanam di dalam negara kita kerana dia tidak ada commercial value dengan izin. Kalau kelapa sawit ni, 3 tahun, 4 tahun dia dah keluar hasil. Sekarang ini kelapa sawit dijual dengan harga 1,110.00 per tan. Harga yang boleh memberikan pendapatan yang sangat baik kepada penanam ataupun apa ni, golongan peneroka yang menanam kelapa sawit. Jadi kelapa laut ni secara apa ni, kesimpulannya tidak sesuai untuk ditanam di dalam negara kita. Kelapa laut, bukan lauk ya. Kelapa laut, jangan silap.
Jadi saya nak saya nak bagi puas hati juga kepada ADUN Seremban Jaya ini kalau nak juga tanam saya nak cadangkan supaya minat dan tujuan
ADUN Seremban Jaya untuk tanam kelapa laut ini sebagai satu usaha konservati apa ini, konservasi eksotik. Ini sebagai satu usaha dan mungkin boleh kita pertimbangkan dalam skala yang kecil. Saya nak cadang supaya ADUN Seremban Jaya dan saya sendiri tanam satu pokok dulu kat rumah kitalah. Boleh tumbuh ke tak boleh tumbuh. Tapi saya nak check dengan Pengarah Pertanian, kerana Pengarah Pertanian, Dato’ Speaker saya tanam durian Musang King di rumah saya. Dia kata ini tidak mungkin akan berbuah. Saya akan buktikan kepada Pengarah Pertanian. Durian Musang King saya selepas ambil penggal ini akan mengeluarkan Musang King yang terbaik berbanding yang pengarah tahulah. Itu dah lari sikit.
Soalan tambahan ni daripada ADUN Seremban Jaya ini tentang apakah tanaman lain yang sesuai untuk komuniti bandar dan juga komuniti desa. Saya nak sebut ya, pada di Dewan yang mulia ini, saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Di dalam pembentangan bajet telah pun menyentuh program touch point tanaman buah-buahan yang memberi tumpuan kepada pendekat, 2 pendekatan yang strategik. Kalau tak silap saya Yang Amat Berhormat Menteri Besar umumkan 1.0 juta ringgit, tak 500 ribu ringgit. Bukan 1.0 juta. Dia boleh tambah lagilah itu kalau tak cukup. Yang pertama pengedaran, Kerajaan Negeri akan buat satu pendekatan baru bagi menanam minat masyarakat di Negeri Sembilan untuk menanam buah-buahan yang terpilih di kawasan rumah mereka seperti yang saya lakukan sekarang. Maknanya di kawasan bandar kita boleh tanam mangga, boleh tanam durian, boleh tanam rambutan, yang akan diedarkan oleh Kerajaan Negeri kepada masyarakat tempatan untuk memperkenalkan tanaman bernilai, yang bernilai komersial yang berpotensi akan menjadi sumber pendapatan kepada rakyat. Dan secara tak langsung program ini akan menjadikan satu program memperindahkan kawasan taman perumahan dan desa dengan tanaman buah-buahan. Daripada kita tanam pokok yang tidak memberi hasil.
Sebagai contoh Dato’ Dipertua, di Seremban Jaya ya, di Seremban Jaya, kita kalau katalah kita ada satu perkampungan di Seremban Jaya yang mempunyai 50 buah rumah. Jadi di 50 buah rumah ini kita akan bekalkan setiap rumah satu benih pokok mangga ataupun durian ataupun pokok rambutan yang diputuskan oleh ADUN, supaya kampung ini akan dikenali sebagai mengeluarkan produk mangga untuk 5 tahun yang akan datang. Kalau di kawasan felda, Dato’ Yang Dipertua, Felda Pasoh 1 umpamanya, kita tanam semua pokok di Felda Pasoh 1 dengan durian Musang King kerana Jelebu akan menjadi hub pengeluaran Musang King umpamanya. Dan selepas tempoh matang Dato’ Yang Dipertua, kalau kita pergi Jelebu nak, mana nak cari hab
pengeluaran makanan durian percuma, pergi ke Pasoh 1, setiap rumah ada pokok durian Musang King umpamanya.
Kalau kita pergi pulak ke perkampungan di Kampung Juasseh Tengah umpamanya. Oleh kerana Juasseh ini dia tak berapa nak makan durian kerana dia memberi gula yang banyak, nak elak daripada penyakit kencing manis, kita bagi dia pokok manggis Korea umpamanya. Setiap rumah di Juasseh Tengah tanam pokok manggis Korea. Dan apabila ini berlaku Dato’ Yang Dipertua, hasrat Kerajaan Negeri selain daripada menghijaukan kawasan persekitaran yang ada di Negeri Sembilan ini, kita juga boleh memberikan pendapatan sampingan kepada tuan rumah dan komuniti di desa dan juga di bandar yang telah kita bekalkan. Insya-Allah pada tahun-tahun yang akan datang, dengan izin dan juga percaturan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Pegawai Kewangan Negeri, program ini akan dilipatgandakan lagi sehingga meliputi dan merentasi semua kawasan di Negeri Sembilan insya-Allah Dato’ Yang Dipertua, terima kasih.
Saya jemput Lukut, YB Lukut.
Dato’ Yang Dipertua, Lukut meng, mengemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Lukut. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, buat masa ini, Negeri Sembilan mempunyai lebih 50 kawasan perindustrian yang sedia ada yang lengkap dengan infrastruktur. Daripada jumlah tersebut, kawasan industri Techpark@Enstek (Fasa 2) di Bandar Enstek dan Springhil Industry Park (Fasa 1 & 2) di Port Dickson yang masih lagi menawarkan tapak industri jika ada pelabur baru yang berminat. Manakala kawasan-kawasan industri yang lain hanya dapat menawarkan bangunan kilang-kilang sedia ada atau gudang untuk disewa atau dijual kepada pelabur.
Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk menggalakkan pembukaan kawasan industri baru bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri. Terdapat 10 kawasan industri baharu yang telah dikenal pasti iaitu:
• Kawasan Industri SPD Techvalley di Senawang oleh Seri Pajam Development Sendirian Berhad. Kawasan ini seluas 523 ekar dan merupakan satu pembangunan industri baru berkonsep greentech dan dalam kawasan gated and guarded. Pembangunan projek dijangka siap pada tahun 2026.
• Yang kedua: Kawasan Industri Hamilton City di Nilai oleh Sime Darby Properties Sendirian Berhad. Kawasan ini seluas 514 ekar dan merupakan projek pertama di bawah pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 yang bakal siap sepenuhnya pada 2025.
• Yang ketiga: Kawasan Industri Techpark@Enstek (Fasa 3) di Bandar Enstek oleh Tabung Haji Properties Sendirian Berhad. Fasa 3 ini adalah seluas 616.6 ekar di mana ianya masih menumpukan kepada pembangunan hub industri halal, cleantech dan berteknologi tinggi. Kawasan ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
• Yang keempat: Vision Business Park di Labu (Parcel B) oleh Sime Darby Properties Sendirian Berhad. Kawasan ini adalah pembangunan bercampur seluas 760 ekar dan sebahagiannya adalah untuk industri sokongan, ringan dan sederhana. Dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
• Yang kelima: Kawasan Industri MVV TechPark di Labu (Parcel B) oleh Perbadanan Negeri Sembilan dengan kerjasama N9 Matrix Development Sendirian Berhad. Kawasan industri ini berkeluasan 2,382.2 ekar dan dijangka siap pada tahun 2028.
• Yang keenam: Kawasan Industri NS Semiconductor Valley di Senawang oleh Perbadanan Negeri Sembilan dengan kerjasama pihak swasta. Kawasan industri ini berkeluasan 837 ekar dan merupakan Kawasan industri berteknologi tinggi khususnya untuk E&E dan juga Semiconductor. Ia dijangka siap pada tahun 2027.
• Yang ketujuh: Kawasan Industri NS Smart Park di Labu (Parcel B) oleh Perbadanan Negeri Sembilan dengan kerjasama pihak swasta. Kawasan industri ini merupakan kawasan industri berteknologi tinggi seperti Data Center, Smart Manufacturing, Aerospace dan Logistik dan Service Industry. Ia dijangka siap pada tahun 2028.
• Yang kelapan: Kawasan Industri Sikamat di Sikamat oleh GD Holdings Sendirian Berhad. Kawasan industri ini berkeluasan 122.7 ekar dan menumpukan kepada industri ringan dan sederhana. Dijangka siap pada tahun 2027.
• Yang kesembilan: Kawasan Industri Springhill Fasa 3 di Port Dickson oleh West Synergy Sendirian Berhad. Kawasan ini berkeluasan 179 ekar dan menumpu kepada industri ringan dan sederhana yang berteknologi tinggi. Dijangka siap pada tahun 2026.
• Yang kesepuluh: Kawasan Industri Kelisa Mewah di Sungai Gadut oleh Azza Mewah Sendirian Berhad. Kawasan industri ini berkeluasan 100 ekar dan menumpukan kepada industri ringan sahaja. Dijangka siap pada suku pertama tahun 2025.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Secara keseluruhannya, prestasi pelaburan di Negeri Sembilan semakin meningkat sejak tahun 2018 sehingga kini. Jumlah pelaburan tempatan dan asing yang telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengikut tahun sejak 2018 sehingga terkini iaitu suku tahun kedua tahun 2024, Januari sehingga bulan Jun adalah seperti berikut:
• Jumlah pelaburan tempatan pada tahun 2018 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.26 bilion manakala bagi tahun pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.60 bilion;
• Jumlah pelaburan tempatan pada tahun 2019 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 5.11 bilion manakala bagi pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.85 bilion;
• Jumlah pelaburan tempatan bagi tahun 2020 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 4.1 bilion manakala pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 3.83 bilion;
• Jumlah pelaburan tempatan pada tahun 2021 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 3.35 bilion manakala bagi pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 2.41 bilion;
• Jumlah pelaburan tempatan pada tahun 2022 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 2.3 bilion manakala bagi pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 6.58 bilion;
• Jumlah pelaburan tempatan pada tahun 2023 adalah sebanyak Ringgit Malaysia 4.05 bilion manakala bagi pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 6.04 bilion;
• Dan yang akhirnya, untuk tahun ni, jumlah pelaburan tempatan bagi suku tahun kedua bagi tahun ni, iaitu Januari sehingga Jun adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.83 bilion manakala bagi pelaburan asing adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.16 bilion.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Bahau. Seperti sedia maklum, awal tahun ni ada berlaku pencemaran air yang disebabkan oleh tumpahan minyak ke dalam Sungai Linggi sehingga menjejaskan bekalan air di kawasan Port Dickson. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, soalan saya, dalam perancangan kawasan perindustrian baru di Negeri Sembilan, apakah dasar Kerajaan Negeri dan apakah piawaian yang diguna pakai untuk meluluskan kawasan perindustrian baru untuk memastikan sisa buangan air terpakai daripada kilang yang, supaya dia tidak menjejaskan kualiti air sungai? Terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Lukut. Sudah tentunya Kerajaan Negeri tidak akan mem, bertolak ansur kepada mana-mana syarikat yang cuba melanggar undang-undang dan khususnya kepada syarikat ataupun kilang yang mencemarkan sungai kita ataupun mencemarkan alam sekitar kita. Dan dalam perkara ini, untuk setiap permohonan KM setiap kilang, kerajaan kita telah pun menetapkan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak kilang. Dan untuk makluman Yang Berhormat Lukut dan juga rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini, saya rasa dalam 1 – 2 tahun ini banyak operasi secara spot check telah pun dilaksanakan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah pun sendiri turun padang untuk melihat sendiri dan juga memberi amaran kepada pihak kilang yang telah pun menyebabkan pencemaran. Saya rasa usaha ini yang dilaksanakan bukan sahaja daripada, yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita tetapi seluruh pasukan penguatkuasa kita daripada PBT daripada Jabatan Alam Sekitar, BKSA ini sudah tentunya dia akan memastikan bahawa tak ada mana-mana kilang yang akan mampu mencemarkan alam sekitar kita. dan sudah tentunya penguatkuasaan ataupun pemantauan yang rapi akan terus dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk menjaga alam sekitar kita. Terima kasih.
Saya jemput YB Labu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya bangun bertanya soalan nombor 1. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ADUN Labu yang bertanyakan berkaitan dengan kawasan, pewartaan kawasan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Isu pewartaan ni untuk makluman ADUN Labu ya, adalah merupakan antara bidang fokus saya di dalam mana-mana jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Bertindak Luar Bandar. Dan di platform-platform di peringkat kebangsaan juga, kita memberikan
penumpuan tentang isu yang berkaitan dengan pewartaan bagi masyarakat Orang Asli ini.
Dan sukacita saya register, dengan izin di dalam Dewan Undangan Negeri ini, bahawa Kementerian Desa Dan Wilayah telah pun memberikan pujian dan menyokong usaha Kerajaan Negeri bagi meneruskan usaha untuk penyelesaian pewartaan kampung Orang Asli di negeri ini. Untuk makluman ADUN Labu dan Ahli Dewan, di Negeri Sembilan, kita ada 69 kawasan Orang Asli. Daripada jumlah itu, 54 telah pun kita wartakan, dah selesai di bawah Seksyen 7 Akta Orang Asli iaitu Akta 134, dan 5 kawasan lagi telah pun diwartakan sebagai rizab awam bagi maksud penempatan generasi kedua Orang Asli di bawah kawalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (Akta 828). 59 kawasan yang telah diwartakan ini untuk makluman ahli Dewan, mempunyai keluasan seluas 4,792.76 hektar dah selesai. Manakala 10 lagi baki kawasan masih dalam tindakan pewartaan di bawah Seksyen 7 (Akta 134) yakni Seksyen yang sama yang meliputi kawasan seluas 873 hektar lagi. Ini dalam proses.
Untuk makluman Dewan, saya nak sebut satu persatu kampung yang belum kita wartakan iaitu Kampung Orang Asli Langkap, Kampung Orang Asli Simpang Tering, Kampung Orang Asli Ulu Mampas, Kampung Orang Asli Ulu Pondoi, Kampung Orang Asli Sungai Mahang, Kampung Orang Asli Lumut, Kampung Orang Asli Dusun Kendong, Kampung Orang Asli Pabai, Kampung Orang Asli Sungai Siput, dan kampung saya sendiri iaitu Kampung Orang Asli Ulu Kelaka. Yang ni 10 ni belum lagi kita buat. Dan ini dalam proses pewartaan Dato’ Yang Dipertua ya, 10 ini kita akan dalam proses dan kita telah menjalankan kerja-kerja awal. Dan insya-Allah dalam jangka masa yang saya yakin dengan Kerjasama daripada Pegawai Tanah Daerah, dengan kerjasama Pengarah JAKOA yang begitu kuat bekerja untuk menyelesaikan masalah pewartaan ini, dapat kita selesaikan dalam tempoh-tempoh penggal ini.
Tetapi untuk makluman ADUN Labu juga, bagi tempoh 2018 sehingga 2023, 5 kawasan Orang Asli telah pun kita berjaya wartakan. Maknanya in total 59 itu, 5 telah kita selesaikan dalam tempoh itu, yakni di Kampung Orang Asli Bertam, Jelebu. 3 lagi kawasan di Jempol, Jerbang iaitu DUN Sungai Lui kemudian Lebuk Temenggalan di kawasan Jeram Padang tak silap saya, dan satu lagi di Kampung Orang Asli Air Kuning. Dan akhirnya ialah tentunya di kawasan, satu perkampungan Orang Asli di daerah Port Dickson yang sama jumlahnya iaitu dalam lingkungan 4.7 ribu hektar tadi yang telah saya sebutkan. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Exco Kanan. Soalan tambahan. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan pewartaan bagi 10
buah kampung Orang Asli yang disebut oleh YB Exco sebentar tadi? Dan bilakah sasaran pewartaan ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya?
Terima kasih ADUN Labu. Saya dah sebut tadi ya. Faktor yang menyebabkan kelewatan 10 kawasan ini ialah kebanyakan daripada kawasan Orang Asli itu melibatkan jajaran hutan simpan ya. Selain daripada itu melibatkan jajaran rizab tanah Rizab Melayu. Maka apabila ia melibatkan jajaran hutan simpan dan Rizab Melayu, dia memerlukan tindakan pengukuran semula supaya kita boleh buat re-allocate ya, dengan izin, makna kita nak buat jajaran baru ataupun kita nak dapatkan kawasan gantian bagi Rizab Melayu ini untuk kita wartakan sebagai penempatan masyarakat orang Asli. Kesemua proses ini memakan masa dan yang penting sekali ialah dengan kompeten pegawai-pegawai kerajaan kita, yakni pegawai apa ni, Pegawai Tanah Dan Galian, Pegawai Pejabat Tanah Daerah termasuk Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri termasuk juga Pegawai JAKOA Negeri akan bekerjasama. Dan saya nak bagitahu kepada jabatan, pada Dewan ini kita akan tubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan baki 10 pewartaan kawasan Orang Asli ini supaya dapat kita selesaikan dalam tempoh penggal ini insya-Allah. Kalau komitmen dan tanggungjawab yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Daerah termasuk Pegawai JAKOA dan semuanya melalui dengan pandangan dan juga bimbingan daripada Pegawai Undang-Undang Negeri, insya-Allah, kita boleh selesaikan baki 10 ini dalam tempoh penggal ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput ADUN Lobak.
Terima kasih Dato’ Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih, Dato’ Dipertua. Terima kasih YB Lobak ya, kerana bertanyakan tentang pendidikan awal kanak-kanak ya, soalan pertama. Untuk makluman, jumlah kita ada tiga, empat institusi ya, yang mengadakan pendidikan awal kanak-kanak ini iaitu KPM sendiri Tabika Perpaduan, Tabika KEMAS dan jugak swasta. Untuk makluman Dewan, di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, prasekolah sebanyak 225 buah sekolah yang ada prasekolah, melibatkan 356 bilik darjah. Bagi KEMAS, untuk tabika sebanyak 471 kelas dan untuk taska sebanyak 42 kelas. Dia ada beza ya, taska dan tabika. Untuk Jabatan Perpaduan, TABIKA Perpaduan berjumlah 120 manakala Taska Perpaduan sebanyak dua, 2 taska lah.
Di masa yang sama, Dato’ Yang Dipertua, tadika swasta, sebanyak 381 buah tadika swasta yang ada di Negeri Sembilan buat, yang berdaftar
dengan, dengan kitalah setakat hari ini. Dan di masa sama ada 14 lagi buah tadika swasta yang masih dalam proses pendaftaran. Dan setakat ni kita tak pernah tolaklah permohonan daripada pihak swasta untuk menubuhkan tabika swasta. Terima kasih Dato’ Dipertua.
Terima kasih jawapan yang jelas sekali dari Senaling. Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan ada, soalan seperti macam ni kerana sekolah, prasekolah memang utama sekali. Kami harap adalah kerajaan apa langkah-langkah untuk mengawal bahawa kualiti atau guru-guru, macam mana membantu mereka dapat sijil sekurang-kurang tu yang dari pusat ada cakap ni diploma. Apa bantuan dari Kerajaan Negeri supaya membantu guru-guru yang men latihan atau meng upgrade dia sendiri sebagai diploma. Satu, yang soalan tu. Selepas tu kami difahamkan antara bandar dengan luar bandar yang daftar, dalam prasekolah, nampak bilangan ramai tapi saya nak tahu angka tu, berapa murid adalah bezanya bandar dan luar bandar, adalah budak-budak yang generasi baru kita ini, ada masuk prasekolah atau ada ke atau tidak, tidak. Jikalau ikut bilangan Darjah 1, bilangan yang taska atau tu dia bilangan seimbang ke? Erti itu nak tanya adalah anak kita ini ada semua masuk prasekolah? Dan selain tu kami pun nak tanya ten tentang yang tu keselamatan di sekolah prasekolah. Macam yang bahawa, yang pertama sekali di swasta kerana baru sekarang ni ada budak-budak ni yang kes GISB itu, kami mengharap, kalangan yang khasnya swasta tapi termasuklah Perpaduan atau KEMAS pun kena mengutamakan mempastikan keselamatan anak-anak kita ini. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Dipertua. YB lobak tanya banyak sangat soalan tambahan. Saya pun tak tahu mana satu. Apa pun saya bacakanlah pada YB Lobak. Yang Berhormat, jumlah, saya bagitahu jumlah pelajar dulu ya. Bagi KPM ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia, prasekolah di bawah KPM, seramai 7,931 orang pelajar ya, di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, melibatkan guru dia seramai 356 guru. Itu untuk KPM ya YB. Untuk Jabatan Perpaduan iaitu Tabika Perpaduan tadi, jumlah pelajar tabika berserta dengan taska 2,233 orang dengan jumlah guru seramai 246 orang. Untuk KEMAS, bilangan murid di Tabika KEMAS, 10,022 orang, sementara taska yang 4 tahun, 5 tahun ke bawah ni, 751 orang. Dan di swasta, pihak swasta pulak, itu kemas ya, swasta murid yang masuk tabika swasta ramai, tabika swasta 12,344 orang keseluruhannya.
Bagi dari segi ratio ataupun orang kata nisbah luar bandar dan bandar, tak ada dicatat kat sini. Tinggal lagi kita maklum bahawa Tabika KEMAS kebanyakannya di luar bandar manakala swasta di bandar-bandar. Dan KPM pun agak agak seimbang di, lebih ramai di bandar daripada luar
bandarlah. Ini kita tengok kalau kawasan tu kawasan sekolahnya tu memang kelas apa ni, sekolah kurang murid. Maknanya dia punya tadika pun memang kuranglah. Itu dia punya kayu pengukur dialah ya. Sebab kita di luar bandar hari ni kita masih banyak yang SKM ataupun Sekolah Kurang Murid ni. Jadi dia selalunya dia samalah, kalau jumlah sekolah kurang murid di kawasan luar bandar di, budak tadikanya pun tak seramai itulah. Jadi jumlahnya minta maaf YB, kalau nak pecahannya saya bagi kemudianlah ya.
Dari segi guru-guru. Sepertimana kita sedia maklum bahawa guru-guru ni semuanya mendapat latihan yang cukup khususnya kalau yang setahu saya kalau KPM dan jugak KEMAS sekarang ni guru-guru Tadika KEMAS, Tabika KEMAS semuanya diwajibkan untuk mendapatkan diploma. Begitu jugak dengan swasta. Dan saya yakin dan percaya prasekolah di dalam negara kita khususnya di Negeri Sembilan ni memberikan, mempunyai guru-guru yang qualified dengan izin, qualified teachers dan insya-Allah anak kita dalam keadaan yang selamatlah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Senaling dengan jawapan amat jelaskan. Tapi sebagai DUN kawasan, kami harap kerajaan yang bawah pimpinan Sikamat yang utamakan pendidikan generasi baru kita ni, kami nampak ada bantuan BAS, ada bantuan BAN, atau siswa IPT, IPTA macam-macam ada. So saya harap untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak masuk sekolah, prasekolah, kami harap mungkin tahun akan datang, bajet 2026, buat satu one off. One off dengan izinnya, bantu menggalakkan ibu bapa hantar anak-anak mereka masuk ke itu prasekolah yang tertentu. Saya ucapkan terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, untuk itu mungkin tahun depan kita bincanglah keputusan yang YAB MB dan jugak kalau keadaan kewangan kita cukup mungkin boleh kita fikirkanlah. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Sungai Lui.
Dato’ Yang Dipertua saya, kemukan soalan pertama.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada ADUN kawasan Lui yang bertanyakan berkaitan dengan pembangunan kawasan agropolis, Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045, yakni sejauh mana pencapaian pembangunan pertanian di kawasan tersebut. Pembangunan agropolis ni Dato’ Yang Dipertua, di Negeri Sembilan, merupakan teras kedua ya, dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan yang telah mencatat
kemajuan yang memberansangkan setakat ini. Sejak tahun 2021 sehingga September 2024, mengikut rekod, sebanyak 1,431 hektar kawasan telah pun berjaya dibangunkan dengan jumlah peruntukan terkumpul sebanyak 16.49 juta yang melibatkan 1,590 penerima manfaat daripada program ini. Daripada jumlah itu, sumbangan kita dalam memfokuskan kawasan ini adalah sebanyak 58% yang menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri di dalam menyokong rancangan strategik ini. Perlaksanaan projek agropolis ini turut memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Negeri Sembilan melalui pengeluaran tanaman makanan. Dan bagi tempoh tahun 2021 sehinggalah September 2024, projek ini telah menyumbang 212,617 tan metrik hasil tanaman makanan termasuk buah-buahan, sayuran, tanaman industri yang berpotensi dan padi yang bernilai 815.94 juta ringgit.
Pencapaian ini mencerminkan kejayaan pendekatan agropolis yang ditanya oleh ADUN Sungai Lui, di dalam memperkasakan sektor pertanian negeri. Dan agropolis Negeri Sembilan dirancang dengan matlamat untuk merangsang ekonomi setempat melalui integrasi elemen perbandaran dan dalam kawasan penempatan desa. Ianya melibatkan kawasan-kawasan seperti Jempol, Tampin, Rembau, Kuala Pilah yang mana projek ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan tetapi juga membantu dalam pembangunan komuniti desa dengan menghubungkan infrastruktur ekonomi yang lebih mantap. Di samping menyumbang kepada ekonomi negeri, projek agropolis ini juga membawa kesan positif kepada komuniti setempat. Peningkatan pengeluaran tanaman makanan ini bukan sahaja menjamin bekalan makanan negeri yang mencukupi tetapi turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambah sumber pendapatan kepada masyarakat di kawasan luar bandar. Sekaligus menyokong aspirasi Kerajaan Negeri Sembilan dalam meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui sektor pertanian yang berjaya, berdaya maju dan mampan.
Dato’ Yang Dipertua, perincian maklumat pengeluaran agropolis daerah ya, Jempol, Kuala Pilah, Rembau, Tampin sebagainya, saya akan hantar secara bertulis kepada Yang Berhormat ADUN Sungai Lui kerana panjang ini. Dan saya akan hantarkan untuk makluman ahli Dewan juga selepas sidang nanti. Insya-Allah, terima kasih.
Okey, terima kasih atas usaha yang dijalankan oleh Yang Berhormat Exco Kanan untuk kita terus memajukan sektor industri agropolis dalam Negeri Sembilan. Berhubung dengan perancangan seterusnya, bagaimana pula pendekatan ataupun strategi untuk menjadikan agropolis ni sebagai peluang kepada pemegang taruh
termasuk para belia yang berhijrah ke luar bandar, pemain industri yang ingin meneroka kawasan baru dan juga rantaian hiliran yang melibatkan perusahaan kecil dan juga sederhana?
Dato’ Yang Dipertua, secara kebetulan, soalan tambahan ini saya mempunyai fakta tambahan di dalam dokumen saya. Dan suka saya nak nyatakan di Dewan Undangan Negeri ini, ini bukan usaha Exco ataupun usaha saya seorang. Usaha ini merangkumi perancangan daripada Kerajaan Negeri termasuk yang dilaksanakan dan dirangka oleh pegawai-pegawai kerajaan kita. Kerana itu kita ucapkan tahniah kepada penjawat awam terutamanya pengarah, di dalam merangka satu pelan strategik untuk mendatangkan hasil kepada masyarakat kita terutamanya masyarakat luar bandar.
Soalan tambahan yang dikemukakan oleh ADUN Sungai Lui ni adalah, pembangunan agropolis ini merupakan teras kedua dalam Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 dan telah dirangka sebagai satu langkah strategik untuk memastikan pembangunan mampan dalam sektor pertanian di negeri ini. Dalam rancangan RSNS 2045 ini, antara dokumen perancangan komprehensif yang telah dan akan memandu, memandu pembangunan fizikal dan ekonomi Negeri Sembilan sehingga tahun 2045. Saya nak baca ya, antara data untuk rekod Dewan, dalam Belanjawan Tahun 2025 yang baru saja dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan 8.63 juta untuk melaksanakan 8 Inisiatif Keterjaminan Makanan termasuk subsektor tanaman dan ternakan. 8.63 juta. Melangkah ke hadapan, pembangunan agropolis ini akan diperkukuhkan melalui penyediaan dokumen Rancangan Malaysia Ke-13 bagi tempoh 2026 sehingga 2030. Proses penyediaan ini melibatkan pandangan dan cadangan daripada pelbagai pemegang taruh untuk memastikan keberkesanan strategi ini berkesan yakni memberikan peningkatan peluang kepada belia untuk menceburi sektor program pertanian moden dan sebagainya untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana dalam rantaian nilaian, nilai hiliran khususnya bagi kita memperkasakan produk hiliran seperti makanan terproses, hasil tani yang boleh memberikan nilai tambah.
Dan yang ketiga membuka ruang kolaborasi bersama pemain industri yang berminat untuk melabur dalam sektor pertanian yang sekarang ini saya dan juga Kerajaan Negeri memberikan tumpuan untuk membawa sebanyak mungkin pelabur-pelabur di dalam sektor pertanian di dalam negeri yang bertuah ini. Yang Berhormat Dato’, Dato’ Yang Dipertua melalui program RSNS 2045 ni, pembangunan agropolis bukan saja dijangka memperkukuhkan keterjaminan makanan tetapi juga merangsang pertumbuhan ekonomi yang kita jangka sebagai
pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan dan inklusif sehingga tahun 2045. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput Yang Berhormat Juasseh.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan yang pertama.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi untuk menjawab soalan ADUN Juasseh ini. ADUN Juasseh tanya soal, soalan nombor berapa?
Nombor 1.
Usaha Pertubuhan Dinamis FELCRA iaitu WADIRA dalam mengembangkan usahawan ke peringkat antarabangsa. Hebat soalan ADUN sekarang, semua peringkat antarabangsa, Dato’ Yang Dipertua. Ini adalah perkembangan yang begitu drastik. Antarabangsa, international dengan izin. Saya nak ucap terima kasih kepada ADUN Juasseh kerana memberikan penumpuan kepada WADIRA ni. WADIRA ni singkatan kepada Wanita Dinamis FELCRA ataupun ringkasnya WADIRA. WADIRA ni ditubuhkan di semua kawasan berpenempatan dan kawasan yang bukan berpenempatan. Objektif tubuhnya WADIRA ni ialah sebuah organisasi kaum wanita di kalangan isteri-isteri, bukan isteri-isteri. Isteri peserta-peserta. Haa ini kalau salah sebut, tarik balik. Saya tarik balik. Isteri peserta-peserta. Betul eh ADUN Pilah? Bukan isteri-isteri peserta ya? Pun boleh jugak, kalau boleh kita terima, itu pejuang wanita. Isteri peserta-peserta yang akan berperanan sebagai penyelaras dalam merencanakan dan melaksanakan aktiviti sosial dan ekonomi keluarga melalui 3 aspek.
Pertama: mewujudkan masyarakat wanita bersyukur berpengetahuan dan maju progresif dan dinamis. Kedua: mewujudkan pemimpin daripada kalangan ahli WADIRA yang mempunyai jati diri, lengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang berkualiti. Dan yang ketiga: membimbing dan menggalakkan WADIRA berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan aktiviti komersial yang menguntungkan.
Dalam Negeri Sembilan Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ADUN Juasseh dan ahli Dewan, 4, kita ada 4 buah WADIRA di Negeri Sembilan. Yang pertama: WADIRA Ayer Hitam dengan keahlian 98 orang. Kedua: WADIRA Lakai dengan keahlian seramai 87 orang, tak lebih pun daripada 100. Ketiga: WADIRA Felcra Bayai dengan keahlian yang ramai sikit 90 orang daripada DUN Serting. Dan keempat: Wadira
Felcra Gugusan Rompin, yakni Rompin B dengan keahlian seramai 15 orang je. Saya nak mintak ADUN-ADUN dan juga wakil kita di kalangan wanita supaya memperkasakan lagi WADIRA ini untuk kita tambah ramai ahli-ahli WADIRA ni.
Di Ayer Hitam mereka menjalankan forte ataupun gist perniagaannya sebagai kedai makan. Lakai: kedai makan, homestay, inap desa dan aktiviti kemasyarakatan. Felcra Bayai banyak tumpu kepada aktiviti kemasyarakatan. Gugusan Rompin banyak juga aktiviti kepada kemasyarakatan. Apa dia aktiviti kemasyarakatan? Baca Yasin, program bubur asyura, program kempen ataupun sambutan Maulidur Rasul, program masakan, fardu ain dan lain-lain. Ini semua adalah merupakan program yang dianjurkan oleh wanita, isteri peserta-peserta untuk memperkukuhkan hubungan mereka antara satu sama lain.
Saya nak sebut tentang peruntukan yang kita beri kepada WADIRA. Pada tahun 2022, pertama membina bangunan baru aktiviti WADIRA Lakai yakni inap desa berjumlah 135 ribu ringgit, menaik taraf bangunan WADIRA Rompin B berjumlah 13,500.00. Dan peruntukan pada tahun 2024 yang telah FELCRA salurkan kepada WADIRA untuk naik taraf Wadira Ayer Hitam, bangunan gerai makannya berjumlah 90,000.00 ringgit. Intotal Dato’ Yang Dipertua dengan izin, jumlah peruntukan bagi tempoh 3 tahun, bagi WADIRA di Negeri Sembilan adalah sebanyak 238,500.00 ringgit yang telah pun kita lulus dan berikan kepada keempat-empat WADIRA di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan pertama.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan Temiang, soalan nombor 1, mengenai Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua dalam gagasan untuk menjadikan Negeri Sembilan Lembah Ilmu dengan melahirkan modal insan yang cemerlang, Yayasan Negeri Sembilan telah memperuntukkan 2.5 juta ringgit bagi tahun 2024 bagi program anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan suatu bentuk penghargaan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang telah berjaya dengan cemerlang dan mencapai pengijazahan kelas pertama di institusi pengajian tinggi awam. Dari Januari hingga Oktober tahun 2024, Yayasan Negeri Sembilan telah menyampaikan penghargaan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan pada
484 orang graduan Ijazah Sarjana Muda dengan pembe, perbelanjaan peruntukan sebanyak 2.420 juta. Dan pada bulan November saya telah sendiri menyampaikan 170 lagi yang melibatkan 850 ribu ringgit berjumlah, total 3.270 juta kepada 654 graduan. Ini melebihi daripada sasaran 2.5 juta.
Antara syarat pertama pemohon adalah anak, Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama ini mestilah anak kelahiran Negeri Sembilan, bersekolah rendah di Negeri Sembilan serta, serta terbuka kepada graduan ijazah muda yang telah berjaya memperolehi kelas pertama di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Untuk makluman juga bahawa Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman tidak tersenarai sebagai institusi pengajian tinggi awam dan terkeluar daripada syarat permohonan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan semulalah cadangan saya di mana diberikan Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama ini kepada mahasiswa daripada Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman di mana mereka juga adalah anak Negeri Sembilan. Dan kebanyakan mereka adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah di Negeri Sembilan. Jadi mereka amat berharap untuk untuk mendapatkan pertolongan ini daripada Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita sebenarnya berharap kalau boleh kita nak bagi semua anak Negeri Sembilan supaya memperolehi ya. Tetapi kita sedia maklum bahawa dengan peruntukan sedia ada, dan kekangan dan kita lihat semakin tahun semakin ramai yang menerima Ijazah Kelas Pertama ini dengan kepujian. Dan saya ber, saya be, saya kalau diizinkan Allah jika ada lebihan kita tidak menjadi masalah untuk Yayasan Negeri Sembilan membuka sedikit ruang. Tetapi apa yang kita lihat hari ini IPTA ya meletakkan Ijazah Kelas Pertama itu 3.75 ya, CGPA dia, berbanding dengan swasta meletakkan 3.5 CGPA sebagai Cemerlang Kelas Pertama. Jadi ada perbezaan dan pengiktirafan itu juga berbeza-beza. Jadi Dato’ Yang Dipertua kita akan melihat semula dan kita akan menilai daripada masa ke semasa, insya-Allah kita akan pertimbangkan perkara tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya persilakan Yang Berhormat Serting.
Assalamualaikum, selamat sejahtera. Soalan nombor 1 Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan pertama daripada ADUN Serting, terima kasih atas soalan tersebut, mengenai permit pengeluaran pasir, betul ya? Okey. Dato’ Yang Dipertua sehingga 31 Oktober 2024, Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak 37 bilangan permit pasir sungai iaitu 13 permit daerah Seremban, 8 permit di daerah Kuala Pilah, 6 permit daerah Rembau, 5 permit di Daerah Kecil Gemas, 4 permit di daerah Jelebu, 1 permit di Daerah Port Dickson.
Bagi daerah Seremban senarai pemegang permit adalah seperti berikut iaitu Yayasan Negeri Sembilan, Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan Management Sendirian Berhad, Kamarulzaman bin Baharudin dan Rosmani binti Abdul Rahman. Bagi daerah Kuala Pilah, senarai pemegang permit adalah seperti berikut, Yayasan Negeri Sembilan Management Sendirian Berhad dan Rosli bin Md Yusof. Bagi daerah Rembau, pemegang permit adalah pasir adalah Yayasan Negeri Sembilan Management Sendirian Berhad. Dan bagi Daerah Kecil Gemas, senarai pemegang permit adalah Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan. Bagi daerah Jelebu, senarai pemegang permit adalah seperti berikut iaitu Yayasan Negeri Sembilan Management Sendirian Berhad, Semak Bakti Sendirian Berhad, Yang Teramat Mulia Dato’ Mendika, Menteri Dato’ Haji Maarof Bin Mat Rashad dan Shahnizar binti Kamil. Bagi daerah Port Dickson, pemegang permit adalah Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan. Sehingga 31 Oktober 2024, Kerajaan Negeri telah mengutip bayaran royalti pasir sungai sebanyak 1.209 juta ringgit. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan. Dari sudut penguatkuasaan dan juga pemantauan, jabatan manakah yang bertanggungjawab kepada syarikat-syarikat ini supaya mematuhi peraturan ataupun peraturan telah ditetapkan dan tidak mencemarkan ekosistem sungai. Itu yang pertama. Dan yang kedua, adakah selain daripada syarikat-syarikat sebutkan tadi adakah kot syarikat-syarikat haram maksudnya yang turut mengusahakan? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Serting ya. Kita sedia maklum bahawa Pejabat Tanah Daerah adalah merupakan agensi yang menjadi penguatkuasa bagi apa juga aktiviti pasir bersama dengan JPS dan juga dengan Pejabat Tanah Galian Negeri. Mengenai operasi haram pasir, masih berlaku. Dan saya sentiasa berharap ada maklumat-maklumat yang boleh diberikan daripada masa ke semasa. Dan banyak tindakan yang telah kita ambil. Dan terbaru adalah di di Nilai ya, kita telah mengambil, telah menahan sebuah lori dan kita telah sita lori tersebut sehingga ke hari ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Jemput Yang Berhormat Johol.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan pekan-pekan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk di kawasan Johol, berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035, kawasan Johol mempunyai 2 pekan kecil iaitu di Pekan Johol dan juga di Pekan Air Mawang. Bagi zoning perniagaan, mempunyai keluasan 12 hektar untuk aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Bagi zoning perumahan pula mempunyai keluasan sebanyak 19 hektar bagi kawasan penempatan baru. Selain itu, Johol juga berfungsi sebagai Pusat Agro Tani iaitu kawasan berasaskan pertanian sebagai aspek ekonomi, fizikal dan juga sosial penduduk setempat. Di samping itu, kawasan Johol juga terlibatlah bagi aktiviti memelihara dan memulihara fasad bangunan bagi mengekalkan imej bangunan warisan. Majlis Daerah Kuala Pilah akan memudahcarakan permohonan, cara permohonan pembangunan dan pelaburan yang menepati perancangan seperti di dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035. Pada masa ini Majlis Daerah Kuala Pilah sedang berusaha menaik taraf fasiliti asas agar dapat menarik minat pelabur untuk melabur di, pada masa yang akan datang. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan ya. Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan berkaitan dengan PBT di kawasan Johol. Jadi saya nak menarik perhatian sebenarnya rasanya di Johol ada 3 kawasan yang terlibat dalam majlis daerah iaitu Pekan Dangi, Pekan Johol dan Pekan Air Mawang kan. Apa yang saya nak highlight kan di sini ya, ialah berkaitan dengan memastikan pekan kecil ini berdaya saing. Yang pertama ialah pekan-pekan kecil ini kebanyakan bangunan-bangunannya adalah kepunyaan persendirian ya. Jadi punya persendirian ini mungkin pekan yang dah lama mereka dah berasa selesa dan kadang-kadang mereka itu tidak membuka kedai itu. Dan ada sebahagian kedai-kedai itu dijadikan tempat sarang burung walit sebenarnya di kawasan pekan sendiri. Yang mana saya pernah utarakan dalam Dewan yang mulia ini satu tem, satu ketika dulu berkaitan dengan pekan-pekan yang mempunyai bangunan yang digunakan untuk burung walit ya.
Jadi saya amat berharap ya dan jugak sebahagian daripada pekan-pekan di kawasan Johol contoh di Pekan Air Mawang ya yang melibatkan ada kawasan tanah persendirian. Bila tanah persendirian ni untuk maklumat Yang Berhormat Nilai, kadang-kadang itu dari segi nak
menjaga tanah persendirian ni daripada segi semak samunnya kan, kita terpaksa menggunakan apa dia panggil, khidmat daripada Majlis Daerah untuk membantu supaya pekan itu tidak nampak, supaya tidak akan nampak semak dan sebagainya. Jadi saya amat berharap dalam sepertimana kata tadi pelan tempatan 2035 ini kan, dari segi penguatkuasaan di pekan-pekan kecil ni, perlulah diambil kira.
Dan jugak saya amat berharap infrastruktur di kawasan pekan-pekan kecil khususnya di kawasan Johol ini seperti perparitan dan sebagainya perlulah dinaik taraf kan, supaya tidak timbul perkara seperti banjir kilat dan sebagainya. Contohnya di Air Mawang, pihak MARA telah menaik taraf bangunan sedia ada sebanyak 4 unit dengan kos yang lebih kepada 700 ribu. Terima kasih Yang Berhormat Exco Kanan. Tetapi apa yang saya risau ialah sistem perparitan di kawasan itu sendiri mungkin, nanti dah siap cantik tetapi kita tak boleh apa kata tu, bila berlaku keadaan banjir dan sebagainya akan ada akibat di kawasan yang mungkin yang baru dibina. Terima kasih.
Okey Dato’ Seri, Yang Dipertua, isu tanah terbiar dan juga bangunan-bangunan yang tidak diselenggara ini bukan sahaja berlaku di pekan-pekan kecil tetapi di kawasan-kawasan bandar-bandar besar pun berlaku disebabkan oleh pemilik tanah tersebut ataupun bangunan tersebut tidak menjaga kawasan tersebut. Dan sudah tentu Majlis Daerah ataupun Majlis, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil tindakan dengan memberikan Notis Kacau Ganggu. Dan kalau tidak diambil tindakan untuk satu tempoh, Majlis ataupun Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil tindakan. Dan ini pernah dilakukan di beberapa tempat, selepas pembersihan dan juga tindakan diambil, caj tersebut akan dimasukkan ke dalam Cukai Taksiran mereka. Ini dipraktikkan oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan dan kita harap akan diteruskan di beberapa tempat lain.
Berkaitan dengan pekan-pekan kecil ini yang sistem perparitan ni, kebanyakan pekan-pekan kecil ini terletak di sebelah jalan JKR. Dan memang kita beberapa tempat menghadapi masalah dalam tempat-tempat sistem perparitan ini. Dan untuk kawasan-kawasan Jalan Negeri, kita ada peruntukan MARRIS yang boleh digunakan untuk membuat ataupun menaik taraf sistem perparitan. Dan juga untuk beberapa tempat, kita jugak telah pun mohon peruntukan daripada BP1 Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan untuk kita menaik taraf beberapa sistem perparitan yang menghadapi masalah. Dan untuk beberapa kawasan di Pekan Air Mawang, Pekan Dangi dan juga Pekan Johol, kita akan cuba untuk mendapatkan peruntukan daripada beberapa sumber ini untuk pastikan sistem perparitan di kawasan itu
dapat dinaik taraf dan juga memberikan keselesaan kepada peniaga dan juga pengunjung ke tempat tersebut.
Berkaitan dengan burung walit itu, memang kita tidak memberikan lesen khususnya di kawasan-kawasan pekan seperti ini. Dan kalau ada kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Mambau yang mengemukakan soalan berkenaan dengan pelancongan JPKK kampung di Negeri Sembilan. Untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah berperanan dalam menambah baik infrastruktur dan kam, kemudahan di kampung menerusi Program Jalan Perhubungan Desa dan Projek Aminiti Sosial agar jurang antara bandar dan luar bandar tidak ketara. Selain itu, pada tahun 2024, KKDW telah menyediakan insentif tadbir urus Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebanyak 5,000.00 secara one off dengan izin. Tujuan insentif tersebut diberikan adalah bagi meningkatkan motivasi dan menyuntik semangat JPKK untuk merancang dan melaksana program di kampung masing-masing di samping menggerakkan penglibatan komuniti setempat serta memberi manfaat kepada seluruh kampung menerusi pelaksanaan program atau aktiviti termasuk pelancongan yang bersesuaian dengan keperluan sebenar masyarakat setempat.
Antara usaha yang sedang diusahakan oleh pihak Kerajaan Negeri adalah melalui bantuan khidmat nasihat berkenaan dengan permohonan di bawah MOTAC. Kami ada 2 permohonan yang boleh dimohon melalui MOTAC. Yang pertamanya adalah GSSK, untuk program yang berunsur kebudayaan. Dan satu lagi adalah GSSP untuk program pelancongan. Dan permohonan ini boleh sampai ke 1.0 juta untuk program antarabangsa. Dan saya akan, pejabat saya akan memberi khidmat nasihatlah dan kita cuba memudah cara untuk membuat kedua-dua permohonan GSSK dan GSSP ini. Dan melalui persatuan-persatuan seni dan budaya mahupun NGO pun boleh membuat permohonan bagi sebarang geran tersebut, yang saya sebut tadi, yang memfokuskan ke atas penganjuran acara pelancongan oleh pihak swasta, pemain serta penggiat industri. Penganjuran secara terbahagi kepada dua iaitu acara domestik dan antarabangsa.
Selain itu juga Kerajaan Negeri melalui LPNS juga akan mengenal pasti program-program atau acara yang kami dapat masukkan ke dalam calendar of events dengan izin, untuk tahun hadapan. Kami akan buat satu perjumpaan atau bengkel bersama-sama dengan semua pemegang taruh pada 26 dan 27 haribulan November ini supaya kita dapatlah pandangan dan juga cadangan program yang bakal diadakan pada 2025, dan kita akan susun program iaitu takwim pelancongan untuk tahun depan bersama-sama dengan semua pemegang taruh. Tujuannya adalah kita boleh menghadapi Tahun Melawat Negeri Sembilan pada 2026 untuk mempromosi dan menggalakkan kehadiran pelancong ke produk-produk pelancongan di daerah.
Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan 1.0 bilion dalam belanjawan yang terkini, untuk tahun hadapan untuk program Sejati MADANI. Dan 5 sektor tumpuan Program Sejahtera Komuniti Madani adalah pertanian dan makanan dan lain-lain yang termasuk pelancongan. Kami, kami difahamkan bahawa projek pertama Sejati MADANI yang diluluskan adalah untuk program pelancongan di sawah Londah. Dan di mana mereka memohon untuk ATV untuk dijadikan, untuk menghantar pelancong-pelancong melalui sawah Londah dan juga diberi pengalaman tentang macam mana nak masak rendang maman, macam mana nak masak tarat bangka hulu. So itu adalah salah satu inisiatif yang boleh diambil dimohon melalui Sejati MADANI. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Jadi terima kasih kepada Exco, Exco Pelancongan yang memberi jawapan yang menyatakan banyak geran yang boleh dipohon untuk memajukan JPKK. Jadi Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman team JPKK Kampung Baru Mambau, di kawasan DUN Mambau merupakan salah satu JPKK yang aktif di kawasan DUN Mambau. Dan ahli-ahli jawatankuasa sentiasa melaksanakan banyak program setiap tahun atau setiap minggu seperti program amal, program masakan, program bersenam, setiap minggu pun ada program di sana. Demian juga, demikian juga mula menarik ramai pelancong ke kampung tersebut untuk lawatan lukis mural dan tanaman bunga matahari. Jadi soalan saya Dato’ Yang Dipertua, apakah perancangan usaha Kerajaan Negeri untuk untuk memajukan sektor pelancongan bersama-sama JPKK yang berlokasi di tempat yang strategik dan mempromosikan tempat pelancongan berhampiran dengan Lebuhraya Port Dickson di situ. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Mambau yang mengemukakan soalan tambahan berkenaan dengan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk bersama-sama
dengan JPKK Mambau. Soalan, jawapan saya adalah, bukan sahaja ditujukan kepada JPKK Mambau, kepada semua JPKK yang aktif. Di mana kami harus ada satu produk yang dapat melambangkan JPKK tersebut. Seperti Mambau, kita sedia maklum sinonim dengan bunga matahari, dengan biskut matahari dia, biskut biskut yang macam-macam lagi. Bersama-sama dengan mural yang seperti treasure hunt. Ini agak sinonim dengan Mambau. Dan untuk JPKK yang lain juga, dia ada produk yang sinonim dengan JPKK tersebut. Misal kata di Lonek, dia ada produk rotan, dia ada mengkuang, produk buluh. Dekat Kuala Pilah dekat Terachi, dia ada gula anau. Dekat Johol dia ada apam Johol. So dekat Pachitan ada nak nasi ambeng, pecal. So setiap homestay atau setiap JPKK harus ada, kenal pasti satu produk yang dapat melambangkan JPKK tersebut.
Selepas itu apakah pengisian? Pelancong takkan nak pergi ambil gambar, lepas itu dia pergi, pengalaman memasak kuih matahari. Lepas itu apa pengisian? Mungkin treasure hunt untuk mural. Itu mungkin 2 jam. Selepas itu, kita harus ada usaha sama dengan, misal kata kalau sangat strategik dengan Port Dickson, kita boleh ada usaha sama dengan hotel-hotel di Port Dickson. Di mana pelancong-pelancong ini akan, sebelum pergi menginap dekat hotel di Port Dickson, boleh melalui proses di JPKK sini. Kemudian selepas pengalaman di JPKK Mambau, makan tengah hari di di apa tu, restoran termuka, terkemuka di Mambau itu, terus pergi ke hotel. Dan di produk-produk PD jugak ada banyak produk PD. So kita buat satu itinerari mungkin satu hari, 2 hari, 3 hari yang merangkumi produk-produk menarik, menggembleng tenaga dengan produk-produk yang lain di Port Dickson. Misal kata sky ladder, uncle Wong, Muzium Tentera, ostrich farm, herbal farm, dan ikan hiasan. So bersama-sama gerak. Maka saya rasa JPKK dapat ada apa sustainability lah dengan izin. Kalau tidak, semata-mata pergi JPKK, dia tak ada pengisian lain, tak menarik. And then kita tak dapat memastikan pelancong ini memanfaatkan lagi sektor pelancongan di Negeri Sembilan. Saya, kami LPNS akan jadi permudah cara untuk kita sama-sama mengumpul produk-produk aa untuk kita bina satu itinerari. Itu janji kamilah, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Jeram Padang.
Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Jeram Padang atas soalan mengenai membina baru Masjid Al-Hidayah, Rompin. Masjid Al-Hidayah Rompin ni merupakan satu masjid yang amat strategik terletaknya. Dan kita sedia maklum bahawa ramai jemaah daripada luar mengunjungi masjid ini apabila melalui jalan
utama Rompin tersebut. Dan saya sendiri akan selalu singgah ke kawasan ini untuk menunaikan solat ya. dan apa yang menarik masjid ini bersih dan dia, kita boleh katakan bahawa mesra jemaah. Jadi saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan masjid di kawasan tersebut. Dan saya lihat juga masjid itu masih agak agak elok. Namun begitu jika ada permohonan daripada pihak ADUN Jeram Padang untuk keperluan sebuah masjid yang baru, kita akan bawa permohonan ini, mengangkat permohonan ini bagi meroboh dan bina baru di lokasi yang sama dalam perancangan Rancangan Malaysia Yang Ke-13 insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Seri.
Saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjung
Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung mengumumkan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Sri Tanjung yang bertanyakan tentang pembinaan bangunan prasekolah baru di SJKT PD. Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Prasekolah Dan Rendah JPNS telah menghantar permohonan cadangan pembinaan satu bilik darjah prasekolah, SJKT Port Dickson ini untuk Rancangan Malaysia Ke-12 yang lalu. Dah hantar ya. Walau bagaimanapun, cadang tersebut tidak melepasi saringan pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian ataupun BPSH kerana terdapat laluan dan talian paip bersempadan dengan SJKT Port Dickson di tanah yang telah dicadangkan. Jadi dah dihantar tetapi dari segi saringannya tak lulus sebab ada masalah kawasan itu, tanah itu. Surat SJ pada SJKT PD bertarikh 3 Februari 2021 dirujuk ya.
Bagi permohonan Rancangan Malaysia Ke-13 juga permohonan telah dibuka kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghantar permohonan bagi sekolah-sekolah yang berminat menyedia, penyediaan senarai perancangan program projek baru. Jadi untuk tahun 2000, tahun depan tak sempat YB, tapi untuk tahun 2026, saya dah minta Jabatan Pendidikan, PPD Port Dickson untuk membuat permohonan lagi tujuan perluasan prasekolah di bangunan SJKT PD. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1, Arked Senawang.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan Arked Senawang. Arked Senawang ini pihak Majlis telah pun melantik pengurus bagi menguruskan gerai Arked Senawang dan juga menarik perhatian pengunjung. Jumlah gerai yang ada di sana adalah sebanyak 39 unit. Gerai yang aktif beroperasi adalah sebanyak 29 gerai, kurang aktif – 6 dan masih ada gerai kosong sebanyak 10. So daripada anggaran pengunjung yang hadir ke gerai ini ataupun arked ini adalah sebanyak 350 orang. Selain daripada itu operasi arked awak, Arked Senawang ini telah diswastakan. Tujuan penswastaan adalah untuk membolehkan arked ini diuruskan dengan lebih teratur dan juga fokus dalam melaksanakan pelbagai program promosi dan juga mengenal pasti produk-produk yang signature untuk dijual di arked ini. Ini adalah salah satu usaha daripada Majlis Bandaraya Seremban untuk memastikan beberapa tempat yang sebelum ini mungkin tidak mendapat sambutan, memberikan kepada beberapa pihak tertentu untuk menguruskan kawasan tersebut dengan membawa masuk beberapa perniagaan ataupun gerai ataupun produk yang dapat menarik ramai pengunjung datang ke kawasan tersebut.
Dari segi penambahbaikan infra, beberapa akses ke arked ini telah pun ditambah. 2 laluan titi baru ke arked telah dibina bagi memudahkan pengunjung masuk ke arked ini untuk memberikan keselesaan kepada semua pengunjung yang datang ke kawasan ini dengan lebih senang, lebih mudah dan juga ia secara tidak langsung akan menambah perniagaan peluang perniagaan ataupun business kepada peniaga-peniaga yang berada, berniaga di Arked Senawang ini. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Exco. Berkenaan Arked Senawang ni, saya telah berjumpa dengan peniaga. Dan apa yang berlaku ialah, soalan saya adalah adakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti punca utama mengapa Arked Senawang ni tak ramai pengunjung, gagal untuk menarik pengunjung dan jugak perniagaan. Sebab pertamanya ialah sebelum ni kalau tengok di akhir arked, Arked Senawang tersebut, uptown ya, waktu malam. Sekarang ni tak ada lagi dah. Haa itu. Dan adakah data atau maklum balas, apakah data atau maklum balas ya, dari, yang diperolehi daripada peniaga dan pengunjung untuk membantu perancangan yang lebih efektif di Arked Senawang?
Kalau kita tengok ya, langkah-langkah ya, terdapat beberapa contoh ya. Ni contoh untuk makluman Yang Berhormat Exco. Di Malaysia, di mana Kerajaan Negeri telah mengambil langkah intervensi untuk memulihkan dan merancakkan semula pusat perniagaan yang menghadapi cabaran serupa dengan arked. Berikut adalah beberapa contohlah. Contohnya di Subang Jaya, Selangor. Dia apa, Kenari Lane
ya. Kenari Lane ni merupakan kawasan komersial mengalami masalah kurang sambutan dan jugak aktiviti perniagaan yang lesu lah. Apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya melaksana inisiatif untuk mengubah, menambah baik, menjenamakan semula kawasan tersebut, menjadikan hab perdagangan setempat itu kondusiflah. Hasil inisiatif ini berjaya menarik semula pengunjung dan peniaga menjadikan Kenari Lane lebih hidup dan berdaya. Rasa Arked Senawang ni daripada info kami turun ke bawah itulah ya, maknanya dia malap. Maknanya kawasan itu kawasan uptown yang boleh di dimajukan lagi dan fasiliti mestilah ditambah ya untuk Arked Senawang. Itu sedikit pandangan.
Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan kawasan di Arked Senawang ini, sepertimana yang saya tadi nyatakan, kita telah pun menswastakan dan pihak tersebut telah pun mengambil beberapa tindakan dan walaupun kita telah swastakan tetapi setiap tindakan yang dibuat di sana perlu mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan ataupun Majlis Bandaraya Seremban. Dan terima kasih jugak atas pandangan, merujuk kepada beberapa tempat yang lain dan kita di di Majlis Bandaraya Seremban kita akan cuba. Dan Majlis Bandaraya Seremban juga mempunyai perancangan untuk membantu kepada pihak tersebut untuk mengadakan beberapa program di kawasan lapang dengan menjalankan program-program yang boleh diberikan diskaun, dan juga contohnya seperti kompaun, memberikan diskaun kepada kompaun yang dapat menarik lebih ramai orang datang ke sana. Dan ini adalah antara usaha yang sedang dirancang. Dan kita akan cuba memastikan gerai-gerai ataupun kemudahan-kemudahan ini jugak dapat dinaik taraf mengikut keperluan dan juga keutamaan untuk memastikan setiap tempat ini dapat menarik lebih ramai. Dan juga satu lagi juga, kita juga dimaklumkan ada 10 gerai yang masih belum diisi. Dan kita akan cuba untuk menambahkan supaya lebih ramai peniaga ada, lebih ramai pengunjung akan datang, lebih ramai produk dapat dipasarkan dekat sana. Itu juga akan membantu untuk menarik lebih ramai pengunjung ataupun rakyat datang ke sana. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun …..
Dato’ Speaker, Dato’ Speaker ….
…. tamat.
Dato’ Speaker, mohon mintak maaf Dato’ Speaker. Saya sebagai backbencher, ada satu cadangan sebab 2008 sampai hari inilah, biasa kita 11:30 atau 11:35 lisan kita tamat. Tapi
hari ni saya tengok ada lagi 7 orang, 8 orang. Semua penting pasal ini 4-5 hari kita persidangan ada jalan. Sebab itu boleh tukar sedikit tak? Boleh tambah masa, lisan, boleh kalu semua boleh angkat bahagian …..
Itu dalam buku peraturan Yang Berhormat. Dalam buku peraturan, ditetapkan satu jam setengah.
Okey Tuan Pengerusi, saya pun menyokong apa yang dikatakan oleh Seremban Jaya tadi sebab saya, apa yang saya tengok ialah pada hari ini hanya 15 daripada 40 soalan. Less than 50% soalan yang apa ni, kita bincangkan di Dewan ini. Kalau boleh mungkin, kalau hari tak boleh, mungkin besok ke kita tambahan masa itu untuk rakan-rakan saya yang belum dapat menanyakan soalan ya.
Tuan Speaker saya menyokong cadangan daripada YB Johol dan juga Seremban Jaya. Pada sidang DUN yang lepas kan, kita walaupun kita ada hari yang panjang untuk bersidang, tapi ada satu-satu tempoh kita habis dalam pukul 2:00 petang ke 3:00 petang. Jadi hari ni kita membincangkan isu berkenaan masyarakat, saya rasa sahabat-sahabat lain pun memerlukan ruang untuk membawak masalah dalam kawasan. Jadi apa salahnya kita pertimbangkan dan mungkin kita boleh panjangkan ke tempoh maksimum dalam sidang DUN penggal ketiga ini. Insya-Allah, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa soalan lisan ni dia tertakluk di dalam buku, buku peraturan itu sendiri. Satu jam setengah. Dan mungkin mungkin lebih daripada itu, mungkin ada budi bicara Yang Dipertua lah. Tapi kita tak boleh nak lambatkan lebih daripada ketara sangat. Jadi saya mintak nanti kalau boleh ada macam, apa ni peraturan ke kalau diubahkan melalui mana, Exco ke, atau macam manalah, kita cari cara tu, Nak ubah peraturan tu. Tapi setakat ni saya ingat ya, mungkin besok saya boleh kasilah, budi bicara 5 minit ke 10 minit. Tapi setakat hari ni saya ingat kita pegang pada peraturanlah. Baik tuan-tuan. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab, akan diberikan jawapan secara bertulis.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan BertulisQuestions
Pertanyaan keduanya berkenaan dengan Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang diberitahu terlebih dahulu seperti yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
[Perbincangan di antara Setiausaha Dewan dan YB Yang Dipertua Dewan]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi Pertanyaan Bertulis adalah dibentangkan.
Rang Undang-UndangBill
[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024]
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sepertimana yang telah dipersetujui pada hari Jumaat yang lepas, Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2025 akan dibincang dan dibahaskan bersekali dengan Rang Undang-Undang ini. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan kedua-kedua perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.
Jadi saya akan panggil nama ahli Yang Berhormat yang yang akan berbahas. Jadi saya minta ya, ahli-ahli Yang Berhormat supaya ikut Peraturan Dewan di dalam perbahasan. Jikalau ada ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah masa pertanyaan tu mesti ditujukan kepada saya. Dan kemudian kita akan mintak kebenaran pada yang pegang floor. Jadi, saya tak saya tak mahulah ada ahli Yang Berhormat terus bangun terus mencelah tanpa kebenaran siapa ya. Jadi saya jemput ya, Yang Berhormat Johol.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera dalam, salam Malaysia Madani. Pertamanya marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita semua dapat hadir ke dewan ini untuk membawa suara hati rakyat di kawasan yang masing-masing wakili. Suka untuk saya mulakan hujah saya pada pagi ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang menyeluruh, inklusif dan
berpandangan jauh. Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat itu boleh kita sifatkan sebagai penuh berwawasan, sesuai dengan temanya iaitu Bersama Membina Negeri Madani. Tema yang, tema ini mencerminkan usaha Kerajaan Negeri untuk terus memastikan kemajuan ekonomi negeri dan kebajikan rakyat berada pada tahap terbaik berlandaskan nilai-nilai madani iaitu Amanah, dinamik, adil, nilai-nilai Islam dan inklusif. Hasilnya saya dapat rumuskan dan memberi perspektif bahawa Belanjawan Negeri 2025 ini bukan sekadar sebuah dokumen perancangan kewangan tetapi juga mencerminkan visi dan iltizam Kerajaan Negeri untuk terus memajukan negeri kita ini yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya adat perpatih.
Bagi tujuan itu, suka untuk saya tarik perhatian kesemua ahli Dewan yang mulia ini untuk menghayati ungkapan ahli falsafah terkemuka Confusius yang berbunyi “The strength of the nation derived from the integriti of the home” dengan izin, atau kekuatan sesebuah negara terletak pada keutuhan keluarga dan komuniti setempatnya. Daripada ungkapan ini, dapatlah kita fahami bahawa asas kejayaan sesebuah negeri mahupun negara bergantung pada kestabilan, keharmonian dan perpaduan masyarakat di peringkat akar umbi. Kita boleh jadikan Johol sebagai contoh masyarakat yang teguh berpegang kepada adat dan tradisi menjadi bukti bagaimana kekuatan komuniti dapat menjadi tunjang kepada kemajuan bersama. Belanjawan Negeri 2025 yang dibentangkan ini sangat bertepatan dengan semangat tersebut. Ini tidak hanya menekankan pembangunan infrastruktur dan ekonomi tetapi turut menitikberatkan keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan dan yang terutama kebajikan rakyat. Sebagai masyarakat perpatih yang sentiasa menjadikan adat sebagai panduan serta tunjang hidup bermasyarakat, belanjawan ini ibarat sebuah jambatan yang menghubungkan tradisi yang kita warisi dengan inovasi yang kita impikan. Sekaligus ia selari dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan Negeri selama ini yang mahu menjadikan Negeri Sembilan sebagai negeri yang kekal beradat tetapi kalis masa hadapan atau future proof dengan kemampuan kita untuk berinovasi dengan kemajuan teknologi dan digital yang semakin kompleks.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, infrastruktur yang baik adalah asas kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat. Menerusi pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, saya telah dimaklumkan bahawa sejak 2019, Kerajaan Negeri telah membelanjakan 2.32 bilion untuk menyelenggara jalan raya sepanjang 7,032 kilometer, memperbaiki 141 jabatan dan membaik pulih cerun dengan kos 194.23 juta. Namun, cabaran kita adalah untuk memastikan pembangunan ini selari dan seimbang dengan keperluan masyarakat.
Sebagai contoh, walaupun sistem jalan raya telah dinaik taraf tetapi sistem pengangkutan awam di negeri kita masih perlu banyak lagi ditambah baik. Saya mencadangkan agar sistem bas henti-henti diperkukuhkan terutama di kawasan luar bandar seperti Johol dan Kuala Pilah agar rakyat dapat menikmati pengangkutan awam yang lebih cekap dan menjimatkan kos perbelanjaan mereka. Kita juga boleh mengambil inspirasi daripada negeri jiran seperti Singapura yang telah memperkenalkan bas elektrik, di Kuala Lumpur bas elektrik sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap kelestarian. Bagi merealisasikan hasrat ini, mungkin Kerajaan Negeri boleh menjemput syarikat operasi awam yang berpengalaman seperti Rapid KL untuk membantu kita memperkukuhkan sistem pengangkutan awam di negeri kita. Dengan karisma dan kebijaksanaan yang ada pada Yang Berhormat Chennah sebagai Menteri Pengangkutan, saya yakin aspirasi dan impian ini mampu untuk dicapai apatah lagi sebagai anak tempatan, Yang Berhormat Menteri pasti faham mengenai keperluan untuk kita perkasakan sistem pengangkutan awam di negeri kita. Apa pun saya sedar untuk kita mempertingkatkan lagi infrastruktur pengangkutan awam di negeri ini bukanlah sesuatu yang mudah. Prosesnya memakan masa bertahun-tahun. Tapi saya juga percaya bahawa untuk mencapai setiap daripada impian kita, ia perlu bermula dengan langkah pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sistem pendidikan kita perlu terus diperkasa untuk memastikan Negeri Sembilan melahirkan generasi yang berdaya saing dalam dunia global. Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas kesediaan menyediakan peruntukan 19.67 juta dalam Belanjawan 2025 ini untuk menunjukkan bahawa Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga mempunyai visi yang jelas terhadap pendidikan. Antara inisiatif pendidikan yang amat saya setuju adalah peruntukan sebanyak 300 ribu bagi tujuan pengenalan pendidikan, kecerdasan buatan iaitu AI. Dalam dunia teknologi yang semakin kompleks seperti hari ini, sudah tiba masanya kita sediakan rakyat kita dengan ilmu berteknologi. Negara-negara seperti Korea Selatan telah membuktikan bagaimana AI dapat digunakan untuk melahirkan generasi pakar teknologi. Keadaan, Kerajaan Negeri perlu terus memperluaskan program seperti ini agar kita mampu melahirkan bakat tempatan yang bersedia menghadapi cabaran revolusi industri ke-4 ini. Untuk memahami konteks ini suka untuk saya ajak Dewan yang mulia ini untuk mendalami kata-kata tokoh ilmuwan negara; Profesor Diraja Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas seperti seperti yang menekankan bahawa pendidikan bukan sekadar alat untuk kemajuan ekonomi tetapi juga alat untuk mendidik akal dan jiwa manusia. Maka oleh kerana itulah saya menyokong ikhtiar oleh Kerajaan Negeri ini kerana dengan pendidikan yang baik sahaja kita mampu melahirkan sebuah generasi bangsa yang cemerlang,
berintegriti dan seimbang nilai inteleknya antara nilai-nilai moral dan agama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain fokus kepada pembangunan moden, Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab memastikan komuniti orang Asli tidak terpinggir. Bagaimana berdasarkan data yang saya dapat menerusi pen, pencarian sendiri, Negeri Sembilan mempunyai lebih 4,000 penduduk orang Asli yang tinggal di lebih 43 kampung yang berdaftar. Saya menyambut baik peruntukan 315 ribu kepada Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Orang Asli (JPKKOA) untuk program kemasyarakatan tetapi saya merasakan ia mungkin perlu dipertingkatkan lagi. Suka untuk saya cadangkan beberapa tambahan lagi langkah tambahan untuk golongan asal ini. Pertama adalah pemeliharaan tanah yang digazetkan oleh, untuk orang Asli. Satu mekanisme atau garis panduan rasmi perlu dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri dengan memastikan tanah-tanah yang digazetkan ini sentiasa dilindungi. Ia dap, ia dengan memastikan tanah mereka tidak terlibat daripada sebarang ancaman seperti pembangunan yang tidak dirancang dengan rapi dan hanya menguntungkan pihak pemaju semata-mata. Kedua adalah meningkatkan infrastruktur mereka. Ia termasuk dengan memastikan kampung orang Asli dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti jalan berturap, bekalan air bersih, elektrik, malah kemudahan akses internet untuk mereka sering, seiring dengan kemajuan teknologi terkini. Ketiga, perkara ketiga adalah saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memberi sokongan dengan membantu mereka mendapatkan akses pendidikan dan latihan untuk perkembangan ekonomi mereka. Kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan agensi serta Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk memperbanyakkan program TVET untuk belia orang Asli agar mereka juga dapat menyumbang kepada sektor ekonomi negeri selain meningkatkan taraf hidup mereka. Yang keempat dan yang terakhir untuk orang Asli ini, Dato’ Yang Dipertua, seperti semua sedia maklum di Johol, kami mempunyai 3 perkampungan orang Asli. Pertama, dan saya sebagai wakil mereka di dewan yang mulia ini cuba sedaya upaya mampu untuk berjumpa dengan mereka sebanyak yang mungkin. Hasil daripada cadangan daripada masyarakat orang Asli yang saya temui di Johol ini, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mempertimbangkan Hari Orang Asli Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun. Boleh kita jadikan sebagai hari cuti umum jugak kepada negeri ini. Ia supaya kita gambarkan bahawa kita semua meraikan mereka sebagai penduduk asal di negeri kita selain menyemarakkan semangat perpaduan serta kemakmuran di negeri kita. Ingatlah, kita semua di sini mempunyai tanggungjawab serta amanah yang perlu digalas tidak kira siapa pun, warna kulitnya
mahupun kedudukan ekonominya, semua rakyat perlu kita bela dan beri perhatian.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum JPKK ini boleh kita anggap sebagai ejen yang mewakili Kerajaan Negeri dan berfungsi secara terus di peringkat akar umbi. Mereka mempunyai pemimpin setempat yang banyak membantu kerajaan dan pucuk pimpinan negeri khususnya berkaitan isu-isu komuniti setempat. Sebagai salah satu negeri yang ditadbir secara bersama di bawah Kerajaan Perpaduan, segala apa tindakan dan dasar yang kita ambil akan menjadi tumpuan negeri, negeri-negeri lain. Seperti yang sering diperkatakan atau disebut oleh pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Sembilan, kita mahu jadikan Negeri Sembilan ini sebagai negeri ikon Kerajaan Perpaduan. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Yang Berhormat Exco Kanan kerana setakat ini telah menerajui parti masing-masing dalam kita mencapai hasrat menjadi negeri ikon ini. Saya mengharapkan gabungan JPKK di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ini dapat bekerjasama dengan baik dalam menguruskan kampung dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.
Cumanya saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan buatlah satu garis panduan khusus kepada JPKK dalam melaksanakan program-program mereka. Program yang dilaksanakan ketika ini bukannya tidak bagus cumanya saya melihat JPKK ini perlu satu galakan atau panduan untuk melaksanakan program-program di luar kotak seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa. JPKK perlu menggerakkan aktiviti dan program kemasyarakatan yang berimpak tinggi dan menyentuh kecenderungan setiap kelas masyarakat yakni belia, warga emas, keagamaan, sukan, hiburan, usahawan dan sebagainya. Pihak Pejabat Daerah perlulah pantau sedikit program-program yang dilakukan oleh JPKK ini. Janganlah sepanjang tahun hanya melakukan program biasa seperti program gotong-royong tetapi anjurlah program yang lebih strategik, misalnya dengan melibatkan anak-anak tempatan yang profesional di luar untuk berkongsi pengalaman serta idea mereka untuk memajukan negeri kita ini. Bukanlah bermakna setiap GPKK itu harus melaksanakan program bersifat berskala besar dengan kos yang tinggi, cukup dengan program-program yang berskala kecil tetapi impaknya menyeluruh ke seluruh kehidupan bermasyarakat di kampung berkenaan.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin bertanya kepada, berkenaan Geran Sejati Madani yang boleh dimohon oleh pihak JPKK kepada Kerajaan pusat. Bagaimanakah jumlah JPKK, berapakah jumlah JPKK di seluruh Negeri Sembilan yang telah berjaya memperolehi geran itu, ini? Adakah
terdapat sebarang masalah yang timbul berkaitan Geran Sejati Madani ini? Saya faham projek sejati madani ini adalah program daripada Kerajaan Pusat dan tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Namun begitu, untuk rekod Dewan, apabila JPKK boleh membuat permohonan peruntukan ini tanpa memaklumkan kepada ADUN atau Kerajaan Negeri, saya risau jika timbul di, masalah di kemudian hari. Jangan pula ketika memohon tidak maklum ADUN tetapi jika ada masalah berbangkit nanti selepas mereka menerima peruntukan, baru mencari ADUN. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya Pejabat Daerah jika ada ruang …..
Yang Dipertua, boleh saya mencelah? Boleh? Tak, boleh ke belum? Dah boleh? Boleh? Boleh? Mencelah sikit.
Kejap.
Tak boleh?
Sekejap ya.
Taklah.
Okey, boleh, boleh, boleh.
Boleh ke tak boleh ni, dah bangun ni.
Boleh.
Berkenan dengan Program Sejati Madani Yang Dipertua dengan izin, memang benar seperti kata YB Johol berkenaan mereka mencadangkan mesyuarat sesama mereka dan mereka tiba-tiba, tiba-tiba sampai kepada kami dah lulus. Kemudian ada masalah. Dan ada di antara AJK-AJK mereka pula bergolak sesama sendiri kerana tidak puas berpuas hati dengan keputusan yang dibuatlah. Jadi saya pun setuju dan mintak penambahbaikan di masa akan datang sekiranya permohonan dibuat untuk Program Sejati Madani ini, untuk rujuk, endorsement daripada ADUN kawasan. Sekian.
Terima kasih Lenggeng, cadangan yang baik. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya Pejabat Daerah jika ada ruang berilah pemakluman kepada ADUN-ADUN ini jika ada sebarang kelulusan Sejatai Madani yang diberikan kepada mana-mana JPKK di dalam DUN kami. Bukanlah ADUN ini nak mencampur dalam soal pengurusan wang atau projek yang hendak dilaksanakan tapi sekurang-kurangnya kami maklum dan boleh
melakukan pemantauan bagi memastikan JPKK ini benar-benar melaksanakan program atau projek tersebut dengan sebaiknya.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain daripada itu saya ingin ambil kesempatan ini untuk sentuh sikit mengenai pembangunan luar bandar. Seperti yang kita sedia maklum keluasan terbesar Negeri Sembilan adalah terdiri daripada kawasan luar bandar dan pedalaman. Justeru, negeri kita tidak boleh terlepas daripada isu-isu ketidaksempurnaan pembangunan dan infrastruktur asas. Sebagai contoh, jalinan jalan raya yang sempurna dan isu lampu jalan luar bandar. Ketidakseimbangan ini, ketidakseimbangan pembangunan ini antara bandar dan luar bandar adalah isu global yang masih dihadapi kebanyakan negara di dunia. Malah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam penerbitan World Economic Outlook edisi tahun, Oktober 2019 menzahirkan kekhuatiran memandangkan negeri maju seperti Amerika Syarikat telah menunjukkan kadar ketidakseimbangan tertinggi dari segi pembangunan wilayahnya. Keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar begitu penting bagi memastikan kesepaduan dan kesejahteraan rakyat. Keseimbangan pembangunan yang ter terjalin juga penting buat negara membangun seperti Malaysia kerana itulah salah satu prasyarat bagi membawa negara mencapai status negara maju. Oleh itu kawasan luar bandar tidak boleh dipinggirkan kerana sumbangan ekonominya amat penting terutama dalam sektor pelancongan, pertanian, penternakan dan juga pembuatan. Di negara ini sejak dulu lagi, kerajaan cuba merapatkan jurang pendapatan dan pembangunan antara bandar dan luar bandar menerusi rancangan jangka masa sederhana dan jangka panjang.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya melihat dalam pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tempoh hari, ada disebutkan tentang Pelan Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan Darul Khusus tahun 2026-2045 dengan peruntukan sebanyak 400 ribu ringgit. Ini adalah satu inisiatif baru di dalam Belanjawan 2025 ini. Saya percaya inisiatif ini masih dalam fasa perancangan dan gerak kerja sedang disusun untuk memuktamadkan pelan ini. Maka sebelum itu suka untuk saya mencadangkan supaya pelan ini turut mempunyai hasrat untuk Kerajaan Negeri mewujudkan satu mekanisme penguatkuasaan supaya satu garis panduan dirangka bagi mengatasi masalah waris pemilik yang menyukarkan pembangunan tanah di negeri ini hingga terjadinya isu tanah terbiar. Bagi memastikan pelan ini tidak bersifat syok sendiri, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri, lakukanlah satu sesi libat urus khas yang melibatkan semua pemegang-pemegang taruh yang ada di Negeri Sembilan ini. Pelan ini akan dilaksanakan pada tahun 2026. Jadi sepatutnya ianya akan dapat kita lancarkan pada tahun 2025 nanti.
Jadi sebelum pelan ini dimuktamadkan Kerajaan Negeri perlu melakukan road tour jika mampu di setiap DUN dan jika tidak dapat sekurang-kurangnya di setiap daerah bagi men, mendapatkan input berkenaan pelan ini. Kerajaan perlu mengambil kira pandangan daripada akar umbi kerana hal itu, hal ini melibatkan masa depan mereka dan generasi akan datang. Kita sudah semestinya mahu membentuk sebuah masyarakat luar bandar yang sejahtera, inklusif, mampan dan holistik melalui yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan sosial dan ekonomi. Yang Berhormat Exco Kanan sering menyebut bahawa Negeri Sembilan ini sedang menuju menjadi Klang Valley in the making sesuatu hari nanti dan saya berharap pelan yang dirangka ini akan dapat melonjakkan masyarakat luar bandar di Negeri Sembilan setaraf dengan masyarakat di bandar.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam perkara yang berkaitan, saya ingin menyentuh sedikit soal program pencahayaan kampung yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam peruntukan 1.0 juta ringgit itu. Saya sedia maklum soal pencahayaan jalan ini banyak peruntukan yang telah diturunkan kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Mungkin hanya untuk melengkap dan menambah mana-mana lagi yang kurang lengkap. Saya ingin bertanya, program pencahayaan kampung ini adakah akan menumpukan di kawasan jalan ataupun kawasan di dalam kampung itu sendiri? Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian dan tumpuan kepada simpang-simpang masuk ke kampung yang masih gelap dan berbahaya. Terdapat banyak kampung yang simpang masuk ke kampung tersebut daripada jalan tidak mempunyai lampu sekaligus menyebabkan simpang itu gelap dan berbahaya. Ianya juga menyusahkan orang luar untuk datang ke kampung tersebut. Mungkin penduduk kampung tersebut sudah biasa dan tahu di mana simpang, di mana perlu berhenti, di mana ada bonggol dan sebagainya. Tapi untuk orang luar yang jarang masuk ke kawasan tersebut situasi seperti ini adalah mengelirukan dan membahayakan mereka. Jadi saya ingin mencadangkan agar program pencahayaan kampung ini memberi tumpuan kepada simpang-simpang utama masuk ke kampung dan kawasan hotspot yang mana berlakunya kemalangan. Saya juga ingin menarik perhatian berkaitan dengan lampu jalan di jalan utama. Kalau di kawasan saya di FT009 Johol. Kami telah masuk fasa yang ke-4 dan alhamdulillah. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya yang telah meluluskan peruntukan bagi menambah lampu-lampu solar di kawasan tersebut.
Yang amat, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, satu perkara yang saya ingin tekankan ….
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
….. dengan infrastruktur luar …..
Boleh ringkaskan.
Ya.
Dan lebih masa jauh dah.
Satu perkara yang saya ingin tekankan berkenaan dengan infrastruktur luar adalah berkaitan dengan capaian internet. Kita sering menyebut tentang peri pentingnya usahawan dan petani kita mencebur dalam perniagaan atas talian bagi meluaskan lagi pasaran produk tersebut. Akan tetapi penerimagunaan ICT yang lemah dan pembangunan perniagaan yang perlu sosioekonomi serta tahap pencapaian pendidikan dan kemahiran yang rendah menjadikan masyarakat luar bandar kurang mendapat faedah dari perkembangan global yang terkini ini. Oleh itu, kerajaan perlu memperluaskan capaian internet di seluruh kawasan luar bandar supaya penduduk luar bandar dapat manafaat penggunaan internet bagi meningkatkan tahap sosio ekonomi mereka.
Dalam pada itu, menerusi Belanjawan Tahun 2025 Kerajaan Persekutuan, peruntukan sebanyak 800 juta telah diluluskan untuk meningkatkan jaringan akses internet negara kita. Ini adalah melalui dana pembangunan point of presence (PoP) yang sekaligus mampu memberi perkhidmatan dan jaringan internet yang terbaik. Maka saya mohon agensi-agensi dan jabatan Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu mempercepatkan dan memudahkan proses perlaksanaan projek ini terutama di kawasan luar bandar supaya tidak ada lagi jurang digital terutamanya di kawasan negeri kita ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tahun 2025 menjadi tahun terakhir di dalam Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) 2021-2025. Saya mohon Kerajaan negeri dapat memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan pencapaian RPNS khusus bagi kawasan luar bandar. Adakah ianya berjalan seperti yang dirancang dan adakah saranan, sasaran penuh dapat dilaksanakan menjelang tahun 2022, 2025 nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, membawa kepada hujah terakhir saya di dalam perbahasan ini, suka saya bawa ke Dewan, perhatian Dewan yang mulia ini mengenai kawasan Johol yang saya wakili. Sebelum ini saya pernah membangkitkan di sini supaya Kerajaan Negeri
memperuntukkan dana untuk menambah dewan terbuka di kawasan Johol. Dengan adanya dewan terbuka ini, ia memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk menganjurkan pelbagai aktiviti masyarakat. Setidak-tidaknya orang yang mempunyai lokasi yang tempat yang sesuai serta selesa dapat mereka anjurkan kenduri-kendara mahupun aktiviti riadah seperti indoor dan seperti sepak takraw dan juga badminton.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain daripada itu, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri berkaitan mengenai permohonan untuk membina balai bomba di kawasan Johol. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ketika ini tidak ada balai bomba khusus di kawasan Johol dan yang paling hampir adalah di Tampin dan Kuala Pilah. Jadi ikut kalau rekod bomba kawasan Johol adalah kawasan yang dari segi SOP nya adalah, boleh dikatakan aa kawasan yang terkeluar ataupun mereka gagal mencapai SOP jika berlaku sesuatu kebakaran. Sejak menjadi wakil kepada masyarakat Johol, saya telah menerima rungutan dan aduan daripada masyarakat setempat yang mahu saya memperjuangkan mengenai pembinaan balai bomba di kawasan DUN Johol ini. Khususnya selepas berlakunya kebakaran besar di Pekan Air Mawang beberapa tahun lalu hingga menyebabkan kawasan itu hampir lumpuh. Sebab itulah pada tahun 2020 yang lalu, saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan membangkitkan cadangan ini kepada kerajaan ketika itu melalui KPKT, bagi tujuan pemakluman ahli Dewan yang mulia ini, susulan daripada cadangan saya itu saya difahamkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) telah meluluskan cadangan pembinaan ini dan urusan tanah telah diselesaikan dengan premium sebanyak 200 lebih, 200 ribu ringgit. Dan telah dibayar oleh pihak bomba bagi tujuan ini. Oleh kerana perlaksanaan cadangan bomba ini semakin sepi, maka saya telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha KPKT dan Pengarah Perhubungan Bomba, kira-kira dalam tempoh 6 bulan yang lalu dan mereka memaklumkan bahawa proses ini kini dalam tindakan Kementerian Ekonomi. Justeru, saya mohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk menghubungi Kementerian Ekonomi bagi mempercepatkan usaha ini. Gunakanlah apa cara sekalipun termasuk hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya cadangan ini dapat kita laksanakan.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Sikamat di atas pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awam di negeri ini. Sesungguhnya pengumuman pemberian bonus ini sudah pasti menjadi satu suntikan moral kepada penjawat awam untuk terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka kepada rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Bagaimanapun, saya ingin mencadangkan juga kepada Kerajaan Negeri
memperuntukkan sedikit dana untuk elaun-elaun seperti, seperti perbatuan, kepada Penghulu-Penghulu kawasan. Sama seperti penjawat awam, mereka juga adalah kumpulan pelaksana yang menjadi barisan hadapan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah setempat.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, sebagai rumusan kepada perbahasan ini, saya telah meneliti setiap butiran Belanjawan Negeri Sembilan 2025 mewakili masyarakat Johol saya amat berbangga dengan Belanjawan 2025 ini yang mencerminkan visi jelas untuk membangun negeri ini secara inklusif selari dengan tema Bersama Membina Negeri Madani. Secara ringkasnya Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang diumumkan ini bukan sahaja membina infrastruktur dan ekonomi tetapi juga memperkukuhkan perpaduan, kebajikan dan nilai Islam. Saya yakin dan percaya bahawa ini merupakan satu pelan tindakan strategik yang mampu membawa negeri kita yang cintai ini ke tahap yang lebih tinggi lagi. Dato’ Yang Dipertua, suka saya tutup perbahasan ini dengan memetik kata pujangga daripada Hamka “Jika hidup sekadar hidup babi di hutan juga hidup. Jika bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Tetapi manusia hidup mesti membawa erti dan tujuan”. Dan dengan mendalami apa yang dimaksudkan oleh Almarhum Hamka itu, Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ini adalah satu belanjawan yang untuk kita memberikan makna dan tujuan kepada setiap usaha kita sebagai wakil rakyat ini.
Dato’ Yang Dipertua di akhir ucapan perbahasan saya ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menitipkan doa ketika saya, kesukaran kesihatan baru-baru ini. Syukur ke Allah SWT kerana saya telah dikelilingi oleh golongan insan yang baik-baik termasuk Dato’ Yang Dipertua sendiri hinggalah Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Menteri, Exco Kanan, Yang Berhormat Exco-Exco, Yang Berhormat Menteri dan rakan-rakan wakil rakyat Kerajaan Perpaduan yang sentiasa mendoakan saya. Tidak lupa juga saya menghargai rakan-rakan ahli Dewan yang mulia daripada blok pembangkang yang turut menghantar kiriman doa kepada saya. Dan jugak khusus kepada rakyat Johol saya amat berterima kasih di atas titipan doa ini tadi. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua untuk memastikan setiap apa yang telah dirancang hari ini dapat dicapai dengan jayanya insya-Allah amin ya rabbal alamin. Sekian Johol mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Johol. Saya nak ingatkan ya, waktu kita, masa yang kita tetapkan adalah 20 minit, jangan cuba
lebihlah, kalau boleh padatkan hujah dalam bahas. Saya jemput Yang Berhormat Labu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT. Mewakili rakyat Labu, saya berdiri di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan dan mengambil bahagian dalam bahas Persidangan Ketiga Penggal Kedua.
Dalam menempuhi zaman kenaikan barang yang menggila serta kadar gaji yang masih rendah dibandingkan dengan kos sara hidup yang meningkat, belanjawan yang diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun sedikit sebanyak dapat membantu kenaikan kos sara hidup ini. Walau bagaimanapun, belanjawan ini masih tidak memberi tumpuan kepada beberapa bidang tumpuan utama. Sebagai contoh dalam bidang tumpuan kebajikan. Dato’ Yang Dipertua, tumpuan bidang kebajikan hanya peruntukan lebih kurang dalam 1.34 juta ringgit. Dan kita sedia maklum dan saya yakin ahli-ahli sahabat-sahabat Dewan DUN yang lain juga bersetuju bahawa antara faktor utama yang, faktor utama yang biasa dibangkitkan oleh penduduk-penduduk setempat adalah berkenaan kos sara hidup dalam perkara-perkara yang melibatkan perubatan seperti pampers dan jugak perkara-perkara lain seperti kerusi-kerusi roda ataupun perkara-perkara yang dapat membantu mereka meringankan beban mereka daripada segi membantu keluarga, kaum keluarga mereka yang terkesan, yang uzur. Jadi saya lihat dalam belanjawan kali ini, belanjawan yang dibentang oleh Menteri Besar, Negeri Sembilan masih mengekalkan seperti pada tahun-tahun yang sudah, tanpa mempertimbangkan faktor-faktor lain. Jadi saya harap belanjawan kali ini dapat mempertimbangkan dan jugak menambah baik daripada segi kebajikan kepada warga-warga emas terutamanya.
Yang berikutnya belanjawan kali ini juga tidak memberi tumpuan ataupun penambahan elaun kepada Bilal, Siak, Pembantu Am. Pada Belanjawan 2024 yang sudah saya telah membangkitkan perkara ini di mana kita harus memberi tumpuan kepada mereka yang mengimarahkan masjid. Saya lihat belanjawan kali ini kita ada memperuntukkan 10 juta ringgit kepada membina masjid-masjid baru. Tahniah. Tetapi bagaimana pulak dengan nasib Siak ataupun Bilal yang masih tidak menerima penambahan elaun. Kita sedia maklum, mereka jugak terkesan dengan kos-kos yang meningkat pada zaman ini. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri terutamanya Sikamat dapat mempertimbangkan dan memberi tumpuan kepada memperkasakan instutitu, institut, institusi masjid.
Jadi berikutnya saya jugak ada menyentuh berkenaan belanjawan, Sumbangan Keceriaan one off kepada warga emas. Pada sidang DUN yang lepas saya menekankan bahawa perlunya belanjawan ini menurunkan, menurunkan penerima kepada warga emas yang berumur 65 tahun ke bawah. Tetapi saya lihat belanjawan pada tahun ini mengekalkan kembali seperti tahun lepas. Jadi saya ingin memberi pandangan, kalau kita lihat hari ini kadar umur warga emas di peringkat kebangsaan adalah berumur 60 tahun. Jadi apa salahnya kalau kita mengekalkan sorry, menurunkan kadar umur warga emas ni kepada 65 tahun. Kita lihat di kawasan-kawasan terutama di kawasan-kawasan kampung ya, penduduk di kalangan warga miskin ya, kita tahu miskin tegar di Negeri Sembilan seperti yang diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sidang DUN yang sudah adalah zero miskin tegar. Walau bagaimanapun kategori miskin masih lagi ramai. Jadi kalau kita tidak mengambil berat berkenaan perkara, perkara-perkara seumpama ini, saya risau miskin tegar akan kembali menghantui di Negeri Sembilan.
Jadi saya jugak ingin menyentuh berkenaan keseluruhan belanjawan ini adalah perlaksanaan, perlaksanaan supaya tujuan dan jugak hasrat Kerajaan Negeri tercapai. Dato’ Yang Dipertua, di kawasan saya, pada penggal yang ini, Belanjawan 2024, saya lihat ramai warga emas yang berumur 70 tahun ke atas bila saya berjumpa mereka tidak mendapat manfaat daripada insentif ini. Jadi bila saya lihat ini adalah disebabkan oleh kegagalan wakil-wakil daripada pihak kerajaan, ketua kampung, pengerusi-pengerusi taman, untuk memberitahu ataupun menyebarkan kepada masyarakat-masyarakat sekitar berkenaan adanya satu bantuan one off daripada pihak kerajaan. Jadi, saya jugak ingin bertanya sebenarnya pada Belanjawan 2024, berapakah sebenarnya peruntukan one off ini yang telah diterima oleh mereka yang berumur 70 tahun, warga emas yang berumur 70 tahun? Yang keduanya, saya jugak ingin tahu Belanjawan 2024 yang sudah, berapa peruntukan berkenaan untuk pemuda-pemuda yang melangsungkan perkahwinan menikah one off 500.00 ringgit berapa yang telah mereka terima? Daripada maklumat yang saya terima di kawasan saya kebanyakan pada mereka tidak mengetahui pun berkenaan kewujudan peruntukan-peruntukan yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri. Jadi saya berharap, apa saja cadangan daripada Kerajaan Negeri pada tahun 2025 ini, belanjawan yang dibentangkan ini, bagi saya ini belanjawan yang cukup baik tetapi perlaksanaan adakah perkara ini capai matlamatnya. Jadi saya berharap Kerajaan Negeri, Sikamat dapat mengambil berat tentang perlaksanaan segala bentuk cadangan Belanjawan 2025.
Dato’ Yang Dipertua, sebagai ADUN dalam, sebagai ADUN kawasan Labu, tidak lengkap rasanya kalau saya tidak membawak isu-isu setempat di dalam kawasan saya. Di dalam kawasan Labu terdapat satu kawasan, Taman Gadong Jaya mempunyai satu persimpangan 4. Baru-baru ini telah berlaku kemalangan, kemalangan maut melibatkan anak-anak, kanak-kanak berusia 2 tahun. Dan banyak laporan telah dibuat, permohonan telah dilakukan oleh ahli-ahli Majlis sebelum ini, pada penggal lepas, pada penggal ini oleh pengerusi-pengerusi taman dan juga banyak aduan oleh masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, tiada tindakan dilakukan untuk memastikan persimpangan ini selamat. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini adalah, apakah perlu atau perlukah persimpangan-pesimpangan ini hanya jika ada aduan ataupun permohonan sahaja akan diambil tindakan? Bagaimana dengan tanggungjawab ataupun jabatan-jabatan atau pihak-pihak yang berkenaan memantau keperluan persimpangan-persimpangan yang merbahaya ini dari segi keselamatan kepada penduduk? Jadi saya memohon kepada Majlis Bandaraya Seremban atau Jabatan Kerja Raya supaya dapat memantau dan memastikan keperluan untuk mengadakan perkara-perkara asas bagi memastikan keselamatan kepada penduduk dan jugak masyarakat di sekitar kawasan Labu terutamanya.
Dato’ Yang Dipertua, saya jugak, disebabkan ada YB Chennah di sini, saya ingin membangkitkan satu perkara yang saya rasa menjadi satu isu yang agak besar jugak kepada penduduk-penduduk di sekitar Labu, Nilai dan mungkin di kawasan Seremban. Di kawasan Labu, Nilai ni adalah kawasan-kawasan yang sekarang agak aktif dengan aktiviti kuari ataupun keluar tanah. Jadi baru-baru ini berlaku kemalangan maut di kawasan Taman Melati, satu lori ya, yang dipandu oleh warga asing dan jugak dalam keadaan, dalam pengaruh dadah telah melanggar di traffic light beberapa buah kenderaan. Dan kenderaan di bahagian belakang sekali mengalami kerosakan yang teruk. Dan malangnya pemandu kenderaan terbabit, seorang wanita telah meninggal. Dan keduanya adalah 2 minggu yang lepas berlaku satu kemalangan di Masjid Kampung Tanjung pada waktu pulang daripada sembahyang Jumaat waktu puncak. Begitu jugak kenderaan berat yang saya, kalau mengikut video itu adalah mengisi muatan yang lebih, gagal untuk, untuk mengawal kenderaan dan telah melanggar jemaah masjid yang keluar daripada masjid. Jadi saya sedia maklum bahawa Sikamat ada memaklumkan bahawa waktu puncak ataupun waktu keluar lori-lori daripada kuari ini telah ditetapkan pada pukul 8:30 pagi ke 5:30 petang. Jadi itu adalah satu usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun saya lihat perlu ada penambahan baikkan, penambahbaikan daripada segi memantau kembali pergerakan lori-lori pasir ataupun lori-lori tanah di waktu puncak ini kerana sebagai contoh
hari ini ketika hadir di sidang DUN, pukul 7:00 pagi lagi saya dah keluar dan saya tengok pergerakan lori-lori pasir ini agak aktif di waktu puncak, kanak-kanak pergi ke sekolah ataupun masyarakat setempat menghantar anak mereka ke sekolah. Jadi saya mohon kepada YB Chennah, mungkin dengan kuasa sebagai Menteri Pengangkutan yang ada, dapat memberi sikit pemerhatian kepada isu-isu berkenaan lori-lori yang menggajikan driver-driver lori ataupun pemandu-pemandu warga asing yang dalam, dipengaruhi oleh dadah.
Yang berikutnya adalah isu pelajar sekolah di kawasan Labu. Kepada Exco Pendidikan, di kawasan Labu daripada Batu 7 sehingga ke Batu 10, ini adalah kawasan-kawasan kampung tradisional. Walaupun di, walau bagaimanapun disebabkan penambahan perumahan di kawasan-kawasan sekitar DUN-DUN sebelah seperti DUN-DUN Bukit Kepayang dan penduduk ataupun pelajar daripada Bukit Kepayang kini telah menghantar anak-anak mereka bersekolah di kawasan Labu. Jadi isu yang dibangkitkan oleh penduduk sejak tahun lepas lagi adalah anak-anak mereka terpaksa bersekolah di sekolah yang lebih jauh daripada tempat asal. Kalau dulu mereka pergi sekolah jalan kaki, hari ni mereka ditempatkan 2 ke 3 kilometer lebih jauh. Dan anak-anak daripada pelajar daripada sekolah yang, yang tinggal di Ainsdale ditempatkan di kawasan Labu. Jadi perkara-perkara ini menyebabkan berlaku ketidak keselesaan di kalangan penduduk-penduduk setempat, di kawasan Labu. Jadi, saya harap ada satu tindakan yang boleh dilakukan oleh Exco Pendidikan supaya dapat menasihati ataupun berbincang dengan Pegawai Pendidikan Negeri supaya penempatan anak-anak yang berada di kawasan kampung tradisional, kampung mereka itu tidak diubah. Jadi saya yakin salah satu faktor perkara ini mungkin pihak sekolah, PIBG memerlukan sumbangan yang lebih, mungkin atas faktor mereka yang berada dalam kawasan kampung ini tidak dapat menyumbang dan mereka membuat pilihan mengambil anak-anak yang berada di dalam taman, yang mungkin ibu mereka, ibu bapa mereka mempunyai kewangan yang sedikit kukuh untuk membantu pihak sekolah. Jadi saya harap perkara ini dapat diberi perhatian oleh YB Exco.
Seterusnya adalah berkenaan, saya ingin membangkitkan beberapa isu masyarakat yang kini kembali menular dengan aktif dengan model operasi yang baru. Pertama adalah berkenaan judi online. Saya masih ingat dalam sidang DUN di Dewan yang mulia ini pada beberapa tahun yang lepas ketika saya masih lagi sebagai jadi rakyat biasa, berbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan judi online ini dapat disekat dan banyak rampasan yang telah dibuat oleh Majlis Bandaraya Seremban. Ucapkan, saya ucapkan tahniah tetapi mereka kini telah kembali dengan modul operasi yang baru dengan lebih mudah iaitu mereka hanya mewujudkan atau mempunyai satu tempat untuk menjual top up judi
online ni dengan menggunakan kedai-kedai yang berlesen. Jadi saya mintak pemantauan daripada Exco Kerajaan Tempatan supaya dapat memberi arahan, memantau kedai-kedai yang, yang berselindung sebagai contoh kedai-kedai yang handphone, yang saya dapat laporan adalah kedai-kedai handphone, kedai-kedai runcit warga asing. Jadi operasi model operasi judi online ni dia menumpukan sekarang kepada anak-anak sekolah, kanak-kanak sekolah, kepada golongan-golongan B40. Kanak-kanak sekolah perlukan hanya 10.00 ringgit saja yang Dato’ Yang Dipertua, untuk mereka dapat bermain judi judi online ini. Jadi ini menjadi satu perkara yang sangat merunsingkan sekarang disebabkan dengan kos sara hidup yang meningkat ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat diatasi ini menyebabkan insti, institusi keluarga menghadapi satu ancaman yang baru kejatuhan akhlak di kalangan kanak-kanak, masalah penceraian dan jugak menyebabkan, mungkin dalam jangka masa yang panjang masyarakat di luar sana terdedah dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini.
Yang keduanya adalah aktiviti ahlong baru-baru ini saya ada melihat di media sosial. Saya tidak tidak pasti tahap sama ada itu perkara yang benar atau tidak, tapi KPKT ada memberi penghargaan kepada pinjaman berlesen yang terbaik. Saya ingin memaklumkan kepada Exco, YB Arul Kumar berkenaan pusat pinjaman berlesen di bawah Kementerian KPKT ini. Mereka kini berselindung dengan menjalankan aktiviti-aktiviti ahlong jugak. Baru-baru ini, di tempat di Pusat Khidmat saya, saya menyelesaikan satu masalah ahlong dan apabila saya hadir mungkin mungkin pusat pinjaman berlesen ini dia tidak kenal yang saya ADUN, dan saya hadir ke pusat pinjaman berlesen. Jadi mereka mengguna, membe, membebankan peminjam dengan, dengan pinjaman-pinjaman, bunga-bunga yang tinggi. Jadi inilah sekarang aktiviti-aktiviti modul operasi baru yang dila, dijalankan oleh mereka-mereka yang mengaut keuntungan atas angin dan menyusahkan masyarakat. Jadi saya harap perkara-perkara seperti ini kita dapat memberi perhatian. Saya yakin satu masa nanti kesemua ADUN-ADUN yang berada dalam kawasan ini akan menghadapi masalah yang sama dan peruntukan-peruntukan yang diberi pun tidak akan mencukupi kalau kita terpaksa pulak membantu masyarakat setempat untuk menyelesaikan pinjaman-pinjaman yang dilakukan oleh mereka.
Berikut saya ingin menyentuh berkenaan saman parking bawah Majlis Bandaraya Seremban. Saya menerima maklumat dan jugak aduan daripada masyarakat setempat berkenaan penguatkuasaan yang dilakukan pada waktu puncak. Sebagai contoh pada waktu tengah hari pukul 12:00 ke pukul 2:00 petang ketika ramai pekerja-pekerja ataupun staf-staf yang bekerja di sekitar Negeri Sembilan ni keluar makan. Jadi bila mereka pergi ke restoran-restoran pada waktu puncak dengan
parking yang terhad, pada masa berkenaanlah penguatkuasa parking ni, tunggu. Apabila mereka, bila tempat dah tak ada parking dan mereka terpaksa membuat pilihan parking di kawasan-kawasan yang yang bukan sepatutnya dijadikan kawasan parking. Tapi isunya adalah kegagalan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan parking yang mencukupi. Dalam waktu puncak mereka hanya ada satu jam untuk keluar lunch tetapi setiap kali mereka keluar lunch mungkin mereka akan dikenakan saman. Ini jugak memberi kesan kepada peniaga-peniaga di sekitar kawasan Bandaraya Seremban kerana pada waktu-waktu puncak ni, perniagaan mereka dah mula berkurangan kerana faktor-faktor yang saya sebutkan tadi. Jadi saya harap Kerajaan Negeri terutamanya YB Exco Nilai dapat mempertimbangkan perkara-perkara ini, berbincang dengan penguatkuasa ataupun Dato’ Bandar mencari jalan penyelesaian. Janganlah akhirnya mengambil jalan mudah mengenakan saman kepada masyarakat tetapi kita gagal menyediakan infra yang mencukupi.
Yang Berhormat.
Sikit lagi.
Ringkaskan.
Baik. Baik. Berikut adalah berkenaan sampah dalam kawasan kampung dan bandar. Perkara ini kita telah sering bincangkan dalam sidang DUN. Tapi saya ingin memberi satu mungkin pertanyaan kepada EXCO Nilai. Dalam masa sekarang kita, kita menyediakan, menyokong aktiviti peniaga-peniaga kecil tetapi adakah peniaga-peniaga kecil ni dibekalkan dengan tong sampah. Jadi mereka inilah kebiasaannya akan menghapuskan sisa-sisa sampah tu dengan meletakkan di tempat-tempat seperti di dalam kawasan-kawasan flat ataupun di kawasan, membuang di kawasan-kawasan kampung. Jadi saya harap ada satu tindakan atau cadangan supaya peniaga-peniaga kecil ini diberikan tong sampah ataupun diberikan, dipantau di manakah sisa-sisa buangan daripada hasil perniagaan mereka itu dibuang. Kita tidak mahu isu sampah yang berada, yang tidak dapat diselesaikan ni bertambah rumit. Kita ada mengenakan caj kepada ataupun bayaran kepada peniaga-peniaga kecil ini. Jadi saya harap kita juga dapat membekalkan ataupun memberi kemudahan kepada mereka.
Jadi Dato’, akhir sekali saya ingin menyentuh berkenaan, sedikit info berkenaan pasar malam. Baru-baru ni saya lihat ada beberapa pasar malam di sekitar Bandaraya Seremban yang telah ditamatkan. Pertama adalah Kolej Lagenda Mantin, kedua di Pajam, ketiga di Bandar Baru
Nilai. Dan alasan dibatalkan adalah keputusan mesyuarat. Dalam satu kes, tak silap saya di Bandar Baru Nilai, penganjur telah membayar permit dan lesen tetapi selepas itu dibatalkan dan alasannya adalah keputusan mesyuarat. Jadi saya ingin mendapatkan penjelasan di sini, mengapa aktiviti pasar malam ini dibatalkan sedangkan ini memberi pendapatan tambahan kepada peniaga-peniaga. Bayangkan mereka dah berniaga hampir satu tahun kemudian alasan untuk renew dibatalkan adalah keputusan mesyuarat. Jadi saya mintak pertimbangan daripada Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Bandar supaya dapat pertimbangkan kembali alasan-alasan ataupun pembatalan pasar-pasar malam ini kerana ia melibatkan kepentingan-kepentingan peniaga ya. Kita sedar bahawa sekarang rakyat terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat. Jadi kalau kita menutup mereka punya aktiviti, jadi saya rasa ini tidak adil kepada kepada peniaga-peniaga. Dan tugas kita sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa di Dewan yang mulia ini kita harus memastikan bahawa tugas kita adalah membina peluang dan ruang kepada masyarakat sekitar. Bukannya mengambil jalan pintas menamatkan ataupun menutup, dimaklumkan oleh satu Ahli Majlis bahawa penamatan ini adalah disebabkan penganjur yang sama. Jadi itu adalah kesalahan ataupun kecuaian Majlis Bandaraya Seremban, ahli-ahli mesyuarat, kenapa meluluskan kepada penganjur yang sama? Tetapi ke, alasan itu kembali diguna pakai untuk menamatkan, sepatutnya mereka boleh mencadang penganjur yang baru, bukan mengambil keputusan membatalkan aktiviti-aktiviti berkenaan pasar malam ini.
Dan akhir sekali Dato’, sekali, last sekali Dato’, berkenaan peruntukan ADUN pembangkang di Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan bahawa Dewan yang mulia ini merupakan antara Dewan yang paling harmoni di di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain Selangor, Perak, Johor. Tapi walaupun di negeri lain mereka tidak harmoni, tapi mereka berlaku adil. Mereka berlaku adil kepada pembangkang. Contoh di Selangor diperuntukkan 400 ribu kepada ADUN pembangkang, di Johor telah diwartakan kepada ADUN-ADUN pembangkang jugak mendapat peruntukan tidak banyak mungkin mungkin separuh di Johor pun begitu. Tapi walaupun dewan ini adalah dewan antara yang paling harmoni dan aman di Malaysia, tapi saya lihat kepimpinan ataupun kerajaan masih lagi mengambil sikap yang sama dengan tidak memberi peruntukan. Sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa pada, pernah di Dewan yang mulia ini Barisan Nasional mempunyai kerajaan dan tidak memberi peruntukan kepada Pakatan Harapan pada masa itu PKR mahupun DAP dan ramai di di kalangan ADUN-ADUN DAP ataupun PKR yang ada pernah merasa tidak mendapat peruntukan. Dalam masa yang sama bila 2014, Pakatan Harapan menjadi kerajaan Barisan Nasional, 2018 menjadi kerajaan, Barisan Nasional juga telah menghadapi
perkara yang sama tidak mendapat peruntukan. Jadi mereka dah balas kosong kosong. Jadi apa salah Perikatan Nasional, kami adalah parti baru. Jadi tidak bolehkah kalau Menteri Besar senyum Sikamat bila saya apa kata berkenaan perkara ini, apa, jadi jangan mulakan. Kami takut satu masa nanti kalau kami pula menjadi kerajaan benda ini akan terus berulang sehinggalah kesemua 30 ADUN ini dah tak ada lagi pun akan, perkara ini akan diterusi ataupun diwarisi oleh ahli-ahli Dewan Undangan yang lain. Jadi saya memohon kepada Menteri Besar Negeri Sembilan saya tengok bajet ni, tahniah saya ucapkan satu belanjawan yang bagus tapi kalau dapat diselitkan peruntukan kepada ADUN pembangkang dan kita wartakan dalam sidang DUN yang mulia ini, ADUN-ADUN kerajaan ada 31 orang, dua pertiga sudah cukup kita selesaikan isu berkenaan peruntukan kepada pembangkang, saya yakin satu masa kalau tuan ada di sini, tuan pun tak perlulah merayu lagi kepada kerajaan pada masa tersebut. Jadi saya akhiri ucapan saya dengan ribuan terima kasih dan saya menyokong dengan pindaan. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Chennah.
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Dipertua. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana sekali lagi dapat membentangkan satu bajet Kerajaan Negeri yang baik untuk tahun depan dan bajet untuk tahun depan telah mencecah peruntukan sebanyak 590 juta ringgit. Dan saya yakin bahawa sudah tentu tahun 2026 kita akan mencecah bajet lebih daripada 600 juta ringgit sebab memang pertumbuhan, peruntukan ini berlaku setiap tahun dan setiap tahun itu kita lihat ada pertambahan yang baik. Dan daripada bajet ini Kerajaan Negeri akan melaksanakan berpuluh inisiatif untuk kesejahteraan rakyat. Satu perkara yang baik, pendekatan yang baik. Cuma saya nak nyatakan bahawa ada di antara inisiatif-inisiatif ini mungkin dari segi skalanya terlalu terhad ataupun terlalu kecil dan mungkin, walaupun dilaksanakan, dia tidak menampakkan satu keberhasilan yang efektif. Umpamanya kalau kita kata nak memperkasakan kecelikan AI di kalangan rakyat, saya lihat peruntukan yang diletakkan di sini untuk pembinaan generasi celik AI hanya 300 ribu. Walaupun saya faham ini satu bidang tumpuan yang baru tetapi peruntukan itu memang agak terhad. Kalau 300 ribu mungkin untuk satu sekolah cukup tapi untuk satu negeri memang memerlukan sumber yang lebih banyak. Namun begitu saya faham bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kekangan kewangan yang sangat besar kerana dari segi hasilnya Kerajaan Negeri memang terhad daripada 590.0 juta ringgit ini hanya 194.0 juta adalah daripada cukai langsung iaitu cukai
tanah yang kebanyakannya sumber datang daripada Hasil Bukan Cukai sebanyak 364.0 juta. Dan itu pun kerana premium-premium tanah yang banyak yang disumbangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita membiayai perbelanjaan kita dan untuk kita melaksanakan pelbagai inisiatif.
Ini memang satu perkara yang saya faham, berlaku dalam sistem federalisme kita di mana Kerajaan-Kerajaan Negeri terutamanya Kerajaan-Kerajaan Negeri di Semenanjung menghadapi kekangan kewangan yang agak besar kerana dari segi punca hasilnya, kita memang terhad kalau berbanding dengan Sabah dan Sarawak terutamanya Sarawak sekarang ini, dia punya hasil tu jauh melebihi hampir semua negeri combine di seluruh Semenanjung. Jadi negeri memang memerlukan satu hala tuju yang lebih besar untuk kita menambah hasil kerana dengan adanya pertambahan hasil, maka pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Walaupun Negeri Sembilan mendapat banyak tempias dari segi peruntukan pembangunan Persekutuan tetapi Kerajaan Negeri juga perlu ada sumber-sumbernya sendiri untuk memacu pembangunan.
Justeru itu saya ingin memaklumkan ataupun mencadangkan supaya hala tuju yang paling penting kepada negeri kita, kepada Kerajaan Negeri ini ialah supaya kita terus melihat dan memfokuskan kepada pembangunan perindustrian dalam negeri kita. Kerana dengan adanya pembangunan perindustrian yang berterusan, maka hasil negeri akan bertambah kerana yang pertamanya apabila satu tanah itu dibangunkan, sudah tentunya tanah itu perlu di ada conversion, apabila ada conversion, premium tanah dibayar kepada Kerajaan Negeri. Dan selepas satu kali dapat premium tanah itu akan perlu bayar cukai tanah mengikut tapak industri. Dan sudah tentu itu merupakan satu recurring income yang berterusan kepada Negeri Sembilan. Dan saya lihat bahawa ini adalah potensi yang paling besar kepada Negeri Sembilan untuk beberapa tahun yang akan datang ini. Kerana sekarang ini dari segi iklim pelaburan dalam negara kita ini sudah cukup baik.
Semalam baru kita meraikan ulang tahun kedua Kerajaan Perpaduan. Dalam, dalam tempoh 2 tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan kita yang pertamanya telah dapat menstabilkan politik negara kita dan dengan adanya kestabilan politik pada hari ini, tempias yang paling besar ialah dia memberikan keyakinan yang cukup besar kepada pelabur-pelabur. Tambahan pula dengan sekarang ini keadaan geopolitik di seluruh dunia terutamanya persaingan antara China dengan ru, dengan Amerika Syarikat maka rantau Asia Tenggara menjadi pilihan kepada banyak pelabur untuk mendirikan tapak industri mereka. Tambahan pula dengan Dasar Luar Negeri yang sangat
efektif dan aktif oleh Kerajaan Persekutuan, yang diterajui sendiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dibantu oleh Menteri Luar, Yang Berhormat Rantau, memang dasar luar negeri kita ni cukup baik sekarang dan mempunyai hubungan luar yang sangat akrab, yang sangat mesra dan ini sudah tentu baik untuk pelaburan bukan sahaja dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, Russia dan sebagainya, kita menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan, kita telah diterima sebagai sebahagian daripada BRICS sekarang ini semua itu akan menjurus kepada pasaran yang lebih besar kepada negara. Dan satu iklim pelaburan yang lebih mesra kepada negara kita.
Umpamanya pada hari ini sekarang pada waktu sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang berada di Seoul, di Korea Selatan untuk mengadakan perjumpaan dua hala dengan Presiden Korea Selatan. Sudah tentu Korea Selatan juga merupakan satu negara yang penting untuk Malaysia khususnya untuk Negeri Sembilan kerana antara pelabur paling besar di Negeri Sembilan ialah Syarikat Samsung yang daripada Korea Selatan. Baru minggu lepas saya berjumpa dengan Menteri Pengangkutan Korea Selatan, saya juga mengatakan bahawa negeri saya, Negeri Sembilan ini menjadi tapak kepada kilang Samsung di Malaysia. Dan ini saya lihat adalah faktor positif kepada kita kerana dari segi menarik pelaburan ke dalam Malaysia telah pun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, oleh Kementerian Luar, oleh MITI di bawah pendekatan Ekonomi Madani dan juga dasar-dasar pro peraburan antarabangsa dan dari segi fokus kita kepada AI, kepada National Energy Transition Roadmap dan sebagainya. Semua itu adalah faktor. Kalau kita baca mana-mana laporan media antarabangsa, Malaysia sekarang ini menjadi tumpuan, darling of South East Asia, menjadi tumpuan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Jadi dari segi pelaburan dalam Malaysia itu sudah berlaku dan memang wave itu sedang melanda negara kita. Banyak syarikat-syarikat gergasi antarabangsa telah menyatakan minat ataupun telah pun memutuskan untuk melabur di Malaysia.
Tetapi untuk Negeri Sembilan kita mesti mencuri peluang ini kerana banyak pelaburan sekarang ini dia pergi ke Sarawak, pergi ke Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kulim HiTech dan sebagainya. Tetapi kita sebagai negeri yang paling dekat dengan Lembah Klang, punyai potensi yang cukup besar, punyai faktor yang cukup positif. Jadi Kerajaan Negeri perlu memfokus kepada bagaimana kita menarik pelabur-pelabur ini melabur di Negeri Sembilan. Kerana kita punya faktor geografi, dekat dengan Kuala Lumpur, dekat dengan KLIA, dekat dengan Pelabuhan Klang dan sebagainya. Semua itu adalah faktor positif. Dan saya harap bahawa Kerajaan Negeri melibat gandakan lagi usaha untuk menyediakan tapak-tapak industri dalam Negeri Sembilan. Yang saya
tahu bahawa semua kawasan-kawasan perindustrian di Negeri Sembilan ini memang laris. Saya pada hujung minggu lalu baru pergi ke Bandar Enstek. Saya tengok kilang Dutch Lady telah pun di di di dipindah ke Bandar Enstek. Satu kilang yang besar yang menyediakan pelbagai produk minuman susu dan sebagainya, yang di relocate daripada Selangor ke Negeri Sembilan. Saya pergi ke bandar Enstek minggu lepas untuk merasmikan majlis pecah tanah untuk satu syarikat logistik halal GoLog yang akan membinakan satu distribution centre di Bandar Enstek. Jadi ini semua adalah petunjuk bahawa Negeri Sembilan juga merupakan satu negeri yang mampu menarik pelaburan-pelaburan berkualiti, pelaburan-pelaburan besar ke dalam negara kita, ke dalam negeri kita.
Justeru itu saya harap Kerajaan Negeri Sembilan dapat melipatgandakan lagi usaha. Kita kena identify mana lagi tapak tanah yang sesuai untuk dibangunkan untuk kawasan-kawasan perindustrian secara spesifik. Saya rasa sekarang ini kita kena spesifik, umpamanya kita kena ada kawasan perindustrian untuk teknologi tinggi, untuk biotech, untuk logistik dan sebagainya. Dan suka cita saya nak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini, supaya Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti satu kawasan yang sesuai terutamanya di kawasan Nilai ataupun Enstek, untuk dibangunkan sebagai hab logistik negara. Sudah tentu dalam perkara ini saya ada ada tanggungjawab sebagai Menteri Pengangkutan untuk membantu Kerajaan Negeri supaya sama-sama kita melihat apa ramuan dia boleh kita bangunkan sebagai hab logistik negara. Kerana dari segi faktor geografinya memang menarik. Kalau di Nilai, dia dekat dengan KLIA, dia dekat dengan persimpangan lebuhraya Utara Selatan. Kita ada antara ELITE dengan ke Kuala Lumpur, persimpangan di tengah-tengah, di Nilai. Jadi semua itu merupakan faktor geografi yang sangat positif untuk kita pertingkatkan Negeri Sembilan sebagai satu pusat logistik negara. Dan saya yakin dia mampu menarik banyak pelaburan dalam bidang ini kerana di Shah Alam di Klang dan sebagainya, sudah tentu yang pertamanya keadaannya penuh sesak. Yang keduanya dari segi kos tanah semakin meningkat. Dan di Negeri Sembilan kita punyai tapak tanah yang ada ada lagi yang boleh dibangunkan sebagai hab logistik ini.
Jadi saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan dengan serius oleh Kerajaan Negeri khususnya oleh perancangan ekonomi oleh UPEN, bersama-sama dengan Invest Negeri Sembilan dan juga NS Corp untuk melihat kerjasama antara agensi. Dan sudah tentu Kementerian Pengangkutan melalui salah satu bahagian iaitu Pusat Logistik Negara akan kita bincangkan. Dan malah petang ini saya akan mempengerusikan mesyuarat NLTF (Nasional Logistic Task Force) dan dalam ucapan saya nanti saya akan bangkitkan perkara ini. Dan saya
harap ia dapat disusuli dengan tindakan dan juga follow up oleh pihak Kerajaan Negeri untuk sama-sama kita bangunkan kawasan Nilai ini sebagai pusat logistik negara.
Yang keduanya untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, Kementerian Pengangkutan telah pun memberikan kelulusan prinsip untuk membina sebuah pelabuhan kontena di Port Dickson. Ini merupakan satu keputusan yang bersejarah kerana julung-julung kalinya Negeri Sembilan bakal mempunyai sebuah pelabuhan kontena. Kerana tak pernah, walaupun kita berada di tengah-tengah Selat Melaka, boleh dikatakan di sepanjang, di sepanjang Selat Melaka, kita antara negeri yang tiada pelabuhan okey kerana di Johor ada, di Melaka ada, di Selangor ada, malah di Perak ada dekat dengan Lumut dia ada pelabuhan untuk satu syarikat khusus, di Pulau Pinang ada, tetapi di Negeri Sembilan walaupun kita juga berdepan dengan Selat Melaka, kita tak pernah mempunyai sebuah pelabuhan kontena. Jadi kelulusan prinsip telah diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk membangunkan sebuah pelabuhan kontena yang dipanggil sebagai Midport di di Pasir Panjang. Jadi kita harap projek ini dapat direalisasikan. Dan sudah tentu Kerajaan Negeri perlu memberikan kerjasama dari segi kelulusan Kebenaran Merancang dan sebagainya untuk dibangunkan kawasan ini.
Tetapi untuk kita bangunkan ataupun menjayakan sebuah pelabuhan itu, dia juga memerlukan kawasan perindustrian kerana pengguna kepada pelabuhan itu sudah tentunya perlu ada industri. Kalau tak ada industri, ada pelabuhan tak tak guna. Jadi dengan terbinanya ataupun bangunkan pelabuhan ini, sudah tentu kita memerlukan kawasan perindustrian yang lebih besar. Dan kalau kita lihat di Port Dickson ini, memang ada banyak lagi kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan sebagai kawasan industri.
Dato’ Speaker boleh mencelah? YB, boleh mencelah sikit?
Ya, sila.
YB saya ada jumpa, dengan izin Dato’ Speaker, saya jumpa beberapa pelabur. Jadi, berkenaan dengan YB Chennah berkenaan dengan pelaburan yang ingin masuk ke dalam negara, masalahnya adalah dasar kerajaan, dasar Kerajaan Federal ataupun Kerajaan Negeri berkenaan dengan pemilikan tanah kerana mereka datang untuk membeli sehingga 2,000 ekar. Jadi bila saya berjumpa dengan NS Corp, sebab yang datang tu sebab rakan-rakan saya, jadi dia kata ada, kena, kita kena deal dengan SD Guthrie, so SD Guthrie dia dia
tak nak jual semua dan harga kena berbincang. Jadi saya ingat YB Chennah boleh tolong bantu.
Ya yang pertama Yang Berhormat Lenggeng kena juga faham bahawa ada juga tanah-tanah ini adalah milik GLC. Dia bukannya milik Kerajaan Negeri. Dia bukannya milik di bawah state. Ia kebanyakannya di mungkin di bawah Sime Darby, di bawah Guthrie dan sebagainya. Dia ada governance dia sendiri, di bawah dia Lembaga Pengarah dia sendiri. Dan secara umumnya memang Kerajaan Persekutuan juga tidak mencadangkan supaya kita menjual secara besar-besaran ataupun kita kena JV ya, sebab kita juga kena menjaga kepentingan negara. Sebab dasar kita umpamanya untuk melabur dalam pelabuhan umpamanya, kita hanya benarkan pemilikan ekuiti asing sehingga 49%. Jadi 51% itu mesti dikuasai oleh syarikat tempatan. Jadi itu yang kita kena pastikan. Walaupun kita secara terbuka menerima pelaburan-pelaburan asing, tetapi pada masa yang sama kita juga nak memastikan bahawa kepentingan negara juga dapat dijaga. Itu pengimbangan yang perlu kita laksanakan, yang perlu kita buat. Jadi sudah tentu saya yakin bahawa apa sahaja commercial deal ataupun perundingan secara komersial itu boleh dijalankan dengan baik, dan sudah tentu agensi di bawah Kerajaan Negeri boleh menjadi moderator kepada perundingan-perundingan ini. Tetapi apa yang penting ialah hala tuju kita. Hala tuju kita nak meletakkan Negeri Sembilan sebagai satu negeri industri, sebuah negeri industri yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang baik dan dipenuhi dengan sokongan ekosistem logistik yang komprehensif. Itu yang merupakan satu faktor penting untuk kita bangunkan. Jadi saya juga melihat bahawa kawasan di Port Dickson ini banyak kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan sebagai kawasan industri kerana kita lihat tanah-tanah lapang terutamanya plantation oil, kelapa sawit yang masih banyak di kawasan-kawasan Port Dickson ini boleh dibangunkan sebagai kawasan-kawasan industri.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya mengharap bahawa, mengharapkan bahawa fokus kita ialah untuk terus membangunkan Negeri Sembilan ini sebagai sebuah negara industri, negeri industri yang berdaya saing, yang maju kerana dengan pendekatan ini, yang pertamanya dia dapat memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sembilan, dapat menarik lebih ramai orang duduk di Negeri Sembilan. Dan dalam pendekatan ini sudah tentu hasil Kerajaan Negeri akan bertambah kerana cukai langsung akan bertambah, premium akan bertambah. Kalau lebih ramai rakyat lebih ramai orang membeli rumah di di Negeri Sembilan sudah tentu cukai taksiran dan sebagainya semuanya akan bertambah. Jadi kita memerlukan pertambahan penduduk kerana dari segi demografinya kita negeri kecil. 1.0 juta
penduduk. Limpahan daripada Lembah Klang ini, Lembah Klang sekarang ini mungkin 8.0 juta – 9.0 juta. Jadi kalau kita mendapat sebahagian daripada limpahan penduduk ini duduk ataupun berhijrah ke Negeri Sembilan, sama ada bekerja membeli rumah, membeli hartanah dalam kawasan kita sudah tentu kita akan menambah hasil kita dan dari segi economic of scale kita akan bertambah. Jadi ini saya rasa perlu kita titik beratkan.
Seterusnya berkenaan dengan isu pengangkutan. Tadi Yang Berhormat Johol ada bangkitkan. Sukacita saya nak berkongsi kepada Dewan yang mulia ini bahawa Negeri Sembilan adalah negeri pertama yang dilaksanakan satu kontrak baru untuk MyBAS ya, sekarang ini kita jenamakan sebagai BAS.MY. Dia merupakan satu sistem bas berhenti-henti yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Maka di Negeri Sembilan ini kita ada dua pakej. Pakej Seremban A dan pakej Seremban B di mana semua daerah ada coverage. Dan sukacita saya nak nyatakan bahawa pada bulan Disember nanti saya akan rasmikan untuk pakej B pulak, sebab sebelum ini telah pun dilancarkan pakej A untuk kawasan Jelebu, Jempol dan Port Dickson. Jadi sekarang ini, ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan boleh boleh lihat di kawasan Negeri Sembilan ini, malah di kawasan Bandaraya Seremban pun, kita nampak bas ini dah berubah wajah. Bas yang lebih berseri, bas yang berwarna pink, ini warna pink. YB Paroi tak ada? Mana Paroi? Bukan, Paroi, sorry, sorry, ni Juasseh, bukan Paroi. Dulu dia Paroi, maaflah. Maaf. Ini warna pink, ini macam warna Puteri UMNO. Ini, ini warna yang berseri. Memang saya aa lantik seorang apa ini, designer untuk design bas ini dan warna yang dipilih itu ialah warna pink, merah jambu. Yang memang dari segi outlook dia memang berseri dan memang menarik perhatian ramai orang. Ada jugak kata dulu bas mini dekat Kuala Lumpur pun warna macam itu. Jadi dia mem, memberikan satu persepsi ataupun keceriaan kepada pengguna-penggunanya. Jadi kita mengharapkan bahawa penggunaan bas pengangkutan awam ini lebih banyak. Memang saya tahu bahawa ada lagi kelemahan dari segi coverage network tersebut. Sebab bas berhenti-henti ini dia bukan cover semua tempat. Dia bukan cover semua kawasan perumahan. Dia ialah cover hanya kawasan-kawasan jalan-jalan trunk road ataupun jalan-jalan besar, laluan-laluan utama yang dapat coverage. Sebab yang pertamanya sudah tentu kos untuk membiayai projek ini agak besar. Dia memerlukan hampir 40.0 juta ringgit setahun untuk kita biayai keseluruhan projek ini. Sebab operator itu tak ada risiko, kerajaan bayar dari segi kos operasi tersebut dengan margin dia dengan dengan adanya margin dia.
Dan tambahan pula, kebanyakan tambang kita kecualikan, kita bagi pengecualian tambang kepada pelajar sekolah, bagi pas konsesi
percuma, pelajar sekolah tak payah bayar. Dia pakai baju sekolah saja. Daripada Darjah 1 sampailah Tingkatan 6, malah pelajar universiti tak payah bayar. Dia boleh ambil pas konsesi. Warga OKU, tak payah bayar. Warga emas 60 tahun ke atas tak payah bayar. Jadi ini macam-macam kita bagi pengecualian sebab kita apa yang penting ialah kita nak ramaikan rakyat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Dan saya berharap ahli-ahli Yang Berhormat bantu saya, bantu rakyat untuk memohon pas konsesi ini. Saya cadangkan setiap pusat khidmat apabila dilancarkan nanti, boleh bantu untuk men, men, mendaftarkan pengguna-pengguna pas konsesi ini kerana dengan adanya pas konsesi ini mereka boleh menggunakan perkhidmatan itu dengan percuma. Ini yang kita harap dapat dilaksanakan. Dan sudah tentu kalau ada apa-apa kelemahan bolehlah bincang dan boleh sampaikan kepada saya ataupun pihak Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri juga boleh berbincang dengan pihak operator untuk sama-sama tambah baik perkhidmatan ini.
Yang keduanya dari segi pengangkutan awam yang memang sedang dilaksanakan di Seremban ialah membina sebuah stesen kereta api baru. Sukacita saya nak juga berkongsi bahawa stesen kereta api di Seremban akan dibangunkan semula dengan fasad yang bersejarah itu dikekalkan sebagai fasad di luar tetapi di keseluruhan stesen itu akan dibina dengan satu bangunan baru yang berkonsepkan moden dan juga berkonsepkan green building. Jadi satu stesen kereta api yang serba lengkap dengan kemudahan yang lebih moden, yang lebih besar akan dibina dalam masa 2 tahun. Dan sudah tentu saya yakin dia akan menjadi mercu tanda utama di Bandaraya Seremban. Dan dia juga berkonsepkan design Minangkabau. Jadi ini sesuatu yang sangat-sangat menarik, yang saya harap dapat menaikkan imej Bandaraya Seremban dan juga memberikan kemudahan kepada pengguna-pengguna KTM. Dan ia akan dinamakan sebagai Stesen Seremban Sentral. Dan kawasan sekelilingnya juga sedang kita bincang untuk bersama-sama bangunkan kawasan tersebut sebagai satu kawasan transit-oriented development.
Jadi saya harap bahawa perancangan-perancangan ini dapat membantu Kerajaan Negeri untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat, kepada pengguna. Dan bagi saya pengangkutan ini merupakan satu pemangkin. Dia bukan sahaja kemudahan kepada rakyat untuk berulang-alik. Tetapi apabila kita ada sistem pengangkutan yang baik, yang moden, yang efektif, maka ia merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Banyak pelaburan yang boleh kita tarik, banyak aktiviti perniagaan dan komersial yang boleh kita janakan dengan adanya satu sistem pengangkutan yang baik ini.
Seterusnya Dato’ Dipertua, bagi saya 5 minit lagi, tambahan sedikit untuk address beberapa isu kawasan. Yang pertamanya di DUN Chennah saya pohon supaya pihak Kerajaan Negeri khususnya di peringkat Majlis Daerah Jelebu untuk membantu kawasan DUN Chennah ini untuk dibangunkan sebagai satu pusat ecotourism yang banyak kali saya telah bangkitkan. Kita mempunyai potensi-potensi besar untuk menjadi pusat ecotourism ini. Dan sekarang ini satu trend yang telah pun mula menjadi kegemaran orang ramai ialah menggunakan caravan. Ini mungkin konsep baru kepada masyarakat kita, mungkin dia lebih kepada masyarakat di barat. Kalau dulu dia pakai caravan pergi park satu tempat dia berkhemah. Saya tengok dekat, baru-baru ini Yang Berhormat EXCO Kanan juga ada promosikan dekat kawasan Jelebu, tapak untuk berkhemah dan sebagainya. Tapi sekarang ini ramai juga pembeli-pembeli ataupun pemilik-pemilik caravan iaitu konsepnya ialah dia boleh tarik dia punya van itu dengan ada kemudahan-kemudahan dia untuk rekreasi, dia perlukan tapak untuk mereka berhenti. Tapak berhenti untuk ada sumber elektrik, ada sumber air untuk mereka, yang selamat untuk mereka berhenti kat sana untuk mereka aktiviti riadah.
Dan saya lihat bahawa daerah Jelebu ini memang sesuai untuk aktiviti-aktiviti seperti itu. Tetapi kita perlu ada tapak yang selamat. Saya tahu ada garis panduan yang telah pun dibangunkan di peringkat Kementerian Kerajaan Tempatan, yang perlu diguna pakai oleh pihak Majlis Daerah dan PBT. Saya harap PBT boleh membantu menyegerakan sekiranya ada apa-apa permohonan untuk membangunkan tapak-tapak caravan ini. Sebab kebanyakan tapak-tapak ini sudah tentunya dia dibangunkan oleh pihak swasta. Ada pemilik-pemilik tanah swasta, mereka nak bangunkan tapak mereka sebagai tapak caravan. Dia boleh ada charge dia sendiri dan sebagainya. Jadi Majlis Daerah kena bantu untuk percepatkan proses kelulusan untuk tapak-tapak ini. Dan saya yakin bahawa di, bukan sahaja di DUN Cennah tetapi di daerah Jelebu secara umumnya mempunyai tapak yang banyak untuk kita dapat dibangunkan sebagai caravan kerana udara yang lebih segar, dengan adanya banyak dusun-dusun durian dan dusun-dusun buah-buahan di sekitar kawasan Jelebu memang saya yakin dia dapat menarik lebih ramai orang untuk datang berekreasi di daerah Jelebu. Dan sudah tentu ia juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tempatan. Dan saya harap ini dapat di di diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.
Menjawab sedikit tadi Yang Berhormat ADUN Labu, menyatakan isu lori pasir ya. Memang saya tahu bahawa isu lori pasir dan lori batu bata ini memang menjadi satu nuisance, satu masalah besar. Dan memang kita bertindak agak tegas kepada mana-mana isu over loading. Over loading
ini memang masalah lama, masalah yang telah berpuluh tahun, tak boleh kita selesaikan. Tapi saya mempunyai tekad untuk cuba address isu ini, untuk selesaikan. Dan saya memberikan kepercayaan penuh kepada JPJ. Dan saya telah berikan mesej kepada pihak Pengarah Penguatkuasa JPJ supaya mengambil tindakan sewajarnya, tak payah kena kita kena kena mengambil tindakan tegas. Jadi saya kata kepada JPJ, penguatkuasa perlu tunggu di depan kuari. Depan kuari kita kita letak dia punya, kita punya penguatkuasa. Tengoklah dia berani atau tidak, keluar. Pukul berapa dia keluar kita letak kita punya pihak penguatkuasa, anggota penguatkuasa dengan, memang ada pelbagai, kita tahu bahawa banyak juga pemandu-pemandu lori ini ataupun aktiviti-aktiviti lori tipper ini dia juga ada tonto dia. Dan memang banyak penguatkuasa juga diugut dan sebagainya. Memang sekarang kita akan lihat untuk pindaan kepada undang-undang Akta Pengangkutan Jalan untuk kita perkasakan lagi penguatkuasa kita dan kita cuba, kita laksanakan penguatkuasaan yang lebih efektif terhadap masalah-masalah over loading lori-lori ini.
Memang saya tahu bahawa kebelakangan, kebelakangan ini kemalangan-kemalangan yang menyebabkan kematian, yang melibatkan lori-lori kontena, lori-lori yang over loading ini menjadi-jadi. Dan memang kita telah mengadakan satu operasi tindakan penguatkuasaan yang besar-besaran terhadap lori-lori kontena dan juga lori-lori yang membawa batu bata dan juga pasir ini. Pemandu asing memang tak dibenarkan ya. Kalau dia melibatkan pemandu asing, memang satu kesalahan yang berat. Kalau, saya akan tengok mana satu kes itu. Biasanya kalau mana-mana kes yang melibatkan kematian yang pertamanya, saya nak kongsi sedikit dari segi SOP dia, dari segi kesalahan jenayah itu dia di bawah polis. Katakan ada melibatkan kemalangan, okey, pemandu itu akan terus di ditahan oleh pihak polis bukan JPJ, oleh polis. Polis akan hukum dia, akan akan siasat dia di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Kalau katakan dia di bawah pengaruh pengaruh dadah, dia menyebabkan kematian, dia boleh didakwa mengikut Akta Pengangkutan Jalan dengan setimpalnya. Dan tindakan penguatkuasaan itu dilakukan oleh polis dari segi siasatan dan dirujuk kepada pihak Peguam Negara untuk didakwa.
Jadi JPJ tak terlibat dalam proses itu. Tetapi JPJ terlibat dari dalam proses mengaudit syarikat. Apabilanya berlaku sesuatu kemalangan itu SOP kita ialah syarikat itu mesti diaudit dari segi audit keselamatan JISA dia untuk melihat sama ada dia mematuhi atau tidak, prosedur keselamatan. Dan memang dalam kebanyakan kes, audit itu memang mereka gagal. Dan apabila mereka gagal, kita akan gantung operasi mereka untuk supaya mereka buat audit yang baik. Walaupun mereka, kalau audit seterusnya dapat berjaya, kita masih akan menghukum
mereka dari segi menggantung operasi mereka. Kalau dalam kes-kes yang sangat serius, kalau katakan melibatkan pemandu asing, mungkin dari segi tindakannya kita boleh terus menarik balik lesen dia. Jadi kalau menarik balik lesen dia, memang kerugian yang agak besar kepada syarikat tersebut. Jadi kita cuba untuk memberikan satu mesej yang kuat kepada syarikat-syarikat pengendali supaya jangan melanggari undang-undang negara. Dari segi, terutamanya dari segi pemandu mereka. Kita tahu bahawa dalam kes penguatkuasaan baru-baru ini, pemandu yang menyalahgunakan dadah umpamanya terutamanya yang yang menggunakan ketum. Banyak berlaku dalam kes-kes ini. Terutamanya di beberapa negeri, kita tahu bahawa ada banyak kes seperti ini yang sekarang ini kita bekerjasama dengan pihak AADK untuk kita lihat bagaimana untuk mencegah perkara ini. Jadi dari segi penguatkuasaannya, memang kita laksanakan tegas. Tetapi kita mengharapkan juga ahli-ahli Yang Berhormat juga boleh membantu memantau dan juga memberikan advokasi kepada rakan-rakan, kepada pengguna-pengguna dan juga pemandu-pemandu. Dan memang kita telah banyak menjalankan pelbagai program termasuk kita sekarang ini akan lihat bagaimana melahirkan pemandu-pemandu yang lebih berhemah. Kita ada program untuk memberikan lesen kepada pemandu-pemandu baru untuk mereka menceburi bidang pengangkutan ini. Tetapi yang paling penting ialah bagaimana melahirkan pemandu-pemandu yang berhemah, yang berhati-hati. Itu memang satu cabaran yang sangat besar yang perlu kita tangani secara bersama.
Jadi saya ucapkan terima kasih Dato’ Dipertua kerana diberikan ruang dan peluang ini untuk menyampaikan ucapan dan juga membahaskan bajet kita ini. Dan saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada pihak Kerajaan Negeri kerana memang prihatin dari segi melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat. Cuma saya harap kita dapat terus membantu juga menambah hasil Kerajaan Negeri supaya hasil Kerajaan Negeri yang bertambah itu dapat dikembalikan semula kepada kepentingan rakyat Negeri Sembilan. Dengan kata-kata itu saya menyokong Bajet 2025. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Chennah.
Yang Dipertua. Sebelum YB Chennah ada depan saya ini, sebelum dia beredar. Saya nak tanyalah satu soalan di kawasan sayalah. Masalahnya saya nak bina, nak mohonlah satu jalan alternatif yang melibatkan 3 kampung orang Asli; Kampung Klebang, Kampung Panchor dan Kampung Lubuk Lawang. Saya dah panjangkan surat ni kepada YB Chennah …..
Soalan tu perlu dijawab sekarang ke, bila?
Sekejap ya.
Haa?
Saya memerlukan kelulusan daripada YB Pengangkutan ni sebab …..
Yang Berhormat.
Ni JAKOA, JAKOA dan Kementerian Luar Bandar pun dah meluluskan peruntukan. Cuma minta laluan untuk tanah RAC. Itu saja. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan tangguh mesyuarat Dewan ini dan kita akan berhenti berehat. Dan kita akan datang balik di sini pada pukul 2:45 ya. Mesyuarat Dewan ditangguh.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.13 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.50 petang]
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian kita masih lagi di dalam pembahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024. Jadi kita sambung perbahasan, saya jemput Sri Tanjung. Tak sedia? 20 minit.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat ahli Dewan yang dihormati. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato’ Yang Dipertua dan semua ahli Dewan atas perbahasan yang penuh bersemangat dan produktif sepanjang sesi ini. Perbincangan yang kita jalankan menunjukkan komitmen kita semua untuk memperjuangkan kepentingan rakyat dan memastikan pembangunan yang berterusan bagi negeri kita. Sepanjang sesi ini kita telah membahas pelbagai isu yang mencabar termasuk kebajikan sosial, pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pandangan dan cadangan yang membina. Keprihatinan dan dedikasi setiap ahli Dewan terhadap kesejahteraan rakyat sangat dihargai dan merupakan asas penting bagi kita.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Malaysia atas inisiatif yang dilaksanakan untuk mengukuhkan nilai Ringgit Malaysia serta menarik pelabur ke negara ini. Langkah-langkah proaktif seperti ini penting untuk memastikan ekonomi negara terus kukuh stabil dan berdaya saing di peringkat global. Usaha seperti memperbaiki iklim pelaburan, memperkenalkan insentif kepada pelabur asing, mempermudah proses prosedur perniagaan dan memperkukuh kestabilan politik serta dasar ekonomi adalah amat dihargai. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelabur malah memberi kesan positif kepada rakyat melalui peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi. Semoga inisiatif ini berjaya direalisasikan dan membawa kemakmuran yang lebih besar kepada Malaysia.
Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan atas usaha dan inisiatif yang dilaksanakan untuk memajukan negeri ini melalui Belanjawan 2025. Kepimpinan dan dedikasi beliau adalah dalam memperkukuh ekonomi negeri, menarik pelabur serta meningkatkan kesejahteraan rakyat amat dihargai. Semoga Negeri Sembilan terus berkembang maju menjadi contoh kepada negeri-negeri lain dan memberi manfaat besar kepada rakyat. Tahniah atas usaha berterusan dan komitmen dalam memperjuangkan kemajuan negeri.
Dato’ Yang Dipertua, dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Dato’ Speaker kepada beberapa isu dan cadangan serta memberikan manfaat kepada rakyat dan meningkatkan kecekapan pentadbiran di Negeri Sembilan. Pertama kali saya ingin membawa perhatian Dato’ Speaker kepada isu melibatkan 100 unit rumah PPR di Tanah Merah, Port Dickson. Sijil Perakuan Siap Kerja (CCC) bagi projek ini telah dikeluarkan pada 29 Disember 2022 dan diserahkan kepada Jabatan Perumahan Negara (JPN) pada 5 Januari 2023. Namun sehingga kini rumah-rumah ini masih belum diserahkan kepada permohonan yang layak. Kawasan persekitaran telah menjadi tidak terurus dan dipenuhi rumput liar, memberi gambaran negatif kepada projek tersebut. Penangguhan ini bukan sahaja menjejaskan imej pihak berwajib tetapi juga menimbulkan ketidakpuas, ketidakpuasan hati pemohon yang telah lama menanti untuk menduduki rumah ini. Saya yakin penglibatan aktif Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu ini dengan segera sekaligus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka.
Kedua, saya ingin mencadangkan kepada Dewan untuk memberi perhatian terhadap isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan di Negeri Sembilan. Masalah ini telah menjejaskan pengalaman pesakit dan meningkatkan beban kerja petugas kesihatan. Dalam konteks ini,
pelaksanaan Skim Perubatan Madani di Negeri Sembilan diliat, dilihat sebagai satu langkah proaktif yang berpotensi besar untuk mengurangkan masalah ini. Cadangan di bawah skim ini bagi kes ringan seperti demam selesema yang kini sering memenuhi Jabatan Kecemasan Hospital. Saya ingin mencadangkan, Exco Kesihatan Negeri Sembilan memperkenalkan Skim Perubatan Madani di Negeri Sembilan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Skim Perubatan Madani di negeri, Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan pesakit di hospital kerajaan dan mempercepatkan rawatan ringan. Mereka tidak perlu menunggu lebih sejam untuk kes ringan di zon hijau dan lalu mendapatkan rawatan dengan secepat. Kementerian Kesihatan mendapat peruntukan yang kedua terbesar dalam Bajet 2025. Saya yakin, tidak mustahil untuk Kerajaan Madani bersama Kementerian Kesihatan dan bekerjasama dengan Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Sembilan dapat memperkenalkan skim ini di Negeri Sembilan.
Ketiga, Taman Linggi Idaman, Linggi. Kawasan ini dikenali sebagai Dataran Banjir oleh JPS Daerah Port Dickson. Pembangunan perumahan di kawasan Dataran Banjir tanpa langkah mitigasi banjir yang mencukupi telah menyebabkan banjir berulang semasa hujan lebat diikuti dengan air pasang tinggi. Penduduk terkesan dengan kerosakan harta benda dan tiada mechanism pampasan yang jelas. Ini mencerminkan kelemahan dalam perancangan pemantauan dan perlaksanaan dalam projek pembangunan. Saya mencadangkan tubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat isu ini dan melapor kepada Kerajaan Negeri dan melaksanakan dasar pembangunan lestari bagi mengurangkan risiko banjir di masa depan di kawasan perumahan yang baru sekitar Negeri Sembilan.
Keempat, elaun yang diterima oleh Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Ahli Majlis kini dianggap tidak setara dengan tanggungjawab, beban kerja dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kekurangan insentif ini boleh menjejaskan motivasi dan keberkesanan mereka dalam melaksanakan tugas di peringkat akar umbi. Mereka merupakan barisan hadapan yang turun padang jika sesuatu bencana atau isu setempat. Kerajaan Negeri perlu melaksanakan kajian menyeluruh terhadap elaun JPKK dan Ahli Majlis. Kenaikan elaun akan menggalakkan penyertaan aktif ahli dalam pentadbiran dan pembangunan komuniti.
Kelima, bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson berada dalam keadaan yang tidak memuaskan melibatkan kerosakan infrastruktur seperti struktur bangunan, sistem elektrik, saliran dan kemudahan asas lain seperti kemudahan sukan. Keadaan ini
menjelaskan kecekapan operasi anggota polis serta imej institusi keselamatan di mata masyarakat. Saya memohon untuk menjalankan audit keselamatan dan penilaian keadaan struktur oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau agensi berkaitan, dan sediakan laporan lengkap mengenai tahap kerosakan, keperluan penyelenggaraan dan anggaran kos. Cadangkan peruntukan dana khas daripada Kerajaan Negeri atau persekutuan untuk menyelenggara dan membaik pulih IPD Port Dickson. Saya berharap kerjasama antara Kerajaan Negeri, JKR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.
Ini diikuti oleh isu pendawaian SJKT PD yang kurang memuaskan, yang telah dimaklumkan pada sidang lepas. Telah dibawa ke perhatian KPM, namun belum ada apa-apa tindakan susulan daripada Jabatan Pendidikan.
Keenam, peningkatan kedai vape yang dikendalikan oleh warga asing tanpa kawalan yang ketat telah menimbulkan kebimbangan berkaitan kesihatan awam terutama penggunaan vape oleh golongan muda. Selain itu operasi kedai ni sering dikaitkan dengan isu perlesenan tidak sah, penjualan barang terlarang dan ancaman kepada ekonomi tempatan. Saya ingin bercadang untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat terhadap operasi kedai vape bagi mengurangkan pendedahan kepada risiko kesihatan akibat vape yang tidak terkawal.
Seterusnya, usaha pembaikan dan penaik taraf jalan di kawasan Lukut sememangnya sesuatu yang patut dihargai. Dengan jalan utama berdekatan Bukit Palong kini menerima turapan baru. Ia memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya. Namun isu trafik sesak teruk terutama pada hujung minggu adalah perkara yang memerlukan perhatian pihak berkuasa. Antara keluhan masyarakat ialah traffic light ada, traffic jammed ada, tetapi traffic police tak ada. Kehadiran polis trafik ini di lokasi strategik seperti lampu isyarat di kawasan Lukut pada waktu puncak dapat membantu melancarkan pergerakan kenderaan serta mengurangkan kesesakan …..
Mohon pencerahan, Dato’ Yang Dipertua, boleh? YB? Okey. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Tanjung, saya sudah dapat makluman daripada JKR Negeri bahawa smart traffic light akan diluluskan pada tahun 2025. Saya ucap terima kasihlah kepada JKR yang telah berusaha untuk bantu saya untuk dapatkan smart traffic light dekat Lukut untuk memastikan perjalanan lancar dekat kawasan Lukut untuk mengatasi masalah traffic jammed pada hujung minggu. Thank you JKR. Untuk makluman YB lah. Terima kasih.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PBT dan JKR.
Ke hulu ke hilir mencari bekal Singgah sejenak di tepi paya Usul dibawa menjadi akal Doktor bersidang membawa suara
Bertandang hutan ke desa indah Semangat waja dibawa bersama Bersatu kita maju beradah Membangun negeri, cinta bersama
Saya menyokong Belanjawan 2025 Negeri Sembilan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun. Sekian terima kasih.
Terima kasih YB Sri Tanjung. Saya jemput YB Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT. Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Dengan segala hormat dan takzimnya saya memohon izin membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan bagi tahun 2025. Terlebih dahulu saya dengan hormat ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan belanjawan berimbang Negeri Sembilan yang kekal bertemakan Bersama Membina Negeri Madani. Aspirasi perpaduan Negeri Sembilan yang berjumlah 590 juta. Tidak lupa juga saya ucapkan tahniah kepada seluruh penjawat awam Negeri Sembilan yang bersama-sama membantu bagi menjayakan agenda kerajaan aspirasi perpaduan di negeri ini. Saya juga mengalu-alukan inisiatif serta agenda yang bakal dilaksanakan di bawah 9 bidang tumpuan yang menyentuh pelbagai aspek. Ini bersesuaian dengan ayat al-Quran … [melafazkan bacaan ayat 29 dan 30 Surah Al-Israa’]. Yang bermaksud: “dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya kerana akibatnya akan ditinggalkan engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan. Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Ia maha mendalam pengetahuannya lagi Maha Melihat akan hamba-hambanya”. Surah al-Israa’ ayat 29 dan
30. Ini sesuai dengan 5 prinsip maqasid syariah dalam tadbir urus iaitu kesempurnaan di dalam keperluan kehidupan. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, saya cukup berbesar hati untuk kita bersama-sama
membahaskan Belanjawan Negeri Sembilan di Dewan yang mulia ini bagi mencurahkan segala aspirasi, keperluan dan keluhan rakyat terutamanya di kawasan saya Seri Menanti.
Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Yang pertama saya ingin membahaskan yang bidang tumpuan yang pertama iaitu kemampatan ekonomi rakyat. Ada 6 inisiatif dalam bantuan bidang tumpuan pertama ini. Saya ingin menyentuh berkenaan 3 inisiatif iaitu yang pertama program pemerkasaan TVET, Jualan Negeri Sembilan Prihatin dan juga Karnival Kerjaya dan Kesejahteraan Rakyat. Yang pertama kerajaan sekarang ini giat mempromosikan TVET sebagai salah satu alternatif bagi menggalakkan anak-anak kita terus belajar dan tidak tertinggal dalam pasaran pekerjaan bagi masa depan mereka. Saya mencadangkan agar penglibatan ADUN kawasan dapat dipanggil bersama supaya ADUN-ADUN kawasan dapat membantu melebarluaskan hebahan dan juga promosi berkenaan pembelajaran TVET bagi masa depan anak bangsa kita.
Yang kedua: Jualan Negeri Sembilan Prihatin. Alhamdulillah di negeri, di Seri Menanti kami mendapat kerjasama yang amat baik dengan agensi-agensi yang terlibat di dalam menjayakan Jualan Negeri Sembilan Prihatin dan juga Jualan Rahmah Madani. Sesungguhnya ini menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan sangat mengambil berat dalam menjaga kebajikan dan memastikan bahawa rakyat mudah mendapatkan barangan keperluan dan juga barangan yang telah pun disubsidikan oleh kerajaan menerusi belanjawan negeri pada tahun 2024 dan juga tahun ini 2025.
Dan yang ketiga, Seri Menanti mengharapkan agar karnival kerjaya dan juga kesejahteraan pekerjaan ini dapat diperluaskan programnya agar rakyat dapat merasai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sama ada boleh dilaksanakan di peringkat daerah ataupun di peringkat DUN sekiranya ia boleh dilaksanakan dalam skala yang kecil.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang kedua iaitu Keterjaminan Makanan. Ada 8 inisiatif yang diumumkan dengan 2 inisiatif adalah yang terbaru. Saya ingin menyentuh 3 perkara agar keterjaminan bekalan makanan negeri kita terus selamat dan untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Negeri Sembilan ini. Yang pertama iaitu data pertanian dan permohonan peruntukan pusat. Saya ingin menyentuh berkenaan dengan Banci Pertanian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan di bawah Kementerian Ekonomi bermula bulan Julai hingga Oktober yang lalu. Semenjak merdeka, banci Bancian Pertanian ini hanyalah dilakukan sebanyak 3 kali sahaja iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman tahun 1960, Tun Hussein Onn 1977
dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005. Ini bermaksud data-data terperinci yang dipegang dan dijadikan asas oleh jabatan-jabatan kerajaan pada hari ini sudah tidak dikemas kini semenjak lebih 19 tahun yang lalu. Saya berharap seramai mungkin petani di Negeri Sembilan telah terlibat dalam bancian yang dibuat ini kerana jika data di peringkat akar umbi ini tidak tepat, bantuan dan peruntukan yang disalurkan juga adalah tidak tepat.
Kerajaan Pusat dalam Belanjawan 2025 tahun, tempoh hari telah menyebut tentang 300 juta diperuntukkan untuk kerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam soal peningkatan hasil pertanian. Persoalan saya ialah berapakah jumlah peruntukan berkaitan pertanian yang dipohon oleh Kerajaan Negeri Sembilan kepada Kerajaan Pusat dan berapa, berapakah jumlah projek yang terlibat dan di manakah projek-projek ini bakal dilaksanakan? Adakah Seri Menanti jugak termasuk di dalam permohonan ini? Mohon juga dinyatakan berapakah jumlah projek-projek pertanian yang bakal dilaksanakan melalui peruntukan Kerajaan Negeri dan sasaran hasil yang bakal dijana. Saya percaya menerusi perancangan yang baik, data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaan berfokus, saya pasti kita akan dapat merungkai masalah keterjaminan makanan serta kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun. Hala tuju pertanian negara pada masa akan datang juga adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dang, dan pengwujudan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar.
Yang kedua, pensijilan MyGAP iaitu Skim Pensijilan Amalan Pertanian Baik. Jika bercakap tentang produk-produk pertanian, mungkin masih ada di antara kita yang tidak mengetahui tentang pensijilan MyGAP ini sedangkan sebenarnya MyGAP ini adalah sangat penting dalam memberi nilai tambah kepada hasil pertanian atau ternakan kita. Secara ringkasnya MyGAP ini adalah skim pensijilan yang dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 2002 oleh Jabatan Pertanian untuk mengiktiraf ladang yang mengamalkan amalan pertanian baik bagi mengeluarkan makanan yang selamat dan berkualiti, menjaga keselamatan alam sekitar serta menjamin keselamatan dan kebajikan pekerja. Bagi pengguna-pengguna yang cakna tentang kualiti makanan mereka, mereka pasti akan melihat produk-produk pertanian atau ternakan yang ingin dibeli. Adakah ia mempunyai pensijilan MyGAP ataupun tidak. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah jumlah ladang atau pusat pemeliharaan yang telah berjaya mendapatkan pensijilan MyGAP di Negeri Sembilan ini? Dan berapakah jumlah pengeluaran hasil serta keluasan kawasan yang terlibat? Saya tahu, untuk mendapatkan pensijilan MyGAP ini bukanlah mudah kerana
banyaknya prosedur dan tatacara yang perlu dipenuhi oleh petani ataupun pengusaha sebelum diberikan sijil tersebut. Akan tetapi itu sepatutnya tidak menjadi satu alasan kepada pengusaha kita untuk memberikan nilai tambah kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh mereka.
Dan yang ketiga, pensijilan myOrganic. Begitu juga dengan isu pensijilan myOrganic, semakin ramai rakyat di luar sana yang mementingkan soal kesihatan dan juga tentang apa yang mereka makan. Permintaan terhadap produk organik semakin meningkat dan menjadi sangat penting kepada orang ramai sejak dunia dilanda pandemik. Jelas sekali orang lamai, orang ramai mula mementingkan kesihatan dan mula mencari alternatif makanan yang lebih baik. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di negara lain juga. Saya melihat kita perlu meneroka pasaran bahan makanan organik ini dengan lebih serius lagi kerana ianya adalah prospek pasaran yang sangat baik. Jika kita lihat kepada statistik daripada laman Worldcon dan juga Statista.com dianggarkan nilai jualan produk organik bagi tahun 2023 sahaja sudah mencecah lebih USD 87 bilion. 3 negara tertinggi penjualan produk organik adalah Amerika Syarikat, Jerman dan Perancis. Manakala bagi negara Asia pula, 5 negara dengan pasaran tertinggi adalah China, Vietnam, Indonesia, India dan juga Hong Kong. Agak mengejutkan kita apabila rupa-rupanya Malaysia juga berada di tangga yang ke-9 tertinggi di kalangan negara-negara Asia bagi pembelian produk-produk organik ini. Ini sekaligus menjelaskan bahawa pasaran produk organik ini juga adalah meluas bagi Malaysia dan juga Rantau Asia. Adalah sangat merugikan jika petani-petani di Negeri Sembilan ini tidak mengambil kesempatan daripada peluang pasaran ini. Jika kita tidak mengambil kesempatan, pastinya orang lain pula yang akan mengambil peluang.
Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah jumlah kawasan pertanian yang telah berjaya memperolehi sijil myOrganic ini? Dan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah kawasan bersijil? Saya melihat satu langkah proaktif perlu dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memperkasakan lagi bidang pertanian organik di Negeri Sembilan ini. Kita punya banyak tanah-tanah yang terbiar. Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat kita mengkaji dan mempertimbangkan untuk mewujudkan satu kawasan khas khusus bagi pertanian organik ini. Antara ciri-ciri utama yang diperlukan bagi penanaman atau penternakan secara organik ini adalah tidak menggunakan racun perosak dan baja kimia sintetik, tidak menggunakan bahan tanaman GMO, kawalan perosak secara biologi, menggunakan sumber-sumber dikitar semula menjadi bahan baja organik, teknologi perladangan organik seperti Natural Farming, Kyusei
farming, perladangan lestari, alternatif dan juga bioda biodinamik, penggiliran tanaman bagi menjamin kesuburan tanah.
Saya melihat ciri-ciri atau keperluan bagi penanaman atau penternakan secara organik ini, tidaklah terlalu sukar atau mustahil untuk dilaksanakan. Mungkin bagi sesetengah pengusaha yang tidak terlalu terdedah dengan aspek-aspek pengkomersialan ini mereka melihat pensijilan ini tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan mereka. Sebab itulah agensi dan jabatan terutamanya Jabatan Pertanian perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran serta keterlibatan pengusaha di Negeri Sembilan bagi mendapatkan pensijilan ini. Saya percaya dengan penerangan yang tepat, latihan yang betul dan bantuan serta sokongan yang mencukupi daripada pihak kerajaan, Negeri Sembilan boleh menjadi negeri pengeluar terbesar produk-produk organik di Malaysia.
Sebagai salah satu galakan, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri, mana-mana kawasan pertanian atau perladangan yang beralih kepada kaedah organic, kita berikan mereka insentif khas ataupun bantuan tambahan untuk mereka melaksanakan projek mereka. Ini secara tidak langsung boleh menarik minat golongan petani dan penternak yang sedia ada terutamanya bagi golongan muda yang mungkin terlebah, yang mungkin lebih terdedah dan cakna dengan perkembangan pasaran yang terkini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang ketiga yang ingin saya sentuh berkenaan dengan pendidikan kerana ia mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dengan memberikan peruntukan yang sangat besar dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ini. Iaitu berkenaan dengan insentif berbentuk kewangan tunai kepada anak-anak kita di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bagi mereka yang berada dalam golongan B40, yang mana di kawasan saya di Seri Menanti ini, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, masih ada lagi keluarga yang mengadu kenapa anak mereka tidak mendapat bantuan tersebut sedangkan pendapatan mereka tidak menentu dan mereka ini banyak yang kerja kampung. Saya mencadangkan agar pihak sekolah dan juga Pejabat Pendidikan Daerah dapat memba, membuat bancian yang menyeluruh dan berkemungkinan ada keluarga yang tercicir ataupun mungkin mereka tidak mendaftar dalam sistem e-Kasih. Saya mohon pihak kerajaan dapat menerangkan bagaimana kaedah untuk mereka memohon dan apa kriteria yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang ke-4 iaitu Pemerkasaan Komuniti. Seri Menanti menyambut baik inisiatif baru program pencahayaan kampung. Seri Menanti amat mengharapkan
agar tahun 2025, Seri Menanti diberikan peruntukan yang lebih bagi pencahayaan di 30 JPKK dalam DUN Seri Menanti. Yang mana pada tahun ini 2024, kita hanya, Seri Menanti hanya mendapat 4 sahaja lampu solar yang perlu dibagi kepada 30 JPKK. Takkan nak racik-racik ompek tu. Jadi kita mohonlah pertimbangan agar dasar pencahayaan ini dapat diperluaskan dengan lebih baik lagi. Pencahayaan jual, pencahayaan jalan kampung amat penting kerana ianya memudahkan orang kampung kita untuk keluar sekiranya ada berlaku ke kecemasan.
Seri Menanti memohon juga kepada agensi yang terlibat khususnya di dalam keselamatan jalan raya, ada 2 permohonan dari masyarakat agar dibuat lampu peringatan ataupun garisan kuning. Yang pertama di Taman Sri Terachi dan juga yang kedua di Taman Pemarak agar apabila adanya lampu amaran ini ataupun garisan kuning ini, masyarakat kita yang membawa kereta ataupun motor dapat lebih berhati-hati kerana di kawasan tersebut merupakan jalan masuk ke taman dan juga ada jugak berlaku kemalangan yang kalau adanya perkara begini kita boleh mengelakkan kemalangan ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Seri Menanti lagi sekali mencadangkan berkenaan dengan Rumah Harapan Rakyat ataupun Projek Perumahan Rakyat ini diperluaskan dan juga diperbanyakkan. Kerana kos rumah ini memang rakyat kita mampu milik. Saya juga memohon kepada Kerajaan Negeri dapat melihat ataupun kita dapat menimbang semula projek perumahan kos rendah ini di kawasan-kawasan kampung yang kita ada tanah, untuk kita meramaikan semula komuniti di kampung-kampung. Contoh di kampung di kawasan saya, kadang-kadang ada masjid nak sembahyang Jumaat pun kena tunggu. Ada masjid yang tak cukup untuk kita seramai 40 orang jemaah tu. Jadi kena ada kelulusan daripada Jabatan Agama untuk menunggu sampai dibenarkan solat Jumaat di kawasan masjid. Jadi saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat menimbang semula projek perumahan rakyat sepertimana sebelum ini, yang ada di kawasan saya contohnya Taman Pemarak dan juga Taman Sri Terachi ataupun Taman Sri Ulu Bendul yang mana kos perumahan ini di bawah 100 ribu. Saya juga dimaklumkan yang mana kos perumahan, kos rendah sekarang ini akan mula naik pada tahun depan. Jadi saya mohon agar ianya tidak berlaku kerana ia mungkin menyebabkan kesusahan kepada rakyat kita untuk mendapat rumah yang mereka mampu milik.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini saya amati perbahasan Yang Berhormat Dato’ Seri Exco Kanan di Dewan Rakyat yang mencadangkan agar elaun Pengerusi dan Setiausaha dinaikkan, elaun Pengerusi dan Setiausaha JPKK dinaikkan. Dan saya juga ingin mencadangkan perkara yang sama kepada Kerajaan Negeri agar elaun
Pengerusi, Setiausaha dan elaun kehadiran mesyuarat untuk AJK JPKK dinaikkan selaras dengan perubahan terkini. Tidak dilupakan juga agar kerajaan menambah satu lagi insentif iaitu insentif insuran buat semua jawatankuasa JPKK. Insentif-insentif ini bagi menggalakkan JPKK di semua kawasan kampung agar bekerja kuat membantu Yang Berhormat kawasan bersama-sama membawa aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan ini untuk kita bersama membina negeri madani. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua …..
Yang Berhormat, 2 minit.
Saya ambil, ambil waktu Sri Lukut, Sri Tanjung.
Tak ada kebenaran saya pun.
Saya mohon. Ada sikit lagi Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bidang tumpuan yang kelima yang ingin saya tempuh iaitu Kerohanian Dan Agama. Alhamdulillah Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius di dalam aspek kerohanian dan agama di Negeri Sembilan. Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan inisiatif baru iaitu caruman PERKESO bagi Bilal, Siak dan juga Pembantu Am Wanita. Adalah sebaiknya Kerajaan Negeri juga memasukkan insentif ini kepada Imam 1 dan 2, Imam 2 masjid. Seri Menanti juga memohon kepada Kerajaan Negeri agar dapat dibina satu surau buat penduduk masyarakat Kampung Orang Asli Ulu Mampas kerana alhamdulillah, pada hari Ahad semalam 24 hari bulan seramai 17 saudara baru Islam di Kampung Orang Asli Ulu Mampas telah menerima kad saudara baru daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Dengan inisiatif program pembinaan karakter bangsa ini, Seri Menanti mencadangkan agar Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Mufti dan MAINS terus memperkasakan jati diri akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, al-Asyairah, al-Maturidiyah dengan memperbanyakkan seminar dan kursus bagi membugar minda rakyat, memahami fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini.
Dato’ Yang Dipertua, bidang tumpuan yang ke-6 Pemerkasaan Belia, Wanita Dan Sukan. Peruntukan Geran Belia, Beliawanis dan Pemerkasaan Sukan ini perlu juga kita lihat anak-anak kita yang terlibat dengan e-commerce, e-Hailing dan juga e-games kerana bidang ini merupakan salah satu punca rezeki baharu bagi anak-anak kita. Apa yang boleh dan wajar kita bantu, kita perlu bantu mereka agar bidang yang mereka ceburi ini menjamin masa depan mereka di masa hadapan kelak. Berdasarkan peruntukan untuk belia wanita, belia, wanita dan sukan ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat memberikan komitmen
dan komited untuk memastikan belia, wanita dan sukan kita tidak terpinggir.
Cuma yang sedihnya Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, prestasi pasukan bola sepak Negeri Sembilan amat-amat mendukacitakan kita. Sukan ini sebenarnya adalah sukan yang mampu menarik minat orang ramai untuk memberikan sokongan. Mungkin sudah tiba masanya kita perlu memperkasakan sukan ini bermula di peringkat rendah lagi ataupun kita mulakan di peringkat akar umbi dengan kita memperkenalkan kembali liga. Sama ada di peringkat sekolah, di peringkat DUN dan juga peringkat daerah. Dengan ini kita boleh mencungkil bakat anak negeri ini untuk mewakili negeri kita bagi sukan bola sepak ini. Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua …..
Yang Berhormat, masa dah habis.
Sikit lagi.
Sikit jelah.
Berkenaan dengan kebajikan. Bidang tumpuan yang terakhir ingin saya bahaskan iaitu dengan kebajikan. Saya bersyukur dengan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk memberikan bantuan alat implan ortopedik dan rawatan pembedahan AV Fistula bagi yang dialisis buah pinggang. Saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat memasukkan lagi satu inisiatif iaitu rawatan katarak mata dan juga kanta mata. Kerana ramai sekarang ini masyarakat di di kampung ataupun orang-orang di bandar sekalipun menghadapi masalah berkenaan dengan katarak mata ini. Jadi saya mohon pada Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan agar dapat dimasukkan satu lagi inisiatif bantuan bagi pembedahan katarak mata.
Selain itu juga saya mengharapkan agar kita tidak lupakan anak-anak kita yang belajar di PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) di sekolah-sekolah kebangsaan. Mereka juga wajar diberikan bantuan kerana mereka juga anak-anak orang kurang upaya di sekolah harian. Jadi mereka perlukan bantuan sepertimana Kerajaan Negeri umumkan dalam Belanjawan 2025 ini yang mana Kerajaan Negeri memberikan bantuan kepada PDK-PDK yang ada di dalam kawasan DUN.
Dan yang terakhir Yang Berhormat Dato’ Speaker, sebelum saya menutup ucapan perbahasan saya, saya menyambut baik anggaran perbelanjaan untuk Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ini yang berjumlah 590 juta. Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, Yang Berhormat Exco Kanan dan juga Yang Berhormat Exco Kerajaan Perpaduan serta seluruh ketua-ketua jabatan, agensi-agensi kerajaan yang banyak membantu Seri Menanti menyelesaikan permasalahan rakyat. Akhir sekali pada kesempatan ini, marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Ilahi. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan menjaga Negeri Sembilan ini serta sentiasa mengurniakan rahmat dan keberkatan-Nya, juga buat kepimpinan buat Duli Yang Amat Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan dan rakyat Negeri Sembilan. Saya ucapkan terima kasih dan Seri Menanti mohon menyokong Belanjawan 2025 Negeri Sembilan, Bersama Membina Negeri Madani. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.
Saya saya menjemput Yang Berhormat Paroi.
A’uzubillahi sami'ul aleem minas syaitanirajim, bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Alhamdulillahirabil ’alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya iwal mursalin, saidina Muhammadin wa’ala alihi wasahbihi ajmain, Rabbi yassir wala tu'assir ya karim, ya aziz ya jabbar ya mutakabbir. Alhamdulillah. Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan sekalian, terutamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dato’ Yang Dipertua, yang pertama ialah prestasi kewangan negeri. Sebagai ADUN Negeri Sembilan yang diberi tanggungjawab ya, check and balance untuk Kerajaan Negeri Sembilan, saya turut gembira dengan perkembangan positif dalam pelbagai indikator ekonomi negeri yang kita cintai ini seperti pencapaian keluaran dalam negara kasar, penurunan kadar pengangguran, peningkatan kadar guna tenaga, perkembangan pelaburan dan lain-lain lagi. Saya mengalu-alukan Penyata Kewangan Negeri Sembilan tahun 2023 yang memperolehi Sijil Bersih Tanpa Teguran (Unqualified Audit Opinion) kerana ini menunjukkan penyata kewangan ini telah disediakan dengan benar, saksama, telus dan mematuhi piawaian perakaunan. Tepuklah sendiri. Namun ia bukanlah alasan untuk kita berpuas hati sepenuhnya. Sijil Bersih Tanpa Teguran hanya bermakna penyata kewangan adalah lengkap, tepat dan bebas daripada sebarang salah nyata material. Tetapi ia tidak semestinya mencerminkan tiada kelemahan dalam aspek lain seperti kelemahan tatakelola, kawalan dalaman atau kecekapan
pengurusan. Justeru itu kelemahan yang turut disebut dalam penyata kewangan dan laporan audit negara tersebut perlulah diberi perhatian dan tindakan segera daripada Kerajaan Negeri.
Yang keduanya ialah definasi status miskin tegar di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh soal definasi dan status miskin tegar di Negeri Sembilan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah melaporkan Negeri Sembilan telah mencapai sasaran sifar miskin tegar setakat 15 Oktober 2024. Perkara ini telah menjadi perdebatan umum sejak Yang Amat Berhormat Menteri Besar pertama kali mengumumkan perkara yang sama pada sekitar Disember 2023. Dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Februari 2024, yang meliputi bukan hanya Negeri Sembilan tetapi juga Kuala Lumpur dan jugak Melaka. Antara perkara yang menjadi perdebatan adalah kayu ukur untuk mendefinasikan miskin tegar sama ada menggunakan purata Pendapatan Garis Kemiskinan mengikut Kementerian Ekonomi (PGK), pendapatan isi rumah mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KIR) dalam perkembangan, dalam pembentangan ya, pada Jumaat lalu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga memaklumkan kita masih perlu memberi perhatian khusus kepada seramai 1,258 orang yang berada dalam kategori mudah miskin tegar. Saya telah, saya tidak rasa ia setakat itu sahaja. Dan kita, sebelum ni kita semua ADUN Negeri Sembilan telah diberi taklimat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan baru-baru ini ya, dilaporkan ya, dalam taklimat tersebut jumlah asnaf fakir miskin di Negeri Sembilan setakat Jun 2024 adalah seramai 5,424 yang diberi bantuan. Yang mana ya, 3 kawasan yang tertinggi ialah di Kuala Pilah, Rembau dan termasuk Port Dickson. Mesej saya di sini, janganlah laporan-laporan yang cantik di atas kertas membuat Kerajaan Negeri selesa dan tidak melihat realiti masyarakat di lapangan yang kini berhempas pulas mencari rezeki dan meneruskan hidup yang serba mencabar ketika ini.
Dato’ Yang Dipertua, isu penjaja. Di DUN Paroi, saya sering menerima keluhan daripada ramai peniaga kecil yang diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Mereka dilarang meniaga atas sebab tertentu dan barang mereka dirampas untuk meringankan, dirampas. Dan untuk meringankan beban mereka adakala saya menemani mereka ke pejabat penguatkuasa PBT untuk membayar kompaun dan meringankan suasana suasana ya di peringkat Majlis Perbandaran Seremban. Bukanlah maksud mempertahankan kesalahan tetapi saya mengharapkan setiap tindakan penguatkuasa perlulah disulami dengan nilai kemanusiaan, timbang rasa, pendekatan yang lebih mesra khususnya kepada peniaga-peniaga kecil yang niat mereka hanya berusaha mencari rezeki untuk keluarga mereka. Pihak berkuasa
seharusnya mempertimbangkan langkah-langkah alternatif seperti memberi amaran awal atau menyediakan lokasi meniaga yang lebih sesuai, kondensif ya, sebelum mengambil tindakan drastik seperti rampasan ataupun kompaun. Dengan ini kepentingan undang-undang dapat ditegakkan tanpa menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Sebagai rekod, rakyat bawah membandingkan sikap Kerajaan Negeri hari ini dengan kerajaan di bawah pentadbiran sebelumnya. Pentadbiran sebelumnya siapa? Mungkin semua tahu kan? Yang disifatkan lebih mesra penjaja kecil bagi merangsang minat rakyat berniaga dan menambah pendapatan. Aspek penguatkuasaan yang parut yang yang patut ya, difokuskan adalah menangani peniaga-peniaga warga asing atau tindakan terhadap warga tempatan yang mengali babakan lesen dan jugak premis perniagaan.
Selain penguatkuasaan, Kerajaan Negeri perlu mengambil langkah lebih proaktif dengan membawa peniaga ini menyertai inisiatif di bawah bidang tumpuan yang pertama, kemampanan kemampanan ekonomi rakyat seperti dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kerajaan Negeri perlu memastikan semua inisiatif-inisiatif ini selari dengan pelan pembangunan penjaja dan peniaga kecil yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri melihat cabaran ini sebagai peluang untuk memperkasakan peniaga kecil di negara, di negeri ini. Dengan pendekatan seperti ini kita bukan sahaja membantu mereka meningkatkan pendapatan dan daya saing tetapi menyumbang kepada kemampanan ekonomi rakyat secara keseluruhannya.
Pembinaan Pavilion Kekal di MAHA. Dato’ Yang Dipertua, berhubung cadangan pembinaan Pavilion Kekal MAHA Negeri Sembilan. Saya menyokong penuh cadangan ini demi mengangkat martabat produk tani di negeri ini. Ini kerana Pavilion MAHA Negeri Sembilan sedia ada dilihat agak terbelakang berbanding, kalau kita pergi ke MAHA, berbanding dengan negeri-negeri lain daripada pelbagai sudut. Diharap dengan pembinaan Pavilion Kekal MAHA kelak ia dapat membawa wajah baru kepada produk dari negeri ini.
Dato’ Yang Dipertua, dalam isu yang sama, saya menyeru Kerajaan Negeri memberi fokus kepada aset sedia ada iaitu pasar tani kekal dan hab pengedaran PAKAR, Paroi ya di Paroi. Jika Pavilion Kekal MAHA memberi peluang kepada Negeri Sembilan menonjolkan produk kita di luar negeri PAKAR Paroi pula berpotensi menjadi hab ekonomi setempat yang mengangkat jenama usahawan kecil kita di peringkat tempatan. Asas pembinaan PAKAR adalah menjadikannya sebagai
platform penting yang menghimpunkan peniaga-peniaga kecil, usahawan memasarkan produk, membina jaringan peniaga setempat serta sebagai aktiviti komuniti untuk merancakkan ekonomi tempatan. Saya mencadangkan supaya PAKAR Paroi ini diberi nafas baru dengan penambahan program yang lebih komprehensif termasuk latihan digital, program pasar pemasaran dan bimbingan usahawan. Dengan ini diharap PAKAR Paroi menjadi inkubator dan jugak batu loncatan untuk melahirkan lebih ramai usahawan berkualiti yang produknya akhirnya berkembang jauh. Ini adalah langkah serampang dua mata. Kita membangunkan platform tempatan seperti PAKAR Paroi dan pada masa sama kita menghubungkan mereka ke pasaran yang lebih luas melalui inisiatif seperti Pavilion di MAHA.
Dato’ Yang Dipertua, perlantikan Timbalan Yang Dipertua. Cadangan pelantikan timbatan, Timbalan Yang Dipertua ini telah dibangkitkan berapa kali, saya sendiri, ADUN Johol, ADUN Chembong. Saya telah membahaskan kepentingannya ya, supaya selari dengan keperluan Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan) 2024. Saya lihat Dato’ Yang Dipertua daripada pukul 10:00 sampai 3:00, sampai pukul 1:00, duduk ya. Maknanya, sepatutnya dalam garis panduan dalam bidang keselamatan dan kesihatan ergonomic, selepas 2 jam kita kena bangun. Ni undang-undang, ni undang-undang ya. Soal keselamatan dan kesihatan tidak boleh dinilai dari sudut kemahuan tetapi soal keperluan ya, jika ada ya. Oleh itu sekali lagi saya tegaskan dalam Dewan ini perlu dilantik, ya Timbalan Dipertua berdasarkan daripada akta ini.
Dan juga, satu lagi isu ialah isu ergonomic kerusi kita. Kerusi kita. Dan saya mohon sebagai lagi hubungan isu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, saya mendapati kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan ini tidak ergonomic mengikut Ergonomic Guideline For The All Office Work dalam akta yang samalah ya supaya ya, supaya yang dah penting supaya kerusi Dewan ini diperhati dan dapat dibuat kajian semula untuk memastikan mesra kesihatan ya, keselesaan dan keberkesanan semua ahli Yang Berhormat dalam menjalankan tugas rasmi. Langkah ini akan menyokong persekitaran kerja yang lebih profesional dan mesra kesihatan. Ada serba sedikit pandangan ya, di peringkat, di peringkat saya. Ada yang bersetuju ditukar? Insya-Allah ya, mungkin Yang Amat Berhormat boleh berfikir membuat kajian ya, dan ADUN saya kata ADUN Repah ya dalam bidang keselamatan.
Satu perkara lagi ialah perlantikan Undang Rembau. Dato’ Yang Dipertua, umum mengetahui keresahan rakyat Rembau berkaitan pelantikan Undang Luak Rembau yang hingga saat ini belum berakhir. Sebagai anak Rembau, saya berasal daripada US, Ulu Sepri Rembau,
Negeri Sembilan ya, memohon agar pihak Kerajaan Negeri memaklumkan perkembangan semasa mengenai isu ini dapat diselesaikan ya. Tanpa niat mencampuri urusan adat ya, lantikan Undang Rembau, bagaimanakah Kerajaan Negeri sebagai badan yang boleh berperanan dan membantu dalam menangani isu-isu yang sering, yang sering dibangkitkan dalam perlantikan Undang Rembau. Kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan ya, 1959, muka surat 28, Undang-Undang Tubuh kita ya, fasa 28 ya, makna perkataan “Raja: dengan tertakluk kepada Ceraian (2) di bawah Fasal ini maka perkataan Raja di mana-mana yang ada tertulis di dalam Bahagian Yang Kedua Perlembagaan ini adalah yang bermakna Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin yang ada pada masa ini. Maknanya undang ini adalah raja kita. Itulah serba sedikit ya untuk maklumat Yang Amat Berhormat.
Seterusnya ialah tentang perlantikan jawatankuasa masjid. Dato’ Yang Dipertua, kita bakal membahaskan pindaan terhadap Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Sembilan) 20, 2003 dalam beberapa hari ini. Seksyen 104 Enakmen ini jelas menyatakan bahawa pelantikan jawatankuasa masjid adalah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bukan bidang kuasa ADUN. Saya telah menerima aduan ya, bahawa setiap calon yang ingin dicalonkan sebagai pengerusi, SU dan Bendahari Masjid hendaklah ya, mendapat ulasan dan persetujuan daripada ADUN, EXCO atau pejabat ya, Menteri Besar. Saya ingin menegaskan bahawa perlantikan Jawatankuasa Masjid mestilah diserahkan kepada pihak yang benar-benar ahli iaitu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Sembilan). Campur tangan politik dalam urusan ini bukan sahaja bercanggah dengan semangat enakmen maka bertentangan dengan prinsip Islam firman Allah dalam surah An-Nisa ya, sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya. Ayat ini mengingatkan kita bahawa tanggungjawab dan jugak amanah mesti diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan berkelayakan. Bukan berdasarkan kepentingan politik. Rasulullah juga memberi amaran keras dalam satu hadis, apabila suatu urusan diserahkan bukan ahlinya, maka tunggulah ya, saat kehancurannya ya, hadis Riwayat Al-Bukhari. Ini jelas menunjukkan bahawa menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak berkelayakan adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah dan akan membawa kepada kebinasaan sama ada dalam urusan pentadbiran, ekonomi mahupun agama.
Oleh itu perlantikan Jawatankuasa Masjid perlulah kekal di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri Sembilan tanpa pengaruh luar. Majlis Agama Islam maknanya payungnya adalah Yang di-Pertuan
Besar, Empat Undang dan jugak Tengku Besar Tampin. Hanya dengan cara ini, kesucian institusi masjid dapat dipelihara dan amanah terhadap umat Islam dapat dilaksanakan dengan adil. Saya mencadangkan urusan pelantikan Jawatankuasa Masjid diserahkan mandat kepada ahli kariah secara mesyuarat agung dan disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagaimana ya, amalan sebelum ini ya, sebelum 2018. Campur tangan politik hanya akan mengundang perpecahan dan merendahkan kedudukan masjid sebagai institusi agama yang suci.
Yang Berhormat ringkaskan, tinggal sikit masa.
2 point lagi. Boleh?
Haa?
2 point. Saya ambil masa Yang Berhormat, masa yang Yang Berhormat Dato’, Paroi …..
Dato’ Dipertua, mencelah sikit. Dato’ Speaker, boleh? Berkenaan dengan …..
Tanya dengan Yang Berhormat dulu. Yang Berhormat Paroi.
Paroi, boleh ya?
Paroi, Yang Berhormat Paroi.
…. kat atas lah.
Yang Berhormat Paroi.
Berkenaan dengan cadangan pelantikan Jawatankuasa Masjid melalui pengundian seperti sebelum ni ada banyak masalah Dato’ Speaker. Ketika hari pengundian tah orang daripada mana datang balik ke kampung mengundi. Muka-muka yang kita tak kenal. Saya dulu pun bekas Pengerusi Masjid. Jadi saya pun terlibat dalam penilaian pengurusan secara pengundian ni. Jadi saya nampak itu memang memberi masalah yang besar kecuali kalau kita buat, memang sebiji macam pilihan raya betul. So yang datang tu bawak IC dan sebagainya tapi saya nampak benda tu sukar.
Dan kedua, saya bangkang kerana YB Paroi bagitahu tadi campur tangan politik sebab memang pelantikan daripada MAINS dan, JHEAINS dan MAINS. Kami pun tak pernah campur tangan dan tak pernah pun ambil tahu dan sebagainya tu. Okey itu Dato’ Speaker.
Okey, jawapan saya mudah, saya pun bekas Pengerusi Masjid dah 7 tahun ya. Dan, 7 tahun apabila kita bagi mandat itu kepada ahli kariah, ahli kariah itu dia dapat tentukan, dia dapat tentukan secara dekat. Yang ini Pengerusi …..
Tapi Paroi dia, kita memang lantik, lantikan memang daripada …..
Yang Berhormat.
….. daripada kariah …..
Yang Berhormat Paroi teruskan dengan ucapan.
….. saya, saya tengok dia tak pernah lantik daripada luar kariah.
Kita tak akan habis …..
Kalau daripada luar kariah, saya yang akan bantah.
Paroi teruskan ucapan.
Itulah kebijaksanaan apabila mandat itu kita berikan kepada ahli kariah. Ahli kariah ni faham. Siapa orang yang terbaik untuk Pengerusi, siapa orang yang terbaik untuk SU dan jugak ahli jawatankuasa. Itu jawapan sayalah sebab saya ada pengalaman menguruskan masjid lebih 14 tahun dan 7 tahun sebagai Pengerusi Masjid ya. Wallahualam.
Okey saya teruskan kepada penyelenggaraan jalan di kawasan kilang ataupun perindustrian. Dato’ Yang Dipertua, Negeri Sembilan berpotensi menjadi hab industri bernilai tinggi. Inilah termasuk Parcel F Malaysian Vision Valley 2.0 yang terletak di Taman Perindustrian Tunku Jaafar yang berkembang sebagai hab industri semi konduktor dan kilang bateri kenderaan elektrik. Seiring dengan perkembangan ini, sewajarnya perancangan perlu selari dengan pembangunan kemudahan sekeliling termasuk jaringan jalan raya yang efektif dan
turut bersedia menjadi laluan bagi kenderaan berat. Mengambil contoh di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, kesesakan lalu lintas ini telah memberi kesan yang negatif kepada aktiviti seharian penduduk dan mendatangkan bahaya kerana kadar kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Oleh itu pihak kerajaan perlu memantau dan menyenggarakan jalan raya di sana dengan lebih kerap agar keselamatan, keselesaan penduduk yang menggunakan jalan ini terjamin. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bertanya status terkini projek alternatif bagi menghubungkan penduduk Taman Tuanku Jaafar ke Taman Bandar Senawang yang selalu, yang melalui kem ya, Senawang seperti disebut kerajaan sejak Oktober 2023.
Dan akhir sekali ya, peruntukan kepada ADUN pembangkang. Last, ya. Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaklumkan ya, Belanjawan 2025 adalah belanjawan tahunan kedua menggunakan pendekatan Pengurusan Kewangan Madani berdasarkan kepada Pelan Pengurusan Kewangan Madani 2025 dan 2030. Ia mahu dilihat, dia mahu dilihat terdiri daripada nilai-nilai teras kewangan Madani iaitu Al Qawiyyul Amin Al-Hafizul’Alim. Saya yakin apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sama dengan konsep Madani Hidayah yang dikongsikan oleh Tuan Guru kami Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang di Parlimen 2 minggu lalu, ketika membahaskan Belanjawan Malaysia 2025. Konsep ini mengajak kita bertindak berteraskan petunjuk Ilahi, bersifat adil dan tidak membebankan rakyat.
Sekali lagi saya ingin membangkitkan keperluan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi layanan yang adil kepada semua ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, yang telah dipilih oleh rakyat secara demokrasi termasuk peruntukan untuk operasi. Peruntukan yang saya maksudkan sini bukan peruntukan pembangunan yang selalu diputar belitkan oleh pegawai-pegawai Yang Amat Berhormat. Tetapi peruntukan operasi untuk membaiki kos operasi pusat khidmat DUN, penyelidikan, petugas, program komuniti, kewangan kepada rakyat yang memerlukan, yang memerlukan dan menyokong ya, aktiviti persatuan, NGO setempat dan lain-lain. Saya memetik Berita Harian bertarikh ya, bertarikh 25 Mei 2018 di mana Yang Amat Berhormat pada ketika itu baru menjadi Menteri Besar, menyatakan Kerajaan Negeri akan memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing ya, Berita Harian. Tengok dia punya apa, kata Yang Berhormat lagi pada ketika itu ya, kata-kata saya ambil kata-kata Yang Berhormat tanpa peruntukan ya, bagaimana seorang ADUN itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada rakyat. Yang Amat Berhormat menegaskan lagi ketika itu, saya merasa sendiri
bagaimana azab ya, Yang Berhormat cakap ni ya, saya merasa sendiri bagaimana azab tidak ada peruntukan selama 10 tahun menjadi ADUN Sikamat, ya. Makna dia ada pengalaman …..
Yang Berhormat dah lebih masa Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Saya tidak mahu orang lain merasa seperti saya …..
Yang Berhormat, dah lebih masa dah.
Saya dah habis ni. Saya tidak mahu oranglain merasa seperti saya lalui sebelum ini, tidak perlulah kita berdendam. Dato’ Yang Dipertua, last. Atas hujah ini sekali lagi saya ingin mengulangi dalam Dewan ini agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar menunaikan hak untuk dilayan sama rata sebagai ADUN yang juga dipilih oleh rakyat. Yang Amat Berhormat sendiri menyatakan pernah rasa azab kerana dizalimi. Janganlah Yang Amat Berhormat mengazabkan orang lain kerana berdendam. Peruntukan ADUN Paroi ni, untuk makluman Ahli Dewan, peruntukan berada di Dato’ Speaker ya. Tahniah.
Sebagai penutup, saya ingin memetik satu ayat al-Quran daripada surah An-Nahl, ayat 90. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat. Allah melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman, Dia mengajar kamu dengan suruhan dan larangan-Nya supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya. Ayat 90 An-Nahl ya. Ayat ini memberi panduan holistik kepada pemimpin untuk menegakkan keadilan, berbuat kebajikan, larangan daripada melakukan kezaliman dan mengelakkan kemungkaran dalam mentadbir dan menjalankan amanah. Akhir kesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar Allah pelihara …...
Boleh mencelah Tuan Speaker?
….. Negeri Sembilan.
Last last, sebab dia kata kezaliman, kezaliman terasalah sekali semua.
Teruskan.
Erti kata, erti ….
Tadi YB kata nak habis, tapi panjang lagi.
Saya celah boleh?
Tak, saya nak tahu YB teruskan, nak habiskan sekarang.
Jawapan kezaliman.
Tak nak.
Zalim maksud …..
Dia zalim ni dia …..
Ucapan ini semua akan dijawab oleh …..
…. saluran tu dia sampaikan kepada yang ni kan …..
Ucapan ni semua akan dijawab oleh Menteri Besar…..
…. oleh rakyat. Jadi kita kena justify zalim tu apa.
….. jadi kalau ADUN-ADUN lain nak jawab susah.
Okey lah. Last sekali lah. Maknanya kesempatan ni mari kita sama-sama berdoa agar Allah memelihara Negeri Sembilan yang kita cintai ini, mengurniakan petunjuk dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin kita untuk sentiasa berlaku adil kepada kita semua. Moga-moga Allah Taala lindungi kita semua. Dengan ini Paroi menyokong Belanjawan 2025 dengan penambahbaikan yang dicadangkan, yang dibentangkan pada 22 November 2024. Wabillahi taufik assalamualaikum WBT.
Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.
Assalamualaikum WBT. Bismillahhir rahmanirrahim. alhamdulillahirabbil’alamin wabihi nasta’in wassholatu wassalamu ala asyrofil anbiyai wal mursalin wa‘ala alihiwassohbihi ajma’in. Robbisrohli sodri, wayassirli amri, wahlul 'uqdatammil lisaani yafqohu qouli. …[melafazkan ayat 38 Surah Asy Syuura]. Dan orang-orang yang telah menyahut seruan Allah SWT dan mendirikan solat, urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat, dan mereka pula
mendermakan, menafkahkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka. Qala Rasulullah SAW, taraktu fikum amraini lantuzhilluu maa tamassaktum bihimaa. Kitaballah, wasunnatan nabi. Aku tinggalkan dua perkara sekali-kali kamu tidak akan sesat berpegang teguh kepada keduanya iaitu al-Quran dan al-Hadis.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang memberikan saya peluang berbahas dalam Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke-15 Negeri Sembilan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, saf kepimpinan Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari barisan kerajaan mahupun pembangkang, semua ketua-ketua jabatan di peringkat negeri dan peringkat Persekutuan, hadirin hadirat sama ada yang berada di dalam Dewan yang mulia ini mahupun mengikuti persidangan ini di luar sana melalui media massa kontemporari.
Dato’ Yang Dipertua di kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kita sudah tentulah dengan nasihat dan kerja keras team Dato’ Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Khidir bin, miss namo, dengan yakinnya mengunjurkan pendapatan negeri bagi tahun 2025 kepada 590.0 juta iaitu yang tertinggi setakat ini dan perbelanjaan negeri nanti akan dibuat berimbang. Mari kita berdoa supaya ianya menjadi belanjawan surplus pulak sepertimana tahun sebelum ini. Malah, pendapatan negeri dengan walking tall nya dengan izin, diunjurkan 1.0 billion Ringgit Malaysia pada tahun 2030. Saya yakin semua faktor untuk mencapainya telah diambil kira bagi perlaksanaan dalam tahun-tahun yang mendatang.
Dato’ Yang Dipertua, program pencahayaan kampung yang telah disentuh oleh Johol tadi amat-amat dialu-alukan dengan peruntukan 1.0 juta ringgit. Sebab ada war, warga kampung yang mohon lampu jalan melalui JPKK atau MPKK sebelum ini, dah bertahun tak dapek. Moga-moga, masa ketika itu alasannya tiada peruntukan. Warga ini mengadu golap saya nak ke masjid, ke teh, ke surau. Dengan adanya peruntukan ini, moga-moga giliran permohonan ini dapat diluluskan. Walaupun begitu yang baru kita tambah Dato’ Yang Dipertua, tetapi jangan lupa perancangan senggaraan lampu yang sedia ada perlu dipertingkatkan oleh agensi-agensi yang terlibat. Saya tidak mahu lagilah ada pengalaman lampu jalan hampir setahun tak menyalo.
Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah bertitah pada sidang Pertama (Perasmian)
yang lalu supaya kerajaan mengingatkan, meningkatkan usaha di dalam meningkatkan syiar Islam di negeri ini selari dengan pemerkasaan agama yang dilakukan oleh kerajaan Madani. Alhamdulillah. Dengan vot tertinggi yang diperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sebanyak 55.3 juta lebih kurang, yakni hampir 10% daripada perbelanjaan tahun hadapan, ini amat selari dengan sasaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia. Tahniah saya ucapkan. Jumlah ini juga menunjukkan kenaikan 5.8% dari peruntukan tahun semasa.
Meneliti bidang tumpuan kerohanian dan agama. Kerajaan telah memperuntukkan 10.0 juta untuk pembangunan masjid-masjid baru. Ini sangat-sangat disokong. Tetapi Dato’ Yang Dipertua, mungkin tidak diumum, adakah di sana kenaikan elaun untuk pegawai-pegawai masjid yang telah disentuh oleh Labu tadi? Mereka ini menjaga masjid-masjid kito Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua. Dah lah tidak dikategorikan sebagai penjawat awam, bila diumumkan 2 bulan bonus, mereka ni hanya dengar aje lah Dato’ Yang Dipertua. Saya mengharapkan ada kenaikan yang setimpal. Kok tak ada pun tahun ini, masukkanlah untuk tahun-tahun yang mendatang insya-Allah.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan JPS, perparitan dan saliran terutamanya Jabatan JPS Jelebu yang banyak membantu menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan aliran sungai dan bonda yang tersekat serta tebing sungai yang runtuh. Daripada rang undang-undang yang dibentangkan JPS Negeri akan mendapat peruntukan sebanyak 19.0 juta ringgit pada tahun hadapan. Seperti yang pernah saya sarankan dahulu di dalam Dewan yang mulia ini JPS perlu membuat kajian dasar asas sungai-sungai tertentu yang selalu mengalami banjir kerana dasar sungai yang sudah cetek, kalau kata orang kampung dengkek ya. Usaha yang sedang dijalankan seperti program timbal balik mengeluarkan pasir di sungai-sungai yang tertentu untuk mendalamkan sungai ini perlu diteruskan untuk mengurangkan risiko banjir. Tetapi ini adalah atas dasar komersial. Saya difahamkan terdapat sungai-sungai yang dasarnya telah cetek kerana mendakan lumpur. Oleh itu, dasar sedia ada ini tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab ia tidak mendatangkan commercial value. Perlu diwujudkan inisiatif yang terkini yang baru yang berasaskan peruntukan. Iaitu dengan memperuntukkan sebahagian perbelanjaan jabatan tanpa bergantung kepada nilai komersial di satu-satu lokasi.
BAU (business as usual) dengan izin, seperti mengorek pasir dan meletakkannya di tepi tebing seharus dikaji semula keberkesanannya kerana ia tidak optima di dalam proses mendalamkan dasar sungai disebabkan sebahagian besar pasir itu akan masuk semula ke dalam sungai apabila hari hujan. Inilah yang diperhatikan oleh masyarakat
setempat Dato’ Dato’ Yang Dipertua. Dan mereka mengadu kepada saya: apo kojo JPS ni, kato dio. Mereka mungkin tidak mampu untuk menyuarakan di ateh, tetapi dia mengadu kek wakil rakyatlah.
Dato’ Yang Dipertua, inisiatif baru seperti membina, mungkin keperluannya untuk membina mini kapal korek untuk sungai-sungai yang besar seumpama Sungai Linggi dan Sepang, saya kira perlu dilihat. Kolaborasi dengan negeri jiran perlu diwujudkan supaya kos pembinaan ini dapat ditanggung bersama sebab manafaat apabila kita dapat mendalamkan sungai-sungai ini ianya pergi kepada kedua pihak. Mungkin boleh kita jugak daripada hasil hiliran pengorekan ini seperti sekiranya dasar sungai itu lumpur, mungkin kita boleh memikirkan untuk produk hiliran seperti batu-bata lumpur daripadanya.
Dato’ Yang Dipertua, saya timbulkan isu ini kerana ada pihak yang menganalisa peristiwa banjir Disember 2021 adalah setelah 50 tahun peristiwa banjir 1971. Biasalah ini kitaran alam. Kita tidak mahu menyerahkan hanya kepada takdir. Dato’ Yang Dipertua, mungkin betul, tetapi harus diingat semasa peristiwa banjir 1971, seingat saya ianya berlaku setelah hampir 2 minggu hujan yang berterusan. Sedangkan peristiwa banjir semasa Disember 2021 hanyalah hujan sepetang. Dan ini menunjukkan Dasar Sungai-Sungai terlibat sudah amat cetek berbanding 50 tahun yang lalu.
Dato’ Yang Dipertua dan ahli mesyuarat sekalian, belia dan sukan amat berkait rapat. Peruntukan 3.0 juta untuk program pemerkasaan infrastruktur sukan amat dialu-alukan. Terlalu banyak infra sukan yang daif. Dengan terlaksananya inisiatif baru ini, anak-anak muda kita dapat beriadah dengan lebih selesa dan secara langsung dan tidak langsung kita dapat menyantuni mereka. Pada masa yang sama kita dapat membimbing mereka menjalani kehidupan berkualiti yang lebih sihat. Saya amati sekarang, para belia tidak lagi berminat ataupun aktif di dalam persatuan. Ini amat membimbangkan sebab tanpa persatuan, sudah tentulah ayat yang saya bacakan tadi ….[melafazkan ayat 38 Surah Asy Syuura]. Sudah tentulah tidak ada mesyuarat, tidak ada syura di di antara mereka dan sudah tentulah kehidupan mereka lebih di dalam sailo masing-masing.
Di kesempatan ini Dato’ Yang Dipertua, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama MB, Menteri Besar jugak untuk mengambil tindakan yang segera supaya mengekalkan jurulatih penembak kita yang telah secara langsung menyumbang 12 pingat emas pada Sukan SUKMA yang lalu di Sarawak.
Dato, Speaker. Dato’ Speaker.
Ya.
Boleh saya mencelah? Bertanyakan soalan kepada DUN Klawang. ADUN Klawang, tahniah, pertama kerana skuad menembak berjaya menghasilkan pingat yang cukup tinggi di SUKMA 2024. Setujukah Klawang kalau saya katakan untuk persiapan SUKMA yang akan datang kita belum, perlu ada peruntukan khas yang awal untuk persiapan untuk SUKMA untuk negeri kita. Dan saya mencadangkan kita tumpukan kepada sukan-sukan yang tidak berteraskan sentuhan sepertinya menembak, memanah. Kita tengok di Sukan Olimpik Korea mencatatkan keputusan yang kon, yang stabil, yang konsisten. Di mana mereka setiap sukan Olimpik mencatatkan kejayaan. Tapi saya ucap tahniah kepada Klawang yang menjaga, menjadi bapa angkat kepada skuad menembak tempoh hari. Setujukah kalau kita buat persiapan awal untuk skuad SUKMA yang akan datang, bapak-bapak angkat ni, ibu-ibu angkat ni diberitahu awal, janganlah tinggal lagi sebulan, barulah dilantik ibu-ibu angkat dan bapak-bapak angkat ni, jabatan-jabatan angkat ni kita buat tindakan awal dan peruntukan lebih awal di dalam perancangan 2 tahun ni. Terima kasih Klawang.
Sudah tentulah saya setuju dan Exco Sukan nanti sudah tentulah akan memberi jawapan ni. Seperti yang kita maklum Dato’ Seri Utama, ada pihak yang dah pinang jurulatih kito ni, jadi konolah kita apa memberi counter-counter, offer mano.
Dato’ Yang Dipertua, pesawat perlaksanaan MARRIS sehingga kini mencecah 2.3 bilion sejak 2019. Dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan negeri sejumlah hampir 7,033 kilometer. Walaupun demikian, kualiti kerja kontraktor terlibat perlu dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab dengan berkesan. Saya telah diadukan ada jalan yang diturap baru sebulan, dah tumbuh rumput Dato’ Yang Dipertua. Ini menunjukkan ketebalan penurapan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan saya kira. Saya sendiri semalam turun ya, melihat keadaan ini dan memang ada kebenarannya. Walaupun tidak keseluruhan tetapi tompok-tompok yang tertentu telah ditumbuhi rumput walaupun hanya baru sebulan di di diturap. Oleh itu saya mohon pihak yang terlibat melihat keadaan ini dan piawaian atau standard atau spec, spesifikasi yang telah diberikan tidak dicapai, saya kira bayarannya tu kita tangguhlah dulu.
Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan Sejati Madani yang telah disentuh oleh Johol dan Lenggeng tadi. Dengan perlaksanaannya sudah tentu, saya melihat ada bibit-bibit negatif, ada
AJK yang telah, JPKK yang telah meletak jawatan, ado yang dipecat. Ini bukan maqasid Sejati Madani diwujudkan. Saya mohon pemantauan yang berkesan dilaksana supaya tujuan pengujudan inisiatif ini mencapai tujuannya untuk menjana pendapatan kepada entiti yang melaksanakan. Jangan nanti Dato’ Yang Dipertua, pendapatan tidak terjana, modal yang disalur seperti mencurah air di daun keladi.
Sebagai penutup Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada semua dalam menjayakan di dalam menjana perbelan, belanjawan kita untuk tahun hadapan. Semoga apa yang kita rancang dapat dilaksana dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Insya-Allah kita berjumpa lagi di di lain-lain masa di lain tempat di dunia ini, kalau tidak, pastikan kita berusaha berjumpa di syurga kelak. Dengan kata-kata itu, Dato’ Yang Dipertua, Klawang mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya DUN Gemencheh untuk memberi sedikit ucapan perbahasan pada petang yang mulia ini. Dato’ Yang Dipertua pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan pasukan jentera Kerajaan Negeri Sembilan di atas usaha yang dijalankan untuk menyediakan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ini. Belanjawan yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Mendani” yang memfokuskan kepada Negeri Sembilan, teras yang memberi fokus kepada 9 teras utama termasuk kemampuan ekonomi rakyat, keterjaminan makanan, pendidikan, pemerkasaan komuniti, kerohanian agama, pemerkasaan wanita, belia dan sukan, adat dan budaya kelestarian alam sekitar dan kebajikan serta kesihatan telah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sangat komited untuk memastikan kemakmuran, kesejahteraan rakyat di negeri ini. Dengan peruntukan yang diberikan kepada pelbagai sektor seperti pendidikan, kesihatan dan kemajuan teknologi menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri telah merancang untuk memilih strategi yang tepat untuk membangunkan negeri ini terutamanya peruntukan yang diberikan untuk pendidikan ting, pendidikan yang tinggi meningkat sebanyak 10.76% berbanding tahun sebelumnya, telah menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini. Belanjawan 2025 juga sangat mengutapa mengutamakan kesejahteraan rakyat di mana kerajaan telah memperkenalkan 23 inisiatif baru dan menge, mengekalkan 43 inisiatif lama menjadikan jumlah inisiatif
keseluruhannya adalah 66 inisiatif dengan peruntukan berjumlah 96.23 juta.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga YB Exco Pertanian kerana serius dalam mengatasi dan menyelesaikan isu keterjaminan makanan di Negeri Sembilan ini. Apabila bercakap tentang soal keterjaminan makanan ini sama ada suka atau tidak kita akan terpaksa menyentuh berkenaan dengan tahap sara diri atau biasa sebut sebagai SSL. Sebagai, saya ingin mengucap, ingin membangkitkan beberapa persoalan kepada YB Exco Pertanian. Apakah makanan utama sama ada sayur, sayur-sayuran, buah-buahan atau ternakan yang menjadi makanan ruji ataupun yang mempunyai nilai permintaan yang tinggi di Negeri Sembilan? Dan bagaimanakah peratus SSL bagi setiap makanan-makanan ruji tersebut? Adakah ianya berada pada tahap yang baik ataupun adakah ianya berada pada peratusan yang rendah? Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya pihak Jabatan Pertanian agar memberikan fokus yang lebih khusus, pihak Jabatan agar memberi fokus yang lebih kepada bahan makanan yang mana SSL nya, SSL nya masih rendah. Apakah bahan makanan utama rakyat Negeri Sembilan yang mana kadar kebergantungan kita terhadap hasil import adalah begitu tinggi? Apakah perancangan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengurangkan kadar kebergantungan terhadap hasil import ini? Kita tidak boleh meletakkan kebergantungan terhadap satu-satu hasil import itu dengan terlalu tinggi kerana banyak ketidaktentuan yang bukan di bawah kawalan pihak kerajaan.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh hasil perikanan Negeri Sembilan. Soal bekalan makanan ini bukan hanya berkisar kepada tanam tanaman dan ternakan saya tapi ia juga merangkumi soal perikanan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan berapakah jumlah hasil perikanan yang dinaikkan di Negeri Sembilan pada tahun 2023 dan sepanjang tahun 2024 ini? Apakah hasil tangkapan nelayan-nelayan kita dapat mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di Negeri Sembilan? Kita di Negeri Sembilan ni bergantung kepada daerah Port Dickson sahaja bagi mendapat hasil perikanan kerana hanya Port Dickson sahaja yang mempunyai laut. Dan apakah perancangan dan bentuk bantuan yang diserikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan khusus untuk membantu nelayan-nelayan yang ada di Port Dickson sekaligus meningkatkan hasil tangkapan mereka? Dan tidak lupa juga kepada nelayan-nelayan darat kita, apakah bentuk bantuan yang Kerajaan Negeri sediakan untuk membantu meningkatkan ekonomi nelayan-nelayan darat kita? Saya merasakan permintaan ikan air tawar di Negeri Sembilan ini tidak kurang tinggi juga. Orang Negeri Sembilan suka makan ikan baung, lampam, sembilang, ikan tilapia dan lain-lain.
Bagai, bagaimana dengan stok bekalan ikan air tawar ini? Adakah ia mencukupi untuk menampung keperluan dan permintaan rakyat Negeri Sembilan? Saya mohon Exco dapat, YB Exco dapat menyatakan berapakah jumlah pengusaha di Negeri Sembilan yang melakukan projek penternakan ikan air tawar ini dan apakah bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri? Di di Gemencheh kita ada aset ikan Sungai Jernih yang diuruskan oleh myKomuniti Perikanan yang baru-baru ini mendapat naib johan myKP Contoh Terbaik Peringkat Negeri Sembilan dan anugerah ikon myKP peringkat Jabatan Perikanan Malaysia 2024. Saya mohon aset ikan ini dijadikan hab penternakan dan pengeluaran produk ikan air tawar di Gemencheh atau di Negeri Sembilan.
Saya ingin cadangkan satu perkara kepada pihak Kerajaan Negeri jika ber, jika sesuai untuk dilaksanakan. Saya pasti pihak Jabatan Pertanian atau jabatan-jabatan lain yang berkenaan mempunyai data ber, berkenaan dengan jumlah hasil yang dikeluarkan setiap bulan atau tahun di Negeri Sembilan. Dan saya juga pasti pihak jabatan mempunyai data unjuran berapa keperluan ataupun demand pasaran bagi setiap bekalan makanan tersebut. Jika kita membuat perbandingan di antara kedua-dua data ini, pastinya kita akan dapat mengetahui bekalan makanan mana yang tahap SSL nya yang rendah dan sekaligus menjadikan demand kepada makanan tersebut lebih tinggi. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar laporan atau unjuran ini dikeluarkan oleh pihak jabatan untuk memaklumkan memakluman, makluman umum mungkin secara berkala 2 kali setahun atau bagaimana yang lebih difikirkan sesuai. Kenapa saya melihat perkara ini perlu untuk kita lakukan, dari satu sudut pihak Kerajaan Negeri dan rakyat di luar sana boleh melakukan persediaan dan lebih awal dan lebih rapi. Dari sudut yang lain pula, perkara ini boleh dijadikan ruang untuk rakyat menjana pendapatan dengan lebih berfokus dan dijamin hasil pengeluaran mereka terjadi, pengeluaran mereka akan terjual. Saya memberi contoh misalnya, jabatan memaklumkan bagi suku pertama tahun 2025, Negeri Sembilan akan berhadapan dengan peningkatan permintaan yang tinggi bagi pisang tanduk. Ini kerana kekurangan petani yang menanam pisang tanduk dan di, ditambah pula dengan kenaikan permintaan menjelang bulan puasa dan hari raya, apabila ramai yang hendak membuat kerepek pisang. Jika maklumat seperti ini dapat kita ketahui dengan lebih awal dalam tempoh 6 bulan atau setahun misalnya menjadi petani-petani di luar bolehlah menanam pisang tanduk di tanah mereka. Apabila pokok mereka mula berbuah sahaja ianya sudah berada pada timeline yang di mana permintaan terhadap pisang tanduk itu menjadi menjadi semakin tinggi. Bahasa mudahnya adalah adalah kita bukan hanya ramal apa permintaan bekalan makanan yang akan menjadi tinggi pada masa-masa tertentu
tetapi kita lakukan juga usaha untuk memenuhi permintaan tersebut. Janganlah pula kita, janganlah pula apabila kita sudah mengalami masalah kekurangan pisang di pasaran baru, baru kita hendak menanam pokok pisang. Tidak ada satu pun tanaman di dunia ini yang kita tanam hari ini, esok kita boleh tuai hasilnya. Semuanya memerlukan masa. Sebab itulah unjuran dan pengurusan timeline itu sangat penting untuk kita telitikan.
Saya juga, Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh Program Sentuhan Madani Felda. Seperti yang kita semua sedia maklum, Negeri Sembilan mempunyai 49 kawasan Rancangan Felda dan antara gugusan terbesar di negara kita. Di Gemencheh, saya juga mempunyai 4 Rancangan Felda. Saya ingin, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya YB Exco Kanan kerana cukup prihatin dan cakna terhadap isu melibatkan peneroka dan kawasan Rancangan Felda tanpa memikirkan soal sentimen kepartian dan tahap sokongan pengundi. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan sebanyak 500 ribu untuk program Sentuhan Madani Felda. Cumanya satu soalan yang ingin dibangkitkan adalah bagaimana peruntukan ini akan dibelanjakan. Adakah akan memberi sama rata untuk setiap Rancangan yang ada atau berdasarkan permohonan program. Saya faham ini adalah program baru dan mungkin belum ada sebarang perancangan terperinci yang dibuat. Cumanya saya ingin memberikan beberapa pandangan bagaimana program ini perlu dilaksanakan. Jika hendak dilaksanakan program ini di seluruh jangan, di Negeri Sembilan mungkin agak tidak praktikal. Dan tidak mampu untuk dilaksanakan kerana kita mempunyai 49 buah felda. Jadinya saya mencadangkan agar program ini dibuat mengikut zon atau wilayah. Secara tidak langsung program yang dilaksanakan itu dapat dibuat dengan lebih besar dan meriah. Peruntukan juga boleh disalurkan dengan lebih mudah, lebih banyak untuk satu-satu program. Dalam setiap program yang dilaksanakan, kita perlu bawa pelbagai jabatan atau agensi yang ada untuk bersama-sama dengan rakyat. Banyak kawasan-kawasan felda yang ada ketika ini yang dahagakan sentuhan dan program daripada jabatan-jabatan kerajaan. Kita gunakan kesempatan yang ada melalui program-program yang dilaksanakan untuk bawa perkhidmatan secara terus kepada rakyat di felda.
Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengimbas kembali 15 November lepas, Gemencheh telah mengalami banjir yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan kerugian yang amat besar. Kawasan yang teruk terjejas iaitu di Kampung Tenai, Kampung Sungai Dua, Kampung Gedok, Tengah, Taman Muhibbah, Kampung Sungai Jernih dan Pekan Gemencheh dan sebuah sekolah terlibat di Felda Bukit
Rokan Utara. Sebanyak 76 buah rumah dan 46 industri atau kedai terlibat semasa banjir tersebut. Saya berharap Gemencheh diberi perhatian yang sewajarnya berkenaan isu banjir ini. Sesuai dengan Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberi peruntukan khas untuk projek penebatan banjir.
Untuk pengetahuan Yang Dipertua punca utama banjir berlaku di Gemencheh baru-baru ni ialah disebabkan sungai yang tak tidak diselenggarakan dengan baik. Mendalamkan dan melebarkan sungai adalah pilihan yang paling baik bagi mengurangkan risiko banjir, meningkatkan aliran air dan memastikan ekosistem sungai menjadi sihat. Saya berharap isu ini dapat diberi penilaian dan kajian awal seperti kajian hidrologi untuk memahami aliran air dan mengenal pasti bahagian sungai yang perlu didalamkan dan analisis impak alam sekitar bagi menilai kesan kepada ekosistem sungai dan langkah-langkah untuk meminimumkan gangguan. Saya juga memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan sedikit bantuan khas kepada mangsa banjir di Gemencheh untuk meringankan beban mereka. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Tampin yang merupakan Pengerusi Bencana ya, Puan YDP Majlis Daerah Tampin, agensi-agensi seperti bomba, polis, JPAM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di Gemencheh tempoh hari.
Dato’ Yang Dipertua seterusnya berkenaan jalan dan simpang yang membahayakan pengguna jalan raya perlu diambil tindakan segera. Contohnya simpang berdekatan Sekolah Dato’ Mohd Taha, jalan tersebut kerap berlakunya kemalangan serius dan maut. Ramai pemandu yang tidak beretika membuat crossing di jalan tersebut yang menyebabkan selalunya berlaku kemalangan. Kejadian kemalangan di jalan tersebut sering berulang dan menjadi kerisauan banyak pihak. Diharapkan pihak berkenaan segera membuat kajian dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Seperti menutup persimpangan tersebut supaya dapat mengelakkan berlakunya lagi kemalangan maut dan serius.
Yang ketiganya, saya seterusnya saya ingin membawa isu lampu jalan. Isu yang, Dato’ Yang Dipertua, sejak akhir ini saya menerima aduan berkenaan ketiadaan lampu jalan di kawasan kawasan black spot, kawasan yang sering berlakunya kemalangan seperti selekoh-selekoh dan dan simpang-simpang dari jalan utama dari dari jalan utama ke jalan kawasan kampung dari segi arak, dari arah Felda Sungai Kelamah ke pekan Gemencheh. Ada juga lampu jalan yang tidak diselenggara berbulan-bulan lamanya dan menyebabkan lampu jalan tersebut tidak
menyala. Memberi, yang tidak, memberi ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya dan sekaligus boleh mengundang, boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Oleh demikian, saya berharap agensi yang terlibat dapat mengambil tindakan yang segera untuk membaiki lampu jalan yang rosak dan menambah bilangan lampu di kawasan-kawasan black spot demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk di Gemencheh khususnya.
Dato’ Yang Dipertua, saya mungkin menyentuh kawasan sahabat saya sikitlah Gemas. Pada November 2018 tak silap, Majlis Daerah Tampin telah membuat satu pengumuman tentang RKK Gemas. Untuk pengetahuan draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas merupakan suatu rancangan pemajuan yang dirangka untuk melaksanakan untuk, dirangka untuk perlaksanaan matlamat RKK Gemas adalah untuk menjadikan Gemas sebagai pusat katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan. Rancangan ini merangkumi pelbagai aspek termasuk pembangunan ekonomi, infrastruktur, alam sekitar dan kesejahteraan sosial. Saya meminta penjelasan dari Kerajaan Negeri, apakah status, status terkini pelaksanaan RKK di Gemas? Apakah jangkaan impak ekonomi RKK Gemas kepada daerah-daerah berhampiran dari segi peluang pekerjaan, limpah dan limpahan ekonomi? Dan bagaimana kerajaan merancang untuk memastikan DUN berhampiran seperti Gemencheh turut mendapat manfaat daripada pelaburan yang masuk ke Gemas.
Akhir sekali Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat MB, Exco-Exco dan semua pasukan kerajaan Negeri Sembilan yang dapat menyediakan Belanjawan Negeri Sembilan dengan amat baik demi bersama membina Negeri Sembilan negeri Madani. Sekian ucapan perbahasan dari saya DUN Gemencheh mohon menyokong.
Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Gemencheh. Saya sekarang bukalah kepada siapa yang, ramai yang tak sedia. Jadi saya buka kalau ada siapa yang nak berucap, bahas. Saya jemput Jeram Padang.
Last last. Last boleh lamo kan? Haa? Demam ke? Suruh lantik Timbalan Speaker tak nak, kita tunggulah. Bismillahirrahmanirrahim, allahummassalli ala saidina Muhammad, waala alihi saidina Muhammad. Assalamualaikum WBT. Salam Madani, Bersih, Muafakat, Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertuan Dewan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun; Menteri Besar
Negeri Sembilan di atas kejayaan pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan pada hari Jumaat yang lalu. Saya yakin dan percaya dengan kekuatan Kerajaan Perpaduan setiap agenda yang dirangka oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini dapat direalisasikan hasil kerjasama erat di antara pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Negeri Sembilan.
Merujuk kepada pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan, pada hari Jumaat yang lepas, bidang tumpuan 1 menyatakan peruntukan sebanyak 150 ribu untuk program pemerkasa TVET. Saya mencadangkan agar program TVET ini lebih diperluaskan dan diperkasakan secara menyeluruh untuk masyarakat di luar bandar. Ini kerana saya lihat ramai anak-anak muda di luar sana berminat dengan program TVET ini, namun maklumat mengenai program ini tidak dapat sampai kepada sasarannya. Maka saya cadangkan pemerkasaan untuk hebahan dan kempen program TVET juga perlu diperluaskan dan dilaksanakan. Contohnya para kaunselor sekolah haruslah peka dan cakna segala agenda TVET negara.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan belanjawan TVET meningkat kepada 7.5 bilion ketimbang 6.8 bilion pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan Kerajaan Madani hari ini serius melaksanakan agenda TVET negara yang telah diberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi Majlis TVET Negara Malaysia iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah. Jadi amatlah rugi sekiranya kita tidak peka dan cakna di dalam segala agenda TVET negara.
Yang Dipertua, sebanyak 0.3 juta juga telah diperuntukkan bagi program pembinaan generasi Celik AI. Bagi menyahut, menyahut inisiatif nasional AI for all maka saya menyokong penuh cadangan peruntukan belanjawan bagi program ini. Saya sarankan program ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah di seluruh Negeri Sembilan khususnya masyarakat luar bandar dan desa. Ini kerana masih ada lagi anak-anak di luar bandar masih tidak mampu memiliki komputer riba apatah lagi mempunyai telefon pintar sendiri.
Yang Dipertua, untuk makluman semua, di kawasan Jeram Padang terdapat satu projek bangunan tambahan di SJKT Ladang St. Helier, Bahau, Negeri Sembilan menghadapi isu bangunan terbengkalai selama 10 tahun yang telah memberi kesan kepada aktiviti pembelajaran. Saya dapati bangunan ini telah siap dari segi struktur dan pemasangan bumbung. Namun dari segi kekemasan bangunan masih lagi tidak siap termasuk mekanikal dan electrical nya. Saya sendiri telah meninjau
dan melihat permasalahan ini bersama guru dan PIBG sekolah sebelum ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Nilai, YB Repah dan YB Bahau kerana mereka semua turut bersama-sama saya memperjuangkan isu ini agar diselesaikan dengan segera mungkin. Oleh itu saya merayu dan memohon agar pihak kerajaan memberikan tumpuan kepada permasalahan ini agar kita bersama-sama menoktahkan isu ini sebelum menjelangnya PRU yang Ke-16. Inisiatif ini adalah untuk mengelakkan segala propaganda bagi pihak tertentu yang telah cuba memburuk-burukkan imej kerajaan pada hari ini.
Yang Dipertua, bagi bidang pemerkasaan komuniti di bawah inisiatif baharu pembangunan luar bandar, di kawasan Jeram Padang. Di kesempatan ini saya ingin memohon dan mencadangkan membina jalan baru luar bandar di antara Felcra Rompin B ke Felda Palong 2. Justifikasinya memudahkan para pelajar dari kawasan Felcra Rompin B dan sekitar Rompin bersekolah di SMK Felda Palong 2 bagi memastikan SMK Palong 2 terus berfungsi kerana pada hari ini bilangan pelajarnya semakin berkurangan. Di samping itu juga, jalan ini akan menjadi jalan pintas ke Palong dan membangunkan kawasan Felcra Rompin di sekitar Felcra Rompin. Maka dengan adanya jalan ini kegiatan ekonomi di kalangan masyarakat DUN Jeram Padang dapat dirancakkan secara menyeluruh. Mohon tindakan dan sokongan dari KKW.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang untuk menyampaikan bahawa jalan utama ke kawasan Kampung Orang Asli Panchor perlu jajaran dan dibina baru memandangkan jalan sedia ada yang melalui tanah milik dalam Sime Darby telah rosak teruk akibat kenderaan berat oleh pihak ladang. Adalah menjadi, menjadi kerugian besar kepada kerajaan sekiranya masih lagi mengguna jalan ini. Oleh itu, saya memohon pihak JAKOA dan Kementerian Luar Bandar memandang serius perkara ini demi kemudahan asas bagi penduduk Kampung Orang Asli Panchor, Kampung Orang Asli Sungai Klebang dan Kampung Orang Asli Lubuk Lawang. Untuk makluman semua, saya telah mendapat response yang baik dari JAKOA dan KKW bahawa 2 agensi ini bersedia untuk menyalurkan bantuan untuk pembinaan jalan baru ini. Namun halangan kami adalah kelulusan dari pihak RAC untuk mengguna pakai tanah mereka bagi membina laluan alternatif baru ini. Ini merupakan satu manifesto masa pilihan raya sebelum ini. Maka saya bertanggungjawab sepenuhnya bagi merealisasikan harapan 30 tahun bagi 3 kampung orang orang asli di sini yang melibatkan 2,000 penghuni orang Asli di DUN kawasan Jeram Padang. Saya memandang serius ke hadapan permasalahan ini.
Yang Dipertua, di bawah bidang tumpuan nombor 4, terdapat juga inisiatif baharu yang telah dibentangkan iaitu Sentuhan Madani Felda.
Di sini saya menyokong cadangan untuk meletakkan FELDA di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah yang timbul dari gesaan beberapa Ahli Parlimen termasuk daripada kerajaan dan pembangkang. Mereka berhujah bahawa langkah ini akan memudahkan penyelarasan dan agensi lain seperti RISDA dan FELCRA yang sudah berada di bawah KKDW. Kini FELDA berada di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tetapi ada kebimbangan bahawa isu felda tidak ditangani secara berkesan dalam situasi ini. Untuk makluman semua, Negeri Sembilan merupakan negeri paling tertinggi mempunyai tanah Rancangan Felda iaitu sebanyak 49 tanah Rancangan Felda daripada 317 seluruh Malaysia. Ini telah melibatkan 16,432 orang peneroka tidak termasuk bilangan ahli keluarga. Ini merupakan jumlah yang besar, keluarga yang besar di dalam masyarakat di dalam Negeri Sembilan.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan kerana cakna dalam permasalahan ini. Dengan peruntukan 500 ribu sebagai permulaan di dalam inisiatif Sentuhan Madani Felda namun belum cukup untuk menampung bagi keseluruhan penyelenggaraan, kebajikan dan kesejahteraan khususnya di dalam kawasan felda. Ini kerana isu-isu penyelenggaraan dan naik taraf tidak dapat dilakukan secara menyeluruh, seiring dengan pembangunan Kerajaan Negeri Sembilan.
Yang Dipertua, bagi bidang tumpuan ke-5 di mana kerajaan telah membentangkan peruntukan sebanyak 10.5 juta bagi pembangunan masjid baru. Untuk makluman semua, di Pekan Rompin ini hanya satu masjid untuk kegunaan umat Islam di sekitar ini namun masjid ini telah menjadi pusat hentian kepada semua pengguna jalan raya khususnya kepada umat Islam untuk solat dan berehat. Saya dapati ramai pengunjung luar juga singgah di sini sebagai hentian perjalanan mereka dari Johor, Pahang, Kuantan untuk ke Seremban dan ke Kuala Lumpur. Maka masjid ini menjadi tumpuan sekian lama kerana kedudukannya di tepi jalan utama Bahau – Gemas FT10. Dengan adanya peruntukan Belanjawan Tahun 2025, saya berharap pihak kerajaan mengambil tindakan dan inisiatif bagi memastikan Masjid Al Hidayah Rompin terus terpelihara mengikut peredaran semasa di mana menjadi tempat persinggahan para pengunjung dan tempat amal ibadat masyarakat Islam di sekitarnya, memandangkan masjid ini telah lama dan perlu diperbaharui. Untuk makluman, masjid ini telah berumur 32 tahun dan perlu diperbaharui memandangkan masjid-masjid di kawasan lain yang seusianya telah pun dibina baru dan telah dinaiki taraf dengan baiknya.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana isu bumbung
tabika perpaduan telah selesai dengan sempurna dan selamat diguna pakai oleh kanak-kanak di Taman Seri Rompin. Dan tidak lupa juga kepada Pengurus TNB Negeri Sembilan kerana telah merealisasikan Rumah Mesra Rakyat CSR TNB yang telah tertangguh sebelum ini bagi penghuni saya di di Kampung Taman Jaya, Bahau. Terima kasih. Semoga segala usaha dan perancangan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Sembilan.
Adat berpatih teguh berdiri Perpatih dijunjung sepanjang zaman Belanjawan dirancai, dirancang demi negeri Kesejahteraan rakyat dipegang, jadi pegangan
Berkunjung ke kampung di Seri Menanti Adat dijaga di tanah beradat Belanjawan adil penuh integriti Membangun negeri rakyat mendapat
Adat dijunjung budi disanjung Warisan leluhur jadi pedoman Belanjawan lestari untuk disambung Kemakmuran negeri kekal berpanjangan
Sekian, Jeram Padang menyokong Bersama Membina Negeri Madani. Terima kasih Yang Dipertua.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Jeram Padang. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian hanya 10 orang dapat, 9 orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tu. Jadi ada lagi 16 ya, ADUN-ADUN yang belum lagi. Dan saya harapkan besok kita, semua ADUN bersiap sedialah dan beri ucapan yang padu dan menepati masa. Pasal kita dah tarik sikit kerana pada hari ni ramai yang tak sedia. Jadi ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh mesyuarat dewan. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan Usul ini akan disambung semula pada hari Selasa; 26hb November 2024 bersamaan 24 Jamadil Akhir 1446 Hijrah. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 4.42 petang]