Negeri Sembilan · 26 November 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · not final · 174 turns · 33,868 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
Membaca Doa
Susunan mesyuarat. Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.
[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil‘alamin wassalatu wassalam’ala ashrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasahbihi ajma'in. Raditubillahi rabba wabil islami dina, wabi muhammadin nabiya warosula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Ke-15. Hari ini; 26 November 2024 merupakan hari ketiga persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Chennah, tidak dapat hadir pada hari ini kerana menjalankan tugas rasmi di Parlimen. Hadirin sekalian, sebagaimana dimaklum, sesi perbahasan akan ber, disambung pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan memberikan input-input yang dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan.
Sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap
Dewan serta tatakelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).
Saya persilakan ADUN Seri Menanti. Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Seri Menanti atas soalan berhubung dengan peruntukan bantuan sambung belajar ke IPTA. Dato’ Yang Dipertua, bagi menyahut cabaran merealisasikan slogan Kerajaan Madani dan memperkasakan perkhidmatan awam, digitalisasi bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Tanpa digitalisasi, kita pasti ketinggalan dalam arus kemajuan global. Jangan biarkan diri kita terperangkap dalam masa lampau. Masa depan adalah digital, dan kita mesti bergerak seiring dengan perubahan ini untuk memastikan kemakmuran dan kemajuan negeri kita.
Bagi beberapa inisiatif Kerajaan Negeri, permohonan dijalankan secara digital melalui sistem N9Digital yang mana pada ketika ini sedang dibangunkan pembaharuan serta naik taraf bagi fasa seterusnya yang lebih mesra rakyat dan memudahkan urusan permohonan. Penggunaan borang manual tidak lagi relevan buat masa ini dan seharusnya ahli-ahli Yang Berhormat serta semua penjawat awam khususnya Ketua Jabatan mengambil inisiatif untuk mendigitalkan perkhidmatan.
Setiap bantuan serta inisiatif ini diserahkan kepada pemohon melalui ADUN kawasan termasuk Bantuan Belia Berkahwin, Bantuan Warga Emas. Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan agar Pusat Khidmat tidak melengahkan proses agihan ini sehingga cek tamat tempoh yang akan menyukarkan pemohon bantuan. Sebarang agihan
bantuan serta tunai yang diserahkan kepada rakyat melalui wakil rakyat kawasan adalah tertakluk kepada semua peraturan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih Dato’ yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 1.
[Namun, YAB ADUN Sikamat memberikan jawapan bagi Pertanyaan Lisan No. 3]
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Rahang. Soalan isu, infrastruktur di kawasan Kampung Pasir. Dato’ Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban telah mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti tapak perumahan yang dibina di atas tanah kerajaan. Penduduk tersebut juga telah diberikan tawaran menduduki Rumah Mampu Milik di bawah seliaan Majlis Bandaraya Seremban. Pentadbiran ini akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan isu rizab yang diduduki tersebut. Kita juga menawarkan rumah di Mambau, Rumah Mampu Milik Type A kepada mereka supaya mereka dapat berpindah dan bagi memastikan bahawa tanah rizab jalan yang dibina kediaman itu dapat kita kosongkan dan digunakan untuk kemudahan orang ramai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Kota.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 1 daripada ADUN Kota. Terima kasih. Apakah langkah mengenai banjir di Lubok China dan Sungai Timun. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau akan melaksanakan projek pembangunan di lokasi berisiko banjir dan lebih berstruktur bersesuai dengan keadaan geografi dan faktor cuaca semasa supaya tidak, supaya dapat mengurangkan kerugian dan kemusnahan harta benda awam.
Perancangan pembangunaan akan datang juga akan dilaksanakan dengan mendapat pandangan dari Jabatan Teknikal serta lantikan Perunding. Pejabat Daerah dan Tanah Rembau akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyelaras atau melaksanakan program
yang boleh mengatasi dan membantu mengurangkan isu banjir di Lubok China dan Sungai Timun.
Kawasan Lubok China adalah berada di dalam jajaran Sungai Rembau, di mana kerja-kerja penyelenggaraan sungai dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan. Kerja yang dijalankan melalui kaedah timbal balik hasil secara mengeluarkan, mengalihkan dan mengangkat bahan batuan (pasir sungai) sejak tahun 2020.
Manakala bagi Sungai Timun yang berada di dalam jajaran Sungai Pedas, tindakan dalam mengatasi kejadian banjir akan dilaksanakan dibawah projek tebatan banjir iaitu Projek Pembangunan Lembah Sungai Pedas yang telah bermula pada 11 November 2024 dan dijangka siap pada 10 November 2026. Bagi tindakan jangka masa panjang, permohonan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Rembau akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) peringkat persekutuan dan negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih kepada ADUN Chuah yang bertanyakan soalan berkaitan dengan pembuangan sisa toksik dan sampah di sekitar Chuah. Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, sepanjang tahun 2024 terdapat 6 kes yang melibatkan pembuangan sisa toksik di seluruh Negeri Sembilan. Daripada 6 kes tersebut, terdapat 3 kes di dalam kawasan Chuah. Semua kes telah disiasat oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan tindakan yang telah diambil adalah seperti berikut: 1 kes telah di NFA, 1 kes dijatuh hukum sebanyak 50,000 ringgit, 1 kes dalam peringkat pendakwaan, dan 3 kes lain masih dalam penyediaan Kertas Siasatan.
Kerajaan Negeri melalui JAS melaksanakan penguatkuasaan dan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko dan punca-punca buangan. Salah satu kaedah pemantauan adalah dengan penubuhan satu taskforce yang memantau kes-kes pembuangan sisa toksik di Negeri Sembilan. Taskforce ini bertindak sebagai ejen mengesan dan mengambil tindakan ke atas kes-kes pembungan, pembuangan sisa toksik di berlaku di Negeri Sembilan. Pasukan ini melaksanakan rondaan di kawasan-kawasan hotspot pembuangan sisa toksik seperti di Bukit Pelandok dan di kawasan Kuala Sawah.
Kerajaan Negeri percaya bahawa keberadaan pasukan rondaan di kawasan hotspot akan memberi peringatan serta menghalang mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan hasilnya dapat mencegah kegiatan pelupusan sisa secara haram. Selain itu, bagi menangani isu pembuangan toksik, pindaan terhadap seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga telah dibuat pada tahun 2024. Pindaan sedia ada menyatakan denda tidak melebihi 500 ribu ringgit, dan penjara tidak melebihi 5 tahun. Pindaan terkini pula adalah denda tidak kurang daripada 100 ribu ringgit dan tidak melebihi 1.0 juta ringgit dan penjara tidak melebihi 5 tahun. Peningkatan jumlah denda ini dipercayai menjadi pengajaran kepada pesalah jenayah alam sekitar bagi menghentikan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang dan mengurus sisa toksik mengikut peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Kerajaan Negeri serta agensi terlibat khususnya Jabatan Alam Sekitar jelas menunjukkan komitmen untuk mengawal pencemaran dengan langkah-langkah yang lebih ketat dan inova, inovatif. Selain penguatkuasaan yang lebih efektif, pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat adalah aspek penting dalam memastikan isu pencemaran dapat ditangani secara menyeluruh pada masa hadapan. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih jawapan yang telah disampaikan. Satu, soalan tambahan. Saya nak tau ni, Jabatan Alam Sekitar sekarang ni adakah dia mempunyai satu mekanisme kawalan seperti mempunyai data kilang-kilang yang menggunakan bahan kimia dan berapakah kuantiti apa ni, kuantiti bahan kimia yang dipakai dan di manakah apa ni, bahan kimia terpakai tu dilupuskan?
Terima kasih kepada ADUN Chuah yang bertanyakan berkenaan data, berkenaan penghasilan sisa daripada kilang. Sebenarnya kita mempunyai Sistem eSWIS di mana kilang-kilang yang memproses bahan hasilan daripada eSWIS ni akan didaftar dalam sistem JAS dan mereka perlu lupuskan di tempat yang dibenarkan oleh JAS. Dan untuk data-data berkenaan dengan berapa kilang, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ADUN Bagan Pinang yang mengajukan soalan
berkenaan dengan pelancong asing khususnya pelancong dari Bangladesh.
Tanggal 23 bulan Februari 2024, saya menyaksikan satu MoU yang ditandatangani oleh MAH (Malaysian Association of Hotels) dengan satu agensi pelancongan yang paling top di Bangladesh untuk membawa satu chartered flight sekurang-kurangnya 150 pelancong dari Bangladesh. Kita sedia maklum Bangladesh, penduduknya hari ini lebih kurang 174 juta. Dan mengikut data dan statistik, 10% daripada itu adalah orang kayalah, golongan kaya iaitu 17.4 juta, high-net-worth individual. Itu adalah, dengan izin, itu adalah sasaran kamilah. Kita pun sedia maklum bahawa golf adalah permainan orang kaya. So itu adalah tujuan MoU tersebut. Tanggal 23 bulan Februari 2024. Tapi malangnya, bulan Julai, berlakunya satu rusuhan yang begitu serius sehingga Perdana Menteri mereka; Sheikh Hasina terpaksa meletakkan jawatan pada bulan Ogos. Dan ini telah menyebabkan satu ke, keadaan ekonomi yang luar jangkalah, dan harga tiket sudah naik melambung. Oleh sebab itu, kami, I mean pihak MAH berasa bukan masa yang sesuailah untuk membawa pelancong-pelancong ini untuk masuk. Mungkin dalam masa akan datang, apabila keadaan politik dan ekonomi bertambah berunsur, beransur baik, pulih di Bangladesh, maka saya tidak, saya rasa perkara ini dapat dilaksanakanlah.
Berkenaan dengan apakah usaha Kerajaan Negeri Sembilan untuk menarik pelancong daripada negara berpendapatan tinggi. Itulah yang saya sering kali kata, kita terpaksa pergi untuk menyertai misi jualan luar, luar negara dan berjumpa dengan pemegang taruh yang yang, yang apa tu, dapat membawa in bounce, dengan izin, in bounce pelancong masuk ke Malaysia dan khususnya Negeri Sembilan. Dan kami teruskan dengan promosi ini dengan menonjolkan keistimewaan, isti, keistimewaan, maaf tersasul, Negeri Sembilan iaitu kami adalah pantai yang paling dekat dengan KLIA. Kami mempunyai satu tempat yang cukup kondusif untuk eko pelancongan. Kami juga ada warisan yang begitu unik sehingga, tak ada negeri lain yang ada adat perpatih dan 9 identiti kami. Dan juga kami mempunyai satu masyarakat berbilang kaum yang juga, perayaan kami cukup meriah tidak kira bangsa. Itu, kami sedang sedang promosi dalam misi-misi jualan kami dekat ITB, dekat semua misi jualan kami di luar negara.
Usaha ini masih dijalankan, dipergiatkan di mana langkah pertama adalah kami mengenali mereka dan meng, saling kenal mengenali dengan pemegang taruh. Selepas tu mereka ada keyakinan untuk membina satu itinerari yang melibatkan Negeri Sembilan. Selama ini mereka, kerana kurang kurang memahami tentang produk-produk kami, keistimewaan produk kami. So kami akan teruskan dengan usaha
ini supaya kami dapat menarik pelancong-pelancong yang apa tu, high-net-worth berpendapatan tinggi untuk masuk ke Negeri Sembilan. Terima kasih.
Dato’ Dipertua soalan tambahan. Kalau kita melihat sekarang, kita lebih kepada pelancong hanya melalui sahaja Negeri Sembilan, sama ada untuk ke selatan atau ke utara. Apakah perancangan kerajaan untuk membina identiti sendiri supaya kita dilihat bawa Negeri Sembilan juga setanding dengan negeri-negeri lain, ada produk dan kaedah sendiri untuk menarik pelancong tinggal lebih lama di Negeri Sembilan? Terima kasih.
Terima kasih kepada ADUN Bagan Pinang yang begitu prihatin tentang sektor pelancongan Negeri Sembilan. Memang, tapi tidak benar juga bahawa ramai pelancong yang melalui Negeri Sembilan. Mengi, mengikut data DOSM, pelancong yang datang ke Negeri Sembilan lebih kurang 15 juta pada 2023. So tapi mungkin dari segi pelancong asing tu kurang sikit, lebih kurang 100 ribu. Maka kami akan per, mempergiatkan lagi supaya mereka didedahkan, di, kepada keunikan Negeri Sembilan terutama 9 identiti dan juga keunikan makanan kami. Ini ini adalah satu usaha yang dipanggil work in progress lah, dengan izin. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.
Terima kasih Yang Dipertua, saya soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) berkonsepkan kondominium ataupun apartmen di Pantai. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan bahawa cadangan projek Program Residensi Rakyat yang telah pun ditukar nama kepada PRR, Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan yang merangkumi 300 unit rumah pangsa berbilang tingkat telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi secara Notice Of Change di bawah Rolling Plan Ke-4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12). Permohonan rayuan KPKT supaya tapak dikekalkan masih dalam pertimbangan pihak Kementerian Ekonomi kerana permohonan asal bagi membina 700 unit dengan kos sebanyak Ringgit Malaysia 203.6 juta tidak dipertimbangkan oleh Kementerian Ekonomi. Dan kita sedang dalam proses untuk mengemukakan yang merangkumi 300 unit rumah pangsa kepada Kementerian Ekonomi untuk diberikan, untuk dipertimbangkan kelulusan. Kerajaan Negeri jugak komited dalam mendukung inisiatif,
inisiatif untuk memastikan Program Perumahan Rakyat ataupun Program Residensi Rakyat untuk golongan yang kurang keber, berkemampuan dapat diwujudkan di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Jadi bila rasanya rayuan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri kepada KPKT akan di, dimak, diberi maklum, sama ada diluluskan ataupun sebaliknya?
Permohonan daripada Kerajaan Negeri telah pun dikemukakan sebelum ini. Sebelum ini adalah tanah itu adalah tanah kerajaan, dan ditawarkan kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk membina Rumah PPR pada masa tu. Dan kini adalah Rumah PRR ataupun Projek, Program Residensi Rakyat. Dan sepertimana mana yang tadi saya nyatakan, pada asalnya adalah 700 unit yang dimohon oleh KPKT kepada Kementerian Ekonomi telah ditolak. Dan KPKT sekarang dalam proses untuk permohonan kedua iaitu merangkumi 300 unit rumah pangsa berbilang tingkat. Dan Keputusan itu tertakluk kepada Kementerian Ekonomi. Tetapi Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan telah pun mohon kepada Kementerian Ekonomi. Terima kasih.
Yang Berhormat Gemencheh.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Dan saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN leng, ADUN Gemencheh di atas soalan yang berkaitan dengan pembinaan kilang ayam baru. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman sidang Dewan yang mulia ini, semua permohonan, saya suka nyatakan bahawa semua permohonan lesen unggas bagi ladang baharu terutamanya ladang ayam komersial mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Kebenaran Merancang daripada yang dikeluarkan oleh PBT, pusat, pejabat berkuasa tempatan ya, PBT. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan hanya melesenkan ladang-ladang ayam baharu yang telah diluluskan Kebenaran Merancang, beroperasi menggunakan sistem reban tertutup sepenuhnya dan yang menepati lesen, syarat lesen yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Veterinar. Bagi ladang yang sedia ada dengan sistem reban yang terbuka ini, mereka masih boleh meneruskan operasi dengan syarat tidak menimbulkan sebarang kacauganggu yang berasaskan kepada masyarakat tempatan.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mendapat maklumat bahawa terdapat beberapa buah ladang ayam yang telah membuat
permohonan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk membina reban ayam di Sungai Kelamah. Namun begitu, permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan kerana pihak Veterinar tidak dapat, tidak, oleh kerana dia tak lulus daripada Pihak Berkuasa Tempatan, maka pihak Jabatan Veterinar tidak melesenkan ladang tersebut.
Untuk makluman, terdapat 1 buah ladang ayam pedaging yang berlesen milik Farm’s Best Food Industries Sdn. Bhd. dengan jarak 4 kilometer radius dari Felda Sungai Kelamah. Maka pihak Jabatan Veterinar melakukan pemantauan berkala ke atas semua ladang unggas di bawah kawalan jabatan ini terutamanya bagi ladang-ladang hotspot dan ladang-ladang yang mempunyai aduan yang berasas. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan sekiranya pihak ladang menimbulkan kacauganggu dalam soal bau, lalat dan pencemaran ke sungai, sebagaimana termaktub di bawah Enakmen Kawalan Dan Pelesenan Penternakan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan dengan penda, Penternakan Unggas 1996. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan Dato’ yang Dipertua. Saya mohon YB Exco nyatakan jumlah tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Veterinar Negeri Sembilan bagi ladang unggas di Daerah Tampin sepanjang tahun 2024 dan nyatakan sekali apakah kesalahan yang dilanggar oleh pihak ladang.
Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana soalan ni agak spesifik, secara detail nya akan saya sampaikan kepada Yang Berhormat Gemencheh secara bertulis. Tetapi sepanjang ingatan saya, di Gemas dan Tampin ini, di Gemencheh kita ada 3 ladang dan di Gemas ni ada 1 ladang. Dan kesemua ladang ini mempunyai rekod pelanggaran syarat dan juga telah pun dihadapkan ke mahkamah dan juga telah pun dikenakan kompaun dan juga denda. Yang terkini, pada bulan September tahun 2024, satu kilang di Gemas telah pun didenda sebanyak 2,500.00. Sekiranya pihak ladang ni masih lagi lakukan, maknanya kita dah charge dia di mahkamah, kita denda dia, masih lagi dia melakukan kesalahan yang sama, maka tindakan boleh dan akan diambil. Apa tindakan kita, satu tarik balik lesen dia. Lesen yang telah dikemukakan oleh pihak kerajaan, kita akan tarik balik melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Unggas Dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas. Yang kedua: kita tidak akan sambung lagi lesen. Maknanya lesen yang telah tamat, tidak ada lagi pertimbangan untuk pemaharuan lesen bagi lesen tahun berikutnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa yang sama. Dan yang ketiga Yang Berhormat Dato’ Speaker, tindakan serta merta yang boleh diambil ialah untuk mendapatkan arahan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk
pihak ladang stop order. Maknanya menghentikan operasi serta merta jika arahan ini tidak diikuti dan kesalahan ini dilakukan secara berulang. Bukan sahaja di Gemencheh dan Gemas, malah di semua kawasan yang mempunyai ladang ayam terbuka di seluruh Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput, jemput Yang Berhormat Klawang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya bangun mengemukakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Klawang yang setiap sidang Dewan memang dia sentuh soal pertanian kerana ADUN Klawang adalah merupakan bekas Exco Pertanian yang telah banyak juga membawa beberapa reformasi berkaitan dengan aktiviti dan penambahbaikan aktiviti pertanian.
Untuk soalan ADUN Klawang ini yang melibatkan soal yang berkaitan dengan cerun, berkaitan dengan perkara yang berkaitan pembangunan tanah pertanian, saya nak sebut hari ini Dato’ Yang Dipertua ya, ini jugak adalah ekoran daripada tindakan awal yang dilakukan oleh Yang Berhormat ADUN Klawang sewaktu menjadi Exco dahulu, cuma saya melanjutkan usaha ini untuk kita menangani isu pembangunan tanah pertanian tanpa perundangan yang kukuh. Negeri Sembilan memberikan komitmen terhadap kelestarian pembangunan pertanian dengan penda, beberapa pendekatan.
Pertama ialah cadangan perundangan baharu. Walaupun perundangan khusus belum lagi kita siapkan, belum tersedia, Kerajaan Negeri menyedari keperluan ini dan sedang dalam usaha untuk merangka peraturan yang lebih terperinci dan komprehensif. Cadangan ini termasuk mengadakan dasar khusus yang akan membawa pematuhan undang-undang sebagai langkah pemuliharaan tanah pertanian yang lestari. Menerusi Mesyuarat Menteri Pertanian dengan Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1/2023 pada 15 November 2023, cadangan untuk menggubal Enakmen Pendaftaran Petani telah pun dipersetujui. Status terkini Dato’ Yang Dipertua, mengenai penggubalan Enakmen tersebut adalah semua Kerajaan Negeri perlu memberi ulasan awal melalui Penasihat Undang-undang (PUU) telah memberi ulasan kepada Jabatan Pertanian Malaysia dan kita akan melihat kemajuan dalam tindakan susulan ini. Di Negeri Sembilan kita pun telah jawab, pihak Jabatan Pertanian bersama dengan Pegawai Undang-Undang telah pun
mengemukakan pandangan untuk tindakan daripada Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.
Yang kedua Dato’ Yang Dipertua, penyelarasan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi. Sebarang projek pembangunan tanah pertanian yang melibatkan perubahan fizikal perlu diselaraskan dengan Pihak Berkuasa Tempatan, yang dapat menetapkan syarat tambahan untuk melindungi kepentingan awam. Kerjasama antara agensi membolehkan penambahbaikan kawalan terhadap pembangunan dan memastikan pematuhan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.
Ketiga: memantapkan garis panduan yang sedia ada kerana ketiadaan undang-undang khusus, garis panduan pembangunan tanah pertanian boleh diperketat dan diperjelaskan, dengan memperkenalkan syarat-syarat tertentu bagi mengelakkan kerosakan kepada harta awam di sekitar kawasan pembangunan. Garis panduan ini, untuk makluman Dewan, perlu dapat, dapat menuntut pemaju tanah pertanian untuk melaksanakan penilaian lesen kepada persekitaran serta menetapkan langkah mitigasi sebelum memulakan sebarang projek. Antara garis panduan yang ada ialah Panduan Khas Pembangunan Tanaman Durian Tanah Bercerun di seluruh Negeri Sembilan yang telah pun diluluskan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada tahun 2022.
Cumanya Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana peraturan ataupun undang-undang ni belum pun kita perketatkan, dan ini adalah di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan, maka beberapa proses perlu diambil oleh pihak kementerian dan pihak Kerajaan Negeri untuk kita laksanakan pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Exco Kanan. Tadi ada menyebut cadangan untuk menggubal enakmen pendaftaran pertanian yang diselaraskan di peringkat kementerian. Saya menyambut baik cadangan itu dengan harapan bidang pertanian di Negeri Sembilan ini akan dapat ditadbir urus dengan lebih baik di masa hadapan. Soalan saya, sudah setakat manakah proses pindaan ini dan bilakah dijangkakan untuk mungkin dibentangkan di Dewan yang mulia ini? Itu yang pertama Dato’ Yang Dipertua.
Yang kedua, berkaitan jugak dengan pembangunan, isu tanah pertanian ini iaitu penggunaan jalan-jalan kampung yang mana kita di disebut iaitu jalan DO lah ya, yang mana ianya hanya berkualiti untuk membenarkan lori-lori 5 tan masuk. Tapi kadang-kadang apabila dah pembangunan apa nama ni, tanah-tanah ini, tarnish kenderaan yang masuk besar. Dan kadang-kadang pada kebiasaannya merosakkan
jalan-jalan ini ya. Saya difahamkan wang cagaran ataupun deposit tidak boleh dikutip oleh Pejabat Daerah kerana tidak ada punca kuasa. Oleh itu saya kira, perlunya ada tindakan sewajarnya supaya kontraktor-kontraktor ini mungkin kita boleh kutip dia punya deposit sekiranya merosakkan jalan ini, kita boleh menggunakan wang deposit itu untuk menyelenggara jalan-jalan ini. Kalau tidak, beban senggaraan kepada jalan-jalan DO ini atau jalan-jalan kampung ini tertanggung ataupun terletak kepada Pejabat Daerah lah iaitu melalui kita punya MARRIS lah mungkin, insya-Allah. Jadi saya mintak apa nama ni, perhatian daripada soal, haa ini, isu ini. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, saya pergi kepada soalan Klawang yang nombor 2 je ya. Saya akui beberapa kawasan pega, jalan Pegawai Daerah ataupun jalan aaa, kampung ya, yang telah dirosakkan oleh pengusaha-pengusaha projek dan juga pengusaha-pengusaha yang melakukan projek di kawasan di dalam kampung. Dan jalan ini rosak kerana dilalui oleh lebih muatan yang dilalui oleh lori-lori yang mengangkut bahan-bahan pembangunan termasuk pertanian. Kerana itu Dato’ Yang Dipertua, seingat saya ya, yang ini saya perlu semak dengan Pegawai Undang-Undang, setiap projek yang dilaksanakan di dalam sesuatu kawasan yang melalui jalan Pegawai Daerah mesti mengemukakan Bon Jaminan kepada Pejabat Daerah. Apa tujuan bon ini? Seperti yang disebut oleh ADUN Klawang ya, apabila jalan rosak, dia kena baiki, dia kena repair balik. Tetapi masalah kita sekarang ni, Bon Jaminan ini tidak mencukupi untuk menampung kerosakan yang dibuat oleh pihak kontraktor. Kerana itu Dato’ Yang Dipertua, perkara ini akan kita tambah baik bagi pihak Kerajaan Negeri daripada semasa ke semasa. Tetapi cadangan saya bagi pihak Kerajaan Negeri ialah supaya pihak JPKK yang telah dilantik di setiap mukim dan kampung ini harus mengenal pasti dan memantau pergerakan kenderaan di dalam kampung ini untuk menjaga keselamatan masyarakat kampung, untuk menjaga keselamatan harta benda termasuk mengawal kemasukan kenderaan-kenderaan yang tidak dibenarkan. Kalau kerjasama ini dapat kita lakukan, dan understanding dengan izin, dapat kita teruskan maka kita boleh kurangkan kerosakan jalan-jalan DO di setiap kawasan, Dato’ Dipertua.
Kemudian untuk makluman Yang Berhormat juga, soal guna tanah dan aktiviti pertanian ini merupakan satu bidang kuasa perundangan di bawah Kerajaan Negeri ya. Namun begitu, penyelarasan berkenaan cadangan template keperluan dan kesesuaian enakmen untuk dilakukan adalah di bawah pihak kementerian. Saya, sekiranya penyelarasan ini dipersetujui ya, secara bersama, iaitu Kerajaan Negeri dan jugak pihak kementerian, jangkauan masa untuk kita selesaikannya jugak agak panjang, dia memerlukan selama lebih kurang 2 tahun yang
merangkumi sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri. Saya dah sebut tadi, Kerajaan Pusat akan melakukan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri berkaitan dengan perubahan rang undang-undang. Penyediaan kertas cadangan ini akan diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Selepas itu kita akan sediakan draf enakmen dan seterusnya proses pewartaan selepas diluluskan perubahan rang undang-undang di peringkat Parlimen.
Terdapat juga satu kaedah lain yang boleh digunakan iaitu melalui penggubalan di peringkat Parlimen kerana kuasa Parlimen untuk membuat unang-undang negeri adalah dibolehkan dengan tujuan untuk menggalakkan keseragaman undang-undang antara 2 negeri atau lebih sekiranya dimohon oleh Dewan Undangan Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan perkara 76(1)(b)(c). Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Dato’ …..
Dijemput …..
Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya melihat sebelum Klawang punya giliran tadi, adalah giliran ADUN Rantau. Boleh saya mohon jasa baik Dato’ Speaker untuk mewakili ADUN Rantau bertanyakan soalan lisan bagi pihak ADUN Rantau? Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, bagi pihak Yang Berhormat ADUN Rantau yang sedang menjalankan tugas-tugas rasmi negara, saya bertanyakan soalan nombor 1. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Chembong mewakili ADUN Rantau. Tahniah semalam anak dapat Ijazah ya, dengarnya. Tahniah.
Terima kasih. Dia ikut omak dia Dato’ Speaker.
Dato’ Yang Dipertua, bagi memartabatkan Pendidikan Islam di negeri ini, Kerajaan Negeri telah menyusun beberapa inisiatif antaranya:
• Pertama: membangun dan melaksanakan Standard Kualiti Pendidikan Islam Negeri Sembilan (SKPiNS) sebagai penanda aras penarafan standard kualiti bagi sekolah-sekolah Islam di Negeri Sembilan yang merangkumi 6 standard teras iaitu kepimpinan dan hala tuju, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan, pengurusan program pendidikan, pengurusan pelajaran dan kemenjadian murid. SKPiNS akan memastikan sekolah-sekolah
Islam termasuk pondok dan madrasah di Negeri Sembilan ditadbir secara efisien dengan tatakelola yang baik.
• Kedua: memperkasakan kurikulum sekolah Islam termasuk pondok dan madrasah dengan membangunkan Kurikulum Asas Sekolah Islam Negeri Sembilan (KASINS). Dan, KASINS bertujuan menyediakan asas pendidikan Islam yang inklusif dan sistematik, membina kemahiran dalam pelbagai bidang ilmu, serta meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pendidikan agama Islam anak-anak mereka selain berperanan mengawal kurikulum di sekolah Islam swasta agar selari dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sehingga kini terdapat 33 buah Sekolah Islam Swasta telah mengikuti kurikulum KASINS yang dibangunkan ini.
• Dari aspek pembangunan kemahiran guru, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar telah membangunkan dan melaksanakan modul Professional Islamic Teacher Assessment (PiTAS) Mudarris yang merupakan satu daripada 5 komponen utama dalam Standard merupakan satu daripada 5 komponen utama Standard Profesionalisme Keguruan iaitu Mudarris, Muaddib, Murabbi, Muallim dan Mursyid yang terkandung di dalam standard Kualiti Pendidikan Islam Negeri Sembilan.
Professional Islamic Teacher Assessment (PiTAS - Mudarris) ya. KOHORT 1: seramai 176 orang guru telah mengikuti kursus ini. KOHORT 2: 330 orang guru telah mengikuti kursus ini. KOHORT 3: 352 orang guru telah mengikuti kursus ini. KOHORT 4: 227 orang guru mengikuti kursus ini. Dan KOHORT 5: 282 orang guru telah mengikuti kursus ini. Jumlah keseluruhan, 1,367 orang guru telah di, menerima kursus-kursus tersebut.
• Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan bersama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 bertujuan untuk memperkukuh pemantauan dan kawalan terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini untuk memastikan sekolah agama termasuk tahfiz, madrasah, pondok dan Sekolah Agama Rakyat mematuhi standard pendidikan dan keselamatan yang ditetapkan.
• Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sembilan (UPEN) terus memperkasakan program Fast Track SPM supaya meningkatkan kebolehpasaran pelajar-pelajar tahfiz, madrasah dan pondok.
Pada tahun 2024, program ini dijalankan di Sekolah Maahad Tahfiz (Persendirian) As-Saidiyah (MTAS) seperti tahun sebelum ini melibatkan seramai 50 orang pelajar tahfiz.
Kerajaan Negeri Sembilan juga telah menyalurkan sumbangan kepada JPNS untuk pelaksanaan penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi sebanyak 17,640.00 dan juga sumbangan bagi Program Adab dan Nilai sebanyak 6,220.00 ringgit bagi menghargai kejayaan cemerlang anak-anak Negeri Sembilan dalam program Majlis al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Peringkat Kebangsaan 2024. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memasukkan inisiatif Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dan Pembangunan Pelan Strategik KPM pada tahun 2024-2030. Inisiatif ini melibatkan guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang beragama Islam. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Gemas.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, Gemas bertanyakan soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan banjir kilat yang sering berlaku di Taman Generasi Baru, Felda Pasir Besar, Gemas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat ADUN Gemas, Taman Generasi Baru FELDA ini telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan. Hasil semakan Pejabat Daerah ataupun Majlis Daerah Tampin mendapati bahawa punca banjir kilat yang berlaku di Taman Generasi Baru, Felda Pasir Gemas ini adalah kerana pembangunan yang diluluskan tidak diselenggara dengan baik. Beberapa perkara yang melibatkan banjir kerana faktor penyelenggaraan yang tidak teratur. Terdapat beberapa lokasi longkang yang mengalami mendapan dan dipenuhi oleh sampah dan juga tanah serta kolam takungan yang tidak diselenggara. Selain itu, terdapat juga beberapa sambungan sistem saliran yang dibuat secara haram serta kolam tadahan yang telah pun diubah daripada pelan asal. Susulan kawasan operasi Majlis Daerah Tampin yang telah kita perluaskan ke seluruh Daerah Tampin bermula September 2024, maka Majlis Daerah Tampin akan membuat penyelarasan segera bersama pihak terlibat seperti FELDA dan Jabatan Pengairan Dan Saliran berkaitan dengan isu ini.
Selain daripada itu, FELDA turut mengambil tindakan untuk menaik taraf kolam tadahan air di dalam kawasan PGBF Pasir Besar bagi membantu menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku setiap
kali hujan lebat. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Gemas, tender lantikan konsultan telah pun selesai dibuat di peringkat Ibu Pejabat FELDA dan pelantikan konsultan akan dibuat untuk sesi pre consultant dan redesign semula kolam tadahan PGBF Pasir Besar ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan tambahan, diakui daripada penelitian memang longkang tidak diselenggara sebab tempoh, tempoh hari saya pun ada bertanya dengan Majlis Daerah Tampin, adakah di bawah bidang kuasa mereka, tetapi terima kasih YB Exco Kanan atas penjelasan. Saya mengharapkan pelantikan konsultan dan naik taraf ini dapat dijalankan dengan sesegera mungkin sebab tahun ini saja sudah 6 atau 7 banjir berlaku di kawasan tersebut. Soalan saya, adakah selepas proses ini dijalankan masalah ini dapat diselesaikan bagi mengelakkan banjir ini berulang?
Dato’ Yang Dipertua, saya tak bolehlah nak bagi jaminan banjir ni berulang atau tidak, Dato’ Yang Dipertua. Pasal sekarang ni Yang Berhormat pun faham keadaan cuaca yang tidak konsisten, adanya waktu hujan yang menurunkan air hujan yang melebihi daripada kapasiti biasa. Tetapi walau bagaimanapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memandang berat tentang kes ini. Saya akan lihat ya, tentang laporan konsultan dan juga beberapa pelan redesign dan seperti yang saya sebut tadi, akan dikemukakan secepat mungkin dan supaya masalah banjir di PGBF Pasir Besar ini dapat kita kurangkan. Tetapi walau bagaimanapun, langkah awal yang diambil oleh FELDA akan membolehkan supaya masalah banjir ini dapat kita kurangkan. Insya-Allah bagi pihak Kerajaan Negeri termasuk juga bagi pihak FELDA, kita sentiasa memberikan tumpuan kepada beberapa kawasan perumahan PGBF termasuk kawasan felda itu sendiri, bagaimana untuk kita mengatasi supaya malapetaka banjir ini dapat kita kurangkan dan dapat kita cegah secara total di dalam keadaan-keadaan yang melibatkan kecuaian manusia, insya-Allah. Terima kasih.
Saya jemput Seremban Jaya.
Dato’ Yang Dipertua, selamat pagi, saya mengemukakan soalan nombor 2. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan permohonan untuk Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan sejak tahun 2018. Di mana unit, Bahagian Perumahan Negeri Sembilan hanya melibatkan pengundian untuk rumah jenis Type A sahaja iaitu berharga 80,000.00 dulu dan kini 110 ribu. Bagi tahun 2018 sehingga tahun 2024 sebanyak
34,782 permohonan telah diterima untuk Rumah Mampu Milik Type A yang telah diiklankan dan sehingga kini sebanyak 1,277 pemohon yang telah berjaya menerima tawaran seunit Rumah Mampu Milik Type A di Negeri Sembilan.
Soalan juga telah memintak berapakah jumlah permohonan mengikut kategori kaum. Sepanjang 6 tahun ini, permohonan yang diterima untuk Rumah Mampu Milik Type A daripada kaum Melayu adalah sebanyak 30,616, kaum Cina sebanyak 920 dan kaum India sebanyak 3,024 dan lain-lain sebanyak 223. Daripada jumlah permohonan ini, jumlah pemilikan mengikut kategori kaum iaitu jumlah rumah yang telah pun ditawarkan selepas proses majlis pengundian adalah kaum Melayu sebanyak 1,150, kaum Cina sebanyak 25 dan kaum India sebanyak 98. Kalau kita bandingkan dengan jumlah permohonan dan juga jumlah pemohon yang telah pun ditawarkannya adalah setiap kaum dalam lingkungan 3 hingga 3.5%.
Dan soalan ini jugak ataupun jawapan ini jugak adalah untuk menyangkal dakwaan palsu yang dilontarkan oleh mantan Yang Berhormat Jeram Padang baru-baru ini, kawan baik Jeram Padang, baru-baru ini di mana beliau cuba untuk memainkan beberapa isu dalam pengisian Rumah Mampu Milik tersebut. Pengisian Rumah Mampu Milik ini adalah berdasarkan kepada jumlah permohonan. Kalau jumlah permohonan daripada sesuatu kaum itu adalah tinggi, sudah tentu dalam majlis pengundian kebarangkalian untuk mendapat rumah itu pun tinggi. So itu adalah berdasarkan fakta dan juga kalau permohonan tu banyak, sudah tentu banyak rumah yang kita dapat ditawarkan. So ini adalah fakta, dan kitak, kita tidak dapat dielakkan. Dan kalau ada ramai yang layak, kita boleh menggalakkan untuk mereka memohon Rumah Mampu Milik Type A. Dan untuk Rumah Mampu Milik Type A ini juga tidak ada sebarang kuota yang ditetapkan. Ini adalah berdasarkan kepada syarat yang telah pun ditetapkan dan mereka mematuhi syarat tersebut, mereka akan dipanggil untuk majlis pengundian dan di hadapan semua pemohon, kita membuat pengundian secara terbuka, secara telus dan sesiapa yang layak, dalam majlis pengundian akan ditawarkan Rumah Mampu Milik Type A tersebut. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Apakah plan Kerajaan Negeri Sembilan dalam memastikan lebih banyak Rumah Mampu Milik dibina dalam tempoh 5 tahun akan datang? Dan bagaimanakah bilang, bilangan GLC Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dalam membantu usaha ini? Satu lagi cadangan adalah mohon kerajaan, rayu Kerajaan Negeri Sembilan memberikan keutamaan untuk Rumah Mampu Milik Type A kepada pekerja-pekerja ladang di kawasan Jempol
yang diusur keluar daripada rumah ladang. Lagi satu, usur, ya, usir, usir, mintak maaf. Saya punya Chembong ada sebelah. Terima kasih, okey.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan pekerja-pekerja ladang ini memang kita ada fahamlah, mereka sampai 30 tahun, 40 tahun mereka ada kerja. Dia punya bapak, mak, nenek, monek kerja di ladang. Tapi sekarang, satu rumah pekerja ladang mahu beli di taman memang banyak susah sebab saya mahu ucapan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan adalah satu peluang Rumah Mampu Milik. Saya rayu, mohon kepada pekerja-pekerja ladang, baru-baru di Jempol, pekerja-pekerja ladang banyak kena berhenti. Sebab itu saya mintak kepada Exco tempatan, saya pun rayulah, tolong menolong kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan plan Kerajaan Negeri Sembilan untuk mewujudkan lebih banyak Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan adalah berdasarkan kepada Dasar Perumahan Negeri kita. Di mana dalam Dasar Perumahan Negeri kita dengan jelas menyatakan bahawa 50% daripada rumah yang dibina dalam mana-mana projek itu adalah mesti Rumah Mampu Milik di mana melibatkan rumah Type A sebanyak 20% iaitu berharga 110 ribu ke bawah, Type B – 250 ribu dan ke bawah sebanyak 15% dan Type C(i) – 15%, type, rumah berharga 400 ribu ke bawah dan Type C(ii) berharga 450 ribu ke bawah dalam lingkungan 15% itu. Apabila semua pemaju mematuhi Dasar Perumahan Negeri ini, maka setiap projek yang dibangunnkan di Negeri Sembilan mesti akan ada rumah pelbagai harga iaitu 110 ribu, 250 ribu dan 450 ribu dan ke bawah. Dan ini akan memastikan golongan masyarakat daripada pendapatan rendah, pendapatan sederhana dan juga pendapatan tinggi dapat memiliki rumah di Negeri Sembilan. So dasar Perumahan Negeri ini kita tidak kompromi kepada mana-mana pemaju termasuk jugak yang tadi dinyatakan daripada GLC.
So saya juga boleh menyatakan bahawa selain daripada pemaju swasta di Negeri Sembilan, GLC Kerajaan Negeri jugak telah pun mengambil beberapa inisiatif untuk mewujudkan rumah-rumah mampu milik di Negeri Sembilan.
• Yang pertama: Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan telah pun membina rumah sebanyak 1,054 Rumah Mampu Milik melibatkan Projek Perumahan Rimbun Harapan Mukim Labu, Seremban 2 sebanyak 351 unit telah siap. Yang kedua: Projek Perumahan Rimbun Aman, Mukim Labu, Seremban 2, 71 rumah telah siap. dan ketiga: adalah Projek Perumahan Taman Desa Chembong, Rembau dalam pelaksanaan sebanyak 632 unit rumah.
• Yang keduanya adalah MBI Menteri Besar (Pemerbadanan). Yang pertama: projek rumah di Taman Kirby sebanyak 203 unit rumah telah siap. Kedua: taman, Rumah Mampu Milik, Taman Arowana, Lenggeng – 262 unit rumah dalam pelaksanaan dan telah mencapai 92%. Yang ketiga: Rumah Mampu Milik Taman Harapan Bayu, Labu sebanyak 436 rumah dalam pelaksanaan sebanyak 10% telah mencapai.
• Dan untuk MBI, kesemuanya adalah 901 rumah. Semuanya adalah Rumah Mampu Milik Type A, B dan C.
• Untuk Yayasan Negeri Sembilan di Projek Perumahan Taman Bakti YNS sebanyak 734 rumah. Type B dan type C telah siap. Type A telah mencapai 80%. Kedua, projek Perumahan Taman Bukit Enstek, Bandar Baru Enstek, sebanyak 297 unit. Kerja tanah. Sebanyak 33%. Dan jumlahnya untuk YNS adalah sebanyak 1,031 rumah.
• Dan terakhirnya adalah Perbadanan NS (NS Corporation) di mana ada satu projek di Projek Perumahan Taman Nusa Seri Cengal, Mantin sebanyak 792 rumah dan dijangka fasa pertama akan siap pada bulan Jun tahun depan, termasuk Rumah Mampu Milik Type A.
Sekian, terima kasih. Dan seterusnya adalah, sorry. Terlepas tadi. Adalah berkaitan dengan rumah untuk pekerja-pekerja ladang khususnya di kawasan Jempol. Di kawasan Jempol ini kita tahu ada beberapa isu iaitu selepas mereka ditamatkan sebagai pekerja ladang, mereka diusir keluar ataupun dimintak keluar daripada rumah-rumah estet. Dan sebelum ini isu ini pun telah dibang, dibincangkan di Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di mana kita boleh menawarkan rumah Type A kepada pemohon ataupun keluarga-keluarga yang mematuhi peraturan ataupun syarat kita. Mereka tidak memiliki rumah, pendapatan mereka adalah 3,500.00 ke bawah dan menetap di daerah tersebut, kita tiada, tidak ada apa-apa halangan. Dan kita pun telah pun memintak kepada beberapa estet dan NUPW untuk memberikan ataupun mengisi borang permohonan Rumah Mampu Milik Type A yang masih ada beberapa kekosongan di beberapa projek di Taman Kasia, di Taman Kasih Putra, di Taman Bandar IOI khususnya di kawasan Bahau ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, ucapan ribuan terima kasih Exco Tempatan. Tadi Exco Tempatan ada beritahu ada satu orang bekas Jeram Padang, ada short ka?
Saya jemput Lukut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut mengemukakan soalan nombor 2.
Dato’ Yang Dipertua, ini pun satu isu yang sangat hot baru-baru ini iaitu berkaitan dengan isu khemah biru di Pantai Telok Kemang. Dato’ Yang Dipertua, di Port Dickson kita ada 11 pantai peranginan. Isu khemah ini, isu khemah biru ini hanya ada di 3 pantai sahaja iaitu di Pantai Telok Kemang, Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin. Pantai Tanjung Biru dan Pantai Cermin tidak lagi dibenarkan perniagaan khemah biru atau apa-apa perniagaan sewaan khemah ataupun payung. Pantai Telok Kemang juga tidak dibenarkan khemah biru tetapi akan digantikan dengan payung pantai yang lebih menarik dan lebih tersusun.
Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengambil inisiatif untuk menangani isu khemah sewa di Telok Kemang secara win-win situation. Kita tahu ada banyak pengusaha di sana adalah bergantung kepada sumber pendapatan daripada khemah perniagaan ini. Dan pada masa yang sama kita pun tahu ia jugak mengganggu pengunjung kerana meng, menutup pemandangan pantai. So ini adalah suatu keputusan perlu dibuat secara win-win situation supaya mana-mana pihak tidak rugi ataupun menghadapi sebarang masalah.
Maka Majlis Perbandaran Port Dickson telah pun mengadakan satu mesyuarat bersama dengan JPKK Kampung Telok Kemang melalui penubuhan jawatankuasa bertindak yang di bawahnya akan menguruskan peniaga-peniaga sewaan payung pantai. MPPD telah mengadakan sesi perbincangan dan juga libat urus bersama JPKK Kampung Telok Kemang pada 24 September 2024. Hasilnya adalah:
• Satu: notis pemberhentian perniagaan sewa khemah bagi ketiga-tiga pantai iaitu Pantai Telok Kemang, Pantai Cermin, Pantai Tanjung Biru berkuatkuasa 18 November 2024 (Isnin). Pada hari Isnin lepas. Selepas tarikh ini, tiada lagi aktiviti sewaan khemah dibenarkan di semua pantai Daerah Port Dickson.
• Yang kedua: berdasarkan notis ini, peniaga yang terlibat perlu mengalihkan semua peralatan milik mereka seperti khemah, meja, kerusi, tempat simpanan, struktur dan juga sebarang binaan. Pihak MPPD melupuskan sebarang peralatan yang ditang, ditinggalkan selepas 18 November 2024 bagi tujuan penyediaan plot.
• Ketiga: bermula 18 November 2024 sehingga 15 Disember 2024, MPPD akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyediaan plot bagi tujuan pelaksanaan kaedah baharu di Pantai Telok Kemang.
Kaedah baharu ini adalah:
a) Penggunaan payung pantai yang lebih tersusun dan terkawal.
b) Penentuan kawasan khas untuk penempatan payung pantai melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang.
c) MPPD menyediakan 33 plot peniagaan payung pantai berdasarkan kesesuaian lokasi. Setiap plot berukuran 40 kaki x 20 kaki. Perniagaan sewaan payung pantai hanya dibenarkan berada di plot masing-masing berdasarkan keluasan yang telah dinyatakan.
d) Berdasarkan jumlah peniaga semasa melebihi plot yang disediakan, kaedah undian peniaga yang layak akan dibuat oleh MPPD.
e) MPPD juga menyediakan 8 buah payung pantai, 2 buah kerusi dan 1 buah meja yang bersesuaian bagi setiap plot.
f) MPPD akan memasang papan tanda beserta nombor hotline Jabatan Penguatkuasa bertujuan meningkat, mengingatkan Pantai Telok Kemang merupakan pantai awam dan memudahkan aduan bagi sebarang salah laku.
g) MPPD juga akan menaik taraf pusat kawalan di Pantai 3 Telok Kemang bagi menempatkan anggota secara statik terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
h) MPPD menyediakan peruntukan secara one off meliputi kos payung pantai, kerusi, meja, naik taraf plot, naik taraf pusat kawalan dan papan tanda berkaitan.
i) Dan terakhirnya, tarikh jangkaan kaedah baharu sewaan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun akan bermula pada 16 Disember 2024.
Ini adalah satu tindakan yang win-win situation di mana kedua-dua pihak dapat mencapai satu kata sepakat dan mengambil kira kepentingan semua pihak dan diharap cadangan ini dapat menyelesaikan isu khemah yang viral dalam beberapa bulan ini. Dan saya juga telah lihat di media sosial dalam 2 – 3 hari ini, semua apa ni, khemah-khemah biru telah pun dikeluarkan dan mendapat reaksi yang sangat positif daripada netizen. Maka saya jugak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan juga
tahniah kepada Majlis Perbandaran Port Dickson atas usaha bersama dengan JPKK Kampung Telok Kemang dan juga daripada pengusaha-pengusaha di Pantai Telok Kemang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Nilai. Kita sedia maklum isu ini yang telah di viral kan dekat media sosial telah memang insiden ni telah menjejaskan nama baik Port Dickson. Selama ni, usaha Kerajaan Negeri dari Bukit Kepayang, berusaha kuat untuk naikkan nama Port Dickson, tapi dengan viral kes ini, hancur habis semua. Imej Port Dickson hancur kalau dengan satu isu saja kecil macam ni. So saya harap penguatkuasa MPPD dapat seperti yang jawapan daripada Nilai, kita sama-sama kita dengar win-win, win-win, menang secara menang-menang kita menangan, menandatangani masalah ini. Okey. Apa usaha yang dilakukan ni saya harap memang ada satu strategi penyelesaian yang terancang yang betul. Jangan pulak seperti nak tukar warna payung biru, tukar kepada merah. Cadangan tukar kepada biru tua, biru muda. Tapi jangan tukar warna hijau, okey, jangan, itu pasti jangan tukar warna hijau. Soalan saya, adakah kesemua pengusaha ini akan dilesenkan dan jika masih berlaku gangguan kepada pengunjung, apakah tindakan MPPD? Terima kasih.
Dato’ Seri, Dato’ Yang Dipertua, sudah tentu pelbagai usaha telah pun diambil untuk mencari satu kaedah penyelesaian yang terbaik kepada semua pihak iaitu win-win situation. Selain daripada MPPD, sudah tentu penglibatan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat jugak dapat meredakan keadaan ini dan untuk kita mendapatkan satu keputusan yang disenangi ataupun dipersetuju oleh semua pihak.
Berkaitan dengan soalan di mana dilesenkan, ya. Selepas kita menyediakan plot, di beberapa tempat tertentu yang tidak menghalang ataupun memberikan gangguan kepada pengunjung, itu akan dilesenkan dan apabila dilesenkan, kita ada kawalan untuk kita mengawal. Dan sudah tentu MPPD seperti mana yang tadi saya nyatakan, kita jugak akan memasang beberapa papan tanda dan disertakan dengan nombor online Jabatan Penguatkuasa. Dan apabila ada mana-mana pengusaha yang telah pun diberikan plot, telah pun dilesenkan ini, melanggar mana-mana peraturan ataupun syarat, MPPD akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Saya jemput Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan nombor 1 ADUN Lobak, terima kasih atas soalan tersebut iaitu jalan 4 lorong 2 hala. Jalan yang dinyatakan oleh, jalan yang dinyatakan adalah Jalan FT001, Jalan Seremban – Beranang. Pada masa ini JKR tiada perancangan bagi menaik taraf jalan tersebut. Walau bagaimanapun, bagi menyuraikan trafik di dalam kawasan Bandar Seremban, Kerajaan Negeri telah pun mengangkat 2 permohonan projek Lingkaran Tengah Seremban iaitu:
• Membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban Dari Interchange Temiang (LEKAS) Ke Interchange Jalan Dato’ Siamang Gagap, Daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
• Keduanya: Membina Jalan Lingkaran Tengah Dari Interchange Labu Ke FT001 (Jalan Tun Dr. Ismail) Dan Ke Temiang, Daerah Seremban, Negeri Sembilan pada RP-4 RMK-12 yang lalu kepada Kementerian Kerja Raya.
Pada masa ini kelulusan telah diberikan bagi melaksanakan Kajian Trafik terlebih dahulu di bawah tajuk Kajian Trafik Bagi Membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban, Negeri Sembilan dengan kos berjumlah 500 juta ringgit, untuk permulaan kajian ini 500 ribu ringgit.
Bagi cadangan perancangan menaik taraf kerja-kerja Naik Taraf Jalan Tunggal Dua Lorong Dua Hala kepada Jalan Empat Lorong Dua Hala ini, antara beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan adalah:
• impak sosial, pertamanya; • keduanya: Kos projek termasuk pengambilan tanah serta pengalihan utiliti; • Ketiga: Kajian trafik; • Dan yang keempat: Level of Service jalan sedia ada berada pada LOS E ataupun LOS F.
Walau bagaimanapun JKR Negeri Sembilan sentiasa mengambil input serta maklumat daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen kawasan dan YB ADUN kawasan, kerja-kerja masyarakat, kepimpinan masyarakat, penduduk setempat, agensi kerajaan mahupun pihak NGO serta pihak swasta dalam memberikan cadangan dan pandangan bagi keperluan untuk menaik taraf jalan-jalan sedia ada. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Dato’ Dipertua, terima kasih yang Sikamat bagi maklumat yang terbaru kerana ada 2 permohonan untuk mengurangkan sesakan di bandar. Tapi Dato’ Dipertua, yang jalan Tun Dr. Ismail tu, Jalan 001 ialah satu jalan yang utama, berhubung dengan Mantin dan sampai Selangor, Semonyeh. So erti kata tu, sekarang kami nampak yang Selangor, semua tu sudah maju, so cadangan saya yang Jalan Tun Dr. Ismail tu, dia bersambung dengan LEKAS Hiway, dengan izinnya, kerana kami ada buat semakan yang Jalan Tun Dr. Ismail ni ada sebahagian besar jikalau tak salah saya, lebih kurang 50% sudah ada jalan 4 lorong 2 hala. So saya mohon mohon kerajaan atau JKR Pusat, Kerajaan Pusat supaya yang sebahagian yang tertinggal saja mohon jalan ni dapat disempurnakan jadi satu Jalan Tun Dr. Ismail tu semua menjadi jalan 4 lorong 2 hala. Yang utamakan untuk memajukan kawasan pekan lama. So kami harap mohon ni sebenarnya saya sudah mintak di Dewan yang mulia ni sejak tahun, 5 tahun lepas. Kami harap JKR prihatian kawasan ni. Lagipun kawasan ni memang kawasan istana, kawasan istana, bukit sana ada di Jalan Tun Dr. Ismail, kami harap Kerajaan Negeri atau berharap yang Sikamat yang utamakan prihatian lalu lintas yang utama di Seremban, majukan bukan jalan saja, dan majukan pekan Seremban. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua atas pandangan soalan tersebut. Dan ada sikit penerangan. Tadi saya katakan tadi bahawa kajian meliputi impak sosial, kos projek, kajian trafik, Level of Service ya. Jadi sebenarnya apa yang kita lihat di sebelah Selangor, di Beranang itu, yang dimajukan oleh pihak swasta ya. Jadi kita berharap bahawa kita harap pada pembangunan di kawasan tersebut, dan akan akan juga menaikkan taraf jalan tersebut pada masa akan datang. Dan kita juga telah tadi saya katakan kita sedang memohon Jalan Lingkaran Tengah dari Interchange Labu FT001 Jalan Tun Dr. Ismail ke Temiang itu kalau dapat dilaksanakan, pasti jalan tersebut juga akan dinaik taraf. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Yang Berhormat Sungai Lui.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada ADUN Lui yang bertanyakan soalan yang agak luas, pembangunan kawasan luar bandar. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberikan fokus dan tumpuan dalam usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar di Negeri Sembilan. Buat masa ini, lebih kurang 77% keluasan Negeri Sembilan adalah di bawah kategori luar bandar merangkumi 5 daerah yakni Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Rembau dan Tampin serta sebahagian kawasan di daerah Seremban dan Port
Dickson. Dengan jumlah keluasan luar bandar yang melebihi separuh daripada keluasan keseluruhan Negeri Sembilan, sudah pasti terdapat beberapa keperluan untuk meneroka peluang-peluang yang wujud di kawasan luar bandar agar perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara mampan dan mengoptimumkan sumber yang sedia ada. Hala tuju Kerajaan Negeri Sembilan secara umumnya adalah untuk mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar serta mempercepatkan pembangunan infrastruktur yang lebih inklusif di kawasan luar bandar. Ianya dapat dicapai dengan pelaksanaan 4 Bidang Fokus yang digariskan di dalam Rancangan Pembangunan luar Negeri Sembilan bagi tahun 2021 dan juga 2025 yang saya nak sebutkan satu persatu ya.
Bidang Fokus A: Pembangunan Ekonomi Berdaya Maju Bidang Fokus B: Penambahbaikkan Penyediaan Infrastruktur Luar Bandar Bidang Fokus C: Peningkatan Keupayaan Komuniti Luar Bandar Dan Bidang Fokus D: Pengukuhan Kesejahteraan Komuniti Luar Bandar.
Selain daripada rancangan RPNS 2021 dan 2025, Rancangan Struktur Negeri dan pembangunan Tempatan Daerah turut menggariskan hala tuju pembangunan kawasan luar bandar secara perspektif makro. Melalui Rancangan Tempatan di setiap daerah ni Dato’ Yang Dipertua, telah disenaraikan projek-projek pembangunan bagi menyuntik aktiviti ekonomi luar bandar yang memfokuskan kepada aktiviti pertanian di mana pembangunan agropolis seperti yang telah saya sebut di dalam Dewan yang mulia semalam, yang melibatkan 4 daerah iaitu Jempol, Rembau, Tampin dan Kuala Pilah, seterusnya pembangunan biodiversiti yang perlu difokuskan kepada daerah Jelebu.
Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat tentang langkah yang diambil untuk mengatasi masalah migrasi daripada luar bandar ke bandar. Antara langkah yang telah kita ambil oleh kerajaan ialah pertama, meningkatkan daya huni kawasan luar bandar supaya ianya harus dilihat releven untuk didiami oleh golongan produktif terutamanya golongan belia. Yang kedua ialah melaksanakan program peluasan kampung di mana program ini merupakan usaha kerajaan Negeri dalam mempromosikan kawasan di luar bandar. Yang ketiga: penyediaan infrastruktur kawasan luar bandar seperti penyediaan jaringan jalan raya yang baik, untuk memastikan ketersambungan perhubungan di antara kawasan luar dan bandar. Dan yang akhir sekali ialah pewujudan peluang pekerjaan yang lebih baik dan mampu menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan menarik di dalam pelaburan yang berskala besar. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Sebentar tadi YB Exco ada menyebutkan tentang pelaburan berskala dan diharapkan untuk menarik golongan muda untuk terus menetap di kawasan luar bandar. Boleh tak nyatakan beberapa contoh pelaburan yang telah dibuat di kawasan luar bandar supaya golong, golongan muda ini cakna di luar sana cakna dengan peluang yang mungkin ada untuk mereka.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat pun sedia maklum, pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menaikkan hirarki dan martabat bagi masyarakat terutamanya golongan belia di luar bandar. Saya nak sebut pertama, kita dah semua dah maklum bahawa pembinaan dan juga projek ladang tenusu bersepadu F&N di Gemas yang dikendalikan oleh Syarikat Fraser, F&N Holdings Sdn. Bhd. dengan pelaburan 1.3 bilion. Yang kedu, haa, yang ke, yang kedua ialah kita juga tahu Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat selalu menyatakan bahawa pembinaan kilang dan pemasangan kenderaan elektrik jenama NETA oleh Syarikat Nex Manufacturing Sdn. Bhd. yang kita bina di Rembau dengan nilai pelaburan hampir 850.0 juta. Dan yang ketiga, Yang Berhormat Dato’ Speaker, ialah cadangan pembinaan untuk kilang pemprosesan durian di Jelebu oleh Syarikat TopOne Solution. Ini adalah satu lagi langkah Kerajaan Negeri untuk mewujudkan ataupun menarik pelabur-pelabur yang berasaskan kepada produk pertanian yang tentunya akan dibina di seluruh kawasan luar bandar yang ada di Negeri Sembilan untuk memastikan golongan muda jangan tertumpu di kawasan bandar, jangan tertumpu hanya di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban dan sebagainya, dan kekallah di kawasan Jelebu, Tampin, Rembau, Kuala Pilah dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Labu.
Saya bangun bertanya soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan sampah yang terhasil ataupun daripada penjaja-penjaja kecil ini. Sampah daripada penjaja-penjaja kecil ini, kalau satu-satu tempat itu adalah Pusat Penjaja Setempat, maka ada beberapa tempat, tong sampah yang besar ataupun garbage bin MGB120 liter ini disediakan. Tetapi di tempat jugak, ada jugak beberapa tempat di mana peniaga itu adalah peniaga bukan statik di mana mereka bukan kekal dekat sana. Mereka berniaga, lepas tu mereka akan bawak balik barangan tersebut, dan besok mereka bukak balik. So tempat-tempat seperti itu adalah bukan statik. Dan untuk kawasan-kawasan tersebut, pihak PBT melalui SWCorp jugak memberikan perkhidmatan kutipan sampah dari rumah ke rumah di mana penjaja-penjaja kecil ini jugak turut menerima perkhidmatan
yang sama. Oleh yang demikian, penjaja kecil yang bukan Pusat Penjaja Setempat ini, perlu membawa pulang sampah yang dihasilkan daripada aktiviti kerana penjaja kecil ini sampah dia tak besar sangat dan mereka perlu bawak balik untuk diletakkan di tong sampah di rumah mereka. Dan jugak mereka boleh membuang sampah di beberapa tempat yang disediakan tong-tong sampah besar ini.
PBT jugak telah meletakkan syarat kepada semua kategori penjaja untuk tidak membuang sampah sisa pepejal dan cecair ke dalam longkang, atas jalan, rumput atau mana-mana tempat awam atau kawasan lapang. Sisa-sisa tersebut hendaklah dibuang sendiri oleh penjaja ke dalam tong sampah yang berkarung plastik. Penjaja-penjaja dikehendaki untuk menjaga kebersihan semasa dan juga selepas waktu perniagaan. Selain itu, sampah atau sisa pepejal janaan daripada aktiviti perniagaan penjaja kecil di lokasi-lokasi pusat-pusat, di lokasi-lokasi Pusat Penjaja Bergerak dan juga unit-unit MyKiosk milik Majlis perlu dibuang ataupun dikumpulkan oleh penjaja ke dalam tong sampah beroda ataupun mobile garbage bin yang telah disediakan.
Sama juga kepada peniaga-peniaga kecil di pasar-pasar malam, tugas ataupun tanggungjawab untuk mengutip sampah tersebut adalah di bawah pihak penganjur tersebut. Dan pihak penganjur tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengutip sampah-sampah selepas tamat pasar malam ataupun pasar tani. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Saya bersetuju dengan yang dikatakan oleh Nilai. Cuma saya nak memberitahu, di kawasan-kawasan sekitar Nilai ataupun di dalam kawasan Labu, cadangan daripada Majlis Bandaraya Nilai mengadakan kiosk adalah satu cadangan yang sangat baik. Tapi isunya adalah sampah-sampah daripada peniaga-peniaga kiosk ataupun penjaja-penjaja kecil di sekitar, sekitar Nilai dan jugak di kawasan Labu terutamanya di taman Taman Cempaka ni, sampah-sampah berkenaan biasanya akan dibuang oleh penjaja-penjaja ini di kawasan-kawasan berdekatan. Contoh di flat-flat Taman Cempaka ataupun kawasan-kawasan sekitar. Jadi, ini menjadi faktor mengapa isu-isu sampah di dalam kawasan Negeri Sembilan, Labu ni tidak dapat diselesaikan kerana tiada pemantauan yang sangat berkesan daripada PBT. Jadi, soalan saya, apakah PBT mempunyai penyelesaian memastikan sampah penjaja kecik ini dilupuskan dalam kaedah pelupusan sampah mengikut SOP yang ditetapkan oleh PBT memandangkan pada masa sekarang sampah penjaja kecil ini menjadi faktor utama isu-isu sampah yang berbangkit yang disuarakan dalam sidang DUN ini. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang tadi saya nyatakan, penjaja-penjaja kecil ini adalah, kalau mereka daripada Pusat Penjaja Setempat, kita telah pun sediakan tong sampah. Kalau pasar malam, pasar tani ada pihak untuk menguruskan iaitu penganjur. Tetapi ini adalah segolongan daripada penjaja-penjaja ini yang mereka membuang sampah di dalam tong sampah yang dikhususkan untuk beberapa kawasan flat. Contohnya flat apartmen di belakang Pekan Nilai, di kawasan DUN Labu, di Flat Cempaka Puri, di Flat Cempaka Court. Semua ni adalah berpunca daripada sikap ataupun mentaliti peniaga-peniaga kecil bukan semua, sebahagiannya, dan mereka juga adalah membuang sampah di sungai, di kawasan-kawasan kampung.
Dan kita sebelum ini ada beberapa tempat kita pernah meletakkan beberapa tong-tong sampah besar. Apabila diletakkan tong-tong sampah besar ini, tong sampah individu yang diletakkan di rumah tersebut tidak digunakan. Malah ada beberapa tempat digunakan untuk tujuan lain pulak. Ada tempat mereka simpan air dalam tong sampah tersebut yang tak digunakan. So maka isu ini adalah mentaliti ataupun sikap tidak tanggungjawab daripada segolongan peniaga-peniaga ataupun penjaja-penjaja ini yang membuang di tempat yang tidak di di apa, yang tidak sebetulnya. So kita harap khususnya kepada segolongan penjaja-penjaja kecil ini jika ada sampah, sudah tentu peniaga-peniaga kecil ni, sampah mereka pun tak sebegitu besar, kalau ada mereka boleh membuang sampah di tong sampah di rumah mereka. Kalau tidak, ada beberapa tempat ada sampah, tong sampah besar disediakan. Bukan banyak, sebab kita dah kurangkan. Kalau kita tak kurangkan, tong, tempat itu dalam beberapa jam dipenuhi dengan sampah yang dibuang oleh semua penduduk di sesuatu kawasan. Dan kita harap mentaliti itu, tanggungjawab itu perlu ada di kalangan setiap peniaga-peniaga kecil. Dan kita akan lihat mungkin kaedah yang lebih baik lagi untuk secara tertutup. Dan saya juga telah pun memintak beberapa apartmen ataupun JMB daripada flat atau apartmen ni untuk mengawal ataupun menutup tempat tong sampah ini daripada digunakan oleh pihak luar. Dan ada beberapa tempat telah berjaya dan dapat dikawal dan kita akan cuba melihat untuk tambah baik pada masa-masa akan datang. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.
Dato’ Speaker, saya kemukakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Juasseh. Dato’ Yang Dipertua, bagi membanteras penyebaran ajaran sesat di Negeri Sembilan, pihak Jabatan Mufti telah mengambil langkah memfatwa dan mewartakan ajaran-ajaran yang didapati
menyeleweng dan berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Antara tindakan yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mufti dalam mendidik masyarakat mengenai bahaya ajaran sesat adalah seperti berikut:
• Pertama: melaksanakan Program Irsyad Fatwa secara tahunan yang bertujuan sebagai pendidikan dan menyebarkan, menyebarluaskan fatwa-fatwa yang telah diputuskan kepada masyarakat awam khususnya berkaitan akidah dan syariah.
• Kedua: mengadakan Program Bicara Sufi dan mahadarah [Muhadarah] Tasawuf agar masyarakat dapat mengetahui dan membezakan antara ajaran Tasawuf yang sebenar dengan ajaran yang sesat.
• Ketiga: melaksanakan Program Multaqa Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Sembilan khusus kepada Pemegang Tauliah Mengajar bagi menambah lagi pegetahuan agama kepada mereka dan menjelaskan isu-isu seperti ajaran sesat dan sebagainya.
• Keti, keempat: mencetak poster-poster berkaitan ajaran sesat yang telah difatwa dan diedar kepada pihak masjid melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
• Kelima: mengadakan Podcast al-Bayan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjelaskan tentang perbezaan ajaran sesat dan ajaran Islam sebenar mengikut al-Quran dan as-sunnah.
• Keenam : Mengadakan program penyelidikan dan penerangan ajaran sesat kerjasama dengan PDRM, pihak universiti dan kolej serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Kerajaan Negeri Sembilan melalui PDRM Kontinjen Negeri Sembilan juga sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan yang berterusan terhadap kumpulan atau ajaran yang meragukan yakni ajaran sesat dan bertentangan dengan hukum syarak. Maklumat yang diperolehi dikongsi dan kolaborasi bersama agensi penguatkuasa agama dibuat bagi mengenal pasti kesalahan daripada sudut akidah / syarak kumpulan yang terlibat termasuk menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Kanun Keseksaan, Akta Kanak-Kanak 2001 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sekiranya terdapat perlakuan jenayah terhadap mangsa.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga sedang melipatgandakan usaha memberi kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat melalui program-program keagamaan yang memberi impak dan outcome yang lebih baik. Program-program pemantapan aqidah akan dibuat melalui kelas-kelas takmir, khutbah Jumaat dan pelbagai platform di bawah bidangkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
Bagi menambah baik penguatkuasaan dan pemahaman masyarakat tentang bahaya ajaran sesat, program-program bersama masyarakat akan dipertingkatkan dengan memberi penjelasan kepada masyarakat Islam agar berani tampil membuat aduan terhadap sebarang kesalahan atau penyelewengan akidah di komuniti mereka dan bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mencegah berlakunya penularan ajaran sesat di Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua tuan, saya kemukakan soalan kedua.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Temiang, soalan pusat judi siber. Dato’ Yang Dipertua, perjudian siber adalah merujuk kepada tindakan melakukan permainan judi dengan menggunakan program, perisian atau aplikasi yang dimuat turun dan dipasang di komputer atau telefon pintar yang disambungkan dengan perkhidmatan internet. Judi siber membolehkan pemainnya meletakkan pertaruhan dan berjudi dari mana-mana sahaja, sama ada ketika berada di rumah, di tempat kerja, mahupun sedang berada di negeri lain. Sama seperti permainannya, pusat judi siber juga tidaklah terhad di Negeri Sembilan sahaja dan boleh beroperasi di mana-mana sahaja di seluruh pelusuk dunia dengan adanya kemudahan perkhidmatan internet.
Tidak kira sama ada perjudian dilakukan secara fizikal di dunia nyata (offline) ataupun siber (online), kesalahan tetap judi dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah bidang kuasa pihak PDRM. Penglibatan MCMC untuk menangani kes-kes judi siber adalah daripada aspek bantuan teknikal berhubung siasatan, pembekalan maklumat, analisis forensik digital, serta pelaksanaan tindakan sekatan berdasarkan permohonan daripada pihak berkuasa. Sejak tahun 2022 sehingga 1 November 2024, pihak MCMC mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan internet di Malaysia untuk menyekat sebanyak 4,891 laman sesawang berkaitan judi daripada diakses oleh rakyat Malaysia.
Pihak MCMC juga telah menjalankan usaha advokasi kepada pelbagai lapisan masyarakat melalui inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) di mana program ini juga memberikan pendidikan dan kesedaran mengenai keselamatan serta risiko dan ancaman di internet. Sejak tahun 2022 sehingga 1 November 2024, sebanyak 61 program KDB (Klik Dengan Bijak) telah dilakukan dengan anggaran 53,599 peserta di seluruh Negeri Sembilan.
Berdasarkan pemantauan Majlis Daerah Tampin, sebanyak 7 premis yang disyaki menjalankan judi atas talian. Majlis Daerah Tampin tiada kuasa untuk menjalankan operasi pusat judi siber, namun begitu pihak Majlis Daerah Tampin sentiasa bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia dalam mengawal lesen yang dikeluarkan, pada tahun 2024 sebanyak 7 lesen premis dibatalkan berdasarkan maklumat pengesahan judi haram yang diperolehi oleh PDRM. Tiada Pusat Judi Siber di Rembau, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban.
Tindakan secara total oleh pihak PDRM Negeri Sembilan dengan melancarkan beberapa siri OP Dadu/ OP Dadu Khas menyebabkan modus operandi pihak sindiket terganggu dan tidak lagi beroperasi secara tetap menggunakan premis. Selain itu, tindakan pencegahan dilaksanakan oleh pihak PDRM terhadap aktiviti judi di premis dengan kerjasama pihak Tenaga Nasional Berhad untuk pemotongan bekalan elektrik.
Tempoh semakan dari bulan Januari hingga bulan Oktober 2024, tiada sebarang pusat judi siber dikesan dalam kawasan Negeri Sembilan. Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, Tindakan Pencegahan & Kumulatif OP Dadu/ OP Dadu Khas telah dilakukan bersama pihak TNB bagi kesalahan Judi Dalam Premis (bukan judi siber) telah dibuat serbuan berjaya dilaksanakan seperti berikut:
• Pertama: Bilangan premis perjudian yang telah dibuat permohonan pembatalan permit perniagaan sebanyak 5 permohonan.
• Kedua: Bilangan Premis Perjudian yang dibuat permohonan pemotongan bekalan elektrik sebanyak 34 premis.
• Dan yang ketiga: Bilangan tindakan permohonan sekatan laman web kepada kepada pihak MCMC sebanyak 14 permohonan.
Pihak PDRM sentiasa memantau dan membuat risikan dari masa ke semasa bagi mengesan dan mengekang kegiatan perjudian dari terus
berleluasa. Tindakan seterusnya adalah pihak PDRM mohon kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pembatalan lesen atau permit perniagaan jika premis yang diserbu terbukti menjalankan aktiviti perjudian di sebalik perniagaan yang sah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Johol.
Okey, Dato’ Pengerusi, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Johol soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada ADUN kawasan Johol berkaitan dengan pertanian, tentang perancangan dan cadangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan aktiviti pertanian di kawasan Johol di khususnya di tanah-tanah terbiar. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sehingga kini telah menggalakkan aktiviti pertanian di kawasan Johol seluasnya 135 hektar dengan peruntukan kumulatif berjumlah 1.035 juta yang mana peruntukan ini telah dimanfaatkan seramai 113 penerima.
Berkaitan dengan perancangan akan datang, terdapatnya cadangan awal untuk membangunkan TKPM Johol di Kampung Kabong, Johol berkeluasan 53.85 hektar. Kawasan ini akan diperhalusi bersama pentadbir tanah sebelum fasa pembangunan dijalankan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, sekejap, ada sikit lagi. Saya confuse tadi, saya ingat waktu dah habis.
Selain itu, bagi tanah-tanah Dato’ Dipertua ya, bagi hak milik individu ya, Kerajaan Negeri bersedia untuk melaksanakan kolaborasi bersama dengan rakan-lakan, rakan-rakan kolebratif ya, yang terdiri daripada pemilik tanah dalam aspek lokasi dan perjanjian, usahawantani dalam aspek pelaksanaan dan Jabatan Pertanian sebagai koordinator pembangunan dalam membangunkan kawasan pertanian.
Menerusi Insentif Sekuriti Makanan pulak, ianya merangkumi tanaman makanan seperti buahan, sayuran, tanaman ladang dan herba. Insentif ini adalah meliputi bantuan naik taraf infrastruktur ladang seperti pemasangan sistem pengairan fertigasi serta bekalan input pertanian seperti baja, racun dan benih tanaman. Manakala, bagi industri asas tani pula, industri pemprosesan makanan di tambah nilai produk pengeluaran dengan insentif melalui skop naik taraf bengkel dan bekalan peralatan proses, proses makanan. Ini adalah antara usaha dan jugak tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk kawasan pertanian di Johol. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Pengerusi, Dato’ Yang Dipertua, sedikit soalan tambahan ya. Untuk makluman saya amat berharap Yang Berhormat Exco Kanan ya, berkaitan dengan pertanian ini. Dia sebenarnya selari jugak dengan soalan daripada Sungai Lui berkaitan dengan pembangunan kawasan luar bandar kerana pembangunan kawasan luar bandar dia boleh katakan seiring jugak dengan pembangunan pertanian. Dan harapan saya, agar pihak pertanian ya, supaya tidak lagi orang kata tu, perancangan yang terlalu bersifat konservatif kan. Sekarang ini kita perlu ke arah yang sesuatu yang lebih moden. Dan saya faham Exco Kanan pun selalu melawat ke negeri China melihat kawasan-kawasan yang pertaniannya yang lebih orang kata tu, lebih lebih advance daripada kawasan kita. Selalu ke Eropah, tengok di Perancis dan sebagainya.
Jadi saya rasa dalam keadaan pertanian kita ini kita tidak lagi terlalu konservatif punya konsep kan. Contohnya kawasan saya di Johol ini adalah kawasan pusat pertanian, tetapi pada penggal-penggal saya dapat peruntukan untuk membaik pulih, sampai sekarang tidak ditunggu, maksudnya tidak digunakan untuk aktiviti. Jadi saya amat berharap ya, kaedah pertanian atau perancangan ini biarlah yang lebih orang kata tu, bersistematik ataupun lebih advance daripada apa yang telah kita jalankan sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.
Dato’ Yang Dipertua, saya nak betulkan ADUN Johol. Saya baru sekali ya pergi ke China, bukan selalu. Ini mengurangkan markah saya. Yang Amat Berhormat dengar je tu. Baru sekali je. Tapi sekali pergi tu, Dato’ Yang Dipertua, membawa agenda pelaburan untuk Negeri Sembilan, dan untuk makluman Johol, kerana itu saya bawak Exco Digital. Ada orang tanya, kenapa Exco Digital pergi ikut ke China ni, yang pertanian apo kono mengono, kata dia. Exco Digital ni, kerana itu kita lan, lan, pergi lawat syarikat Inspurs yang berkaitan dengan data bank, teknologi terkini di dalam aplikasi untuk pertanian, Dato’ Yang Dipertua. Haa itu yang kita nak aplikasikan di Negeri Sembilan ni. Sekali tu je pergi Johol. Belum lagi yang kedua ni. Yang ke Chino, yang ke China pulak, yang ke China tu, tulah tugas saya.
Jadi kerana itu, Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucap terima kasih semua ADUN di Negeri Sembilan ni kerana minat dia kepada aktiviti pertanian saya tengok luar biasa, bertambah dari semasa ke semasa. Dan saya harap tidak akan ada lagi tanah kosong di kawasan DUN yang kesemuanya mesti di digunakan sebagai melakukan aktiviti pertanian. Dan insya-Allah aktiviti pertanian ini akan dilakukan naik taraf dari semasa ke semasa dengan menggunakan teknologi terkini, insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Lain kali bawaklah ADUN Johol. Okey ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan bertulis.
Rang Undang-UndangBill
[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024]
Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024. Saya ingatkan ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas, saya hadkan masa 15 minit ya, untuk berbahas usul ini. Saya akan beri peringatan sebelum tu. Saya akan hadkan masa betul-betul kali ini ya. saya jemput Yang Berhormat Seremban Jaya.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, Salam Bersih, Muafakat, Sejahtera. Salam Bersih, Muafakat, sejahtera konsep Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Aminuddin. Konsep ini banyak bagus. Lagi satu, Malaysia Madani, prinsip Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia; Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Prinsip itu pun banyak bagus, rakyat banyak suka. Okey.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua, Belanjawan Negeri Sembilan 2025. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan; Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun merangkap ADUN Sikamat dan Ahli Parlimen Port Dickson, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan. Ahli-ahli Exco semua banyak rajin, banyak kuat, saya mahu terima kasih Exco-Exco. 2 kali, 3 kali, banyak kali terima kasih Exco Kanan.
Ada janji ka?
Pasal baru-baru …..
Pergi China.
Baru-baru Exco Kanan yang beritahu, Exco Digital sudah ikut. Backbencher ada 2 orang, banyak tapi 2 Pengerusi.
Satu Johol, satu saya. Tapi ada peluang kalu, Exco-Exco ada pergi luar negara, bolehlah kita ada senang kita pun boleh ikut. Okey. Kita pun boleh belajar sambil kerja, belajar. Okey.
Dato’ Setiausaha Negeri Sembilan, Dato’ Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri; Dato’ Mohd. Khidir atas usaha bersama merancang dan bekerja membentangkan belanjawan di bawah Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Madani untuk rakyat Negeri Sembilan. Memang Dato’ dan pegawai-pegawai rajin. Satu ekonomi yang baik, satu belanjawan yang baik. Ringgit Malaysia 590.0 juta. Itu kira satu rancangan yang baiklah. Belanjawan 2025 Negeri Sembilan yang berjumlah Ringgit Malaysia 590.0 juta terus menunjukkan peningkatkan berbanding dua, pu.. aa.. RM, Ringgit Malaysia 555.0 bagi tahun 2024. Tema Belanjawan 2025 ialah “Bersama Membina Negeri Madani”.
Belanjawan kali ini adalah belanjawan berimbang di mana belanjawan pada tahun ini melibatkan 19 teras, sorry, 9 Teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan yang berjumlah Ringgit Malaysia 96.2 juta bagi melaksanakan 66 inisiatif bagi 23 inisiatif baru dan 43 inisiatif sedia ada dan Skim Sejahtera Rakyat berjumlah Ringgit Malaysia 29.75 juta yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak Ringgit Malaysia 125.9 juta. Antara 9 Teras tersebut adalah Kemampanan Ekonomi Rakyat – 1; Keterjaminan Makanan – nombor 2; Pendidikan – nombor 3; Memperkasakan Komuniti – nombor 4; kerohainian, Kerohanian Dan Agama – nombor 5; Pemerkasaan Wanita, Belia Dan Sukan – 6; 7 – Pelancongan, Adat Dan Budaya. Itu pun ada chance boleh ikut. Boleh ikut luar negara.
Baca betul-betullah.
Saya punya cikgu sebelah, okey. Kelestarian alam sekitar dan kebajikan dan kesihatan. Ini kira antara 9 Teras, memang bagus. Dato’ Yang Dipertua, Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Rafizi bin Ramli; Menteri Ekonomi adalah satu platform yang sangat berharga untuk memberikan input dan peluang yang sangat berharga hasil dari berbin, perbincangan dan pandangan demi memastikan kejayaan pembangunan Negeri Sembilan dicapai dan dilaksanakan tepat pada masa.
Dato’ Yang Dipertua, saya berharap agar pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dan Sesi Libat Urus RMK13 yang mesra rakyat dan pelaksanaan pembangunan dengan kadar segera akan membolehkan kehidupan rakyat terus aman dan sejahtera di bawah
Kerajaan Perpaduan ini dan akan terus membawa sokongan dan kepercayaan untuk terus memerintah pada Kerajaan Pakatan Harapan Madani.
Saya hari tu, Port Dickson, bila Menteri Ekonomi masa tu, Yang Amat Berhormat banyak peruntukan-peruntukan ada mintak Persekutuan. Saya pun mahu doa, mahu sembahyang kuat, bila Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan mintak peruntukan itu, sebelum Pilihan Raya 16, sudah turun, sudah dapat, memang kita boleh lancar, kita boleh buat Negeri Sembilan yang baik, cantik. Lepas Pilihan Raya 16, kita tak payah risau, 36 kerusi, 8 Parlimen, ratus peratus kita menang. Okey. Nanti sebelah tengok sama saya. Okey.
Mencelah, mencelah.
Okey. Dato’ Yang Dipertua, ini kawasan saya haa. Saya ingin membawa beberapa isu di persidangan Dewan kali ini. Antaranya ini mahu ucapan terima kasih kepada Bandaraya Seremban, Majlis Bandaraya Seremban. Banyak lama kita complaint masalah pokok. Tapi sekarang sudah buat cantik. Tepi jalan, dalam taman, semua, sampai kita punyai Dewan, Dewan Undangan Negeri, keliling pun sudah cantik, sudah potong manyak cantik. Saya mahu terima kasih Majlis Bandaraya Seremban dan Kerajaan Negeri Sembilan, Menteri Besar, Exco-Exco. Mesti mahu cakap Exco Kanan, pasal tunggu China. Okey. Memang sudah banyak cantik.
Dewan yang mulia ini kita tak boleh lupa 2018, masa itu saudara Anthony Loke ada bangkit di dalam Dewan mulia ini, pasal kita taman-taman, contoh Bandar Seremban ada taman 60 tahun, ada taman 70 tahun, memang taman-taman itu semua lama punya tamanlah. Ada 50, 40, 30 tahun. Tapi masalah-masalah itu, masalah longkang, masalah jalan, belakang rumah punya kawasan ada masalah jugak. Saya ingat, peruntukan daripada Pusat, RMK13, saya ingat ada turun, kita ada percaya, kita ada doa bukan, ada turun. Tapi boleh kita mahu lihat sikitlah, kita itu semua sudah bersih, memang rakyat happy. Playground kanak-kanak tempat main. Semua sudah buat cantik-cantik. Bila rakyat sudah happy, rakyat tengok apa? Pakatan Harapan Madani. Rakyat baru, sudah nampak. Kita tak payah takut.
BN tak ada ka?
Haa?
BN tak ada?
BN. Madani, BN semua ada. Kita semua adik beradik apa.
Okey, ada. Ada, lulus.
Kita sudah satu tahun kita lawan, sekarang kita rapat apa. Sudah baik. Sekarang banyak kawan baik apa.
Takda BN, takda pergi China punya haa.
Ada, itu mesti ada, ada chance, itu saya beritahulah. Tapi saya mahu terima kasih MBS (Majlis Bandaraya Seremban), memang satu tanggungjawab yang besar sebab PBT, bila saya selalu saya berbangkit dalam Dewan Undangan Negeri, Dewan yang mulia, kita pergi kedai kopi, kedai penjaja, memang dia orang start terus cakap, sudah nampak sama ADUN, cakap apa, aiyo saya punya rumah belakang longkang sudah pecah, sudah runtuh, lu tak mahu mari tengok ka? Hei, Guna. Dia tak ada panggil YB. Hei, Guna mari tengoklah, banyak susah oo, itu air semua sangkut, saya punya auntie saya punya rumah runtuh. Okey okey kita mari. Pasal ini biasa, dia orang boleh cakap. Itu masalah dia.
Lagi satu masalah banjir-banjir punya tempatlah. Tadi Exco Kanan yang beritahu, hujan yang lebat, hujan banyak turun, kita tak boleh buat apa-apa. Tapi lebih kurang punya tempat ada masalah, kita sudah buat cantik-cantik, mereka pun happy lah, pengundi-pengundi tu happy, penduduk-penduduk tu happy. Sebab itu saya ada mohon ini kira PBT.
Okey. Lagi satu kira ni penting punya. Dewan MBS, memang dewan MBS harga itu patut. Bila, bila ada kahwin, ada apa-apa aktiviti kenduri, dia orang sudah booking. Bila sudah booking haa, last minute Majlis Bandaraya Seremban boleh cancel, boleh cancel. Itu masalah banyak orang ada bagitahu sama saya. Satu dewan yang cantik, dewan yang baik, sekarang kita mahu pergi satu dewan private punya kita mahu sewa sampai 18,000.00 – 20,000.00. Tapi kita tengok B40, orang yang susah, dia boleh angkat dewan itu, tapi boleh kita bila mereka sudah booking, tak mahu kasi batal. Kita kasi peluang sama mereka. Pasal ini satu masalah selalu kita dengar, satu.
Lagi satu, kawasan saya ada satu dewan MBS, banyak cantik. Saya baru-baru saya punya anak kahwin, saya pakai itu dewan. Orang luar mari, tengok, dia orang cakap ini dewan banyak cantiklah, banyak cantik, banyak bagus, semua cantik. Tapi ada 2 masalah. Satu masalah itu dewan satu giant fan, giant fan, pasal itu fan semua kecik-kecik ada panas sikit. Saya rayu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri
Sembilan, kita tak payah tunggu RMK13, kita boleh, boleh, pasal peruntukan 20,000.00 jugak, giant fan. Okey, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Okey, terima kasih. Itu satu. Lagi satu, luar, itu jalan ada, ada jalan lebar, tara, sudah lulus, sudah, terima kasih, terima kasih. Itu jalan besar, kira jalan besar ada lagi tempat boleh kalu, kasi itu tempat kasi besar, itu kereta semua boleh parking senang. Ada tempat sana. Haa itu 2 masalah. 2 masalah itu, itu saya haraplah saya, pasal kita punya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan orang yang baik, apa yang janji mesti tunai. Itu saya hormat. Pasal saya sendiri 2018 sampai sekarang saya sendiri, saya punya masalah, saya punya problem ada apa pun, saya pergi cari, mesti selesai. Mesti selesai. Itu saya terima kasih. Itu, tepuk sikitlah, ini pun tak boleh ke? Nanti lain kalu lu orang cari, lu orang mahu, dapat tolong apa. Haa tepuk. Ini kipas. Di sebelah saya …..
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Lagi 10 minit.
2 minit.
Tak mahu, tak mahu, tak mahu. Tak mahu, tak mahu. Dato’ Yang Dipertua, lagi, tak mahu 10 minit. 9 minit setengah cukup. Tak mahu 10 minit. Okey Dato’ Yang Dipertua. Haa itu. Lagi ada ada, satu point nanti, lagi sikit juga, bukan banyak banyak. Saya pun tahu Dato’ Dipertua satu orang duduk banyak susah. Saya ada faham. Saya ada faham.
Ini memang Yang Amat Berhormat, Exco-Exco, Exco Tempatan, ini satu masalah penting. Kawasan itu bukan kawasan saya, kawasan jiran sebelah saya. Kita punya Haji DUN Paroi. Tapi pengundi-pengundi tu satu Seremban keliling dia ada sana, Batu 4½ light industry memang ini masalah, bila saya masih pembangkang, masa itu saya selalu ada bangkit ini masalah, itu masa itu yang yang yang Yang Berhormat Dato’ Seri Tok Mat dia janji dia sudah buat sebahagian Sungai Simen. Lagi sebahagian juga ada. Itu sebelah Sungai Simen, itu tempat sudah rendah. Itu patut itu industri punya air boleh keluar sana. Tapi dia orang sudah sampai tengah-tengah sudah Sungai Simen, lepas tu tak ada buat, itu sungai sudah bukit, sudah tinggi. Ini kira industri punya longkang sudah rendah. Bila waktu hujan, air tendang balik, itu air tak boleh keluar. Lebih kurang ada 18 kedai ada masalah, selalu dia orang ada panggil. Saya, ada panggil sama saya, pasal dia orang pun baru, ni sebelah saya, ADUN Paroi baru bukan, dia belum turun itu kawasan. Satu hari saya senang nanti saya panggil sama dia. Dia pun belum, nanti sabar sabar. Kira sebab itu saya mintak tolong, mintak rayu itu satu
sudah, sebahagian sudah buat, itu masalah banjir sudah settle. Itu jugak saya tanya.
Lagi satu saya harap ini masalah-masalah kecik, kita semua sudah buat, Majlis Tempatan punya, saya ingat rakyat happy, ADUN-ADUN pun happy lah. Lagi satu jugak …..
Soalan, soalan.
Haa boleh.
Bagi soalan.
Boleh boleh boleh, bangun bangun.
Terima kasih Guna. Saya yang bagi soalan kat dia tadi tu. Dia pergi soalan ke Dewan. Terima kasih Guna. Okey, alhamdulillah. Mungkin satu lagi soalan pada YB Guna ya, mungkin soalan tu dah tujukan kepada Yang Berhormat untuk tindakan ya. Light industry ya, Batu 4½ Jalan Tampin – Seremban, saya rasa benda tu kena ambil perhatianlah. Yang kedua, tentang masalah pokok ni. Yang pertama soalan tadi ya. Saya berjiran dengan Guna, Paroi. Dan kita tahu krisis apa, isu-isu pokok ni isu besar, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ni musim hujan. Banyak banyak, pokok-pokok tinggi di di sekitar Seremban Jaya, Paroi dan jugak Ampangan dah di maintain mungkin dalam 50% tetapi banyak lagi yang belum dibuat maintenance ya, paroi, senawang, ana, saya rasa …..
Yang Berhormat.
….. untuk tindakan.
Yang Berhormat. Nanti Yang Berhormat akan berucap. Bawak perkara tu. Benda ni Yang Berhormat nak ulaskan …..
Saya dah berucap pun semalam.
….. Seremban Jaya. Saya ingat dia benda, dia …..
Hari ini saya bagi soalan kepada Guna untuk untuk apa, ambil soalan, soalan saya.
Okey okey okey.
YB Guna, YB, YB Seremban, masa dah tamat.
Saya tara, sebab kita backbencher. Pengerusi pengerusi ada ada, Dato’ Dipertua …..
Sebab tu saya kata jaga masa betul-betul. Jangan kita …..
Yang Berhormat Dato’ Dipertua, 3 point penting sikit saja, saya short juga cakap. Satu medical card …..
2 minit, 2 mint.
Medical card haa, dulu, first kita, kali pertama kita ada medical card …..
Kalau backbencher …..
….. masa tu Speaker dia sudah sakit, masa tu saya tak sakit. Dia sakit kencing manis, darah tinggi, tak boleh dapat. Semua tak boleh dapat. Tapi sekarang saya tak apa, saya memang kencing manis, darah tinggi, saya tak apa, saya tak dapat pun tak apa. Saya tengok young generation muda-muda ada sini. Muda-muda ada sini. Boleh kalu kasi satu medical card. Satu.
Lagi satu ini kira, saya mahu short, saya pun tak mahu baca, ini sukan, sukan haa. Exco Sukan saya mahu terima kasih. Exco Sukan ada beri sama saya 10,000.00, kira 10,000.00 kira projek, saya ada kira 3 padang, ada, ada taruk lebih kurang ubah suai simen, cat, wiring, banyak cantik. Serupa macam itu, saya, lebih lagi Exco Sukan sudah keluar. Tapi saya mahu rayulah, boleh 6 bulan satu kali, ada beri macam itu, kita lagi banyak boleh buat. Satu.
Saya ingat lagi satu point jugak itu saya mahu tanya Yang Amat Berhormat, saya baru-baru Deepavali open house, itu pemandu-pemandu teksi Melayu, Cina, India semua ada, saya ada pergi, dia ada jemput sama saya, saya pergi, dia orang punya masalah ada beritahu. Sekarang dia orang pemandu teksi satu bulan 1,500.00 mahu dapat pun banyak susah. Sekarang pasal bas, itu macam-macam punya kereta sewa sudah ada. Dia orang banyak susah. Saya cakap, masa tu saya janji, okey satu persatuan satu orang, you orang 4 persatuan ada, nanti saya tanya MB punya dekat. MB cakap okey kita jumpa, boleh kalu, saya panggil itu 4 orang, kita boleh tanya dia punya masalah macam mana. Tapi ini bukan masalah negeri, ni masalah Persekutuan. Tapi pengundi-pengundi tu Negeri Sembilan. Itu satulah. Last. Itu satu point juga. Tapi
saya mintak MB lah, boleh kalu, satu hari kita panggil sama dia orang, bincang. Itu jugak.
Lagi satu, bukan, apa pun tadak, sudah okey. Semua okey. Lancar. Tapi Dato’ Speaker, saya pun tahu Dato’ Speaker, hari ini tak tahu sampai pukul 4:00, saya ingat berhentilah. Dato’ Speaker pun letih, besok boleh sambung. Okey. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Exco-Exco Negeri Sembilan, Yang Amat Berhormat, YB-YB dan belakang, jabatan-jabatan, terima kasih. Okey, thank you, thank you, xie xie ni, nandre, wanakam. Saya sokong bajet belanjawan. Okey.
Okey, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Lui.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Seri Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat ahli Exco, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan dan kakitangan kerajaan serta para pemerhati yang saya muliakan. Dalam Dewan yang mulia ini, Sungai Lui ingin turut serta dalam membahaskan Belanjawan Negeri, Negeri Sembilan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar Negeri Sembilan pada 22 November ‘24 pada Mesyuarat Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15.
Saya menyatakan penghargaan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar atas kesungguhannya membentangkan Belanjawan Negeri 2025 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” dengan 9 Bidang Tumpuan yang meliputi 66 inisiatif iaitu pertambahan sebanyak 23 inisiatif baru daripada tahun lepas. Umum mengetahui bahawa ini adalah merupakan belanjawan kedua oleh keraja, keraja, oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang dianggotai, yang dianggotai oleh Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional dengan mengguna pakai pendekatan pengurusan kewangan madani berdasarkan kepada Pelan Pengurusan Kewangan Madani 2025 – 2030 yang telah diluluskan oleh ahli, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.
Pencapaian kerajaan ketika ini adalah hasil daripada dokongan dan juga kerjasama yang kuat dari kedua-dua belah pihak. Dan sesungguhnya Barisan Nasional akan terus komited dan juga memberi sokongan kepada kerajaan ini selagi mana kedua-dua belah pihak bertanggungjawab bersama dalam mengukuhkan perpaduan dan juga
mempertahankan hak dan jugak kebajikan rakyat khususnya di Negeri Sembilan tanpa rasa prejudis antara satu sama lain.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di dalam menjalani kehidupan seharian, sudah pastinyalah peningkatan kos sara hidup sedikit sebanyak membebankan rakyat kebanyakannya. Justeru itu, inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan meneruskan program Negeri Sembilan Prihatin adalah amat bersesuaian untuk mereka yang men, untuk mereka mendapatkan barang barangan keperluan asas dengan kadar harga yang murah serta berpatutan. Sungai Lui mencadangkan agar program ini ditambah baik dengan menambah jumlah kuantiti barangan keperluan tersebut tatkala ianya dilaksanakan mengikut kesesuaian sesuatu tempat ataupun kawasan. Barangan seperti beras, minyak masak dan telur hendaklah ditambah 30% lagi dari, daripada kuantiti yang telah ditetapkan semasa kini memandangkan apabila program ini dimulakan jam 8:30 menjelang 9:15 pagi ianya telah kehabisan. Ada di antara mereka yang hadir sekitar jam tersebut, tidak dapat membeli barangan ini.
Saya nak menyentuh sikit tentang isu felda. Felda ketika ini menuntut kepada sentuhan Kerajaan Negeri secara lebih mendalam memandangkan jumlah komuniti di dalam kawasan felda begitu besar meliputi 49 tanah Rancangan Felda di negeri ini. Pelbagai permasalahan timbul dan agak sukar diselesaikan apabila ianya tiada, tiada melibatkan kerjasama antara semua pihak seolah-olah felda merupakan suatu planet yang lain di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Justeru itu, saya menje, menyokong penuh cadangan serta saran, serta saranan Yang Berhormat Exco Kanan Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus mencadangkan agar FELDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan juga Wilayah semasa perbahasan peringkat kementerian dalam Dewan Rakyat tempoh hari. Terima kasih kepada kerajaan yang mana telah meluluskan kerja-kerja pembangunan infra khususnya longkang di 3 tanah Rancangan Felda di kawasan DUN Sungai Lui iaitu di Lui Timur, Felda Pasoh 2 dan juga Lui Muda melalui bajet RP Ke-4 (Rolling Plan Ke-4) Rancangan Malaysia Ke-12. Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang dan juga pelaksanaannya dilibatkan bersama pemimpin-pemimpin tempatan agar segala maklumat serta informasi berkenaan dapat dijejas, dijelaskan pada masyarakat setempat.
Namun begitu masih banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama yang melibatkan tentang kemudahan awam seperti dewan, dewan orang ramai, balai raya, taman permainan dan lain-lain yang berkeadaan uzur termasuk kemudahan infra yang perlu dinaik taraf
bagi mengatasi masalah banjir dan juga untuk memastikan kesejahteraan masyarakat di kawasan felda.
Dicadangkan jugak, supaya wang daripada MARRIS dan juga KKLW dapat kita gunakan di kawasan felda khususnya. Tatkala ini, masalah membayar penjualan hasil yang tidak konsisten waktunya masih membelenggu para peneroka Felda. Pembayaran siap kerja kontraktor yang menguruskan hasil kebun juga acap kali mengalami kelewatan sehingga menjangkau 3 bulan. Perkara-perkara seperti pewarisan masih banyak lagi yang tidak, yang tertangguh serta tergendala sehinggakan ada sesetengah waris masih tidak mendapat penjualan hasil atau gaji selama 9 bulan ketika saya menyuarakan masalah ini.
Menyentuh mengenai lot perumahan generasi baru, saya menuntut penjelasan daripada kerajaan, sejauh perkembangan dan juga pelaksanaan program ini. Kalau boleh, kita selesaikan untuk tempoh penggal ini, insya-Allah. Terima kasih kepada Exco Kanan yang juga yang menjaga hal ehwal felda yang telah menunjukkan terowong di hujung jalan iaitu untuk kita menyelesaikan masalah PGBF khususnya di Pasoh 2 dan juga 3. Saya mencadangkan jika ianya tidak menjadi kesalahan, supaya diwujudkan jawatankuasa khas bagi menangani serta mencari jalan penyelesaian terhadap segala bentuk permasalahan yang wujud di dalam felda terutama di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam belen, belanjawan ini juga dinyatakan peruntukan secara one-off sebanyak 5,000.00 ringgit kepada setiap Pusat Pemulihan Dalam Komunti ataupun PDK. Alhamdulillah, kerajaan cakna kepada golongan istimewa ini. Namun saya mengharapkan juga kerajaan menubuhkan akaun Amanah menye, penyelenggaraan PDK sepertimana ianya di, ianya ditubuhkan untuk menyeng, menyeng, menyelenggara sekolah lantaran kesukaran untuk mendapatkan bajet apabila pusat pemulihan ini ditimpa bencana. Ianya berlaku di kawasan saya apabila dimajukan ke Pejabat Daerah – di luar bidang kuasa mereka. Kepada JKM – tiada bajet itu. Dan juga kepada FELDA – itu bukan bangunan kawalan seliaan mereka. Untuk itu, marilah kita sama-sama lihat keadaan serta serta perjalanan pusat PDK ini ianya wujud untuk service kepada orang-orang yang istimewa, maka ianya juga menuntut satu tindakan yang istimewa daripada kita.
Saya nak menyentuh sikit tentang masyarakat orang Asli. Apabila menyentuh berkenaan tentang masyarakat orang Asli, secara tidak langsung pasti ianya terkait dengan soal pertanian. Pertanian sudah begitu sebati dalam jiwa masyarakat orang Asli. Ini kehidupan mereka sejak dulu. Jika kita mahu bantu ekonomi mereka, kita perkasakan soal pertanian. Insya-Allah taraf hidup mereka akan lebih baik. Akan tetapi
ada sesetengah kawasan orang Asli ini tidak dihubungkan dengan jalan pertanian yang baik sehingga mereka tidak dapat mengeluarkan hasil pertanian mereka. Tidak guna kalau mereka bertani tetapi mereka tidak dapat keuntungan yang semaksima mungkin dariapda hasil pertanian mereka. kekurangan aksis, akses jalan sering dijadikan alasan oleh peraih yang mengambil kesempatan membayar harga rendah ketika membeli hasil jualan mereka termasuk getah dan juga buah-buahan dan sebagainya. Saya merasakan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang ada pada hari ini perlu memberikan keutamaan kepada akses jalan yang berkualiti bagi menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani kos sara hidup di kalangan masyarakat orang Asli.
Bercakap soal saudara baru di kalangan masyarakat orang Asli, saya melihat Jabatan Agama dan jugak JAKOA perlu menambah baik tatacara pengurusan saudara baru di kalangan masyarakat orang Asli. Keperluan adalah untuk kita sentiasa membimbing dan juga peman, memantau dan konsistem daripada pihak berwajib kepada saudara-saudara baru ini.
Saya nak menyentuh sikit tentang pendidikan. Kerajaan Perpaduan melihat betapa pentingnya ilmu dan juga pendidikan dalam dalam membentuk generasi yang akan datang. Maka sejumlah peruntukan dilaksanakan bagi meneruskan momentum kecemerlangan anak-anak Negeri Sembilan di masa hadapan. Namun, dalam masa itu kerajaan kena juga memikirkan sekolah-sekolah luar bandar yang mana kekurangan murid adalah perkara yang membimbangkan. Banyak bangunan yang tidak digunakan dan juga terbiar begitu saja. Kos penyelenggaraan juga perlu dikeluarkan kerajaan walaupun ianya tidak diguna pakai. Contohnya Sekolah Magnet SMK Pasoh 2, adalah satu sekolah yang saya maksudkan untuk memastikan perkara ini diatasi, Sungai Lui mencadangkan agar kerajaan melalui pelbagai agensi memikirkan agar jalan pertanian sejauh 8.1 kilometer yang menghubungkan antara Felda Pasoh 2 dan juga Felda Pasoh 1 dan juga 4, dapat dinaik taraf dan dijadikan jalan pintasan untuk ke SMK Felda Pasoh 2. Anak-anak yang berada di kedua-dua tanah Rancangan Felda tersebut boleh memilih terus untuk bersekolah di Sekolah Magnet Felda Pasoh 2 tanpa terlajak jauh untuk ke SMK Teriang Hilir, Simpang Hilir dengan anggaran jarak 27 kilometer. Jalan ini juga akan dapat memudahkan penghantaran hasil ladang ke kilang sawit Felda Pasoh 1.
Kerajaan juga perlu melihat berkaitan pendidikan di kalangan masyarakat orang Asli. Program khusus bagi memberi kefahaman dan juga keperluan mereka menghadiri sesi persekolahan. Libat urus di kalangan jabatan juga pihak yang berwajib hendaklah dilaksanakan
dengan lebih kerap supaya anak-anak ini akan dapat menghabiskan persekolahan arus perdana mereka daripada tadika hingga ke Tingkatan 5.
Beberapa inisiatif diperkenalkan terhadap pendidikan kelas al-Quran dan juga Fardu Ain (KAFA) demi menjamin kelangsungan tenaga pengajar dan juga syllibus tersebut. Kelas KAFA ini terbahagi kepada 2 premis iaitu dilaksanakan di sekolah kebangsaan dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan dan juga Sekolah Agama Rakyat. Namun, dilihat kepada keadaan semasa Sekolah Agama Rakyat ini menuntut juga kerajaan untuk menaik taraf bangunan serta fasiliti yang ada dan diguna pakai sekarang ini. Sebagai contoh kerusi, meja, papan hitam dan juga kelengkapan lain yang sesuai dengan kaedah pembelajaran masa kini. Untuk pengetahuan yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Sungai Lui mempunyai 3 buah Sekolah Agama Rakyat yang masih beroperasi iaitu Sekolah Agama Rakyat Felda Pasoh 2, Sekolah Agama Rakyat Felda Lui Selatan dan juga Lui Timur.
Yang Berhormat Dato’ yang yang Yang Dipertua, pencerobohan tanah-tanah kerajaan serta hutan sering men, berlaku di kawasan-kawasan melibatkan sempadan negeri. Kerajaan menanggung kerugian daripada hasil melalui cukai dan juga premium tanah tersebut. Saya berharap perkara serta, perkara serta situasi ini mendapat perhatian yang serius daripada Pentadbir Tanah walau, mahupun Jabatan Perhutanan terutama sekali di kawasan sempadan antara Sungai Lui dan juga Kemayan pada ketika ini. Sungai Lui mencadangkan agar penjadualan untuk para penguatkuasa melakukan tinjauan serta intipan dan juga pemerhatian secara lebih kerap terhadap kawasan-kawasan yang yang dikenal pasti sebagai kawasan panas. Tindakan ini, tindakan lebih tegas perlu dikenakan kepada peneroka, penerokaan haram ini agar ianya menjadi tauladan kepada mereka yang lain. Kawasan-kawasan teroka haram yang telah dirampas hendaklah dijadikan satu instrumen untuk memberi peluang ekonomi kepada mereka yang berupaya serta layak melalui verifikasi yang ketat daripada pihak kerajaan.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kerajaan hari ini, telekomunikasi merupakan satu elemen penting yang mana ianya digunakan untuk mengeratkan hubungan tali silaturahim di samping mempercepatkan urusan kita seharian. Segala maklumat seluruh dunia dapat kita perolehi manakala pengurusan kewangan akan dapat dilakukan dengan lebih, lebih efisien di negara ini. Pentadbiran ini, dan juga pengurusan negeri dapat diuruskan dengan lebih sistematik dan juga teratur. Namun begitu, kawasan-kawasan luar bandar masih lagi tidak dapat menikmati serta mengecapai capaian internet dan juga rangkaian telekomunikasi yang memuaskan.
Pembangunan komuniti merupakan elemen penting bagi pembentukan negeri berdaya tahan dan juga, dan juga berdaya huni. Ianya merupakan, bertujuan memastikan komuniti sejahtera terus diperkasakan bagi membentuk modal sosial yang mantap, kukuh dan menjamin kesejahteraan entiti masyarakat khususnya. Jadi, perlunya saranan komuniti yang inklusif dalam persekitaran yang berkualiti dan juga berdaya huni serta semangat perpaduan di, keterlibatan komuniti yang dipupuk melalui kolaborasi yang efektif. Maka Sentuhan Madani Felda ini amatlah dipersetujui bagi kerajaan menyampaikan serta menyalurkan sebarang bentuk maklumat kepada masyarakat. Keterlibatan semua pihak dalam rangka aktiviti program ini adalah dituntut tanpa sebarang alasan dan juga keuzuran apabila ianya dimulakan. Sungai Lui juga bersetuju dengan cadangan perbahasan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan tempoh hari agar elaun Pengerusi JPKK dan juga JPKKP dinaikkan. Sebegitu juga dengan Setiausaha. Dalam suasana kerja khidmat yang semakin mencabar dan juga rumit, maka cadangan itu hendaklah dapat kelulusan di pihak kementerian dan juga diikuti oleh Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sukan penting untuk kesihatan jasmani dan juga rohani. Serta sukan dapat mengurangkan masalah sosial dan melahirkan generasi masyarakat yang berkualti dan, dan sukan juga mampu mempromosi perpaduan, meningkatkan imej serta industri pelancongan negeri. Sejumlah peruntukan besar disalurkan oleh pihak kerajaan untuk Kejohanan Sukan SUKNES. Ini adalah medan untuk platform pencarian bakat-bakat baru di Negeri Sembilan. Namun perlunya infrastruktur sukan dinaik taraf serta dibaik pulih secara adhoc di setiap kampung khususnya dan saya setujulah seperti pandangan dikekalkan daripada sekarang untuk kita baiki gelanggang-gelanggang sukan tertentu ya, yang …..
Yang Berhormat.
….. dapat kita baiki serta merta.
2 minit je.
Okey. Sabar. Okey. Sudut ekonomi pula, program keusahawan belia yang ada sekarang perlu diperkasakan mengikut kesesuaian masa, pada masa kini. Penubuhan kiosk perniagaan komuniti belia di kawasan yang strategik hendaklah dirangka dan sentuhan kerajaan melalui cadangan pewujudan dana makro kredit seumpana Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi membantu golongan ini berdaya saing arus pemodenan perniagaan tanpa sempadan. Sudut pembangunan pula perlu penambahbaikan
pusat aktiviti belia di samping mereka diperkenalkan sistem pengurusan digital persatuan dan juga dana pentadbiran. Seterusnya memandu mereka mempromosi serta menjenamakan persatuan yang mereka anggotai.
Dato’ Yang Dipertua Dewan ya, saya nak menambah sikitlah. Tadi di kalangan rakan-rakan dah ada menyatakan tentang jawatan Timbalan Speaker dan kita harap supaya jawatan Timbalan Speaker ni akan dapat diisi ya, untuk membantu Speaker di dalam menguruskan Dewan, perjalanan Dewan kita. Dan kalau boleh ya, Timbalan Speaker ni diisi oleh di kalangan Barisan Nasional. Sekian, Lui mohon menyokong.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput.
Boleh? Saya.
Giliran dialah Yang Berhormat Gemas. Lepas tu Yang Berhormat Juasseh.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar, ADUN Pertang selaku Exco Kanan Kerajaan Negeri, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan, puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.
Tuan Yang Dipertua, sebelum saya membentangkan perbahasan saya untuk manafaat bersama rakyat di negeri ini khususnya di DUN Gemas, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar; Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana megumumkan pemberian bantuan khas BKK sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam di negeri ini. Ia merupakan satu petanda yang baik terhadap usaha Kerajaan Negeri dalam menghargai penjawat awam yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran menambah baik mutu perkhidmatan serta nama baik negeri ini. Oleh itu saya juga berharap agar mutu serta khidmat, perkhidmatan ini dapat dilaksanakan di semua DUN tak kira diwakili wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang bagi manafaat dan kesejahteraan bersama rakyat di negeri ini. Bagi saya walaupun di pihak pembangkang, apa yang lebih utama adalah kepentingan rakyat dan saya lihat 9 Bidang Tumpuan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 ini mempunyai skop yang
lebih tepat untuk dinilai keberkesanannya pelaksanaannya di masa hadapan.
Tuan Yang Dipertua, izinkan saya memberikan sedikit hujah dan cadangan dalam pelaksanaan 9 Bidang Tumpuan dalam belanjawan kali ini. Ini adalah perkara yang berlaku di peringkat bawah untuk diambil maklum oleh kerajaan. Bagi Bidang Tumpuan pertama iaitu Kemampanan Ekonomi Rakyat. Kemampanan rakyat tempatan untuk men, berniaga dan bekerja di ruang niaga dan kawasan sekitarnya. Berdasarkan Rang Undang-Undang Kecil semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini, negara ini, tidak dibenarkan mengeluarkan atau membenarkan pemilikan lesen serta permit berniaga kepada warga asing. Tapi hari ini, jika kita pergi ke kedai makan tom yam, ia adalah milikan warga Siam. Jika kita pergi ke kedai runcit, ia dimiliki oleh warga Bangladesh atau Acheh. Jika kita pergi ke kedai perabot atau permaidani, ia dimiliki oleh warga Pakistan atau Asia Tengah. Ada di antara warga asing ini menjalankan perniagaan menggunakan nama pasangan atau penduduk tempatan sebagai Ali Baba bagi menjalankan perniagaan mereka. Ia tidak menyumbang kepada ekonomi negara serta memberi ruang kepada peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Mereka menggajikan keseluruhan pekerja mereka daripada rakan-rakan dari negara mereka. Mereka ini tidak membayar cukai, malah negara kita mendapat dari carian, kehilangan 70.0 bilion setiap tahun dalam bentuk cukai akibat aktiviti ekonomi bayangan ini. Sekarang ini bila kita menghadapi krisis bekalan beras tempatan dan minyak masak, peniaga asing ini hanya menjual bekalan ini hanya kepada pelanggan-pelanggan senegara mereka sahaja. Perkara ini tidak baik kepada rakyat negara kita.
Justeru itu, saya mohon tindakan Majlis Tempatan yang mempunyai undang-undang mewajibkan pemilik, 30% daripada warga tempatan bekerja dalam industri mereka. Jadi memang undang-undang ini sedia ada, cuna, cuma penguatkuasaan berterusan yang mel, perlu dijalankan oleh PBT. Saya mohon, moho, mohon PBT ini menjalankan penguatkuasaan, jemputlah sekali KPDNKK dan Imigresen dalam setiap pemeriksaan ini kerana bidang kuasa ini boleh diselaraskan dan kita dapat membantu negeri kita supaya ruang perniagaan dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dapat kita maksimumkan.
Tuan Yang Dipertua, seterusnya melaui Bidang Tumpuan ke-2 iaitu Keterjaminan Makanan. Jika sebelum ini kita khuatir akan penghasilan beras tempatan, hari ini Gemas ingin menyuarakan mengenai harga yang ditawarkan kepada pengilang kepada pesawah. Alhamdulillah, 2023 sebanyak 150 tan metrik berjaya dihasilkan oleh pesawah di DUN Gemas, di sawah Londah. Dan ia meningkat menjadi 236 tan pada tahun
Januari, tahun ini dengan keluasan 40 hektar tanah sawah padi. Terima kasih kepada Exco Kanan kerana benih padi yang dihasilkan oleh syarikat mengeluarkan hasil padi yang cukup baik. Cuma isu mula berlaku pada musim lalu harga yang ditawarkan adalah 1,600 tan per metrik tapi pada tahun ini, Januari tahun ini, harga telah turun menjadi 1,400 ke 1,500. Tapi, perkara baru mula berlaku apabila pasaran terbuka ada kilang dari negeri se, sebelah kita menawarkan harga dengan 1,750.00 ringgit. Hari ini, padi, hasil padi Negeri Sembilan telah diambil, telah dibawa menjadi beras tempatan negeri sebelah kita, di mana pesawah-pesawah ini lebih tertarik untuk menjual hasil tuaian mereka ke kilang luar Negeri Sembilan kerana perbezaan harga hampir 200.00 ringgit per tan.
Gemas mencadangkan Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Lembaga Pertubuhan Peladang membeli harga padi ini mengikut harga yang sama walaupun kita terpaksa, Kerajaan Negeri terpaksa menanggung sedikit lebihan pembayaran, tapi hasil kuota padi ini menghasilkan beras tempatan dapat dinikmati oleh Negeri Sembilan sendiri. Saya maklum, Kerajaan Negeri mengarahkan untuk petani menjual kepada kilang di Kuala Pilah, tapi harga ditawarkan, Yang Dipertua, agak rendah berbanding harga ditawarkan oleh negeri bersebelahan. Yang kedua, saya mencadang, Gemas mencadangkan agar Negeri Sembilan membekalkan, Kerajaan Negeri membekalkan satu meden, satu mesin mini di mana petani-petani ini boleh menjual sendiri hasil padi mereka secara tradisional iaitu mungkin ada masyarakat sekitar yang boleh membeli dengan harga tempatan yang sama dengan harga pasaran sekarang.
Tuan Yang Dipertua, dalam, itu kita tumpukan pada tumpuan ketiga iaitu Pendidikan. Cadangan ini tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan pada Kerajaan Negeri. Gemas mohon agar Kerajaan Negeri dapat lebih proaktif untuk pelajar-pelajar SPM pada tahun ni. Tahniah kepada Dato’ Seri Menteri Besar kerana Negeri Sembilan berjaya menduduki tangga ke-2 tahun ini. Cuma kita mensasarkan untuk yang akan datang, tahun, pendidikan ini dinilai melalui satu ujian sahaja sekarang ni iaitu SPM. Kita mengharapkan Negeri Sembilan menjadi lembah pendidikan yang cukup hebat. Gemas mencadangkan Kerajaan Negeri dapat berunding dengan syarikat-syarikat besar seperti di Gemas kita ada HeveaBoard, F&N Farm, syarikat-syarikat swasta untuk menaja sekolah-sekolah berhampiran premis perniagaan mereka untuk mengadakan kelas-kelas tuisyen percuma. Di mana elaun guru-guru dan alat bantu mengajar untuk sekolah tersebut ditanggung oleh syarikat-syarikat ini. Semua kos ini ditanggung oleh syarikat-syarikat ini. Idea ini bukanlah idea baru. Di negara seperti Jepun telah dilaksanakan sekian lama. Cuma, jika Pejabat DUN sendiri menjemput
agak sukar mereka datang, yelah tambahan kalau DUN Gemas yang panggil, tak ada siapa nak datang, Dato’ Seri. Tapi jika pejabat Dato’ Seri memanggil, mungkin setakat minum petang, berebut orang nak datang Dato’ Seri. Saya mencadangkan, Gemas mencadangkan untuk pejabat perdana, Pejabat Menteri Besar untuk mengambil tanggungjawab ini untuk mengadakan minum petang dan menerangkan program penajaan ni di setiap daerah, DUN dan Parlimen untuk kita menjadi sebuah lembah pendidikan cukup unggul pada tahun-tahun mendatang.
Tuan Yang Dipertua, seterusnya Bidang Tumpuan Ke-4 ialah Pemerkasaan Komuniti. Jika dilihat terdapat peruntukan baru sebanyak 1.0 juta untuk Program Pencahayaan Kampung. Terima kasih diucapkan Dato’ Seri. Tahun lepas saya menghantar surat permohonan, Dato’ Seri meluluskan 20 batang tiang lampu solar. Seri Menanti jangan cemburu, walaupun dapat 4 saja, tahun ni Menteri Besar akan ganti 20 tu. Untuk tahun ini, saya juga menuntut sebab jalan-jalan yang, terima kasih Dato’ Seri, ada yang cemburu, contoh Lenggeng sabar, ada tu. Terima kasih lagi sekali.
Tapi di sini saya ingin menyentuh bukan pasal lampu jalan Dato’ Seri. Yang, Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga mohon Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian terhadap, terhadap permasalahan penyelenggaraan jalan. Hal ini kerana perkhidmatan syarikat yang dilantik iaitu Syarikat Selia Selenggara dalam menyelenggara kerosakan jalan di sekitar Tampin amat mengecewakan. Hari kita tengok turapan semula atau road pitching dengan izin, yang dibuat kurang berkualiti dan masalah ini sama akan berbangkit semula selepas 6 bulan. Dengan cuaca hari ini Dato’ Speaker, jalan di sepanjang jalan nak masuk ke simpang ke daripada Pasir Besar nak ke Palong tu pun dah berlubang-lubang Dato’, Dato’ Speaker. Hari ini, ada aduan dibuat hampir 2 bulan oleh, melalui sistem SISPAA masih tidak ada tindakan susulan daripada mereka.
Mengenai kerja-kerja pembersihan longkang yang dijalankan oleh Selia Selenggara, amat mengecewakan Tuan Speaker, di mana mereka membuang hasil-hasil buangan ini di kawasan yang sama. Malah di belakang semak, maksudnya 6 kaki daripada jalan besar mereka bersihkan, tapi dibuang di belakang, tidak dibuang di tempat yang sewajarnya. Apabila musim hujan, lebihan kayu ini, lebihan tanah-tanah yang dikorek daripada longkang ini akan turun semula ke longkang. Ibarat kita membuang duit rakyat untuk membayar mereka. Hari ini kita perlu tengok ia sebagai teguran untuk pihak kontraktor ini. Mereka juga mewujudkan satu team yang ke hulu ke hilir, dipanggil Emergency Group Selia dengan kenderaan yang cukup hebat. Tapi tiada nombor hotline untuk rakyat menghubungi mereka. Mereka akan
mencari jika ada permasalahan rakyat, terus kepada pihak berkaitan atau wakil rakyat tempatan. Jadi saya mohon jika pihak Selia Selenggara yang telah lama berada dalam bidang ini, letakkanlah nombor-nombor hotline supaya rakyat boleh menghubungi mereka untuk menyelesaikan masalah-masalah ini seperti dahan-dahan pokok-pokok dan jalan-jalan berlubang ini.
Tuan Yang Dipertua, melalui Bidang Tumpuan ke-5, iaitu Kerohanian Dan Agama. Gemas agar Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan isu berkenaan tapak Masjid Baru Gemas. Saya ada membawa soalan ini pada sidang yang lepas. Saya maklum, tak ada, tak ada sebarang perancangan untuk pembangunan itu. Kami bersabar. Cuma tapak yang sedia ada sekarang, se, zink yang meng, menutup ruang tanah itu telah tanggal, semak, tempat pembuangan sampah. Saya telah menghubungi pejabat, saya menghubungi Pejabat Agama Daerah Tampin berulang kali, jawapan yang sama, kami tiada peruntukan. Dan bulan lepas, masa majlis di hotel yang kita bersama majlis agama, saya menghantar surat rasmi secara byhand dengan izin, melalui, serahan tangan kepada Pengarah. Sehingga hari ini masih tiada tindakan. Mungkin semalam kakitangan saya kata, baru semalam ada orang buat-buat menebas. Hari ini saya nyatakan, saya mohon kepada Dewan yang mulia ini, kepada Yang Amat Berhormat, tolong bantu kami. Ia melibatkan imej Jabatan Agama Islam. Di sana terletak papan tanda menunjukkan itu tanah Jabatan Agama Islam, tapi somak Yang Berhormat. Pagar dah, zink tu sampai ke tongah jalan kalau musim hujan, kalau diterbangkan angin. Mohon untuk menyelesaikan. Kalau cadangan daripada pihak Gemas, jika tidak, tiada perancangan untuk tanah ini, bukalah tawaran kepada syarikat-syarikat untuk pembangunan sementara iaitu contohnya untuk disewakan untuk pertanian, ataupun dijadikan tempat hab parking kenderaan berat di Gemas. Sebab tanah itu terletak di persimpangan Kampung Londah dan berhampiran dengan kawasan perniagaan.
Tuan Yang Dipertua, Dipertua, seterusnya menerusi Bidang Tumpuan ke-6 iaitu Pemerkasaan Wanita, Belia Dan Sukan. Hari ini, Gemas mengharapkan pembinaan Kompleks Sukan Gemas akan siap mengikut tarikh, walaupun tarikh itu dijanjikan telah siap tahun lepas, tapi di soalan lepas, saya pun pernah bertanya kepada ADUN Palong. Untuk makluman ADUN Palong, kontraktor masih kontraktor yang sama, tiada perubahan. Kerja-kerja masih menggunakan 2,3 orang sahaja. Mana mungkin projek yang besar ini dijalankan, dapat disiapkan seperti yang dinyatakan dalam sidang Dewan yang lepas. Sementara itu, saya tertarik dengan peruntukan sebanyak 3.0 juta iaitu Kerajaan Negeri untuk Program Pemerkasaan Infra Sukan. Jika dilihat, saya tak nak masuk dalam kampung, saya ambil satu saja. Di depan Pejabat Daerah
Kecil Gemas ada satu padang futsal, pagar kiri dan kanan pun sudah tak ada, yang, Tuan Yang Dipertua. Kalaulah boleh, bukan kerana saya, demi rakyat, tolonglah YB Exco datang tengok kalau dapat diper, diperkemaskan, dapat dibaiki. Tak banyak belanjo tu Dato’ YB Exco.
Seterusnya saya menjurus kepada Bidang Tumpuan ke-7 iaitu Pelancongan, Adat Dan Budaya. Gemas mohon Kerajaan Negeri dapat melihat perkembangan status produk pelancongan Muzium Keretapi Lama Gemas. Perancangan semasa pembinaan Muzium Keretapi Lama ini adalah sebagai satu tarikan baru pelancongan dengan menyajikan pameran berkaitan kereta api, tempat riadah keluarga, tempat santai dan minum petang atau program-program berkeluarga. Bagaimanapun muzium ini gagal menarik pelancong atau rakyat tempatan untuk menggunakan kemudahan ini. Untuk makluman Tuan Yang Dipertua, untuk makluman yang berhormat, Yang Amat Berhormat, tempat ni hanya ada 2 gerabak saja Yang Amat Berhormat. Tak ada sebarang barang pameran. Ibarat rumah kosong. Kalau rakyat turun pun, atau pelancong turun pun tak tahu apa nak ditengok. Semasa perbincangan awal tidak rasmi pengurusan KTMB memberi maklum balas positif dalam menempatkan barang-barang pameran berkaitan kereta api ini.
Hari ini tempat itu telah diserahkan kepada Majlis Daerah Tampin. Alhamdulillah, Majlis Daerah Tampin. Saya ucap jugak terima kasih kepada Majlis Daerah Tampin, Kerajaan Negeri ada usaha untuk membaiki tandas, membaiki parking, memagar semula, tapi barang pameran terpampang Muzium Keretapi Gemas, tapi kalau Dato’ Seri singgah, Dato’ Seri pun cakap, apo bondo yang ado dalam ni. Jadi hari ini, di Dewan yang mulia ini, saya katakan, kita memerlu bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi pemi, hak milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membantu Majlis Daerah Tampin untuk membekalkan barang-barang pameran. Semalam saya ada memohon jasa baik YB Chennah, merangkap Menteri Pengangkutan untuk meminta pihak RAC meletakkan bahan pameran di lokasi berkenaan sebelum Tahun Melawat Negeri Sembilan pada tahun 2026.
Turut ingin disentuh di sini, apabila ada perjanjian Kerajaan Negeri, apabila kerajaan, RAC ingin membangunkan landasan terdapat perkampung atau taman yang berada di sebelah landasan, pihak KTMB melalui RAC telah me, telah membuat fly over atau jejantas menghubungkan jalan utama dengan taman-taman ini supaya laluan kereta api ini tidak terjejas. Hari ini, terdapat kampung dan taman serta padang golf di Gemas, jika nak lalu perlu melalui fly over yang tidak terurus, jalan yang mendap, semak samun dan lampu tidak menyala. Hari ini sudah terdapat banyak kali kemalangan berlaku di kawasan tersebut. Apabila kami menyuarakan melalui sistem SISPAA kepada
Majlis Daerah Tampin tentang permasalahan ini, jawapan yang diberikan; perkara itu akan dimaklumkan kepada RAC. Saya juga ada menya, menyediakan surat kepada RAC pada bulan 2 tahun ini. Hingga sekarang, pihak RAC tidak membuat apa-apa tindakan untuk memastikan keselamatan penduduk di sekitar untuk yang melalui jalan tersebut.
Yang Berhormat. Ringkaskan.
Baik. Saya mematuhi apa jua yang Tuan Speaker bagitau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Arul; YB Nilai kerana apabila sidang yang lepas, saya menyatakan isu pintu gerbang yang tidak, yang tidak diuruskan dengan baik, berkarat. Hari ini pintu gerbang itu telah dibaiki, telah bercahaya, telah dibersihkan. Cuma YB Nilai bantulah juga di persimpangan yang melibatkan persimpangan ke arah Pantai Timur iaitu persimpangan Pasir Besar dan persimpangan Kem Tentera Gemas. Kalau tuan-tuan tengok, kalau yang, Tuan Speaker tengok, kawasan tersebut, Majlis Daerah Tampin kena ada pegawai landskap yang boleh belajar supaya kawasan tersebut lebih ceria dan pencahayaan lebih baik kerana kawasan tu gelap dan pokok-pokok dia ada pasu takda bunga, apa rupanya Dato’ Speaker.
Seterusnya Tuan Yang Dipertua, Bidang Tumpuan ke-8 iaitu Kelestarian. Gemas mohon Kerajaan Negeri melihat isu penjagaan kualiti air di DUN ini seperti sedia maklum operasi loji rawatan air di Linggi pernah ditutup berikutan masalah kualiti air mentah. Susulan terdapat bau minyak yang tinggi dan pemprosesan air terawat yang terpaksa dihentikan untuk menepati. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang turun padang. Hari ini kena tunjukkan Yang Amat Berhormat bagaimana tindakan Kerajaan Negeri untuk mendenda, paparkan supaya industri-industri atau, sebab kita nampak hanya di media sosial Yang Amat Berhormat turun padang. Tapi syarikat-syarikat ni, apa tindakan kepada mereka. Jika ditamatkan atau dihentikan seketika, bantu kami, kami nak bagitau atau penguatkuasaan agensi-agensi kerajaan seperti Alam Sekitar, berilah notis kepada peringatan awal kepada agensi-agensi, kepada syarikat-syarikat atau di Gemas itu ada syarikat yang menggali pasir Yang Amat Berhormat. Mereka beringat sebelum berlaku. Kalau ibarat di Gemas ini, jika kawasan, kawasan loji rawatan air tak dicemari, ibarat susah saya Yang Berhormat, mohon, ia sama seperti di Port Dickson dahulu.
Yang terakhir mengenai Bidang Tumpuan melibatkan kebajikan dan kesihatan. Tahniah Yang Amat Berhormat apabila pemikiran Yang Berhormat, idea Yang Amat Berhormat untuk pembinaan hospital baru di Seremban seperti yang dibangkitkan Yang Amat Berhormat
berikutan kekurangan katil dan kepadatan pesakit di Hospital Tuanku Jaafar Seremban tempoh hari. Gemas mencadangkan usaha jangka masa pendek, dalam Dewan ini kita ada 4 orang Ahli Parlimen yang berada di Parlimen, apa salahnya jika kita mohon Kerajaan Negeri melalui Kementerian Kesihatan untuk membolehkan rawatan di Hospital Tampin, di Hospital Port Dickson, di Hospital Jelebu dengan menghadirkan pakar-pakar dan yang berkebolehan untuk ditempatkan. Ini kerana apabila, contoh Hospital Tampin. Hospital dia cantik, luas, tapi kepadatan untuk pesakit tidak seperti di Seremban. Kita agihkan sedikit. Hospital Rembau pun sama Yang Amat Berhormat.
Jadi itu yang, saya bangkitan, bangkitkan dalam semua bidang tumpuan. Akhir sekali, saya dengan rakyat berdoa dan tertunggu-tunggu juga berita gembira daripada Kerajaan Negeri. Hari ini saya dan, baru-baru ini saya balik ke Kuala Pilah, kampung saya, ada yang berdoa supaya kerajaan dapat mendapat kelulusan segera daripada Kerajaan Pusat bagi pembinaan Lebuh Raya Seremban – Jempol (LSJ) kerana ia dapat menyelesaikan. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, kalau hujung minggu, daripada orang Jempol, orang Jelebu, orang Jempol orang Kuala Pilah nak ke Seremban kadang-kadang, kalau kenduri kahwin hanya dapek sompek sekali jo Yang Amat Berhormat. Tempoh hari, kalau hari Sabtu lepas, untuk dari Pilah kalau poi kenduri kahwin tak payahlah nak fikir poi kenduri kahwin ke Seremban, Yang Amat Berhormat. Tak sompek.
Jadi itu saja daripada Gemas. Sekian, warah, wassalamualaikum WBT. Tuan Yang Dipertua, saya mohon menyokong Belanjawan Negeri Sembilan 2025. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia Madani, Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Yang Berbahagia Dato’ Yang Dipertua Dewan, pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dengan memberikan kesempatan kepada Juasseh untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan persidangan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat; Menteri Besar Negeri Sembilan di atas pembentangan belanjawan kali ini. Saya percaya belanjawan yang dibentang pada hari Jumaat yang lalu, menunjukkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan Madani Negeri Sembilan bagi meneruskan pembangunan di negeri tercinta ini.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, pembangunan adalah satu proses yang tidak berkesudahan. Hari ini kita selesaikan satu masalah, bukan mustahil untuk timbul masalah yang lain. Jika ada, jika di dalam membuat pembangunan, mungkin 2 atau 3 tahun lagi, perlu diperbaiki atau timbul pembangunan yang baru perlu dibuat. Umpamanya di DUN Juasseh. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, Dato’ SS, Dato’ Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Exco Kanan dan terutamanya pimpinan di daerah Kuala Pilah, Pegawai Daerah Kuala Pilah dan agensi-agensi yang sama membantu pembangunan di dalam DUN saya iaitu DUN Juasseh. Namun demikian, saya masih mengharapkan agensi-agensi Pusat dan negeri membantu mempercepatkan pelbagai perkara yang belum lagi selesai di dalam DUN saya ini.
Yang pertama, isu serius yang sedang dihadapi oleh penduduk di Juasseh berkaitan dengan liputan talian mudah alih dan internet. Untuk YB DUN Linggi. Pada masa ini, sambungan di kawasan ini adalah sangat lemah dan tidak stabil sehingga menjejaskan keupayaan penduduk untuk berkomunikasi, menjalankan urusan harian dan mengakses perkhidmatan di dalam talian dengan berkesan. Keadaan ini memberikan kesan yang lebih ketara kepada golongan pelajar sekolah, pelajar-pelajar universiti dan guru-guru yang menghadapi kekangan serta kesulitan untuk mengakses internet bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran. Dalam era digital ini, talian dan internet merupakan keperluan asas yang amat penting untuk menyokong pendidikan dalam talian, pembelajaran kendiri serta menggunakan bahan pengajaran digital. Kekurangan akses yang baik bukan sahaja menyulitkan mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran malah untuk menjejaskan kualiti pendidikan secara keseluruhan. Kami ingin memaklumkan bahawa isu ini telah pun disuarakan dan ada tindakan hampir setahun yang lalu. Namun sehingga kini masah, masalah itu masih belum selesai dan mendapat perhatian yang sepenuhnya. Kami percaya bahawa pihak MCMC yang sudah dimaklumkan seharusnya mengambil tindakan yang segera untuk menangani isu ini.
Yang kedua, membina semula sebuah jabat, jambatan konkrit di Kampung Beting yang runtuh sebab bencana banjir beberapa bulan yang lalu yang mana kosnya lebih kurang 500 ribu. Kepulau, keperluan jambatan ini amat penting Yang Amat Berhormat Dato’ Seri kerana ia merupakan jalan keluar masuk penduduk-penduduk ke bandar atau pergi ke kebun mereka. Lebih daripada 30 buah isi rumah yang menggunakan jambatan ini. Saya sangat berharap dapat diselesaikan dengan segera memandangkan penduduk-penduduk terpaksa
menggunakan jalan alternatif yang jauh untuk aktiviti-aktiviti harian mereka.
Yang ketiga, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf balai raya– balai raya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Kanan yang telah pun banyak membantu kerja-kerja ini pada tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang perlu diberikan perhatian KKDW di dalam DUN Juasseh. Balai raya–balai raya ini sekarang menjadi tempat-tempat program dan penggunaan semakin hari semakin meningkat kehadirannya oleh masyarakat-masyarakat kampung. Jadi, saya sangat berharap YB Exco Kanan berilah perhatian sedikit dan peruntukan kepada DUN saya ini dan jugak DUN-DUN yang selain, yang lain. Kerana bagi kami penaik taraf dan membaik pulih balai raya ini adalah satu cara kami untuk membuat program-program yang lebih efektif kepada masyarakat di kampung dan di dalam DUN kami.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya ingin menyentuh Bidang Tumpuan Keterjaminan Makanan yang baharu sebanyak 0.50 juta bagi program touch point tanaman buah-buahan. Untuk memastikan kejayaan Bidang Tumpuan ini, kita tidak boleh lari dari bercakap sektor pertanian kerana sektor inilah yang akan menjadi penentu kejayaan dan hasrat kita. Di kawasan saya Juasseh, sepertimana ada yang disentuh oleh Yang Berhormat Exco Kanan semalam, saya ingin memohon untuk diberikan sedikit peruntukan kepada PPK Kuala Pilah untuk tanaman kelapa MYD, bukan kelapa laut Yang Berhormat Exco, kelapa MYD. Saya terangkan sikit kelapa ni apa dia Dato’ Seri ya. Ianya adalah sebuah jenis kelapa yang sangat produktif dan sangat baik. Buahnya bewarna kuning cerah dan airnya sangat manis. Daging kelapa ini sangat lembut. Dan dia boleh menjadi produk seperti santan dan kelapa parut. Pemilik, senang nak buat kuih sopang ya. Jadi pemilik-pemilik tanah adalah ahli Peladang DUN Juasseh yang seluas 40 ekar ini di Kampung Seri Jemapoh. Meraka pun dah bersetuju dan mereka pun dah membuat kerja-kerja awalan untuk menanam tanaman ini. Dengan adanya usaha ini, dapatlah kita memberikan manfaat dan ekonomi yang baru kepada penduduk kampung itu sendiri dan juga kepada pengusaha-pengusaha kuih tempatan di dalam DUN Juasseh dan di daerah Kuala Pilah. Jadi saya amat berharap Yang Berhormat Exco Kanan memberikan sedikit perhatian kepada permohonan saya ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk Bidang Tumpuan AI, saya ingin mengaitkan tentang isu-isu berkaitan dengan hal ehwal KEMAS. Pemodenan kursus-kursus KEMAS dengan menggunakan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) boleh membantu meningkatkan peker, keberkesanan pembelajaran juga melahirkan komuniti yang lebih cekap serta berdaya saing dalam era internet yang pantas ini.
Negara-negara maju kini telah pun menerapkan teknologi AI bukan hanya dalam sektor ekonomi, tetapi jugak dalam pendidikan. Oleh itu, saya cadangkan KEMAS sebagai institusi penting dalam membina kapasiti rakyat di peringkat akar umbi mesti melangkah seiring dengan Negeri Sembilan iaitu sebuah negeri yang sedang berkembang pesat, tidak boleh tertinggal dalam arus digitalisasi dunia. Penggunaan AI dalam pengurusan KEMAS dapat membantu mempertingkatkan kecekapan pentadbiran seperti menjadualkan kursus dan program secara automatik, memantau kehadiran dan prestasi peserta dengan analitik pintar, mengurangkan masa pengurusan manual, membolehkan tenaga KEMAS memberi fokus dan program pembangunan masyarakat. Penerapan AI dalam sillibus kanak-kanak juga perlu dimasukkan dalam pembelajaran kanak-kanak di bawah jagaan KEMAS. Pendidikan awal kanak-kanak yang menekankan literasi digital akan melahirkan generasi muda yang celik teknologi dan berdaya saing.
Saya juga menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Exco Kanan agar jawatan Pegawai KEMAS Daerah (PKD) wujud jawatan ini bukan saja memperkasakan pengurusan KEMAS di peringkat daerah, tetapi juga memberi fokus khusus untuk menambah baik program di kawasan masing-masing. Kita perlukan kepimpinan di peringkat daerah yang dapat menerajui perubahan dan memastikan Negeri Sembilan kekal relevan dalam dunia yang semakin digital ini. Mengurangkan bebas, mengurangkan beban tugas warga kerja KEMAS. Tidak dapat dinafikan ya, bahawa beban tugas warga KEMAS hari ini adalah berat. Kita faham mereka perlu menguruskan program, mendidik kanak-kanak, dalam masa yang sama juga menggunakan memenuhi keperluan komuniti. Oleh itu kita mesti memudahkan beban kerja mereka melalui sistem digital yang lebih cekap seperti pengurusan dokumen secara automatik, memberikan latihan berterusan kepada warga kerja KEMAS untuk memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran teknologi masa kini. Dengan sokongan ini, warga KEMAS boleh terus fokus kepada tugas-tugas utama mereka untuk membangunkan dan memperkasakan rakyat.
Di kesempatan ini juga, Juasseh ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, dengan adanya usaha baharu sebanyak 0., sebanyak 10.50 juta dengan, 0.56 juta terutamanya dalam Bidang Tumpuan Kerohanian Dan Agama. Dalam masyarakat dapat diperkukuhkan dengan langkah-langkah yang menyokong para penjawat di dalam institusi masjid seperti caruman untuk Bilal dan Siak. Selain usaha itu juga untuk pembangunan masjid-masjid baru di sekitar Negeri Sembilan menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan akses kepada kemudahan ibadah yang lebih baik dan menyeluruh untuk
rakyat. Ini bukan saja menyumbang kepada kemudahan agama, tetapi juga untuk pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat setempat. Dengan adanya dalam usaha ini, ia dapat memperkukuhkan perpaduan, keharmonian dan penghayatan agama dalam kalangan masyarakat sekaligus mencipta suasana yang aman dan sejahtera di Negeri Sembilan.
Juasseh juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah dalam usaha Kerajaan Negeri Sembilan gigih dalam usaha membanteras aktiviti-aktiviti terpesong dari ajaran agama terutamanya dengan tindakan tegas terhadap isu yang baru-baru ini tular. Usaha ini juga jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dan melindungi nilai-nilai agama yang murni dari ancaman ajaran yang salah. Tindakan ini penting untuk memastikan keselamatan rohani rakyat serta menjaga keharmonian masyarakat agar terus hidup dalam lingkungan yang berlandaskan prinsip-prinsip agama yang sebenar. Semoga usaha ini berterusan dengan memberi kesan positif dalam membina masyarakat yang lebih kuat, berdaya saing dan bersatu padu dalam keimanan.
Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh JPKK khususnya kepada JPKK di Juasseh atas pencapaian yang membanggakan sepanjang setahun mereka dilantik. Pelbagai inisiatif dan usaha pembangunan telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan hasilnya sangat memberangsangkan. Program Modal Insan yang dilaksanakan telah memberikan impak positif kepada penduduk setempat. Memperkasakan individu melalui berbagai aktiviti dan kursus yang berguna. Program komuniti ini juga mempereratkan hubungan sesama penduduk, memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama dan memperbaiki kualiti hidup mereka. Segala usaha ini tidak dapat dinafikan adalah hasil dari kerja keras dan komitmen tinggi daripada semua JPKK.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Madani atas pemberian dana sebanyak 100 ribu melalui Program Sejati Madani yang telah diberikan kepada setiap JPKK dan harus dilaksanakan dalam masa 6 bulan ini. Dana tersebut mestilah digunakan dengan penuh tanggungjawab. Cara JPKK merancang, melaksanakan dan memanfaatkan dana ini adalah untuk bertujuan memajukan komuniti mereka. Pemantauan yang lebih teratur dan efisyen harus dibuat oleh Pejabat Daerah. Pembangunan Negeri dan daerah, dan jugak melibatkan Pejabat ADUN. Supaya objektif pemberian ini dapat dilaksanakan dengan baik dan telus. Program-program komuniti bukan berbentuk keuntungan, keupayaan JPKK untuk merancang dan menguruskan dana dengan cekap dan
kreatif ini menunjukkan tahap kematangan dan tanggungjawab mereka dengan menjalankan amanah yang telah diberikan. JPKK adalah aset yang sangat berharga dalam usaha meningkatkan kesejahteraan setiap DUN. Dan kita perlu memastikan mereka dilindungi dari segala cabaran dan mungkin menghalang kemajuan mereka. Saya percaya, dengan sokongan berterusan, JPKK terutamanya di DUN saya akan terus maju berkembang dan menjadi contoh tauladan dalam pembangunan komuniti. Terima kasih di atas segala usaha dan dedikasi yang telah diberikan. Dan tahniah sekali lagi dan saya mengharapkan kita semua terus maju bersama untuk membangunkan negara ini.
Saya nak tutup dah Dato’ Speaker. Sebagai penutup, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” adalah satu langkah strategik dalam memajukan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan. Tema ini bukan sahaja mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh antara rakyat dan kerajaan tetapi juga komitmen kita untuk mencapai kemakmuran yang lebih adil dan inklusif. Dalam kawasan Juasseh, saya melihat belanjawan ini sebagai peluang yang amat berharga dengan pelaksanaan inisiatif pertanian khususnya projek tanaman kelapa dan pengurusan tanah terbiar, kita akan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. Projek ini juga akan memberi peluang kepada penduduk kampung untuk menceburi sektor pertatnian dengan lebih berdaya saing sekaligus, sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi kita.
Justeru itu, sebagai wakil rakyat Juasseh, saya ingin mengajak semua pihak terutamanya penjawat awam, pemimpin-pemimpin masyarakat, JPKK dan komuniti untuk berganding bahu bersama-sama merealisasikan segala inisiatif ini. Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk membina sebuah Negeri Sembilan yang lebih sejahtera, makmur dan mampan. Dalam semangat perpaduan dan kerjasama Kerajaan PH dan Kerajaan BN ini, saya percaya bahawa kita semua dapat menyumbangkan kepada kejayaan besar ini. Dengan sokongan dan penuh daripada kerajaan, rakyat dan semua pihak berkepentingan kita pasti dapat membina sebuah negeri yang lebih maju, berdaya saing dan berharmoni. Dengan itu, saya menyokong penuh Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dan menyeru agar semua usaha ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri kita. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Dewan mesyuarat akan berehat sebentar, dan kita akan sambung perbahasan pada 2:30 ya. Jam 2:30. Jadi, dewan, Mesyuarat Dewan ditangguh.
[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:07 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada jam 2:40 petang]
Ahli-ahli Yang Berhormat kita masih lagi di dalam perbahasan belanjawan. Jadi kita sambung dengan saya menjemput Yang Berhormat Chuah.
Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco Kanan, ahli-ahli Exco, rakan-rakan ADUN, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang berada dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar; Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun atas kejayaan membentangkan Belanjawan 2025 Negeri Sembilan. Belanjawan ini sekali lagi mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri terhadap dasar berteraskan kepentingan rakyat. Belanjawan 2025 yang berjumlah sebanyak Ringgit Malaysia 590.0 juta walaupun bukan satu jumlah yang besar berbanding negeri-negeri lain tetapi kita bukan setakat meneruskan 43 inisiatif sedia ada malah mampu kita tambah lagi 23 inisiatif baru untuk memanfaatkan rakyat Negeri Sembilan. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan mampu mengurus kewangan negeri dengan baik dan cekap.
Dato’ Yang Dipertua, mewakili warga Chuah, ingin saya mengetengahkan berapa isu penting dan cadangan dalam perbahasan saya. Dalam pemerkasaan komuniti, satu program baharu telah ditambah iaitu Program Pencahayaan Kampung. Saya menyambut baik perlaksanaan program ini yang bertujuan meningkatkan kemudahan pencahayaan di kawasan luar bandar sekaligus memperkukuh keselamatan komuniti dan jalan raya. Namun begitu, dalam usaha meningkatkan pencahayaan di kampung, kita tidak boleh mengabaikan keadaan fizikal jalan yang menuju ke kawasan kampung. Sebagai contoh, di Chuah, Jalan Sepang – Lukut sebab, seba apa ni, sebatang jalan Persekutuan yang merupakan laluan utama kenderaan dari luar menuju ke kampung-kampung di Chuah seperti Kampung Baru Site A, Kampung Pachitan, Kampung India dan banyak lagi kampung. Walaupun kemudahan pencahayaan di kampung ditambah, bertambah baik tetapi laluan utama masuk ke kampung masih gelap gelita. Yang lebih membimbangkan, Dato’ Yang Dipertua, sepanjang jalan Sepang – Lukut terdapat banyak simpang yang, ada yang masuk sekolah, masuk ke balai
polis, masuk ke perumahan, masuk ke kuarters yakni pekerja di dalam apa ni, SD Guthrie dan juga terdapat banyak selekoh tajam serta cerun yang pernah terjadi tanah runtuh yang akan membahayakan pengguna jalan raya. Oleh itu saya ingin menyeru pihak Jabatan Kerja Raya iaitu JKR khususnya Unit Elektrik supaya segera menangani isu ini. Penambahan pencahayaan di laluan tersebut sangat penting demi untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, Rumah Harapan Rakyat merupakan satu program yang mendapat sambutan positif daripada rakyat kerana ianya dapat membantu lebih ramai keluarga B40 merealisasikan impian memiliki rumah sendiri. Namun Kerajaan Negeri juga perlu memberi perhatian terhadap isu kekurangan perumahan di kawasan kampung. Saya berharap kerajaan dapat merancang pembesaran kawasan kampung tradisi serta kawasan kampung baru supaya ada kawasan tambahan yang dapat membina lebih banyak Rumah Mampu Milik dan memastikan generasi muda di luar bandar berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Di samping itu, saya berasa terpanggil berhubung skim Program Perumahan Rakyat iaitu PPR di Chuah. Iaitu PPR Tanah Merah yang juga telah dibangkitkan oleh Sri Tanjung semalam. Dato’ Yang Dipertua, projek ataupun skim projek Program Perumahan Rakyat di Tanah Merah sebenarnya sudah lama terbengkalai dan akhirnya telah siap dibina pada tahun lalu. Tetapi disebabkan terdapat bantahan terhadap senarai nama peserta, tawaran PPR tersebut telah diberhentikan dan rumah PPR tersebut telah terbiar lebih setahun. Saya khuatir sekiranya rumah PPR tersebut dibiarkan kosong dalam masa yang lama, sudah tentu akan menyebabkan kecurian barang-barang yang bernilai dan kerosakan kepada struktur rumah-rumah tersebut. Pada masa yang sama pula, ramai peserta yang memerlukan rumah terus menunggu dengan penuh harapan. Oleh itu, saya berharap pihak berkenaan mengambil langkah segera untuk menyele, menyelesaikan masalah ini dan menawarkan rumah-rumah tersebut kepada peserta yang memerlukan.
Dato’ Yang Dipertua, su, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Sukan Negeri Sembilan dan juga Exco Belia Dan Sukan yang telah menghantar satu pasukan berpotensi bagi menyertai Sukan Malaysia ataupun SUKMA 2024 pada bulan Ogos yang lalu. Walaupun Negeri Sembilan hanya mencapai keputusan sederhana tetapi kita telah mengalih, melahirkan seorang atlet wanita cemerlang iaitu Gan Chen Jie yang meraih 7 pingat emas termasuk 2 rekod baharu dan dianugerahkan gelaran Atlet Wanita Terbaik SUKMA 2024. Pencapaian ini membuktikan potensi Negeri Sembilan dalam melahirkan atlet
bertaraf tinggi. Saya percaya pemenang pembangunan sukan negeri harus memberi fokus kepada acara-acara yang mempunyai potensi tinggi untuk memenangi pingat seperti menembak dan sebagainya demi meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam temasya SUKMA akan datang. Bagaimanapun sukan merupakan satu bidang yang memerlukan sumber kewangan yang besar dan dengan peruntukan yang ada dalam bajet sememangnya tidak cukup. Kita boleh lihat di peringkat antarabangsa, negara-negara yang cemerlang dalam bidang sukan sering bergantung kepada kerjasama dengan syarikat swasta di mana penajaan oleh syarikat swasta memainkan peranan penting dalam melahirkan atlet bertaraf dunia. Oleh itu, saya menyeru Majlis Sukan Negeri Sembilan untuk melibatkan lebih banyak syarikat swasta dalam Negeri Sembilan bagi menaja atau mengambil sukan-sukan tertentu sebagai pasukan angkat kepada syarikat mereka. Ini termasuk memanfaatkan sumber tanggungjawab sosial korporat ataupun CSR untuk memacu pembangunan sukan negeri. Sebagai contoh sebuah syarikat terkenal di Negeri Sembilan, saya tak tidak sebut nama syarikat tersebut di Dewan inilah, tapi saya rasa Palong tahu syarikat tu. Syarikat tersebut telah lama menaja pasukan bola keranjang Negeri Sembilan. Dengan adanya sokongan daripada syarikat swasta tersebut Negeri Sembilan telah melahirkan ramai atlet berbakat sukan dalam sukan bola keranjang serta menjadi bola keranjang lelaki Negeri Sembilan sebagai pasukan pertama dalam sejarah Malaysia yang menjuarai Piala Agung ataupun Kejohanan Kebangsaan sebanyak 7 kali berturut-turut. Sementara itu, pasukan bola keranjang wanita Negeri Sembilan pula menjuai, menjuarai kejohanan tersebut sebanyak 4 kali berturut-turut. Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa kerjasama baik antara kerajaan dan swasta mampu meningkatkan pembangunan sukan negeri ke tahap yang lebih tinggi.
Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan kelestarian alam sekitar. Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan sebanyak ringgit Malaysia 1.0 juta pada tahun hadapan untuk kelestarian alam sekitar. Program seperti Kempen Larangan Penggunaan Beg Plastik Sekali Guna, penguatkuasaan dalam hutan simpanan kekal adalah satu langkah yang sangat penting dalam usaha kita memelihara alam sekitar kita. Namun kita juga harus memberikan perhatian yang lebih serius terhadap pengurusan sisa industri terutamanya dengan pembangunan pesat serta industri di Negeri Sembilan. Isu ini berpotensi membawa ancaman besar kepada alam sekitar jika tidak ditangani dengan rapi. Saya ingin bertanya kepada Jabatan Alam Sekitar, buat masa ini adakah kita mempunyai satu mekanisme kawalan yang lengkap untuk mengawasi penggunaan bahan kimia di kilang-kilang seperti kilang-kilang tersebut diwajibkan berdaftar dan juga kuantiti kegunaan, manakah tempat pelupusan dan sebagainya. Dan juga kena mengenal
pasti kilang-kilang yang haram yang tidak berdaftar dan mengambil tindakan yang lebih apa ni, keras terhadap apa ni, kilang-kilang haram tersebut. Sebagai contoh, di Chuah, dalam tempoh setahun ni telah berlaku 3 insiden pembuangan sisa industri berbahaya seperti yang jawapan daripada Exco pagi tadi, di Negeri Sembilan hanya 6 saja insiden sebegini 3 berlaku di Chuah. Maknanya sangat berlakunya sangat ini kejadian yang sangat kerap berlaku di di di Chuah. Kes-kes ini telah menyebabkan pencemaran serius terhadap sungai, tanah dan udara. Malangnya, walaupun siasatan telah dijalankan dalam satu tempoh masa yang panjang tetapi pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. Oleh tu, saya menyeru pihak berkuasa untuk memperketatkan kawalan ke atas pengurusan sisa industri dan mencadangkan kerjasama lebih rapat dengan pihak polis ini adalah kerana berdasarkan pemerhatian aktiviti pembuangan haram ini sering melibatkan kumpulan gengster. Jika isu pembuangan haram ini tidak ditangani dengan tegas ia boleh mengancam kelestarian alam sekitar, kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.
Dato’ Yang Dipertua, tentang isu tanah perkuburan. Isu ini adalah satu perbincangan hangat di Chuah. Dalam sidang Dewan sebelum ini, saya telah membangkitkan isu mendesak, berkaitan kekurangan tanah perkuburan di Chuah termasuk tiga-tiga kaum di Chuah iaitu Melayu, Cina dan India. Keadaan, keadaan menjadi lebih kritikal apabila di perkuburan Cina dan perkuburan India, terdapat kematian yang telah dikebumikan di dalam tanah bersebelahan milik persendirian. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sebelum ini memaklumkan bahawa kekangan bajet antara faktor utama mengha, halangan kepada proses pengambilan tanah tersebut. Oleh itu, saya menggesa Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah segera dengan mendahulukan pengambilan tanah di bahagian yang telah digunakan sebagai tanah kawasan pengebumian ketika ini dan bukan keseluruhan lot tanah yang terlibat. Saya percaya dengan cara ini kos yang diperlukan untuk pengambilan tanah adalah minimum dan berada dalam kemampuan Kerajaan Negeri. Isu ini perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang konflik di masa depan dan memastikan kesejahteraan masyarakat setempat tidak terjejas. Keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menangani perkara ini akan mencerminkan komitmen terhadap keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, setrus, seterusnya tentang perkhidmatan bekalan air. Saya ingin merakamkan penghargaan dan pujian kepada Syarikat Air Negeri Sembilan iaitu SAINS. Ketika kawasan Chuah menghadapi masalah bekalan air sebelum ini, SAINS telah mengambil langkah berkesan memulihkan bekalan air kembali stabil dalam sepanjang 3 bulan yang lalu ini. Dan saya berharap SAINS dapat teruskan, terus
mengekalkan kecekapan dan sikap proaktif ini supaya tidak mengulangi masalah ataupun kelemahan sebelum ini. Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, prestasi SAINS memberi kesan langsung terhadap imej Kerajaan Negeri. Penambahbaikan perkhidmatan bekalan air bukan sahaja meningkatkan keyakinan rakyat tetapi juga menyumbang kepada sokongan terhadap kerajaan. Selain itu peningkatan mutu perkhidmatan oleh SAINS turut berpotensi menjana pendapatan tambahan untuk Kerajaan Negeri. Pendapatan ini boleh digunakan untuk meningkatkan lagi peruntukan belanjawan dan melaksanakan lebih banyak inisiatif demi kesejahteraan rakyat.
Tentang aspirasi perpaduan, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai janji pilihan raya secara berperingkat pada tahun ini, merangkumi manfaat kepada bayi yang baru lahir, pelajar dan belia, mahasiswa, bantuan perkahwinan, serta warga emas. Inisiatif-inisiatif ini telah dapat sambutan yang, dan sokongan yang sangat positif daripada rakyat. Saya mengalu-alukan usaha Kerajaan Negeri dalam meneruskan inisiatif-inisiatif rakyat ini pada tahun hadapan. Langkah ini bukan sahaja dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat tapi juga memperkukuhkan keyakinan dan sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ahli-ahli Exco serta ketua-ketua jabatan dan kakitangan yang, kerajaan terlibat.
Dato’ Yang Dipertua,
Negeri Sembilan harapan gemilang Inisiatif ditambah rakyat terbela Aspirasi perpaduan langkah cemerlang Sejahtera bersama muafakat semua.
Bagi mengakhiri ucapan, saya dengan ini menyokong Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada 22 November 2024. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Saya menjemput Yang Berhormat Lukut.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera, dan Salam Madani, Yang Amat Berhormat Sikamat, Yang Berhormat Exco-Exco, rakan-rakan Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya ingin ucap terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua memberi peluang saya untuk membahas Rang Undang-Undang Pembekalan (2025) pada sidang
Dewan ni. Tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah membentangkan satu belanjawan yang berimbang pada tahun hadapan 2025. Saya tengok dalam pembentangan belanjawan ni dapat nampak Kerajaan Negeri dapat menjaga semua lapisan masyarakat selain menjana hasil Kerajaan Negeri tapi saya nampak kebajikan rakyat, rakyat dapat dijaga dengan baik. Bagi pandangan Lukut, adalah tanggungjawab asas Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan senang, dapat cari rezeki di tanah air yang kita sayangi ini. Kerajaan Negeri kena menyediakan kemudahan ataupun infrastruktur masyarakat dengan secara teratur, terancang dengan baik untuk kegunaan rakyat jelata. Tapi yang amat penting apa-apa kenaikan cukai ataupun fee, dia tidak membebankan hidup kepada rakyat jelata. Dato’ Yang Dipertua, memang tidak dinafikan keadaan ekonomi dunia sekarang yang begitu mencabar ini dan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk, lagi berat lagi untuk memastikan rakyat jelata di Negeri Sembilan dapat menikmati asas kehidupan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Dato’ Yang Dipertua, dan kami nampak, kami rasa Yang Amat Berhormat dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang begitu tungkus lumus mencari peluang pelaburan ke luar negara, dapatkan pelabur, jumpa mereka untuk mencapai nilai pelaburan kepada negeri kita yang kita sayangi. Tapi bagi backbencher, seperti saya dan rakan-rakan seperti yang tadi sebut kita sedia untuk bantu Kerajaan Negeri untuk pergi cari pelabur jugak untuk datang ke Negeri Sembilan. Kita sendiri bayar apa tiket kapal terbang pun tak apa. Kita bantu, tak ada masalah. Janji bawa kita pergi. Boleh? Kan? Kita sama-sama menjana ekonomi untuk negeri. Kita sama-sama untuk naikkan nilai pelaburan yang ada dekat negeri kita. Saya boleh, saya boleh tengok dari tahun 2021 jumlah pelaburan 5.76 bilion naik dari kepada tahun 2022 – 8.9 bilion. Tahun 2023 kita mencapai 10.1 bilion. Tapi kalau kita sama-sama satu backbencher kita pergi bantu Kerajaan Negeri, saya rasa 20.0 bilion tak ada masalah untuk tahun ni ataupun tahun depan. Betul?
Dato’ Yang Dipertua, untuk kita apa-apa inisiatif ataupun kerja-kerja yang kita rancang untuk bantu rakyat, untuk menjana ekonomi negeri, saya rasa kita kena meletakkan satu threshold point untuk anggaran belanja pembangunan. Saya nampak tahun 2023 dalam belanjawan yang dibentangkan, belanja kita, kita unjuran belanjaan belanja kita 550.0 juta. Dia mengambil bahagian 23.6% daripada jumlah perbelanjaan kita. Tahun 2024 sebanyak 25.2% daripada jumlah belanja yang kita unjurkan. Tapi tahun 2025, tahun depan, kita jatuh bali, hanya 22.89% dari sahaja daripada jumlah belanja 590.0 juta. Saya rasa apa yang kita nak rasa, rakyat kita rasa, rakyat boleh nampak, rakyat boleh sentuh ialah belanjawan belanja pembangunan ni. Kita
kena letak satu threshold yang di mana satu ambang, di mana 30% daripada jumlah belanja anggaran belanjawan ni untuk digunakan kepada rakyat supaya rakyat dapat rasa. Saya mohon pada masa depan nanti Kerajaan Negeri bolehlah terima cadangan saya supaya letak 30% sebagai threshold point dengan izin.
Dato’ Yang Dipertua, untuk dalam singkatan ataupun kertas kecil ini, saya nampak tahun lepas kita dalam pemerkasaan belia, wanita dan sukan, kita ada letak 1.5 juta untuk kita memperkasakan wanita dalam negeri, untuk upskill kan wanita kita dalam negeri, untuk memperkasakan wanita kita. Tapi tahun ni saya tak nampak yang 1.5 juta ini tak ada nampaklah dekat dalam apa, kertas kecil ini. Okey. Saya harap okey, supaya kita, wanita kita lebih berdaya saing, supaya wanita kira boleh berkeyakinan semasa berdepan dengan apa, suasana cari kerja yang susah ini, upskill mereka. Kita perlukan wang ini untuk bantu mereka untuk memperkasakan mereka.
Dato’ Yang Dipertua, saya rasa dalam, saya ada semak dengan jawapan bertulis daripada Exco, pembahagian untuk apa, PH GEM ataupun ERAT@Negeri Sembilan, 2 benda ni, saya rasa pembahagian untuk semua DUN perlu diadakan. Saya ada nampak PH GEM pada pada penggunaan pada tahun ini tertumpu pada satu-satu DUN saja. Jumlah keseluruhan hampir 50% kita tumpu pada satu DUN saja. Tapi saya harap pada apa, pada masa akan datang tahun depan, semua DUN boleh dapat. Baik pun PH GEM, baik pun dalam ERAT@Negeri Sembilan. Okey, terima kasih.
Lepas tu, inflasi, Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Tahun lepas kalau saya banding kita ada 8 inisiatif dekat dalam. Tahun ini kita kurang 1. Kita kurang food bank 200K. Saya harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan sebab food bank, food bank ni penting juga untuk kita membantu rakyat B40 dan miskin dekat negeri kita. Masuk balik 200k untuk food bank kita dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan. Okey.
Dan saya menyambut baik Kerajaan Negeri dapat menghargai jugak usaha-usaha penjawat awam negeri dengan memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji kepada penjawat awam kita. Saya nak tahniah, sebab kita menghargai apa jasa yang dicurahkan oleh penjawat awam. Dan saya rasa ini merupakan satu suntikan semangat yang baik kepada penjawat awam kita supaya kita kena bertungkus lumus, bertungkus lumus, kita kena buat kerja lebih, lebih baik pada masa hadapan. Kalau mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Besar kalau dia rasa mungkin tahun depan kalau kita buat dengan baik, 2bulan setengah mungkin boleh dapat ke. Kan? Kita sama-sama. Baik YB, baik
ketua jabatan, baik semua penjawat awam kita sama-sama kita membangunkan Negeri Sembilan yang kita sayangi ini. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin jugak membawa isu-isu dekat kawasan dalam Dewan yang mulia ini. Yang pertama sekali, pada minggu lepas atau 2 minggu lepas, saya ada terima aduan daripada tokong di mana sekian tahun ni mereka ada memohon lesen hiburan, lesen tempat hiburan semasa mereka menjalankan aktiviti tahunan tokong. Mereka ada memohon lesen tempat hiburan di kawasan, di di di MPPD. Tapi tiba-tiba tahun ini bayaran dia, caj dia, naik mendadak. Ada yang dari 95.00 ringgit setahun. Sebelum ini setiap tahun 95.00 ringgit. Tapi tahun ni dia lompat sampai 2,590.00 ringgit. Tapi lepas rayu, cakap balik, rayu, dia turun balik 910.00 ringgit. Ada yang tokong, raya tahun ini, 3, tahun sebelum sebelum ini, 305.00 ringgit sahaja bayaran dekat Chuah, tokong dekat chuah. Tahun ini dikenakan 1,865.00 ringgit. Saya rasa ini YB tak tahu, saya rasa YDP pun tak tahu kot kenaikan harga ini, yang caj pada apa, pemohon-pemohon tokong ini. Saya rasa ini saya telah maklum pada Nilai untuk dibawa, dibincang dekat MMK. Saya ucap terima kasih kepada Nilai dengan mengambil mengambil tindakan yang begitu pantas, telah meluluskan ataupun telah menerima kelulusan dekat MMK supaya pada tahun, tahun depan, semua permohonan dekat tokong, kuil, gereja, NGO yang menjalankan aktiviti sembahyang tahunan ni ataupun dekat-dekat tokong tu disatukan hanya 50.00 ringgit saja. Ini saya kena beri kredit kepada Kerajaan Negeri yang telah mengambil tindakan yang begitu pantas untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih. Okey.
Seterus ni saya ingin juga membawa isu lampu hiasan semasa hari perayaan. Kita faham pada hari perayaan, semua orang rasa nak nak nak merayakan. Pelancong datang ke Port Dickson, okey, kalau pergi sesuatu tempat pelancongan, kita nak tengok lampu-lampu yang hiasan yang begitu cantik. Tapi saya rasa lampu-lampu yang baru-baru ini saya nampak Deepavali dekat Lukut saja hanya gantung berapa biji saja itu apa lampu hiasan untuk Deepavali. Kesian betul. Saya rasa ini adalah penting. Imej pertama, tangkapan pertama pelancong masuk ke sesuatu kawasan pelancongan. Ini imej negeri. Kita perlukan melabur something untuk apa, imej ini. Pelancong datang. Lampu kita buatlah cantik sikit. Letaklah bajet tahun depan lebih sikit untuk pasang lampu. Ini perayaan perayaan rakyat kita. Kita kena bantu untuk mereka untuk memeriahkan lagi betul tak? Okey. Dato’ Yang Dipertua, saya harap tahun depan kita boleh PBT, semua PBT lah, bukan MPPD saja, tapi semua PBT boleh tambah lagi bajet untuk lampu-lampu hiasan untuk hari-hari perayaan kita. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, semalam saja saya ada bincang dengan seorang uncle yang dia tanam pisang. YB, banyak susah sekarang. Dia kata:
banyak susah. Saya tanya: uncle kenapa, kenapa susah? Dia kata: YB, saya tahun, awal tahun ni saya tanam pisang, masa itu harga sekilo pisang keluar kebun RM3.50. Okeylah, I cakap, uncle harga bagus. Tapi YB, sekarang harga baru berapa you tahu tak YB? RM1.20 harga keluar kebun. Aik, nampak harga yang tidak menentu arah, harga yang tidak tetap ni akan menyusahkan petani kita. Bila dia nampak harga tinggi, dia pergi tanam. Tapi bila hasil nak keluar tu, harga tak dijaga, harga jatuh mendadak. Saya tak tahulah. Mungkin orang tengah yang yang potong harga ke ataupun faktor-faktor yang telah menyebabkan harga pisang jatuh. So ini ini merupakan salah satu struktur hasil pertanian. Saya rasa saya perlu bantuan daripada FAMA, mungkin Jabatan Pertanian untuk memantau harga-harga keluar kebun supaya menjaga petani kita. Supaya mereka boleh mendapat hasil yang yang seperti yang dijangkakan. Bukan sudah tanam, kena macam sudah kena rugi pula setengah tahun nak tunggu pisang nak besar. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin membawa isu lampu jalan yang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat lain. Dan memang jalan dari persimpangan Rantau-Siliau ke persimbangan dari Rantau-Siliau ke sebelah Seremban, persimpangan tu dari sana pergi ke Mambau. Sepanjang jalan itu memang banyak tempat yang tak ada lampu. Dan saya dimaklumkan oleh JKR telah memohon sebanyak 700K kepada Pusat untuk mendapat kelulusan. Dan saya bawa isu, saya terima kasih kepada JKR sebab dia ambil maklum dan rasa dia penting untuk keselamatan jalan raya, pengguna jalan raya.
Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua, dalam tangan saya ada satu fakta, 2 bulan ini, ini bukan saya cakap, statistik punca kemalangan jalan raya disebabkan langgar atau mengelak binatang. 2 bulan 24 kes yang langgar binatang, accident sebab mungkin salah satu faktor dia, tak ada lampu. Ini penting dan 24 kes ni separuhnya langgar lembu. Saya rasa keselamatan jalan raya memang penting untuk kita, kita hanya pasang lampu saja. Kita boleh, saya rasa boleh kurang separuh daripada keselamatan apa, kemalangan yang berlaku. Dan saya harap ini dapat boleh dapat kelulusan daripada Pusat untuk bantu bukan saya sahaja tapi semua permintaan YB. Di mana nak letak lampu itu letaklah. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga membawa isu yang dibawa oleh JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat Port Dickson. Saya terima, bukan terimalah, saya saya ada kunjung hormat dengan mereka dan satu saja benda kecil yang saya rasa Kerajaan Negeri boleh bantu ataupun Exco berkenaan boleh bantu, okey, jabatan Kerajaan Negeri. Van yang dipakai telah uzur, 18 tahun sudah tak boleh pakai. Kadang dia nak bawa apa, dia punya client, dia perlu pinjam kereta van daripada Pejabat Daerah. Saya rasa Exco kalau boleh bantu itu, bantulah Jabatan
Kebajikan Port Dickson. Sama juga MPPD boleh bantu sebab mereka kata penjawat awam kena bayar itu apa parking kereta dekat depan apa Pejabat Daerah, Pejabat Kebajikan, Jabatan Kebajikan. Kena bayar. Kalau tak bayar kena saman. Inilah yang diperlukan oleh pegawai dekat sana. Saya, saya sokong untuk bantu mereka. Memang patut dibantu. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga membawa satu lagi isu dekat Taman Indah Jaya, Lukut. Di mana dewan orang ramai yang tidak diselenggara dengan baik. Dan saya rasa tahun 2018 pernah sekali telah diselenggara tapi kebetulan minggu lepas saya lalu sana, saya nampak dewan itu macam kena kena kena, tak tahulah. Pagar dah hilang, pintu dah dipecah, pintu pun kena curi, macam tak ada orang jaga. Saya rasa ini adalah tanggungjawab PBT ataupun kalau PBT tak nak jawab jaga, lantiklah persatuan dekat sana untuk jaga. Kalau tidak, kita melaburkan, kita habiskan wang banyak-banyak untuk buat apa? Untuk membaiki, baik pulih sesebuah dewan itu kalau tak dijaga dengan baik, haa begitulah. Akan menjadi. Dewan di di belangkalaikan tak ada orang jaga. Saya rasa bayar isu lain ini macam ini berlaku dekat kawasan tempat-tempat lain. Kita ada dewan yang cantik, kita ada dewan yang mewah, tapi kita kena buat maintenance dengan izinnya, dengan cara berkala dengan betul. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin membawa satu isu aa dekat Kampung Sungai Sendayan, isu sampah di mana tak ada, tak ada tong sampah untuk kampung ini. Saya difahamkan tahun 2019 Kerajaan Negeri telah membawa satu usul di mana untuk pewartaan kawasan perkhidmatan PBT untuk diperluaskan di Chuah, di kawasan Lukut, supaya perkhidmatan ambil sampah boleh di di dijalankan di kawasan tersebut. Saya nak tahu apa status sekarang dah diwarta ke belum supaya PBT boleh letak tong sampah untuk orang kampung letak sampah. Bukan dibakar secara terbuka, letak sampah dekat tepi jalan, pelancong datang pun tengok, pusing. Sampai dekat tepi jalan. Saya rasa ini kena dipercepatkan. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, satu lagi …..
Yang Berhormat,…. ringkaskan
….. yang saya ingin membawa. Saya percepatkan, terima kasih. Saya pinjam Chuah 5 minit haa, tadi dia tak guna habis. Okey. Dato’ Dipertua, bagi saya peluang. Sikit saja. Sikit lagi. Okey. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga mengutarakan satu isu di mana permohonan untuk pelebaran jalan masuk ke Sekolah Jimah Baru yang di mana saya sudah mohon lama, di mana sekolah itu melebihi 1,000
lebih pelajar. Masa naik sekolah dan lepas sekolah jalan sempit nak masuk kampung itu tak belum lagi ada perkembangan. Saya harap Kerajaan Negeri dapat memberi satu jawapan kepada saya apa status sekarang untuk apa, permohonan pelebaran jalan tu. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin membawa isu semasa, ini isu keselamatan jalan jugak. Semasa kita berhenti dekat persimpangan, di Seremban, di mana-mana pun, kita ada nampak orang yang menjual jeruk dekat tepi jalan. Saya saya bukan nak nak nak apa, usik rezeki mereka. Tapi saya lebih khuatir keselamatan mereka semasa jual. Motosikal datang dengan cepat, dia orang tak nampak dia orang nak nak nak sales saja, buat buat apa, perniagaan saja. Ini yang membimbangkan saya. Saya rasa adakah kita nak bagi lesen pada mereka ataupun tidak? Cakap. Ada kata kita kita nak membenarkan mereka jual dekat persimpangan. Kita kena ada satu dasar ataupun satu benda, satu kawalan kepada mereka. Saya rasa ini penting untuk bukan nak ganggu mata pencarian rezeki mereka, tapi untuk lebih kepada keselamatan mereka.
Dato’ Yang Dipertua 2-3 lagi isu okey. Dato’ Yang Dipertua, satu lagi penternakan dekat Kampung Sungai Sendayan juga. Saya terima keluhan, Deepavali semasa mereka datang balik ke kampung untuk apa untuk perayaan Deepavali. Masa mereka makan dekat famili, lalat pula nak campur sekali. Sebab dekat kampung itu, penternakan lembu, penternakan ayam tak di dikawal, tak di di di di dijaga dengan baik. Masa, masa mereka datang balik, mereka kata isu ini telah lama, telah dibawa ke Jabatan Alam Sekitar. Tapi sehingga hari ini belum lagi ada tindakan daripada mana-mana jabatan untuk bantu mereka. Sebab dia kata YB, dah lamalah kita makan bersama dengan lalat ini. Okey.
Dato’ Yang Dipertua, kita faham kita, ini saya saya …..
YB ringkasan YB.
Satu saja. Satu saja, boleh?
Cepat.
Okey. Dato’ Yang Dipertua, saya harap, saya sokong dengan YB-YB lainlah okey, penerangan gaji dan insentif untuk ahli Majlis, dengan ketua JPKK, dengan Setiausaha JPKK perlu dilakukan selari dengan apa, gaji minimum yang di di di di dicadangkan oleh kementerian supaya gaji mereka jangan jauh banyak sangat. Kena dekat untuk, untuk mereka cari rezekilah. Sebab kalau ketua kampung hanya 900.00 ringgit, memang tak dapat cari makan. Okey. Dato’ Yang
Dipertua saya dengan ini sama-samalah kita bersama membina negeri Madani dan saya Lukut memohon untuk sokong bajet yang dibentangkan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Lukut. Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada persidangan belanjawan kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, barisan Exco, ADUN-ADUN, ketua-ketua jabatan dan semua penjawat awam di negeri ini kerana semua pihak telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik sekali demi menjaga kesejahteraan masyarakat di negeri ini. Pada tahun 2024, Kerajaan Negeri telah banyak menjalankan pelbagai program, pelbagai inisiatif untuk menjaga rakyat di negeri ini. Pelaburan Negeri Sembilan juga semakin bertambah berbanding dengan tahun-tahun lepas. dan saya yakin pada tahun depan pembangunan di Negeri Sembilan akan lebih pesat untuk tahun 2025.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Dipertua Dewan, saya juga mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah meluluskan beberapa permohonan saya di kawasan DUN Temiang untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan Temiang. Contohnya di di Taman Sri Pulai 3 telah diluluskan membina sebuah balai raya baru tak akan disiapkan bulan depanlah. Yang kedua adalah berkenaan projek tempatan, tebatan banjir di Sungai Temiang di kawasan Temiang yang kosnya lebih kurang 900 ribu. Permohonan ini juga diluluskan dan projek akan dijalankan pada bulan depanlah. Dan dijangka adanya usaha projek ini masalah banjir kilat di kawasan Temiang boleh dikurangkan. Jadi saya terima kasih kepada Kerajaan Negeri demi mencadangkan banyak program kemasyarakatan di kawasan Temiang ini. Jadi saya faham Kerajaan Negeri memang amat mementingkan dan berusaha menaik taraf kemudahan-kemudahan alam di semua Kawasan di negeri ini.
Tapi di kawasan Temiang, Dato’ Yang Dipertua Dewan, walaupun dia dekat dengan bandar, tetapi kemudahannya masih jauh berban, jauh ketinggalanlah berbanding dengan kawasan lain. Contohnya di kawasan Sri Pulai 3, walaupun tadi sebuah balai raya baru telah dibina tetapi mereka kekurangan sebuah gelanggang futsal di mana golongan belia di kawasan tersebut perlu ke tempat lain untuk bermain futsal.
Jadi mereka amat berharap Kerajaan Negeri boleh membina sebuah gelanggang futsal di Taman Seri Pulai 3 di mana tapaknya di sebelah Balai Raya Taman Seri Pulai 3 kerana tapak keluasan tanah tersebut amat luas dan sesuai serta strategik untuk golongan belia di kawasan tersebut.
Perkara kedua adalah berkenaan dan projek perumahan Taman Bukit Zamrud di mana saya tiada banyak kali menanyakan status perumahan ini yang dibina oleh pemaju perumahan Daya Maju Sdn. Bhd. di mana pemaju ini gagal membina rumah jenis 2 tingkat. Dia ada 2 perumahan, rumah satu jenis, rumah jenis satu tingkat dan rumah 2, rumah jenis 2 tingkat di mana rumah jenis satu tingkat telah siap dibina dan mereka penduduk pembeli-pembeli telah menduduki rumah tersebut. Tetapi untuk rumah-rumah jenis 2 tingkat ini masih belum dibina oleh pemaju ini. Dan pembeli-pembeli ini telah membeli rumah tersebut selama 20 tahun ke atas. Sehingga hari ini pemaju masih gagal menyiapkan rumah jenis 2 tingkat tersebut kepada pembeli-pembeli. Jadi kalau mengikut jawapan soalan, jawapan soalan saya pada persidangan Ogos yang lepas, di mana difahamkan pihak Bahagian Perumahan Negeri Sembilan telah mengadakan 2 kali mesyuarat penyelarasan bersama dengan tuan pemilik tanah dan wakil pemaju perumahan ini. Jadi saya nak tahu apakah status terkini, perkembangan dengan perlu pembinaan perumahan rumah jenis 2 tingkat ini kerana telah melebihi hampir 4 bulan.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya ada berkenaan dengan kekurangan rumah mampu milik di kawasan DUN Temiang ini. Kawasan Temiang memang sebuah pekan yang lama dan kurang pembangunan sejak dahulu lagi. Kebanyakan penduduknya juga ada daripada golongan yang berpendapatan rendah maka mereka amat berharap pihak Kerajaan Negeri boleh mendirikan perumahan Rumah Mampu Milik di kawasan DUN Temiang. Maka saya ingin bercadang kepada pihak Kerajaan Negeri agar dapat membina Rumah Mampu Milik di sebuah tanah yang di bawah penyeliaan pejabat SUK Negeri Sembilan. Iaitu sebidang tanah yang telah lama terbiar di depan apartmen Pegawai Kerajaan Negeri Sembilan, sebelum sampai ke Kampung Bukit Temiang. Tanah tersebut, tanah tersebut telah lama terbiar dan tiada apa-apa pembangunan sehingga hari ini. Maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh membina Rumah Mampu Milik di kawasan tersebut, dan penduduk-penduduk Temiang harus diberi keutamaan sekiranya perumahan tersebut berjaya dijalankan.
Dato’ Yang Dipertua, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan pembinaan kolam takungan air di kawasan Temiang. Kawasan Temiang memang memerlukan sebuah kolam takungan air kerana kedalaman
kapasisi, kapasiti U-drain concrete Sungai Temiang iaitu daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chan Hwa, Temiang sehinggalah ke ke Sekolah Kebangsaan Temiang memang tidak mampu lagi menanggung kuantiti air hujan yang luar biasa pada masa sekarang. Pihak JPS pernah memaklumkan bahawa Jabatan Pengairan Malaysia sedang membuat kajian melalui 2 jenis kajian iaitu Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Seremban dan Kajian Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5. Kajian ini sepatutnya telah disiap pada tahun lepas. Dan saya ingin tahu apakah status sekarang dan adakah cadangan membina kolam takungan air di Temiang ini di, boleh dilaksanakan melalui kajian tersebut ataupun tidak.
Perkara ketiga adalah berkenaan dengan, seperti yang dilaporkan dalam berita di mana terdapat 34 pengusaha hotel di Port Dickson yang masih perlu membuat sambungan ke sistem pembetungan awam seperti yang telah didedahkan oleh YB Exco tempoh hari yang lepas seperti yang kita ambil maklum Dato’ Yang Dipertua, pantai Port Dickson adalah salah satu pantai yang tercantik di Malaysia. Maka pantai Port Dickson mestilah dijaga dengan baik sekali selaras selaras dengan hasras, hasrat kerajaan untuk menjadikan Port Dickson sebagai tem, tempat pelancongan. Maka saya nak tahu apakah jenis pembetungan yang diguna pakai oleh 34 pengusaha hotel ini? Adakah mereka lepaskan sisa kumbahan tersebut terus ke dalam sistem perparitan PBT ataupun ke sungai ataupun terus ke pantai? Ini bagi saya Dato’ Yang Dipertua, adalah satu masalah yang sangat serius. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Mengapa, adakah mereka membina hotel-hotel tersebut mengikut KM yang dilulus, yang diluluskan oleh MPPD? Mengapa pihak IWK tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha-pengusaha sekian lama? Jadi saya berharap Kerajaan Negeri mengambil serius tentang perkara ini.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah berkenaan dan permohonan saya untuk memasang lampu awam di kawasan perniagaan Jalan Seng Meng Lee, Temiang. Kawasan perniagaan tersebut adalah amat gelap pada waktu malam. Dan semua lampu-lampu adalah di bawah TNB dan hanya berada di sebelah kiri sahaja. Maka peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk setempat amat berharap boleh memasang atau menampung, menambah lampu awam di kawasan tersebut. Dan mengikut anggaran kos pemasangan oleh pihak MBS adalah hanya sekadar 200 ribu sahaja untuk memasang lebih kurang 20 tiang lampu solar di kawasan tersebut. Walaupun permohonan ini telah ditolak oleh pihak KPKT, tapi saya memohon jasa baik Kerajaan Negeri untuk meluluskan kewangan kepada pihak MBS supaya mereka boleh memasang lampu solar di kawasan tersebut pada tahun depan.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara se, perkara se, perkara seterusnya adalah berkenaan dengan perkhidmatan SAINS, berkenaan dengan tekanan air yang kurang, low pressure, dengan izin, pada waktu malam di Kampung Baru Rahang khasnya perumahan yang terletak di kawasan tinggi di kampung tersebut. Kebetulan saya adalah anak kampung tersebut dan ibu saya juga masih tinggal di sana dan setiap hari saya balik ke rumah, saya mandi, saya masak, dan amat menyedihkan Dato’ Yang Dipertua Dewan, setiap kali saya balik, saya bukak itu pili, itu paip air memang sangat kurang. Sampai water heater pun tak boleh pakai. Jadi cuma dia punya masalah, pada waktu siang tekanan air tu okey, normal, seperti biasa. Tapi pada waktu malam memang amat kurang dan tak sampai, tak boleh dipakailah, boleh dikatakan. Jadi amat amat amat menyedihkan kita terutamanya penduduk-penduduk yang tinggal di bahagian yang tinggilah.
Jadi perkara ini saya telah membawa pengetahuan kepada pengurusan tertinggi SAINS tetapi yang mengecewakan saya adalah mereka hanya memaklum balas kepada saya bahawa penghuni, mereka mencadanglah penghuni-penghuni supaya meng, mengadakan tangki simpanan sendiri. Tanpa menyatakan apa-apa pelan tindakan untuk menukar keseluruhan paip yang pocor tersebut. Dato’ Yang diper, Yang Dipertua paip-paip di Kampung Baru Rahang memang telah lama dan senang bocor, senang bocor. Jadi saya berharap SAINS perlu mengadakan satu pelan tindakan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan bukannya membiarkan masalah ini berterusan. Penduduk-penduduk menjadi mangsa. Tambahan pula Kerajaan Negeri telah membenarkan pihak SAINS menaikkan tarif di Negeri Sembilan. Jadi sepatutnya pihak SAINS kena proaktif, kena mengambil langkah proaktif untuk membantu dan bukan membiarlah masalah ini berlarutan. Masalah ini sejak dulu memang tak ada, kurang, tapi sejak tahun lepas, telah bertambah serius sehingga tahun ini. Pihak SAINS memang ada hantar wakil tetapi sehingga sekarang tidak menyelesaikan masalah. Jadi saya difahamkan pihak SAINS dia telah mengkurangkan tekanan air pada waktu malam supaya paip-paip lama tersebut tidak mudah bocor. Jadi perkara ini tidak, tindakan ini tidak menyelesaikan masalah dan membawa membawa penduduk-penduduk telah menjadi mangsa. Jadi saya berharap pihak SAINS perlu mengambil satu tindakan, pelan tindakan penukaran paip di Kampung Baru Rahang ataupun di Negeri Sembilan dan bukannya buat tak tahu saja.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya saya juga nak tanya tentang keahlian ADUN kawasan sebagai ahli dalam di Jawatankuasa Tanah Daerah masing-masing. Dulu saya pernah menghadiri mesyuarat ini, menerima jemputan untuk menghadiri mesyuarat
Jawatankuasa Tanah Daerah sebagai ahli. Tetapi saya tak tahu apa telah berlaku, saya dan rakan-rakan lain tidak lagi dijemput menghadiri ke mesyuarat ini. Jadi kita tak tahu apa yang, apa yang telah dibincang ataupun permohonan-permohonan tanah telah diluluskan dalam jawatankuasa ini. Contohnya di kawasan Temiang ada seorang bukannya orang Temiang, dari luar, dia telah berjaya memohon sebidang tanah di bawah LPS. Dan orang yang sama, orang tempatan, orang Temiang yang mohon tetapi ditolak. Jadi perkara-perkara ini telah menyebabkan saya sebagai ADUN di kawasan tersebut di dimarah oleh oleh orang tersebut. Pada pada padahal kita pun bukan ahli dan sepatutnya saya rasa dan saya cadang ahli-ahli perlu dijemput untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat ini supaya kita boleh memberi pandangan, memberi nasihat supaya orang-orang yang betul, orang-orang yang bersih ataupun orang yang yang asal daripada kawasan tersebut diberi keutamaan dan bukannya orang luar. Ini seperti yang kita telah menerima jemputan ke mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah. Jadi saya berharap praktis ini perlu di di sekalikan bersama.
Jadi Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara seterusnya adalah peruntukan projek kecil, projek kecil-kecil iaitu P56. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh menambah peruntukan ini kepada ADUN-ADUN kerana harga barangan dan upah sekarang telah semakin hari semakin naik. Tetapi jumlah, tetapi dengan dengan jumlah peruntukan yang sama kita, kemampuan kita untuk mem, membantu mereka yang susah adalah amat limit, amat terhad. Jadi saya berharap peruntukan ini perlu ditambah supaya kita boleh membantu lebih rakyat, lebih banyak orang-orang yang memerlukannya.
Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya juga menyokong tadi cadangan ADUN Seremban Jaya dan ADUN lungkut, ADUN Lukut. Yang mana ADUN-ADUN backbencher sepatutnya diberikan peluang ke luar negara bersama-sama dengan Exco di mana ini adalah penting untuk kita sama-sama membangunkan negara, negeri yang kita cintai ini. Kita juga mempunyai rakan-rakan di bidang korporat yang berkebolehan, yang berpotensi untuk melabur di negeri kita. Jadi saya berharap negeri kita, kita ambil maklum kita amat dekat dengan KLIA, Port Klang dan kemudahan awam yang amat strategik. Jadi memang ramai pelabur yang minat dan sedia untuk melabur di Negeri Sembilan. Cuma kena adalah kerjasama daripada semua pihak termasuk Exco dan ADUN-ADUN. Jadi dengan ini saya menyokong Usul Belanjawan 2025. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Lobak, boleh? Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Dipertua. Lobak ucap tahniah bahawa kami nampak sejak Kerajaan Harapan kami dengan hasilan 400.0 juta sampai sekarang Kerajaan Perpaduan kami memang akan capai 600.0 juta. Tahun ni, 590. Pandangan saya dengan semangat Kerajaan Perpaduan ni dan bawah pimpinan Sikamat dan Exco sekali, nak capai atau nak teroposan 600.0 hasilan memang tak ada masalah, memang tak ada masalah. Okey. So tadi nampak ni ada satu ni, Laporan Ketua Audit Negara, nampak yang sini, Akaun Belum Terima, saya sini nak mohon yang penjelasan sikit bahawa yang Akaun Belum Terima nampak amat tinggi. Yang utama sekali ialah tunggakan Cukai Tanah. Hanya Seremban dan Port Dickson, jumlah dia lebih kurang 79.0 juta. So jikalau dengan strategi yang baik atau strategi yang cekap sekali, so jadi cukai ni tambah tahun akan datang capai 600.0 juta memang tak ada masalah. So kami harap, harap kerja-kerja atau yang PBT atau kerajaan tempatan, kami sebagai wakil rakyat pun sudah sedia kerjasama bahawa kutipan itu jikalau kerjasama dengan aduan, ADUN, kami boleh bercapai lagi Cukai Tanah, itulah kerja kita.
Kami boleh difahamkan kerana yang tuan tanah ini jikalau dia tak majukan atau tuan tanah ini, kami dimaklum bahawa ada tanah, memang orang kaya, so mengapa, mengapa kami tak akan satu strategi yang lagi kesan, lagi cekap supaya yang tunggakan ni tak akan tertunggak sampai yang lebih 10 tahun pun ada. Separuh yang hutang sampai lebih 10 tahun pun ada. So kami harap tindakan kena ada diadakan, mahukan masuk mahkamah. Kami harap ini akan dapat sokongan dari semua ADUN kerana yang tuan tanah itu, kalau ada tuan tanah itu tak maju, lagi pun menjadikan gangguan tempatan, semak samun, ataupun tertinggal jadi satu tempat wabak nyamuk denggi. So kami harap setiap PBT kerana selain Seremban dan PD, lainnya PBT cantik sekali, nampak sihat. So jadi yang Seremban dengan Port Dickson ni ada sikit sakit lah tu. Tapi kami sebagai ADUN ni sedia usaha sama. Bahawa yang masalah ni boleh diselesaikan dengan masa yang singkat. Satu tahun ke 2 tahun. Jangan dia sampai hutang tunggakan ni tinggi sangat.
Dato’ Dipertua, selain itu Lobak sini akan mengucap tahniah dan terima kasih bahawa bawah bimbingan Sikamat, pemerkasaan komuniti iaitu penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah dan sederhana, yang tu swasta, kerana saya di Dewan ni selalu ada bersuarakan bahawa rumah pangsa-pangsa yang kos rendah dan harga, harga sen, sederhana ni menghadapi masalah yang macam-macam. Kami harap kerana yang golongan ni jikalau tak salah saya 100% dengan izinnya, semua golongan B40 kerana yang tinggal di rumah pangsa masalah ini bukan sekarang sahaja yang bukan tempoh 5 tahun atau 10 tahun lalu, dia
sudah lama. Sudah lama hadapi masalah itu. So nasib baik Kerajaan Perpaduan ini, bajet tahun ini, mengadakan peruntukan yang penyelenggaraan sebanyak 2.0 juta. Ini satu langkah yang nampak cekap dan kesan bahawa dapat meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam di rumah pangsa masing-masing.
Kerana skim di Negeri Sembilan ada sebanyak 282 skim di seluruh Negeri Sembilan. Erti nampaknya ramai orang duduk di rumah pangsa. Ramai orang duduk di flat tu dengan yang khasnya yang tadi, golongan B40. Yang Kerajaan Perpaduan ni selalu cakap ni, kami utamakan golongan B40, memang inilah masa dan tunjukkan semangat Kerajaan Perpaduan ni memang menjaga dan prihatian di golongan B40 sekarang ini. So kami harap dan tahniah kerana peruntukan sudah disalurkan. Tapi sini saya pun nak suara yang sama, yang pernah saya ulang-ulang lagi, kerana di rumah pangsa ni JMB atau MC dia pun sesak, seimbang sama ketua kampung atau ahli AJK kampung-kampung tradisional atau Kampung-Kampung Baru yang sama, tapi kampung tradisional dan kampung baru, AJK dia, ketua kampung atau setiausaha ada elaun. Tapi tapi yang JMB atau MC ni kerja mereka sama dengan ketua kampung. Kerja mereka sama jugak nak jaga masalah-masalah di rumah pangsa kos rendah atau kos sederhana itu. So jadi kerana masalah yang kutipan, kutipan, kutipan selengggara itu kurang, jadi mereka tak dapat apa elaun yang boleh di di claim, dengan izinnya. Kami harap, harap kerajaan yang kasihi golongan B40 khasnya bawah bimbingan Sikamat dan Exco sekali, jikalau boleh, jikalau boleh timbanglah, bayar, bagilah sikit elaun bagi yang MC atau JMC atau allowance sikit bagi yang mereka.
Dato’ Yang Dipertua, selain itu, kami ucap tahniah dan terima kasih, adalah meningkatkan infrastruktur. Tapi sebagai masalah rumah pangsa yang dihadapi selama ini, kami harap bukan wang sahaja yang disalurkan ke rumah pangsa kos rendah atau kos sederhana ni. Kami berharap sokongan sosial dan komuniti atau agensi yang berkaitan itu macam JKM atau AADK atau polis atau SW Corp yang lain kerana bahawa bertambah baik, bertambah baik sosial dan komuniti di rumah pangsa, meningkatkan keamanan kerana tu bangsa biasa ada cakap ni tempat yang gangster, tempat yang narkotik kena masuk, yang hisap dadah atau vape, selaku percentage yang tinggi di rumah pangsa, atau rumah kos rendah ni. So kami harap agensi AADK, agensi narkotik kena bantu kerana jangan yang golongan yang tertinggal, yang terkurang itu, tertinggal dari masyarakat yang kita sayangi ini.
Dato’ Yang Dipertua, dalam masa yang sekarang kerana nak selamat atau menolong B40 ini, kami yang paling baik sekali. Bukan selalu kasi ikan, jangan setiap kali dia susah, kami berikan ikan sahaja. Kami kena ada program bertambah baik, bertambah income di golongan duduk di
rumah pangsa. So yang job fair atau sumber manusia, kami nampak invest banyak sekali masuk ke Negeri Sembilan, tapi harap mereka pergi rumah pangsa, kasi peluang kesempatan kerja bagi orang yang duduk-duduk di rumah pangsa ini. Walaupun penghuni ni mungkin dia kekurangan, dia kurang bukan kekurangan pendidikan, attitude pun kekurangan, so kami harap harap yang agensi kita yang yang berkaitan itu boleh bertambah baik attitude mereka atau bertambah baik pendidikan mereka, sekarang kerajaan mengutamakan TVET, sampai Yayasan bersalurkan 5.0 juta lebih untuk sekolah TVET Yayasan dan pemerkasa TVET pun 0.5 juta. So kami harap yang penghuni-penghuni atau anak-anak kita yang tinggal di luar pangsa itu boleh diutamakan, berikankan peluang, berikan kesempatan mereka masuk ke TVET. Tak akan mereka sia-sia sahaja. Atau jabatan Pendidikan boleh masuk, berapa budak yang ponteng. Bukan mereka nak ponteng, tapi pun, education pun kurang, tak ada pendidikan atau pak dia, mak dia pun attitude pun ada kekurangan, berbeza itu atas, atau ADUN kita ni. Kami harap satu komuniti yang maju akan jadikan negeri maju lepas tu negara akan baru maju.
Dato’ Dipertua, selain tu, kesedaran alam sekitar. Itu pun masalah kerana yang tinggal di rumah pangsa, kebersihan kurang, sampai sampah merata-rata, sampai tempat rumah pangsa yang paling, kes tinggi yang paling tinggi sekali. So kami harap Kesihatan atau SW Corp, SWM atau unit kebersihan MBS dengan tegas sekali mempastikan rumah pangsa ni bersih atau cari satu sistem, satu langkah yang sistematik bahawa penghuni boleh mengikut atau pegawai kita boleh memantau bahawa rumah pangsa ni selain nampak keamanan, kebersihan pun kena diutamakan. Kerana macam PPRT Lobak sana duduk 40 skim orang Melayu, 30 skim India, 30 skim orang Cina. So kawasan ni memang satu tempat harmoni tapi kami survey dengan izinnya, kami dapatan kerana penghuni sana memang kekurangan pendidikan. Penduduk sana, penghuni sana memang kurang attitude dia. So jadi kami kena bantu. So kami mengucapkan terima kasih bahawa sokongan MB Sikamat dan maju dengan MBS Dato’ Masri, kami bertambah baik di rumah pangsa PPR Lobak ini. Sampai sekarang nampak ada sikit tambah baik tapi kena consistent dengan izinnya, kami kena berterusan membantu mereka jadi satu yang rumah pangsa ini yang tak boleh tinggal tempat orang, jadilah sekarang berpagar, terima kasih MBS, bumbung tukar, terima kasih MBS, bercat, terima kasih MB, bertambah baik itu. Sampai sekarang queue nak masuk sewa kerana sewa memang PPR ni hanya 150.00 sebulan sahaja. Boleh dapat membantu ramai orang yang mendapat kurang, income dia kurang. Khasnya membantu ibu tunggal atau yang golongan yang income dengan kurang dia.
Dato’ Dipertua kami pun nak mencadangkan selain saya bersuarakan agensi yang berkaitan, kami berharap perancangan persediaan komuniti. Kami harap yang duduk di rumah pangsa ni boleh bergabung sekali dengan komuniti setempat. Tak akan mereka berasa kecewa atau berasa kekurangan mereka tak akan berapat dengan komuniti. Ini pun utamakan. Apa harap jikalau macam projek komuniti kebun, komuniti itu harmoni atau madani, bolehlah selalu masuk. Atau wanita boleh bantu, bantu wanita yang tinggal di rumah atau warga emas. Kerana rumah pangsa ramai itu orang tinggal warga emas. Warga emas dia bersara tak bersara hanya dapat bantuan JKM. Dulu, tahun ni sebulan 500.00. Tahun kelak mungkin dapat 600.00. Tapi tak cukup. So kami harap kilang bertambah lagi, kami atau mencadangkan kerajaan mengkaji dengan kilang-kilang yang tertentu, mungkin boleh orang warga emas yang tak sedia nak sara, dia masih mampu nak kerja atau dengan cara langkah yang fleksibel. Biarkan mereka ada cara kerja. Biarkan mereka ada tambah income bahawa hidupan dia bertambah baik di tempat rumah pangsa itu. Dato’ Dipertua, inilah adalah cadangan dari DUN Lobak kerana Lobak saya ada 13 skim rumah pangsa masalah mereka, saya faham, saya prihatian. Kami berharap kerana perhatian dari Kerajaan Perpaduan ni, kami sudah bertambah baik untuk di golongan penghuni-penghuni ni, di rumah pangsa.
Dato’ Yang Dipertua, di sini saya pun nak, nak, nak, nak suarakan bahawa ada sikit peruntukan itu ceria, minda ceria. Kami difahamkan di pekan, ramai orang, ramai golongan yang mungkin dipinggirkan, ahli keluarga tak jaga, dia dipinggirkan di pekan saja. Ada yang hisap gam, ada yang duduk di bawah jambatan atau yang duduk di bank atau dalam bank kaunter, ada aircond atau di tepi jalan. Mungkin kami ada satu pusat minda, Minda Ceria. Mungkin tak cukup. Kami difahamkan sudah penuh, sudah penuh. Kami harap kerana warga emas sekarang bertambah ramai. Ada orang tak kahwin, dia hidup satu orang sendirian. Tak mampu nak kerja, pendapatan kurang, hanya dapat bantuan JKM. Tak cukup. So mereka ni jikalau boleh, kami harap yang pusat-pusat Minda Ceria ni tengok ikut keperluan, tengok. Bagilah sekurang-kurang tu mereka dapat satu tempat untuk duduk atau hidup dengan sebagai manusiaan. Kami tak akan nampak satu kerajaan yang perpaduan ni ada sebahagian kecil yang tinggal di tepi jalan, di bawah jambatan dengan sungai atau di jalan besar sebelah bank. Nampak pun tak syok. Inilah bukan satu kerajaan yang kasih anak-anak kita ni, kami harap ini kena diutamakan kerana masalah ini ulang berulang. Bila dia dihantar masuk, dia keluar lagi. Atau dia di di di diselamatkan, dia pun keluar lagi. Sampai hari itu saya hantar satu ni, orang Cina yang beragama Islam. Nama dia Siti. Sampai ambulans datang ni, dia beritahu saya, YB ini customer regular. Selalu tu dia sini mintak sini, kami tolong dia sekali. Lepas itu dia pergi tempat lain, mintak wang. Dia
pergi pasar mintak wang, satu laki di pasar mintak wang sampai marah orang. Dia mental dia okey, dia marah orang. Jikalau dia kadang dia sudah short kah, macam Senawang cakap ni, dia luka orang macam mana? So sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerana perhatian golongan yang sebahagian kecik ini. Dato’ Yang Dipertua, inilah perkara yang saya sampaikan kerana inilah tentang mencacat imej atau impak kerajaan kita yang susah, 6 tahun kami menubuhkan satu kerajaan yang impak nampak, kasih sayang dengan rakyat sekali.
Dato’ Dipertua, selain itu saya nak lagikan terima kasih kerana Unit Penumahan, ini bawah Nilai. Rumah pangsa yang 14 tingkat. Sejak bantuan Sikamat dan Ahli Parlimen Seremban, kami dapat peruntukan KPKT, satu rumah pangsa, dulu yang bergambar, tempat yang tak selamat, tempat yang famous, terjun. So kami dengan kerjasama dengan Sikamat dengan Ahli Parlimen Seremban, kami sudah majukan tempat rumah pangsa Tun Dr. Ismail ni. So kami sekarang harap kerana cat sudah cat baru, wayar pun sudah tukar, sejumlah 5.0 juta lebih sudah belanja di Rumah Pangsa Tun Doktor Ismail. Kami terima kasih Kerajaan Harapan dan Kerajaan Perpaduan bantuan program-program yang tersebut.
So selain ni saya nak mintak Nilai bahawa kami ada buat satu program pemutihan sewa kerana sekarang sewa sana tak saya satu bilik dia sebulan hanya sewa 40.00 ringgit sahaja, 40.00 ringgit sebulan adalah paling murah di Malaysia. Dan 2 bilik pun hanya 50.00 sebulan. Memang satu tempat yang paling murah di Malaysia. So jadi sekarang tempat ni menjadi baik, tapi yang masih ada ramai bukan daftar nama sewa sendiri. Kami harap kerajaan dan Nilai, kami kena mantau kerana peruntukan sudah jalan lebih kurang 6 bulan lebih. Kami harap ini dapat diselesikan dengan secepat mungkin
Selain itu, Dato’ Yang Dipertua, di Jalan Tun Dr. Ismail ni, pada masa pertanyaan lisan, saya sudah bertimbulkan yang jalan ini kena ditukar 4 lorong 2 hala. Tapi selain itu, saya juga Dewan ini nak suarakan kerana di setiap simpang yang jalan JKR 001 ini, kena bertambah cahaya khasnya di simpang masuk Pusat Industri Ringan Templer tu. Memang selekoh, selekoh yang paling bahaya khasnya dalam masa malam. Malam itu jalan lampu, kurang. Bila lampu kurang itu, dia risiko menjadikan akan kemalangan berlaku di tempat yang tertentu. Dato’ Dipertua, kami harap JKR atau bawah program cahaya jalan boleh bertambah lampu solar di kawasan yang berisiko itu.
Dato’ Dipertua, Lobak lagi nak bersampaikan dan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan ni kerana dengan program Kerajaan Perpaduan ni, Dataran Lobak sudah disiapkan. Baru saja dengan
kerjasama dengan Landskap Negara dengan MBS, kami sudah tanam pokok di kawasan Dataran Lobak. Dan selain itu, Dataran Lopak pada mulanya program dari Ahli Parlimen Seremban, kami membuat hiasan lampu Tahun Baru Cina. Lepas itu dengan sokongan MB, Sikamat, kami buat lampu hiasan hari raya, sokongan dari Sikamat. Lepas tu, raya tu, kami buat kami buat Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan buat Hari Pesta Tanglung. Dan baru saja kami buat lampu hiasan Deepavali. Dan bulan akan datang kami buat lampu hiasan Krismas. Last sekali Dato’ Yang DiPertua. So jadikan Dataran Lobak ini jadi dataran semangat madani. So kami harap, kami sudah ada mohon melalui MBS mohon menaik taraf dataran lagi, bertambah tandas, bertampah walkway, bertambah lampu lagi di dataran dalaman. So harap yang pohon ni boleh diluluskan. Sekian terima kasih Speaker, saya sokong Bajet 2025. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya menjemput Yang Berhormat Serting.
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillah alhamdulillah washolatu wassalamu ala rasulillah, amma ba’du. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga para sahabat dan mereka yang mengikutinya sehingga ke hari akhirat. Yang Berhormat Dato’ Seri MB Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Exco Kanan, Exco-Exco, ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai kerajaan yang saya kasihi.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat di atas pembentangan RUU Perbekalan Negeri Sembilan 2025 yang telah menyentuh pelbagai sektor dan pemberian kepada pelbagai lapisan masyarakat. Belanjawan kali ini dikatakan yang tertinggi di dalam sejarah. Semoga perbelanjaan berhemah 2025 dapat kita budayakan dan mengelakkan pembaziran serta salah guna perbendaharaan negeri, yang merupakan amanah Allah SWT kepada pimpinan negeri untuk melaksanakannya insya-Allah. Sabda Nabi SAW ….. [melafazkan bacaan hadis berkenaan]. Maksudnya, sila sila ….. [memberi laluan kepada ADUN Seremban Jaya berjalan di belakang beliau]
Minta maaf, sorry sorry.
Tak apa. Yang bermaksud: ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin, kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya, imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Hadis Riwayat Bukhari.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan sepertimana teman-teman ahli Yang Berhormat dalam RUU Perbekalan Tahun 2025 sebagai mewakili DUN Serting semoganya ia bermanfaat untuk kami di sana dan Negeri Sembilan keseluruhannya. Pertama, Kemampanan Ekonomi Rakyat. Saya ingin menyentuh Jualan Nismilan Prihatin yang tidak sedikit telah membawa kebaikan kepada rakyat setempat seperti yang telah dijalankan pada tahun ini. Walaupun ianya lebih kepada anjakan politik seperti Jualan Rahmah dan lain-lain. Setakat hari ini, kami Yang Berhormat pembangkang tahu program ini di tempat kami, sekadar maklumat yang dimaklum oleh pengundi kami. Bagi saya, seperti yang saya katakan tadi, program baik dan bermanfaat, tetapi lebih kepada mileage politik.
Jika dilihat pada tahun 2024, peruntukan sebanyak 3.0 juta RM dan pada Belanjawan tahun 2025, turun kepada RM2.0 juta. Adakah penurunan tersebut kerana program tersebut tidak berjaya atau bagaimana? Sebagai persoalan. Pada pandangan saya, kerajaan perlu buat sesuatu untuk menangani hal berkaitan dengan pengawalan harga barang di semua peringkat, bukan sekadar dalam program seperti ini sahaja. Bantuan perlu secara bersasar kepada golongan yang perlu dan hendaklah selari dengan pendekatan Kerajaan Madani yang ada pada hari ini. Program yang lebih konsisten hendaklah dilaksanakan dan bukan sekadar program bermusim. Program yang memberi manfaat kepada semua pengguna termasuklah petani, peladang, penjual di semua tempat, bukan di tempat pilihan semata-mata. Barangan yang dijual biarlah banyak dan tidak terhad jumlah yang tertentu. Kadang-kadang setengah jam selepas dibuka, dah barang dah habis.
Hari ini rakyat kita terkesan dengan kenaikan harga barang akibat daripada penarikan pelbagai subsidi oleh kerajaan yang ada. Barangan keperluan asas semakin hari semakin tinggi harganya sepertimana beras, gula, minyak masak dan juga lain-lain. Saya ingin bertanya, adakah beras tempatan telah telah hilang dari Negeri Sembilan dan hanya wujud di dalam Jualan Nismilan Prihatin semata-mata? Apa khabar beras Perpatih kita? Sebelum ini heboh diperkatakan termasuklah beras Seri Menanti. Tak ada Seri Menanti, ada? Saya nak juga merasa berasa beras keluaran negeri kita tapi tak jumpa di pasaran. Kalau ada katakan ada, tidak saya tercari-cari.
Dato’ Yang Dipertua, yang kedua, Pendidikan. Saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai bajet pendidikan pada 2025. Tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak
RM19.66 juta kepada pembangunan pendidikan negeri ini. Tahun 2024, Sekolah Tinggi Agama Maahad Ahmadi Gemencheh telah diperuntukkan sebanyak RM8.23 juta untuk pengurusan dan pembangunan. Namun pada tahun ini tidak dinyatakan termasuklah pusat tahfiz ITQAN, yang kedua-duanya berada di Gemencheh. Seperti Yang Amat Berhormat Sikamat sebutkan, sekolah agama yang ada Negeri Sembilan adalah kendalian bersama Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah SABK. Namun apa yang saya difahamkan, Maahad Ahmadi di bawah kendalian Kerajaan Negeri. Saya ingin menarik perhatian Tuan Yang Dipertua dan juga Ahli-Ahli Dewan. Negeri Kedah, sekolah yang menjadi mercu tandanya iaitu Maahad Mahmud. Negeri Kelantan pula terkenal dengan Maahad Muhammadi nya. Dan Negeri Sembilan sepatutnya terkenal dengan sekolah yang menjadi mercu tanda negeri iaitu Maahad Ahmadi. Semuanya telah berjasa melahirkan tokoh pendidikan, cendekiawan bangsa, pemimpin politik dan lain-lain di tempat masing-masing. Sekiranya Maahad Mahmud, Kedah dan Maahad Muhammadi, Kelantan ada cawangan di serata negeri, sepatutnya kita telah berusaha ke arah itu untuk menubuhkan cawangan Maahad Ahmadi di seluruh daerah bagi kelangsungan pendidikan Islam negeri kita yang tercinta. Barulah hab pendidikan kita di peringkat menengah agama khususnya aliran 4 Sannawi akan lebih rancak dan berkembang. Bahkan akan ramai pelajar mendapat tempat belajar berbanding maahad yang ada sekarang ini yang hanya sebuah saja dan juga terhad.
Dato’ Yang Dipertua, bila kita pergi ke negeri lain di seluruh Malaysia, kita akan berjumpa dengan universiti yang ada nama negeri masing-masing. Contohnya Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Terengganu dan UniSZA, UniSHAMS di Kedah, Universiti Islam Selangor dan lain-lain. Kita di Negeri Sembilan masih ketinggalan dari sudut ini. Mungkin ada yang akan kata, eh USIM ada, di Nilai kan? Begitu jugak dengan Open University Malaysia ada di Seremban ataupun ada yang lain-lain. Ya, di Negeri Sembilan tapi bukan identiti kita. Walaupun bajet 2025 peruntuk, memperuntukkan sebanyak 3.6 juta ringgit untuk Skim Sara Hidup untuk pelajar IPTA dan 1.0 juta Pinjaman Pendidikan Tanpa Faedah pelajar peringkat Sarjana dan PhD di IPTA. Namun harapan saya pada masa akan datang, anak negeri akan dapat menerima ilmu di dalam universiti di negerinya sendiri. Namanya mungkin, apa ah? Universiti Malaysia Negeri Sembilan ke? UniMANS haa contoh kan Insya-Allah. Mungkin zaman itu kami Perikatan Nasional dah memerintah atau kami akan buat, doakan, kalau tak nak buat. Saya pernah awal persidangan tahun lepas mencadangkan Jempol menjadi hab pendidikan dengan adanya kolej ataupun universiti. Tetapi mungkin ianya menjadi satu cadangan dan juga ilusi kerana tidak
diambil berat ataupun mungkin di dalam, di dalam perancangan sudah Insya-Allah, kita akan buat nanti.
Dato’ Yang Dipertua, dalam bajet 2024 dahulu ada tercatat pembinaan Dewan Konvokesyen dan Pusat Aktiviti Pelajar Yayasan Negeri Sembilan dengan peruntukan perbelanjaan 11.0 juta yang dikatakan jangkaan siap pada tahun 2025. Saya ingin tahu perkembangan projek. Adakah telah terlaksana dan berapa peratus ke siap? Sekadar ingin tahu.
Dato’ Yang Dipertua, perkara yang ketiga, kerohanian dan juga agama. Berkenaan peruntukan pembinaan masjid baru yang telah diperuntukkan sebanyak 10.5 juta ringgit. Saya menyokong perkara tersebut. Apa yang ingin saya tekankan agar kerajaan juga melihat kepada kepentingan masjid yang sedia ada untuk diperkemas kini dan dibaiki atau pembangunan baru. Saya melihat di tempat saya masih ada masjid lama yang perlu di upgrade dengan izin. Contohnya Masjid Serting Hulu, Masjid Bayai Lama, Kampung Bayai Lama, Masjid Kampung Bayai Baru, walaupun masih boleh digunakan namun banyak yang perlu diselenggarakan. Hari hujan, bumbung kadang-kadang bocor. Bila dah bocor tu, air jatuh ke karpet masjid menyebabkan karpet jadi busuk dan kurang sesuai untuk digunakan. Dan kadang-kadang ada sesetengahnya di masjid-masjid ni, tandas yang perlu dibaiki. Bila kita cakap seolah menzahirkan aib, tapi itulah realiti yang ada dan perlu tindakan segera. Dan saya cadangkan agar dimasukkan dalam bajet yang sedia ada. Begitu juga penaiktarafan surau-surau yang sedia ada, perlu diambil perhati, perhatian berdasarkan bajet yang dibentangkan di bawah peruntukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang besar jumlahnya iaitu 55.2 juta.
Di setengah tempat ada jemaahnya tetapi tiada masjid. Contohnya di Kampung Gaddes, di Ladang Gaddes, Serting. Setakat ini ada surau yang dijadikan surau Jumaat di kalangan penduduk setempat. Saya berpendapat dan mencadangkan agar surau ini dijadikan masjid untuk penduduk setempat mengimarahkannya dengan sebaik mungkin dan dapat melaksanakan ibadat sebaik mungkin di samping ada peruntukan tetap sepertimana masjid-masjid yang lain.
Dato’ Yang Dipertua, berkenaan masjid yang dirancang pembangunannya. Saya ingin mendapatkan maklumat di Dewan yang mulia ini, berkenaan istilah projek sakit disebabkan kelewatan kontraktor menyiapkan pembinaan dan penyelenggaraan di 2 buah masjid iaitu Masjid Warisan Puteri, Sikamat yang mana yang harganya 8.23 juta, yang sepatutnya siap pada bulan Mei tahun ini. Namun hanya 87% kemajuan fizikalnya pada 21 Jun 2024 yang lalu. Ada pun Masjid
Taman Senangin, Lenggeng yang berharga 7.0 juta RM yang sepatutnya siap pada 10 April 2024. Namun hanya 66.3% kemajuan fizikalnya pada 21 Jun 2024 yang lalu. Saya ambil maklumat ini daripada laman web yang berkenaan. Harapan saya agar pihak kerajaan melantik kontraktor yang benar-benar dan telah diakui prestasi kerja mereka. Oleh, dan dapat melaksanakan pembangunan masjid selepas ini oleh kontraktor-kontraktor dan kita berharap agar kita menolak pelaksanaan oleh kontraktor-kontraktor jadi-jadian ini yang mana tidak ada certificate ataupun tidak ada kemajuan di dalam melakukan kerja-kerja. Kerana kita takut, nanti akan jadi pulak yang masjid-masjid yang baru ini terbengkalai dan sebagainya.
Dato’ Yang Dipertua, Kelestarian Alam sekitar, yang ke-4. Perkara yang berkaitan penguatkuasaan dalam hutan simpan kekal. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 140 ribu sahaja bagi pihak terbabit memantau hutan simpanan kita. Pada pandangan saya, peruntukan dana ini terlalu rendah berbanding perlaksanaan jabatan berkaitan untuk melaksanakan penguatkuasaan. Laporan Audit 3/2024 melaporkan 70 kes lokasi penerokaan haram hutan simpan kekal seluas 3,359 hektar telah berlaku di Negeri Sembilan. Bukan 3 ekar dan bukan 30 ekar tetapi 3,000 hektar lebih, suatu yang serius sekiranya perlaksanaan penguatkuasaan kurang termasuklah dana yang diperuntukkan juga kurang. Impak aktiviti perhutanan yang tidak dikawal selia kepada alam sekitar akan berlakunya bencana alam sepertimana banjir. Bagi tempoh 2019 hingga 2022, 13 kejadian banjir direkodkan di daerah Kuala Pilah. Antaranya berpunca daripada aktiviti pembukaan kuwas, kawasan hutan. Soalan saya setakat ini apakah Kerajaan Negeri memantau kawasan penerokaan hutan simpan ini, sama ada yang sah ataupun yang tidak sah? Sekiranya sah apakah syarat yang dikenakan dan siapakah yang terlibat? Sekiranya tidak sah tindakan yang telah diambil?
Untuk makluman sidang dewan, banyak negara telah menggunakan teknologi sepertimana drone, sensor pemantauan, pengawasan satelit dan juga lain-lain di samping penambahbaikan kemudahan yang sedia ada untuk menjaga hutan simpan kekal mereka daripada dicerobohi. Kalaulah pihak yang berkenaan sepertimana jabatan hutan dan lain-lain perlu menggunakan helikopter bagi pemantauan, maka pada cadangan saya, kena usahakan untuk membelinya kerana ia adalah satu keperluan untuk gerak kerja pemantauan.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian mengenai RUU Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang dibentangkan dan bakal dipersetujui nanti. Bukan saya ingin membahaskan tentang RUU
tersebut, tetapi berkisar peruntukan kepada Jabatan Kehakiman Syariah sebanyak 9.40 juta RM. Apa yang ingin saya tekankan ialah tempat perlaksanaan hukuman ialah Mahkamah Syariah. Setakat yang setahu, saya tahu, maaf kalau silap, boleh dikatakan semua daerah ada Mahkamah Rendah Syariah kecuali daerah Rasah. Namun keberadaan Mahkamah Tinggi Syariah hanya di Seremban iaitu di Sendayan. Demi mengukuhkan institusi ini, saya mencadangkan agar diadakan satu lagi Mahkamah Tinggi Syariah yang berlokasi di sebelah Kuala Pilah ataupun di Jempol. Ini memudahkan sekiranya ada kes tertentu yang dirujuk kepada mahkamah ini, tidaklah penduduk di Jelebu, di Jempol ataupun di Kuala Pilah terpaksa pergi ke Sendayan untuk tujuan tersebut. Ini memandangkan kepada keadaan geografi dan kos yang terpaksa digunakan untuk pergi ke sana. Contohnya, orang Palong 7 atau Palong 8 ataupun Palong 16 yang ada kes di Mahkamah Tinggi Syariah ini, perjalanan mereka jauh bahkan lebih daripada 2 marhalah. Boleh jama’ itu. Kos pun besar. Jadi sekiranya ada di kawasan berdekatan seperti cadangan tadi, akan memudahkan sedikit sebanyak golongan ini berurusan.
Dato’ Yang Dipertua, yang ke-5: Belia, Wanita Dan Sukan. Melihat kepada sektor yang berkaitan ada ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh berkaitan sukan bola sepak semalam. Pada saya perlu ada satu usaha ke arah menaikkan semula imej Negeri Sembilan yang terkenal dengan “Hobin Jang Hobin. Ke dah lain dah? Itu je lah kan? Hobin Jang Hobin. Pernah berada dalam kelompok pasukan terbaik dalam Liga Piala Malaysia dan juga Liga Super. Hari ini seperti tiada usaha ke arah untuk kita memertabatkan kembali sukan ini di persada bola sepak tanah air. Mungkin kerana diswastakan sukan ini menjadi kita lepas tangan atau saya pun tak tahu bagaimana pengurusannya. Mohon maaf. Saya mohon maaf sekiranya menyentuh pihak tertentu. Namun percayalah kerana kita sayangkan arena ini dari terus berada di ranking bawah, maka semestinya perlu ada tindakan. Kawan-kawan negeri lain selalu juga bertanya apa sudah jadi kepada pasukan Hobin Jang Hobin? Adakah pasukan kita dah kono hobin ko? Wallahua’lam.
Dato’ Yang Dipertua, SUKNES boleh di upgrade kan lagi dengan menambah acara yang dipertandingkan. Sebagai indikator kepada sukan yang lebih besar sepertimana SUKMA dan juga lain-lain. Pada tahun lepas ataupun tahun nilah, peruntukan sebanyak 3.0 juta bagi program SUKNES ini namun tahun 2025, bajet RM 1.0 juta sahaja. Mana lagi 2.0 juta? Menjadi musykil pada saya, adakah program ini tidak berjaya? Atau peruntukan dipindahkan kepada program lain seperti selenggara kemudahan sukan dan pembangunan sukan, yang kedua-duanya mempunyai peruntukan yang tinggi yang mana tercatat iaitu RM, kalau campur dua-dua 6.0 juta. Walaupun kami wakil rakyat
pembangkang tidak dapat manfaat daripada SUKNES tahun ini khususnya di kawasan kami dan peringkat negeri, namun prihatin kami kepada pembangunan sukan negeri tetap kami tidak lupakan. Peruntukan untuk belia banyak dimanfaatkan kali ini dalam Belanjawan 2025. Tahniah saya ucapkan. Ini antara tanda dah dekatnya PRU 16 ni kot. Mungkinlah kot kan? Apa pun segala program yang bermanfaat untuk golongan belia ini saya tetap sokong walaupun penglibatan kami tidak dikenakan, diketengahkan. Saya mencadangkan agar program untuk belia bukan sekadar untuk keseronokan sepertimana riadah, lari lah deh, sepertimana riadah, konsep rekreasi ekspo dan lain-lain tapi perlu juga dimasukkan program keagamaan kepada komuniti belia ini. Kita tidak mahu belia ini dilalaikan dengan program yang lupa kepada Tuhan. Ramai mana remaja dan belia kita yang tak solat Jumaat dan solat fardu serta jahil hal berkaitan Fardu Ain. Ini berdasarkan penyelidikan ahli-ahli akademik berkaitan hal demikian, tuan-tuan boleh rujuk. Saya tak dapat nak keluarkan di sini, panjang. Biarlah kita membentuk generasi Rabbani yang kenal tuhan. Yang bakal menerajui negara kita satu ketika nanti. Oleh itu, cadangan saya pastikan setiap ada adanya program belia dan juga remaja di peringkat Negeri Sembilan iaitu kita selitkan paling tidak pun, kalau tak nak pun program yang bentuk keagamaan secara rasmi, selitkanlah solat berjemaah beramai-ramai ataupun sebagainya.
Dato’ Yang Dipertua, hal yang berkaitan wanita, Bajet tahun 2024 ada diperuntukkan sebanyak 1.5 juta. Tadi dah disentuh oleh salah seorang daripada YB tadi, bagi program pemerkasaan wanita. Namun pada tahun ini program tersebut sudah ditiadakan bajet. Persoalan, apakah program tersebut tidak bermanfaat untuk diteruskan hingga tiada bajet dalam Belanjawan 2025? Ada pun program C4U (Care For You) ibu tunggal masih ada, dan peruntukan telah ditambah kepada RM 1.2 juta iaitu tambah sebanyak 200 ribu. Mungkin di sana ada sebab. Namun kita kena lihat bahawa penglibatan kaum hawa, dalam membangunkan negeri tidak kurang hebatnya mereka. Bahkan kaum hawa lebih ramai menjadi pengundi di banyak kawasan seluruh Negeri Sembilan termasuklah kawasan seh. Mereka adalah pengundi Yang Berhormat yang ada pada hari ini. Cadangan saya, bantulah komuniti wanita yang ada di kampung-kampung dan taman-taman perumahan ataupun di mana saja seperti kumpulan Yasin, marhaban, komuniti surau dan masjid, GPW di felda ataupun lain-lain. Mereka banyak program di peringkat masyarakat setempat tetapi tidak mendapat tempat dan peruntukan daripada mana-mana tempat. Kadang-kadang dia orang datang berjumpa dengan saya untuk mintak kan peruntukanlah, apalah, program-program yang mereka ingin buat.
Yang Berhormat ringkaskan boleh? Satu minit, banyak.
Sikit ya, saya ambil masa. Dato’ Yang Dipertua, pemasaan, Pemerkasaan Komuniti. Dalam hal berkaitan pencahayaan kampung, saya ingin mengulang semula untuk kali seterusnya kepada yang berkaitan keadaan pencahayaan di jalan utama di antara Serting tengah ke Bandar Seri Jempol seterusnya ke persimpangan Palong 16 sehinggalah ke Keratong. Sekiralah sekiranya peruntukan tersebut di bawah Kerajaan Persekutuan, harap dapat diusahakan melalui Jabatan Kerja Raya ataupun peruntukan MARRIS ataupun sebagainya. Sekiranya di bawah Kerajaan Negeri, maka dapat dilaksanakan sebaik mungkin kerana ianya jalan utama ke Pantai timur. Jalan tersebut telah memakan nyawa beratusan orang, sama ada orang luar ataupun tempatan. Keadaan gelap dan jalan yang agak kecil menjadikan ianya spot kemalangan maut di situ. Baru ini ada terdapat lampu solar yang dipasang tetapi sekadar satu tempat dan keku, dan kuantiti yang terhad. Sekelompok ya, tidak tahu apa tujuan, namun adalah sedikit manfaatnya kepada, padanya alhamdulillah.
Di samping itu juga, saya ingin menyalurkan desakan dan harapan penduduk setempat yang inginkan longkang di tepi jalan besar sekitar Kampung Dato Johan, Kampung Jawa, Kampung Serting Tengah dan Kampung Air Bong. Ini memandangkan apabila hujan lebat air tidak mengalir disebabkan longkang tanah, longkang original yang masih belum lagi diletakkan longkang, culvert kan. Baru ini ada pihak terbabit telah membuat saliran air yang merentasi jalan besar di tempat berkenaan. Terima kasih saya ucapkan kepada yang berkenaan mewakili penduduk di sana. Masalah air tidak mengalir ke longkang atau sungai sudah selesai, namun longkang temporary lama masih perlu dibaik pulih. Saya harap Bajet 2025 ini ada sinar bahagianya untuk penduduk yang di sana.
Begitu jugak sedikit harapan saya agar baru-baru ni, mutakhir ni, kerap terjadinya tiada air ataupun tekanan yang rendah terutama di Bandar Seri Jempol begitu jugak yang bersekitarnya termasuklah Felda Raja Alias dan juga lain-lain. Harap dapat dikemaskini sama ada sekiranya paip yang telah pun usang, maka haraplah diganti sekiranya tekanan yang rendah itu dapatlah dipantau dan sekiranya air yang kurang, maka kita perlu mencu, mencari sumber air untuk dirawat.
Dato’ Yang Dipertua, akhirnya perbahasan, saya berharap agar RUU Pembekalan atau Belanjawan 2025 ini memberi manfaat kepada semua pihak terutama kami di kalangan blok pembangkang ini. Peranan kita sebagai wakil rakyat sama sahaja. Membantu memajukan Negeri
Sembilan dalam semua hal dan keadaan. Jangan kerana perbezaan parti politik di kalangan kita, menjadikan kita bermusuhan sehingga tidak berlaku adil dalam perkara tertentu. Sama ada berkaitan peruntukan bulanan, program bersama rakyat, aktiviti kawasan dan juga lain-lain. Ambillah manfaat daripada firman Allah SWT yang berbunyi …[melafazkan ayat 2 Surah al Maaidah], yang bermaksud bertolong-tolonglah atas kebaikan dan takwa dan janganlah bertolong-tolong atas dosa dan permusuhan. Suratul Maaidah ayat 2. Dato’ Yang Dipertua, saya Serting dengan ini menyokong usul RUU Perbekalan Negeri Sembilan 2025 dengan penambahbaikan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat Rahang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambilkan bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2025. Saat ini ada adalah peluang penting untuk kita bersama-sama perbincangan arah tuju pembangunan negeri dan memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan. Saya ingin meng merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kejayaan membentangkan belanjawan 2025 yang berjumlah 590.0 juta ringgit. Belanjawan ini merupakan Belanjawan berimbang yang menunjukkan pengurusan kewangan negeri yang berhemah dan bertanggungjawab. Di samping itu, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan terutama MBS, JPS, JKR dan jabatan-jabatan lain atas usaha gigih mereka dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan projek yang telah memberi manfaat besar kepada rakyat khusus di kawasan DUN Rahang. Usaha dan dedikasi mereka amat derhaka dihargai dan saya mengharap kerjasama erat di depan diteruskan pada tahun-tahun mendatang demi memasti perkhidmatan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik. Sebagai wakil rakyat saya berjanji untuk terus mendukung segala inisiatif Kerajaan Negeri dan memastikan perlaksanaan belanjawan ini dapat memberi manfaat yang maksimum kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan.
Akhir kata saya, menyeru semua pihak untuk bersama-sama mendukung Belanjawan Negeri Sembilan 2025 kerana kejayaan negeri ini memerlukan sokongan daripada semua lapisan masyarakat. Di sini rahang menyokong penuh Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2025. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, Yang Berhormat Exco-Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang saya hormati serta Pegawai Kerajaan. Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada Bagan Pinang untuk menyampaikan pandangan, saranan demi kebaikan Negeri Sembilan dan kesejahteraan rakyat yang kita cintai. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji usaha kerajaan dalam melaksanakan beberapa inisiatif walaupun kita sedar, bahawa banyak ruang untuk penambahbaikan. Saya percaya dengan komitmen yang lebih kukuh dan perhatian yang teliti Negeri Sembilan mampu mencapai lebih banyak lagi kejayaan. Saya berharap Kerajaan Negeri akan terus mendengar suara rakyat dan mengutamakan keperluan sebenar mereka supaya kita tidak terlepas pandang apa yang benar-benar penting bagi kemajuan negeri ini.
Dato’ Yang Dipertua, kita semua maklum bahawa keterjaminan makanan adalah hal yang mustahak. Bagan Pinang menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan program seperti Beras Perpatih yang telah memberi manfaat kepada petani di kawasan Londah, Juasseh dan beberapa lokasi yang lain. Yang menjadi permasalahan ialah adalah Beras Perpatih hanyalah dijual di program Jualan Madani dan jualan Negeri Sembilan Prihatin sahaja dan tiada di pasaran umum. Dato’ Yang Dipertua, selain itu bilakah Beras Perpatih akan mendapat pengiktirafan myGAP? Pensijilan ini penting bagi menjamin kualiti kod, bagi menjamin kualiti produk keluaran kerajaan ini dan meningkatkan keyakinan pengguna dan rakyat. Bukankah kerajaan sentiasa mempromosikan persijilan kualiti ini kepada pihak swasta? Mengapa tidak walk the talk dengan izin, untuk Beras Perpatih ini?
Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin bertanya apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan MARDI untuk memperkenalkan teknologi saliran titis. Teknologi ini dapat mengurangkan penggunaan air yang menjadi isu utama penanaman air, penanaman padi. Teknologi ini dah dilaksanakan di negara China dan India. Dato’ Yang Dipertua, kapasiti pengeluaran Beras Perpatih yang terhad kerana kawasan penanam padi yang kecil sekitar 520 hektar. Apakah perancangan kerajaan seterusnya untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan ini pada skala yang lebih besar?
Dato’ Yang Dipertua, dalam Bajet 2025, Bagan Pinang mendapati terdapat beberapa kebimbangan yang perlu diambil perhatian. Yang pertama, penurunan peruntukan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah sebanyak 2.1 juta ringgit. Jabatan ini penting bukan sahaja untuk membimbing petani dan penternak, tetapi juga kawalan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kuku dan
mulut. Penyakit ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan populasi ruminan yang dijangka meningkat dan menyebabkan kerugian besar kepada penternak. Bagaimana mungkin kerajaan boleh merancang untuk mengurus risiko kesihatan ini apabila peruntukan dikurangkan?
Dato’ Yang Dipertua, kedua: pengurangan peruntukan Jualan Negeri Sembilan Madani. Rata-rata ahli Yang Berhormat membincang tentang program ini. Namun pengurangan 3.0 juta ringgit kepada 2.0 juta ringgit, program ini mungkin, program ini menyediakan barang asas kepada, dengan harga mampu milik. Dan kita tidak mahu penurunan ini menghadkan lagi akses rakyat kepada barang asas seperti beras tempatan, yang semua tahu hanya didapati pada waktu yang sangat terhad, tidak sesuai untuk majoriti rakyat iaitu sewaktu Jualan Nismilan Prihatin dan program berkala anjuran kerajaan.
Dato’ Yang Dipertua, bangunan terbengkalai. Saya juga ingin menyentuh bangunan terbengkalai di kawasan tumpuan pelancong Port Dickson terutamanya di lokasi ikonik di sebelah Pasific Regency dan di hadapan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson yang mencemarkan pemandangan. Adakah kerajaan bercadang mengambil langkah tegas untuk pembangunan semula kawasan tersebut atau kemungkinan mengambil alih melalui GLC Kerajaan Negeri.
Dato’ Yang Dipertua pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, yang semakin hampir saya menyokong komitmen kerajaan meningkatkan peruntukan untuk sektor pelancongan. Namun kita perlu memastikan pembangunan ini tidak mendatangkan mudarat kepada rakyat dan alam sekitar. Kenaikan peruntukan untuk sektor pelancongan mesti disertakan dengan perincian projek supaya tiada pembaziran seperti Jabatan Audit NS156 di mana 148 ribu dibazirkan dalam projek ekopelancongan yang dilaksanakan tanpa perancangan.
Dato’ Yang Dipertua isu air dan kolam takungan. Masalah air terus membelenggu rakyat dan warga Port Dickson. Dua projek takungan air memerlukan perhatian segera. Yang pertama: kolam air Teluk Kemang masih dalam pembinaan walaupun dijanjikan siap pada Julai 2024. Kedua: Kolam Imbangan Bukit Permata Lukut, nampak seperti sudah siap tetapi tidak berfungsi malah infrastrukturnya seperti pagar, tiang lampu telah rosak akibat kecurian. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan isu ini diselesaikan dengan seberapa segera.
Dato’ Yang Dipertua, haiwan liar dan kawalan penyakit. Masalah haiwan liar seperti anjing, monyet bukan sahaja menimbulkan gangguan tetapi juga ancaman kesihatan seperti rabies yang boleh
berjangkit kepada manusia. Baru-baru ini kes serangan anjing liar di Rembau telah mengeruhkan keadaan ini. Terdapat juga aduan daripada warga Bagan Pinang khususnya terutamanya di taman perumahan seperti Taman Dato’ Haji Abdul Samad, Taman TKK, Taman Intan Perdana dan Taman Intan Duyung. Yang menyedihnya apabila aduan dibuat, namun tindakan, tiada tindakan yang dibuat. Pernah PBT datang untuk menangkap anjing. Apabila tidak berjumpa anjing, balik dan terus tidak datang lagi. Dianggap kes selesai dan tiada tindakan susulan dan berkala. Saya mencadangkan satu kempen dan subsidi pemandulan haiwan peliharaan untuk mengawal populasi haiwan liar. Kedua kawalan program kawalan yang dijalankan secara berkala bukan hanya berdasarkan aduan.
Dato’ Yang Dipertua, Mahkamah Syariah merupakan institusi penting dalam menjaga keutuhan sistem kehakiman Islam di negeri ini. Namun dengan peningkatan kes-kes yang melibatkan cabaran terhadap kedudukan Mahkamah Syariah, kita harus mengambil langkah proaktif untuk memastikan peranannya tidak ada terpinggir malah diperkuatkan. Saya percaya usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan Mahkamah Syariah memerlukan dua perkara asas. Yang pertama, sokongan undang-undang yang kukuh dan yang kedua, peruntukan kewangan yang mencukupi. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan yang pertama, pengukuhan Undang-Undang Tubuh Negeri, negeri, bagi memastikan sistem kehakiman Islam tidak dicabar. Adalah wajar kita mencontohi pendekatan negeri Kedah di mana Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang Tubuh Negeri. Langkah ini akan memperkukuhkan kedudukan Mahkamah Syariah dari sudut perundangan dan melindungi daripada sebarang percubaan untuk melemahkan institusi ini. Yang kedua, memperkasakan, untuk memperkasakan lagi sistem kehakiman syariah ini di Negeri Sembilan saya mencadangkan dewan, di Dewan yang mulia ini untuk mengambil contoh di negeri Perak yang di mana telah mewujudkan satu peringkat mahkamah yang dinamakan Mahkamah Utama bagi memperkasakan sistem kehakiman syariah di Negeri Sembilan.
Dato’ Yang Dipertua, masih ada Mahkamah Syariah yang beroperasi sementara seperti Port Dickson, Rembau dan beberapa kawasan lagi. Sudah tibanya kerajaan mempertimbangkan pembinaan premis kekal untuk memastikan operasi Mahkamah Syarie dapat berjalan dengan lebih efisien, selesa dan bermaruah. Mahkamah Syariah bukan sahaja tempat mencari keadilan tapi menjadi simpul maruah dan kehormatan umat Islam. Kita mesti berani memperuntukkan sumber yang cukup untuk memastikan institusi ini relevan dan berwibawa.
Dato’ Yang Dipertua saya menyambut baik pembangunan tapak Mengoca, Kampung Terachi dengan kos yang bernilai 450 ribu. Namun sebagai persoalan yang timbul, pertama apakah impak ekonomi projek ini? Yang kedua, berapakah pulangan atas pelaburan atau return on investment dengan izin, yang dijanakan pada setiap tahun? Ketiga apakah kriteria pemilihan usahawan yang diberikan kedai atau premis di tapak itu jelas dan telus? Saya juga mencadangkan agar program agropelancongan dan sukan rakyat seperti Perpatih Fest dan Pesta Mengocha dipromosikan lebih giat di setiap daerah untuk merealisasikan rencana struktur Negeri Sembilan 2045.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas tindakan pantas menebang pokok-pokok berbahaya di kawasan tumpuan ramai. Langkah proaktif ini bukan sahaja melindungi keselamatan awam tetapi juga menyelamatkan nyawa manusia. Kejadian tragis di Senawang yang merakut, meragut 2 nyawa akibat pokok tumbang menjadi pengajaran iktibar yang berharga untuk kita semua. Bagan Pinang juga mengharapkan Tindakan sebegini juga dilakukan terhadap isu-isu anjing liar, monyet dan sebagainya bagi mengelakkan kehilangan nyawa orang awam. Dalam projek penebangan pokok ini, apakah, persoalan yang saya ingin bangkitkan di sini berapakah kos perlaksanaan penerbang, penebangan pokok-pokok tersebut? Yang kedua, syarikat manakah yang terlibat dan bagaimanakah pelantikan syarikat itu dibuat?
Dato’ Yang Dipertua, saya mohon penjelasan tentang kedudukan penambahan blok bangunan Hospital Daerah Port Dickson yang telah beberapa kali dirancang dan beberapa kali terabai. Dan kedua, memohon perkembangan terkini cadangan saya pada sidang yang lepas untuk mewujudkan sekolah berasrama penuh di Port Dickson. Mohon penjelasan.
Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyentuh sedikit isu yang telah lama menjadi keresahan bagi setiap ADUN pembangkang. Apakah manfaat apabila wakil rakyat dipilih secara sah oleh rakyat tidak diberi hak untuk menguruskan peruntukan bagi kawasan masing-masing? Bukankah ini satu penafian hak kepada rakyat? Saya faham mungkin ada kebimbangan tentang salah guna kuasa tetapi bukankah audit berkala di dalam, dilaksanakan untuk memastikan ketelusan integriti dalam menggunakan peruntukan. Mengapa perlu menyekat peruntukan yang sepatutnya menjadi hak rakyat. Kita sering melaungkan semangat demokrasi dan keadilan tetapi tindakan sebegini bentang dan prinsip parti pemerintah sekarang.
Dato’ Yang Dipertua saya berharap isu-isu yang saya kemuka ini mendapat perhatian sewajarnya. Segala usaha kerajaan haruslah berteraskan keadilan, kecekapan dan kepentingan rakyat dan bukan untuk meraih undi pilihan raya saja. Bagan Pinang mohon menyokong. Wabillahitaufik Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang. Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua bagi saya peluang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan juga Usul Anggaran Pembangunan Negeri Sembilan 2025. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada, mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat; Menteri Besar Negeri Sembilan pada hari Jumaat yang lalu, di mana Kerajaan Negeri dijangkakan akan menjana pendapatan sebanyak 590.0 juta.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, perkara yang saya ingin bangkitkan hari ini ialah nombor pertama – Dasar Perumahan Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian para, para rakan saya, Bidang Tumpuan 4: Pemerkasaan Komuniti. Saya sokong, saya sokong penuh kepada Kerajaan Negeri untuk melaksanakan Dasar Perumahan Negeri Sembilan iaitu pemaju swasta akan membina Rumah Mampu Milik jenis Type A, Type B dan Type C. Saya difahamkan rumah jenis Type A dibenarkan dalam bentuk town house. Dato’ Yang Dipertua, mohon izin. Contoh, contoh ialah Laman Sendayan (P3) Suria, Suria. Ini ialah satu, satu insentif yang sangat baik kerana pihak pemaju boleh membina lebih rumah dengan tanah yang sama. Jadi saya ingin memohon penjelasan Kerajaan Negeri Rumah Mampu Milik Type A yang dibenarkan membina dalam bentuk town house dalam dalam daerah Seremban seperti di, tadi saya nyatakan di Laman Sendayan (P3) Suria adakah, adakah atau dia akan dibina di seluruh Negeri Sembilan juga. Rumah Mampu Milik ialah tanggungjawab pemaju, akan tetapi jika Kerajaan Negeri membenarkan pemaju membina town house di seluruh negeri, ia akan mengurangkan beban pemaju dan pemaju akan memberi sambutan yang amat baik kepada, kerana pemaju boleh membina lebih banyak rumah atas, lebih rumah atas tanah yang, atas tanah yang dikena pastikan dan juga memberi kelebihan kepada pemohon, pemohon ini Rumah Mampu Milik untuk memilih rumah kediaman mereka. Ada pilihan, ada, ada pemilihan untuk mereka memilih sama ada Rumah Mampu Milik Type A biasa atau town house. Jadi saya mohon Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan supaya pembinaan town house ini, RMM ini boleh dilanjutkan dan di di seluruh negeri. Saya minta
pandangan daripada pandangan daripada pihak Kerajaan Negeri masa, masa, masa gulung nanti.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, jadi perkara yang kedua ialah berkaitan dengan rumah, rumah pangsa. Satu lagi insentif oleh Kerajaan Negeri iaitu peruntukan 3.1 juta menaik taraf dan memulih rumah pangsa awam di Negeri Sembilan. Jadi saya sokong penuh juga dengan dasar ini iaitu selenggara infra rumah awam. Tetapi saya ingin menarik perhatian para rakan saya di Dewan yang mulia ini, iaitu rumah pangsa atau rumah flat swasta swasta juga tidak boleh diabaikan. Rumah pangsa dan rumah flat swasta di Negeri Sembilan terutamanya dalam kawasan DUN Mambau ini yang berusia puluh-puluhan tahun kini dalam keadaan usang juga. Jadi kita selalu sering menerima aduan iaitu daripada aduan rumah pangsalah, daripada infrastructure dan seperti kerosakan jalan dan kerosakan longkang monsun di sekitaran rumah pangsa Flat Rasa Jaya. Itu kawasan DUN Mambau saya, dan juga di Flat Desa Rasa. Yang dua-dua tempat ini.
Jadi saya ingin maklumkan, saya terima kasih kepada pihak MBS juga bahawa bahagian COB sentiasa ada membuat tinjauan apabila apabili, apabila kita, apabila mereka menerima aduan daripada Pusat Khidmat ADUN Mambau di sini dan mereka selalu ada turun padang, pihak MBS COB dan meninjau ke, meninjau ke aduan tersebut dan dan dan jawapannya ialah kena tunggu peruntukan. Itu, itu saja kita yang dinanti-nantikan. Jadi apa saya dimaksudkan bahawa pada tahun 2025 ada ada ada apa ni, ni, dasar dasar infrastruk, selenggara infra rumah awam. Saya berharap ini, perkara aduan ni boleh di, boleh dimenangi dan diselesaikan kerana memang, kerosakan jalan ini memang kita selalu mendapat aduan dari sosial media juga ada, dari dari aduan aduan panggilan pun ada. Kita selaku ADUN selalu diketuk atau ditegur oleh, oleh orang, oleh pengadu-pengadu kerana kerosakan jalan dalam kawasan flat ini, ini sudah lama, sudah berpuluh-puluh tahun dan MBS selenggara tidak akan masuk akan membaik pulih tempat tersebut kerana itu, kerana kawasan itu ialah rumah rumah rumah flat swasta. Itu ialah, Kerajaan Negeri seharusnya seharusnya memperuntukkan dana khas untuk membantu membaik pulih dan menyelenggara rumah flat-flat yang disebut tadi.
Tambahan ini, tambahan lagi pihak Kerajaan Tempatan seperti MBS boleh memainkan peranan yang lebih besar dengan memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bangunan (JMB). Saya mencadangkan Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menyediakan tanah khas yang boleh, yang boleh dipohon oleh JMB bagi menjalankan penyelenggaraan asas rumah flat ini.
Jadi untuk pengetahuan, pengetuahan, pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MBS juga kerana dalam ke kebelakangan tahun ini kita pun berjaya ada selesaikan beberapa masalah di flat, flat-flat rumah mangsa tersebut seperti mengecat, seperti mengecat dan menukar bumbung flat tersebut. Jadi saya terima kasih kepada MBS kerana kerana ada tindakan.
Demikian juga sekarang hanya tinggal satu saja iaitu kerosakan jalan. Itu memang teruk sekali. Saya harap pihak, pihak Kerajaan Negeri akan meluluskan dana khas untuk menyelenggarakan atau membaik pulih atau menurap semula jalan-jalan di sekeliling flat tersebut. Jadi pada masa ini JMB bergantung kepada yuran pengurusan bulanan yang dikutip daripada pemilik rumah flat. Namun kadar pembayaran yang rendah menyebabkan JMB menghadapi kesukaran untuk mengekalkan operasi harian. Malah peruntukan daripada Ahli Parlimen dan ADUN kawasan pun ada terhad. Jadi saya harap-haraplah pihak Kerajaan Negeri akan segerakan meluluskan dana khas tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini saya ada, ada lihat sosial, sosial media. Itu iaitu Majlis Bandaraya Seremban telah menghentikan penggunaan mesin bayaran parking pindah di kawasan bandar. Jadi walaupun mesin ini bukan menggunakan dana awam daripada MBS sebaliknya diba, dibiayai oleh pihak kontraktor, saya ingin menekankan bahawa MBS perlu melakukan kajian kebolehlaksanaan yang teliti sebelum melaksanakan sebarang dasar yang baru. Jadi ini sangat, bagi saya sangat penting kerana jika, jikalau tidak, rakyat akan hilang keyakinan terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan dan merasakan bahawa dasar tersebut tidak sesuai dengan keperluan mereka atau orang awam. Jadi ini saya lihat sosial media pun ada tegur kepada pihak Kerajaan Negeri. Saya, saya minta pihak MBS boleh berhati-hatilah apabila, apabila ada, ada apa dasar yang baru diumumkan.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, seperti ADUN-ADUN tadi yang dinyatakan sesuatu itu ialah tentang peruntukan, peruntukan P56. Jadi Mambau di sini juga ingin memohon pihak, pihak Kerajaan Negeri supaya boleh tambah peruntukan tahunan P56 kepada setiap ADUN kawasan untuk, untuk kita, untuk kami membiayai atau membaik pulih tempat-tempat yang, tempat-tempat yang, yang, yang, yang sudah, yang sudah rosak seperti kerosakan longkang monsun atau membaik pulih tempat-tempat awam. Jadi setakat ini peruntukan P56 untuk ADUN kawasan ialah 120 ribu setahun. Itu memang tidak mencukupi. Jadi ADUN Mambau ini berharap kalau boleh tambah sehingga 200 ribu setahun untuk 2025.
Jadi Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa perkara, perkara apa ni, aduan kawasan saya akan rujuk kepada Pengarah Jabatan masing-masing. Dan Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan perbelanjaan pada kali ini. Saya menyokong perbelanjaan Belanjawan 2025 yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh mesyuarat dewan. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang dan usul ini akan disambung semula pada hari Rabu; 27 November 2024 bersamaan 25 Jamadil Akhir 1446 Hijrah. Mesyuarat dewan ditangguhkan.
[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 4.56 petang]