Negeri Sembilan · 27 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · not final · 312 turns · 41,348 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Kota membacakan doa.

[YB ADUN Kota telah membacakan doa di bawah Peraturan IX Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat, Dato’ Yang Di Pertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil‘alamin wassalatu wassalam’ala ashrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasahbihi ajma'in. Raditubillahi rabba wabil islami dina, wabi muhammadin nabiya warosula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SWT, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga Belanjawan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini 27 November 2024, merupakan hari keempat persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Chennah tidak dapat hadir pada hari ini kerana menjalankan tugas rasmi di Parlimen. Yang Berhormat ADUN Nilai tidak dapat hadir pada sesi pagi ini kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Sebagaimana maklum sesi perbahasan akan disambung semula pada pagi ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan seterusnya memberikan pendapat-pendapat yang meningkatkan mutu

penyampaian kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan. Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga. Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Keempat).

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2.

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, saya bangun pada pagi ini untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat ADUN Mambau berkaitan dengan ancaman dan kehadiran ikan asing di perairan umum serta beberapa perkara yang berkaitan dengan ikan-ikan yang memberikan ancaman kepada kehidupan air.

Jabatan perikatan, Perikanan Negeri Sembilan memandang serius terhadap aduan ancaman ikan asing yang mengganggu habitat spesies ikan-ikan asli di perairan umum antaranya sungai, tasik, lombong, dan empangan di negeri ini. Pencerobohan ikan asing di dalam perairan umum akan memberi impak negatif kepada spesies akuatik asli dan persekitaran antaranya adalah seperti yang akan saya nyatakan. Pertama: Memberi kesan kepada persekitaran, mikroorganisma dan ekonomi negara. Yang kedua: Mengganggu rantaian makanan serta bersaing untuk ruang dan makanan dengan ikan spesies yang asli. Yang ketiga: Menghakis tebing sungai hingga menyebabkan tebing sungai runtuh. Dan yang akhir sekali ialah mengganggu kualiti serta mutu air sehingga membuatkan ianya merosot.

Antara usaha Jabatan Perikanan Negeri Sembilan bagi mengatasi masalah kehadiran ikan asing di perairan umum adalah seperti: • Pertama: Melaksanakan aktiviti pelepasan benih ikan asli ke perairan umum bagi tujuan menambah stok ikan asli di perairan umum terutamanya di sungai-sungai di seluruh Negeri Sembilan. Untuk rekod Dewan yang mulia ini, pada tahun 2024, Jabatan Perikanan telah melepaskan benih ikan dan udang sebanyak 26 kali di seluruh Negeri Sembilan iaitu 907,600 ekor dengan nilai 163,900.00 Ringgit Malaysia.

• Ianya memberi kesedaran melalui saluran media sosial Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berkenaan dengan kepentingan untuk memupuk sifat cintakan sungai dan melaporkan, tanggungjawab rakyat untuk melaporkan sebarang salah laku yakni melepaskan ikan asing ke perairan sungai atau menggunakan cara menangkap ikan yang terlarang seperti menuba, mengaran, memanah, dan menggunakan bom air.

• Bekerjasama dengan nelayan darat untuk maklum kepada Jabatan perikatan, Perikanan Negeri Sembilan sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang mencurigakan pihak lain yang tidak bertanggungjawab yang boleh menjurus kepada ancaman populasi ikan asli di perairan sungai.

• Yang keempat: Menjalankan program-program inventori perikanan untuk mengenal pasti spesies ikan yang terdapat di perairan umum. Inventori ini penting kepada Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk mengambil langkah memperbanyakkan pelepasan benih ikan-ikan asli atau melaksanakan program mengeluarkan ikan-ikan asing daripada perairan sungai dengan penglibatan komuniti setempat. Antara program memburu ikan asing yang telah kita jalankan oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan ada banyak Dato’ Yang Dipertua, daripada tahun 2022, 2023 dan kekerapan diteruskan pada tahun 2024.

Dan kebanyakan ikan, spesies ikan asing ini ialah baung ekor merah yang banyak terdapat di sungai-sungai di seluruh Negeri Sembilan dan yang paling banyak sekali, yang mendominasi sungai kita ialah ikan bandaraya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, saya telah menghadiri satu program inventori dan memburu ikan asing di Sungai Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan dan dijalankan pada bulan Oktober 2024 oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Jabatan Perikanan kerana

menjemput saya untuk merasmikan program tersebut. Dan kami mendapati populasi ikan bandaraya amat banyak sehingga pada program tersebut, mencepai, mencapai lebih dari satu tan, Dato’ Yang Dipertua, satu tan maksudnya 1,000kg. Jadi soalan tambahan saya, mengapa ikan ini amat membahaya kepada ekosistem dan apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan ikan ini tidak lagi mencemari sungai kita? Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, saya sudah jangka Yang Berhormat Mambau akan bertanyakan soal ikan bandaraya ni. Maknanya spot question saya kenalah hari ini. Saya dah ada sedikit beberapa perkara yang berkaitan dengan bandaraya ni. Bukan Majlis Bandaraya Seremban, tak. Ikan di Bandaraya Seremban tak ada. Ini ikan bandaraya ni banyak di sungai. Tetapi kebanyakan orang bandar, dia bela ikan bandaraya dalam akuarium di rumah, kerana ikan bandaraya ni boleh menyucikan dan memakan perkara-perkara yang tidak berkaitan untuk kebaikan akuarium. Tetapi tidak baik untuk sungai kita. Saya nak maklum pada Dewan yang mulia ini, ikan bandaraya ni memang ada nama dia ikan Bandaraya. Bukan kita saja bagi nama. Ataupun yang lebih dikenali sebagai ikan tombot. Ikan tombot ni ikan bandaraya. Bahasa sains dia ialah hypostomus plecostomus. Mambau, soalan Mambau memang tepat kepada saya …..

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Haa Dato’ …..

…. punya research lah. Saya tak ada pakat dengan Mambau ni.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Ramai spek, ramai Exco speaking haa.

Apa dia? Saya tak pakat dengan ADUN Mambau ni. Tapi pasal, saya dah jangka dah dia akan tanya ni, pasal ni banyak ikan terdapat sungai kita. Ikan ni berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan, adalah spesies ikan pendatang yang menjadi ancaman besar kepada ekosistem sungai di Malaysia terutamanya di Sungai Mambau, Negeri Sembilan. Ini kerana ancaman ini kerana menjadi ancaman kerana pertama: dominasi ekosistem. Yakni ikan bandaraya boleh mendominasi sungai dengan cepat menggantikan spesies ikan tempatan seperti haruan, baung dan sebarau. Kerana itu di Mambau kita nak cari sebarau tak jumpo, kalau nak cari baung, memang tak dapek. Kek Linggi banyak baung. Dia membuatkan penurunan populasi ikan tempatan dan gangguan kepada rantaian makanan kerana ikan bandaraya kita tak makan, Dato’ Dipertua. Saya tak tahulah kalau orang mam, mintak maaf, saya tarik balik.

Kedua Dato’ Yang Dipertua, kemampuan reproduksi yakni membiak dengan cepat. Ikan ni tak payah bagi makan Dato’ Yang Dipertua, memang dia memang cari makan sendiri dan dia membiak dengan cepat. Mempercepatkan penyebaran mereka ke tempat-tempat habitat baru iaitu di sungai-sungai baru dia cepat merebak. Mana-mana ada sungai sambungan dengan Mambau, dia akan menambah populasi dan jugak dikuasai habitat itu oleh ikan bandaraya ni.

Yang ketiga: Penghancuran habitat. Ikan bandaraya ni cenderung untuk menggali dasar sungai. Kalau mengeluarkan pasir banyak-banyak tu, antaranya ialah peranan ikan bandaraya lah tu. Lebih kurang. Untuk membuat sarang yang boleh menyebabkan hakisan dan merosakkan struktur sungai. Ini mengganggu habitat spesies tempatan lain. Dan kebolehan ikan ini menggali lubang sedalam satu meter di tebing sungai untuk menyimpan telur.

Yang keempat: Kompetensi untuk sumber makanan. Ikan bandaraya ni Dato’ Yang Dipertua, adalah pemangsa rakus kepada, yang memakan larva hidupan ikan lain seperti telur dan larva ikan tempatan yang mengurangkan jumlah ikan tempatan untuk berkembang dan membiak secara terus.

Yang kelima: penyebaran melalui akuarium. Ini yang saya sebut di awal tadi kerana banyak pemilik akuarium membeli ikan bandaraya kerana kemampuan mereka membersihkan akuarium dengan memakan alga. Namun apabila ikan ni membesar, mereka sering dilepaskan ke sungai menyebabkan penyebaran yang cepat. Jadi kerana itu orang dalam bandaraya Seremban, dalam kawasan bandar, saya mintak kerjasama mereka supaya apabila bela ikan bandaraya ni, nak dilepaskan bila dia besar, jangan lepaskan ke sungai. Buatlah penghapusan sebaik mungkin, atas nasihat Jabatan Perikanan.

Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Dato’ Yang Dipertua, telah mengambil beberapa langkah untuk menghapuskan populasi ikan bandaraya di Negeri Sembilan. Berikut antara usaha yang kita buat:

Pertama: Program inventori dan buru ikan asing seperti pada setiap bulan, kita akan buat inventori, kita akan ada komuniti pemburu ikan bandaraya dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung di Kampung Kayu Ara untuk melaksanakan program yang berkenaan. Yang kedua: untuk mengenal pasti Lokasi seperti yang telah saya sebut, antara populasi popular di Negeri Sembilan ialah di kawasan sungai ataupun di kawasan Mambau. Yang ketiga: kesedaran awam. Pihak berkuasa juga mengadakan Kempen kesedaran untuk membastikan

orang ramai terutamanya pemilik akuarium supaya tidak melepaskan ikan bandaraya ini ke dalam sungai atau tasik. Kita akan ada beberapa cadangan kepada pemilik akuarium, bagaimana untuk melupuskan ikan bandaraya yang mereka ternak ataupun bela ini. Dan yang keempat: pengguna ikan bandaraya, penggunaan ikan bandaraya yang ditangkap boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti baja kompos, dan makan ternakan bagi membantu mengurangkan populasi ikan ini secara efektif. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Jeram Padang.

[percakapan secara off mic]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Jeram Padang. Jeram Padang mem, tajuk solalan dia adalah “Jalan Alternatif Baru Ke Kampung Orang Asli Panchor, Kampung Orang Asli Klebang Dan Kampung Orang Asli Lubok Lawang” ya. Ni secara tak langsung jawab, ucapan beliau semalam.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan orang ramai terutama penduduk di kawasan kampung dan pendalaman untuk mendapatkan akses yang mudah dan selamat ke jalan raya utama. Kita sedia maklum juga kawasan ini juga telah dibina jalan dengan peruntukan kerajaan melalui jalan persendirian, tapi malangnya jalan tersebut rosak, mudah rosak kerana dilalui oleh kenderaan berat untuk mengeluarkan hasil daripada ladang-ladang ataupun tanah-tanah persendirian.

Jadi, untuk makluman Yang Berhormat isu ini telah diberi maklum dan, kepada Perbadanan Aset Keretapi oleh Yang Berhormat sendiri. Sehubungan itu, satu lawatan Yang Berhormat bersama wakil Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah diadakan pada 20 Jun 2024 bagi meneliti perkara ini. Dan saya ucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan bagi memastikan kita dapat menyelesaikan isu tersebut. Dan semasa lawatan ke lokasi yang dicadangkan bagi pembinaan lintasan tersebut adalah berdekatan KM27, Jajaran Pantai Timur, Mukim Jelai, Daerah Jempol. Hasil lawatan mendapati kawasan tersebut telah diduduki oleh, secara tidak sah memandangkan terdapat aktiviti tanaman dan juga sebuah struktur pondok telah didirikan. Ini tak ada masalah sebenarnya untuk kita ambil tindakan.

Dalam hal ini, Perbadanan Aset Keretapi selaku pemilik dan pengurus aset kereta api akan mengkaji cadangan reka bentuk lintasan yang

sesuai serta ulasan-ulasan teknikal daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan seperti Keretapi Tanah Melayu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum diangkat untuk kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat, dan saya yakin perkara ini juga telah dipanjangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, dan saya yakin bahawa perkara ini akan mendapat perhatian dan kita akan terus melibat perkembangan permohonan ini. Insya-Allah, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan. YB Sikamat, sebenarnya kalau perbincangan peringkat awal daripada JAKOA dan dengan, apa tu, JAKOA, tak ada masalah, KKW, JAKOA dengan KKW tak ada masalah dari segi peruntukan. Cumanya halangannya Dato’ Seri, cumanya halangannya adalah keizin untuk menggunakan tanah RAC itu. Itu saja halangannya sekarang sebab peruntukan daripada JAKOA dan KDW tak ada masalah. Dan ikut teknikalnya memerlukan pondok pengawal, penghalang lalu lintas untuk kereta api pun semua kita ikut apa yang teknikal dia nak. Cuma halangannya sekarang kelulusan saja sebab penantian untuk orang Asli ni selama 30 tahun melibatkan 3 kampung dan melibatkan 2,000 pengundi saya di Jeram Padang. Mohon Dato’ Seri beri perhatian. Terima kasih Dato’ Seri.

Terima kasih itu bukan soalan tambahan. Itu tambahan, makluman ya. Terima kasih dan saya yakin bahawa, yang saya katakan tadi bahawa kita insya-Allah akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengangkutan bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan. Dan jika Kementerian Luar Bandar (KKW) saya yakin bahawa kelulusan ini penting disegerakan daripada segi teknikal saja saya rasa. Dan saya harap bahawa ini dapat kita selesaikan insya-Allah pada tahun hadapan insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Sri Tanjung soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, hasil sumber wakaf Amanah Tanah Perkuburan. Terima kasih ADUN Sri Tanjung. Dato’ Yang Dipertua, hasil sumber wakaf amanah tanah perkuburan dikenali sebagai Tabung Amanah Sumbangan Perkuburan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957. Terimaan Tabung Amanah ini diperolehi daripada sumber-sumber berikut:

• Pertamanya: Wang yang diterima daripada pemaju atau pemilik tanah sebagai kos sumbangan tanah perkuburan. • Keduanya: Sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan-Badan Berkanun, Agensi Swasta, Pertubuhan Sukarela, individu dan sumber kewangan yang lain.

Berdasarkan rekod sehingga 25 Oktober 2024, jumlah terimaan di bawah Tabung Amanah ini adalah sebanyak RM1.5 juta. Merujuk kepada Arahan Amanah di bawah Tabung ini hendaklah digunakan bagi tujuan berikut: pertamanya: Bayaran untuk pewujudan tapak perkuburan baru. Kedua: Bayaran pengambilan balik tanah, pampasan atau ganti rugi yang melibatkan kerja-kerja pewujudan tapak perkuburan baru. Ketiga: Bayaran untuk kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf infrastruktur yang melibatkan tapak-tapak perkuburan baru. Dan yang keempat: Bayaran pampasan atau ganti rugi yang melibatkan kerja-kerja pembinaan dan menaiktaraf infrastruktur melibatkan kawasan perkuburan baru.

Permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Port Dickson bagi tujuan seperti yang dinyatakan di atas dan tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah Sumbangan Perkuburan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Seri Menanti. Soalan yang amat lazim, kesesakan lalu lintas jalan Seremban – Kuala Pilah. “Apakah status jalan baru Seri Menanti - Ulu Sepri bilakah dua projek dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya?” Terima kasih soalan tersebut. Bagi projek Membina Jalan Daripada Seri Menanti, Kuala Pilah Ke Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan, status semasa projek ini sedang melaksanakan kerja-kerja Penyiasatan Tanah serta Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 4. Dan alhamdulillah berjalan dengan baik.

Manakala, bagi projek Membina Jalan Penghubung antara Kampung Guntur Ke Langkap, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, status semasa projek adalah dalam proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 8 dan Penyediaan Laporan bagi Kelulusan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar. Berikut adalah maklumat serta status kemajuan di tapak bagi kedua-dua projek tersebut:

• Membina Jalan Seri Menanti, Kuala Pilah, Ulu Sepri melibatkan 106.8 juta. Mula tahun, tahun 2022 dan siap sepatutnya pada 12 haribulan 7 2026.

• Bagi Membina Jalan Penghubung Di Antara Kampung Guntur Ke Langkap, Kuala Pilah: 58.66 juta. Bermula pada 11 haribulan 10, 2021 dan akan siap ada 21 haribulan 5, 2027.

Untuk makluman, kerja-kerja bagi projek ini sedang giat dilaksanakan. Terdapat beberapa isu teknikal di tapak yang menyebabkan perjalanan projek ini menjadi lewat. Dijangkakan kerja-kerja fizikal bagi kedua-kedua projek ini dapat dilaksanakan sebaik sahaja proses Pengambilan Tanah dan EIA diselesaikan memandangkan ia melalui kawasan hutan yang sedia ada. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang. Eh, mintak maaf. Serting.

Assalamualaikum, selamat, selamat sejahtera. Soalan nombor 1, Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Serting yang berkenaan santuni penganut agama selain Islam. Untuk makluman Yang Berhormat Serting, sebarang permohonan untuk membina tempat ibadat atau rumah ibadat perlu dikemukakan kepada PBT yang berkenaan. PBT akan mendapatkan ulasan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi teknikal yang berkaitan. Setiap permohonan akan dipertimbangkan dengan merujuk kepada Garis Panduan Pembangunan Rumah Ibadat. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Rahang bencana alam dan kesiapsiagaan negeri.

Yang Dipertua Dewan

Nombor 1 ke, nombor 2, soalan? Nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

1 kan? ADUN Rahang. Rahang. Oh sorry, minta maaf.

Okey. Terima kasih Rahang bertanyakan soalan. Soalan mengenai apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan program bantuan sosial yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 mendapat memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan dan bagaimana Kerajaan Negeri Sembilan menilai keberkesanan program-program meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, melalui Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober yang lalu dalam mensejahterakan rakyat ke tahap bahagia, pelbagai jenis bantuan kebajikan disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Antaranya, bantuan tunai khas untuk keluarga miskin, OKU dan warga emas dengan kadar bulanan seperti berikut:

• Satu: Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada 600.00 ringgit. daripada 600.00, daripada 500.00 sebulan.

• Kedua: kadar Bantuan Kanak-Kanak Keluarga Miskin dinaikkan kepada Ringgit Malaysia 250.00 daripada 200.00 Ringgit Malaysia bagi seorang anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah. Serta kepada Ringgit Malaysia 200.00 daripada 150.00 bagi seorang anak yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum Ringgit Malaysia 1,000.00 ringgit sekeluarga.

• Ketiga: kenaikan syarat kelayakan pendapatan penerima bantuan elaun iaitu pekerja Orang Kurang Upaya kepada Ringgit Malaysia 1,700.00 daripada Ringgit Malaysia 1,500.00.

• Keempat, peruntukan Bantuan OKU pada 2024 sebanyak Ringgit Malaysia 1.2 bilion dinaikkan kepada Ringgit Malaysia 1.3 bilion pada tahun 2025.

• Kelima, kenaikan syarat dan kelayakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar daripada Ringgit Malaysia 3,000.00 kepada Ringgit Malaysia 5,000.00.

Ini untuk memastikan program bantuan sosial yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2025 dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat ya. Antara langkah yang diambil untuk mencapai matlamat ini termasuklah:

• mengumpulkan data dan golongan sasaran ya. Pengumpulan data yang tepat melalui kerjasama dengan agensi pihak kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Bukan Kerajaan adalah penting untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang berhak. Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa mengadakan kerjasama dengan jawatan pembangunan keselamatan kampung iaitu JPKK dan pemimpin setempat dalam rujukan kes-kes yang memerlukan bantuan segera.

• Kedua: meningkatkan infrastruktur penyampaian iaitu merangkumi memastikan bantuan sampai ke tangan penerima dengan cepat dan tepat ya. JKM juga mengadakan pelbagai langkah alternatif antaranya penugasan pegawai JKM di pusat khidmat DUN. Kedua program outreach iaitu Pegawai JKM hadir di lokasi-lokasi terpilih untuk memudahkan orang ramai hadir dan tidak perlu ke pejabat. Ketiga, mewujudkan team on call di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang menangani kes-kes rujukan dengan segera. Kelima, mewujud, keempat, mewujudkan secara berkala pasukan task force bagi mengendalikan kes-kes permohonan baru dan rujukan yang berkesan.

• Dengan ini program bantuan sosial juga dipantau secara berkela, berkala mengikut Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan dan Negeri yang sedang berkuat kuasa. Ini adalah untuk memastikan ia berfungsi dengan baik dan tiada penyelewengan dan ketirisan.

• Keempat, kemudahan akses dan penglibatan komuniti. Ini merangkumi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang wujudnya dan kelayakan untuk menerima bantuan sosial ini melalui saluran komuni, komunikasi yang jelas termasuk media sosial, aplikasi mudah alih dan kerjasama dengan masyarakat setempat.

Kerajaan Negeri melalui JKM memantau dan menilai semua keberkesanan program-program ini dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui:

• Kajian semula iaitu penerima bantuan bagi kes-kes produktif iaitu Skim Bantuan Am, Bantuan Kanak-Kanak dan Elaun Pekerja Kurang Upaya dikaji semula di setiap tahun bagi menilai kelayakan semasa pemohon sama ada boleh dilanjutkan atau masih memerlukan bantuan JKM lagi atau ditamatkan yakni telah melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kelulusan bantuan ini yang diberikan dalam bentuk tempoh satu tahun.

• Kedua: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah membuat inisiatif dengan menjalankan Kajian Penilaian Keberkesanan

Pemberian Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar, Pesakit Kronik terlantar bagi penerima bantuan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan dan kajian ini dijangka akan diperluaskan di negeri-negeri lain termasuk Negeri Sembilan.

• Ketiga: Audit dan naziran dilakukan secara berkala oleh Kementerian Pembangunan Keluarga Dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri ke daerah sekurang-kurangnya setahun 2 kali.

• Keempat: Penetapan Indikator Kejayaan (KPI).

Kerajaan Negeri Sembilan juga telah menetapkan Program Miskin Tegar Sifar pada tahun 2023 dan 2024. Program ini telah memperolehi kejayaan pada tahun 2023. Program Miskin Tegar Sifar juga telah diteruskan pada tahun 2024 dan JKM adalah salah satu agensi yang memberi bantuan dan terlibat dalam pelaksanaan program ini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kota soalan nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Kota bertanyakan tentang soal padang sekolah ya. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya memang masih banyak lagi sekolah yang tak mempunyai padang ni. Contoh saya berikan di daerah Port Dickson ada 2 sekolah yang tak ada padang. Di Kuala Pilah ada 7 sekolah. Di Tampin ada 13 sekolah. Di PPD Seremban lebih banyak lagi iaitu ada 24 sekolah yang tak ada belum mempunyai padang. Dan sebahagian sekolah ini pula dia berkongsi padang contohnya di Kuala Pilah ini macam sekolah Tengku Kurshiah, Sekolah Kebangsaan dan sekolah menengah ni dia berkongsi padang dengan Sekolah Zaaba ataupun TMS.

Apa pun Dato’ Dipertua, mengenai padang ni kita, sebenarnya pihak sekolah boleh memohon ya, kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk kawasan, kalau ada kawasan lapang yang kalau di luar daripada kawasan sekolah, kawasan sekolah tak cukup buat padang, kalau ada kawasan yang berhampiran dengan sekolah, boleh saja mohon ya, kepada, melalui Jabatan Pendidikan Daerah ataupun kepada JPNS sendiri. Dan ini memang berlaku dari semasa ke semasa. Contohnya sekarang ini kita sedang menaik taraf beberapa padang di di Negeri

Sembilan. Sekolah Kebangsaan Sungai Jai sedang naik taraf padang, Sekolah Kebangsaan Daching, Sekolah Kebangsaan Jijan. Dan yang terbaru kita dah, sedang memohon ya, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan sedang memohon padang untuk sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak sebab, kita maklum bahawa ada tanah kosong berhampiran dengan kawasan sekolah ni. dan kita dah minta JPNS untuk memohonlah untuk padang sekolah.

Jadi di masa yang sama Dato’ Yang Dipertua, mengenai peralatan sukan, memang tak ada peruntukan khas bagi peralatan sukan sekolah-sekolah. Tinggal lagi kita ada apa disebut sebagai Geran Perkapita Mata Pelajaran. Semua sekolah ada ni, Geran Perkapita Mata Pelajaran. Dan pihak sekolah bolehlah membeli menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu untuk membeli peralatan sukan Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Untuk makluman Yang Berhormat Exco sekolah, Kampung Tanjung yang saya maksudkan ini terletak betul-betul di sebelah landasan kereta api ya. Jadi keperluan kemudahan padang yang padang di sekolah-sekolah ini amat perlu untuk aktiviti riadah anak-anak sekolah. Jadi apakah boleh jika kita cari lokasi baru untuk kita pindahkan sekolah tersebut ke lokasi yang lebih besar, mungkin lebih selesa, yang lebih sesuai mengikut keperluan yang perlu ada di setiap sekolah? Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mengenai Sekolah Kebangsaan Tanjung ni, saya pun, kita tak ada maklumat sini tentang berapa ramai murid sekolah tu dan sebagainya. YB pun tak bagi kan. Kita tengok keadaan. Kalau, sekarang ni kita mintak pindahkan sekolah ni sebab tak ada padang kerana difahamkan padang sebelah sekolah ni jalan keretapi eh? Jalan keretapi ya, YB? Tak ada, tak ada padang nak pindah sekolah pulak. Nanti kita tengok, kita akan, saya mintak jabatan untuk siasat kedudukan Sekolah Kebangsaan Tanjung ni, apakah ada keperluan untuk pindah sekolah disebabkan tak ada padang ataupun boleh kita cari alternatif kalau ada kawasan berhampiran yang ada kawasan lapang yang boleh kita mintak sekolah memohon bagi tujuan padang sekolah ini. Terima kasih YB.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan Chuah nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menjawab sekali lagi bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Chuah berkaitan

dengan penyelesaian isu tanah PFA ataupun Pig Farming Area di kawasan Port Dickson, di kawasan Teluk Pelanduk, Bukit Pelanduk. Ini adalah antara isu yang telah merentasi beberapa zaman Dato’ Yang Dipertua, agak lama. Sudah melebihi, melangkaui 24 tahun. Dan saya nak mintak izin daripada Dato’ Dipertua, untuk membuat sedikit penjelasan secara detail di dalam topik yang berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, pada 3 Februari tahun 2021, MMK (Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan) Negeri telah memutuskan penubuhan sebuah task force committee dengan izin, untuk mengkaji pembangunan di kawasan PFA di Bukit Pelanduk. Task force tersebut dipertanggungjawabkan untuk meneliti dan membincangkan isu-isu perlaksanaan pembangunan di kawasan PFA seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan dan penyelesaian. Di samping ta, di samping itu Dato’ Yang Dipertua, task force ini juga telah pun berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh serta bertindak sebagai pemudah cara bersama pihak-pihak yang berkepentingan dan pihak-pihak yang terlibat.

Di antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu yang telah berlarutan lebih daripada 20 tahun ini, secara dasarnya Kerajaan Negeri tiada halangan dengan cadangan untuk meneruskan aktiviti penternakan babi di kawasan PFA. Walau bagaimanapun, pengusaha perlu menepati 2 syarat utama. Pertama iaitu aktiviti penternakan hendaklah dijalankan secara moden dan ditutup secara menyeluruh. Keduanya, tiada sebarang kotoran dilepaskan daripada pusat penternakan. Maknanya zero discharge.

Justeru itu task force yang ditubuhkan telah mengadakan sesi libat urus bersama pemilik pada 20 November tahun 2021 di Dewan Kampung Baru Tanah Merah Site A. Dan berdasarkan dapatan daripada sesi town hall yang diadakan 53% telah mengemukakan maklum balas borang soal selidik. Daripada hasil dapatan soal selidik ini Dato’ Yang Dipertua, 79% responden melibatkan pemilik berhasrat untuk menjual tanah terbabit sama ada secara terus atau berserta dengan infrastruktur. Statistik ini dijadikan asas di dalam perancangan pembangunan serta sebagai panduan bagi yang berkaitan dengan aktiviti penternakan di kawasan ini. Berikutan dapatan tersebut, task, task force berkenaan telah mencapai objektif penubuhan Jawatankuasa Task Force ini.

Kini Dato’ Yang Dipertua, usaha rundingan pembangun sedang digalas oleh agensi berkaitan dengan pelaburan negeri bagi mengenal pasti pelabur yang bersesuaian dalam usaha perlaksanaan perancangan yang melibatkan kawasan ini. Kawasan PFA ini seperti yang telah pun kita semua sedia maklum, sangat luas, mempunyai keluasan 713.3 hektar

yang melibatkan 374 lot yang berada berhampiran dengan kawasan sempadan Sepang dan Port Dickson. Menilai kepada kemajuan kawasan sekitar dan kedudukan kawasan ini, rancangan pembangunan yang melibatkan Parcel Pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 direncanakan secara holistik di kawasan PFA. Kawasan PFA Bukit Pelanduk merupakan kawasan yang telah diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Port Dickson iaitu nombor warta 797 yang bertarikh 10 Oktober tahun 2024. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Sembilan bersama dengan Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson telah menyediakan Rancangan Tempatan Malaysian Vision Valley ataupun RT MVV 2045 dengan izin, bagi merancang pembangunan di seluruh daerah Seremban dan Port Dickson. Jadi kerana itu berdasarkan RT ataupun Rancangan Tempatan Malaysian Mission Valley tersebut, kawasan ini terletak di Blok Perancangan 2 Jimah, Port Dickson. Dan cadangan pembangunan di RT MVV ini telah mengezonkan kawasan tersebut sebagai zon Pembangunan Bercampur yang meliputi zon guna tanah industri, komersial dan perumahan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yew Boon LyePKR · PHChuah

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas jawapan daripada apa ni Exco. So, soalan tambahan saya, berdasarkan status terkini Pig Farming Area seperti yang disebutkan oleh YB Exco sebentar tadi, apakah langkah susulan yang sedang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan di kawasan PFA ini?

Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana isu ini adalah merupakan isu public interest ataupun isu yang berkaitan dengan masyarakat di kawasan Bukit Pelanduk ini, maka suka saya nyatakan ya, pada masa ini, usaha sedang ditumpukan di sekitar kawasan dengan pertimbangan untuk RFP ataupun request for proposal tanah milik SD Guthrie yang berhampiran sekitar dengan kawasan PFA, yang telah pun dibincang dan hampir dimuktamadkan. Sebarang bentuk pembangunan di kawasan tersebut untuk makluman Yang Berhormat, melibatkan tapak PFA dan akan dibangunkan secara holistik bagi memastikan satu bentuk pembangunan yang terangkum.

Usaha selepas ini Dato’ Yang Dipertua, sekiranya terlaksana ya, sekiranya perancangan ini dapat mencapai kata putus, akan melibatkan bentuk usahasama Perbadanan Negeri Sembilan dengan pelabur yang berpotensi bagi berunding dengan pemilik tanah bagi tujuan pembangunan di kawasan ini. Usaha pembangunan ini melibatkan kawasan tanah sekitar 15,000 ekar dalam Parcel C Malaysian Vision Valley 2.0 dan secara real, secara realistiknya, secara realistiknya Dato’ Yang Dipertua ianya tentunya memakan masa yang panjang ya. Kerana itu ia diposisikan antara tumpuan dalam Kluster Industri Rentas

Sempadan Wilayah Tengah yang melibatkan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Kerajaan Negeri Sembilan serta negeri Selangor Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Lenggeng.

Terima kasih Yang Dipertua. Soalan saya nombor 9, eh, soalan nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Ya Yang Berhormat.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Lenggeng yang mengemukakan soalan nombor 9 iaitu berkenaan dengan usaha pemutihan produk inap desa di DUN Lenggeng. Saya masih ingat pada 2019, saya bersama dengan pasukan penyelamat yang menerima liputan antarabangsalah iaitu kehilangan, kes kehilangan Nora Ann. Itu 2019. Di situlah bermulanya proses pemutihan untuk rumah-rumah inap desa di situ. Bayangkan sudah 5 tahun berlalu, masih ada pengusaha yang memberitahu saya mereka tidak menerima apa-apa notis berkenaan dengan pemutihan ini. Saya rasa ini tidak masuk akallah. Okey.

Sehingga September 2024, status pelaksanaan Program Pemutihan Resort / Chalet Yang Berisiko Dan Tiada Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) di dalam kawasan seliaan MBS adalah seperti berikut: jumlah resort yang terlibat dalam pemutihan adalah 40, jumlah permohonan yang diterima – 2, yang lulus – kosong, tidak lulus – dua, dalam tindakan – kosong. Jumlah resort yang belum kemukakan permohonan adalah 38. Pihak Majlis telah mengeluarkan notis kepada resort atau chalet yang beroperasi tanpa kelulusan kebenaran merancang. Dan tempoh akhir pemutihan sehingga 31 Disember 2024 sahaja. Terdapat 27 premis resort atau chalet yang berada di DUN Lenggeng yang mana 4 premis telah memperolehi kelulusan KM manakala 23 masih belum mengemukakan permohonan KM.

Berdasarkan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 28 Ogos 2024, telah bersetuju tindakan pemutihan bagi pembangunan yang beroperasi tanpa KM dibuat dan tempoh akhir pemutihan sehingga 31 Disember 2024 sahaja. Pihak Majlis telah mengeluarkan notis kepada resort atau chalet yang beroperasi tanpa kelulusan KM dan tempoh akhir pemutihan sehingga 31 Disember sahaja. Berulang, maaf ya. Sekiranya pengusaha premis masih gagal mematuhi notis yang dikeluarkan, tindakan penguatkuasaan akan

dilaksanakan oleh MBS dan arahan penutupan premis boleh dikeluarkan selaras dengan keputusan MMK yang bersidang pada 28 Ogos 2024.

Soalan tambahan. Tadi saya saja je tadi tu. Sekiranya berakhir hujung tahun ni, adakah rayuan masih dibuka kepada mereka sebab kita tengok tadi lebih 20 lebih masih lagi tak mohon KM. Untuk mohon KM ni perlukan modal yang besar. Jadi ada yang datang berjumpa saya lah.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Memang itu adalah keputusan MMK. Jikalau mereka rasa modal besar, mereka harus masuk permohonan dulu. Sekarang tak ada usaha langsung untuk memohon KM tu. Saya minta semua pihak supaya masukkan permohonan KM dulu. Dan kita boleh cuba bincang. Tapi jikalau tak ada permohonan KM dimasukkan, maka bergantung kepada keputusan MMK, maka ia tidak akan, tiada kompromi kerana ini melibatkan isu keselamatan. So saya ha, saya haraplah pengusaha-pengusaha ini tidak mengambil jalan mudah dan memberi alasan yang macam-macam. Kerana ada yang datang jumpa saya, minta macam-macam. Minta jalan, minta papan tanda, minta macam-macam kemudahan. Saya beritahu dia, you belum masuk KM lagi, you nak minta macam-macam. Minta, masukkan permohonan KM dulu, baru kita bawak bincang. Okey? Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.

Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan, soalan nombor 1.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Paroi yang berkenaan dengan kelestarian alam kawasan perindustrian. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar di kawasan perindustrian baru melalui pelbagai inisiatif dan dasar. Antara langkah yang diambil adalah termasuk:

• Yang pertama: Penggunaan Teknologi Hijau: Kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi hijau dalam sumber tenaga boleh diperbaharui dalam operasi industri. Sebagai contoh, syarikat Nestlé Malaysia telah membina Loji Janakuasa Biojisim di Kawasan Perindustrian Chembong, Rembau, yang menggunakan sisa sawit sebagai bahan bakar, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 14,000 tan carbon dioxide setara setahun. Selain itu, Syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang telah melabur kira-kira

Ringgit Malaysia 7.0 bilion bagi membangunkan kilang pembuatan bateri sel EV (kenderaan elektrik), yang pertama di Asia Tenggara. Pelaburan ini berperanan penting dalam menyokong peralihan teknologi, peralihan teknologi kepada kenderaan elektrik global, yang selaras dengan matlamat Malaysia untuk mengurangkan karbon dan meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam industri automotif. Kilang ini juga menyediakan peluang pekerjaan dan menyokong misi negara untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang tahun 2050 melalui pengeluaran bateri yang lebih efisien dan mesra alam. Untuk Syarikat Coca-Cola Malaysia di Bandar Enstek juga aktif dalam projek-projek mesra alam melalui inisiatif kitar semula, serta program pemuliha, pemuliharaan air bersama organisasi tempatan seperti Malaysian Nature Society dan Muslim Aid Malaysia. Syarikat juga terlibat dalam memberi akses air bersih kepada komuniti di kawasan pedalaman. Dan komitmen ini membuktikan bahawa sokongan Coca-Cola terhadap kelestarian dan kesejahteraan khususnya kepada komuniti tempatan. Syarikat-syarikat tersebut bukan hanya mengukuhkan industri teknologi hijau di Negeri Sembilan, malahan juga turut menyokong agenda nasional Malaysia dalam usaha kelestarian dan pengurangan jejak karbon melalui pendekatan inovatif dan pelaburan besar dalam teknologi hijau.

• Yang kedua, Garis Panduan Perancangan Kawasan Perindustrian Negeri Sembilan. PLANMalaysia Negeri Sembilan telah mengeluarkan satu garis panduan khusus untuk perancangan kawasan perindustrian, memastikan pembangunan yang mampan dan mesra alam.

• Yang ketiga: Melalui Kerjasama Awam-Swasta. Kerajaan Negeri menekankan kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam pembangunan ekonomi rendah karbon, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Dasar Tenaga Negara. Ini termasuk menggalakkan industri beralih kepada penggunaan teknologi hijau bagi mengurangkan pelepasan karbon.

• Yang keempat: Pembangunan Kawasan Perindustrian Berkonsepkan Kelestarian: Pembukaan kawasan industri baharu SPD Techvalley di Senawang dengan keluasan 523 ekar di bawah pemaju Seri Pajam Development Sendirian Berhad dirancang sebagai taman perindustrian berkonsep Smart Sustainable Managed Industrial Park dan merupakan yang pertama di Asia Tenggara mendapat pensijilan Leadership in Energy and Environment Design (LEED) dengan izin, untuk bandar dan komuniti industri,

menekankan amalan kelestarian dan pematuhan kepada standard ESG. Setiap pembangunan industri dalam kawasan perindustrian adalah tertakluk di bawah peraturan berkaitan bagi kawalan pencemaran udara dan sisa buangan. Semua ini hendaklah dikendalikan mengikut peraturan dan pemantauan berterusan dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling tahun 1974 dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan pembangunan perindustrian yang seimbang dengan pemeliharaan alam sekitar, menjamin kelestarian untuk generasi masa akan datang. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Yang pertama, adakah pegawai penguatkuasaan cukup untuk melakukan pemantauan yang berterusan? Apakah langkah dan strategi kerajaan ya, dalam memastikan tiada berlaku penyebaran, pencemaran terutama pencemaran kepada sumber air iaitu yang yang pertamalah ya, dalam. Yang keduanya ialah saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Exco kepada perkembangan global dan sektor perindustrian yang yang telah diterangkan tadilah, memberi penekanan kepada prinsip kelestarian alam melalui penerapan inisiatif tenaga boleh diperbaharui (renewable energy initiative) lah. Berkaitan dengan Malaysian Vision Valley 2.0 yang berpotensi menjadi hab industri utama di Negeri Sembilan, soalan saya adakah kerajaan telah ya, menetapkan dasar ataupun SOP atau insentif khusus bagi memastikan ya, pelabur sedia ada dan akan datang ini diwajibkan ya, untuk mengintegrasikan tenaga, teknologi tenaga boleh diperbaharui dalam operasi mereka? Saya berpandangan bahawa ini adalah masa yang kritikal untuk memulakan langkah tersebut kerana pembangunan Malaysian Valley 2.0 di peringkat awal. Wallahu’alam.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Paroi. Yang pertama mengenai, adakah enforcement ataupun penguatkuasaan kita cukup ataupun tidak. Saya rasa setakat ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama semua agensi, kerja-kerja penguatkuasaan termasuk kerja-kerja pemantauan kilang ini memang mencukupi. Dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru supaya semua ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan ini, sama-sama kita memastikan bahawa jikalau kita menerima apa-apa adu, aduan ataupun maklum balas daripada orang awam, sila maklumkan kepada saya ataupun kepada Jabatan Alam Sekitar ataupun kepada PBT. Dan sudah tentunya kita akan mengambil tindakan yang segera untuk memastikan tak ada sebarang insiden pencemaran berlaku di Negeri Sembilan. Dan sudah tentunya dalam perkara ini, rasa kita bersama khususnya hari tu saya sudah sebut, Yang Amat

Berhormat Menteri Besar kita memang sangat prihatin terhadap isu alam sekitar khususnya kepada mana-mana saja syarikat yang melakukan kesalahan, kita tidak akan bertolak ansur. Dan kita akan mengambil tindakan yang paling tegas terhadap syarikat ini.

Dan untuk menjawab soalan tambahan yang kedua, yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Paroi, dari segi macam mana persiapan Kerajaan Negeri untuk memastikan sektor industri kita, kita dapat memastikan khususnya dari segi inisiatif teknologi hijau ataupun dari segi penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui. Saya rasa ini salah satu soalan yang cukup baik di mana saya rasa pada hari ini apa-apa sahaja peran, perancangan sebenarnya dia tak kiralah perindustrian, perumahan ataupun dari segi perbandaran, yang sangat penting kita memang fokus kepada ESG. Saya boleh dikatakan pada hari ini rasanya tak ada mana-mana lagi industri ataupun pelaburan yang membawak kilang-kilang yang industri dia ataupun yang operasi-operasi dia akan mengeluarkan banyak asap ataupun mencemarkan alam sekitar kita. Sebab untuk Kerajaan Negeri, kita memang fokus untuk menarik pelabur-pelabur yang berkualiti, di mana pelabur yang masuk ke negeri kita kebiasaannya adalah pelabur yang mengamalkan teknologi hijau ataupun pelabur yang benar-benar boleh membawa manfaat kepada negeri kita. Jadi saya rasa itu yang saya ingin sampaikan terima kasih.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Mohon soalan tambahan Speaker. Saya mohon Exco jawab tentang tempoh hari di, bukan tempoh harilah, di kawasan saya pun atau di kawasan lain yang ada kilang sawit ni, kita ada pencemaran air. Air tu bertukar kepada color hitam tapi penguatkuasaan dia tak boleh, tiada orang cakap, tiada penguatkuasaanlah. Orang cakap, tiada boleh diambil tindakan. Itu amat mendukacitakanlah. Pasal air itu berubah kepada, color tu, berubah color itu tak boleh diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Okey, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Gemencheh. Saya rasa jikalau ia benar berlaku, memang sesuatu yang tak boleh diterimalah. Saya rasa Exco Alam Sekitar kita, jabatan-jabatan ataupun agensi-agensi kita, kita memang sentiasa memandang seriuslah khususnya kepada mana-mana sahaja industri ke, tak kiralah perniagaan dia yang menyebabkan pencemaran, sudah tentunya kita akan ambil tindakanlah. Mungkin saya mohon Yang Berhormat Gemencheh, lepas ni bagi maklumat kepada saya. Mungkin saya boleh bantulah untuk tujukan kepada jabatan yang berkenaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Tuan Speaker. Soalan saya nombor 2.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada YB Gemencheh yang bertanyakan tentang TVET ya. Dan sukacita saya nak jawab soalan Gemencheh ni, disekalikan dengan soalan daripada ADUN Seremban Jaya juga, ada bertanya TVET ni ya, soalan TVET.

Dato’ Yang Dipertua, di Negeri Sembilan memang kita amat mengambil beratlah, amat menggalakkan anak-anak kita yang terlibat dengan TVET ataupun Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional ni. Ini kita memang lihat secara serius. Dan contohnya kita dah tubuhkan pun Majlis Perundingan TVET di peringkat Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh YAB MB sendiri dan jugak jawatankuasa teknikal ya, eksekutif yang saya pengerusikan. Jadi di Negeri Sembilan ni kalau kita lihat dari segi TVET ni Dato’ Yang Dipertua, kita ada 3, boleh pecahkan kepada 3 agensi lah. Pertama sekali ialah apa yang kita sebut sebagai Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) di Kuala Pilah,ini yang pertama. Yang keduanya kita juga mempunyai Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC) di Mantin. Dan yang ketiga yang terlibat dengan TVET ialah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, bagi Kolej Yayasan Negeri Sembilan, ini kita sendiri punya ya, Negeri Sembilan sendiri punya institusi TVET ni, kita mempunyai pelbagai bidang yang kita tawarkan. Dan kita menggalakkan, orang kata kolaborasi. Contohnya di Kuala Pilah TVET KYNS di Kuala Pilah kita ada, contoh di bidang hospitaliti ya, pada tahun lepas KYNS menjalinkan hubungan kerjasama dengan industri perhotelan di Negeri Sembilan seperti Lexis Hibiscus Hotel dan jugak Klana Resort. Jadi ini untuk memberi latihan khusus kepada pelajar-pelajar TVET yang mengambil bidang hospitaliti lah.

Di masa yang sama bidang automotif contohnya di Kuala Pilah juga, KYNS juga mempunyai hubungan dengan sektor industri automotif seperti perjanjian persefahaman dengan Toyota Laser Motor Group (LMG) ni, yang membantu untuk memperkasakan bidang automotif di KYNS. Ini pun sudah sedang berjalan Dato’ Yang Dipertua, dan sejumlah pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus ini. Dan sepertimana kita sedia maklum bukan mudah nak dapatkan satu kerjasama dengan Toyota ni, mereka ada reputasi yang tertentu. Tapi alhamdulillah, KYNS dapat menjalin hubungan kerjasama ni dan ini memberikan peluang kepada anak-anak pelajar kita mendalami ilmu automatif lah.

Di masa yang sama juga, KYNS, Dato’ Yang Dipertua, kita, baru-baru ni Yang Amat Berhormat telah pun mengumumkan ya, sejumlah peruntukan yang agak besar bagi tujuan insentif TVET ya, kepada KYNS sebanyak 5.25 juta di, telah pun diluluskan, telah pun dibawa ke Dewan ini dan dibacakan hari Jumaat lepas, tujuannya untuk membantu KYNS, anak-anak Negeri Sembilan untuk menceburi pelbagai bidang ditawarkan di KYNS, yang mana bidang-bidang ini semuanya berkaitan dengan kemahiran Dato’ Yang Dipertua.

Dan di pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan kita memang banyak program. Seawal persekolahan lagi kita dah dedahkan anak-anak kita ini dengan mata pelajaran kemahiran ya, banyak program yang dibuat. Contohnya Karnival TVET Permotoran Parlimen Seremban di SMK Mantin, Hari Profesion Teknikal Negara Peringkat Negeri Sembilan, semuanya melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Jadi untuk Yang Dipertua, memang Negeri Sembilan kita memang menggalakkan. Dan yang kita harapkan ialah promosi ya, promosi kepada anak-anak Negeri Sembilan supaya mereka jangan lepaskan peluang. Sekiranya tak boleh meneruskan pendidikan dalam bidang akademik semata-mata, kita boleh jugak meneruskan dalam bidang TVET.

Dan KYNS, saya nak maklumkan sikit, Kolej Yayasan Negeri Sembilan dia ni special untuk anak Negeri Sembilan. Jadi kita bagikan Pinjaman Boleh Ubah Biasiswa kalau keputusan baik, kita jugak berikan banyak inisiatif ya, geran pemberian one off bagi permulaan pembelajaran, bagi makan percuma, macam-macam lagilah yang ditawarkan oleh KYNS untuk menggalakkan anak-anak Negeri Sembilan yang minat ya, dalam bidang kemahiran TVET ini untuk mengambil kesempatan daripada kursus-kursus yang ditawarkan oleh Kolej Yayasan Negeri Sembilan.

Itu antara usaha yang kita buat. Tapi sebenarnya Dato’ Dipertua, kita di Negeri Sembilan ni selain daripada yang Kerajaan Negeri Sembilan sendiri punya, kita jugak punyai banyak institusi lain yang menawarkan kursus TVET di Negeri Sembilan ni. Dan salah satu nya ialah, saya kena sebut ni Dato’ Yang Dipertua, kerana ini dah dapat pengiktirafan iaitu untuk makluman Dewan, Politeknik Port Dickson. Politeknik PD ni memang kita semua tahu, tapi hari ini mereka telah pun diiktiraf sebagai Institusi TVET Terbaik di Asia Pasifik. Ni kita banggalah ya, kerana Politeknik PD ni berada di Negeri Sembilan dan mereka dah lama pun memperkenalkan program-program TVET ni. Dan mereka yang terbaik di Asia Pasifik menerusi pengiktirafan Platinum oleh Asia Pacific Accreditation and Certification. Ini memang satu penilaian yang amat tinggi dan kita bersyukur kerana politeknik PD ni pun adalah di Negeri Sembilan, dan kita berharap anak-anak Negeri Sembilan akan lebih

ramai mengikuti kursus-kursus TVET di negeri kita. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Chembong bawak soalan untuk Rantau. Boleh?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, terima kasih. Saya mewakili Yang Berhormat ADUN Rantau …. [YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic]. Yenna, senyaplah. Saya bertanyakan soalan nombor 1, Dato’ Speaker yang berkenaan insentif kepada sektor perniagaan dan industri. Apakah insentif-insentif ataupun galakan-galakan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam sektor perniagaan dan industri di negeri kita, Dato’ Speaker, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Chembong yang mewakili Yang Berhormat Rantau, bertanya soalan yang berkenaan dengan insentif kepada sektor perniagaan dan industri. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Sembilan telah mewujudkan dasar prosedur dan insentif pelaburan Negeri Sembilan sebagai usaha menggalakkan kemasukan pelabur dari dalam dan juga luar negara. Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menambah baik dasar ini terutamanya dari segi penawaran insentif kepada pelabur dalam mengembangkan perniagaannya di di di Negeri Sembilan. Dan pada masa yang sama meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini. Melalui penambah, melalui penambahbaikan dasar ini juga, Kerajaan Negeri yakin secara langsung dapat melonjakkan impak pertumbuhan di kawasan Malaysian Vision Valley 2.0 dan kawasan luar bandar.

Kerajaan Negeri Sembilan telah merangka pelbagai inisiatif dalam merancakkan lagi pelaburan dan pembangunan di Negeri Sembilan. Melalui kaedah handholding dan memudah cara pelabur. Negeri Sembilan menawarkan pelbagai insentif untuk melabur, untuk menarik pelabur sama ada pelabur luar negara dan juga domestik. Antara insentif yang yang dipe, yang diperkenalkan untuk menarik minat para pelabur adalah seperti berikut:

• Yang pertama: memberikan diskaun pengurangan premium pembangunan tanah di Negeri Sembilan sebanyak 15% untuk tempoh 30 hari dari tarikh menerima Notis 5A ataupun 7G daripada Pentadbir Tanah Daerah berkuatkuasa 1 Januari tahun 2024.

• Yang kedua: tawaran rebat kadar utiliti air berdasarkan kelulusan dari pihak SAINS secara case by case basis.

• Dan yang ketiga: peranan Invest NS bertindak sebagai mediator iaitu agensi dan bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memantau dan mempercepatkan proses OSC.

Dato’ Yang Dipertua, bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri Sembilan untuk menarik lebih ramai pelabur asing ke Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri turut menawarkan insentif bagi perolehan hartanah oleh warga asing, syarikat asing, pegawai dagang (expatriate) dan penduduk tetap (permanent resident) di Negeri Sembilan seperti yang berikut:

• Yang pertama: untuk bangunan kediaman: Pegangan Pajakan ataupun Pegangan Bebas. Bagi kategori Strata – 600 ribu ringgit ke atas, Landed Strata – 1.0 juta ringgit ke atas, Landed – 1.0 juta ringgit ke atas.

• Untuk perniagaan ataupun komersial: Pegangan Pajakan dan Pegangan Bebas bernilai 2.0 juta ringgit ke atas dengan syarat tanah hendaklah diusahakan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pemberimilikan.

• Yang ketiga: industri ataupun perusahaan: Pegangan Pajakan dan Pegangan Bebas bernilai 2.0 juta ringgit ke atas dan syarat tanah hendaklah diusahakan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pemberimilikan. Pengilang perlu berdaftar dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Perlu memastikan 30% pembangunan diperuntukkan kepada warganegara ataupun syarikat tempatan.

• Bagi pertanian: konsep Joint Venture antara pemilik (warganegara tempatan) dengan syarikat ataupun warganegara asing bagi melaksanakan High Impact Agriculture Project.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan beberapa insentif bagi sektor-sektor yang lain dengan tujuan menyokong sektor perniagaan di negeri ini. Di antaranya adalah seperti:

• Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS): Memberikan geran sebanyak 3,0000.00 ringgit kepada penjaja, peniaga kecil untuk membantu mereka memajukan perniagaan. Terdapat juga TUNS Plus dengan pinjaman tanpa faedah hingga 15,000.00 ringgit serta TUNS Extra yang menawarkan geran padanan sehingga 30,000.00 ringgit bagi usahawan yang ingin meningkatkan kapasiti perniagaan, terutamanya untuk peralatan ataupun mesin baharu.

• Yang kedua: Tabung Agro: Memberi pinjaman kepada usahwan dalam sektor pertanian dan makanan yang berpatutan dengan syariah. Pinjaman ini membantu peniaga dalam sektor yang berdaftar dan aktif di Negeri Sembilan, memastikan mereka mempunyai modal mencukupi untuk mengembangkan operasi mereka.

• Yang ketiga: Insentif Pembangunan Tanah Terbiar dan Sejahtera Tani: Bertujuan untuk memanfaatkan tanah terbiar dan menggalakkan pertanian dengan bantuan pembangunan infrastruktur dan sokongan input pertanian kepada golongan belia. Ini termasuk sistem pengairan dan jalan ladang, serta memberi sokongan kepada petani muda yang melaksanakan projek pertanian komersial seperti penanaman sayuran atau ternakan lebah.

Insentif-insentif ini bertujuan untuk memacu pembangunan ekonomi Negeri Sembilan dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif, peluang pekerjaan, dan pemerkasaan perniagaan tempatan, sejajar dengan visi negeri untuk menjadikan pusat perindustrian dan perniagaan yang kompetitif. Semua inisiatif yang dirangkakan ini merupakan langkah proaktif kerajaan dalam usaha menarik minat lebih ramai pelabur mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Negeri Sembilan. Seterusnya, melonjakkan ekonomi serta menambah peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk negeri ini.

Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Invest Negeri Sembilan dan agensi-agensi pelaburan seperti MBI, Perbadanan Negeri Sembilan, PKNNS dan YNS turut berkerjasama dengan pihak-pihak pemaju swasta untuk menggalakkan pembukaan kawasan perniagaan dan perindustrian baharu di Negeri Sembilan bagi menampung permintaan para pelabur pada masa akan datang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Klawang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Klawang, mengemukakan soalan pertama.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Klawang. Kawalan banjir dan seleng, senggaraan sungai. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai dengan mengalih halangan dan menga, mengalur seksyen sungai secara berkala. Kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak melibatkan melebar atau mendalamkan sungai dan membawa keluar material on site ke luar kerana ia, kerana ianya melibatkan kos yang lebih tinggi. Bagi kerja-

kerja melebar dan mendalamkan sungai yang dilaksanakan dalam projek Rancangan Tebatan Banjir melibatkan kos yang lebih tinggi kerana ia melibatkan pengeluaran material ke luar tapak manakala kerja penstabilan tebing termasuk pembinaan ban melibatkan material import bagi meng, mencapai keperluan teknikal dan spesfikasi yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan telah menjalankan kajian dan penyiasatan tapak dalam menentukan lokasi deposit pasir sungai-sungai yang dibenarkan untuk dimasukkan dalam program kerja-kerja penyelengggaraan dan pemuliharaan sungai tanpa melibatkan kos atau peruntukan Kerajaan Negeri dengan kaedah timbal balik daripada mengeluarkan, mengalihkan dan mengangkat bahan batuan (pasir sungai).

Sehingga kini sebanyak 17 batang sungai yang terlibat dalam proses timbal balik adalah seperti berikut: Kelulusan Tahun 2020 adalah Sungai Kepayang, Sungai Linggi, Sungai Pertang, Sungai Muar, Sungai Pedas, Sungai Kenaboi. Bagi kelulusan Tahun 2022: Sungai Batang Benar, Sungai Emi, Sungai Jerlang, Sungai Lenggeng, dan Sungai Serting. Dan bagi tahun 2023: Sungai Batang Labu, Sungai Jijan, Sungai Jempol, Sungai Triang, Sungai Terachi dan Sungai Rembau. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, selamat pagi, ADUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor 1.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Seremban Jaya yang mengemukakan soalan berkenaan dengan kebudayaan dan kesenian. Pada 9 haribulan Jun 2023, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah meluncurkan 9 Identiti Negeri Sembilan. Dan selaras dengan aspirasi tersebut, kami telah mempergiatkan lagi untuk mempromosi 9 Identiti Negeri Sembilan sebagai satu keunikan Negeri Sembilan. Di dalam usaha mempromosi dan menyemarakkan seni budaya di negeri ini, sudah tentunya perlu berada di landasan 9 Identiti Negeri Sembilan yang telah diisytiharkan. Di antaranya ialah alat muzik cak lempong, busana baju kebaya setengah tiang dan persembahan tarian piring lambung, teromba, tumbuk kalang dan juga seni bina atap panjang, bunga lado. So 9 Identiti ini menjadi teras kepada keunikan Negeri Sembilan yang akan digunakan untuk mempromosi Negeri Sembilan.

Kebanyakan kesenian ini dapat dilihat pada program-program dan majlis-majlis keraian dan juga program teater. Selain daripada itu, baju setengah tiang, telepuk dan bunga lado telah dipromosikan melalui pemakaian di majlis-majlis tertentu. Promosi juga dibuat melalui jualan-jualan produk kraf tangan seperti baju batik, kerongsang, kraftangan yang bermotifkan bunga lado dan pelbagai produk cenderahati. Namun disarankan semua pihak untuk, melalui pimpinan masyarakat di Negeri Sembilan turut mempromosi dan membudayakan 9 Identiti tersebut. Sebagai satu langkah yang melibat, yang bersifat kemasyarakatan saya di sini menyeru semua untuk membudayakan 9 Identiti ini dari segi cenderahati diberi kepada dif-dif kehormat ke, dari segi busana, dari segi persembahan, harus kita menggunakan 9 Identiti ini, cak lempong dan juga persembahan piring lambung dan juga permainan tradisional yang yang beridentitikan Negeri Sembilan.

Agensi yang berkaitan giat mengadakan promosi di peringkat Negeri Sembilan melalui program-program seperti NS Fest, Perpatih Fest, Festival Cak Lempong, MAHA dan lain-lain lagi. Manakala di peringkat daerah, usaha mempromosikannya telah dilaksanakan melalui program-program kemahiran seni seperti program perantisan tumbuk kalang di Gemencheh, dikir rebana di Rembau serta Program Bimbingan Seni di beberapa sekolah. Selaini tu Jabatan Pendidikan telah melaksanakan hari Perpaduan Silang Budaya yang melibatkan pelbagai pihak termasuk ibu soko, Jabatan Muzium dan juga adat, adat Negeri Sembilan serta semua sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Program ini telah melibatkan seramai 177,764 orang pelajar. Antara aktiviti yang diadakan ialah makan makanan tradisional, pemakaian pakaian sudut adat, suku adat dan lain-lain. Sekolah Seni juga memainkan peranan yang lebih aktif dalam mempromosikan 9 Identiti Negeri Sembilan.

Selain itu, setiap DUN diberikan peruntukan untuk perayaan. Dan diseru untuk kita menerapkan 9 Identiti tersebutlah kalau boleh dan juga kebudayaan masing-masing. Masakan yang melambangkan masyarakat majmuk kami. JKKN iaitu Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan juga ada menganjurkan program bimbinan, bimbingan hujung minggu secara percuma. Program ini adalah berbentuk kelas yang terdiri dari bidang seni seperti muzik dan cak lempong, kelas asas tarian tradisional dan juga kelas asas teater. Kelas ini dilaksanakan secara percuma di Kompleks JKKNS bermula sejak Mei 2024 dan akan dilaksanakan sehingga Disember 2024. Setakat ini penyertaan adalah seramai 120 orang pelajar yang berumur seawal 6 tahun sehingga 18 tahun. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya belum sampai soalan tambahan. Tapi saya mahu rekodkan Dewan yang mulia ini satu rekod yang baik. Sebab itu saya minta laluan. Tadi pun sudah minta kebenaran kepada Dato’ Yang Dipertua. Semalam patut saya mahu cakap, tapi tak ada masa. Tapi hari ni saya cakap. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Majlis Bandaraya Seremban; Tuan Mas midyai, mityayan, Midyawan bin Yahya atas komitmen dan mudah memberi kerjasama sepanjang beliau berkhidmat di MBS jika ada masalah. Saya difahamkan khidmat beliau di MBS akan berakhir pada Disember 2024 dan berpindah ke Persekutuan. Semoga beliau sukses dan dipermudahkan segala urusan. Selamat maju jaya. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan. Adakah sebarang perancangan oleh Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian untuk menarik dan mempromosikan, promosikannya di sekolah-sekolah? Terima kasih.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya atas soalan tambahan. Memang aa usaha sedang dipergiatkan lagi. Tadi yang saya sebut itu JKKNS ada memberi kelas bimbingan hujung minggu. Itu secara percuma. Dan juga pihak Jabatan Pendidikan juga ada mengadakan Program Silang Budaya dan kami juga ada sekolah seni. Dan pada masa yang sama, selepas pembentangan bajet ini yang diluluskan inisiatif baru TAC iaitu (Tourism, Arts and Culture). Ini juga boleh kami gunakan untuk memastikan 9 Identiti ini di diberi pendedahan kepada semua sekolah. Dan salah satu cara yang saya boleh fikirkan adalah kita masukkan juga satu satu itinerari pelancongan untuk sekolah-sekolah di mana sekolah-sekolah diwajibkan untuk pergi Muzium dan JKKNS. Di mana di situlah mereka dapat pendedahan dan ilmu pengetahuan berkenaan dengan 9 Identiti ini.

Pada masa yang sama, Negeri Sembilan juga terkenal dengan satu kebudayaan Cina yang unik kepada Negeri Sembilan iaitu Losang. Losang atau makanan iaitu sayur-sayuran yang digaul dan dilambung tinggi, semakin tinggi semakin ong iaitu semakin banyak kemakmuran. Itu adalah sejenis kebudayaan Cina yang yang yang unik kepada Negeri Sembilan. Itu juga saya rasa kita harus uar-uarkan untuk kita menonjolkan keunikan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menyebut Yang Berhormat Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum terima kasih Dato’ Dipertua. Soalan saya nombor 1.

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor berapa? Satu.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Nombor 1. YB Nicole.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Bagan Pinang yang mengemukakan soalan berkenaan dengan pendapatan industri pelancongan. Kerajaan Negeri hanya menerima cukai pelancongan dari Kerajaan Persekutuan dengan jumlah di antara 2,000.00 hingga 2.47 juta. Jumlah tertinggi yang terima adalah sebanyak 2,474,280.00 pada tahun 2019. Manakala jumlah terendah dalam tempoh 5 tahun ini adalah sebanyak 2,310.00 pada tahun 2022 yang lalu. Ini disebabkan oleh pandemiklah. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk melaksanakan kutipan Fi Lestari di Port Dickson pada tahun 2025 dengan kadar 4.00 ringgit di mana 3.00 ringgit akan menjadi hasil Pihak Berkuasa Tempatan dan 1.00 ringgit menjadi hasil Kerajaan Negeri. Dengan adanya sumber hasil baru ini kutipan tersebut akan membantu merancakkan sektor pelancongan di Port Dickson dengan penyediaan fasiliti yang lebih lengkap.

Selain daripada pewujudan kutipan Fi Lestari untuk semua premis penginapan perniagaan di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri dalam usaha mempertingkatkan hasil pendapatan industri pelancongan melalui pelbagai pelbagai langkah strategik. Sebagai contoh:

• Memperkenalkan program promosi pelancongan melalui penganjuran Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 untuk menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, Kerajaan Negeri telah merancang pelbagai acara dan program bersama jabatan atau agensi di peringkat negeri dan daerah untuk dimasukkan dalam kalendar acara peran, pelancongan iaitu COE yang akan bermula pada 2025.

• Nombor dua: pemerkasaan produk-produk pelancongan yang dilaksanakan secara berterusan dengan memberi tumpuan kepada kepada pembangunan asas dan peningkatan infrastructure pelancongan di setiap daerah. Ini membantu memudahkan pelancong atau pengunjung untuk menikmati pengalaman pelancongan yang lebih baik dan selesa.

• Nombor tiga: kerjasama Kerajaan Negeri dengan penggiat industri pelancongan untuk mempromosikan produk pelancongan secara lebih berkesan. Kerjasama ini merangkumi penganjuran FAM Trip ke produk-produk pelancongan bersama ejen atau persatuan

pelancongan seperti MATTA, MIKA, MITA, penyertaan pameran pelancongan seperti MATTA dan juga karnival-karnival pelancongan serta kempen pemasaran bersama penggiat industri pelancongan untuk menarik kehadiran pelancong atau pengunjung menjelang penganjuran Tahun Melawat Negeri Sembilan.

Langkah-langkah ini bukan sahaja dijangka dapat meningkatkan hasil pendapatan industri pelancongan tetapi juga untuk menjadikan industri pelancongan di Negeri Sembilan lebih mampan dan berkualiti serta memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi dan masyarakat setempat.

Saya ingin memberi, memaklumkan di sini Dato’ Yang Dipertua, bahawa NS Fest iaitu brainchild dengan izin, cetusan idea Yang Amat Berhormat Menteri Besar, yang bukan saja dia secara langsung memanfaatkan peladang-peladang, penternak, nelayan dan usahawan di mana 800 ribu pengunjung telah pergi NS Fest pada tahun ini. Dan nilai jualan dan potensi jalinan perniagaan adalah lebih kurang 9.0 juta. So saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasihlah kepada Yang Amat kebijaksanaan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang yang mencetuskan idea NS Fest ini yang cukup membantu dalam sektor pelancongan. Dan kami haraplah kami dapat menganjurkan program yang begitu besar, festival yang begitu besar yang dapat memanfaatkan secara langsung semua penduduk di Negeri Sembilan. Terima kasih.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Dato’ Speaker, soalan tambahan. Negeri Sembilan terkenal dengan berbagai produk kuih-muih, makanan tradisional dan juga kraftangan tradisional. Adakah kerajaan bercadang untuk membina satu pusat arked dan sebagainya untuk memusatkan produk-produk tersebut supaya memudahkan orang ramai untuk mendapatkan produk tersebut khususnya di Port Dickson? Sebab kita tahu bahawa di Port Dickson bagai-bagai pelancong yang hadir tapi nama untuk mendapatkan sebagai contoh kuih sopang, apam Johol dan sebagainya sukar. Dicadangkan supaya ada pusat pemusatan tersebut untuk mereka mudah mendapatkan produk tersebut. Sebagai contoh yang dipakai oleh YB Nicole, lada, bunga lada tersebut, saya kata, memang tak tahu dan orang tak tahu di mana untuk mendapatkan produk berkenaan. Terima kasih.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Pinang yang begitu prihatin tentang sektor pelancongan. Memang kami sudah ada pusat yang pengumpulan ini di White House sekarang. Sekarang di tingkat bawah Bangunan White House memang ada banyak cenderahati dan produk-produk yang melambangkan Negeri Sembilan dan 9 Identiti. Ada bunga lado, macam-macam saiz

ada. Ada batik yang harganya dari 5.00, dari 50.00 ringgit sehingga 1,000.00 ringgit. Pada masa sekarang memang kami ada pusat di Bangunan White House tapi menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan, kami akan adakanlah lebih banyak tempat untuk produk-produk yang melambangkan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Lukut mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya menjawab bagi pihak Yang Berhormat Arul Kumar. Soalan daripada ADUN Lukut. Keluasan kawasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Port Dickson. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMK Negeri Sembilan) telah meluluskan perluasan kawasan Majlis Perbandaran Port Dickson pada satu, pada Fasa 1 (2023 – 2033) melibatkan seluruh daerah berkuatkuasa pada 4 September 2024. Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) Bil. 9/2024 bertarikh 17 September 2024, bersetuju tambahan kawasan meliputi 3 batu nautika daripada tikas air surut akan dimasukkan ke dalam Kawasan Pentadbiran MPPD. Selaras dengan keputusan tersebut, satu sesi libat urus dengan jabatan teknikal dalaman dan luaran akan membincangkan perkara ini selaras dengan cadangan Rancangan Fizikal Negara ke-4 dan peruntukan Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750). Sesi Focus Group Discussion (FGD) dengan wakil JPKK dan lain-lain pihak yang berkepentingan akan diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang pengenaan, pengenaan cukai taksiran dapat dilaksanakan bagi kawasan baharu. Dan saya berharap ADUN kawasan juga digalakkan untuk bekerjasama bagi merealisasikan hasrat kepada kebersihan keutamaan kami. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang berhormat sekalian masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024]

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli yang berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024. Saya persilakan perbahasan, saya persilakan Yang Berhormat Lenggeng. Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam perpaduan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Exco Kanan, Yang Berhormat ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan, ketua-ketua …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, 15 minit. Hari ketiga kita 15 minit je.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan yang saya hormati sekalian. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua memberi ruang masa kepada Kota untuk mengambil bahagian di hari terakhir perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada Jumaat minggu yang lalu. Di Dewan yang mulia ini juga saya zahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerja, sumbangan idea dan juga buah fikiran dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan kali ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak eksekutif dan pegawai kerajaan yang telah bekerja keras dalam menyediakan belanjawan ini demi untuk rakyat Negeri Sembilan khasnya dan penduduk Negeri Sembilan secara keseluruhannya.

Belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani” merupakan satu belanjawan yang dilihat mempunyai perancangan strategik dan inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri ini. Dalam belanjawan ini, kita dapat melihat penekanan terhadap pelbagai sektor utama seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur dan pemerkasaan ekonomi negeri. Yang mana kesemuanya bertujuan untuk memastikan keseimbangan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat di Negeri Sembilan. Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 590 juta, belanjawan berimbang dengan hasil dan juga perbelanjaan operasi yang sepadan. Untuk merealisasikannya Dato’ Yang Dipertua, sudah pasti perlunya ada kerjasama yang baik di antara kepimpinan Barisan Nasional dan juga kepimpinan Pakatan Harapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dalam ketidaktentuan cuaca ketika ini, saya menyambut baik tumpuan yang diberikan kepada

masalah banjir kilat yang kerap berlaku akhir-akhir ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, kebanyakan jambatan yang ada di Kota di bawah seliaan Jabatan Pengairan Dan Saliran mempunyai saiz yang kecil, yang dimina, yang dibina puluhan tahun yang lalu. Sedangkan sungai kita semakin melebar. Ini menyebabkan hakisan tanah di sekeliling jambatan. Baru-baru ini hujan lebat telah meruntuhkan sebuah jambatan di Kampung Bongek Tengah. Untuk laluan sementara, Pejabat Daerah Rembau telah membina laluan alternatif. Tapi agak jauh jarak laluannya. Dan itulah satu-satunya pilihan yang ada pada ketika itu, untuk kegunaan orang kampung keluar masuk. Orang kampung terpaksa buat kutipan dan bina sendiri jambatan kayu sekurang-kurangnya untuk laluan motosikal di tapak jambatan yang runtuh untuk memudahkan laluan mereka supaya lebih dekat untuk ke surau, untuk ke masjid dan juga untuk ke kebun yang hanya beberapa meter sahaja melintasi sungai tersebut.

Walau bagaimanapun, terima kasih Pejabat Daerah Rembau melalui Pegawai Kewangan Negeri dan Jabatan Pengairan Dan Saliran kerana beberapa minggu yang lalu telah memulakan bina baru jambatan di Kampung Bongek Tengah ini. Cuma malang sedikit dari segi proses pelaksanaannya Yang Dipertua, Dato’ Yang Dipertua. Jabatan runtuh, banjir, rumah terbakar, lembu kambing kena langgar, kucing hilang, semua, orang yang pertama dapat panggilan adalah wakil rakyat. Yang di persoal setiap hari, bila jambatan baru nak dibuat, juga wakil rakyat. Yang memikirkan ke mana aduan tersebut nak dipanjangkan, mana agensi nak dirayu untuk dapatkan peruntukan, juga wakil rakyat. Sampai waktu nak laksana, dah mula kerja, mesin dah masuk buat kerja, baru wakil rakyat tahu. Itu pun dari media sosial je yang yang Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Bukan sekali tapi dah berkali-kali. Kota tak kisah. Yang penting orang Bongek dapat jambatan baru. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk mengelakkan perkara seperti ini berulang, satu langkah agresif perlu diambil untuk menyelenggara jambatan yang sedia ada dari masa ke semasa dan perlu dinaik taraf atau digantikan jambatan-jambatan yang telah sampai jangka hayatnya. Yang dikira tidak lagi selamat untuk diguna pakai.

Dato’ Yang Dipertua, Kota tidak terlepas dari menghadapi isu banjir. Pekan Kota yang beberapa kali dilanda banjir kilat, pernah saya sebutkan dalam sidang DUN yang pertama dulu, hingga kini masih belum ada apa-apa perkara positif yang berlaku di lokasi tersebut. Isunya mudah sahaja untuk diselesaikan. Naik taraf dan besarkan longkang sedia ada di bawah selia, seliaan Jabatan Kerja Raya. Insya-Allah isu banjir kilat di Pekan Kota boleh selesai. JKR Rembau dah buat anggaran kos sebanyak Ringgit Malaysia 500 ribu sahaja dan telah dibuat permohonan ke JKR Pusat. Jawapan diterima: tiada peruntukan

dan dibawa permohonan ke tahun hadapan. Kota hanya mampu berdoa tidak berlaku banjir untuk kali yang keempat tahun ini sementara menunggu tahun hadapan untuk terima peruntukan tersebut. Ini pun akan, itu, ini pun akan terima nasib yang sama, bila turunnya peruntukan nanti tiba-tiba mesin dah masuk buat kerja, wakil rakyat pun baru tahu. Akan, saya akan pastikan ya, saya monitor dengan izin, melalui media sosial ya dan mengharapkan netizen di media sosial melaporkannya nanti insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Bidang Tumpuan seterus, seterusnya pendidikan. Masih terdapat sekolah yang masih tidak mempunyai kelengkapan kemudahan sukan yang sempurna. Di Kota masih ada sekolah yang tidak mempunyai padang bola, padang untuk sukan balapan. Usaha perlu dibuat dari sekarang untuk menyediakan kemudahan yang sepatutnya ada di setiap sekolah agar dapat dinikmati bersama oleh anak-anak di sekolah untuk beriadah. Di Sekolah Kebangsaan Tanjung contohnya, terpaksa menumpang tanah kampung sebelah, pagar sekolah, di sebelah pagar sekolah untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan sejak sekian lama yang Dato’ Yang Dipertua. Walaupun kekurangan ini, tidak menjadi halangan kepada pihak sekolah, kepada sekolah ini untuk muncul johan keseluruhan acara olahraga MSSD Peringkat Daerah. Menjadi tanggungjawab kita sebagai kerajaan berusaha untuk menyediakan kemudahan asas yang terbaik di sekolah untuk kegunaan anak-anak kita.

Satu isu lagi, pembaikan tanah runtuh di Sekolah Kebangsaan Semerbok. Saya terpaksa bawa isu ini ke Dewan pada kali ini ya, kerana hampir setahun permohonan pembaikan telah diangkat oleh Pejabat Pendidikan Daerah Rembau tetapi hingga kini masih sepi. Saya amat mengharapkan belanjawan yang disediakan sebanyak 19.66 juta untuk pendidikan dapat mem, dapat bantu menyelesaikan isu sekolah ini.

Dato’ Yang Dipertua, Bidang Tumpuan: Kesihatan. Pekerja kesihatan ialah individu yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kesihatan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat. Perkara ini ada juga disentuh oleh Yang Berhormat Sri Tanjung dalam perbahasan beliau sebelum ini. Jururawat tugasnya menjaga pesakit, memberi ubat dan memastikan keperluan harian pesakit dipenuhi. Mereka juga bertindak sebagai penyokong emosi untuk pesakit dan juga keluarga pesakit. Mereka terdiri daripada pelbagai profesion yang memainkan peranan yang kritikal dalam sistem penjagaan kesihatan. Semua pekerja kesihatan saling melengkapi untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan memenuhi keperluan pesakit.

Baru-baru ini Menteri Kesihatan mengeluarkan satu kenyataan, jururawat perlu bekerja 45 jam seminggu. Adalah munasabah untuk mereka yang bekerja syif berbanding sebelum ini 42 jam seminggu. Penambahan jam bekerja syif ini Dato’ Yang Dipertua, akan memberikan kesan terhadap kualiti perkhidmatan dan akan memberikan kesan negatif kepada perkhidmatan mereka. Perlaksanaan sistem 45 jam bekerja syif bagi jururawat ini akan menyebabkan yang pertama: bebanan kerja semakin bertambah. Kedua: masa rehat tidak mencukupi. Yang ketiga: risiko kesihatan dan juga keselamatan meningkat. Dan yang terakhir: risiko kecuaian di tempat kerja disebabkan keletihan dan juga hilang fokus. Untuk makluman Yang Dipertua, dan juga ahli Dewan sekalian, waktu bekerja syif yang dicadangkan nanti adalah syif pagi bermula 7:00 pagi sehingga 3:00 petang, syif petang bermula 3:00 petang sehingga 10:00 malam, syif malam bermula 10:00 malam sehingga 7:00 pagi. Pertambahan satu jam bagi setiap syif.

Mencelah Yang Dipertua. Boleh? Setuju tak kalau memberi kesan kepada suami jugak?

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Amat bersetuju untuk suami-suami mithali seperti Lenggeng. Masa bekerja sehingga habis syif mereka tidak boleh ditetapkan untuk berehat satu jam sepertimana penjawat awam yang lain. Mereka tidak boleh meninggalkan pesakit yang terlantar untuk berehat satu jam tanpa diganggu rehat mereka sebagaimana waktu rehat penjawap, penjawat awam yang lain. Apa yang berlaku, jika berlaku, jika waktu rehat tersebut, ada pesakit yang collapse dengan izin, dan boleh ke jururawat membiarkan sahaja pesakit tersebut kerana pada waktu itu adalah waktu rehat mereka. Untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan berkualiti dan memenuhi keperluan pesakit, perkara ini perlu dikaji dan diperhalusi semula. Dan mekanisme lain perlu difikirkan.

Bidang Tumpuan: Sukan. Dato’ Yang Dipertua, di Dewan yang mulia ini saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kontinjen Negeri Sembilan atas pencapaian cemerlang dalam temasya Sukan SUKMA 2024 yang lalu. Kejayaan ini adalah bukti semangat juang, dedikasi dan juga usaha keras yang ditunjukkan oleh semua atlet, jurulatih serta pihak pengurusan. Anda semua telah mengharumkan nama Negeri Sembilan dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat di negeri ini. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin yang terus untuk mencipta kecemerlangan pada masa-masa yang akan datang.

Dato’ Yang Dipertua, boleh mencelah? Terima kasih di atas ucapan tahniah itu. Cuma yang menaikkan apa nama ni,

atlet ini adalah jurulatih tetapi pada kali ini saya kira jurulatih, menengok ya insentif-insentif yang dapek oleh para atlet. Saya memikirkan supaya adanya insentif untuk para juru, para jurulatih jugak.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Sangat bersetuju Klawang. Untuk lebih memperkemaskan lagi struktur pengurusan Majlis Sukan Negeri, Kota mencadangkan supaya pegawai Majlis Sukan ditambah untuk ditempatkan di setiap daerah dan Majlis Sukan Daerah diwujudkan dan diaktifkan semula. Tugas mereka mencungkil, menjaga dan menggilap bakat-bakat baru yang berpotensi di daerah untuk mewakili Negeri Sembilan dalam pelbagai acara sukan. Persiapan atlet untuk SUKMA akan datang perlu dipersiapkan dari sekarang. Kita tidak hanya boleh mengharapkan atlet yang sedia ada, yang hanya muncul dari pertandingan dan juga kejohanan dan, yang dianjurkan semata-mata untuk mencari atlet baru. Perlu ada strategi pembangunan yang tersusun untuk jangka masa panjang dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

Membangunkan kawasan luar bandar. Dato’ Yang Dipertua, untuk menyambut, saya menyambut baik fokus dan juga tumpuan Yang Berhormat Exco Kanan untuk membangunkan kawasan luar bandar di negeri ini. Di Kota, isu migrasi dari luar bandar ke bandar amat-amat ketara. Anak muda tidak lagi tinggal di kampung, perumahan dan juga pekerjaan menjadi isu utama. Langkah penyediaan penempatan baru atau perumahan mampu milik perlu dibangunkan dengan lebih giat supaya daya huni di kawasan luar bandar bertambah. Penyediaan infrastruktur perlu bergerak selari agar anak muda boleh tinggal di kampung dan bekerja di bandar. Saya mohon dikenal pasti tanah-tanah yang sesuai untuk dibangunkan bagi membina Rumah Mampu Milik oleh Kerajaan Negeri melalui PKNS atau mana-mana badan yang sesuai di beberapa lokasi di Kota untuk menambah bilangan penduduk terutamanya anak-anak muda yang ingin memiliki rumah sendiri.

Sebelum saya akhiri perbahasan belanjawan kali ini, tahniah saya ucapkan kepada semua penjawat-penjawat awam Negeri Sembilan yang bakal menerima bonus 2 bulan gaji sebagai menghargai keringat yang telah dicurahkan kepada negeri tercinta ini. Yang Berhormat Chembong mencadangkan dan memperjuangkan dengan pemberian untuk tuan-tuan dan puan-puan dengan pemberian 2 bulan gaji pada sesi perbahasan belanjawan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar dan juga ahli Dewan semua yang bersetuju dengan pemberian ini. Kali ini saya nak ulang sekali lagi cadangan Yang Berhormat Chembong, juga di sesi, di sidang yang lalu untuk kerajaan negeri mempertimbangkan juga pemberian sagu hati

kepada penjawat awam Persekutuan yang bertugas dalam Negeri Sembilan sebagai tanda terima kasih Kerajaan Negeri kepada mereka yang turut menyumbang dalam, kepada pencapaian Kerajaan Negeri selama ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Dewan yang telah memberikan pandangan yang konstruktif dalam perbahasan belanjawan kita pada kali ini. Semua cadangan dan juga saranan yang telah dikemukakan mohon untuk dipertimbangkan dan, dengan teliti oleh kerajaan negeri untuk memastikan ianya dilaksanakan secara berkesan.

Selain itu, saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kita semua bahawa kita sebagai wakil rakyat adalah untuk memastikan segala peruntukan yang telah diluluskan dalam belanjawan ini digunakan dengan penuh integriti dan kebertanggungjawaban demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, semua ini tidak akan terhasil jika kerjasama yang terjalin untuk menguruskan negeri ini selama setahun 2 bulan antara Kerajaan Barisan Nasional, antara Barisan Nasional dan juga Pakatan Harapan jika tidak saling lengkap melengkapi. Dengan ini Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong Belanjawan Negeri Sembilan 2025 dan berharap agar segala inisiatif yang terkandung dalam belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri yang mampan. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.

Bismillahirrahmanirrahim. Nahmaduhu nassalli ala rasulallahil kareem. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada Lenggeng untuk sama-sama berbahas Belanjawan Negeri Sembilan bagi tahun 2025. Man qala raditubillahi rabba wabil islamadina, wabi muhammadin warosula wajabatlaujannah. Inilah hadis-hadis yang selalu saya dengar Dato’ Dipertua lafazkan sebelum bermula ucapan dalam Dewan yang bermaksud: kami redha Allah Tuhan kami, kami redha Islam agama kami dan kami redha Nabi Muhammad Rasul kami. Barang siapa yang baca ayat ini maka wajib jannah baginya.

Saya mengambil peluang ini mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat selaku MB, Exco Kanan, YB Dato’ SS, YB Kewangan, YB Undang-Undang, YB-YB kerajaan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang bermukim di Putrajaya sama-sama untuk menjayakan belanjawan yang dibentangkan bagi tahun 2025. Belanjawan terbesar yang dibentangkan dalam sejarah penubuhan Negeri Sembilan. Tahniah sekali lagi yang belanjawan yang berimbang kita cadang, yang

kita buat berbanding dengan belanjawan tahun lepas. Belanjawan tahun lepas saya masih ingat lagi belanjawan defisit dan itulah satu cabaran kepada Kerajaan Negeri untuk memastikan perbelanjaan dilakukan dengan baik dan alhamdulillah semua yang dibentangkan tahun lepas dapat dilaksanakan. Ini adalah tahun kedua belanjawan yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan dan kita melihat kerajaan ini semakin kuat dan, semakin kuat dan semakin kukuh. Dalam pembentangan semalam, Lenggeng jugak dapat merasakan tempiasnya di mana dalam, di mana masjid yang berada di Bandar Tasik Senangin telah tergendala lebih setahun, telah dimasukkan dalam pelan pemulihan bagi tahun 2025. Ini adalah berita gembira untuk warga DUN Lenggeng. Terima kasih. Begitu juga dengan Hutan Lipur Lenggeng, tahun lepas telah mendapat 500 ribu peruntukan bagi pemulihan. Dan tahun ini Yang Amat Berhormat Sikamat juga memasukkan Hutan Lipur Lenggeng di dalam belanjawan bagi pemulihan hutan simpanan, hutan simpan. Sekali lagi terima kasih. Dan ini adalah berita gembira juga untuk warga Lenggeng yang mendengar di luar sana, dan berada di dalam sini. Berita gembira juga yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, berkenaan dengan bonus dua bulan, yang tadi YB, YB Kota bahaskan.

Kerajaan hari ini sekiranya ingin terus menang, di, di masa-masa akan datang kuncinya terletak kepada kakitangan awam dan kepada agensi-agensi kerajaan. Baru-baru ni kita ada lihat makan malam alumni Sekolah SHAMS, saya tengok kawan-kawan saya pun ramai datang ya. Saya tengok rupanya frontliner dalam kerajaan ni ramai daripada SHAMS. Saya punya DO pun daripada SHAMS, MBS saya rasa Dato’ Bandar – SHAMS, SU pun daripada SHAMS, PTG pun daripada SHAMS. SHAMS ni Sekolah Sheikh Haji Mohd Said ya, dia sekolah agama, sekolah terbaik, sekolah asrama penuh ya. Jadi saya ni, tak adalah daripada SHAMS tapi ayah saya pengetua sekolah SHAMS, bekas pengetua sekolah SHAMS. Jadi saya ni kira, dulu ayah saya duduk di kuarters SHAMS lah ya. Saya pun dapatlah …..

Isteri? Isteri sekolah SHAMS.

…. isteri lagi. So saya pun dah kena tempias sikitlah dekat SHAMS ni ya Dato’ Dipertua. Sebab saya dulu masa duduk kuarters, lahir kat situlah. Jadi saya ni pun ada kena mengenalah dengan SHAMS. Saya rasa Dato’ SS pun SHAMS lah sebab saya nampak dia sekali ya, betul tak? SHAMS eh?

YB ADUN ….. : Bolehlah Lenggeng menyumbang.

Bukan. Maksudnya saya ni pun adalah kena mengena dengan SHAMS ni. Jadi saya pun bolehlah duduk kat frontliner ni. Timbalan Speaker ada kosong tu. So kita, saya disuruh oleh backbencher untuk sentuh sikit pasal Timbalan Speaker ni, so kita selit-selit sikitlah ya. Saya ucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan ya, saya nak sebut satu persatulah sebab mereka tolong saya banyak. Kalau tanpa dia orang ni susahlah saya dekat Lenggeng ni ya. Saya ucapkan terima kasih kepada Pejabat Menteri Besar yang respons yang terlalu tinggi, Pejabat Exco, Pejabat Exco Kanan ya, Pejabat-Pejabat Exco kerajaan daripada BN dan daripada PH, pada pegawai, YB pegawai Kewangan, Dato’ SS, daripada Parlimen Seremban, kepada PTG, mantul Pengarah PTG yang baru. Masuk je banyak perubahan kita lihat ya. Pada Pejabat Daerah Seremban laju, Pertanian, JPS, JKR, JHEAINS, MAINS, Zakat. Haa Zakat pun banyak tolong. Ni kalau kita nak tahu yang pihak belah sana ni, kalau ada apa-apa hal boleh mohon kat Zakat jugak. Saya banyak gak dapat. Tak ada, tak ada. Zakat, zakat, zakat, bukan …..

YB ADUN …… : Lenggeng macam banyak dapat je.

Untuk orang susah je kita boleh mintak Zakat.

YB ADUN ….. : Kalau nak kahwin 2?

Dua tak bolehlah. Itu, tak ada duit jangan kahwinlah. Itu menyusahkan Dato’ Dipertua, betul tak? Okey, sambung balik Dato’ Yang Dipertua. Dia orang kacaulah. JKM, MBS, tapi SU tadi kita sedihlah, YB Guna bagitahu SU nak pindah ke Federal. Actually saya dengar kerajaan ada offer dia untuk stay tapi dia lebih suka ke Federal. Mungkin ada sesuatu di sana. Kita pun tak tahu. So, daripada TNB, SAINS, NS Corp, MBI, Yayasan Negeri YNS, Jabatan Perikanan, Perhutanan, FELCRA, FELDA, MCMC lain-lain. Dan ini semua, jabatan wanita, yang banyak related dengan kawasan saya Dato’ Dipertua. Saya ucapkan banyak terima kasih dan saya sangat setuju dengan dengan pembentangan berkenaan dengan bonus 2 bulan. Malah kalau MB bentang 4 bulan pun saya setuju terus. Kita kena up sikit. Nanti kang nak mintak susah.

Dan Tak lupa kepada semua ADUN-ADUN yang saling bantu-membantu termasuk ADUN kerajaan. Ni dia orang tanya saya, bila Lenggeng nak nak berhujah, nak berdebat ni? Kang diorang nak serang saya luar dan dalam bahaya. Kita kena pasang shield. So inilah ADUN-ADUN yang dalam kerajaan ni. Ni orang katalah Yang Dipertua, orang kata, nombor satu yang paling handsome ada ni sa, Yang Berhormat Sikamat kata. Nombor 2 yang paling handsome sa, Exco Kanan. Nombor 3 takkan lagi, Dato’ Yang Dipertua, saya bagi masa sikitlah. Nombor 4 jatuh kepada

sayalah. So nampak tak, nampak tak yang lain macam mana kenapa saya dipilih ke China. Nampak? Nampak? Kena belajar ni macam mana nak …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat fokus kepada …..

Tak, saya …..

Yang Dipertua Dewan

Masa tetap 15 minit.

Saya nak jelaskan kenapa saya dipilih …..

Yang Dipertua Dewan

Jangan ganggu Yang Berhormat Lenggeng, tolong.

Yang Dipertua, saya bersama-sama rombongan dengan Exco Kanan pergi ke China untuk melihat potensi-potensi yang, untuk kita bawak balik ke negeri. Haa ni point yang paling besar dia. Dato Yang Dipertua cepat sangat. Okey. So saya …..

Yang Dipertua Dewan

Saya nombor 3.

So kita, kita melihat sendiri kilang durian yang, kilang durian di sana yang menghasilkan aiskrim sendiri. Dia buka ofis sana. Kita pergi lihat lagi kedai dia. Dia ada 12 kedai tak silap. Jadi kita pilih salah satu kedai untuk kita tengok dan kita makan kat sana. Dan durian kat sina made in Jelebu. Wah itu yang paling kita banggakanlah. So ada dekat TikTok kalau nak tengok kan. So, dan kita juga mengadakan sesi dialog bersama dengan orang China. Bukan kitalah, sebenarnya YB Exco. Kita duduk tepi je. Tumpang gambar. Okey. Tapi bila kita duduk situ, semua yang hadir datang kepada kita untuk bertanya perihal durian di Jelebu ya, durian daripada Malaysia. Kerana durian di Malaysia ni kualiti dia sangat tinggi berbanding dengan durian-durian daripada negara lain.

So durian di Malaysia ni Dato’ Yang Dipertua, mampu menyumbang tak sampai 2% pun, demand daripada Kerajaan China. Jadi apa yang kita buat sekarang, kita telah ada persetujuan untuk buka kilang ya Exco Kanan, untuk buka kilang di Jelebu. Dan lepas saya balik saja selepas saya mereka tahu saya ke China ada beberapa individu datang berjumpa saya turut ingin membuka kilang durian jugak. Ini saya telah memaklumkan Exco Kanan. Nampak? Tak sia-sia bawak Lenggeng ke China. So Johol jangan jealous. Ya. Saya pun dah jumpa kilang yang telah dibuka di area Semenyih. Mereka pun perlukan durian daripada kita di

Negeri Sembilan ni. Jadi bermaksudnya kat sini Yang Dipertua, saya melihat bahawa demand tinggi untuk buah durian, jadi saya mencadangkan ya, kita bukak hab di mana-mana DUN yang nak bukak hab untuk durian. So, durian tu kita kumpulkan kita hantar ke kilang yang bakal dibuka di Jelebu ya. So Lenggeng akan jadi peranan utama, yang paling utama akan buka hab. Tapi saya berkali, berkali-kali bertanya dengan kontraktor yang tu, betul ke kau boleh bayar durian ni. Kang orang kampung hantar selonggok durian tak bayar, mampus den, kan. Jadi, dia memberi jaminan bahawa dia akan bayar. Tapi jaminan tu tidak cukup.

Jadi saya menam, saya melihatkan bahawa demand ini tinggi, maka kita perlu buat sesuatu, kita, apabila kilang telah, actually kilang dah ada dibuat buat kerjasama dengan FAMA di Jelebu. Jadi kita bukak satu hab ya, Dato’ Yang Dipertua, di Lenggeng contohnya, tetapi turut campur dengan Kerajaan Negeri, saya melihat di sini pentingnya kita tubuhkan satu agensi ataupun satu anak syarikat atau perbadanan dipengaji, dari Kerajaan Negeri yang melibatkan Exco Pertanian. Contohnya di Selangor, kita ada agensi Kerajaan Negeri – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan …..

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Mohon izin yang, Dato’ Yang Dipertua.

Tak boleh, sabar sabar sabar. Kang kau cakap kang, terlupa den kang. Cakap apa?

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Berkenaan dengan hab durian ini, Yang Berhormat Lenggeng, berapa kuantiti yang diperlukan untuk dibukak di setiap DUN?

Terima kasih, terima kasih soalan daripada Seri Menanti. Durian ni, saya seperti yang saya katakan tadi, hanya mampu menampung 2% saja daripada demand daripada negara China. Saya nampak Dato’ Yang Dipertua pun dah mula berminat. Mungkin Dato’ Yang Dipertua ada ladang durian. Okey. Kita akan bukak hab di Lenggeng, Dato’ Yang Dipertua. So agensi yang, insya-Allah Exco Kanan boleh usaha untuk bukak satu syarikat, anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri boleh jadi agensi pembayar kepada hab yang kita bukak. Jadi orang kampung dia yakin apabila melibatkan Kerajaan Negeri. Jadi kena ada …..

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Yang Berhormat Lenggeng, soalan saya tadi, berapa kilo yang diperlukan …..

Dah jawab tadi dah.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

….. untuk dibukak menjadi hab tu? Berapa kilo? Kuantiti tu. Kalau kita bukak hab je, kalau buah durian tak sampai 100 kilo, dia tak nak terima pulak.

Kita buat, tak kesah, from zero to hero. Zero pun boleh bukak, hero pun boleh bukak. Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya melihat ini satu peluang. Satu satu peluang terbaik kepada orang kampung yang mempunyai ladang-ladang. Jadi bila balik, saya pun berbincang bersama-sama dengan kawan, kita melihat sebab durian yang berada hari ini, kita faham durian di Malaysia ini dia bermusim. Kadang-kadang setahun 2 kali. Jadi sekarang ini orang orang orang kampung ni tengah mungkin ada yang perlukan duit. Jadi apabila mereka tahu bahawa kita akan buka hab, dan kita ada satu kilang yang boleh anytime kita boleh terima durian. Kita boleh mula pajak. Kita akan pajak-pajak tanah-tanah tu dan kita boleh bantu orang kampung.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dato’ Speaker, boleh saya mencelah?

Oh rancak ni, haa okey, terus terus.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB Lenggeng.

Ya.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dalam Dewan ni YB menyatakan permintaan durian yang begitu tinggi. Cuma di peringkat permintaan, kita kena tahu kalau kita katakan durian, orang kampung di luar sana mendengar, apa jenis durian.

Okey.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Jangan sebut main durian je. Durian ni kang, kalau orang kampung tanam durian belanda kang. Sebut …..

Actually durian belanda pun boleh.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB Lenggeng …..

Dah saya kata boleh dah.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Jangan …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Jangan keliru …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

….. durian belanda.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Jangan kelirukan fakta.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, saya ingat fokus pada belanjawan.

Okey.

Yang Dipertua Dewan

Soalan-soalan …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Tapi masa, masa, saya dah tetapkan masa.

Actually dia, bagus, soalan yang bagus Dato’ Dipertua. Jadi dia celah tu, saya bagi. Kalau nak celah lagi pun saya bagi jugak. Kita memang utama musang king, memang kalau kita jumpa kat luar semua duk cakap pasal musang king. Tapi bila saya jumpa, saya pergi dengan Exco Kanan, lain macam Exco Kanan ni, dia bawak kualiti yang terbaik, dia kata durian kampung pun boleh. Durian bandar pun boleh. Juasseh jangan jealous, Juasseh jealous. Jadi …..

Sebab kena bawak.

Durian kampung, kalau durian kampung dia nak proses jadi aiskrim. Kalau Musang King, contohnya hari, kita kita buat hab kita kumpul, dia akan frozenkan. Jadi itu, itu tujuan kita buat kilang tu. So kemudian kita akan eksport. Eksport itu kita akan buatkan. Kita akan, agensi yang bakal dibukak di bawah, bukan bakal dibukak, dicadangkan untuk dibukak, kan? Bolehlah menjadi satu agensi yang untuk jalankan eksport ni. Maka kat situ kita boleh tengok satu kebaikan untuk kerajaan yang ada pada pada hari ini. Okey.

Ni dah banyak hilang dah Dato’ Dipertua. Sebabkan dia orang masuk-masuk ni kan. Okey saya ingin menyentuh beberapa perkara yang menarik berkenaan dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat. Antaranya insentif warga emas ya, yang yang diadakan tahun lepas dan pada tahun ini masih lagi diadakan. belia kahwin, bantuan pelajar, bantuan anak sekolah sebanyak 600.00. Ni Bantuan Anak Sekolah 600.00 ni dengan Bantuan Anak Negeri 500.00

ringgit ni, saya memang terperanjat kerana kita adalah, YB yang menyampaikan ya. Siapa-siapa yang nak ni dia kena mohon direct. Ni saya terangkan dalam Dewan kerana ramai yang tak tau di luar. Dia kena mohon direct NS online okey. So masa saya sampai, saya terperanjat budak-budak sekolah rendah dapat 600.00 ringgit. Saya kata, ni masa den sekolah rendah 600.00 ringgit pun tak pernah nampak. Tapi kerajaan hari ni punyalah baik budak sekolah pun bagi 600.00 ringgit. Tepuk sikit. Bantuan Anak Negeri 500.00, pelajar sambung IPT, sijil diploma ijazah. Jadi dengan dengan ijazah kita boleh bagi, diploma bagi sambung, sijil bagi sambung. Jadi kat mana yang kita kata kerajaan hari ni zalim? Sedangkan kita hari ni bagi macam-macam kita bagi kepada kita punya rakyat-rakyat yang berada di Negeri Sembilan. Ya.

Saya di DUN Lenggeng amnya sendiri ya, bersama-sama dengan Parlimen Seremban, selain daripada Pejabat Menteri Besar yang bagi 500.00, 700.00, 800.00, DUN Lenggeng sendiri pun memberi sumbangan untuk pelajar-pelajar yang sambung pelajaran kepada IPT. Dan saya pun buat satu borang. Saya buat sendiri ni Dato’ Dipertua. Saya menyokong satu-satu, saya nak hantar dekat Parlimen. Semua yang saya hantar kat Parlimen Seremban, semua lulus untuk bantuan anak-anak sekolah dan sambung belajar. Terima kasih ya.

YB ADUN ….. : Lenggeng banyak baki tu.

So kemudian, kemudian Dato’ Dipertua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan kerajaan, hasrat kerajaan untuk mencapai belanjawan 1.0 bilion pada tahun 2030 ya. Kita kita perlu melihat beberapa faktor, beberapa aspek untuk mencapaikan realisasi untuk mencapai belanjawan 1.0 bilion dalam masa 2030. Malah sekiranya kalau kita buat dengan bersungguh-sungguh, di support oleh agensi-agensi pegawai-pegawai kerajaan, mungkin kita boleh mencapai lebih awal daripada itu.

Antara faktor yang saya belum sentuh adalah seperti yang di dibahaskan oleh YB Chennah, berkenaan dengan industri. Kita bawak pelabur-pelabur daripada luar dan kita boleh bersama-sama dengan NS Invest dan NS Corp. Cuma ada banyak perkara-perkara, ada beberapa perkara yang perlu di di apa, ditambah baik kerana kita, tanah Negeri Sembilan ni sudah kurang. Jadi tanah-tanah yang adalah tanah-tanah pada tanah pada GLC contohnya daripada Sime Darby, SD Guthrie. So ada prasyarat dia yang kita kena penuhi sebelum kita dapat buat pelabur-pelabur yang lain.

Sektor kedua yang kita saya harus kita melihat adalah TVET. TVET ni seperti yang diberitahu Jeram Padang, dibentang dan dibahas Jeram Padang, bajet TVET pada tahun ini 7.5 bilion. Compare last year, cuma 6.8 bilion. Sekiranya Kerajaan Negeri hari ini tidak melihat ini sesuatu benda yang boleh menaiktarafkan Negeri Sembilan punya, Negeri Sembilan punya pendidikan untuk kita ambil sedikit daripada bajet yang tersedia 7.5 bilion, bawak, kita gunakan platform Kolej Yayasan Negeri Sembilan seperti yang dibentang oleh Exco Pendidikan tadi. So kita faham, kita ada, negeri mempunyai kekangan dalam 5.0 juta lebih saja untuk geran pelajar-pelajar yang masuk ke TVET. Kalau 5.0 juta, berapa orang saja kita boleh bawak. Tetapi sekiranya kita boleh gunakan platform daripada kolej Yayasan Negeri Sembilan, berjumpa dengan agensi-agensi yang diturunkan bajet sebanyak 7.5 bilion pada tahun ni. Contohnya daripada KKW, pada MARA paling banyak kan? Saya yakin kalau state hantar wakil dia, atau hantar CEO, atau hantar siapa-siapa, atau lantik atau tubuhkan business development director, pergi jumpa untuk dapatkan dana bawa balik ke state. Maka kita akan melihat Kolej Yayasan Negeri Sembilan ni akan mempunyai jumlah lambakan pelajar. Hari ni mungkin 200 – 300 orang kuota. Tetapi sekiranya kita berjaya dapatkan dana-dana daripada federal, daripada 7.5 bilion yang diumumkan oleh PMX, maka kita akan melihat Dato’ Yang Dipertua.

Penggal lepas saya telah menyatakan supaya state hari ini bukak satu universiti. Tapi saya, saya melihat, kita boleh gunakan Kolej Yayasan Negeri Sembilan ini, platform untuk naik taraf daripada Kolej Yayasan Negeri Sembilan, naik jadi kolej universiti dan naik jadi universiti tetapi kita mesti bentuk satu team yang kuat. Saya cadangkan, saya sarankan ya. PTPK contohnya, daripada PTPK they allocate 500.0 juta kepada 20,000 pelatih. Dan ini boleh dijalankan oleh Kolej Yayasan Negeri Sembilan sekiranya kita bentuk satu team. 100.0 juta untuk new industry, new industry master plan. Contohnya seperti EV ya, aerospace, AI, MRO, maintenance repair and operation, 100.0 juta allocate. HRD Corp ya, satu badan untuk latihan, they allocate 3.0 bilion untuk 3 juta pelatih. Jadi Yang Dipertua, dengan dana yang begitu banyak saya melihat Kolej Yayasan Negeri Sembilan yang ada TVET pada hari ini boleh mengambil peluang ini, bentuk satu team supaya kita boleh jadikan Kolej Yayasan Negeri Sembilan mempunyai ribuan pelajar. Dan juga faham bila ada pelajar yang ramai masuk di Negeri Sembilan maka automatik kita punya ekonomi dalam Negeri Sembilan ni akan bertambah.

Sektor yang ketiga yang kita kena pandang serius adalah NR REE, non-radioactive unsur nadir bumi. Hari ni kita selalu dengar dalam surat khabar. Awal tahun lepas saya, awal tahun ni tahun, awal tahun lepas

Yang Amat Berhormat Sikamat pernah pernah mengumumkan bahawa Negeri Sembilan mempunyai REE sebanyak, kandungan REE 30 bilion ya. So ini adalah satu perkara yang kita kena pandang serius Yang Dipertua ya. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat dengan Exco, selepas habis Mesyuarat EXCO telah mengumumkan bahawa 2 kawasan telah lulus EL. EL bermaksudnya Exploration License. Telah lulus di dua-dua kawasan. Jadi saya ingin melihat bahawa, explore license ni kita saya ingin, saya ingin tanya, selepas EL dan dia perlu mohon mining license bermasakah yang diperuntukkannya, saya pernah berjumpa dengan Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan Perak adalah negeri pertama yang berjaya mengeluarkan REE. Dan saya dimaklumkan bahawa Negeri Sembilan juga menyediakan SOP hari ni, mengikut garis panduan yang dilaksanakan di Perak. Pada tahun 2023, Perak telah mendapat hasil 25.2 juta daripada REE yang dikeluarkan sahaja. Dan pada tahun 2024 iaitu pada tahun ni, Perak telah keluarkan 30 juta. Dan ini adalah pilot project. Maksudnya projek yang projek yang ni, pilot lah ya, pilot, pilot project. Itu baru satu kawasan Yang Dipertua, dah dapat 30.0 juta hasil. Bayangkan kalau Perak buka 10 kawasan dan hasil dia 30.0 juta setiap kawasan dia akan menjana income 300.0 ratus juta. Dan Menteri Besar Perak sendiri bagi tahu saya lebih 500 ekar telah lulus EIA, Ekonomi, apa, Environment impact assessment. Okey. Telah lulus. Dan untuk dapat EIA ni lebih setahun lebih peruntukan masa. Dan Perak telah lulus EIA untuk 500 ekar yang seterusnya. Maka kita akan melihat Perak akan akan memenuhi …..

Lenggeng nak tanya sikit tentang REE. Saya nak tanya tentang REE ni Lenggeng ya. REE ni raw material ya, yang setahu saya tidak boleh dijual di luar. Ia hanya boleh diproses di dalam. Tapi teknologinya ya, sekarang ni teknologi REE yang kita tahu ada di Malaysia ni di Lynas ya.

Okey okey okey.

Dan teknologi, teknologi yang untuk memproses ni saya rasa untuk di dalam di dalam negeri ni memerlukan teknologi yang yang apa, yang …..

Okey okey faham, faham. Paroi, faham.

Faham tak maksud saya?

Lynas, Lynas ni adalah dia dia, radioactive REE yang kita cerita pasal non-radioactive.

So memang, memang tak ada lagi untuk pemprosesan NR REE di dalam Malaysia tetapi Menteri Ekonomi baru-baru ni telah telah menyatakan bahawa lagi 3 tahun kilang pengasingan REE akan dibuka …..

Saya dah faham, sikit lagi nak tanya. Saya difahamkan China dia tak akan hantar, dia akan keluarkan teknologi di luar ya.

Okey, China, dia, China dia memang ada. Dia ada kilang pengasingan untuk kita dapatkan hasil itu, kita akan asingkan REE tu. So China dia ada sampai 15, 17 kilang pengasingan. Memang dia takkan bagi teknologi ni pada luar. Tetapi kalau pengasingan satu kilang empat pengasingan contoh. Satu, dua, tiga, empat. Haa itu mungkin dapat. Saya saya rasa yang YB Menteri, Rafizi tu dia announce itu saya rasa yang kilang pengasingan. Yang 4 pengasingan. Itu pun dah cukup dah untuk kita mendapat hasil pulangan yang tinggi.

Satu soalan.

Okey

Soalan. Boleh tak teknologi tu, mintak maaf Dato’ Yang Dipertua. Boleh tak teknologi REE ni, maknanya teknologi yang kita dapat kita, Kerajaan Negeri bekerjasama siapa yang dapat apa semua itu, sebab saya difahamkan kita dah ada 400 hektar …..

500 ekar, 500 ekar, seribulah.

Seribulah ya, dah dikeluar untuk untuk Negeri Sembilanlah …..

Belum dikeluarkan.

Teknologi tidak ada kan?

Dia ada syarikat-syarikat yang dia melombonglah, kita panggil mining license yang melombong yang kita keluar. Tapi memang kita tak ada kilang untuk proses. Buat masa sekarang yang berada di Perak dia terus jual di dapat eksport dia dapat kelulusan khas menjual daripada PMX. So kalau Negeri Sembilan ni insya-Allah tak ada masalah. Kita ada barisan-barisan Exco serta MB kita untuk apa, menjual keluar kan? Insya-Allah boleh, ya. So ada berapa soalan lagi? Dah terbantut saya punya REE ni. Tapi tulah tuan-tuan, maksud saya

ialah 30 bilion. Sekiranya hari ini Kerajaan Negeri memandang perkara ini sesuatu yang memberi pulangan yang paling besar untuk negeri kita, kita kena mulakan usaha untuk apa, melombong banyak tanah lagi. Maksudnya memberi lesen kebenaran kepada, kita galakkan tanah-tanah persendirian. Dan sekiranya ada tanah-tanah lagi di bawah kerajaan dan ada syarikat-syarikat …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

….. yang berkelayakan …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat ringkaskan.

Syarikat-syarikat yang berkelayakan, kita promosi supaya Negeri Sembilan menjadi hab terbesar untuk REE jugak. Durian tadi termasuk REE. Okey. Okeylah so saya masuk berkenaan dengan kawasan saya.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, tadi …..

Menyentuh untuk kawasan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, Yang Berhormat tadi mintak 20 minit dah lebih.

Sikit lagi Dato’ Dipertua. Ni pasal kawasan tak masuk lagi. Tadi pasal negara.

Yang Dipertua Dewan

Tak, cakap tu, pandang, pandang Yang Dipertua lah.

Mintak maaf Yang Dipertua, mintak maaf. Sebab saya tengah tengok kat mana nota ini, sebab dia orang kacau saya Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

2 minit.

Sikit lagi Yang Berhormat. Okey Yang Dipertua, berkenaan dengan di kawasan Lenggeng ada 7 ekar tanah yang telah dikenal pasti untuk membangunkan kompleks sukan. Hari ni kita tahu orang muda ni kalau untuk kita tarik dia bersama-sama dengan kerajaan, kita kena, kita kena tarik dia dengan sukan. Jadi saya harap Exco Sukan boleh cadang, boleh tengoklah untuk bajet yang akan datang untuk buka satu fasiliti sukan, kompleks sukan di Bandar Tasik Senangin ada 7 ekar tanah dekat situ. Jadi saya cadangkan kita buka

apa, tak kisahlah apa, apa yang Exco Sukan rasa yang paling terbaik RMK13. Lenggeng ada 26 ribu pengundi lebih. So saya ingat akan datang keluar lagi. So memang layaklah Lenggeng dapat fasiliti sukan di sana okey.

So di di Lenggeng ni ada satu club house. Saya nak terang kepada Dato’ Yang Dipertua, sebab Dato’ Yusof pun saya tahu DUN Lenggeng. Club house di Lenggeng itu adalah satu eksklusif ya. Untuk untuk daftar masuk di club house tu, saya ingat DO pun tau kot, pernah datang dan lepak dengan saya kat situ, kan? Jadi, dia dia buat kerja. Dia masuk kawasan. Dan saya bawa dia datang ke club house. Untuk orang luar masuk kena bayar 600.00 setahun yuran dia. Jadi orang Lenggeng ni yang yang kurang, bukan kurang berkemampuan, dia ada banyak lain benda yang dia kena ni, dia melihat sajalah club house cantik, ada swimming pool, ada dewan tapi tak boleh masuk. Jadi apa yang saya buat? Saya ambil alih club house itu daripada pemaju dan saya bukak club house tu kepada semua orang. Maksudnya kepada semua orang-orang kampung eh. Terima kasih YB Guna, terbaik. So daripada daripada 600.00 ringgit itu, saya wave kan semua. Dan dia boleh masuk, boleh gunakan fasiliti apa saja dan kalau dia nak guna swimming pool, saya kata bayar seringgit saja, mandi swimming pool. Sebenarnya saya nak bagi free tapi saya bincang dengan YB Loke Parlimen Seremban sebab saya mintak dia bayar sama-sama dengan saya. Kalau saya seorang parahlah bayar tu kan. YB Loke kata, kenakan bayaran supaya kita boleh rekod nama-nama yang masuk. Jadi kita kenakan bayar seringgit. Jadi di belah Lenggeng belah sana ni, kita dah sediakan dewan, dah sediakan tempat peranginan semua, tapi yang di belah Lenggeng bawah ni, tempat yang sebelah Dato’ Yang Dipertua ni kan ialah Panchur, belah Taman Ampangan. Kita tak ada dewan langsung Yang Dipertua. So, kita ada 2-3 tanah milik MBS dan kita mohon supaya dewan terbuka dapat dibangunkan di kawasan yang belah, Lenggeng bawah ni, Lenggeng kita panggil lenggeng City.

Kemudian saya nak menyentuh berkenaan dengan kolam rakyat. Saya ada saya ada masuk dalam mesyuarat jawatankuasa bersama Exco Kanan dan ini Exco Kanan telah kali-kali menyentuh berkenaan dengan kolam rakyat di mana kolam rakyat ini, kita lihat baru-baru ini ya, Jabatan Perikanan bersama Pengarah melepaskan benih ikan baung di sungai-sungai dan di, untuk meli, untuk apa, supaya sungai tu ada ikanlah. Boleh mancing dapat, daripada ikan MBS tu tadi, baiklah ikan bnung. So Exco Kanan telah sarankan okey, supaya adakan kolam rakyat, kita lepaskan ikan kat dalam kolam itu, 6 bulan supply makanan semua mungkin JPKK boleh ambil alih jaga untuk bagi makan. Selepas 6 bulan, 7 bulan, 8 bulan Dato’ Yang Dipertua, kita jemput Dato’ Yang

Dipertua merasmikan, ambil ikan tu, free makan. Lepas tu, sekali je lah. Lepas itu kita bagi orang kampunglah.

Jadi saya harap dalam belanjawan pada hari ini dapatlah sekiranya kolam rakyat ni direalisasikan kerana saya telah kenal pasti 2-3 kolam di Lenggeng untuk menjadi kolam rakyat.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat masa habis tambahan.

Okey, okey, okey, okey, okey.

Yang Dipertua Dewan

Dah tolong jangan kaitkan Yang Dipertua ya.

Haa? Tak boleh Dato’ ya?

Yang Dipertua Dewan

Dalam apa, ucapan.

Yang Dipertua, kalau kat luar kan dah jadi orang biasa.

Yang Dipertua Dewan

Jangan, tolong jangan.

Baik, baik, Yang Dipertua. Okey. Dan yang terakhir ni Yang Dipertua. Saya kena bukak saya punya WhatsApp ni Dato’ Dipertua. Berkenaan dengan Penghulu, Yang Dipertua. Kesian Penghulu ni dia jaga JPKK ramai. Contoh kat Seri Menanti ada berapa JPKK? 40? 30 JPKK, Penghulu pergi sana dia orang tak dapat claim millage yang Dipertua. Kan? Tapi dia orang kena pergi hari-hari kalau tidak dia kena kena marahlah kan, dengan dia punya bos. Termasuk saya di Lenggeng pun ada 17 JPKK. Kalau Penghulu saya ni datang jauh-jauh daripada Jelebu, datang tak ada elaun. Memang dia hujung bulan dia memang kesianlah Yang Dipertua.

Jadi yang terakhir ni Yang Dipertua, saya nak ambil jap, satu ni berkenaan dengan orang Asli Yang Dipertua, yang orang Asli ni Yang Dipertua pasal bila saja dia orang musim banjir, hujan ya, dia orang tak ada peruntukan. Jadi dia mohon dimasukkan sedikit peruntukan ad hoc sekiranya berlaku banjir di kawasan-kawasan yang. Baru-baru ni di Jeram Kedah di kawasan saya. So dia orang tak ada, tidak ada dana ad hoc untuk perkara-perkara yang itu.

Okey yang terakhir, ni bukan ni yang terakhir paling terakhir lah kan. Ni untuk Exco, apakah pelaburan atau kerjasama yang dikenal pasti dalam sektor pelancongan dapat dipraktikkan di Negeri Sembilan

selepas lawatan misi pelancongan di, ke luar negara? Apakah perancangan serta penglibatan ADUN, pembangunan produk dan aktiviti pelancongan bagi persediaan menyambut Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 ni? Kita tahu YB ADUN Kepayang, YB Exco Pelancongan banyak mempromosikan bunga lado sebagai ikon cenderamata Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan. Soalan saya manakah cendermata ini boleh didapati? Sebab saya pun nak juga yang bunga lado ini. Ini kerana maklumat pihak YB Kepayang, DUN Lenggeng setakat hari ini telah menerima seramai 85 pelancong daripada luar negara iaitu exchange student MBA dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah kami rekodkan ya.

Itu sajalah. Haa pantun? Pecah kaca pecah gelas, saya menyokong undi, saya menyokong Belanjawan 2025. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama. Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Saya menjemput Yang Berhormat Chembong.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya mulakan perbahasan Dato’ Speaker dengan menyabut, menyebut nama Allah, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta seluruh ahli keluarga dan sahabat handai baginda. Lenggeng, DUN Chembong masih teratas. Cumanya yang satu tu saja, Lenggeng lebih pada Chembong. Kan? Yang itu Chembong belum berani Dato’ Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker, menjemput saya membahaskan usul Belanjawan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2025. Sebelum tu Dato’ Speaker, saya nak belanja Dato’ Speaker serangkap pantun. Ini bukan pecah kaca pecah gelas je Dato’ Speaker. Bukanlah timun sebarang timun, Dato’ Speaker, timun dihiris …[YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic], senyaplah. Timun dihiris sang rupawan, bukanlah bangun Dato’ Speaker, sebarang bangun, bangun membahaskan usul Belanjawan. Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, rakan-rakan ahli Yang Berhormat, saya masih lagi ingat setahun lepas, setahun lebih lepas, setahun lepas yang, setahun lebih yang lepas, sewaktu mula-mula Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Dewan yang mulia ini, saya pernah melafazkan, merakamkan, mengucapkan dalam perbahasan saya bahawasanya, ketika itu saya berbahas, Dato’ Speaker, Kerajaan Perpaduan mula ditubuhkan, rakyat di luar sana sedang memerhatikan kita Dato’ Speaker. Rakyat di luar sana sedang menilai Kerajaan Perpaduan yang baru ditubuhkan ini. Kalau dulu-dulu Kerajaan Negeri Sembilan ni di bawah Kerajaan Barisan Nasional baik, hebat, cemerlang. Kemudian disambung,

diteruskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, baik, meneruskan kecemerlangan tersebut. Saya ketika itu mengharapkan Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan ketika itu, baru ditubuhkan, lebih baik. Yang baik campur yang baik jadi seharusnya lebih baik, lebih cemerlang Dato’ Speaker. Tepuklah. Dan sehubungan dengan belanjawan pada tahun ini Dato’ Speaker, sebab masa mula-mula Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, terus terang pada hemat pandangan saya, ramai di antara kita termasuk di luar sana, skeptikal ataupun ragu dengan apakah pencapaian Kerajaan Perpaduan ini Dato’ Speaker. Seikhlasnya, dari aspek politiknya pulak Dato’ Speaker, Ikhlas saya mengakui ramai yang Bertanya, ramai yang mengamburkan persoalan-persoalan mengapakah parti ini, BN bergabung dengan parti ini, PH dan sebagainya. Dato’ Speaker, kita mengenepikan kepentingan parti demi kepentingan negeri dan rakyat Dato’ Speaker.

Yang Amat Berhormat Sikamat dah sepenggal lebih jadi Menteri Besar. Baru semalam Dato’ Speaker, dia jemput saya makan sebelah dia. Terima kasih Yang Berhormat Sikamat. Semalam Dato’ Speaker. Rupanya meja, meja pun lain semalam. Ada udang, ada sotong sebagainya …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

[mencelah secara off mic] Mana ada udang, tak ada udanglah.

Bukan itu gurau, itu gurau. Yang saya nak tegaskan Dato’ Speaker, semalam di meja makan, di luar Dewan, dalam perbualan kami, tiada cerita politik. Tak ada cerita politik. Hanya cerita tentang kepentingan rakyat, negeri, pencapaian dan sebagainya Dato’ Speaker. Semalam Dato’ Speaker, Yang Amat Berhormat tanya macam mana Chembong. Dia tanya pasal perigi ion, Dato’ Speaker. Ni masa lebih sikit Dato’ Speaker. Kalau nak cerita perigi ion ni Dato’ Speaker. Pergi datang mandi. Dato’ Speaker, Sikamat meminta saya, menyarankan saya, cakap jumpa, Dato’ Chembong pergi jumpa pengarah PPN minta peruntukan Sejati Madani untuk memperhebatkan ekopelancongan di sana. Mintak, buat tram dan sebagainya. Jadi Pengarah PPN, itu MB suruh saya jumpa. Saya anggap itu dah setengah lulus lah tu Speaker.

Dato’ Speaker, berbalik kepada belanjawan ni Dato’ Speaker, saya rasa belanjawan kali ini saya, lain macamlah gembiranya berbanding dengan 2-3 tahun yang lepas. Belanjawan yang menyeluruh ya Dato’ Speaker. 2-3 tahun lepas saya pernah sebut kenapa kita buatkan ataupun saya sarankan kalau boleh janganlah lagi kita buat belanjawan defisit. Tapi kali ini belanjawan ini Dato’ Speaker saya rasa baik untuk rakyat Dato’ Speaker. 590.0 juta pendapatan dijangkakan antara yang paling tinggi

setakat ini Dato’ Speaker. Rakyat mahu hanya atas meja makan mereka ada makanan Dato’ Speaker. Kalau itu selesai, yang lain agak boleh boleh diselesaikan Dato’ Speaker ya. Hasil tinggi, dijangkakan KDNK menaik inflasi menurun, pengangguran menurun Dato’ Speaker, miskin tegar ….[YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic]. Ya, ya, ya tak mahu cakap. Dato’ Speaker, dan antara yang saya, antara yang paling saya gembirakan Dato’ Speaker, terima kasih kerana menyahut cabaran saya 2 tahun lepas Dato’ Speaker. Mungkin Chembong ni mendahului zamanlah Dato’ Speaker. 2 bulan bonus untuk kakitangan awam. Tak pernah kita dapat macam ni Dato’ Speaker. Satu penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada penjawat-penjawat awam Dato’ Speaker. Tak dinafikan semua kerja kuat Exco, MB, Exco Kanan kita semua ADUN-ADUN kerja kuat. Tapi saya rasa mereka pun lagi kuat. Lagi kuat. Sebaik mana polisi dasar-dasar kerajaan yang kita garapkan ianya tidak akan berjaya tanpa perlaksanaan yang baik, komitmen yang tinggi daripada penjawat awam ni Dato’ Speaker.

Cumanya Dato’ Speaker, 2 bulan dah dapat, saya ada sikitlah harapan saya itu hari. Mungkin tidak kesampaian. Saya cadangkan itu hari Dato’ Speaker, apalah kiranya elaun JPKK, pengerusi-pengerusi ataupun ketua-ketua kampung ini dinaikkan Dato’ Speaker. 900.00 Dato’ Speaker, sebulan ada 2-3 kenduri mereka nak menyumbang, sebulan ada 2-3 kematian Dato’ Speaker, ini belum lagi bayar bil telefon, duit minyak dan sebagainya. Saya rasa sampai masanya kerajaan negeri untuk mempertimbangkan menaikkan sedikit elaun ataupun bayaran kepada semua Pengerusi JPKK ni Dato’ Speaker. Dato’ Speaker boleh pertimbangkan.

Dan berkenaan sehubungan yang aspek yang agak sama jugak Dato’ Speaker walaupun ini mungkin bukan di bawah kerajaan negeri, saya jugak nak membawa suara harapan pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain khususnya pengerusi-pengerusi taman, ketua-ketua taman, kalau boleh bawa perkara ini ke peringkat Pusat walaupun bukan ini di bawah kerajaan negeri. Exco Kerajaan Tempatan, bawa kepada Pusat untuk mempertimbangkan sedikit elaun kalaupun tak sebanyak Pengerusi JPKK, sedikit. Tanda penghargaan bagi, daripada kita kepada mereka Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, belanjawan kali ini digarapkan baik dengan penambahan inisiatif berjumlah 66 inisiatif semuanya. Yang daripada 9 Bidang Tumpuan Dato’ Speaker. Saya ringkaskan, saya kaitkan bidang-bidang tumpuan dengan yang kena-mengena dengan kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker. Pertamanya Bidang Tumpuan: Pemerkasaan Wanita, Belia Dan Sukan. Banyak inisiatif yang diberi. Yang lama pun diteruskan Dato’ Speaker. Belia-belia dapat

imbuhan inisiatif ini. Yang kahwin dapat dan sebagainya. Saya nak ambil kesempatan, sebelum tu saya jugak ucapkan terima kasih Dato’ Speaker kerana Sukan Negeri Sembilan diteruskan. Tak salah saya dengan belanjawan 1.0 juta ringgit. Dulu pun saya cadangkan naikkan ini Tuan Speaker. Tahniah kepada Ampangan kerana jadi johan keseluruhan ya. Tapi Dato’ Speaker kali ini Chembong sedang mempertimbangkan untuk tahun 2025, saya rasa Chembong tak hantar lagilah pasukan bola jaring Dato’ Speaker. Sebab nak bagi peluang DUN lain pulak menjadi juara Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, tentang sukan, saya ingin sedikit minta jasa baik Kerajaan Negeri melihat pembinaan ataupun Kompleks Sukan Rembau yang yang lama dah, belum siap-siap Dato’ Speaker. Perlu dilihat perkara ni Dato’ Speaker. Tadi saya dengar ramai, beberapa rakan-rakan kita memperkatakan tentang ada sekolah-sekolah yang ketiadaan padang ataupun sekolah yang ada padang tetapi tidak kondusif untuk dijadikan diadakan kejohanan olahraga dan sebagainya. Kecil dan tak sempurna Dato’ Speaker. Dan insya-Allah Kompleks Sukan Rembau ini besok bukan hanya untuk masyarakat umum tetapi boleh dijadikan jugak dijadikan tempat Kejohanan Olahraga Sukan bagi bagi pihak sekolah-sekolah, murid-murid Dato’ Speaker.

Tentang sukan Dato’ Speaker jugak. Saya nak membawa satu perkara di kampung Chembong Halt, Dato’ Speaker, ada satu kawasan tanah yang seluas lebih kurang lebih daripada 3 hektar yang dinamakan sebagai Kompleks Sukan Sepri ataupun Chembong Halt Dato’ Speaker. Di sana ada sedikit kemudahan kecil, ada gelanggang takraw, futsal dan sebagainya Dato’ Speaker. Tetapi saya ingin membangkitkan hal-hal penyelenggaraan ya Dato’ Speaker. Ianya tak salah saya tanah ini di bawah jagaan pejabat ataupun Pegawai Daerah tetapi semakluman saya, peringkat Pejabat Daerah tiada peruntukan untuk penyelenggaraan. Saya mohon kalau boleh Exco Belia Dan Sukan, yang saya kasihi untuk melihat perkara ni Dato’ Speaker.

Dan saya nak mengambil kesempatan Dato’ Speaker tentang sukan ni jugak, nak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudari ataupun adik Gan Chen Jie yang telah dinobatkan sebagai Olahragawati SUKMA (Sukan Malaysia) di Sarawak baru-baru ini Dato’ Speaker ya. Satu pengiktirafan yang besar tinggi, Negeri Sembilan kecil, tapi dapat melahirkan olahragawati yang hebat. Tahniah Exco Sukan. Cumanya saya nak rekodkan juga ini ya, sebelum ini ada juga kita melahirkan olahragawan 2014 dulu. Tak silap saya saudara Irfan sam, Irfan Shamsuddin.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

[mencelah secara off mic] masa tu you Exco lah.

Ya, masa itu, betul-betul. Exco Chembong masa tu, Belia Dan Sukan ya. Jadi Chembong dengan Palong ni, Chembong dengan Palong okey bagus. Ya. Nampaknya Palong sedang ya, mengejar Chembong Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, tentang sukan, saya berbanyak terima kasih di atas segala yang telah diberikan dan untuk belia-belia, khususnya untuk sukan Dato’ Speaker. Cumanya akhir tentang bidang sukan Dato’ Speaker, saya mohon maaflah khususnya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, sidang lepas saya ada mohon peruntukan 10,000.00. Dato’, Yang Amat Berhormat Sikamat dah luluskan pemasangan lampu di gelanggang petanque Kompleks Majlis Sukan Negeri di Seremban 2, Dato’ Speaker. Saya mohon maaf ini sebab lampunya dah dipasang, saya gagal membawa emas Dato’ Speaker, balik daripada Sarawak. Saya cuma dapat bawak 3 gangsa. Tapi tak apa Dato’ Speaker. Kebanyakan daripada atlet-atlet petanque ni masih lagi boleh menyertai SUKMA kurang-kurang 2 ataupun 3 SUKMA yang akan datang Dato’ Speaker. Insya-Allah, petanque akan bawa emas dalam SUKMA-SUKMA yang akan datang. Cumanya Dato’ Speaker tentang lampu itu tadi, lampu telah dipasang Dato’ Speaker tapi saya mendapat makluman minta tolong bayarannya belum dilakukan Dato’ Speaker. Dah lama Dato’ Speaker. Tolong kalau boleh Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri melihat perkara ini.

Seterusnya Dato’ Speaker tentang, ni panjang Dato’ Speaker sikit, panjang sikit. Bidang yang penting Bidang Tumpuan: Pendidikan. Secara dasarnya saya nak rakamkan tahniah, penghargaan kepada semua warga pendidik, guru-guru Negeri Sembilan. Pencapaian pendidikan di Negeri Sembilan boleh dikatakan baik, antara yang terbaik dalam negara kita Dato’ Speaker. Dan saya nak merakamkan khususnya kepada pendidik-pendidik warga guru, sekolah-sekolah di daerah Rembau Dato’ Speaker. Sebab Pejabat Pendidikan Daerah Rembau telah menjadi pejabat ataupun PPD yang terbaik sejak 2011 Dato’ Speaker. Ini satu pencapaian yang baik ya. Kepada Exco Pendidikan, saya mohon untuk sampaikan salam saya. Salam terima kasih saya kepada, kalau bermesyuarat di peringkat Pusat dengan menteri dengan kementerian, sebab sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail sedang dibina, baru saja dimulakan pembinaan satu blok akademik bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 Dato’ Speaker. Dato’ Speaker, saya nak rekodkan dalam Dewan yang mulia ini bahawasanya Sekolah Menengah Agama Haji Abu Hassan Sail SEMADAH dalam Dewan Undangan Negeri Chembong, dalam daerah Rembau, Dato’ Speaker, adalah sekolah terbaik pencapaian STPM bagi 2023 Dato’ Speaker. Jadi wajarlah wajarlah

dapat imbuhan-imbuhan ataupun galakan-galakan seperti itu Dato’ Speaker ya. Dan ….

Yang Dipertua Dewan

Sekolah mana?

Yang Dipertua Dewan

Tak, tak jelas. Sekolah, sekolah mana?

Yang Berhormat Dato’ Speaker, nanti datanglah Chembong, minum teh. Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail ya. Sekolah terbaik STPM 2023 Dato’ Speaker. Dan untuk itu daerah Rembau menjadi PPD yang terbaik sejak sekian lama, Dato’ Speaker bagilah sedikit, saya minta Exco Pendidikan bawa ke peringkat Pusat kan, kalau dapat pujian-pujian saya, Dato’ Speaker bagilah peruntukan lebih. Dengan ni saya nak membawa Dato’ Speaker ada keperluan ya. Yennah kacaulah [merujuk kepada YB ADUN Seremban Jaya]. Dato’ Speaker, saya mohon, saya dah bawa, dah sebut dalam Dewan ini tempoh hari. Di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong ada 2 Kolej Vokasional Dato’ Speaker. Satu dulu saya dah bawak Kolej Vokasional Dato’ Haji Undang Mohd Shariff, ketiadaan asrama bagi pelajar lelaki Dato’ Speaker. Saya mohon dibawa Dato’ Speaker ke peringkat Pusat. Dan keduanya, saya diminta untuk membawa perkara ini Dato’ Speaker, baru-baru ini Kementerian Pendidikan menyarankan agar kolej-kolej vokasional ini meningkatkan dia punya enrolmen, kemasukan pelajar-pelajar. Sekolah ataupun Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja di Chembong, Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker, kemasukan untuk untuk pengambilan yang akan datang yang akan sampainya Dato’ Speaker, lebih kurang 700 lebih menyebabkan lebih kurang separuh daripada mereka terpaksa tinggal di luar Dato’ Speaker. Permasalahan di kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong adalah kekurangan perumahan, kawasan perumahan. Ibu bapa kurang selesa sekiranya anak-anak mereka tinggal di luar Dato’ Speaker. Saya mohon sekiranya dapat dibawa ke peringkat Pusat, kementerian memohon untuk pembinaan asrama tambahan di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja.

Dato’ Speaker, berkait jugak dengan pendidikan Dato’ Speaker. Yang ini saya kena bawa Dato’ Speaker. Pada 30 September yang lepas Dato’ Speaker, saya diberikan satu surat ni, oleh salah seorang pemimpin masyarakat Dato’ Speaker. Surat daripada MARA Liner yang bertarikh, surat bertarikh 27 September, saya dapat surat ni daripada orang lain Dato’ Speaker, kepada pihak-pihak berkenaan bertajuk makluman penamatan perkhidmatan bas henti-henti luar bandar Negeri Sembilan ataupun projek rentas Negeri Sembilan, Dato’ Speaker. Surat bertarikh

27 haribulan September memaklumkan bahawasanya, saya ringkaskan Dato’ Speaker, untuk makluman kontrak bagi perkhidmatan bas henti-henti luar bandar Negeri Sembilan (Projek Rentas Negeri Sembilan) akan ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa 1 Oktober 2024. Hanya beberapa hari saja notis pemberhentian dilakukan Dato’ Speaker. Pertamanya ianya membawa masalah kelam-kabut Dato’ Speaker kepada pelajar-pelajar, kepada ibu bapa di kawasan luar bandar. Kalau kawasan saya Dato’ Speaker, kawasan sebelah-sebelah ataupun persekitaran Kampung Durian Daun, Kampung Pilin, Dato’ Speaker, tiba-tiba bas dah tak ada perkhidmatan. Kalau ya pun atas apa sebab juga sekalipun, saya tak tahu apa sebabnya. Mungkin kerajaan negeri boleh boleh perjelaskan Dato’ Speaker. Kalau ya pun nak diberhentikan, bagilah notis yang agak panjang sebulan lebih untuk ibu bapa ni menyediakan cari alternatif yang lain Dato’ Speaker. Dan saya kata pemberhentian ini sekitar hujung tahun tidak bersesuaian. Ni sekarang musim hujung tahun Dato’ Speaker, pelajar-pelajar Tingkatan 5 sedang nak menghadapi peperiksaan SPM. Kalaulah boleh, kalau ya pun nak diberhentikan buatkan awal tahun depan Dato’ Speaker. Saya mohon Kerajaan Negeri, Dato’ Speaker, sebab ini kononnya melalui surat ini saya difahamkan perkara di atas, surat daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sembilan, rujukan sekian-sekian, dengan segala hormatnya dirujuk Dato’ Speaker.

Seterusnya Dato’ Speaker sehubungan dengan itu jugak, Dato’ Speaker, saya nak mencadangkan Dato’ Speaker, kawasan Kampung Durian Daun, Pilin ni Dato’ Speaker paling dekat mereka nak hantar anak mereka sekolah menengah adalah kepada ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas ataupun Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sedia Raja yang lebih kurang jaraknya 15 kilometer Dato’ Speaker. Saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan penuh rasa sukacita Dato’ Speaker, saya mohon Kerajaan Negeri, memohon mencadangkan sebuah, satu lagi sekolah menengah sekitar Kampung Durian Daun ataupun Pilin, Dato’ Speaker dengan pembangunan-pembangunan yang ada sekarang. UiTM ada di sana Dato’ Speaker. Saya rasa wajar dan boleh dipertimbangkan secara baik Dato’ Speaker, sebuah sekolah menengah kebangsaan di sekitar kawasan tersebut Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, seterusnya Bidang Tumpuan yang lain Dato’ Speaker iaitu kerohanian dan jugak agama. Banyak inisiatif-inisiatif yang ditawarkan oleh pihak kerajaan Negeri. Dan saya bersukacita di atas semangat pembangunan syiar Islam kita. Tahun depan dirancang ataupun akan dibina 6 buah masjid baru di seluruh Negeri Sembilan Dato’ Speaker. Kepada Yang Amat Berhormat Sikamat, kerajaan negeri, dalam sidang lepas termaktub di dalam hansard jugak dalam minit mesyuarat ataupun ni Dato’ Speaker. You are my friend Sikamat pun jugak cakap

itu hari, I am your friend itu hari. Dato’ Speaker, dalam 5-6 tahun itu, Dato’ Speaker tiada saya tengok, tiada masjid baru dibina di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong, Dato’ Speaker. Saya mohon apalah kiranya dapat dipertimbangkan kalau pun bukan tahun 2025, tahun yang mendatang 2026 Dato’ Speaker. Saya mencadang kalau boleh banyak keperluan masjid baru dibina tetapi kalau boleh didahulukan untuk membina sebuah masjid baru menggantikan masjid sedia ada ni di kariah Masjid Tanah Kampung Air Hitam, Dato’ Speaker. Di kariah tersebut kawasan perumahan banyak, Taman Chembong Utama, Taman Sedia Raja, Chembong Jaya, Rumah Rakyat Chembong dan sebagainya Dato’ Speaker, selain daripada kampung-kampung tradisional. Dan yang pentingnya Dato’ Speaker, rasionalnya adalah kawasan masjid tersebut sudah menjadi tidak lagi kondusif kawasannya kecil untuk ditambah ataupun di apa tu, dinaiki taraf Dato’ Speaker. Kawasannya kecil Dato’ Speaker. Jadi itu hasrat saya tentang kerohanian dan jugak agama.

Lain Dato’ Speaker, saya rumuskan dalam hal-hal lain bantuan warga emas. Terima kasih bantuan warga emas 70 tahun ke atas diteruskan. Cumanya pandangan saya Dato’ Speaker kalau boleh kelulusan dan penyampaian ini dipercepatkan Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan, Dato’ Speaker, orang tua tu selalu datang Dato’ Speaker. Yang dah mohon tu datang ke pusat khidmat masyarakat. Saya rasa ADUN-ADUN yang lain pun sama. Nak tanya, bilo acik punyo dapek Dato’ Speaker. Sekali datang kita pun boghilah 50.00 ringgit ataupun 100.00 ringgit Dato’ Speaker. Kalau 3 kali datang, ia dah lebih pada sepatutnya yang kerajaan negeri bagi Dato’ Speaker. Cumanya kami tak boleh bantu, sebab dia apply ataupun mohon secara online. Kami tak ada data-data dan sebagainya Dato’ Speaker. Saya, yang lain okey. Saya mohon untuk dipercepatkan Dato’ Speaker.

Seterusnya Dato’ Speaker tentang kemudahan, pembinaan ataupun penyelenggaraan jalan. Saya mohon pihak JKR ataupun Kerajaan Negeri untuk sedikit memaklumkan perkembangan, status permohonan ataupun hasrat saya membawa hasrat kawasan Dato’ Speaker. Projek ataupun permohonan untuk menaik taraf melebarkan jalan FT001 antara Sungai Gadut ke Rembau ataupun Pedas, Dato’ Speaker. Apakah perkembangannya? Dan saya jugak nak mohon kerajaan negeri ataupun Jabatan Kerja Raya, saya nak bertanyakan apakah perkembangan status jalan baru yang sedang nak dibina Dato’ Speaker, jalan baru antara Sepri, Daerah Rembau ke Seri Menanti, Kuala Pilah, Dato’ Speaker ya. Apakah perkembangan dia bilakah boleh siap ataupun adakah apa-apa permasalahan Dato’ Speaker yang boleh kita sama-sama tengok, lihat, bantu Dato’ Speaker.

Yang Berhormat Dato’ Speaker, yang saya hormati Dato’ Speaker ,saya jugak mohon sekiranya pihak agensi yang berkenaan, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya melihat keperluan yang saya rasakan sangat tinggi untuk melihat, menaik taraf jalan masuk Dato’ Speaker, ke Projek Perumahan Rakyat Chembong. Kat dalam sana, kat kawasan tersebut, Projek Perumahan Rakyat Chembong ada 500 lebih unit, ada taman-taman lain Dato’ Speaker. Saya rasa jalan masuk itu harus diperbesarkan Dato’ Speaker, dinaiki taraf. Dan saya jugak mengambil kesempatan untuk bertanyakan apakah perkembangan status Projek Perumahan Rakyat Chembong ni Dato’ Speaker? Bilakah nak di diserahkan ataupun ditawarkan kepada masyarakat, rakyat yang layak Dato’ Speaker?

Dato’ Speaker, saya mengucapkan tahniah juga dalam pembentangan bajet, Yang Amat Berhormat Sikamat ada menyebut Dato’ Speaker, tentang kecemerlangan perlaksanaan peruntukan MARRIS. Antara Kerajaan, Kerajaan Negeri Sembilan antara kerajaan yang tinggi peratusan perlaksanaan Dato’ Speaker. Selain daripada jumlah yang banyak.

Saya nak memaklumkan nak membawa Dato’ Speaker, untuk mencadangkan agar projek ataupun peruntukan MARRIS ini Dato’ Speaker, kita lebih melihat sekiranya boleh dan saya yakin boleh, untuk membina jalan-jalan, menaik taraf jalan-jalan di perkampungan orang Asli, Dato’ Speaker. Orang Asli ini Dato’ Speaker macam kita jugak, dia banyak perkembangan pertambahan rumah-rumahnya Dato’ Speaker ya. Jadi peruntukan waris ini boleh kita menaik taraf, membuat jalan-jalan baru di perkampungan orang Asli.

Dato’ Speaker berkenaan kampung orang Asli ini ramai yang menyebut, saya nak sebut satu jugak di kawasan saya khususnya perkampungan orang Asli Ulu Chuai, Dato’ Speaker. Terima kasih banyak kerajaan negeri bagi 5,000.00 ringgit kepada JPKKOA Kampung Orang Asli 5,000.00. Speaker, tadi Seremban Jaya boleh buat kenyataan dalam soalan lisan Dato’ Speaker. Dato’ Speaker benarkan ya. Jadi saya bawak masalah rakyat. [YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic]. You senyap. Dato’ Speaker Kampung Orang Asli Ulu Chuai, saya di DUN Chembong ada 2 kampung orang Ali. Saya dah sebut dah saya mohon kalau boleh Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Exco Kanan, tolong lihat, bantu saya Dato’ Speaker. Kampung orang Asli ada 1, satu Ulu Chembong, satu Ulu Chuai. Ulu Chembong ada JPKKOA, ada ketua kampung aslinya. Ulu Chuai tak ada Dato’ Seri, Dato’ Speaker. Jadi Ulu Chuai ni tak dapat 5,000.00 tersebut. Selain daripada peruntukan Dato’ Speaker, saya rasa ketua kampung ni penting. Tok Batin dia lebih kepada hal-hal pentadbiran, adat resam, kebudayaan dan sebagainya.

JPKKOA ni, ketua kampung ni, lebih kepada pentadbiran hal-hal kerajaan Dato’ Speaker. Jadi saya mohon untuk dipertimbangkan Dato’ Speaker.

Dato’ Speaker, last. Speaker. [YB ADUN Seremban Jaya mencelah secara off mic] Apalah makan nak dibandingkan dengan perjuangan kepentingan rakyat. Dato’ Speaker di Dewan Undangan Negeri Kawasan Chembong dan saya rasa beberapa kawasan Dewan Undangan lain, di kawasan kami ada ni Dato’ Speaker, ada jajaran laluan paip gas di bawah Petronas Gas Malaysia, Dato’ Speaker. Masalahnya Dato’ Speaker, ada sikit kekangan ataupun hal-hal pentadbiran yang menyukarkan sedikit Dato’ Speaker. Sekarang ni, di atas desakan pembangunan, banyak rumah-rumah dibina di seberang paip gas tersebut, Petronas gas tidak membenarkan sewenang-wenangnya Pejabat Daerah untuk menurap, membina jalan menyeberangi paip gas mereka Dato’ Speaker. Saya mohon kerajaan negeri sedikit ya, masuk campur, tolong kami di daerah Rembau Dato’ Speaker. Banyak rumah-rumah yang di Seberang paip gas tu, Dato’ Speaker, tak dapat dibina sebab mungkin syarat-syarat yang ketat. Saya mohon untuk perbincangan di antara kerajaan negeri dengan pihak-pihak tertentu dipermudahkan Dato’ Speaker. Keperluannya tinggi, peruntukannya ada tetapi tak dapat dibina oleh syarat-syarat yang ketat ni Dato’ Speaker, Speaker.

Jadi, Itu saja yang saya nak sampaikan. Seperti janji saya semalam Dato’ Speaker, saya bercakap dengan Yang Amat Berhormat, Dato’ Speaker, ada 2 perkara yang saya nak sebut dalam perbincangan kami semalam. Pertamanya tentang perigi ion, Dusun Pinang, Kampung Ulu Sepri, Dato’ Speaker. Saya, saya tak bawak Dato’ Speaker masuk campur. Saya menyarankan Dato’ Speaker untuk pergi tengok, mandi, Dato’ Speaker. Saya secara peribadi telah mandi Dato’ Speaker. Amat segar Dato’ Speaker. ya, amat segera Dato’ Speaker. Cumanya saya mengharapkan dan saya jugak memuji pengusaha ni, Dato’ Speaker. Dia cakap dengan saya Dato’ Speaker, bila saya pergi datang mandi itu hari, 50.00 ringgit ya, Dato’ Speaker, saya boleh belanja Dato’ Speaker. Dia cakap, dia, pengusaha ni mengalu-alukan semua agensi-agensi kerajaan untuk datang dan membantu melihat apa lagi peraturan-peraturan yang dia perlu patuhi Dato’ Speaker. Dia tak tutup pintu pun. Maklumlah orang kampung buat, perusahan, apa mengadakan apa tu, usaha seperti ini Dato’ Speaker. Ya mungkin dia tak tahu apa keperluan-keperluan dia. Kita bantulah. Kalau perlu minta permit ini, silakan, kita sarankan dia. Kalau dia tak mematuhi peraturan ini, kita bantu dia Dato’ Speaker. Tetapi yang pentingnya saya nak bagi tahu Dato’ Speaker, saya pergi di sana, saya nak memaklumkan secara tegasnya, tiada unsur-unsur mudarat Dato’ Speaker. Semua yang sama mandi dengan saya itu memuji, memuji, Dato’ Speaker. Segar, sekurang-kurangnya segar. Tak

pernah saya dengar lagi orang datang sana pengsan. Tak pernah saya dengar Dato’ Speaker lepas mandi, berkudis badan Dato’ Speaker. Sedangkan semuanya mengatakan bagus, segar dan sebagainya Dato’ Speaker ya Dato’ Speaker. Dan jauh sekali terdapat unsur-unsur khurafat, unsur-unsur mistik, pemujaan Dato’ Speaker, tak ada.

Jadi bagi saya, saya mengharapkan dan saya berterima kasih kepada semua agensi-agensi kerajaan yang membantu Dato’ Speaker. Kaedah ekonomi ataupun manafaat ekonomi hiliran yang sangat banyak Dato’ Speaker. Anak-anak kampung dapat bekerja 20-30 puluh orang Dato’ Speaker. Homestay-homestay di sekitar kawasan tersebut semua penuh, Exco Pelancongan. Penuh Dato’ Speaker. Masjid orang datang seawal 4:00 pagi, 5:00pagi, subuh pun ramai Dato’ Speaker. Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan tolong, kalau boleh bagi peruntukan kepada Masjid Kampung Sepri, Dato’ Speaker. Ramai orang datang. Banyak hiliran dia, saya mohon untuk kita sama-sama berikan kerjasama Dato’ Speaker. Dato’ Speaker.

Dan akhir sekali Dato’ Speaker, saya khususnya bersama sahabat saya, ADUN Kota nak merakamkan Dato’ Speaker, sebab kita last satu hari sidang awal bulan 5, tak salah saya Dato’ Speaker. Jadi sejurus kita ataupun seminggu lebih selepas sidang, kita mendapat makluman tentang pemergian Allahyarham Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau, yang ke-21. Saya bagi pihak, Dato’ Speaker, bagi pihak seluruh anak-anak luak Rembau ingin merakamkan dalam Dewan ni Dato’ Speaker, ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Yang Teramat Mulia. Bagi pihak masyarakat penduduk di Daerah Rembau, saya nak merakamkan ataupun mengucapkan rasa bangga kami Allahyarham adalah orang pemimpin, Undang yang sangat mesra sangat dekat di hati rakyat Dato’ Speaker, sangat munasabah ya, sangat sangat rapat dengan kami Dato’ Speaker. Dan saya yakin saya yakin pelantikkan Yang Teramat Muda Undang yang baru menggantikan yang Lama, sedang berjalan baik dan akan mengikut masa yang baik Dato’ Speaker ya.

Jadi terima kasih banyak Dato’ Speaker. Itu saja yang saya nak sampaikan. Terima kasih banyak. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum WBT.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

[mencelah secara off mic] Belanjawan, belanjawan tara sokong?

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumussalam WBT.

Nanti saya angkat tanganlah, you apa bising.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Dewan akan berehat dan kita akan bersambung pada pukul 2:30, tengah hari ini. Kita nak tepat datang ya kerana kita ada banyak lagi sesi penggulungan yang akan dibuatkan pada petang ini. Sidang mesyuarat dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.07 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada jam 2.40 petang]

Setiausaha Dewan

Yang Berkormat, Dato Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sesi perbahasan usul dan Rang Undang-Undang telah pun tamat. Seterusnya saya persilakan pihak kerajaan untuk memberi maklum jawab, maklum balas dan menjawab. Saya jemput Ampangan.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Malaysia Madani Jiwa Merdeka. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2025.

Mencari timba si anak dara Di bawah sarang burung tempua Salam hormat pembuka bicara Di di tengah hari mulia ingin berbicara.

Terlebih dahulu tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun yang telah membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani”. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada Pegawai Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan agensi yang telah menyediakan Belanjawan 2025. Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat, tema belanjawan ini amat besar ertinya kerana untuk membangunkan negeri yang kita cintai ini memerlukan sokongan semua pihak. Kerjasama dan kesungguhan dalam memastikan elemen madani itu dapat diterapkan ke segenap lapisan masyarakat. Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT. Maksudnya, maka dengan sebab rahmat dari Allah kepadamu wahai Muhammad, engkau telah bersikap lemah lembut kepada sahabat-sahabat dan pengikutmu, dan kalaulah engkau bersikap kasar tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah kesalahan mereka dan pohonkanlah ampun bagi

mereka dan bermesyuarahlah dengan mereka dalam urusan peperangan dan hal-hal keduniaan. Surah Al-Imran, ayat 159.

Dato’ Yang Dipertua, ahli dewan yang dihormati, firman Allah SWT ini pada asalnya ditujukan kepada Rasulullah SAW, turut menjadi panduan kepada seluruh umat Islam. Sikap rahmah, lemah lembut, saling memaafkan dan utamakan syura merupakan prasyarat kepada perpaduan ummah. Selagi kita tidak mengikis sikap suka bertelagah, label melabel, melampau dalam perdebatan dan mengadu domba maka mungkin ummah akan mencapai kesatuan dan kekuatan yang didambakan. Alhamdulillah, di negeri yang kita cintai ini, isu-isu sensitif ini amat jarang kita dengar. Boleh kata masyarakat majmuk di negeri ini arif dalam mencari maklumat yang benar, melainkan ada individu yang tidak bertanggungjawab yang suka melihat pertelagahan antara masyarakat.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya Perpaduan rakyat teras utama Rakyat bersatu negara berjaya Malaysia madani aman sejahtera.

Dato’ Yang Dipertua, ahli dewan yang dikasihi, insya-Allah jabatan dan agensi di bawah portfolio Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional Dan NGO, kami akan bekerja lebih gigih dalam memastikan belanjawan ini mencapai objektif dalam mensejahterakan rakyat di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, bagi menjawab perkara yang berbangkit dalam perbahasan, berkenaan jam bekerja bagi petugas jururawat yang dibangkitkan oleh YB ADUN Kota. Untuk makluman semua perkara ini telah pun mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri Kesihatan; Datuk Seri Doktor Zulkifli Ahmad, di mana YB Menteri akan perhalusi perkara ini dalam waktu terdekat. Dan menjadi keutamaan perkara-perkara yang melibatkan Kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan semua petugas-petugas perkhidmatan kesihatan KKM khasnya dan pihak awam dan swasta yang lain tetap terjaga dan dibela.

Dato’ Yang Dipertua, ahli Dewan yang dikasihi semua, soalan yang dibangkit oleh ADUN Bagan Pinang. Mohon penjelasan berkenaan kedudukan penambahan blok bangunan. Ulasannya ialah pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang dilantik bagi Projek Blok Pakar Hospital Port Dickson. Negeri Sembilan, reka dan bina pada 24 Julai 2024. Projek ini akan mengambil tempoh selama 156 minggu dan dijangka siap pada 2 Ogos 2027. Buat masa ini pihak kontraktor dalam peringkat kerja-kerja awalan di tapak.

Soalan yang yang dibangkitkan oleh ADUN Seri Tanjung, mengenai mencadang untuk mewujudkan Skim Perubatan Madani di Negeri Sembilan bagi mengurangkan kesesakan pesakit di hospital serta menca, mencepatkan pesakit mendapat rawatan. Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap penjagaan kesihatan Primer Akut (Rawatan Sakit-sakit Ringan). Penerima sumbangan tunai rama, STR dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan Madani. Buat masa ini, Skim Perubatan Madani memberi fokus kepada 10 daerah seperti di bawah dan skim ini belum dimulakan di Negeri Sembilan. Kawasan yang yang ter, dapat skim perubatan MADANI ini ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Gombak, Selangor; Ulu Langat, Selangor; Petaling, Selangor; Klang, Selangor; Johor Bahru, Johor; Kinta, Perak; Timur Laut, Pulau Pinang; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak. Insya-Allah Negeri Sembilan kita akan usahakan.

Soalan yang di, yang dibangkitkan oleh ADUN Gemas mengenai mencadangkan untuk mengagihkan perkhidmatan kepakaran di hospital di daerah Tampin, Jelebu dan Rembau. Perkhidmatan kepakaran di hospital di daerah Tampin, Jelebu dan Rembau, telah disampaikan melalui konsep kluster semenjak 2016 di Negeri Sembilan. Objektif konsep kluster ialah akses perkhidmatan kepakaran berhampiran dengan rumah dan penggunaan fasiliti di hospital tanpa pakar secara optima. Di Negeri Sembilan terdapat 2 hospital kluster. Nombor satu kluster HTAN semenjak 2016 terdiri dari 3 buah hospital di mana Hospital Tengku Ampuan Najihah merupakan lead hospital dan hospital di bawahnya ialah Hospital Tampin dan Jempol. Kluster yang kedua ialah kluster HTJS. Dimulakan pada tahun 2018 di mana Hospital Tuanku Jaafar Seremban berfungsi sebagai lead hospital dan hospital di bawahnya ialah Hospital Port Dickson, Hospital Jelebu dan Hospital Rembau.

Terdapat 5 perkhidmatan kepakaran sepenuh masa di Hospital Rembau iaitu perubatan, radiologi, pediatrik, kecemasan dan pakar hidung. Manakala di Hospital Tampin terdapat 4 perkhidmatan kepakaran sepenuh masa iaitu perubatan, pembedahan, patologi dan radiologi. Hospital Jelebu menerima perkhidmatan kepakaran bagi disiplin kecemasan dan perubatan daripada Hospital Tuanku Jaafar. Perkhidmatan kepakaran yang lain di diperolehi dari Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah mengikut kluster. Dato’ Yang Dipertua

Terbang ke hutan anak Jeladan Hinggap lama direbung buluh Kalau tuan sayang badan Rajinlah periksa jangan bertangguh

Dato’ Yang Dipertua, saya juga berharap agar seluruh warga kerja jabatan dan agensi untuk bekerja lebih sistematik untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Negeri Sembilan. Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh jabatan, agensi, atlet sukan yang telah mengharumkan nama negeri dan jabatan yang telah mereka wakili. Daripada Aisyah radiallahuanha Rasulullah SAW bersabda maksudnya sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja dia laksanakan dengan cemerlang. Riwayat al-Tabarani dalam Al-Mukjam Al al-Aswah. Bekerjalah dengan penuh ketekunan dalam menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan daripada seseorang sebagaimana yang dikehendaki oleh orang tersebut tanpa kurang sedikit pun dengan sempurna mungkin disertai dengan usaha yang kuat agar tidak terlewat daripada waktu yang telah ditetapkan.

Keharmonian dan perpaduan kaum di negeri ini adalah simbol usaha Yang Amat Berhormat Sikamat telah lakukan sepanjang pentadbiran beliau. Ini kerana kita perlu menerima hakikat bahawa negeri ini adalah negeri yang berbilang bangsa dan agama. Walaupun terdapat jurang perbezaan tetapi bukan perbezaan yang dilihat tetapi titik persamaan yang menjadi asas perpaduan yang wujud di Negeri Sembilan. Negeri ini punya, punyai adat perpatih yang menjadi warisan zaman berzaman dan wajib dipertahankan. Walaupun berlaku perubahan kerajaan sejak 2018 yang lalu, negeri ini kekal harmoni dan aman sentosa tanpa sebarang isu-isu ketegangan kaum. Hari ini rakyat di sekeliling kita sangat cakna dan bijak menilai kepimpinan negeri. Mereka hanya mahukan hak-hak asas mereka dapat dipenuhi dan dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah dengan adil dan saksama.

Di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Sikamat berpuluh-puluh inisiatif telah disediakan dan dan dilaksanakan sejak tahun 2018 yang melibatkan kumpulan sasar bermula dari bayi sehingga warga emas. Tidak ada satu kelompok rakyat ditinggalkan. Bahkan inisiatif ini bersifat buta warna kerana ia diberikan tanpa mengira latar belakang kaum, agama, apatah lagi parti politik. Asalkan rakyat yang berhak, maka mereka berhak untuk inisiatif tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya membaca 2 rangkap pantun.

Bersiar-siar di Pekan bersama rakan Tempatnya bersih, suasana nyaman Bajet belanjawan sudah dibentangkan Harap dapat memberi kesejahteraan

Kerabu ikan kelah hirisan kuini Campur cekur dan daun selasih Dibentang sudah belanjawan terkini Rakyat bersyukur tiada yang tersisih

Akhir kalam, semoga kita semua dapat menjaga nikmat perpaduan yang ada di negeri ini serta menjaga kesihatan diri dan keluarga agar negeri ini terus mendapat rahmat dan perlindungan, perlindungan dari Allah SWT. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya silakan Yang Berhormat Linggi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga kepada ahli-ahli Yang Berhormat seperti Chennah, Jeram Padang, Johol dan juga Juasseh yang telah pun memberi perhatian dan minat kepada cadangan yang melibatkan kepintaran buatan dalam agenda Belanjawan Negeri Sembilan 2025. Dalam dunia yang semakin pesat berkembang ini kepintaran buatan ataupun artificial intelligence (AI) bukan lagi sekadar teknologi tetapi satu keperluan untuk kemajuan dan juga pembangunan di hari-hari yang mendatang. Kepintaran buatan kini menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor seperti ekonomi, kesihatan, pendidikan, pertanian dan juga keselamatan.

Bagi Negeri Sembilan, teknologi ini mampu memacu pembangunan mampan, meningkatkan daya saing dan juga memperkasakan kehidupan rakyat. Antara skop penggunaan AI yang boleh diberikan tumpuan adalah satu pemerkasaan ekonomi digital yang mana secara dasarnya AI dapat membantu perusahaan kecil dan juga sederhana untuk memahami pasaran dengan lebih baik melalui analisis dasar besar. Selain daripada itu, ada beberapa lagi contoh penggunaan AI yang memainkan peranan yang signifikan iaitu data analytic untuk PKS. Kepintaran buatan dapat membantu perusahaan kecil dan juga sederhana di Negeri Sembilan memahami trend pasaran melalui analisis data besar ataupun big data, dengan menggunakan algoritma AI, PKS boleh menganalisis, pola pembelian pelanggan mengenal pasti produk ataupun perkhidmatan yang paling dinikmati, ramalan permintaan iaitu meramalkan waktu puncak pembelian untuk

perancangan stok yang lebih baik, segmentasi pelanggan, menawarkan promosi khusus berdasarkan keperluan dan juga minat pengguna. Maka dengan ini PKS yang menjual produk makanan tradisional boleh menggunakan AI untuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi bagi produk mereka lalu mereka boleh meluaskan lagi pemasaran digital di kawasan tersebut.

Kita juga ada platform e-dagang pintar yang mana AI boleh digunakan untuk memperkasakan platform e-dagang di Negeri Sembilan dengan pengesyoran produk automatik iaitu menawarkan cadangan produk kepada pelanggan berdasarkan sejarah pembelian mereka. Kita juga mempunyai Chatbot AI iaitu memberikan perkhidmatan pelanggan automatik, yang responsif 24 jam sehari. Pengoptimuman harga menggunakan analisis AI ini untuk menyelesaikan harga produk berdasarkan permintaan pasaran dan juga harga pesaing. Melalui pemasaran digital pintar ini, AI dapat membantu peniaga di Negeri Sembilan menjalankan kempen pemasaran yang lebih berkesan iaitu iklan yang lebih berfokus, analisis media sosial dan juga automasi e-mel. Sebagai contoh, restoran tempatan boleh menggunakan AI ini untuk menjalankan di iklan digital kepada pelanggan di sekitar kawasan mereka dengan tawaran diskaun pada waktu-waktu tertentu.

Dari segi perkhidmatan awam, AI boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan seperti pengurusan aduan rakyat. AI dapat digunakan untuk memproses dan juga mengurus aduan rakyat dengan lebih cekap melalui sistem chatbot pintar iaitu platform yang didorong oleh AI untuk boleh menerima aduan, memberikan response automatik dan juga menyalurkan aduan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan. Klasifikasi aduan automatik AI boleh mengenal pasti kategori aduan berdasarkan kandungan teks dan juga mengarahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Pemantauan penyelesaian aduan, aduan ya: sistem AI boleh mengesan aduan-aduan yang diberi, yang belum diselesaikan dan memberikan peringatan kepada pihak bertanggungjawab. Contoh, portal aduan Negeri Sembilan boleh menggunakan AI untuk mengurangkan masa menunggu response iaitu sekaligus meningkatkan kepuasan rakyat.

Dari segi perancangan dan juga pengurusan bandar, AI boleh digunakan untuk membantu Kerajaan Negeri merancang pembangunan bandar yang lebih mampan seperti menganalisa data penduduk. AI boleh memproses data populasi untuk memahami pola perubahan penduduk dan merancang kawasan perumahan baru. Yang kedua, iaitu pengurusan sampah pintar. Sistem AI juga boleh memantau tahap penuh tong sampah dan mengatur jadual kutipan yang lebih cekap dan efisien. Dan yang ketiga pemantauan kawasan risiko bencana yang

mana AI boleh mengenal pasti kawasan berisiko banjir ataupun tanah runtuh berdasarkan data cuaca dan juga geografi.

Pemantauan, walaupun AI menawarkan banyak manfaat, terdapat beberapa cabaran yang perlu kita tangani iaitu termasuklah banyak kawasan khususnya di kawasan luar bandar menghadapi kekurangan akses kepada internet berkelajuan tinggi dan juga infrastruktur digital asas yang diperlukan untuk AI ini. Selain daripada itu, kos teknologi seperti pelayan ataupun server dan juga storan awam yang besar menjadi penghalang kepada kita. Oleh itu pihak kerajaan negeri bersama dengan MCMC komited dalam memperluaskan rangkaian internet melalui inisiatif Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA dengan melalui pembinaan struktur baru pembangunan jalur lebar gentian optik bagi talian tetap dan juga meningkatkan capaian teknologi 5G ke seluruh kawasan yang berpenduduk.

Setakat suku ketiga tahun 2024 melalui inisiatif Pelan JENDELA, kadar liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berpenduduk telah mencapai sebanyakk 99.76%. Bagi perlaksanaan Projek JENDELA, sebanyak 90 daripada 105 struktur pemancar baharu telah selesai dibina dan telah pun beroperasi. Selain daripada itu, kesemua 1,666 stesen pemancar sedia ada telah siap dinaik taraf, daripada teknologi rangkaian 4G kepada, dan sebanyak 2,000, dinaik taraf kepada teknologi rangkaian 4G ya dan sebanyak 220,444 daripada 221,627 sambungan talian tetap berasaskan gentian optik telah pun siap tersedia. Baki bagi setiap rancangan yang dinyatakan dijangka siap secara berperingkat pada penghujung suku ke empat tahun 2025. Manakala bagi pembangunan rangkaian 5G di Negeri Sembilan melalui MCMC dan juga Digital National Berhad sebanyak 229 daripada 232 tapak ataupun 77.6% liputan 5G telah siap dibangunkan menerusi pembinaan struktur baru serta struktur sedia ada yang bertumpu di kawasan utama di setiap daerah di Negeri Sembilan.

Dan kita juga mempunyai masalah iaitu kekurangan tenaga kerja berkemahiran. Tidak semua pekerja mempunyai kemahiran dalam pembangunan dan juga pengurusan AI. Jurang kemahiran ini menjadi cabaran bagi sektor awam dan juga swasta. Maka di sini terdapat keperluan untuk kita mengadakan program latihan intensif dalam teknologi AI seperti data analitik, pembelajaran mesin dan juga pengurusan data.

Isu privasi dan juga keselamatan diambil kira. AI memerlukan data raya sebagai elemen penting untuk berfungsi namun pengumpulan dan juga pemprosesan data ini menimbulkan kebimbangan privasi dan juga keselamatan. Perkara ini boleh ditangani dengan langkah-langkah

seperti memastikan undang-undang privasi data seperti Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) diperketatkan untuk melindungi maklumat pengguna. Yang kedua: semua data yang dikendalikan oleh sistem AI perlu melalui proses penyulitan untuk mengelakkan kebocoran maklumat dan melaksanakan audit keselamatan berkala untuk memastikan sistem AI tidak mudah digodam.

Jadi adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Sembilan ya, bercita-cita untuk menjadi pemimpin dalam integrasi AI di Malaysia melalui pertama: menarik pelaburan syarikat teknologi global ke negeri ini. Yang kedua: memperkenalkan insentif kepada perniagaan tempatan yang menggunakan teknologi AI. Mewujudkan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan dan juga sektor swasta untuk penyelidikan dan juga pembangunan.

Seperti ahli-ahli yang Berhormat sedia maklum, semasa sedi, sesi sidang DUN yang lalu MCMC telah pun membuka kaunter aduan ya, bertempat di lobi utama Bangunan Dewan Undangan Negeri pada 5 dan 6 Ogos 2024 dan telah pun menerima aduan daripada 9 YB ADUN berkaitan dengan isu komunikasi di kawasan DUN masing-masing. Setakat 27 November 2024 sebanyak 6 daripada 9 aduan diterima telah dinilai oleh pihak MCMC di lapangan dan mengarahkan pihak industri komunikasi telco untuk menambah baik liputan kawasan yang tidak mencapai piawaian audit berkenaan perkhidmatan komunikasi. Manakala baki 3 aduan masih dalam tindakan pihak MCMC bersama pihak industri komunikasi yang dijangka selesai secara berperingkat pada ataupun sebelum 31 Disember 2024. Bagi ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat untuk mengemukakan aduan pada sesi lepas bolehlah menyalurkan aduan kepada pihak MCMC Negeri Sembilan ataupun melalui portal aduan MCMC. Pihak MCMC juga bersedia untuk menjalankan tinjauan kawasan bersama ahli Yang Berhormat bagi mendapatkan maklumat berkaitan kawasan yang bermasalah di kawasan DUN masing-masing.

Jadi yang Berhormat Dato’ Speaker, ramai juga kawan-kawan saya bertanya bagaimana Exco Kanan, dia boleh bawak saya ke, lawatan ke China. Saya pun mula-mula agak terperanjat juga, pelik juga kan. Pasal Exco Kanan dia nak jual durian. Apa kena-mengena dengan teknologi? Tapi bila saya sampai ke sana, kita adakan, Exco Pertang pun telah memberikan ucapan pertama dan kita dibawa berbincang dengan, seperti tersebut oleh ADUN Pertang tadi, kita melawat ataupun ada mesyuarat dengan Syarikat Inspur. Ini ada kaitan dengan jawapanlah. Yang mana Syarikat Inspur ini ia, dia adalah satu syarikat pengkalan data, antara yang terbesar di China. Jadi company yang menjual durian ini dia bekerjasama dengan syarikat pengkalan data ini untuk

mengumpulkan maklumat dan juga menganalisa soal pasaran durian di negara China. Seperti disebut oleh ADUN Lenggeng tadi difahamkan, negara Thailand mengeksport 50,000 kontena durian setahun. Dan di Malaysia kita baru hanya dapat mampu hantar 2,000 ke 3,000 kontena sahaja. Jadi pasaran durian di China masih luas lagi. Dan seterusnya saya melihat kesungguhan syarikat tersebut, mereka bukan sahaja mempunyai lokasi untuk menjual durian tetapi mereka menjual durian secara live. Dan ini juga, di masa akan datang, mereka merancang, mereka nak menjual durian itu live dari kebun dan kebun yang dipilih ialah kebun di Jelebu. Maknanya pasaran mereka ini, buah durian ini akan dijual secara terus. Ini membuktikan bahawa teknologi dan inovasi kita hari ini dah melangkaui sempadan. Dan ini maknanya memang wajarlah dibawak. Lepas ni pulak mungkin ADUN Pertang nak bawa saya lagi, kita nak lihat teknologi tanam musang king di Hainan pulak. Bagaimana mereka, bagaimana mereka nak nak bagi ya, nak bagi sama rasa tu. Haa? Lenggeng ikut? Lenggeng dah tak boleh dah. Dia dah ada kepentingan peribadi, tak boleh.

Jadi seterusnya saya juga melihat bahawa antara lain, mungkinlah ya, sebab durian ini kita gunakan durian frozen. Jadi Dato’, Dato’ ADUN, YB ADUN Pertang dia nak suruh saya rasa durian yang baru gugur dengan durian frozen itu sama ataupun tak sama. Jadi pada saya, memang durian tu tak ada jauh beza pun, memang sama. Jadi maknanya teknologi hari ini yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha kita untuk memasarkan durian mereka adalah terbaik. Dan insya-Allah saya yakin dan percaya bahawa hasrat ADUN Pertang untuk mewujudkan kilang frozen durian di Jelebu akan terlaksana di masa yang akan datang. Sekian terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Linggi. Saya jemput Yang Berhormat Repah.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli-ahli Berhormat yang mengambil bahagian dalam persidangan kali ini, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat atas kejayaan dalam pembentangan Bajet Berimbang pada tahun 2025. Dato’ Speaker ada beberapa isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan tadi, yang berkaitan dengan portfolio ini. Dan saya ingin menggulung kepada persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Yang Berhormat.

Pertamanya daripada ADUN Chuah. Isu yang dibangkitkan adalah pengurusan sisa industri berpotensi mengancam alam sekitar

sekiranya tidak ditangani. Adakah kita mempunyai mekanisme pengawalan yang lengkap serta pengenalpastian kilang-kilang haram? Di Chuah telah berlaku tiga insiden pembuangan sisa yang berbahaya dan mengakibatkan pencemaran yang serius kepada sungai dan udara. Harap pihak berkuasa dapat memperketatkan pencemaran sisa industri dengan kerjasama pihak polis kerana isu seperti ini melibatkan aktiviti gangster.

Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa mekanisme untuk mengawal pengurusan sisa yang dihasilkan oleh pihak industri sama ada melalui perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling Sembilan 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya atau mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh JAS. Selain daripada penguatkuasaan di lapangan, JAS juga membangunkan beberapa sistem untuk menjalankan pemantauan secara desktop antaranya kawalan pengurusan buangan terjadual melalui sistem Electronic Scheduled Waste Information System, e-waste, e-SWIS, Pengurusan Efluen Perindustrian melalui sistem online, sistem report OER. Manakala pelepasan melalui udara, JAS memantau melalui sistem air remote. Untuk menambah baik tindakan terhadap salah laku industri, JAS telah membuat pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan meningkatkan denda kepada mereka yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.

Dalam usaha menangani masalah pembuangan, buangan terjadual, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sememangnya berhadapan dengan pelbagai halangan termasuk aktiviti gangsterisme. Halangan yang, halangan yang JAS hadapi ini tidak menghalang pegawai JAS dari melaksanakan tugas mereka. Bagi memastikan keselamatan pegawai JAS, kerjasama rapat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia telah lama terjalin dan sentiasa menjalankan operasi bersama untuk mencegah pencemaran dari berlaku.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini juga, baru-baru ini saya menerima aduan berkenaan dengan pembuangan minyak dan juga cat terpakai di kawasan Chuah. Dan apabila saya mendapat maklumat ini, saya dapati bahawa sisa tu bukannya daripada Negeri Sembilan. Sebenarnya daripada negeri lain dan kita akan siasat perkara ini. Dan kita kenal pasti salah sebuah kilang yang berada di luar Negeri Sembilan. Dan ia berkaitan dengan kumpulan gangster yang diguna pakai bagi melupuskan buangan terjadual ni di Negeri Sembilan. Jadi kita akan siasat dan kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku ataupun penjenayah alam sekitar ini.

Dato’ Yang Dipertua untuk isu yang dibangkitkan oleh ADUN Temiang. Isu yang dibangkitkan adalah adakah terdapat pembinaan kolam takungan di kawasan Temiang bagi menampung jumlah air dalam kajian PISMA Seremban yang telah siap pada tahun 2023. Status terkini Kajian Pembangunan Lembangan Sungai Linggi Fasa 5. Untuk maklumat ahli-ahli yang Berhormat, punca kejadian banjir yang berlaku di kawasan Temiang adalah disebabkan oleh saiz sistem perparitan sedia ada yang tidak dapat menampung pertambahan kuantiti air larian permukaan dan kejadian backflow yang berlaku di Jalan Seng Meng Lee. Justeru itu, bagi mengurangkan risiko banjir ini, pihak JPS telah melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temiang bermula pada 12 Disember 2023 dan dijangka siap pada 11 Jun 2025 dengan pemasangan struktur precast wall panel bagi memulihkan gradient dan melancarkan aliran air.

Selain daripada itu, kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan telah siap dilaksanakan oleh Jabatan Perparitan Dan Saliran Malaysia pada Januari 2024. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat cadangan untuk membina sebuah kolam takungan di kawasan Bukit Tembok bagi mengurangkan risiko banjir berserta kerja-kerja menaik taraf sistem saliran sedia ada dengan mengambil kira tahap perlindungan sehingga 100 hari di mana permohonan peruntukan bagi perlaksanaan projek ini akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia Ke-13. JPS Malaysia telah mula melaksanakan projek pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Linggi Fasa 5 secara kaedah reka dan bina bermula pada 1 Februari 2024 sehingga 31 Januari 2029 dengan kos projek berjumlah 101,328,930.00 ringgit. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun di mana status terkini adalah dalam proses penyediaan reka bentuk dan kerja-kerja fizikal dijangka akan bermula pada tahun 2025. Skop kerja yang terlibat di bawah perlaksanaan projek ini adalah melebar dan mendalamkan sungai, pembinaan ban dan flood wall, pembinaan struktur outlet, pembinaan kolam takungan dan membaik pulih struktur perparitan sedia ada. Dengan perlaksanaan projek ini, dijangka akan dapat mengurangkan risiko banjir di di pekan bandar Seremban dan juga kawasan sekitarnya seperti Kampung Ismail, Kampung Kuala Sawah, Kampung Batu 3 Mambau, Kampung Mantau, Kampung Chedang, Taman Happy, Taman Moksum, Taman Singh, Kampung Dato Mansor, Kampung Pasir, Kampung Semarak, Kampung Ismail dan lain-lain kawasan yang berdekatan.

ADUN Gemas membangkitkan isu berkenaan dengan operasi Loji Rawatan Air di Linggi pernah ditutup berikutan terdapat pencemaran. Selain daripada usaha untuk turun padang yang amat baik, tindakan

kepada syarikat-syarikat yang membuat pencemaran kepada Loji Rawatan Air ini hendaklah diambil tindakan dan dimaklumkan kepada rakyat. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku yang menyebabkan pencemaran air terutamanya yang melibatkan penutupan loji rawatan air di Linggi dengan membuka kertas siasatan terhadap semua kes pencemaran yang berlaku. Terdapat satu kilang yang telah dikenakan hukuman sebanyak 50,000.00 ringgit oleh mahkamah kerana menyebabkan pencemaran air dan mengakibatkan hentinya tugas Loji Rawatan Air. Setiap tindakan perundangan yang telah dijatuhkan hukuman akan dipaparkan dalam media sosial rasmi Jabatan Alam Sekitar.

Seterusnya ADUN Temiang juga, membangkitkan isu berkaitan dengan aktiviti penternakan ayam dan lembu yang tidak terkawal di kawasan Kampung Sungai Sendayan telah menyebabkan peningkatan jumlah lalat sekaligus mengganggu keselesaan penduduk. Penduduk sebelum ini telah membuat aduan kepada pihak berkuasa namun persoalannya apakah tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Alam Sekitar untuk menangani isu ini. Untuk makluman ahli-ahli yang Berhormat, aktiviti penternakan sama ada penternakan unggas ataupun lembu dan sebagainya, adalah bidang kuasa di bawah Jabatan Veterinar. Dan ramai juga ahli-ahli Yang Berhormat yang mengadu kepada jabatan yang salah iaitu Jabatan Alam Sekitar. Kita memang tidak mempunyai bidang kuasa ke atas, berkenaan dengan aktiviti penternakan ayam ataupun lembu. Begitu juga ADUN Lukut membangkitkan berkenaan dengan penternak ayam dan lembu di mana salur, aduan ni disampaikan kepada Jabatan Alam Sekitar. Sebenarnya jabatan yang bertanggungjawab adalah Jabatan Veterinar. Jadi untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, sekiranya ada apa-apa isu berkaitan dengan penternakan ayam dan lembu, boleh disalurkan kepada Jabatan Veterinar. Dan untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar juga apabila menerima aduan-aduan seperti ini, mereka akan sampaikan ataupun panjangkan aduan ini kepada jabatan yang berkaitan.

Dan seterusnya ADUN Kota, isu yang dibangkitkan adalah: didapati saiz jabatan, jambatan yang dibina oleh JPS lebih kecil berbanding kelebaran sungai. Status terkini membaiki jambatan runtuh di Kampung Bongek Tengah dan isu tiada pemakluman perlaksanaman, perlaksanaan kerja-kerja kepada wakil rakyat kawasan. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat mengikut rekod di daerah Rembau terdapat 17 buah jambatan di bawah seliaan JPS. Melalui pemantauan pemeriksa yang dijalankan oleh pihak JPS pada 8 November 2024 mendapati struktur jambatan dan saiz yang berada di bawah seliaan masih berada dalam keadaan selamat dan bersesuaian dengan kelebaran sungai.

Penyelenggaraan dan pembaikan jambatan akan dilaksanakan dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan tahap kerosakan.

Senarai jambatan konkrit yang terlibat adalah seperti berikut: jambatan jalan kampung depan Masjid Kundur Hulu; jambatan Dato’ Abdul Samad, Kundur Hulu; jambatan Jalan Tok Hawa, Kampung Kundur Hulu; Jambatan Jalan Dato Abdul Samad, Kundur Tengah; Jambatan Jalan Tanjung Semut, Kundur Tengah; Jambatan Jalan Sekolah Lama, Kundur Tengah, Jambatan Jalan Baru, Semin, Kampung Lubuk Cina; Jambatan Kolam Ikan Gadong; Jambatan Kampung Aur Chengkau Ulu; Jambatan MTB Jalan Kampung Mayun, Kampung Chengkau Hulu; Jambatan MTB Jalan Solok Bangkong; jambatan dari Kampung Nerasau ke Kampung Durian Tunggal; jambatan Jalan Seberang Sawah Kampung Senama Tengah, Jambatan Kampung Semerbok, Jambatan Jalan Kampung Laut Lebai Daim Kampung Pilin; jambatan Kampung Baru, Sungai Beringin, jambatan dari Kampung Senama Ulu. Dan bagi projek-projek membaiki jambatan di Kampung Bongek Tengah telah bermula dilaksanakan pada 15 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 14 Ogos 2025 dengan kos sebanyak 696,200.00 ringgit. Sehingga kini kerja-kerja penyediaan tapak dan perobohan jambatan lama yang runtuh telah selesai dijalankan. Peratusan kemajuan adalah 4.9% mengikut jadual yang ditetapkan. Pemakluman awal mengenai projek ini juga telah dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah pada pada 1 haribulan Oktober 2024 dan status kemajuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa secara rasmi kepada pihak yang berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, untuk isu berkaitan dengan alam sekitar ini, bukan sahaja tanggungjawab ini terletak di bahu kerajaan tetapi juga rakyat, wakil rakyat, Ahli-Ahli Majlis dan juga ketua-ketua kampung mempunyai tanggungjawab bersama untuk maklumkan sekiranya ada apa-apa aktiviti yang mencurigakan berkenaan dengan pencemaran alam sekitar ini, mereka perlulah maklumkan kepada aa jabatan yang berkaitan, Jabatan Alam Sekitar dan saya sebagai Exco Alam sekitar. Jadi saya mohon supaya semua rakyat boleh memberi kerjasama supaya kita sama-sama dapat mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan alam sekitar yang kita hidup ini. Sebab alam sekitar ini memang penting. Kita perlu jaga alam sekitar kita sebab kita mendapat punca air daripada sungai-sungai kita. Jadi kita perlu menjaga air sungai ini dengan baik supaya kita dapat memberikan air bersih kepada penduduk Negeri Sembilan ini. Jadi saya harap perkara ini dapat diambil maklum dan kita perlukan kerjasama dan tanggungjawab daripada semua pihak supaya kita dapat membanteras kejadian pencemaran alam sekitar di Negeri Sembilan. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Repah. Saya silakan Yang Berhormat Bukit Kepayang.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Dewan yang mulia ini, bersempena dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan tema “Bersama Membina Negeri Madani”. Sukacita saya menggulungkan perbahasan kali ini dengan menekankan beberapa aspek yang, belanjawan yang jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan dalam sektor Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan selaras dengan, yang menjadi teras kepada pembangunan masyarakat bersih, muafakat, sejahtera sesuai dengan Aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan. Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan menerusi Belanjawan 2025 telah menyediakan peruntukan untuk semua lapisan masyarakat daripada bayi ke budak sekolah, ke mahasiswa, ke belia, ke warga emas. Juga pengantin baru. Sebelum saya teruskan, izinkan saya untuk menyampaikan serangkap pantun.

Nyanyi burung riang bersama Merdu suara burung penari Bercuti rehat bersama keluarga Tempat menarik dalam negeri

Di sini saya juga ingin menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ahli MMK, Dato’ SS, yang, Yang Berhormat Pegawai Kewangan dan Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang dan semua penjawat awam di mana telah meluluskan 4 inisiatif sedia ada iaitu 3.0 juta Geran Pengurusan Dan Aktiviti Pelancongan, 7.35 juta untuk Pembangunan Produk Pelancongan, 0.5 juta untuk Geran Aktiviti Adat dan 0.5 juta untuk Perpatih Fest. Dan 2 inisiatif baru iaitu inisiatif TAC@N9 (Tourism Arts and Culture@N9) 0.5 juta dan juga 0.6 juta untuk Promosi Pelancongan. Suka saya juga merakamkan syabas dan tahniah kepada keseluruhan anggota kakitangan UPEN, LPNS dan Pejabat Exco Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan yang berkhidmat dengan penuh dengan dedikasi integriti dan ikhlas untuk menjayakan Portfolio Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan.

Sebagaimana pihak Dato’ Yang Dipertua dan barisan Yang Berhormat Exco dan YB ADUN sedia maklum Tahun Melawat Negeri Sembilan adalah, akan dianjurkan pada tahun 2026. Penganjuran TMNS ini tidak hanya tertumpu kepada produk-produk pelancongan, malahan ia juga boleh dipromosikan melalui kesenian dan kebudayaan Negeri Sembilan. Keunikan adat perpatih yang juga merupakan salah satu

daripada 9 Identiti Negeri Sembilan perlulah giat dipromosikan kerana ianya merupakan salah satu adat yang masih diguna pakai di Malaysia. Di dalam usaha mempromosi dan menyemarakkan seni budaya di negeri ini sudah tentunya perlu berada di landasan 9 Identiti Negeri Sembilan iaitu tadi saya kata, adat perpatih, alat muzik cak lempong, dikir rebana, persembahan tarian piring lambung, teromba, tumbuk kalang, baju kebaya setengah tiang, telepok, bunga lado, atap panjang, dam harimau dan gasing, lagu-lagu Negeri Sembilan, seperti Moh Dogheh. Mulai hari ini semua jangan guna jom ya, “moh”. Gulai kuning dan juga 9 Identiti yang tersebut, kami harus membudayakan.

Sekolah seni juga dilihat berpotensi untuk melatih anak-anak mendalami muzik dan tarian Negeri Sembilan seterusnya dapat diwarisi supaya ianya tidak ditelan dek zaman. Kesenian tidak hanya dizahirkan melalui persembahan kebudayaan semata-mata, malahan turut melalui penghasilan kraftangan seperti rotan, buluh, ukiran kayu dan logam serta batik. Melalui seni seni ke kraftangan ini, produk-produk kraftangan seperti baju batik, kerongsang dan tas tangan dan pelbagai produk cenderahati dapat dihasilkan. Seperti yang dibangkitkan Yang Berhormat ADUN Lenggeng sebentar tadi, kraftangan tersebut boleh didapati di tingkat bawah, ruang pameran aras bawah, bangunan White House, selain program promosi jualan kraftangan di gedung membeli-belah terpilih di Negeri Sembilan.

Beberapa usaha sedang digiatkan bagi menghadapi Tahun Melawat Negeri Sembilan antaranya adalah memperkasakan produk-produk pelancongan. Sepertimana yang saya sebut tadi, 7.35 juta telah diperuntukkan untuk Pembangunan Produk Pelancongan. Dan juga penghasilan pakej pelancongan yang berpotensi bagi menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara termasuk negara berpendapatan tinggi. Penganjuran acara pelancongan yang berimpak tinggi, yang tadi saya kata NS Fest tu sebenarnya saya kena pinda sedikit informasi. Tadi saya kata 800 ribu pengunjung. Sebenarnya saya dimaklumkan ada 1.147 juta pengunjung yang pergi ke NS Fest 2024 yang yang bermula dari 27 Julai hingga 3 Ogos 2024. Dan mencatatkan jumlah jualan sebanyak 4.3 juta dan potensi jalinan perniagaan sebanyak 4.7 juta.

Berkenaan dengan persoalan Yang Berhormat Gemas. Muzium Keretapi Gemas sedang diusahakan dan bakal akan dibuka kepada awam pada awal tahun 2025. Untuk persoalan Bagan Pinang, saya akan memberi secara bertulis ya.

Kami amat berbesar hati di atas kerjasama dan keterlibatan Exco dan ADUN dalam menjayakan program pelancongan dan seterusnya dapat

bersama-sama menjadi duta dan ejen mempromosikan pelancongan Negeri Sembilan dalam persediaan menganjurkan Tahun Melawat Negeri Sembilan. Dengan memperluaskan sektor pelancongan negeri ini, masa depan Negeri Sembilan akan lebih utuh dan mampan. Kita tidak lagi bergantung hanya kepada sektor pertanian dan perkhidmatan sebagai sumber penjanaan hasil negeri. Sektor pelancongan juga akan menjadi gold basket dengan izin, untuk Negeri Sembilan dalam masa terdekat. Ini bukan sahaja kerana kita dapat, mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan Persekutuan tetapi komitmen semua Yang Berhormat Exco yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sikamat sentiasa memikirkan sumber baharu untuk menjana pendapatan negeri. Ini sekaligus membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan telah berjaya menunjukkan konsensus antara ahli politik walaupun dari parti yang berbeza ideologi, boleh duduk semeja dengan mendahulukan keutamaan negeri dan rakyat. Negeri Sembilan telah keluar dari kepompong politik sempit. Imej keharmonian seperti ini akan memberi keberkatan kepada kerajaan ini yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Izinkan saya baca serangkap teromba sebelum saya berakhir.

YB mencelah sikit YB. Boleh? Saya nak tanya berkenaan dengan produk pelancongan itu tadi. So saya tadi ingat nak masukkan sekali dekat Hutan Lipur Lenggeng itu berkenaan dengan, nak membina canopy walk. Boleh tak masukkan sekali dalam produk pelancongan itu untuk kita tarik sebab Hutan Lipur Lenggeng ni memang kita boleh mampu tarik pengunjung-pengunjung pada Kuala Lumpur, daripada Selangor. Terima kasih.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Terima kasih atas cadangan daripada Yang Berhormat Lenggeng. Kami akan pertimbangkan permohonan tapi harus dimohon dengan BQ kalau boleh. Kami akan pertimbangkan.

Jadi kalau angkat BQ tu, dah kira separuh lulus dah tu. Bak kata ADUN Chembong.

Nicole Tan Lee KoonDAP · PHBukit Kepayang

Okey, terima kasih. Oh, saya sudah ada jawapan untuk, saya boleh baca ya. Okey, untuk ADUN persoalan Yang Berhormat Bagan Pinang berkenaan sektor pelancongan dan pemuliharaan alam sekitar. Okey. Setiap perancangan projek pembangunan termasuk pelancongan adalah tertakluk kepada pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Sembilan. Bagi projek pembangunan tahun 2025, persediaan awal telah dilaksanakan dengan mengadakan Bengkel Perlaksanaan Projek Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah peruntukan Negeri Sembilan, peruntukan negeri tahun 2025

pada 9 sehingga 11 November 2025 yang lalu. Ini bagi memastikan semua projek pembangunan yang telah disenaraikan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Berkenaan dengan Tapak Ngoca, LPNS telah pun membuat perancangan awal bagi mempromosikan Tahun Melawat Negeri Sembilan melalui aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan yang telah disenaraikan dalam kalendar acara pelancongan bermula tahun 2025. Kerjasama juga dilaksanakan bersama media cetak serta elektronik memberi liputan terhadap program dan acara Tahun Melawat Negeri Sembilan. Program promosi yang diadakan bukan sahaja menyasarkan kepada kedatangan pengunjung atau pelancong luar, malah menggalakkan penyertaan mereka dalam acara yang dianjurkan seperti Perpatih Fest, Pesta Bola Ngoca di Kuala Pilah.

Berkenaan dengan Tapak Ngoca juga, ini untuk Yang Berhormat Bagan Pinang. Program Pesta Bola Ngoca telah berjaya dilaksanakan buat kali keempat di Stadium Ngocha di Perkampungan Budaya Terachi, Kuala Pilah. Program yang dihadiri oleh hampir 30,000 pengunjung ini memberi impak ekonomi yang sangat baik kepada penduduk setempat. Janganlah keluar. Ini jawapan untuk, okey, oh itu Paroi. Okey, sorry sorry, Bagan Pinang ada, sorry. Saya rabun, saya rabun. Sorry, maaf maaf maaf okey. Program yang dihadiri oleh hampir 30,000 pengunjung ini memberi impak yang begitu tinggi. Secara purata, ROI setiap tahun yang bagi penganjuran Pesta Bola Ngocha mencapai lebih setengah juta dan merupakan impak positif kepada penduduk sekitar. Pemilihan usahawan semasa Pesta Bola Ngoca 2024 telah dibuat melalui kaedah undian mengikut kategori makanan dan jualan yang didaftarkan oleh pengusaha yang berminat bagi memastikan kepelbagaian jualan dan peluang diberikan dengan lebih adil. Okey. Tadi saya nak baca pantun. Okey

Ada hidup orang berbudi Jujurnya sampai ke lubuk hati Adat hidup orang baik-baik, ingat tu Jujur dan ikhlas timbal balik. Siapa jujur, mujur Siapa ikhlas bernafas Siapa dusta, menderita Siapa bengkok tercampak Siapa jujur, termasyhur Siapa lurus, lulus Siapa ikhlas, lepas Siapa khianat, lumat. Siapa dengki, mati

Akhir kata, ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, bertutur tak tentu arah dan tersasul tak sengaja. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Palong.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya nak mulakan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian perbahasan dan seterusnya mengemukakan persoalan-persoalan berkaitan dengan belia dan sukan. Ada lebih kurang 20 lebih soalan-soalan yang akan cuba saya berikan penjelasan.

Yang pertama, Dato’ Yang Berhormat, Dato’ Yang Dipertua, saya mulakan dengan ADUN Seri Menanti yang membangkitkan berkenaan dengan sokongan kerajaan terhadap e-sport untuk anak muda. Untuk makluman, Yang Berhormat Seri Menanti, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menyokong penuh dalam pembangunan sukan di Negeri Sembilan terutama sukan e-sport yang sering dipelopori oleh anak-anak muda. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Pejabat Belia Dan Sukan telah memberi sokongan berbentuk peruntukan penganjuran sukan e-sport kepada Persatuan E-Sport Negeri Sembilan sebagai persatuan sukan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan sukan tersebut. Selain itu, bagi mengiktiraf sumbangan personaliti e-sport yang popular di tanah air, yang berasal di Negeri Sembilan, iaitu saudara Muhammad Faris Zakaria ataupun Soloz, kita telah calonkan untuk menerima Pingat Jasa Kebaktian atau PJK sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri juga akan beri insentif kepada 2 atlet e-sport yang berasal dari Negeri Sembilan yang mewakili negara dalam kejohanan World E-Sport Championship 2024 di Riyadh, Arab Saudi yang berjaya menjadi juara dunia baru-baru ini.

Soalan yang kedua ialah mengenai peruntukan dan senarai program yang melibatkan sukan wanita di peringkat negeri. Kerajaan Negeri Sembilan telah pun memperuntukkan sebanyak 10.4 juta di bawah Bidang Tumpuan ke-6 iaitu memperkasaan Memperkasakan Belia, Wanita Dan Sukan dalam belanjawan kita bagi tahun 2025. Kerajaan Negeri Sembilan melalui pejabat, Kerajaan Negeri Sembilan akan meneliti dan merancang program-program yang sesuai untuk di, untuk golongan wanita khususnya berdasarkan peruntukan yang telah pun disediakan.

Seterusnya daripada ADUN Seri Menanti ialah berkenaan dengan prestasi bola sepak Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menjawab sekali soalan daripada Serting, soalan yang sama mengenai prestasi pasukan bola sepak Negeri Sembilan. Negeri Sembilan FC ataupun NSFC di bawah Negeri Sembilan Football Club Sendirian Berhad telah menamatkan saingan Liga Malaysia 2023 di tempat yang ke-9. Peranan NSFC ialah untuk bertanding secara profesional dan kompetitif di Liga Malaysia dengan kewujudan pasukan Liga Super bawah 23 tahun, bawah 20 tahun dan bawah 18 tahun. Manakala PBNS lebih terarah kepada pembangunan sukan bola sepak di peringkat negeri dengan penganjuran liga tempatan, kursus kejurulatihan dan pembangunan pengadil. Setakat 25 November 2024, sebanyak 15 perlawanan telah dilalui oleh skuad NSFC dengan hanya satu kali kemenangan liga, 3 kali seri perlawanan liga, 9 kali kalah perlawanan liga, satu kali tewas perlawanan Piala Malaysia dan sekali tewas perlawanan Piala FA. Bagi mengatasi masalah prestasi pada musim ini, beberapa langkah sedang diambil oleh pihak pengurusan NSFC bagi memperbaiki prestasi pasukan untuk musim yang akan datang. Program talents counting serta player recruitment telah dimulakan bagi persediaan musim hadapan bagi memastikan perancangan yang lebih rapi. Mengikut unjuran kewangan tahun ini, NSFC akan menamatkan tahun 2024 dengan keadaan yang lebih baik dari segi kewangannya. Justeru, itu membolehkan kelab mendapatkan pemain yang lebih berkualiti pada musim hadapan. Beberapa pemain yang menunjukkan prestasi yang baik juga telah berada di dalam perbincangan bagi lanjutan kontrak musim hadapan. 5 pemain bawah 20 tahun juga …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dato’ Speaker, boleh saya mencelah.

Ya sila.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dengan izin YB Exco, dalam ucapan Exco tadi mengatakan kedudukan dan mengakhiri keputusan di tangga ke-9 untuk tahun ini atau tahun sebelum? Sebab kalau ikutkan keadaan semasa, kedudukan pasukan NSFC berada di kedudukan terakhir.

Saya merujuk kepada tahun 2023, mengakhiri liga, pada 2023 tempat ke-9. Baik. 5 pemain bawah 20 tahun juga telah diserap untuk bersama pasukan Liga Super sehingga tamat musim. So ini adalah di antara beberapa strategi yang sedang dirangka oleh NSFC untuk menambah baik pasukan pada masa-masa yang akan datang. Walau bagaimanapun, saya akui keadaan sekarang ini mereka berada di tangga yang terbawah sekali ya. Sebab itu saya sering kali hadir ke stadium untuk melihat permainan ini dengan satu harapan, dia akan

monang. Tapi yang terakhir saya pergi kalah juga. Walaupun leading 1-0 sehingga minit ke-89, minit ke-89 tulah masuk satu satu lagi gol, seri. Dan pada minit tambahan gagal dan kalah dengan jaringan 2-1.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB Exco, lagi sekali. Tak adakah perancang daripada Kerajaan Negeri untuk membantu dalam, sebab sekarang ni baru 13 perlawanan kita masih ada lagi untuk mengelakkan pasukan kita jatuh, pasukan negeri kita jatuh ke Liga M. Adakah perancangan dalam masa, kita masih ada dalam separuh perjalanan lagi? Tak sampai separuh, mungkin dalam 11 perlawanan lagi. Terima kasih.

Ya Yang Berhormat. Sebenarnya, selama ini pun Kerajaan Negeri lah yang membantu NSFC ini. By right, NSFC kita ini tak ada hasil pun sendiri. Dia memang perlu bergantung kepada bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri. Namun demikian, untuk pengetahuan Yang Berhormat Gemas, baru-baru ini ada sikit rombakan dibuat NSFC iaitu dengan membuat pertukaran jurulatihnya dan juga mendapatkan pemain serangan yang baru ya, 3 pemain baru didapatkan untuk menguatkan lagi barisan serangan. Namun demikian, sehingga ke saat ini, kita belum jumpa lagi sentuhan-sentuhan magis yang boleh membawa kemenangan. Jadi saya berharap kepada YB Gemas supaya dapat sama-sama berikan sokongan, siapa lagilah kita nak sokong kalau tak Negeri Sembilan kan? Dah jadi sokonglah Negeri Sembilan supaya kita dapat kembalikan semula rentak permainan yang baik dan kembalikan semula maruah dan martabat bola sepak Negeri Sembilan.

Soalan yang kedua adalah berkaitan dengan program pembangunan bola sepak program, pembangunan bola sepak daripada Seri Menanti. Yang Berhormat Seri Menanti, program bangunan bola sepak Negeri Sembilan secara umumnya telah dilaksanakan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Majlis Sukan Negeri serta Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan melibatkan wakil-wakil di Negeri Sembilan Football Club, Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Sukan Negeri, Program Pembangunan Bola Sepak Negara di bawah MSN negara, JBS serta wakil kelab komuniti. Pemegang-pemegang taruh yang disenaraikan merupakan agensi-agensi yang memiliki program pembangunan sukan bola sepak mereka sendiri. Sebab itu, baru-baru ini Dato’ Dipertua, saya cuba dapatkan data, ada berapa kelab pembangunan bola sepak di seluruh Negeri Sembilan. Terkejut saya bila saya dapati ada lebih daripada 100 kelab-kelab swasta, pembangunan bola sepak yang berada di seluruh Negeri Sembilan. Dan saya telah buat satu perjumpaan dengan mereka baru-baru ini di UiTM Seremban hampir 60 ke 70 kelab yang hadir dan kita

cuba membuat satu kerjasama sebab sebelum ini masing-masing bergerak secara silo. Setiap kelab ini ada dan kita pun tak ada data. PBNS tidak pernah ada data pun tentang mereka ini. Jadi sekarang, kita sudah ada data 100 lebih, 100 lebih kelab yang pembangunan di bola sepak ini dan kita akan telah pun bersetuju untuk adakan satu program yang kita beri nama Jang Junior Challenge ya, Jang Junior Challenge yang pertama kali kita buat tujuannya ialah untuk kita mendapatkan talent-talent baru bola sepak daripada seluruh akar umbi dari Negeri Sembilan ya. Yang pertama telah kita buat di Jempol baru-baru ini ya, dan yang keduanya insya-Allah dalam bulan 2 kita akan juga buat di kawasan pedalaman ataupun kawasan luar bandar. Dan barulah siri yang ketiga kita akan buat di kawasan Seremban. Jadi 3 tempat ini, 3 platform ini akan menjadi platform untuk kita memilih bakat-bakat baru yang akan kita bentuk skuad bawah 10 dan bawah 12 NSFC ataupun peringkat negeri.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Lagi sekali memohon mencelah YB Exco. Tahun ni, seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk Piala Tuanku, setiap tahun meraikan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan diadakan pertandingan bola sepak melibatkan 8 pasukan iaitu 7 daerah dan satu daerah kecil iaitu Gemas. Tapi tahun ini telah diputuskan hanya 7 sahaja pasukan jemputan, tiada melibatkan pasukan Daerah Kecil Gemas. Mohon untuk, sebab kita, dalam kejohanan ini Piala Tengku melibatkan pemain bawah umur yang seperti idea atau hasrat Yang Berhormat Exco tadi, terima kasih.

Okey, yang itu saya akan dapatkan datanya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Seri Menanti jugak ya, setelah kita buat JDC ni maknanya kita akan ada talent-talent yang kita ambil daripada seluruh negara untuk kita jadikan skuad elit Negeri Sembilan. Dan selepas 12 tahun ini, kita akan pastikan mereka ini untuk kita boleh hantar mereka ke Akademi Mokhtar Dahari, kepada Sekolah Sukan Zaaba, kepada Sekolah Bukit Jalil ataupun Akademi Felda. Dan yang penting ialah selepas selesai mereka menjalani latihan di keempat-empat institusi ini, kita mesti ambil mereka balik. Kalau tidak, mereka ini akan di direbut atau diambil oleh negeri-negeri lain. Ini contoh apabila baru-baru ini saya melawat Akademi Mokhtar Dahari, di Gambang, ada anak-anak negeri kita yang menjadi star di sana, tetapi telah pun diambil oleh negeri lain kerana kita gagal ambil mereka kerana data itu tidak ada pada kita. Jadi sebab itu, kali ini pembangunan ini akan kita susun baik supaya ianya akan beri manfaat kembali kepada negeri-negeri kita. Itu di bawah 10 dan 12 tahun.

Kemudian kita jugak ada program bawah 17 tahun di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negeri Sembilan. Pada tahun ini jugak, NSFC

dengan kerjasama PBNS telah menganjurkan Liga KELME bawah 17 tahun Negeri Sembilan melibatkan 8 pasukan sekolah dan akademi dari seluruh Negeri Sembilan. Para pemain terbaik yang beraksi di liga ini akan ditawarkan melanjutkan pengajian ke Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan membentuk skuad NSFC bawah 18 tahun bagi tahun 2025.

Yang ketiga ialah Program Bangunan Bola Sepak Negara ataupun dipanggil NFDP. Program …..

Mohon mencelah.

….. bola sepak negara ini telah dilaksanakan sejak tahun 2014 lagi bagi peringkat umur 7 hingga 17 tahun bermula dengan Akademi Tunas: 7 hingga 12 tahun, pusat latihan daerah diberi antara 13 ke 17 tahun dan di peringkat, di peringkat Negeri Sembilan kita ada 5 Akademi Tunas, 5 pusat latihan daerah dan satu pusat latihan negeri iaitu di SMK Zaaba.

YB Exco, mohon mencelah. Labu.

Ya sila.

Saya nak memberi sikit pandangan berkenaan PBNS berkenaan pembangunan akar umbi. Sebab tahun 2020 ke 2023 saya merupakan ahli Exco Bola Sepak Negeri Sembilan. Masalah dalam PBNS pertamanya adalah mereka tak mengutamakan pembangunan, team pembangunan. Contoh peruntukan yang diperuntukan kepada team pembangunan ni sangat-sangat terhad. Kita sedia maklum gaji-gaji kepada player-player pembangunan ni dalam lingkungan 800.00 ke 1,200.00 ringgit. Itu jugaklah mereka perlu gunakan untuk dia punya makan dan segalanya. Tapi kalau kita lihat contoh 10 tahun yang lepas, team pembangunan ni, dia boleh makan di sana, dulu ada Restoran Nelayan, Nelayan, dia makan dan ditanggung oleh PBNS. Jadi kalau budak dah keluarkan, lepas exercise, dah keluarkan kalori 800 ke 1,000 kalori, kemudian cover balik, kurang daripada tu dah tentu kita tak dapat satu player yang bagus. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya tengok pelbagai-bagai rancangan dibuat. Tapi kalau kita tengok 10 lima tahun, 15 tahun lepas, tahun ’99 ke tahun 2023, 2024, player-player akan, player-player muda Negeri Sembilan ni saya kata antara yang paling banyak hadir daripada Jempol dengan hanya melibatkan pertandingan-pertandingan tempatan yang aktif berterusan sepanjang tahun. Contoh sebelum ada Liga MB, Liga Dunhill, liga, Liga Bahau semua dan menghasilkan player yang banyak. Jadi

sebenarnya saya lihat untuk pembangunan akar umbi ini paling mustahaknya adalah liga-liga tempatan dan jugak kepentingan PBNS memastikan pembangunan untuk player-player remaja ni diutamakan. Terima kasih.

Okey terima kasih kepada Labu. Labu, kenyataan Labu mengatakan bahawa pembangunan bola sepak Negeri Sembilan tidak bagus itu adalah tidak benar sama sekali. Faktanya ialah bila saya pergi ke AMD (Akademi Mokhtar Dahari), star kita di sana adalah anak Negeri Sembilan. Datangnya daripada pembangunan bola sepak di Negeri Sembilan. Cumanya ialah kita tidak ikat mereka. Mereka telah diambil oleh negeri lain lebih awal daripada kita. Itu saja ya. Dan ini yang sedang kita cuba buat, kita susun baik-baik, kita ada datanya dan setiap tahun saya dah minta supaya NSFC pergi ke semua pusat-pusat ini kenal pasti talent-talent kita dan bawa mereka kembali semula ke Negeri Sembilan. Insya-Allah apa pun pandangan yang baik daripada Labu, kita akan kita akan ambil kira.

Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Dipertua, soalan daripada ADUN Sungai Lui yakni ditambah baik pusat aktiviti belia. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Lui, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan setakat ini mempunyai sebuah white hub ataupun kita panggil youth hub bertaraf negeri yang terletak di daerah Rembau. Namun begitu terdapat Pejabat Belia Dan Sukan di setiap daerah yang juga berfungsi sebagai white hub dan permudah cara antara Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan dengan para belia di Negeri Sembilan khususnya. Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan juga mempunyai 2 buah Kompleks Rakan Muda ataupun KRM di daerah Kuala Pilah dan Jempol yang turut dijadikan sebagai pusat kegiatan aktiviti belia selain dapat menarik minat belia untuk menjalankan aktiviti sukan dan riadah di kompleks tersebut. Dan untuk makluman Yang Berhormat Sungai Lui kedua-dua KRM ini, yakni Kuala Pilah dan Jempol telah pun mendapat peruntukan sebanyak 6.0juta ringgit untuk ditambah baik pada tahun hadapan.

Seterusnya berkenaan soalan ADUN Klawang yakni mohon Kerajaan Negeri kekalkan jurulatih pasukan menembak yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN Klawang, atlet yang memenangi pingat di Temasya Sukan Malaysia Ke-21 yang lalu, saya merujuk kepada suka menembak, adalah merupakan atlet yang menjalani latihan di Kem Latihan Pelapis Kebangsaan di Majlis Sukan Negara Malaysia bersama jurulatih pasukan kebangsaan. Atlet-atlet ini telah mula memasuki Kem Latihan Kebangsaan pada tahun 2022 yang lalu, mereka ini adalah merupakan team, Malaysian team ya. Dan pasti kekal dalam program latihan mereka. Atlet-atlet ini juga masih ada yang

boleh beraksi di temasya Sukan Malaysia 2026 yang akan datang. Diharap atlet yang berada di program pelapis kebangsaan ini akan mengekalkan momentum prestasi cemerlang mereka dan atlet di negeri juga akan berusaha untuk menunjukkan prestasi yang baik bagi dipilih ke kem kebangsaan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, berkaitan pelantikan atau penyambungan kontrak jurulatih menembak, Majlis Sukan Negeri telah pun menawarkan penyambungan kontrak dan telah menerima surat pemakluman bahawa jurulatih berkenaan tidak berhasrat untuk bersama pasukan menembak Negeri Sembilan di temasya akan datang. Beliau ingin pulang berbakti di negeri kelahiran beliau. Beliau yang saya maksudkan adalah saudara Abdul Mutalib yang berusia 67 tahun, berasal dari Selangor ya, jadi beliau berhasrat untuk pulau, untuk pulang aa kembali berbakti di negeri kelahiran beliau. Tawaran penyambungan kontrak telah diberikan pada beliau dan pada 20 November yang lalu, beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke negeri kelahiran beliau. Namun begitu Yang Berhormat selaku bapa angkat pada sukan menembak, kita sudah ada satu lagi calon baru ya, untuk jurulatih ini yang memiliki Sijil Spesifik 1 dan Ijazah Sains Sukan berusia 25 tahun, adalah bekas atlet Negeri Sembilan, anak dalam Negeri Sembilan yang insya-Allah akan kita cadangkan untuk menjadi jurulatih baru dalam sukan menembak.

Adalah menjadi lumrah pasukan untuk menerima penghijrahan jurulatih pada tahun 2021 misalnya, jurulatih menembak Negeri Sembilan telah berhijrah ke negeri lain sebelum beliau diangkat menjadi jurulatih sepenuh masa MSN negara bagi program persediaan atlet ke Sukan Olimpik. Saya merujuk kepada jurulatih yang bernama saudara Muhammad Firdaus pada ketika itu. Dalam usaha memperkasakan keberadaan jurulatih di Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri akan membuat pindaan elaun jurulatih mulai tahun 2025 selari dengan kadar mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia. Kadar ini akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Majlis Sukan Negeri yang akan bersidang dalam masa yang terdekat. Sebagai usaha memantapkan lagi sukan menembak yang telah memberikan pingat yang terbanyak dalam sukan dan SUKMA yang lepas, pelbagai usaha akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui MSN, antaranya melengkapkan kemudahan peralatan latihan di pusat latihan menembak di lapang sasar menembak Mantin, insya-Allah.

Seterusnya ADUN Klawang juga ada membangkitkan berkenaan dengan insentif untuk jurulatih. Kerajaan Negeri melalui agensinya, yakni MSN telah memberikan insentif berupa wang tunai kepada para atlet dan

jurulatih di atas kejayaan Sukan Malaysia Ke-21 Sarawak pada bulan Oktober yang lalu. Sebagai makluman, para atlet yang memenangi pingat di temasya Sukan Malaysia Ke-21 yang lalu telah menerima insentif sebanyak 158 ribu ringgit bagi penerima pingat emas, 50,500.00 ringgit bagi pingat perak dan 103,500.00 ringgit bagi pemenang pingat gangsa. Bagi atlet yang telah memecah rekod kejohanan dan kebangsaan jumlah insentif kemenangan sebanyak 11,000.00 ringgit keseluruhan telah pun kita berikan. Berkaitan insentif kepada jurulatih, Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri telah memberikan wang insentif kemenangan sebanyak 3,000.00 ringgit kepada jurulatih yang mencapai sasaran dan 1,000.00 ringgit kepada jurulatih yang tidak mencapai sasaran. Dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak 157 ribu ringgit keseluruhannya. Dan jumlah keseluruhannya adalah hampir 500 ribu ringgit lebih kurang. Dalam usaha memperkasakan keberadaan jurulatih di Negeri Sembilan, kerajaan akan meminda elaun jurulatih sepertimana saya sebutkan sebentar tadi.

Seterusnya adalah soalan yang dibangkitkan oleh ADUN Chuah, yakni berkata penajaan daripada syarikat swasta untuk memainkan peranan dalam memajukan sukan di peringkat negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Chuah, dalam usaha mendapatkan tajaan oleh syarikat-syarikat angkat ini, bukan sahaja Majlis Sukan Negeri yang memainkan peranan, tetapi Persatuan Sukan Negeri jugak perlu proaktif dalam merancang program pembangunan sukan yang mampan bagi menarik lebih banyak syarikat untuk menyumbangkan dana kepada persatuan. Kerajaan Negeri Sembilan melalui Majlis Sukan Negeri telah pun mendapatkan kelulusan bagi Persatuan Sukan Negeri atau kelab sukan berdaftar di seluruh Negeri Sembilan untuk mengutip sumbangan dari penaja mengikut peraturan dan prosedur yang telah termaktub bagi tujuan pengecualian cukai. Persatuan sukan seharusnya memulakan langkah dengan mengemukakan surat permohonan berserta kertas kerja lengkap menggunakan tabung sukan negeri bagi tujuan penyaluran dana untuk mendapatkan pengecualian cukai terhadap sumbangan dalam bentuk wang tunai sahaja. Dana yang diterima melalui Akaun Terimaan Kerajaan Negeri Sembilan ya, dana yang diterima melalui Akaun Terimaan Kerajaan Negeri Sembilan dan akan melalui proses-proses tertentu sebelum dikembalikan kepada persatuan untuk mereka melaksanakan aktiviti.

Melalui kemudahan yang telah kita benarkan ini, sebaiknya Persatuan Sukan Negeri mesti mengambil peluang untuk mendapatkan lebih banyak dana tajaan dari syarikat-syarikat bagi memastikan perancangan aktiviti tahunan khasnya melibatkan pembangunan sukan dapat kita laksanakan. Penajaan atau penyum, ataupun sumbangan

syarikat ini kita boleh kategorikan sebagai Corporate Social Responsibility. Antara faedah yang akan diperoleh oleh mereka ialah yang pertamanya pengecualian cukai ke atas dana ataupun penyaluran sumbangan yang dikeluarkan kepada Persatuan Sukan Negeri atau kelab sukan yang di, yang diuruskan oleh MSN dan yang keduanya penggunaan logo yang ditempatkan, yang ditempat, ditempatkan di tempat, difikirkan sesuai yang akan dibincangkan bersama antaranya ibarat contohnya dalam jersi, banner, bunting, backdrop dan sebagainya apabila sukan itu dianjurkan. Walau bagaimanapun, saya akan cuba mencari kaedah terbaik bagaimana boleh, boleh kita membantu atau memudah cara supaya pada tahun 2025, lebih banyak lagi syarikat-syarikat yang akan tampil ke hadapan untuk membantu pembangunan sukan khususnya di Negeri Sembilan kita yang kita kasihi.

Seterusnya ialah soalan daripada ADUN Gemas yang paling banyak soalan kali ini. Rekod, Gemas pegang. Pertamanya ialah berkenaan dengan Kompleks Sukan Gemas. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, saya dah tahu Yang Berhormat akan tanya soalan ni, ya. Sebab itu setelah bulan 5 yang lepas, apabila dibangkitkan dalam Dewan, saya telah menghantar surat kepada Yang Berhormat KSU ya, Yang Berbahagia Tan Sri KSU, KBS berkenaan dengan projek ini, di mana kita mohon supaya dia dipercepatkan dan dia mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera. Surat saya bertarikh 23 Mei 2024. Dan KSU telah pun menjawab surat ini pada 14 Jun 2024 dengan mengatakan bahawa KBS akan terus memantau dengan rapi prestasi perlaksanaan projek ini agar dapat disiapkan dengan segera untuk kegunaan masyarakat setempat. Segala kerjasama dan perhatian perkara ini sangat dihargai. Dan untuk makluman Yang Berhormat, status projek ini sekarang ini ialah, ini mana ni, haa ni Gemas. Ya, peratus, setakat ini sebenarnya adalah 60% sahaja Yang Berhormat ya. 60% sahaja ya. Statusnya adalah kerja-kerja bangunannya building work dewan serbaguna – 90% siap, astaka – 83%, kerja-kerja infra 68%, rumah sampah – 60%, synthetic football field – 55%, pondok jaga – 50% ya. Dan isunya, hasil daripada lawatan yang kita buat di tempat bina, dilihat tiada peningkatan yang sempurna daripada pihak kontraktor. Namun demikian …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB, YB Exco. Boleh saya mencelah? Saya rasa jawapan yang diberikan oleh jabatan itu saya rasa tak tepat. Saya rasa YB Exco dijemput datang untuk tengok sendiri. Yang …..

Jawapan saya tadi ialah …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

….. saya rasa bukan 60%.

Hasil daripada lawatan, tiada peningkatan yang sempurna daripada pihak kontraktor.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Sebut adalah yang 60%.

Oh tak sampai 60%?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Sila datang, saya mewakili, tengok tak sampai pun, hanya pondok jaga je yang siap.

Uihs, haa okey, okey. Baik, Gemas aturkan satu tarikh yang sesuai, kita datang.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Saya akan belanja nasi ayam.

Okey baik terima kasih. Namun demikian, untuk pengetahuan Yang Berhormat Gemas, ini adalah projek daripada federal ya, KBS ya. Peringkat negeri kita telah pun buat apa yang sepatutnya kita buat. Yang Amat Berhormat sendiri pun telah tegur dalam Mesyuarat Tindakan Negeri dan kita harap supaya KBS akan dapat tindakan, buat tindakan yang sesuai. Sama jugak dengan kes di Rembau yang akan saya sentuh sebentar lagi.

Seterusnya adalah berkenaan dengan, masih lagi Gemas lagi ni. Gemas, baik pulih padang futsal depan Pejabat Daerah Kecil. Yang Berhormat Gemas, untuk pengetahuan Yang Berhormat Gemas, Kerajaan Negeri telah pun menyediakan tahun 2024 dana sebanyak 500 ribu ringgit untuk pembaikan-pembaikan kecil di seluruh Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Gemas, pada tahun ini sebanyak 63 touch point ataupun 63 Projek-Projek Kecil yang telah pun kita sempurnakan di seluruh Negeri Sembilan dengan kos tidak melebihi 10,000.00. Ada yang 10,000.00, ada yang 5,000.00, ada 4,000.00 dan ada jugak yang 3,000.00 ya, dengan niat, dengan tujuan kita adalah untuk kita mengupayakan ya, gelanggang-gelanggang ataupun fasiliti sukan yang berada di kampung-kampung di taman-taman di seluruh Negeri Sembilan. Maka pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah pun, telah pun menyediakan satu lagi inisiatif baru yang kita yang kita namakan sebagai Program Pemerkasaan Infrastruktur Sukan dengan dana sebanyak 3.0 juta ringgit. Untuk makluman Gemas, masih lagi kita akan teruskan program membaik pulih fasiliti sukan.

Dan di samping ditambah lagi, ada 2 lagi perkara baru yang akan kita buat iaitu membaik pulih, membaik pulih Kompleks Sukan Teluk Kemang yang terbiar sekian lama. Jadi ini akan ada satu lagi tempat baru ya, untuk bersukan. Kemudian kita jugak akan sentuh STAR Paroi.

Kalau kita lihat STAR Paroi ni dah lama tak dapat sentuhan daripada kita. Dan kita akan ubah suai khususnya bilik persalinan ya, di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi. Dan suka saya sebut di sini bahawa pada tahun lepas kita tak sebut pun dalam bajet untuk membaik pulih Stadium Tertutup Nilai yang telah pun terbiar begitu lama. Dan hari ini telah pun diberi wajah baru, branding baru dengan nama N9 Arena. Terima kasih Kerajaan Negeri. Dengan peruntukan lebih kurang 500 ribu ringgit, kita telah ubah suai dan telah pun tersedia untuk diguna pakai. Dan baru-baru ini telah pun digunakan untuk sukan SUPERB Malaysia di Nilai baru-baru ini.

Jadi ini menunjukkan komitmen kita untuk sentiasa memberikan perhatian. Jadi balik kepada soal gelanggang futsal yang dibangkitkan oleh Gemas itu, Yang Berhormat Gemas WhatsApp saja pada saya ya, WhatsApp kepada saya, lepas itu kita tengok adakah dia memenuhi syarat-syarat yang kita tetapkan. Sekiranya memenuhi syarat ditetapkan bolehlah kita guna pakai dalam peruntukan yang disediakan oleh kerajaan pada tahun hadapan, insya-Allah ya.

Seterusnya adalah berkaitan masih lagi ADUN Gemas yang banyak bertanya ni. Yang ni persiapan-persiapan Sukan Malaysia 2026. Yang ni saya menjawab sekali dengan Kota. Ia juga yang menyebut tentang persiapan Sukan Malaysia. Secara dasarnya sebanyak 28 sukan telah diumumkan oleh negeri Selangor untuk dipertandingkan pada tahun 2026. Ini merupakan kali kedua negeri Selangor menjadi tuan rumah selepas tahun 1998. Sukan-sukan yang akan dipertandingkan merupakan sukan teras yang secara konsisten akan berada di pentas pertandingan Sukan Malaysia di samping sukan-sukan pilihan tuan rumah yang akan dimaklumkan kelak.

Antara persiapan kontinjen Negeri Sembilan: yang pertama: Yang Berhormat Gemas ya, mengekalkan Yang Berhormat angkat bagi sukan yang dilantik serta penglibatan dan peranannya lebih menyeluruh kepada pasukan dan atlet di bawah tanggungjawab mereka. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Yang Berhormat yang telah pun hadir ke Kuching tempoh hari bagi menyokong pasukan-pasukan mereka. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Gemas, kita lantik ADUN-ADUN angkat untuk, pada Sarawak yang tempoh hari, bukan untuk Sarawak. Saya dah sebut kepada semua bapa angkat, mereka dilantik bukan semata-mata untuk Sarawak, tetapi mereka dilantik untuk persediaan SUKMA 2026 di Selangor sebenarnya. Jadi bukan lambat Yang Berhormat, awal kita lantik tu ya. Jadi bermakna mereka hadir, semua hadir dengan, dengan kos mereka sendiri hadir lihat sendiri. Dan mereka lihat apakah

kelemahan-kelemahan yang perlu ditambah baik dan apakah perkara-perkara yang perlu kita perhalusi dalam persediaan 2026.

Dan sejurus mereka pulang tempoh hari, saya telah minta MSN untuk panggil semua pasukan yang terlibat, semua team yang terlibat untuk membuat Analisa, buat kajian kelemahan, kekurangan dan perancangan mereka untuk 2026 mulai Januari 2025. Dan dokumen ini mesti ditandatangani oleh semua pengurus pasukan bersama-sama dengan bapa angkat dan Pengarah MSN. Dan ini akan jadi dokumen yang akan kita guna pakai dalam soal road to SUKMA 2026 mulai Januari 2025.

Itu perkara yang pertama. Perkara yang kedua ialah kita mengadakan persiapan lebih awal bermula Januari 2025 sepertimana saya sebutkan sebentar tadi. Yang ketiga: mewajibkan atlet menghadiri dan melepasi ujian kecergasan. Yang keempat: membuat pemilihan atlet dengan lebih luas dan terbuka. Ini satu lagi perkara Yang Berhormat Gemas, yang perlu kita beri perhatian. Dan apabila kita lihat ada persatuan sukan yang tidak membuat pemilihan secara menyeluruh, menyebabkan ada atlet-atlet Negeri Sembilan yang talented, yang berbakat lari ke negeri lain dan sedihnya mereka lari ke negeri lain, lawan kita, dia bawak balik pingat ke negeri tersebut. Itu lagi menyedihkan. Jadi sebab itulah kita telah memberikan saranan kepada semua persatuan sukan untuk buat pemilihan atlet dengan lebih luas dan terbuka. Kemudian perkara yang kelima ialah memberikan pendedahan menyertai pertandingan dalam dan luar negeri mulai Januari 2025. Mendapatkan bantuan kepakaran kejurulatihan daripada ISN ataupun Institut Sukan Negara, dan MSN dan Persatuan Sukan Kebangsaan dan menetapkan, dan menggunakan aplikasi sains sukan dalam latihan.

Secara keseluruhannya, untuk memantapkan dan mempertingkatkan lagi persediaan ke temasya Sukan Malaysia, semua penggerak sukan khasnya Persatuan Sukan Negeri perlu bangkit dan memulakan langkah yang lebih proaktif. Sebab itu Yang Berhormat Gemas, Yang Berhormat telah pun memberikan teguran tempoh hari bahawa mana-mana persatuan yang tidak proaktif, yang tidak buat sepertimana yang sepatutnya, kita tidak akan teragak-agak untuk meletakkan sukan tersebut direct di bawah Majlis Sukan Negeri ya. Ada persatuan yang tidak aktif tetapi dia ada atlet-atlet yang bagus, akhirnya mereka hilang begitu saja dan paling menyedihkan ialah mereka boleh bermain untuk negeri lain dan memberikan pingat untuk negeri lain. Sebab itu mana-mana persatuan tidak aktif, yang tidak proaktif, kita akan lantik mana-mana institusi, mana-mana agensi, mana-mana kelab yang boleh mainkan peranan bagi memastikan sukan tersebut akan mampu membawa pulang pingat untuk negeri kita.

Seterusnya adalah tumpuan sukan yang tidak berteraskan sentuhan. Berdasarkan rekod pencapaian di temasya Sukan Malaysia Ke-21 yang diadakan di Sarawak, acara sukan yang tidak berteraskan sentuhan yang telah membawa pingat adalah sukan menembak – 12 emas, ten pin boling – 1 emas, wushu – 1 emas, berbasikal – 1 emas, skuasy – 1 emas, olahraga – 1 emas, e-sport – 1 emas dan sukan gimnastik – 1 emas. Bagi temasya Sukan Malaysia 2026, Negeri Sembilan akan mengekalkan sukan yang dikategorikan tidak berteraskan sentuhan ini sebagai fokus utama di dalam pungutan pingat. Selain itu juga, sukan dalam kategori sukan individu yang menawarkan jumlah pingat emas yang banyak juga akan menjadi fokus kontinjen Negeri Sembilan kali ini. Dan bapa angkat tadi telah pun saya sebut, telah pun saya terangkan sebentar tadi kepada Yang Berhormat Gemas.

Seterusnya ialah persoalan daripada ADUN Serting, ini berkenaan dengan perlu ada usaha untuk meningkatkan prestasi bola sepak, telah saya jawab sekali tadi ya, Yang Berhormat ya. Yang kedua ialah SUKNES. Haa ni, ini dakwaan Serting mengatakan sebanyak 3.0 juta bagi SUKNES 2024, baki 2.0 juta dipindahkan ke mana? Haa ini saya nak kena terangkan sikit kepada Yang Berhormat Serting. Yang Berhormat Serting, pada tahun 2024, kita tidak dimasukkan dalam dalam bajet kita untuk SUKNES. SUKNES 2024, kita gunakan duit sedia ada di Majlis Sukan Negeri, menggunakan duit sedia ada. Dan setelah kita gunakan duit sedia ada lebih kurang tak sampai 500 ribu ringgit dan hasilnya sangat bagus, telah pun diakui oleh semua rakan-rakan Yang Berhormat, maka kerajaan berpendapat sukan, Sukan Negeri Sembilan ini perlu kita teruskan lagi dengan dana tambahan. Maka hari ini kalau kita lihat dokumen yang disediakan itu, ditulis baharu 1.0 juta Kejohanan Sukan Negeri Sembilan SUKNES 2025. Maknanya tahun lepas 500 ribu, tahun ni 1.0 juta ringgit disediakan untuk Sukan Negeri Sembilan. Jadi salahlah dakwaan yang disebut oleh mana kehilangan 2.0 juta. Pertama.

Dan lagi salah, apabila sebut tidak dapat manfaat di kawasan Serting. Itu lagi salah tu ya. Sebab saya, kita boleh check dengan semua ni, dan Serting jugak memenangi tak silap saya tempat kedua, futsal tak silap saya. Tak boleh lawan Chembong lah. Chembong is always the champion. Tapi champion bola jaring aje kan? Haa ya, tapi Serting dapat tempat kedua ya, dalam sukan futsal tak silap saya. Jadi ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat, selain daripada itu kita juga ada …..

Boleh saya mencelah?

….. 3.0 juta ringgit ya, silakan.

Yang Berhormat mengenai SUKNES ni, betul sepertimana yang didakwa ataupun yang diberitahu, ada penyertaan daripada DUN-DUN. Cumanya di peringkat kami iaitu di 5 DUN yang pembangkang ini, kami tidak mendapat manfaat. Maksudnya itu, kami tidak dilibatkan bersama. Bahkan peruntukan 5,000.00, tak silap sayalah yang, yang didengar iaitu diberi kepada penyelaras. Itu maksud dia. Maknanya selepas ni, untuk akan datang, libatkan kami. Sebab kami pun mampu untuk bersama-sama untuk memajukan sukan di peringkat kami dan juga untuk Negeri Sembilan. Maksud saya itu. Terima kasih ya.

Okey terima kasih Yang Berhormat. Jadi maknanya Yang Berhormat tarik balik tidak mendapat pada kawasan tu, tak betullah kan? Maksudnya tidak manfaat kepada Yang Berhormatlah maksudnya? Kawasan itu bermanfaat ya. Sebab semua kawasan termasuk 5 kawasan ni semuanya buat sukan. Semua, malahan saya ingat, eh banyaklah. Paroi pun ada jugak ya. Semua ada. Semua dapat manfaat. Cumanya masa Yang Berhormat tadi, Yang Berhormat tidak dilibatkan sekali. Insya-Allah saya akan cuba bawak perkara yang dibincangkan ya. Sekiranya Yang Berhormat menyatakan sokongan kepada kerajaan yang ada ini, insya-Allah kita akan pertimbangkan untuk berada bersama-sama dengan kita ya.

Sedikit cadanganlah. Dia sebut nama Paroi, saya bangunlah.

Ya ya silakan.

Bila melibatkan sukan ni saya rasa tak adalah kita kita apa tu, melibatkan sukan ni, kita jangan limit kan pada politik. Kalau kami ni sebagai ADUN yang diwakili oleh rakyat, yang menang, makna sepatutnya tidaklah pergi kepada Penyelaras DUN. Direct kepada kami dan kami sama-sama ya, membantu kerajaan. Ini kami, bukan isu politik ni, ini isu sukan.

Ya Yang Berhormat, betul. Sebab itu sukan ni tak pernah berpolitik. Yang datang main itu pun ramai penyokong-penyokong Yang Berhormat tu. Contoh Serting tu kan, ramai datang main itu adalah yang yang mengundi Yang Berhormat hari tu. Cumanya diuruskan oleh Penyelaras kita sebab dia bersama-sama dengan kerajaan. Kan? Apalah …..

Mohon mohon mencelah apa, apa …..

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

…. Exco, boleh ya mohon mencelah?

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Saya tak benarkan.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat.

Saya tak benarkan.

Jadi …..

Yang Dipertua Dewan

Teruskan perbahasan.

Saya teruskan.

Sebaiknya boleh bagi saya, memberi sikit …..

Saya tak benarkan.

….. bermaksud ….

Yang Dipertua Dewan

Teruskan perbahasan.

Dato’, Dato’ Yang Di Pertua

Saya teruskan perbahasan. Okey.

….. tak boleh terima …...

Dato’ Yang Di Pertua.

Ini adalah jawapan daripada ADUN, soalan ADUN Lenggeng berkenaan pembinaan fasiliti sukan baru di Bandar Tasik Senangin. Yang Berhormat, mana deh?

Yang Dipertua Dewan

Tak apalah.

Dah tak ado dah. Baik Lenggeng, sekiranya tanah yang disebutkan itu adalah tanah di bawah Kerajaan Negeri atau Persekutuan, maka bolehlah Yang Berhormat Lenggeng buat permohonan kepada KBS. Haa YB bagi masuk, okey, KBS supaya bolehlah kita mohon pada KBS sekiranya ada dana yang mencukupi untuk kita bina pusat sukan sepertimana disebutkan oleh ADUN Lenggeng ya.

Kemudian ADUN Chembong berkenaan dengan gelanggang petanque di Kompleks Sukan Seremban 2. Yang Berhormat, dalam Persidangan DUN lepas Yang Berhormat ada menyebut perkara ini kerja-kerja pemasangan lampu telah dilaksanakan pada 12 Ogos 2024 dengan kos keseluruhan 9,500.00 untuk persiapan sebelum ke Sukan Malaysia Ke-21 Sarawak 2024. Kerja-kerja ini telah diselia oleh Persatuan Petanque Negeri Sembilan dan menggunakan peruntukan persatuan sendiri bagi memasang 5 tiang lampu bagi memberi keselesaan atlet berlatih pada waktu malam. Persatuan Petanque Negeri Sembilan telah memohon maklum balas berkenaan tuntutan bayaran ini daripada Majlis Sukan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2024. MSN Negeri Sembilan telah memberi maklum balas kepada Persatuan Petanque bagi membuat permohonan kepada Pejabat MB untuk tindakan lanjut berkenaan perkara tersebut ya. Ini jawapan yang disediakan.

ADUN Chembong berkenaan dengan penyelenggaraan Kompleks Sukan Sepri. Yang ni jugak sama Yang Berhormat. Yang ni boleh kita masukkan dalam pembaikan kecil sekiranya kosnya tidak melebihi 10,000.00 ringgit yang saya maksudkan tadi ya. Jadi insya-Allah saya akan turun untuk melawat sendiri tempat Yang Berhormat maksudkan sebentar tadi. Saya fikir itu saja Yang Berhormat Dato’ …..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Yang Berhormat Exco.

…. Speaker.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Yang Berhormat Exco boleh saya menambah satu …..

[YB ADUN Seremban Jaya dan YB ADUN Gemas bangun serentak]

Cukup, banyak sangat.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Tak saya nak mintak penghargaan kepada pasukan sepak takraw.

Bagi Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Exco Sukan, tolong, ada 2 masalah. Satu saya sebagai bapa angkat taekwondo.

Taekwondo?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haa taekwondo okey. Kita sendiri mahu cari peruntukan. Ada syarikat atau individual ada orang memberi sokongan. Bila dia orang beri itu peruntukan atau donation, bolehkah itu income tax, boleh kasi. Satu, satu. Dua, ada satu kali peruntukan 10,000.00 Exco Sukan ada beri. Itu ada terus ke? Haa ini 2 jugak. Terima kasih.

Macam mana? ulang balik.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Suka itu peruntukan peruntukan. Ada beri 10,000.00 kan? Lagi ada ….

Owh okey, okey.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih.

Okey Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

YB Exco, saya nak mintak sikit untuk kita masukkan, bukan, bukan nak apa. Sedikit penghargaan kepada pasukan sepak takraw NS Antlers yang telah menjuarai 2 tahun berturut-turut. Satu penghargaan cukup besar. Saya saya juga mewakili pemain mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sikamat. Beliau telah menelefon pemain selepas kita layak sebagai 4 pasukan terakhir, Negeri Sembilan. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Dan terima kasih jugak selepas perlawanan di Selangor, kita champion, kita juara kepada liga kejuaraan mengalahkan pasukan bayangan Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Yang Amat Berhormat menelefon. Terima kasih. Kalau boleh masukkan dalam ucapan …..

Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

….. YB Exco penghargaan kepada pasukan NS Antlers.

Yang Amat Berhormat akan meraikan pemenang-pemenang ataupun atlet-atlet terbaik Negeri Sembilan yang cemerlang dalam kejohanan bukan temasya ya. Kalau temasya tu SUKMA, Sukan SEA, Sukan Asia, tu temasya. Yang bukan temasya ini yang menjadi yang yang atlet terbaik Negeri Sembilan ini akan diraikan oleh Yang Amat Berhormat pada 10 hari bulan 12 ini, insya-Allah. Termasuklah pasukan sepak takraw yang dimaksudkan oleh Gemas tadi.

Beralih kepada 2 perkara yang disebut oleh Seremban Jaya ialah berkaitan pertamanya adalah pengecualian cukai. Memang boleh, saya

telah terangkan tadi ya, saya saya syorkan supaya Seremban Jaya berjumpa dengan Pengarah MSN untuk dapatkan penjelasan detail bagaimana kita nak buat ya, supaya kita boleh bantu. Dan yang kedua ialah 10,000.00 pembaik, pembaikan kecil tadi tu, masih ada lagi. Masih ada lagi dan saya tambah lagi Seremban Jaya tahun depan.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih.

Okey terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput …..

Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Waalaikumsalam. Saya jemput Yang Berhormat Nilai.

Dato’ Yang diper, Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan isu, isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Pengangkutan. Beberapa perkara telah pun dijawab dalam soalan lisan dalam 3 hari ini. So saya hanya jawab yang beberapa perkara yang tidak dijawab sahaja.

Yang pertama daripada ADUN Gemas berkaitan dengan perniagaan dijalankan oleh warga asing. Kerajaan Negeri melalui MMK telah pun bersetuju untuk mengecilkan skop permintaan keperluan warga asing dalam sektor peruncitan di Negeri Sembilan. Ini melibatkan PBT tidak membenarkan untuk menggaji pekerja warga asing di pusat siber, pasar malam, bazar Ramadan, ekspo atau pasar tani, di kiosk makanan dan juga apa-apa kiosk yang lain. Dan selain daripada itu, dalam syarat pengeluaran license oleh PBT, beberapa syarat tambahan pun telah pun dimasukkan dalam license tersebut iaitu diwajibkan mendaftar nombor fail Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai proses kelulusan license perniagaan dan usaha ini adalah untuk mengatasi isu warga asing ataupun perniagaan Alibaba di negeri ini. Selain itu, penguatkuasaan secara bersepadu di antara beberapa agensi utama iaitu PBT, Jabatan Imigresen, PDRM, SPRM, Jabatan Tenaga Kerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga beberapa agensi yang berkaitan akan dijalankan 2 kali sebulan di beberapa tempat yang tertentu.

Seterusnya adalah daripada yang ADUN, Yang Berhormat Lukut iaitu untuk lampu-lampu hiasan sempena sambutan perayaan. Untuk bagi tahun 2024, majlis, MPPD telah pun memperuntukkan sejumlah 70,400.00 ringgit untuk lampu-lampu hiasan sempena perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Krismas. Untuk Majlis

lain, Majlis Bandaraya Seremban juga telah memperuntukkan sebanyak 650 ribu bagi kerja-kerja pemasangan lampu hiasan di kawasan Seremban dan juga di Nilai. Di samping itu, beberapa kerja pemasangan lampu hiasan kekal di Jalan Dato’ Lee Fong Yee ataupun laluan Rangoli dan juga Jalan Dato’ Hamzah di hadapan Masjid Negeri telah dilaksanakan. Untuk tahun 2025, MBS merancang untuk memasang lampu-lampu hiasan kekal di Benteng Walk dan juga di Sungai Ujung Walk.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Lukut, isu penjaja di lampu isyarat. MBS tidak, mana-mana PBT tidak pernah mengeluarkan permit ataupun license untuk berniaga di lampu isyarat. Penguatkuasaan akan dilakukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan, Akta Jalan Parit dan juga bangunan, dan juga kompaun dan juga sitaan akan dilaksanakan.

ADUN Paroi berkaitan dengan penjaja, menyediakan prasarana yang bersesuaian kepada penjaja tempatan untuk menggalakkan aktiviti perniagaan. Di kawasan MBS, MBS telah pun menyediakan 670 petak di Pusat Penjaja Setempat. Yang kedua, pusat penjaja struktur tiang dan juga berbumbung, ada 79 unit. MyKiosk 80 unit telah diserahkan manakala untuk tahun ini, 50 unit lagi sedang dan dalam kerja-kerja pemasangan. Keempat: bantuan penjaja berjumlah 300.00 ringgit telah diberikan kepada 141 peniaga pada tahun 2024 iaitu bersamaan dengan 42,300.00 ringgit. Dan yang kelima: pengecualian lesen penjaja telah diberikan kepada 4,380 penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Seremban.

Dan berkaitan dengan penjaja warga asing. MBS melalui Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan menjalankan jadual pemantauan 6 kali setiap bulan di beberapa lokasi hotspot dan sepanjang tahun 2024 – 256 sitaan berkaitan dengan penjaja asing telah dilaksanakan.

Seterusnya daripada ADUN Labu. Ini untuk kompaun parking dikecualikan pada waktu puncak. Bayaran tempat letak kereta di kawasan Seremban dan Nilai bermula daripada pukul 8:00 pagi hingga 5:00 petang selaras dengan UUK Perintah Lalu Lintas dan tiada pengecualian bayaran ketika waktu rehat, 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang. Oleh yang demikian, Penguatkuasa MBS bertugas pada masa tersebut untuk mengeluarkan kompaun. Dan saya juga telah meminta kepada Majlis Bandaraya Seremban untuk memberikan sedikit pertimbangan di beberapa kawasan tertentu supaya pada waktu-waktu puncak seperti ini, tidak mengambil untuk tempoh masa 5 minit ataupun 3 hingga 5 minit. So ini akan mengurangkan aduan, tindakan kompaun yang dilakukan terutamanya pada waktu puncak.

Seterusnya daripada ADUN, Yang Berhormat Labu berkaitan dengan judi haram online. MBS melalui Jabatan Undang-Undang Dan Penguatkuasaan telah menyita 19 barangan telefon dan juga pencetak di 19 premis yang disyaki menjalankan jualan nombor ekor sepanjang tahun 2024. Tindakan penguatkuasaan ini di bawah UUK Trade Perniagaan dan juga Perindustrian kerana menjalankan perniagaan tanpa kebenaran termasuk jugak pembatalan license tersebut.

Yang Berhormat Labu, pinjaman berlesen. PBT akan memantau pusat penjimat, Pusat Pinjaman Berlesen dalam bidang kuasa sedia ada iaitu perkara-perkara yang melibatkan PBT seperti urusan lesen, papan iklan, ubah suai bangunan, penurunan iklan, banting haram berkaitan dengan along, syarat-syarat license dan juga lain-lain jika mereka tidak mematuhi dan juga ada melakukan beberapa aktiviti yang salah dan juga di luar aa skop license diberikan, license tersebut akan dibawak ke pertimbangan untuk dibatalkan.

Yang Berhormat Mambau berkaitan dengan hentikan, hentikan, hentian, pemberhentian mesin bayaran parking di kawasan bandar. MBS perlu melaksanakan kajian keboleh, kebolehlaksanaan dan sebelum menamatkan perkhidmatan mesin bayaran tempat letak kereta, MBS telah pun mengkaji terlebih dahulu implikasi ke atas penamatan tersebut. Dan sejak penggunaan mesin terminal tersebut iaitu pada akhir 2021, pentadbiran majlis mendapati penggunaan mesin itu tidak meluas. Di mana peratusan penggunaan mesin berbanding dengan medium lain adalah sekitar 7% sahaja. Maka selain daripada itu, pentadbiran Majlis juga mendapati terdapat banyak aduan berhubung kerosakan mesin tersebut seperti gangguan rangkaian, gangguan bateri kerana bateri itu menggunakan tenaga solar, kekerapan kemaskini perisian program (software update) dan juga kos penyelenggaraan yang tinggi. Oleh yang demikian, pentadbiran Majlis mendapat sudah tiba masanya, berpendapat sudah tiba masanya penggunaan mesin ini dihentikan digantikan dengan QR kod mesin yang sedia ada. Selain daripada itu melalui juga aplikasi seperti Fleksi Parking, Touch N Go, eWallet, SETEL, EVO City, QR Code dan juga melalui 278 ejen eCoupon yang telah dilantik oleh 2 syarikat di kawasan Majlis Bandaraya Seremban.

Seterusnya berkaitan dengan peruntukan penyelenggaraan Rumah Pangsa Flat Rasah yang telah dibiarkan lama tanpa penyelenggaraan longkang. Sepertimana yang kita semua tahu, penyelenggaraan di dalam kawasan flat ataupun rumah-rumah berstrata ini adalah di bawah JMB ataupun Perbadanan Pengurusan yang mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan dan juga menguruskan setiap perkara yang timbul di dalam kawasan tersebut. Tetapi Unit COB MBS

juga membantu melalui peruntukan daripada Kerajaan Negeri ataupun peruntukan daripada Tabung Penyelanggaraan Perumahan Swasta melalui KPKT. Dan untuk kawasan ini unit COB MBS telah pun menyalurkan permohonan peruntukan penurapan jalan daripada Perbadanan Pengurusan Flat Rasah Jaya kepada Jabatan Perumahan Negara dan juga KPKT pada, untuk tahun 2025 pada 30 Oktober 2024 pada yang lalu. Selain itu, Unit COB MBS jugak telah menghantar permohonan peruntukan penurapan jalan kepada Bahagian Perumahan SUK Negeri Sembilan bagi tahun, peruntukan bagi tahun 2024 ini.

Seterusnya ADUN Labu, ini berkaitan dengan pasar malam yang telah pun diberhentikan. Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan dan juga Pembangunan Usahawan MBS telah meluluskan penganjuran pasar malam untuk 3 kawasan dengan tempoh percubaan selama 3 bulan terlebih dahulu. Ini adalah satu proses yang biasa dilakukan oleh mana-mana kelulusan terutamanya untuk pasar malam. Dan 3 tempat itu adalah Jalan BBN 1/7 Nilai pada hari Isnin, Kedua Light Industry Pajam pada hari Khamis dan ketiga di Kolej Universiti Lagenda Mantin pada hari Ahad. Hasil semakan semua Mesyuarat Jawatankuasa Perlesenan Dan Pembangunan Usahawan mendapati setiap hari terdapat satu pasar malam dianjurkan di kawasan Mantin Pajam Nilai. Jadual penganjuran pasar malam seperti di hari Isnin saja tak ada di kawasan Nilai dan Mantin. Hari Selasa di Taman Semarak, hari Rabu di Kolej Lagenda Mantin. Hari Khamis di Nilai Perdana, hari Jumaat, di Desa Cempaka. Dan di Pekan Pajam: hari Sabtu di Flat Semarak hari Ahad di Desa Ria Nilai 3 dan juga Mantin. Hampir setiap hari ada pasar malam dijalankan di kawasan ini dan MBS berpendapat bahawa memberi peluang kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang murah. Itu adalah tujuan asal kita.

Walau bagaimanapun, penganjuran yang terlalu banyak akan menyebabkan penawaran akan menjadi, akan melebihi permintaan. Selain itu, ia juga akan turut menjejaskan jualan peniaga-peniaga yang menyewa premis kedai dan juga pasar awam milik MBS termasuk jugak pasar-pasar malam yang sedia ada. Kerana apabila banyak pasar malam dibuka setiap hari, hampir setiap hari dalam seminggu, pasar-pasar malam yang lama, penjaja-penjaja dekat sana juga terkesan akibat pembukaan banyak pasar malam seperti ini. Dan mereka juga terpaksa membayar bayaran kepada penganjur setiap hari dan ini akan membebankan juga penjaja.

Selain daripada itu, kita juga mendapati ada sekumpulan penganjur, mereka dengan tujuan untuk menjadi penganjur sahaja. Dan apabila diberi kelulusan sebelum ini untuk 3 pasar malam ini baru kita dapat tahu pemohon itu menggunakan pertubuhan ataupun persatuan yang

berlainan, yang berlainan untuk memohon penganjuran pasar malam. Dan di Facebook telah pun tahu ada seorang, satu penganjur menganjur 8 atau 9 pasar malam di kawasan Nilai dan Mantin. Dan paling teruk, pada hari yang sama pun ada 2 tempat pasar malam. Maka Majlis Bandaraya Seremban mengambil keputusan untuk membatalkan dalam tempoh percubaan. Dan tempoh percubaan itu tahu apabila kita meluluskan sesuatu pasar malam. Dan seterusnya adalah daripada ….

Mohon mencelah YB Exco.

Ada 2 persoalan di sini. Kalau ikut mengikut YB Exco pertama adalah disebabkan penganjur, penganjur yang sama. Dan kedua adalah disebabkan oleh banyak pasar malam. Jadi tempat itu adalah berbeza. Tempat jarak ada satu jarak adalah berbeza. Dan aduan kepada saya adalah daripada penjaja ataupun peserta yang mengikut pasar malam itu sendiri. Jadi saya nak tahu di sini sebenarnya masalah tu adalah disebabkan penganjur ataupun disebabkan banyak pasar malam. Kalau banyak pasar malam ni saya rasa tak ada masalah. Sebab salah satu faktor yang perlu kita utamakan adalah peniaga ataupun peserta yang terlibat dalam pasar malam tu dia mendapat pendapatan sebab itulah adalah sumber dia. Jadi selagi kalau ada minat ataupun rakyat yang ramai hadir ke tapak pasar malam tersebut, saya rasa tak ada masalah. Jadi mana satu masalahnya sekarang? Penganjur ataupun tempat?

Masalahnya kedua-duanya ada masalah. Satu penganjur. Ada penganjur mengambil peluang untuk mencari, apa ni, cari keuntungan daripada penganjur pasar malam ini. Itu kita perlu elakkan. Itu pertama. Yang keduanya tempat yang tak sesuai. Macam di, pada hari Ahad di Pekan Mantin ada satu tapak pasar malam, lebih 20-30 tahun. Dan pada hari yang sama, masa yang sama, satu lagi pasar malam pula di Kolej Lagenda Mantin. Dan jaraknya adalah dalam 3-4 kilometer. So itu adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan dan sebab itu Majlis mengambil tindakan. Dan kalau ada pasar malam atau sorry, kalau ada penjaja ataupun peniaga-peniaga kecil ini perlu berniaga pada hari tersebut, di pasar pasar-pasar malam yang sedia ada ni, masih ada banyak kekosongan tapak. Mereka digalakkan dan diminta untuk memohon dengan penganjur ataupun Majlis Bandaraya Seremban untuk menganjurkan ataupun untuk berniaga di pasar pasar-pasar malam yang sedia ada ini.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Bagan Pinang iaitu berkaitan dengan bangunan terbengkalai di Port

Dickson. Yang pertama, kajian pembaharuan semula tapak-tapak brownfield di Negeri Sembilan sedang dikaji dan kajian ini berada di peringkat akhir. Kedua-dua bangunan yang dimaksudkan adalah sebahagian daripada 54 tapak brownfield di Negeri Sembilan yang telah dikenal pasti. Yang pertama: bangunan di bawah milik Segi Sinarmas yang telah diambil alih pemilikan baru oleh syarikat pelikuidasi. Dan keduanya adalah bangunan hadapan Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson dan cadangan pembangunan semula untuk bangunan yang telah diambil alih dari Segi Sinarmas Sendirian Berhad. Pada masa ini sedang dimuktamadkan oleh pemilik baru sebelum permohonan dikemukakan kepada MPPD. Dan juga beberapa tindakan kajian pembaharuan semula tapak-tapak brownfield ini akan dilaksanakan pada masa yang terdekat ini untuk memastikan beberapa tempat yang terbengkalai ini dapat dimajukan kemudian.

Seterusnya adalah daripada ADUN, Yang Berhormat Bagan Pinang. Ini berkaitan dengan penebangan pokok yang berbahaya. Untuk makluman, sekurang-kurangnya terdapat 62 projek penyelenggaraan pokok dilaksanakan bagi Seremban dan Nilai yang berjumlah sebanyak Ringgit Malaysia 8.0 juta bagi tahun 2024. Proses lantikan adalah melalui sebut harga, kerja undi serta lantikan terus bergantung kepada nilai projek. Sebanyak 62 syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek tersebut. Banyak pokok-pokok yang bahaya yang terletak di di tepi jalan utama dan juga di kawasan-kawasan perumahan, kalau kita boleh lihat di luar sedang diambil tindakan dan juga akan diambil tindakan secara berperingkat.

Untuk Yang Berhormat Chuah, berkaitan dengan pengoperasian kilang haram. PBT dalam menangani isu pengoperasian kilang haram ini adalah dengan mempertingkatkan lagi tindakan penguatkuasaan.

Selain daripada itu …..

Pencelahan sikit.

Okey, berkenaan dengan pokok tadi, tengok dia punya jumlah bayaran itu tinggilah. Sekarang ni daripada kajian ni nak tahu sikit di peringkat negeri Negeri Sembilan juga khasnya di Seremban lah, pokok-pokok lama yang ditebang itu, sekarang ni dah berapa persen telah selesai? Kalau kita, itu satulah. Yang keduanya, saya dalam suasana sekarang ni, suasana hujan, kebanyakan daripada pemerhatian

saya sendiri, pokok-pokok tinggi ni, kalau tidak di maintain, tak ditebang sekarang ya, isu keselamatan akan muncullah. Makna kata berapa percent sudah diselesaikan?

Tadi berkaitan dengan kos. Untuk pokok-pokok besar ini memang kos dia tinggi sebab memerlukan dari segi keselamatan dan semua. Dan dari segi peratusan itu, saya akan rujuk kepada MBS dan saya boleh jawab secara bertulislah.

Yang seterusnya adalah Yang Berhormat Chuah, ini berkaitan dengan pengoperasian kilang haram. Tindakan penguatkuasaan akan diambil secara berterusan. Dan selain daripada itu, PBT juga bercadang untuk bekerjasama dengan pihak TNB dan juga SAINS untuk menyekat pembekalan utiliti kepada kilang-kilang haram yang tidak mempunyai sebarang kelulusan pembangunan daripada Majlis, daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Seterusnya Daripada Yang Berhormat Johol, pembinaan Balai Bomba di kawasan Johol. Jabatan ini telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan balai dan juga penyelamat bomba Johol melalui Rolling Plan Ke-2 tahun 2022, RP3 tahun 2023 dan RP4 tahun 2024 tetapi masih belum mendapat apa-apa kelulusan. Justeru itu jabatan ini telah pun diberikan keutamaan, telah beri keutamaan untuk dimasukkan sekali lagi permohonan dalam Rolling Plan Ke-5 bagi tahun 2025.

Seterusnya berkaitan dengan ADUN Lukut. Dewan orang ramai Taman Indah Jaya, Lukut. Ini adalah satu Dewan bukan didaftarkan di bawah aset Majlis, Majlis tetapi ia telah diurus, diserahkan dan diuruskan oleh Persatuan Penduduk dan juga JKK.

Seterusnya daripada ADUN Lobak berkaitan dengan membina satu gelanggang futsal di Taman Sri Pulai 3. Untuk makluman, tahun 2025 …..

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Ini Temiang lah YB.

Temiang? Sorry haa. Untuk Temiang, Taman Sri Pulai

3. Tahun 2025, pihak Majlis Bandaraya Seremban telah pun menyediakan peruntukan berjumlah 400 ribu ringgit untuk digunakan bagi pembinaan gelanggang futsal mengikut keutamaan.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Lobak, walkway, tandas dan juga lampu hiasan di Dataran Lobak. Pihak MBS akan memohon kepada Jabatan Landskap dan Negara, Jabatan Landskap Negara apabila permohonan peruntukan dibuka bagi tahun hadapan bagi projek naik

taraf untuk tahun 2026. Dan juga untuk tahun 2025, pihak MBS akan menggunakan peruntukan dalaman bagi penambahan infrastruktur awam secara kecil-kecilan di Dataran Lobak tersebut.

Seterusnya cadangan untuk membina sebuah dewan di Taman Tasik Senangin, Yang Berhormat Lenggeng. Ada satu tanah seluas 0.6 hektar dan pentadbiran MBS mempunyai perancangan untuk membina sebuah dewan terbuka di Bandar Tasik Senangin bagi tahun 2025.

Seterusnya adalah berkaitan dengan perumahan, perumahan pun ada beberapa saya telah pun jawab dalam satu atau dua jawapan bertulis, jawapan lisan. Ini daripada Yang Berhormat Chembong berkaitan dengan Projek Perumahan Rakyat PPR Rembau di Chembong. PPR Rembau di Mukim Chembong dijadualkan siap sepenuhnya pada hujung tahun 2024. Dalam masa yang sama Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara telah pun membuka permohonan secara online 7 Mac 2024 sehingga 31 Mac 2024. Jabatan Perumahan Negara telah pun menyaring semua permohonan yang diterima dan senarai nama sebanyak 167 permohonan yang berjaya telah dipaparkan di laman, di laman sesawang KPKT. Tempoh bantahan juga telah dibuka 14 hari iaitu bermula 2 Oktober 2024 sehingga 16 Oktober 2024. Jabatan Perumahan Negara juga dalam perancangan dan mendapatkan tarikh yang bersesuaian untuk turun padang ke daerah Rembau untuk hari terbuka khusus mengenai PPR Rembau yang mempunyai 452 unit secara keseluruhannya, termasuk jugak untuk pendaftaran.

Seterusnya daripada ADUN Temiang untuk mendirikan Rumah Mampu Milik di hadapan kuarters kerajaan di Bukit Temiang. Tanah yang dimaklumkan ini adalah tanah milik. Walau bagaimanapun, dalam pembangunan Taman Nilam Sari akan dibina 163 unit Rumah Mampu Milik Type A dan juga beberapa lagi rumah Type B dan Type C iaitu yang tergolong dalam Rumah Mampu Milik oleh pemaju pihak raya, Pemaju Raya Baiduri.

Seterusnya berkaitan dengan Taman Bukit Zamrud oleh Yang Berhormat Temiang. Projek ini ada 270 unit rumah, 22 unit rumah Type A, 22 unit Type B dan 167 unit Type C. Kesemua 211 unit rumah ini telah pun siap dibina. Tetapi 59 unit Type D tidak dibina dan projek ini telah dikeluarkan daripada senarai projek terbengkalai dalam pemantauan Jabatan Perumahan Negara pada tahun 2012. Pemaju bertindak untuk memulangkan kembali bayaran deposit 10% kepada 31 orang pembeli sebagai penyelesaian ke atas kegagalan pembinaan 59 unit Type D. Seterusnya pihak pemaju telah melantik syarikat lain untuk menguruskan pemulangan bayaran deposit kepada pembeli tersebut.

Namun begitu terdapat 3, terdapat sebahagian daripada 31 pembeli tidak bersetuju dengan kaedah pemulangan deposit dan menuntut supaya rumah tersebut disiapkan. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perumahan telah pun mengadakan 2 sesi mesyuarat pada 14 Jun 2024 dan 9 Julai 2024 bersama dengan pihak pemaju dan juga Koperasi Nasional, National Land Finance Co-operative Society untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan isu ini. Dan kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding dan juga membincangkan tindakan selanjutnya bagi memastikan pembangunan 59 unit rumah Type D. Dalam perbincangan, isu yang timbul adalah kedua-dua pihak tidak mahu mengaku itu adalah lot milik mereka. So itu adalah isu yang timbul. So apabila kita meminta untuk mereka mencari satu kaedah untuk mereka meyiapkan, sebab pada masa tersebut, tanah tersebut adalah dimiliki oleh koperasi land, National Land Finance Co-operative Society dan di MIA itu adalah sebagai pemaju saja. So kita akan cuba cari isu selesaikan isu tanah dan kita akan cuba untuk menyelesaikan 59 unit rumah di sana.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Mambau, berkaitan dengan Type A, Rumah Jenis Town House. Kita tahu rumah jenis town house ini adalah di bawah Akta Pengurusan Strata. Dan kita pun tahu ada banyak isu yang masih kita belum diselesaikan di bawah kawasan-kawasan rumah-rumah bertingkat. Dan juga kita sedang mengkaji beberapa kaedah untuk kita menyelesaikan isu ini. Dan buat masa ini memang kita belum ada satu keputusan untuk kita membenarkan pembinaan rumah Type A untuk town house tetapi masa ke semasa kita akan melihat keperluan dan juga kesesuaian sebelum kita melaksanakan dasar ataupun rumah mampu milik Type A dibenarkan untuk town house ini.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Mambau, cadangan agar kerajaan negeri memperuntukkan dana khas yang boleh dipohon oleh JMB untuk laksanakan kerja penyelenggaraan. Dalam pembentangan belanjawan negeri bagi tahun 2025, di bawah Bidang Tumpuan: Pemerkasaan Komuniti, Kerajaan Negeri telah pun meluluskan satu inisiatif baru untuk penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah dan sederhana swasta dengan kos sebanyak 2.0 juta. Dan kita akan menggunakan peruntukan tersebut untuk menyelenggara beberapa kerosakan dan juga keperluan di rumah-rumah berstrata ini.

Daripada ADUN Seri Menanti, berkaitan dengan pembinaan rumah kos rendah di kawasan luar bandar. Kita, apa saja projek perumahan di Negeri Sembilan adalah tertakluk kepada Dasar Perumahan Negeri. Dan Dasar Perumahan Negeri mewajibkan 20% rumah Type A berharga 110 ribu ke bawah dibina. Dan untuk daerah Kuala Pilah, juga tidak terkecuali daripada pembangunan Rumah Mampu Milik terutamanya

Rumah Mampu Milik Type A, di mana dalam 5-6 tahun, 5 tahun ini sebanyak 725 unit Rumah Mampu Milik Type A telah diluluskan KM dan 30 unit Rumah Harapan Rakyat telah diluluskan kepada penduduk di kawasan Majlis di kawasan daerah Kuala Pilah.

Seterusnya daripada Yang Berhormat Sri Tanjung berkaitan dengan 100 unit, pengisian 100 unit rumah PPR Ladang Tanah Merah. PPR Ladang Tanah Merah ini masih belum diduduki kerana berlaku isu kerosakan loji rawatan kumbahan. KPKT dalam proses penyediaan dokumen sebut harga, iklan, baik pulih loji rawatan kumbahan dan dijangka akan dibukak pengiklanan pada bulan November ataupun awal Disember 2024 ni untuk memastikan loji rawatan kumbahan berfungsi dengan baik dan juga meningkatkan kebersihan kesihatan persekitaran serta kesejahteraan penghuni PPL Tanah Merah. Dan pada masa yang sama, semakan akhir senarai nama untuk status pekerja ladang atau bekas pekerja ladang daripada SD Guthrie dan juga NUPW sedang dijalankan untuk memastikan senarai nama ini akan ditentukan, dimuktamadkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan diserah kepada Jabatan Perumahan Negara untuk tindakan pengisian.

Seterusnya adalah untuk daerah Rembau, daripada Berhormat Kota, sama jugak kita di daerah Rembau jugak tidak terkecuali daripada pembangunan Rumah Mampu Milik Type A. Dan dalam 5 tahun ini sebanyak 321 unit Rumah Mampu Milik Type A telah diluluskan Kebenaran Merancang dan 33 unit Rumah Harapan Rakyat telah diluluskan kepada penduduk tempatan yang terdiri daripada golongan B40 untuk kawasan daerah Rembau.

Seterusnya adalah berkaitan dengan pengangkutan, Yang Berhormat ADUN Labu, berkaitan dengan pemantauan pihak berkuasa. Pemantauan dan tindakan ke atas kenderaan berat di Jalan Labu dan Nilai telah dibuat setiap hari oleh pasukan Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan. Selain daripada itu Jalan Labu, selain daripada Jalan Labu dan Nilai, tindakan penguatkuasaan juga turut meliputi kawasan kuari Jalan Batang Benar. Dan sepanjang Januari hingga Oktober 2024, sebanyak 7,037 buah kenderaan perdagangan telah diperiksa di sekitar Nilai. Dan 1,335 daripadanya telah diambil tindakan. Sebanyak 2,261 notis saman telah dikeluarkan termasuk 264 kesalahan lebih muatan. Pemantauan dan juga penguatkuasaan secara berterusan akan dilaksanakan oleh JPJ. Dan sebentar tadi, tengah hari tadi jugak, Ketua Pengarah JPJ jugak telah turun ke jalan di hadapan kuari di Jalan Labu, Nilai untuk proses pemantauan lori-lori tersebut dan juga pengintipan akan dilakukan untuk memastikan tindakan yang lebih tegas diambil.

Seterusnya berkaitan dengan Johol ….

YB mohon, mintak mencelah sikit. Saya nak ulas sikit. Pertama ucapan terima kasih kepada, atas tindakan yang dibuat di, oleh Jabatan Pengangkutan Jalan semalam dan hari ni. Cuma saya saya nak bagitahu adalah penyelesaian berterusan berkenaan isu-isu lori ni. Yang saya nak beritahu adalah waktu puncak, waktu time sekolah ni, kalau dapat diberi perhatian waktu time puncak ni, di Sekolah Labu Hilir dan juga Taman Cempaka ni dalam pukul 7:00 ke 8:30 tu, mintak lori-lori walaupun lori kosong ni, kita ada masa untuk dia bergerak sebab sangat membahaya kepada kanak-kanak sekolah. Yang kedua YB adalah di dalam kawasan Nilai sendiri di Mesa Mall. Situ yang kerap berlaku kemalangan lori tanah yang keluar di tapak, di sebelah Mesa Mall tu ada tapak projek baru, berlaku kemalangan maut di sana. Dan jugak lori, satu ada masalah traffic light selalu masalah traffic light tu selalu rosak dan lori ni keluar sesuka hati. Itu yang saya, saya mohon. Bukan di kawasan Labu saja, keseluruhan kawasan-kawasan yang pembangunan ni harus dipantau. Terima kasih.

Berkaitan dengan masa yang tidak dibenarkan. Memang itu telah pun kita buat keputusan dalam MMK dan kita telah pun arahkan kepada semua Pejabat Daerah untuk memastikan semasa kelulusan diberikan untuk lori-lori yang keluar daripada kuari ini mematuhi tempoh tersebut termasuk jugak tidak dibenarkan pada masa peak hours ataupun pagi dan juga petang. Seterusnya berkaitan dengan di kawasan Nilai, yang mengeluarkan tanah. Kita pernah mengambil tindakan pada pertengahan tahun ini di mana kita telah pun, Majlis Bandaraya Seremban apabila mereka tidak mematuhi arahan daripada Majlis Bandaraya Seremban, kita telah pun mengeluarkan surat untuk pemberhentian operasi pengeluaran tanah kerana mereka tidak mematuhi selama seminggu lebih ataupun hampir 2 minggu. Dan kita sentiasa mengikuti perkembangan mereka untuk memastikan kedua-dua operator tersebut mematuhi semua syarat yang ditetapkan dan ia akan diteruskan. Kalau mereka tak patuh, kita akan mintak untuk mereka memberhentikan kerja tersebut.

Yang seterusnya adalah daripada Yang Berhormat Johol berkaitan dengan bas henti-henti. Untuk bas henti-henti di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia kini telah pun berubah wajah dengan 100 bas yang baru, yang berwarna pink, yang memberikan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh Negeri Sembilan. Dan 100 bas ini telah pun beroperasi secara sepenuhnya. Dan untuk menggalakkan lebih ramai untuk menggunakan perkhidmatan ini, kad konsesi iaitu tambang percuma diperkenalkan untuk OKU, warga emas dan juga pelajar sekolah dan juga sehingga universiti. Selain itu, beberapa inisiatif baru jugak akan diperkenalkan pada masa akan datang. Dan juga maklumat

yang lengkap berkaitan dengan laluan masa dan juga setiap pergerakan tersebut di jawapan bertulis telah pun diberikan daripada muka surat 69 sehingga 122 untuk rujukan ahli-ahli Yang Berhormat.

Berkaitan dengan RAC ada beberapa Yang Berhormat telah pun mengemukakan isu berkaitan dengan RAC ini. Tapi saya masih belum dapat jawapan daripada RAC. Saya akan cuba untuk jawab secara bertulis. Dan itu saja. Sebelum saya mengakhiri, saya mengambil kesempatan untuk kita dapat melihat, saya juga telah berkhidmat selama 6 tahun di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat, saya dapat lihat kerja keras dan juga semangat yang tidak pernah luntur untuk mengurus negeri ini, yang pada awalnya menghadapi pelbagai rinting, rintangan dan juga cabaran. Tetapi Yang Amat Berhormat Sikamat telah pun meletakkan satu penanda aras ataupun benchmark yang dapat membawa kita semua supaya tidak kembali mengulangi kesilapan yang lalu. Negeri ini bukan hanya milik beberapa orang yang mempunyai kepentingan sahaja tetapi negeri ini adalah milik rakyat dan juga milik kita semua. Rakyat akan sentiasa memerhati setiap tindakan kerajaan yang memerintah. Rekod bersih rasuah yang telah pun ditunjukkan oleh pentadbiran Yang Amat Berhormat Sikamat sepanjang pentadbiran ini wajib didukung dan diangkat oleh semua ahli-ahli Yang Berhormat dalam Kerajaan Perpaduan termasuk semua ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap benchmark yang diletakkan oleh Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat Sikamat ini jangan sesekali direndahkan. Jika sekali rakyat telah percaya dengan kesungguhan kerajaan menentang ketirisan dan juga penyelewengan, penyelewengan jangan pula ada yang mahu membudayakan kembali amalan kotor tersebut. Ini adalah satu pandangan kita untuk renungan dan juga pertimbangan kita agar pentadbiran ini dapat kita laksanakan dengan baik. Dan kita berharap kesemua ahli-ahli yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini dapat bekerjasama untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat di Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Nilai. Saya menjemput Yang Berhormat Senaling.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Saya mengambil kesempatan untuk memberikan ulasan ataupun jawapan kepada sebahagian perkara yang dah ditimbulkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan belanjawan ni. Sebahagian daripada perkara yang ditimbulkan itu adalah berbentuk cadangan dan ini akan kita fikirkanlah. Apa pun saya mengucapkan terima kasih pertamanya di hari yang, di hari yang kedua sidang ini iaitu hari yang pertama perbahasan, terima kasih kepada YB Johol, YB

Chennah, YB Labu, YB Seri Menanti dan juga Jeram Padang yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan.

YB Johol ada menyebut menyentuh tentang peruntukan sebanyak 300 ribu bagi pembinaan generasi celik AI ni. Ini mengenai teknologi digital dan jugak kecerdasan buatan AI ini dah diulas panjang lebar oleh pagi tadi, petang tadi, oleh Yang Berhormat Exco daripada Linggi. Memang tugas dia pun. Dia dah ulas panjang lebar, saya tak berhajat nak mengulas. Apa pun, ini satu seperti kata YB Chennah ini permulaan yang baiklah ya, walaupun 300 ratus ribu ini bukanlah jumlah yang mencukupi sebenarnya Yang Berhormat Dato’ Speaker, untuk kita, tapi apa pun ini satu permulaan. Dan mungkin di tahun-tahun akan datang kita akan tengok lagilah, tingkatkan lagi jumlah peruntukan bagi tujuan teknologi digital dan jugak AI ini.

Kemudian YB Labu ada menyentuh soal antara lain yang menyentuh soal, beliau menyentuh soal ada budak-budak masuk sekolah daripada kawasan yang berhampiran daripada kawasan Labu contohnya kawasan Bukit Kepayang, YB Bukit Kepayang ya, dia kata daripada kawasan berhampiran seperti Kepayang, tapi bersekolah di kawasan Batu 7. Macam itulah. Kawasan Labu kan? Jadi untuk itu Yang Berhormat jawapan saya ialah, saya dah tanya dengan garis panduan ya, tentang penempatan murid-murid ni, kebiasaannya Pejabat Pendidikan Daerah ataupun JPN sendiri akan membuat penempatan murid berdasarkan justifikasi yang berikut: yang pertama: pemohon ataupun murid mempunyai ahli keluarga seperti abang atau kakak serta ibu bapa penjaga yang bersekolah atau bertugas di sekolah yang dipohon. Ini memang biasa berlaku Yang Berhormat. Terutamanya kalau guru-guru itu bersekolah di sekolah itu, tentulah dia bawak untuk memudahkan, bawak anak dia sekali ke sekolah itu. Walaupun dia duduk di Bukit Kepayang contohnya, tapi dia mengajar di Labu, biasanya anak-anak dia dibawak untuk memudahkan. Dan jugak begitu juga yang petugas-petugas lainlah. Ini satu yang biasa.

Yang keduanya pemohon murid tinggal berhampiran dengan sekolah yang dipohon. Ini salah satu kriteria. Kalau hampir, sekolah yang berhampiranlah maksudnya dengan tempat duduk. Yang ketiga: pemohon murid mempunyai ahli keluarga seperti abang atau kakak serta ibu bapa penjaga yang bersekolah ataupun bertugas di sekolah berhampiran dengan sekolah yang dipohon. Dia mohon sekolah tu, tapi ibu bapa dia tak bekerja di sekolah itu seperti yang pertama tadi, tapi bertugas hampir dengan sekolah yang dipohon. Itu pun diberikan kelulusan oleh jabatan. Yang keempatnya: ada kemudahan pengangkutan awam mahupun persendirian, jika tempat yang tinggal pemohon dalam jarak yang jauh dari sekolah dipohon.

Jadi itu antara 4 kriteria yang diambil ataupun justifikasi yang diambil kira oleh jabatan apabila dalam soal penempatan murid-murid khususnya yang masuk ke Darjah 1 lah, Dato’ Yang Dipertua ya. Jadi dalam keadaan itu mungkinlah ada jugak mereka yang luar daripada kawasan Labu ni, tapi duduk di Bukit Kepayang secara spesifik yang disebut oleh Yang Berhormat Labu tadi, mungkin ada termasuk di bawah kriteria, yang 4 justifikasi tadi, mak bapak dia sekolah situ ataupun kerja hampir dengan sekolah itu. Itu yang, kalau saja-saja je kita biasanya, tanpa justifikasi ni, biasanya tak tak diambil kiralah. Selalunya kalau alamat situ, sekolah yang berhampiranlah. Jadi itu jawapan Yang Berhormat Labu ya.

YB Exco, mohon mencelah sikit. Nak bagi penerangan berkenaan yang, berkenaan Labu ni.

Okey.

Okey, isu dia adalah penduduk Labu tu sendiri Batu 7 itu, dihantar ke tempat yang lebih jauh, ke sekolah lain. Contoh ada ramai daripada kalangan anak-anak di Labu ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sedangkan dimohon adalah di Sekolah Kebangsaan. Dan penduduk daripada mungkin Taman Ainsdale di Bukit Kepayang itu dipindahkan ke kawasan sekolah kebangsaan di area Batu 7. Ini ini masalahnya. Yang kriteria itu saya faham tadi itu. Yang ado ompek ke limo tu, itu betul. Tapi masalah anak orang kampung itu, bayangkanlah kalau Senaling YB, sekolah kat Pilah, Pilah hantar kat Senaling. Itu itu yang masalah tu. Orang situ tak dapek. Dia nak masuk ke Sekolah Jenis Sekolah Cina. Masalahnya mereka ni asasnya sekolah, sekolah tadika dia pun, dia kat sekolah KEMAS, sekolah kebangsaan. Mana mungkin sekolah rendah dia, dihantar ke sekolah Cina. Ini masalah di di Labu ni. Jadi penyelesaiannya, saya rasa boleh dicadangkan buat 2 sesi kat sekolah situ. Kalau tak sampai apa, nak buat sekolah baru kan mungkin tak ada peruntukan. Boleh dicadangkan, mungkin cara yang lebih singkat cara lebih baik adalah adakan 2 sesi. Sesi pagi dan jugak petang. Itu cara terbaiklah. Sebab kita faham di Ainsdale pun sekolah berdekatan pun jauh. Mungkin yang paling dekat itu adalah Batu 7. Terima kasih.

YB, sekarang baru saya faham. Sekarang ini maksudnya, sebab YB tak sebut ni ya, saya akan check juga, check dulu tentang perkara ni mungkin kemungkinan besar sekolah yang sedia ada itu dah padatlah maknanya. Dah ada kepadatan pelajar, kemudian tu dipindahkan, dibagi sekolah lain sebab dah tak boleh memenuhi sesi. Jadi cadangannya, kalau dalam keadaan itu ialah mengadakan 2 sesi lah.

Sesi pagi dan petang. Ini kita akan tengok saya akan rujuk pada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan jugak PPD Seremban ya.

Kemudian, terima kasih YB Labu ya. Kemudian YB Seri Menanti – TVET. Soal TVET ni saya dah jawab panjang lebar tadi dalam soalan Dewan, tinggal lagi YB memohon kalau boleh penglibatan YB, Yang Berhormat-Yang Berhormat kawasan untuk menyebarluaskan program-program TVET ni. Jadi tadi saya dah jawab dalam menjawab soalan TVET. Dan memanglah saya berharap ya, semua rakan-rakan Yang Berhormat dalam Dewan ini yang akan sama-samalah memaklumkan tentang program-program TVET khususnya yang berkaitan dengan program-program kemahiran di yayasan, Kolej Yayasan Negeri Sembilan. Kita sama-sama memain peranan kerana ini adalah kolej Negeri Sembilan sendiri dan dia memberikan banyak kemudahan kepada anak-anak Negeri Sembilan. Jadi oleh itu saya harap YB-YB kawasan-kawasan, rakan-rakan Yang Berhormat akan sama-sama menyebarluaskan program-program TVET di, yang ada di Negeri Sembilan ini.

Di masa yang sama sepertimana saya sebut, kita dari segi TVET ni kita banyak institusi yang di bawah Kerajaan Negeri dah dah kita sentuh tapi yang bukan di bawah Kerajaan Negeri. Contohnya Kolej Kemahiran Mara, IKBN Chembong, ini semua program TVET, Politeknik Port Dickson, Politeknik Nilai, kita di Sembilan Negeri Sembilan banyak kolej-kolej dan institusi TVET ni. Tinggal lagi, kitalah yang menjadi penyambung lidah, penyambungnya untuk maklumkan di kawasan kita masing-masing, di sekolah yang di kawasan kita supaya mendatangkan minat ya, kepada anak-anak di kawasan kita mengambil kursus-kursus kemahiran di institusi TVET yang ada di Negeri Sembilan.

Kemudian satu perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat Seri Menanti juga ialah tentang bantuan insentif tunai. Ini maksudnya peruntukan ataupun BAN dan juga BAS. BAS untuk sekolah rendah, BAN untuk sekolah menengah. Jadi YB sebutkan bahawa masih ada yang mengadu tak dapat. Jadi sebenarnya dari segi perlaksanaannya Yang Berhormat, kita semua maklum bahawa dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Pejabat Pendidikan Daerah mendapatkan nama-nama ini daripada sekolah-sekolah. Sekolah-sekolah pula akan menilai murid-murid ini yang dikategorikan daripada keluarga B40. Jadi dia berpering-peringkat dia punya, dia punya kriteria dia itu. Jadi, kalau ada jugak masih berlaku, saya dah ingatkan kepada jabatan dan juga PPD baru-baru, supaya lebih. Dan saya harap Pejabat Pendidikan Daerah pun akan menyampaikan nota yang sama kepada semua guru-guru di kawasan masing-masing supaya tidak ada anak-anak B40 ini yang tertinggal daripada mendapat peruntukan daripada kerajaan yang berbentuk insentif tunai ini.

Akhir sekali, pada hari yang kedua juga, Jeram Padang ya, Yang Berhormat Jeram Padang ada menyentuh antara lain SJKT Ladang Helier. SJKT Ladang Helier ni sebenarnya dah lama, dah lama tertangguh, projek ni terbengkalai lebih 10 tahun YB. Dan kita cuba pulihkan, KPM bagi peruntukan sebanyak 300 ribu tetapi nampaknya 300 ribu itu tak mencukupi. Jadi besok, besok difahamkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan akan ke St. Helier ni pagi besok YB, dan kita tengoklah macam mana penyelesaiannya sebab 300 ribu ni memang tak cukup. Tak boleh selesaikan masalah. Jadi sebab kos pembinaan dah tinggi dan sebagainya. Jadi besok baru kita tahu jawapan YB, saya tak dapat bagi jawapan sekarang. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan akan melawat. Saya harap YB pun akan turut hadir besoklah ha di sekolah apa ni, SJKT St. Helier ni untuk kita mendapatkan kepastian bila dan berapa banyak peruntukan boleh ditambah oleh KPM bagi tujuan menyelesaikan masalah di St. Helier ni.

Hari yang ketiga, terima kasih kepada YB Sungai Lui, YB Gemas dan jugak Serting dan Bagan Pinang ya. YB Sungai Lui, dia risau tentang sekolah luar bandar yang kurang murid dan sekolah bandar, sekolah bandar yang ramai. Ini satu yang kita tak dapat elakkanlah. Memang sepertimana saya sebut di hari kedua itu hari dan jawapan saya bahawa sekolah luar bandar memang banyak sekolah SKM Yang Berhormat. SKM ini sekolah kurang murid. Jadi saya jawab soalan pra sekolah itu begitulah gambarannya. Bila kawasan itu kurang murid, di peringkat pra nya maka dimasuk sekolah itulah jugak jumlah yang akan masuk ke sekolah. Jadi memanglah di luar bandar dan bandar ni memang ada perbezaan dari segi kepadatan murid.

Tinggal lagi yang YB Lui lebih concern dengan izin, ialah Sekolah Magnet ni. Sekolah Magnet di Lui ni yang tak nampak penambahan pelajar-pelajar. Ini saya dah bincangkan jabatan. Kita fikirkan apakah kaedah yang paling sesuai untuk kita dapat, nama Sekolah Magnet tapi tak tak dapat tarik budak ramai ke sekolah tu. Jadi kita mungkin kena fikirkan apakah kursus ataupun mata pelajaran tertentu yang boleh kita tawarkan di sekolah ini supaya ramai murid-murid yang datang dapat belajar di Sekolah Magnet ni.

Masa yang sama Yang Berhormat juga mencadangkan supaya Sekolah-Sekolah Agama Rakyat ni dibantu. Ni kita panjangkan juga kepada Kerajaan Negeri macam mana kita, dapat tak peruntukan selenggaraan daripada Kerajaan Negeri ni boleh tak kita panjangkan kepada Sekolah Agama Rakyat? Sebab sekarang ni kita menumpu sedikit sebanyak bantuan selenggara ni hanya kepada sekolah-sekolah di bawah KPM. Jadi sekarang ni cadangan YB, Sekolah Agama Rakyat perlu diberikan

perhatian jugak. Nanti ini tak ada kata putus yang boleh saya jawab di sini Yang Berhormat. Jadi kita akan tengok sama-samalah ya.

Kemudian Yang Berhormat Gemas. Yang Berhormat Gemas, dia mintak kita fokus kepada SPM kerana keputusan SPM kita Negeri Sembilan amat baik. Alhamdulillah ya, amat membanggakan setakat ini. Dan beliau mencadangkan supaya kita mencari penaja, maksud beliau ini ialah supaya kalau ada syarikat-syarikat ataupun badan-badan korporat di kawasan-kawasan berkenaan itu boleh menaja program-program yang, yang memperkasakan pelajar-pelajar yang akan menduduki SPM. Ini satu Cadangan yang baik kalau boleh kita laksanakan. Apa pun kalau kita lihat kepada belanjawan pendidikan tahun ini, yang dibacakan oleh Yang Amat Berhormat tempoh hari, ada sejumlah peruntukan 100 ribu ya, Insentif Khas Galakan Kecemerlangan SPM. Mungkin kalau kita lihat ni mungkin kita bahagikan dengan jumlah sekolah mungkin tak cukup, tapi ini satu permulaan yang baik dan mungkin kita dapat jugak guna pakai peruntukan yang lain-lain jugak untuk kita salurkan kepada sekolah-sekolah demi memperkasakan pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Kemudian Serting. YB Serting mencadangkan, dia banyak mencadangkan ya, mencadangkan Maahad Ahmadi dibuka cawangan di daerah-daerah lain. Betul tak YB? Macam tulah maksud dia lebih kurang kan? Beliau memberi contoh, contohnya seperti di Kelantan, di Kedah ada sekolah-sekolah yang begini yang bukak cawangannya di seluruh daerah. Jadi ini pun, saya terimalah cadangan ni, akan kita bincangkanlah dengan Kerajaan Negeri.

Yang keempat, Bagan Pinang, tentang permohonan beliau supaya ditempatkan sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Port Dickson. Ini sebenarnya dah ada perbincangan lisan di antara Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan Unit Sekolah Berasrama Penuh, Malaysia, KPM tetapi setakat ini tidak ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 tentang peruntukan membina Sekolah Berasrama Penuh di kawasan Port Dickson ini. Apa pun kita akan cuba secara formal kali ini. Dan kita tengoklah apa jawapan daripada kementerian tentang permohonan daripada daerah Port Dickson untuk mendapat sebuah Sekolah Berasrama Penuh di kawasan PD.

Jadi hari yang ketiga iaitu hari ni, hari akhir, saya ucap terima kasih kepada Kota, kepada Lenggeng dan jugak Chembong ya. Hari ni 3 YB menyebut tentang, yang pertama tentang Kota. YB Kota ada bertanya tentang padang sekolah saya dah jawab tadi dalam soalan lisan. Tapi saya ucap tahniahlah kerana baru-baru ni saya pun sewaktu

merasmikan, menyempurnakan Hari Aspresiasi PPD Rembau, melibatkan semua sekolah daerah-daerah Rembau, sekolah menengah, sekolah rendah, saya dapati sekolah yang dimaksudkan oleh YB tak ada padang ni, dia johan sukan YB. Belum ada padang dah johan. Jadi elok takde padang tak? Dah ada padang ni, Sekolah Kebangsaan Tanjung ni. Saya menyampaikan, saya jumpa dengan guru besar itu. Johan daerah, memang hebat. Tapi saya takut dapat padang langsung tak johan pulak. Tapi tak apalah, sebab ini kita ambil kiralah ya. Untuk jangka panjang Yang Berhormat Kota mencadangkan buat sekolah baru, kawasan baru tapi sepertimana kita sedia maklum permohonan untuk sekolah baru ni kena kita buat secara rasmi, yang ada kawasan yang cukup keluasannya 8 ekar dan sebagainya, baru kita boleh, tapi boleh kita panjangkanlah. Sebab kerana saya melihat jangka panjang mungkin terdapat pertambahan pelajar-pelajar di situ. Saya pun difahamkan sekolah ni sebelahnya ialah jalan laluan kereta api ya YB? Jalan kereta api itu sebab tak boleh padang. Tapi hebatlah sekolah ni, saya ucap tahniahlah kepada Sekolah Tanjung, SK Tanjung ni dan jugak kepada YB Kota sekalilah ya, di atas kejayaan sekolah ni.

Kemudian, tanah runtuh di SK Semabok. Ada tanah runtuh dah tak di, dah setahun ya? Dah lama tanah ni, saya mintak ya, Jabatan Pendidikan secepat mungkinlah, besok pun kalau boleh tengok sekolah ni, tanah runtuh ni, kita tengok sama ada di luar sekolah atau dalam sekolah dan tanggungjawab siapa yang nak baik pulih tanah runtuh ni yang mungkin akan menjejaskan bangunan sekolah dan sebagainya.

Yang keduanya kita pergi kepada YB Lenggeng. YB Lenggeng menyebut panjang luas tentang TVET. TVET sebenarnya saya dah dah sentuh panjang lebar tadi. Apa yang beliau nak ialah supaya Kolej Yayasan Negeri Sembilan sebagai institusi TVET Negeri Sembilan mengadakan kolaborasi dengan kementerian-kementerian. Itu maksud YB Lenggeng. Sebab kita sedia maklum bahawa walaupun diumumkan besar peruntukan TVET ni, tetapi semuanya diturunkan melalui kementerian dan kementerian yang menjalankan aktiviti. Tak ada setakat ni peruntukan turun kepada kerajaan negeri YB Dato’ SFINO ya? Tak ada. Tak ada. Jadi kita pulak di pihak Kerajaan Negeri kita salurkan peruntukan melalui Kolej Yayasan Negeri Sembilan, peruntukan Kerajaan Negeri sendiri. Peruntukan federal, TVET yang disebutkan berapa bilion itu dia tak turun pada Kerajaan Negeri. Dia turun melalui kementerian ataupun agensi-agensi seperti MARA, GIATMARA dan sebagainya dan hampir semua agensi mempunyai peruntukan, dapat projek projek, peruntukan TVET ni. Jadi tu sebabnya YB Lenggeng cadangkan supaya Kolej Yayasan Negeri Sembilan berkolaborasi dengan kementerian ini supaya kita dapat faedah bersamalah dalam menjalankan aktiviti TVET. Ini satu yang baik dan saya akan

maklumkan kepada Yayasan Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat.

Akhir sekali YB Chembong. YB Chembong, saya ucap tahniah kepada PPD Rembau. PPD Rembau adalah PPD terbaik ya, di Negeri Sembilan, mencapai Gred Purata 3.60 dalam SPM tahun lepas dan 10 tahun yang lalu pun memang PPD Rembau yang terbaik dalam Negeri Sembilan. Ini saya akui, disebut oleh YB Chembong tadi, memang terbaik. Dan, YB dah sebut pagi tadi tu, tu yang tak tepuk tangan lagi. Dan kita tahu sekolah-sekolah yang berpres, prestasi baik, seperti SEMADAH ya, Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail terbaik STPM dalam negara, dalam Malaysia yang nombor satu itu. Jadi memang hebat, PPD Rembau dengan pencapaian dia. Saya ucap tahniah dan kita harap PPD-PPD lain pun akan bersaing hebat ya, untuk keputusan-keputusan di masa yang akan datang.

Apa pun ada satu dua perkara yang disentuh oleh Yang Berhormat, iaitu pertamanya Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja. Kolej ni mempunyai asrama, ada asrama. Tinggal lagi ada arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya sekolah ini, kolej ini menambah enrolmen dia. Bila tambah enrolmen ni, asrama tak cukup. Itu itu maksud YB tadi bila menyentuh soal ini. Jadi kita tengoklah, saya akan rujuk balik perkara ni kepada jabatan, berapa jumlah sekarang ni, setelah dapat arahan ni, berapa ramai penambahan pelajar yang yang mampu diterima oleh Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja ni. Kalau ada pertambahan yang yang jumlahnya yang memerlukan kita menambah blok asrama, maka kita akan buat permohonan secara rasmilah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di masa yang sama Yang Berhormat Chembong juga menyebut tentang keperluan sebuah sekolah menengah yang baru di kawasan Durian Daun ataupun di kawasan Pilin yang mana difahamkan bahawa sekolah yang paling berhampiran dengan Durian Daun ni ialah sejauh 15 kilometer. Itu paling hampir daripada kawasan Kampung Durian Daun dan Pilin ini. Walaupun saya tak faham sangat ini kawasan Pilin ini tapi itu yang dimaksudkan tadi. 15 kilometer. Jadi kawasan jauh. Jadi di kawasan Pilin, Durian Daun ni pun dah ada satu UiTM. Bila ada UiTM makanya ramailah bertambah penduduk situ melalui tenaga pengajar, pekerja dan sebagainya. Jadi perlu sebuah sekolah baru. Itu maksud Yang Berhormat. Ini merupakan satu cadangan dan insya-Allah kita akan bawa cadangan ni kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan seterusnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jadi itu saja jawapan ringkas saya Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ucap terima kasih. Assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat Pilah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Salam Negeri Sembilan Bersih, muafakat, sejahtera. Salam Malaysia madani. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebelum saya memulakan ucapan penggulungan, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Aminuddin, Dato’ Seri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar dan yang telah membentangkan belanjawan pada Jumaat yang lepas. Dan tidak dilupakan kepada Dato’ Kewangan Negeri dan seluruh kakitangan jabatan dan agensi yang telah bersama-sama ya, berganding bahu untuk menggembleng tenaga dalam membantu mengurus tadbir negeri yang kita cintai ini. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat dan pihak-pihak yang terlibat kerana meneruskan kelangsungan dan agenda pembangunan negeri ini untuk memberikan tumpuan kepada inisiatif-inisiatif yang diyakini dapat menyeimbangkan keperluan sara hidup dan mengukuhkan ekonomi supaya terus berdaya tahan seperti yang telah diumumkan oleh Dato’ Seri Utama Menteri Besar dalam Belanjawan tahun 2025 iaitu kekal dengan tema “Bersama Membina Negeri Madani”. Usaha keras dan komitmen semua pihak untuk memajukan khususnya wanita, keluarga dan masyarakat Negeri Sembilan tidak ternilai dan amat saya hargai.

Menjawab isu yang dibangkitkan ADUN Bagan Pinang iaitu mengenai isu peruntukan di bawah Program Pemerkasaan Wanita. Untuk makluman Yang Berhormat dalam Belanjawan 2025, Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan sebanyak peruntukan Ringgit Malaysia 0.93 juta bagi perlaksanaan program dan aktiviti pemerkasaan wanita. Antaranya ia adalah berbentuk program peningkatan ekonomi wanita, inisiatif membasmi kemiskinan keluarga, program kasih iaitu OHSEM (Orang Hebat Sejahtera Dan Emosi), program Kasih Ceria iaitu Nogori Sejahtera dan program-program bersepadu bersama kerajaan dan swasta. Dalam pemerkasaan, dalam inisiatif 0.93 juta ini ya, di bawah portfolio saya, kita bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ya, portfolio ini iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita, LPPKN Negeri Sembilan dan UPEN sebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang ditetapkan ini. Perancangan yang berstruktur dan bersama pelbagai pihak bagi memastikan inisiatif yang dipertanggungjawabkan yang, supaya dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan. Perlaksanaan program dilaksanakan sehingga kini ke peringkat akar umbi akan

memberi manfaat kepada kumpulan sasar di bawah portfolio akan dipantau secara holistik.

Ia, saya menyentuh soalan dan dan isu yang dibangkitkan oleh YB Lukut. YB Lukut tak ado di sini ya. Iaitu mengenai program-program PH GEM di kawasan beliau ya. Program PH GEM ini untuk tahun 2025, kita memfokuskan penjenamaan barulah. Kita, dari segi program aktiviti pemerkasaan wanita ya, ia memberi tumpuan kepada program-program yang memperkasakan wanita khususnya program di peringkat negeri di mana setiap program mampu mencapai sasaran bersepadu dalam skala besar dan lebih jauh besar dalam misi memperkasakan wanita di semua peringkat keseluruhan 36 DUN ya, dan 8 Parlimen di Negeri Sembilan dalam misi memperkasakan wanita. Namun program-program lain juga dalam berskala kecil masih diteruskan.

Untuk makluman YB Lukut, yang dimaklumkan tiada program di PH GEM ini, seperti yang sedia maklum, ya, Dewan yang mulia ini, program di bawah PH GEM ini seperti tahun-tahun yang yang lepas perlu dimohon ya, perlu dihantar permohonan ke Pejabat Exco Wanita. Kalau tidak memohon bagaimana perlaksanaan nak dilakukan di kawasan YB lah ya. Dalam, dan di penyata rasmi saya dah diumumkan, saya dah nyatakan jawapannya ya, dalam Persidangan Pertama (Perasmian) di mana YB-YB ADUN di semua 36 DUN di Negeri Sembilan ini boleh menguar-uarkan ya, apa-apa inisiatif Program Pemerkasaan Wanita dan dan YB-YB ADUN sendiri peka dan tahu wanita di kawasan YB memfokuskan program apa. Kalau kita, sebab pada peringkat saya saya buka ruang peluang YB-YB ADUN yang tahu ya, apa program-program yang beri manafaat kepada wanita-wanita di kawasan YB masing-masing. Jadi mohonlah permohonan ini. Ada ya. Ada ruang untuk memohon. Jadi tak adalah isu dikata di di kawasan Lukut tidak ada program ya. Ada. Dan kita ada penyelia di kawasan PD yang menguruskan program-program di setiap Parlimen ya.

Soalan seterusnya iaitu daripada YB ADUN Serting mengenai adakah masih terdapat bantuan C4U. Okey, untuk menjawab persoalan ini, untuk pengetahuan YB ADUN Serting, Bantuan Care For You dilaksanakan sejak tahun 2019 masih diteruskan pada tahun 2025 dengan jumlah peruntukan 1.2 juta. Ada tambahan ya tahun lepas RM1.0 juta tahun ini dinaikkan dan jumlahnya 1.2 juta. Terima kasih kerajaan Negeri Sembilan. Peruntukan ini adalah yang tertinggi berbanding peruntukan yang pernah diluluskan sebelum ini, sebanyak 1.0 juta pada tahun 2024. Ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyantuni dan mengurangkan beban kewangan ibu tunggal di bawah kategori miskin dan miskin tegar.

Merujuk isu untuk yang dibangkitkan oleh ADUN Lobak mengenai mohon kerajaan tambah penempatan golongan gelandangan seperti, di rumah RMC iaitu Rumah Minda Ceria. Ini adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan diteruskan untuk tahun ini juga. Untuk makluman YB ADUN Lobak, Rumah Minda Ceria adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bermula tahun 2021 bagi mengisi, mengatasi isu-isu penempatan dan pemulihan kepada golongan gelandangan yang dikategorikan memiliki masalah, masalah dari segi keupayaan mental, ketagihan barang terlarang seperti dadah, hidu gam dan alkohol ataupun sakit melarat. Berdasarkan Akta Pusat Jagaan 1993, had maksimum penghuni RMC adalah seramai 16 orang lelaki. Sehingga kini terdapat 8 orang penghuni di RMC yang masih, dan masih terdapat kekosongan. Ada lagi YB Lobak. Jadi jika yang, ada aduan-aduan boleh rujuk kepada pihak JKM untuk pendaftaran.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Pilah, mencelah.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Saya dimaklumkan, penuh.

Sini, dinyatakan, pengarah menyatakan ada kekosongan. Jadi YB besok, nanti boleh maklum, rujuk Pengarah JKM untuk kemasukan apa ni, penamalah atau insan yang bermasalah itu ya. Jadi keseluruhan program perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian yang diadakan di RMC, dijangka akan mengambil tempoh satu hingga 2 tahun bergantung kepada ketersediaan golongan gelandangan tersebut kembali semula ke komuniti. Sehubungan dengan itu, mana-mana kes yang berkeperluan dan memenuhi salah satu kategori yang dinyatakan di atas boleh ditempatkan di Rumah Minda Ceria. Bagi kategori masalah ketidakupayaan mental pula perlu mendapatkan pengesahan rawatan daripada Kementerian Kesihatan. Pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai cadangan penambahan penempatan golongan gelandangan seperti RMC bagi golongan wanita pula yang menepati mana-mana kategori di atas.

Saya menjawab soalan daripada ADUN Paroi mengenai piawaian manakah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi mendefinasikan miskin tegar. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat mendefinasikan miskin tegar dan miskin adalah golongan yang mempunyai pendapatan bulanan di bawah Ringgit Malaysia 1,198.00 bagi satu isi rumah. Ini berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjadikan panduan kepada semua pegawai JKM dalam menentukan kelayakan penerima bantuan JKM.

Soalan isu yang dibangkitkan oleh ADUN Labu iaitu kurang tumpuan diberikan kepada kebajikan masyarakat dalam Belanjawan 2025. Ada 3 isu yang dibawa oleh ADUN Labu. Kedua: Sumbangan Keceriaan secara one off kepada warga emas perlu dipertimbangkan untuk golongan di bawah umur 65 tahun. Ketiga: berapakah bilangan warga emas yang telah menerima Sumbangan Keceriaan wang, warga emas secara one off pada tahun 2024 dan berapakah bilangan pasangan yang menerima sumbangan perkahwinan kali pertama daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Untuk menjawab saya nyatakan di sini ya ADUN Labu, Kerajaan Negeri Sembilan tidak mengabaikan rakyat Negeri Sembilan termasuk golongan warga emas, pelbagai inisiatif serta bantuan aspirasi telah dibuka kepada semua yang layak memohon selagi memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan. Kerajaan Negeri juga telah memberikan sejumlah peruntukan kepada pusat khidmat bagi tujuan kesejahteraan rakyat. Kerajaan telah sekian lama menyediakan bantuan kepada warga emas yang boleh menampung barang keperluan seperti lampin pakai buang, bantuan kerusi roda yang disediakan kepada warga emas yang layak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kedua, Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai cadangan ini dan akan menjalankan kajian lanjut yang sewajarnya. Bagaimanapun, sebarang penambahan jumlah bantuan serta inisiatif Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Negeri Sembilan.

Berdasarkan data yang diperolehi daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan yang menyelaraskan pemberian one off warga emas dan sumbangan perkahwinan kali pertama, berikut adalah maklumat yang di dinyatakan ya, sehingga 31 Oktober 2024 seramai 33,500 jumlah warga emas yang telah menerima bantuan one off dengan jumlah pembelajaran sebanyak Ringgit Malaysia 6.7 juta. Manakala, seramai 1,283 orang pemohon telah diluluskan pembayaran bagi inisiatif pasangan yang menerima sumbangan perkahwinan kali pertama daripada Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia 641,500.00. Jumlah pemohon tersebut merangkumi bangsa Melayu, Cina, India serta orang Asli dari julat umur antara 22 tahun hingga ke 35 tahun dari seluruh negeri.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Lukut mengenai mohon Kerajaan Negeri membantu menyediakan kenderaan yang baru bagi PKMD PD kerana kenderaan yang telah uzur. Terima kasih diucapkan kepada keprihatinan YB Lukut terhadap kesukaran petugas JKM Daerah Port Dickson atas kende, akibat kenderaan jabatan yang telah uzur. Kerajaan Negeri dan pihak Exco Kebajikan sentiasa mengambil berat dan sedaya upaya membantu

penjawat awam agar dapat melaksanakan tugas dengan selesa dan selamat demi kepentingan rakyat. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memohon kelulusan menggunakan lebihan peruntukan Bantuan Am bagi perolehan sebuah kenderaan baru bagi kegunaan pusat khidmat masyarakat DUN PD ya, khidmat masyarakat di Port Dickson ya. Ucapan terima kasih kepada Dato’ Kewangan Negeri ya, kerana telah meluluskan sejumlah Ringgit Malaysia 133 ribu bagi perolehan kenderaan tersebut. JKM sedang berusaha mengurus proses perolehan kenderaan tersebut dan dijangka akan selesai pertengahan Disember 2024.

Dato’ Yang Dipertua, isu yang dibangkitkan seterusnya adalah dari ADUN Sungai Lui iaitu mencadangkan agar Kerajaan Negeri menubuhkan akaun amanah untuk menyelenggara premis Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK). Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) adalah badan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. PPDK menyediakan program pemulihan bagi OKU di seluruh Negeri Sembilan. Sehingga kini terdapat 44 buah PPDK yang menjaga pelatih seramai 1,108 pelatih OKU. PPDK menerima geran pengoperasian daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun geran tersebut tidak meliputi bantuan bagi pembaikan premis PPDK. Kerajaan Negeri telah menubuhkan akaun Negeri Sembilan, Akaun Amanah OKU Negeri Sembilan pada tahun 2021 atas cetusan idea Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan. Punca kuasa bagi penubuhan Akaun Amanah adalah Akaun Amanah Disatukan di bawah subseksyen 9(1) Akta Tatacara Kerja 1957. Tujuan akaun ini ditubuhkan adalah untuk memperakur, memperakaun dan menyelaras semua terimaan dan perbelanjaan bagi aktiviti, program, pembangunan serta pengurusan orang-orang kurang upaya di Negeri Sembilan. Salah satu program pembangunan OKU di bawah akaun amanah ini adalah bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan OKU bagi pengoperasian, pembaikan dan penyelenggaraan kecil, pembelian peralatan program dan aktiviti dijalankan. Sehubungan dengan itu, peruntukan di bawah akaun Amanah OKU Negeri Sembilan boleh digunakan untuk membantu PPDK bagi membiayai sebahagian kos pembaikan premis-premis yang telah rosak. Permohonan boleh dikemukakan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan selaku jabatan yang bertanggungjawab.

Di sini saya nyatakan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Dato’ Kewangan kerana satu inisiatif baru yang kita khususkan untuk OKU Negeri Sembilan iaitu Sentuhan Prihatin OKU dengan nilai Ringgit Malaysia 0.22 juta. 0.22 juta. Betul Dato’ ya? Kok salah. 0.22 ribu, haa ya, ini, 222, haa 220 ribu haa okey, maaf, Dato’ Yang Dipertua maaf, okey, kang saya silap umum,

bertambah pulak belanjawan nanti ya. Jadi ini adalah salah satu inisiatif baru kita memfokuskan kepada aktiviti program untuk golongan OKU di semua ya, 44 PPDK di Negeri Sembilan. Jadi satu inisiatif baru ini kita dapat, saya harap PPDK dan pelaksana guru-guru dapat menggunakan sebaik mungkin inisiatif ini untuk keperluan pelatih-pelatih OKU Negeri Sembilan. Jadi harapan saya, dah terjawab semuanya ya? Jadi yang menyentuh akaun amanah tadi ya, bantuan boleh diberikan bergantung kepada peruntukan yang ada di dalam akaun memandangkan sumber utama akaun adalah sumbangan daripada pihak swasta, GLC dan syarikat-syarikat korporat dan orang ramai.

Alhamdulillah terjawab semuanya soalan-soalan isu-isu yang dibangkitkan oleh YB-YB ADUN. Harapan saya, pemerkasaan wanita adalah salah satu usaha menyemai keharmonian keluarga, adalah agenda yang telah dilaksanakan di negeri ini di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Sikamat iaitu Menteri Besar. Ini dapat dilihat dengan pelbagai pa, pelbagai program yang telah dijalankan. Dan kita juga dapat melihat figura-figura wanita berada dalam barisan kepimpinan pentadbiran Negeri Sembilan yang telah menunjukkan corak kepimpinan yang berkesan dan proaktif. Kita sedang membangun negeri madani, dengan ini, dengan acuannya tersendiri di bawah Kerajaan Perpaduan melalui pasca perubahan kerajaan sejak 2018 telah membuka sinar baru bagi negeri ini untuk terus menjadi sebuah negeri yang mampan sebaris dengan Selangor dan Pulau Pinang kerana, jangan kerana terleka dengan tingginya pendapatan negeri yang telah melonjak dalam tempoh 5 tahun kita menjadikan kita lalai dan leka. Kepada jabatan dan agensi di bawah portfolio saya, saya harap Portfolio Wanita, Keluarga Dan Masyarakat ini, insya-Allah kita akan bekerja lebih gigih lagi dalam memastikan portfolio ini mencapai objektif dalam mensejahterakan rakyat Negeri Sembilan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Sama-sama. Yang Berhormat Bahau.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana membenarkan saya untuk menggulung khususnya pada waktu ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan khususnya menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan Portfolio Industri.

Dato’ Yang Dipertua untuk menjawab Yang Berhormat Chennah, pembangunan Malaysian Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) melibatkan projek pemangkin yang dikenali sebagai Projek Heartbeat akan memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan perindustrian bagi meningkatkan pelaburan, melonjakkan ekonomi seterusnya membuka

lebih banyak peluang pekerjaan. Menerusi usaha ini, suka saya nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri pada masa ini akan membuka dan membangunkan kira-kira 10 kawasan perindustrian baru dengan segmen industri yang telah dikenalpasti bagi menyokong agenda pembangunan MVV 2.0. Pembangunan kawasan perindustrian baharu ini melibatkan Taman Perindustrian Bandar Hamilton, NS Smart Park, MVV TechValley, Tech Park 3@Enstek, Vision Business Park, Ekar Smart Park, Springhill Industry Park Fasa 3, Sikamat Industrial Park, SPD Tech Valley dan NS Semi Conductor Valley. NS Semi Conductor Valley telah pun dilancarkan pada 10 haribulan Oktober yang lalu. Manakala MVV City Parcel B, MVV 2.0 seluas 1,382 ekar akan melibatkan Taman Perindustrian MVV TechValley akan disempurnakan Majlis Pecah Tanahnya pada 17 Disember 2024 akan datang.

Dato’ Yang Dipertua, terletak di bahagian Selatan Lembah Klang, MVV 2.0 adalah destinasi semula jadi yang strategik untuk menerima impak limpahan Lembah Klang yang berkembang besar. Lokasinya yang bersebelahan dengan pintu masuk antarabangsa negara; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), serta berdekatan dengan bandar-bandar utama dan pusat-pusat pertumbuhan di Konovasi Nasional menjadikan kawasan seperti Nilai sebagai lokasi yang menarik serta logik bagi pembangunan hab logistik sebagai sokongan kepada industri kawasan Lembah Klang atau serantau.

Dato’ Yang Dipertua, untuk itu, SME Business Park di Nilai Impian telah dibangunkan penempatan gudang-gudang penyedia logistik di kawasan tersebut. Ini berikutan lokasi dan penetapan projek berkenaan yang berdekatan dengan akses ke Lebuh Raya ELITE, bahkan model projek tersebut yang dibangunkan sebagai sebuah managed industrial park pertama di Negeri Sembilan. Dan projek SME Business Park ini akan diluaskan dengan pembangunan SME 2, 3 dan 4 melibatkan keluasan 132 ekar. Dan ini mungkin akan dapat menyokong idea bagi pembangunan hab logistik di Nilai.

Selain daripada itu, rangka kerja Inisiatif Pembangunan Kluster Industri di Wilayah Tengah juga menggalakkan integrasi rantaian bekalan serantau dan global dalam merancakkan aktiviti pelaburan menerusi pendekatan model inisiatif bagi mengukuhkan rantaian, rantaian bekalan dengan memanfaatkan industri-industri tumpuan yang telah wujud untuk membina kluster yang baru. Pembentukan identiti kluster industri ini selari dengan agenda negara NIMP 2030. Antara strategi kepada inisiatif ini meliputi pembangunan ekosistem melalui pendekatan promosi pelaburan yang bersasar serta menambah baik infrastruktur dan jaringan logistik. Oleh itu, berdasarkan kepada

perancangan dan usaha yang dirancangkan ini, kita jangka sokongan perindustrian dalam bentuk pembangunan hab logistik akan lebih rancak pada masa datang.

Dato’ Yang Dipertua, masa depan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Sikamat semakin kukuh dengan adanya sokongan, dokongan daripada Barisan Nasional khususnya Yang Berhormat Exco Kanan dan juga semua rakan-rakan Yang Berhormat, akan bersama mengikut rentak yang telah disusun bersama Yang Amat Berhormat Sikamat. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Sikamat pasti akan memberikan impak yang besar kepada Negeri Sembilan terutamanya dalam sektor ekonomi dan pembangunan kerana Negeri Sembilan hari ini bukan lagi Negeri Sembilan yang dahulu. Kita tidak mudah mahu melabelkan diri kita sebagai the greater state, tetapi hari ini kita memang selayak dipanggil the greater Negeri Sembilan kerana kita melepasi fasa sukar. Dan hari ini kita menjadi negeri yang semakin kukuh dan mampan. Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Sikamat yang telah menyusun tapak ekonomi negeri ini dengan baik dan cemerlang. Ini membolehkan negeri ini mencapai sasaran pendapatan negeri Ringgit Malaysia 1.0 bilion menjelang tahun 2030. Saya yakin jika barisan kepimpinan yang ada pada hari ini bekerja bersungguh-sungguh bersama dengan Yang Amat Berhormat Sikamat, impian tersebut pasti tercapai. Sekian, terima kasih.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Bahau. Ahli-ahli Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh Mesyuarat Dewan dan akan sambung semula pada hari Khamis; 28 November 2024 bersamaan 26 Jamadil Akhir 1446 Hijrah. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

[Mesyuarat Dewan ditangguhkan pada jam 5.40 petang.]