Negeri Sembilan · 28 November 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting (Budget) · not final · 332 turns · 32,767 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Membaca Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Gemencheh.

[YB ADUN Gemencheh telah membacakan doa di bawah Peraturan IX Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan..

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil‘alamin wassalatu wassalam’ala ashrafil anbiya iwal mursalin wa’ala alihi wasahbihi ajma'in. Raditubillahi rabba wabil islami dina, wabi muhammadin nabiya warosula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian. Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini; 28 November 2024 merupakan hari kelima persidangan.

Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada hari ini kerana tugasan beliau di peringkat Kementerian. Yang Berhormat ADUN Chennah tidak dapat hadir pada hari ini kerana beliau perlu menghadiri sesi penggulungan Kementerian Pengangkutan Malaysia di Dewan Rakyat. ADUN Bahau tidak dapat hadir pada sesi pagi kerana menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan di kawasan beliau. Yang Berhormat ADUN Seremban Jaya juga tidak, akan sedikit lewat untuk menyantuni urusan rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Bahau.

Hadirin sekalian, sebagaimana maklum, sesi penggulungan akan disambung pada hari ini. Seterusnya akan disusuli dengan pembentangan 5 Rang Undang-Undang. Sebagaimana biasa saya ingin menyeru pada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih selamat bersidang.

Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kelima)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara ketiga, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kelima).

Yang Dipertua Dewan

Saya mempersilakan ADUN Lobak.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Saya mewakili Lobak untuk menanyakan soalan nombor 1.

Tuan Arul Kumar a/l JambunathanDAP · PHMenteri Besar · Nilai

Dato’ Yang Dipertua, ini berkaitan dengan loji rawatan kumbahan ataupun STP. Jumlah loji aktif dan rumah pam di bawah seliaan Indah Water Konsortium Negeri Sembilan adalah sebanyak 531 buah seperti mana pecahan mengikut daerah berikut: Seremban – 277, Port Dickson – 78, Jempol – 50, Tampin – 48, Kuala Pilah – 42, Rembau – 26 dan Jelebu – 10. Manakala tapak loji rawatan kumbahan yang telah dirasionalasisi, dirasionalisasikan dan tidak beroperasi adalah sebanyak 53 buah.

Berkaitan dengan perancangan terhadap loji rawatan kumbahan yang tidak berfungsi ini, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) sedang mengemaskini cadangan hala tuju bagi tapak loji rawatan kumbahan (LRK) yang telah dirasionalisasi ataupun tidak lagi berfungsi sebagai loji kumbahan aktif. Hala tuju ini akan menentukan sama ada tapak loji rawatan kumbahan yang tidak berfungsi ini akan dikekalkan untuk terus diselenggara oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) ataupun dilepaskan semula kepada pihak yang berkenaan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lui di atas pertanyaan. Hanya nak maklum kepada Dewan ini ya, Dato’ Dipertua, tentang pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Sembilan ni, saya dah jawab sebenarnya soalan daripada Lobak pada hari pertama. Apa pun, kalau YB nak saya teruskan, saya teruskan. Teruskan? Sebab hari pertama saya dah jawab tentang pendidikan awal kanak-kanak. Ini pun pendidikan awal kanak-kanak. Apa pun Yang Berhormat Yang Dipertua, pertanyaan mengenai tabika (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) serta taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di negeri ini sama ada kelolaan kerajaan mahupun swasta. Bagi Jabatan ada 3. Satu, yang pertamanya ialah KEMAS, yang kedua ialah Tabika Perpaduan, yang ketiga ialah di bawah prasekolah jabatan, Kementerian Pelajaran dan ada jugak yang daripada swasta Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Daripada tabika Kemas untuk tabika (Taman Bimbing Kanak-Kanak) sebanyak 471 kelas dan taska iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak sebanyak 42 kelas. Bagi Tabika Perpaduan pula, sebanyak 120 buah dan taska sebanyak 2 buah sahaja. Manakala tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Sembilan berjumlah 381 buah. Itu jumlah Yang Berhormat yang Dipertua. Dan semua tabika dan taska ni mengikut kurikulum yang telah ditetapkan. Dan pemantauan sentiasa dibuat supaya tabika dan swas, dan jugak taska ni menjalankan operasi mereka dengan anak-anak kita mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. Tinggal lagi ada juga yang tidak berdaftar dengan kerajaan, itu tak dapat saya jawab pada hari ni. Dato’ Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Saya kemukakan soalan nombor 2.

Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan tanah dan bangunan terbiar. Jumlah pemilik tanah dan bangunan terbiar yang telah difailkan kes mahkamah di Majlis Bandaraya Seremban adalah sebanyak 210 kes. Yang kedua, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghukum pemilik-pemilik sedemikian yang melepaskan tanah mereka tanpa diselenggara sehingga menimbulkan kacau ganggu.

Pihak PBT selepas menerima aduan atau berdasarkan pemantauan dijalankan, pemilik akan diberikan notis di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan sekiranya pemilik masih tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan kepada notis yang diberikan, maka tindakan undang-undang yang boleh diambil :

• Di bawah Seksyen 74. Bagi kesalahan membiarkan rumah atau bangunan atau tanah atau mana-mana bahagiannya dalam keadaan kotor dan tidak baik atau diliputi tumbuhan-tumbuhan rimbun atau mudarat boleh didenda tidak melebihi 1,000.00 ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya;

• Keduanya di bawah Seksyen 80. PBT boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap seseorang yang melakukan mana-mana kacau ganggu itu bagi menghapuskannya dan juga bagi mendapatkan ganti rugi. Selain itu, tindakan secara terus juga boleh diambil di bawah Seksyen 81, 82 dan 110 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Seterusnya, PBT boleh mengambil tindakan untuk membersihkan lot-lot bangunan yang ingkar notis dengan pembersihan dilaksanakan oleh Majlis ataupun Pihak Berkuasa Tempatan dan segara kos pembersihan akan dicaj kepada pemilik bangunan seperti yang jelas dinyatakan di dalam bawah Akta 171.

Sekiranya notis tidak dipatuhi, pemilik boleh jugak dikenakan tindakan dan didakwa di mahkamah. Pihak Majlis turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Tanah Dan Daerah bagi tindakan penguatkuasaan Notis 6A dan 8A Kanun Tanah Negara bagi premis yang mempunyai tunggakan cukai tanah yang, tunggakan cukai tanah yang tinggi kerana kebanyakan rumah-rumah terbiar ini, mereka tidak ada jaga dan juga ada kes di mana tunggakan cukai pun tidak dibayar. Terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua Dewan, soalan tambahan saya adalah kita faham isu ini bukanlah isu yang barulah di mana sejak saya jadi wakil rakyat selalu kita membangkitkan sejak 2008 sehingga sekarang. Jadi saya nampak memang MBS telah pun mengambil usaha seperti menggantung ini banner notis di tanah-tanah ataupun bangunan terbiar tersebut. Cuma saya nampak lepas gantung banner, then ambil masa yang lama untuk mengambil tindakan mahkamah atau ini fail kes ke mahkamahlah. Tetapi masalah tersebut adalah tanah itu masih dipenuhi dengan pokok-pokok yang tinggi bersemak samun dan MBS tidak mengambil segera, langkah segeralah untuk membersihkan kawasan tersebut. Jadi saya harap ada penambahbaikan ataupun buat

undang-undang baru, dasar baru di mana selepas notis tidak dipatuhi, teruslah pergi bersihkan supaya tidak menimbulkan kacau gangguan kepada jiran-jiran setempat.

Okey. Kita menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat Temiang di mana tadi saya nyatakan di Majlis Bandaraya Seremban saja ada 248, 210 kes yang telah difailkan di mahkamah dan ini yang difailkan di mahkamah saja. Yang belum diambil tindakan mahkamah itu saya ingat lagi banyaklah. So memang ini memberikan masalah dan juga gangguan kepada jiran. Di kawasan saya pun ada, sehingga anai-anai menyerang rumah tersebut dan merosakkan rumah sebelah yang tidak membuat apa-apa kesalahan. Maka kita menyambut baik cadangan dan kita akan cuba untuk melihat tindakan yang lebih tegas boleh dirangka supaya tempoh masa itu boleh disingkatkan dan tindakan undang-undang yang lebih tegas boleh dibawa ke mahkamah, dan kalau boleh tidak diambil tindakan, tindakan yang lebih berat dikenakan supaya isu ini, yang sepertimana yang nyatakan yang lama berlarutan ini, kita boleh meletakkan satu titik noktah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Johol, soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan Johol nombor 1 mengenai pegawai masjid. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menjalankan beberapa program bagi menarik minat calon-calon ataupun pelapis imam di setiap daerah. Antara program yang telah dijalankan adalah seperti program Isbat yang bertujuan meningkatkan prestasi bacaan Al Quran calon-calon ataupun pelapis-pelapis imam. Program pelapis imam juga dijalankan di daerah-daerah yang menyasarkan golongan remaja bagi tujuan menarik minat dan persediaan pelapis imam di kawasan terutamanya di luar bandar.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga menggalakkan masjid-masjid untuk melantik imam tambahan sebagai langkah persediaan sekiranya imam yang telah dilantik meletakkan jawatan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Dato’ Yang Dipertua, sedikit soalan tambahan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat atas jawapan tadi. Saya ingin mencadangkan kepada pihak berkuasa agama negeri ya, Jabatan Agama Islam terutamanya pihak berkuasa agama di daerah-daerah sebenarnya supaya memainkan peranan yang lebih aktif dalam hal yang telah bagi

saya dasar di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan itu dah jelas tetapi apa yang saya harapkan ialah di peringkat daerah ini lebih proaktif. Daerah ataupun kawasan wilayah, kami di Johol ada wilayah agama Islam Johol. Jadi peringkat wilayah ataupun peringkat daerah ni akan lebih proaktif selaras dengan apa ni, apa dia panggil, perancangan ataupun kaedah-kaedah yang telah di diguna pakai ataupun telah dirancang oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan sendiri. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya bersetuju dengan cadangan daripada pihak apa, Yang Berhormat Johol atas cadangan yang baik, dan saya juga berharap bahawa pihak PAID, Pegawai Agama Islam Daerah dapat turun ke masjid-masjid bagi melihat sendiri apa yang berlaku di masjid, dan ini juga merupakan satu perkara yang boleh kita tambah baik daripada masa ke semasa dengan pengetahuan pihak PAID itu sendiri untuk kita segerakan apakah keperluan dan tindakan yang perlu diambil di sesuatu masjid insya-Allah. Jadi saya berharap pihak PAID akan dapat turun ke masjid-masjid dan memberikan penerangan ataupun bantuan yang sepatutnya dilakukan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Serting. Soalan, soalan Serting adalah mengenai pengurusan masjid. Dato’ Yang Dipertua, proses pencalonan AJK adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Pemilihan Jawatankuasa Masjid Negeri Sembilan Sesi 2025-2027 yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Di dalam garis panduan tersebut, pencalonan AJK yang telah dikemukakan oleh kariah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam akan disemak sebelum dikemukakan kepada ADUN ataupun Pejabat Menteri Besar untuk pengesahan. Ini, ya, semakan aduan bagi memastikan bahawa mereka kenal siapa yang akan dilantik sebagai pengerusi, setiausaha dan bendahari. Ini bagi memastikan bahawa tidak berlaku ya, tidak berlaku salah guna masjid untuk kepentingan-kepentingan yang tertentu. Seterusnya senarai nama yang telah disahkan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Mesyuarat MAINS untuk diperakukan sebelum pelantikan dibuat oleh MAINS ya, MAINS tetap yang akhirnya menentukan siapa yang akan jadi pengerusi, setiausaha dan bendahari.

Jawatankuasa Masjid memahami bahawa jawatan yang di, jawatankuasa masjid memahami bahawa jawatan yang disandang oleh mereka adalah bersifat sukarela dan pencalonan mereka juga datangnya dari anak kariah. Justeru setakat ini kerajaan masih belum ada penetapan untuk menyediakan imbuhan secara tetap kepada mereka. Walau bagaimanapun kerajaan menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ada menyalurkan bantuan one off kepada pihak masjid termasuk sagu hati kepada jawatankuasa masjid. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan. Dato’ Yang Dipertua, mengikut kepada sesi yang lepas, pertamanya tiada apa tu, tiada pengesahan daripada ADUN dan juga MB. Lepas tu yang kedua, kalau ikutkan pada sesi-sesi yang lepas, adanya interview ataupun temuduga kepada pengerusi yang akan ataupun bakal dilantik. Dan seterusnya saya mohon agar diberikan mandat kepada ahli kariah untuk melantik pengerusi dan juga ahli jawatankuasanya. Kerana, apa yang berlaku dan kita tengok pada hari ini, pelantikan ini kadang-kadang ada di kalangan kariah yang mengatakan bakal pengerusi itu jarang datang ke masjid sebelum ni. Kita tak tahulah, lepas dilantik nanti akan terus berada di masjid selalu. Wallahua’lam lah. Tidak tahulah macam mana, dan begitu jugak dalam syarat ataupun kriteria yang disebutkan, tidak memegang jawatan pimpinan dalam politik. Tapi hari ini ataupun realiti yang berlaku sekarang ini, ramai di kalangan orang-orang politik yang berusaha atau sungguh-sungguh untuk mendapatkan jawatan tersebut. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kita ya, saya nyatakan tadi bahawa ini adalah jawatan ya, sukarela yang kita katakan bahawa nama pun daripada kariah itu sendiri. Dan kita sedia maklum bahawa kita telah menetapkan bahawa tidak ada orang politik khususnya ketua bahagian, ketua cabang, ketua, apa ketua sekalipun untuk menjadi pimpinan politik. Tetapi kalau yang jawatan kecil setakat ketua kampung, ketua cawangan itu saya rasa kecil saja. Tetapi itu kita harus faham bahawa kadang-kadang dia lebih dihormati oleh masyarakat setempat. Dato’ Yang Dipertua, saya juga melihat bahawa soalan tadi, menyatakan bahawa, nak ada, apa lagi? Soalan dia tadi? Pemilihan ya. Kita telah buat dan ada bantahan ketika itu ya, apabila kita lihat bahawa ada yang tak pernah datang masjid pun mengundi ya. Jadi kita rasa bahawa lebih baik nama itu diangkat daripada ahli kariah yang berada di masjid. Yang tak hadir ke masjid selepas dilantik, saya berharap bahawa ini adalah amanah yang besar. Mereka kena mengimarahkan masjid apabila menjadi pengerusi, bendahari dan setiausaha masjid pastinya saya rasa ini juga merupakan satu amanah yang harus mereka dukung untuk memastikan bahawa mereka juga

mengimarahkan masjid apabila mereka memegang jawatan utama di dalam masjid. Dan saya berharap bahawa apabila pelantikan ini dapat dilaksanakan, mereka pastinya akan memikul tanggungjawab ini dengan lebih baik insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Mambau kemukakan soalan pertama. Nombor 1. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kempen bebas beg plastik. Objektif utama untuk menggalakkan orang awam tidak menggunakan plastik beg di setiap pasar raya dan juga kedai-kedai perniagaan adalah untuk kita mengurangkan penghasilan sisa plastik yang memerlukan jangka masa yang lama untuk proses penguraian sekaligus ia juga menyebabkan pencemaran sisa plastik. Selain daripada itu, kita jugak mahukan menjaga pencemaran alam. Pada masa yang sama, pengurangan beg plastik ini juga akan mengurangkan kos pelupusan sampah yang setiap tahun terpaksa dibebani, dibeban atas bebanan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Tiada lagi penggunaan beg plastik sekali guna iaitu oxo, oxo-degradable dan juga photodegradable. Galakan kepada orang awam untuk membawa beg kitar semula dan bekas makanan mesra alam sendiri semasa membuat pembelian. Keempat, kempen ini jugak adalah bagi pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, pengurusan sisa dan juga kesejahteraan rakyat.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, kita telah pun mulakan mengadakan hebahan secara serah notis kepada para peniaga. Kempen kesedaran berbentuk video, poster dan juga dipaparkan di media-media sosial. Ketiga: ini jugak telah pun dimak, dimasukkan sebagai salah satu syarat dalam Patil Lesen 2024 dan juga akan dilaksanakan seterusnya. Larangan penggunaan beg plastik sekali guna polistrina, penggunaan penyedut minuman atas permintaan dan larangan penggunaan beg plastik jenis oxo atau photo kepada semua kategori perniagaan termasuk penjaja akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2025 di mana selama beberapa tempoh masa ini, lebih hampir 2 tahun, kita telah pun mengadakan pelbagai cara kempen untuk memastikan rakyat mematuhi. Dan sudah tiba masanya untuk kita menguatkuasakan dengan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada kedai ataupun pasar raya yang tidak mematuhi syarat tersebut. Kelima: meletakkan syarat supaya peniaga tidak boleh menggunakan beg plastik sekali guna dan juga penyedut minuman plastik. Ianya telah dimasukkan dalam syarat permohonan lesen perniagaan baru dan juga pembaharuan lesen perniagaan. Sesi

libat urat, libat urus bersama pelesen premis makanan, pasar raya dan lain-lain premis perniagaan dengan pengisian mengenai produk biodegradasi dan alternatif bagi menggantikan beg plastik, bekas makanan polistrina dan penyebut, penyedut minuman plastik. Seterusnya serahan dasar kempen bebas beg plastik dan syarat-syarat lesen perniagaan terkini yang mengandungi dengan jelas larangan penggunaan beg plastik tersebut.

Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa beg biodegradasi sahaja yang dibenarkan sebagai penggantian untuk beg plastik. Bukan beg plas, beg yang ditulis dengan perkataan oxo-degradable atau photodegradable, kerana ini, 2 jenis ini juga adalah di luar digunakan dengan lebih meluas apabila kempen bebas plastik ini dilaksanakan, mereka pindah kepada oxo dan photo. Dan oxo dengan photo ini adalah jenis beg yang lebih berbahaya. Di mana kedua-dua ini akan menghasilkan micro-plastic yang lebih berbahaya kepada semua kehidupan termasuk jugak manusia. Terima kasih.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan. Jadi terima kasih kepada Nilai. Jadi Dato’ Yang Dipertua, kami sering menerima atau dimaklumkan bahawa, bahawa kebanyakan kedai-kedai perniagaan menggunakan oxo degradasi untuk menggantikan beg plastik seperti yang dinyatakan oleh Nilai tadi. Dan ia juga tidak dibenarkan kerana menghasilkan micro-plastic. Jadi soalan tambahan saya, apakah itu micro-plastic dan apa kesannya, apa kesannya kepada kita semua? Terima kasih.

Yang Berhormat Mambau. Terima kasih atas permintaan penjelasan ini sebab ramai orang di luar tidak tahu. Sebab itu ramai, apabila kita ada bebas plastik, mereka dengan, pilih jenis plastik oxo dengan photo. Dan di Pasar Besar Seremban, di beberapa pasar raya, masih menggunakan jenis ini. Dan micro-plastic ini terhasil daripada beg oxo dan photo yang merupakan kepingan halus ataupun terhasilnya mikro-plastic merupakan kepingan halus plastik yang bersaiz kurang daripada 5 milimeter dan hampir-hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Dan ada di mana-mana sahaja. Dan sangat bahaya kepada semua kehidupan. Oxo dengan photo ini tidak mengurai sebaliknya akan menghancur menjadi serbuk-serbuk halus. Itu yang dipanggil mikro-plastic. Keduanya ia boleh memasuki salur darah dan sistem badan manusia melalui pernafasan. Seterusnya memasuki salur darah dan sistem badan melalui makanan juga. Plastik jenis oxo dan photo ini yang dibuang merata-rata memasuki kolam sungai dan laut dan juga menghancur dan ia dimakan oleh ikan dan seterusnya ikan itu pula akan dimakan oleh manusia. Maka micro-plastic tersebut berpindah ke dalam sistem badan manusia. Memasuki

saluran darah dan menjadi penyebab saluran darah tersumbat seterusnya membawa kepada penyakit strok dan juga beberapa penyakit yang lain. Dan juga menyebabkan penyakit kanser. Ini bukan rekaan tetapi beberapa kajian telah pun membuktikan mikro-plastic ini telah wujud di dalam sistem dalaman kita dan juga dalam bahan, barangan makanan seperti ikan dan juga beberapa kehidupan di laut. Maka langkah terbaik dengan jelas adalah kita tidak membekalkan apa-apa plastik dan menggalakkan pengguna, pelanggan membawa beg kain, kertas jaring ataupun beg yang boleh diguna berkali-kali. Ini adalah satu keputusan yang terbaik daripada Kerajaan Negeri untuk demi menjaga alam sekitar dan juga kehidupan termasuk manusia kerana ada beberapa negeri mengenakan caj 20 sen kepada beg plastik tetapi, dan akhirnya setahun mereka dapat mengumpul hampir 28.0 juta menjadi hasil kepada Kerajaan Negeri. Tetapi kita boleh mengambil tindakan tersebut, tetapi akhirnya kita berhadapan dengan bahaya kepada kita kepada pencemaran dan 28.0 juta itu tidak dapat menampung apa bahaya dan juga yang didedah, yang terdedah kepada masyarakat dan juga kepada alam sekitar ni. Sekian terima kasih.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Tambah sikit boleh Dato’ Yang Dipertua? Lukut. Tambah sikit. Apa yang dimaksudkan oleh Nilai tadi itu, adakah beg plastik ini termasuk juga pada penjaja yang buat bungkus, tapau, yang kecil itu, yang beg plastik tu. Adakah termasuk dalam kawalan ini. Ataupun kita nak galakkan dia pakai kotak plastik yang mereka selalu bungkus tu, adakah dia termasuk dalam Kempen ini? Kotak plastik.

Ya. Keputusan ini adalah tertak, termasuk kepada semua jenis perniagaan di mana beg plastik ini adalah beg plastik berwarna merah ataupun apa saja warnalah, yang digunakan sebagai untuk bungkusan. Itu, kita susah untuk mengharamkan semua jenis plastik. Tetapi ini adalah sedikit usaha yang dimulakan pada hari ini supaya yang digunakan sebagai untuk bungkusan itu kita boleh elakkan. Termasuk dalam license penjaja jugak dimasukkan, di MPPD, di MBS. Itu adalah salah satu syarat yang sangat jelas dinyatakan. Dan diganti pulak dengan bekas plastik, itu pun tidak dibenarkan jugak. Mereka ada alternatif di mana, yang penjaja yang jual kuih itu yang mereka boleh gunakan beg, paper bag, bukan paper beg. Apa itu? Bukan bekas pun. Beg, bukan polystyrene. Polystyrene pun tidak dibenarkan. Kertas. Yang beg kertas itulah, yang berwarna coklat itu. Itu adalah antara antara alternatif dan di luar untuk kuih pisang, untuk kuih-kuih ini dah digunakan. Kita harap itu dapat diper, dipertambahkan. Kalau daun pisang pun boleh jugalah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Seri Menanti

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya yang pertama.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua saya bangun bagi menjawab soalan ADUN Seri Menanti berkaitan dengan pewartaan tanah rizab orang Asli di Kampung Langkap. 2 soalan yang dikemukakan kepada saya yakni yang berkaitan dengan pampasan di jalan Guntur – Langkap dan juga pewartaan.

Untuk makluman Yang Berhormat Seri Menanti dalam Seksyen 11 Akta 134 Akta Orang Asli 1954 ada dinyatakan. Apa yang dinyatakan dalam Seksyen ini ya. Pampasan atas pemberian hak milik tanah kerajaan yang di atasnya tumbuh pokok buah-buahan dan pokok getah. Perkara 11(1) jika sesuatu masyarakat orang Asli boleh membuktikan suatu tuntutan terhadap pokok buah-buahan ataupun pokok getah di atas mana-mana tanah kerajaan yang diberi milik, diberikan, dipajakkan atau apa-apa maksud diduduki buat sementara waktu di bawah lesen atau selamanya dilupuskan maka pampasan sedemikian rupa hendaklah dibayar kepada masyarakat orang Asli sebagaimana yang didapati adil oleh Pihak Berkuasa Negeri. Itu yang di dalam, yang di, tercatat di bawah Akta 134 ini.

Sehubungan dengan itu Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan projek membina jalan penghubung di antara Kampung Guntur ke Langkap, Kuala Pilah, di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Projek ini telah melibatkan sebahagian Kampung Orang Asli Guntur, kawasan hutan simpan dan Kampung Orang Asli Langkap Tanjung yang mana seramai 36 penduduk terkesan, yang melibatkan kebun, kebun getah dan tanaman lain. Projek ini dilaksanakan pada tahun 2021 yakni secara detail nya 11 Oktober pada tahun 2021 dan dijangka siap pada Mei 2027. Kerja-kerja pengiraan pokok di Kampung Orang Asli Langkap telah pun dijalankan dan akan diserahkan kepada Jabatan Penilaian Harta untuk ditentukan nilai pampasan yang bakal dibayar. Pokok-pokok tanaman yang terlibat dengan jajaran ini akan dibawa, dibayar, di bawah Seksyen 6 secara Ex Gratia. Ex Gratia, Ex Gratia , haa pronounce.

Berkaitan dengan perwataan Kampung Orang Asli Langkap saya dah sebut dalam jawapan saya sebelum ini. Tetapi saya nak detail kan khusus untuk Langkap ni ya, pihak, pihak JAKOA ataupun Negeri Sembilan/Melaka telah mengangkat permohonan ini ke ibu pejabat untuk mendapatkan peruntukan kerja-kerja ukur. Selain daripada itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan

permohonan daripada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan/Melaka bagi mewartakan tanah kerajaan di Mukim Langkap, Daerah Kuala Pilah seluas lebih kurang 526.11 hektar yakni bersamaan 1,300 ekar pada 6 Disember tahun 1989. Antara syarat yang dikenakan sebelum tindakan perwartaan dilaksanakan adalah pembatalan sebahagian daripada kawasan Rizab Melayu. 1,300 ini masuk dalam kawasan Rizab Melayu. Dan saya telah jelaskan di Dewan yang mulia ini pada hari yang kedua persidangan kalau tak silap, kalau tak silap saya supaya kawasan Rizab Melayu ini dibuat penggantian untuk di kawasan zon yang telah dibenarkan. Semakan semula, saya dapati bahawa sebahagian daripada kawasan penggantian Rizab Melayu ini, yang telah diluluskan oleh MMKNS pada ketika itu, telah pun diberi hak milik dan juga kawasan ini di dalam, di dalam proses untuk kita kenal pasti semula dan juga tindakan penyediaan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Exco Kanan atas jawapan yang diberikan. Soalan tambahan. Berkenaan dengan pemberian Ex Gratia ini sedikit sebanyak memberikan harapan kepada hampir seramai 36 orang penduduk Kampung Orang Asli Langkap yang terkesan akibat projek pembinaan jalan raya tersebut. Persoalan saya ialah adakah Yang Berhormat Exco Kanan dapat memberikan gambaran awal berapakah nilai pampasan yang bakal diterima oleh penduduk yang terlibat dalam projek ini? Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, gambaran awal ni saya tak boleh bagi, pasal ni Dewan, dipegangnya kang, reporter ramai kat luar tu. Saya, kang reporter di pick up nya jawapan saya, saya jawab dengan masyarakat orang Asli Langkap. Tapi saya boleh bagi garis panduan. Untuk makluman Yang Berhormat ADUN apa, Seri Menanti ya. Ex-gratia ni dia bergantung kepada jumlah pokok yang ditanam. Maknanya beberapa pokok yang ditanam, penilaian akan dibuat oleh Jabatan JPPH, kemudian bayaran ex-gratia ni bergantung kepada jumlah pokok. Katalah pokok yang saya tanam di atas tanah yang saya tanam ada 20 pokok, penilaian bergantung kepada 20 pokok. Kalau misal kata Pegawai Kewangan Negeri tanam lima pokok je. Takkan nak sama dengan ex-gratia yang saya terima. Ini maksud saya.

Saya ambil contoh yang paling baik di Lenggeng. Ni ADUN Lenggeng ni. Ada kawasan orang Asli. Saya tak suruh bangun. Saya tak suruh bangun. Saya buat contoh je. Kerana di Lenggeng ni ada Kampung Asli Asli Jeram Kedah. Dia terlibat dalam projek pembinaan jalan Gagu ke Beranang. 25 masyarakat orang Asli di Jeram Kedah terlibat dalam pampasan ini. Dan KKDW telah memperuntukkan 648,000 ribu tak silap saya, 648,000 ribu jumlah pampasan yang akan dibayar kepada 25

masyarakat orang asli di Kampung Jeram Padang, jeram, Jeram Kedah, Jeram Kedah. Dan setiap, yang daripada 25 ni, Dato’ Yang Dipertua, dah terima bayaran. ADUN Lenggeng tak ucap terima kasih pun kepada kerajaan, tak ucap terima kasih pun pada saya.

Saya nak mengambil kesempatan ni nak ucap terima kasih kepada YB Exco Kanan kerana memberi tumpuan kepada Jeram Kedah.

Sudah jolok baru bangkit, sudah terhantuk baru terngadah. Ni masalah kadang-kadang ADUN Lenggeng. Kita bayar berapa Dato’ Yang Dipertua, 4,500.00, 4,800.00 sehingga ada yang dapat 76,00.00. Pampasan yang kita bayar. Ini konsep yang kita buat ya. Untuk makluman ADUN Seri Menanti, dan apabila penilaian ni sudah lengkap maka bayaran ni akan dibuat oleh pihak kementerian kepada masyarakat orang Asli. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Rahang.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua berkaitan dengan pengangkutan awam dan infrastruktur. Adakah pelan induk Kerajaan Negeri? Secara umumnya Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Sembilan melalui Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045 atau RSNS telah memberikan penumpuan khusus kepada sektor pengangkutan awam dan juga infrastruktur. Di dalam RSNS ini telah menggariskan dasar berkaitan dengan sistem pengangkutan awam seperti meningkatkan urban rural link bagi menambah baik kemudahsampaian antara bandar dan luar bandar bagi menambah baik kemudahsampaian serta memperbaiki mutu dan juga meningkatkan tahap perkhidmatan pengangkutan awam secara menyeluruh ataupun mesra pengguna.

Selain daripada itu, bagi menterjemahkan dasar-dasar ini juga terdapat cadangan-cadangan projek yang diperincikan di dalam dokumen rancangan tempatan di setiap daerah bagi memastikan dasar-dasar ini dapat dicapai. Melalui penyediaan laporan ringkasan projek yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Sembilan, setiap cadangan projek yang digariskan itu di dalam rancangan tempatan telah diedarkan secara pull out kepada agensi-agensi pelaksana yang berkaitan. Antara cadangan penambahbaikan untuk daerah Seremban dan Port Dickson: terdapat 8 cadangan projek yang bertujuan meningkatkan tahap kemudah sampaian di daerah ini seperti Pembangunan Rangkaian Rel Wilayah, Mewujudkan Sistem Bas BRT

Dan Menambah Laluan Koc, Cadangan Laluan Trem Bandar Seremban Dan Port Dickson. Kedua bagi daerah Jempol pulak terdapat projek cadangan khusus bagi peningkatan pengangkutan awam seperti cadangan laluan kereta api berkembar Gemas – Bahau - Kuantan dan cadangan perkhidmatan bas Daerah Jempol. Ketiga: Daerah Tampin pulak digariskan 12 cadangan projek. Antaranya cadangan zon pembangunan berorientasikan transit atau TOD melalui Pelan Pembangunan TOD Gemas dan Pulau Subang dan membina rangkaian laluan basikal di setiap bandar utama.

Seterusnya Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri telah mengambil inisiatif dengan, sorry, ini yang untuk kedua. Soalan keduanya adalah berkaitan dengan penggunaan kenderaan elektrik dan juga stesen pengecasan. Kerajaan Negeri melalui PLANMalaysia@Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif dengan membentangkan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik ataupun GPP EVCB di Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri pada 19 Disember 2023 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan dan bandar desa, Bandar Dan Desa. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menyokong agenda dan kerangka Ekonomi Madani selaras dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk mencapai sasaran sebanyak 10,000 petak pengecasan kenderaan elektrik di seluruh negara pada tahun 2025.

Garis panduan ini membantu Pihak Berkuasa untuk negeri dan juga PBT serta semua pihak yang berkaitan ataupun semua agensi kerajaan dalam mengawal pembangunan khususnya penyediaan Pelan Pembangunan bagi pertimbangan permohonan Kebenaran Merancang, pelan bangunan atau permit pembinaan bagi petak pengecasan kenderaan elektrik di Negeri Sembilan. Dengan adanya GPP ini, ianya akan memudahcara permohonan pembinaan EVCB di setiap kawasan pembangunan baru dan kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan 300 unit ataupun tapak pengecasan kenderaan elektrik ini menjelang tahun 2025. Setakat ini, yang telah dibuat, dan telah diluluskan KM adalah lebih kurang dalam lingkungan 128. Maka ini akan membantu untuk kita, GPP ini akan membantu untuk meningkatkan ataupun mencapai sasaran kita untuk mencapai 300 petak pengecasan menjelang tahun 2025. Sekian, terima kasih.

Tuan Siau Meow KongDAP · PHRahang

Dato’ yang per, Yang Dipertua, soalan tambahan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan atas penyedia pelan induk pengangkutan awam dan sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, apakah perancangan jangka pendek untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Negeri Sembilan menggunakan pengangkutan awam. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, memang betul, sepertimana yang tadi saya nyatakan, ini adalah satu pelan induk Kerajaan Negeri yang secara menyeluruh dan juga perlaksanaannya telah pun diberikan, dipanjangkan kepada beberapa agensi kerajaan untuk dilaksanakan. Dan perlaksanaan pelan induk ini akan mengambil satu tempoh masa yang lama. Maka usaha kita untuk memastikan lebih ramai masyarakat di Negeri Sembilan menggunakan pengangkutan awam, kita ada, sedia ada kita ada 2 sistem pengangkutan awam darat yang tersedia di Negeri Sembilan iaitu perkhidmatan kereta api yang mempunyai 2 jenis perkhidmatan iaitu KTM Komuter bagi jajaran Batu Caves - Pulau Sebang dan KTM Intercity yang menghubungkan JB Sentral ke Tumpat melalui Gemas, Train ke Timur, Tumpat, JB Sentral melalui Gemas Train ke Selatan. Ini adalah 2 perkhidmatan di bawah KTM. Manakala bagi perkhidmatan bas awam terdiri daripada perkhidmatan bas henti-henti.

Bagi perkhidmatan bas, sorry, bagi perkhidmatan kereta api, untuk tempoh masa pendek ini melalui Kerajaan Persekutuan, Kementerian Pengangkutan telah pun, telah dan sedang melaksanakan projek menaik taraf landasan berkembar elektrik Lembah Klang (KVDT 2) dari Salak Selatan ke Seremban yang sedang dilaksanakan. Landasan dari arah Salak Selatan ke Seremban sudah siap dan dalam proses penyerahan kepada KTM. Dari Seremban ke Salak pulak, akan mengambil masa lebih kurang 18 bulan untuk complete kan laluan kedua-dua arah daripada Salak Selatan ke Seremban. Masa kini memang tempoh untuk sampai daripada, daripada Seremban sampai ke Kuala Lumpur, mengambil masa yang lama kerana perlaksanaan projek KVDT 2 dan satu landasan itu telah ditutup. Maka dua-dua arah kini menggunakan satu landasan sahaja. Sebab itu mengambil masa yang lama khususnya dari Seremban ke Kuala Lumpur. Dengan siapnya kedua-dua arah ini dalam masa satu setengah tahun ataupun 2 tahun ini trek yang baru akan membolehkan komuter itu akan sampai dengan lebih cepat dan juga tempoh masa tersebut dapat dikurangkan. Dan ia akan membantu lebih ramai masyarakat di Negeri Sembilan yang bekerja di Lembah Klang dapat menggunakan pengangkutan awam kereta api ini ataupun komuter.

Bagi Perkhidmatan bas awam, ia di bawah inisiatif Kerajaan Persekutuan, perkhidmatan BAS.my Seremban telah diperkenalkan dan 100 bas baru termasuk beberapa bas EV telah pun memulakan perkhidmatan secara keseluruhan dalam bulan November ini. Dan ini, perkhidmatan BAS.my ini meliputi koridor Seremban, Nilai, Port Dickson, Kuala Klawang, Tampin dan Kuala Pilah, Bahau dan hampir seluruh kawasan ataupun daerah di Negeri Sembilan ini telah pun

meliput meliputi dalam perkhidmatan bas henti, bas henti-henti ini. Dan beberapa inisiatif baru yang telah diumumkan seperti kad konsesi iaitu tambang percuma kepada warga emas, kepada OKU dan juga pelajar daripada sekolah rendah sampai universiti jugak akan menggalakkan lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di seluruh Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput ADUN Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Kota kemukakan soalan nombor 1.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih ADUN Kota. Soalan ADUN Kota berkenaan longkang di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Selia Selenggara. Dato’ Yang Dipertua jalan Seremban Tampin merupakan Jalan Persekutuan FT001 dan termasuk dalam skop pihak konsesi Selia Selenggara adalah kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan longkang di jalan tersebut pada masa ini pihak Selia Selenggara melaksanakan kerja-kerja selenggaraan longkang dengan baik ya. ini jawapan daripada JKR lah. Serta mengikut spesifikasi sepertimana yang ditetapkan dalam kontrak. Sebarang ketidakpatuhan kepada spesifikasi penyelenggaraan tersebut adalah melanggari perjanjian kontrak dan boleh mengakibatkan pemotongan bayaran bulanan. Walau bagaimanapun terdapat keperluan untuk menaik taraf longkang tepi jalan sedia ada yang telah dibina sekian lama akibat daripada pembangunan kawasan sekitar dan memohon, permohonan naik taraf sejumlah 6.0 juta telah diangkat untuk kelulusan secara one off ke Kementerian Kerja Raya bagi tahun 2025 ya.

Tetapi untuk makluman Dewan juga, kita sedia maklum kali ini semua soalan tertumpu kepada ke konsesi konsesi Selia Selenggara dan isu penyelenggaraan ya, penyelenggaraan jalan ya, dan juga isu lampu sedia ada yang tidak berfungsi. Jadi saya berharap bahawa JKR dan Selia Selenggara memberikan keutamaan kerana saya lihat pada persidangan kali ini ketidakpuasan hati mengenai prestasi konsesi Selia Selenggara dan isu-isu mengenai lampu jalan merupakan satu yang sentiasa daripada hari pertama sehingga hari ini dibincangkan. Jadi saya berharap bahawa ini harus diberikan keutamaan selepas ini. Dan saya berharap pada persidangan akan datang isu seperti ini tidak berulang.

Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga telah memohon menaik taraf pada RP5 kepada, oleh JKR Negeri Sembilan untuk kelulusan dan kita sedia maklum kajian, skop kajian sahaja dari Sungai Gadut ke Pedas ya, meliputi 9 kilometer meliputi kerja-kerja kajian, design dan pelan pengambilan tanah sedang dijalankan. Insya-Allah kita lihat

perkembangan daripada masa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Paroi.

Assalamualaikum WBT. Soalan nombor 1.

Dato’ Yang Dipertua, soalan ini semalam saya sudah pun jawab dalam penggulungan, tapi saya tambah sedikit berkaitan dengan penyelenggaraan pokok. Kerja-kerja penyelanggaraan pokok berisiko dilaksanakan dari masa ke semasa. Ia menja, melibatkan kerja-kerja secara one off, berkala dan juga secara terus melibatkan beberapa tempat. Bagi Jalan Persekutuan selaras dengan peruntukan Seksyen 101 (b) dan (c) dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, pihak PBT mempunyai kuasa bagi menanam, memangkas atau membuang pokok. Manakala selaras dengan surat Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, pihak JKR akan mendapatkan kerjasama pihak PBT untuk membantu melaksanakan penyeleng, penyenggaraan pokok di Kawasan-kawasan reserve jalan.

Penyenggaraan pokok-pokok liar yang berisiko di Jalan Persekutuan, pihak JKR telah mengemukakan permohonan peruntukan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Malaysia pada 30 September 2024 berjumlah 4.7 juta Ringgit Malaysia. Manakala sejumlah 10.4 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2024 kepada pihak JKR, PBT dan juga Pejabat Daerah untuk membuat cantasan pokok merbahaya menggunakan peruntukan MARRIS. Sebab itu hari ni kalau kita lihat di luar, yang sebelum ini ada banyak kes pokok tumbang, walaupun kini ada, bukan kita menafikan, tetapi banyak pokok-pokok yang besar, yang berbahaya, yang tinggi telah dan juga sedang dipotong, dicantas oleh beberapa agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, JKR dan juga Pejabat Daerah. Kita harap tindakan ini bukan sekali sahaja tetapi tindakan ini kita ambil secara berterusan untuk memastikan pokok-pokok yang berbahaya terutamanya yang berada di sebelah jalan-jalan dapat diambil tindakan. Dan juga kita mahukan tidak ada apa-apa insiden yang meragut nyawa yang sebelum ini berlaku, tidak akan berulang lagi di kawasan, di kawasan Negeri Sembilan. Terima kasih.

Sedikit celahan. Soalan saya, benarkan dakwaan pokok tepi jalan yang berada di tanah persendirian bukan tanggungjawab ya, PBT tetapi tanggungjawab pemilik tanah walaupun ia berisiko kepada pengguna jalan raya itu? Apa tindakan yang, yang perlu kita ambillah di peringkat kerajaan? Yang keduanya, apa pelan mitigasi jangka pendek, jangka panjang kerajaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya berkaitan risiko pokok tumbang. Itu

mungkin ada jawab, adakah kerajaan bekerjasama dengan pakar arboriculture untuk memastikan pokok-pokok yang berisiko dikenal pastilah. Maknanya arborist ni adalah pakar kesan pokok sakit dan pokok dan macam doktor, doktor pokoklah ya. Apakah kaedah pemantauan berasaskan teknologi atau peralatan terkini pemantauan pokok-pokok di, lebih-lebih lagi kita dah jadi Majlis Bandaraya? Wallahua’lam.

Soalan apa? Saya pun sudah lupalah. Soalan pertama apa haa? Tadi soalan? [percakapan YB ADUN Paroi secara off mic]. Okey dakwaan, okey, di mana ada jugak kawasan jalan yang sebelahnya adalah tanah milik individu. Di mana ada, jika ada sebarang pokok di dalam kawasan tanah milik individu itu adalah tanggungjawab pihak individu tersebut. Tetapi itu bukan bermaksud bahawa kita menolak semua isu tersebut kepada pihak individu pemilik tanah tersebut. Tetapi kita telah pun mengambil tindakan di mana pihak-pihak, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengenal pasti, bukan akan, sebelum ini beberapa mesyuarat telah dilaksanakan dan kita telah pun mengambil satu keputusan di mana kita akan mengenal pasti beberapa pokok berbahaya di tepi jalan di dalam kawasan individu ataupun milik sendiri, diberikan notis. Kalau dalam satu tempoh masa itu notis itu tidak dipatuhi, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengambil tindakan dan seperti sama jugak seperti rumah yang tidak diuruskan dengan baik, kita akan mengambil tindakan dan kos tersebut kita akan menuntut kepada pemilik tanah tersebut. Itu adalah tindakan yang kita ambil. Dan kita bukan mengelak sepertimana yang didakwa tadi. Itu yang pertama.

Yang kedua saya sudah pun menjawab. Soalan ketiga berkaitan dengan arborist iaitu pakar penjagaan pokok. Sama jugak, mesyuarat pada 2 bulan lepas, kita telah pun memintak kepada Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan untuk merujuk kepada pakar tersebut ataupun kita, wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan menghadiri beberapa latihan, sorry, latihan, seminar ataupun beberapa bengkel yang dianjurkan. Memang ada, di bawah KPKT ada usaha tersebut dilaksanakan maka walaupun kita tidak sehebat pakar tersebut tetapi at least kita ada pegawai-pegawai kita sendiri yang boleh menilai beberapa pokok-pokok yang berbahaya dan kita ambil tindakan yang sewajarnya supaya ia tidak memberikan sebarang ancaman kepada pengguna jalan ataupun masyarakat awam. Sekian terima kasih.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Dato’ Yang Dipertua, soalan tambahan boleh? YB Exco soalan tambahan. Di mana tentang penyelenggaraan pokok ini kita sering mendapat aduanlah di mana penduduk-penduduk membuat aduan supaya, kepada pihak PBT untuk tebang pokok-pokok yang

merbahaya, membahayakan orang ramailah. Tetapi kadang-kadang PBT yang ambil masa lama dan penduduk-penduduk tersebut telah mengambil tindakan sendiri. Maksudnya dia kena, dia potong sendirilah dan dikenakan kompaun oleh PBT. Jadi kes-kes ini boleh timbang rasalah mohon pengecualian dengan kompaun tersebut.

Okey, kita mengambil maklum berkaitan dengan cadangan daripada Yang Berhormat Temiang. Memang satu isu yang kita berhadapan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan ataupun di peringkat Majlis Bandaraya Seremban ini. Bukan satu, bukan dua pokok, banyak pokok yang terlibat, sebab itu kita memerlukan sedikit masa. Dan kalau pokok-pokok yang diambil tindakan sendiri oleh pemilik tersebut, kalau dikenakan kompaun, kita boleh diberi, dibawak dan kita akan mempertimbangkannya supaya kalau betul-betul pokok itu adalah pokok yang berbahaya, tetapi ada jugak di tempat di mana pokok tu tak tinggi pun. Pokok itu tak berbahaya pun. Itu pokok adalah ditanam oleh pihak pemaju dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Tetapi untuk kepentingan dan juga untuk beberapa faktor tertentu oleh pemilik rumah, mereka memotong pokok tersebut. Itu pun ada. So kita akan mempertimbangkan kalau pokok itu memang berbahaya, kita akan cubalah untuk menyelesaikan masalah masalah ini secara harmoni. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada YB Lenggeng di atas soalan yang berkaitan dengan TVET ya. Walaupun semalam saya dah gulung banyak, penggulungan semalam tentang TVET ni. Apa pun hari ini Yang Berhormat bertanyakan tentang peningkatan macam mana nak promosikan di kalangan belia khususnya dalam sektor pertanian dan jugak teknologi tinggi di DUN Lenggeng. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, di peringkat sekolah kita dah mula promosikan mata pelajaran TVET ni khususnya dalam pertanian. Saya nak maklumkan di sini untuk makluman YB Lenggeng, kita ada lebih kurang 14 sekolah ya, dalam Negeri Sembilan yang dah ada pun mata pelajaran pertanian ni. Yang pertama SMK Teriang Hilir, ni untuk makluman Dewan lah, rakan-rakan Yang Berhormat boleh, so that Yang Berhormat semua tahu ya di kawasan masing-masing ada sekolah-sekolah yang terlibat dengan mata pelajaran pertanian ni. SMK Teriang Hilir, SMK Lui Barat, SMK Alam Beraja, SMK ni, semua felda ni, SMK Bandar Baru Serting, SMK Pasoh, SMK Jelai, SMK Undang Rembau, SMK

Dato Mohd Said, SMK Tuanku Ampuan Najihah, SMK Taman Semarak, SMK Warisan Puteri, SMK Bandar Seri Sendayan, SMK Dato Mohd Taha dan juga SMK Tuanku Syed Idrus. Jadi ini mata pelajaran ni ada di sekolah-sekolah ni, kalau Yang Berhormat Lenggeng di kawasan Lenggeng dia ada 2 sekolah menengah tapi tak ada mata pelajaran ni. SMK Panchor dan juga SMK Dato Klana Putra. Apa pun kalau Yang Berhormat ingin supaya mata pelajaran diajar di kawasan Lenggeng, saya akan cadangkan kepada jabatan ataupun kementerian untuk 2 sekolah yang ada dalam kawasan DUN Lenggeng ini iaitu SMK Panchor Jaya dan jugak SMK Dato’ Klana Putra ini supaya kita dapat bawa mata pelajaran TVET pertanian dan teknologi pertanian ni ke kawasan Yang Berhormat lah. Tertakluk kepada kelulusanlah mengikut keperluan guru dan peralatan dan sebagainya.

Selain daripada itu Yang Berhormat, dalam pendidikan vokasional menengah atas ataupun PVMA, pelajar juga mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 dan berpeluang menyambut, menyambung pelajaran mereka ke tahap lebih tinggi ataupun diploma ataupun ijazah ya. Yang sekolah yang terlibat ya, dalam menawarkan mata pelajaran Juruteknik Tanaman dan Pendidikan Vokasional Menengah Atas ni ialah SMK Undang Jelebu dan jugak SMK Undang Rembau. Ni untuk makluman rakan-rakan Yang Berhormat lah.

Kolej Vokasional Dato Lela Maharaja juga menawarkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Sijil Kemahiran Malaysia serta peluang menyambung pelajaran dalam bidang pertanian Diploma Pertanian iaitu yang merangkumi Hortikultur, Akuakultur, Landskap, Agroindustri Tanaman, Teknologi Mekanisasi Agro, Agroindustri Ternakan Poltri Dan Agroindustri Ternakan Ruminan. Jadi itu antara subjek-subjek TVET pertanian yang kita ajarkan di sekolah-sekolah.

Dan soalan Yang Berhormat tentang macam mana nak promosikan di kalangan belia, saya akan bincang dengan Yang Berhormat Exco Belia supaya semua kursus-kursus yang terlibat dengan pertanian ataupun teknologi tinggi ini dapat kita uar-uarkan kepada persatuan-persatuan belia yang ada dalam Negeri Sembilan. Dan semalam pun kita mintak rakan-rakan Yang Berhormat untuk menguar-uarkan ya, tentang program-program TVET khususnya yang yang ada dalam, di bawah kolej yayasan, Kolej Yayasan Negeri Sembilan di Kuala Pilah tu. Dan jugak di kolej-kolej lain yang banyak ada di Negeri Sembilan ini. Walaupun di bawah, bukan di bawah Kerajaan Negeri tapi sebenarnya Negeri Sembilan banyak institusi TVET aa termasuk yang berkemahiran tinggi seperti Kolej Kemahiran MARA di Rembau, IKBN dan tidak ketinggalan jugalah Kolej Politeknik PD dan Nilai yang sepertimana

yang saya sebutkan dalam jawapan saya semalam. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan Yang Berhormat Senaling, Exco. Boleh ke kita aa panggil institusi-institusi ini dan contohnya Kolej Yayasan Negeri Sembilan ni masuk ke sekolah-sekolah untuk bagi tujuan mempromosi TVET-TVET yang ada di kawasan masing-masing?

Terima kasih Yang Berhormat. Tak ada, tak ada halangan rasa saya sebab Kolej KYNS ni bawah, pengerusinya Dato’ Dato’ PKN kita YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri. Dan saya rasa semua boleh rundinglah. Insya-Allah YB ya. Dato’ PKN kata panggil je kita akan datang ke ke sekolahlah untuk beri penerangan. Memang banyak ni kursus yang ditawarkan dan memang menjadi satu sasaran kepada anak-anak lepasan SPM sekarang ni untuk mengambil bidang TVET sepertimana saya sebut, yang YB sebut semalam para pelajar-pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Tapi hari ni TVET bukanlah hanya kepada kurang cemerlang tetapi juga kepada yang cemerlang pun kerana ia sebagai satu pilihan hari ni iaitu untuk mendapatkan kemahiran. Terima kasih YB.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Gemencheh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya nombor 1.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Gemencheh yang bertanyakan isu pencemaran sungai. Dato’ Yang Dipertua, Merujuk kepada kes pencemaran sungai di Kampung Gedok, Gemencheh, pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan telah memulakan siasatan dan sampel air sungai telah diambil. Sekiranya pencemaran telah berlaku akibat daripada pelepasan bahan tercemar ke dalam sungai, maka pelaku telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 7A (1) Akta Air 1920 dibaca bersama dengan Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007 yang mana sekiranya pelaku didapati bersalah, pelaku boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi 500 ribu ringgit atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 7A(11) Akta Air 1920 dibaca bersama dengan Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007.

Berkenaan pelan jangka panjang, pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan dalam mengatasi kes pencemaran air mentah terutamanya melibatkan sektor perindustrian, berikut adalah perancangan dan dalam tindakan pihak Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan:

• Pertama: Melengkapkan makmal dalaman Badan Kawal Selia Air Negeri Sembilan supaya pemantauan kualiti air sungai dapat dilaksanakan dengan lebih efisien pada masa hadapan.

• Kedua: Penyediaan draf undang-undang bagi menggantikan Enakmen Air (Pindaan Akta Air 1920) 2007 supaya skop perundangan melibatkan pengurusan air mentah, pemantauan kualiti air mentah dan tindakan penguatkuasaan adalah lebih meluas dan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien pada masa hadapan.

• Ketiga: Perancangan menyediakan Garis Panduan Parameter Air Mentah Negeri Sembilan yang baru bersesuaian dengan peredaran masa, trend perindustrian dan kes pencemaran yang berlaku pada masa kini.

• Dan keempat: Perlaksanaan Jawatankuasa Pemantauan Dan Penguatkuasaan Negeri Sembilan bagi tujuan memperkasakan tindakan undang, tindakan pemantauan, persediaan, respon dan pemulihan bagi kes-kes pencemaran sumber air mentah yang berlaku secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan di Negeri Sembilan.

Manakala melalui semakan rekod di dalam Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan pula, terdapat aduan pencemaran di kilang kelapa sawit Gedok Mas (KKS Gedok Mas). Susulan aduan pencemaran sungai tersebut, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan dan telah menjalankan persampelan pelepasan akhir di takat pelepasan akhir di premis sebelum memasuki sungai dan mendapati pelepasan tersebut mematuhi had yang telah ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977.

Perancangan jangka pendek JAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 bagi mengarahkan premis untuk menjalankan kerja-kerja penyingkiran enapcemar bagi semua kolam pengolahan efluen yang dibina dipremis bagi memastikan sistem rawatan air efluen berfungsi dengan baik dan berkesan serta tidak mencemarkan sungai berhampiran.

Perancangan jangka panjang pula, JAS Negeri Sembilan akan meneruskan pemeriksaan secara berkala di premis tersebut bagi

memastikan Notis Arahan yang dikeluarkan oleh jabatan dan semua syarat lesen di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 yang ditetapkan adalah dipatuhi dan diambil tindakan serta-merta.

Selain dari itu, JAS Negeri Sembilan juga meneruskan rondaan di kawasan aduan bagi memastikan tiada kejadian pencemaran sungai berlaku di kampung, lagi di Kampung Gedok dan juga air sungai kuning. Namun, JAS Negeri Sembilan juga mendapati terdapat beberapa aktiviti lain yang melibatkan penternakan ayam, lembu dan kambing sepanjang sungai yang berpotensi menyebabkan pencemaran sungai dan juga menyebabkan kacau gambu, kacau ganggu kepada habitat dalam sungai.

Jadi untuk makluman juga, bagi kes-kes melibatkan penternakan dan juga penternakan seperti ayam dan lembu aduan perlulah disalurkan kepada Jabatan Veterinar supaya mereka juga mengambil maklum berkenaan isu ini dan seterusnya apa-apa bidang kuasa di bawah mereka perlu dibuat dengan baiklah supaya kita dapat elak pencemaran sungai tersebut. Selain dari itu, kalau kita lihat untuk kelapa, kilang kelapa sawit sebenarnya JAS mempunyai bidang kuasa untuk penguatkuasaan sahaja. Sekiranya terdapat air daripada kilang tersebut dilepaskan ke dalam sungai yang membolehkan pencemaran berlaku maka penguatkuasaannya adalah mengikut akta-akta yang diperuntukkan di bawah JAS. Apa yang kita cadangkan adalah kilang kelapa sawit sepatutnya mereka mempunyai satu treatment plan dan juga ditambah dengan satu kolam detention supaya sebelum air ni dilepaskan ke dalam sungai, air daripada kolam detention itu boleh dianalisa sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Jadi ini adalah satu perkara yang perlu diambil oleh kilang kelapa sawit supaya kejadian ini tidak berulang di masa hadapan. Dan semua jabatan yang berkaitan boleh mengambil sampel untuk tujuan analisa dan seterusnya jika ada parameter tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil terhadap kilang tersebut. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Soalan daripada Rantau.

Boleh mencelah sikit tak? Berkenaan dengan, okey, Yang Berhormat Exco lah, semalam apabila penggulungan yang berkenaan dengan Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan, berkenaan ergonomic itu tidak dijawablah. Saya rasa dah 2 kali soalan ini saya adukan dalam Dewan, sesi lepas pun ada jugak. Dan sesi ini semalam pun saya pun baru tengok benda itu tidak dijawablah.

Terima kasih saya rasa ini bukan soalan tambahan berkaitan dengan tajuk pada hari ini. Walau bagaimanapun berkaitan dengan soalan berkenaan dengan ergonomic itu saya kan jawab secara lisan, secara bertulis kepada ADUN Paroi lah. Terima kasih.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Dato’ Yang Dipertua, boleh mohon izin untuk saya mewakili Rantau. Kota. Soalan nombor 1. Terima kasih Dato’.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat ADUN Kota yang mewakili ADUN Rantau. Soalan berhubung dengan meningkatkan sumber hasil. Dato’ Yang Dipertua, Pemulihan ekonomi dunia pasca pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang positif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sembilan. Momentum pertumbuhan ekonomi telah berlaku secara berterusan, di mana KDNK Negeri telah mencapai pertumbuhan positif pada tahun 2021, iaitu pada paras 3.1%. Daya tahan ekonomi yang kukuh dan stabil turut men, diterjemahkan kepada tingkatan KDNK yang lebih baik pada tahun 2022 iaitu berjumlah 50.9 billion dan bertumbuh sebanyak 6.6% melepasi tingkat KDNK semasa pra-krisis. Pada tahun 2023, KDNK Negeri Sembilan mencatat nilai ditambah 51.9 bilion, meningkat 1.8% berbanding tahun sebelumnya, dipacu oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan. Situasi pemulihan ekonomi yang memberangsangkan ini menunjukkan keberkesanan intervensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk merangsang aktiviti ekonomi.

Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah melaksanakan Kajian Pembinaan Jadual Input-Output dan Akaun Satelit Negeri Sembilan penyediaan Dokumen Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan 2021-2025. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan tersebut, penjanaan hasil Kerajaan Negeri kepada komponen Hasil Bukan Cukai perlu dipertingkatkan bagi mengimbangi kutipan daripada Hasil Cukai. Tumpuan kepada Hasil Bukan Cukai dicadangkan berdasarkan kepada dua pertimbangan.

Analisis kajian mendapati keupayaan Hasil Bukan Cukai dalam menjana nilai KDNK adalah lebih tinggi berbanding Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil. Kedua-dua, hasil bukan cukai bersifat dinamik dan berkolaborasi dengan prestasi ekonomi negeri berbanding dengan Hasil Cukai yang lebih bersifat statik. Justeru, berdasarkan analisis dan kedudukan semasa ekonomi Negeri Sembilan, terdapat beberapa bidang potensi meningkatkan kutipan hasil antaranya transformasi komoditi air serta pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi.

• Transformasi Sumber Air sebagai Komoditi Perniagaan. Bagi meningkatkan hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2024, BKSA telah membuat semakan semula ke atas kadar caj air laut dan Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan kenaikan caj air laut daripada 1 sen/m3 kepada 3sen/m3. Sehingga 6 November 2024, kutipan caj air laut adalah sebanyak 21.689 juta ringgit.

Selain itu, BKSA juga telah mengenakan caj yang baru iaitu Caj Struktur atas biadan, atas badan Perairan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2024. Sehingga 6 November 2024, kutipan Caj Struktur atas badan Perairan adalah sebanyak 19.82 juta ringgit.

• Pengenalan caj perkhidmatan yang menjurus ke arah kelestarian ekonomi. Selain itu, pelbagai bentuk caj baharu yang menjurus kepada kelestarian pembangunan ekonomi boleh diperkenalkan kepada sektor ekonomi bagi memastikan penggunaan sumber yang cekap. Oleh itu, transformasi kepada kualiti perkhidmatan berkenaan alam semula jadi akan ditambah baik selaras bagi menyokong usaha melestarikan alam sekitar.

Selaras dengan peruntukan Seksyen 32, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMKN) pada 18 Oktober 2023 telah bersetuju dengan pelaksanaan Caj Pemajuan bermula 1 Januari 2024 di peringkat PBT Negeri Sembilan. Mesyuarat telah bersetuju agar 20% daripada hasil kutipan Caj Pemajuan yang diterima di PBT dicarum kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. Caj Pemajuan ini sebahagiannya dijadikan hasil PBT serta akan dibelanjakan oleh PBT bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan masyarakat. Kutipan Caj Pemajuan yang dilevi ini secara tidak langsung akan mengimbangi peruntukan pembangunan negeri dan juga peruntukan yang disalurkan kepada PBT di Negeri Sembilan untuk tahun-tahun perancangan berikutnya.

Selain itu, bayaran perkhidmatan ekosistem akan dikaji semula bagi menampung kos penyelenggaraan kemudahan awam serta menambah baik program pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan biodiversiti. Justeru, bagi mencapai matlamat penggunaan, pengurusan hutan dan biodiversiti secara mampan, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah selesai mengkaji semula Kaedah-Kaedah Hutan dan sedang mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mengenakan caj bayaran berkaitan ekopelancongan iaitu fi, iaitu Fi Konservasi Taman Eko Rimba. Caj bayaran sebanyak 3.00 ringgit untuk warganegara dan 6.00 ringgit untuk bukan warganegara serta dikecualikan bayaran untuk kanak-

kanak di bawah 12 tahun, warga emas dan orang kurang upaya. Caj bayaran Fi ini akan dilaksanakan secara berperingkat di Taman Eko Rimba terpilih setelah Kaedah Hutan selesai diwartakan.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga menyusun beberapa strategi dan langkah tambahan dalam memastikan sumber hasil Kerajaan Negeri dapat ditingkatkan terutamanya daripada aspek hasil tanah. Antara langkah dan strategi yang telah diambil adalah:

• Pertama, memudahkan perniagaan (ease of doing business) di Negeri Sembilan dengan memberi keutamaan dan mempercepatkan proses permohonan berkaitan tanah yang berimpak tinggi oleh pihak berkepentingan. Langkah ini bukan sahaja dapat mempercepatkan pembangunan projek di Negeri Sembilan malah dapat memberi pulangan hasil premium yang, tanah yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Langkah ini seterusnya disambut dengan pelaksanaan pemodenan sistem pengurusan permohonan tanah menggunakan sistem eMMK yang membantu Kerajaan Negeri membuat keputusan permohonan tanah dengan lebih pantas sekaligus membantu mempercepatkan kutipan hasil premium tanah kepada Kerajaan Negeri.

• Strategi kedua ialah melaksanakan semakan cukai tanah. Satu kajian yang menyeluruh telah dibuat ke atas jadual kasar cukai tanah dalam Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Sembilan (Semakan Cukai 2006) 2005 [N.S.P.U.7/2005] yang tidak pernah dibuat semakan menyeluruh hampir 20 tahun sejak tahun 2006. Sekiranya semakan ini berjaya dilaksanakan pada tahun 2024, kutipan cukai tanah semasa bagi tahun 2025 dijangka bertambah kepada 407 juta ringgit.

• Strategi ketiga, adalah pelaksanaan pelan komunikasi melalui pendigitalan dan pemerkasaan promosi kutipan cukai tanah semasa dan tunggakan cukai tanah. Antara langkah yang telah dan akan dirancang untuk meningkatkan kutipan hasil tanah adalah dengan melaksanakan aktiviti cabutan bertuah, hebahan melalui platform media sosial, hebahan melalui radio dan iklan billboard, sesi libat urus bersama jabatan/agensi serta syarikat-syarikat besar yang tidak menjejas, menjelaskan cukai tanah, pengeluaran surat peringatan pembayaran cukai tanah, hebahan kemudahan pembayaran cukai tanah secara ansuran, pembayar, pembukaan kaunter bergerak dan van bergerak, pembayaran cukai tanah secara atas talian melalui laman web e-PTGNS, mesej pembayaran cukai tanah melalui aplikasi WhatsApp, emel dan SMS.

• Strategi keempat adalah semakan kadar fi, lesen dan lain-lain caj perkhidmatan. Beberapa kajian yang telah dilaksanakan mendapati terdapat keperluan Kerajaan Negeri untuk membuat semakan kepada kadar fi pejabat, bahan batuan mineral, lesen pendudukan sementara, pajakan tanah rizab dan premium tambahan akibat pembangunan tanah. Semakan ini dijangka dapat membantu Kerajaan Negeri memastikan kadar yang dikenakan adalah kekal relevan pada masa kini. Bagi industri mineral negeri, Kerajaan Negeri juga dalam tindakan membuat Pindaan Enakmen Mineral 2002 dan Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Sembilan 2007 bagi mematuhi keperluan pengeluaran nadir bumi di Negeri Sembilan.

Inisiatif seterusnya adalah melalui langkah pemodenan dan pendigitalan sistem kutipan hasil tanah iaitu Sistem Kutipan Hasil Tanah (SKHT) dan portal e-PTGNS. Pendigitalan bayaran kutipan hasil tanah bukan saja memberi kelebihan kepada Kerajaan Negeri untuk mengutip hasil, bahkan dapat memudahkan urusan rakyat.

Sehingga Oktober 2024, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak 74.17 juta melibatkan 179,027 transaksi menggunakan platform atas talian ePTGNS yang merangkumi kutipan sebanyak 40.4 juta bagi kutipan cukai manakala 33.76 juta bagi kutipan bukan cukai. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya menarik soalan itu semula sudah kerana sudah melampaui peristiwa, taken care over my event, dengan izin. Apa pun Dato’ Yang Dipertua, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Menteri Besar dan Dato’ SUK dan juga YB Nilai yang mungkin terlibat secara langsung dan tidak langsung mengisi kekosongan jawatan Setiausaha Majlis Daerah Jelebu yang telah pun diisi pada minggu lepas. Dan dah pun mula, of course sudah mula bertugas dan dah dapek boban bosar dah pun untuk diselosaikan.

Dato’ Yang Dipertua soalan tambahan. Isunya adalah kekosongan ini berlanjutan sehingga lebih daripada 3 tahun. Seolah-olah kita punya rancangan gantian ataupun subsection plan itu tidak dilaksana di jabatan ini. Apakah tindakan Kerajaan Negeri supaya perkara yang sama tidak berulang di mana-mana jabatan sekalipunlah di masa hadapan? Sekian terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, untuk Majlis Daerah Jelebu, jawatan Setiausaha ini telah diisi oleh Encik Muhammad Shahnaz bin

Mustafa berkuatkuasa pada 18 November 2024. So memang ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan lain masih belum ada. Tetapi pengisian seseorang jawatan itu jugak adalah bergantung kepada kemampuan ataupun kemampuan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. Sebab itu masih ada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan masih belum diisi. Tetapi kita ambil kira beberapa faktor dan juga keperluan jawatan itu perlu diisi. Itu juga penting untuk memastikan jawatan yang itu dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan juga mengawal ataupun memimpin pihak-pihak berkuasa kawasan tertentu. Dan untuk pihak-pihak berkuasa tempatan yang lain kita akan cuba mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan kita harap tak lewat sehingga 3 tahunlah. Okey, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Bagan Pinang.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada ADUN Bagan Pinang berkenaan sukan elektronik. Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa menyokong penuh dalam pembangunan sukan di Negeri Sembilan terutama sukan e-sport yang sering dipelopori oleh anak-anak muda. Bagi mewujudkan sebuah pusat sukan e-sport, memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi serta perlu pengawasan yang rapi dalam penjagaan peralatan-peralatan komputer dan aplikasi yang terlibat. Untuk maklumat, makluman Yang Berhormat ADUN Bagan Pinang, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) telah menghantar permohonan ke EPU untuk membina sebuah Centre of Youth yang berteraskan e-sports dan masih belum mendapat maklum balas lanjut.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Portfolio Belia dan Sukan dan MSN sentiasa memberikan sokongan berbentuk peruntukan penganjuran sukan e-sport kepada Persatuan E-Sport Negeri Sembilan sebagai persatuan sukan negeri yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan perkembangan sukan tersebut. Persatuan E-Sport Negeri Sembilan merupakan NGO yang bergiat aktif dalam penganjuran serta turut menyediakan pusat latihan yang separa lengkap dan mempunyai dewan mini yang boleh memuatkan 20 hingga 40 orang pada satu-satu masa untuk mereka boleh menganjurkan bengkel kerjaya e-Sports dan juga sesi pembelajaran berkaitan e-sports yang terletak di Jalan Rahang, Seremban.

Persatuan ini telah melahirkan ramai pakar dalam bidang e-sports seperti atletnya, jurulatih, pengulas sukan e-sports, bahagian teknikal, graphic designer dan lain-lain lagi. Persatuan ini juga telah banyak membantu bidang kerjaya di kalangan komuniti e-sukan dan belia. Contoh terdekat, semua atlet SUKMA MLBB ataupun Mobile Legend BB yang telah memenangi pingat emas telah diserap bekerja sebagai pemain profesional dan digajikan oleh syarikat-syarikat utama dalam Mobile Legend Professional League ataupun MPL dan Moontoon Academy League (MAL) adalah bukti yang nyata dalam bidang kerjaya. Hal ini menunjukkan bahawa Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan sangat komited dalam pembangunan dan kerjaya untuk komuniti sukan elektronik Negeri Sembilan.

Dan sedikit pencapaian kejayaan Sukan e-Sport Negeri Sembilan umpamanya pada tahun 2022, pada, di Sukan Sea Vietnam dalam acara PUBG contohnya, kita membawa pulang pingat gangsa. Dan pada tahun yang sama, di SUKMA Kuala Lumpur dalam acara E-Football, kita dapat pingat emas dan pigat gangsa. Manakala tahun 2024 di SUKMA Sarawak dalam acara Mobile Legend kita mendapat pingat emas. Dalam World Esports Championship di Riyadh baru-baru ini, dalam acara Mobile Lagend BB anak Negeri Sembilan, 2 orang atlet menjadi juara dunia. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipetua.

Tuan Abdul Fatah bin ZakariaPAS · PNBagan Pinang

Soalan tambahan. Tahniah dan terima kasih kerana kejayaan beberapa atlet e-sport kita. Apakah pernah kerajaan membuat kajian dan pendidikan tentang menjadikan e-sport ini sebagai tarikan pelancongan di Negeri Sembilan dan seterusnya menjadikan e-sport ni sebagai hab utama di Negeri Sembilan untuk Malaysia insya-Allah. Terima kasih.

Terima kasih ADUN Bagan Pinang. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Kepayang bagaimana sukan ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan di Negeri Sembilan. Terima kasih atas pandangan.

Yang Dipertua Dewan

Ada Yang Berhormat boleh bawa soalan daripada ni, Seremban Jaya? Tak ada pesan. Jadi kita terus kepada Lukut lah.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Lukut mengemukakan soalan nombor 3.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih DUN Lukut. Soalan yang memang antara yang menjadi tumpuan sekarang. Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak 14.8 juta dalam Belanjawan 2024 untuk Inisiatif Bantuan Warga Emas

yang berumur 70 tahun dan ke atas yang dianggarkan seramai 75,000 orang. Warga emas yang layak bantuan ini akan menerima bantuan keceriaan sebanyak 200.00 ringgit seorang sebagai tanda kasih kepimpinan negeri kepada warga emas yang telah banyak berjasa mendidik anak bangsa selama ini.

Setakat 31 Oktober 2024, sebanyak, seramai 33,500 atau 44.7% daripada jumlah warga emas yang dianggarkan 75,000 orang telah menerima bantuan tersebut dengan jumlah perbelanjaan sebanyak 6.7 juta ringgit yakni 45.3% daripada peruntukan. Bilangan pemohon mengikut kawasan DUN adalah seperti berikut: Lobak – 2,118 melibatkan 423,600.00 ringgit, Bukit Kepayang - 1,778 melibatkan 355,600.00 ringgit, Bahau – 1,637 orang melibatkan 327,400.00 ringgit, Mambau – 303,600.00 ringgit, Rahang – 1,472 - 294,400.00 ringgit, Gemencheh – 1,267 – 253,400.00 ringgit, Repah – 1,086 orang – 217,200.00 ringgit, Seremban Jaya – 1,072 – 214,400.00 ringgit, Nilai – 1,064 orang – 212,800.00 ringgit, Chennah – 1,057 orang – 211,400.00 ringgit, Sungai Lui – 1,014 orang – 202,800.00 ringgit, Palong – 986 – 197,200.00 ringgit, Paroi – 983 orang – 196,600.00 ringgit, Gemas – 973 orang – 194,600.00 ringgit, Pilah – 939 orang – 187,800.00 ringgit, Temiang – 930 orang – 187,400.00 ringgit, Lukut – 905 – 181,000.00 ringgit, Sikamat – 905 orang – 181,000.00 ringgit, Sri Tanjung – 896 orang – 179,200.00 ringgit , Chuah – 851 orang – 170,200.00 ringgit, Chembong – 818 orang – 163,600.00 ringgit, Lenggeng – 784 orang – 156,800.00 ringgit, Pertang – 748 orang – 149,600.00 ringgit, Rantau – 714 orang – 142,800.00 ringgit, Linggi – 703 orang – 140,600.00 ringgit, Kota – 696 orang – 139,200.00 ringgit, Ampangan – 685 ribu – 137,000.00 ringgit, Jeram Padang – 680 orang - 136,000.00 ringgit, Senaling – 600 orang – 120,000.00 ringgit, Klawang – 582 orang – 116,400.00 ringgit, Johol – 577 orang – 115,400.00 ringgit, Juasseh – 529 – 105,800.00 ringgit, Seri Menanti – 463 orang – 92,600.00 ringgit, Labu – 458 orang – 91,600.00 ringgit dan Bagan Pinang, ramai orang mudo, orang tuo kurang sikit, 291 orang saja – 58,200.00 ringgit.

Bagi warga emas yang belum memohon, permohonan boleh dibuat melalui laman portal N9Digital secara atas talian atau aplikasi telefon bimbit Kerajaan Negeri sejak Disember 2023 telah meuar-uarkan bantuan ini melalui media sosial, pimpinan tempatan serta kepada semua agensi kerajaan. Kerajaan Negeri memohon kerjasama semua Pusat Khidmat DUN agar dapat menyampaikan maklumat mengenai permohonan ini kepada rakyat di peringkat akar umbi melalui jawatankuasa kampung serta kawasan rukun tetangga di kawasan DUN masing-masing. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Soalan tambahan. Terima kasih jawapan daripada Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya ucap terima kasihlah kepada Kerajaan Negeri yang telah membawa keceriaan kepada warga emas kita melalui skim ini. Dan sebagaimana kita tahu, kita, dekat pusat khidmat sebagai pengantara untuk kita edarkan wang kepada warga emas. Kadang-kadang kita kena bawa lebih 100 ribu dekat Pusat Khidmat untuk nak bagi warga tua kita pun takut. Adakah, soalan saya, adakah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberi 200.00 ini, 200.00 ringgit ini melalui cara yang lain. Mungkin guna Touch N Go, mungkin guna baucar beli barangan ataupun cara lain. Sebab kita kadang-kadang cash yang banyak dekat Pusat Khidmat pun sebagai ADUN pun kita takut, kita pergi bank dekat pusat khidmat kadang kalau kena rompak ke, kan, so mohon pencerahan daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Okey terima kasih. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih cadangan daripada Yang Berhormat Lukut. Kita sedia maklum ya, sebenarnya tujuan kita memberi cash ini adalah untuk supaya pihak ADUN dapat berjumpa dengan warga-warga emas ini sendiri. Dan jika ada cadangan untuk terus bayar terus kepada kepada kepada penerima, ini juga boleh kita pertimbangkan tapi dengan persetujuan ADUN-ADUN yang lain ya. Kerana saya melihat bahawa apabila program-program ini dijalankan, ia mendapat satu apa, perhatian yang cukup hebat daripada warga-warga emas ini. Dan saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama warga-warga emas, ada masa lagi untuk mereka mengisi borang N9Digital tersebut. Dan jika mereka belum belum berkesempatan ataupun mereka tak tahu cara untuk mendapatkan bantuan ini, mereka boleh terus ke pergi ke pusat-pusat perkhidmatan ataupun NADI berhampiran. Mohon bantuan untuk mereka secara online ataupun panggil anak-anak mereka untuk mengisi. Kita ada masa lagi lebih kurang dalam tak sampai sebulanlah lagi ya, ya, tak sampai sebulan. Dan insya-Allah tahun hadapan kita teruskan dan saya mohon kalau boleh di awal tahun itu lebih awal untuk mereka memohon kepada mereka yang berkelayakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian masa bagi pertanyaan lisan telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.

Rang Undang-UndangBill

Yang Dipertua Dewan

[sambungan urusan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024]

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Rang Undang-Undang Perbekalan dalam (2025) 2024.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi penggulungan perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan tahun 2025 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Pertang.

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillah, alhamdulillahirabbil’alamin wabihi nasta’in wassholatu wassalamu ala asyrofil anbiyai wal mursalin wa‘ala alihiwassohbihi ajma’in. Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera, salam Malaysia Madani, Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membuat penggulungan bagi portfolio Kementerian Desa Dan Wilayah, serta Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

Dato’ Yang Dipertua, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan serta memberikan pandangan terhadap perkara-perkara di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan Dan Kos Sara Hidup dan juga Kemajuan Desa, Perladangan Dan Komoditi sewaktu sesi perbahasan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 di dalam Dewan yang mulia ini. Terdapat 16 ADUN yang telah membangkitkan isu di bawah kedua-dua portfolio ini iaitu ADUN Johol, Sri Tanjung, Seri Menanti, Gemencheh, Jeram Padang, Sungai Lui, Gemas, Juasseh, Chuah, Paroi, Serting, Lukut, Bagan Pinang, Kota, Lenggeng dan Chembong. Semua ahli-ahli Yang Berhormat ini telah membangkitkan pelbagai isu. Ada isu yang sama dan ada isu juga yang berbeza. Saya mendengar dengan teliti setiap perbahasan daripada setiap ahli Yang Berhormat sama ada di dalam Dewan ataupun di luar ketika berehat ataupun di dalam kenderaan. Dan setiap perbahasan yang telah saya teliti dan saya dengar itu, saya telah membuat beberapa justifikasi yakni terdapat lebih kurang 56 isu berkaitan dengan kedua-dua portfolio saya yang telah dibangkitkan. Saya menyedari bahawa semua isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN ini adalah bertujuan untuk memakmurkan lagi Negeri Sembilan sekaligus bersama-sama di dalam kita mencapai hasrat Kerajaa Negeri untuk menjadikan Negeri Sembilan bersama membina negeri Madani. Insya-Allah saya akan memberikan maklum balas dalam masa yang telah ditetapkan oleh Dato’ Yang Dipertua. Walaupun tidak ada julat waktu yang tertentu tetapi insya-Allah saya cuba pendekkan kerana saya tengok Dato’ Yang Dipertua ni

memang tahan jati diri dia. Saya nak bagi pantun sikit kepada Dato’ Yang Dipertua.

Anak kera melompat tinggi Jatuh terhempas di dalam perigi Dato’ Yang Dipertua kuat jati diri Saya salute dan sanjung tinggi

Saya nak bagi tahu, macam itu pantun ADUN Lenggeng. Dato’ Yang Dipertua saya buat selingan sikit. Pantun ni satu rangkap tak ada. Yang ada 2 rangkap, 4 rangkap dan 6 rangkap. Yang lenggeng baca hari itu saya tak tahu pantun ke apa saya tak tahu. Jadi ADUN Lenggeng tu betulkan pantun. Saya sambung balik Dato’ Yang Dipertua. Insya-Allah saya akan berikan jawapan yang diberikan untuk menjawab segala persoalan yang timbul.

Pertama ADUN Johol. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Johol, yang membangkitkan pelbagai isu yang berkaitan dengan portfolio Kemajuan Desa Dan Wilayah dan antaranya ialah orang Asli, JPKK dan pembangunan kawasan luar bandar. Perkara pertama yang dibangkit oleh ADUN Johol untuk menjadikan dan mengisytiharkan hari sambutan Hari Orang Asli sebagai cuti umum. Itu di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan in shaa allah saya akan bisik dengan pimpinan JAKOA supaya kita cadangkan di peringkat pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya kita jadikan hari sambutan hari Orang Asli Sedunia itu sebagai cuti umum di peringkat persekutuan.

Kedua berkaitan dengan isu penyediaan kemudahan orang Asli di DUN Johol. Berdasarkan rekod yang saya ada, terhadap 10 kampung orang Asli di dalam DUN Johol. Kesemua perkampungan telah mendapat kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air. Manakala bagi capaian telekomunis, telekom, telekomunikasi haa, yang masih rendah di beberapa kawasan orang Asli, pihak SKMM Negeri Sembilan sedang berusaha untuk meningkatkan capaian telekomunikasi bagi kawasan-kawasan tersebut. Walaupun penggulungan yang dibuat oleh Yang Berhormat ADUN Linggi mengatakan bahawa pencapaian telekomunikasi di Negeri Sembilan ini bagus, tetapi boleh dipertingkatkan di beberapa kawasan terutamanya kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Johol juga membangkitkan berkenaan dengan garis panduan khusus bagi memelihara dan melindungi tanah rizab orang Asli. Buat masa ini untuk makluman ahli Dewan, tiada garis panduan khusus bagi memelihara atau melindungi tanah rizab orang Asli tetapi

kesemua kawasan tanah rizab orang Asli ini dilindungi di bawah akta, okey Dato’ Yang Dipertua. Minum air dulu. Saya bagi pantun tadi terbatuk Dato’ Yang Dipertua. Dilindungi di bawah Akta 134 Akta Orang Asli di mana Ketua Pengarah JAKOA diperuntukkan kuasa sebagai Pegawai Pengawal Tanah Rizab Orang Asli. Sebarang aktiviti yang dilakukan di atas tanah rizab perlulah mendapat kebenaran Pegawai Pengawal tanah tersebut. JAKOA bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan garis panduan rasmi untuk memelihara tanah rizab orang Asli.

Berkenaan dengan jumlah JPKK yang telah menerima peruntukan Sejati Madani sehingga 26 November 2024, sebanyak 396 JPKK telah memohon geran program sejati, Program Sejahtera Komuniti Madani yakni Sejati Madani. Dan daripada jumlah tersebut sebanyak 341 permohonan JPKK telah pun diluluskan melibatkan semua sektor yang ditawarkan iaitu pelancongan dan hospitaliti, pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, aktiviti hijau dan kitar semula serta herba dan kesihatan. Dan Program Sejahtera Komuniti Madani ini dipantau oleh jawatankuasa pemantau ataupun yang kita katakan yang ditubuhkan di peringkat negeri yang dipengerusikan bersama oleh Pengarah Pembangunan Negeri ataupun SDO dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri. Jawatankuasa Pemantau Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah juga diwujudkan bagi memudahkan gerak kerja pemantauan di daerah-daerah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa, Jawatankuasa Pantau Peringkat Negeri Bilangan 1 pada 11 Oktober tahun 2024. Pemantauan dilaksanakan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri iaitu ICU JPM termasuk pemantauan kemajuan projek dan perbelanjaan dana oleh komuniti mengikut perancangan yang telah diluluskan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, senarai kelulusan program ini telah dimaklumkan pada Pejabat Daerah Dan Tanah dan turut dipanjangkan juga kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat. Saya harap Yang Berhormat ADUN dapat bersama-sama dengan Pejabat Daerah untuk memantau perlaksanaan projek-projek Sejati Madani di kawasan masing-masing supaya hasrat pertama kerajaan untuk memberikan manafaat total kepada komuniti masyarakat di setiap kampung itu dapat terlaksana dengan baik.

Berkenaan dengan jurang di antara kawasan bandar dan luar bandar pula, 77% seperti yang telah saya sebut di dalam Dewan ini, daripada keluasan Negeri Sembilan diklasifikasikan sebagai kawasan luar bandar yang merangkumi daerah Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Rembau dan sebahagian daripada kawasan Seremban dan Port Dickson. Bagi mengurangkan jurang antara kawasan ini, beberapa langkah telah diambil. Antaranya pembaikan penyediaan infrastruktur luar bandar.

Yang kedua, kerjasama dengan KKDW bagi perlaksanaan Projek Ameniti Sosial atau PAMS di kawasan luar bandar dengan peruntukan yang semua sedia maklum telah diluluskan sebanyak 3.0 juta ringgit.

Menyedari peri pentingnya ketersambungan jaringan jalan raya dalam soal pembangunan kawasan ini, beberapa projek besar yang menghubungkan kawasan luar bandar sedang dan juga telah dilaksanakan. Saya sebut beberapa projek untuk makluman Dewan yang mulia. Pertama: membina jalan baru dari Kampung Gagu ke Ulu Beranang – dalam proses pembinaan yang menelan kos sebanyak 163.0 juta ringgit. Yang kedua: membina jalan daripada Seri Menanti, Kuala Pilah ke Ulu Sepri, Rembau dengan kos projek sebanyak 106.8 juta Ringgit Malaysia. Yang ketiga: membina jambatan baru daripada, jambatan baru dan jalan tuju dari Kuala Lukut ke Chuah, Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos projek sebanyak 200.0 juta ringgit. Pembinaan akses jalan raya dan infrastruktur lain di kawasan luar bandar menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya huni dan membuka lebih banyak peluang aktiviti ekonomi yang dapat menyumbang kepada pengukuhan sektor pertanian, perladangan, pelancongan dan pembuatan di luar bandar.

YB Johol juga membangkitkan isu yang berkenaan dengan pelan luar bandar atau mekanisme penguatkuasaan bagi waris pemilik tanah untuk mengelakkan isu tanah terbiar. Berkaitan dengan isu garis panduan program JPKK yang dibangkitkan oleh YB Johol, garis panduan kepada JPKK bagi perlaksanaan program adalah mengikut Garis Panduan Tadbir Urus 2024 yang telah pun disediakan oleh KKDW. Garis panduan ini juga untuk makluman Yang Berhormat Johol, telah diterima pakai oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang melibatkan peranan Yang Berhormat ADUN dalam wakil ataupun setiap program JPKK di peringkat kampung. Garis panduan ini menetapkan bahawa pihak JPKK perlu menyediakan laporan program dan tatacara penggunaan peruntukan. Dan di kesempatan ini, saya juga ingin meminta kesemua ahli-ahli Yang Berhormat supaya dapat berbincang dengan JPKK, bantu dan beri pandangan kepada mereka di dalam melaksanakan program yang baik.

Dato’ Yang Dipertua, saya masuk kepada Yang Berhormat Sri Tanjung yang membangkitkan …..

Mohon mencelah YB Exco.

Berkenaan dengan tatacara JPKK, saya ingin bertanyakan soalan berkenaan dengan sekiranya JPKK tidak melakukan mesyuarat dalam masa satu tahun. Terima kasih.

Satu tahun tu memang dah lama, dah pendek umur Pengerusi JPKK tu. Saya dah bagi taklimat kepada semua Pengerusi JKK, JPKK mesyuarat 3 kali in the row, dengan izin. Tidak melakukan mesyuarat 3 kali berturut-turut. Surat peringatan dan notis tunjuk sebab akan dikeluarkan. 6 kali berturut-turut notis untuk penamatan jawatan Pengerusi JPKK akan dikeluarkan insya-Allah. Terima kasih DUN Lenggeng.

Tapi siapa yang akan keluarkan penamatan atau yelah, sebab di kawasan saya ada yang berlaku begitu.

Yang Berhormat laporlah kat saya Yang Berhormat. Nanti saya tengoklah, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan.

Baik.

Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat, saya belum masuk lagi Yang Berhormat. Ini Johol tadi tu.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, saya ingat beginilah, pencelahan itu mesti peraturan. Benda-benda pengurusan jangan masuk dalam pencelahan. Boleh?

Boleh. Yang Berhormat mintak dulu dekat Speaker lepas itu baru saya benar atau tidak. Jangan mintak kat saya.

Yang Dipertua Dewan

Saya tak menggalakkan pencelahan masa pergulungan. Kalau soalan, boleh. Penggulungan saya nak Yang Berhormat boleh bebas jawab. Okey.

Yang Berhormat Sri Tanjung membangkitkan berkenaan kenaikan elaun bagi Pengerusi dan Setiausaha JPKK. Isu ini adalah antara isu yang popular. Sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seri Menanti, sama dengan yang dibangkitkan oleh Sungai Lui dan sama juga yang dibangkitkan oleh Chembong dan sama juga pemikiran dengan saya sebagai Ahli Exco, kerana isu ini telah saya bangkitkan di Dewan Rakyat, tetapi untuk makluman Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin akan kebajikan kepimpinan di peringkat akar umbi kerana barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan rakyat terutamanya penduduk kampung. Buat masa ini, Dato’ Yang Dipertua, elaun JPKK, Setiausaha adalah status quo.

Maknanya 900.00 Pengerusi, 400.00 kepada Setiausaha. Insya-Allah Kerajaan Negeri akan membuat kajian dari masa ke semasa mengikut prestasi kewangan Negeri Sembilan daripada masa ke semasa. Maknanya yang di sebelah saya ni dia ambil beratlah tu insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, saya menjawab ADUN Seri Menanti yang membangkitkan berkenaan dengan soal banci pertanian, peruntukan daripada Kerajaan Pusat, pensijilan myGAP dan juga pensijilan myOrganic. Setakat ini, status terkini perlaksanaan banci masih berada di peringkat analisis lanjut. Bancian ini telah berakhir pada 10 Oktober 2024 dan hasil awal yang telah diperoleh adalah seperti berikut: seramai 37,795 rospek, responden telah pun direkodkan. Daripada jumlah itu sebanyak 82% ataupun 30,974 responden dikenal pasti berada di tempat kediaman pertanian dan walau bagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, daripada 4, daripada jumlah itu hanya 41.2% sahaja yakni 12,792 responden daripada jumlah itu adalah tempat kediaman pertanian aktif, yang bergerak secara aktif iaitu individu atau isi rumah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pertanian. Pertubuhan perniagaan sebanyak 1,017 pertubuhan telah pun kita banci, jumlah, daripada jumlah itu 30% atau 305 pertubuhan dikenal pasti sebagai pertubuhan perniagaan pertanian yang terlibat di dalam sektor yang berkaitan. Menariknya kesemua pertubuhan ini merupakan pertubuhan perniagaan pertanian aktif dengan penglibatan langsung dalam sektor pengeluaran, pemasaran atau pemprosesan hasil pertanian.

Hasil dapatan awal ini Dato’ Yang Dipertua, telah memberikan gambaran penting mengenai tahap penglibatan isi rumah dan organisasi dalam sektor pertanian di Negeri Sembilan. Data ini akan digunakan sebagai asas untuk merangka pelan strategik bagi meningkatkan produktiviti kecekapan dan keberdayaan sektor ini. Untuk direkodkan di dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Sembilan amat menghargai pengumuman peruntukan untuk peningkatan hasil pertanian termasuk tanaman padi sebanyak Ringgit Malaysia 300 juta oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 yang lalu. Peruntukan ini adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam memperkukuhkan sektor pertanian dan memastikan keterjaminan makanan negara terus terjamin.

Bagi pihak Negeri Sembilan, beberapa inisiatif strategik telah dirangka bagi menafaatkan peruntukan ini. Antaranya ialah inisiatif pelestarian sawah negeri, pembangunan zon kekal pengeluaran makanan, pembangunan projek berskala besar, transformasi pertanian pintar ataupun i-Smart Tani, insentif penarafan ladang MyGAP dan juga naik taraf pusat pengumpulan dan jualan Ampangan. Untuk tahun 2024,

jumlah keseluruhan peruntukan untuk sektor pertanian, ternakan dan perikanan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak 9,237,534 untuk tahun 2024. Dan peruntukan ini telah dipecahkan kepada jabatan-jabatan di bawah portfolio ini yakni Jabatan Pertanian – 2,878,496.00 ringgit, Jabatan Perikanan – 926,532.00 ringgit, jabatan, bagi FAMA – 838,945.00 ringgit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar – 173,695.00 ringgit, Lembaga Pertubuhan Peladang – 4,315,744 Ringgit Malaysia dan MARDI – 104,122.00. Khusus bagi Seri Menanti sebanyak 133,630.00 ringgit diperuntukkan pada tahun ini. dan peruntukan ini adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuhkan sektor pertanian, ternakan dan perikanan negara di dalam mencapai matlamat pembangunan yang mampan dan jaminan bekalan makanan yang mencukupi.

Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri telah pun membuat unjuran pencapaian berdasarkan peruntukan pertanian agro makanan yang berjumlah 11.0 juta Ringgit Malaysia. Peruntukan ini dirancang untuk dimanafaatkan secara optimum melalui pembangunan sektor pertanian yang inklusif dan menyeluruh. Berikut adalah unjuran pencapaian bagi peruntukan tersebut: bilangan projek yang dibangunkan sebanyak 1,895 projek dijangka akan dilaksanakan di seluruh negeri bagi tahun 2025. Bilangan pengusaha terlibat dianggarkan seramai 4,105 pengusaha akan mendapat manafaat secara langsung daripada perlaksanaan projek ini. Luas kawasan pembangunan yang kita jangka adalah melibatkan 7 daerah utama yang merangkumi keluasan 1,227.5 hektar di seluruh Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, bagi pensijilan myGAP ataupun, dan myOrganic, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa komited untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, selamat dan mampan. Setakat Oktober 2024, pencapaian dalam pensijilan ini adalah sebanyak 324 MyGAP, dan 26 myOrganic dengan perincian seperti berikut: sektor pertanian agro makanan: MyGAP 277 ladang, myOrganic 26 ladang. Sektor ternakan: myGAP 35 ladang ternakan, sektor akuakultur: myGAP 35 ladang akuakultur.

Bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ADUN Gemencheh, yang membangkitkan berkenaan dengan status terkini SSL Negeri Sembilan dan juga berkaitan dengan sektor perikanan terutamanya bekalan air tawar. Saya nak nyatakan dalam Dewan yang mulia ini, bahawa tanaman ataupun perikanan yang mendapat perkhidmatan tinggi di kalangan rakyat Negeri Sembilan dan kadar kucupannya, kecukupannya adalah seperti berikut. Ni saya saya kena nyatakan Dato’ Yang Di Pertua ya. Pertama: ternakan daging lembu dan kerbau – 39.07%, daging kambing dan be be berbiri – 14.034% kadar kecukupan

bagi rakyat Negeri Sembilan. Sayuran bayam – 74.7% cukup, Sawi – 85.3%, bendi - 116, lebih daripada kecukupan keperluan rakyat Negeri Sembilan. Cili – 30.2%, kacang panjang – 89.7%. Ini ahli-ahli Yang Berhormat boleh buat sedikit catatan supaya boleh dijadikan sebagai aktiviti pertanian di kawasan DUN masing-masing. Daging ayam lebih, 339.79% Dato’ Yang Dipertua, maknanya ayam Negeri Sembilan memang melebihi daripada keperluan rakyat Negeri Sembilan. Maknanya mana ladang-ladang yang langgar syarat, Jabatan Veterinar tidak akan teragak-agak dengan penguatkuasaan Pejabat Daerah kita akan tutup ladang yang melakukan kacau ganggu di untuk komuniti dan juga masyarakat sekitar. Telur ayam – 218.51% melebihi daripada jangkauan, susu segar 118.64% tetapi yang paling kurang ialah bijiran dan padi yang hanya mencukupi keperluan rakyat Negeri Sembilan – 8%. Buah-buahan durian – 155% melebihi cukupan. Itu yang kita nak hantar ke China, belimbing – 458% melebihi daripada kecukupan, jambu batu – 74 dan betik – 82 serta pisang – 72%.

Angka ini Dato’ Yang Dipertua, menunjukkan bahawa keluaran seperti daging ayam, telur ayam, susu segar, bendi, durian dan belimbing telah mencapai tahap pengeluaran yang melebihi keperluan penduduk negeri. Walau bagaimanapun, terdapat keluaran seperti lembu, kerbau dan kambing dan berbiri, cili dan padi yang memerlukan perhatian khusus untuk meningkatkan kadar kecukupan khususnya bagi memenuhi keperluan makanan asas dan menjamin sekuriti makanan negeri. Kerajaan Negeri Sembilan melalui pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan telah merangka dan melaksanakan strategi yang inklusif bagi meningkatkan kadar kecukupan makanan di negeri ini insya-Allah. Pendekatan ini melibatkan penyertaan menyeluruh daripada komuniti pertanian termasuk petani kecil dan sederhana, golongan belia serta pemain industri.

Melalui Rancangan Pembangunan Negeri Sembilan (RPNS) ‘21-‘25 dan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan ‘23 dan ‘33, pelbagai pelan tindakan telah digubal bagi menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam sektor pertanian. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk pemberian insentif dan bantuan pembiayaan kepada mereka yang terlibat di dalam sektor ini. Untuk meningkatkan akses pasaran, pihak FAMA telah menggalakkan penggunaan platform digital termasuk media sosial dan pemasaran dalam talian. Jabatan Perikanan juga turut memberikan sokongan dengan memperluaskan pasaran melalui pembungkusan dan pelabelan produk pensijilan seperti sijil halal. Bagi memperkukuhkan kapasiti teknikal pengusaha, latihan teknikal turut dianjurkan oleh agensi di bawah portfolio saya. Program ini memberi peluang kepada pengusaha untuk memantapkan serta meningkatkan kemahiran dalam pengurusan pertanian dan ternakan.

Dalam memastikan keselamatan bekalan makanan, Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan insentif sekuriti makanan. Insentif ini merangkumi naik taraf infrastruktur ladang seperti sistem pengairan fertigasi dan pemberian input pertanian seperti baja dan benih. Dato’ Yang Dipertua, sehingga kini daripada tahun 2021 hingga 2024, sebanyak 41.17 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai inisiatif ini yang memberi manfaat kepada 2,739 pengusaha. dan bantuan ini turut merangkumi subsidi kos, operasi ladang sehingga 20% dan membantu meningkatkan pendapatan mereka 500.00 ke 1,000.00 sebulan. Outlet Agrobazaar FAMA juga memainkan peranan penting dalam menyediakan makanan pada harga mampu milik. Melalui perlaksanaan semua inisiatif ini, Kerajaan Negeri Sembilan komited memastikan sektor pertanian dan perikanan terus berkembang sekaligus mengimbangkan isu jaminan bekalan makanan.

Yang Berhormat Gemencheh juga membangkitkan berkenaan dengan jumlah tangkapan hasil laut Negeri Sembilan 2023 sehingga 2024, sudah ada senarai. Saya akan bagi kepada Gemencheh secara bertulis kerana terlalu banyak, detail. Tapi secara keseluruhannya ialah jumlah wang yang dikutip pada tahun 2023 ialah 85,000.00 ringgit dan jumlah nilai pada 2024 turun sikit yakni 56,000.00 ringgit. Jumlah pengusaha perikanan air tawar di Negeri Sembilan di bawah subsektor akuakultur adalah seramai 450 penternak.

Di bawah portfolio ini juga Yang Berhormat Gemencheh membangkitkan berkenaan dengan inisiatif baru yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yakni program Sentuhan Madani Felda. Ini adalah inisiatif baru Dato’ Yang Dipertua, dan memandangkan ia juga adalah satu pendekatan untuk komuniti dan kesejahteraan rakyat felda, satu mesyuarat dan perbincangan akan diadakan bersama agensi-agensi berkaitan yang diterajui oleh FELDA bagi meneliti program serta aktiviti yang boleh dirangka untuk memberikan manafaat total kepada semua masyarakat felda secara amnya. Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Gemencheh berkenan dengan program yang boleh dilaksanakan mengikut zon dan wilayah, saya mengambil cadangan itu sebagai cadangan yang baik. Dan sudah semestinya program ke arah cadangan itu akan saya laksanakan bersama dengan ahli-ahli Yang Berhormat DUN kawasan pada program yang berkenaan.

Berkenaan dengan isu banjir besar yang berlaku di Kampung Tenai, Kampung Tengah, Taman Muhibah dan sebuah sekolah di Felda Bukit Rokan Utara baru-baru ini, ianya telah diambil serius oleh FELDA. Hasil semakan awal, saya dapati, didapati bahawa salah satu punca banjir ni

ada disebabkan sungai yang berada dalam rancangan tersebut tidak diselenggara dengan baik. Ini adalah punca utama banjir di mana-mana kawasan perumahan sama ada perumahan di kawasan felda, di kampung-kampung tradisi longkang dan sungai tidak diselenggara dengan baik. Sungai ni adalah di bawah seliaan dan selenggara Jabatan Pengairan Dan Saliran. Kerana itu pihak FELDA akan mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan bersama dengan JPS untuk mendapatkan kata persetujuan bagi berusaha menangani punca masalah ini. Insya-Allah saya secara peribadi, sebagai Exco yang terlibat, saya zahirkan komitmen saya bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang pada masa yang akan datang insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Jeram Padang. Dah ada? Kalau tak ada, saya skip Dato’ Yang Dipertua, ADUN Jeram Padang saya hantar bertulis. ADUN Sungai Lui. Pun tak ada? Ada? ADUN Sungai Lui membangkitkan berkenaan dengan isu kemudahan awam seperti dewan orang ramai, balai raya dan taman permainan dan lain-lain lagi di felda berkeadaan, yang berkeadaan uzur termasuk kemudian infra yang perlu dinaik taraf. Dato’ Dipertua, untuk makluman ahli Dewan bagi tahun 2024, pihak Felda Wilayah Raja Alias telah mengemukakan 25 permohonan untuk kelulusan ibu pejabat merangkumi kerja-kerja pembaikan tanah runtuh, longkang, dan bangunan awam dengan anggaran peruntukan sebanyak 8.2 juta ringgit. Selain daripada itu sebanyak 49 permohonan masih di peringkat penilaian dan penyediaan anggaran harga oleh pihak perunding yang dilantik oleh pihak FELDA. FELDA telah menerima peruntukan kerajaan bagi projek jalan dan longkang di kawasan kampung sebanyak 8 projek yang berjumlah 13.45 juta.

Yang Berhormat Lui juga membangkitkan berkenaan masalah pembayaran hasil yang tidak konsisten waktunya. Pihak pengurusan FELDA untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya membuat ketetapan tarikh pembayaran pada 16 sehingga 20 hari bulan setiap bulan serta pembayaran sara hidup dan pendahuluan antara 25 sehingga 28 setiap bulan. Mandatori. Kecuali Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ada kes-kes tertentu yang melibatkan kelewatan pembayaran. Kalau kelewatan ini sudah menjadi satu budaya, maka saya nak mintak Yang Berhormat ADUN laporkan kepada saya dan insya-Allah kita akan selesaikan masalah ini dan, untuk diharmonikan bersama dengan pengurusan FELDA. Tempoh bayaran ini mengambil masa, berkenaan isu kelewatan pembayaran siap kerja pulak Dato’ Speaker, kepada kontraktor yang mengurus hasil kebun, proses pembayaran siap kerja bagi kontrak ladang akan diselesaikan oleh Ibu Pejabat FELDA setelah kontraktor buat permohonan sijil bayaran dan disokong oleh pihak pengurusan Rancangan. Tempoh bayaran mengambil masa paling lama selama antara 1 ke 2 bulan sahaja. Dan

sekiranya berlaku kelewatan mungkin sebab dokumentasi yang tidak lengkap dan pelbagai perkara yang berlaku. Saya, selanjutnya bagi menyelesaikan isu kesilapan dokumentasi dan semakan terperinci ini akan dibuat sebelum dokumen bayaran berkenaan dimajukan kepada ibu pejabat dan insya-Allah pihak FELDA maklum terhadap isu ni dan telah mengambil inisiatif melalui kerjasama bersama Pejabat Pembahagian Pusaka Negeri Sembilan. Satu program pewarisan bicara peringkat, bicara kuasa peringkat FELDA telah berjaya dilaksanakan selama 10 hari dalam bulan Oktober 2024. Ini yang berkaitan dengan pertanyaan Sungai Lui berkenaan isu perwarisan masih banyak lagi tertangguh dan tergendala sehingga ada sesetengah waris masih tidak dapat pendahuluan ataupun gaji selama 9 bulan. Dan saya sebut tadi, pada 2024 kita dah selesaikan banyak kes 191 kes pewarisan yang tertunggak pada tahun 2023 telah diselesaikan dan bakinya insya-Allah perancangan program ini akan kita teruskan pada tahun 2025 bagi menyelesaikan kes semasa yang telah dikenal pasti pada tahun 2024. Walau bagaimanapun, untuk maklumat Yang Berhormat, penyelesaian pewasiran ini adalah tertakluk kepada tanggungjawab pihak waris untuk membuat permohonan bicara kuasa melalui Pejabat Pembahagian Pusaka.

Berkenaan perlaksanaan program lot perumahan generasi baru di Felda Palong 12 dan 13, sedang dalam proses pengesahan pelan tapak dan penetapan perbandingan anggaran kos pembangunan bagi setiap unit lot. Semua agensi teknikal yang terlibat telah mengeluarkan surat pengesahan dan maklum balas terhadap cadangan yang disediakan oleh pihak PLANMalaysia. Untuk makluman Yang Berhormat, penetapan dasar yang bersesuaian masih dalam tindakan pihak Kerajaan Negeri bagi perlaksanaan lot generasi tersebut.

Sungai Lui mencadangkan agar diwujudkan select committee untuk menangani semua masalah yang berkaitan dengan felda. dan sebenarnya jawatankuasa ini telah pun wujud yakni kita panggil sebagai Jawatankuasa Kemajuan Pembangunan Komuniti Rancangan di setiap Rancangan. Antara tujuan jawatankuasa ditubuhkan adalah mengatasi dan mengambil masalah yang timbul di felda. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam jawatankuasa ni, pengerusinya ialah Pengurus Rancangan. Lepas itu kita ada lagi JKKR, kita ada GPW, kita ada KAF, kita ada belia, kita ada NGO dan selepas ini, saya akan pastikan ahli Yang Berhormat yang mempunyai kawasan felda akan terlibat di dalam jawatankuasa yang telah saya nyatakan sebentar tadi.

Bagi ADUN Gemas, yang membangkitkan berkenaan isu padi. Gomeh ni isu padilah dia tanyo selalu. Dek, montang-montang dia ni kawasan padi banyak kan. Jelebu ado. Membangkitkan berkenaan isu padi ni

ditanam Negeri Sembilan tapi dihantar ke negeri lain. Mintak maaf ya Dato’ Dipertua. Yang gomeh timbulkan ni, bila pesawah cenderung untuk menjual padi mereka kepada kilang yang menawarkan harga lebih. Kerajaan buat garis harga padi siling 1,400.00. Tapi masalahnya Dato’ Yang Dipertua, dia ada kompetensi di antara pengilang dengan pengilang yang lain. Kita sedia maklum, ada pesawah cenderung untuk menjual padi mereka kepada kilang yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Ini adalah typical exercise dengan izin, kepada semua peniaga. Ada orang tawar 1,700.00, kilang di Melaka, ada yang tawar 1,800.00, kilang di Johor. Dan situasi ini memang beri kesan kepada bekalan beras tempatan di Negeri Sembilan. Sebagai langkah untuk mengatasi isu ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan insentif galakan padi di bawah peruntukan negeri. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan pesawah terus menjual padi mereka kepada pusat belian tempatan di Negeri Sembilan. Di bawah skim ini, untuk makluman Dato’ ahli Yang Berhormat dan Dato’ Yang Dipertua insentif sebanyak 100.00 ringgit per tan dengan maksimum sehingga 2,000.00 ringgit disediakan kepada pesawah yang layak untuk memberikan galakan supaya hasil padi mereka dihantar ke Kuala Pilah. Langkah ini insya-Allah dapat memberikan galakan kepada pesawah untuk terus menyokong sektor beras tempatan serta menjamin bekalan beras di Negeri Sembilan.

Berkenaan dengan cadangan perolehan mesin pemprosesan padi dan sebagainya itu, mungkin buat masa ini tidak lagi ekonomik Yang Berhormat kerana ia menyebabkan kos yang begitu tinggi terutamanya di dalam kos penyelenggaraan dan operasi. Kerajaan akan lebih fokus kepada inisiatif-inisiatif lain yang lebih mampan serta memberikan sokongan kepada pesawah untuk meningkatkan produk produktiviti mereka.

ADUN Juasseh, dia mintak peruntukan kepada 40 ekar di kawasan Seri Jemapoh untuk tanam tanam apa, kelapa MATAG. Kelapa MATAG. Saya ingat Juasseh dia kata bukan nak tanam kelapa laut. Saya dah sebutkan …..

Bukan, kelapa laut YB Guna …..

…. tak sesuai …..

Kelapa MYD. Dia campur dia, dia, dia combine.

Untuk makluman Yang Berhormat Juasseh, permohonan peruntukan projek tanaman kelapa berjumlah 660,660.00 ringgit dari Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Pilah telah pun dihantar ke Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan. Insya-

Allah permohonan ini sedang berada dalam penilaian terakhir di bawah program pengukuhan keterjaminan jaminan makanan tahun 2025, untuk mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar yang melibatkan kerjasama Kerajaan Negeri dan juga Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan.

Yang Berhormat Juasseh membangkitkan isu berkaitan dengan isu baik pulih dan naik taraf balai raya di DUN Juasseh. Untuk makluman ADUN Juasseh, Kerajaan Negeri bersama Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Kuala Pilah telah buat beberapa pembaikan. Tahun 2023, balai raya Kampung Terentang dan Kampung Majau. Tahun 2024, Pejabat Daerah telah menerima peruntukan pembaikan Balai Raya Kampung Juasseh Kapitan dan Balai Raya Kampung Sungai Talang. Banyak balai raya Yang Berhormat dah di repair dari Pejabat Daerah. Tahun 2025, kita tengoklah mana peruntukan yang boleh kita luluskan kerana banyak juga balai raya yang perlu kita baiki.

Kemudian Yang Berhormat Juasseh membangkitkan isu berkenaan dengan gred perjawatan bagi Pegawai KEMAS Daerah. Yang ini pun dah pun saya perbahaskan di Dewan Rakyat daripada Gred 19 bawa ke gred 41 kerana bebanan tugas Pegawai KEMAS Daerah sekarang ini semakin hari semakin meningkat. Dan insya-Allah kita memberikan sokongan kepada cadangan daripada Yang Berhormat Juasseh ni tadi.

Dato’ Yang Dipertua saya pergi pula kepada Juasseh ada tanya soal artificial intelligent di KEMAS. Ini dah dijawab oleh ADUN Linggi dalam soal yang berkaitan dengan digital. ADUN Chuah membangkitkan isu kekurangan perumahan di kawasan kampung. Ini adalah me, meling, apa, me, yang termasuk dalam program kekurangan, Program Perluasan Kampung, Dato’ Yang Dipertua, yang mana Kerajaan Negeri menyediakan tanah-tanah kerajaan bagi tujuan pembinaan kediaman. Buat masa ini terdapat beberapa kaedah perlaksanaan bagi Program Perluasan Kampung. Perlaksanaan oleh Kerajaan Negeri melalui pemberian lot-lot tanah berkeluasan 4,000 ke 6,000 kaki persegi. Peserta perlu membina kediaman sendiri. Permohonan untuk perlaksanaan di bawah program pemajuan kawasan dan, oleh, di bawah Kementerian Desa Dan Wilayah.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Paroi membangkitkan berkenaan dengan status terkini operasi pasar tani kekal PAKAR di Paroi dan juga Pavilion Negeri Sembilan di MAHA. Pasar tani untuk makluman ADUN Paroi, menyediakan platform kepada petani dan usahawan tempatan untuk memasarkan hasil segar seperti sayur, buah dan produk hiliran. Sambutan semakin baik di PAKAR ini dan juga PAKAR ini kita akan lakukan penambahbaikan infrastruktur dan pelbagai program bagi

memastikan sambutan terus diberikan oleh pengguna untuk membantu usahawan-usahawan di PAKAR. Untuk program, Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2025 telah memperuntukkan 3.0 juta sebagai dana untuk menampung kos membangunkan Pavilion MAHA Negeri Sembilan pada tahun hadapan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah umum untuk memperuntukkan 3.0 juta dan kerja awalan bagi menampung kos ini 500 ribu akan dibuat pada tahun 2025. [batuk].

Minta maaf ADUN, haa ni, [batuk] mintak maaf. ADUN Serting, membangkitkan berkenaan dengan isu tekanan air rendah di Bandar Seri Jempol dan Felda Raja Alias. Untuk makluman Yang Berhormat, jajaran paip di kawasan Felda Raja Alias dan Bandar Baru Jempol adalah paip lama jenis asbestos cement (AC)dan kawalan tekanan air perlu dilaksanakan. Kalau dia tak kawal air ni Yang Berhormat, dia boleh pecah. Bila dia buka extra sikit, dia boleh burst paip ni. Bila dia pecah, gangguan bekalan air di kawasan Serting, di kawasan felda ini, Felda Raja Alias akan berlaku. Kerana itu bekalan dan pressure air terpaksa dikawal oleh jabatan, oleh SAINS. Pihak SAINS juga dan proses melaksanakan program penukaran paip yang rosak secara berperingkat untuk seluruh Negeri Sembilan termasuk kawasan Felda Raja Alias dan Bandar Baru Jempol.

Yang Berhormat Serting membangkitkan soal peruntukan Jualan Negeri Sembilan Prihatin dan juga berkaitan dengan isu Beras Perpatih. Isu sama juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Pinang, jadi saya jawab bersekali ya. Berkenaan dengan soal peruntukan. Peruntukan yang digunakan untuk jualan harga Negeri Sembilan Prihatin merupakan revolving fund, dengan izin. Bahasa mudahnya peruntukan digunakan sebagai subsidi dan untuk memperoleh barangan jualan dengan harga yang paling rendah. Harga jualan setiap program ini diakaunkan semula kepada sumber peruntukan supaya dapat digunakan pada waktu yang akan datang. Setelah semakan dibuat, jumlah peruntukan yang diberikan bagi tahun 2025 adalah munasabah membandingkan mas, memandangkan masih terdapat baki peruntukan daripada tahun 2024 dan sebelumnya.

Untuk isu Beras Perpatih ini, Yang Berhormat, buat masa ini, kapasiti pengeluaran Beras Perpatih adalah sebanyak 48 tan sebulan, Beras Perpatih Negeri Sembilan ya. Kapasiti ini memang jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan pasaran runcit secara meluas. Kerana itu Beras Perpatih, saya nak sebut rekod daripada bulan Mac sejak kita lancarkan dalam NS Fest tempoh hari, sehingga November 2024 – 384 tan telah pun dijual melalui Jualan Nismilan Prihatin. Kerana itu sekarang ni beras ini kita jual dan pasarkan melalui Jualan

Nismilan Prihatin saja supaya semua bekalan beras ini dapat kita salurkan kepada masyarakat yang selayaknya.

Ketika ini, yang ni saya nak sebut juga, ketika ini keluaran purata beras Negeri Sembilan adalah sebanyak 4 metrik tan per hektar. Sasaran saya, sasaran Kerajaan Negeri adalah untuk meningkatkan hasil ini sehingga 7 metrik tan per hektar. Keluasan tanah sawah padi di Negeri Sembilan adalah lebih kurang 1,200 hektar, namun yang bertanam 700 ke 800 hektar kerana beberapa masalah yang berkaitan dengan infra. Insya-Allah sekarang ini kita beri penumpuan kepada infra bagi menambah kawasan penanaman padi ini dan juga untuk menambah keperluan, menampung keperluan beras di Negeri Sembilan. Sekarang ini untuk makluman Yang Berhormat, keperluan Negeri Sembilan memerlukan 80,000 metrik tan setahun untuk menampung keperluan kita. Dan 80,000 tan metrik ini memerlukan 20,000 hektar kawasan penanaman padi yang pada kita, mustahil untuk kita capai. Jadi kerana itu, kita menambah lagi tanaman padi sekurang-kurangnya daripada 8% pada 2028 kita boleh mencakupi sehingga 16 ke 18% keperluan padi di Negeri Sembilan.

Yang Berhormat Lukut membangkitkan isu pemasaran padi pisang, pemasalahan hasil pisang. Merujuk kepada laporan komoditi harian bagi komoditi pisang di Negeri Sembilan, saya dah sebut tadi bahawa bekalan pisang kita melebihi daripada keperluan. Dan harga mengikut data pada November 2024 kekal pada 5.65 ringgit. Tidak ada kenaikan yang melampau Yang Berhormat ya. Harga purata pisang pada September sekitar 8.00, kemudian berlaku kenaikan sikit pada November – 8.75 ringgit. Kemudian dia turun balik akan, mengikut musim ataupun mengikut monsun yang kita lalui sekarang ini.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Mohon pencerahan Datuk.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Datuk Seri, saya bukan sebut pasal harga dekat pasaran. Saya sebut harga keluar ladang. Orang datang ke ladang untuk ambil hasil apa, pisang. Awal tahun RM3.50 setengah untuk sekilo. Tapi akhir tahun ini dia turun sampai RM1.20 sekilo. Tak cukup untuk kos untuk menanam pisang.

Ya. Kerana itu saya sebut Yang Berhormat, harga purata pisang tanduk pada September 2024 ya, pada 2024, lapan ringgit. Berlaku sedikit kenaikan, dia naik lagi. Mengikut musim. Harga purata bagi pisang berangan dan pisang emas – 6.25 ringgit dan 5.00 ringgit pada September 2024. Harga purata pada November 2024 –

RM6.15 dan RM4.80. Tak pernah seringgit lebih Yang Berhormat. Mana Yang Berhormat? Yang Berhormat Lukut, pernah sampai satu ringgit lebih. Saya akan mintak, bincang dengan Jabatan Pertanian. Kita akan turun ke DUN Yang Berhormat, kita tengok siapa yang beli pisang seringgit lebih ni ya. Ini orang tengah ni kita kena kawal sikit Yang Berhormat. Bersama dengan saya supaya kita kawal orang tengah, supaya pengundi Yang Berhormat di DUN Lukut akan mendapat manfaat total daripada perjuangan kerajaan ini insya-Allah.

ADUN Bagan Pinang membangkitkan berkaitan dengan kerjasama dengan MARDI dan teknologi saliran titis bagi mengurangkan penggunaan air yang menjadi masalah utama penanaman padi. Sistem pengairan titis telah digunakan dengan meluas bagi tanaman makanan seperti sayuran dan buahan. Bagi tanaman padi penggunaan sistem pengairan titis memerlukan kos yang tinggi untuk pembangunan sistem di samping belanja yang besar untuk penyelenggaraan kerana ianya melibatkan kawasan penamaan padi yang luas. Insya-Allah apa, sistem pengairan titis ini boleh dilaksanakan sekiranya ada petani atau pihak swasta yang berminat dan sanggup melabur di dalam program ini.

Dato’ Yang Dipertua, bagi ADUN Kota, saya kena speed sikit lagi kerana masa saya sudah hampir habis. Yang Berhormat Kota membangkitkan berkenaan dengan isu migrasi luar bandar ke bandar. Saya pun telah jawab Dato’ Yang Dipertua, dalam jawapan lisan tentang bagaimana kita nak kawal daripada migrasi, migrasi golongan belia dan muda ke kawasan bandar. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah yang seperti yang telah saya sebut. Pertama: kita tambah meningkatkan daya huni kawasan luar bandar. Kedua: melaksanakan program peluasan kampung secara meluas. Ketiga: penyediaan infrastruktur kawasan luar bandar supaya pewujudan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada semua golongan belia supaya tidak pindah ke kawasan bandar.

ADUN Lenggeng. Haa ni baru masuk Lenggeng ya. ADUN Lenggeng, pertama saya ucap terima kasihlah kepada Lenggeng kerana pemikiran Lenggeng itu lebih kurang sama dengan pemikiran Kerajaan Negeri. ADUN Lenggeng mencadangkan supaya mening, untuk meningkatkan keberkesanan dan juga memberikan kebaikan kepada golongan petani, penternak dan nelayan. ADUN Lenggeng mencadangkan supaya diwujudkan satu GLC atau government linked company yang berkaitan dengan industri pertanian dan hasil tani. Insya-Allah untuk makluman ADUN Lenggeng, perkara ini telah pun dimulakan perbincangan awal di kalangan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Dan insya-Allah dalam proses merangka kerja. Dan jika mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, insya-Allah

seawal tahun 2025, hasrat untuk menubuhkan syarikat GLC berkaitan industri tani ini dapat kita tubuhkan di Negeri Sembilan bagi memberi manfaat kepada golongan petani, penternak yang berada di Negeri Sembilan insya-Allah.

Akhir sekali Dato’ Yang Dipertua, ADUN Chembong yang membangkitkan penyaluran geran kepada Kampung Orang Asli Ulu Chuai memandangkan kampung ini tidak mempunyai JPKK orang Asli. Ada Chembong ya. Untuk makluman Yang Berhormat buat masa ini Kampung Orang Asli Ulu Chuai dipimpin oleh seorang Batin. Kampung ini tidak mempunyai JPKK orang Asli kerana bilangan penduduk pada ketika ini tidak mencapai 200 orang sepertimana yang diperuntukkan dalam Garis Panduan Dan Tatacara Pelantikan dan, dan juga Penamatan JPKK Orang Asli. Walau bagaimanapun mengambil kira pertambahan bilangan penduduk dan keperluan pentadbiran dari segi pembangunan, JAKOA telah mengangkat permohonan ke ibu pejabat bagi tambahan 3 kuota JPKK Orang Asli di Negeri Sembilan, khususnya di Kampung Orang Asli Chuai dan dua buah JPKK Orang Asli lagi yakni di kampung orang Asli di Seremban. Pada tahun ini, Kampung Orang Asli Ulu Chuai telah menerima geran khas sebanyak 5,000.00 ringgit bagi menjalankan program komuniti. Program ini telah pun dilaksanakan pada 11 Ogos 2024.

Berkenaan dengan isu naik taraf jalan Kampung Orang Asli. Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Mesyuarat Jawatankuasa MARRIS telah meluluskan 11 projek yang dipohon oleh Pejabat Daerah bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Kampung Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan yang melibatkan kos sebanyak 1.17 juta Ringgit Malaysia. Oleh demikian sekiranya terdapat keperluan menyelenggara jalan di mana-mana perkampungan orang Asli, permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah Dan Tanah melalui peruntukan MARRIS.

Berkaitan dengan bas henti-henti, ADUN Chembong ya. Kerajaan Negeri tidak menamatkan perkhidmatan bas yang, apa ni, bas henti-henti luar bandar ni, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan kepada, kepada kajian, kontrak satu tahun daripada 2 Oktober 2023 dan tamat pada satu Oktober 2024. Cumanya kita tak sambung kontrak itu, tawaran kontrak itu kepada pengusaha ini kerana berdasarkan penilaian, selain daripada laluan hentian bas Rembau dan Lubuk China, didapati bahawa purata penumpang adalah sangat rendah pada setiap bulan di 5 laluan bas Rentas Negeri Sembilan yang lain. Kerana itu, kontrak perkhidmatan Rentas Negeri Sembilan ini telah diputuskan untuk tidak diteruskan berdasar penilaian ini.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali. Saya nak ucapkan tahniah, mengambil kesempatan ni Dato’ Yang Dipertua, saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat kerana saya sebut tadi, selepas penelitian saya, soalan daripada ahli-ahli ADUN kali ni luar biasa. Merentasi dunia di peringkat antarabangsa. Sehingga mencabar pemikiran ramai kami di kalangan Exco membuat research sehingga awal pagi untuk menjawab soalan mereka. Perbahasan juga sangat luar biasa di kalangan ahli-ahli ADUN. Dan kerana itu Yang Berhormat, saya nak sebut saya ulang balik, alang-alang kita berdayung biar sampai ke Pulau Sembilan, alang-alang kita bergabung, biar berhabih untuk rakyat Negeri Sembilan. Kenapa saya timbulkan pantun ini, Yang Berhormat Dato’ Speaker, kerana biar berabih ini bukan bermakna berabih dari segi wang ringgit. Berabih dalam soal pemikiran Yang Berhormat, berabih dalam soal usaha, berhabis dalam soal keringat, tenaga dan understanding. Kerana itu Yang Berhormat, perbahasan daripada ahli Yang Berhormat pembangkang dan juga kerajaan, jawapan daripada ahli Exco Kerajaan Negeri kali ini, saya lihat luar biasa. Kerana setiap usaha dan dikemukakan oleh ADUN dan jawapan kerajaan adalah menjurus kepada pembelaan kesejahteraan rakyat. Dan ini adalah merupakan satu pembelaan untuk kepentingan rakyat. Apabila kedua-dua pemikiran parti, Pakatan Harapan bersama dengan Barisan Nasional, antara saya dengan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, mempunyai satu kekuatan persefahaman untuk memberikan khidmat semaksimum mungkin kepada kepentingan rakyat. Dan saya juga minta, dan disambut oleh penjawat-penjawat awam, dan saya juga minta atas kerjasama semua pelopor-pelopor media Dato’ Yang Dipertua, untuk membawa hasrat ini supaya difahami sampai ke peringkat akar umbi.

Tetapi masalahnya Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya tamatkan penggulungan ini, saya nak lahirkan rasa kecewa sedikit. Ada media yang faham tentang perjuangan. Ada media yang menggunakan antara nak dapatkan apa, value, nak dapatkan nilai berita itu dengan mengeluarkan catchy ataupun topik-topik catchy yang boleh mendatangkan persepsi lain di kalangan rakyat. Saya nak bawa di Dewan yang mulia ya, tajuk yang saya baca semalam: “Negeri Sembilan tiada halangan teruskan aktiviti penternakan babi di PFA Bukit Pelanduk”. Dato’ Yang Dipertua, typical dengan izin, rakyat baca tajuk, dia tak baca detail. Kecuali ada TikTok. TikTok ni memang biasa kita dengar sebelum kita tidur. Tapi kita tak baca ni Dato’ Yang Dipertua. Tapi berasaskan kepada tajuk dan topik ini, dia boleh mendatangkan rasa kegusaran di kalangan orang Melayu di Negeri Sembilan. Apa jadi kepada Kerajaan Pakatan Harapan dan juga Barisan Nasional di Negeri Sembilan sehinggakan memberikan keluas, memberikan kelulusan,

memberikan kebenaran dan buka aktiviti penternakan babi di di Negeri Sembilan yang mana ini tidak harus dilakukan di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan. Saya saya mintak maaf kepada masyarakat Cina ya, di Dewan dan juga di Negeri Sembilan, ini bukan soal PFA. Apa dia makna PFA? Pick farming area.

Dan saya sebut di dalam jawapan saya, bahawa Jabatan Perancang, saya ulang balik Dato’ Yang Dipertua. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Negeri Sembilan bersama Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson menyediakan Rancangan Tempatan Malaysian Vision Valley (RT MVV) 2045 bagi merancang pembangunan di seluruh daerah Seremban dan Port Dickson berdasarkan RT MVV tersebut kawasan ini terletak di Blok Perancangan 2 Jimah Baru dan cadangan pembangunan di RT MVV telah mengzonkan kawasan tersebut sebagai zon pembangunan bercampur yang meliputi zon guna tanah industri komersial dan perumahan. Projek itu, di sekitar itu, kita akan bangunkan di bawah MVV. Dan kawasan ini akan mendapat limpahan pembangunan ini dalam soal industri.

Saya jawab, saya akui, saya jawab soal Kerajaan Negeri Sembilan tidak ada halangan jika ada pemilik-pemilik hendak, nak, apa orang kata, nak, saya baca balik jawapan saya supaya tidak ada salah faham. Mana ada jawapan saya. Saya tak tengok. Jawapan saya, saya ingat, Kerajaan Negeri tidak ada halangan untuk pemilik ataupun pemilik tanah untuk melakukan penternakan babi dengan 2 syarat. Saya ingat lagi syarat saya bagi. Apa dia syarat dia? Dengan reban ataupun ladang tertutup. Yang kedua zero discharge dengan izin. 2 syarat. Kerana ada soalan daripada YB Chuah, kalau tak silap saya, YB Chuah ke YB mana yang tanya saya hari tu. YB Chuah. Yang tanya saya, apakah apa ni, pendirian Kerajaan Negeri jika ada pemilik nak meneruskan usaha penternakan babi di di Bukit Pelanduk. In this is a PFA, pig farming area. Jadi saya nak mintak kepada rakan, di kalangan rakan-rakan media ni, saya minta maaf, saya tegur secara terbuka dalam Dewan Undangan Negeri supaya hasrat Kerajaan Negeri untuk mewujudkan suasana ketenangan, peace di Negeri Sembilan, suasana understanding di Negeri Sembilan. Usaha kuat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, daripada semua ahli Exco dan juga ahli ADUN tidak diganggu-gugat dengan perception yang tidak wajar dilakukan oleh pihak tertentu. Jadi, saya nak mintak maaf Dato’ Yang Dipertua, atas perkara ini. Dan saya harap supaya bai’ah dan etika kemendiaan itu dapat kita jaga bersama.

Sebelum saya akhiri penggulungan ini, saya akan mengambil kesempatan ini jugak Dato’ Yang Dipertua untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai di bawah portfolio saya, semua, semua ketua-ketua jabatan yang telah melakukan kerja kuat untuk

membantu saya bagi menjawab semua persoalan sepanjang tempoh persidangan ini. Dan juga saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana telah mempengerusikan Dewan Undangan Negeri dengan begitu baik, yang begitu tahan, saya confirm saya tak tahan apa yang dilakukan Dato’ Yang Dipertua. Dan akhir sekali saya nak sebut kepada Dato’ Yang Dipertua, dua rangkap pantunlah. Pantun ni pantun okey Dato’ Yang Dipertua, don’t worry.

Emas, perak, intan suasa Cantik bersinar, cahaya berkilauan Biar berbeza agama dan bangsa Gerak bersama kukuhkan perpaduan

Rumah bertiang berdinding papan Tanam selasih di tengah laman Tidak kira Barisan, Perikatan dan juga Harapan Kita sama-sama sokong Belanjawan Negeri Sembilan

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Pertang. Saya suka pantun yang awal tu. Masa mukadimah tu. Jadi Yang Berhormat Pertang, apa kita kata berhabis berfikir, berhabis usaha, berhabis tenaga, dalam Bahasa Arab tu satu aje, jihad. Betul? Jadi saya menjemput Yang Amat Berhormat Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih semua ADUN-ADUN yang telah memberikan ucapan perbahasan pada persidangan pada kali ini. Terima kasih Exco-Exco yang telah menjawab dengan matang dan penuh informatif yang boleh melegakan ya, melegakan kepada soalan-soalan ataupun permasalahan-permasalahan tersebut telah dapat dijawab dengan baik. Saya ada 3 je.

Dato’ Yang Dipertua saya teruslah Dato’ Yang Dipertua, untuk menjawab ADUN Gemas mengenai Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti ya. Untuk makluman, pihak JKR bersama-sama pihak Selia Selenggara sering membuat pemantauan rutin ya, tadi pun ada soalan yang sama. Dan saya rasa bahawa ya, hari ini kita berharap bahawa pihak Selia Selenggara dapat menambahkan, menambah baik lagi perkhidmatan kepada rakyat di Negeri Sembilan. Untuk makluman Kerajaan Negeri telah pun mengangkat permohonan ke Kementerian Kerja Raya Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tajuk Projek Cadangan Jalan Kuala Pilah Bypass Dari Tanjung Ipoh Ke Kampung Gentam Tengah, Kuala Pilah. Kerja-kerja ini dilaksanakan

sebaik sahaja kelulusan diterima ya. Jadi memang kita berharap juga dia dapat diperbaiki.

Isu berkenaan jalan rosak di Jalan Persekutuan FT001 Bandar Gemas disebabkan aset paip pihak ketiga. Tindakan segera pembaikan sementara telah pun diambil oleh pihak Selia Selenggara. Terima kasih. Soalan ADUN Lobak mengenai lampu jalan di FT001, jalan yang dinyatakan oleh Jalan Persekutuan FT001 Jalan Seremban – Beranang. Untuk makluman JKR telah melaksanakan kerja pemasangan 15 batang lampu solar di atas persimpangan Taman Industri Tun Dr. Ismail di ke Pekan Mantin dengan kos berjumlah 200 ribu ringgit pada tahun ini ya. Kita tak dapatlah nak buat untuk kesemua sekali, kita bagi-bagi sedikit.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Gemencheh mengenai isu jalan juga. Untuk makluman, persimpangan Sekolah Menengah Dato’ Mohd Taha yang berada di Jalan Persekutuan FT001, Seksyen 242.00. Kerja-kerja pembaikan serta penambahbaikan ciri keselamatan persimpangan tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2022 di bawah peruntukan Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya. Black spot jalan yang dinyatakan adalah Jalan Persekutuan FT001 Jalan Gemas – Tampin. Untuk makluman juga JKR telah memasang tambahan 23 batang lampu jenis solar di Seksyen 226, 214 dan 223 Jalan FT001 pada tahun ini dengan jumlah peruntukan sebanyak 293 ribu ringgit. Walau bagaimanapun pihak JKR telah pun mengangkat permohonan tambahan lampu pada 15 November yang lepas bagi kelulusan bagi tahun 2025 sebanyak 200 ribu ringgit lagi.

ADUN Lukut, jalan daripada persimpangan Rantau Seliau Ke Mambau. Jalan yang dinyatakan adalah Jalan Persekutuan FT053 Jalan Seremban – Port Dickson. Untuk makluman JKR telah pun mengangkat permohonan sejumlah 300 ribu ringgit kepada Kementerian Kerja Raya pada 30 September 2024 yang lalu bagi kerja pemasangan lampu jalan untuk kelulusan tahun 2025. Bagi ADUN Lukut juga cadangan pelebaran laluan ya, jalan masuk ke sekolah, ke Sekolah Kampung Jimah. Untuk makluman pelebaran jalan laluan tersebut di sekolah tersebut, melibatkan urusan pengambilan tanah di atas lot 2948 GM, geran Malaysia, geran, geran 608 Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, seluas lebih kurang 0.2234 hektar, di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah 1960. Status terkini bagi permohonan tersebut adalah kertas pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Seksyen 8 telah diluluskan pada 11 November 2024, sedang dalam tindakan pewartaan Seksyen 8.

ADUN Serting mengenai JKR juga. Pencahaya, pencahayaan ya, pembaikan longkang. Jalan yang dinyatakan adalah Jalan Persekutuan

FT11, Jalan Bahau – Keratong. Untuk makluman, JKR telah melaksanakan pemasangan lampu jalan sebanyak 16 batang seperti soalan tadi. Bagi Mesyuarat Jawatankuasa MARRIS bertarikh 17 Julai 2024 telah meluluskan permohonan dari Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan lain-lain kerja berkaitan di kawasan jalan kampung, Daerah Jempol. Kerja-kerja pembaikan longkang di Kampung Johan dengan anggaran kos 2.2 juta, peruntukan MARRIS. Tarikh mula projek adalah pada 1 November 2024 dan dijangka siap pada 31 Mei 2025.

Soalan ADUN Bagan Pinang. Kos-kos kerja penebangan pokok merbahaya. Kerajaan Negeri telah meluluskan kerja-kerja selenggara pokok-pokok berbahaya melalui peruntukan MARRIS pada tahun 2024 dengan kos keseluruhan 10.63 tiga juta manakala bagi DUN Bagan Pinang sebanyak 800 ribu ringgit telah diperuntukkan melalui 8 sebut harga kerja penebangan pokok. Kesemua perolehan bagi projek-projek tersebut telah dilaksanakan secara undi kepada kontraktor-kontraktor yang layak dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

ADUN Juasseh pembinaan jambatan konkrit di Kampung Beting. Susulan daripada kejadian banjir yang berlaku pada 14 Mei 2024 telah mengakibatkan kerosakan pada struktur asas ataupun abutment, jabat, jambatan di Kampung Beting. Sehubungan itu, JPS Daerah Kuala Pilah telah mengemukakan permohonan pembaikan ataupun penggantian struktur jambatan melalui peruntukan MARRIS dengan anggaran kos sebanyak 900 ribu ringgit dan telah diluluskan pada Ogos 2024. Walau bagaimanapun, mulai lawatan susulan yang dijalankan, pihak JPS mendapati terdapat kesukaran dan kekangan bagi tujuan mobilisasi jentera dan bahan binaan termasuk membawa struktur rasuk ke tapak bina menyebabkan reka bentuk asal perlu dipinda semula. Sehubungan itu, proses perolehan bagi projek ini dijangka akan dilaksanakan Januari 2025.

Bagi soalan ADUN Labu, kemalangan maut melibatkan kanak-kanak 2 tahun. Ini saya rasa dah dijawab oleh YB, YB Nilai.

Status projek jalan penghubung TTJ – Kem Senawang. Soalan ADUN Paroi. Untuk makluman projek tersebut sedang dalam fasa akhir proses perolehan. Dijangka iklan tender pada 12 Disember 2024 di bawah tajuk Membina Jalan Baru Dari Taman Tuanku Jaafar, TTJ Golf Ke Taman Bandar Senawang. Dan Surat Setuju Terima dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mac 2025. Kelewatan ini adalah disebabkan kita tak boleh nak lalu tepi kem ya. Kita terpaksa alih jajaran tersebut kerana di kem itu ada, adalah merupakan kawasan keselamatan yang terpaksa kita pelihara.

Untuk soalan ADUN Seri Menanti. Program pencahayaan juga, dan pemasangan lampu amaran, garis kuning. Pihak JKR Daerah mengambil maklum berkaitan permohonan tersebut. Bagi mengenal pasti keperluan pemasangan lampu solar bagi Jalan Persekutuan, permohonan akan dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya. Dan untuk makluman persimpangan masuk taman-taman tersebut terletak di Jalan Persekutuan FT051 Jalan Seremban – Kuala Pilah. Pihak JKR akan membuat semakan di tapak dan mengenal pasti keperluan kawasan tersebut insya-Allah ya. Dan mereka akan mohon peruntukan untuk menaik taraf.

Yang Berhormat Seri Menanti juga. Majlis Daerah menyokong cadangan yang di, apa, Majlis Daerah menyokong cadangan tersebut.

ADUN Jeram Padang jalan baru Felcra Rompin ke Felda Palong 2. Untuk makluman Kerajaan Negeri mengambil maklum akan isu yang berbangkit di kawasan tersebut. Pihak JKR Negeri akan mengangkat permohonan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 ke Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah bagi program jalan luar bandar bagi tajuk projek Membina Jalan Baru Dari Felcra Rompin Ke Felcra, Ke Felda Palong 2.

ADUN Klawang. Pemantauan terhadap kerja-kerja penurapan jalan raya di DUN Klawang. Pejabat Daerah Dan Tanah sentiasa memantau perlaksanaan tersebut dan jika ada perkara-perkara yang ya, boleh menimbulkan permasalahan, saya harap dapat dikemukakan untuk tindakan selanjutnya.

Mohon pemantauan terhadap kerja penurapan jalan, kes ADUN Chembong. Projek permohonan naik taraf Jalan FT01 dari Sungai Gadut ke Pedas, status permohonan ini, apakah perkembangan jalan baru antara Sepri, Daerah Rembau ke Seri Menanti, mohon agensi Projek Perumahan Rakyat Chembong ya, mengenai jalan supaya projek ini, peruntukan MARRIS dapat menaik taraf jalan-jalan perkampungan orang Asli. Seperti yang sedia maklum rasa yang orang Asli kita dah terjawab. Seperti yang sedia maklum ya, kita telah mengangkat ya, permohonan menaik taraf jalan daripada, laluan FT01 Jalan Pedas ke Sungai Gadut Seksyen 296 hingga 305 daerah Rembau pada Rolling Plan Ke-5 Rancangan Malaysia Ke-12 ke Kementerian Kerja Raya. Kerja-kerja dilaksanakan sebaik sahaja kelulusan peruntukan. Saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja kajian sedang dimulakan.

Untuk makluman status projek membina jalan daripada Seri Menanti ke Kuala Pilah ke Ulu Sepri di Rembau. Projek sedang dilaksanakan kerja

penyiasatan tanah, pengambilan tanah di bawah Seksyen 5 serta penyediaan laporan bagi kerja EIA kepada Jabatan Alam, oleh Jabatan Alam Sekitar. Kerja-kerja bagi pihak ini sedang dilaksanakan. Terdapat isu teknikal di tapak yang menyebabkan perjalanan projek ini menjadi lewat. Dijangka kerja fizikal bagi kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan sebaik sahaja pengambilan tanah dan EIA diselesaikan.

Jalan masuk perumahan rakyat Chembong adalah Jalan Negeri N76 Jalan IKBN Chembong dan kerja-kerja menaik taraf persimpangan hingga ke Perumahan Rakyat Chembong akan dilaksanakan oleh pihak pemaju iaitu Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sepertimana syarat-syarat yang telah dinyatakan dalam kelulusan pelan jalan dan perparitan. Bagi Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat MARRIS telah meluluskan permohonan daripada Pejabat Daerah bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan orang Asli di seluruh Negeri Sembilan. Pada tahun 2024 sahaja sebanyak 1.17 juta telah diluluskan melibatkan 11 projek di kampung perorangan, perkampungan Orang Asli di Negeri Sembilan. Oleh yang demikian sekiranya terdapat keperluan penyenggaraan jalan di mana-mana perkampungan orang Asli, permohonan boleh dilakukan melalui Pejabat Daerah Dan Tanah melalui peruntukan MARRIS.

Jawatankuasa Bertindak Pelaburan juga, mohon JKR status permohonan naik taraf longkang pekan Kota akibat banjir. Lokasi dinyatakan adalah FT001 Jalan Seremban – Tampin. Untuk makluman, JKR telah mengangkat permohonan longkang di Pekan Kota sejumlah 310 ribu kepada Kementerian Kerja Raya bagi kelulusan tahun 2025 pada 30 September 2024 ya.

Untuk soalan ADUN Lukut. Isu peniaga mangsa di traffic light apa tindakan. Merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 tiada siapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda-benda/barang kepada mana-mana orang yang berada di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya. Manakala Kaedah 10A(2) Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada siapa pun yang berada di di di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda-benda/barang daripada mana-mana di persimpangan jalan ataupun mana-mana jalan raya. Jadi saya berharap penguatkuasaan dapat dijalankan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Dato’ Yang Dipertua, mengenai Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Agama Islam. ADUN Labu. Tidak ramai mengetahui berkenaan bantuan perkahwinan kali pertama. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah mengambil langkah proaktif menyebar maklumat

berkaitan Aspirasi Bantuan Belia Berkahwin 2024 iaitu bantuan perkahwinan anak Negeri Sembilan untuk mendirikan rumah tangga buat kali pertama pada, pada tahun 2024, sebanyak 500.00 ringgit. Hebahan telah dibuat ya, melalui kaunter Unit Pendaftaran Nikah, Cerai Dan Rujuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Ibu Pejabat di semua jabatan dan dan semua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Daerah. Kita juga, sepanjang 2024, sebanyak 500 kursus telah diadakan dengan penglibatan sebanyak 8,663 peserta. Hebahan laman web, media sosial Jabatan Agama Islam juga diadakan. Hebahan dalam program-program kekeluargaan anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam juga diadakan. Keseluruhan penerima setakat Oktober 2024 adalah seramai 1,283 dengan jumlah peruntukan 641,500.00 ringgit. DUN Labu sahaja ada 51 orang pemohon telah diluluskan.

ADUN Sungai Lui, naik taraf bangunan fasiliti Sekolah Agama Rakyat terutama di DUN Sungai Lui. Meja, kerusi, papan hitam dan lain-lain. Berkaitan isu bantuan terhadap Sekolah Agama Rakyat yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Lui, untuk makluman semua Sekolah Agama Rakyat sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa menyalurkan bantuan kepada sekolah agama rakyat. Antaranya Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM499,371.60 sen sejak tahun 2020. JAKIM memberikan bantuan dan naik taraf sebanyak 4.5 juta ringgit tahun 2022 dan 2023 termasuk 180 ribu ringgit, 180,900.00 ringgit kepada SAR di kawasan DUN Sungai Lui. Selain itu bantuan pengoperasian dan kewangan turut disalurkan termasuk 4,921.00 ringgit untuk SAR Felda Sungai Lui Timur bagi pembayaran utiliti dan 29,560.00 ringgit untuk pembelian aset dan latihan guru pada 2022 dan 2023. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan turut memberikan bantuan one off sebanyak 10,000.00 ringgit kepada setiap SAR di seluruh Negeri Sembilan pada tahun 2022.

ADUN Gemas. Tanah kosong yang milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang tidak diselenggara. Tanah kosong yang dibangkitkan oleh ADUN Gemas ada di Lot 13237 Mukim Bandar Gemas yang diwartakan sebagai tapak Masjid Gemas seluas 10 ekar, kos keseluruhan untuk pembersihan kawasan di lot berkenaan adalah sebanyak 150 ribu ringgit berdasarkan peruntukan semasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melantik kontraktor pada 20 November 2024 dan sedang melaksanakan kerja pembersihan di sebahagian kawasan semak samun di lot tersebut dengan kos terlibat sebanyak 25,000.00 ringgit.

ADUN Seri Menanti, cadangan bina surau baru di Kampung Orang Asli Ulu Mampas. Kerajaan Negeri komited untuk membangun dan

meningkatkan syiar Islam dan, tanpa meminggirkan pihak termasuk masyarakat orang Asli di mana 36 buah surau telah dibina di perkampungan orang Asli di seluruh Negeri Sembilan. Memandangkan terdapat keperluan untuk membina surau di perkampungan orang Asli Ulu Mampas, maka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan akan memberi keutamaan dan perancangan pembinaan surau di perkampungan tersebut.

ADUN Seri Menanti juga memperkasakan ahli sunah waljamaah dengan perbanyakkan program. Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan menyedari pentingnya memastikan umat Islam khasnya di Negeri Sembilan mempunyai pemahaman yang lebih mendalam tentang Islam khasnya di negeri ini. Bagi mempunyai pemahaman ini program yang berlandaskan al-Quran dan sunah demi memperkukuhkan pegangan dan panduan dalam kalangan umat Islam, program berbentuk advokasi akidah telah dilaksanakan secara berkala oleh kedua-dua agensi, seminar, konvensyen dan podcast atau program advokasi secara atas talian melalui YouTube, TikTok dan juga penerbitan poster kesedaran. Sehingga 15 November 2024, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah melaksanakan 15 siri program advokasi akidah secara bersemuka dan 8 siri secara atas talian. Jabatan Hal Ehwal Agama Malaysia juga menerbitkan buku Asas Akidah Takmir Negeri Sembilan sebagai buku rujukan guru-guru takmir dalam pengajaran ilmu tauhid agar masyarakat dapat pemahaman yang sama melalui sumber rujukan yang sama.

ADUN Seri Menanti, perluasan Skim PERKESO kepada imam. Caruman PERKESO kepada para Imam telah dilaksanakan secara one off oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 2021 melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Inisiatif tersebut diteruskan pada tahun 2024 dan tahun 2025 melalui peruntukan persekutuan yang memberi manfaat kepada lebih kurang 14,373 orang Imam Seluruh Malaysia. Caruman turut dipanjangkan kepada guru takmir seramai 5,000 orang. Caruman tersebut membuktikan komitmen dalam, kerajaan dalam menjaga kebajikan Imam.

ADUN Sungai Lui penambahbaikan tatacara pengurusan bagi saudara baru orang Asli. Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sentiasa berusaha menambah baik, memperkemas tatacara pengurusan bagi saudara baru orang Asli dan mualaf Negeri Sembilan. Jabatan telah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menghasilkan modul asas mualaf dalam memberi panduan asas yang kukuh bagi meningkatkan tahap pendidikan asas saudara baru. Begitu juga dengan Buku Mauizah yang diwujudkan untuk melatih

pembimbing mualaf dalam menyampaikan ilmu serta mendalami dakwah secara lebih berkualiti dengan kaedah pengajaran yang mudah, objektif dan tepat. Di samping itu, pelantikan sukarelawan Rakan Ziarah seramai 70 orang bermula tahun 2025 mempunyai proses pemilihan yang baru melalui beberapa tapisan seperti ujian penilaian dan temuduga sebelum dilantik sebagai, dilantik. Pemilihan ini bertujuan agar individu yang dilantik adalah yang memiliki kelayakan dan menepati pilihan. Seramai 20 orang Penggerak Masyarakat Orang Asli juga akan diberi latihan dan kursus bagi memastikan setiap gerak kerja serta program kepada orang Asli Islam sentiasa ditambah baik. Fokus utama orang Asli Islam dapat mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan dan mampu meningkatkan taraf hidup mereka ke arah yang lebih baik.

ADUN Serting Masjid Ulu, Serting Ulu, Masjid Bayai Lama dan Masjid Kampung Bayai Baru perlu dinaiki taraf kerana sudah lama tidak diselenggara. Masjid Kampung Serting, Daerah Jempol dilaksanakan kerja penyelenggaraan keseluruhan bumbung masjid dan penggantian karpet di ruang solat pada 13 Mei 2022 di bawah peruntukan pembangunan negeri vot P63 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak 188,800.00 ringgit. Manakala kerja pembaikan bumbung konkrit, waterproofing di masjid Mariah Kariah Bayai Baru, Daerah Jempol telah dilaksanakan pada 7 November 2023 dengan kos peruntukan 114,200.00 ringgit di bawah peruntukan Majlis Agama Islam. Kerja-kerja penyelenggaraan dan menaik taraf masjid di Negeri Sembilan dilaksanakan secara berfasa serta mengikut keutamaan, kerosakan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.

ADUN Bagan Pinang perlu ambil tindakan proaktif mempertahankan kedudukan Mahkamah Syariah. Merujuk kepada persoalan mengapa Negeri Sembilan tidak memasukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri seperti yang dilakukan oleh Kedah, izinkan saya menjelaskan bahawa pendirian Negeri Sembilan adalah, adalah ketiadaan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Negeri tidak memberi impak besar kepada sistem perundangan syariah negeri ini. Cabaran utama Perundangan Syariah Negeri Sembilan adalah berkaitan dengan pemerkasaan bidang kuasa Mahkamah Syariah bukannya aspek penubuhan Mahkamah Syariah. Oleh itu, tumpuan kita adalah memperkukuhkan perundangan substansif dan prosedur undang-undang syariah agar selari dengan keperluan semasa. Walau bagaimanapun, keperluan untuk memasukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh akan diperhalusi dan dibincangkan secara mendalam sekiranya perlu. Dato’ Yang Dipertua, berhubung dengan Mahkamah Syariah di Port Dickson dan Rembau, perkara ini sedang dalam perhatian dan akan diperhalusi berdasarkan keperluan

semasa. Kerajaan Negeri sememangnya memberikan komitmen penuh untuk memperkasakan sistem kehakiman syariah dalam memastikan infrastruktur yang sedia, yang disediakan adalah memadai bagi memenuhi tuntutan semasa serta perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

ADUN Serting, peruntukan buka cawangan Maahad Ahmadi di setiap daerah. Sekolah Agama Berasrama Penuh (SABP) Ahmad Ahmadi Negeri Sembilan adalah sekolah di bawah kelolaan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan menjalankan kurikulum bersepadu dini. Kerajaan Negeri telah mengeluarkan peruntukan naik taraf sebanyak 2.3 juta daripada 2019 hingga 2023. Peruntukan Mengurus pada tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak 1.3 juta tidak termasuk Emolumen. SABP Maahad Ahmadi telah menerima peruntukan dermasiswa dari MAINS untuk pelajar sebanyak 1.7 juta ringgit sejak tahun 2020 dan 274 ribu bagi bantuan per kapita untuk aktiviti kecemerlangan sekolah sejak tahun 2020. SABP Maahad Ahmadi juga telah menerima peruntukan pembangunan daripada JAKIM sebanyak 151,600.00 ringgit pada tahun 2021. 80,000.00 pada tahun 2022 dan sebanyak 114,300.00 ringgit pada tahun 2023. Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan berkenaan pada masa akan datang sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan. Sebagai alternatif, ibu bapa boleh menghantar anak mereka untuk belajar kurikulum bersepadu Dini yang sama seperti SABP Maahad Ahmadi di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Ya, sekolah Dini ni ada 9 sekolah di seluruh Negeri Sembilan iaitu sekolah Dato’ Klana Petra Maamor, Seremban; Sekolah Agama Syeikh Mohd Murtadza, Rantau; SekolahMenengah Agama Chuah; Sekolah Menengah Agama Johol; Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol; Sekolah Menengah Agama Dato Haji Mustafa, Jempol; Sekolah Menengah Agama Haji Muhammad, Jempol; Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang, Jelebu; Sekolah Menengah Agama Gemas; Tampin dan Sekolah Menengah Agama Rembau.

ADUN Klawang mohon Kerajaan Negeri mempertimbangkan kenaikan elaun Imam masjid ya. Elaun terkini dibayar kepada Imam 1 dan Imam 2 adalah sebanyak 850.00 ringgit yang dibayar melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri mengalu-alukan dan mengucapkan penghargaan kepada masjid-masjid yang membuat penambahan elaun kepada Imam 1 dan Imam 2 dengan jumlah 150.00 ringgit hingga 2,500.00 ringgit seorang bergantung kemampuan kewangan masjid. Pecahan bilangan masjid yang membuat penambahan elaun berdasarkan daerah adalah seperti berikut: Seremban – 38 masjid, Port Dickson – 4 buah masjid, Jempol -

10 buah masjid, Rembau – 9 buah masjid, Tampin – 24 masjid, Jelebu – 4 masjid, Kuala Pilah – 25 masjid. Keseluruhan masjid yang membuat tambahan bayaran elaun adalah sebanyak 37% iaitu 114 daripada 310 buah masjid. Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan kenaikan elaun Imam masjid seluruh Negeri Sembilan berdasarkan kemampuan kewangan negeri pada masa hadapan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan naik taraf surau, Surau Geddes, Jempol ya, Ladang Geddes. ADUN, oleh ADUN Serting. Surau Ladang Geddes telah naik taraf dari surau biasa kepada surau yang melaksanakan solat Jumaat pada 23 Mei 2014. Kebenaran solat Jumaat ini dibuat kerana kedudukan yang jauh daripada masjid berhampiran. Walau bagaimanapun, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam melihat pada ketika ini tiada keperluan untuk menaik taraf dari surau kepada masjid kerana kemudahan sedia ada adalah mencukupi untuk menampung jumlah orang Islam yang hanya 5% berbanding 95 ratus, 95% orang bukan Islam.

Serting juga, program remaja, belia remaja untuk hadir solat berjemaah di masjid. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah melaksanakan pelan peningkatan jemaah masjid, Jemaah. Dan alhamdulillah ya, kita melihat bahawa jumlah yang hadir sembahyang berjemaah di seluruh Negeri Sembilan terus meningkat saban tahun. Bagi menarik lebih ramai golongan belia remaja hadir solat berjemaah di masjid, pihak masjid telah mula melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada minat remaja seperti fun run, aktiviti memanah, hiking dan senamrobik. Selain itu masjid juga, yang terpilih melaksanakan pemberian kupon jemaah kepada pelajar sekolah yang menunaikan solat subuh di masjid. Ini satu program yang amat menarik, di mana ahli-ahli jemaah mengumpulkan ya, sumbangan-sumbangan mereka, ada yang memberikan sendiri kepada anak-anak yang datang berjemaah subuh di masjid. Saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa masjid yang bersungguh-sungguh nak pastikan anak-anak muda sentiasa minat untuk datang ke masjid. Bagi tahun 2025, antara program yang dirancang untuk remaja adalah Program Pembangunan Imam Muda, Program Belia Masjid, Program Jom Fit, Program Cakna Remaja Inovatif, Kem Remaja Muslih, Program Pendidikan dan Penerangan Jenayah Syariah, Street Dakwah, Program Ambang Merdeka Dan Tahun Baru, Pesta Sukan Rakyat, Say No To Valentine Day ya. Mintak maaf kepada yang bukan Islam ya. Yang orang Islam dia selalu tak sambut Valentine Day ya, jangan jadi isu pulak.

Penambahan elaun bagi Bilal, Siak dan Pembantu Am Wanita. Elaun sedia ada diterima oleh Bilal adalah sebanyak 500.00 ringgit sebulan, Siak – 450.00 ringgit sebulan dan Pembantu Am Wanita 450.00 ringgit.

Ini memang ya, semua duk tanya kenapa tak naik. Kalau kita jumpa Dato’ Lembaga pun tanyo kenapo elaun dio tak naik, ya. Jadi insya-Allah kita, negeri ini kalau kita takbir dengan elok, dengan peningkatan prestasi kewangannya, insya-Allah kita akan naikkan elaun-elaun Bilal, Siak, Pembantu Am wanita, Dato’-Dato’ Lembago kito, ketua-ketua kampung tadi ya. Jadi ini satu ya, satu yang mereka kena faham bahawa buat masa ini hanya sedikit-sedikit yang kita boleh berikan. Insya-Allah pada masa akan datang jika kewangan kita bertambah baik, kita yakin ini juga akan diberi perhatian.

Yang Berhormat Dato’, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua cadangan masjid baru di Masjid Ayer Hitam, Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan cadangan masjid baru di Kampung Ayer Hitam, Chembong, Daerah Rembau. Jabatan boleh menyenaraikan projek pembinaan baru masjid ini dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Walau bagaimanapun pembinaan Masjid Negeri Sembilan akan dilaksanakan keutamaan. Dan saya harap bahawa awal tahun hadapan kita akan mengenal pasti masjid-masjid baru untuk kita pohon untuk kita bina pada tahun 2025, insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua, akhir, Jawatankuasa Bertindak Kewangan, Tanah Dan Sumber, Dan Sumber Alam ya. Soalan pertama daripada Yang Berhormat Mohd Fairuz Mohd Isa, Serting, penguatkuasaan dalam hutan simpan kekal, peruntukan disalurkan terlalu rendah ya. Sebelum ini tidak ada peruntukan langsung, peruntukan sebanyak 140 ribu pada tahun 2025 ini bagi tujuan aktiviti penguatkuasaan dalam hutan simpan kekal. Kita tak melantik ya, tidak ada pelantikan, tak ada pelantikan untuk kakitangan baru tetapi kita membuat pelaksanaan aktiviti operasi penguatkuasaan bersepadu bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Pejabat Tanah Galian Negeri, Pejabat Daerah Dan Tanah, PDRM termasuk beberapa agensi lain. Selain itu juga Jabatan Perhutanan akan mengadakan operasi bersepadu perhutanan dan operasi bersepadu khazanah yang melibatkan jabatan di peringkat Persekutuan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan dan PERHILITAN dan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan seperti Pahang, Selangor, di daerah-daerah berhampiran kita, di sempadan kita. Walaupun peruntukan ini agak rendah namun aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh jabatan turut menggunakan teknologi terkini termasuk pemantauan melalui drone, imej satelit yang turut dibekalkan dengan kerjasama pihak Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan. Selain itu pemantauan menggunakan helikopter juga dilaksanakan dengan kerjasama pihak PDRM ya. Saya bersama dengan Dato’ SS, bersama dengan Ketua Polis ya, tempoh hari telah, juga dengan Pengarah Hutan ya, dapat melihat sendiri apa yang berlaku di hutan kita yang amat menarik. Dan inilah harta yang kita akan tinggalkan buat anak cucu kita.

Cadangan ADUN Chennah, Negeri Sembilan sebagai hab logistik. Kawasan khas untuk pusat logistik tidak ada dalam mana-mana perancangan awal oleh pemaju, namun kita telah menerima ya, kita menerima, apabila diumumkan di dalam sidang DUN tempoh hari, kita juga telah menerima banyak permintaan daripada pemaju-pemaju untuk menjadikan kawasan mereka sebagai hab, hab logistik negara ya. Jadi bila diumum dalam surat khabar itu dan dalam Dewan dibincangkan, ramai yang menawarkan untuk menjadikan kawasan mereka hab, hab logistik negara. Bersesuaian dengan tanah ETC Development terletak bersebelahan Lebuhraya ELITE, kawasan Perindustrian Tech Park, Enstek dan kawasan perindustrian di Bandar MVV, kawasan ini mempunyai kedudukan yang strategik, mempunyai accessibility yang baik daripada lebuh raya utama. Jadi banyak sekarang yang mereka berada di kawasan tersebut mengemukakan cadangan untuk menjadikan tempat mereka sebagai hab logistik negara.

Status terkini perlaksanaan RKK Gemas, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLAN Malaysia) Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Tampin telah menyediakan Rancangan Khas (RKK) Gemas di mana dokumen perancangan ini telah diwartakan pada 8 Oktober 2020 ya. Jadi RKK Gemas merupakan pelan rancangan pembangunan terperinci. Jadi saya mohon kepada ADUN Gemencheh boleh dapatkan copy di pejabat, Pejabat Tanah Kecil Gemas untuk mendapatkan RKK tersebut. Dalam RKK tersebut ya, kita nak jadikan, hala tuju adalah untuk menjadikan bandar Gemas sebagai pusat katalis yang berdaya maju dan berdaya tahan serta ke arah pembangunan bandar yang kondusif dan mampan. Bagi memastikan hala tuju pembangunan ini dapat dijelmakan, sebanyak 4 fokus iaitu Gemas sebagai pusat agro polis timur di Negeri Sembilan, Gemas sebagai hab transit (TOD) dan Gemas sebagai bandar yang indah beridentitikan, beridentiti dan Gemas sebagai bandar berdaya huni dengan prasarana terbaik ya. Dan banyak lagi yang boleh dilihat dalam perkara tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Lenggeng, ADUN Johol, kerajaan menimbang elaun perbatuan kepada Penghulu. Berkenaan elaun perbatuan Penghulu, untuk makluman pada masa ini, Penghulu tidak dibolehkan membuat tuntutan perbatuan bagi tugasan luar pejabat kerana Penghulu telah diberikan Elaun Luar Penghulu yang mengambil kira tugasan luar yang dilaksanakan oleh Penghulu termasuk aktiviti di mukim dan majlis peringkat daerah melalui Surat Pekeliling Bil.11/2009. Elaun Luar Penghulu telah ditetapkan pada kadar berikut: Penghulu Gred NP36 ke atas – 300.00 ringgit, Penghulu Gred NP32 – 250.00 ringgit dan Penghulu Gred NP29 – 200.00 ringgit. Namun mengambil kira keperluan semasa, Penghulu yang kerap melaksanakan

tugas di luar, pejabat maka Kerajaan Negeri pada 7 September 2022 meluluskan kenaikan kadar baru Elaun Penghulu dengan tambahan 200.00 ringgit menjadikan jumlah keseluruhan Elaun Luar Penghulu sebanyak 500.00 ringgit bagi Gred NP36 ke atas, 450.0 ringgit bagi Penghulu Gred NP32 dan Penghulu Gred NP29 – 400.00 ringgit. Dah naik sebenarnya ya. Dia nak claim dua-dua sekali ya, kito letak mampulah lagi ya. Kalau boleh kita ambil yang ni, kita ambil kita ikut, itu boleh jugak. Kita boleh buat kajianlah ya. Kita buang yang ni, kita ambil yang itu ya. Untuk duo-duo tak bolehlah. Perlaksanaan pembayaran kadar baharu berkuat kuasa 1 Januari 2023. Kadar Elaun Luar Penghulu akan dikaji daripada masa ke semasa berasaskan pada perkembangan semasa tugasan penghulu dan juga tertakluk kepada kemampuan kewangan negeri.

Johol, YB Johol, Pelan Pembangunan Luar Bandar. Saya rasa telah dijawab oleh Yang Berhormat, Yang Berhormat Pertang, Exco Kanan telah jawab.

ADUN Temiang cadangan agar Jawatankuasa Tanah Daerah melibatkan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan sebagai ahli dalam mesyuarat yang membincangkan permohonan tanah. Penglibatan Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri bagi perlaksanaan Jawatankuasa Tanah Daerah di Negeri Sembilan pernah dilaksanakan sebelum ini. Walau bagaimanapun selaras dengan fungsi perlaksanaan Jawatankuasa Tanah Daerah pada masa kini iaitu bertindak sebagai One Stop Centre bagi tujuan penyelarasan ulasan jabatan teknikal bagi satu permohonan melibatkan urusan tanah perlaksanaannya di peringkat daerah adalah bertanggung, bertanggung kepada keperluan sesuatu daerah. Sehingga kini hanya 4 daerah sahaja yang melaksanakan mesyuarat bagi jawatankuasa tersebut iaitu daerah Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau. Jadi memang kita pun tak ada tanah lagi nak dibagi-bagi. Nak diracik-racik. kerana itu tak banyaklah mesyuarat yang diadakan.

ADUN Gemencheh mohon Kerajaan Negeri beri tumpuan lebih kepada program cegah kejadian banjir di DUN Gemencheh. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Sembilan melaksanakan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Pekan Gemencheh yang telah siap pada Disember 2022. Objektif kajian adalah untuk merangka pelan induk saliran pengurusan air larian bagi mengurangkan risiko banjir. Di antara langkah mengurangkan banjir yang dicadangkan dalam kajian ialah menaik taraf Sungai Asahan dan Sungai Cemangkoh serta menaik taraf longkang tepi jalan, road drain, road side drain di Jalan Tampin – Gemas dan Selandar, Batang Melaka. Pihak JPS akan memajukan

permohonan untuk menaik taraf Sungai Asahan dan Sungai Cemangkoh pada Rancangan Malaysia Ke-13.

Bagan Pinang, isu air kolam takungan, masalah terus membelenggu rakyat dan warga Port Dickson. 2 projek takungan air memerlukan perhatian segera, pertama: kolam air Teluk Kemang masih dalam pembinaan walaupun dijanjikan untuk siap pada bulan Julai 2024. Kedua-dua kolam imbangan Bukit Permata, Lukut nampak seperti sudah siap tapi belum beroperasi ya. Dan sini jawapan dia, kerajaan negeri melalui SAINS sentiasa komited untuk memastikan kecukupan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan termasuk di daerah Port Dickson dengan perlaksanaan projek-projek berimpak tinggi. Bagi projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Satu Unit Rumah Pam Berserta Sistem Pengepaman Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kolam Teluk Kemang, ianya sedang dilaksanakan dengan kemajuan 71.8%. Mengikut perancangan asal, tarikh projek siap adalah pada 31 Julai 2024. Walau bagaimanapun akibat beberapa faktor luar jangka seperti perubahan reka bentuk, pihak kontraktor telah diluluskan lanjutan masa penyiapan projek. Projek dijadualkan siap pada Mei 2025. Apabila siap bekalan air ke kawasan Lukut dan sekitarnya dapat dipertingkatkan serta dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber bekalan air dari LRA Sungai Linggi. Kolam imbangan Bukit Permata telah, telah tidak beroperasi sejak tahun 2018 akibat masalah mendapan tanah dan kegagalan struktur. Pihak SAINS melalui PAAB akan melaksanakan projek pembinaan kolam imbangan baru Bukit Permata berkapasiti 4 juta gelen dengan anggaran kos pembinaan 25 juta ringgit bagi menggantikan kolam imbangan yang lama yang bakal dirobohkan. Projek ini dalam tempoh kajian reka bentuk dan perunding yang dilantik PAAB dan dijangka dibina pada bulan Disember 2025.

ADUN Temiang, tekanan air rendah pada waktu malam. Hasil semakan, pihak SAINS mendapati bahawa tekanan air di Kampung Baru Rahang masih memenuhi piawaian yang ditetapkan iaitu melebihi satu bar. Tekanan air mengalami sedikit penurunan pada waktu puncak disebabkan penggunaan yang lebih tinggi dan kembali stabil pada waktu selebihnya. Kerajaan melalui SAINS sedang melaksanakan kerja penggantian paip-paip rosak dan menaik taraf infrastruktur bekalan air lain secara berperingkat di seluruh Negeri Sembilan. Kita dapat 140 juta untuk kita belanjakan untuk NRW kita.

Pencerobohan kawasan sempadan negeri antara Pahang/Negeri Sembilan dari, soalan daripada ADUN Sungai, daripada Sungai Lui ya? Razi. Pada dasarnya Jabatan Perhutanan sentiasa melaksanakan pemantauan secara berkala agar kawasan hutan sentiasa terpelihara ya. Pemantauan di kawasan hot spot yang berisiko berlaku pencerobohan

hutan juga diberi perhatian ya, akan, dan pencerobohan hutan ataupun pengambilan hasil hutan tanpa kebenaran. Sebagai rekod pada tahun 2024 sebanyak 14 kes kesalahan hutan telah dikesan dan disiasat serta sebahagiannya telah dikemukakan dikenakan hukuman. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan juga melaksanakan kerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang dalam operasi secara bersepadu pada 24 hingga dua 26 Oktober 2024 yang lalu. Mensasarkan kenderaan membawa muatan kayu, dan semakan kawasan hot spot di sempadan Negeri Pahang/Negeri Sembilan di simpang Pelangai dan sekitarnya. Bagi pemulihan kawasan bekas ceroboh, Jabatan Perhutanan telah mengambil tindakan memulih semula kawasan hutan simpan seluas 70 hektar yang diceroboh dengan tanaman sawit kepada tanaman pokok hutan di Hutan Simpan Kenaboi yang bersempadanan dengan negeri Pahang pada tahun 2022 hingga 2024.

Yang ADUN Lobak, soalan dia cadangan kawasan, kerjasama Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan kutipan hasil tanah terutama di Seremban dan Port Dickson. Kerajaan Negeri menyambut baik penglibatan ADUN kawasan untuk meningkatkan kutipan hasil tanah terutama melibatkan daerah Seremban dan Port Dickson. Kerjasama yang terjalin antara ADUN kawasan dan Kerajaan Negeri sememangnya amat dialu-alukan. Kita buat banyak program bagi memastikan kutipan kita sentiasa mendapat, dapat menepati sasaran kita.

ADUN Labu, soalan yang, soal, apakah langkah dan tindakan diambil bagi memastikan lori pasir. Saya rasa dah dijawab.

Jajaran laluan gas bawah tanah Petronas yang berada di sebelah rumah ya. Ini ADUN Chembong ya. Pejabat Daerah dan Tanah Rembau telah menetapkan tarikh temu janji bersama pihak Petronas pada hari Isnin; 9 Disember 2024 di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Dan Tanah Rembau. Terus ambil tindakan ya. Jalan jajaran laluan gas ya. Jadi kita pun sedia maklum ini, gas, dah lama dan kena selesaikan segera.

Apakah proses yang terlibat untuk pengeluaran REE. Proses pengeluaran lesen melombong NREE adalah tertakluk kepada SOP NREE Negeri Sembilan boleh baca di laman web PTG ya. Diluluskan oleh MMK pada 3 Januari 2024. Antara proses yang terlibat adalah permohonan lesen mencari gali ataupun lesen penjelajahan, permohonan lesen pajakan melombong bagi tanah kerajaan atau lesen melombong tuan punya tanah bagi tanah hak milik sebelum operasi perlombongan boleh dimulakan. Permohonan perlu mendapatkan kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar, Skim Pengendalian Melombong kepada Jabatan Mineral, Jabatan Alam Sekitar, Skim

Pengendalian Melombong daripada Jabatan Mineral Dan Geologi dan Kebenaran Merancang daripada PLANMalaysia.

Jadi itu saja Dato’ Yang Dipertua dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada semua ADUN yang terlibat dan juga kepada semua ahli Exco yang telah menjawab. Dan saya harap bahawa jawapan-jawapan ini memberikan manfaat kepada kita semua. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Amat Berhormat Sikamat. Ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2025 dan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Usul Anggaran Belanja Pembangunan Negeri Sembilan Tahun 2025, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Ada tak? Yang berkecuali? Jadi usul ini diluluskan sebulat suara.

[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. YB ADUN Labu berkecuali manakala YB ADUN Serting dan YB ADUN Paroi tidak mengundi]

[YB ADUN Klawang tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju dengan Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 31 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. Manakala YB ADUN Labu dan YB ADUN Paroi tidak mengundi]

[YB ADUN Klawang tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang, Dato’, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Tak ada. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: 32 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. Manakala YB ADUN Labu tidak mengundi]

[YB ADUN Klawang tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiasaha: Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. Manakala YB ADUN Labu, YB ADUN Serting dan YB ADUN Paroi tidak mengundi]

[YB ADUN Klawang tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Perbekalan (2025) 2024 telah diban, ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bali, bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju. Manakala YB ADUN Labu, YB ADUN Serting dan YB ADUN Paroi tidak mengundi]

[YB ADUN Klawang tiada dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Enakmen Perbekalan (2025) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Rang Undang-Undang KeduaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Rang Undang-Undang kedua. Rang Undang-Undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 dibacakan bagi kali pertama.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan kepada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah berhubung dengan cadangan mewujudkan satu jawatan baru dalam kalangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang akan dikenali sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan

Kanan. Dengan memasukkan peruntukan baru di bawah perkara 38 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Ke-14 telah dibubarkan pada 1 Julai 2023. Sejurus selepas itu Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 (PRU Yang Ke-15) telah diadakan pada 12 Ogos 2023. Sebagaimana sekalian hadirin sedia maklum pelantikan jawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan telah disempurnakan melalui penyerahan surat cara pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar pada 14 Ogos 2023. Seterusnya Majlis Penyerahan Surat Cara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan juga telah disempurnakan, diadakan di hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 24 Ogos 2023. Jawatan ahli mesyuarat yang, yakni kanan juga pertama kali dimahsyurkan semasa majlis angkat sumpah dan menandatangani surat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada hari yang sama pada tarikh 24 Ogos 2023 tersebut.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 7 Ogos 2024 bersetuju dengan cadangan pewujudan jawatan baru iaitu jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kanan melalui pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan Sembilan 1959 dan pindaan Enakmen Saraan 1980 tertakluk kepada perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat serta Tengku Besar, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin. Pada asas secara asasnya peranan dan fungsi jawatan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kanan ini akan memberi men, akan membantu Menteri Besar dalam menjalankan kuasanya melaksanakan kewajibannya dan menunaikan fungsinya atas arahan Menteri Besar.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Peraturan 28 Perintah 4, Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap di Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan 1980 menetapkan aturan seperti berikut: sebarang rang undang-undang mengenai pindaan perlembagaan sebelum disiarkan menurut syarat-syarat yang berkaitan dan peraturan-peraturan tetap dan perintah-perintah ini hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perlembagaan untuk persetujuannya. Justeru, Jawatankuasa Perlembagaan telah bermesyuarat pada 2 Oktober 2024 dan telah membincangkan mengenai cadangan pewujudan jawatan baru iaitu Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kanan untuk unit, untuk UUTKNS 1959 dan seterusnya, dan seterusnya jawatankuasa bersetuju dengan cadangan pindaan terma dan klausa seperti yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang

Jilid 7 Nombor 42 bertarikh 17 Oktober 2024 tambah, kurungan, (Tambahan No. 4) yang akan kita bentangkan nanti. Demikianlah dahulu penerangan saya, dan saya dengan ini mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Sekian, terima kasih.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua dan telah disokong. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja. Jika tiada, kita, ahli-ahli Yang Berhormat perbahasan Rang Undang-Undang, untuk meminda undang-undang, ahli-ahli Yang Berhormat, perbahasan rang undang-undang untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan telah dijawab oleh pihak kerajaan.

Berdasarkan perkara Perkara-Perkara 78 Fasal 5 menetapkan bahawa sesuatu pindaan perlembagaan perlu mendapat sokongan undian tidak kurang 2/3 daripada jumlah Ahli Dewan. Bagi membolehkan Rang Undang-Undang pindaan ini dibacakan bagi kali kedua, undian diperlukan ialah sekurang-kurangnya 24 undi. Saya dengan ini memerintahkan, perintahkan ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan undian masing-masing secara berasingan dengan pilihan sama ada pertama: setuju. tidak setuju, berkecuali atau memilih untuk tidak mengundi. Yang bersetuju? Jadi kita, Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali yang kedua.

Setiausaha Dewan

Satu rang …..

Yang Dipertua Dewan

Haa? Keputusan? Baca keputusan. [perbincangan YB Yang Dipertua Dewan dan Setiausaha Dewan]. Jadi kita undi 34 dengan 2 tak hadir. Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan satu Rang Undang-Undang, supaya Dewan Undangan secara, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini dipertimbangkan sefasal demi sefasal.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa. [Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa.]

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju manakala YB ADUN Labu tidak mengundi]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana proses undian bagi bacaan kali kedua tadi, berdasarkan Perkara 78 Fasal 5 menetapkan bahawa sesuatu pindaan perlembagaan perlu mendapat sokongan undian tidak kurang 2/3 daripada jumlah Ahli Dewan. Bagi membolehkan Rang Undang-Undang ini, Rang Undang-Undang pindaan ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan, undian diperlukan ialah sekurang-kurangnya 24 undi.

Saya dengan ini perintahkan ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan undian masing-masing secara berasing dengan pilihan sama ada setuju, tidak setuju atau berkecuali atau memilih untuk tidak mengundi. Yang bersetuju? Jadi kita ada semua, 34 setuju dan 2 tidak hadir. Keputusan undi 34/36. Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (Pindaan) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Rang Undang-Undang KetigaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Rang Undang-Undang Ketiga. Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya: Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua. Saya berdiri di hadapan Dewan yang mulia ini untuk membentangkan 3 Rang Undang-Undang (RUU). 2 daripadanya melibatkan pindaan manakala satu Rang Undang-Undang yang baru. Ketiga-tiga Rang Undang-Undang ini dianggap sebagai penting bagi memperkukuhkan lagi dasar-dasar dan struktur pentadbiran Negeri Sembilan. Pembentangan ini bertujuan untuk memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kandungan dan tujuan ketiga-tiga Rang Undang-Undang tersebut. 3 Rang Undang-Undang yang berkaitan ialah

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024, cadang, kedua: cadangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 dan ketiga: Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. Sebelum saya mencadangkan pindaan kepada Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 ini, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai latar belakang, tujuan dan sebab pindaan dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli yang mulia, dari segi latar belakangnya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 telah disiarkan dalam Warta pada 1 Mac 2004 sebagai Satu Enakmen Bagi Mengadakan Peruntukan Baru Berhubung Pentadbiran Agama Islam. Penubuhan dan fungsi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Enakmen tersebut menggantikan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991. Enakmen ini telah dipinda kali terakhir pada 2012. Oleh yang demikian berdasarkan tempoh kali terakhir pindaan telah melebihi 10 tahun, maka terdapat keperluan memindah enakmen ini bagi memastikan kesemua peruntukan adalah relevan dan sesuai dengan keadaan semasa. Usaha penelitian pindaan enakmen ini telah dijalankan secara giat sejak tahun 2021 melalui Jawatankuasa Teknikal Dan Undang-Undang MAINS. Bengkel yang pertama dimulakan pada bulan Januari tahun 2021. Cadangan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 ini telah dibincangkan dan diperhalusi beberapa siri mesyuarat serta bengkel dengan melibatkan semua agensi agama di Negeri Sembilan yang berkaitan dengan RUU ini telah dimuktamadkan oleh jawatankuasa, Jawatankuasa Teknikal Dan Undang-Undang MAINS pada 11 Ogos 2023. Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 ini melibatkan lebih kurang 52 pindaan seksyen sedia ada, pertambahan 7 Seksyen baru iaitu 46A, 47A, 47B, 80A, 85A, 85B dan 118A, serta memotong Bahagian ke IV (Seksyen 55 hingga 77) berkaitan Mahkamah Syariah dengan cadangan pewujudan Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024.

Yang Dipertua, Dato Yang, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 ini adalah bertujuan untuk:

• memperluaskan dan mengukuhkan peranan dan fungsi MAINS.

• memperkukuhkan syarat-syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti serta peranan Jawatankuasa Fatwa.

• memperkukuhkan fungsi dan bidang kuasa Ketua Pendakwa Syarie serta Pendakwaan Syariah.

• menambah baik peruntukan berkaitan Kumpulan Wang Majlis Dan Tatacara Kewangan.

• menambah baik peruntukan Bahagian ke 9 berkaitan, berkaitan pemelukan Agama Islam dan mengadakan punca kuasa membuat peraturan-peraturan berhubungan pendaftaran mualaf.

• menambah baik peruntukan Bahagian ke 10 untuk menggambarkan ruang lingkup perkara yang dimaksudkan berhubung Jawatankuasa Tauliah Dan Pendidikan Islam.

• mengadakan punca kuasa Majlis untuk mendaftarkan sekolah-sekolah Islam Negeri Sembilan berbangkit dengan kuasa, kuasanya enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996.

• dan mengadakan punca kuasa bagi membuat peraturan-peraturan berkaitan perjalanan dan pentadbiran rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan dan/atau rumah perlindungan, urusan berkaitan hal ehwal halal dan tatacara pengurusan harta orang Islam.

Berkaitan pindaan RUU ini juga Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Bilangan 2/2023 yang diadakan pada 8 September 2023 telah meluluskan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. Sebagai asas pertimbangan, Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 ini adalah perlu dan wajar bagi memastikan hal ehwal pentadbiran agama Islam Negeri Sembilan dapat dilaksanakan serta relevan dengan situasi dan keperluan semasa malah Rang Undang-Undang ini juga memberikan, tidak memberikan sebarang implikasi kewangan kepada peruntukan Kerajaan Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Sekian, terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 di, dicadang, telah dicadang dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk dibahaskan pada dasarnya sahaja.

[percakapan secara off mic] … sekali 3 ke apa haa? Sekali 3 kan? Sekali 3 …..

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat …..

Boleh tanya sikit tak Dato’, Dato’ Yang Dipertua. Yang ni, Rang Undang-Undang ni nak dibaca sekali 3 ke atau satu ni? Pentadbiran Agama Islam, undang-undang ni, Undang-Undang Keluarga Islam ke atau, yang mana satu?

Yang Dipertua Dewan

Dia Rang Undang-Undang dua kosong, Negeri Sembilan 2003. Haa enakmen, enakmen apa ni, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Yang Dipertua Dewan

Okey, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang undang, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-

Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa. [Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar diturunkan] [Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 10.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 hingga Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 11 hingga Fasal 20.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 11 hingga Fasal 20 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 21 hingga Fasal 30.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 21 hingga Fasal 30 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 31 hingga Fasal 40.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 31 hingga Fasal 40 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 41 hingga Fasal 50.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 41 hingga Fasal 50 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 51 hingga Fasal 60.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 51 hingga Fasal 60 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 telah dipertim, telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli berhor, ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Rang Undang-Undang KeempatBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara ketujuh, Rang Undang-Undang Keempat. Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah yang merangkumi penubuhan Mahkamah Syariah, bidang kuasa, pelantikan Hakim Syarie dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah yang merangkumi penubuhan Mahkamah Syariah, bidang kuasa, pelantikan Hakim Syarie dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua sebelum saya mencadangkan Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, izinkan saya memberikan sedikit penerangan mengenai tujuan dan rasional mengapa enakmen ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua cadangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 untuk makluman

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan yang mulia, Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah untuk mewujudkan satu enakmen baru bagi mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah yang merangkumi penubuhan Mahkamah Syariah, bidang kuasa, pelantikan Hakim Syarie dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya melalui Dewan Undangan Negeri.

Punca kuasa penubuhan Mahkamah Syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya telah diperuntukkan di bawah Bahagian Keenam [IV] – Mahkamah Syariah, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003. Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 telah memperuntukkan seperti berikut: “Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam di dalam Negeri Sembilan kecuali perkara-perkara hukum syarak dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Sembilan selepas Yang di-Pertuan Besar kecuali jika diperuntukkan selainnya”.

Justeru, satu jawatankuasa kerja di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan telah diwujudkan pada tahun 2021 untuk mengumpul maklumat dan membuat penyelidikan bagi tujuan Penyelidikan draf Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sembilan. Jawatankuasa kerja tersebut telah mengadakan kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan Jabatan Kehakiman Syariah Kedah pada tahun 2021 untuk mendapatkan maklumat. Hasil daripada kunjungan dan penyelidikan yang telah dijalankan, maka satu draf Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 telah direalisasikan. Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 ini telah dibentang dan dibahaskan bersama Jawatankuasa Teknikal Dan Undang-Undang Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebanyak 2 kali pada 18 Mac 2023 dan 7 April 2023 telah dimuktamadkan di peringkat Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang MAINS pada 11 Ogos 2023. Di peringkat MAINS, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 ini telah dibentangkan dalam mesyuarat khas MAINS Bilangan 2/2023 pada 8 September 2023 dan telah diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang ini memindahkan punca kuasa hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah daripada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dengan mewujudkan enakmen khusus berkaitan kuasa-kuasa kehakiman Mahkamah Syariah. Di samping itu, RUU ini juga

menambahkan kuasa-kuasa sedia ada serta penambahbaikan daripada aspek pentadbiran dan kehakiman syariah antara lain yang melibatkan tatacara pelantikan Hakim-Hakim Syarie, tatacara pemecatan Hakim Syarie dan kuasa-kuasa tambahan kepada Mahkamah Syariah. RUU, RUU ini juga menambah hierarki Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dengan pengwujudan Mahkamah Syariah, Mahkamah Utama Syariah. Ianya akan memberi hak kepada suatu kes yang bermula di Mahkamah Tinggi Syariah untuk didengar 3 kali. Hierarki Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang baru yang dicadangkan adalah seperti berikut pertama: Mahkamah Utama Syariah. Kedua: Mahkamah Rayuan Syariah. Ketiga: Mahkamah Tinggi Syariah. Dan yang keempat: Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah Utama Syariah yang dicadangkan ini akan dianggotai tidak lebih 7 orang panel yang berkelayakan dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin atas syor Jawatankuasa Kehakiman Syariah. Mahkamah Rayuan Syariah pula dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Syariah dan tidak lebih daripada 8 orang panel yang berkelayakan dan dilantik oleh Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin atas syor Jawatankuasa Kehakiman Syariah. Pengurusan dan pendengaran kes Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah akan dilaksanakan di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di Bandar Seri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan dengan kekuatan pegawai dan kakitangan sedia ada buat masa ini.

Selain itu, RUU ini akan mewujudkan satu Jawatankuasa Kehakiman Syariah yang terdiri daripada 7 orang anggota bagi menjalankan fungsinya antaranya mengesyorkan pelantikan, pembatalan hakim-hakim dan lain-lain. Sejajar dengan cadangan pewujudan RUU ini, peruntukan Bahagian Keenam [IV] – Mahkamah Syariah yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 dimansuhkan kerana enakmen khusus berkaitan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan diwujudkan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekali lagi dibacakan bagi kali yang kedua. Terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 telah dicadangkan untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu secara,

seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

[Tiada ahli Yang Berhormat mengambil bahagian di dalam perbahasan]

Tak ada ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan mengenai pentadbiran kehakiman syariah yang merangkumi penubuhan Mahkamah Syariah, bidang kuasa, pelantikan Hakim Syarie dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1 hingga Fasal 4.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 hingga Fasal 4 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 5 dan Fasal 6.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 5 dan Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 7 hingga Fasal 10.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 hingga Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 11 hingga Fasal 20.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 11 hingga Fasal 20 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 21 hingga Fasal 25.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 21 hingga Fasal 25 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 26 hingga Fasal 32.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 26 hingga Fasal 32 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 33 hingga Fasal 38.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 33 hingga Fasal 38 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 39 hingga Fasal 56.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 39 hingga Fasal 56 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Jadual.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Jadual adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2024 telah dipertimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang

Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Rang Undang-Undang KelimaBill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara kelapan, Rang Undang-Undang Kelima. Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya: Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, izinkan saya memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan ahli-ahli Dewan yang mulia, Rang Undang-Undang yang bakal dibentangkan pada hari ini adalah Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2024 yang melibatkan pindaan sebanyak 13 seksyen sedia ada serta pindaan Jadual, pertambahan satu seksyen baru iaitu Seksyen 28A (Perlantikan Jurunikah) dan pemotongan seksyen 47A (Akaun berkanun semasa permohonan bagi

perintah perceraian) kerana tatacara pemfailan kes telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Sembilan) 2003. Pindaan terakhir yang dibuat ke atas Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 adalah pada tahun 2019. Usaha memperhalusi keperluan pindaan RUU Keluarga Islam ini telah dilaksanakan melalui beberapa siri bengkel sejak tahun 2022 hingga 28 haribulan Ogos 2023. Antara tujuan utama ia dipinda adalah untuk:

• memberi kuasa kepada Ketua Pendaftar mengecualikan penyerahan Sijil Kursus Praperkahwinan Islam yang diiktiraf atau mana-mana dokumen lain yang ditetapkan bagi tujuan Permohonan Kebenaran Berkahwin kepada mana-mana orang yang telah ditetapkan.

• Selain itu mengadakan kawalan ke atas penzahiran dokumen peribadi.

• Meluaskan pelantikan Jawatankuasa Pendamai supaya tidak terhad kepada Pegawai Agama di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sahaja tetapi termasuk juga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera, mana-mana kaunselor bertauliah yang diiktiraf oleh Majlis ataupun mana-mana orang yang ditetapkan oleh Hakim.

• Antara lain pindaan ini bertujuan membolehkan mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa keputusan mahkamah, boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi selaras dengan cadangan penubuhan Mahkamah Utama Syariah.

• Dan memperuntukkan punca kuasa untuk membuat kaedah-kaedah berkaitan tatacara pelantikan, peraturan am dan tatatertib Jurunikah.

Di peringkat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Bilangan 2/2023 pada 8 September 2023 dan telah diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagai asas pertimbangan kepada Rang Undang-Undang ini perlu dibuat pindaan kerana ia mewujudkan satu RUU yang memberikan punca kuasa bagi tujuan penyelarasan dan pengurusan hal ehwal nikah, cerai dan rujuk dengan negeri-negeri lain. Ia juga menyeraskan rujukan seksyen berkaitan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) dengan

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan). Serta ia juga membolehkan pelaksanaan permohonan kebenaran dalam talian sepenuhnya melalui Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) dengan mewujudkan seksyen baharu. Dan yang paling penting, RUU ini juga memberikan, tidak memberikan sebarang implikasi kewangan kepada peruntukan kerajaan Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk dibahas, untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Assalamualaikum WBT Dato’ Yang Dipertua, sedikit ingin penjelasan sajalah ya. Dato’ yang, saya ingin bertanya tentang kepada pihak kerajaanlah ya, berkenaan dengan cadangan berkenaan Seksyen 28 ni termasuk 28A di mana selalunya perkataan “Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin”. Tapi kalau saya tertengok kat sini, kepada yang di, kepada “Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Luak yang berkenaan serta Tengku Besar Tampin”. Maknanya pindaan ni, “Undang Luak yang berkenaan” tulah. Apa maksud “Undang Luak yang berkenaan” dan apa impaknya daripada segi perlaksanaan jika pindaan tersebut di apa di di apa di, di, diubahlah. Saya mohon sikit tulah. Maknanya selalunya kita tengok “Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Yang Empat” ya situ. Wallahua’lam.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Ada lagi? Tak ada ya? Untuk menjawab soalan yang dengan menggantikan perkataan Yang di-Pertuan Besar dengan perkataan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan perkataan Yang di-Pertuan Besar dengan persetujuan Undang Luak yang berkenaan atau Tengku Besar Tampin. Ini bermaksud untuk kawasan tersebut ataupun contohnya di Rembau, hanya yang terlibat untuk memberi pengesahanan atau meluluskan adalah di bawah pentadbiran undang, Yang Teramat Mulia Undang Rembau ya. Untuk Johol – Undang, Yang Teramat Mulia Undang Johol. Untuk Jelebu begitu juga. Dan begitu juga untuk Tanah Mengandung. Jadi tujuan dia tidaklah tunggu empat-empat akan tandatangan untuk

persetujuan tetapi, di Luak tersebut meluluskan sendiri. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Okey?

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat perbahasan Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024 telah dijawab oleh pihak kerajaan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak setuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat bersetuju manakala YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, bangun saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbangkan sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: 33 orang ahli Yang Berhormat bersetuju manakala YB ADUN Lenggeng tiada di dalam Galeri Persidangan ketika undian dijalankan]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3 hingga Fasal 7.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 hingga Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 8 hingga Fasal 10.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 8 hingga Fasal 10 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 11 hingga Fasal 16.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 11 hingga Fasal 16 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 17.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 17 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 18.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 18 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 19.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 19 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ yang, Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2024 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: semua 34 orang ahli Yang Berhormat yang hadir bersetuju]

Setiausaha Dewan

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Rang Undang-Undang Keenam — Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980Bill

Setiausaha Dewan

[Bacaan kali pertama]

Setiausaha Dewan

Perkara kesembilan, Rang Undang-Undang Keenam. Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya: Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980, dibacakan bagi kali pertama.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali pertama.

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

[Bacaan kali kedua]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, izinkan saya untuk menerangkan, penerangan ringkas mengenai tujuan dan sebab pindaan ini dibentangkan pada Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Rang Undang-Undang ini bakal dibentangkan pada hari ini adalah berhubung dengan cadangan semakan dan pelarasan saraan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dan Anggota Pentadbiran Di Bawah Enakmen, Anggota Pentadbiran Dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 selepas ini disebut sebagai “Enakmen Saraan 1980”. Berdasarkan rekod kadar saraan bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Anggota Pentadbiran Dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri telah disemak kadar ataupun gaji baru berkuatkuasa 1 Julai, 1 Januari 2015.

Sebagaimana hadirin sekalian sedia maklum, Dewan Undangan Negeri Sembilan antara Dewan Undangan Negeri di Malaysia yang terawal melaksanakan semakan gaji. Sejurus selepas itu, Dewan Undangan Negeri seMalaysia yang lainnya juga telah melaksanakan semakan gaji Ahli Dewan-Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sebagaimana Dewan Undangan yang mulia ini maklum pada masa ini gaji Yang Berhormat ADUN Negeri Sembilan adalah yang terendah berbanding lain-lain Dewan Undangan Negeri di Malaysia. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju agar agar Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan menjalankan semakan dan kajian berkenaan dengan gaji ataupun elaun Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Anggota Pentadbiran dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri bagi menyelaraskan semula gaji sedia ada memandangkan kedudukan gaji ahli-ahli Yang Berhormat tersenarai tersebut sebagai gaji terendah berbanding dengan gaji ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Undangan Negeri seMalaysia.

Pelarasan gaji ini juga selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melaksanakan kenaikan gaji bagi penjawat awam melalui skim ataupun kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bertujuan untuk menambah baik struktur gaji dan sistem saraan perkhidmatan awam dengan lebih sistematik. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, oleh yang demikian terdapat keperluan untuk mengemaskini Enakmen Saraan 1980 bagi memastikan gaji-gaji Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri adalah selaras dengan gaji yang diterima oleh DUN seMalaysia yang lain. Penyelarasan gaji ADUN juga dipanjang, akan, juga akan dipanjangkan kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah bersara selaras dengan ketetapan Enakmen Saraan 1980.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 14 Ogos 2024 telah menimbang dan seterusnya bersetuju dengan cadangan semakan semula dan pelarasan gaji Yang Berhormat ADUN, Yang Dipertua Dewan, Timbalan Yang Dipertua Dewan, DUN Dan Anggota Pentadbiran, Anggota Pentadbiran. Perincian ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Jilid 77 nombor 42 bertarikh 17 Oktober 2024 (Tambahan No.5) yang telah diedarkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, implikasi kewangan yang terlibat dalam pelaksanaan pelarasan yang dicadangkan adalah dianggarkan 2.508 juta setahun. Pelarasan ini juga memberikan implikasi kewangan tambahan dianggarkan sebanyak 788,437.44 ringgit bagi menampung

bayaran pencen ahli Yang Berhormat yang telah bersara. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, demikianlah dahulu penerangan saya. Dan dengan ini saya mencadangkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibacakan bagi kali kedua. Sekian terima kasih.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini telah dicadang untuk dibacakan bagi kali yang kedua. Oleh itu, seterusnya saya kemukakan perkara ini untuk dibahaskan, untuk diperbahas, untuk perbahasan pada dasarnya sahaja.

Labu, Labu, Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum WBT. Jadi berkenaan Rang Undang-Undang, Rang Undang-Undang Saraan Ahli Dewan Undangan Negeri. Jadi sebelum kita di dalam Dewan ini, Dewan yang membincangkan kepentingan rakyat, Dewan yang membincangkan kepentingan rakyat. Setiap dari kita ahli-ahli Yang Berhormat yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memastikan kesejahteraan, kepentingan mereka terlebih dahulu. Jika kita ahli-ahli Yang Berhormat mencadangkan untuk menaikkan gaji dan elaun Yang Berhormat wakil rakyat, saya berpandangan, sudahkah kita berlaku adil lama memastikan kesejahteraan rakyat sama ada di kawasan atau di kawasan ADUN kerajaan ataupun ADUN pembangkang. Jadi saya cuba jelaskan di sini, dengan kenaikan yang dicadangkan seperti berikut: kenaikan Menteri Besar daripada 19,175.00 ringgit kepada 30,000.00 ringgit, kenaikan 53%. Kenaikan Exco Kanan daripada 10,888.00 ringgit kepada 17,000.00 – 56%. Daripada Exco 10,888.00 ringgit kepada 15,000.00 – 37.5%. ADUN biasa daripada 8,954.00 kepada 12,900.00 – 44%. Dan Setiausaha Politik daripada 5,000.00 ke 10,00.00, kenaikan 100%. Dengan dianggarkan implikasi kewangan tambahan lebih kurang 2,000,508.00 ringgit.

Dato’ Yang Dipertua, dalam bahas saya pada 25 haribulan 2004 saya membangkitkan bahawa ada berapa perkara yang perlu diberi keutamaan seperti gaji-gaji elaun Imam dan sebagainya. Dan kedua adalah peruntukan kepada ADUN-ADUN kawasan pembangkang. Mana mungkin kami daripada Perikatan Nasional bersetuju jika keutamaan rakyat di kawasan kami dibelakangkan dan kami mengutamakan kepentingan kami sendiri. Jadi atas dasar yang saya nyatakan tadi, saya memohon bahawa perkara ini dapat dikaji sehinggalah, atau dapat ditangguhkan sehingga Dewan yang mulia ini dapat berlaku adil kepada semua rakyat di Negeri Sembilan tidak kira daripada pihak, daripada kawasan pembangkang ataupun daripada kawasan kerajaan. Jadi saya mohon sekali lagi perkara ini dapat di dikaji semula dan tidak dilana,

dilaksanakan pada ketika ini, dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat 2.0 juta lebih yang dibelanjakan itu dapat kita serahkan kepada rakyat dulu. Sekian, terima kasih.

Tak ada perbahasan? Dato’ Yang Dipertua, ada perbahasan lagi?

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya sebenarnya kecik hati sikit dengan Dato’ Yang Dipertua. Sebab semalam masa saya membahaskan usul belanjawan, Dato’ Yang Di Pertua tengok ketuk jam depan saya 2-3 kali Dato’ Yang Dipertua. Jadi tak apalah. Cuma hari ini saya bangun sebentar untuk bagikan pandangan tentang peruntukan Dewan Undangan Negeri kawasan-kawasan lain Dato’ Dipertua. Saya dulu, saya pernah jadi pembangkang Dato’ Yang Dipertua. Saya pernah jadi pembangkang. Tetapi walaupun peruntukan itu tidak diturunkan kepada saya, tetapi peruntukan itu masih lagi diturunkan melalui agensi-agensi kerajaan Dato’ Dipertua. Jadi rasanya, walaupun kawasan-kawasan di Dewan, kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan pembangkang masih lagi menerima peruntukan-peruntukan ini. Cumanya agensi-agensi yang melaksanakan Dato’ Dipertua. Itu pandangan saya, sikit saja. Terima kasih banyak. Ya.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Saya sama seperti Yang Berhormat Chembong. Semalam saya berbahas berkenaan dengan insentif-insentif yang yang diteruskan oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan bajet tahun 2025. Jadi kita sedia maklum bahawa semua insentif-insentif yang pada tahun 2024, dibawa kepada tahun 2025 dengan penambahbaikan. Contohnya seperti yang digulung oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Siapa-siapa saja Kerajaan Negeri Sembilan tidak terkecuali di mana-mana kawasan pembangkang boleh mohon melalui N9 online ya. Jadi tadi pun bagi tahu bahawa di Serting pun ada apa, bila berkahwin berapa yang Yang Amat Berhormat menggulung tadi semua di kawasan-kawasan bukan sahaja kawasan-kawasan kerajaan, malah kawasan pembangkang turut menerima habuannya. Turut menerima insentif-insentif daripada Kerajaan Negeri. Jadi sekiranya mereka, sekiranya pembangkang maklum pada Dewan bahawa ini adalah zalim kerana menaikkan gaji tetapi me me men menzalimi rakyat kawasan mereka, itu adalah sesuatu yang salah dan mengelirukan Dewan. Sekiranya ya, sekiranya kita menghalang, sekiranya, maksudnya sekiranya permohonan daripada belah pembangkang tidak dilayan, haa barulah dikatakan zalim terhadap kawasan-kawasan pembangkang. Tetapi apa yang ditahan oleh Kerajaan Negeri adalah pejabat ADUN-ADUN pembangkang. Jadi saya rasa kalau ADUN pembangkang dah

bersedia untuk menjadi pembangkang ketika pilihan raya, maksudnya dia tahu Negeri Sembilan ni memang kuat tapi dia cuba jugak untuk menjadi, masuk dalam kerajaan sebagai pembangkang, maka harap, harap, mereka kena sediakanlah elaun sendiri untuk untuk pejabat-pejabat dia orang. Tapi kalau untuk rakyat, mereka, sekiranya sekiranya rakyat datang kepada kawasan mereka bertanyakan berkenaan dengan insentif-insentif Kerajaan Negeri, mereka boleh bagi tahu, boleh mohon dekat MAINS, boleh seperti yang saya nyatakan semalam, boleh mohon daripada Zakat ya, boleh mohon melalui NS online. Semuanya kita akan sampaikan. Sekian Yang Dipertua.

Yang Dipertua, saya ingin mencelah sikit. Setahu sayalah, sepanjang setahun kita memerintah Kerajaan Negeri Sembilan ni, saya rasa rakyat di Negeri Sembilan ni tidak ada yang terpinggir. Setuju tak setuju? Pembangunan yang Negeri Sembilan ni ada tak yang terpinggir? Setujukah tak setuju? Segala aduan yang sampai daripada rakyat melalui ADUN-ADUN kerajaan ke atau pembangkang, semua agensi-agensi atau jabatan-jabatan akan ambil tindakan. Tak ada yang terpinggir bagi saya. Tak ada yang zalim. Cuma penyampaian tu kena sampai yang betul-betul. Kalau, kalau ADUN tak dapat peruntukan tu, biasalah adatlah jadi pembangkang. Yang jadi kerajaan maybe lah ada peruntukannya. Itulah nikmat jadi kerajaan. Kita jadi kerajaan hari ni untuk membela rakyat. Pembangkang adanya, patutnya menjadi pembangkang yang berdedikasi. Apa cadangan yang kita buat tu kena bantah yang yang baik. Yang tak elok, tegur. Yang mana harus diperbaiki bagi tahu cadangan yang baik. Bukan sebab nak bagi peruntukan pada ADUN pembangkang, tu tak betul. Saya nampak tak ada rakyat Negeri Sembilan yang dipinggirkan hari ni, semuanya elok. Bantuan belajar, bantuan pendidikan, belia kahwin. Cukup. Mohon pun tidak melalui ADUN, online semua hari ni, terbuka. Tak ada halangan. Rumah milik kerajaan pun terbuka, online. Tak ada masalah. Jadi apa masalahnya? Saya tak ada isu apa-apa pun. Yang Dipertua, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput ya, saya persilakan pihak kerajaan untuk menjawab ya.

Dato’ Yang Dipertua, saya bangun untuk membuat beberapa penjelasan berkaitan dengan perbahasan ahli-ahli Yang Berhormat. Saya nak ucapkan terima kasih kepada 4 ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-Undang Akta Saraan Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980. Dato’ Yang Dipertua, bila kita berbahas untuk mempertikaikan sesuatu akta atau enakmen, kita mesti berbahas, berdasarkan fakta. Jangan sesekali kita mengambil peluang untuk menjadi hero dan juara untuk

mendatangkan salah tanggapan di kalangan rakyat. Kalau saya menjadi ADUN Labu, hari ni saya bangun saya akan kata bahawa saya tidak sokong dengan akta saraan ini kerana rakyat susah, rakyat tidak dapat pembelaan, perjuangan kita untuk rakyat tidak ditubuhkan, kami tidak setuju dan kami tarik diri daripada menerima akta sasaran ini. Jangan terima. Jangan terima, ini adalah pendirian, jangan kita terima. Saya nak bagi tahu kepada Dato’ Yang Dipertua, akta ini bukan kenaikan. Ini adalah pelarasan kerana akta Saraan Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan adalah yang paling rendah berbanding dengan negeri-negeri lain, berbanding dengan Kelantan yang diperintah oleh PAS, yang berbanding dengan Kedah yang diperintah oleh PAS, berbanding dengan Terengganu yang diperintah oleh PAS. Kenaikan yang sudah dibuat, pelarasan gaji sudah buat lebih awal daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Saya nak bagi tahu di Dewan yang mulia, pelarasan gaji atau akta Saraan Ahli Dewan Undangan ni di Negeri Sembilan yang paling akhir 2019 dan akta saraan yang terendah berbanding dengan negeri-negeri yang lain, Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

[percakapan secara off mic] Enakmen, bukan akta, enakmen.

Enakmen Anggota Pentadbiran, pasal dia dia ni pasal dah 2:40 ni, saya terbawak pula daripada federal sampai ke sini. Jadi saya ingat pun kita ni, Dato’ Yang Dipertua Enakmen Anggota Pentadbiran ya. Saya nak bagi tahu Dato’ ni, Dato’ Yang Dipertua. Ini bukan khusus kepada Anggota Pentadbiran dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang berkhidmat sekarang. Dato’ Yang Dipertua, ada berapa ratus dan ribu lagi bekas daripada Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang turut menerima manfaat daripada akta ataupun Enakmen Anggota Pentadbiran yang kita bawak pada hari ini. Pencen ataupun saraan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri pada tahun 2024 di bawah paras kemiskinan sekarang. Kalau kita kaji baliklah. Jadi kerana itu Dato’ Yang Dipertua, bila kita menyuarakan sesuatu perkara mesti berlandaskan kepada fakta dan keadaan kita semasa.

Saya nak sebut Dato’ Yang Dipertua ya, mengikut rekod, saya nak ingatkan kepada ahli Dewan yang berkenaan bahawa pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama ADUN Sikamat pada minggu hari Jumaat lepas, 29, jammed pulak telefon saya ni. 29.75 juta Skim Sejahtera Rakyat yang kita kekalkan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bajet yang dibentangkan 590.0 juta antara bajet yang tertinggi dalam sejarah Kerajaan Negeri Sembilan dalam keadaan ekonomi yang tak menentu. Dan saya juga nak jelaskan, kalau kita tidak beri jelas pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kalau

kita tak berapa tengok berapa pembentangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dalam berapa faktor aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk memberikan pembelaan kepada rakyat dan kerajaan tetap kekal dan tetap ditambah dari masa ke semasa demi perjuangan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan untuk memberikan segala bentuk peluang, khidmat dan juga bantuan kepada rakyat.

Dan saya juga nak ingatkan kepada Yang Berhormat ADUN Labu, Kerajaan Negeri Sembilan tak pernah meminggir dan mengecualikan semua rakyat di seluruh DUN di Negeri Sembilan termasuk 5 kawasan DUN pembangkang. Saya sendiri telah menurunkan beberapa ratus juta projek, berapa puluh ribu projek ke setiap DUN yang diwakili oleh ADUN pembangkang di Negeri Sembilan termasuk Gemas, termasuk Serting, termasuk Labu, termasuk Paroi, termasuklah Bagan Pinang.

Dan saya juga nak terjemahkan, nak untuk rekod Dewan, Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah, yang ini saya akan bagi secara bertulislah, sejumlah peruntukan kewangan untuk menjalankan kerja-kerja kesejahteraan rakyat dan pembangunan rakyat di kawasan setiap kawasan DUN tanpa pinggirkan waima kawasan itu diwakili oleh wakil rakyat pembangkang. Cumanya Dato’ Yang Dipertua, fitrah kita sebagai kerajaan, bila kita tidak bersama kerajaan, tentulah peruntukan kerajaan kepada rakyat terus. Bukan kita tak percaya kepada wakil rakyat pembangkang, tapi kalau dah nama pun pembangkang, memanglah kita tak bagi Dato’ Yang Dipertua. Saya takkan bagi belanja kepada anak bukan anak kandung saya. Saya bagi pada anak kandung saya dulu. Duit lebih kalau ada lebih, baru saya sedekah kepada anak yang lain. Kalau bukan anak yang lain, Dato’ Yang Dipertua. Kalau nak dianalogikan lah.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, saya harap kita sama-sama, saya dah sebut dalam penggulungan saya, saya harap supaya kita sama-sama mengorak kepada pembangunan negeri. Mengorak kepada kekuatan rakyat dan negeri. Tidak mengambil sebarang kesempatan di atas mana-mana ruang untuk menjadi juara kepada tempat yang tidak tepat, kepada perkara yang tidak bertempat dan dalam bahasa yang kita selalu sebut, kita jangan cuba jadi jaguh kepada tempat yang tidak kena Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya ada sikit Dato’ Yang Dipertua untuk menjawab soalan, apa perbahasan tersebut ya. Kita sedia maklum bahawa peruntukan kita pada tahun ini, untuk tahun 2025 kita tambah 70.0 juta ya. Dan ini adalah negeri pertama yang mengadakan belanjawan secara berimbang. Ketika kita menaikkan, kalau kata-kata kenaikan ataupun kajian tentang aa

pelarasan ini, kita buat ketika kerajaan dalam keadaan belanjawan dia berimbang bukan defisit. Ado negeri itu dia naik gaji ketika defisit ya. Dan sampai sekarang defisit-defisit-defisit lagi kan? Dan jadi kita memang dah kaji. Dan ia 10 tahun, 10 tahun, setiap 10 tahun itu akan ada kajian. Dan ia juga melibatkan tadi yang dikatakan tadi mengenai penjawat-penjawat apa, pelarasan kepada orang-orang yang telah pencen. Dan kita sedia maklum 2.5 juta berbanding dengan 70.0 juta yang kita bajetkan dalam belanjawan berimbang. Kalau sentiasa dalam dalam kawasan-kawasan pembangkang juga, kita tidak menafikan pembinaan masjid, contohnya di Bagan Pinang melibatkan 15.0 juta ringgit untuk di Bagan Pinang. Jadi kita tidak pernah menafikan hak-hak pembangunan yang ada di kawasan-kawasan pembangkang.

Dato’ Yang Dipertua, saya memohon agar kita, selepas ini pun akan kaji semula selepas 10 tahun ya. Dan memang dah lama dah wakil rakyat – wakil rakyat ini meminta supaya saya kaji sebelum ini. Tetapi ketika itu memang tidak mengizinkan dengan keadaan kewangan bajet yang kita selalu katakan dalam keadaan defisit, akhirnya positif. Ini merupakan satu perkara juga yang harus, yang sentiasa kita, Majlis MMK sentiasa fikirkan sesuai tak sesuai, waktu yang sesuai adalah waktu sekarang dan kita kaji untuk tempoh 10 tahun akan datang ya. Jadi tak adolah esok ado kerajaan baru dia kaji dalam tempoh 3 tahun lepas itu. Jadi saya berharap bahawa kajian ini akan bertahan tempoh 10 tahun akan datang. Dato’ Yang Dipertua saya saya rasa itu jawapan daripada pihak kerajaan. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membahaskan usul ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali kedua, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali yang kedua.

[Keputusan undian: 30 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. Manakala YB ADUN Labu, YB ADUN Paroi, YB ADUN Bagan Pinang dan YB ADUN Gemas berkecuali]

Setiausaha Dewan

Satu Rang Undang-Undang bernama suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya tetap menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang bersetuju Dewan bersidang secara Jawatankuasa dan Rang Undang-Undang ini ditimbang sefasal demi sefasal, sila angkat tangan. Yang tak bersetuju? Yang berkecuali? Jadi yang setuju 31, berapa haa? 32. Yang 2 tak hadir, 2 berkecuali. Dewan bersidang secara Jawatankuasa.

[Keputusan undian: 31 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Labu dan YB ADUN Paroi berkecuali. Manakala YB ADUN Bagan Pinang tidak mengundi]

[Cokmar diturunkan]

[Dewan bersidang secara Jawatankuasa]

Setiausaha

Fasal 1.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli jawatan, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 1 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 2.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 2 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 3 hingga Fasal 5.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 3 hingga Fasal 5 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 6.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 6 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Setiausaha

Fasal 7.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada apa-apa bantahan? Jika tiada, Fasal 7 dan, Fasal 7 adalah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ yang, Dato’ Pengerusi, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dikemukakan kepada Dewan.

Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, saya bangun menyokong cadangan itu.

Pengerusi (Jawatankuasa)

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Dewan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Yang berkecuali – 2 orang. Yang bersetuju – 32, yang tak hadir – 2, yang berkecuali – 3. Okey, terima kasih Yang Berhormat Seremban. Yang ketiga tu Yang Berhormat Seremban ya? Dewan bersidang semula.

[Keputusan undian: 29 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Labu, YB ADUN Bagan Pindang dan YB ADUN Gemas berkecuali. Manakala YB ADUN Serting dan YB ADUN Paroi tidak mengundi]

[Cokmar dinaikkan]

[Dewan bersidang semula]

[Bacaan kali yang ketiga]

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyatakan bahawa Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2024 telah ditimbangkan sefasal demi sefasal dan telah dipersetujui tanpa pindaan. Oleh itu saya mencadangkan supaya Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan.

Dato’ yang di, Dato’ Pengerusi saya bangun, Dato’ Yang Dipertua saya bangun menyokong cadangan itu dah pukul 3:00 Dato’ Pengerusi, dah lapar dah ni.

Yang Dipertua Dewan

Saya dah 5 jam sini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Rang Undang-Undang ini dibacakan bagi kali ketiga dan diluluskan sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang

berkecuali? Yang berkecuali – 4 orang. Jadi yang, yang berkecuali – 4 orang, yang tak hadir – 2 orang ya. Rang Undang-Undang ini akan dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

[Keputusan undian: 29 orang ahli Yang Berhormat bersetuju. YB ADUN Labu, YB ADUN Serting, YB ADUN Paroi, YB ADUN Bagan Pindang dan YB ADUN Gemas tidak mengundi]

Setiausaha Dewan

Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2024. “Dikanunkan oleh Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku Besar Tampin dengan nasihat dan persetujuan Dewan Undangan Negeri.”

Penangguhan PersidanganAdjournment

Setiausaha Dewan

Perkara kesepuluh, Penangguhan Persidangan.

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mencadangkan supaya Persidangan Dewan ditangguhkan dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana telah berjaya mengendalikan Persidangan Dewan dengan jayanya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong cadangan itu.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan untuk menangguhkan Persidangan Dewan telah pun dibuat dan mendapat sokongan. Sementara itu, saya ada menerima permohonan daripada ahli-ahli Yang Berhormat ADUN untuk menyampaikan Ucapan Penangguhan bagi persidangan kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk menyampaikan ucapan selama 10 minit sahaja. Tak lebih ya, kalau boleh 5 minitlah. Tutup?

Tak nak, tak nak, tak nak.

Yang Dipertua Dewan

….. tarik diri semua ya.

Saya saya.

Yang Dipertua Dewan

Chembong tetap nak?

Ya. Yang Berhormat Dato’, Dato’ Speaker. Kita kena tunjukkan kepada …..

Yang Dipertua Dewan

Saya belum panggil lagi …..

Tadi tanya. Tadi, okey saya duduk. Dato’ Speaker, sekarang sila panggil saya.

Yang Dipertua Dewan

Okey. Saya silakan Chembong.

Dato’ Speaker benar-benar gunakan kuasa dia. Dia mungkin kurang sedar, dulu kita yang memilih dia, Dato’ Speaker. Yang Berhormat Dato’ Speaker, walaupun dah lewat, saya nak mengambil kesempatan ini sedikit sahaja Dato’ Speaker, sebab saya nak jadi hero Dato’ Speaker. Saya wajib, harus jadi hero bagi orang-orang di kawasan saya Dato’ Speaker. Tapi saya setuju dengan Pertang cakap tadi, bukan jadi hero tak tak kena tempat. Kita kena jadi hero bagi semua orang kawasan kita, betul? Tak kira yang telah mengundi kita ataupun bukan mengundi kita. Jadi Speaker, jadi saya pun nak tunjukkan jugalah kita sanggup makan lewat demi rakyat yang mewakilkan kepada kita ya, Speakar.

Dato’ Speaker, saya nak ucapkan tahniah pada Dato’ Speaker, mewakili kawan-kawan lain yang mungkin tak tak sempat, kepada Dato’ Speaker yang hebat yang bertahan sehingga kepada hari yang terakhir Dato’ Speaker. Dan saya nak ucapkan terima kasih, tahniah jugak kepada rakan-rakan Exco. Contoh Dato’ Speaker, saya suka sangat itu hari, semalam, contoh Dato’ Speaker, saya ambil satu contoh. Yang Berhormat Exco Pendidikan jumpa saya kat luar Dato’ Speaker. Dia tanya: Dato’ saya tadi kurang fahamlah apa yang Dato’ nak sampaikan, ada kurang faham. Dan dalam ucapan dia, dia pun mengakui sebab sebagai Exco, sebagai Menteri Besar dan sebagainya dia bukan faham semua di kawasan-kawasan kita. Kita yang lebih faham. Sebab lebih-lebih lagi Dato’ Speaker dalam ucapan kita dan perbahasan kita, kita hanya diberikan beberapa minit saja. Kita tak sempat nak ulas 100% secara terperinci. Saya nak terjemah Dato’ Speaker, yang itu yang kami perlu banggakan. Apabila mereka memahami, mereka dapat menjawab dengan baik Dato’ Speaker. Jadi terima kasihlah. Tepuklah tangan tuan-tuan ya. Dato’ Speaker, Dato’ Speaker dan saya harap roh semangat ini juga dijiwai oleh exco-exco lain dan juga termasuk penjawat-penjawat awam, ketua-ketua jabatan lain. Boleh hubungan, hubungi kamilah. Bukan hanya di dalam Dewan ni saja.

Dato’ Speaker, ada dua perkara yang semalam Dato’ Speaker ketuk-ketuk jam depan saya, saya tak sempat nak bawak. Saya nak bawa 2 perkara di kawasan. Dan saya yakin yang isu ni jugak …..

Yang Dipertua Dewan

Ini penangguhan, Yang Berhormat.

Eh boleh Dato’ Speaker, 5 minit tadi bagi. Dato’ Speaker, satu Dato’ Speaker, tentang, saya kena bawak ni Dato’ Speaker. Masalah gangguan anjing liar ni Dato’ Speaker. Saya tengok rakan-rakan lain yang tak bawak Dato’ Speaker ya. Ya. Saya, sebelum ni ada bawaklah Dato’ Speaker. Saya dah bawak 2 kali. Senyaplah tadi tak nak cakap [merujuk kepada YB ADUN Seremban Jaya yang menyampuk]. Dato’ Speaker, anjing liar ni, Dato’ Speaker, anjing liar ni dah sampai ke tahap mengganggu keselamatan masyarakat penduduk Dato’ Speaker, Dato’ Speaker. Jadi saya harap satu tindakan yang sangat-sangat tegas ataupun yang sangat-sangat boleh sekurang-kurangnya mem me memberikan keyakinan kepada orang ramai Dato’ Speaker. Di kawasan saya ada yang telah digigit Dato’ Speaker, sebelum ni daripada kacau ganggu, melintas kereta, ketika motosikal lalu, jatuh orang tua tu Dato’ Speaker. Itu satu. Saya mohon sangat. Dan Kerajaan Negeri Sembilan jadilah hero, mengambil tindakan yang drastik demi keselamatan orang ramai masyarakat Dato’ Speaker tentang ni. Jadi itu satu.

Nombor dua Dato’ Speaker. Last Dato’ Speaker, saya nak sebut semalam Dato’ Speaker. Sebab saya ni tak masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri. Sebabnya Dato’ Speaker, perasan tak saya tak dipanggil untuk tanya soalan lisan, Dato’ Speaker? Tiga-tiga hari saya tak dipanggil. Sebab tak dipanggil …..

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tara tulis.

Ya betul. Saya tak…..

YB ADUN …..: Datang lambat.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Bukan, tara tulis.

Saya tak tanya ….

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Langsung tak ada tulis.

YB ADUN ….: Tak sampai.

Saya tak dipanggil Dato’ Speaker. Saya tak dipanggil sebab saya tak kemukakan soalan lisan. Saya tak tanya soalan lisan sebab lazimnya saya bertanyakan hal-hal kawasan. Saya tak tanyakan hal-hal kawasan dalam Dewan ni sebab di kawasan di daerah Rembau semuanya dah selesai. Hal-hal kawasan ditangani dengan baik oleh penjawat awam, kakitangan awam di di daerah Rembau. Cumanya

haa cumanya, ada perkara-perkara yang di luar kapasiti daerah yang saya mintak Kerajaan Negeri tengok Dato’ Speaker. Saya dah 2-3 kali bawa. Ada jalan lebih kurang sepanjang 1.2 kilometer jalan menuju ke kampung orang Asli. Dianya di luar Pejabat daerah punya kapasiti. Harapkan peruntukan-peruntukan. Jadi saya harap Dato’ Speaker ya, saya tak mahulah bawak perkara-perara, tapi dah di luar Pejabat Daerah. Saya nak ucapkan terima kasih semua penjawat-penjawat awam, kakitangan kerajaan di peringkat daerah Rembau, terima kasih. Kalau saya Rembau bagi lebih pada yang daerah lain itu ya. Terima kasih dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Ada, ada …..

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Pihak kerajaan akan mengambil maklum dan tindakan …..

Saya, rangkum sekali ….

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

…… seterusnya, insya-Allah saya rasa, kita mengambil perkara tersebut, mengenai isu anjing, mengenai isu JAKOA, jalan, saya rasa akan diambil tindakan segera insya-Allah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebelum saya tangguhkan persidangan kali ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, media massa dan urusetia persidangan yang telah sama-sama menjayakan persidangan kita pada kali ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, persidangan dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 2.58 petang]