Negeri Sembilan · 24 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting (Opening) · 12 turns · 1,008 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Persidangan Pertama Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Susunan mesyuarat, perkara pertama, membaca doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Klawang.

[YB ADUN Klawang telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam Sejahtera. Alhamdulillahhirabbil'alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang Mesyuarat bagi Persidangan Pertama (Perasmian), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini, 24 April 2025 merupakan hari pertama persidangan yang juga hari Istiadat Perasmian Persidangan bagi penggal Ketiga ini.

Hadirin sekalian, Persidangan hari ini akan dirasmikan sebentar lagi oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku

Munawir. Saya berharap para hadirin sekalian dapat memberi tumpuan kepada Titah Ucapan Perasmian Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebentar nanti dan dapat dibahaskan oleh semua Ahli yang Berhormat di dalam sesi perbahasan nanti. Sesi perbahasan akan bermula hari Isnin 28 April 2025 bagi memberi ruang kepada semua ADUN untuk membaca dan meneliti Titah Ucapan Perasmian tersebut. Saya amat berharap semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan yang akan bermula pada hari Isnin depan.

Hadirin sekalian, disini saya juga ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima permohonan daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan berhubungan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkenaan cadangan pelaksanaan lafaz ikrar Rukun Negara semasa Istiadat Pembukaan Rasmi dengan Persidangan Dewan Undangan Negeri. Yang Berhormat Menteri Perpaduan memohon agar pelaksanaan lafaz ikrar Rukun Negara dilafazkan secara penuh bermula dengan mukadimah dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara di dalam Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan. Oleh itu, saya menetapkan agar lafaz Rukun Negara ini dilaksanakan pada setiap sesi pembukaan dan Istiadat Perasmian Penggal Dewan Undangan Negeri, iaitu pada hari kedua mesyuarat pertama pada setiap penggal.

Hadirin sekalian, di sini saya juga ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rantau tidak dapat hadir pada 24 April dan 28 hingga 30 April. Beliau tidak dapat menghadirkan diri ke Istiadat Perasmian pada hari ini kerana bertindih dengan Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Bakal Ketua-Ketua Perwakilan Asing ke Malaysia oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Yang Berhormat ADUN Rantau seterusnya akan berlepas ke Rio de Janeiro, Brazil pada 27 haribulan April 2025 bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar, Menteri-Menteri Luar Negeri, Negara Rakan BRICS 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 28 dan 29 April 2025 dan bergerak pulang pada 30 April 2025. Manakala Yang Berhormat ADUN Chennah tidak dapat hadir pada hari ini kerana menghadiri program rasmi di Peringkat Kementerian Pengangkutan.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa, saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta kata, tata kelakuan dan etika sebagai Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Sekali lagi saya memohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sekian, terima kasih. Selamat Bersidang.

Mengesahkan Peringatan Mesyuarat

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, mengesahkan peringatan mesyuarat. Mengesahkan Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 22 November, 25 hingga 28 November 2024.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 telah diadakan pada 22 November, 25 hingga 28 November 2024 telah pun diedarkan salinannya. Oleh itu ada apa-apa teguran? Sekiranya tiada, diharap salah seorang ahli mencadang dan seorang ahli menyokong supaya disahkan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan supaya Peringatan Mesyuarat tersebut disahkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun menyokong cadangan tersebut.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju Peringatan Mesyuarat ini disahkan, sila angkat tangan. Yang tidak bersetuju? Yang berkecuali? Peringatan Mesyuarat ini disahkan sebulat suara tanpa pindaan.

[Keputusan undian: Semua 34 orang YB yang hadir bersetuju]

[Peringatan Mesyuarat Kali Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 yang telah diadakan pada 22 November, 25 hingga 28 November 2024 disahkan tanpa pindaan dan YB Yang Dipertua Dewan menandatangani Peringatan Mesyuarat tersebut]

Titah Ucapan DirajaAddress / budget

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan / puan-puan sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan akan menyampaikan Titah Baginda dalam Dewan yang mulia ini. Dan sekarang Dewan ditangguhkan sebentar untuk keberangkatan tiba Ke Bawah Duli Tuanku. [YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan] [Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Tunku Besar Tampin] [Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Johol] [Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Jelebu] [Setiausaha Dewan mengumumkan ketibaan YTM Undang Luak Sg. Ujong] [Setiausaha Dewan mengumumkan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diiringi YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, ampun Tuanku, patik memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melafazkan Titah kepada sidang hadirin di dalam Dewan yang mulia ini. Mohon perkenan Tuanku. [YAB ADUN Sikamat menyembahkan Teks Titah Ucapan DiRaja kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan] [DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menyampaikan Titah baginda] [YAB ADUN Sikamat mengambil semula Teks Titah Ucapan]

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Menjunjung kasih Tuanku. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Dewan ditangguhkan. Dewan akan disambung semula pada hari Isnin 28 April 2025 bersamaan 29 Syawal 1446 Hijrah mulai jam 10:00 pagi. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. [Bentara Dewan menanggung Cokmar mendahului DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan] [YB Yang Dipertua Dewan mengumumkan YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan] [YTM Undang Yang Empat serta YTM Tunku Besar Tampin meninggalkan Dewan] [YB Yang Dipertua Dewan meninggalkan Galeri Persidangan] [Mesyuarat Dewan Undangan Negeri ditangguhkan pada jam 11.10 pagi]