Negeri Sembilan · 28 April 2025

15th Assembly, 3rd session, 1st meeting (Opening) · 295 turns · 35,871 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.

Bacaan Doa

Setiausaha Dewan

Susunan Mesyuarat, Perkara Pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Seri Menanti.

[YB ADUN Seri Menanti telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]

Bacaan Ikrar Rukun Negara

Setiausaha Dewan

Perkara Kedua, Bacaan Ikrar Rukun Negara.

[Bacaan Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Setiausaha Dewan].

Perutusan Yang Dipertua Dewan

Setiausaha Dewan

Perkara Ketiga, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.

Yang Dipertua Dewan

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat Baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Yang Berhormat; ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke sidang mesyuarat bagi Persidangan Pertama (Perasmian) bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15. Hari ini, 28 April 2025 merupakan hari kedua persidangan. Di sini saya ingin memaklumkan berkenaan

ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Rahang, tidak dapat hadir pada 28 hingga 30 April 2025 kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Hadirin sekalian, sebagaimana maklum sesi perbahasan akan dimulakan pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli yang berhormat dapat mengambil bahagian di dalam usul menjunjung kasih titah ucapan diraja dan seterusnya memberikan pendapat-pendapat yang dapat meningkatkan mutu penyampaian Kerajaan kepada rakyat Negeri Sembilan khususnya.

Hadirin sekalian, sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi peraturan-peraturan dan perintah-perintah tetap dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli yang berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian, terima kasih. Selamat bersidang.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan

Setiausaha Dewan

Perkara keempat, Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya bangun membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan yang ada di hadapan ahli-ahli Yang Berhormat iaitu:

4.1 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Seremban bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.2 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Port Dickson bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.3 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Jempol bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.4 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tampin bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.5 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kuala Pilah bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.6 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Jelebu bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.7 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Rembau bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

4.8 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Yayasan Negeri Sembilan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan — Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

4.10 Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, laporan dan penyata kewangan adalah dibentangkan.

5 PERTANYAAN-PERTANYAAN

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua)Questions

Setiausaha Dewan

Perkara kelima, Pertanyaan-Pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Kedua).

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mewakili Yang Berhomat ADUN Rantau untuk mengemukakan soalan nombor 1. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih juga kepada ADUN Chembong yang menanyakan soalan ADUN Rantau. ADUN Rantau aa.. bertanyakan soalan berkenaan dengan perancangan Kerajaan Negeri mengatasi kenaikan kos sara hidup.

Untuk makluman ahli-ahli dewan, dalam usaha bagi mengatasi kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat Kerajaan Negeri melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup mengambil tindakan seperti berikut.

Pertamanya, Program Jualan RAHMAH MADANI. Sehingga 21 Mac 2025, sebanyak 322 Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) telah dilaksanakan di seluruh 36 DUN di Negeri Sembilan. Program ini melibatkan 137 model pelaksanaan dalam premis, dan 4 pelaksanaan jualan terbuka, 180 jualan bergerak dan 1 jualan dalam pasar. KPDN Negeri Sembilan juga menggalakkan kedai runcit berskala kecil terutamanya di kawasan luar bandar untuk mengambil peluang dalam inisiatif ini dengan memohon menjadi operator PJ…PJRM di kawasan masing-masing.

Selain itu, PJRM ini juga telah diluaskan pelaksanaannya melalui PJRM@Pasar yang telah dilaksanakan pada 1 Mac 2025 di Pasar Ampangan, Seremban. Seramai 11 peniaga barangan segar seperti sayur, ayam, daging dan ikan terlibat dalam program tersebut. Sebanyak 28,955 ringgit subsidi telah disalurkan untuk membantu peniaga di pasar dan sekaligus meringankan kos sara hidup pengguna. Selain itu, sebanyak 51 peniaga daging lembu segar tempatan turut diberi peluang menjalankan perniagaan semasa pelaksanaan PJRM sempena mantai puasa dan mantai raya dengan subsidi sehingga 30% sebagai sokongan kepada peniaga kecil serta membantu rakyat membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan dan perayaan Aidilfitri.

Keduanya adalah kad diskaun menu rahmah. Inisiatif ini adalah kerjasama strategik antara Kementerian dan pemain industri sektor perdagangan dan pengedaran bagi membantu pengusaha menu RAHMAH di seluruh negara. Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH diberikan kepada pengusaha yang menawarkan menu RAHMAH dengan harga tidak melebihi RM5.00. Set Menu RAHMAH ini perlu mengandungi gizi seimbang, termasuk karbohidrat, protein dan serat. Kad ini membolehkan pengusaha membeli barangan mentah seperti ayam dan bawang dengan diskaun di lokasi-lokasi Program Jualan RAHMAH MADANI. Setiap jenis barangan dibenarkan pembelian sehingga 10 unit per SKU.

Yang ketiganya adalah berkenaan dengan Bazar Ramadhan Rahmah. Bazar Ramadan Rahmah diperkenalkan pada tahun 2023 bagi menggalakkan peniaga menawarkan Menu RAHMAH dan mengadaptasikan sistem pembayaran tanpa tunai. Bazar Ramadhan Rahmah ditumpukan ke lokasi yang majoritinya adalah dari golongan

B40 sebagai kumpulan sasar. Peniaga akan menerima insentif sebanyak RM100, manakala pengunjung yang hadir ke lokasi Bazar Ramadhan Rahmah yang terpilih akan menerima baucar e-wallet bernilai RM20. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Kuala Klawang, Yang Berhormat Kuala Klawang.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mengemukakan soalan pertama.

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Klawang atas soalan yang pertama. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan juga Multimedia (MCMC) bersama pemberi perkhidmatan sentiasa bekerjasama dalam memastikan kualiti perkhidmatan dan juga penyelenggaraan infrastruktur telekomunikasi sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan diselenggarakan.

Bagi tahun 2022 sehingga 15 Mac 2025, MCMC telah menerima sebanyak dua belas aduan yang melibatkan struktur tiang gentian optik yang tidak diselenggarakan dengan baik. Antara aduan yang dilaporkan adalah berkenaan struktur tiang yang tumbang ataupun jatuh akibat hakisan tanah, kabel yang terputus dan juga sebagainya.

Berdasarkan aduan yang diterima, Kerajaan Negeri melalui MCMC telah mengarahkan pihak pemberi perkhidmatan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan segera serta memulihkan perkhidmatan internet yang terjejas. Selain itu, MCMC juga telah mengeluarkan makluman kepada semua pemberi perkhidmatan agar memastikan struktur tiang jalur lebar gentian optik sentiasa diselenggara dan juga dipantau secara berkala.

Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga orang ramai eh, yang berada di dalam DUN Klawang ataupun lain-lain DUN, boleh menyalurkan sebarang permasalahan perkhidmatan kepada, aaa melalui… kepada MCMC melalui pautan aduan.mcmc.gov.my bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Terima kasih.

Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua, baru-baru ini kita dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi mana-mana telco yang tidak perform ini ataupun lambat mengambil tindakan akan diambil tindakan yang serius. Apakah bentuk-bentuk tindakan yang akan diambil kepada telco yang tidak perform ni? Terima kasih.

Untuk makluman semua, liputan internet ini memang merupakan satu keperluan asas yang penting pada hari ini. Seperti, sama seperti bekalan elektrik sebab kita tak mahu ada berlaku lagi terputusnya bekalan air dan sekiranya liputan internet ini tidak dapat kita perbaiki dalam masa yang segera ini akan menimbulkan keresahan kepada pengguna-pengguna internet. Jadi, di bawah suruhanjaya yang dikeluarkan terhadap mana-mana pemberi perkhidmatan yang gagal mematuhi standard mandatory pemberi perkhidmatan wajib mematuhi segala arahan suruhanjaya dengan menambah baik kualiti perkhidmatan di kawasan yang terbabit. Ketidakpatuhan arahan suruhanjaya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan juga Multimedia 1998, Akta 588 dan tindakan penguatkuasaan undang-undang boleh diambil terhadap pemberi perkhidmatan ini. Pihak MCMC juga bersedia untuk menjalankan tinjauan kawasan bersama ahli-ahli Yang Berhormat bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan kawasan-kawasan yang bermasalah. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ya, Yang Berhormat.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato' Yang Dipertua, terima kasih. DUN Seremban Jaya mengemukakan soalan nombor satu. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih, Seremban Jaya. Terima kasih, Dato' Yang Dipertua. Dato' Yang Dipertua, untuk makluman nombor tiga, sorry. Dato' Yang Dipertua, sejak mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2018, lebih daripada 200 juta telah diperuntukkan serta diagihkan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif bantuan kerajaan negeri merangkumi sektor perkebajikan, kesihatan, keusahawanan dan pelbagai lagi termasuk bantuan kesejahteraan rakyat melalui kesemua 36 pusat khidmat DUN di seluruh negeri. Melalui sektor keusahawanan dan perumahan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan PKNNS telah membantu sejumlah penerima bantuan bagi setiap inisiatif yang dilaksanakan melibatkan peruntukan 50 juta seperti yang berikut Pertama, TUNS 2019 hingga 2024 sebanyak 6,459 penerima melibatkan penerima sebanyak 19 juta, TUNS Plus 2021 hingga 2024 sebanyak 650 penerima melibatkan peruntukan sebanyak 9.430 juta, TUNS Extra 2023 14 penerima RM366,646 ringgit, NS Choice 2024, 30 penerima sejumlah

1 juta ringgit, kelima Rumah Harapan Rakyat 2021 hingga 2024, 212 rumah melibatkan 20 juta ringgit. Keseluruhannya RM49,796,646.50 dan jumlah penerima adalah sebanyak 7,365 penerima. Dari segi kebajikan pula Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM telah menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Jumlah penerima bantuan pada tahun 2018 adalah sebanyak 5,441 penerima meliputi jumlah peruntukan sebanyak 13.161 juta. Bagi tahun 2019 pula seramai 4,854 orang penerima bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dibantu melibatkan peruntukan sebanyak 11.53 juta. Bagi tahun 2020 seramai 4,864 orang penerima bantuan am kebajikan telah diagihkan melibatkan peruntukan negeri sebanyak 12.45 juta manakala bagi tahun 2021pula sebanyak, seramai 4,724 penerima bantuan am JKM telah dikenalpasti melibatkan peruntukan sebanyak 15.75 juta. Bagi tahun 2022 sebanyak 15.47 juta telah diagihkan kepada 5,010 penerima dan sebanyak 15.521 juta telah diagihkan kepada 4,543 penerima bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2023. Pada tahun 2024 JKM telah menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak 14.872 juta bagi 4,535 penerima. Jumlah keseluruhan penerima adalah sebanyak 33,971 orang penerima JKM dengan jumlah peruntukan sebanyak 98.754 juta. Sejak 2019 Kerajaan Negeri memperuntukkan antara 15 juta sehingga 25 juta bagi tujuan kesejahteraan rakyat telah diagihkan kepada semua 36 DUN termasuk kawasan DUN pembangkang. Walaupun suasana senario politik yang kerap berubah di peringkat persekutuan dan sedikit sebanyak mempengaruhi senario politik di peringkat negeri peruntukan kesejahteraan rakyat serta inisiatif lain tetap disalur kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang politik serta daerah mengundi kawasan DUN. Jumlah keseluruhan peruntukan yang telah disalurkan kepada 36 DUN bagi tujuan kesejahteraan rakyat adalah hampir mencecah 115 juta sejak tahun 2018.

Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2024 dan ini memenuhi aspirasi rakyat Kerajaan Negeri telah memperkenalkan beberapa bantuan baru seperti bantuan keceriaan warga emas, bantuan belia berkahwin, serta bantuan kelahiran baru. Bagi tahun 2024 saja, Kerajaan Negeri telah mengagihkan 7.504 juta kepada 37,520 orang warga emas berumur 70 tahun ke atas dengan nilai sebanyak RM200 seorang setahun. Bantuan ini tidak mengira latar belakang pendapatan serta bangsa maupun agama begitu juga bantuan belia berkahwin di mana setiap pengantin baru yang memenuhi syarat akan menerima RM500 seorang. Pada tahun 2024 seramai 2,085 orang pengantin baru telah menerima bantuan dengan jumlah peruntukan sebanyak 1 juta ringgit. Bagi aspirasi kelahiran baru pula anak-anak menerima sebanyak sumbangan SSPN sebanyak RM100 daripada tahun 2024 telah mencatatkan

sebanyak 206 bayi telah menerima bantuan ini. Untuk makluman semua ketiga-tiga bantuan aspirasi ini masih diteruskan untuk tahun 2025 dan semua permohonan baru boleh dikemukakan melalui laman sesawang N9 Digital kecuali kepada warga emas yang telah menerima bantuan pada tahun 2024 di mana golongan ini tidak perlu lagi memohon di laman tersebut.

Sektor kesihatan juga telah menerima banyak manfaat daripada kerajaan negeri sejak tahun 2021. Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta setahun bagi membiayai inisiatif bantuan berkaitan pemasangan tapak dialisis VISTOLA, AVF serta bantuan implan ortopedik Negeri Sembilan. Jumlah keseluruhan penerima adalah sebanyak 772 orang penerima setakat tahun 2024 dengan jumlah keseluruhan peruntukan 9 juta ringgit antara jumlah sumbangan tertinggi bantuan implan ortopedik adalah sebanyak RM40,000-RM50,000 bagi seorang pesakit yang mana pada kebiasaan kerajaan negeri juga turut memohon sumbangan bantuan Majlis Agama Islam bagi tujuan ini. Melalui sidang ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan kerana bukan sahaja telah mencadangkan inisiatif ini pada tahun 2021 tetapi juga turut memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sehingga hari ini, termasuk penglibatan hospital yang berkenaan seperti Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan juga Hospital Port Dickson dalam membantu mengenal pasti serta mengesahkan pesakit yang terlibat.

Datuk Yang Dipertua, selain itu sektor pendidikan juga menerima peruntukan sumbangan yang amat tinggi melalui pelbagai inisiatif seperti bantuan anak sekolah, bantuan anak negeri, serta bantuan kemasukan ke IPT dan tidak termasuk berbagai inisiatif lain seperti penyelenggaraan sekolah serta bantuan dana SJKC, SJKT dan serta Tahfiz. Bantuan IPT sahaja, sahaja telah membantu hampir 16,623 orang pelajar sejak tahun 2021. Bantuan peruntukan semula hampir 14 juta. Pelajar-pelajar ini menerima bantuan yang berlainan bagi setiap peringkat pengajian dan terdapat pelajar yang menerima lebih daripada sekali bantuan kerana menduduki dua peringkat pengajian yang berbeza bermula dengan peringkat asas ataupun matrikulasi atau diploma dan seterusnya melanjutkan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi iaitu peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kita bantu kita bantu lagi Dato’ Yang Dipertua jika mereka melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana ataupun PHD. Bantuan yang disediakan ini tidak termasuk bantuan Sara Hidup yang sebanyak RM100 sebulan yang dikelola oleh pihak Yayasan Negeri Sembilan. Untuk makluman sidang Dewan sekalian, kita telah tingkatkan kepada RM150. Untuk makluman sidang

Dewan sekalian, setiap tahun 1970-an Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah peruntukan setiap tahun bagi tujuan pemberian wang saku kepada pelajar sekolah rendah dan menengah berjumlah RM30 ringgit sebulan. Saya ambil maklum perkara, bahawa ada kalangan ketua jabatan atau Ahli Yang Berhormat yang pernah menerima biasiswa ini yang dikenali sebagai biasiswa anak negeri pada masa dahulu. Sehingga kini tahun 2018 apabila Kerajaan Negeri meneliti semula seterusnya meluluskan kenaikan kepada RM50 ringgit sebulan yang membawa jumlah kepada RM550 ringgit sebulan bagi seorang pelajar yang menjalani sesi persekolahan selama 11 bulan setahun. Ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan sekalian sejak 2019 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM800 ribu setahun bagi tujuan biasiswa anak negeri yang memberi manfaat kepada 1,454 pelajar setiap tahun dengan jumlah keseluruhan pelajar, 8,727 orang pelajar sekolah menengah telah menerima manfaat ini. Bagi inisiatif bantuan anak sekolah pula khusus bagi pelajar sekolah rendah sebanyak RM900 ribu diperuntukkan setiap tahun bermula 2018 yang memanfaatkan 1,500 orang pelajar setahun dengan kata lain seramai 9,000 orang pelajar sekolah rendah telah menerima manfaat ini sehingga 2024 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.42 juta. Insya-Allah pada tahun 2025 ini Kerajaan Negeri menerima senarai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan bagi mereka yang layak dan akan membuat agihan melalui Pusat Khidmat DUN dalam masa yang terdekat selewat-lewatnya pada hujung Mei ataupun awal Jun nanti.

Secara ringkasnya Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM305 juta dan sejak tahun 2018 dengan jumlah rakyat Negeri Sembilan yang menerima bantuan adalah sekurang-kurangnya seramai 116,269 orang dan jumlah penerima bantuan ini tidak termasuk jumlah yang belum diambil kira golongan yang menerima bantuan Kesejahteraan Rakyat secara terus daripada Pusat Khidmat DUN. Sekian, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Yang Amat Berhormat, Dato' Yang Dipertua, memang saya dah faham ada 30 jenis peruntukan 2018 sampai sekarang, ada beri kepada rakyat Negeri Sembilan dan anak murid kita. Itu saya ucapan ribuan terima kasih. Sebab soalan ini saya tanya selalu kita luar ada orang sebelah sini pun Pakatan Harapan apa buat, ada orang tanya, tapi kita pun ada faham lah, sebab itu saya tanya soalan ini, Dewan Yang Mulia ini lagi satu soalan bukan ni soalan tambahan, tapi mahu tanya sikit lah pasal ha... ADUN Seremban Jaya. Ok

Yang Dipertua Dewan

Tanya tu tanya tu soalan tambahan lah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok, walaupun terdapat pelbagai inisiatif tetapi masih kekurangan publisiti adalah cabaran yang perlu ditangani dan apakah rancangan atau skim baru untuk tempoh 5 tahun akan datang? Terima kasih Dato' Yang Dipertua, terima kasih Yang Amat Berhormat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih soalan daripada Seremban Jaya. Kita akui bahawa sistem pencapaian yang kurang, kurang memberangsangkan tak sampai kadang-kadang maklumat dan saya berharap bahawa kita ada Ketua Kampung, kita ada mereka Jabatan Kerajaan yang untuk menyampaikan maklumat-maklumat sebegini. Tapi Alhamdulillah bagi saya peningkatan daripada masa ke semasa itu dapat kita lihat dan kita berharap masih masih ada kalau ada yang tertinggal kita harap dapat dibantu dengan segera. Mengenai rancangan 5 tahun akan datang insya-Allah kita rancang dan memang kita dalam penelitian kita dan insya-Allah setiap tahun kita akan adakan pra-bajet yang akan dibincangkan mengenai apa yang harus kita buat untuk tahun hadapan berdasarkan pendapatan kerajaan ketika itu, insya-Allah. Jadi saya yakin bahawa perkara-perkara baru akan diperkenalkan dan pastinya inisiatif sedia ada akan diteruskan yang akan memberi manfaat kepada rakyat seluruh Negeri Sembilan, insya-Allah. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih ADUN Sikamat. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Lukut.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Dato' Yang Dipertua, Lukut membukakan soalan nombor dua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato' Yang Dipertua Dewan, ADUN Lukut bertanyakan tentang pembangunan pusat data di Negeri Sembilan. Alhamdulillah, Alhamdulillah akhir-akhir ini kita mendapat satu berita yang baik mengenai pembangunan pusat data di Negeri Sembilan. Di kawasan Lukut dan juga di Nilai. Dato' Yang Dipertua, sehubungan, sehingga kini terdapat dua pusat data yang sedang dalam proses pembangunan di Negeri Sembilan itu pusat data hijau di Nilai oleh pelabur Amerika Syarikat dan kedua pusat data teknologi AI di Bandar Spring Hill, Port Dickson oleh Gamuda Berhad. Ini urusan tanah telah selesai dan kerja-kerja tanah sedang bermula. Faktor pemilihan Negeri Sembilan sebagai pusat data ini adalah berikutan lokasinya yang strategik di mana kedudukan geografi berhampiran Lembah Kelang yang merupakan pusat perindustrian dan perniagaan di negara ini. Negeri Sembilan juga menawarkan jaringan lebuh raya yang baik serta

memenuhi segala keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sebuah pusat data iaitu bekalan tenaga elektrik yang tinggi serta kapasiti air yang mencukupi. Pembangunan pusat data turut menyumbang pelbagai manfaat pada warga tempatan di mana ianya bakal membuka peluang pekerjaan berkualiti tinggi terutama dalam bidang teknologi maklumat. Selain itu turut menyumbang kepada jumlah pelaburan yang tinggi serta peningkatan kutipan cukai di negeri ini. Walaubagaimanapun kerajaan negeri mengambil pendekatan untuk mengkaji dengan teliti. Sekiranya menerima sebarang cadangan projek pusat data baru kerana bimbang akan keperluan air pusat data yang sangat tinggi ini. Kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi memastikan kelestarian sumber bekalan air di Negeri Sembilan terjamin. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Tuan Choo Ken HwaDAP · PHLukut

Soalan tambahan, terima kasih jawapan daripada Sikamat dan seperti yang disebut tadi Negeri Sembilan, merupakan berada di kedudukan yang memang strategik untuk sebagai hub pusat bagi data serantau dan saya percaya pembangunan hub ini dapat memangkin ekonomi setempat dan membawa manfaat kepada rakyat dan seperti yang dimaklum tadi penggunaan air yang tinggi untuk pusat data ini untuk sistem penyejukkan sistem itu dan saya nak tanya apakah perancangan panjang yang diambil untuk memastikan bekalan air ini yang cukup untuk penggunaan kawasan sekitar. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Lukut, kita telah berbincang dengan pihak Gamuda untuk sama-sama mengatasi masalah keperluan air pada masa akan datang dan mereka telah bersetuju dan kita juga telah bersama menjalankan kerjasama pihak Gamuda dan MBI untuk membina satu LRA yang baru, 67 MLD sehari yang mana akan memban yang akan kita yang akan dibuat sepenuhnya oleh pihak Gamuda dan akan diuruskan oleh pihak SAINS apabila telah siap dan perkara ini telah dibincangkan dan telah selesai dan insya-Allah dengan adanya LRA yang baru ini juga akan membantu menyelesaikan isu di kawasan Spring Hill dan kawasan berhampiran di mana keperluan air di situ adalah lebih kurang 60 MLD dan 7 MLD lagi akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk dijual kepada pengguna-pengguna biasa. Ini antara kerjasama yang baik antara dua syarikat untuk memastikan bahawa kelangsungan ini tidak mengganggu urusan air di kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhomat Lobak.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, tanah perkuburan merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius mulai hari ini kerana kita sedia maklum bahawa tanah eh tanah perkuburan ataupun tanah yang sedia ada telah meningkat kos harga mereka. Dato’ Yang Dipertua, di Daerah Jempol terdapat terdapat satu tapak perkuburan yang diserahkan oleh pemaju dan maklumat berkaitan adalah seperti berikut. Landas Bumi Mukim Jelai sebanyak 4.978 ekar serah penyerahan pada tahun 2020 bagi Daerah Seremban senarai tanah rizab perkuburan serahan oleh pemaju adalah tapak perkuburan Islam Forest Heights iaitu pemaju Sunrise MCL Land, kedua tapak perkuburan Islam China India di Kampung Sebir, pemaju IJM Land dan ketiga tapak perkuburan Islam Ainsdale Sime Darby, Ainsdale Development Sendirian Berhad. Bagi Daerah Port Dickson terdapat sebuah tapak di Pekan Jemima Spring Hill telah dibuat penyerahan, sebahagian tanah oleh pemaju West Senergy Sendirian Berhad pada tahun 2009 bagi tujuan rizab kubur seluas 4.047 hektar ataupun 10 ekar rizab kubur Islam tersebut telah diwartakan oleh warta kerajaan negeri pada No. 43 bertarikh 19 Januari 2012. Bagi Daerah Kuala Pilah garis panduan perancang perumahan telah dikeluarkan oleh Plan Malaysia menyatakan bahawa penyediaan tapak perkuburan adalah berpandukan kepada piawaian tadahan penduduk sesebuah kawasan perumahan sejak 2015 sehingga 2025 hanya satu pembangunan perumahan yang melebihi piawaian tadahan penduduk yang ditetapkan maklumat tersebut adalah KTLE Premium Sendirian Berhad di lot 3992 Mukim Ampang Tinggi, Daerah Kuala Pilah sebanyak 1 hektar eh tahun penyerahan adalah pada tahun 2022. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Sikamat yang berikan maklumat yang terjelas sekali yang utama sekali kami terima kasihlah kerana kerajaan menjelaskan perhatian dengan tanah-tanah kubur di Negeri Sembilan ni. Dato' Yang Dipertua, soalan tambahan, kerana di maklumat di dapat Daerah Seremban dengan Daerah PD memang ada kekurangan tanah kubur Cina. Khasnya di Port Dickson lagi pun di Seremban so kami nak tanya apa nampak ni pemaju yang serahkan tanah tu jikalau dengan secara seimbang itu kami harap kerajaan apa langkah yang pendek atau langkah yang jangka panjang supaya kekurangan tanah kubur Cina di PD atau Seremban itu dapat diselesaikan baik dengan sepenuhnya. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, kita sedia maklum bahawa isu tanah perkuburan belumlah lagi terlampau kritikal untuk masyarakat Cina khususnya di Kampung Sebir kita telah sedia maklum bahawa kita telah berbincang dan kita telah di Mesyuarat MMK telah meluluskan untuk penyediaan tapak kubur Cina dan India dan Islam di kawasan tersebut dan kita minta telah pada Majlis Bandaraya Seremban

untuk memastikan kawasan tersebut dapat dibuka dengan segera yang kita juga sedia maklum bahawa pembeli rumah di kawasan Seremban di Nilai dan Seremban dikenakan bayaran RM1,000 satu rumah untuk sumbangan untuk tanah perkuburan, jadi ini antara perkara yang baik yang harus kita teruskan dan kita nak pastikan bahawa sumbangan tersebut juga menyediakan kemudahan-kemudahan tanah untuk perkuburan-perkuburan ketiga-tiga kaum ini, ketiga-tiga agama ini dan saya berharap bahawa di Port Dickson kita mungkin akan melaksanakan perkara yang sama bagi memastikan kita mampu untuk menyediakan tapak-tapak baru untuk untuk kemudahan tanah tapak-tapak perkuburan ini. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Chew Seh YongDAP · PHLobak

Terima kasih tadi YAB Kawasan Sikamat kami harap itu kalau satu itu sekurang-kurangnya faham kerana harga kawalan tanah Cina itu memang di masyarakat Melayu tak ada masalah kerajaan kasi bantu dan masyarakat India pun sama juga tapi kami harap mungkin kerajaan negeri boleh cadangkan macam mana mengawal harga-harga kebumian di masyarakat Cina. Itulah satu cadangan kerana memang kami barang-barang ada price ceiling atau kawalan itu kami harap mungkin sampai masa dia kerana harga kebumian di masyarakat Cina kami terima aduan memang cakap kasar sikit tak ada wang tak boleh mati, kerana untuk kebumian harganya bertambah-tambah lagi so kami harap kerajaan mengkaji betul-betul supaya macamana untuk mengawal harga kebumian itu janji atau kerajaan kaji bantuan atau bantuan saya dimaklumkan bahawa mungkin tanah kubur ini diuruskan oleh MPS atau PBT supaya harganya dapat dikawal, terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya setuju melihat pada isu ke kos yang ditanggung oleh masyarakat Cina apabila ada kematian kerana apa yang kita sedia maklum bahawa sebenarnya tapak tersebut juga disediakan oleh kerajaan tetapi apabila diuruskan oleh persatuan-persatuan menentukan kadar-kadar tertentu dan saya juga berharap bahawa masyarakat Cina dapat melihat keluasan untuk untuk sebuah tapak perkuburan itu dikenal dikaji semula supaya tidak terlalu besar dan menggunakan tapak yang cukup luas kadang-kadang saya nampak walaupun nak tanam itu nampak luas tapak dia supaya dapat dikaji oleh masyarakat Cina supaya seperti masyarakat Islam dia kecil saja tak besar 4 kaki kali 7 saja dalam dia jadi kalau itu boleh 4 kaki 4 kaki saya rasa ramai boleh dikebumikan dalam tapak-tapak tersebut, dan ini dapat mengurangkan penggunaan tanah yang luas dan saya tak sentuh isu apa ya, saya cuma cadangkan kalau boleh perkara itu dikaji dan saya rasa ini akan mengurangkan penggunaan ataupun keluasan yang diambil dalam satu-satu tapak jadi ini akan mengurangkan juga kos pengebumian masyarakat. Jadi itu antara perkara yang harus masyarakat kaji bagi kita melihat sudah tiba masanya kajian itu

dilakukan bagi keadaan yang kita sedia maklum bahawa tanah terlampau terhad di dalam kawasan-kawasan kita sekarang. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya bangun bertanya soalan nombor satu.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT. Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kerana kita masih raya lagi. Dato' Yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada YB ADUN Labu yang telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan MARDI yang telah mengesahkan 40 ke 50 peratus beras tempatan yang telah dicampur dalam kandungan paket beras import. Yang keduanya ialah tentang berkaitan adakah kerajaan negeri merancang untuk pemberian beras percuma kepada rakyat. Dato’ Yang Dipertua, pertamanya saya nak ucap terima kasih kepada ADUN Labu di atas soalan yang dikemukakan bertentangan ataupun mengenai isu bekalan beras tempatan yang merupakan antara isu yang hangat diperbincangkan ke sekarang. Soalan ADUN Labu ini merujuk khusus kepada statement ataupun kenyataan yang dibuat oleh MARDI pada tahun lepas pada awal tahun hari itu iaitu 40 ke 50% beras import daripada 5,000 sampel ataupun responden yang telah dianalisa oleh MARDI yang didapati bercampur dengan beras tempatan. Soalan ADUN Labu ini bertanyakan tentang soal perundangan yang mana ianya adalah di bawah bidang kuasa kementerian di peringkat Kerajaan Pusat, itu yang pertama ya. Yang keduanya, walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Sembilan memandang serius isu ini dan sedang bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan Persekutuan untuk memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat dalam penyelewengan ini. Kita tak pandang ringan walaupun ini bidang kuasa kementerian tetapi kita juga melihat itu adalah merupakan satu tanggungjawab untuk kita pastikan ianya dapat kita kekang dengan sebaik mungkin. Walaupun penguatkuasaan ini terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang saya sebut kita beri sokongan penuh untuk pastikan integriti bekalan beras tempatan terpelihara. Bagi soalan kedua pula buat masa ini Kerajaan Negeri tak rancang untuk berikan beras percuma kepada rakyat kecuali ada ADUN Labu nak bagi beras percuma kepada rakyat dan pengundi Labu go ahead dengan izin kerana ADUN BN dan UMNO dan juga Pakatan Harapan memang biasa bagi beras percuma kepada rakyat. Untuk makluman Dewan, Dato' Yang Dipertua, Jabatan di bawah Jabatan Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Nenas Negeri hari ini kita bagi nenas percuma kepada semua ADUN, Ahli Dewan dan Ketua-ketua Jabatan.

Waktu makan tengah hari karang ambil seorang satu, itu kita bagi percuma. Kita nak kempen supaya makan nenas tempatan terutamanya nenas yang orang kata apa MB3 yang nenas yang terbaru sekali yang ada di Jelebu lah, saya nak bagitau Jelebu. Sambung balik Dato' Yang Dipertua, tumpuan kita beri kepada usaha untuk meningkatkan akses perolehan beras tempatan melalui inisiatif penjualan beras perpatih iaitu melalui jualan Nismilan Prihatin program jualan ini Dato' Yang Dipertua, diadakan pada setiap pagi Jumaat di 8 kawasan parlimen secara bergilir dengan purata jualan sebanyak 300 kampit beras 5kg pada harga RM13 setiap paket harga beras putih tempatan. Secara keseluruhan inisiatif ini menyediakan 48 tan beras dan memberi manfaat kepada 2,500 rakyat di Negeri Sembilan setiap bulan dan secara keseluruhan in total dengan izin 624 metrik tan beras telah dijual dalam program Nismilan Prihatin sepanjang tempoh lebih 13 bulan yang lalu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menggalakkan orang ramai memanfaatkan program jualan ini sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan rakyat memperoleh bekalan beras pada harga yang berpatutan. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Terima kasih Yang Berhormat Pertang, Dato’ Yang Dipertua, sebenarnya soalan saya itu dia lebih menjurus kepada seperti yang tadi beritahu oleh Yang Berhormat Pertang bahawa MARDI mengesahkan bahawa 5,000 sampel beras import mengandungi kandungan beras tempatan jadi Dato' Yang Dipertua, itu jelas menunjukkan pihak yang menjual ataupun diberi tanggungjawab untuk membekalkan beras ini telah menipu hampir semua rakyat di negara ini termasuk di Negeri Sembilan. Dato' Yang Dipertua, kita masih ingat lagi ketika isu beras ini banyak dibangkitkan dan alasan yang diberi oleh Kerajaan adalah beras tempatan tak cukup tapi bila dah disahkan oleh MARDI sendiri oleh jabatan kerajaan itu jelas menipukan menunjukkan penipuan oleh sesetengah pihak, jadi soalannya biarlah Kerajaan Pusat itu dia nak ambil tindakan perundangan tapi saya tengah cerita di Negeri Sembilan adakah Kerajaan Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab menjaga hak rakyat Negeri Sembilan yang telah dirampas dalam tempoh satu setengah tahun, berjuta ringgit beratus juta telah diambil mereka yang susah ini jadi adakah Kerajaan Negeri sendiri ada daripada sumber perundangan yang membolehkan mereka mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat yang menjual ataupun supply beras tempatan ini bukan banyak mungkin ada tiga ke empat, kita tak boleh biarkan ini berlaku sebab mereka menipu hak rakyat golongan B40 yang susah di luar sana dengan mendapat keuntungan begitu mudah. Itu soalan saya, kepada Negeri Sembilan, tidak pada Kerajaan Pusat terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua, kita ada undang-undang. Negara kita banyak culprit Dato' Yang Dipertua, culprit beras ada culprit

minyak ada culprit ini semua culprit dengan izin Dato' Yang Dipertua akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak penguatkuasaan. Saya dah sebut tadi bila MARDI buat kajian ini 5,000 sampel dan itu bukan bermakna bahawa Kerajaan berdiam diri, saya dah sebut bahawa penguatkuasaan dibuat oleh pihak Kementerian bagi pihak Kerajaan Negeri kita tidak boleh lakukan penguatkuasaan itu kerana itu adalah di bawah bidang kuasa pihak Kementerian, tetapi melalui Kerajaan Negeri melalui pelbagai inisiatif nak lengkapkan rakyat Negeri Sembilan ni dengan beras kita cerita dan juga kita buat pelbagai inisiatif dan usaha tambahan, apa dia usaha kita, kita nak tambah tanaman padi di Negeri Sembilan daripada 700 ekar pergi 800 ekar dan ada berapa lagi inisiatif kita nak tambah tanaman beras tanaman padi sawah kemudian pesawah kita bagi subsidi dan pelbagai, kita keluarkan beras Negeri Sembilan Prihatin, kita buat pusat pengumpulan kerana kita tak ada kilang beras, sekarang belum ada kilang beras lagi, ini memang kita dalam perancangan nak buat kilang beras tapi bila kita nak buat kilang beras Dato’ Yang Dipertua, kita mesti ada supply yang cukup daripada petani kita cuma pesawah kita belum cukup nak memenuhi keperluan minima bagi menubuhkan kilang beras. Insya-Allah kalau dengan kerja semua ADUN kempen kepada semua rakyat supaya kekalkan tanah, tanah-tanih kita ini supaya ditanam padi dan beras, Insya-Allah harapan kerajaan negeri nak buat kilang beras dan mencukupkan bekalan beras ini dapat kita dapat kita capai Insya-Allah. Yang keduanya Dato' Yang Dipertua, kita supply dapat supply beras tempatan 48 tan untuk sebulan yang mana keperluan kita ialah 80 tan itu pun tak cukup kerana mengikut kajian, saya pernah terbaca mengikut kajian orang di Malaysia Negeri Sembilan satu tahun dia makan beras 76 kilo seorang, seorang itu pasal semua saiz elok ya semua, 76 kilo. Kalau kita kaji itu memang tak cukup tetapi oleh kerana usaha yang berterusan kita buat supaya makanan ruji kita ini cukup dan ditambah pula dengan beras import yang masuk ke pasaran kita yang mempunyai harga jarak harga yang banyak maka beberapa perkara yang diambil, cuma satu saya nak tegaskan dalam Dewan Yang Mulia, pihak aa kawal selia beras akan sentiasa membuat penguasaan di kedai-kedai runcit, kalau ada didapati kedai runcit yang menyalah gunakan penjualan beras putih tempatan dengan bercampur dan sebagainya kita akan tamatkan lesen beras atau penjualan beras di kedai runcit serta-merta. Itu tindakan kerajaan negeri akan kita lakukan dari masa ke semasa, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan pertama.

Dato’ Yang Dipertua, ADUN Sungai Lui, ADUN Sungai Lui

Yang Dipertua Dewan

Soalan nombor?

Soalan nombor satu? saham dividen dan hak milik aa Felcra di bawah aa apa ni saya nak maklumkan di Dewan di bawah Sungai Lui kita ada satu saja kawasan Felcra iaitu Felcra Berhad Kawasan Air Itam. Felcra Berhad Kawasan Air Itam ni mempunyai lima projek secara detailnya yakni Projek Air Itam 6, Projek Kaman 12 TS, TS ni tanam semula lah Kampung Sungai Sampo 2 TS, iaitu Rancangan Orang Asli, Sungai Sampo 1 Rancangan Orang Asli, merangkumi kawasan seluas 994.4 hektar. Sepanjang tempoh Dato’ Yang Dipertua ya sepanjang tempoh aa Felcra Berhad menggunakan pelbagai pendekatan termasuk pembangunan ladang yang berskala besar dengan libat urus bersama pekebun komersial serta menggalakkan pertanian yang yang dilaksanakan. Saya nak sebut di dewan yang mula ni yakni aa kelima-lima projek tersebut telah memberi pulangan keuntungan kepada peserta dengan jumlah terkumpul pada tahun 2024 sebanyak lima RM5,548,602.38 sen maknanya 5.5 juta secara round up dengan izin. Pembayaran keuntungan kepada peserta melalui dua kaedah iaitu bayaran secara bulanan dan secara interim tiga bulan aa setahun bagi pembayaran secara bulanan yang melibatkan projek Air Itam TS, purata penerimaan setiap bulan adalah berjumlah RM841 bagi setiap peserta, manakala bagi projek-projek lain adalah secara interim tiga kali setahun.

Pembayaran secara interim mencatatkan purata penerimaan sebanyak RM8,602 ringgit pada setiap peserta bagi setiap interim maknanya quarterly contoh terbaik dalam pembayaran dividen oleh Felcra Berhad kepada peserta-peserta di DUN Sungai Lui adalah projek Sungai Sampo Satu dengan agihan setiap peserta sebanyak RM37,000 ribu ringgit 52 setahun. Soalan kedua Yang Berhormat Lui menjurus kepada jumlah peserta yang belum menerima hak milik kawasan Felcra ini penting Dato’ Yang Dipertua, saya nak sebut secara detail satu persatu kerana data telah saya teliti secara jelas untuk memberikan penjelasan kepada semua ahli Dewan jumlah peserta Felcra yang belum memperolehi geran hak milik seramai 728 orang yang melibatkan 4 daerah. Daerah mana, Kuala Pilah 47 orang, Jempol 89 orang, Jelebu 289 orang, dan juga Tampin 303 orang.

Faktor utama apa faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan hak milik ini, faktor utamanya ialah kerana pertama proses bicara kuasa yang belum selesai, yang ini kena selesaikan oleh peserta ianya melibatkan 45 peserta di Projek Bayai 1 dan juga Projek Bayai 1 fasa 2 dan 3, yang ini bagi DUN Serting. DUN Serting ya. Yang kedua dalam

tindakan pejabat daerah dan tanah, permohonan geran daripada pihak Felcra Berhad telah dilaksanakan dan ianya sedang diproses oleh Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu yang melibatkan 72 peserta daripada projek Kampung Esok kawasan Purun, 84 peserta bagi projek Kampung Juntai kawasan Lakai. Bagi projek Geylang 2 dan 3 yakni kawasan Kerangai Penagoh, pihak Felcra masih lagi menunggu kelulusan daripada Pejabat Daerah Dan Tanah Jelebu bagi pindaan keluasan daripada 3 ekar kepada 2.3 ekar untuk 55 peserta. Kalau soalan tanya tambahan dari YB kenapa daripada 3 ekar kita pindah kepada 2.3 ekar, kita nak bagi lebih banyak peluang kepada peserta-peserta di kawasan yang berkaitan.

Bagi projek Kampung Kuala Gemas, tanaman semula yakni kawasan Bukit Jelai seramai 303 orang belum menerima geran hak milik kerana disebabkan peserta memohon untuk pindaan di dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri untuk pegangan saham kepada hak milik dan ianya dalam tindakan Pejabat Daerah Kecil Gemas. Seramai 44 orang peserta Bayai 1 dan Bayai 2, 3 telah pun selesai bicara kuasa dan permohonan telah pun dihantar kepada Pejabat Tanah Dan Daerah Jempol. Dalam tindakan Felcra Berhad pulak, apa dia dalam tindakan Felcra Berhad, terdapat 2 projek yang mana pesertanya masih belum menerima geran hak milik iaitu projek Londah bagi kawasan Bukit Jelai yang melibatkan 38 peserta, Projek Air Baning di kawasan Kerangai Penagoh yang melibatkan 40 orang peserta. Pihak Felcra kawasan telah pun mengedarkan borang jadual 1 kepada semua peserta untuk diambil tindakan oleh peserta. Permohonan kepada Pejabat Tanah dan juga Daerah Jelebu eh Jempol akan dilaksanakan setelah selesai semua borang tersebut. Bagi Daerah Kuala Pilah ianya melibatkan 47 orang peserta dari projek Bukit Kepis 2, yang mana ianya masih dalam semakan akhir bagi penyediaan pelan racikan lot di peringkat Felcra Berhad. Maknanya Dato’ Yang Dipertua, semua proses hak milik sedang dalam tindakan pihak kerajaan negeri dan insya-Allah mengikut skala yang telah ditetapkan, maka peserta ini akan menerima hak milik mengikut waktu-waktu yang telah saya jelaskan terima kasih.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Terima kasih kepada pihak Felcra yang telah menguruskan ladang dan peserta dalam keadaan terbaik, alhamdulillah. Cuma saya ingin bertanya tentang ada juga eh isu-isu di kalangan peserta Felcra ini tentang masalah ketidakcukupan tanah, peserta tertinggal dan sebagainya. Agak-agak berapa masa yang kita perlukan untuk kita menyelesaikan masalahnya Yang Berhormat Datuk Seri.

Dato’ Yang Dipertua, Saya jelaskan sekali lagi ya, ini bergantung kepada keadaan dan suasana masalah yang telah saya sebut. Kalau masalah bicara kuasa peserta kena buat sendiri kita tak boleh

campur, ini bergantung kepada kaedah perundangan yang dilakukan dalam proses untuk mendapatkan bicara kuasa yang 45 tadi Dato’ Yang Dipertua, yang itu kita tunggu dan dalam proses pejabat tanah daerah saya telah pun mengadakan sesi libat urus dengan semua pegawai daerah dan juga pegawai-pegawai di pejabat tanah dan daerah yang telah memberikan kerjasama yang baik untuk mempercepatkan proses mengikut perundangan. Dalam tindakan pejabat Felcra, saya boleh beri jaminan dalam tempoh 6 bulan daripada sekarang ianya boleh diselesaikan dan secara keseluruhan semua proses hak milik ini boleh kita laksana dan selesaikan tak termasuk yang bicara kuasa tadi dalam insya-Allah kita akan selesaikan sebelum tempoh penggal ini berakhir, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.

Saya kemukakan soalan nombor 1.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Juasseh, mengenai status perkembangan penyelenggaraan longkang di Sekolah Kebangsaan Tapak bagi mengatasi masalah banjir. Dato' Yang Dipertua, peruntukan sejumlah RM200 ribu bagi program bencana telah diterima daripada Kementerian Pendidikan pada 21 Januari 2025. Kerja-kerja penyelenggaraan longkang tersebut telah dimulakan pada 4 Mac 2025 dan dijangka siap pada 27 Mei 2025. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan skop kerja baik pulih dan menaik taraf longkang dan pembentungan culvert sedia ada, penjajaran semula longkang dan pembinaan semula tembok dan pagar. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Temiang.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato' Yang Dipertua saya kemukakan soalan ketiga.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan mengenai Yayasan Negeri Sembilan. Peminjam eh, Dato’ Yang Dipertua, jumlah peminjam-peminjam yang tidak membayar semula pinjaman kewangan Pendidikan kepada Yayasan Negeri Sembilan adalah sejumlah 1,167 orang. Bagi memastikan peminjam-peminjam pendidikan Yayasan Negeri Sembilan membuat bayaran balik pinjaman mereka, Yayasan Negeri Sembilan telah mengeluarkan notis tuntutan pinjaman berbentuk surat pemberitahuan sehingga amaran surat amaran dalam tempoh satu masa yang bersesuaian, kepada peminjam-peminjam. Jika tiada bayaran atau rundingan penyelesaian dibuat selepas notis

tuntutan dikeluarkan, Yayasan Negeri Sembilan akan meneruskan tuntutan pinjaman dengan tindakan undang-undang melalui proses penghakiman di mahkamah. Sekiranya berlaku kegagalan untuk peminjam membuat pembayaran pinjaman, tuntutan pinjaman akan dilaksanakan melalui agensi kutipan bil-bil swasta. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Tuan Ng Chin TsaiDAP · PHTemiang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dengan jawapan daripada Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat. Jadi saya nak tanya berapa jumlah keseluruhan dalam ringgit Malaysia. Tadi Yang Amat Berhormat menyatakan jumlah orang. Jadi jumlah keseluruhan dalam ringgit Malaysia orang yang perlu membayar pinjaman semula kepada Yayasan Negeri Sembilan.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Soalan mengenai jumlah saya akan jawab dalam soalan bertulis kepada ADUN Temiang. Terima kasih Dato' Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Johol.

Terima kasih Dato' Yang DiPertua. Johol soalan nombor 1.

Dato' Yang Dipertua, saya bangun sekali lagi bagi menjawab soalan daripada Johol yang berkaitan dengan kaedah penilaian dan pemantauan keberkesanan agenda Pemerkasaan Komuniti Pembangunan Luar Bandar melalui program yang telah diperkenalkan di dalam perancangan. Untuk makluman ADUN Johol dan semua ahli Dewan keberkesanan agenda komuniti luar bandar ini dapat kita lihat melalui peranan aktif JPKK dalam mengurus tadbir kampung. Sepanjang tahun 2024 Dato' Yang Dipertua, pelbagai kursus telahpun dilaksanakan melalui program anjuran bersama Institut Kemajuan Desa yakni INFRA dengan kerjasama kerajaan negeri. Saya nak maklumkan di Dewan yang Mulia ini, kursus-kursus ini termasuk tadbir urus komuniti, kursus kepimpinan dan personaliti, serta kursus kumpulan fokus yang bertujuan untuk memperkasakan kemahiran dan kecekapan pengurusan JPKK di peringkat komuniti luar bandar.

Pemerkasaan JPKK khususnya bagi kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam seperti banjir turut juga diberi tumpuan khas melalui latihan asas pertahanan awam yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM dengan kerjasama Kementerian Desa dan Wilayah, (KKDW). Melalui Program ini JPKK menjadi pasukan pertama yang bertindak bila berlaku bencana alam, serta dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari sebagai anggota barisan

hadapan membantu komuniti bagi masyarakat yang berkenaan. Saya juga nak maklumkan kerajaan negeri juga memainkan peranan penting dalam menganjurkan pelbagai kursus taklimat bengkel melalui pejabat daerah dan kepimpinan masing-masing bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan JPKK.

Penglibatan aktif JPKK dalam program ini jelas mencerminkan kesedaran dan komitmen mereka terhadap pembangunan dan keselamatan kampung sekaligus memperkukuhkan daya tahan komuniti luar bandar dalam menghadapi pelbagai cabaran. Selain itu saya juga nak sebut di dewan yang mulia ini, melalui INFRA telah melaksanakan kursus-kursus bersesuaian untuk memperkasakan kepimpinan komuniti luar bandar seperti kursus MyDesa, pemerkasaan belia, wanita dan lain kursus yang berkaitan, dan antara bentuk program seperti Yang Berhormat tahu semua kita ada pementoran desa, lawatan sinergi kepimpinan dan lain-lain program. Kesemua ini yang penting sekali Dato’ Yang Dipertua ialah melalui program SejaTi MADANI yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada semua JPKK untuk melaksanakan program SejaTi MADANI telah pun meluluskan kertas kerja setiap permohonan kampung dan JPKK 100,000, satu JPKK itu melalui kehendak dan permohonan JPKK itu sendiri. Dia nak buat pusat pelancongan, kita bagi pusat pelancongan, dia nak buat ternakan ikan, kita bagi ternakan ikan, dia nak buat ternakan bukan ternakan, program yang Yang Berhormat ADUN Nilai apa program itu program ready apa itu? program program yang sampah ni lah Datuk Yang DiPertua, recycle, kita bagi recycle, tapi recycle ni dia untung kocik sikit lah dia nak buat program berapa? mengikut kehendak kampung itu dan kita salurkan 100,000 saya nak jelaskan dalam Dewan ini rata-rata hampir 90% daripada JPKK yang telah menerima bantuan SejaTi MADANI ini telah berjaya menjana pendapatan untuk komuniti kampung itu Dato’ Yang Dipertua. Walaupun ada sedikit-sedikit sebanyak yang bermasalah itu pun telah kita laksanakan dengan baik dan insya-Allah program ini dapat membantu perkembangan segala perkembangan berkaitan dengan kesejahteraan rakyat, ekonomi dan juga pergerakan bagi masyarakat luar bandar terima kasih.

Sedikit soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua, saya amat setuju apa yang dikatakan oleh EXCO Kanan berkaitan dengan banyak program-program berkaitan dengan pemerkasaan komuniti di luar bandar seperti program-program SejaTi MADANI ya, harapan saya adalah barisan JPKK ini banyak sebenarnya diurus tadbir ataupun dipantau oleh pejabat daerah dan juga pihak KKW yang mereka selalu berurusan jadi saya amat berharap orang kata itu kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang begitu besar kepada JPKK ataupun komuniti kampung jadi pemantauan ini perlu dijalankan secara

berterusan bukan hanya tertakluk kepada kursus-kursus tertentu tetapi satu pengawasan yang berterusan untuk mereka ini terima kasih Datuk Seri.

Itu merupakan pandangan Yang Berhormat ya, bukan soalan tambahan tetapi pandangan yang baik dan untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa memantau pengurusan apa juga pengurusan yang berkaitan dengan JPKK terutamanya Kewangan. Saya nak maklumkan kerajaan negeri memperuntukkan 5,000 pada setiap JPKK untuk tahun 2025. Terima kasihlah kepada kerajaan negeri kerana terus memperuntukkan untuk pengurusan JPKK untuk aktiviti dan juga untuk belia. Belia ini program SUKNES anjuran Yang Berhormat EXCO Belia dan Sukan, SUKNES yang akan kita laksanakan pada tahun ini saya harap semua JKK untuk menghantar pasukan di dalam pertandingan ini. Kalahkan johan dulu dan jangan kalahkan Pertang insya-Allah. Dato’ Yang Dipertua, saya nak beritahu Datuk Yang Dipertua, pengurusan kewangan kita check, setiap permohonan daripada JPKK akan dihantar melalui pejabat daerah tapisan pertama, kemudian akan dihantar ke pejabat saya untuk tapisan kedua, kemudian akan disahkan oleh pihak kerajaan negeri untuk kita salurkan bantuan. Bermakna setiap inci perbelanjaan JPKK akan diteliti secara halus supaya perbelanjaan dan juga urus tadbir JPKK ni dapat kita, orang kata apa? kita jaga dalam soal integriti dan juga urus tadbir yang baik. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Mambau.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau mengemukakan soalan pertama. Terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Mambau, soalan mengenai isu menduduki tanah kerajaan secara LPS. Lesen Pendudukan Sementara. Dato’ Yang Dipertua semakan mendapati terdapat 10 plot yang pernah diluluskan permohon LPS di lokasi tersebut. Pentadbiran ni sedang dalam tindakan memproses 3 permohonan memperbarui LPS pada tahun 2025. Walau bagaimanapun pihak JKR tidak menyokong permohonan tersebut disebabkan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya serta orang awam sebagai faktor utama yang akan dinilai dalam apa jua permohonan di atas rizab jalan. Selain daripada itu ia juga adalah bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan jalan serta projek menaik taraf di masa hadapan dapat dilaksanakan tanpa melibatkan gangguan oleh sebarang binaan di halangan dalam rizab jalan tersebut. Untuk makluman, pada masa ini JKR telah mengangkat permohonan untuk melaksanakan kajian trafik di kawasan tersebut dengan tajuk kajian trafik dan impak sosial di

laluan FT-053 Jalan Lukut-Seremban Seksyen 25 hingga 28 Daerah Seremban Negeri Sembilan kepada Kementerian Kerja Raya bagi Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia ke-13. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua soalan tambahan. Jadi Dato’ Yang Dipertua perkara isu ini ia melibatkan lebih kurang 10 kedai. Kedai kopi makanan kedai makanan dan minuman terletak di dua belah di pintu Gerbang Kampung Baru Mambau dan ia merupakan mercu tanda kepada Kampung Baru Mambau berpuluh-puluh tahun dan soalan tambahan saya, berapa permohonan dan berapa yang diluluskan dan berapa yang ditolak. Apakah justifikasi untuk permohonan yang diluluskan dan yang ditolak dan seterusnya apakah persediaan atau cadangan pihak kerajaan negeri untuk menyediakan satu tapak baru untuk menempatkan penjaja-penjaja kedai pada masa yang akan datang, supaya pendapan, pendapatan bulanan mereka tidak terjejas. Terima kasih Datuk Yang Dipertua.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya rasa saya dah jawab sepuluh plot yang pernah diluluskan LPS, tiga permohonan memperbaharui LPS, sedang dalam dalam proses, jadi ini saya telah jawab lepas itu kenapa kita tolak, kita juga telah maklum sebab ada ada kerja kajian trafik dan impak sosial di laluan ini dan saya rasa bahawa boleh kita bincangkan balik semulalah lepas ini, sebab saya dah jawab tadi dah, jadi soalan itu ulang balik, jadi saya rasa lepas ini bincang balik dengan saya, inshaAllah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Tuan Yap Yew WengDAP · PHMambau

Dato’ Yang Dipertua, terlupa satu, agak bilanya perlaksanaan jalan ini akan dijalankan? terima kasih.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Jalan ni nak dilaksanakan masih dalam kajian trafik dan impak sosial di laluan FT-053 tadi yang saya telah sebut tadi, dan Seksyen 25 hingga 28 di Daerah Seremban, untuk kita mohon bagi Rolling Plan 1 hingga 13 Rancangan Malaysia ke-13 sebab itu kita tak ambil tindakan apa-apa lagi jadi kita tak lulus, kita tak apa, kita tak ambil tindakan itu antara tindakan kitalah buat masa ni, kalau lulus esok kita terpaksa buat kita akan terpaksa mengambil kawasan tersebut. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Serting.

Assalamualaikum dan juga selamat sejahtera Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 2.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih ADUN Pembang, ADUN Serting. Tajuk dia ADUN pembangkang tidak boleh guna prasarana awam. Dato’

Yang Dipertua, tiada arahan daripada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan bagi menghalang mana-mana ADUN pembangkang dalam DUN Negeri Sembilan untuk menggunakan kemudahan awam seperti Dewan Orang Ramai, Padang Awam dan lain-lain kemudahan awam. Kerajaan Negeri berpegang teguh kepada prinsip tadbir urus yang adil, telus dan profesional dalam semua urusan pentadbiran termasuklah soal penggunaan prasarana awam seperti Dewan Orang Ramai, Padang Komuniti, Balai Raya dan sebagainya. Namun begitu semua permohonan perlu dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah dan tanah yang menguruskan kemudahan tersebut. Setiap permohonan yang diterima perlu dinilai berdasarkan beberapa kriteria utama termasuk tujuan penggunaan dinyatakan dengan jelas dan tidak melanggar mana-mana peruntukan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman 2012, peraturan keselamatan atau tatacara yang digariskan oleh PBT dan pejabat daerah tanah. Keselamatan dan kebajikan komuniti setempat kesesuaian masa dan lokasi untuk mengelakkan pertembungan acara ataupun kesulitan kepada penduduk.

Pematuhan terhadap syarat-syarat penggunaan seperti tidak menghasut, menyentuh isu sensitif ataupun mengganggu ketenteraman awam. Kerajaan Negeri sama sekali tidak mengamalkan diskriminasi politik dalam mempertimbangkan permohonan mana-mana pihak. Namun jika terdapat permohonan yang ditolak atau ditangguhkan, ia adalah berdasarkan pertimbangan keselamatan, keperluan teknikal ataupun kegagalan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan, Semua pihak termasuk Parti Pembangkang perlu menggunakan saluran rasmi seperti pihak Berkuasa Tempatan atau Pejabat Daerah dan Tanah bagi sebarang permohonan mengikut garis panduan tetapi dalam masa yang sama, semua pihak juga bertanggungjawab mematuhi peraturan yang sedia ada demi menjamin keharmonian dan kestabilan dalam Masyarakat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Soalan tambahan, Dato’ Yang Dipertua, pengalaman kami di Serting, kadang-kadang ataupun selalunya lah yang telah diluluskan asalnya tiba-tiba ditarik balik atas arahan daripada pihak atasan. Bila ditanya pihak atasan itu sama ada adakah pihak kerajaan atau sebagainya itu yang menjadi tanda tanya dan juga dimaklumkan juga oleh pihak yang menjaga prasarana ataupun dewan ataupun apa-apa yang ingin digunakan katanya ini adalah arahan kalau misal kata daripada hak kerajaan negeri itu arahan daripada kerajaan negeri, ataupun daripada kerajaan pusat itulah hak ataupun arahan daripada kerajaan pusat itu yang selalu berlaku. Harap saya selepas ini tidaklah perkara ini tidaklah dipolitikkan perkara ini, kadang-kadang kita nak buat jamuan hari raya jer pun, padahal kita bayar sewa, bayar prasarana

dan tidak ada ceramah politik pun yang berlaku cuma nak buat sambutan hari raya dan sebagainya dan soalannya sekiranya ianya arahan adakah ia ia menjadi ikutan kepada siapa yang memerintah sampai ini adakah ia relevan itu je lah yang ingin saya tanyakan kepada pihak Yang Berhormat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, soalan tambahan mengenai penggunaan kemudahan awam. Kita sedia maklum bahawa yelah, kita serah kepada pejabat tanah dan juga pihak PBT dalam menentukan penggunaan-penggunaan tersebut dan mungkin yelah mereka rasa bahawa kesesuaian itu tidak dapat diluluskan dan saya berharap mereka faham dan kita sedia maklum bahawa itulah di mana-mana pun sama yang terbaru di Terengganu dah siap makan minum pun batal, jadi makan minum siap batal, jadi kita fahamlah perkara tersebut, kalau dah itu bukan dewan, itu khemah rasanya, tapak tu khemah, jadi itu pun boleh batal saya pun tak tahulah. Kalau saya semalam rasanya perhimpun…. sambutan Hari Raya PAS peringkat kebangsaan buat di Lukut saya ucap terima kasih menggunakan Lukut eh…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah sikit…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Tapi itu dewan-dewan swasta la, tapi tak ada masalah saya ucap selamat Hari Raya

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

aaa….aaa….

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

jadi untuk kawasan kemudahan awam ni…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

aaa….Dato’ Yang Dipertua…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

memang tak ada

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Celah sikit…celah sikit…Dato’ Yang Dipertua, celah sikit

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ok…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Seri…., Dato’ Yang Dipertua 2018 hingga 2000, 2008 hingga 2018 dewan yang mulia ini, masa itu kita berbangkang masa itu kita berbangkang, serupa juga dewan tak boleh pakai, kadang-kadang padang pun tak boleh pakai, itu munggu-munggu pun tak boleh pakai, banyak tak boleh pakai, pasal itu sudah lama, lah 61 tahun, pasal orang lama, arena politik veteran Datuk Seri Jalal ada di dalam dewan yang mulia ini, memang ini memang parti berbangkang

korang-korang mahu faham sikit lah, tolonglah tolong nanti sabar-sabar sabar-sabar nanti boleh cakap. Ini kerana dia punya prosedur macam itu, prosedur macam itu tapi tapi, insalah, insalah, satu hari insalah satu hari you orang jadi kerajaan pun buat macam ini juga. Itu kita boleh terima tapi sekarang kira itu soalan lain hari saya ingat tak payahlah. ini memang sudah faham, itulah Dato’ Yang Dipertua, terima kasih parti berbangkang jangan salah faham terima kasih.

Saya minta celahan sikitlah tentang isu ini pada 2013 saya bertanding sebagai Pakatan Rakyat bersama dengan Dato’ Seri dan slogan kita reform pembaharuan ya, apabila kita nak pembaharuan dan apa yang saya lihat ya, sudahlah pembangkang dalam sistem demokrasi berparlimen, kita ni check and balance Kerajaan. Kita sebenarnya nak ubah rakyat ni lebih baik lagi. Sudahlah peruntukkan 40k dah dah berapa lama dah dekat 2 tahun tidak diberi pada ADUN pembangkang, kita sebab.. kita survive sendiri, tapi apa yang saya pertikaikan sini ialah saya ambil kata-kata Yang Amat Berhormat pada 20 Mei 2018 bagaimana seorang ADUN boleh berkhidmat jika tidak diberi peruntukan, tengok dalam berita harian. Ini setelah Yang Amat Berhormat dilantik sebagai Menteri Besar. Apa yang saya lihat, kami ni duduk dalam dewan ni apabila kami mendapat punca kuasa daripada rakyat, kami angkat sumpah ada kerusi kami ni, ada kerusi, semua ada kerusi.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kerusi baru.

dan kami berbincang isu rakyat, bincang bajet, apabila dah dapat bajet, dah sama-sama persetujui dah last-last, peruntukan tak ada, dan yang paling me… saya lihat perkara ini adakah kita nak ikut cara lama. 2013 dalam Berita Harian. Itulah yang saya serba sikit saya nak pertikaikan benda ni kita belajar lah…

Yang Dipertua Dewan

Soalan-soalan…

Dari negeri-negeri yang bertamadun…

Yang Dipertua Dewan

Soalan

Selangor dia bagi… nanti, Selangor dia bagi RM400,000 untuk ADUN pembangkang, RM7,000 untuk Pentadbiran…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, ini soalan tambahan…

saya sebab…

Yang Dipertua Dewan

tak boleh bahas… soalan tambahan

bukan masalahnya saya nak menerangkan kepada Yang Amat Berhormat sebab kuasanya

Yang Dipertua ini tak boleh berbahas

Yang Dipertua Dewan

Tak boleh berbahas, ini adalah soalan

soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

ok, minta maaf

soalan saya mudah adakah kita nak menjadi pembuli kepada rakyat? kami ada rakyat kami, yang keduanya…

Yang Dipertua Dewan

itu soalan

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

ok, cukuplah tu

belajar daripada negeri-negeri bertamadun, Selangor bagi, Kelantan bagi, Kedah bagi, Terengganu aaa Terengganu memang ni Perak bagi Pulau Pinang bagi, kenapa Negeri Sembilan tak bagi peruntukan?

YB, kerusi ada YB, kuasa takda.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan-soalan

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, isu buli saya rasa kita bagi kepada kawasan-kawasan pembangkang pun kita bagi peruntukan, bukan kita tak bagi bukan kita apa cuma kita tak melalui ADUN, kita melalui pusat khidmat yang mengenai kawasan apa tadi mengenai… mengenai kemudahan awam tadi itu pun kita belajar daripada negeri lain sebenarnya. Jadi kalau dia boleh bagi kita pun boleh bagi. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Jeram Padang.

Soalan nombor satu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan ADUN Jeram Padang, projek status pembinaan flyover Seremban Gateway eh ni Temiang sorry Jeram Padang soalan terakhir, isu penyelenggaraan Jalan FT-10 Bahau Gemas. Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2025 JKR telah menerima 8 projek di bawah program menaik taraf infrastruktur keselamatan jalan raya tahun 2025 oleh Kementerian Kerja Raya. 4 daripada 8 lokasi pro.. projek berkenaan adalah melibatkan FT-10 Jalan Gemas Rompin Air Hitam Kemayan di lokasi berikut. Pertama Bulatan Pekan Rompin, kedua sekolah selekoh berbahaya Taman Sri Rompin, ketiga Petronas Rompin dan keempat berhadapan Taman Medang. Projek ini dilaksanakan secara sebuah harga dan status semasa adalah dalam proses perolehan. SST dikeluarkan pada 28 haribulan 4, hari ini, iaitu untuk selekoh berbahaya Taman Sri Rompin dan Petronas Rompin. Pihak JKR telah memohon peruntukan tambahan sebanyak 100 ribu bagi pemasangan lampu solar di jalan FT-010 dan bagi kelulusan tahun 2025, untuk lampu amaran blinkers pula pihak JKR akan memohon peruntukan dan seterusnya melaksanakan pemasangan di bawah program Black Spot setelah kelulusan diperolehi. Terima kasi Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Dijemput Sri Tanjung.

Terima kasih Dato’ Yang DiPertua, soalan nombor satu.

Tuan Teo Kok SeongDAP · PHBahau

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sri Tanjung yang mengenai tanah perkuburan Bukan Islam. Untuk makluman Yang Berhormat Sri Tanjung, cadangan penambahan kawasan perkuburan baru atau penambahan kawasan perkuburan sedia ada akan melibatkan urusan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah tahun 1960. Bagi maksud ini peruntukan bagi pengambilan tanah tersebut perlu disediakan oleh pihak pengurusan perkuburan atau pihak persatuan yang berkaitan. Permohonan perlu dikemukakan kepada PDT dan diproses mengikut tatacara permohonan yang berkuat kuasa.

Secara kumulatifnya inventori tapak perkuburan Bukan Islam di Daerah Jempol adalah 28 dengan keluasan sejumlah 51.43 hektar, seperti berikut. Berdasarkan data unjuran kapasiti pengisian tanah perkuburan tanah kubur di Daerah Jempol yang disediakan oleh Plan Malaysia Negeri Sembilan, bilangan dan keluasan tanah perkuburan sedia ada ini adalah mencukupi sehingga tahun 2040. Di Daerah Kuala Pilah, sekiranya ada keperluan penambahan tapak perkuburan Kristian yang disyorkan oleh Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Pilah bersedia untuk memproses perizaban bagi tapak tersebut. Dalam rekod PDT Kuala Pilah hanya satu sahaja tapak perkuburan Kristian berwarta di Kuala Pilah iaitu tanah perkuburan Kristian Kampung Beting Ulu Muar dengan keluasan sejumlah 0.41 hektar dan hampir 40% daripada keluasan keseluruhan telah digunakan.

Berdasarkan semakan Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban, tetap terdapat 5 reserve perkuburan yang diperuntukkan untuk perkuburan Kristian, Status penggunaan tanah tersebut masih belum digunakan sepenuhnya dan terdapat juga reserve yang masih tidak digunakan. Oleh itu tiada isu kehabisan tanah reserve perkuburan di Daerah Seremban setakat ini. Untuk Pejabat Daerah Dan Tanah Tampin pula kini dalam proses untuk merizabkan tanah perkuburan Kristian di Mukim Tampin Tengah seluas 1.295 hektar di Mukim Tampin untuk mengelakkan isu kehabisan tanah kubur Bukan Islam di Daerah Tampin. Manakala Pejabat Daerah Tanah Jelebu akan memproseskan sekiranya menerima permohonan tapak perkuburan Bukan Islam dan setakat ini tiada isu berkenaan kehabisan tanah perkuburan Bukan Islam termasuk Kristian di daerah Jelebu. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat Seri Menanti.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor dua.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak mengucapkan terima kasih kepada ADUN Seri Menanti di atas pertanyaan dan soalan yang berkaitan dengan peningkatan pencahayaan dan pemasangan lampu awam dalam kawasan kampung. Dua soalan Dato’ Yang Dipertua, pertama program pencahayaan kampung, itu saya jawab kemudian. Saya nak jawab yang nombor dua ni dulu Dato’ Yang Dipertua, bagaimanakah cara pihak TNB mengatasi masalah dan aduan rakyat mengenai isu-isu permasalahan lampu jalan dalam kawasan kampung terutamanya dalam DUN Seri Menanti. Yang Berhormat dalam tiang lampu yang berhormat ada nombor 15454 lepas tu nombor tiang, dia ada Yang Berhormat Seri Menanti? Ada ya… Telefon Pegawai Tenaga Tenaga Nasional TNB Lampu ni dah padam lima hari tolong repair saya percaya dengan kepakaran dan juga komitmen TNB sekarang ni dia bawa pimpinan pengurus besar sekarang saya percaya TNB akan bagi servis dan respon tak lebih daripada 24 jam, insya-Allah Seri Menanti ya, itu lampu elektrik lampu TNB.

Soalan yang kedua Dato’ Yang Dipertua, ialah tentang program pencahayaan kampung untuk TNB bila saya dah buat yang itu pengurus besar TNB tolonglah bila ada laporan daripada adun-adun jangan lebih 24 jam tolong pergi repair dan nyalakan lampu balik insya-Allah, dia akan selesai lah tu pasal saya pernah buat Dato’ Yang Dipertua, saya telefon TNB lampu tu dah padam jadi dia belum padam lagi dia malap dia macam Lenggeng semalam, dia wayar tercabut-tercabut kan, saya telefon TNB, TNB tak sampai daripada 12 jam dia dah datang repair saya nak ucapkan terima kasih lah kepada servis TNB ni, yang kedua Dato’

Yang Dipertua, kerajaan negeri melalui belanjawan pentadbiran Negeri Sembilan tahun 2025 telah pun meluluskan peruntukan sebanyak 1 juta ringgit untuk pelaksanaan program pencahayaan kampung.

Program ini meliputi inisiatif baru yang diperkenalkan pada tahun ini yang merangkumi pemasangan lampu solar di persimpangan jalan dan akses di kampung-kampung bagi menerangi kawasan-kawasan yang tertentu. Program pencahayaan kampung ni Dato’ Yang Dipertua, menepati dan menyokong strategi yang digunakan yang digariskan dalam RPNS 2021-2025 melalui strategi B1 yakni meningkatkan penyediaan infrastruktur fizikal luar bandar di bawah bab 8 yakni luar bandar mendasari pertumbuhan mampan dan inklusif. Bagi pelaksanaan awal program ini Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri UPEN, telah pun menyelaraskan semua permohonan daripada ADUN-ADUN dan juga semua pejabat daerah di seluruh Negeri Sembilan bagi bulan Januari dan juga Februari tahun 2025. Menurut rekod terkini untuk Dewan Yang Mulia sehingga Mac 2025 sebanyak 2,808 lampu solar telah pun dimohon oleh semua pejabat daerah.

Berdasarkan spesifikasi kejuruteraan elektrik Jabatan Kerja Raya iaitu JKR, pemasangan lampu solar jenis integrated solar 80 ke 100 watt ini akan menelan kos lebih kurang RM7,000 ke RM8,000 satu batang, bukan 1 batang 1 unit 1 tiang bergantung kepada keadaan tanah dan juga tapak pemasangan lampu tersebut dengan peruntukan 1 juta ni Dato’ Yang Dipertua, anggaran sebanyak 120 ke 140 tiang yang boleh dibina di seluruh Negeri Sembilan. Jadi karena itu buat masa ini kerajaan negeri akan meneliti kuota pemasangan lampu solar bagi setiap daerah berdasarkan keperluan yang mendesak, yakni bagi memastikan prioriti dapat diberikan kepada kampung-kampung yang tidak mempunyai pencahayaan di akses-akses jalan kampung dan kampung-kampung yang berdepan dengan risiko keselamatan penduduk kampung berkenaan.

Pemasangan lampu solar ini mengambil masa lebih kurang 16 minggu yakni 4 bulan dan pemasangan ini akan dapat diselesaikan sebelum akhirnya tahun in, itu bagi bajet yang 1 juta ya. Selain daripada itu Dato' Yang Dipertua untuk makluman Yang Berhormat Seri Menanti dan ahli-ahli Dewan yang lain di bawah kementerian saya yakni Kementerian Desa dan Wilayah pemasangan lampu Light Emitting Diod iaitu LED di bawah program pemasangan lampu jalan kampung fasa 2 telah selesai dilaksanakan dengan pemasangan sebanyak 624 unit lampu di seluruh Negeri Sembilan. Pelaksanaan ini telah pun bermula pada 1 Jun 2023 sehingga selesai pemasangannya pada Oktober 2024 yang lalu. Kuota yang diperuntukkan di bawah program ini adalah sebanyak 40 unit

lampu bagi setiap kampung bergantung kepada penentuan akhir di tapak. Bagi DUN Seri Menanti Dato' yang Yang Berhormat ADUN Seri Menanti, di bawah program lampu jalan kampung fasa 2 sebanyak 17 lampu telah pun dipasang di kampung-kampung yang telah dikenal pasti memerlukan pencahayaan jalan itu DUN Seri Menanti dan untuk makluman Dato' Yang Dipertua, saya nak sebut juga di Dewan Yang Mulia ini pecahan jumlah lampu jalan kampung yang dipasang dalam fasa 2 mengikut daerah.

Seremban 3,782, Rembau 3,845, Port Dickson 2,678, dia kurang sikit pasal laut ada cahaya banyak. Nilai 710, Kuala Pilah 6,654, paling tinggi Kuala Pilah pasal ada kampung banyak, Jempol 3,564, Jelebu 3,102, Gemas 1,029, ADUN Gemas pun kita hantar lampu itu ADUN Gemas jangan kata kita tak buat pembangunan di kawasan Gemas, Tampin 3,436, yang membawa jumlah sebanyak 28,800 unit Dato' Yang Dipertua terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput wakil untuk bukakan soalan YB Rahang, ada? ataupun saya jemput Kota.

Tuan Suhaimi bin AiniUMNO · BNKota

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, soalan nombor satu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih YB Kota yang bertanyakan tentang usaha-usaha atau langkah-langkah yang kita ambil bagi menarik minat anak-anak untuk mempelajari bidang sains teknologi dan juga matematik di sekolah-sekolah. Dato’ Yang Dipertua, sebelum daripada itu ingin saya maklum kepada Dewan sedikit lah sebab keputusan SPM 2024 baru pun diumumkan pada 24 haribulan yang lalu, sepintas lalu saya nak nyatakan bahawa keputusan SPM 2024 di Negeri Sembilan amat cemerlang Dato’ Yang Dipertua dengan peningkatan gred purata negeri 4.18 berbanding keputusan 2023 sebanyak 4.33 iaitu kenaikan sebanyak 0.15%. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Di Negeri Sembilan untuk pengetahuan YB Kota banyak langkah-langkah yang kita ambil untuk memberikan ataupun menarik minat anak-anak belajar bidang sains teknologi dan matematik di sekolah-sekolah.

Yang pertamanya saya nak katakan bahawa banyak bengkel-bengkel yang diadakan di peringkat sekolah contohnya Bengkel Mantap Matematik. Kita dah buat di sekolah-sekolah luar bandar dan melibatkan anak-anak daripada golongan B40 seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Samsudin Naim, Sekolah Menengah Rantau, Sekolah Menengah Dato' Mat Yusof Linggi dan juga sekolah-sekolah lain sepanjang tahun 2024 yang lalu bagi memperkuatkan asas matematik di peringkat menengah rendah supaya dapat menarik minat mereka

memilih bidang STEM semasa di tingkat 4. Yang kedua penganjuran program menerokai teknologi masa hadapan, yang ditaja oleh Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama UKM Bangi daripada 11 hingga 13 November 2024 di Dewan MBS di mana 80 peserta terpilih. Pengisian program ialah pengaturcaraan, robotik, solar sistem dan juga pengaturcaraan dron, dron ni ini semua melibatkan sains Dato’ Yang Dipertua, yang ketiganya penganjuran Kem Celik Robotik Karnival STEM 2024 dengan kerjasama MOSTI pada 24 Julai 2024 di SJKC Sin Hua Seremban dan ini menggunakan peruntukan daripada MOSTI, yang seterusnya ialah penganjuran Outreach STEM 2.0 karnival pembangunan STEM 2024 di peringkat Negeri Sembilan yang dianjurkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senaling. Ini antara langkah-langkah yang kita ambil Dato’ Yang Dipertua, untuk memberikan minat kepada anak-anak supaya mempelajari bidang STEM terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

Saya jemput Yang Berhormat Paroi.

Soalan nombor satu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Paroi yang bertanyakan soalan berkenaan dengan pematuhan projek baru di Negeri Sembilan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan memperkasakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mengawal pencemaran alam sekitar melalui penguatkuasaan projek EIA. Hukuman di bawah seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling pindahan 1974 dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada 100,000 dan tidak melebihi 1 juta ringgit. Dalam hal ini operasi pemeriksaan ditapak secara berkala pemantauan melalui Environment Monitoring Report EMR dan Desktop Enforcement serta pemantauan kualiti air sungai melalui Sistem Pengawasan Kualiti Alam Sekeliling EQMP dipergiatkan bagi mengenalpasti sebarang perubahan terhadap kualiti air sungai di lokasi stesen-stesen pengawasan kualiti air yang dibina oleh JAS, dalam pada itu terdapat juga stesen-stesen pemantauan secara manual dijalankan bagi memantau kualiti air sungai di Negeri Sembilan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini juga Jabatan Perairan dan Saliran JPS juga sentiasa bersedia membantu JAS dan Badan Kawal Selia Air BKSA dalam melaksanakan pemantauan dan kerja-kerja penguatkuasaan sekiranya melibat projek JPS. Terima kasih.

Soalan tambahan. Soalan. Pertama ada ada projek SPD Tech Valley di kawasan saya sendiri, saya mendapat surat daripada pengerusi KRT di Latania Taman Bandar Senawang, terdapat aduan

pencemaran udara, sungai, rumah kediaman yang berhabuk kesan daripada projek SPD Tech Valley lah, surat ada dan penduduk mengadu kerisauan dan ketidakpuasan hati yang terpaksa berkali-kali membersihkan rumah kereta dan kualiti udara yang tercemar, begitu juga air sungai yang kotor yang tidak diuruskan, itu daripada penduduk. Maknanya di sebelah projek dan tindakan telah diambil sebenarnya oleh Jabatan Alam Sekitar selepas itu, setelah penduduk mengadu baru Jabatan Alam Sekitar ambil tindakan dan nota arahan di bawah seksyen 31 dan 37 Akta Alam Sekeliling 1974 cadangan pembangunan Taman Industri di Lot 633 maknanya di Taman Industri tersebut, dan hasil siasatan Jabatan Alam Sekitar di tapak projek telah berlaku pencemaran tersebut mendapati pihak telah gagal mematuhi syarat-syarat kelulusan dalam laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar EIA tulah, bertarikh 5 Februari mana dah satu tahun projek itu.

Apa yang mendukacitakan sepatutnya pemaju ni pemaju yang kompital dikatakan kompital tetapi dia gagal memastikan kawasan kerja tanah yang masih berjalan dibuat penstabilan, yang keduanya jentera yang lalu-lalang tersebut kawasan panas berabuk itu tidak dibasahkan dan akhirnya gagal menyediakan pegawai Alam Sekitar EO Government Officerlah yang peliknya soalan saya sepatutnya pemaju ataupun mana-mana pihak yang nak majukan kawasan, benda ini kena settle dah ada ya dipantau dan ini baru satu sampel di kawasan saya tapi saya nak tahulah untuk kawasan-kawasan lain di Negeri Sembilan, apabila ada projek baru ini kita kita pantau tak? sebab kita tak nak apabila penduduk beri komen apabila dah berlaku komen baru kita datang. Saya rasa ini melibatkan undang-undang yang yang perlu kita perhatikan. Wallahualam.

Terima kasih kepada ADUN Paroi yang bertanyakan soalan tambahan tadi memang untuk setiap projek yang baru di Negeri Sembilan pemaju perlu mematuhi EIA. EIA ini dikemukakan sebelum projek itu dimulakan sekiranya ada kesalahan yang dilakukan di bawah EIA tersebut, tindakan yang sewajarnya akan diambil dan kita juga di pihak JAS sentiasa memantau projek-projek baru ini supaya mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam dan kita ada juga pegawai-pegawai yang akan turun ke lapangan dan kita akan buat pemeriksaan supaya tindakan ini, pencemaran ini dapat dielak dan supaya kita memastikan semua pemaju ini mematuhi perundangan sedia ada dan aduan tadi berkenaan dengan kawasan YB tadi sila maklumkan secara detailnya dan kita akan buat pemantauan susulan, sekiranya berlaku lagi apa-apa tindakan yang tidak mengikut undang-undang kita akan ambil tindakanlah. Terima kasih

Sedikit… lah, sedikit boleh?

Yang Dipertua Dewan

Cukup lah, masa dah habis

Satu minit, sikit je, kalau kami ni ADUN pembangkang, mudah je cerita, janganlah menganaktirikan kalau ada isu-isu sedemikian, tolong maklum cepat supaya kita dapat bekerjasama lah dari segi check and balance Kerajaan.

Terima kasih. Sebenarnya kita tidak menganaktirikan mana-mana kawasan sekiranya ada projek-projek di mana-mana saja di Negeri Sembilan tindakan pemantauan akan diambil dan saya juga meminta Ahli-Ahli Yang Berhormat supaya sekiranya ada apa-apa aduan di kawasan masing-masing berkaitan dengan projek pembangunan yang melibatkan EIA maklumlah kepada JAS supaya tindakan boleh diambil, sekiranya ada kesalahan dilakukan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, masa bagi pertanyaan lisan hari kedua telahpun tamat, semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberi jawapan secara bertulis.

Membentangkan Laporan Dan Penyata Kewangan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan BertulisQuestions

Setiausaha Dewan

Kedua, pertanyaan yang berkehendakkan jawapan bertulis. Dipersilakan Yang Amat Berhormat ADUN Sikamat.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun membentangkan jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis yang telah diberitahu terlebih dahulu, seperti yang dibentangkan dihadapan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.

Yang Dipertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan bertulis adalah dibentangkan.

6 USUL

Setiausaha Dewan

Perkara keenam, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan usul “Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan menjunjung kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas Titah Ucapan Baginda bagi merasmikan

Pembukaan Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15.”

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Baginda Tuanku Yang Dipertuan Besar telah menyampaikan titah ucapan dengan penuh hikmah berpandangan jauh serta menggambarkan kasih dan prihatin Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat jelata Negeri Sembilan. Ia telah diperincikan pencapaian negeri dalam bidang ekonomi, pembangunan sosial, pelaburan, pendidikan, serta syiar Islam. Baginda juga turut menzahirkan harapan agar semua Ahli Dewan sentiasa memelihara adab berhujah mengutamakan kepentingan rakyat dan menjunjung keluhuran perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri. Titah ini menjadi kompas dan pedoman kepada kita semua untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dan berintegriti. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, suka saya mulakan ucapan saya hari ini dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional dan rakan-rakan komponen dalam kerajaan perpaduan di Negeri Perak atas kemenangan yang telah diraih di Pilihan Rakyat Kecil DUN Air Kuning Sabtu lalu. Kemenangan ini bukan sahaja membuktikan bahawa rakyat menerima dan menzahirkan kepercayaan terhadap acuan kerajaan perpaduan, bahkan ia menunjukkan betapa kestabilan politik dan kepimpinan berwibawa membawa impak yang besar kepada rakyat. Ini secara tidak langsung menyuntik semangat kepada kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan untuk terus bekerja lebih gigih demi memberi khidmat bakti yang terbaik kepada rakyat di seluruh negeri. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada anak-anak kita terutamanya dari Negeri Sembilan yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih kesabaran dan kesungguhan dan yang konsisten daripada mereka semua. Tidak lupa ibu bapa dan penjaga juga harus diberikan penghormatan dan penghargaan yang tinggi kerana andalah tulang belakang kepada kejayaan anak-anak kita. Percayalah di balik kejayaan anak, berdirinya seorang ibu dan ayah yang tidak pernah putus asa berdoa dan berusaha. Bagi anak-anak yang keputusannya tidak mencapai seperti yang diimpikan ketahui lah bahawa ini bukan pengakhiran episod kehidupan, masih banyak lagi jalan terbuka untuk mencapai kejayaan. Laluan TVET, kemahiran teknikal pengajian vokasional, keusahawanan kursus pendek, dan peluang pekerjaan berasaskan kemahiran semuanya luas terbentang untuk anda terokai. Peganglah pada kata-kata Buya Hamka jangan takut jatuh kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh, jangan takut gagal kerana orang besar bukanlah yang tidak

pernah gagal, tetapi yang tidak pernah menyerah. Teruskan usaha bina semangat baru setiap anak mempunyai potensi tersendiri asalkan ada usaha dan doa, ada keberanian untuk bangkit dan mencuba, Negeri Sembilan memerlukan anak-anak muda yang berani memasang impian untuk terus memajukan diri, seterusnya menyumbang kepada negeri yang kita cintai ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, umum mengetahui hari ini kita membincangkan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai tarif kerana tarif yang mendapat pertikaian ramai masyarakat dunia. Ramai beranggapan bahawa pengumuman ini menjurus kepada perang dagangan global melibatkan kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China. Malaysia tidak terkecuali daripada kerakusan Amerika Syarikat itu apabila tarif sebanyak 24% telah dikenakan terhadap barangan import dari Malaysia. Sudah pasti sebagai negara yang mempunyai kuasa dagangan besar di dunia, keputusan Amerika Syarikat itu pasti memberi kesan tidak baik kepada negara kita. Suka untuk saya petik analisa daripada ketua ekonomi Affin Huang Capital iaitu Encik Alan Tan Chiu Leong yang disiarkan oleh Sinar Harian bulan lalu. Beliau menjangkakan bahawa perang perdagangan ini dibimbangi akan memperlahankan pertumbuhan sektor eksport Malaysia sebanyak 1 hingga 2%. Beliau juga menekankan bahawa ketegangan perdagangan yang meningkat boleh membawa kepada kemungkinan KDNK global merosot, menjadikan hampir kepada kemelesetan di seluruh dunia dan di rantau ini sebanyak 3%. Sebab itulah saya menyambut baik inisiatif Kerajaan Persekutuan khususnya di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan Menteri MITI dan Menteri-Menteri Kabinet kerana pantas mengatur strategi dengan melakukan perbincangan dua hala dengan pihak Amerika Syarikat sambil memperkukuhkan hubungan dagangan dengan China. Pendekatan berkecuali Malaysia yang tidak berpihak dan sentiasa bersikap terbuka ini menjadikan negara kita lebih dipercayai dan dihormati di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam sektor perdagangan global. Justeru bagi negeri kita pula, saya cadangkan agar satu pasukan pelaburan negeri diwujudkan secara khas untuk meneroka pasaran-pasaran alternatif seperti Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika selain meningkatkan kemudahan kepada pelabur dalam sektor teknologi hijau, automasi pintar, selaras dengan agenda digitalisasi. Saya sangat berharap pandangan ini dapat diberikan pertimbangan sewajarnya daripada kerajaan negeri dan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri saya dan rakan-rakan ADUN Kerajaan Perpaduan yang lain sedia untuk membantu dan memberi sumbangan di dalam jawatankuasa berkenaan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai GLC di Negeri Sembilan. GLC Negeri Sembilan perlu bersikap lebih agresif berani progresif dalam memacu ekonomi negeri, jangan hanya bergantung kepada model peniagaan konvensional semata-mata. Dunia sudah bergerak ke arah AI atau kecerdasan buatan, pendigitalan dan ekonomi berasaskan data mengikut kajian McKinsey Global Institute, transformasi digital mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 25% dan menurunkan kos operasi sebanyak 30%. Oleh itu saya minta supaya GLC yang ada di negeri, mengambil langkah menerokai bidang baru dalam teknologi, sebagai contoh, pembangunan aplikasi peniagaan tempatan, sistem tempahan digital pasar tani, atau perkhidmatan teknologi logistik, mampu membuka peluang pekerjaan dan menaikkan daya saing negeri. Libatkan pakar-pakar teknologi dan individu yang kompeten di kalangan anak-anak tempatan, saya yakin dan percaya jika mereka ini diberi peluang dan disuntikkan dana modal daripada GLC tempatan anak-anak Negeri Sembilan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri, sekaligus menjayakan hasrat ini. Dalam masa yang sama semua GLC juga harus menyesuaikan diri dalam amalan tatakelola terbaik dan melaksanakan langkah penjimatan. Polisi perbelanjaan perlu disemak semula agar lebih kos optimise dan tidak membazir.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya masih belum selesai dalam memberi hujahan mengenai GLC negeri kita. Kali ini panjang sedikit saya ingin mengatakan mengenai GLC kita kerana saya serius dalam pencapaian mereka atas sebab saya yakin bahawa pencapaian mereka memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi negeri. Jika GLC kita tidak berfungsi dengan baik maka ia adalah indikator kepada pencapaian ekonomi kita secara keseluruhannya. Point seterusnya suka saya minta supaya GLC lebih agresif dalam program tanggungjawab korporatnya atau CSR. Benar saya akui memang ada program-program CSR yang dianjurkan oleh GLC-GLC kita, tapi pada saya ia masih belum mencukupi dan perlu lebih agresif khususnya dalam membantu kerajaan negeri membasmi kemiskinan di negeri kita. Libatkan semua ADUN-ADUN kerana kami memang menjaga kawasan dan kami tahu apa yang keperluan yang diperlukan oleh rakyat di kawasan kami dan kami tidak mahu GLC kita buat program CSR yang bersifat syok sendiri. Bayangkan jika GLC kita main peranan CSR dengan baik saya pasti rakyat di Negeri Sembilan yang dapat manfaat secara keseluruhannya. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk tambahan sedikit elemen lebih rakyat di dalam GLC ini, supaya tidak terlalu hanya berfikirkan untung dan rugi secara korporat, saya cadangkan dimasukkan lebih ramai ADUN-ADUN khususnya kami daripada Barisan Nasional, Pakatan Harapan untuk mengisi jawatan lembaga pengarah. Ini kerana ketika ini kuota pembahagian untuk jawatan lembaga pengarah ini tidak seimbang

pada pandangan kami. Seperti saya maklumkan tadi kami yang dipilih mewakili rakyat lebih tahu apa yang kami atau rakyat kami mahukan, biarlah kami memainkan peranan semak dan imbang di dalam pengurusan GLC supaya dapat memainkan peranan CSR dengan lebih baik lagi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seperti keputusan yang kita lihat di Pilihanraya Air Kuning minggu lalu acuan Kerajaan Perpaduan semakin diterima rakyat dan Negeri Sembilan sentiasa disebut-sebut sebagai contoh kepada Kerajaan Perpaduan untuk negeri kita. Justeru untuk pelantikan seperti pelantikan Ahli Dewan Negara yang baru, suka saya cadangkan supaya wakil atau individu yang nak dicadangkan nanti adalah berasaskan sistem penggiliran di kalangan pimpinan parti di dalam Kerajaan Perpaduan. Yang Berhormat Dato’ Dipertua, seterusnya suka saya membawa ucapan saya kepada perkara berikut dan seperti biasa saya nak bawa mengenai isu di kawasan saya iaitu di Johol, untuk makluman Dewan yang mulia ini isu pembangunan luar bandar di Johol masih perlu diberi perhatian serius. Kami di Johol, kami telah berkali-kali menyuarakan keperluan untuk membina sebuah balai bomba. Kami kawasan kami amat jauh dari pusat bomba terdekat dan sekiranya berlaku kebakaran, bantuan lambat tiba, ini membahayakan nyawa dan harta rakyat. Sebelum ini pun saya telah bangkit mengenai keperluan perlunya ada balai bomba di kawasan saya. Saya telah maklumkan, saya telah maklumkan beberapa urusan pertadbiran seperti urusan tanah telah diselesaikan, seperti mana yang diperlukan. Terima kasih kepada pejabat tanah, cuma perlu dipercepatkan lagi pembinaan fizikalnya, maka tolonglah saya merayu kepada kerajaan negeri bantulah saya untuk mempercepatkan proses pembinaan balai bomba di Johol ini, bawalah kepada kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya usaha ini dapat dipercepatkan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, selain itu Johol juga memerlukan lebih banyak dewan-dewan terbuka dan pusat komuniti bagi menganjurkan program masyarakat. Kemudahan rekreasi seperti gelanggang sepak takraw, badminton dan padang bola sepak juga harus diperbanyakkan, untuk melahirkan anak muda yang sihat dan cerdas kita perlu galakkan mereka bersukan, untuk galakkan mereka bersukan, maka kita perlu sediakan kemudahan yang baik untuk mereka.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, tidak lengkap kiranya ucapan saya di dewan yang mulia ini sekiranya saya tidak membangkitkan cadangan mengenai orang asli, masyarakat orang asli kerana saya umum mengetahui bahawa saya adalah satu daripada penempatan masyarakat orang asli di Negeri Sembilan ini berada di dalam kawasan saya Johol.

Maka hari ini saya membangkitkan persoalan apakah inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri untuk membantu anak-anak orang asli di negeri kita, untuk mendapatkan mendapat keputusan membanggakan dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Anak-anak orang asli ini harus dipimpin tangan mereka untuk membawa mereka ke puncak kejayaan. Supaya satu hari nanti insya-Allah mereka menjadi insan yang berjaya. Selain daripada itu peluang pekerjaan untuk anak-anak orang asli juga haruslah diperluaskan. Kita sedar bahawa kerajaan persekutuan maupun kerajaan negeri sentiasa memikirkan untuk memperbanyakkan pekerjaan untuk masyarakat luar bandar, masyarakat B40 dan sebagainya. Kita tidak mahu mereka terpinggir dalam memperoleh peluang pekerjaan yang diusahakan oleh pihak kerajaan tidak lupa juga saya memohon agar kemudahan riadah dan sukan di kawasan masyarakat orang asli turut disediakan. Jangan kita ketepikan mereka, mereka juga perlu disediakan fasiliti yang terbaik supaya dapat agenda nasional untuk melahirkan masyarakat bersukan turut dapat melibatkan mereka.

Yang Dato’ Yang Dipertua, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan iaitu MAINS atas kejayaan mencatatkan kutipan zakat berjumlah RM161.62 juta pada tahun lalu, ini adalah satu pencapaian yang membanggakan. Namun begitu saya percaya angka ini boleh ditingkatkan lagi, promosi dan kesedaran zakat harus dipertingkatkan terutama di kawasan perindustrian, pusat membeli-belah dan platform digital. MAINS boleh mencontohi pendekatan seperti JAWI di Wilayah Persekutuan dan MAIS di Selangor dalam mewujudkan rangkaian penyampai zakat korporat serta perkhidmatan kutipan yang lebih mudah dan mesra pengguna. Dari segi agihan pula, biarlah lebih strategik dan bersifat membina jangka panjang selain membantu kewangan, kita perlu menyalurkan zakat ke arah latihan kemahiran modal mikro dan program pembangunan kerjaya. Zakat bukan sahaja menghapuskan kemiskinan tetapi boleh menjadi batu loncatan kepada mobiliti sosial.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan juga saya izinkan pula saya untuk membuat satu lagi cadangan yang penting yang saya kira perlu diberi perhatian oleh serius oleh kerajaan negeri iaitu mengenai pengurusan tanah-tanah terbiar di Negeri Sembilan ini. Sebelum ini saya pun telah membangkitkan mengenai isu tanah terbiar ini dan hari ini saya mahu mengulanginya sekali lagi. Kita perlu insaf bahawa dalam dunia hari ini setiap inci tanah adalah aset berharga yang wajib dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Justeru saya ingin mengusulkan agar kerajaan negeri merangka satu dasar terperinci untuk pengurusan tanah-tanah terbiar di Negeri Sembilan kita ini. Dasar ini penting supaya tanah-tanah yang tidak diusahakan dapat dimanfaatkan semula

misalnya untuk sektor pertanian moden, sekaligus membantu meningkatkan keselamatan makanan negeri dan mewujudkan peluang ekonomi baru untuk rakyat. Pengurusan tanah terbiar ini haruslah berteraskan kepentingan awam mengatasi kepentingan indivi peribadi agar setiap inci tanah negeri ini memberi manfaat kepada masyarakat seluruhnya. Insya-Allah.

Yang berhormat Dato Yang Dipertua, akhir kata, marilah kita semua mengambil semangat dan hikmah daripada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai pemimpin, tanggungjawab kita adalah menjadi suara rakyat dan perlindung masa depan mereka. Amanah ini bukan sekadar kuasa, tetapi sumpah yang harus kita junjung. Setiap keputusan yang kita buat di Dewan Yang Mulia ini akan meninggalkan kesan sama ada memudahkan kehidupan rakyat ataupun membebankan mereka, seperti kata-kata Tokoh Agung Melayu, Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salitin, Jika Raja Adil Nescaya Rakyat Makmur, Jika Pembesar Jujur Nescaya Negeri Aman, Jika Rakyat Patuh, Nescaya Negara Terpilihara. Kata-kata ini menjadi panduan kita bahawa teras kepada kestabilan negara ialah keadilan, kejujuran dan kesetiaan kepada amanah, manakala Pendita Za’ba tokoh pendidikan dan kebudayaan yang besar jasanya dalam memperjuangkan pemikiran bangsa pernah menulis kemajuan dan kebangkitan satu bangsa bergantung kepada kecerdasan fikiran dan kebersihan hati pemimpin-pemimpinnya. Ini bermaksud bahawa setiap kita di sini bukan hanya dipertanggungjawabkan atas kebajikan dasar tetapi juga atas keluhuran niat dan moral dalam kepimpinan kita. Kita harus menjadi pemimpin yang memperkasakan akal, memelihara akhlak dan mendahulukan amanah rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sebagai Wakil Rakyat Johol dan sebahagian dari keluarga besar Kerajaan Negeri Sembilan saya berikrar untuk terus membawa suara rakyat ke tengah pentas utama ini. Masyarakat luar bandar, anak muda, warga emas, penjaja kecil, usahawan mikro, semuanya harus terus diberikan tempat dalam pelan besar pembangunan negeri. Jangan ada satu pun rakyat yang tertinggal dalam arus pembangunan negeri kita. Saya percaya bahawa Negeri Sembilan boleh menjadi negeri contoh bukan sahaja dari segi kestabilan pentadbirannya tetapi juga kemajuan minda, kekuatan ekonomi dan ketelusan petadbirannya. Namun ini hanya akan terjadi jika kita semua di Dewan ini bersatu hati dan bertekad. Justeru di akhir ucapan ini suka untuk saya tinggalkan semua di Dewan Yang Mulia ini dengan satu pesanan janganlah kita khianati amanah rakyat, janganlah kita abaikan masalah mereka, kerana apabila kita lupa akar maka tumbanglah pokok, apabila kita lupa rakyat, maka goyanglah kepercayaan mereka kepada kita semua. Marilah kita berganding bahu bukan sekadar hanya sebagai Yang Berhormat di atas kertas tetapi sebagai pemimpin yang benar-

benar hidup dalam denyut nadi rakyat. Saya yakin dan percaya jika semua di Dewan Yang Mulia ini dapat melaksanakan tugas yang baik, maka negara kita dan negeri kita akan terus maju dan makmur Insya-Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dengan kata-kata itu maka sekianlah ucapan perbahasan saya untuk Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas titah ucapan baginda bagi merasmikan pembukaan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15. Didoakan semoga Allah SWT akan memberi rahmat dan sebanyaknya kepada negeri kita dan negeri kita akan terus aman kekal aman dan makmur berkat daripada keizinan daripadaNya amin ya rabbal amin untuk itu sekian Assalamualaikum WBT Johol dengan ini mohon mencadang terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Menyokong, Yang Berhormat Chennah.

Tuan Loke Siew FookDAP · PHChennah

Terima kasih Dato' Dato' Yang Dipertua, saya bangun untuk menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Johol untuk bersama-sama Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di atas titah ucapan Tuanku pada hari Khamis yang lalu. Dato' Yang Dipertua, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan pimpinan UMNO Barisan Nasional diatas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Air Kuning dalam Pilihan Raya Kecil pada hari Sabtu yang lalu. Kemenangan ini bukan sahaja memberikan mandat kepada calon UMNO Barisan Nasional, tetapi merupakan satu manifestasi sokongan kepada kerajaan perpaduan, kerajaan MADANI kerana majoriti meningkat satu kali ganda daripada dua ribu lebih kepada lebih lima ribu majoriti.

Saya pun tak faham apa yang dikatakan kalau majoriti itu meningkat dia kata dia kalah, undi berkurangan, itu orang gagal matematik. Tuan Yang Dipertua, saya berasakan bahawa ini merupakan satu bukti bahawa rakyat menolak politik kebencian, politik yang berdasarkan fitnah, politik yang ingin memecah belahkan rakyat Malaysia, tetapi rakyat Malaysia secara amnya ingin melihat satu politik yang lebih inklusif, politik kesepakatan, politik kerjasama, politik perpaduan, kerana dengan adanya kesepakatan dan kerjasama ini maka negara akan terus makmur dan maju ke hadapan, dan model kerjasama antara PH dan BN bukan sahaja dapat menstabilkan keadaan politik negara, tetapi juga merupakan satu formula dan ramuan untuk memajukan negara dan dapat memberikan satu kemenangan kepada sebuah pentadbiran yang stabil lagi kuat. Kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan, merupakan satu elemen penting untuk kita memastikan kelangsungan pentadbiran

yang baik, terutamanya antara kerajaan pesekutuan dengan kerajaan negeri di peringkat Negeri Sembilan kita berasa amat bangga kerana kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dengan kerajaan pesekutuan telahpun membuahkan pelbagai hasil dan juga nikmat yang baik untuk kelangsungan pembangunan Negeri Sembilan.

Dalam perkara ini saya ingin merakamkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telahpun berjaya membawa satu kertas pertimbangan yang sangat penting pada hari Khamis yang lalu untuk pertimbangan Majlis Perancangan Fizikal Negara pada waktu pagi, Sidang Dewan ini dibuka pada sebelah petangnya, pada hari itu 24 April Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah pun pergi ke Putrajaya saya juga hadir sebagai Menteri Pengangkutan dalam Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara ingin saya maklumkan, Dewan Yang Mulia ini bahawa Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara Bilangan 1 Tahun 2025 ini sangat penting dan signifikan untuk Negeri Sembilan, kerana salah satu kertas pertimbangan yang paling utama dalam mesyuarat tersebut telah pun diluluskan dan dipersetujui oleh MPFN iaitu cadangan Plan Konsep Pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0, MVV 2.0, Negeri Sembilan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi wilayah tengah dan cadangan Pembangunan MVV 2.0, perlu diambil kira semasa penyediaan rancangan pemajuan di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan.

Walaupun konsep dan projek MVV 2.0 ini telahpun beberapa kali dibawa dan diluluskan kepada MPFN tetapi kertas yang terbaru ini sangat signifikan kerana ada penambahbaikan dan juga peluasan projek-projek dan juga konsep di bawah MVV 2.0 ini. Termasuk 5 parcel, iaitu Parcel A merupakan Tech Park yang telahpun diluluskan pada tahun 2019, Parcel B Smart County sebanyak 8,796 ekar Parcel C Integrated Industrial Hub 15,373 ekar, Parcel D NS Semiconductor Valley 841 ekar dan Parcel E AI Port dan Maritime 2,010 ekar. Kelima-lima Parcel ini merupakan satu konsep pembangunan yang luas di daerah Seremban dan Port Dickson dan merupakan satu impian dan cita-cita pembangunan yang cukup besar dan merangkumi pelbagai bidang dan merangkumi sektor-sektor industri yang strategik lebih-lebih lagi projek MVV 2.0 ini telah pun dikenalpasti oleh Majlis Pelaburan Negara sebagai pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di wilayah tengah yang merupakan satu inisiatif strategik bukan saja untuk Kerajaan Negeri Sembilan, tetapi untuk Kerajaan Pesekutuan untuk memperkukuhkan kedudukan negara sebagai satu hub pelaburan yang penting di rantau Asia Tenggara. Kerana kita melihat bahawa ini adalah satu elemen ataupun komponen utama untuk menyokong pelan induk perindustrian baru 2030 ataupun NIMP 2030.

Saya ingin merujuk kepada beberapa keputusan ini yang terutamanya yang pertamanya Parcel E iaitu dengan lulusnya oleh MPFN kepada konsep pembangunan MVV 2.0 ini, yang juga meliputi projek pembangunan sebuah pelabuhan di Parcel E iaitu di Pasir Panjang di Port Dickson, ini merupakan satu keputusan yang sangat-sangat penting untuk Negeri Sembilan kerana seperti yang saya telah pernah bangkitkan dan bahaskan dalam Dewan Yang Mulia ini, Kementerian Pengangkutan telah pun memberikan kelulusan prinsip kepada satu permohonan oleh syarikat swasta Tengkor Hodings Berhad untuk mereka membangunkan sebuah pelabuhan swasta AI Continal Port di Port Dickson. Kelulusan prinsip ini telah diberikan pada tahun lepas, tetapi sudah tentunya sebagai pembangunan sebuah pelabuhan ia perlu melalui MPFN dan dengan kelulusan daripada MPFN maka semua kelulusan di peringkat perancangan telahpun diluluskan dan telah diperolehi dan sekarang ini adalah masa untuk kita execute ataupun proses pembinaan pelabuhan tersebut. Justeru itu saya menyeru kepada pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan khususnya di peringkat Majlis Perbandaran Port Dickson untuk segera memproses pemohonan kebenaran merancang KM daripada proposer projek ini ataupun proponen projek ini supaya projek ini dapat dilaksanakan dalam kadar yang segera, kerana saya difahamkan pelaburan terhadap syarikat terhadap pelabuhan ini telahpun diperolehi, maka dana untuk mereka membina telahpun siap sedia dan sekarang ini hanya menunggu kelulusan KM ataupun kebenaran merancang, Justeru itu saya mengharapkan pihak berkuasa negeri khususnya pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri memberikan perhatian besar dan serius kepada pembangunan projek ini, kerana memang projek ini merupakan satu pemangkin penting kepada pembangunan Negeri Sembilan.

Saya secara berseloroh memberitahu kepada Yang Maha Berhormat Perdana Menteri saya kata Port Dickson ini namanya port tapi sebenarnya Port Dickson selama ini tak ada satu pelabuhan, tak ada port dia ada hanya jeti saja tak ada lagi pelabuhan tak ada port jadi maka dengan lulusnya pembangunan projek ini, kita mengharapkan bahawa satu pelabuhan kontainer bakal direalisasikan di Port Dickson Negeri Sembilan dan ini merupakan pelabuhan kontainer pertama dalam sempadan maritime Negeri Sembilan. Yang saya yakin ia merupakan satu gateway maritime yang penting kepada pembangunan Negeri Sembilan, khususnya kepada projek MVV, kerana tanpa pelabuhan kita dari segi perindustrian kita memerlukan sektor logistik bergantung kepada negeri lain terutamanya di Port Klang, jadi dengan adanya pelabuhan sendiri di Negeri Sembilan, sudah tentu ia juga merupakan pemangkin untuk pembangunan industri di kawasan-kawasan terutamanya di sekitar Port Dickson, Jimah dan sebagainya dan saya yakin bahawa projek ini dapat direalisasikan dengan kerjasama antara

pihak awam dan swasta, dan sebagai Menteri Pengangkutan sudah tentu saya memberikan sokongan penuh kepada projek ini untuk direalisasikan demi kepentingan Negeri Sembilan.

Perkara yang kedua yang saya ingin tekankan Dato' Yang Dipertua ialah berkenaan dengan Parcel D NS Semiconductor Valley. Industri semikonduktor ini juga sangat penting kita tahu bahawa secara tradisinya di dalam negara kita semikonduktor ini banyak berada di Pulau Pinang kerana pada tahun 70-an dan 80-an kebanyakan pelaburan dan menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat gergasi daripada Amerika Syarikat untuk melabur dalam sektor semikonduktor ini bertumpu di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang, dan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu ekosistem semikonduktor yang utama bukan sahaja dalam negara kita tetapi di rantau seluruh Asia Tenggara dan sekarang ini ia telahpun melimpah bukan sahaja di Bayan Lepas di sebelah Batu Kawan pun banyak kilang-kilang sehingga tanah di Pulau Pinang pun tak cukup, ia melimpah sehingga pelaburan besar di Kulim Hightech Park dan sebagainya. Jadi kita tahu bahawa permintaan terhadap semikonduktor ini terus meningkat terutamanya dalam keadaan ekonomi dunia pada hari ini di mana ada perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China maka sektor semikonduktor dalam negara kita ini semakin strategik dan semakin penting dan sudah tentu pihak Kerajaan Persekutuan akan cuba berunding dengan pihak Kerajaan Amerika Syarikat supaya produk ataupun eksport semikonduktor daripada Malaysia ini tidak dikenakan tarif ke Amerika Syarikat.

Jadi sudah tentu kita mengharapkan lebih banyak pelaburan dalam sektor semikonduktor ini dapat dilaksana dan direalisasikan. Maka saya rasa kelulusan Parcel D untuk NS Semikonduktor Valley ini datang pada masa yang cukup tepat dan hanya 841 ekar saya rasa ia dapat dipenuhi dengan satu kadar masa yang cukup segera, jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri juga memberikan tumpuan supaya kelulusan-kelulusan terhadap pelaburan semikonduktor ini dapat dipercepatkan untuk kita mengambil peluang keemasan ini untuk memastikan pelaburan dalam semikonduktor ini terus diperkasakan.

Seterusnya berkenaan dengan parcel-parcel yang lain sudah tentu ia merupakan satu tanah yang luas terutamanya Parcel B dan Parcel C. Parcel B Smart County 8000 ekar lebih ada merangkumi pelbagai komponen termasuk perumahan smart city, industri AI, industri berteknologi tinggi dan sebagainya. Dalam perkara ini saya mengharapkan supaya Kerajaan Negeri dan bercadang kepada Kerajaan Negeri supaya memastikan kita punya usaha untuk menarik pelaburan ini dapat dilipat-gandakan maka saya menyambut baik cadangan

daripada Kerajaan Negeri untuk mengadakan NS Fast Lane, supaya saya mencadangkan lebih banyak sumber tenaga manusia diletakkan kepada syari… agensi-agensi pelaburan dalam Negeri Sembilan terutamanya Invest Negeri Sembilan, supaya kita menjadi lebih proaktif dan lebih cepat untuk menyelesaikan isu-isu dan permintaan daripada bakal-bakal pelabur, kerana sudah tentu kita perlu bersaing bukan sahaja antara negara-negara di rantau ASEAN, malah dalam negara kita sendiri pelbagai negeri untuk bersaing untuk mendapatkan pelaburan. Kita bersaing dengan Johor, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan sebagainya. Jadi saya rasa Negeri Sembilan ada kelebihannya kerana kedudukan strategik kita berdekatan dengan Lembah Klang, berdekatan dengan pelabuhan dan lapangan terbang, maka saya harap bahawa kerajaan negeri perlu melipat-gandakan usaha untuk memastikan pelaburan yang berminat untuk melabur dalam negara kita ini datang ke Negeri Sembilan, kerana kita sudah tentunya ada konsep MVV 2.0 tanah yang luas, kemudahan yang baik, maka ini merupakan satu selling point yang cukup penting kepada pelabur-pelabur tetapi pelabur ini dia mesti kita cepat kita mesti proaktif untuk berjumpa mereka untuk menyakinkan mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, baru pelabur akan membuat keputusan untuk melabur dalam negeri kita.

Dan saya juga ingin menyatakan bahawa dengan berlakunya ketegangan antara pihak China dan Amerika Syarikat pada ketika ini, sebenarnya ia memberikan peluang yang baik kepada negara kita kerana perang tarif yang sedang berlaku ini menjadikan Malaysia antara negara pilihan, kerana kita dilihat sebagai negara berkecuali kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara China, kita juga ada hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan di tengah-tengah rantau Asia Tenggara ini kita pada tahun ini menjadi pengerusi ASEAN.

Jadi kelebihan-kelebihan ini mesti kita gunakan sebaik-baiknya untuk menarik pelaburan dalam negara kita dalam kadar yang segera. Jadi baru-baru ini Presiden China iaitu Presiden Xi Jinping telah pun membuat lawatan negara ke Putrajaya dan Kuala Lumpur dan merupakan satu lawatan yang cukup berjaya menghasilkan 31 Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Rakyat China antara satu salah satu MOU yang telah pun ditandatangani dan dipersetujui ialah untuk menaik taraf kerjasama two country twin parks kerana hubungan Malaysia-China ini kita ada satu kerjasama dalam pembangunan taman peindustrian iaitu sekarang ini ada di Kuantan yang dinamakan sebagai Malaysia-China Kuantan Industrial Park, MCKIP maka di China ada di Qingzhou memang telah pun berlangsung lebih 10 tahun, dan di Kuantan memang banyak kilang-kilang besar terutamanya kilang besi keluli besi di Kuantan.

Maka saya mencadangkan supaya Negeri Sembilan juga mengambil peluang ini sebab MOU antara China dan Malaysia telah pun ditandatangani untuk elevate untuk menaik tarafkan konsep two country twin parks ini. Apa yang Malaysia cadangkan ialah supaya ada two country multiple parks iaitu bukan hanya terhad kepada satu taman perindustrian, tetapi dia boleh pada masa yang sama ada taman-taman perindustrian di kawasan-kawasan yang berlainan di negeri-negeri yang berlainan selain di Kuantan. Kita harap Seremban juga boleh menjadi pilihan untuk diadakan kerjasama ini untuk twin parks ini. Saya yakin MVV 2.0 ini ada tanah dan persekitaran yang cukup sesuai untuk twin parks ini dibangunkan. Dan sudah tentu pada ketika ini banyak kilang dari China sama ada dimiliki oleh syarikat-syarikat China ataupun syarikat-syarikat multinasional yang mereka mendirikan kilang di China, sedang melihat tempat ataupun negara lain untuk mereka membangunkan kilang mereka.

Iaitu mereka nak relocate oleh kerana tarif yang dikenakan kepada eksport dari negara China cukup tinggi, maka mereka melihat tempat ataupun negara lain untuk relocate dan saya yakin bahawa Malaysia akan menjadi satu pilihan utama kepada pelabur-pelabur ini. Dan maka di Negeri Sembilan saya harap ini dapat diguna dengan sebaik-baiknya dan kita juga berusaha untuk merealisasikan konsep Twin Parks ini di Negeri Sembilan, dan saya yakin pihak negara China juga akan menyambut baik dengan cadangan seperti ini. Dan saya berharap EXCO Pelaburan, EXCO Perindustrian dapat memberikan fokus dan juga perhatian kepada perkara ini.

Tuan Yang Dipertua, saya yakin bahawa konsep MVV ataupun pembangunan MVV 2.0 ini bakal mengubah wajah Negeri Sembilan. Kita akan menjadi sebuah negara negeri perindustrian yang penting dalam 5 hingga 10 tahun yang akan datang, dengan merealisasikan semua komponen-komponen ini dan apabila kita ke arah tersebut sudah tentu ia akan menyediakan pelbagai peluang pekerjaan berkualiti kepada bukan saja anak Negeri Sembilan, malah juga akan menarik ramai bakat-bakat daripada negeri-negeri lain untuk datang ke Negeri Sembilan untuk mendapatkan pekerjaan, dan setelah tentu ini akan dapat menjana ekonomi domestik kita di Negeri Sembilan dengan lebih baik.

Sudah tentu ada permintaan yang meningkat terhadap perumahan, terhadap kemudahan, terhadap jalan raya, dan sebagainya. Dan ini semua perlu kita merancang dengan baik supaya pembangunan negeri akan terus mampan bukan saja dari segi ekonomi kita meningkat tetapi dari segi kemudahan, mampu kita memberikan ruang yang secukupnya kepada pembangunan-pembangunan yang sedang berlaku ini. Jadi Tuan

Yang Dipertua, saya mengharapkan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada projek-projek pembangunan infrastruktur utama.

Saya difahamkan ada 5 jaringan lebuhraya dan jalan raya yang telah ada antara Negeri Sembilan dengan Wilayah Persekutuan dengan negeri-negeri lain bukan saja lebuhraya utara-selatan tetapi pelbagai jalan baru juga sedang dinaiktarafkan terutamanyalah antara yang menghubungkan Port Dickson dengan Putrajaya dan juga Pelabuhan Kelang. juga bakal direalisasikan dan saya harap semua pembangunan ini dapat dilaksanakan. Saya faham juga ada permintaan ada cadangan untuk membina lebuhraya antara Seremban ke Pantai Timur melalui Kuala Pilah dan Bahau, ini memang cadangan yang pernah dilontarkan sejauh mana cadangan ini telah pun dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri saya pohon ada sedikit penjelasan sebab saya juga terima banyak permintaan ataupun pertanyaan, tetapi orang ramai dia tak sedar sebenarnya Menteri Pengangkutan tak jaga jalan, saya jaga kereta je, kalau pendaftaran kenderaan itu bawah JPJ, tetapi pembangunan jalan itu bawah KKR Kementerian Kerja Raya dia bukan bawah Kementerian Pengangkutan tapi ramai yang keliru dia ingat Menteri Pengangkutan dia jaga semua projek-projek pembangunan jalan. Ia tidak sebegitu, tetapi saya harap Kerajaan Negeri juga akan dapat memberikan sedikit penjelasan terhadap cadangan pembangunan jalan lebuhraya daripada Seremban ke Bahau khususnya, kerana kita tahu bahawa sekarang ini lebuhraya karak memang sentiasa sesak dan ramai juga daripada pantai timur menggunakan jalan-jalan Negeri Sembilan sebagai alternatif untuk balik ke Lembah Klang jadi sudah tentu pada hujung minggu memang sesak teruk di kawasan Daerah Kuala Pilah dan Daerah Jempol, dan saya harap ini dapat diberikan sedikit perhatian supaya projek ini juga dapat menjadi reality.

Tuan Yang Dipertua, saya juga ingin menyentuh sedikit seperti yang telahpun dinyatakan oleh Titah Ucapan Tuanku hasil Kerajaan Negeri Sembilan telahpun meningkat dan perkara ini tahun 2024 mencatatkan jumlah hasil yang tertinggi dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan sebanyak 636 juta. Saya ucapkan Syabas dan tahniah kepada seluruh MMK dan kepada syabas dan tahniah juga kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri lah, dia sedang merekod ucapan saya, jadi saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Pegawai Kewangan Negeri kerana menguruskan kewangan dengan baik sehingga kita ada daripada defisit menjadi surplus sebanyak RM83 juta ringgit. Jadi syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kerana ini membuktikan bahawa

pengurusan kewangan kita berhemah, kita menjaga perbelanjaan kita dengan baik dan kita sentiasa berusaha untuk menambah hasil.

Ini sesuatu yang penting. Kita bukan bergantung kepada Kerajaan Persekutuan semata-mata tetapi Kerajaan Negeri sentiasa hidup berdikari, kita mencari jalan untuk menambah hasil Kerajaan Negeri dan ini sesuatu yang saya rasa adalah sesuatu parameter yang penting dari segi sebuah pentadbiran Kerajaan Negeri yang baik yang cemerlang, dan dalam perkara ini saya rasa Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencapai skor A plus dalam perkara ini. SPM pun ada A plus, ada A, ada A minus kan ini saya bagi A plus lah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerana mencapai surplus dalam pentadbiran kewangan Kerajaan Negeri Sembilan. Namun begitu namun begitu dengan adanya surplus ini sudah tentu sebagai satu pengurusan yang berhemah kita kena naikkan rezab kita, kita perlu simpan untuk masa depan, ini memang pepatah yang ataupun pengajaran yang perlu kita, kita belajar ataupun dalam pepatah orang Inggeris kita kata we must save for the rainy days. Kita perlu menyimpan untuk masa-masa kecemasan memang sesuatu yang perlu kita ada disiplin. Jangan kita ada duit, kita belanja semua. Kita mesti tabung, kita mesti simpan untuk simpanan, supaya apabila ada masa-masa kecemasan ataupun masa-masa yang seperti pandemik sebelum ini kita ada rezab kita untuk kita tambah perbelanjaan dan sebagainya, tetapi 83 juta itu saya cadang tak perlulah kita tabung semua, belanjalah sebahagiannya untuk kesejahteraan rakyat, saya bukan minta cadang untuk tambah untuk wakil rakyat tidak tetapi menambah peruntukan untuk kawasan masing-masing.

Jadi kalau 83 juta itu tak belanja separuh pun sekurang-kurangnya belanja 30% lah sebagai belanjawan tambahan untuk kita bawa peruntukan tambahan untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini bagi kepada semua kawasan untuk kita tambah peruntukan untuk kesejahteraan rakyat, untuk touchpoint-touchpoint rakyat, untuk insentif-insentif ataupun inisiatif untuk perbelanjaan rakyat. Kalau 30% pun ada 25 juta lebih kalau dibahagikan kepada 36 kawasan saya rasa setiap kawasan hampir 800 ribu tambahan boleh dapat. Semua setuju kan saya rasa, semua semua kawasan boleh dapat 36 kawasan, semua kawasan dapat mekanisme itu saya terpulang kepada kerajaan negeri macam mana nak agihkan tapi untuk kawasan-kawasan backbenchers sudah tentulah dia perlu melalui pusat khidmat rakyat ADUN masing-masing, ini sesuatu yang saya rasa memang kita harap dapat tambah supaya ia dapat mensejahterakan rakyat kerana apa saja peruntukan tambahan ini akan kembali kepada rakyat dari segi program, dari segi bantuan, dari segi inisiatif, pelbagai inisiatif boleh kita laksanakan umpamanya di kawasan saya, saya bercadang nak bagi insentif

kewangan kepada semua pelajar cemerlang SPM bagi bantuan tunai kepada semua pelajar cemerlang SPM.

Ada macam-macam dengan adanya peruntukan tambahan macam-macam insentif boleh bagi, bakal haji boleh bagi bantuan tunai kepada mereka yang pergi haji, saya minta kalau pihak kerajaan negeri ada data untuk kawasan parlimen dan seremban dan kawasan DUN Chennah, tolong bagi saya, saya nak bagi bantuan kepada bakal haji yang pergi menunaikan ibadah haji. Jadi ini sesuatu yang boleh kita laksanakan, pelajar cemerlang SPM, pelajar cemerlang STPM, bagi sedikit insentif bantuan kepada mereka sebagai dorongan dan galakan kerana ramai yang bukan sahaja dorongan, dia juga ringankan beban mereka kerana beban nak pergi ke institusi pengajian tinggi sudah tentunya memakan belanja yang lebih banyak dapat meringankan beban ibu bapa mereka ini sesuatu yang saya rasa boleh kita laksanakan dengan pelbagai inisiatif tambahan hasil daripada pengurusan kewangan yang baik yang dibawa oleh pentadbiran kerajaan negeri. Jadi saya harap ini dapat dipertimbangkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya rasa beliau amat memahami permintaan daripada Wakil Rakyat dan harapan daripada Wakil Rakyat adun-adun kerana beliau juga pernah menjadi adun banyak penggal backbenchers sebagai pembangkang dia tahu permintaan daripada rakyat dan harapan daripada pengundi-pengundi dan kita harap ini dapat kita bantu untuk memastikan kesejahteraan pembangunan yang baik dan pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan negeri dapat dirasai oleh rakyat di seluruh pelusuk Negeri Sembilan. Dan saya juga berharap bahawa bukan sahaja insentif ataupun inisiatif-inisiatif kesejahteraan rakyat tetapi dari segi pembangunan infrastruktur, dia dapat ditambah peruntukan untuk belanjawan tahun-tahun yang akan datang termasuklah tapak-tapak riadah. Saya cukup bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Johol tadi, setiap kawasan mesti ada tapak riadah yang baik untuk rakyat.

Dalam Negeri Sembilan ini kita mesti ada sesuatu yang mengutamakan kualiti kualiti kehidupan quality of life sebab di Negeri Sembilan ini duduk Negeri Sembilan ini lain dengan duduk di Lembah Kelang. Duduk di Lembah Kelang tiap-tiap hari kesesakan, tiap-tiap hari ada tekanan kehidupan, tapi Negeri Sembilan ini kita mesti menawarkan satu kehidupan yang berlainan. Kita dekat dengan Lembah Kelang, kita boleh pergi ulang-alik Kuala Lumpur ni sekejap sahaja tapi pada masa yang sama yang duduk di Negeri Sembilan ini kita ada quality of life yang lebih baik, ada tempat riadah yang cantik, ada tempat riadah yang selesa di semua kawasan. Kita bukan minta satu dua di kawasan besar sahaja kalau dulu-dulu memang Lake Gardens menjadi pilihan semua orang sekarang ini Lake Gardens ada di Seremban 2 ada, tetapi ini di kawasan

bandar tetapi saya berharap tapak-tapak riadah ini dapat diperbanyakkan dapat dirakyatkan di semua kawasan-kawasan supaya kawasan luar bandar pun ataupun jauh daripada Seremban pun mereka mempunyai kemudahan yang baik.

Apa yang saya maksudkan bukan sahaja setakat taman permainan. Baru-baru ini saya ada mengusahakan bersama-sama dengan Yang Berhormat Lobak dengan Yang Berhormat Nilai. Kita di Lobak ada Dataran Lobak sekarang kita menggunakan padang MBS Majlis Bandaraya yang dulu sebuah padang sahaja. Kita pohon peruntukan daripada KPKT naikkan naik taraf menjadi sebuah dataran menjadi tempat riadah bukan sahaja untuk bersukan tetapi untuk beriadah untuk keluarga ada taman permainan dia ada tapak perhiasan untuk musim-musim perayaan yang menjadi minat ramai orang untuk datang beriadah pada waktu petang. Begitu juga di Mantin baru-baru ini kita telah naik tarafkan satu kawasan lapang daripada satu kawasan lapang yang saya difahamkan ada sedikit isu tanah saya harap pihak kerajaan negeri boleh bantu selesaikan itu tanah rizab di bawah PTG, tetapi tujuannya bukan untuk komersial tujuannya untuk menaik taraf sebagai satu tempat riadah yang dipanggil sebagai Dataran Mantin yang begitu popular kita letak sedikit equipment untuk gym untuk taman permainan dan hiaskan tempat itu, cantikkan tempat itu ada dia punya track, jogging dan sebagainya menjadi satu tempat yang begitu popular di kawasan tersebut sebab memang kemudahan-kemudahan ini di kawasan luar bandar terutamanya di kampung-kampung, kampung baru dan sebagainya memang tak pernah ada sekarang kita adakan kemudahan ini bawa kemudahan ini sampai kepada persekitaran dan juga kepada kejiranan mereka. Saya rasa ini sesuatu yang sangat dihargai oleh masyarakat setempat dan saya berharap tapak riadah seperti ini diadakan di semua kawasan.

Kalau kita ada 36 kawasan DUN setiap kawasan DUN wajib mesti sekurang-kurangnya ada satu tapak yang boleh dibanggakan, satu yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tersebut. Jadi saya berharap Chennah pun kalau DUN Chennah, kita kenal pasti ada kawasan mana yang boleh kita naik tarafkan saya pohon Majlis Daerah Jelebu untuk lihat mana satu kawasan yang ada kawasan luas ataupun kawasan lapang yang boleh naik tarafkan sebagai satu taman riadah. Ini sesuatu yang saya harap dapat kita realisasikan secara bersama, kerana di kawasan-kawasan luar bandar ini kemudahan baru ini memang dihargai. Baru-baru ini di Pekan Titi ada buka Pasaraya Econsave. Begitu ramai orang pergi walaupun dia ada sedikit kesan kepada peniaga kecil dan peniaga pasar, tetapi ini kemudahan baru yang saya rasa perlu kita alu-alukan dan sebagainya.

Jadi saya berharap Tuan Yang Dipertua, cadangan-cadangan ini dapat diberikan perhatian, diberikan pertimbangan oleh pihak kerajaan negeri khususnya oleh MMK supaya kita dapat membawa kesejahteraan ini terus kepada rakyat dan saya berharap Tuan Yang Dipertua, atas kerjasama ini, Negeri Sembilan akan terus sejahtera. Terus maju ke hadapan dan saya yakin dengan perancangan kerjasama yang baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri banyak lagi pembangunan dan kemajuan bakal direalisasikan di Negeri Sembilan dan dengan kata-kata itu saya mohon menyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat DUN Johol dan saya menyokong penuh usaha yang dibawa oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Labu. Nanti kejap, sekarang usul ni dah ada pencadang, dah ada penyokong, jadi saya buka kepada perbahasan, jadi saya jemput Yang Berhormat Labu.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, yang saya hormati Yang Berbahagia Dato' Speaker Dewan Undangan Negeri, semua sahabat ADUN Dewan Undangan Negeri serta pemerhati-pemerhati dari jabatan-jabatan Kerajaan yang hadir pada hari ini. Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera pada semua sahabat dan pemerhati yang bukan beragama Islam. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk Labu, pada penduduk Negeri Sembilan dan semua hadirin dalam Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dato’ Yang Dipertua, berdirinya saya di Dewan yang mulia ini adalah untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai ADUN dan juga sebagai pihak pengimbang Kerajaan dalam memastikan rakyat Negeri Sembilan ini dapat menjalani kehidupan dengan lebih harmoni dalam segala aspek kehidupan harian. Dato' Yang Dipertua, saya telah menerima aduan bahawa terdapat masjid di kawasan Labu yang telah melantik ahli jawatankuasa masjid berstatus bankrup. Walaupun telah ada laporan dibuat kepada Jabatan Agama Negeri Sembilan namun tiada tindakan diambil serius sehingga saya sendiri menulis surat kepada Jabatan Agama Islam dan alhamdulillah pada 21 April 2025 Jabatan Agama telah menggantung semua jawatankuasa ahli masjid berkenaan. Cuma Dato' Yang Dipertua, alasan penggantungan oleh Jabatan Agama adalah berbunyi berdasarkan aduan pelbagai pihak yang diterima dan siasatan awal oleh pihak Jabatan mendapati pelbagai konflik yang serius berlaku dalam kalangan ahli jawatankuasa masjid sehingga menjejaskan pentadbiran masjid dan tidak dapat berjalan dengan lancar.

Dato' Yang Dipertua semua situasi yang dikatakan oleh Jabatan Agama itu adalah benar kecuali mereka menafikan kesilapan daripada pihak Jabatan Agama sendiri yang melantik jawatankuasa masjid daripada mereka yang berstatus bankrup. Hal ini serius tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitkan urusan kecekapan dan ketelusan pentadbiran. Secara langsung ia memperlihatkan kelemahan pentadbiran yang lalai dan sambil lewa dalam hal melibatkan agama Islam khasnya. Adakah tapisan ini tidak dilakukan. Tadi saya mendengar berkata, Pertang bahawa lantikan daripada JPKK ataupun urusan kewangan adalah telus ditapis, tapi saya agak hairan mengapa lantikan jawatankuasa masjid di Labu hanya tiga lantikan sahaja iaitu Pengerusi, Setiausaha dan juga Bendahari dilakukan tidak tertib. Mengapa seorang yang bankrup dilantik? Dato' Yang Dipertua, dalam isu ini masalah di masjid ini saya tidak mahu menyebut kawasan masjid mana satu, setiausaha masjid pula melantik seorang setiausaha, penolong setiausaha, untuk buka akaun bank kerana setiausaha itu adalah seorang yang bankrup. Boleh pula setiausaha melantik penolong dan bank pula benarkan. Apa masalah yang berlaku di masjid ini Dato' Yang Dipertua, bila melantik seorang yang bankrup setiausaha yang bankrup beliau saya melihat satu mesej beliau kepada imam di masjid berkenaan dengan tulis bunyi lepas ni kau pergilah jual goreng pisang. Jadi inilah punca kesilapan adalah daripada jabatan agama tetapi Jabatan Agama Islam sendiri tidak mahu bertanggungjawab bila pihak masjid bertanyakan dia cakap masjid ni selalu menghadapi masalah yang ni. Jadi portfolio ni adalah portfolio Sikamat, jadi saya harap Yang Berhormat Sikamat dapat memastikan perkara serupa ini tidak lagi berlaku ini adalah perkara kecil jadi jangan harap saya mengharapkan tiada urusan besar di pihak kerajaan negeri berlaku kesilapan yang serupa.

Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya mengambil perhatian serius dengan jalan jalan sesak di waktu puncak khususnya di sekitar Labu dan Nilai. Pertambahan penduduk pertambahan penduduk kesan pembangunan di sekitar Nilai di Bandar Enstek yang juga disebabkan di dalam kawasan Labu dan Nilai ini adalah disebabkan bersempadan dengan kawasan Negeri Selangor. Ditambah ramai penduduk yang menetap di kawasan ini juga bekerja di Selangor, ia juga menyebabkan ia turut menyebabkan pertambahan kenderaan yang tinggi ketika waktu puncak. Peningkatan aliran trafik telah menyebabkan beberapa jalan utama sesak. Jalan lama antara Pekan Salak ke Persimpangan Taman Cempaka iaitu di kawasan trafik light Kampung Kubang dan Persimpangan Tiga Labu Nilai telah mengalami situasi aliran trafik yang sesak dalam jarak yang panjang hingga memakan masa hampir 40 minit dalam lingkungan dalam satu kilometer sahaja.

Dato’ Yang Dipertua, saya memohon kepada Nilai sebagai EXCO yang berkenaan jangan hanya memberi tumpuan ke kawasan Nilai sahaja beliau bertanggungjawab keseluruhan dalam Majlis Perbandaran Seremban. Kalau kita lihat di kawasan Nilai waktu-waktu puncak disebelah petang terutama di Labu daripada Kota Seri Mas sehingga ke traffic light Kampung Kubang dalam jarak 500 ke 1 kilometer memakan masa 40 minit kerana tiada jalan baru cadangan untuk membesarkan laluan bila tiba di trafik light takde laluan lorong memberi laluan, jadi ini menyebabkan masalah yang serius di kawasan Labu dan saya rasa yakin perkara yang sama juga berlaku di kawasan Nilai pada Nilai sebenarnya kereta saya tengok media sosial Nilai kereta yang u-turn itu sebenarnya bukan u-turn punca jam, mereka u-turn adalah sebab berlakunya kesesakan di hadapan jadi sebagai ADUN Nilai dan juga EXCO Kerajaan Tempatan saya mohon tindakan segera dapat diambil untuk memastikan jalan-jalan utama di sekitar bandar Seremban pada waktu puncak dapat diatasi kesesakan dan memberi satu keselesaan kepada pengguna.

Dato' Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyentuh sedikit berkenaan rumah Prima Rantau. Saya menerima aduan daripada penduduk daripada Prima Rantau. Mereka telah membeli rumah ini pada tahun 2017 dan sepatutnya mereka dapat menerima kunci pada 2019 tapi sehingga ke hari ini mereka masih lagi tidak menerima kunci. Dato' Yang Dipertua, melalui laporan yang saya terima, sejak 2022 perkembangan pembinaan di tapak rojek ini telah mencapai 90% tapi dalam tempoh 3 tahun, 10% tidak dapat diselesaikan Dato' Yang Dipertua, dalam penduduk yang membeli taman perumahan ini ada yang telah bercerai-berai yang telah meninggal dunia tapi masih lagi tidak menerima kunci. Jadi pihak Prima juga telah mencadangkan atau saya pergi ke HQ Prima dah melihat sudah ada fasa 2 sedangkan fasa 1 tidak selesai lagi. Jadi saya mohon kepada kerajaan negeri selepas daripada ini dapat memantau projek-projek perumahan terutamanya yang melibatkan daripada agensi kerajaan ini. Memang tujuannya baik adalah untuk memastikan semua rakyat di Negeri Sembilan dapat memiliki rumah idaman tapi janganlah ia menjadi pula igauan buruk kepada mereka kerana jika mereka ini biasanya adalah daripada golongan B40 dalam tempoh yang sama, mereka juga terpaksa menyewa sehingga rumah yang mereka beli itu siap, kalau rumah yang mereka beli itu dah hampir 7 tahun tak siap, mereka mempunyai 2 kos iaitu membayar sewa dan juga yang keduanya membayar pinjaman daripada agensi-agensi pinjaman seperti bank ataupun agensi pinjaman yang lain, dengan bayaran penuh jadi itu sudah tentu memberi satu kesan kewangan kepada mereka. Jadi saya mengharapkan Yang Berhormat Sikamat, ADUN Nilai dapat membantu memastikan selepas daripada ini apa saja

projek perumahan yang melibatkan kerajaan negeri ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin tanpa membebankan rakyat.

Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin sekali lagi membangkitkan isu vape. Rakyat kini tertanya-tanya adakah Menteri Besar Negeri Sembilan sedang menutup mata tentang ancaman kesihatan awam yang semakin membarah di negeri ini. Pada awal saya sebagai ADUN berucap dalam sidang ini saya telah menekankan tapi nampaknya tak ada usaha daripada pihak kerajaan negeri dan mereka tidak mengambil serius tentang isu vape ni. Meskipun Sultan Pahang telah memberi amaran keras mengenai bahaya vape kepada belia negara ini dan kerajaan Terengganu telah menetapkan larangan sepenuhnya mulai Ogos, Negeri Sembilan seolah-olah masih lena dibuang mimpi. Tadi Yang Berhormat Sikamat ada mengatakan bahawa biarlah negeri itu buat kita akan follow. Ini Terengganu dah buat jadi saya harap Negeri Sembilan dapat follow memberi…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

itu isu lain

Isu sama, tak apa saya teruskan, dapat memberi tumpuan dapat memberi tumpuan dan mengambil berat tentang isu vape ni. Persoalan kini adalah dimanakah suara dan tindakan kerajaan negeri mengapa walaupun perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali di Dewan Yang Mulia ini, kerajaan negeri masih tidak mengambil apa-apa tindakan tegas walaupun isu ini telah menjadi satu ancaman kepada belia di negara ini. Adakah wujud kepentingan tersebunyi di sebalik kewujudan-kewujudan kedai ini. Pelajar dan ibu bapa dari seluruh Negeri Sembilan termasuk daripada Seremban, Rembau, Port Dickson, Tampin, Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah meluahkan kebimbangan bahawa budaya vape ini akan menghancurkan generasi muda.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, izin.

jika tidak dibentas segera.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

minta izin, bilo tu dua kali tu?

Apa dia?

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

bila dua kali tu dalam Dewan?

kali pertama boleh rujuk balik, kali pertama saya ada cakap kali pertama saya menjadi ADUN, so mungkin jadi saya rasa mungkin Yang Berhormat Sikamat bila ketua pembangkang bercakap tu dia tak nak dongar tu, mungkin boleh rujuk balik pada SUK Negeri tu,

insya-Allah, takpa tok saya saya teruskan. Dato' Yang Dipertua, saya mendesak Yang Dipertuan, Yang Berhormat Sikamat tidak lagi berdiam diri dan mengambil contoh daripada kerajaan Terengganu yang telah menunjukkan kepimpinan tegas dalam isu ini. ADUN Nilai pula harus menjelaskan mengapa beliau gagal menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat dalam menangani isu kewujudan pelbagai aktiviti perniagaan yang salah di sisi undang-undang. Pendedahan dan aduan telah dilakukan pelbagai pihak tetapi tindakan seolah cukup syarat. Bila ada aduan, ada tindakan, tapi lepas dua ke tiga minggu dibuka semula. Termasuklah isu-isu berkenaan mesin-mesin judi ni. Belia di luar sana terdedah kepada satu ancaman yang mereka sendiri tidak jangka kesan kepada masa depan mereka. Mereka beranggapan menghisap vape lebih selamat dari merokok dan menganggap ini adalah trend untuk kelihatan lebih moden tetapi mereka sebenarnya telah terdedah kepada satu malapetaka yang mampu menghancurkan kehidupan mereka.

Dato’ Yang Dipertua, kesan daripada vape ni pelbagai rintihan yang telah saya dengar dan saya lihat. Dulu anak-anak menghormati ibu bapa mereka, kini berani menengking malah ada yang berani mengangkat tangan. Mungkin Yang Berhormat Sikamat gelak tapi kita belum kena diri-diri di diri kita sendiri. Tadi saya ada bercakap dengan ADUN Jeram Padang di Palong 2 satu situasi berlaku anak tu ajak ayah dia bertumbuk, sebab ayah dia dah tahu anak dia hisap vape, control letak dalam rumah, dia tak boleh control ketagihan dan akhirnya beliau bertindak ajak ayah dia bertumbuk. Mungkin dalam media sosial yang lepas kita ada tengok seorang anak menikam ibunya sehingga meninggal. Jadi inilah vape ni lebih bahaya daripada dadah kerana, yang mereka hisap ada satu campuran bagi saya campuran racun dan juga mungkin narkotik yang lain. Jadi saya harap…

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

mohon mencelah boleh Labu? mohon mencelah boleh?

boleh… boleh.

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

okey terima kasih. Sebenarnya isu vape yang sebenarnya tak ada masalah sangat, tapi isu dia sebenarnya isu mushroom. Kalau isu mushroom ni saya sebenarnya terlibat juga dengan AADK dan isu mushroom ni, dia vape biasa tak ada masalah kebanyakan ada juga YB yang hisap vape, tapi tak ada masalah pun.

YB ADUN ( ): betul betul

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Tapi dia isu dia mushroom tu cuma tindakan penguatkuasaan di peringkat AADK atau polis narkotik untuk kita

memantau isu mushroom ni, dan ni Labu sendiri ingat, kalau mushroom ni kalau orang hisap mushroom dia tak pegang pisau pun dia tak larat tau, yang nak ajak bertumbuk nak ajak membunuh tu biasanya dia ice atau, apa dia panggil tu? syabu aaa… atau syabu

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat…

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

kalau mushroom ni dia nak pegang pun dia tak boleh, pisau pun…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

Memang dia tak larat dah, terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat sekejap, apa tu mushroom tu?

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

aaa… mushroom tu sejenis dadah sintetik yang dicampur kepada vape, tapi bukan bukan vape biasa yang jual kat kedai tu dia sejenis dadah sintetik yang dicampur kepada vape ni dan saya rasa di peringkat parlimen pun dah dibawa tentang penguatkuasaan mushroom ni.

Yang Dipertua Dewan

ya…terima kasih

Tuan Suhaimizan bin BizarUMNO · BNGemencheh

tapi penguatkuasaan tu mungkin belum berlaku lagi lah.

Yang Dipertua Dewan

terima kasih, taklimat pakar dah tu…

terima kasih Gemencheh.

Yang Dipertua Dewan

ok, teruskan

terima kasih Gemencheh, tapi itulah yang saya cakap tadi vape ni kadang-kadang dia punya peralatan yang digunakan untuk menghisap, tapi kalau tak ada vape tu, dia tak payahlah masuk dia punya flavor apa-apa, tapi saya betulkan sebenarnya mushroom dia bukannya dadah sintetik dia sebenarnya…

Yang Dipertua Dewan

Teruskan Yang Berhormat.

Kalau, kalau-kalau dibawa kepada narkotik pun sebenarnya dia takda akta , jadi itu yang lebih lebih bahaya. Dato’ Yang Dipertua…

Mohon mencelah sikit lah Labu, sikit je pasal tadi vape. Setujukah Labu, sebenarnya apa yang disampaikan oleh Labu tadi, pencegahan perkara-perkara yang disebutkan oleh Labu tadi adalah tanggungjawab kita bersama bukan nak menyalahkan Sikamat, salah siapa, kita sebagai pemimpin adalah tanggungjawab kita bersama-sama untuk membuat pencegahan setuju tak Labu benda tu?

Saya setuju, sebab tu saya rasa saya satu-satunya ADUN daripada Negeri Sembilan ni yang berani masuk ke premis judi ni baru-baru ni kan untuk menentang. Jadi sebab tu saya juga bawa isu ni di sidang DUN hari ni, sebab saya tengok takda di pihak kerajaan takda siapa yang menyuarakan kecuali ada sahabat saya, saya lupa ada bawa isu vape yang haritulah tapi takpalah Yang Berhormat Johol. Apapun tujuan saya adalah untuk memastikan keselamatan belia-belia kita di Negeri Sembilan, kita tak nak pihak yang dulu menjual dadah ni dia kena faham ni dia dulu dijual dadah tapi kalau dia kena tangkap dihukum gantung tapi untungnya 10 ribu, tapi hari ni dia jual mushroom dia kena tangkap untungnya 10 ribu, tapi takda akta untuk sabitkan dia, jadi itu yang lebih bahaya sebab mereka mendapat keuntungan tapi tindakan tak ada.

Jadi seterusnya Dato' Yang Dipertua, satu perkara lagi yang saya bangkitkan adalah Dato' Yang Dipertua, saya mendapat aduan saya tertarik dengan Chennah pelaburan di Negeri Sembilan dan saya amat menyokong pelaburan itu satu manfaat yang baik kepada penduduk di Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun Dato' Yang Dipertua, baru-baru ni viral jugak satu perkara bagi saya agak mengejutkan sepatutnya pelaburan di negeri ni memberi manfaat dan keuntungan kepada kerajaan di Negeri Sembilan. Pada 6 Februari 2025 satu operasi bersepadu oleh Yang Berhormat Repah telah mengejutkan kita dimana seramai 103 orang pekerja asing telah ditahan dan 13 pekerja adalah warganegara China yang bekerja dengan menggunakan pas lawatan sosial. Tahniah kepada saya ucapkan kepada Repah. Dato' Yang Dipertua saya juga difahamkan JTK dan Majlis Perbandaran Port Dickson juga bersama dalam operasi tersebut. Apa yang mengejutkan satu penginapan berpusat CLQ Centralized Labour Quarters beroperasi tanpa kelulusan daripada Majlis Perbandaran Port Dickson serta tanpa mengikut peraturan JTK. Dato’ Yang Dipertua, tapak projek ini telah ditutup oleh CIDB pada 12 Februari 2025 dengan kesalahan, saya bacakan notis kesalahan melanggar substation 33D (1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520) yang memperuntukkan seseorang tidak boleh berurusan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan bahan binaan yang dinyatakan dalam jadual keempat melainkan jika bahan binaan itu telah diperakukan oleh Lembaga.

Sebab-sebab penutupan tapak tersebut adalah kerana penggunaan barang-barang pembinaan yang tidak berkualiti mengikut akta 520 dan pekerja-pekerja pembinaan mengikut akta 520. Bahan binaan yang sering dikaitkan dalam projek ini adalah barang-barang perancah dan juga structure dengan izin scaffolding dalam video kita boleh lihat dalam video aktivis tersebut satu satu video aktivis boleh nampak dengan jelas structure-structure yang digunakan adalah structure-structure yang bukan daripada Malaysia. Hari ini saya tidak mahu berbahas tentang perancah, perancah karat, tapi saya ingin ini bukan dalam bidang saya mungkin itu urusan CIDB tapi apa yang saya ingin menyatakan di sini ialah kerajaan Malaysia dan juga negeri mungkin kehilangan perolehan yang sangat besar dari ujian barang-barang perancah tersebut. Apa yang ditekankan di dalam pindaan akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan CIDB adalah pematuhan terhadap standard bahan binaan yang telah ditetapkan. Salah satu peruntukan dalam pindaan itu adalah bahan binaan mesti mematuhi piawaian mandatori tertentu. Objektif adalah untuk memastikan pematuhan kepada standard Malaysia dan untuk mengelakkan produk yang tidak berkualiti. Kastam Diraja Malaysia juga melalui perintah kastam larangan mengenai import 1998 di bawah akta kastam 1967 telah melarang import bahan binaan yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan oleh CIDB.

Dato' Yang Dipertua, persoalannya bagaimana barang-barang perancah yang digunakan dalam projek ini dibawa masuk dari negara China walaupun kualiti barang-barang tersebut sangat teruk? Adakah pemaju atau kontraktor mempunyai sebarang kelulusan dari CIDB untuk mengimport barang-barang perancah tersebut ke Malaysia bagi penggunaan dalam projek tersebut. Tambahan lagi jenis dan struktur barang-barang binaan itu tidak dimiliki oleh sebarang kontraktor ataupun pembekal perancah di Malaysia. Dato' Yang Dipertua, bagi membawa barang bagi membawa masuk barang-barang pembinaan ke Malaysia ada 8 kaedah yang patut diikuti oleh pengimport maupun kontraktor keterangan proses adalah seperti berikut. Proses pertama, kelulusan makmal tempatan atau asing yang dicadang oleh pengimport makmal tersebut hendaklah ditauliahkan oleh badan ISO IEC 17025 dan ISO/EC 17020. Proses kedua, pensampelan dalam negara ataupun luar negara. Laporan pensampelan hendaklah dikemukakan kepada CIDB untuk ujian sama ada di luar negara atau negara. Proses ketiga, makmal dan melakukan ujian penuh sampel mengikut standard yang ditetapkan.

Dato' Yang Dipertua, keseluruhan ada 8 jenis proses, saya percaya saya berpendapat bukan senang untuk bawa bawa barang-barang ni masuk ke Malaysia, saya percaya ini adalah kerana CIDB dan kerajaan mahu pastikan bahan binaan yang digunakan mempunyai kualiti yang tinggi. Persoalannya Dato' Yang Dipertua, selepas 7 hari CIDB membenarkan

balik kawasan projek ni beroperasi iaitu CIDB memberi akujanji kepada syarikat itu untuk melakukan proses-proses yang saya beritahu tadi dan telah mengenakan denda lebih kurang dalam RM80,000. Dalam tempoh akujanji ini syarikat berkenaan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa. Jadi jelas di sini ada kesalahan itu menggunakan barang binaan yang tidak mengikut spek CIDB tapi kini CIDB membenarkan pula kembali projek berkenaan berjalan seperti biasa dengan akujanji yang mereka telah buat iaitu pemaju ataupun kontraktor akan menanggung apa saja risiko yang berlaku di tapak berkenaan dalam tempoh sehingga mereka mendapat kelulusan daripada pihak CIDB ataupun daripada pihak yang melakukan pensampelan.

Dato' Yang Dipertua, saya harap dalam tempoh ni Yang Berhormat Sikamat sebagai ahli parlimen jangan pergi ke kawasan projek yang berkenaan sebab kalau berlaku apa-apa kemalangan saya rasa insurans pun mungkin tak cover dan juga kalau pekerja yang bekerja dalam tapak projek yang berkenaan juga terikat mempunyai risiko keselamatan. Dato' Yang Dipertua…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

boleh izin?

Aminuddin Bin HarunPKR · PHSikamat

ok Dato' Yang Dipertua kita tahu apabila ada siasatan apabila tempoh tu dalam siasatan sebab tu ditutup, lepas tu apabila pihak berkuasa rasa dia boleh memulakan mula semula dia mulakan lah itu peraturan biasalah. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Boto Yang Berhormat Sikamat saya memang sokong bila ada peraturan tu harus diikuti. Ini bukan projek bukak kedai burger ataupun bukak carwash, ini pelaburan yang masuk daripada negara untuk menambah ekonomi negara. Jadi apa yang kita dapat kalau perancah-perancah bahan-bahan binaan ni dibawa masuk ke negara ni tidak mengikut…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato' Yang Dipertua, saya rasa masih dalam siasatan…

Takpa-takpa, saya teruskan…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Isu masih dalam siasatan

Saya tak benarkan Dato’ Yang Dipertua teruskan dulu…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Isu masih dalam siasatan, kenapa dia mendahului Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Baik, aaa…. bagi saya siasatan tu dah selesai sebabkan CIDB dah mengambil tindakan dan telah menyita, menutup kawasan tu jadi persoalannya, persoalannya adalah Yang Berhormat Sikamat persoalannya adalah kita harus memastikan jabatan-jabatan kerajaan seperti CIDB ni sentiasa memantau tempat-tempat pelaburan ni, kita tak nak mereka mereka datang sebagai pelabur adalah untuk memberi manfaat kepada negara ni. Tapi jika mereka membawa masuk barang-barang yang tidak mengikut spek ditetapkan bayangkan kita kerugian mungkin berjuta ringgit sebab mereka tidak melalui proses yang betul, itu yang saya maksudkan. Saya tidak mahu menuduh tapi ini adalah inilah kita bincangkan di Dewan DUN, supaya ada perkara-perkara yang mungkin tidak di bawah pengetahuan Yang Berhormat Sikamat kita bawa dalam sidang DUN supaya pelaburan-pelaburan pada masa depan tidak berlaku kesalahan-kesalahan seperti ini. Jadi saya harap projek ini dapat dipantau…

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat…

Ada satu tindakan diambil supaya projek ini dipantau balik kualiti pembinaannya daripada bahan-bahan yang digunakan agar ia tidak merisikokan kepada pengguna pada-pada masa akan datang.

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat…

Lagi satu Dato’ Yang Dipertua,

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat…masa dah cukup dah.

Saya habiskan saya hanya dalam satu minit lagi Dato' Yang Dipertua, mungkin di Parlimen apa, Majlis Perbandaran Port Dickson ni special sikit Dato' Yang Dipertua, sebab…

Yang Dipertua Dewan

kita jangan buat andaianlah macam tu…

tak, tak, tak ini ruang saya insya-Allah saya cuba mengelakkan…

Yang Dipertua Dewan

bawak bukti, jangan buat andaian… cakap saja apa yang nak cakap.

baik. Dato' Yang Dipertua, di Majlis Perbandaran Port Dickson ini dia special sikit. Papan Tanda Dwi Bahasa dibenarkan atas

alasan ramai pelancong Cina melawat kampung berkenaan. Dulu 2017 ini dalam media 2017 mereka telah menggunakan Papan Tanda Berbahasa Cina kemudian ada perbincangan dan akhirnya Majlis Perbandaran Port Dickson memberi kebenaran khas kepada kampung ni dengan alasan bahawa kampung ni selalu dikunjungi oleh warga Cina dan akhirnya kebenaran menggunakan Signboard Dwi Bahasa itu dibenarkan, tapi kalau kita pergi ke China Dato' Yang Dipertua, takdo Bahaso Melayu do.. kau datang negaro kita pandai-pandai lah, tak apa, tapi inilah keistimewaan hanya diberi kebenaran khas ni memang di Parlimen Port Dickson saja. Jadi saya mohon lah kepada semua yang lain boleh dapat kebenaran khas.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Dato’ Yang Dipertua, izin boleh? Izin…

banyak bona ni…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

izin boleh? kampung tu pun nama kampung baru Cina…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

takkan nak tulis bahasa tulis Jawi

itulah… itu yang… jangan topuk ni malu, sebab mengikut Undang-Undang Kecil 1996 MPPD Papan Tanda Jalan dan Iklan perlu menggunakan Bahasa Melayu.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

sebab tu saya buat pembetulan Dato' Yang Dipertua, mohon saya izin Dato' Yang Dipertua, saya buat pembetulan sebelum ni tahun 2016, 2017, tu tulis Cina tak bising pulak, ketika tu tulis Cina semua, jadi datanglah Bersatu, kata kenapa tulis Cina, saya tu ubah lah sikit. Orang situ pun bukan semua boleh baca Melayu, tulis dua Bahasa, salah ke dua Bahasa? kalau tulis kat kedai tu pun ada tulis Cina ada tulis Melayu. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

jadi itulah kelebihannya hanya di Port Dickson saja. Jadi satu lagi Dato' Yang Dipertua…aaa

Yang Dipertua Dewan

Yang Berhormat, dah lama dah lepas masa…

dah habis dah Dato' Yang Dipertua, itu saja Dato' Yang Dipertua, biasalah kalau saya kalau saya mula banyak tanya soalan kepada Yang Berhormat Sikamat, memang keno potong kan…

Yang Dipertua Dewan

ok terima kasih…

jadi tak apa Dato' Yang Dipertua, cuma Dato' Yang Dipertua, saya nak beritahu…

Yang Dipertua Dewan

eh dah habis, apa pulak ni….

di Perak Dato' Yang Dipertua, Ketua Pembangkang diberi berucap 45 minit Dato' Yang Dipertua, cuma di Negeri Sembilan ni masa agak terhad…

Yang Dipertua Dewan

dah lama dah Ketua Pembangkang saya dah kasih dah…

insya'Allah saya harap Dato' Yang Dipertua dapat pertimbangkan mengikut negeri yang lain…

Yang Dipertua Dewan

nanti sekejap, saya tengah bercakap ni, Labu, Labu, sekejap. Saya kasi peluang, Yang Berhormat yang lain saya kasi 20 minit, ni dah hampir setengah jam jangan kata saya tak beri peluang.

saya tengok Chennah dia cakap dia hampir 40 minit Dato' Yang Dipertua. Saya tengok jam tadi tak apa Dato' Yang Dipertua terima kasih apa pun terima kasih

Yang Dipertua Dewan

saya…

jadi Dato' Yang Dipertua saya labu mohon

Yang Dipertua Dewan

Labu Labu dengar saya nak cakap dulu, saya tak mahu kamu langgar semua perkara, masa saya pun jaga sini jangan kamu pertikai saya jaga masa dengan perkataan kamu tu, hormat apa ni… Yang Dipertua sini yang jaga masa jugak. Jadi cepatkan hujah kamu dan kita boleh lepas ni boleh berehat.

aaa…boleh mencelah sikit Dato' Yang Dipertu, saya nak mencelah sikit boleh tak?

Yang Dipertua Dewan

mencelah boleh… nak mencelah lagi lama.

ok saya nak tanya tentang papan tanda, saya ada terambil gambar projek SP… SPD Tech Valley bawahnya Cina tapi takda Bahasa Melayu, ini kena tengok balik lah sebagai nyata, dinyatakan oleh Ketua Pembangkang kita, adakah PBT dia punya, dia punya, dia punya,

undang-undang dia, mesti ada Bahasa Melayu sepatutnya, tapi kita tengok papan tanda dalam projek SPD Tech Valley ya, dia bawahnya Cina tak ada Melayu lah, kena check balik benda-benda tu, adakah ada kelonggaran atau bagaimana.

baik Dato' Yang Dipertua.

Yang Dipertua Dewan

ok…

itulah yang…

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang tu minta bagi bukti lah, yang SPD tu bagi bukti.

saya akan bagi bukti.

Baik Dato' Yang Dipertua, saya mohon maaf kalau tadi melukakan Dato' hati Dato' Yang Dipertua, tapi cuma saya nak beritahu Dato' Yang Dipertua, kalau boleh kita tetapkan lah Ketua Pembangkang ni dapat berucap lama sikit, kan tadi jadi mungkin masa yang ditetapkan tu dapat ditambah.

Yang Dipertua Dewan

Dah lama pun…

Saya saya menghargai

Yang Dipertua Dewan

saya dah beri pun…

masa lebih… yang diberi oleh Dato'

Yang Dipertua Dewan

saya dah beri pun, bukan sekarang, patutnya saya diam tadi dah lama dah 10 minit dah lepas.

baik, baik….

Yang Dipertua Dewan

Jadi sekarang ni saya minta tadi patutnya kita cepat lah jangan lah bawak vape punya cerita sampai setengah jam.

Tak apa Dato' Yang Dipertua boleh jadi Dato' Yang Dipertua, akhir sekali Dato' Yang Dipertua, Labu mohon menjunjung kasih atas ucapan titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Labu. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita akan berehat, sebentar lagi kita akan tangguh mesyuarat dewan dan kita akan sambung semula pada pukul, jam jam 2.30 boleh? Boleh ya? 2.30 petang. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.14 petang]

[Persidangan disambung semula pada jam 2.40 petang]

[Setiausaha Dewan: mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]

Yang Dipertua Dewan

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Duduk. Saya jemput Yang Berhormat Seremban Jaya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Konsep oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salam bersih muafakat sejahtera prinsip oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin. Okey. Dato’ Yang Dipertua saya dengan penuh rasa tanggungjawab dan penghormatan, bangun menyatakan sokongan terhadap usul menjunjung kasih, atas titah ucapan Diraja yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-15 pada 24 April 2025 yang lalu. Saya mahu terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua beri peluang kepada berbahas dalam dewan yang mulia ini. Terima kasih Dato’. Itu angkat tangan sampai masa sikit. Sesungguhnya titah Tuanku yang penuh karisma itu telah memberikan garis panduan yang jelas kepada kita semua ke arah kemajuan kesejahteraan dan kemakmuran yang seluruh.

Dato’ Yang Dipertua, pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan atas titah, ucapan yang menyentuh pelbagai perkara penting untuk negeri dan rakyat kita. Antaranya prestasi ekonomi dan kewangan negeri yang menunjukkan peningkatkan yang lebih tinggi dan berjaya mengutip hasil negeri yang tertinggi dalam sejarah pada tahun 2024 iaitu RM636.17 juta. Tak ada orang tepuk tangan saya sendiri. Okey. aaa… saya punya kawan rapat ada masuk dalam dewan yang mulia ini. Okey silakan. Dalam belanjawan 2025 kerajaan negeri merancang peruntukan RM590 juta, dengan lebih RM135 juta daripadanya untuk projek pembangunan termasuk ekonomi pendidikan kesihatan dan alam sekitar. Ini saya mahu puji sikit. Pasal saya punya kawan sebelah sudah ada bukan, Chembong. Dia mesti dia cakap Dato’ Yang Dipertua dia cakap sama saya ini macam. Tak ada baik. Tapi saya apa jawatan pun tada, saya

ingat Datuk Seri Jalal juga mahu tolong sama saya masuk dia punya EXCO sebagai ahli panel. Ada apa-apa…

boleh saya mencelah? boleh saya mencelah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Tadi.

Yang Dipertua Dewan

Ya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Dato’ Yang Dipertua, saya memuji aa pagi tadi pun, aa saudara Anthony Loke ada puji aa Yang Amat Berhormat aa EXCO-EXCO Barisan dan Dato’ SS dan Dato’ Kewangan, Dato’ Nasihat Undang-Undang dan pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai aa semua rajin punya pasal, kita boleh dapat satu angka yang besar. Aa saya ucapkan ribuan terima kasih. Tara orang sokong punya, saya sokong. Ya, saya so memuji lagi. Alah alah. Okey. Salah satu perkara yang paling menarik perhatian saya ialah berkaitan keterjaminan makanan. Aa ini kita punya EXCO sudah ada EXCO Kanan memang ada pengalaman. Nanti cakap sikit baru baca sikit baru cakap. Tuanku telah menitahkan bahawa kita perlu lebih tersedia untuk menghadapi isu bekalan makanan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada sumber dari luar. Ini sangat penting terutamanya bila berlaku krisis seperti pandemik atau bencana alam, waktu itu, barulah kita sedar betapak pening, bukan nangis. Pelenting…

pentingnya…

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

pentingnya aa cikgu ada sebelah bekalan makanan yang cukup dan mudah diperoleh. okey Negeri Sembilan sebenarnya ada banyak potensi dalam bidang pertanian tanah yang subur petani yang berpengalaman dan juga anak muda yang semakin berminta dengan bidang ini. Tapi kita perlukan lebih banyak sokongan dasar yang jelas dan tindakan yang cepat. Pasal banyak pemuda-pemuda aa DUN Seremban Jaya mereka ada cari dia orang mintak tapak tanah, sudah banyak lama. Itu Seremban Jaya pun lebih kurang sudah 35 tahun. 35 tahun ada tempat sudah jadi serupa hutan. Serupa kayu balak. Dia orang dah minta dia orang tanam sayuran. Bila tuan tanah atau kerajaan mahu buat projek kita boleh serah. Boleh kita boleh agreement, boleh sign. Mereka banyak orang nak tanya. Saya pun dua tiga orang, saya pun ada tolong. Masa itu Majlis Bandaraya SU aa Tuan Mas. Saya ada cari sama dia. Aa dia sekarang tada tapi mahu puji juga, baik punya orang.

Baik punya orang mesti mahu cakap baik. Nanti saya pun mahu cakap sama you baikkah, tak baik nanti sekejap. You sekarang ikut sama saya. Bila sudah cari Tuan Mas, Tuan Mas cakap okey you orang sekarang itu budak dua-dua budak pun ada belajar sampai universiti aa dia orang

minat mahu tanam sayur-sayuran okey sudah dapat itu tempat memang mereka ada ada tunai janji yang perlu dia orang start tanam ubi, tapi sekarang mereka sudah dapat nampak aa ada masuk sikit lah. Aa itu gerai macam itu saya satu hari saya mahu pergi cari aa ini banyaklah saya mahu pergi cari aa EXCO Pertanian penternak aa ini kira banyak tempat adalah. Banyak orang pun minat. Bila pandemik covid masa itu mereka sudah ada dapat satu pelajaran. Mereka ada minat. Aa sebab itu saya pun satu hari mahu cari Datuk Seri aa Tuan Jalal.

YB Guna mohon mencelah boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Aa boleh.

Boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Boleh, boleh. Tak ada masalah nanti saya celah.

Saya sudah habis cakap. Okey aa YB emm saya saya bersetuju aa cadangan aa agar anak-anak muda ni diberi peluang untuk dalam sektor aa pertanian. Cuma aa adakah YB aa Yang Berhormat Seremban Jaya bersetuju bahawa aa di luar sana untuk aa pekebun-pekebun kecil mereka menghadapi satu situasi cabaran di mana aa kartel iaitu yang mereka yang membeli mereka punya hasil tanaman sayur eh. Kalau mereka tanam aa contoh timun pada musim ni mereka akan membeli harga yang murah, dan berikutnya kalau tanam-tanaman lain-lain mereka menghadapi masalah yang sama. Jadi bagaimana kerajaan negeri mengatasi masalah ini? Terima kasih.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Okey terima kasih, saya ada faham. Ini negeri India bila ini tanam sayur kecil atau besar. Itu satu kira itu kerajaan punya. Aa satu jabatan sudah ada, diaorang semua boleh hantar sana. Serupa kita Negeri Sembilan ada MAFA. Semua macam itu mereka boleh beli aa Kerajaan sudah beli, lepas itu kerajaan hantar. Aa jabatan-jabatan lah. Tak kira kita punya pejabat dua pejabat satu Persekutuan, satu peringkat negeri. Aa depan satu tempat semua sayur sudah taruk. Bila lepas kerja, mereka tak payah pergi pasar. Sini juga beli balik. Ada, ada. Itu saya nampak ada dia orang ada buat. Tapi ini kadang-kadang ada sudah tanam, tak tahu macam mana mahu jual. Tapi ini tengah-tengah ejen juga makan banyak. Aa ini kita mahu lihatlah. Okey, terima kasih aa.

Okey Dato’ Yang Dipertua antara perkara yang saya harap Kerajaan negeri dapat beri perhatian adalah pertama sekali menyediakan lebih banyak tanah pertanian khususnya untuk tanaman makanan seperti sayur-sayuran, buah-buah dan padi sudah ada, sudah ada, padi sudah

start sekarang. Ada dua ribu dua ribu ekar lebih sekarang EXCO pun sudah start. Aa tadi pun Labu pun ada tanya bukan beras. Jangan satu jangan satu hari mesti aa boleh dapat sumber itu beras tempatan. Saya ada percaya aa EXCO Pertanian dan EXCO Barisan dan Kerajaan Negeri memang mereka boleh tunailah. Tapi kita pun mahu sabar sikitlah. Ha boleh. Okey. Setahu saya kebanyakan permohonan untuk menggunakan tanah terbiar untuk pertanian atau penternakan selalunya ditolak. Aa ini memang saya cakap benar. Bila mereka sudah mohon tanah, bila sudah pejabat tanah, sudah sampai itu borang pejabat tanah. Pejabat daerah, pejabat daerah, dia orang cakap aa tunggu MMK aa MMK tolak. Aa ini selalu kita dengarlah. Ini memang memang sah memang benar. Pasal saya sendiri saya dia orang ada cari sama saya. Saya pun orang nampak sama dia orang. Itu barang pun saya ada nampak. Jika tanah-tanah terbiar boleh memberi aa kebenaran kepada golongan yang berminat di boleh dimanfaatkan.

Dato’ Yang Dipertua seperti diucapkan oleh Tuanku dalam titah ucapannya bahawa semua jenis bantuan atau insentif harus menyediakan kepada semua golongan rakyat tanpa mengira agama bangsa dan fahaman politik, fahaman politik. Bila dewan yang mulia ini aa jangan pembangkang jangan salah faham. Saya mesti mahu aa beritahu di sini pasal arena politik kira saya 1981 aa sampai hari inilah. Aa saya mahu kasi tahu aa bila kita dalam dewan yang mulia bila cakap pasal itu Yang Amat Berhormat sama Labu aa cakap itu perkataan itu tulisan Chinese. Tapi zaman Malaysia ini aa kira sudah lama saya sendiri pun ada sekarang pun ada tengok itu gambar semua aa saya ingat ADUN Labu Labu pun boleh nampak. Itu tulisan nombor satu aa ada Jawi, Bahasa Malaysia aa Bahasa Inggeris aa Cina, Tamil pun saya pun ada nampak ini lama-lama punyalah, memang ada. Tapi sekarang ada satu-satu tempat itu itu Cina punya projek aa dia memang dulu pun saya ada nampak, saya pun ada bukan tak nampak, saya pun ada nampak. Dia orang tulis semua tulis Cina. Aa kadang-kadang kita itu poin kita mahu cakap aa masa itu kita mahu tengok Yang Amat Berhormat, bila itu satu poin you mahu cakap tak boleh serupa tak boleh attack. Pasal kita lama mahu menjadi lama politik, kita mahu mahu halus sikit sebab itu saya kasi tahu…

aa boleh celah sikit tak?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

boleh, boleh. Okey nanti, nanti. Boleh tengok nanti. Aa pasal saya punya time lebih kurang 45 minit dah.

Dato’ Yang Dipertua boleh mencelah? Boleh mencelah?

Yang Dipertua Dewan

aa kebenaran YB dulu lah. Kebenaran YB.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kebenaran saya boleh, tapi itu masa nanti potong kalu macam mana?

Yang Dipertua Dewan

Lima belas minit sekarang sudah, lagi lima minit.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haaa...ya

Boleh? Boleh? Saya saya cikgu kan? Okey aa apa YB aa aa Guna. You setuju tak? You setuju tak? Aa perkataan dalam bahasa Malaysia diperlukan dalam semua signboard. Isu you setuju atau tidak? kalau setuju, masukkan dalam ucapan, boleh?

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Memang memang kira dalam Malaysia kita nombor satu kita hormati aa raja-raja aa rukun negara aa dan Bahasa Malaysia kita hormat. Tapi kadang-kadang itu tulisan aa ada bawa kita pasal Tuanku sendiri ada beritahu dalam dewan yang mulia ini titah ucapan aa mengira agama, bangsa dan fahaman politik aa… kira kita semua perpaduan. Kadang-kadang kita give and take lah. Ada kita pun ada nampak tapi tengoklah macam mana kita boleh tak boleh itu juga. Aa tapi itu bukan satu poin kita mahu attack bukan. Tapi itu boleh cakap malah satu jabatan yang penting boleh cari mereka, kita boleh beritahu. Aa ini bukan saya semua kita hormat tadi pun saya sudah cakap bukan. Nombor satu kita hormat raja-raja, Rukun Negara, Bangsa Melayu pertama kita hormati Melayu. Itu kita sudah itu itu tanya saudara Teo atau saudara Arul saudara Ng, saudara Chu. Saudari Nicole semua dia orang boleh cakap. Ini memang kita punya hati.

Makna you setujulah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Setuju, semua setuju.

Bahasa Malaysia dalam Signboard.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Aa…boleh, kasi tahu sama dia orang.

Masuk dalam ucapanlah.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Kasi tahu. Ini tak ada masalah. Tapi cara itu macam mana mahu cakap.

Dato’ Speaker mungkin saya nak ulas sikit saja.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Haah...

Sikit saja. Mungkin YB aa Yang Berhormat Seremban Jaya, soalan saya adalah dalam media bagi tahu papan tanda itu ditukar disebabkan banyak warga China yang melawat kampung, kampung yang berkenaan. Dia tak cakap rakyat Malaysia yang tak reti membaca, mustahil rakyat Malaysia dah duduk sini 50 tak boleh berbahasa Melayu.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya ya….

Persoalannya adalah memberi kelebihan kepada warga luar. Signboard itu ditukar.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ya ya.

Semua boleh baca komen. Itu ada juga aa daripada ADUN saya.

Tuan Gunasekaren a/l PalasamyDAP · PHSeremban Jaya

Ok, terima kasih, terima kasih. Aa ada tempat keadaan daripada negeri China melawat Malaysia memang dia orang bahasa English kah bahasa Malaysia dia orang kurang faham sebab itu dia orang jikalau dia tulis pun macam itulah kira Chinese punya dia ada tulislah itu. okey aa saya banyak masa ada, okey saya Okey.

Dato’ Yang Dipertua, selain itu kerajaan juga boleh membantu aa petani dengan teknologi dan latihan supaya mereka boleh guna kaedah aa moden untuk hasilkan makanan yang lebih banyak dan berkualiti. Kita semua tahu harga barang makan aa harga barang kira naik aa cuaca tak menentu dan banyak makanan kita masih bergantung kepada import dari luar negara. Ini saya memberitahu dalam dewan yang mulia aa tadi YB aa Johol pun ada dah beritahu. kira ni Amerika baru-baru dia beritahu 24% memang 24% kiraan 16% lah aa kita ada nampak kita ada import aa aa sorry eksport kepada Amerika. Aa ini boleh jadi satu hari masalah. Ini makanan kita sudah ada cukupi. Ini ini benda semua barang-barang makanan aa sayur sayuran aa ini benda semua sudah ada, memang kita tak payah risau. B40 kita cukup boleh jaga. Kita boleh jaga dan B40 ka M40 kita cukup boleh jaga. Itu makanan yang penting. Mereka sudah ada itu lain benda kita boleh cakap sikitlah. Aa itulah Pakatan Harapan MADANI aa government lah. Aa kita cukup mahu jaga. Saya pun ada percaya barisan EXCO Menteri Besar aa Dato’ SS Dato’ Kewangan, Dato’ Nasihat Undang-Undang aa Penasihat Undang-Undang aa dia orang boleh jaga itu tak payah risau aa itu kira saya punya pandanganlah.

Lagi satu kita boleh lihat saya kira punya cadangan aa baru-baru sekarang kita boleh tengok masalah kelapa. Aa kelapa IOI. Dia ada kira dia orang ada tanam. Aa kelapa boleh kalau Kerajaan yang ada tanah ada

beri kepada aa kira 50 ekar 100 ekar orang ada baja kepada kerajaan aa tolonglah aa cadangan aa pokok kelapa tanam. Bila pokok kelapa sudah ada dalam Negeri Sembilan sudah banyak aa kita tak payah risau ini waktu raya kita pun ada nampak sekarang pokok kelapa itu susu memang mahal. Sebab itu saya ada cadangan aa kepada aa EXCO Pertanian Penternak aa saya ingat nanti mereka ada pengalaman, nanti dia boleh cakaplah. Okey itu saya punya cadangan. Aa lagi satu kira bukan lagi satu, ada tujuh masalah saya punya kawasan aa masalah air bertakung. Masalah air bertakung aa kira ini jalan dewan yang mulia. Saya pun telah berapa kali saya sudah bangkit, sudah berbahas, tapi masalah itu belum settle lagi.

Saya minta rayu JKR pusatlah itu kira jalan Seremban 2- Tampin kira JKR Pusat. JKR Pusat ada satu kali mereka dah turun tapi ada turun dia orang pun ada buat tapi tak boleh settle itu masalah. Dekat di hadapan aa Kampung Baru Rahang di hadapan Kampung Baru Rahang aa bila waktu hujan air sudah takung. Bila kereta aa motor aa terbabas. Aa selalu ada masalah. Itu satu tempat aa boleh kalau ini hari sudah dewan sudah tamat pun aa pegawai-pegawai JKR boleh ikut sama saya. Saya kasi tunjuk itu tempat. Ada bukan satu tempat, empat tempat. Lagi satu tempat di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ. JPJ punya depan memang mereka ada turun buat. Tapi itu belum settle lagi. Lagi air ada bertakung. Lagi satu tempat ni lagi ini serius punya tempat.

Di kawasan Batu 4½, Jalan Tampin. Batu 4½, Jalan Tampin, sana pun ini masalah. Bila waktu hujan itu dua side pun itu air tak boleh laluan satu cara yang baik. Semua atas jalan. Sekarang saya cakap punya ini bukan DUN Seremban Jaya. Ini DUN Paroi sebelah saya. Saya tolong sama dia DUN Paroi. Aa. Itu tempat pun ada masalah. Itu serius punya tempat. Lagi satu Taman Tunku Najihah. Taman Tunku Najihah rightenside saya punya tempat, leftenside Paroi. Tapi saya pun ada air takung. Ini empat tempat saya minta tolong kepada JKR Pusat turun padang turun jaga sikitlah. Selalu terbabas ada masalah kemalangan. Macam-macam yang problem. Okey, itu satu tempat. Lagi satu itu buang sampah haram. Buang sampah haram aa memang boleh kalau saya minta PBT tengoklah macam mana boleh angkat tindakan atau berapa orang sudah kena tangkap itu buang itu pemandu lori, buang sampah punya. Berapa dia punya fine? Ini memang mahu serius. Ada serius mereka berani tak ada buat. Aa kira itu saya minta tolonglah. Itu satu. Aa lagi satu aa isu keselamatan di kawasan perumahan. Aa baru-baru saya ingat tara sampai dua bulan Taman Sri Mawar aa siang bukan malam, siang mereka sudah pergi kerja.

Ada orang masuk. Dia kasi potong dia punya kunci depan mangga itu dalam punya mangga pun sudah potong. Masuk rumah 50 pound dekat 170,000 ribu dia punya harga 50 pound. Lagi satu aa 3,000 jam tangan lagi satu 2,000, lagi satu 700 ratus. Tiga jam tangan. Aa lagi wang sikit. Aa saya minta pihak polis itu rounder aa anggota polis tolong aa jaga sikitlah. Atau aa tengoklah kita memang ini masalah. Saya minta pihak polislah. Aa tolong jaga sikit. Aa lagi satu ini kita pun tak boleh cakap ini selalu aa ini bulan memang hujan yang lebat ada masalah. Tanah runtuh aa di Taman South East Garden aa aa memang seriuslah aa saya minta PBT aa memang saya mahu terima kasih kepada aa Majlis Bandaraya Seremban, MBS, cepat dan segera mereka sudah turun aa turun dia kerja aa memang dia sudah lebih kurang mereka sudah buat tapi belum belum habis tapi saya minta tolong mereka kasi settle la itu masalah. Lagi satu Aa ini bukan toleh. Ini kurang serius fasal ini satu masalah Okeylah.

Ini last ah Dato’ Yang Dipertua, ini tak mahu cakap banyak pasal masa, masa tak cukup nanti you orang berhenti saya malu, saya berhenti saya happy. Nanti ada ada. Ini kira ini. Ini memang serius. Kira pembaziran makanan yang berlaku di Negeri Sembilan pada satu majlis berbuka puasa di DUN Lenggeng. Aa pada bulan Mac 2025 Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Diraja Doktor Ahmad Zahid bin Hamidi. Telah menyatakan bahawa sebanyak 75,000 tan 75,000 tan membazirkan makanan berlaku di Malaysia. Dan antara Negeri Sembilan adalah negeri tertinggi dalam pembaziran makanan tersebut. Bukan saya cakap, ada saksi ada depan. Ada saksi. Memang aa Dato’ Seri Kanan ada hari itu. Aa dekat Lenggeng DUN Lenggeng. Aa ini, ini kita mahu jaga sikit. Kita sekiranya hari ini kita makan pun kita pun ada nampak. Itu makanan kita mahu cukup jaga. Itu tak tahu siapa tanggungjawab. EXCO mana satu EXCO. Itu mahu publisiti sikit. Itu mesti mahu publisiti. Okey. Ini adalah satu perkara yang amat membimbang di saat dan rakyat yang masih berjuang untuk mencukupkan makanan di meja mereka. Kita pula berdepan dengan statistik yang menunjukkan terlalu banyak makanan berbazirkan tetapi hari terutamanya semasa musim perayaan dan majlis-majlis aa besarlah. kita mahu jaga itu aa saya mahu terima kasih kepada saya sokong aa Dato’ Yang Dipertua, saya sokong aaa titah ucapan Tuanku. Terima kasih. Saya sokong, terima kasih, terima kasih, xiexie nie, nannri vanakam.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Seremban Jaya. Saya menjemput Yang Berhormat Jeram Padang.

Bismillahir rahmanirrahim Allahumma sallialaa saidina Muhammad waala alihi saidina Muhammad, assalamualaikum salam MADANI bersih muafakat sejahtera terima kasih Yang Berhormat Dipertua Dewan kerana telah memberi peluang kepada saya untuk aa dalam sesi perbahasan titah ucapan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan aa pada persidangan kali

ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan aa syabas dan tahniah kepada kerajaan perpaduan kerana telah memenangi Pilihan Raya Kecil, PRK N48 Air Kuning pada hari Sabtu minggu yang lepas. Terima kasih saya ucapkan kepada pengundi kawasan ADUN aa DUN Air Kuning kerana telah membuat pilihan yang tepat. Yang Berhormat Tuan Speaker, Ahli Dewan berdirinya saya di sini ingin menyatakan sokongan padu terhadap misi kerajaan Negeri Sembilan untuk mencapai hasil negeri sebanyak satu billion menjelang tahun 2030.

Namun, Dalam mengejar cita-cita besar ini, saya ingin aa menyatakan bahawa pembangunan infrastruktur jalan raya mesti di diberi keutamaan. Tanpa laluan perhubungan yang cekap dan strategik pertumbuhan ekonomi akan terbantut. Saya ingin mengemukakan dua cadangan utama yang pertamanya adalah melebarkan jalan-jalan utama yang sedia ada terutamanya di kawasan luar bandar yang menjadi nadi pertanian dan perindustrian. Keduanya mewujudkan jajaran baru jalan raya bagi daerah-daerah yang jauh daripada lebuhraya utama seperti Lebuhraya MADANI yang akan menghubungkan Jelebu, Jempol dan Kuala Pilah. Sebagai contoh nyata, kita lihat bagaimana kesesakan teruk di laluan Kuala Pilah-Seremban baru-baru ini yang telah mencetuskan keresahan rakyat. Kesesakan yang berlarutan selama berjam-jam lebih-lebih lagi semasa musim perayaan telah menyebabkan tidak puas hatian sehingga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita sendiri menerima kecaman hebat daripada rakyat di media sosial. Ini bukan sahaja isu lalu lintas. Ini menunjukkan bahawa isyarat jelas bahawa rakyat menuntut perubahan segera dalam sistem perhubungan Negeri Sembilan. Jika masalah seperti ini tidak ditangani dengan serius bagaimana kita mahu memacu pertumbuhan ekonomi? Menarik pelabur luar, dan memperluaskan sektor pelancongan serta industri tempatan. Jadi saya ingin menyarankan bahawa Negeri Sembilan tidak boleh lagi berlengah atau berundur dalam usaha mencapai satu bilion hasil menjelang 2030. Infrastruktur jalan raya adalah ukuran kemajuan…

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

aa… Yang Berhormat Jeram Padang, boleh mencelah?

ya.

Tuan Muhammad Sufian bin MaradziUMNO · BNSeri Menanti

berkenaan dengan tadi Yang Berhormat sebut aa jajaran laluan baru di antara Kuala Pilah, Seremban ke Kuala Pilah kerana semasa musim perayaan bahkan saban tahun yang mana apabila musim perayaan sahaja memang pihak kerajaan akan menghadapi kecaman terutama di media sosial. Adakah Yang Berhormat setuju kalau kita tak perlu buat jajaran baru untuk jalan ni. Tapi kita perlu buat

pelebaran jalan terutama daripada Ulu Bendul sampailah ke Kuala Pilah. Terima kasih Yang Berhormat.

Ya… Yang Berhormat Seri Menanti, saya setuju Itu pasal saya tegaskan mesti ada gerak kerja daripada Jabatan Kerja Raya untuk mencadangkan kita di dalam dewan ini boleh dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri nanti. Insya-Allah. Jadi tanpa jalan yang baik ekonomi akan perlahan, pelaburan akan meleset dan rakyat akan terus ketinggalan. Bak kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya. Jika kita tidak berani berbelanja dan berusaha memperkukuhkan jaringan jalan raya hari ini jangan kita bermimpi untuk menuai hasil kejayaan esok hari. Saya mendesak dengan penuh keazaman agar penaiktarafan dan pembinaan jalan raya termasuklah membina lebuh raya MADANI dijadikan agenda paling utama dan dilaksanakan tanpa lengah. Demi Negeri Sembilan yang lebih makmur, lebih maju dan lebih bermaruah menjelang tahun 2030.

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak JKR dan Selia Selenggara baru-baru ni telah menaik taraf semua jalan raya terutamanya kawasan saya dan perparitan di kawasan-kawasan kampung di bawah jagaan seliaan Selia Selenggara, namun ada jugak jalan yang telah diturap baru sahaja habisnya Syawal hujung ni dah pecah balik. Jadi saya mohonlah kepada pihak JKR supaya memantau kualiti kerja ataupun tengok balik semula bahan binaan ini di ikut tak ikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Takkanlah kita baru turap tiga bulan jalan dah hancur balik. Terutamanya di kawasan saya. Jalan utama kilang simen ke Rompin berkali-kali. Jalan tutup. Lubang tutup, ditampal akhirnya sebelum sambut Syawal hari itu, dua warga emas telah accident dan patah kaki. Ya jadi saya tak naklah macam ini. Kalau berlaku kepada orang kesayangan kita, apatah lagi orang lain mestilah marah. Jadi saya mohon pihak JKR pantau. Jangan dibiarkan ini, ini tuan-tuan kalau tengok jalan kt Jeram Padang tu, tuan-tuan akan terperanjat itu, tengah-tengah jalan itu ada kon. Ada barrier, kalau korbau lalu tak ada lampu langgar kerbau itu. Jadi kena tengok dan perhatikan diperhalusi balik supaya jangan berlaku perkara-perkara seperti ini lagi.

Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli dewan dan yang saya hormati di kesempatan ini saya ingin membawa perhatian dewan yang mulia ini kepada isu penting berkaitan kemudahan asas untuk masyarakat orang asli di kawasan saya. Jalan utama ke Kampung Orang Asli Panchor yang telah saya kemukakan sebelum ini kini melalui tanah milikan ladang Sime Darby. Telah mengalami kerosakan teruk akibat penggunaan kenderaan berat milik pihak ladang. Jalan yang rosak ini bukan sahaja membahayakan keselamatan penduduk malah melambatkan

pergerakan harian dan mengancam kesejahtera komuniti. Jika terus bergantung kepada jalan sedia ada kerajaan akan berhadapan dengan kerugian besar dari kos penyelenggaraan yang berulang-ulang selain menjejaskan imej pentadbiran di mata rakyat.

Saya menggesa agar satu jajaran baru segera dirancang dan dibina. Laluan ini hendaklah menghubungkan bukan sahaja Kampung Orang Asli Panchor tetapi juga kawasan berhampiran seperti Sungai Klebang dan Lubuk Lawang. Lebih penting kita mesti sedar bahawa anak-anak orang asli hari ini telah cerdik pandai. Baru-baru ini di Kampung Orang Asli Panchor anak-anak orang asli salah seorangnya dapat keputusan SPM 8A Yang Dipertua. Mereka peka dan mampu menilai sekiranya keperluan asas seperti ini diabaikan. Jangan kita pandang ringan. Soal ini melibatkan lebih seribu penghuni yang menaruh harapan tinggi terhadap Kerajaan perpaduan pada hari ini. Jika kita gagal mendengar suara mereka maka kepercayaan rakyat akan meleset dan sokongan terhadap kerajaan akan luntur. Bak kata peribahasa Melayu. Api kecil jangan disangka tidak membakar. Kegagalan kecil dalam menjaga hak rakyat, hari ini boleh membawa padah besar kepada kestabilan politik kita esok hari. Oleh itu saya maklum bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengambil tindakan. Namun halangannya jajaran baru tersebut adalah perlu mendapat kebenaran daripada Perbadanan Aset Keretapi, RAC. Kerana melibatkan tanah rizabnya. Saya merayu untuk sekali lagi agar permohonan saya kali ini dipandang oleh Menteri Pengangkutan iaitu Yang Berhormat Anthony Loke, yang juga berasal dari Negeri Sembilan. Perjuangan saya ini adalah demi keadilan. Pembangunan untuk semua. Tanpa sesiapa yang tertinggal saya mohon diberi perhatian untuk tindakan serius. Saya pun telah mengajukan surat kepada Yang Amat Berhormat aa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tetapi masih belum ada jawapan sehingga kali ini dah untuk masuk tahun yang kedua masih lagi belum ada jawapan padahalnya jajaran baru itu hanya melibatkan lima puluh meter sahaja jalan kampung ke jalan utama yang merentasi rizab kereta api iaitu aa KTMB. Jadi saya mohon pihak KKDW pihak JAKOA sedia menghulurkan bantuan kewangan untuk membina jalan baru. Namun tidak dapat kelulusan daripada RAC. Saya mohon kepada EXCO yang terlibat bagilah jawapan yang tuntas untuk tindakan yang serius.

Yang Berhormat, Tuan Speaker, ahli-ahli dewan yang saya muliakan. Izinkan saya membawa perhatian dewan kepada satu keperluan mendesak yang melibatkan masa depan pendidikan anak-anak kita. Saya ingin mencadangkan agar pembinaan sebuah sekolah rendah kebangsaan baru dilaksanakan di kawasan komuniti yang berkembang pesat meliputi Kampung Taman Jaya, Taman Desa Puteri, Taman Bahau,

Taman Kasih Putra, Taman Awang Indah dan Taman Areka. Komuniti ini sudah mencecah lebih 8,000 orang. Dengan jumlah kanak-kanak yang semakin bertambah setiap tahun namun, amat mendukacitakan apabila anak-anak kecil ini terpaksa mengharungi jarak sejauh tujuh hingga sepuluh kilometer untuk kesekolah dalam keadaan kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya merentasi Pekan Bahau setiap pagi.

Keadaan ini bukan sahaja membebankan anak-anak malah menjadi tekanan harian kepada ibu bapa yang terpaksa keluar awal menghadapi kesesakan serta mengorbankan masa dan tenaga semata-mata untuk memastikan anak mereka mendapat pendidikan asas. Lebih daripada itu pemindahan sekolah ini penting bagi pertamanya meringankan beban ibu bapa. Kedua, memberikan peluang pendidikan yang lebih dekat dan selamat kepada anak-anak. Ketiga menyokong pertumbuhan komuniti yang pesat di kawasan Jeram Padang. Saya mencadangkan agar sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Madani Jeram Padang. Sekolah yang berkonsepkan perpaduan sejati, menampung anak-anak daripada semua latar belakang sama ada Melayu, Cina, India dan orang asli dalam semangat Malaysia MADANI. Bak kata peribahasa Melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika kita mahu membentuk generasi yang berilmu bersatu dan berwibawa, kita mesti menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik sejak dari kecil. Saya mohon agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap cadangan ini dan memasukkan projek ini ke dalam Rancangan Malaysia yang ke-13 akan datang. Saya mohon sokongan dan tindakan segera demi masa depan anak-anak Jeram Padang. Sekolah Madani Jeram Padang dari rakyat untuk rakyat, demi masa depan anak bangsa. Yang Berhormat Tuan Speaker, ahli-ahli dewan yang saya muliakan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian dewan kepada satu isu yang kerap dibangkitkan oleh warga tanah rancangan FELDA berkaitan penyelenggaraan infrastruktur asas di kawasan-kawasan mereka.

Antara masalah utama yang dihadapi termasuk pertamanya, kerosakan paip air, jalan raya, longkang dan sistem perparitan. Yang keduanya, isu sempadan selenggaraan yang kini di bawah tanggungjawab Selia Selenggara Sendirian Berhad, namun sering kali berlaku kelewatan atau kekeliruan dalam melaksanakan kerja-kerja baik pulih. Berdasarkan aduan penduduk adalah jelas bahawa keadaan ini memerlukan tindakan segera dan tuntas. Saya mencadangkan agar pengemaskinian semula kawasan sempadan selenggara dengan ketetapan yang jelas antara syarikat penyelenggara dan pihak berkuasa tempatan, keduanya, penyediaan peruntukan khas bagi kerajaan negeri, bagi kerja-kerja pembaikan paip dan kemudahan asas di kawasan Felda. Yang ketiga, permohonan rasmi kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga memegang portfolio FELDA supaya menyalurkan bantuan khusus dalam bentuk geran penyelenggaraan dan pembangunan infrastruktur FELDA di Negeri Sembilan. Kita harus sedar bahawa dana dalaman FELDA pada masa ini tidak mampu menanggung keseluruhan kos pembaikan infrastruktur. Di semua tanah rancangan. Terutamanya di gugusan Raja Alias.

Tanpa bantuan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan keadaan ini hanya akan bertambah buruk. Bak kata peribahasa Melayu bagai aur dengan tebing. Kerajaan negeri dan kerajaan pusat mesti bekerjasama erat. Saling sokong-menyokong demi memastikan kemudahan asas untuk warga FELDA sentiasa terpelihara. Ingatlah warga FELDA telah berkorban sejak puluhan tahun untuk membangunkan ekonomi negara. Kini tiba masa untuk kita membalas jasa mereka dengan menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan selesa. Saya mendesak agar Kerajaan negeri bersama Kerajaan persekutuan memberikan keutamaan segera kepada penyelesaian masalah infrastruktur di kawasan FELDA. Supaya agenda pembangunan luar bandar dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Sekian saya mohon pemerhatian dan tindakan segera dari semua pihak. Segala usaha dan perancangan kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dapat direalisasikan demi kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Sembilan. Dengan ini saya menjunjung kasih dan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bersama membina Negeri MADANI. Assalamualaikum.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Padang Jeram, Jeram Padang. Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.

Assalamualaikum WBT. Bismillahirrahmanirrahim… (bacaan ayat-ayat Al-Quran dalam Bahasa Arab) yang bermaksud: dan belanjakanlah apa-apa yang kamu diberikan di jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (bacaan ayat-ayat Al-Quran dalam Bahasa Arab) yang bermaksud: sebarkanlah salam, dan sambunglah silaturrahim, dan berilah makan. Solatlah di waktu malam apabila manusia lain tidur, dan masuklah ke dalam syurga dengan selamat.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, yang mengizinkan saya untuk berbahas. Ke bawah titah perasmian Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Negeri Sembilan pada Khamis yang lalu. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama, Haji Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk Seri

Datuk Seri Jalaludin bin Haji Alias EXCO Kanan, Yang Berhormat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, barisan ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan juga pembangkang, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Hadirin-hadirat yang berada di dalam dewan yang mulia ini ataupun yang mengikuti persidangan kita melalui media masa akan contemporary.

Di kesempatan ini saya rasa tidak lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri saya mohon ampun dan maaf di atas sebarang kekurangan, kesilapan dan kesalahan selama ini mahupun yang akan datang. Jutaan terima kasih kepada semua jabatan sama ada persekutuan dan negeri yang tak dapat sebutkan satu persatu di sini. Yang terlibat membantu saya selama ini di dalam menangani apa juga isu yang timbul seperti banjir, aduan rakyat setempat dan berbagai lagi mehnah masyarakat. Saya mengambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya anak-anak kita yang mendapat keputusan cemerlang dan ia dilaporkan keputusan terbaik setakat ini. Syabas dan tahniah kepada kepada semua yang telah berusaha terutamanya pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar yang terlibat.

Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah bertitah semasa Hari Pembukaan Persidangan hari yang lalu, berharap agar keharmonian, kesejahteraan negeri harus dipelihara. Saya berpendapat harapan ini boleh direalisasikan dengan menghayati dan melaksanakan prinsip Negara, bangsa yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Prinsip ini boleh dicapai dengan perpaduan rakyat, penyatuan rakyat melalui bahasa. Izinkan saya berbeza pendapat mungkin. Pada prinsipnya, rakyat Malaysia amnya, dan Negeri Sembilan khasnya, haruslah berkomunikasi di dalam Bahasa Malaysia tanpa meminggirkan bahasa ibunda masing-masing di dalam situasi yang sesuai. Dengan ini tiada rasa curiga dan syak wasangka apabila kita memahami apa yang dituturkan oleh sahabat di keliling kita. Ini selaras dengan hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang bermaksud apabila kalian berada seramai tiga orang maka janganlah berbisik-bisik, berdua-duaan tanpa mengajak sekali yang ketiga. Sehingga kamu bercampur gaul dengan yang ramai. Hal ini kerana berbisik, boleh membuatkan orang yang ketiga itu bersedih. Hadis riwayat Muslim.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga mentafsirkan menjaga keharmonian dan kesejahteraan ini dengan kita tidak mengambil hak orang lain. Dengan itu sekali lagi saya mohon kawan-kawan supaya hanya merokok dan vaping di tempat yang dibenarkan. Seeloknya Dato’ Yang Dipertua, berhenti macam sey lamo dah berhenti. Sejak tahun 93

maghin lagi. Di atas mengamalkan firman yang saya bacakan tadi. (Bacaan dalam Bahasa Arab) jangan kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Kalau nak tahu kenapa saya berhenti merokok aa boleh PM tepi. Dato’ Yang Dipertua, saya setuju vape ini perlu ditangani dengan segera dan secara berkesan. Tetapi Labu, Yang Berhormat Labu jangan keliru yang masalah utamanya cecair yang digunakan itu bukan alat vape itu, dan saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Gemencheh tadi. Jadi sebarang tindakan biarlah kita mencari asasnya yang betul supaya ianya tidak tersasar. Seperti dadah juga. Bukan dadah itu punca masalah. Tapi masalah utamanya adalah penyalahgunaan itu. Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli juga telah menyentuh tentang nilai integriti. Ini memerlukan pemerhatian yang halus dan perancangan yang teliti serta perlaksanaan yang bersepadu dan beristiqamah. Saya berpendapat ia berkaitan dengan konsep self governing dengan izin yang disebut oleh Dunia Barat dari sudut mengawal diri sendiri supaya tidak terjemus ke dalam nilai yang tidak bermoral yang tidak berintegriti. Apabila seorang itu dalam komuniti mempunyai integriti yang tinggi komuniti itu akan menikmati natijahnya seperti ada perpecahan, pergaduhan, penipuan dan persengketaan di kalangan mereka. Malah skop yang lebih luas seperti kenegaraan, tiada rasuah ataupun sakau menyakau di antara pemimpin dengan rakyat. Ini boleh dicapai pada hemat saya dengan melaksanakan prinsip amal agama pastikan ibadah. Tiada agama di dalam dunia ini menyuruh perkara mungkar. Malah di dalam Islam, Rasulullah SAW telah tegaskan (bacaan ayat Al-Quran dalam Bahasa Arab). Sesiapa yang melihat kemungkaran, ubah dengan tangannya. Jika tidak mampu dengan lisan Kalau tidak mampu dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman.

Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli juga telah menyentuh belanjawan 2025 di antaranya keharmonian dan agama. Kalau di persidangan yang lalu, saya dan Yang Berhormat Johol telah mencadangkan supaya dinaikkan kadar imbuhan bulanan untuk Imam, Muazin dan Siak. Hari ini saya mencadangkan supaya diberi imbuhan bulanan kepada pengerusi, setiausaha, dan bendahari masjid. Malah apalah salahnya termasuk AJK-AJK yang berfungsi dengan sepatutnya. Ini akan menambah iltizam dan motivasi mereka yang terlibat dengan institusi keagamaan itu. Untuk berkhidmat dengan lebih gigih lagi. Saya berharap Dato’ Yang Dipertua cadangan ini mendapat perhatian dewan yang mulia ini kerana usaha untuk memakmurkan masjid. Bukan perkara mudah. Tetapi kemakmuran dan kegemilangan Islam itu diukur. Malah kemenangan. Indicatornya adalah kedatangan makmum solat subuh berjemaah. Dato’ Yang Dipertua, Ke Bawah Duli Baginda menyentuh berkaitan dengan projek-projek di dalam RMK-12 dan RMK-13.

Saya amat berharap adanya perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Melaksanakan projek menaik taraf jalan jajaran Bukit Tangga ke Pantai ataupun mahu sampai ke Seremban. Yang masih mempunyai selekoh-selekoh yang amat berbahaya. Di jajaran Bukit Tangga ini. Jajaran ini juga kerap berlaku kemalangan malah melibatkan kemalangan maut. Isu jalan raya juga telah disentuh tadi oleh Yang Berhormat Jeram Padang. Di kesempatan ini Dato’ Yang Dipertua saya ingin mengingatkan pengguna Jajaran Bukit Tangga ini tidak berhenti di kawasan yang sunyi terutamanya berseorangan untuk mengelakkan serangan binatang liar seperti yang berlaku baru-baru ini kepada seorang pemandu lori yang diserang oleh aa seekor harimau aa harimau kumbang. Masalah di aa kawasan DUN saya berkaitan dengan air bersih yang selalu terputus apabila hujan lebat. Saya kira ini juga perlu perhatian yang serius sebab cemuhan daripada netizen hujan patutnya air air banyak ada. Tup tup air terputus. Aa ini masalah apabila aa loji aa kita di di aa di Klawang itu air yang sumbernya daripada atas bukit aa tersekat dan aa dimasuki pasir. Saya rasa perlunya ada rancangan yang bersepadu juga, yang jangka panjangnya, bagaimana boleh aa walaupun kita di di Jelebu itu ada empangan air yang yang besar tetapi kita tidak mendapat menikmati kemudahan air yang berterusan.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri dengan adanya inisiatif inisiatif lain aa N9 Fast Lane yang mempercepatkan proses kelulusan suatu cadangan projek pelaburan. Ini sudah tentu memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan untuk menarik lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara berbanding negeri-negeri lain. Cuma saya mohon Dato’ Yang Dipertua, apalah kiranya dapat juga penumpuan lebih sedikit untuk pelaburan-pelaburan dibawa ke Jelebu daripada kerajaan negeri. Tanpa membelakangkan asas utama pembangunan untuk Jelebu berteraskan biodiversiti. Dato’ Yang Dipertua, kita semua tahu MVV 2.0 telah diluncurkan oleh PMX beberapa tahun yang lalu dan sekarang beberapa projek saya kira di dalam pelaksanaan.

Saya mohon perkembangan status keseluruhannya dimaklumkan di dalam dewan yang mulia ini aa tadi pun sudah disebut oleh YB Chennah tentang aa Pelabuhan Kontena baru di PD untuk kita semua tahu perkembangan dan status aa projek-projek terlibat. Inisiatif meningkatkan kesejahteraan rakyat juga disentuh oleh Yang Ke Bawah Duli Yang Amat Mulia, Yang Maha Mulia. Seramai 6,450 usahawan telah dibantu dengan inisiatif TUNS iaitu Tabung Usahawan Negeri Sembilan. Apakah sudah ada penilaian terperinci, kesan daripada inisiatif ini. Berapa ramaikah daripada usahawan terlibat yang sudah melangkah jauh ke hadapan asbab inisiatif ini? Atau masih di tahap lama ataupun mahu tersekat di penghujungnya. Penilaian ini perlu bagi saya untuk kita

merancang the way forward dengan izin. Yang lebih efektif terhadap inisiatif ini supaya kita tidak bak kata pepatah orang Melayu, ibarat mencurah air di daun keladi. Dato’ Yang Dipertua, fastrack SPM, lepasan pelajar aliran tahfiz terbukti mampu menyaingi pencapaian pelajar aliran biasa. Oleh itu, saya kira inisiatif ini perlu diperluas dan digandingkan dengan usaha STEM dan TVET supaya di suatu ketika nanti Negeri Sembilan dapat melahirkan tenaga mahir yang hufaz yang mengamalkan al-Quran dan al-hadis. Di akhir kata, saya mohon ampun dan maaf di atas sebarang kesilapan, ketidaksesuaian bahasa yang sedap di dengar. Kita berjumpa lagi kalau tidak di dunia ini, pastikan kita bertemu di syurga kelak. Klawang menyokong usul menjunjung kasih, titah perasmian Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhkriz Ibni Almarhum Tengku Munawir. Sekian, wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Taala wabarakatuh.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Klawang. Yang Berhormat aa Juaseh.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Salam Malaysia MADANI, Negeri Sembilan bersih, muafakat sejahtera.

Pertamanya, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke hadapan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar, Negeri Sembilan Darul Khusus atas titah ucapan sempena istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri yang ke-15. Titah Tuanku yang sarat dengan panduan dan kebijaksanaan amatlah tepat pada masanya. Bertepatan dengan usaha kita untuk membawa Negeri Sembilan ke arah yang lebih cemerlang dan makmur. Saya sebagai wakil rakyat Juasseh berdiri teguh menyokong titah Tuanku dan ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh beberapa perkara penting yang sangat berkaitan dengan keperluan rakyat. Ucapan Selamat Hari Raya dari saya untuk seluruh warga Negeri Sembilan, Kuala Pilah dan khususnya DUN Juasseh dan juga wanita-wanita di Negeri Sembilan.

Tahniah kepada semua ahli Yang Berhormat yang membuat sambutan dengan izin Dato’ Yang Dipertua, open house yang sangat meriah. Inilah kami zahirkan sebagai ahli Yang Berhormat untuk pengundi-pengundi, ucapan kasih sayang dan terima kasih kami kepada semua. Dan juga hari ini tak terlambat untuk saya ucapkan juga tahniah kepada aa Jabatan Veterinar di bawah portfolio Yang Berhormat EXCO Kanan yang telah membuat Mantai Raya yang cukup meriah, dan ini sangat menyentuh hati dan memeriahkan sambutan raya Aidilfitri terutamanya kepada golongan asnaf dan B40. Cuma cadangan saya Datuk Seri hilang Datuk Seri dah takda dalam dewan ha… Tak jawablah esok ni. Ya. Cuma

cadangan saya Datuk Seri, saya minta tahun depan Datuk Seri tambahlah lagi peruntukan. Kepada ahli-ahli Yang Berhormat ini, untuk kami dapat menambah lagi lebih ramai penerima-penerima. Jadi mereka pun dapat meraikan Aidilfitri ini dengan lebih mulia lagi. Insya-Allah. Dato’ Yang Dipertua, dalam titah baginda Tuanku telah menyentuh tentang kejayaan Negeri Sembilan mencapai pertumbuhan ekonomi memberangsangkan dan mengurus kewangan yang cemerlang dengan kutipan hasil tertinggi dan belanjawan surplus saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Exco Kanan, ahli-ahli Exco atas sokongan penuh terhadap usaha memperkasakan ekonomi rakyat khususnya di Kawasan luar bandar seperti kawasan saya Juasseh.

Saya ingin mengusulkan pengembangan industri kecil dan sederhana iaitu IKS di Negeri Sembilan. Kalau boleh di DUN Juasseh. Sokongan kepada IKS adalah penting untuk meningkatkan daya saing dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Program-program bantuan seperti dalam Skim Sejahtera Rakyat, contohnya bantuan perniagaan oleh PKNNS seperti TUNS adalah sangat-sangat membantu peniaga-peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Namun selaku ahli lembaga pengarah, cadangan penambahbaikan dalam bentuk pinjaman ataupun geran yang dibuat. Kita selaku ahli Yang Berhormat kawasan hanya menyokong saja Dato’ Yang Dipertua, namun mesti ada satu jawatankuasa yang ada guideline dengan izin bukan sahaja memberikan pinjaman tetapi membina usahawan tersebut untuk lebih berjaya dan menggunakan dana tersebut dengan betul. Dengan adanya sokongan dan bantuan yang berterusan, saya yakin Juasseh juga boleh menjadi salah satu kawasan yang menyumbang secara signifikan kepada ekonomi Negeri Sembilan.

Dato’ Yang Dipertua, Tuanku turut menekankan keperluan Negeri Sembilan bergerak seiring dengan kemajuan dan pembangunan lestari. Dalam bentuk ini, saya ingin menekankan betapa pentingnya mempercepatkan Pembangunan infrastruktur digital di kawasan-kawasan yang memerlukan seperti kawasan saya. Mencapai internet berkelajuan tinggi masih lagi menjadi cabaran, terutamanya di kawasan kampung-kampung tradisi dan pendalaman. Saya menggesa agar pembinaan menara telekomunikasi Datuk aa Exco Digital depan saya ya. Peluasan fiber optic serta program Literasi Digital dipercepatkan terutamanya di DUN Juasseh. Pelajar, usahawan dan golongan muda memerlukan prasarana digital ini untuk meningkatkan peluang pendidikan, perniagaan dan kerjaya. Kerjasama dengan Syarikat telekomunikasi ini juga perlu diperkukuhkan untuk mempercepatkan pembangunan infra digital. Selain itu program latihan digital harus

disediakan untuk belia-belia yang macam cendawan tumbuh ini. Termasuklah di kawasan saya dan memastikan bahawa semua lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat daripada kemajuan teknologi dan ekonomi digital. Yang Berhormat Datuk Exco Digital semalam saya ke perkampungan orang asli di Chegun. Yang Berhormat Datuk Seri Exco Kanan ada, Yang Berhormat Exco Pendidikan ada, Ahli Parlimen Kuala Pilah pun ada. Dia orang cakap pasal internet yang menjadi isu hangat di sana. Tolong saya ya datuk. Boleh ya? Tok boleh tok? Angguk sikit tok. Terima kasih tok. Jadi saya juga di sini nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Exco Kanan, Balai Raya di Chegun semalam dah siap tersergam indah. Harap-harap naiklah sokongan kepada Kerajaan perpaduan yang kita meterai ini.

Dato’ Yang Dipertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga penuh keprihatinan turut menekankan usaha memperkukuhkan syiar Islam di Negeri Sembilan. Saya menyokong penuh inisiatif kerajaan negeri memperuntukkan lebih banyak dana untuk menaikkan masjid, surau, elaun guru KAFA dan projek keagamaan lain. Di Juasseh masjid dan surau merupakan satu penyatuan masyarakat satu tempat penyatuan masyarakat bukan sahaja sebagai tempat beribadah, bukan sahaja tetapi juga adalah sebagai pusat pendidikan, kebajikan dan pengukuhan ukhuwah. Saya berharap agar lebih banyak program memperkasakan syiar Islam diadakan termasuklah memperbanyakkan aktiviti pendidikan agama untuk anak-anak muda, untuk belia-belia, memperkasakan masjid warisan sebagai tarikan untuk pendidikan agama untuk anak-anak muda, belia-belia dan juga memperkasakan masjid warisan sebagai tarikan pelancong serta mempertingkatkan lagi kemudahan infrastruktur masjid dan surau di kawasan luar bandar.

Di kawasan saya sendiri ada sebuah masjid warisan di Kampung Terusan yang boleh dijadikan tempat persinggahan pelancong sambil dapat juga menambah pendapatan masyarakat setempat. Saya mohon ianya tidak dipindahkan ke mana-mana kerana kampung ini sudah mula menjadi persinggahan pelancong-pelancong. Saya juga ingin menyokong penambahan elaun kepada guru KAFA, bilal, siak dan pembantu am wanita sebagai langkah untuk meningkatkan motivasi dan kesejahteraan mereka. Dengan adanya sokongan yang berterusan, kita dapat memastikan bahawa syiar Islam terus berkembang dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat. Pelantikan ahli jawatankuasa masjid yang baru juga telah memudahkan ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengendalikan masjid di DUN masing-masing dengan lebih teratur dan baik. Saya memohon agar lantikan segera juga dibuat di surau-surau yang didaftar di bawah Jabatan Agama bagi memudahkan lagi pemantauan dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan tadbir urus yang baik.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin menekankan pentingnya pemerkasaan wanita dan kanak-kanak dalam pembangunan negeri. Program Pemberdayaan Wanita harus diperkukuhkan untuk meningkatkan peranan dan sumbangan mereka dalam masyarakat. Inisiatif seperti latihan kemahiran, sokongan keusahawanan dan program kesihatan wanita perlu diperluaskan agar wanita di Negeri Sembilan ini dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan signifikan dengan pembangunan ekonomi dan sosial. Bagi kanak-kanak, program pendidikan yang komprehensif dan berkualiti harus disediakan untuk memastikan mereka mendapat peluang yang sama rata dalam pendidikan.

Program kesihatan, kebajikan, keselamatan untuk kanak-kanak juga perlu diperluaskan untuk memastikan kesejahteraan mereka terjamin. Sebagai contoh tentang keresahan peningkatan kes-kes seksual melibatkan kanak-kanak ya, pada akhir-akhir ini, saya memetik cadangan Yang Berhormat Datuk Nancy, Menteri Wanita dan Keluarga tentang kepentingan pendidikan seks perlu pendekatan yang menyeluruh. Saya menyusulkan, mengusulkan agar lebih banyak program pendidikan dan kesihatan yang khusus untuk kanak-kanak diadakan di seluruh Negeri Sembilan bersama-sama dengan NGO tempatan dan lain lain seperti UNSPA Malaysia, UNICEF Malaysia dan lain-lain NGO yang bergiat aktif. Termasuk program literasi kesihatan mental dan pemakanan.

Wanita dan kanak-kanak perlu diberikan perhatian. Pembangunan modal insan yang serius kerana mereka adalah aset tegar yang perlu diambil berat dan diperjuangkan. Selain itu, saya ingin menekankan pentingnya peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan di luar bandar. Program kesihatan mental juga perlu disediakan untuk menyokong kesejahteraan psikologi rakyat terutamanya di Negeri Sembilan. Dengan adanya perkhidmatan kesihatan yang baik, kita dapat memastikan bahawa semua penduduk mendapat akses perkhidmatan yang terbaik. Contohnya di kawasan saya baru-baru ini. Tentang penyakit kusta. Pendedahan perlu dibuat bukan sahaja kepada pesakit malah kepada keseluruhan masyarakat setempat yang terlibat.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga nak memohon satu je Dato’ Yang Dipertua kerjasama daripada pihak SAINS ya, menjelang perayaan dan semasa perayaan baru-baru inilah hari raya di Kuala Pilah, Dato’ Yang Dipertua, termasuklah terutamanya di DUN saya Juasseh terdapat berlakunya kekurangan dan tiada air di beberapa kampung. Ya. Seperti kampung, Pasir Ambo, Kampung Sungai Jelutong, Kampung Gentam. Ya ini adalah masalah yang berulang kali. Setiap kali ada perayaan memang kita tak

ada air. Jadi saya mengharapkan pihak sains untuk membuat kajian kaji permasalahan janganlah lama sangat kaji. Dah dua tahun kaji, tak ada juga apa-apa perubahan.

Kajian ini perlu dibuat supaya masalah hal ini tidak berulang dan dia tidak menjadi satu bebanan kepada ahli Yang Berhormat. Masalahan yang kecil ini tidak dapat diselesaikan masalah yang kecil kalau kita tak dapat selesaikan dia akan jadi satu permasalahan yang mudarat dan membawa tidak percayanya rakyat kepada kerajaan yang kita bina ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan perpaduan persekutuan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ke-10 atas usaha gigih mereka dalam memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerjasama erat antara Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah kunci kepada kejayaan kita dalam mencapai pembangunan yang inklusif dan berterusan. Mengambil inspirasi daripada titah Tuanku, saya menyeru semua, ahli dewan, tanpa mengira latar belakang politik, meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tertinggi dalam setiap tindakan dan keputusan.

Saya juga mengharapkan terutamanya Jabatan Perpaduan Negara akan memainkan peranan yang lebih aktif untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan ini. Saya mencadangkan usaha seperti KRT, komuniti MADANI di bawah Jabatan Penerangan turut bersama menggerakkan usaha ini kerana jika kita lihat juga di bawah dan di media sosial hari ini ada pihak yang memainkan isu perkauman, agama dan bangsa dengan menakut-nakutkan satu kaum khususnya orang Melayu. Bahawa kononnya masa depan orang Melayu akan gelap dan agama Islam semakin terancam disebabkan kerajaan perpaduan hari ini. Tetapi ini tidak benar sama sekali. Alhamdulillah isu ini tidak boleh diterima oleh masyarakat di Air Kuning. Untuk pilihan raya kecil baru-baru ini. Kerajaan perpaduan diwakili Barisan Nasional menang dan mereka telah kalah teruk walaupun ditekan berkali-kali tentang isu ini.

Namun yang demikian saya berharap usaha untuk menjelaskan isu ini mesti berterusan. Jabatan Perpaduan, Jabatan Penerangan, Agensi Kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA mestilah memainkan peranan menjelaskan kepada rakyat yang di bawah supaya isu ini akan dapat kita tenggelamkan dan tidak menakutkan rakyat dan terus menjadikan masyarakat berbilang kaum terutamanya di Negeri Sembilan ini, hidup dengan aman sentosa dan tidak dimomokkan dengan sentimen-sentimen yang menguntung dan tidak menguntungkan negeri dan negara kita Malaysia. Kita perlu memastikan segala dasar dan projek yang dirancang benar-benar memberikan manfaat langsung kepada

rakyat di semua peringkat. Selari dengan semangat Negeri Sembilan bersih, muafakat dan sejahtera.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali saya sekali lagi merafak setinggi-tinggi junjungan kasih kepada titah Tuanku yang menjadi panduan kepada kita semua. Marilah kita bersama-sama menghayati titah ini dengan rasa tanggungjawab, iltizam dan semangat untuk membina Negeri Sembilan yang lebih maju, makmur dan diberkati. Juasseh menyokong penuh titah Tuanku. Wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum WBT.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Juasseh. Saya menjemput Yang Berhormat Sri Tanjung.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ahli-ahli Yang Berhormat sekalian salam sejahtera, salam Negeri Sembilan dan salam Malaysia MADANI. Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir atas sudi berkenaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku merasmikan Persidangan Pertama Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15 pada kali ini. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau yang berwibawa dalam memacu dasar-dasar ekonomi negara yang inklusif, progresif dan diyakini oleh pelabur antarabangsa. Lebih membanggakan insentif-insentif ini turut menerima pujian daripada kepimpinan negara China khususnya Presiden Xi Jinping, yang mengiktiraf hubungan dua hala yang semakin kukuh serta keyakinan pelabur China terhadap kestabilan dan dasar ekonomi Malaysia.

Perdana Menteri juga antara pemimpin yang berani, bersuara apabila isu berkaitan kemanusiaan dibangkitkan di medan antarabangsa. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada kerajaan negeri atas prestasi ekonomi negeri yang terus mencatatkan perkembangan yang sangat memberangsangkan. Usaha berterusan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam menjamin kemakmuran rakyat dan kemajuan negeri. Dan ucapan tahniah juga ditujukan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap ahli Parlimen Port Dickson yang telah berjaya menarik pelabur-pelaburan strategik seperti penubuhan pusat data terbesar di rantau ini Smart AI Pod yang pertama di Asia Tenggara, projek Canopy Walk di Sungai Menyala, pembinaan kilang farmaseutikal di Springhill, pembangunan Eco Business Park dan juga cadangan pembinaan masjid terapung di Port Dickson. Dalam usaha-usaha di atas anak-anak Port Dickson atau Negeri Sembilan tidak perlu merantau ke luar negara untuk menjana pendapatan malah

mereka boleh mencari sumber pendapatan mereka di negeri mereka yang tercinta ini.

Semoga harapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan tercapai. Pelaburan ini bukan sahaja akan membuka ribuan peluang pekerjaan malah akan meletakkan Port Dickson di peta dunia sebagai destinasi pelaburan teknologi dan pelancongan bertaraf antarabangsa. Syukur persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini dapat berlangsung dengan lancar penuh tumpuan dan semangat demokrasi yang tinggi. Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh adil dan berhemah sepanjang persidangan ini. Dengan izin saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada beberapa isu yang telah disuarakan oleh rakyat di kawasan saya. Saya percaya perkara-perkara ini wajar diberi perhatian bersama demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Dato’ Speaker yang dihormati Ketika ramai antara kita melihat petugas kesihatan sebagai wira barisan hadapan, realitinya mereka kini berhadapan dengan tekanan kerja yang amat tinggi. Khususnya Jabatan Kecemasan dan Jabatan Perubatan Am. Saya dimaklumkan bahawa masa menunggu untuk pemeriksaan dan kemasukan wad di HTJ boleh mencecah antara enam hingga dua puluh tiga jam. Bergantung kepada kes dan kekosongan katil. Keadaan ini bukan sahaja memberi tekanan kepada pesakit dan keluarga mereka malah memberi kesan yang besar terhadap tahap kesihatan mental dan fizikal kakitangan kesihatan. Termasuk pegawai perubatan, jururawat, pembantu perubatan, dan petugas sokongan yang bekerja tanpa cukup rehat dan dalam keadaan wad yang sesak. Antara puncanya adalah kekurangan bilangan wad dan katil, peningkatan bilangan pesakit kronik serta aliran masuk pesakit yang tiada pilihan selain HTJ kerana Hospital Daerah dan fasiliti kesihatan lain tidak dapat menampung permintaan. Saya mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempercepatkan perancangan naik taraf dan menambah bilangan wad serta fasiliti sokongan di HTJ termasuk pembinaan blok tambahan. Menambah bilangan kakitangan kesihatan secara tetap bukan secara kontrak agar beban tugasan diagihkan dengan lebih seimbang. Memperkasa hospital daerah seperti Hospital Port Dickson, Kuala Pilah, Jempol supaya sebahagian beban rujukan tidak hanya tertumpu ke HTJ. Menubuhkan satu pasukan pemantauan beban kerja dan tahap kebajikan kakitangan kesihatan. Agar isu burn out dan tekanan kerja ditangani lebih awal. Bukan selepas berlaku krisis. Mempercepatkan pembinaan hospital baru yang mempercayai fasiliti moden. Mewajibkan lawatan pakar perunding kanan dengan izin consultant ward round dan decision making. Untuk mendapatkan nasihat dan mengurangkan kesesakan di

wad hospital. Dato’ Speaker kita tidak mahu sampai ke tahap petugas yang merawat akhirnya pula memerlukan rawatan. Kerana terlalu letih dan tertekan. Kesejahteraan mereka adalah kunci kepada kualiti perkhidmatan kesihatan kita.

Dato’ Speaker yang dihormati saya juga ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada satu isu yang semakin membimbangkan iaitu penjualan ubat-ubatan yang tidak berkelulusan termasuk ubat tradisional dan suplimen kesihatan yang diragu kandungannya. Dan kini dijual secara terbuka di premis-premis yang tidak sepatutnya termasuk kedai runcit dan kedai makanan. Amalan ini bukan sahaja melanggar peraturan farmaseutikal dan kawal selia yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Malah boleh mengancam kesihatan awam terutamanya apabila produk-produk ini tidak menjalani proses kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia. Lebih membimbangkan, ubat-ubatan ini sering kali dipromosikan dengan dakwaan yang mengelirukan seperti penyembuh segera tidak perlu preskripsi, yang boleh memberi harapan palsu kepada pengguna terutamanya warga emas dan golongan yang mudah terpengaruh. Saya menyeru agar satu tindakan pemantauan yang dan penguat kuasa yang lebih tegas dilakukan termasuk melalui kerjasama pihak PBT, KPDN dan KKM. Bagi menangani penjualan ubat tanpa kelulusan ini secara menyeluruh. Dalam masa yang sama, kempen kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya penggunaan ubat tanpa kawalan juga perlu diperkasakan agar rakyat tidak menjadi mangsa kepada produk tidak selamat.

Dato’ Speaker yang saya hormati. Izinkan saya menyentuh satu perkara yang semakin penting dalam landskap komunikasi dan persepsi rakyat iaitu peranan media dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara tepat dan bertanggungjawab. Sebagai pengamal media, saya amat memahami tekanan dan mengejar masa headline dari tarikan ramai. Namun begitu, tajuk berita yang tidak cermat atau bersifat sensasi boleh memberi kesan besar kepada suasana masyarakat. Terutamanya jika ia menyentuh isu-isu yang sensitif. Saya menyeru agar semua agensi media khususnya media arus perdana dan platform digital agar lebih berhati-hati dalam pembelian tajuk, berita dan naratif yang dibawa. Tanggungjawab media bukan sekadar melaporkan tetapi juga membina persefahaman, menjernihkan keadaan dan menyokong usaha kerajaan negeri dalam mengekalkan perpaduan antara kaum dan agama.

Dato’ Speaker yang saya hormati pada 3 Oktober 2025 yang akan datang Port Dickson akan menjadi tuan rumah kepada satu mesyuarat Asean yang dijangka berlangsung di sebuah hotel di kawasan pantai peranginan tersebut. Ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap

keupayaan negeri ini dalam menganjurkan acara bertaraf serantau. Di samping mengangkat nama Port Dickson sebagai destinasi bukan saja pelancongan tetapi juga diplomasi dan kerjasama antarabangsa. Penganjuran mesyuarat ini dijangka membawa limpahan manfaat kepada ekonomi setempat termasuk kepada sektor perhotelan, makanan dan minuman. Pengangkutan serta perniagaan kecil dan sederhana dalam masa yang sama ia memberikan peluang kepada Negeri Sembilan untuk memperkenalkan budaya warisan dan keunikan kita kepada delegasi-delegasi asean yang hadir. Saya harap Kerajaan negeri dapat memastikan segala aspek persediaan termasuk keselamatan, kebersihan kawasan pantai, infrastruktur jalan raya, serta elemen hospitaliti, berada pada tahap yang terbaik menjelang tarikh tersebut.

Saya juga mencadangkan agar komuniti tempatan dan peniaga diberi peluang untuk mengambil bahagian secara langsung misalnya melalui program sambutan kebudayaan, pameran produk tempatan dan promosi pelancongan agar manfaatnya dapat dirasai secara menyeluruh oleh rakyat negeri ini. Kejayaan penganjuran mesyuarat Asean ini nanti bukan hanya milik Port Dickson tetapi menjadi kebanggaan seluruh Negeri Sembilan. Dato’ Speaker, Port Dickson seperti yang kita sedia maklum merupakan kawasan strategi yang menempatkan pelbagai infrastruktur seperti industri berat termasuk loji penapisan minyak serta tangki simpanan bahan api yang mudah meruap. Dalam konteks ini saya ingin menekankan risiko berlakunya insiden berprofil tinggi seperti dengan izin boiling liquid expending vaper explanation iaitu letupan yang berlaku apabila cecair mudah meruap, dipanaskan dalam bekas tertutup sehingga tekanan melampau. Menyebabkan letupan secara besar-besaran. Oleh itu saya mencadangkan agar satu semakan menyeluruh terhadap sistem keselamatan industri melibatkan Petron dan HLC dilakukan oleh pihak berkuasa berkaitan khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat, DOSH serta PBT di Port Dickson. Langkah pencegahan seperti sistem pendinginan tangki, penyelenggaraan injap keselamatan sistem pemantauan tekanan dan pelan kecemasan komuniti perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Dato’ Speaker yang dihormati, saya juga ingin menarik perhatian Dewan kepada satu lagi isu keselamatan penting yang melibatkan sekolah jenis kebangsaan Tamil di Port Dickson iaitu berkaitan dengan pendawaian elektrik yang telah usang dan berisiko dan Sekolah Tinggi Port Dickson iaitu berkaitan bangunan rosak dan usang. Pendawaian yang lama dan tidak diselenggara dengan baik bukan saja menjejaskan kelancaran operasi bilik darjah dan penggunaan peralatan malah boleh mengancam keselamatan murid serta guru terutamanya jika berlaku litar pintas atau kebakaran kecil. Saya difahamkan bahawa pihak sekolah telah beberapa kali mengemukakan permohonan untuk kerja-kerja penaiktarafan

sistem pendawaian namun masih belum menerima tindakan sewajarnya daripada pihak berwajib. Sehubung itu saya menggesa agar Jabatan Pendidikan Negeri bersama JKR dan pihak berkuasa berkaitan melakukan penilaian segera terhadap tahap keselamatan sistem elektrik di sekolah tersebut dan menyenaraikan kerja-kerja baik pulih ini sebagai keutamaan di bawah peruntukan penyelenggaraan infrastruktur pendidikan.

Dato’ Speaker yang dihormati, izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan ucapan Yang Berhormat Exco Kanan baru-baru ini yang menyentuh peranan ketua kampung, Ahli Majlis dan penghulu dalam memastikan kesejahteraan rakyat. Saya amat bersetuju bahawa mereka ni harus menjadi ejen utama dalam menyampaikan maklumat serta dasar dan insentif kerajaan negeri kepada masyarakat termasuk program seperti C4U, N9 Digital bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta bantuan daripada Baitulmal. Ini adalah tanggungjawab bersama kita untuk memastikan tiada siapa yang tercicir. Dan lebih penting lagi untuk mencapai matlamat sifar miskin tegar di negeri kita. Namun saya ingin tegaskan bahawa masih ada segelintir ketua kampung yang beranggapan bahawa tugas mereka sekadar menyampaikan bakul makanan sempena musim perayaan.

Walaupun usaha ini baik dan perlu diteruskan, kita perlu ubah pendekatan kepada satu yang lebih holistik dan berjangka panjang. Saya menyeru agar semua pihak akar umbi memainkan peranan yang lebih proaktif dan strategik. Kita perlu keluar daripada pendekatan sekadar cukup dan menuju kepada pemerkasaan komuniti rakyat bukan sahaja dibantu tetapi diberdayakan.

Kami datang bawa harapan, merawat jiwa meringan beban, di Sri Tanjung penuh kesetiaan, rakyat dijaga tanpa sempadan.

Langit cerah di waktu pagi, anak kecil tersenyum girang, doktor berkhidmat sepenuh hati, untuk rakyat bukan sekadar bayang.

Semoga segala keputusan dan perbahasan yang telah dibuat di sepanjang sidang ini memberi manfaat yang besar kepada rakyat dan negeri yang kita cintai ini. Dengan ini saya menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus dan mendoakan semoga kita semua diberikan kekuatan dan

kesihatan untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti dan dedikasi. Sekian terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjung. Saya menjemput Yang Berhormat Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Tuan Speaker, Dato’ Speaker. Alhamdulillah, Assalamualaikum WBT ucapan menjunjung kasih saya kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan di Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 pada hari Khamis yang lalu. Dato’ Yang Dipertua izinkan saya bermula menyentuh isu kebersihan di Gemas. Kalau kita ingin menyambut pelancong sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan tahun 2026, biarlah sambutan ini dengan wajah mesra, bukan dengan wajah yang seperti bangun tidur yang rambut tidak sempat bersikat. Di laluan utama di persimpangan Kem Syed Sirajuddin dan Kem Taman Pahlawan sudah hampir setahun dihiasi dengan sisa kayu, kayu yang seperti saya tunjukkan di sini, yang tidak dibersihkan.

Saya tidak pasti adakah ini landskap atau sisa bahan binaan yang saja dibuang di tepi jalan ini? Atau inikah ciri-ciri yang kita nak tunjukkan kepada pelancong? Melainkan kita mahu pelancong kita melihat realiti sebenar bahawa kebersihan pun sudah letih menunggu tindakan. Perkara kedua berkenaan longkang di laluan yang sama di hadapan jalan utama pasar raya TF tidak terkecuali seperti longkang dibiarkan seperti perigi buta. Setiap kali hujan lebat air yang mengalir tidak sempurna di mana longkang penuh dengan tanah dan rumput. Bila berlaku banjir setiap kali banjir berpusu-pusulah kita berpura-pura terkejut ibarat banjir itu baru tahun pertama berlaku. Saya juga membawa contoh di mana gambar ini menunjukkan keadaan sebenar. Saya bersetuju dengan cadangan YB Chennah tadi. Di setiap DUN diwajibkan diadakan taman rekreasi. Di Gemas kami sudah mempunyai taman rekreasi yang dulunya jadi kebanggaan penduduk yang menjadi tempat lokasi, lokasi untuk anak-anak dan keluarga beristirehat. Kini lokasi ini semakin usang kerusi patah permainan rosak, trek jogging dipenuhi rumput yang panjang. Mungkin kita sudah cuba sedang cuba membina suasana semula jadi alternatif di mana pihak berwajib tidak menjalankan tugas-tugas untuk memastikan kebersihan untuk penggunaan taman ini. Ini kali ketiga saya membangkitkan di dewan ini berkenaan isu pintu gerbang.

Pintu gerbang ini menunjukkan pintu tanda masuk dan keluar daripada Negeri Sembilan dan Johor. Ia ibarat seperti hidup segan mati tak mahu. Ditegur di dewan ini dibaiki tak sampai dua bulan ia akan rosak semula.

Sebelum hari raya dibaiki dan apabila dicatatkan dalam media sosial Majlis Daerah Tampin didendangkan mat sudah dua kali, bertarikh pada September 2024 dan 6 Mac 2025 sudah dibaiki. Tapi hari ini bermula minggu ini ia gelap kembali. Saya tidak pasti apakah ia isu bekal elektrik atau semangat kerja yang telah pudar di kalangan kakitangan di pihak berwajib. Kalau lampu gerbang pun tidak boleh dipastikan menyala. Bagaimana pula kita mahu menyalakan harapan rakyat dalam masa satu tahun ini, sudah tiga kali saya melapor kepada Setiausaha Majlis Daerah Tampin. Jika pihak saya melaporkan, kami mahukan tindakan bukannya menghantar jawapan dalam bentuk jawapan bertulis. Rakyat mahukan tindakan bukannya alasan semata-mata.

Dato’ Yang Dipertua, Gemas ini bukan pekan kecil yang boleh disorok bawah karpet pentadbiran. Ia pintu masuk utama selatan dan pantai timur. Tapi sayangnya, pintu gerbangnya gelap, longkangnya pun telah tersumbat. Tamannya pun terbiar. Sisa buangan seperti sudah mendaftar sebagai penduduk tetap. Saya mencadangkan agar pihak berwajib tukarlah pegawai yang sudah hilang semangat. Berilah ruang kepada mereka yang punyai idea dan tenaga. Kita tidak perlukan pelan mega. Kita hanya perlukan perlaksanaan minima yang konsisten. Itu pun sudah cukup untuk rakyat rasa dihargai. Isu kedua yang ingin saya bangkitkan. Tempat pembuangan sampah terbuka sama seperti yang dikatakan oleh Klawang sebentar tadi. Dato’ Yang Dipertua, kita selalu bercakap tentang Malaysia MADANI, negeri lestari, kehidupan berkualiti tapi di setengah tempat, di kawasan saya, di Kampung Bangka Hulu, apa yang lebih menghairankan aktiviti pembuangan sampah dan pembakaran masih berlaku secara terbuka. Ia seolah-olah sudah mendapat kelulusan pihak-pihak tertentu. Tapi saya pun tidak pasti, siapa yang meluluskan, yang boleh, yang lebih mengejutkan pihak Southern Waste juga membuang sampah di tempat yang sama. Saya sertakan juga gambar sebagai bukti dalam dewan yang mulia ini. Diadukan secara terus YB Johol tapi dijawab dengan jawapan bertulis seperti dewan juga. Jadi saya mohon tindakan daripada pihak berwajib. Maka, adakah semua yang berkuasa di situ hanya melihat menghela nafas seperti penduduk tempatan di situ. Dato’ Yang Dipertua, saya faham kita tidak boleh mengawal setiap sampah yang dibuang tapi sekurang-kurangnya kita boleh kawal siapa yang patut buang dan di mana tempat pembuangan yang sepatutnya. Gemas mencadangkan agar pemantauan lebih ketat diper dilakukan di tempat pembuangan tersebut jika tidak mendapat keizinan mohon ditutup jika diizinkan mohon dipagar atau ditandakan supaya ia tidak seperti tempat kosong yang dibiar sesuka hati.

Seterusnya Gemas ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Chennah pada sidang yang lepas membawa isu jejambat yang telah

sepuluh tahun untuk dia untuk makluman Dato’ Yang Dipertua ada satu struktur binaan yang berdiri teguh tapi sayangnya dibiarkan terbiar iaitu jejambat di Gemas yang menghubungkan Taman Sungai Gemas, Taman Gemas Indah, Gemas, GoPlut dan Kuarters KTMB di mana bukan sekadar laluan tapi ialah nadi harian penduduk. Malangnya ia hari ini ibarat projek siap di atas kertas sakit di lapangan. Dato’ Yang Dipertua, jejambat ini telah siap pada, diserah kepada JKR pada 2015. Hari ini 2025, sepuluh tahun yang lepas jika pokok durian dah berbuah. Kalau anak dah tahun empat sekolah. Tapi hari ini, projek itu masih mencari akar, di mana ia harus bermula. Betul ada tampalan, tapi cuma seperti meletakkan plaster di luka yang bernanah sedangkan masalah sebenar seperti cerun yang terus merekah, bahu jalan yang tidak dibersihkan. Lampu jalan tidak berfungsi. Malah jika berlaku kemalangan ia menjadi parut yang dalam di hati penduduk Gemas. Saya bertanya-tanya juga, adakah penduduk Gemas perlu melakukan sesuatu kepada pihak JKR Tampin untuk menyelesaikan masalah ini?

Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil mengambil titah Tunku tempoh hari dalam titah Tuanku mohon pihak JKR menyiapkan kerja-kerja mereka dalam titah dalam buku Titah ini. Kita tidak minta banyak, penduduk Gemas tidak minta yang bukan-bukan. Hanya memohon jika boleh JKR kenal pasti punca sebenar mendapan jalan tersebut. Kerja pembaikan cerun dilakukan dengan segera. Penjadualan berkala bagi pembersihan bahu jalan yang dimulakan segera. Sekarang ni lalang-lalang dan rumput cukup membahayakan pada kenderaan kecil dan aa keluarga yang pergi dan balik bekerja. Lampu jalan yang tidak berfungsi. Saya faham ada tunggakkan sebanyak 18,000 atas nama RAC cuma berbincanglah JKR bersama RAC. RAC ini adalah Railway Asset Corporation. Cuma isu disebabkan tunggakkan bil elektrik ini lampu ini tidak berfungsi, kerana kita tahu kalau jalan mendap lama-lama kepercayaan rakyat turut tenggelam dan kita bukan mahu struktur mega yang gah. Cukup sekadar jalan yang selamat boleh digunakan dengan tenang dan selamat. Tidak perlu kita perjudikan nyawa rakyat setiap hari. Seterusnya Gemas membawa isu yang setiap kali persidang ini. Kompleks Mini Sukan Gemas.

Dato’ Yang Dipertua, hal ini saya ingin mengadu terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ Seri tolonglah Gemas ini. Di isu kompleks mini sukan mini cuma sayangnya bukan sekadar mini sukan, tapi ia juga dari sudut kemajuan projek ini. Pada sidang yang lepas, YB Exco menyatakan projek ini telah siap 60, 70, 80 peratus. Jawapan ini cukup mengelirukan. Boleh check handsard dalam mesyuarat aa dalam sidang yang lepas. Untuk makluman Yang Amat Berhormat Menteri Besar, keadaan sebenar bukan 60-80 peratus. Pihak Kementerian Belia dan Sukan telah melakukan lawatan pada 22 Jun juga pada 2024 telah

menyatakan projek ini projek bermasalah bila Kementerian sendiri mengaku perlunya ada tindakan segera, janganlah kita sorok perkara ini di bawah aa kertas bahawa projek ini telah siap 60-80 peratus, sebab rakyat memandang Dato’ Seri. Jadi saya menyuarakan dalam sidang dengan saya merayu supaya Dato’ Seri berada di parlimen nanti bawalah perkhabaran ini kepada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga menyentuh tentang keadaan sidang yang lepas saya berhujah tentang penyelenggaraan dan keadaan jalan sepanjang Jalan Gemas-Tampin. Saya mohon maaf kerana terpaksa membawa dewan ni turun sejenak ke bumi. Lebih tepat lagi permukaan jalan di Gemas yang mungkin patut kita sebut seperti permukaan jalan berombak, berlubang dan bertampal-tampal. Jalan depan Mahkamah Gemas, jalan depan Bank Simpanan Nasional. Berapa laluan utama telah berkali-kali ditampal. Walaupun ada kerja penurapan secara besar-besaran, saya rasakan sudah lima enam kali penampalan telah berlaku. Dan apa gunanya kalau kita ada sistem aduan SISPA kalau aduan ini ia masuk tapi tidak dibaiki dengan sebaik mungkin. Saya bertanya-tanya juga adakah pegawai teknikal yang meluluskan kerja tampal ini pernah melalui jalan yang sama? Atau mereka hanya melihat gambar dari laporan kontraktor melalui gambar yang dihantar. Sebab kalau mereka sendiri pernah melalui jalan ni, saya percaya mereka boleh melihat kualiti tampalan tersebut. Saya juga di dewan ni menjemput Pengarah JKR Negeri untuk bersiar-siar di Jalan Gemas-Tampin tapi mohon Dato’ gunakan kenderaan sendiri bukan kenderaan jabatan. Contohnya di KM35 Jalan Tampin-Gemas. Jika Dato’ melalui jalan di kiri, kiri jalan itu berlubang dan mungkin akan membengkokkan rim kereta Dato’. Jika Dato’ mengelak di sebelah kanan ia adalah garisan berkembar. Mungkin lori menanti dan nyawa dipertaruhkan. Hari ini tarikh tarikh terakhir jalan itu ditampal adalah pada Sabtu lepas, pada pukul 7.00 malam. Di mana papan tanda jalan rosak ini berada di jalan yang sama sepanjang tahun. Dan untuk makluman Dato’ Yang Dipertua, sisa-sisa binaan, sisa-sisa batu-batu ini dibuangkan di tepi bahu jalan yang sama. Jadi, kalau saya tunjukkan gambar nanti Johol kata banyak sangat gambar pula. Maka saya ingin cadangkan pihak JKR dan pihak Selia Selenggara perlu turun padang secara fizikal bukan sekadar melihat kepada gambar yang dihantar oleh kontraktor. Audit bebas harus bebas perlu…

YB mohon celah…

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

ya…silakan.

Adakah YB setuju salah satu kerosakan jalan berpunca adalah aa kerja-kerja pembaikan jalan sendiri. Contoh apabila aa tar yang di aa korek untuk membaiki jalan diletakkan di kawasan bahu jalan

Menyebabkan aa tanah, tanah disebelah bahu jalan lebih tinggi daripada jalan dan bila musim hujan menyebabkan air-air bertakung tidak boleh mengalir ke longkang yang telah aa sedia ada disebabkan faktor aa membaiki jalan tadi tidak diselia selepas aa kerja-kerja penampalan aa diselesaikan.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Labu. Saya masukkan dalam ucapan saya tapi sebenarnya bab teknikal ni kita serahkan kepada yang pakar untuk menjawab, saya hanya menyampaikan suara hati orang Gemas, keselamatan orang Gemas, keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di sepanjang jalan ni. Ia bukan melibatkan orang Gemas juga. Ia melibatkan keseluruhan pengguna-pengguna jalan raya. Kita sering melaungkan negeri membangun rakyat sejahtera tapi kalau jalan itu pun kita gagal gagal jaga, ibarat membina bangunan pencakar langit yang terjelus nanti akhirnya rakyat juga. Seterusnya saya menyentuh isu perlombongan pasir di Sungai Muar Gemas. Dato’ Yang Dipertua, kalau di tempat lain, sungai dijaga bagaikan nadi kehidupan, di Gemas, Sungai Muar seolah-olah sudah menjadi ladang emas buat setengah pihak. Tapi seperti biasa emasnya dituang ke dalam poket manakala lumpurnya ditinggalkan kepada rakyat.

Perlombongan pasir di Sungai Gemas dikendalikan oleh kontraktor yang dilantik oleh Yayasan Negeri Sembilan. Yang menariknya pemberian projek ini diberi nama win-win situation tapi hari ini kita lihat hasil ini dibawa keluar tapi di mana peranan kontraktor untuk pemuliharaan semula sepanjang aa pengorekan pasir ini.

Dato’ Yang Dipertua saya ingin tahu berapakah jumlah hasil kutipan sebenar daripada aktiviti perlombongan ini dan lebih penting. Berapa sen daripada yang mereka dapat dikembalikan kepada dalam bentuk penyelenggaraan untuk sungai ini. Ini amat penting untuk kita tinggalkan. Bukan untuk saya untuk anak dan cucu, cicit kita nanti. Air air sungai kita semakin cetek dan berlumpur, tebing sungai semakin terhakis. Flora fauna semakin terancam, tapi kontraktor gagah dengan jentera mengaut hasil. Takkan kita nak biarkan tanpa kita tinggalkan kepada anak dan cucu kita? Saya mencadangkan audit bebas dilaksanakan ke atas pelombongan ini. Tidak apa rezeki mereka mendapat hasil daripada pelombong ini tapi jagalah ini adalah anugerah kita kepada tinggalan kita untuk masa hadapan.

Perkara untuk di Gemas aa terima kasih kepada Datuk Exco Kanan pada sidang yang lepas aa memberikan janji supaya Felda membantu. Isu ini sama terjadi di Pasoh apa Felda Pasoh semasa sambutan Syawal tempoh hari. Untuk maklum Dato’ Exco, dalam sidang dewan yang lepas Datuk EXCO menyatakan penuh keyakinan bahawa pihak Felda akan

mengambil tindakan segera dengan melantik kontraktor untuk untuk memastikan supaya isu banjir di aa Felda Perumahan Generasi Kedua Felda ini dapat diatasi. Cuma nak bagi makluman saja Datuk YB EXCO hingga hari ini tiada sebarang walaupun pembersihan peringkat yang minima. Mohon pihak Gemas merayu kepada YB, Datuk Exco Kanan untuk pihak kerajaan menubuhkan satu jawatan khas membantu pihak Felda bagi mengenal pasti sebab jika berlaku banjir ini rakyat akan menyalahkan kerajaan negeri. Felda hanya menyokong saja. Jadi kita mohon Kerajaan Negeri membantu pihak Felda untuk mengenal pasti punca sebenar banjir ini. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit tentang di Gemas sudah saya nyatakan. Saya ingin dua tiga perkara di peringkat Negeri Sembilan. Hari ini apabila Dato’ Yang Amat Berhormat Menteri Besar membentangkan pagi tadi laporan audit. Saya ingin sekadar bertanya soalan pertama.

Di muka surat tujuh Lembaga Muzium Negeri Sembilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2023. Di di muka surat tujuh perkara terakhir terdapat perbelanjaan yang saya ingin bertanya iaitu belanja Pilihan Raya Umum, apakah keperluan pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan membelanjakan wang yang cukup banyak iaitu RM356,050 ringgit untuk perbelanjaan pilihan raya, bagi saya apakah salahnya jika wang sebanyak ini digunakan untuk memperkasakan institusi peradat kita di Negeri Sembilan atau kita menaikkan jumlah elaun kepada datuk-datuk adat sebab perbelanjaan cukup besar sebanyak RM356,000 ribu. Seterusnya saya ingin menyentuh Dato’ Yang Dipertua membuka tajuk dia membuka pintu rundingan bukan menanggal pintu, pintu maruah keluarga. Dato’ Yang Dipertua saya bertanya satu soalan yang besar dan tidak boleh diamkan diri.

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Boleh saya… Boleh saya jawab terus?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Boleh Dato’ Seri

Aminuddin Bin HarunPKR · PHMenteri Besar · Sikamat

Yang ni sebenarnya adalah untuk bayaran sebab apa muzium ni jadikan center untuk pilihan raya.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Maaf Dato’ Seri, saya bertanya sebab dalam laporan ini sebab saya meneliti kesemua laporan audit ini. Terima kasih Dato’ Seri. Maaf Dato’ Yang Dipertua, saya teruskan dengan membuka pintu rundingan bukan menanggal pintu maruah keluarga. Saya bertanya satu persoalan yang besar tidak boleh saya diamkan lagi. Baru-baru ini tular di media sosial tentang tindakan Majlis Bandaraya Seremban membuka pintu-pintu rumah termasuk pintu tandas dan unit-unit perumahan milik Majlis Bandaraya Seremban. Gara-gara penghuni gagal menjelaskan tunggakkan sewa ada yang mencecah ribuan ringgit. Saya

meletakkan ini saya bukan meletakkan kepada kerajaan negeri. Saya meletakkan kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban. Kenapa lambat sangat bertindak kalau nak bertindak, takkanlah sampai beribu. Kalau kita pinjam kad kredit pinjam itu akan di ditahan dalam jumlah yang cukup segera jika kita ada tunggakkan untuk kenderaan dalam masa 40, hampir 60 hari akan ada notis untuk penarikan. Namun persoalan lebih besar jumlah tunggakkan ialah pendekatan dan keperimanusiaan dalam tindakan. Apakah membuka pintu rumah rakyat miskin menanggalkan pintu tandas sekalipun memberi pulangan lumayan pada kerajaan negeri. Apakah strategi kutipan hasil ini disebut sebagai berkesan. Apakah yang dimaksudkan sebagai tadbir urus yang terbaik untuk kerajaan negeri. Hari ini kita dalam dewan ini kita menyatakan kita mempunyai pendapatan mengumumkan lebihan kewangan surplus setiap tahun tapi adakah dengan pendapatan daripada kita memungut hasil cukai aa tunggakkan ini menyebabkan hasil kita lebih bertambah lebih besar. Jadi hidup dengan kekangan ekonomi dan kemiskinan bandar dihukum secara terbuka dipalu dengan tindakan yang memalukan, diheret maruah mereka ke ruang media sosial. Bayangkan di dalam rumah itu didiami oleh ibu kita, isteri kita, anak gadis kita, mana kita nak simpan maruah mereka, mana kita nak simpan maruah anak kita pergi ke sekolah, apabila diejek rakan mereka, rumah mereka tidak berpintu.

Dato’ Yang Dipertua, apakah tindakan ini memberi manfaat langsung kepada kerajaan negeri. Apakah kita fikir selepas pintu, rumah mereka dibuka akan terbuka juga jalan keluar untuk mereka bebas dan membayar tunggakkan ini. Atau sebenar kita sedang membuka ruang kepada lebih ramai rakyat hilang keyakinan pada keadilan sosial yang sepatutnya menjadi asas sebuah kerajaan yang bersih, muafakat dan sejahtera. Saya ingin menyebut dengan jelas sepatutnya kerajaan bukan bertindak membuka pintu. Tapi bukalah pintu rundingan. Bantulah rakyat-rakyat ini dengan membuka rundingan supaya penjadualan semula berasaskan keprihatinan dan mekanisme yang yang lebih baik dan lebih menguntungkan kedua-dua pihak. Apakah kerajaan negeri pernah meneliti keadaan latar belakang penghuni-penghuni ini? Adakah mereka penganggur? Ibu tunggal, warga emas atau kelainan Upaya? di manakah sistem amaran awal kaunseling kewangan atau pelan pembayaran? Yang lebih berperikemanusiaan atau yang terlalu cepat menghukum kerana ia lebih mudah untuk kita mendapatkan hasil yang tidak seberapa. Saya tidak menolak pentingnya kutipan dan pengurusan aset kerajaan tapi biarlah kita berfikir untuk kita jaga, sebab rakyat ini rakyat negeri kita.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan ucapan Chennah tadi saya juga melihat ada pertanyaan daripada Seri Menanti setiap kali

saya melalui Jalan Paroi, ke Kuala Pilah atau sebaliknya melalui Bukit Putus, saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat mantan Menteri Besar iaitu dari Rantau yang menyelesaikan isu Bukit Putus dahulu, tapi saya mengharapkan penggal ini satu keputusan lebih berjaya daripada aa Yang Amat Berhormat Sikamat untuk penyelesaian jalan Kuala Pilah ke Seremban. Adakah kesesakan ini saya adakah sebahagian daripada yang kita isytiharkan untuk aa biasa baru-baru ini ada jawapan daripada Yang Amat Berhormat mengatakan kesesakan di Jalan Kuala Pilah tidak seteruk di Kelantan. Yang Amat Berhormat, saya akur perkara ini berlaku di hujung minggu dan cuti perayaan, tapi kita selesaikanlah secara rundingan. Kita ada kepakaran. Kita ada peluang yang cukup besar. Isu kesesakan setahun sekali mungkin tidak boleh kita salahkan penambahan kenderaan kerana cuti perayaan saja. Kita kena ada satu perancangan kita sama-sama. Ini negeri kita. Biarlah kita tinggalkan janganlah tahun hadapan kita memberikan alasan yang lebih sama juga. Rakyat bernilai, menilai kita di dalam dewan yang mulia ini. Di mana kita ingin menyelesaikan masalah rakyat ini. Semoga ada ada titik, titik pertemuan, titik, titik penyelesaian untuk menyuraikan, saya akui ada jalan-jalan aa alternatif yang dibina. Yang di di contohnya dari Kampung Talang keluar ke Kampung Parit. Cuma penyelesaian tidak dia tetap bertemu di Kampung Parit itu. Apakah kita perlu buat satu tindakan yang lebih berani tapi mesra. Di mana peniaga-peniaga yang sering kita labelkan peniaga-peniaga di Kampung Terachi itu mengganggu kesesakan di mana peniaga-peniaga apabila ada pembeli akan singgah dan memberhentikan kenderaan kita boleh minta peniaga ini untuk pindahkan ke dalam sikit dalam tanah mereka dan pembeli boleh meletakkan kenderaan di Rizab Jalan. Sekarang ni pembeli letak di antara jalan dan rizab. Jadi ruang tersebut semakin sempit. Jadi mungkin tindakan ini. Kita sama-sama. Ini bukan kerana parti ini bukan kerana apa kita fikirkan untuk rakyat kita. Insya-Allah ada keputusan. Saya yakin dengan kebijaksanaan. Saya doakan juga kejayaan Yang Amat Berhormat akan bertanding di peringkat tertinggi parti nanti. Lebih dekat dengan Presiden Parti yang merangkap PMX nanti. Jadi penyelesaian Jalan Kuala Pilah ni senang-senang Yang Amat Berhormat.

Yang Dipertua Dewan

Gemas…

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua saya ingin yang terakhir. Saya ingin mengulas tentang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Adakah ia menjadi satu slogan kosong atau tidak membawa, membawa erti. Dato’ Yang Dipertua izinkan saya menyentuh nampaknya telah diumumkan dengan penuh semangat tapi dilaksanakan dengan semangat yang separuh jalan. Malah jika saya boleh katakan dengan izin, seolah-olah seperti satu pengumuman yang hanya sedap didengar tapi tidak langsung ada yang dirasai di peringkat akar umbi. Tahun Melawat

Malaysia eh Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 hanya tinggal lapan bulan dari sekarang. Negeri kita berhampiran dengan Kuala Lumpur, International Airport KLIA tapi sepanjang kita turun daripada kapal terbang atau kita nak menaiki kapal terbang tiada satu booth untuk menerangkan keistimewaan Negeri Sembilan. Di negeri kita juga mempunyai kawasan rehat dan rawat yang terbesar dan tercantik di Malaysia iaitu di Hentian Seremban. Tapi hingga hari ini kita tidak setiap hujung minggu hentian rehat tersebut, penuh dengan kunjungan pelancong ingin pulang ke Johor Bahru atau ingin ke Melaka tapi kita tidak menawarkan satu alternatif untuk mereka datang ke Negeri Sembilan. Apakah sekadar frasa manis yang kita paparkan hanya di media sosial saja. Saya mengharapkan tindakan yang lebih proaktif daripada Lembaga Pelancongan di mana kita menggunakan media sosial untuk untuk memberitahu apakah pelan dan tindakan menyeluruh untuk Tahun Melawat Negeri Sembilan ini. Saya mendengar dengan penuh teliti, Ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia tempoh hari, sasaran kita daripada 15 juta kepada 20 juta untuk tahun 2026 nanti. Harap sasaran ini seiring dengan segala perancangan kita laksanakan. Insya-Allah Gemas dengan ini menyudahkan ucapan dengan menyokong.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya nak minta penjelasan sikit pada Gemas kerana tadi saya tak nak ganggu ucapan dia tentang berkaitan dengan banjir di Pasoh tadi. Pasoh berapa itu Yang Berhormat?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Di masa musim perayaan tempoh hari

Pasoh berapa Yang Berhormat?

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

dua tak silap saya.

Pasoh dua ya, nanti saya akan masukkan dalam pengulungan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua..

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Terima kasih Datuk EXCO Kanan.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas.

Tuan Haji Ridzuan bin AhmadBERSATU · PNGemas

Dengan ini saya menutup ucapan saya dengan menyokong segala ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Terima kasih.

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Gemas. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Lui.

Dato’ Mohd Razi bin Mohd AliUMNO · BNSungai Lui

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera salam Negeri Sembilan Bersih Muafakat Sejahtera dan salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Dewan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Menteri Besar, Yang Berhormat Datuk Seri Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Datuk EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, pengarah-pengarah ketua-ketua jabatan serta ahli dewan yang saya muliakan sekalian.

Saya memulakan perbahasan ini dengan menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan atas titah yang penuh hikmah dan juga berwawasan. Titah baginda menggariskan hala tuju negeri yang amat jelas meliputi aspek pembangunan ekonomi kesejahteraan rakyat, kemajuan pendidikan, pembangunan modal insan, serta kelestarian syiar Islam. Saya turut berbangga dengan pencapaian ekonomi negeri kita dengan peningkatan KDNK Negeri Sembilan kepada lima belas, 51.9 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 1.8%. Ini jelas membuktikan dasar yang di, yang telah di, dilaksanakan di Negeri Sembilan adalah tepat dan juga berkesan. Kutipan hasil negeri meningkat dengan kejayaan surplus sebanyak 83.07 juta menjadi bukti pengurusan fizikal yang cemerlang. Tahniah saya ucapkan. Pelan pengurusan kewangan Madani yang diluncurkan bakal melonjakkan lagi kecekapan pengurusan kewangan negeri menuju aspirasi RM1 bilion hasil menjelang tahun 2030 adalah disokong. Belanjawan berimbang 2025 berjumlah RM590 juta dengan peruntukan besar untuk sektor kritikal termasuk kemampuan ekonomi pendidikan dan kesihatan membuktikan kerajaan negeri amat prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

Skim Kesejahteraan Rakyat yang diperkenalkan pula adalah meliputi bahawa, bahawa rakyat Negeri Sembilan semua lapisan tanpa mengira latar belakang mendapat manfaat, daripada kelahiran sampailah persekolahan contoh bas dan juga ban hinggalah ke aspirasi warga emas. Berasa teruja dengan nilai pelaburan sebanyak 7.25 bilion, yang dijangka membuka lebih 4,600 peluang pekerjaan. Pelaburan mega seperti projek F&N, Agro Valley, di Gemas amat penting untuk membawa limpahan ekonomi ke kawasan luar bandar. Projek menaik taraf dan juga pembinaan infrastruktur baharu yang diumumkan adalah amat diperlukan. Terutama untuk meningkatkan hubungan antara kawasan pedalaman dan juga kawasan bandar, serta merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan khususnya kawasan di Sungai Lui contohnya, yang menjadi pintu masuk daripada pantai timur ke Negeri Sembilan. Namun di dalam kita membicarakan soal pembangunan secara keseluruhannya ada yang terlupa melihat, tanpa melihat dan juga mengambil kira pandangan serta pendapat daripada pimpinan setempat serta, serta

wakil rakyat kawasan yang terlibat. Isu ketiadaan perbincangan dan juga rundingan antara agensi Kerajaan dan juga pimpinan setempat atau wakil rakyat menyebabkan ketidakselarasan, kegagalan dalam mencapai matlamat pembangunan serta ketegangan antara masyarakat dan juga agensi yang terlibat. Mengambil contoh di beberapa kawasan yang mana kelulusan kerja-kerja menaik taraf longkang yang sepatutnya menyelesaikan masalah aliran air akan tetapi ianya menimbulkan kawasan baru yang mana menyebabkan kerapnya berlaku banjir kilat di kawasan-kawasan tertentu setiap kali hujan lebat akibat ketidakmampuan longkang yang dibina, menampung jumlah air yang banyak. Saya timbulkan perkara ini supaya projek-projek yang masuk di setiap kampung seharusnya dapat menyelesaikan masalah bukan menimbulkan masalah baru. Hal ini menyebabkan pembaziran sumber kewangan dan dan juga ketidak efisien dalam perlaksanaan projek.

Soal perwarisan di dalam FELDA juga diperlu eh perhatian dan juga penyelesaian dengan tuntas dari agensi dan, dan juga mereka yang terlibat bagi mengelakkan timbul perbalahan di kalangan waris atau adik-beradik. Bagaimana FELDA membantu waris untuk yang menghadapi masalah pewarisan ini. Kalau kita tengok baru-baru ni viral ya bergaduh di hospital sebagainya. Kita tak nak benda yang sebegini berlaku eh pada masa-masa akan datang. Hal lainnya dengan masalah sistem bekalan air khususnya dalam kawasan Felda dek keadaan paip yang usang dan juga uzur penambahbaikan sistem bekalan air dan juga penggantian paip harus dirancang secara berperingkat antara SAINS, Felda serta agensi yang berkaitan di dalam menyelesaikan masalah ini agar ianya merupakan keperluan yang mendesak dan juga menuntut tindakan segera daripada kerajaan. Adakah Felda juga yang juga SAINS mempunyai pelan menaik taraf keseluruhan sistem bekalan air di kawasan Felda ini. Inisiatif yang banyak membantu usahawan kecil serta Rumah Harapan Rakyat adalah langkah tepat untuk meningkatkan lagi taraf hidup golongan B40. Saya menggesa agar inisiatif-inisiatif ini diterus dan juga dipertingkatkan lagi terutama untuk kawasan luar bandar seperti Sungai Lui yang masih lagi memerlukan perhatian dalam isu perumahan rakyat. Berkenaan tentang isu perumahan generasi baru yang masih membelenggu Kerajaan dalam penyelesaian, kita harap supaya satu alternatif yang lain untuk menyelesaikan masalah-masalah perumahan yang ada contohnya pemberian lot tersepit dan juga lot-lot perumahan ni kepada generasi kedua Felda.

Kejayaan peningkat meningkatkan kemasukan pelajar ke aliran STEM dan juga TVET amat membanggakan. Pendidikan TVET yang berorientasi industri akan memastikan belia di Negeri Sembilan termasuk daripada kawasan saya memiliki kemahiran dan juga peluang pekerjaan yang lebih cerah. Program fastrack SPM untuk lepasan tahfiz

juga perlu diteruskan bagi melahirkan insan seimbangan insan yang seimbang duniawi dan juga ukhrawi. Pendidikan dan juga modal insan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengimplikasikan konsep perpaduan dalam masyarakat. Kedua-duanya saling berkait saling berkait rapat mempengaruhi sejauh mana perpaduan dapat dicapai dalam sesebuah negara dan juga komuniti. Dengan misi Pendidikan sebagai asas perpaduan dan juga modal insan sebagai kunci kemajuan perpaduan seharusnya dapat membekalkan ilmu dan juga nilai untuk membina persafa kefahaman antara individu manakala modal insan berkualiti membantu memastikan konsep perpaduan bukan hanya wujud atas kertas tetapi diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Perpaduan bukan sekadar matlamat tetapi satu proses yang harus dimulakan dari pendidikan dan juga dibentuk melalui pembangunan modal insan yang seimbang. Bagaimana jabatan Jabatan Pendidikan memastikan nilai perpaduan ini dapat diterapkan secara berkesan dalam aktiviti sekolah. Bagaimana keberkesanan program Rukun Tetangga dinilai dalam menyatukan masyarakat majmuk pada hari ini? Dan adakah terdapat program perpaduan yang dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan juga Integrasi Integrasi Nasional melibatkan generasi muda seperti pelajar sekolah dan juga IPT. Saya menyokong usaha-usaha di dalam kita untuk memperkasakan syiar Islam. Termasuk inisiatif pembaikan masjid dan juga surau, pendigitalan urusan zakat dan juga wakaf melalui aplikasi-aplikasi moden juga adalah langkah progresif dalam mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Menyentuh menyentuh mengenai kelas al-Quran dan juga fardu ain KAFA di Negeri Sembilan yang merupakan program pendidikan Islam yang bertujuan untuk mendidik pelajar dalam aset pengajian al-Quran dan juga fardu ain yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bagi memastikan kelangsungan dan juga kecemerlangan KAFA adalah penting untuk memperkenalkan langkah-langkah yang terancang dan juga berkesan bagi melestarikannya. Peningkatan kualiti pengajaran dan juga pembelajaran, penggunaan teknologi hingga penyertaan komuniti dengan sokongan yang berterusan daripada pihak kerajaan masyarakat, ibu bapa serta komitmen untuk meningkatkan infrastruktur dan juga sumber penyelidikan KAFA dapat terus berkembang dan juga memberi impak dan juga positif kepada Masyarakat Islam di Negeri Sembilan. Hal ini dapat memastikan pendidikan Islam yang holistik dan berterusan untuk generasi masa akan datang. Bagi guru-guru KAFA, elaun dan juga kebaikan mereka haruslah dibela. Berapa nilai elaun bagi setiap orang guru KAFA setiap bulan. Dan bagaimana kebajikan mereka apabila mereka ditimpa musibah seterusnya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan dalam tempoh yang lama. Mereka juga ada keluarga dan juga

tanggungan untuk mereka meneruskan kehidupan mereka seharian. Government link company atau syarikat yang yang berkaitan kerajaan Negeri Sembilan yang terdapat di di negeri ini memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi negeri. Selain berfungsi menjana pendapatan negeri mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program-program tanggungjawab sosial korporat CSR kepada rakyat meliputi pembangunan sosial, pendidikan kesihatan dan juga kesihatan rakyat menerusi program CSR. Peranan besar ini bukan sahaja dalam pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui program CSR yang mana perlaksanaan yang tersusun menyeluruh dan juga mesra rakyat. GLC boleh menjadi ejen perpaduan kemajuan dan juga keseimbangan komuniti Negeri Sembilan.

Isu pembukaan tanah haram, pencerobohan tanah juga penggunaan tanah yang tidak mengikut syarat Negeri Sembilan memberi kesan besar kepada alam sekitar, ekonomi negeri dan juga kesejahteraan masyarakat. Tanah yang diceroboh tanpa kawalan menyebabkan kerosakan hutan dan juga ekosistem. Menjejaskan perancangan dan juga pembangunan kehilangan hasil cukai kerajaan dan mewujudkan ketegangan sosial. Meskipun tindakan penguatkuasaan telah dilakukan, cabaran utama ialah menguatkuasa penguatkuasaan berterusan. Penyelesaian status tanah secara adil dan juga memberi jalan mengimbangi kepentingan ekonomi rakyat dengan pemeliharaan sumber negeri. Berapakah keluasan tanah Negeri Sembilan yang telah diceroboh di negeri ini sehingga tahun 2024? Dan berapa banyakkah operasi penguatkuasaan yang telah dilakukan terhadap pembukaan tanah haram dalam tempoh 23-24 dan berapa banyak yang tanah yang telah dapat kita pulihkan.

Tahun 2026 telah diisytiharkan Tahun Melawat Negeri Sembilan. Ianya merupakan satu inisiatif strategik kerajaan negeri untuk memperkenalkan kekayaan budaya, keunikan adat pepatih, keindahan alam semula jadi dan juga warisan sejarah kepada dunia. Saya amat menyokong sasaran 20 juta, pelancong yang akan hadir ke Negeri Sembilan. Dan mencadangkan supaya kawasan luar bandar yang kaya dengan dengan keunikan budaya juga dan juga ada pepatih, dijadikan sebahagian daripada destinasi pelancongan utama. Ini dapat menjana ekonomi setempat dan juga mengurangkan jurang pembangunan luar bandar.

Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati, akhir kata, ya, saya daripada DUN Lui, marilah kita bersama-sama berganding bahu menjayakan aspirasi Negeri Sembilan yang berdaya saing, sejahtera dan juga makmur. Saya mohon menyokong sekian.

Penangguhan MesyuaratAdjournment

Yang Dipertua Dewan

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Lui. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguhkan Mesyuarat Dewan. Sesi perbahasan usul ini akan disambung semula pada hari Selasa; 29 April 2025 bersamaan 1 Zulkaedah 1446 Hijrah. Mesyuarat Dewan ditangguhkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.02 petang