Negeri Sembilan · 29 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting (Opening) · 174 turns · 37,761 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalNegeri Sembilan publishes one PDF per meeting, naming speakers by seat. The 15th Assembly was dissolved on 5 Jun 2026; the 16th (elected 1 Aug 2026) has published nothing yet. Written answers are not published.
(Pembukaan)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Bacaan Doa
Susunan Mesyuarat, Perkara pertama, Membaca Doa. Dipersilakan Yang Berhormat ADUN Lenggeng.
[YB ADUN Lenggeng telah membacakan doa di bawah Peraturan IX, Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri]
Perutusan Yang Dipertua Dewan
Perkara kedua, Perutusan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillahhirabbil' alamin wassolatu wassalamu'ala asrofil ambiya iwalmursalin, wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Rodhitu billahi robba, wabil islami diina, wabimuhammadin nabiyya warosuula. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan pencipta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW ahli keluarga dan para sahabat baginda. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Haji Harun; Menteri Besar Negeri Sembilan, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Sidang Mesyuarat bagi Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang ke-15. Hari ini 29 April, 2025 merupakan hari ketiga persidangan. Hadirin sekalian, disini saya juga ingin memaklumkan berkenaan ketidakhadiran Yang Berhormat ADUN Serting, tidak dapat hadir pada hari ini kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagaimana maklum, sesi perbahasan akan bersambung, akan disambung pada hari ini. Saya amat berharap semua ahli-ahli Yang Berhormat dapat mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan dan memberikan input-input yang dapat meningkatkan perkhidmatan kerajaan pada rakyat Negeri Sembilan.
Sebagaimana biasa saya ingin menyeru kepada semua hadirin agar sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan serta tata kelakuan dan etika sebagai ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan. Dipohon kerjasama semua hadirin untuk memastikan persidangan kita pada kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Sekian terima kasih. Selamat bersidang.
Pertanyaan-Pertanyaan — Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga)Questions
Perkara ketiga, pertanyaan-pertanyaan. Pertanyaan-Pertanyaan Yang Berkehendakkan Jawapan Lisan (Hari Ketiga).
Saya menjemput Yang Berhormat Chuah.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya nombor 1.
Dato Yang Di-Pertua, ini berkaitan dengan tapak pelupusan sampah. Sehingga bermula sejak tahun 2016. Di Negeri Sembilan, kita mempunyai lima tapak pelupusan sisa pepejal yang sedia ada iaitu walaupun bermula tahun 2019, dua tapak pelupusan sampah telah ditamatkan, iaitu di tapak pelupusan sisa pepejal Keru, Tampin dan juga tapak pelupusan sisa pepejal Kok Fo, Jempol dan buat masa ini, hanya ada tiga tapak pelupusan sisa pepejal yang masih beroperasi sehingga kini. Yang pertama, tapak pelupusan sisa pepejal sanitari bersepadu, Ladang Tanah Merah Port Dickson. Dijangka masih digunakan sehingga tahun 2040 bagi pelupusan sisa daripada kawasan Majlis Perbandaran PD dan juga Majlis Bandaraya Seremban.
Keduanya, tapak pelupusan sisa pepejal Ulu Maasup, Kuala Pilah. Jangka hayat 2 tahun 9 bulan sehingga tahun 2028 bagi pelupusan sisa dari kawasan Majlis Perbandaran Jempol, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Rembau dan juga Majlis Daerah Tampin. Yang ketiga, tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Muntoh, Jelebu jangka hayat sehingga tahun 2118 bagi pelupusan sisa dari kawasan Majlis Daerah Jelebu. Semua sisa pepejal domestik, sisa pepejal institusi, komersial dan industri, sisa binaan dan juga sisa pembersihan awam yang dikutip oleh syarikat konsesi, yang dilantik oleh kerajaan persekutuan serta kutipan oleh syarikat swasta yang berlesen dengan Jabatan Pengurusan Sisa
Pepejal Negara dari kawasan pihak berkuasa tempatan berkenaan akan dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal yang telah ditetapkan.
Kerajaan Persekutuan tiada perancangan untuk menaik taraf tiga tapak pelupusan sedia ada ataupun membina tapak pelupusan baru menggantikan tapak pelupusan sisa pepejal Ulu Maasup Kuala Pilah dan juga tapak pelupusan sisa pepejal Sungai Muntoh, Jelebu apabila penuh kelak. Walaubagaimanapun, Kerajaan Persekutuan telah merancang membangunkan fasiliti stesen pemindahan sisa pepejal atau transfer station yang dicadangkan di sekitar Daerah Tampin. Stesen pemindahan ini berfungsi sebagai pusat pengumpulan sisa pepejal sementara di mana kenderaan kutipan sisa pepejal seperti compacter akan menghantar sisa pepejal ke stesen pemindahan. Seterusnya, sisa pepejal berkenan dimasukkan ke dalam kenderaan pengangkut berkapasiti besar dan menghantar sisa pepejal ke tapak pelupusan pada hari yang sama. Bagi perancangan jangka masa panjang, semua sisa pepejal seluruh Negeri Sembilan akan dilupuskan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Ladang Tanah Merah Port Dickson. Facility Waste Segregation Facility WSF dan Waste to Energy WTE yang telah siap dibina di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Ladang Tanah Merah Port Dickson merupakan projek terkini pertama di Malaysia dalam usaha Kerajaan menaik taraf sistem dan juga kaedah pelupusan sisa pepejal yang mesra alam. Melalui sistem pengurusan sisa pepejal seperti ini dapat meningkatkan perkhidmatan penghantaran sisa pepejal tanpa mengganggu jadual perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan juga pembersihan awam yang sedia ada. Di samping itu juga, guna tanah milik Kerajaan Negeri dapat dioptimumkan kepada projek lain yang dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih. Soalan tambahan saya adalah memandangkan semakin banyak pembangunan di bawah rancangan MVV terutama di kawasan sekeliling Tanah Merah, adakah dia jangkaan 2040 itu masih lagi yang untuk masa ini ataupun dah ambil kira keseluruhannya dan juga saya difahamkan WTE di Tanah Merah adalah satu kapasiti yang kecil saja adakah cadangan Kerajaan untuk menambah projek-projek WTE? Terima kasih.
Yang tadi saya nyatakan untuk, sehingga tahun 2040 ini adalah untuk yang tapak pelupusan sisa pepejal sanitari tetapi di tempat yang sama juga telah dibangunkan Waste Segregation Facility WSF dan Waste to Energy dan mengikut perancangan selepas menutup semua tapak-tapak pelupusan sampah ini tapak pelupusan sampah di Port Dickson ini saja akan digunakan melalui kaedah WSF dan juga WTE dan sudah tentu ini mungkin mengambil kira satu tempoh yang tertentu dan dengan pembangunan yang pesat ataupun yang besar di MVV Malaysian
Vision Valley 2.0 dan sudah tentu Kerajaan juga akan mengkaji balik supaya memastikan pembangunan yang dilakukan ini juga ataupun kepesatan pembangunan ini juga dapat mengambil kira keperluan di tapak pelupusan sampah di Port Dickson ataupun melalui kaedah WSF dan juga WTE. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Lenggeng.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Lenggeng, sungai-sungai yang tidak diselenggara di kawasan DUN Lenggeng. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Sembilan telah melaksanakan empat projek pada tahun 2024 di Kampung Daching dan Kampung Daching Hilir dengan kos banyak RM767,440. Manakala untuk keseluruhan kawasan DUN Lenggeng terdapat banyak 43 kerja telah dilaksanakan pada tahun 2024 dengan kos sejumlah RM3,654,772. Senarai empat projek yang telah dilaksanakan pada tahun 2024 di Kampung Daching dan Kampung Daching Hilir adalah seperti berikut. Pertama, kerja-kerja pemuliharaan tebing Sungai Ulu Beranang di Kampung Daching, Sungai Lenggeng daerah Seremban, RM200,000. Kerja-kerja penyaluran Sungai Beranang ke Kampung Daching Ulu dan lain-lain kerja berkaitan, RM49,980. Kerja-kerja penyelenggaraan tebing Sungai Beranang di Kampung Daching, Mukim, Lenggeng daerah Seremban, RM49,900. Kerja-kerja keempat kerja-kerja mengganti sistem saliran di Kampung Daching Ulu, Lenggeng dan lain-lain kerja berkaitan, RM467,560. Ini jumlahnya adalah RM767,440. Bagi tindakan jangka masa pendek tahun 2025, pihak JPS Seremban dalam proses perolehan untuk melaksanakan projek kerja-kerja pemuliharaan Sungai Lenggeng. Bagi perancangan jangka masa panjang, JPS Negeri Sembilan membuat permohonan bagi projek perancangan tebatan banjir Sungai Lenggeng. Dalam Rancangan Malaysia ke-13, RP1 dengan kos banyak RM163 juta. Selain itu juga, kerajaan negeri melalui anak syarikat Yayasan Negeri Sembilan sedang melaksanakan kerja penyelenggaraan tanpa melibatkan peruntukan kerajaan negeri dengan kaedah timbal balik bagi Sungai Lenggeng melibatkan jumlah panjang keseluruhan 10km. Kerja-kerja ini telah bermula pada 16 Ogos 2023 dan berakhir pada 16 Ogos 2025. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya jemput Yang Berhormat Gemencheh.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih Gemencheh juga atas soalan ini. Yang Berhormat Gemencheh bertanyakan tentang program Pendidikan Khas Integrasi ataupun PPKI melibatkan pembangunan di sekolah-sekolah yang terlibat dengan PPKI di DUN Gemencheh khususnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Abdullah. Untuk makluman YB terdapat 12 buah kelas PPKI di 9 buah sekolah di DUN Gemencheh. Kelas ada 12, sekolah ada 9 di DUN Gemencheh dengan bilangan pelajar sebanyak 91 orang, PPKI ni. Di Sekolah Kebangsaan Dato’Abdullah mempunyai 2 buah kelas PPKI dengan bilangan pelajar seramai 18 orang. Untuk makluman YB di bawah Rolling Plan 4 dan Rolling Plan 5 RMK-12, Daerah Tampin menrima peruntukan sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan penyelenggaraan naik taraf PPKI. Yang demikian Yang Berhormat kita sentiasa meminta sekolah melalui PPD untuk memohon apa-apa juga peruntukan pembangunan bagi kepentingan anak-anak yang belajar dan untuk Daerah Tampin ni saya akan minta PPD Tampin untuk melihat sekolah ni yang dikatakan daif oleh Yang Berhormat ni, kita tengok macam mana kita boleh bantu dalam masa yang terdekat. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya mohon YB Jeram Padang, mewakili Rantau kemukakan soalan.
Rantau soalan nombor 1.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih atas untuk ADUN Rantau untuk kesan langsung pelaburan asing di Negeri Sembilan. Dato’ Yang Dipertua, pada tahun 2024 Kerajaan Negeri Sembilan berjaya meraih RM7.25 bilion jumlah pelaburan dengan 208 projek telah diluluskan di Negeri Sembilan. Jumlah pelaburan ini adalah meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama dari pelbagai kementerian. Negeri Sembilan telah mencatatkan pelaburan pada tahun 2024 sebanyak RM3.4 bilion bersamaan 46.9% daripada jumlah pelaburan keseluruhan. Antara projek pelaburan asing yang berteknologi tinggi menyumbang kepada jumlah pelaburan tersebut adalah projek pembesaran Safran Landing System RM650 juta daripada Perancis, Projek baru F&N RM1.8 bilion daripada Singapura, projek baru AntMed Malaysia RM700 juta daripada China, projek baru MyNafco Malaysia RM300 juta daripada Taiwan, dan kelima projek pembesaran Shin Heung Sec RM100 juta daripada Korea Selatan.
Sepanjang tempoh 2019 sehingga Disember 2024 jumlah keseluruhan pelabur asing di Negeri Sembilan yang diluluskan dalam pelbagai sektor adalah sebanyak RM24.1 bilion. Bagi menjawab persoalan jumlah pelaburan bagi bulan Januari hingga Februari 2025, dukacita
dimaklumkan bahawa data rasmi daripada pihak MIDA masih belum diumumkan lagi. Dijangka data pelaburan bagi suku pertama 2025 akan diumumkan pada bulan Mei tahun ini. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada rekod kelulusan projek daripada Invest NS, bagi projek Januari hingga Februari 2025, sebanyak 6 projek telah diluluskan dengan anggaran jumlah pelaburan sebanyak RM1.505 bilion. Dari jumlah tersebut, 4 projek merupakan pelaburan asing iaitu dari ON Semiconductor (Amerika Syarikat), T. Hasegawa Flavour dan Medijoy dari Jepun serta In Win Asia dari Taiwan.
Berdasarkan rekod MIDA, hasil tarikan pelaburan sepanjang tahun 2024 berjaya mencipta sebanyak 4,684 peluang pekerjaan baharu. Jumlah ini melebihi berbanding tahun 2023 yang menawarkan 3,250 peluang pekerjaan. Secara spesifiknya bagi peluang kepada warga tempatan, merujuk kepada data bagi sektor pengilangan dibawah seliaan MIDA, didapati bahawa jumlah pertambahan guna tenaga tempatan oleh syarikat / projek pelabur asing bagi tahun 2024 berbanding 2023 adalah sebanyak 567 orang dengan 1,627 guna tenaga tempatan bagi tahun 2023 dan 2,194 guna tenaga tempatan bagi tahun 2024. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Bagan Pinang.
Assalamualaikum Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor 2.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada ADUN Bagan Pinang yang bertanyakan peluang pekerjaan. Untuk makluman ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan statistik PERKESO dari tempoh Januari hingga 14 Mac 2025, sebanyak 47,551 kekosongan jawatan aktif dalam sektor pelancongan diiklankan dalam portal My Future Job. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 963 kekosongan jawatan adalah di Negeri Sembilan. Kesemua melalui PERKESO dan kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam kalangan pencari kerja tempatan, termasuk di Negeri Sembilan, sekaligus membantu negara mengurangkan kebergantungan dengan tenaga buruh luar negara.
Antaranya, pertama, melaksanakan Program Daya Kerjaya 3.0 yang merupakan satu inisiatif pengajian di bawah Belanjawan 2025 yang diberi kepada majikan. Program ini membabitkan penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar dalam kalangan golongan yang mudah terjejas, seperti bekas banduan dan orang kurang upaya. Insentif khas ini adalah sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan untuk majikan
yang mengambil pekerja daripada kumpulan sasar ini. Berdasarkan statistik PERKESO, dari jumlah permohonan yang dibuka pada 1 Januari sehingga 14 Mac 2025, sebanyak dua permohonan daripada majikan telah diterima di Negeri Sembilan yang membabitkan seramai tujuh orang pekerja.
Yang kedua, mempergiatkan karnival kerjaya kepada pencari kerja tempatan. Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari sehingga 14 Mac 2025, PERKESO telah melaksanakan sebanyak 489 program karnival kerjaya termasuk sesi temuduga harian dan mingguan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 program telah dilaksanakan di Negeri Sembilan, yang mana telah berjaya menarik seramai 1,336 pencari kerja. Daripada jumlah tersebut, seramai 672 orang pencari kerja telah berjaya mendapatkan pekerjaan, manakala 191 orang pencari kerja telah berjaya melangkah ke temuduga peringkat seterusnya.
Yang ketiganya adalah melaksanakan program-program keboleh pasaran pekerjaan bagi menarik perhatian dan minat golongan muda seperti karnival pekerjaan, program temuduga khas, program temuduga mingguan, program profiling golongan sasar, bengkel keboleh pasaran pekerjaan, kaunseling kerjaya dan pelbagai program berteraskan pembangunan modal insan. Dari tempoh Januari sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 452 program karnival kerjaya dan program keboleh pasaran pekerjaan telah dilaksanakan di seluruh Pejabat PERKESO di Negeri Sembilan. Selain itu, PERKESO juga menyediakan faedah insurans pekerjaan bagi membantu orang berinsurans OB yang kehilangan pekerjaan, terutamanya bagi meningkatkan kemahiran dan latihan semula, reskilling dan upskilling dibawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 Akta 800 agar keboleh pasaran dalam kalangan mereka lebih tinggi. Seperti pertamanya pembayaran yuran latihan yang dibayar terus kepada penyedia latihan yang terpilih pada kadar maksimum sehingga RM4,000. Sekiranya orang berinsurans ingin mengikuti latihan kemahiran vokasional.
Yang keduanya, menyediakan elaun latihan kepada orang berinsurans pada kadar harian sebanyak RM10 hingga RM20. Bagi melayakkan mendapat elaun latihan, orang berinsurans dalam menghadiri sesi latihan yang telah ditetapkan. Yang ketiga, menyediakan program peningkatan kemahiran, upskilling dan latihan semula reskilling dengan tujuan membantu orang berinsurans yang kehilangan pekerjaan dan memerlukan kemahiran baru untuk meningkatkan keboleh pasaran employability selaras dengan permintaan pasaran buruh semasa. Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari hingga 31 Disember 2024, seramai 6,280 telah memohon untuk menjalani
program peningkatan kemahiran, upskilling dan latihan semula reskilling di bawah program sistem insurans pekerjaan SIP. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,123 peserta telah diluluskan untuk menjalani program latihan dan seramai 2,368 peserta mendapat pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 135 telah membuat permohonan dan 113 telah diluluskan untuk menjalani program di Negeri Sembilan. Terima kasih.
Soalan tambahan. Disebabkan tindakan yang kurang cermat Pihak Berkuasa Tempatan Port Dickson yang menjejaskan reputasi pelancongan di Port Dickson dan juga menjejaskan peluang pekerjaan mereka di Port Dickson, apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan memulihkan situasi seperti keadaan sebelum ini. Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tambahan tadi. Berkaitan dengan soalan tambahan tadi, saya akan memberikan jawapan bertulis sebab ia terkeluar daripada bidang portfolio saya.
Saya menjemput Yang Berhormat Klawang.
Terima kasih, Dato' Yang Dipertua, saya bangun mengemukakan soalan pertama.
Terima kasih, Dato' Yang Dipertua, terima kasih, ADUN Klawang. Deposit penggunaan jalan DO. Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri telah menetapkan bagi setiap permohonan permit bahan batuan yang diluluskan hendaklah dikenakan bayaran deposit. Ini termasuklah penggunaan deposit sekiranya laluan keluar masuk ke kawasan permit melalui jalan pegawai daerah. Permit bahan batuan tidak akan dikeluarkan kepada pemohon sekiranya wang deposit tersebut tidak dibayar kepada pihak Kerajaan Negeri. Bagi pemegang permit bahan batuan yang menggunakan jalan kampung atau jalan di bawah penyelenggaraan Pejabat Daerah, pentadbiran tanah boleh merampas wang deposit sekiranya pemegang permit tidak membaiki jalan yang rosak akibat kerja-kerja pengeluaran bahan-bahan tersebut. Terima kasih, Dato' Yang Dipertua.
Tambahan Yang Dato' Yang Dipertua. Masalah yang timbul ini kadang-kadang di luar pengetahuan pihak-pihak yang tertentu dimana penggunaan jalan ini digunakan oleh orang-orang tertentu membawa bebanan yang melebihi, melebihi spesifikasi jalan-jalan terlibat apabila mereka nak membina mungkin rumah di dalam lot-lot tertentu dan ianya mengakibatkan jalan-jalan ini rosak. Malah sekarang ini seringkali juga walaupun jalan DO ini sudah ada, bila ada
pertikaian setempat, maka jalan ini kadang-kadang menjadi mangsa, tidak boleh digunakan sebab dipagar dan ditutup oleh tuan tanah. Walaupun pada masa ketika dahulu dia telah memiliki kebenaran, maknanya dia menukar fikiran. Ataupun kadang-kadang apabila pemilik tanah ini berpindah tangan, Dato’ Yang Dipertua. Apakah tidak ada dari sudut undang-undangnya yang boleh kita ambil apabila sudah dibina jalan-jalan ini, ianya juga menggunakan dana rakyat, bila tidak dihalang oleh orang-orang tertentu, kita mengambil tindakan-tindakan yang tertentu supaya jalan-jalan ini boleh digunakan oleh orang ramai.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya setuju dengan cadangan Klawang itu mengenai apa yang berlaku hari ini. Kita lihat bahawa hari ini ramai, apabila peringkat awal yang mereka setuju guna, memberi kebenaran untuk penggunaan jalan tersebut digunakan dibina laluan, tetapi apabila berpindah tangan, pemilik mereka telah mula berubah hati tidak membenarkan dan ini memberikan kesan kepada laluan-laluan yang berlaku tersebut. Tetapi perkara ini terpencil dan kita berharap perkara ini tidak berlaku kerana apa yang kerajaan negeri melalui jalan DO ini adalah untuk kepentingan masyarakat dan kita berharap bahawa kes-kes ini tidak terus banyak lagi yang menggunakan alasan-alasan tersebut mula-mula bagi, lepas itu tak bagi, ini akan menjejaskan laluan-laluan yang sedia ada ini. Jadi saya berharap bahawa rundingan harmoni di antara Pejabat Daerah dengan tuan-tuan tanah dapat dilaksanakan jika perkara ini berulang. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua terima kasih, saya mengemukakan soalan pertama. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Datuk Yang Dipertua, terima kasih kepada Seremban Jaya atas soalan berkenaan dengan rancangan baru Pelancongan Negeri Sembilan untuk tahun 2026. Kami mengambil pendekatan, selaras dengan peribahasa, gading yang elok tidak perlu disadur. Bermaksud dalam bahasa Inggeris dengan izin, if it's not broken, don't fix it. Maka pada 10 April 2023, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar kesayangan kami, Dato’ Seri Utama Aminuddin bin Harun, beliau telah mengumumkan bahawa kami seharusnya menganjurkan Tahun Melawat Negeri Sembilan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia. Masa itu, Kerajaan Pusat ingin meletakkan 2025 sebagai Tahun Melawat Malaysia, tapi kerana Kerajaan Pusat telah menganjakkan ke tahun 2026, kami mengikut Tahun Melawat Malaysia dan maka kami telah membuat keputusan untuk menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada 2026. Dan pada 9 Jun 2023, Dato’ Seri Utama telah mengumumkan 9 Identiti Negeri Sembilan. Di mana kami juga mengambil keputusan untuk menggunakan, menonjolkan 9 Identiti ini
sebagai satu tarikan untuk kita menarik pelancong datang ke Negeri Sembilan. Sesuatu yang unik kepada Negeri Sembilan di mana adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan bukan di negeri-negeri yang lain. Dan itulah dia pendekatan kami, kami sebagai pelaksana dan memperkembangkan inisiatif-inisiatif yang sedia ada. Seperti cetusan idea Menteri Besar kami adalah NSFest, di mana tahun lepas telah menerima 1.2 juta pengunjung. Dan juga kita akan teruskan dengan Perpatih Fest dan ada satu program yang menarik iaitu Nogori Ada Bakat, di mana kami akan mengumpulkan bakat-bakat dari sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dan juga ada Rentak Nogori. Dan juga kita tidak lupa kami ada usaha untuk menganjurkan teater dan drama setiap minggu yang melibatkan orang-orang tempatan dari seluruh pelusuk Negeri Sembilan. Saya rasa ini adalah satu program yang akan merancakkan lagi aktiviti sektor pelancongan.
Dan keduanya, selaras dengan cadangan Chennah, bahawa kerajaan negeri akan terus menyantuni dan juga membantu supaya pemegang-pemegang taruh sektor pelancongan ini dapat ada keyakinan untuk melabur dan membuka pusat-pusat pelancongan yang baru di Negeri Sembilan. Kami juga ada kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan melalui kelab pelancongan pelajar di peringkat sekolah. Kita ada program interaktif seperti pertandingan video pelancongan, lawatan sambil belajar ke destinasi menarik dalam negeri, bengkel kesedaran pelancongan, serta penganjuran hari pelancongan sekolah secara tahunan boleh diperkenalkan bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai industri pelancongan. Kami juga ada menganjurkan sukan air seperti PD Triathlon, Power Boat International Championship F3000 dan ini adalah yang untuk menarik pelancong antarabangsa. Dan LPNS juga ambil inisiatif untuk mengaturkan takwim tahunan, acara tahunan, calendar events supaya kami dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan memohon dana daripada MOTAC iaitu dana pelancongan melalui GSSP dan juga dana kebudayaan melalui GSSK. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Jawapan bagus. Lagi satu, Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Negeri Sembilan, percaya sama kamu. Ini 2026, tahun melawat yang penting dan Melawat Malaysia. Benda ini penting. Saya harap kita mau success lah 2026. Soalan saya, berapakah jumlah program pelancongan yang telah dilaksanakan sehingga kini oleh kerajaan negeri dari luar ke negeri ini. Terima kasih.
Terima kasih. Atas soalan tambahan, saya akan jawab secara bertulis kerana saya tidak ada statistik sekarang. Terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Lukut.
Lukut mengemukakan soalan 1.
Dato’ Yang Dipertua, berkaitan Rumah Mampu Milik di Negeri Sembilan, bagi tahun 2023 dan 2024, sebanyak 61 projek perumahan merangkumi pembinaan 6,949 unit rumah mampu milik telah diluluskan kebenaran merancang oleh semua PBT. Daripada 6,949 unit rumah ini, 2,291 unit adalah rumah jenis type A, 3,295 unit adalah type B dan type C sebanyak 1,363. Secara keseluruhannya, untuk 2 tahun 2023 dan 2024, sebanyak 6,949 unit telah pun diberikan kelulusan kebenaran merancang oleh semua PBT di seluruh Negeri Sembilan, di mana di daerah Seremban sahaja melibatkan 3,043 unit rumah type A, B dan C.
Berkaitan dengan jumlah permohonan yang berjaya, sepanjang pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang bermula pada tahun 2015, sebanyak 29 projek perumahan yang berjaya menyediakan rumah mampu milik type A dan telah ditawarkan pengisian kepada rakyat Negeri Sembilan. Dalam tempoh tersebut, hampir 10 tahun ini, rumah mampu milik type A sahaja yang ditentukan oleh unit perumahan ataupun kerajaan negeri, siapa pembelinya? Type B dan type C, kerajaan negeri tidak campur tangan. Dan untuk type A sahaja, kita telah menerima 49,687 permohonan secara keseluruhan untuk semua 29 projek yang telah kita iklankan untuk proses pengundian. Daripada 49,687 permohonan, yang layak adalah sebanyak 7,341 sahaja. Walaupun ada hampir 50,000 permohonan, tetapi hampir 80% pemohon itu tidak mematuhi syarat yang kita telah tetapkan. Antara syaratnya adalah yang pertama, mereka tidak boleh memiliki mana-mana harta, rumah ataupun tanah.
Yang keduanya, diberikan keutaman kepada keluarga yang berkahwin dan juga gaji isi rumah adalah sebelum ini di bawah 3,500 dan sekarang adalah 4,500 dan bermastautin di daerah projek tersebut. Daripada 49,687, 7,341 telah pun layak dan daripada 7,341, kita telah pun menawarkan kepada 2,307 orang ataupun bersama dengan 35% daripada jumlah keseluruhan pemohon yang layak. Ini adalah untuk jenis type A. Untuk prosedur yang mengambil lebih kurang berapa lama untuk tempoh masa proses penyaringan, proses penyaringan ini melibatkan beberapa agensi kerajaan iaitu kita melalui unit perumahan, kita akan buat semakan dengan PTG, kita akan buat semakan dengan pejabat tanah dan daerah bersama dengan Perbadanan Kemajuan
Negeri dan juga beberapa agensi lain untuk memastikan semua syarat ini adalah dipatuhi sebelum kita menawarkan ataupun menjemput mereka untuk proses pengundian.
Dan kita menganggarkan tempoh tapisan dan juga pemilihan adalah juga bergantung kepada jumlah pemohon sebab ada projek kita menerima hampir 5,000-6,000 permohonan untuk satu projek. Kalau mengambil kira jumlah permohonan yang sangat tinggi ini, sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama untuk kita buat penyaringan, tetapi kita harap dan juga tempoh masa yang kita tetapkan adalah tidak melebih 4 bulan untuk setiap penyaringan ataupun setiap permohonan ini. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih dari Nilai. Dato’ Yang Dipertua, Rumah-Rumah Mampu ini adalah projek swasta dan jika seseorang itu layak menerima tawaran rumah type A ini pun, mereka juga perlu mendapatkan pinjaman bank. Dan saya difahamkan ramai yang tidak layak untuk menerima pinjaman bank dan impian untuk mereka untuk memiliki rumah mampu ini tidak tercapai. Oleh itu, kerajaan negeri perlu melaksanakan projek perumahan rakyat ataupun PPR dengan kerjasama kerajaan persekutuan melalui KPKT yang menawarkan skim sewa beli ataupun rent to own. Mohon pencerahan berkaitan projek PPR di Negeri Sembilan setakat ini. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Lukut, rumah mampu milik type A ini adalah bukan projek kerajaan. Tetapi intervensi daripada kerajaan melalui unit perumahan membolehkan rumah mampu milik type A ini mengikut syarat yang kita tetapkan, kita jual kepada sesiapa yang layak saja. Untuk membolehkan keluarga tersebut dapat memiliki rumah dan juga dapat menghalang daripada orang-orang yang kaya ataupun dah memiliki rumah membeli rumah melalui projek swasta ini.
Dan satu cabaran yang kita hadapi adalah berkaitan dengan pinjaman bank. Dan ini sesuatu yang kita sedang melihat di mana kita juga mengambil beberapa kaedah untuk kita berbincang dengan beberapa bank untuk kita mengadakan satu MOU dengan bank-bank tertentu untuk memudahkan untuk mendapatkan pinjaman bank kepada pemohon-pemohon yang tidak layak ini. Dan selain daripada itu projek perumahan rakyat juga adalah antara alternatif ataupun antara program yang membolehkan keluarga yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah melalui skim rent to own. Berkaitan dengan program perumahan rakyat PPR di Negeri Sembilan, selain daripada beberapa projek iaitu PPR Bersepadu Senawang, PPR Siliau Jaya dan juga PPR Rantau yang telahpun diisi complete, kita juga ada beberapa dalam
proses tindakan pengisian dan juga tindakan perolehan. Di mana PPR Ladang Tanah Merah ataupun Desa Tanjung yang mempunyai 100 unit di Port Dickson berstatus dalam pengisian untuk 100 unit rumah tersebut.
Yang keduanya adalah PPR Rembau yang berada di Chembong mempunyai 452 unit dan masih dalam tindakan pengisian. Keempat, ketiga PPR Jempol iaitu di Kampung Dato' Johan di mana PPR Jempol ini telah diluluskan pada tahun 2024 sebanyak 100 unit juga dalam tindakan perolehan dan untuk tahun ini Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan PPR Kampung Linggi, Port Dickson yang melibatkan 100 unit rumah juga. Dan juga dalam tindakan perolehan dan untuk tahun-tahun akan datang Kerajaan Negeri juga telah menawarkan beberapa bidang tanah yang lebih sesuai untuk membolehkan rumah PPR yang sebelum ini dikenali sebagai PPR, kini dikenali sebagai Program Residensi Rakyat PRR dapat dibangunkan di Negeri Sembilan dan ini akan membantu lebih banyak rumah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dapat dibina. Melalui Program Residensi Rakyat dan juga keluarga berpendapatan rendah boleh memiliki rumah dengan harga yang subsidi iaitu antara RM40,000 hingga RM60,000 tetapi harga asalnya adalah hampir ataupun melebih RM300,000. Jadi ini adalah antara tindakan Kerajaan Negeri bersama dengan KPKT ataupun Kerajaan Persekutuan untuk kita mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik ataupun melalui Program Residensi Rakyat ataupun PPR ini. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 2.
YB ADUN Nilai. Dato’ Yang Dipertua, berkaitan dengan Badan Pengurusan Bersama COB. Di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Sembilan terdapat 159 skim strata di mana pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan juga harta bersama diuruskan oleh pemaju, badan pengurusan bersama (JMB) dan juga Perbadanan Pengurusan (MC). Berdasarkan skim tersebut, terdapat 36 skim yang mempunyai pihak pengurusan, namun tidak aktif dan juga tidak berfungsi manakala 123 skim lain mempunyai pihak pengurusan yang aktif dan senarai 123 yang aktif itu saya akan memberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat Lobak.
Yang Keduanya Adakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk mengembalikan prestasi COB yang kurang aktif? Pihak Berkuasa Tempatan melalui unit pesuruhjaya bangunan COB sentiasa komited
untuk memastikan pihak pengurusan terutama di skim strata kos rendah kekal aktif dan juga dapat melaksanakan fungsi dan juga tanggungjawab selaras di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 iaitu Akta 757. Unit COB melalui Program Pemerkasaan Strata Kos Rendah membantu pihak pengurusan strata yang tidak aktif terutama untuk kos rendah melaksanakan mesyuarat agung tahunan serta memberi tunjuk ajar kepada jawatankuasa pengurusan berkenaan, pengurusan kewangan dan juga pentadbiran badan pengurusan bersama. Selain itu, bagi meningkatkan prestasi pihak pengurusan yang aktif, Unit Pesuruhjaya Bangunan sentiasa memastikan tahap pengetahuan dan juga kemahiran pihak pengurusan strata dipertingkatkan dari semasa ke semasa melalui penganjuran program pendidikan seperti kursus dan juga seminar yang dihadiri oleh jawatankuasa pengurusan, kakitangan dan juga ejen pengurusan, pemilik strata, pemaju di skim strata tersebut. Pihak pengurusan strata juga boleh berhubung terus dengan unit COB untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan akta dan juga peraturan yang berkaitan. Unit COB di PBT juga bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri untuk memastikan bangunan dan harta bersama terutama di skim strata kos rendah dapat dibaik pulih dan juga diselenggara dengan baik melalui permohonan yang dikemukakan kepada bahagian perumahan.
Setiap tahun dan juga tahun ini melalui belanjawan tahun 2025 juga kerajaan negeri telah menyediakan 2 juta untuk dana penyelenggaran rumah pangsa kos rendah dan juga kos sederhana itu diperingkat kerajaan negeri dan juga diperingkat KPKT juga ada tabung penyelenggaraan rumah pangsa awam dan juga swasta. Di mana setiap tahun kita juga mendapat peruntukan yang cukup besar daripada KPKT untuk kita membantu penyelenggaraan rumah-rumah pangsa kos rendah dan juga kos sederhana. Di mana saya juga difahamkan di kawasan Yang Berhormat Lobak juga mendapat peruntukan yang besar juga tahun ini.
Saya difahamkan untuk Majlis Bandaraya Seremban mendapat lebih daripada 6-7 juta untuk beberapa projek di kawasan Majlis Bandaraya Seremban yang melibatkan rumah pangsa kos rendah dan juga kos sederhana. Terima kasih.
Dato Yang Dipertua, terima kasih kerajaan prihatin dengan COB. Dan rumah pangsa di kawasan-kawasan masing-masing seperti yang Nilai maklumkan 100 lebih yang rumah pangsa ini kebanyakan di kawasan DUN Lobak dengan Nilai. Tapi masalah rumah pangsa sejak 20 tahun dulu sampai sekarang. Masalah itu bermacam-macam. Jadi kami harap kerana 150 itu yang MC itu, ahli MC itu semua secara volunteer. Sebenarnya mereka lebih kurang kampung Cina, dia
semua jaga satu flat, satu skim, erti itu satu kampung. Tapi mereka itu MC, mereka secara volunteer. Dengan secara tanpa elaun, tanpa gaji. So kami harap apa jangka pendek bahawa MC itu dapat diaktif balik atau diaktif dengan secara yang tak sakit, jadikan masalah-masalah di rumah pangsa sebagai kebersihan, sebagai keselamatan, sebagai yang tak ada orang yang bertanggungjawab untuk perserikaan, boleh dijaga dengan efektif. Ini paling utama kerana 152 itu bukan dia seimbang macam kampung tradisi orang Melayu, dia sama juga kampung Cina di seluruh negeri ini. So MC ini kerana kurang diberi perhatian atau fungsi dia secara volunteer atau tanpa elaun, dia kurang cekap. So kami harap apa jangka pendek dan apa jangka panjang ataupun cadangkan berpindahan Akta 757 ini supaya masalah-masalah di rumah pangsa dapat diselesaikan dengan yang bercekap dan berfungsi. Terima kasih.
Dato’ Yang Dipertua, kita tidak menolak apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Lobak di mana kebanyakan rumah-rumah pangsa kos rendah dan juga kos sederhana ini adalah diduduki oleh keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah. Tetapi satu hakikat yang kita perlu terima juga adalah, itu adalah kawasan bukan kawasan kerajaan, itu adalah kawasan swasta dan mengikut akta strata itu adalah tanggungjawab pemilik. Itu satu kita perlu menerima hakikat tersebut dan pada masa yang sama kita pun tahu ada banyak cabaran, banyak halangan dan juga banyak masalah di kawasan-kawasan berstrata ini. Sebab itu kerajaan negeri menyediakan peruntukan dan pada masa yang sama KPKT juga menyediakan peruntukan setiap tahun untuk kita membaik pulih semua penyelenggaraan ini. Dan berkaitan dengan pengurusan JMB ini, ia adalah sebagai volunteer dan kita pun tahu tidak dibayar gaji apa-apa sebagai volunteer. Sebab itu saya sebelum ini menyatakan bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh JMB ini adalah dari segi kutipan maintenance fee ataupun kutipan tunggakan. Di mana banyak kawasan flat ini tunggakan sahaja sehingga berjuta-juta ringgit. Jika kutipan ini dapat dibuat dengan baik, isu-isu di flat, di apartment ini dapat diselesaikan dengan baik.
Saya ada satu contoh di Desa Palma Apartment di Nilai, kutipan sampai 98%, lift rosak mereka boleh buat sendiri dan isu ialah kutipan maintenance fee ini. Dan kita juga melalui MBS, kita juga telah mencadangkan kepada JMB ini dan juga MC ini, supaya mereka membuat ataupun melantik satu ejen untuk mengutip tunggakan tersebut. Ini adalah dibenarkan melalui melibatkan akta berstrata ini, dibenarkan untuk kita melantik seorang, apa ini, seorang ejen untuk mengutip tunggakan. Dan ini adalah sesuatu yang sangat berjaya di beberapa tempat. Apabila ada bayaran, ada duit di akaun kita, kita boleh buat apa sahaja dan kita tidak perlu bergantung kepada mana-mana agensi lain ataupun pihak kerajaan. Dan saya harap ini masa mereka beli rumah itu
pun mereka tahu apa tanggungjawab mereka dan pada masa ini mereka tolak kepada pihak lain, ini sesuatu yang tidak adil.
Oleh itu saya memerlukan juga bantuan daripada semua Yang Berhormat yang mempunyai banyak kawasan-kawasan berstrata ini, kita dapat berjumpa dengan management mereka untuk mereka melantik dan kita memberikan kuasa mereka. Iaitu peruntukan akta pengurusan strata 2013 Akta 757 telah memberi kuasa kepada JMB MC untuk memungut caj dan juga mereka boleh melantik ejen untuk mengutip dana tersebut ataupun tunggakan tersebut. Ada duit mereka boleh buat apa sahaja dan kita harap ini kita dapat dipanjangkan kepada JMB-JMB yang ada masalah ini supaya menggunakan kaedah ini. Sudah tentu ejen tersebut ataupun syarikat tersebut akan mengambil sebagian peratusan sebagai caj perkhidmatan mereka. Daripada tiada apa-apa, at least kita boleh buat sesuatu dan di mana ahli-ahli jawatankuasa dalam JMB ini juga tidak ada ramai yang tak tahu apa prosedur dia dari segi mengutip maintenance fee, cara mengutip tunggakan. Mereka tak tahu. Ini hakikat dia. Oleh itu kita minta kepada mereka membuat satu keputusan dan ini adalah antara yang terbaik walaupun ada bayaran sedikit tetapi lebih baik daripada tak ada apa-apa. Dan saya memerlukan bantuan dan juga kerjasama daripada semua Yang Berhormat yang mempunyai ramai banyak flat-flat seperti ini ataupun rumah pangsa kos rendah dan juga sederhana. Dapat kita lihat, kita bincang bersama mereka untuk kita menyelesaikan isu ini dengan lebih baik pada masa-masa akan datang. Terima kasih.
Terima kasih penjelasan yang paling jelas sekali dari Nilai. Saya ucap terima kasih kerana bahawa tahu masalah yang kutipan itu. Jadi yang rumah pangsa ini kebanyakan di Daerah Seremban, khasnya Bandaraya Seremban. So saya cadangkan untuk bertambah kakitangan di COB, MBS supaya yang pengawai ini dapat buat bengkel atau latihan ataupun mengajar mereka supaya macam mana beruruskan kerja-kerja mereka. Kerana difahamkan di COB, MBS kakitangannya tak sampai berapa orang saja. I think Nilai lagi tahu kerja mereka. Tak cukup kakitangan untuk berjaga di Seremban tak salah saya lebih kurang seratus lebih MC dengan CMC. So kena kakitangan bertambah. Terima kasih.
Dijemput Yang Berhormat Gemas.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Gemas bertanyakan soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Menjawab soalan YB Gemas, apakah perancangan kerajaan negeri dalam membantu PPDK ini
beroperasi mengikut piawaian Jabatan Kebajikan Masyarakat? Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) merupakan satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Program ini memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa dan keluarga penjaga dan masyarakat setempat dalam memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PPDK juga merupakan satu pendekatan evokasi di mana bagi membangun kearah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Dato’ Yang Dipertua, di Negeri Sembilan terdapat 44 PPDK yang telah dikendalikan oleh pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM8,589,149.40 kepada 44 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di Negeri Sembilan. Peruntukan ini meliputi bayaran Elaun Khas OKU, saguhati penyelia dan petugas, sewaan premis dan juga bayaran utiliti.
Dato’ Yang Di-Pertua, dan sidang di dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2025 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM220,000 bagi membantu 44 buah PPDK sebagai sokongan kepada golongan kurang upaya. Pemberian bantuan kewangan kepada PPDK ini adalah di bawah inisiatif baru iaitu Sentuhan Prihatian OKU Negeri Sembilan. Ini merupakan pemberian secara one-off sekaligus sebanyak RM5,000 bagi setiap PPDK yang akan memanfaatkan kepada 1,187 orang pelatih OKU di semua PPDK. Objektif inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan OKU, meningkatkan penglibatan pusat masyarakat ADUN, komuniti setempat dalam pembangunan OKU itu sendiri, meningkatkan kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap OKU. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui JKM juga mempunyai pelbagai perancangan dan usaha untuk memperkasakan dan meningkatkan kualiti hidup OKU, antaranya penambahbaikan fasiliti kepada OKU khususnya di PPDK untuk memenuhi keperluan-keperluan khas OKU. Untuk makluman, PPDK juga melaksanakan program EEP bagi tujuan pemerkasaan OKU dan penjanaan pendapatan. Program EPP ini secara langsung melibatkan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dan kerajaan swasta. Contoh seperti PPDK Air Hitam dengan kerjasama Jabatan Pertanian mengusahakan tanaman cili padi melalui kaedah fertigasi. Manakala PPDK Teluk Kemang mengusahakan produk kerepek dengan kerjasama Petronas yang dipasarkan di Kedai Mesra.
Kerajaan Negeri melalui JKM juga dalam usaha membangunkan modul asuhan kanak-kanak OKU.
Modul ini memberi penekanan tentang jagaan kepada anak-anak OKU khasnya sindrom down dan autisma bagi tujuan meningkatkan kompetensi dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelatih OKU. JKM telah menganjurkan beberapa kursus seperti kursus asas petugas PPDK Negeri Sembilan, kursus intervensi kanak-kanak OKU dan persediaan petugas PPDK di peringkat Negeri Sembilan, kursus pemantauan rancangan pemulihan individu dan pelan pembelajaran bagi PPDK Negeri Sembilan. JKM turut dalam proses memastikan penyelia petugas mempunyai kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia SKM tahap 3 dalam penjagaan kanak-kanak OKU dan pengoperasian pemulihan dalam komuniti bagi menjadikan mereka kompetensi dan berdaya saing bagi memperkasakan OKU di PPDK Negeri Sembilan. Sekian, terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Soalan Tambahan YB EXCO. Saya bertanyakan, saya berterima kasih tentang penerangan itu tadi. Saya cuma bertanyakan tentang pengendali surat daripada JKM pada tahun ini. Memohon supaya pengendali ini diusahakan secara melalui pengendali yang dilantik dan untuk maklumat YB EXCO, bangunan itu adalah milik swasta atau disewa tapi ketetapan oleh JKM memastikan pengendali ini kena siapkan CCTV, tangga keselamatan. CCTV itu perlu sekurang-kurangnya meliputi semua ruang belajar, ruang luar. Jadi kos yang apa salahnya sekiranya kerajaan negeri menyediakan perkara ini semua sebelum diserahkan kepada pengendali. Itu permohonan kalau kerajaan negeri boleh membantu pengendali ini.
Ok YB, saya ambil maklum isu yang YB nyatakan. Mungkin akan saya semak dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan maklum secara bertulis untuk isu-isu ini.
Saya menjemput Sungai Lui.
Dato’ Yang Dipertua, saya kemukakan soalan nombor 3.
Dato’ yang Dipertua, saya nak ucapkan terima kasih kepada ADUN Sungai Lui di atas soalan yang berkaitan dengan haiwan ruminan. Yakni apakah kerajaan merancang untuk menjadikan kawasan ladang Felda sebagai hub pengeluaran haiwan ruminan dan bagaimanakah kerajaan negeri melihat potensi yang berkaitan dengan program ataupun ternakan haiwan ruminan ini? Kawasan Felda Dato’ Yang Dipertua untuk makluman Dewan terutamanya bagi kawasan di
seluruh Negeri Sembilan dan Jempol khususnya adalah merupakan satu kawasan yang terletak di dalam kawasan agro-politan. Yakni kawasan tumpuan pembangunan pengeluaran makanan di Negeri Sembilan. Penumpuan pembangunan sektor ternakan di kawasan Felda agak berbeza sedikit Dato’ Yang Dipertua kerana ia menggunakan kaedah penternakan secara integrasi dengan tanaman kekal iaitu getah dan kelapa sawit. Maknanya projek penternakan ruminan ini dia tidak ada kawasan khusus tetapi dengan integrasi bersama dengan tanaman getah dan juga kelapa sawit.
Program ini selaras dengan dasar agro-makanan 2.0 dalam menggalakkan integrasi ternakan ruminan dan tanaman kekal agar terus berkembang sebagai satu strategi untuk meningkatkan pengeluaran daging negara. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dato' Yang Dipertua tiada kuasa khusus dalam menentukan aspek tebus guna dan pembangunan tanah kosong terutamanya yang dimiliki oleh Felda. Tetapi bagi menggalakkan para peneroka khususnya bagi kawasan Felda di Negeri Sembilan dan Jempol yakni di kawasan Yang Berhormat Sungai Lui untuk menjalankan aktiviti penternakan secara integrasi di kawasan yang dibenarkan oleh pihak perusahaan Felda, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan telah pun membuka beberapa tawaran ataupun menawarkan pelbagai bantuan dan inisiatif yang berkaitan dengan bidang penternakan seperti yang saya nak sebut satu persatu Dato' Yang Dipertua ya. Bagi makluman Dewan Yang Mulia ini, bantuan yang dikeluarkan oleh Veterinar iaitu bantuan baka ternakan dalam bentuk geran pemadanan, skim double up 2.0. Yang kedua, bantuan menaik taraf premis ternakan iaitu lembu, kerbau, kambing dan biri-biri. Yang ketiga, bantuan menaik taraf kolam kumbahan. Yang keempat, bantuan mesin perincih rumput. Kemudian, bantuan penyediaan petak ragutan persendirian. Bantuan pam air. Bantuan pagar elektrik. Latihan pun kita bagi. Latihan untuk semua penternak. Kemudian, last sekali transformasi ekonomi desa. Untuk makluman Yang Berhormat, saya bacakan juga dan saya akan berikan secara ringkas kepada Yang Berhormat tentang beberapa individu yang telah menerima manfaat terutamanya bagi tempoh kerajaan perpaduan yang telah ditubuhkan di Negeri Sembilan ini.
Selain daripada itu Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LPP ataupun Lembaga Pertubuhan Peladang menyokong potensi dalam bidang penternakan melalui program yang lain. Yakni program dan geran seperti Agro Apprentice yang berkonsepkan Mentor-Menti dan juga RASAP dalam mengembangkan aktiviti pertanian serta geran agro-preneur muda bagi usahawan muda di bawah 43 tahun. Agro Apprentice ini, Dato' Yang Dipertua, kita pun bagi bantuan yakni 20 ribu setiap peserta fokus
kepada pengeluaran pertanian, perkhidmatan, pemasaran dan peningkatan kemahiran dan ianya khusus untuk ahli Lembaga Pertubuhan Peladang. Jadi Dato' Yang Dipertua, program untuk memperkembangkan ternakan ruminan ini merangkumi ke semua kawasan, kawasan kampung tradisi apatah lagi kawasan Felda. Cumanya dalam bentuk yang secara komersial oleh pihak swasta, itu belum lagi dilaksanakan. Tetapi penglibatan penternak-penternak domestik ataupun penternak-penternak kecil ini, kebanyakannya sudah mendapat latihan dan bantuan daripada pihak kerajaan. Dan kita harapkan supaya pemimpin-pemimpin kita, terutamanya bagi kawasan Felda dapat mempraktikkan program ini secara lebih aktif. Terima kasih, Dato' Yang Di Pertua.
Terima kasih kepada Datuk Seri dan juga pihak Veterinar yang telah menjawab soalan tersebut. Dan boleh tak kita tahu, kita ingin tahu berapakah jumlah penerima bantuan pada tahun kebelakangan ini dan berapakah nilai yang telah diberikan oleh pihak Veterinar untuk membantu para penternak khusus di kawasan Felda ini, di mana sekarang ini kegiatan ini kebanyakan dijalankan oleh pihak generasi ke-2 dan juga ke-3 sebagai sumber pekerjaan mereka.
Dato’ Yang Dipertua, walaupun soalan ini agak detail sedikit, tetapi maklumatnya saya ada. Seperti yang saya sebut tadi, jumlah penerima bantuan sejak tahun 2021 Dato’ Yang Dipertua, sampai 2024, jumlah keseluruhan yang penerima yang telah terima 500 hampir 600 orang. 593 penerima yang jumlah nilainya 7.7 juta yang telahpun diberikan oleh pihak kementerian terutamanya Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membantu penternak-penternak dalam soal yang berkaitan dengan elemen ataupun segmen-segmen bantuan yang telah saya jelaskan. Terima kasih, Dato' Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Juasseh.
Saya kemukakan soalan nombor satu.
Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, terima kasih, YB Juasseh. Ini jawapannya YB Juasseh. Langkah-langkah penghapusan penyakit kusta secara total. Jawapannya nombor satu ialah, langkah-langkah yang telah diambil untuk program kawalan dan pencegahan penyakit kusta termasuk memberi kesedaran kepada komuniti dan pemegang taruh seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli JPKKOA berkaitan penyakit kusta. Menjalankan aktiviti saringan penyakit kusta di lokaliti orang asli berdasarkan penilaian risiko penularan penyakit jangkitan kusta di kawasan tersebut. Memastikan
kes kusta mendapat rawatan yang diperlukan dan seterusnya menjalankan pengawasan terhadap semua pesakit kusta yang telah tamat rawatan selama 5 hingga 10 tahun. Selain itu, semua kontak kepada kes kusta yang dikenal pasti akan disaring dan diberikan satu dos ubat antibiotik, profilakasis, pencegahan untuk penyakit kusta. Semua kontak ini juga akan dipantau selama 1 hingga 5 tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia komited untuk meningkatkan aktiviti saringan kusta melalui program Latihan, Kesan, Analisa, Rawat, Dan Rujuk, LAKAR di kualiti orang asli melalui kerjasama dengan pemimpin setempat dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain.
Bagi tahun 2024, program LAKAR telah dijalankan di 9 lokaliti di seluruh Negeri Sembilan di mana 5 lokaliti terdiri daripada perkampungan orang asli. Aktiviti saringan penyakit kusta juga dilakukan dalam skala yang lebih kecil melibatkan institusi, perkampungan dan tempat kerja. JAKOA amat mengambil berat tentang kebajikan masyarakat orang asli, khususnya di kawasan yang terlibat dengan penyakit kusta di Kuala Pilah. JAKOA akan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung penyakit ini dari terus merebak. Buat masa ini, Pejabat Kesihatan Daerah telah melakukan saringan kepada penduduk kampung dan rawatan susulan kepada pesakit kusta. Keadaan di dalam kampung berkenaan pada masa ini adalah terkawal. Untuk jawapan nombor dua, antara strategi untuk meningkatkan kesedaran tentang pesakit kusta di kalangan pelajar sekolah, Jabatan Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan menjalankan aktiviti-aktiviti ceramah kesihatan, khususnya berkaitan penyakit kusta di sekolah-sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Pelajar-pelajar sekolah juga dilibatkan semasa program Hari Sambutan Kusta Sedunia yang disambut pada hari Ahad, minggu terakhir bulan Januari setiap tahun. Dalam usaha untuk mencegah penularan penyakit kusta di kalangan pelajar sekolah, pencegahan awal penyakit ini perlu dilakukan melalui saringan kesihatan melibatkan pelajar sekolah. Aktiviti saringan ini dilaksanakan secara berjadual melibatkan pelajar prasekolah tahun 1 dan tahun 6 di sekolah-sekolah kerajaan. Pemeriksaan kesihatan ini merangkumi aktiviti saringan kesihatan, perkembangan kanak-kanak dan pemeriksaan fizikal termasuk pemeriksaan penyakit kulit seperti kusta, panau, kudis buta dan lain-lain. Bagi tahun 2024, daripada jumlah pelajar prasekolah tahun 1 hingga tahun 6 yang didaftarkan di sekolah-sekolah kerajaan seramai 68,494 orang. Sebanyak 66,601, 97% telah dibuat pemeriksaan kesihatan. Tiada kes kusta yang dikesan melalui pemeriksaan kesihatan ini bagi tahun 2024. Terima kasih, Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan, saya kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih daripada Yang Berhormat ADUN Temiang. Soalan yang dinyatakan ialah nyatakan dengan teliti kes-kes kecurian kabel Telekom Malaysia di Negeri Sembilan pada tahun 2024 dan juga anggaran kerugian daripada kejadian tersebut. Yang kedua, sila nyatakan dengan teliti apakah tindakan yang telahpun diambil oleh pihak Telekom Malaysia bagi menyekat kes-kes kecurian ini daripada terus berlaku. Untuk makluman semua, merujuk kepada pertanyaan di atas adalah dimaklumkan bahawa jumlah kes kecurian kabel Telekom Malaysia di Negeri Sembilan bagi tahun 2024 adalah sebanyak 55 kes, di mana kecurian tersebut melibatkan kes kecurian di beberapa kawasan panas seperti di Seremban, Senawang dan juga Rasah. Jumlah kes pada tahun 2024 telah mengalami penurunan sebanyak 54% berbanding kes kecurian yang telah dicatatkan pada tahun 2023. Penurunan bilangan kes kecurian ini adalah hasil daripada tindakan berterusan Telekom Malaysia dalam usaha untuk membenteras jenayah ini sama ada di peringkat dalaman mahupun melalui kerjasama dengan pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk memantau dan juga mencegah aktiviti kecurian. Melalui 55 kes kecurian yang telah berlaku, Telekom Malaysia menganggarkan kerugian terus sebanyak lebih kurang RM720,000.
Dan bagi soalan yang kedua, nyatakan dengan teliti apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak Telekom Malaysia bagi menyekat kes-kes kecurian ini terus berlaku. Yang pertama ialah jenayah kecurian kabel Telekom Malaysia memberikan kesan yang besar kepada masyarakat. Jadi apabila berlakunya kecurian ataupun kehilangan, kita akan kehilangan akses internet dan telefon yang mengakibatkan terputus hubungan komunikasi. Kesan seterusnya adalah kerugian ekonomi akibat kos pembaikan yang tinggi dan juga kehilangan produktiviti, gangguan kepada keselamatan awam dan juga kesulitan. Dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat, terutamanya masyarakat di luar bandar, pelbagai usaha dan inisiatif dan sedang dilaksanakan oleh pihak Telekom Malaysia bagi membanteras jenayah kecurian kabel ini antaranya ialah kita melaksanakan aktiviti penggantian rangkaian berasaskan kabel tembaga ataupun cooper kepada rangkaian berasaskan kabel gentian optik dengan mengeluarkan kabel tembaga yang lama dari rangkaian cooper mining dengan izin secara berterusan. Aktiviti ini juga memerlukan kerjasama pelanggan terutamanya daripada kerajaan negeri yang masih lagi menggunakan talian daripada rangkaian kabel tembaga untuk berhijrah kepada talian
gantian optik yang baru. Pemantauan dan rondaan secara berterusan oleh pihak keselamatan Telekom Malaysia bagi mencegah sebarang percubaan mencuri kabel Telekom Malaysia. Selanjutnya ialah mengukuhkan kerjasama di antara pihak Telekom Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia dalam mencegah kejadian curi kabel melalui perbincangan dua hala secara berkala dan juga berterusan antara pihak TM dan PDRM di peringkat daerah-daerah maupun di peringkat negeri. Kita juga di pihak Telekom Malaysia memberikan sumbangan hadiah kepada pihak PDRM sebagai tanda terima kasih atas kejayaan PDRM membuat tangkapan suspek terlibat dalam kes-kes kecurian kabel di Negeri Sembilan.
Tawaran hadiah saguhati kepada orang awam juga. Ini bagi menggalakkan mereka membuat laporan jika melihat berlakunya kecurian kabel sehingga tertangkapnya pencuri yang terlibat. Kita juga mengukuhkan lagi sistem keselamatan di bangunan TM itu sendiri menggunakan teknologi keselamatan yang terkini. Secara keseluruhannya, jenayah kecurian kabel memberikan impak yang besar kepada masyarakat bukan sahaja dari segi perkhidmatan yang terganggu tetapi juga dalam aspek sosial dan juga ekonomi yang lebih mendalam. Justeru itu pihak kerajaan, masyarakat dan juga pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini melalui penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan juga peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat itu sendiri. Sekian, terima kasih.
Terima kasih jawapan daripada YB EXCO. Satu jawapan yang sangat jelas dan detail. Jadi tadi YB ada menerangkan tawaran kepada mereka yang memberi maklumat-maklumat tentang kes kecurian tersebut. Jadi saya nak tahu berapa jumlah tawaran tersebut. Kerana pusat khidmat saya selalu terima aturan di mana kabel TM dicuri tetapi tidak diberikan apa-apa tawaran.
Berkenaan dengan tawaran seperti yang disebut oleh pihak ADUN Temiang, saya kena rujuk dululah kepada pihak Telekom Malaysia, kerana tawaran-tawaran ini adalah rahsia dan kita akan beri tawaran yang lebih tinggi jika pencuri itu sendiri beri maklumat kepada kita. Sekian, terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Johol.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Johol soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, dan terima kasih YB Johol atas soalan ni. Yang Berhormat Johol bertanyakan tentang
langkah-langkah Kerajaan negeri bagi mempertingkatkan kemudahan bilik guru dan juga menaiktaraf sekolah-sekolah di DUN Johol. Untuk makluman Yang Berhormat, kita di pihak PPD Kuala Pilah telah pun mengenalpasti 8 sekolah sebenarnya yang perlu sikit sebanyak peruntukkan untuk baik pulih, baik pulih bilik guru, bumbung, macam-macam lah. Antara sekolah yang disebutkan ialah SK Inas, SK Datuk Inas, SK Datuk Undang Kamat, SMK DUAM, SK Undang Johol, SMK Dangi, SK Nuri dan juga SK Sinibai. Dan dengan pelbagai lah, pelbagai perkara untuk dinaiktaraf. Dan kita akan minta senarai lengkap tentang keperluan-keperluan ini untuk kita panjangkan ke bahagian pembangunan PPD dan juga Kementerian Pendidikan. Terima kasih YB.
Soalan tambahan Yang Berhormat Dato’. Saya melihat kemudahan bilik guru dan juga lebih-lebih lagi bilik guru lah. Kebergantungan penambahbaikan bilik guru ni ialah kepada PIBG. Saya lihat sekolah-sekolah banyak yang kekurangan dana PIBG. Jadi saya amat berharap lah kalau pihak kerajaan negeri, kita ada insentif kerana kejayaan cemerlang kita dalam SPM lepas, kita berikan ganjaran kepada guru-guru ini supaya kemudahan asas bilik guru. Kerana bagi saya, kemudahan ini ialah bermula daripada bilik guru itu sendiri. Kalau mereka datang ke sekolah itu dengan keadaan yang begitu selesa, kemudahan yang baik. Jadi saya rasa pembelajaran itu mereka juga akan dapat memberikan satu mutu pembelajaran yang lebih efektif. Itu cadangan saya Dato’ Yang Dipertua.
Saya setuju YB. Bilik guru mestilah selesa. Baru boleh mengajar dengan lebih berdedikasi. Jadi kita akan tengok keperluan sekolah-sekolah ni. Seperti kata saya tadi, sekolah yang saya sebutkan tadi, dia pelbagai. Ada yang nak bilik guru, ada yang nak bumbung, ada yang nak dinding, macam-macam. Jadi keutamaan sekali kita tengok kepada keselesaan bilik guru lah. Saya akan minta senarai mengikut keutamaan dan kita tengok peruntukan mana yang boleh kita pakailah. Kalau peruntukan yang tak besar mungkin kita boleh gunakan juga dana yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri. Tapi kalau besar, kita akan panjangkan ke Kementerian ya, Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih.
Saya menjemput Yang Berhormat Labu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, soalan nombor 1.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, status projek lebuhraya lingkaran Nilai-Enstek SLIA. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman projek ini telah ditender semula dengan tajuk Malaysia Vission Valley MVV membina jalan baru dari Nilai-Labu ke Bandar
Enstek Daerah Seremban Negeri Sembilan, menyiapkan baki kerja. Projek ini adalah di bawah pengawalan Unit Projek Khas Zon Selatan Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia dan telah diberi milik tapak pada 23 Julai 2024 yang lalu dan dijangka siap pada 20 Julai 2026. Isu yang berbangkit sebelum ini seperti banjir dan laluan penduduk terhalang adalah disebabkan pelaksanaan asal projek ini tertangguh akibat kontraktor sebelum ini telah ditamatkan kontrak kerana gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu dijangkakan isu-isu berkaitan yang berbangkit sebelum ini akan dapat diselesaikan setelah kontraktor penyelamat yang dilantik masuk ke tapak bina. Selain daripada itu, pihak unit projek khas Zon Selatan sentiasa memantau serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan rutin di kawasan-kawasan berisiko berdasarkan pelan mitigasi yang telah disediakan. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Saya menjemput Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Mambau kemukakan soalan nombor 2.
Terima kasih, Dato’ Yang Dipertua, soalan daripada Mambau bertanyakan mengenai mewujudkan sebuah Jawatankuasa yang bertindak sebagai Badan Penasihat kepada Majlis Sukan Negeri yang mungkin akan membantu dari sudut perancangan dan pembangunan sukan di Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Mambau, Kerajaan Negeri melalui agensinya Majlis Sukan Negeri Sembilan merupakan agensi yang bertanggungjawab menjalankan pembangunan sukan di Negeri Sembilan bagi menyediakan atlet untuk menyertai Sukan Malaysia atau SUKMA dengan kerjasama pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia Sukan dan Institut Sukan Negara yang memberikan panduan dan sokongan kepada Majlis Sukan Negeri bagi memastikan hala tuju sukan selaras dengan hala tuju sukan negara selain memberi bantuan dari segi dana, latihan dan penyelidikan sukan.
Antara program berterusan yang sedang berjalan dengan pemegang taruh ini ialah program pelapis dan bakat bersama Majlis Sukan Negara dan kursus-kursus bagi aplikasi sains sukan bersama Institut Sukan Negara. Selain itu, antara pemegang taruh yang lain ialah seperti Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang menyediakan bakat muda dalam sukan melalui program pembangunan atlet di peringkat sekolah untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Baik, berkaitan mengwujudkan sebuah jawatankuasa yang bertindak sebagai badan penasihat kepada MSN, penubuhan jawatankuasa ini pada hemat kita ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian iaitu ada lima perkara yang
menjadi pertimbangan kita bagi maksud yang dikemuka oleh YB Mambau. Yang pertamanya, mungkin berlakunya risiko pertindihan kuasa dan peranan.
Kewujudan jawatankuasa ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam pembahagian tugas antara Majlis Sukan Negeri Sembilan dan badan penasihat. Di samping mungkin berlaku konflik dalam membuat keputusan terutama jika cadangan jawatankuasa bertentangan dengan dasar sedia ada Majlis Sukan Negeri Sembilan. Perkara yang kedua yang juga kita fikirkan ialah potensi birokrasi dan kelewatan keputusan kebergantungan kepada badan penasihat boleh memperlahankan proses membuat keputusan kerana perlu melalui lebih banyak peringkat pengurusan dan rundingan. Jika tidak dikendalikan dengan cekap ia boleh melambatkan pelaksanaan program sukan dan pembangunan atlet. Perkara yang ketiga juga yang menjadi kebimbangan kita ialah isu kos dan peruntukan kewangan.
Penubuhan jawatankuasa baru memerlukan bajet tambahan untuk pengurusan, elaun ahli jawatankuasa, mesyuarat dan kajian berkaitan. Dan jika tidak diurus dengan baik peruntukan yang sepatutnya boleh kita salurkan kepada pembangunan sukan boleh terjejas kerana kita perlu pula menyediakan dana untuk jawatankuasa ini. Perkara yang keempat risiko pemilihan ahli yang tidak berkesan. Sekiranya jawatankuasa yang dibuat tidak mengikut kelayakan dan pengalaman ia boleh menjejaskan keberkesanan jawatankuasa tersebut dan tokoh sukan yang dilantik juga perlu benar-benar komited dan bukan sekadar menerima jawatan tanpa memainkan peranan yang aktif. Dan perkara yang kelima yang kita fikirkan ialah potensi percanggahan dengan dasar kerajaan pusat. Cadangan dan polisi yang dibentuk oleh jawatankuasa mungkin tidak selari dengan hala tuju dan dasar sukan di peringkat kebangsaan. Jadi kesimpulannya buat masa ini Kerajaan Negeri Sembilan masih belum bersedia bagi mewujudkan jawatankuasa di atas beberapa faktor yang telah pun saya terangkan di atas tadi. Walau bagaimanapun saya ingin berikan jaminan kepada Yang Berhormat Mambau kerajaan negeri melalui agensinya Majlis Sukan Negeri Sembilan akan memastikan pembangunan atlet Negeri Sembilan dijalankan dengan tadbir urus yang baik berdasarkan garis panduan dan dasar yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih.
Terima kasih kepada EXCO Sukan. Dato’ Yang Di-Pertua, soalan tambahan. Dato’ Yang Di-Pertua, untuk makluman ini wushu acara rasmi dan dimasukkan ke dalam acara Sukan Olimpik Remaja 2026 dan turut berpotensi disenaraikan sebagai salah satu sukan di Sukan Olimpik Brisbane 2032. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kerajaan Negeri Sembilan, terutamanya Jabatan Belia dan
Sukan Negeri Sembilan agar memberi perhatian dan sokongan yang lebih besar kepada pembangunan sukan wushu di negeri ini. Atlet wushu Negeri Sembilan memiliki keupayaan untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Jadi soalan saya, Dato’ Yang Di-Pertua, apakah perancangan jangka masa panjang pihak kerajaan negeri untuk menyokong dan membantu kepada wushu Negeri Sembilan ini untuk mengharumkan nama Negeri Sembilan serta negara di pentas Olimpik yang akan datang? Terima kasih.
Dato’ Yang Di-Pertua, saya ada soalan tambahan juga sikit je nak minta EXCO. Berkaitan dengan soal jawatankuasa tadi, saya mencadangkan perlu juga jawatankuasa ini dipertimbangkan atas dasar mereka ini sebagai lembaga penasihat dan sebagainya. Sebabnya apa yang saya lihat, persatuan-persatuan sukan Negeri Sembilan kita ini nampaknya kurang, dari segi menyerlah di peringkat kebangsaan, antarabangsa itu saya rasa kita agak kurang berbanding dengan negari lain. Jadi saya amat berharap jawatankuasa ini sebenarnya dari konsep penasihat. Mereka mungkin tidak ada kuasa pun, mungkin kita lantik daripada mereka-mereka yang mereka berkelayakan, bekas-bekas atlet Negeri Sembilan. Kita ini ramai mereka-mereka yang telah mewakili negara dan sebagainya. Mungkin boleh kita libatkan individu-individu ini dalam jawatankuasa penasihat untuk Majlis Sukan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih kepada yang soalan tambahan. Yang pertamanya ialah berkenaan dengan wushu tadi. Sebenarnya untuk pengetahuan Mambau, bukan hanya wushu semata-mata, tetapi banyak lagi sukan-sukan yang mampu ataupun berpotensi untuk memberikan pingat baik di peringkat SUKMA, di sukan SEA ataupun di Olympic. Memang diberikan fokus bukan sahaja oleh JBS tetapi oleh MSN. Bila sukan berprestasi tinggi ini adalah dia di bawah MSN, bukannya JBS. Untuk makluman Mambau, sebenarnya kita telahpun adakan beberapa tindakan. Yang pertamanya ialah setelah tamat Sukan Malaysia 2024, saya telahpun maklumkan kepada MSN supaya memanggil semua persatuan sukan yang terlibat dan buat post-mortem yang pertama sekali. Post-mortem melihat balik di mana kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kita membuat persediaan ke SUKMA 2026. Sebab itu kita katakan kita buat blueprint road to SUKMA 2026 seawal tahun 2024 setelah tamat misi kita di Sarawak. Kemudian pada tahun ini, pada bulan 3 yang lepas, saya juga telah panggil ke semua persatuan sukan yang terlibat dan kita telah buat perjumpaan di mana saya telahpun menyatakan beberapa perkara yang penting. Yang pertamanya, dasar setakat ini ialah dasar dalam menyediakan atlet setakat ini kita serahkan sepenuhnya kepada persatuan sukan. Tetapi seperti mana juga disebut
oleh Johol tadi, ada persatuan sukan yang sebenarnya tidak memainkan peranan seperti dikendaki oleh kita. Dan kita lihat ada beberapa sukan yang tidak ada penyertaan sebab itu dalam SUKMA 2024, Negeri Sembilan hanya mampu menyediakan peserta dalam lebih kurang 55% sahaja daripada 488 acara yang dipertandingkan. Sebahagian besar kita tidak ada penyertaan. Kenapa tidak ada? Banyak sebab. Di antaranya adalah ketidaksediaan dan ketidakcekapan beberapa persatuan sukan dalam mengendalikan atlet-atlet tersebut. Maka dengan itu, saya telah mohon MSN untuk menyediakan satu kertas mesyuarat, kertas MMK, di mana kita nak ubah pendekatan ini. Maknanya sekarang Negeri Sembilan kita tidak lagi sebulat keseluruhannya terserah kepada persatuan sukan sekiranya terdapat mana-mana persatuan sukan yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab demi negeri, maka persatuan sukan itu akan diambil alih oleh MSN dan MSN boleh bekerjasama dengan mana-mana institusi, mana-mana agensi, mana-mana NGO, mana-mana kelab, atau mana-mana badan yang mampu menyediakan atlet pada SUKMA yang akan datang. Jadi inilah di antara perkara-perkara yang kita buat. Di samping itu, bagi menjawab juga pandangan daripada Johol tadi, selain daripada kita ada kita menyediakan satu jawatankuasa khas, kita juga telah membentuk bapa angkat, bapa angkat sukan-sukan yang khusus dalam SUKMA ini. Sebab itu, semua ADUN-ADUN, kita telah berikan tanggungjawab ini mulai tahun depan dan saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk merakam juta-juta terima kasih kepada ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Parlimen yang telah memberikan khidmat dengan percuma kepada semua persatuan sukan di Negeri Sembilan dan berikan tepukan kepada mereka.
Maka dengan adanya ADUN-ADUN yang selaku bapa angkat, mereka juga telah mainkan peranan dengan berikan nasihat, berikan motivasi, berikan pandangan, di samping menemukan persatuan sukan ini dengan mana-mana badan-badan korporat untuk kita mendapatkan dana tambahan untuk mereka suntikan kepada persatuan sukan ini untuk bergerak lebih jauh lagi. Maka itulah di antara pandangan-pandangan. Dan balik semula kepada Mambau, kita akan pastikan bahawa MSN bersama dengan persatuan wushu dan untuk maklumat Mambau, Persatuan Wushu adalah di antara persatuan yang aktif. Bukan hanya sekadar menyediakan atlet ke setiap SUKMA, mereka juga ada program pembangunan yang baik, yang kemas dan setiasa mengadakan pertandingan-pertandingan baik di peringkat kebangsaan, di peringkat internasional. Dan saya yakin dengan pendekatan di bawa oleh Wushu ini, mereka mampu membawa pulang pingat untuk negara kita dalam Olimpik yang akan datang. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau, Johol dan Yang Berhormat Palong. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
masa bagi pertanyaan lisan hari ketiga telah pun tamat. Semua pertanyaan yang tidak sempat dijawab akan diberikan jawapan secara bertulis.
UsulMotion
Sambungan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja.
Perkara keempat, Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan DiRaja.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kita masih lagi dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kota.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika merasmikan persidangan kita pada minggu yang lalu. Dato' Yang Pertua, Sungai Timun merupakan pengkala nelayan yang berfungsi sebagai pusat aktiviti nelayan tempatan selain daripada sebagai destinasi pelancongan. Nelayan yang terdapat di Sungai Timun ada yang sepenuh masa dan juga ada yang separuh masa. Ada yang hanya mencari rezeki di sungai, ada yang ke laut, ada yang berlesen dan juga ada yang tidak berlesen. Nelayan separuh masa mempunyai pekerjaan lain dan hanya akan ke laut untuk menambah pendapatan keluarga dan ada nelayan sepenuh masa yang hanya mengharapkan hasil tangkapan sebagai punca pendapatan mereka dan akan tetapi, mereka semua akan tetap ke laut untuk mencari rezeki. Beberapa perkara timbul, iaitu berkaitan lesen dan juga perundangan.
Di negara ini, untuk menangkap ikan di laut, seseorang perlu memiliki lesen nelayan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Lesen ini bertujuan untuk mengawal jumlah nelayan supaya sumber laut tidak dieksploitasi secara berlebihan. Namun, untuk nelayan separuh masa, kebanyakannya tidak mempunyai lesen dan proses untuk mendapatkan lesen mungkin dianggap rumit dan kos yang terlibat mungkin menjadi beban kepada mereka. Nelayan tanpa lesen, tidak dilindungi oleh Polisi Insuran Nelayan atau Program Bantuan Bencana Laut. Jika berlaku kemalangan di laut, mereka tidak, tiada perlindungan insuran, perlindungan rasmi yang disediakan. Dan lebih malang, nelayan separuh masa ini seringkali ditahan oleh penguatkuasa dan menjadi kesalahan kerana tidak mempunyai lesen yang sah untuk menangkap ikan. Dato’
Yang Dipertua, dalam Dewan Yang Mulia ini, saya cadangkan supaya kerajaan membantu mereka supaya menjadi nelayan yang lengkap, berlesen dan dilindungi kebajikan-kebajikan mereka. Diwujudkan lesen khas separuh masa dengan syarat yang lebih mudah dan dengan kos yang paling minima supaya mereka sekurang-kurangnya tercatat secara sah dan boleh menerima bantuan tertentu yang disediakan oleh pihak kerajaan. Disediakan juga program latihan keselamatan laut untuk nelayan separuh masa ini supaya risiko bahaya ketika mereka mencari rezeki di laut dapat dikurangkan. Semoga dengan kemudahan ini akan memberi manfaat dari segi pengurusan sumber perikanan perlindungan sosial nelayan dan peningkatan hasil ekonomi.
Dato’ Yang Dipertua, dalam titah tuanku juga ada memberi penekanan kepada kelestarian pembangunan modal insan dalam era dunia tanpa sempadan dan perkembangan teknologi yang semakin pesat berkembang. Malaysia tidak terkecuali akan menerima serta melalui proses perubahan-perubahan ini. Keupayaan memahami dan juga menguasai teknologi dan juga teknologi moden ini akan memastikan Malaysia mampu dan akan dapat berdaya saing bukan sahaja di peringkat domestik tetapi juga di peringkat global. Oleh yang demikian pelbagai usaha perlu dan telah dijalankan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai peringkat kementerian yang berkenaan termasuk penglibatan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta. Antaranya penglibatan oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia Dan Sukan dan pelbagai lagi agensi untuk memastikan penyediaan guna tenaga yang berkemahiran dan berpengetahuan. Usaha ini memerlukan kajian serta penyelidikan di tahap yang tertinggi agar pendekatan, kaedah, teknik dan juga strategi yang dirangka akan mampu memenuhi inspirasi yang telah digarispandu oleh kerajaan khususnya kerajaan pusat.
Pengenalan TVET atau lebih dikenali sebagai pendidikan latihan teknikal voksional telah pun dilancarkan oleh kerajaan. Pengiktirafan ini telah menjadikan 2 Jun setiap tahun sebagai Hari TVET Negara. Pelaksanaan TVET ini berasaskan kepada 5 dasar utama yang pertama, dasar teras utama dan juga strategi. Kedua, tadbir urus komprehensif dan juga bersinergi, ketiga keupayaan industri cekap dan juga produktif yang keempat, pembiayaan TVET yang mampan, kelima TVET pilihan utama kerjaya. Melalui dasar-dasar di atas sudah membuktikan hasrat tinggi kerajaan yang akan terlahirnya modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di pelbagai peringkat dan juga cabang.
Secara tidak langsung, pembangunan bakat ini akan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing kurang lebih 12 kementerian
dan juga pihak swasta yang terlibat secara langsung dalam program murni kerajaan ini. Negeri Sembilan tidak terkecuali perlu menyahut cabaran supaya negeri ini tidak terkebelakang atau tertinggal dalam usaha meningkatkan sumber pendapatan keupayaan guna tenaga penuh rakyat dan bersaing kalau tidak di peringkat global sekurang-kurangnya menjadi pemain industri ekonomi utama di negara ini. Terdapat beberapa agensi sama ada di peringkat kerajaan seperti IKTBN, KKTM, ILP dan juga Kolej Swasta di peringkat kebangsaan yang telah membuka tapak untuk memberi peluang pembelajaran kepada anak-anak negeri ini.
Ini tidak termasuk agensi yang dikelola dan dikendalikan di peringkat negeri seperti Yayasan Negeri Sembilan, Kolej Yayasan Negeri Sembilan termasuk yang mampu menggalas tanggungjawab ini untuk memastikan Negeri Sembilan mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negeri-negeri yang lain. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, tepuk dada tanya hati, melentur buluh biar dari rebungnya, perbidalan Melayu yang sinonim dengan usaha membentuk masa depan anak-anak muda khususnya dan juga rakyat Negeri Sembilan secara amnya. Pencapaian 4.50 tahun 2022, 4.33 tahun 2023, dan terbaru 4.18 tahun 2024 memberi gambaran tentang keupayaan pencapaian yang gemilang anak-anak Negeri Sembilan di dalam SPM baru-baru ini.
Ini menunjukkan Negeri Sembilan mampu melahirkan kesinambungan pencapaian gemilang warga-warga terdahulu. Oleh yang demikian, ucapan tahniah kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan atas pencapaian cemerlang di dalam keputusan SPM tahun 2024. Moto Rembau kekal no.1 telah meneruskan legasi kecemerlangan daerah ini untuk tahun ke-8 berturut-turut melalui pencapaian 3.34 GPS dan meletakkan Daerah Rembau di tempat pertama di Negeri Sembilan. Tahniah Pejabat Pelajaran Daerah Rembau di atas kejayaan yang membanggakan ini.
Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan memohon agar Kementerian Pelajaran dan juga Jabatan Pelajaran Negeri mempertingkatkan tumpuan dan juga penerapan kecemerlangan bukan sahaja di sudut akademik tetapi bidang kemahiran seperti memperkukuhkan subjek kemahiran bercorak TVET sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ini bukan sahaja berbentuk arahan tetapi menyalurkan peruntukan yang lebih besar kepada sekolah-sekolah agar penyediaan prasarana dan juga kemudahan yang lebih lengkap dapat membantu meningkatkan keupayaan para pelajar. Mengharapkan PIBG menyalurkan bantuan kewangan untuk menyediakan kemudahan pengajaran dan juga pembelajaran tidaklah salah kerana ianya merupakan saranan ibu bapa
kepada pihak sekolah akan tetapi ianya sangat-sangat terhad. Disebabkan ini, PIBG perlu mengambil dan membantu hampir setiap sudut aktiviti yang diadakan di sekolah-sekolah. Maka dengan itu peruntukan yang mampu disediakan oleh PIBG tidak mampu memenuhi kehendak PDP apatah lagi di sekolah luar bandar yang mempunyai pelajar yang tidak ramai. Sebagai contoh, pembelian set robotik bernilai RM200 dan berkongsi penggunaannya sewaktu pembelajaran ini menjadikan keadaan tidak relevan.
Murid tidak mampu mencetuskan idea-idea baru. Kerajaan negeri boleh mengambil inisiatif memperbanyakkan dan mempelbagaikan penganjuran pertandingan bercorak kemahiran seperti robotik supaya menjadi inspirasi kepada penyertaan sekolah-sekolah dan juga galakan kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru. Ini terbukti keupayaan sekolah luar bandar khususnya pelajar mampu mencapai kejayaan yang cemerlang gemilang di dalam pertandingan di peringkat kebangsaan iaitu dalam World Robotics Esther Competition 2025 anjuran Multimedia University. Ini menunjukkan bakat, keupayaan dan juga potensi boleh digilap jika kita dapat memberikan dorongan serta menyediakan kelengkapan kemudahan yang mencukupi. Rakaman ucapan tahniah kepada Adik Muhammad Hanis bin Jasmi dari Sekolah Kebangsaan Dato' Syahbandar Rembau di atas pengiktirafan dan juga pencapaian yang membanggakan ini. Tahniah juga kepada Guru Pembimbing warga sekolah yang dipimpin oleh Guru Besarnya, Cikgu Azman Ambiak yang begitu komited dalam kejayaan ini. Dato' Yang DiPertua, kejayaan pelaksanaan TVET ini dapat dicapai dengan kaedah pendekatan teknik dan juga strategi.
Kaedah merupakan salah satu elemen penting dalam menentukan hala tujuh pembangunan negeri bersandar dan berpaksikan kepada guna tenaga di negeri ini sendiri. Kaedah yang betul dan juga sesuai hendak dicapai perlu jelas supaya setiap rakyat khususnya generasi amnya tidak terkecuali, agensi kerajaan dapat menggerakkan usaha-usaha yang berkaitan untuk mencapai aspirasi ini. Influencer atau pempengaruh TikTok kini menjadi fenomena baru dalam kalangan masyarakat khususnya golongan-golongan muda bukan sahaja menjadikan individu ini popular kepada pengikutnya tetapi adalah yang paling penting membantu memperkenalkan dan juga mempromosi setiap industri kepada masyarakat. Influencer ini secara tidak langsung menghasilkan pendapatan yang tinggi kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung atau secara langsung dalam aktiviti ini. Justeru itu, aktiviti ini perlulah diiktiraf sebagai satu bentuk kerjaya yang mampu memberi pulangan kepada kerajaan khususnya melalui cukai yang mampu meningkatkan pendapatan negeri apabila aktiviti ini diiktiraf.
Pendidikan TVET Tahfiz merupakan satu permulaan yang baik dalam memastikan penawaran pengajian TVET Tahfiz yang seragam dan juga berstruktur serta berkualiti dan juga konsisten. Standard penawaran ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti dan juga kredibiliti institusi-institusi TVET Tahfiz pada mata masyarakat. Selain itulah, Dato’ Yang Dipertua, ianya dapat membantu memelihara Pendidikan Islam dan juga Al-Quran dalam kehidupan seharian. Maka matlamat TVET Tahfiz ini adalah salah satu cara supaya pelajar mendapat sijil, diploma mahupun ijazah bagi menggantikan sijil SPM pada mana-mana tahfiz yang tidak menduduki peperiksaan SPM. Keupayaan pelajar menghafal ke semua juzuk membolehkan mereka layak mendapat kelulusan yang setimpal atau setidak-tidaknya lulusan setara diploma. Pengiktirafan ini bukan saja mempertingkatkan martabat syiar Islam tetapi menjadi sumber pendapatan kepada mereka yang terlibat dalam bidang ini yang membolehkan mereka berdikari. Saya menyarankan kerajaan negeri menambah peruntukan daripada 500 ribu kepada 1 juta ataupun lebih. Peningkatan peruntukan ini bukan sekadar pengiktirafan tetapi memperbanyakkan cerdik pandai dalam agama. Pendekatan yang betul dan tepat akan mengelakkan kecelaruan atau menemui kegagalan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Oleh itu, pendekatan yang perlu digunapakai oleh kerajaan negeri hendaklah bersesuaian dengan keperluan industri juga tenaga kerja yang ditawarkan di Negeri Sembilan. Ini untuk mengelakkan pembaziran guna tenaga melibatkan keciciran atas faktor tidak memiliki kemahiran yang diperlukan. Aspirasi negeri akan tercapai dalam erti kata lain segala keperluan pembangunan di pelbagai sektor mesti selari dengan penawaran guna tenaga di negeri ini. Teknik adalah salah satu cara meningkatkan kemahiran ataupun skill dalam mengatur strategi. Teknik yang betul akan menentukan sasaran yang hendak dicapai secara optimum.
Dengan izin Dato’ Yang Dipertua, if the plan doesn't work change your plan but never the goal. Ini memberikan satu naratif bahawa kita perlu memastikan perubahan teknik dilakukan untuk mencapai sasaran. Oleh itu, perkembangan pembangunan dan juga pelaksanaan TVET perlu bersesuaian dan bersifat anjal sewaktu pelaksanaannya. Sebagai contoh, mensasarkan pelajar-pelajar lepasan SPM sementara menunggu keputusan adalah tindakan yang amat tepat. Mengisi masa mereka dengan TVET sama ada secara jangka pendek atau sederhana adalah merupakan pengisian masa yang sangat-sangat berharga. Memastikan seluruh anak negeri lepasan SPM ini mengikuti kursus TVET akan membuka mata serta memberi pendedahan kepada mereka. Jika mereka cemerlang apabila keluar keputusan maka mereka sudah pasti ada pendedahan. Bagi mereka yang kurang cemerlang dan kurang berjaya
mereka telah terdedah dengan TVET dan berpeluang mengikuti pembelajaran lebih efektif dan teratur di pusat-pusat latihan atau institusi yang berorientasikan kemahiran. Strategi adalah pelan taktikal yang digunapakai untuk memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Pelan strategi ini selain memastikan kejayaan, ianya juga mampu menghasilkan intervensi dengan tujuan penambahbaikan atau pengubahsuaian sebarang perancangan yang hendak dijalankan. Secara tidak langsung strategi ini akan menentukan pencapaian keupayaan kumpulan sasar dapat dicapai atau pengubahsuaian perubahan dapat dilaksanakan untuk penambahbaikan. Perubahan arus perdana teknologi di peringkat global menuntut guna tenaga ini mampu mencapai keperluan global. Sebagai contoh penguasaan bahasa dan juga teknologi-teknologi kemahiran tinggi akan menentukan kedudukan mereka dalam hierarki industri itu sendiri.
Dato’ Yang Dipertua, akronim dengan sains teknologi kejuruteraan dan juga matematik telahpun diterapkan dan diperkenalkan oleh kementerian sejak di bangku sekolah lagi. Justeru TVET adalah merupakan kesinambungan untuk memperkukuhkan dan memperkasa program STEM ini. Maka kesinambungan STEM dan juga TVET akan melahirkan satu generasi baru yang mampu menguasai pelbagai bidang kemahiran dan juga penguasaan bahasa di peringkat global khususnya bahasa Inggeris. Penguasaan STEM akan menentukan keterjaminan masyarakat. Rakyat bersaing bukan sahaja di peringkat domestik tetapi berkembang di seluruh dunia berasaskan kemahiran yang mereka miliki.
Justeru itu Dato’ Yang Dipertua, keupayaan anak negeri menguasai kemahiran ini akan menjadikan Negeri Sembilan berupaya mencipta industri berasaskan teknologi tinggi melalui pelaburan luar atau domestik tetapi apa yang lebih penting rakyat dapat menyahut dan memenuhi keperluan industri-industri tersebut. Secara tidak langsung, Negeri Sembilan akan menjadi tumpuan pelabur atau mempertingkatkan nilai pelaburan di negeri bertuah ini. Suka juga saya mencadangkan agar guru-guru yang mempunyai kemahiran khusus dalam STEM ini dikekalkan di sekolah sediada sehingga sekolah tersebut konsisten dengan kebitaraannya dalam STEM.
Siddiq benar, Amanah jujur, Tablik menyampaikan, Fatonah bijaksana Keupayaan kerajaan negeri atau pusat menterjemahkan kepimpinan Rasulullah SAW dalam urus tadbir negara berasaskan ciri-ciri kepimpinan di atas, saya tidak nampak Negeri Sembilan atau negara ini akan melalui proses kegagalan. Akhir kalam Dato’ Yang Dipertua, sekadar titipan dan juga perkongsian untuk Ahli Dewan pada hari ini. Keputusan Malaysia Malaysia yang Robotik Challenge 2024 Robotik
berautonomi mikrobotik peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia kategori sekolah menengah Keputusan juara sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Undang Haji Adnan Kota Rembau Kategori sekolah menengah sekolah rendah Keputusan di tempat ketiga Sekolah Kebangsaan Datuk Shah Bandar Rembau Dato’ Yang Dipertua, Rembau kekal nombor satu bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga dalam bidang kemahiran. Dato’ Yang Dipertua, kalau tak tumbuh tak melata kalau tak sungguh DUN Kota takkan juara. Kota menjunjung kasih dan menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sekian wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Kota. Saya menjemput Yang Berhormat Lukut.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua untuk bagi saya peluang untuk membahas atau mengambil bahagian dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dalam sidang ini. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucap syabas dan tahniah kepada jabatan-jabatan pemungut hasil khususnya Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri yang telah berjaya mengubah belanjawan defisit kepada belanjawan surplus iaitu defisit RM46.9 juta kepada surplus RM83.07 juta. Syabas dan taniah. Dan saya juga ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang telah menyediakan sebanyak RM29.75 juta khususnya untuk Skim Sejahtera Rakyat yang telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif yang disalurkan kepada semua golongan lapisan masyarakat dan inilah yang rakyat perlu dan inilah rakyat yang boleh nampak rakyat boleh rasa dan rakyat boleh sentuh bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Dan saya harap dengan surplus RM83 juta ini saya ingin mencadang supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk memberi inisiatif galakan kepada pelajar yang mendapat pencapaian keputusan SPM yang cemerlang pada tahun ini. Saya juga ingin ambil peluang ini juga untuk ucap syabas dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan yang telah banyak bantu Negeri Sembilan untuk mencapai keputusan kecemerlangan SPM ini.
Dato’ Yang Dipertua, Lukut menyambut baik cadangan untuk merangka Negeri Sembilan Fastlane N9Fastlane bagi memperkukuhkan lagi sektor pelaburan di Negeri Sembilan. Seperti yang kita sedia maklum proses pemohonan dapatkan permit lesen dan kelulusan berkaitan dalam projek mereka memang akan memakan masa yang panjang dan dengan adanya inisiatif Fastlane ini saya harap Negeri Sembilan boleh lebih berdaya saing dengan negeri lain dalam usaha dalam penarikan
pelaburan ke Negeri Sembilan dan saya juga ingin mencadang kepada Kerajaan Negeri supaya merangka SOP Standard Operation Procedure dengan izinnya cara untuk menjalin hubungan baik sister city dengan izin dengan bandar-bandar ataupun negeri-negeri lain di negara lain. Ini dapat membawa manfaat yang banyak kepada negeri kita dalam segi memperkenalkan Negeri Sembilan ke pentas dunia. Dalam aspek saling hormat menghormati antara satu sama lain saya rasa kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pelaburan, pelancongan dan teknologi dapat tercapai diantara dua-dua bandar ini dan saya harap Kerajaan Negeri boleh memenimbangkan cadangan ini dengan teliti.
Dato’ Yang Dipertua Negeri Sembilan mensasarkan 20 juta pelancong yang datang ke Negeri Sembilan untuk Tahun Melawat Negeri Sembilan 2025 dan ini merupakan satu cabaran yang baru bagi Negeri Sembilan dan saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Sembilan supaya unsur kebudayaan ataupun kesenian Negeri Sembilan iaitu UNESCO Intangible Cultural Heritage dengan izin untuk dijadikan unsur untuk mempelawa pelancong datang melawat ke Negeri Sembilan. Inilah ada unsur yang penting seperti Melaka seperti Penang yang telah guna dengan secara baik World Heritage ini untuk menarik pelancong datang ke Negeri Sembilan untuk datang ke Negeri mereka. Saya harap Kerajaan Negeri boleh guna peluang ini untuk memohon untuk membawa kebudayaan ataupun kesenian yang ada dekat Negeri Sembilan kita ini untuk dimohon ke UNESCO Intangible Cultural Heritage dengan izin dan saya harap ini dapat dipertimbangkan oleh UPEN ataupun Lembaga Pelancongan ataupun agensi yang berkaitan dan apa usaha kita bagaimana kita untuk menjaga kebudayaan dan kesenian yang kita ada ini, keunikan ini perlu dipertahankan. Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk utarakan beberapa isu dari kawasan saya dekat Lukut, satu ialah permohonan ataupun aduan yang diterima oleh saya iaitu masa yang terlalu lama untuk pemohon rumah mampu milik mahupun pemaju untuk rumah mampu milik ini yang mana pihak Kerajaan ataupun pihak Perumahan Unit Perumahan mengambil masa yang terlalu panjang untuk buat penyaringan ataupun saringan kepada pemohon sampai setengah tahun, kadang-kadang pemohon dia mohon, setengah tahun pun belum ada dapat berita ataupun keputusan sama dia dapat ke tak dapat, so saya rasa kita perlu menambahbaikan lagi segi proses, itu mungkin kita boleh tambah lagi staff ataupun penjawat dalam bahagian Unit Perumahan, sebab seperti yang tadi YB Nilai dia kata dekat-dekat 49,000 pemohonan, tapi untuk disaring untuk ditapis, tapi kita hanya hanya beberapa staff saja yang ada dekat dalam Unit Perumahan untuk kita memproses pemohonan mereka, so saya harap ini dapat dipertimbangkan untuk menambah staff bagi Unit Perumahan dan saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan penerimaan atau memperluaskan penukaran lampu jalan berkabel ke lampu solar dalam
KM ataupun kepada KM Perumahan yang mereka mohon, sebab kita dapati kadang-kadang sesuatu perumahan, kemajuan perumahan itu belum siap diserahkan CCC pun, kabel pun sudah dicuri dan saya rasa pemaju perlu menyediakan 130% lampu berkabel ini untuk disimpan dalam store kadang-kadang, nak tunggu dia rosak, baru dia nak tukar ini akan memakan kos dan saya cadang supaya lampu jalan ini ditukar ke lampu solar supaya kos dapat dijimatkan. Kedua kabel tak dapat dicuri. Saya mohon jabatan ataupun agensi yang berkenaan dalam PBT dalam OSC, mempertimbangkan supaya KM mereka mempertimbangkan untuk guna lampu solar dalam KM mereka.
Seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan JKM. Saya dapati ada golongan pesakit epilepsi ataupun gangguan sawan. Pesakit-pesakit ini, dia.. mereka tak dapat bantuan dari JKM. Mereka pergi mohon dekat JKM tapi tak dapat bantuan. Sebab mereka difahamkan susah mereka untuk dapat peluang pekerjaan. Bila dapat sawan, majikan mereka terus pecat mereka. Golongan ini, saya rasa JKM perlu kaji adakah boleh dimasukkan dalam golongan bantuan mereka dalam masa pemohonan mereka. Sebab diagnosis mereka selepas serangan sawan ini, saya rasa tiada ubat yang dapat mereka ubat. Saya harap JKM boleh mempertimbangkan golongan ini boleh dimasukkan untuk golongan untuk dibantu.
Baru-baru ini bulan Mac, saya rasa satu kejutan yang berlaku di Putra Height, itu letupan paip gas yang berlaku di sana yang telah mengejutkan kita. Saya rasa dekat Port Dickson dan kawasan Lukut, terdapat banyak paip gas dan paip petroleum yang berada di kawasan Lukut dan Port Dickson. Saya rasa paip-paip ini telah melebihi 30 tahun. Ditanam saya tak tahu berapa dalam saya difahamkan ada yang kata 5 meter ada yang kata 10 meter dalam tanah dan saya rasa banyak papan tanda yang telah didirikan dah hilang, dah rosak ada yang kawasan perumahan yang tepi saja dalam paip gas yang berdekatan kawasan perumahan siap dengan tak ada penebat dekat tepi kawasan perumahan. Saya rasa dah tiba sampai masa kita tengok balik keselamatan ataupun untuk kita menjaga kerisauan penduduk yang tinggal sebelah tepi paip itu. Saya rasa ini telah melocengkan kita supaya kita kena berhati-hati menangani masalah kerisauan penduduk ini. Adakah buffer zone disediakan? Adakah pagar-pagar disediakan supaya tiada pencorobohan yang masuk ke kawasan itu? Saya minta jabatan ataupun agensi yang berkenaan kaji berkenaan dengan ini. Dato’ Yang Dipertua, kita sering terima laporan dari pihak polis terdapat berlakunya kes-kes kemalangan langgar lembu, langgar kerbau di tepi jalan. Dan saya rasa ini bukan soalan baru. Bukan masalah yang baru kita hadapi.
Kita perlukan ada satu undang-undang ataupun enakmen supaya punca kuasa yang boleh agensi ataupun jabatan berkenaan ambil untuk menandatangani masalah ini. Sebab apa yang saya dapati tak ada satu punca kuasa untuk agensi ataupun PBT untuk mengambil tindakan terhadap lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan jalan raya. Saya rasa ini tiba masanya kita kena fikir macam mana kita nak kawal supaya kecelakaan ini kemalangan ini tidak berlaku pada masa akan datang. Kalau tidak pun kita mengurangkan kemalangan yang berlaku ini.
Seterusnya, saya juga ingin membawa dalam sidang ini berkenaan sisa makanan di restoran di gerai-gerai, di kedai makanan yang dijana oleh penjaja-penjaja. Sisa-sisa makanan ini mana mereka buang. Saya ada rasa mereka ada buang dekat tepi pasar pun dia buang dalam sungai pun ada orang buang. Saya difahamkan dekat negara China dia ada sebuah syarikat yang diwujud tujuan dia untuk pergi ke semua kedai makan, ke gerai-gerai ke penjaja-penjaja dia ambil semua sisa makanan itu dan dia bayar kepada kedai tersebut, dia bayar kepada gerai tersebut. Untuk ambil sisa-sisa makanan ini yang nak dibuang itu, dia dijadikan baja. Dia diproses semula. Saya rasa ini saya rasa SWM boleh ambil iktibar ini. Macam mana kita boleh mengawal sisa-sisa makanan ini sebab seperti yang dimaklumkan sebanyak 17,000 tan makanan dibuang setiap hari. Saya difahamkan dalam surat kahbar, saya difahamkan 17,800 tan makanan dibuang setiap hari. Saya baru dapat berita itu. So, adakah kita merangka jangka panjang untuk kelestarian alam sekitar kita, untuk anak-anak masa jangka panjang kita adakah makanan ini, macam mana kita nak kendali. So, saya harap SWM, SWCorp boleh mencadang ataupun mencari iktibar dalam isu menangani pembaziran makanan ini.
Dan seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya ingin juga membawa isu berkenaan penguatkuasa di MPPD. Penguatkuasa ini ada banyak kes yang telah viral dalam FB dalam media sosial di mana pelaksanaan tugas mereka semasa menjalankan tanggungjawab yang diamanakan. Mereka tak salah. Pakcik Petai saya rasa dia pun tak salah, cuma cara pengendalian itu kita kena setelkan secara harmoni. Tapi bagi pihak penguatkuasa saya ingin mencadangkan kepada MPPD supaya pasang kamera dekat depan uniform mereka. Saya mohon YDP MPPD supaya mempertimbangkan untuk memasang kamera dekat depan penguatkuasa supaya tiada pertengkaran ataupun salah salah faham antara penguatkuasa dengan orang awam. Saya mohon ini dipertimbangkan MPPD.
Dan satu lagi yang Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bawa ialah berkenan dengan pencemaran minyak dalam Sungai Linggi yang masih lagi berlaku yang berlaku pada 13 April dan baru-barunya 24 April dan nasib baik 24 bulan April ini dia tak tutup air tapi pada 13 April itu satu hari
tak dapat air, saya rasa isu ini bukan isu yang baru saya telah berkali-kali bangkit dalam Dewan Yang Mulia ini, macam mana kita nak memastikan supaya Sungai kita tak dicemar tak dibuang minyak dekat dalam Sungai, saya rasa pihak MKN pihak MPS pihak JAS pihak JPS perlu duduk bersama wujudkan satu jawatankuasa bersama. Ini yang dah saya minta lama berlaku juga. Saya minta Kerajaan Negeri supaya mempertimbangkan supaya kita sama-sama memastikan hal ini tidak berlaku lagi. Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin juga membawa isu berkenaan pengemis yang wujud di food court ataupun di tempat kedai-kedai makan biasa kita duduk makan ada sekali saya duduk makan dekat gerai datang pula dua, tiga, empat orang pengemis minta duit. Saya rasa ini bukan satu isu yang baru, saya rasa ada mungkin juga sindiket-sindiket yang membawa orang ini datang untuk mengemis untuk dapatkan duit daripada public ataupun pelanggan-pelanggan dalam kedai itu.
Saya rasa MBS, penguatkuasa ataupun agensi yang berkaitan JKM boleh bantu dalam hal ini. Mungkin pihak polis boleh juga ambil tahu sebab saya rasa ada mereka dibawa datang dengan satu van siap habis kerja van itu bawa dia pergi ini yang berlaku sekarang dekat food court-food court saya rasa agensi-agensi Kerajaan ataupun pihak polis boleh bantu dalam hal ini supaya mereka ini tidak disalahgunakan. Budak-budak ini saya rasa ada yang tangan tak ada pun ada yang dia pura-pura macam dia kesian dia. Kita kan orang Malaysia baik, orang Negeri Sembilan baik. Kita pun akan derma sikit, bagi duit sikit untuk mereka untuk dia jangan kacau dia pergi tapi saya rasa ini bukan satu suasana yang bagus bagi masyarakat Malaysia ini. So agensi Kerajaan, pihak polis mohon untuk ambil tindakan. Sama juga penjual barang, penjual barang dompet, tali pinggang, penjual alat elektronik dari Nepal dari Pakistan, banyak wujud dekat food court kita. Saya rasa KPDN ke ataupun agensi-agensi yang berkenaan perlu juga ambil tindakan terhadap benda ini.
Saya rasa tak ada lesen yang boleh dibagi-bagi mereka kan? so dari mana mereka boleh, macam mana mereka boleh masuk bawa bisnes buat dekat Negeri Sembilan. Saya harap agensi yang berkenaan boleh ambil tindakan dan seterusnya berkenaan dengan kemunculan buaya di Pantai Dickson yang banyak dilapor dalam sosial media ataupun surat khabar menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan pada tahun 2026 saya rasa isu keselamatan pengunjung ke Pantai Dickson ini perlulah dijaga. Saya rasa buaya ini, dia kalau tak ada buat hal, tak ada hal lah kalau buat hal, dia memang ada hal, sebab isu keselamatan kita perlu utamakan saya rasa Jabatan PERHILITAN ataupun MPPD ataupun agensi yang berkenaan tolong fikir macam mana kita nak kawal ataupun ambil tindakan terhadap buaya yang muncul di kawasan perairan laut di Port Dickson.
Dato’ Yang Dipertua, berkenan dengan tanah perkuburan di Port Dickson dia Persatuan Tionghua Port Dickson di Taman PD Utama terlalu banyak kali jumpa saya yang mengatakan tanah perkuburan mereka tak cukup, tinggal 5% tak sampai untuk mereka tempat untuk mereka letakkan kubur yang baru. So saya minta kerajaan negeri maupun Pejabat Daerah untuk bantu mereka untuk mewujudkan satu lagi tanah perkuburan yang baru bagi Persatuan Tionghua Port Dickson di Taman PD Utama ni dan satu lagi kesesakan yang berlaku di Simpang Jalan Sepang-Lukut ni. Sidang lepas saya Lukut juga ada minta untuk mengkaji kebolehlaksanaan untuk mewujudkan satu jambatan di antara Taman Wawasan dengan Taman dengan Rumah Rakyat Pekan Lukut. So ini boleh membolehkan orang tempatan supaya tidak jem dekat trafik tu dia boleh guna jalan alternatif tu untuk mengelakkan kesesakan jalan yang berlaku khususnya pada hujung minggu dan menjelang cuti umum. Saya minta JKR PD supaya kaji macam mana kita boleh mewujudkan jambatan yang kenaan. Dato’ Yang Dipertua, saya rasa Lukut telah menyentuh semua isu yang ada dekat tangan, dekat sini saya menjujung kasih titah ucapan tuanku dan saya mohon untuk menyokong titah ucapan tuanku terima.
Terima kasih Yang Berhormat Lukut. saya menjemput Yang Berhormat Seri Menanti.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani Negeri Sembilan bersih, mufakat, sejahtera kita gerak Bersama. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berucap bagi Sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sembilan yang ke-15 tidak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua ahli Dewan, Ketua-Ketua Jabatan dan seluruh rakyat di kawasan saya N16 Seri Menanti. Yang Berhormat Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Menteri Besar, Yang Berhormat Dato' Seri EXCO Kanan, Yang Berhormat EXCO-EXCO Kerajaan Negeri dan juga seluruh ahli Dewan sekalian, saya berbesar hati untuk menjunjung titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada seluruh Jentera Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang telah berjaya mengekalkan kerusi DUN Air Kuning Perak dalam PRK kali ini dan ianya sudah tentu dengan izin Allah SWT jua. Walaupun ada yang sinis berkata ianya bukan manifestasi rakyat tetapi ianya sudah tentu rakyat sudah mula selesa dengan gabungan kerajaan perpaduan ini dan rakyat mahukan kestabilan, kemakmuran dan kebajikan mereka terus dijaga. Terima
kasih kepada masyarakat dan pengundi Air Kuning dalam perbahasan kali ini yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya yakin kerjasama kerajaan perpaduan ini merupakan satu kerajaan yang kukuh dan mampu memenuhi aspirasi rakyat di Negeri Sembilan ini di dalam usaha kerajaan kita membantu rakyat dan terus memajukan negeri ini ke arah mencapai negeri maju dan berprestasi tinggi semoga dengan iltizam kuat kita akan memacu negeri ini ke arah yang terbaik dan mempunyai negeri yang sentiasa di dalam keadaan yang harmoni dan sejahtera.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, banyak isu yang saya telah angkat di dalam Dewan Yang Mulia ini dan saya amat mengharapkan agar isu-isu yang dibangkit dan dibahaskan di dalam Dewan ini sama ada sebelum atau selepas ini dapatlah kiranya kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan dapat menzahirkan kerjasama yang terbaik di antara agensi kerajaan Yang Berhormat ADUN Kawasan dan juga JPKK terutamanya gerak kerja yang melibatkan infrastruktur dan lain-lain. ini sesuai dengan ingatan Allah SWT dalam Al-Quran iaitu bergerak bersama menuju kebajikan di dalam surah Al-Baqarah juzuk yang ketiga ayat 267 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman belanjakanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu belanjakan daripadanya padahal kamu sendiri tidak mahu mengambil yang buruk itu melainkan dengan kamu memejamkan mata terhadapnya dan ketahuilah bahawa Allah SWT maha kaya lagi maha terpuji”.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, ada beberapa perkara yang saya nak bawa dan bentangkan di dalam dewan yang mulia ini perkara yang pertama berkenaan dengan infrastruktur dan perubahan iklim yang pertama berkenaan dengan isu banjir dan bencana alam yang melanda di dalam negeri kita telah memberi impak yang besar kepada struktur pembangunan dan kemajuan Negeri Sembilan. Walaupun sudah ada usaha untuk tangani isu ini, saya percaya perlu juga ada usaha lebih untuk menjamin keselamatan rakyat di Negeri Sembilan ini. Contohnya di kawasan saya baru-baru ini berlaku hujan lebat bermulanya pada 3 Syawal sehingga penduduk trauma dan mula risau kerana di dalam pemikiran mereka banjir akan berlaku dan tanah runtuh di beberapa kawasan rumah yang berhampiran dengan bukit, tebing dan juga sungai dengan taburan hujan yang tidak dijangka ini, kawasan saya kerap berlaku banjir kilat terutama di beberapa kawasan yang terjejas baru-baru ini yang berlaku di Hari Raya Aidilfitri kemudian Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berkenaan dengan isu kerja pembangunan yang turun di kawasan saya terutama kerja-kerja yang melalui daripada Pejabat Pembangunan Negeri. Kebanyakan kerja yang turun melalui PPN ini ada beberapa isu yang dibangkitkan oleh masyarakat kampung
terutama yang berlaku di kawasan saya contohnya di bawah JPKK Kampung Buyau dan juga Kampung Tanjung Ipoh masalahnya kerja-kerja ini tidak melalui Pejabat Daerah, apabila isu ini dibangkitkan di dalam mesyuarat JPKK dan kita berhubung dengan penghulu di Kawasan, barulah kita tahu bahawa kerja ini turun melalui Pejabat Pembangunan Negeri. Tidak ada masalah untuk pembangunan rakyat, tetapi kalau kita ada satu kerja sama yang baik diantara agensi kerajaan Yang Berhormat kawasan dan juga JPKK saya yakin perkara ini tidak akan berlaku. Kemudian isu masalah air seperti mana yang telah diumumkan di dalam Belanjawan 2024 dibentangkan pada tahun 2023 bahawa peruntukan penukaran paip air yang baru dari kawasan Ulu Bendul sehinggalah ke Kampung Gedang telah diluluskan tetapi sampai sekarang ini perkara tersebut masih tidak berlaku. Isu masalah air seperti paip pecah tangki tak elok perlu kita tangani dengan baik dan secepatnya kerana isu air ini amat rapat dengan rakyat, tambahan pula bila musim perayaan tiba masalah bekalan air kerap berlaku menyebabkan rakyat terbeban dengan isu ketiadaan air ini, isu saluran dan saliran paip saliran parit khususnya di kawasan Ulu Bendul masih lagi tidak ada tindakan dari pihak yang berwajib dan tanah tersebut yang sepatutnya boleh digunakan untuk menanam padi sampai sekarang masih terbantut disebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan.
Kemudian ada dua masjid di kawasan saya yang masih memerlukan baik pulih yang pertama Masjid Kariah Talang Tengah yang memerlukan baik pulih pagar dan sebagainya surat daripada masjid telah lama dihantar ke agensi tetapi masih tidak ada Tindakan, ada pegawai yang telah turun yang telah melihat berkenaan dengan masalah ini tetapi masih lagi tidak ada jawapan dari pihak agensi tersebut. Sama juga yang berlaku di Masjid Kariah Kampung Ibul yang mana masjid ini menjadi tumpuan kerana masjid ini berada di betul-betul laluan utama di antara Seremban ke Kuala Pilah. Ada juga masalah berkenaan dengan pagar yang runtuh kerana selepas pada raya taburan air hujan yang kerap berlaku sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan di kawasan pagar tersebut.
Kemudian Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara kedua berkenaan dengan permasalahan rakyat. Yang pertama jualan Nismilan Prihatin dan juga Jualan Rahmah. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, Yang Berhormat Datuk Seri EXCO Kanan, KPDN HEP, Jabatan Pertanian, LPP dan juga PPK kerana inisiatif yang diperkenalkan ini ia dapat membantu masyarakat kita masyarakat kita dikala sekarang ini zaman yang mencabar bukan sahaja dari segi kenaikan kos sara hidup tetapi juga dengan pelbagai masalah lain saya yakin dan penuh percaya dengan inisiatif jualan secara mingguan ini kita dapat membantu rakyat kita mengurangkan kos kehidupan harian mereka. Saya berharap terutamanya beras perpatih yang sekarang ini dalam
jualan Nismilan Prihatin dijual sebanyak 300 kampit setiap kali jualan Nismilan Prahatin ini dilaksanakan. Semoga pada masa yang akan datang akan dapat dinaikkan sehingga ke 500 kampit setiap kali jualan dilaksanakan di kawasan yang telah ditetapkan. Yang kedua berkenaan dengan isu jalan utama dari Ulu Bendul sehinggalah ke Kuala Pilah perlulah dinaik taraf dengan pelebaran jalan tersebut tanpa mengganggu peniaga-peniaga kecil di tepi jalan dalam usaha kita menjadikan negeri yang berpendapatan tinggi, kita perlu melihat dan menaik taraf fasiliti-fasiliti infra kita untuk menarik pelabur dan juga pelancong domestik dan luar ke negeri kita. Yang ketiga berkenaan dengan isu rakyat ini iaitu isu penerima bantuan JKM dan Baitulmal bantuan warga emas daripada JKM banyak membantu warga emas yang tidak mempunyai pendapatan dan juga ada beberapa isu yang lain namun ada juga penerima bantuan warga emas JKM ini telah ditamatkan tanpa diberitahu berkenaan dengan masalah mereka. Tahun ini dapat contohnya tahun 2024 dapat, tahun ini mereka dimaklumkan mereka dah tak dapat lagi tanpa dimaklumkan masalah yang sebenar. Sama juga dengan penerima ASNAF Baitulmal yang menerima barang bantuan keperluan. Tahun ini contohnya awal tahun 2025 ini mereka dapat, tetapi baru-baru ini dimaklumkan dalam perjumpaan mereka dengan saya, mereka tidak lagi menerima bantuan daripada Baitulmal. Jadi masalah ini mereka tidak diberikan penerangan sebab apa mereka tak dapat jadi adalah sebaiknya mana-mana pegawai-pegawai daripada agensi, daripada JKM dan juga daripada Baitulmal dapat berjumpa dengan penerima bantuan ini dan terangkan apa masalah yang menyebabkan mereka tidak lagi mendapat bantuan yang sepatutnya mereka dapat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara ketiga berkenaan dengan Pemerkasaan Pertanian dan Industri Asas Tani. Alhamdulillah Seri Menanti terkenal juga dengan terangkan udang galah komersial bukan sahaja di Sungai Timun tetapi di Seri Menanti memang terkenal dengan ternakan udang galah komersial ini dimana industri ini telah mengeksport udang galah di peringkat domestik dan juga luar negara. Sehingga sekarang ini permintaan berkenaan udang galah ini tidak menang tangan bagi pengusaha. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri pertimbangkan untuk memberi peluang kepada pengusaha agar mereka dapat memajak tanah kerajaan untuk mereka melebar-luaskan ternakan udang-galah mereka. Kemudian Beras Perpatih. Alhamdulillah kalau dulu kita panggil Beras Seri Menanti kemudian kita telah tukar kepada jenama yang terbaru berkenaan dengan Beras Perpatih. Cuma sekarang ini Beras Perpatih masih belum banyak lagi dapat kita tawarkan kepada masyarakat di kawasan kita. Alangkah baiknya kalau Beras Perpatih ini kita terus perkenalkan, kita terus melebar, perbesarkan jualannya dan
kalau baiknya dapat dijual di kawasan pertubuhan peladang kawasan-kawasan yang ada di dalam DUN kita.
Jadi saya mohon pertimbangan daripada Kerajaan Negeri agar ditambah nilai lagi Beras Perpatih ini kalau dulu mungkin 300 atau 500 kita perbanyakkan lagi Beras Perpatih. ini Alhamdulillah rakyat kita sudah mula meminati Beras Perpatih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri kita.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara keempat berkenaan dengan pendidikan dan TVET. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah kepada semua pendidik di atas kejayaan anak-anak kita yang telah mendapat keputusan SPM pada 24 April yang lepas. Pemerkasaan pendidikan ini bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Saya amat berharap kita dapat memperkasakan lagi pendidikan anak-anak kita dengan menganjurkan kelas tambahan ataupun tuition, kelas tambahan ini dapat dilaksanakan dengan bantuan atau sokongan daripada GLC Kerajaan Negeri terutamanya buat anak-anak kita yang dikategorikan di bawah B40 dan juga M40. Kelas tambahan dan tuition ini kita berikan secara percuma kepada mereka kerana dengan ada nilai tambah dalam pembelajaran mereka Insya-Allah anak-anak kita akan mudah diberikan kefahaman dan kejayaan dalam pendidikan mereka. Bagi anak-anak kita yang kurang mendapat keputusan yang memberangsangkan jangan risau kerana banyak institut pendidikan yang berada di bawah kerajaan menyediakan pendidikan untuk anak-anak kita, menyambung pengajian mereka di peringkat kemahiran ataupun TVET, contohnya Kolej Yayasan Negeri Sembilan di Gentam ada menawarkan sijil kepada anak-anak kita untuk menambah nilai pendidikan mereka, ada juga di Giat Mara, ILP dan juga bermacam-macam lagi institut pendidikan awam yang boleh kita tawarkan kepada anak-anak kita.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, perkara kelima berkenaan dengan belia dan sukan. Saya ucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Sembilan dan juga Yang Berhormat EXCO Belia Dan Sukan di atas kejayaan penganjuran Sukan Negeri Sembilan ataupun SUKNES yang akan bermula pada awal Mei ini daripada 1 hari bulan sehingga 14 hari bulan akan diadakan di peringkat kawasan dan pada penghujung bulan kita akan laksanakan di peringkat negeri yang mana SUKNES ini insya-Allah mampu untuk mencungkil bakat baru yang ada di kawasan-kawasan kita dan boleh mewakili Negeri Sembilan untuk dipertanding di peringkat kebangsaan pula. Mana tahu anak-anak kita ini mungkin dapat mewakili Negeri Sembilan di Kejohanan SUKMA pada tahun 2026 di Selangor nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara keenam berkenaan dengan telekomunikasi dan liputan internet. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO Teknologi dan Digital serta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC kerana bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat penduduk Negeri Sembilan. Cuma ada sedikit rungutan daripada masyarakat kita, daripada rakyat kita, daripada penduduk-penduduk iaitu berkenaan dengan masih ada lagi liputan yang tidak menyeluruh contohnya di kawasan saya di Kampung Kuala Talang, di Kampung Tengah menuju ke Seri Menanti dan juga di Kampung Bukit Perah mungkin nanti lepas ini kita boleh lihat balik kenapa di kawasan ini memang tidak mendapat liputan walaupun ada tulis 4G ataupun 5G tetapi memang liputan yang line tersebut memang tidak boleh digunakan oleh penduduk di kawasan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, perkara yang ketujuh berkenaan dengan adat dan pelancongan. Negeri Sembilan amat terkenal dengan pengamalan adat perpatih di dalam kehidupan adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah. Saya mencadangkan agar kerajaan dapat mengkaji semula berkenaan dengan elaun Dato' Lembaga, Buapak dan Ibu Soko kerana dimaklumkan sudah hampir 20 tahun elaun mereka ini tidak dikaji. Perlu ada suntikan dana memperkasa adat perpatih untuk menggerakkan program-program adat di sekitar 21 luak mahupun di bawah naungan undang. Di negeri jiran kita ada institut penyelidikan melestari dan memperkasakan adat warisan Adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan institut penyelidikan adat perpatih? Identiti Negeri Sembilan telah diperkenalkan. Bolehkah dilaporkan di Dewan Yang Mulia ini pelaksanaannya di peringkat Negeri Sembilan mahupun juga di peringkat Jabatan Agensi Kerajaan. Tahun 2026 merupakan Tahun Melawat Negeri Sembilan, adalah sebaiknya jika ada perancangan yang baik untuk kita mula mempromosi adat perpatih Negeri Sembilan selain daripada kita mempromosi produk-produk pelancongan yang ada di Negeri Sembilan ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, semoga dengan keprihatinan dan semangat aspirasi kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan ini dapat kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya. Seri Menanti mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Seri Menanti. Saya mempersilakan Yang Berhormat Lenggeng.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT salam sejahtera, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua
kerana memberi Lenggeng peluang untuk berbahas, Yang Amat Berhormat Sikamat yang saya muliakan, yang saya kasihi Yang Berhormat EXCO Kanan Datuk Seri Jalal, EXCO-EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Menteri ADUN Chuah yang sempat hadir harini, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai sekali lagi Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lenggeng mohon membahas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang pertamanya, tuanku ada menyentuh perihal kecekapan JKR dalam memantau Pembangunan di Negeri Sembilan. Di Lenggeng ada sebuah masjid di Bandar Tasik Senangin yang rasanya Lenggeng telah bawa masalah masjid di Tasik Senangin ini kali kedua. Saya diasak oleh penduduk di masjid di Kawasan Bandar Tasik Senangin berkenaan dengan masjid yang terbengkalai. Saya rasa masjid ini telah terbengkalai lebih daripada setahun, ataupun telah masuk ke tahun kedua. Saya difahamkan setelah dijanjikan oleh pihak JKR mereka akan award kepada kontrakotr baru kerana kontraktor lama telah membawa masalah gagal menyiapkan telah ambil payment tetapi gagal, maka mereka telah menjanjikan akan membuat tender yang baru dan dijanjikan pada bulan Mac 2025 dan pada bajet 2025 telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan masjid di Bandar Tasik Senangin ni. Tapi sehingga hari ini, saya dimaklumkan masih lagi tidak dilantik kontraktor yang baru dan saya difahamkan masjid ini telah ditender 3 kali. Kali Pertama RM3 juta lebih mungkin disebabkan ada, mungkin disebabkan syarat dia adalah kontraktor penilai, kontraktor penyelamat mungkin sukar untuk kita dapatkan kontraktor penyelamat, maka ditender kali kedua. Tender kali kedua bernilai RM7 juta, jadi saya pun kurang maklum kenapa daripada RM3 juta naik kepada RM7 juta, kemudian saya dimaklumkan ditarik balik tender tu, kemudian baru-baru ni dikeluarkan balik tender ke RM3 juta balik. Jadi menyebabkan 3 kali proses tender ni menyebabkan proses untuk menyiapkan masjid ni bertambah lambat. Jadi saya risau tender yang ketiga ni pun ditarik balik masuk ke tender keempat, saya ingat tahun 2025 ni masjid ni pun tak buat lagi. Untuk makluman semua Yang Dipertua dan Ahli Dewan Undangan Negeri, sebagai wakil rakyat ni apa sahaja kesalahan, apa sahaja yang berlaku di dalam kawasan, semua disalahkan wakil rakyat. Contohnya di Kawasan Bandar Tasik Senangin ketika itu eh Dato’ Yang Dipertua, traffic light takda, accident YB salah. Jatuh terlanggar, YB salah. Selekoh tajam, YB salah. Lampu malam tutup, YB salah. Saban hari semua salah YB. Jadi kita sebenarnya bukan nak masuk campur urusan JKR, mungkin kita faham mungkin ada kesilapan, ataupun teknikal dan sebagainya, tapi memang kita punya Kawasan ni semuanya lah saya rasa ya, Gemencheh, apa-apa semua memang YB lah. Jadi, saya harap…
Yang Berhormat.
Ya
Dah tau dah sekarang…
Dah tau…Kita ok, cuma kita harap apa, jabatan agensi-agensi Kerajaan jangan la kecik hati kalau kita tersentuh kan, semua sahabat kita, cuma kita sampaikan saja. So, atas perihal kelambatan penyiapan masjid di Bandar Tasik Senangin ni, untuk makluman ada 3,000 rumah kat sana yang telah berpenduduk ya. So mereka mengambil inisiatif membina surau-surau di fasa-fasa mereka sendiri. Dan kita faham surau-surau ni mereka tidak menggunakan dana Kerajaan. Jadi mereka menggunakan collection di antara penduduk. Jadi salah satu inisiatif penduduk di Bandar Tasik Senangin, mereka membina sebuah surau, sebuah surau dinamakan Surau Al-Fateh dan surau ni telah siap dibina, cuma mereka minta bantuan daripada YB, YB Kawasan, tapi YB Kawasan dia kurang berkemampuan jadi saya sampaikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, memang berkemampuan. Jadi surau Al-Fateh ni dibuat oleh penduduk dengan kos RM1.427 juta. Jadi surat ni bukan kaleng-kaleng lah, surau ni saya tengok macam nak masjid dah, dia punya cara tu lah, sebab dia ada menara dia siap, dan saya pergi sendiri tengok, saya tengok boleh sembahyang dalam 400 orang dan ketika waktu solat aidilfitri penuh, ketika tarawih pun penuh jadi kos untuk siapkan RM1.427 juta, dan malangnya penduduk dapat collect lebih kurang RM827 ribu untuk siapkan, jadi kontraktor ni memang sangat bermurah hati, kontraktor ni sangat bermurah hati bukan apa, dia siapkan sahaja, tapi dia masukkan dalam lejar hutang surau lah. Jadi dalam lejar hutang surau tu ada lebih kurang RM559 ribu Yang Dipertua, so RM559 ribu ni saya bawa lah ke Dewan supaya kita sama-sama dapat bantu untuk selesaikan. Saya mohon daripada agensi-agensi yang terlibat mungkin daripada Majlis Agama Islam, Baitulmal ataupun GLC-GLC di bawah kerajaan untuk bantu sama-sama dengan penduduk untuk selesaikan masalah Surau Al-Fateh yang berada di Bandar Tasik Senangin. Kos yang lebih kurang yang balance untuk bayar lebih kurang RM559 ribu.
Perkara yang kedua saya ingin sentuh, saya ingin ucapkan tahniah juga kepada kerajaan negeri, seluruh jentera Kerajaan negeri kerana belanjawan telah berjaya, tahun lepas mendapat belanjawan surplus RM80.7 juta. Ini adalah satu kejayaan bagi saya, hasil daripada negeri yang aman dan makmur, tidak ada perselisihan, politik yang stabil dan ada satu formula yang baru yang kita buat selepas menang pilihanraya, maka kita berjaya mendapat belanjawan surplus. Saya menyokong ucapan YB Chennah supaya 30% disalurkan balik kepada rakyat bagi
meringankan beban rakyat. YB Chuah kata jangan lupa, melalui ADUN, melalui Pusat Khidmat. Saya mencadangkan agar kita salurkan kepada program-program touchpoint untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada kerajaan dan membantu masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini. Hari ini, kerajaan negeri ada banyak inisiatif yang dilakukan seperti kata Seri Menanti tadi berkenan dengan jualan rahmah, jualan prihatin dan sebagainya. Kita ada juga bantuan belia kahwin, kita ada bantuan Pendidikan, untuk mereka yang sambung sijil, sambung diploma, sambung degree, yang terus boleh mohon daripada pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan yang paling menarik adalah berkenan dengan warga emas. Kita setiap tahun, warga emas di Negeri Sembilan ini mendapat bantuan masuk tahun ke-2 sebanyak RM200 kepada mereka yang berumur 70 dan ke atas, dan Alhamdulillah pada tahun ke-2 ini, EXCO telah bersetuju untuk bagi secara automatik, maksudnya mereka tidak perlu bermohon kali ke-2 untuk maklumat Dato’ Speaker, Jadi ini memudahkan pusat khidmat dan memudahkan juga warga emas kita sedia maklum bahawa warga emas yang umur 70 tahun ke atas mereka kurang berkemampuan atau mereka sukar untuk datang untuk mohon kali ke-2, jadi alhamdulillah kita masuk tahun ke-2 dan saya harap tahun ke-3, tahun ke-4 sehinggalah tahun ke-5 mereka akan dapat kekal sepanjang RM200 bulan, cuma kalaulah dengan ada belanjawan yang surplus ini kita dapat naikkan lagi atau kita tambah lagi bantuan kepada warga emas, kalau sekarang kita bagi kepada mereka yang 70 tahun ke atas, kita cadangkan supaya dengan adanya belanjawan yang lebihan, kita naikkan daripada 70 ke 60 ke atas. Sebab setahu saya warga emas ni, di Negeri Sembilan 70 lah. Tapi yang lain saya tengok, dia 60 tahun ke atas dah dikira warga emas. Kalau pesara kerajaan 60 tahun ke atas tu Dato’ Yang Dipertua, dia masuk hospital tu dah case special lah so, saya Yang Dipertua ni maksud saya dah boleh la riak lah dapat, kalau diluluskan. So untuk bantuan RM200 ringgit ini kepada semua warga emas, dia punya kesan bukan sahaja kepada individu tersebut yang dapat, kesan dia juga kepada seluruh keluarga mereka sangat berterima kasih, keluarga sangat berterima kasih anak-anak datang hantar, ayah datang untuk ambil duit di pusat khidmat jadi kesan dia banyak, katalah kita bagi kepada 1000 orang kesan dia mungkin kepada 3000-4000 orang yang anak-anak pun terus rasa berterima kasih. So saya sangat menyokong untuk kita salurkan kembali lebihan belanjawan, YB Kewangan pun baru masuk, supaya dia ditambah sedikit pada tahun 2025 ni.
Perkara ketiga yang saya ingin sentuh adalah berkenaan dengan program Perumahan Rakyat Sejahtera di bawah EXCO Kanan, luar bandar Program Perumahan Rakyat Sejahtera PPRS dijenamakan semula, dulu termiskin so kita tak nak kita angkat darjat mereka supaya kita menjenamakan kepada Program Perubahan Rakyat Sejahtera.
Program ni merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar menyediakan bantuan bina baru atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik. Program ni menjadi salah satu fokus program touch point kerajaan bagi membantu keluarga miskin dan miskin tegar luar bandar untuk memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa. Di Lenggeng dan saya maklum semua DUN-DUN yang lain yang mempunyai kawasan kampung di luar bandar, ramai yang bertanyakan kaedah untuk mohon kaedah kelulusan dan kita maklum, orang-orang di luar bandar dia kurang terdedah sekiranya permohonan itu dilakukan secara online jadi mereka takut-takut tertinggal dan ramai yang bertanya kepada saya bagaimana cara untuk bermohon supaya dapat mereka bersama-sama Program Perumahan Rakyat Sejahtera. Saya ingin bertanyakan kepada EXCO yang terlibat, bolehkah EXCO menyatakan dalam masa dua tahun ini berapakah rumah PPRS yang telah lulus di Negeri Sembilan yang telah siap, yang telah diduduki supaya kita sama-sama dapat merasakan kemanisan mereka yang kita dapat bantu dengan dana-dana yang kita bawa ke dalam kerajaan negeri dan Lenggeng juga ingin mengetahui kos untuk sebuah rumah untuk membuat kos rumah PPRS dan sekiranya mempunyai bayaran balik, bagaimanakah kaedah cara bayar balik ataupun dimasukkan dalam skim geran ataupun secara percuma dan mereka juga bertanyakan syarat-syarat dan siapa yang layak dan ramai sangat rakyat di luar inginkan bantuan daripada kita untuk dapatkan skim perumahan. Jadi boleh tak jelaskan kepada Dewan Tahun 2025 contohnya sekiranya ada yang sudah lulus berapa yang sudah lulus dan sekiranya masih lagi dibuka permohonan bagaimana kaedahnya untuk mendaftar.
Perkara ketiga yang ingin saya sentuh di kawasan saya berkenaan transportation di salah satu kawasan lainnya di Pantai, dulu kita ada permasalahan, lama saya ingat penduduk-penduduk di kawasan Pantai datang mengadu kepada saya berkenaan dengan masalah transportation. Untuk anak-anak mereka pergi ke sekolah. Disebabkan kawasan Pantai ialah kawasan kampung, dia tidak ada bas awam ketika itu. Jadi dia mengadukan masalah kerana ibu bapa perlu hantar anak ke sekolah dalam kawasan pantai dia hanya ada cuma ada sekolah rendah dan tidak ada sekolah menengah. Jadi kawasan Pantai ni kalau nak hantar anak, dia hantar ke Sekolah Puteri, Sekolah STAD, agak jauh, jadi selain mereka perlu hantar dan mereka perlu luangkan masa pagi dan petang untuk jemput dan hantar, jemput dan hantar dan ini telah berlangsung lama lebih kurang 10 tahun.
Jadi saya telah membuat mesyuarat dan kita sedia maklum bahawa Negeri Sembilan kita sedia maklum bahawa Menteri Pengangkutan datangnya daripada Negeri Sembilan daripada Parlimen Seremban jadi saya pun bermesyuarat dengan Pejabat Parlimen Seremban, nyatakan permasalahan ini kemudian alhamdulillah kita telah berbincang, hari ini masalah bas Pantai telah selesai. Kalau dulu mereka membelanjakan kos untuk hantar anak-anak Lebih kurang RM200 ke RM300 sebulan, semata-mata untuk pastikan anak mereka bersekolah, hari ini setelah kita mesyuarat telah diadakan satu bas khas untuk mengambil anak-anak Pantai pergi ke sekolah dengan kos yang sangat rendah subsidi RM2 ringgit pergi balik , so kalau RM2 ringgit pergi balik lebih kurang kalau 20 hari sekolah 22 hari sekolah, kos ibu bapa cuma jatuh RM40 sebulan. Ini salah satu perkara yang sangat baik yang kita dapat kesan daripada Menteri Pengangkutan datangnya daripada Negeri Sembilan.
Kenapa saya nyatakan perkara ini dalam Dewan supaya sekiranya ada kawasan-kawasan ada sahabat-sahabat saya yang menyatakan permasalahan yang sama, jadi kita boleh mulakan rundingan bagaimana untuk kita bantu supaya dapat kita rendahkan kos kepada ibu bapa dapat kita bantu dan dalam masa yang sama kita pastikan anak-anak kita mendapat pendidikan hingga ke tahap yang paling tertinggi. Walaupun begitu kadang kala satu perkara yang.. sepuluh perkara yang baik kita buat, satu perkara tertinggal yang kita tidak mampu selesaikan, sepuluh perkara itu mereka lupakan, dan mereka akan attack kita yang satu tu, jadi kita sebagai YB kena berhati-hati, dengan membantu ni mereka mengadu lagi, baru-baru ini masalah harimau, mula-mula harimau tu kat Jelebu, entah macam mana dia pindah pula ke Lenggeng. Saya ingat Ahli Parlimen Jelebu dan DUN-DUN di bawah Jelebu ini janganlah halau ke Lenggeng, sekarang ni bila mereka mengadu pada saya kambing enam ekor kena makan lembu dua ekor hilang, jadi macam-macam tapak kaki diorang hantar kat saya, saya pun hantar kepada PERHILITAN. PERHILITAN kata itu tapak kaki anjing, Saya dah pening kepala nak jawab. Diorang nampak harimau tapi tapak kaki anjing, jadi harap Parlimen Jelebu dan DUN-DUN di bawah Jelebu janganlah, ambillah balik harimau ni.
Harimau jadian, harimau jadian…
Kalau rimau jadian kita kena fikirlah macam mana nak buat Dato’ Yang Dipertua. Jadi di Pantai, selain daripada masalah harimau ni, harimau bintang ni, yang semalam dah mengadu dengan saya enam ekor kambing kena makan. Tapi bila gambar tapak tu, sebab bila PERHILITAN nak datang letak kandang untuk tangkap, dia kena pergi buat study jadi bila study itu tapak kaki anjing jadi PERHILITAN tak layanlah, jadi dia bantai saya juga. Semua kena bantai balik kat saya. Saya
kata kak ni yang datang ni bukannya orang biasa, dia datang dia hantar pakar tengok tapak kaki apa, habis tu yang kambing hilang tu siapa yang makan? Nak jawab macam mana? Jadi ni kena sama-sama lah kita tolong bantu saya kan. Perkara mereka kedua yang mengadu berkaitan dengan masalah air. Ni di Pantailah masalah air di Kampung Mayo, tadi Seri Menanti pun permasalahan sama.
Masalah air saya ingat kawasan-kawasan kampung yang dah berusia 30-40 tahun ni memang takda masalah lain kecuali masalah air. Kampung Mayo, Kampung Gayan, Kampung Nyatoh, galak paip pecah di kawasan tersebut. Jadi kita mohon agar pihak SAINS tinjau-tinjau lah supaya selain daripada, SAINS bagus kita puji SAINS punya apa management sebab kita mengadu 5 minit, saya mengadu kejap terus datang, saya mengadu kejap terus datang, tapi galak lah, pecah datang, pecah datang, kesian, kita nak mengadu malu, jadi alhamdulillah di Daching dapat projek baru, tukar, itu hari saya ada mengadu dalam Dewan ni, so dah dapat lah tukar yang baru punya di kawasan Daching, ni kawasan Pantai pulak datang mengadu, saya bawa lah balik dalam Dewan supaya kita atasi supaya tidak mengadu Pecah, tidak mengadu pecah, tukar balik baru semuanya. Kita minta lah bajet daripada mana-mana sebab mengikut mereka paip yang sedia ada telah lama berkhidmat dah lebih kurang 40 tahun. So dah tiba masanya lah Kawasan Pantai dapat Piping yang baru supaya masalah air pecah dapat diselesaikan.
Perkara keempat yang saya nak sentuh, saya ucapkan terima kasih pada kerajaan negeri, kita hari ni adalah Kerajaan formula baru, kita ada EXCO Kanan, kita ada, dan kita nampak setelah masuk tahun ke-2, Kerajaan negeri berjalan dengan begitu cantik dan Negeri Sembilan menjadi salah satu contoh Negeri yang Kerajaan Perpaduan tidak ada masalah, tidak bergaduh dalam Social Media memang sangat cantik dan kita rasa formula ni adalah formula yang terbaik dan kita lihat di Air Kuning baru-baru ni pun Kerajaan Perpaduan menang dengan majoriti yang lebih besar. Walaupun ada segolongan bak kata YB Chennah, kita hilang majoriti, kita pun tak tahu majoriti kat mana yang hilang, sebab majoriti bertambah. Jadi di Negeri Sembilan saya ucapkan terima kasih kerana EXCO Kanan, jawatan telah digazetkan. Cuma ada sedikit lah kami rakan-rakan bukan terkilan cuma nak menyatakan secara protokol bagaimanakah diletakkan EXCO Kanan yang mewakili kami Barisan Nasional diletakkan dalam majlis-majlis protokol. Contohnya ketika makan malam kalau boleh biarlah wakil Barisan Nasional berada bersama-sama di atas pentas bersama dengan protokol-protokol yang lain yang telah lama. Jadi mereka EXCO Kanan adalah lambang kepada Ketua Barisan Nasional jadi Tidak moleklah kalau bagi kami dia diletakkan tidak bersama-sama dengan yang di atas. Ini mungkin terlepas pandang sebab satu persatu sebab dialah satu formula baru
kerajaan berbentuk baru, so banyak perkara yang kita nak naikkan jadi saya mohon daripada Unit Protokol kalau boleh kita bersama-samalah ambil satu ketua daripada kami untuk diletakkan bersama-sama dengan barisan-barisan yang di atas.
Perkara kelima yang saya nak sentuh macam saya katalah kita ni sentuh ni sebab aduan daripada rakyat, jadi jangan kecil hati kalau saya sentuh, saya cakap perlahan-lahan, lembut-lembut ya, kita ada semalam YB Chennah ada menyentuh berkenaan, dengan YB Johol ada menyentuh berkenaan istirehat, tempat untuk kita rekerasi, so di Lenggeng ada Hutan simpan Rekreasi ya, yang kita dah, tahun lepas rasanya RM500,000 telah telah dibawa dapat turun untuk naik taraf sungai dia, supaya dapat penduduk-penduduk kawasan tu beriadah cuma saya dah turun, dia sangat kecil Dato’ Yang Dipertua, saya ingat dia buat macam benteng, saya ingat dalam 20 orang 30 orang je boleh mandi sekali, sekali jalan jadi Sungai, tapi sungai panjang sungai dia cantik air dia jernih cuma permasalahan dia adalah sungai tu air dia cetek dia paras buku lali je, jadi yang boleh mandi tu berudu je boleh mandi, yang anak-anak ni nak mandi macam mana, dia paras buku lali, paras buku lali anak-anak, jadi saya pun dah mengadu perkara ni kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, berkenan dengan air sungai yang cetek dan kalau boleh keluarkan pasir dia, sebab saya dah keluarkan kos saya sendiri, saya panggil JCB, saya tarik pasir tu keluar nak dalamkan, besok tu penuh balik pasir tu, dalam dua tiga hari penuh balik, jadi saya dah adukan kepada Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat sangat setuju dengan cadangan dan Yang Amat Berhormat suruh saya bertemu dengan YNS Management untuk keluarkan pasir menggunakan YNS dan saya telah pada bulan 11, 2024 YNS telah keluarkan satu surat ke pejabat hutan untuk keluarkan pasir di kawasan hutan lipur lah supaya air dia dalam, at least dapat lah di paras lutut kan, bolehlah anak-anak kita mandi.
Tapi sehingga hari ni sebelum Dewan saya bertanya kepada pengarah apa status permohonan, apa status surat, surat yang YNS hantar berkenaan dengan untuk mengeluarkan pasir, menjaga pasir di kawasan tu, jawapan pengarah masih lagi belum dibawa ke mesyuarat yang sepatutnya. Saya rasa ni dah terlalu lamalah Dato’ Yang Dipertua, daripada bulan 11, 2024 hari ni kita dah masuk bulan Mei 2025 kemudian berapa kali jugalah permasalahan sebab seperti yang saya maklumkan apa saja permasalahan di kawasan kita mereka akan salahkan YB, jadi apabila mereka tutup hutan dia tak maklumkan bila nak buka dia tak maklumkan jadi susah saya untuk menjawab jadi saya harap selepas ni bolehlah kita pengarah-pengarah ataupun agensi-agensi bolehlah jalinkan kerjasama yang erat dengan YB-YB supaya kami dapat menjelaskan kita dapat pertahankan kerajaan kita pada hari ni,
untuk semua agensi untuk dewan dan Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman semua ADUN, ni kita kan bertanggungjawab untuk pertahankan kerajaan yang ada pada hari ni kalaulah suara kami tidak dilayan suara kami tidak didengar suara kami dipandang sepi satu-satu kerusi tu akan pasti akan kita kata kita tak nak kata kalah lah, tergugat kan jadi kalau tergugat kerajaan negeri yang ada pada hari ni pun akan turut tergugat jadi saya nak saya nak semua faham bahawa mereka kena bekerjasama dengan semua ADUN kawasan kerajaan aduan semua kena kena diapa diambil berat.
Yang ke-6 berkenaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat masa nak habis, panjang sikit lagi boleh?
Makan dah….Cepatkan…
pukul 2 haa…. ok, Jabatan Kebajikan Masyarakat saya sentuh sikit lah, saya nak sentuh berkenanan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahun 2025 Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diperuntukkan RM2.9 bilion bantuan kepada semua rakyat-rakyat yang memerlukan. Di Lenggeng ada 1 kisah yang menarik saya nak bawa ke dalam dewan supaya sama-sama kita dapat bawa ibrah kepada semua kawasan-kawasan lain. Ada 2 ada 1 keluarga yang punya 5 orang anak dan hari ni memang ramai yang orang muda suddenly kena heart attack jadi kena hati-hatilah, jadi dia suami dia telah meninggal dunia dan memang tidak ada sumber kewangan dan mempunyai 5 orang anak yang kecil-kecil kemudian bagusnya JPKK. JPKK telah mengambil maklum dan laju membantu keluarga ni untuk memohon bantuan daripada JKM dan alhamdulillah Dato’ Yang Dipertua dalam masa 1 bulan JKM telah meluluskan bantuan dan pihak keluarga dapat RM1000 sebulan selama 1 tahun dan selepas setahun dia akan lihat balik sama ada perlu untuk bagi bantuan atau tidak.
Jadi saya nak tunjuk kat sini bahawa kita ada 1 agensi yang sangat menitikberatkan dan sangat memandang dan sangat membantu rakyat yang berada dalam kesusahan dan tapi saya ingin saya ingin minta bantuan sedikit supaya permudahkan kaedah permohonan tu sebab ada kala pernah 1 kes apabila yang susah tu mohon dia seorang yang lumpuh Dato’ Yang Dipertua, dia sakit jadi pihak JKM dia nakkan bukti lumpuh, dia nakkan surat daripada doktor sedangkan mereka dah terbaring dekat rumah bertahun-tahun, jadi jadi kaedah ni lah kita nak kena perhalusi supaya dia dapat mudahkan masyarakat-masyarakat kampung supaya dapat dapat menikmati apa yang dibagi oleh kerajaan federal dan kerajaan negeri. Saya mempunyai banyak lagi Yang Dipertua, tapi sebabkan masa telah habis jadi saya rasa itu sahajalah daripada saya Lenggeng dengan ini menyokong ucapan titah Duli Yang Maha Mulia
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pecah kaca pecah gelas, sudah dengar EXCO harap balas. Assalamualaikum WBT. Terima kasih Yang Berhormat Lenggeng. Mesyuarat Dewan akan rehat sebentar, kita akan sambung balik Mesyuarat ni pada Pukul 2.30 boleh? pukul 2.30. Mesyuarat Dewan ditangguh.
[Persidangan Dewan ditangguhkan pada jam 1.11 petang]
[Persidangan disambung semula pada jam 2.40 petang]
[Setiausaha Dewan: mengumumkan ketibaan YB Yang Dipertua Dewan]
Assalamualaikum WBT. Salam sejahtera. Duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kita masih lagi di dalam sesi perbahasan menjunjung kasih titah diraja, jadi saya mempersilakan Yang Berhormat Chuah.
Salam Sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan dalam Negeri Sembilan bersih, muafakat, sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya berbahas dalam usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar, di sesi istiadat pembukaan pada Khamis lepas. Pertama sekali, dengan penuh takzim dan kesyukuran. Saya menjunjung kasih, titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, yang sarat dengan wawasan pencapaian dan komitmen membangun Negeri Sembilan secara holistik. Titah tuanku bukan sekadar laporan prestasi tetapi ia adalah cetusan inspirasi untuk rakyat dan kerajaan bergerak seiring mencapai kemakmuran lestari. Dato’ Yang Dipertua berhubung aspek pengurusan kewangan negeri yang telah mencatat kutipan hasil tertinggi iaitu sebanyak RM636juta. Lebihan RM116juta berbanding sasaran RM520juta. Jelas telah membuktikan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab mereka membayar cukai. Mengambil kata-kata Muhammad Yunus, pemenang hadiah Nobel 2006 kepemimpinan bukan hanya tentang membuat keuntungan. Tetapi juga tentang mencipta dampak positif di masyarakat. Maka kerajaan negeri seharusnya dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha mencipta sumber-sumber baru dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi sebagai balasan atas keyakinan yang telah diberikan oleh rakyat dan pelabur.
Dato’ Yang Dipertua, saya menyokong penuh Rancangan Malaysia Vision Valley 2.0 iaitu MVV 2.0, sebagai pemangkin utama pembangunan ekonomi negeri. Kini terdapat beberapa kawasan perindustrian sedang dan akan dimajukan bawah rancangan MVV 2.0. Namun pembangunan
kawasan perindustrian harus disokong dengan infrastruktur yang mencukupi. Sebagai contohnya, kawasan perindustrian yang bakal dimajukan oleh Ecover di kawasan Tanah Merah seiring dengan pembangunan kawasan ni Jalan Sepang Lukut akan menjadi laluan yang semakin sibuk. Pada ketika ini, keadaan laluan ini masih sempit, gelap, sesak dan sering melibatkan kemalangan. Laluan ini juga terdedah pada beberapa kawasan cerun yang sering berlaku tanah runtuh. Yang mana memerlukan naik taraf dan pengukuhan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya tersebut. Adakah jika mempunyai cadangan untuk naik taraf Jalan Sepang-Lukut ini dari dua lorong kepada empat lorong seiring dengan pembangunan yang semakin pesat di sekitar kawasan laluan ini. Selain Jalan Sepang-Lukut, Jalan B48 yang terletak di kawasan Sepang, Selangor. Bakal menjadi jalan utama jalan masuk keluar utama untuk pembangunan industri di Tanah Merah yang akan dimulakan tidak lama lagi. Untuk makluman dewan yang mulia ini jalan tersebut telah menjalankan kerja-kerja naik taraf dari dua lorong ke empat lorong. Ini merupakan satu projek yang sangat baik dan memanfaatkan penduduk-penduduk sekitar dan pelancong-pelancong yang datang ke Port Dickson. Walau bagaimanapun, projek naik taraf tersebut telah berlanjutan sehingga lebih kurang lima belas tahun. Keadaan ni sangat mengecewakan kelewatan projek juga telah menyebabkan beberapa kes kemalangan maut di laluan tersebut. Sehubungan dengan itu saya ingin memohon pihak JKR Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat terperinci dan status lengkap projek tersebut dan apakah tindakan JKR bagi memastikan kerja-kerja naik taraf jalan tersebut dapat disempurnakan selaras dengan bermulanya kerja-kerja pembangunan di Tanah Merah.
Dato’ Yang Dipertua, jaminan bekalan air berterusan juga merupakan salah satu faktor utama dalam pembangunan industri. Pada masa ini walaupun SAINS dapat memastikan bekalan yang cukup dan stabil di kawasan Chuah yang hanya bersebelahan dengan Pembangunan Industri Tanah Merah. Tapi saya difahamkan kapasiti bekalan buat masa ni hanya cukup untuk permintaan semasa sahaja. Sehubungan itu saya juga ingin bertanya kepada pihak SAINS sama ada telah mempunyai perancangan yang seiring dengan cadangan pembangunan MVV 2.0 bagi memastikan kapasiti pengagihan yang secukupnya untuk meyakinkan pelabur dan juga rakyat di aa Chuah. Dato’ Yang Dipertua, seperti yang aa telah disentuh oleh Lukut pagi tadi. Pada masa kita gembira meraikan Hari Raya satu insiden letupan yang mengejutkan rakyat Malaysia telah berlaku di Putra Heights pada 1 April 2025. Insiden letupan paip gas di Putra Heights ini bukan sekadar kemalangan teknikal tetapi juga satu amaran keras tentang risiko pembangunan yang pesat tanpa pengurusan utiliti yang selari. Kian banyak kawasan perindustrian dan perumahan dibangunkan tetapi infrastruktur asas seperti paip gas,
kabel elektrik dan saliran masih tertumpu di lokasi lama yang mungkin sudah uzur dan laluan yang tidak jelas. Sehubungan itu, saya menyeru semua syarikat utiliti terutamanya Petronas, TNB, SAINS dan Indah Water untuk segera menjalankan audit menyeluruh terhadap laluan paip ataupun kabel bawah tanah dan sistem sedia ada. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba perlu diperkukuh untuk memastikan peta utiliti dikemas kini dan zon risiko dikenal pasti. Maklumat sebegini adalah sangat penting sebagai rujukan kepada pembangunan yang akan dijalankan di Negeri Sembilan. Pada masa yang sama, pemantauan oleh syarikat utiliti JKR dan PBT juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan tidak ada kerja-kerja korekan tanpa kelulusan daripada mereka. Untuk mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Dato’ Yang Dipertua, Chuh ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri yang telah mengezonkan kawasan PFA Bukit Pelanduk sebagai sebahagian daripada pembangunan MVV 2.0 untuk pembangunan bercampur. Untuk maklumat dewan yang mulia kawasan PFA Bukit Pelanduk adalah sebuah kawasan penternakan khinzir terancang yang telah dilancarkan lebih kurang 30 tahun yang lalu. Pada masa tanah tersebut ditawarkan tapak kawasan tersebut telah siap dengan infrastruktur dan utiliti seperti jalan, sistem perparitan, bekalan elektrik dan sebagainya. Namun pada ketika ini jalan-jalan di kawasan ini telah rosak dan dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan liar sehingga menyebabkan hanya satu lorong laluan sahaja yang boleh digunakan berbanding dengan dua lorong pada awalnya. Sistem perparitan pula di kawasan ni juga telah rosak tersumbat dan tidak pernah diselenggara selama 30 tahun. Menyebabkan sekitar kawasan tersebut ditakungi air sepanjang masa. Aset-aset TNB pula kini hanya tinggal tiang TNB sahaja. Manakala kabel dan lampu jalan telah lama hilang. Keadaan ni amat mengecewakan pemilik-pemilik tanah yang tidak pernah gagal membayar cukai namun terpaksa berhadapan dengan ketiadaan perkhidmatan asas seperti pembersihan dan pembaikan. Sehubungan itu saya ingin bertanya di dewan yang mulia agensi manakah yang terlibat dan perlu bertanggungjawab dalam penyelesaian penyelesaian permasalahan ni dalam memastikan kerosakan infrastruktur dan pembekalan utiliti dapat di segera ditangani dan dibaiki dengan kadar segera bagi meyakinkan pelabur-pelabur yang ingin melabur di kawasan ini.
Dato’ Yang Dipertua pelaburan ke arah pertanian moden masih jauh ketinggalan berbanding sektor pembuatan. Negeri Sembilan perlu menjadi pelopor pertanian pintar bagi memastikan keterjaminan makanan dan peningkatan pendapatan petani. Jangan biarkan sektor pertanian hanya menjadi warisan lama. Tetapi jadikan ia industri
berdaya saing yang menarik minat generasi muda. Tumpuan sektor pertanian negara kini telah beralih kepada memperkukuh keterjaminan makanan serta meningkatkan daya saing subsektor, every komuniti dengan menggiatkan aktiviti pertanian pintar merentasi semua sektor. Usaha itu termasuk mempercepatkan penerima gunaan teknologi menarik penyertaan minat bakal penyedia teknologi serta memperluas saiz dalam bagi meningkatkan pengeluaran domestik. Menurut laporan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi, perhatian khusus juga diberi untuk menerima pakai amalan mampan dan menerima guna mekanisme mekanisasi serta automasi dalam subsektor perladangan bagi menggalakkan aktiviti yang bergabungkan kemampanan dan produktiviti. Memetik kata-kata Thomas Jafferson Presiden Amerika Syarikat ketiga. Pertanian adalah pengajaran kita yang paling bijaksana kerana pada akhirnya pertanian akan memberi kontribusi paling besar bagi kekayaan sejati. Moral yang baik dan kebahagiaan. Sehubungan itu, Chuah ingin memohon kerajaan negeri bagi memperincikan usaha-usaha dalam meningkatkan sektor pertanian dalam usaha memastikan keterjaminan makanan dan peningkatan pendapatan rakyat. Akhir kata, Chuah menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chuah. Yang Berhormat, aaaa… menjemput Yang Berhormat aa Bagan Pinang.
Assalamualaikum WBT. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar alhamdulillah pada petang ini saya diberi peluang untuk menjunjung kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Tuanku Munawir di atas titah yang penuh dengan nasihat, panduan dan harapan untuk kemajuan rakyat dan negeri kita yang tercinta ini. Bagan Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk mengangkat suara rakyat di DUN saya khususnya berkenaan dengan isu-isu harian yang dekat di hati mereka demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
Dato’ Yang Dipertua, isu air. Mendapat perhatian daripada Yang Berhormat Chuah, Yang Berhormat Lukut, Yang Berhormat Seri Menanti dan Yang Berhormat Lenggeng. Kebersihan air adalah asas setiap rakyat. Kita akui bahawa pelbagai usaha SAINS dalam menyediakan perkhidmatan terbaik tapi terdapat keluhan tentang kualiti dan kerja-kerja penyelenggaraan yang kurang konsisten dan perlu diberi perhatian. Saya mencadangkan supaya SAINS memperkenalkan jadual penyelenggaraan berkala, sistem aduan responsive mungkin dengan mewujudkan aplikasi mudah alih supaya rakyat boleh melaporkan
masalah air dengan cepat kepada SAINS untuk mereka bertindak. Dato’ Yang Dipertua, kita perlu jaminan kerajaan agar isu air ini dapat ditangani sebaik mungkin agar isu-isu pencemaran air, putus bekalan air, kebocoran saliran air, hujan memenuhi sungai dan bekalan air tiada tekanan air lah dan pelbagai masalah air tidak lagi menghantui dan membebani rakyat.
Dato’ Yang Dipertua, pada sidang DUN yang lepas, saya telah membangkitkan tentang kedudukan kolam imbangan air di Bukit Permata dan sejauh mana projek itu, pembinaannya sejauh manakah perkembangan tentang projek dan juga pembinaan semula kolam imbangan air itu. Dan yang kedua bagaimana kerajaan boleh memberi jaminan bahawa kolam takung air di Teluk Kemang dapat beroperasi sebagaimana yang dijadualkan. Dato’ Yang Dipertua, isu-isu air ni menjadi dekat di hati kemudiannya boleh menjadi satu tindakan yang di luar jangka. Sebab kadang-kadang di musim perayaan dan musim-musim tertentu apabila bekalan air akan merumitkan kerja-kerja kita sendiri dan juga masyarakat setempat. Dato’ Yang Dipertua Jalan Persiaran Pahlawan. Kedudukan Jalan Persiaran Pahlawan bermula daripada Simpang Lebuhraya Seremban-Port Dickson sehingga ke Simpang Batu Empat adalah jalan bernilai yang tersendiri. Persoalannya, jalan ini sering ditutup bila ada acara ketenteraan atau acara rasmi kerajaan yang dibuat persekitaran tersebut. Jalan ini juga dilalui oleh kenderaan berat tentera dan juga mengganggu pergerakan kenderaan awam yang turut sama menggunakan jalan tersebut pada masa sama. Sudah tiba masanya kerajaan perlu membuat kajian terhadap jalan ini agar ianya dilihat sebagai satu lambang atau imej Port Dickson sebagai bandar tentera darat dan juga sebagai pusat peranginan tersohor. Pelebaran jalan serta dihiasi dengan landskap yang menarik akan memberi keselesaan kepada penduduk dan pelancong yang datang.
Dato’ Yang Dipertua isu banjir. Isu banjir kilat selalu berlaku di kawasan Bagan Pinang khususnya ini berpunca kerana longkang-longkang yang tersumbat. Kita menyarankan supaya pihak bertanggungjawab mewujudkan pelan pembersihan berkala terutamanya sebelum musim hujan besar. Dan sekiranya perlu kita adakan gotong-royong bersama untuk menjadikan masyarakat setempat juga mengambil bahagian dan prihatin terhadap longkang-longkang di persekitaran tersebut. Dato’ Yang Dipertua, pokok hiasan bahaya kepada pengguna jalan raya. Sepanjang laluan dari Persimpangan Seremban-Port Dickson di ke Bulatan Sunggala Gateway pokok-pokok hiasan mengganggu pemandangan dan keselamatan lalu lintas. Pokok hiasan ditanam di tengah-tengah bahagian tengah juga tidak sesuai kerana pokok-pokok tersebut mempunyai dahan yang berjuntai ke tengah jalan yang membahayakan kepada pengguna. Dato’ Yang Dipertua, saya
mensyorkan supaya pihak bertanggungjawab menubuhkan unit penyelarasan tetap atau melantik kontraktor penyelaras khusus yang bertanggungjawab secara konsisten sepanjang tahun dan bukannya ketika musim-musim sahaja. Dato’ Yang Dipertua kesan daripada penebangan pokok-pokok di sepanjang jalan tersebut juga memberi kesan kepada tepi-tepi jalan tersebut. Terdapat tiga runtuhan tanah berlaku sepanjang jalan tersebut, menutup longkang dan akhirnya mengganggu laluan air untuk ke tepi jalan.
Dato’ Yang Dipertua, kita baru saja berakhir bulan Syawal rakyat Bagan Pinang rasa kecewa sebab sepanjang jalan sempena Aidilfitri ini agak kurang hiasan-hiasan lampu hiasan sepanjang Syawal sebut berbanding dengan perayaan-perayaan sebelum ini. Dan saya merasakan bahawa supaya pihak PBT mengambil langkah supaya apabila berlakunya perayaan-perayaan yang besar Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali supaya lampu-lampu hiasan perayaan itu disama ratakan supaya menarik minat dan juga memberi satu keselesaan bahawa mereka menyambut perayaan bersama.
Dato’ Yang Dipertua, isu peniaga kecil yang tertekan sebagaimana ini YB Lukut menggambarkan bahawa dalam senario berlakunya pada bulan Ramadan yang lepas apabila berlakunya dengan izin mengulang kata-kata daripada YB Lukut, Pak Cik Petai itu bukanlah orang kata satu yang kita patut viralkan cuma kaedah penyelesaian tersebut yang perlu ditangani sebaik mungkin dengan cermat supaya dapat memberi satu impak dan kesan kepada dua-dua pihak. Dan kedua perlaksanaan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan prestasi. Prosedur mengeluarkan saman terhadap pesalah. Yang pertama. Yang kedua, prosedur kelulusan lesen peniaga. Adakah ini ada dasar baru? Sebab dasar kerajaan sebelum ini agak mesra peniaga kecil. Dan dasar kerajaan sekarang nampaknya agak keras terhadap peniaga-peniaga kecil. Jadi ini perlu diberi satu penjelasan, kita dapat melihat bahawa peniaga-peniaga kecil ini dapat mesra dengan PBT dan dapat hidup dengan ceria dan pada yang sama juga memberi impak kepada kesan pelancongan yang berlaku di Port Dickson. Saya juga mohon pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan dasar yang lebih fleksibel supaya wujud zon perniagaan sementara atau lesen-lesen berkala di musim-musim perayaan.
Dato’ Yang Dipertua, masalah monyet, kera dan lotong yang berkeliaran. Pertambahan monyet, kera dan lotong bukan sahaja melibatkan kekacauan di kawasan ambang malah mengancam tanaman rakyat, saya mencadangkan agar program kawalan populasi hidupan liar dijalankan dengan lebih serius. Dengan bantuan Jabatan PERHILITAN dan sertai
juga dengan usaha pemulihan habitat semula jadi agar haiwan ini perlu tidak bergantung kepada kawasan manusia sahaja. Sebab banyak kawasan-kawasan perumahan yang telah ditebang dan akhirnya haiwan ini tidak ada tempat kediaman dan akhirnya dia juga memerlukan perumahan sebagaimana kita juga. Sebagai satu kajian menyeluruh agar tidaklah terlalu ramai binatang liar itu berada di kawasan rumah yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan kita semua.
Dato’ Yang Dipertua, pada 7 Mac yang lepas, Berita Harian telah melaporkan bahawa terdapat seratus bangkai khinzir yang dibuang di tanah perjudian di Bukit Palok Bukit Pelanduk dan hingga yang satu accident yang agak malang bagi kita kenapakah Negeri Sembilan dipilih dan Chuah di pilih dan Port Dickson dipilih sebagai tempat untuk pembuangan tersebut, dan saya mencadangkan supaya kerajaan negeri mengambil serius mengenai supaya tidak berlaku lagi, perkara sebegini berlaku di negeri kita.
Dato’ Yang Dipertua, Jualan Rahmah dan Jualan Prihatin. Persoalannya sampaikah bila program-program ini akan diteruskan sebab adakalanya boleh menyusahkan rakyat sebab yang berlaku hanya satu hari Jumaat. Ia memerlukan rakyat hadir ke satu tempat yang telah ditetapkan dan apakah kita tidak ada satu mekanisme supaya kita mengembalikan perkara-perkara dulu yang mana kalau kita melihat bahawa dulu barang-barang harian ini boleh dibeli dengan harga murah di pasar-pasar raya di kedai-kedai dan sebagainya. Dan saya merayu supaya program ini dikaji semula untuk kita melihat bahawa sampai bilakah rakyat akan bergantung kepada program jualan rahmah atau Negeri Sembilan Prihatin.
Dato’ Yang Dipertua, penubuhan JPKK di setiap parti dengan peruntukan yang agak besar yang diberi kepada jabatan itu persoalannya adakah satu mekanisme yang memantau atau melihat jabatan ni. Yang kedua penggunaan peratusan ini penggunaan peruntukan ini diluluskan berdasarkan kriteria apa? Yang ketiga sejauh manakah manfaat kepada masyarakat setempat dan setakat ini apakah kejayaan dan pencapaian dikira berdasarkan kriteria apa? Dan begitu juga peruntukan pengurusan dan sukan adakah ia mencukupi ataupun tidak? Dan adakah ia menepati atau mencapai objektif kumpulan sasar?
Dato’ Yang Dipertua Solat Jumaat di…Solat Jumaat di Pusat Islam Politeknik Port Dickson. Sebelum kewujudan dan siapnya Masjid Taman Politeknik penduduk sekitar mendirikan solat Jumaat di Pusat Islam, Politeknik. Mereka melibatkan penduduk di sekitar Taman Politeknik pelajar Politeknik, dan juga pelajar sekolah agama Teluk Kemang dan apabila Masjid Taman Politeknik siap dan mendirikan solat Jumaat,
maka Kerajaan telah tidak membenarkan pusat, Pusat Islam Politeknik mendirikan solat Jumaat. Persoalan timbul adalah, tentang keselamatan pelajar Politeknik dan juga pelajar Sekolah Agama Teluk Kemang saya mohon kepada Kerajaan supaya mengkaji balik agar solat Jumaat di Pusat Islam Politeknik dibenarkan semula untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada pelajar Politeknik dan pada masa sama juga pelajar Sekolah Agama Teluk Kemang dan Penduduk sekitar tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, rumah mampu milik. Sebagaimana yang telah dibentangkan oleh YB EXCO Nilai sebanyak 6,949 rumah mampu milik yang telah disiapkan sebelum ini melibatkan 29 projek dengan pemohon sebanyak 49,687 pemohon dan yang berjaya adalah 7,341 pemohon. Mungkin kita rasa inilah satu peluang dan ruang untuk kumpulan-kumpulan B40 untuk memiliki rumah. Dan saya mencadangkan supaya syarat-syarat permohonan tersebut dikaji semula, agar ia dapat membantu mereka yang juga mempunyai rumah untuk memohon. Mungkin ramai lagi di kalangan kita di kalangan B40 di kalangan mereka terutama ada untuk mendengar bab kediaman ialah satu benda yang perlu untuk kita bakal kediaman selesa insya-Allah akan melahirkan masyarakat yang sejahtera dan gemilang. Dan juga saya mencadangkan supaya Kerajaan menyediakan pinjaman mudah untuk pemohon tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, pada sidang DUN yang lepas saya telah bertanya dengan kedudukan Kompleks Sukan Telok Kemang. Sebagaimana yang kita tengok bahawa satu kompleks yang tersergam indah sebelum ini dan kini seakan terbiar dan entah ke mana nasibnya. Inilah orang kata peluang untuk anak-anak muda yang hadir ke Port Dickson dan juga anak muda Port Dickson sendiri untuk terlibat berekreasi di situ, tetapi agak malang kerana kedudukan pusat Sukan itu dan kompleks sukan itu tidak sebagaimana yang kita jangkakan. Dan saya bersetuju supaya Kerajaan mengambil serius Kompleks Sukan dulunya tersergam indah dan sekarang tidak ada seolah-olah hidup mati segan tak mahu. Dato’ Yang Dipertua akhir kata, saya yakin bahawa dengan kerjasama semua pihak Kerajaan agensi berkaitan pihak berkuasa tempatan dan rakyat insya-Allah kita maju, kita mampu mewujudkan Negeri Sembilan selamat makmur dan sejahtera. Bagan Pinang dengan ini mohon menyokong titah Diraja. Sekian, Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Pinang.
Dato’ Speaker, boleh mencelah? aa saya nak bertanyakanlah eh apa hujahan daripada Bagan Pinang tadi. Hari ni tadi saya lalu di Seremban 2, Bagan Pinang cakap pasal landskap. Jadi saya nak tanyalah kepada pihak Majlis Bandaraya Seremban pokok macam
mana yang nak dicantas ni? Pokok yang tak selamat ni macam mana? Sebab di taman rumah saya ni pokok itu pokok landskap cantik. Saya saya rasa tingginya baru dua puluh kaki. Dahannya tak adalah sampai ke tengah jalan pun. Dibantailah potong botak, kita ni, Bandaraya Seremban ni, bandar raya penempatan, kita nak jadi bandaraya indah, cantik. Bandaraya hijau, ni yang dipotong pokok yang tak bersalah itu kenapa? Kadang-kadang kita nak tengok juga. Pokok yang dipotong ini pokok yang ciri-ciri apa yang tak selamat dipotong ni. Aa saya mohonlah pihak Majlis Bandaraya Seremban kaji balik. Kalau nak bagi kontrak pada kontraktor semata-mata nak bagi aaa kontraktor ni kontrak semata-mata nak bagi dio kojo tapi tidak mengindahkan Bandaraya Seremban ataupun Negeri Sembilan, janganlah membazir duit rakyat. Saya terus terang cakaplah, kadang-kadang benda yang diadu oleh Bagan Pinang tadi contohnya tak dibuat. Pokok yang cantik dicantas. Dah lah kek rumah saya pula itu. Ha ni saya kena cakaplah. Ha. Jauh ada sepuluh kaki daripada jalan. Jalan dia pun tiga lorong. Cantik, elok, bulat dua puluh kaki tinggi. Sebab kontrak dapat kojo, nak siapkan dalam masa dua minggu dibantai...
Yang Berhormat, Yang Berhormat mencelah ke tadi?...
Haa…
Mencelah yang mana?
Pasal landskap lah, saya setujulah apa yang Bagan Pinang cakap tapi bila kita sebagai Kerajaan nak ambil tindakan, jangan kita bazirkan duit rakyat Yang DiPertua.
Tapi ucapan dia dah habis…
tak boleh macam itu. Saya kalau benda betul saya cakap betul. Benda salah saya cakap salah.
Ye lah, tapi….
Jadi, saya mohon tindakanlah daripada Majlis Bandaraya Seremban supaya kaji baliklah kontrak-kontrak macam ni. Pilih tempat yang betul-betul yang nak dipotong yang mengganggu keselamatan pengguna jalan raya ha potonglah. Tak ada masalah. Terima kasih Yang Dipertua.
Terima kasih Jeram Padang.
Saya menjemput Yang Berhormat Lobak.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lobak ambil peluang ini ucap tahniah dan syabas bahawa kerajaan perpaduan ah yang utama yang perhatian rakyat ah hasilnya golongan B40. Yang lebih kesan iaitu aspirasi warga emas. Tak kira dia orang kaya ke, orang miskin ke, semua warga emas dapat RM200. Inilah memang satu insentif yang paling kesan sekali ramai orang yang kaya pun tak tahu ofis kita ni dia bila angkat wang dia pun terima. Aa kerana dia terima untuk kami buat ah aa charity untuk dengan izinnya kepada yang orang yang kurang nasib. So saya harap insentif ini kena berterusan berteruskan.
Dato’ Yang Dipertua, setiap dasar itu bila ada dasar yang baru mestilah adalah aa tindakan balasannya sendiri. So kami harap setiap insentif ke atau setiap dasar yang diadakan atau dirancangkan oleh kerajaan. Kami kena aa ada cara dia. Macam tadi Jeram Padang cakap ni yang pokok tu. Memang ada sebahagian kontraktor tu dia tempat yang betul sekali. Macam di Kawasan Lobak yang sebelum Taman AST aa pokok ini sudah minta lama ah kerana dapat dicantas dan ditebangkan tapi sini saya pun highlight satu kawasan. I think MBS ada ah yang di kawasan Taman Sri Amper ah saya pun ada suara kepada yang ah pegawai tertentu lepas itu dia kasi betulkan kerana masa itu kontraktor pergi cantas pokok-pokok di tanah persendirian. Kerana kerja senang. Ini tak betullah itu. So kami harap mungkin apa projek-projek ni kami kena pantau sebagai ADUN tu, kami kena turun padang selalu atau runding dengan aa PBT bahawa projek ni kat mana, buat apa? Dia kena buat laporan, kepada Ahli Majlis atau aa bandaraya atau aa ADUN. Kena beritahu dulu barulah jalan kerja-kerja yang dikontrakkan. So inilah satu pandangan. Kami harap MBS, PBT sudah berbuat baik berbanding zaman dulu tapi dia masih ada peluang untuk bertambah baik lagi demi kepentingan aa kepentingan rakyat dan kepentingan negeri kita ini.
Dato’ Yang Dipertua semalam kami dapat berita yang baik dari Sikamat bahawa di Kampung Sepi kerajaan sudah dapat satu tanah kubur cina dan tanah kubur untuk orang Cina, orang India dan agama Islam. Tahniahlah kerana memang satu kerajaan yang betul-betul memprihatian dan utamakan keperluan rakyat. Semua rakyat. Tak kira bangsa. Tapi kami cadangkan bahawa semalam saya ada suarakan bahawa aa yang kos untuk pengebumian itu memang sudah lari dari channel itu. So kami cadangkan yang satu tanah di Kampung Sepi itu, kami cadangkan saya berunding dengan aa EXCO Arul. Dia kami harap diuruskan oleh MBS. Diuruskan MBS dan control dengan harga dia. Selaras dengan perkhidmatan untuk aa agama Islam dan Kristian. MBS angkat urusan dia dan untuk aa selaras dengan perkhidmatan dia. Bagilah aa golongan yang B40 dapat satu pilihan yang aa lebih senang
dan lebih tak ada tekanan, harga yang lebih patut untuk mereka jalankan aa untuk pengkebumian mereka. Yang ada wang atau mampu yang lagi tinggi dia boleh pilih lagi perkuburan private side dengan swasta tu. So inilah cadangan kita. Kami harap tanah itu dapat diuruskan oleh MBS.
Dato’ Yang Dipertua seperti yang sebahagian besar itu MVV 2.0 semalam ramai orang aa tanyakan bahawa satu projek yang nampak berjaya dikawasan DUN Lobak ini memang sebahagian adalah aa ekonomi untuk hijau industri. So kami harap Lobak ni di kawasan Bandaraya Seremban Utara. Memang kawasan jauh dari pembangunan kerana MBS ni dia utamakan di sebelah berat ni aa aa sini, utara ni kerana bersambung dengan Mantin atau Semenyih sampai Broga, Semenyih, dia satu jalan yang utama untuk dibangunkan. So kami harap, harap perancangan MBS supaya boleh susun, susun semula atau tengok apa cara dia yang pertama, harap jalan Tun Dr. Ismail itu. Saya berapa kali suara di dewan yang mulia ini bahawa jalan yang utama ni pun dekat dengan istana diraja, bukit yang diraja ni jalan kena di naik taraf. Tapi nampak sekarang ada JKR ada, ada tengah cadangan saya tapi dia turap sebahagian-sebahagian kerana ada sungai atau aa longkang bongsu, susah nak besarkan jalan itu. Kami harap tapi untuk bersambung ke LEKAS Highway kena dinaik taraf, tak kisah macam mana kerana zaman ni sudah lain lain tak akan satu masalah tak boleh diselesai dengan cara zaman sekarang yang utama sekali di jalan masih menghadapi banjir kilat. Ini satu point dirumah pangsa, Templer 1 ni sekarang ni nampak ada hujan lebat sekali jalan mesti dibanjir kilat walaupun dia dekat dengan Sungai Temiang kerana dekat Temiang Sahaja tak sampai lima puluh meter. Ha tapi hairanlah. So justeru itu saya minta JKR kerana jalan ni memang jalan persekutuan sekurang-kurang tu upgradekan sistem perparitan di Jalan Tun Dr. Ismail tu, tak panjang. Kalau tak salah saya hanya 300 meter saja. Harap boleh diadakan ha dalam tempoh yang terdekat sekali.
Dato’ Yang Dipertua kami sini pun ucap tahniah dan terima kasih ke MBS khasnya Datuk Bandar aa Datuk Bandar aa Bandaraya kerana mengizinkan saya mencahayakan Jalan Tan Sri Manickavasagam kerana kami nak aktif balik satu kawasan yang pekan lama ni bukan senang kerana Lobak ni memang satu kawasan yang tinggalnya kebanyakan warga emas zaman-zaman itu sudah lama aa yang tinggal sana itu semua warga emas yang muda itu semua pindah ke S2 aa Kepayang sana tapi sini kawasan itu kami tak akan satu pekan lama masa malam itu pun senyap sunyi saja. So kami sekarang satu projek mencahayakan dengan pakai aa lampu LED aa kos yang tak tinggi so saya terima kasih kerana MBS bagi sokongan yang penuh untuk saya mengaktif balik aa kawasan di Lobak ini.
Dato’ Yang Dipertua kami dapat maklumat dari UPU 2023 di Negeri Sembilan ini di Negeri Sembilan yang ada lebih kurang 15% yang berpendapatan bawah RM1500. Erti itu miskin tegar, tegar. So kami harap dengan kerjasama semua pihak dengan aa Daerah Seremban dengan JKM dengan agensi-agensi yang tentu kami boleh membantu dengan secara yang untuk mendorong menolong golongan yang 15% ini ha aa lepas dari miskin so kami harap aa intensif-insentif yang yang diadakan oleh kerajaan perpaduan ini kena pastikan bahawa yang kurang ini mesti 100% semua orang boleh dapat insentif yang bantuan dari kerajaan aa perpaduan kita ni. Dato’ Yang Dipertua saya Lobak menyokong penuh perasaan tuanku berkenaan kualiti projek. Tuanku ada bercadangkan projek kualiti ni kena diutamakan. So saya ni cadang kerajaan kita ni menubuhkan jawatankuasa penyeliaan projek lintas parti. yang boleh memantau supaya setiap projek ini kena pastikan dia 100% berjaya. Saya bagi contoh di Banggawan yang dekat Bukit Diraja tu satu tanah runtuh sudah tiga kali baikpulih. Saya pun tak tahu. Kejuruteraannya macam mana. Dia macam ni BQ dia. Jadi yang baik pulih projek baik pulih ini boleh berulang-ulang tiga kali. Tak faham. Saya bukan orang expert. Aa mungkin aa ni satu kena diberi perhatian. Terima kasih kerana nampak Duli Yang Maha Mulia pun serius dengan kes ini, kami harap inilah boleh diselesaikan dengan yang secepat mungkin.
Dato’ yang demikian, Dato’ Yang Dipertua di sini saya pun nak ucap tahniah dan terima kasih kepada SAINS bahawa di Taman Bukit Berlian, satu baris rumah 22 buah rumah tu setiap bulan mesti ada dua kali atau kurang-kurang satu kali paip bocor. So lepas kami bersuara di dewan ni berunding dengan SAINS dengan pegawai-pegawai yang tertentu itu. Mereka bagi bantu dan tukarkan sebaris paip yang lama itu. Kerana paip air itu sudah lama 20 tahun lebih. Memang 20 tahun lebih punya paip. Sikit kerana tak cukup taraf kah atau kualiti dia sikit ha aa itu tekanan air atau lori besar lalu, ini mesti bocor. So jadilah gangguan bekalan air di Taman Bukit Berlian, tapi lepas kami dapat peruntukan yang dari SAINS, sekarang sudah baiki itu. So kami terima kasih bagi penduduk di Bukit Berian, ucapkan terima kasih dan rakamkan di dewan yang mulia ini, bahawa yang masalah ini dapat diselesaikan dengan fasa by fasa. Tak akan dia diselesaikan dengan segera, tapi sekurang-kurang itu ini sudah tiga tahun Ah tapi akhir sekali pun dapat diselesaikan. Terima kasih lagi sekali SAINS. Kerana di Lobak semalam saja yang kontraktor dia jalan itu dijalan utama Jalan Manickavasagam bila ada paip bocor. Dia dengan sekular itu dia tampal turap jalan. Tapi satu hari itu kerana mungkin yang bawa air itu dia ada tak tak cukup keras. Lepas satu hari dia mantap lagi. So kami harap yang kontraktor yang dapat projek ini kena hati-hati. Aa kerana baru saja tadi pukul tengah hari dia turap balik. Yang saya nak highlight sini bahawa ini jalan utama. Motosikal ada, kereta ada, kami demi kepentingan pemandu kereta, demi kepentingan motosikal ni
jalan-jalan yang bahaya ni kena di perhatiankan dengan double up. Dengan izin-Nya tak akan berlakukan kemalangan.
Dato’ Yang Dipertua sekali lagi saya di dewan ini saya izin saya merayu kerana di kampung orang asli di Negeri Sembilan ni seramai banyak 69 Kampung Orang Asli tapi yang tulis aa jawapan tadi tulis sini dia ada beritau bahawa masih ada 21 kampung orang asli belum mendapat sumber air bersih Kampung Orang Asli sebanyak 21 lagi. Belum dapat lagi sumber air bersih. So kami harap kerana yang antara dua itu di kawasan saya ialah Kampung Belihoi dan Kampung Orang Asli Sungai Raya. Masih belum dapat sumber air bersih. Zaman ni zaman apa? Jikalau banding zaman 10 tahun lepas mungkin tapi kami harap kami kena sama-sama utamakan rakyat-rakyat yang tinggal dikampung orang asli, pakai jikalua tempat yang saya nyatakan Belihoi atau Sungai Raya mungkin dia di atas bukit. Tinggi sangat itu. Tapi sekarang zaman ada pam air, tengoklah. Kira baik-baik peruntukan pam itu ah kami yakin bolehkah? Tak yakin jikalau boleh? Kami harap yang dua kampung itu bukan dua saja di Lobak. Kami harap seluruh kampung aa kampung ada sini 21. Semua boleh seperti kita ni semua dapat sumber air bersih. Inilah yang minta tadi Lobak.
Dato’ Yang Dipertua, tentang pendidikan Lobak ni nak menyentuh bahawa TVET seperti yang disentuh oleh rakan-rakan yang lain memang betul pendidik TVET ini kena diutamakan. Kerana kami negara kita nak jejak ke industri 4.0 ni kena ada ramai budak-budak yang generasi baru yang cerdik, yang pandai dalam TVET tanpa TVET pembangunan kilang pembangunan teknologi yang highintech ni tak akan dijalan dengan lancar. Inilah semua orang tahu tapi tapi kami harap yang TVET ni boleh dirancang dengan lebih baik lagi. Kami dimaklumkan bahawa TVET sekarang ni berbanding lima tahun lepas memang anak kita ni sudah tambah baik tapi tak cukup baik. Kami harap yang TVET sekarang ni boleh kerjasama dengan kilang atau training aa itu boleh. Boleh diadakan aa kami sekarang ni bila generasi kita champion dalam TVET ni majukan negeri ini tak akan ditinggalkan. Dato’ Yang Dipertua, sini saya pun nak highlight sikit kerana TVET ni kami pun sokong anak Melayu, orang India, orang Cina tu sama-sama diutamakan, dimajukan. Demi kepentingan negeri dan negara kita ni. Tapi saya di dewan yang mulia ni saya nak kasi aa highlightkan bahawa ramai lagi orang Cina dan orang India ni mereka pilih di swasta. Mereka bayar di swasta. So saya cakap jadi saya cadangkan TVET yang di bawah kerajaan pusat atau di TVET di bawah kerajaan negeri. Kami cuba dengan cara yang mereka sedia bayar. Boleh belajar di TVET swasta. Mengapa kami sini kerajaan tak akan cari tengok apa yang pilihan mereka. Kerana dia ada sebahagian cakap ni yang kursus di aa tawarkan Kerajaan ni yang bukan mereka nak atau yang tempat mereka tinggal tu yang tak sesuai ataupun aa mereka
tempat yang cukup aa permintaan mereka. So kami harap TVET kerajaan pusat atau tempatan boleh kaji semula bahawa semua anak ni akan ibu bapa mereka tak akan bazir wang. Di swasta boleh belajar di TVET kerajaan kita ni. Dato’ Yang Dipertua kerana TVET ni ada budak yang pandai pun ada masuk TVET tapi yang kurang akademik itu sebenarnya di golongan Cina ramai juga orang yang cuba nak masuk TVET tapi mungkin kurang faham bahasa kerana yang kurang akademik ni orang Cina. Dia sampai Bahasa ibunda dia pun tak pandai. Bila dia dah pandai bahasa lagi susah. So saya cadangkan, demi kepentingan generasi kita ni mungkin sebahagian ni yang orang Cina ke, orang Tamil dia boleh kasi sikit kekurangan, TVET ni hand on. Dengan izinnya 70%. Bukan dia nak baca teori hanya 30% saja. Kami harap boleh tawarkan satu kursus yang beri kaji apa yang sesuai bahawa anak-anak kita ni tak kira orang mana orang Melayu kah, orang Cina kah,orang Tamil. Sama-sama ada peluangnya, belajar TVET di kerajaan. Inilah dari Lobak. Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya ucap tahniah kerajaan perpaduan kita bawah bimbingan Sikamat kerana insentif nampak semalam dia yang reach out itu sampai anak lahir hingga warga emas. Semua lapisan ada dalam kandungan dia. So sekali lagi saya anggap peluang ni tahniah dan Syabas bagi kerajaan kita ni dan saya Lobak sokong Titah Diraja ni. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Lobak. Saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Gemencheh.
Assalamualaikum WBT, salam sejahtera, salam Negeri Sembilan Negeri Sembilan Bersih, Muafakat Sejahtera, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Menteri Besar Yang Berhormat Datuk Seri Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Yang Berhormat ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pengarah-pengarah dan ketua jabatan serta ahli dewan sekalian. Saya saya berbesar hati menjunjung kasih menjunjung kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, pertama sekali marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat AllahSubhanahuwataala atas limpah dan rahmat kurnianya sehingga kita dapat berkumpul dalam sidang dewan yang mulia ini. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan iltizam saya ingin menyampaikan beberapa perkara yang menjadi keutamaan demi kemajuan negeri kita yang tercinta ini. Dalam usaha membangunkan Negeri Sembilan adalah menjadi amanah besar kita semua kepada sebagai pemimpin untuk pastikan setiap langkah yang diambil mencerminkan keprihatinan terhadap keperluan rakyat. Kita telah menyaksikan pencapaian yang membanggakan dalam aspek ekonomi sosial dan pembangunan infrastruktur di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco Kanan Bersama Exco Kanan serta Exco-
Exco Kerajaan Negeri. Dengan itu saya menyeru semua pihak untuk terus bekerjasama secara kolektif agar kesinambungan pencapaian ini dapat diteruskan. Sebagai wakil rakyat, fokus utama saya adalah memastikan bahawa dasar dan projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan negeri memberi impak positif kepada kehidupan rakyat. Kita perlu mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui program-program yang inclusive, memacu pertumbuhan ekonomi yang lestari memelihara dan memperkukuhkan warisan budaya dan adat yang menjadi identiti negeri kita. Selain itu, saya ingin menyuarakan sokongan penuh terhadap perlaksanaan pelan pengurusan kewangan madani yang telah dirangka dengan teliti. Pelan ini bukan sahaja mencerminkan visi Kerajaan negeri untuk mencapai cita-cita besar tetapi juga menekankan integriti dan amanah dalam menguruskan kewangan negeri. Tidak lupa saya ingin menggesa agar kepentingan pendidikan dan pembangunan modal insan terus menjadi keutamaan kita.
Pertamanya Dato’ Yang Dipertua, ramai ibu bapa di, di kawasan luar bandar menyuarakan kebimbangan terhadap kekurangan fasiliti pendidikan termasuk keadaan pembangunan sekolah yang uzur serta kekurangan akses kepada teknologi moden seperti internet kelajuan tinggi. Kita perlu memastikan bahawa anak-anak Negeri Sembilan mempunyai peluang yang setara untuk lebih cemerlang dalam akademik dan kemahiran terutamanya dalam bidang aliran STEM dan TVET. Dato’ Yang Dipertua, di kesempatan ini saya berdiri dengan penuh rasa bangga untuk menyampaikan ucapan tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, pada guru-guru, ibubapa dan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan luarbiasa dalam keputusan SPM 2024. Keputusan ini dicapai bukan sahaja menjadi bukti usaha gigih pelajar tetapi juga dedikasi yang tidak mengenal lelah daripada pihak pendidik. Sokongan teguh ibubapa dan pengurusan pendidikan yang berwibawa tahun ni, tahun 2023, 14 pelajar telah mendapat straight A dan alhamdulillah bagi tahun 2024, 26 pelajar mendapat straight A di Tampin. Saja, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan kriket SMK Bukit Rokan yang mendapat johan kategori lelaki dan tempat ketiga kategori Perempuan Kejohanan Kriket Sekolah-Sekolah juara, Peringkat Kebangsaan Bawah Tujuh Belas Tahun di Terengganu baru-baru ini. Inilah bukti bahawa Gemencheh, lubuk lahirnya atlet-atlet kriket sukan yang yang mengharumkan nama Negeri Sembilan dan juga Gemencheh telah apo telah terlibat dengan aa filem crepe filem Gemenchey Boy eh yang memaparkan tentang sukan kriket dan saya mengharapkan sukan SUKMA pada tahun tahun akan datang aa sukan kriket ini hendaklah menjadi keutamaan kepada negeri kita dan saya sangat apa Tak, tak apa, tak, tak sedap hatilah pada tahun lepas aa kita sukan kriket ni kita tak terlibat. Walaupun kita dah difilemkan. Kan? Kita
pasal Negeri Sembilan kita takda kan, tak ada pasukan kriketnya untuk aa pasukan Negeri Sembilan. Kecewa jugalah. Kita masa itu kan. Aa dan saya mengharapkan aa tahun akan datang sukan kriket ni adalah sukan utama untuk aa kita mendapat pingat dalam aa SUKMA kita.
Dato’ Yang Dipertua, kos sara hidup, menjadi cabaran utama yang kebanyakan rakyat kita pengangkutan awam, harga makanan asas yang meningkat dan perumahan mampu milik dan yang perlu terus menjadi keutamaan dalam perancangan dasar negeri golongan B40 memerlukan lebih banyak sokongan terutamanya melalui progress seperti skim kesejahteraan rakyat saya ingin menyampaikan cadangan kepada kerajaan negeri berkenaan keperluan untuk membangunkan rumah mampu milik khususnya bagi golongan B40 di kawasan saya. Saya mencadangkan di kawasan Air Kuning dan kawasan aa Punggo. Kita telah mereservekan untuk perumahan tapi dah puluh tahun kita pun tak selesai lagi masalah perumahan kita di kawasan Air Kuning dan aa Punggo ni. Dan usul ini adalah penting bagi memastikan golongan berpendapatan rendah di kawasan saya dapat memiliki kediaman yang lebih selesa terutamanya memperbaiki kualiti hidup mereka. Langkah ini bukan sahaja membantu dalam menyediakan tempat tinggal yang berkualiti tetapi juga menyumbangkan kepada pembangunan sosioekonomi setempat. Saya percaya tindakan ini mampu memberi impak positif yang besar kepada masyarakat setempat. Oleh itu saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk menimbangkan usul ini dengan lebih serius.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga sering menerima banyak aduan tentang kekurangan perkhidmatan kesihatan di kawasan pendalaman termasuk bilangan doktor dan farmasi yang tidak mencukupi seperti kekurangan ambulans penambahbaikan infrastruktur klinik desa, klinik kesihatan hospital juga amat diperlukan termasuk keperluan penambahan ambulans demi kemudahan rakyat. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin membawa aa membawa perhatian Dewan satu isu penting melibatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan Gemencheh. Klinik Kesihatan Gemencheh telah memainkan peranan yang sangat signifikan dalam menjaga kesihatan masyarakat.
Namun terdapat kekurangan fasiliti khususnya ambulans yang menjejaskan kecekapan aa kecekapan dan kelancaran perkhidmatan kecemasan. Ini sering berlaku aa kepada bila dia berlaku kemalangan ,aa saya pelik kenapa boleh sampai setengah jam ke satu jam ambulans pun sampai ke ke tempat kemalangan dan saya jugalah selalu diasak ya oleh masyarakat kenapa ambulans ni lambat aa itu itu yang dimaklumkan kita kekurangan ambulans kalau kita aa ambulans dia dah keluar kita dah tak ada backup back up pun mungkin lambat kan kita harap ada
penambah aa baikkanlah untuk aa ambulans di aa klinik Kesihatan Gemencheh. Dan kadang-kadang saya pun terpaksa pergi pergi meredakan keadaan itu. Pergi jumpa masyarakat itu meredakan keadaan. Ada masa itu saya bawa sendiri ke klinik. Kan untuk untuk aa mempercepatkan aa aa mereka ke klinik ni. Dan dalam keadaan darurat, ambulans adalah nadi penyelamat kepada nyawa rakyat kita. Kekurangan ambulans bukan sahaja melambatkan proses rawatan tetapi juga meningkatkan risiko kepada pesakit yang memerlukan tindakan segera. Saya menggesa kerajaan negeri untuk mempertimbangkan penambahan ambulans bagi Klinik Kesihatan Gemencheh. Langkah ini bukan sekadar meningkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan tetapi juga melambangkan komitmen kita terhadap kesejahteraan rakyat-rakyat kita. Harapan saya pihak kerajaan akan segera mengambil tindakan proaktif bagi menangani isu ini demi kepentingan masyarakat yang memerlukan terutamanya di DUN Gemencheh. Dan satu lagi isu tentang kesihatan ni tentang aa PERKESO Dato’ Yang Dipertua, aa saya sering dimaklumkan aa doktor-doktor yang memberi laporan PERKESO ni amat tidak membantu pesakit-pesakit. mereka yang dah tak boleh bekerja itu ada satu contohnya satu kes di kawasan saya aa beliau perlu aa membuat apa cuci darah apo namo eh tu? Aa dialisis kan aa membuat dialisis empat jam sekali tapi laporan doktor cakap tak boleh bekerja boleh-boleh masih boleh bekerja. Macam mana dia nak bekerja kalau empat jam sekali? Kan contohnya kalau lah macam tuan-tuan speaker kan nak duduk sini satu hari tak dapat lagi dahkan nak pi bekerja empat hari empat jam sekali nak keluar empat jam sekali nak keluar…
Sokong-sokong…
kita kita harapkan aa kita ada satu garis panduan yang baik untuk rakyat kita. Bayangkanlah empat jam sekali, takkan nak kerja, sapo nak ambik kojo kan? Kalau sey pun takkan nak ambik kojo empat jam sekali dia nak keluar. Macam tu lah.
Bagilah contoh orang lain. Jangan bagi speaker. Kita sini tiga jam biasa je.
Kita mengharapkan aa Kerajaan mengambil aa apalah mengambil penguatkuasaan apa garis panduan itu kita perlu sediakanlah untuk doktor-doktor ini untuk membantu lebih membantu masyarakat kita diluar sana. Dan Dato’ Yang Dipertua, masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan perlu diberikan perhatian segera. Selain itu,kempen kelestarian alam sekitar perlu terus diper diperkuat termasuk pengurusan sisa dan inisiatif hijau untuk menangani isu perubahan iklim yang semakin meruncing. Projek seperti menaik taraf
infrastruktur air dan jalan perlu juga perlu dilaksanakan dengan pantas dan efisien.
Contohnya Dato’ Yang Dipertua aa di kawasan saya yang masalah tak selesai pembetung di jalan besar Bukit Rokan, Felda Bukit Rokan, yang masih belum dinaikitaraf. Sampai, sampai kini. Ini kerana pembentung itu adalah punca banjir kilat di Bukit Rokan dan saya rasa tahun ini dah sudah empat kali eh Felda Bukit Rokan dilanda dilanda banjir. Dan puas jugalah saya nak basuh sekolah hari itu tiap-tiap kali banjir. Yang tak terdayo dah setiap kali banjir kita nak pi basuhkan. Tapi Alhamdulillah aa saya mengharapkan aa pihak JKR atau kerajaan negeri akan aa apa menaiktaraf pembentung aa tersebut dengan aa secepat mungkin. Selain menekankan kempen kelestarian alam sekitar saya ingin membawa perhatian kepada satu isu macam mana pencemaran udara yang membimbangkan, iaitu bau busuk dari najis Ayam yang tidak terkawal. Terutamanya sekali di Kawasan Gemencheh. Isu ini bukanlah masalah baru tetapi telah berulang kali terjadi. Menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat dan menjejaskan kualiti kehidupan mereka. Keadaan ini menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan dan hujan. Apabila bau najis lebih menyengat. Situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan penduduk malah memberikan imej negatif kepada kawasan saya yang sepatutnya menjadi tempat harmoni untuk menyambut musim perayaan. Kalau kita di tempat saya kalau tengah-tengah nak Maghrib dan bawa ke malam itu saya rasa satu rumah itu baru tahi ayam. Aa itu kita kita saya pun kadang-kadang dah dah tak tahan dah dengan aduan-aduan ni kan. Aa tapi dengar-dengarnya lagi ada juga KM diluluskan untuk untuk aa kilang ayam ni.
Saya pun tak faham. Saya rasa saya dah bawa ke sidang dewan ni banyak kali. Tapi masih ada KM diluluskan di kawasan Gemencheh. Tapi mohon nanti kita rujuk balik aa permohonan KM-KM yang lain yang mungkin akan di, di, dikeluarkan. harap aa kerajaan negeri tidak meluluskanlah KM-KM yang baru untuk reban ayam ni. Yang ada pun kita dah tak boleh tahan, ni kan tambah lagikan? Dan oleh itu saya memohon agar Jabatan Berkaitan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan lebih tegas dan pemantauan berkala perlu dilakukan khususnya di kawasan Gemencheh. Dan pada waktu-waktu ketika seperti musim perayaan untuk memastikan pengurusan sisa dari ladang ayam dijalankan dengan lebih berkesan. Kalau kalau tak percayalah harap-harap alam sekitar datanglah waktu Maghrib. Saya kata terdayo tak. Tak pun beli rumah kat Moncheh. Den raso lari. Kan? Aa tapi Alam Sekitar kena tengoklah selalu dengan veterinar untuk aa kita memantau lebih baik di kawasan saya. Pada masa yang sama, pengusaha ladang ayam di kawasan ini perlu memastikan dipastikan mematuhi garis panduan pengurusan sisa yang telah ditetapkan serta mengambil
langkah tambahan bagi mengurangkan impak kepada masyarakat setempat. Saya percaya bahawa dengan usaha bersama dan kesungguhan dari semua pihak kita mampu mengatasi masalah ini memastikan kesejahteraan rakyat serta kebersihan kawasan kita terpelihara walaupun ketika musim perayaan.
Dato’ Yang di-Pertua kita harus memastikan peluang pekerjaan yang berkualiti dan setara sampai kepada seluruh rakyat termasuk golongan belia. Program seperti itu dan projek pelaburan mega contohnya F&N AgriValley perlu diperluaskan supaya lebih ramai penduduk dapat meraih manfaat khususnya di Gemencheh. Diharapkan Kerajaan negeri lebih memberi projek tambahan eh untuk di Gemencheh. Aa janganlah bagi dokek tompek lain-lain yo kan. Bagilah Gemencheh lebih sikit. Setakat ni Gemencheh belum ada projek besar lagi kan? Diharapkan aa kerajaan negeri melihatlah aa projek-projek yang besar ni di letak di Gemencheh. Dan aa
Dato’ Yang Dipertua saya ingin aa menyentuh isu aa caj pajakan tanah kerajaan, kerajaan negeri menyedari menyedari bahawa penternak dan pekebun di Gemencheh berdepan cabaran yang berat akibat kadar sewa pajakan tanah kerajaan yang tinggi iaitu RM1,500 setahun bagi setiap hektar bermaksud RM500 satu ekar tapi mencadangkan supaya kerajaan negeri mempertimbangkan perkara-perkara berikut iaitu kajian semula kadar sewaan dilakukan dianalisis, komprehensif terhadap kadar sewaan pajakan tanah sedia ada dengan mengambil kira faktor-faktor seperti penempatan, purata penternak dan pekebun kecil, kos operasi dan kemampuan mereka untuk terus bertahan dalam industri tersebut. Menetapkan dan memperkenalkan kadar sewaan berbeza berdasarkan kategori tanah dan penggunaan contohnya tanah untuk ternakan dan tanaman bagi memastikan kadar sewaan yang lebih adil dan selaras dengan penggunaan tanah. Kebanyakan mereka aa penternak-penternak kecil yang aa lembunya lebih kurang tiga puluh ekor, dua puluh ekor kan? Lima puluh ekor paling banyak saya rasa. Tapi kalau dah kono RM1,500 satu hektar, larilah kut. Kan? Dia setiap setiap saya sepuluh ekar ke satu, satu pengusaha.
Makna satu tiga hektarlah lebih kurang kan. Aa nak dibayar sebanyak RM4,500, itu agak membebankan merekalah. Itulah aduan-aduan yang sentiasa aa saya terima di Kawasan Gemencheh ni. Dan kita juga perlu mengadakan sesi rundingan dengan penternak dan pekebun untuk mendengar rintihan mereka secara langsung. Dan melibatkan mereka dalam proses menentukan kadar sewaan yang baru. Dan juga kita juga mengharapkan agensi terlibat menawarkan program-program sokongan tambahan seperti geran subsidi atau bantuan teknikal untuk
membantu penternak dan pekebun menampung kos operasi mereka. Perkara ini sering sering dibangkitkan bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan ke atas penternak dan pekebun seterusnya memastikan kelangsungan ekonomi tempatan yang berdaya tahan.
Dato’ Yang Dipertua, ini adalah satu isu yang saya rasa amat besar jugalah di kawasan saya iaitu isu kiosk judi online, saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini terhadap isu yang semakin membimbangkan iaitu kewujudan kewujudan kiosk judi online di kawasan Felda dan sekitar Gemencheh. Aktiviti perjudian ini juga bukan sahaja melanggar undang-undang malah ia ia memusnahkan nilai-nilai murni, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat kita. Di Felda ba pagi tadi sebelum masuk dewa pun hantar kat saya di Felda Bukit Rokan Utara. Ada yang buka kiosk eh di kawasan Felda yang saya rasa majoritinya Melayu. Di Bukit Rokan, di Felda Bukit Sungai Kelamah, di Felda Bukit Jalur, semua ada kios. Dan di Pekan Gemencheh yang saya dapat pastikan ada empat pintu aa kiosk aa judi online ni. Dan saya dengar telah melaporkan perkara berikut. Katakan ini hari dia operasi, dua hari lepas itu dia buka balik. Dua hari lepas itu dia bukak balik kedai itu kan saya rasa rasa kecewa jugalah dengan kita tak boleh selesaikan masalah judi online ni dan saya aa sering diadukan perkara-perkara aa sebeginilah selalulah orang tengah malam pun orang WhatsApp kan yang mengatakan kedai judi online ni buka kenapa tak kita tak ambil tindakan dan saya harap aa agensi-agensi aa seperti PBT dan polis akan sentiasa memantaulah dan mengadakan operasi penguatkuasaan, menggubal dasar yang lebih ketat serta menjalankan program kesedaran awam mengenai bahaya judi online. Dalam masa yang sama kita perlu menyediakan alternatif yang bermanfaat seperti program pembangunan ekonomi dan dan sosial untuk komuniti Felda agar mereka mempunyai pilihan yang lebih baik. Saya yakin dengan tindakan tegas yang dilaksanakan kita dapat mencegah permasalahan ini daripada terus merebak dan mengembalikan kesejahteraan kepada masyarakat Felda serta rakyat di kawasan Gemencheh.
Dan saya juga ingin menyentuh tentang jawatan Timbalan Speaker saya ingin mengusulkan kepada kerajaan negeri agar mewujudkan juga jawatan Timbalan Speaker di Dewan Undangan Negeri yang mulia ini jawatan ini saya percaya sangat penting bagi memastikan kelancaran proses persidangan dan memperkukuhkan keberkesanan institusi Dewan Undangan Negeri ini. Pertama jawatan Timbalan Speaker dapat memberikan sokongan kepada Speaker atau membantu dalam menjalankan tugasnya terutama ketika berhadapan dengan jadual tugas dijadual tugas persidangan yang sangat padat.
Sokong….sokong.
Timbalan Speaker boleh mengambil alih tugas Speaker ketika beliau tidak dapat hadir atau memastikan tiada gangguan terhadap kelangsungan persidangan. Kedua, keberadaan tugas juga boleh membantu mempercepat mempercepatkan penyelesaian isu teknikal seperti pemantauan masa ucapan ahli-ahli dewan, pengurusan konflik dalam perdebatan dan pengendalian proses pengundian. Ini dapat meningkatkan kecekapan dan ketertiban persidangan. Ketiganya jawatan ini juga adalah langkah proaktif untuk memastikan kesinambungan kepimpinan dalam dewan. Timbalan Speaker boleh dilatih dan diberikan pengalaman yang berharga untuk bersedia mengambil peranan speaker pada masa depan jika diperlukan. Selain itu, saya ingin menekankan bahawa kewujudan Timbalan Speaker menunjukkan komitmen kita terhadap prinsip demokrasi yang kukuh. Dimana setiap suara dalam dewan dihormati dan proses berjalan dengan teratur dan adil.
Saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan cadangan ini demi memperkukuh ke memperkukuhkan fungsi dan integriti Dewan Undangan Negeri kita. Akhir kata saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco Kanan serta barisan Exco kerajaan negeri, Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang sangat komit komited membangunkan negeri yang tercinta ini dan mewujudkan inisiatif-inisiatif yang amat berharga untuk rakyat Negeri Sembilan. Dan serta saya ingin ingin mengucapkan terima kasih, jutaan terima kasih kepada ketua-ketua jabatan, agensi yang sentiasa memberi kerjasama yang baik di kawasan saya dan seluruh kawasan rakan-rakan sayalah kan aa dan saya dengar lagi satu akhirnya saya ingin menyentuh sikitlah sebelum saya masuk dewan ni tentang kita punya aa pemandu-pemandulah kita punya pilot yang menyatakan tidak puas hatiannya tentang tadi isunya tak boleh makan di dewan tadi saya rasa tahun lepas aa YB Chembong dah menyebut kan tentang masalah kita punya pilot kan kita punya pilot tak boleh makan dalam dewan tadi. Apa salahnya yang lebihan kita makan mula-mula tadi ada lebihan itu bagilah dia makan. Daripada kita buang atas bungkus kan, aa kita bagilah saya harap isu ini tak tak tak dapat aa tidak boleh dipanjangkan lagilah. Kan? Kita mengharapkan kerjasama jugalah daripada aa pasukan Unit Dewan atau sebagainyalah untuk aa kita pantau perkara sebegini. Dan Aa akhir sekali saya ingin aa dia tak ada apalah Dato’ Yang Dipertua aa Gemencheh mohon menyokong sepenuhnya ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum WBT.
Terima kasih Yang Berhormat Gemencheh. Saya mempersilakan Yang Berhormat Mambau.
Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua yang memberi peluang untuk saya membahas, menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia, Tuanku pada minggu yang lepas. Jadi Dato’ Yang Dipertua, perkara pertama saya ingin aa sentuh ialah tentang pelaburan tempatan dan luar negara. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sembilan kerana mencatatkan RM7.25 bilion nilai pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 dan dia terdiri daripada RM3.43 bilion pelaburan asing dan RM3.82 bilion pelaburan domestik. Jadi satu usaha oleh Yang Amat Berhormat lagi iaitu satu usaha yang lagi oleh Yang Amat Berhormat dan rakan saya ADUN Chennah.
Satu kertas pertimbangan yang penting iaitu Cadangan Pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 telah dibentangkan di Majlis Perancangan Fizikal Negara, MPFN pada minggu lepas di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini menunjukkan kerajaan pusat pun menyokong MVV 2.0 dan memberi blessing minta izin ah aa atas pelan Pembangunan Negeri Sembilan ini. Jadi Dato’ Yang Dipertua pada tahun yang lepas saya dijemput ke Majlis Pecah Tanah di MVV City iaitu satu projek gabungan oleh Perbadanan Negeri Sembilan NS Corporation dan Kumpulan Matrix Concept. Bulan lepas juga satu liputan berita tentang usahawan aa satu satu liputan berita tentang usahasama oleh NS Corporation, ECO World dan SD Guthrie Berhad untuk membangunkan sebuah kawasan perindustrian di Bukit Pelandok. Kedua-dua pembangunan bawah Malaysia Vision Valley 2.0 yang akan memberi impak besar kepada ekonomi negeri dan mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri Sembilan. Saya ingin menarik perhatian dalam dewan ini, pertanian dan perladangan sangat penting kepada negeri dan negara. Dalam pelan untuk MVV 2.0, Daerah Jempol, Kuala Pilah, Tampin dan Rembau sebagai zon perindustrian ekopolis selain kawasan perindustrian kita jangan mengabaikan keperluan asas Dato’ Yang Dipertua iaitu penghasilan makanan bekalan makanan sangat penting kepada manusia. Kita tidak boleh bergantung kepada pembelian atau import dari luar negara. Kebelakangan ini Amerika Syarikat telah menaikkan tarif yang lebih tinggi kepada kesemua negara. Ini menunjukkan risiko dan masalah jika kita jika kita mengabaikan pembekal, pembekal makanan tempatan. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri berkenaan rancangan dan hala tuju negeri. Dalam sektor pertanian, bagaimana kita boleh membangunkan daerah-daerah tersebut kepada bandar pertanian yang boleh menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman dan meluaskan keperluan bekalan makanan tempatan. Saya
ingin mencadangkan juga supaya tanah terbiar kerajaan negeri akan boleh disewa kepada pengurusan swasta untuk pembangunan pertanian. Hasil-hasil pertanian boleh menambahkan pembekalan makanan tempatan kerajaan perlu memberi insentif kepada anak-anak negeri yang ingin melabur dalam sektor pertanian.
Dato’ Yang Dipertua jadi perkara yang kedua saya rasa ingin sentuh ialah berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026. Dato’ Yang Dipertua, tahun 2026 ialah Tahun Melawat Malaysia 2026 kerajaan pusat telah sasar 35.6 juta pelancong antarabangsa. Negeri Sembilan dan Seremban Jalan Negeri dan bandar yang paling dekat dengan lapangan terbang KLIA, pelancongan luar negara boleh access ke Seremban dengan jarak masa 45 minit. Kerajaan negeri perlu memberi usaha dan insentif yang lebih untuk mendapatkan pelancong ke Negeri Sembilan. Jadi baru-baru ini hentian bas terminal Terminal One telah siap naik taraf dan projek naik taraf stesen kereta api KTM Seremban sedang dijalankan. Ini ialah satu usaha yang amat baik untuk memberi kemudahan pengangkutan awam kepada pelancong luar negeri dan negara. Di sini juga saya ingin menarik perhatian dewan dewan tentang jalan akses ke destinasi pelancong pelancongan ke Port Dickson. Lebuh raya Seremban- Port Dickson. Dari Tol Mambau ke Jalan Rasah, kesesakan jalan ni bukan hal yang baru. Tetapi ia semakin serius pelancong antarabangsa dan domestik terpaksa guna jalan yang sesak untuk pergi dan balik ke Port Dickson. Masa 15 hingga 20 minit digunakan untuk perjalanan sepanjang 3.5km. Kesesakan lalu lintas hanya akan memberikan tanggapan yang sangat buruk kepada pelancong asing dan tempatan kita. Apabila mereka mengingati Seremban dan Port Dickson pada masa hadapan mereka hanya akan teringat kesesakan saja. Jammed saja. Bukannya keindahan pantai Port Dickson. Saya mohon perhatian pihak berkuasa dan kerajaan negeri untuk memberi tumpuan dan fokus atas kejadian ini sebab jalan ini ialah imej kepada Negeri Sembilan dan Seremban.
Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin aa menyentuhkan aa sedikit aa aduan masalah kesejahteraan rakyatlah aa ini masalah tempatan DUN Mambau jadi kadang-kadang Dato’ Yang Dipertua selaku wakil rakyat, kita kadang-kadang kita aa mendapati atau menerima apa ni aa aduan, aa aduan tempatan. Kita selalu pening kepala. Macam tadi Lenggeng ada kata, YB YB semua akan pening kepala. Sampai malam pun tak boleh tidur. Tak nyenyak tidur pun tak nyenyak. Jadi nasib baiklah kita belum belum masih kita nasib baik kita belum telan itu pil tutup pil tidur. Jadi ini memang kita lihat memang itu masalah itu tempatan itu itu biasa.
Tapi ini ialah semua boleh dikatakan satu masalah keperluan asas atau keperluan ini kehendak-kehendak rakyat setempat. Jadi aa saya ingin
menyentuh satu isu lah yang melibatkan kesejahteraan rakyat iaitu insiden penutupan jalan penutupan jalan pintas atau shortcut mohon izin antara Taman Arowana aa Dato’ Yang Dipertua, Taman Arowana ini ialah DUN Bukit Kepayang dan Taman Kerisi Indah Taman Mambau dan Taman Tropika ini ialah bawah kawasan DUN Mambau. Jadi sempadan saja. Jadi jalan pintas ini merupakan laluan yang amat penting bukan sahaja untuk penduduk-penduduk di kedua kesemua taman taman tersebut. Tetapi juga untuk ramai pengguna jalan raya yang aa yang lain. Jalan ini wujud kerana terdapat masalah kesesakan lalulintas yang teruk.
Bilangan kenderaan yang tinggi serta masa menunggu yang lama di lampu isyarat bermula permulaan jalan pintas ini telah banyak membantu penduduk taman pengalaman aa penduduk taman perumahan untuk mengelakkan kesesakan dan menjimatkan masa. Pada waktu ke waktu. Jadi saya difahamkan bahawa penduduk-penduduk tempatan telah membuat aduan berikutan peringatan trafik dan penggunaan jalan tersebut oleh kenderaan berat yang menganggu ketenteraman hidup mereka. Susulan aduan tersebut MBS telah membuat keputusan pada bulan yang lepas untuk menutup jalan pintas berkenaan selama sebulan untuk pemerhati. Jadi Saya rasa MBS hanya mengambil pendekatan hanya merawat gejala bukan punca sebenar. Menutup jalan pintas ini seolah-olah boleh menyelesaikan masalah secara mudah. Hakikatnya tindakan ini telah menyebabkan penduduk dan pengguna jalan raya di sebelah taman krisis ini terpaksa menggunakan laluan utama yang sedia ada sekaligus menambahkan lagi kesesakan lalulintas kawasan tersebut.
Di sini saya juga ingin bertanyalah atau menegurlah kadang-kadang kita buat yang perkara yang baik kita pujilah. Kalau perkara yang kurang baik kita kena bagi sikit teguran. Okey. Jadi saya ingin menegur dua orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Exco yang terlibat iaitu Exco Nilai, Exco Nilai takda dan Exco Bukit Kepayang. Walaupun kedua-dua Exco ini telah beberapa kali turun, turun padang untuk meninjau keadaan. Namun sehingga kini masih gagal mengemukakan satu pelan penyelesaian yang sempurna. Menutup jalan bukanlah satu penyelesaian. Ini hanyalah satu tindakan macam menyapu masalah kebawah karpet. Tidak nampak masalah tidak bermaksud masalah telah selesai. Jadi saya mendesak agar MBS mengadakan satu sesi dialog dalam masa terdekat dengan menjemput semua penduduk terlibat untuk berbincang bersama dan mencari, mencari penyelesaian bersama. Dato’ Yang Dipertua bagi saya selaku wakil rakyat yang menjaga kawasan ADUN aa DUN Mambau ini yang dalam 15 tahun ini, hampir 15 tahun, kita memang saya selaku wakil rakyat memang sentiasa membantah untuk menutup sebarang jalan di kawasan DUN Mambau. Sebab jalan lalu lintas untuk di jalan bukan untuk ditutup.
Kalau tutup tukar pada masa dulu, pada masa dulu mengapa buka jalan? Kenapa bikin jalan kan? Jadi tutup jalan ini bukan satu, satu perkara yang baik untuk kemudahan semua rakyat. Kebetulan zaman ini kebetulan zaman kini memang tidak harus tutup mana-mana jalan bukalah jalan saja untuk kemudahan rakyat. Jadi aa saya memang tadi menyatakan saya memang membantah penutupan jalan dimana-mana tempat aa di aa di Taman Arowana ke di Taman Kerisi Indah ke aa di kawasan DUN Mambau ini. Jadi aa sebelum ini dalam beberapa tahun lepas saya memang telah membantah juga dua kes penutupan jalan iaitu hadapan Pr1ma Rasah Jalan Rasah dulu. Jalan tutup orang marah, rakyat marah, tak ada sakit satu lagi ialah Jalan RJ1/5 Rasah Jaya pun mereka cadang MBS pun cadangan tutup tapi saya membantah nasib baik tak tutuplah akhirnya nasib baik kalau tutup nanti undi majoriti akan sangat rendah. Jadi err untuk perkara ini saya bercadang dan mempunyai dua pandangan untuk selesaikan masalah ini. Iaitu membuka semula dan memasang palang untuk menghalang kenderaan berat melalui jalan disitu.
Untuk pengetahuan Dato’ Yang Dipertua, sebelum ini penutupan jalan ini saya pernah berbincang dengan pihak MBS sama-sama kita merunding aa mesyuarat aa dan pada masa itu saya memang ada memberi cadangan saya supaya memasangkan palang tinggi untuk menghalang kenderaan berat aa melalui aa jalan di situ. Tetapi aa cadangan saya tidak tidak diterima kerana pihak yang berkuasa berkata atau pihak MBS mengatakan kalau memasang palang itu bombakah aa lori sampah ke, ambulans tak boleh lalu. Jadi, jadi aa tidak sesuai untuk memasang palang. Tetapi, pada hari ini macam mana, tutup jalan semua.. apa, apa kenderaan pun tak boleh lalu. Termasuk basikal pun tak boleh lalu. Aa jadi ini sekarang sudah tutup sepenuhnya memang bomba ke lori aa lori sampah pun tak boleh lalu juga. Jadi bagi saya ini tidak berapa masuk aa tidak berapa aa ini betul ah aa tidak masuk akal.
Lebih baik itu perkataan tidak logik. Betul. Atau ni tadi satu cadangan ialah aa memasang palang atau lagi satu saja. Itu ialah cadangan daripada penduduk-penduduk setempat di situ iaitu Taman Kerisi Indah di sini supaya mengalihkan sekatan batu atau membuka jalan di sebelah tangki di sebelah tangki besar sana aa Taman Kerisi Indah di situ kerana ia memang ada satu reserve jalan utama menghubungkan antara Taman Arowana dan Taman Kerisi Indah. Jadi saya rasa cadangan ini atau team MBS aa boleh bersama-sama dengan Exco-Exco yang berkenaan yang terbabit untuk aa meninjau ke kawasan tersebut untuk aa sama-sama mencari jalan atau menyelesaikan masalah macam ni. Jadi aa Dato’ Yang Dipertua itu selesailah apa saya cuba nak nak nak bangkitkan dalam berkaitan dengan aa isu penutupan jalan Arowana ini kerana ini
susahlah ini kerajaan perpaduan sebelah sana Taman Arowana mereka sokong meletup sebelah Taman Kerisi Mambau sini mereka membantah aa kadang-kadang kita kena mencari satu penyelesaian aa untuk menyelesaikan masalah ini.
Jadi Dato’ Yang Dipertua seterusnya bagi berkaitan dengan aa satu aduan masalah di tempat saya dikawasan saya juga membawa itu iaitu Taman Rasah Jaya, Pasar Awam Rasah Jaya seperti yang mana kita tahu bahawa telah menimpa kebakaran aa kebakaran pada dua bulan yang lepas dan aa terima kasih kepada pihak MBS kerana membenarkan sebahagian, sebahagian gerai-gerai mula berniaga semula tetapi ada lapan gerai lagi yang terlibat dalam kebakaran yang masih belum dapat berniaga sampai hari ini. Sudah dua bulan. Jadi aa saya saya mengingatkan pihak MBS supaya segerakan macam mana macam mana cara penyelesaian atau maklumkan kepada maklumkan kepada ini aa penjaja-penjaja gerai di situ atau membuat gerai membuat khemah yang baru di luar pasar atau atau aa mencepatkan apa cepatkan membersihkan tempat-tempat kebakaran aa dan memasang balik itu apa ini? Meter. Meter TNB untuk mereka terus aa menjalankan aa perniagaan mereka di situ. Memang aa mereka semua ialah berpendapatan rendahlah. Aa itu penjaja gerai di sana memang dua bulan tak berniaga. Memang susah untuk mereka.
Jadi aa seterusnya aa SPM. Jadi ini berkaitan dengan pendidikanlah. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas kepada Pejabat Pendidikan Negeri Sembilan telah mencapai keputusan SPM terbaik pada tahun lalu dengan gred purata nasional GPN 4.18. Kejayaan ni bukan sahaja hasil usaha murid-murid dan sokongan ibu bapa, malah turut mencerminkan kerajaan dan kerajaan Negeri Sembilan yang telah merangka merangka merangka dasar dan hala tuju yang jelas serta menyediakan sokongan dari pelbagai segi. Ini membolehkan pihak sekolah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha pendidikan tanpa sebarang kerisauan. Seterusnya menghasilkan pencapaian cemerlang ini. Seperti beri satu, peribahasa, bahasa Cina. Di dalam pokok mengambil masa sepuluh tahun tetapi membina insan memerlukan seratus tahun. Ini menggambarkan bahawa bidang pendidikan adalah usaha sepanjang hayat hanya dengan melahirkan generasi yang berilmu tinggi kita mampu membantu negara berkembang ke arah negara berpendapatan tinggi dan menjadi antara negara paling berdaya saing di rantau ini. Jadi sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri bagi mereka yang kurang berjaya jangan berputus asa. Jadi teruskan berusaha untuk mencapai kepercayaan pada masa yang akan
datang. Akhir kata, saya menyokong titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar. Sekian terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat Mambau. Saya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Paroi.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT. Dato’ Yang Dipertua pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih ya kerana memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan usul menjunjung kasih ucapan Diraja dalam dewan yang mulia ini. Sebagai sebahagian daripada rakyat Negeri Sembilan saya mengambil cakna dengan banyak perkembangan seperti yang diucapkan oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan seperti pertumbuhan ekonomi belanjawan pelaburan perkembangan industri, inisiatif kesejahteraan pendidikan syiar Islam, pelancongan dan lain-lain lagi. Dato’ Yang Dipertua saya ingin memulakan ucapan saya ini dengan merakamkan penghargaan ya sebelum ini saya pernah menyuarakan pandangan bahawa kerusi dalam dewan ini tidak ergonomik kurang selesa untuk penggunaan jangka masa panjang dan tidak memenuhi di bawah akta keselamatan pekerjaan 1994 pindaan 2022. Ini garis panduan ergonomic ya telah ya Alhamdulillah berilah tepukan pada Yang Dipertua. Alhamdulillah eh untuk makluman eh kerusi di Dewan Undangan Negeri telah ditukar kepada kerusi baru yang lebih ergonomik selesa menyokong poster ya tubuh dengan lebih baik. Ini perlu diikuti oleh semua agensi kerajaan. Saya ingin merakamkan ya ucapan terima kasih kepada pihak Yang Dipertua, kepada pihak ya jawatan aa Jabatan aa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan yang membantu. Memberi maklumat yang betul berkenaan isu ergonomik di tempat kerja demi keselesaan ya semua ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat aa Dato’ Yang Dipertua. Cuma alangkah baiknya jika cadangan pelantikan Timbalan Speaker Dewan seperti yang diutarakan oleh Gemencheh aa diambil kira ya ini juga mengikut Akta Keselamatan Kesihatan Pekerjaan. Maknanya ada orang yang membantu Yang Dipertua aa daripada pagi sampai ke petang tidak ada pembantu.
Yang kedua tanah runtuh di Taman Alamanda, Taman Kemuning dan juga Taman Senawang Jaya. Sama ya Yang Dipertua ni sebenarnya menjadi penyelaras DUN di Paroi juga. Kena ambil perhatian Yang Dipertua. Saya ingin menyentuh isu tanah runtuh yang berlaku di beberapa lokasi di Senawang seperti Taman Alamanda Taman Kemuning dan juga Taman Senawang Jaya masa musim hujan baru-baru ini. Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kegagalan. Penyelenggaraan saliran atau longkang atau sungai yang telah menyebabkan pergerakan tanah. Seterusnya mengakibatkan tebing berhampiran rumah penduduk runtuh. Terdapat juga tanah runtuh di di
Taman Desa Orkid, Taman Desa Melur disebabkan aktiviti pembangunan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah segera yang telah diambil untuk menangani masalah ini dan memastikan keselamatan penduduk. Adakah terdapat pelan jangka masa panjang? Untuk memperbaiki sistem saliran dan mencegah serupa daripada berulang. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan negeri mengkaji semula sistem pemantauan cerun dan saliran di kawasan perumahan yang berisiko tinggi serta memperuntukkan ya dana yang mencukupi untuk kerja-kerja pembaikan dan pencegahan keselamatan kesejahteraan rakyat harus menjadi keutamaan kita. Oleh itu saya berharap isu ini diberi perhatian serius dan tindakan segera diambil bagi melindungi nyawa harta benda penduduk. Penduduk memerlukan PBT yang lebih aktif ya dibawah Exco Nilai kerana kadang-kadang tindakan terlalu lambat yang menyebabkan ya aa penduduk sendiri ya terus kepada kita.
Yang ketiganya, isu ini isu yang selalu dibangkitkan. Ya Dato’ Yang Dipertua baru-baru ini saya telah melawat seorang mangsa kemalangan berkait anjing liar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Kemalangan berlaku pada awal tahun ini ya awal tahun ini 2025 mangsa berumur lima puluhan seorang guru tidak sedarkan diri selepas kemalangan. Mengalami patah tulang rusuk, kebocoran paru-paru, kecederaan hati akibat tertusuk tulang rusuk yang patah. Ya, ya. Aktiviti sekolah. Ini bukan kes terpencil eh, pada Ogos 2024, tahun lalu. Seorang lagi mangsa berumur empat puluhan di Taman Bandar Senawang terpaksa dimasukkan besi di tangan dan kaki akibat insiden yang serupa. Menyebabkan beliau kehilangan sumber pendapatan untuk tempoh lama. Ini adalah kisah nyata yang berlaku ya belum termasuk risiko serangan ya penyakit seperti rabies dan gangguan harian kepada komuniti yang terus berlaku setiap hari. Semalam aa dua hari lepas ya seorang anak patah gigi dua batang ya di Taman Pinggiran Senawang aa dikejar oleh anjing. Dato’ Yang Dipertua isu ini telah berkali-kali dibangkitkan dalam dewan. Namun realitinya intervensi yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan gagal ya membuatkan hasil yang memuaskan.
Saya difahamkan bahawa Kerajaan negeri melaksanakan beberapa program termasuk pemandulan anjing liar, penempatan ke pusat perlindungan. Namun, ya, untuk program pemandulan saja saya difahamkan peruntukan yang sediakan pada tahun 2024 adalah sebanyak RM100,000 sahaja. Jika nak ambil kira kos purata pemandulan sekitar RM250 seorang peruntukan ini hanya mencukupi untuk kira-kira 400 ekor anjing sahaja. Satu jumlah yang masih jauh dari memadai untuk mengawal populasi anjing aa liar secara berkesan. Memandangkan tindakan sedia ada belum mencapai hasil yang
diharapkan saya mencadangkan supaya program ini dibesarkan skala perlaksanaannya dan tentunya memerlukan inisiatif kewangan yang lebih besar. Saya mencadangkan supaya Kerajaan negeri mewujudkan platform rasmi kerajaan negeri. Swasta untuk kebajikan haiwan melibatkan syarikat-syarikat ya korporat ya aa sebagai sebahagian daripada komitmen environmental sosial governors, governors. Saya berharap cadangan ini diberi pertimbangan ya. Serius sebagai inovasi intervensi dan menunjukkan aa kerajaan demi keselamatan kesejahteraan rakyat dan masih selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 ya. Untuk ya menjaga nyawa penduduk Negeri Sembilan. Ini melibatkan nyawa ni. Ya. Bekerjasamalah ya dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Ni dalam dia ada kod amalan. Ya, Kebajikan haiwan, aktiviti pelupusan haiwan. Ya, Akta Kebajikan Haiwan 2015. Akta 712. Ni saya bacakan sikit. Dan dalam akta ni ada definisi dia. Haiwan terbiar. Bermaksud mana-mana haiwan domestik yang tidak mempunyai pemunyanya atau dibiarkan berkeliaran di tempat-tempat awam tanpa pengawasan pemunyanya, haiwan terbiar termasuk semua jenis haiwan yang tidak berlesen atau berlesen yang merayau tanpa tuan atau penyediaan di tempat awam. Makna justifikasi pelupusan haiwan tersebut ya, haiwan tersebut kawalan populasi ya boleh dihapuskan kawalan populasi pembiakkan haiwan yang tidak diuruskan dengan baik menyebabkan isu kacau ganggu dalam komuniti. Yang ketiganya masalah pengurusan masalah penyimpanan dan pengurusan haiwan terbiar menyebabkan kos pengurusan haiwan meningkat. Ini kita dalam, dalam akta ya, akta Kod amalan kebajikan haiwan ya. Makna saya mohon sangat-sangat eh aa Majlis Bandaraya Seremban ya bekerjasamalah dengan Jabatan Veterinar. Ya. Untuk ya aa menghapuskan ya. Aa sebagaimana yang saya nyatakan tadi. Begitu jugalah ya dengan isu berkaitan lembu liar yang berkeliaran ya Taman Senawang Perdana, Taman Pinggiran Senawang dan Taman-Taman sekitarnya aduan SISPA telah banyak dibuat. Ya.. oleh penduduk ya. Sampai masuk ya dalam TV TV Astro Sabtu lepas. Namun tiada tindakan. Saya mohon jasa baik pihak berkenaan supaya dapat selesaikan isu ini kerana telah terlalu lama tidak diselesaikan. Inilah contoh SISPA. Ini lembu berkeliaran di taman-taman ya termasuk di dalam Astro, memalukan ya penduduk-penduduk di Negeri Sembilan. Ya, Dato’ Yang Dipertua,
Keselamatan dan aa untuk yang keempat ialah berkenaan dengan keselamatan paip gas di Negeri Sembilan sebagaimana yang di dinyatakan oleh Chuah tadilah. Saya ambil sedikit ya menjunjung titah duli yang maha mulia Tuanku berkenaan keselamatan dan juga kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan saya ingin menarik perhatian dewan ini kepada aspek keselamatan infrastruktur kritikal khususnya laluan paip gas di negeri kita. Insiden ya letupan paip gas di Putera Heights baru-baru ini wajar eh menjadi iktibar bahawa infrastruktur
bawah tanah seperti ini perlu dipantau rapi. Ya dah 30 atau 40 tahun, ya.. aa.. paip tersebut. Di Negeri Sembilan terdapat laluan paip gas bertekanan tinggi di kawasan seperti Sendayan, Seremban dan Port Dickson termasuk di kawasan berhampiran perumahan dan juga industri. Kita ya, tidak boleh memandang ringan risiko ini apatah lagi laporan sebelum ini, mewujudkan terdapat aktiviti pembakaran secara terbuka pembangunan berhampiran laluan paip gas yang membahayakan.
Dato’ Yang Dipertua, sehubungan itu saya mencadangkan agar satu pelan mitigasi keselamatan khusus untuk laluan paip gas diwujudkan termasuk perlaksanaan pemantauan berkala, larangan pembakaran terbuka dalam radius berisiko serta pemasangan penanda lokasi paip gas yang lebih jelas. Kadang-kadang dah tiga puluh tahun tak tukar-tukar. Kerajaan negeri juga perlu memperkasakan kempen aa ini paling penting. Kempen kesedaran awam kepada masyarakat dan juga pemaju-pemaju hartanah agar lebih memahami kepentingan menjaga keselamatan ya laluan-laluan ini. Dalam konteks aa pembangunan mega seperti Malaysian aa aa Vision Valley 2.0 dan projek besar seperti F&N, Agro Valley, kepatuhan terhadap piawaan keselamatan dan perlindungan infrastruktur utiliti mesti menjadi sebahagian daripada syarat kelulusan projek. Semua ini adalah demi memastikan ya aspirasi negeri untuk berkembang pesat dapat berjalan seiring dengan perlindungan nyawa dan juga harta benda rakyat.
Seterusnya yang kelima eh Dato’ Yang Dipertua merujuk kepada isu yang menggemparkan negara iaitu pencerobohan tanah kerajaan bagi aktiviti pertanian aa durian Musang King di Raub. Aa ini sempadan ini sama dengan Jelebu. Saya ingin mengambil peluang ini untuk bertanya kepada pihak kerajaan negeri walaupun Negeri Sembilan setakat ini tidak dilaporkan insiden seumpama ini dalam sektor pertanian namun ya terdapat kes-kes pencerobohan lain seperti aktiviti perlombongan, nadir bumi secara haram di Kuala Pilah dan Jelebu sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa risiko penyalahan gunaan tanah sama ada untuk pertanian, perlombongan atau aktiviti lain tetap wujud dan perlu diawasi dengan serius. Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah langkah pencegahan dan pemantauan yang telah atau akan diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan ya insiden seumpama di Raub tidak berlaku di Negeri Sembilan. Adakah terdapat satu sistem pemetaan audit berkala? Atau mekanisme laporan awam yang membolehkan pencerobohan tanah kerajaan atau tanah rezab dikesan lebih awal. Sebelum menjadi krisis besar.
Saya yakin rakyat Negeri Sembilan mengharapkan satu pendekatan yang tegas adil dan berkesan dalam memastikan kedaulatan tanah kerajaan
terus dipertahankan. Seterusnya rumah ibadat dibina secara tidak sah. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian dewan ini kepada isu pencerobohan tanah untuk pembinaan rumah ibadah di tanah diatas tanah yang tidak diwartakan. Sebagai contoh di Taman Senawang Perdana, dan juga Taman Tuanku Jaafar. Ini saya dah nyatakan dua tahun lepas ya aa untuk rekod, perintah merobohkan kuil di Taman Senawang Perdana tersebut telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa ya. Namun sehingga hari ini ia masih belum dilaksanakan. Bagi pembinaan rumah ibadat yang tidak mengikuti kategori tanah yang telah diwartakan satu tindakan tegas penguatkuasaan perlu dilaksanakan. Adakah kerajaan negeri telah mengeluarkan
Boleh celah….boleh celah?
Kejap, habiskan dulu baru celah.
okey.
Adakah kerajaan negeri telah mengeluarkan satu garis panduan atau tatacara pembinaan rumah ibadat? Ya selain Islam di Negeri Sembilan. Kita tidak mahu perbuatan menceroboh tanah tanpa hal ini menjadi barah bom jangka yang memburukkan keluhuran undang-undang di negeri kita. Jalan penyelesaian ialah tindakan yang adil, tegas oleh pihak berkuasa keatas semua bentuk pencerobohan sama ada melibatkan kuil, surau, masjid, tokong atau mana-mana bangunan lain tanpa pilih kasih. Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan apakah perancangan terkini kerajaan negeri berhubung isu rumah ibadah dibina secara, secara haram. Dan berapakah Jumlah kes pencerobohan serupa yang masih belum diselesaikan di Negeri Sembilan. Silakan.
Aa terima kasih ADUN Paroi. Aa masalah Senawang Perdana, kuil itu sudah ada sebelum bina rumah-rumah itu. Masa itu bila developer dia tepikan satu tanah. Bila sudah tepikan tanah itu, itu developer sendiri buat. Kemudian bila sudah bina rumah, rumah berhampiran dekat kuil. Lepas itu dia orang pun sudah ada satu tapak. Kerajaan aa sudah beri satu tapak, aa dia orang sudah mahu pindah. Itu satu, itu Senawang, itu itu pun masih waktu ladang zaman lama. Aa ini saya kasi tahu ADUN Paroi lah. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.
Okey aa untuk makluman aa YB aa Guna eh isu ini sebenarnya dah panjang. Dia daripada 2019 ya Majlis aa Bandar aa Bandaraya Seremban memang suruh roboh sebab dia dibina. Aa tidak ada pelan. Okey. Dan lepas itu dia ambil alih oleh Arul. Ana rasa benda ini aa kena bawa balik kepada EXCO ya. Ya. Dan benda dan aa memang
ya EXCO pun pada 2022 saya dah nyatakan mana dia memang dapat kelulusan untuk dirobohkan. Aa sebabkan kawasan itu, kawasan ni bukan tempat ibadah
YB…YB bercakap dengan dewan jangan dengan YB saja, kita pun nak dengar jugak.
okay…sebab dia sebelah saya untuk terang okay Dato’ Yang Dipertua saya rasa isu yang saya nak tengahkan ni aa adalah isu aa tentang aa garis panduan kitalah. Ya. Makna kita kena ikut betul-betul undang-undang ya tanah itu. Ya itu yang yang isu yang saya tengahkan di peringkat Negeri Sembilanlah. Jangan you ambil saya, you kata you kuil. You ambil saja itu aa dia kata itu masjid, tak boleh.
Bukan, bukan. Itu, ini, ini…
Saya minta begini. Aa. Kalau Yang Berhormat nak cakap, tujukan percakapan itu pada saya. Dewan lah. Jangan jadi perbualan 2 orang.
Dato’ Yang Dipertua…Aa aa Dato’ Yang Dipertua, memang jiran saya DUN Paroilah. Ini memang satu sejarah yang lama. Sekarang hari itu pun saya ingat dewan yang lepas aa aa EXCO aa ADUN Nilai ada beritahu. Tapi tak apalah lagi satu kali saya minta kerajaan jelas aa aa sejarah boleh beritahu kepada ADUN Paroi. Terima kasih Dato’.
Teruskan ADUN, Aa YB Paroi.
Dah hilang pula mana dia punya. Kacau saya.
Pelan-pelan cari…
You kacau saya.
Pelan-Pelan cari, boleh dapat.
Nombor enam sudah hilang. Aiyo.
Cakap kuat punya pasal semua hilang.
Aa itu lu kacau saya. Okey aa nombor tujuh eh.
Ini taktik dia ya.
Okey Dato’ Yang Dipertua, ya uptown ya dataran Senawang dahulunya merupakan salah satu tempat membeli-belah yang terkenal di Negeri Sembilan. Yang menjadi nadi ekonomi perniagaan tempatan. Kini menjadi sepi terutama pada malam hari. Saya difahamkan lokasi uptown ini telah berpindah ke suatu tempat yang lain. Namun ia tidak semeriah ya. Ketika aa aa namun dia tidak semeriah aa ketika berada di Dataran Senawang. Pelbagai cadangan ya yang kami terima. Antaranya menganjurkan ya pasar karat atau fire.. free market. Ya setiap malam, hujung minggu bagi menghidupkan kembali, ya suasana malam di samping dapat menjana pendapatan perniagaan berdekatan. Saya mohon ya untuk pihak ya, kerajaan negeri memandang serius isu ini dan memberi solusi yang baik agar era kegemilangan dataran Senawang dapat dikembali semula.
Pihak kami sering menerima rintihan dan juga aduan daripada penjaja ya yang berniaga di sekitar DUN Paroi yang berhadapan dengan tindakan daripada pihak berkuasa PBT ya aa tidak eh untuk memihak kepada sesiapa namun setiap tindakan perlulah disulami dengan empati ya dan juga budi bicara. Sehubungan itu, saya mencadangkan ya supaya diadakan satu dialog antara, antara PBT bersama penjaja agar pihak kerajaan dapat ya menyelami ya keperluan ya. Dan juga kekangan yang dihadapi agar isu ini dapat diselesaikan secara menyeluruh sesuai dengan aspirasi ya. Pelan pembangunan penjaja, peniaga kecil di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan juga Koperasi. Aa itu yang yang harapan daripada peniaga-peniaga apabila saya turun ya ke aa ke sanalah hari itu.
Yang kelapannya ialah aa semalam ya Yang Amat Berhormat aa tak ada ini ah. Menteri Besar minta saya kemukakan bukti berkaitan papan iklan yang tidak dipamerkan tulisan bahasa melayu. Di tangan saya ini bukti ya menunjukkan papan iklan ya projek SPD Tech Valley tidak memaparkan bahasa Melayu ia hanya memaparkan bahasa Inggeris dan Cina sahaja. Mohon penjelasan dan tindakan daripada pihak kerajaan eh perkara ini ya. Saya rasa projek ini dirasmikan oleh Menteri Besar tahun lepas ya. Kawasan ni berdekatan dengan kawasan Taman Tasik aa aa Taman perindustrian Tasik Jaya ini bukannya signboard. Ini billboard. Besar ni. Billboard. Ya. Dalam ni tulis aa powering global with smart and sustainable solution. Bawahnya tulisan cina. Ya. Satunya mesti diluluskan sepatutnya mesti diluluskan oleh PBT. Dan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka saya difahamkan. Tapi inilah ya aa duduk di kawasan DUN-DUN Paroi. Saya mohon ya diberi penjelasan perkara tersebut diambil perhatian.
Dan yang ke sembilannya sebagaimana Dato’ Yang Dipertua, sebagaimana pertanyaan saya pada sidang yang lepas ya I am from USA
tau, Ulu Sepri Area ya Ghombau berkaitan dengan isu pelantikan Undang Luak Rembau samo dengan Dato’ Zaiful kerana mungkin dia boleh ulas, masih tidak jawab ya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas keprihatinan sebagai aa rakyat Rembau rakyat Negeri Sembilan, rakyat yang beradat, kami bertanya apakah status ya perlantikan Undang Rembau yang baru ni. Akhir kalam ya Dato’ Yang Dipertua ya sebagai ADUN yang diberi amanah oleh rakyat saya menyambut aa titah Duli Yang Amat Mulia Tuanku dengan rasa tanggungjawab sesungguhnya amanah yang dipikul ini bukan sekadar tuntutan politik ya tetapi satu janji kepada Allah rakyat dan juga negara. Saya berikrar untuk terus berbahas dengan rasional berlandaskan fakta dan adab serta sentiasa menjunjung perlembagaan persekutuan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang menjadi teras kedaulatan kita. Sebagaimana titah Tuanku, setiap tindakan kita diperhatikan dan dinilai. Bukan sahaja oleh rakyat bahkan di sisi Allah SWT. Marilah kita semua memelihara kesatuan, memperjuangkan kesejahteraan dan membina kemakmuran negeri yang lebih kita cintai dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Sebagai penutup, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun untuk Guna boleh?
Aa boleh, boleh, boleh…
Meniti titian di waktu pagi, Semangat membara menempuh hari, Amanah rakyat terpikul di hati, Demi Negeri Sembilan terus berseri.
Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah, Assalamualaikum WBT Dato’ Yang Dipertua dengan ini saya menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar sembilan pada 24 April 2025. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Paroi. Saya menjemput aa mempersilakan Yang Berhormat Temiang.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi menjunjung kasih titah, ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Yang telah merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-15 Negeri Sembilan pada Khamis yang lalu. Dato’ Yang Dipertua Dewan, setelah meneliti kandungan dalam titah ucapan DiRaja saya rasa baginda amat berpuas hati dengan dan gembira dengan pelbagai pencapaian yang telah di yang telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan perpaduan. Syabas dan tahniah
saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama ADUN Sikamat, Yang Berhormat EXCO, Yang Berhormat EXCO Kanan, ADUN Pertang dan semua barisan ADUN-ADUN dan semua penjawat awam.
Baginda juga telah menzahirkan rasa bangga dan gembira kerana kerajaan perpaduan Negeri Sembilan semakin kukuh dan telah melakukan prestasi yang amat luar biasa pada tahun lepas. Kewangan dan juga kewangan negeri yang amat kukuh membolehkan kerajaan negeri meneruskan pelbagai inisiatif untuk membantu meringankan kos sara hidup masyarakat di negeri ini. Oleh yang demikian saya rasa dan saya amat yakin rakyat Negeri Sembilan akan terus menyokong kita kerajaan perpaduan. Dato’ Yang Dipertua Dewan saya juga mengambil peluang ini untuk menyutarakan beberapa cadangan kepada kerajaan negeri tentang beberapa isu di negeri ini khasnya di kawasan Temiang. Yang yang pertama adalah berkenaan dengan isu permohonan lesen perniagaan yang masih tertunggak. Ooh mengikut jawapan bertulis, ada sebanyak 472 permohonan lesen perniagaan masih tertunggak.
Saya membawa isu ini di mana saya selalu menerima aduan bertanya daripada peniaga-peniaga yang memohon lesen di mana mereka telah menyewa, menyewa bangunan yang telah membuat tambahan ini kerangka bumbung besi, pada masa dulu. Jadi pemilik telah membuat tambahan kerangka tersebut pada masa dahulu dan masa dulu masa dahulu tak ada masalah untuk memohon lesen. Tapi selepas aa MPS dah naik taraf menjadi Majlis Bandaraya Seremban maka pihak Jabatan Lesen dalam aa mengarahkan satu arahan yang ketat aa supaya semua kerangka-kerangka bumbung besi ni perlu di mohon klangnya mohon pelannya untuk kelulusan. Tetapi untuk memohon membuat ini pelan amat tinggi kosnya dan pemilik memang enggan membayar kos tersebut.
Penyewa juga tidak mampu membayar kerana aa premis itu bukan di bawah pemilikan dia dan kerangka pun bukan dia buat. Jadi sama-sama. Tak tahu siapa nak buat. Tapi apa yang persoalan sekarang adalah pihak jabatan penguatkuasa selalu pergi buat kompaun. Tak ada satu penyelesaian sehingga hari ini. Jadi saya bawa isu ini kerana pihak MBS telah mewujudkan satu cadangan aa dimana permit awning untuk peniaga-peniaga yang menjual ini kedai makanan dan minuman. Saya rasa pihak berkuasa tempatan perlu mencari kaedah yang sama keluarkan permit aa kerangka bumbung besi ini supaya untuk menjaga aa perniagaan peniaga-peniaga ini, mereka cuma mencari makan saja. Bukannya buat salah. Terutamanya mereka yang menjalankan ini perniagaan aa jual kereta or second hand kereta. Mereka pasang ini pun besi untuk ee menjaga ee kereta-kereta mereka. Jadi saya rasa perkara ini perlulah diselesaikan dengan aa dengan sebaik mungkin dan untuk
manfaat semua pihak. Tak boleh kita tak bolehlah kalau selalu pergi keluarkan kompaun sahaja tanpa penyelesaian. Mereka sedia untuk membantu aa bekerja sama dengan pihak berkuasa tempatan. Jadi saya rasa cadangan ini boleh aa diterima oleh kerajaan negeri.
Jadi aa Dato’ Yang Dipertua Dewan perkara kedua adalah berkenan dan projek pembinaan rumah jenis dua tingkat Taman Bukit Zamrud di Ulu Temiang aa jumlah pembeli rumah jenis dua tingkat ini hanya adalah lebih kurang 30 orang pembeli sahaja. Aa pada tahun lepas saya telah membawa perkara ini untuk pengetahuan YB EXCO aa ADUN Nilai dimana satu mesyuarat telah pun diadakan di mana aa ADUN Lobak, saya, wakil aa wakil pemilih tanah, wakil perumahan iaitu Daya Maju Infrastruktur Asia juga hadir ke mesyuarat tersebut. Saya masih ingat pada waktu mesyuarat tersebut wakil daripada syarikat ini telah berjanji akan memaklum balas kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini aa dalam masa tiga bulan. Tetapi aa meeting tersebut dijalankan pada bulan Julai yang lepas tapi sekarang tiada apa-apa perkembangan. Saya nak tekankan di sini pembeli-pembeli itu tidak salah. Mereka membeli rumah dan berharap untuk mendapatkan rumah. Yang salah adalah pemaju mereka tidak membina rumah jenis aa dua tingkat ini dan membiarkan perkara ini berterusan sehingga hari ini. Apa yang lebih penting adalah pembeli-pembeli masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman bank. Tetapi mereka tidak mendapat rumah. Jadi saya berharap kerajaan negeri perlu tegas terhadap aa pemaju ini supaya menjaga kepentingan pembeli-pembeli aa rumah jenis ini.
Jadi Dato’ Yang Dipertua Dewan, perkara ketiga adalah cadangan saya untuk menaik taraf keseluruhan saluran longkang Jalan Tun Dr Ismail Seremban, seperti yang dikatakan oleh ADUN Lobak memang setiap kali hujan banjir kilat berlaku di sepanjang Sungai aa jalan tersebut daripada daripada Station Shell Temiang, Station Shell Jalan Tun Dr. Ismail ke kedai Jinjang di Frozen Food di mana struktur longkang tersebut memang telah rosak dan tersumbat aa saya telah menghantar permohonan kepada JKR Negeri Sembilan jadi saya berharap apakah nak tahu apakah status permohonan cadangan ini. Saya juga berharap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Saliran boleh membersihkan mendapan pasir yang ada di U-Drain Konkrit di depan SK Temiang di mana keadaan keadaan longkang konkrit tersebut amatlah cetek dan dipenuhi dengan mendapat pasir. Maka keadaan ini mendapatkan air hujan bertakung di sekitar permukaan jalan di stesen Shell Temiang, Jalan Dr Chen Man Hin. Aa saya juga telah memohon aa permohonan kepada pihak JPS pada tahun ini. Jadi saya nak tahu apakah status cadangan ini permohonan ini. Dato’ Yang Dipertua Dewan perkara yang seterusnya adalah berkenaan Lebuhraya Temiang-Pantai. Di mana jalan ini telah siap dan dibuka untuk kegunaan orang ramai pada tahun 2021.
Jalan ini memang amat cantik dan pemandangan alam semula jadinya amat menarik. Jalan ini juga merupakan laluan alternatif kerana penduduk-penduduk Seremban ke Jelebu. Tetapi keadaan jalan ini pada pada waktu malam amat gelap. Jadi amat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya pada waktu malam dan mengancam keselamatan mereka. Kadang-kadang ada pihak yang tidak bertanggungjawab juga melepaskan ini membiarkan lembu berkeliaran ooh di sepanjang jalan ini pada waktu malam. Jadi saya berharap pihak JKR dapat memasang lampu sepanjang jalan ini demi menjaga keselamatan pengguna-pengguna pada waktu malam.
Dato’ Yang Dipertua Dewan saya juga setuju dengan cadangan YB ADUN Chennah di mana kerajaan negeri perlu menambah peruntukan kepada ADUN-ADUN kerajaan supaya pihak ADUN-ADUN kerajaan boleh membantu lebih banyak penduduk-penduduk dikawasan masing-masing. Memandang kerajaan negeri amat kewangan kerajaan negeri amat kukuh. Kita setiap hari kita menerima banyak permohonan banyak bantuan daripada penduduk-penduduk setempat khasnya mereka yang susah. Rumah mereka rosak, bumbung telah ee rosak begitu lama tetapi dengan sejumlah wang yang sama dengan tahun lepas jadi amatlah susah kita untuk membantu mereka yang semua ini. Jadi saya berharap dengan adanya kewangan aa yang kukuh, kerajaan negeri boleh menambah sumber boleh menambah peruntukan kepada ADUN-ADUN supaya kita boleh aa membantu mereka yang dalam kesusahan ini.
Aa Dato’ Yang Dipertua Dewan perkara yang terakhir yang saya nak sampaikan adalah berkenaan dengan cara, aa pihak berkuasa tempatan menurap lubang-lubang jalan raya. Di sini saya nak puji nak puji aa nak puji kaedah yang dilaksanakan oleh pihak SAINS di mana setiap kali mereka membuat penukaran paip yang bocor mereka akan taruk pasir dan tunggu bahagian itu keras dan ketat mereka barulah letak premis aa di bahagian paip air yang tukar tersebut. Tetapi MBS dia lain, dia lain sikit. Apabila kita membuat aduan, dia datang tapi dia sekadar turap sajalah. Dia tanpa menggolek dengan memperbaiki keadaan lubang tersebut. Lama-lama keadaan premis ah aa sudah tanggal dan keadaan berulang lagi. Berlubang lagi. Rayat pun marahlah apa yang kita buat. Ini saya berasa kita sudah naik taraf menjadi MBS. Keadaan ini memang bukan sahaja di Temiang, di seluruh Negeri Sembilan saya rasa semua menerima ini masalah yang sama kaedah tu kena diperbaiki. Pihak berkuasa tempatan sepatutnya mencari kaedah yang lebih advance lebih-lebih bagus supaya aa jalan itu aa boleh tahan lebih lama. Ooh kita bukan nak minta turap semua. Kalau bajet tidak mencukupi. Sekurang-kurangnya bahagian yang yang diperkait yang diperbaiki itu bolehlah tahan aa satu bulan dua bulan. Bukannya hari ini turap dua tiga hari tanggal lagi dan rakyat pun marahlah. Jadi ini saya rasa lah aa EXCO
ataupun PBT kena mencari penyelesaian dan bukannya Aa membiarkan perkara ini aa berlaku dari semasa ke semasa. Jadi akhir sekali aa saya mengambil peluang ini menyokong usul titah titah DiRaja ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Temiang. Ahli-ahli yang Berhormat sekalian sebentar lagi saya akan menangguh mesyuarat dewan. Mesyuarat dewan akan disambung semula. Oh.. Saya ingat nak tangguh besok.
Saya, Terpulang Dato’ Yang Dipertua.
Aa okey terus.
Kalau esok, satu jam Dato’ Speaker okey saya menjemput Yang Berhormat Chembong.
Setengah jam, sampai pukul lima setengah.
Ya boleh hari ni. Dengan izin Datuk Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim saya mulakan perbahasan pada petang ini Dato’ Yang Dipertua dengan menyebut nama Allah, Tuhan sekalian alam selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai baginda, Dato’ Yang Dipertua. Terima Dato’ Yang Dipertua walaupun pada awal tadi nak menangguhkan ucapan saya. Terima kasih, berikan saya peluang untuk turut serta membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa Tuanku baginda merasmikan sidang dewan kita pada Khamis minggu lepas. Dato’ Yang Dipertua saya mendengar dengan penuh teliti titah ucapan Tuanku, saya meneliti setiap bait kata-kata. Saya meneliti dengan penuh khusyuk setiap patah perkataan titah Tuanku. Antara yang paling menarik bagi saya yang menyentuh dan membuatkan saya terharu Dato’ Yang Dipertua apabila tuanku mengingatkan kita semua, semua ahli-ahli Yang Berhormat di dalam dewan ini agar apabila kita berbahas apabila kita berhujah tuanku mengingatkan kita untuk sentiasa mengemukakan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan kita sentiasa berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Daulat tuanku menjunjung kasih tuanku. Sejajar dengan titah ucapan tersebut saya yakin semua di antara kita ahli-ahli Yang Berhormat juga berpegang pada prinsip yang sama apalah yang nak diharapkan oleh rakyat di luar sana Dato’ Yang Dipertua apalah yang nak mereka sandarkan kepada bahu kita yang setelah mereka memilih kita Dato’ Yang Dipertua tak lain dan tak bukan mereka mengharapkan kita membawa suara mereka.
Mereka mahu kita bawa keluh-kesah mereka, mereka nak kita memperjuangkan nasib mereka Dato’ Yang Dipertua dan seikhlasnya inilah tempatnya Dato’ Yang Dipertua. Inilah medannya yang terbaik. Dewan yang mulia ini. Untuk kita sama-sama berbincang, bermusyawarah mencanai akal fikiran kita bersama Dato’ Yang Dipertua. Demi membangunkan negeri dan juga memastikan kesejahteraan rakyat terjamin. Kita sebagai ahli dewan dalam titah ucapan Tuanku tempoh hari kita mendengar banyak kejayaan-kejayaan, aspek-aspek yang cemerlang telah dimaklumkan. Aspek yang cemerlang Dato’ Dipertua, kita sama-sama sokong. Kita pastikan ianya terus cemerlang. Aspek yang baik, kita sama-sama mencari jalan untuk kita tambah baikkan Dato’ Yang di-Pertua dan sekiranya ada sudut-sudut, perkara-perkara yang mungkin agak lemah yang mungkin masih lagi di tahap kurang baik. Kita sama-sama beri pandangan Dato’ Yang Pertua. Kita sama-sama bagi cadangan, kalau perlu kita tegur, kita tegur Dato’ Yang Dipertua. Tapi kalau kita bagi pandangan, cadangan waima kita menegur sekiranya pandangan itu tersebut baik, munasabah, pertimbangkanlah. Dato’ Yang Dipertua kalau saya bagi pandangan, saya tegur, janganlah mudah sentap Dato’ Yang Dipertua. Kalau bagi pandangan jangan mudah tersinggung. Tapi Dato’ Yang Dipertua hari ni seperti janji saya tempoh hari di jamuan Hari Raya Dato’ Yang Dipertua tu hari saya janji untuk puji Dato’ Yang Dipertua. Tiada teguran daripada saya cumanya saya nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah syabas di atas perjalanan menjalankan sidang dewan ini dengan baik dan lancar. Dari pemerhatian saya kali ini Dato’ Yang Dipertua saya nampak daripada riak air muka ahli-ahli Yang Berhormat, rakan-rakan semua, semuanya berpuas hati dengan tempoh masa perbahasan yang dibenarkan oleh Dato’ Yang Dipertua.
Harap Chembong sama eh.
Minta maaf Dato’ Yang Dipertua?
Masa yang sama bagi Chembong eh?
Ya. Saya tarik balik pujian tu Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua saya nak bagi satu penghargaan bagi saya secara peribadi Dato’ Yang Dipertua adalah Speaker Dewan Undangan Negeri yang terbaik dalam penggal inilah Dato’ Yang Dipertua, sahabat-sahabat sekalian bukan senang nak menguruskan perjalanan sidang dewan ini, persiapannya bukan dua tiga hari malahan mengambil masa berbulan Dato’ Yang Dipertua di sini saya nak rakamkan juga ucapan penghargaan tahniah saya kepada mereka-mereka yang terlibat dalam menguruskan perjalanan sidang dewan ini kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri
kepada Penolong Setiausaha kepada semua kakitangan Unit Dewan kepada barisan urus setia. Tahniah saya ucapkan Dato’ Yang Dipertua. Tiada teguran malahan penghargaan cumanya Dato’ Yang Dipertua kalau boleh saya cadangkanlah. Dato’ Pertua di luar sana saya tengok dua tiga hari ni Dato’ Yang Dipertua hanya ada air suam saja yang disediakan untuk ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau dulu Dato’ Yang Dipertua, kalau dulu ada lah sedikit kuih keringnya, minuman ringan dan makanan ringan-ringan Dato’ Yang Dipertua. Ya. Jadi saya mohon Dato’ Yang Dipertua pertimbangkan cadangan saya yang kecil tapi penting ni Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua saya nak menyebut tentang hal-hal lain walaupun semua perkara telah disentuh oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat saya nak mulakan tentang aspek kewangan yang penting Dato’ Yang Dipertua ada padi semua jadi ada beras semua deras kepada rakan-rakan Ahli Berhormat terutamanya kaum lelaki ni ada wang abang sayang tak ada wang minta maaf abang pun melayang Dato’ Yang Dipertua, begitu pentingnya sektor ataupun aspek kewangan. Dato’ Yang Dipertua sekali lagi itu hari, hari ini saya nak kotakan janji saya kepada Yang Amat Berhormat Sikamat Dato’ Setiausaha Kerajaan kepada Dato’ Pegawai Kewangan. Itu hari saya dah janji nak puji kerajaan negeri dalam sidang dewan ini Dato’ Yang Dipertua, Chembong kotakan janji Dato’ Yang Dipertua. Saya nak rakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah syabas kepada kerajaan negeri kerana telah mencapai kutipan hasil yang tertinggi tahun lepas sebanyak RM636 juta berbanding sasaran RM520 juta. Sekali lagi tuan-tuan, Dato’ Speaker saya nak ucapkan terima kasih sebab dulu Dato’ Yang Dipertua, sayalah orangnya yang pertama mencadangkan apalah kiranya kerajaan negeri memberikan bonus 2 bulan kepada kakitangan kerajaan.
Terima kasih kerana telah merealisasikan cadangan saya Dato’ Yang Dipertua. Dan saya jugalah orang yang pertama mungkin mencadangkan agar kerajaan negeri mempertimbangkan sedikit bonus untuk kakitangan kerajaan peringkat persekutuan. Terima kasih bagi pihak mereka Dato’ Yang Dipertua, raya tahun ni saya pergi jamuan-jamuan, ketua-ketua jabatan semuanya tersenyum lebar Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya ada beberapa pandangan tentang aspek kewangan ini. Di atas dasar keadaan kewangan kita yang agak baik, yang mantap. Dato’ Yang Dipertua, saya nak mencadangkan beberapa cadangan, pertamanya Dato’ Yang Dipertua, penghujung tahun ini kalau kita adakan persidangan belanjawan kalau boleh daripada dua bulan kita jadikan 2.5 bulan, dua bulan setengah untuk bonus kakitangan kerajaan Dato’ Yang Dipertua ya itu satu. Keduanya itu hari Dato’ Yang Dipertua, RM200 terima kasih kepada bonus kepada kakitangan Kerajaan Persekutuan. Tapi Dato’ Yang Dipertua bak kata orang
mudanya, orang muda sekarang RM200 ni tak acer lah Dato’ Yang Dipertua. Sikit sangat saya rasa sekurang-kurangnya RM500 lah. Dan kalau boleh ia merangkumi semua penjawat awam persekutuan termasuk mereka-mereka yang berada di bawah agensi. Contoh Dato’ Yang Dipertua, SWCorp., FAMA, LPPKN dan sebagainya Dato’ Yang DiPertua. Sekali lagi dalam dewan yang mulia ini kalau boleh saya ulang itu cadangan saya yang lampau. Di atas keadaan kewangan kita yang baik.
Saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri untuk mempertimbangkan secara seriusnya untuk menaikkan kadar elaun pengerusi JPKK dan setiausaha diseluruh Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua, dengan kedudukan kewangan yang baik juga saya bersetuju dengan cadangan ADUN Chennah, saya jarang nak setuju ni Dato’ Yang Dipertua, tapi cadangan ni saya bersetuju, apakah kiranya kerajaan negeri dapat mempertimbangkan menambah peruntukan P56 kerja-kerja kecil di bawah Dewan Undangan Negeri. Yang mana untuk makluman dewan sekarang ni semua Ahli Yang Berhormat dapat RM120,000 setiap tahun, kalau RM30,000 Dato’ Yang Dipertua, kita repair, kita baik pulih tandas, surau RM30,000 lagi kita baikpulih balai raya MR30,000 lagi kita baik pulih longkang, empat kerja dah habis RM120,000 Dato’ Yang Dipertua. Dengan ini dengan penuh rasa sukacita dan penuh rasa rendah diri, Dato’ Yang Dipertua kepada Dato’ Pegawai Kewangan Negeri disokong baik oleh Yang Amat Berhormat Sikamat. Saya cadangkan P56 peruntukan untuk kerja-kerja kecil Dewan Undangan Negeri ini dijadikan kepada RM500,000 untuk setiap DUN Dato’ Yang Dipertua. RM500,000 untuk 36 DUN hanya lebih kurang RM18 juta saja Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, saya juga rasa bersyukur, rasa sukacita Dato’ Yang Dipertua telah kerap kali saya bawakan permasalahan kesesakan lalu lintas yang sentiasa menghantui pengguna-pengguna jalan raya di Jalan FT001 khususnya di jalan-jalan antara Sungai Gadut dan ke Pedas Dato’ Yang Dipertua. Kesesakan ini bukan hanya berlaku di hujung-hujung minggu bukan hanya berlaku di hari-hari cuti perayaan. Namun ianya boleh dikatakan berlaku setiap hari terutama di waktu puncak. Saya bersyukur, berterima kasih kerana dimaklumkan dalam titah ucapan Tuanku tempoh hari kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.87 bilion kepada kerajaan Negeri Sembilan termasuk projek menaiktaraf jalan daripada Sungai Gadut ke Pedas Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon agar dapat diperjelaskan sedikit dalam persidangan kita ini diberikan pencerahan sedikit tentang kerja-kerja menaik taraf Sungai Gadut ke Pedas tersebut Dato’ Yang Dipertua apakah ciri-ciri ataupun aspek naik taraf tersebut yang akan dijalankan berapakah nilai peruntukan yang diluluskan untuk kerja-kerja naik taraf
tersebut Dato’ Yang Dipertua dan yang paling penting bilakah projek tersebut akan dimulakan? Dato’ Yang Dipertua dalam pemerhatian saya jalan di antara Sungai Gadut, ke Pedas, ke Rembau ini Dato’ Yang Dipertua, buat masa sekarang ini didapati sedang rancak dijalankan kerja-kerja pemasangan paip gas di sepanjang jalan tersebut. Saya sokong ianya satu usaha yang sangat baik untuk menghantar ataupun membekalkan bekalan gas ini ke kawasan perindustrian Chembong di Rembau sebab gas ini bekalan gas ini ataupun pilihan menggunakan gas ini adalah satu pilihan yang baik bagi saya berbanding dengan bahan-bahan api yang lain, gas ini mungkin lebih murah ianya lebih jimat, lebih bersih dan lebih berkesan Dato’ Yang Dipertua. Cuma saya ingin dapatkan sedikit pencerahan, penjelasan keberadaan ataupun pemasangan paip gas ini nanti di sepanjang Jalan Sungai Gadut ke Rembau ini Dato’ Yang Dipertua adakah ianya tidak akan memberi kesan kepada perancangan kita untuk menaik taraf Jalan Sungai Gadut ke Pedas itu nanti Dato’ Yang Dipertua. Dari segi aspek keselamatan dari aspek langkah-langkah keselamatan ataupun langkah-langkah penjagaan Dato’ Yang Dipertua apakah kita telah ambil perkara-perkara yang penting ini. Saya risaukan Dato’ Yang Dipertua, paip yang nak dipasang ini akan berada dilihat, dipasang, di pinggiran jalan, di tepi jalan bagaimana kiranya Dato’ Yang Dipertua, dari aspek keselamatannya sekiranya ada kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Kerja-kerja pelebaran jalan nanti Dato’ Yang Dipertua, ada kerja-kerja korekan untuk menaik taraf longkang dan sebagainya Dato’ Yang Dipertua.
Saya nak menyentuh juga Dato’ Yang Dipertua tentang hal pelaburan, sekali lagi. Tahniah. Kerana Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lepas telah merekodkan nilai yang bagi saya nilai yang tinggi RM7.25 bilion dan insya-Allah pastinya pelaburan in iakan membuka banyak peluang pekerjaan. Saya mengharapkan kerajaan kita dapat memberikan perhatian yang sangat serius agar peluang-peluang pekerjaan yang akan diwujudkan ini diberikan keutamaan kepada rakyat tempatan berbanding pekerja-pekerja asing. Dato’ Yang Dipertua saya ingin bertanya dalam dewan yang mulia ini. Setakat ini adakah ataupun terdapatkah langkah kerajaan Negeri Sembilan ataupun adakah polisi sebarang polisi yang dilaksanakan untuk kita mengurangkan pekerja asing di Negeri Sembilan ni Dato’ Yang Dipertua? Keduanya Dato’ Yang Dipertua, kalau kita ada data boleh kita berkongsi berapa ramaikah setakat hari ini? Jumlah pekerja asing yang berada di Negeri Sembilan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga nak menyentuh sedikit tentang pembangunan syiar Islam. Sebelum ini, saya juga ada membawa usul ataupun permohonan bagi pembinaan sebuah masjid baru, bagi menggantikan masjid lama di Masjid Tanah Kariah Ayer Hitam yang bagi saya tidak lagi kondusif dan kesempitan kawasan untuk sebarang kerja-
kerja pembesaran. Selain itu Dato’ Yang Dipertua saya nak menyampaikan hasrat daripada Jawatankuasa Masjid Kampung Kundur Hulu Dato’ Yang di-Pertua untuk mereka mendapatkan sebuah masjid baru. Ataupun Dato’ Yang Dipertua, sekurang-kurangnya sebab tanah, tapak dah ada. Sekurang-kurangnya Jawatankuasa Masjid Kampung Kariah Kundur Hulu diberikan kebenaran untuk mengutip derma ataupun sumbangan bagi tujuan pembinaan masjid tersebut. Saya cadangkan, saya mengharapkan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan untuk turun melihat keperluan ini, berbincang sendiri dengan jawatankuasa masjid untuk tujuan pembinaan tersebut Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua saya juga nak memohon agar Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan tempoh hari saya pergi berbuka puasa, moreh dan juga sembahyang tarawih Dato’ Yang Dipertua, saya melihat ada keperluan yang tinggi untuk saya memohon bagi pihak Surau Kampung Surau Haji Leman di Kampung Chuai Hilir, Dato’ Yang Dipertua dan Surau Desa Taman Desa Permai Mampung. Kedua-dua taman kedua-dua surau ini adalah surau yang surau kayu Dato’ Yang Dipertua tambahan pula di Desa Permai Mampung, Surau Kayu yang sekarang ini sebenarnya adalah dari mulanya hasil daripada gotong-royong penduduk-penduduk taman Dato’ Yang Dipertua.
Dato’ Yang Dipertua, bidang pendidikan adalah salah satu cabang yang penting juga dalam pembangunan syiar Islam. Kalau kita nak bangunkan agama nak bangunkan Islam kita juga perlu bangunkan Pendidikan. Dato’ Yang Dipertua sekolah agama masa kini mana-mana sekolah agama secara umumnya menjadi pilihan oleh ramai ibu bapa. Selain daripada aspek Pendidikan agama banyak sekolah-sekolah agama Negeri Sembilan ini di negeri kita telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang dalam aspek pendidikan akademik. Tambahan pula Dato’ Yang Dipertua menjadi salah satu juga tujuan mereka supaya anak-anak kita seimbang ilmu agama dan ilmu akademiknya. Dato’ Yang Dipertua baru-baru ini Sekolah Menengah Agama Datuk Haji Abu Hassan Sail di Kawasan Dewan Undangan Negeri Chembong mencatatkan pencapaian yang sangat cemerlang untuk SPM mereka. GPS gred purata sekolah mereka kali pertama Dato’ Yang Dipertua, dapat bawah daripada 1.5. Dulu 1.58 baru ni keputusannya 1.46. Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau Dato’ Yang DiPertua lonjakkannya sangat tinggi baik.
Sekolah mana Yang Berhormat? Ulang…sekolah?
Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim Rembau dokek pokan Rembau Dato’ Yang Dipertua
point 1.46?
Itu tadi poin tadi Sekolah Menengah Agama Datuk Haji Abu Hasan Said dekat pedas aa daripada 1.58 kepada 1.46. Ini pula Dato’ Yang Dipertua, Sekolah Menengah Agama Haji Ibrahim, Rembau di Pekan Rembau. Gred purata sekolahnya baik, bertambah baik daripada 3.64 menjadi 2.82 penambahbaikan 0.82. Besar tu Dato’ Yang Dipertua. Saya nak membawa hasrat sekolah, masyarakat, guru dan PIBG Dato’ Yang Dipertua untuk memohon terutamanya daripada Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan untuk mendapatkan sebuah satu blok bagi asrama pelajar lelaki Dato’ Yang Dipertua. Sekarang ni asrama lelakinya hanya boleh menempatkan lebih kurang empat puluh orang saja. Sambutan permohonan daripada ibubapa setiap kali pengambilan lebih kurang seratus lima puluh orang Dato’ Yang Dipertua. Dan sekolah terpaksa banyak menolak permohonan dan disebabkan ketiadaan asrama yang cukup bagi pelajar lelaki. Para ibu bapa terpaksa tidak menerima, tak dapat masukkan anak mereka ke sekolah tersebut. Dato’ Yang Dipertua, seperti rakan-rakan yang lain juga saya nak ambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah ucapan syabas dalam aspek pendidikan. Pendidikan ni sangat-sangat penting.
Dato’ Yang Dipertua, dalam kehidupan kita. Putus emas hilang saudara, putus ilmu tenggelam bumi. Saya nak rakamkan setinggi-tinggi tahniah penghargaan kepada seluruh warga pendidikan Negeri Sembilan Dato’ Yang Dipertua. Tahniah kepada EXCO Pendidikan, keputusan SPM kita yang baru-baru ini kita dapati semua daerah menunjukkan peningkatan kecemerlangan Dato’ Yang Dipertua dan khususnya saya nak merakamkan ucapan tahniah Syabas, syukur bangganya saya. Bangganya kami pemimpin-pemimpin masyarakat di Rembau Dato’ Yang Dipertua kepada semua pendidik warga pendidik Daerah Rembau yang cemerlang dalam pendidikan khususnya dalam peperiksaan SPM. Tadi Yang Berhormat Kota sebut Rembau terbaik sejak lapan tahun yang lepas. Minta maaf Kota kalau boleh, ni yang dalam rekod saya ada perbezaan sedikit. Rembau menjadi daerah yang terbaik sejak 2011. 2011 hingga 2024 lebih kurang 13 tahun Dato’ Yang Dipertua. Jadi ucapan setinggi-tinggi tahniah bukan hanya kepada warga pendidik, kepada semua yang terlibat dalam hal-hal pendidikan ni. Staff akademik, staff sokongan termasuk jawatankuasa PIBG, ibu bapa, pak cik-pak cik kantin Dato’ Yang Dipertua, abang-abang yang mengawal pondok keselamatan, waima, abang-abang yang membawa van sekolah Dato’ Yang Dipertua. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih.
Dato’ Yang DiPertua, saya nak ambil kesempatan sikit. Dato’ Yang Dipertua, saya nak meraikan, nak mengalu-alukan turut serta samanya pemimpin masyarakat Kampung Orang Asli untuk persidangan kita kali ini Dato’ Yang Dipertua. Yang datangnya daripada kampung orang asli
Ulu Chuai, Rembau dan Kampung Orang Asli Chembung. Cameraman tolong saya boleh? Tunjukkanlah sedikit. Saya alu-alukan kehadiran Tok Batin Ramlan Dato’ Yang Dipertua. Bangun Tok Lan. Saya alu-alukan tok ketua kampung, JPKKOA, Kampung Asli Ulu Chembong. Bangun Lan. Kamera nak ambil gambar itu. Ya. Bersama juga saudara Hamzah. Pemimpin, belia daripada Kampung Ulu Chuai, Dato’ Yang Dipertua. Jadi terima kasih kerana membenarkan mereka dapat menyertai persidangan ini, mereka nak lihat sendiri bagaimana Dato’ Yang Dipertua mengawal menguruskan persidangan kita dan dia juga nak tengok bagaimana wakil rakyat yang memperjuangkan nasib mereka? Dato’ Yang Dipertua.
Saya bimbang kalau Yang Berhormat yang lain.
sorry?
Yang Berhormat yang lain nak bawa orang asli. Tak apa, tak apa. Ya. Teruskan.
Kalau saya jadi Yang Dipertua, saya benarkan semuanya Dato’ Yang Dipertua, kumpulan Masyarakat Orang Asli ini juga merupakan golongan yang penting, golongan yang utama dalam masyarakat kita. Dato’ Yang Dipertua saya nak bawa beberapa permasalahan dikalangan masyarakat orang asli dikawasan saya Dato’ Yang Dipertua. Saya nak mulakan dengan kampung orang asli Ulu Chuai. Dato’ Yang Dipertua terdapat kejadian ataupun terdapat tebing yang hampir nak runtuh Dato’ Yang Dipertua di kampung orang asli di Ulu Chuai. Perkara ini telah dibawa keperingkat makluman, Pejabat Daerah, JKR dan di dalam laporan JKR mendapati tebing tersebut dua rumah tersebut tak salah saya, Encik Kasim dan Puan Farisya, tak salah saya tidak lagi selamat untuk diduduki. Saya mohon Kerajaan Negeri ataupun khususnya Jabatan Hal Ehwal Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk melihat perkara ni Dato’ Yang Dipertua. Sangat-sangat berisiko tinggi.
Dato’ Yang Dipertua, saya risaukan bila-bila masa tebing ini boleh runtuh dan kemungkinan kita tak mahu Dato’ Yang Dipertua. Tapi kalau boleh elakkan saya risau kejadian tebing runtuh ini esok boleh mengakibatkan kemalangan jiwa Dato’ Yang Dipertua. Jadi saya dah bawa dalam dewan bak kata orang putih Dato’ Yang Dipertua nanti don’t tell me I didn’t tell you Dato’ Yang Dipertua ya dengan izin Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua, saya juga dah berapakali membangkitkan di kampung asli sebelah ada jawatankuasa pembangunan dan keselamatan orang aslinya. Tapi di kampung orang Asli Chuai tak ada Dato’ Yang Dipertua,
saya mohon sekali lagi saya mohon EXCO Kanan untuk melihat perkara ini bagi saya seolah-olah ketidakadilan jugalah kenapa kampung orang asli tidak ada pengerusi ataupun ketua kampungnya Dato’ Yang Dipertua. Ya. Datuk Yang Dipertua, saya nak sebut sedikit tentang orang Ulu Chuai juga Dato’ Yang Dipertua, dah saya sebut dulu. Jalan masuk
Berapa lama lagi? Saya kasi…
saya boleh sambung besok atau apa Dato’ Yang Dipertua?
Ha? Tak boleh…
Ya. Sepuluh minit.
Tak, pasal sampai bila kita nak tunggu ni? Cepatlah habiskan.
Kalau macam itu Dato’ Yang Dipertua saya cadangkan percepatkan lantikan timbalan Yang Dipertua Dewan Dato’ Yang Dipertua Aa itu. Dato Yang Dipertua, sikit saja lagi. Okey. Ada jalan masuk sepanjang lebih kurang 1.2 kilometer. Saya dah sebut berapa kali Dato’ Yang Dipertua. Tolonglah tengok keadaan ini. Jalan masuk ke kampung orang asli Ulu Chuai gelap, tak ada lampu langsung Dato’ Yang Dipertua melalui semak, melalui belukar, jalannya baik, lampunya tak ada. Orang asli Ulu Chuai keluar pagi seawal pagi nak hantar anak sekolah, balik malam daripada kerja kilang dan sebagainya Dato’ Yang Dipertua binatang-binatang lalu-lalang Dato’ Yang Dipertua, saya mohon untuk dilihat perkara ini Dato’ Yang Dipertua. Kalau tak dapat pasang lampu secara tetap kita fikirkanlah mungkin untuk menggunakan sistem lampu solar Dato’ Yang Dipertua. Dato’ Yang Dipertua untuk Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Tok Ramlan bukti saya dah bawa masalah Tok Ramlan ke dalam dewan ini.
Dato’ Yang Dipertua, tiga puluh hari bulan tiga tak salah saya sehari sebelum hari raya. Hujan lebat menyebabkan ada satu tebing yang dah runtuh Dato’ Yang Dipertua sangat berisiko tinggi. Melibatkan dua rumah iaitu tak salah saya rumah Puan Norita dan Puan Norlina. Tak salah Rozita dan Norlina. Dan daripada laporan awal JKR rumah tersebut tidak lagi selamat untuk didiami Dato’ Yang Dipertua, saya mohon JAKOA kita mengambil perhatian yang sangat serius dalam hal ini Dato’ Yang Dipertua jangan sampai besok kemalangan jiwa berlaku. Dato’ Yang Dipertua saya juga nak meminta mohon kepada Majlis Agama Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam itu hari ada satu kes Dato’ Yang Dipertua, seorang penduduk yang beragama Islam namanya Encik Anis
bin Ilam dua tiga tahun lepas tak salah saya dua tahun lepas telah memohon rumah PPRT ataupun Rumah Sejahtera Dato’ Yang Dipertua, ketika itu kononnya diberikan alasan kawasan rumah tapaknya tidak cukup tapi baru-baru ni Dato’ Yang Dipertua saya pergi sebenarnya kawasannya cukup dan saya dimaklumkan Dato’ Yang Dipertua Majlis Agama Islam ataupun di bawah Baitulmal melalui Baitulmal telah bersetuju untuk membina rumah bagi Encik Anis ni Dato’ Yang Dipertua. Sekarang ni jabatan ataupun pejabat agama Islam Rembau telah memindahkan buat sementara Encik Anis ni ke satu taman yang berdekatan. Jadi orang asli ni berapa dia tak selesa sangat nak duduk Taman Dato’ Yang Dipertua, saya mohon agar ianya dipercepatkan pembinaan ini.
Dato’ Yang Dipertua, sedikit lagi tentang orang asli Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon untuk membawa hal ini yang agak penting, kerisauan pemimpin-pemimpin Masyarakat orang asli tentang persempadanan kampung orang asli. Termasuk juga persempadanan kawasan rayau. Mereka risaukan Dato’ Yang Dipertua. Orang asli ini perkampungannya makin lama makin meluas. Penduduknya makin lama makin ramai. Mereka risau sekiranya tiada persempadan yang jelas ataupun sekiranya dah ada tetapi tidak diperjelaskan pada mereka, mereka takut mereka akan menerokai luar kawasan yang dibenarkan Dato’ Yang Dipertua. Dan begitu juga sebaliknya kalau tiada persempadanan yang diperjelaskan mereka juga tak mahu orang luar menerokai kawasan mereka Dato’ Yang Dipertua. Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian. Dato’ Yang Dipertua, saya nak mencadangkan juga Jabatan Kemajuan Orang Asli ini, dia jaga tiga daerah Dato’ Yang Dipertua, Rembau, Seremban, PD bagi saya terlalu luas untuk seorang ketua jabatan mengendalikan saya cadangkan ia diperkecilkan kawasan tanggungjawab Dato’ Yang Dipertua. Sekurang-kurangnya hanya dua daerah ataupun satu daerah, satu ketua jabatan.
Dato’ Yang Dipertua, sedikit lagi saya nak sebut tentang beberapa perkara hal ehwal masalah di kawasan saya secara ringkas Dato’ Yang Dipertua. Pertamanya Dato’ Yang Dipertua, ada kawasan yang dinamakan Kawasan Bukit Payung di kariah ataupun GPKK Kundur Hulu. Dulu-dulu sepuluh lima belas tahun dulu Dato’ Yang Dipertua, diberikan lebih kurang kepada lapan puluh orang satu ekar satu orang. Tiada jalan masuk yang menyebabkan kawasan tersebut tidak dapat dimajukan secara komersial. Saya mohon pihak yang tertentu seperti JPS, Pertanian, Pejabat Daerah untuk melihat, untuk kita adakan jalan masuk kawasan tersebut untuk kita naikkan nilai-nilai aa ekonomi Dato’ Yang DiPertua. Dato’ Yang Dipertua untuk perhatian Yang Berhormat Exco Kanan Dato’ Yang Dipertua, pada 17 Disember tahun lepas, telah
diadakan penyampaian penyerahan surat untuk penerima PPRS Dato’ Yang Dipertua.
Daripada DUN Chembong ada seorang yang dapat walaupun saya mohon dua orang dapat seorang Dato’ Yang Dipertua, saya kecil hati betul. Ada DUN yang dapat tiga tapi yang masalah utama Dato’ Yang Dipertua, sejak daripada itu dah sehingga kini hampir empat bulan Dato’ Yang di-Pertua, tidak langsung kerja-kerjanya dimulakan. Saya mohon untuk ianya diperlihatkan Dato’ Yang Dipertua dan akhir sekali ada dua perkara Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon untuk kerajaan negeri sedikit memberi penjelasan tentang kelewatan penyerahan penggunaan kompleks sukan daerah Rembau Dato’ Yang Dipertua. Tempoh hari saya berkesempatan untuk meninjau saya melihat semuanya dah siap gelanggang bola sepaknya padang bola sepaknya dah boleh digunakan gelanggang futsalnya telah sedia dewan yang boleh menempatkan lebih kurang seribu lima ratus orang telah siap Dato’ Yang Dipertua tetapi masih lagi tidak boleh digunakan secara keseluruhannya saya kalau boleh Dato’ Yang Dipertua, bagi pihak masyarakat di Rembau saya perlukan jawapan kenapa kelewatan ini atau kenapa penyerahan penggunaan kompleks sukan ini masih lagi tertangguh dan akhir sekali Dato’ Yang Dipertua saya nak menyebut tentang hal projek perumahan rakyat Chembong di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan. Saya nak dapatkan sedikit pencerahan.
Dato’ Yang Dipertua berapa ramaikah yang telah diluluskan permohonannya setakat hari ini? Adakah bakinya lagi kalau ada bakinya lagi bagaimanakah cara permohonannya nak dibuat saya cadangkan Dato’ Yang Dipertua, selain daripada secara online atas talian saya cadangkan ianya juga dibuat secara manual ataupun secara permohonan biasa Dato’ Yang Dipertua. Yang Berhormat Dato’ Yang DiPertua itu saja yang nak sampaikan terima kasih banyak Dato’ Yang Dipertua semoga atas kerjasama semua semangat untuk kita terus bekerjasama memajukan negeri kita, negeri kita akan di antara negeri yang terbaik Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih dengan itu saya daripada Chembong menyokong usul titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku semasa perasmian Khamis lepas. Wabillahitaufik wal hidayah. Assalamualaikum WBT.
Penangguhan MesyuaratAdjournment
Terima kasih Yang Berhormat Chembong. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi saya akan menangguh Mesyuarat Dewan. Mesyuarat Dewan akan disambung semula pada hari Rabu, esok; 30 April 2025 bersamaan 2 Zulkaedah 1446 Hijrah, mulai jam 10:00 pagi mesyuarat dewan ditangguhkan.
[Persidangan ditangguhkan pada jam 5.28 petang]